BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, August 4, 2016

YB USTAZ NASARUDIN HASSAN TANTAWI, KETUA PENERANGAN PAS PUSAT (JILID 2)

Sesi 2017-2019

Lajnah Penerangan dan Hubungan Media:

Pengerusi: YB Ustaz Haji Nasrudin Hassan

Timbalan Pengerusi 1: YB Dato' Ustaz Nassuruddin Daud
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Misbahul Munir Masduki

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat : Ustaz Muhammad Najhan Halim

Sumber PP - 6-5-2017

Sesi 2015 - 2017

Pengerusi : YB Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan : Tn Hj Roslan Datuk Mohd Shahir
Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat : Ahmad Amzad Hashim

Sumber PP - 23-6-2015/6-5-2017


Sebatan syariah

GAGAL memahami hikmah pelaksanaan syariat Islam, lahirkan pandangan yang sangat dangkal terhadap hasrat Kelantan yang mahu praktiskan sebatan syariah secara terbuka.
Mereka nilai dengan akal yang terpisah dari wahyu dan sunnah. Diselubungi kabut kejahilan yang sangat tebal lantas perkecilkan syariat Islam. Mereka selesa lihat mungkar dan maksiat terbuka berbanding sebatan syariah secara terbuka. 
Mereka bimbang pelancong dan pelabur lari lintang pukang meninggalkan Kelantan. Aneh cara fikir mereka. Songsang kedudukan akal mereka. Sebatan syariah secara terbuka ke atas pelaku jenayah syariah yang sabit salah adalah suatu yang wajar dalam peruntukan undang-undang Islam untuk mendidik masyarakat agar jauhi jenayah. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber HD - 14-7-2017 






Kos sara hidup: Kerajaan mesti tumpu tangani punca

1. SABAN hari rakyat semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Pertambahan pendapatan yang sangat perlahan adalah tidak sepadan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang terlalu ketara. 
2.    Kerajaan pula dilihat sudah selesa dengan pengiktirafan oleh Economist Intellegence Unit yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara dengan kos sara hidup terendah dalam kalangan negara-negara Asean. Sedangkan, kaji selidik itu hanya membandingkan harga barangan dan perkhidmatan di 133 bandar raya di seluruh dunia. 
3.    Dua (2) jawatankuasa:
(i) Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Kos Sara Hidup dan
(ii) Jawatankuasa Tertinggi Menangani Kos Sara Hidup
yang ditubuhkan oleh Kerajaan sebelum ini dalam tempoh 2014 hingga 2016 juga dilihat tidak mempunyai peranan yang jelas, perancangan yang strategik dan tindakan yang berkesan sehingga mengakibatkan isu kos sara hidup ini terus membelenggu rakyat di negara ini. 
4.    Kerajaan menerusi jawatankuasa yang ditubuhkan ini sepatutnya memberikan penumpuan bagi menangani punca-punca ini. Antaranya ialah dengan :
(a)    Memansuhkan GST dan menggantikannya dengan cukai alternatif lain (seperti Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Keuntungan Saham yang dicadangakan oleh PAS) jika negara masih memerlukan cukai.
(b)    Menilai tahap pematuhan syarikat dan perniagaan terhadap peraturan dan undang-undang sedia ada serta mengenakan tindakan kepada pihak yang melanggarinya.
(c)    Menangguhkan semua pelaksanaan rasionalisasi subsidi ke atas barangan utama (seperti bahan api, sumber tenaga dan makanan) sehingga keadaan ekonomi domestik kembali stabil dan rancak.
(d)    Menyelesaikan isu pengangguran dengan menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian graduan negara ini dan mengurangkan pengambilan pekerja asing.
(e)    Menyediakan pelan alternatif bagi menggantikan struktur ekonomi yang terlalu bergantung kepada sektor gas dan petroleum; dan juga cukai serta saman. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
11 Julai 2017 / 17 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 11/7/2017
Sumber HD- 11-7-2017 








Sifar korupsi: PAS ucap tahniah kepada APMM

1. PAS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di atas usaha yang sepenuhnya bagi membanteras korupsi dan rasuah dalam agensi terbabit. 
2. Hal ini telah dijelaskan oleh Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam akhbar New Straits Times pada 6 Julai bertajuk "MMEA Cleanest Government Agency, Zero Tolerance Towards Corruption: MACC". 
3. Saya memandang usaha yang dilakukan oleh APMM wajar dicontohi oleh agensi-agensi kerajaan yang lain. Ketika pelbagai isu-isu rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa didedahkan oleh SPRM melibatkan pelbagai agensi kerajaan, APMM masih berupaya mengekalkan integriti yang tinggi dalam menjalankan tugasan mereka kepada negara. 
4. Saya mengharapkan agar usaha ini diteruskan. Memerangi rasuah dan korupsi memerlukan kepada sikap transparensi yang tinggi dan terbuka. Islam memandang tinggi mereka yang menjalankan tugas dengan penuh amanah. Gejala rasuah dan korupsi perlu dibanteras bagi menjamin kelestarian pembangunan pada masa akan datang. 
Sejahtera Bersama Islam
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
7 Julai 2017 / 13 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 7/7/2017
Sumber HD - 7-7-2017 










PAS bantah keputusan kerajaan longgar syarat lulus BM

SUSULAN keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melonggarkan syarat kelayakan Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, PAS menggesa kerajaan supaya membatalkan keputusan berkenaan. 
Isu ini perlu dilihat secara objektif. Malaysia memerlukan modal insan dalam institusi perubatan negara bagi menampung modal insan dalam kelestarian pembangunan menghadapi cabaran mendatang. Dalam masa yang sama, isu lambakan doktor pelatih seperti yang dibangkitkan sebelum ini juga wajar diberi perhatian segera oleh pihak bertanggungjawab. 
Kita menerima jumlah graduan perubatan yang tinggi saban tahun. Pada 2015, jumlah graduan perubatan mencecah 4,140 orang dengan hanya kira-kira 20 peratus di kalangan graduan mengambil masa lebih 2 tahun untuk diserap ke 44 buah hospital yang menyediakan penempatan doktor pelatih. 
Para graduan ini merangkumi graduan perubatan di luar negara, mereka yang menduduki peperiksaan O-Level di sekolah antarabangsa perlu mendapatkan tempat di hospital tertentu bagi menjalani latihan siswazah selama 2 tahun dan khidmat wajib juga selama 2 tahun di Kementerian Kesihatan, sebelum dianugerahkan Sijil Pengamal Perubatan. 
Tidak sesekali dinafikan kita wajar memastikan keseimbangan "demand-supply" serta para graduan tersebut perlu diberi tempat bagi menjalani latihan siswazah sebagai langkah awal profesion kedoktoran di negara ini. Namun, kelonggaran syarat kelayakan BM tidak seharusnya dijadikan "korban" oleh pihak kementerian. 
Respons balas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 2 Julai yang lalu memproklamir bahawa kelonggaran itu "memudahkan perlantikan terutamanya bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan BM di peringkat SPM atas pelbagai sebab". 
Sebaliknya pula PAS berpendirian KKM seharusnya menilai opsyen-opsyen lain bagi memastikan para graduan yang tidak menduduki SPM atas pelbagai sebab itu supaya mereka diberi ruang dan kemudahan untuk menjalani peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. 
"Kelonggaran" syarat kelayakan itu dibimbangi akan menyebabkan sikap "bermudah-mudah" dan "menghakis" kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi Persekutuan pada masa akan datang. Ini juga tidak boleh dipandang enteng oleh KKM.
Justeru, PAS memandang serius isu ini dan mengharapkan agar pihak bertanggungjawab membatalkan keputusan tersebut dengan buat kajian baru yang mendalam dan mencapai suatu keputusan yang lebih strategik dalam menangani hal ini. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 4/7/2017
Sumber HD-4-7-2017 












Pilihan Tok Guru

YB Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob adalah Menteri Besar Kelantan yang "ditabalkan" oleh Al Marhum Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu hayat hidup beliau, tidak YB Dato Husam Musa. 
YB Dato Husam Musa adalah calon Menteri Besar Kelantan yang "ditabalkan" oleh YB Lim Kit Siang pemimpin DAP. 
Maka seluruh rakyat Kelantan boleh pilih, Menteri Besar yang direstui oleh Tok Guru atau Menteri Besar yang diredhai oleh Lim Kit Siang. 
Jika tanya saya, pastinya saya syorkan supaya rakyat Kelantan pilih Menteri Besar yang direstui oleh Tok Guru bagi meneruskan legasi cemerlangnya. 
Sejahtera Bersama Islam
Sekian.
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber HD - 2-7-2017 













Salah Laku Tetap Ditentang

PAS tidak pernah setuju dengan penyelewengan, salah laku, rasuah, penggubahan wang haram, riba, pembaziran, penipuan dan sebagainya dalam orientasi ekonomi negara termasuklah isu berkait dengan 1MDB. Justeru ia suatu yang bertentangan dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

2. Justeru itu, sejak awal PAS tegaskan supaya ditubuhkan SURUHANJAYA DIRAJA bagi menyiasatkan dakwaan salahlaku 1MDB secara menyeluruh, tidak berpihak dan telus.

3. Kerajaan tidak boleh lengah dalam hal ini. Ambil tindakan segera untuk menyelesaikan siasatan rapi. Lengah membawa padah. Rakyat hilang kepercayaan kepada wibawa kerajaan.

4. Tiada siapa yang boleh dilindungi, yang salah tetap salah maka ia mesti diseret ke muka pengadilan walau siapa mereka. Lantaran itu, siasata yang telus dan tindakan yang serius mesti dilakukan.

5. Negara mesti bersih dari dakwaan skandal kewangan terbesar ini. Berapa kali maruah negara dibiarkan tercalar ? Skandal BMF, PERWAJA, KWSP, FOREX, PKFZ dan kini 1MDB. Kita tidak mahu negara ini ditanda sebagai NEGARA KORUPSI.

6. Kerajaan mesti mengambil langkah tegas dengan mengeluarkan waran bagi menahan siapa jua pihak yang enggan memberi kerjasama bagi membantu siasatan. Jangan jadi kerajaan yang LEMBAM dalam tindakan.

7. Pada masa yang sama, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi telah kemukakan peringatan tegas agar tidak usahlah kita mengundang atau membuka jalan kepada pihak asing khasnya Amerika untuk campurtangan.

8. Soal mereka nak siasat apa yang berlaku berkait dengan hal ehwal negara mereka, biarkan mereka. Tidak perlu dari pihak negara kita ada pihak yang terhegeh – hegeh membuka jalan masuk kepada Amerika kerana Amerika juga bukan pihak yang boleh dipercayai dengan lagak mereka sebagai Polis Dunia itu.

Sejahtera Bersama Islam
Sekian.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber BO - 2-7-2017














AES: Didik atau jerat pengguna jalan raya?

JUMLAH kemalangan jalan raya pada 2016 bertambah kepada 521,466 berbanding 489,606 pada 2015; iaitu meningkat sebanyak 6.5%. Kemalangan maut pula bertambah kepada 7,152 daripada 6,706; iaitu meningkat sebanyak 6.7%. 
Menerusi Ops Selamat 11 yang dijalankan selama 11 hari bermula 18 Jun lalu, dilaporkan bahawa jumlah kemalangan jalan raya bertambah kepada 17,147 berbanding pada tahun lalu sebanyak 15,527 bagi tempoh yang sama; iaitu meningkat sebanyak 10.4%. 
Sedangkan, sehingga sekarang sebanyak 21 unit kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikatakan sebagai sistem yang sangat berkesan untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya telah dipasang dan beroperasi di seluruh negara. 
Berdasarkan fakta semasa ini, sasaran untuk menurunkan kadar ini sebanyak 50% menjelang 2020 dilihat mustahil untuk dicapai dengan pelaksanaan AES. 
Justeru, keputusan Kementerian Pengangkutan untuk memasang 100 unit kamera AES lagi pada tahun hadapan adalah amat tidak wajar diteruskan. 
Bahkan, Kerajaan perlu menarik semula kelulusan yang telah diberikan sebelum ini bagi memasang 1,200 unit kamera AES di seluruh negara. 
Meneruskan pelaksanaan AES dengan menambah pemasangan jumlah kamera ini sedangkan ia tidak mencapai objektif penguatkuasaannya hanya akan menjadi jerat kepada pengguna jalan raya dengan saman; sebaliknya ia gagal mendidik para pengguna menjadi lebih berhemah agar kadar kemalangan dapat diturunkan. 
Kerajaan juga digesa agar membuat kajian keberkesanan pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan AES dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA). Kajian ini mestilah melibatkan semua pihak termasuk para pengguna dan dibentangkan kepada awam bagi mendapatkan maklum balas ke arah penambahbaikan. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 1/7/2017
Sumber HD - 1-7-2017 


















Benteng PAS cuba dirobek

PORTAL nyamuk cuba lagakan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi dengan Timbalannya Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Mereka dakwa Timbalan Presiden lantik semula pihak yang telah dipecat oleh Presiden parti. Mereka habis daya mahu kucar PAS setelah menyedari kedudukan mereka kian retak menanti runtuh. 
Insyaallah, saf kepimpinan PAS semakin utuh dan siap mendepani pilihanraya umum akan datang. Ianya tidak tergugat dengan propaganda murah pihak yang simpan hasad DENDAM pada PAS. Makin teruk PAS diserang, makin ERAT kami bersatu. 
Dato Mustafa Ali dilantik sebagai Pengerusi Badan Penasihat parti oleh YB Dato Seri Presiden parti dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat, demikian juga anggota yang lain. Kemudiannya dimuktamadkan oleh Mesyuarat Bulanan PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Dato Timbalan Presiden ekoran keuzuran Presiden. 
Mereka amal politik Pak Pandir Moden. Kalau parti aku sudah retak, parti kamu tidak boleh dibiar kuat. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber HD - 30-6-2017 


















Campur tangan asing

SAYA difahamkan bahawa telah ada dalam pengetahuan awam dan belum dinafikan oleh individu-individu terbabit bahawa merekalah yang pergi ronda buat aduan di Paris, Switzerland dan US supaya pihak luar ambil tindakan terhadap isu 1MDB. 
Soalnya, apa motif mereka buat aduan di US mengenai isu 1MDB? Kenapa singkat akal mereka, lapor hal negara kita kepada Amerika yang berlagak polis dunia itu? Kita tahu ada pihak yang sengaja jemput US campur tangan isu dalam negara kita. 
Ini maksud Tuan Guru Haji Abdul Hadi mengenai isu campur tangan asing. Apapun salah laku dalam negara, kita selesaikan perhitungannya dalam negara kita. Rakyat boleh guna kuasa undi dalam pilihan raya untuk tukar kerajaan. 
Jangan undang BERUANG untuk tampar nyamuk di muka KANCIL. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber HD-30-6-2017 






















Keluarga Nhaveen terima kunjungan Ustaz Nasrudin

PERASAAN duka anggota keluarga mangsa buli, Nhaveen Thirumaran, 18 tahun yang disahkan meninggal dunia kelmarin turut dikongsikan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan. 
Harapan mereka untuk melihat mendiang kembali pulih berakhir setelah 6 hari Nhaveen menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang. 
Ibunya, Shanti Dorairaj nyata tidak bermaya dan tidak mampu mengungkap sebarang kata kehilangan anak sulung dari dua beradik itu. 
Dimaklumkan oleh pihak keluarga, mendiang sepatutnya mendaftarkan diri di Universiti Limkokwing, Cyberjaya. 
Ustaz Nasrudin dalam titipan ringkasnya kepada pihak keluarga melahirkan rasa simpati yang amat mendalam terhadap kejadian menimpa ketika berkunjung ke rumah mangsa di Taman Tun Sardon, di sini malam tadi. 
Beliau turut memaklumkan bahawa PAS mengikuti perkembangan kes tersebut dari masa ke masa dan sedia menghulur tindakan sewajarnya. 
Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden yang turut hadir melahirkan rasa terkilannya dengan gejala buli. 
Katanya, Islam mengajar penganutnya untuk berkongsi perasaan dan simpati terhadap sesiapa sahaja yang diuji dengan kematian, bencana dan seumpamanya. 
Nhaveen meninggal dunia kelmarin setelah menerima rawatan sejak Sabtu minggu lalu dan disahkan akibat hentakan objek tumpul di kepala. 
Polis mengklasifikasikan kematiannya sebagai kes bunuh dan telah menghadapkan para suspek ke pendakwaan mahkamah. – HARAKAHDAILY 18/6/2017
NhaveenN 2
Sumber HD - 18-6-2017 
























Bersihkan FGV daripada pengaruh sentimen politik

1. KEMELUT dalaman yang melanda Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) ketika ini dilihat akan terus menjejaskan reputasi FGV itu sendiri. Banyak perkara yang masih belum dapat dirungkai dengan prestasi FGV masih di takuk yang membimbangkan. 
2. Pengerusi FGV dilihat masih berselindung di sebalik beberapa isu melibatkan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam FGV. Dakwaan balas yang dilakukan oleh Datuk Zakaria mengenai pelaburan jutaan ringgit yang "tidak masuk akal" juga perlu diberi perhatian serius. 
3. Pengaruh politik dilihat masih kuat berakar dalam pengurusan FGV, menjadikan langkah memacu kelestarian pembangunan dalam industri agro-bisnes FGV seringkali tergendala. Sejak Tan Sri Isa Samad mengambil alih FGV pada 2011, pelbagai konflik melanda FGV dan ia tidak pernah menunjukkan tanda-tanda yang positif.\ 
4. Maka, amat mustahak sekali proses reformasi pengurusan FGV dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab supaya FGV berperanan dalam sektor korporat dengan penuh integriti. 
5. FGV perlu dipimpin oleh mereka yang bebas daripada sentimen politik. PAS bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tuanku Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak sepatutnya melantik ahli politik dalam mana-mana syarikat milik kerajaan (GLCs) termasuklah FGV yang sudah sekian lama terpalit dengan pelbagai isu korupsi. 
6.  FGV selayaknya dipimpin oleh ahli korporat yang bersih dan berintegriti tinggi. Ini adalah jalan penyelesaian utama yang diperlukan ketika ini. Konflik dan kemelut yang berterusan tidak memberi keuntungan kepada sesiapa, malah kesan dan implikasinya menjejaskan kesejahteraan para peneroka Felda itu sendiri. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber HD - 16--2017 

Ada Muslim 'tukar' akidah dengan wang, pangkat - PAS
Posted on Thursday, June 15 @ 17:54:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35451



Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mendedahkan apa yang didakwanya mengenai kewujudan sikap orang Islam yang sanggup menukar akidah mereka dengan wang dan pangkat.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Nasrudin pada masa yang sama turut menegaskan, usaha sesetengah pihak untuk menyebar, tubuhkan negeri atau bandar berasaskan agama selain Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara.

"Malang, ada Muslim gamak pertahan. Mereka hilang sensitiviti. Tiada harga diri. Aqidah ditukar dengan wang dan pangkat.

"Islam agama Persekutuan. Ia dimuktamadkan oleh perlembagaan negara. Agama lain boleh diamalkan oleh penganutnya dalam mana-mana bahagian persekutuan secara aman.

"Namun untuk sebar malah tubuhkan sebuah negeri atau bandar berasaskan agama selain Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara," katanya dalam laman Facebook milik beliau.

Nasrudin dipercayai merujuk kepada laporan oleh blog yang memetik pandangan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi bandar Kristian.

Laporan itu memetik persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Tan Sri Ibrahim Abu Shah mengenai aktiviti evangelisme dalam negara yang tertera dalam rekod Hansard perbahasan pada 19 April 2017 di Dewan Negara.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, usaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar Kristian adalah isyarat jelas gerakan Kristianisasi yang lebih radikal melalui gerakan Evangelis Kristian sedang giat beroperasi.

"Menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar Kristian dengan hasrat mahu meminda Perlembagaan negeri adalah isyarat jelas bahawa gerakan Kristianisasi bahkan lebih radikal melalui gerakan Evangelis Kristian sedang giat beroperasi.
"Bangkitlah ummah," seru Nasrudin dalam laman yang sama.

Dakwaan Agenda Kristian

Sebelum ini, DAP juga dituduh memperjuang agenda Kristian apabila Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki yang mahu DAP memberi reaksinya berhubung sebuah buku hasil tulisan Iain Buchanan bertajuk ‘Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionism and Christian Zionism in Malaysia’.

Mohd Zuhdi mendakwa buku Buchanan, yang diterbitkan pada tahun 2015, menyebut dengan jelas tentang pembabitan pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh.
“Sebagai contohnya pada mukasurat 26 hingga mukasurat 34, di bawah tajuk kecil
\
‘Dominionism: Lesson from Penang’, penulis menyebut tentang kaitan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP.

“Nama Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh turut disebut di bawah tajuk kecil ini. Pusat Penyelidikan PAS melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan ‘dominionism’ adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab,” kata Mohd Zuhdi lagi.

Sumber TKO - 15-6-2017



























Himpunan Fastaqim 2.0

 1. KEBANGKITAN ummat Islam untuk melihat tegaknya keadilan, keamanan dan kesejahteraan bersama Islam terus marak di bumi bertuah ini. Meskipun di satu sudut, kedengaran suara nakal yang mengganggu perjuangan ini, namun tidaklah mampu menghalang kemaraannya. 
2. PAS yang menjadi tonggak kebangkitan ummah, terus meredah cabaran angkara petualang dan menongkah arus liberalisasi. Negara pernah menyaksikan gelombang hijau semarak FASTAQIM di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan pada 17 Oktober 2015, ketika bangkit dari kejutan pasca pengkhianatan G18.   
3. Kini gelombang dijangka lebih besar bakal melanda negara. Membentuk Tsunami Hijau mengangkat kemuliaan ummah dan mempersada kesejahteraan bersama Islam. 
4. FASTAQIM 2.0, Insyaallah akan menjulang panji kebangkitan dan menobatkan maruah ummah bersama perjuangan Islam. Memintas segala percubaan untuk menghina, memperkecil, menentang dan menolak perjuangan Islam, justeru HIMPUNAN FASTAQIM 2.0 diumumkan tarikh dan tempatnya iaitu: 
Program: FASTAQIM 2.0
Tarikh: 30 September 2017
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 am - 11.55 pm
Tempat: Terengganu Darul Iman
(spesifik area akan dimaklumkan kemudian)
5. Tanda dalam diari masing-masing dengan Artline Permanent Marker Pen bahawa 30 September 2017 adalah hari gelombang hijau FASTAQIM 2.0. 
Nasrudin Hassan
Pengerusi Fastaqim 2.0
Sumber HD - 14-6-2017 





























Munaqasyah Rakyat Peringkat Kebangsaan pada 10 Jun

Lajnah Penerangan PAS Pusat akan menganjurkan program Munaqasyah Rakyat Peringkat Kebangsaan.
munak 
Lajnah Penerangan PAS Pusat akan menganjurkan program Munaqasyah Rakyat Peringkat Kebangsaan.
Ketetapan program adalah seperti berikut:\ 
MUNAQASYAH RAKYAT
Anjuran: Lajnah Penerangan PAS Pusat
Tarikh : 10 Jun 2017
Hari : Sabtu
Masa : 09.00 am - 01.30 pm
Tempat : Dewan Bankuet MBSA Shah Alam Selangor Darul Ehsan. 
Sasaran:
Parti-parti Gagasan Sejahtera
NGO (5 orang wakil setiap NGO)
Tokoh-tokoh akademik
Aktivis Masyarakat 
Tentatif:
08.00 am - 09.00 am :
Pendaftaran
09.02 am - 09.12 am :
Bacaan Ayat Suci Al Quran
09.15 am - 09.25 am :
Aluan Pengerusi
YB Us Hasbullah Ridzwan 
09.28 am - 09.58 am :
Pidato Munaqasyah Rakyat
Oleh : YB Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS 
10.00 am - 11.30 am :
Munaqasyah Rakyat: Membina Negara Sejahtera Bersama Islam.
Panel 1: Ybhg Dr Mohd Zuhdi Marzuki 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
Panel 2: Dr Samarudin Rejab
Timbalan Presiden IKATAN
Panel 3: Prof Dr Badlisham M Nasir
Mantan Presiden ILMUAN
Panel 4: Tuan Haji Azmi Abd Hamid
Pengerusi KONGRES RAKYAT 
11.32 am - 12.22 pm :
Sessi Soal Jawab
12.25 pm - 01.05 pm : 
Ucapan Penutup.
Oleh: Ybhg Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS\ 
01.10 pm - 01.20 pm :
Solat Zohor dan bersurai.
Pihak penganjur dengan segala hormatnya ingin menjemput semua wakil-wakil NGO untuk menjadi peserta program ini. Setiap NGO yang berminat untuk turut serta bolehlah menghantar wakil maksimum seramai 5 orang. 
Semoga dengan kehadiran wakil-wakil NGO akan menyempurnakan lagi majlis kami ini, insya Allah. 
Untuk maklumbalas kehadiran dan sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung menerusi WhatsApp di talian 0192153225 (Mohd Shahir
Sumber HD - 9-6-2017 































Munaqasyah Rakyat: Membina Negara Sejahtera Bersama Islam

1. JULUNG kali PAS menganjurkan Munaqasyah Rakyat dengan melibatkan pelbagai pihak dari luar parti untuk menyorot dasar, hala tuju dan agenda perjuangan PAS menerusi ucapan dasar Presiden PAS yang telah disampaikan sewaktu merasmikan Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 tempohari. 
2. Bertemakan MEMBINA NEGARA SEJAHTERA BERSAMA ISLAM, PAS mengangkat agenda ini bersama rakyat dari pelbagai lapisan dan latar. Bertepatan pula dengan tema ucapan dasar Presiden PAS baru-baru ini ialah SEJAHTERA BERSAMA ISLAM. 
3. Munaqasyah Rakyat menjadi medan terbaru untuk PAS mendengar pandangan sisi dari tokoh akademik, parti rakan, ngo dan tokoh masyarakat mengenai agenda besar untuk membina sebuah negara yang sejahtera bersama Islam. 
4. Munaqasyah Rakyat akan berlangsung seperti maklumat berikut :
Program : Munaqasyah Rakyat
Tarikh : 10 June 2017
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 am - 1.30 pm
Tempat : Dewan Bankuet MBSA Shah Alam.
Anjuran: Lajnah Penerangan PAS Pusat. 
5. Pidato khas Munaqasyah yang akan menjelaskan Gagasan dan Agenda Perjuangan PAS akan disampaikan oleh YB Ust Idris Ahmad selaku Naib Presiden PAS. 
6. Panelis Munaqasyah Rakyat dengan tema  Membina Negara Sejahtera bersama Islam akan membariskan : 
Dr Zuhdi Marzuki (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat,
Dr. Samarudin bin Rejab (Timbalan Presiden IKATAN),
Prof Dr Badlisham Mohd Nasir (Mantan Presiden ILMUAN) dan
En Azmi bin Abdul Hamid
(Pengerusi Kongres Rakyat) 
7. Tirai Munaqasyah Rakyat akan dilabuhkan dengan ucapan dan penegasan agenda bersama Membina Negara Sejahtera Bersama Islam oleh Ybhg Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS). 
8. Semua rakan-rakan NGO, tokoh masyarakat, aktivis sosial dan parti politik dijemput hadhir untuk sama-sama bermunaqasyah, memberi pandangan dan mengangkat bersama agenda Membina Negera Sejahtera Bersama Islam. 
9. Kita perlu bersatu dan mencari titik temu bersama, terutama disaat negara kita berdepan pelbagai ancaman yang makin berani dan nekad oleh pihak pelampau seperti Evangelis Kristian, Islam Liberal, Islam Radikal dan lain-lain yang memberi persepsi yang salah terhadap erti KESEJAHTERAAN ISLAM yang sebenar. 
10. Yuran hanya serendah RM10 sahaja bagi menampung kos penganjuran.
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
muna1
Sumber HD - 5-6-2017 

PAS ajak sekat perhimpunan ‘Kristian Zionis’ di Melaka
Posted on Monday, June 05 @ 10:29:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35277



PETALING JAYA: PAS hari ini mempersoalkan sebuah perhimpunan gereja yang bakal diadakan di Melaka bulan ini, dengan menyifatkan program itu agenda “Kristian Zionis” dan “budaya Yahudi” yang perlu disekat secara tegas oleh kerajaan.

“Mutakhir ini musuh Islam mula main kasar dan makin berani. Sekarang mereka sasarkan Malaysia. Mereka mahu buat sarang di sini. Ayuh bangkit ummah sebelum terlambat,” tulis Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan di Facebook, sambil memuat naik poster acara itu.

Perhimpunan itu, “Nations of the Golden Gate allignining with Jerusalem’s Jubilee”, diadakan selama 4 hari dari 15 ke 18 Jun, di Gereja Calvary Life Assembly (Chinese) di Melaka.

Kristian Zionis merujuk kepada kelompok di kalangan penganut Kristian yang menganggap umat Yahudi ditakdirkan untuk “kembali” ke tanah suci di Baitul Maqdis sebelum dunia menyambut kedatangan semula Nabi Isa bagi menyelamatkan manusia.

Kepercayaan ini merupakan antara yang terkandung dalam kitab Perjanjian Lama (Old Testament) yang dijadikan rujukan ajaran Yahudi.

Menurut penganjur, perhimpunan itu memilih rantau Asean kerana gabungan itu menyambut ulang tahun ke-50 atau Jubli Emas tahun ini.

“Mengapa tidak Malaysia?” menurut catatan mengenai program itu di sebuah portal Kristian, Christianity Malaysia.

“Hati nurani Kristian merindui kehadiran Tuhan di kalangan kami. Sememangnya Tuhan mengumumkan menerusi pengutusNya mengenai takdir Malaysia sebagai negara pelbagai kaum dan pemangkin kebangkitan semula di Asia Tenggara, Asia Pasifik dan negara di bawah segmen Golden Gate.”

Golden Gate merujuk pintu masuk di timur Haram al-Sharif di Baitul Maqdis, yang menempatkan Masjid Al Aqsa.

Baitul Maqdis yang kini di bawah pemerintahan Israel, merupakan tanah suci 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Acara di Melaka itu juga menerima kerjasama sebuah kumpulan berpengkalan di Petaling Jaya bernama “Elim Freedom” yang turut mengutamakan peranan Baitul Maqdis, di samping Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN).

JHOPFAN merupakan pertubuhan berpengkalan di Israel diasaskan Tom Hess, seorang pastor warga Amerika Syarikat.

Nasrudin menyifatkan penganjuran acara di Melaka itu satu bentuk provokasi untuk mencabar sensitiviti umat Islam Malaysia.

“Sejarah luka penderitaan ummat Islam angkara kekejaman Israel tidak mungkin boleh dilupakan. Kini, sengaja dicetus provokasi melampau terhadap ummat Islam dengan menganjurkan Jerusalem’s Jubilee di bumi Malaysia.


“Budaya Yahudi ini tidak selayaknya dibenarkan bertapak di atas tanahair kita. Kerajaan perlu tegas bertindak. Jangan cabar sensitiviti umat Islam. Jangan cemarkan tanah melayu ini dengan aktiviti Kristian Zionis ini,” katanya.

Sumber TKO - 5-6-2017



































Sedekah dan tadarus

Az-Zuhri dan lainnya telah berkata, dari Ubaidillah bin Abdullah dari Ibnu Abbas Rha katanya: 
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ 
Rasulullah SAW adalah seorang yang paling pemurah dari kalangan manusia. Ia lebih pemurah di bulan Ramadhan. Ketika Jibril bertemu dengannya setiap malam di bulan Ramadhan, Baginda SAW bertadarrus al Quran dengannya. Rasulullah SAW paling lembut (mudah melakukan kebaikan) berbanding angin yang berhembus. (Riwayat Imam Al Bukhari) 
Wahai Pejuang...inilah keperibadian Rasulullah saw yang perlu kita contohi. Hiasi diri kita sebagai pejuang Islam dengan sikap  suka bersedekah dan mempelajari Al-Quran serta mengajarkannya kepada pihak lain. Tentu sahaja Ramadhan adalah kesempatan terbaik untuk kita gandakan sedekah dan tadarrus al-Quran. Sedekah menyuburkan rezeki kita dan membaca Al-Quran menenangkan jiwa kita. 
Siiru A'la BarakatilLah
Sumbr HD - 3-6-2017 

































The Star undang padah

1. KEHARMONIAN negara sekali lagi terganggu dengan kegagalan akhbar The Star memelihara sensitiviti agama dan kaum dalam negara ini. Memaparkan gambar ummat Islam sedang menunaikan ibadah solat berjamaah dengan tajuk "Malaysian terrorist leader" adalah satu perbuatan yang sangat keterlaluan dan biadab. 
2. Tidak memadai dengan hanya memohon maaf setelah menyiarkan gambar sedemikian rupa yang cuba mengaitkan ummat Islam dengan keganasan. Ini bukan kali pertama perlecehan agama dan sentimen kaum dilakukan secara terbuka dan berani. 
3. Sebelum ini Nanyang Siang Pau telah mempersenda Presiden PAS dengan menggunakan karikatur seekor monyet berserban. Telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia yang sepatutnya hidup makmur dalam masyarakat berbilang kaum tanpa penghinaan sedemikian rupa. 
4. The Star gagal mempelajarinya. Masih mengulangi kesilapan serupa. Nampaknya makin berani dan nekad. Permohonan maaf setelah berkali-kali insiden serupa berlaku merupakan satu lagi siri penghinaan. 
5. Sampai bila kesabaran ummat Islam mahu diuji sedemikian rupa? Kesabaran ummat Islam dicabar terus menerus. Mereka cetus provokasi supaya keamanan dan kemakmuran negara tergugat? Kemudian mereka akan jadikan ummat Islam sekali lagi sebagai kambing hitam? 
6. Kerajaan mesti serius dalam isu sebegini. Jangan bertindak secara lebih kurang. Jangan beri muka berulang kali kepada penghinaan Islam dan provokasi terhadap ummatnya. 
7. Persoalannya kenapa mereka makin berani? Sama ada mereka semakin angkuh dengan sokongan ekonomi dan politik yang mereka perolehi atau ummat Islam semakin lemah kerana berpecah sesama sendiri. 
8. Namun kami yakin dan percaya, sikap berani mereka yang melebihi had dalam mempersenda ummat Islam ini akan memerangkap diri mereka sendiri. 
9. Sementara itu, semua pihak diseru supaya berhenti dari melakukan sebarang percubaan untuk menguji kesabaran ummat Islam. Jangan terus mencetus provokasi. Kerana provokasi itu tidak selamanya memberi keuntungan kepada mereka. 
10. Kembalikan keamanan dan keharmonian negara dengan semua pihak khasnya media saling hormat menghormati dan memelihara sensitiviti keagamaan serta perkauman. 
Kami tidak mahu The Star mengambil sikap sama seperti DAP yang anti Islam mengekspkoitasi isu, kerana kami yakin di luar sana ramai non muslim yang tidak bersetuju dengan sikap seperti ini. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber HD - 29-5-2017 







































Ramadhan: Persiapan jatidiri ahli PAS penuhi syarat kemenangan PRU14

Ramadhan Memiliki Ramuan Kemenangan Islam
1. Ramadhan pada tahun ini adalah Ramadhan terakhir sebelum PRU ke-14 yang dijangkakan akan berlangsung selewat-lewatnya Jun 2018. Kita maklumi bahawa Ramadhan adalah bulan dijadikan oleh Allah sebagai bulan dipenuhi dengan siri tarbiyyah yang sangat signifikan dalam pembentukan sifat dan ciri-ciri pejuang Islam yang dikehendaki oleh Allah.
2. Matlamat menjadikan Ketaqwaan sebagai natijah ibadah puasa dan segala aspek amalan kerohanian dalam bulan Ramadhan mampu memperkukuhkan dan memperkuatkan diri dan syakhsiah seorang pejuang Islam ketika berada di medan perjuangan.
3. PRU14 dianggap satu medan perjuangan siyasah yang memerlukan setiap pejuang Islam wajib berusaha untuk memenuhi kriteria "Ruhbanun fil lail wa fursanun fin nahar" iaitu bersifat kerahiban pada malam hari dan seumpama kuda perang pada waktu siangnya. Sifat beginilah yang ada pada pejuang Islam dalam lipatan sejarah dari zaman Nabi saw dan salafussoleh.
4. Sekiranya ahli PAS seramai hampir 900,000 anggota berjaya memiliki 12,000 sahaja yang cukup syarat dan kriteria pejuang Islam tulen, Insya Allah tiada yang mustahil kemenangan akan berpihak kepada PAS pada PRU14 nanti. Sabda Nabi saw sebagaimana diriwayatkan secara mursal oleh Abu Hurairah ra., Maksudnya, "sebaik-baik sahabat, empat orang. Sebaik-baik pasukan 400 orang, sebaik-baik tentera 4000 orang. Dan tidak dikalahkan sejumlah 12 ribu orang yang paling minimum".
Puasa Membina Kekuatan Rohani Ahli PAS
5. Kefarduan Ibadah puasa Ramadhan menjadikan satu bentuk acuan tarbiyyah yang rohani yang hebat kepada mereka yang berpuasa. Puasa adalah ibadah bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi sebagai ibadah yang tersembunyi antara hamba dengan Tuhannya yang memerlukan keyakinan bagi melaksanakan perintah Allah tanpa ragu dan mengharapkan balasanNya sahaja.
6. Bulan Ramadhan menjadikan hamba Allah disibukkan dengan amalan-amalan ibadah yang merupakan makanan rohani seperti membaca Al Quran, berzikir, qiyamullail dan seumpamanya sekali gus menjadikan pejuang Islam cukup berzat dari sudut kerohaniannya.
7. Membina jatidiri keimanan yang teguh dan mantap adalah pra syarat ahli PAS yang mengabdikan diri serta mematuhi apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya saw. Ahli PAS yang mempunyai kemantapan iman akan yakin bahawa kekuatan yang sebenar adalah pada sisi Allah swt. Mereka meletakkan sepenuh harapan kepada bantuan dan pertolongan Allah dan menyerahkan jiwa raga dan segala urusan mereka kepadaNya sahaja.
8. Hasilnya ahli PAS yang istiqamah imannya dan yakin kepada Allah bahawa kemenangan dalam medan siyasah ini merupakan kehendak dan ketentuan Allah. Mereka gigih berjuang dan berusaha sedaya upaya mengorbankan seluruh jiwa dan raga, harta untuk memenangkan Islam. Pepatah hukama' ada menyatakan, maksudnya, "kewajiban kamu adalah berusaha, bukannya kewajiban kamu menentukan kejayaan.."
9. Ahli PAS yang cukup syarat sebagai pejuang Islam tidak sibuk memikirkan kekalahan apalagi meragui kemenangan yang dijanjikan Allah selama mereka membulat keimanan dan keyakinan yang dibina melalui ibadah puasa dan amal ibadah.
10. Ahli PAS tidak hanya mengharapkan kemenangan di dunia semata-mata, malah yang terutama adalah kemenangan abadi iaitu keredhoanNya dan syurga yang dijanjikan. Sama ada PAS bertahaluf atau tidak, 3 penjuru atau lebih dan segala persepsi yang mengelirukan, semuanya itu tidak meragukan pejuang yang mengharapkan habuan dari sisi Allah. Yang penting ialah apakah sumbangan jihad dan gerak kerja yang telah dia laksanakan untuk PAS dan Islam.
11. Kemantapan rohani amat penting buat ahli PAS agar dapat selamat daripada penyakit "futur" seperti angan-angan dunia, mudah mengalah, kecewa, tidak ikhlas, kurang yakin, tidak sabar dan gopoh serta lain-lain sifat yang semuanya perlu dikikis dalam melayari bahtera Islam ini yang penuh liku-liku kepayahan dan onak duri ini. Ambillah pengajaran bahawa penyakit pernah terkena pada sebahagian daripada ahli PAS sehingga ada yang mengkhianati perjuangan ini satu ketika dulu.
Taubat Pejuang Daripada Dosa
12. Saidina Umar Al Khattab ra ketika mengutuskan Sa'ad bin Abi Waqqas dan tentera Islam dengan berkata: "wahai Sa'ad, Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya kamu diberi kemenangan oleh Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh. Sekiranya kamu melakukan maksiat seperti musuh, sedangkan bilangan kamu tidak seperti mereka, kamu akan dikalahkan oleh musuh. Ketika itu kekuatan zahiriah yang menentukan kemenangan."
13. Kata Saidina Umar ra ini mengesahkan bahawa ciri-ciri pejuang Islam wajib dipenuhi oleh ahli PAS sebagai pra syarat kemenangan adalah menjadikan bulan Ramadhan ini bulan taubat.
14. Memperbanyakkan taubat dan istighfar atas dosa-dosa kita yang menghalang pertolongan dan bantuan daripada Allah serta tidak dikabulkan doa. Jadikan amalan ini sebagai wirid amalan sepanjang Ramadhan ini agar kita keluar daripada bulan ini bersih daripada dosa kecil.
Renungilah firmanNya dalam surah Hud ayat 52 (maksudnya): "Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!"
15. Setiap perjuangan Islam pasti akan berdepan dengan musuh yang serba canggih dan keupayaan yang melebihi daripada kekuatan Islam. Mereka memiliki wang yang banyak, peralatan yang cukup, bilangan personel yang ramai serta keperluan material yang lengkap.
16. Walaupun perjuangan Islam juga menuntut persiapan, namun tetap tidak setanding dan mampu disediakan sama dengan apa yang dimiliki oleh musuh. Sudah tentu pada zahirnya kelihatan semua kelengkapan material ini memberi kelebihan kepada musuh.
17. Hanya kekurangan yang ada pada musuh apabila mereka banyak melakukan maksiat dosa kepada Allah, hidup berpoya-poya, cintakan dunia dan tidak mengharapkan pertolongan Allah. Sekiranya ahli PAS mempunyai sifat yang sama seperti musuh, sudah pasti kemenangan tidak diberikan kepada Islam dek terhijap dengan dosa daripada rahmatNya.
18. Oleh itu, ahli PAS adalah secara wajib haraki membersihkan diri dan sanubari dengan banyakkan taubat dan istighfar di bulan Ramadhan ini. Tangiskan air mata ketakutan kepada Allah membimbangi kemurkaanNya dengan sebab dosa-dosa.
Ramadhan Menumpaskan Nafsu Syahwat
19. Ya, musuh Islam dimana-mana. Namun tidakkah kita sedari bahawa ada musuh yang dekat dengan kita sepanjang masa dan tidak pernah berpihak untuk tunduk kepada Allah adalah dalam diri kita sendiri.
20. Nafsu syahwat kita pada hakikatnya sentiasa mendorong kita supaya menjauhi daripada rahmat Allah swt. Firman Allah swt dalam surah al Kahfi ayat 28 (maksudnya): "dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."
21. Ramadhan adalah bulan menjinakkan hawa nafsu yang bersifat sentiasa mendorong diri kepada habuan segera, nikmat seketika, dunia yang penuh tipu daya, malas berjihad dan mengingkari perintah Allah.
22. Ahli PAS perlu menongkah syahwat duniawi yang menghambat pejuang Islam daripada landasan perjuangan suci ini sehingga ada yang buta mata hatinya melihat janji Allah swt di kemudian nanti.
23. Sememangnya matlamat perjuangan PAS jelas, iaitu menegakkan Islam dan memartabatkan hukumNya di tanah air tercinta ini. Kejayaan melawan nafsu ini memberikan kekuatan tatkala ahli PAS diuji dengan nikmat kemenangan dalam perjuangan agar tidak mudah goyah dan lupa daratan dan asal usul prinsip perjuangan PAS.
24. Ahli PAS hendaklah menjadikan ibadah puasa membuatkan seluruh anggota badan seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan kemaluan patuh hanya kepada perintah Allah azzawajalla sebagai pentarbiyyahan diri pejuang untuk menjadikan hamba kepada Allah sahaja dan bukan lelainnya.
25. Walaupun perbuatan yang bakal dilakukan itu tidak berdosa pada bulan lain atau waktu lain, atau halal pada memakannya atau menanfaatnya, namun kerana perintah Allah seorang yang berpuasa mengenepikan semua kehendak nafsu semata-mata patuh kepada arahan Allah dan kehendakNya sahaja.
26. Al-Quran dalam mengisahkan tentera Thalut yang diuji oleh Allah dengan menahan diri daripada meminum air sungai ketika perjalanan menuju jihad menentang Jalut. Mereka yang berjaya menangkis nafsu mereka untuk melaksanakan perintahNya adalah golongan yang diberikan kemenangan oleh Allah sekalipun jumlah mereka sedikit dan pada lojik akal bahawa dengan jumlah bilangan seperti mereka akan mengalami kekalahan.
Lihatlah Surah al Baqarah ayat 249 (maksudnya): "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". 
Wahai ahli PAS, marilah kita jadikan Ramadhan ini sebagai Mukhayyam Tarbawi dan Tamrin langsung daripada Allah swt kepada kita agar prasyarat kemenangan dapat dipenuhi sekali gus Allah mengurniakan kejayaan di dunia di samping habuan di akhirat nanti. 
Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan kita. 
Sejahtera Bersama Islam
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
27 Mei 2017 | 1 Ramadhan 1438H
Sumber HD - 28-5-2017 







































Anwar wajar bezakan persepsi dan realiti

1. DATUK Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sewajarnya meneliti terlebih dahulu kenyataan beliau terutamanya beberapa salah faham dan penyelewengan fakta yang dihamburkan terhadap PAS. Ucapan DSAI yang dibacakan sendiri oleh anak beliau, Nurul Izzah pada Kongres Nasional PKR, 21 Mei 2017 mengatakan: 
“They (PAS) did not oppose the GST budget, the rise in fuel and sugar prices and did not participate in the Bersih 5 rally.” 
"Mereka (PAS) tidak menolak GST, kenaikan harga minyak dan gula dan tidak terlibat dalam perhimpunan Bersih 5." 
2. Malah, dalam beberapa laporan akhbar menunjukkan kenyataan DSAI  bahawa PAS mempunyai aliansi dengan Umno selepas memutuskan tahaluf dengan PKR. 
3. Tohmahan tersebut jelas tidak benar dan jauh dari realiti. Isu GST, PAS adalah parti yang konsisten menolak pelaksanaannya. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) pernah mengeluarkan sebuah artikel menjelaskan konsistensi pendirian PAS terhadap GST yang bertajuk "Mengapa PAS menentang GST?" pada 9 Januari 2014. 
4. Sebaliknya, persoalan yang sama sepatutnya diajukan kepada DSAI dan PKR, adakah benar mereka menolak secara total pelaksanaan GST? Bagaimana pula dengan kenyataan beliau sendiri yang jelas menyokong dan menyebelahi GST meskipun meletakkan pelbagai syarat dalam pelaksanaannya. Begitu juga kenyataan Nurul Izzah dalam blog beliau pada 29 April 2017 yang menyatakan: 
"PH kekal konsisten dengan pendapat kami bahawa GST tidak sepatutnya dilaksanakan secara terburu-buru..." 
5. Meletakkan syarat sebelum melaksanakannya bermakna seseorang itu tidak menolak perkara tersebut. Malah, pada Oktober 1992, sewaktu membentang bajet 1993, DSAI turut menegaskan GST perlu dilaksanakan dalam kondisi yang transparent dan efisyen. 
6. Beliau turut menyatakan bahawa PAS tidak membantah kenaikan harga minyak dan gula. Barangkali DSAI tidak pernah didedahkan dengan pelbagai kenyataan pimpinan PAS yang menjelaskan pendirian PAS berhubung kedua-dua isu. 
7. Begitu juga kenyataan pemimpin PAS yang menolak untuk bergabung dengan Umno. Malangnya, ramai pemimpin parti politik lain yang mengulas seolah-olah mereka mewakili pendirian PAS dan ramai pula yang lebih mempercayai ucapan-ucapan mereka! 
8. Kebelakangan ini DSAI dilihat menggunakan nama PAS untuk diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan. PAS ingin mengingatkan DSAI bahawa PAS kini konsisten dalam setiap tindakan politiknya sesuai dengan konsep BPMS. 
9. Ini juga membuktikan PAS semakin menjadi tumpuan lensa politik di Malaysia. Semua pihak mahu melihat PAS jatuh, malangnya dari sehari ke sehari PAS semakin relevan dan konsisten. 
10. Bagaimana DSAI gagal untuk memperoleh maklumat yang tepat mengenai PAS?  Sama ada bacaan politik beliau terhadap PAS kini tidak menggambarkan realiti yang ada atau pemimpin PKR gagal salurkan maklumat yang tepat kepada beliau dan sekadar menyampaikan persepsi yang diulas dari mulut mereka sendiri. 
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
23 Mei 2017 / 26 Syaaban 1438 - HARAKAHDAILY 23/5/2017
Sumber HD - 23-5-2017 












































PCM dialu-alukan

1. PAS adalah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar dan prinsip perjuangannya. Sedang Islam itu adalah sebuah manhaj kehidupan yang akan memandu manusia menjadi sejahtera dan harmoni dalam sosial, politik mahupun ekonomi. 
2. Islam menjanjikan keadilan kepada semua termasuklah golongan non-muslim. Memulangkan hak, melindungi pihak tertindas dan menentang kezaliman. Islam mengangkat kebenaran dan menolak kebatilan. 
3. Inilah perjuangan PAS dan PAS tidak mempunyai wajah kedua untuk berpura-pura dengan pihak non-muslim. Wajah PAS hanya satu. Bersama ummat Islam, PAS perjuangkan Islam, kepada non-muslim juga PAS berjuang di atas prinsip Islam yang membawa keadilan untuk semua. 
4. PAS sangat berbesar hati atas kenyataan Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan kelmarin, yang telah membuat kenyataan terbuka bahawa PCM sedia untuk bekerjasama dengan PAS khususnya bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 kelak. 
5. Justeru ia satu bukti bahawa PAS tidak ditolak oleh golongan non-muslim sebaliknya PAS boleh pada bila-bila masa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk non-muslim selama mana dasar dan prinsip perjuangan PAS diterima dan dihormati. 
6. Saya percaya Datuk Huan Cheng Guan sebagai seorang yang terpelajar dan mempunyai pengaruh yang tersendiri dari kalangan non-muslim terlebih dahulu telah membuat analisis dan kajian terhadap perjuangan PAS.7. Saya pasti kenyataan beliau tidak terburu-buru sebaliknya dengan penuh sedar dan faham situasi politik hari ini, lantas PCM menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS. 
8. Tindakan PCM adalah tepat dan kena pada masanya. Saya berpandangan bahawa kehadiran PCM juga akan turut mengukuhkan Gagasan Sejahtera dalam memacu gerakan perubahan dan memimpin kebangkitan rakyat. 
9. PAS mengalu-alukan kehadiran PCM untuk bersama kami dan menyeru supaya non-muslim tidak perlu ragu terhadap perjuangan PAS. Kami bukan sebuah parti yang rasis apatah lagi untuk memaksa agama lain. 
10. Kami berjuang dan mendidik rakyat agar saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama ini. 
Sejahtera Bersama Islam
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
15 Mei 2017 / 18 Syaaban 1438 - HARAKAHDAILY 15/5/2017
Sumber HD - 15-5-2017 














































Tidak wajar tuduh PAS melalui sumber Umno

TIDAK sepatutnya ucapan, berita yang bersumber daripada Umno dijadikan rujukan untuk menuduh PAS bergabung dengan Umno. 
PAS sudah jelaskan kerjasama hanya dalam hal kepentingan rakyat. Tetapi tetap berbeza dalam pendirian politik dan dasar perjuangan. 
Tak aci lah tuduh PAS begitu begini kerana Umno buat kenyataan nak bekerjasama dengan PAS. Kena tengok apa kenyataan oleh PAS. PAS kata PRU14, PAS bertanding lawan Umno. Presiden, Timbalan dan Naib-naib semua kata begitu. Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulamak pun kata begitu. 
Umno ni nak pujuk PAS supaya duduk sebelah dia. Memang logiklah dia buat baik, puji, beri ruang dan macam-macam liputan. Lebih-lebih lagi keputusan SURVEY 2017 dan terbaru oleh sembilan orang profesor yang terlibat kajian dibuat oleh Parti Bersatu PPBM yang dapati PAS mendahului Umno dalam sokongan rakyat. Kajian Umno dan agensi risikan kerajaan pun mungkin selari. Berbaloi kalau dapat pancing PAS. 
Umno tidak peduli kajian INVOKE Rafizi Ramli. Semua kajian yang pro PH termasuk DAP, orang tak percaya. 
Sebab itu walau pernah PKR beria-ia nak kerjasama dengan Umno dengan idea KONSENSUS NASIONAL, ia tak dipedulikan BN. 
Walau DAP pernah hulur tangan nak kerjasama berbaik dengan BN, ia tak dipedulikan sekalipun DAP ada ramai ahli Parlimen. 
Yang jadi rebutan sekarang adalah PAS. 
Umno ambil pendekatan buat baik dengan PAS kerana mereka perlukan PAS. 
DAP, PKR, PPBM dan parti kecil PAN pun mereka tahu sangat mereka sangat terdesak dan sangat perlukan PAS untuk berdepan PRU14. 
Tetapi mungkin ilmu 'diplomatik' Pakatan Harapan ini menggunakan pendekatan 'luar kotak' yang tak tercapai dek akal manusia biasa. 
Oleh sebab Pakatan Harapan perlukan PAS, maka pendekatan untuk ajak PAS agar bersama dengan mereka adalah dengan 'melawan' PAS. Menyerang PAS, memfitnah, khianat dan pelbagai lagi. 
Itu kaedah PH mahu ajak PAS agar bersama dengan mereka.
Beza sungguh dengan pendekatan Umno yang juga bercita-cita memujuk PAS agar berpihak dengan mereka. 
Rakyat boleh lah nilaikan sendiri. 
Apabila PAS bercakap pasal matang dan sejahtera, PAS juga memerhati dan menilai sama ada pemimpin pemimpin politik yang cuba memancing PAS mempunyai akal dan buah fikiran dan hati budi yang sejahtera. 
Aqlu Salim dan Qolbun Salim. 
Ia boleh dinilai daripada tindak tanduk mereka. 
PAS tetap tegaskan akan memperkukuhkan muafakat politik dan muafakat rakyat yang dimaterialkan dalam GAGASAN SEJAHTERA sebagai tawaran kepada rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional memimpin negara Malaysia ini. 
AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
12 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 12/5/2017
Sumber HD - 12-5-2017 

Nasrudin gesa kebangkitan mujahid siber
Posted on Thursday, May 11 @ 08:34:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34881



SHAH ALAM - Serangan siber dilihat sebagai cabaran baru yang dihadapi umat Islam kerana serangan siber ini mampu untuk mensasarkan jutaan pengguna.


Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, serangan ini menjadi medium musuh Islam untuk cetuskan propaganda, provokasi serta fitnah terhadap Islam dan gerakannya.


"Malang sekali, serangan mereka ini mampu mensasarkan jutaan pengguna siber," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau menggesa agar para mujahid bangkit untuk menangkis serangan ini.

"Mujahid siber perlu bangkit berani, bijak, pantas dan hikmah, berpaksikan budaya politik matang dan Sejahtera (BPMS) dalam usaha menangkis serangan siber.


"Serlahkan hujah yang bernas, pilih perkataan yang hikmah, guna ayat yang mudah namun tegas dan lebarkan jaringan maklumat," katanya.

Sumber TKO - 11-5-2017








































RUU355: PAS terbuka terhadap kritikan dan cadangan, sedia beri penerangan

MERUJUK kepada satu laporan mengenai komentar oleh Datuk Ismail Yahya terhadap RUU355 yang dibentangkan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Parlimen, suka untuk saya tegaskan seperti berikut: 
1. Tujuan PAS membentangkan RUU355 adalah untuk memartabatkan institusi Mahkamah Syariah di negara ini bagi membolehkannya menjatuhkan hukuman selari dengan syariat Islam yang sebenar. 
2. Usaha yang dibuat oleh PAS ini adalah bertepatan dengan peruntukan perlembagaan sedia ada dan bersesuaian dengan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini. 
3. Sokongan oleh para ulamak, cendekiawan Islam dan orang awam serta oleh banyak NGO dan pelbagai badan penguatkuasa terhadap RUU355 yang diusulkan oleh PAS ini memperlihatkan kepentingan dan kewajarannya, justeru ia tidak harus diremeh atau diperlecehkan. 
Sepatutnya, Datuk Ismail Yahya dan lainnya bersama-sama membantu usaha murni ini atau sekurang-kurangnya tidak mengelirukan masyarakat dengan andaian dan persepsi yang dibuat akibat kejahilan diri sendiri tentang RUU355 ini. 
Sedangkan, YB Marang dan YB Kota Bharu telahpun secara panjang lebar dan menurut pelbagai perspektif menjelaskan sebab dan alasan PAS mencadangkan pindaan terhadap Akta 355 itu. 
Pun begitu, PAS tetap terbuka dengan sebarang kritikan dan cadangan oleh mana-mana pihak. Sekiranya Datuk Ismail Yahya merasakan kaedah yang dicadangkan itu lebih munasabah dan berkesan, PAS mengalu-alukan dan menggesa tokoh ini segera memulakan inisiatif bagi melaksanakan cadangan itu. PAS juga terbuka menerima undangan serta kunjungan pelbagai pihak bagi menjelaskan lagi berkenaan RUU355 ini. 
"Sejahtera Bersama Islam"
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
11 May 2017 / 14 Syaaban 1438 - HARAKAHDAILY 11/5/2017
Sumber HD- 11-5-2017








































PAS kekal bersama Gagasan Sejahtera

1. SAYA terbaca satu keratan akhbar bertajuk 'Ku Nan: Up to PAS to Return to Umno Fold' terbitan The Star. Kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah PAS ingin kembali ke pangkuan Umno sepertimana dakwaan beliau lahirnya parti ini dari sayap Umno (Biro Agama dan Pelajaran Umno). 
2. Pertama, Umno dan pimpinannya terlebih dahulu perlu membaca sejarah penuh tentang penubuhan PAS dari pelbagai sudut, jangan hanya diambil sudut kecil kemudian membuat kesimpulan yang tidak tepat. 
3. Asasnya, PAS ditubuhkan oleh orang Umno tetapi bukan sebagai sayap kepada Umno. Dalam masa yang sama, PAS juga ditubuh oleh ahli-ahli Hizbul Muslimin selepas diharamkan pada 1948. Ini bererti bukan (ahli) Umno sahaja yang terlibat dengan penubuhan PAS. 
4. N.J Fuston dalam tulisannya 'Malay Politic in Malaysia, 1945-1969, A Case Study of the Umno and the Pan-Malayan Islamic Party (PAS)' menyebutkan "PAS telah mewarisi tiga ideologi politik iaitu tradisi sosialis dari Malay National Party, tradisi modernisasi Islam yang dibawa oleh Hizbul Muslimin dan tradisi perjuangan badan-badan anti Umno pada tahun 1950-an". 
(Buku "Saya Ahli PAS" tulisan Ustaz Azhar Yahya Al-Batawi, 2017).
Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa tidak semudah itu untuk menjustifikasikan PAS sebagai "lahir dari sayap Umno" semata-mata. 
5. Kedua, PAS tetap bertegas tidak akan menyertai mana-mana blok yang lain apatah lagi kembali menyertai Umno, sebaliknya PAS akan terus memberikan komitmen terhadap Gagasan Sejahtera. PAS terus akan kritikal memberikan pandangan, mengangkat isu nasional dan mengkritik sebarang pencemaran budaya politik dan ekonomi negara, di samping sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan dalam isu ummah dan melibatkan kepentingan agama Islam. 
6. Sesuai dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), PAS akan memainkan peranan yang signifikan dalam arus perdana politik tanah air seterusnya jujur dalam mengkritik, tegas berpegang pada prinsip Islam berasaskan konsep keadilan dan kesatuan ummah serta mewujudkan semak dan imbang (check and balance) yang berkesan kepada pembangunan masa depan masyarakat dan negara. 
7. PAS juga menasihatkan pemimpin Umno supaya tidak perlu menjadikan "agenda hala tuju politik PAS" sebagai tema perhimpunan mereka esok. Mereka perlu menerima hakikat bahawasanya PAS akan terus berjuang membina "Negara Sejahtera Bersama Islam" dengan  menjadikan Gagasan Sejahtera sebagai platform. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
9 Mei 2017 / 12 Syaaban 1438 - HARAKAHDAILY 9/5/2017
Sumber HD - 9-5-2017



PAS Tak Sombong
Posted on Monday, May 01 @ 11:16:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34766



KUALA TERENGGANU:
Enggan melayan kritikan yang menuduh parti itu sombong dan bongkak hanya kerana Pas berpendirian tegas dalam mempertahankan prinsip perjuangan dan menjaga kepentingan Islam serta hak orang Melayu sebagaimana ditentukan perlembagaan.

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, pendirian Pas itu menzahirkan sikap kepada mana-mana pihak bahawa dalam berpolitik tetap ada batasannya.
“Pas memberi isyarat kepada seluruh umat Islam tua atau muda, kaya atau miskin, bandar atau luar bandar, lelaki atau perempuan, tak kira kamu orang dacing atau orang bulan hatta orang roket sekalipun.
“Islam bukan urusannya setakat ‘shake hand, bye-bye’ di dunia sahaja. Setiap manusia akan kembali menghadapi ALLAH sama ada menjadi Muslim yang benar seperti syahadahnya atau pulang sebagai manusia kafir,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam perkembangan semasa katanya, keadaan membimbangkan apabila komposisi umat Islam lebih 64 peratus dalam negara tetapi urusan agama Islam, hak-hak yang mengamalkan agama Islam seolah-olah perlu meminta izin daripada golongan minoriti sekalipun dalam hal yang tidak melibatkan orang bukan Islam.

Menurutnya, dalam soal politik, umat Islam turut terpengaruh dengan aliran liberalisme, sekularisme, pluralisme, gerakan feminisme serta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bersaksikan kebebasan intelektual sedang mengajak rakyat menerima parti politik tertentu.

Ahmad Amzad yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu berkata, ia jelas dari tingkah laku, kenyataan pemimpin politik terlibat dan sebahagian tingkah laku ditonton secara langsung oleh rakyat melalui pelbagai media.-

“Dalam semua keadaan ini, adalah tidak patut bagi Pas tunduk dalam apa keadaan sekalipun sejajar sifat Pas sebagai sebuah parti Islam, harapan agama Islam, harapan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, orang Islam yang tidak menjaga hak sendiri, memandang rendah serta cuai dengan amanah ALLAH sehingga orang luar boleh berbuat sesuka hati termasuk campur tangan dalam urusan agama dan umat Islam, mereka disifatkan sebagai dayus, hilang pedoman serta tiada jati diri Muslim.

Jelasnya, pendirian Pas itu juga sebenarnya memberi isyarat kepada seluruh umat Islam di negara ini supaya sedar dengan kedudukan sendiri yang dijamin oleh Islam dan undang-undang negara.

“Pas tidak akan tunduk. Pas telah keluarkan semua pemimpin yang pernah membuat Pas menjadi parti yang diperalat  parti lain dalam PR. Membiarkan Pas jadi tunggangan semua orang,” katanya.-Mstar

Sumber TKO - 1-5-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































PAS parti besar, tak akan benarkan jadi punching bag

SIKAP PAS jelas mengajak kepada keharmonian antara kaum dan agama. Kerana itu adalah prinsip dan ajaran Islam. 
Kerana prinsip inilah PAS menentang mana-mana parti yang membawa aliran yang menjurus kepada sentimen rasisme, ashobiyyah yang sifatnya menyemai prasangka, kebencian dan mahu merampas apa yang menjadi hak kepada kaum kaum dan hak mengamalkan agama. PAS menentang DAP yang menyerlahkan sikap memusuhi dan campur tangan urusan agama Islam dan apa yang menjadi hak berperlambagaan orang-orang Melayu termasuk kuasa institusi Raja. PAS menentang chauvinisme. 
Dalam masa yang sama PAS mengambil pendekatan dialog, berhubung, menjalin persaudaraan dengan kesemua kaum dan agama. Presiden PAS dan kepimpinan berkunjung ke gereja menjalin persahabatan dan buka ruang dialog persefahaman,  meraikan kaum tionghua, Pejabat Agung PAS jadi pusat agihan air oleh DHPP ketika perarakan Thaipusam, menganjur sama perayaan Tahun Baru Cina dan Pesta Tanglung  di seluruh negara. Ramai yang beri sambutan. 
PAS menentang DAP kerana pendiriannya.
PAS menentang Umno kerana pendiriannya.
Kita sayang semua saudara se-Malaysia kita dari pelbagai kaum dan agama yang saling tahu menghormati dan cintakan keharmonian dan perpaduan. 
Sikap siapa sahaja berdepan serangan demi serangan termasuk pelbagai fitnah dan caci maki dari musuh PAS ini, maka sudah sewajarnya diberi reaksi dan tindak balas yang bersesuaian. 
Sangat tak kena jika diminta PAS berdiam diri usah membalas. 
Orang lemah jika tidak membalas maka dikata ia lemah maka dia tak mampu jawab.
Tapi PAS bukan lemah. Yang menyerang PAS ini bukan lebih besar dari PAS. Tapi mereka besar kepala. PAS sudah mengambil tempoh yg lama, cuba tidak agresif melayan perangai nakal penjahat ini. Ini termasuk kejadian  pijak gambar DS TGHH di Bersih 4 dan terkini karikatur Nanyang Siang Pau. PAS cukup sabar. 
Jika PAS mula menjawab dan menyerang balik, itu setelah kita dahulukan sikap sabar.
Jika PAS mula menyerang balas menggerakkan massa, menyeru rakyat  penolakan total aliran biadap pemuja DAP dan pelampau sekular dalam Umno yang masih leka dengan kerosakan Umno dan rasuahnya, maka itu adalah perkara yang sudah tiba pada masanya, sesuai dan padan patut dengan kapasiti PAS sebagai mewakili denyut nadi orang Islam yang 64% di Malaysia. 
Ini selari hasil kajian SURVEY APRIL 2017 yg menunjukkan dengan jelas PAS mendahului Umno dalam opinion survey terkini ini. 
Nasihat saya kpd penyokong dan ahli PAS, tiada salah balas balik. Itu adil. Yang tak adil kita dipukul tapi disekat dan dihalang balas balik.

PAS bukan punching bag.
Cuma pastikan fakta mesti betul, jangan terikut budaya fitnah, jangan maki hamun, jangan ubah suai foto untuk fitnah orang, jaga akhlak. 
Peranan ini tanggungjawab kita semua. Semua mesti main peranan. 
PRU14 KITA JAYAKAN TSUNAMI ISLAM!! TOLAK AHOK MALAYSIA DAN RAKAN-RAKAN RANGKAIANNYA. 
AHMAD AMZAD HASHIM
30 April 2017 - HARAKAHDAILY 30/4/2017    
Sumber30-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Membina negara sejahtera

SUNNAH perjuangan Islam ini getir dan sukar. Tiada jalan mudah dan singkat untuk menang. Memerlukan nusrah daripada Allah swt, jiwa yang tabah, fizikal yang kuat dan sikap yang optimis terhadap masa depan Islam yang diperjuangkan. 
وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ 
“Berapa ramai Dari para nabi terdahulu telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-yang taat kepada Allah swt, mereka tidak rasa  lemah hina terhadap musibah yang menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka tidak rasa lemah semangat dan tidak pula tunduk (kepada musuh). Dan Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.” 
Surah Aali Imran : 146
“Masa depan Islam sangat cerah dengan pertolongan Allah SWT dan kemenangan yang hampir. Teruskan langkah perjuangan dengan mematuhi akhlak dan disiplin berjamaah. Usah ragu dengan hala tuju perjuangan ini dan jangan risau dengan ancaman lawan.” 
وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ 
“Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang beriman.” 
Surah As Saff : 13
Dewan Ulamak PAS Malaysia dengan Muktamarnya yang ke-56 telah mengangkat tema Membina Negara Sejahtera, kini meletakkan sayap penting PAS itu membuka langkah tampan bergaya untuk : 
i - menggerakkan kebangkitan ummah
ii - memimpin perubahan
iii - mengisi kemenangan
iv - mengembangkan empayar Islam 
Bermula dengan aqidah yang menjadi tapak kukuh membina negara sejahtera, Dewan Ulamak PAS Malaysia mula membina kelestarian daya fikir ummah agar mengangkat agenda penyelesaian berdasarkan prinsip dan kaedah Islam serta membangunkan negara berpaksikan Syariat Islam. 
Seiring dengan langkahan mantap yang dilakukan oleh Dewan Ulamak PAS Malaysia, sayugia seluruh anggotanya mestilah mempersiapkan diri guna mendepani cabaran ini.
Bukan lagi fitnah dan tohmahan key board warrior yang menjadi cabaran besar kepada Dewan Ulamak PAS Malaysia. Bukan juga ancaman musuh politik yang menjadi cabaran hebat Dewan Ulamak PAS Malaysia. Malah bukan juga pengkhianatan para munafikin yang menjadi cabaran berat kepada Dewan Ulamak PAS Malaysia. 
Tetapi, cabaran sebenar bagi Dewan Ulamak PAS Malaysia ialah: 
i - proses pengupayaan diri agar para alim ulamak kita mampu memimpin negara dengan memiliki watak dan sifat kepimpinan yang berwibawa. Ianya merangkumi :
- ilmu kepimpinan
- pengalaman mengurus
- spiritual yang jitu
- disiplin berjamaah
- peribadi yang thiqah
- komunikasi yang memikat
- jaringan enggagement yang lebar
- peka isu semasa 
ii - jatuh maruah dan terjerumus dalam persoalan tengik bengik dan pertikaian yang tidak berkesudahan di mukabuku. Kita pemimpin bukan cybertrooper. Kita pendidik bukan pengherdik. Kita pendakwah bukan pemecah belah. 
Kepimpinan ulamak bukan hanya terhad dan melingkar di sempadan parti sendiri, tetapi juga menjadi pemimpin dan memimpin ummah yang tentunya mempunyai pelbagai latar depan belakang mereka, bahkan menjangkau sensitiviti dan keperluan non muslim.
Potensi ilmu yang dimiliki oleh para alim ulamak ini selayaknya meletakkan mereka sebagai sandaran rakyat dan rujukan semasa. Justeru itu ulamak mesti "ada" bila sahaja diperlukan oleh masyarakat. – HARAKAHDAILY 28/4/2017
Sumber HD - 28-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








































Laksanakan segera sistem saringan pekerja (Al Fatihah buat Adik Mohamad Thaqif)

1. PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang telah meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan serius dari hukuman disiplin melampau seorang pembantu warden di sekolah Almarhum. 
thaqif2. Dilaporkan bahawa pembantu warden tersebut yang mempunyai rekod jenayah lampau, sedang ditahan reman. 
3. Meskipun kes ini mengundang emosi namun sikap kita seharusnya mengelak untuk menghukum tanpa bicara. Apa yang wajar ialah doa buat Almarhum adik Thaqif dan agar keadilan segera terlaksana. 
Berdasarkan respons tuntas Ketua Polis Negara, kita meletakkan keyakinan kepada PDRM untuk memuktamadkan siasatan dengan cepat dan betul. 
4. Sudah tiba masanya juga suatu sistem saringan diwujudkan sebagai pusat rujukan sehenti para majikan memeriksa latarbelakang pekerja yang ingin diambil khususnya bagi organisasi yang terlibat dalam sektor kritikal seperti keselamatan, kesihatan dan pendidikan. 
5. Kerajaan sudahpun mempunyai sistem e-Tapisan yang menyaring pengambilan pekerja dan kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan awam. Sebagai cadangan, sistem e-Tapisan ini boleh diperluas kepada sektor swasta terpilih bagi meningkatkan kualiti saringan pengambilan pekerja sekaligus mengurangkan individu berisiko tinggi dari berkhidmat di dalam sektor kritikal seperti di sekolah-sekolah. 
Al-Fatihah untuk Almarhum adik Thaqif. 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sumber HD - 27-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








































Pertahan Islam bukan bongkak tetapi izzah

TIDAK perlu dilayan tohmahan konon bila PAS berpendirian tegas dalam mempertahankan prinsip perjuangannya, kepentingan Islam, hak orang Melayu yang ditentukan perlembagaan maka dikatakan PAS sombong dan bongkak pula. 
PAS memberi isyarat kepada seluruh umat Islam di Malaysia supaya sedarlah kedudukan sendiri bahawa tanah kita berpijak adalah tanah kita, laman kampung kita, warisan keturunan kita, pusaka yang sah sepertinya hak pemilikan harta yg dijamin oleh Islam dan undang undang negara. 
Mempertahankan hak adalah kewajipan setiap individu muslim, meremehkan hak sendiri, tidak menjaga dan mencuaikannya adalah sifat yg tidak menjaga amanah Allah, membiarkan perampas, pencabul hak umat Islam berbuat sesuka hati menganggu, campurtangan, memerintah urusan yang jadi hak agama dan umat Islam adalah dayus dan hilang pedoman serta tiada jati diri muslim. 
Komposisi umat Islam lebih 64% dalam negara Malaysia, tetapi urusan agama Islam, hak mengamalkan agama Islam kini bagaikan perlu surat minta izin dari mereka yang minoriti pula sekalipun dalam hal yang sikitpun tidak melibatkan orang bukan Islam.
Kini dalam soal politik pun, rosaknya pemikiran umat Islam yang terpengaruh aliran liberalisma, sekularisma, pluralisma, gerakan feminisma dan LGBT konon berpaksikan kebebasan intelektual sedang mengajak rakyat menerima Pakatan Harapan yang jelas halatujunya dikawal oleh DAP, yang keras serta jelas pendirian anti Islamnya. 
DAP mahu memaksakan versi Islam yang ditentukan olehnya sepertimana ia mengawal Fatwa di Pulau Pinang perlu mendapat kelulusan Exco Pulau Pinang yang terdiri cuma 3 orang Islam dan 7 bukan Islam dengan dipengerusikan oleh pemimpin DAP sendiri. 
Versi Islam DAP jauh lari dari apa yang rasmi dari pendirian dan makalah rasmi Institut Kefahaman Islam, Jabatan Kemajuan Islam JAKIM, Fatwa Mufti dan Perlembagaan Negara Malaysia misalnya dalam isu RUU355 dan Pindaan Akta 164. 
Pakatan Harapan telah menunjukkan pendirian secara enblock, mengambil posisi kebersamaan dengan DAP dalam isu ini. Ia jelas dari tingkah laku, kenyataan kenyataan pemimpin PH. Sebahagian tingkah laku ini ditonton secara langsung oleh rakyat melalui pelbagai media. 
Secara umumnya Pakatan Harapan sedang dituai dan diambil manfaat untuk memberi kelebihan dalam menjayakan agenda DAP. 
Dalam semua keadaan ini, adalah tidak patut bagi PAS tunduk dalam apa keadaan sekalipun sejajar sifat PAS sebagai sebuah parti Islam, harapan agama Islam, harapan umat Islam. 
PAS memberi isyarat kepada seluruh umat Islam tua atau muda, kaya atau miskin, bandar atau luar bandar, lelaki atau perempuan, tak kira kamu orang dacing atau orang bulan hatta orang roket sekalipun. 
Bahawa dalam berpolitik ada batasnya yang perlu dijaga. Islam bukan urusannya setakat shake hand bye bye di dunia sahaja. Setiap manusia akan kembali mengadap Allah sama ada menjadi muslim yang benar seperti syahadahnya atau pulang sebagai manusia kafir.
PAS TIDAK AKAN TUNDUK. PAS telah nyahkan keluar semua pemimpin yang pernah membuat PAS menjadi parti yang diperalat semua parti lain dalam Pakatan Rakyat. 
Membiarkan PAS menjadi tunggangan semua orang.
UMAT ISLAM JANGAN TUNDUK. Musnahkan segala perancangan balik tabir ahzab yang merancang menguasai negara sama ada secara langsung atau secara boneka upahan mereka. 
AHOK yang di Indonesia telah diajar umat Islam Indonesia.
Kini menjadi tanggungjawab umat Islam Malaysia menunjukkan Izzah/maruah harga diri dan kekuatan yang tiada kurangnya dalam menjayakan Tsunami Islam. 
MUSNAHKAN PERANCANGAN "AHOK MALAYSIA" DAN SEMUA SEKUTU DAN RANGKAIANNYA. 
Ini bukan bongkak seperti celuparnya Mahfuz menuduh PAS bongkak bila menolak menjadi alat PH yang dikuasai DAP. 
Ia sikap yang wajib dalam keadaan senario yang berlaku hari ini.
Jangan lagi biarkan orang Islam tunduk kepada desakan diluar batas. Jangan biar mereka terus jadi kurang ajar dan melampaui batas. 
Cukuplah dengan menghayati ayat 29 dari Surah Al Fathi: 
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا 
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar." 
AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
25hb April 2017 – HARAKAHDAILY 25/4/2017
Sumber HD - 25-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








































Taraf PR Zakir Naik bukan bidang kuasa Menteri Kesihatan

T
SAYA menasihatkan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam supaya tidak sembarangan mengeluarkan kenyataan lebih-lebih lagi dalam hal yang ada kena-mengena dengan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini. 
Dr Zakir Naik adalah seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama dan sangat dihormati oleh para ulamak Islam dan umat Islam di seluruh dunia. 
Sebagai seorang menteri juga sepatutnya Datuk Seri Dr S Subramaniam mengetahui dan memahami  tatacara yang diguna pakai bagi pemberian taraf pemastautin tetap kepada orang asing di negara ini. 
Asasnya, seseorang itu mestilah mempunyai permit masuk yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan memiliki pasport antarabangsa negara asal. 
Taraf pemastautin tetap juga bukan hak kepada individu tetapi adalah satu anugerah oleh Kerajaan Malaysia kepada warga asing tersebut antaranya disebabkan oleh seseorang itu mempunyai kelulusan profesional atau kepakaran yang membolehkannya memberikan perkhidmatan profesional dan kepakarannya kepada negara ini tanpa menjejaskan kepentingan warganegara negara yang sedia ada. 
Sudah pasti proses ini telah melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti KDN, PDRM, JPN, Jabatan Imigresen dan lain-lainnya. Mengaitkan Dr Zakir Naik dengan keganasan dan pencetus ketegangan antara agama adalah suatu tuduhan dan semata-mata andaian yang bukan-bukan oleh Datuk Seri Dr S Subramaniam. 
Sebagai seorang yang menjawat Menteri Kesihatan, bukan bidang kuasa Datuk Seri Dr S Subramaniam untuk campur tangan dalam urusan ini. 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
21 April 2017 | 24 Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 21/4/2017
Sumber HD - 21-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 









































Pemilihan Gebenor Jakarta ‘Signal’ Kebangkitan Islam













Keputusan kiraan awal pusingan kedua Pilihanraya Gubenur Daerah Khusus Indonesia (DKI) Jakarta 2017 menunjukkan signal yang besar terhadap sinar kebangkitan Islam di bumi Indonesia.

2. Pemilihan Ketua Umum Kepada Daerah (PILKADA) di ibu negara Jakarta lebih mendapat perhatian lensa berbanding 6 wilayah (propinsi) yang lain. Malah, ia ibarat Pilihanraya Presiden Indonesia. Selain faktor Jakarta sebagai Daerah Khusus Indonesia (DKI) dan ibu negara Indonesia, pertembungan calon Ahok-Djarot dan Anies-Saindiaga juga dianggap pertembungan buku dan ruas.
3. Ahok menjadi sasaran demonstrasi besar beberapa bulan yang lalu susulan ucapan beliau yang disifatkan menghina Al-Quran dan agama Islam itu sendiri.

4. Di atas kertas, Ahok adalah calon utama untuk menang. Pusingan pertama PILKADA pada 15 Februari yang lalu menunjukkan Ahok memperoleh 44.17 peratus meninggalkan Anies 39.55 peratus sementara anak bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pula hanya memperoleh 16.27 peratus.
5. Namun, kiraan awal pusingan kedua semalam menunjukkan Anies memperoleh undian jauh meninggalkan Ahok dengan 58 peratus berbanding Ahok hanya 42 peratus.

6. Kejayaan ini juga jelas menunjukkan signal kebangkitan Islam di sana. Apabila anda menghina agama Islam, jangan fikir umat Islam tidak akan bertindak menolak anda sebagai pemimpin. Pilihanraya Gubernur Jakarta telah membuktikannya.

7. Kini, semangat yang sama sedang meniti umat Islam di Malaysia. Isu pindaan Akta 355 (RUU355) disusuli pindaan Akta 164 (RUU164) membuka mata rakyat di negara ini mengenai siapa sebenar lawan, siapa kawan yang benar-benar memperjuangkan Islam. Justeru, kebangkitan yang sama sedang membugar dalam pilihanraya umum akan datang.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 21-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Fastabiqul Khairat

1. ALHAMDULILLAH, PAS semakin bertenaga dan padu ketumbukannya untuk terus mara ke medan juang mendepani cabaran semasa dalam menjulang panji perjuangan Islam. 
2. Safnya terbina dari kepimpinan yang mantap dan anggota yang patuh. Mengakari prinsip dan polisi perjuangan yang utuh dan roadmap parti yang jelas  serta menuju matlamat yang satu iaitu Mardhatillah. 
3. Justeru itu, saya sedar dan insaf bahawa pencalonan saya ke posisi Naib Presiden PAS adalah berasaskan semangat berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan (Fastabiqul Khairat). Terima kasih atas kepercayaan yang diberi sementara saya percaya, bahawa saya bukanlah orang yang terbaik. 
4. Tanpa menghilangkan rasa hormat dan jauh sekali melunturkan rasa kasih saya kepada semua rakan-rakan kepimpinan PAS yang lain serta meraikan pencalonan dari para perwakilan: "saya dengan segala rendah diri menerima pencalonan Naib Presiden PAS bagi sesi 2017/2019 itu adalah atas sifat dan semangat yang serupa iaitu Fastabiqul Khairat." 
5. Semoga Allah swt melimpahkan Rahmat dan BerkatNya ke atas perjuangan Islam yang didukung oleh PAS ini dengan terus menyatukan hati, menyuburkan ukhuwwah dan memugar semangat para pejuangnya untuk memimpin gerakan perubahan serta kebangkitan rakyat. 
Nasrudin Hassan
18 April 2017 / 21 Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 18/4/2017
Sumber HD - 18-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Harga petrol, diesel: Laksana harga siling kekal, beri subsidi bersasar

1. PENETAPAN harga runcit petrol dan diesel secara mingguan bermula 29 Mac lalu sudah mula memberi kesan terhadap pertambahan kos yang perlu ditanggung oleh pengguna. 
2. Walaupun pengguna menikmati penjimatan sebanyak 17 sen (bagi RON95) pada minggu pertama, namun harga runcit bahan api itu telah meningkat sebanyak 11 sen hanya dalam tempoh 3 minggu sahaja; lebih cepat berbanding penetapan secara bulanan. 
3. Mungkin kesan psikologi penetapan harga runcit bahan api secara mingguan ini boleh membantu mengurangkan rasa terbeban dalam kalangan pengguna, pun begitu jumlah kos sebenar bagi bahan api yang perlu ditanggung oleh pengguna tetap meningkat justeru mengurangkan jumlah pendapatan boleh guna seseorang pada setiap bulan. 
4. Pada masa harga minyak mentah dunia sedang meningkat naik disebabkan pelbagai faktor dan nilai Ringgit pula masih berada pada paras yang rendah, harga runcit bahan api di negara ini memang dijangka akan berterusan meningkat. 
5. Sekiranya tiada mekanisme kawalan dilaksanakan, beban kos sara hidup rakyat di negara ini akan semakin bertambah dengan lebih cepat lagi. 
6. Oleh itu, saya menggesa Kerajaan supaya menetapkan suatu harga siling kekal (contohnya, kekal selama tempoh 6 hingga 12 bulan) yang berpatutan bagi harga runcit bahan api di negara ini dan memberikan subsidi kepada pengguna sekiranya ia diniagakan melepasi paras harga siling ini. 
7. Bagi memastikan subsidi ini tetap dapat diberikan secara bersasar, pelbagai mekanisme tambahan seperti pengenalan kad khas boleh dilaksanakan. 
“Inilah Penyelesaian Kita” 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
17 April 2017 | 20 Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 17/4/2017
Sumber HD - 17-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








































Azizul Hasni, antara rocketman dan pocketman

TAHNIAH Azizul Hasni Awang,  kebanggaan negeri Terengganu. Kebanggaan Malaysia. 
Kerana laju dan pantasnya beliau meluncur  basikalnya bagaikan roket sehingga menjadi juara dunia, seluruh dunia menggelarnya 'Orang Roket'. Tak ada kena mengena dengan Roket DAP ya! 
Lebih manis daripada itu, Azizul Hasni anak Terengganu, bersaing mencabar atlit lumba basikal dari pelbagai seluruh ceruk dunia, orang Eropah yang saiz fizikalnya besar-besar belaka, walhal susuk fizikal Azizul Hasni, orang Melayu biasa bersaiz sederhana yang relatif kecil berbanding 'gergasi’ yang menentangnya. 
Kecilnya tubuhnya maka seolah 'bersaiz poket' – ‘pocketsized', maka diletak di depan gelaran 'rocketman'nya menjadi 'pocket rocketman'. 
Azizul Hasni menjadi lambang keupayaan bangsa Melayu yang secara genetiknya bukan berfizikal besar untuk bersaing di peringkat dunia. Malah beliau menjadi juara Dunia! 
Beliau istiqomah dalam perjuangannya. 10 tahun beliau berusaha. Tidak kecewa walau selalu dikecewakan. 
Ia membuktikan bahawa kejayaan adalah milik semua yang cekal berjuang dan berusaha.  
Setelah mencuba sedaya upaya, selebihnya dia menyerahkan diri kepada ketentuan Allah Yang Maha Kuasa. Bukan tidak berusaha, tapi asyik beralasan itu sudah nasib dia. 
Dengan pencapaian besar ini, semoga Azizul terus mencurah curah rezekinya. Pelbagai hadiah, penajaan, pengiklanan akan terus menyusul. Saya harap dia jadi nama besar dalam sukan setaraf atlit antarabangsa. Jutawan yang berbakti kepada dunia lepas ini. 
Beliau tidak fikirkan wang atau memenuhkan poket dulu dalam perjuangannya. Beliau mahu harumkan nama negara. Beliau mahu buat satu pernyataan yang besar dan jelas kepada dunia, 'bold statement'  bahawa orang Islam itu hebat, orang Melayu itu hebat dan orang Malaysia hebat. 
Beliau mahu bagi mesej kepada semua orang Islam dan Melayu, jangan rasa rendah diri. Jangan sesekali tunduk. Lebih-lebih lagi kepada orang asing. 
Kerana sebahagian orang Melayu, orang Islam sangat teruk masalah keyakinan dirinya. 
Inferiority complex yang kronik. Lebih yakin agama lain, lebih yakin pemimpin lain. 
Itulah bezanya Azizul Hasni The Pocket Rocketman. Dia tak dahulukan poket. Dia buktikan dulu dia sehebat roket. Poket penuh itu datang dengan sendiri. 
Yang kita khuatir adalah gejala dan sikap melulu mencari wang dulu, nak kaya cepat di kalangan kita. Usaha tak seberapa mana. Kontrak diberi gagal dilaksana, janji niaga entah ke mana. 
Ada yang rasuah, menipu, pecah amanah kerana nak kumpul wang banyak-banyak. Nak kaya cepat. Semuanya mesti masuk poket. Poket kena tebal. 
Nak tebalkan poket, obses dengan poket. Mahu kaya secepat roket. 
Kerana itu saya hati-hati sikit dengan istilah "Pocketman". Jika disekalikan menjadi "The Rocket Pocketman" saya khuatir maksudnya lain. 
Azizul Hasni adalah The Pocket Rocketman, bukan The Rocket Pocketman seperti terpampang besar billboard oleh Kerajaan Terengganu pimpinan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Razif Abdul Rahman yang turut ada gambarnya di billboard yang sama. 
Orang-orang yang memenuhkan poket sendiri sepantas roket daripada wang rakyat Terengganu bukan Azizul Hasni. Tapi rakyat tahu, mereka orang-orang Dato' menteri! 
Tahniah Azizul Hasni. Takziah pemimpin pentingkan poket sendiri – HARAKAHDAILY 17/4/2017
Sumber HD -17-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Dari mana pula PAN, DAP, PKR dapat dana?

SURAH al-Hujuraat ayat 12 menyuruh orang orang beriman supaya jauhi prasangka yang terlarang (dalam keadaan tidak wajar kepada orang yg beriman) kerana prasangka sedemikian sebahagiannya dosa. 
Jika kita mahu hidup dengan sentiasa menyibukkan diri mencari cari dan mereka-reka sehingga obses yang bertukar menjadi seolah-olah keimanan terhadap sesuatu yang rekaan fantasi diri sendiri, maka ketika itu kita akan ditipu diri sendiri. 
Masyarakat luar yang merdeka dari apa yang kusut dalam kepala kita boleh menilai jelas sama ada kita ini berpijak pada realiti dan objektiviti atau tidak. 
Kerana itu, pohonlah petunjuk Allah SWT. 
Dalam soal fitnah pemimpin pemimpin PKR, PAN dan DAP terhadap PAS, jika PAS mahu, banyaklah yang boleh dibuat andaian andaian, teori teori penyaluran dana kepada PKR dan DAP khususnya kepada pemimpin mereka sendiri yang sedang satu persatu berdepan tindakan SPRM. 
Rasuah dan penyelewengan di kalangan Pemimpin Umno dan BN sudah diketahui umum. Rakyat dah tahu besar kecilnya yang kini menggoncang negara. BN dan Umno wajib diturunkan. 
Tapi menampilkan jalan keluar kepada rakyat mestilah pilihan yang bersih dan tidak rosak oleh budaya yang sama. 
PAS sebagai Parti Islam sangat keras tindakan akar umbinya yang tidak akan berkompromi dengan apa-apa yang melanggar hukum hukum Allah. Pemimpin yang ada isu integriti tidak akan duduk lama dalam PAS. Mereka ditolak awal awal. 
Kerana itu setiap pemimpin PAS diperhati dan jadi bahan kritik hatta perkara perkara yang kecil jika berlaku dalam parti lain, tapi sebesar gajah dianggap salah walaupun perkaranya kecil sahaja jika dikaitkan dengan pemimpin PAS. 
Saya pun boleh berteori banyak punca penyaluran dana kepada PAN, DAP dan PKR.
Tun Daim, Mokhzani Mahathir, Taikun taikun Judi dan Hartanah dan pelbagai lagi kroni era Mahathir semuanya kita tahu bukan kepalang dana modal pemilikan mereka. 
Rangkaian belakang DAP, yang berkeliling sekitar pemimpin PKR untuk projek projek di Selangor dan Pulau Pinang. 
Banyak prasangka yang boleh diandai-andaikan. 
Keterangan Raja Petra, malah dibuka lebih banyak maklumat lagi oleh Cikgu Bard tidak mengejutkan. 
Itu baru bunga-bunga. 
Sebagai Parti Islam, PAS tidak merasa perlu menggelisahkan rakyat dari fokus menjayakan misi menggantikan regim pemerintahan BN yang sedang merosakkan negara ini dengan menimbulkan keraguan melampau kepada parti parti pembangkang yang lain pula yang juga punya misi yang serupa. 
Kerana rakyat cuma ada dua pilihan. Kekalkan BN atau tukar dengan pilihan yang baru. 
Rakyat mengharapkan sesuatu yang lebih matang, berhemah, tidak caca marba dan sejahtera dalam pilihan mereka. 
Kerana itu PAS amat berpada pada. 
Isu SPRM Lim Guan Eng, PAS tidak panaskan. Isu terowong dan sistem pengangkutan baru yang berbillion di Pulau Pinang, pengambilan tanah, PAS belum mahu peningkan rakyat dengan teori dan andaian liar. Kita terima dan kaji dulu segala maklumat. 
Begitu jugalah dengan apa yang berlaku di Selangor. Ketua AMK ditahan SPRM cuma bunga-bunga sahaja. Ketuanya ada. Rangkaiannya tentu diperhati pihak berkuasa. 
PAS tetap dengan prinsipnya bahawa selagi kita meletakkan Islam dalam keadaan memimpin kita, maka sejahteralah akal kita, roh kita, hidup kita, badan kita, keluarga, negeri dan negara. 
Berbilang kaum dan agama, hidup harmoni dan sejahtera dalam kemajuan dan kemakmuran dari negara yang baik pemimpinnya dan baik kualiti rakyatnya. – HARAKAHDAILY 15/4/2017
Sumber HD - 15-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Ku sangka strategis, rupanya out of service
Posted on Friday, April 14 @ 16:03:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34521



SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, menyindir Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan beliau mengenai bekas pemimpin Pas, Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam nada berseloroh tetapi penuh sindiran, Nasrudin berkata, jangkaan beliau mengenai Rafizi ternyata meleset, apabila melalui pendedahan itu, Rafizi bukanlah sepertimana yang digambarkan.
"Ermmm, saya jangkakan ia seorang strategist, rupanya beliau dah 'out of service' (perkhidmatan tergendala)," katanya yang dipetik melalui akaun Facebooknya.


  Terdahulu, Sinar Harian hari ini melaporkan Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, menjelaskan pendedahan  itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.

Sumber TKO - 14-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Dakwaan Rafizi, Suhaizan langsung tak masuk akal

SRC International ditubuhkan tahun 2011. Wang pertama dilapor dipindah ke akaun milik Najib antara tahun 2014 dan 2015 sebanyak RM50 juta. 
"The public first heard about SRC International when The Wall Street Journal reported last year that money flowed from the company into Mr Najib’s accounts. 
Between December 2014 and February 2015, SRC International transferred RM50 million to its subsidiary, Gandingan Mentari, which transferred the RM50 million to Ihsan Perdana, WSJ reported." 
Nasharuddin Mat Isa, tidak lagi menjadi menjadi pemimpin utama PAS selepas 2011 dan tidak lagi aktif sebagai pemimpin di mana mana peringkat PAS. 
Kenyataan Suhaizan Kayat, pemimpin PAN yang cuba mempertikaikan kejayaan gemilang penganjuran Ijtima Alami Antarabangsa di Rusila pada tahun 2015 dengan cuba mempersoalkan sumber kewangan pembiayaan program berkenaan kononnya kerana PAS Pusat tidak beri banyak peruntukan adalah perkara lucu. 
Bagi semua peringkat dalam PAS kita tahu kita bukan organisasi kaya seperti Umno yang wang turun baru kerja jalan. Hatta peringkat cawangan pun kena cari sendiri dari sumbangan infak ahli. Nak harap dari MTD Dun pun cuma sumbangan minimal.
PAS parti yang dibiayai rakyat. 
Ijtima' Alami antarabangsa bukan sedikit sumbangan dan pengorbanan ahli. Ia mendapat sambutan luar biasa, penyertaan para peniaga yang sangat besar hingga beberapa kilometer luas kawasan gerai dan parkir yang sentiasa dipenuhi pengunjung yang membeli belah. Tajaan yang banyak terima. 
Ini biasa dalam mana-mana program PAS, lebih-lebih lagi di Terengganu yang punya jentera perlaksanaan program mirip sebegini yang hampir setiap masa dari siri showcase PGU1, PGU2 hingga PGU6. kemudiannya ada pula siri siri HARAP. 
Ia mungkin pelik bagi Suhaizan yang gagal melakukannya di Johor, tapi ia biasa di Terengganu dan saya percaya Kelantan, Kedah dan Selangor. 
Hairan saya, dulu ada pihak yang cuba gambarkan Ijtima' Alami Rusila itu semuanya Ikram yang buat segala-galanya, PAS seolah olah cuma tumpang nama. 
Tiba-tiba Suhaizan Kayat tunjuk yang kalangan pihak 'ikram' itu tidak tahu apa apa tentang Ijtima' ini sebenarnya. 
AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
14hb April 2017 – HARAKAHDAILY 14/4/2017
Sumber HD - 14-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mujur Pemuda PAS tidak ada Rafizi

"SEMASA saya menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, saya selalu diserang teruk oleh pihak tertentu mempertikai kepimpinan saya," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan. 
 Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu menyatakan demikian menerusi laman facebook. 
"Kenapa saya tidak seperti Rafizi? Pemuda PAS lemah kerana gagal melahirkan Rafizi? Mana Rafizi versi PAS?" ujarnya. 
Waktu itu, katanya beliau hanya mampu senyum menerima asakan persoalan sedemikian.
"Hari ini bolehlah saya jawab, mujur Pemuda PAS Malaysia tidak ada Rafizi. Alhamdulillah," tambahnya.
Sumber HD - 14-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Jawapan Amzad kepada tulisan Raja Bahrin

SAYA merujuk kepada tulisan yang sangat jauh dari kebenaran yang ditulis oleh Dato' Raja Bahrin Shah (DRB), Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang menang atas tiket PAS, tetapi kemudiannya memilih menyerang PAS sebagai Pengerusi PAN Terengganu. 
Ia berhubung tulisan beliau disiarkan pada 12 April 2017, di dalam Malaysiakini dengan fokus kepada Legasi Almarhum Tok Guru Nik Aziz, tokoh yang dikasihi oleh semua pejuang Islam dalam PAS. 
Buku-buku yang menghimpun buah pemikiran Tok Guru banyak ditulis oleh ramai penulis PAS. Catatan DRB hanya sekelumit pengalaman beliau yang sekali sekala ke kuliah Tok Guru berbanding mereka yang berdamping rapat dengan Almarhum yang faham benar pemikiran Almarhum. 
Fokus saya cuma berhubung kisah yang dicatatkan beliau tentang beliau dipanggil oleh Yang Di Pertua PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah di rumah seorang pemimpin PAS di Kampung Durian Burung , Kuala Terengganu. 
DRB mendakwa seolah fokus perbincangan adalah mengapa beliau menulis artikel "Mengimbau sumbangan dan jasa Nik Aziz?". 
Bohong dan tidak dibangkitkan langsung. Ia seperti mahu membuat orang berprasangka bahawa begitu sekali Ustaz Wan Sukairi tidak menghargai Tok Guru Nik Aziz. 
Walhal pada buku-buku catatan, pada kenderaan, pada laptop Ustaz Wan, pelbagai pelekat TGNA bertampal-tampal. Usrah yang dikendalikan Ustaz Wan sentiasa mengkisahkan teladan ulama besar ATGNA. 
Saya punya locus standi untuk menegakkan kebenaran ini kerana saya yang mengaturkan pertemuan. Dan rumah itu rumah saya. Dan pertemuan itu adalah antara tiga orang iaitulah YDP PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi, Dato' Raja Bahrin, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan saya sendiri selaku Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu yang juga Ketua Sekretariat Semua NGO Yang Bergabung Dengan PAS.
Arwah isteri saya ada sekejap sekadar menghidang kuih dan nescafe. 
Puncanya kerana telah kecoh di peringkat akar umbi yang marahkan DRB yang dilihat 'mengikut' rentak aliran Pasma ketika itu. DRB menulis dan memanjangkan fitnah UG.
Bukan setakat di Terengganu, Blogger dan Facebooker di luar Terengganu pun mula mempertikaikan kesetiaan DRB kepada PAS. Ini memberi tekanan kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermati-matian mempertahankan, menepis cuba memperbaiki kerosakan yang menjejaskan bukan sahaja DRB, tetapi nama baik PAS Kuala Terengganu sendiri. 
Saya sendiri selaku Ketua Penerangan perlu jawab semua ini. Yang akan keluarkan kenyataan adalah saya. 
Selain dari itu, PAS Kuala Terengganu sendiri mempunyai harapan yang besar kepada DRB, mahu melonjakkan lagi posisinya kerana kami percaya DRB punya potensi ke hadapan lagi oleh kedudukannya dipandang Kerabat Di Raja dan latar belakang profesionalnya. 
Minat beliau dengan NGO kami bantu jayakan, arahkan supaya seluruh jentera beri sokongan, kehadiran pemuda dan muslimat. NGO seperti GANTI, MAMPAT, ROYALTI R angkat beliau. Beliau ke hadapan berucap dan sidang media. Urusan persiapan, kerjasama dan liason dengan persatuan persatuan, semua kami yang buat. 
Bukan seperti hari ini, beliau berucap seorang diri di belakang Toyota Hilux. Tak dipedulikan sesiapa. 
Kerana itu saya yang bincang dengan Ustaz Wan. Selagi boleh dibantu, diselamatkan, kita ikhtiarkan dulu. Biar saya cakap dulu dengan DRB. Kalau setuju kita jumpa di rumah saya. Ustaz Wan terus setuju dan memang diapun berpendirian begitu dari dulu.
Saya sampaikan kepada DRB. Ringkaskan cerita kami bertemu. Hampir dua jam.
Topiknya mulanya kita beritahu senario yang berlaku yang perlu kita baiki dan selamatkan. DRB nampak macam faham. 
Fokusnya mula-mula kami minta DRB tak perlu panjangkan lagi soal Pilihan Raya Kecil DUN Cempaka yang menulis secara prasangka kepada PAS ekoran keputusan BN tidak mahu masuk bertanding di situ. Ramai orang PAS yang marah dengan tulisan DRB yang menohmah UG, inginkan jawatan dan lain-lain. 
Posisi PAS ketika itu ialah PAS akan pertahankan DUN Cempaka tak kira siapa yang masuk bertanding. Umno tak mahu bertanding, itu hak Umno, PAS tidak bincang apa-apa syarat atau persetujuan sampingan yang lain. 
Ia baik untuk PAS yang bergelut mengurus bencana banjir dan sedang mengumpul kekuatan. 
PRK Chempaka ekoran kematian Almarhum TGNA. Berlaku pertandingan empat penjuru tidak disertai Umno. PAS menang besar. 
Mesejnya Umno tak berani letak calon di DUN Cempaka. 
Isu kedua berkait pendirian DRB berhubung isu Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), antara tuntutan DAP sejak sekian lama. DAP secara umumnya menguasai populasi bandar besar dalam negara yang peratus penduduk bukan Melayu lebih besar. 
Jika Pilihan Raya PBT berlangsung, kemungkinan pentadbiran bandar utama dalam negara dikuasai bukan Melayu adalah besar.  PBT berkuasa atas segala perlesenan  tapak perniagaan, kedai, premis hiburan, arak, judi dan segala syaratnya. 
Ini ditolak oleh PAS. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memberi penjelasan tentang dasar ini kepada ahli parti PAS. Pemimpin lebih-lebih lagi dijelaskan. 
Masalahnya DRB mengulanginya lagi dan disiar media sehingga persepsinya DRB menyanggah Presiden PAS sendiri. Itu merosakkan imej DRB sendiri dalam PAS dan merugikan rancangan PAS Kuala Terengganu yang amat harapkan kemaraan beliau menjadi pemimpin besar satu hari nanti. 
Ironinya baru enam hari yang lalu, Tun Mahathir yang diangkat ikon oleh Pakatan Harapan pun menolak dengan tegas idea Pilihan Raya PBT ini. 
Jika PAS Kuala Terengganu mementingkan diri berbanding kepentingan nasional, memanglah lagi untung buat Pilihan Raya PBT untuk Bandaraya Kuala Terengganu kerana seluruh Kuala Terengganu satu Parlimen dan empat DUN, semuanya BN kalah, dimenangi PAS, termasuk bantuan PAS yg memenangkan PKR di DUN Bandar. 
Memanglah seronok akan ada jawatan Datuk Bandar, seluruh Ahli Majlis Bandaraya dan pelbagai kemudahan. 
Tapi orang PAS bukan jenis gilakan jawatan. Fikir kesan jangka panjang dengan matang.
Itulah topik sebenar yang dibincang dalam dua jam yang berkenaan. 
DRB bukan orangnya yang sesuai syarahkan perjuangan Tok Guru Nik Aziz kepada Ustaz Wan yang sejak dari zaman muda pengajian di Mesir, kembali ke tanah air bergiat dalam PAS, mengaturkan perjalanan  pelbagai kunjungan Almarhum TGNA ke Terengganu atas kapasitinya Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu dan Urusetia Negeri. 
Beliau lebih kenal ATGNA berbanding DRB. 
Malah, Zainuddin Abu Bakar, Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Terengganu ketika itu, adalah berbesan dengan ATGNA. Anaknya Asyraf Zainuddin adalah menantu ATGNA. 
Zainuddin yang mengetuai Lujnah Tarbiyyah Kuala Terengganu juga adalah tenaga Tarbiyyah di PAS Pusat. 
Beliau yang menjadi Naqib usrah pelbagai peringkat di Kawasan Kuala Terengganu sama ada bulanan atau dwimingguan. 
Dan fikrah, tasawwur, teladan dari ATGNA sentiasa diceritakan sesuai hubungan peribadi dan kekeluargaannya dengan ATGNA. 
Dengan penjelasan ini saya harap sebagai orang yang masih ada sisa perasaan hormat dan sayang sesama Islam kepada DRB supaya hentikanlah menulis yang bukan-bukan begini. 
Saya yang bertanggungjawab dengan Allah atas apa yang saya tulis. DRB suka bicara tentang tasauf kan? Tasauf yang saya belajar tak izinkan saya merekayasakan cerita yang tidak benar. 
AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
14hb April 2017 – HARAKAHDAILY 14/4/2017
Sumber HD - 14-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































PAS pilihan ramai

PAS dikepung dari segenap arah. Serangan ke atasnya bertali arus. Fitnah dilemparkan ke arahnya bertubi-tubi. Namun pemimpinnya tenang sambil memacu perjuangan ini dengan langkah berhati-hati. 
Islam menjadi agenda utama perjuangan PAS. Penyatuan ummah adalah usaha PAS secara berterusan untuk membina kekuatan. 
PAS tidak hanya beraksi lincah di pentas politik tetapi perjuangannya diperkaya dengan pengkaderan yang mantap dan berterusan. Membina aqidah yang benar, fikrah Islami yang jelas dan syakhsiah yang soleh. 
Budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi pendekatan terkini PAS sangat menguja masyarakat terbanyak untuk menilai peranan dan keberadaan PAS di tengah-tengah khalayak. 
Politik matang yang bercirikan keteguhan prinsip perjuangan dan keterbukaan dalam variasi dakwah membuatkan indeks penyertaan ahli baru PAS sangat memberangsangkan. 
Berikut adalah rekod penyertaan ahli baru yang telah diluluskan dan dicatat sepanjang tahun 2017 ini. 
i. January     1,951
ii. February    5,394
iii. March        5,385
iv. April           7,206 
Jumlah: 19,936 
Purata:  4,984 ahli baru sebulan. 
PAS terus istiqamah dan melangkah yakin menuju destinasi dan mencapai matlamat perjuangan. Menang kalah itu urusan yang akan ditetapkan oleh Allah SWT. 
Tanggungjawab kita ialah berjuang segigihnya untuk menjulang Syariat Islam dan izzah ummah sekali gus menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama. - HARAKAHDAILY 13/4/2017
Sumber HD - 13-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































DAP perosak ketenteraman antara agama

MEMANG patut disebut 'anak butir tahik' DAP ini. DAP mempamerkan peranannya mengepalai kempen menolak RUU355 memperkasa mahkamah syariah. Mereka yang paling ke hadapan. Sama ada di dalam Parlimen atau di luar Parlimen. 
Habis institusi masyarakat Cina dihasutnya hingga ia menjadi aliran popular di kalangan kaum Cina yang menyusahkan semua parti politik berteraskan masyarakat Cina. Aliran yang dimainkan dengan segala propaganda dalam media berbahasa Cina. 
Asalnya perjuangan mahu reformasi negara, hapuskan rasuah, keadilan, bersih, cekap. Itu semua perjuangan PAS juga. Setuju! 
Tapi apabila kaum Cina bangkit mahu buat perubahan, disuntik propaganda yang rosak, prejudis kepada Islam, bencikan hak kepentingan orang Melayu yang dijamin perlembagaan, mempertikai bidang kuasa Raja Raja Melayu. 
Ia aliran yang tidak sihat mendorong hubungan kurang harmoni antara kaum dan agama. Angkara DAP. 
Dari segi yang lain, DAP bertanggungjawab mencetus kesedaran baru di kalangan orang Islam bahawa negara ini Agama Persekutuannya Islam, YDP Agongnya Ketua Negara dan Ketua agama Islam, Sultan di negeri-negeri Ketua bagi Agama Islam, Rukun Negara meletakkan Ketuhanan (Kepercayaan Kepada Tuhan) di kedudukan pertama. 
Ia menimbulkan self realization (kesedaran diri) majoriti umat Islam bahawa negara ini 64 peratus rakyatnya beragama Islam, manakala kaum Cina cuma sekitar 20 peratus pelbagai agama. 
Kita sangat tahu umumnya kaum Cina melalui persatuan persatuan-persatuan kaum yang sangat berpengaruh sangat menghargai kepentingan hubungan yang harmoni dan hidup aman damai supaya makmur, boleh berniaga dan kaya serta hidup sejahtera dan gembira.
Tiba masa menolak politik kerosakan yang dibawa DAP. 
Tiba masa umat Islam beri isyarat tsunami Islam. Tolak yang tunduk kepada kemahuan DAP.
Tanah air ini bukan DAP yang punya. Ia akan dipertahankan sebagai tanah tumpah darah kesemua rakyat Malaysia yang faham benar sejarah negara ini.
AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
13hb April 2017 – HARAKAHDAILY 13/4/2017
Sumber HD - 13-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 









































Aishah Kurus, Digari Sepanjang Masa Di Kandang Saksi















Perbicaraan Kes Siti Nor Aishah Atam yang berasal dari Kampung Sura Hujung, Dungun berlangsung pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

SIti Aishah diwakili sepasukan lima orang peguambela iaitulah Tuan Mohd Kamaruzaman Abd Wahab, Tuan Zukri Jusoh, Tuan Mohd Zubir Embong, Tuan Haji Fariz Dato Mustafa dan Tuan Ahmad Amzar Azlan yang dipantau rapat oleh Lujnah Undang Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Terengganu.

Kes didengar di hadapan Tuan Hakim YA Dato Haji Mohamad Shariff bin Haji Abu Samah di Mahkamah Tinggi 4, Tingkat 4, Kompleks Mahkamah Jalan Sultan Abdul Halim Kuala Lumpur.

Kes ini menguji perlaksanaan akta SOSMA yang sedang menggantikan ISA dalam konteks keselamatan dalam negeri dan bagaimana proses menegakkan keadilan diberikan kepada orang kena tuduh.

Kes ini dianggap penting kerana ia bakal menjadi ‘precedent’ (rujukan kes) bagi perjalanan kes kes seumpamanya pada masa akan datang.

Di samping PAS menyokong segala langkah pencegahan dalam membendung ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara, PAS juga memandang berat agar perlaksanaan undang undang SOSMA ini yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA, mestilah juga dilihat memberi hak pengadilan yang munasabah kepada mereka yang dituduh.

Dalam Kes Siti Aishah ini, bekas pelajar Sarjana Usuluddin Universiti Malaya ini berdepan dengan tuduhan terlibat memiliki buku-buku yang boleh dikaitkan dengan rangkaian pengganas, Is, Daesh dan JI, dimana pada pusingan pertama Kes pendakwaan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tanpa ‘Prima Facie’ kes.


Perbicaraan sebelum ini berlegar pemilikan beberapa buku buku yang didakwa mengandungi elemen rangkaian pengganas. Buku buku ini tidak pernah diharamkan dalam negara dan diperolehi dalam pasaran terbuka.

Walau bagaimanapun, pada hari ini satu dokumen baru telah dikemukakan ke Mahkamah berupa laporan polis yang pernah dibuat oleh bapa kepada Siti Aishah pada tahun 2014. Saksi, seorang Lans Kopral dari Balai Polis Dungun yang mencatat Laporan Polis berkenaan memberi keterangan dan disoal balas oleh pasukan pembelaan hari ini.

Tiada dihurai secara terperinci kandungan laporan polis tersebut kerana pasukan pembelaan baru saja menerima salinan dokumen berkenaan dalam mahkamah pada hari ini.

Perbicaraan akan disambung pada 18hb April 2017.

Saya sempat menemui Siti Aishah dan keluarga bagi menyampaikan rasa dukacita dan simpati dengan tekanan dihadapi OKT dan keluarga bila kes berlarutan panjang. Saya sempat memberi nasihat agar tabah dan dan sabar dengan ujian yang dihadapi.

Siti Aishah tidak kelihatan seperti penjenayah besar yang boleh huru harakan negara. Malah dia kelihatan bingung dengan proses mahkamah yang sedang dihadapinya.

Siti Aishah yang kelihatan kurus berada dalam Kandang Tertuduh dalam keadaan tangannya bergari sepanjang masa diperhatikan di dalam bilik bicara.

Saya mengambil kesempatan mendapatkan gambaran lebih jelas melalui perbincangan dengan semua peguam yang terlibat.

Semoga proses perundangan yang sedang berjalan benar benar akan menatijahkan keadilan yang semulajadi kepada negara dan juga kepada yang tertuduh.

Hj Ahmad Amzad Hashim
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
11hb April 2017

Sumber BO - 12-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































355: Mencari hikmah tertangguh

LOGIKNYA, PAS adalah pihak yang paling terkesan apabila Pindaan Akta 355 ini senantiasa tertangguh. Dua kali ditangguh sendiri oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi iaitu pada 26 Mei 2016 dan 24 Nov 2016. Kali ketiga, ianya ditangguhkan oleh Tan Sri Yang Dipertua Dewan Rakyat sendiri. 
Jika "tangguh" itu suatu yang sangat merugikan PAS, maka sudah tentu musuh PAS akan beraya sakan meraikan penangguhan ini. Kerana mereka tentu sahaja mahu supaya PAS rugi. Tapi ternyata mereka sangat marah apabila "355" ditangguh-tangguh. Mudahnya, tentu sahaja kerana penangguhan itu dilihat menguntungkan PAS. 
Mereka marah "355" ditangguh. Kononnya kerana mereka mahu berbahas. Saya sendiri tidak tahu bahawa mereka mahu bahas Pindaan Akta 355. Saya jangka mereka tidak mahu berbahas mengenai isu  355 ini. Sebab semua orang saksikan bagaimana mereka berkali-kali bangun menghalang "355" dibentang oleh YB Tuan Guru. 
Pada 26 Mei 2016 yang lalu, mereka juga bantah Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi peluang Akta 355 ini dipinda melalui Private Members Bill MP Marang. (Boleh rujuk handsard). Demikian juga pada 24 Nov 2016 dan 6 April 2017. 
Jelas sikap mereka mahu melengahkan masa, mengganggu perjalanan mesyuarat dengan menggunakan pelbagai helah dan terang-terangan mempersoalkan kenapa "355" ini diberi laluan, pula kepada YB Tuan Guru selaku MP Marang.Justeru saya jangka tentu sahaja mereka akan gembira, seronok dan setuju apabila usul Pindaan Akta 355 ini ditangguhkan, sebagaimana gembiranya PAS apabila Pindaan Akta 164 ditangguhkan ke persidangan akan datang. 
Tiba-tiba mereka yang memekik dan berteriak terlolong apabila "355" sekali lagi ditangguhkan pada jam 4.++ petang, 6 April 2017.  Sedangkan pada jam 12.00 pm pada hari yang sama, mereka berusaha gigih untuk menghalang "355" itu daripada dibentang oleh YB Tuan Guru. 
Alasan mereka Akta 355 ini sangat penting, dan kenapa tangguh lagi perbahasannya? Ermmm! Ye, ker penting? Kalau Akta 355 itu penting bagi mereka, kenapa mereka bersungguh-sungguh menghalang Akta 355 ini dipinda? Sampai peringkat ada pihak yang membawanya ke mahkamah dan MP mereka menggunakan isu subjudis untuk halang "355" dibentangkan di parlimen. 
Mereka persoal kenapa lebai PAS tidak bangun bantah keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan "355" ini tempoh hari. Bukankah PAS yang bawa 355 ini ke parlimen? Buat himpunan, solat hajat dan sebagainya supaya berjaya di parlimen. Apabila YDP Dewan Rakyat tangguh, kenapa PAS tidak bantah? 
Perhatikan jawapan saya baik-baik. Saya tidak bangun bantah keputusan YDP Dewan Rakyat yang menangguhkan perbahasan, kerana saya memang bersetuju dengan keputusan YDP Dewan Rakyat menangguhkannya. Malah saya sifatkan keputusan YDP Dewan Rakyat itu adalah bijak dan berhikmah. 
Kalau saya jadi YDP Dewan Rakyat (fardhu takdir), dengan melihat gelagat dan aksi sebahagian ahli parlimen yang meremehkan Dewan dan YDPnya sejak sehari sebelum pembentangan usul pindaan Akta 355, sehinggalah ke detik ianya mahu dibentang oleh YB Tuan Guru pada 6 April 2017, maka keputusan menangguhkan perbahasan itu adalah suatu yang terbaik. 
Keputusan menangguhkan itu adalah terbaik malah selayaknya mereka berterima kasih kepada YDP Dewan Rakyat menangguhkan "355" ini, kerana bukankah mereka sememangnya mahu menghalang sejak dari awal lagi? 
Sekali lagi, keputusan menangguhkan itu adalah terbaik, justeru PAS masih mempunyai banyak lagi masa untuk terus memberi kefahaman kepada ahli parlimen, pemimpin politik dan pelbagai pihak supaya mereka memahami kenapa Akta 355 ini perlu dipinda.
Akhirnya, anda temui jawapan kepada persoalan ini. Apa hikmah menangguh? Kenapa mereka marah Isu 355 ini ditangguh? sedang mereka bukan bersetuju dengan 355 ini.
15. Jawapannya: 
a) Hikmahnya bila tangguh, PAS terus bekerja gigih mengangkat isu "355" ini dan memahamkan masyarakat mengenainya. Ia baik untuk kefahaman Islam. 
b) Mereka marah kerana hasrat mereka untuk menggagalkan Pindaan Akta 355 melalui undi menolak dalam belah bahagian sebagaimana yang dirancang oleh mereka  tertangguh lagi.
Sumber HD - 7-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Perbahasan RUU 355 Ditangguh, Bukan Disekat
Posted on Friday, April 07 @ 18:19:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34404



KUALA LUMPUR – PAS hairan mengapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melenting apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat semalam.



Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pemimpin Pakatan Harapan dan PPBM berpusu-pusu menemui pihak media di perkarangan Parlimen untuk memberitahu wartawan kononnya PAS telah ditipu oleh UMNO sedangkan mereka yang melengahkan masa untuk perbahasan RUU 355 dengan menganggu pembentangannya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mereka pula yang melenting marah kononnya mereka dihalang daripada berbahas dan menuding kononnya PAS ditipu. Sedangkan perbahasan hanya ditangguhkan ke sidang akan datang.

“PAS yang berhempas pulas mengatur pelbagai langkah, perbincangan, roadshow, himpunan, mesyuarat, rundingan, solat hajat dan sebagainya untuk menjayakan pindaan Akta 355, tetapi apabila speaker menangguhkan perbahasan, mereka pula yang marah kononnya dihalang daripada berbahas,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Presiden PAS membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat semalam yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah termasuk meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.

Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP bersama anggota partinya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN) bagaimanapun menentang hebat usaha tersebut.
DAP pernah mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.

PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 tidak boleh dibenarkan kerana ia mengelirukan dan menimbulkan keresahan umat bukan Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr . Mohd. Asri Zainul Abidin membantah RUU dengan berhujah Islam melarang menangkap dan menghukum umatnya yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti dalam bilik atau rumah yang berkunci.

Sehubungan itu, Nasrudin menyeru umat Islam negara ini memperhatikan dengan cermat aksi dan sikap sebenar Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan PPBM ke atas Islam di negara ini.


“Mereka sebenarnya bukan marah kerana perbahasan ditangguh, tetapi mereka marah kerana Yang Dipertua Dewan Rakyat memberi laluan kepada Presiden PAS membentangkan usul pindaan Akta 355 tersebut,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 7-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Fitnah yang semakin liar perlu ditolak

APA masalahnya dengan Rafizi Ramli membangkitkan dakwaan 'orang yang rapat dengan PAS' menerima RM90 juta dari 1MDB? 
Ia kelihatannya satu fitnah yg terubahsuai menjadi semakin liar dan tidak tentu hala lantaran sifat asalnya dakwaan ini yang tiada sandaran bukti yang jelas. 
Dalam satu dakwaan liar, PAS difitnah kononnya wang sebanyak RM90 juta telah diterima dari Umno dengan dimasukkan ke dalam akaun PAS Pusat di Affin Bank. 
Ditunjukkan gambar gambar sekeping Cek Affin Bank yang tertera nilai RM90 juta dan nama penerima sebagai 'Parti Islam Se Malaysia'. 
Masalahnya cek yang ditunjukkan tiada tandatangannya. Cek yang sudah ada tandatangan pun, jika silap atau cacat tandatangannya tidak diterima oleh mana mana bank, ini pula yang tidak ditandatangan. 
Setiausaha Agong PAS pula sudah mengesahkan PAS Pusat tiada akaun di Affin Bank. Dari mana datang cerita liar begini? 
Semalam Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR menokok tambah cerita baru pula yang lebih liar lagi. 
Kali ini dia mendakwa individu yang rapat dengan PAS menerima RM90 juta dari 1MDB. Lain pula jadinya cerita ini. 
Mula-mula PAS yang terima, sekarang individu yang rapat dengan PAS pula yang terima. 
Sebagai seorang yang profesional, cakap-cakap liar Rafizi ini dalam isu ini tiada merit langsung selagi tidak disertakan dengan maklumat yang jelas apa isunya, siapa pelakunya, bila ia berlaku, atas transaksi mana? 
Sangat berbeza dengan corak 'pendedahan eksklusif misalnya dalam isu 1MDB, di mana 'audit trail', jejak pergerakan wang berkenaan boleh dijejaki 'traceable' , boleh ditunjuk ia bergerak dari A ke B ke C dan berakhir di mana. 
Pelik, piawai yang sama tak boleh dipamerkan dalam dakwaan terhadap PAS ini.
Jika pihak berkenaan memberi sedikit petunjuk /clue yang berasas pun, sekurang-kurangnya PAS tahu hujung pangkalnya mahu bermula siasatan dalaman dari mana. Ini tidak. Tidak ketahuan kepala ekornya. 
Tak tahu apa yang perlu dijelaskan, apa yang perlu dibuktikan. 
Cara yang betul adalah sertakan fakta lengkap tentang dakwaan yang berkenaan, beserta apa keterangan dan bukti yang ada. 
PAS pun tidak berminat melayan cakap-cakap liar begini. 
Kalau ada bukti, ada salah laku, ada kes, pergilah buat laporan polis atau ke SPRM. 
PAS parti yang cukup benci dan tidak suka kepada sebarang unsur tidak amanah rasuah dalam parti. PAS sanggup bermatian mempertahankan mereka yang berintegriti tinggi dan tidak rasuah seperti yang dipamerkan dalam kes Tan Sri Khalid Ibrahim. 
Merubah jalan cerita dari asalnya PAS yang menerima RM90 juta kepada 'individu yang rapat dengan PAS' pula yang menerima RM90 juta itu menjadikan dakwaan ini sangat tawar dan tidak bernilai langsung. 
Pada hari ini, kajian Rafizi Ramli sendiri menunjukkan PAS secara bersendiri satu partipun memperoleh peratus sokongan yang lebih besar dari kalangan orang Melayu berbanding gabungan 4 parti dalam PH. 
Ini bermakna rakyat lebih rapat dan dekat dengan PAS. 
Dalam ramai-ramai yang rapat dengan PAS, tentu sekali ada yang kaya, ada yang berpengaruh, ahli perniagaan. 
PAS parti yang lebih tua daripada PKR. Sudah tentu ramai kawannya yang baru dan yang lama. 
Kawan-kawan yang rapat dengan PAS itu ramai. 
PAS berhak untuk berkawan dan rapat dengan siapa pun. 
Apa ingat PKR sahajakah yang tahu berkawan? 
PAS bukan setakat tahu berkawan, PAS menghargai erti setiakawan. Bukan macam sesetengah yang hari ini, kawan tikam belakang. 
PAS tentu sekali tiada urusan dalam mencampuri dan menyibuk hal ehwal kawan-kawan PAS. Kawan yang rapat lebih-lebih lagilah. 
Selagi mana mereka bukan terlibat kegiatan haram, menyalahi undang-undang, PAS boleh berkawan dengan siapa sahaja. 
Mereka berniaga, menjadi orang berjaya dalam profesion masing masing, PAS raikan semua. 
Ada rakan rapat PAS mungkin tenaga pakar dalam pelbagai bidang yang turut khidmat kepakaran mereka membantu membangun negara. 
Sikap PAS memberi galakan segala partisipasi dalam membantu membangunkan negara yang kita sama-sama sayangi ini. 
Bukan sikap kita suruh jauhkan diri, boikot, jauh sekali mensabotaj negara ini. 
Sikap seperti ini membuatkan PAS punya kawan-kawan yang rapat dan setiakawan. 
Sangat tidak wajar mengaitkan PAS dengan dengan urusan 'pihak yang didakwa rapat dengan PAS'  seperti dakwaan Rafizi melainkan jelas apa hubungkaitnya urusan pihak berkenaan dengan PAS. 
Jika setakat tuduhan dan dakwaan liar begitu, banyaklah kegiatan mereka yang rapat dengan PKR boleh kita dakwakan ke atas PKR pula termasuk terbaru pemimpin PKR yang ditangkap polis atas dakwaan jenayah penipuan. – HARAKAHDAILY 7/4/2017
Sumber HD - 7-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Tertibnya perjalanan 355

BAGAI mempelai yang diraikan penuh meriah, Pindaan Akta 355 ternyata dialu-alukan oleh banyak pihak meskipun masih terdapat sebahagian yang ragu dan curiga terhadap kehadirannya. Saya kira, mereka masih memerlukan masa untuk menjernihkan kefahaman dan pendirian mereka. 
Jam 12.37 tengah hari Khamis kelmarin (06 April 2017) Dewan Parlimen sepi seketika tatkala YB Datuk Seri Tuan Guru memulakan pembentangan terhadap usul beliau bagi meminda Akta 355. Tuan Guru mengambil masa hampir setengah jam pembentangan.
Ringkas dan padat, itulah yang boleh saya sifatkan ucapan Tuan Guru. Merangkumi semua aspek. Memperkenalkan Akta 355, menjelaskan kewajaran memindanya, 
mempertegaskan hak orang Islam, memberi jaminan kedudukan non-Muslim, menyeru sokongan dari semua pihak di samping menitipkan peringatan agar ianya tidak ditentang secara melulu. 
Kali pertama pada tanggal 26 Mei 2016, iaitu pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen ke-13, Tuan Guru telah mendapat peluang untuk membacakan usulnya bagi maksud meminda Akta 355 melalui Peraturan Urusan Mesyuarat 14(2), Menteri Hal Ehwal Parlimen YB Datuk Azalina Othman mengusulkan agar Usul YB Marang diberi laluan dari kedudukan no 15 kepada no 5. 
Setelah membacakan usul pindaan tersebut, Tuan Guru bercadang untuk menangguhkan perbahasannya bagi memberi peluang kepada ahli-ahli parlimen mengkaji dan menilai usul pindaan Akta 355 itu terlebih dahulu ekoran terdapat bantahan kononnya mereka tidak memahami perkara ini. 
Kali kedua pada tanggal 24 Nov 2016, iaitu Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-13, Tuan Guru sekali lagi diminta menyambung proses pembentangan usul Pindaan Akta 355. Kesempatan ini, Tuan Guru mengemukakan sedikit pindaan penting kepada usul asal beliau iaitu dengan menyebut jumlah hukuman yang dicadang. (100 kali sebatan, 100 ribu denda dan 30 tahun penjara) 
Oleh kerana terdapat pindaan baru kepada usul asal, Tuan Guru sekali lagi bermaksud memberi lebih masa kepada semua pihak agar memahami rasional pindaan terbaru yang dilakukan maka beliau memilih untuk menangguhkan perbahasannya buat kali yang kedua setelah membuat sedikit huraian terhadap pindaan terbaru. 
Kali ketiga peluang pembentangan usul Pindaan Akta 355 di Parlimen pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 bersamaan 6 April 2017, telah dimanfaatkan sebaiknya apabila YB Tuan Guru membentangkannya dengan teliti, ringkas dan padat. Ucapan sokongan terhadap usul itu diperkemas pula oleh YB Kota Bharu yang mengambil masa sekitar sejam setengah dengan menjawab segala persoalan berkait. 
Berbeza situasi kali ini, speaker Tan Sri Pandikar Amin pula yang mengambil langkah mengejutkan semua pihak dengan menangguhkan perbahasan ke persidangan akan datang sejurus tamat ucapan YB Datuk Takiyudin yang sarat dengan hujah dari aspek perundangan, sedang sahabat saya YB Datuk Dr Khairudin at-Takiri juga telah siap untuk mengambil giliran berikut bagi turut sama mengemukakan hujah dari sudut syariat pula. 
Saya meneliti perjalanan Pindaan Akta 355 ini dengan cermat. Bermula dengan pelbagai cubaan untuk menggagalkannya, melengahkan perbahasan, mengganggu dewan, memperkecilkan speaker, saman ke mahkamah, pelbagai karenah dari tahun 2015 hinggalah ke detik speaker menangguhkan perbahasan kelmarin. 
YB Tuan Guru mengatur langkah penuh tertib dan sabar. Melangkah setapak demi setapak, berhati-hati dan lambat, namun meyakinkan. Wajahnya mempamerkan sikap yang optimis dan semangat yang kental mendepani aneka cerca nista terhadap usaha beliau. 
PAS yang berhempas pulas mengatur pelbagai langkah, perbincangan, roadshow, hardtalk, himpunan, mesyuarat, rundingan, solat hajat dan sebagainya untuk menjayakan pindaan Akta 355, tetapi apabila speaker menangguhkan perbahasan, mereka pula yang melenting marah kononnya mereka dihalang daripada  berbahas dan menuding kononnya PAS ditipu. Sedang perbahasan hanya tertangguh ke sidang akan datang. 
Andai diperhatikan secara cermat, beberapa aksi dan sikap mereka sebelum pembentangan usul pindaan Akta 355 itu, maka benarlah apa yang disebut oleh sahabat saya YB Ustaz Nik Mohd Abduh bahawa mereka sebenarnya bukan marah kerana perbahasan ditangguh, tetapi mereka marah kerana speaker memberi laluan kepada YB Marang membentangkan usul pindaan Akta 355 tersebut. 
Inilah Penyelesaian Kita 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
06 April 2017 | 09 Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 7/4/2017
Sumber HD - 7-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Pindaan Akta 355: Antara pejuang dan petualang

AKTA 355 ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibuat dalam parlimen pada tahun 1965 dengan hukuman serendah 6 bulan penjara dan RM1,000 denda bagi kesalahan yang disenaraikan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sejak pindaan 1984, hukumannya statik pada 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan. 
Cadangan meminda Akta 355 pada tahun 2016 adalah usaha ummat Islam untuk mempraktiskan ajaran Islam yang termaktub di dalam Al Quranil Kareem. (Surah An Nuur ayat 2 dan 4) 
Iaitu memuktamadkan 100 kali (sebatan syariah) bagi kesalahan zina, 80 kali bagi kesalahan qazaf (tuduhan zina tanpa saksi). Sementara 40 kali bagi kesalahan minum arak sebagaimana sabit di dalam hadis Nabi SAW. 
(Sementara jumlah hukuman RM100K denda dan 30 tahun penjara seperti yang dicadangkan dalam usul pindaan adalah jenis hukuman takzir yang terbuka kepada perbahasan bagi menentukan jumlah yang akan disepakati.) 
Justeru itu, ia menjadi satu kewajipan kepada ummat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik untuk memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam sehingga ia dapat dipraktiskan di atas tanah air kita. 
Ahli parlimen muslim pula mempunyai tanggungjawab langsung bagi memastikan perintah Allah SWT itu dapat dilaksanakan melalui pindaan Akta 355 yang akan dibentang dan dibahaskan di parlimen kelak. 
Mereka yang insaf dan sedar tanggungjawabnya sebagai seorang muslim, pula diberi mandat sebagai penggubal dasar maka mereka mesti berjuang dengan pelbagai keupayaan yang dimiliki untuk mencari 1001 jalan bagi melepasi segala halangan, kekangan dan cabaran yang dihadapkan kepada mereka. 
Sementara mereka yang mengaku muslim tetapi mencipta 1001 alasan untuk menyulitkan usaha perlaksanaan syariat Islam ini, malah merancang secara halus untuk menggagalkannya adalah sang petualang. 
Lebih malang, petualang ini merelakan diri untuk bersekongkol dengan musuh Islam dan suka menjadi "terompah kayu" kepada golongan anti Islam untuk merencana pelbagai alasan dan hujjah bagi menolak serta menggagalkan usaha mengangkat dan menobatkan syariat Islam dalam sistem perundangan negara. 
Kata nista, cercaan dan penghinaan kepada mereka yang berusaha dan berjuang untuk menegakkan Syariat Islam adalah suatu sunnatullah. Tiada apa yang perlu diresahkan oleh para pejuangnya. Hanya bersabar, berusaha dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Jelas tidak keruan ialah sang petualang. Mereka "tidak sedap duduk" selagi tidak berjaya menggagalkan pelaksanaan syariat Islam melalui pindaan Akta 355. Raut wajah mereka jelas kelihatan gusar dan gelisah. Mereka kalut mencipta pelbagai tohmahan. 
Mereka berlumba-lumba untuk menonjol diri dalam memberi alasan kenapa pelaksanaan syariat Islam melalui pindaan Akta 355 ini wajar ditolak, supaya mereka mendapat tempat di mata golongan anti Islam. Untung-untung dapatlah 3 atau 4 kerusi untuk mereka bertanding dalam pilihan raya kelak. 
Sebahagiannya tak sabar-sabar mempamerkan wajah gembira yang amat sangat apabila terdapat satu dua perkara yang menjadi point untuk mereka ketengahkan kepada khalayak supaya usaha melaksanakan syariat Islam dengan meminda Akta 355 ini gagal. Mereka mahu dan suka jadi petualang. 
Bagi sang pejuang, oleh kerana usaha untuk meminda Akta 355 ini adalah untuk melaksanakan Syariat Allah SWT. Biar 1001 satu halangan dihadapkan kepada mereka, mereka tenang melangkah, berserah kepada Allah SWT Tuhan Yang Maha Kuasa.
Sabda Nabi SAW: 
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفِ
[رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح ] 
Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.  
Dan ketahuilah, sungguh seandainya umat ini bersatu untuk memberikan suatu kemanfaatan kepadamu, maka mereka tidak akan dapat memberinya, kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan atasmu. Dan seandainya mereka bersatu untuk mendatangkan suatu kemudharatan kepadamu, maka mereka tidak dapat mendatangkannya, kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengering.” (HR. Tirmidzi, dan ia mengatakan: Hadits Hasan) 
Perkasakan Syariat Rakyat Sejahtera 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
31 Mac 2017 | 03 Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 31/3/2017
Sumber HD - 31-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Pindaan Akta 355: PAS bentang

PAS telah membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 pada 26 Mei 2016 buat kali yang pertama pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-13  dan perbahasannya ditangguhkan ke persidangan berikutnya. 
Kali kedua PAS membentangkannya dengan sedikit pindaan terhadap draf asal pada 24 November 2016 di Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke 13. Sekali lagi PAS memilih untuk menangguhkan perbahasan ke persidangan berikutnya bagi memberi ruang secukupnya kepada ahli parlimen membuat kajian terhadap pindaan yang dicadang serta persediaan perbahasan. 
Pada 17 Mac 2017 yang lalu, YAB TPM Datuk Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Barisan Nasionallah yang akan membentangkan Pindaan Akta 355 di mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 ini. Sementara PAS tidak pula pernah berunding dan mengumumkan untuk tidak membentangkan pindaan akta tersebut. 
Ekoran pengisytiharan tersebut, meskipun PAS belum menyatakan sikap rasminya kepada umum, kenyataan YAB TPM itu dilihat sebagai satu option yang boleh diguna pakai bagi mengurus status dan format Pindaan Akta 355 bagi kali ini. 
Namun pihak musuh politik PAS segera mencetus propaganda kononnya PAS telah ditipu oleh BN. Setelah sekian lama PAS berusaha membawa Pindaan Akta 355 ke parlimen dan mengorbankan segalanya, maka sepantas kilat BN pula "take over". 
Semalam 29 Mac 2017, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abd Razak pula mengisytiharkan bahawa kerajaan BN tidak akan membentangkan Pindaan Akta 355 tersebut ke parlimen, sebaliknya kekal sebagai Rang Undang-Undang Persendirian. Ertinya ia akan dibentangkan oleh PAS sebagaimana sebelumnya. 
Pengisytiharan itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak PAS. Situasinya adalah "kekal pada format asal". Sememangnya, Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam 'mode standby' bagi menghadapi perbahasan di parlimen. 
Hanya beza jika kerajaan BN bentang  maka ia menjadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu Rang Undang-Undang Persendirian maka gilirannya ditentukan oleh Yang Diertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan  dewan. 
Sekali lagi musuh politik PAS pantas mencaras kononnya PAS menjadi mangsa "game" Umno dan BN. Entahlah, mana satu yang betul? 
i- Jika PAS bentang, mereka kata PAS diperalat oleh Umno dan BN, kenapa tidak kerajaan BN sahaja yang membentangnya ke parlimen? Bukankah Umno menyokong? Maka sepatutnya BN yang bentang, bukan PAS. 
ii- Apabila TPM umum kerajaan BN yang akan bentang Pindaan Akta 355, mereka juga "meloncat tidak ketahuan punca" kononnya PAS kena kencing oleh Umno. Pada mereka, serba tidak kena. 
Sikap PAS tidak berubah. Persediaan PAS tidak terjejas. Kedua-dua menjadi option yang boleh dipertimbangkan. PAS sejak awal memperjuangkannya. 
i- Pertengahan jalan pihak kerajaan mahu mengambil alih, pihak PAS tidak bermasalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti dan berjaya dipinda. 
ii- Kemudiannya mereka tidak jadi mengambil alih. Ianya mengembalikan format asal tanpa merosakkan sesuatu. Insyaallah PAS akan meneruskan langkahnya menuju destinasi dengan langkahan bergaya tanpa tempang. 
iii- Maka PAS sedia untuk bentang Pindaan Akta 355 dan terus bersedia untuk membentang dan membahaskannya pada bila-bila masa. 
Perkasakan Syariat Rakyat Sejahtera 
Nasrudin Hassan
30 Mac 2017 | 02 Rejab 1438H - HARAKAHDAILY 30/3/2017
Sumber HD - 30-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Tokoh ulama antarabangsa sokong pindaan Akta 355

LEBIH seminggu yang lalu, saya dan YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan YB Dato' Dr Khairudin Aman Razali at Takiri telah mengunjungi 2 orang tokoh ulamak terkenal di dunia Islam iaitu Asy Syeikh Dr. Hammam Said sebagai mantan Muraaqibul Aam Ikhwanul Muslimin Jordan dan juga Asy Syeikh Dr. Solah Khaalidi seorang mufassir tersohor di kediaman mereka Amman Jordan.
hamam2 
Kunjungan kami adalah untuk berbincang dan mendapatkan nasihat serta pandangan mereka mengenai perkembangan Islam di peringkat antarabangsa termasuklah perkembangan Islam dan syariatnya di Malaysia. 
Ilmu dan pengetahuan mereka mengenai perkembangan Islam mutaakhir ini tidak usah dipersoalkan lagi. Lebih menarik, mereka juga mengikuti perkembangan Islam di Malaysia dari dekat terutama melalui media on-line dan anak-anak murid mereka dari kalangan pelajar Malaysia yang menuntut di sana. 
Antara topik paling menarik ialah penegasan sikap mereka berdua dalam memperjuangkan syariat Islam dan mengeluarkan sokongan terbuka kepada PAS yang berusaha mengangkat pelaksanaan Syariat Islam di Parlimen melalui Rang Undang-Undang Persendirian bagi maksud Meminda Akta 355. 
Kedua-dua tokoh ulamak tersebut sangat tertarik dengan keunikan proses yang berlaku, apabila usaha PAS ini tidaklah menggunakan kekerasan, pemaksaan, revolusi, subversif dan seumpamanya tetapi menggunakan "pintu depan" dengan membawanya ke parlimen dan berusaha mencari simple majority dari kalangan ahli parlimen. Ianya sangat demokratik dan tidak mencetus ketegangan. 
Justeru itu, mereka bukan sahaja menyokong malah telah menyeru supaya ahli-ahli parlimen Malaysia, khasnya yang beragama Islam supaya menyokong usaha murni untuk memperkasakan perlaksanaan syariat Islam dalam sistem perundangan di Malaysia.
Transkrip ucapan Asy Syeikh Dr. Hammam Said telah dimuat naik ke Harakah Daily untuk tatapan awam. Rujuk: 
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/77-berita/ruu355/838-transkripsi-ucapan-sokongan-meminda-akta-355http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/77-berita/ruu355/838-transkripsi-ucapan-sokongan-meminda-akta-355 
Saya harap, biarpun tekanan terlalu hebat  dengan pelbagai fitnah dan spekulasi untuk Pindaan Akta 355 ini diluluskan di parlimen, ia akhirnya berjaya diluluskan insyaallah. Doakanlah semoga Allah swt permudahkan urusan, mengurniakan kekuatan kepada para pejuang dan memberi hidayah kepada semua ahli parlimen untuk memberi undi sokongan kepada Pindaan Akta 355. 
Nyata PAS tidak berseorangan melainkan pelbagai pihak telah bersatu dan menyokong usaha murni ini termasuklah 2 tokoh ulamak kontemporarI di peringkat antarabangsa.
Kesempatan ini, saya turut menyeru para alim ulamak di Malaysia turut bersatu tenaga dan berpadu suara menasihati dan menggesa para ahli parlimen agar mereka menyokong Pindaan Akta 355 ini di parlimen kelak. 
Perkasakan Syariat Rakyat Sejahtera 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Mac 2017  |  01 Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 29/3/2017
Sumber HD - 29-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Mungkinkah Tun Mahathir satu Trojan Horse?

TROJAN Horse dibina dari serpihan kapal Sparta, musuh Troy. Ia begitu hebat dan pemimpin Troy merasa kagum, lalu dibawa masuk ke dalam kota Troy dengan penuh keraian. 
Rupa-rupanya ia strategi penyusupan Sparta bagi memusnahkan Troy dari dalam.
Kepada yang memerhati, Tun M sedang jadi batu api melagakan penyokong pembangkang dengan PAS, meneruskan usaha memperlekehkan PAS yang telah dibuatnya sejak dalam Umno lagi. Misinya gagalkan PAS. Kerana hanya PAS ancaman sebenar Umno. Rebah Umno, rebahlah BN. 
Beliau sudah meneutralkan gelombang "reformasi Anwar" dengan meletakkan dirinya sendiri sebagai idola baru pakatan pembangkang. 
Beliau telah secara terbuka minta PH jadikan BN sebagai contoh ikutan. 
Orang kepercayaan beliau Zaid Ibrahim menulis artikel bertajuk PAS bakal musnahkan BN tanpa sedar tulisannya adalah bayangan keresahannya dan seruan kepada pencinta BN supaya selamatkan BN. 
Beliau minta guna satu logo dalam pilihan raya untuk PH. Sedangkan untuk membolehkan rakyat kenal dan biasa dengan satu satu logo memakan masa bertahun-tahun. Ia akan mengelirukan rakyat lebih jauh lagi sedangkan PRU14 boleh berlaku bila-bila masa dan tidak lewat setahun dari sekarang. 
Beliau minta tukar nama Pakatan Harapan kepada Barisan Rakyat. Sekali lagi pertukaran nama adalah beban baru penerimaan rakyat dan strategi halus. Seperti Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan disebut secara mudah sebagai  "Pakatan". Kecenderungan orang menyebut secara mudah "Barisan" hanya menguntungkan BN. 
Terbaru beliau menuntut partinya menjadi ketua Pakatan Harapan pula. 
Adalah munasabah untuk berjaga-jaga jika mereka sedang meraikan Trojan Horse yang punya agenda menghancurkan Troy. 
Jangan lupa Achilles pahlawan terbilang Sparta yang bersama dalam Trojan Horse itu juga bukan kepalang benci dan permusuhannya kepada Raja Sparta ketika itu. Tetapi tetap tindakannya memenangkan Sparta. 
PAS lebih kenal Mahathir dengan segala dramanya sejak dulu. Drama 'pergaduhannya' dengan Nazri Aziz, ini bukan benda baru. Mereka mesra sejak dulu. – HARAKAHDAILY 27/3/2017
Sumber HD - 27-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Cuma 39 Kerusi Parlimen Pakatan Milik Orang Islam
Posted on Saturday, March 25 @ 16:18:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34179


 KUALA LUMPUR – Benar Pakatan Rakyat berjaya memenangi 89 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) sebelum ini, tetapi hanya 39 kerusi terbabit milik wakil rakyat beragama Islam.  


Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, bagi Barisan Nasional (BN), hanya 30 kerusi Parlimen milik bukan Islam dan selebihnya millik kaum Melayu.


“Melalui Pakatan Rakyat, 89 kerusi Parlimen berjaya dimenangi tetapi hanya 39 merupakan kerusi orang Islam dan selebihnya adalah kerusi bukan Islam. 30 kerusi BN merupakan milik bukan Islam dan selebihnya UMNO.

“Dalam usaha undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekiranya 30 kerusi bukan Islam BN berpihak kepada undi tersebut, maka kerajaan BN akan tumbang dalam keadaan hanya 39 kerusi Islam dan selebihnya bukan Islam (112 jumlah kerusi minimum yang diperlukan untuk membentuk kerajaan di Pusat).

“PAS mengambil langkah pantas untuk memperbaiki keadaan dengan tidak menyokong usul undi tidak percaya tersebut bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar (ke atas umat Islam negara ini),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Amzad menjelaskan, kenyataan beliau itu antara intisari utama ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS DUN Alur Limbat baru-baru ini.

Kata beliau, Abdul Hadi turut mengingatkan kuasa politik Islam di Malaysia menjadi sangat lemah disebabkan pemerintahan lebih 20 tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, Presiden PAS turut menegaskan ketegangan perlu dielakkan supaya ruang perbincangan sentiasa terbuka untuk kepentingan politik Islam. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 25-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Pindaan Akta 164: Mencabar aqidah Islam

RANG Undang-Undang Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] akan dibaca kali kedua dalam sesi Dewan Rakyat kali ini. Akta ini telah menimbulkan krisis yang berpanjangan khusus melibatkan kes apabila salah seorang pasangan bukan Islam mengambil keputusan untuk memeluk Islam.
Dua krisis terbentuk daripada kes tersebut: 
Pertama, mereka yang memeluk Islam tidak diberikan hak untuk melakukan petisyen perceraian di Mahkamah Sivil merujuk kepada Seksyen 51 dalam akta yang sama. Dalam masa yang sama, isu tersebut juga tidak dapat diselesaikan di Mahkamah Syariah meskipun mereka adalah sebahagian daripada orang Islam kerana asal perkahwinan mereka tertakluk di bawah Akta 164 dan proses perceraian mesti merujuk kepada akta yang sama. 
Kedua, rantaian daripada masalah pertama adalah hak menentukan agama anak, sama ada memerlukan persetujuan kedua-dua pasangan atau cukup salah seorang daripada mereka. Isu penentuan agama anak lebih berat jika dibandingkan soal hak penjagaan anak yang turut mendapat perhatian ramai sebelum ini. 
Umumnya, jika diteliti, pindaan Akta 164 memberikan hak kepada mereka yang memeluk Islam untuk melakukan petisyen perceraian. Namun, ironi sekali apabila dalam soal penentuan agama anak, pindaan tersebut seolah-olah mengambil langkah mundur ke belakang dan lebih merumitkan keadaan serta mengenepikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan. 
Pindaan tersebut meletakkan syarat penukaran agama anak mesti mendapat persetujuan "ibu dan bapa atau penjaga" berbanding sebelum ini hanya memerlukan persetujuan "ibu atau bapa atau penjaga". 
Keadaan ini menimbulkan kecelaruan dan boleh menyebabkan semakan kehakiman yang rumit. Dalam kes Subashini v Saravanan pada 2007 yang selalu dijadikan rujukan kes, hakim Mahkamah Persekutuan ketika menghakimi kes berkenaan menjelaskan penukaran agama anak tidak memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak malah tidak bertentangan dengan Perkara 12(4). 
Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Istilah 'parent' dalam Fasal (3), Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan ditafsir dengan 'by his father or his mother or his guardian'. Justeru, mengapa pindaan Akta 164 ini mesti mengambil langkah ke belakang? 
Asasnya adalah kepada isu 'unilateral conversion' yang perlu dinilai dan diteliti secara menyeluruh. Mencadangkan pindaan Akta 164 untuk menyelesaikan kompleksiti isu tersebut jelas tidak menampakkan sikap berhati-hati pihak bertanggungjawab. Malah, pertindihan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil juga tidak kurang pentingnya. 
Amat malang pihak Kerajaan hanya mengambil kira pandangan orang bukan Islam sahaja dan mengenepi kehendak umat Islam arus perdana. 
Jaminan menganut dan mengamalkan agama di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan hanya dinikmati oleh golongan minoriti sahaja tetapi juga golongan majoriti. Namun kini dilihat seolah-olah semua yang ada pada golongan majoriti hendaklah dikompromi.
Isu Pindaan Akta 164 ini turut melibatkan kepentingan agama Islam, agama bagi persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan ia juga dilindungi di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Maka, sewajarnya ia ditangani dengan lebih cermat. Justeru itu, pindaan Akta 164 ini wajar untuk  diteliti semula sebelum dibentangkan. 
Ini isu aqidah anak yang perlu dipertahan oleh setiap orang Islam. Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan IFC suatu masa dahulu yang kita sama sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya. Tapi kini kenapa perjuangan IFC yang dibawa secara berasingan ini, kita mahu terima pula? - HARAKAHDAILY 25/3/2017
Sumber HD - 25-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Ucapan Presiden PAS disunting sebegitu rupa

SAYA telah meneliti video penuh ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan raya PAS DUN Alur Limbat. 
Sekalipun ianya merupakan sebuah program yang bersifat dalaman, ianya telah tersebar di dunia siber. 
Malang sekali, ianya telah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, tiada pertimbangan dosa dan pahala, sehingga memberikan gambaran yang sangat salah, seolah-olah PAS mempunyai rancangan kerjasama dengan Barisan Nasional yang semakin hilang populariti. 
Ucapan Presiden PAS itu disunting sebegitu rupa, hingga kita sukar untuk menerima ianya merupakan salah faham, melainkan ianya merupakan tindakan yang disengajakan untuk mengelirukan pengundi. 
Ayat selanjutnya yang memperdengarkan Tuan Guru Presiden menempelak ahli PAS sendiri yang berbunyi "Kalau boleh nak telan habis (semua), tapi mulut kita luas mana nak telan habis (semua)?" sengaja dipotong. Ini menjadi sandaran sangkaan kita bahawa mereka menyunting untuk memenuhi tujuan jahat mereka. 
Kami di Jabatan Penerangan PAS Pusat bertanggungjawab untuk memberi pemahaman bahawa Tuan Guru Presiden sama sekali tidak bermaksud untuk membina kerjasama politik di dalam Pilihanraya Umum akan datang, sebaliknya menekankan fokus yang perlu dibuat dalam Pilihanraya Umum itu. 
Bagi lima buah negeri yang disebutkan itu, usaha perlu dilipatgandakan untuk mencapai hasrat menjaga agama Islam dan membolehkan PAS memposisikan diri sebagai "kingmaker". 
Memandangkan video ini telah ditularkan ke dalam dunia siber, maka kami berpendapat, adalah sesuai untuk terus memberikan kefahaman mengenai intisari utama ucapan tersebut, seperti berikut: 
1. Kuasa politik Islam di dalam keadaan yang sangat lemah, berpunca daripada tindakan UMNO yang dipimpin oleh Tun Mahathir (ketika itu) berusaha untuk "menyingkirkan" PAS melalui siri-siri persempadanan semula kawasan pilihanraya. 
2. Melalui Pakatan Rakyat, 89 kerusi Parlimen berjaya dimenangi, tetapi hanya 39 merupakan kerusi orang Islam, dan selebihnya adalah kerusi bukan Islam. 30 kerusi Barisan Nasional merupakan milik bukan Islam, dan selebihnya UMNO. 
3. Dalam usaha undi tidak percaya ke atas Najib, sekiranya 30 kerusi bukan Islam Barisan Nasional berpihak kepada undi tersebut, maka kerajaan BN akan tumbang, dalam keadaan hanya 39 kerusi Islam dan selebihnya bukan Islam (112 jumlah kerusi minimum yang diperlukan untuk membentuk kerajaan di Pusat). 
4. PAS mengambil langkah pantas untuk memperbaiki keadaan, dengan tidak menyokong usul undi tidak percaya tersebut bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar. 
5. Oleh kerana PAN didukung oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat, PAS melakukan muhasabah berhubung kedudukan bersama Pakatan Rakyat. 
6. PAS perlu menang di Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak. 
7. Sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen disasarkan untuk dimenangi, bagi membolehkan PAS menentukan hala tuju politik negara. 
8. Himpunan RUU355 perlu untuk mendidik umat Islam di Malaysia bahawa mereka boleh bekerjasama dalam kepentingan bersama, bagi menaikkan martabat Mahkamah Syariah. 
9. Ketegangan perlu dielakkan supaya ruang perbincangan sentiasa terbuka untuk kepentingan politik Islam. 
10. Giatkan aktiviti pendaftaran pemilih untuk mendapatkan sebanyak mungkin sokongan pengundi. 
11. Kumpulkan kekuatan ahli, dan juga kekuatan kewangan. 
Ahmad Amzad Hashim
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
Sumber HD - 24-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








































DAP tertekan, langkah makin sumbang

DAP kelihatan semakin tertekan dan tidak tentu arah dengan bertindak semberono dan melampaui kewajaran. Semua angkara kelakuan politik sendiri yang gopoh, ego dan rakus hingga menimpa akibat ke atas parti mereka umpama senjata makan tuan. 
Penasihat DAP, Lim Kit Siang paling tersepit menghadapi banyak persimpangan di hadapan langkah diatur yang semua itu akan menjerumus dan memperosoknya. Sama ada tersembam menyembah realiti atau kehilangan pegangan sedang dimiliki. 
Durjana paling besar DAP kerana menyinggung hal ehwal berkaitan Islam dengan semarak keangkuhan dan memperalatkan segelintir pemimpin Islam yang diperkudakan tawaran keduniaan. Juga sikap memaksa pihak lain tunduk kepada kehendak mereka. 
Terbaru digesanya akar umbi PAS supaya menolak Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ternyata Kit Siang mengalami sakit jiwa dan fikiran. Kerana dia baharu sahaja menghulur salam perdamaian beberapa bulan lalu yang konon untuk berpadu menentang teraju BN. 
Kecewa tidak bersambut, dia mahu pula menyaman Presiden PAS. Ketika sama usaha berkoalisi dengan MCA dan Gerakan yang dimusuhinya dahulu. Begitu juga dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Cemasnya ketara saat umum dilihat menolak hasrat DAP yang mengidam kedudukan nombor dua negara. 
Kit Siang resah momokan kreptokrasinya tidak dimamah rakyat Malaysia. Lebih sengsara melihat kejayaan besar penganjuran Himpunan Menyokong RUU Pindaan Akta 355 (H355) di Padang Merbok yang sebenarnya merakam kedudukan penerimaan masyarakat terhadap PAS. 
Tetapi ulangan gesaan itu menunjukkan kekalutan yang amat sangat kepada DAP khususnya Kit Siang. Dia lupa bahawa akar umbi PAS telah memberi isyarat padu dari keputusan Muktamar PAS Pusat 2015 di Kuala Selangor; di mana DAP bertindak memutuskan hubungan dengan Presiden PAS ketika itu, tetapi tidak dengan PAS. 
Merasa PAS boleh 'dibeli' ketika itu melalui boneka-boneka tajaannya, ternyata meleset dan mereka itu ditunjuk jalan keluar. Walaupun menubuhkan PAN, sekali gus meminggir dan usaha mematikan PAS, tetapi perkembangan menunjukkan sebaliknya. 
PAS semakin diterima dengan keahlian kian bertambah pesat. DAP pula kehilangan pimpinan dan ahli, sedang PAN yang dikhadamkannya semakin kartun serta gempita sahaja lebih. Tiba-tiba Tun Mahathir yang mahu ditunggangnya pula menjadi semakin mencengkam. 
Maka terkulailah segala cita-cita DAP yang sedang menyesak dan meningkatkan lagi porak peranda di dalam parti itu serta gabungan mereka, di mana hakikatnya sekadar cuba memujuk diri setelah gagal memaksa PAS untuk bersama dan akur dengan nafsu mereka. 
AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 17/3/2017
Sumber HD - 17-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Pakatan politik bentuk baharu hadapi PRU 14?
Posted on Wednesday, March 15 @ 11:42:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34031



Oleh Roslan SMS

PAS sedang menghadapi musim Mesyuarat Agung Tahunan bagi kawasan-kawasannya seluruh negara. Kemuncaknya nanti adalah Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan di Alor Setar bermula 29 April ini.


Ini merupakan muktamar PAS terakhir sebelum Pilihanraya Umum ke 14 diadakan.

PAS menjadi tumpuan ramai khasnya para pemerhati politik kerana masa depan pakatan pembangkang samada akan memberikan BN cabaran satu lawan satu dalam PRU ke 14 nanti atau pertandingan pelbagai penjuru sebagaimana pada Pilihanraya Negeri Sarawak atau Pilihanraya kecil di Sg Besar dan Kuala Kangsar kini banyak bersandar pada PAS.

Yang pastinya PAS tiada lagi sebarang kerjasama politik dengan DAP sementara Pan pula, parti serpihan PAS yang bermatalamat kononnya mahu menggantikan PAS, tidak pernah dan tidak sekali-kali akan diiktiraf PAS.

Sudah pasti PAS tidak akan berunding dengan kedua-dua parti ini.

Lalu masih adakah harapan satu lawan satu sebagaimana dahulu?

PAS telah menetapkan bahawa ia hanya akan berkerjasama dengan parti yang menghormati dasar dan prinsip perjuangannya. Penetapan status seumpama ini bukanlah sesuatu yang melampau kerana sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak lebih 60 tahun lalu, sudah pastilah PAS berhak menetapkan perkara ini.

Berkerjasama dalam apa bentuk sekalipun dengan parti yang menentang Islam atau menolak perlaksanaan Islam walau sesama penganut Islam, adalah sesuatu yang mustahil buat PAS, kerana ia bakal menggugat kedudukannya dikalangan ahli dan para penyokongnya.

Oleh yang demikian siapa sahaja yang mahu berpakat dan berkerjasama dengan PAS wajarlah memahami kedudukan ini dan menerimanya, sebagaimana mereka juga sudah semestinya akan mengharapkan PAS menghormati perjuangan dan dasar mereka masing-masing.

PPBM masih menaruh harapan bagi membentuk kerjasama dengan PAS. Mungkinkah mereka bersedia menerima dan menghormati dasar PAS?

Sementara itu PAS setakat ini masih punya tahaluf ataupun kerjasama politik bersama PKR, namun disatu pihak lain PKR bersama DAP dan Pan membentuk Pakatan Harapan, bagaimanakah hubungan PAS- PKR nanti?

Malah sudah ada tuntutan dalam PAS agar mengkaji dan menyemak semula hubungannya dengan PKR , sesuatu yang menurut Presiden PAS akan dilakukan pada atau selepas Muktamar penghujung April nanti.

Dan dalam pada itu PAS telah pun membentuk satu pakatan politik baru yang diberi nama Gagasan Sejahtera yang setakat ini dianggotainya bersama Parti Ikatan.

Barangkali pihak pembangkang merindui seorang “arkitek politik” umpama Tengku Razaleigh Hamzah, yang sebelum ini dalam PRU 1990 telah berjaya menyatukan parti-parti pembangkang melalui dua bentuk pakatan politik yang berbeza, satu dikenali Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan Semangat 46, PAS, Hamim dan Berjasa manakala satu lagi dikenali sebagai Gagasan Rakyat yang menggabungkan Semangat 46, IPF, DAP dan PRM.

Semangat 46 menganggotai kedua-dua pakatan sebagai “penghubung” yang memastikan kesatuan pihak pembangkang dalam menghadapi BN.

Mampukah hari ini PKR memainkan peranan itu?

Menantikan kemuncak apa yang dikenali “tsunami kebangkitan Islam” dalam PRU ke 14 nanti hasil kesedaran umat Islam khususnya dalam memartabat dan memperjuangkan agama mereka yang terbukti melalui isu RUU 355, barangkali kebijaksanaan Tengku Razaleigh dahulu boleh dipertimbangkan.

Melahirkan satu pakatan politik yang menggabungkan parti-parti yang mengiktiraf dan bersedia memberi laluan buat umat Islam menganut dan mengamal agama mereka secara aman dan bebas dalam negara Merdeka ini sangat bermakna dalam mahu mematahkan pengaruh Umno, tunggak BN.

Kesediaan meneroka jalan baru ini pasti akan dapat mengutip hasil yang lumayan yang bakal dibuahkan oleh tsunami yang dimaksudkan. Umat Islam yang merupakan majoriti rakyat dan pengundi dalam negara hari ini sudah bosan dan muak dengan kuasa politik pemerintah yang sedia ada, namun mereka berhati-hati kerana mahu menentukan penggantinya nanti biar punya kemampuan membela nasib mereka dan membawa kesejahteraan pada negara.

Pengganti itu nanti jangan liberal apalagi sekular sehingga memporak-perandakan negara dan mencalarkan imej dan harga diri Islam. Kerana itu satu pakatan seumpama ini penting dan sangat relevan.

Samada PAS nanti boleh menerima kelahiran dwi pakatan pembangkang seumpama ini, terserahlah kepada kebijaksanaan pimpinannya, tetapi jika hasil tangan Tengku Razaleigh dahulu boleh diterima, tidak mustahil sesuatu yang seumpama itu hari ini boleh juga barangkali dipertimbangkan.

Timbalan Presiden PPBM Dato Seri Mukhriz Mahathir telah menzahirkan keinginan untuk menjalin berkerjasama dengan PAS, demikian juga Timbalan Presiden PKR Dato Seri Azmin Ali turut melahirkan keyakinan dapat membentuk kerjasama efektif dengan PAS kiranya diberi lebih masa.

Mungkinkah sesuatu yang positif mampu dilakarkan?

PAS sudah pasti akan mengambil kira semua aspek, dan menimbangkan semua perkembangan dengan teliti dan bijaksana berpandukan hukum tertingginya dengan bimbingan Majlis Syuranya. 

Apa pun keputusannya nanti, kita mahu melihat Islam mendapat kedudukan dan dinobatkan selain nasib dan masa depan kaum dan penganut lain dibela.

PAS diyakini dapat melahirkan sesuatu yang memberi pengharapan yang cerah buat rakyat dan negara khususnya dalam menghadapi PRU ke 14 nanti. Ianya bukan sesuatu yang mudah tetapi ianya tidak mustahil dilahirkan.

Semoga penyelesaian Islam yang diperjuangkan PAS menjadi formula paling kukuh dan ampuh dalam menyelesai kemelut yang dihadapi rakyat Malaysia keseluruhannya. [email protected]/* */

Sumber TKO - 15-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya maafkan mereka jahil perjuangan PAS - Nasruddin
Posted on Saturday, March 11 @ 21:15:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33966



Masih terdapat mereka yang keliru dalam menilai bagaimana cara PAS berjuang. Bagaimana PAS beraksi di pentas politik. Mereka hairan kenapa PAS menjadikan agama sebagai asas perjuangannya. Cemburu mereka bukan kepalang apabila PAS terus meraih sokongan ummah meskipun diselubungi fitnah dan tohmahan dari segenap sudut.
Mereka sangat terdesak melihat risalah perjuangan PAS kian diterima masyarakat dari pelbagai latar. Sebahagian mereka berusaha untuk menyingkirkan PAS dari saingan politik negara lalu menggesa supaya PAS menyertai Jamaah Tabligh dan Tarikat Sufi.

Secara tidak langsung mereka sebenarnya telah memberi penghormatan tinggi kepada PAS dengan gesaan tersebut, justeru “Jamaah Tabligh dan Kumpulan Tarekat adalah sahabat PAS di pentas dakwah Islam dan Amal Islami.”

Mereka jahil tentang perjuangan PAS. Mereka gagal memahami seni politik yang dibawa oleh PAS. Tidak tergapai dek aqal mereka bagaimana PAS berpencak di pentas politik guna melunaskan tanggungjawab perjuangan Islam. Mereka sangka, Islam tidak boleh diperjuangkan dipentas politik.

Memahami seni politik matang dan sejahtera

Secara peribadi, saya maafkan mereka, justeru mereka perlu lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan oleh PAS dalam saingan politik negara masa kini. Biarlah saya tegaskan kembali bahawa:

i. Dasar perjuangan PAS adalah “Islam”. Penegasan ini boleh dirujuk pada Perlembagaan PAS Fasal ke-3. Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Allah swt. Kepatuhan dan ketundukan itu adalah bermaksud untuk meraih Redha Allah swt.

ii. PAS pula ditubuhkan untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum hakamnya menuju keredhaan Allah swt. Juga mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Objektif ini tercatat dalam Perlembagaan PAS Fasal ke-5.

iii. Antara usaha PAS ialah menyeru ummat manusia kepada Syariat Allah swt dan Sunnah Rasul-Nya saw melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal ke-6 di bawah tajuk usaha-usaha PAS.

Biarpun halangan sebesar gunung, PAS tidak pernah gentar mendepaninya demi melunaskan cita-cita perjuangan Islam. Perlembagaan PAS, Fasal ke-4 menegaskan bahawa Seruan PAS ialah “Allahu Akbar” (Allah Yang Maha Besar). Tiada yang lebih besar dan hebat selain Allah swt. Tiada siapa yang boleh menghalang dan menyekat perjuangan untuk menegakkan agama Allah swt.


Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS dan Ahli Parlimen Temerloh


Sumber TKO - 11-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Redha Allah SWT matlamat perjuangan PAS

MASIH terdapat mereka yang keliru dalam menilai bagaimana cara PAS berjuang. Bagaimana PAS beraksi di pentas politik. Mereka hairan kenapa PAS menjadikan agama sebagai asas perjuangannya. Cemburu mereka bukan kepalang apabila PAS terus meraih sokongan ummah meskipun diselubungi fitnah dan tohmahan dari segenap sudut. 
Mereka sangat terdesak melihat risalah perjuangan PAS kian diterima masyarakat dari pelbagai latar. Sebahagian mereka berusaha untuk menyingkirkan PAS dari saingan politik negara lalu menggesa supaya PAS menyertai Jamaah Tabligh dan Tarikat Sufi.
Secara tidak langsung mereka sebenarnya telah memberi penghormatan tinggi kepada PAS dengan gesaan tersebut justeru Jamaah Tabligh dan Kumpulan Tarekat adalah sahabat PAS dipentas dakwah Islam dan Amal Islami. 
Mereka jahil tentang perjuangan PAS. Mereka gagal memahami seni politik yang dibawa oleh PAS. Tidak tergapai dek aqal mereka bagaimana PAS berpencak di pentas politik guna melunaskan tanggungjawab perjuangan Islam. Mereka sangka, Islam tidak boleh diperjuangkan di pentas politik. 
Secara peribadi, saya maafkan mereka justeru mereka perlu lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan oleh PAS dalam saingan politik negara masakini. Biarlah saya tegaskan kembali bahawa: 
i - Dasar perjuangan PAS adalah Islam. Penegasan ini boleh dirujuk pada Perlembagaan PAS Fasal ke-3. Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Allah swt. Kepatuhan dan ketundukan itu adalah bermaksud untuk meraih Redha Allah swt. 
ii - PAS pula ditubuhkan untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum hakamnya menuju keredhaan Allah swt. Juga mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Objektif ini tercatat di dalam Perlembagaan PAS Fasal ke-5. 
iii - Antara usaha PAS ialah menyeru ummat manusia kepada Syariat Allah swt dan Sunnah RasulNya saw melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. 
Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. Perkara ini termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal ke-6 di bawah tajuk usaha-usaha PAS. 
Biarpun halangan sebesar gunung, PAS tidak pernah gentar mendepaninya demi melunaskan cita-cita perjuangan Islam. Perlembagaan PAS, Fasal ke-4 menegaskan bahawa Seruan PAS ialah Allahu Akbar (Allah Yang Maha Besar). Tiada yang lebih besar dan hebat selain Allah swt. Tiada siapa yang boleh menghalang dan menyekat perjuangan untuk menegakkan agama Allah swt. - HARAKAHDAILY 11/3/2017
Sumber HD - 11-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Hakim syarie lebih adil kerana ‘faham agama’
Posted on Friday, March 10 @ 07:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33935



PETALING JAYA: PAS mempertahankan hakim mahkamah syariah daripada dakwaan mereka tertumpu kepada menghukum pesalah, dan berkata hakim syarie merupakan individu beragama yang akan bertindak lebih adil kerana mereka “faham dosa dan pahala”.

“Adalah sangat jahat cuba mengajak rakyat berprasangka buruk kepada hakim-hakim syariah seolah olah mereka manusia yang tidak berhati perut yang ‘gila’ mahu mendera, menyebat manusia,
mendenda sampai bangkrap atau memenjarakan orang sampai ke tua agar mati di dalam penjara,” kata Pengarah Jabatan Penerangan PAS, Ahmad Amzad Hashim.

Beliau dipercayai merujuk kebimbangan sesetengah pihak terhadap rang undang-undang yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bagi menambah kuasa hakim mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah Islam.

Sebaliknya, Ahmad Amzad menceritakan pengalaman beliau ketika terlibat dalam kes didengari seorang hakim bukan Islam dari mahkamah sivil, yang menurutnya kerap menggunakan waktu rehat perbicaraan untuk meminum arak.

“Bayangkan selang setiap dua jam akan ada waktu rehat. Saya kebetulan memerhati gerak geri mantan hakim ini. Waktu rehat beliau ke lounge terbuka dan meminum arak. Bukan sekali berlaku. Hampir setiap kali waktu rehat, ‘break’ perbicaraan,” katanya.

Ahmad Amzad, bagaimanapun, berkata tidak ada kesan hakim tersebut mabuk dan perbicaraan dikendali dengan profesional.

“Walau bagaimanapun kami menang kes ini,” katanya dalam kenyataan diterbitkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Ahmad Amzad berkata “bukan mudah” melantik hakim syarie kerana mereka perlu mempunyai keperibadian beragama dan sahsiah.

“Seorang yang jahil agama, seorang pendosa mempunyai kebarangkalian yang sangat kecil menjadi hakim syarie. Hampir tidak berpeluang langsung.

“Seorang yang faham agama, berilmu, baik pengamalan agama mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk tidak zalim dan berusaha berlaku adil lantaran faham soal dosa dan pahala,” katanya.

Sumber TKO - 10-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































RUU 355: Tidak timbul soal siapa peralat siapa

KETUA Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan menegaskan tidak timbul soal 'siapa memperalatkan siapa' di dalam memperkasakan undang-undang syariah termasuklah meminda RUU 355. 
Ini kerana katanya, pindaan RUU 355 yang di bawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah bertujuan untuk memperkasakan agama Islam di negara ini. 
"Jangan terlalu terjebak dengan polemik dengan sentimen yang hanya buang masa kita. Apa yang kita lakukan adalah prinsip terhadap muslim jadi tidak timbul siapa peralat siapa," katanya. 
Bercakap di dalam program Bual Bicara Harakah sesi ke-6 hari ini, Nasrudin berkata, isu pindaan RUU355 ini adalah titik perubahan untuk umat Islam bangkit tanpa mencurigai antara satu sama lain. 
Katanya, pindaan ini menjadi tanggungjawab bersama dan perlu bantu membantu bagi memperkasakan RUU ini. 
"Kita tidak mampu nak buat semua tetapi kita ada kaedah. Perkara tidak mampu jangan buat semua," katanya di My Harakah Bazaar. 
Justeru katanya, di dalam pindaan ini semua pihak tidak perlu gopoh-gapah dan perlu melalui proses yang sewajarnya untuk memperbaiki kelemahan. 
"Jangan gopoh, seumpama kita berjalan di atas lantai yang licin barulah kita selamat. Kita bimbang akan tergelincir. Banyak proses buat keputusan yang perlu dihormati dan dicermati, kerana kesempurnaan perlu lalui proses yang cermat," katanya. 
Program Bual Bicara Pasca Himpunan 355 Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera turut membarisi dua lagi lagi ahli panel iaitu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala moderatornya adalah Pengarah Komunikasi Korporat PAS Roslan Shahir Mohd Shahir. – HARAKAHDAILY 9/3/2017
Sumber HD - 9-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Agenda siapa menimbulkan prejudis kepada syariah?

MENGAPA melampau-lampau dalam prejudis terhadap kehakiman syariah sehingga memperbesarkan andaian hakim boleh buat kesilapan menghukum yang tidak bersalah, atau menghukum dengan hukuman berat konon kerana had penjara telah dinaikkan kepada 30 tahun penjara dan had denda dinaikkan ke RM100,000? 
Apa kehakiman sivil yang ada sekarang ini suci bersih sangatkah dari kesilapan sehingga berprasangka sebegitu sekali kepada Kehakiman Syariah? Sehingga menceduk kes kes terpencil luar negara konon untuk membuktikan syariah zalim! 
Kalau begitu kita pun boleh mengeluarkan seribu satu macam kisah dalam dunia bagaimana mahkamah bukan syariah membuat kesilapan dan berlaku kezaliman dalam penghakiman dan jenis hukuman. 
Kes orang yang tidak bersalah disabitkan bersalah banyak berlaku di mana-mana dalam dunia. 
Yang dihukum gantung sampai mati pun ada. 
Hukuman yang tidak munasabah, si miskin mencuri gula dan milo kerana teringin minum sendiri untuk anak-anak dipenjara berbulan bulan. Yang kaya pecah amanah dan rasuah lebih ringan pula hukumannya. 
Bukan pelik ada mahkamah menjatuhkan hukum penjara lebih 100 tahun. Saya terbaca ada satu kes sampai 158 tahun penjara. 
Ini perkara subjektif. 
Soalnya secara makro, kesan agregat, adakah secara keseluruhannya sistem pengadilan itu telah cukup berkesan dalam mewujudkan kesejahteraan, keamanan dan keadilan di dalam masyarakat? 
Sebenarnya apa apa kecacatan akan ada proses semak imbangnya. 
Di mahkamah sivil ada susunannya keputusan boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke Mahkamah Persekutuan. 
Mahkamah Syariahpun ada proses rayuannya yang tersendiri. Ada hak untuk diwakili peguam yang dipilih sendiri. Ada Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi. 
Adalah sangat jahat cuba mengajak rakyat berprasangka buruk kepada Hakim Hakim Syariah seolah olah mereka manusia yang tidak berhati perut yang 'gila' mahu mendera, menyebat manusia, mendenda sampai bangkrap atau memenjarakan orang sampai ke tua agar mati di dalam penjara. 
Saya ceritakan satu kes arbitrasi yang saya pernah terlibat sama yang saya melawan syarikat antarabangsa dari Kanada. Arbitrator yang dilantik adalah seorang mantan hakim mahkamah rayuan yang tinggi kedudukannya di dalam kehakiman Malaysia. Dia bukan seorang Islam. 
Bayangkan selang setiap dua jam akan ada waktu rehat. Saya kebetulan memerhati gerak geri mantan hakim ini. Waktu rehat beliau ke lounge terbuka dan meminum arak. Bukan sekali berlaku. Hampir setiap kali waktu rehat, 'break' perbicaraan. 
Tak dinafikan, sebaik dia mengadili, tidak pula nampak ada kesan macam orang mabuk, perbicaraan dikendali dengan profesional. Tetapi itulah... pengadil yang dilantik jadi arbitrator yang latar belakangnya seorang mantan hakim yang terhormat dalam mahkamah sivil. 
Walau bagaimanapun kami menang kes ini. Berjaya ketepikan tuntutan lebih RM40 juta. Ini kes pada tahun 1999, lebih 16 tahun lalu. 
Bandingkan kualiti seseorang sebelum boleh melayakkan diri mereka sebagai Hakim Syariah. Dengan kelayakan pendidikan, keperibadian beragama dan sahsiah. Bukan mudah. 
Bagi yang biasa dengan perbicaraan syariah akan tahu selain hujahan berdasarkan rujukan preseden kes terdahulu, penghakiman selalu akan sarat dengan nas Quran dan Hadis serta nasihat agama yang menginsafkan. 
Seorang yang jahil agama, seorang pendosa mempunyai kebarangkalian yang sangat kecil menjadi Hakim Syarie. Hampir tidak berpeluang langsung. 
Seorang yang faham agama, berilmu, baik pengamalan agama mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk tidak zalim dan berusaha berlaku adil lantaran faham soal dosa dan pahala 
Malaysia pula negara demokrasi, bukannya autokrasi. Bukan seperti zaman raja-raja dahulu yang terpulang budi bicara raja menghukum. 
Jika kezaliman terlalu nyata, rakyat mempunyai ruang melalui proses demokratik untuk meminda undang undang. Menukar parti yang memerintah pun boleh. 
AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
8 Mac 2017 – HARAKAHDAILY 8/3/2017
Sumber HD - 8-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








































Solat hajat seluruh negara

PAS menganjurkan solat dan munajat diadakan seluruh negara, khusus mendoakan keselamatan 11 orang warga Malaysia yang merupakan kakitangan Kedutaan Malaysia di Korea Utara yang masih dihalang meninggalkan negara itu supaya mereka boleh kembali ke tanah air dengan selamat. 
Solat dan munajat tersebut hendaklah diadakan di peringkat kawasan masing-masing seluruh negara pada: 
Tarikh: 9 Mac 2017
Hari: Khamis
Masa: 8.45 malam (selepas solat Isyak)
Tempat: Seluruh negara 
Pada masa yang sama, semua ahli PAS dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai propaganda di media sosial yang tidak berfakta dan bertanggungjawab. Tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak berasas bagi menimbulkan ketegangan yang tidak wajar. 
Sebaliknya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. 
Inilah Penyelesaian Kita 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat\ 
Kenyataan Dewan Ulamak PAS Pusat 
Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi isu keselamatan negara rentetan daripada ketegangan yang berlaku selepas Kerajaan Korea Utara menyekat duta, petugas malah rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara untuk pulang ke tanah air. 
Tindakan itu bercanggah dengan konsep diplomatik antarabangsa, malah bertentangan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam yang memberikan perlindungan kepada mereka yang menjadi utusan kerajaan dan mereka yang tidak bersalah. 
Kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah serius untuk menangani masalah ini daripada berlarutan. Konflik ini, perlu diselesaikan sebaik mungkin, dan jalan diplomasi perlu sentiasa menjadi pilihan utama negara pada ketika ini bagi menjamin keselamatan negara dan juga rakyat Malaysia yang terkandas di sana. 
Rakyat Malaysia juga diseru untuk sama-sama bersatu dalam berhadapan dengan krisis ini. Kita perlu meminta petunjuk dan bimbingan Allah Ta'ala dalam berhadapan dengan krisis ini. Solat hajat memohon supaya krisis ini selesai dalam keadaan yang baik dan damai perlu diadakan di setiap peringkat. 
Bagi peringkat Dewan Ulamak PAS, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mahfuz Mohamed telah mengeluarkan arahan supaya Dewan Ulamak PAS negeri dan Urusan Ulamak kawasan mengepalai solat hajat di negeri dan kawasan masing-masing.
Kedaulatan dan keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama dan ianya adalah keutamaan yang tertinggi pada masa sekarang mengatasi perbezaan di kalangan kita. 
Ustaz Haji Muhammad Ismi Mat Taib
Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Ulamak PAS Pusat
8 Mac 2017 / 9 Jamadil Akhir 1438 - HARAKAHDAILY 8/3/2017
Sumber HD - 8-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








































Kenaikan harga gula: Fikirkan kepentingan rakyat

PAS kesal dengan 'lampu hijau' yang diberikan KPDNKK supaya menaikkan harga gula 11 sen daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram berkuatkuasa 1 Mac yang lalu. Perkara tersebut jelas memperlihatkan kerajaan tidak mempertimbangkan sesuatu polisi dengan melihat kepentingan rakyat sebagai keutamaan mereka. 
Peningkatan harga gula mentah dunia ditambah lagi penyusutan nilai matawang ringgit sememangnya memberi impak kepada kos mengimport gula. Justeru, kesan rantaian ini turut memberi implikasi terhadap kos pengeluaran gula di pasaran domestik. Purata mengimport gula adalah RM4.40 berbanding RM4.10 pada tahun sebelumnya. 
Amat dikesali apabila kerajaan lebih mengutamakan keuntungan pihak tertentu berbanding melihat kepada pengucupan kuasa beli di kalangan pengguna ketika ini. Malah, 'real income' rakyat juga semakin berkurang. Kuasa beli yang melemah juga sudah pasti akan memberi kesan tidak langsung kepada sektor peruncitan. Tidakkah kerajaan sedar kesan inflasi yang telah berkembang kepada 3.2 peratus pada Januari yang lalu hasil daripada polisi-polisi tempang pihak kerajaan? 
Justeru, kerajaan sepatutnya memikirkan suatu langkah bagi menyerap kenaikan itu daripada bersikap bermudah-mudah melepaskan bebanan kepada rakyat. PAS sangat kesal dengan pendirian kerajaan dalam beberapa polisinya yang mengenepikan faktor orang ramai. Mereka hanya berfikir apabila sesuatu syarikat mengekalkan margin keuntungan yang tinggi, maka cukai yang diperoleh kerajaan juga tinggi. Akhirnya, peningkatan kos itu dilepaskan untuk ditanggung oleh rakyat. 
Pada satu sisi yang lain pula, sifat 'self-interest' (penting diri) dan 'profit maximization' (keuntungan maksimum) dalam orientasi pemikiran kapitalisme telah mengenepikan keuntungan sosial. Apatah lagi barangan dan perkhidmatan yang disediakan berkait dengan keperluan asas rakyat. Rakyat akhirnya menjadi mangsa orientasi pemikiran ini. Inilah yang disebut dengan 'privatizing profit, socializing loss'. 
Jika diteliti dengan lebih mendalam, kesan berantai daripada kenaikan harga gula kepada rakyat lebih meruncing. Kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan inflasi yang mendadak adalah bahana yang sedang ditanggung rakyat dan semakin berganda dari sehari ke sehari. Selepas minyak masak, bahan api dan kini gula, apa lagi yang akan dinaikkan oleh pihak kerajaan? Berilah apapun alasan tetapi tunggulah hari pembalasan kelak!
Inilah Penyelesaian Kita 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 5/3/2017
Sumber HD - 5-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Zakir Naik: Intelek atau ekstrem?

Zakir Naik dalam ceramahnya sentiasa mengemukakan hujah yang ilmiah dan rasional, tidak hanya berdasarkan sumber-Islam, beliau turut menghuraikan sesuatu perkara berdasarkan sumber agama lain bagi memahamkan pendengar terhadap keindahan Islam dan meyakinkan mereka bahawa Islam adalah agama yang sebenar. Intelek atau ekstrem? 
Tidak sekadar itu, beliau tidak memaksa sesiapa untuk menerima setiap butir isi kandungan yang disampaikannya bahkan beliau memberikan peluang kepada semua sama ada bagi menanyakan soalan atau mengemukakan hujah balas terhadap perkara yang telah beliau sampaikan. Beliau bersedia menerima kebenaran yang disampaikan oleh pendengarnya dan membetulkan kesilapan sehingga sanggup menarik semula apa yang telah beliau sampaikan sekiranya dibuktikan bahawa ia salah. Intelek atau ekstrem? 
Beliau tidak pernah pula memaksa sesiapa pun untuk hadir ke program ceramahnya. Beliau menjemput semua orang untuk hadir tanpa mengira Melayu, Cina atau India dan tanpa mengira agama Islam, Budhha, Hindu atau Kristian sementelah lagi untuk membezakan seseorang itu mengikut parti tertentu. Beliau hanya mengharapkan setiap peserta programnya hadir dengan kemahuan untuk mendapatkan kebenaran. Intelek atau ekstrem?
Menariknya (dengan izin Allah) selalu sahaja dalam programnya, ada kalangan bukan Islam memilih untuk memeluk Islam; bahkan bersyahadah di hadapan umum, ditonton oleh orang ramai dengan penuh rasa yakin dan aman. Zakir Naik tidak pernah memaksa atau mengugut individu pilihan Allah swt itu sehingga mereka berbuat demikian. Beliau hanya menyampaikan kebenaran yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Intelek atau ekstrem? 
Berbanding individu atau kumpulan tertentu itu yang mahu Zakir Naik diusir dan disekat masuk dari negara ini dengan dakwaan kononnya Zakir Naik telah mengancam ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara bahkan mereka meminta campur tangan AS bagi mengenakan tindakan ke atas Zakir Naik hanya semata-mata disebabkan oleh sikap-sikap Zakir Naik yang saya nyatakan di atas, intelek atau ekstrem? 
Ke mana perginya hak asasi yang mereka laungkan selama ini? Ke mana hilangnya hak kebebasan bersuara yang mereka pertahankan selama ini? Ke mana hanyutnya semangat dialog intelektual yang diperjuangkan selama ini? 
Anda berhak untuk menolak dan tidak bersetuju dengan pandangan Zakir Naik, tetapi tampil lah dengan hujah dan kebenaran.
Nasrudin Hassan
3 Mac 2017 | 4 Jamadil Akhir 1438 - HARAKAHDAILY 3/3/2017
Sumber HD - 3-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 








































Muzakarah para mufti

ISU Pindaan Akta 355 masih terhangat di pasaran. Perbahasan mengenainya menarik perhatian pelbagai pihak dan terkini tumpuan teralih kepada usaha para ilmuan Islam untuk membahas dan mendebatkannya secara terbuka. 
Biasanya pindaan sesuatu akta hanya mengambil ruang bahas atau debat di galeri parlimen dan terhad kepada 222 orang ahli parlimen sahaja. Berbeza dengan Akta 355,  cadangan untuk memindanya telah mendapat perhatian semua pihak dan diperbahaskan secara terbuka. 
Satu sudut, ia adalah satu perkembangan yang sangat baik. Secara tidak langsung, isu pindaan Akta 355 ini telah "merakyatkan parlimen dan memparlimenkan rakyat". 
Andai masih ada Ahli Parlimen yang tidak memahami isu pindaan Akta 355, maka kini sudah ada rakyat yang memahaminya dan mendesak supaya Ahli Parlimen tidak menentang bahkan menyokong agar Akta 355 dipinda. 
Malah terdapat juga rakyat yang berperanan bagai ahli parlimen dalam membahaskan isu Pindaan Akta 355 tersebut. Sekali gus membuktikan negara tidak tandus bakal ahli parlimen dan pemimpin yang mampu, berkaliber dan bertanggungjawab terhadap agama dan negara untuk dipilih mewakili rakyat ke Parlimen. 
Isu Pindaan Akta 355 ini selayaknya lah dibahas secara ilmiah, jujur dan tenang. Para cendikiawan Islam mestilah memandunya dengan pendekatan yang terbaik. 
Semoga hasilnya memulangkan manafaat yang besar kepada proses memperkasakan syariat di Malaysia, bukan meretakbelahkan ummat Islam dengan pelbagai kekeliruan dan akhirnya menjadi fitnah kepada Islam dan ummatnya. 
Hari ini saya terbaca satu laporan media yang menyiarkan bahawa Sohibus Samahah Datuk Dr Asri Zainul Abidin selaku Mufti Perlis pula mahu berdebat dengan YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 di Parlimen. 
Saya tertarik dengan pandangan dari seorang rakan saya yang juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Sdr Amzad Hashim bahawa tiada kewajaran debat Datuk Dr Asri dengan YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi. Sebaliknya apa yang wajar dan perlu ialah dianjurkan muzakarah yang melibatkan semua para mufti bersama YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang memandangkan isu ini sangat penting dan para mufti selayaknya mengangkat satu keputusan yang muktamad dari muzakarah tersebut ke arah meninggikan syariat Allah swt di bumi bertuah ini. 
Objektifnya ialah supaya Ashabus Samahah Para Mufti mendapat penjelasan langsung dari orang yang bertanggungjawab membawa RUU Persendirian untuk meminda Akta 355 lantas membahaskannya dan sekali gus menyelaraskan kefahaman dan keputusan serta tindakan dari pihak mufti-mufti di Malaysia ini. 
Firman Allah swt:
أن أقيموا الدين و لا تتفرقوا فيه
Bahawa kamu mestilah menegakkan agama dan jangan sekali-kali kamu berpecah padanya. (Surah Asy Syura: 13)
Inilah Penyelesaian Kita 
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 2/3/2017
Sumber HD - 2-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 








































Orang Islam sejati akan pertahankan Zakir Naik

SEAKAN menjadi sunnah dalam perjuangan para Nabi dan Rasul alaihimussalam berdepan tuduhan sebagai pendusta, ahli sihir, gila dan pemecah belah masyarakat lantaran seruan mereka kepada mentauhidkan/mengesakan Allah. 
Mereka dihalau dari kampung halaman, dihalang memasuki negara orang, malah dengan cara yang kejam seperti Nabi Muhammad SAW yang dilontarkan batu sehingga berdarah ketika mahu masuk ke Taif. 
Sebahagian Nabi dibunuh seperti perlakuan Bani Israel yang membunuh Nabi-nabi dari kalangan mereka. 
Usaha yang sabar berjaya mengislamkan sebahagian, manakala sebahagian besar yang lain tetap tidak mahu beriman sekalipun mereka tewas apabila berdepan hujah yang benar, malah ditunjukkan mukjizat kenabian yang tertentu. 
Pahala membawa manusia kepada Islam sangat besar. Jika satu orang menjadi Islam kerana usaha kita, Allah janjikan ganjaran begitu besar. Ini pula ribuan yang menjadi Islam oleh usaha para nabi. 
Zakir Naik mengajak manusia kepada Islam dengan jalan menghujahkan secara terbuka dan ilmiah. Beliau membenarkan orang menyoalnya dan dia memberikan jawapan. Dia tidak memaksa bukan Islam hadir ke majlisnya, tetapi memberi layanan baik kepada yang sudi hadir. Beliau tidak memaksa orang menerima jawapannya. Beribu orang menjadi Islam oleh usaha beliau. 
Ada yang menuduh Zakir Naik tidak patut membandingkan agama. Tetapi tugas semua pendakwah mengeluarkan manusia daripada kesesatan. Untuk berbuat demikian sudah tentu seorang itu perlu menjelaskan perkara yang benar dengan perkara yang salah. Yang lurus dengan yang sesat. 
Nabi Ibrahim a.s pernah sampai menggantungkan kapak di patung berhala yang paling besar sehingga ditanya oleh kaumnya siapa yang telah pecahkan semua patung berhala yang ada di keliling patung yg terbesar itu? 
Maka dijawab oleh Nabi Ibrahim "Tanya lah berhala yang besar yang ada kapak itu?
"Lalu dijawab kaumnya mustahil patung itu berbuat demikian kerana ia tak boleh buat apa apa kerana cuma patung. 
Dibidas oleh Nabi Ibrahim, "makanya kenapa kalian menyembah patung yang tidak boleh berbuat apa-apa? " 
Zakir Naik dituduh mengganggu keharmonian, memecah belahkan mesyarakat.
Tidakkah sama seperti yang dituduh kepada para Nabi? 
Naudzubillah, tetapi kelihatannya jika Siti Kasim, Asiah Jalil dan 'Mujahidin" itu berada pada zaman Rasulullah SAW, mereka bagaikan berada di baris hadapan dalam kelompok menghasut masyarakat membenci Nabi atas alasan menggugat keharmonian, memecahbelahkan rakyat . 
Orang Islam yang sejati mempertahankan Zakir Naik. 
Malah saya sendiri ingin sekali menjadi Zakir Naik. 
Kami semua adalah Zakir Naik! – HARAKAHDAILY 2/3/2017
Sumber HD - 2-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 









































DAP Dan Sekutu Panik











Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Sehari dua ini suhu di pentas politik tanahair meningkat tinggi. DAP dan sekutu rapatnya PAN begitu aktif menyerang PAS dan kepimpinannya.

2. Tidak semena-mena mereka melipatganda serangan ke atas PAS. Bermula kenyataan
_i- kononnya mereka boleh menghimpunkan lebih ramai rakyat berbanding H355 kalau mereka mahu._
_ii- PAS bakal berpecah lagi,_
_iii- Kelantan akan jatuh ke tangan PAN_
_iv- dan terbaru mereka menganggap PAS hari ini tidak sama dengan PAS zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz._

3. Secara teliti jika kita perhatikan corak serangan mereka, jelas menggambarkan *mereka sedang panik atau gabra* berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat khasnya ummat Islam dari pelbagai latar bersama perjuangan PAS untuk memperjuangkan Islam di Malaysia.

4. Membandingkan PAS sekarang di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang kononnya jauh berbeza dengan zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah satu contoh ketara *betapa mereka mula panik* dan serba tak kena dalam tindakan mereka.

5. Mereka lupa, zaman Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu adalah zaman Tuan Guru Hj Abdul Hadi juga sebagai Presiden PAS. Beliau menjadi Presiden PAS pada masa itu sehinggalah sekarang.

6. *Tiada dasar dan prinsip perjuangan PAS yang berubah* kecuali beberapa pendekatan diubahsuai berdasarkan keperluan dan tuntutan semasa.

7. *Tahap mental dan kekejangan saraf DAP semakin parah*. Mereka panik bila hasrat mereka mahu memecahkan PAS gagal. Meskipun berjaya membuatkan G18 meninggalkan PAS dan menubuhkan parti baru. Nyata DAP tidak yakin malah tidak berjaya menjadikan parti baru itu menggantikan tempat PAS.

8. Lebih menarik, PAS terus membina kekuatan dan saiz pengaruhnya makin melebar dan meluas. *Gagasan Sejahtera mula mengembangkan blok ketiga* dipersada politik tanahair.

9. Sementara pilihanraya umum semakin hampir, masa mereka kian suntuk lalu mereka mula kelihatan berusaha keras untuk kembali memecahkan keutuhan PAS dengan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan.

10. Pada masa yang sama, mereka mahu menutup pergolakan rumahtangga mereka yang sedang retak menanti belah dengan melemparkan batu ke arah rumah orang lain. Politik buruk yang sedang dipraktiskan oleh mereka sekarang, mempotretkan wajah mereka yang sebenar.
Sekian

Sumber BO - 28-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Matlamat PAS mendaulatkan Islam

AHMAD AMZAD HASHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44427-matlamat-pas-mendaulatkan-islam

SAYA sekali lagi pening kepala pagi ni.

Bila ada sahabat yang kongsikan tajuk besar berita "Matlamat PAS Bukan Untuk Jatuhkan Umno" yang dikatakan merujuk kepada ucapan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Abduh bin Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz.

Ada pemimpin yang bahasanya terus. Ada pemimpin yang bahasanya perlu kepada huraian lanjut.

Umumnya ahli PAS ada yang benar-benar menghayati perjuangan PAS dan ada yang hanya ikut ikutan tanpa berada di atas landasan tarbiyyah (pendidikan) yang membantu ia memahami dan menghayati perjuangan.

Bahasa mudah orang PAS yang menghayati perjuangan apabila ditanya pasal apa masuk PAS, nak apa? Maka umumnya dijawab mahu berjuang Islam atau mahu keredhaan Ilahi.

Bagi orang PAS yg tidak menghayati maka jawapannya macam-macam misalnya nak lawan Umno, 'nok mappuh Umno', nak jadi kerajaan. Ada yang masuk PAS hanya kerana nak marah 'tok wakil' Umno tak tolong bebaskan anaknya yang dimasuk lokap kesalahan dadah!

Berkenaan "Matlamat PAS Bukan Untuk Jatuhkan Umno" seperti tajuk artikel yang mudah jadi sensasi ini, ia perlukan huraian lanjut.

Kerana apa pun berkenaan organisasi besar PAS mesti berjalan di dalam kerangka Perlembagaan PAS yang memuatkan fasal fasal asas antara lain tentang DASAR, SERUAN, MATLAMAT DAN TUJUAN dan USAHA USAHA.

Meletakkan jatuh bangunnya Umno sebagai satu 'Matlamat PAS' adalah seperti merendah-rendahkan gagasan besar perjuangan PAS yang digariskan dalam Perlembagaan PAS.

Matlamat PAS adalah seperti digariskan pada Fasal 5 berikut:

"FASAL 5. Tujuan PAS ialah:

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara."

Kerana itu Umno perlu dinilai keberadaannya dalam konteks matlamat PAS.

Bukan dijadikan sebahagian matlamat PAS itu sendiri.

Jika Umno menjadi halangan, maka demi matlamat PAS, wajarlah usaha usaha diambil bagi mengatasi halangan itu. Termasuklah penyertaan PAS dalam politik pilihan raya menentang pelbagai pihak termasuklah Umno.

PAS menggariskan pelbagai usaha di dalam perlembagaan PAS dalam memandu pencapaian matlamat PAS.

"FASAL 6. Usaha-usaha

Menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’at serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan

Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar."

Majlis Syura Ulamak PAS yang diketua Mursyidul Am PAS, sekarang ini Tuan Guru Datuk Hashim Jasin adalah badan tertinggi dalam organisasi PAS yang mengawal tindak tanduk PAS agar selari dengan Prinsip dan Dasar Perjuangan PAS.

Perkara besar seperti tahaluf siyasi, dinilai dulu oleh Majlis Syura Ulamak. Bukan diserahkan bulat-bulat kepada akar umbi melalui mandat muktamar agong PAS. Kena diperhalusi dulu jika berbangkit soal hukum hakam. Juga soal yang memerlukan penilaian pakar. Musuh Islam, sekalipun boleh beri kemenangan pilihan raya, tak boleh dibuat kawan rapat.

Dalam soal Umno, Majlis Syura Ulamak PAS telah mengeluarkan kenyataan tahun lalu bahawa PAS tidak akan ada pakatan politik dengan Umno.

Selari dengan itu, di mana pun kenyataan dan ceramah oleh pemimpin-pemimpin utama PAS, Presiden PAS, Timbalan dan Naib-naib Presiden, menghantar mesej jelas PAS akan bertanding menentang Umno dalam PRU14 akan datang.

Malah pada PRU14, PAS akan menentang Umno dan BN dengan bertanding jumlah kerusi lebih besar berbanding penyetaan PAS pada PRU13 lalu.

Begitu sekali bersungguhnya PAS mahu menggantikan Umno demi perjuangan Islam yang boleh menyelamatkan negara. – HARAKAHDAILY 27/2/2017

Sumber HD - 27-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Siapa Nurul Haq, dakwa RUU355 langgar syariah?

AHMAD AMZAD HASHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44417-siapa-nurul-haq-dakwa-ruu355-langgar-syariah

TIBA tiba sahaja Free Malaysia Today menerbitkan artikel 'Usul Hadi Langgar Syariah, Kata Bekas “Pakar JAKIM” bertarikh 25 Februari  2017 yang memuatkan pandangan seorang yang bernama Nurul Haq Shahrir yang dijenamakan sebagai seorang 'pakar'.

Sepantas kilat hari yang sama juga tulisan itu dimuatkan dalam Blog Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.  Malah sempat artikel yang panjang lebar  itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris dalam masa sehari sahaja. Begitu bersungguhnya!

Pakar berkenaan dikatakan salah seorang ahli panel 'transformasi undang undang Islam' di bawah Majlis  Dakwah Negara.

Majlis Dakwah Negara ini salah satu organisasi di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,  YADIM.

Saya telah cuba mencari apa apa maklumat di alam maya jika pernah memuatkan apa apa tentang individu yang bernama Nurul Haq Shahrir yg mendapat perhatian  istimewa dari Lim Kit Siang ini. Malangnya tiada.

Tinjauan ke laman Majlis Dakwah Negara juga tidak menemui namanya. Maka tidaklah boleh kita menganggap pandangannya mewakili Majlis Dakwah Negara. Malah beliau disebut 'Bekas Pakar JAKIM' menunjukkan beliau bukan lagi seorang kakitangan dari JAKIM.

Malah pandangannya bahawa RUU 355 melanggar syariah adalah sangat pelik, ganjil dan bercanggah  dengan pendirian JAKIM,  YADIM malah Majlis Dakwah Negara sendiri.

YADIM melalui artikel di laman rasminya bertajuk antara lain "Pindaan Akta 355 tak rampas hak penganut agama lain”, "Pindaan Akta 355: Usaha Mengangkat Martabat Mahkamah Syariah" dan "Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pandangan" adalah jelas menegaskan pendirian YADIM yang merupakan induk kepada Majlis Dakwah Negara berhubung soal Pindaan Akta 355.

Dalam satu artikel di laman Islam dan Melayu bertajuk "Majlis Dakwah Negara Syor Kerajaan Laksana Undang Undang Jenayah Islam" memuatkan  pandangan Pengerusi  Majlis Dakwah  Negara  sendiri, Prof.  Emeritius Dato' Dr.  Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Laman Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  menyiarkan penjelasan pelbagai persoalan  tentang RUU 355, yang memuatkan soal jawab oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam usaha memberi faham kepada rakyat  mengapa RUU355 perlu disokong.

JAKIM sendiri terlibat aktif dalam siri penerangan berhubung Pindaan Akta 355.

Hampir kesemua mufti negeri negeri dan wilayah di Malaysia kecuali Mufti Perlis menyatakan sokongan kepada Pindaan Akta 355.

Hampir kesemua NGO berkait profesion kehakiman syariah, pegawai mahkamah,  para peguam muslim,  peguan syarie mendokong pindaan Akta 355.

Tiba tiba nama yang tidak dikenali yang membawa pandangan ganjil yg bermaksud "Pindaan Akta 355 Langgar  Syariah" yang dilonjakkan dan diberi publisiti oleh Free Malaysia Today dan sepantas kilat diterjemahkan ke bahasa Inggeris pada hari yang sama dimuat naik ke blog Lim Kit Siang,  Pengerusi DAP, ketika umat Islam semakin mengenali sikap DAP yang anti kepada usaha memperjuangkan Islam.

Siapa yang songsang sebenarnya sekarang? – HARAKAHDAILY 26/2/2017

Sumber HD - 26-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Teliti semula pelantikan Ketua Audit Negara

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44373-teliti-semula-pelantikan-ketua-audit-negara

PAS menggesa Kerajaan agar meneliti sedalam-dalamnya pelantikan Ketua Audit Negara yang baharu supaya ia benar-benar bebas daripada sebarang pengaruh politik demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti badan tersebut.

Ketua Audit Negara adalah badan penting dalam menjadi 'check and balance' kepada perjalanan pemerintahan Kerajaan. Namun, senarionya tidak seperti yang diharapkan.

Saban tahun, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) seringkali melaporkan kelemahan dan kecuaian dalam pengurusan projek dan kewangan pihak Kerajaan malangnya tiada perubahan berlaku. Ia ibarat suatu rutin biasa yang tidak dipandang serius oleh pihak Kerajaan.

Pengumuman pelantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad oleh Ketua Setiusaha Negara semalam dipertikaikan banyak pihak memandangkan beliau adalah isteri kepada salah seorang pemimpin Umno.

Meskipun tidak dinafikan pengalaman dan latar belakang pendidikan beliau, tetapi kedudukan beliau itu menjadikan hampir tiada jaminan bahawa tidak akan berlaku campur tangan politik pada masa beliau menjalankan tugas sebagai Ketua Audit Negara.

Oleh itu, PAS mendesak agar Kerajaan menyemak semula pelantikan Ketua Audit Negara yang telah dibuat ini supaya jawatan dan jabatan ini kekal bebas daripada sebarang campur tangan politik mana-mana pihak.

Inilah Penyelesaian Kita

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 22/2/2017

Sumber HD - 22-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Tangguh beberapa bulan, kini rakyat dukung pinda akta 355

AHMAD AMZAD HASHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44377-tangguh-beberapa-bulan-kini-rakyat-dokong-pinda-akta-355

MASIH lagi duk main isu tangguh...

Selalu tengok bola sepak? Bola ada di kaki tapi pertahanan lawan dah berkumpul depan gol, mustahil boleh lepas, kalau terus sepak juga ke pintu gol nanti satu stadium sorak boo, kata bangang.

Jadi berundur dan ambil sedikit masa, bagi kacau bilau pertahanan, bagi sikit kelegaan biar ada ruang menyerang, baru sumbat gol.

Dalam beberapa bulan penangguhan, usul pindaan Akta 355 telah menjadi topik yang paling hangat diperkatakan, sesi penerangan seluruh negara, pandangan mufti dari seluruh negara, pandangan profesional dari persatuan peguam muslim dan yang terlibat dalam kehakiman syariah.

Rakyat yang asalnya memandang serong RUU355 kini majoriti sudah faham dan menyokong.

300 ribu orang berhimpun di Kuala Lumpur menyokong. Bukan di Kelantan atau Terengganu.

Sekitar 100 (seratus) orang sahaja berkumpul menyatakan penentangan kepada RUU355 walaupun banyak media maya pro PH memberi publisiti positif dan berulang-ulang kepada gerakan anti syariah ini.

Parti komponen BN, MCA yang dulu lantang anti RUU355, kini mengambil pendirian RUU355 urusan orang Islam sahaja, tidak patut campur tangan. Begitu juga parti komponen BN dari Sarawak.

Tinggal DAP sahaja lagi melampau-lampau menjadi 'ketua' dalam menentang RUU355. PKR dan PAN serta Tun Mahathir seperti dijangka tunduk kepada kemahuan DAP.

Sekalipun pemimpin PPBM, TS Muhyiddin Yassin, Mukhriz terus cuba memujuk PAS.

Pemimpin muda dalam PPBM, Syed Sadiq, yang panik dgn kegagalan memancing PAS bersama PH, menyeru dalam sidang meja bulat PH agar pemimpin PH segera buat kunjungan ke rumah DS TGHH, Presiden PAS di Rusila. Rumah itu rumah kampung yang tiada tembok besi atau batu setinggi 10-20 kaki, atau ada kawalan keselamatan. Sesiapapun boleh rapat ke tangga dan panggil, beri salam.

Ini ditambah kenyataan 'pakar strategi' Rafizi Ramli disidang itu bahawa PH kurang beri tumpuan kepada orang Melayu.

Semua ini berlaku dalam tempoh beberapa bulan sahaja apabila DS TGHH meminta tangguh perbahasan di Parlimen ekoran waktu yang sangat terhad yg mustahil dapat merubah mood ahli parlimen ketika itu yang nampak jelas mahu menggagalkan RUU355.

Ada pihak yang mahu mematikan segera usul ini. Bahas dan tekan speaker supaya undian segera. Atas alasan banyak lagi 'perkara lain yang lebih penting', jangan buang masa Parlimen! Seperti kata Nazri Aziz, 'orang bodoh sahaja bincang syariah/hudud'!!!.

Tujuan usul ini supaya diluluskan. Bukan untuk buat gimik 'nah kami sudah bentang, tapi mereka yang tolak..'. Sekadar mempolitikkan.

Maka jika perlu diberi masa agar dapat diusahakan perubahan sikap dan pendirian, maka ruang itu perlu diambil.

Sekarang ahli parlimen berhak mengundi menolak RUU355.

Tetapi rakyat yang menjadi pengundi kini memerhati dan fokus kepada perangai ahli parlimen mereka.

Kita buat carta pemimpin yang menentang usaha RUU355. Kita beritahu semua rakyat.

Mereka undi tolak syariah, Pilihan Raya Umum PRU14 kita beramai-ramai tolak mereka pula.

Penentang syariah haram dipilih menjadi pemimpin kita. – HARAKAHDAILY 22/2/2017

Sumber HD - 22-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































PAS Sambut Baik Hasrat MCA Mengenai Akta 355












PAS menyambut baik cadangan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan untuk duduk semeja berbincang di samping memberikan penerangan mengenai isu pindaan Akta 355 termasuk isu-isu nasional yang berlaku hari ini.

Perbincangan mengenai pindaan Akta 355 merupakan suatu langkah yang sangat penting bagi merungkai segala salah faham yang sering diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Salah faham itu lah akhirnya menimbulkan ketakutan dikalangan bukan Islam justeru menjauhkan mereka dengan hakikat sebenar.

Maka, ruang perbincangan dua hala adalah penting bagi merungkaikan segala salah faham tersebut. Saya memandang ia sebagai suatu cadangan yang positif dan bagi pihak PAS, kami sentiasa terbuka malah mengalu-alukan mana-mana parti politik mahupun NGO untuk duduk berbincang mengenai pindaan Akta 355.

Perlu ditegaskan bahawa Akta 355 itu sendiri hanya terpakai ke atas orang Islam sahaja, justeru itu dakwaan bahawa ia menyebabkan perpecahan kaum atau ketegangan agama hanyalah suatu alasan bagi mencetuskan provokasi dan persepsi negatif terhadap usaha PAS serta melahirkan sikap penentangan terhadap Islam dan penganutnya seperti yang telah diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

Sekiranya MCA memahami hak orang Islam dan agamanya, saya percaya bahawa MCA akan lebih mudah memahami serta menghormati usaha yang PAS laksanakan menerusi sistem demokrasi berparlimen di negara ini. PAS mengharapkan agar MCA tidak menjadi seperti DAP yang berterusan menzahirkan penentangan terhadap usaha memartabatkan Islam di Malaysia.

PAS dengan pendekatan ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ (BPMS) akan sentiasa konsisten memberikan penerangan mengenai isu ini. Malah, PAS juga tidak pernah mengkesampingkan isu-isu nasional yang lain dan pendirian PAS dinyatakan dengan jelas melalui kenyataan dan ucapan para pemimpinnya.

Saya berharap agar segala persepsi negatif dan rasa takut terhadap PAS dan perjuangan Islam dibuang terutamanya oleh bukan Islam. Anda perlu lihat dengan teliti bahawa di sana terdapat ramai dikalangan bukan Islam yang menyokong PAS. Malah, mereka juga dengan jelas turut menyokong pindaan Akta 355. Justeru, ketakutan segelintir bukan Islam itu hanyalah ibarat takutkan bayang-bayang sendiri.

PAS turut menyambut baik keterbukaan MCA untuk berkerjasama dalam isu pendidikan dan ekonomi serta yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai di negara ini.

Sikap ini sekurang-kurangnya dapat mewujudkan peluang bagi menghasilkan inisiatif yang positif dan berdaya saing ke arah mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara.
Inilah Penyelesaian Kita.

Sekian

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 21-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak mustahil Pas tambah kerusi di Kelantan
Posted on Tuesday, February 14 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33590



GOMBAK - Pas tidak akan teragak-agak untuk bertanding lebih banyak kerusi Dun pada PRU14 terutamanya di Kelantan.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, walaupun bilangan kerusi yang bertanding ditentukan pucuk pimpinan Pas, namun beliau yakin pemerintahan kerajaan Kelantan dapat dikekalkan di bawah pentadbiran parti itu.
“Jika melihat kembali, Kelantan antara negeri yang mengamalkan sistem demokrasi. Di sana, kalau rakyat tak suka, mereka boleh mengubahnya.

“Kelantan pernah ditadbir oleh BN dan dirampas semula Pas pada pilihan raya lalu. Jadi untuk berhadapan PRU14, kami yakin ia akan terus bersama Pas,” katanya.

Jelasnya, Pas tidak pernah mengamalkan prinsip ‘tamak’ kerusi sebaliknya melihat kepada keperluan.
“Sejak dahulu, Pas mengamalkan sikap toleransi dengan pelbagai pihak yang bersama kita.

“Cuma, untuk kali ini, jika lihat ada lagi cubaan ‘liar’ dan terus mencabar Pas, tak mustahil kami tambah bilangan kerusi bertanding di Kelantan,” katanya.

Jelasnya, pada masa ini, Pas akan melihat kepada parti-parti yang bekerjasama dengan mereka dalam blok ketiga.

“Mungkin ada kawasan, ada sahabat-sahabat kita nak bertanding, Pas akan beri laluan.
“Jika tidak, Pas akan teruskan bertanding di kawasan tersebut,” katanya.

Pada PRU13 lalu, Pas berjaya menawan Kelantan dengan kemenangan majoriti 32 kerusi berbanding BN yang hanya memperoleh 12 dan PKR satu kerusi. 

Pas kehilangan satu kerusi iaitu Dun Salor apabila wakil rakyatnya yang juga bekas Naib Presiden Pas, Datuk Hussam Musa dipecat oleh parti.


  Beliau kini telah dilantik menjadi Penasihat Amanah Kelantan dan dijangka mempertahankan kerusi Dun tersebut atas tiket Amanah pada pilihan raya akan datang. - SH

Sumber TKO - 14-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Sketsa fitnah di era globalisasi

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/44238-sketsa-fitnah-di-era-globalisasi

Melemparkan tuduhan tanpa mengemukakan bukti sebaliknya mengugut akan mendedahkan bukti itu pada musim pilihan raya umum kelak sedang ia boleh berbuat demikian sekarang, bagi membuktikan tuduhannya benar dan sekaligus boleh membasmi kebatilan yang didakwa, sebenar dilihat lebih bermaksud untuk mengalih perhatian dan menyibukkan PAS dengan dakwaan tersebut.

Layan, maka PAS jadi sibuk dengan karenah yang dicetus.

Tak layan, umum akan melihat PAS bersalah kerana gagal bertindak atau menyaman.

Walhal, kaedah asas dalam Islam, beban adalah ke atas pendakwa atau penuduh dengan kewajipan membawa bukti terhadap dakwaan atau tuduhannya. Sementara yang dituduh memadai bersumpah dan menafikan dakwaan tersebut.

Namun dunia hari ini, pihak yang dituduh terpaksa bekerja keras bagi membuktikan bahawa ia tidak bersalah seperti terpaksa mengupah peguam untuk saman penuduh dan membela diri mereka, sementara penuduh boleh senyum lebar menyaksikan tertuduh kalut ribut mencari bukti bagi membersihkan diri. Walhal tuduhan yang dilempar tidakpun disertakan sebarang bukti melainkan mengacah dan mengugut untuk didedahkan kemudiannya.

Pastinya di era globalisasi dunia tanpa sempadan ini sangat berkesan menggunakan kaedah lempar tuduhan meskipun tanpa saksi dan bukti kerana ia sudah cukup untuk menconteng arang di muka tertuduh. Sementelah pula berdepan dengan masyarakat yang beriman dengan media baru. Bebas tanpa takut kepada dosa dan azab Allah SWT.

Sumber HD - 11-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Himpunan 355: Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44226-himpunan-355-syariah-diperkasa-rakyat-sejahtera

Sekiranya anda seorang warganegara Malaysia apatah lagi seorang Muslim, tiada sebab tiada alasan anda tidak hadir dalam himpunan yang paling bersejarah buat umat Islam di Malaysia pada hari Sabtu 18 Februari ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
                                                                                                                                                                                                    Himpunan ini menjadi paling bersejarah kerana tidak pernah berlaku sebelum ini suatu himpunan raksasa diadakan untuk menyatakan sokongan terhadap pindaan satu undang undang yang disokong dan didukung oleh semua umat Islam tanpa mengira fahaman dan kecenderungan politik.
                                                                                                                                                                                                         Pernah semasa zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada tahun 1983 dahulu, kerajaan menganjurkan himpunan bagi menyokong pindaan Perlembagaan bagi mengekang kuasa Raja-raja Melayu yang dianjurkan merata negeri. Perkara 66 dan 150 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan maksud mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu

Itu lebih kepada himpunan politik dan agenda peribadi seorang pemimpin.

Tetapi Himpunan 355 pada 18 Februari ini bukannya himpunan politik, bukan juga himpunan mengagungkan agenda peribadi mana-mana pemimpin, kelompok atau individu.

Ia bukan program PAS, bukan juga program Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Akan tetapi Himpunan 355 itu nanti adalah himpunan penyatuan atau solidariti seluruh majoriti umat Islam di Malaysia yang melalui kehadiran mereka menzahirkan persetujuan dan sokongan terhadap semangat pindaan pada Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) yang mahu memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Pindaan terhadap akta berkenaan yang akan dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat bulan Mac nanti bermaksud memberi kuasa kepada mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia untuk mempertingkatkan hukuman atas beberapa kesalahan jenayah syariah agar setimpal dan selaras dengan yang diperuntukkan oleh al-Quran dan As-Sunnah.

Pindaan ini nanti mahu mendekatkan umat Islam di Malaysia untuk mengamalkan ajaran sebenar agama mereka, suatu yang dijamin haknya di dalam Perlembagaan Malaysia. Ianya tiada kaitan dan hubungan langsung dengan mana-mana warganegara Malaysia yang bukan Islam yang sepatutnya tidak bimbang dan gusar dengan himpunan ini.

Sejarah bakal tercipta apabila himpunan raksasa itu nanti menyatakan secara aman dan tertib sokongan padu mereka mewakili umat Islam yang merupakan majoriti penduduk dalam negara, agar pindaan Akta 355 itu nanti diluluskan dan menjadi undang-undang.

Tidak pernah kita lihat mana-mana pihak yang mampu berkumpul secara aman seperti yang bakal kitas saksikan untuk menyatakan sokongan terhadap mana-mana undang-undang di Malaysia sebelum ini kecuali Himpunan 355 pada 18 Februari nanti.

Simbolik Himpunan 355 ini nanti sebagai suatu peringatan kepada seluruh ahli-ahli Dewan Rakyat, khasnya yang beragama Islam agar bersama-sama memberi undi dan menyokong pindaan Akta 355 ini nanti apabila ia dibahas dan diundi di Dewan Rakyat kelak.

Ini kerana rakyat khasnya umat Islam yang merupakan pengundi-pengundi mereka menyokong penuh usaha yang mahu mendekatkan ummah kepada ajaran Islam sebenar.

Dan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat yang bukan Islam, rakyat beragama Islam sangat mengharapkan agar mereka memahami dan akur pada kehendak umat Islam itu. Sedarilah bahawa usaha ini sangat penting buat umat Islam.

Namun sekiranya atas apa sebab sekali pun mereka tidak dapat menyokongnya, sekurang-kurangnya janganlah menentang dan menimbulkan konflik sesame agama sedangkan inisiatif ini tiada kaitan dengan rakyat yang bukan Islam.

Sesungguhnya tiada hak dan kepentingan rakyat bukan Islam yang akan terhakis dan terjejas melalui pindaan ini kerana Mahkamah Syariah tiada kuasa mengadili rakyat yang bukan Islam.

Seluruh ahli Dewan Rakyat sama ada dari Umno, PAS, PKR, DAP dan lain-lain parti yang punya wakil orang Islam diharapkan dapat mengenepikan kepentingan masing-masing dan bersatu menyokong usaha murni ini demi Islam dan pemerkasaannya dalam negara.

Menentang usaha ini bermakna menentang usaha untuk memartabatkan Islam dalam negara, sudah pasti perbuatan itu nanti amat dikesali, khasnya dalam keadaan umat Islam boleh bersatu mendukungnya.

Oleh itu himpunan raksaksa ini adalah himpunan keamanan yang mahu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari kalangan yang beragama Islam walau pun dari pelbagai aliran dan fahaman serta kecenderungan politik, namun dalam hal penting yang membabitkan nasib dan masa depan Islam, mereka sanggup dan mampu bersatu.

Himpunan ini bukannya mahu menakut-nakutkan atau mengancam mana-mana pihak khasnya rakyat yang bukan Islam.Tetapi himpunan ini sebenarnya mahu menunjukkan kepada mereka yakni saudara-saudara kita rakyat Malaysia yang bukan Islam bahawa, amalan dan kepercayaan agama sangat dekat dihati dan menebal dalam jiwa umat Islam.

Perlembagaan Negara menjamin Islam adalah agama Persekutuan dan Islam sebagaimana agama-agama lain berhak diamalkan oleh penganutnya. Pindaan terhadap Akta 355 ini adalah sebahagian dari usaha proaktif untuk memperkasakan amalan agama di kalangan umat Islam.

Himpunan 355 mahu menyatakan bahawa umat Islam berhak mengamalkan agama dan kepercayaan mereka dan ianya melalui proses demokrasi dan menepati peruntukkan Perlembagaan dan peraturan yang ada. Ianya tidak dipaksa tetapi menuruti proses undang-undang sebenar.

Himpunan 355 ini juga menuruti proses undang-undang di mana hak berkumpul dan bersuara secara aman digunakan untuk menyampaikan mesej bahawa apabila syariah diperkasa, rakyat insya Allah akan hidup sejahtera.

Ayuh rakyat Malaysia kita banjiri Kuala Lumpur pada 18 Februari 2017 ini bermula jam 3.00 petang hingga 11.00 malam, jumpa anda di sana. - HARAKAHDAILY 10/2/2017

Penulis ialah Pengarah Komunikasi Korporat PAS.

Sumber HD -10-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Pertemuan PAS-PPBM masih di peringkat perbincangan

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44140-pertemuan-pas-ppbm-masih-di-peringkat-perbincangan

Soalan wartawan: Berikutan kenyataan bersama Ybhg Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS) dan YB Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Timbalan Presiden PPBM), apakah PAS akan bekerjasama dengan Bersatu jika Bersatu mempunyai hubungan yang rapat dengan DAP?

Jawapan: Pertemuan yang berlaku antara PAS dan PPBM baru-baru ini adalah masih di peringkat perbincangan dan penelitian. Keputusan belum diambil. Bukan di situ tempat membuat keputusan. Justeru, polisi PAS ialah hasil perbincangan oleh wakil parti akan dibawa balik ke Mesyuarat PAS pusat untuk diputuskan kedudukan dari aspek politiknya sebelum ia dimuktamadkan oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) dalam perkara yang melibatkan hubungan dengan parti lain sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Parti di bawah bidang tugas MSU.

Insya-Allah, Timbalan Presiden PAS, Ybhg Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagaimana dalam kenyataan beliau bersama YB Datuk Seri Mukhriz, akan membawa maklumat perbincangan ke peringkat kepimpinan tertinggi parti masing-masing dan pihak PAS akan membawanya ke Mesyuarat PAS Pusat untuk diperhalusi dan diputuskan kedudukannya selepas ini.

Ertinya sehingga kini tiada apa-apa keputusan muktamad yang diputuskan mengenai hubungan PAS dan PPBM. Ia masih di peringkat perbincangan dan penilaian.

Sementara itu, keputusan sikap semasa PAS terhadap DAP dan PAN adalah suatu yang telah dimuktamadkan bahawa PAS tiada apa-apa hubungan dengan DAP dan juga PAN, justeru itu PAS tidak menyertai Pakatan Harapan.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 2/2/2017

Sumber HD - 2-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































'Drawbridge': Industri kapal besar mungkin berkubur

AHMAD AMZAD HASHIM | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44124-jambatan-angkat-industri-kapal-besar-mungkin-berkubur

Laluan kapal Jambatan Angkat (Drawbridge) di muara Sungai Terengganu perlu dilihat ukuran lebar laluan, ketinggian di bawah jambatan ketika lengan jambatan tidak diangkat dan kedalaman dari paras air ke dasar sungai.

Ukuran asal ‘navigation channel’ selepas kerja memperdalamkan muara Sungai Terengganu yang siap pada tahun 2004-2006 adalah 100 meter lebar dengan kedalaman air 7 meter ketika surut (ACD).

Setelah pembinaan ‘drawbridge’ berkenaan, dari rupa fizikal kelihatan lebarnya sekitar 25 meter dari tepi tiang ke tiang yang lain.

Ketinggian ketika ditutup, difahamkan sekitar 10 meter.

Dengan adanya tiang-tiang yang terletak di bawahnya, batang-batang besi cerucuk ‘piling’ yang banyak akan terbentuk menyebabkan longgokan pasir (sandtrap) seperti pada tiang-tiang di Jambatan Sultan Mahmud.

Akan menyebabkan berlaku pemendapan pasir dan kedalaman air setinggi 7 meter mungkin tak bertahan lama.

Mengikut maklumat yang diperolehi, kapal kapal peronda Agensi Penguatkasa Maritim Malaysia (APMM ) akan menghadapi masalah keluar masuk jika jambatan ‘drawbridge’ sekiranya, lengan jambatan tidak diangkat.

Sekiranyaa tiada masalah dengan kelebaran ruang dan kedalaman air, namun ia akan menimbulkan masalah dengan tiang kapal, yang menempatkan perkakasan ‘navigasi’ dan radar yang dijangka tidak dapat melepas ruang laluan di bawah ‘drawbridge’.

Oleh itu, kerajaan perlu mempastikan sistem mekanikal jambatan itu tidak gagal, bersedia menanggung kos pembaikan dan selenggara yang dijangka sangat tinggi.

Selain dari itu, perlu ada pihak yang mengawal turun naik lengan jambatan yang sentiasa berhubung dengan kapal kapal yang sentiasa keluar dan masuk, melalui ‘drawbridge’.

Ketepatan (timing) masa sangat penting dan kapal tidak boleh duduk menunggu di hadapan jambatan kerana ia berada di muka kuala yang gelombang lautnya agak kuat, tidak seperti di tengah-tengah sungai yang tenang dan terlindung.

Kena diambil peringatan, kapal besar yang berhenti, akan kuat ‘berhayun'.

Bagi kapal kapal sokongan pesisiran pantai (offshore), saiznya lebih besar dan lebih tinggi, lebih lebar dan lebih dalam.

Sangat bahaya kalau berhayun dan sekiranya menghentam tiang, kerana itu jarak antara tiang dengan badan kapal sekurang-kurangnya dua kali lebar kapal untuk setiap sisi.

Untuk kapal kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelas pemusnah (destroyer) dan penyerang, masih boleh masuk melalui jambatan ‘drawbridge’ kerana saiznya sama kapal ‘offshore’.

Bagi kapal peronda generasi baru MEKO100, dalam jangka panjang, tidak lagi sesuai untuk disasarkan pembinaannya oleh limbungan tempatan melainkan dibuat beberapa penambahbaikan di masa hadapan.

Bagi projek memperdalamkan ‘basin’ muara sungai Terengganu pada masa hadapan jika berlaku pencetekan atau pemindahan halangan pulau pasir jadian di hadapan Pulau Kambing, kapal korek yang bersaiz besar sukar untuk melalui laluan bawah drawbridge itu kerana lebarnya menghadkan susuran sempit itu.

Untuk kerja-kerja pengawalan sungai (river protection) dimasa hadapan, bahan-bahan binaan seperti batu granit, ‘tripod’, blok konkrit yang biasa diangkut masuk dengan tongkang (barge) bersaiz besar tidak lagi boleh masuk melalui bawah drawbridge.

Tongkang (Barge) kecil masih boleh namu kerja menjadi dua kali kerana terpakas memindahkan muatan dari tongkang besar yang biasanya digunakan untuk pelayaran lebih jauh.

Yang paling malang, melihat dari segi ukuran bukaan drawbridge itu, hanya satu kapal sahaja yang boleh melaluinya pada satu-satu masa, yang dapat melintas dengan kelebaran berkenaan.

Pembinaan drawbridge mungkin ‘mengembangkan’ hidung pemain politik kerana berbangga dengan jambatan yang dianggap ‘hebat’ itu.

Namun, bagi pemain industri perkapalan dari yang kecil seperti industri perkhidmatan bot penambang, sehinggalah pengusaha kapal-kapal gergasi, sudah mula sakit dan menggeleng kepala, kerana ‘kebodohan’ pencipta dasar yang memerintah.

Pengusaha kecil bot penambang yang menjadi warisan Seberang Takir, sudah tidak tahu apa yang mahu mereka kata tentang peruk nasi mereka yang terancam.

Sebelum ini terdapat kira-kira 70 buah bot penambang, tetapi sudah mengecil hanya tinggal hanya belasan dan hanya dua atau tiga yang masih beroperasi.

Para kapten pengemudi kapal offshore dan pemain industri maritim sudah menghantar mesej kepada saya, bimbang tentang laluan sempit drawbridge dan menghadapi masa depan yang kelam.

Muara Sungai Terengganu yang pernah menjadi pusat pembuatan dan pengeluaran kapal di rantau ini, mungkin akan berkubur selamanya!

Penulis ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd.

Sumber HD - 1-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































DAP nak try...silakan!

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/44084-dap-nak-try-silakan


Sekali Serban Dililit. 63

1. "Kelmarin dulu" dia putuskan hubungan dengan Presiden PAS, "kelmarin" dia hulurkan salam perdamaian kepada Presiden PAS dan "hari ini" dia bertekad untuk saman Presiden PAS. "Esok" entah apa pula pelan dan strategi pemimpin DAP itu?

2. Saya namakan pelan dan strategi DAP ini sebagai "Strategi Serba Tak Menjadi". Saya percaya mereka berusaha untuk hancurkan PAS. Mereka mahu pecahbelahkan PAS dan mereka mahu PAS menjadi parti yang lemah dan tidak lagi menjadi saingan mereka di pentas politik tanah air.

3. Detik mereka putuskan hubungan dengan Presiden PAS tempoh hari, mereka sangka Presiden PAS akan terus terpinggir dan kalah dalam pertandingan kepimpinan PAS sementara mereka mengharapkan boneka mereka mengambil alih kepimpinan PAS. Ternyata mereka silap dan langkah mereka tersadung.

4. Seluruh ahli PAS teguh bersama Presidennya kecuali segelintir yang rela diri mereka menjadi "kayu pengalung" kepada DAP. Sebahagiannya lari meninggalkan PAS setelah gagal melampiaskan strategi dan kemahuan DAP dalam mencatur kepimpinan PAS.

5. Kemudian mereka tanpa segan silu menghulurkan salam perdamaian melalui media. Langsung tidak mempamerkan adab orang yang mahu berdamai. Paling tidak memohon maaf atas keceluparan lalu dan datang bertandang ke "rumah" PAS membawa salam perdamaian.

6. Salam perdamaian yang dihulurkan oleh DAP melewati media lagak "salam" kumpulan samseng kepada musuhnya. Bukan bermaksud mendamaikan tetapi lebih bertujuan meruncingkan pertelingkahan dan mempersendakan lawan.

7. Ketidaksabaran pemimpin DAP menyembunyikan hasrat sebenar "perut pedal" mereka akhirnya begitu pantas menyerlahkan amarah dan kebencian mereka yang sebenarnya tidak pernah padam terhadap PAS dan pemimpinnya. Kali ini mereka pula mahu menyaman Presiden PAS.

8. Jika DAP berkira-kira sekali lagi mahu melemahkan Presiden PAS dan parti yang dipimpin oleh beliau dengan strategi samannya yang terkini, maka sekali lagi strategi tumpul mereka pasti tidak akan menjadi. Sebaliknya mereka akan terus "kempunan" untuk melampiaskan cita-cita busuk mereka.

9. Malah mereka akan menyaksikan saf kepimpinan dan ahli PAS kian utuh menggalas cita-cita perjuangan Islam bersama Presidennya. Keutuhan saf perjuangan PAS diikat dengan prinsip Islam yang diperjuangkan.

10. Saya mempunyai bukti kenyataan dan sikap kepimpinan DAP yang mempersendakan hukum agama Islam dan sekali gus mempamerkan semangat anti Islam mereka kepada umum. Insyaallah, jika DAP saman Presiden PAS maka ratusan ribu malah jutaan ummat Islam termasuk non muslim yang menghormati Islam akan bangkit menjadi "peguam bela" pemimpin gerakan Islam itu.

DAP nak try ..... silakan !

Sekian.

Sumber HD - 29-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Akta 355: Dakwaan langgar perlembagaan dakyah DAP

AHMAD AMZAD HASHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44037-akta-355-dakwaan-langgar-perlembagaan-dakyah-dap

AKTA 355 bukanlah suatu akta yang baru. Nama lainnya ialah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 , pindaan 1984. Kerana itulah kita ada Mahkamah Syariah di setiap negeri dan seluruh negara pada hari ini.

Akta 355 ini sudah diadakan sejak tahun 1965 lagi. Ketika itu Mahkamah Syariah telah diberi kuasa menghukum 6 bulan penjara, RM1,000 denda atau kedua-dua sekali.

Tiada siapa pernah mempertikaikan Akta 355 sebagai melanggar perlembagaan Malaysia ketika itu walau negara sudah lama ada parti politik bukan Islam seperti DAP, MCA, Gerakan atau MIC.

Pada tahun 1984, Akta 355 dipinda memberi kuasa 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan sebatan 6 kali. Pindaan ini dilakukan di Parlimen. Dibahaskan dan diluluskan di Parlimen. Seperti hari ini juga.

Sekali lagi DAP dan parti bukan Islam yang lain tiada pula mempertikaikan pindaan ini, jauh sekali menyebut pindaan 'melanggar' Perlembagaan Malaysia.

Pada tahun 1989, Akta 355 dipinda lagi. Kali ini supaya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Pindaan 1989 ini pun tiada pernah ada yang bangkitkan soal melanggar perlembagaan Malaysia.

Rakyat Malaysia yang bukan Islam menghormati Mahkamah Syariah sebagai urusan agama Islam yang tidak pantas dicampuri bukan Islam.

Anehnya apabila Akta 355 mahu dipinda pada tahun ini setelah pindaan kuasa hukuman kali terakhir dibuat pada tahun 1984, 32 tahun yang lalu, berbangkit bermacam-macam dakwaan kononnya melanggar perlembagaan persekutuan. Padahal ia cuma soal menambah kuasa hukuman sahaja. Sama sahaja seperti berlaku pindaan tahun 1984.

Umat Islam mempunyai sebab yang kuat untuk memperkasakan peranan Mahkamah Syariah. Ini kerana usaha pendidikan yang ada perlu seiring dengan undang-undang yang tegas bagi menjaga kesejahteraan semua. Tempoh 1965 hingga 1984, masalah dan cabaran sosial dalam negara tidak sehebat hari ini.

Hari ini Malaysia dicatat di peringkat dunia ditangga ke-8 industri pelacuran, ditangga ke10 kadar penggunaan arak/alkohol, pusat perjudian tersohor, gejala amalan rasuah, korupsi. Masalah dalam masyarakat berkait runtuhnya rumahtangga oleh kadar perceraian yang membimbangkan, kadar kelahiran bayi luar nikah yang sangat tinggi, kadar kes buang bayi dan lain lain lagi. Kes penagihan dadah, bohsia, rempit sebahagian besarnya berakar umbi kerana ketiadaan jiwa yang sejahtera oleh runtuhnya sistem hidup berkeluarga yang sempurna. Statistik yang ada menunjukkan umat Islam menyumbang peratus tertinggi dalam kebanyakan gejala negatif yang kronik ini.

Umat Islam yang menjadi 65 peratus dari rakyat Malaysia perlu kembali kepada undang-undang yang ditentukan oleh ajaran Islam sebagai ubat terbaik memulihkan mutu individu orang-orang Islam.

Kelihatan yang langgar perlembagaan bukan usul pindaan RUU355. Tetapi perbuatan menghalang umat Islam mematuhi syariat Islam itu sendirilah perbuatan melanggar perlembagaan. Ini kerana jika agama lain diberi kebebasan untuk diamalkan, mengapa menghalang diamalkan Islam oleh penganut Islam walhal Islam sudahpun menjadi agama bagi persekutuan.

Beraninya segelintir bukan Islam mempertikai dan campur tangan urusan agama Islam adalah kerana adanya kalangan orang Islam sendiri yang mempertikaikan.

Ia tidak akan berlaku begitu jika umat Islam bersatu. Tidak akan berlaku begitu jika tiada orang Islam yang jadi tali barut mereka yang anti Islam. Tidak jadi begitu jika orang Islam tidak terlalu obses sangat dengan sokongan politik bukan Islam kerana cita-cita politik peribadinya.

Lihat kandungan Perlembagaan Malaysia perkara 3.
"Perkara 3. Agama bagi Persekutuan
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam"

Pada saya, lebih 'jantan' DAP membawa sahaja ke Mahkamah Tinggi bagi memperoleh jawapan sama ada dakwaan mereka bahawa RUU355 melanggar perlembagaan itu benar atau tidak.

Kerana keputusan da kes iaitu saman parti Gerakan terhadap EKJSII kelantan dan saman empat individu Islam terhadap RUU355 ternyata tidak mendokong dakwaan DAP. Malah kes EJKS telah dibawa dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dan sehingga mahkamah yang paling tinggi sekali Mahkamah Persekutuan. Keputusannya adalah sama.

Kepada seluruh umat Islam, jangan uzurkan diri daripada menghadiri Perhimpunan Perpaduan Umat Islam Menyokong Memperkasakan Mahkamah Syariah H355 pada 18 Februari 2017 di Kuala Lumpur.

Jika umat Islam Indonesia boleh berkumpul hingga 7 juta orang bagi memberi mesej solidariti ummah, kita patut malu jika kita gagal menyatukan suara juga sebegitu. – HARAKAHDAILY 26/1/2017

Sumber HD - 28-1-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































MCA beri amaran BN pecah jika RUU 355 dibentang!

AHMAD AMZAD HASHIM | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44021-mca-beri-amaran-bn-pecah-jika-ruu-355-dibentang


APABILA Presiden MCA memberi amaran BN akan berpecah jika Pindaan Akta 355 dibentang ia membuat rakyat terfikir adakah Barisan Nasional ini hanya wujud kukuh jika sama sama sepakat tolak usaha memperkasakan Mahkamah Syariah yang hanya untuk orang orang Islam? Sedangkan sebenarnya orang bukan Islam tiada kena mengena langsung dengan Mahkamah Syariah!

Yang akan hancurkan dan pecahkan BN adalah perjuangan menegakkan Islam? Begitu?

Begitukah cara mengajar rakyat menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan yang ditentukan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia?

Begitukah cara mengajar rakyat menghormati titah Yang Di Pertuan Agong yang merupakan Ketua Negara dan juga Ketua Agama Islam bagi Persekutuan? Juga Sultan-sultan yang menjadi Ketua bagi negeri-negeri, juga menjadi ketua agama Islam?

Bagaimana pula susunan Rukun Negara yang meletak Kepercayaan Kepada Tuhan pada kedudukan pertama, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara pada tangga kedua? Menafikan hak orang Islam mematuhi perintah Allah adalah kontradiksi nyata dengan Rukun Negara yang pertama!

Kebebasan penganut lain mengamalkan agama lain langsung tidak berbangkit dalam polemik RUU355.

Ini urusan orang Islam dan ajaran agama Islam sahaja.

BN rosak kerana dasar yang tidak mempedulikan dosa pahala dalam mentadbir negara. Rasuah, pemborosan, kezaliman, gejala keruntuhan akhlak dan moral semuanya subur bila Islam diletak ke tepi. Tiada konsep percayakan Tuhan. Jauh sekali takut dan patuh kehendak Tuhan.

Itu yg sedang menghancurkan negara.

Kerana orang Islam dalam BN pun ramai sedar yang Islam jika ditegakkan akan memperbaiki kehidupan menjadi sejahtera. Negara yang lebih baik. Rahmat untuk semua manusia berbilang bangsa. Kerana itu mereka yang beriman dan takutkan Allah dalam Umno tidak akan tergamak bersekongkol menghalang usaha memperkasakan Mahkamah Syariah. Lebih-lebih lagi dalam satu titah pembukaan Sidang Dewan Rakyat, Yang Di Pertuan Agong mahu syariah diperkasakan.

Mereka tidak mahu berada satu kumpulan dengan penganut fahaman liberalism, sekularism, pluralism, Sisters In Islam, LGBT yang bersekongkol dengan DAP, MCA, Gerakan menentang RUU355.

Dalam keadaan Gagasan Sejahtera yang diketuai PAS mempelopori usaha menaikkan syariah, ia ternyata menggoncang BN sehingga MCA membayangkan BN akan hancur.

Ia kerana seruan RUU355 disokong oleh setiap individu Islam tanpa mengira pendirian politik.

Orang Islam yang beriman jika disuruh memilih antara kepentingan Islam dengan kepentingan peribadi seperti kuasa politik akan tanpa ragu memilih Islam.

Yang memilih selain dari itu boleh memberi seribu alasan.

Orang yang berakal boleh berfikir, bagaimana boleh dituduh PAS membantu BN dalam masa yang sama perjuangan PAS membuat BN jadi goncang dan terancam kemungkinan pecah.

Tidakkah PAS patut disokong jika benar mahu turunkan BN?

PAS melakukannya dengan Gagasan Sejahtera yang cuba diperkecilkan PH. PH menganggap PAS melakukannya secara bersendirian.

Jika benar mahu menumbangkan BN sepatutnya duduk bersama membantu PAS. Dalam soal ideologi yang tidak sehati sejiwa, apa salahnya berlapang dada dengan sekurang-kurangnya menghormati dan tidak mengkhianati. Paling tidak berkecuali lebih baik.

Seruan PAS adalah menggantikan BN yang ada sekarang dengan muafakat yang dipimpin Islam yang bersifat rahmat untuk semua rakyat tanpa mengambil kira perbezaan bangsa, agama dan taraf hidup.

Tiada guna kita mengganti sesuatu yag rosak dengan bentuk muafakat yang sama yang tidak dibimbing petunjuk Tuhan.

Yang pasti umat Islam perlu bersatu dalam soal memperkasa Mahkamah Syariah. Jika ahli politik berdolak dalih, umat Islam perlu beri mesej dan isyarat yang jelas supaya pemikiran pemimpin-pemimpin politik boleh diperbetulkan dengan satu kejutan.

Himpunan Menyokong Pindaan Akta 355 pada 18 Februari 2017 di Kuala Lumpur adalah himpunan mega berskala besar besaran yang wajib kita hadiri.

Semoga mereka mengerti! – HARAKAHDAILY 24/1/2017

Sumber HD-24-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Tidak Pernah Berganjak Dari Dasar Dan Prinsip

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi, pemimpin PAS dan seluruh ahli PAS telah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap dasar dan prinsip perjuangan PAS iaitu berjuang untuk menegakkan sebuah negara yang sejahtera dan selamat berasaskan keadilan yang sirna dari perlaksanaan Syariat Islam.

PAS tidak pernah berganjak dari dasar dan prinsip ini. Berjuang untuk membina negara yang bebas penyelewengan, korupsi, penindasan dan penyalahgunaan kuasa. YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS tidak pernah mengheret PAS dan ahlinya lari dari landasan perjuangan suci ini.

Malah kerana mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan inilah DAP lari meninggalkan PAS, DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, DAP menyerang PAS tanpa henti dengan semangat anti Islam yang tebal dan melampau.

Inilah fokus perjuangan PAS, Iaitu melakukan perubahan secara total dan menyeluruh. Bukan memimpin agenda individu tertentu yang mabuk kuasa. Bukan sekadar ingin melampiaskan dendam kepada individu tertentu untuk dijatuhkan.

Fokus perjuangan PAS ialah memimpin gerakan perubahan secara total. Meruntuhkan jahiliah dan membina kesejahteraan, keadilan dan kedamaian dibawah pedoman dan petunjuk wahyu Allah swt Tuhan Yang Maha Mencipta manusia dan alam semesta ini.


PAS senantiasa berlapang dada dan membuka pintu untuk bekerjasama dengan semua pihak, selama mana mereka menghormati dan tidak menentang dasar dan prinsip perjuangannya.

Justeru itulah, PAS pernah menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Malangnya, sikap tidak jujur dan tidak sabar DAP membuatkan dua kali mereka meninggalkan PAS malah menikam dan menyerang PAS. (Sekali semasa bersama BA dan kali kedua ketika bersama PR)

Kali ini, sekali lagi DAP mahu menghulurkan salam kerjasama ? Kenapa ? Apakah DAP benar-benar terdesak ?

PAS tidak akan teruja dengan wayang opera bernilai murah yang sedang dipersembahkan oleh DAP hari ini. Cukuplah pengalaman dua kali diperlakukan DAP sedemikian rupa.

PAS telah siap berjuang mencapai cita-cita perjuangan tanpa DAP yang dikenali hari ini. PAS telah merangka roadmap menuju gerbang jaya PRU 14 tanpa DAP yang telah mengkhianati PAS.
PAS punya harga diri dan maruah yang tidak mungkin sesiapa lagi boleh memperdaya dan memperkotak-katikkannya.

Namun dalam masa yang sama, sekali lagi saya tegaskan bahawa PAS senantiasa bersedia membina kerjasama dengan pelbagai pihak yang sedia memahami, menghormati dan tidak menentang dasar serta prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Sampaikan salam perjuangan kami buat YB Lim Kit Siang bahawa prinsip dan dasar perjuangan PAS bukan kostum untuk diperagakan di pentas opera DAP.

Sumber BO - 23-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Tanpa PAS, PH tiada upaya gugat BN

AHMAD AMZAD HASHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44002-tanpa-pas-ph-tiada-upaya-gugat-bn

DAP berpecah dua. Sebahagian menyalahkan pemimpin mereka merosakkan keharmonian nasional antara agama dan antara kaum oleh tindak tanduk DAP. Ini tidak bagus untuk kepentingan kaum bukan Melayu. Tidak bagus untuk keselamatan dan perniagaan. Ramai yang bantah permusuhan dengan PAS. Tapi tidak ramai berani bersuara. Ada unsur diktator, tekanan dikenakan jika berlawanan.

PKR pun berpecah dua. Ramai pemimpin bakal tenggelam jika tiada sokongan undi dan jentera PAS. Tidak banyak kawasan yang boleh bertahan semata mata dengan sokongan DAP.

PPBM yang lantang bersikap negatif kepada PAS cuma Mahathir. Kadang-kadang nampak lebih masalah peribadi Mahathir dengan PAS yang tidak rasional. Yang lain seperti Muhyiddin Yassin, Mukhriz nampak sangat berhati-hati dan tahu hayat PPBM bergantung sokongan orang Melayu yang perlu diraih dari kalangan ahli dan penyokong Umno. PPBM bukan sasarkan kawasan bukan Melayu.

PPBM belum ada rangkaian cawangan yang meluas. Jentera jauh sekali. Wang mereka mungkin ada. Mereka bekas pemimpin tertinggi Umno! Untuk itu perlu bantuan jentera PAS. Bawa jentera DAP untuk berkempen membantu PPBM akan beri akibat buruk.

Mengutamakan DAP berbanding PAS yang juga dekat dihati orang-orang Melayu sekalipun Umno buruk akibatnya kepada PPBM. Ahli dan penyokong Umno sejak merdeka sudah didoktrinkan membenci DAP sebagai musuh agama Islam, musuh orang Melayu.

Berbeza dengan PAS yang menilai berasaskan sikap 'leaders and leadership of the day'. Jika tidak mengganggu urusan dan perjuangan Islam dan kepentingan orang Melayu, boleh bincang kepentingan bersama. Jika hormati perjanjian boleh bincang.

PAN pula kelihatan gagal. 2 peratus sokongan dengan segala pelaburan oleh para penaja adalah sangat kecil. Terlalu fokus mencuri penyokong PAS yang ternyata PAN gagal bila kurang 1 peratus yang keluar PAS. Ia tidak produktif bila sasaran sepatutnya memikat penyokong Umno untuk bersama buat perubahan. PAS ternyata lebih berjaya dengan Budaya Politik Matang Sejahtera. Angka permohonan keahlian PAS yang baru meningkat luar biasa. Berlipat ganda lebih besar dari angka bilangan yang keluar dari PAS.

PAN mula dinilai liabiliti bila pemimpin PKR dan PPBM mula mencadangkan PAN dibubarkan. Dengan angka cuma 2 peratus sokongan diperolehi PAN yang didedahkan kajian bawah Rafizi Ramli yang dianggap genius oleh PH, ditambah analisa keputusan pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta PRN Sarawak, adalah tidak pelik jika dalam usaha memujuk PAS, DAP akan bersetuju dengan saranan bubarkan PAN atau mempelawa PAN menjadi sayap Melayu dalam DAP. – HARAKAHDAILY 23/1/2017

Sumber HD - 23-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Jenaka politik Tun Mahathir

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43995-jenaka-politik-tun-mahathir

TUN Mahathir belum puas dengan gaya kepimpinan diktatornya. Kini beliau mahu menguasai PH. Memang beliau boleh menguasai PH dan PH dilihat sangat perlukan orang seperti Tun Mahathir untuk kekalkan survival politik mereka. Tetapi tidak PAS.

PAS tidak perlukan pemimpin angkuh seperti Tun Mahathir. Tun Mahathir sebenarnya bukan merendahkan PAS tetapi gerun dengan keupayaan PAS.

Target utama Tun Mahathir bukan untuk mengalahkan Umno tetapi sasaran utama beliau ialah PAS. Hasil dendam dan keangkuhan beliau yang gagal menundukkan PAS agar menurut kemahuannya menyebabkan beliau meletakkan PAS sebagai musuh utama.

Serangan beliau sering dihala kepada PAS. Namun mereka cuba bersembunyi di sebalik tohmahan yang mereka cipta kononnya PAS akan bergabung dengan Umno dan memenangkan Umno melalui pertandingan 3 atau 4 penjuru.

PAS tidak akan pernah berganjak dari pendiriannya. Sejak dulu kita konsisten menentang kemungkaran politik dan ekonomi negara tanpa mengira dari blok mana kemungkaran itu berlaku.

Saban kali pilihan raya umum menyaksikan PAS menentang Umno sama ada di peringkat parlimen mahupun Dun. Satu lawan satu. Malangnya sehingga kini beberapa parti lain seperti PAN membuat pengisytiharan bahawa mereka akan bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PAS.

Maka inilah yang akan membuatkan berlakunya 3/4 penjuru. Kenapa mereka nak salahkan PAS? PAS akan pertahankan kerusi kerusi tradisi yang ditandingi oleh PAS sejak sekian lama.

Jika benar mereka mahu satu lawan satu, sepatutnya mereka bahagi-bahagi kerusi di kalangan komponen PH tanpa ganggu kerusi PAS.

Malangnya mereka gagal selesaikan pembahagian kerusi sesama mereka, mereka nak masuk bertanding di kawasan PAS bertanding, kemudian mengisytiharkan bahawa PASlah punca berlakunya 3/4 penjuru dan memberi kemenangan kepada Umno. Jenaka kelas mana Tun Mahathir lakukan ini?

Sebagai contoh saya kemukakan di sini ialah kerusi Dun Semantan. Sejak sekian lama kerusi itu ditandingi oleh PAS vs Umno. PAS menang 2 penggal di Dun Semangan. Malangnya Adunnya lari menyertai PAN.

Apapun PAS akan kembali mengambil Dun Semantan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang untuk menentang Umno di kerusi tersebut. Sekali lagi malang berlaku, PAN dilihat berminat untuk bertanding di Dun Semantan.

Persoalannya, siapa yang membuatkan berlakunya 3 penjuru? Kenapa mereka salahkan PAS?

Tidak mungkin PAS akan menyerahkan kerusi Semantan kepada PAN atas beberapa sebab yang sangat kukuh.

Pertama, kerusi itu adalah kerusi PAS sejak sekian lama dan memenanginya sejak dua penggal yang lalu.

Kedua, PAN tidak mempunyai kekuatan dan jentera yang baik untuk menentang kekuatan Umno di Semantan.

Selayaknya nafsu besar ingin bertanding di satu-satu kerusi mestilah diselarikan dengan kekuatan dan jentera parti bagi menghadapi parti lawan. Baru nampak kejujuran berjuang. Ini tidak, hanya tahu dan mahu menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan sendiri. HARAKAHDAILY 22/1/2017

Sumber HD - 22-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Betulkan Muafakat Supaya Untungkan Islam Dan Orang Melayu

Oleh : Amzad Hashim

Seperti yang pernah saya tulis banyak kali sebelum ini, muafakat politik baru yang ditawarkan untuk menggantikan BN perlu dilihat meletak Islam memimpin, kepentingan orang melayu terpelihara, barulah boleh menewaskan BN yang teras kekuatannya kerusi dan undi orang melayu yang membentuk 65% populasi rakyat Malaysia.

Menonjolkan muafakat yang malu alah dan tunduk pada DAP adalah kesalahan strategi yang fatal, merosak usaha menumbangkan BN.

Kesemua parti politik yang menentang BN mempunyai senarai panjang kepentingan bersama yang boleh dipersetujui. Halangan yg ada cumalah PAS tertubuh atas prinsip perjuangan Islam yg PAS minta dihormati dan jangan dilawan, dikhianati jika mahu berkawan. Tak sokong tak apa. Tapi jangan lawan. Mesti hormat menghormati.

Begitu kita jayakan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Perhatikan kajian yang dibuat oleh INVOKE yang dikemukakan Rafizi Ramli dari kalangan Pakatan Harapan sendiri ( PAS pun punya hasil kajian profesional juga).

Jika begitu kedudukannya, parti parti dalam Pakatan Harapan yang diketahui mempunyai ramai orang Islam adalah PKR 8%, PPBM 4% dan PAN 2%. Jumlah mereka adalah 14%.

DAP cuma 10%.

Jika sudah diketahui kunci menumbangkan BN adalah mendapatkan undi dari pengundi Islam dan Melayu, mengapa memilih untuk membiarkan muafakat politik yang ditentukan acuan oleh DAP?

Mempertikai hal-hal yang sensitif tentang agama Islam. Lawan usaha tingkatkan syariah.

Hal-hal lain kita serupa sahaja. Kita sama menentang penyelewengan. Lawan rasuah. 1MDB, GST, TPPA, MRT, royalti. Kita sama saja cakap perkara yang sama.

Tidakkah lebih bijak yang 14% mengambil sikap menghormati perjuangan PAS yang sudahpun punya 21%? Jadikan ia 35%.


DAP yang perlu adjust sedikit jika mahu bersama.

Ini tidak, dipilih bersetuju dengan DAP, ditekan PAS yg punya 21% sokongan pula supaya gugurkan prinsip perjuangan.

Mengapa memilih DAP lebih dari PAS?

Mengapa memilih bersetuju dengan tindak tanduk DAP yang 10%. Mengangkat mereka sehingga diperhatikan rakyat sebagai ‘de facto leader’?

Pada pandangan saya, muafakat yg ada jika dengan segala kepentingan bersama yang dipersetujui seperti menegakkan prinsip hak demokrasi, ketelusan, urustadbir yg baik, menentang rasuah, keadilan dan pelbagai jika dapat disekalikan dengan persepsi harmoni dalam menghargai prinsip perjuangan parti rakan, tidak khianat dan sabotaj, dan mesej yang kuat Islam dan Melayu pada kedudukan memimpin akan merubah peratusan yg ada menjadi lebih positif lagi kepada muafakat pembangkang.

PAS akan menambah beberapa peratus lagi. PKR, PPBM malah PAN pun akan berjaya memperolehi tambahan beberapa peratus lagi.

Betul, mungkin DAP akan sedikit terjejas.

Tetapi kesan kumulatifnya, peratus sokongan kepada muafakat sebegini akan lebih diyakini dan mencatat undian yang lebih besar dari kedudukan sekarang yang ditunjuk oleh kajian INVOKE.

BN akan menderita besar jika ini berlaku. Mereka akan hilang peratus yg besar dari pengundi mereka sebelum ini dari kalangan orang melayu.

Jatuhnya UMNO, jatuhlah Barisan Nasional sekalipun MCA, MIC dan GERAKAN mungkin memperoleh sedikit faedah bila DAP tidak lagi dilihat menjadi ketua yang menentukan dasar pembangkang seperti dalam Pakatan Harapan sekarang.

Itupun bukan susah dijangka, jika benar BN tumbang, banyak dari parti parti yang berada dalam BN akan memilih untuk bersama muafakat baru yang membentuk kerajaan.

Sentiasa ada yang akan memutuskan untuk bersama pemenang.

Sekali lagi seperti penegasan yang dibuat berulangkali oleh PAS, politik PAS adalah untuk mengangkat Islam. PAS tidak akan bersama muafakat yang akan merugikan Islam.

Kalau terpaksa bersendiri, biarlah. PAS rela bersendiri. InsyaAllah Allah akan terus memelihara PAS. Bukan PAS yang akan mati. Bukan PAS yang akan rugi

***Haji Ahmad Amzad Hashim adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 22-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Kenapa mahkamah syariah perlu diperkasakan?

AHMAD AMZAD HASHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43937-kenapa-mahkamah-syariah-perlu-diperkasakan

KEDUDUKAN kuasa yang ada pada mahkamah syariah pada hari ini paling tinggi pun boleh menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan. Seorang Ketua Hakim Syariah yang paling tinggi pun, setakat itulah sahaja kuasanya kerana enakmen syariah yang digubal diperingkat Dewan Undangan Negeri masing masing tidak boleh memperuntukkan lebih dari kuasa yang dibenarkan sekarang.

Mahkamah yang paling rendah di dalam sistem kehakiman biasa (bukan syariah) misalnya mahkamah rendah atau mahkamah sesyen pun mempunyai bidang kuasa lebih besar walaupun yang menghakimi adalah cuma berjawatan Pendaftar Mahkamah dibandingkan seorang Ketua Hakim Syariah.

Bukan sedikit senarai kesalahan yang boleh didenda lebih RM5,000 atau penjara lebih 3 tahun.

Oleh itu, sekalipun Mahkamah Syariah hanyalah untuk orang Islam, ia dipandang rendah, tidak perkasa, tidak digeruni malah kadang-kadang dilayan kelas kedua dalam mendapat kerjasama agensi penguatkuasaan undang-undang seperti PDRM.

Ia tidak dilihat gagah dan perkasa.

Kekurangan ini mendatangkan masalah dalam menegakkan hukum-hakam yang menjaga maslahah umat Islam misalnya gejala maksiat, khalwat, zina, minum arak, judi.

Hukuman yang ada tidak cukup memberi pengajaran. Bagi yang kaya, langsung tidak menjejaskan apa-apa bagaikan membayar tiket hiburan mewah mereka sahaja.

Gejala sosial dalam kalangan umat Islam sekarang parah. Percambahan pusat maksiat dan hiburan yang menyajikan arak dan perempuan adalah kerana ia mendapat sambutan daripada orang Islam sendiri. Gejala ini penyumbang masalah rumahtangga, penagihan dadah, pengabaian anak anak.

Hukuman yang berat selain proses pendidikan di sisi yang lain boleh menghindarkan orang Islam daripada berkunjung ke tempat maksiat. Tanpa sambutan, perniagaan tidak menguntungkan dan dengan sendiri boleh dikurangkan.

Suatu hal lagi yang perlu diperhatikan yang juga sangat serius adalah berkaitan lambakan kes tertangguh berkait cerai, gantung tidak bertali, tuntutan nafkah anak, kes pusaka.

Perkara ini sangat berkait kebajikan kaum wanita dan anak-anak khususnya yang ramai bilangannya. Mereka yang sebenarnya menjadi mangsa.

Sebahagian besar punca tertangguh adalah berkait sikap saksi, defendan, responden yang mengambil sikap acuh tidak acuh dalam menghadirkan diri dalam perbicaraan yang telah ditetapkan.
Kes lepas tangguh ditangguh lagi.

Ia berkait persepsi memandang rendah dan acuh tidak acuh mahkamah syariah. Jika namanya mahkamah tinggi biasa, masing-masing tahu pula takut dan tidak berani berlebih kurang.

Mahkamah syariah perlu lebih kuasa untuk memastikan keputusannya dikuatkuasakan serta memperoleh sokongan dan kerjasama polis dan agensi berkaitan. Yang gagal hadir, memberi keterangan palsu di mahkamah, menghina mahkamah, mesti boleh dikenakan hukuman yang berat.

Tindakan menggambarkan RUU355 semata-mata dalam konteks hudud oleh pihak yang menentang adalah sangat dikesali.

RUU355 boleh membantu memperbaiki banyak masalah dalam masyarakat khususnya kebajikan wanita dan anak-anak dalam membina masyarakat yang sejahtera dan diredhai Allah. – HARAKAHDAILY 18/1/2017

Sumber  HD - 18-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terbuka jalin kerjasama politik kecuali DAP, Amanah
Posted on Sunday, January 15 @ 14:24:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33200



SHAH ALAM - Pas sekali lagi menegaskan terbuka dan sedia menjalin hubungan serta kerjasama politik dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima dasar dan perjuangannya kecuali DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Perkara ini dimaklumkan Pengarah Komunikasi Korporat Pas, Roslan Sharir Datuk Mohd Sharir dalam satu kenyataan, hari ini.

Menjelaskan tentang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), beliau memberitahu, Majlis Syura Pas masih belum memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik dengan parti itu.

“Namun demikian Pas telah pun mengundang pimpinan Bersatu di dalam program-program kita.

“Selain itu, ada juga beberapa siri pertemuan antara pimpinan kedua belah parti ini telah diadakan,” katanya.



  Sebelum ini, Pemuda Pas optimis kerjasama Pas dengan Bersatu berlaku meskipun Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sering kali bersikap negatif termasuk melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kepimpinan mereka.

Sumber TKO - 15-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































PAS sertai Food Flotilla For Arakan

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43906-pas-sertai-food-flotilla-for-arakan

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung pada 14 Januari 2017, telah bersetuju untuk menghantar delegasi mewakili PAS bagi menyertai Food Flotilla For Arakan yang dijadual bertolak ke Myanmar pada 3 Februari 2017 nanti dari Pelabuhan Kelang.

Program anjuran bersama NGO-NGO tempatan dan antarabangsa itu dijangka tiba di Myanmar pada 9 Februari selepas pelayaran selama 6 hari. PAS akan bersama MAPIM, Yayasan Amal Malaysia, Kelab Putra 1Malaysia dan semua NGO tempatan dan antarabangsa untuk menjayakan misi bersejarah itu.

Mesyuarat PAS Pusat telah melantik Saudara Muhammad Sanusi Md Nor (AJK PAS Pusat) bagi mengetuai delegasi daripada PAS dalam misi tersebut, dan turut dianggotai oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia), Dr Riduan Mohamad Nor (AJK PAS Pusat), Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia) dan Datuk Ustazah Siti Asyah Ghazali (Exco Dewan Muslimat PAS Malaysia).

Food Flotilla For Arakan adalah satu usaha kemanusiaan dan jihad yang murni sekali gus membuktikan kebersamaan masyarakat antarabangsa dengan penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya di bumi Arakan.

PAS pasti tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua misi kemanusiaan bersama delegasi luar negara seperti Turki, Perancis, Indonesia, China dan lain-lain. Kini Food Flotilla For Arakan sedang menarik perhatian dunia dan mula membuka mata pelbagai pihak antarabangsa untuk turut berjuang bukan sahaja menghantar bekalan makanan dan perubatan tetapi juga terus mendesak supaya kezaliman dan kekejaman ke atas Rohingya segera dihentikan.

Inilah Penyelesaian Kita

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
15 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 15/1/2017

Sumber HD - 15-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Himpunan 355 lakar sejarah umat Islam

ROSLAN SMS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43883-himpunan-355-lakar-sejarah-umat-islam

Pengumuman rasmi telah dibuat. Himpunan penyokong dan pendukung Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 sebagaimana dibayangkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas sidang Parlimen yang lepas kini sudah hampir pasti diadakan.

Menurut Pengerusi himpunan Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Himpunan 355 atau H355 itu akan diadakan pada hari Sabtu 18 Febuari nanti bertempat di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang. Ianya anjuran bersama PAS dan beberapa NGO Islam dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Sesungguhnya jarang-jarang sekali umat Islam khasnya orang Melayu pernah atau dapat berhimpun dalam skala yang besar demi mempertahan atau memperjuangkan sesuatu isu.

Antara yang terekod dalam lipatan sejarah adalah penentangan terhadap Malaysan Union sekitar 1946 dan dikuti dengan protes dan hartal peristiwa Natrah pada tahun 1950 di Singapura yang berakhir dengan rusuhan yang telah mengorbankan 18 orang dan ratusan lagi tercedera.

Itu semua sejarah dan berlaku sebelum merdeka.

Kini kita sudah merdeka dan berdaulat. H355 bukannya suatu protes apatah lagi bukan demonstrasi jalanan yang boleh berakhir dengan rusuhan.

H355 adalah sebuah himpunan aman. Ia meraikan suatu proses demokrasi yang dimulakan menurut lunas undang-undang yang diambil melalui inisiatif perundangan dam bakal dibentang dan dibahaskan di Parlimen bermula sesi bulan Mac nanti.

H355 merai, menegas dan mengukuhkan sokongan rakyat khususnya umat Islam terhadap satu pindaan undang-undang yang melibatkan hak dan kepentingan mereka.

Himpunan ini mahu membuktikan betapa umat Islam iaitu penduduk majoriti dalam negara begitu sensitif dan berpegang teguh pada agama mereka. Perlembagaan Negara menjamin bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan setiap penganut agama berhak mengamalkan agama masing-masing.

Himpunan ini bukannya mahu mencabar atau menyerang amalan penganut agama lain, tetapi sesungguhnya mahu menegaskan betapa umat Islam keseluruhannya bersatu dalam isu-isu melibatkan agama dan kepercayaan mereka.

RUU355 adalah usaha untuk memperkasa undang-undang syariah dan mahkamah syariah di Malaysia. Lalu H355 ini mahu membangkitkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia khasnya umat Islam akan betapa pentingnya bersatu dalam menjayakan usaha-usaha seumpama ini.

Melalui H355 ini diharapkan rakyat Malaysia khasnya umat Islam akan terdedah dan dapat difahamkan betapa penting dan wajarnya RUU355 ini disokong dan diluluskan oleh Parlimen.

Sekiranya rakyat Malaysia khasnya umat Islam dapat bersatu dan keluar berhimpun  beramai-ramai pada 18 Febuari ini membanjiri Kuala Lumpur, dengan mengenepikan fahaman dan kecenderungan politik masing-masing, sudah pasti mesej yang berjaya disampaikan nanti adalah bahawa jangan sesiapa campur tangan dan menganggu hak umat Islam mengamalkan agama mereka sebagaimana umat Islam di Malaysia juga tidak sekali-kali akan mengganggu kepercayaan dan amalan penganut agama-agama lain.

Malaysia diakui kekal berdaulat dan merdeka lantaran rakyatnya yang berbilang agama dan kaum sangat menghormati agama dan kepercayaan mereka antara satu sama lain. Urusan agama adalah hak dan urusan masing-masing penganut. Inilah fahaman dan amalan kita sejak berpuluh tahun yang lalu.

Oleh itu apabila ada usaha seumpama RUU355 ini, mengapa tiba-tiba pihak yang tiada berkepentingan mahu bangkit dan protes sekali gus mencetuskan kekeruhan dalam hubungan baik antara pelbagai agama dan kaum dalam negara yang telah dibina sekian lama.

Dalam hal melibatkan agama dan kepercayaan khasnya dalam kes H355 ini, saya yakin dan percaya rakyat Malaysia khasnya majoriti orang-orang Melayu dan mereka yang lain yang beragama Islam akan segera bangkit dan bersatu menyokong dan menyertai H355 ini.

Biarlah kita semua tanpa mengira apa sahaja ideologi, kelas dan kedudukan, sama ada para pegawai dan kakitangan kerajaan, pemimpin dan penyokong politik, nelayan, petani, peneroka, guru-guru dan pendidik, para peniaga kecil atau besar, pelajar, buruh atau majikan, keluar beramai-ramai secara aman atas nama menyuarakan sokongan kita kea rah memartabat dan mendaultkan Islam, agama kita 18 Febuari nanti.

Biar H355 ini membuka mata ahli-ahli Parlimen Malaysia khasnya bahawa umat Islam yakni yang mewakili majoriti penduduk dalam negara bertegas mahukan RUU355 ini diluluskan dengan baik.

Ini bukan ancaman, tetapi kiranya selepas H355 nanti, jika masih ada ahli Parlimen dari mana parti sekalipun bertegas mahu menentangnya, maka mereka perlu bersedia ditolak oleh para pengundi khasnya pengundi Islam di kawasan mereka masing-masing.

Itulah demokrasi dan kebebasan.

Rakyat menyokong parti dan wakil yang faham dan sensitif akan isu dan permasalahan mereka. Jika ada parti atau wakil yang menolak kemhauan rakyat, dalam kes ini RUU355, maka mereka memberi isyarat pada para pengundi bahawa dalam isu-isu melibatkan usaha memartabatkan amalan agama Islam mereka akan tentang, maka bersedialah menerima risiko ditolak oleh para pengundi Islam.

Sebagai warganegara Malaysia kita berhak memilih dan mengundi sesiapa sahaja dan demikian juga kita berhak untuk menolak dan tidak mengundi sesiapa sahaja.

Tidaklah keterlaluan dalam hal ini jika umat Islam nanti memutuskan mana-mana wakil atau parti yang tidak “Islamic friendly” wajar ditolak dalam Pilihanraya Umum nanti, itu pengundi bijak namanya.

Bagi saya lamgkah menganjurkan H355 ini mencerminkan kematangan berfikir dan kematangan berpolitik semua pihak yang terlibat. Ini bukan himpunan untuk mengibarkan bendera dan menjuarai ideologi mana-mana pihak. Ini himpunan untuk menyokong usaha memperkasakan Islam yang bakal berlaku di Parlimen bulan Mac nanti.

Siapa yang tidak mahu melihat kesatuan dan kesepakatan umat Islam secara sivil dan berdisiplin, berhimpun menyatakan persetujuan terhadap rang undang-undang yang bakal mendekatkan lagi mereka dengan Yang Maha Pencipta mereka.

Sesungguhnya H355 nanti bakal melakar sejarah kesatuan umat Islam dan rakyat Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini kecuali sebelum merdeka dahulu.

Pastikan anda antara yang hadir dan mencipta sejarah menyumbang ke arah memperkasakan amalan Islam dalam negara. roslansms@gmail.com

Sumber HD - 1222-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

H355: 'Demam purple'
Posted on Thursday, January 12 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33163



1. Januari dan Februari adalah dua bulan yang menyaksikan seluruh rakyat Malaysia sedang mengalami "demam purple". Selain daripada berlangsungnya Badminton SS Purple League sejak 12 Disember 2016 dan akan berakhir 12 Februari 2017 kelak, kini Malaysia juga sedang menanti detik bersejarah Himpunan "Purple" 355.

2. Himpunan 355 yang juga bertemakan purple akan berlangsung pada 18 Februari 2017 di bandaraya Kuala Lumpur. Siri kempen dan roadshow 'Road to H355' sedang berlangsung dan kini marak ke seluruh negara.

3. Ramai yang bertanya saya kenapa purple? Jawapan saya adalah kerana ia bukan merah, bukan kuning, bukan hitam, bukan biru, bukan hijau dan bukan lainnya. Maka ia adalah purple. Ia akan menghimpunkan semua warna-warna penduduk negara ini yang cintakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan hidup.

4. Justeru itu, H355 mengangkat tema Syariat Diperkasa, Rakyat Sejahtera. Malaysia perlukan perubahan. Tidak mampu untuk lakukan perubahan total, maka berubah dalam perkara yang boleh dilakukan sudah cukup bermakna bagi masa depan negara.

5. Sudah sampai masanya negara ini memerlukan pelaksanaan syariah untuk mengekang pelbagai perkembangan mungkar dan apa yang paling penting adalah berusaha untuk membentuk sebuah negara yang bebas murka Allah SWT. Sekali gus mengundang rahmat dan berkat dari Tuhan yang Maha Mencipta.

6. Himpunan 355 (H355) adalah bermaksud memugar semangat dan sokongan seluruh rakyat agar terus bangkit berjuang, berdoa dan memastikan Parlimen Malaysia yang berlangsung pada 6 Mac hingga 6 April akan datang, meluluskan Pindaan Akta 355 melalui sikap positif dan sokongan ahli-ahli parlimen yang ada sekarang.

7. Insya Allah, Demam Purple ini akan kebah pada 18 FebruarI 2017 akan datang.

Nasrudin Hassan
Pengarah Himpunan 355
11 Januari 2017 / 12 Rabiul Akhir 1438
Kuantan


Sumber TKO - 12-7-219

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

H355 : Himpunan Aman Dan Harmoni

H355 adalah singkatan kepada Himpunan 355. Satu himpunan aman dan bertujuan untuk mengharmonikan ummah dalam memperjuangkan isu pindaan Akta 355.

2. H355 ini dianjurkan oleh Sekretariat H355 yang menggabungkan ratusan ngo-ngo Islam, parti politik, individu, aktivis masyarakat dan turut mendapat sokongan dari kalangan non muslim.

3. MCA tidak perlu melatah. Malah tidak perlu siapa pun menentang himpunan ini. Justeru himpunan ini akan dianjurkan secara tertib dan mematuhi undang-undang serta dilangsungkan secara aman, harmoni dan mendidik rakyat.


4. Himpunan 355 ini tiada perarakan jalanraya, tiada gerakan anti keamanan dan tidak mengancam kestabilan negara. Malah himpunan ini akan diserikan dengan pedoman agama yang akan dibimbing oleh Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus.

5. Himpunan 355 turut dimaknakan dengan Solat Hajat perdana dimana kami akan mengundang Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Dr Zulkifli Al Bakiri untuk membimbing munajat dan menyampaikan Kuliah Khas mengenai RUU 355.

6. Pihak Sekretariat penganjur H355 juga membuka jemputan ini kepada semua pihak individu, ngo, parti politik, agensi kerajaan dan mana jua pihak termasuk non muslim untuk menyertai himpunan gergasi H355 pada 18 Feb 2017 kelak.

7. Kita mengharapkan himpunan ini dapat diadakan di Dataran Merdeka pada tarikh yang dijadualkan. Permohonan dari pihak Sekretariat Penganjur telah dihantar kepada pihak berwajib. Insyaallah, dalam masa terdekat ini kami akan turut mengadap pihak YB Dato’ Menteri Wilayah, Dato Bandar dan PDRM bagi berbincang secara beradab dan tertib.

8. Kami yakin pihak kerajaan boleh menimbang permohonan yang telah kami hantar itu dengan baik insyaallah.

9. Pihak kami akan memberi komitmen sepenuhnya untuk menjaga kebersihan tapak program, keselamatan, ketenteraman awam, keceriaan ibukota dan akan memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa tempatan.

Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera
Sekian.
Nasrudin bin Hassan
Pengarah Himpunan 355

Sumber BO - 10-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rasuah Bersarang Dalam Kerajaan ; Pendekatan Agresif SPRM Dipuji

Semalam, bekas CEO TEKUN Nasional ditahan oleh SPRM di atas kesalahan menerima wang suapan berjumlah RM36,000.00. Pada 2015 lepas, individu yang sama ini telah pun didakwa di mahkamah berikutan pertuduhan melakukan dua kesalahan menyalahgunakan kuasa bagi mendapatkan wang suapan berjumlah RM200,000.00.

Pada 4 Januari lalu, SPRM mengesahkan telah menahan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersama seorang anaknya dan merampas wang tunai berjumlah RM3 juta, mata wang asing serta jongkong emas.


Bekas Pengarah Urusan Tekun Nasional dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan didakwa dengan dua tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen
Rekod tahun lepas mencatatkan pada Mac 2016, seorang yang berpangkat Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan Sukan menghadapi 32 pertuduhan rasuah berjumlah RM38.4 juta dan pada Ogos 2016 pula, seorang pegawai kanan DBKL ditahan bersama 2 yang lain kerana kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Demikianlah beberapa siri pembabitan individu-individu dalam Kerajaan serta agensinya dengan rasuah. Menunjukkan bahawa amalan rasuah telah pun bersarang dalam struktur dan persekitaran Kerajaan.

Tidak hairanlah jika usaha-usaha pencegahan yang dilaksanakan sebelum ini seakan-akan tidak menatijahkan hasil yang besar kerana keadaan penyakit rasuah telah menjadi budaya dan amalan gelap individu-individu yang tidak amanah ditambah kewujudan sistem atau prosedur yang boleh dimanipulasi untuk tujuan itu.

Pendekatan agresif SPRM yang memberdayakan segala usaha bagi mengenalpasti dan membasmi unsur-unsur dan pengaruh rasuah termasuk dengan menahan mana-mana individu tanpa mengira kedudukan seseorang itu wajar dipuji dan adalah diharapkan dapat menyahkan rasuah di negara ini.
Sewajarnya suruhanjaya ini diberikan jaminan bagi menjalankan siasatan secara bebas tanpa gangguan daripada pihak-pihak mana pun dan diberikan kuasa untuk membuat pendakwaan.

Saya menyeru kepada orang ramai agar terus memberikan sokongan kepada suruhanjaya ini khususnya dengan bertindak sebagai pemberi maklumat atau saksi bagi mendedahkan salah laku yang berlaku dalam Kerajaan atau agensi-agensinya.

Sekian.

“Inilah Penyelesaian Kita”
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 9-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan 355: PAS jumpa datuk bandar buat rayuan
Posted on Monday, January 09 @ 16:36:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33141



PETALING JAYA: Penganjur Himpunan 355 akan membuat rayuan terhadap kegagalan mereka memperoleh kebenaran menggunakan Dataran Merdeka bagi melangsungkan program itu.

Pengarah program, Nasruddin Tantawi berkata pihaknya akan berjumpa dan berbincang dengan Datuk Bandar KL Datuk Mhd Amin Noordin Abdul Aziz bagi meneruskan program untuk mengadakannya di Dataran Merdeka.

“Kita sudah hantar permohonan sejak seminggu lalu dan sudah menerima jawapan. Permohonan kami ditolak. Justeru, kami mengambil keputusan berjumpa beliau untuk membuat perbincangan,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Pada 7 Januari lalu, pengerusi program Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan PAS akan menganjurkan himpunan solidariti Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.

Beliau berkata, himpunan itu bertujuan menunjukkan sokongan orang Islam terhadap RUU itu, selain memberi penjelasan mengenainya kepada orang bukan Islam.

Datuk bandar sebelum ini dilaporkan tidak membenarkan PAS menganjurkan Himpunan 355 di Dataran Merdeka dan mencadangkan penganjur mengadakannya di Stadium Titiwangsa.
“Tidak Dataran, tiada rundingan,” kata beliau.

Mengulas cadangan lokasi baru, Nasruddin berkata pihaknya enggan memberi sebarang komen dan berharap perjumpaan kelak akan membuahkan hasil.


“Nanti dulu, kita tak nak buat spekulasi lagi. Kita nak jumpa dulu, nak bincang, tengok macam mana,” katanya.

Sumber TKO - 9-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Kepimpinan ulamak

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43834-kepimpinan-ulamak

1. Kepimpinan ialah suatu institusi, sementara ulamak adalah merit ilmu yang dimiliki. Ringkasnya kepimpinan ulamak adalah institusi kepimpinan secara kolektif (jamaei) yang memiliki ilmu untuk memimpin jamaah (parti) dan ummah (masyarakat). Ianya satu kewajipan yang mesti ditegakkan.

2. Berlawanan dengan kepimpinan ulamak ialah kepimpinan juhalak. Iaitu institusi kepimpinan secara kolektif tanpa ilmu (jahil) untuk memimpin jamaah dan ummah. Ianya satu kebatilan yang mesti dicegah.

3. Sebagaimana yang disebut oleh Imam Bukhari di dalam shohihnya, Kitabul Iman bab:الإغْتِبَاطِ فِي الْعِلْمِ وَالْحِكْمَةِ:  bahawa Saidina Umar Al Khattab Rha pernah berkata:

تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا

"dalami olehmu (akan ilmu) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin."

4. Merit utama untuk memimpin ialah memiliki ilmu. Tanpa ilmu bagaimana seseorang itu mampu untuk memimpin. Pemimpin persatuan matematik selayaknya mempunyai ilmu matematik yang baik. Pemimpin persatuan alam sekitar sayugianya mempunyai ilmu alam sekitar yang baik.

5. Selayaknya juga pemimpin jamaah (Gerakan) Islam adalah terdiri dari kalangan mereka yang memiliki ilmu Islam yang baik dan mendalam (alim ulamak).

6. Tidak masuk akal jika kepimpinan gerakan Islam adalah kepimpinan tanpa ilmu yang baik dan mendalam. Kaedah umum yang diterima pakai ialah:

فاقِدُ الشئ لا يُعْطِيْه
"yang tidak memiliki apa-apa (kosong/jahil) ia tidak boleh memberi apa-apa."

7. Kepimpinan ulamak bukan isu batang tubuh figure si polan bin si polan, tetapi adalah berkait nilai merit yang dimiliki iaitu ilmu Islam yang mendalam untuk melayakkan ia menduduki amanah kepimpinan Gerakan Islam.

8. Justeru nilai merit inilah yang akan membawa kebaikan dalam kepimpinan.

Dari Muawiyah bin Abi Sufian Radhiallahua'nhuma telah berkata bahawa aku telah mendengar Nabi SAW telah bersabda:

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّين

"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah swt, nescaya diberikan kefahaman mendalam pada urusan agama." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

9. Inilah usul dan asal Kepimpinan Ulamak khasnya yang diterima pakai dalam PAS. Sebuah gerakan atau jamaah yang meletakkan Ilmu Islam yang mendalam sebagai merit kepimpinan.

10. Maksudnya siapa jua yang memiliki merit ini maka ia layak menggalas amanah kepimpinan gerakan Islam ini. Kerana sangat tidak munasabah bagi seseorang yang mahu memimpin Gerakan Islam tetiba ia sendiri jahil atau lemah ilmu mengenai Islam.

11. Seorang juru jual yang baik dan cemerlang serta berjaya ialah juru jual yang memiliki "product knowledge" yang baik. Pemimpin yang baik, cemerlang dan berjaya ialah pemimpin yang memahami dasar perjuangannya.

12. Sementara dasar perjuangan PAS ialah Islam maka pemimpinnya mesti memahami Islam dengan baik untuk memacu perjuangannya.

13. Ertinya Kepimpinan Ulamak dalam PAS adalah berasal dari pedoman Islam dan kesedaran terhadap tuntutan syariatnya. Menganggap ianya sebagai salinan (copy paste) dari "Wilayah Fakeh" sebagaimana amalan syiah di Iran adalah merupakan tohmahan yang tidak wajar.

14. Sekali lagi saya tegaskan bahawa Kepimpinan Ulamak adalah institusi murni berteraskan prinsip kepimpinan yang diasuh oleh Islam. Firman Allah SWT:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Dan tidaklah (wajar) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian dari kalangan mereka untuk mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila mereka kembali kepada kaum mereka. Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (Surah At Taubah: 122)

(bersambung)

Sumber HD - 8-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Pemimpin mesti berilmu

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43813-pemimpin-mesti-berilmu

1. Sebagai anggota gerakan Islam, kita mesti berusaha untuk menuntut ilmu. Khasnya mereka yang berada pada posisi pemimpin, justeru kita tidak punya pilihan.

2. Siapapun yang mahu dipilih sebagai ketua atau pemimpin, ilmu adalah syarat utama. Pemimpin mesti berilmu. Terlebih wajar, ketika kita memilih pemimpin kepada gerakan Islam. Pemimpin itu mesti berilmu dan memahami Islam yang mahu diperjuangkan.

Dari Tamim Ad Daari Rha bahawa Saidina Umar Al Khattab Rha telah berkata:

 إِنَّهُ لَا إِسْلَامَ إِلَّا بِجَمَاعَةٍ ، وَلَا جَمَاعَةَ إِلَّا بِإِمَارَةٍ ، وَلَا إِمَارَةَ إِلَّا بِطَاعَةٍ ، فَمَنْ سَوَّدَهُ قَوْمُهُ عَلَى الْفِقْهِ ، كَانَ حَيَاةً لَهُ وَلَهُمْ ، وَمَنْ سَوَّدَهُ قَوْمُهُ عَلَى غَيْرِ فِقْهٍ ، كَانَ هَلَاكًا لَهُ وَلَهُمْ " .
Sesungguhnya tiada Islam melainkan dengan adanya jamaah. Tiada jamaah melainkan dengan adanya kepimpinan. Tiada kepimpinan melainkan dengan adanya ketaatan. Maka barangsiapa yang kaumnya telah melantiknya sebagai pemimpin berdasarkan kefahaman, ia adalah kejayaan baginya dan mereka. Barangsiapa yang kaumnya telah melantiknya sebagai pemimpin tanpa berdasarkan kefahaman, ia adalah kecelakaan baginya dan mereka. (Sunan Ad Daarimi)

3. Seseorang yang tidak menguasai dan memiliki ilmu Islam adalah tidak wajar dipilih atau dilantik menjadi pemimpin gerakan yang memperjuangkan Islam.

4. Nabi kita Muhammad SAW telah menjelaskan kesan langsung jika mereka yang tidak berilmu dilantik atau dipilih sebagai ketua.

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan mencabutnya daripada hamba-hamba tetapi Dia menarik ilmu dengan mengambil nyawa para ulamak sehingga apabila tiada lagi ulamak, orang ramai melantik ketua-ketua yang jahil lalu mereka ditanya lantas mereka memberi fatwa tanpa ilmu lantaran itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Imam Nawawi dalam Syarah Muslim menghuraikan hadis di atas dengan katanya:

(وَفِيهِ التَّحْذِير مِنْ اِتِّخَاذ الْجُهَّال رُؤَسَاء )

“Hadis ini mengandungi amaran mengambil orang-orang jahil menjadi ketua.”

6. Orang-orang jahil yang dimaksudkan oleh beliau ialah orang-orang jahil yang tak mampu merujuk kepada al-Quran dan al-hadis dalam memberikan pandangan kerana hadis di atas merujuk kepada orang-orang berilmu tentang al-Qur’an dan al-Hadis.
6 Januari 2017 / 7 Rabiul Akhir 1438
Irsyad Balok - HARAKAHDAILY 6/1/2017

Sumber HD - 6-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Product Knowledge
Posted on Thursday, January 05 @ 19:41:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33096



1. Seseorang tidak akan berubah melainkan setelah ada maklumat . Kita tidak akan membeli satu barang melainkan setelah kita mengetahui khasiat dan kebaikannya. Ini menggambarkan betapa pentingnya penerangan dalam suatu hal untuk meyakinkan seseorang bagi mendapat sesuatu .

2. Menyampaikan ceramah , kuliah atau apa jua bentuk penerangan, ia umpama hendak menjual sesuatu produk kepada orang lain , produk yang baik dan berkualiti sekalipun , kalau tidak diterangkan dengan teknik dan strategi yang berkesan pasti tidak ada pembelinya , malahan produk yang tidak berkualiti pula , kalau disampaikan, dipromosi dan dikempen dengan hebat dan baik pasti akan menarik orang ramai untuk membelinya.

3. Orang yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk ialah jurujual itu sendiri . Bagi menarik orang ramai membeli produk tersebut , jurujual akan menggunakan kepetahan bercakap , penampilan dirinya yang kemas , bahasa yang cukup menawan dan berbagai – bagai aksi lagi , disertai pula dengan demontrasi barangan . Sudah pasti cara ini akan menarik minat orang ramai membelinya .

4. Begitulah para pendakwah , produk yang kita hendak pasarkan ialah Islam dan PAS sebagai wadah atau platform perjuangan . Produk yang akan kita pasarkan ini memerlukan teknik , taktik dan strategi yang sesuai dengan suasana setempat , situasi semasa , budaya dan sebagainya . Inilah hikmah atau kebijaksanaan dalam dakwah.

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Surah An Nahl : 125

Sekian.
Nasrudin Hassan


Sumber TKO - 5-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































PAS gesa perhalusi tubuh jawatankuasa Ombudsman

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43799-pas-gesa-perhalusi-tubuh-jawatankuasa-ombudsman

PAS GESA PERHALUSI SEMULA PENUBUHAN JAWATANKUASA OMBUDSMAN TANGANI GEJALA SALAH LAKU PENJAWAT AWAM

Perkembangan kes salah laku penjawat awam menunjukkan semakin ketara sejak akhir-akhir. Terbaru, penangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang penjawat awam berpangkat tinggi membuktikan integriti dan keyakinan awam terhadap agensi kerajaan semakin terhakis. 31,236 orang penjawat awam telah dikenakan tindakan tatatertib dari pelbagai kesalahan sejak 2010. Ini termasuklah kes-kes berprofil tinggi melibatkan jutaan ringgit yang berjaya diberkas pihak SPRM.

PAS menggesa agar jawatankuasa Ombudsman ditubuhkan dan diperhalusi peranannya bagi meningkatkan transparensi dalam agensi kerajaan terutamanya. Jawatankuasa ini mestilah juga bebas daripada pengaruh mana-mana pihak berkepentingan dan mempunyai kuasa undang-undang bagi melakukan penetrasi terhadap agensi kerajaan termasuklah Perdana Menteri selain berhak mendakwa mana-mana agensi yang melakukan salah laku dan penyelewengan.

Malaysia adalah sebahagian daripada ahli 'Asian Ombudsman Association' (AOA), namun malangnya tiada jawatankuasa yang berperanan di peringkat nasional ketika ini. Adapun Biro Pengaduan Awam (BPA) di bawah Jabatan Perdana Menteri tidak boleh diklasifikasikan sebagai jawatankuasa Ombudsman di Malaysia.

Ini kerana BPA tidak mempunyai kuasa undang-undang selain hanya berperanan untuk mendapatkan maklumat tertentu daripada agensi kerajaan yang lain.

PAS menegaskan bahawa salah laku penjawat awam kini sudah semakin kritikal dan perlu ditangani segera. Maka, penubuhan jawatankuasa ini tepat pada masanya bagi memastikan transparensi agensi kerajaan dapat diutamakan sekali gus mengurangkan kes-kes salah laku.

"Inilah Penyelesaian Kita"

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 5/1/2017

Sumber HD - 5-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Mujahid Siber: Tangani dakwah siber

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43795-mujahid-siber-tangani-dakwah-siber

1. Mujahid Siber merangkap ad-dae’I Ilallah adalah sebuah institusi penting buat ummah. Berfungsi untuk memberi pedoman dan menunjuk jalan ke arah mardhatillah.

2. Menyambung risalah an nubuwwah dalam memimpin, membimbing dan menyelamatkan ummah dari kegelapan jahiliyyah kuno atau moden.

3. Sementelah dilihat dewasa kini, ummah sedang berhadapan dengan ancaman berbisa dari musuhnya yang memangsakan aqidah, fikrah dan syakhsiyyah tanpa simpati, khasnya melalui media baru.

4. Lebih malang apabila sebahagian besar dari mereka terperangkap dalam kejahilan yang tebal dan kelalaian yang melampau.

5. Dunia dan ummah memerlukan Mujahid Siber (pejuang di alam siber) sebagai dae’i (pendakwah) yang ikhlas dan gigih meredah segala rintangan, malah membelah segala halangan demi menyelamatkan ummah agar tidak musnah dan binasa lantaran pengaruh fitnah serta maklumat palsu yang berlegar di media baru.

6. Kehadiran Mujahid Siber atau dae’i siber bukan sebagai badan sukarela atau kebajikan yang melaksanakan tugas secara volunteer tetapi ia adalah suatu yang bersifat ijbaari (wajib laksana) justeru ia adalah perintah Allah swt ke atas setiap individu muslim.

Firman Allah swt:

أدع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله و هو أعلم بالمهتدين
Serulah (dakwahlah) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan peringatan yang baik dan berdebatlah dengan baik (mencari kebenaran). Sesungguhnya tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui siapa yang menyeleweng (sesat) dari jalanNya dan Dialah yang Maha Mengetahui siapa mendapat petunjuk. (Surah an-Nahl: 125)

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون

Hendaklah ada di kalangan kamu satu ummah yang menyeru manusia ke arah kebaikan, menguatkuasakan syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan. (Surah a’ali Imran: 104)

5 Januari 2017 / 6 Rabiul Akhir 1438 - HARAKAHDAILY 5/1/2017

Sumber HD - 5-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Qaai'datus sulbah (golongan teras)

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43787-qaai-datus-sulbah-golongan-teras

1. Islam mesti diperjuangkan dengan gigih, cekal, munazzamah (sistematik) dan strategik, sungguhpun ia adalah suatu yang benar.

2. Kebenaran yang diperjuangkan tanpa sistematik dan gerak tindak yang strategik maka ia dapat ditewaskan oleh perancangan musuh yang licik dan penuh tipu helah.

Benar kata Saidina Ali Karramallahu Wajhah:

الحقُّ بدونِ النِظام يَغْلِبُهُ الباطِلُ بالنِّظام

Kebenaran yang diperjuangkan tanpa sistematika perjuangan akan dapat dikalahkan oleh Kebathilan yang diperjuangan secara terancang dan licik.

3. Memahami realiti tersebut, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berpada atau pasrah dengan apa yang berlaku. Harapan tidak akan tertunai jika hanya memandang dengan sepi sebagaimana kejayaan tidak akan tercapai jika hanya tahu merungut, mengomen dan mengkritik.

4. Perubahan tidak akan berlaku tanpa kebangkitan terancang, menyusun strategi yang mantap dan sistematika langkah yang kemas.

5. Ayuh para duat ! Lihatlah bagaimana Islam dan jamaah ini sedang dikepong dari segenap arah. Jangan membisu lidah dan membatu diri. Ayuh kita bekerja bagi melahirkan golongan teras (Qaai'datus Sulbah) yang memiliki:

i ~ Aqidah yang Sohih (benar)
ii ~ Fikrah yang Sorih (jelas)
iii ~ Akhlak yang Solih (baik)

6. Suatu golongan yang:

i~ mempunyai tahap kesetiaan (wala') yang tinggi kepada jamaah

ii ~ patuh (taat) kepada pemimpinnya (selama mana tidak disuruh melakukan perkara  mungkar).

iii ~ memiliki tahap keiltizaman (komitmen) yang tinggi terhadap aktiviti Amal Islami.

7. Berapa ramai kita perlukan? Alangkah kalau kita memiliki team sebagaimana yang disebut oleh Nabi SAW:

عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه و سلم : " خَيْرُ الصَّحَابَةِ أَرْبَعَةٌ، وَخَيْرُ السَّرَايَا أَرْبَعُ مِائَةٍ، وَخَيْرُ الْجُيُوشِ أَرْبَعَةُ آلَافٍ، وَلَنْ يُغْلَبَ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا مِنْ قِلّةٍ
“Sebaik-baik bersahabat 4 orang, sebaik-baik pasukan 400, sebaik-baik tentera 4,000 dan orang Islam tidak boleh dikalahkan kalau jumlah mereka 12,000 paling kurang.” (Riwayat: Abu Dawud)

4 Januari 2017 / 5 Rabiul Akhir 1438
KL Central

Sumber HD - 4-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan Berpeluk Tubuh
Posted on Tuesday, January 03 @ 19:47:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33075



1. Seringkali alasan dikemukakan untuk TIDAK  turun bergelanggang bagi menyampai risalah dan memperjuangkan Islam.

2. Alasan itu akhirnya melemahkan ummat Islam justeru alasan boleh dicipta dan direka tanpa ada penyudahnya. Ingatlah Firman Allah swt :

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ

Sesungguhnya orang yang akan meminta izin  (dengan mengemukakan pelbagai alasan) kepadamu (untuk tidak disenaraikan sebagai delegasi yang turung berjuang) hanyalah orang-orang yang TIDAK beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.

Surah at Taubah : 45

3. Kita tiada pilihan ! Saksikan bagaimana keadaan ummah di luar sana. Mereka keliru tanpa bimbingan, mereka hanyut tanpa dahan berpaut, mereka alpa tanpa isyarat yang menyedarkan, mereka sesat tanpa cahaya yang memandu.

4. Apakah kita masih rela dan tega untuk berpeluk tubuh ? dengan 1001 alasan yang kita ungkapkan ? Allah swt telah tegaskan :

وَلَوْ أَرَادُوا الْخُرُوجَ لَأَعَدُّوا لَهُ عُدَّةً وَلَٰكِن كَرِهَ اللَّهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ

Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berjuang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".

Surah at Taubah : 46

5. Semoga kita tidak tinggal bersama orang yang qaai'din (duduk berpeluk tubuh) tanpa melibatkan diri bersama gerakan Islam melunas amanah perjuangan demi mengembalikan izzah (kemuliaan dan kehebatan) ummah serta menegakkan syariat Allah swt. di atas tanahair tercinta ini.

Bangkitlah wahai para duat ! (pendakwah)

Sekian.

Nasrudin Hassan


Sumber TKO - 3-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perang Siber
Posted on Monday, January 02 @ 20:28:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33064



1. Islam dan penganutnya terus menjadi sasaran. Gerakan terancang dan licik bagi membelah kesatuan ummat Islam sedang giat dilakukan. Mereka guna kaedah "divide and rule" (pecah dan perintah) bagi melemahkan kekuatan ummat Islam.

2. Senjata api mungkin dilihat tidak berkesan bagi mereka setelah mereka menilai "jarak peluru boleh sampai" dan "jumlah sasaran" dalam satu - satu masa berbanding senjata baru mereka iaitu "jaringan siber" yang mampu membunuh fikrah dan aqidah serta jumlah sasaran boleh meningkat kepada jutaan dalam satu - satu masa serangan dibuat.

3. Ini menjadi cabaran terbaru kepada para pendakwah. Mereka mesti tangkas bertindak dengan strategi "pertahan dan serang balas" yang seimbang dan sepadu.

4. Tangkas membina "fire wall" pada diri setiap muslim dan dalam masa yang sama membina "cyber net" yang luas untuk menyampaikan risalah Islam sekaligus memberi pencerahan jua menyediakan "vaksin" bagi merawat fikrah dan aqidah yang telah dijangkiti virus merbahaya seperti Libralisme dan Pluralisme melalui "jaringan beralas Islam" atas nama Jaringan Islam Liberal.

5. Mereka menyandarkan nama kumpulan mereka kepada Islam tetapi banyak tindakan mereka bertentangan dengan Islam. Inilah modus operandi Jaringan Islam Liberal.

6. Ummat Islam perlu berhati - hati. Rujuk alim ulamak dan fahami syariat Islam secara mendalam. Gerakan mereka halus dan menyerap tanpa sedar. Bagai tempias air hujan, tidak terasa di awalnya tetapi sedar tidak sedar pakaian sudah basah.

7. Begitulah fahaman liberalisme ini menyerap dan menyusup masuk melalui aliran dan gerakan pemikiran. Asasnya bermula dengan kebebasan berfikir dan akhirnya lemas dalam kekeliruan dan kejahilan sendiri.

8. Awasi Fitnah yang mengelirukan ini. Sabda Rasulullah saw dari Huzaifah Ibnu Al Yaman Rha katanya :

فقلت هل بعد ذلك الخير من شر؟ قال: نعم , فتنةٌ عمياءٌ , دُعاةٌ على أبوابِجهنم، مَنْ أجابَهُمْ إليها قذفوهُ فيها. فقلت: يا رسول الله ! صِفْهُمْ لنا، قال: نعم، قوم من جَلدتِنا ويتكلمونَ بألسنتِنا
 

Maksudnya: Aku (Huzayfah) bertanya: Adakah selepas kebaikan itu akan datang pula keburukan: Sabda Rasulullah saw: Ya, fitnah buta, penyeru kepada pintu-pintu api neraka. Sesiapa yang menyahut seruan mereka akan dicampakkan dalamnya. Kata Huzayfah: Wahai Rasulullah, nyatakan sifat mereka kepada kami. Sabda Rasulullah saw: Mereka dari kalangan bangsa kita dan bercakap menggunakan bahasa kita.

Riwayat Abu Dawud dan lainnya

9. Keganasan perang siber boleh disaksikan bagaimana para pelampau siber beraksi. Bahasa mereka biadab, pena mereka lucah, keyboard mereka kotor, ayat mereka keji, hujjah mereka kosong, kenyataan mereka fitnah dan jaringan mereka jahat.

10. Perjuangan Islam kini memerlukan para pejuang atau mujahid di alam siber bagi mendepani golongan pelampau siber yang tidak berhati perut dan busuk perut pedal mereka menghina Islam dan perjuangannya. Namun Mujahid Siber wajib tampil dengan hikmah dan akhlak Islami yang tinggi meskipun dicabar dan diprovok tanpa henti oleh musuh.

Sekian
Nasrudin Hassan 


Sumber TKO -2-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Islam adalah penyelamat

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43740-islam-adalah-penyelamat


Terlalu lama negara kita tersangkar dalam sebuah kehidupan yang mengenepikan Islam sebagai cara hidup, akhirnya Islam menjadi asing kepada rakyat umum kecuali hanya dalam perkara ibadah rutin, solat, puasa, zakat dan haji.

Soal undang-undang Islam sangat jauh dari pemerhatian dan pengetahuan kebanyakan masyarakat kita hari ini. Malah terdapat sebahagian umat Islam yang bersikap prejudis terhadap syariat dan undang-undang Islam. Kalaupun mereka mahukan Islam, Islam yang mereka mahu hanyalah Islam tanpa syariat.

Mereka mendakwa bahawa syariat Islam tidak akan dapat memberi keadilan kepada rakyat khasnya non-Muslim, sedang undang-undang Islam ini tidak pernah diberi peluang untuk berdaulat dan dikuatkuasakan dalam pemerintahan moden negara kita sebagaimana yang dikehendaki oleh yang Maha Pencipta Allah SWT.

Mereka bimbang tiada keupayaan dan kemampuan melaksanakan undang-undang Islam lalu mendatangkan fitnah kepada Islam.

Persoalannya negara kita telah merdeka hampir 60 tahun dan telah berjaya melahirkan ramai tenaga pakar dalam pelbagai bidang sama ada menerusi universiti dalam negara mahupun yang dididik di luar negara.

Jika isu kepakaran tenaga menjadi halangan untuk pelaksanaan undang-undang, bukankah universiti dalam negara kita mempunyai fakulti undang-undang Islam? Manfaatkan pensyarah dan "best student"nya untuk membantu pelaksanaan syariat atau undang-undang Islam.

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.


Sumber HD - 31-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fitnah ‘Copy & Paste’

Oleh : Nasruddin Hassan

Mudah dan pantas serta pedas dan rangup. Begitulah senang cerita bagi saya gambarkan betapa renjatan aliran fitnah yang mampu mengorbankan akhlak dan nilai kemanusiaan pemangsa atau pembawa virus fitnah.

2. Mereka hanya perlu “copy & paste” dan mereka hanya perlu “click & foward” untuk viralkan seantero dunia sebarang fitnah.

3. “Print Screen” juga satu fenomena untuk menceroboh dan mendedahkan privasi individu, group atau jamaah.

4. Wabak ini turut melanda sebahagian anggota gerakan Islam. Mereka teruja untuk menjadi orang pertama kononnya dalam menyebarkan maklumat, tanpa menyelidik benar salahnya maklumat tersebut.

5. Mereka terlalu ghairah untuk mencari rating dan ranking dari kalangan pembaca samaada blog, facebook, whatsapp, we chat, telegram dan sebagainya. Mereka lupa untuk menempatkan diri pada rating di sisi Allah swt.

6. Terdapat juga pihak yang sengaja cipta fitnah dengan melakukan pengkhianatan kepada jamaah. Belum sempat pengerusi majlis menutup majlis mesyuarat dengan tasbih kaffarah dan surah Al Asr, satu persatu minit mesyuarat boleh dibaca dan dimuat turun oleh mereka yang berada Amerika, Britain, Australia, Singapore dan lainnya.

7. Selayaknya kita tahu asas rujukan dan sandaran bertindak sebagai seorang pejuang Islam dan pendakwah. Amalkan prinsip Tabayyun ( selidiki kebenaran ) lalu bertindak memberi sokongan dan membantu pada yang benar dan tidak bersekongkol apalagi menjadi tali yang membarut kesalahan dan fitnah.

8. Tiada sikap playsafe antara benar dan salah. Jangan ambil sikap muzabzab ( benar pun tidak sokong salah juga tidak sokong kononnya ) semata – mata nak jaga hati atau memang berniat mahu makan keliling. Seperkara lagi, Ingatlah pesan Nabi saw :

سَتَكُونُ فِتَنٌ ، الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْقَائِمِ ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنْ الْمَاشِي ، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنْ السَّاعِي ، وَمَنْ يُشْرِفْ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ ، وَمَنْ وَجَدَ مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِهِ

Maksudnya : Akan berlaku fitnah, orang yang duduk padanya lebih baik dari berdiri. Orang yang berdiri padanya lebih baik dari berjalan. Orang yang berjalan padanya lebih baik dari berlari. Sesiapa yang berhadapan dengan fitnah, hendaklah ia mendepaninya dan barangsiapa yang menemui tempat persembunyian maka berlindunglah dengannya.
Riwayat Imam Bukhari & Muslim

9. Jika jelas sesuatu kebenaran, maka kita mesti berpihak pada yang benar justeru kita pejuang kebenaran. Tegakkan yang benar dengan hikmah.

10. Jika kita tidak tahu mana yang benar atau tidak tahu betul duduk sesuatu perkara, maka diam itu lebih baik. Jangan siram petrol atas bara api. Jangan gatal tangan untuk copy & paste.

Sumber BO - 29-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Perjuangan ini sebuah ujian

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43699-perjuangan-ini-sebuah-ujian

Perjalanan ini tidak dekat namun boleh sampai. Perjuangan ini tidak mudah namun boleh gapai. Justeru itu tiada alasan untuk menangguhkan perjalanan ini sebagaimana tiada alasan untuk menguzurkan diri dari perjuangan yang suci sebegini.

Jauhnya perjalanan dan getirnya perjuangan adalah ujian Allah SWT yang telah dijanjikan kepada kita. Firman Allah SWT:

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu dirasakan jauh dan sukar bagi mereka. (At Taubah: Ayat 42)

Ujian sedemikian menjadi saringan untuk cari yang terbaik. Pastinya syurga adalah kediaman orang-orang yang terbaik. Sementara yang terbaik itu ialah pejuang yang sabar dan tabah mendepani ujian. Tidak cepat panik, tidak gusar, tidak lemah semangat apatah lagi berputus asa dan lari meninggalkan jamaah.

Orang terdahulu telah menempuhnya dengan jaya, lalu kenapa kita tergesa-gesa dan mudah hilang pertimbangan dengan sedikit ujian yang kita tempuh?

Hayatilah firman Allah SWT ini:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga (secara percuma), padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). (Surah Al Baqarah: 214)

https://telegram.me/nasrudinhassan

Sumber HD - 28-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Berlaku adillah sekalipun kepada non-Muslim

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43689-berlaku-adillah-sekalipun-kepada-non-muslim

Islam adalah agama wahyu yang diutus oleh Allah SWT. Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Mencipta sekelian alam. Antara sifat penting yang menjadi prinsip Islam ialah berlaku adil. Bukan sahaja adil semasa aman bahkan adil sewaktu perang. Bukan sahaja adil sesama penganut ajaran Islam tetapi adil juga kepada non-Muslim.

 يَا أَيُّهَآ ٱلَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ للَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىۤ أَلاَّ تَعْدِلُواْ ٱعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, Jadilah kamu orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kau kerjakan. (Surah al Maidah: 8)

Adil ertinya berpaksi kepada kebenaran. Menegakkan keadilan ertinya menegakkan kebenaran. Sementara musuh kebenaran ialah pendustaan dan ia adalah satu kezaliman yang ditentang oleh syarak.

Sungguhpun Islam tidak pernah mengiktiraf tuhan-tuhan yang disembah selain Allah SWT, namun Islam mempunyai sikap yang tegas dan jelas agar ummatnya tidak menghina dan mencerca tuhan yang mereka sembah.

Firman Alllah SWT:

و لا تَسُبُّوا الذينَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Dan janganlah kamu cerca apa yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

* Asy Syaukani rhm berkata di dalam tafsirnya “Fathul Qadir jilid 2 muka surat 149” bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru [pendakwah] kepada kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu bahkan wajib.

* Prof Wahbah az-Zuhaili menjelaskan di dalam tafsirnya “al Munir jilid 7 muka surat 327” bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan Rasul-Nya SAW.

Jika mencerca tuhan yang mereka sembah selain Allah SWT pun dilarang oleh Islam sedang ia adalah perbuatan syirik dan kufur, kerana Islam mengambil maslahah agar Allah Tuhan yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan tidak dicerca balas oleh mereka, maka demikianlah juga dalam perkara-perkara lain seperti mencerca  peribadi dan menghina ahli keluarga mereka.

Saya dan kita semua yakin bahawa agama mereka salah menurut pandangan Islam. Tetapi kita tidak boleh memaksa mereka mengikut agama kita justeru Islam hanya boleh diterima dan dianut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tanpa sebarang paksaan. Sebab itulah, apabila seseorang menganut ajaran Islam, tiada lagi jalan keluar untuk mereka melainkan mereka terpaksa berdepan dengan undang-undang murtad di dalam Islam kerana ia adalah satu penghinaan kepada ajaran Islam.
Nasrudin Hassan
https://telegram.me/nasrudinhassan - HARAKAHDAILY 28/12/2016

Sumber HD - 28-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































5 perkara mengundang musibah

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43688-5-perkara-mengundang-musibah

1. Mutakhir ini, negara dilanda pelbagai musibah dan kebinasaan. Bermula dari kerosakan aqidah, akhlak, pemikiran sehinggalah kepada kebinasaan muka bumi dan harta benda. Termasuklah kebinasaan pada sistem politik yang adil dan ekonomi yang saksama. Segalanya bukan berlaku secara kebetulan. Lihatlah bagaimana penegasan Allah dan rasul-Nya SAW.

Firman Allah swt di dalam Surah Ar Ruum ayat 41:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

2. Hadis yang diriwayatkan dari Abdillah ibn Umar Al Khattab Radhiallahu 'anhuma berkata:

 أقبلَ علينا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فقال يا معشرَ المهاجرين خمسُ خِصالٍ إذا ابتُلِيْتم بهنَّ وأعوذُ باللهِ أن تدركوهنَّ
لم تظهَرِ الفاحشةُ في قومٍ قطُّ حتَّى يُعلِنوا بها إلَّا فَشَا فيهم الطَّاعون والأوجاعُ الَّتي لم تكُنْ مضَتْ في أسلافِهم الَّذين مضَوْا
ولم ينقُصوا المكيالَ والميزانَ إلَّا أُخِذوا بالسِّنين وشدَّةِ المُؤْنَةِ وجَوْرِ السُّلطانِ عليهم
ولم يَمْنَعوا زكاةَ أموالِهم إلَّا مُنِعوا القطْرَ من السَّماءِ ولولا البهائمُ لم يُمطَروا
ولم يَنقُضوا عهدَ اللهِ وعهدَ رسولِه إلَّا سَلَّط اللهُ عليهم عدوًّا من غيرِهم فأخَذوا بعضَ ما في أيديهم
وما لم تحكُمْ أئمَّتُهم بكتابِ اللهِ تعالَى ويَتَخَيَّروا فيما أَنزل اللهُ إلَّا جعل اللهُ بأسَهم بينهم
الراوي:عبدالله بن عمر
المحدث:المنذري
المصدر:الترغيب والترهيب
الجزء أو الصفحة:3/29
حكم المحدث: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهم
ا]

Berhadap Baginda Nabi SAW kepada kami pada satu ketika, kemudian Baginda bersabda Wahai Kaum Muhajirin: 5 Perkara, apabila kamu telah mengerjakannya, maka tiada lagi kebaikan kepada kamu dan aku berlindung dengan Allah swt semoga kamu tidak menemui masa itu.

Pertama: apabila penzinaan tidak dapat dibendung lagi sehingga pelakunya melakukannya secara terang-terangan tanpa ada rasa malu dalam diri mereka dan mereka berbangga dengan perbuatan tersebut. Mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak dikalangan mereka dan mereka juga akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa ummat yang terdahulu.

Kedua: apabila peniaga-peniaga menipu dalam sukatan dan timbangan, mereka akan ditimpa dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman akan berlaku dikalangan pemimpin-pemimpin mereka.

Ketiga: apabila ramai manusia tidak membayar zakat hartanya, maka ditahan untuk mereka air hujan daripada langit, jikalau tiada binatang yang dihidup di permukaan bumi ini, tentulah mereka tidak akan diberi hujan sama sekali oleh Allah SWT.

Keempat: apabila ramai di kalangan mereka memungkiri janji-janji Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melemahkan mereka sehingga dikuasai oleh pihak musuh, maka musuh itu akan merampas sebahagian dari apa yang ada dalam tangan mereka.

Kelima: apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum hakam Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan maka di saat itu Allah SWT akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri. - HARAKAHDAILY 28/12/2016
https://telegram.me/nasrudinhassan

Sumber HD - 28-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Wanita dan politik

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43668-wanita-dan-politik

1. Politik adalah satu tuntutan syarak dan menjadi keperluan ummah. Ianya menepati satu bahagian agama yang wajib ditangani berlandaskan petunjuk Allah SWT untuk menyusun atur dan mengurus tadbir kehidupan ummah di atas muka bumi ini.

2. Tanpa petunjuk Allah SWT, politik menjadi kotor dan kejam. Inilah antara peranan utama khalifah Allah swt di atas muka bumi sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniyyah:

نِيابةً عن النبوة في إِقامة الدين و سياسة الدنيا به

"Menyambung tugas kenabian dalam urusan menegakkan agama (Islam) dan mentadbir dunia dengan menggunakan agama (Islam).

3. Justeru kaum wanita juga bertanggungjawab untuk melibatkan diri dengan perjuangan ini bagi menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran.

4. Islam tidak mengenepikan wanita dan peranan mereka dalam kehidupan, perjuangan, mempertahankan hak serta berlumba-lumba menggapai pahala dalam setiap amal kebajikan.
Firman Allah SWT:
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah At Taubah: ayat 71)

5. Janganlah kaum wanita menganggap bahawa urusan perjuangan khasnya di pentas politik hanya urusan kaum lelaki sebaliknya keperluan kaum wanita menangani kerencaman politik moden hari ini sangat diperlukan.

6. Penglibatan wanita dalam kancah politik tanah air menjadi satu kewajipan kontemporari terutama bagi mengangkat maruah kaum wanita yang sering dieksploit oleh politik Machiavelli yang tidak mempunyai sempadan dosa dan pahala.

7. Wanita menjadi salah satu sayap penting kepada perjuangan untuk memartabatkan maruah ummah dengan menegakkan keadilan, kebenaran dan keluhuran aqal budi manusia berpaksikan petunjuk Allah SWT Tuhan Yang Maha Mencipta.

8. Wanita tidak lagi boleh terperuk di dapur tetapi bangkit menjadikan dapur mereka sebagai kilang untuk menyajikan segala keperluan ummah untuk tampil dan muncul sebagai ummat yang kuat dan terbaik sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Allah swt di dalam Al Quran:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, serta kamu pula beriman kepada Allah. Dan kalaulah Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (Surah Ali Imran: ayat 110)

9. Namun penegasan penting bagi kaum wanita sebagai susuk tubuh yang dimuliakan oleh Allah SWT agar memelihara maruah diri apabila keluar ke medan juang. Jangan berjalan seorang diri melainkan ditemani mahram atau dalam kelompok wanita yang ramai dan selamat. Pelihara aurat wanita serta tidak melunakkan suara sehingga mencetus fitnah dalam bermuamalah dengan kaum lelaki yang bukan mahram.

10. Sementara kaum lelaki yang bergelar suami atau ayah kepada wanita, benarkanlah mereka turun ke medan juang malah iring dan temani mereka menyertai perjuangan suci ini. Jangan "kurung" jasad dan pemikiran mereka sehingga memberi peluang kepada musuh terus keriangan "menjarah" dan "menjajah" pemikiran ummah khasnya kaum wanita. - HARAKAHDAILY 26/12/2016
https://telegram.me/nasrudinhassan

Sumber HD-26-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Bersama memartabat agama melaksana syariat

Roslan SMS Corner | .

PAS menjunjung kasih atas pengisytiharan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke 15 baru-baru ini.

Pengisytiharan yang penuh adat istiadat itu dari Istana Kubang Kerian ke Lapangan Terbangan Sultan Ismail sehinggalah ke KLIA, Bangunan Parlimen dan berakhir di Istana Negara sungguh warna-warni dan paling bersejarah khususnya buat rakyat Kelantan dan seluruh warga Malaysia amnya.

Suka tidak suka walaupun Malaysia telah melihat 14 Yang Dipertuan Agong silih berganti dan memegang teraju, namun ternyata pengisytiharan Sultan Muhammad V kali ini telah lebih menarik perhatian ramai.

Mungkin kerana Tuanku datang dari Kelantan, iaitu negeri yang diperintah oleh PAS sejak 26 tahun lalu. Tetapi yang pastinya kemunculan Tuanku seakan melepaskan satu bentuk aura yang telah memaksa rakyat memberikan lebih tumpuan dan perhatian kepada Baginda.

Hakikatnya Tuanku sangat disenangi rakyat Negeri Kelantan sejak menjadi Sultan pada 13 September 2010 dan sebelumnya sebagai Tengku Mahkota Kelantan.

Keperibadian dan akhlak Tuanku sungguh dikagumi rakyat lantaran itu Tuanku benar-benar diangkat dan diiktiraf sebagai Sultan berjiwa rakyat.

Institusi Raja-raja Melayu telah wujud di tanahair kita sejak ratusan tahun.

Tanah Melayu yang asalnya di bawah kuasa dan takluk mutlak Raja-raja Melayu ini akhirnya diperkenankan oleh Duli- duli Tuanku untuk diberikan kemerdekaan di bawah Persekutuan Malaya dan kemudiannya Malaysia, dengan Duli-duli Tuanku menyerahkan sebahagian besar kuasa kepada anak negeri untuk mentadbir dan memerintah negeri-negeri dan negara melalui sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan.

Begitu besar pengorbanan Raja-raja Melayu demi memberi kemerdekaan selain kesejahteraan kepada rakyat, namun jasa dan pengorbanan ini sering dilupa dan terselit serta terbiar begitu sahaja dalam lembaran sejarah.

Tuanku Raja-raja Melayulah yang memayungi kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara dan negeri-negeri.

Raja-raja Melayu dihormati rakyat dan institusi mereka terpelihara oleh Perlembagaan Pesekutuan dan Negeri-negeri. Kesetiaan rakyat terhadap mereka malah diikrarkan di dalam Rukunegara walaupun kebelakangan ini sudah ada individu dan kumpulan kecil yang biadap seumpama pengkhianat yang mula mempertikaikan institusi ini.

Saya yakin dan percaya Raja-raja Melayu sangat prihatin dan menerima perkembangan politik dan budaya yang berligar di sekitar mereka. Raja-raja Melayu memelihara dekorum tidak sekali-kali terlibat atau campurtangan dalam urusan politik kepartian. Apa sahaja keputusan dan mandat rakyat diterima Tuanku, dan inilah amalan dalam negara kita sejak Merdeka.

Apa pun ketaatsetiaan rakyat kepada Raja-raja tambah padu dan disanjung tinggi apabila Duli-duli Tuanku proaktif dan lebih turun ke bawah mendampingi dan mengambil-tahu nasib dan kebajikan rakyat jelata.

Perkara ini kita tahu memang menjadi perhatian pihak istana, dan hakikatnya kebelakangan ini pihak istana di setiap negeri termasuklah Istana Negara begitu terlibat aktif apabila ada perkara-perkara besar melibatkan rakyat samada bencana, upacara agama, keramaian dan sukan.

Tetapi lebih tinggi lagi lantaran sebagai payung agama Islam, apabila sahaja Tuanku menjiwai agama dengan ilmu dan diterjemahkan melalui kepribadian dan cara hidup, perhatian rakyat akan pantas teralih ke arahnya. Ini kerana hari ini rakyat begitu dekat dan memelihara agama mereka.

Segala amalan dan pengaruh British dan Barat umpamanya sudah semakin jauh ditinggalkan dan rakyat hari ini mula menobatkan kembali budaya dan agama sendiri

Apa sahaja usaha dan inisiatif untuk memartabatkan agama dan perlaksanaannya terus mendapat perhatian dan sokongan rakyat kerana rakyat semakin matang dan berilmu.

Hari ini diiktiraf dan diakui bahawa Islamlah asas dan pokok yang boleh menyelamat dan menyatukan ummah dan negara. Rakyat akan mulia dan terbela apabila Islam dibela dan sebaliknya akan hina dan melarat apabila Islam dikesampingkan.

Kerana itu apabila rakyat melihat Yang Dipertuan Agong nya memiliki ciri-ciri seorang Muslim yang sejati, memulia dan mengamalkan agamanya, rakyat tersentuh hati dan malah semakin sayangkan Baginda.

Inilah yang telah dirasai dan dilihat oleh rakyat Kelantan sejak bertahun lalu dan inilah yang bakal dikenali dan dilihat oleh rakyat Malaysia dalam lima tahun pemerintahan Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke 15.

Sudah pasti Yang Dipertuan Agong yang ke 15 nanti akan mampu mencetuskan kebangkitan rakyat sekurang-kurangnya mendorong rakyat jelata mencontohi akhlak dan keperibadian Tuanku. Ini kerana  pepatah Arab ada menyebut “An-Naasu ‘ala Diini Muluukihim” yang maksudnya “Manusia (rakyat) itu mengikuti agama (cara hidup) pemimpin mereka”

Semakin baik dan semakin istiqamah Yang Dipertuan Agong, sudah hampir pasti rakyat dan negara juga akan begitu.

Sejarah telah membuktikan Islam berjaya tembus dan sampai ke jajahan Kesultanan Melayu Melaka apabila Sultan Melaka sendiri ketika itu memilih untuk menganut dan menerima Islam. Agama ciptaan manusia ditinggalkan kerana menerima agama yang suci dari Tuhan yang satu.

Semoga Sultan Muhammad V tidak akan penat dan terus diberi tenaga dan ruang untuk melepaskan auranya ke seluruh pelusuk tanahair sepanjang 5 tahun pemerintahan Tuanku sebagai Yang Dipertuan Agong.

Biar maruah dan kehormatan rakyat Malaysia kembali tegak, negara semakin sejahtera dan maju bebas dari bencana dan malapetaka. Semoga rakyat dan negara berjaya dikeluarkan dari belenggu ekonomi yang tidak menentu. Segalanya tidak  mustahil apabila Raja dan rakyat berpegang teguh dan sama-sama membela dan mempertahankan Islam.

Kita sesungguhnya yakin dan percaya kemuliaan syariat Islam akan semakin terpelihara dan dibela di bawah naungan Yang Dipertuan Agong dengan dukungan umat Islam, rakyat jelata keseluruhannya.

Allahuakbar.

Sumber HD -25-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Resolusi PBB: PAS ucap tahniah kepada wakil Malaysia

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43664-resolusi-pbb-pas-ucap-tahniah-kepada-wakil-malaysia

RESOLUSI PBB HENTIKAN AKTIVITI PENEMPATAN ISRAEL: PAS UCAP TAHNIAH KEPADA WAKIL MALAYSIA

PAS mengucapkan tahniah kepada wakil Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di atas resolusi menghentikan aktiviti penempatan Israel di bumi umat Islam Palestin. Ini adalah suatu tamparan besar kepada kerajaan Israel yang sering kali bertindak menindas rakyat Palestin meskipun perkara tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

US tidak menggunakan kuasa veto yang dimilikinya bagi mempertahankan Israel walaupun telah dipinta oleh Perdana Menteri Israel sendiri. Akhirnya resolusi yang diusulkan semula oleh wakil negara Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela itu dibincang dan diluluskan.

Resolusi tersebut mengarahkan Israel supaya menghentikan sebarang aktiviti penempatan haram di Palestin dan Jerusalem. Israel telah membina penempatan haram sejak 1967 dan terus berdegil dengan aktiviti tersebut walaupun jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Kejayaan resolusi tersebut tepat pada masanya ketika isu konflik Syria yang berkongsi sempadan dengan Israel sedang rancak diperdebatkan.

PAS masih konsisten tidak mengiktiraf negara haram Israel dan menolak solusi dua negara (two-state solution). PAS mengharapkan agar wakil Malaysia di PBB mempunyai pendirian yang tegas dalam memberikan tekanan kepada organisasi dunia tersebut supaya bertindak dengan cara yang sepatutnya dalam menangani konflik berpanjangan di Palestin. - HARAKAHDAILY 25/12/2016

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber HD -25-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Dari Tanah Suci ke Rusila

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43636-dari-tanah-suci-ke-rusila

Sekali Serban Dililit. 60
Dari Tanah Suci ke Rusila

1. Ayah Chik apa khabar? Baik Alhamdulillah, Ayah Chik menjawab ringkas. Mari nak peluk orang baru balik umrah ni, sambil beliau memeluk saya dan mengucap selamat pulang. Saya baru sahaja tiba dari Tanah Suci sekitar jam 11.00 pm semalam.

2. Pada jam 12.30 tengah hari tadi, saya langsung ke Rusila untuk menziarahi Ayahanda YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi yang kini namanya terhangat di pasaran ekoran kehadiran beliau ke Muktamar Perpaduan Islam Antarabangsa ke 30 di Tehran tempoh hari.

3. Dari persoalan politik tanah air hinggalah isu politik antarabangsa dikupas dan diulas secara panjang lebar. Lebih menarik YB DS Tuan Guru turut menjelaskan sikap beliau terhadap konflik di Syria dan kenapa beliau hadir ke persidangan di Tehran.

4. Saya tidak berhasrat untuk menyalin semula "kuliah politik antarabangsa" yang telah disampaikan secara langsung kepada saya petang tadi di kolum terhad ini. Sebaliknya biarlah anda dengar dan baca sendiri dari bicara  dan pena YB  DS Tuan Guru selepas ini. Insyaallah Lajnah Antarabangsa PAS Pusat yang dipengerusikan oleh beliau sendiri akan menganjurkan Talk Show dan Wacana Khas bersama YB DS Tuan Guru mengenai isu Konflik di Syria dalam masa terdekat ini.

5. Kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf kepada semua pihak ekoran khilaf saya dalam memahami atas kapasiti apa YB DS Tuan Guru hadir ke persidangan di Tehran baru-baru ini, sebagaimana yang saya catatkan pada point ke-5 dalam artikel peribadi saya "Sekali Serban Dililit. Siri ke 59" yang bertajuk: Hentikan Keganasan.

6. YB DS Tuan Guru menjelaskan kepada saya bahawa beliau pergi ke persidangan itu adalah atas kapasiti beliau sebagai Presiden PAS, bukan mewakili Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) namun beliau telah memaklumkan perkara ini kepada pihak KUIS sebelum menghadiri persidangan tersebut.

7. Justeru itu saya juga telah menggantikan point ke-5 dalam artikel saya sebelum ini (Sekali Serban Dililit. Siri 59) dengan ayat atau point yang baharu dan mengekalkan keseluruhan point-point yang lain.

8. Paling penting ialah PAS komited menentang sebarang bentuk keganasan, kezaliman dan campur tangan asing dalam urusan ummat Islam dan negaranya. Sebagaimana PAS mendukung fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah bukan fahaman Syiah bagai yang difitnah.

9. PAS juga aktif melalui pelbagai pendekatan termasuk menggunakan khidmat proksi dan NGO-NGO untuk menyalurkan pelbagai sumbangan kemanusiaan kepada mereka yang tertindas di negara bergolak serta penglibatan serius dalam misi damai dan menangani konflik antarabangsa.

10. Sebagai makluman kepada rakan pembaca setiap edisi tulisan saya, bahawa tulisan saya terbahagi kepada dua kategori:

Kategori Pertama: Tulisan Rasmi

i - Kenyataan Media Penerangan (bersiri)
ii - Al Bayaanul Mubin (bersiri)

(Ianya diterbitkan atas nama Ketua Penerangan PAS pusat setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat)

Kategori Kedua: Tulisan Peribadi

i - Sekali Serban Dililit (bersiri)
ii - Perkongsian Dari Parlimen (bersiri)
iii - Posting atau status biasa di facebook

(Ianya diterbitkan atas nama Nasrudin bin Hassan atau status di facebook saya tanpa meletak nama atau jawatan)

Sekian.

Masjid Rusila Terengganu
21 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 21/12/2016

Sumber HD - 21-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Jadilah penyumbang bantu henti keganasan di Aleppo

NASRUDIN HASSAN | .


(Sebuah Peranan YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang)

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43601-jadilah-penyumbang-bantu-henti-keganasan-di-aleppo
UMAT Islam terus menerus menjadi mangsa keganasan. Sama ada atas nama penghapusan etnik sebagaimana yang berlaku di Myanmar ataupun perang saudara, konflik mazhab, kezaliman pemerintah dan campurtangan pihak luar termasuk barat seperti yang berlaku di Palestine, Iraq, Yaman dan terkini Syria.

Sebahagiannya sangat kompleks untuk dirungkai apatah lagi untuk menyelesaikannya. Keganasan ini boleh berlanjutan selama puluhan tahun dan sering memangsakan rakyat yang tidak berdosa.

Pelbagai pihak yang mempunyai autoriti selayaknya mengambil tindakan wajar untuk menghentikan keganasan ini. Pihak yang saya maksudkan itu seperti OIC, Liga Arab, Ittihad Ulamak Muslimin dan banyak lagi badan ummat Islam di peringkat antarabangsa.

Sehingga kini, forum intelektual, demontrasi aman, tulisan dan ucapan termasuk khutbah dan kuliah telah bergema di seluruh dunia, mengutuk keganasan ini. Namun ia masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Pun begitu, saya harap segala usaha itu diteruskan kerana ia tetap mempunyai nilai yang tinggi di samping doa dan munajat, berbanding hanya berpeluk tubuh dan menyepi diri dari sebarang tindakan. (Lebih malang hanya jadi tukang komplen apa yang orang lain buat)

Terkini, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang selaku Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mewakili kesatuan itu telah menghadhiri satu persidangan di Tehran yang mempertemukan alim ulama Islam dari seluruh dunia dan juga para pemimpin Syiah di Tehran.

Persidangan itu adalah bersifat tahunan dan kini telah pun masuk ke edisi yang ke-30 bagi membincangkan pelbagai isu semasa yang berbangkit saban tahun.

Saya sendiri pernah mengiringi Datuk Seri Tuan Guru ke persidangan tersebut beberapa tahun yang lalu. Seringkali DS Tuan Guru tampil membuat teguran dan kritikan tegas kepada elemen yang mencetus ketegangan dan pertelingkahan ummat Islam seperti penyebaran  mazhab Syiah ke negara - negara Ahli Sunnah wal Jamaah.

Termasuklah teguran supaya ulama Syiah meninggalkan penggunaan hadis palsu yang sengaja direka oleh mereka di samping menegur gejala suka mengkafirkan sesama ummat Islam.

Pemerhatian saya, DS Tuan Guru lebih banyak menggunakan kaedah diplomasi bagi mencari jalan penyelesaian dan perdamaian terhadap isu yang berbangkit. Sebahagiannya disebut dalam kenyataan, ucapan dan kertas kerja yang dibentang oleh beliau dan sebahagiannya ditegaskan dalam pertemuan tertutup atau penegasan secara diplomasi dengan pihak yang berkenaan.

Ada pihak yang terlalu melulu dengan mempersoalkan kenapa hadir persidangan itu? Kenapa tidak belasah saja Syiah Iran dalam pembentangan kertas kerjanya ? Bukankah mereka telah membunuh ummat Islam?

Menentang keganasan di peringkat antarabangsa ini terlalu kompleks. Perlu pelbagai kaedah digunakan. Perang sudah, demo sudah, kritik sudah, kecam sudah, namun peperangan dan keganasan itu masih berlangsung. Teruskan penentangan tersebut sehingga keganasan itu tamat.

Satu sudut yang berbeza, DS Tuan Guru tampil dengan peranan diplomasinya yang juga bertujuan untuk menamatkan keganasan tersebut. Tidak sekali kali menyokongnya apatah lagi bersekongkol dengan keganasan itu. Namun langkahnya sangat berhemah dan berhati-hati. Tidak mahu terperangkap dalam percaturan barat dan musuh Islam yang sememangnya mahu melihat ummat Islam terus bergelumang dengan konflik yang meragut keamanan dan kemanusiaan.

Berjaya atau tidak, itu adalah persoalan yang semua mahukan jawapannya.

i.*Pihak yang berperang mahu mereka menang dalam peperangan itu*. Sehingga sekarang peperangan terus berlangsung dan wanita serta kanak-kanak turut menjadi mangsa.

ii.Pihak yang berdemonstrasi, mereka mahu laungan suara mereka didengari oleh sang zalim. Sehingga sekarang kezaliman terus berpanjangan. Mereka memekakkan telinga dan memangsa semua ummat Islam tanpa mengira siapa.

iii.Pihak yang menulis dan berseminar, mereka mahu kertas kerja mereka dibaca oleh penguasa yang kejam. Kekejaman terus berlangsung. Mereka menyembelih, membakar, merogol dan membunuh tanpa perikemanusiaan.

Demikianlah realiti pergolakan dunia Ummat Islam hari ini mendambakan peranan semua pihak. Ambillah peranan masing-masing. Jangan tidak berbuat apa-apa kemudian banyak mulut mempersoalkan usaha gigih pihak lain.

Luaskan pembacaan siasah antarabangsa. Jangan hanya melihat dari satu dimensi kerana di sana terdapat dimensi yang berbeza. Jangan hanya bertindak dengan satu pendekatan kerana di sana terdapat pendekatan yang berbeza. – HARAKAHDAILY 19/12/2016

Sumber HD - 19-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


‘Cybertrooper’ Serang PAS Miliki Banyak Akaun FB!
Posted on Wednesday, December 14 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32830



KUALA LUMPUR – PAS memandang berat kewujudan `cybertrooper’ yang ditugaskan oleh musuh-musuh parti itu untuk melempar pelbagai fitnah dan dakyah politik di media sosial.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, siasatan PAS mendapati seorang `cybertrooper’ akan menggunakan berpuluh akaun Facebook berbeza untuk menunjukkan kononnya mereka ramai bagi mempengaruhi tanggapan pengguna media sosial.

“Serangan di media sosial sangat diambil peduli oleh PAS. Segala serangan, fitnah dan caci maki dipelopori oleh `cybertrooper’ yang menggunakan akaun palsu.


“Kita berjaya mengesan bahawa puluhan akaun palsu hanya dimiliki oleh seorang `cybertrooper’. Mereka cuba menguasai medan siber. Mereka gunakan alam siber menyerang bertubi-tubi tanpa henti.

“Menyebarkan fitnah tanpa takut kepada Tuhan dan mencaci nista tanpa peduli kepada dosa dan neraka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin tidak menyatakan musuh PAS yang dimaksudkan, namun umum mengetahui PAS dikecam hebat oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dan disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN).

PAS sangat dibenci oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP berikutan keakraban pemimpin parti Islam itu dengan pemimpin Melayu UMNO sejak kebelakangan ini.

Pakatan Harapan melihat kerjasama UMNO dan PAS atas nama Islam dan kepentingan umat Melayu negara ini boleh menjejaskan agenda politik mereka untuk mentadbir Malaysia secara mutlak dibawah pemerintahan sebuah negara sekular seperti yang diilhamkan DAP.

DAP sudah lama dikaitkan dengan kumpulan tentera siber yang selalu menyebarkan bahan-bahan yang berbentuk penipuan dan fitnah terhadap pihak-pihak yang tidak sehaluan atau tunduk kepada parti itu.

Tiba masanya pihak berkuasa SKMM dan polis bertindak aktif menahan tentera-tentera siber ini yang mempunyai kemampuan untuk menganggu gugat kestabilan negara.-MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 14-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































Baginda SAW adalah obor umat akhir zaman

NASRUDIN HASSAN | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43546-baginda-saw-adalah-obor-umat-akhir-zaman

Perutusan Maulidur Rasul 1438H

Esak tangis para tetamu Allah swt di Raudhah NabiNya SAW mempamerkan kerinduan yang sangat tinggi. Munajat yang diluah mencerminkan sebuah keinsafan yang mendalam terhadap kecuaian diri mereka. Seperti tiada lagi esok bagi  kehidupan ini. Segalanya dihitung dengan penuh syahdu mengharapkan keampunan dari Allah SWT.

Sebahagian yang lain beriktikaf seraya khusyuk membaca Al Quranil Kareem, mengamati bait-bait wahyu dengan suara yang sangat mendekam jiwa. Sungguh indah detik sebegini. Hanya air mata mengalir tatkala mata teralih arah ke Maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang berada di sebelah kiri mimbarnya.

Biarpun lebih 1400 tahun Baginda SAW telah meninggalkan ummat ini, ternyata masih ada yang merinduinya serta berselawat dan mengucap salam ke atasnya. Meskipun tidak pernah bersua wajah, namun kesan kasihnya Nabi SAW terhadap ummat ini terus dapat dirasai melalui ziarah yang tidak pernah putus dari umat Islam ke Masjidin Nabawi.

Sebagaimana kita semua mengetahui bahawa Nabi SAW yang telah meninggalkan kita sejak sekian lama, tidaklah meninggalkan apa-apa kepada umatnya melainkan hanyalah dua perkara besar iaitu Al Quran dan Sunnah. Sabda Rasulullah SAW:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. Tidak sesat selamanya jika kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. (Riwayat Imam Malik)

Menjadi keperluan sepanjang zaman bagi meletakkan ummat ini hebat dan mulia ialah mengembalikan kebergantungan ummah kepada Al Quranil Kareem dan Sunnah An-Nabawiyah. Andai dua perkara ini dikesampingkan dalam kehidupan ummat ini, maka nyatalah penyelewengan dan penyimpangan dari jalan yang lurus. Sekali gus menjerumuskan ummah ke lembah hina dan nista.

Selayaknya sambutan Maulidur Rasul SAW yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia menjadi paksi untuk mengembalikan kesedaran mereka agar menghidupkan Al-Quran dan Sunnah dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara masing-masing.

Inilah nilai dan erti sebenar dari anjuran para alim ulamak ketika meraikan Maulidur Rasul SAW. Inilah objektif utama kenapa Maulidin Nabi SAW disambut saban tahun. Ia menjadi turning point untuk kembali mendekatkan ummah kepada Nabi saw sekali gus mencetus semangat juang menelusuri sirah perjuangan Baginda SAW.

Tiadalah makna perarakan maulud, alunan marhaban dan jamuan berhidang pada hari keraian Maulidur Rasul SAW jika ia hanya terhenti setakat itu, sedang ummah masih lena dibuai fatamorgana dunia yang menipu daya. Tiada nilai aneka anugerah tokoh jika ketokohan Baginda SAW yang diutus oleh Allah SWT tidak diteladani dengan penuh sedar dan insaf.

Al-Quran dan Sunnah ini wajib ditegakkan segala tunjuk ajar dan pedomannya oleh setiap individu muslim. Kita tidak boleh beretorik dengan sekadar mengalunkan nasyid dan nazam yang memuja-muji Rasulullah SAW sedang realiti kehidupan kita terlalu jauh dari praktis wahyu dan sunnah yang sebenar.

Umat ini hanya menjadi hebat apabila menjulang wahyu Allah swt. Umat ini hanya menjadi unggul apabila menghidupkan sunnah Nabi SAW.

Salam Perjuangan dari Raudhah Nabi SAW.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 12/12/2016

Sumber HD - 12-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































































































OIC wajib tangani isu penghapusan etnik Rohingya

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43529-oic-wajib-tangani-isu-penghapusan-etnik-rohingya

PERTUBUHAN Persidangan Islam (OIC) digesa agar mempercepatkan langkah campur tangan terhadap isu penghapusan etnik Rohingya yang semakin meruncing di wilayah Rakhine ketika ini.

Situasi menjadi semakin membimbangkan apabila tentera Myanmar bukan sahaja melaksanakan ‘clearance operation’ di dalam wilayah terbabit malah bertindak di luar jangkaan dengan menyerang penduduk Rohingya yang berusaha menjadi pelarian ke negara lain.

Dalam perkembangan terbaru, tentera Myanmar telah menyerang bot yang dinaiki penduduk Rohingya sehingga menyebabkan bot tersebut karam dan puluhan yang lain dikhuatiri lemas ketika cuba memasuki Bangladesh di sempadan Sungan Naf.

Tambahan pula, puluhan ribu penduduk Rohingya telah menjadi pelarian ke negara terdekat selepas pertempuran dahsyat berlaku dengan tentera Myanmar. Kekejaman tentera Myanmar terhadap penduduk Rohingya kini sudah melampaui batas kemanusiaan.

Isu penghapusan etnik Rohingya bukan isu baharu. Penindasan berterusan sejak era Jeneral Ne Win sehingga kini. Perkembangan mutakhir ini pula jelas menunjukkan situasi di sana semakin meruncing dan tidak terkawal.

Tentera Myanmar terus menggila di samping Kerajaan Myanmar terus mengunci mulut terhadap krisis tersebut. Maka, wajar bagi OIC tidak lagi berlengah untuk campur tangan bagi menangani isu tersebut. – HARAKAHDAILY 9/12/2016

Sumber HD - 9-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































































































PRU14: Politik dan dakwah PAS

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43463-pru14-politik-dan-dakwah-pas

Al Bayaanul Mubin. Siri 47
PRU14: Politik dan dakwah PAS

1. Pilihan raya umum ke-14 semakin hampir biarpun anak bulannya masih tidak diketahui bilakah ia bakal muncul. Namun tahun 2017 ini adalah tahun keempat bagi bagi penggal pilihan raya ke-13.

(Berdasarkan petunjuk Perlembagaan Malaysia, tempoh penggal parlimen adalah 5 tahun sejak mula bersidang.)

2. Sidang Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13 bermula pada 24 June 2013 yang lalu. Ini bermakna ia akan berakhir pada 24 Jun 2018 (Ahad). Parlimen akan terbubar secara automatik pada 25 Jun 2018 (Isnin). Namun Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan Parlimen lebih awal dari tarikh tamat tempoh berasaskan nasihat daripada Perdana Menteri.

3. Kesimpulannya, kita kini berada dalam zon pilihan raya. Semua tumpuan parti politik terarah kepada persiapan menghadapi pilihan raya. PAS tentu sahaja telah mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya umum ke 14 sejak hari pertama menerima keputusan pilihan raya umum yang lalu.

PAS sertai Umno?

4. Isu paling popular musim ini ialah apakah PAS akan menyertai Umno? Sementelah Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung turut menggamit perhatian rakyat mengenai isu ini.

5. Suka terlebih dahulu saya menjelaskan penggunaan terma atau perkataan yang digunakan dalam kenyataan atau persoalan yang berkait isu PAS dan Umno.

6. Apakah PAS akan bergabung dengan Umno? Apakah PAS mahu menyertai Umno? Adakah PAS boleh bekerjasama dengan Umno? Perkataan bergabung, menyertai, kerjasama dan sebagainya mesti diperjelaskan kepada umum, menepati sikap politik semasa dan dakwah yang didukung oleh PAS.

7. Pertama, wajar saya angkat kembali keputusan Majlis Syura Ulamak sebelum ini bahawa "PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan tidak juga menyertai BN, sebaliknya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana sahaja pihak demi kepentingan Islam dan ummatnya."

8.  Kedua, jelas disini ada perbezaan perkataan "bergabung" dan "menyertai" berbanding perkataan "kerjasama" yang digunakan oleh pihak PAS. Tentu sahaja "bergabung" dan "menyertai" adalah dua perkataan yang memberi maksud PAS menjadi salah satu parti komponen BN.

Pastinya keadaan sedemikian tidak boleh berlaku dan ia adalah polisi yang telah ditetapkan oleh PAS melalui penegasan Majlis Syura Ulamak bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno dan menyertai BN.

9. Ketiga, "kerjasama" pula membawa maksud keterbukaan PAS untuk berbincang, duduk semeja, berunding dan menganjurkan aktiviti atau tindakan bersama dalam apa jua isu yang melibatkan kepentingan Islam, bangsa dan negara.

Meskipun berbeza fahaman politik, namun atas nama kepentingan Islam, bangsa, rakyat dan negara, maka perbezaan itu boleh diketepikan sementara untuk menemukan titik persamaan yang memulangkan keuntungan kepada Islam dan masa depan negara.

10. Beginilah PAS berpolitik. Politiknya bersulamkan dakwah Islamiyah untuk menjulang keadilan Islam yang menjadi rahmat kepada sekelian alam.

Beginilah PAS berdakwah. Dakwahnya tegak untuk memimpin politik dengan syariah dan akhlak Islami serta memacu politik matang dan sejahtera.

Check and Balance

11. PAS dan Umno tidak perlu bergabung supaya politik Malaysia subur dengan check and balance (semak dan imbang). Malah PAS akan terus memberi kritikan dan teguran membina kepada kerajaan yang diterajui oleh Umno agar tidak menyeleweng, rasuah dan menindas rakyat terbanyak.

PAS juga akan terus konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman. Tiada kompromi padanya. Inilah politik PAS.

12. Namun tidak bermakna PAS, Umno dan lainnya mesti terus bercakaran dalam semua perkara sehingga merugikan Islam dan ummatnya. Sehingga timbul sifat benci membenci sesama ummat Islam, berkelahi jiran tetangga kerana berlainan parti, bertelagah suami isteri kerana bendera yang berbeza. Situasi begini tidak menyuburkan dakwah PAS.

Selayaknya halangan demikian ditiadakan agar PAS dapat bertemu dengan semua pihak yang bersedia menerima kehadhiran PAS dan tidak menentang perjuangannya. Inilah dakwah PAS.

Inilah Penyelesaian Kita
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 4/12/2016

Sumber HD - 4-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































Himpunan Solidariti Ummah Bersama Umat Islam Rohingya

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43418-himpunan-solidariti-ummah-bersama-umat-islam-rohingya

Oleh: Nasrudin Hassan
Setiausaha Kongres Rakyat

1. Sekali lagi gabungan NGO-NGO Islam akan bergabung bagi menganjurkan HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH untuk ROHINGYA.

2. Himpunan tersebut akan berlangsung seperti mana maklumat berikut:

Tarikh: 4 Disember 2016
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Stadium Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

3. Kongres Rakyat turut berbesar hati menyertai penganjuran himpunan ini sebagai tanda kebersamaan dengan derita umat Islam Rohingya di bumi Arakan.

4. Bukan sahaja sekadar berhimpun dan bermunajat tetapi juga gabungan NGO-NGO ini akan menyerahkan memorandum khas kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak  yang dijemput hadir sebagai tetamu kehormat atas kapasiti ketua kerajaan agar isu ini turut mendapat perhatian pihak kerajaan untuk mengambil tindakan berkesan bagi menyelamatkan umat Islam Rohingya yang sedang sengsara kini.

5. Antara tetamu istimewa yang diundang juga ialah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas penglibatan luas dan berpengaruh beliau dalam misi keamanan antarabangsa selaku Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia untuk memberi pandangan dan sikap yang patut diambil oleh umat Islam dalam himpunan solidariti ummah pada 4 Disember 2016, Ahad ini.

6. Kongres Rakyat menyeru semua NGO-NGO Islam malah juga NGO non muslim atas nama kemanusiaan untuk sama-sama kita nyatakan sikap dan kecaman terhadap kekejaman rejim Myanmar.

Menuju Malaysia Sejahtera

Sumber HD - 30-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































































































































Sekretariat 'Himpunan 355' akan dibentuk

NASRUDIN HASSAN | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43366-sekretariat-himpunan-355-akan-dibentuk

YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS telah menyeru supaya satu himpunan umat Islam besar-besaran secara tertib dan aman diadakan sebelum Mac tahun hadapan bagi tujuan menjelaskan kenapa perlu Pindaan Akta 355 dan sekali gus memugar sokongan umat Islam terhadap Pindaan Akta 355 yang bakal memberi hak kepada Mahkamah Syariah berhukum berdasarkan undang-undang syariat.

Insya Allah pihak kami akan segera menubuhkan Sekretariat Himpunan 355 ini pada minggu hadapan yang mewakili parti politik, NGO, aktivis masyarakat dan tokoh individu. Sekretariat ini akan mengadakan sidang media khas sebaik sahaja ia ditubuhkan kelak bagi menjelaskan perkara yang perlu kepada umum.

Sekretariat ini akan menetapkan tarikh dan tempat "Himpunan 355" tersebut serta menggariskan objektif dan pelan bertindak bagi memastikan himpunan ini berjaya dilangsungkan dengan cemerlang kelak.

Himpunan 355 ini bakal menyaksikan satu kerjasama strategik dengan pelbagai pihak khasnya NGO-NGO Islam untuk mencetus kesedaran tinggi dalam kalangan umat Islam juga memahamkan rakan-rakan non muslim agar memberi sokongan padu  yang tidak berbelah bahagi ke arah memartabatkan Mahkamah Syariah serta pelaksanaan undang-undang syariat Islam yang menjadi hak umat Islam di negara ini.

Sokongan ummat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik, NGO, pendidikan, kaum, bangsa dan bahasa lidah demikian juga non muslim yang memahami bahawa ini adalah hak yang mesti dipulangkan kepada ummat Islam, adalah suatu yang sangat penting untuk berdepan dengan provokasi, ugutan dan ancaman melampau dari pihak tertentu yang mahu menggagalkan hasrat Pindaan Akta 355 dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang jahat.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 26/11/2016

Sumber HD - 26-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































































































































Langkah 'Pindaan Akta 355' maju setapak ke hadapan

NASRUDIN HASSAN | .


(Mohon maaf, artikel ini agak panjang kerana bermaksud memberi pencerahan atas isu yang berlaku. Harap baca dengan dengan tenang)

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43337-langkah-pindaan-akta-355-maju-setapak-ke-hadapan

1. Hampir genap 6 bulan selepas 26 Mei 2016 yang lalu, Usul Pindaan Akta 355 sekali lagi dibentang sebagai Rang Undang Undang Ahli Persendirian (Private Members Bill) oleh YB Marang Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

2. Alhamdulillah, pembentangan kali ini menunjukkan kemajuan setapak ke hadapan  apabila YB DS Tuan Guru diberi kebenaran oleh Dewan Rakyat menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) yang dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 28, mengemukakan pindaan kepada usul asal beliau yang lebih memperincikan bidang kuasa Mahkamah Syariah iaitu:

~ 3 tahun penjara kepada 30 tahun
~ 5 ribu ringgit denda kepada 100 ribu ringgit
~ 6 kali sebatan kepada 100 kali sebatan mengikut tatacara syariah.

3. YB DS Tuan Guru melalui Peraturan Mesyuarat 15(5), telah memilih untuk menangguhkan perbahasan ke peringkat bacaan kali pertama pada persidangan akan datang. Alasan yang dikemukakan oleh YB DS Tuan Guru ialah:

"Memandangkan pindaan ini memerlukan kefahaman yang jelas, walaupun sudah ada secara bertulis yang diedarkan, namun masih ada lagi kekeliruan dan berbagai-bagai polemik di luar dewan ini melibatkan semua pihak.

Walaupun undang-undang ini khusus bagi penganut islam sahaja berkait dengan kuasa raja-raja namun masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat, maka saya pohon untuk membuat huraian pada sesi akan datang selaras dengan peraturan mesyuarat 15 (5)."

4. Saya melihat langkah ini sangat berhikmah dan tenang  dari YB DS Tuan Guru Ahli Parlimen Marang selaku pembawa usul. Berhati-hati, tidak gopoh dan lebih bersikap terbuka untuk pindaan usul ini diberi masa kepada semua muslim dan non muslim termasuk ahli-ahli parlimen agar memahami dengan baik subjek pindaan usul yang telah dibuat.

5. Subjek pindaan terhadap usul yang telah dikemukakan itu adalah hasil respon balas pelbagai pihak selepas 6 bulan ruang perbahasan dan penelitian dibuka kepada umum sejak 26 Mei 2016 yang menyaksikan pembentangan kali pertama oleh YB DS Tuan Guru dan kemudiannya menangguhkan perbahasan.

6. Selayaknya hari ini pada tanggal 24 November 2016, ahli-ahli parlimen telah mula boleh membahaskan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 tersebut.

Tetapi oleh kerana terdapat pindaan yang terpaksa dilakukan pada draf usul yang asal maka YB DS Tuan Guru sebagaimana yang saya nyatakan tadi, memilih untuk menangguhkan perbahasan supaya subjek pindaan itu dapat diamati dan diteliti oleh semua termasuk ahli-ahli parlimen serta mengharapkan perbahasan yang masak dan matang pada persidangan akan datang yang dijangkakan berlangsung pada bulan Mac tahun hadapan.

7. Pelbagai tohmahan dan nista dilemparkan kepada YB DS Tuan Guru khasnya dan PAS amnya atas sikap dan langkah yang diambil. Meskipun begitu, PAS tetap dengan sikap dan keputusan yang diambil malah optimis dengan keputusan yang dibuat seraya mengharapkan doa dari semua pihak agar usaha murni ini berjaya dilunaskan dengan baik.

8. Pada 26 Mei 2016 yang lalu, mereka menuduh PAS bersekongkol dengan UMNO BN apabila PAS mendapat ruang membentangkan usul Pindaan Akta 355 di Parlimen.

Mereka menolak dan membantah, kenapa YB DS Tuan Guru dibenarkan membawa Private Members Bill ke Parlimen dengan pelbagai alasan. (Boleh rujuk hansard parlimen dan juga video perbahasannya di youtube.)

9. Hari ini 24 November 2016, mereka sekali lagi melontarkan tohmahan dan mendakwa bahawa PAS ditipu dan dipermainkan oleh UMNO BN kerana menangguhkan perbahasan.

Kononnya mereka mahu membahas dan menyokong usul pindaan Akta 355 tersebut pada hari ini juga. Sedang sebelum ini mereka tidak pernah menyatakan sikap yang jelas untuk menyokong usul pindaan Akta 355 ini.

10. Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh PAS bagi memastikan hak undang-undang syariat Islam dapat ditempatkan pada ruang yang ada dalam undang-undang negara kita.

Saya menyeru supaya semua pihak dapat bersabar dan tidak membuat spekulasi yang negatif apatah lagi menghamburkan 1001 tohmahan dan fitnah kepada YB DS Tuan Guru juga kepada PAS atas usaha murni ini.

11. Akta 355 ini dibuat pada tahun 1965 oleh Parlimen dengan bidang kuasa denda tidak lebih 1000 ringgit dan penjara tidak lebih 6 bulan.

Selepas 19 tahun kemudian, ia dipinda pada tahun 1984 dengan bidang kuasa baru iaitu penjara tidak lebih 3 tahun, denda tidak lebih 5000 ringgit dan sebat sebanyak 6 kali.

12. Selepas 32 tahun, barulah Akta 355 ini dapat peluang untuk dipinda lagi. Pindaan kali ini diusulkan oleh YB DS Tuan Guru Ahli Parlimen Marang melalui Rang Undang-Undang Ahli Persendirian.

Bidang kuasa yang dicadangkan pindaannya adalah ke arah menepati undang-undang syariat sebagaimana yang saya nyatakan pada point ke 2 di atas.

13. Menariknya, sewaktu Akta 355 ini dibuat pada 1965 dan pindaannya pada 1984 serta 1989 tidak pula mencetus pertikaian.

Malang apabila pindaan cuba dilakukan lagi pada tahun 2016 ini ke arah memperkasa dan memberi hak Mahkamah Syariah berhukum dengan undang-undang Syariat, maka ia dijadikan polemik dan pertikaian.

14. Sebagaimana kita boleh bersabar menanti detik bersejarah ini, sejak 1965 kemudian 1984 dan kini 2016 iaitu lebih 50 tahun , kenapa kita tidak boleh bersabar hanya untuk beberapa bulan sahaja lagi, bagi menyempurnakan proses pindaan 2016 ini.

Kenapa perlu tohmah PAS ditipu oleh UMNO, dibayar oleh UMNO dan sebagainya. Tohmahan itu salah dan fitnah yang tidak bertanggungjawab.

15. YB DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang dan juga Presiden PAS telah mengambil langkah yang penuh hikmah, tenang dan tidak gopoh.

Tangani provokasi pelbagai pihak termasuk non muslim dengan memberi masa dan ruang berfikir, berbincang, berdialog. Insyaallah, ia akan berjaya.

Masih panjang perjalanan dan masih banyak ranjau. Kita kena berhati-hati bila berjalan dipermukaan licin. Jangan hanya mahu cepat sampai tanpa memikirkan risiko bakal menanti.

16. Persidangan Parlimen pada Mac akan datang Insyaallah, akan menyaksikan perbahasan dan keputusan peringkat bacaan pertama dibuat. Jika lulus dengan simple majoriti, maka selesailah peringkat bacaan kali pertama dan ia akan dibawa ke bacaan kali kedua selepas itu. Pada peringkat bacaan kali kedua itulah, ia akan diambil alih oleh pihak kerajaan untuk menjadikan ia sebagai Bill Kerajaan.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Malaysia
24 November 2016 / 24 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 24/11/2016

Sumber HD - 24-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































Murid bukan tikus makmal

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/43317-murid-bukan-tikus-makmal

UPSR 2016 menjadi tanda aras keberkesanan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selepas sudah 6 tahun (2011-2016) pelaksanaannya, sepatutnya ia memberikan kesan yang memberangsangkan terhadap  pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan pada diri murid-murid untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Mengejutkan, hanya 4,896 (1.11%) orang murid sahaja yang mendapat semua A daripada 452,721 orang calon.

Sehinggakan, sekolah menengah bertaraf Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merendahkan syarat kelayakan kemasukan ke sekolah itu kepada minimum 3A dan 3B.

Persoalannya, sebernarnya apa yang berlaku?

(i) KSSR gagal mencapai objektinya atau

(ii) UPSR 2016 terlalu ‘advance’, melampaui keupayaan normal murid berusia 12 tahun pada masa ini atau

(iii) murid-murid tahun 6 ini memang tidak mencapai standard yang sepatutnya?

Setakat apa yang boleh difahami daripada kenyataan-kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pelajaran, bukan sahaja tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan keputusan ini bahkan dikatakan bahawa keputusan itu adalah memuaskan.

Berdasarkan maklumbalas ini, bererti semua kemungkinan (i), (ii) dan (iii) telah dinafikan.

Tetapi, tiba-tiba Menteri Pendidikan pada hari semalam memaklumkan bahawa keputusan sama ada UPSR akan dimansuhkan atau dikekalkan akan dibuat pada tahun hadapan selepas kajian selesai.

Sepatutnya jika menteri dan kementerian meyakini bahawa KSSR dan UPSR 2016 berada pada landasan yang betul selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pasti menteri telah ada pendirian teguh untuk meneruskan UPSR ini pada masa hadapan juga.

Hakikatnya, sebenar-benar masalah dalam sistem pendidikan negara kita ialah dasar dan pelaksanaan yang tidak matang dan sering berubah-ubah menyebabkan murid-murid menjadi seperti ‘tikus makmal’, para guru terbeban dan ibu bapa kecewa dengan tahap pencapaian anak-anak.

Mungkin wajar dan sudah sampai masanya kementerian ini diterajui oleh barisan kepimpinan  yang pakar dan berkemahiran tinggi sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar mewujudkan kepimpinan kerajaan teknokrat, bukan hanya diserahkan teraju kementerian kepada ahli politik semata-mata.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
23 November 2016 / 23 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD - 23-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































Perpaduan Islam

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43305-perpaduan-islam

Umat Islam wajib bersatu. Jangan berpecah belah justeru itu adalah larangan Allah swt. Lihat penyata wahyu:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu berpecahbelah dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Aali Imran: 103)

Perpaduan adalah kalimah suci dan mulia  namun bergantung kepada objektif dan matlamatnya. Bersatu padu mestilah diikat dengan Tali Allah iaitu Al Islam. Kebenaran tidak boleh bersatu dengan kebathilan malah wajib berpisah dan berpecah antara haq dan bathil. Ia telah ditegaskan oleh Allah swt:

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan (janganlah) kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Surah Al Baqarah: 42)

Menyatupadukan umat Islam bagi mengembalikan kekuatan ummah dan menjulang kemuliaan Islam wajib dilakukan dan diterima secara positif oleh semua pihak.

Perpecahan umat Islam akan memulangkan fitnah kepada Islam dan ummatnya. Kecelakaan dan kebinasaan bakal menimpa mereka. Hilang kekuatan dan kehebatan ummah di mata musuh-musuh Islam. Lihat bagaimana Allah swt membuat ketetapan:

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu bertelingkah antara satu sama lain; kalau tidak nescaya kamu akan celaka dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. (Surah Al Anfaal: 46)

Musuh Islam memang sesak nafas dan sebak dada menyaksikan usaha umat Islam menyatupadukan saf mereka dengan Islam menjadi agenda utama. Mereka tidak mahu umat Islam bersatu padu sebaliknya mereka mahu umat Islam selamanya berpecah belah.

Pelbagai propaganda dan provokasi dicetuskan agar umat Islam terus terperangkap dalam krisis perpecahan yang berpanjangan. Saat ummat Islam pecah dan retak, mereka datang dengan gerak kerja yang terancang untuk menghancurkan umat Islam secara berperingkat. Ia telah didedah oleh Allah swt bagaimana pelan tindakan dan modus operandi musuh Islam.

وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً

Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. (Surah An Nisa': 102)

Umat Islam yang mutadayyin (kuat pegangan agamanya) pasti akan memikirkan apa yang diperintah oleh Allah swt sehingga akhirnya mereka mampu menunaikan perintah tersebut. Iklim sosial dan politik hari ini menjadi faktor untuk umat Islam kembali bangkit menjulang izzah (kehebatan) mereka dengan memperkukuh dan menyatupadukan tenaga mereka.

Islam dan syariatnya mesti menjadi sendi utama pada penyatuan ummah ini. Bukan kepentingan politik dan agenda kuasa pihak tertentu. Tetapi mengangkat kepentingan Islam dan umatnya. Berpaksi kepada perlaksanaan syariat Islam dan mengembalikan sistem politik serta ekonomi yang patuh syariah.

Penyatuan umat Islam mesti diusaha dan dilunaskan sepanjang masa. Ia tidak boleh tertakluk kepada musim tertentu yang akhirnya menyerlahkan kepentingan tertentu yang berselindung di sebalik seruan perpaduan.

Perpaduan umat Islam adalah satu kewajipan yang merentas sempadan bangsa, kaum, parti politik dan daerah penempatan. Fakta menzahirkan betapa musuh Islam tidak mengenal sempadan itu. Mereka mensasarkan Islam dan umatnya tanpa mengira rupa dan garis sempadan. Maka umat Islam mesti bangkit memperjuangkan Islam dan menyatukan ummah dengan Islam.

Inilah Penyelesaian Kita

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 22/11/2016

Sumber HD  - 22-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fenomena ‘Supermoon’ Semeriah ‘Trending’ Sokongan Kepada PAS

Syabas Nur Team Anak Muda kerana turut sama buat kajian sikap ini. Saya tengok kumpulan ni sarat ‘posting’ biasa biasa orang muda. Bukan politik.

Saya menganggap mereka mempunyai sangkaan awal seperti mana ramai yang terpengaruh dgn dakyah PH bahawa PH ni hebat dan merupakan lawan sebenar BN.

MAKA mereka mulakan kajian dengan buka undian antara BN lawan PH sahaja.

Mungkin setelah menerima banyak komen yang pro PAS mereka merasa perlu masukkan PAS sbg satu lagi parti untuk diundi. Maka kajian diubahsuai jadi lawan tiga parti BN, PH dan PAS.

Sekali lagi begitu ramai org yang terpengaruh dengan dakyah PH mula celik, PAS punya sebab untuk tegaskan pendiriannya untuk tidak jadi budak suruhan sesiapa.


Keputusan terkini PAS 2,543 PH 999 dan BN 525 adalah ‘trending’ yg konsisten kajian sikap yang serupa dibuat oleh pihak pihak lain yang juga tiada kena mengena dgn PAS.

Ini juga konsisten begitu banyak kajian lain termasuk oleh Merdeka Centre yang pernah dilapor oleh Malay Mail.

PH cuba mainkan sentimen kebencian kepada UMNO dengan memutarbelit isu ” PAS jadi Penasihat”. Yang mereka gagal faham, pendekatan ini memikat lebih ramai rakyat Malaysia yg bencikan budaya permusuhan dan menghargai akhlak sopan santun.

Tak hairan ‘Isu PAS Jadi Penasihat’ bila dibuat undian Fb Sinar Online yang boleh dianggap agak neutral mendapat sokongan 8000 berbanding 300 yang menentang.

Begitu juga isu kenyataan ‘PAS Anti Umno, Bukan Anti Ahli Umno’, bila mana PAS mengarahkan ahli PAS mendekati ahli UMNO supaya lebih mudah memberi kefahaman. PH mengecamnya dan melarang berbuat baik dengan ahli UMNO.

BH Online yang pro UMNO membuat kajian sikap. Sekali lagi kenyataan PAS Anti Umno, Bukan Anti Ahli Umno mendapat sokongan 12,000 undian berbanding 500 yang menentang.

Saya turunkan semula apa yang dilapor Malay Mail sebagai sebahagian kajian Merdeka Centre
Malays

Happy with PAS 42%
Happy with UMNO 35%
Unhappy with PAS 32%
Unhappy with UMNO 54%


















Goverment Servants
Unhappy with PAS 37%
Unhappy with UMNO 57%
Youths
Preferred PAS 28%
Preferred UMNO 24%
Umumnya rakyat Malaysia yang waras tahu pecahan kaum dalam negara, orang Melayu/ Islam adalah majoriti lebih separuh (sekitar 60%) sementara rakan se Malaysia yang lain adalah dari pecahan pelbagai kaum yang lain.

Kerana itu sikap pengundi melayu jadi penentu kepada parti mana yang dipilih memerintah negara.
Bahayanya menawarkan sesuatu yg dilihat membahayakan kedudukan Islam dan kepentingan orang Melayu adalah risiko ia mendorong majoriti orang Melayu yg sudahpun berhasrat membuat perubahan kembali mengundi UMNO sebagai pilihan yang lebih ‘selamat’. Kerana UMNO dilihat teras yang memimpin didalam BN. Manakala DAP pula dilihat mengawal hala tuju PH.

Inilah masalah nyata yang ada. Ia bukan lagi persepsi bila Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dengan yakin mengisytiharkan 22 Dasar yang didakwa Dasar PH tanpa merasa perlu berunding dulu dengan rakan rakan PH mereka. Sekalipun dinafi oleh pemimpin PAN, ia sudah berlaku dan dilihat semua yang DAP tak melihat pentingpun untuk minta izin PAN sebelum mengisytihar dasar dasar yang sensitif kepada orang Melayu/Islam ini.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
15hb November 2016

Sumber BO - 15-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































































































Kalau tak spin bukan Utusan Malaysia namanya

ROSLAN SMS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43197-kalau-tak-spin-bukan-utusan-malaysia-namanya

Dalam majlis LASAK 1311 pagi Ahad lalu pihak urusetia telah mengesan ratusan risalah yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab menggunakan logo PAS diedarkan di sekeliling tapak majlis.

Selaku Pengerusi Majlis saya berikan amaran kepada dalang-dalang ini agar jangan ganggu majlis kami dan jangan ajar PAS bagaimana berpolitik.

Risalah berkenaan bukannya diedarkan oleh Bersih sebagaimana dilaporkan Utusan tetapi oleh mereka yang barangkali menentang Bersih kerana ia mengajak pembacanya memulaukan Bersih.

PAS telah buat keputusan tidak menyertai Bersih kerana itu kami tidak perlu dihasut atau diracuni membenci atau mendukungnya.

Ahli-ahli PAS cukup berdisiplin, akur dan tunduk pada pimpinannya itulah beza PAS dengan pihak lain.

Kami tidak perlu mana-mana pihak apalagi Utusan untuk hasut, kerah atau arahkan kami. - HARAKAHDAILY 14/11/2016

Sumber HD - 14-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































































































Keperluan kepada BPMS demi rakyat dan negara

AHMAD AMZAD HASHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43194-keperluan-kepada-bpms-demi-rakyat-dan-negara


LATAR belakang dan sejarah budaya politik dari era penjajahan dipenuhi siri penaklukan, permusuhan, perperangan, perebutan kuasa dan pembolotan kekayaan oleh penjajah.

Kemerdekaan negara masih mewarisi latar belakang ini dengan budaya politik yang dibawa oleh parti politik konvensional bersifat budaya politik perkauman yang berasaskan bangsa dan warna kulit. Budaya politik emosi, kebencian dan permusuhan yang selalu mendorong insiden fizikal.

Budaya politik yang memperbesar-besarkan masalah dengan tujuan menghasut kebencian tetapi tiada penekanan kepada mencari kesepakatan dalam menyelesaikan masalah. Politiking, retorik, janji kosong, mainan fantasi melalui penciptaan persepsi, tidak berpijak realiti dan prinsip kebenaran. Politik Malaysia telah menjadi medan mengejar kedudukan, kemasyhuran dan kekayaan peribadi atau kelompok elit tertentu.

Ia menjadikan politik menjadi begitu kotor dan asing dari kemurnian politik Islam yang dibawa Rasulullah SAW.

Realiti latar belakang budaya masyarakat Malaysia pada hari ini secara umumnya lemah lembut dan menghargai akhlak yang bersopan santun.

Rakyat Malaysia yang berbagai bangsa, agama dan taraf hidup sudah bosan dan letih dengan karenah budaya politik yang kotor. Mereka mula merasa diperalat untuk kepentingan kelompok ahli politik tertentu.

Negara perlukan anjakan budaya politik kepada yang lebih matang, bertanggungjawab dan fokus kepada keharmonian serta kesejahteraan hidup rakyat kesemuanya tanpa mengira pegangan politik, agama, bangsa atau taraf hidup. Diskriminasi, pilih kasih, kronisma dan nepotisma perlu dihapuskan.

Maka atas premis ini PAS sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah Parti Islam yang berasaskan Dakwah, Tarbiyyah dan Siasah menerajui ajakan membudayakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)

Faedah dan Kesan dijangka jika ia sama sama dapat dihayati dan dibudayakan di semua peringkat khususnya ahli dan penyokong PAS dan anjuran dihayati sama oleh seluruh rakyat Malaysia adalah seperti berikut:
1. Menggalakkan budaya politik berasaskan ilmu, fakta dan kebenaran.
2. Mengelakkan perselisihan dalam kalangan rakyat, huru hara, rusuhan dan anarki yang boleh menghancurkan negara dan musnahnya cita-cita Malaysia yang sejahtera.
3. Mengelakkan ketidakstabilan politik, sosial dan ekonomi negara.
4. Meningkatkan daya saing negara bila rakyat lebih fokus oleh adanya suasana yang harmoni dan sejahtera.
5. Memperkasa kuasa rakyat dalam politik.
6. Membendung parti politik sama ada dari pemerintah atau yang bukan memerintah memperalatkan rakyat dengan pelbagai manipulasi.
7. Menutup ruang kemasukan anasir asing dari mengambil peluang campurtangan urusan negara.

Definisi BPMS
Sebuah budaya politik yang berasaskan kepada kematangan dalam membuat keputusan dan tindakan berlandaskan al-Quran dan as-sunnah sesuai dengan realiti masyarakat, bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan keredhaan allah.

Tujuh ciri asas BPMS
1. Politik bertunjangkan Prinsip
2. Politik dakwah, amar makruf dan nahi mungkar
3.Politik berasaskan penyelesaian Islam.
4. Politik mengutamakan rakyat.
5. Politik damai dan diplomasi
6. Politik kebenaran dan bukan mereka reka persepsi
7. Politik rasional dan profesional

BPMS adalah budaya politik Islam yang menjadikan syariat sebagai panduan. Ia sebetulnya apa yang diajar pimpinan dan ulama kita sejak dulu lagi tetapi dikaburkan oleh pengaruh budaya luar oleh kepelbagaian elemen yang meresap masuk dalam PAS selama ini.

Ia didokumentasikan secara lebih tersusun bagi memudahkan kefahaman ahli dan penyokong PAS serta ajakan agar diterima sama sebagai anjakan budaya yang baik untuk rakyat Malaysia dalam membentuk negara yang sejahtera.

PAS terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam membawa kebaikan untuk rakyat dan negara dengan pendekatan 'taawun' , tolong menolong dalam berbuat baik asal sahaja tahu menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS dan tidak khianat. – HARAKAHDAILY 14/11/2016

Sumber HD - 14-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersatu Pada Jalan Syariat

Saya pernah tengok filem Kingdom of Heaven, kisah kembalinya Baitul Maqdis ke tangan Islam oleh tentera Islam pimpinan Salahuddin Al Ayoubbi. Filem ini karya barat bersandar catatan sejarah versi mereka namun ada mesej yang bagus.

Semasa dibawah Kristian pimpinan King Baldwin, beliau menjaga hubungan dengann umat Islam dgn menjaga keamanan hubungan antara agama. Beliau menghukum mereka yg mencetus ketegangan. Beliau sangat cuba mengelak berlaku perkara yg mengundang peperangan dengan Tentera Islam. Salahuddin Al Ayoubi dikatakan menghargai hubungan dgn King Baldwin sehingga menghantar doktor peribadinya membantu merawat penyakit kusta yang dideritai Baldwin.

Dalam pada itu, tunang kpd adiknya puteri Sybilla, Guy Lusignor adalah seorang yg sangat prejudis dan anti kepada Islam. Beliau mengapi apikan permusuhan. Berkempen untuk membunuh, menghalau dan merampas hartabenda umat Islam.

Apabila King Baldwin mati, Sybilla menjadi Ratu dan melantik Guy menjadi raja. Lalu dia segera menggerakkan kempen permusuhan dan peperangan yang mendapat dokongan rakyat Kristian.


Namun perancangan Allah mengatasi mereka.

Peristiwa ini menyatukan umat Islam. Mereka dipimpin Salahudin Ayoubbi yg sangat tegas dan istiqomah pada prinsip Islam.

Ketakburan Guy dibayar tunai oleh Allah dengann kehancuran kerajaan Kristian itu dan kembalinya Al-Aqsa kpd umat Islam.

Menangnya tokoh anti Islam Donald Trump sebagai Presiden Amerika mungkin permulaan kehancuran Amerika- Israel sendiri.

Umat Islam wajib kekal berprinsip. Jangan goyah sehingga mudah terpengaruh agenda sekularisma, liberalisma, pluralisma yang menjadi senjata mereka memecahkan kesatuan muslim.

Mereka tahu jalan penyatuan umat Islam adalah pada ‘Hablillah’ yg sentiasa dibaca oleh orang Islam tanpa mengetahui maksudnya iaitulah berpegang kukuh pada Tali Allah iaitu syariat Islam yg berasaskan Quran, Hadis, Ijma’ dan Qiyas. Inilah seruan wa’tasimuu bihablillahi jamiian walaa tafarroquu..

Dengan mengkaburkan hablillah, mereka mempromosikan kesatuan pada jalan perkauman, atau bersatu dengan menolak semua yang berbeza dan anggap sama sahaja agama mana pun, atau bersatu dengan apa saja yang jadi pilihan popular, itulah perkara yang diterima sebagai betul tanpa rujukan syariat.

Orang Islam disuruh bersatu pada jalan syariat. Kalau nak pilih jalan lain, kita tidak lagi menurut perintah Allah. Jika kita kempen supaya orang tolak syariat, kita dah kempen ajak orang ramai sanggah perintah Allah.

Rasulullah s.a.w menyeru manusia agar taatkan Allah dan Rasul. Kalau kita seru manusia sanggah Allah dan RasulNya kita ni masih umat Nabi kah?

Nauzubillah.

Ittaqullaha haqqotuqootih. Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar benar taqwa.

Hj Ahmad Amzad Hashim
11 November 2016

Sumber BO - 11-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































































Bajet 2017: Memilih berkecuali itu hak PAS

ROSLAN SMS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43135-bajet-2017-memilih-berkecuali-itu-hak-pas

BAJET 2017 ataupun Rang Undang-undang Perbekalan telah diluluskan diperingkat dasar di Dewan Rakyat pada jam 10.15 malam tadi setelah berlaku undi belah bahagi.

Speaker Dewan mengumumkan seramai 117 ahli telah menyokong, 70 menolak dan 11 tidak mengundi.

Dan sekali lagi sebagaimana buat Bajet 2016 yang lalu, ahli-ahli Parlimen PAS telah mengambil sikap berkecuali. Ini bukan kali pertama PAS berbuat demikian.

Mengapa berkecuali?

Sebelum itu kita kena faham amalan demokrasi dan kebebasan bersuara.

Sebagai sebuah parti politik PAS berhak mengarahkan wakilnya sama ada menyokong, menolak atau bersikap berkecuali bukan sahaja terhadap Bajet ini tetapi terhadap apa perkara sekalipun di Parlimen.

Pastinya sikap itu mencerminkan pendirian dan sikap parti dan pastinya PAS punya alasannya tersendiri.

Apapun mendakapi amalan demokrasi dan kebebasan bersuara, apa sahaja sikap dan pendirian PAS itu sewajarnya dihormati. Itu hak PAS.

Sikap berkecuali PAS ini menunjukkan bahawa PAS tidak menyokong BN dan begitu juga tidak bersama pakatan pembangkang yang menolak Bajet berkenaan.

Sesungguhnya PAS memilih untuk berkecuali kerana ada perkara yang dicadangkan di dalam Bajet berkenaan pada pandangan PAS perlu sampai ke rakyat umpamanya belanja pengurusan selain peruntukkan pembangunan yang asas. Namun demikian ada perkara-perkara yang PAS bantah, dan ini telah dilakukan melalui perbahasan wakil-wakilnya dengan mengemukakan cadangan balas.

PAS mahu memain pernanan sebagai pembangkang yang konstruktif bersesuaian dengan konsep amar makruf nahi mungkar yang ditegakkan oleh Islam dan PAS akan terus menekankan konsep ini semasa Bajet ini diperingkat Jawatankuasa nanti.

Pada dasarnya sikap PAS ini adalah berasas, bukan bermakna PAS menyokong BN kerana jika menyokong PAS sepatutnya mengundi menyokong, tidak juga sebagaimana sikap blok pembangkang yang lain yang menentang tetapi di dalam perbahasan memohon itu dan ini.

PAS merasakan rakyat Malaysia dahaga pada politik yang matang dan sejahtera kerana itulah PAS memilih untuk berkecuali.

PAS bukan lagi anggota Pakatan Rakyat yang telah pun terkubur. PAS tidak menyertai Pakatan Harapan, yang memilih untuk menolak Bajet 2017 ini. Lalu tiada pihak yang boleh memaksa atau menuntut PAS agar ikut sikap dan jejak mereka. PAS bebas dan berhak bertindak lantaran ia tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Tindakan PAS adalah memilih untuk berkecuali, lalu hormatilah pilihan PAS, itu hak PAS. – HARAKAHDAILY 8/11/2016

Penulis ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 8-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas terus istiqamah pertahankan dasar, prinsip
Posted on Saturday, November 05 @ 13:40:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32245


SHAH ALAM - Pas akan terus istiqamah dalam usaha mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan Islam.
Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, Pas sentiasa bersikap terbuka dengan sesiapa sahaja yang sedia menerima dan menghormati dasar dan prinsip perjuangannya.


Namun katanya, mutakhir ini, pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan pengamal media sedang memerhati keputusan serta pendirian Pas mengangkat formula mendepani PRU akan datang.


"Tidak kurang juga cyber trooper dan pelampau media dengan agenda batu api dan racun tuba yang tidak sudah-sudah menyalahkan Pas," ujarnya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, sama ada perlu bertanding banyak penjuru atau mengikut strategi satu lawan satu dalam PRU akan datang, kesannya adalah daripada sikap politik yang diambil.

Menurutnya, Pas bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan.

"Pengalaman luas dan lama Pas di pentas politik tanah air dengan pelbagai bentuk tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang telah dilalui, membuktikan Pas sebuah parti yang banyak bertolak-ansur dalam rentak catur politiknya.

"Namun Pas tidak boleh membiarkan dirinya ditolak beransur-ansur oleh petualang serta penyangak politik yang tamak dan haloba," tegasnya.

Katanya, politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar menjadi cermin kepada corak keterbukaan versi Pas.

Bagaimanapun, katanya, keterbukaan Pas tidak sampai menerima masuk sampah sarap hingga menghakis nilai dan makna Islam yang diperjuangkan oleh Pas.


Menurutnya, Pas tidak akan mengorbankan prinsip perjuangannya sebagaimana mereka tidak pernah menutup pintu buat tetamu yang tahu adab dan menghormati maruahnya.

Sumber TKO - 5-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan Mudah Terjerat Dengan Spin Anasir Jahat - Roslan
Posted on Friday, November 04 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32232



Timbalan Ketua Penerangan Pas Pusat, Roslan Shahir Mohd Shahir mengingatkan ahli parti agar tidak mudah terperangkap dengan ‘spin’ anasir jahat yang membayangkan PAS kini mahu kembali melutut kepada DAP dan PAN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Ambil perhatian kenyataan Tuan Guru itu tidak langsung sebut kerjasama bersama Pakatan Harapan atau DAP apatah lagi PAN.

“Jangan mudah terjerat dengan spin anasir jahat dan berkepentingan,”katanya dalam Facebook sebentar tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang berkata pihaknya sedia berkerjasama dengan mana -mana parti bagi menghadapi BN satu lawan satu dalam PRU akan datang.

“PAS dah lama buka pintu dan pintu tidak tutup.

“Cuma bila buka pintu jangan kacau dalam rumah ….. Jangan kacau dalam rumah kami sudah,” Kenyataan Abdul Hadi dipetik.

Roslan Shahir menjelaskan kenyataan Presiden PAS perlu difahami secara betul khususnya berkaitan dengan syarat yang telah diletakkan oleh beliau.

“Bermakna walau DAP singkir PAS dan melahirkan pula proksinya Pan untuk gantikan PAS namun PAS tidak pernah tutup pintu untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi BN.

“Apa yang berlaku sebelum ini (apabila) pintu PAS dibuka, DAP naik masuk tapi bikin onar.

Sehingga rumah tangga PAS pun mahu dicampur sehingga prinsip perjuangan PAS pun mahu diganggu.

“Itu semua adalah sejarah.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=5VZNfGLQoBg


“Tidak cukup setelah terjun keluar dari tingkap rumah PAS, DAP taja pula pengkhianat untuk menentang PAS.

“Macam mana nak kerjasama?,”soalnya.

Jelas Roslan Shahir, walaupun pintu rundingan PAS masih dibuka, namun ia sudah tertutup kepada para pengkhianat parti Islam itu.

“PAS masih punya kerjasama politik dengan PKR dan kini telah pun tubuh Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga.

“Pintu PAS terus buka tapi kalau nak naik masuk biarlah beradab dan sopan. Hormat penghuninya dan tertib bila di dalamnya.

“Akan tetapi para pengkhianat sekali-kali tidak punya tempat di hati penghuni rumah PAS,”katanya lagi.

Sumber TKO -4-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































































































































































Minyak masak: Kerajaan punca rakyat terbeban

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43092-minyak-masak-kerajaan-punca-rakyat-terbeban

Kerajaan wajar dipertanggungjawabkan kerana telah menyebabkan para pengguna terbeban dengan kenaikan harga dan kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi (pek plastik 1 kg) dalam pasaran pasca pelaksanaan rasionalisasi subsidi minyak masak bermula awal bulan ini.

Media-media utama dan orang awam sehingga hari ini masih melaporkan keadaan kekurangan bekalan minyak masak dalam pasaran di beberapa negeri dan harga runcit yang dikenakan kepada pelanggan melambung tinggi daripada harga sebelum ini.

Amaran Kerajaan kepada peniaga supaya patuh kepada sebarang ketetapan dan jaminan kepada pengguna bahawa bekalan minyak masak dalam pasaran adalah mencukupi dilihat tidak sedikit pun mengubah kesusahan yang sedang dihadapi rakyat ketika ini bagi mendapatkan bahan keperluan ini; bahkan keadaan terus semakin sulit bagi rakyat.

Rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan kononnya untuk :

(i) menggalakkan syarikat atau pengilang mengeluarkan minyak masak dalam pek plastik 1 kg dan

(ii) mengelakkan kerajaan daripada membayar subsidi kepada syarikat atau pengilang yang tidak bertanggungjawab menyeludup minyak masak ke pasaran luar dilihat tidak kesampaian dan menjadi sebaliknya.

Syarikat atau pengilang dan pengedar serta peruncit yang tidak bertanggungjawab itu tetap mengambil kesempatan daripada keadaan ini untuk menyorokkan bekalan pek plastik 1 kg dan melambakkan minyak masak botol dalam pasaran. Mereka mendapat keuntungan lebih berganda apabila tetap meneruskan kegiatan haram mereka dengan menjual minyak bersubsidi ke pasaran luar pada masa yang sama minyak masak botol juga kini boleh dijual pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran tempatan selepas pengstrukturan subsidi ini dibuat.

Sebenarnya, isu asasnya ialah kawalan kerajaan terhadap 23 syarikat atau pengilang yang memonopoli pasaran minyak masak di Malaysia; bukannya subsidi itu sendiri. Kerajaan supatutnya bertegas kepada syarikat atau pengilang ini; bukannya menarik semula bantuan yang telah diberikan kepada rakyat sebelum ini.

Tidak sepatutnya kelemahan dan kecuaian kerajaan menangani masalah ini menyebabkan beban itu dilepaskan kepada rakyat sedang mereka akan terus menanggung peningkatan kos sara hidup kesan daripada kenaikan harga makanan dan barangan keperluan lain.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
4 November 2016 / 4 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 4/11/2016

Sumber  HD - 4-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































































































































Prinsip perjuangan dan keterbukaan PAS

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43087-prinsip-perjuangan-dan-keterbukaan-pas

PRINSIP PERJUANGAN PAS

Islam adalah dasar perjuangan PAS. Berdiri teguh di atas dasar perjuangan Islam ini adalah prinsip PAS. Menang atau kalah dalam pilihan raya, PAS tetap bersama perjuangan Islam. PAS mendambakan kemenangan namun prinsip perjuangan ini tidak akan digadai pajak semata-mata kerana memburu kemenangan.

Bagaimana sayugianya PAS mempertahankan prinsip, adalah seperti penegasan yang disabdakan oleh Rasullullah SAW.

أَلَا إِنَّ رَحَى الْإِسْلَامِ دَائِرَةٌ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ، أَلَا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ، فَلَا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ، أَلَا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لِأَنْفُسِهِمْ مَا لَا يَقْضُونَ لَكُمْ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، كَيْفَ نَصْنَعُ؟ قَالَ: «كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ»

Ketahuilah! Sesungguhnya Islam bergerak dalam satu putaran maka pastikan senantiasa bersama Al Kitab (Al Quran) sekira-kira bagaimana kedudukannya.
Ketahuilah! sesungguhnya Al Kitab dan Pemerintah akan berpisah maka jangan kamu memisahkan diri dari Al Kitab (Al Quran).
Ketahuilah! Akan datang kepada kamu pemerintah yang bertindak untuk kepentingan diri mereka bukan bertindak untuk kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari mereka, mereka akan bunuh kamu. Jika kamu mentaati mereka, mereka akan menyesatkan kamu.
Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Maka apa selayaknya tindakan kami?
Jawab Nabi SAW: Bertindaklah sebagaimana tindakan para sahabat Nabi Isa ibn Maryam. Mereka digergaji jasadnya dan dipalang pada kayu, namun Mati dalam keadaan taat kepada Allah SWT adalah lebih baik daripada hidup bergelumang maksiat kepada Allah SWT.
Telah dikeluarkan oleh At Tabarani (Mu'jam Al Kabir) dari Saidina Muaz Ibn Jabal Rha.

Sudah namanya prinsip maka ia mesti dipertahan dan diperteguhkan. Tidak mempertahankan prinsip adalah sifat orang yang tidak berprinsip dan ia merupakan satu kelemahan yang sangat ketara dalam kepimpinan dan perjuangan.

KETERBUKAAN PERJUANGAN PAS

Namun, hidup berprinsip bukan lah bermakna konservatif, rigid dan jumud. Sebaliknya 1001  pintu sedia terbuka bagi meraikan keindahan hidup berbeda dalam aneka warna. Hanya kita tidak  berubah dari paksi perjuangan Islam. Bagaikan spesis ikan yang isinya tetap tawar meskipun hidup di dalam lautan masin yang luas.

PAS melalui budaya politik matang dan sejahtera sangat mudah didekati dan mendekati mana-mana pihak, selama dasar dan prinsip perjuangannya tidak dicabar dan diganggu. PAS boleh berkawan dengan siapa jua asal kawannya itu sedia menerima dan menghormati dasar dan prinsip perjuangannya iaitu Islam.

Pengalaman luas dan lama PAS di pentas politik tanah air dengan pelbagai bentuk tahaaluf siyasi (kerjasama politik) yang telah dilalui, membuktikan PAS adalah sebuah parti  yang banyak bertolak ansur dalam rentak catur politiknya, namun PAS tidak boleh membiarkan dirinya ditolak beransur-ansur oleh petualang serta penyangak politik yang tamak dan haloba.

Politik dakwah dan amar makruf nahi mugkar menjadi cermin kepada corak keterbukaan versi PAS. Terbuka kerana gerak kerja PAS adalah berorientasikan dakwah dan berjuang untuk menegakkan al-makruf bersama masyarakat di dalam negara tercinta ini.

Pun begitu keterbukaannya tidak sampai menerima masuk sampah sarap yang berupa fasad dan mungkar sehingga menghakis nilai dan makna Islam yang diperjuangkan oleh PAS, justeru nahi munkar menjadi salah satu kriteria budaya politik yang diamalkan oleh PAS.

Mutakhir ini, pelbagai pihak termasuk parti-parti politik dan pengamal media sedang memerhati keputusan dan pendirian PAS mengangkat formula mendepani pilihan raya umum kelak. Tidak kurang juga cybertrooper dan pelampau media dengan agenda batu api dan racun tuba mereka yang tidak sudah-sudah mensasarkan PAS.

Satu lawan satu atau tiga penjuru atau lebih penjurunya adalah hanya kesan yang terhasil dari  sikap politik yang diambil. Ia bukan perkara pokok. PAS telah diletakkan dalam keadaan bersedia menghadapi apa jua kemungkinan dari kesan yang terhasil itu.

Muktamadnya, PAS akan terus istiqamah mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan Islamnya, sementara PAS bersikap terbuka kepada siapa jua yang sedia menerima dan menghormati dasar dan prinsip perjuangannya. PAS tidak mungkin membiarkan rumahtangganya diganggu lagi. PAS juga tidak akan mengorbankan prinsip perjuangannya sebagaimana PAS tidak pernah menutup pintu buat tetamu yang tahu adab dan menghormati serta memelihara maruahnya.

Inilah Penyelesaian Kita
Budaya Politik Matang dan Sejahtera

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
4 November 2016 / 4 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 4/11/2016

Sumber HD- 4-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































































Kerajaan tidak wajar naikkan harga petrol, diesel

HARAKAHDAILY | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43047-kerajaan-tidak-wajar-naikkan-harga-petrol-diesel

Berkuatkuasa pada hari ini, harga runcit bagi RON95, RON97 dan diesel dinaikkan sebanyak 15 sen menjadikan masing-masing dijual kepada pengguna pada harga RM1.95, RM2.30 dan RM2.00 per liter.

Kenaikan ini adalah amat tidak patut pada masa pengguna di negara ini sedang terbeban dengan kenaikan kos sara hidup dan rakyat juga sedang membuat penyesuaian pasca pengumuman Bajet 2017 yang tidak banyak menyebelahi mereka. Tambah pula, kenaikan harga bahan api ini akan memberikan kesan berantai kepada peningkatan harga barangan lain yang dijual dalam pasaran. Selepas kenaikan harga minyak ini, dijangka harga minyak masak dan kadar tol pula akan dinaikkan dalam masa terdekat.

Rakyat berhadapan dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar, kesan daripada kenaikan kos sara hidup setelah pelaksanaan GST dan penurunan subsidi terhadap barangan keperluan. Ini ditambah pula dengan peluang pekerjaan yang terhad, menyebabkan tabungan rakyat semakin menipis.

Kerajaan dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi cabaran ekonomi kini iaitu dengan menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi. BR1M dan pelbagai pemberian lain hanyalah bersifat 'ubat sementara', dan seumpama memberi ikan bukannya kail kepada golongan yang memerlukan.

Tidak cukup dengan itu, rakyat perlu membayar lebih untuk meneruskan kehidupan, kesan subsidi yang dikurangkan. Setiap hari duit belanja rakyat dicatu, berbeza dengan para menteri yang ada elaun untuk menampungnya.

Harga baru ini juga tidak bertepatan dengan harga semasa minyak mentah global yang berada pada purata harga AS$43.93 setong setakat ini dan bagi keseluruhan tahun 2016 ia diunjurkan berada pada purata harga AS$44.78 setong; dianggap masih rendah kerana berada di bawah paras AS$50 setong.

Bahkan, harga bahan api ini meneruskan kejatuhannya hari ini selepas pengeluar bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak menyatakan sebarang komitmen untuk menyertai usaha mengehadkan paras output bagi meningkatkan harga bahan api itu. Jadi, mengapa kerajaan masih menaikkan harga runcit bahan api ini?

Kerajaan sepatutnya menetapkan harga siling bagi harga runcit petrol dan kerajaan mesti menampung lebihan kos daripada harga siling tersebut dengan subsidi. Ini kerana penentuan harga petrol berdasarkan sistem apungan terkawal sentiasa mendedahkan rakyat kepada kenaikkan harga petrol secara berterusan.

Sementara itu, kerajaan wajar mengkaji semula formula penentuan harga petrol dan diesel, dengan mengambil kira aspek perubahan harga minyak global, rizab penampan negara dan kadar inflasi tempatan sebagai faktor penentu.

Sewajarnya, dalam keadaan rakyat terpaksa berjimat, kerajaan perlu lebih berhemat. Selain dikaji saiz kabinet yang terlalu besar, setiap menteri boleh menunjukkan teladan dengan pemotongan 20% gaji bulanan, serta memulangkan elaun minyak, tol, percutian, dan keraian, supaya mereka dapat merasai bebanan golongan bawahan.

Penjimatan daripada 'perbelanjaan protokol' menteri, projek mewah yang kurang memberi impak kepada rakyat terbanyak serta cegah kawal sepanjang masa terhadap ketirisan dan penyalahgunaan dana negara boleh dijadikan sebahagian daripada mekanisma untuk menampung kenaikan kos sara hidup rakyat.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 1/11/2016

Sumber HD - 1-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































































































































































Menangani keganasan dan pelampau media

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43008-menangani-keganasan-dan-pelampau-media

Melestari Budaya Politik Matang dan Sejahtera, YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS terus memacu perjuangan ini merentas pelbagai sempadan dan tembok yang melingkar dalam usaha mengarusperdanakan perjuangan dan penyelesaian Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Petang kelmarin, menyaksikan satu lagi siri pendekatan yang mempertemukan YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan YB Datuk Salleh Tun Said Menteri Penerangan Malaysia di pejabatnya Angkasapuri. Mengiringi YB Datuk Seri Tuan Guru ialah YB  Ustaz Idris Ahmad Naib Presiden PAS dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Setiausaha Politik Presiden PAS.

Beberapa isu penting dibincangkan dalam pertemuan tersebut melibatkan kepentingan negara dan rakyat. YB Datuk Seri Tuan Guru yang juga di atas sifatnya sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Antarabangsa telah memberi penglibatan untuk sama-sama mencari jalan mengatasi isu penculikan di perairan Sabah dan  menegaskan perlunya satu penyelesaian yang lebih menyeluruh dalam merungkai isu tersebut.

Subjek penting dalam pertemuan itu juga ialah saranan YB Datuk Seri Tuan Guru kepada pihak berkuasa kementerian agar dapat mewujudkan inisiatif kerjasama pemberitaan dalam kalangan negara serantau terutama untuk melawan pelampau media dengan pemberitaan palsu dan fitnah mereka yang berleluasa mutakhir ini termasuklah mendepani keganasan media dan agensi berita asing dengan pemberitaan yang direka cipta untuk melunaskan agenda tersembunyi mereka.

YB Datuk Seri Tuan Guru turut menarik perhatian agar isu menangani media sosial dan ia menjadi tanggungjawab semua pihak dalam meneliti kesahihan dan kewajaran maklumat yang di muat naik ke dunia siber itu. Justeru itu, YB Datuk Seri Tuan Guru turut menegaskan betapa keganasan dan pelampau media ini sangat bahaya dan mampu menggugat keharmonian masyarakat atau rakyat dalam negara kita.

Kunjungan ini turut mempamerkan pendekatan PAS sebagai Pembangkang Konstruktif (Pembangkang Yang Membina). Bertemu dan memberi pandangan, kritikan serta membantu untuk sama-sama ambil tanggungjawab bagi merungkai masalah semasa yang membelenggu negara dan rakyat.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
28 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 28/10/2016

Sumber HD - 28-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bajet Negara atau Bajet BN?

Antara perkembangan tidak enak dan kurang menarik dalam sessi pembentangan bajet tahun ini ialah apabila Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengambil masa terlalu banyak dalam berlebihan mempromosikan BN.

Sedangkan, Ketua Penerangan PAS Ustaz Nasruddin Hassan berkata, ia adalah bajet kerajaan, bajet negara, bukannya bajet parti.

“Memaparkan lambang dacing BN di skrin besar dalam Parlimen juga satu langkah yang nyata memperlihatkan kepada umum seperti BN benar- benar terdesak,

“sehingga saat pembentangan Bajet dijadikan peluang untuk berkempen bagai di pentas pilihanraya,”ujarnya.

Justeru itu, PAS kesal dengan perkembangan tersebut dan harap ia tidak berulang di lain masa.

“Sebagaimana pihak BN mahu ahli Parlimen bukan kerajaan menghormati mereka, sewajarnya mereka juga tahu menghormati ahli Parlimen bukan kerajaan,”tegasnya dalam satj kenyataan, lewat malam Jumaat.

Beliau berkata, logo dacing bukan logo kerajaan, Ia logo parti dan bajet 2017 yang dibentang, bukan bajet BN tetapi ia adalah Bajet Kerajaan.

Maka tiada sebab, kata beliau, mengapa logo Dacing di pertonton sebesar-besarnya di skrin besar Parlimen.

“Seharusnya mana-mana bahan yang tidak berkaitan dengan pembentangan mesti mendapat kebenaran Sekretariat Parlimen.

“Kalau tidak ianya adalah salah guna kuasa eksekutif ke atas parlimen.

“Saya mohon Tan Sri Speaker bertegas dalam mengawal bahan yang boleh dipaparkan yang tidak berkaitan dengan bahan pembentangan demi menjaga kemuliaan dewan,”ujar beliau lagi.

Mengulas janjut, beliau berkata, ia mungkin dilihat isu kecil oleh pihak BN, tapi saya melihat ianya sebagai isu sikap dan kematangan dalam berpolitik.

“Kalau sedikit tidak mengapa tetapi kalau berulang kali mempromosikan BN dalam pembentangan bajet 2017 maka tidak hairanlah kalau ada yang senak telinga mendengarnya,”tambahnya

Sumber BO -22-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keluar Dewan; PAS Ambil Langkah Berbeza

PAS mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet dan YAB PM yang membentang bajet pada hari ini.


Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujjah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.

Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sessi pengundian.

Sikap PAS ini juga berasas Peraturan Dewan 41 (1) (e) _masa seseorang ahli itu bercakap, semua ahli-ahli kain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
21 Oktober 2016

Sumber BO - 21-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































































































































































Bajet: PAS ambil langkah berbeza dengan pihak lain

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42911-bajet-pas-ambil-langkah-berbeza-dengan-pihak-lain

PAS mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet dan YAB Perdana Menteri yang membentang bajet pada hari ini.

Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan  hujah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.

Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sesi pengundian.
Sikap PAS ini juga berasas Peraturan Dewan 41 (1) (e) _masa seseorang ahli itu bercakap, semua ahli-ahli kain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
21 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 21/10/2016

Sumber HD - 21-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































































































































































Bajet sepatutnya dibuat berasaskan pendapatan

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42910-bajet-sepatutnya-dibuat-berasaskan-pendapatan

KUALA LUMPUR: Bajet yang dibuat berasaskan perbelanjaan sehingga melebihi pendapatan adalah tidak baik untuk mendepani lanskap ekonomi dan kewangan dalam negeri dan antarabangsa yang mencabar pada hari ini.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan berkata, sepatutnya ia dibuat berasaskan pendapatan agar lebih berdaya tahan dan berdaya saing.

"Defisit berjumlah RM41.1 bilion ini adalah 18.7% daripada pendapatan dan merupakan tahun ke-20 berturut-turut defisit sejak 1998," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily bagi memberi respons awal terhadap Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. - HARAKAHDAILY 21/10/2016

Sumber HD - 21-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































































































































































































Perkongsian Dari Parlimen 47

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/42896-perkongsian-dari-parlimen-47

Perkongsian Dari Parlimen. 47
Soalan dalam sesi Ministers' Question Time (MQT)

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menjelaskan pendirian dan perancangan Kementerian terhadap cadangan mewujudkan dana wakaf pendidikan tinggi di peringkat Persekutuan

Jawapan daripada Menteri Pendidikan Tinggi.

- Kementerian mengakui kepentingan wakaf sebagai sumber pendanaan alternatif kepada pembiayaan pendidikan tinggi negara.

- Ini juga telah dirangkumkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025

- Sistem wakaf telah dilaksanakan di peringkat universiti awam tetapi bukan di peringkat persekutuan. Sebahagian universiti yang terlibat adalah UKM, USM, USIM dan UPM.

- Kementerian ada mengeluarkan buku panduan khusus untuk membantu perlaksanaan wakaf di universiti-universiti dalam membentuk sistem wakaf tersendiri.

SOALAN TAMBAHAN MP TEMERLOH

Justeru itu, apakah strategi kerajaan bagi menarik minat syarikat-syarikat korporat supaya terlibat dalam dana wakaf pendidikan tinggi negara.

Sebab antara cabaran yang besar dalam melaksanakan sistem dana wakaf ialah mendapatkan kesanggupan syarikat korporat terutamanya milik orang Islam bagi mewakafkan sebahagian daripada perolehan mereka kepada tabung dana wakaf pendidikan negara.

Jawapan daripada Menteri Pendidikan Tinggi.

- Satu pasukan telah ditubuhkan untuk memberitahu kepada rakyat mengenai kepentingan wakaf

- Kerjasama yang baik bersama Majlis-Majlis Agama Negeri dalam membangunkan dan memberi penerangan mengenai sistem wakaf.

Nasrudin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh
20 Oktober 2016 | 19 Muharram 1438 - HARAKAHDAILY 20/10/2016

Sumber HD - 20-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Tidak Setuju ‘GST Formula Selamatkan Ekonomi Negara’

PAS tidak bersetuju kenyataan YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan di Dewan Rakyat kelmarin yang mengatakan bahawa ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST.

Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Nasrudin bin Hassan berkata, kerajaan Umno Barisan Nasional tidak kreatif dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“selepas harga komoditi minyak dan nilai Ringgit mengalami kejatuhan, keputusan yang dibuat Kerajaan untuk bergantung kepada hasil GST menunjukkan Kerajaan sendiri

“tidak kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan cabaran ini,”jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PAS telah berulang kali dan secara tegas membantah pelaksanaan GST ini kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam.


“cukai yang dikutip berasaskan perbelanjaan tanpa membezakan kemampuan kewangan seseorang (rakyat) termasuk golongan miskin dan miskin tegar juga tidak berkecuali daripada membayarnya,

“adalah bertentangan dengan prinsip Islam, dan ia mengakibatkan orang awam menanggung kos sara hidup yang tinggi disebabkan oleh peningkatan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan,”tegasnya.

Beliau menyarankan, kerajaan melihat kepada saranan penyelesaian PAS dalam ‘Dokumen Hijau’.

“PAS di dalam Dokumen Hijau mencadangkan agar hasil pendapatan negara ditampung dengan cukai atas simpanan syarikat dan korporat, dan cukai atas keuntungan perdagangan saham.

“Pelaksanaan kedua-dua cukai ini dijangkakan akan mendatangkan hasil pendapatan sebanyak RM51.5 bilion berbanding hanya RM39 bilion dengan GST,”jelas beliau lagi.

Percukaian, kata Ahli Parlimen Temerloh itu, sebagaiman yang dicadangkan PAS dilihat lebih berkesan dan mampan untuk menyelesaikan masalah kekurangan hasil pendapatan negara sekaligus dapat merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin.

“serta meningkatkan kemampuan perbelanjaan dan kekuatan modal golongan B40 berbanding GST yang merupakan formula membebankan ekonomi rakyat dan adalah mustahil ekonomi negara akan selamat dengan melaksanakan apa yang diharamkan oleh Allah,”tambah beliau.

Sumber BO - 19-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































































GST 'selamatkan' ekonomi negara, bebankan rakyat

HARAKAHDAILY | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42878-gst-selamatkan-ekonomi-negara-bebankan-rakyat

GST FORMULA ‘SELAMATKAN’ EKONOMI NEGARA DENGAN BEBANKAN EKONOMI RAKYAT

Saya tidak bersetuju kenyataan YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, kelmarin yang mengatakan bahawa ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST.

Selepas harga komoditi minyak dan nilai Ringgit mengalami kejatuhan, keputusan yang dibuat kerajaan untuk bergantung kepada hasil GST menunjukkan kerajaan sendiri tidak kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan cabaran ini.

PAS telah berulang kali dan secara tegas membantah pelaksanaan GST ini kerana:

(i) cukai yang dikutip berasaskan perbelanjaan tanpa membezakan kemampuan kewangan seseorang – termasuk golongan miskin dan miskin tegar juga tidak berkecuali daripada membayarnya – adalah bertentangan dengan prinsip Islam, dan

(ii) ia mengakibatkan orang awam menanggung kos sara hidup yang tinggi disebabkan oleh peningkatan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan.

PAS di dalam Dokumen Hijau mencadangkan agar hasil pendapatan negara ditampung dengan:

(i) cukai atas simpanan syarikat dan korporat, dan

(ii) cukai atas keuntungan perdagangan saham.

Pelaksanaan kedua-dua cukai ini dijangkakan akan mendatangkan hasil pendapatan sebanyak RM51.5 bilion berbanding hanya RM39 bilion dengan GST.

Percukaian seperti ini dilihat lebih berkesan dan mampan untuk menyelesaikan masalah kekurangan hasil pendapatan negara sekali gus dapat merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta meningkatkan kemampuan perbelanjaan dan kekuatan modal golongan B40 berbanding GST yang merupakan formula membebankan ekonomi rakyat dan adalah mustahil ekonomi negara akan selamat dengan melaksanakan apa yang diharamkan oleh Allah.

“Inilah Penyelesaian Kita”

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 19/10/2016

Sumber HD - 19-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































































































































































Utusan, TV3 tidak tepat lapor kenyataan Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42877-utusan-tv3-tidak-tepat-lapor-kenyataan-presiden-pas

Utusan dan TV3 Lapor Secara Tidak Tepat dan Betul Kenyataan YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang - Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS

Berikut adalah transkrip penuh dari soalan tambahan YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi di Parlimen kelmarin.

“Tan Sri Yang Dipertua, soalan tambahan saya, GST merupakan percukaian murah oleh kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan.

Namun pun di sana ada impak Yang Berhormat sebut, dan kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam, khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi, masih ada sungutan-sungutan nilai mata wang, ini juga membebankan pelajar kita di luar negara yang ke luar negara, sungutan itu banyak, sejauh mana langkah-langkah kerajaan dan penilaian terhadap keberkasananan daripada langkah-langkah itu dan adakah kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada? Terima kasih."

Saya lihat Utusan Malaysia dan TV3 telah merosakkan etika kewartawanan dan profesionalisme mereka apabila menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS secara tidak tepat dan separuh masak. Ia menampakkan seolah-olah YB Tuan Guru Abdul Hadi menyokong GST walhal beliau menolak GST dan meminta supaya difikirkan alternatif baru menggantikan GST dalam bahasa yang lunak dan beradab sesuai dengan akhlak beliau sebagai seorang pemimpin.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Malaysia
Link penuh di sini

Sumber HD - 19-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































































































































Kos mahkamah: Jawapan peguam MP Temerloh

WAN ROHIMI WAN DAUD | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42808-kos-mahkamah-jawapan-peguam-mp-temerloh

TUNTUTAN KOS MAHKAMAH: ISUNYA HANYA HUTANG PENGHAKIMAN, NAMUN SPINNYA JADI PENGHINAAN MAHKAMAH!

SAYA diarah untuk merujuk dan menjawab Siaran Akhbar oleh Raja Syarafina Raja Shuib, Pegawai Khas Undang-Undang kepada Ketua Menteri Pulau Lim Guang Eng (“LGE”) bertarikh 11/10/2016 dan 12/10/2016.

YB Nasrudin telah pun mendepositkan sejumlah RM10,000-00 ke akaun pelanggan firma firm saya pada 12/10/2016 dan saya akan mengemukakan bayaran kepada Peguam LGE sebagaimana yang diarahkan. Maklumat pembayaran ini telah pun saya fakskan kepada Peguam LGE lewat petang semalam.

Isunya hanya sedikit kelewatan untuk membayar kos Mahkamah lantaran Penghakiman Persetujuan bertarikh 18/1/2016. Namun Penghakiman Persetujuan yang dimeterai oleh Mahkamah hanya diserahkan kepada pejabat saya pada 19/9/2016 (lebih 8 bulan selepas tarikh Penghakiman), dimana dalam surat yang sama Peguam LGE memberi tempoh selama 14 hari untuk menjelaskan bayaran tersebut dan tempoh tersebut berakhir pada 2/10/2016. 5 hari selepas melewati tempoh tersebut, Peguam LGE menghantar Notis Tuntutan baru bertarikh 7/10/2016 yang hanya diterima oleh pejabat saya pada 11/10/2016.

Serentak dengan penerimaan Notis Tuntutan Kos pada 11/10/2016 tersebut, dan belum pun difailkan apa-apa prosiding perlaksanaan (execution proceeding), Syarafina atas arahan Tuan Politiknya telah membuat siaran media bertarikh 11/10/2016 menyerang YB Nasrudin di atas isu kos Mahkamah. Kesimpulan akhir kepada Siaran Media Syarafina hanya mempunyai satu kesimpulan bahawa YB Nasrudin telah menghina Mahkamah lantaran mengingkari Perintah untuk membayar Kos – lantas cuba menanam persepsi buruk terhadap YB Nasrudin.

Inilah matlamat akhir siaran media Syarafina, seorang yang berpengalaman sebagai Peguam litigasi sebelum menukar kerjaya berkhidmat sebagai Pegawai Khas Undang-Undang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Melaungkan tuntutan kos di media, dengan laungan penghinaan Mahkamah terhadap Penghutang Penghakiman (Judgment Debtor), tanpa memfailkan apa-apa prosiding perlaksanaan seperti yang sepatutnya difailkan, adalah suatu amalan guaman yang tidak pernah saya dengar dalam amalan guaman, bahkan bertentangan dengan etika guaman yang sepatutnya masih dijunjung Syarafina selaku seorang Peguam, secara profesionnya! (a lawyer by profession).

Melaungkan penghinaan Mahkamah ke atas Penghutang Penghakiman ke seluruh alam, apatahlagi hanya berkaitan kos prosiding, tanpa mengambil langkah perundangan yang sewajarnya – adalah manifestasi ceteknya pengalaman dan seni perundangan yang dimiliki oleh seorang Pegawai yang dikhaskan untuk menjaga urusan undang-undang seorang Ketua Menteri.

Namun motifnya mudah ditelah – Dalam Sudah Keajukan, Dangkal Sudah Keseberangan!

Justeru YB Nasrudin bingkas menjawab, bukan menyerang, pada hari yang sama. Ia adalah reaksi yang sepatutnya dijangka oleh Syarafina, apabila isu kos yang hanya bersifat hutang penghakiman (judgement debt), dibiaskan sebagai perbuatan menghina mahkamah.

Saya sudah memaklumkan tuntutan kos ini kepada YB Nasrudin lebih awal sewaktu beliau berada diluar negara. Namun tentulah YB Nasrudin memerlukan sedikit masa untuk mengikhtiar jumlah RM10,000-00 tersebut, sekembalinya ke tanahair, lantas melewati tempoh yang diberikan. Jangan disamakan kedudukan kewangan YB Nasrudin dengan Boss Syarafina. Elaun sebagai Ahli Parlimennya sebahagian besar dilaburkan di medan siasah, mencari sekelumit syafaat jihad, buat bekalan bertemu Tuhannya.

YB Nasrudin hanya mampu mendiami rumah teres satu tingkat ditepi hutan, dipinggir Bandar Kuantan. Itu pun hutang! Tiada Bungalow bernilai jutaan, tiada kolam renang, dan tiada kroni untuk menderma jutaan, dalam masa sejam! Justeru kelewatan seminggu seharusnya dimaafkan! Tiadalah perlu dikokok kesekelian alam, melainkan tindakan Syarafina hanya menyerlahkan keterdesakan desperado, walau untuk apa pun tujuan, termasuk untuk memberikan (membayar) Peguam! Janganlah disamakan pemilik bungalow jutaan walau tanpa kolam, dengan setinggan yang saban hari dihalau tiada berpulang!

Saya dan Syarafina sama-sama peguam. Sama-sama faham. Amalannya setiap tuntutan hutang penghakiman hendaklah didahului dengan serahan Perintah/Penghakiman yang dimeterai, terhadap Penghutang Penghakiman. Jika masih ingkar, prosiding perlaksanaan (dalam bentuk prosiding saman penghutang penghakiman, garnisi, sitaan atau lain-lain) perlu difailkan. Sebab itu tidak ditimbulkan isu kos RM500 yang perlu dibayar oleh LGE sejak 19/9/2014 dan kos permohonan yang ditolak pada 20/4/2015, berjumlah RM2,000-00, kerana tiada Perintah termeterai diserahkan oleh mana-mana pihak. Asas ini difahami semua Peguam, termasuk Syarafina, sepatutnya!

Namun sebagai menjawab persepsi buruk yang cuba ditanam oleh Syarafina, yang cuba menggambarkan bahawa YB Nasrudin telah “menghina mahkamah lantaran keingkaran mematuhi perintah mahkamah”, YB Nasrudin menyebut, JIKA logik sedemikian digunapakai oleh Syarafina, maka beliau seharusnya menggunakan logik yang sama untuk mengingatkan bossnya bahawa LGE telah terlebih dahulu (atau juga) menghina Mahkamah kerana ingkar membayar kos RM500 sejak 19/9/2014. Jika logik Syarafina diterima, ia juga terpakai ke atas LGE! Kecil atau besar jumlah tiada perbezaan, ia tetap satu Perintah! Mudah bukan? What you give is what you get back! Sayang, Syarafina kelihatan terlalu naif untuk memahami sindiran semudah itu.

Mudah saja untuk mencongak logik Syarafina. YB Nasrudin tidak bayar kos = hina Mahkamah! LGE tak bayar kos = tidak hina Mahkamah sebab tak tuntut! Kalau ingkar itu menghina, MAKA semua Penghakiman Ingkar Kehadiran (JID) perlu dikenakan committal proceedings dan contempt of Court. Nampak gaya penghutang penghakiman yang gagal membayar hutang kredit kad, semuanya boleh disumbat ke penjara kerana menghina Mahkamah! Itulah tafsiran undang-undang Syarafina. Kesian!

Terima kasihlah kerana melahirkan rasa “terharu” apabila disekolahkan oleh YB Nasrudin, yang tiada latar perundangan, tentang beza liabiliti sivil hutang penghakiman dan penghinaan mahkamah.

Disinilah beza dan kematangan YB Nasrudin, berbanding Syarafina. YB Nasrudin sedar hakikat beliau seorang yang tiada berpengetahuan tentang undang-undang, lantas belajar dan bertanya dari yang lebih arif. Namun Syarafina, walau berbekal pengalaman sebagai Peguam litigasi, memilih mengambil ringan kesan dan efek perundangan atas penggunaan terma yang songsang. Tiada perlulah merengek diserang, resminya bila menepuk air di dulang, pasti akan terpercik ke muka sendiri!

Mengapa memilih “tanpa mengambil kira pemakaian terma-terma undang-undang”?. Bukankah siaran akhbar Syarafina bertarikh 11/10/2016 itu pada hujungnya memberi kesimpulan kepada kesan perundangan? Cuba memberi persepsi buruk yang dibiaskan jauh dari hakikat perundangan? Jangan hanya bila terbedal hidung sendiri, baru terngadah ke susur air!

Nasihat saya, jika Syarafina ingin menjadi Pegawai Undang-Undang yang lebih diyakini Ketua Menteri, kembalilah mentelaah kitab undang-undang. Jumlah Penghakiman, Kos Prosiding atau apa-apa yang diperintah bayar oleh Mahkamah – namanya Hutang Penghakiman. Sifatnya liabiliti sivil. Cara menguatkuasakannya terkandung secara khususnya melalui Aturan 45 - 50 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Manakala “penghinaan kepada apa-apa perintah Mahkamah” disebut sebagai contempt. Sifatnya adalah quasi criminal! Litigan yang menghina Mahkamah boleh dihukum sebagaimana kesalahan jenayah (penjara, denda, atau keduanya atau amaran). Aturan 52 KM 2012 memberikan peruntukan khusus bagi prosiding menghina Mahkamah dan hukumannya. Justeru bacalah! Baca dan tadabbur sebelum memalit lumpur ke muka sendiri.

Kenapa kaedah menguatkuasakan hutang penghakiman dan penghinaan Mahkamah mempunyai perbezaan? Sebabnya kedua-duanya berbeza, seperti yang disebut YB Nasrudin. Satu sivil, satu lagi quasi criminal. Justeru kos mahkamah, secara literalnya, atau kontekstualnya, tersurat atau tersiratnya TIDAK terjumlah kepada penghinaan mahkamah! Justeru siapa yang ingin menegakkan benang yang basah? Jangan nanti, mengata dulang si paku serpih!

Penzahiran kekesalan dan tuntutan kos adalah 2 perkara berbeza. Penzahiran itu, tanpa permohonan maaf (public apology), telah dibuat dalam prosiding Mahkamah Terbuka pada 18/1/2016. Ia sudah selesai! Sifatnya pada masa kini adalah akademik. Tuntutan kos adalah hutang penghakiman, justeru bayarnya terkemudian, mengikut saluran dan proses undang-undang. Justeru tiadalah perlu dicampur-aduk gula dan garam, jika rasa manisan yang diinginkan!

LGE nak tuntut lagi kos RM2,000? Tuntutlah, kerana itu haknya! Namun tuntutlah dengan prosesnya yang betul. Nasihatilah dia sewajarnya. Usahlah berkokok riuh sekampong, telurnya tiada kelihatan! – HARAKAHDAILY 13/10/2016

Penulis ialah Peguam Kepada Ahli Parlimen Temerloh YB Nasrudin Hassan, Kuala Lumpur.

Sumber HD - 13-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































































































































Isu kos mahkamah: LGE juga belum bayar kos

NASRUDIN HASSAN | .







http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42788-isu-kos-mahkamah-lge-juga-belum-bayar-kos

Saya merujuk kepada kenyataan akhbar Pegawai Khas Undang-Undang KM Pulau Pinang bertarikh 11/10/2016 berkaitan dakwaan kononnya saya sengaja ingkar dan menghina Penghakiman Persetujuan bertarikh 18/1/2016.

Saya ingin memaklumkan bahawa walaupun Penghakiman Persetujuan telah direkodkan sejak 18/1/2016, namun Penghakiman meterai hanya diserahkan kepada peguamcara saya pada 19/9/2016, dimana Peguam LGE telah memberi tempoh selama 14 hari kepada saya untuk menyelesaikan kos Mahkamah.

Tempoh ini berakhir pada 28/9/2016 (lebih seminggu yang lepas).

Saya baru sahaja dimaklumkan oleh peguam saya bahawa pihak LGE telah membuat tuntutan kos pada awal Oktober baru-baru ini kerana sepanjang tempoh bayaran yang berakhir pd 28 Sept 2016 itu , saya berada di luar negara. Saya baru sahaja pulang dari luar negara akhir Sept baru-baru ini. Saya sendiri sebenarnya telah merancang untuk lunaskan kos mahkamah tersebut dalam tempoh terdekat ini setelah menyelesaikan beberapa urusan penting yang tertunggak sepanjang saya berada di luar negara tempohari.

Dalam tempoh hanya lebih seminggu dari tarikh akhir tuntutan, adalah sangat tidak wajar untuk seorang Pegawai Khas Undang-Undang kepada Ketua Menteri membuat siaran akhbar kononnya mendakwa saya telah menghina mahkamah, lantas cuba memberi persepsi yang buruk terhadap saya.

Notis tuntutan kos secara rasmi untuk tujuan prosiding pelaksanaan dan memaksa saya membayar kos penghakiman baru sahaja diterima oleh Peguam saya pada pagi ini, lebih kurang serentak dgn Kenyataan Media Pegawai Khas LGE.

Selayaknya Pegawai Khas Undang-Undang LGE memahami bahawa tuntutan terhadap kos penghakiman (jika pun tidak dibayar) tidaklah mengakibatkan penghinaan kepada mahkamah, sebaliknya ia hanya bersifat liabiliti sivil (judgement debt @ hutang penghakiman) sebagaimana tuntutan hutang yang lain.

Jika kegagalan membayar kos adalah satu bentuk penghinaan mahkamah, saya ingin mengingatkan bahawa LGE juga masih belum membayar kos sebanyak RM500 yang telah diperintahkan oleh mahkamah melalui Perintah bertarikh 29/9/2014 (iaitu Perintah yang membatalkan Saman pertama LGE terhadap saya). Jika menggunakan logik Pegawai Khas Undang-Undang LGE maka LGE telah lama menghina proses mahkamah walaupun jumlahnya hanya RM500. Namun saya tidak bersedia untuk menjadikan isu picisan seperti itu memburukkan LGE, tidak sebagaimana yang dilakukan olehnya melalui pegawainya pd hari ini.

Liabiliti sivil pada bila-bila masa tidak akan mengakibatkan proses menghina mahkamah (contempt of court) tetapi hanya membolehkan LGE meneruskan prosiding pelaksanaan untuk tujuan pemaksaan bayaran (execution proceeding @ recovery process).

Pegawai Khas KM Pulau Pinang juga seharusnya menyemak fakta yang betul tentang kelewatan peguamnya sendiri untuk memeterai penghakiman tersebut sehingga mengambil masa 8 bulan dari tarikh penghakiman sebenar.

Selepas tarikh 18/1/2016 tersebut, keseluruhan urusan untuk memeterai penghakiman adalah tanggungjawab peguam LGE, justeru sebarang kelewatan perlulah dipertanggungjawabkan ke atas peguam tersebut.

Justeru, sekali lagi Pegawai Khas Undang-Undang LGE kelihatan berniat tidak baik bagi menggambarkan seolah-olah saya sengaja mengabaikan perintah mahkamah sejak 18/1/2016. - HARAKAHDAILY 11/10/2016

Sumber HD - 11-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Akan Mempertahankan Dasar Perjuangannya

Oleh : DMS

SETIU – PAS akan terus mempertahankan dasar perjuangannya dan bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) nanti.

Menurut Ketua Peneranganya, YB Ustaz Nasarudin Hasan Gagasan Sejahtera yang ada sekarang membuktikan parti itu sedia menerima sesiapa sahaja selagi mereka tidak menentang islam.
“bersama dengan IKATAN, selepas ini akan ada beberapa lagi parti, individu, tokoh etnik, koporat, NGO akan bersama dengan kita.

“ramai yang sudah berjumpa dan berbincang dan kita boleh bersama selagi tidak menentang islam dan menghormati dasar perjuangan PAS” katanya di hadapan lebih 200 orang di Atila Tomyam,Telaga Papan dalam Majlis Makan Malam anjuran Lajnah Penerangan PAS Kawasan Setiu pada Rabu malam Khamis.


Mengenai isu penggabungan bersama PKR, DAP, Bersatu dan lain-lain yang di bangkitkan oleh beberapa orang termasuk ahli Parlimen Pokok Sena beliau menegaskan agar merujuk kepada kenyataan yang telah di keluarkan olehnya di laman rasmi parti.

“sila rujuk kenyataan saya yang terbaru dalam harakah,harakah daily dan Fb rasmi parti,”jelasnya
Katanya Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah menjelaskan, kita tidak akan bekerjasama dengan DAP dan mana-mana parti yang bekerjasama dengannya dan kita tidak akan bergabung dengan Umno kerana dasar tidak sama.

“tapi kita buka ruang kerjasama pada umat Islam dan rakyat keseluruhannya dengan politik penyelesaian berasaskan Islam.”tambahnya.

Beliau yang merupakan ahli Parlimen Temerloh juga mengingatkan petugas parti agar bersedia menjadikan media baru sebagai sumber utama menyebar makkumat dan menangkis pelbagai serangan yang di tujukan pada parti.

Turut hadir pada program yang diadakan itu Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir dan ahli jawatankuasanya.

Sumber BO - 7-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melakukan Perubahan Bersama PAS

Semua parti pembangkang sedang memerhati dan menanti keputusan PAS. Sebahagiannya menyatakan sukar membaca strategi PAS. Mereka menaruh harapan agar PAS menyertai barisan yang mereka bentuk untuk menentang UMNO dan BN dengan formula satu lawan satu.

Secara mikronya saya melihat mereka sedang mengalami gangguan delusi di pentas politik tanahair, barangkali kesan dari tindakan terburu-buru menubuhkan parti – parti baru yang kononnya akan membawa mereka menang cepat mengatasi UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang.
Justeru itu tidak pelik apabila mereka menyerang PAS bertali arus dengan tujuan mahu melunturkan pengaruh dan sokongan PAS. Mereka hina dan perkecilkan PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh bersaing dan seiring dengan mereka untuk menuju garis kemenangan pilihanraya umum ke 14 kelak.

Hormati Islam dan Tidak menentangnya

1001 fitnah dan tohmahan telah dilontarkan kepada PAS. Kononnya PAS makan dedak UMNO, mesra UMNO, masuk perangkap UMNO, ditipu oleh UMNO dan sebagainya. Objektif mereka ialah memberi persepsi negatif kepada PAS. Namun realitinya, PAS tidak mudah untuk diperdaya oleh mana – mana pihak. Ia berjuang di atas paksinya yang teguh iaitu Manhaj Perjuangan Islam yang dianut dan prinsip kebenaran yang didukung.

Sebetulnya, PAS sangat berlapang dada dan mudah berkira bicara dengan mana – mana pihak asal sahaja dasar dan prinsip perjuangan Islamnya dihormati dan tidak ditentang. Tiada yang lebih penting bagi PAS selain Islam. Pemimpin dan ahlinya yang Istiqamah hanya meletakkan Islam sebagai hadaf (matlamat semasa) dan redha Allah swt sebagai ghayah (matlamat akhir).

Gerakan Perubahan


Perubahan adalah suatu yang wajib dilakukan bagi membebaskan tanahair tercinta dari kemungkaran politik, kefasadan ekonomi, kebejadan sosial dan kerakusan pemimpin yang tamak haloba. Namun perubahan yang dimaksudkan mestilah ke arah yang lebih baik dan tiada yang lebih baik selain Islam.
Perubahan yang mahu dilakukan juga adalah perubahan total dengan meruntuhkan jahiliah dan membina Islam serta keadilannya di atas runtuhan jahiliah. Kita tidak boleh melakukan perubahan hanya pada ranting tapi mengekalkan dahan yang reput. Kita tidak mahu meruntuhkan jahiliah kemudian membiarkan jahiliah baru terbina di atas runtuhan jahiliah lama.

PAS Memimpin Perubahan

PAS sudah berpengalaman menyertai pelbagai bentuk pakatan politik. Antaranya ialah Perikatan, APU, CCC, Barisan Alternatif, PR dan kini Gagasan. Mengolah segala pengalaman yang dimiliki, PAS menegaskan secara muktamad bahawa kini sudah sampai masanya PAS memimpin perubahan. Suatu perubahan yang menuju Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara dan Keredhaan Allah SWT


Siapa pun boleh mengharapkan PAS sebagaimana mereka juga pada bila – bila masa boleh datang kepada PAS untuk menyertai gagasan memimpin perubahan ini. Syaratnya terlalu mudah malah senang untuk dihafal iaitu hormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

DAP Menentang Islam

Realitinya, DAP masih tegar menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Maka polisi semasa PAS ialah menolak DAP dan mana – mana parti yang mendukung serta bekerjasama dengan DAP.

Justeru itu, sifir mudah bagi mereka yang mahu bersama PAS ialah meninggalkan DAP dan datang kepada PAS dengan semangat setia kawan yang tinggi serta mematuhi syarat mudah iaitu menghormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS

Sumber BO - 6-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































































































































































































































Tahniah atas Anugerah Khas Maal Hijrah 1438

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42680-tahniah-atas-anugerah-khas-maal-hijrah-1438

PAS mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada keluarga Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang telah dikurniakan Anugerah Khas Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Tahun 1438. Sesungguhnya jasa dan komitmen yang tinggi oleh Almarhum dalam menegakkan syiar Islam dan memartabatkan Syariah di negara ini tidak dapat sekali-kali dinafikan.

PAS juga menyambut baik penganugerahan Khas Maal Hijrah kepada Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din oleh pihak kerajaan yang diumumkan oleh YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi. Sesungguhnya ia satu pemilihan yang tepat, penghargaan yang wajar dan pengiktirafan yang selayaknya terhadap perjuangan dan kepimpinan Almarhum.

Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang juga menyandang jawatan Mursyidul Am PAS sehingga ke penghujung hayat beliau pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor pada tahun 1432H bersamaan tahun 2010. Anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj mewakili Sultan Selangor.

Penganugerahan Khas Maal Hijrah 1438 tersebut adalah satu pengiktirafan kepada jasa besar Almarhum dalam banyak bidang seperti ekonomi Islam, pendidikan, perubatan Islam, dakwah dan jihad fi sabilillah. Bukan sahaja di peringkat nasional malah juga di peringkat antarabangsa.

Apa yang lebih penting, perjuangan dan kesungguhan yang jitu oleh Almarhum dalam memartabat syariah di tanah air ini seharusnya menjadi ikutan dan panduan oleh seluruh masyarakat muslim, khususnya pendukung perjuangan Islam PAS. Benarlah, bukan kita yang memulakan dan mengakhiri perjuangan ini, bahkan kita hanya penyambung mata rantai perjuangan.

"Hijrah Ke Arah Memartabatkan Syariah"

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
1 Muharram 1438 / 2 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 2/10/2016

Sumber HD - 2-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































































































































































Maklumat terkini keadaan Tuan Guru Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42677-maklumat-terkini-keadaan-tuan-guru-presiden-pas

Saya sempat bercakap dengan Tuan Guru Presiden PAS pada jam 10.05 malam tadi (1/10/2016) ketika beliau sudah berada di IJN untuk menerima rawatan susulan dan rehat yang secukupnya. Nada suara Tuan Guru adalah dalam keadaan bersemangat dan ceria. Beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS yang mendoakan kesihatan beliau untuk terus memimpin ummah.

Pada masa yang sama, pihak doktor juga mengharapkan kerjasama semua pihak agar memberikan ruang kepada Tuan Guru untuk menerima rawatan tanpa gangguan, dengan berehat dari menerima tetamu yang mungkin berhajat mengunjungi beliau di IJN.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
1 Okt 2016 - HARAKAHDAILY 1/10/2016

Sumber HD - 1-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































































































































































Tuan Guru Abdul Hadi dalam keadaan baik

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42674-tuan-guru-abdul-hadi-dalam-keadaan-baik
Alhamdulillah. Keadaan ayahanda Tuan Guru Abdul Awang kini bertambah baik. Sedang beristirehat di IJN dan mengambil rawatan susulan biasa untuk mengawal tahap kesihatan beliau.

Tuan Guru agak kepenatan dengan jadual yang agak padat mutakhir ini. Insyaallah dengan kerehatan ini akan mengembalikan kesihatan Tuan Guru.

Kepada seluruh ummat Islam, teruskan berdoa buat Murabbi Ummah ini agar Tuan Guru dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan untuk memimpin perjuangan Islam di bumi bertuah ini.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 1/10/2016

Sumber HD - 1-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































































































































































PAS tidak akan pernah penat berdialog

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42532-pas-tidak-akan-pernah-penat-berdialog

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan dalam lawatan ke pejabat Persekutuan Persatuan Hokkien, semalam.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Persekutuan Persatuan Hokkien yang sedia menerima kunjungan mahabbah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diketuai oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi memberi penjelasan dan penerangan mengenai isu Pindaan Akta 355 di pejabat mereka tempoh hari.

Meskipun Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien Datuk Khoo Chai Kaa menegaskan bahawa beliau masih tidak memahami penjelasan yang telah diberikan dan berhasrat akan tetap meneruskan kempen sejuta tandatangan bagi membantah Pindaan Akta 355, kami bagi pihak PAS, insya Allah tidak akan pernah penat untuk terus membuka ruang dan peluang dialog serta penerangan kepada Persekutuan Persatuan Hokkien sehingga mereka benar-benar memahami isu Pindaan Akta 355 ini.

Sewajarnya kunjungan PAS ke Pejabat Persekutuan Persatuan Hokkien tempoh hari diambil kesempatan sepenuhnya oleh pihak Persatuan Hokkien untuk bertanya mahupun mengemukakan pandangan mereka serta berdialog bagi memahami kedudukan sebenar isu Pindaan Akta 355. Namun malang, mereka tidak membuka ruang dialog dan tiada sebarang pertanyaan diajukan kepada YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedang Presiden PAS memberi penerangan dengan bahasa yang sangat mudah dan terus kepada subjek perbincangan secara jelas.

PAS senantiasa bersedia dan bersikap terbuka untuk terus memberi penerangan dan berdialog dengan semua pihak. Jika Persekutuan Persatuan Hokkien merasakan tidak cukup dan tidak faham dengan sekali pertemuan dan penerangan, maka kami tidak keberatan untuk terus memberi kefahaman kepada mereka mengenai Islam amnya dan Pindaan Akta 355 ini khasnya.

Selagi tidak faham maka marilah berbincang dan berdialog. Janganlah bertindak dan membuat penentangan terhadap Islam mahupun Pindaan Akta 355 tanpa memahami apakah kedudukannya yang sebenar kerana ia merendahkan moral dan peribadi.

Insya Allah, PAS sekali lagi diketuai oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden parti akan sedia memberi Penerangan Khas dan berdialog secara dua arah bagi menjelaskan isu Pindaan Akta 355 dengan pihak wartawan-wartawan akhbar cetak dan media baru yang berbahasa Cina, Tamil, Inggeris dan juga Melayu.

Majlis Penerangan Khas kepada semua wartawan tersebut dijadualkan seperti berikut:

Tarikh: 29 September 2016
Hari: Khamis
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Tingkat 5,  Pejabat Agung PAS
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Inilah Penyelesaian Kita"

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 19/9/2016

Sumber HD - 19-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































































































Bersama mahasiswa Jordan

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/ketua-penerangan/42595-bersama-mahasiswa-jordan

1. Tahniah mahasiswa/i Malaysia Jordan. Penganjuran majlis ini diharapkan menjadi salah satu lembaran ke arah melahirkan mahasiswa/i yang peka dengan perkembangan semasa di tanah air sekaligus menghidupkan idealisme mahasiswa yang matang dan sejahtera.

2. Berani berkata benar, kritis melontar idea, menjulang izzah ilmu yang dimiliki dan berlapang dada menangani perbedaan.

3. Keluar dari tembok pembodohan idealisme yang dikawal oleh pihak yang gagal menyesuaikan diri dengan perkembangan zaman dan tamadun ilmu. Mahasiswa bangkit atas nama intelektual muda yang bertanggungjawab memimpin ummah dan membina masa depan mereka kelak.

Kita diajar oleh Allah swt:
أن أقيموا الدين و لا تتفرقوا فيه
"Bahawa kamu hendaklah menegakkan agama dan jangan kamu berpecah belah pada urusan untuk menegakkan agama." (Asy Syura: 13)

4. Musuh Islam boleh bersatu biarpun mereka berbeza ideologi guna menghalang Islam tegak di atas tanah air kita. Malang jika kita ummat Islam masih terkial-kial mencari formula penyatuan tindakan dan penyelarasan fikrah semata-mata kerana perbedaan latar belakang politik, kumpulan dan lainnya.

5. Lebih malang apabila mahasiswa/i merelakan diri untuk terus dibelenggu oleh sang petualang zaman tanpa berusaha untuk membebaskan diri lalu menjulang idealisme mahasiswa/i merdeka yang dibangunkan di atas manhaj ilmu yang soheh dan amal yang soleh.

6. Selamat berjuang para mahasiswa/i Islam. Bangkit dan perjuangkan Islam di mana jua bumi dipijak. - HARAKAHDAILY 23/9/2016

Sumber HD - 23-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































































































BNM, Rehda wajar tolak cadangan Noh Omar

HARAKAHDAILY | .















http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42461-bnm-rehda-wajar-tolak-cadangan-noh-omar

Cadangan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar untuk membenarkan pemaju perumahan untuk memberikan pinjaman kepada pembeli adalah tidak masuk akal.

Cadangan yang akan dilaksanakan di bawah Akta Pemberi Pinjam 1951 dan Akta Pemberi Pajak Gadai 1972 itu, bukan sahaja tidak praktikal malah akan memburukkan lagi tahap hutang isi rumah negara yang sudah di tahap kritikal iaitu 89% daripada KDNK.

Dengan kadar pinjaman yang tinggi dan tidak berasaskan pasaran iaitu 12%-18% hanya akan meningkatkan lagi hutang isi rumah Malaysia. Apa lagi kadar pinjaman kebanyakan bank di pasaran sekarang adalah -2% kadar asas.

Usaha ini juga amat berlawanan dengan usaha Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan beban pengguna dan meningkatkan permintaan iaitu melalui penurun Kadar Asas Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas.

Malah langkah ini juga adalah pasti tidak mampu untuk memudahkan lagi pengguna untuk mendapat pinjaman. Ini adalah kerana dalam keadaan pasaran yang amat kompetitif sekarang pun, hampir 50% pengguna gagal layak untuk mendapat pinjaman kerana peraturan BNM yang meletak syarat pendapatan bersih.

PAS yakin inilah langkah permulaan yang akan menjerumuskan Malaysia ke krisis pinjaman sub-prime sepertimana yang telah melanda Amerika dalam tahun 2008 lepas. Langkah yang tidak dikawal oleh BAFIA ini sudah pasti akan melepaskan pengguna daripada saringan bank, walaupun mereka tidak layak untuk mendapat pinjaman.

PAS mendesak supaya BNM menolak cadangan menteri ini kerana langkah ini hanya akan memburukkan lagi kawalan risiko dan seterusnya meruntuhkan ekonomi Malaysia.

PAS juga mengesyorkan kepada Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Rehda) supaya tidak memohon lesen pemberi pinjam dan terbabit dalam langkah terbaru ini kerana tugas memberi kredit bukan tanggungjawab pemaju.

Para pemaju sudah cukup terbeban dengan segala kos pembinaan dan risiko pasaran yang wujud sekarang, lantas tidak wajar untuk menanggung risiko tambahan yang sekarang dipikul oleh bank.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 9/9/2016

Sumber HD - 9-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































































RUU355: Ruang tambah baik peranan mahkamah syariah

AHMAD AMZAD HASHIM | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42452-ruu355-ruang-tambah-baik-peranan-mahkamah-syariah

HARI Jumaat adalah hari yang bagus untuk muhasabah dan perbanyakkan istighfar.

Tindak tanduk kita selalu mencerminkan kecenderungan kita. Cerminan apa yang ada di dalam kalbu yakni hati kita.

Saya mahu sentuh sikit tentang RUU 355 yang kini menjadi bahan bualan seluruh negara.

Ia perkara yang bagus kerana sebelum ini tiada siapa tahu dan peduli tentang bidang kuasa dan taraf institusi Mahkamah Syariah yang dihadkan begitu rupa hingga terlalu rendah berbanding mahkamah yang paling rendah dalam Sistem Kehakiman biasa.

Ia dikeranakan kekangan, had kuasa menghukum yang cuma memperuntukkan tidak lebih daripada 3 tahun penjara, RM5 ribu denda dan 6 kali sebatan.

Oleh sebab itu mahkamah yang rendah seperti Mahkamah Sesyen, Mahkamah Rendah atau Mahkamah Majistret yang hakimnya sangat junior misalnya 'pendaftar mahkamah' pun selalunya boleh menjatuhkan hukum misalnya denda dengan jumlah yang jauh lebih besar dari RM5ribu misalnya Doktor yang tidak punya tauliah dan lesen di denda puluhan ribu.

Manakala Ketua Hakim Syariah yang mengendalikan kes syariah yang serius dan besar sekalipun tinggi pengalaman dan pangkatnya pun cuma punya kuasa setakat peruntukan yang ada sahaja.

Adakah had kuasa yang merendah-rendahkan fungsi mahkamah syariah patut dikekalkan atau wajar dipinda agar berkembang seiring dengan pelbagai pindaan yang selalu dibuat dalam memperkasa Mahkamah biasa?

Tentulah wajar sekali.

Mengapa mahu direncat pertumbuhannya, sedangkan sistem kehakiman asing boleh pula dibiar berkembang maju?

Terutama untuk orang Islam, sewajarnya menyambut baik RUU355. Merasa teruja.

Ia baru dibentangkan dan akan melalui proses lanjut iaitu dibentangkan dengan perincian dan seterusnya dibuka ruang kepada perbahasan wakil rakyat di Parlimen. Ia bukan sekali dibaca dan dibahaskan. Ada bacaan kali kedua. Kemudian akan ada pula peringkat perbahasan di Dewan Negara pula oleh para senator.

Mengapa perlu adanya orang Islam yang terloncat-loncat macam kera terpijak kuali panas dengan RUU355.

Ia patut diraikan sebagai satu ruang dan peluang yang dimenangi dalam melangkah setapak lagi kehadapan dalam menaiktaraf Institusi Mahkamah Syariah kita.

Membangkitkan persoalan persoalan hipotetikal untuk menghasut keraguan adalah sangat pra matang.

Oleh sebab RUU355 bukan dipaksakan melalui proses luar biasa yang tidak demokratik. Ia akan melalui proses parlimen.

Sepertinya akta lain dan pelbagai usul pindaan, perbahasan akan menambah baik mana yang kurang, menjernihkan mana yang kabur.

Yang penting kita tahu matlamatnya apa.

Ada yang sampai tergamak membuat andaian kononnya jika RUU355 ini lulus maka hakim syariah akan berkuasa tanpa had untuk sesuka hati hukum orang berjuta ringgit, penjarakan orang berpuluh tahun atau menyebat orang beratus sebatan!

Apa mereka sangka undang-undang syariah ini tiada peraturan ke? Setiap undang-undang, jenis hukuman perlu pula diluluskan diperingkat Dewan Undangan Negeri. Ia dibahaskan oleh para wakil rakyat. Melalui proses demokratik.

Mereka bukan orang orang gila yang hanya melambung buah dadu dan letak hukum apa dan apa. Rakyat yang memilih mereka menilai dan akan menghukum mereka jika berbuat perkara yang tidak munasabah.

Hakim hanya melaksanakan apa undang-undang yang telah diwartakan. Bukan sesuka hati. Yang gubal undang-undang adalah dewan-dewan yang mewakili rakyat. Itu sistem kita.

Memberi reaksi negatif yang melampau-lampau hanya mengesahkan penyakit yang ada dalam hati dan ia menjadi tatapan seluruh rakyat negara ini khususnya yang beragama Islam. – HARAKAHDAILY 9/9/2016

Sumber HD - 9-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akta 355 : PAS Sedia Beri Platform Penerangan Kepada Ahli Parlimen Bukan Islam
Posted on Friday, September 09 @ 08:18:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31596


1. PAS bersedia untuk menyediakan platform bagi memberi penerangan khusus kepada ahli parlimen bukan Islam mengenai Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016. Kesediaan ini bertitik tolak dari perlunya kepada sesi penerangan yang lebih jelas dan terperinci mengenai akta berkenaan berikutan masih ramai dikalangan ahli parlimen terutamanya yang bukan Islam yang tidak mendapat penjelasan yang sebenar mengenai pindaan Akta 355.

2. Sehingga kini pun, PAS telah menampilkan pimpinannya dalam pelbagai peringkat untuk menyertai wacana, forum dan penerangan kepada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat bagi memberi pencerahan mengenai isu pindaan Akta 355 ini.

3. Insya Allah PAS tidak akan jemu untuk memberi penerangan terutamanya kepada bukan Islam sambil mengharapkan mereka juga dapat menilai dengan serius dan saksama dan bukan mengambil sikap tidak memperdulikan penjelasan semata - mata kerana sentimen kepartian atau sikap prejudis terhadap Islam.

4. Isu mengenai pindaan Akta 355 telah mendapat reaksi orang ramai sejak usul pindaan tersebut dibentangkan pada sidang parlimen yang lalu. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan terdapat pandangan yang dilontarkan menyeleweng atau sengaja diselewengkan daripada fokus sebenar pindaan tersebut.

5. Antara yang menjadi kebimbangan masyarakat bukan Islam adalah mengenai kesan pindaan tersebut kepada mereka. Ada dakwaan yang mengatakan pindaan tersebut akan mengubah struktur politik di Sabah dan Sarawak menjadi sebuah negeri teokratik. Selain itu, terdapat juga dakwaan bahawa pindaan Akta 355 akan melemahkan struktur asas perlembagaan dan kebebasan beragama di negara ini. Kesemua salah faham ini masih berlegar di ruang pemikiran masyarakat terutamanya dikalangan bukan Islam.

6. Justeru, PAS yakin medan penerangan secara khusus dan berterusan ini dapat memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk memberikan penjelasan sepenuhnya mengenai pindaan yang dicadangkan. Diharapkan agar platform berkenaan dapat menyuntik sedikit sebanyak kefahaman mereka mengenai Islam dan dapat membuat pilihan yang tepat kelak.

7. Terbaru, PAS menghantar YB Dato' Takiyuddin Hassan selaku Setiausaha Agung PAS ke wacana Sinar Harian yang membincangkan topik "Pindaan Akta 355 Antara Realiti dan Persepsi" yang turut dihadiri pemimpin daripada DAP dan MCA.

Sekian.

Inilah Penyelesaian Kita


Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
 


Sumber TKO - 9-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































Baca Al-Quran, jangan baca facebook

NASRUDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42443-baca-al-quran-jangan-baca-facebook

Pernah seketika saya mengadap Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi selaku Presiden parti untuk memberi taklimat mengenai sikap dan pandangan awam terhadap PAS khasnya Presiden sendiri yang dilihat tegas untuk membawa Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 ke Parlimen.

Pandangan awam itu rata-ratanya saya kutip dari facebook, twitter, whatsapp group dan lain-lain media sosial termasuk media konvensional. Sebahagian mendakwa PAS telah ditipu oleh Umno dan BN, sebahagian mendakwa PAS akan menyertai Umno dan BN, sebahagian menganggap PAS salah langkah politik sehingga menyebab PAS akan terpinggir dari arus perdana tanpa menafikan sebahagian yang lain pula menyokong penuh langkah PAS membawa RUU Ahli Persendirian ke Parlimen.

Reaksi Tuan Guru Presiden sangat tenang. Setelah mendengar report dan celoteh saya mengenai respons yang pelbagai terhadap sikap dan pendekatan PAS, bukan sahaja mengenai Pindaan Akta 355 tetapi juga Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang digagaskan oleh beliau, Tuan Guru Presiden hanya mengulas sepatah ayat, "anta baca Al-Quran, jangan baca facebook".

Saya terdiam sambil mengangguk untuk membenarkan ulasan ringkas Tuan Guru Presiden tanpa memahami secara mendalam apa yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Presiden. Apa yang terlintas dalam benak saya ialah Tuan Guru Presiden tidak berminat untuk layan dan respons segala caci maki dan kritikan sinis dari facebook dan media sosial sebaliknya mahu terus menumpukan perhatian kepada agenda perjuangannya.

Seminggu kemudian, berlangsung mesyuarat bulanan PAS Pusat. Sebagaimana lazim, mesyuarat ini dimulakan dengan Usrah AJK PAS Pusat selama satu jam. Rupa-rupanya ahli usrah yang lain turut membangkitkan perkara serupa, betapa facebooker dan pengamal media sosial yang lain sebahagiannya mengecam PAS bertali arus dan mereka mahu mendapatkan respons balas dari Tuan Guru Presiden.

Sewaktu merumus perbincangan usrah pada waktu itu, sekali lagi Tuan Guru Presiden menegaskan, kita kena baca Al-Quran, jangan baca facebook saja! Cuma bezanya kali ini, Tuan Guru menghurai panjang maksud penegasan beliau bagi memahamkan ahli Usrah yang hadir.

7. Baca Al Quran! Al Quran tidak ada akaun palsu. Al Quran adalah benar! Al Quran adalah kalamullah. Al Quran adalah Mukjizat Nabi SAW. Al Quran adalah petunjuk dan pedoman hidup kita di dunia ini untuk sampai ke akhirat dengan selamat. Allah SWT perintah kita dalam Al Quran supaya laksanakan hukum hakamNya:

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (Surah Al Maaidah: 49)

Justeru itu kita tiada pilihan lain. Kita kena perjuangkan Islam sehingga syariatNya tegak di bumi bertuah ini. Jangan ikut rentak mereka yang tak faham Islam. Jangan ikut jejak mereka yang menentang Islam. Ini yang ditegaskan oleh Allah SWT dalam Surah Al Maaidah Ayat 49 ini. Sejumlah mana mereka di facebook atau media sosial, jika mereka menentang Islam, jika mereka tidak faham Islam, kamu jangan ikut mereka! Ini arahan Allah SWT! Baca Al Quran tu! Tegas Tuan Guru Presiden. Allah SWT sebut:

و لا تتبع أهوائهم

"Jangan engkau ikut hawa nafsu/kemahuan mereka."

Kita baca facebook, orang dalam facebook kata macam-macam. Sebahagiannya adalah fake account yang memang dicipta untuk menyerang PAS. Kita kena faham perancangan musuh. Mereka mahu cipta persepsi bahawa kita salah, kita lemah, kita bodoh dan macam-macam lagi. Ini perancangan musuh! Kita kena sedar! Sebab itu kita kena baca Al Quran. Allah SWT sebut dalam Al Quran:

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

Oleh itu, laksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt dan janganlah menghiraukan bantahan dan tentangan golongan musyrikin itu. (Surah Al Hijr: Ayat 94)

Kita pejuang. Kita laksanakan apa yang Allah SWT perintah. Usah peduli apa orang nak kata kepada kita asal saja kita betul betul melaksanakan apa yang Allah SWT suruh kita laksanakan.

Sewaktu kita mahu melaksanakan perintah Allah SWT, lalu ada orang melahirkan kebimbangan kalau-kalau PAS ditipu. Malah ada yang mendakwa PAS telah ditipu oleh musuh. Jika kita membaca Al Quran, Allah swt telah jawab kebimbangan ini. Baca facebook, kita tidak  jumpa jawapan terhadap persoalan ini. Semua bimbang, semua tuduh kononnya PAS kena tipu. Dalam Al Quran Allah SWT telah jawab lebih 1,400 tahun yang lalu:

وَإِن يُرِيدُوا أَن يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (Surah Al Anfaal: Ayat 62)

Baca Al Quran! Jangan baca facebook saja! Tegas Datuk Seri Tuan Guru Presiden mengakhiri rumusan usrah kami waktu itu. - HARAKAHDAILY 8/9/2016

Sumber HD - 8-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































Akta 355: Beri penerangan kepada MP bukan Islam

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42411-akta-355-beri-penerangan-kepada-mp-bukan-islam

AKTA 355: PAS SEDIA BERI PLATFORM PENERANGAN KEPADA AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM
PAS bersedia untuk menyediakan platform bagi memberi penerangan khusus kepada ahli parlimen bukan Islam mengenai Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Kesediaan ini bertitik tolak dari perlunya kepada sesi penerangan yang lebih jelas dan terperinci mengenai akta berkenaan berikutan masih ramai di kalangan ahli parlimen terutamanya yang bukan Islam yang tidak mendapat penjelasan yang sebenar mengenai pindaan Akta 355.

Sehingga kini pun, PAS telah menampilkan pimpinannya dalam pelbagai peringkat untuk menyertai wacana, forum dan penerangan kepada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat bagi memberi pencerahan mengenai isu pindaan Akta 355 ini.

Insya Allah, PAS tidak akan jemu untuk memberi penerangan terutamanya kepada bukan Islam sambil mengharapkan mereka juga dapat menilai dengan serius dan saksama dan bukan mengambil sikap tidak mempedulikan penjelasan semata-mata kerana sentimen kepartian atau sikap prejudis terhadap Islam.

Isu mengenai pindaan Akta 355 telah mendapat reaksi orang ramai sejak usul pindaan tersebut dibentangkan pada sidang parlimen yang lalu. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan terdapat pandangan yang dilontarkan menyeleweng atau sengaja diselewengkan daripada fokus sebenar pindaan tersebut.

Antara yang menjadi kebimbangan masyarakat bukan Islam adalah mengenai kesan pindaan tersebut kepada mereka. Ada dakwaan yang mengatakan pindaan tersebut akan mengubah struktur politik di Sabah dan Sarawak menjadi sebuah negeri teokratik.

Selain itu, terdapat juga dakwaan bahawa pindaan Akta 355 akan melemahkan struktur asas perlembagaan dan kebebasan beragama di negara ini. Kesemua salah faham ini masih berlegar di ruang pemikiran masyarakat terutamanya di kalangan bukan Islam.

Justeru, PAS yakin medan penerangan secara khusus dan berterusan ini dapat memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk memberikan penjelasan sepenuhnya mengenai pindaan yang dicadangkan. Diharapkan agar platform berkenaan dapat menyuntik sedikit sebanyak kefahaman mereka mengenai Islam dan dapat membuat pilihan yang tepat kelak.

Terbaru, PAS menghantar YB Datuk Takiyuddin Hassan selaku Setiausaha Agung PAS ke wacana Sinar Harian yang membincangkan topik "Pindaan Akta 355 Antara Realiti dan Persepsi" yang turut dihadiri pemimpin daripada DAP dan MCA.

Inilah Penyelesaian Kita

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 6/9/2016

Sumber HD - 6-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Popular On FB Cause We Stayed True To Our Fight

Sticking to its ideals is what has made PAS popular on social media in comparison to other opposition parties, the Islamist party concluded today

PAS information chief Nasrudin Hassan said the positive numbers for PAS shown by Politweet’s latest Facebook survey is because the party has been continuing to preach its Islamic ideals instead of being deviated by populist issues.

“The latest development shows that people wait before judging. Our party has been consistent in fighting for our struggles.

“We don’t flip-flop on issues or go looking for populist topics to talk about. We struggle for our mission, we may appear strict at first but people eventually can understand later on,” he told Malay Mail Online when contacted today.

Nasrudin or better known by his moniker, Tantawi added that PAS has been gearing up to change with the developments of social media from time to time to improve their ways of spreading information.

“PAS’ latest approach is that we upgrade from time to time without deviating from our ideals. We are prepared in all aspects including media coverage,” he added.

The Politweet survey last week showed that PKR and PAS have overtaken DAP as the opposition parties receiving the most interest on Facebook.
The social media researcher found that the audience for DAP was now just 1.1 million Facebook users or just under a quarter of its previous peak of 4.6 million in January this year.

To this, the Temerloh MP flayed DAP and its leaders for trying to play up issues unnecessarily which in return had turned them unpopular on social media.

“Leaders that make cybertrooper-like statements would be looked down and lose support. The maturity of politicians on social media plays a big part.

“If they keep on making racist and condescending statements. People will run away,” Tantawi explained.

Heading into the next general elections, Tantawi stressed that PAS has realised that social media plays a big part and will continue to bolster their efforts to improve support on the platform.

“We will have to make sure that we have a grip of conventional, traditional and social media.

“We realised that social media influenced the last general elections. So, now we must handle and tackle it in order to make full use ahead of next elections,” he said.

According to the Politweet survey, PKR is now the opposition party with the largest audience on Facebook with 1.8 million users expressing interest in it, while PAS is second with 1.6 million.

The reason for DAP’s steady decline however could not be determined directly from the data, but Politweet said it could be extrapolated from events prior to each major change in interest levels.
It noted that interest in DAP peaked when the party cut ties with PAS over their disagreement on hudud in March 2015, and dropped after it declared the death of Pakatan Rakyat in June the same year

Sumber BO - 5-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU 355: Kenyataan Mujahid dangkal
Posted on Monday, September 05 @ 15:30:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31558




Oleh NASRUDIN HASSAN
Kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar yang menempelak pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai RUU 355 sangat dangkal.

Saya sarankan agar Dr Mujahid Yusof meneliti semula pandangan Mufti dan tidak gopoh dalam membuat kenyataan berbaur paranoid. Sedangkan orang awam pun memberikan pandangan, ini kan pula mufti memberikan pandangan hasil daripada informasi yang digarap daripada pelbagai aspek.

Risalah Bayan Linnas, Isu Cadangan Pindaan Akta 355 yang diterbitkan oleh Mufti WP adalah pendapat yang tuntas. Seruan beliau yang meminta semua ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong pindaan Akta 355 sangat dialu-alukan.

Ini bukan politiking kepartian, tetapi ia adalah hasrat umat Islam seluruhnya untuk memperkasakan taqnin Syari’ah dan Mahkamah Syari’ah di Malaysia. Tanpa merujuk kepada aspek legislatif pun, sekurang-kurangnya menyokong tekad untuk mentaqninkan Syari’ah di Malaysia adalah satu kewajiban bagi mereka yang beriman.

Sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang mufti, sudah pasti pendapat yang dilontarkannya mengambilkira kepentingan agama dan umat Islam seluruhnya. Sebagai seorang ahli Parlimen Islam di Malaysia, roh untuk memartabatkan Islam dalam konteks legislatif sentiasa hidup, malah kita mesti sentiasa menghulurkan kerjasama bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Jangan terlalu berfikiran sempit dengan hanya memikirkan untung rugi politik parti semata-mata. Asasnya kita semua wajib menyokong dan bersama-sama memperbaiki jika terdapat kekurangan teknikal dan prosedural. Inilah jiwa besar negarawan Islam.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
3 Zulhijjah 1437 | 5 September 2016 


Sumber TKO - 5-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Posisi semula kepentingan bahasa Melayu
Posted on Monday, September 05 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31554



SHAH ALAM - Ini adalah masa yang terbaik untuk pelbagai pihak bersatu memposisikan semula kepentingan Bahasa Melayu.

Ini kerana menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Bahasa Melayu adalah faktor sepunya sebagai teras solidariti budaya di negara ini.

"Saya berpendapat komentar kritis panelis forum Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) terhadap nasib bahasa Melayu sangat tepat.

"Ia harus disusuli dengan tindakan kolektif pelbagai pihak untuk memperkasakan semula fungsi bahasa Melayu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahan pula, katanya lagi, bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa Kebangsaan yang disambut melewati separuh abad di negara ini.

Malah katanya, Pas sejak dari tahun 1959 telah menyatakan secara tegas dalam manifesto Pilihan Raya Umum tahun tersebut dengan gesaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

"Dalam usaha untuk merangka Indeks Perpaduan Negara, maka elemen bahasa harus menjadi kriteria dalam indeks berkenaan.


  "Usaha yang serius mesti dirintis bagi memastikan Bahasa Melayu terus diarusperdanakan.

Tambahan pula, peningkatan bilangan pemimpin pelbagai kaum di semua peringkat boleh menjadi cerminan kepada tahap penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia.

Sumber TKO - 5-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































Pengisytiharan Sept 2016 sebagai Bulan RUU 355

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42390-pengisytiharan-sept-2016-sebagai-bulan-ruu-355

Usul persendirian YB Marang - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi meminda Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (RUU 355) adalah satu detik penting di dalam usaha memperkasakan mahkamah syariah di Malaysia. Kita bersyukur di atas perkembangan ini namun usaha mesti digiatkan agar pindaan ini akhirnya dapat diwartakan. Maka tumpuannya kini adalah menggalakkan pemahaman terhadap usul pindaan ini, memastikan ianya dapat didebatkan secara wajar di Parlimen serta mengumpul sokongan khususnya dari kalangan ahli-ahli Parlimen untuk membolehkan pindaan ini diluluskan.

Atas keperluan tersebut, PAS memutuskan untuk mengisytiharkan bulan September 2016 sebagai Bulan RUU 355. Tujuan utamanya adalah untuk menggembeling kesatuan umat bagi seterusnya meyakinkan ahli-ahli parlimen untuk menyokong usul pindaan ini.
Sepanjang Bulan RUU 355 ini, siri jelajah penerangan akan diatur di setiap negeri. Kempen Facebook SokongPindaAkta355 akan terus digiatkan. Petisyen rakyat akan digerakkan di peringkat kawasan parlimen bagi menyerlahkan sokongan akar umbi sekali gus mendesak ahli-ahli Yang Berhormat parlimen untuk menyokong pindaan ini.

PAS juga akan berbincang dengan para mufti untuk mengambil pandangan dan nasihat mufti mengenai kewajipan menyokong pindaan Akta 355 oleh ahli-ahli Parlimen kelak.

Usaha memperkasa institusi mahkamah syariah adalah agenda yang melangkaui kepentingan politik partisan. Sekiranya 135 ahli parlimen Muslim di dalam Dewan Rakyat mengundi sebagai satu kaukus, maka usul pindaan ini dapat diluluskan dengan majoriti mudah.

Maka tidak dapat tidak, usul pindaan Akta 355 ini akan dinilai sebagai satu referendum bagi umat Islam di negara ini untuk menunjukkan kebersamaannya di dalam urusan yang khusus bersangkutan dengan ehwal Islam.

Sekiranya kebersamaan ini tidak dapat diterjemahkan dengan sokongan terhadap pindaan Akta 355 ini, maka kepimpinan umat Islam di dalam menentukan agendanya di negaranya sendiri akan terus dipersoal. Sekiranya itu yang terjadi, bukankah itu satu tragedi buat ummah?

#SokongPindaAkta355.
Inilah Penyelesaian Kita

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 4-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































Harapan kemerdekaan rakyat

NASRUDIN HASSAN | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/ketua-penerangan/42350-harapan-kemerdekaan-rakyat
Seluruh rakyat Malaysia pasti bersyukur sekali dengan kemerdekaan yang diulang sambut pada setiap tahun. Pengalaman dijajah oleh kuasa imperialisme adalah pengajaran sangat berharga dalam berkendiri membangunkan bangsa dan negara tercinta ini.

Justeru, rakyat pasti mahu kemerdekaan ini ditatang dan dipelihara seluruh teras-terasnya.

Menghayati kemerdekaan ini, kami selaku rakyat mengharapkan bagi Malaysia ini:

- Perdana Menteri dan Kerajaan yang merdeka daripada belenggu masalah integriti dan kelemahan urus tadbir termasuk rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa serta amalan pembaziran dan penindasan.

- Sistem politik demokrasi yang merdeka daripada konsep dwi-parti yang saling bertentangan dan bermusuhan serta saling menyalahkan pada hampir setiap masa.

- Ekonomi negara dan ekonomi rakyat yang merdeka daripada unsur penipuan dan riba serta tidak mengalir secara saksama kepada semua.

- Keadaan sosial masyarakat yang merdeka daripada perbuatan jenayah dan ancaman kesihatan serta pencemaran.

- Variasi masyarakat dengan kepelbagaian kaum dan agama yang merdeka daripada dibatu apikan dengan hasutan dan diskriminasi serta tidak saling menghormati.

- Falsafah dan sistem pendidikan yang merdeka daripada menjadikan masyarakat sebagai hamba kepada material dan dijadikan sebagai bahan ujikaji dalam pelaksaan dasar-dasar tertentu yang sudah pun disahkan tidak berkesan dan tidak bermanfaat.

- Generasi pewaris bangsa dan negara yang merdeka daripada sebarang pengaruh dan budaya asing yang mencemarkan dan merosakkan jati diri serta membantutkan kecemerlangan.

Rakyat mesti dan akan "Sehati Sejiwa" merealisasikannya dan semoga Tuhan memakbulkan harapan kita semua.

Selamat meyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke-59.

Inilah Penyelesaian Kita

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 31/8/2016

Sumber HD - 31-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































Soal jawab lazim isu pindaan Akta 355

NASRUDIN HASSAN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42340-soal-jawab-lazim-isu-pindaan-akta-355

SOALAN 1: Mengapa PAS bawa sekarang, seolah-olah ini prioriti dalam negara sedangkan masalah dalam negara begitu gawat seperti 1MDB, masalah kemiskinan di Kelantan, masalah perpecahan orang Melayu dan sebagainya?

Jawapan: Setiap masalah dalam negara memerlukan solusi yang tuntas. PAS berusaha dalam kapasiti yang sedia ada untuk menawarkan dan menyelesaikan masalah yang berlaku. Dalam politik, ekonomi, sosial, persekitaran, sukan dan budaya, PAS sentiasa bersuara untuk memberikan pandangan dan penyelesaian. Setiap masalah besar yang berlaku dalam negara, PAS sentiasa konsisten memperjuangkannya melalui pelbagai mekanisme dalam kerangka demokrasi dan undang-undang.

Kelantan adalah model perjuangan PAS menterjemahkan model kepimpinan dan pentadbiran Islam yang diperjuangkan. Bermula kepimpinan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar sehinggalah sekarang, Kelantan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat dan pembangunan material di samping terus mengguatkan usaha perlaksanaan syariat Islam sebagai merealisasikan kesyumulan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Justeru masalah umat Islam khususnya berkaitan jenayah Syari’ah adalah kritikal terutama yang berkaitan dengan akidah dan kesusilaan. Oleh itu, PAS tampil mencadangkan agar pemasalahan ini boleh dikurangkan menerusi pemerkasaan bidang kuasa Mahkamah Syariah bagi kes-kes jenayah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 – Akta 355. Ini menunjukkan masalah-masalah negara cuba diselesaikan oleh PAS menurut kapasiti, peruntukan undang-undang, semangat demokrasi dan prioriti yang sewajarnya.

Soalan 2:   Apa jaminan RUU 355 ini tidak melibatkan orang bukan Islam?

Jawapan: Akta 355 dan RUU Pindaan Akta 355 ini tidak melibatkan orang bukan Islam. Seksyen 2 Akta 355 menyatakan,

“Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis”.

Usul persendirian YB Ahli Parlimen Marang juga salah satunya adalah untuk menggantikan Seksyen 2 Akta 355 iaitu,

“Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan.”

Ertinya ia adalah jaminan Perlembagaan Persekutuan di mana  Pindaan Akta 355 ini tidak akan melibatkan orang bukan Islam.  Ia jelas termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, Butiran 1 Senarai II - Senarai Negeri.

" ..... yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam ...."

Melainkan orang bukan Islam sendiri bersetuju untuk meminda Perlembagaan Malaysia dengan 2/3 majoriti.

Soalan 3 : Apa perlunya ada dua set undang-undang, satu untuk orang Islam, satu untuk orang bukan Islam?

Jawapan: Ia melibatkan ‘historical context’ dan usaha mereformasikan perundangan di Malaysia. Zaman pra-penjajahan. Penjajahan dan pasca penjajahan telah memberikan kesan kepada sistem perundangan dan institusi mahkamah di Malaysia. Tambahan pula, adalah menjadi kewajiban dan hak bagi umat Islam untuk mendapatkan perlindungan dan tuntutan menerusi sistem perundangan Syariah sepertimana yang telah diiktikadkan dalam Islam.

Undang-undang Islam disifatkan sebagai ‘lex loci’ atau ‘law of the land’ tetapi telah diselewengkan oleh penjajah apabila mereka memperkenalkan Common Law sejak Perjanjian Pangkor 1786.

Sehingga ke satu peringkat, umat Islam pula yang terpaksa mempertahankan undang-undang Syariah daripada ‘diganggu’ oleh undang-undang sivil. Kes ini boleh dirujuk kepada usaha yang dilakukan oleh Almarhum Profesor Dr Ahmad Ibrahim dalam menaiktaraf kedudukan Mahkamah Syariah dengan memasukkan peruntukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Pada masa yang sama, peruntukan ini tidak menjejaskan hak bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Justeru itu, dua set undang-undang atau dua sistem ini adalah ketetapan perlembagaan sejak merdeka. Namun ia juga bukan suatu yang pelik sebab bukan sahaja negara kita tetapi jugak berlaku di negara lain seperti Kanada.

Soalan 4: Mengapa YB Ahli Parlimen Marang tidak terus bentang pada hari berkenaan sebaliknya memohon tangguh ke sidang Parlimen akan datang?

YB Ahli Parlimen Marang diberi peluang membentangkan usul persendirian pada 26 Mei 2016. Ia adalah hari terakhir sidang Parlimen bagi Penggal Keempat Mesyuarat Kedua sebelum mesyuarat kembali bersidang pada bulan Oktober 2016.

Langkah ini adalah untuk membuka peluang kepada ahli-ahli parlimen yang lain membuat persediaan dan persiapan wajar untuk berbahas (seperti yang diminta sendiri oleh MP pembangkang yang lain). Juga untuk membuka ruang yang luas kepada aktiviti dakwah dalam memberi kefahaman kepada masyarakat tentang perlaksanaan syariat.

Secara tidak langsung, ia memberi ruang kepada pendidikan politik dalam kalangan rakyat untuk berbincang, meneliti dan seterusnya menyokong usaha tersebut.

Tindakan YB Ahli Parlimen Marang juga selaras dengan Peraturan Mesyuarat 15 (5) iaitu;

“Usul seseorang yang bukan ahli Kerajaan yang telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang bukan ahli kerajaan”.

Soalan 5: Mengapa usul ini tidak dibawa oleh kerajaan, sebaliknya pihak kerajaan hanya menyokong usul tersebut dibentangkan sahaja?

Jawapan: PAS komited memperjuangkan Islam dalam segenap sudut. Contohnya, sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990, Kerajaan Negeri telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 pada bulan November 1993. Hal ini membuktikan PAS sentiasa mengambil inisiatif untuk bergerak maju ke hadapan untuk memartabatkan Islam.

Akta 355 digazetkan pada tahun 1965 dan kali terakhir ia dipinda pada tahun 1984. Ia hanya meminda perkara atau hukuman yang kecil sesuai dengan keadaan pada waktu itu.

Asalnya merupakan permohonan kerajaan negeri Kelantan kepada Kerajaan pusat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan. Setelah mendapat nasihat daripada Jawatankuasa Teknikal, kerajaan PAS  Kelantan bersetuju melaksanakan syariat setakat mana yg dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu dengan meminda Akta 355.

Tiga puluh tahun selepas pindaan terakhir pada tahun 1984, sekali lagi PAS mengambil langkah ke hadapan untuk mengusulkan pindaan tersebut. Bahkan, langkah tersebut dibenarkan menurut lunas perundangan dan demokrasi.

Soalan 6: Apa jaminan usul ini akan dibenarkan untuk dibahaskan pada sidang Parlimen akan datang?

Jawapan: Peraturan Mesyuarat 15 (5) Dewan Rakyat menyatakan, iaitu;

“Usul seseorang yang bukan ahli Kerajaan yang telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang bukan ahli kerajaan”.

Perkara tersebut juga telah termaktub dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 26 Mei 2016.

PAS yakin usul ini akan dibahaskan dalam sidang Parlimen akan datang. Rakyat pelbagai peringkat juga telah berbahas perkara ini secara meluas. Secara tidak langsung, ia telah membentuk mood yang baik dalam kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, PAS menyerahkan perkara yang bakal berlaku kepada Allah SWT.

Soalan 7: Tidakkah RUU 355 ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

Jawapan: Akta 355 adalah diwujudkan melalui peruntukan perlembagaan persekutuan (Akta Mahkamah Syariah - Bidang Kuasa Jenayah 1965) Memindanya pula adalah mengikut peraturan dewan rakyat yang dibenarkan oleh perlembagaan persekutuan juga

Soalan 8: Apakah RUU 355 ini hudud atau berkaitan dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan?

Jawapan: Berdasarkan pembentangan usul yang dikemukakan oleh YB Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada 16 Mei 2015, beliau mencadangkan agar Seksyen 2 digantikan dengan Seksyen berikut, iaitu;

“Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Undang-Undang Persekutuan”.

Selain itu, beliau juga mahu memasukkan seksyen baru iaitu Seksyen 2A, iaitu,

“Dengan menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain dari hukuman mati”.

Justeru itu, Pindaan Akta 355 hanya akan melibatkan perlaksanaan hukuman ke atas bentuk kesalahan yang telah sedia ada dalam Akta 355 dengan jumlah hukuman yang menepati piawaian undang-undang Syariah.

Soalan 9: Adakah PAS yakin bahawa PAS tidak akan ditipu oleh Umno dalam konteks RUU 355 ini?

Jawapan: PAS berpegang kepada firman Allah SWT:

وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
وَإِن يُرِيدُوا أَن يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

“Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, dan engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah bagimu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan bantuan daripada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Anfal, ayat 61 dan 62)

Soalan 10: Seandainya Pindaan Akta 355 ini diluluskan, bersediakah agensi-agensi pelaksana undang-undang di negara kita?

Jawapan: PAS yakin bahawa setiap undang-undang yang digazetkan akan disusuli dengan pelbagai tindakan lain untuk dikuatkuasakan. Oleh itu, semua agensi yang terlibat akan turut sama menjayakan agenda Akta 355 ini nanti. Setiap agensi pelaksana akan sentiasa melakukan perubahan-perubahan yang dinamik selari dengan kehendak perundangan. – HARAKAHDAILY 1/9/2016


Sumber HD - 1-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) Alternatif Terbaik Ganti PTPTN

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Mekanisma pemberian hutang kepada para pelajar menerusi PTPTN nyata bukan lagi kaedah terbaik bagi membiayai pendidikan tinggi negara. Perkara ini bukan sahaja melihat kepada aspek hutang, malah juga bebanan “tambahan” untuk membayar hutang yang terpaksa ditanggung oleh para graduan institusi pengajian tinggi di negara ini.
Dalam muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia pada Jun yang lalu mengusulkan agar sistem wakaf dijadikan teras kepada pembiayaan pendidikan tinggi negara dengan nama Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) sebagai alternatif bagi menggantikan seribu satu masalah yang dihadapi PTPTN.
Sistem wakaf pendidikan tinggi telah diaplikasi semasa era pemerintahan Islam dahulu. Universiti Al-Qarawiyin di Fes, Morocco yang dibina pada tahun 245 Hijrah merupakan universiti pertama yang dibina berasaskan sistem wakaf diikuti Universiti Al-Azhar di Kaherah yang dibina pada tahun 359 Hijrah. Model pembangunan dana wakaf yang sama juga dijadikan ikutan di universiti-universiti terkemuka.
Sistem dana wakaf pendidikan tinggi bukan sahaja mengelakkan bebanan hutang yang ditanggung selepas tamat belajar, malah memberikan peluang seluas-luasnya kepada para pelajar bagi menyambung pelajaran mereka dan dalam masa yang sama melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi di kalangan semua pihak bagi membentuk modal insan yang signifikan kepada pembangunan negara.
Sistem wakaf PTWPN perlu diluncurkan ke tengah masyarakat dengan asas permuafakatan dan dijana oleh semua pihak atas prinsip “fastabiiqul-khairat”. Perkara ini selaras dengan gagasan melahirkan masyarakat yang bertamadun dan berilmu pada masa akan datang.

*** Ustaz Nasrudin bin Hassan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber BO - 24-8-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































Cegah rasuah: Salah guna kuasa penjawat awam

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42248-cegah-rasuah-salah-guna-kuasa-penjawat-awam

Pada 2015, 398 penjawat awam ditahan kerana kesalahan rasuah; iaitu meningkat sebanyak 173 orang berbanding pada 2014 yang berjumlah 225 orang. Bagi tempoh Januari hingga Februari 2016 sahaja pula, sudah 98 orang ditahan di atas kesalahan yang sama.

Pada Mac 2016, seorang berpangkat Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan Sukan menghadapi 32 pertuduhan rasuah berjumlah RM38.4 juta.

Pada bulan ini pula, seorang pegawai kanan DBKL ditahan bersama 2 yang lain kerana kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram. Wang simpanan dan amanah saham bernilai melebihi RM13 juta dibekukan serta beberapa kediaman, kenderaan mewah dan wang tunai berjumlah RM400,000 turut disita.

Berdasarkan trend ini, tidak mustahil jumlah salah laku ini akan terus meningkat sekiranya tiada langkah pencegahan menyeluruh dan berkesan dibuat. Lebih merisaukan ia melibatkan semua peringkat penjawat awam.

Turut membimbangkan ialah bagi tempoh 2013 hingga 2015, 55% daripada 1,902 tangkapan rasuah yang dibuat adalah membabitkan golongan belia berusia 40 tahun ke bawah.

Oleh itu, saya menggesa dan mencadangkan perkara-perkara berikut:

(a) Kerajaan perlu komited dan telus membanteras gejala salahguna kuasa dan rasuah, bermula dari pemimpin negara dan khususnya yang berlaku di kementerian dan jabatan atau agensi Kerajaan. Budaya kronisme dan nepotisme yang wujud mesti dirobohkan kerana ia telah menjadi benteng bagi melindungi para pelaku rasuah dan salah guna kuasa dalam struktur pentadbiran Kerajaan.

(b) Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti mengutamakan fokus pada sektor atau bidang tertentu yang dikenalpasti menjadi titik punca merebak dan giatnya gejala rasuah berlaku. Jaminan untuk menjalankan siasatan secara bebas dan kuasa untuk mendakwa juga mesti diberikan kepada SPRM.

(c)Penjawat awam perlu berani tampil sebagai pemberi maklumat atau saksi bagi mendedahkan salah laku yang berlaku dalam perkhidmatan awam. Pada masa sama, Kerajaan perlu menyediakan suasana yang kondusif termasuk pada aspek peruntukan undang-undang bagi membolehkan mereka berbuat demikian.

(d) Orang awam mesti menolak semua bentuk dan unsur rasuah, memberikan sokongan dan bantuan kepada agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan dan memastikan individu-individu yang telah didakwa atau disabitkan dengan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ini tidak lagi menduduki mana-mana jawatan yang berkaitan dengan kepentingan orang awam dan negara termasuk lantikan politik.

Saya berharap dengan kerjasama padu daripada semua pihak ini akan dapat membebaskan Malaysia daripada semua salah laku ini dalam masa yang lebih cepat.

“Inilah Penyelesaian Kita”

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 23/8/2016

Sumber HD - 23-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































Ambil kesempatan kutuk serangan di Syria dan Gaza

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42255-ambil-kesempatan-kutuk-serangan-di-syria-dan-gaza

Saya menggesa Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil kesempatan mengutuk tindakan kejam negara-negara tertentu yang mengakibatkan ribuan rakyat Syria dan Palestin yang terkorban sehingga ke hari ini.

Beliau akan mempengerusikan perbahasan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang bermula pada 22 hingga 26 Ogos di New York.

Gambar viral seorang kanak-kanak lelaki, Omran Daqneesh yang berlumuran darah dan berdebu kerana serangan bom di Aleppo sudah cukup menjustifikasikan tindakan regim ke atas orang awam yang tidak berdosa. Malah, menurut laporan Local Coordination Committee (LCC), lebih 500 rakyat Syria terbunuh dalam tempoh 7 hari minggu lalu. Kita harap TPM tegas dan berani menyuarakan kutukan atas nama kemanusiaan dan keadilan.

Hari ini, di Gaza juga sedang berlaku serangan jet tentera zionis Israel dan membedil kawasan-kawasan tertentu sehingga memusnahkan kediaman dan kematian orang awam. Ramai rakyat di negara ini telah mengambil inisiatif menghantar bantuan ke negara bergolak seperti Syria dan Palestin menerusi beberapa NGO.

Kini, rakyat Malaysia mahukan penegasan politik di atas satu platform yang berautoriti untuk mengutuk tindakan kejam regim Rusia dan Amerika Syarikat sepertimana yang telah dilaporkan oleh pihak media.

Selain itu, selayaknya TPM terus menuntut keadilan di atas ruang antarabangsa yang lebih terbuka ke atas mangsa-mangsa pesawat MH17 yang terkorban pada bulan Julai 2014 yang lalu. Kita tidak mahu isu perbalahan Rusia-Ukraine menenggelamkan nasib mangsa yang terkorban.

Pra perbahasan UNSC beberapa hari lalu telah menyaksikan Rusia dan Ukraine bertikam lidah mengenai provokasi perang di wilayah Crimea, manakala laporan interim pasukan penyiasat antarabangsa MH17 yang diketuai oleh Belanda telah ditolak secara simplistik oleh Rusia.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
20 Zulkaedah 1437 | 23 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 23/8/2016

Sumber HD - 23-8-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































Transformasi perkhidmatan awam darat, kepuasan pengguna jadi keutamaan

NASRUDIN HASSAN | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/ketua-penerangan/42204-transformasi-perkhidmatan-awam-darat-kepuasan-pengguna-jadi-keutamaan

1. Kehadiran perkhidmatan Uber dan GrabCar telah memberi cabaran yang lebih besar terhadap kemampanan industri teksi di negara ini. Malah, pengiktirafan terhadap perkhidmatan tersebut dilihat akan memberi implikasi negatif jika tiada langkah proaktif untuk memberi nafas baru terutamanya kepada industri teksi di Malaysia.

2. Isu yang menjadi perhatian adalah beberapa langkah pihak kerajaan dalam usaha menyediakan "padang yang sama rata" terhadap industri teksi, Uber dan GrabCar. Ini melibatkan pengenalan terhadap sistem "e-hailing" kepada semua termasuk perkhidmatan teksi, pengenalan kad pemandu Uber dan GrabCar serta kelonggaran beberapa peraturan (deregulation) terhadap industri teksi.

3. Namun, beberapa asas dalam mewujudkan situasi yang sama rata itu masih tidak dicermati dengan baik. Antaranya masalah permit individu pemandu teksi, cengkaman daripada syarikat-syarikat teksi dan juga kebajikan para pemandunya.

4. Di samping itu, cadangan kerajaan untuk mengenakan cukai kepada pemandu Uber dan GrabCar bukan langkah yang bijak kerana tambahan caj akhirnya dipindahkan kepada pengguna. Maka, bebanan itu terpaksa ditanggung pula oleh para pengguna.

5. Mewujudkan situasi yang sama rata adalah bahagian penting bagi melahirkan persaingan yang sihat kepada perkhidmatan awam darat. Persaingan yang sihat seterusnya akan memberikan kepuasan dan kemudahan yang akan dinikmati oleh para pengguna.

6. Tuntasnya, kerajaan perlu meneliti kesemua aspek secara teliti dan tidak mencari peluang untuk memperoleh "keuntungan" secara mudah tetapi akhirnya menjadi bebanan yang terpaksa ditanggung pemain industri seterusnya para pengguna yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 18/8/2016

Sumber HD - 22-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































Jual saham Proton: Bisnes atau politik?

HARAKAHDAILY | .


                                                                                                              http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42167-jual-saham-proton-bisnes-atau-politik                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Saya agak terkejut apabila berita penjualan keseluruhan saham Proton kepada pelabur luar diwar-warkan di media pada minggu lalu. Adakah ini sebahagian syarat yang terdapat dalam terma pembiayaan kerajaan kepada DRB-Hicom?

Adakah penjualan ini juga sebahagian daripada respon DRB-Hicom terhadap keengganan kerajaan mengambil alih Proton? Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan desas-desus ini juga berkaitan dengan sentimen politik kem Najib (kerajaan) dan kem Mahathir-Muhyiddin (DRB-Hicom).

DRB-Hicom telah cuba memohon pembiayaan mudah daripada kerajaan berjumlah RM1.5 bilion sejak suku pertama tahun 2016. Namun, status pembiayaan tersebut masih belum jelas kerana kerajaan telah menetapkan pelbagai syarat untuk menstruktur semula perniagaan syarikat automotif negara termasuk membayar hutang kepada vendor-vendor Proton. Penjualan saham Proton juga boleh berlaku bagi mendapatkan rakan kongsi strategik untuk meningkatkan keupayaan Proton ke aras yang lebih baik.

Persoalannya, ke manakah hala tuju Proton? Adakah desas-desus ini disebabkan oleh sentimen politik-bisnes yang sedang berlaku dalam Umno hari ini? DRB-Hicom sedang bergelut dengan komitmen kewangan yang tinggi akibat daripada prestasi jualan Proton yang semakin lemah disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan luaran. Disebabkan itu, tidak mustahil penjualan keseluruhan atau sebahagian besar saham Proton boleh berlaku dalam masa terdekat sekiranya DRB-Hicom gagal untuk meneruskan komitmen perniagaannya.

Adakah hasrat penjualan Proton kepada pelabur luar adalah jalan terbaik untuk memulihkan status kewangannya? Adakah Proton boleh diselamatkan atau ia akan mengulangi nasib seperti MAS? Proton bukan sekadar syarikat automotif bahkan ia mempunyai nilai sentimen dan maruah rakyat serta negara.

Saya berharap pelan pemulihan Proton mesti diagendakan supaya ia tidak lagi terus menanggung kerugian pada masa-masa akan datang.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
12 Zulkaedah 1437 | 15 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 15/8/2016                                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 15-8-2016       
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































FGV: Beruang anak emas, peneroka anak pungut

NASRUDIN HASSAN | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42145-fgv-beruang-anak-emas-peneroka-anak-pungut                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   KRISIS yang melanda syarikat korporat Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV) masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Daripada konflik kepimpinan yang menerajuinya sehinggalah kepada prestasi pasaran semasa dan kedudukan saham FGV yang masih kekal di bawah RM2.00.

Ketiadaan fokus yang lebih jitu bagi menyelesaikan masalah yang semakin membengkak, FGV pula sebaliknya dilihat menyalurkan sejumlah besar wangnya bagi kempen melindungi beruang matahari di Terengganu.

Fokus kerajaan bagi memulihkan kedudukan saham FGV merupakan suatu perkara yang sangat mustahak. Jika jutaan ringgit dapat disalurkan bagi menyelamatkan kepupusan spesies haiwan tersebut, apakah suatu yang terlalu sukar bagi kerajaan memenuhi harapan 100,000  peneroka yang pernah dijanjikan dengan keuntungan berlipat kali ganda hasil pelaburan daripada FGV suatu ketika dahulu.

Namun, persoalan yang masih tinggal tanda tanya adalah apakah langkah strategik kerajaan bagi meningkatkan prestasi pasaran saham yang pernah mencapai nilai RM5.39 pada awal-awal hari saham tersebut diniagakan pada 2012 yang lalu?
Apakah faktor tersebut benar-benar berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dunia atau sememangnya krisis kepimpinan Felda telah mengalami 'deficit-trust' yang menyumbang kepada kesan negatif terhadap keyakinan para pelabur. Rakyat khususnya peneroka Felda berhak mendapatkan jawapannya. – HARAKAHDAILY 13/8/2016                                                                                                                                                                                                                                   Sumber HD - 13-8-2016                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































Akta 355: Kami sedia dialog dan debat

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42140-akta-355-kami-sedia-dialog-dan-debat                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Pindaan Akta 355 semakin mendapat perhatian umum. Antara yang menyokong dan menentang mewakili kumpulan masing-masing. Kami dari pihak PAS sejak awal bersedia pada bila-bila masa untuk berdialog bagi menyingkap kekeliruan.

Kepada pihak ingin mencari kebenaran dan mendapatkan pencerahan, kami sedia hadir untuk berdialog dan memberi penerangan.

Kepada pihak yang menentang dan berhujjah untuk menolak keperluan pindaan Akta 355, kami sedia hadir untuk berdebat bagi mempertahankan kebenaran dan kewajaran.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 12/8/2016                                                                                                                                                                                                                                   Sumber HD - 12-8-2016                                                                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

























































































































































































































































































Peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi masih rendah

NASRUDIN HASSAN | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/ketua-penerangan/42112-peratus-tenaga-kerja-berkemahiran-tinggi-masih-rendah                                                                                                                                                                                                                                                                                                      1. Malaysia akan terperangkap dengan kelembapan peningkatan tenaga kerja berkemahiran tinggi sekiranya tiada inisiatif baru yang diambil menjelang tahun 2020. Secara tidak langsung, pertumbuhan ekonomi negara akan perlahan dan banyak bergantung kepada sumber luar. Malaysia mesti mencapai sekurang-kurangnya 45 peratus jumlah tenaga kerja mahir untuk meningkatkan produktiviti negara berbanding hanya sekadar 28 peratus sahaja pada tahun ini.

2. Saya bimbang kerana peningkatan jumlah siswazah tidak disokong dengan kewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Peratusan kategori ini semakin menurun daripada 27.6% pada tahun 2010 kepada 25.2% pada tahun 2014. Ini bermakna lambakan jumlah siswazah kebanyakannya mungkin memenuhi kategori tenaga kerja berkemahiran separuh mahir. Fakta menunjukkan peratusan tenaga kerja berkemahiran separuh mahir meningkat secara signifikan daripada 7.3% (2010) kepada 8.4% (2014).

3. Pada masa yang sama, keadaan ini bertambah buruk apabila pergantungan negara terhadap buruh asing semakin tinggi bagi mengisi tenaga kerja berkemahiran rendah. Pada tahun 2014 sahaja, jumlah pekerja asing yang berdaftar telah mencecah lebih 2 juta orang dan ia meningkat secara mendadak sebanyak 150% sejak dari tahun 2000. Hal ini bermakna, kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia tempatan mungkin akan melebar kerana tidak dapat memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan.

4. Keadaan ‘mismatched’ dalam pasaran buruh akan menjejaskan rentak pertumbuhan ekonomi dan tidak mustahil ramai golongan berpendidikan tinggi akan mendapat pulangan yang tidak setimpal dengan tahap pendidikan mereka. Malah, lebih parah lagi jika mereka berhijrah ke negara-negara luar. Keadaan ini menunjukkan pasaran buruh di Malaysia semakin tidak kompetetif dan satu penggemblengan usaha mesti dilakukan dengan lebih segera.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
6 Zulkaedah 1437 | 9 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 9/8/2016                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 9-8-2016                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

























































































































































































































































































'Patuh syariah' untuk semua

HARAKAHDAILY | .

                                              http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42103-patuh-syariah-untuk-semua                                                                                                                                                                                                   Soalan yang saya kemukakan di Dewan Rakyat pada tahun lalu kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Alhamdulillah akhirnya diberikan perhatian serius oleh Kerajaan sehingga membawa kepada pindaan Akta KWSP sedia ada yang diluluskan pada tahun ini. Semalam, KWSP telah memulakan sesi pendaftaran bagi skim Simpanan Shariah yang akan berkuatkuasa pada Januari 2017 akan datang.

Berkenaan pelancaran skim Simpanan Shariah ini, saya sangat bersyukur dan gembira kerana beberapa perkara:

a) Kerajaan menunjukkan kesediaan dan berusaha untuk memastikan aspek patuh syariah ditegakkan dalam skim simpanan wang persaraan pekerja.

b) KWSP membuktikan komitmen yang tinggi dan tindakan yang proaktif dengan menggerakkan kempen secara meluas dan mengumumkan dana tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun.

c) Umat Islam menyambut baik dan memberikan sokongan kepada usaha ini yang boleh dilihat sebaik pengumuman mengenainya dibuat dan setelah kaunter pendaftaran mula dibuka semalam.

d) Orang-orang bukan Islam turut menunjukkan minat dan menyertai skim Simpanan Shariah ini kerana yakin dengan kebolehan dan keberkesanannya.

Saya meyakini bahawa aspek patuh syariah ini semakin mendapat perhatian, minat dan sokongan pelbagai pihak. Buktinya dapat dilihat jelas menerusi sistem kewangan dan perbankan Islam yang telah diperkenalkan sebelum ini dan terbaru menerusi skim Simpinan Shariah ini.

Saya optimis bahawa aspek patuh syariah ini juga akan mendapat sokongan dan penyertaan orang ramai dan pelbagai pihak jika dilaksanakan dalam bidang-bidang lain termasuk bidang perundangan di negara ini.

Saya juga percaya bahawa dogma 'patuh syariah' akan menyebabkan masalah dalam kalangan orang-orang bukan Islam adalah tidak benar dan sudah lagi tidak wujud; kerana 'patuh syariah' adalah rahmat untuk semua. - HARAKAHDAILY 9/8/2016
Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.                                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 9-8-2016                                                                                                                             -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------     
Parti baharu: Pas tak akan ulang kesilapan lalu
Posted on Saturday, August 06 @ 22:33:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31277



SHAH ALAM – Pas akan mengkaji dasar dan prinsip parti sebelum memutuskan menyertai atau sebaliknya parti baharu yang diperjuangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pas sudah belajar daripada kesilapannya yang lalu dan tidak lagi mahu mengulangi perkara sama.

“Pas bekerjasama atau tidak, bergantung kepada dasar parti atau prinsip perjuangan parti tersebut dan agenda perjuangan mereka. Kita perlu hati-hati dan teliti lebih lanjut, tidak semestinya mereka di blok pembangkang (yang menentang kerajaan), Pas akan terus hulur kerjasama.

“Sebagai sebuah parti dewasa dan berpengalaman, sebahagian ilmu dan pelajaran adalah pengajaran yang Pas lalui, Pas tidak akan ulang kesilapan lalu,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ‘kesilapan’ Pas bekerjasama dengan DAP menerusi ikatan Pakatan Rakyat terdahulu.

Katanya lagi, Pas tidak menentang penubuhan parti baharu di negara ini selagi ia ditubuhkan mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Kita perlu nilai dan kaji untung rugi (sekiranya mahu bekerjasama dengan parti baharu) terhadap perjuangan yang didukung Pas.

“Kita tidak hanya berjuang sekadar menjadi pembangkang dan menentang kerajaan semata-mata, kita berjuang secara berprinsip dengan matlamat membina negara sejahtera dan membina kebaikan untuk rakyat,” katanya lagi.

                                                                                                                                                                     Sumber TKO - 8-8-2016                                                                                                                            ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































WIEF mesti sasar selesai cabaran ekonomi ummah

                                                                                                                                                                   http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42057-wief-mesti-sasar-selesai-cabaran-ekonomi-ummah                                                                                                                                                       HARAKAHDAILY | .


Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo kerana telah menganjurkan program berprestij Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) yang bermula sejak kelmarin.

Saya turut menyokong saranan beliau supaya seluruh negara Islam bersatu menggembleng dan memanfaatkan keunikan demografi ummah untuk menempuh cabaran dunia yang semakin kritikal terutamanya dalam aspek penguasaan media serta teknologi.

Malaysia dan Indonesia antara negara yang mempunyai populasi Muslim yang ramai. Secara tidak langsung, ia memberikan gambaran sebenar kedudukan semasa taraf sosio-ekonomi umat Islam.

Namun, ia tidak boleh digeneralisasikan kerana masih banyak negara Islam terutamanya di Asia Tengah, Afrika dan Timur Tengah bergelut dengan kondisi yang lebih memilukan. Pemasalahan ini yang mesti disasarkan supaya kekuatan ekonomi dan politik negara umat Islam dilihat seimbang dan berpengaruh.

Saya turut menyokong pandangan beberapa perwakilan negara di WIEF termasuk Malaysia yang tegas menolak sebarang intervensi kuasa luar terhadap kedaulatan negara-negara Islam.

Pengalaman di Iraq, Afghanistan, Libya dan Syria telah mengajar kita bahawa campur tangan luar terutamanya daripada Amerika serta Rusia telah meranapkan struktur-struktur negara. Namun, pada masa yang sama negara-negara Islam yang sedang membangun juga digesa untuk mengurangkan pergantungan terhadap kuasa-kuasa Barat.

Saya mengalu-alukan pelbagai perkongsian agenda WIEF yang lebih cenderung kepada topik-topik bisnes, pasaran modal dan galakan perdagangan. Walaupun begitu, kita juga harus peka terhadap pemasalahan utama ekonomi dunia hari ini.

Antara cabaran ekonomi dunia yang turut membelenggu negara-negara Islam ialah jaminan sekuriti makanan yang disebabkan oleh peningkatan populasi mendadak menjelang 2050, kesenjangan pendapatan dalam dan luar negara, kualiti penjagaan kesihatan dan migrasi akibat daripada konflik dalam negara.

Sebagai contoh, migrasi umat Islam dari negara-negara konflik ke negara-negara Barat seperti Jerman, Sweden, United Kingdom dan Denmark telah memberikan impak besar terhadap sosio-ekonomi negara berkenaan.

Berdasarkan statistik, kebanyakan migran umat Islam disinonimkan dengan peningkatan kadar jenayah, liabiliti ekonomi dan ancaman teroris. Hal ini memberikan tamparan besar terhadap maruah umat Islam yang semakin tertekan. Kini, Jerman khususnya berdepan dengan penentangan terbuka terhadap migrasi Muslim yang berjumlah kira-kira 4.76 juta orang.

Saya amat berharap agar semua negara anggota WIEF memberikan fokus lebih utama terhadap cabaran semasa umat Islam global berbanding usaha untuk merancakkan bisnes dan perdagangan semata-mata.

Kesan mudarat yang dihadapi oleh ummah lebih besar dan pergolakan ini mesti diselesaikan secara tuntas dengan solidariti seluruh negara-negara Islam yang sedang membangun.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
1 Zulkaedah 1437 | 4 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 4/8/2016                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 4-8-016                                                                                                                              --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

























































































































































































































































































PAS tolak rancangan Zahid, tak perlu 

jawatankuasa baru

HARAKAHDAILY | .



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak rancangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai kos sara hidup rakyat.

Ini dianggap langkah simplistik selepas anggota kabinet mencadangkan rakyat melakukan 2 kerja bagi
menampung kos sara hidup bulanan.

Penolakan itu berasas kerana sebelum ini, sejak Januari 2014 hingga Mei 2015, kabinet memang telah
mempunyai sebuah jawatankuasa khas untuk menangani kos sara hidup rakyat yang telah
dipengerusikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sewajarnya,
pelbagai pelan dan polisi telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Sekarang tiada lagi keperluan untuk menubuhkan pelbagai lagi jawatankuasa, makmal dan kajian.

Sepatutnya, kerajaan mengambil tindakan drastik untuk memulihkan kos sara hidup rakyat dengan
segera dan mesti memberikan kesan yang efektif bagi menangani cabaran ini.

Jika jawatankuasa khas sebelum ini berfungsi dengan baik dan seluruh kabinet mementingkan agenda
ini, sudah pasti pelbagai langkah telah diambil sejak tahun lalu.

Namun, sepanjang tahun 2015 ini, tiada sebarang langkah penting untuk meringankan kos sara hidup
rakyat, sebaliknya kerajaan mengumumkan pelbagai pakej kenaikan harga dan kadar baru yang
membebankan rakyat.

Semua kadar tambang pengangkutan awam dan tol telah meningkat, disusuli dengan kenaikan
pelbagai harga barangan serta perkhidmatan kesan daripada pelaksanaan GST,

Malah, menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP), memang sudah terdapat satu Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menangani kos sara hidup rakyat yang telah ditubuhkan sejak
tahun 2011.

Namun, jika kita menilainya sehingga hari ini, tiada impak yang berkesan untuk mengurangkan kos
sara hidup tersebut.

PAS tidak mahu dalam tempoh 2015 dan 2016 ini, kerajaan mengambil pelbagai peluang untuk
menaikkan pelbagai harga dan kadar baru sebelum mengumumkan pelbagai ‘goodies’ pilihan raya
pada tahun 2017 dan 2018 nanti.

Ini adalah kitaran politik-ekonomi yang amat buruk dan ia sememangnya telah memperjudikan nasib
rakyat.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
17 Rabiul Awwal 1437 / 30 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 30/12/2015

Sumber HD - 30-12-2015                                                                                                                          ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                 

‘Tali Allah’ Pengikat Perpaduan Ummah


Oleh : Nasrudin bin Hassan

Politik negara bagai terkesima seketika apabila tumpuan hampir semua pengamat politik dan media
hari ini teralih arah kepada Multaqa Serantau Alumni Al Azhar Malaysia 2015 yang berlangsung di
Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur sejak 16 Disember dan berakhir hari ini.

2. Suatu program yang telah membariskan dua pemimpin besar negara iaitu YAB Perdana Menteri
DS Mohd Najib dan YB. Presiden PAS DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di pentas yang sama
bagi membicarakan isu Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi.

3. Ia bukan sahaja mengulangi sejarah Mei 2002 yang lalu, apabila Dewan Bahasa Pustaka juga
 telah membariskan dua pemimpin besar negara iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana
Menteri ketika itu dan Al Marhum Tuan Guru Dato Fadhil Mohd Noor selaku Presiden PAS pada
masa itu dengan membawa topik yang membicarakan soal Palestine serta menuntut kesatuan
ummah untuk menanganinya.

4. Kali ini, perbahasan isu yang menemukan pemimpin utama dua parti politik besar negara adalah
lebih luas sempadan tajuknya menjangkau isu perpaduan ummah sejagat dengan meletakkan pasak
“Tali Allah swt” sebagai tunjang perpaduan ummah.

5. Saya kira semua orang suka perpaduan. Tidak ada orang yang seronok bersengketa sepanjang
masa. Semua orang mengimpikan suatu ketenangan, kedamaian, keharmonian, kebahagiaan dan
sebagainya.

6. Fenomena ini hanya boleh dicapai dengan amalan politik matang. Politik fasa baru negara dengan
meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah supaya melaksanakan Islam dan
keadilan kepada semua kaum. Sementara pembangkang pula berperanan secara konstruktif
membangun dan membina serta mewujudkan check and balance. Yang benar katakan benar dan
yang salah katakan salah.

7. Politik matang yang menuntut semua pihak berlapang dada dan mampu duduk semeja serta
 berdiri sepentas bagi membincangkan isu – isu bersama khasnya perkara yang boleh menyatukan
ummat Islam. Justeru musuh Islam sememangnya siang dan malam merencana untuk memecah
belahkan ummat Islam. Mereka berpesta apabila ummat Islam bercakaran dan pastinya mereka
tidak senang duduk apabila ummat Islam bersatu dengan ikatan yang kukuh iaitu Islam.

8. Ummat Islam adalah ummat terbaik. Namun ia menjadi lemah dan lesu apabila ia berpecah.
Maka pemimpin ummat Islam wajib memikirkan bagaimana kesatuan ummat Islam boleh
diusahakan dan Allah swt telah mengajar kita bagaimana prinsip dan syarat penyatuan itu
dilakukan.

9. Tiadalah suatu yang indah dalam kehidupan ini melainkan apabila kita boleh melaksanakan apa
yang telah diperintahkan oleh Allah swt. saat ianya sukar dilakukan. Antara perintah Allah swt yang
termaktub di dalam Al Quranil Kareem, namun sangat sukar untuk direalisasikan ialah “Perpaduan
Ummat Islam Berasaskan Tali Allah swt”

10. Firman Allah swt di dalam Surah Aali Imran 103 ini adalah ayat yang popular dibacakan tatkala membincangkan isu perpaduan, namun ia belum popular untuk dipraktiskan di negara kita. Hayati
ayat ini terlebih dahulu :

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ
فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ
فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ


Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah dan ingatlah
nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah
menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah
kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi
jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka tersebut. Demikianlah Allah menjelaskan
kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

11. Saya mengamati ucapan panel undangan di Multaqa Serantau Alumni Al Azhar kelmarin dan
juga ucapan kedua – dua pemimpin utama dari dua parti politik besar Ummat Islam di Malaysia ini.
Kesemua ucapan dan kenyataan yang diungkap mengenai perpaduan ini disusun dengan begitu baik
dan indah.

12. Namun, perlu saya tegaskan di sini, bahawa keindahan perpaduan ummah itu tidak akan menjadi
realiti jika tali pengikatnya bukan “Tali Allah swt”. Ini adalah syarat terpenting dan inilah asas
keindahan yang dimaksudkan.

13. Tali Allah swt atau Al Islam adalah hanya sanya tali kukuh yang boleh menambat hati dan jiwa
manusia untuk damai tanpa sengketa. Manusia tidak mungkin boleh ditambat dengan ideologi
ciptaan manusia, wang ringgit, perkauman, isu politik, ekonomi dan lainnya.

14. Hanya Islam ! Mengenepikan Islam maka terburai segalanya. Tidak mengambil Islam maka
binasalah impian untuk bahagia, tenang, damai dan aman di dunia dan akhirat. Gagal mempraktiskan Islam dalam sistem kehidupan kita samada secara individu mahupun bernegara, maka binasalah peradaban dan
gelaplah masa depan ummah.

15. Menolak dan menentang Islam adalah satu kezaliman yang mesti diperangi habis – habisan
hingga ke akhir hayat. Mengaku tidak menentang Islam tetapi tidak mempraktiskan Islam malah
terus kekal melakukan mungkar dan maksiat juga merupakan kezaliman yang wajar diperangi.
Firman Allah swt :

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ
فَإِنِ انتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ


Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah (iaitu penentangan terhadap Islam), dan
(sehingga) jadilah Ugama itu hanya milik Allah. Kemudian jika mereka berhenti (dari menentang
Islam) maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. – Surah
Al Baqarah : Ayat 193

Sumber BO - 18-12-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                                -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS : Merajah Peta Baru Perjuangan. Vol 1

1. Perjuangan di era millenia ini mempunyai cabaran tersendiri. Namun tetap menjanjikan 
tentangan sengit buat perjuangan Islam dari segenap penjuru. Pastinya kemenangan Islam tidak 
dianugerah secara percuma malah tidak juga boleh dibeli dengan harga yang murah.

2. Pendedahan Al Quran terhadap strategi dan modus operandi musuh Islam sangat jelas dan ia 
tidak pernah luntur merentas zaman. Ia sering dipersembahkan dengan aneka pelan tindakan 
untuk memastikan Islam ditewaskan dan ummatnya tumpas.

Dan mereka (musuh Islam) sentiasa memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu dari 
ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang 
murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap ingkar, 
maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka 
itulah ahli neraka, kekal mereka di dalam neraka buat selama-lamanya. (Al Baqarah : Ayat 217)

3. Justeru itu, kebijaksanaan (hikmah) perjuangan Islam juga tidak pernah statik atau kaku 
dalam mendepani ancaman musuhnya di setiap dimensi. Pemimpin dan pejuang Islam yang dekat 
dengan Allah swt, ikhlas memikul tanggungjawab perjuangan dan gigih meredah pahit getir 
ancaman, akan dikurniakan nusrah (pertolongan) oleh Allah swt untuk memimpin jamaah dan 
menyelamatkan ummah.

4. Pengalaman 64 tahun menjulang panji perjuangan Islam di bumi bertuah, kini PAS terus 
tabah dan mantap menyerap tekanan. Bahkan semakin yakin dan bijak membaca rentak irama serta 
gerak tari musuh Islam dan bonekanya di zaman perang cyber dan penguasaan media baru ini.

5. Kelicikan musuh Islam menyusup masuk melepasi sempadan privasi ummat Islam menerusi 
pelbagai aplikasi media baru sedikit sebanyak mampu mengucar-kacirkan perpaduan ummat 
Islam. Seterusnya melemahkan kuasa ekonomi dan penguasaan politik ummat Islam.

6. PAS sewajarnya mengambil tanggungjawab penuh untuk mengembalikan semula kekuatan 
ummah. Menghalang segala kerja jahat musuh dan bonekanya dari terus bermaharajalela serta  
menguasai ummat Islam dan negara ini.

7. Tugas ini pastinya mencabar, khasnya tindakan untuk meluruskan kembali kepercayaan 
ummat Islam bahawa mereka mesti bangkit dan bersatu demi sebuah kehidupan yang sejahtera, 
damai, selamat dan membangun.

8. Tanggungjawab besar dan segera bagi Parti Islam Se Malaysia (PAS) ini ialah memurnikan 
pemikiran ummah, agar mereka kenal siapa musuh dan siapa pula kawan. Justeru Perang cyber 
mampu merubah personaliti malah menukar identiti. Fenomena ini sungguh mengelirukan dan 
berupaya memporak perandakan keutuhan saf ummat Islam juga melaga - lagakan pemimpin ummat 
Islam.

9. Tugas Reformasi, Tajdid dan Islah ini memerlukan kesungguhan, keberanian dan keyakinan 
pemimpin PAS untuk bertindak merajah peta baru perjuangan Islam di era ini. Sementelah PAS 
adalah sandaran dan harapan ummah untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan 
sinar keadilan dan kesaksamaannya.

10. Konsisten dengan hala tuju untuk menegakkan kebenaran serta keadilan di bumi tercinta, 
konfiden dengan strategi untuk menyatukan ummat Islam berpaksi syariat dan komited dengan 
pendekatan semasa yang diputuskan bersama, adalah ramuan berkesan untuk capai matlamat dan 
objektif perjuangan Islam yang didukung ini.

bersambung ......

Beristiqamah Hingga Kemenangan.

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber PP - 10-12-2015        

--------------------------------------------------------

Kaji semula yuran pengajian tinggi



NASRUDIN HASSAN | 
.

membenarkan universiti awam menaikkan kadar yuran bagi program prasiswazah. 

Malah, PAS meminta pihak kerajaan untuk mengkaji semula yuran pengajian semasa yang dikenakan 
terhadap para pelajar.

Ekoran daripada satu kajian yang dilakukan oleh Expert Market (London) bulan Oktober yang lalu, 
Malaysia disenaraikan sebagai negara kelima paling mahal untuk mendapatkan akses pendidikan di 
universiti. 

Kajian ini berdasarkan yuran pengajian yang disenaraikan dalam laporan Quacquerelli Symmonds 
Top Universities (QSTU) dan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah berdasarkan laporan 
Pendapatan Gallup Median Self-Reported 2013.

Rakyat perlu diberi penjelasan, apakah justifikasi kerajaan dalam menentukan kadar yuran pengajian
tinggi khususnya di universiti awam.

Adakah terdapat ruang untuk mengurangkan kadar yuran semasa bagi mengelakkan bebanan subsidi 
pendidikan dan perbelanjaan rakyat?

Kadar yuran semasa yang masih tinggi menyebabkan kebanyakan rakyat terpaksa bergantung sumber 
pinjaman. 

Dianggarkan 75% mahasiswa terpaksa mengambil pinjaman PTPTN kerana tidak mampu untuk 
membayar kadar yuran yang tinggi. PTPTN terpaksa menyediakan RM 5 bilion setahun untuk 
peruntukan pembiayaan.

Hal ini menyebabkan kitaran pendidikan tinggi di Malaysia akan terus dibelenggu dengan sumber 
pinjaman. Ia turut menjadikan generasi Malaysia pada masa akan datang hidup dalam budaya 
berhutang. 

Walhal, jika kerajaan mempunyai tekad yang kuat, yuran pengajian boleh dikurangkan dan kerajaan 
boleh menggunakan hasil sumber selain pinjaman untuk menampung kos yuran pengajian tinggi 
untuk rakyat. - HARAKAHDAILY 8/12/2015
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dengan penegasan Timbalan Perdana Menteri untuk tidak

Sumber HD - 8-12-2015    

  -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































PAS anjur pendekatan aman, keganasan


























































































































































































































































































susahkan rakyat

AHMAD AMZAD HASHIM | .


SEINGAT saya malah ketika siri BERSIH (kecuali BERSIH 4.0), PAS lah yg berperanan penting memastikan perhimpunan tidak menjadi ganas. Unit Amal PAS yang menyekat tindakan kumpulan
yang mahu bawa aliran merusuh.

Ketika ahli Parlimen pembangkang berkumpul duduk bersila di parking Parlimen berbincang untuk turunkan Najib dengan disertai aktivis NGO, Hishamudin Rais dikatakan mencadangkan buat
perhimpunan untuk kepung parlimen.

Semua kenal Hishamuddin bawa aliran radikal. Kita tahu dia kawan baik Mat Sabu.

Tidak semena-mena suatu ketika, kita terlibat dengan sikap berlembut dengan tokoh komunis Chin
Peng yang ada pihak desak dibenarkan kembali ke Malaysia, tambah lagi apabila Mat Sabu pula
mulakan kontroversi Mat Indera.

Untuk seorang yang diketahui kagum dengan revolusi ala Iran, malah sampai kini ada saja
lawatannya ke sana berbanding mengunjungi tokoh-tokoh ulama sunni, Mat Sabu sendiri kaki
membakar perasaan rakyat ke jalan raya.

Tiba tiba Mat Sabu mahu menuduh PAS bawa aliran ganas?

Bukankah baru sahaja PAS terus memilih pendekatan matang, cermat dan bertanggungjawab dalam membawa isu rakyat dengan gabungan lebih 200 NGO melalui penganjuran Kongres Rakyat yang
begitu besar sambutannya dan ertinya?

Bukan PAS yang pusing satu negara ajak rakyat ke jalan raya BERSIH 4.0 yang gagal apabila hanya lebarkan jurang antara kaum dan ia bertukar menjadi himpunan 93% kaum Cina semata.

Yang menaikkan suhu antara kaum apabila ada yang begitu terpengaruh dengan propaganda tertentu
hingga membuat acara memijak gambar pemimpin utama dari umat Islam iaitu Presiden PAS, Datuk
Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Najib, Presiden Umno yang perlu diakui
PAS dan Umno masing-masing adalah parti yang paling besar pengaruh dalam kalangan orang
Melayu.

PAS beratus kali menegaskan tiada kerjasama politik dengan Umno. PAS konsisten menentang
Umno di dalam pilihan raya.

Apa reaksi DS TGHH orang pijak gambarnya? Beliau tenangkan ahli PAS. Jangan jadi ganas.
"Biarlah, mereka tak tahu.."

Hari ini pun, jika berlaku sebarang kezaliman hatta kepada kaum lain, Cina atau India, saya sangat
pasti, PAS lah antara yang akan mula-mula tampil menjadi benteng melindungi.

Keganasan di Paris, Perancis yang dilakukan oleh ISIS, PAS lah yang mula-mula mengecam. DS
TGHH yang lebih dahulu menziarahi Kedutaan Perancis menyatakan dukacita dan Takziah.

Parti Mat Sabu hanya tiba selepas itu..

Betullah pendirian DS TGHH. PAS mahu bina negara yang sejahtera untuk rakyat. Jangan ambil
pendekatan yang susahkan rakyat. – HARAKAHDAILY 2/12/2015

Penulis ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 2-12-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat jahat, keterlaluan tuduh PAS terlibat 

ISIS

NASRUDIN HASSAN | .


PAS adalah sebuah parti politik yang berdaftar dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi
ini.

Saban tahun kita menghantar laporan aktiviti dan rutin kedudukan organisasi kepada ROS.

Malah aktiviti PAS adalah di pentas politik terbuka. Kita bukan gerakan subversif apatah lagi
militan. Saya percaya pihak KDN ataupun Keselamatan Negara senantiasa memantau pergerakan
PAS.

Komitmen PAS adalah bergerak di pentas demokrasi. Tuduhan yang dilemparkan kepada PAS
kononnya PAS terlibat dengan ISIS dan lain-lain gerakan militan adalah tuduhan yang sangat jahat
dan keterlaluan. Mereka recycle tuduhan lapuk yang pernah dilemparkan kepada PAS sejak awal
penubuhan PAS.

Alhamdulillah, sehingga kini PAS tidak pernah dibuktikan terlibat dengan gerakan keganasan.

Malah isu pengeboman di Paris, Presiden PAS dan MP PAS segera ke Kedutaan Perancis untuk
melahirkan simpati kepada kerajaan Perancis dan mengutuk kekejaman atau keganasan yang berlaku.

Lucunya, baru beberapa bulan mereka keluar PAS, tetiba PAS jadi militan? Jadi ISIS? Lalu mereka menyelongkar kisah silam kononnya sebagai bukti PAS ganas? Sedang sekian lama mereka berteduh
di bawah payung PAS.

Semasa mereka berteduh, sekian lama di bawah bendera PAS, PAS dijulang oleh mereka sebagai demokratik. Tetapi, bila mereka keluar, tak sampai 4 bulan, PAS jadi ganas hanya dengan satu dua
kes silam yang diangkat kembali secara tanggapan yang salah. - HARAKAHDAILY 1/12/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber HD - 1-12-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































PAS Amal Politik Damai

PAS adalah sebuah parti politik yang berdaftar dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini.
Saban tahun kita menghantar laporan aktiviti dan rutin kedudukan organisasi kepada ROS.

Malah aktiviti PAS adalah di pentas politik terbuka. Kita bukan gerakan subversif apatah lagi militan. Saya percaya pihak KDN ataupun Keselamatan Negara senantiasa memantau pergerakan PAS.
Komitmen PAS adalah bergerak di pentas demokrasi. Tuduhan yang dilemparkan kepada PAS kononnya PAS terlibat dengan ISIS dan lain - lain gerakan militan adalah tuduhan yang sangat jahat dan keterlaluan. Mereka recycle tuduhan lapuk yang pernah dilemparkan kepada PAS sejak awal penubuhan PAS.

Alhamdulillah, sehingga kini PAS tidak pernah dibuktikan terlibat dengan gerakan keganasan. Malah isu pengeboman di Paris, Presiden PAS dan MP PAS segera ke Kedutaan Perancis untuk melahirkan simpati kepada kerajaan Perancis dan mengutuk kekejaman atau keganasan yang berlaku.

Lucunya, baru beberapa bulan mereka keluar PAS, tetiba PAS jadi militan ? Jadi ISIS ? Lalu mereka menyelongkar kisah silam kononnya sebagai bukti PAS ganas ?

Sedang sekian lama mereka berteduh di bawah payung PAS. Semasa mereka berteduh, sekian lama di bawah bendera PAS, PAS dijulang oleh mereka sebagai demokratik. Tetapi, bila mereka keluar, tak sampai 4 bulan, PAS jadi ganas hanya dengan satu dua kes silam yang di angkat kembali secara tanggapan yang salah.

Untuk MCA , baik mrk minta pihak keselamatan siasat pimpinan UMNO yang buat hubungan dengan pengganas Israel. Bendera Israel pernah berkibar di Malaysia

Nasrudin Hasan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber PP - 1-12-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dulu ditohmah diperkuda, kini ditohmah memperkuda

AHMAD AMZAD HASHIM | .


APABILA Khalid Samad kata PAS 'perkuda' PKR , tiada siapa pun percaya kerana orang tahu
karakter PAS bukan seperti parti lain yang tidak menghormati urusan dalaman parti rakan. PAS tidak
pernah campurtangan tentukan siapa patut dipilih dan siapa patut ditolak dalam parti rakan.

Beliau cuba melaga-lagakan PAS dengan rakan tahaluf siasinya PKR dengan menggunakan perkataan 'perkudakan’ kerana tahu tiada siapa yang akalnya sihat tidak merasa terhina jika diperkudakan.

Alhamdulillah kepimpinan PAS pada hari ini kelihatannya lebih sihat 'akalnya' berbanding ketika
dahulu. Kerana terlalu banyak beralah ketika dahulu, PAS diserang bertalu-talu oleh Umno dengan
serangan serampang dua mata soal menjaga kesucian agama Islam dan mempertahan kepentingan
orang melayu sehingga PAS terkorban hilang dokongan orang orang Islam yang menjadi teras
sokongannya.

Umno menang 87 kerusi kerana orang Melayu termakan dakyah ini.

PAS berjaya diberi persepsi diperkudakan oleh DAP malah oleh PKR pun ketika itu. Pemimpin PAS
ketika itu ada yang bagai jadi burung kakak tua yang sekadar mengajuk kata-kata yang ditetapkan
oleh tuan mereka. Malah media rasmi PAS, Harakah pun ketika itu seolah-olah bukan suara PAS.
Tapi suara pihak lain.

Khalid Samad sebenarnya gagal menyembunyikan kegelisahan beliau dan rakan-rakannya ekoran
semua langkah mereka semakin sumbang mambang.

PAN hidup bergantung kepada dokongan DAP dan kumpulan tertentu dalam PKR yang pro-DAP.
Apapun DAP berada pada tangga teratas hierarki kumpulan songsang ini manakala PAN sekadar alat
khas bagi menjayakan agenda mereka.

Gelisahnya mereka tidak lagi dapat disembunyi apabila cubaan demi cubaan mereka di Selangor
gagal, kerana Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR adalah seorang
yang faham sangat realiti politik dan arus sentimen akar umbi.

Apabila mereka berjaya dalam agenda mereka di Pulau Pinang, bersama DAP dan AMK Pulau
Pinang menyingkirkan PAS, kegelisahan politik merebak pula kepada rakyat Pulau Pinang Selangor.
Kaum Cina daripada kalangan DAP tempatan bangkit menolak kepimpinan Lim Guan Eng. Kini
suara suara akar umbi DAP semakin berbunyi. Di Johor, bekas Pengerusi DAP Johor mahu mereka
ini ditolak. Rumah gila Soviet (Soviet Madhouse) dilabel olehnya. Di Kedahpun sama.

Kongres PKR yang baru berlangsung adalah gambaran sentimen akar umbi PKR yang mahu
hubungan dengan PAS diperkukuhkan. Alasannya kerana tanpa PAS, PRU14 adalah fatal untuk
semua pembangkang.

PAS pula menegaskan boleh bekerjasama dalam isu-isu kepentingan bersama. Dan menuntut
dihormati prinsip dan dasar perjuangan PAS yang tidak boleh dikompromi.

Ini bukan baru. Sejak dulupun begitulah pendirian PAS. Yang sanggup menggadai prinsip
perjuangan PAS, akan segera ditolak oleh ahli.

Kumpulan yang mahu melihat PAS disisihkan kini bagaikan terkejut daripada lena apabila mendapati
kini mereka rupanya yang sedang tersisih.

Ini termasuk beberapa pimpinan negeri yang kerjanya bukan membina hubungan tetapi menambah ketegangan dalam tahaluf yang sepatutnya berjalan harmoni. Ternyata haluan mereka bertentangan.

Ada yang ketawa kecil apabila Rafizi dalam Kongres PKR menyebut tentang betapa perhatian perlu
diberi kepada pendidikan moral dalam PKR. Perlu tarbiyyah. Perlu ada usrah! Ini dilaporkan di TV.

Saya sokong. Moga tiada lagi jenis yang sanggup mengarang sehingga 91 muka surat memfitnah
orang. Atau terpaksa mengambil giliran mengaku salah meminta maaf di mahkamah kerana
memfitnah orang.

PAN bukan main cuba menggambarkan kononnya apabila kumpulan mereka keluar dari PAS, maka
PAS telah menjadi lemah dan akan mati. Konon PAN adalah kapal penyelamat kerana PAS akan
karam.

Tapi Khalid Samad yang menuduh PAS 'perkudakan’ PKR telah secara tidak langsung memberi
mesej yang bisa membuat kita tersenyum.

Dalam pada kita secara fizikal melihat dengan mata kepala gelombang sokongan rakyat yang semakin besar menyokong PAS, termasuk keahlian baru hampir 10 ribu setiap bulan, Khalid Samad baru
mengesahkan PAS yang baru sebelum Jun 2015 lalu dipandang menjadi kuda dan alat kepada DAP,
kini di bawah kepimpinan mantap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pasukannya
yang bersatu telah berjaya merubah persepsi lalu.

Dulu ditohmah diperkuda. Sekarang ditohmah memperkuda.

Jika begitu, adakah PAS sekarang makin bertambah kuat atau lemah sudah nak mati seperti dakwaan mereka? – HARAKAHDAILY 1/12/2015

Penulis ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 1-12-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Rakyat Semakin Celik Pentingnya PAS 

Meneraju Perubahan

Kelmarin ada 3 perkara yg menarik dan merangsang minda saya berhubung politik negara yang 
dinamik sifatnya.

Pertama adalah laporan Malaysian Insider yang diketahui media kegemaran Pakatan Harapan 
bertajuk "Cheers For PAS Reflects Grassroot's Sentiment". Ia menceritakan suasana di 
Kongres PKR kelmarin ketika nama parti PAS disebut, delegasi yang mewakili akar umbi PKR 
di seluruh negara memberikan tepukan gemuruh berbanding bila disebut DAP dan PAN 
yang hanya diberikan 'mild claps' atau tepukan ala kadar.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bila ditanya wartawan berhubung senario itu 
langsung tidak berselindung bila berkata itulah gambaran sentimen akar umbi PKR.

Perkara kedua adalah semakin meningkatnya tentangan dan kritikan terbuka dibuat oleh 
pemimpin pemimpin DAP sendiri dan masyakat cina terhadap kepimpinan tertinggi DAP yang 
diketuai oleh anak beranak Lim.

Kelmarin saya menerima beberapa foto menunjukkan sepanduk yang dipegang oleh sekumpulan 
rakyat dari kaum Cina yang saya percayai berlaku di Pulau Pinang. Sepanduk itu dengan keras 
meminta Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang supaya pulang saja ke Melaka. Ini 
mungkin babak awal tantangan masyarakat cina tempatan kepada kepimpinan Lim itu. Dalam masa 
yg sama saya menerima foto sepanduk yg lain yang diinsiden yang lain dipegang oleh 
sekumpulan kaum Cina yang mempertahankan ADUN DAP yang kini diberikan tekanan meletak 
jawatan hanya kerana melaksanakan amanahnya bersuara demi kepentingan pihak rakyat yang 
diwakilinya.

Ini konsisten dengan tamparan keras yang diberikan oleh bekas Pengerusi DAP Johor yang dengan 
lantang menyatakan perasaan kesal kerana membuka pintu kepada pemimpin DAP Pusat masuk 
ke Johor. Beliau menggelarkan pimpinan DAP Pusat sebagai "Soviet Madhouse" yang terjemahan 
literalnya Rumah orang gila Soviet. Soviet adalahq sebuah negara komunis diera Soviet Union 
sebelum berlaku perpecahan yang mewujudkan negara negara seperti Rusia, Ukraine dan 
lain lain. Pengerusi DAP Kedah pernah menyebut perkara yang sama.

2 hari lepas, Dr. Bala Chandran, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat 
menalipon saya dengan nada yang amat ceria. " Tuan Hj, I'm on the way back from a programme in 
Kerteh. I have a great news for you!!!" Saya teruja dan tanya apa dia berita besar itu dan dia 
minta saya tunggu sebab nak ceritakan secara berdepan.

Dr. Bala hadir ke Surau Al Ikhlas Durian Burung diprogram pelancaran Persatuan Kepolisan 
Komuniti oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu dan bercerita kepada saya bahawa dia 
didatangi oleh seorang penyokong dan pendokong tegar DAP (beliau menyebut staunch 
supporter), yang tiba tiba memberitahu Dr Bala bahawa dia baru sedar setelah berfikir panjang 
bahawa untuk selamatkan Malaysia, tak boleh tanpa PAS. Mesti PAS yang berada dihadapan. 

Tanpa PAS takkan berjaya. Kalau ada PAS tapi PAS duduk belakang sebagai pak turut pun tak 
jadi juga. Mesti PAS dilihat berada dihadapan. Baru boleh berjaya dan dapat sokongan yang 
cukup untuk tumbangkan BN yang rosakkan negara!

Saya tanya Dr Bala, yang berkata demikian, pendokong DAP dari kaum India kah? (sebab saya 
tahu ada gelombang besar penolakan kepimpinan keluarga Lim dikalangan ahli DAP dari kaum 
India).

Saya teruja bila dijawab tidak, orang berkenaan seorang DAP dari kaum Cina. Allahu Akbar!

Peristiwa ke tiga kelmarin saya dimaklumkan berlangsung satu program utama PAN peringkat 
nasional di Selangor. Mungkin dibayangi berita berita perkembangan dalam PKR dan DAP, saya 
dilaporkan kesugulan, suasana hambar dan tidak ceria dan aura negatif yang mungkin ditanggapi 
oleh yang berada disana membuat laporan dan liputan.

Bayangan tahap ketidakpastian halatuju semakin jelas. Tak apalah. Ini karakter golongan 
kecewa yang sudah berulang ulang kisah sepertinya dalam lipatan sejarah.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kelihatannya sedikitpun tidak 
terganggu dengan kenakalan para 'pembencinya'. Sekalipun ditohmah sudah hilang upaya 
kononnya kesan dari jatuh sakit yang lalu, fikiran murobbi ini sudah 'tidak sihat', ternyata 
buah buah pemikirannya semakin tajam, tepat dan semakin diminta oleh masyarakat antarabangsa. 
Bulan ini saja berucap untuk ratusan ribu pendokong gerakan Islam di Bangladesh, sekarang 
tetamu utama di Turki.

Saya yakin segala perencanaan Allah SWT yang sedang dizahirkan satu persatu adalah 
amat besar hikmahnya kepada kita semua.

ISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
29hb November 2015

Sumber PP - 29-11-2015      

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Kemuka ‘blue print’ tahap sara diri padi 100%

NASRUDIN HASSAN | .


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa kerajaan menyediakan satu 'blue print' khas untuk
memastikan tahap sara diri beras tempatan 100% menjelang tahun 2020.

Peruntukan perbelanjaan bagi industri padi dan beras tahun 2016 sebanyak RM70.1 juta kurang
RM500,000 daripada anggaran tahun 2015.

Blue print ini perlu dikemukakan berikutan cabaran industri padi dan beras berhadapan dengan
cabaran getir.

Sekiranya kerajaan tidak komited menanganinya, rakyat akan berdepan dengan ancaman
kemerosotan bekalan beras tempatan.

Hari ini, negara bergantung sebanyak 70% kepada bekalan tempatan.

Bagi memenuhi keperluan 30% bekalan beras, kita menjadi pengimport bersih daripada Thailand
dan Vietnam.

Malaysia akan berdepan dengan cabaran permintaan yang kompetetif kerana faktor ketidaktentuan
cuaca dan kemuruduman nilai ringgit. Tidak mustahil harga pasaran akan melambung tinggi.

Kawasan penanaman padi juga semakin berkurangan. Pada tahun 2012, Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani mengakui sebanyak 100,000 hektar kawasan sawah padi telah ditukar kepada
penanaman lain dan untuk tujuan pembinaan lot komersial dan residen.

Kini, kawasan penanaman padi hanya 0.68 juta daripada 6.5 juta hektar tanah pertanian sahaja.

Oleh itu, blue print ini sebagai garis panduan penting dan komitmen negara untuk mencapai tahap
sara diri 100% dengan mengatasi cabaran yang berlaku pada hari ini.

Sekurang-kurangnya peningkatan pengeluaran padi dan kecekapan pengeluaran mesti melebihi
4.5 juta metrik pada tahun 2020 selaras dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. -
HARAKAHDAILY 28/11/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber HD - 28-11-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Doktrin Umno itu Kerajaan, Kerajaan Itu Umno, Tak Betul!

Kadang kadang, rakyat biasa yang kurang faham konsep bernegara dan politik demokrasi ni tak
faham.

Mereka ingat jadi pembangkang ni maksudnya lawan kerajaan. Bermusuh dengan polis, bermusuh
dgn mahkamah, bermusuh dengan askar. Habis pandang hodoh semuanya SPRM, JPJ, KASTAM, kakitangan kerajaan negeri.

Sebab mereka didoktrinkan seolah-olah kerajaan itu Umno, Umno itu kerajaan.
Itu tak betul. Parti politik dan kerajaan bukan perkara yg sama.

Jika PAS dan rakan-rakan parti politik dan NGO yang bergabung membentuk kerajaanpun, masih
lagi jentera kerajaan yg sama juga.

Polisnya PDRM juga. Askarnya TDM, TLDM,TUDM juga. Mahkamah adalah mahkamah yang
sama. Kakitangan awam yang sama. Jabatan jabatan itu juga.

Yang berbeza adalah pemimpinnya yang datang dari parti politik yang menang.

Jika pemimpin datang dari parti yang dasarnya tak betul, amalannya korup maka habis jentera
kerajaan terdedah kepada gaya kepimpinan pemimpinnya.

Pegawai dan kakitangan patuh dan menurut arahan saja. Sebahagian kecil mungkin terjangkit
penyakit hodoh yg sama. Bukan semua gembira dan suka dipaksa buat kerja tak betul.

Jika kita pilih parti yg bersih, berpegang pada agama dan nilai moral yg baik, insyaAllah
pemimpinnya pun baik.

Belanjawan RM267 Billion yg diurus oleh pemimpin yg jujur dan takutkan Tuhan akan lebih merata manfaatnya kepada rakyat berbanding pemimpin yang datang dari acuan parti korup yg sama.

Kerana itu, jalinkanlah hubungan baik dengan jentera kerajaan kerana mereka pun rakyat juga.

Lebih manis kita jalinkan hubungan hari ini ketika kita belum membentuk kerajaan berbanding
setelah menang baru nak bermula hubungan baik.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
27HB NOVEMBER 2015

Sumber BO - 27-11-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti Politik Dan Kerajaan Bukan Perkara Yang Sama.

Parti Politik Dan Kerajaan Bukan Perkara Yang Sama.
Kadang kadang, rakyat biasa yang kurang faham konsep bernegara dan politik demokrasi ni tak faham.

Mereka ingat jadi pembangkang ni maksudnya lawan kerajaan. Bermusuh dengan polis, bermusuh dgn mahkamah, bermusuh dengan askar. Habis pandang hodoh semuanya SPRM, JPJ, KASTAM, kakitangan kerajaan negeri.

Sebab mereka didoktrinkan seolah-olah kerajaan itu UMNO, UMNO itu kerajaan.

Itu tak betul. Parti politik dan kerajaan bukan perkara yang sama.
Jika PAS dan rakan rakan parti politik dan ngo yg bergabung membentuk kerajaanpun, masih lagi jentera kerajaan yg sama juga.

Polisnya PDRM juga. Askarnya TDM, TLDM,TUDM juga. Mahkamah-mahkhamah yang sama. Kakitangan awam yang sama. Jabatan jabatan itu juga.

Yang berbeza adalah pemimpinnya yg datang dari parti politik yang menang.

Jika pemimpin datang dari parti yang dasarnya tak betul, amalannya korup maka habis jentera kerajaan terdedah kepada gaya kepimpinan pemimpinnya.

Pegawai dan kakitangan patuh dan menurut arahan saja. Sebahagian kecil mungkin terjangkit penyakit hodoh yg sama. Bukan semua gembira dan suka dipaksa buat kerja tak betul.

Jika kita pilih parti yg bersih, berpegang pada agama dan nilai moral yg baik, insyaAllah pemimpinnya pun baik.

Belanjawan RM267Billion yg diurus oleh pemimpin yang jujur dan takutkan Tuhan akan lebih merata manfaatnya kepada rakyat berbanding pemimpin yang datang dari acuan parti korup yg sama.

Kerana itu, jalinkanlah hubungan baik dengan jentera kerajaan kerana mereka pun rakyat juga.

Lebih manis kita jalinkan hubungan hari ini ketika kita belum membentuk kerajaan berbanding setelah menang baru nak bermula hubungan baik.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
27HB NOVEMBER 2015 

Sumber PP - 27-11-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jahatnya mereka yang mempertahankan arak, judi dan maksiat

Jahatnya mereka yang mempertahankan arak, judi dan maksiat
Negara kita lemah jika kita candukan rakyat dengan arak, judi, hiburan yang tanpa batasan, maksiat yang semuanya berpunca dari kurangnya kesedaran beragama, tidak percaya dan patuh pada suruhan Tuhan. Ini bukan terhad kepada yang beragama Islam sahaja. Kenyataan umum termasuk kalangan penganut agama lain juga.

Percaya dan patuh kpd suruhan Tuhan, adakah ini jadikan kita pelampau agama?

Rukun Negara kita meletakkan KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN di tangga pertama.
Arak, judi, maksiat semuanya merosakkan jasmani, tubuh badan dan pemikiran/mental rakyat. Ia menghabiskan bahagian besar dari pendapatan rakyat yang sepatutnya untuk menyara anak isteri dan ibubapa. Untuk rumah, makanan, pakaian, pendidikan, perubatan yang jadi keperluan asas kehidupan.

Ia jadi punca keganasan rumah tangga. Pergaduhan yang membawa perceraian. Runtuh institusi rumah tangga. Ibubapa tidak lagi memberi perhatian kpd anak anak. Pendidikan dan kasih sayang. Anak anak kecewa merasa terbiar dan kosong jiwanya.

Kaum wanita yang menjadi isteri dan ibu serta anak anak menangis dan pilu ?erananya.

Yang tiada pegangan hidup dan keimanan yang cukup mencari jalan keluar dengan kawan yang juga rosak akhlaknya tidak berpedomankan agama.

Dadah, ganja, pil kuda mengambil tempat. Buli, rempit, bohsia, anak luar nikah, buang anak semua gejala puncanya sama. Berpeleseran menghabiskan usia yang berharga.

Generasi baru yg lahir dari acuan negara yang melemahkan mental dan fizikal rakyat akan menggagalkan matlamat menjadikan negara kita kuat, maju, makmur dan sejahtera.

Kita akan bermasalah dgn rakyat yang lemah mentalnya, psikologi yang tidak kental, tubuh badan yang lemah. Dalam dunia global yang penuh persaingan.

Lihat pencapaian ahli sukan. Lihat lembiknya pemimpin dimeja rundingan. Lihat pencapaian ujian PISA penguasaan matematik dan sains dikalangan pelajar kita. Apa kedudukan universiti universiti kita?

Politik yang dibiayai pelobi tokey judi, arak dan pusat maksiat hanya menatijahkan keburukan kepada negara.

Mereka adalah peniaga yang cuma mengira untung dan rugi kepentingan peribadi mereka.

Yang menanggung bencana adalah rakyat dan negara.

HJ. AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
16hb November 2015

Sumber PP - 16-11-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Orang Islam bersatu sajalah dalam PAS

AMZAD HASHIM | .


KELEMAHAN semua partipun ada. Ini boleh diperbaiki. Tapi keteguhan prinsip dan dasar, asas
agama yang kukuh, dukungan majoriti kaum profesional dan ilmuwan, dukungan massa rakyat
marhaen, ditambah pengalaman yang lama, kematangan, pemahaman tentang sensitiviti negara kita tentang agama, bangsa dan kedudukan raja-raja Melayu menjadikan PAS terbukti lebih
bertanggungjawab.

Pemimpin PAS lebih mementingkan kesejahteraan negara dan tidak mahu
menyusahkan rakyat dengan menambah resah dan gelisah yang menghilangkan ketenangan dan ketenteraman hidup yang sudah sedia susah oleh kesalahan yang dilakukan oleh Barisan Nasional/ Umno begitu lama.

Pendekataan yang sejuk mata dan hati memandang lebih digemari majoriti rakyat
yang umumnya cintakan keamanan dan perpaduan. Tidak suka kecoh-kecoh yang bagai mula mahu dijadikan budaya.

Rugi kita pecah-pecah ni. DAP sedang ambil kesempatan sehingga berani mencabar mahu merampas kerusi majoriti Islam kerana adanya yang sanggup memainkan peranan memecahkan kesatuan undi
yang kita perlu.

Kita perlu kerja fokus untuk gantikan Umno yang terlalu banyak rosaknya. Jika akhirnya Umno masih berkuasa, rosaknya berulang lagi dengan lebih teruk lagi. Generasi baru pimpinan Umno yang sedang dilahirkan bukan yang berjiwa patriotik seperti dahulu. Untung sahaja yang dicari walau merosakkan rakyat dan negara. Vape, TPPA dan lain lain.

Demi rakyat dan negara juga orang-orang Islam yang menjadi teras negara Malaysia ini bersamalah
dalam PAS.

Bukan saya sukapun keadaan begini disibukkan menepis gangguan tidak sepatutnya. Ini tidak
produktif.

Fokus.

Kita ambil kembali negara kita. Kita ada hak kita. Bukan DAP yang punya mahu mengawal dan
mencatur segala-galanya hatta urusan agama Islam dan kepentingan orang orang melayu.

Sahabat kita kaum Cina, India dan lain lain bukan semua bersetuju cara DAP ini yang mencetus  kerosakan perpaduan dan hubungan baik. Mereka juga berhak bersama kita hidup harmoni. – HARAKAHDAILY 12/11/2015

Sumber HD - 12-11-2015

                                                                                                                                   

No comments:

Post a Comment