BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, August 20, 2016

TIMBALAN PRESIDEN PAS - DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN (JILID 2)










Umno gagal sekat gelombang 1MDB, GST

KOTA BHARU: Pertembungan isu 1MDB dan GST akhirnya menjadi gelombang rakyat sehingga menyebabkan Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerajaan di Putrajaya yang diwarisi sejak merdeka. 
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua isu tersebut sudah melekat di minda rakyat, di mana mereka menggunakan kesempatan Pilihan Raya Umum (PRU) 14, 9 Mei lepas bagi menolak Umno dan BN. 
Katanya, pertembungan arus kedua-dua isu itu menjadi gelombang besar sehingga BN gagal mempertahankan kerajaan di Putrajaya dan beberapa negeri. 
“Arus yang serupa juga cuba dicipta bagi menumbangkan kerajaan PAS Kelantan sehingga mereka mencipta pelbagai kajian yang menggambarkan PAS tidak dapat mempertahankan satu kerusi pun pada PRU14. 
“Mereka mengolah persepsi tersebut dengan alasan perpecahan pembangkang akan memberi keuntungan kepada Umno dan BN, sehingga ramai menyebut PAS akan kalah di Kelantan. 
“Namun mereka tidak mampu mengatasi kuasa Allah SWT yang mengatur segala-galanya,” katanya pada ceramah Badar Qubra di Madinah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi. 
Hadir sama pada program itu yang diadakan selepas solat tarawih termasuk anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dan pegawai kanan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. - HARAKAHDAILY 11/6/2018
Sumber HD - 11-6-2018 

Kerajaan perlu kawal kritikan secara terbuka



KOTA BHARU: Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dalam menangani penularan kritikan terbuka terutama terhadap raja-raja Melayu, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata ia mesti dibendung dari peringkat awal bagi mengelak tercetusnya polemik dalam masyarakat.

“Saya tengok asas kepada Malaysia Baru ini adalah kebebasan media. Kita akui perlunya ada kebebasan media tapi bukan bebas mutlak, (tapi) bebas yang mesti dikawal. Kalau bebas mutlak ia akan merosakkan negara.

“Jadi ada institusi yang kita boleh tegur secara terbuka dan ada yang perlu melalui saluran tertentu. Semua pihak perlu menghormati saluran yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan 80 asnaf daripada 17 keluarga yang dibawa membeli-belah kelengkapan Aidilfitri di sebuah pasar raya, hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berkata institusi beraja yang diamalkan di negara ini perlu dihormati dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

“Kita kena lihat institusi ini asas kepada penyatuan negara kita dan pembentukan negara berdasarkan apa yang ada. Kita minta kerajaan membendung budaya ini, jangan jadi budaya yang akhirnya tak kisah siapa nak kritik, siapa nak ‘complain’, siapa nak tulis apa sahaja.

“Kita minta supaya budaya ini dapat dibendung segera dan pihak yang menghina perlu dibawa ke mahkamah. Itu sepatutnya yang berlaku,” katanya.

Sumber MR - 19-6-2018


PAS sedia bantu perkasakan Jakim

SEPERTI yang diketahui, PRU14 lalu menyaksikan tampuk pentadbiran Malaysia berubah kepada Blok Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah suatu ketika dahulu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4. Atas slogan 'Selamatkan Malaysia', Blok Pakatan Harapan telah berjaya memperolehi sokongan rakyat dan akhirnya Barisan Nasional yang telah bertapak lebih dari 60 tahun sebagai penerajui Malaysia, kecundang serta gagal mempertahankan kemenangannya.
Walau bagaimanapun, tidak sampai sebulan tempoh peralihan kuasa berkenaan, pelbagai perkara baru muncul yang bukan sahaja mencemaskan malah menimbulkan tanda tanya rakyat apakah hala tuju sebenar Malaysia di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.
Ikuti temubual wartawan Harakah Kedah, SARINA ISMAIL bersama Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, baru-baru ini berkenaan dua isu terkini iaitu berkenaan kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Tabung Harapan Rakyat Malaysia.
DatoHARAKAH: Apakah pandangan Dato' berkenaan tindakan kerajaan berhubung isu Jakim setelah ada desakan dari golongan liberal agar ia dimansuhkan?
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man : Fungsi dan peranan Jakim sangat besar, selain menyelaraskan peraturan peringkat negeri yang berkaitan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan ia juga telah berjaya mengangkat urusan halal haram berkenaan sumber makanan dan mendapat pengikhrafan dunia. Kerajaan sewajarnya tidak melayan tuntutan golongan Liberal yang mendesak agar JAKIM dibatalkan dengan alasan bidang kuasanya di bawah Sultan dan untuk penjimatan kos kononnya pembayar cukai bukan semuanya dari orang Islam sahaja.
Kerajaan seharusnya bertindak memperkasakan lagi peranan Jakim dan berusaha melakukan penambaibaikan sejajar dengan keputusan yang dibuat baru-baru ini untuk melantik satu kumpulan terdiri dari golongan alim ulama untuk menyemak semula peranan Jakim. PAS bersedia untuk membantu seandainya dijemput untuk berada bersama-sama di dalam jawatankuasa yang akan dibentuk itu.
Adakah Dato' berpendapat desakan yang dilakukan oleh golongan berkenaan kerana mengambil kira sokongan mereka untuk kemenangan blok Pakatan Harapan pada PRU lalu?
Sememamgnya mana-mana parti yang mendapat undian tertinggi perlu mengambil kira akan tuntutan para penyokong yang telah memberi sokongan sehingga beroleh kemenangan namun bukanlah bermakna kerajaan perlu akur kepada semua tuntutan. Kerajaan sewajarnya bertindak atas prinsip dan peruntukan Perlembagaan Negara. Sebagai contoh, tindakan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal, menimbulkan kemarahan umat Islam khususnya di sana apabila beliau mengishtiharkan penambahan gereja dan elaun kepada paderi-paderi Kristian. Seharusnya sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, beliau sewajarnya memperbanyakkan pembinaan masjid, surau dan sebagainya dan membuat penilaian untuk memperkasakan lagi agama Islam di sana.
Sepertimana yang disebut oleh Tuan Guru Presiden PAS sewaktu ditemubual oleh Astro Awani beberapa hari lalu, seandainya ada walau pun sebesar zarah sekali pun Islam di hati mereka, sewajarnya wajib keatas mereka mempertahankan Islam. Bagi PAS kita sedia membantu melalui konsep Taawun berkaitan dasar-dasar yang akan dibuat oleh kerajaan sekiranya tidak bercanggah dengan syarak. Konsep Taawun ini sebenarnya satu pendekatan untuk memperkasakan Islam.
Apakah Dato' boleh mengatakan keyakinan terhadap hala tuju Islam yang cuba dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan sekarang?
Sebenarnya apa yang dibimbangi sebelum ini, sudah mula nampak. Sebab faktor inilah PAS mengambil keputusan tidak bersama dengan Pakatan Harapan. Kita sendiri lihat, apabila menang sahaja Pakatan Harapan, sudah mula ada desakan agar gugurkan status agama dan bangsa di kad pengenalan, desakan agar Jakim ditutup dan peranan Majlis Agama Islam dihadkan bidang kuasanya.
Golongan Liberal juga lantang mendesak agar maknyah-maknyah tidak boleh ditangkap, orang yang membuat maksiat di dalam bilik tidak boleh diganggu dan lain-lain yang mencabar kewibawaan Islam. Golongan ini ada bersama Pakatan Harapan dan mereka akan memperjuangkan hak-hak yang jelas bertentangan dengan Islam. Perlu ada desakan dari umat Islam agar desakan seumpama itu dapat dibendung dan PAS juga bersedia bertemu dengan kerajaan untuk membincangkan hal ini.
Seharusnya apabila berlaku perubahan kerajaan dalam ertikata menyelamatkan Malaysia, kerajaan sekarang sewajarnya berperanan lebih baik dari kerajaan dahulu terutama dalam mempertahankan hak-hak Islam.
Kesempatan ini juga Harakah ingin mendapatkan pandangan Dato' berkenaan pelaksanaan Tabung Harapan.
Pelaksanaan tabung ini prinsipnya positif kerana menggalakkan rakyat membuat amal dengan menderma dan sebagainya tapi yang peliknya ia diujudkan kononnya meminta rakyat membantu kerajaan mengangani masalah hutang negara. Kerajaan sekarang menggambarkan bahawa hutang negara kini mencecah RM1.08 Trillion yang menunjukkan negara hampir bangkrap kerana sudah hampir kepada 75 peratus KDNK.
Tindakan seumpama itu seolah-olah negara dalam keadaan kecemasan dan kesan negatif yang diterima mengakibatkan index saham menjunam apabila para pelabur menarik diri. Secara rasionalnya mana ada pelabur yang hendak melabur ke negara yang menghadapi kedudukan sebegini. Namun, kita ambil contoh Greece walau pun keadaannya bangrap namun tidak mewujudkan tabung sebegini dan tatkala PAS mula mentadbir kelantan, hutang yang ditinggalkan oleh BN waktu tu mencecah lebih dari RM300 juta tapi PAS tidak mewujudkan tabung untuk meminta duit dari rakyat membantu kerajaan negeri.
Bagi saya, Tabung Harapan ini diwujudkan cuma sebagai alasan untuk tidak melaksanakan janji manifesto dalam tempoh 100 hari sepertimana yang diwar-warkan. Sebenarnya alasan tidak ada duit atau hutang banyak tidak boleh dijadikan sebab kerana sebelum merangka manifesto atau membuat tawaran sewajarnya merujuk kepada sumber kewangan kerana kerajaan mempunyai maklumat berkenaannya. Bukannya janji atau membuat tawaran tanpa mengkaji kedudukan kewangan negara terlebih dahulu.
Dalam hal ini kerajaan sekarang seharusnya melihat kepada beberapa perkara iaitu antaranya apakah sumber negara yang perlu dikembalikan dan hentikan program-programme mbazir. Sekiranya mereka mendakwa dengan adanya penajaan RM40 juta untuk perlawanan bola secara langsung boleh menghasilkan RM250 juta melalui iklan-iklan. Kalau ini benar, rasanya tidak ada keperluan untuk mewujudkan tabung namun kerajaan harus ingat siaran ini akan berlaku persaingan dengan stesyen TV lain seperti Astro yang membeli sendiri siaran terbabit.
Ada juga yang menyebut kaedah tabungan ini pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan iaitu Tabung Serambi Mekah.
Konsep Tabung Serambi Mekah berbeza dengan Tabung Harapan ini. Tabung Serambi Mekah yang diwujudkan oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kerana waktu itu terdapat ramai yang hendak menyumbang duit kepada Kerajaan kelantan yang terdiri dari tauke-tauke besar dan ada di antaranya mempunyai kepentingan tertentu.
Untuk mengelak timbulnya implikasi yang tidak baik, jadi kepada yang ingin menyumbang dimasukkan kedalam tabung berkenaan dan beliau (Tuan Guru Nik Aziz) tidak mengambil tahu siapa dan berapa banyak yang disumbangkan.
Sementara itu Menteri Besar, Exco-exco dan wakil rakyat kerajaan Kelantan juga menginfakkan gaji dan elaun mereka ke tabung ini. Hasil tabungan ini berfungsi sebagai pemangkin kebajikan rakyat dan berbeza dengan Tabung Harapan, minta rakyat tolong kerajaan.
Seperkara lagi, tindakan memotong elaun atau gaji telah pun diamalkan lama oleh Kerajaan Kelantan. Menteri Besar sendiri, hanya mengambil sedikit sahaja sebagai keperluan dan selebihnya semua dimasukkan ke Tabung Serambi Mekah.
Adakah Dato' bersetuju bahawa tindakan Kerajaan Pakatan Harapan ini untuk menggambarkan kelemahan kerajaan lalu?
Mungkin juga namun beberapa perkara harus dilihat. Hutang sebenar negara ialah lebih kurang RM666 billion yang ditinggalkan oleh kerajaan BN. Yang mengakibatkan melonjak sehingga RM1.08 trillion itu kerana hutang syarikat yang dijamin oleh kerajaan seperti 1MDB. Apa bila 1MDB gagal membayar hutang maka ia ditanggung oleh kerajaan tapi bukan semua item yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Sebab itu PAS mencadangkan agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes 1MDB ini kerana rakyat perlu tahu jumlah hutang negara yang sebenar selain itu rakyat juga perlu tahu sumber-sumber yang ada pada kerajaan untuk jaminan pulangan kepada negara.
Seperti contoh Petronas, bekas Perdana Menteri lalu melalui laman sosialnya ada menyebut Petronas masih mempunyai dana tersimpan sebanyak RM124 billion dan beliau mengharapkan agar dana berkenaan tidak digunakan untuk membuat projek pembangunan sepertimana beliau pernah lakukan dahulu. Dahulu dana Petronas digunakan untuk projek pembinaan beberapa bangunan dan lumba kereta formula one sehingga Petronas hilang daya saing di luar.
Selain itu apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa ada masalah di dalam Pakatan Harapan sendiri sehingga tidak dapat tunaikan janji dalam tempoh 100 hari selain cabinet kerajaan tidak dapat ditubuhkan keseluruhannya. Kita menyokong membongkar penyelewengan pemimpin terdahulu namun beberapa perkara yang menimbulkan implikasi buruk terhadap rakyat perlu difikirkan seperti menutup beberapa agensi secara mengejut yang mengakibatkan kakitangan hilang pekerjaan.
Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Terengganu, kita tidak memecat terus kakitangan lantikan politik. Mereka boleh bekerja seperti biasa dan akan diberi notis sebulan selepas hari raya ini. Ini memberi peluang kepada mereka untuk mencari pekerjaan lain.
Bukan semua agensi ditubuhkan atas lantikan politik tetapi ada juga bersebabkan keperluan ketika itu. Rakyat kini menanti janji-janji Pakatan Harapan namun mereka dilihat seolah-olah bersifat dendam kepada orang tertentu. Rakyat terbeban dengan janji yang belum tertunai dan terjebak pula dengan Tabung Harapan.
Apakah pandangan dan harapan PAS?
PAS akan terus memfokuskan gerak kerjanya sepanjang masa dan bukannya ketika pilihan raya sahaja. PAS bukan sahaja parti politik tetapi juga badan dakwah dan tarbiyah 

Kita juga mengharapkan agar jawatankuasa pilihan raya hingga ke peringkat MTD dikekalkan dahulu memandangkan keadaan sekarang masih tidak stabil. Di Perak, Perlis dan Kedah keadaan masih belum stabil.Kemungkinan boleh berlaku Pilihan raya Negeri (PRN) wala pun di Kedah, PAS telah menawarkan kerajaan perpaduan untuk menyelesaikan masalah namun tidak diterima. Kalau tidak ada jalan keluar, mungkin terpaksa berlaku PRN walau pun sebaiknya kita tidak mahu ia berlaku kerana melibatkan kos dan urusan-urusan lain yang berkaitan. - HARAKAHDAILY 6/6/2018
Sumber HD - 6-6-2018 




Pulau Batu Putih: Kerajaan jangan gopoh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan untuk menarik Malaysia daripada memfailkan semakan semula tuntutan Pulau Batu Putih daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penghakiman Pulau Batu Putih mesti diteruskan kerana perkara terbabit melibatkan maruah dan kedaulatan negara. 
"Saya berpandangan kerajaan tidak perlu terlalu gopoh dalam membuat keputusan penting ini, sepatutnya semakan penghakiman diteruskan. Isu Pulau Batu Putih adalah maruah negara dan merupakan wilayah kita. 
"Kerajaan Johor telah bertegas, agar semakannya diteruskan sebagaimana titah Sultan Johor satu masa dulu," katanya kepada Harakahdaily. 
Beliau turut tidak menolak kemungkinan keputusan kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan semakan itu adalah untuk mengambil hati Singapura selepas kerajaan Malaysia mengisytiharkan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura. 
"Ia mungkin satu kemungkinan (pembatalan projek HSR), namun soal kedaulatan negara tentu tidak boleh ditukar ganti," katanya yang ditanya keputusan kerajaan ini bertujuan menjaga hati hubungan baik Malaysia dengan Singapura.
Malaysia sebelum ini telah memfailkan semakan semula Pulau Batu Putih pada Februari tahun lalu berikutan penemuan bukti baharu dalam tiga dokumen di Perpustakaan Negara United Kingdom pada 2016. – HARAKAHDAILY 1/6/2018
Sumber HD - 1-6-2018 





Hormati, jagalah keutuhan Institusi Raja-raja Melayu

WALAUPUN PRU14 sudah pun selesai 16 hari namun cuaca politik negara yang timbul kerana PRU14 tetap hangat. 
Sepanjang 16 hari ini, rakyat melihat bagaimana parti-parti dan watak-watak politik menimbulkan pelbagai pertikaian terutamanya kemelut menubuhkan kerajaan yang telah dan sedang berlaku. 
Namun dalam keghairahan semua pihak untuk mempertahankan ruangan masing-masing jangan sesekali kita mengguris keutuhan dan kedaulatan institusi raja-raja yang telah sekian lama menjadi naungan kepada semua rakyat Malaysia. 
Institusi raja-raja adalah payung negara yang menjadi naungan rakyat, melangkaui semua agama, bangsa, bahasa, fahaman politik dan sebagainya. Ianyalah satu-satunya institusi yang bebas daripada apa-apa juga sentimen dan pengaruh tertentu. 
Oleh itu, PAS menasihatkan semua parti dan watak politik untuk menghormati institusi ini atas sifatnya itu. 
Apa sahaja pertikaian politik yang kita hadapi, janganlah kita melanggar sempadan ini.
Berhati-hatilah dan janganlah keghairahan tindakan kita dalam apa saja bentuk itu menyebabkan institusi raja-raja ini tercalar. 
Apabila ia tercalar, maka hilanglah tempat untuk rakyat berlindung terutamanya apabila watak-watak dan parti-parti politik menjadi terlalu angkuh sehingga tidak boleh ditegur.\ 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 26/5/2018
Sumber HD - 26-5-2018 

Jumaat, 25 Mei 2018


Kebakaran di Kg Parit, Pasir Tumboh Tahniah YB Tuan Ibrahim


Kebakaran di Kg Parit, Pasir Tumboh.Timbalan Presiden Pas merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri turun membantu mangsa kebakaran. Jika semua YB PAS peduli rakyat Insya-Allah PAS akan terus dihormati.








 

Sumber MR - 25-5-2018







PAS bersedia jadi rakan dialog Persekutuan

KEJAYAAN PH menumbangkan Umno dan BN telah membuka era baru dalam politik negara. 
Sejajar dengan konsep federalisme yang menekankan pentingnya hubungan yang baik antara Kerajaan Pusat dan negeri, PAS akan meneruskan kerjasama yang baik dengan Kerajaan Pusat yang kini diterajui Pakatan Harapan. Malah lebih dari itu, PAS bersedia menjadi rakan dialog dalam membangunkan negara di bawah konsep taawun siyasi. 
Selaras dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang menjadi pendekatan PAS kini, PAS akan menyokong dasar kerajaan yang mendorong ke arah kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah. Manakala, di sudut yang lain PAS sedia menjadi pembangkang yang konstruktif dan berkesan ke arah kesejahteraan dan pembangunan negara. 
Pendekatan politik semak dan imbang ini akan membantu kerajaan dalam melaksanakan pembangunan negara yang cemerlang. 
PAS dengan dasar Islam yang dibawa akan memperkasakan suasana harmoni antara kaum, memperkasakan jati diri rakyat Malaysia khasnya dalam kalangan umat Islam.
Walaupun PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan yang menerajui negara, namun kejayaan PAS di dua negeri iaitu Terengganu dan Kelantan, memperoleh 90 Adun dan 18 Ahli Parlimen dengan sokongan 2 juta lebih pengundi bukanlah angka yang kecil. Maka langkah terbaik ialah menjadikan PAS rakan dialog di negeri dan Persekutuan. 
Kini seluruh rakyat mengharapkan semua parti politik bergerak ke hadapan bagi menjamin segala janji dan manifesto kerajaan dilaksanakan. 
Budaya politik konflik, fitnah dan bertembung perlu ditinggalkan dan ianya hanya melahirkan sikap bosan dan menyampah dalam kalangan rakyat. 
Peranan PAS sebagai rakan dialog dan juga pembangkang yang berkesan pastinya adalah situasi menang-menang untuk rakyat dan Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi oleh PH. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
20 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 20/5/2018
Sumber HD - 20-5-2018 








Terima kasih Tun M salur royalti

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) menyambut baik dan penuh syukur di atas kesediaan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia untuk meneruskan pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus sebagaimana kenyataannya yang terbaru. Ini selaras dengan janji Manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14 lepas dan disahkan oleh YAB Tun M. 
Dengan kesediaan YAB Tun M ini, PAS berharap amalan politik balas dendam sebagaimana yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) lalu tidak lagi diikuti. 
Sebagai parti yang beramal dengan sistem demokrasi dan menghormati Konsep Federalisme, PAS berlapang dada walaupun pernah perit dihukum dengan penarikan bayaran royalti dahulu. 
Kesediaan terbaharu daripada YAB Tun M itu memungkinkan bermulanya era baharu dalam budaya politik secara matang meneruskan momentum menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi contoh di peringkat antarabangsa susulan peralihan kuasa yang damai selepas PRU14. 
Bersangkutan dengan itu, PAS juga menaruh harapan agar semua peruntukan-peruntukan perkapita lain yang layak diterima oleh negeri-negeri dapat disalurkan tanpa apa-apa sekatan, sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan. 
Begitu juga dengan projek-projek sedia ada yang sedang berjalan dan yang telah diluluskan melalui Rancangan Malaysia ke-11, haruslah diteruskan sehingga selesai, untuk faedah rakyat. Ini termasuklah Projek LPT3, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, lebuhraya jajaran tengah (Central Spine Road) dan yang lebih utama projek rangkaian jalan keretapi Pantai Timur (ECRL) yang tidak harus dibatalkan tapi dirunding semula kos dan perjanjiannya agar ia menepati piawaian kewangan yang sihat. 
Amalan yang menghormati konsep demokrasi dan Federalisme adalah amat penting bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri-negeri yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat. 
Pilihan rakyat haruslah dihormati. Oleh itu penyaluran semua peruntukan di atas haruslah mengikut sistem dan undang-undang sedia ada iaitu terus kepada kerajaan negeri masing-masing dan tidak lagi melalui pihak ketiga yang dibentuk khusus seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan, atau pihak-pihak lain di luar pentadbiran negeri seperti di zaman BN. 
PAS yakin sekiranya semua berpegang kepada Konsep Federalisme dan saling menghormati hak masing-masing sebagaimana yang diperuntukkan yang jelas kehilangan di zaman BN, maka Malaysia akan mampu terus membangun secara progresif dalam satu entiti tanpa ada mana-mana negeri yang ketinggalan. 
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
20 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 20/5/2018
Sumber HD - 20-5-2018 










Terima kasih dan jazakallah

SAYA ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi Parlimen Kubang Kerian yang memberi kepercayaan kepada saya sebagai wakil rakyat di Parlimen tersebut. 
Kecintaan ahli dan penyokong PAS Kubang Kerian tidak perlu dipertikaikan. Kubang Kerian terkenal sebagai kubu kuat PAS dalam apa jua situasi. 
Sejarah membuktikan kesungguhan bekerja, kerjasama antara pimpinan dan kepatuhan kepada keputusan parti adalah asas kekuatan di Kubang Kerian. Isu 'pemain import' gagal mengikis sokongan pengundi kepada PAS. 
Faktor kesetiaan kepada parti adalah asas manakala faktor calon hanya menambah perisa bagi menyedapkan perjuangan parti. 
Lihatlah betapa setianya pimpinan dan ahli kepada keputusan parti. Bawalah siapa sahaja sebagai calon, mereka akan akur dan bekerja bagi memenangi parti. Inilah sikap yang sepatutnya menjadi contoh dan ikutan kepada semua pendukung PAS di negara ini. 
Saya berjanji akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin dengan pelbagai taklif yang terpikul di atas pundak saya. Semoga Allah ringankan taklif ini. Sepatah kata nasihat TGNA kepada saya: "Biarlah kita penat di dunia, mudah-mudahan kita rehat di akhirat.” 
Salam hormat dari saya. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Kubang Kerian
11 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 11/5/2018


















Sumber HD - 11-5-2018











Tidak berlaku lagi suasana hangat

TUMPAT: Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob tiba di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut, dekat sini jam 8.00 pagi. 
Beliau mengundi di Saluran 1. Sebelum itu beliau beratur seperti pengundi lain.
Dengan nada berseloroh beliau berkata, saluran satu untuk pengundi warga emas. 
Manakala, isterinya Datin Siti Zabedah Abdul Hamid mengundi di Sekolah Kebansaan Wakaf Bharu. 
Di Pasir Mas, pengundi tiba di tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Kasar sebelum jam 8 pagi. Ramai sudah menunggu di pintu utama. 
Kawasan mengundi itu tidak lagi berlaku suasana hangat seperti sebelumnya kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan lagi perayu undi. (Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bersama pengundi di Kubang Kerian.) 
Di hadapan sekolah itu anggota Rela dan polis memastikan kelancaran lalu lintas. Kira-kira 1 km berlaku kesesakan lalu lintas di tempat mengundi itu memandangkan kenderaan mengangkut pengundi keluar masuk. 
Paling meriah pos PAS dengan kehadiran orang ramai bagi membuat semakan daftar pengundi. Pos Umno juga ada pengundi yang membuat semakan biar pun bilangannya tidak ramai. 
Bagaimanapun pos PKR hanya kelihatan petugas. Begitu juga di Sekolah Kebangsaan Pasir Hor Kota Bharu, pos PKR agak lengang berbanding pos PAS dan BN. 
Suasana serupa juga berlaku di pusat pengundian di Maahad Muhammadi Lelaki hanya kaunter semakan PAS nampak meriah. 
Bagaimanapun kaunter semakan PKR tidak kelihatan di kawasan itu. 
Di Manek Urai, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mengundi di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. - HARAKAHDAILY 9/5/2018




















Sumber HD - 9-5-2018












Fitnah Presiden PKR

PAS mengecam kenyataan Presiden PKR dalam ceramahnya di Indera Mahkota Kuantan Pahang bahawa calon PAS menarik diri daripada pencalonan untuk DUN Rantau untuk memberi laluan kepada calon BN.

Ini adalah kenyataan fitnah dan berniat jahat yang semakin sebati dengan perangai Pakatan Harapan.

PAS dan Gagasan Sejahtera sememangnya tidak meletakkan calon untuk DUN Rantau kerana faktor setempat seperti kebolehan untuk menang dan komposisi pengundi, yang mana menjadikan ianya bukan kerusi yang strategik untuk ditandingi.

Oleh itu PAS berpandangan bahawa kenyataan jahat dan fitnah daripada Presiden PKR itu hanya untuk mengelirukan rakyat dengan niat untuk memburukkan PAS dengan menggunakan budaya politik yang amat tidak bertamadun.

Sebaliknya, PKR seharusnya menjawab dakwaan kerjasama dengan BN di sebalik kelapangan BN memberi layanan istimewa kepada para pimpinan PKR dan keluarganya untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta memberikan beliau mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang halangan seperti yang dilapor akhbar The Star.'

Presiden PKR juga harus menjawab apakah beliau setuju dengan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Anwar ketika temuramah bersama The Guardian baru-baru ini. PAS sehingga hari ini mempercayai Anwar difitnah sehingga dipenjarakan.

Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan di mana calon PKR ditolak pencalonannya? Apakah PKR akan menyuruh penyokongnya memberikan kemenangan kepada BN atau PAS?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
3 Mei 2018

Aumbw BO - 4-5-2018

'Tabung buluh saksi perjuangan PAS'
Posted on Friday, April 20 @ 19:26:39 UTC
Dilulus untuk paparan oleh anisahomar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39268



Tuan Ibrahim Tuan Man menyorot cabaran yang dihadapi anggota dan pemimpin PAS yang menurutnya bukan dari kalangan orang berada.


Menurut timbalan presiden PAS itu, meskipun difitnah dan dikenakan pelbagai sekatan, parti itu terus subur menongkah arus.

"PAS memasuki pilihan raya dengan segenap kepayahan. Ahli dilatih berkorban dengan semampu yang ada. Di setiap kali pilihan raya pelbagai barang buangan menjadi objek bahan kempen.

"Lambang PAS diukir pada guni baja, tin kosong, tayar kereta, papan lapis dicat bagi dijadikan billboard. Pimpinan dan ahli parti bersengkang mata menjaga bahan kempen dari dirosakkan oleh musuh politik PAS.

"Sejarah ini tentunya masih segar dalam ingatan golongan As Sabiqun (veteran) khususnya. Tabung buluh menjadi saksi di atas kejerihan bagi memenangkan perjuangan Islam ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim menambah, anggota PAS terdiri dari orang kampung yang berjiwa agama yang sanggup menabung membantu parti menghadapi setiap kali pilihan raya.

"Cerita calon (PAS) menjual tanah bagi membayar deposit pilihan raya adalah perkara biasa.

"Di atas kepayahan inilah kita membangunkan perjuangan ini. Kini parti semakin membesar. Telah ramai tokoh koperat, usahawan berjaya, pegawai kerajaan, ahli agama bergabung tenaga bangkit berjuang bagi merubah dasar negara kepada Islam," katanya.

Justeru, Tuan Ibrahim menyeru seluruh anggota PAS yang berada di perantauan pulang mengundi selain memohon sumbangan derma asas bagi membantu PAS dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Saya menyeru kepada seluruh ahli PAS diperantauan agar pulang ke distinasi masing-masing untuk balik mengundi PAS. Undi anda sangat besar makna kepada penerusan lagasi Nik Aziz membangun bersama Islam.

"Saya juga menyeru sumbangan derma asas sebanyak RM10.00 bagi setiap ahli parti, manakala yang mampu sumbanglah mengikut kemampuan masing-masing," katanya.

Semalam, pimpinan PAS di kebanyakan negeri di Semenanjung mengumumkan calon pilihan raya di kawasan masing-masing.

Bagi negeri Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, PAS bertanding hampir di setiap kerusi Parlimen dan DUN.

Sementara di Johor, PAS bertanding 20 kerusi parlimen dan 41 kerusi DUN dengan kesemua kerusi itu turut ditandingi parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN)

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi pula mengumumkan calon PAS akan diletakkan di 20 daripada 22 kerusi parlimen dan 47 daripada 56 kerusi DUN.

Sumber TKO - 20-4-2018

PAS tawar proses PRU lebih selesa jika jadi kerajaan
Posted on Tuesday, April 17 @ 20:09:57 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39210



PAS bercadang akan mengubah kaedah pengendalian pilihan raya umum (PRU) di negara ini jika mereka diberi mandat sebagai kerajaan.

Kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tarikh PRU sepatutnya ditentukan lebih awal, selain dipastikan berlangsung pada musim cuti.

Timbalan presiden PAS itu berkata langkah berkenaan dapat membuka ruang sebanyak-banyaknya kepada pengundi untuk terbabit dalam proses PRU.

"PAS berjanji sekiranya diberi mandat mentadbir nanti, PAS akan memastikan tarikh PRU ke-15 ditentukan jauh lebih awal dan berada pada musim cuti bagi memaksimumkan jumlah keluar pengundi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9 Mei ini untuk hari mengundi kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat ditetapkan perlembagaan dan sudah mendaftar sebagai pengundi.
Ada lebih 4.9 juta pengundi berdaftar di negara ini dan daripada jumlah itu 4.6 juta dibenarkan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 9 Mei berkenaan.

Kira-kira 303,000 nama lagi akan menjadi pengundi awal sama ada melalui pos atau pusat pengundian yang dibuka di beberapa lokasi yang ditetapkan pada Sabtu, 5 Mei.

Untuk rekod 9 Mei ialah hari Rabu dan kerajaan mengisytiharkan ia sebagai cuti umum selepas mendapat kritikan ramai.

Harap kerjasama majikan
Namun ia dianggap masih menyukarkan orang ramai kerana 8 dan 10 Mei tetap dianggap hari bekerja.

Kata Tuan Ibrahim PAS juga mencadangkan kerajaan mengumumkan 8 Mei sebagai cuti umum bagi membantu pengundi yang perlu membuat perjalanan jauh bagi menunaikan kewajiban mereka.

"Isu utama yang menjadi rungutan orang ramai ialah kegagalan lebuh raya menampung jumlah kereta yang banyak.

"Demi mengelakkan kesesakan di lebuh raya, PAS menggesa kerajaan turut mengisytiharkan cuti umum pada 8 Mei agar rakyat Malaysia - terutamanya pengundi luar - dapat menunaikan tanggungjawab mengundi dengan selesa pada PRU ke-14 ini," katanya.

Tuan Ibrahim yang sebelum ini pernah menempelak SPR kerana "merompak hak rakyat" untuk memilih kerajaan apabila memilih Rabu sebagai hari mengundi, berkata langkah kerajaan membenarkan sekolah mengambil cuti gantian untuk persediaan PRU adalah baik.

Bagaimanapun katanya ia tidak memadai buat pengundi luar yang perlu melakukan perjalanan pulang.

Katanya pengundi terbabit wajar diberi keselesaan semasa perjalanan berkenaan.


"PAS juga memohon agar semua majikan swasta memberi kelonggaran sewajarnya kepada para pengundi luar untuk menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Sumber TKO - 17-4-2018















Lebuh raya sesak: Kerajaan digesa isytihar cuti 8 Mei

ISU utama yang menjadi rungutan orang ramai ialah kegagalan lebuh raya menampung jumlah kereka yang banyak. 
Demi mengelakkan kesesakan di lebuh raya, PAS menggesa kerajaan turut mengisytiharkan cuti umum pada 8 Mei, menjadikan cuti sebanyak dua hari iaitu 8 dan 9 Mei agar rakyat Malaysia, terutamanya pengundi luar dapat menunaikan tanggungjawab mengundi dengan selesa untuk Pilihan raya Umum ke-14 kali ini. 
Umum menyedari bahawa perjalanan sekolah yang dijadikan pusat pengundian akan terganggu selama tiga hari, iaitu sehari sebelum dan sehari selepas pengundian bagi menyusun kembali kelas dan membersihkan kawasan persekolahan. 
Langkah kerajaan membenarkan sekolah mengambil cuti gantian sehari sebelum atau selepas mengundi merupakan langkah yang baik, namun bagi pengundi luar, kerajaan juga harus memberi mereka kemudahan perjalanan untuk balik mengundi dalam keadaan yang selesa dengan mengisytiharkan cuti tambahan pada 8 Mei 2018. 
PAS juga memohon agar semua majikan-majikan swasta akan memberi kelonggaran yang sewajarnya kepada para pengundi luar untuk menunaikan tanggungjawab mereka. PAS berjanji sekiranya diberi mandat mentadbir nanti, PAS akan memastikan tarikh PRU15 ditentukan jauh lebih awal dan memastikannya berada pada musim cuti bagi memaksimumkan jumlah keluar pengundi. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
17 April 2018 – HARAKAHDAILY 17/4/2018
Sumber HD - 17-4-2018 















PAS bukan sekadar selesai jurang ekonomi

KUALA LUMPUR: Dalam proses menyelesaikan masalah jurang ekonomi, kemiskinan dan kos hidup yang melampau, PAS melihat bukan hanya menyusun sistem, tetapi manusia itu sendiri juga mesti diperbetulkan.
Demikian tegas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam program bual bicara Malaysia Sejahtera, malam tadi. 
Menurut beliau, jika dilihat mereka yang menyeleweng, menerima rasuah, salah guna kuasa dan yang menindas bukanlah terdiri dalam kalangan golongan miskin. 
Sebaliknya kata beliau, ramai dalam kalangan mereka ini yang bergaji puluhan ribu Ringgit.
"Apa lagi yang tak cukup. Bahkan sesetengahnya beratus-ratus ribu pendapatannya, bermakna bahawa, masalah kita bukan masalah harta tapi masalah individu yang mengurus harta," ujarnya. 
Sehubungan itu, kata beliau PAS menawarkan bukan sahaja penyelesaian dalam menghadapi cabaran jurang dan bebanan kos hidup yang meningkat, malah lebih besar adalah mendidik manusia. 
"Manusia perlu dididik, jiwa manusia perlu diperbetulkan supaya dia tidak jadi tamak haloba, akhirnya dia akan menindas dan tak pernah rasa cukup. 
“Alangkah baiknya kalau kita menjadi seorang mukmin yang kaya, yang murah rezeki tapi tidak tamak, tidak haloba, tidak sampai buat benda haram. Bahkan kita seronok bila kita boleh menolong orang yang susah. Inilah konsep yang PAS gagaskan," ujar beliau. – HARAKAHDAILY 13/4/2018
Sumber HD - 13-4-2018 

PAS: Hak demokrasi rakyat dirompak SPR
Posted on Tuesday, April 10 @ 15:49:30 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39067



PAS mengecam keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih 9 Mei untuk melaksanakan pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata langkah SPR itu dianggap sebagai merompak hak rakyat negara ini untuk memilih kerajaan.

Kata Tuan Ibrahim pemilihan tarikh itu juga membayangkan BN sedang menghidu 'tsunami rakyat' yang kini beralun kencang mahu menolak parti berkenaan.

"Walaupun kerajaaan boleh mengisytihar cuti umum pada hari berkenaan, ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana 9 Mei itu ada di pertengahan hari minggu.

"Bebanan kepada semua rakyat akan terus ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu SPR memanggil sidang media di Putrajaya bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi selepas parlimen dibubarkan pada 7 April lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menyatakan hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu, 28 April manakala pembuangan undi pada Rabu, 9 Mei.

Kebiasaannya hari mengundi ditetapkan pada Sabtu atau Ahad bagi memudahkan sebahagian besar rakyat negara ini menyertai PRU.

Bagaimanapun sidang media SPR itu berakhir tanpa Mohd Hashim meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan wartawan.

Adakah majikan mengizinkan
Kata Tuan Ibrahim langkah SPR itu bertentangan dengan hasrat badan terbabit mahu menggalakkan orang ramai keluar mengundi beramai-ramai.

"Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar untuk mengundi dan menyasarkan 85 peratus pemilih keluar mengundi pada PRU ke-14 apabila melaksanakan engundian di hari bekerja?" katanya.

Menurut beliau PAS akan mengadakan mesyuarat segera esok bagi membincangkan langkah selanjutnya.

"Namun PAS tetap mengecam tindakan SPR ini yang merompak demokrasi," katanya.

Tuan Ibrahim berkata tidak dapat dipastikan sama ada kakitangan swasta - terutama yang berada jauh dari tempat mengundi - sanggup mengambil cuti sehari semata-mata untuk kembali mengundi.

Katanya mereka juga tidak dapat dipastikan sanggup mengorbankan cuti selama tiga hari sebagai tambahan cuti hujung minggu untuk memudahkan perjalanan jarak jauh.

"Apakah majikan swasta akan mengizinkannya, terutamanya bagi semua perantau yang bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur atau luar negara?" katanya.

PAS kata Tuan Ibrahim tidak nampak SPR ada masalah untuk mengadakan pembuangan undi pada Sabtu 5 Mei sekali gus memudahkan semua pengundi.

Sumber TKO - 10-4-2018

















BN tahu rakyat gagal dipujuk dengan Bajet 2018

BAJET 2018 tidak lain tidak bukan adalah untuk menawan hati rakyat agar kepercayaan harus diberi semula kepada BN pada PRU14 nanti. 
Meskipun Bajet 2018 sebanyak RM280.25 bilion ialah bajet termewah dalam sejarah kerajaan BN, kerajaan BN masih meminta peruntukan tambahan sebanyak RM7 bilion pada 19 Mac lalu, ketika Bajet 2018 baru dilaksanakan 78 hari. Tindakan ini membuktikan kerajaan BN lemah dalam merancang perbelanjaannya. 
Bukan itu sahaja, pelancaran manifesto BN yang menjanjikan langit dan bintang baru-baru ini membuktikan bahawa BN secara tidak langsung mengakui bajet termewah dalam sejarah kerajaan BN - Bajet 2018 tidak dapat membendung keinginan rakyat untuk membuangnya pada PRU14. 
Manifesto BN juga adalah satu pengakuan bahawa mereka sudah dapat merasai denyut rakyat yang semakin menolak mereka. Oleh itu rakyat perlu 'dibeli' dengan pelbagai ganjaran dan hadiah yang tidak terkandung di dalam bajet termewah Bajet 2018. 
Berapakah peruntukan yang diperlukan untuk menampung manifesto BN sekiranya ia menang lagi, dan berapa lagi peruntukan tambahan yang bakal diminta BN ke atas bajet termewah 2018 untuk menunaikan janji-janjinya?\ 
Rakyat tidak harus mengambil risiko dengan janji-janji manis BN ini. Dengan GST sebagai senjata di dalam tangan BN yang bertegas meneruskan pelaksanaannya jika menang di PRU14, dan pendapatan negara yang semakin merosot, percayalah rakyat akan dijadikan mangsa pertama untuk menampung peruntukan berlebihan ini. 
Pendek kata, kedua-dua tawaran BN dan Pakatan Harapan bersifat populis tanpa menawarkan solusi untuk meningkatkan pendapatan negara bagi menampung janji-janji manis mereka. 
Ini berbeza dengan manifesto PAS dan Gagasan Sejahtera yang menawarkan solusi untuk menampung tawaran memansuhkan GST, menghapuskan PTPTN, pendidikan serta perubatan percuma dan sebagainya dengan sistem percukaian lebih adil seperti cukai atas simpanan korporat dan cukai saham di Bursa Saham Malaysia. 
Semua ini hanya boleh dilakukan dengan pimpinan tulus ikhlas dan bebas rasuah. Undilah PAS untuk Malaysia yang lebih sejahtera dan kami telah membuktikan bahawa komitmen kami untuk terus bebas daripada rasuah berbanding BN dan PH. 
Ini terbukti apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low berkata tiada pemimpin PAS yang disiasat atas kes rasuah daripada jumlah 92 pemimpin politik yang sedang disiasat SPRM di mana 71 terdiri daripada pemimpin BN manakala baki 21 adalah pemimpin PH. 
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
9 April 2018 – HARAKAHDAILY 9/4/2018


































Sumber HD - 9-4-2018



















'Manifesto 'mewah' bukti BN sedar rakyat tolak mereka
Posted on Monday, April 09 @ 09:06:18 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39033



SHAH ALAM - Manifesto BN membuktikan pengakuan bahawa gabungan itu sudah dapat merasai denyut rakyat, yang semakin menolak mereka.


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, rakyat perlu 'dibeli' dengan pelbagai ganjaran dan hadiah yang tidak terkandung di dalam bajet termewah Bajet 2018.


"Berapakah peruntukan yang diperlukan untuk menampung manifesto BN sekiranya ia menang lagi, dan berapa lagi peruntukan tambahan yang bakal diminta BN ke atas bajet termewah 2018 untuk menunaikan janji-janjinya?

"Rakyat tidak harus mengambil risiko dengan janji-janji manis BN ini," jelasnya.

Katanya, dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai senjata di dalam tangan BN yang bertegas meneruskan perlaksanaannya jika menang di PRU14, dan pendapatan negara yang semakin merosot, beliau percaya rakyat akan dijadikan mangsa pertama untuk menampung peruntukan berlebihan ini.

"Pendek kata, kedua-dua tawaran BN dan Pakatan Harapan bersifat populis tanpa menawarkan solusi untuk meningkatkan pendapatan negara bagi menampung janji-janji manis mereka," katanya.

Jelasnya, Ini berbeza dengan manifesto Pas dan Gagasan Sejahtera yang menawarkan solusi untuk menampung tawaran memansuhkan GST, menghapuskan PTPTN, pendidikan serta perubatan percuma dan sebagainya dengan sistem percukaian lebih adil seperti cukai atas simpanan korporat dan cukai saham di Bursa Saham Malaysia.

"Semua ini hanya boleh dilakukan dengan pimpinan tulus ikhlas dan bebas rasuah," katanya lagi.
Katanya, Pas telah  membuktikan bahawa komitmen mereka untuk terus bebas daripada rasuah berbanding BN dan Harapan.

"Ini terbukti apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low berkata tiada pimpinan Pas yang disiasat atas kes rasuah daripada jumlah 92 pemimpin politik yang sedang disiasat SPRM, di mana 71 terdiri daripada pemimpin BN manakala baki 21 adalah pemimpin Harapan," katanya.

Sumber TKO - 9-4-2018



















Terima kasih Sinar Harian sanggup betulkan berita

PAS mengucapkan terima kasih kepada Sinar Harian kerana sanggup memohon maaf dan membetulkan laporannya yang salah terhadap kenyataan Presiden PAS di dalam isu 1MDB yang dibuat ketika Program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera. 
Kepada mereka yang memfitnah Presiden PAS di atas pemberitaan yang silap oleh Sinar Harian diharap dapat juga berlapang dada seperti yang dilakukan Sinar Harian dan mengaku silap. 
PAS tetap berpegang teguh kepada prinsip seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah tanpa mengira isu dan lawan, sama ada skandal 1MDB yang nama Perdana Menteri sering terpalit, skandal Ijok yang nama Menteri Besar Selangor terpalit mahupun skandal pembelian banglo dan terowong bawah laut Pulau Pinang yang nama Ketua Menteri Pulau Pinang terpalit. 
Jika diberi kuasa, PAS akan mengambil sikap yang sama terhadap skandal-skandal lama sebagaimana skandal-skandal baru dengan melakukan penyiasatan secara teliti dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan. 
Jangan cepat menghukum di zaman yang penuh fitnah ini. Budaya menghukum hari ini, bila tuduh sahaja terus dikatakan salah ini perlu dibendung. Sesiapa yang menuduh perlu membawa bukti. 
Berhati-hatilah pada mereka yang suka menuduh lalu mencabar orang yang dituduh mereka untuk menyaman bagi membersihkan tuduhan terhadapnya terutamanya menjelang pilihan raya untuk meraih undi. 
Ini cumalah taktik yang songsang untuk menipu pengundi kerana sudah ada pelbagai contoh di depan mata di mana mereka yang menuduh ini akan memohon maaf di mahkamah selepas itu setelah tujuan fitnah telah tercapai. 
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
26 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 26/3/2018
Sumber HD - 26-3-2018 

PAS boleh jamin perubahan di Sabah?






















(Teks transkrip dan suntingan dari 
Ucapan Timbalan Presiden PAS 
dalam program Fastaqim 2.6 Negeri Sabah 
di Padang Fastaqim, Kampung Sundang 
Laut Batu Sapi semalam yang disediakan
 oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

SAYA melihat perlunya tuan-tuan 
di sini mempunyai satu tanggungjawab 
yang sangat besar. Para pengundi 
khususnya mempunyai tanggungjawab 
yang besar supaya tidak menyambung 
kuasa yang ada pada Umno Barisan Nasional di Sabah.

Perlunya suatu perubahan dibuat, pilihan raya ialah kita memilih pemimpin, kita pilih 
wakil rakyat, wakil kita untuk bela nasib kita, untuk mempertahankan kita, untuk 
menjaga kebajikan kita. Bukan untuk mengkayakan dia. Jadi tikus-tikus yang ada tadi 
mesti diracun semua supaya dia mati.

Tuan-tuan bayangkan kalau kita pilih pemimpin, tiba-tiba pemimpin buat aniaya tak peduli 
kepada rakyat. Kita pilih dia, kita mesti pilih pemimpin yang bertanggungjawab, pemimpin 
yang sanggup bela nasib rakyat, bukannya hanya datang lima tahun sekali bersalam 
dengan penduduk

Sumber HD - 18-3-2018






















PAS memacu masa depan kepelbagaian Malaysia

PAS kita memilih tema untuk menghadapi pilihan raya ke-14 dengan mengambil tema bahawa Malaysia Sejahtera. Apa yang menjadi hasrat dan keinginan rakyat Malaysia dalam kita meneruskan masa depan negara kita ialah sebuah masyarakat ataupun sebuah negara yang harmoni, yang aman damai, yang tenteram, yang sejahtera untuk didiami. 
Sama ada dalam konteks perpaduan masyarakat yang ada, peluang-peluang pekerjaan, pembasmian jenayah dan peningkatan keyakinan untuk hidup selesa. Sebenarnya Malaysia punya potensi yang besar untuk kita bina, bukan sahaja melibatkan tokoh-tokoh politik, tetapi semua masyarakat, semua pihak. 
Apa yang saya nak bicarakan pada hari ini ialah soal perpaduan negara kita. PAS mengakui dan kita mengiktiraf bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang bangsa dan budaya. Dan Islam tidak pernah menolak hasrat tersebut dan realiti yang ada dalam negara kita. Bahkan Islam mengiktiraf sebagaimana disebut oleh Allah S.W.T: 
إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ
“Sesungguhnya Kami (yakni Allah S.W.T) menjadikan kamu bersuku-suku, berbangsa-bangsa, laki-laki dan perempuan, berbagai-bagai bahasa, berbagai-bagai budaya untuk saling kenal mengenal satu sama lain. Dan semulia-mulia kamu di sisi Allah S.W.T ialah yang paling bertakwa.”
(al-Hujurat: 13) 
Ada dua aspek besar yang perlu kita memahami. Pertama ke mana kita nak bawa negara kita pada masa depan? Dengan masyarakat majmuk ini kita harus menjadikan dia sebagai satu aset yang berguna, dia bukan permasalahan. Masyarakat majmuk bukan masalah bagi negara kita. 
Tetapi yang penting ialah bagaimana kita menguruskan kemajmukan tersebut hingga dia mampu menjadi suatu aset berguna kepada negara kita. PAS melihat bahawa rakyat perlu hidup dalam keadaan yang harmoni. Konflik perkauman, konflik agama, konflik mazhab, pertembungan nilai-nilai yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan apa yang berlaku mesti dicegah. 
Lantaran itu kita melihat kepada aspek yang pertama, kebebasan beragama. Islam suatu agama yang tidak memaksa orang bukan Islam untuk masuk Islam. Kenapa? Kerana kalau pemaksaan akan melahirkan golongan yang munafik, golongan berpura-pura. Akidah ini ialah soal keyakinan kita. Sebab itu Allah sebut dalam Quran: 
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ
“Tidak ada paksaan dalam agama”
(al-Baqarah: 256) 
Tetapi di waktu yang sama, kita harus mengiktiraf bahawa masing-masing agama mempunyai tanggungjawab. Islam ada tanggungjawab terhadap penganutnya dengan agama dia sendiri. Iaitu orang Islam, dia mesti bebas beramal apa yang diperintah oleh Allah Taala kepada diri dia. Sama ada soal akidahnya, soal imannya, soal ekonominya, soal politiknya dan termasuk juga soal hak-hak dia beramal dengan agama dia. 
Demikian juga jaminan kita bahawa semua agama bebas beramal dengan agama mereka sendiri. Pengalaman PAS memerintah Kelantan 27 tahun, menyaksikan bagaimana tidak ada konflik agama berlaku di Kelantan. Dan kita bagi kebebasan masyarakat yang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka. 
Tetapi apa yang menjadi konflik hari ini ialah umat Islam ada hak-hak orang Islam yang tidak, tak boleh laksana. Dan itu yang kita lihat sebagai satu tuntutan orang Islam untuk dia bebas beramal agama dia. 
Sebagai contoh, dalam hak makan minum. Islam ada garis panduan dia. Demikian juga hak perundangan. Ada peraturan yang Allah turun. Orang Islam dia wajib melaksanakan apa yang Allah perintahkan untuk diri dia. Dan di sinilah timbul konflik bila mana umat Islam dihalang untuk beramal dengan agama dia. 
Jadi oleh kerana itu apa yang mereka tuntut bukan campur tangan dalam ugama lain, ataupun mengambil orang lain, agama lain untuk campur tangan dalam urusan agama Islam. Tetapi sekadar bagaimana untuk kita praktiskan, ataupun kita benarkan orang Islam beramal dengan agama dia. Sebab ini jaminan keharmonian negara. 
Soal yang kedua soal bangsa, soal bahasa, sebagai contoh. PAS kita iktiraf soal setiap bangsa ada budaya dia, ada bahasa dia yang kita harus rai. Sebab itu kita menentang sebarang usaha untuk membawa negara kita kepada satu, seolah satu tidak ada pengiktirafan. Soal bahasa ini orang Cina dengan bahasa dia sendiri, orang India dengan bahasa dia. Mereka bebas untuk bercakap, berbudaya dengan bahasa mereka sendiri. 
Dan dalam soal ini, alangkah baiknya kalau kita boleh gembeling semua keunikan budaya yang ada di Malaysia, kita harmonikan sebagai satu aset besar bagaimana untuk kita elak sebarang konflik yang berlaku di kalangan masyarakat. 
Pengalaman yang berlaku sama ada di Timur Tengah ataupun di Eropah, yang menyaksikan bahawa pertembungan ini akan diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Lantaran itu kita perlu duduk bersama, kita perlu bincang dan mencari muafakat. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Allah dalam Quran: 
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا 
“Katakanlah kepada Ahli Kitab. (Ahli Kitab ini golongan Yahudi, golongan Nasara). (“Ta’alau”) Mari kita duduk bersama, kita bincang bersama kepada kalimah yang sama antara kami dengan kamu.”
(ali-‘Imran: 64) 
Maknanya dalam soal bicarakan soal negara, kita ada kalimah yang sama. Soal penyelewengan, soal rasuah, soal menentang kezaliman, penindasan, salah guna kuasa. Ini hak bersama. Soal kebersihan, soal jaminan untuk hidup, soal jaminan untuk dapatkan bantuan, soal kesihatan, soal pendidikan. Ini banyak nilai-nilai yang sama. Dengan prinsip masing-masing kita pelihara. Islam memegang prinsip: 
أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا
“Bahawa kami tidak boleh syirik kepada Allah S.W.T. Mengabdikan diri kepada Allah.”
(ali-‘Imran: 64) 
Saya fikir ini di antara garis panduan yang sangat menarik. Sebab itu kalau kita boleh lihat bagaimana PAS bersama dengan Gagasan Sejahtera nak mengajak rakyat mari kita duduk dalam realiti masyarakat bahawa jangan hak-hak beragama yang diadakan ini jadi masalah. Sebab Islam tidak pernah diturun untuk membawa masalah. Islam diturun oleh Allah untuk memandu hidup manusia dan menyelesai masalah manusia. Allah Taala sebut dalam Quran:

طه (١) مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ (٢)
“Kami tidak turunkan Quran ini untuk menyusahkan kamu”
(Taha: 1-2) 
Sama ada peraturannya, sistemnya, keadilannya dan cara hidupnya. Tidak pernah satu sistem yang tuhan turun untuk menyusahkan manusia. Tetapi dia satu peraturan untuk mengajak manusia dan mengharmonikan masyarakat kerana seluruh manusia ini makhluk Allah S.W.T. 
Dan kita sebagai hamba Allah, kita ada tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai hamba Allah, tanggungjawab kita ke atas negara kita sebagai rakyat Malaysia. Tanggungjawab kita kepada perubahan yang lebih baik. 
Jadi, untuk akhirnya saya ingin mengambil kesempatan untuk mari menyeru, mari kita semua pihak, mari kita gembeling tenaga kita, kita mencorak warnakan masa depan politik Malaysia, masa depan negara kita sebagai sebuah negara yang kita inginkan semua:
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
“Sebuah negara yang baik. (Negara yang harmoni, negara yang aman damai, negara yang seronok untuk hidup, negara yang seronok untuk kita masa depan generasi akan datang. Di waktu yang sama juga) Allah Taala mengampun dosa-dosa kita.”
(Saba’: 15) 
Mudah-mudahan kita diberkati Allah S.W.T hingga bertemu dalam siri-siri yang akan datang. 
(Teks transkrip dari Ucapan Timbalan Presiden PAS di Live Facebook TVPAS malam tadi yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)- HARAKAHDAILY 13/3/2018
Sumber HD - 13-3-2018 























PAS membawa politik solusi

Timbalan Presiden PAS, Dato‘ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata:
Kita melihat penyelesaian PAS sekarang ini Gagasan Sejahtera kita bergerak ke arah politik solusi, politik penyelesaian, bukan lagi politik cerca naik atas pentas, maki hamun, cerca, serang, tapi gagal mengemukakan apa alternatif. Dalam Gagasan Sejahtera sekarang kita kemuka apa alternatif. Contohnya 1MDB, contohnya isu Felda, isu perumahan rakyat, isu kos hidup, isu GST. 
“PAS kita keluar Dokumen Hijau, suatu dokumen penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Sebagai contoh Tun Mahathir kata kalau dia diberi mandat, dia akan balik laksanakan semula PPSMI. Bila orang tanya komen tentang tol, dia kata tol Malaysia ini antara yang murah. GST dia akan hapus, tapi balik semula kepada SST. 
Penyelesaian dalam Gagasan Sejahtera, kita tidak balik semula kepada SST, kita menentang GST, tapi kaedah yang kita guna ialah kaedah mengambil kekayaan harta orang kaya beri kepada orang miskin. 
“Sekarang ini GST sama rata, orang kaya enam percent orang miskin enam percent, orang berada enam percent orang cacat pun enam percent. Ini adalah sistem yang tak adil. Kaedah Islam yang digaris oleh Allah Taala, oleh Nabi S.A.W: 
تؤخذ من أغنيائهم وترد إلى فقرائهم
Ambil daripada orang kaya mereka, bagi kepada orang miskin” 
Kalau SST juga tidak adil, dan sistem ternyata memberi ruang kepada orang yang melindungi sumber, menyebabkan negara hilang pendapatan besar. Dalam Dokumen Hijau yang kita kemukakan, kita dapati sebenarnya ramai aset yang dimiliki oleh orang kaya yang tidak dikenakan cukai. Transaksi kewangan di BSKL, pemilikan saham golongan kaya berjuta-juta, orang ini tak kena cukai. Padahalnya merekalah sepatutnya dikenakan cukai diambil untuk diberi kepada orang miskin. Jadi kaedah ini yang kita cari. 
“Yang kedua pengerusi ialah politik Gagasan Sejahtera ialah politik solusi, cari penyelesaian. Kalau kita duduk bertempik maki hamun cerca, contoh isu 1MDB, siapa pun akan ambil alih kerajaan selepas ini dia terpaksa pikul hutang 1MDB. Jadi jalan keluarnya apa? Isu Felda, memang kita tahu masalah besar. Tapi apa jalan keluar? PAS kita kemuka jalan penyelesaian kepada masalah kemelut yang berlaku dalam negara.  
Ikuti teks transkrip dan suntingan dari jawapan beliau di Program Anda Tanya PAS Jawab di Perkarangan Pejabat Adun PAS Tanjung Lumpur, Sungai Isap, Kuantan pada 4 Mac 2018 yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 7/3/2018
Sumber HD - 7-3-2018 

























PRU14: Parti Ikatan guna lambang PAS

KUALA TERENGGANU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini telah membuat tiga keputusan besar parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini. 
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS telah menerima dan meluluskan keahlian parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) sebagai anggota komponen Gagasan Sejahtera (GS). 
"Kita (PAS) telah pun menerima dan meluluskan keahlian parti Berjasa sebagai parti komponen kita dalam Gagasan Sejahtera melalui mesyuarat pada hari ini.  
"Kedua, kita juga menerima permohonan daripada Parti Ikatan untuk mereka menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya (PRU14) kali ini. Mengikut taklimatnya, parti Ikatan tidak bertanding banyak kerusi dan dia (Ikatan) tubuh parti pun bukan hendak bertanding sangat tetapi untuk bantu kemenangan PAS dalam pilihan raya pada kali ini.  
"Ketiga, kita (PAS) juga membuat keputusan untuk buat satu program besar, Syarahan Perdana pada 11 Mac 2018 ini bersama Tuan Guru Presiden PAS (Dato Seri Abdul Hadi) bagi menjelaskan kepada golongan-golongan pertengahan, orang akademik, pakar-pakar dan sebagainya ke mana halatuju PAS bersama Gagasan Sejahtera.  
"Kita harap keputusan besar ini akan menjadi lonjakan besar kepada parti dan sekaligus kita akan lancarkan Manifesto PAS Pusat, InsyaAllah," jelasnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-43 di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai, di sini semalam. 
Menurutnya, Gagasan Sejahtera diperkenalkan oleh PAS sebagai pandangan blok ketiga yang tidak bersama Umno-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). 
Katanya, blok ketiga adalah golongan rakyat yang tidak bersetuju dengan kepimpinan BN, Dato' Sri Najib Razak dan PH yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dato' Tuan Ibrahim turut mengingatkan ahli-ahli partinya bahawa PAS sebuah parti besar yang memerlukan pemimpin dan ahli berjiwa besar. 
"Tapi, jiwa besar kita (PAS) sedia untuk lihat mana ruang untuk kita capai kemenangan bersama blok Gagasan Sejahtera ini.  
"Bila kita (PAS) perkenalkan Gagasan Sejahtera ianya tidak termasuk Barisan Nasional dan tidak ada Pakatan Harapan. Politik Malaysia adalah politik dua wajah sejak merdeka sampai sekarang iaitu wajah pembangkang dan wajah kerajaan.  
"Oleh kerana, PAS tidak bersama Pakatan Harapan (maka) dituduh PAS bersama kerajaan (BN). Kita tegaskan PAS tidak bersama Umno-BN dan tidak juga bersama Pakatan Harapan.  
"Kita ada pandangan (blok) ketiga. Kita (PAS) bawa gagasan blok ketiga dengan Gagasan Sejahtera. Blok ketiga yang rakyat tidak setuju dengan Umno-BN yang zalim kepada rakyat dan rakyat juga tidak setuju dengan Pakatan Harapan yang memanggil balik Tun Dr Mahathir," jelasnya. 
Sehubungan itu, katanya PAS mengambil pendekatan tersendiri menghadapi pilihan raya dan tidak mahu menjadi alat kepada pihak lain. 
Hadir sama pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, pemimpin veteran PAS, Dato Mustafa Ali dan Dato Wan Abdul Mutalib Embong serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Terengganu, Jefri Chua. 
Beberapa acara sampingan diadakan iaitu pertandingan Semarak Hijau, pelancaran Kuala Terengganu Medical Team, anugerah As-Sabiqun setiap wakil Dewan Undangan Negeri (Dun) dan pelancaran buku Menjejaki Insan Pilihan karangan Dr Mohamad Hamdam Mohd. - HARAKAHDAILY 4/3/2018

Sumber HD - 4-3-2018

























Pemimpin mana yang akan balik ke Pekan?


KOTA BHARU: Siapa yang akan menguasai kerajaan di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sudah ada dalam ilmu Allah Taala, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Begitu juga pemimpin mana yang akan balik ke Pekan selepas ini juga sudah tercatat di Luh Mahfuz.
Sebaliknya beliau menegaskan, kemenangan itu hanya akan diberi kepada mereka yang bekerja kuat. 
“Allah Taala hendak tengok siapa yang bekerja kuat sekarang bagi memastikan kemenangan tersebut,” katanya pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu, di sini hari ini. 
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin sebelum ini dilapor berkata, perebutan undi Melayu pada PRU14 dijangka sengit. 
Menurutnya, kemenangan akan diperolehi oleh parti yang mempunyai gerak kerja terkuat di akar umbi, di mana hanya Umno dan PAS mempunyai kekukuhan dalam perkara tersebut. 
"Sehebat mana pun seseorang pemimpin itu tetapi tanpa akar umbi yang sukar untuk mereka mendapatkan sokongan," katanya pada sesi perbincangan Meja Bulat Pra-PRU14: "BN Kekal Atau...??" di Kuala Lumpur. 
Manakala dalam perkembangan berkaitan Ustaz Tuan Ibrahim berkata, beliau sedia bertanding di mana-mana tempat yang diputuskan parti.
"Saya turun ke banyak negeri termasuk Johor dan Selangor ketika Presiden kurang sihat," katanya selepas ceramah Isu Semasa di Kampung Pauh Butut Dun Pasir Tumbuh malam tadi. 
Hadir sama Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian, Ustaz Abdul Rahman Yunus; Timbalannya, Mumtaz Md Nawi; Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Penerangan PAS Kubang Kerian, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah. -HARAKAHDAILY 23/2/2018




















































































































Sumber HD - 23-2-2018



























































Kenyataan Paul Low Mengejutkan
Posted on Friday, February 23 @ 07:35:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38370



Malang bila dunia seringkali meletakkan kesalahan kepada Islam, sedangkan hakikat sebenar ialah negara yang memisahkan urustadbir dengan dasar Islam menjadi punca.

Hari ini, rakyat melihat parti pemerintah menjadi pelindung kepada pelbagai kesalahan rasuah dan salahguna kuasa. Umno-BN menjadi punca kerana gagal meletakkan Islam sebagai sistem terbaik dalam urus tadbir negara, sehingga tahap rasuah negara Malaysia yang dihuni majoriti umat Islam kini jatuh ke tahap setanding Cuba.

Kemerosotan 7 tangga Malaysia daripada 55 di 2016 ke 62 di 2017 dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) terbaru Transparency International Malaysia (TI-M) sememangnya menyedihkan malah mengejutkan.

Apapun, tiada yang lebih mengejutkan dan mengecewakan daripada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Paul Low yang dipetik Malaysiakini, 22 Februari 2018 di mana beliau menyalahkan kemerosotan itu atas tindakan agresif SPRM.

"Publisiti dan pendedahan meluas yang diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes-kes ini dalam tahun-tahun mutakhir mewujudkan lebih banyak tanggapan negatif yang sekali gus menyumbang terhadap kemerosotan mata dan kedudukan CPI Malaysia.

"Bagaimanapun, ini tidak boleh menghalang SPRM daripada membuat penguatkuasaan agresif dan kerajaan daripada membuat perubahan transformasi jangka panjang," kata Low yang dipetik.

Meletakkan kemerosotan kedudukan CPI ke atas bahu SPRM yang telah melakukan pelbagai tindakan pendakwaan dan tangkapan sebagai punca jelas adalah satu usaha tidak bertanggungjawab. Ia tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa budaya rasuah kini menular di seluruh pelusuk negara pada tahap yang kritikal.

Kerajaan BN ternyata gagal dalam meningkatkan imej negara di mata dunia. Pelbagai kemelut kewangan yang besar seperti isu 1MDB dan Felda gagal diselesaikan dengan satu jawapan yang memuaskan atau pendakwaan terhadap mereka yang terlibat sehingga kini. Bukan itu sahaja, skandal-skandal lain yang lama seperti skandal PKFZ, skandal forex Bank Negara Malaysia masih bermain di bibir rakyat.

Malah budaya rasuah kini juga menular kepada kerajaan yang ditadbir pembangkang. Di Pulau Pinang, Ketua Menterinya kini berdepan dakwaan rasuah di mahkamah isu banglo manakala isu terowong kini rancak disiasat oleh SPRM.

Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad turut melahirkan rasa terkejutnya dengan kejatuhan indeks rasuah Malaysia kerana beliau merasakan telah banyak usaha yang dibuat oleh SPRM.

PAS tidak menafikan bahawa SPRM telah banyak berusaha di bawah Tan Sri Dzulkifli. Akan tetapi, Ketua Pengarah SPRM perlu menilai balik semula kata-kata beliau seperti yang diwawancara di Mingguan Malaysia pada 21 Mei 2017 sebagai salah satu punca.

Di wawancara tersebut, beliau dipetik sebagai berkata SPRM tidak mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana tidak mahu dijadikan alat atau modal kempen oleh parti-parti politik.

Kenyataan Ketua Pengarah SPRM telah mendedahkan sejauhmana 'kesungguhan' SPRM membuat pembongkaran dan pendakwaan skandal rasuah ke atas ahli-ahli politik, terutamanya mereka yang berkuasa. Perlu diingat, ramainya ahli politik yang diheret untuk disoal siasat bukan petanda skandal rasuah telah selesai dibongkar. Malah, kenyataan Tan Sri Dzulkifli menyebabkan rakyat berpersepsi ada pendakwaan terpilih sekiranya ada pemimpin pembangkang tapi tiada pemimpin BN yang diheret ke mahkamah kerana rasuah sebelum PRU14.

PAS tegas menyatakan rasuah perlu dicegah melalui pendekataan bersepadu dengan menekankan nilai fizikal dan spiritual, mengurangkan kos hidup yang membebankan rakyat, meningkatkan pendapatan rakyat serta tauladan daripada kepimpinan negara yang boleh dijadikan model bagi rakyat.

Sehubungan itu, PAS menyeru agar rakyat agar menolak mereka yang terlibat dan melindungi rasuah. Berilah mandat kepada mereka yang tidak terpalit dengan rasuah. PAS menerajui Kelantan selama 27 tahun tanpa terpalit dengan rasuah. Kejayaan PAS menerajui Kelantan selama 27 tahun tanpa terpalit dengan rasuah dan mendapat anugerah khas Jabatan Audit negara perlu dijadikan asas ukuran sebelum mengundi di PRU ke 14 nanti.

Marilah kita bersama menyelamatkan negara dengan bahtera Islam agar negara dan rakyat akan hidup dalam sejahtera, aman damai dan keadilan yang dinikmati semua.

Malaysia Sejahtera bersama Gagasan Sejahtera.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
22 Februari 2018
Sumber TKO - 23-2-2018


Perdana menteri perlu tampil beri penjelasan
Posted on Friday, February 16 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38266



SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu tampil bagi memberi penjelasan sama ada Malaysia mempunyai sebarang hubungan rasmi secara tertutup dengan Israel.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Israel, wakil diplomat dari negara itu tidak sewajarnya dibenarkan untuk memasuki Malaysia bagi menyertai Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Kehadiran diplomat Israel ini adalah satu tamparan ke atas umat Islam dan perdana menteri perlu tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Sebelum ini, beberapa pihak terdiri daripada wakil parti politik dan pertubuhann bukan kerajaan (NGO) tampil menyatakan rasa kecewa dan mengecam tindakan kerajaan yang membenarkan kemasukan diplomat Israel ke negara ini, bagi mengikuti forum tersebut.

Namun begitu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan menegaskan bahawa penyertaan Israel ke WUF9 adalah berdasarkan jemputan PBB melalui agensinya iaitu Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) selaku penganjur program.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, usaha kerajaan menganjurkan Himpunan Solidariti Al Aqsa di Putrajaya baru-baru ini, berjaya meningkatkan kesedaran umat Islam namun dari satu sisi lain, kerajaan perlu istiqamah dengan pendirian tersebut.

“Sikap double standard ini memperlihatkan kerajaan tidak serius membela nasib umat Islam di Palestin khasnya Baitulmaqdis yang telah diisytiharkan oleh Presiden Amerika sebagai ibu negara haram Israel,” katanya.

Beliau berkata, insiden ini membuktikan kerajaan BN tidak serius bagi membela nasib Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

Sumber TKO - 16-2-2018

Poket rakyat tenat punca GST dan kos hidup

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-BN hanya membaca data di atas kertas dan tidak turun kepada rakyat, sedangkan realiti rakyat sangat menderita dan sebahagiannya terpaksa ikat perut daripada berbelanja. 
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, rakyat bertambah derita berpunca dengan kos hidup yang meningkat serta bebanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 
Katanya, GST dikenakan kepada semua golongan dan semua barang yang dibeli di mana ia menyebabkan kewangan rakyat khususnya golongan sederhana dan bawahan merosot dan mereka membeli barang-barang yang diperlukan sahaja. 
"Kita tengok kedai menjual barangan hiasan seperti kedai emas dan kenderaan, mereka ini tertekan kerana barangan yang mereka jual bukan keperluan harian tetapi hiasan," katanya. 
Tambah beliau, ia menunjukkan bahawa pembeli tidak akan membazir wang untuk membeli barang yang bukan diperlukan.- HARAKAHDAILY 14/2/2018
Sumber HD - 14-2-2018 


Tekan rakyat kerajaan tak akan dapat undi
Posted on Saturday, February 10 @ 14:33:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38177


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan kerajaan Selangor yang dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak mengikut jejak kerajaan pusat yang menekan parti itu dan rakyat Kelantan dengan harapan dapat meraih undi.


Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas isu peruntukan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di negeri itu.

Menurut Tuan Ibrahim, sekiranya pembekuan itu berlaku, kesannya bukan sahaja kepada PAS tetapi juga terhadap Azmin sendiri.

"Jangan ingat bahawa apabila kita menekan kerajaan negeri mahu pun parti maka rakyat akan bela kita, ini sikap yang salah.

"Sekatan (pembekuan dana) ini bukan sahaja akan menyekat PAS tetapi akan menimbulkan kemarahan rakyat kepada dia (Azmin)," kata Tuan Ibrahim dalam temu bual bersama Malaysiakini di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Isu mengenai peruntukan itu timbul 30 Januari lalu apabila Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi mendakwa kerajaan Selangor membekukan peruntukan untuk ADUN PAS.
Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan berkata bahawa kerajaan Selangor antara sejumlah kecil kerajaan negeri yang memberi peruntukan kepada pembangkang dan menegaskan ia bagaimanapun perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pembangunan Kelantan dinafikan
Mengulas lanjut dengan mengambil contoh pentadbiran PAS di Kelantan, Tuan Ibrahim berkata 27 tahun rakyat di negeri itu ditekan dan dinafikan hak dari segi pembangunan namun tidak sedikit pun mengubah undi rakyat Kelantan yang tetap menyokong PAS.

"27 tahun Kelantan ditekan, rakyat tak berubah malah rakyat tambah simpati bahkan kalau tengok paling tidak logik Lebuhraya Pantai Timur sampai Terengganu, apakah Kelantan tak masuk dalam Pantai Timur?

"Pembangunan Kelantan, lapangan terbang tak dibesarkan walaupun lebih 49 kali penerbangan ke negeri itu. Kelantan baru-baru ini mencatat pencapaian cemerlang dari segi urus tadbir kewangan dengan kerajaan negeri dapat belanjawan yang berlebihan sampai RM48 juta.

"Jadi saya fikir jangan kita menganggap zaman sekarang ini rakyat akan berubah kerana kita tekan. BN anggap bahawa apabila kita menekan kerajaan Kelantan rakyat akan sokong BN, ini satu kesilapan," tegas Tuan Ibrahim.

Justeru, Tuan Ibrahim mengingatkan agar timbalan presiden PKR itu tidak mengambil tindakan yang bakal merugikan diri dan politik beliau sendiri.

"Sebab itu saya yakin Azmin yang dia tidak akan ambil jalan (line) itu, kalau dia ambil juga kemarahan bukan hanya kepada PAS tetapi rakyat akan marah kepada beliau dan parti beliau.
"Soal parti mungkin kita berbeza tapi dari segi hak kita kena tunaikan dan saya masih harap saudara Azmin untuk meneruskan peruntukan sebagaimana yang saya kenal beliau," tambahnya.


Sumber TKO - 10-2-2018

























Berita 2 Kabinet ialah berita palsu, perlu ditolak

PAS kesal kenyataan Presiden diputar belit oleh The Malaysian Insight dan diulas oleh para pimpinan politik berdasarkan kenyataan yang diselewengkan itu. 
Wartawan yang hadir mungkin tidak memahami maksud penggunaan istilah 'Wazaratul Tanfiz' dan 'Wazaratul Tafwid' yang digunakan oleh Presiden atau sengaja memutar belit demi hasrat melaga-lagakan orang ramai. Tindakan tidak bertanggungjawab ini sangat dikesalkan.
Ucapan Presiden PAS bahawa dalam urus tadbir negara berdasarkan prinsip Islam jauh lebih adil kepada semua pihak berbanding sistem politik yang dilaksanakan di Barat seperti apabila parti Demokrat yang menang maka tidak akan ada kabinat dari parti Republikan. Begitu juga sebaliknya. 
Namun dalam sistem pemerintahan Islam, orang bukan Islam boleh dilantik menjadi menteri kabinet dan turut terlibat dalam melaksanakan keputusan kerajaan. 
Wazaratul Tanfiz ialah satu istilah dimana sesorang itu boleh membuat keputusan mutlak tanpa persetujuan orang lain. Dalam hal ini pembuat dasar yang sebegini mestilah terdiri dari penganut agama negara (Islam) kerana tidak mungkin orang bukan Islam boleh membuat keputusan berhubung dasar dan pengamalan Islam. Kerana ianya melibatkan soal hukum halal dan haram, dosa dan pahala serta mesti merujuk kepada sumber utama Islam iaitu al Quran dan Hadis. Adalah tidak masuk akal sama sekali sekiranya kementerian yang menjaga hal ehwal agama Islam diberikan kepada bukan orang Islam untuk menguruskannya. 
Manakala Wazaratul Tafwid ialah badan yang tiada kuasa mutlak dalam memutus sesuatu perkara dan terikat dengan keputusan kabinet. Maka ianya tidak terikat dengan syarat sebagaimana Wazaratul Tanfiz. Dengan kata lain ia boleh dianggotai oleh sesiapa sahaja rakyat yang mempunyai kebolehan dan kemampuan, termasuk menjadi menteri, Timbalan Menteri dan lain-lain jawatan. 
Dalam konteks negara Malaysia  hanya Perdana Menteri yang mempunyai hak sebagai Wazaratul Tanfiz, manakala para menteri adalah termasuk dalam kategori Wazaratul Tafwid yang terikat dengan keputusan mesyuarat kabinet dan keputusan Perdana Menteri.
Berikut ialah transkrip dialog Presiden PAS ketika berdialog di Pulau Pinang bersama NGO India pada 4 Februari yang lalu:
"Islam membenarkan kabinet - menteri - exco dari kalangan bukan Islam. Ini berbeza dengan demokrasi Barat. Kalau di Barat contohnya di Amerika, jika parti Democrat yang menang, Presiden Demokrat, menteri kabinet Demokrat, ketua jabatan semua Demokrat. Apabila Republican yang menang, semuanya Republican. Kalau di England, Liberal Party yang menang, semua Liberal party (yang menjawat) kecuali raja yang tak boleh dipecat kerana raja berpelembagaan.
"Kalau Islam memerintah, Islam membahagikan kementerian - ada dua - iaitu Wazaratul Tanfiz dan kedua Wazaratul Tafwid. Wazaratul Tanfiz ialah kementerian yang boleh membuat polisi dan dasar negara. Inilah mesti yang menganut ideologi dan akidah negara. Dalam konteks negara moden, tidak ada individu tapi jemaah menteri yang menentukan dasar tetapi melantik menteri yang eksekutif untuk mengendalikan urusan dibenarkan orang yang bukan Islam mengikut kepakaran masing-masing. Malah Islam membenarkan kerajaan teknokrat, yang bukan ahli parlimen tapi pakar boleh menjadi menteri kabinet. Ini dalam Islam - kerajaan teknokrat." - Presiden PAS
Apa yang dikesali, wartawan The Malaysian Insight telah memetik kata-kata Presiden PAS dalam bentuk sedemikian yang bukan sahaja jauh menyimpang daripada kata-kata sebenar Presiden PAS, malah direka-rekanya sendiri.
"Jika PAS memerintah, ia akan terbahagi kepada dua - (satu), Kabinet yang buat keputusan tentang dasar negara. Ini perlu terdiri daripada mereka yang memeluk ideologi dan kepercayaan nasional. Kabinet itu akan melantik Kabinet Eksekutif yang akan melaksanakan dasar dan ahlinya boleh terdiri daripada orang bukan Islam, dilantik berdasarkan kepakaran mereka." - Petikan oleh wartawan The Malaysian Insight Chan Kok Leong.
Tindakan menggambarkan wujudnya dua kabinet adalah jelas berniat jahat dan merosakkan prefesionalisma kewartawanan. Apa yang lebih mendukacitakan ialah tindakan pengkritik tanpa merujuk dan memahami ucapan sebenar Presiden PAS yang dapat dirujuk dalam pelbagai saluran media yang ada. Jika hendak dirumuskan dalam bahasa Inggeris: "The cabinet envisaged by PAS will be comprised of Muslims who will make ideological decisions and also non-Muslims who can be like technocrats." 
Pendeknya, Presiden PAS tidak pernah mencadangkan dua kabinet. Oleh itu, laporan The Malaysian Insight sebegini boleh dikategorikan sebagai bentuk berita palsu yang perlu ditolak. Sehubungan itu PAS mendesak agar setiap maklumat yang diterima diselidiki terlebih dahulu sebelum menyebar dan membuat kenyataan menentangnya.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
6 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 6/2/2018
Sumber HD - 6-2-2018

























Ekonomi Malaysia boleh lebih baik bawah PAS?







































 (Teks suntingan dan transkrip dari ucapan Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pada Ceramah Bicara Politik 29 Januari 2018 di Bangunan Kedai Depan PPD Temerloh yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

Mesti miliki dasar kukuh

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T pada malam yang mulia ini dapat kita mengadakan program ceramah kelompok kita di dalam siri kunjungan saya ke Temerloh. Beberapa hari lepas saya kebetulan berada di Utara, di Kedah, kemudian ke Perak, dan Pulau Pinang.

Alhamdulillah, sambil-sambil bertemu dengan pimpinan, tinjau persiapan hadapi pilihan raya dan juga menilai terhadap respon pengundi-pengundi terhadap perjuangan yang PAS bawa.

Alhamdulillah tuan-tuan sekalian, di Selangor Perak malam itu ada suatu himpunan anak-anak muda yang berkonvoi lebih kurang 1000 buah motor. Itu pun dah ada berapa orang keluar daripada PAS kalau tak keluar dua tiga orang lagi itu lagi ramailah. Dan malam itu pula alhamdulillah suatu himpunan yang sangat ramai.

Sumber HD- 31-1-2018

























Ekonomi Malaysia boleh lebih baik bawah PAS?

Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyebut:
"Sebab itu PAS kita tubuh sejak mula, kita bukan sahaja lawan Umno Barisan Nasional. Sejarah PAS ini kita lawan mana-mana pihak yang dilihat cuba menyekat, menghalang apa yang PAS perjuang untuk orang Islam dan untuk rakyat Malaysia seluruhnya. Sebab itu PAS bukan masuk lawan Umno walaupun 99 peratus lawan Umno. Ada tempat yang kita lawan parti lain.
"Jadi kita yang kita nak ubah ialah mengubah dasar kepada Islam. Kenapa Islam? Mungkin orang Kristian akan tanya kenapa Islam? Orang Buddha juga akan tanya kenapa ubah kepada Islam? Kami bukan Islam. Mungkin orang bukan Islam takut bila disebut kita nak buat perubahan kepada Islam. Sebagai jawapan, kerana Islam, peraturan Islam bukan manusia yang buat, peraturan Islam, sistem Islam Allah yang turun. Allah yang jadi bumi, Allah yang jadi kita makhluk. Maka Allah Maha Mengetahui peraturan mana yang baik untuk manusia, peraturan mana yang tak baik bagi manusia. 

"Maka kerana itu kita ambil peraturan Islam. Peraturan Islam ini bukan nak menyekat orang bukan Islam. Islam jamin keadilan kepada orang bukan Islam. Saya beritahu rakan-rakan Tionghoa. Saya kata saya PAS, tapi saya mesti berlaku adil kepada orang bukan Islam, bukan sebab saya PAS, tapi sebab Islam yang jadi anutan saya. Kalau saya tidak adil, tuhan, Allah Taala akan hukum saya. Saya berdosa, saya salah kerana saya tidak adil kepada orang bukan Islam."
Ikuti teks transkrip penuh dari ucapan beliau pada Ceramah Bicara Politik 29 Januari di  Kedai Depan PPD Temerloh yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) - HARAKAHDAILY 31/1/2018
Sumber HD - 31-1-2018 

Tanding 130 kerusi, 'King Maker', '3rd Force' dan Kerajaan Teknokrat

(Bahagian Pertama)
KITA kena memahami apa maksud 'King Maker'. PAS kita bertanding dalam Gagasan Sejahtera ini 130 kerusi. Bermakna melepasi separuh daripada jumlah kerusi 222. Bermakna kalau kita menang, PAS ready bersedia untuk mengambil alih negara Malaysia. 
Sejarah PAS bertanding tak pernah lebih daripada 180, tak pernah. Dulu kita bertanding pun 70 lebih. Pernah 60 lebih pun. Sebenarnya setiap kali muafakat politik, PAS korban kerusi banyak bersama dengan Semangat 46, kita bahagi kerusi kepada Semangat 46, bersama PKR kita bahagi kerusi kepada PKR, itu realiti politik Malaysia. Daripada 13 kali Pilihan Raya, 10 kali PAS bertanding bersama gabungan. Method gabungan macam-macam. {mprestriction ids="1,2,3,4,5"} 
Sebenarnya gabungan yang ada ini, contoh dengan Semangat 46, kita ada persefahaman politik. Dia bukan tahaluf. Persefahaman politik tidak mengikat syarat. Kita dengan Pakatan Rakyat dulu kita tahaluf, tahaluf ini ada agreement, ada syarat. Kita dengan BN, itu tahaluf, kita masuk dengan syarat, ada 11 syarat. Bila syarat itu dipatuhi, kita patuh. Bila syarat itu dilanggar, kita wajib tarik, wajib keluar, sebab pelanggaran syarat. Kata Rasulullah S.A.W: 
المسلمون على شروطهم
"Orang Islam ini terikat dengan syarat." 

Bila syarat itu batal, maka batallah tahaluf. Contoh, macam kita ambil sembahyang ada syarat; syarat sah, syarat batal wudhu’. Sembahyang pun ada syarat sah, ada syarat batal. Hubungan suami isteri ada syarat sah, ada syarat batal. Sayang macam mana pun, bila terbatal, maka kena fasakh. Apatah lagi politik. 
Jadi kita ada persefahaman, kita ada kerjasama, kita ada tahaluf, ini pendekatan-pendekatan kita bina. Adapun dalam Gagasan Sejahtera, konsepnya berbeza dengan dalam Pakatan Rakyat. 
Dalam Gagasan Sejahtera, dominasinya, payungnya oleh PAS. Mereka bernaung, kawan-kawan kita ini bernaung di bawah PAS, bersedia bekerja bersama PAS, bersedia memenangkan PAS. Kalau mereka bertanding pun mereka akan bertanding atas lambang PAS. Syura akan buat keputusan. Maknanya, mereka ini rakan yang bernaung di bawah kita, bawah PAS. 
Tan Sri Kadir banyak kali, Tan Sri bincang banyak kali. Kami ikut PAS. PAS bawalah kami. PAS aturlah kami. PAS susunlah kami. Kami akan ikut jalan yang disusun oleh PAS. Dan kita beritahu apa yang kita nak buat, kita bincang. Walaupun dia naungannya dominasi oleh PAS, tapi PAS ini sebarang perkara kita buat, kita bincang, kita maklum. Contoh, manifesto. Kita draf, kita panggil, kita akan duduk nanti, kita akan bincang, tengok bersama, sebab ini manifesto bersama Gagasan Sejahtera. 
Kerusi PAS kita ada 130 yang kita tengok. Kita minta daripada Ikatan berapa kerusi yang dia rasa pada pandangan dia, dia ada calon, ada tokoh yang dia boleh bertanding. Ok kita boleh masuk. Kita tak terikat sekarang, banyak kerusi, meja pula kurang. Kerusi tak ada masalah. 
Makna kita bincang begitu. Kebimbangan sahabat kita tadi bahawa PAS setiap kali muafakat kadang-kadang kita tolong, memanglah bila kita berpakat, kata Almarhum Tok Guru Nik Aziz, yang ada jangan tamak, yang ada jangan bakhil, yang minta jangan tamak. Kita kena ada give and take
PAS ada ahli, ada jentera, kawan kita tak ada ahli, tak ada jentera. Kita bantu dia. Konsepnya bila kita tolong, sepatutnya tolonglah kita. Tapi bila kita bawa Gagasan, idea kita, kita bantu. Tapi bila mereka tak bantu, langgar syarat, kita terpaksa. Contoh. 
Jadi, saya nak balik kepada soalan tadi, kalau sekiranya kita menang 40 kerusi, target kita memerintah, sebab itu kita bertanding jumlah kerusi kita banyak. 
Kalau ditakdirkan 40 kerusi, tuan-tuan faham tak apa makna 'King Maker'? 'King Maker' ini makna PAS yang jadi kuasa penentu. Bukan penentu siapa nak memerintah sahaja, penentu kepada dasar negara ini. Kalau PAS ada 40 kerusi, PAS tak boleh memerintah, BN tak boleh memerintah, PH tak boleh memerintah. Semua parti mengharapkan 40 kerusi PAS. 
Kalau PAS sokong PH, PH boleh memerintah. Kalau PAS sokong BN, BN boleh memerintah. Jadi orang tanya kita nak sokong mana? Kita akan sokong siapa yang terima dasar yang PAS perjuang. Ini syarat kami. Siapa terima syarat, kita akan sokong dia. Waktu itu tuan-tuan, BN kata, kami minggu lepas dah sokong. PH akan kata kami bulan lepas dah sokong. 
Yang kedua, sebab semua orang nak. Yang kedua, yang kita nak bawa ini perubahan dasar kepada rakyat kita. Kita tak nak rakyat kecewa semula. Dulu zaman Tun, macam-macam isu berlaku, sampai dia letak jawatan, naik Pak Lah, rakyat beri harapan kepada Pak Lah. Tiba-tiba rakyat kecewa dengan Pak Lah. Pak Lah turun letak jawatan. Naik Najib, rakyat kecewa dengan Najib. Nak naik balik Tun Mahathir? Lu pikir sendirilah. Kan? 
Jadi, kita tak nak rakyat dikecewakan. Ini generasi muda ini tuan-tuan, masa depan dia kena clear. Felda, tak akan tergantung macam ini? Anak-anak muda yang hilang peluang pekerjaan, masalah perpaduan nasional di Malaysia tak selesai. Ini kena bina. Kita kena tentu masa depan negara kita. Jadi kita sebab itu bagi kita, perubahan dasar, bukan perubahan individu. Yang ubah ialah dasar.
Jadi bila 'King Maker' ini maknanya, kita boleh atur hala tuju. Tapi ingat, kalau mereka langgar syarat, kita tarik sokongan, kerajaan itu tumbang. Tumbang kerajaan! Sebab itu mereka tidak akan langgar syarat sebab takut kerajaan tumbang. Kerajaan macam ini tak stabil, tak stabil. Kerajaan yang stabil kerajaan yang ada dua pertiga majoriti. Tetapi dua pertiga majoriti, kalau diserah kepada orang yang rosak, rosak negara tuan-tuan. 
Di Indonesia, bila Golkar memerintah, zaman ....., zaman Sukarno, sampai zaman... Maknanya bila berlaku demikian, rakyat setiap kali pilihan raya, majoriti menang besar Golkar, 90 peratus, 95 peratus, tetapi dia tidak mencerminkan hasrat rakyat kerana berlaku manipulasi dalam pilihan raya. Macam Malaysialah, persempadanan dianjak, komposisi kaum dianjak. 
Tuan-tuan bayangkan tiga kali persempadanan Pilihan Raya Malaysia, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis tidak pernah mendapat tambahan kerusi Parlimen. Tiga kali persempadanan dipinda, tambahannya di mana? Di Johor, di Sabah, di Sarawak. Kelantan tak bertambah, lapan kerusi Parlimen. Pasal apa? 
Bimbang kerana PAS menang, ini bahaya. Ini ketidakadilan dalam (pilihan raya).Sebab itu ada Parlimen sampai 100,000 pengundi satu Parlimen. Ada satu kawasan 30,000 dah satu Parlimen. Tuan-tuan bayangkan. Macam di Baling Kedah, Baling 100,000 lebih pengundi satu Parlimen. Ini tak adil. Kita kena perbetulkan tiga. Pertama Suruhanjaya Pilihan Raya. Yang kedua media. Yang ketiga sistem kehakiman.  
Kemudian, kalau sekiranya PAS, dia tanya soalan kedua, kalau BN dapat katalah 108 kerusi, PAS nak pergi ke mana? Baik. Kita tidak akan bawa parti kepada benda yang merosakkan dan bercanggah dengan syarak. Ini prinsip PAS. Kalau sekiranya kita tengok dalam dua situasi ini berada benda bercanggah dengan syarak, tidak menguntungkan Islam, menyusahkan rakyat, PAS kita tidak mengambil sikap untuk menyokong mana-mana pihak. 
Sebab itu Nabi tak sokong Rom, Nabi tak sokong Parsi. Padahal kalau Nabi nak cepat menang, sokong Parsi, sokong Rom, Rom kuasa besar dunia. Tapi kenapa Nabi bina kekuatan sendiri? Sebab kalau kita sokong Rom, perubahan tak berlaku. Sama juga Parsi, sebab itu Nabi bina kekuatan, sebab bagi kita, sebenarnya rakyat mahu perubahan. 
Saya pernah jumpa seorang pimpinan Tionghua, saya kata cuba kamu senaraikan 20, senaraikan 20 bentuk negara yang kamu nak. Dia senarai. Saya beritahu dia, senarai ini ialah senarai PAS. Semua ciri ini ada dalam PAS. Dia kata kalau PAS kami tak hendak, tapi sifat ini kami hendak. Saya kata tak apa, sebab dia ini ada fobia, ditakutkan, diracun, sebut RUU355, diracunkan. Sebab manusia jadi musuh kepada kejahilan. Manusia jadi musuh kepada kejahilan. 
Ada seorang Non-Muslim berlaku di Eropah, dibawa oleh kawan dia air, air mineral, dia minum air itu. Dia kata ehh..... sedaplah air ini, baguslah air ini, dia puji-puji-puji. Dia pun tanya kawan dia air apa ini? Kawan dia kata air zam-zam. Owh... dia kata air zam-zam, patut tak elok pun. Kalau dia tak tahu itu zam-zam, dia minum. Tapi kalau dia tahu, dia tak minum, bukan sebab air, sebab stigma, pemikirannya telah pun ditakutkan. 
Islam pun begitu. Sebab itu kita tak boleh bercakap sahaja, kita kena buktikan. Kita kena bukti. Saya sebut dunia kagum bila pemimpin tak rasuah. Tuan-tuan, bagi sayalah, kalau pemimpin tak rasuah, itu normal, itu biasa, tak ada benda-benda. Tuan-tuan tak perlu kagum kalau ada pemimpin tak rasuah, sebab memang pemimpin tak boleh rasuah, memang kita semua tak boleh rasuah. Tapi tuan-tuan boleh kagum kalau pemimpin yang halal pun dia tak ambil, ini kita kagum, yang halal yang baik, yang jadi hak dia pun dia tak ambil. 
Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar, Terengganu Tok Guru Haji Hadi, sepanjang dia Menteri Besar, berpuluh elaun yang beliau tak ambil. Elaun rumah sahaja sejuta lebih tak pernah ambil. Elaun make up isteri. Rupanya ada elaun make up bini ini. Elaun make up isteri tak pernah ambil. Elaun keraian jamuan raya tak pernah ambil. Padahal dari segi undang-undang boleh ambil, tak salah. Yang ini kita kagum. Yang hak dia pun dia tak ambil, apa lagi nak rasuah? Apa lagi nak ambil yang haram? Yang ini yang kita kena, yang ini kita nak beri kepada rakyat. 
Akhirnya yang ketiga, tentang hubungan PAS dengan DAP? Tadi saya sebut tadi, DAP ini waktu masih dalam muafakat Pakatan Rakyat, dulu Barisan Alternatif, DAP tarik diri daripada Barisan Alternatif, keluar daripada BA, kerana Pilihan Raya Sarawak. Kemudian DAP menyerang PAS, serang Presiden, masa itu dalam muafakat Pakatan Rakyat. Puncanya DAP tak bagi kita bentang RUU 355. 
Kita kata, PAS tak paksa DAP sokong dalam Parlimen, tapi tak boleh menyekat, ini hak kami. Dulu tak boleh bawa, sekarang kita boleh bawa. Kalau PAS tak bawa, salah, tak boleh. Almarhum Tok Guru Nik Aziz kata, dulu traffic light warna merah, tak boleh jalan, sekarang ini hijau, kenapa tak jalan? Maka kita kata ini hak kami, masa itu saya sebut lagi, Pemuda DAP Sarawak menyerang PAS Kelantan kerana Enakmen Jenayah Syariah. Padahal Enakmen Jenayah Syariah bidang kuasa Negeri, bukan bidang kuasa Persekutuan. Dia serang. 
Saya masih ingat lagi, saya beritahu Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, saya kata tolonglah pimpinan Pusat DAP, tegur sikit Pemuda DAP Sarawak. Sebab dia serang Kerajaan Kelantan, masa itu dalam Pakatan Rakyat. Apa kata dia? Payah sikitlah sebab DAP Sarawak dia ada autonomi dia, payah sikit (DAP) Pusat nak tegur, kadang-kadang terlajak tegur nanti ada masalah. 
Saya kata kalau DAP Sarawak ada autonomi, kami di Kelantan pun ada autonomi. Waktu itu tuan ingat masa dia serang hingga diwujudkan Pasma. Wujudkan Pasma serang kepimpinan, sokong orang tertentu dalam pemilihan PAS. Ini campur tangan dalam parti rakan, tak betul. 
Sama dengan PKR, minta maaf. PKR pergi Kelantan serang Kerajaan Kelantan. Masa itu masih dalam Pakatan Rakyat. Kebetulan kematian dua kerusi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, kita beritahu ini kerusi tradisi PAS, PAS akan bertanding. Tapi bila PAS bertanding, PKR masa itu masih dalam hubungan, tak putus lagi, PKR naik atas pentas PAN serang PAS. Padahal masih lagi dalam muafakat politik. Tak betul tuan-tuan sekalian. 
Jadi oleh kerana itu, kita buat keputusan, Syura yang buat keputusan, lalu kita akur. Jadi insya-Allah bukan bermakna kita tolak pengundi Cina. PAS tak pernah menolak bangsa, PAS tak pernah menolak kaum, bahkan kita mengalu-alukan dalam Dewan Himpunan kita, semua bukan Islam, ada Iban di sana, ada Kadazan di sana, ada orang Cina, ada orang India duduk dalam Dewan Himpunan Penyokong bersama dengan PAS. 

Soal formula penyatuan rakyat Malaysia, kita kena menyatukan mereka di atas persamaan, jangan besarkan perbezaan. Kalau kita nak satukan rakyat, kena kecilkan perbezaan, besarkan nilai-nilai persamaan, barulah kita boleh bertemu titik pertemuan. Kalau kita besarkan perbezaan, contoh bahasa, orang Cina dia ada bahasa dia, kita kena rai bahasa dia, budaya dia, itu hak dia. Tak boleh sekat bangsa dia, bahasa dia, bahkan PAS kita mengalu-alukan bahasa mereka, itu budaya dia. Cuma di sana ada perkara yang kita kena berbeza. Apa dia beza? 
Akidah. Akidah berbeza. Maka yang berbeza perlu dihormati. Yang persamaan perlu dibesarkan supaya kita dapat titik pertemuan dalam bina masa depan negara Malaysia. 
Soal raja-raja perlukah ambil alih sementara? Saya ingat tak perlu. Dan kita pun kita menghormati institusi Raja Berperlembagaan, tapi Raja tidak perlu campur tangan dalam urusan politik negara. Maknanya proses transformasi ataupun peralihan kuasa tidak perlu kepada Majlis Raja-Raja campur tangan. Kita Majlis Raja-Raja ini ialah Badan yang kita jadi rujukan, ada masalah apa semua tak selesai, baru kita bawa kepada Majlis Raja-Raja bukan kita heret Raja-raja dalam kemelut politik. 
Jadi itu Raja-Raja dia sebagai penasihat penaung. Jadi saya fikir dalam fasa peralihan ini, kita akan buat peralihan dengan cara aman, tenang, tidak berlaku huru-hara, tidak berlaku benda yang tak baik. Macam di Kelantan, macam di Selangor. Selangor bertukar kerajaan tak ada huru-hara. Kelantan bertukar kerajaan tak ada huru-hara. Peralihan cara tenang, harmoni dan menghormati sistem politik demokrasi yang kita amalkan.

(Bahagian Kedua)
Saya nak sebut soal memang sepatutnya kerajaan tidak direlatedkan dengan parti yang memerintah. Tapi dominasi disebut kerajaan, kerajaan, kerajaan, hingga rakyat merasakan kalau siapa yang lawan kerajaan, maka lawan kerajaan, yang kita lawan ini bukan kerajaan, yang kita lawan ini ialah Umno. 
Mana boleh kita lawan kerajaan, kerajaan itukan kita semua sebahagian daripada kerajaan. Betul dari segi akademiknya memang begitu. Tapi dari segi kefahaman umumnya, bila sebut kerajaan, dia akan related dengan siapa yang memerintah kerajaan tersebut. Sebab itu tuan-tuan Umno dia cuba, BN dia cuba untuk dominated, satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional, kan? Dia nak tanamkan dalam fikiran kita, bila sebut kerajaan itu BN, hingga kita kata jangan tukar kerajaan, jangan lawan kerajaan. Yang kita lawan, PAS bukan lawan kerajaan, PAS lawan Umno. Yang kita nak tukar ini ialah parti yang menerajui kerajaan. Parti yang menerajui kerajaan. 
Sebab itu kita kena beza ya dalam BPMS, Budaya Politik Matang Sejahtera yang PAS bawa ini, kita jangan banyakkan musuh dalam politik, jangan berkelahi dengan pegawai pelaksana dasar. Yang kita nak serang, yang kita nak ubah ialah pembuat dasar, bukan pelaksana dasar. Polis pelaksana dasar. Tentera pelaksana. Cikgu, pegawai kerajaan dia pelaksana. Pegawai Felda pelaksana. Pengurus Felda pelaksana dasar. Yang kita nak ubah ialah pembuat dasar. 
Jangan pegawai kerajaan rasa, bila PAS memerintah, mereka semua kena tukar. Saya ingat lagi Pilihan Raya Sarawak, kempen puak-puak BN sana macam mana? Kalau BN kalah, kerajaan akan cabut semua jalan-jalan ini. Cabut semua jeti-jeti itu. Ini kata jeti ini kerajaan BN yang buat. Kita akan cabut semua kalau kita kalah. Orang kampung takutlah. Jadi, sebenarnya saya setuju dengan istilah tersebut. Kita harus beza. 
Cuma dalam konteks boleh tak kita kata Kerajaan Kelantan? Boleh, tak ada masalah Kerajaan Kelantan. Cuma bergantung kepada tajuk. Kadang-kadang orang kita ditanya itu merujuk kepada parti yang memerintah. Pada waktu itu, referencenya ialah pada parti. Kerajaan PAS Kelantan supaya orang tahu perbezaan Kerajaan Kelantan yang memerintahnya PAS dengan Kerajaan Pusat. 
Sebab dulu bila disebut kerajaan itu orang nampak BN. Sebut kerajaan orang nampak Barisan Nasional hingga sebahagian orang kampung di Kelantan, kita sebut Kerajaan PAS Kelantan supaya dalam konsep pemahaman, dia memahami bahawa yang memerintah Kelatan bukan BN, tapi Kerajaan PAS. Tapi dari segi ilmiahnya, memang betul sebut kerajaan, tetapi apa yang penting bergantung kepada apa matlamat, apa yang nak disampaikan. Mesej apa yang nak disampai.
Kalau kita nak banding hasil hutan, Kerajaan Kelantan dengan Kerajaan Johor, beza, Kerajaan Pahang hasil hutan. Tapi orang tak nampak kekuatan yang ada mendominasi, kenapa Kelantan macam ini kenapa Pahang macam ini? Kenapa hasil hutan di Pahang 10,000 hektar boleh dapat jumlahnya katalah (RM)5 juta, kenapa Kelantan jumlah yang sama sampai dapat RM20 juta? Yang beza kat sini ialah kerana parti yang menerajui kerajaan itu. 
Jadi di situ ada faktor-faktor yang perlu kita tonjol. Walaubagaimanapun insya-Allah bila rakyat kita memahami lebih faham politik Malaysia, politik negara, kefahaman politik lebih tinggi, pada waktu itu tuan-tuan, banyak akan berubah.
Saya kagum di US, di UK, kempen pilihan raya dia tak ada bendera macam kita. Tak ada bendera banyak, tak ada, bendera sikit-sikit je. Dia kita pula lawan bendera. Jangan kalah bendera. Kerusi kalah tak apa, bendera jangan kalah. Jadi, akhirnya kita lawan bendera. 
Almarhum Tok Guru Nik Aziz, akhir-akhir hidup dia, ini antara pesanan dia kepada kamilah. Pilihan raya akan datang, kurangkan pembaziran bahan kempen, dia suruh kurangkan poster-poster, bendera yang tak patut ini, jangan lawan bendera, lawan hati. Ambil hati rakyat, jangan ambil apa yang rakyat tengok, ambil kuasa dari hati mereka. Wallahua’lam.

(Bahagian Ketiga)
Baik, Kerajaan Teknokrat ini ada ulasan panjang dalam, penerangan PAS pun dah keluar. Cuma saya nak ringkaskan begini, Kerajaan teknokrat ialah satu kerajaan di mana pembuat dasar bukan hanya terdiri daripada ahli-ahli politik, tetapi turut sama dilibatkan dengan tokoh-tokoh yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan, sama ada mereka dilantik sebagai Senator yang duduk dalam pembuat dasar, ataupun mereka dijemput khas dalam mana-mana program besar kerajaan nak buat satu polisi. Pandangan mereka itu diambil sebagaimana pandangan Menteri-menteri juga. 
Dalam Perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri tak boleh tak bertanding, Perdana Menteri mesti orang bertanding. Kalau dia tak bertanding Perdana Menteri, dia tak boleh jadi Perdana Menteri. 
Contohnya Anwar, kalau dia keluar daripada itu, dia memang nak jadi Perdana Menteri dia kena bertanding jugalah. Tanpa bertanding politik tak boleh. Kalau lantik dia sebagai Senator, untuk jawatan Menteri, Timbalan Menteri boleh, tapi Perdana Menteri tak boleh. 
Jadi dalam kerajaan Teknokrat ialah satu gabungan team yang mengatur menyusun polisi-polisi kerajaan yang terdiri daripada tokoh-tokoh korporat, tokoh-tokoh akademik, tokoh-tokoh ilmuwan yang duduk bersama merangka dasar bagi negara, bukan hanya orang politik sahaja. Jadi, satu gagasan yang kita nak hargai pengalaman-pengalaman tokoh-tokoh yang berjaya ini. 
Dan saya tengok sebab itu dia muncul satu gerakan baru kalau di Eropah pun, yang disebut sebagai Third Force. Third Force ini kuasa ketiga, politik ini jangan ada dalam kepala kita, hitam putih je, kalau tidak BN, pembangkang, tak boleh. Sekarang kita bentuk ketiga. Tak semestinya kalau dia bukan BN, maka dia bukan Pakatan Harapan, tak semesti. 
Sebab itu kita kena bagi multiple choice kepada rakyat. Rakyat boleh pilih. Dia tak setuju kepada BN, tapi tak setuju kepada Pakatan Harapan.
Jadi kalau dia tak ada pilihan ketiga, dia nak duduk di mana? 
Jadi dia kena ada satu pilihan lagi, dia tengok BN dia tak setuju, PH tak setuju, kalau tengok kepada tulisan saudara Arul dalam PSM Parti Sosialis, dia cadangkan rosakkan kertas undi. Rosakkan kertas undi. Bagi dia, rosakkan kertas undi ini satu protes terhadap dua-dua parti yang tak betul ini. BN tak betul, PH tak betul. Dia cadang rosak. PAS kita tak cadang rosak, kita cadang tak setuju PH, tak setuju BN, pilih PAS. 
Jangan tak ada pilihan, mesti ada pilihan. Rosakkan kertas undi kalau Kerajaan BN ini jenis kerajaan yang jenis ambil berat boleh tuan-tuan, PAS pernah boikot pilihan raya. PSM pernah boikot pilihan raya, tapi kita ada kerajaan y 
ang pekak bisu tuan-tuan, tuan-tuan boikot apa pun dia buat tak tahu je.
PAS pernah boikot Pilihan Raya Kecil Batu Talam Raub, PAS boikot pilihan raya kerana kita tak setuju beberapa perkara. Tapi apa hasilnya? Tak ada. Kerajaan tak peduli pun rakyat yang boikot. Peratus keluar mengundi yang sangat rendah, dia tak peduli pun. Jadi, bagi kita, tak boleh boikot, tak boleh rosakkan kertas undi. Tapi, kalau anda tak setuju kepada Barisan Nasional, anda tak setuju kepada Pakatan Harapan, kami kemukakan pilihan untuk anda yang betul, Gagasan Sejahtera bersama dengan PAS.

(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari jawapan penjelasan oleh Timbalan Presiden PAS pada sesi dialog sempena Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Gagasan Sejahtera, 18 Januari 2018 di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi) - HARAKAHDAILY 22/1/2018 {/mprestriction}


























(Bahagian Pertama)
KITA kena memahami apa maksud 'King Maker'. PAS kita bertanding dalam Gagasan Sejahtera
ini 130 kerusi. Bermakna melepasi separuh daripada jumlah kerusi 222. Bermakna kalau kita menang, PAS ready bersedia untuk mengambil alih negara Malaysia.

Sejarah PAS bertanding tak pernah lebih daripada 180, tak pernah. Dulu kita bertanding pun 70 lebih. Pernah 60 lebih pun. Sebenarnya setiap kali muafakat politik, PAS korban kerusi banyak bersama dengan Semangat 46, kita bahagi kerusi kepada Semangat 46, bersama PKR kita bahagi kerusi kepada PKR, itu realiti politik Malaysia. Daripada 13 kali Pilihan Raya, 10 kali PAS bertanding bersama gabungan. Method gabungan macam-macam. 

Sumber HD - 22-1-2018

























Gagasan Sejahtera komited ubah dasar negara

JOHOR ini saya banyak kali turun sebab saya duduk tengok bulan purnama akan muncul di Johor. Dan Johor ini walaupun kita rasa suatu negeri yang payah untuk kita menangi, tetapi kadang-kadang Allah Taala ingat kita dua kali, dalam surah (asy-Syarh):
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
(asy-Syarh: 5-6)
Dalam surah Asy-Syarh ini Allah Taala menyebut:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Bersama susah kamu itu akan ada kesenangan."
Dan Allah Taala sebut kali kedua:
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Dan bersama susah kamu itu akan ada kesenangan."
Apa maknanya? Kesusahan kita berjuang, kesusahan kita berlawan, bina, kita tubuh, kita bentuk, Allah janji bila kita berdepan dengan kesusahan, Allah akan sediakan jalan kepada kemenangan dan kesenangan insya-Allah. 
Jadi oleh kerana itu kalau kita lihat dalam Gagasan Sejahtera, kita ada tiga komponen. Yang pertama parti politik hingga setakat ini kita ada Ikatan, kita ada Berjasa, kita ada PCM, kita ada PAS, dan ada beberapa parti lagi yang dalam perundingan. 
Yang kedua kita ada hampir 300 NGO, 200 daripada Kongres Rakyat yang telah kita adakan, dan 26 haribulan ini kita ada satu lagi himpunan juga di bawah anjuran NGO bersama-sama dengan PAS iaitu Himpunan MyAqsa yang dijangka lebih kurang 300 NGO yang akan menjayakan himpunan ini. Dan ini sangat besar tuan-tuan sekalian.
Kemudian di samping NGO, kita ada tokoh-tokoh individu-individu tertentu, tokoh korporat, tokoh akademik, tokoh usahawan yang bagi komitmen untuk bersama-sama dengan Gagasan Sejahtera dalam Pilihan Raya Ke-14. 
Sebab itu bila kita menganalisa senario politik negara kita, parti yang bersedia untuk mengubah dasar ada dua. Yang pertama semua orang tahu bahawa PAS bersama dengan Gagasan Sejahtera, komitmen kita nak ialah mengubah polisi, mengubah dasar, kerana negara kita punah ialah kerana dasar yang rosak. Tukar individu tidak menjamin negara jadi baik, apatahlagi nak tukar Najib, nak naik Tun Mahathir, lagi teruk. 
Komitmen kita ialah untuk mengubah dasar, sebab Sirah Nabi, Nabi tidak datang untuk basmi rasuah, Nabi tidak datang untuk basmi minum arak, berzina atau sebagainya, sebab semua nilai-nilai buruk ini dia berpunca daripada kerosakan dasar. Bila akidah mereka betul, maka akan betullah ekonomi mereka, akan betullah politik mereka, akan betullah sistem sosial mereka, akan betullah undang-undang mereka. 
Tetapi bila mana akidah mereka rosak, maka akan rosaklah ekonomi dia, akan rosaklah politik dia, akan rosaklah undang-undang dia. Sebab manusia, dia tidak boleh mengatur hidup dalam kerangka manusia, dia mesti duduk dalam satu sistem di mana kerangkanya yang mengatur dia ialah pencipta manusia, bukan manusia. Pencipta manusia, dia mengatur untuk manusia. 
Maka kerana itu, PAS, kita gerakkan perubahan bahawa kalau nak negara kita selamat, ialah kita kena kembali kepada satu sistem yang selamat. Sistem yang mengiktiraf kepelbagaian bangsa, kepelbagaian warna kulit, kepelbagaian agama. 
Islam tidak pernah membahagikan manusia mengikut bangsa. Sebab bangsa bukan pilihan kita. Dr Ann Wan Seng tidak minta dilahirkan Cina. Saya tidak minta dilahirkan Melayu. Yang Berhormat tidak minta dilahirkan Jawa. Siapa yang menentu? Yang menentu Allah. Kalau kita kata Melayu lebih mulia daripada Cina, kita letakkan ketidakadilan kepada Allah. Sebab itu Nabi sebut:
لا فضل لعربي على أعجمي
ولا لأبيض على أسود إلا بالتقوى
"Tidak ada kelebihan orang kulit putih berbanding kulit hitam. Tidak ada kelebihan bangsa Arab berbanding bukan bangsa Arab. Yang lebih ialah takwa."
Tuan-tuan tengok ayat ini, yang lebih ialah takwa. Kenapa takwa? Sebab takwa semua orang boleh dapat. Semua orang boleh dapat takwa. Cina boleh dapat takwa, India boleh dapat takwa. Iban boleh dapat takwa. Tapi Iban tak boleh jadi Cina. Saya tak boleh jadi Cina. Cina tak boleh jadi Melayu. 
Jadi kalau kita letak bangsa sebagai tanda kemuliaan, kita letak benda yang manusia tak mungkin boleh capai. Sebab ini tak boleh buat. Saya nak tukar warna kulit jadi putih, tak boleh. Warna kulit bangsa bahkan agama, agama. Sebab itu Allah Taala menurunkan ayat:
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ
"Tidak boleh paksa, tak boleh paksa orang masuk Islam."
(al-Baqarah: 256)
Kenapa tak boleh paksa? Kalau kita paksa, dia jadi munafik. Dia berpura-pura Islam. Islam tak mahu berpura-pura. Sebab itu bagi kita, agama ialah pilihan. Manusia boleh memilih. Allah Taala turunkan Nabi Muhammad S.A.W membawa al-Quranul Karim, tunjuk akhlak yang baik, tunjuk cara yang baik, hidup yang baik, lalu ini dibuka, dibentang kepada manusia. 
Sebab itu Islam itu dipanggil Al-Fathu. Al-Fathu makna buka, bentang. Umpama air. Kalau sekiranya kita tak buka, dia tak mungkin boleh keluar. Minyak wangi, wangi macam mana minyak wangi, kalau tak dibuka tudungnya, orang tak tahu. 
Demikian juga Islam, orang tak nampak cantiknya undang-undang Islam sebab mereka tidak pernah berada di dalam sistem tersebut. Orang tak nampak bagaimana indahnya ekonomi Islam sebab dia tak berada dalam sistem itu. 
Jadi untuk memahami sistem tersebut, yang ada dua, yang pertama kena baca sejarah kejayaan Islam dulu. Kita akan nampak kejayaan. Yang kedua kita perlu menunjukkan model, mewujudkan model contoh. Walaupun contoh ini tidak sempurna, tetapi ini yang terbaik yang kita ada. 
PAS memerintah Kelantan 27 tahun. Baru ini Jabatan Audit Negara bagi anugerah kepada Jabatan-jabatan, ada sembilan Jabatan di Kelantan, Pejabat Menteri Besar, Pejabat Kewangan Negeri Kelantan mendapat markah 99 peratus. Jabatan Kewangan 98 peratus. Jabatan lain kebanyakan 95, 96, 97 peratus. Itu tinggi, tak ada negeri macam itu di Malaysia. Ini contoh model. 
Yang kedua, sepanjang 27 tahun tak ada rekod pimpinan kita didakwa di mahkamah kerana terlibat rasuah, tak ada. Sepanjang 27 tahun kita memerintah, tidak ada non-Muslim mengadu dia dianiaya, dia tak boleh beramal. 
Saya ingat lagi bila Dr Ann Wan Seng sebut soal kubur, di Kota Bharu, masyarakat Cina pada waktu itu sebelum PAS memerintah, tak ada kawasan perkuburan Cina. Kalau meninggal dunia, dia terpaksa kebumikan jauh kawasan lain. Bila PAS mengambil alih tahun 1990, Persatuan Cina datang jumpa Menteri Besar, minta digazet satu kawasan perkuburan Cina. Tok Guru Nik Aziz terkejut, dia kata tak ada kubur? Tak ada. 
Dia orang kata kami orang bukan Islam hidup susah, mati pun susah. Tak ada kubur. Ini hak asasi. Ini hak kaum, ini hak agama, mana boleh kita tak bagi, tak boleh. Ini hak dia. Lalu kita bagi. 
Sebab itu bagi kita, kita nak minta rakyat Malaysia, bukan menilai hanya pada parti yang boleh dimanipulasi, tapi tengok jasa. Pilihan Raya Ke-14, rakyat Malaysia makin matang. Dia akan menilai seseorang itu bukan sahaja pada parti yang ingin buat perubahan, tapi ialah calon yang bersedia membawa kebajikan kepada pengundi, bukan calon menang, makan tidur, bukan. Tapi calon yang turun bekerja, jentera yang turun bekerja. 
Jadi ini malam ini saya nak ucap tahniah kepada Unit Amal PAS. Unit Amal ini tuan-tuan, berlaku banjir di mana, pergi tanpa minta bantuan, tanpa minta duit, buat kerja tanpa minta upah. Ini Kota Tinggi ini dulu banjir besar, ada satu peti undi saya tak ingat nama peti undi itu di sini, PAS dapat dua undi. 
Ini saudara Onn Jaafar beritahu sayalah. Dia dah keluar. Tak apalah. PAS tidak pernah memusuhi kawan-kawan kita yang keluar. Cuma kita terkilan elok-elok duduk dalam jamaah Islam, sabarlah sekejap. Tak apa, mudah-mudahan kita doa dia balik semula. Ramai juga yang dah balik sebenarnya. Ramai yang dah balik. Yang isi borang semula, yang minta nak balik semula ramai. Alhamdulillah. Cuma tak perlu kita hebohlah.
Jentera Amal kita buat kerja misi banjir di Kota Tinggi masa itu. Dia basuh, pindahkan pengundi, sediakan makan, basuh rumah bersih siap. Tahun depan, mari Pilihan Raya Umum, kampung itu, peti undi itu PAS dapat tiga undi, tambah satu je. Sebab itu saya beritahu orang Unit Amal kita, dan kitalah pimpinan PAS khususnya, kalau kita bekerja kerana manusia, kita akan kecewa. Tapi kalau kita bekerja kerana Allah, Allah tidak pernah mengecewakan kita. 
Dan akhir sekali, dalam Gagasan Sejahtera, kita sentiasa ada pertemuan, dan insya-Allah lepas ini pun kita ada mesyuarat dengan rakan-rakan parti kita ini, sebagaimana disebut tadi, 130 kerusi yang PAS akan bertanding, yang Gagasan Sejahtera akan bertanding, 130 ini bukan PAS, 130 ini ialah Gagasan Sejahtera. Makna 130 ini ialah kerusi PAS, kerusi Ikatan, kerusi Berjasa, kerusi PCM. 130 ini juga kita akan bagi kepada rakan-rakan NGO yang bernaung di bawah Gagasan Sejahtera. 
(Jumlah) 130 juga kita akan bagi kepada individu-individu tertentu. Kalau tuan-tuan ingat, Tuan Guru Presiden banyak kali sebut, mengemukakan idea Kerajaan Teknokrat. Kerajaan Teknokrat bererti kerajaan yang bukan hanya disusun oleh ahli politik. Saya sangat bersetuju dan kami pimpinan setuju dengan cadangan Gagasan Presiden, sebab bagi menentu hala tuju negara kita, tak akan orang politik sahaja? Seluruh rakyat ada hak bagi menentu masa depan negara kita. 
Jadi bukan orang politik sahaja, jangan biarkan orang politik sahaja menentukan masa depan negara. NGO ada hak, individu ada hak, tokoh-tokoh pun ada hak. Negara kita negara kita, negara Malaysia negara kita semua. Dan tadi saya sebut, ada dua parti yang menggerakkan perubahan dasar. Satu PAS, mana satu lagi? Satu lagi ialah Parti Sosialis. PSM. 
Tuan-tuan baca kenyataan dibuat oleh Saudara Arul dua hari lepas. Dia menyebut bahawa komitmen ialah untuk merubah dasar, dia tak percaya kepada BN, tak percaya kepada PH. Tapi dia tak sebut PAS. Pakatan Harapan tidak bersedia mengubah dasar negara. Barisan Nasional tidak bersedia mengubah dasar negara. 
Dia kata Parti Sosialis bersedia, PSM sedia. Cuma kami bertanding tiga percent. Dia kata dia hanya bertanding tiga peratus. Tiga peratus ini tak boleh ubahlah tuan-tuan. Tiga peratus tak mungkin boleh mengubah dasar negara. 
Sebab itu PSM ini dia tak join Pakatan Harapan. Dia tak mari bersama dengan Gagasan Sejahtera sebab dia Sosialis. Sosialis dengan Parti Islam dia tak bertemu. Dia dua line yang berbeza, tak mungkin boleh bertemu. Walaupun Islam menerima beberapa konsep dalam idealisma Sosialis, sebab Islam lebih awal daripada Sosialis. Soal kesamarataan, keadilan, hak sebagainya, tapi berbeza. 
Jadi oleh kerana itu bagi kita, satu-satunya muafakat politik yang bekerja untuk ubah polisi dasar ialah Gagasan Sejahtera bersama-sama dengan PAS, Ikatan, Berjasa, dan PCM. Sebab itu bagi rakyat Malaysia, kita tidak mungkin boleh sebuah negara yang kita ingin tanpa merubah dasar, polisi dalam negara ini. 
Dan insya-Allah bagi saya, apa yang sedang berlaku pergolakan dalam Pakatan Harapan, pergolakan dalam Barisan Nasional, dia menyebabkan kita dalam Gagasan Sejahtera tak ada masalah, kami tak ada masalah, bincang kerusi pun tak ada masalah, bincang calon tak ada masalah, jawatan? Jawatan kita tak bincang. Pasal apa tak bincang? Kambing belum bela lagi, tak usah bincang bahagi nak untung berapa. Cawangan tak tahu mana.
Kita bagi kita, fokus rakyat. Fokus kebajikan rakyat. Selesaikan masalah rakyat. Insya-Allah rakyat akan beri harapan kepada parti yang menjaga dan pelihara hak-hak mereka insya-Allah. Dan parti itu ialah PAS, insya-Allah bersama dengan Gagasan Sejahtera. 
Mudah-mudahan himpunan kita pada malam ini, kita memahami bagaimana hasrat besar parti ialah membawa perubahan yang besar kepada sebuah negara yang seringkali kita sebut:
بلدة طيبة ورب غفور
"Sebuah negara yang baik, dan Allah Taala mengampuni penduduk negara ini"
Insya-Allah. Wallahua’lam. 
(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari Ucapan Timbalan Presiden PAS Majlis Makan Malam Bersama Pimpinan Gagasan Sejahtera pada 18 Januari 2018 di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi) - HARAKAHDAILY 21/1/2018
Sumber HD- 21-1-2018 

























Terima permohonan keahlian dari bekas pimpinan PKR

PARIT SULONG: PAS Kawasan Parit Sulong menerima permohonan keahlian daripada bekas Ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Abdul Aziz Muhammad yang menyerahkan borangnya semalam.
Penyerahan itu diterima langsung oleh Timbalan Presiden, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sempena kuliah Maghribnya di Markas PAS Parit Pulai, di situ.
Dalam kuliahnya itu, beliau menitipkan ingatan bahawa perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam menyambung usaha dilaksanakan para Rasul terdahulu.
Sehubungan itu katanya, sebagai ahli perjuangan Islam pasti tidak akan terlepas menerima ujian sebagaimana dialami para Rasul dan golongan yang bersama mereka.
"Tetapi ujian ke atas para Rasul dan Sahabat lebih mencabar. Ada orang yang tahan diuji harta dan pangkat, namun tewas dengan ujian wanita. 
"Ada yang tahan diuji dengan wanita dan harta, namun tewas dengan ujian pangkat," ujar beliau yang turut menyentuh isu semasa negara.
Menurutnya, Malaysia sekarang menjadi teruk kerana dasar di mana usaha menukar pemerintah tanpa mengubah dasar tidak akan membawa sebarang pembaharuan.
Kerana itu tegasnya, PAS sentiasa istiqamah untuk meletakkan dasar al-Quran dan as-Sunnah dalam pemerintahan dan yakin ia sebagai penyelesaian terhadap segala masalah.
Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas Ketua Cabang PKR Bakri ketika mengulas permohonannya itu berkata, kecenderungannya memilih PAS kerana tertarik dengan maksud ayat 59 surah an-Nisa'.
Bekas calon PKR N.14 Dun Bukit Naning itu menyifatkan perjuangan PAS selari pengertian ayat tersebut yang menegaskan seruan kembali kepada Allah dan Rasul.
Beliau juga memaklumkan keyakinan bahawa PAS mampu memenangi 23 Dun Johor dan 63 Parlimen seluruh negara pada PRU14 nanti berdasarkan analisis oleh pihak PKR. - HARAKAHDAILY 20/1/2018
Sumber HD - 20-1-2018 





































































Bagaimana PAS akan jadi 'kuasa penentu'?

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
(Fussilat: 30)
Ayat yang saya bacakan tadi ialah satu berita gembira dan suatu penegasan yang diminta oleh Allah S.W.T kepada orang yang beriman kepada Allah, walau hebat macam mana cabaran sekalipun, walau bagaimana bentuk ujian sekalipun, hendaklah mereka meyakini tentang Allah sebagai tuhan dan istiqamah di atas prinsip tersebut.

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ
"Dan mereka yang berkatakan tuhan kami Allah."
 (Fussilat: 30) 
Allah bukan hanya tuhan dalam sembahyang, dalam puasa, dalam zakat, Allah juga tuhan dalam berekonomi, Allah juga tuhan dalam berpolitik. Kerana tidak ada 'ilah' yang lain melainkan Allah, jangan hanya kiblat sembahyang mengadap Kaabah, kiblat politik mengadap Amerika.  
Umat Islam mempunyai satu kiblat dan satu tuhan dalam seluruh hidup, kerana Allah Taala bukan hanya kita minta kepada Dia, dan Allah itulah juga tempat kita menumpukan segala ketaatan kepatuhan. Allah Taala menggunakan tiga istilah dalam surah an-Nas: 
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
مَلِكِ النَّاسِ
إِلَٰهِ النَّاسِ
(an-Nas: 1-3)
رَبِّ النَّاسِ 
مَلِكِ النَّاسِ
إِلَٰهِ النَّاسِ 
Yang merangkumi semua aspek. Rabbi atau Rabb, Dia lah yang mengatur, mentadbir, menyusun, menjadikan, menghidup dan mematikan. Malik, Dia-lah yang Raja yang disembah yang diagung-agungkan, dibesarkan. Ilah, Dia-lah Allah tempat kita sembah, mengadu, mengharap. Semua ini menunjukkan kepada kita orang yang mengatakan, "Tuhan kami Allah" 
 ثُمَّ اسْتَقَامُوا
"Kemudian mereka beristiqamah di atas kalimah tersebut."
 (Fussilat: 30) 
Kalimah yang sangat agong. Tanyalah siapa sahaja. Sebab ada orang bertanya kenapa PAS membawa Gagasan Islam sedangkan negara Malaysia masyarakat majmuk? Kita jawab, majmuk ini Allah yang buat, bukan kita yang buat. Nabi Muhammad diutuskan untuk masyarakat majmuk, bukan masyarakat Arab. Allah Taala berfirman: 
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
"Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad S.A.W melainkan membawa rahmat kepada seluruh alam."
 (al-Anbiya': 107) 
Rahmatan Lil 'Alamin, bukan Rahmatan Lil Muslimin, bukan Rahmatan Lil Arabiyyin. Rahmatan Lil 'Alamin, rahmat seluruh alam. 
Kerana itu Islam tidak memaksa orang bukan Islam untuk masuk Islam, kerana tak ada makna paksaan dalam akidah, pemaksaan akan hanya menjadi munafik, berpura-pura. Luar dalam, luar lain, dalam lain, jadi harum manis.  
Islam tak mahu dua wajah, Islam hanya ada satu wajah sahaja, satu sifat sahaja. Kalau mereka beriman, mereka kena pegang apa yang diperintah oleh Allah. Kalau mereka tak nak beriman, mereka tidak dipaksa untuk ikut apa yang diperintah oleh Allah.  
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ 
"Tidak ada paksaan dalam agama."
 (al-Baqarah: 256)
Kenapa tidak ada paksaan? Allah jawab:
 قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ
"Kerana telah jelas nyata di antara benar dan salah."
 (al-Baqarah: 256) 
Sebab itu PAS, Gagasan yang kita bawa ialah membawa suatu negara, masa depan negara yang adil, yang harmoni, melahirkan pemimpin bertanggungjawab bukan hanya kepada rakyat dan negara, bertanggungjawab dengan Allah.  
Kalau sekadar bertanggungjawab dengan negara, belum tentu pemimpin itu jadi baik. Pemimpin akan ditanya oleh Allah sampai ke akhirat. Jangan dia ingat bahawa jawatan hanyalah untuk seronok-seronok nak bangga dengan manusia.  
Sebab itu PAS, kita tidak pernah berebut soal jawatan. Dalam isu berlaku di Selangor, PAS 15 kerusi kita bagi kepada PKR, kita tidak ambil. Berlaku krisis, kita serah lagi calon nama PKR. 
Mat Said di Terengganu serang kerajaan negeri, isytihar tidak menyokong kerajaan. Ramai orang tanya, kenapa PAS tak ambil kesempatan waktu itu? Di Terengganu, PAS hanya perlu dua kerusi lagi boleh memerintah. Mat Said kata dia ada lima yang mengikut dia di belakang. 
Tapi kita tak tahu lah boleh percaya, kita tengok, ya ke lima? Kita nampak kadang-kadang bergedik seorang, kadang-kadang nampak dua, kadang-kadang nampak tiga, tapi dia kata ada lima orang.  
Kita tak ambil kesempatan. Ada orang kata, PAS tak cerdik, ambillah kesempatan, ambil alih kerajaan, kita boleh memerintah, hadapi pilihan raya dalam keadaan kuasa di tangan kita.  
Kita kata tidak, Presiden buat keputusan, kami ikut. Jawatankuasa Pusat setuju, kita tidak ambil kesempatan, kenapa?  
Waktu Perak calon-calon DAP keluar lompat parti, kita serang DAP. Waktu PKR keluar daripada parti di Perak hingga tumbang kerajaan, PAS kita menentang budaya rebut tengah jalan, mengambil kesempatan dalam kemelut yang ada.  
Kita tak setuju, sebab dia melahirkan wakil rakyat yang sedia menjual kerusi pada bila-bila masa. Wakil rakyat yang khianat macam ini tak layak jadi pemimpin. Bayangkan tiba-tiba kita pula ambil kesempatan yang sama.  
PAS kita tak ambil kesempatan, kita mengambil kira beberapa perkara, yang pertama apa jaminan Mat Said tak lompat? Sidang Dewan Negeri terbaru, hangit sokong kerajaan yang ada hari ini. 
Tak boleh. Sebab itu kita pegang prinsip sebab PAS pernah hilang kerajaan di Kelantan, hampir hilang kerajaan di Terengganu. PAS kemukakan cadangan supaya wakil rakyat tak dibenarkan lompat parti, Kerajaan Barisan Nasional menolak cadangan sebab dia kata bercanggah dengan hak dalam perlembagaan, kebebasan individu dalam Perlembagaan Negara.  
Tuan-tuan sekalian, PAS kita tahu bahawa negara kita mesti diolah dengan cara yang betul. Malaysia masyarakat majmuk. Di Semenanjung kita ada kaum-kaum utama, Melayunya, Cinanya, Indianya, Orang Asalnya. Di Sabah Sarawak ada berbagai kaum. Malaysia bukan hanya satu agama, Malaysia bukan hanya satu bangsa, semuanya rakyat kita, semua rakyat Malaysia yang ada hak ke atas negara ini, mereka bayar cukai, mereka menjaga keamanan negara, mereka terlibat dalam mengatur urus tadbir negara.  
Sebab itu PAS, kita mengambil pendekatan supaya kita memahami budaya satu sama lain, memahami hak beragama satu sama lain. Kita tidak boleh menyekat orang Kristian nak mengamal agama dia. Kita tak boleh sekat orang Cina nak mengamalkan budaya hidup dia. Demikian juga mereka tidak boleh menyekat orang Islam untuk mengamalkan perintah agama dia.  
Inilah keharmonian yang kita jaga. Sebab itu kita menjelaskan apa yang dibawa dalam perlembagaan dalam Dewan, dalam Parlimen, walaupun PAS 27 memerintah Kelantan, kita tahu orang bukan Islam khususnya orang masyarakat Cina takut dengan hukum Hudud, mereka dibayangkan Hudud ini kerat tangan, dibayangkan hukuman yang rejam, hukuman yang menakutkan, mereka tak tengok seluruh struktur. 
Undang-undang jangan tengok hukuman, kena tengok syarat hakim, syarat saksi, syarat pendakwaan, syarat pembuktian. Bagaimana seluruh itu sebagai satu sistem yang lengkap? Jangan tengok hukum. Kalau tengok hukum, di Negeri China, kesalahan rasuah hukum tembak. Tembak pula berdepan-depan yang mangsa yang akan ditembak lain. Kalau tengok hukuman, kita akan rasa zalim, kejam, tetapi tengok seluruh sistem. 
Sebagaimana orang Islam tidak boleh menyekat hak orang bukan Islam mengamalkan agama, budaya dia, demikianlah juga kami orang Islam ada tanggungjawab kami pada agama kami. Ada tanggungjawab dalam ekonomi, tidak boleh terlibat dengan perkara yang diharamkan oleh Allah yang cipta kita.  
PAS bukan hanya menentang rasuah, PAS juga menentang amalan riba. Quran meng....kan orang yang mengamalkan riba, kekal neraka selama-lamanya. PAS menentang rasuah, dia menghancurkan negara. PAS tidak akan berkompromi dengan orang yang melakukan rasuah. Kita menentang rasuah bukan baru, sejak mula ditubuhkan PAS mula menentang penyelewengan, salah guna kuasa. PAS tak akan kompromi dengan kezaliman.  
Kita kena faham di sana dalam perkara yang disebut oleh Dr Zuhdi (Marzuki) tadi, dihuraikan oleh beberapa orang sahabat-sahabat, bagaimana konsep Gagasan yang Allah Taala garis, bukan kita yang buat. Ada perkara yang kita boleh berta’awun, bekerjasama. Bukan bermakna bila kita bekerjasama, kita menerima seluruh sistem yang tak betul. Allah Taala buat sempadan: 
 وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
(al-Maidah: 2)
Hebat ayat ini. Bila Allah Taala sebut, "Dan berbantu-bantulah kamu, (At-Ta’awun), kerjasama dalam perkara kebaikan dan takwa." Dalam perkara dalam suruhan berbantu (At-Ta’awun), Allah dulukan prinsip umum daripada khusus.  
Allah Taala sebut tolong bantu dalam perkara kebaikan, kebaikan prinsip umum. Orang Islam, orang bukan Islam, Kristian, Buddha apa semua, dia ada prinsip kebaikan. Adapun takwa, dia prinsip khusus yang ada dalam Islam, tak ada dalam agama lain. 
Tetapi Allah Taala ya akhi, bila mana Allah Taala melarang kita jangan tolong bantu, Allah dulukan prinsip khusus berbanding prinsip umum. 
 وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ
"Jangan kamu tolong bantu dalam perkara dosa"
(al-Maidah: 2) 
Perkara dosa perkara khusus orang Islam. Orang bukan Islam tak ada dosa pahala. Dalam Islam ada dosa pahala. Allah Taala dulukan, kamu jangan tolong dalam perkara yang menyebabkan berdosa. PAS tegaskan, kita tidak akan kompromi dalam rasuah, penyelewengan, kezaliman, penindasan, penganiayaan. Nabi beri amaran: 
سيكون بعدي أمراء
يكذبون ويظلمون
 من صدقهم بكذبهم
 وأعانهم على ظلمهم
 فليس مني ولست منه
 ولم يرد علي الحوض 
Rawahu Tirmizi, Wal Hakim, Wan Nasaie, Hadis Shahih 
Sabda Nabi S.A.W, "Akan datang kepada kamu satu masa, selepas kewafatanku, akan muncul di kalangan kamu dua golongan," akan muncul di kalangan pemimpin-pemimpin yang ada dua sifat, yang pertama:
يكذبون
"Dia berbohong dengan rakyat."
Yang kedua:
ويظلمون
"Dia berbuat aniaya, zalim kepada rakyat." 
Zalim ini bukan hanya pukul. Pengalaman PAS ini tuan-tuan sekalian, 63 tahun. PAS-lah yang paling teruk menderita dalam politik Malaysia berbanding parti-parti lain. Orang PAS-lah paling dianiaya sekali dalam zaman era mana sekalipun. Di zaman Tun Razak, berlaku kematian Abdul Samad Gol, dipukul dengan kapak, terbelah dua kepala balik daripada ceramah. 
Hatta berlaku kemudian-kemudiannya sebahagian tadi disebut oleh Dr Zuhdi, ahli PAS paling teruk ditukar jadi macam bola, pembangunan kawasan PAS tak diberi, penganiyaan teruk, bantuan apa pun orang PAS tak beri, bantuan baja Umno cap dacing, baja cap dacing, mampus pokok. Macam-macam penganiayaan, rakyat tak berubah.  
Setiap kali pilihan raya, rakyat tidak berubah. Kita muhasabah, kita mencari bagaimana untuk mengambil pendekatan. Nak kata tak ada kerjasama politik, PAS-lah parti yang paling banyak melakukan kerjasama politik. 
Tapi kita belajar daripada sejarah. Kita kerjasama tak boleh merugikan Islam, kerjasama tidak boleh merugikan Islam, tidak boleh menghadkan tanggungjawab kita dengan Allah Taala, itu orang tak panggil kerjasama. Sebab itu setiap kali kita mengadakan tahaluf, kita letak syarat. Sebab Nabi peringatkan kita, 
المسلمون على شروطهم
"Orang Islam kena ada syarat"  
Kita ambil wudhu’ ada syarat, kita sembahyang ada syarat sah syarat batal, hubungan suami isteri ada syarat sah ada syarat batal, tak kan berpolitik tak ada syarat? Bila mana syarat dilanggar, PAS tarik diri keluar. PAS tidak akan langgar syarat. Dalam mana-mana muafakat politik, biasanya orang lain yang langgar syarat PAS, yang langgar syarat. 
Kita memerintah negara dalam Barisan Nasional, jadi Menteri, Dato’ Asri Menteri Tanah. Dato’ Mustafa Ali Timbalan Menteri. Berbagai-bagai jawatan dipegang, ramai. Seronoklah, pegang jawatan, ada elaun, ada gaji, ada driver, ada kereta. Tapi bila langgar syarat, PAS tarik sokongan. Tinggalkan semua kerana bila syarat dilanggar, kita tak boleh pertahan. Ini prinsip kita.  
Dan setiap kali kita ada kerjasama politik, PAS terpaksa korban, korban tenaga, jentera, duit, kerusi, korban semua. Dengan Semangat 46, kita bagi kerusi, PAS bagi jentera. Dengan Parti Negara bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Jentera PAS turun buat kerja, tak apa.  
Dengan PKR, kita turun bantu, hatta dengan DAP pun. DAP tak ada pekerja di kawasan pengundi Melayu. UPU Melayu dia tak ada petugas, yang buat kerja orang PAS, tak apa sebab kita ada persefahaman. 
Tapi setiap kali kita ada kerjasama, PAS kena korbankan kerusi, satu demi satu lama-lama bila jumlah kita sikit, orang perli kita, jawab, dengar nak bawa Islam, bertanding 60 kerusi, 30 kerusi macam mana? Ada satu kawan kita parti itu, dengar cerita nak bawa Islam Rahmatan Lil 'Alamin, 27 je? Tak boleh.  
Kita muafakat tak boleh kita pukul kawan, muafakat tak boleh merugikan kawan. Di Selangor sebagai contoh, ramai duduk tanya hantar mesej ke saya, dia kata tak boleh ke bincang satu lawan satu? Saya kata ucapan ini, kenyataan ini jangan lontar kepada PAS, kerana yang melanggar yang merosakkan muafakat ini bukan PAS. Mereka pergi serang Kelantan, kalau nak tumbang Umno, Umno dah tumbang (di) Kelantan, tak ada keperluan mereka serang Kelantan.  
Tuan-tuan tengok pembahagian kerusi baru ini, kawasan yang kuat PAS diberi kepada PAN, untuk apa? Nak tumbang Umno ke, ke nak bagi tongkat kepada Umno? Sebab itu tuan-tuan sekalian, kita macam disebut oleh Dr Zuhdi tadi, kita bentuk muafakat, muafakat politik ini dia bukan hanya sifat sementara, kadang-kadang kita kena tengok dua tiga lapis akan datang. 
PAS bila letak sasaran 40 kerusi Parlimen, insyaAllah untuk kita capai kemenangan, termasuk mengekalkan kemenangan PAS di Shah Alam ini insyaAllah. Bila kita hantar isyarat PAS letak sasaran kemenangan 40, ada orang tanya, kalau dah letak capai 40,  kenapa bertanding sampai 130? Kita kata kita turun bertanding dengan kekuatan yang kita ada. Dia kata PAS tak boleh menang. Kita kata, PAS ini ahli kita, cawangan 7000 lebih, semua kita ada cawangan ahli kita. Yang tak ada Cawangan itu agak-agak boleh menang ke?  
Kalau mereka tuduh PAS tak boleh menang, kita harus lihat bahawa kekuatan politik ini bukan hanya di atas awang-awangan. Tak apalah, itu satu bahagian. Tapi nak sebutnya, isyarat yang PAS hantar apa dia? Bermakna kalau PAS menang 40 kerusi, insyaAllah dan mudah-mudahan bertambah, bermakna negara ini pada masa depan ialah sebuah negara yang bentuknya akan wujud suatu persefahaman atau gabungan, tak boleh elak.  
Kalau PAS 40 kerusi, tak boleh memerintah, mungkin BN sahaja tak boleh memerintah, PH sahaja tak boleh perintah. Jadi siapa nak memerintah? Bakal Perdana Menteri ada dah, ada dah, duduk sebut nama. PAS, kita tegaskan bahawa 40 kerusi yang PAS menangi yang disebut oleh Tuan Guru Presiden bahawa PAS, kita ingin meletakkan politik negara ini tak boleh kita hanya rasa kita sahaja, tapi kita mesti bentuk satu muafakat baru. 
Betul tuan-tuan. Sebab itu Islam datang, dia tidak mengekalkan apa yang ada. Kalau Nabi nak cepat menang, Nabi sokong je Rom, buat MoU dengan Rom, Rom beri amaran siapa-siapa serang Nabi Muhammad dan pengikut dia, Rom akan serang dia, Nabi Muhammad selamat. Ataupun Nabi buat MoU dengan Parsi, lagi baik, tapi Nabi S.A.W tidak, dan Nabi beritahu pertembungan tersebut.  
Kalau PAS ada 40 kerusi, kita boleh pilih siapa yang kita nak sokong. Waktu itu tuan-tuan, 40 ini mahal, sangat mahal, sebab itu saya minta tuan-tuan nak masuk PAS, masuk sekarang, tengah murah ini, dah mahal payah sikit.  
Kalau PAS ada 40 kerusi, 40 jadi kuasa penentu. Siapa yang sokong, dia akan memerintah. PAS nak sokong siapa dia? Kita akan sokong siapa yang terima dasar yang PAS perjuang, dan PAS berjanji PAS tidak akan menganiaya orang bukan Islam, PAS tidak akan menganiaya orang susah, kita akan kembalikan negara ini kepada sistem yang paling adil.  
Ini jaminan kita. Mana model dia? Tuan-tuan boleh tengok Kelantan. Tanyalah orang bukan Islam di Kelantan, apa yang mereka tak puas hati dengan Kerajaan Kelantan? 
Bulan lepas Kerajaan Kelantan mendapat anugerah lima bintang. Pejabat Menteri Besar dapat markah 99 peratus pengurusan pentadbiran yang terbaik. Perbendaharaan kerajaan Negeri Kelantan dapat 98 peratus. Jabatan Hutan Kelantan dapat anugerah khas, pengurusan hutan yang paling baik di Malaysia. Tapi orang tak berapa semangat sebab bintang, kalau nampak bulan itu ok sikit.  
Kita tanya orang bukan Islam, dan ini yang kita nak bawa. Sebab itu bagi kita, pengalaman lampau ini mengajar kita, kita perlu bina negara kita. Sebab itu disebut oleh Dr Zuhdi tadi, siapa yang sama kita? Tak akan orang politik sahaja.  
Tuan-tuan, negara kita nak tentu masa depan negara, tak akan bagi orang politik sahaja? Tuan-tuan ingat orang politik sahaja ada hak bagi menentu masa depan negara?  
Tak. NGO ada hak, individu ada hak, tokoh-tokoh ada hak, pakar-pakar, semua orang ada hak atas negara ini. Gabungan kita memasukkan semua elemen itu. Mari kita duduk bersama, mari kita bincang masa depan negara kita. Tuan-tuan nak negara macam mana? Tuan-tuan nak pemuda macam mana? 
PAS belum memerintah, tapi tuan-tuan boleh banding, tengok Pemuda PAS. Hadir dalam program, berlaku musibah bencana apa pun, Unit Amal PAS-lah sampai dulu, tak pernah minta upah, tak pernah minta elaun, tak pernah minta gaji.  
Dan hari ini kita ada lebih kurang 100 ribu lebih pelajar PASTI kita. Yang dah keluar hampir 80 ribu. Kita ada anak-anak muda bersama PAS, ARC-nya, Unit Amalnya. Kita bina sama ada kita menang atau tak menang, negara kita mestilah mempunyai generasi yang baik akhlak dia, generasi yang tahu masa depan negara.  
Nabi S.A.W sebut dalam Hadis, dan ini yang kita bina. Nabi sebut: 
ان الاسلام بدأ غريبا
وسيعود غريباً كما بدأ
 فطوبى للغرباء
قال يا رسول الله  ومن الغرباء؟
قال الذين يصلحون عند فساد الناس 
"Islam bermula dalam keadaan dagang, berakhir dalam keadaan yang juga dagang. Beruntunglah mereka yang dagang itu. Sahabat tanya, siapakah yang dagang yang Nabi maksudkan? Nabi jawab:" 
الذين يصلحون عند فساد الناس
"Mereka yang baik di tengah-tengah kerosakan ummah.' 
Alhamdulillah anak muda bersama PAS, mereka pergi mana pun, mereka sembahyang tak tinggal, mereka tidak dedah aurat, mereka tidak bergaul bebas, mereka tak terlibat dengan kerosakan akhlak. Ini yang kita bina, sebuah negara yang kita sasarkan: 
بلدة طيبة ورب غفور 
Sebab itu bagi saya, rasuah penyelewengan ini sebab hati, sebab akidah, sebab akidah. Tuan-tuan tahu yang rasuah ini bukan yang miskin, yang rasuah ini kaya-kaya, gaji berpuluh-puluh ribu sebulan. Dia bukan rasuah sebab duit tak cukup, dia rasuah kerana tamak haloba dalam hati dia. Apa ubat dia? Ubat dia takut kepada Allah.  
Manusia bila tak peduli amaran Allah, dia akan makan semua, dia akan tak peduli semua. Sebab itu Nabi datang, Nabi tak ubah rasuah, penyelewengan, tak. Ubah polisi dulu, perbetulkan dasar. Nak ubah dasar dengan BN? Confirm tak boleh. Dengan PH? Tak boleh juga, serupa je. Cuma bezanya BN timbul ekor, PH timbul kepala. Benda sama. Sekali tengok nampak macam buaya, sekali tengok macam naga.  
Mudah-mudahan insyaa Allah. Tapi malam ini saya tak sebut isu sangat lah, banyak tadi sahabat-sahabat kita dah sebut, saya sebut prinsip dan dasar-dasar yang perlu kita kena pegang.  
Akhir sekali, akhir sama-sama, yang pertama tiga perkaralah. 
أوصيكم وإياي 
Yang pertama jangan tak ada masa dengan Allah, nanti Allah tak ada masa dengan kita. Sibuk macam mana politik jangan sampai tak bertegur siapa. Politik ini bukan nak musuh, politik mencari kebenaran, mencari kebenaran, mesti balik kepada punca ilmu yang benar, ilmu yang benar Al-Quran, Hadis Nabi S.A.W. Jangan sampai tak ada masa dengan Allah S.W.T. 
Yang kedua, kerja-kerja jamaah jaga, sembahyang jamaah jangan tinggal. Sibuk macam mana kita pun, sembahyang jamaah jangan tinggal. Kerja jamaah ambil bahagian walaupun sekadar susun kerusi lepas program, ambil bahagian. Kata Rasulullah:
يد الله مع الجماعة
"Pertolongan Allah itu bersama-sama dengan jamaah."
Yang ketiga, marilah sama-sama kita berusaha untuk melipat-gandakan kerja kita. Zaman jadi penyokong dah habis, zaman jadi penyokong dah habis. Sekarang kita zaman jadi pekerja, kena buat kerja untuk menangkan Islam. Jangan habis masa dengan remeh-temeh, duduk layan facebook, orang duduk tuduh macam-macam ini, dia tak habis, tak selesai. 
Macam ibarat main bola, jangan sibuk cabut kemuncup yang lekat di baju, lekat di stokin lekat di seluar, main bola dulu. Habis main baru cabut kemuncup. Ini tengah main, penjaga gol cabut kemuncup? Jangan habis masa duduk layan benda-benda yang tak bermanfaat dan kalau tuan-tuan ada rakan-rakan facebook yang jenis bahasa kasar, buang jelah.  
Kita ini nak baca benda baik. Kalau benda-benda tulisan maki hamun, cerca yang tak berakhlak ini, orang tak akhlak tak usah kita pergi terlibat. Kita jangan terlibat dengan benda yang tak ada akhlak ini. Sebab yang kita tulis, kita kena jawab di akhirat. Yang kita posting, kita kena jawab, biar jadi pahala. Biar posting benda yang baik.  
Sebab itu yang boleh baca Quran, jangan tinggal Quran. Yang boleh baca, kena ada surah yang sedang kita hafal setiap waktu. Yang tak boleh baca, minta maaf, ikhtiarlah belajar. Kalau facebook boleh baca, twitter boleh baca, whatsapp boleh baca, tiba-tiba Quran tak boleh baca? Rasa malu kita dengan Allah Taala. Surat khabar baca tiap-tiap hari, handphone baca tengok tiap-tiap hari, tiba-tiba Quran tak buka.  
Yang dah boleh baca Quran, tiap-tiap waktu kena ada surah yang tuan-tuan sedang hafal. Ikhtiarlah. Mungkin satu surah hari ini kita azam, baca empat ke lima ayat dulu, sehari dua hari lima hari hafallah. Mudah-mudahan bertambah hafalan kita, bertambah dekat kita dengan Allah S.W.T, dan insyaAllah mudah-mudahan buat kerja sungguh-sungguh. Dan insyaAllah saya datang kali kedua lepas ini insyaAllah datang untuk meraikan kemenangan kita di sini insyaAllah. Wallahua’lam. 
(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari ucapan Timbalan Presiden PAS pada Ceramah Umum PAS Shah Alam, 11 Januari 2018 di Dataran Gerai MBSA, Jalan Mat Raji, Padang Jawa, Shah Alam) - HARAKAHDAILY 12/1/2018
Sumber HD- 12-1-2018 

Felda Jalan Semarak: Siapa yang menipu?

SEMALAM timbul satu dakwaan baru mengenai penjualan tanah Felda di Jalan Semarak oleh laman The Mole yang mendakwa bahawa penjualan tanah itu dipersetujui kesemua ahli lembaga pengarah Felda yang lembaga pengarah FIC dalam tiga perjumpaan sekitar 2014 dan 2015. 
Dakwaan ini amat berbeza dengan laporan Berita Harian bulan lalu yang mendakwa ahli lembaga pengarah Felda tidak mengetahui mengenai perjanjian itu yang dibuat pada Jun 2014 sehinggalah diberitahu pada September pada tahun yang sama. 
Sumber The Mole menyatakan bahawa ahli lembaga pengarah Felda ketika itu, Datuk Dr. Omar Salim, Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusoff, Datuk Norzirah Bahari, Datuk Mohd. Suhaili Said, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid, Datuk Abu Bakar Harun, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah dan Shamsudin Othman – telah diberitahu mengenai penjualan itu pada hari yang sama dan mereka memberikan kelulusan semula pada 3 Jun 2015. 
Menurut The Mole, perjanjian antara FIC dan Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) memang didraf sebegitu rupa di mana FIC akan diberi jaminan pulangan minimum sebanyak RM500 juta atau 10% daripada kos kasar pembangunan, berdasarkan mana yang lebih tinggi. 
Sejak laporan Berita Harian, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad telah memberikan bayangan bahawa seolah-olah seluruh ahli lembaga pengarah telah ditipu sehingga tanah Felda kehilangan kepada tangan SPSB manakala The Mole mendakwa perjanjian itu mendapat kelulusan lembaga pengarah Felda dan FIC. 
Ekoran timbul dakwaan berbeza, PAS menuntut Tan Sri Shahrir tampil untuk mendedahkan perjanjian antara FIC dan SPSB untuk tatapan umum. 
PAS berpendapat mustahil bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa berani melakukan transaksi ini tanpa pengetahuan PM. PAS turut menuntut agar Perdana Menteri tampil memberitahu rakyat apakah beliau tahu mengenai perjanjian ini jauh lebih awal? Jika ya, maka segala aksi memanggil audit dan siasatan hanyalah wayang agar peneroka Felda dapat ditipu kononnya tanah Felda itu masih dapat diselamatkan untuk BN melepasi PRU14 sedangkan perjanjian itu satu urus niaga yang sah yang tidak dapat dilakukan apa-apa lagi. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
11 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 11/1/2018

Sumber HD - 11-1-2018


Kemaafan Hadi bukti PAS tidak pernah berdendam
Posted on Sunday, January 07 @ 14:28:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37626


Tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan parti islam itu tidak pernah berdendam dengan sesiapa, kata timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


"Sebagai manusia, memang kita tidak sunyi dari salah silap. Namun apa yang penting ialah tidak mengulangi kesilapan, melakukan perubahan dan bertaubat terhadap kesalahan lampau.
"Namun dalam urusan taubat, ia adalah urusan seseorang itu dengan Allah dan sekiranya melibatkan manusia, dia perlu memohon maaf kepada mangsa yang terlibat.

"Tindakan tuan guru presiden PAS memaafkan Tun Dr Mahahir Mohamad membuktikan PAS tidak pernah berdendam dengan sesiapa dan sedia memaafkan kesilapan lampau," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.
Khamis lalu Abdul Hadi berkata, beliau memaafkan bekas perdana menteri itu kerana memanggilnya pengkhianat dan bekerjasama dengan Umno yang pernah digelarnya sebagai 'kafir'.

  Dalam rakaman video di Facebook, Anggota Parlimen Marang itu juga berharap Mahathir insaf dengan perbuatannya memandangkan beliau sudah berusia.

"Antara saya dan dia saya maafkan. (Antara) dia dan tuhan, dia kena bertaubat.

"Dia orang tua, biar dia insaf sendiri.

"Kita ingat biar dia insaf sendiri. Dia duduk sorang-sorang, fikir sendiri. Dia kena banyak baca buku. Jangan baca buku perubatan je. Buku Islam pun dia kena baca," kata Abdul Hadi.

Sebelum itu Mahathir menggelar Hadi sebagai pengkhianat kerana “membantu” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun tahu beliau akan hilang banyak kerusi.

Beliau juga menyindir Hadi yang bekerjasama dengan Umno, yang didakwanya pernah digelar PAS sebagai “kafir”.

“Najib ini kafir menurut PAS dan Hadi pernah kata jika kamu bekerjasama dengan kafir, kamu pun jadi kafirlah.

“Jadi sekarang dia bekerjasama dengan Umno dan pada suatu masa dengan DAP, dia sendiri pun kafirlah,” kata pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

'Jangan sibuk cabut kemuncup'
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, tindakan Abdul Hadi memaafkan Mahathir juga dibuat kerana beliau tidak mahu terjerat dengan permainan politik yang mengganggu persiapan PAS dan ahli-ahlinya menjelang PRU14.

"PAS mengingatkan seluruh jentera mengikut langkah Presiden PAS agar fokus kepada gerak kerja pilihan raya dan tidak tenggelam dengan agenda pihak lain.

"Jangan sibuk melayan serangan politik terdesak yang menjauhkan kita daripada tugas sepatutnya.

"Pendek kata jangan sibuk mencabut kemuncup ketika bertempur di dalam permainan bola sepak," katanya.
\

Sumber TKO - 7-1-2018

























Jangan sibuk mencabut kemuncup

SEBAGAI manusia, memang kita tidak sunyi dari salah silap. Namun apa yang penting ialah tidak mengulangi kesilapan, melakukan perubahan dan bertaubat terhadap kesalahan lampau. 
Namun dalam urusan taubat, ia adalah urusan seseorang itu dengan Allah, dan sekiranya melibatkan manusia, dia perlu memohon maaf kepada mangsa yang terlibat. 
Tindakan Tuan Guru Presiden PAS memaafkan Tun Dr Mahahir Mohamed membuktikan bahawa PAS tidak pernah berdendam dengan sesiapa, dan sedia memaafkan kesilapan lampau. Tindakan Tuan Guru juga jelas bahawa beliau tidak mahu terjerat dengan permainan politik yang mengganggu persiapan PAS dan ahli-ahli PAS menjelang PRU14. 
PAS mengingatkan seluruh jentera mengikut langkah Presiden PAS agar fokus kepada gerak kerja pilihan raya dan tidak tenggelam dengan agenda pihak lain. Jangan sibuk melayan serangan politik terdesak yang menjauhkan kita daripada tugas sepatutnya. Pendek kata, jangan sibuk mencabut kemuncup ketika bertempur di dalam permainan bola sepak. 
Tahniah kepada jentera parti sama ada Unit Amal, pemuda, muslimat dan semua pihak yang turun padang membantu mangsa banjir di Pahang sekarang. 
Fokuskan kerja membantu memastikan makanan yang cukup kepada mangsa perpindahan, membantu memindahkan mangsa banjir dan sedia membersihkan kediaman mangsa. 
Biarlah rakyat yang akan menjadi hakim parti mana yang mereka rasakan membela rakyat dan yang akan dipilih nanti berdasarkan kerja kebajikan kita. 
PAS akan kekal dengan dasarnya dan mempertahankan konsep negara berkebajikan serta budaya politik matang dan sejahtera dalam menyokong benda yang baik untuk rakyat dan membantah perkara yang tidak baik. 
Biar kita menghadapi PRU ke-14 dengan menghalakan usaha kepada sasaran yang betul. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
6 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 6/1/2018

Sumber HD - 6-1-2018

























Umat diseru serah mandat pada Islam


KUALA LIPIS: PAS Kawasan Lipis telah menganjurkan majlis ceramah bertema "Selamatkan Baitul Maqdis" yang dilangsungkan di Kampung Kuala Lanar, di sini semalam. 
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapannya pada ceramah itu menegaskan seruan penting agar umat Islam mengangkat kepimpinan Islam agar tercapainya tujuan kehidupan. 
Beliau mengemukakan renungan terhadap pembangunan yang dapat dilihat dalam Daerah Lipis di mana masih terpinggir dari arus pembangunan walaupun kaya dengan hasil mahsul seperti balak dan emas. 
Perkara itu jelasnya, berbeza dari Kelantan yang sejak dimenangi PAS tahun 1990, rakyat negeri itu mendapat manfaat dari pentadbiran yang bersih dalam sudut ekonomi, siyasah dan keadilan sosial walaupun didiskriminasi Kerajaan Pusat menerusi sekatan royalti petroleum. 
Menurutnya, dalam usaha menegakkan pemerintahan Islam, umat mestilah meneladani para Sahabat R.A khususnya dalam perkara mentaati pemimpin yang benar, selain thabat serta tidak meninggalkan perjuangan. 
Beliau memetik iktibar Perjanjian Hudaibiyah yang ditanggapi para Sahabat R.A sebagai berat sebelah serta tidak menguntungkan Islam hingga mereka membantah Rasulullah S.A.W, namun tetap tidak meninggalkan perjuangan. 
"Malangnya hari ini, ada orang yang tidak bersetuju dengan pimpinan, tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan dan menubuhkan kelompok baru. Kononnya dikatakan berjuang untuk menegakkan Islam. 
"Islam mengajar kita supaya menegur pemimpin jika dia melakukan kesilapan, sama seperti makmum kena tegur imam jika dia tersilap atau terlupa," ujarnya mengemuka analogi. 
Beliau turut menyeru untuk mencontohi anak-anak muda yang menyertai PAS di mana mereka itu terlibat aktif dengan aktiviti kebajikan dan menyelamat bencana walaupun tanpa bayaran, selaim menjaga akhlak. 
Sementara itu dalam mengulas isu Baitul Maqdis, Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir menegaskan bahawa PAS tetap membantah cadangan 'two state solution' yang menjadikan tanah suci umat Islam itu milik bersama Palestin dan Israel. 
Persamaan pendirian itulah jelasnya yang membolehkan PAS berada bersama Kerajaan Malaysia dalam himpunan bantahan di Kedutaan Amerika dan majlis solidariti di Putrajaya baru-baru ini. 
Hadir sama dan menyampaikan ucapan pada majlis tersebut adalah Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Zainal. - HARAKAHDAILY 30/12/2017
Sumber HD - 30-12-2017 

























Jangan fitnah Presiden PAS

ADA pemimpin yang tidak membaca ulasan Presiden PAS bertajuk "Mengapa kalau Islam tidak boleh?" dan terus mengulas berdasarkan tajuk sensasi yang dipilih sebilangan portal media untuk memutar belit maksud sebenar Presiden PAS. 
Pertama, tiada satu ayat pun di dalam kenyataan Presiden PAS yang mahu kabinet Melayu sahaja atau all-Malay cabinet. Olahan tajuk sensasi ini jauh daripada maksud sebenar ulasan Presiden PAS. 
Maksud utama ulasan Presiden PAS ialah bahawa Melayu-Islam perlu memimpin di dalam konteks politik Malaysia dan bukan Islam diterima untuk memerintah bersama di dalam bidang-bidang kepakaran dan pengurusan. 
"Islam juga berbeza dengan ideologi atau teori ciptaan manusia yang memisahkannya daripada agama, kerana ajaran Islam itu merangkumi semua aspek kehidupan bermasyarakat termasuk juga urusan politik. 
“Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang beraqidah Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh. Tetapi pada masa sama, Islam memberi hak yang lebih banyak kepada penganut bukan Islam dalam aspek politik, ekonomi dan lain-lain urusan kehidupan, lebih daripada hak yang diberi oleh pendukung dan pejuang ideologi ciptaan manusia dan agama lain terhadap pihak yang berbeza dengan mereka. 
“Islam mengurus secara lebih saksama dengan fitrah manusia, dengan syarat Islam sebenarnya berkuasa memerintah. Namun Islam juga tetap memelihara hak beragama lain tanpa menyentuh perkara yang diizinkan oleh agama masing-masing dengan sempadan memelihara keharmonian masyarakat majmuk dan perikemanusiaannya. 
“Islam bukan sahaja memberi hak kerakyatan kepada bukan Islam, bahkan mewajibkan adil terhadap semua dari segi hak rakyat yang dilindungi oleh undang-undang berteraskan aqidah dan juga hak kemanusiaan yang berkait dengan diri, keluarga, cara hidup berpolitik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain dengan kawalan sempadan (hudud) yang menghormati perbezaan agama dan menjaga keharmonian dan perpaduan kemanusiaan. 
“Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep. Maka Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat." - Presiden PAS, 22 Disember 2017. 
Ayat-ayat di atas jelas kabinet bayangan Presiden PAS adalah dari pelbagai kaum, cuma yang memimpinnya mestilah penganut Islam. Di mana rasisnya Presiden PAS? 
Ini adalah dasar yang diterima oleh PPBM, DAP, PKR, Amanah dan juga BN. Apakah mereka yang menuduh Presiden PAS rasis tidak bersetuju bahawa yang perlu memimpin Malaysia ialah dari kalangan penganut Islam? Jika ya, sila nyatakan pendirian ini secara terbuka. 
Jika sedemikian mengapa PPBM tidak membuka keahliannya kepada semua tapi untuk orang Melayu sahaja. Mengapa Pakatan Harapan bermain politik kaum di dalam susunan jawatan mereka untuk dilihat ia dipimpin oleh orang Melayu sedangkan yang mempunyai kerusi parlimen terbesar ialah DAP? 
Semua ini hanyalah politik kemurahan mereka yang sengaja menyerang Presiden PAS berdasarkan fitnah kerana mereka bimbang dengan perkembangan dan pertambahan pengaruh PAS dan jumlah ahlinya. 
PAS akan terus menerajui dan memimpin budaya politik matang dan sejahtera. PAS sudah serik dengan parti politik yang lain yang hidup atas fitnah dan persepsi semata-mata. Oleh itu, kami memilih untuk berbeza. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 26/12/2017
Sumber HD - 26-12-2017 

























Hentikan berita fitnah

MUTAKHIR ini pelbagai fitnah dan serangan kepada ADUN-ADUN PAS di Selangor sehingga menimbulkan persepsi mereka ini tiada prinsip perjuangan dan akan keluar dari PAS. 
Saya telah menemui mereka yang difitnah ini, sama ada berceramah sepentas dengan mereka atau mengadakan perbincangan dengan mereka. Ingin saya tegaskan bahawa berita itu hanya fitnah jahat golongan terdesak untuk menyambung nyawa-nyawa ikan sebelum PRU14. 
Saya telah saksikan sendiri bagaimana ADUN-ADUN PAS tetap beristiqamah dengan parti di dalam pelbagai isu yang melanda Kerajaan Selangor. Mereka sangat tabah, sabar dan tetap patuh kepada keputusan parti. 
Akibat kesabaran dan ketabahan mereka inilah wujud pihak yang dengki, iri hari dan berusaha mencetuskan api fitnah agar wujud rasa curiga antara satu sama lain, dan dalam kalangan ahli PAS. 
Di sini, saya ingin mengingatkan semua dengan amaran Rasulullah: "Fitnah adalah sesuatu yang sedang tidur, Allah melaknat siapa yang mengejutnya."

Kepada semua ahli dan pimpinan PAS, kita perlu bersedia menghadapi gelombang fitnah yang dipercayai akan lebih dahsyat menjelang PRU14 nanti. 
Marilah kita memberi fokus kepada persediaan PRU14 akan datang. Kerana inilah tugas utama kita sekarang. Jangan biar pihak-pihak yang sengaja mengganggu tumpuan kita dengan memainkan pelbagai isu fitnah. 
Istiqamah sehingga kemenangan. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 26/12/2017
Sumber HD - 26-12-2017 

Kenapa PAS dilihat 'tolak' peluang menang

PERTAMA kali Rasulullah membawa ajaran Islam, masyarakat tidak memahami apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh Baginda. 
Mereka menyangka Rasulullah menyebarkan Islam untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukann dalam masyarakat, lalu mereka menawarkan jawatan raja kepada Baginda. 
Baginda menolaknya. 
Mereka turut menyangka Baginda menyebarkan Islam untuk mendapat habuan
dunia, lalu mereka menawarkan kepada Baginda timbunan harta sehingga Baginda menjadi orang yang paling kaya di Mekah.
Baginda menolaknya. 
Mereka menyangka Baginda menyebarkan Islam untuk mendapatkan wanita yang cantik, menarik lalu mereka menawarkan wanita yang cantik kepada Baginda. 
Baginda menolaknya. 
Ada orang silap menganggap perjuangan PAS ialah perjuangan mendapatkan kekuasaan semata-mata seperti mereka.
Lalu mereka menuduh harta benda dan habuan dunia telah menjadikan pandangan PAS 'buta', sehingga tidak lagi nampak apa yang mereka nampak. 
Oleh itu, mereka akan merasa hairan bilamana PAS dilihat 'menolak' peluang kemenangan di hadapan mata.
Mereka binggung PAS tidak berkelakuan seperti mereka. Mereka tidak faham mengapa PAS sanggup bersedia berisiko kalah demi mempertahankan dasar parti. 
Mereka tidak boleh terima cara PAS yang terus menentang sebarang bentuk mungkar dalam apa jua bentuk, dan sedia mendokong kebaikan dan taqwa dalam apa jua keadaan tanpa mengira siapa.   
Hakikatnya, PAS adalah parti yang paling awal menentang kebatilan, kezaliman dan salah urus tadbir negera.
PAS menyertai pilihan raya sejak pertama kali di adakan. 
Perjuangan PAS bukan membuta tuli terhadap realiti masyarakat majmuk di Malaysia. 
PAS sedia bekerjasama dengan mempertahankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi denyut nadi perjuangan kami.
PAS sentiasa mencari jalan terbaik untuk kemenangan Islam bagi membolehkan Islam terlaksana dalam urus tadbir. Asalkan Islam sampai ke destinasi. 
Lantaran itu, PAS sentiasa bersedia membuka pintu bekerjasama dengan pelbagai parti yang menerima dasar Islam yang kami bawa. PAS sudah serik bersama parti hanya rasa penting untuk bersama bila perlu, dan menyerang PAS selepas itu.
Begitulah prinsip PAS. PAS akan terus kekal dengan dasar dan prinsip ini. 
Walaupun beberapa kali PAS dibuli apabila menyambut salam kerjasama, PAS tidak pernah kesal dengan keputusan yang telah diambil kerana semua keputusan parti dibuat melalui perbincangan, muktamar dan panduan Majlis Syura.
Di sepanjang perjuangan ini, PAS kehilangan rakan seperjuangan, rakan politik, markas, PASTI dan pelbagai harta yang diwaqafkan oleh ahli dan penyokong kami. 
PAS sedih dengan apa yang berlaku, kerana PAS sedar ia datang dari duit simpanan ahli kami yang miskin, penoreh getah, nelayan dan golongan susah. Namun untuk PAS korbankan prinsip perjuangannya, tidak mungkin.
PAS akan terus berkembang, menghijau dan mengeluarkan bunga dan buah. PAS akan terus mendidik masyarakat memahami politik Islam. 
Ia suatu sistem politik yang jauh bezanya dengan pelbagai aliran politik yang diimport dari barat, yang tidak berpaksi kepada aqidah. 
Politik Islam berteraskan perubahan dengan menghapuskan syirik kepada tauhid, mungkar kepada taat, maksiat kepada soleh, perubahan masyarakat bagi membina negara sejahtera dan harmoni, menikmati nilai persamaan dan menghormati nilai perbezaan. 
Itu perjuangan PAS dan ahli-ahli PAS akan terus memastikan pimpinan dan bahtera ini terus belayar mengikut arah ini sehingga hari kemenangan Islam dicapai. 
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Madinah al-Munawarrah
10hb Disember 2017. – HARAKAHDAILY 10/12/2017
Sumber HD -10-12-2017 

Seruan kepada negara-negara Islam

TINDAKAN Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel adalah satu aksi perisytiharan perang (act of war) dengan seluruh dunia Islam. 
Perisytiharan melulu oleh Trump sudah tentunya akan mencetuskan tindak balas seluruh dunia Islam dan masyarakat antarabangsa yang mencintai keharmonian. 
Umat Islam melihat pengisytiharan Trump ini sebagai satu petaka besar kepada umat ini, setelah Yahudi berjaya menjadikan kuasa besar sebagai alat bagi menghalalkan tindakan mereka ke atas Palestine dan negara Islam seluruhnya. 
Apa yang membimbangkan ialah hakikat umum bahawa tindakan melampau hanya akan melahirkan golongan pelampau yang tiada siapa yang dapat mengawal kemunculannya. 
Tindakan melampau Trump ini diharap membuka mata seluruh pemimpin dunia Islam untuk bersatu dan berhenti bertelingkah antara satu sama lain. 
Pertelingkahan sesama negara Islam hanya menguntungkan musuh Islam malah membuka laluan untuk sesetengah negara Islam untuk menjadi tali barut AS dan digunakan AS untuk menjayakan taktik "menggunakan umat Islam untuk melawan umat Islam" dengan menjadi pembekal senjata kepada kedua-dua pihak yang bertelagah untuk saling membunuh sementara Israel terus dilindungi. 
Hentilah pembunuhan sesama sendiri yang menguntungkan negara pembekal senjata. Kerana yang hancur ialah negara umat Islam, yang terkorban ialah umat Islam, yang menjadi pelarian juga umat Islam bahkan negara Islam juga yang terpaksa menerima pelarian. Sedangkan yang mengaut keuntungan ialah negara Barat dan sekutu-sekutu Israel. 
Sedarlah. Tidak mustahil tindakan melampau Presiden Amerika ini akan menjadi titik yang menyatukan seluruh umat Islam bagi membela dan membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa dari cengkaman zionis laknatullah. 
Oleh itu, PAS menyeru negara Islam yang sedang bersengketa sesama sendiri sama ada di Yaman, Saudi, Syria, Iraq kembali ke meja rundingan. Akui kelemahan sendiri adalah langkah pertama untuk menuju semula ke arah kebangkitan. 
Umat Islam perlu bersatu dalam sikap dan tindakan ke atas rejim Yahudi dan AS khususnya. 
PAS menyeru seluruh ahli dan mereka yang cintakan keamanan, keharmonian dan cintakan kiblat pertama umat Islam untuk sama-sama hadir dalam Himpunan Aman menentang Perisytiharan AS dan kezaliman zionis pada hari ini, 8 Disember 2017 Jumaat ini sebagaimana arahan  
Tuan Guru Presiden.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Madinah al Munawarrah
8 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 8/12/2017




































Sumber HD - 8-12-2017 

























PRU-14: Fitnah Ke Atas PAS Dari Kiri Dan Kanan


Oleh : Sumaiyah Zakaria

MARANG – PAS dijangka terus menerima fitnah dari kiri dan kanan menjelang Pilihanraya Umum ke-14.
Timbalan Presidennya, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bukan hanya UMNO dab Barisan Nasional (BN) akan serang habis-habisan bahkan daripada parti-parti Pakatan Harapan juga

“Kita akan berdepan dengan situasi ini……fitnah akan serang kita bermacam-macam. Kita kena rapat dengan Allah Taala, merayu dan mohon kepada Allah.

“Jangan jauh dengan Allah. Jaga kerja jemaah. Walaupun sekadar susun kerusi selepas program, ambil bahagian. Walaupun kutip sampah.

“aga sembahyang jemaah, jangan tinggalkannya. Orang yang tinggal sembahyang jemaah, dia akan jauh dari rahmat Allah Taala,” ujar beliau.

Beliau yang ditemui pada Ceramah Perasmian bersempena Sambutan Satu Dekad Madrasah Darul Iman di sini pada Jumaat 24 November, merakamkan ucapan tahniah kepada PAS Kawasan Marang.

“Tahniah kepada PAS Kawasan dan jentera yang telah berjaya membina sebuah sekolah yang sebegini hebat, menjadi sekolah yang terbaik. Telah 10 tahun atau 1 dekad usia MDI ini,

“Terima kasih kepada penyumbang, tanpa sumbangan tuan puan, kita tidak tahu. Orang mari minta derma, kita bagi. Jadi apa, kita tidak tahu. Jadi tiang ke, jadi lantai ke, jadi bilik kelas wallahua’lam.

“Akhirat esok, kita pakat tengok masing-masing. Mudah-mudahan sumbangan kita diterima Allah SWT,” katanya.
Selain itu, Tuan Ibrahim turut mengingatkan ahar ahli dan penyokong PAS menjaga amalan fardiah, peribadi masing-masing.
Beliau tuurut menyampaikan beberapa anugerah, antaranya adalah Anugerah Pelajar Cemerlang bagi peperiksaan UPSR, UPSRI dan Anugerah Tokoh Istiqamah MDI.

Sumber BO - 28-11-2017 

Amiruddin masih ada tanggungjawab bai'ah
Posted on Sunday, November 26 @ 23:00:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37007



SHAH ALAM - “Beliau masih mempunyai beberapa tanggungjawab dalam bai'ah yang beliau lafazkan,” kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian, hari ini.


Beliau membuat kenyataan itu selepas diminta mengulas mengenai tindakan Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang mengambil keputusan menyertai Bersatu.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun terkejut dengan tindakan Amiruddin, namun Pas menghormati keputusan tersebut.

“Saya secara peribadi terkejut dengan tindakan beliau, kerana beliau bukanlah golongan yang bermasalah dengan parti dan seorang yang mudah berbincang.


”Namun Pas menghormati keputusan beliau,” katanya.

Terdahulu, satu pengumuman dibuat oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas menerima borang keahlian Amiruddin, yang diserahkan pada sidang media, hari ini.

Amiruddin berkata, keputusan menyertai Bersatu dibuat setelah Pas bertegas dengan pendirian parti itu untuk bersendirian dan tidak bersama Pakatan Harapan dalam PRU14.

Menurutnya, keputusan ini juga dibuat setelah mendapat konsultasi bersama rakan-rakan politik  bagi memastikan perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan BN dapat dilakukan.

Sumber TKO - 26-11-2017


PAS gesa kerajaan Pahang jawab isu pembalakan di Merapoh
Posted on Sunday, November 26 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37002



Kerajaan Pahang perlu memberikan penjelasan berhubung kegiatan pembalakan di Merapoh, Kuala Lipis, yang kini hangat diperkatakan di media sosial, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau merujuk kegiatan pembalakan di hutan tersebut yang dilaporkan melibatkan kawasan seluas 668.79 hektar berhampiran Gua Hari Malaysia, yang dianggap sebagai 'syurga hidupan liar' di kalangan pencinta alam semula jadi.

"Keindahan alam ini telah dicabuli. Ia dikhuatiri akan lenyap apabila aktiviti pembalakan mula dikesan di kawasan berkenaan sejak bulan lalu.

"Kerajaan Pahang perlu mempertahankan dan mengutamakan khazanah ini yang boleh membawa pendapatan berpanjangan daripada industri pelancongan, berbanding pembalakan yang (mendatangkan hasil) sekali lalu.

"Industri pelancongan dapat menambahkan pendapatan penduduk sekitar manakala pembalakan hanya menguntungkan segelintir yang kaya dan berkuasa," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terletak berhampiran Taman Negara Pahang, terdapat lapan kampung di sekitar kawasan itu.
Justeru selain menjejaskan kawasan pelancongan, kegiatan pembalakan di sana juga mengancam sumber rezeki penduduk tempatan dan bekalan air bersih yang selama ini dinikmati lapan kampung di sekitarnya.

Memetik laporan Freemalaysiatoday semalam, setakat ini dianggarkan 200 hektar hutan telah ditebang.

"Ramai pelancong membatalkan kunjungan ke sini. Mereka ingat dapat tengok hutan hijau tapi apa yang dapat ialah lumpur, bukit digondol. Malah, jalan masuk ke Gua Hari Malaysia juga rosak teruk," menurut wakil penduduk Sabri Zoo, seperti dipetik.

Presiden Peka Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil pula mendakwa pihak terbabit tidak memberikan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), selain berlaku juga kegiatan perlombongan emas yang turut mengganggu bekalan air.

Ia disebalik arahan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin kepada Jabatan Perhutanan Pahang agar memantau pembalakan di sana secara menyeluruh, seperti dilapor Berita Harian pada 2 November lalu.

Dalam laporan sama, Pengarah JAS Pahang, Rosli Zul juga berkata pihaknya akan bekerjasama dengan jabatan perhutanan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara itu, namun pada masa sama berkata EIA hanya perlu jika membabitkan pembalakan berskala besar.

Tuan Ibrahim berkata, PAS menyokong penuh kempen menyelamatkan hutan Merapoh yang dijalankan NGO.

"Apakah hasil pemantauan (jabatan perhutanan)? Apakah berlakunya pembalakan haram, atau lesen diberikan tanpa EIA untuk mengenalpasti apakah khazanah yang ada di sana?

"Atau wujud salah guna kuasa untuk sengaja memecah kawasan pembalakan dan memberi lesen secara kecil-kecilan hanya untuk mengelakkan adanya keperluan untuk EIA?

"Diharap kerajaan Pahang dapat memberikan jawapan dengan kadar segera," katanya lagi.

Sumber TKO - 26-11-2017


























Selamatkan Hutan Merapoh dan Gua Hari Malaysia

MERAPOH ialah satu hutan yang unik di sempadan antara Negeri Pahang dan Kelantan. Segala yang diimpikan oleh para pencinta alam di sana termasuklah utan, gua, air terjun, sungai sehingga ke gunung yang menjadi kebanggaan Pahang iaitu Gunung Tahan. 
Namun, keindahan ini telah dicabuli. Ia dikhuatiri akan lenyap apabila aktiviti pembalakan mula dikesan di kawasan berkenaan sejak bulan lalu. 
Air Sungai Merapoh kini tercemar dan keruh. Sungai ini merupakan sumber air kepada Kampung Mentara, Berhamah, Kubang Rusa, Teluk Gunung, Persit, Ulu Kumbang dan Merapoh. 
Sebelum ini, Pengasas Pertubuhan Save Merapoh Cave Mohd Laili Basir mendedahkan bahawa kira-kira 10,000 penduduk dari lapan kampung sekitar Merapoh terjejas akibat pencemaran sungai berkenaan dan mungkin lebih buruk pada masa depan sekiranya kawasan tadahan hujan tidak diselamatkan. 
Lebih menyedihkan, kawasan yang dipilih untuk pembalakan ini juga menghuni gua-gua berusia ratusan juta tahun yang mempunyai keindahan dan keunikan bertaraf dunia yang pernah dimasukkan dalam senarai Geopark Kebangsaan. 
Antara gua batu kapur yang istimewa di sini ialah Gua Hari Malaysia. Namun jalan pelancong menuju ke gua ini kini musnah akibat pembalakan. 
Satu kempen yang rancak sedang berjalan untuk menyelamat Hutan Merapoh, Mukim Batu Yon yang kini dicerobohi dengan aktiviti pembalakan berskala besar. 
Presiden Peka Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil telah mendedahkan bahawa kawasan hutan itu telah diserah milik kerajaan negeri kepada Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Corporation Sdn Bhd (LKPP) untuk tujuan pertanian berskala besar. 
Awal bulan November, Exco Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin telah mengarahkan Jabatan Perhutanan Pahang diarah segera memantau isu pembalakan dan pembukaan hutan seluas 668 hektar di Mukim Batu Yon, Merapoh, Lipis. 
Apakah hasil pemantauan tersebut? Apakah ia disebabkan pembalakan haram? Atau lesen pembalakan telah diberikan kepada kawasan tersebut tanpa sebarang kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) untuk mengetahui apa khazanah yang ada di kawasan tersebut? 
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Rosli Zul pernah berkata Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) hanya perlu dibuat jika ia membabitkan pembalakan berskala besar. 
Jadi apakah ada unsur salah guna kuasa untuk sengaja memecahkan kawasan pembalakan dan memberikan lesen secara kecil-kecilan semata-mata untuk mengelakkan adanya keperluan untuk kajian EIA dilakukan, Walhal jumlah kawasan secara keseluruhannya memerlukan kelulusan kajian EIA? 
Diharap Kerajaan Pahang dapat memberikan jawapan dengan kadar segera. 
PAS menyokong penuh kempen selamatkan hutan Merapoh yang sedang tular di media sosial. PAS berjaya mengesan banyak lesen pembalakan di kawasan tadahan air telah diberikan contohnya seperti Kg Baru, Kampong Sungai Terlang Jerantut, Kg Som dan lain-lainnya. 
Kerajaan Pahang perlu menghentikan pemberian lesen pembalakan dan kawasan tadahan air dan kawasan tanah tinggi tanpa sebarang kajian EIA atau mengambil kira khazanah yang ada. 
Membangunkan industri pelancongan dapat menambahkan pendapatan penduduk di sekitarnya manakala aktiviti pembalakan yang menguntungkan segelintir yang kaya dan berkuasa. 
Oleh itu, kerajaan Pahang perlu mempertahankan dan mengutamakan khazanah-khazanah ini yang boleh membawa pendapatan berpanjangan daripada industri pelancongan daripada sumber pembalakan yang hanya sekali lalu dan merosakkan khazanah pelancongan yang ada.  
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
25 Nov 2017 - HARAKAHDAILY 25/11/2017
Sumber HD - 25-11-2017

























PAS jangan selesa kemenangan yang ada

ANGGOTA parti diingat tidak berada dalam keadaan selesa dan berpuas hati khususnya di negeri yang telah dimenangi PAS.

Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata perang siber dan media sosial kini amat perlu anggota parti lebih bersedia menghadapi serangan.

"Sekarang bukan lagi waktu untuk berasa selesa dan berpuas hati.

"Musuh kanan kiri, belakang hadapan, atas bawah menyerang kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Seminar Isu-Isu Penerangan anjuran Urusetia Penerangan dan Serantau.
Majlis yang dihadiri pelbagai peringkat parti itu diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) semalam.

Beliau berkata, terutama sekali di Kelantan politik 'pelik' masyarakatnya perlu diambil pengajaran.

Sikap berpuas hati dan tidak sukanya mereka pada sesebuah kerajaan akan diterjemahkan pada pilihan raya umum.

"Mereka boleh menolak BN tanpa memberi laluan walaupun satu kerusi, mereka juga boleh memberi kemenangan kerajaan PAS Kelantan melalui lebihan undi satu kerusi," ujarnya.

Untuk itu tambahnya, perancangan perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

Tambahnya, PAS juga kena ingat, sekiranya parti itu merancang, musuh juga turut ada perancangannya. – HARAKAHDAILY 24/11/2017
Sumber HD- 24-11-2017

























Takziah Kepada Pulau Pinang

PAS merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan Pulau Pinang di atas bencana banjir yang melanda. Bencana kemanusiaan merupakan suatu musibah Kemanusiaan yang boleh menimpa dimana sahaja dan kepada sesiapa sahaja.

PAS akan mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri dari Khidmat Malaysia, Petugas Unit Amal, Jentera parti bagi membantu semua mangsa yang terlibat.

Dalam situasi genting sebegini, semua pihak perlu mengenepikan sebarang sentimen dan memberi fokus bagi menyelamat dan membantu mangsa.

Semoga semua pihak yang terlibat bersabar dan mengutamakan keselamatan. Kepada Allah kita berserah dan kepada Allah kita mohon pertolongan.

Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan Presiden PAS.
5hb Nov 2017.

Sumber BO - 5-11-2017

























Tarik balik anugerah

PAS mencadangkan anugerah pingat kehormat negeri atau persekutuan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam perlakuan jenayah atau disabit kesalahan rasuah ditarik balik.
Penerima-penerima pingat begini bukan sahaja mencemarkan nama baik Sultan atau Yang di-Pertuan Agong yang menganugerahkan pingat kebesaran tersebut, bahkan gagal membawa nilai baik dari anugerah tersebut. 
Setiap bintang kebesaran negeri atau persekutuan mempunyai nilai yang tinggi dan mesti dipelihara. 
Penerima sewajibnya mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan ia mesti mempamerkan akhlak terpuji. 
Malangnya apabila mereka terlibat dalam perlakuan jenayah atau tindakan samseng, ia telah merosakkan nama baik Tuanku Sultan atau Yang di-Pertuan Agong yang menganugerahkan pingat itu. 
Cadangan ini akan menjadikan penerima pingat kebesaran akan memelihara akhlak dan perlakuan, dan mampu menjadi contoh kepada orang ramai. 
Bahkan, PAS juga mencadangkan agar saringan lebih rapi dan ketat perlu diadakan bagi memastikan bakal penerima-penerima anugerah adalah daripada individu yang selayaknya. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
2 November 2017 - HARAKAHDAILY 2/11/2017
Sumber HD - 2-11-2017 

Bajet 2018: PAS mahu Tol Gombak, Karak dihapuskan
Posted on Sunday, October 29 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36273



PETALING JAYA: PAS memuji tindakan kerajaan memansuhkan kutipan tol di beberapa lebuh raya dalam pembentangan Bajet 2018 semalam dan berkata ia adalah wajar.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerajaan juga perlu menghapuskan tol di Gombak dan Karak berikutan operasinya yang sudah lama dijalankan.

“Tindakan menghapuskan tol di 4 lokasi adalah tindakan yang wajar, namun beberapa tol yang terlalu lama seperti Gombak dan Karak juga perlu dihapuskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor; Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Eastern Dispersal Link di Johor.

Tol Gombak dan Karak berada di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, sebuah lebuhraya capaian separa sepanjang 60 km menghubungkan Kuala Lumpur dan bandar Karak, Pahang.  Lebuh raya ini dibina pada 1974 sebagai alternatif kepada Jalan Gombak-Bentong. Ia dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1977.

Memandangkan Malaysia merupakan negara pertanian pada masa itu, kerajaan memutuskan untuk mengenakan tol bagi mendapat pulangan bagi kos pembinaan.

Mengulas lanjut Bajet 2018, Tuan Ibrahim berkata pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada kadar yang sama menunjukkan kegagalan kerajaan.

Beliau berkata sekiranya negara semakin makmur, sepatutnya jumlah keluarga atau individu yang layak menerima BR1M akan berkurang kerana pendapatan mereka bertambah.

“Pengekalan peruntukan BR1M menandakan kegagalan kerajaan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah.

“Pengurangan cukai pendapatan individu pemastautin untuk RM2.3 juta pembayar cukai terutamanya bagi golongan M40 atau lebih tepat pendapatan isi rumah di bawah RM9,000 ribu sebulan adalah pengakuan tidak rasmi kerajaan bahawa polisi ekonomi kini bukan sahaja menyempitkan kewangan golongan berpendapatan rendah, malah kini ia menyebabkan golongan pertengahan juga bergelut dengan kenaikan kos kehidupan.

“Golongan pertengahan ini terpaksa dibantu agar mereka boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan cukai ini,” katanya.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan tawaran pembayaran semula Perbadanana Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh kerajaan.

Katanya, adakah langkah ini diambil disebabkan kurangnya peluang pekerjaan untuk para graduan ataupun kenaikan kos sara hidup menyebabkan graduan tidak mempunyai lebihan duit untuk melakukan pembayaran semula PTPTN.

Beliau juga menyarankan kerajaan meneroka sumber baru bagi menjana pendapatan negara kerana bajet kali ini masih terikat dengan sumber tradisi.

“Dengan peruntukan hanya 16% untuk pembangunan, maka hasrat mencapai status negara maju
yang digaris dalam Wawasan 2020 hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin menjadi kenyataan.


“Dengan komitmen kos operasi setinggi ini, jika BN menang di PRU14, kadar GST dijangka
terpaksa dinaikkan sekiranya negara memerlukan dana untuk pembangunan,” katanya.

Sumber TKO - 29-10-2017



























Bajet 2018: Apa khabar Wawasan 2020?

BAJET 2018 memperlihatkan peruntukan bagi perbelanjaan operasi meningkat ke RM234.3 bilion, daripada RM214.8 bilion pada 2017, iaitu penambahan perbelanjaan sebanyak 9%.
Ini setara dengan jangkaan peningkatan hasil negara pada 2018 di mana ia dianggarkan meningkat 9% daripada RM219.7 bilion pada 2017 ke RM239.9 bilion pada 2018. 
Ini menyebabkan negara tidak berupaya menambah peruntukan untuk pembangunan di mana ia hanya kekal pada kadar RM46 bilion. Sekiranya semua anggaran hasil negara dpada 2018 sebanyak RM239.9 bilion digunakan untuk membiayai kos perbelanjaan operasi sebanyak RM234.3 bilion, ini bermakna 88% kos pembangunan (RM40.4 bilion) perlu ditampung melalui pinjaman. 
Dengan peruntukan hanya 16% untuk pembangunan, maka hasrat mencapai status negara maju yang digaris dalam Wawasan 2020 akan hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin menjadi kenyataan. 
Dengan komitmen kos operasi setinggi ini, jika BN menang di PRU14, kadar GST dijangka akan terpaksa dinaikkan sekiranya negara memerlukan dana untuk pembangunan. 
Jumlah peruntukan BR1M kekal
Bajet 2017 yang bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh" nampaknya gagal apabila jumlah BR1M yang diperuntukan pada kadar yang sama.
Ini bermakna jumlah rakyat yang masih memerlukan bantuan kekal sama, dan cara pengurusan BN tidak berjaya mensejahterakan rakyat. Sekiranya negara semakin makmur, sepatutnya jumlah keluarga atau individu yang layak menerima BR1M akan berkurang kerana pendapatan mereka bertambah. 
Pengekalan peruntukan BR1M menandakan kegagalan kerajaan meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah. 
Pengurangan cukai berpendapatan individu pemastautin untuk 2.3 juta pembayar cukai terutamanya bagi golongan M40 atau lebih tepat pendapatan isi rumah di bawah RM9 ribu sebulan adalah pengakuan tidak rasmi kerajaan bahawa polisi ekonomi kini bukan sahaja menyempitkan kewangan golongan berpendapatan rendah malah kini ia menyebabkan golongan pertengahan juga bergelut dengan kenaikan kos kehidupan. 
Golongan pertengahan ini terpaksa dibantu agar mereka boleh meningkatkan pendapatan boleh guna melalui pengurangan cukai ini. 
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan
PAS menyambut baik tawaran ini, bahkan ianya satu pengakuan tidak rasmi kerajaan bahawa ramai graduan yang tidak berkemampuan untuk menjelaskan hutang PTPTN. 
Apakah ia kerana sikap ataupun sebenarnya ia disebabkan kurangnya peluang pekerjaan untuk para graduan ataupun kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan para graduan tidak mempunyai lebihan duit untuk melakukan pembayaran balik semula PTPTN? 
Kerajaan juga perlunya meneroka sumber baru bagi menjana pendapatan negara. Bajet kali ini masih terikat dengan sumber tradisi. 
Penerokaan kepada cukai ke atas simpanan syarikat dan koperat (taxation on deposit), cukai perdagangan keuntungan saham di Bursa Malaysia (tax on share trading gain), sebagaimana yang dikemukakan oleh PAS dalam Dokumen Hijau serta kawalan kos melalui strategi mensifarkan ketirisan, rasuah dan pembaziran. Ini termasuk menyemak kembali agensi yang bertindan tugas dan fungsi. 
Penghapusan tol
Tindakan menghapuskan tol di empat lokasi adalah tindakan yang wajar, namun beberapa tol yang terlalu lama seperti tol Gombak dan Karak juga perlu dihapuskan.
Sebagaimana yang diumum bahawa bajet kali ini ialah tawaran kerajaan bagi menghadapi PRU ke-14. PAS khuatir ianya hanyalah 'umpan' yang akan menambah bebanan rakyat sekiranya BN terus kekal memerintah. 
Insha-Allah semua Ahli Parlimen PAS akan mengambil bahagian secara aktif dalam membahas bajet ini agar ia benar-benar memberi manfaat kepada seluruh rakyat. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
28 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 28/10/2017
Sumber HD - 28-10-2017 




























Mahathir patut bela rakyat ketika berkuasa

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed sepatutnya berjuang untuk rakyat semasa beliau berkuasa dahulu, kata Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.





























































Katanya, di zaman pemerintahan beliau selama 25 tahun, pelbagai kes dan salahguna kuasa berlaku.

"Sepatutnya beliau tidak hanya mendesak di waktu ini kerana segala kelemahan, penyelewengan, salah guna kuasa  berlaku di era beliau lagi. Jika kita lihat pelbagai isu yang melibatkan rasuah, seperti Perwaja, Forex dan sebagainya berlaku di era pemerintahannya," katanya.

Menurut beliau, PAS akan terus menentang segala kesalahan yang berlaku di negara ini sama ada di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak atau Mahathir sebelum ini.

Sumber HD - 25-10-2017






























PAS Repeats Call For RCI On Memali

PAS has reiterated its call to the government to immediately set up a Royal Commission of Inquiry (RCI) to probe the Memali tragedy in 1985.

Its deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said many confusing statements had been made about the issue and a fair and transparent investigation should be held to unravel the truth.

“PAS considers this issue as unresolved even though it had been tabled in Parliament, so the best solution is to set up an RCI,” he said in a press conference held after a meeting of the PAS Central Committee here today.

He said the party through its Legal and Human Rights Bureau (LUHAM) will organise an event on Nov 19 in Memali, Kedah in conjunction with the anniversary of the tragedy, to clarify it.

On Aug 24, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak after chairing the UMNO Supreme Council meeting, said the government does not discount the possibility of setting up the RCI on the Memali incident to uncover the truth and facts.

He said the government was currently waiting for the reaction of the public, including those involved in the incident, before making a final decision on it.

In the Memali incident on Nov 19, 1985, 18 people including four policemen were killed and many others injured when police launched an operations to arrest a preacher Ibrahim Mahmud, also known as Ibrahim Libya. — Bernama

Sumber BO - 14-10-2017






























Impian revolusi SPRM bagus tapi BN perlu dibuang dahulu

PAS mengalu-alukan kenyataan ‘revolusi’ Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Hasbillah Mohd Salleh untuk menjadikan gejala rasuah sebagai musuh nombor satu negara.
Katanya, kebanyakan masyarakat masih keliru dengan tafsiran menerima hadiah daripada individu atau golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri. 
Sebenarnya sumber kekeliruan rakyat terhadap rasuah adalah hasil daripada campur tangan kerajaan BN di dalam SPRM selama ini.
Contoh yang paling menonjol ialah di tengah ribut kemelut derma RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 17 November 2015 berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) boleh melakukan sumbangan kepada ahli politik atau parti politik sebagai pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat. Dan perkara ini boleh dibuat tanpa sebarang akta yang mengawalnya. 
Persoalannya, di mana garisnya antara suapan dan derma? 
Apakah menerima hadiah, asalkan ia dinamakan dalam bentuk derma, daripada individu dan golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri, dibolehkan? 
Oleh itu, PAS mendesak SPRM untuk turut bersama menekan pihak kerajaan agar mempercepatkan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik. 
Semestinya akta ini akan dapat membantu SPRM untuk mencapai revolusinya.
Tapi selagi BN berkuasa, segala-galanya susah bagi SPRM untuk bergerak bebas seperti yang sewajarnya. 
Cadangan bagus, PAS akan menyokong usaha SPRM. Tapi BN sebagai batu penghalang besar perlu dibuang dahulu. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
13 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 13/10/2017
Sumber HD-13-10-2017 































Catatan diari dari kem pelarian Rohingya


KALI ini saya berkesempatan bersama 20 anggota rombongan PAS Relief berada di Kem Pelarian Rohingya di beberapa kem di Cox Bazar, Bangladesh.
Pengalaman bersama pelarian Rohingya kali ini antara yang paling bermakna dalam hidup saya dan ia sangat menyentuh hati saya. 
Hati saya dan anggota rombongan sangat tersentuh melihat anak-anak kecil mengerumuni kami setiap kali turun dari kenderaan van yang kami sewa membawa perasaan hiba yang sangat. Anak-anak yang kelaparan ini akan mengekori kami dan merayu diberi apa sahaja makanan yang ada. 
Tangisan rayuan mereka menyebabkan kami sebak dan kasihan.
Ada ibu yang baru bersalin dan masih dalam pantang dengan mendukung anak kecilnya berbaris berjam-jam bagi mendapatkan makanan dan keperluan yang disumbangkan oleh pelbagai pihak. Ratusan ibu yang menggendong bayi yang masih kecil sambil mengheret anak-anak lain bergerak ke sana ke mari mencari tempat perlindungan. Kebetulan sewaktu kami di sana hujan turun hampir setiap hari. 
Saya sempat dibawa ke sebuah madrasah sementara yang digunakan bagi mendidik anak-anak kecil belajar dan menghafal al-Quran. 
Riuh-rendah suara mereka mengaji. Inilah penawar duka lara mereka. Mereka kehilangan ayah ibu, rumah dan kampung halaman. Namun mereka tidak berpisah dengan iman. 
Inilah nilai keimanan yang mereka ada. Hijrah meninggalkan negara bagi menyelamatkan nyawa dan aqidah yang mereka pegang. 
Saya dibawa ke dua buah sekolah yang dibiayai oleh penyumbang Malaysia melalui PAS Relief. 
Insya-Allah sekolah ini hanya mampu menampung sekitar 80 pelajar daripada ribuan anak kecil yang sangat dahagakan ilmu. 
Alhamdulillah, terdapat pelbagai badan dari pelbagai negara yang terus menyumbang bakti kepada pelarian Rohingya ini. 
Tindakan menggunakan Tentera Bangladesh bagi mengawal agihan adalah satu tindakan yang tepat. 
Ini kerana dalam suasana kelaparan dan jumlah pelarian hampir sejuta orang, suasana kecoh, berebut dan bergaduh tidak dapat dielakkan. 
Semua letih dan lapar. 
Namun dengan kawalan pihak tentera dan sistem kupon yang diperkenalkan, ia berjaya mengatasi permasalahan tersebut. 
Saya juga berjumpa beberapa orang imam yang berjamaah di masjid kem pelarian. Mereka menceritakan bagaimana musnahnya masjid dan surau yang dibakar. 
Sikap anti Islam sangat ketara, bila kedai dan restoran yang dimiliki oleh orang Islam dirampas oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan, dan diganti dengan pemilik baru.
Isu utama kini ialah berapa lama mereka akan berada di kem ini. Apakah nasib mereka akan seperti bangsa Kurdi, yang tidak bernegara? Atau nasib mereka terus akan jadi pelarian? 
Selagi tiada tindakan konkrit selagi itulah nasib mereka tidak menentu.
Apakah tindakan PBB, OIC atau ASEAN bagi mengatasi kemelut yang sangat kejam oleh pengganas di Myanmar di abad moden ini? 
Mencabut pingat dan gelaran kepada Aung San Suu Kyi bukanlah tindakan yang dapat membantu kaum Rohingya. Malaysia perlu memainkan peranan lebih aktif untuk mendesak PBB, OIC dan ASEAN untuk mengambil tindakan proaktif menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan kepada kaum Rohingya. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Catatan 13 Okt 2017 – HARAKAHDAILY 13/10/2017 












Sumber HD - 13-10-2017
































JITN: PAS sokong penuh bantahan SPRM

TINDAKAN Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad mempersoal pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan yang tetap berhasrat menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) adalah tepat.
Bagi PAS, penubuhan JITN tiada keperluan sama sekali sama ada dalam konteks siasatan atau penguatkuasaan bagi mencegah gejala rasuah di dalam negara.
Lagipun penerangan Paul Low mengenai penubuhan JITN ini sangat samar. Apa kaitannya dengan Program Transformati Kerajaan ataupun membantu dalam usaha membasmi rasuah adalah amat tidak jelas sekali. 
Isu utama yang dihadapi dalam membanteras rasuah negara ialah ketidaksungguhan pihak kerajaan bagi membasmi politik wang dan pembiayaan politik yang menjadi punca meluasnya gejala politik dalam kalangan pimpinan politik. 
Bilamana pimpinan gagal menjadi model kepada masyarakat, maka budaya rasuah ini akan menular ke segenap segmen. 
Lagipun, penubuhan JITN, meskipun ia dinaik taraf daripada Bahagian Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri kepada sebuah jabatan penuh, dalam suasana kerajaan memotong semua bajet kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan ternyata bertentangan dengan sikap berjimat cermat dan 'arahan' ikat perut oleh kerajaan sendiri. 
Sekiranya kerajaan mempunyai peruntukan yang lebih, PAS mencadangkan ia adalah lebih bermanfaat untuk disalurkan bagi penambahan peruntukan dan kakitangan SPRM sebagai sebuah agensi utama bagi mencegah jenayah rasuah dalam negara. 
Apapun, PAS melihat cadangan penubuhan JITN dipersetujui Kabinet pada 28 Julai suatu usaha mengawal SPRM sebagai satu langkah undur ke belakang di dalam usaha membebaskan SPRM sebagai sebuah badan yang benar-benar bebas. 
Lupakan JITN, Datuk Paul Low. Adalah lebih baik untuk Datuk Paul Low melakukan sesuatu agar kabinet dapat bersetuju untuk mempercepatkan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik. Semestinya akta ini jauh lebih membantu daripada JITN dalam membasmi rasuah. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
2 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 2/10/2017
Sumber HD - 2-10-2017


































PRU14; Jentera PAS Tidak Bantu Parti Lain

                   
KUALA NERUS – Jentera pilihan raya PAS termasuk peringkat sayap parti itu tidak akan sesekali membantu parti lain kecuali PAS dan Gagasan Sejahtera.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia sekaligus memperkukuh pendirian bahawa PAS akan memberi sepenuh tumpuan membantu parti menghadapi PRU14.

Berbanding sebelum ini ketika PAS dalam PR, beliau berkata, jentera parti PAS turut bertungkus lumus bekerja memenangkan parti PKR dan DAP.

“Pilihan raya kali ini kita bersama jentera PAS. Kita tidak ada hubungan tahalluf dengan mana-mana kecuali dalam Gagasan Sejahtera.

“Komitmen kita, semua jentera kita, kewangan kita, elaun, duit kita untuk menjayakan agenda perjuangan PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Dewan-Dewan Pas di tapak Fastaqim 2.0, di sini, pada Sabtu 30 Oktober.

Bercakap mengenai pelancaran tersebut, jentera Pas di semua peringkat berada dalam keadaan bersiap sedia berhadapan PRU14.

Menurutnya, kehadiran pengunjung selama dua hari Fastaqim 2.0 berlangsung yang melabuhkan tirainya hari ini juga di luar daripada jangkaan.

“Saya melihat komitmen sangat-sangatlah baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran jentera pilihan raya PKR Terengganu yang turut dilancarkan hari ini, beliau menjelaskan pihaknya tiada hak menghalang mana-mana parti berbuat demikian.

Sumber BO - 1-10-2017

































Dominasi DAP dalam PH, untungkan PAS

Oleh: Khalid Abdullah

KEMAMAN – Peranan parti DAP yang telah mendominasi Pakatan Harapan (PH) menyebabkan ramai pengundi Umno akan beralih memberi sokongan kepada PAS.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS meletakan sasaran menarik 15% peratus undi ahli-ahli Umno yang benci terhadap penyelewangan dalam parti mereka serta isu-isu berkaitan seperti 1MDB, cukai GST, bebanan ekonomi serta anti DAP untuk memberi sokongan kepada PAS.

“Kumpulan ini tidak bersama PH kerana menentang dominasi DAP, jika menang DAP akan menguasi jumlah besar kerusi berbanding parti-parti dalam PH”

Dulu, mereka tidak menyokong PAS kerana menganggap PAS sebagai ‘kuda tunggangan” DAP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Program Ijtima’ Amilin Pilihanraya Umum (PRU) ke-14, anjuran PAS Kawasan Kemaman yang diadakan di Dewan Pusat Pengajian Taman Islam, Bakau Tinggi, di sini pada Jumaat semalam.

Katanya, apabila PAS mengadakan perjumpaan dengan hampir 200 buah pertubuhan bukan kerajaaan (NGO), mereka memberitahu bahawa dalam pilihan raya dulu, kami telah bermesyuarat bahawa semua NGO mengekalkan sokongan kepada Umno.

Beliau berkata, walaupun mereka sangat mahu undi PAS semasa itu, dominasi dalam Pakatan Rakyat oleh DAP menyebabkan semua NGO menarik sokongan dan tidak menyokong PAS.

Namu begitu, menurut beliau, pada pilihan raya kali ini, senario tersebut akan berubah.

“Kali ini mereka akan menyokong PAS, untuk mengetuai perubahan di Malaysia” jelasnya

Sementara itu, Yang Di Pertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid dalam ucapan beliau berkongsi rasa bangga dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Datuk Ustaz Husain Awang yang turut menyampaikan ucapan dan kehadiran lebih 600 orang petugas parti yang menghadiri Program Ijtima’ Amilin PRU ke-14 berkenaaan

Sumber BO - 23-9-2017
































Jadi, apa yang Malaysia dapat daripada lawatan Najib ke AS?

SETAKAT ini, apa yang diketahui daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat ialah apa yang bakal dilabur oleh Malaysia dan komitmen Malaysia terhadap Amerika Syarikat.
Antaranya:
a. KWSP akan melabur AS$3 – AS$4 bilion untuk pembangunan infrastruktur AS. 
Komen: Apakah Lembaga Pengarah KWSP tahu dan setuju mengenai perkara ini? Di mana datangnya AS$3-4 bilion ini? Apakah ia wang pencarum atau wang yang dijana melalui keuntungan daripada pelaburan di AS? PAS menuntut penjelasan KWSP. 
Mengapa wang KWSP tidak dilabur untuk pembinaan infrastruktur negara sendiri seperti lebuhraya menyambungkan Kota Bharu ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang? 
b. Malaysia akan membeli 33 kapal terbang Boeing, dan 25 lagi dalam 5 tahun akan datang dengan jumlah keseluruhan bernilai antara US$10-20 bilion 
Komen: MAS pernah membuat pengumuman yang sama di bulan Julai yang lalu. Apakah ia sama? 
c. Malaysia akan memujuk Air Asia untuk membeli enjin General Electric. 
Komen: Bolehkah kerajaan mencampuri urusan dan keputusan perniagaan swasta seperti AirAsia? 
d. Khanazah akan meningkatkan pelaburan di dalam syarikat teknologi tinggi di AS. 
Komen: Sekiranya pelaburan teknologi penting, mengapa pula peruntukan kepada universiti-universiti dipotong di dalam bajet sekiranya ada duit untuk melabur di syarikat teknologi tinggi di AS? Bukankah lebih baik memberi peluang kepada rakyat sendiri untuk membina syarikat teknologi tinggi sendiri. 
e. Malaysia akan berhenti berurusan dengan Korea Utara. 
Komen: Apa urusan yang ada antara Malaysia dengan Korea Utara selama ini? 
f. Malaysia akan membanteras kumpulan pengganas. 
Komen: Apakah Amerika memberi komitmen menghentikan keganasan di Rohingya? 
Mengapa Presiden AS Trump langsung tidak menyentuh isu ini secara terbuka di dalam pertemuan dengan Perdana Menteri? Apakah Najib turut mendesak Trump agar tidak menyokong Israel yang menjadi pengganas di Palestin? 
Sebelum PM berlepas ke AS, ada media melaporkan perbincangan untuk kelepasan visa untuk rakyat Malaysia ke AS akan dibincang. Namun perkara ini nampaknya tidak juga disentuh. 
Jadi, selain daripada publisiti negatif daripada media seluruh dunia, rakyat dan PAS masih tertanya-tanya, apakah yang Malaysia dapat daripada lawatan ke Amerika Syarikat ini? 
Diharap mereka yang sanggup hadir di KLIA untuk menyambut kepulangan PM dapat mendesak beliau untuk mendapatkan jawapan. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
14 September 2017 – HARAKAHDAILY 14/9/2017
Sumber HD - 14-9-2017 
































Menjawab Tun Dr Mahathir

SALAM berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad,
PAS melihat Umno sebagai perompak dan penyamun sudah berdekad-dekad lamanya. 
Untuk makluman Tun, Umno dilihat sebagai perompak dan penyamun ini bukankah baru sekarang. Dari dulu lagi PAS berlawan kerana pelbagai kerosakan yang dilakukan oleh Umno-BN di negara ini. 
Malah, di zaman Tun, Umno sudahpun menjadi perompak dan penyamun, cuma Tun tidak sedar. Sesiapa yang mempertikaikannya perlu berdepan dengan senjata yang bernama ISA yang sedia digunakan Tun dengan sewenang-wenangnya. Malah sehingga hari ini, semua rakyat masih melawan sistem yang ditinggal Tun termasuk Tun sendiri. 
Ketika Tun menjadi Perdana Menteri, pembangkanglah paling hebat ditekan, ditindas sehingga pelbagai tragedi berlaku. Royalti minyak Kelantan tidak diberi, malah royalti minyak Terengganu dijadikan wang ehsan sejurus PAS mengalahkan Umno di Terengganu. 
Di zaman Tun, semua timbalan Tun yang Tun rasa tak sesuai dipecat dengan pelbagai tuduhan. Sebahagian mereka kerana menentang rasuah, salah guna kuasa dan kronisme yang berlaku di waktu itu. Kini istilah itu bertukar kepada kleptokrasi. Gunalah apa istilah sekalipun hakikatnya penyelewengan terus berleluasa. Ia menjadi budaya di dalam Umno yang kekal sehingga hari ini sehinggalah Tun sendiri pun terasa meluat melihatnya. 
Di bawah PM Datuk Seri Najib Razak, Umno-BN hampir tumbang pada PRU13.
Rakyat mempunyai peluang keemasan untuk menumbangkan BN bersama Pakatan Rakyat di PRU13, tapi ketika itu Tun memilih bersama Umno melalui Perkasa untuk mengekalkan kekuasaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga BN. 
BN kekal berkuasa sehingga hari ini adalah disebabkan Tun dan juga sistem yang berat sebelah yang dikekalkan oleh Tun. Umno yang ada hari ini adalah hasil didik Tun. 
Sudah berdekad-dekad lamanya sejak merdeka. PAS melawan Umno. Di zaman Tun, kamilah yang lawan Tun. Ketika Tun memilih Tun Abdullah Badawi sebagai PM, kami tetap melawan Umno dan terus melawan Umno meskipun kami hampir kehilangan segalanya. Ketika Tun memilih Najib menjadi PM, kami membantah dan terus melawan Umno sehingga hari ini. 
Malah susah dinafikan bahawa PAS adalah pembangkang utama kepada Umno sejak sebelum merdeka sehingga kini. PAS merupakan parti yang terus berkembang dengan keahlian hampir sejuta, dengan hampir lapan ribu cawangan dan 195 kawasan seluruh negara. 
Kini baru dua tahun Tun menjadi pembangkang, Tun baru terasa peritnya menjadi pembangkang. Hari ini, Tun mahu menurunkan Najib sebagai PM setelah menyedari kerosakan yang ada. Malah, Tun bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM ke 8. Alangkah baiknya kalau Tun sedar 20 tahun lebih awal, bukankah Anwar kini sudah menjadi PM, Najib tidak menjadi PM, keluarga Datuk Seri Anwar tidak perlu melalui keperitan yang berlanjutan sehingga hari ini dan rakyat tidak perlu bersusah-payah bergelut hari ini di bawah kerosakan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN pilihan Tun? 
Bagi PAS, menurunkan Najib sahaja tidak cukup. Selama ini, kami menentang agar rakyat bangkit menukarkan Umno-BN dan menggantikannya dengan parti yang akan menukar sistem yang korup dan rasuah dengan dasar Islam yang diturunkan Allah untuk keselamatan negara dan rakyat yang berbilang kaum ini. 
Hari ini, Tun menuduh PAS kononnya menyokong Umno kerana kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dalam Pakatan Harapan. Kerana itu PAS dituduh, difitnah dan diserang. 
Biasa PAS diserang oleh Umno, nampaknya kini bertambah satu lagi kumpulan yang bersama Umno menyerang PAS. Namun, PAS tidak gentar. Serangan-serangan ini menunjukkan betapa paniknya Tun dan PH pada kebangkitan kepada sokongan PAS ketika ini. 
PAS akan terus melawan Umno pada PRU14 seperti pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Suka hatilah siapa yang ingin masuk gelanggang di kerusi-kerusi tradisi PAS untuk menjadikan ia peperangan tiga penjuru, itu hak demokrasi masing-masing. 
Perjuangan PAS tidak pernah berubah. PAS meletakkan Islam di tangga teratas di dalam perjuangannya kerana ia agama yang lengkap, adil dan sempurna. Kami tidak menerima Islam hanya sekadar ibadah dan aqidah kerana Allah memerintahkan kita menganut Islam seluruhnya. 
Kalau nak dituduh PAS perosak, lihatlah cermin dahulu siapa yang konsisten, siapa yang sentiasa U-turn
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
12 September 2017 - HARAKAHDAILY 12/9/2017
Sumber HD- 12-9-2017 
































Takziah kepada keluarga konsul Houssenaly Zahid Raza

PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga konsul kehormat Malaysia ke Republik Madagascar, Allahyarham Houssenaly Zahid Raza. 
PAS mengharapkan satu siasatan dapat dijalankan secepat mungkin untuk menyiasat punca kematiannya selepas timbulnya dakwaan bahawa beliau telah dibunuh sebelum sempat menyerahkan penemuan serpihan pesawat MH370 kepada pihak berkuasa Malaysia. 
Kerajaan Malaysia perlu memburu setiap bukti terhadap MH370 agar misteri ini dapat dirungkai dan memberikan satu penutupan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
3 September 2017 - HARAKAHDAILY 3/9/2017
Sumber HD - 3-9-2017 
































Penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik perlu dipercepatkan

PAS menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan untuk mempercepatkan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk dibentangkan di sidang parlimen akan datang.
Ini kerana sudah setahun idea Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik telah diutarakan dan jawatankuasa teknikal untuk mengkaji akta ini sudahpun ditubuhkan beberapa bulan yang lalu. 
Tambahan pula, PAS melalui Gagasan Sejahtera, telah menyerahkan dokumen sokongan dan sudah diserahkan kepada Paul Low April yang lalu. 
Sepatutnya segala kajian dan cadangan mengenai akta ini sudahpun selesai. Apakah yang sedang menyebabkan kelewatan ini? 
PAS ingin menegaskan bahawa akta itu sangat penting memandangkan wujud dua isu besar yang sering berlaku ketika pilihan raya umum. Isunya adalah dana yang diberikan kepada parti-parti politik dan juga politik wang. Kedua-dua isu ini boleh merosakkan parti dan negara. 
Di Malaysia tidak ada akta yang mengawal politik kecuali akta pilihan raya yang mengehadkan jumlah duit kempen pilihan raya umum. Apabila tidak ada akta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh berbuat apa-apa.
Jika ia tidak dibendung, perkara sebegini akan berterusan. 
Dengan wujudnya akta ini nanti, ia dapat mengawal supaya politik wang tidak akan berlaku. Politik wang akan melahirkan parti yang merosakkan parti politik di negara ini.
Berbeza dengan Paul Low, PAS berpendapat seeloknya akta ini dapat dikuatkuasakan sebelum diadakan Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) supaya amalan politik wang dan budaya rasuah dapat dikawal untuk mengelakkan insiden pembelian undi. 
Ia juga dapat mengelakkan peristiwa seperti dana derma berbilion ringgit daripada negara luar dapat disalurkan tanpa dikesan sehingga ia terbongkar di ruangan awam.
Semua ini adalah untuk memastikan pilihan raya dapat diadakan dalam keadaan yang betul-betul adil dan padang yang rata. 
Memandangkan setakat ini, tiada siapa yang tahu bila akan diadakan PRU14, Paul Low perlu mempercepatkan usaha kementeriannya agar akta ini dapat dikuatkuasa sebelum PRU14, dan bukannya bernada putus asa bahawa akta ini tidak akan dapat dilaksanakan sebelum PRU14. 
Atau Paul Low sudahpun mengetahui tarikh yang bakal diadakan PRU14? 
Ramai yang merintih dengan kepayahan membuat perancangan kerana tarikh PRU14 masih tidak diketahui. Akibat tarikh yang tidak diketahui, semua berada dalam spekulasi. Pelbagai acara dikait dengan PRU14, keadaan ini sangat tidak baik bagi sebuah masyarakat dan negara. 
Sepatutnya tarikh PRU14 sudah diumumkan. Ia memudahkan rakyat dan Menteri seperti Paul Low untuk membuat perancangan. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
2 September 2017 - HARAKAHDAILY 2/9/2017
Sumber HD- 2-9-2017
































PAS tetap pertahan kerajaan di Selangor











PAS tidak akan mengizinkan Umno dan BN kembali berkuasa di Selangor dan tetap mempertahankan kerajaan di negeri tersebut. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tetap akan mempertahankan kerajaan Selangor pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi. 
“Mana-mana negeri yang telah kita menangi, kita akan bertanding dan mempertahankan kemenangan. 
“Melalui Gagasan Sejahtera ada beberapa parti yang akan bersama kita untuk memberi sokongan,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam sempena program dana PRU14 PAS Kota Bharu di sini, malam semalam. 
Program berkenaan dirasmikan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, timbalan YDP, Datuk Dr Ramli Mamat dan naib, Datuk Anuar Tan Abdullah. - HARAKAHDAILY 27/8/2017
Sumber HD - 27-8-2017 
































Tuan Ibrahim jawab fitnah Straits Times Singapura











TIMBALAN Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan fitnah media begitu melampau sekarang. 
Katanya hari ini akhbar Straits Times Singapura menyatakan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak untuk jatuhkan kerajaan Selangor. 
"Ini satu fitnah yang besar. Ahli parti jangan merujuk sumber-sumber musuh. Rujuk sumber rasmi parti. Jangan kita pening kepala," katanya di munaqasah ucapan dasar presiden di Putik petang tadi.\ 
Turut hadir Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakub, timbalannya, Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan pimpinan PAS negeri. 
Akhbar Straits Times terbabit dilapor mendakwa presiden PAS berhubung dengan perdana hampir setiap malam bagi membentuk kerajaan di Selangor. 
Tuan Ibrahim juga berkata musuh akan mengambil kesempatan terhadap isu ekonomi yang bermasalah sekarang. 
Katanya hampir semua kajian menyatakan rakyat sangat terkesan dengan isu ekonomi.
"Sebab itu kita kena juga fokus kepada penyelesaian isu ekonomi. Isu ekonomi hanya dapat diselesaikan dengan penyelesaian Islam," katanya. 
Sebelum itu anggota Jawatankuasa PAS Pusat Dato Dr Khairuddin Aman Razali membentang kertas kerja bertajuk peraturan dan arahan. 
Tuan Ibrahim juga berkata, PAS perlu pertahankan kemenangan di Kelantan sejak 1990.
Beliau juga menjangka PRU 14 kemungkinan diadakan dalam masa terdekat dengan menggunakan persempadanan lama. 
Beliau menjangkakan PRU akan diadakan selepas pembentangan bajet 2018.
"Inilah masa untuk kita perkukuhkan jemaah. Tinggallah perkara yang menjadi khilaf sesama kita. Ingat pesanan presiden agar semua ahli memperteguhkan ukhwah sesama kita," katanya. 
Beliau juga berkata, Kelantan menjadi contoh kepada masyarakat luar, terutama dalam usaha memperkasakan syariat Islam. – HARAKAHDAILY 25/8/2017

Sumber HD - 25-8-2017
































PAS tuntut dua RCI, 1MDB dan tragedi Memali



















PAS mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi Memali yang berlaku pada November 1985. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perlu diingatkan bahawa PAS juga menuntut RCI ditubuhkan untuk 1MDB sejak 2015. 
"Desakan menubuhkan kedua-dua RCI ini bagi melakukan siasatan rapi dan memberikan keadilan kepada semua pihak," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily, pagi ini. 
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan bersedia menubuhkan RCI bagi menyiasat tragedi Memali yang berlaku pada November 1985. 
Katanya, RCI itu akan ditubuhkan jika ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang bagi mendapatkan maklumat sebenar kejadian itu demi kepentingan mangsa dan keluarga mereka. 
"Walaupun (permintaan) dari parti berbeza, undang-undang tetap ditegakkan. Orang yang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 21/8/2017
Sumber HD -21-8-2017 





































PAS kesal program Nothing To Hide 2.0 kecoh





















































PAS melahirkan kekesalan dengan kekecohan yang berlaku dalam Program Nothing To Hide 2.0. 
Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi, di mana hak bersuara dijamin oleh Perlembagaan Negara. 
PAS mengajak seluruh pimpinan politik dan rakyat agar melakukan perubahan pendekatan politik yang lebih matang, selaras dengan perkembangan dan kemajuan negara. 
Politik cerca, maki hamun, fitnah dan  provokasi sangat tidak sesuai dengan budaya dan iklim masyarakat Malaysia kini. 

Pembinaan politik lebih matang perlu dilaksanakan. 
Sehubungan itu, PAS mendesak agar satu siasatan rapi dapat dilakukan agar tragedi begini tidak berulang. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
14 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 14/8/2017
Sumber HD-14-8-2017 





































PAS sambut baik cadangan kerajaan tubuh JKMMS

PAS menyambut baik cadangan kerajaan manubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) untuk memperkasa Mahkamah Syariah selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 
Langkah ini bertepatan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara. 
Mahkamah Syariah merupakan institusi kehakiman paling awal wujud dalam negara ini, dan perkembangannya terhenti setelah negara dijajah oleh British yang telah mencabut akar umbi kepada kekuatan syariat Islam. 
Usaha memperkasakan Mahkamah Syariah ini diharap akan dapat mengatasi puluhan kes yang tertunggak di Mahkamah Syariah disebabkan kekurangan kakitangan, hakim serta kemudahan yang sangat terhad kini. 
Semoga usaha ini akan berjaya meletakkan martabat mahkamah syriah di tempat yang lebih baik. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
5 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 5/8/2017
Sumber HD-5-8-2017 















































Apabila timbul polemik keturunan...


















































APABILA timbul polemik keturunan dengan tuduhan satu sama lain, ada yang kata dia asal Karala, India lalu dijawab kamu dari Jawa, ada memperlekeh keturunan dari Bugis. Nasib baik tak ada keturunan dari England atau New York. Kalau ada tentu timbul rasa bangga pula. 
Teringat satu hari apabila seorang sahabat Rasulullah SAW memanggil Bilal bin Rabah dengan panggilan, "Wahai anak hamba abdi berkulit hitam", lalu Nabi SAW menegurnya dengan bersabda, "Sesungguhnya kamu masih ada perangai jahiliyyah". 
Islam datang untuk memuliakan manusia dengan taqwa, bukan keturunan dan warna kulit. Maka usahlah menghina seseorang kerana asal keturunannya atau warna kulitnya. 
Dan jangan pula merasa mulia kerana berasal dari golongan bangsawan yang turun dari kayangan kerana pandangan demikian adalah penilaian zaman jahiliyyah. Mari kita tingkatkan ketaqwaan kerana itu darjat sebenar di sisi Allah. 
Senyum selalu.
Sumber HD- 4-8-2017 
















































1MDB: PAS tetap tuntut kerajaan akur keputusan Majlis Raja-Raja 2015

BERIKUT ialah jawapan saya kepada soalan daripada wartawan Harakah siang tadi mengenai kegagalan 1MDB membayar IPIC pada 31 Julai yang lalu. 
Apakah 3 bulan tidak cukup untuk 1MDB menyediakan bayaran kepada IPIC?
Seperti bayaran hutang kad kredit, seseorang harus tahu menguruskan kewangannya agar dapat membayar pada waktu yang ditetapkan untuk dielak dikenakan bayaran denda yang lebih mudarat. 
Kegagalan 1MDB membayar IPIC sejumlah AS$603 juta pada tempoh yang ditetapkan adalah memalukan. Mengapa 1MDB tidak umum terlebih awal ia memerlukan masa, dan membiarkan IPIC yang melakukan pengumuman terlebih dahulu? 
Pertama, 1MDB sudahpun mengetahui pembayaran perlu dilakukan ada 31 Julai sejak 24 April yang lalu setelah penyelesaian ini diumumkan di Bursa Saham London. Apakah 3 bulan ini tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua masalah teknikal atau ada perkara lebih besar yang sedang disembunyikan? 
Sehingga kini, kita masih tidak mengetahui apa kesannya jika 1MDB gagal untuk membayar di dalam tempoh 5 hari yang diberikan oleh IPIC ekoran kegagalan membayar ansuran pertama pada 31 Julai yang lalu. 
Apakah ini ekoran kegagalan mendapat duit daripada China untuk Bandar Malaysia? Mana pergi duit penjualan daripada Edra? Alasan bahawa 1MDB masih memerlukan kelulusan pengawalseliaan tambahan juga menimbulkan tanda tanya. Kelulusan mana yang sedang ditunggu 1MDB? 
Bagaimana pula dengan pembayaran kedua kepada IPIC pada 31 Disember 2017? Apakah tempoh 5 bulan ini mencukupi untuk 1MDB membuat persediaan dan segala kelulusan teknikal untuk membayar tepat pada masanya? 
Ini masalahnya apabila isu 1MDB tidak diluluskan untuk dibahas di parlimen. PAS tetap dengan pendirian menuntut agar kerajaan akur dengan keputusan Majlis Raja-Raja pada 2015 yang menggesa siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai isu 1MDB pada kadar segera. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
3 Ogos 2017
Sumber HD - 4-8-2017 

















































Kenaikan yang tertangguh demi PRU14

KERISAUAN mendalam terhadap kemarahan rakyat yang kini semakin memuncak, kerajaan BN telah menangguhkan beberapa pelaksanaan cukai demi mendapatkan mandat baru. 
Antaranya:
1. GST yang lebih meluas perlaksanaannya telah ditangguhkan. Pelaksanaan GST terhadap 60 jenis barangan makanan yang sepatutnya berlaku tahun ini telah ditangguhkan. 
2. Cukai pelancongan yang meluas termasuk kepada pelancong tempatan. Kini cukai tersebut hanya dikenakan pada pelancong luar negara. 
3. Kenaikan tarif elektrik yang tertangguh.
Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) dilaksanakan pada Januari 2014. 
Di bawah sistem ini, kerajaan boleh menyemak semula kadar tarif setiap 6 bulan berdasarkan perubahan harga bahan api dan penjanaan. Tempoh untuk pelarasan itu tamat pada 30 Jun 2017 dan kerajaan telah menangguhkan penyelarasan itu setakat ini.
Menurut laporan Ketua Audit Negara 2017, pungutan hasil kerajaan merosot sebanyak RM6.7 bilion daripada RM219.1 bilion kepada RM212.4 bilion bagi 2016. 
Jadi tidak hairanlah mengapa wujudnya cadangan-cadangan seperti di atas daripada kerajaan BN pada tahun ini. Mekanismenya sama, iaitu ia berbentuk menghisap duit rakyat bagi meningkatkan pendapatan negara sementara kebocoran dan ketirisan terus berlaku. 
Ketiga-tiga cadangan di atas datang yakni kerana kerajaan BN kekurangan dana seperti yang dirasai di semua sektor awam hari ini. 
Apa yang membingungkan rakyat terutamanya kakitangan kerajaan di sektor awam yang bergelut dengan potongan bajet ialah meskipun kekurangan dana, kerajaan BN terus memberikan hadiah, yang dikatanya bukan gula-gula politik sempena PRU14.
Contohnya, pengumuman ganjaran kepada para peneroka Felda yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini dianggarkan melebihi RM1 bilion dan insentif kepada tentera, terutama kepada tak berpencen dan yang tergolong dalam kumpulan B40. 
Semua 'hadiah' ini datang di sebalik keperluan 1MDB membayar IPIC sebanyak AS$1.2 bilion dalam 2 ansuran sebelum 31 Disember 2017. 
Namun, kini semua cadangan itu ditangguhkan. Ini gara-gara kerana PRU14 semakin dekat dan BN sedang bergelut untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat.
Jika BN menang di PRU14 walaupun tidak menang undi popular, ini bermaksud rakyat telah memberikan mandat kepada cadangan-cadangan di atas dilaksanakan tanpa sekatan. Oleh itu, wahai rakyat Malaysia yang belum berdaftar, daftarlah sebagai pengundi sebelum terlambat. 
Dan undilah PAS dan Gagasan Sejahtera. PAS menjanjikan pentadbiran yang bersih daripada rasuah sebagaimana yang tertera di dalam laporan Ketua Audit Negara 2016, di mana Pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan memperoleh markah 99.0% untuk Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 menewaskan negeri-negeri lain. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
2 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD - 2-8-2017 


















































Insentif kepada Felda petanda hampirnya PRU14

PAS menyambut baik pelbagai insentif kerajaan kepada peneroka Felda, dan ia adalah petanda hampirnya Pilihan raya Umum ke-14.  
Sebahagian dari insentif itu akan melegakan peneroka buat seketika, sebelum ianya kembali kepada keadaan asal. Ia ibarat pesakit yang tengah sakit, akan merasa lega apabila diberi ubat penahan sakit. 
Pemberian insentif khas sebanyak RM5,000 diterima dengan penuh rasa syukur. Alangkah baiknya kalau pemberian begini dilaksanakan setiap tahun sambutan Hari Peneroka, lebih beruntung kalau ada pilihan raya kecil di kawasan Felda, tentu banyak lagi anugerah yang akan menhujani peneroka. 
Manakala sebahagiannya yang lain adalah perisa tambahan bagi menyedapkan makanan. Secara asasnya, budaya menganugerahkan pelbagai pemberian menjelang PRU masih menjadi budaya kerajaan Umno-BN. 
Insentif kepada Felda bukanlah lahir dari kajian teliti bagi mengatasi pelbagai masalah rakyat secara mampan. Akibatnya, ia akan hanya menimbulkan pelbagai permasalahan yang lain. 
Sebagai contoh, tindakan kerajaan melupuskan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula melalui Felda melibatkan peruntukan keseluruhan RM519 juta. 
Keputusan itu melahirkan suara kekesalan dari sesetengah peneroka yang berjaya melangsai segala hutang mereka. Apakah mereka tidak layak diberi ganjaran sebagaimana kerajaan memberi ganjaran kepada peminjam hutang pembelian saham FGV? 
Kalau kerajaan sanggup memberi kepada 1,626 peneroka yang telah melangsaikan bayaran saham FGV dengan ganjaran tunai RM1,820, bagaimana pula dengan para peneroka yang berjaya melunaskan hutang dengan Felda mengikut jadual? 
Memberi anugerah hanya kepada peneroka yang menyerahkannya kepada Felda adalah sesuatu yang sangat tidak adil kerana sekalipun mereka membuat pilihan untuk menanam sendiri, segala hasil ladang mereka juga dihantar ke kilang Felda dan potongan hasil terus dilaksanakan. 
Sementara itu, langkah memberi kelulusan kepada warga Felda bagi mendirikan lebih dari sebuah rumah di atas satu tapak adalah satu pengakuan kerajaan secara tidak rasmi akan kegagalannya dalam menyediakan perumahan untuk generasi kedua sebagaimana diwar-warkan sebelum ini. 
Apapun, PAS menyokong langkah ini meskipun ia sesuatu yang sepatutnya dibuat dari awal. 
Susulan itu, saya menggesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan tindakan menyekat bekalan elektrik kepada kedai atau rumah kediaman yang berlaku di wilayah Jengka diharap dapat ditarik balik serta-merta. Tindakan zalim ini bukan sahaja menyekat peluang generasi kedua mencari rezeki, bahkan menyebabkan warga asing dilihat menerima layanan dan kemudahan yang lebih baik dari generasi kedua dan ketiga Felda. 
Apapun pemberian anugerah ini, PAS percaya ia tidak akan menjadikan warga Felda menjadi penyambung tali hayat Umno. Kebangkitan warga peneroka sejajar dengan majunya teknologi maklumat tidak mampu dibendung lagi dengan pemberian-pemberian sebegini setiap kali menjelang pilihan raya. 
Warga peneroka akan bangkit untuk masa depan warga Felda yang lebih berjaya. Dengan kenaikan kos sara hidup yang mendadak didarab dengan kesedaran politik dan semangat perubahan yang kini ditunjukkan oleh warga Felda khasnya generasi kedua dan ketiga, mereka sedar bahawa pelbagai anugerah ini hanya datang apabila Umno berada di dalam keadaan tersepit atau memerlukan undi mereka. 
Apakah anugerah terbaik untuk para peneroka? Berdikari, dan diharap berubah ke PAS, dan kita sama-sama membangun dengan Islam. 
Seperti kata Almarhum Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz, PAS lebih gemar menggunakan pendekatan ilmu dalam mengajak orang ramai berkumpul, sebaliknya Umno didakwa menggunakan pendekatan mengagihkan wang untuk menarik perhatian rakyat. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
24 Julai 2017- HARAKAHDAILY 24/7/2017
Sumber HD -24-7-2017 



















































Umat Islam perlu bersatu hadapi musuh

UMAT Islam disaran menyertai kumpulan atau gerakan Islam bagi menghadapi tentangan musuh yang semakin berani menentang agama Allah. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia bertujuan menguatkan saf Islam bagi menghadapi tentangan musuh yang datang pelbagai wajah.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Khas Pagi Jumaat sempena Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia Ke-4 di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini. 
Beliau berkata sekiranya musuh bersatu, umat Islam juga perlu bersatu menghadapi segala kemungkinan itu. 
"Yahudi dan Nasara sebelum ini tidak boleh bersatu. Bagaimanapun ketika hendak melawan Islam mereka bersatu bagi menguatkan perjuangan mereka," ujarnya. 
Menurutnya, orang Islam secara individu tidak mampu menghadapi tentangan itu, sebaliknya perlu bersama dalam saf Islam sebagaimana yang diajar Rasulullah SAW.
Tuan Ibrahim juga berkata, musuh kini berjaya mewujudkan perasaan ragu-ragu dalam kalangan oran Islam terhadap perjuangan yang ditinggal Rasulullah SAW. - HARAKAHDAILY 21/7/2017











Sumber HD 21-7-2017




















































100 hari Harapan tanpa agenda Islam

KENYATAAN pemimpin DAP Johor, tidak nampak konsep politik Parti Amanah Negara (PAN) memperjuang Islam progresif, kini semakin nampak jalurnya. 
Pengarah Pendidikan Politik Johor, Mahdzir Ibrahim sebelum ini berhujah, beliau belum mendengar PAN memperjuangkan konsep tersebut berbanding PAS. 
Ini dibuktikan lagi dalam tawaran dikemukakan Pakatan Harapan, tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, agenda Islam seperti dikesampingkan. 
Harapan hanya menyebut menghapus GST, menstabilkan harga petrol, meringankan beban rakyat, proses reformasi institusi secara menyeluruh, memerangi rasuah, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB dan memulihkan Felda. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya agenda Islam turut diutamakan berdasar komposisi kaum di negara ini. 
Katanya, Islam ada agenda perjuangannya tersendiri yang menjadi tanggungjawab bagi setiap Muslim. 
“Kalau sekadar hendak sebut agenda umum kebajikan untuk rakyat, orang lain pun boleh sebut. Islam perlu disempurnakan kerana ia perintah dari Allah Taala,” katanya pada ceramah di perkarangan Pejabat PAS Dun Pasir Pekan di Kampung Paloh, malam tadi. 
Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub; anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood; Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Wan Ruslan Wan Hamat. - HARAKAHDAILY 19/7/2017
Sumber HD - 19-7-2017 





















































Kalau BN menang, apa lagi yang akan naik?       

KALAU BN menang, apa lagi yang akan naik? – Inilah persoalan yang sedang ditanya di semua sanubari rakyat Malaysia hari ini. 
Empat tahun sejak 2013, rakyat menyaksikan sejak kehadiran GST dan kejatuhan nilai Ringgit yang mendadak. Kedua-dua musibah ini telah mengakibatkan kehidupan rakyat berubah dengan rancak. 
Kini, rakyat terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat jauh lebih cepat daripada pendapatan mereka sementara mendengar berita demi berita bagaimana wang negara dibazirkan, diselewengkan, dicuri dan juga keciciran. 
Bajet kementerian dipotong, termasuklah dua bajet yang tidak seharusnya disentuh jika kerajaan sayang terhadap generasi seterusnya iaitu pendidikan dan perubatan.
Sesiapa yang berada di dalam golongan berpendapatan sederhana dan rendah, terutamanya kakitangan kerajaan akan merasai apa yang diperkatakan. 
Oleh sebab itu, soalan “Apa lagi yang akan naik kalau BN menang lagi?” akan menjadi senjata yang sangat tajam menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Dan PAS akan menerajui kempen ini untuk mengajak rakyat ke arah perubahan bersama Gagasan Sejahtera. 
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
14 Julai 2017 – HARAKAHDAILY 14/7/2017
Sumber HD - 14-7-2017 























































Tolak BN elak GST bebankan rakyat

BELUMPUN ditetapkan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, namun Pakatan Harapan sudah memperlihatkan sebagai sebuah pakatan yang berkecamuk. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu berlaku kerana masing-masing ingin mempertahankan pendirian. 
“Orang lain sibuk dok kejar ganjaran 10 akhir Ramadan, mereka dok kejar nak jadi perdana menteri,” ujarnya pada taklimat PRU 14 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) petang semalam. 
Baru-baru ini Pakatan Harapan dilanda konflik berebut jawatan perdana menteri sekiranya mereka menguasai PRU akan datang. 
Berikutan konflik tersebut Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan tidak mahu lagi menawarkan diri sebagai calon perdana menteri. 
Tuan Ibrahim berkata, polemik itu berlaku kerana perjuangan yang tiada hala tuju jelas, di samping ada kepentingan diri. 
“Masing-masing mengemukakan nama pemimpin mereka untuk merebut jawatan perdana menteri. Belum apa-apa lagi sudah berkecamuk,” katanya. 
Beliau juga berkata, sudah sampai masanya PKR dan PPBM memikirkan untuk menyertai blok pembangkang bersama PAS. 
Menurut beliau juga kerajaan BN tetap akan melanggar janjinya mengenakan cukai GST terhadap 60 barangan biarpun telah dibatalkan. 
Oleh itu katanya rakyat perlu membuat tindakan tegas dengan tidak membenarkan kerajaan BN memerintah selepas PRU-14. 
“Rakyat tetap akan dibebani GST untuk petrol dan ubat-ubatan sekiranya dibiarkan BN terus memerintah negara. 
“Kita tidak pasti adakah lepas PRU-14 GST terhadap 60 barangan tersebut dikenakan semula selepas BN berkuasa,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 20/6/2017
Sumber HD - 20-6-2017 

























































Jika BN terus perintah, petrol dan ubat bakal dikenakan GST

ASALNYA bermula 1 Julai ini, beberapa makanan tertentu akan dikenakan GST. Antaranya, ialah belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri. 
Lebih mendukacitakan ialah barangan asas sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis dan bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa juga akan dikenakan GST.
tuan ibr 
Semua rakyat mengeluh mengenai kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. Wujudnya cadangan perlaksanaan GST terhadap senarai barangan terbaru ini, meskipun dibatalkan kurang 24 jaM, kerana reaksi segera rakyat yang membantah. PAS yakin tindakan ini ada kaitan langsung dengan PRU14 yang tidak lama lagi. Namun apakah jaminan ia tidak dilaksakan selepas PRU14? 
Bank Negara telah mensasarkan bahawa inflasi negara akan meningkat pada purata 3-4%. Pada bulan Mac, inflasi melambung ke 5.1%, tahap tertinggi untuk 8 lapan tahun sebelum menurun ke tahap 4.4% di April. Di bulan Mei, tahap inflasi dijangka kekal di atas paras 4%. 
Belum lagi inflasi negara jatuh ke tahap yang disasarkan Bank Negara, kerajaan BN pula mengumumkan GST yang baru. Jika ia dilaksana seperti dipelankan, sudah pasti ia akan melonjakkan tahap inflasi semula. 
Apakah pembendaharaan negara kini di tahap sebegitu kritikal sehingga BN sanggup mencadangkan pelaksanaan GST ke atas makanan asas walaupun pilihan raya bakal diadakan dalam tempoh kurang daripada 14 bulan? 
Jesteru itu, BN tidak lagi boleh dikekalkan sebagai kerajaan. 
Ini kerana PAS menjangka jika BN terus memerintah, rakyat akan dipaksa membayar GST untuk petrol dan juga ubat-ubatan. Cadangan terbaru menunjukkan bahawa BN sanggup melanggar janjinya untuk tidak mengenakan GST terhadap makanan asas. Tiada jaminan bagi rakyat BN tidak akan melanggar janjinya yang lain jika ia kekal berkuasa. 
Jangan undi BN!

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 19/6/2017 
Sumber HD - 19-6-20117 























































































Harga minyak menjadi penentu PRU14?

KENAIKAN 7 sen RON95 yang membawa nilainya kepada RM2.38 seliter mengeluhkan ramai. Harga itu semakin menghampiri harga RM2.70 seliter di zaman Tun Abdullah Badawi yang membuka laluan kepada kehilangan dua pertiga majoriti bagi BN di parlimen.
Jikalau harga minyak tempatan semakin meningkat sehingga ke PRU14 kerana harga pasaran dunia serta kelemahan nilai Ringgit, segala ‘feel-good’ yang akan dijana melalui Bajet 2018 akan hilang. 
Apakah BN mungkin terpaksa menunda PRU14 jika harga minyak naik mendadak pada awal tahun ini kerana kemarahan rakyat akan susah dibendung? 
Sekiranya harga minyak naik mencecah RM2.50, para peniaga akan mengambil keputusan untuk menaikkan harga barangan kerana naiknya kos pengangkutan. Ini bakal sekali lagi melonjakkan inflasi dan juga kos sara hidup rakyat, yang sudah tentunya akan menjadi isu penting pada PRU14. 
Bayangkan pada minggu mengundi PRU14 dan harga RON95 terpaksa mencecah RM2.70 kerana kenaikan harga pasaran, apakah kesannya kepada undi BN pada saat-saat akhir? 
BN barangkali boleh menghalang kenaikan ini pada minggu mengundi PRU14, bahkan mengumumkan subsidi untuk mengekalkan harga minyak di tahap yang boleh diterima rakyat tetapi ia tidak bermakna akan dapat meredakan keresahan rakyat untuk mengundi mereka semula pada PRU14. Kenaikan BR1M juga tidak akan membantu kerana panadol ini hanya dapat bertahan sekejap. 
Apakah harga minyak ini penentu undi rakyat pada PRU14 mengatasi Bajet 2018? Jika dinilai melalui kemarahan rakyat di media sosial pada waktu ini, nampaknya ya. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
17 November 2017 – HARAKAHDAILY 17/11/2017
Sumber HD - 17-11-2017 


























































































Ahli, penyokong mesti bijak menilai berita

AHLI dan penyokong PAS hendaklah bersabar dan menguatkan ketahanan mental bagi menghadapi iklim politik yang kian mencabar sekarang. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, suasana politik hari ini jauh berbeza ekoran kemunculan teknologi baharu. 
Katanya penyebaran maklumat sekarang berlaku begitu pantas melalui media sosial. 
“Ini memerlukan ahli dan penyokong PAS bijak menilai kesahihan sesuatu berita dan dapat membezakan antara fitnah dan kebenaran yang disebar melalui media sosial,” katanya ketika merasmikan Liqa Fikri PAS Rompin di Markas PAS Kampung Sepakat kelmarin. 
Pada program itu Ustaz Tuan Ibrahim turut melancarkan penjenamaan semula markas PAS Kampung Sepakat yang diberi nama Dewan Haji Bakar Md Yatim sempena nama pengasas dan pemilik tanah. – HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD- 16-11-2017







































Mesej Aidiladha untuk tegakkan pemerintahan Islam




















































AIDILADHA bukan hanya perayaan seperti yang disambut oleh anggota masyarakat dalam pelbagai perayaan lain, tetapi ia adalah perayaan yang dibina di atas asas akidah yang sangat hebat, pengorbanan yang dibina di atas asas ketaatan mutlak kepada Allah, tanpa bantah, apa lagi untuk mencari helah. 
Pengorbanan besar yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim adalah lambang pengorbanan besar meliputi seluruh demensi kehidupan, berhadapan dengan tindakan dihalau oleh keluarga akibat mempertahankan akidah, walaupun telah dicubanya pelbagai cara lain bagi meyakinkan ayahnya agar berfikir dengan akal yang waras. 
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, al-Quran menceritakan detik perbincangan dan kisah mereka itu dalam Surah Maryam, ayat 42, 43, 44, 45, 46 dan 47. 
Menurutnya, menghayati setiap kalimah dari ayat-ayat itu, khususnya ayat 45 dalam Surah Maryam menggambarkan kepada kita bagaimana seorang anak yang berusaha menyelamatkan ayah dari azab Allah di akhirat yang ternyata bukanlah sesuatu yang mudah. 
Katanya, menegur ayah tidak semudah menegur orang lain yang jelas menunjukkan pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim sangat hebat, berhadapan dengan ayah kandung, sehingga dia dihalau dan diancam oleh ayahnya, namun sebagai anak, dia tetap berdoa kebaikan kepada ayahnya. 
"Akhirnya, dalam Surah Maryam, ayat 47, Nabi Ibrahim berkata: "Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsan-Nya kepadaku." 
"Pengobanan berpisah dengan keluarga bagi mempertahankan akidah adalah sesuatu yang sangat hebat, kerana kebanyakan manusia tidak sanggup berpisah dengan harta atau pangkat kebesaran walau nyata bercanggah dengan akidah dan iman," katanya kepada Harakah, hari ini. 
Beliau menegaskan, hakikat pengorbanan Nabi Ibrahim bukan terhenti di situ, malah berterusan dengan pelbagai ujian keimanan, termasuk tindakan membawa isterinya, Hajar dan anaknya, Ismail yang diperintah oleh Allah agar ditinggalkan di lembah yang kering kontang, sebagaimana firman Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 37. 
Menurutnya, kepatuhan Nabi Ibrahim tidak terhenti sekadar itu, malah bertambah hebat apabila Allah memerintahkan beliau menyembelih anaknya, Ismail ketika anaknya itu sudah sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam Surah As-Saaffat, ayat 102. 
"Setelah ia berjaya membelakangi kepentingan diri, ayah, isteri dan anaknya, maka ujian harta pula berlaku bila Allah memerintahnya mendirikan Kaabah. Sebagai lambang kepatuhan dan pengabdian diri hamba kepada Allah. 
"Maka pengorbanan sebenar bukanlah sembelihan binatang korban, tetapi kepatuhan dan ketaatan mutlaknya kepada segala  perintah Allah, seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam Surah Al-Hajj, ayat 37," katanya. 
Menurut beliau lagi, dalam memenuhi tuntutan perjuangan bagi menegakkan Islam sebagai kuasa pemerintahan bagi menyelamatkan manusia, negera dan alam seluruhnya, Allah telah menurunkan satu sistem yang lengkap dan sempurna untuk kebaikan manusia. 
"Sistem Islam adalah jawapan dan penyelesaian kepada segala kemelut yang berlaku. Kita perlu mengakui secara jujur bahawa negara memerlukan sistem dan dasar baru bagi menjamin kemakmuran, keadilan dan keharmonian; setelah gagalnya sistem yang ada.
"Rasuah, salah guna kuasa, jenayah, dadah, dan seribu satu masalah melanda negara kini adalah akibat Islam tidak memerintah. Islam dengan segala sifat rahmatnya mesti dijadikan panduan," ujarnya. 
Beliau menjelaskan, selagi sistem yang bersumber kepada akal manusia yang terpisah dari panduan wahyu dijadikan dasar pemerintahan, ia hanya akan menjanjikan kegagalan, kemusnahan dan kerosakan. 
"Sempena Aidiladha kali ini, marilah kita perkukuhkan gerak kerja jamaah, bina keupayaan diri, tingkatkan ilmu pengetahuan yang benar, tingkatkan pengorbanan agar hasrat untuk melihat dasar Islam menjadi panduan bernegara dapat dicapai. In sya Allah," ujar beliau. – HARAKAHDAILY 31/8/2017
Sumber HD - 31-8-2017 







































Warga Felda perlu ingat kes Kasitah Gaddam











PAS mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berani bertindak menahan Tan Sri Isa Samad atas kes pembelian hotel oleh FIC seperti mana seorang exco DAP Pulau Pinang atas kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Kampung Sungai Lembu. 
Semua mengetahui kemarahan warga Felda tertumpu kepada Isa dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Keputusan PM untuk menubuhkan FGV dan melantik Isa, yang pernah dibuktikan bersalah bermain politik wang oleh Umno sendiri untuk menerajui Felda telah menjejaskan masa depan Felda dan peneroka. 
Sehingga kini, PM masih tidak menjawab mengapa beliau memilih Isa. Mengapa tindakan mengeluarkan Isa daripada Felda sebegitu lambat? Mengapa pula Isa dilantik untuk menerajui SPAD? 
Semalam bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad direman 5 hari. 
Tindakan kepada Isa ini masih awal untuk dibuat apa-apa kesimpulan tetapi yang pasti ia tidak akan menyelesaikan masalah Felda. Ia bukan penanda Felda sudah selamat. Jika ada wang yang diseleweng, ia telahpun diseleweng. 
Apakah langkah pemulihan untuk memulihkan Felda dan FGV daripada kepincangan yang wujud di zaman Isa dan Najib? 
Itu yang perlu terus dituntut warga peneroka dan bukannya sekadar berpuas hati dengan sekadar tindakan ke atas Isa yang masih jauh untuk diketahui kesudahannya. 
Ketika Tun Abdullah Badawi baru menjawat jawatan Perdana Menteri, bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia, Tan Sri Kasitah Gaddam telah diheret ke mahkamah untuk didakwa. 
Peristiwa itu berlaku pada 12 Februari 2004 dan telah membina persepsi bahawa pentadbiran Tun Abdullah akan jauh berlainan daripada Tun Dr Mahathir. 
Kurang tiga minggu selepas itu, parlimen tetiba dibubarkan dan Pilihan raya Umum ke-11 diadakan pada 21 Mac 2004 dan Tun Abdullah Badawi menang bergaya. 5 tahun selepas itu, Kasitah dibebaskan daripada tuduhan rasuah. Berapa ramai rakyat yang terasa diperdayakan? 
Sejarah 12 Februari 2004 nampaknya sedang berulang dan ini menandakan pilihanraya umum bakal diadakan. Melihat Isa, susah bagi rakyat dan peneroka Felda untuk tidak mengingati kes Kasitah Gaddam. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
17 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 17/8/2017
Sumber HD - 17-8-2017 







































PAS gesa tubuh Suruhanjaya Diraja kaji tragedi Memali



















PERISTIWA Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. 
Dalam serangan polis terhadap orang kampung itu, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh. 
Dalam satu forum 'Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang' yang berlangsung di Kota Bharu pada 2014, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata peristiwa Memali merupakan titik hitam dalam kerjaya politiknya. 
Sebelum itu, Tun Musa mengejutkan negara dengan pendedahan bahawa Perdana Menteri ketika peristiwa berdarah itu berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di Kuala Lumpur pada hari kejadian, bukan di China seperti dakwaan sebelum ini. 
Di Baling, pada tanggal 24 Mei 2014 yang lalu, PAS telah mengadakan Himpunan Keadilan Untukmu Memali yang dihadiri oleh seluruh kepimpinan PAS ketika itu. 
Satu forum khas bertajuk 'Tragedi Memali: Pembetulan fakta sejarah menolak pembohongan kertas putih Kerajaan Malaysia' telah diadakan ketika itu, di mana saksi-saksi kejadian Memali tampil mendakwa bahawa Kertas Putih mengenai peristiwa Memali yang dibentangkan oleh kerajaan di Parlimen adalah penuh dengan pembohongan. 
Apakah mereka yang pernah menghadiri himpunan tersebut dan mengikuti kes Memali secara dekat kini bersetuju dengan versi tragedi Memali seperti yang didakwa Dr Mahathir semalam di mana pihak polis bertindak dengan betul bagi mempertahankan diri? Atau kebenaran tidak lagi penting pada sesetengah mereka kerana mereka kini memerlukan Dr Mahathir untuk Pilihan raya Umum ke-14? 
PAS kesal tragedi yang sepatutnya boleh dielak dari berlakunya pertumpahan darah itu berakhir dengan tindakan sangat zalim. Sewajarnya, pada pandangan PAS, kerajaan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa Memali.
Memandangkan timbulnya pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan fakta sebenar, PAS menggesa satu siasatan yang telus dan adil dapat dijalankan untuk membongkar tragedi Memali. 
Sehubungan itu, PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Diraja diwujudkan bagi menyiasat semula tragedi Memali bagi memberikan keadilan kepada semua pihak dan membersihkan nama-nama mereka yang tidak bersalah. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
16 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 16/8/2017
Sumber HD- 16-8-2017 


Tuan Ibrahim jawab serangan Puad
Posted on Thursday, July 06 @ 13:12:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35648



Timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab serangan Ketua Pengarah JASA, Datuk Puad Zarkashi, tetapi tidak menyentuh tindakan Puad menggunakan nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Puad untuk menyerangnya.

Tuan Ibrahim berkata jika Puad begitu yakin tidak ada salah laku dalam 1MDB, kerajaan perlu mendedahkan laporan audit 1MDB.

"Apakah komen dan kesimpulan utama yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai audit 1MDB?

"Apakah laporan audit itu berjaya disiapkan dengan semua dokumen yang lengkap?

"Apakah setiap transaksi kewangan 1MDB ke luar negara dapat diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dengan pernyataan bank antarabangsa yang melibatkan 1MDB?" tanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Semalam, Puad mensasarkan Tuan Ibrahim kerana mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1MDB, dengan menegaskan bahawa perkara itu hanyalah satu kes campurtangan asing, seperti yang dihujah oleh Hadi.

Jabatan Kehakiman AS percaya AS$4.5 bilion telah disalahgunakan dari 1MDB, sebahagian daripadanya dikatakan dicuci melalui sistem kewangan AS.

Puad juga mempertahankan langkah untuk tidak mendedahkan laporan ketua audit negara mengenai 1MDB, dengan menyatakan bahawa ia telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan dirujuk dalam laporan jawatankuasa itu, yang boleh diperolehi umum.

Laporan PAC telah menyatakan bahawa 1MDB gagal mengemukakan dokumen kepada ketua audit, yang bermakna bahawa sejumlah AS$2.173 bilion pembayaran tidak dapat disahkan.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi juga telah menolak permohonan Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi Bantuan Perundangan Bersama untuk mendapatkan dokumen di luar negara untuk penyiasatan SPRM terhadap 1MDB, yang telah diberhentikan.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga bertanya sama ada PAC dapat mewawancara ahli perniagaan Pulau Pinang Low Taek Jho, yang didakwa oleh DOJ sebagai dalang dalam skandal 1MDB.

"Mengapa sehingga kini kerajaan Malaysia dan perdana menteri sendiri tidak menfailkan saman terhadap Sarawak Report mahupun Wall Street Journal atas fitnah-fitnah terhadap 1MDB sekiranya ia betul fitnah?

"Semua persoalan di atas adalah pertanyaan biasa yang menjadi persoalan di kalangan rakyat," katanya.

Tuan Ibrahim berkata PAS tidak berhasrat utk menuduh sesiapa terlibat, kerana menurutnya, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan ianya bersalah.

Maka, katanya, jawapan bagi persoalan di atas akan menjernihkan keadaan dan kecelaruan umum.


Sumber TKO - 6-7-2017

































































































Jika Puad begitu yakin, minta kerajaan dedah laporan audit 1MDB

JIKA Ketua Pengarah Badan Propaganda Kerajaan JASA, Mohd Puad Zarkashi begitu yakin bahawa tiada salah laku di dalam 1MDB, PAS mencabarnya untuk mendesak kerajaan untuk mendedahkan laporan audit 1MDB untuk dibandingkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan biar rakyat menilai sendiri. 
Apakah komen dan kesimpulan utama yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai audit 1MDB? 
Apakah laporan audit itu berjaya disiapkan dengan semua dokumen yang lengkap? 
Apakah setiap transaksi kewangan 1MDB ke luar negara dapat diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dengan pernyataan-pernyataan bank antarabangsa yang melibatkan 1MDB? 
Apakah PAC dapat menemuramah Jho Low sebelum menyiapkan laporan?
Mengapa sehingga kini kerajaan Malaysia dan PM sendiri tidak memfailkan saman terhadap Sarawak Report mahupun Wall Street Journal atas fitnah-fitnah terhadap 1MDB sekiranya ia betul fitnah? 
Semua persoalan di atas adalah pertanyaan biasa yang menjadi persoalan dalam kalangan rakyat. 
PAS tidak berhasrat untuk menuduh sesiapa terlibat, kerana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan ianya bersalah. Maka jawapan bagi persoalan di atas akan menjernihkan keadaan dan kecelaruan umum. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Sumber HD - 6-7-2017 


PAS mahu semua pihak desak tubuh RCI siasat 1MDB
Posted on Sunday, July 02 @ 21:18:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35623



PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu semua pihak melobi agar suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu 1MDB kerana rakyat sudah hilang keyakinan terhadap sistem penguatkuasaan negara.

Katanya, PAS mendesak agar RCI yang bebas dan adil yang turut disertai pihak pembangkang diwujudkan bagi menyiasat dan membentang kertas putih berhubung isu 1MDB.


"Isu ini perlu diselesai di dalam negara secepat mungkin supaya tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan ke atas isu ini. Diharap semua pihak dapat melobi agar RCI diadakan secepat mungkin untuk 1MDB."

Katanya, walaupun PAS mempunyai pengalaman pahit berhubung kertas putih dalam isu Memali, di mana kertas putih itu pun telah menjadi kelabu asap, tapi itu sahaja pilihan yang ada sementara semua parti politik menanti keputusan rakyat di pilihan raya umum ke-14.

"Yakni, rakyat memerlukan sebuah kerajaan baru yang berpaksi kepada keadilan berpandukan wahyu Allah, iaitu al-Quran dan Hadis bagi membina masa depan negara yang cemerlang," kata beliau menerusi kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Dua minggu lalu, sehari selepas kerajaan mengumumkan penubuhan RCI untuk menyiasat skandal kewangan era 1980-an, pembangkang hari ini mendesak suruhanjaya sama ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung dana dilarikan daripada 1MDB.

"Keputusan kabinet menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia adalah langkah yang amat dialu-alukan," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kabinet mengumumkan penubuhan RCI bagi menyiasat kerugian bank pusat sekitar tahun 1980-an dan 1990-an, iaitu ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Maka di atas prinsip yang sama, saya menuntut penubuhan RCI bagi menyiasat dakwaan DoJ mengenai skandal 1MDB," kata presiden PKR itu.

Dr Wan Azizah juga mengumumkan mesyuarat melibatkan semua pemimpin pembangkang pada 28 Jun ini bagi membincangkan pendedahan DoJ melibatkan 1MDB.

DoJ dalam saman terkini difailkan di California minggu lalu mendakwa pelbagai aset mewah dibeli menggunakan sejumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang dicuri daripada 1MDB.


Dr Wan Azizah tidak menolak kemungkinan tindakan Kabinet menubuhkan RCI menyiasat skandal kewangan BNM itu untuk mengalihkan tumpuan terhadap DoJ mengenai 1MDB.

Sumber TKO - 2-7-2017




































































































Kegagalan institusi penguatkuasa di bawah BN bahayakan negara

TONGGAK negara bergantung kepada keyakinan rakyat terhadap sistem negara, termasuklah sistem demokrasi berparlimen, sistem pemisahan kuasa dan seluruh institusi penguat-kuasaan negara - samada SPR, SPRM, polis, Jabatan Kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan lain-lain. 
Rakyat perlu yakin kepada seluruh institusi negara, terutamanya institusi penguatkuasaan dan Jabatan Kehakiman yang bertanggungjawab mempastikan peraturan negara dipatuhi oleh semua termasuk pemimpin terbesar negara tanpa pengecualian sedang berjalan dengan adil dan berfungsi dengan baik. 
Kegagalan mana-mana sistem ini untuk bertindak secara berdikari akan mendedahkan negara kepada situasi yang bahaya bagi negara kerana ia akan mencabut keyakinan rakyat kepada sistem negara. 
Kegagalan kerajaan membina keyakinan rakyat ini akan mendedahkan negara kepada situasi yang bahaya bagi negara. Apabila semua tempat rakyat mengharapkan keadilan bagi membela nasib mereka telah hilang, tidak pelik sekiranya siapa sahaja yang dianggap dapat membantu mereka akan disanjung dan didokong. 
Pendek kata, kegagalan kerajaan atau kerakusan kerajaan yang merosakkan keyakinan rakyat terhadap sistem negara adalah pembuka pintu kepada pihak asing mengambil peluang untuk terlibat di dalam urusan sesebuah negara. 
Inilah yang terjadi dalam sejarah sebahagian besar negara umat Islam samada di era penjajahan atau era moden kini. 
Sejarah campurtangan asing di negara Mesir, Iraq, Libya, Algeria, Sudan dan lainnya membuktikan bahawa kerajaan yang bermasalah akan membuka peluang kepada pihak asing untuk menyalurkan bantuan atau dokongan atas alasan bagi menyelesaikan masalah dan kemelut dalam negara. 
Kerana menemui jalan buntu dan hilang keyakinan terhadap sistem negara yang tidak lagi berfungsi seperti sepatutnya, maka akan ada rakyat yang akan menerima bantuan tersebut tanpa mengetahui bahawa mereka mungkin sebenarnya mendedahkan negara kepada bahana yang jauh lebih buruk. 
Di dalam isu 1MDB, kegagalan institusi penguatkuasaan negara kita untuk menyiasat dan bersikap telus dalam skandal 1MDB telah membuka ruang kepada pihak lain yang sudi menyiasat skandal 1MDB. 
Contohnya, laporan audit terhadap 1MDB kini masih diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi. SPRM dengan mudahnya menolak kes 1MDB dan berkata ia di bawah siasatan polis. Polis pula berkata kes ini sedang disiasat tanpa ada tempoh waktu yang tetap untuk menyiapkan siasatan. 
Sehingga hari ini, Peguam Negara pula tetap berkata tiada bukti sedangkan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah mengesahkan bahawa denda yang dikenakan kepada badan dan institusi kewangan yang melanggar peraturan Bank Negara dalam kes 1MDB mungkin adalah yang tertinggi dalam sejarah. 
Kesannya, apabila Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengeluarkan laporan siasatan dan pendakwaan sivilnya yang melibatkan 1MDB, ia amat menarik perhatian rakyat kita sendiri. 
Persoalannya apakah sistem penguatkuasaan kita sebegitu lemah dibandingkan dengan DOJ? Sudah tentunya tidak. 
Tapi apakah sistem penguatkuasaan kita telah dirosakkan kerana ingin mempertahankan sebuah pasangan berkuasa? Tidak pasti, tapi PAS percaya sebilangan besar rakyat sudah ada jawapannya yang tidak perlu dibicara lagi.
PAS tidak membela penyelewengan terutamanya isu yang melibatkan salah urus tadbir negara, rasuah dalam pelbagai isu besar negara termasuklah isu 1MDB, kerugian forex Bank Negara Malaysia, kerugian MAS, kronisme syarikat anak-beranak dan segala bentuk program dan polisi yang membazir wang negara. 
Bagi PAS, pelbagai kemelut yang berlaku mesti ditangani dengan cermat dan penuh berhemah. PAS kita berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah. 
Prinsip inilah yang dipegang dalam pelbagai isu besar yang melanda mana-mana individu dalam negara samada tuduhan terhadap pimpinan pembangkang mahu kerajaan. 
PAS tidak bersikap dwi-standard kerana ia sudah tidak berlaku adil.
Di dalam isu 1MDB, PAS mengecam kegagalan sistem penguatkuasaan negara untuk bertindak secara berdikari. 
Bila siasatan dalaman negara terhadap isu 1MDB akan selesai? Bila laporan audit 1MDB akan didedahkan? Bila Jho Low akan disoalsiasat? 
DOJ telah memulakan pendakwaan sivil terhadap individu yang dikaitkan dengan 1MDB tapi pihak penguatkuasaan negara berkata isu ini masih di peringkat siasatan, sedangkan skandal ini sudah lama berlaku. Macam mana boleh siasatan dalam negara terhadap kes yang berlaku di dalam negara lebih lambat daripada siasatan di luar negara? Tidak malukah kita? Bukan ini menghakis keyakinan rakyat? 
Semua pihak, yang diharapkan rakyat untuk bertindak dalam isu 1MDB telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kes untuk didakwa. Cuma Bank Negara Malaysia sahaja yang menyatakan bahawa mereka tiada kuasa untuk melakukan pendakwaan terhadap 1MDB, bukannya ianya tiada kes. 
1MDB bertegas bahawa wang mereka tidak hilang, masih ada samada dalam bentuk aset, atau pelaburan. Namun DOJ menyatakan berlaku ‘money laundering’ yang bersumber dari dana 1MDB. Siapa yang betul? 
Oleh kerana pihak penguatkuasaan kita gagal bertindak, maka rakyat kini menunggu perbicaraan di mahkamah Amerika Syarikat apabila beberapa nama yang dikaitkan akan dihadapkan ke mahkamah. 
Jangan pula nanti ada yang tidak percaya kepada keputusan di mahkamah Amerika Syarikat. Jangan kita rasa adil bila hanya ia sesuai dengan kehendak kita, manakala kalau berlaku sebaliknya kita menentang dan menyatakan ianya tidak adil. 
Mahkamah bukan diwujudkan bagi membenarkan apa yang kita dakwa. 
Memandangkan rakyat sudah hilang keyakinan terhadap sistem penguatkuasaan negara dalam isu 1MDB, maka PAS mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas dan adil yang turut disertai pihak pembangkang diwujudkan bagi menyiasat dan membentang ' kertas putih', berhubung isu 1MDB. 
Isu ini perlu diselesai di dalam negara secepat mungkin supaya tiada pihak yang boleh mengambil kesempatan ke atas isu ini. Diharap semua pihak dapat melobi agar RCI diadakan secepat mungkin untuk 1MDB. 
Walaupun PAS mempunyai pengalaman pahit berhubung kertas putih dalam isu Memali, di mana kertas putih itu pun telah menjadi kelabu asap, tapi itu sahaja pilihan yang ada sementara semua parti politik menanti keputusan rakyat di PRU14. 
Yakni, rakyat memerlukan sebuah kerajaan baru yang berpaksi kepada keadilan berpandukan wahyu Allah, iaitu al-Quran dan Hadis bagi membina masa depan negara yang cemerlang. 
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
2 Julai 2017 – HARAKAHDAILY 2/7/2017
Sumber HD - 2-7-2017 












































































































































































































Apakah pihak berkuasa kita tidak dapat menyaingi DoJ?

SEKALI lagi, maruah pimpinan negara terutamanya BN dan pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat isu 1MDB ditampar oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) di hadapan seluruh dunia.

tuan ibrSampai bilakah nama Malaysia perlu dimalukan sebegitu rupa kerana 1MDB? 1MDB telah menjejaskan nama baik negara.

Persoalan lebih utama ialah apakah pihak berkuasa Malaysia sebegitu lemah dan tidak menyaingi DoJ?

Mengapa DoJ dapat menyiasat dan membongkar pengaliran tunai 1MDB dengan sebegitu teliti manakala siasatan 1MDB di dalam negara pula tidak menampakkan apa-apa hasil?

Sehingga kini, siasatan polis terhadap 1MDB masih tidak siap-siap. Siasatan yang dilakukan Ketua Audit Negara yang diserta bersama kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pula diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Peguam Negara kita pula bertindak seolah-olah beliau ialah peguambela individu dan bukannya negara. SPRM pula masih berdiam diri di dalam isu 1MDB. Dan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim pula telah menutup kes terhadap 1MDB.

PAS percaya sebenarnya pasukan penyiasatan Malaysia jauh lebih berkemampuan daripada DoJ.

Pasukan polis negara umpamanya yang kerjanya sebegitu cemerlang dalam mengesan aktiviti kehadiran para pengganas sudah tentunya mampu mengendalikan kes 1MDB.

SPRM yang begitu rancak mengesan kegiatan rasuah antara penjawat awam walau kecil jumlahnya sudah pasti dapat membongkar segala yang berlaku di dalam 1MDB. Begitu juga dengan kemampuan Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara yang sudah diperakui ramai.

Keempat-empat pasukan ini semestinya lebih mampu daripada DoJ, tapi malangnya mereka kini terpaksa mengharungi penghinaan demi penghinaan oleh DoJ kerana mereka sedang berhadapan halangan-halangan yang tidak boleh disebut.

PAS berdoa agar pihak berkuasa tempatan diberikan keberanian untuk membongkar isu 1MDB. Cukuplah hidup dalam keadaan tangan dan kaki digari dan mata sekadar dapat terbeliak membiarkan kemungkaran yang besar berlalu manakala telinga terpaksa mendengar arahan untuk mengendalikan kemungkaran yang kecil.

Kita perlu lebih cekap dan berupaya bertindak sendiri untuk mengelakkan sebarang campurtangan Amerika. Tapi apabila kita sendiri melengah-lengahkan siasatan, maka ruang campurtangan itu terbuka luas.

Walaupun kes DoJ masih di peringkat tuduhan, nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low. Jika DoJ menawarkan satu jalan keluar untuk Jho Low dengan syarat beliau membongkar siapa di belakangnya, kemungkinan besar Jho Low akan mengambilnya dan ketika itu, segalanya akan terungkai.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
17 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 17/6/2017
Sumber HD - 17-6-2017 











































































































FGV: Pemuda Umno tidak percaya siasatan Idris Jala?

TINDAKAN Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun meminta Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia menjalankan siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah menonjolkan wujudnya ketidakyakinan di dalam Umno sendiri terhadap cara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menguruskan krisis FGV. 
tuan ibrMinggu lalu, PM telah mengumumkan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai sebagai orang tengah bagi menyelesaikan krisis dalaman pengurusan kanan FGV. 
Lebih menakjubkan ialah pada dua hari yang lepas, PM mengumumkan bahawa Idris telah menyiapkan laporannya dalam masa 7 hari sementara SPRM masih bergelut untuk mendapatkan masa untuk menyoal Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad. 
Terdapat beberapa kemusykilan yang timbul daripada pengumuman PM.
Pertama, apakah laporan Idris itu menyeluruh memandangkan ia dihasilkan dalam waktu yang singkat? 
Kedua, di mana Idris mendapat maklumat-maklumat transaksi FGV memandangkan media-media perdana menunjukkan berkotak-kotak dokumen dan fail telah dirampas SPRM? 
Ketiga, apakah laporan Idris yang mendahului SPRM sudah memadai untuk membersihkan nama mereka yang terlibat dengan krisis FGV? 
Keempat, sekiranya PM bertindak mengikut laporan Idris, dan penyiasatan SPRM kemudian hari pula bercanggah dengan apa yang dilapor Idris, bukankah ini akan memburukkan lagi keadaan dan melewatkan penyelesaian untuk FGV? 
Kelima, apakah kemungkinan laporan SPRM terhadap FGV pula diOSAkan jika bercanggah dengan laporan Idris nanti, atau kedua-dua laporan itu diOSAkan seperti laporan audit 1MDB? 
Dengan kemusykilan-kemusykilan ini, maka tidak hairanlah mengapa ada pemimpin Umno seperti Khairul yang menyarankan ada pihak ketiga untuk menyiasat FGV kerana masing-masing bimbang akan nasib Umno pada PRU14 kerana krisis FGV telah menggoncang kubu kuat Umno di kawasan Felda. 
PAS menggesa PM agar tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan menentukan hala tuju FGV berdasarkan laporan Idris semata-mata tanpa menunggu SPRM untuk menyiapkan siasatan mereka. PM perlu merehatkan Tan Sri Isa Samad, kerana sebarang cadangan untuk memulihkan FGV tidak akan berhasil tanpa membuang punca masalahnya. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
16 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 16/6/2017
Sumber HD - 16-6-2017 













































































































Managing A Government More Important Than Overthrowing It

PAS has warned Opposition parties against just wanting to overthrow the government when they themselves are not prepared to take over.

Party deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pointed out how in countries like Iraq and Tunisia, the people have worked to overthrow the government but in the end made the situation in the country worse.

“We must not just focus on changing govt but managing the change is also important. If not taken care well, it would be disastrous.

“We have seen in many countries, where people want change but after change things don’t go well,” he said during his speech at the party’s meeting with the media today.

Tuan Ibrahim also warned that such “uprising movements” might be backed by external parties looking for their own benefit.

“The uprising gives room to bigger powers to intervene and make things worse,” he added.

The senior Islamist party leader also put allegations to rest that they were colluding with Umno and Barisan Nasional after exiting Pakatan Rakyat.

Tuan Ibrahim said instead of wanting a change in government, PAS was working towards making changes at a police level.

“We want changes in policy. We want to bring a change that we want to resolve existing problems like nationalism and unity as well as poverty in the country,” he explained.-themalaymailonline

Sumber BO - 10-6-2017



Pas mahu Felda buang Isa: Tuan Ibrahim
Posted on Wednesday, June 07 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35326



SHAH ALAM - Pas mahu Pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dibuang daripada Felda dan mencadangkan jawatan itu dipangku oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengekalkan Mohd Isa di FGV akan menyebabkan Shahrir sukar melaksanakan langkah-langkah memulihkan Felda.

"Ketika rombakan Felda dibuat pada Januari 2017, Pas tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Mohd Isa sebagai Pengerusi FGV.

"Pas meramalkan Shahrir dan Mohd Isa bakal bertembung, dan ini satu persaingan politik yang tidak perlu di dalam Felda yang bakal merugikan Felda dan khasnya peneroka.

Sepatutnya Mohd Isa perlu dibuang terus daripada Felda," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tuan Ibrahim mendakwa, banyak masalah Felda hari ini kebanyakannya datang daripada kelemahan FGV dan pengurusan Mohd Isa.

"Terbukti keputusan menyenaraikan FGV dan melantik Mohd Isa menerajui Felda adalah dua kesilapan besar PM yang bakal diingati peneroka sampai bila-bila.


  "Pas cadang agar Shahrir  dilantik menjadi pemangku pengerusi FGV," katanya.

Sumber TKO - 7-6-2017

















































































































Isa Samad dan masalah Felda hari ini

KETIKA rombakan Felda dibuat pada bulan Januari 2017, PAS telah menyatakan tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV). 
PAS meramalkan Shahrir dan Isa bakal bertembung, dan ini akan satu persaingan politik yang tidak perlu di dalam Felda yang bakal merugikan Felda dan khasnya peneroka. 
Mengekalkan Isa di FGV akan menyebabkan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sukar melaksanakan langkah-langkah memulihkan Felda. 
Sepatutnya Isa perlu dibuang terus daripada Felda. 
Oleh itu, pertembungan antara Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad tidaklah menghairankan, malah sudah dijangka. 
Banyak masalah Felda hari ini kebanyakannya datang daripada FGV dan pengurusan Isa. 
Sekiranya Zakaria perlu bercuti, Isa lagi perlu bercuti untuk memastikan siasatan yang telus dapat dijalankan terhadap dakwaan kedua-dua pihak dan penyelewengan dalaman FGV dengan serta-merta. 
PAS mencadangkan agar Shahrir dapat dilantik menjadi pemangku pengerusi FGV.
Terbukti keputusan menyenaraikan FGV dan melantik Isa menerajui Felda adalah dua kesilapan besar PM yang bakal diingati peneroka sampai bila-bila. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
6 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 6/6/2017
Sumber HD - 6-6-2017 



















































































































AG digesa bentang kertas siasatan Skandal SRC

PADA 11 Mac 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri di Dewan Rakyat mendedahkan bahawa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya menerima bayaran berjumlah RM1,000 sebagai Ketua Pendakwa Raya dalam kes membabitkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Beliau berkata pendedahan jumlah bayaran berkenaan dibuat selepas persetujuan oleh Jabatan Peguam Negara dan Shafee. 
Ketika itu dan sehingga kini, rakyat sudah tertanya-tanya mungkinkah bayaran kepada Shafee sebegitu murah? 
Kerana itu, dakwaan terbaru bahawa terdapat transaksi dana RM9.5 juta daripada syarikat SRC International disalur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada akaun peribadinya ke dalam akaun peribadi Shafee sangat menarik perhatian rakyat dan menular dengan mudah. 
Sekiranya perkara ini dibiarkan, PAS bimbang tuduhan ini akan menjadi semakin tular dan benar di minda rakyat, kerana penjelasan bahawa Shafee hanya dibayar RM1,000 sebagai Ketua Pendakwa Raya dalam kes Anwar sememangnya susah diterima rakyat. 
Oleh itu, PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negara untuk campurtangan di dalam isu ini demi menjaga nama baik negara kerana PAS percaya PM dan Shafee akan terus membisu terhadap tuduhan yang tular ini. 
Perkara ini sangat mudah disiasat kerana ia melibatkan transaksi pada jumlah yang besar iaitu RM9.5 juta antara dua individu. Sekiranya tuduhan itu benar, jawapannya ya, sekiranya tuduhan itu tidak benar, jawapannya tidak. 
SPRM boleh berkongsi Kertas Siasatan SPRM ke atas skandal SRC RM42 juta kepada Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negara untuk mempercepatkan siasatan. 
Sekiranya terdapat transaksi itu, di mana datangnya sumber duit itu dan apakah duit itu telah dibayar cukai? 
Selain itu, PAS juga menggesa Peguam Negara membentangkan Kertas Siasatan SPRM ke atas skandal SRC RM42 juta ke dalam akaun PM Najib kepada umum.
PAS yakin dua cadangan di atas pasti dapat membersihkan nama baik PM dan Shafee memandangkan Peguam Negara berkata kertas siasatan itu menunjukkan tiada kes untuk mendakwa PM. 
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
5 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 5/6/2017
Sumber HD - 5-6-2017 


Dakwaan Shafee terima RM9.5 juta mudah disiasat, PAS beritahu SPRM
Posted on Monday, June 05 @ 07:22:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35271



PETALING JAYA: PAS tidak mengharapkan seorang peguam terkemuka yang dituduh menerima wang sejumlah RM9.5 juta daripada akaun bank perdana menteri untuk menjawab dakwaan terhadapnya, sebaliknya berkata ia boleh disahkan dengan mudah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Perkara ini sangat mudah disiasat kerana ia melibatkan transaksi pada jumlah yang besar iaitu RM9.5 juta antara dua individu,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Sekiranya tuduhan itu benar, jawapannya ya, sekiranya tuduhan itu tidak benar, jawapannya tidak.”

Portal Sarawak Report baru-baru ini melaporkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik khas bagi mengetuai pasukan pendakwaraya alam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berakhir dengan hukuman penjara 5 tahun pada Februari 2015, menerima wang daripada akaun Ambank dimiliki Datuk Seri Najib Razak.

Portal itu turut menerbitkan gambar pengesahan yang menunjukkan 2 transaksi berjumlah RM9.5 juta, satu daripadanya pada Februari 2014, 2 minggu sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Anwar, daripada tidak bersalah kepada bersalah.

Ia bukan tuduhan pertama mengenai aliran wang kepada beberapa pihak membabitkan Najib. Sebelum ini, beberapa inividu termasuk bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa, turut dinamakan sebagai penerima wang itu, yang dikaitkan dengan syarikat bermasalah 1MDB.

Pada 2015, The Wall Street Journal memetik kertas penyiasat Malaysia sebagai berkata Najib menerima sejumlah RM2.6 bilion daripada wang berkait 1MDB. Perdana menteri bagaimanapun menafikan dakwaan itu, sebaliknya berkata wang itu merupakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi bagi membantu kempen Umno pada pilihan raya umum 2013.

Kerajaan sebelum ini berkata Shafee dibayar hanya RM1,000 atas khidmatnya dalam kes Anwar.
“Ketika itu dan sehingga kini, rakyat sudah tertanya-tanya mungkinkah bayaran kepada Shafee sebegitu murah?” kata Tuan Ibrahim hari ini, dan menambah ia punca mengapa tuduhan terkini Sarawak Portal menjadi tular.

Katanya Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negara boleh bekerjasama dengan SPRM untuk mempercepatkan siasatan.


“Sekiranya terdapat transaksi itu, di mana datangnya sumber duit itu dan apakah duit itu telah dibayar cukai?” soalnya.

Sumber TKO - 5-6-2017

























































































































BN tidak mampu bertahan lepas PRU14 tapi... (Bahagian 3)

Peranan PAS melalui dakwah dan politik 
TANGGAPAN yang selalu tersilap ialah menganggap PAS hanyalah sebuah parti politik. 
PAS sebenarnya lebih dari itu. PAS pada asasnya ialah satu gerakan dakwah dan tarbiyah ummah yang bertujuan mengajak kembali kepada ketauhidan dan menjauhi syirik. 
Selain itu, PAS juga mengajak ummah untuk menentang perhambaan kepada harta, pangkat kebesaran dan menentang perhambaan kepada manusia dan sistem ciptaan manusia. 
Politik membentuk sebahagian dari asas perjuangan PAS. 
Penyertaan PAS dalam pilihan raya tidak sama matlamatnya dengan parti politik lain.
Dalam apa juga keadaan, PAS berusaha menzahirkan Islam di dalam semua aspek kehidupan, termasuklah politik. 
PAS terus bekerja menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh sendi masyarakat. Dakwah bukan hanya mengajak kepada Islam sebagai aqidah tetapi seluruh sendinya.
Jika kita menggunakan kebersihan awam dan tandas awam di negara Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam sebagai piawai, begitulah jauhnya lagi amalan Islam dipraktikkan di Malaysia. 
Ini menjadikan persoalan-persoalan seperti kebajikan, kebersihan, keselamatan pekerja, pembelaan golongan tertindas, tadbir urus kerajaan, sistem kenegaraan sebagai medan dakwah yang sangat luas. 
Bukankah semua ini adalah manhaj Islam sebagai penyelamat ummah?
Pembinaan tarbiyah ummah bermula seawal kelahiran. Semua medan besar dakwah ini tidak terikat dengan pilihan raya. 
Kerana itu, ahli dan pimpinan PAS yang memahami perjuangan besar PAS sebagai satu gerakan dakwah, tidak akan terbelenggu dengan dogma bahawa kalau tewas maka habislah perjuangan. 
Selain dakwah, PAS juga berusaha untuk memperbaiki diri. 
PAS juga berusaha untuk menentang kemungkaran, menukar parti yang korup, rasuah dan pelbagai kelemahan yang ada dengan Islam sebagai pemandu. 
PAS bekerja keras bagi mencapai kemenangan setiap kerusi yang dipertandingkan. Kerana itu, PAS berdaftar sebagai sebuah parti politik. Bukan semacam jamaah dakwah lain. 
Kerana mendapatkan kekuasaan adalah sebahagian dari kesempurnaan penghayatan Islam. Kuasa ialah alat bukannya matlamat akhir perjuangan PAS. 
Inilah yang membezakan kita dengan parti politik lain. 
Mereka yang hanya berfikir mengenai kerusi pilihan raya akan meroyan apabila hanya memikirkan soal menang kalah perjuangan berdasarkan pilihan raya sahaja.
Aspek kemenangan pilihan raya hanyalah sebahagian daripada wasilah perjuangan PAS yang luas. 
Penetapan tiga tonggak utama perjuangan iaitu dakwah, tarbiyah dan siasah membuktikan jauhnya pandangan politik PAS. 
Di saat kita memburu kemenangan pilihan raya, kita wajib memperkasakan kesemua dimensi perjuangan iaitu dakwah dan tarbiyyah. 
Ketiga-tiga tonggak ini mestilah seimbang, bagi mempastikan perubahan secara seimbang dan bersepadu. 
Fokus yang besar kepada gerak kerja politik sahaja, dengan mengabaikan tarbiyyah akan hanya melahirkan golongan yang kecewa dan putus asa apabila tewas dalam pilihan raya hatta pemilihan parti di muktamar. 
Ia akan mula menyalahkan pelbagai pihak atas kekalahannya, lantas ia menjadi golongan yang mudah futur dalam perjuangan. Di saat inilah syaitan akan menghasutnya dan menjauhkan ia dari  perjuangan dan jihad. 
Andainya ukuran kejayaan hanya kepada kalah atau menang pilihan raya sahaja, maka  sangat murahlah perjuangan ini. Hampir tiada beza dengan parti lain yang dasarnya tidak berpijak kepada aqidah dan syariat Allah. 
Memantapkan tonggak dakwah 
Apabila lujnah dakwah dipisahkan dari lujnah penerangan, maka ia telah menghantar isyarat jelas perlunya diperkasakan peranan dakwah dalam PAS. 
Lujnah kanan dalam parti ini mempunyai fungsinya tersendiri. Ia berkait rapat dengan hala tuju parti dan pemerkasaan organisasi parti. 
Lujnah ini menjadi pilihan kepada ahli yang berminat dalam medan dakwah melebihi medan politik pilihan raya. Ia mesti menyediakan ruang dan peluang yang terbuka kepada petugasnya. 
Medan dakwah yang sangat luas ini memerlukan kesungguhan kerja dan mujahadah yang sangat tinggi. 
Medan ini memerlukan dana yang besar bagi menggerakkan aktiviti sama ada di kalangan umat Islam atau mereka yang belum menerima Islam sebagai aqidah mereka. 
Kita mesti bekerja sebagai sebuah kerajaan menanti yang tersusun teguh sama ada fizikal jamaah (organisasi) atau rohiyyah jamaah yang dibuktikan melalui kepatuhan, ketaatan, dan keikhlasan dalam perjuangan. 
Bahtera besar ini mesti terus belayar, di saat gelombang besar, mungkin perjalanannya perlahan dan lebih berhati-hati, manakala di saat lautan tenang ia boleh meluncur laju ke destinasi. 
Nakhoda kapal akan memastikan laluan kapal akan belayar dengan betul walau sesekali membelok ke kiri atau kanan bagi mengelak batu karang atau gelombang besar. Ia tahu apa yang perlu dilakukan. 
Anak-anak kapal tidak perlu mengambil alih tugas nakhoda. Kerana nakhoda jamaah ini mempunyai pasukan bagi membincang, merangka dan membuat keputusan bagi membantu tepatnya keputusan dan benarnya tindakan. 
Tarbiyyah adalah tonggak utama dalam parti. Ia bukan hanya berlegar di sekitar kepimpinan melalui medan sedia ada, seperti usrah, tamrin, rehlah, muqayyam dan liqa fikri. 
Tarbiyyah meliputi pendidikan politik Islam kepada rakyat. Mendidik agar berfikir secara Islam agar boleh bertindak secara Islam. 
Apabila PAS memperkenalkan BPMS (Budaya Politik Matang dan Sejahtera), ia bukan sekadar anjakan pendekatan politik, tetapi ia adalah perubahan cara berfikir di kalangan masyarakat. 
Ia dijadikan dorongan untuk mendidik rakyat agar berfikir secara Islam, berdasarkan wahyu Ilahi. Penilaiannya bukan hanya hitam dan putih. Tetapi yang hak sebagai hak, yang batil sebagai batil. 
Anjakan ini bersifat mendidik rakyat agar berani menyokong kebenaran seandainya ia sesuatu yang benar, walaupun ia dilakukan oleh pihak yang tidak disukai mereka.
Gambaran bahawa pembangkang perlu membangkang kerajaan secara totok, dan kerajaan perlu mempertikaikan segala cadangan pembangkang adalah cara lapuk dan ketinggalan. 
BPMS membuat anjakan besar bahawa kita perlu menyokong apa jua tindakan yang betul dan tepat walaupun ia daripada pihak yang tidak disukai seperti kerajaan memerintah, selagi tidak bercanggah dengan syarak. 
Namun kita perlu bangkit menentang sesuatu yang bercanggah dengan syarak, walau dilakukan oleh pihak yang disukai, seperti parti sendiri. 
Penentangan terhadap kemungkaran tidak semestinya dalam bentuk menyerang peribadi atau memaki hamun dan mencerca. Lagi tidak munasabah jika kemungkaran dijawab menggunakan fitnah atau fitnah diguna untuk menjawab satu fitnah yang lain. 
Ia boleh dilakukan dengan menegur, menasihati, memberi cadangan, menyerah memo, demonstrasi, atau menggerakkan rakyat agar mengundi dengan betul di dalam pilihan raya. 
Pendekatan yang lebih matang ini inshaAllah menjadikan perubahan yang dicari tidak mendatangkan kemudharatan yang lebih besar kepada rakyat dan negara. Tragedi perubahan yang malang yang telah banyak berlaku di pelbagai negara perlu dijadikan panduan. 
Betapa banyak rakyat yang lebih menderita selepas perubahan yang dicari. Mereka ditekan dengan kezaliman pemimpin, rasuah dan salahguna kuasa, penyelewengan harta negara sehingga sangat membebankan rakyat lalu mereka bangkit. 
Sayangnya selepas berjaya dilakukan pertukaran kerajaan yang zalim dan menindas itu, mereka baru sedar penggantinya sebenarnya jauh lebih teruk menjadikan mereka lebih menderita dari sebelumnya. Inilah yang berlaku di Iraq, Libya dan Mesir. 
Ini semua memberi petunjuk bahawa mengurus perubahan lebih penting dari perubahan itu. 
Anjakan pendekatan BPMS, malangnya telah menyebabkan PAS dilihat mesra Umno-BN.  Lalu pelbagai serangan dihalakan kepada parti dan kepimpinannya untuk terus menanam persepsi tersebut. 
Pimpinan PAS menyedari dan sudah menjangkakan hal ini, kerana rata-rata pembangkang masih berfikiran lama, dan hanya selesa dengan politik warisan penjajah yang berpaksi kepada politik sekular yang tidak ada kawalan akhlak dan adab Islam. 
Ceramah yang tradisinya mesti ada maki hamun, cerca dedah keaiban peribadi, dan sengaja mewujudkan persepsi negatif walaupun berdasarkan fakta yang tidak betul sekalipun. 
Permohonan maaf atau menarik balik tuduhan menjadi perkara murah yang boleh dijualbeli dalam politik. Satu-satu fitnah hari ini sanggup dipertahankan sehingga ia dibicarakan di mahkamah bertahun kemudian sebelum meminta maaf. Bagi golongan ini, yang penting ialah membina persepsi semasa bagi meraih sokongan pada waktu itu sahaja. 
Beginilah budaya politik negara bertahun lamanya yang semakin menjadi-jadi saban hari kerana adanya media sosial sehingga memualkan. Tidak hairan bila munculnya gambaran bahawa politik itu kotor. Politik yang tiada kena-mengena dengan agama. Politik suku agama suku dan sebagainya. 
Negara dikatakan sedang menuju kepada negara maju. Kemajuan bukan hanya dalam aspek pembangunan, ia juga mesti meliputi politik kepartian. 
Kalau di negara maju menjadi kebiasaan Perdana Menteri boleh menjemput ketua pembangkang hadir mendengar taklimat sesuatu projek besar negara. Peruntukan yang sama akan diberi kepada parti kerajaan atau pembangkang yang memenangi pilihan raya. 
Pembangkang juga akan dilantik dalam sesuatu jawatankuasa bagi memantau perjalanan kerajaan. 
Tanpa budaya BPMS, ini mustahil diamalkan di negara ini. Jika ada ahli parlimen setempat daripada pembangkang yang hadir dalam program kerajaan seperi majlis bantuan kepada nelayan di bawah parlimennya, mereka terus dicop kononnya hendak bersama kerajaan. Ini yang terjadi pada PAS. 
Apabila pimpinan PAS menghadiri majlis menentang kezaliman umat Islam Rohingya, pelancaran kapal Flotilla maka terus diserang sebagai 'PAS dan Umno sekapal'. Beginilah cara berpolitik hari ini sehingga melahirkan kenaifan fikiran sebahagian masyarakat kita. 
Namun begitu, PAS akan terus membudayakan BPMS. 
PAS berbangga bahawa kita telah berjaya membuat anjakan cara berfikir dan berpolitik di negara ini. 
Apa-apa yang baru yang melanggar amalan hari ini akan pasti mendatangkan pelbagai reaksi. Insya Allah, kita pasti akan berjaya dengan izin Allah. 
PAS percaya bahawa budaya BPMS ini sangat diperlukan sebelum negara boleh bergerak ke depan, dan supaya perubahan yang dicari tidak akan bersifat separa dan tergantung. 
Hampir semua rakyat bersetuju, negara memerlukan pemandu baru. 
Pemandu yang lama ini sengaja mengekalkan rakyat dalam keadaan sakit, pada masa yang sama berlakon menjadi doktor tunggal yang dapat memberikan panadol menyebabkan rakyat terpaksa bergantung padanya. Itulah kaitan sebenar antara GST dan BR1M. 
Kita mengakui bahawa kepimpinan negara yang diterajui oleh Umno-BN adalah punca kepada masalah negara. Namun, perkara yang lebih penting pada waktu ini ialah membantu rakyat bagi memahami situasi yang berlaku dalam negara kini. 
Rakyat memerlukan pemandu baru yang bukan sahaja tahu jalan yang ingin dilalui, tetapi turut memahami jalan mana yang selamat bagi rakyatnya di dunia dan akhirat.
Pemandu ini tidak hanya sibuk membina dunia, tapi juga sibuk membina akhirat bagi negara dan rakyatnya. 
Oleh itu, pemandu yang baru mesti juga bertindak mengikut panduan Al-Quran dan Hadis. 
PAS telah mengutarakan kerajaan teknorat sebagai penyelesaian. 
Kerajaan teknokrat adalah satu langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan negara menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara manakala parti dan ahli politik menjadi wadah perubahan tersebut. 
Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan yakni kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada Perdana Menteri hingga ke peringkat terbawah. 
Sebelum ini, pemimpin parti politik yang biasa menjawat jawatan PM dan menteri. 
Tetapi idea kerajaan teknokrat ini meletakkan penjawat tersebut berdasarkan kelulusan akademik tertentu yang tidak terlibat dengan pilihan raya. 
Kuasa politik yang didapati melalui pilihan raya hanyalah sekadar kuasa untuk melantik siapa yang sesuai di kalangan professional untuk mentadbir negara. 
Berdasarkan sejarah politik negara, kita harus menerima hakikat bahawa bukan semua teknokrat tahu berpolitik dan bukan semua ahli politik itu berminda teknokratik. 
Seperti BPMS, PAS akan berusaha melanjutkan idea kerajaan teknorat ini sebagai satu model pentadbiran untuk negara. Insha Allah. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
4 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 4/6/2017
Sumber HD - 4-6-2017 


























































































































BN tidak mampu bertahan lepas PRU14 tapi... (Bahagian 2)

Penyelesaian politik mengikut Islam
Islam datang dalam bentuk pakej, dan sewajibnya diterima secara pakej. Prinsip 'kalau tak boleh laksana semua, jangan tinggal semua' seharusnya dipraktikkan.
Islam mempunyai asas yang mesti difahami, kerana asas ini akan menjadi tapak kepada apa jua permasalahan yang  akan dibicarakan. 
1. Islam adalah Rabbani bukan rahbani. Rabbani bermaksud seluruh dasar ajaran Islam bersumber dari Allah, bukan dari para ulamak, atau rahib sebagaimanaa agama lain. 
Lantaran sifat Rabbani inilah menjadikan asas dan dasar Islam.
Islam bukan teokrasi, sebagaimanaa tanggapan sesetengah pihak. Rabbani dengan erti kata dasar yang telah ditetap oleh Allah dan Rasul tidak boleh dipinda, diubah dan ditokok tambah. Ia melibatkan perkara asas dalam aqidah, ibadah dan syariat.
Struktur asas ini yang membentuk Islam. Mengubah struktur asas akan merosakkan seluruh bangunan Islam itu sendiri. 
Dasar aqidah bermaksud seseorang Muslim tidak boleh sesekali syirik kepada Allah, ibadahnya hanya khusus kepada Allah dan juga syariatnya yang tidak melanggari perkara yang tidak diizin oleh Allah. 
2. Syumul bermakna sebagai deen yang datang dari Allah, ia mesti sempurna, lengkap dan menyeluruh. Sesuai dengan sifatnya sebagai panduan kehidupan dunia dan akhirat, Islam mesti meliputi segala persoalan hidup samada batin, akal, nafsu, diri, keluarga, masyarakat, negara, negara dan ummah.

Ia lengkap kerana semua urusan kehidupan berpaksi kepada hukum lima, samada wajib, sunat , harus, makruh atau haram. Semua perbuatan manusia tidak akan terlepas dari hukum tersebut. 
Nilai baik dan buruk, halal dan haram bukan ditentu oleh akal. Ia ketentuan Allah. Dalam perkara baru yang tiada hukum secara jelas dalam Al-Quran, ia akan dijelaskan dalam hadis atau ijtihad hukumnya oleh para ulamak. 
Kerana itu, umat Islam akan jadikan panduan hukum dalam melakukan sesuatu perkara. Kalau ia wajib mereka akan usahakan semampu mungkin untuk melaksanakannya. Kerana membiarkan kewajipan tidak dilaksana dalam keadaan seseorang itu boleh dan ada upaya melaksanakannya adalah satu kesalahan dan dosa.
Kewajipan ini bukan hanya sekadar perkara kewajipan individu seperti sembahyang, puasa, zakat atau haji, menyuruh yang makruf atau mencegah yang mungkar sahaja, ia turut meliputi kewajipan kepada jiran tetangga, masyarakat Islam dan bukan Islam, hak ke atas negara, hak pemimpin ke atas rakyat, hak pemimpin melaksanakan perintah Allah dalam bernegara. 
Syumul juga bermakna sistem Islam turut membicarakan soal alam sekitar, muka bumi, air dan tanah, pengurusan sisa buangan, pengurusan hutan dan sungai, khazanah di atas bumi dan yang berada dalam bumi. 
Ribuan kitab-kitab fekah yang membicarakan semua aspek ini agar manusia tidak mengabaikannya. 
Dengan kata lain, apa sahaja aspek kehidupan manusia, jin, haiwan, alam zahir dan ghaib juga terkandung dalam konsep kesyumulan dalam Islam, kerana Allah sebagai pemilik alam ini sudah menjadikannya sebagai satu sistem yang lengkap. 
3. Kamil mutakamil.
Suatu ciri utama dalam Islam ialah ia bersikap kamil, yakni lengkap. Ia lengkap pada setiap juzuknya. 
Ia boleh tegak berdiri sendiri di atas asasnya.
Seperti persoalan aqidah ia lengkap berbicara asasnya. Seperti beriman kepada Allah, ia lengkap pada tauhidnya, nama dan sifat yang layak baginya. Ia lengkap tidak boleh dipisah-pisahkan sebagaimana sifat makhluk. 
Demikian juga persoalan ibadah ia lengkap pada setiap juzuknya. Seperti  sembahyang, ia lengkap dengan syarat dan rukunnya, sah dan batalnya, sunat dan makruhnya berserta perbuatan dan bacaannya. 
Begitulah yang lain di dalam syariat mahupun akhlak.
Terdapat keadaan di mana ia sempurna lalu ia menyempurnakan yang lainnya. Ini dikenali sebagai mutakamil. 
Contoh yang paling mudah ialah wuduk. Ia sempurna pada rukun dan syaratnya. Wuduk akan menyempurnakan sembahyang. Kerana tanpa wuduk maka sembahyang tidak sah. Ini bermakna wuduk itu sempurna dan ia menyempurnakan yang lainnya (sembahyang). 
Prinsip kamil dan mutakamil ini juga meliputi aspek politik, ekonomi, perundangan dan lainnya. Ia saling kait-mengait antara satu sama lain. Hukuman tidak boleh dilaksana kalau syarat tidak sempurna. Keadilan tidak dapat ditegakkan kalau pemimpin tidak adil, walau mempunyai undang-undang yang adil. Begitu juga pemimpin yang adil tidak akan tertegak kalau undang-undang itu dicipta di atas ketidakadilan. 
Contohnya akta OSA. Undang-undang yang bertujuan menjaga kerahsian kerajaan dan strategi akhirnya digunakan bagi menutup penyelewengan dan salah guna kuasa.
Begitu juga SOSMA dan ISA dan pelbagai akta-akta lain ciptaan manusia yang tertegak di atas prinsip ketidakadilan dan menindas.

Jangan salahkan para hakim bila mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman yang dikehendaki oleh Allah. Jangan salahkan para peguam yang membela tertuduh dan jangan salahkan para pendakwa yang mendakwa pesalah. Kerana mereka semua berjalan di atas sistem yang tidak menepati kehendak Allah. 
Mereka ibarat keretapi yang terjalan di atas jalan raya, dan seperti kapal yang terlayar di atas daratan. 
4. Waqi'yyah, bermaksud realisme. Islam menepati realiti atau kehendak situasi dan kondisi. Ia bukan ajaran ideal yang tidak mampu untuk dilaksanakan. Ia sesuai dengan tempat di mana ia berada. 
Hukumnya terus berkembang dengan berkembangnya permasalahan manusia. Ia boleh diamalkan dalam apa jua situasi dan keadaan . Ia mempunyai jalan keluar kepada permasalahan berlaku. Bukan bebanan yang menyusahkan atau memaksa penganut dalam keadaan mereka tidak mampu. 
Di dalam Islam, terdapat prinsip azimah (tetap dan tidak berganjak) dan (rukhsah), keringanan syarak yang bersifat anjal. 
Contohnya, seseorang boleh berbuka puasa apabila sakit atau bermusafir. Seseorang boleh bertayammum bila tiada air untuk berwuduk. Seseorang itu boleh memakan makanan haram apabila nyawa terancam, tapi semuanya terikat dengan syarat dan rukun agar tidak bermudah-mudah dalam tindakan dan tidak terlalu rigid sehingga menyusahkan. 
Inilah waqi'yyah yang menjadi sebahagian ciri kesempurnaan Islam.
Selain aspek-aspek di atas, terdapat beberapa ciri lain yang juga penting untuk difahami seperti tawazun iaitu seimbang antara keperluan masyarakat dan lainnya. Hal ini boleh dirujuk kepada pelbagai kitab yang muktabar. 
Penyelesaian Politik Menurut Islam 
Politik adalah belahan syariat. Bermakna sebahagian syariat tidak dapat dilaksana tanpa kuasa politik. 
Politik Islam dibina di atas asas amanah. Bukan ghanimah yang perlu direbut apa lagi untuk dibangga. Ia mesti diisi oleh mereka yang bertaqwa. 
Peringatan Rasulullah kepada Abu Dzar al-Ghifari:
“Wahai Abu Dzar, engkau seorang yang lemah sementara kepemimpinan itu adalah amanat. Dan nanti pada hari kiamat, ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepemimpinan tersebut.” (Sahih, HR. Muslim no. 1825)
Jawatan bagi memimpin ummah mesti diisi. Membiarnya kosong adalah kelemahan, walaupun jawatan bukanlah bahan rebutan. Namun, mengisinya dengan orang yang tidak layak adalah satu jenayah. 
Kelayakan pada pandangan  Islam bukan hanya dilihat kepada kemampuan menjalankan tugas sahaja, sebaliknya turut dinilai ialah akhlaknya, kehidupan sehariannya, amalan agamanya dan ketaqwaannya. 
Walaupun ukuran ketaqwaan adalah relatif, namun asasnya mesti dipelihara.
Pemimpin adalah khadam rakyat. Dia dipikul jawatan sebagai penjaga harta rakyat, memelihara keselamatan negara dan kedaulatannya. Jawatan ini akan dipertanggungjawab nanti di akhirat. 
Pemimpin adalah model ikutan rakyat. Baik pemimpin, maka akan baiklah kehidupan rakyat. 
Pelbagai kebobrokan yang berlaku kerana jawatan dijadikan sandaran bagi membolot kekayaan, menggunakan pengaruh untuk kepentingan puak dan kroni. 
Disebabkan itu, pemimpin gagal menjadi khadam rakyat, sebaliknya menjadi khadam wang dan kuasa. Mereka terlupa tugas mereka sebagai pelindung rakyat. 
Sebaliknya mereka menekan kehidupan rakyat, menyusahkan mereka dan memaksa rakyat tunduk kepada peraturan yang bercanggah dengan syariat. 
Kata Saidina Umar al-Khattab, Pemerintah itu terbahagi kepada empat golongan:
1. Pemerintah yang kuat, ia dapat mengawal dirinya dan pegawainya. Mereka seperti seorang mujahid yang sedang berjihad di jalan Allah SWT. Sedang pertolongan Allah terbentang luas dengan penuh rahmat kepadanya. 
2. Pemimpin yang lemah dan gagal mengawal dirinya, sedangkan pegawainya bermewah-mewahan dan bertindak sewenang-wenangnya disebabkan kelemahannya. Maka ia berada di jurang kebinasaan melainkan Allah SWT merahmatinya. 
3. Pemerintah yang dapat menguasai pegawainya, namun dirinya bermewah-mewahan. Itulah al-khutomah.
Sebagaimana Sabda Rasulullah:

شر الرعاة الحطمة، فهو الهالك وحده. 
Seburuk-buruk Pemimpin ialah al khutomah. Kerana ia membinasakan dirinya sendiri. 
(Hadis Riwayat al Baihaqi (7419) dalam Syaabul Iman ) dan Imam Muslim (3411) dengan sedikit perbezaan) 
4. Pemerintah dan pegawainya yang bertindak sewenang-wenangnya, maka ia akan binasa. 
Petikan dari buku 'Pemimpin yang adil', oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri 
Penyelesaian masalah politik negara bukan hanya terhenti kepada seorang pemimpin tetapi ia melibatkan seluruh sistem yang menjadi asas perjalanan negara.
Pimpinan negara hari ini yang diberi amanah oleh rakyat jarang tergolong di kalangan kumpulan pertama. Ramainya tergolong di kumpulan 2, 3 dan 4. 
Itu semestinya sudah dapat menjawab mengapa rasuah menjadi berleluasa, salahguna kuasa menjadi kebiasaan, keborosan menjadi budaya dan penipuan menjadi amalan.
Bagi mereka, rakyat dijadikan sumber pendapatan, dan tidak lagi untuk dilindungi. Disebabkan itu mereka baru tergamak memperkenalkan GST yang mengutip cukai daripada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan juga kemampuan rakyat untuk menghadapinya. 
Selain itu, penipuan dijadikan jalan keluar apabila ada mana-mana skandal yang terdedah. Apabila penipuan tidak berkesan, kuasa pula disalahgunakan. Contohnya laporan audit 1MDB sehingga hari ini masih di bawah OSA walaupun Perdana Menteri mengumumkan bahawa masalah 1MDB sudah selesai. 
Pemimpin hari ini juga berpandangan pendek dan tidak mementingkan negara dan rakyat. Contohnya dalam isu penjualan Proton kepada Geely, tiada menteri yang berbicara kesannya kepada Dasar Automotif Negara. 
Ke mana Dasar Automotif Negara hari ini? 
Antara objektif Dasar Automatif Negara ialah menggalakkan industri automotif tempatan yang kompetitif dan berdaya tahan terutamanya pengeluar kereta nasional, menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan menyeluruh di dalam sektor automotif tempatan serta menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan berkualiti pada harga yang berpatutan. 
Apakah Geely akan memajukan Proton dan menyokong objektif Dasar Automotif Negara? Atau ia sekadar berminat untuk menguasai kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam untuk menghasilkan kenderaan Volvo? Tiada pimpinan negara yang mengambil berat mengenai persoalan-persoalan ini. 
Bagi mereka, mendapatkan pembeli 49.9% Proton sudah dikira sebagai satu kejayaan. Apa yang terjadi selepas itu mereka langsung tidak memikirnya. 
Perkara ini sama seperti keputusan memajakkan tanah Felda untuk penyenaraian FGV tanpa mengambil kira bantahan dan pandangan orang lain. Yang dikejar hanyalah duit dan glamor, dan sekarang negara dan rakyat menanggung bebannya. 
Pendek kata, Malaysia memerlukan perubahan dan menukar pimpinan yang ada kepada pimpinan yang berjihad untuk Allah dan bekerja untuk rakyat sebelum terlambat. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
2 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 2/6/2017
Sumber HD - 2-6-2017 

BPMS: Jaga tulisan sepanjang masa
Posted on Tuesday, May 30 @ 13:49:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35169


SEJAJAR dengan budaya politik matang dan sejahtera, PAS mengingatkan ahli, terutamanya pimpinan agar mengawasi setiap tulisan dalam apa jua media sosial. Disiplin tulisan ini perlu dijaga sentiasa.

Tulisan mestilah selaras dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi dasar parti. Tulisan yang tidak menepati dasar ini sudah tentunya bukan pendirian parti dan hanyalah pandangan peribadi.

PAS meraikan hubungan yang baik dengan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Oleh itu, PAS sebagai sebuah gerakan dakwah mesti mampu mendekatkan masyarakat non-Muslim bagi memahami Islam, walau mereka tidak menerima Islam sebagai agama.
Aktiviti berbuka puasa tidak perlu dipolitikkan mahupun digunakan untuk tujuan politik. Sebaiknya aktiviti digunakan sebagai medan merapatkan hubungan antara kaum dan meningkatkan pemahaman antara agama.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
30 Mei 2017

Sumber TKO - 30-5-2017

BN tak mampu bertahan lepas PRU14
Posted on Monday, May 29 @ 18:17:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35162



SHAH ALAM – Pas menjangkakan BN tidak akan mampu bertahan selepas PRU14 akan datang.
Ini kerana menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, rakyat kini tidak termakan lagi dengan teknik alih perhatian yang cuba dimainkan oleh kerajaan.


“Dalam keadaan seperti ini, teknik mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu yang sedang melanda rakyat kepada isu-isu remeh-temeh dan sensasi sedang dilakukan giat.

“Dengan teknik ini, BN berharap rakyat dapat melupakan isu seperti 1MDB dan kenaikan kos sara hidup dan memberi tumpuan kepada program-program seperti TN50, drama-drama politik yang tidak henti seperti insiden tampar dan juga tangkapan-tangkapan berprofil tinggi para penjawat awam seperti seorang bekas polis pegawai tinggi yang dituduh menerima komisen RM1 juta tapi akhirnya dibebaskan.

“BN akan mencuba apa sahaja, tapi realitinya, perubahan politik ini tidak dapat dielakkan lagi, hanya masa sahaja belum diketahui,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, kemelut yang berlaku dalam negara kini memerlukan satu perubahan atau anjakan politik yang serius.

“Kebangkitan golongan muda dan desakan ke arah perubahan total semakin hari semakin kuat.
“Kegawatan ekonomi, yang sebahagiannya besarnya berpunca dari salah urus khazanah negara telah sampai kepada kemuncaknya bila semua penyelewengan yang selama ini ditutup, kini terbuka satu demi satu,” katanya lagi.

Sumber TKO - 29-5-2017


Pas azam bawa sistem Islam dalam pentadbiran
Posted on Monday, May 29 @ 18:15:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35161



SHAH ALAM – Pas berazam mahu mengembalikan sistem Islam dalam pentadbiran negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat hanya dapat mengecapi kehidupan yang lebih adil dan menikmati perubahan sistem yang lebih baik dengan sistem Islam.


“Meskipun sejarah menunjukkan bahawa keagungan tamadun manusia berlaku di zaman Islam, namun sikap anti-Islam atau Islamphobia yang dicanangkan oleh Barat yang kini berjaya meresap masuk ke akal fikiran manusia, telah menjadikan mereka bertindak dan berhujah secara tidak rasional apabila terdengar sahaja perkataan "Islam."

“Anehnya, mereka boleh menerima sistem komunisme, kapitalisme, sosialisme dan pelbagai lagi asalkan ia bukan bernama "Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, sekiranya umat tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, kita hanya akan melakukan perubahan yang separuh masak.

Menurutnya lagi, umat di negara ini hanya sekadar merubah dari satu kegagalan sistem ciptaan manusia kepada satu lagi sistem ciptaan manusia yang lain yang juga akan berhadapan dengan pelbagai kelemahan dan kepincangan.

“Di dalam apa-apa perubahan, sepatutnya kita mengambil peluang untuk meruntuhkan sistem jahiliah dan menegakkan sistem Islam di atas keruntuhan tersebut.

“Islam menawarkan pakej lengkap dalam usaha melakukan perubahan. Gagasan Islam tidak bersifat ancaman, dan jauh lagi bersifat paksaan. Sebaliknya gagasan ini mengemukakan cadangan dan pilihan,” katanya lagi.

Sumber TKO - 29-5-2017


PAS akan hadapi PRU14 dengan kemampuan sendiri
Posted on Sunday, May 28 @ 13:17:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35137


Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
HULU TERENGGANU: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan masa terbaik untuk PAS membuktikan kemampuan sendiri sebagai sebuah parti politik Islam di negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.


Kata beliau PAS tiada hubungan dengan parti dalam Pakatan Harapan dan telahpun memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk telah menggantung sebarang dialog dan kerjasama dengan parti Pri bumi Rakyat Bersatu Malaysia (Bersatu).


“PAS kini bersama blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera.

Ini bermakna, kita mesti bina kekuatan kita sendiri dan inilah peluang terbaik kemenangan untuk kita capai dengan kekuatan kita bagi menentukan halatuju perjuangan parti dan negara.

“Marilah sama-sama kita bertekad meningkatkan segala upaya dan kerja yang kita buat,” kata beliau.

Menurut Tuan Ibrahim PAS kini menerima beberapa permohonan parti yang hendak turut serta bersama dalam Gagasan Sejahtera selain berjaya mengumpul 300 NGO yang mahu bersama- sama PAS.

“Kita juga mempunyai ramai tokoh-tokoh masya rakat yang akan mengisyti harkan sokongan me reka kepada apa yang PAS perjuangkan, insya- Allah,” tambah beliau ketika me rasmikan Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.6 di Kuala Berang 20 Mei lalu.

Hadir sama pada majlis itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang kepimpinan PAS negeri Terengganu.

Dalam ucapannya, Timbalan Presiden se kali lagi menekankan PAS mesti me nerajui perubahan ke rana keberadaan PAS dalam arena politik bukan sekadar menjadi penumpang sebaliknya mahu menukar sistem jahiliyah yang bercanggah dengan syarak serta menegakkan Islam.


 Sebelum itu, Dato’ Tuan Ibrahim menyempurnakan acara pelepasan pe serta Langkah Harap 10,000 lang kah yang disertai oleh ribuan rakyat berjalan kaki sejauh empat kilometer

Sumber TKO - 28-5-2017


































































































































BN tidak mampu lagi bertahan tapi... (Bahagian 1)

KEMELUT yang berlaku dalam negara kini memerlukan satu perubahan atau anjakan politik yang serius. 
Kegawatan ekonomi, yang sebahagiann besarnya berpunca dari salah urus khazanah negara telah sampai kepada kemuncaknya bila semua penyelewengan yang selama ini ditutup, kini terbuka satu demi satu. 
Kebobrokan dan salahguna kuasa kini semakin nyata sehingga munculnya pelbagai kenyataan dari dalaman Umno dan kabinet yang mempertikai secara terbuka apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri. 
Kritikan-kritikan bekas pimpinan tertinggi BN seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Afdal, Tan Sri Ling Liong Sik di dalam isu 1MDB sehingga ada yang keluar dan dipecat dari parti sehingga wujudnya parti-parti baru adalah perkembangan politik yang semakin mendebarkan. 
Di samping itu, terdapat pelbagai desakan agar PM meletak jawatan. 
Keadaan ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 
BN dijangka tidak lagi mampu bertahan. 
Dalam keadaan seperti ini, teknik mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu yang sedang melanda rakyat kepada isu-isu remeh-temeh dan sensasi sedang dilakukan giat. 
Dengan teknik ini, BN berharap rakyat dapat melupakan isu seperti 1MDB dan kenaikan kos sara hidup dan memberi tumpuan kepada program-program seperti TN50, drama-drama politik yang tidak henti seperti insiden tampar dan juga tangkapan-tangkapan berprofil tinggi para penjawat awam seperti seorang bekas polis pegawai tinggi yang dituduh menerima komisyen RM1 juta tapi akhirnya dibebaskan.
BN akan mencuba apa sahaja, tapi realitinya, perubahan politik ini tidak dapat dielakkan lagi, hanya masa sahaja belum diketahui. 
Kebangkitan golongan muda dan desakan ke arah perubahan total semakin hari semakin kuat. 
Cuma, persoalan besarnya ialah ke manakah perubahan yang hendak dibawa? 
Apakah kita hanya menukarkan kepimpinan negara bersama sistem sekular atau megubah tapak dan sistem negara ini secara total? 
Bagi PAS, perubahan mesti mengembalikan manusia kepada sistem Islam yang syumul, selaras dengan gagasannya sebagai rahmat bagi seluruh alam. 
Golongan menentang akan terus menolak idea dan gagasannya ini. Meskipun sejarah menunjukkan bahawa keagongan tamadun manusia berlaku di zaman Islam, namun sikap anti-Islam atau Islamphobia yang dicanang oleh Barat yang kini berjaya meresap masuk ke akal fikiran manusia, telah menjadikan mereka bertindak dan berhujah secara tidak rasional apabila terdengar sahaja perkataan "Islam". 
Anehnya, mereka boleh menerima sistem komunisma, kapitalisma, sosialisma dan pelbagai lagi 'ma' asalkan ia bukan bernama "Islam". 
Tanpa kembali kepada Islam yang sebenar, yakni kita hanya akan melakukan perubahan yang separuh masak. 
Kita sekadar akan merubah dari satu kegagalan sistem ciptaan manusia kepada satu lagi sistem ciptaan manusia yang lain yang juga akan berhadapan dengan pelbagai kelemahan dan kepincangan. 
Di dalam apa-apa perubahan, sepatutnya kita mengambil peluang untuk meruntuhkan sistem jahiliyah dan menegakkan sistem Islam di atas keruntuhan tersebut. 
Islam menawarkan pakej lengkap dalam usaha melakukan perubahan. Gagasan Islam tidak bersifat ancaman, dan jauh lagi bersifat paksaan. Sebaliknya gagasan ini mengemukakan cadangan dan pilihan. 
Islam menentang sikap menutup telinga dan mata kepada perubahan. Di dalam Islam, manusia diseru untuk membuka mata dan telinga, mengkaji dengan ikhlas hati serta membuat rumusan sendiri terhadap apa yang diperolehinya. 
Golongan marhaen dijadikan mangsa kerakusan pemimpin yang tamakkan kuasa. Kegilaan pada kuasa menyebabkan mereka menjadikan rakyat batu loncatan dengan menjanjikan perubahan ke arah yang lebih baik. 
Rakyat dijanjikan negara yang harmoni, tiadanya rasuah dan salahguna kuasa. Namun apa yang mendukacitakan ialah perubahan yang dibawa hanyalah tempelan kerana ia hanya menukarkan watak pelaku tanpa merubah sistem yang menjadikan landasan perubahan tersebut. 
Keadilan hanya dapat dinikmati dari sistem yang adil. Tanpa perubahan sistem dan dasar kepada sistem yang benar-benar adil, rakyat tidak akan dapat mengecapi keadilan sebenar. 
Kerana itulah, Allah menurunkan satu sistem yang syumul kepada manusia iaitu sistem Islam kerana tiada siapa yang dapat memahami ciptaan-Nya lebih baik daripada penciptanya itu sendiri. 
Faktor utama yang membawa kepada perubahan ini ialah keinginan yang kuat. Keinginan mestilah disertai dengan gerak kerja yang tersusun dan mujahadah yang tinggi dan kesungguhan bekerja. Kepentingan peribadi perlu diketepikan sama sekali.
Dengan ramuan ini, barulah satu bentuk gerak kerja berjemaah yang tersusun rapi dapat dilahirkan sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam Surah As-Saff: 4. 
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ 
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Makkah al Mukarramah
Sumber HD - 28-5-2017 





































































































































BN, SPR, PH dan Gagasan Sejahtera

BN
Menteri BN Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kos sara hidup menjadi kebimbangan utama dalam kalangan pengundi Malaysia dan dijangka menjadi satu topik pada kempen pilihan raya umum. 
Sebenarnya itu adalah kebimbangan BN sebenar. Segala statistik ekonomi yang dilihat memberangsangkan mahupun berita-berita positif bahawa ekonomi Malaysia sedang berkembang tidak dapat dirasai rakyat Malaysia secara umum. 
Mata rakyat sedang menyaksikan banyaknya kedai yang terpaksa ditutup kerana suasana ekonomi yang lembap, mengalami keadaan sukar untuk menyimpan wang kerana segala jenis kos barangan dan makanan rata-rata sudah meningkat tinggi dan penggangguran dalam kalangan mahasiswa semakin bertambah. GST terus dirasai sebagai cakar tajam yang sedang mencengkam bahu rakyat setiap saat. 
Untuk mengalihkan pandangan rakyat, seperti biasa akan tetiba timbul pelbagai drama yang melibatkan kaum dan bangsa yang menyebabkan rakyat bertelagah sesama sendiri. Sebagai contoh, satu insiden tampar sudah cukup untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah kos sara hidup. 
Bagi rakyat yang peka, sudah tentu mereka dapat menghidu taktik yang telah diulang-ulang ini setiap kali pilihan raya menjelang. 
SPR
Sepatutnya sebagai pengadil, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyenangkan tugas-tugas parti politik. 
Antara keluhan utama hari ini ialah pemindahan pengundi secara besar-besaran (persempadanan semula secara halus) dan larangan pengedaran Rang Daftar Pemilik Tambahan yang dipamerkan setiap tiga bulan oleh SPR kepada parti politik.
Tindakan-tindakan SPR ini akan memburukkan lagi pandangan rakyat terhadap mereka. Yang jelasnya, BN tidak membantah malah dilihat selesa dengan keputusan-keputusan SPR ini. Mengapa? 
Apakah soalan ini masih perlu dijawab? 
PH
Perbalahan daripada pilihan raya negeri Sarawak yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri sehingga perebutan antara siapa yang layak menjadi PM ke-7 hari ini adalah bukti Pakatan Harapan lebih sibuk bertarung sesama sendiri. 
PAS dituduh kononnya menjadi punca kepada percanggahan di dalam Pakatan Rakyat dahulu. Tanpa PAS, pelbagai percanggahan juga berlaku dalam pelbagai isu yang kini melanda Pakatan Harapan. Jadi jelasnya, tuduhan terhadap PAS tidak benar. 
Pertarungan di dalam PH dijangka lebih hangat apabila tibanya masa untuk berebut kerusi. 
PKR telah mengisytiharkan bahawa kerusi PKR tidak boleh diserahkan kepada sesiapa. DAP dijangka akan menggunakan logik yang sama untuk mempertahankan kerusi yang sudah ditandinginya. 
Peliknya pengumuman ini sama seperti apa yang diisytihar PAS. 
Cuma ketika PAS umum, PAS dituduh sebagai bongkak oleh parti-parti komponen PH manakala mereka yang sama ini kini terpaksa berdiam diri terhadap pendirian PKR. 
PAS juga telah isytihar bahawa mana-mana parti pembangkang yang meletakkan calon di kerusi tradisi PAS bermakna memberi tongkat kepada Umno-BN. Percayalah PKR dan DAP akan turut membuat pengisytiharan yang sama tidak lama lagi. Itu tidak pelik, kerana itulah realitinya, dan PAS telah mendepani realiti tersebut lebih awal. 
Gagasan Sejahtera
Sementera pihak lain terus bercelaru dan bertelagah, ini masa terbaik untuk PAS akan terus memajukan Gagasan Sejahtera. 
Tumpuan utama Gagasan Sejahtera ialah untuk melawan BN, dan menjadi satu wadah alternatif bertunjangkan Islam kepada rakyat. 
Gagasan Sejahtera akan mementingkan kedamaian dan mengambil peranan semak dan timbang yang sepatutnya dan bukannya bantah atau sokong melulu terhadap satu-satu isu. 
Gagasan Sejahtera akan menjadi pengimbang antara kedua-dua belah yang terlalu mengejar kuasa sehingga matlamat menghalalkan cara, insya-Allah. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
24 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 24/5/2017
Sumber HD - 24-5-2017 



























































































































Gesaan kepada SPRM

PENJELASAN Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad yang menyatakan antara sebab institusi itu belum bertindak terhadap ahli-ahli politik berbanding pegawai-pegawai kerajaan ialah kerana beliau tidak mahu SPRM dijadikan alat dan modal untuk berkempen oleh mana-mana parti adalah sangat dangkal. 
Pertama, kenyataan ini menunjukkan SPRM tidak dapat berlaku adil terhadap rakyat Malaysia, malah ia membeza-bezakan antara rakyat Malaysia di mana terhadap hak istimewa yang dikhususkan kepada orang politik, orang kerajaan dan orang awam. Ini tidak boleh berlaku. 
Kedua, kenyataan ini juga menunjukkan SPRM tidak bebas. 
Sekiranya polis juga mengambil pendirian yang sama, apakah ahli-ahli politik sekarang kini boleh dikira kebal untuk melakukan sebarang jenayah sebab institusi-institusi penguatkuasaan tidak berani mengambil tindakan terhadap mereka semata-mata tidak mahu dituduh sebagai alat politik? 
Jika begitu piawainya, bagaimanakah SPRM menentukan bila ia akan menangguhkan tindakannya terhadap ahli-ahli politik sedangkan tiada siapa yang tahu bila PRU akan diadakan? Apakah ia 6 bulan sebelum PRU, 12 bulan sebelum PRU atau ikut suka-suka pesuruhjaya atau ia menurut arahan kerajaan yang berkuasa? 
Bagaimana pula dengan PRU akan datang yang dijadualkan pada tahun 2023? Bila SPRM akan berhenti bertindak terhadap ahli-ahli politik bermula? Apakah tahun 2022? 
Datuk Dzulkifli perlu faham bahawa SPRM akan dituduh bermain politik dan menjadi alat politik kerana ia dilihat tidak mampu bertindak adil. Para pegawai kerajaan turut terasa kerana mereka yang terlibat dengan kes 1MDB dan SRC International yang dibongkar jauh sebelum PRU diadakan masih belum diheret ke mahkamah. 
PAS menggesa SPRM meneruskan kerja tanpa sebarang pengecualian. Sesiapa sahja yang terlibat dengan rasuah perlu dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Rakyat boleh bersetuju jika SPRM hanya berhenti bertindak terhadap ahli-ahli politik ketika waktu kempen pilihan raya, dan bukannya tetiba diumumkan tindakan terhadap ahli-ahli politik ditangguh kerana PRU dah semakin dekat sedangkan mungkin PM sendiri pun tidak pasti bila PRU akan diadakan. 
Namun begitu, PAS merakamkan penghargaan dan tahniah kepada SPRM yang bertindak tegas terhadap jenayah rasuah setakat ini. Imej SPRM sedang meningkat. Oleh itu, jangan biarkan usaha yang baik ini dicemari dengan tindakan berat sebelah seperti memberikan hak istimewa kepada ahli-ahli politik menjelang PRU. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
23 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 23/5/2017
Sumber HD - 23-5-2017 



























































































































Jadikan kerjaya guru kerjaya idaman

SABAN 16 Mei, kita meraikan mereka yang mendedikasikan hidup mereka untuk membina bangsa yang menjadi asas kepada pembangunan guru. 
Dalam pepatah Cina, saya difahamkan ada sepatah yang bermaksud: “Sehari berguru, ayah seumur hidup.” Ia bermaksud kedudukan guru amat dimuliakan sehingga diangkat setaraf kedudukan ibu dan bapa seumur hidup. Pepatah ini amat tepat bagi menggambarkan kemuliaan dan penghormatan kepada kerjaya perguruan. 
Kerjaya guru merupakan satu kerjaya yang boleh mencorak masa depan negara. Ia mempunyai potensi untuk mencipta kelainan berbanding kerjaya yang lain. 
Oleh itu, di dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan sistem pendidikan negara, kerajaan wajib menumpukan perhatian bagi menaikkan taraf kerjaya guru supaya ia menjadi kerjaya idaman bagi semua peringkat rakyat, termasuklah cendekiawan-cendekiawan. 
Sebagai contoh, kerajaan boleh menawarkan peluang untuk para guru melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dengan biasiswa mengikat sebagai insentif kepada guru untuk mengembangkan ilmu dan mutu pengajaran mereka. 
Pelaburan juga perlu dibuat untuk membawa teknologi digital untuk merevolusikan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas bagi menarik minat golongan-golongan muda untuk menyertai kerjaya perguruan. 
Selain subjek asas, mata pelajaran seperti komputer sains, penulisan program, pembinaan aplikasi bagi telefon pintar dan robotik perlu diperkenalkan lebih awal sebagai subjek di sekolah. Subjek-subjek menarik ini juga akan menjadi satu tarikan kepada golongan cerdik pandai menjadi guru. 
Selain itu, kerajaan juga harus mempunyai peruntukan khas untuk meningkatkan pencapaian sekolah-sekolah berprestasi rendah, terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman. 
Antaranya, kerajaan boleh menawarkan insentif dan skim gaji berlainan agar dapat menarik guru-guru berkualiti tinggi untuk mengajar di kawasan-kawasan pedalaman.
Sistem pendidikan perlu dirombak agar semua para pendidik dapat mengajar secara lebih kreatif daripada mengajar untuk memastikan pelajar lulus peperiksaan semata-mata. 
Satu suasana perlu diwujudkan agar ada perlumbaan ke arah kecemerlangan pendidikan di antara daerah dan negeri. Suasanan ini dapat menyakinkan semua guru dan pelajar bahawa pentingnya bagi mereka untuk meningkatkan prestasi untuk melonjakkan mutu sumber manusia negara. 
Kerajaan perlu sedar beban kerja di luar bidang mendidik yang sedang dipikul oleh para guru hari ini telah menjejaskan kerjaya perguruan. 
Kerajaan diminta untuk menyemak kembali bebanan di luar tugas asasi yang dibebankan kepada para guru. Pelbagai rungutan dan luahan bebanan yang terpaksa dipikul oleh para guru setiap kali diperkenalkan program baru dalam talian. 
Hari ini, kerja perkeranian telah melebihi tugas asasi guru. Ini sangat merugikan pelajar dan juga sistem pendidikan negara. 
Perhatian khusus juga perlu diberikan terhadap kebajikan guru yang terpisah dengan keluarga. Sebarang penempatan guru mesti mengambil kira kebajikan keluarga mereka. Jika ini dibuat dengan betul, ia pasti membantu meningkatkan komitmen guru terhadap kerjaya mereka. 
Memandangkan sektor pendidikan adalah sektor terpenting bagi sesebuah negara, kita tidak boleh membiarkan sektor pendidikan mengalami kekangan bajet. Tindakan kerajaan BN untuk memotong bajet sektor pendidikan awam dan tinggi untuk dua tahun berturut-turut adalah satu keputusan yang teramat salah dan besar impaknya kepada negara. 
Oleh itu, PAS mendesak agar peruntukan perbelanjaan kepada universiti dan sekolah perlu dipulihkan dengan kadar segera. Apa gunanya setiap rakyat dihukum dengan GST, tapi duit itu tidak digunakan untuk melabur di dalam masa depan negara tapi sebaliknya untuk menutup lubang-lubang hakisan hasil keborosan dan ketirisan BN?
Selamat Hari Guru. Wahai para guru yang dihormati yang turut membayar GST, jangan lupa ada kuasa di tangan anda. 
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
16 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 16/5/2017
Sumber HD - 16-5-2017 



























































































































PAS kuat punca PH serang berterusan

DATUK Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan tindakan berterusan pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyerang PAS kerana mereka dianggap melihat PAS semakin kuat. 
Beliau berkata serangan itu dilakukan semata-mata bagi melemahkan sokongan pengundi terhadap PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. 
“Sengaja mereka mahu memberi keraguan terhadap pengundi-pengundi PAS dengan melakukan pelbagai serangan terhadap PAS,” katanya selepas mesyuarat di JKR 10 Kota Bharu hari ini. 
Sejak 2015 sehingga sekarang PAS menjadi mangsa serangan dan fitnah pemimpin PH termasuk kononnya menjalin kerjasama dengan Umno. 
Malah mereka juga mendakwa ada pemimpin yang rapat dengan PAS menerima dana 1MDB daripada Datuk Seri Najib Razak. 
Tuan Ibrahim juga berkata Pakatan Rakyat belum mampu menguasai Putrajaya pada dua pilihan raya umum sebelum ini sedangkan sokongan pengundi Melayu dan Cina telah berada pada tahap maksimum. 
Oleh itu katanya PAS cuba mengatur strategi bagi memecah tembok tersebut supaya berlaku perubahan lebih menyeluruh dalam kalangan orang Melayu. 
“Biarpun begitu dasar PAS tetap sama apa yang berubah hanya pendekatan dan strategi sahaja bagi menghadapi situasi semasa,” katanya. 
Beliau juga menyangkal dakwaan kononnya bekas Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali digugurkan kerana cenderung kepada PH. 
Katanya dakwaan itu tidak masuk akal yang dilakukan pihak tertentu untuk mengelirukan ahli dan penyokong PAS. 
Katanya, sebelum susunan jawatankuasa baru PAS bagi sesi 2017-2019 dibuat, Mustafa menemui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan untuk mengundur diri. 
"Datuk Mustafa sebenarnya yang meminta untuk dikecualikan daripada jawatan berkenaan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/5/2017
Sumber HD - 8-5-2017 

Pertahan Kelantan dari ‘Biru’ dan ‘Oren’
Posted on Friday, May 05 @ 07:59:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34797


Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
ALOR SETAR: Seluruh anggota Dewan Pemuda PAS Malaysia diseru mempertahankan pemerintahan PAS di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini.Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada minggu lalu, Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada mengis ytiharkan ‘membirukan Kelantan’ dan merampas negeri Cik Siti Wan Kembang itu dari PAS pada PRU14.


“TPM (Zahid Hamidi) isytihar di Kelantan untuk membirukan Kelantan seluruhnya, dan dia juga isytihar Pengerusi Umno Kelatan sebagai general perang basmi PAS Kelantan.

“Semasa Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mula menerajui Kelantan pada 1990, Kelantan kembali dibina atas keringat dan air mata, ayuh pemuda perjuang pertahan kemenangan kita di Kelantan,” kata beliau semasa merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-58 di Kompleks PAS Kedah (KOMPAS) 27 April.

Menurut beliau lagi, pusat kepada kekuatan PAS adalah Kelantan sebagai model dalam kalangan negeri yang menjadikan Kelantan sangat berlainan berbanding pentadbiran negeri lain.

“Hari ini kita berdepan musuh tradisi, dan muncul musuh kedua, oren, isytihar nak rampas Kelantan dan nampaknya mereka pakat dengan biru. Jadi Pemuda PAS bertanggungjawab per tahan Kelantan,” kata beliau lagi sambil disahut laungan takbir perwakilan dan pemerhati Muktamar DPPM 58 di sini baru baru ini.

Sumber TKO - 5-5-2017





























































































































Waktu terbaik dedah laporan audit 1MDB

SEMALAM diumumkan bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pihak International Petroleum Investment Company (IPIC) berjaya mencapai persetujuan bagi penyelesaian yang melibatkan prosiding timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London. 
Walaupun itu dinamakan "penyelesaian", tapi nampaknya penyelesaian itu langsung tidak menguntungkan 1MDB mahupun Malaysia. IPIC mendapat hampir segala yang dituntutnya pada 2016. 
Kementerian Kewangan Malaysia kini terdedah dengan pembayaran hutang beserta faedah sehingga mencecah AS$4.7 bilion termasuk AS$1.2 bilion yang dipinjam kepada 1MDB pada 2015 dan semua tanggungjawab semua faedah masa depan dan pembayaran wang pokok dua bon berjumlah AS$3.5 bilion yang akan matang pada 2022. 
1MDB menyebut bahawa pengewangan unit dana pelaburan menjadi satu cabaran besar dalam mematuhi penyelesaian timbang tara antara 1MDB dan IPIC. Sekiranya 1MDB gagal me-tunaikan unit dana pelaburannya, siapa yang bakal membayarnya? Apakah duit akan disedut dari rakyat lagi? 
Memandangkan 1MDB menyebut bahawa penyelesaian timbang tara ini merupakan sebahagian besar daripada pelan rasionalisasi 1MDB, sudah tiba masanya laporan audit 1MDB didedahkan kepada umum bagi rakyat memahami bagaimana pelan rasionalisasi ini akan dijayakan. Sepatutnya tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan daripada laporan 1MDB itu. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
25 April 2017 - HARAKAHDAILY 25/4/2017
Sumber HD - 25-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Pertikaian 1MDB, IPIC masih jauh dari selesai
Posted on Saturday, April 22 @ 20:05:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34656



Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hakikatnya, pertelingkahan antara 1MDB dan IPIC (International Petroleum Investment Co.) dari Abu Dhabi, masih jauh daripada penyelesaian.

"Pertarungan 1MDB dan IPIC akan berlanjutan sehingga 2020, di mana kemungkinan 1MDB perlu membayar hutang AS$3.5 bilion kepada IPIC selain daripada AS$1.2 bilion yang dijanji untuk dilangsaikan tahun ini.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang mungkin ditanggung 1MDB mencecah AS$4.7 bilion (RM20.68 bilion)," kata beliau dalam kenyataan.

Persoalan lebih menariknya, soal Tuan Ibrahim, ialah apakah yang terjadi kepada penyelesaian 1MDB-IPIC pada 2020 nanti sekiranya perdana menteri Malaysia bertukar.

Ini kerana pilihanraya umum ke 14 perlu diadakan selewat-lewatnya pada tahun depan, katanya.
"Sekiranya 1MDB tewas di dalam rundingannya dengan IPIC, apakah perdana menteri Malaysia yang baru akan membayar begitu sahaja tanpa mendedahkan apa yang terjadi kepada AS$3.5 bilion yang terbayar kepada Aabar Investments PJS, yang dinafikan IPIC sebagai salah satu anak syarikatnya.

"Apapun, isu 1MDB akan terus membelenggu ekonomi negara untuk beberapa tahun akan datang. Takziah buat negara," katanya.

Semalam, The Straits Times melaporkan 1MDB dijangka menandatangani perjanjian menyelesaikan pertikaian berbilion dolar dengan IPIC.

Akhbar Singapura itu bagaimanapun mendakwa penyelesaian berkenaan - jika berlaku - boleh melemahkan tindakan undang-undang diambil Jabatan Keadilan (DOJ) AS terhadap 1MDB.

Memetik sumber, laporan tersebut mengatakan perjanjian berkenaan akan menyaksikan 1MDB membayar IPIC sejumlah AS$ 1.2 bilion (RM5.3 bilion) menjelang akhir tahun bagi melangsaikan pinjaman dan faedah terkumpul daripada bantuan diberikan kepada syarikat kerajaan Malaysia itu pada Julai 2015.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan hutang AS$1.2 bilion yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC yang bercanggah dengan kenyataan Presiden 1MDB Arul Kanda pada 31 Mei 2015.

Ketika itu, jelasnya, Arul bertegas dana AS$1 bilion daripada IPIC kepada 1MDB untuk membayar penuh pinjaman berjumlah AS$975 juta (RM3.6 bilion) kepada satu sindiket bank-bank antarabangsa bukanlah satu jenis pinjaman atau hutang.

"Sekiranya ia bukan hutang, mengapa 1MDB perlu membayar kembali ‘pelaburan’ tersebut berserta faedah? Apakah ini tergolong dalam berita palsu menurut kriteria Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Apakah 1MDB mempunyai dana yang cukup untuk membayar hutang IPIC? Jika tidak, di mana kerajaan BN hendak mencari dana untuk membayar hutang kepada IPIC terutamanya jika mereka memenangi PRU14," tanya Tuan Ibrahim.

Sumber TKO - 22-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Masalah 1MDB terus membelenggu negara

ALI telah mengambil keputusan untuk menyelesaikan pertelingkahannya dengan Baba di mana Ali bertegas telah membayar AS$3.5 bilion kepada Baba, tapi Baba bertegas bahawa Ali telah tersilap bayar kepada orang lain. 
Ali dan Baba telah mencapai keputusan untuk menunda pertikaian mereka ini ke tahun depan, di mana perundingan akan berlangsung dan wajib diselesaikan pada tahun 2020.
Di dalam tempoh bertenang ini, Ali berjanji akan melangsaikan hutangnya yang satu lagi bernilai AS$1.2 bilion sebelum tahun ini berakhir dan kedua-dua pihak berhenti mencemuh sesama sendiri. 
Ali mengumumkan bahawa pertelingkahannya dengan Baba telah selesai.
Kisah pendek ini ibarat hubungan 1MDB dan firma pelaburan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) seperti yang dilaporkan Akhbar The Straits Times semalam. 
Hakikatnya, pertelingkahan antara 1MDB-IPIC masih jauh daripada penyelesaian.
Pertarungan 1MDB dan IPIC akan berlanjutan sehingga 2020, di mana kemungkinan 1MDB perlu membayar hutang AS$3.5 bilion kepada IPIC selain daripada AS$1.2 bilion yang dijanji untuk dilangsaikan tahun ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang mungkin ditanggung 1MDB mencecah AS$4.7 bilion (RM20.68 bilion). 
Hutang AS$1.2 bilion yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada 1PIC juga bercanggah dengan kenyataan Presiden 1MDB Arul Kanda pada 31 Mei 2015. 
Ketika itu, Arul bertegas bahawa dana AS$1 bilion daripada IPIC kepada 1MDB untuk membayar penuh pinjaman berjumlah AS$975 juta (RM3.6 bilion) kepada satu sindiket bank-bank antarabangsa bukanlah satu jenis pinjaman atau hutang. 
"Lanjutan daripada kenyataan Kementerian Kewangan pada 29 Mei, kami mengambil perhatian terhadap dakwaan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bayaran US$1 bilion itu merupakan pinjaman, atau melibatkan andaian hutang 1MDB lagi.  

"Ini sama sekali tidak berlaku. Ia adalah transaksi perniagaan; bukan satu pinjaman, bukan juga apa-apa jenis hutang dan bukan satu jaminan keluar.  

"Ia adalah bayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian yang lebih luas untuk mengendalikan pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB secara menyeluruh, maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak," kata Arul yang dipetik media. 
Sekiranya ia bukan hutang, mengapa 1MDB perlu membayar kembali ‘pelaburan’ tersebut berserta faedah? Apakah ini tergolong dalam berita palsu menurut kriteria Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak? 
Apakah 1MDB mempunyai dana yang cukup untuk membayar hutang IPIC? Jika tidak, di mana kerajaan BN hendak mencari dana untuk membayar hutang kepada IPIC terutamanya jika mereka memenangi PRU14? 
Persoalan menariknya ialah apakah yang terjadi kepada penyelesaian 1MDB-IPIC pada 2020 nanti sekiranya Perdana Menteri Malaysia bertukar orangnya memandangkan Pilihan raya Umum ke-14 perlu dipanggil selewat-lewatnya pada tahun depan? 
Sekiranya 1MDB tewas di dalam rundingannya dengan IPIC, apakah Perdana Menteri Malaysia yang baru akan membayar begitu sahaja tanpa mendedahkan apa yang terjadi kepada AS$3.5 bilion yang terbayar kepada Aabar Investments PJS, yang dinafikan IPIC sebagai salah satu anak syarikatnya? 
Apapun, isu 1MDB akan terus membelenggu ekonomi negara untuk beberapa tahun akan datang. Takziah buat negara. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
22 April 2017 - HARAKAHDAILY 22/4/2017
Sumber HD - 22-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Inflasi naik lagi, kerajaan diminta jangan terlelap

INFLASI meningkat lagi pada bulan Mac. Kini, ia berada di tahap 5.1%, meningkat 0.6% berbanding Februari 2017. 
Tiga faktor utama yang telah menyumbang kepada kenaikan inflasi: harga minyak yang tinggi, kelemahan nilai ringgit dan kerajaan yang lambat bertindak. 
Apakah kerajaan sedang mengharapkan bahawa kadar inflasi ini akan menurun dengan sendirinya tanpa perlu melakukan apa-apa? 
Kerajaan dinasihatkan jangan meletakkan harapan bahawa harga minyak sedunia boleh menjadi stabil untuk dua suku terakhir 2017. Ini kerana ketegangan di peringkat dunia akan menjadi semakin tidak menentu dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang bukan sahaja melulu, bahkan beremosi dan sukar dijangka. 
Jika kerajaan meletakkan harapan bahawa inflasi akan pulih dengan pemulihan nilai Ringgit, PAS ingin mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa ketika beliau memberikan keyakinan pada rakyat Malaysia bahawa nilai Ringgit akan pulih pada tanggal 9 December 2016 yang lalu, nilai Ringgit berada pada tahap RM4.40 ke USD1. 
Dan setelah 4 bulan dan 10 hari berlalu, nilai Ringgit masih berada pada tahap RM4.40 ke USD1! Jelas keyakinan yang diberikan itu sekadar penyedap hati. 
Setakat ini, sebenarnya tiada apa-apa jaminan yang boleh memastikan nilai Ringgit akan pulih mahupun harga minyak sedunia akan kembali stabil pada 2017. Bahkan, kerajaan sendiri pun tidak pasti. 
Memandangkan SPRM kini semakin hebat membantu kerajaan membasmi rasuah, sepatutnya perbelanjaan kerajaan dah berkurangan ekoran kurangnya kebocoran dan ketirisan. 
Penjimatan itu kini boleh disalurkan kembali sebagai subsidi kepada rakyat untuk menampung kenaikan kos sara hidup ini. 
Subsidi rakyat tidak wajar ditarik balik kerana kegagalan kerajaan menangani isu kebocoran dan ketirisan. 
Selain itu, sistem GST yang amat menganiaya rakyat golongan berpendapatan sederhana dan rendah (golongan B40) perlu dimansuhkan. Hasil pendapatan negara melalui GST boleh ditampung dengan cukai atas simpanan syarikat dan korporat, dan cukai atas keuntungan perdagangan saham bagi menampung ekonomi negara. 
Langkah ini dipercayai akan dapat meningkatkan kemampuan perbelanjaan dan kekuatan modal golongan B40 berbanding GST tatkala berdepan dengan kenaikan inflasi yang dirasai hari ini. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
19 April 2017 - HARAKAHDAILY 19/4/2017
Sumber HD - 19-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































PAS tak terkejut langsung dakwaan Rafizi

DAKWAAN Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya ada pemimpin yang rapat dengan PAS menerima dana 1MDB langsung tidak mengejutkan PAS. 
Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataan yang dibuat oleh Rafizi itu bukanlah berita yang mengejutkan. 
Menurutnya, secara peribadi kenyataan pemimpin PKR itu lebih bersifat fitnah terhadap PAS dengan mengaitkan nama bekas Timbalan Presiden PAS. 
Ini kerana, kata beliau bahawa Nasharudin Mat Isa telah lama tidak bersama PAS sejak tahun 2011 selepas kalah dalam pemilihan muktamar parti. 
“Musuh memang kerja dia. Sebab itu, bila Rafizi membuat kenyataan kononnya ada pemimpin PAS, pemimpin yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB dan yang dimaksudkan itu ialah Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS. 
“Wartawan telefon saya banyak nak minta komen. Saya kata, saya tak terkejut langsung. Berita ini bukan berita yang mengejutkan tapi berita tak ada benda yang nak terkejut. 
“Nasharudin Mat Isa sudah tidak bersama dengan PAS sejak tahun 2011 selepas kalah pemilihan, tak pernah hadir dalam program bersama dengan PAS. 
“Dia ini dilantik untuk mengetuai satu GLC, satu syarikat Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang ‘direct’ bawah Perdana Menteri. 
“Itu urusan dia, tak ada kena-mengena dengan PAS pun dan PAS tidak pernah mendapat apa-apa sumbangan daripada beliau. Sebab itu, jika ada kes urusan dengan dialah,” jelasnya dalam Ceramah Gema PRU14 di Kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu, semalam. 
Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low telah membuat kenyataan setakat hari ini, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang bukti mengait PAS dengan dana RM90 juta. 
“Orang tuduh takkan kita percaya terus dengan orang tuduh. Memang kerja orang kaki fitnah ini, kerja dia begitu. 
“Apa yang pelik sekarang ini. Saya duduk dalam Jawatankuasa PAS Pusat, orang lantik Timbalan Presiden. Mesyuarat PAS Pusat saya hadir, Mesyuarat Harian PAS Pusat saya hadir, Mesyuarat Syura Ulamak pun saya terlibat, Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat pun saya terlibat. Semua mesyuarat parti saya terlibat.   
“Kalau ada parti terima dana daripada luar saya mesti tahu. Tapi yang peliknya, kita yang masuk mesyuarat, beritahu orang, orang tak percaya kita yang masuk mesyuarat dan orang yang tak masuk mesyuarat itu orang percaya. Tidakkah itu ‘bengong’. 
“Orang yang tak masuk mesyuarat orang percaya, kita yang masuk mesyuarat orang tak percaya. Inilah zaman fitnah,” ujarnya. 
Justeru, katanya PAS tidak terjejas dengan tuduhan fitnah seumpama itu dan akan meneruskan perjuangan Islam sehingga Islam didaulatkan. - HARAKAHDAILY 14/4/2017
Sumber HD - 14-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



























































































































PAS alu-alukan siasatan terhadap tuduhan Rafizi

PAS mengalu-alukan siasatan SPRM terhadap parti ekoran pendedahan Rafizi Ramli. 
Bagi PAS, pendedahan Rafizi langsung tidak memberi sebarang kesan terhadap parti. 
Pertama, Nasharuddin Mat Isa bukan lagi pimpinan parti dan sudah tiada kena mengena dengan parti. Bahkan beliau sudah tidak aktif di dalam parti sejak tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada tahun 2011. PAS menegaskan bahawa ia tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada Nasaruddin Mat Isa. 
Kedua, rakyat juga masih mengingati taktik fitnah yang digunakan untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara dan juga Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang berakhir dengan permohonan maaf di mahkamah kepada Tan Sri Khalid daripada pihak yang dituduhnya selepas beliau dijatuhkan. 
Dengan kesedaran politik rakyat hari ini, PAS yakin pihak yang masih menggunakan taktik fitnah untuk membunuh lawan, bukan sahaja akan dicemuh malah akan ditolak pada pilihanraya akan datang. 
Apakah pendedahan Rafizi sekadar mencari publisiti murahan atau sengaja mengalihkan perhatian yang dijana oleh RUU355 yang diterima majoriti rakyat beragama Islam, itu hanya beliau yang tahu. 
Dakwaan Rafizi bahawa matlumat tuduhan yang dilakukan oleh beliau telah disalurkan oleh seorang bekas pegawai kanan SPRM juga menimbulkan seribu tanda tanya. 
Apapun, bagi PAS ia bukanlah urusan parti. 
PAS mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa untuk membersihkan namanya. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
13 April 2017 - HARAKAHDAILY 13/4/2017
Sumber HD - 13-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Pas Puji sikap bekas ketua hakim negara
Posted on Sunday, March 26 @ 20:45:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34197



Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS menyanjung tinggi pandangan yang dikeluarkan bekas ketua hakim negara yang juga tokoh Maal Hijrah kebangsaan, Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

"Realitinya undang undang adalah bertujuan menyelesaikan pertikaian dan mencegah kesalahan dan jenayah. Andainya kita telah menyedari bahawa undang-undang yang ada gagal mencapai objektif tersebut, apakah wajar kita meneruskan sistem yang gagal itu - sedangkan natijahnya ialah kegagalan?

"Di saat gagalnya sistem ciptaan manusia bagi membina masyarakat yang sejahtera, apakah kita tidak boleh memberi ruang dan peluang kepada sistem yang diturunkan oleh Allah untuk kebaikan manusia dilaksanakan.

"Malaysia yang berbangga dengan usaha menerajui sistem perbankan Islam, hub halal dan lain kini mampu menerajui perubahan kepada sistem perundangan Islam sebagai model keharmonian dan kejayaan negara.

"Kita perlu mengetepikan rasa curiga yang tidak berasas dan melihat kepada fakta dan pandangan ilmiah," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Fairuz semalam yang mengenai Rang Undang-Undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) tidak membuka jalan kepada pelaksanaan hudud.

“Akta 355 tidak boleh ditukarkan kepada hudud. Ini bukan hudud, kerana hukumannya telah ditetapkan,” kata Ahmad Fairuz selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Islam as the law of the land’.

Pada masa yang sama, dalam syarahannya itu, Ahmad Fairuz turut membangkitkan persoalan mengapa orang bukan Islam menentang pindaan Akta 355 tersebut, sedangkan ia tidak langsung melibatkan mereka.

“Saya tidak nampak sebab kukuh mengapa orang bukan Islam menentang kerana ia tidak melibatkan mereka, sedangkan orang Islam gembira apabila hukuman Islam dilaksanakan ke atas mereka. Mengapa bukan Islam pula yang memperjuangkan kesaksamaan di dalam hal ini?

“Orang Islam tidak menuntut kesaksamaan di dalam hal ini (hukuman syariah) kerana semuanya tahu orang Islam di negara ini terikat dengan dua undang-undang. Sememangnya Akta 355 tidak melibatkan langsung orang bukan Islam. Apa yang bukan Islam perlu risau?,” katanya lagi.

Sambil mengucapkan terima kasih atas pandangan Ahmad Fairuz itu, Tuan Ibrahim berkata, Islam ialah agama yang menjunjung keamanan.

"Kini sampailah masa para cendekiawan dari pelbagai bidang dan agama untuk duduk bersama membincang, mencari jalan dengan penuh jiwa besar meneliti sistem Islam samada dalam ekonomi, politik, perundangan dan lainnya sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang melanda negara kini.

"Sekali lagi, PAS merakamkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Ahmad Fairuz di atas pandangan bernas beliau," ujar Tuan Ibrahim lagi.

Sumber TKO - 26-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Inflasi naik, kadar GST wajar turun

INFLASI negara pada Februari telah mencecah 4.5%, jauh lebih tinggi daripada apa yang dijangka para penganalisis ekonomi. Perkara ini tidak mengejutkan ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga minyak kepada RM2.30 pada 1 Februari 2017 tanpa mempedulikan kesan terhadap rakyat. 
Perlu diingat, kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi pada realiti. Ini bermakna harga barangan akan terus meningkat, rakyat yang sudah merana terpaksa lagi membayar lebih pada bulan-bulan akan datang untuk segala jenis barangan konsumer. 
Mengumumkan harga minyak baharu secara mingguan bukan cara holistik untuk menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup rakyat. Apabila kerajaan bereksperimen dengan harga siling minyak nanti, dikhuatiri kerajaan akan menggunakan persaingan harga minyak antara stesen minyak untuk mencuri peluang mengenakan GST pula pada pembelian petrol, kononnya untuk mengelakkan penyelewengan. 
PAS mengulangi gesaan agar kadar GST diturunkan sejajar dengan kenaikan kadar inflasi. Memandangkan kadar inflasi telah naik sebanyak 1.3% daripada Januari ke Februari, maka sewajarnya kadar GST diturunkan daripada 6% kepada 4.7%. 
Penurunan kadar GST sejajar kenaikan kadar inflasi boleh menstabilkan kuasa membeli rakyat dan seterusnya menurunkan tekanan pada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 
PAS mengulangi bahawa menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi tidak akan sesekali mengurangkan nilai kutipan GST kepada kerajaan, kerana harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
25 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 25/3/2017
Sumber HD - 25-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


PAS -BERSATU: Kita umum sebelum muktamar
Posted on Saturday, March 18 @ 09:55:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34072



KOTA BHARU – Keputusan kerjasama Pas dan Bersatu akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang dijangka berlangsung sebelum Muktamar, April ini, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 


Menurutnya, sehingga kini sebarang keputusan masih belum dimuktamadkan memandangkan perkara itu memerlukan perbincangan teliti.



“Parti belum mesyuarat lagi, isu persefahaman ini perlu perbincangan, secara rasmi kena tunggu mesyuarat juga,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan ceramah sesi kedua di Medan Ilmu, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan kerjasama antara Bersatu dan Pas selepas Bersatu mengumumkan menyertai Pakatan Harapan, dua hari lalu.

Mengulas mengenai bayangan Bersatu akan bertanding tiga penjuru jika Pas menolak kerjasama dengan parti itu, Tuan Ibrahim berkata, Bersatu perlu melihat kembali matlamat asal penubuhan parti itu, sama ada ingin menjatuhkan Pas atau BN.

Menurutnya, Pas di Kelantan sudah berjaya mengalahkan BN sejak lebih 20 tahun lalu, namun jika benar Bersatu mahu bertanding di Kelantan, ia membuktikan parti itu mahu BN kembali berkuasa di negeri ini, sekali gus ia ditubuhkan bukan untuk menjatuhkan BN.

“Kelantan tidak ada keperluan untuk parti pembangkang lain untuk campur (bertanding) di sini, kita kena pertahankan Pas, sebab kalau Bersatu buat demikian (bertanding), akan timbul polemik lain pula nanti,” katanya.

Terdahulu, Bersatu melalui kenyataan Ketua Penerangannya, Datuk Kamarudin Md Nor memberitahu tidak menolak kemungkinan bertanding tiga penjuru jika Pas masih tidak memutuskan sebarang keputusan berhubung kerjasama antara dua parti itu.

Menurutnya, kerjasama yang wujud antara Bersatu dan Pakatan Harapan bukanlah satu perkara baru, malah ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk Pas menolak kerjasama dengan parti itu.

Sumber TKO - 18-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































PH sepatutnya tumpu negeri dikuasai BN

PAS mencadangkan Pakatan Harapan (PH) tidak bertanding di Kelantan dalam pilihan raya akan datang. 
Komitmen mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN), dan keperluan terhadap usaha itu dengan memilih negeri-negeri yang dikuasai Umno dan BN. 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sudah memerintah negeri itu lebih 26 tahun. 
Menurutnya juga Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu lebih jelas pendirian perjuangan mereka. 
"Mereka hendak tumbangkan Umno atau hendak menumbangkan siapa, kalau matlamat menumbangkan Umno, di Kelantan Umno sudah lama tumbang. 
"Tidak ada keperluan itu, jadi kita kena tentukan kita bina parti ini hendak tumbangkan Umno atau hendak mempertahankan Umno kalau dalam konteks Kelantan," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan tazkirah di Medan Ilmu Jalan Dato' Pati Kota Bharu pagi tadi. 
Perkara tersebut timbul apabila Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md. Nor berkata, pertandingan tiga penjuru mungkin akan berlaku. 
Menurutnya, pertembungan itu disebabkan PAS masih belum membuat keputusan mengenai hubungan dengan PPBM. 
Tuan Ibrahim mengakui bahawa PAS belum mengeluarkan keputusan rasmi tentang isu berkenaan. 
Walaupun ada kepimpinan PAS yang sudah memberi gambaran hubungan PPBM tidak akan berlaku, beliau berkata, ia merupakan pendapat peribadi. 
"Ia merupakan hanya bayangan sesetengah pemimpin kita, tetapi secara rasmi PAS belum mengeluarkan keputusan. 
"Kita akan mengadakan mesyuarat parti yang bakal diadakan pada April depan sebelum Muktamar PAS bermula," katanya. 
Menurutnya sebarang keputusan sama ada menyertai Pakatan Rakyat dan persefahaman politik sebelum ini diputuskan dalam mesyuarat tersebut. 
Beliau berkata, pertemuan antara kedua-dua belah pihak setakat ini, hanya perbincangan pada ahli jawatankuasa teknikal. 
"Cuma kita akan perhatian beberapa isu seperti pendirian Bersatu, kalau dia mengambil keputusan menyerang Kelantan, kita akan bertindak. 
"Bahkan kita tidak teragak-agak tidak akan mengadakan hubungan kerana bagi kita, tidak ada keperluannya," kata beliau. – HARAKAHDAILY 17/3/2017
Sumber HD - 17-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Muhyiddin sokong RUU 355 - Tuan Ibrahim
Posted on Sunday, March 12 @ 14:31:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33978



KUALA LUMPUR: Timbalan presiden PAS berkata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong cadangan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Muhyiddin dalam suatu mesyuarat  bersama PAS menyatakan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk isu yang dikenali sebagai RUU 355 itu.

“Sebenarnya perkara kita bincang dan dia (Muhyiddin) secara prinsipnya bersetuju dengan RUU 355, tidak ada apa-apa masalah. Dalam perbincangan mesyuarat kami, kita sudah ada dan bicarakan isu ini.

“Apa-apa isu yang berbangkit di Dewan Rakyat, dia tidak ada masalah untuk sokong,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam dan dialog politik di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa malam tadi.

Sebelum ini, PAS dan PPBM mengadakan pertemuan dalam usaha mencari serta memperhalus rangka kerjasama persefahaman politik antara kedua-dua parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Tindakan PPBM itu sekali gus dilihat sebagai cubaan parti itu menjadi orang tengah dalam perbalahan yang wujud antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP dan Amanah.

Muhyiddin pula merupakan satu-satunya ahli Parlimen yang mewakili PPBM.

Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata sehingga ke saat ini isu pembahagian kerusi dengan PPBM masih belum dibincangkan, malah dianggap sebagai belum tiba masanya lagi.

“Rundingan kerusi belum lagi. Cuma, jawatankuasa teknikal akan adakan perbincangan untuk lihat macam mana. Kita akan tengok, lagipun pilihan raya belum tahu bila lagi,” katanya.

RUU 355 yang dibawa presiden PAS itu bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dan ia dijadualkan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Ia dibaca kali kedua di Dewan Rakyat tahun lalu, tetapi Hadi menangguhkannya dan berkata beliau mahu memastikan masyarakat faham yang pindaan itu tidak terpakai kepada bukan Islam.

RUU itu bertujuan meningkatkan hukuman sedia ada untuk kesalahan syariah tertentu, termasuk hukuman penjara kepada 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.


Pada masa ini, hukuman jenayah syariah terhad maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 sebatan.

Sumber TKO - 12-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Rakyat perlu bersatu hadapi kebiadapan Korea Utara

PAS menyeru rakyat Malaysia bersatu padu mempertahankan kedaulatan negara dalam menghadapi kebiadapan Korea Utara. 
Marilah kita bersama-sama memberi keprihatinan kepada ahli-ahli keluarga mangsa yang dijadikan tebusan dan memberi sokongan untuk menyelesaikan kemelut ini. 
Sikap tidak hormat kepada negara lain dan bertindak di luar peraturan antarabangsa oleh Korea Utara bukanlah perkara baru. 
Dan perlu diingat, bukan Malaysia yang mencipta krisis ini ekoran kematian Kim Jong Nam. 
Oleh itu, ketegasan kerajaan terhadap provokasi dari kerajaan Korea Utara demi mempertahankan kedaulatan negara dan mengutamakan soal keselamatan rakyat adalah satu tindakan yang tepat. 
Untuk menyelesaikan kemelut ini pada kadar segera, PAS menyarankan agar kerajaan jangan berlengah untuk menggunakan pihak ketiga bagi meredakan keadaan. 
Memandangkan ekonomi Korea Utara amat bergantung pada negara China, negara China menjadi pilihan terbaik sebagai perantara dan perunding bagi membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara dan Malaysia perlu memberi jaminan yang sama kepada Korea Utara. 
Hubungan baik Malaysia dengan China susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dimanfaatkan sepenuhnya waktu ini sementara penyiasatan polis terhadap kematian Kim Jong Nam dapat diteruskan dan diselesaikan segera mengikut undang-undang negara. 
Insya Allah, pendekatan diplomasi ini akan membawa kepada penyelesaian yang aman. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
9 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 9/3/2017
Sumber HD -9-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Silingkan harga tol sebelum bermain harga siling minyak

ISU harga minyak bakal menjadi salah satu isu utama pada pilihan raya nanti jika harganya melampaui batas yang boleh ditampung rakyat marhaen. 
Cadangan kerajaan untuk mewujudkan harga siling untuk harga bahan api dan melepaskan tangan kepada para pengusaha stesen minyak untuk menentukan harga jualannya menimbulkan beberapa kemusykilan. 
Pertama, apa bezanya harga jualan yang ditentukan kerajaan hari ini dengan harga siling yang bakal diumum nanti?
Harga jualan hari ini sebenarnya adalah harga siling di mana syaratnya tiada siapa yang boleh menjual melepasi harga tersebut. Ia boleh disebut juga sebagai harga minimum yang boleh dijual kerana tiada stesen minyak di Malaysia yang pernah menjual di bawah paras itu setakat ini. 
Permainan harga siling bermaksud meletakkan had maksimum pada harga jualan. Biasanya harga siling adalah lebih tinggi daripada harga pasaran sepatutnya untuk memberikan ruang untuk mewujudkan persaingan antara stesen minyak. 
Jika kerajaan ingin melaksanakan harga siling ini, ini bermaksud kerajaan akan terpaksa menetapkan harga jualan minyak maksimum yang jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran, yakninya lebih tinggi daripada harga sekarang. 
Jika harga siling tidak lebih tinggi harga pasaran, maka tiada siapa yang akan bersaing kerana menganggap  harga siling yang ditetapkan kerajaan itu ialah harga minimum yang perlu dijual untuk mengekalkan keuntungan. 
Pendek kata, sistem harga siling itu hanya akan membebankan rakyat kerana harga itu diyakini jauh melebihi harga pasaran dan menguntungkan lagi para pengusaha stesen minyak yang akan cenderung menganggapnya sebagai harga minimum. 
Sebelum kerajaan bertegas juga untuk melaksanakan harga siling minyak, kerajaan perlu menimbangkan cara-cara lain untuk mengurangkan bebanan rakyat. 
Duit yang dijimatkan daripada penarikan subsidi minyak boleh digunakan untuk mengurangkan harga tol atau menyilingkan harga tol agar ia kekal sehingga tamatnya kontrak lebuh raya. 
Contohnya, sepatutnya kerajaan sudah dapat menamatkan tol Bentong dan Gombak yang  telah lama beroperasi sejak 1970-an yang menjadi punca utama kesesakan di musim perayaan. 
Kerajaan juga boleh menetapkan harga perkhidmatan yang melibatkan kos pengangkutan bagi mengimbangi inflasi yang terhasil daripada harga minyak yang lebih tinggi. 
Jangan biar rakyat tertanya-tanya ke mana semua duit subsidi yang dijimatkan?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
5 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 5/3/2017
Sumber HD - 5-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan tak rugi turunkan kadar GST
Posted on Monday, February 27 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33751



PETALING JAYA: PAS menyeru kerajaan menurunkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai langkah mengurangkan beban rakyat ketika kadar inflasi menunjukkan peningkatan pada Januari.

Menurut PAS, kadar inflasi pada Januari berada pada 3.2%, naik hampir 90% berbanding 1.8% pada Disember. Penganalisis ekonomi meramalkan kadar inflasi akan terus naik melebihi 4% pada 3 bulan akan datang, tambah mereka.

Ini bermakna harga barangan akan terus meningkat dan pengguna terpaksa membayar lebih.
“Barangkali ini bukan berita buruk bagi kerajaan BN. Ini kerana harga barangan yang lebih tinggi bermaksud pungutan hasil GST juga akan meningkat,” kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi tidak akan mengurangkan nilai kutipan GST kepada kerajaan, kerana harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut PAS, kadar kenaikan inflasi pada Januari mengejutkan pakar ekonomi yang meramalkan kenaikan kepada 2.8%. Nilai ringgit yang rendah, menyebabkan kos import yang import, dan kenaikan harga minyak, yang melambung kos pengangkutan dikatakan penyumbang kenaikan itu.
“Apapun, kerajaan perlu beringat bahawa kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi di realiti,” katanya, menggesa kerajaan melihat gesaan PAS.

Tuan Ibrahim menjelaskan kadar inflasi purata tidak menggambarkan beban sebenar kerana para peniaga tidak mengikut peratusan inflasi tetapi nilai sen apabila menaikkan harga barang.

“Umpamanya nasi lemak yang dijual RM2.00, tidak mungkin dinaikkan ke kadar RM2.08 mengikut kadar inflasi 4%, sebaliknya akan dinaikkan harga 10 atau 20 sen yang bersamaan dengan 5% dan 10% di sudut inflasi,” katanya.

“Sekiranya rakyat perlu membayar 6 sen untuk GST untuk harga satu barangan bernilai RM1.00 di pasaran, rakyat kini perlu membayar 7 sen, jika harga barangan itu dinaikkan ke RM1.15 di pasaran.”


Oleh itu, kata Tuan Ibrahim, jika kerajaan tidak mampu membatalkan GST, PAS menyeru kerajaan turunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi sebagai langkah mengurangkan beban rakyat.

Sumber HD - 27-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Turunkan kadar GST sejajar kenaikan inflasi

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44415-turunkan-kadar-gst-sejajar-kenaikan-inflasi

Kadar inflasi negara pada bulan Januari 2017 berada pada 3.2%, naik hampir 90% berbanding bulan Disember yang hanya berada pada 1.8%.

Kadar inflasi pada bulan Januari juga mengejutkan para penganalisa ekonomi yang meletakkan nilai konsensus pada 2.8% ekoran kejatuhan nilai Ringgit yang meninggikan kos import dan kenaikan harga minyak tempatan yang mendadak yang melambungkan kos pengangkutan.

Beberapa para penganalisis ekonomi telah meramalkan kadar inflasi negara akan terus naik, melebihi 4% pada tiga bulan yang akan datang.

Ini bermakna harga barangan akan terus meningkat, rakyat yang sudah merana terpaksa lagi membayar lebih di bulan-bulan akan datang untuk segala jenis barangan konsumer.

Apapun, kerajaan perlu beringat bahawa kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi pada realiti.

Kadar inflasi purata tidak menggambarkan keadaan sebenar yang dirasai rakyat marhaen kerana para peniaga tidak menaikkan harga barangan mengikut peratusan sebaliknya mengikut nilai sen.

Umpamanya nasi lemak yang dijual RM2.00, tidak mungkin dinaikkan kepada RM2.08 mengikut kadar inflasi 4%, sebaliknya akan dinaikkan harga 10 atau 20 sen yang bersamaan dengan 5% dan 10% di sudut inflasi.

Barangkali ini bukan berita buruk bagi kerajaan BN. Ini kerana harga barangan yang lebih tinggi bermaksud pungitan hasil GST juga akan meningkat. Sekiranya rakyat perlu membayar 6 sen untuk GST untuk harga satu barangan bernilai RM1.00 di pasaran, rakyat kini perlu membayar 7 sen, jika harga barangan itu dinaikkan kepada RM1.15 di pasaran.

Oleh itu, PAS menggesa kerajaan seeloknya membatalkan GST. Jika kerajaan tidak mampu untuk membatalkan GST, sekurang-kurangnya kerajaan perlu menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi sebagai langkah mengurangkan beban rakyat.

Menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi tidak akan mengurangkan nilai kutipan GST kepada kerajaan, kerana harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 26/2/2017

Sumber HD - 26-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































RM90 juta: PAS nafi tuduhan jahat Husam

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44215-rm90-juta-pas-nafi-tuduhan-jahat-husam

PAS menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat Datuk Husam Musa bahawa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

Fitnah jahat ini adalah sambungan rantaian fitnah yang pernah dibuat oleh Sarawak Report yang kini dalam tindakan perundangan.

PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.

Pihak guaman PAS diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
9 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 9/2/2017

Sumber HD- 9-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Demam Purple: Dataran Merdeka ke Padang Merbok

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44206-demam-purple-dataran-merdeka-ke-padang-merbok

Alhamdulillah, hari ini secara rasminya telah dimuktamad dan diluluskan Padang Merbok, Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka sebagai lokasi yang dibenarkan untuk Himpunan 355 pada 18 Februari 2017 kelak.

Sebelum ini, pihak Sekretariat H355 telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Dataran Merdeka sebagai lokasi Himpunan 355 tetapi ianya telah ditolak oleh pihak DBKL. Malah rayuan pihak kami juga telah ditolak.

Namun kami Sekretariat H355 mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kerana akhirnya pihak DBKL membenarkan Himpunan 355 diadakan di Padang Merbok yang terletak tidak jauh dari lokasi asal iaitu Dataran Merdeka. Malah keluasan antara keduanya juga tidak jauh berbeza.

Rombongan Sekretariat H355 yang diketuai oleh Pengarah Himpunan 355 YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan Setiausahanya Kamaruzaman Mohamad  hari ini telah menemui Encik Norazam Mohamed Nor Timbalan Pengarah (Hortikultur) DBKL di pejabat beliau Menara DBKL 3 Jalan Raja Abdullah Kuala Lumpur bagi membincangkan beberapa perkara penting berkait kelancaran Himpunan 355 kelak.

Pada jam 2.30 petang tadi pula, pertemuan bersama ACP Mohd Sukri Kaman, OCPD Dang Wangi telah dilangsungkan bagi tujuan yang sama dan mendapat permit himpunan dari pihak PDRM.

Justeru itu, seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir mengimarahkan Himpunan 355 dan men"purple"kan Kotaraya Kuala Lumpur dengan semangat kesatuan dan kemuliaan ummah dan pastinya ia bakal menjadi himpunan bersejarah ummat Islam serta seluruh rakyat (tanpa mengira agama dan bangsa) yang menghormati hak ummat Islam untuk beramal dengan syariah Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT Tuhan Yang Maha Mencipta.

Himpunan 355 ini bukan sahaja aman tetapi sarat dengan pengisian yang akan membina spiritual, mental dan fizikal secara santai melalui acara dan aktiviti menarik yang akan dipersembahkan kepada peserta himpunan. Bahkan himpunan ini dianjurkan dengan penuh semangat persaudaraan lantas memupuk kesejahteraan melalui usaha memperkasakan syariah Islamiyah.

Himpunan 355 ini secara rasmi yang akan bermula seawal jam 2.30 petang, Sabtu 18 Feb 2017 sehinggalah bersurai pada jam 11.00 malam. Antara aktiviti menarik ialah:

i - Pentas Anak Muda bersama selebriti undangan dan hiburan yang Islamik

ii - Ceria Ilmiah bersama Ybhg Ustaz Azhar Idrus dan soal jawab agama

iii - Solat Asar, Maghrib dan Isyak berjamaah

iv - Solat, Munajat dan Tazkirah dipimpin oleh Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Al Bakri Mufti Wilayah Persekutuan

v - Bayan Amal Islami oleh pimpinan Jamaah Tabligh.

vi - Selawat cinta Rasul SAW pimpinan para Habaib Hafizahumullah.

vii - Pidato pimpinan masyarakat, NGO dan tokoh-tokoh negara.

viii - Deklarasi Himpunan 355

ix - Pidato YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia.

Para peserta Himpunan 355 disarankan datang awal bagi mengelak dari terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Pihak penganjur tidak menyediakan parking khas bagi kenderaan sebaliknya mengesyorkan supaya kenderaan seperti bas serta lainnya menurunkan penumpang di Masjid Negara dan seumpamanya. Kemudian disarankan agar kenderaan mengambil parking masing-masing di luar kawasan ibukota sebelum masuk kembali sebelah malam untuk mengambil penumpang.

Kenderaan besar boleh juga mengambil parking di pinggir ibukota, kemudian peserta masuk ke lokasi menggunakan kenderaan awam seperti LRT dan Komuter.

Peraturan dan Arahan Am buat peserta Himpunan 355 akan dikeluarkan sedikit masa lagi. Nasihat saya agar semua hadir dengan tertib dan mempamerkan akhlak mulia. Tidak melakukan provokasi, sebaliknya memelihara ketenteraman awam, menjaga kebersihan, tidak merosakkan harta awam dan alam sekitar. Beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan petugas Himpunan 355 yang menjalankan khidmat mereka mengurus himpunan yang besar ini.

Kami juga ingin tegaskan bahawa himpunan ini bukan demonstrasi atau perarakan yang mencetus huru hara dan gangguan kepada ketenteraman orang ramai, sebaliknya ia satu himpunan aman selaras dengan Akta Perhimpunan Aman. Langkah ini diambil bagi mengelak sebarang pertembungan dengan pihak berkuasa dan memastikan himpunan ini berjalan dengan jayanya.

Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera

Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengerusi Sekretariat H355

Sumber HD- 8-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Guna timbang rasa bukan sekadar ikut harga pasaran

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44187-guna-timbang-rasa-bukan-sekadar-ikut-harga-pasaran

KERAJAAN harus menentukan harga petrol bulanan menggunakan timbang rasa terhadap kesusahan rakyat dan bukannya mengikut harga pasaran semata-mata.

Sekiranya harga minyak sedunia meningkat secara mendadak kerana berlaku manipulasi dan spekulasi harga, dan kerajaan juga mengikut rentaknya secara membuta-tuli, ia akan memberi kesan buruk terhadap kadar inflasi negara kerana kos petrol merupakan kos kepada semua barangan.

Contohnya, sekiranya kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 30 sen bulan hadapan kerana kenaikan harga minyak sedunia sehingga para peniaga terpaksa menaikkan harga jualan untuk menampung kos pengangkutan yang meningkat, mustahil harga jualan ini akan menurun semula apabila harga petrol menurun semula di bulan-bulan seterusnya.

Jika kerajaan dapat menggunakan timbang rasa dalam menentukan harga petrol bulanan, kerajaan boleh memilih untuk mengekalkan harga petrol untuk sebulan dua ketika harga minyak sedunia melambung walaupun terpaksa menanggung sedikit subsidi daripada menaikkan harga petrol secara mendadak sehingga menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan harga barangan yang akan kekal selamanya.

Sekiranya harga minyak sedunia terus naik, barulah kerajaan menaikkan harga petrol pada kadar berpatutan sejajar dengan kemampuan rakyat untuk menanggungnya.

Ingatlah bukan rakyat yang mendapat BR1M sahaja yang susah, mereka yang tidak layak mendapat BR1M bergaji sederhana di kota pun sama sahaja susahnya kerana kenaikan kos sara hidup yang mendadak yang berpunca bukan sahaja daripada harga petrol malah nilai Ringgit yang lemah seperti yang dialami MyDIN.

Dan ia bukanlah satu indikasi yang baik untuk kerajaan jika lebih ramai rakyat mendapat BR1M tahun depan kerana ini bermakna bertambahnya rakyat yang mengalami kesempitan hidup dan berkurangannya kemakmuran negara.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
7 Februari 2017 – HARAKAHDAILY 7/2/2017

Sumber HD - 7-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Pembasmian rasuah: Peringatan kepada kerajaan

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44115-pembasmian-rasuah-peringatan-kepada-kerajaan

Baru lima hari yang lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan bangganya menegaskan bahawa Umno tidak mengamalkan rasuah (video: https://www.youtube.com/watch?v=ZbJyyvpANN8) sebagai menjawab amaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk lebih berhati-hati.

Ramai yang menonton video tersebut sekadar mampu bergelak.

Nampaknya gelak itu berasas apabila SPRM membuka satu kertas siasatan terhadap Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menggoyahkan kenyataan Tengku Adnan.

Annuar yang juga ahli parlimen Ketereh yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuatkuasa serta-merta semalam bakal disiasat berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa di Mara.

Namun begitu, PAS ingin mengingatkan kerajaan bahawa prestasi membasmi rasuah bukan diukur melalui jumlah tangkapan yang dibuat SPRM tapi melalui jumlah pensabitan oleh Jabatan Peguam Negara. SPRM hanya mempunyai kuasa melakukan siasatan, bahagian pendakwaan adalah di luar kuasa mereka.

Kegagalan untuk mensabitkan kesalahan di dalam kes PKFZ, kes NFC, kes bekas CEO Kumpulan Sime Darby dan kegagalan bertindak terhadap SRC International serta 1MDB masih menjadi titik hitam kepada prestasi pembasmian rasuah negara.

Tidak hairanlah mengapa rakyat akan terus meragui kesungguhan kerajaan dalam membasmi rasuah.

Tangkapan-tangkapan pegawai kerajaan berpangkat tinggi oleh SPRM hanya akan berakhir dengan gelaran “wayang” oleh rakyat jika kebanyakannya berakhir seperti kes Kasitah Gaddam dan juga Skandal Jabatan Air Sabah yang dikategorikan SPRM sebagai kes tanpa unsur rasuah dan di luar bidang kuasa SPRM selepas kes itu menggegarkan media dengan rampasan berjuta wang ringgit.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
1 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 1/2/2017

Sumber HD - 1-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kit Siang dalam keadaan celaru
Posted on Monday, January 30 @ 11:29:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33395



SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Penasihat DAP,  Lim Kit Siang dalam keadaan bercelaru selepas bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa memfitnahnya sebagai seorang yang anti-Islam.

“Saya tengok beliau (Lim Kit Siang) dalam keadaan yang bercelaru.

“Sebelum ini hulurkan tangan mengajak Pas bekerjasama, mungkin lepas kita tolak ajakan itu ia jadi seperti ‘cinta tidak berbalas’,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Beliau  melihat kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu sering berubah-ubah dan nampak ketidaktentuan menjelang PRU akan datang.

Tuan Ibrahim menjelaskan, pindaan Rang Undang-Undang (RUU) 355 ini adalah kehendak agama Islam, bukannya Pas dan pindaan dalam RUU ini bukannya perkara baharu.

“Di sini mungkin maksud presiden Pas adalah kerana tindakan Lim Kit Siang yang menentang RUU 355,” katanya.

Sumber TKO- 30-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































PAN punca Pakatan Rakyat retak

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43892-pan-punca-pakatan-rakyat-retak

KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (PAN) dinasihati tidak menyalahkan parti lain punca pembangkang di Malaysia tidak ada kata sepakat.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya jentera dalaman parti itu wajar disatukan terlebih dahulu sebelum menuduh kesalahan orang lain.

Beliau menegaskan PAS bukan punca Pakatan Rakyat yang pernah ditunjangi PAS, PKR dan DAP terkubur.

"Saya fikir semua pihak harus lihat perkara ini pernah berlaku dan tidak perlu menyalahkan mana-mana parti.

"Apa yang penting ialah PAS bukan punca kepada apa yang berlaku sekarang," kata beliau mengulas dakwaan seorang kepimpinan PAN Kelantan.

Beliau menganggap tuduhan yang dibuat oleh Naib Pengerusi PAN Kelantan, Che Ibrahim Mohamed tidak berasas dan tidak masuk akal.

Malah Tuan Ibrahim berpendapat perbalahan dalam kalangan pembangkan dapat diselesaikan sekiranya PAN dibubarkan.

"Saya ingat parti itu yang menjadi punca perpecahan pembangkang, dia tiada ada pun keperluan untuk menubuhkan parti baharu," katanya. - HARAKAHDAILY 13/1/2017

Sumber HD - 13-11-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































Apakah pihak berkuasa kita tidak dapat menyaingi DoJ?

SEKALI lagi, maruah pimpinan negara terutamanya BN dan pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat isu 1MDB ditampar oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) di hadapan seluruh dunia.

tuan ibrSampai bilakah nama Malaysia perlu dimalukan sebegitu rupa kerana 1MDB? 1MDB telah menjejaskan nama baik negara.

Persoalan lebih utama ialah apakah pihak berkuasa Malaysia sebegitu lemah dan tidak menyaingi DoJ?

Mengapa DoJ dapat menyiasat dan membongkar pengaliran tunai 1MDB dengan sebegitu teliti manakala siasatan 1MDB di dalam negara pula tidak menampakkan apa-apa hasil?

Sehingga kini, siasatan polis terhadap 1MDB masih tidak siap-siap. Siasatan yang dilakukan Ketua Audit Negara yang diserta bersama kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pula diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Peguam Negara kita pula bertindak seolah-olah beliau ialah peguambela individu dan bukannya negara. SPRM pula masih berdiam diri di dalam isu 1MDB. Dan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim pula telah menutup kes terhadap 1MDB.

PAS percaya sebenarnya pasukan penyiasatan Malaysia jauh lebih berkemampuan daripada DoJ.

Pasukan polis negara umpamanya yang kerjanya sebegitu cemerlang dalam mengesan aktiviti kehadiran para pengganas sudah tentunya mampu mengendalikan kes 1MDB.

SPRM yang begitu rancak mengesan kegiatan rasuah antara penjawat awam walau kecil jumlahnya sudah pasti dapat membongkar segala yang berlaku di dalam 1MDB. Begitu juga dengan kemampuan Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara yang sudah diperakui ramai.

Keempat-empat pasukan ini semestinya lebih mampu daripada DoJ, tapi malangnya mereka kini terpaksa mengharungi penghinaan demi penghinaan oleh DoJ kerana mereka sedang berhadapan halangan-halangan yang tidak boleh disebut.

PAS berdoa agar pihak berkuasa tempatan diberikan keberanian untuk membongkar isu 1MDB. Cukuplah hidup dalam keadaan tangan dan kaki digari dan mata sekadar dapat terbeliak membiarkan kemungkaran yang besar berlalu manakala telinga terpaksa mendengar arahan untuk mengendalikan kemungkaran yang kecil.

Kita perlu lebih cekap dan berupaya bertindak sendiri untuk mengelakkan sebarang campurtangan Amerika. Tapi apabila kita sendiri melengah-lengahkan siasatan, maka ruang campurtangan itu terbuka luas.

Walaupun kes DoJ masih di peringkat tuduhan, nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low. Jika DoJ menawarkan satu jalan keluar untuk Jho Low dengan syarat beliau membongkar siapa di belakangnya, kemungkinan besar Jho Low akan mengambilnya dan ketika itu, segalanya akan terungkai.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
17 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 17/6/2017
Sumber HD - 17-6-2017 



























































































































MCA diundang hadiri Himpunan Akta 355

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43891-mca-diundang-hadiri-himpunan-akta-355

KOTA BHARU: PAS berharap agar semua pihak termasuk bukan Islam dapat menghadiri Himpunan menyokong Akta 355 pada 18 Februari di Kuala Lumpur.

Usaha tersebut sekali gus dapat mengelakan sebarang provokasi serta memberi penerangan terhadap usaha memartabatkan Mahkamah Syariah.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS akan menjemput MCA dan golongan bukan Islam.

Menurutnya, usaha tersebut bagi mengelakkan timbul salah faham yang boleh menimbulkan pandangan serong terhadap Rang Undang-undang (RUU) 355.

"Ini merupakan sebahagian daripada tujuan program ini diadakan selain mewujudkan keamanan dalam negara.

"Kerana kalau kita biarkan suasana ini berterusan ia akan mencetuskan keadaan tidak stabil, jadi mereka perlu hadir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan tazkirah di Medan Ilmu Jalan Dato' Pati di sini, pagi tadi.

Himpunan 355 itu akan diadakan pada 18 Februari bertempat di Dataran Merdeka bermula jam 3 petang.

Perhimpunan aman yang anjuran bersama PAS dan beberapa NGO Islam bagi menzahirkan sokongan terhadap usaha memartabatkan Mahkamah Syariah.

Pada majlis itu pelbagai pengisian dilakukan seperti ceramah, solat hajat, munajat perdana, sesi soal jawab dan sebagainya.

Sebelum ini MCA dan parti-parti bukan Melayu termasuk DAP menentang keras usaha PAS membawa usul persendirian ke parlimen bagi meminda Akta 355. - HARAKAHDAILY 13/1/2017  

Sumber HD - 13-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Selesai kemelut dalaman sendiri sebelum tuduh Pas
Posted on Friday, January 06 @ 16:07:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33101



SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) perlu belajar selesaikan kemelut dalamannya sendiri sebelum menuduh Pas membawa sikap pecah belah ke dalam gabungan pembangkang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ketika menafikan dakwaan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad ke atas Pas yang didakwa membawa perpecahan dalam pembangkang.

“Pas tidak akan mencampuri urusan parti lain atau parti pembangkang lain. Apa yang Pas buat hanyalah mempertahankan kerusi yang dimiliki Pas daripada dirampas oleh Amanah.

“Amanah perlu sedar, kerusi yang mereka duduk sekarang adalah milik Pas. Mana boleh mereka mengaku itu kerusi Amanah. Masa PRU13 dulu yang bertanding di atas kerusi yang mereka duduki adalah Pas. Masa itu, Amanah pun tidak wujud lagi,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Khalid semalam berkata, usaha pecah belah oleh Pas dalam rundingan antara pembangkang bagi pilihan raya akan datang perlu dihentikan segera.

Menurut Khalid, titik noktah terhadap usaha Pas itu perlu bagi mengelak dari berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya.

Menyanggah dakwaan Khalid, Tuan Ibrahim sebaliknya menasihatkan Amanah untuk memperbaiki masalah dalaman yang dihadapi.

“Saya tengok Amanah ada masalah dalaman sendiri. Kadang-kadang kenyataan pimpinan sendiri pun menggambarkan mereka yang ada masalah.

“Contohnya kenyataan tentang pembahagian kerusi. Kenyataan sesama mereka pun bercanggah. Tak ada persefahaman. Mereka sendiri tidak ada penyatuan,” bidasnya.

Sumber TKO - 6-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tangkap KSU tapi tiada tindakan serupa terhadap SRC? - Tuan Ibrahim
Posted on Thursday, January 05 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33092



Penangkapan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian tidak dapat menutup rasa kecewa yang diluahkan oleh bekas pengarah bahagian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.
"Penahanan KSU sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata 'amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah',” kata Tuan Ibrahim.

Malah, katanya, penahanan KSU itu sebenarnya menimbulkan tanda-tanya mengapa SPRM dapat bertindak kepada penjawat awam dengan mudah tapi tiada tindakan yang serupa ke atas kes besar seperti SRC International yang menurutnya, melibatkan nama-nama ahli politik berjawatan tinggi.
Dalam satu kenyataan, Tuan Ibrahim berkata tindakan SPRM itu mengundang pelbagai soalan di minda rakyat.

"Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU?" tambahnya.

SPRM semalam menahan seorang KSU dan seorang lelaki berusia 29 tahun atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah.

Tangkapan itu dibuat sehari selepas Bahri mendedahkan dia telah memilih untuk bersara awal kerana kekecewaan berkaitan kes SRC.

Sumber TKO - 5-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































KSU ditahan tak dapat tutup kecewa Bahri 'bersara awal'

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43793-ksu-ditahan-tak-dapat-tutup-kecewa-bahri-bersara-awal

Penahanan KSU kementerian tidak dapat mengalihkan pandangan kekecewaan ‘persaraan awal’ Bahri

“Undang-undang sarang labah-labah” dan perasaan kecewa yang diluahkan Pengarah Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zain sempena persaraan awalnya tidak dapat ditutup dengan penahanan Ketua Setiausaha Umum sebuah kementerian atas dakwaan rasuah salah guna kuasa.

Malah, sebenarnya penahanan KSU berkenaan menimbulkan tanda tanya mengapa SPRM dapat bertindak kepada penjawat awam dengan mudah tetapi tiada tindakan yang serupa ke atas kes besar seperti SRC International yang juga merupakan anak syarikat 1MDB, yang melibatkan nama-nama ahli politik berjawatan tinggi.

Penahanan KSU sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata “amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah”.

Tindakan SPRM ini mengundang pelbagai soalan di minda rakyat. Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU, jikalau dakwaan Bahri itu benar? Apakah SPRM benar-benar bebas dalam melaksanakan tugasnya?

Kecekapan SPRM dalam memerangi rasuah perlu diimbangi dengan keadilan dalam tindakan. Segala tindakan perlu adil dan kelihatan adil, tanpa sebarang pilih kasih. Jangan sampai penjawat awam merasakan mereka dijadikan kambing untuk orang politik berkuasa kelihatan alim.

Oh ya, apa khabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
5 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 5/1/2017

Sumber HD-5-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Mengapa bagi Rajawali untung lumayan?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .













http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43703-mengapa-bagi-rajawali-untung-lumayan

Pada Disember 2014, hartawan Indonesia Peter Sondakh yang menguasai Rajawali Group telah membeli saham di Eagle High Plantation (EHP) pada Rp400 sesaham. Dianggarkan Rajawali telah membelanjakan sebanyak US$570 juta untuk pemilikan sebanyak 68.6% di EHP.

Selepas digagalkan melalui pelbagai kecaman dan bantahan untuk membeli 37% kepentingan saham EHP melalui Felda Global Ventures (FGV) tahun lepas, Felda kini muncul dengan taktik terbaru dengan menggunakan anak syarikatnya, FIC Properties Sdn Bhd, yang tidak disenarai di Bursa Malaysia, untuk membeli kepentingan saham EHP. Bahkan, menurut Felda Perjanjian Jual Beli (SPA) dengan Rajawali Group sudahpun ditandatangani.

Perlu diingatkan antara institusi kerajaan yang paling menentang pembelian EHP oleh FGV ialah KWSP yang memiliki 5% kepentingan saham di FGV ketika itu. Barangkali susulan selepas itu, KWSP telah mula melepaskan saham FGV secara senyap-senyap dan baru-baru ini badan itu mengisytiharkan bahawa ia tidak lagi memiliki sebarang saham FGV.

Hari ini, Felda mencadangkan harga US$505.4 juta (RM2.26 bilion) atau Rp582 sesaham sekadar untuk memiliki 37% kepentingan saham di EHP. Harga ini hampir menyamai harga kos keseluruhan US$570 juta yang digunakan Rajawali untuk memiliki 68.6% kepentingan saham di EHP.

Sekiranya urusan pembelian Felda ini berjaya, maka ini bermakna Rajawali Group memiliki 31.6% kepentingan saham EHP pada harga hampir percuma iaitu sekadar US$64.6 juta manakala Felda pula memiliki 37% kepentingan saham EHP pada harga US$505.4 juta, 6.5 kali ganda lebih mahal daripada apa yang dibayar Rajawali Group.

Walaupun Felda menyatakan bahawa “inilah peluang terakhir untuk Felda/Malaysia atau mana-mana pihak asing lain untuk melabur dalam sebuah syarikat Indonesia yang memiliki tanah simpanan yang amat luas” dan “kerajaan Indonesia juga bersetuju untuk memberi pengecualian sekali ini sahaja menerusi perjanjian ini”, apakah atas faktor itu Rajawali Group perlu diberi untung bulat-bulat sebegitu besar?

Yang menyedihkan, walaupun saham Felda di EHP lebih besar dan mahal berbanding Rajawali Group, namun Felda hanya berstatus pelabur di EHP.

Selain itu, umum mengetahui pemilikan tanah di Indonesia adalah rumit. Kebanyakan tanah hanya dipajak untuk 30 tahun, dan diberi opsyen untuk disambung untuk 30 tahun akan datang. Jadi sepatutnya, penilaian terhadap pertanian di Indonesia adalah rendah.

Sekiranya satu hari nanti, Felda ingin menjual kepentingannya di EHP, apakah Felda mampu mendapat kembali US$505.4 juta yang dibayarnya hari ini? Felda perlu memikirkan hal ini memandangkan ianya berstatus pelabur di EHP.

Laporan akhbar juga menyatakan bahawa Felda akan menggunakan sukuk dan mengambil hutang bagi membiayai pengambilalihan dalam kepentingan EHP.

Ini adalah satu beban yang baru untuk Felda. Bukan itu sahaja, adalah dipercayai Felda juga perlu melabur di dalam kos operasi EHP untuk menanam pokok-pokok baru di kawasan-kawasan yang belum diusahakan, dan hasilnya akan dinikmati 6 tahun kemudian (berdasarkan anggaran purata masa untuk pokok sawit berbuah).

Felda sudah tentu mengharapkan sumber dananya mencukupi untuk menampung beban-beban baharu ini, dan semestinya ini akan memberikan tekanan kepada FGV, yang perlu membayar RM250 juta tunai setahun untuk 20 tahun dan 15% keuntungan daripada penjualan hasil tandan buah segar (TBS) seperti yang tertera di perjanjian pajakan tanah (LLA) antara Felda dan FGV.

Apakah yang akan terjadi pada kewangan Felda sekiranya FGV gagal menunaikan tanggungjawab kewangannya kepada Felda memandangkan FGV kini dibelenggu masalah kos pengeluaran kerana LLA tersebut selain ia adalah saham pertanian terburuk semenjak ia disenaraikan di Bursa Malaysia?

PAS bimbang pembelian kepentingan di EHP akan menyebabkan sumber kewangan yang ada pada Felda menipis dan akhirnya tersepit lalu membantutkan operasinya dan mereka yang menerima padah semua ini ialah para peneroka manakala mereka yang bertakhta tinggi di Felda seperti Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sekadar menuding jari sesama sendiri.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
29 Rabiul Awal 1438 / 29 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 29/12/2016

Sumber HD - 29-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































KWSP hilang keyakinan pada FGV?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43647-kwsp-hilang-keyakinan-pada-fgv
Kenyataan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahawa pihaknya tidak lagi memegang apa-apa kepentingan saham dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menunjukkan betapa rendahnya keyakinan pelabur pada Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad hari ini.

Kesian kepada para peneroka yang masih perlu membayar balik setiap bulan duit pinjaman yang diambil untuk memiliki saham FGV, yang kini berlegar pada paras RM1.63, 63.5% lebih rendah berbanding dengan nilainya ketika disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2012 dengan harga RM4.45 sesaham.

Beberapa penganalisis berkata prestasi saham FGV tidak akan menyebabkan Umno BN kehilangan undi.

Pandangan ini akan terbukti silap terutamanya apabila para peneroka mula merasai manfaat-manfaat yang diperolehi selama ini mula terkikis sedikit demi sedikit susulan masalah kewangan yang dihadapi Felda untuk menyelamatkan FGV.

Peneroka hari ini sudah pun merasai nilai pulangan hasil yang rendah daripada ladang-ladang yang diuruskan Felda.

Meskipun FGV masih ialah pengeluar sawit terbesar di Malaysia, namun masa depan FGV agak malap kerana kadar pengeluaran tandan buah segar (FFB) adalah terendah, iaitu 14% sahaja berbanding saingannya IOI (55%), Sime Darby (45%) dan Genting Plantations (14%).

Bukan itu sahaja, masalah kewangan FGV bakal mengganggu hidup peneroka apabila isu seperti perumahan untuk peneroka generasi kedua yang terbengkalai, kelewatan bayaran hasil kelapa sawit dan kos sara hidup yang meningkat kerana kejatuhan nilai Ringgit semakin menjadi-jadi.

Jika saham FGV terus merudum, siapa yang bakal menyelamatkannya? Seperti 1MDB, siapa yang membayar pada akhirnya kalau bukan kerajaan menggunakan duit yang dikutip daripada poket rakyat?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
22 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 22/12/2016

Sumber HD - 22-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Bagaimana nasib peneroka dan masa depan Felda?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43600-bagaimana-nasib-peneroka-dan-masa-depan-felda

DI sebalik pelancaran MRT, statistik-statistik yang cuba menyakinkan rakyat bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan baik, pemberian BR1M dan sebagainya, masa depan peneroka Felda yang bergantung pada prestasi Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) nampaknya terus malap.

Sejak pelancaran FGV pada 2012 di Bursa Malaysia pada harga RM4.45 sesaham, nilai saham FGV terus merosot ke tahap yang menyayatkan RM1.68 sesaham pada Jumaat yang lepas.

Hakikatnya, saham FGV boleh dikategorikan sebagai saham yang berprestasi terburuk di dalam sektor pertanian.

Kita tentu masih ingat sewaktu FGV dilancarkan, PM Datuk Seri Najib Razak berkata penyenaraian FGV merupakan yang terbesar di Asia pada tahun ini dan tawaran awam permulaan (IPO) itu merupakan yang kedua terbesar di dunia pada tahun ini selepas Facebook.

Masalah FGV tidak lain tidak bukan berpunca daripada kelemahan pengurusan dan juga harga minyak sawit yang rendah.

Bagi peneroka Felda biasa, amat susah untuk mereka fahami bagaimana boleh berlakunya penyelewengan di Felda Iffco Gida Sanayi, sebuah anak syarikat yang dimiliki 50% saham oleh FGV di Turki, yang mengalami kerugian saham luar biasa sebanyak RM57 juta.

Penyelewengan tersebut itu menyebabkan kerugian suku ketiga FGV yang berakhir 30 September melebar daripada RM33.9 juta tahun yang lalu ke RM94.86 juta tahun ini.

Ketika perkara itu didedahkan, dilaporkan juga bahawa jumlah kerugian saham luar biasa itu adalah akan tertakluk kepada hasil audit forensik.

Apakah perkembangan audit forensik setakat ini? Apakah ada pihak atasan FGV dan Felda yang akan bertanggungjawab ke atas penyelewengan ini?

Bukan itu sahaja, Jabatan Audit Negara juga telah mendedahkan sejumlah 64 kontrak untuk perolehan ‘light detection and ranging’ (LiDAR) bernilai RM148.42 juta telah ditandatangani tanpa kebenaran yang sah. Selain itu, projek jalur lebar serta tiga projek lain juga dilaporkan mengalami kerugian kerana kelemahan perlaksanaan dan pemantauan.

Prestasi Felda selepas Tan Sri Isa Samad sejak menjawat Presiden amat tidak menyakinkan peneroka. Felda bukan sahaja berdepan dengan penyelewengan di bawah Tan Sri Isa, ia juga berdepan dengan pengurangan hasil akibat profil usia pokok sawit yang tua, kegagalan merancang penanaman semula yang berkesan dan kelemahan pemantauan terhadap prestasi anak-anak syarikat.

Walaupun Isa Samad berkata yang dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara siri dua sebelum ini telahpun diambil tindakan pihaknya, namun hakikatnya para peneroka tidak mengetahui bilakah FGV akan kembali membawa keuntungan kepada mereka.

Bagi PAS, sebagai Pengerusi Felda, Isa Samad perlu memikul tanggungjawab keatas kerugian ini dan bukan hanya mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat.

Dengan suasana ekonomi yang semakin mencabar, FGV berdepan masa mencabar pada 2017. Nasib peneroka Felda semakin malap jika tiada sebarang penambahbaikan yang konkrit dilakukan untuk menukar nasib FGV.

Dengan melihat bertambahnya projek perumahan generasi kedua Felda terbengkalai, semakin ramai peneroka tertanya-tanya akan kesihatan kewangan Felda – apakah ia seperti nilai saham FGV hari ini?

Nasib peneroka dan prestasi FGV bakal menjadi satu isu penentu nasib politik Umno di PRU14.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
19 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 19/12/2016

Sumber HD - 19-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Rasulullah SAW diutus angkat tamadun sebenar manusia

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .













http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43545-rasulullah-saw-diutus-angkat-tamadun-sebenar-manusia

Pengutusan Rasulullah SAW ke muka bumi adalah sebesar-besar rahmat bagi manusia. Tanpa Rasul manusia tidak mengetahui siapa Tuhan yang sebenar, tanpanya manusia tidak mengetahui tujuan penciptaannya, tanpanya manusia tidak mengetahui sesuatu yang ada di alam ghaib, manusia tidak akan mengetahui adanya malaikat, syurga, neraka, adanya alam mahsyar, alam barzakh, bahkan tanpa Rasulullah manusia tidak mengetahui halal dan haram, dosa dan pahala.

Pengutusan yang sangat besar kurniaan Allah telah berjaya merubah alam seluruhnya. Telah mengangkat tamadun sebenar manusia setelah mereka hidup dalam kegelapan jahiliah berkurun lamanya.

Ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda mengajar sesuatu yang lebih besar dari apa yang akal manusia fikirkan. Peniaga mungkin bimbang kalau rugi dalam perniagaannya, namun Baginda lebih bimbang kalau peniaga untung dengan jalan penipuan dan penyelewengan. Ibu bapa bimbang kalau anaknya dalam kelaparan, tetapi nabi bimbang kalau umatnya kenyang dengan makanan yang haram. Ahli politik bimbang kalau tidak mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Namun Islam lebih bimbang kalau kemenangan akan mengukuhkan sistem jahiliah. Ada orang bimbang kalau tidak boleh sampai Putrajaya, tetapi Islam lebih bimbang kalau tidak sampai ke syurga.

Dunia mengkagumi kehebatan Rasulullah SAW kerana kejayaan yang dicapainya. Namun pengutusan baginda bukan untuk dikagumi sebaliknya Baginda diutus untuk kita mencontohinya. Tidak mungkin kita mampu mengambil Baginda sebagai model tanpa kita mengenalinya. Marilah kita mengkaji, membaca dan menekuni sirah Baginda lalu kita mampu menjadi umat Baginda. Kerana banyaknya hadis yang Nabi tidak mengaku umat nanti di akhirat.

Marilah kita berpegangan teguh dengan segala sunahnya, mempertahan kesuciannya, dan menyebar ajaran Baginda.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sehampir-hampir manusia dengan darjat kenabian ialah mereka yang ahli jihad dan ahli ilmu . Ahli jihad kerana mereka menyambung perjuangan para Rasul. Manakala ahli ilmu kerana mereka menyambung risalah para nabi".

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW.

Tuan Ibrahim Tuan Man
12 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 12/12/2016

Sumber HD - 12-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Will Not Work With PAN

PAS will not work with its offshoot party Parti Amanah Negara but is still discussing with opposition Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), its deputy president said today.

PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man also said the party was disappointed with Amanah, as its leaders had gone off with “seats” when exiting PAS.

“Amanah has no seats, how to work with people that have seats? I think Amanah wants to cooperate because they want seats. PAS has already said before this, we will defend the existing seats,” he was quoted saying by local daily Sinar Harian.

Tuan Ibrahim said PAS had always aided its political allies during elections, including Parti Perikatan Negara, the now-defunct Semangat 46 and PKR.

“PAS gave seats, gave machinery to help our friends. That means in political partnership each time, PAS is prepared to sacrifice seats, but PAS is very disappointed with what was done by DAP and Amanah to PAS,” he said.

He also said that PAS will discuss partnering PPBM, adding that the Islamist party is open to talks with any party for collaboration in the elections, with the condition that they do not make off with seats under PAS.

Sumber BO - 9-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umno tetap saingan Pas
Posted on Tuesday, December 06 @ 11:51:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32736



KUANTAN - Pas sehingga kini masih menganggap Umno adalah saingan terbesar parti Islam itu.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, disebabkan itu, Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi yang dimenangi mereka dilepaskan ke tangan Pas begitu sahaja, sekiranya ada kerjasama politik dengan parti terbesar terbabit.

Menurutnya, justeru Pas juga pasti tidak akan melepaskan kerusi yang dimenangi begitu sahaja meskipun jumlahnya jauh lebih kecil jika dibandingkan apa yang Umno ada.

“Oleh itu, adalah mustahil bagi Pas dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara Pas dan Umno hanyalah fitnah.

“Dari sudut politik, sejarah membuktikan Pas adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun Pas tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat,” katanya di sini, semalam.

Katanya, sebagai contoh, Pas di Kelantan telah mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno.

Tambahnya, pada masa kini, Pas juga mengemudi RUU355 dan parti Islam itu buat kali ketiga membuat perhimpunan untuk Rohingya serta akhirnya Umno turut menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan juga bantahan kepada Rohingya.

“Jika Pas bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak Pas? Pas adalah parti pembangkang yang matang dan efektif, di mana ia mampu membezakan isu yang perlu bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan.

“Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas akan terus menjadi perintis kepada pendekatan matang dan sejahtera sebagai budaya baru di dalam sistem demokrasi negara.


  Pada masa sama, katanya, Pas adalah saingan terbesar kepada Umno di arena politik bagi menggantikan sistem negara dengan Islam.

Sumber TKO - 6-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































































































































































PAS tetap saingan terbesar Umno

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43477-pas-tetap-saingan-terbesar-umno

Kerjasama politik pada asasnya melibatkan rundingan kerusi.

Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi-kerusi yang dimenangi mereka untuk dilepaskan ke tangan PAS begitu sahaja, dan sudah pastinya PAS juga tidak akan melepaskan kerusi-kerusi menangnya yang jumlahnya jauh lebih kecil berbanding apa yang Umno ada.

Oleh itu, adalah mustahil bagi PAS dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara PAS dan Umno hanyalah fitnah.

Dari sudut politik, sejarah membuktikan PAS adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun PAS tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat.

Contohnya, PAS di Kelantan mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno.

Hari ini PAS juga mengemudi RUU 355 dan bantahan terhadap penindasan Rohingya (untuk makluman semua, hari ini adalah kali ketiga PAS berhimpun untuk Rohingya), dan akhirnya Umno turut serta menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan juga bantahan kepada Rohingya.

Jika PAS bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak PAS?

PAS adalah parti pembangkang yang matang dan efektif, di mana ia mampu membezakan isu yang perlu bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan. Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain.

PAS akan terus menjadi perintis kepada pendekatan matang dan sejahtera sebagai budaya baru di dalam sistem demokrasi negara.

PAS tetap adalah saingan terbesar kepada Umno di arena politik bagi menggantikan sistem negara dengan Islam.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
4 Disember 2016

Sumber HD- 5-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya 4 Dis

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43408-himpunan-solidariti-ummah-untuk-rohingya-4-dis

Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran NGO-NGO Islam Malaysia akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 4 Disember 2016
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti rakyat Malaysia bersama dengan umat Islam Rohingya yang sedang dibunuh dan dihalau secara zalim dari tanah air mereka.

Himpunan ini juga akan mengumpulkan NGO-NGO serta tokoh-tokoh politik, masyarakat dan negara. Antara tokoh yang akan bersama dalam himpunan ini ialah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang turut diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan dan pandangannya bagi menangani isu Rohingya.

Tokoh-tokoh agamawan seperti para mufti, kadi, imam dan para pendakwah turut akan hadir bagi menyatakan kebersamaan dengan derita Rohingya. Selain mereka juga akan memimpin solat hajat dan munajat.

Marilah kita sama-sama menjayakan Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya ini dengan turut hadir berhimpun sebagai tanda kebersamaan kita dengan saudara Islam yang sedang bergelut menyelamatkan maruah hidup mereka dalam dunia yang gelap hitam kerana dizalimi rejim yang kejam.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS - HARAKAHDAILY 30/11/2016

Sumber HD - 30-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU 355 tidak seharusnya jadi isu polemik
Posted on Tuesday, November 29 @ 07:12:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32631



KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man tegaskan isu Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta 355 ini tidak seharusnya dipolemikkan.
Menurutnya, ia merupakan hak orang Islam yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara.
"RUU 355 yang dibawa oleh Presiden Pas seharusnya tidak menjadi isu besar kerana kami mengikuti prosedur yang betul dan membawanya ke Parlimen untuk dibahaskan.

"Lagipun ia berkait rapat dengan orang Islam oleh itu, orang ramai harus melihatnya sebagai satu usul yang positif," katanya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Sebelum ini, usul pindaan Akta 355 ini telah dibawa ke Parlimen oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui usul persendirian.

Tambahnya lagi, parti-parti di negara ini perlu mengubah persepsi mereka jika mahu negara yang lebih sejahtera.

"Tidak semestinya jika kerajaan yang bawa usul, ia baik dan jika pembangkang yang bawa usul ia tidak baik.

"Kita tidak perlu lihat siapa yang membawa usul ini tetapi lihat apa isu yang dibawa, jika ia bagus, kita sokong, jika tidak bagus, kita bantah. Barulah  negara aman sejahtera," katanya lagi. 

Sumber TKO - 29-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Apa langkah kerajaan tangani kejatuhan ringgit?

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43381-apa-langkah-kerajaan-tangani-kejatuhan-ringgit

PADA 12 April 2016, ketika nilai Ringgit mencatat prestasi terbaik di Asia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya berkata:

“Ini mungkin mengejutkan lawan politik saya, yang mendakwa jika saya terus menjadi perdana menteri, ringgit akan menyusut 4.80 kepada dolar. Kini (ringgit) mencatat 3.88 berbanding dolar.”
(http://www.barisannasional.org.my/news/ringgit-mata-wang-terbaik-di-asia-pm-najib)

Melihat nilai Ringgit yang kini menyusut ke RM4.47 kepada satu dolar Amerika Syarikat dan menjadi mata wang Asia yang paling menyusut nilainya sejak kemenangan Donald Trump, rakyat terbayang soalan ini di minda - apakah PM telah ketawa terlalu awal April lalu?

Kini, para penganalisis ekonomi menjangkakan nilai Ringgit akan terus menyusut di 2017, malah ada yang membuat prediksi bahawa ia akan menyusut ke paras RM5. Sekiranya Najib masih menjadi PM di 2017, maka prediksi-prediksi ini adalah selari dengan apa yang diketawakan Najib terhadap lawan politiknya bulan April yang lalu.

Ketika nilai Ringgit meningkat di awal tahun ini, PM berkata keputusan rombakan kabinet pada 28 Julai di tahun 2015 telah sedikit sebanyak menyumbang ke arah prestasi baik nilai Ringgit.

Apa pula reaksi Najib sebagai Menteri Kewangan terhadap nilai Ringgit hari ini? Apakah yang PM akan tundingkan sebagai penyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit, yang menjadi prestasi terburuk di Asia hari ini? Jika peningkatan nilai Ringgit berkait dengan rombakan kabinet, apakah kejatuhan nilai Ringgit ini berkait dengan prestasi kabinet yang tidak memuaskan?

Apakah kerajaan sudah ada langkah-langkah untuk mengawal inflasi berganda ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan segala penarikan balik subsidi?

PAS juga mengikuti rapat langkah-langkah yang diambil Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menstabilkan nilai Ringgit dengan gesaan menghentikan dagangan ringgit di luar pesisir terutamanya perdagangan ringgit di pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF).

Rizab BNM berada pada AS$140 bilion pada suku pertama 2013 sebelum turun kepada AS$100.5 bilion pada 15 Julai.

Pada 14 Ogos 2015, rizab antarabangsa BNM jatuh di bawah AS$100 bilion kepada AS$94.5 bilion kerana aktiviti menyokong nilai Ringgit di pasaran dengan membeli unit tempatan itu.

Setakat 15 Nov 2016, rizab antarabangsa BNM masih di bawah AS$100 bilion iaitu pada AS$98.3 bilion.

Melihat pada data-data ini, PAS khuatir sekiranya langkah-langkah yang diambil BNM ini tidak berkesan, apakah rizab antarabangsa yang ada hari ini dapat menampung nilai Ringgit sekiranya ia terus menyusut seperti yang dijangkakan para penganalisa ekonomi?

BNM dan kerajaan perlu jujur dalam mencari sebab mengapa nilai ringgit paling terjejas di rantau Asia. Jangan pendamkan sebab sebenar hanya kerana menjaga maruah seseorang sementara rakyat terus dimiskinkan melalui susutan nilai Ringgit.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
28 November 2016 – HARAKAHDAILY 28/11/2016

Sumber HD - 28-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Jangan salahgunakan Sosma

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43265-jangan-salahgunakan-sosma

Penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) adalah tidak betul, dan keterlaluan.

Kerajaan pernah memberi jaminan bahawa tidak seperti ISA, Sosma dan undang-undang lain tidak akan disalahgunakan oleh kerajaan bagi tujuan politik dan yang tidak ada kena-mengena dengan keselamatan dalam negeri.

PAS konsisten menentang sebarang bentuk kezaliman dan salahguna kuasa terhadap sesiapa pun.

Oleh itu, PAS menggesa pihak berkuasa berlaku adil kepada Maria Chin dan membebaskan beliau segera daripada penahanan di bawah Sosma.

Kerajaan tidak harus mengulangi kesilapan ketika menggunakan Sosma terhadap Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathhias Chang kerana melaporkan isu 1MDB.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
20 November 2016 - HARAKAHDAILY 20/11/2016

Sumber HD - 20-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































Fokus tadbir negara, bukan mengutuk lawan politik

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43189-fokus-tadbir-negara-bukan-mengutuk-lawan-politik

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberikan tumpuan kepada masalah ekonomi negara, terutamanya persepsi antarabangsa terhadap Malaysia dan nilai Ringgit daripada menghabiskan masa mengutuk tindakan politik lawan politiknya.

Sebagai Menteri Kewangan, rakyat mengharapkan sekurang-kurangnya Najib dapat memberi pembentangan pelan yang membawa ketenangan sekiranya nilai ringgit terus menjunam dalam suasana antarabangsa yang tidak menentu ekoran kejayaan Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Rakyat perlu mengetahui apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengawal kenaikan inflasi dan kos sara hidup sekiranya nilai ringgit jatuh ke paras RM5 ke USD1?

Rizab Bank Negara berada pada paras RM405.5 bilion (bersamaan AS$97.8 bilion) setakat 31 Oktober 2016. Berapakah rizab Bank Negara yang telah digunakan Jumaat lalu ketika nilai Ringgit menjunam ke tahap RM4.72 ke USD1 sebelum pulih ke paras RM4.4 ke USD1?

Mengapa kerajaan memilih untuk menolak permintaan Switzerland bagi mendapatkan bantuan undang-undang bagi menyiasat dakwaan rasuah berkaitan 1MDB? Bukankah kerjasama ini akan dapat membantu sedikit sebanyak memulihkan persepsi antarabangsa terhadap negara?

Apa pula reaksi kerajaan terhadap kenyataan Unit Jenayah Kolar Putih Singapura yang mengenal pasti ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho sebagai orang penting dalam siasatan pengubahan wang haram yang melibatkan 1MDB?

Apakah kerajaan tidak mahu mengetahui lebih lanjut siapa di belakang Jho Low, dan bagaimana wang 1MDB telah dicuri?

Kepada anak-anak muda, di dalam suasana tidak menentu ini, kalian dinasihatkan tidak memilih pekerjaan dan menerima apa sahaja peluang yang ada. Ambil pengalaman kerana perjalanan anda semua masih jauh.

Gunakan ilmu yang ada bagi membina kesedaran masyarakat bahawa negara ini perlu diurus-tadbir dengan baik oleh mereka yang jujur, amanah dan bertanggungjawab terhadap jawatan yang Allah pikulkan ke atas bahu mereka. Daftarlah sebagai pengundi, barulah anda mempunyai kuasa dan hak anda untuk membuang pemimpin yang tidak jujur, amanah dan bertanggungjawab di Pilihan Raya Umum ke -4.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
14 November 2016 – HARAKAHDAILY 14/11/2016

Sumber HD - 14-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Golongan muda perlu warisi kepimpinan perjuangan Islam

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43113-golongan-muda-perlu-warisi-kepimpinan-perjuangan-islam

KOTA BHARU: Golongan muda khususnya Ameerah perlu mendepani masyarakat dengan kehebatan tersendiri dalam menangani masalah yang dihadapi mereka.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, golongan muda hari ini perlu mewarisi kepimpinan perjuangan Islam yang diwarisi PAS kerana mereka bakal mentadbir negara berteraskan Islam.

“Kerana itu Ameerah atau golongan muda yang lainnya perlu bersama untuk membawa wadah perjuangan ini di mata masyarakat,” ujarnya pada sesi ramah mesra bersama Ameerah Kelantan di JKR 10, di sini kelmarin. Hadir sama pada majlis itu, Anggota Dewan Negara, Khairiah Mohamed dan Pengarah Amerah negeri, Farawahida Mat Wi.

Beliau turut mengingatkan golongan itu mempertahankan kemenangan Kelantan yang telah menjangkau 26 tahun dengan sebaik-baiknya.

Katanya, musuh di kanan dan kiri perlu dikenali sebagai langkah untuk mempertahankan kemenangan kerajaan negeri.

“Jadikan diri sebagai jurucakap parti pada masyarakat, sentiasa memperlihatkan program yang dianjurkan pada masyarakat supaya mereka tahu tentang kewujudan Ameerah,” ujarnya.

Sempena program itu juga diadakan sesi dialog untuk mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan parti. - HARAKAHDAILY 7/11/2016

Sumber HD- 7-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selain Husni, siasat juga semua menteri Kabinet
Posted on Tuesday, November 01 @ 08:40:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32182



KUALA LUMPUR - Pas mendesak polis supaya menyiasat seluruh menteri Kabinet berkaitan isu‎ 1MDB.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, siasatan itu perlu untuk mendapat kepastian apakah mereka dengan sengaja mengelirukan orang awam mengenai 1MDB.

‎"Jika (Datuk Seri) Ahmad Husni Hanadzlah perlu disoal siasat, seluruh Kabinet juga perlu disoal siasat ," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

‎Katanya oleh itu, ‎Pas menasihatkan polis agar  tidak membazirkan tenaga dan masanya untuk menemuramah Husni yang telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

"Sebaliknya, polis perlu terus menyiasat kes 1MDB yang sudah tertangguh lama," katanya lagi.

Malah,ujar Tuan Ibrahim  pada 20 Oktober yang lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata, polis masih pada tahap mengesan saksi bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung 1MDB.

"Soalan Husni di bawah sebenarnya perlu dijawab polis dan Peguam Negara dan bukannya membawanya untuk disoalsiasat," katanya.

Terdahulu Husni dalam perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini berhujah mengenai 1MDB antaranya bertanyakan tujuan syarikat itu ditubuhkan, dan pelbagai lagi persoalan mengenai 1MDB.

Sumber TKO - 1-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































1MDB: Kalau Husni pun tak tahu, takkanlah polis tahu

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43037-1mdb-kalau-husni-pun-tak-tahu-takkanlah-polis-tahu

Kalau Husni pun tak tahu, takkanlah polis tahu dan faham isu 1MDB
Tindakan bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan isu 1MDB di parlimen setelah gagal mendapat jawapan yang meyakinkan dalam kabinet wajib dipuji.

PAS menasihatkan pihak polis tidak membazirkan tenaga dan masanya untuk menemuramah Husni yang telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Sebaliknya, polis perlu terus menyiasat kes 1MDB yang sudah tertangguh lama. Malah, pada 20 Oktober yang lalu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata polis masih pada tahap mengesan saksi bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung 1MDB.

Soalan Husni di bawah sebenarnya perlu dijawab polis dan Peguam Negara dan bukannya membawanya untuk disoal siasat.

“Soalan pertama, mengapa kita tubuhkan 1MDB, dalam konteks itu mengapa kita letak lebih kurang RM16 billion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh International Petroleum Investment Company (IPIC), sebuah syarikat dimiliki oleh dua anak raja yang didaftar di British Virgin Island.

“Mengapa tindakan undang-undang tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit di tempat yang tidak betul, dan mengapa tidak ambil tindakan kepada dua anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?”

Jika seorang Menteri Kewangan kedua seperti Husni yang bekerjasama dengan Menteri Kewangan pertama yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai hak untuk bertanya di parlimen, apakah lagi rakyat biasa yang inginkan kebenaran mengenai isu 1MDB didedah?

Jika Husni perlu disoal siasat, seluruh kabinet juga perlu disoal siasat, apakah mereka dengan sengaja mengelirukan orang awam mengenai 1MDB.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
31 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 31/10/2016

Sumber HD- 31-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




PAS Ramal GST mungkin naik jika BN kekal pasca PRU14
Posted on Sunday, October 23 @ 20:48:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32103



Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan rakyat negara ini bahawa kemungkinan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan jika kerajaan Umno-BN kekal berkuasa pasca pilihan raya umum ke-14 adalah amat tinggi.
Ini akan terjadi, ujar beliau, sekiranya kerajaan gagal mempelbagaikan hasil pendapatan untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar.

"Sekiranya jangkaan hasil kerajaan tidak menepati sasaran, apakah lebih banyak duit yang akan diambil dari rakyat untuk menampung perbelanjaan kerajaan?

"Apakah itu intipati sebenar di sebalik mesej ‘ikat perut’ PM ketika membentangkan bajet 2017?," tanya beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan kadar GST dikekalkan pada enam peratus dengan unjuran perolehan sebanyak RM40 bilion berbanding RM38.5 bilion tahun ini dan sekaligus membentuk 18.2 peratus daripada jumlah hasil negara.

Beberapa hari yang lalu, PAS mencadangkan cukai ke atas keuntungan yang dibuat hasil saham yang diperdagangkan di Bursa Saham Malaysia dan simpanan syarikat serta korporat bagi menggantikan GST.

Parti itu mendakwa dengan pelaksanaan cukai berkenaan akan membawa anggaran hasil sebanyak RM51.5 bilion, yang jauh lebih tinggi daripada GST.

Ia membuat cadangan ini dalam Dokumen Hijau, sebuah dokumen yang memperincikan cadangan penyelesaian parti itu berhubung isu ekonomi yang disebabkan oleh GST, penurunan nilai mata wang dan kenaikan kos sara hidup.

PAS berhujah sementara GST mencukai golongan miskin, cukai ke atas simpanan korporat dan dagangan saham akan menjadikan golongan kaya sebagai sasaran.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, dengan ekonomi dunia yang dijangka tidak menentu pada 2017, cara kerajaan membuat jangkaan kutipan hasil daripada cukai pendapatan individu dan syarikat akan meningkat boleh disifatkan sebagai goyah.

"Pada 2016, selain ringgit mencapai nilai terendah dalam sejarah negara, kilang-kilang besar seperti JVC di Shah Alam, Seagate, Western Digital di Pulau Pinang telah menutup kilangnya di Malaysia kerana ekonomi dunia.

"Nilai ringgit yang rendah juga menyebabkan keuntungan pelbagai syarikat berkurangan.

"Berdasarkan itu, negara kira bernasib baik sekiranya tiada syarikat lain meninggalkan Malaysia dan penggangguran tidak meningkat pada tahun 2017 apatah lagi ingin mendapat peningkatan hasil daripada cukai pendapatan individu mahupun syarikat," tambahnya.

Sumber TKO -n 23-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Jangkaan hasil Kerajaan Persekutuan goyah

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42937-jangkaan-hasil-kerajaan-persekutuan-goyah

Hasil Kerajaan Persekutuan buat tahun 2017 dianggarkan berjumlah RM219,726 juta. Apakah jangkaan ini akan menjadi realiti atau meleset seperti tahun 2016, yang dijangka akan berkurang 3% kepada RM212,595 juta berbanding RM219,089 juta pada 2015?

Apa yang menarik di dalam jangkaan hasil Bajet 2017 di dalam suasana ekonomi tidak menentu ialah jangkaan peningkatan di dalam cukai pendapatan sebanyak 9.7% pada 2017 (RM112,373 juta) berbanding 2015 (RM102,438) di mana peningkatan cukai pendapatan individu dianggarkan pada kadar 6% kepada RM29,853 juta (2016: RM28, 163 juta), syarikat 9.5% kepada RM69,193 juta (2016: RM63, 193 juta) dan petroleum 24.9% kepada RM10,637 juta (2016: RM8,517 juta) dengan andaian harga purata minyak mentah dunia 2017 yang lebih tinggi iaitu US45 setong berbanding US40 setong pada 2016.

Hujah kerajaan dalam membuat anggaran ini ialah anggaran ini adalah selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang dijangkan mencatat 4% - 5% serta pematuhan cukai yang lebih baik “kesan daripada penguatkuasaan dan pengauditan yang lebih cekap”.

Dengan ekonomi dunia yang dijangka tidak menentu di 2017, cara kerajaan membuat jangkaan bahawa kutipan hasil daripada cukai pendapatan individu dan syarikat akan meningkat boleh disifatkan sebagai goyah.

Pada 2016, selain Ringgit mencapai nilai terendah dalam sejarah negara, kilang-kilang besar seperti JVC di Shah Alam, Seagate, Western Digital di Pulau Pinang telah menutup kilangnya di Malaysia kerana ekonomi dunia.

Nilai Ringgit yang rendah juga menyebabkan keuntungan pelbagai syarikat berkurangan.

Berdasarkan itu, negara kira bernasib baik sekiranya tiada syarikat lain meninggalkan Malaysia dan pengangguran tidak meningkat pada tahun 2017 apatah lagi ingin mendapat peningkatan hasil daripada cukai pendapatan individu mahupun syarikat.

Kerajaan juga menjangkakan Petronas hanya akan menyumbangkan hasil yang lebih rendah iaitu RM13,000 juta pada 2017 berbanding RM16,000 juta pada 2016 manakala kutipan GST dijangka meningkat RM1,500 juta kepada RM40,000 juta pada 2017 berbanding RM38,500 juta pada 2016. Peliknya, mengapa kerajaan membuat unjuran dividen Petronas menurun pada masa yang sama pula unjuran harga purata sedunia setong minyak mentah dan cukai petroleum pula meningkat pada 2017?

Bukan itu sahaja, dividen dari Khazanah juga tidak kelihatan bertambah di mana ia sekadar kekal RM1,000 juta pada 2017 seperti 2016 iaitu lebih kurang dari dividen pada 2015 iaitu RM1,400 juta. Apakah ini petanda pelaburan Khazanah sepanjang 2016 tidak berkembang dengan baik?

Bajet 2017 memperlihatkan kerajaan Umno BN nampaknya masih kekal dengan hasil tradisi, tanpa berusaha untuk mencari sumber baru bagi meningkatkan pendapatan negara.

Pergantungan kepada sumber petroleum telah menjerat kerajaan bilamana harga komoditi tersebut merudum.

Sepatutnya negara Malaysia yang kaya dengan pelbagai hasil sumber asli dan kedudukannya yang strategik memudahkannya menarik pelabur luar. Namun sayang, imej negara merudum kerana rasuah dan terjebak dengan skandal 1MDB yang menjadi tumpuan dunia.

Hari ini, tumpuan harus ditumpukan kembali kepada sektor pertanian. Dua negara jiran kita iaitu Thailand dan Indonesia semakin jauh meninggalkan kita dalam sektor pertanian.

Malaysia juga harus mengambil kesempatan daripada Singapura yang hanya bergantung kepada sektor perkhidmatan. Kekurangan ini sebenarnya membuka ruang yang luas bagi negara mengambil posisi sebagai sektor bekalan sumber pertanian dan bahan mentah kepada negara jiran ini.

Pergantungan utama kerajaan kepada cukai iaitu duit daripada rakyat amat membimbangkan. Ia juga membuktikan kerajaan ketandusan idea bagi merancang dan mencari jalan keluar kepada kemelut ekonomi yang dijangka berterusan buat beberapa tahun mendatang.

Kebimbangan utama rakyat ialah apa yang bakal berlaku sekiranya jangkaan hasil Kerajaan Persekutuan ini jauh meleset? Di manakah kerajaan akan mendapatkan dana sekiranya hasil cukai pendapatan individu dan syarikat tidak bertambah sebagaimana yang dijangkakan kerana kemelesetan ekonomi dunia?

Bagaimana pula sekiranya Petronas tidak dapat menyumbang sebanyak yang dijangkakan dan pulangan GST tidak meningkat kerana penurunan kuasa beli rakyat secara mendadak kerana nilai Ringgit yang tidak pulih-pulih?

Sekiranya jangkaan hasil kerajaan tidak menepati sasaran, apakah lebih banyak duit yang akan diambil oleh rakyat untuk menampung perbelanjaan kerajaan? Apakah itu intipati sebenar di sebalik mesej ‘ikat perut’ PM ketika membentangkan Bajet 2017?

Walaupun PM menjamin kadar GST tidak dinaikkan, namun sekiranya kerajaan gagal mempelbagaikan hasil untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar, percayalah kemungkinan GST dinaikkan justeru kerajaan Umno BN kekal berkuasa adalah amat tinggi. Rakyat bersedialah sekiranya Umno BN kembali berkuasa selepas PRU14.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
22 Muharram 1438 / 23 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 23/10/2016

Sumber HD - 23-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































RUU 355: Musuh tidak akan berdiam

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42839-ruu-355-musuh-tidak-akan-berdiam

MELAKA: Berdamai, berkompromi mahupun bekerjasama adalah tindakan yang diharuskan oleh syarak selagimana tidak merampas hak Allah dengan tmenghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal, sebab ini hak Allah SWT.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, tumbangnya sistem Khilafah Islam menimbulkan bahaya iaitu tercabutnya akar umbi sistem Islam, lalu manusia menukar kepada sistem ciptaan mereka.

Katanya, manusia mencipta sistem kapitalis, sosialis, komunis, demokrasi dan lainnya dengan mencabut Tuhan dari sistem kehidupan antaranya pendidikan hingga segala dipelajari tidak ada Allah, lalu bangkitlah manusia dan pemerintah yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan.

“Bila berakhir sistem Khilafah Islam, berakhir sama sistem politik Islam, berakhirnya suatu sistem syumul, yang mengembalikan manusia kepada ketentuan Allah Taala dalam urusan tadbiran-Nya. Sebab itu paksi kepada seluruh perjuangan Islam ialah akidah.

“Akidah menuntut kita beriman, bukan politik, bukan kerana nak menang pilihan raya, tetapi kerana tuntutan akidah. Bila mana akidah manusia selamat, yakinlah akan selamat sistem politik mereka, sistem ekonomi, sistem sosial dan sistem perundangan mereka.

“Maka paksi kepada perjuangan Islam ialah mengembalikan kekuatan akidah perjuangan kita. Sebab itu kita terima hukum Allah kerana kita beriman kepada al-Quranul karim,” jelasnya pada Himpunan Menyokong RUU Pindaan Akta 355 sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 Dewan Pemuda PAS Malaysia di Balai Islam Pernu, malam tadi.

Terangnya, memperkasakan akidah perjuangan adalah asas yang menjadi akar umbi dalam perjuangan Islam.

Menurutnya, dalam banyak-banyak perintah, menurunkan undang-undang peraturan tetapi akal manusia payah menerima lalu mengkritik dan mempertikai kerana menganggap hukum tuhan tidak sesuai, kolot dan ketinggalan zaman.

Katanya, musuh tidak akan berdiam dan PAS memahami bahawa usaha mengemukakan pindaan itu tidak mudah di mana ada yang bangkit menentang menjadikannya polemik dan seolah-olah negara berdepan bala bencana besar atau malapetaka.

“Kita boleh naik taraf Mahkamah Syariah supaya menepati apa yang dikehendaki oleh syarak. Kalau tidak berjaya sekalipun, kita lepas tanggungjawab depan Allah di akhirat. Tetapi perjuangan akan diteruskan dan kita tidak akan undur dari perjuangan Islam. Kerana kita penuh yakin, tidak ada suatu sistem bagi menyelamatkan manusia dunia, sama ada sistem ekonomi, sistem politik.

“Nak basmi rasuah sebagai contoh, ada orang mengambil kesempatan dengan kelemahan undang-undang manusia, dia melakukan salah guna kuasa, melakukan penyelewengan yang tak boleh dihukum dengan undang-undang manusia, tetapi disana ada undang-undang Allah, yang tak hukum dunia, tapi Allah hukum akhirat, kalaupun tak dibalas dunia, kita akan dibalas di akhirat,” ujarnya penuh yakin.

Tambahnya, kerana itulah PAS berjuang kerana yakin bahawa perkara yang dibawa dan diperjuangkan berada di atas landasan disebut oleh Allah.

Menurut beliau lagi, terjadinya sedemikian kerana perkara itu berkait dengan Islam dan PAS menegaskan akan terus membawa RUU itu atas tanggungjawab dan kewajipan kepada Allah.

“Kadang-kadang tindakan kita dalam konteks politik kita rugi. Almarhum Tok Guru Nik Aziz bila laksana mengharamkan perjudian di Kelantan, bar, disko dan pusat-pusat maksiat dan hiburan yang melampau, dalam konteks politik kita rugi. Kaki judi tak undi kita, tauke judi tak undi kita.

“Tetapi kita tegaskan bahawa, perjuangan kita bukan sekadar undi, perjuangan kita mencari reda Allah SWT. Bila Allah reda kepada kita, nescaya Allah akan mudahkan urusan kita insya- Allah, kerana tidak ada kuasa melainkan apa yang ditentu oleh Allah,” ujarnya penuh yakin.

Tambahnya lagi, hasil kemenangan PAS di Kelantan telah mengubah sistem ekonomi di Malaysia apabila wujudnya sistem perbankan Islam, sistem pajak gadai Islam serta wujudnya pelbagai program-program bersifat kebajikan rakyat.

Beliau turut menafikan tuduhan bahawa perjuangan PAS hanya untuk hukum hudud, tetapi hakikatnya mengisi kekosongan yang tidak ada parti yang memperjuangkan hukum Allah s.w.t.

“Siapa lagi kalau tidak kepada PAS untuk menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi Allah? Almarhum Tok Guru Nik Aziz sering kali sebut satu kalimah, “bumi ini bumi Allah, langit ini langit Allah, kita makan rezeki Allah, kita pijak bumi Allah, kita bernaung di bawah rahmat Allah, (tapi) hukum Tuhan tak boleh berjalan di atas bumi Tuhan, siapa kita?

“Siapa kita yang seolah-olah lebih hebat daripada Allah Taala? Apa yang berlaku? Hari ini dunia perlu kepada satu sistem membetulkan semula penyelewengan yang sedang berlaku di seluruh dunia,” ujarnya merujuk Islam sebagai penyelesaian. - HARAKAHDAILY 16/10/2016

Sumber HD - 16-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































































































Pengurusan berhemah: Kenyataan PM sukar dipercayai

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42783-pengurusan-berhemah-kenyataan-pm-sukar-dipercayai

Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan mahu menghulurkan sebanyak mungkin bantuan dan manfaat untuk rakyat dalam Bajet 2017 namun pada masa sama mengurus kewangan negara secara bertanggungjawab dan berhemah.

Hujah PM sedap didengar, namun rakyat sukar mempercayainya.

Bukan sahaja negara terpaksa berdepan dengan nilai Ringgit yang lemah, dan harga minyak yang belum pulih serta keadaan Petronas yang ketat, negara juga diancam dengan ketirisan dan rasuah yang sistemik di bawah pemerintahan yang diterajui Umno.

Rampasan RM114.5 juta oleh SPRM daripada dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di sini, yang didakwa menyalahgunakan kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah baru-baru ini yang disifatkan sebagai ikan kecil oleh pelbagai pihak adalah bukti kepada perkara ini. Bayangkan berapa banyak duit yang boleh dijumpai kalau mereka tergolong antara ikan-ikan jerung.

Kesungguhan PM mengawal belanja boleh dinilai daripada kesungguhannya mengawal pembelanjaan Jabatan Perdana Menteri selama ini, di mana hampir peruntukan JPM meningkat dari RM13 bilion kepada RM20 bilion dari tahun 2012 ke 2016, dan angka ini dijangka meningkat pada 2017. Yang menyedihkan ialah sementara bajet JPM meningkat, bajet untuk rakyat seperti pendidikan pula dikurangkan.

Jika PM serius mengenai perbelanjaan negara, selain perbelanjaan berhemah, perbelanjaan negara juga perlu tepat ke sektor yang menjana peluang pekerjaan seperti sektor tenaga bersih, infrastruktur, syarikat kecil dan terutamanya sektor pendidikan yang membina rakyat dan negara untuk jangka masa panjang, dan bukannya JPM.

Pendidikan memberi keyakinan. Keyakinan membawa harapan. Harapan membawa keamanan. Oleh itu, pendidikan menjadi asas kepada pembangunan rakyat dan negara.

Gunakan dana yang dijimatkan melalui pelbagai subsidi yang ditarik balik daripada rakyat seperti beras, gula, tepung, minyak dan gas untuk memberikan pendidikan sekolah rendah dan menengah secara percuma kepada anak-anak warganegara yang ibu bapa berpendapatan rendah. Gunakan dana itu untuk meringankan beban kepada anak-anak muda yang berhutang untuk membiayai pendidikan, seperti PTPTN untuk melanjutkan tempoh pembayaran balik semula.

Perdana Menteri dan pasukan PEMANDU sentiasa melaungkan negara akan menjadi negara sumber pendapatan tinggi di tahun-tahun. Jika itu ialah matlamat utama, maka sepatutnya pelaburan perlu difokuskan ke sektor pendidikan.

PM usah risau dengan pengurangan bajet JPM pada 2017 asalkan PM terus memastikan rasuah dibanteras. Bayangkan kalau ada 10 rumah lagi seperti di Sabah diserbu di seluruh negara untuk mendapatkan balik dana negara yang hilang akibat ketirisan dan kecurian, negara sudah berjimat sebanyak RM1 bilion yang boleh dijadikan peruntukan tambahan untuk JPM, melainkan ketirisan dan kecurian itu datang daripada JPM sendiri.

Bukankah membanteras rasuah lebih mudah daripada menaikkan GST? Kedua-duanya menjana pendapatan, cumanya satu disokong rakyat dan satu lagi bakal dikutuk rakyat habis-habisan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
11 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 11/10/2016

Sumber HD - 11-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keutamaan PAS Adalah Gagasan Sejahtera, Bukan PKR & PPBM -Tuan Ibrahim
Posted on Thursday, October 06 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31921


Keutamaan PAS buat masa kini adalah pakatannya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) yang dinamakan Gagasan Sejahtera dan bukannya parti-parti lain yang tidak termasuk dalam gagasan itu, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, walaupun PAS masih bertahuluf dengan PKR, namun keutamaan parti Islam itu adalah Gagasan Sejahtera.

“PAS kini bersama Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Ikatan dan masih bertahuluf dengan PKR.

“Oleh itu, PAS akan mengutamakan Gagasan Sejahtera berbanding gabungan dengan parti-parti lain.

“Apa bentuk kerjasama baru dengan mana-mana parti baru mesti dapat diterima oleh parti dalam Gagasan Sejahtera sebagaimana yang telah dipersetujui dalam muafakat yang telah dimeterai.

“Oleh itu, sebarang ura-ura kerjasama PAS bersama mana-mana parti baru adalah tidak rasmi sehingga adanya kenyataan rasmi bersama Gagasan Sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa beliau yakin dapat menjadi “glue” (pengikat) di antara PAS dengan Pakatan Harapan dalam usaha memastikan pembangkang tidak terlibat dalam perlawanan 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dalam satu ceramah bersama PAS, Muhyiddin juga turut meminta calon-calon PPBM diberi laluan di mana-mana kawasan PAS yang telah tewas kepada calon UMNO pada PRU lalu.

Tuan Ibrahim berkata PAS akan tetap mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan sebelum ini dengan kemampuan yang dimiliki oleh parti itu.

“Pintu PAS sentiasa terbuka dengan kerjasama dengan mana-mana parti baharu yang sudi bersama memperjuangkan matlamat yang selari dengan Gagasan Sejahtera dan membawa nilai tambah kepada semua parti di Gagasan Sejahtera dan juga rakyat dan bukan jenis mengambil kesempatan semata-mata.

“Setakat ini, PAS akan pertahankan kerusi yang menjadi tradisi parti, yang kebanyakannya bertembung dengan UMNO, dengan segala kemampuan yang ada.

“PAS akan terus menggerakkan jentera parti dengan kemampuan keikhlasan dan kesungguhan kerja ahli dan petugas parti,” katanya.

Tambah beliau, sepatutnya, semua parti-parti politik baharu menumpukan kepada gerak kerja untuk memperkasakan jentera parti dan bukannya berebut kerusi.

“Kewujudan pelbagai parti-parti baharu menjelang pilihan raya merupakan satu fenomena rancaknya sistem demokrasi dalam negara. Semuanya ingin bertanding di pilihan raya.

“Selain hala tuju dan matlamat penubuhan dan dasar parti, semua parti seharusnya fokus dalam menyediakan jentera parti terlebih dahulu sebagai strategi pilihan raya yang paling utama sebelum memikirkan soal kerusi.

“Keghairahan untuk bertanding tanpa didokongi oleh jentera dan petugas parti sendiri tidak akan mampu bertahan lama apatah lagi apabila ghairah untuk mendapatkan kerusi sahaja,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz menegaskan PAS tidak boleh dijadikan anak tangga kepada parti-parti lain untuk mencapai cita-cita mereka.

“PAS sedang menyeru kepada Gagasan Sejahtera. PAS sedang memimpin gerakan pembangkang dengan disiplin dan caranya. PAS membina tangga untuk rakyat sampai ke Putrajaya, bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain.

“Berusaha mengajak PAS menukar langkah ini adalah sama seperti tindakan buruk bekas pemimpin PAS dulu (PAN hari ini) menyeru PAS mengubah hala tujunya. Sia-sia.

“Di Malaysia, selepas UMNO, PAS-lah pilihan utama rakyat. Kenali dan akui ini sebelum berurusan dengannya. Ahli dan penyokong PAS adalah amanah yang mesti dijaga oleh seluruh pemimpin PAS. Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia kental memikul amanah besar ini,” katanya.

Sumber TKO - 6-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































Kerjasama baru melalui Gagasan Sejahtera

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42716-kerjasama-baru-melalui-gagasan-sejahtera

Kewujudan pelbagai parti-parti baru menjelang pilihan raya merupakan satu fenomena rancaknya sistem demokrasi dalam negara. Semuanya ingin bertanding pada pilihan raya.

Selain hala tuju dan matlamat penubuhan dan dasar parti, semua parti seharusnya fokus dalam menyediakan jentera parti terlebih dahulu sebagai strategi pilihan raya yang paling utama sebelum memikirkan soal kerusi.

Keghairahan untuk bertanding tanpa didukungi oleh jentera dan petugas parti sendiri tidak akan mampu bertahan lama apatah lagi apabila ghairah untuk mendapatkan kerusi sahaja.

PAS kini bersama Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Ikatan dan masih bertahuluf dengan PKR.

Oleh itu, PAS akan mengutamakan Gagasan Sejahtera berbanding gabungan dengan parti-parti lain.

Apa bentuk kerjasama baru dengan mana-mana parti baru mesti dapat diterima oleh parti dalam Gagasan Sejahtera sebagaimana yang telah dipersetujui dalam muafakat yang telah dimeterai.

Oleh itu, sebarang ura-ura kerjasama PAS bersama mana-mana parti baru adalah tidak rasmi sehingga adanya kenyataan rasmi bersama Gagasan Sejahtera.

Pintu PAS sentiasa terbuka dengan kerjasama dengan mana-mana parti baru yang sudi bersama memperjuangkan matlamat yang selari dengan Gagasan Sejahtera dan membawa nilai tambah kepada semua parti di Gagasan Sejahtera dan juga rakyat dan bukan jenis mengambil kesempatan semata-mata.

Setakat ini, PAS akan pertahankan kerusi yang menjadi tradisi parti, yang kebanyakannya bertembung dengan Umno, dengan segala kemampuan yang ada.

PAS akan terus menggerakkan jentera parti dengan kemampuan keikhlasan dan kesungguhan kerja ahli dan petugas parti.

Insya-Allah di atas kesungguhan dan keikhlasan ini beserta strategi kerja yang tersusun dan istiqamah dalam usaha memperbaiki kekurangan, kita yakin Allah akan mengurniakan kemenangan  kepada perjuangan ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Madinah al Munawarah
5 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 5/10/2016

Sumber HD - 5-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































PAS dan politik

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42695-pas-dan-politik

Semua pihak perlu ketepikan sentimen melulu.

Apakah bentuk generasi yang kita impikan bagi negara ini?

Gunakan akal yang dikurniakan oleh Allah bagi mengkaji dan mendalami Islam secara ikhlas dan jujur, insya Allah kita akan memperolehi hakikat kebenaran dan dasar yang adil untuk semua pihak.

Kebencian yang ditanam oleh musuh Islam sejak turun temurun telah gagal mengemukakan suatu dasar dan sistem yang terbaik bagi manusia.

Kegagalan sistem ekonomi kapitalis dan liberal sosialis mengakibatkan lahir manusia yang rakus dan tamak menggunakan peluang dan kekayaan yang dimiliki bagi membolot kekayaan negara dan membiaknya amalan rasuah, salahguna kuasa, penipuan dan pelbagai penyelewengan yang kini sebati di dalam sistem kehidupan manusia.

Sistem ini telah mewujudkan golongan tidak berkemampuan yang jauh ketinggalan di belakang sehingga wujudnya jurang yang terlalu besar antara golongan kaya dan miskin.

Bukan itu sahaja, wujud satu pihak lain yang memperjuangkan hak dan persamaan taraf dengan melampau sehingga mencabut nilai asas manusia. Perjuangan ini telah merosakkan nilai kemasyarakatan dan peradaban manusia, sehingga lahir golongan tanpa segan silu menuntut perkahwinan sejenis.

Manusia tidak boleh dibiarkan bertindak dengan bebas sehingga menganggap dirinya sebagai Tuhan yang boleh melakukan apa sahaja sehingga tiada pertimbangan hukum halal haram, dosa dan pahala; apatah lagi untuk memikirkan kehidupan selepas kematian yang menjadi teras dan roh bagi agama.

Sebab itu, Presiden PAS menggesa agar semua pihak kembali kepada prinsip Islam kerana sifatnya yang lengkap dan sempurna. Kerana sistem Islam datangnya dari Allah pencipta manusia dan alam seluruhnya. Tidak mungkin ada suatu sistem dan peraturan yang lebih hebat dari ciptaan Allah. Yang mencipta  sistem yang tempang dan menganggapnya agung dan sempurna ialah manusia.

PAS diminta menyokong pelbagai gerakan dan program pihak lain, namun apabila tiba soal perjuangan Islam yang dipelopori PAS, ada di kalangan mereka bukan sekadar bersetuju untuk tidak setuju, malah menjadi penentang dan menggerakkan penentangan kepada apa yang PAS perjuangkan.

Tiada parti yang mungkin akan bersama dengan pihak yang hanya ingin mengambil kesempatan dengan apa yang dimiliki oleh parti tersebut. PAS tidak berkecuali dalam hal ini sebagaimana yang ditegaskan oleh Presiden PAS bahawa PAS tidak akan bersedia menjadi anak tangga bagi pihak lain.

Sejarah lampau banyak mengajar kita betapa gerakan Islam yang menjadi penggerak kepada perjuangan menuntut kemerdekaan dan keadilan, serta menjadi mangsa kepada kezaliman pimpinan namun hasilnya dinikmati oleh  pihak lain.

Cukuplah gerakan Islam menjadi alat bagi mencapai hasrat golongan sekular untuk mencapai hasrat mereka dan bilamana mereka berjaya Islam akan terus ditekan dan terus menjadi mangsa.

Seperti bisnes, di dalam politik juga ada pertimbangan untung rugi terhadap apa yang dianggap bernilai bagi parti masing-masing.

Bagi PAS, Islam berada di kedudukan tertinggi. Oleh itu, PAS sudah tentu menyokong apa yang menguntungkan dan selaras dengan perjuangan Islam yang menjadi dasar PAS.

Ada masanya, PAS hanya memberikan sokongan moral kepada agenda bersama yang dipersetujui PAS, akan tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan terhadap apa yang ada pada parti demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat PAS.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
3 Okt 2016
Makatul Mukarramah - HARAKAHDAILY 3/10/2016

Sumber HD - 3-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Parti Itu Calon Ada, Jentera Pula Tiada – Dedah PAS
Posted on Friday, September 30 @ 07:51:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31841


PAS mendedahkan pengalaman pahit ketika pernah bersama rakan tahaluf siyasinya yang hanya mementingkan calon ketika pilihan raya tetapi tidak mengendahkan mengenai aspek lain.
Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakannya itu lebih mengutamakan calon untuk bertanding tanpa fikir jentera parti yang harus diwujud bagi menjalankan kerja sepanjang berlangsung kempen dan selepasnya.

“Pertandingan dalam sesuatu pilihan raya bukan hanya sekadar menonjolkan ada calon sahaja. Jentera parti itu pun mesti wujud bagi menjalankan gerak kerja sepanjang kempen dan selepasnya.

“Kempen parti bukan setakat mempamerkan calon yang kononnya diiktiraf berwibawa dan boleh menang ketika pilihan raya semakin dekat tetapi juga persediaan setiap jentera dan petugas.


“Ada parti yang ada calon tapi jentera dan petugas langsung tak nampak ‘batang hidung’. Lebih malang, ada parti yang longgok poster calon dan bendera di pejabat dan markas PAS untuk minta petugas PAS menguruskannya.

“Kalau parti setahun dua ditubuhkan, PAS sentiasa membantu dan memaafkan kekurangan tersebut. Tetapi parti lama yang jenis yang hanya muncul masa musim pilihan raya dan berucap bergegar-gegar… maaflah!

“Sebenarnya, keadaan inilah yang akan cetus perebutan kerusi. Calon yang ada jentera bekerja di bawah tidak diberi kerusi manakala calon yang diberi kerusi tiada jentera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR telah berkubur akibat pertelagahan bersama DAP yang tidak bersetuju dengan dasar Islam diperjuangkan PAS, namun DAP masih bertahaluf bersama PKR.

Tambah Tuan Ibrahim, PAS dijadikan seumpama punching bag dengan pelbagai tuduhan kurang enak terutamanya fitnah yang paling banyak diulang iaitu kononnya hendak kerjasama dan ‘makan dedak’ UMNO.

“Ketika PRN Sarawak, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS diserang dengan hebat dari pelbagai penjuru. Serangan dari kawan (PKR) yang masih bertahaluf pun tidak kurang juga hebatnya.















“Maklumlah sudah dapat rakan baharu (PAN) yang kononnya dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS.  Meskipun diserang, hari ini nampaknya ramai pula mengharapkan kerjasama bersama PAS.

“Bukankah pelik untuk meminta kerjasama dengan sebuah parti yang dituduh sebagai pemakan dedak UMNO selama ini?” jelas Tuan Ibrahim lagi dalam kenyataan tersebut.

Mengerti dengan realiti politik semasa yang dialami, beliau berharap PAS akan terus melangkah ke hadapan dengan matlamat membawa rahmat kepada semua pihak dengan Islam.

“Sebagai parti yang lama dan mempunyai banyak pengalaman dalam kerjasama politik, PAS boleh mengenal ribut yang perlu diharungi melalui istiqamahnya.

“Membaca dan mengenal keikhlasan kawan atau kawan yang hanya ingin menumpang kekuatan yang ada pada PAS, menghidu musuh dan kepura-puraan musuh yang ingin berkawan.

“Juga menyedari bahawa PAS turut tidak boleh lari daripada kesilapan tetapi sentiasa istiqamah dalam usaha memperbaiki kesilapan dan mengatasi kekurangan,” kata Tuan Ibrahim.
Tambahnya, PAS kini sedang memperkukuhkan blok Gagasan Sejahtera dalam persedian menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Berjasa.

“PAS kini perlu memperkasakan muafakat dengan rakan yang sedia menerima dasar yang dibawa oleh PAS. PAS sedang membina kekuatan blok Gagasan Sejahtera walaupun pelbagai cemuhan dibuat.

“Bagi PAS, ia lebih senang berpakat dengan yang jujur daripada yang hanya ingin mengambil kesempatan dalam muafakat. Ada orang sinis dengan gagasan ini apa lagi bila dikaitkan dengan Islam atau nilai Rabbani.

“Ia merasa akal manusia lebih hebat daripada apa yang diturunkan oleh Allah. Pedulikan pandangan naif ini kerana kemanisan madu tidak akan dapat dinikmati, melainkan orang yang meminumnya.

“Kini, fokus rakyat tertumpu kepada pilihan raya. Rakyat perlu menilai kerja berterusan parti bantu rakyat waktu senang dan susah. Wakil rakyat bukan hanya dilihat muncul waktu keraian, kematian atau perayaan sahaja.

“Tetapi rakyat perlu melihat kesungguhan mereka dalam membawa isu rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri serta bangkit berhujah dan membela nasib rakyat.

“Wakil rakyat perlu sedar ia adalah jawatan adalah amanah berat yang akan dihisab di akhirat. Pertimbangan kerja berasaskan nilai ukhrawi menyebabkan mereka sedar beratnya tanggungjawab.

“Bukan mengambil kesempatan membolot kekayaan dan bermegah dengan pelbagai gelaran lalu menekan dan menzalimi rakyat marhaen di saat mempunyai kuasa dan kemaruk mempertahankan kuasa.

“Jawatan dalam politik tidak boleh dilihat sebagai peluang membolot kekayaan peribadi dan kroni sendiri,” kata Tuan Ibrahim lagi menerusi kenyataan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 30-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Malapetaka Felda: PAS tetap desak tukar Isa

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42661-malapetaka-felda-pas-tetap-desak-tukar-isa

Anak kepada pengasas Felda, Datuk Seri Najib Razak sendiri cukup bangga dengan perkembangan Felda yang digagaskan oleh ayahandanya, Almarhum Tun Abdul Razak Hussein hingga menggunakan kejayaan Almarhum ini untuk memanjangkan nyawa ikan politiknya saban tahun.

Cuma masalahnya, Felda yang gemilang sebagai permata nilam negara di zaman ayahandanya kini semakin malap.

Heboh mutakhir ini wujudnya warga Felda yang menganjurkan himpunan dan bantahan berikutan kegagalan Felda membayar gaji atau hasil mereka mengikut jadual bayaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini.

Warga Felda yang juga merupakan aset kepada industri komoditi negara khasnya sawit dan getah kini berdepan ancaman kegawatan ekonomi akibat kegagalan pihak pengurusan Felda menyediakan pelan bayaran hasil yang lebih kompetitif dan berkesan.

Puluhan tahun lamanya warga Felda menyemai benih kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Felda. Pengorbanan mereka ini telah merancakkan industri komoditi negara hinggalah jenama Felda sangat dikenali di peringkat antarabangsa. Namun kini ia telah menjadi sia-sia dan nasib mereka semakin diabaikan apabila Felda jatuh di tangan mereka yang tidak mengutamakan nasib peneroka.

Malapetaka Felda bermula apabila Najib, dengan mudah menyerahkan Felda ke tangan Tan Sri Isa Abdul Samad yang sangat diketahui rekod buruk dan cukup bermasalah dalam urus tadbir kerajaan semasa menerajui Negeri Sembilan. Bahkan beliau pernah digantung dalam Umno kerana terpalit dengan politik wang.

Tindakan menyenarai Felda Global Ventures (FGV) ke Bursa Malaysia yang kononnya dijamin keuntungan kini membawa padah. Peringatan dan amaran PAS selama ini dilihat mengganggu Felda, tapi terbukti kini apa yang dibimbangi oleh PAS ternyata berlaku.

Kegilaan Isa Samad berbelanja untuk projek mega dan pembelian kondominium mewah menjerat Felda ke tanah gersang dan kontang dalam aspek pengurusan kewangan.

Kini kantung Felda sudah menyusut, semua projek utama tergantung. Rumah generasi kedua terbengkalai. Bahkan apa yang menyedihkan kegagalan Felda membuat pembayaran hasil sawit peneroka.

Warga peneroka tanpa mengira parti mengadakan perhimpunan kerana mereka hilang sabar di atas kelewatan pembayaran, malah ada peneroka yang mengadu kelewatan melampau.

Akibatnya warga Felda merintih, bayaran hasil mereka distruktur semula menyebabkan mereka berdepan kesukaran untuk hidup. Keperluan bulanan melibatkan perbelanjaan dapur,  pendidikan anak-anak bahkan ia menjejas tanggungan bulanan peneroka.

Kekangan kewangan Felda ini menyebabkan peneroka yang mengalami kegawatan kian terdesak. Keadaan ini dibimbangi akan diambil kesempatan oleh 'tauke' luar yang menawarkan pembayaran secara tunai yang jauh lebih rendah dari harga kilang terpaksa diterima oleh peneroka.

Meskipun demikian, nasib malang peneroka tetap tidak sepenting projek hartanah Felda di luar negara. Contohnya, projek hartanah Felda Investment Corp (FIC) di Wembley, London menjadi impian Isa Samad. Fasa pertama dan kedua projek ini telah menelan belanja £167.76 juta manakala fasa ketiga, yang dilancarkan bulan lepas dianggarkan melebihi £100 juta.

Di atas kertas, Felda dikatakan kini memiliki 12 hotel dan resort, termasuk apartmen perkhidmatan Grand Plaza, Bayswater dan Grand Plaza Kensington, kedua-duanya di London.

Sementara Felda berkembang 'pesat' di luar negara, nasib Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) untuk membina 20,000 unit rumah generasi kedua Felda yang membabitkan peruntukan RM380 juta pula mengalami kelewatan. Projek yang sepatutnya siap pada 2017 kini diumumkan bakal siap di 2018.

Apakah dan bagaimanakan semua ini menguntungkan peneroka?

Yang pasti, peneroka Felda hari ini semakin kegawatan walaupun dijanjikan hidup mereka akan berubah kepada lebih baik setelah FGV disenaraikan di Bursa Malaysia. PAS bimbang perkara yang sama akan berulang dengan pertukaran arah Felda ini.

Sebelum situasi menjadi lebih parah, PAS menggesa suatu langkah drastik mesti dilakukan bagi menyelamatkan keadaan ini. Projek perumahan Generasi Kedua, pembayaran hasil sawit mesti dijelaskan pada waktunya, bebanan hutang peneroka mesti distruktur semula agar ia tidak membebankan warga Felda.

Lebih penting, jika Najib berniat untuk menyelamatkan legasi ayahandanya, PAS tetap mendesak agar Isa Samad mesti ditukar segera dari Felda.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS

ROSLAN MD ISA
Pengerusi Generasi - HARAKAHDAILY 29/9/2016

Sumber HD - 29-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















PAS teruskan gerakan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42648-pas-teruskan-gerakan

Ketika PRN Sarawak, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS diserang dengan hebat dari pelbagai penjuru. Serangan dari kawan yang masih bertahaluf pun tidak kurang juga hebatnya, maklumlah dah dapat rakan baru yang kononnya dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS.

Hari ini, PAS dan Presiden PAS dijadikan "punching bag" dengan pelbagai tuduhan kurang enak terutamanya fitnah yang paling banyak diulang iaitu kononnya nak kerjasama dengan Umno dan makan dedak Umno.

Meskipun diserang, hari ini nampaknya ramai pula mengharapkan kerjasama bersama PAS.

Bukankah pelik untuk meminta kerjasama dengan sebuah parti yang dituduh makan dedak Umno?

Pertandingan dalam pilihan raya bukan hanya sekadar ada calon sahaja. Jentera parti mesti wujud bagi menjalankan kerja sepanjang kempen dan selepasnya. Kempen pilihan raya bukan sekadar menonjolkan calon yang kononnya diiktiraf berwibawa dan boleh menang ketika pilihan raya mendekati tetapi juga persediaan jentera dan petugas. Ada parti yang ada calon tapi jentera dan petugas langsung tak nampak batang hidung.

Lebih malang, ada parti yang melonggokkan poster calon dan bendera di pejabat dan markas PAS meminta petugas PAS yang menguruskannya.

Kalau parti setahun dua ditubuhkan, PAS sentiasa membantu dan memaafkan kekurangan. Tetapi parti lama yang jenis yang hanya muncul di musim pilihan raya dan berucap bergegar-gegar, maaflah.

Sebenarnya, keadaan inilah yang akan mencetuskan perebutan kerusi untuk dipertandingkan. Calon yang mempunyai jentera bekerja di bawah tidak diberi kerusi manakala calon yang diberi kerusi tiada jentera.

Begitulah realiti politik Malaysia.

Memahami realiti ini, PAS terus melangkah ke hadapan dengan matlamat membawa rahmat kepada semua dengan Islam. Sebagai parti yang lama yang mempunyai banyak pengalaman dalam kerjasama politik, PAS boleh mengenal ribut yang perlu diharungi melalui istiqamahnya, membaca dan mengenal keikhalasan kawan atau kawan yang hanya ingin menumpang kekuatan yang ada pada PAS, menghidu musuh dan kepura-puraan musuh yang ingin berkawan dan juga menyedari ia tidak boleh lari dari kesilapan tapi sentiasa istiqamah dalam memperbaiki kesilapan dan mengatasi kekurangan.

PAS kini perlu memperkasakan muafakat dengan rakan yang sedia menerima dasar yang dibawa oleh PAS. PAS sedang membina kekuatan blok Gagasan Sejahtera walaupun pelbagai cemuhan dibuat. Bagi PAS, ia lebih senang berpakat dengan yang jujur dari yang hanya ingin mengambil kesempatan dalam muafakat.

Perjuangan PAS bukan hanya ingin menjatuhkan seorang pemimpin dan mengekalkan sistem yang korup, rasuah yang merompak jati diri rakyat Malaysia.

Perubahan sistem bukan hanya berlegar kepada sistem sekular yang sama, yang hanya menukar nama. PAS inginkan perubahan kepada sistem yang beraksi kepada kebenaran dan keadilan sebagaimana yang diwahyukan Allah.

Ada orang sinis dengan gagasan ini apa lagi bila dikaitkan dengan Islam atau nilai Rabbani. Ia merasa akal manusia lebih hebat dari apa yang diturunkan oleh Allah. Pedulikan pandangan naif ini kerana kemanisan madu tidak akan dapat dinikmati, melainkan orang yang meminumnya.

Kini, fokus rakyat tertumpu kepada pilihan raya. Rakyat perlu menilai kerja berterusan parti membantu rakyat waktu senang dan susah. Wakil rakyat bukan hanya dilihat muncul waktu keraian, kematian atau perayaan sahaja tetapi rakyat perlu melihat kesungguhan mereka membawa isu rakyat di Parlimen atau Dewan Negeri dan bangkit berhujah dan membela nasib rakyat.

Wakil rakyat perlu sedar ia adalah jawatan adalah amanah berat yang akan dihisab di akhirat. Pertimbangan kerja berasaskan nilai ukhrawi menyebabkan mereka sedar beratnya tanggungjawab, bukan mengambil kesempatan membolot kekayaan dan bermegah dengan pelbagai gelaran lalu menekan dan menzalimi rakyat marhaen di saat mempunyai kuasa dan kemaruk mempertahankan kuasa. Jawatan tidak boleh dilihat sebagai peluang membolot kekayaan peribadi dan kroni.

Perubahan kesedaran politik perlu dipertingkatkan. Era mengambil kesempatan di musim pilihan raya perlu dikikis. Mengekalkan sistem yang korup akan hanya melahirkan negara yang bankrap. Bankrap jiwa dan harga diri menyebabkan rakyat menjadi pengemis di negara sendiri sebagaimana pepatah "ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan".

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
28 September 2016 - HARAKAHDAILY 28/9/2016

Sumber HD - 28-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















SPR wajib nyatakan justifikasi persempadanan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42559-spr-wajib-nyatakan-justifikasi-persempadanan

Asas utama persempadanan semula ialah untuk memastikan setiap undi rakyat, tidak kira di mana, adalah hampir sekata nilainya apabila dinisbahkan kepada kerusi Dun mahupun parlimen.

Contohnya, di kawasan parlimen yang mempunyai 100,000 pengundi, nisbah nilai satu undi terhadap keberkesanannya dalam menentukan kemenangan satu kerusi parlimen hanyalah 1/100,000, ataupun 0.001%.

Nilai keberkesanan satu undi ini di kawasan ini adalah sangat kecil (10 kali lebih kecil) jika dibanding dengan nilai satu undi di kawasan yang mempunyai 10,000 pengundi,  1/10,000 ataupun 0.01%.

Malaysia mempunyai hampir 13.5 juta pengundi berdaftar yang bakal mengundi di 222 parlimen. Ini bermakna setiap parlimen jika dibahagi secara purata patut hanya mempunyai sekitar 60,000 pengundi - yang memberi nilai keberkesanan satu undi sebanyak 0.0016%.

Untuk memastikan nilai keberkesanan satu undi sekata, jurang nilai keberkesanan satu undi di satu-satu kawasan mestilah tidak boleh melebihi +/- 25% berbanding kawasan lain. Ini bermakna jumlah pengundi sesebuah parlimen hanya dibenarkan dalam lingkungan 45,000 – 75,000 pengundi sahaja. Mana-mana parlimen kecil perlu digabungkan, manakala mana-mana parlimen yang besar perlu dipecahkan.

Syor persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terbaru telah mendapat kritikan pelbagai pihak.

Demi menjaga nama baik SPR yang berfungsi sebagai pengadil ketika pilihan raya, PAS mendesak Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah tampil memberikan justifikasi mengapa cadangan persempadanan semula berupa sedemikian.

1. Apakah kriteria-kriteria yang menentukan sesuatu kawasan dibahagi sebegitu rupa sehingga ada 13 kawasan yang mempunyai jumlah pengundi 100,000, manakala pula ada kawasan yang mempunyai jumlah pengundi yang sangat kecil?

2. Apakah formula SPR di sebalik persempadanan semula ini?

3. Apakah SPR mengambil kira kesekataan nilai keberkesanan satu undi ketika membuat persempadanan semula?

4. Apakah justifikasi beberapa nama kawasan parlimen ditukar? Apakah keperluannya?

Persempadanan semula sentiasa akan mewujudkan kontroversi kerana ia dilihat sebagai senjata pihak pemerintah untuk kekal berkuasa.

Daripada membuat cadangan persempadanan semula, PAS menggesa SPR menumpukan usahanya untuk menukar sistem pilihan raya negara iaitu sistem majoriti mudah kepada sistem 'proportional' yang lebih dapat menjamin sistem pilihan raya negara berjalan secara adil dan saksama kepada pihak yang bertanding.

Bukan itu sahaja, sistem proportional ini akan menggalakkan lagi pengundi untuk turun menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

Apapun, kawasan Felda dan kawasan tradisi Melayu di pedalaman kekal sebagai kawasan paling mencabar untuk ditawani parti-parti pembangkang sekiranya ingin melihat tumbangnya Umno BN. Perkara itu akan menjadi sukar jika berlaku pertandingan melebihi 2 penjuru di kawasan-kawasan ini meskipun ada isu-isu nasional yang besar.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
20 September 2016
Mekah - HARAKAHDAILY 20/9/2016

Sumbeer HD - 21-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beliau pergi pada saat pelbagai fitnah dilempar kepada beliau
Posted on Saturday, September 17 @ 00:23:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31691


SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din paling takut melanggar wahyu ALLAH SWT dalam setiap langkahnya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Allahyarham tidak pernah mempedulikan kata-kata orang termasuk fitnah yang dilempar ke atas dirinya.


“Beliau pergi pada saat pelbagai fitnah dilempar kepada beliau. Beliau yang terkenal dengan seorang yang tabah tidak mempedulikan apa orang kata, yang beliau takut ialah melanggar apa yang ALLAH kata (wahyu),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 10.05 pagi tadi pada usia 76 tahun di Hospital Stanford University Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Mengakui kesedihan itu memang tidak dapat disembunyikan namun Tuan Ibrahim mengingatkan kesedihan itu tidak boleh dibiar lama sehingga melemahkan semangat perjuangan.

“Kesedihan tidak dapat disembunyikan. Air mata tumpah di hadapan Kaabah tidak dapat memadam kesedihan perginya seorang guru, sahabat dan pemimpin yang amat dikasihi.

“Perjuangan perlu diteruskan. Amanah semakin berat. Terasa mutakhir ini parti kehilangan satu demi satu, tokoh yang banyak berjasa dan menjadi rujukan.

“Perjuangan mesti diteruskan. Kesedihan tidak boleh dibiar lama sehingga melemahkan semangat juang pada saat parti berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi,” katanya yang kini mengerjakan haji.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyeru semua ahli parti agar menjadikan kehilangan tersebut sebagai pembina semangat bagi mereka mengikuti jejak istiqamah Allahyarham itu sehingga ke akhir hayat.

“Kepada seluruh pimpinan dan ahli parti. Perkasakan ukuwah jemaah. Mantapkan gerak kerja parti.

 Susun semua kekuatan yang ada. Dengar dan patuh arahan presiden dan pimpinan parti pada waktu susah dan senang selagi ia tidak bercanggah dengan syarak.

“Ingatlah perjuangan bukan hanya untuk dunia yang sementara. Ia bukan hanya sekadar Putrajaya. Ia jauh sehingga kita bertemu dengan Pencipta dalam keadaan ALLAH reda kepada kita dan tentunya kita reda kepada ALLAH. Tuan Guru Haron Din dan pimpinan sebelumnya telah membuktikannya.

Akan sampai nanti giliran kita pula,” katanya.

Allahyarham akan disemadikan di bumi Carlifornia esok bersesuaian dengan amanatnya sebelum ini yang mahu disemadikan di tempat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.



Sumber TKO - 16-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alangkah baiknya jika semua mufti sependapat
Posted on Saturday, September 03 @ 11:19:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31532


SHAH ALAM – Pas menyatakan penghargaan kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas kenyataan sokongan kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya yakin semua mufti menyokong RUU 355 memandangkan ia sebahagian usaha meningkatkan martabat Mahkamah Syariah.

“Terima kasih Mufti Wilayah Persekutuan atas sokongan kepada RUU355. Alangkah baiknya kalau semua mufti mengeluarkan gesaan yang sama kepada semua ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Zulkifli semalam dalam satu kenyataan menegaskan wajib bagi semua ahli parlimen beragama Islam menyokong pindaan tersebut manakala ahli parlimen bukan Islam perlu menyokongnya kerana ia membina kebaikan.

“Isu RUU 355 tidak perlu dipolitikkan, kerana ia bukan isu politik, kerana ia adalah tanggungjawab semua umat Islam.

“Bahkan, isu ini tidak perlu dipolemikkan oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan terjejasnya hubungan baik yang sedia ada dan sikap saling hormat-menghormati antara agama yang sudah sedia terjalin,” katanya.

Tambahnya, “semoga langkah yang diambil oleh Mufti Wilayah akan menyemarakkan lagi usaha dalam memahamkan masyarakat umum terhadap RUU 355 dan bergerak senada bagi menyokong rang undang-undang tersebut secara harmoni dan berdakwah.”

Bacaan kedua bagi RUU Persendirian itu dijangka bakal berlaku pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan selepas Abdul Hadi berjaya membawanya untuk bacaan pertama, Mei lalu.

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa mahkamah syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syar’ie.

Sumber TKO - 3-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















RUU 355: Terima kasih Mufti Wilayah Persekutuan

HARAKAHDAILY | .


                                             
  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42369-ruu-355-terima-kasih-mufti-wilayah-persekutuan

PAS merakam jutaan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak, khasnya kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang telah menyatakan sokongan dan menyeru agar semua ahli Parlimen, khasnya mereka yang beragama Islam menyokong RUU 355.

PAS yakin semua Mufti menyokong RUU 355 kerana ia adalah sebahagian dari usaha meningkatkan martabat Mahkamah Syariah. Alangkah baiknya kalau semua mufti mengeluarkan gesaan yang sama kepada semua ahli Parlimen.

Isu RUU 355 tidak perlu dipolitikkan, kerana ia bukan isu politik, kerana ia adalah tanggungjawab semua umat Islam.

Bahkan, isu ini tidak perlu dipolemikkan oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan terjejasnya hubungan baik yang sedia ada dan sikap saling hormat-menghormati antara agama yang sudah sedia terjalin.

Dalam suasana negara menyambut kemerdekaan yang ke-59, negara perlu berganjak kepada suasana lebih baik dari yang ada, bukan sahaja dari aspek ekonomi bahkan hubungan antara agama dan kaum. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama.

Semoga langkah yang diambil oleh Mufti Wilayah akan menyemarakkan lagi usaha dalam memahamkan masyarakat umum terhadap RUU 355 dan bergerak senada bagi menyokong rang undang-undang tersebut secara harmoni dan berdakwah.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
2 Sept 2016
Kelana Jaya - HARAKAHDAILY 2/9/2016

Sumber HD - 2-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih Rahman Dahlan
Posted on Thursday, September 01 @ 18:07:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31518


SHAH ALAM - Pas menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana didakwa mengesahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ (MO1) adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, apa yang menimbulkan tanda tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan Kabinet dan juga Perdana Menteri.

"Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ada asasnya? Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM?

"Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1 bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rahman sebelum ini dipetik sebagai mengesahkan bahawa MO1 yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Najib.

Memetik laporan BBC News, Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, jika dibaca secara jelas dokumen itu ia secara jelas merujuk kepada Najib.‎

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," katanya.‎

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, pengakuan Abdul Rahman juga sepatutnya menjadi berita baik kepada kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras rasuah.


  "SPRM perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DOJ secepat mungkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara. SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula.

"Pas dan kami yakin semua parti politik akan menyokong penuh SPRM dalam usaha ini untuk menaikkan lagi imej SPRM dan menangkis tuduhan bahawa SPRM tidak berani menangkap ikan jerung," katanya.

Sumber TKO - 1-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















PM perlu beritahu siapa MO1 agar tiada yang keliru

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42239-pm-perlu-beritahu-siapa-mo1-agar-tiada-yang-keliru

NAMPAKNYA di kalangan Umno-BN yang keliru dengan identiti ‘Malaysian Official One’ (MO1) sehinggakan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad mencetuskan kontroversi mengenai identiti MO1 kerana mengaitkannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Untuk mengelakkan kekeliruan berpanjangan dlam kalangan Umno-BN dan tercetusnya mangsa kedua yang dikaitkan dengan MO1, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Umno-BN perlu memberitahu Umno-BN siapa MO1 yang sebenar.

Jika tidak boleh dinamakan, bolehlah membuat teka-teki dengan memberi bayangan rambut putihnya, bentuk rupanya, siapa isterinya dan juga hubungannya dengan Riza Aziz dan kedudukannya di 1MDB.

Dengan ini, sudah pasti tiada lagi ahli parlimen Umno-BN yang akan meneka seperti Nawawi yang terteka sehingga mengaitkan identiti MO1 itu kepada Agong.

Sekadar cadangan, jika Nawawi enggan memohon maaf kerana silap tekaannya, Najib perlu berjiwa besar dan memohon maaf atas pihak Umno-BN kepada Agong kerana kegagalan memberi maklumat penuh kepada Nawawi.

Saya pasti kalau Nawawi diberi maklumat yang betul, beliau tidak akan tersilap teka siapa sebenar MO1, dan Umno-BN tidak akan dimalukan lagi dengan tekaan yang jelas jauh tersasar.

Ketelanjuran Nawawi adalah bukti mengapa saranan Majlis Raja-Raja agar isu 1MDB perlu disiasat dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat secepat mungkin perlu dilaksanakan segera.

PAS mengulang gesaan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang terdiri daripada ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam ditubuhkan segera untuk menyiasat skandal 1MDB sebagai usaha menyelesaikan isu 1MDB dan juga membersihkan nama Agong.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
22 Ogos 2016 – HARAKAHDAILY 22/8/2016

Sumber HD - 22-8-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu IS: Mat Sabu diminta kemuka bukti

SHAH ALAM - PAS  memandang serius pertuduhan yang dibuat oleh Presiden Parti Amanah
Negara (Amanah) Mohamad Sabu, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, tuduhan itu sangat  serius walaupun PAS telah membuat pelbagai kenyataan dan kritikan
terhadap sebarang bentuk keganasan atau ekstremis atas nama agama Islam.

"PAS  tegaskan tiada sebaran unsur atau penyusupan pemikiran ISIS sebagaimana yang
didakwa. Beliau mesti mengemukakan bukti di atas pertuduhan tersebut.

"PAS menganggap pertuduhan ini hanyalah  alasan membenarkan tindakan mereka untuk
menubuhkan parti baru setelah keluar dari PAS,” katanya menerusi satu kenyataannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mat Sabu semalam yang mengaitkan
ideologi PAS kini diserapi pemikiran IS. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata alasan sebenar
kenyataan itu ialah kerana  ketewasan mereka dalam muktamar dan sikap tidak menerima
keputusan muktamar menjadi punca utama.

Katanya, kalau mereka menang beliau  yakin tiada tuduhan tersebut kerana selama ini pun
merekalah yang tampil mempertahankan  parti bila Umno membuat tuduhan sedemikian.

"Kini kita dengar pelbagai tuduhan yang dibuat.  Pada awal mereka menuduh PAS  kerjasama
dengan Umno menjadi alasan  tubuh parti baru.

"Kemudian bertukar kepada tuduhan unsur takfiri dan sekarang tuduhan baru iaitu usaha
mengaitkan dengan  ISIS. Selepas ini mungkin akan ada pula tuduhan  baru," katanya.

Oleh itu Tuan Ibrahim berkata PAS menggesa Amanah untuk menghentikan  tuduhan  kepada
PAS dan berikan tumpuan  kepada isu yang sedang melanda rakyat.

"Pelbagai isu besar yang memerlukan  perhatian bagi membela pelbagai penyelewengan yang berlaku. Dari membuat tuduhan palsu kepada PAS,” katanya. - SINAR HARIAN

Sumber PP - 3-12-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Gunakan saluran parti - Tuan Ibrahim

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli parti yang melafazkan dirinya akan beristiqamah, bersama perjuangan parti sehingga mati dan menyayangi parti tidak wajar melukakan imej parti.

Demikian kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Selaras dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya" - saya ingin mengingatkan ahli parti termasuk para pimpinan tertinggi PAS agar mengelak membuat kenyataan terbuka sesuatu yang boleh mengundang fitnah dan salah faham dalam kalangan ahli dan masyarakat luar.

Parti mempunyai disiplin tersedia yang mesti difahami dan dipatuhi. PAS tidak menyekat sebarang kritikan atau komentar kepada pimpinan parti, namun ia mestilah mengikut saluran dan disiplin parti. Ahli parti yang melafazkan dirinya akan beristiqamah, bersama perjuangan parti sehingga mati dan menyayangi parti tidak wajar melukakan imej parti.

Kenyataan berupa tuduhan hanya akan mengundang pelbagai persepsi yang tidak tepat akan membawa kesan dan dosa yang berpanjangan. Lebih bahaya bilamana ia akan mengundang pelbagai tulisan yang hanya menyambung benih fitnah tersebut. Bukan itu sahaja, masa untuk parti bergerak ke depan juga terbazir.

Ahli dan seluruh jentera perlu memberi fokus kepada memperkasakan parti, memperkemas jentera pilihan raya, menambah keahlian parti, terus menggerakkan daftar pengundi dan terus melaksanakan kebajikan bagi mengekalkan reputasi parti yang baik bagi menghadapi PRU akan datang.

Masa, tenaga dan kewangan lebih elok dilabur kepada tugas-tugas membantu parti kerana itulah erti pengorbanan dalam tarbiyyah.

Sehubungan itu, tumpukan gerak kerja melihat ke hadapan dari melihat ke belakang atau ibarat pemain bola yang sibuk mencabut kemuncup dan memerhati gelagat penonton ketika permainan sedang berjalan. - HARAKAHDAILY 11/11/2015

Sumber HD - 11-11-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan itu tidak akan berlaku - Tuan Ibrahim

Posted on Tuesday, November 10 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Cadangan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berhubung perlunya Pas bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Selangor melalui satu perjanjian rasmi bagi menangani kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri Selangor ditolak oleh Pas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dikemukakan itu ditolak kerana Pas sudah tidak mempunyai hubungan dengan DAP mahupun Amanah.

"Kita (Pas) tiada hubungan dengan DAP, parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama pakatan harapan untuk bergabung semula.

"Dan keduanya kita tidak menerima parti Amanah, jadi saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar, realiti sebenarnya DAP tidak akan bersama Pas dan Pas tidak akan bersama DAP, jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," katanya kepada Sinar Online.

Tuan Ibrahim berkata demikian bagi  mengulas cadangan Khalid bahawa persoalan status dan kedudukan kerajaan Selangor boleh diselesaikan melalui satu perjanjian kerjasama rasmi antara Pakatan Harapan dan Pas.

Terdahulu Khalid Samad dalam entri blognya berkata persoalan status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor boleh diselesaikan dengan dirasmikan hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan Pas.

"Pendekatan sebegini tidak menjejas kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau Pas Selangor. Melalui perjanjian kerjasama ini kedudukan kedua-dua entiti diiktiraf dan hubungannya menjadi rasmi.

"Melalui tindakan ini hubungan antara Pas adalah dengan Pakatan Harapan dan bukan hanya dengan PKR,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilapor berkata, tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza. - SH


Sumber TKO - 10-11-2015
-------------------------------------------------------------------------------
Pas tolak cadangan Amanah

Posted on Tuesday, November 10 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Pas menolak cadangan untuk menandatangani perjanjian kerjasa sama dengan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan situasi yang berlaku sekarang bukan satu masalah besar kerana parti Islam itu masih menjalinkan kerjasama dengan PKR walaupun telah memutuskan tahaluf siyasinya dengan DAP.

"Kerajaan Selangor berjalan dengan baik dan PAS berpuas hati dengan perjalanan sekarang.

Rasanya tiada apa yang perlu di selesaikan di Selangor kerana tiada masalah besar," katanya ringkas sewaktu dihubungi FMT.

Jelas Tuan Ibrahim lagi, semua pihak termasuk pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) di Selangor perlu memberikan sokongan kepada kerajaan negeri sedia ada kerana kepimpinan kini merupakan hasil kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Semua pihak perlu menyokong kerajaan negeri yang ada, kerana pemerintahan sekarang hasil mandat rakyat dalam PRU ke-13 lalu," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad meminta supaya satu perjanjian kerjasama dibuat antara PH dan Pas di Selangor bagi mencari penyelesaian kemelut dalam pentadbiran negeri. - FMT



Sumber TKO -10-11-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita lawan Umno tiap-tiap hari - Tuan Ibrahim

Posted on Tuesday, November 10 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan yang mengatakan bahawa Pas akan menjalinkan kerjasama politik bersama Umno adalah tuduhan yang tidak berasas dan sama sekali tidak berpijak di bumi yang nyata.

Katanya bukti jelas menangkis dakwaan itu adalah, sehingga kini tuduhan-tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dan Pas masih 'berperang' dengan Umno sehingga kini.

"Saya fikir mereka yang buat tuduhan-tuduhan itu yang mengaitkan Pas akan bersama Umno ini sampai sekarang tiada bukti, ia tidak berlaku sebagaimana yang diwar-warkan penuduh.

"Jadi apa yang penting bagi kita (Pas) kita tengok pada realiti...realitinya Pas tetap berlawan dengan Umno dan tidak timbul Pas hendak bersama Umno sepertimana yang didakwa.

"Jadi kita fikir pelik di antara orang buat tuduhan dengan orang yang kena tuduh yang tuduh kononnya presiden hendak bergabung dengan Umno tetapi berapa kali ucapan presiden nafi perkara itu, jadi kalau hendak percaya kepada orang yang dituduh dan kita menolak kenyataan sebenar daripada presiden jadi tidak betul sepatutnya kita menerima kenyataan yang dituduh itu, presiden sendiri telah beberapa kali buat penafian," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata oleh itu, Pas tidak terkesan dengan dakwaan itu kerana perihal ini pernah terjadi sejak tahun 1999 lagi.

"Buktinya yang paling kukuhnya apakah pas bergabung dengan Umno sekarang ? itu yang paling kukuh dakwaan satu bab buktinya, sampai sekarang contohnya tahun 1999 Ustaz Ahmad Awang buat dakwaan itu, ketika krisis di Perak pun ada dakwaan, selepas itu DAP buat tuduhan sebelum muktamar, dan kini tuduhan di Selangor pula, tetapi realitinya sampai sekarang ini Pas masih tidak bergabung dengan Umno, jadi bagi saya itulah bukti yang paling kukuh.

"Bukti apakah tuduhan itu berlaku atau tidak, maknanya kalau kita lihat realitinya pas masih tidak bergabung dengan Umno dan masih lawan Umno tiap-tiap  hari jadi itulah bukti bahawa apa yang dituduh tidak betul," katanya.

Isu gabungan antara Pas dengan Umno kembali bertiup kencang apabila bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa baru-baru ini mendakwa Presiden Pas  mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Katanya presiden Pas sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai.

"Dia mengakui mengajak dua atau tiga Adun PKR untuk menyertai Pas bagi membentuk kerajaan negeri Selangor bersama Umno. Presiden akui jika mereka mempunyai jumlah mencukupi mereka akan membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor.

“Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?  Husam berkata demikian dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas baru-baru ini. - SH

Sumber TKO - 10-11-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Tuan Ibrahim Pertahan Tuan Guru Abdul Hadi kekal Presiden

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tetap mempertahankan kedudukan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS yang dilihat masih relevan walaupun pelbagai kecaman terhadapnya.

Tuan Ibrahim berkata, Abdul Hadi juga telah menerima mandat majoriti ahli PAS melalui pemilihan dalam muktamar tahun ini.

"Dalam Pas kita melalui muktamar, kalau dilihat muktamar baru-baru ini Presiden mendapat undi yang paling tinggi, ini bermakna majoriti ahli Pas hendakkan Hadi sebagai Presiden mereka.
"Jadi soal untuk saya ganti Hadi ini tidak timbul, dan bagi saya, presiden kekal relevan dan masih mampu untuk menjalankan tugas dan diterima oleh seluruh ahli PAS," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyarankan agar orang luar parti untuk tidak masuk campur urusan mereka.

"Yang keluar parti tidak perlulah komen apa yang berlaku dalam PAS," katanya. - SINAR ONLINE

Deepavali penggerak perubahan politik negara

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .



PAS merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada penganut Hindu seluruh  negara. Perayaan Deepavali dikaitkan dengan perayaan cahaya bagi menerangi kehidupan.

Cahaya menerangi kegelapan adalah simbolik bagi pelbagai medan yang ada. Manusia perlu keluar dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya hidayat. Dari kegelapan kehidupan dunia yang sempit kepada keluasan alam akhirat. Dari kegelapan kemiskinan dan penindasan kepada cahaya kehidupan dan keadilan.

PAS sebagai sebuah parti yang telah mengangkat Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang kini dipimpin Sdr Bala Subramaniam sebagai Pengerusi DHPP telah berjaya mengangkat pelbagai isu orang bukan Islam untuk diberi perhatian khusus.

Antaranya, PAS memberi perhatian khusus membela nasib kaum India di estet dan ladang yang terbiar tanpa pembelaan yang sepatutnya. Pelbagai program kebajikan telah dan akan dilaksanakan untuk mengurangkan isu jurang ekonomi antara kaum yang tidak seimbang. Semua ini sentiasa rapat di hati DHPP agar nasib rakyat tertindas terus mendapat pembelaan dan perhatian.

Tanpa perubahan politik, nasib golongan marhaen tertindas akan terus terabai. Setiap kita mempunyai tanggungjawab besar menggerakkan perubahan setelah melihat gagalnya parti bersifat perkauman membela nasib rakyat. Malah parti perkauman sebenarnya memperalatkan rakyat dengan dasar pecah dan perintah. Perpaduan kaum menjadi regang dan saling tidak percaya antara kaum juga bertambah.

Oleh itu, satu kebangkitan kesedaran di kalangan masyarakat agar bersama arus perubahan politik kini amat diperlukan. Ini antara matlamat perjuangan PAS bagi melakukan perubahan besar bagi membela nasib rakyat.

Sempena perayaan Deepavali ini, PAS mengharapkan agar seluruh masyarakat India khususnya, dapat menjadikan cahaya yang menjadi simbolik Deepavali sebagai penyuluh kepada perubahan yang mampu mengubah masa depan politik negara kita.

Selamat menyambut perayaan Deepavali.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
9 November 2015 - HARAKAHDAILY 9/11/2015

Sumber HD - 9-11-2015


No comments:

Post a Comment