BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, August 23, 2016

PAS PUSAT DAN MAJLIS SYURA ULAMAK (JILID 4)




PAS Akan Saman Sarawak Report Dan 

Husam












Oleh KAM

KUALA NERUS – PAS tetap akan menyaman Sarawak Report dan Penasihat Parti Amanah
Negara (PAN), Dato’ Husam Musa kerana memfitnah parti itu dengan membuat tuduhan
kononnya PAS menerima RM90 juta dari Umno.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
berkata urusan saman Sarawak Report di United Kingdom (UK) itu sedang dalam prosesnya.

Bahkan, katanya sebahagian dari urusan pembayaran kos guaman di UK telah dilakukan bagi
tindakan tersebut.

“Kita (PAS) sedang buat proses saman itu di UK dan sedang berjalan…kita (PAS) sudah bayar
 (kos) sebahagian (proses) bayaran kepada peguam di sana (UK).


“Cuma (selain itu) sedang dalam proses
pengumpulan data (maklumat) lagi. Surat
pertama (tuntutan) telah kita (PAS) hantar
dan tunggu masa sahaja, Insya’Allah,”
tegasnya selepas merasmikan Mesyuarat
Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS
Kawasan Kuala Nerus Kali Ke-36, di Kompleks Tarbiyyah At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, Kuala Nerus, pada Sabtu 4 Mac.

Menjawab tuduhan Ahli Parlimen Salor,
Dato’ Husam Musa bahawa duit yang
diterima PAS dari Umno sebanyak RM90
juta itu kononnya disalurkan melalui Affin Bank, Dato’ Dr Mohd Khairuddin menyifatkan
pemimpin PAN itu ‘kaki’ fitnah dan bohong.

Katanya, tindakan saman akan diambil terhadap Dato’ Husam yang disifatkan sebagai seorang
‘kaki’ fitnah dan pembohong terhadap PAS.


“Husam kaki fitnah, Husam pembohong
dan Husam akan diambil tindakan (saman)
itu oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab. Itu Ustaz Nasuruddin
 (Daud) akan mengambil
tanggungjawablah,” jelasnya yang juga
Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Sarawak Report dalam satu artikel pada
6 Ogos tahun lalu mendakwa sejumlah
RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin atasan PAS.

Manakala, Dato’ Husam pula mendakwa duit yang diterima itu disalurkan melalui sebuah
bank tempatan iaitu Affin Bank.

Hadir sama pada majlis itu, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang dan
Ketua Muslimat PAS Kuala Nerus, Ustazah Jamilah Jusoh.

Sumber BO - 6-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Surat Terbuka Buat Salahuddin Ayub












Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor.

Saya merasa terpanggil untuk meminta warkah ini memandangkan Abang Din makin galak menyerang PAS, meremeh malah menista harakatul ummah ini seperti abang Din tak pernah bersama jamaah Islam ini. Saya mengambil sikap memerhati gelagat abang Din agak lama, semenjak pasca Muktamar PAS ke-61, tidak terpilih semula sebagai Naib Presiden, diberikan jawatan lantikan sebagai AJK PAS Pusat namun ditolak. Abang Din dipujuk oleh Dato Tuan Ibrahim dan Ustaz Idris Ahmad untuk terus bersama PAS, namun tetap ditolak dengan alasan “orang PAS buang ana”.

Abang Din hanya kalah dalam pemilihan muktamar di mana setiap dua tahun sekali pemilihan diadakan oleh gerakan Islam ini untuk memilih barisan kepimpinan. Kalah dalam pemilihan, tidak bermakna dibuang oleh ahli-ahli. Ramai pimpinan PAS kalah dalam pemilihan sejak dahulu lagi, bahkan mereka jauh lebih berkompetensi, berilmu, pakej. Antaranya Ustaz Dato Harun Taib, Ustaz Hasan Shukri, Ustaz Dato Abu Bakar Chik, Ustaz Dato Tuan Ibrahim dan lain-lain nama besar dalam PAS. Adakah mereka merajuk, menyerang PAS atau menubuhkan wadah baru?.

Saya menjadi saksi bagaimana figura-figura ini terus menyemai bakti pada jamaah tanpa lelah. Almarhum Ustaz Hasan Shukri sebagai contoh tanpa segan silu, dengan penyapu dan berbaju pagoda membersihkan Markas Tarbiah Taman Melewar, dengan senyuman khasnya terus menyemangati anak-anak muda untuk berjuang memenangkan Islam.

Dimalam hari almarhum hadir ke pelbagai tempat mengisi fikrah ahli-ahli PAS dengan kereta buruknya dipandu oleh amilin parti. Istiqomah almarhum sehinggalah nyawanya diambil pulang, ribuan yang menyolati jenazah mantan Ketua Pemuda PAS didikan Ikhwan Muslimin ini. Apakah lagi kesudahan yang membahagiakan dalam hidup ini, disolati dan didoakan oleh ribuan manusia?.

Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik dan Almarhum Ustaz Harun Taib juga dengan jasa bakti yang sama kepada jamaah Islam. Mereka membina institusi pendidikan Islam, mengkaderkan amilin tanpa jemu, bergerak keseluruh negara untuk mencerdaskan ummah. Lihatlah kesudahan hidup mereka yang mulia, didoakan oleh masyarakat Islam tanpa mengenal apa latarbelakang politik.

Saya merasa agak kehairanan dengan sikap Abang Din sebaik sahaja meninggalkan bahtera PAS, berterusan menyerang dan cuba mewajahkan PAS dengan wajah yang hodoh. PAS diratib sebagai gerakan takfiri sedangkan sebaik masuk PAS dalam tahun 80an daripada keluarga berdarah likat UMNO, abang Din dibawa ke tamrin panjang di Kelantan oleh Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah. PAS dalam apa sahaja medan pengajian, para asatizahnya membuka kitab berkaitan batas-batas iman dan kufur, asatizah dan pimpinan PAS menerangkan berkaitan aqidah Islam dan betapa perlu menjaga batas-batas akidah agar tidak tergelincir. Dekad 80an, mulut pimpinan UMNO sangat lancang menolak penegakan Syariah Islam, maka PAS sentiasa menerangkan isu menjaga batas-batas iman dan kufur. PAS sentiasa menjadi kambing hitam dalam pelbagai isu untuk menyudutkan PAS ke ruang paling hujung dalam strata masyarakat.

Abang Din sangat arif sejarah PAS dan sentiasa mengulangi kisah seorang dua penceramah PAS yang ghuluw, akhirnya menyertai UMNO. Jamaah ini mempunyai tapisan dan Allah memelihara jamaah ini dan itulah ratib serta tazkirah Abang Din kepada kami saban waktu semasa memimpin Dewan Pemuda. Semasa abang Din menjadi ketua, kami akur dan taat, membantu program -program yang dirancang tanpa jemu. Teringat juga bagaimana sebelum abang Din menang sebagai MP Kubang Kerian, kami Exco Dewan Pemuda Pusat mencadangkan abang Din untuk bertanding di kawasan selamat agar berjaya menjadi jurubicara ummah yang berkesan. Dalam mesyuarat DPPP di Taman Melewar, abang Din dikeluarkan daripada bilik mesyuarat supaya mesyuarat tidak bias dan berkesan, seterusnya wakil DPPP dihantar menemui Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Mengapa saya bangkitkan isu pencalonan ini, kerana saya mahu abang Din tak lupa kasih sayang kami pada abang Din yang seakan melupakan sejarah ini.

Abang Din menikmati keadaan yang selesa sebagai anggota legislatif, namun sebahagian Exco-Exco DPPP yang menggalang watak murabithun hidup sebagai orang miskin. Ada yang dimarah dalam mesyuarat kerana terlewat hadir kerana menghadiri kuliah dhuha, semua anak buah abang Din tak pernah merasa kecil hati ditegur walaupun kehidupan mereka ala kadar. Ustaz Azli Toliban semenjak muda sehingga tua tetap berdengkur dalam bas ekspress, menyambangi keseluruh negara berdakwah, bermesyuarat, menghadiri program-program parti.

PAS disinis memakan dedak, usaha PAS mengumpulkan ratusan ribu ahli-ahli dan rakyat ke lautan ungu H355 disindir, seolah Abang Din tak kenal sikap dan watak orang PAS dalam berkorban harta dan jiwa. Saya teringat kembali kisah-kisah yang Abang Din sentiasa lontarkan dalam ceramah, bagaimana penoreh getah PAS yang menyisihkan setiap hari beberapa keping getah yang mereka perolehi untuk perjuangan. Ahli-ahli PAS mempunyai tabung khas jamaah, mereka menyimpan bukan sahaja untuk keluarga mereka, namun untuk membiayai perjuangan PAS. Abang Din bimbang tentang pimpinan PAS terutama “young blood” yang memiliki kereta hebat, saya kira Abang Din sendiri maklum mereka mempunyai perniagaan sendiri untuk menyarai keluarga dan membantu perjuangan. Menjadi motivator, memiliki rangkaian perniagaan, penasihat Syariah dan pelbagai ruang untuk meraih rezeki yang halal.

Abang Din, pasti menyimpan kenangan paling indah bagaimana berukhuwwah dalam PAS, bagaimana ahli-ahli harakatul ummah ini saling melengkapi, membahu antara satu sama lain bagi menjayakan matlamat perjuangan. PAS digelar oleh ahli dan pimpinan PAN sebagai “parti sejarah” dan kami lansung tidak berkecil hati kerana kami tahu sejarah PAS yang ditulis dengan tinta emas. Ada yang meregang nyawa syahid, dipenjara, dikucilkan malah dihina sepanjang masa demi menggalang perjuangan Islam ini.

Untuk maklumat Abang Din, program PAS pasca Muktamar ke-61 terus menerus mendapat sambutan masyarakat, bermula daripada cawangan hinggalah ke peringkat Pusat. Keahlian PAS terus membesar dan memancing pesona kelompok intelektual sehinggalah rakyat jembel yang berkeringat untuk sesuap nasi, mesyuarat kami bulan Februari baru-baru ini, PAS Pusat telah meluluskan lebih 5000 orang ahli baru. Manakala di sepanjang tahun 2016, kami menerima lebih 26 000 ahli baru, dengan erti kata yang lain menyertai PAN, yang dibanggai oleh Abang Din jauh lebih kecil berbanding ahli-ahli baru kami dalam tahun 2016.

Abang Din, saya merasa bersyukur jauh di sudut hati saya yang paling dalam kerana dalam tempoh selepas pasca Muktamar ke-61, Mesyuarat PAS Pusat tidak pernah bocor kepada pihak lain. Ahli ahli Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat dengan penuh harmoni, bersepuh ukhuwwah, berulam ceria dan mematuhi arahan yang diputuskan.

Sangat kontradik dengan apa yang berlaku dalam beberapa penggal sebelum ini dan ini melonjakkan semangat kami untuk terus berkerja bagi memenangkan perjuangan Islam.

Abang Din, cukuplah coretan ukhuwwah untuk kali ini, kami mempunyai jadual kerja yang padat dengan medan operasi siasah, dakwah dan tarbiah yang sentiada memerlukan sentuhan. Saya memegang teguh kata-kata Abang Din pada anak-anak muda pada suatu masa dahulu, “PAS akan terus dijaga oleh Allah selagi mana parti ini berpegang pada al Quran dan didoakan oleh manusia-manusia yang ikhlas”.

Sumber BO - 5-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penyokong, ahli PAS berhimpun sokong Hadi tolak DAP
Posted on Friday, March 03 @ 20:40:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33822



Sekumpulan anggota dan penyokong PAS hari ini berkumpul bagi menyatakan sokongan kepada ketegasan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memutuskan hubungan dengan DAP.

Wakil kumpulan itu, Azmi Man yang juga anggota PAS Kepala Batas berkata Abdul Hadi membuat keputusan rasional bagi memastikan PAS tidak terus diperkotak-katikkan oleh DAP dan sekutunya.

"Kami hari ini berhimpun bagi menunjukkan sokongan berhubung kenyataan Presiden PAS tidak mahu dikaitkan dengan parti-parti yang mempunyai hubungan dengan DAP kerana mereka dilihat cuba mencampuri urusan orang Islam terutamanya berhubung isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (RUU 355).

"Kami juga mahu DAP berhenti mengganggu agama Islam kerana rang undang-undang itu tidak membabitkan orang bukan Islam sebaliknya hanya melibatkan orang Islam," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.

Terdahulu beliau bersama lebih 50 penyokong dan anggota PAS berhimpun secara aman di hadapan Masjid Jamiul Badawi di Kepala Batas selepas solat Jumaat. Kumpulan itu turut membawa pelbagai sepanduk mengecam DAP dalam demonstrasi yang berlangsung kira-kira 10 minit itu.

Azmi berkata pihaknya terutama di akar umbi juga berharap PAS tidak akan mengadakan hubungan dengan parti-parti yang mempunyai kaitan dengan DAP termasuk Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Kami amat sedih jika ada dalam kalangan pimpinan PAS membiarkan presiden parti diserang oleh DAP dan PAN tanpa dibela dan kami ingin tegaskan yang anggota parti bersedia dengan apa jua rintangan demi kelangsungan parti," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 3-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Terjumpa Gambar Ini
Posted on Friday, March 03 @ 11:13:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33820



Ada kala menjadi murid, ada kala menjadi guru. Tapi paling hebat bila mencabar guru berdebat.

Ada cerdik pandai hebat membahaskan tentang hadis nabi, itu dan ini tak betul tak ikut sunnah tetapi dia sendiri mencabar orang lain dengan tidak mengikut adab. Ilmu sekarang ni bukan untuk di pratik tetapi untuk ditunjukkan siapa paling hebat. 


Sumber TKO - 3-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------









DAP tak perlu banyak berhelah burukkan pihak lain


 
KOTA BHARU: Penasihat DAP, Lim Kit Siang DAP mungkin lupa, parti itu keluar daripada pakatan pembangkang ketika PAS masih lagi diketuai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
“Seingat saya, dua kali DAP keluar daripada pakatan pembangkang. Kali pertama menjelang pilihan raya negeri Sarawak kerana isu Dokumen Negara Islam. 
“Ketika itu almarhum Tok Guru Nik Aziz masih lagi sebagai Mursyidul Am PAS. Kalau benar pimpinan hari ini tidak terbuka, kenapa DAP keluar ketika PAS diketuai Tok Guru,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah. 
Pemimpin veteran DAP itu dilapor mendakwa PAS sekarang tidak terbuka sebagaimana kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin DAP tidak perlu banyak berhelah untuk memburukkan pihak lain. 
“Mereka lupa punca hubungan dalam pakatan pembangkang putus kerana DAP keluar dari pakatan pembangkang lebih awal. 
“DAP keluar daripada Barisan Alternatif selepas pilihan raya umum 1999 dan memecahkan pula Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2013,” katanya di sini.   
Menurutnya juga PAS tidak teragak-agak menyertai pakatan parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara kleptokrasi global. - HARAKAHDAILY 1/3/2017
Sumber HD - 1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 












Lim Kit Siang lupa sejarah – Nik Amar

KOTA BHARU: Penasihat DAP Lim Kit Siang DAP mungkin lupa, parti itu keluar daripada pakatan pembangkang ketika PAS masih lagi diketuai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
“Seingat saya, dua kali DAP keluar daripada pakatan pembangkang. Kali pertama menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak kerana isu Dokumen Negara Islam. 
“Ketika itu Almarhum Tok Guru Nik Aziz masih lagi sebagai Mursyidul Am PAS. Kalau benar pimpinan hari ini tidak terbuka, kenapa DAP keluar ketika PAS diketuai Tok Guru,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Pemimpin veteran DAP itu dilapor mendakwa PAS sekarang tidak terbuka sebagaimana kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin DAP tidak perlu banyak berhelah untuk memburukkan pihak lain. 
“Mereka lupa punca hubungan dalam pakatan pembangkang putus kerana DAP keluar dari pakatan pembangkang lebih awal.
“DAP keluar daripada Barisan Alternatif selepas pilihan raya umum 1999 dan memecahkan pula Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2013,” katanya di sini.   
Menurutnya juga PAS tidak teragak-agak menyertai pakatan parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara kleptokrasi global. – HARAKAHDAILY 1/3/2017
Sumber HD - 1-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Saya Geram Dengan PKR Mudah Percaya Isu Fitnah RM90 Juta – Mohd Amar
Posted on Wednesday, March 01 @ 10:21:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33776

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=6ZSOWcm4AH4


Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata beliau kadang kala geram dengan sikap ahli-ahli PKR yang mudah percaya dengan fitnah parti Islam itu menerima RM90 juta yang dilemparkan oleh Penasihat PAN Kelantan Datuk Husam Musa.

Beliau berkata PAS menolak kes salah laku liwat penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim walaupun dua kali telah disabitkan di mahkamah, namun sebaliknya ahli-ahli PKR terus mempercayai dakwaan ‘PAS terima RM90 juta’ walaupun tanpa bukti dan tidak dibicarakan di mahkamah.

“Saya kadang kala geram juga dengan orang PKR. Datuk Seri Anwar ini dua kali disabit di mahkamah atas kesalahan liwat. Kita (PAS) tidak percaya. Kes itu telah disabitkan di mahkamah, kita masih tidak percaya.

“Tiba-tiba awak (PKR) boleh percaya orang tuduh ‘PAS ini makan duit UMNO RM90 juta’ dengan tidak ada bukti. Munasabah kah ?, soalnya dalam satu ceramah HARAP 3.5 PGU di Besut, Terengganu pada 25 Februari lalu.

Mohd Amar berkata dakwaan yang dibuat oleh Husam berhubung isu RM90 juta itu sewajarnya ditolak kerana tidak logik dan Husam sendiri merupakan saksi yang tidak kredibel kerana telah dikenali sebagai pembohong dalam kes-kes lain sebelum ini.

“PAN ini kalau orang faham, dia hidup dengan fitnah. Seperti contoh kes RM90 juta, sampai dikeluarkan cek dalam internet. Cek itu pula tidak ada tanda tangan. Tahun 2012.

“Macam mana cek yang tidak ada tangan, orang boleh memasukan duit dalam akuan. Tidak masuk akal.


“Lepas itu orang yang tukang sampaikan dakwaan itu adalah orang yang biasa berbohong. Macam mana kita boleh percaya,” katanya lagi.

Sumber TKO - 1-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Kekal Tiada Kerjasama Dengan PAN & DAP
Posted on Saturday, February 25 @ 21:13:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33723



KOTA BHARU - PAS kekal dengan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata PAS tidak mempunyai masalah berada satu pentas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), walaupun tiada keputusan untuk bekerjasama dengan parti itu setakat ini.

“Setakat ini, tidak ada sebarang keputusan untuk mengadakan kerjasama dengan PBBM tetapi sekadar untuk berkongsi satu pentas ia tiada halangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad juga berkata PAS akan terus memantau anggotanya agar tidak terpengaruh dengan PAN, sebuah parti serpihan PAS.


Terdahulu, beliau merasmikan majlis pelepasan Riadah Berbasikal Bersama Kakitangan Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Kira-kira 1,000 peserta menyertai program berbasikal itu sebagai antara kaedah bagi mengurangkan tekanan kerja selain memastikan kesihatan mental dan fizikal sentiasa terpelihara. – BERNAMA

Sumber TKO - 25-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli PAS jangan syok sendiri
Posted on Sunday, February 19 @ 21:03:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33656



Oleh SAIDAH HAIRAN

Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad menegaskan, ahli-ahli PAS perlu sentiasa mengadakan program bersama rakyat bagi membolehkan masyarakat mendekati dan bersama dengan PAS.


 “Kita jangan hanya menumpukan perhatian kepada program dalaman walaupun ia merupakan pembinaan dan pengukuhan ahli,” katanya.


Menurut beliau, ahli dan pimpinan PAS kawasan mesti terjun ke dalam masyarakat merasai keperitan serta memahami hasrat dan keperluan mereka.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berharap PAS jangan hanya menganjurkan program ‘touch and go’ dengan tujuan mendapatkan ‘political mileage’.

PAS katanya mesti menjadi parti inklusif bukan eksklusif dengan memberi peluang kepada semua orang untuk berperanan serta mengambil kira pandangan semua, bukan hanya pandangan kelompok tertentu sahaja.

Mendekati masyarakat dengan mengadakan program ziarah dijadikan aktiviti mingguan beliau di kawasan PAS Pandan. Sebagai Yang Dipertua PAS kawasan beliau yakin dengan program ziarah, ikatan kekeluargaan sesama jemaah akan lebih kukuh, di samping menjalinkan silaturahim kepada masyarakat setempat.

Hendak menarik sokongan rakyat bukan suatu perkara mudah jika PAS hanya mengadakan program ceramah-ceramah politik.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya program Semarak Hijau dilaksanakan di setiap kawasan di seluruh Selangor.

“Semarak Hijau ini di bawah Jabatan Pilihan raya Negeri Selangor. Kita mahu menggerakkan jentera pilihan raya dan melihat sejauh mana keberkesanan jentera PAS mendekati masyarakat.

“Kita boleh kumpul seramai mungkin petugas parti tetapi tanpa sokongan rakyat kita akan syok sendiri. Kita hendak menarik sokongan rakyat jadi kita kena dekati mereka,” katanya.

Beliau menegaskan penting untuk semua ahli parti turun menemui rakyat bagi mewujudkan satu gelombang membawa mesej dengan mendapat maklumbalas terus daripada rakyat.

Katanya mungkin apa yang penting bagi orang politik tidak penting bagi rakyat terutama era sekarang kehidupan mereka berligar dengan tekanan ekonomi yang bertambah teruk.

“PAS adalah kerajaan yang menunggu jadi PAS kena membawa jalan penyelesaian dan bukan setakat menghentam kerajaan. Ini yang rakyat mahu dan inilah budaya politik matang dan sejahtera yang PAS bawa.

“Kita kena bawa penyelesaian kepada rakyat, kita kena tunjuk bahawa PAS bukan setakat cakap tetapi dapat menunjukkan apa yang kita buat,” tegasnya.


 Beliau mengingatkan ahli dan pimpinan PAS supaya mengurangkan perbalahan sesama sendiri tetapi bergerak ke hadapan mendekati rakyat yang semakin terhimpit dengan lingkaran ekonomi yang bertambah kritikal.

Sumber TKO - 19-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















Mengagendakan kepimpinan qawiyyul amin dalam PAS

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44325-mengagendakan-kepimpinan-qawiyyul-amin-dalam-pas

Pagi yang indah 18 Februari di Kuala Lumpur telah diambil peluang oleh Lujnah Tarbiah PAS Pusat untuk mengadakan program Liqa Fikri, dengan pembentangan kertas kerja "mengagendakan kepimpinan qawiyyul amin" oleh Presiden PAS. Peserta-peserta yang hadir merupakan pimpinan PAS daripada seluruh negara dan program ini merupakan program berkala Lujnah Tarbiah dan Perkaderan. Program liqa fikri kali ini dengan penyertaan yang menggebu daripada sasaran panitia kerana sekali gus kehadiran ke Himpunan 355 di Padang Merbok.

Tuan Guru Presiden telah mengupas tentang konsep kepimpinan yang digariskan oleh Islam dan juga perbandingan dengan politik konvensional hari ini. Kepimpinan adalah satu amanah yang sangat berat, namun kepimpinan adalah pertanggungjawaban yang  wajib dipikul oleh orang-orang beriman. Konsep perutusan manusia sebagai  khalifah di atas mukabumi, "menegakkan agama dan mentadbir dunia dengannya".

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi Awang, kepimpinan ini dilahirkan dengan tarbiah dan tazkiah bukan sahaja mempelajari nas daripada al-Quran, sirah dan sunnah, bertafaqquh daripada aspek ilmu dalam masa yang sama mempelajari asbab nuzul ayat, berlakunya hadis, serta sejarah masyarakat di setiap zaman, tempat dan cabaran berbeza, supaya dapat melaksanakan ciri kepimpinan melangsungkan perjuangan para rasul di zaman rasul akhir zaman dan risalahnya kepada seluruh manusia.

Menurut Presiden PAS lagi, walaupun kini tidak mungkin melahirkan kepimpinan individu yang dapat memenuhi segala sifat dan syarat seperti generasi awal, tetapi kepimpinana secara  berjemaah (kolektif) dapat melengkapkan segala sifatnya. Di sini meletakkan peranan parti atau kumpulan di setiap tempat dan zaman yang tidak boleh mematikan perjuangan Islam, walaupun tidak ada negara bersifat khilafah yang dapat menaunginya, namun Islam tetap dilindungi oleh Allah.

Menarik apabila Tuan Guru Presiden mengilas kembali sirah ar Rasul dan generasi al-Quran, bagaimana pemilihan di Thaqifah Bani Saidah selepas kewafatan ar rasul SAW. Kepimpinan bukanlah suatu yang remeh sebagaimana sangkaan kelompok sekular pragmatis, menaiki takah kepimpinan adalah melalui syarat-syarat dan kriteria tertentu. Kepimpinan adalah untuk menggalang kerja menegakkan Islam, melindungi ummah maka shaksiyyah kepimpinan mestilah terikat dengan sifat amanah, berilmu, melazimi syura dan musyawarah serta dengan pakej kompetensi kepimpinan.

PAS telah melepasi 65 tahun perjuangan di medan operasional, menggeluti ruang dakwah, siasah dan tarbiah maka ujian kepada PAS juga cukup rencam dan beragam. Tidak mudah bagi harakatul ummah ini menguruskan sejuta ahlinya dengan pelbagai latarbelakang sosio ekonomi, juga serangan luar jamaah yang bertali arus menghujam gerakan Islam ini. Maka PAS memerlukan kepimpinan yang menggarap seluruh kompetensi yang saling melengkapi, mempunyai aura positif yang akan memancarkan qudwah yang indah buat ahli-ahlinya. Menjadi pemimpin tidak cukup dengan wejangan berapi-api di pentas podium, namun lebih jauh lagi dapat mengartikulasi dengan baik pelbagai permasalahan dalaman dan luaran  organisasi.

PAS kini berada pada landasan yang tepat, menggungguli sokongan masyarakat muslim majoriti negara ini, walaupun dua tahun lepas menghadapi olakan dalaman sehingga tertubuhnya PAN. Tanpa perlu merasa selesa dengan  sokongan yang diterima, kepimpinan PAS di semua peringkat wajar meningkatkan gerak kerja amal Islami, mengukuhkan seluruh ruang pemberdayaan untuk menguatkan PAS. - HARAKAHDAILY 18/2/2017

Sumber HD - 18-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Tiada dua kumpulan dalam PAS - Timbalan Presiden

NAZIRAH NASRUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44312-tiada-dua-kumpulan-dalam-pas-timbalan-presiden

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan wujudnya dua kumpulan yang bertentangan dalam PAS berikutan isu kerjasama dan rundingan dengan beberapa pihak sebelum ini.

"Tidak ada dua kumpulan. Ini persepsi yang sengaja dibuat oleh para wartawan," katanya ringkas menempelak beberapa soalan berbentuk provokasi oleh wartawan media arus perdana ketika sidang media di Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM) dekat sini hari ini.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa apa yang dibuat sebelum ini hanya pertemuan rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan keputusan mengenai rundingan diserahkan kepada PAS Pusat.

Beliau juga sebelum ini turut menegaskan PAS mengambil keputusan untuk tiada hubungan dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan DAP dan PAN.

Pendirian itu selari dengan apa yang digariskan parti dan ketegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – HARAKAHDAILY 17/2/2017

>>>Laporan Lanjut di Harakah Cetak Edisi Isnin 2224.

Sumber HD- 17-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















Pendirian Penasihat PPBM sering berbeza

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44291-pendirian-penasihat-ppbm-sering-berbeza

KOTA BHARU: Kenyataan Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap sering berbeza dan tiada pendirian yang jelas.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata sehingga sekarang pendirian pemimpin terbabit didapati sering berbeza untuk bekerjasama dengan PAS.

“Kadang-kadang menjemput PAS untuk bekerjasama, pada masa yang sama pula seolah-olah ingin ‘menumbuk’ PAS.

“PAS sudah lama bersendirian dan melalui pahit getir perjuangan sejak sekian lama,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Dr Mahathir baru-baru ini dilapor mendakwa PAS akan menjadi parti yang tidak efektif dalam politik negara sekiranya terus kekal dalam pakatan sendiri.

Menurutnya PAS juga tidak akan memenangi pilihan raya dan tidak berupaya berbuat apa-apa sekiranya tidak bekerjasama sama ada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang.

Mohd Amar berkata, kalau benar PAS tidak efektif tidak perlu Dr Mahathir bersungguh-sungguh mengajak PAS bersama mereka.

“Jadi kita boleh bawa haluan dan jalan masing-masing, BPBM boleh bekerjasama dengan parti yang sesuai dengan mereka,” ujarnya.

Mengulas dakwaan Dr Mahathir, DAP lebih kuat berbanding PAS, beliau berkata sekiranya boleh bersama DAP, parti itu tidak perlu menunggu PAS sehingga tempoh sebulan.

Ditanya desakan anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar supaya Exco PAS dalam kerajaan Selangor melepaskan jawatan, Mohd Amar berkata lebih baik pemimpin itu keluar daripada PAS.

Katanya, lebih baik berada di luar PAS, memandangkan kedudukannya sekarang tidak difahami orang ramai.

“Masih sebagai ahli PAS tetapi menyerang PAS sesuka hati,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/2/2017

Sumber HD - 15-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Mahathir Bukan Perdana Menteri Lagi, Berhenti Bagi Arahan!
Posted on Tuesday, February 14 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33593



KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir  Mohamad perlu diingatkan kembali bahawa zamannya sebagai Perdana Menteri sudah  lama berlalu.
Lantas Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad menegaskan agar Dr Mahathir  berhenti daripada memberikan arahan kepada parti pembangkang untuk menerima  acuan politiknya.
"Apa locus standi dia untuk beri tempoh kepada sesiapa? Mungkin dia masih  memikirkan bahawa dia masih lagi Perdana Menteri.

"Kita kena ingatkan dia bahawa dia bukan Perdana Menteri lagi, dia tak boleh  beri tempoh kepada sesiapa," katanya merujuk kepada tempoh sebulan kepada PAS  untuk membuat keputusan samaada ingin menyertai Pakatan Harapan ataupun tidak.

Tempoh berkenaan diberikan Dr Mahathir kepada PAS agar blok pembangkang boleh  mengatur strategi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menentang Barisan  Nasional (BN).

Walaubagaimanapun, usaha berkenaan menjadi buntu apabila pucuk pimpinan PAS  terutamanya Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menjalin  kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan parti  komponen Pakatan Harapan.

Hadi berkata, PAS boleh bekerjasama dengan PPBM namun parti teraju Dr Mahathir  itu perlu meninggalkan DAP dan PAN.

Mengulas prinsip PAS, Iskandar menegaskan bahawa perkara tersebut wajar  dipertahankan disamping meneliti keputusan membabitkan kepentingan parti agar  sejarah hitam apabila PAS dikhianati tidak berulang kembali.

"Kita perlu tegas dari segi prinsip kita, dan kita tak mahu dikhianati seperti  sebelum ini. Kita memang tegas, tapi pilihan raya masih lama lagi...boleh  berlaku perbincangan selepas ini. Kita tunggu dan lihat," ujarnya.

Dalam pada itu, Penganalisis Politik, Dr Salawati Mat Basir menjelaskan,  kedudukan blok pembangkang semakin berkecamuk semenjak Dr Mahathir menyertai  Pakatan Harpan.

"Kemasukan Dr Mahathir ke dalam pembangkang lebih menghuru-harakan pembangkang  secara tidak langsung. Saya rasa Malaysia berada pada satu ambang politik yang  sungguh tidak keharuan.

"Dr Mahathir masih bawa sifat dia bersama Umno. Tak sesuai untuk beliau berada  dalam gelanggang pembangkang jika dia masih berperangai begitu," katanya  dipetik Antarapos.

Tambah Dr Salawati, bekas Perdana Menteri itu sering berlagak seperti ketua dan memberi arahan parti komponen Pakatan Harapan - DAP, PKR dan PAN - disamping  cuba menjadi jaguh untuk membawa masuk PAS kedalam blok pembangkang tersebut.

Namun, usaha tersebut semakin gagal apabila PAS semakin menjauhi PPBM dan  Pakatan Harapan.

"Pembangkang pun huru-hara, jadi bagaimana nak diberikan tugas memerintah  negara?" tegasnya.

Dr Salawati dalam pada itu turut menggambarkan insiden empat pemimpin DAP  Melaka melepaskan jawatan juga merupakan tempias kepada diktator Dr Mahathir  didalam Pakatan Harapan disamping dendam terhadap kepimpinan Pengerusi PPBM itu sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

"Mereka tidak suka pemimpin atasan mula rapat dengan Dr Mahathir. Mereka masih  ingat bagaimana Dr Mahathir suatu ketika dahulu menggengam negara hingga mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

"Adakah disebabkan pertemuan politik hari ini maka kita perlu melupakan apa  yang berlaku semalam?" katanya lagi.
- Malaysian Digest

Sumber TKO - 14-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tun M Diminta Tidak Desak PAS - Idris Ahmad
Posted on Monday, February 13 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33578



BUKIT GANTANG: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mendesak parti itu dalam isu penyertaan dalam Pakatan Harapan.

Beliau berkata, adalah tidak wajar untuk bekas perdana menteri itu memberi kata dua kepada PAS untuk menyatakan keputusan dalam tempoh sebulan.

Menurutnya proses membuat keputusan berhubung perkara tersebut merupakan sesuatu yang besar dan memerlukan tempoh yang panjang untuk dibincangkan.

"Dr Mahathir hendaklah hormat dengan PAS dan jangan buat PAS seperti budak-budak, tindakannya memberi amaran merupakan sikap tidak baik.


"Kami dah lama jadi pembangkang 22 tahun (dari) zaman beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri," katanya dalam sidang media selepas Ceramah Mega RoadShow 355 peringkat negeri di Markas PAS Bukit Chempedak, dekat sini Sabtu malam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang memberi tempoh sebulan kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan atau tidak.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata lebih 100,000 anggota PAS dijangka menyertai himpunan bagi memberi penjelasan mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) 1965 atau Akta 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.

"Himpunan itu sebagai tanda sokongan masyarakat Islam terhadap pindaan akta itu bagi memperkasa mahkamah syariah," katanya. -- Bernama

Sumber TKO - 13-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS Tidak Akan Sertai Pakatan Harapan - Mohd Amar
Posted on Monday, February 13 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33577



KOTA BHARU: PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi pakatan itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.  


Mohd Amar, yang senada dengan keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu berkenaan, berkata parti itu tidak memerlukan masa sebulan untuk menyertai pakatan itu sebagaimana yang disyaratkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.

"Kami sudah membuat keputusan tidak akan bersama-sama (parti pembangkang lain) dengan Pakatan Harapan dan ini bukan macam teka silangkata yang mempunyai tempoh tertentu," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita di pejabatnya di sini, Ahad. - Bernama

Sumber TKO - 13-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























Dr M Wrong In Thinking He Could Direct PAS Action











PAS criticised former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad over his one-month deadline for the party to decide whether to join a proposed federal opposition pact.

PAS election director Datuk Mustafa Ali reportedly said that Dr Mahathir was wrong in thinking he could direct PAS on its actions.

“Dr Mahathir should not be acting as if he is the opposition leader. Furthermore, no other party can tell PAS what to do,” he was quoted saying by local daily New Straits Times (NST).

He iscommenting on the talks with Dr Mahathir’s party Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) for a possible cooperation, they insisted that PAS must not be pressured into a decision.

Information chief of Dewan Ulamak PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali said it was up to the PAS leadership to make decisions for itself.

“He still thinks he is in power, just like when he was leading the government. It is not PAS that is desperate to work with PPBM. It is the other way around.

“We have been firm against Dr Mahathir due to his arrogance and constant attacks on PAS,” he was quoted.

Yesterday, Dr Mahathir reportedly issued the one-month ultimatum, stressing the need to form the opposition pact as early as possible.

On February 1, PAS and PPBM formed a joint committee that was tasked with framing an outline for political cooperation between both parties ahead of the 14th general election that must be called by mid next year.

PPBM, the newest Umno splinter party, has been courting PAS for the past few months to form a more cohesive Opposition front.

Sumber BO -12-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dakwaan Husam taktik tak mahu tanding PRU - Hadi
Posted on Sunday, February 12 @ 16:47:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33567



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Datuk Husam Musa sengaja tidak mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan sebab itu mendakwa parti itu menerima dana sebanyak RM90 juta.

“Saya rasa dia tak mahu tanding PRU akan datang. (Jadi) dia buat begitulah.

“Kalau bawa mahkamah (jadi) benda bohong, (bila) kalah tak boleh tanding dalam PRU.

(Kalau) tak nak tanding beritahu senanglah,” katanya.

Bagaimanapun undang-undang menyatakan bahawa individu hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya umum jika mereka disabitkan dengan jenayah dan dihukum denda lebih daripada RM2,000 atau penjara dua tahun.

Hadi berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Hadi mengulas mengenai kenyataan Husam mengenai dana itu dan tindakan PAS yang ingin menyaman ADUN Salor itu.

Sebelum ini Husam dalam ceramahnya di pentas Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa, beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.

Kata Husam, dana berkenaan disalurkan ke akaun di Affin Bank.

Beliau yang dipecat daripada PAS pada Mei tahun lalu atas dakwaan melanggar disiplin membayangkan butiran mengenai dana itu akan muncul menjelang pilihan raya umum akan datang.

Jumaat lalu Tuan Ibrahim berkata PAS menganggap kenyataan Husam mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat laman web Sarawak Report sebelum ini.

Katanya, PAS menafikan sekeras-kerasnya "tuduhan jahat Datuk Husam Musa" bahawa parti itu menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

"PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report," kata Tuan Ibrahim.

Sumber TKO - 12-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kata dua Dr M: PAS tak perlu sebulan, kata Hadi
Posted on Sunday, February 12 @ 16:35:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33566



PAS membayangkan akan bergerak sendirian dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila menegaskan bahawa parti itu tidak perlu menunggu tempoh sebulan seperti ditawarkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata dasar PAS sangat jelas iaitu parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Tak perlu tunggu sebulan dengan BERSATU. Kita sudah ada dasar. Dasar (kita) tidak kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH.

“Kita sudah buat keputusan, semua parti ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, kita tak ada hubungan dengan mereka.

“Tak perlu tunggu (BERSATU). Bila dia dah ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, habislah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Ampang hari ini.

Hadi berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi tempoh sebulan dari hari ini kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai Pakatan Harapan ataupun tidak.

Hadi turut menolak untuk berjumpa dengan Dr Mahathir untuk berbincang mengenai perkara itu memandangkan BERSATU mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH.


Hubungan dengan PKR

Malah jelasnya, PAS akan membuat keputusan mengenai hubungan dengan PKR dalam Muktamar parti Islam itu pada 28 April ini di Alor Setar.

“PKR pun kita akan buat keputusan masa Muktamar nanti,” katanya.

Namun PAS masih berteka-teki mengenai sama ada akan meneruskan hubungan dengan PKR atau tidak.

“Itu akan lihat bila tiba masanya,” katanya.

Hadi ketika ditanya adakah PAS boleh bekerjasama dengan pakatan pembangkang seperti dalam gabungan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) di tahun 1990 berkata:

“Masa tu tak timbul masalah, (sekarang ni) menentang secara secara terbuka, masa itu tak ada kerjasama dengan DAP, kita dengan Semangant46 sahaja.

“Kita ada dasar yang tak kerjasama dengan parti tentang Islam dan yang ada hubungan dengan parti yang menentang Islam,” katanya.

Sumber TKO - 12-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAN jangan sibuk kerjasama Pas - Bersatu
Posted on Saturday, February 11 @ 17:17:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33555



SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) seharusnya tidak masuk campur apa sahaja urusan parti lain, demikian menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, kerjasama antara Pas dan Bersatu adalah urusan kedua-dua parti itu, seharusnya parti luar tidak perlu ambil tahu.

“Saya pun hairan, mengapa ada orang luar yang mahu tahu kedudukan kerjasama antara Pas dan Bersatu, sedangkan mereka sendiri bermasalah dan banyak masalah.

“Hal Pas, biarlah Pas uruskan sendiri. Kami bukan parti baru. Kalau nak tahu perkembangan, Amanah boleh bertanya pada Bersatu kerana mereka juga ada jalinan yang kuat,” katanya kepada Sinar Online.

Takiyuddin diminta mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kerjasama itu akan menemui jalan buntu selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan pelbagai syarat yang tidak munasabah.

“Apa juga syarat atau status perbincangan, biarlah ia menjadi urusan Pas dan Bersatu sahaja.
“Cuma saya nak tekankan, tidak kiralah urusan politik, bisnes atau apa sahaja, tidak semua yang kita mahukan akan berjaya.

“Kerana itu, diadakan perbincangan. Kesediaan Pas untuk bekerjasama dengan Bersatu adalah tanda kami boleh berbincang. Pas sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik kecuali Amanah,” katanya.

Beliau menegaskan, Amanah tidak perlu lagi memberi sebarang kenyataan berhubung Pas.

“Kita ada parti sendiri, jagalah parti kita baik-baik. Itu lebih baik daripada bercakap megnenai parti kita yang sudah lama terbina ini,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin ketika ditanya bilakah jawatankuasa teknikal antara Pas dan Beratu akan mencapai kata sepakat, beliau berkata, ia hanya akan diputuskan sebelum PRU14.

“PRU14 pun lambat lagi, tak tahu bila. Jadi masih ada masa untuk dua parti ini terus berbincang dan memikirkan masa depan terbaik kami untuk pilihan raya akan datang.

“Apa juga keputusan, tunggu dan lihat,” katanya.

Sumber TKO - 11-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































Pemenang pertandingan swafoto, gambar kreatif H355

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44171-pemenang-pertandingan-swafoto-gambar-kreatif-h355

PENGUMUMAN: PEMENANG PERTANDINGAN SWAFOTO DAN GAMBAR KREATIF HIMPUNAN 355

Alhamdulillah, diumumkan pemenang pertandingan Swafoto dan Gambar Kreatif Himpunan 355 berdasarkan jumlah LIKE & SHARE setelah ditutup pada 5 Feb 2017.

TEMPAT PERTAMA: AZLINA ABDUL RAHMAN

Hadiah: Wang Tunai RM200 beserta T-Shirt H355 bertandatangan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia.

Jumlah like: 772
Jumlah share: 276
JUMLAH: 1048

TEMPAT KEDUA: TSD FIRDAUS

Hadiah: Wang Tunai RM150 beserta T-Shirt H355 bertandatangan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia.

Jumlah like: 693
Jumlah share: 234
JUMLAH: 927

TEMPAT KETIGA: AMRU HUDZAIFAH

Hadiah: Wang Tunai RM100 beserta T-Shirt H355 bertandatangan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia.

Jumlah like: 483
Jumlah share: 68
JUMLAH: 551

Tahniah kepada para pemenang. Yang tidak bernasib baik, boleh mencuba di Pertandingan InstaGempak di https://www.instagram.com/p/BP93MwTBz1S/

Terima kasih kepada semua penyertaan yang dihantar dan sokongan anda selama ini.

Terima kasih.

Sekretariat 355.

"Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera"

Sumber HD - 6-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Kerjasama dengan PPBM: PAS Pusat mungkin bermesyuarat sebelum 18 Februari
Posted on Sunday, February 05 @ 18:42:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33469



SHAH ALAM: Jawatankuasa PAS Pusat berkemungkinan akan bermesyuarat sebelum Himpunan RUU 355 pada 18 Februari ini untuk mencapai pendirian berhubung kerjasama partinya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun berkata, sebarang tarikh bermesyuarat akan diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
"Mungkin sebelum (Himpunan 355), barangkali. Namun kita kena tunggu tarikh daripada Setiausaha Agung.
"Ia (mesyuarat) mesti diadakan bulan ini," katanya ringkas kepada Antarapos, hari ini.
Rabu lalu, PAS dan PPBM mengadakan mesyuarat secara rahsia di ibu negara bagi merintis jalan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti.
Mesyuarat itu menghasilkan draf kerjasama yang akan diperincikan oleh kedua-dua pihak untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
Pada mesyuarat itu juga kedua-dua parti turut membentuk jawatankuasa teknikal bersama untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan yang dipersetujui.
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya menjangkakan jalan kerjasama antara partinya dengan PAS akan merintis usaha ke arah penyatuan parti-parti pembangkang yang lebih kukuh bagi menghadapi Barisan Nasional (BN).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyifatkan mesyuarat di antara dua parti itu pada Rabu lalu sebagai pertemuan 'biasa' atas permintaan PPBM, dan bukan perundingan khusus.
Malah beliau berkata mesyuarat berkenaan belum lagi membawa ke arah kerjasama PAS-PPBM.
Diajukan hal itu, Mustafa menjelaskan kenyataan Hadi mungkin disalah tafsir sesetengah pihak, sedangkan pemimpin partinya itu mahu sebarang keputusan yang bakal dicapai PAS perlu dibincang secara mendalam menerusi mesyuarat parti.

"Media yang sebut begitu. Hadi tak sebut begitu.

"Hadi tahu, cuma keputusan itu akan dibawa ke pimpinan tertinggi," kata Mustafa.
Sebagaimana ditegaskan berulang kali, Hadi dalam kenyataan terbaru itu turut menyebut PAS tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

Beberapa pemimpin PAS, termasuk Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan menyifatkan kerjasama PAS-PPBM masih belum muktamad dan masih berada di peringkat perbincangan.
Manakala Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula menyifatkan jalan ke arah kerjasama PAS-PPBM masih jauh, kerana apa jua bentuk cadangan perlu terlebih dulu diteliti Jawatankuasa PAS Pusat sebelum dibawa ke majlis syura ulama (MSU).
   -AntaraPos

Sumber TKO - 5-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































PRU14: PAS Sedia Tanding 100 Kerusi Parlimen











Oleh KAM

DUNGUN – PAS mempunyai 190 kawasan di seluruh negara kini berusaha lebih mahu mensasarkan kemenangan parti di peringkat kerusi parlimen.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hasrat Presiden parti mahukan kemenangan sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen itu realistik.

Justeru, katanya gerak kerja PAS bagi menawan beberapa buah negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, disokong ahli parti.


“PAS Pusat meletakkan ‘target’ memerintah Terengganu pada PRU14, mengekalkan kemenangan di Kelantan, merampas kembali Kedah, menguasai Perak dan Selangor.

“Dahulu, kita (PAS) fokus kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja, sekarang kita fokus Parlimen pula. Kita ada 190 kawasan seluruh negara.

“Kita ada satu juta ahli (PAS) lebih takkan tanding 40 kerusi atau 80 kerusi, sekurang-kurang 100 lebih kerusi bertanding,” ujarnya di hadapan 300 hadirin.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Dana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, PAS Dun Bukit Besi, di Dewan Darul Bayan, Pinang Merah, Paka, Dungun, pada Jumaat 3 Februari.


Namun, katanya bergantung kepada penelitian PAS Pusat pula dari sudut kemampuan jentera parti di semua peringkat.

Dato’ Tuan Ibrahim menegaskan PAS tidak akan bersama dengan DAP dan PAN dalam gabungan Pakatan Harapan.

Sebaliknya, kata beliau, PAS telah pun mewujudkan kerjasama blok ketiga bersama dengan Parti Ikatan.

Hadir sama pada majlis itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ahli
Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura,

Cikgu Wan Hapandi Wan Nik dan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Besi, Ustaz
Ghazali Sulaiman.

Sumber BO - 4-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Yet To Decide On Tahaluf Siyasi With PPBM





























































Kelantan Deputy Chief Minister Nik Amar Abdullah speaks during an interview with Reuters at government offices in Kota Bharu, in the northern coastal state of Kelantan, April 6, 2015. Feuding over an Islamic penal code that stipulates stoning for adultery and amputation for theft has put a spotlight on Malaysian Prime Minister Najib Razak's struggle to secure the majority Muslim vote and fend off attacks on his leadership. The 'hudud' controversy was triggered by the Islamist party that rules Kelantan. Parti Islam se-Malaysia's (PAS) push to have 'hudud' recognized under federal law, so it can be implemented in Kelantan, risks splitting the national opposition coalition to which it belongs: an already wobbly three-party alliance. To match story MALAYSIA-POLITICS/ISLAM Picture taken April 6, 2015. REUTERS/Olivia Harris
PAS has yet to decide on a political cooperation or ‘tahaluf siyasi’ with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), said PAS vice-president Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

He said the two parties met last Wednesday to discuss the matter, but nothing was finalised.
“Any decision on the matter will be decided by the party’s Syura Council.

The outcome of the discussion and suggestions by PPBM at the (Wednesday) meeting will be discussed by the council before taking the next course of action,” he told reporters after opening the Panchor Mini Darul Niswah here today.

Last Wednesday, PPBM deputy president Datuk Seri Mukhriz Mahathir met PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man to discuss on possible political cooperation involving the two parties. — Bernama

Sumber BO - 4-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































Pertemuan PAS-Bersatu; Sempadan PAS Tanpa DAP Dan PAN













Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan syarat tanpa DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS telah meletakkan garis panduan kerjasama parti itu dengan mana-mana parti sebagai sempadannya.

Menurutnya, PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang membuat kerjasama dengan parti DAP dan PAN.

Berikut adalah temubual antara wakil media dengan Dato’ Seri Abdul Hadi selepas Majlis Jamuan Sambutan Tahun Baru Cina 2017 di perkarangan Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu dan Dewan Penyokong PAS Kawasan Kuala Terengganu, di sini, Khamis 2 Februari.

Sambutan masyarakat Tionghua terhadap penganjuran program itu amat menggalakkan serta dalam suasana mesra dan ceria.

Soalan (S): Dato’ Seri, nok tanya mengenai kerjasama dengan antara PAS dengan Bersatu?
Jawapan (J): Belum ada kerjasama…pertemuan sahaja ada, kita (PAS) bertemu dengan semua (pihak) tetapi keputusan mesti dibuat oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak boleh sesiapa pun yang buat keputusan.

S: Tapi, katanya ada pertemuan antara PAS dengan Bersatu di Kuala Lumpur?
J: Semalam (1 Februari) ada pertemuan dimaklumkan kepada saya ada pertemuan itu. Dia orang minta, Bersatu minta untuk berjumpa dengan PAS. Jadi, Timbalan Presiden berjumpa dengan Dato’ Seri Mukhriz. Kita (PAS) dengar saja (dulu) tapi belum ada (buat) apa-apa keputusan.

S: Apa hasil pertemuan semalam, Dato’ Seri?
J: Hasil (pertemuan) belum dilapor kepada saya. Kita (PAS) telah membuat satu garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang membuat kerjasama dengan DAP dan PAN. Itu sempadan yang kita buat…sempadan. Sekarang kita nilai dulu apa sikap Bersatu dengan DAP, dengan PAN. Apakah hal-hal yang lain yang berkait dengan PAS. Kita perlu mendapat maklumat yang detail.

S: Jadi, rundingan ini jelas melihat kepada hubungan baik antara PAS dengan Bersatu?
J: Bukan rundingan, (tapi) pertemuan. Dia orang (Bersatu) minta jumpa.
S: Bagi pihak PAS sudah bagitahu syarat-syarat PAS kepada Bersatu?
J: Ya, kita maklumkan dan segala apa akan dipulangkan balik kepada saya. Kita (PAS) mahu yang pertamanya ialah kita mahu politik matang dan sejahtera. Kita tidak mahu politik fitnah, politik tegang…kita tak mahu. Ini pendirian PAS.

S: Adakah Dato’ Seri (Abdul Hadi) merasakan bahawa pertemuan ini akan berjaya ke meja rundingan dan melihat ada usaha untuk ke arah bergandingan antara Bersatu dengan PAS?
J: Kita tak ada maklumat-maklumat yang sepenuhnya dan sehingga ini ialah pertemuan dan kita memerlukan laporan daripada mereka yang terlibat dalam pertemuan itu. Kerana semua pihak hendak bertemu, kita berjumpa dengan semua pihak (termasuk) dengan Umno, dengan MCA, dengan Gerakan, dengan MIC. Jumpa semua.

S: Setakat ini belum ada apa kata putus lagi?
J: Belum ada keputusan…belum ada.
S: Salahuddin (Ayub) ada mengatakan bahawa, Dato’ Seri (Abdul Hadi ) mimpi di siang hari untuk dapat (memerintah) balik Terengganu, Kedah dan menang sekurangnya 40 kerusi parlimen tanpa kerjasama dengan mana-mana parti. Boleh ulas sedikit kenyataan itu?

J: Jika kita tidur baik siang pun boleh mimpi, malam pun boleh mimpi dan yang pentingnya tidur dengan baik (ketawa), jangan tidur dalam keadaan yang susah, rungsing. Kita (PAS) tak mimpi, kita berpijak di bumi kenyataan. Kita punya 190 kawasan seluruh negara. Daripada 222 parlimen, PAS ada kawasan 190 kawasan (parlimen) kita. Kita ada cawangan seluruh negara. Parti lain, DAP, PAN (Parti Amanah Negara) tak ada kawasan, tak ada cawangan…dia bergerak atas angin. Kita berpijak di bumi kenyataan.

S: Jadi, apakah pada pilihan raya akan datang PAS akan keseorangan atau macam mana?
J: Terpulang kepada penyelesaian blok ketiga yang kita (PAS) kemukakan. Blok ketiga itu bukan lagi Pakatan Rakyat, apatah lagi Pakatan Harapan. Blok ketiga kita.
S: Maksudnya, PAS akan berdiri sendiri?
J: Berdiri dengan sesiapa sahaja yang sanggup bersama dengan (parti) kita. Bukan semestinya sendiri. Kita menjemput sesiapa sahaja bersama dengan kita (PAS).
S: Bagaimana dengan PAS Selangor?
J: PAS Selangor pun dia kena ikut PAS Pusat. Itu juga akan dilihat kepada sejauh mana laporan jentera-jentera kita bekerja. Kita tidak mahu laporan atas angin. Kita mahu jentera kita bekerja.
S: Pandangan yang (bersama) parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan MIC?
J: Kita tidak menyertai BN. Kita boleh bekerjasama dalam isu-isu bersama untuk kepentingan
rakyat. Tetapi, pilihan raya kita berasingan.

Sumber BO - 3-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerjasama dengan PPBM sama seperti PKR - Mustafa
Posted on Thursday, February 02 @ 16:23:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33437



SHAH ALAM: PAS memberi jaminan bahawa parti itu tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan DAP dan Amanah meskipun jika berjaya mencapai kata sepakat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Rayanya Datuk Mustafa Ali, hubungan antara PAS-PPBM akan berlangsung seperti mana parti itu menjalin kerjasama dengan PKR, yang turut terikat dengan DAP dan Amanah di Selangor.
Beliau menegaskan kerjasama PAS-PPBM tidak harus dikaitkan dengan sebarang permuafakatan dengan parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu dengan DAP dan Amanah.

"Itu kena tanya Bersatu (PPBM), (PAS) tak campur yang tu. Kita tak ada hubungan dengan DAP, Amanah. Kita hubungan dengan Bersatu (PPBM). Kita sama-sama tengoklah lepas ni macam mana.

"Contoh hubungan (PAS) dengan PKR masih berjalan, PKR ada hubungan dengan DAP. Itu dia punya hubungan, kita tak campur," katanya kepada Antarapos. Mustafa turut menjadi wakil PAS bersama Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam rundingan bersama PPBM semalam.

Walaupun hasil rundingan antara PAS-PPBM masih belum diketahui statusnya, namun kerjasama itu menjadi tanda tanya apabila parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebelum ini sering menegaskan tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
PAS-DAP memutuskan kerjasama politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan perbalahan berpanjangan antara pemimpin kanan dua parti itu.
Manakala Amanah pula menjadi musuh PAS dan dilabel sebagai pengkhianat selepas sebahagian pemimpin dan ahlinya bertindak meninggalkan parti dan menubuhkan parti serpihan berkenaan.  
Mengulas lanjut mengenai hasil pertemuan semalam, Mustafa berkata kedua-dua parti sepakat untuk membawa persetujuan yang dicapai semalam kepada parti kepimpinan tertinggi masing-masing.
"Perkara yang dipersetujui itu akan dibawa kepada pimpinan masing-masing untuk ditandatangani (capai kata sepakat).
"Ia bawa petanda positif. Pengumuman akan dibuat, akan ada sidang media.

  "Dari segi persefahaman politik secara prinsipnya dah berlaku, (yang tinggal) sekarang yang formalitilah (rasmi)," jelas beliau. - AntaraPos

Sumber TKO - 2-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































Kenyataan media PAS Pusat

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44143-kenyataan-media-pas-pusat

Sehubungan Kenyataan Bersama bertarikh 1/2/2017 berhubung dengan pertemuan antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPMB), sukalah saya menjelaskan seperti berikut:

1) Kenyataan tersebut (yang bertarikh 1/2/2017) hanyalah memaklumkan bahawa pertemuan antara kedua-dua pihak telah diadakan pada tarikh tersebut dan tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai hubungan PAS-PPBM;

2) Delegasi PAS yang diketuai oleh Timbalan Presidennya telah diberi mandat sebagai Jawatankuasa Perunding sahaja dan tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan;

3) Segala cadangan hasil perbincangan pada 1/2/2017 yang akan dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama perlu diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk diputuskan (sebagaimana dalam kenyataan yang telah dikeluarkan).

4) Sebagaimana amalan dalam semua kerjasama politik (tahaluf siyasi) yang dibuat sebelum ini, begitulah juga dalam hubungan dengan PPBM, PAS akan menyerahkan kepada Majlis Syura Ulamak PAS, iaitu sebagai badan tertinggi yang akan memandu parti, bagi membuat keputusan tentang kerjasama politik dengan meneliti terutamanya aspek syarak, sama ada ianya boleh diteruskan atau sebaliknya.

Terima kasih.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Bertarikh: 02 Februari 2017

Sumber HD - 2-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerjasama PAS-BERSATU masih dalam rangka kerja persefahaman politik
Posted on Wednesday, February 01 @ 23:15:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33426&mode=thread&order=0&thold=0



PETALING JAYA: Mesyuarat yang dilihat sebagai “penentu” kerjasama pilihan raya antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dapat memutuskan bentuk kerjasama antara mereka.
Sebaliknya, PAS dan PPBM akan membawa pulang “rangka kerja persefahaman politik” yang dicapai dalam pertemuan tadi untuk dipertimbangkan pimpinan tertinggi kedua-dua parti.
Pemimpin tertinggi kedua parti tidak menyertai mesyuarat “penentu” hari ini. Delegasi PAS diwakili Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala delegasi PPBM diketuai Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Kami memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha memeterai kerjasama.”

“Rangka ini akan diperhalusi pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani Presiden masing-masing pada waktu terdekat,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

PAS dan PPBM akan menubuhkan satu “jawatankuasa teknikal bersama” untuk melaksanakan keputusan yang dicapai kedua pihak.

Sebelum ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mesyuarat hari ini menjadi penentu kepada kerjasama antara PAS dan partinya.

Keputusan membentuk jawatankuasa teknikal bersama itu menyusuli serangan PAS terhadap Dr Mahathir.

Pertemuan dilakukan di sebuah lokasi rahsia di Bangsar, di saat wartawan memenuhi ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Ia sepatutnya diadakan pada Khamis tetapi diawalkan ke hari ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi FMT hari ini enggan memberitahu keputusan dan persefahaman yang dicapai dalam pertemuan itu.

PPBM cuba menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan dan juga PAS, dua pihak yang tidak sefahaman.

Ketika Konvensyen Pakatan Harapan November lalu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan hasrat parti untuk menyertai gabungan itu.


Beberapa pemimpin PAS pula, antaranya naib presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka sedia bekerjasama dengan PPBM, tetapi bukan dengan Amanah dan DAP.

Sumber TKO - 1-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan Jawatankuasa Induk Bersama PAS-PPBM
Posted on Wednesday, February 01 @ 17:14:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33425&mode=thread&order=0&thold=0



Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak. Delegasi PAS diketuai oleh YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM.

Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.

DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN                  
Timbalan Presiden PAS    
                                    
YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden PPBM

1 Februari 2017

Sumber TKO - 1-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Presiden PAS tidak ada dalam pertemuan PAS-PPBM esok
Posted on Wednesday, February 01 @ 07:10:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33414&mode=thread&order=0&thold=0



PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menyertai pertemuan parti Islam itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Dalam perkembangan terbaru, ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail memberitahu pertemuan yang dijadualkan berlaku pada Khamis diawalkan ke esok.

Delegasi PAS akan diketuai Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata Hadi tidak akan menyertai perbincangan tersebut kerana tidak terlibat dalam jawatankuasa perbincangan.

Presiden PAS bagaimanapun merestui perbincangan itu.

“Yang akan menyertai perjumpaan PAS dan PPBM ialah saya sendiri, Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan, Naib Presiden Idris Ahmad serta 2 lagi jawatankuasa PAS yang lain,” katanya.

Hadi sebelum ini bertegas menolak kerjasama dengan DAP pada PRU akan datang, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan PPBM.

Semalam PPBM dalam kenyataan berkata parti itu tetap bertemu PAS walaupun akar umbi parti marah susulan penghinaan PAS terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.


PAS turut mensasarkan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

Sumber TKO - 1-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































PAS tidak mahu ulangi kesilapan lama

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44130-pas-tidak-mahu-ulangi-kesilapan-lama

KOTA BHARU: PAS tidak mahu mengulangi kesilapan lama melalui kerjasama pembangkang dengan DAP, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

“Sudah dua kali sejarah kerjasama dengan DAP, namun parti itu meninggalkan pakatan pembangkang kerana isu agama Islam,” katanya.

Baru-baru ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang dilaporkan mendakwa PAS angkuh dan sombong kerana tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mempersoalkan siapa sebenarnya yang sombong.

“Siapa yang keluar daripada Pakatan Rakyat lebih awal kalau bukan DAP. Jadi wajar PAS untuk tidak menerima pelawaan DAP sertai Pakatan Harapan.

“Kami dah terkena dua kali dan ia sudah cukup untuk jadi pengajaran kepada PAS,” ujarnya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Kali pertama PAS mengadakan kerjasama dengan DAP ketika menghadapi pilihan raya umum 1999, namun DAP keluar menjelang PRU 2004 selepas PAS melancarkan Dokumen Negara Islam.

Dan kali kedua selepas PRU 2013, DAP menentang usaha kerajaan Kelantan mahu memperkasakan Mahkamah Syariah. - HARAKAHDAILY 1/2/2017

Sumber HD - 1-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































Naik harga minyak 'hadiah' Tahun Baharu Cina

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44125-naik-harga-minyak-hadiah-tahun-baharu-cina

KOTA BHARU: Tidak lagi ditemui di media massa berbahasa Melayu makluman kenaikan harga petroleum, yang menjadi agenda bulanan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya sejak semalam lagi sudah diuar-uarkan di media sosial harga baru petroleum bagi Februari 2017.

Lebih malang lagi percaturan kerajaan BN dibuat ketika paras harga minyak dunia jatuh semalam ekoran aktiviti penggerudian minyak Amerika Syarikat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan Malaysia sebuah negara hebat yang boleh melakukan apa sahaja tanpa menghiraukan keluhan rakyat.

“Inilah kehebatan pemimpin negara yang mentadbir kerajaan sekarang menaikkan harga petrol dua kali dalam tempoh sebulan.

"Tak pernah berlaku sampai harga petrol dan diesel naik sampai dua kali dalam tempoh sebulan iaitu Januari lepas dan Februari," katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Berkuatkuasa jam 12.01 pagi tadi harga minyak RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter menjadi RM2.30. Manakala RON 97 juga naik 20 sen kepada RM2.60. Harga diesel pula naik 10 sen menjadikan RM2.15.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, kenaikan itu sebagai 'hadiah' sempena sambutan Tahun Baru Cina. - HARAKAHDAILY 1/2/2017

Sumber HD - 1-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS Sasar Memang 40 Kerusi Dalam PRU-14 Nanti
Posted on Sunday, January 29 @ 13:19:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33381



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, partinya menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Pada masa yang sama, kata Abdul Hadi, parti itu perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah.

Sambil mengakui walaupun sukar mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri, tetapi PAS mempunyai tanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah, katanya.

"Kejayaan strategi itu akan menyebabkan Umno tidak lagi sombong seperti dahulu dan membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara.

"Kita kena faham ini semua. Jangan kita mara ke hadapan dengan tidak tengok sedikit ke belakang, di mana kekurangan dan kelemahan, tidak membuat muhasabah.

Kita maju ke hadapan dalam keadaan kita tak tengok lopak-lopak dan liku yang bahaya," ujarnya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, memetik laporan Harakah Daily.

Baru-baru ini, Abdul Hadi berkata, PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Jelas Abdul Hadi, agenda mereka dan DAP berbeza kerana PAS bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR hampir berjaya menjatuhkan Umno dan BN dengan mencapai peratus tinggi undi popular iaitu 89 kerusi pembangkang dan 132 kerusi kerajaan.

Namun begitu, wujud keadaan tidak seimbang pada kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan PAS melakukan muraja'ah semula terhadap tahaluf siyasi, katanya.

"Sedarkah saudara-saudari bagaimana kedudukan kerusi itu? Tak sedar 89 kerusi pembangkang itu PAS 21 kerusi, PKR 30 kerusi, DAP 38 kerusi. Kekuatan jentera PAS 25 peratus, parti lain bahagi-bahagi, (tapi) kerusi PAS begitu kedudukannya.

"Orang kita menang sorak, ekor berlumur taik. Sedar ke tidak? Ini kena faham. Dari 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan 50 bukan Islam. Ada cadangan buat undi tidak percaya nak ubah kerajaan," tambah beliau yang juga ahli Parlimen Marang.


Menurut beliau, dengan mengambil 30 lagi kerusi bukan Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan, sekali gus terbentuk kerajaan baharu yang berkedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.

Sumber TKO - 29-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































PAS bertanggungjawab pastikan Islam memerintah

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44082-pas-bertanggungjawab-pastikan-islam-memerintah

ALOR SETAR: PAS perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan, memerintah semula Terengganu dan Kedah, memimpin Selangor, serta mendapat sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, walaupun sukar untuk mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri, tetapi PAS mempunyai tanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah.

Menurutnya, kejayaan strategi itu akan menyebabkan Umno tidak lagi sombong seperti dahulu dan membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara.

"Kita kena faham ini semua. Jangan kita mara ke hadapan dengan tidak tengok sedikit ke belakang, di mana kekurangan dan kelemahan, tidak membuat muhasabah. Kita maju ke hadapan dalam keadaan kita tak tengok lopak-lopak dan liku yang bahaya," ujarnya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, di sini semalam.

Kata beliau, tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR hampir berjaya menjatuhkan Umno dan BN dengan mencapai peratus tinggi undi popular iaitu 89 kerusi pembangkang dan 132 kerusi kerajaan.

Tetapi jelas Tuan Guru, wujud keadaan tidak seimbang pada kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan PAS melakukan muraja'ah semula terhadap tahaluf siyasi.

"Sedarkah saudara-saudari bagaimana kedudukan kerusi itu? Tak sedar 89 kerusi pembangkang itu PAS 21 kerusi, PKR 30 kerusi, DAP 38 kerusi. Kekuatan jentera PAS 25 peratus, parti lain bahagi-bahagi, (tapi) kerusi PAS begitu kedudukannya.

"Orang kita menang sorak, ekor berlumur taik. Sedar ke tidak? Ini kena faham. Dari 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan 50 bukan Islam. Ada cadangan buat undi tidak percaya nak ubah kerajaan," cerita beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurutnya, dengan mengambil 30 lagi kerusi bukan Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan, sekali gus terbentuk kerajaan baharu yang berkedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.

Terang beliau, PAS bukan bermaksud bersikap perkauman, tetapi peraturan siyasah syar'iyyah menetapkan pemilihan pemimpin tidak sekadar memiliki ilmu dan akhlak, termasuklah juga pengaruh di kalangan rakyat.

Hal tersebut dipetik Tuan Guru berdasarkan hadis "Pemimpin daripada Quraisy" yang merujuk kepada pihak paling besar dalam kalangan umat manusia.

Kerana itu ujar beliau, perlu disedari bahawa politik Malaysia telah berlaku perubahan di mana orang Islam sudah berjumlah 65 peratus dengan pertambahan baru dan 25 peratus Cina, manakala baki ialah India serta lain-lain kaum.

"Adakah wajar bagi negara (ini), kerajaan diperintah oleh orang Islam 39 kerusi, bukan Islam kerusi yang besar? Ini tidak tepat, asas bangunan dengan apa yang kita nak letak di atasnya.

"Kalau orang main bola, bila dia rapat ke gol lawan tak boleh masuk gol, dia undur balik. Kena susun strategi, masuk balik. Ini kena faham," lontarnya menjentik fikiran.

Tambah beliau, mereka yang tidak faham itulah menubuhkan PAN, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad hanya hendak mempertahankan kedudukannya semata-mata, tanpa mempedulikan Islam.

Kata Tuan Guru lagi, Allah SWT telah menunjukkan hakikat sebenar kesetiaan rakan dalam Pakatan Rakyat yang membantah PAS melaksanakan Islam walaupun telah bersefahaman untuk tidak menyentuh dasar parti masing-masing.

Apatah lagi jelasnya, pindaan Perlembagaan Malaysia bagi membolehkan syariat Islam dilaksanakan memerlukan dua pertiga majoriti sokongan sedangkan jumlah Ahli Parlimen Islam tidak mencukupi.

Keadaan itu terang beliau, berpunca daripada tindakan Tun Mahathir yang mewujudkan kawasan Parlimen campuran antara Islam dan bukan Islam dengan nisbah tertentu.

Selain turut diletakkan jumlah pengundi mencecah 100,000 dalam satu parlimen di Kedah, Terengganu, Kelantan dan utara Perak, berbanding sekitar 20,000 di Johor dan negeri lainnya.

Menurut Tuan Guru, usaha tersebut bertujuan menyingkirkan PAS dan memenangkan Umno selamanya di mana kini bekas Perdana Menteri itu melihat kesan perbuatannya sebagaimana tujuan doa Almarhum Ustaz Datuk Fadzil Mohd Noor agar Tun dipanjangkan umur. - HARAKAHDAILY 29/1/2017

Sumber HD - 29-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebersamaan PAS dalam misi Food Flotilla For Myanmar

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44076-kebersamaan-pas-dalam-misi-food-flotilla-for-myanmar
ALOR SETAR: Sumbangan untuk membantu saudara seiman yang dizalimi musuh Islam adalah termasuk dalam perkara perjuangan menegakkan agama, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, ia seperti menyalakan obor cahaya agama Allah kepada seluruh manusia, apatah lagi hubungan persaudaraan sesama Islam laksana anggota satu jasad.

"Bila satu jasad sakit, semua anggota terjaga dan merasa lemah. Juga persaudaraan Islam ini sebahagian iman. Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia kasih kepada saudaranya," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, di sini malam tadi.

Katanya, di akhir zaman orang Islam dimamah dan diratah oleh musuh-musuh Islam, maka menjadi kewajipan kepada saudara seiman yang hidup agak selesa membantu kesusahan saudaranya di mana mereka itu ditindas.

Oleh itu, beliau menyeru supaya semua pihak dapat memberikan sumbangan sebagai menyatakan kebersamaan menerusi delegasi PAS yang bersama dalam Misi Kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar.

Beliau pada majlis itu juga memakaikan vest rasmi kepada Ketua Delegasi PAS, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai simbolik serah tugas.

Sumbangan boleh diberikan melalui akan Maybank 564070611352 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS Pusat dan sebarang pertanyaan hubungi 0133845555 (Mohd Adram) atau 0139142305 (Abdul Malik). - HARAKAHDAILY 29/1/2017 

Sumber HD - 29-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DAP Sekadar Mahu Menang Tapi PAS Bukan Sahaja Mahu Menang – Abdul Hadi
Posted on Friday, January 27 @ 22:00:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33355



MARANG – PAS mengulangi pendirian untuk tidak menerima pelawaan DAP untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang untuk memastikan kemenangan pembangkang pada PRU14.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelawaan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahu kedua-dua parti bergabung semula bukanlah satu perkara baharu malah isu gabungan parti pembangkang akan timbul setiap kali menjelang pilihan raya umum sejak dulu lagi.

Katanya, kerjasama itu tidak akan berlaku kerana masing-masing mempunyai agenda tersendiri malah DAP hingga kini menentang beberapa agenda utama PAS khususnya dalam meningkatkan hukum syariah dalam kalangan umat Islam.

“Rang Undang-Undang 355 pun dia tak setuju, benda ni berkaitan dengan perkara asas dalam PAS untuk setiap dasar dan prinsip parti.

“DAP ada agendanya, PAS pun ada agenda juga.. .jika ada percanggahan agenda, macam mana nak ke arah itu (kerjasama).

“Pelawaan Kit Siang lebih kepada hendak menang, kita bukan sekadar nak menang pilihan raya sahaja, PAS mahu lakukan perubahan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di sini, hari ini.

Abdul Hadi mengulas mengenai pelawaan Kit Siang baru-baru ini yang berharap dapat bergabung semula dengan PAS untuk memastikan kemenangan dalam PRU14.

Sebelum ini, DAP mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan Pasyang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan dan pada masa sama DAP menuduh Abdul Hadi sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai hasrat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memilih untuk melupakan PAS, Abdul Hadi secara sinis berkata:

“Tun M ni, berapa kali dia keluar masuk UMNO, berapa kali dia keluar, berapa kali dia masuk….tak konsisten”.

Ditanya mengenai perbincangan antara PPBM dan PAS dijangka pada awal Februari ini, Abdul Hadi berkata, perbincangan boleh dilakukan namun PAS hanya mengutamakan prinsip, dasar dan matlamat parti itu dalam setiap perkara sebelum diputuskan.-BERNAMA

Sumber TKO - 27-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































PAS tolak pelawaan DAP, sedia bincang dengan PPBM

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44060-pas-tolak-pelawaan-dap-sedia-bincang-dengan-ppbm

MARANG: PAS menolak pelewaan Lim Kit Siang untuk bersama DAP menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, selagi pemimpin veteran parti itu bersikap menentang Negara Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata DAP tidak menunjukkan sikap positif serta masih menentang Negara Islam.

Ini katanya, termasuklah dengan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 yang DAP tidak bersetuju dengan pindaan tersebut.

Menurutnya, pelawaan pemimpin veteran DAP itu yang mahu berbaik semula dengan PAS bukan perkara baharu.

“Dia acap kali dah nak berbaik ini, keluar pun acap kali dah. Dia tidak ada tunjuk bukti yang dia terima secara positif, dia masih menentang Negara Islam termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 pun dia tak setuju. Itu benda yang berkait dengan prinsip, kita kena sedar.

“Sekadar untuk menang pilihan raya? Kita bukan nak menang pilihan raya sahaja, kita nak buat perubahan,” jelasnya kepada media mengenai kenyataan Lim Kit Siang mempelawa PAS bersama DAP untuk menghadapi BN.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila.

Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang mengakui bahawa PAS dan DAP mempunyai agenda parti masing-masing.

Katanya, PAS tidak boleh bersama dengan mana-mana parti yang bercanggah dengan agenda mendaulatkan Syariat Islam.

“Memang dia (DAP) ada agenda, kita (PAS) pun ada agenda. Kalau agenda bercanggah tak bolehlah,” tegasnya.

Menjawab kenyataan Tun Dr Mahathir akan ada perbincangan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan PAS pada Februari depan, beliau berkata PAS sedia berbincang.

“Perbincangan boleh buat perbincangan. Tapi, PAS ada dasar dia, ada prinsip dan matlamat dia. Memanglah dalam negara demokrasi kita kena bincanglah. Orang datang takkan kita nak tolak, kita dengarlah,” ujarnya.

Menurutnya, PAS mempunyai dasar, prinsip dan matlamat yang jelas menjadi asas kepada perbincangan dengan mana-mana parti politik. - HARAKAHDAILY 27/1/2017

Sumber HD - 27-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































Distance Yourself From DAP And We’ll Forgive You, PAS Tells Dr M
















PAS is willing to forgive Parti Pribumi Bersatu (Pribumi) chairman Tun Dr Mahathir Mohamad if he repents and disassociates himself from DAP, says PAS’ Mohd Zuhdi Marzuki (pic).

In a statement on Thursday, Zuhdi, who is the party’s research director, said the PAS leadership was willing to forgive anyone including Dr Mahathir despite him having victimised the Islamist party when he was prime minister.

“The Kelantan emergency declaration, Memali tragedy, the opposing of the Syariah Criminal Code and the revocation of oil subsidy, among others. These were among the things done by Dr Mahathir that pressured us,” he said.

Zuhdi added that Pribumi’s relationship with DAP was responsible for sabotaging the relationship between Pribumi and PAS.

“The PAS president (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) had previously urged everyone to save Malaysia the PAS way, by returning to the Islamic way,” he said, adding that the behaviour of DAP and other like-minded parties are an obstacle to efforts to save the country.

He said that Dr Mahathir’s had fallen for DAP’s anti-Islamic ways while Pribumi president Tan Sri Muhyiddin Yassin was instead working towards maintaining a relationship with PAS.
“Efforts to redeem Islam as the solution to all the problems in this country will not succeed if DAP is involved,” he said.

Last week, Dr Mahathir said that Pribumi did not need to cooperate with PAS for the elections.
On Wednesday, however, he said the party was open to getting the Islamist party to join the opposition bloc.-thestar

Sumber BO - 27-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































Mengapa Syariat Islam Dikelirukan?












RUU 355 terus menjadi sasaran untuk ditolak oleh sebahagian manusia di Malaysia sekarang, walaupun tujuannya khusus bagi penganut Islam sahaja untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah yang dihina dizaman penjajah dahulu setelah mereka merampas negara dan kuasa Raja-Raja yang melaksanakan Islam di zaman itu. RUU 355 juga menepati kedudukan Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan Malaysia dan konsep kebebasan beragama.

Kajian para orientalis yang mengkaji Islam dan masyarakatnya menegaskan bahawa rahsia kemajuan umat Islam termasuk di rantau ini kerana berpegang dengan ajaran Islam yang sebenarnya secara menyeluruh termasuklah dalam aspek pentadbiran dan hukum syariat yang adil sehingga mewujudkan keamanan dan keselamatan, seterusnya berjati diri dengan iman, ilmu dan akhlak mulia.

Negeri Melaka yang bersejarah dicatatkan sebagai tempat pertemuan budaya dan ekonomi serantau dan banyak catatan dipadamkan dalam Sejarah Nusantara, sebahagiannya masih tersimpan dalam arkib di negara-negara  barat secara bertulis. Bahasa Melayu bertulisan huruf Al-Quran yang ditambah dengan huruf yang tidak mampu ditampung oleh huruf Bahasa Eropah yang dipaksa pada hari ini masih tetap ada pengaruhnya di seluruh rantau ini termasuklah Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Kaum Cham di Kemboja dan Vietnam. Ini menujukkan betapa pengaruh tamadun Islam itu bertapak sehingga segala surat perjanjian dengan semua pihak ditulis dengan Bahasa Melayu dan hurufnya.

Barat yang datang menjajah melaksanakan agenda menghapuskan pengaruh Islam dalam masyarakat serantau dengan niat yang jahat sehingga hari ini. Walaupun mereka sudah keluar dan kita telah merdeka pada sebutan dan tulisannya, sedarlah bahawa kemerdekaan itu dirancang dan diatur supaya kita terus lemah dan bergantung kepada mereka dalam semua perkara. Dalam masa yang sama, mereka meninggalkan saki baki pengaruh melalui pendidikan dan pelajaran yang membentuk jati diri anak negeri yang dijajah supaya menjadi hamba kepada mereka secara halus, seterusnya boleh menjadi khadam meneruskan agenda yang diatur.

Penjajah itu telah mengatur strategi samada dijadikan rantau ini untuk terus digunakan untuk mendapatkan hasil dan rakyatnya dijadikan khadam atau mereka boleh dipanggil kembali menjadi penyelamat yang jahat dan tidak berperikemanusiaan.

Sedarkah bahawa segala gejala negatif yang berselerak seperti kezaliman sesama sendiri, salahlaku kuasa dan harta negara, merebaknya rasuah, jenayah, maksiat, arak, dadah, judi, pergaulan bebas dan semuanya kerana kelemahan ideologi, teori, undang-undang, sistem dan segala warisan peninggalan penjajah yang dikekalkan. Tidakkah sepatutnya kita membuang saki baki peninggalan penjajah bila kita sudah merdeka? Mana yang baik terus dikekalkan, mana yang buruk dibuang dan ditinggalkan.

Islam adalah petunjuk paling sempurna kepada manusia seluruhnya dalam semua urusan dan aspek kejadian kerana Islam ini ciptaan Allah Pencipta seluruh alam.

Umat Islam wajib kembali kepada aqidahnya sendiri kecuali kalau aqidahnya sudah batal dan wajib dihidupkan semula secara ilmu dan ikhlas mencari kebenaran sebelum meninggal dunia kerana wawasan kita adalah wawasan akhirat, wawasan selepas mati.

Adapun orang bukan Islam tidak dipaksa menganut Islam, namun mereka mestilah membuat kajian secara jujur sepertimana mereka membuat kajian terhadap teori dan ideologi barat yang juga bukan berasal daripada China dan India. Pembacaan terhadap Islam hendaklah diambil daripada sumber yang asal, bukannya melalui penulisan orientalis barat yang tidak ikhlas terhadap Islam. Kalau penulisan orientalis itu menjadi rujukannya, penganut Islam juga boleh menjadi sesat dan salah faham terhadap agamanya sendiri.

Sangat malang nasibnya kalau merasa megah kerana merujuk kepada bekas penjajah seperti penyakit yang disifatkan oleh Ibnu Khaldun dalam Kitab Al-Muqaddimah:

“Ų£Ł† Ų§Ł„Ł…ŲŗŁ„ŁˆŲØ Ł…ŁˆŁ„Ų¹ Ų£ŲØŲÆŲ§ً ŲØŲ§Ł„Ų§Ł‚ŲŖŲÆŲ§Ų” ŲØŲ§Ł„ŲŗŲ§Ł„ŲØ” (Ł…Ł‚ŲÆŁ…Ų© Ų§ŲØŁ† Ų®Ł„ŲÆŁˆŁ† Ųµ: 73، ŲØŲŖŲ±Ł‚ŁŠŁ… Ų§Ł„Ų“Ų§Ł…Ł„Ų© Ų¢Ł„ŁŠŲ§)

“Sesungguhnya bangsa yang dikalahkan seringkali tertarik dan terpengaruh dengan bangsa yang mengalahkan dan menjajahnya”

Bangsa Jerman dan Jepun yang kalah perang dunia bangkit bersama jatidiri bangsa dan bahasa masing-masing dan kembali menjadi kuasa besar yang tidak bergantung dengan kuasa besar yang mengalahkannya. Dua negara ini disaksikan kembali menjadi kuat.

Kita kembali kepada masalah mereka yang menolak RUU 355 adalah sebenarnya menghalang Islam kembali membangun umat. Mereka menghujahkan bukan tajuk asalnya RUU 355 tetapi mempersoalkan hukum Hudud, Qisas dan Takzir yang termasuk dibawah bidang kuasa negeri.

Sebenarnya, RUU 355 bertujuan memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah supaya ditinggikan kerana kedudukan Islam adalah Agama Persekutuan mengikut Perlembagaan dan agama lain bebas diamalkan. RUU 355 juga dapat memperkenalkan sistem kehakiman Islam secara terperinci dan meluas dan memperkenalkan konsep hukuman bertujuan mendidik bukannya mendera yang khusus bagi umat Islam sahaja.

Ada yang menjadikan adanya dua sistem mahkamah sebagai alasan. Sebenarnya tidak menjadi salah adanya dua sistem mahkamah atau lebih dalam beberapa aspek kerana perbezaan agama dan budaya yang tidak harus dipaksa seperti contohnya undang-undang keluarga adalah berbeza diantara penganut Islam dan bukan Islam, bahkan sesama bukan Islam juga tidak sama agama mereka. Peraturan restoran Islam dan bukan Islam juga boleh berbeza kerana hukum halal dan haram yang tidak boleh dipaksa terhadap bukan Islam dan undang-undang pusaka turut berbeza.  Ada juga perkara yang tidak boleh dibezakan undang-undangnya seperti undang-undang jalanraya kerana tidak masuk akal kalau dibezakan. Maka janganlah kita kelirukan akal kerana perkara yang berbeza yang dapat diselesaikan melalui dua sistem mahkamah.

Pelaksanaan Islam juga memberi hikmah kepada semua pihak untuk membuat perbandingan diantara undang-undang Islam dan undang barat dalam perkara menyelesaikan masalah bersama yang tidak dapat diselesaikan seperti kadar jenayah, kemalangan jalanraya yang semakin meningkat dan gejala dadah yang tidak dapat di atasi sehingga kini di seluruh dunia.

Islam bersikap tegas dalam perkara nas iaitu ketetapan Allah dan Rasul yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia tanpa memaksa orang bukan Islam. Namun Islam terbuka dalam isu kemanusiaan seperti hak asasi manusia mengikut fitrah seperti perlindungan terhadap agama, nyawa, keturunan, maruah dan harta sehingga Islam mengiktiraf dalam persamaan undang-undangnya dan membenarkan perbezaan terhadap agama dan adat kaum tertentu. Adanya banyak mazhab dalam hukum cabang syariat Islam adalah disebabkan oleh perubahan tempat, masa, dan perbezaan masyarakat.

Sejarah perundangan moden banyak dipengaruhi oleh syariat Islam melalui kajian orientalis dan pergaulan dizaman penjajahan apabila mereka menerima banyak kajian para ulama Islam. Contohnya, demokrasi moden berubah daripada demokrasi purba sehingga wujudnya pilihanraya, apabila mereka membaca sejarah pemilihan ketua negara dizaman awal Islam.
Selain itu juga, teori kalangan ahli falsafah barat untuk menghapuskan peperangan terpaksa menyerah kalah kepada panduan Al-Quran. Terjemahan Al-Quran dijadikan rujukan utama ketika menggubal undang-undang antarabangsa diawal abad yang lalu. Al-Quran mengajar bahawa peperangan menjadi tabii manusia dan menjadi wajib bagi menentang pencerobohan yang melampau tetapi jangan melampau dengan menggunakan undang-undang antarabangsa.

Perbezaan syariat Islam dengan perundangan moden barat adalah dari sudut aspek rohani (hubungan dengan Allah dan Hari Akhirat), adanya perhitungan dosa dan pahala yang tidak ada pada dasar, konsep dan sistem barat. Mereka tidak mengambil contoh pemerintahan Rasulullah S.A.W. yang mengarahkan supaya dibayar diat (ganti rugi) di atas kesilapan tentera Islam terhadap nyawa dan harta musuh dalam satu peperangan. Peristiwa itu berlaku di zaman tidak ada undang-undang antarabangsa seperti hari ini, sebabnya kerana aspek rohani yang tersebut.

Perbandingan di zaman kini adalah peristiwa pesawat MAS ditembak dan hilang, sebelumnya peristiwa pesawat Iran yang ditembak di Teluk, pesawat Libya dan Korea beberapa dekad yang telah berlalu, walaupun ada Mahkamah Antarabangsa dan berbagai-bagai pertubuhan antara negara, undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia, semuanya laksana sarang labah-labah  sahaja, boleh dirempuh oleh yang besar dan gagah mengikut undang-undang di hutan rimba.














Kejayaan syariat Islam mewujudkan keadilan untuk semua dan keamanan sejagat kerana kehebatannya yang menawan hati manusia sehingga berjaya menjadikan rantau yang dikuasai Islam di Asia, Utara  Afrika dan Selatan Eropah sebagai tumpuan pedagang dan perkembangan sains dan teknologi yang bermanfaat daripada tamadun Islam yang memberi sumbangan kepada seluruh dunia. Kedengkian barat yang melihat kehebatan ini menyebabkan mereka mencetuskan Perang Salib dan Penjajahan Barat setelah mereka mencapai ilmu duniawi yang dicedok daripada tamadun Islam tetapi berkonsepkan sekularisma yang memisahkan cara hidup daripada agama dan mencetuskan imperialisma yang menindas.
Hari ini dunia barat sedang menerima padahnya apabila tercetusnya krisis nilai kemanusian, kemusnahan moral, politik, ekonomi dan sosial tetapi menyalahkan pihak lain khususnya Islam yang menjadi mangsa utama. Sudah banyak kenyataan menunding jari terhadap Islam daripada beberapa tokoh ilmuan dan politik barat.

Maka percayalah bahawa mereka yang menghalang segala usaha untuk kembali semula kepada Islam adalah khadam upahan yang dilantik di negeri masing-masing yang terperangkap dalam krisis nilai. Mereka boleh menerima negara yang bersih rasuah tetapi boleh kalau pemimpinnya pemabuk, mengamalkan seks bebas dan sebagainya yang lebih besar dosanya daripada rasuah. Mereka boleh menerima pemimpin yang bercakap benar dalam mengerjakan maksiat kerana bagi mereka berani berterus terang walaupun mengerjakan maksiat dan meneruskan maksiat yang lebih besar kerana tidak ada konsep bertaubat dalam kefahamamnya.
PAS tidak boleh terpengaruh dengan mereka yang terperangkap dalam krisis nilai, apa lagi Islam berbeza menentukan nilai kemanusiaannya.
Islam meletakkan sifat yang menyeluruh terhadap fitrah manusia dari segi nilai baik buruknya merangkumi jasad, akal, roh, individu, keluarga, masyarakat, hubungan dengan Tuhan dan alam sekeliling yang tidak ada dalam teori barat yang mengalami krisis nilai sehingga terserlah tanda kejatuhannya.

Perbezaannya, Islam menjadikan segala amalan baik dan buruk laksana hubungan mata rantai yang tidak berpisah. Allah telah menyebut sebab keruntuhan tamadun terdahulu yang dipandang hebat pembangunan kebendaannya:

Ų£َŁ„َŁ…ْ ŲŖَŲ±َ ŁƒَŁŠْŁَ ŁَŲ¹َŁ„َ Ų±َŲØُّŁƒَ ŲØِŲ¹َŲ§ŲÆٍ (6) Ų„ِŲ±َŁ…َ Ų°َŲ§ŲŖِ Ų§Ł„ْŲ¹ِŁ…َŲ§ŲÆِ (7) Ų§Ł„َّŲŖِŁŠ Ł„َŁ…ْ ŁŠُŲ®ْŁ„َŁ‚ْ Ł…ِŲ«ْŁ„ُŁ‡َŲ§ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲØِŁ„َŲ§ŲÆِ (8) ŁˆَŲ«َŁ…ُŁˆŲÆَ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų¬َŲ§ŲØُŁˆŲ§ Ų§Ł„ŲµَّŲ®ْŲ±َ ŲØِŲ§Ł„ْŁˆَŲ§ŲÆِ (9) ŁˆَŁِŲ±ْŲ¹َŁˆْŁ†َ Ų°ِŁŠ Ų§Ł„ْŲ£َŁˆْŲŖَŲ§ŲÆِ (10) Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų·َŲŗَŁˆْŲ§ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲØِŁ„َŲ§ŲÆِ (11) ŁَŲ£َŁƒْŲ«َŲ±ُŁˆŲ§ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ų§Ł„ْŁَŲ³َŲ§ŲÆَ (12) ŁَŲµَŲØَّ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ Ų±َŲØُّŁƒَ Ų³َŁˆْŲ·َ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٍ (13) Ų„ِŁ†َّ Ų±َŲØَّŁƒَ Ł„َŲØِŲ§Ł„ْŁ…ِŲ±ْŲµَŲ§ŲÆِ (14) Ų§Ł„ŁŲ¬Ų±.

“Apakah kamu tidak melihat (dengan mengambil iktibar) betapa Tuhan lakukan terhadap kaum Aad, kotanya bernama Iram punya bangunan yang teguh dan tinggi yang tidak pernah dibangunkan sepertinya di negeri lain. Kaum Thamud yang dapat membina bangunannya di batu besar dan bukitnya dilembah kediaman mereka. Firaun (Raja Mesir) yang mempunyai bala tentera ramai jumlahnya. Mereka semuanya melampau di negeri masing-masing, mereka juga banyak melakukan kejahatan dalam negeri masing-masing. Lalu Tuhanmu timpakan ke atas mereka hukuman azab yang membinasakan semuanya. Sesungguhnya Tuhanmu sentiasa melihat dengan nyata (apa-apa yang dilakukan).”

Sangat malang terhadap kalangan yang tidak senang dengan pertemuan dua parti UMNO, PAS dan NGO Islam kerana perbincangan perkara RUU 355, tetapi merasa senang kalau pertemuan DAP, MCA, GERAKAN dan sebagainya? Umat Islam sentiasa dianggap salah bila adanya sebarang usaha untuk melaksanakan Islam walaupun atas kepentingan bersama demi menyelamatkan semua.

“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
28 Rabiul Akhir 1438H / 27 Januari 2017M

Sumber BO - 27-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Dr M masuk perangkap DAP Yang Anti Islam - Dr Zuhdi
Posted on Thursday, January 26 @ 19:13:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33336



Saya telah diminta untuk menyatakan pendirian oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, adakah beliau lebik buruk daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sehingga saya dikatakan cuba menghalang wujudnya hubungan PAS dan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia - BERSATU).

Dukacita saya memaklumkan, saya tidaklah berminat untuk memberi maklum balas dengan membuat perbandingan antara keduanya kerana masing-masing mempunyai legasi dan bagasi tersendiri.

Sekali lagi saya ingin mengulangi pendirian PAS dalam melihat krisis integriti yang sedang berlaku di Malaysia hari ini. Ia berpunca daripada sistem urus tadbir negara dan tatakelola awam yang sudah rosak dan pincang.

Situasi ini menuntut kepada pengislahan keseluruhan kepimpinan kerajaan dan jentera pentadbiran awam. PAS sebelum ini telah bertegas, menjatuhkan seseorang individu bukanlah jalan penyelesaian kepada krisis integriti ini, sebaliknya ia hanya mengulangi krisis yang sama pada masa depan.

Saya yakin sebagai sebuah parti Islam, pimpinan PAS dan ahlinya sedia memaafkan sesiapa saja termasuk Dr Mahathir meskipun PAS adalah antara pihak yang paling tertekan daripada tindak-tanduk beliau semasa berkuasa.

Pengisytiharan darurat Kelantan, tragedi Memali, penentangan Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan, pemansuhan royalti petroleum Terengganu dan pemansuhan geran sekolah agama rakyat adalah antara tindak-tanduk Dr Mahathir untuk cukup menekan PAS.

Bagaimanapun, pimpinan dan ahli PAS diyakini bersedia memaafkan sesiapa saja yang bersedia untuk membetulkan kesilapannya, dan membela semula mereka yang dizalimi oleh tindak-tanduk tersebut.

Agenda untuk menyelamatkan negara dalam aspek politik, sosial dan ekonomi memerlukan bukan saja mereka yang telah melakukan kesalahan untuk kembali kepada sistem bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah, bahkan seluruh rakyat Malaysia perlu menggembeling usaha kembali kepada keduanya.

Presiden PAS sebelum ini telah menyeru semua pihak yang berusaha untuk menyelamatkan Malaysia mengikut kaedah yang dianjurkan oleh PAS, iaitu kembali kepada sistem pemerintahan Islam yang bersumberkan al-Quran dan sunnah.

Sikap DAP dan pihak-pihak lain seumpamanya termasuk MCA dan Gerakan yang anti kepada sistem pemerintahan Islam yang dianjurkan oleh PAS akan hanya membantutkan ruang untuk bekerjasama ke arah menyelamatkan negara.

Pada pandangan saya, perkara inilah yang mensabotaj usaha untuk menjalin hubungan antara PAS dan BERSATU.

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha untuk mewujudkan jalinan tersebut, Dr Mahathir pula terus masuk ke perangkap DAP yang beliau sendiri sebut sebelum ini sebagai golongan cauvinis dan anti-Islam. Usaha untuk mendaulatkan Islam sebagai penyelesai sebenar kepada kemelut yang dihadapi negara termasuk krisis integriti, tidak mungkin digembeling sekiranya DAP terlibat sama.

DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.
SumberTKO - 26-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Program tertutup bersama Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK)
Posted on Wednesday, January 25 @ 23:00:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33326



Program tertutup bersama Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa, Kelantan mengenai isu-isu semasa politik menjelang PRU-14







Kredit
Hanisya Abdul Hamid 


Sumber TKO - 25-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rundingan PAS-PPBM Februari depan samar, kata Tuan Ibrahim
Posted on Wednesday, January 25 @ 21:58:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33325



SHAH ALAM: Rundingan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), 2 Februari depan hampir pasti 'tidak akan menepati' kehendak segelintir pihak, yang mahukan dua parti itu mengadakan kerjasama politik menuju pilihan raya.

Menurut Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dasar perjuangan PAS dan PPBM jelas bercanggah sama sekali.
Pun begitu, rundingan yang akan diadakan itu tetap akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari titik persamaan bagi membolehkan semua pihak 'menang-menang'.
"Saya fikir kalau tak sama (dasar PPBM-PAS), PAS tak mungkin akan buat kerjasama. Dan ini perlu difahami semua parti-parti, sebab dasar dan prinsip yang kita perjuang adalah mengikut Al-Quran dan hadis bagi kita orang Islam.
"Dan jaminan kita apa yang PAS perjuang tidak akan menjejaskan hak bukan Islam. Sebagai contoh, 27 tahun kita dah memerintah di Kelantan (dan) saya rasa tak ada satu perkara yang PAS bawa ganggu hak bukan Islam untuk amalkan agama atau budaya," katanya kepada Antarapos.
Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas saranan Penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu perlu mengorbankan matlamat dan pendirian mereka jika mahu bersama Pakatan Harapan-PPBM. 
Kata Tun M lagi, pembangkang perlu mengutamakan perjuangan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak berbanding perkara lain.
Tegas Tuan Ibrahim, dasar PAS nyata bertentangan dengan PPBM kerana seperti yang diberitahu parti itu sebelum ini bahawa mereka mahu menukar sistem sedia ada berbanding menjatuhkan individu.
"Agenda PAS bukan menjatuhkan individu, agenda PAS ialah menukar sistem. Soalnya apakah sistem itu boleh bertukar dengan hanya jatuhkan seorang individu tu? 
"Kalau sistem boleh berubah, korupsi, penyelewengan boleh berubah dengan hanya boleh tukar seorang individu (dari) dulu lagi dah selesai. Bila Tun (Mahathir) letak jawatan ganti dengan Pak Lah, Pak Lah letak jawatan ganti dengan Najib tapi ternyata sebenarnya sistem tidak akan berubah dengan hanya tukar individu. 
"Sebab itu PAS mahu perubahan total, kalau kita hanya tukar sistem dan tidak menaikkan asas Islam sebagai dasar (maka) dia akan balik semula kepada benda yang sama," tegas beliau lagi.
Justeru katanya, mahu atau tidak perkara ini perlu difahami PPBM jika mahu bersama PAS dan bukan hanya memberi fokus untuk menjatuhkan Najib sahaja.   

Sumber TKO - 25-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































Pelawaan kerjasama DAP mahu lemahkan PAS

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44033-pelawaan-kerjasama-dap-mahu-lemahkan-pas

KOTA BHARU: Tidak lama selepas menawar bagi mengadakan semula hubungan dengan PAS, DAP dilapor bersedia pula untuk berjumpa dengan MCA dan Gerakan.

Sedangkan sebelum ini ketika pemimpin PAS dan Umno berada sepentas bagi memperjuangkan isu sejagat, pemimpin PAS dituduh mahu bekerjasama dengan Umno.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, jemputan DAP untuk bekerjasama semula dengan PAS dianggap tidak ikhlas.

"Saya rasa mereka ada strateginya sendiri walaupun matlamatnya menentang Barisan Nasional dan Umno sama dengan kita (PAS).

"Tujuannya untuk melemahkan kita," katanya ketika diminta mengulas  jemputan veteran DAP Lim Kit Siang untuk bekerjasama semula dengan PAS.

Menurut Lim keutamaannya kerjasama itu dalam usaha menyelamatkan Malaysia daripada amalan rasuah yang sedang berleluasa.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS mempunyai pengalaman kerjasama dengan DAP dalam gabungan Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kedua-duanya terkubur selepas parti “chauvinist” itu menentang hasrat PAS untuk memperkasakan perundangan Islam.

“Saya merasakan 'salam perdamaian' yang dihulurkan Pengerusi DAP itu sebagai salah satu usaha melemahkan PAS.

“Mereka juga berterusan menentang pindaan Akta 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah melalui usul persendirian dibawa ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” katanya. - HARAKAHDAILY 25/1/2017

Sumber HD - 25-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kenyataan PAS berhubungan Salam Lim Kit Siang
Posted on Tuesday, January 24 @ 14:43:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33299


Soalan: Apa sikap PAS terhadap kenyataan Lim Kit Siang bahawa DAP boleh bekerjasama dengan PAS jika Hadi sedia memberi komitman untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara kleptokratik.


Jawapan: YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, pemimpin PAS dan seluruh ahli PAS telah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap dasar dan prinsip perjuangan PAS iaitu berjuang untuk menegakkan sebuah negara yang sejahtera dan selamat berasaskan keadilan yang sirna dari pelaksanaan Syariat Islam.

PAS tidak pernah berganjak dari dasar dan prinsip ini. Berjuang untuk membina negara yang bebas penyelewengan, korupsi, penindasan dan penyalahgunaan kuasa. YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi selaku Presiden PAS tidak pernah mengheret PAS dan ahlinya lari dari landasan perjuangan suci ini.

Malah kerana mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan inilah DAP lari meninggalkan PAS, DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, DAP menyerang PAS tanpa henti dengan semangat anti Islam yang tebal dan melampau.

Inilah fokus perjuangan PAS, iaitu melakukan perubahan secara total dan menyeluruh. Bukan memimpin agenda individu tertentu yang mabuk kuasa. Bukan sekadar ingin melampiaskan dendam kepada individu tertentu untuk dijatuhkan.

Fokus perjuangan PAS ialah memimpin gerakan perubahan secara total. Meruntuhkan jahiliah dan membina kesejahteraan, keadilan dan kedamaian dibawah pedoman dan petunjuk wahyu Allah SWT Tuhan Yang Maha Mencipta manusia dan alam semesta ini.

PAS senantiasa berlapang dada dan membuka pintu untuk bekerjasama dengan semua pihak, selama mana mereka menghormati dan tidak menentang dasar dan prinsip perjuangannya.

Justeru itulah, PAS pernah menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Malangnya, sikap tidak jujur dan tidak sabar DAP membuatkan dua kali mereka meninggalkan PAS malah menikam dan menyerang PAS. (Sekali semasa bersama BA dan kali kedua ketika bersama PR)

Kali ini, sekali lagi DAP mahu menghulurkan salam kerjasama? Kenapa? Apakah DAP benar-benar terdesak?

PAS tidak akan teruja dengan wayang opera bernilai murah yang sedang dipersembahkan oleh DAP hari ini. Cukuplah pengalaman dua kali diperlakukan DAP sedemikian rupa.

PAS telah siap berjuang mencapai cita-cita perjuangan tanpa DAP yang dikenali hari ini. PAS telah merangka roadmap menuju gerbang jaya PRU14 tanpa DAP yang telah mengkhianati PAS.

PAS punya harga diri dan maruah yang tidak mungkin sesiapa lagi boleh memperdaya dan memperkotak-katikkannya.

Namun dalam masa yang sama, sekali lagi saya tegaskan bahawa PAS senantiasa bersedia membina kerjasama dengan pelbagai pihak yang sedia memahami, menghormati dan tidak menentang dasar serta prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Sampaikan salam perjuangan kami buat YB Lim Kit Siang bahawa prinsip dan dasar perjuangan PAS bukan kostum untuk diperagakan di pentas opera DAP.


Sumber TKO - 24-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kerjasama PRU14 Pas, Bersatu belum tamat
Posted on Tuesday, January 24 @ 14:35:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33298


SHAH ALAM – Pas mendakwa parti Islam itu masih meneruskan perbincangan dengan Bersatu berhubung kerjasama yang akan dibentuk bagi menghadapi PRU14.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Pas hanya menolak DAP dan Amanah dalam membentuk kerjasama, namun masih menjalankan perbincangan dengan Bersatu serta PKR.

“Malah malam kelmarin (Sabtu) pun, saya menghadiri Ceramah Perdana Semarak Hijau 3.0 yang diadakan di Hulu Langat bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan kami membincangkan isu bersama iaitu untuk menumbangkan BN pada PRU14 ini.

“Dengan PKR juga ia berjalan seperti biasa dan kami tidak putuskan apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan tempoh untuk Pas berbincang dengan gabungan Pakatan Harapan sudah berakhir.

Menurut Mahathir, ini kerana pihaknya telah memberi banyak masa kepada Pas, namun masih tiada sebarang jawapan diterima berhubung kerjasama tersebut.

Menyentuh hal itu, Idris berkata, perbincangan mengenai kerjasama berkenaan masih berjalan sehingga kini namun tidak melibatkan DAP dan Amanah.

“Tun Mahathir bagi masa kepada kita, jadi dia mesti ikut kita,” katanya.

Sementara itu, Idris turut memaklumkan bahawa Pas sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku bagi menghadapi PRU14, khususnya tanpa DAP dan juga Amanah.

Katanya, tindakan Pas menolak dua parti berke-naan adalah disebabkan oleh serangan dilakukan mereka terhadap parti Islam itu sebelum ini.

Sumber TKO - 24-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada kerjasama politik jika PPBM sertai PH - PAS
Posted on Monday, January 23 @ 22:30:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33293



SHAH ALAM: PAS tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu nekad menyertai Pakatan Harapan (PH).

Demikian penegasan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad mengulas kenyataan Dr Mahathir pada dua hari lalu yang memberitahu partinya akan menjadi ahli komponen penuh PH.
Pengerusi PPBM itu berkata tindakan berkenaan akan diambil sekiranya PAS berterusan enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
"Dengan komen daripada Dr Mahathir untuk bersama dengan PH, mungkin agak menyukarkan PAS untuk bersama-sama dalam PH. Sebab kita sudah tekankan kita tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah. 
"Jadi, jika PPBM bersama-sama mereka (PH) bermakna mungkin kita tidak akan bersama mereka. Mereka (PPBM) pun tahu, jika mahu bersama PAS mereka tidak bersama (bekerjasama) DAP dan Amanah," ujar Mahfodz kepada Antarapos.
Sebagaimana pimpinan PAS yang lain, Mahfodz juga memaklumkan tiada kata sepakat lagi diambil partinya dalam soal kerjasama dengan PPBM.
Sebaliknya mereka mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung perkembangan semasa yang membabitkan sikap 'parti bunga raya' itu.
Dr Mahathir pada kelmarin memberitahu PPBM kini sudah mempunyai keputusan bersabit kemungkinan parti itu menyertai PH secara rasmi, dan bukannya sekadar menjalin kerjasama politik.
PAS sebelum ini berkali-kali menyatakan pendirian untuk tidak menjalinkan kerjasama politik dengan DAP dan parti serpihannya Amanah.
Bagaimanapun perkara itu menurut Dr Mahathir, menyukarkan penggabungan lima parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang dalam usaha menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN).
Dalam pada itu ketika ditanya huluran salam DAP kepada PAS untuk bekerjasama menangani kleptokrasi, ujar Mahfodz, parti dominasi Cina itu perlu memberi jaminan bahawa dasar PAS tidak akan diusik.   
Beliau bagaimanapun gusar dengan niat sebenar DAP itu, sambil menambah PAS pernah melalui sejarah hitam bersama DAP, merujuk kepada tentangan parti itu bersabit hasrat PAS memperjuangkan hukum hudud. 
"Sesiapa pun yang hendak (kerjasama) dengan PAS, maka dasar Islam PAS jangan diganggu-gugat. Dahulu kita dah kena dengan DAP, jadi walaupun mereka menghulurkan tangan (salam), tapi PAS tetap teruskan dasar Islam itu. 
"Dalam kenyataannya (Kit Siang) pun tidak sebut tentang dasar PAS. Ia sebut tentang selamatkan Malaysia. Saya pun 'berat' lah jika mereka tidak jelaskan sikap mereka tentang perjuangan PAS yang mahu mengetengahkan Islam," tegas Mahfodz.

  Kit Siang pada hari ini menegaskan salam perdamaian yang dihulur kepada PAS bukan berpura-pura dengan menambah keutamaan pada masa kini bukanlah perbezaan pendapat sebaliknya misi menyelamatkan Malaysia daripada masalah kleptokrasi.

Sumber TKO - 23-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS: Dr M Feels Threatened By Our Influence

Tun Dr Mahathir Mohamad is belittling PAS because he feels threatened by the party’s influence, said party central committee member Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

He described the former prime minister as a “political dictator” who wants the Opposition to bow to his will but sees PAS as the only party that can derail his plans.

“Now he (Dr Mahathir) has positioned himself as the head of Parti Pribumi, PKR, DAP and Amanah. In other words, he is the real leader of the Opposition.

“The only one who can threaten his dictatorship is PAS, because PAS is the biggest political party after Umno.

“This is why Dr Mahathir does not welcome PAS, whereas (Pribumi president) Tan Sri Muhyiddin Yassin hopes for a relationship,” Dr Mohd Zuhdi said in a statement Sunday.

He was responding to remarks the former prime minister made in an interview with Singapore’s The Straits Times, which was published on Sunday.

Dr Mahathir, who is Pribumi chairman, had said that the Opposition did not need PAS and would be able to beat them in the general election.

At an event organised by Parti Amanah Negara on Saturday night, Dr Mahathir also spoke about negotiations with PAS to rejoin the Opposition pact, saying Pribumi would meet soon to finalise the matter.

Dr Mohd Zuhdi, who is PAS research director, said it is Dr Mahathir’s nature to be confrontational with past and present leaders because they threaten his position.

“He has succeeded in drowning (PKR de facto leader) Datuk Seri Anwar Ibrahim, he has tamed (DAP adviser) Lim Kit Siang, and emasculated (Amanah president) Mohamad Sabu.”

Dr Mohd Zuhdi also said that the Islamist party’s consistent policy of championing syariah principles and defending the rights of the Malays goes against Dr Mahathir’s present strategy.

“This is an additional factor why Dr Mahathir cannot welcome any relations with PAS,” he added

Sumber HD - 23-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dr Mahathir Mengepalai Pakatan Harapan (PH)

Seorang wartawan Utusan Malaysia telah menghubungi saya bertanya tentang kenyataan Dr Mahathir dalam Malay Mail Online bertajuk “Dr M Says Does’nt Need PAS, Can Beat Islamist Party”. Beliau bertanya; Apa pandangan Dr mengenai hal ini? Adakah Dr Mahathir sengaja membuat kenyataan begini untuk merendahkan PAS?

Saya memberitahu beliau; Pada pandangan saya, memang Dr Mahathir sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ia memandang rendah terhadap PAS, sebaliknya dia bimbang dengan pengaruh PAS. Kenyataan seperti ini adalah sebahagian dari strategi politik beliau.

Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrontasi dengan semua Perdana Menteri yang berada di atasnya daripada Tunku Abdul Rahman sehingga Perdana Menteri sekarang. Kalaupun boleh dikecualikan ialah di zaman Tun Abdul Razak.

Dengan sifat diktator politik inilah Dr Mahathir mencantas semua pimpinan UMNO dan Timbalan Perdana Menteri yang menggugat kedudukannya, dari Tengku Razaliegh sehingga Anwar Ibrahim. Malah beliau juga pimpinan politik yang berani menyanggah Raja-raja Melayu.

Sekarang beliau berada bersama blok pembangkang, dan dengan sifat diktator politik ini, beliau mahu kesemua parti dan pimpinan pembangkang untuk tunduk kepada gerakan politiknya. Sekarang beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua kepada PPBM, PKR, DAP dan PAN.

Anwar Ibrahim sudah berjaya beliau tenggelamkan. Lim Kit Siang telah berjaya beliau jinakkan. Mohamad Sabu telah berjaya beliau mandulkan. Mahfuz Omar telah berjaya beliau perbudakkan. Dengan pengertian lain, beliaulah sebenarnya ketua blok PH untuk melawan BN.

Yang boleh menggugat Dictatorship beliau dalam blok pembangkang ialah PAS, kerana PAS adalah sebuah parti politik yang paling besar selepas UMNO. Sebab itu, Dr Mahathir sangat tidak mengalu-alukan PAS, meskipun Muhyiddin Yassin amat mengharapkan hubungan itu.

Pendirian PAS pula konsisten dalam isu mendaulatkan Syariah Islam dan mempertahankan hak orang Melayu, yang begitu bertentangan dengan strategi Dr Mahathir. Faktor ini juga menjadi faktor tambahan mengapa Dr Mahathir tidak mengalu-alukan hubungan dengan PAS.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
22 Januari 2017
24 Rabiulakhir 1438

Sumber BO - 23-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh Percaya ke Ni?: Kit Siang hulur salam perdamaian pada Hadi
Posted on Sunday, January 22 @ 22:27:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33282



GEORGE TOWN: Selepas perpisahan pahit antara DAP dan PAS akibat hudud 2 tahun lalu, Lim Kit Siang hari ini berkata beliau sanggup bergabung dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lim yang juga ketua Parlimen DAP berkata mereka boleh bekerjasama sekali lagi jika presiden PAS itu sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.

“Jika presiden PAS bersedia untuk memuktamadkan perjanjian yang keutamaan teratas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara gagal dan jahat, saya bersedia bekerjasama dengannya.

“Itu akan menjadi agenda negara bagi tempoh 5 hingga 10 tahun. Adakah Hadi sedia membuat komitmen itu,” kata Lim hari ini ketika melawat Bukit Gelugor di sini.

PAS memutuskan hubungannya dengan DAP selepas parti itu berulang kali menyerang hasrat Hadi untuk melaksanakan Kanun Keseksaan Syariah di Kelantan pada 2015. Berakhirnya hubungan 2 parti itu menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.

PKR dan DAP kemudian membentuk Pakatan Harapan, gabungan baharu bersama Amanah, parti dibentuk oleh bekas pemimpin progresif dalam PAS.

Pakatan Harapan kini bekerjasama dengan parti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menentang BN.

Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah berkata beliau boleh bekerjasama dengan Dr Mahathir meskipun mereka terus tidak bersependapat dalam pelbagai persoalan politik.

“Tetapi kami boleh bersama dalam agenda lebih besar menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara yang gagal,” katanya.

Malam tadi di Ampang, Dr Mahathir dilaporkan berkata tamat sudah masa untuk PAS membuat keputusan sama ada hendak membentuk pakatan pilihan raya dengan pembangkang atau tidak.

Pengerusi PPBM itu berkata keputusan perlu dibuat tidak lama lagi kerana PPBM akan membuat keputusannya pada mesyuarat majlis tertinggi.

Beliau berkata jika boleh, mereka mahu semua 5 parti pembangkang berada dalam satu pakatan.

“Tetapi malangnya, PAS mempunyai pendiriannya sekali gus menyukarkan proses penyatuan,” katanya.

Dr Mahathir menjelaskan PPBM sebelum ini cuba meyakinkan PAS supaya menyertai pakatan pembangkang itu. Bagaimanapun, dialog antara kedua parti tidak dihadiri pemimpin paling tinggi PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“PAS hanya diwakili Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden) dan Datuk Mustafa Ali (Pengarah PAS pilihan raya). Mereka tidak menolak tapi dalam masa yang sama tidak juga menerima.


“Jika PAS tak nak sertai pembangkang, PPBM akan berada dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Sumber TKO - 22-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Lawatan dan dialog Dengan Agama Lain
Posted on Sunday, January 22 @ 16:46:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33279



Lawatan dan dialog dengan Dato Sabastian Francis. Uskop wilayah Timur di Gereja St Anne. Bukit Mertajam





Sumber TKO - 22-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dr Mahathir diktator politik - Dr Zuhdi
Posted on Sunday, January 22 @ 15:54:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33277



Seorang wartawan Utusan Malaysia telah menghubungi saya bertanya tentang kenyataan Dr Mahathir dalam Malay Mail Online bertajuk "Dr M Says Does'nt Need PAS, Can Beat Islamist Party".

Beliau bertanya: "Apa pandangan Dr mengenai hal ini? Adakah Dr Mahathir sengaja membuat kenyataan begini untuk merendahkan PAS?"

Saya memberitahu beliau: Pada pandangan saya, memang Dr Mahathir sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ia memandang rendah terhadap PAS, sebaliknya dia bimbang dengan pengaruh PAS.

Kenyataan seperti ini adalah sebahagian dari strategi politik beliau.

Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrontasi dengan semua perdana menteri yang berada di atasnya, daripada Tunku Abdul Rahman sehingga perdana menteri sekarang.

Kalaupun boleh dikecualikan ialah di zaman Tun Abdul Razak.

Dengan sifat diktator politik inilah Dr Mahathir mencantas semua pimpinan Umno dan timbalan perdana menteri yang menggugat kedudukannya, daripada Tengku Razaliegh sehingga Anwar Ibrahim.

Malah beliau juga pimpinan politik yang berani menyanggah raja-raja Melayu.
Sekarang beliau berada bersama blok pembangkang, dan dengan sifat diktator politik ini, beliau mahu kesemua parti dan pimpinan pembangkang untuk tunduk kepada gerakan politiknya.

Sekarang beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai ketua kepada PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia - BERSATU), PKR, DAP dan PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH)

Anwar Ibrahim sudah berjaya beliau tenggelamkan. Lim Kit Siang telah berjaya beliau jinakkan. Mohamad Sabu telah berjaya beliau mandulkan.

Mahfuz Omar telah berjaya beliau perbudakkan.

Dengan pengertian lain, beliaulah sebenarnya ketua blok PH (Pakatan Harapan - HARAPAN) untuk melawan BN.

Yang boleh menggugat dictatorship beliau dalam blok pembangkang ialah PAS, kerana PAS adalah sebuah parti politik yang paling besar selepas Umno.

Sebab itu, Dr Mahathir sangat tidak mengalu-alukan PAS, meskipun Muhyiddin Yassin amat mengharapkan hubungan itu.

Pendirian PAS pula konsisten dalam isu mendaulatkan syariah Islam dan mempertahankan hak orang Melayu, yang begitu bertentangan dengan strategi Dr Mahathir.


Faktor ini juga menjadi faktor tambahan mengapa Dr Mahathir tidak mengalu-alukan hubungan dengan PAS.

DR MOHD ZUHRI MARZUKI
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS.


Sumber TKO - 22-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kajian keluaran Rafizi/I-CPI membenarkan PAS adalah “KING MAKER”
Posted on Friday, January 20 @ 18:05:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33255



Sebanyak 38% daripada hampir 22,000 penyokong PAS yang menjawab suatu kaji selidik pilihan raya tajaan Rafizi/Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) berkata, mereka lebih rela tidak mengundi jika pilihan mereka hanya BN atau Pakatan Harapan (HARAPAN) + Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kaji selidik oleh Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) mendapati, daripada 104,340 responden yang ditanya mengenai senario pertandingan tiga penjuru, 21% akan mengundi PAS dan 24% memilih HARAPAN- BERSATU, manakala 40% lagi memihak kepada BN. Manakala 14% berkata mereka tidak akan mengundi.


Saya dah menulis mengenai kekuatan PAS dan kelemahan PAKATAN HARAPAN + BERSATU daripada kajian I-CPI ini.Anda boleh baca di sini.

Tujuan artikel baru ini adalah untuk menunjukkan kepada pembaca bahawa PAS adalah KING MAKER untuk PRU-14 nanti.

Bila Harakah keluaran terkini mengeluarkan tajuk muka hadapannya PAS KING MAKER ramai yang pandang sinis terutama dikalangan geng PH + PAN + IKRAM. Mereka macam biasa menjadikan facebook tempat memaki hamum PAS dan menyebar fitnah seolah-olah mereka ini ahli syurga.

Mereka sebenarnya tidak memahami data kajian dan realiti politik semasa.

Kenapa saya kata kajian ini membenarkan kenyataan PAS King Maker?

Kajian dan simulasi yang dibuat oleh Rafizi telah meminggirkan faktor besar dalam realiti politik Malaysia iaitu undi Melayu. Jika undi Melayu diambaikan dengan membuat andaian-andaian yang diluar jangkaan dengan perkataan JIKA.. JIKA ini... JIKA itu... maka memang PAKATAN HARAPAN boleh tewaskan BN pada SIMULASI.

Hakikat sebenarnya jauh sekali. Cuba lihat Pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Jadi tidak hairan BN masih dapat 41% undi dengan menolak 14% undi atas pagar.


Rafizi membuat andaian JIKA...

1.  JIKA separuh daripada mereka yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini akan mengundi HARAPAN.

2.  JIKA pengundi Cina tetap mengundi PAKATAN HARAPAN seperti dalam PRU13.

3.  JIKA lebih 38% penyokong PAS yang tak mengundi BN atau HARAPAN + BERSATU undi mereka.


Saya sangat setuju dengan Ibrahim Suffian Programme Director, Merdeka Centre yang mengulas isu ini  berkata, andaian I-CPI telah meletakkan HARAPAN dalam tugasan yang berat untuk menang tanpa keterlibatan PAS.

Ibrahim berkata "Terlalu banyak 'jika' perlu dipenuhi untuk mencapai matlamat. Dengan kekangan masa, sumber, kepimpinan yang ada, apakah termampu untuk menggerakkan sebilangan besar rakyat untuk beralih ke pihak mereka."

Ibrahim memberikan cadangan alternatif  iaitu bergabung dengan PAS untuk menjatuhkan BN.

Katanya "Jika mereka tidak dapat berbuat demikian dengan kemungkinan untuk berlaku seperti itu agak tinggi, mengapa mereka tidak boleh kompromi dalam isu yang boleh menjurus kepada kerjasama bersama PAS?"

Bagi saya belum ada apa-apa arahan daripada PAS, ahlinya 38% membuat pilihan untuk tidak mengundi HARAPAN + BERSATU jika PAS tak bertanding di situ.

Saya boleh memberikan jaminan jika PAS mengeluarkan arahan untuk tidak undi PAKATAN HARAPAN + BERSATU jika PAS tidak diberikan bertanding nescaya RAFIZI akan pening kepala sebab angka 38% itu boleh meningkat kepada 90 - 95% (dengan membuat andaian ada lagi spsisis bengong seperti Mahfuz dalam PAS)




Sumber TKO - 20-1-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hubungan PAS dan PPBM Semakin Sukar Dicapai
Posted on Friday, January 20 @ 16:33:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33254



Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat hubungan kerjasama antara PAS dan PPBM semakin sukar dicapai berikutan desas-desus terbaru, ada persetujuan antara PPBM dan DAP untuk menyerahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada parti chauvinist tersebut. Sekiranya desas-desus ini benar, PAS diyakini akan bertindak tegas untuk tidak lagi mewujudkan apa-apa hubungan kerjasama dengan PPBM.

Khabar angin mengenai adanya pakatan sulit antara PPBM dan DAP untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Lim Kit Siang ditiupkan oleh Tunku Aziz Tunku Ibrahim, bekas Naib Pengerusi DAP, dalam portal berita Malaysia Outlook, 31 Disember 2016 yang lalu. Selain daripada itu, Lim Kit Siang juga dikatakan akan menjadi Menteri Kewangan mengikut pakatan tersebut.

Tunku Aziz di dalam portal berita yang sama, konsisten dengan dakwaannya malah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang untuk membuat perakuan bersumpah menafikan tuduhannya. Dakwaan Tunku Aziz ini mulai memperlihatkan kebenarannya apabila Tun Dr Mahathir sendiri mengaku bahawa DAP memang meminta jawatan Timbalan Perdana dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh portal berita Antarapos semalam.

Perkembangan terbaru ini sememangnya mengejutkan, dan PPP yakin ia akan merencatkan sama sekali siri pertemuan antara PAS dan PPBM untuk menjalin hubungan kerjasama. Buat masa ini, PAS sama ada melalui Majlis Syura Ulama (MSU) dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, belum membuat apa-apa keputusan untuk bekerjasama dengan PPBM. Yang ada ketika ini hanyalah siri-siri pertemuan dan program bersama untuk menerokai dan menjalin hubungan tersebut.

Dengan perkembangan terbaru ini, iaitu adanya pakatan sulit memberi DAP jawatan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, PPP yakin akan menutup terus ruang kerjasama antara PAS dan PPBM. PPP juga yakin seluruh pimpinan dan ahli PAS akan menentang keras sebarang tawaran yang ingin diberikan kepada DAP untuk menjawat jawatan-jawatan utama dalam kerajaan seperti Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

Sumber TKO - 20-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah 2 kali bincang kerjasama Pas-Bersatu
Posted on Thursday, January 19 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33228



KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akui parti itu mengadakan perbincangan untuk membentuk kerjasama politik dengan Bersatu.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, sehingga kini belum ada sebarang keputusan dimuktamadkan setelah dua sesi perbincangan diadakan.

"(Kita akui) ada jumpa (Bersatu), sudah dua kali perjumpaan dibuat, kalau DAP tak puas hati nak buat macam mana," katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Fadhli Shaari yakin sebarang usaha ke arah kerjasama antara Pas dan Bersatu boleh dilakukan walaupun beberapa kenyataan negatif dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.

Mengulas mengenai ketidakhadiran parti itu di pelancaran Bersatu Sabtu lalu, beliau berkata, pihaknya mempunyai alasan tersendiri.

"Antara faktornya beliau berkata, majlis itu dihadiri Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

"Pendirian kita, kalau ada DAP dan Amanah, kita tak akan bersama, itu jelas," katanya.
Dalam masa yang sama Mohd Amar ketika menjawab dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa Pas memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata ia adalah kenyataan yang tidak tepat.

"Lim Kit Siang kena cerdik sikit, jangan buat kenyataan tak menentu, sebab itu tuduhan, bila pula kita nak sokongan Najib. pilihan raya memang  pun (Pas) lawan Umno," katanya.

SumberTKO - 19-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































Majlis Syura belum putuskan kerjasama dengan Bersatu

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43905-majlis-syura-belum-putuskan-kerjasama-dengan-bersatu

PAS terbuka dan sedia menjalin hubungan serta kerjasama politik dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima dasar dan perjuangannya kecuali DAP dan PAN.

Berikutan beberapa laporan media adalah dengan ini dijelaskan bahawa Majlis Syura PAS masih belum memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Namun demikian PAS telah pun mengundang pimpinan Bersatu di dalam program-programnya dan beberapa siri pertemuan antara pimpinan kedua belah parti telah pun diadakan.

Sekian dimaklumkan.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Pengarah Komunikasi Korporat
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
15 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 15/1/2017

Sumber HD - 15-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































PAS ucap tahniah kepada Abang Johari

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43896-pas-ucap-tahniah-kepada-abang-johari

UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN OPENG ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg atas perlantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam yang dipilih melalui sistem kaukus Perlembagaan PBB.

PAS mendoakan semoga beliau dapat menjalankan tanggungjawab kepimpinan dengan amanah, adil dan berkebajikan, meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat Sarawak dan menjaga keharmonian antara agama, kaum dan bangsa.

"Inilah Penyelesaian Kita"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
14 Rabi’ul Akhir 1438 / 13 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 13/1/2017

Sumber HD - 13-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































































Presiden PAS berdialog bersama NGO Islam

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43854-presiden-pas-berdialog-bersama-ngo-islam

SHAH ALAM: Penganjuran Dialog & Hi-Tea Presiden PAS Bersama NGO yang berlangsung di Shah Alam, semalam adalah satu pendekatan PAS untuk menyampaikan maklumat demi kebaikan bersama.

Penganjuran yang dihadiri sekitar 50 NGO tersebut telah mendengar secara langsung pelbagai isu dan krisis dalam serta luar negara bahkan sesi soal jawab bersama Presiden PAS menjadi peluang melontarkan pelbagai pandangan.

PAS sentiasa komited menganjurkan penerangan yang lebih harmoni tanpa mencemarkan budaya dengan cara fitnah serta mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya kematangan PAS dalam menguruskan krisis sentiasa di atas paksi syariat Islam sebenar.

Turut serta bersama dalam program itu, pimpinan utama PAS seperti Timnbalan Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan serta pimpinan lain.

Pertemuan bersama NGO tersebut dianjurkan oleh Lajnah Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah NGO PAS Pusat dan Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO DPPM. – HARAKAHDAILY 10/1/2017

Sumber HD - 110-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan 355: NGO Islam beri sokongan padu

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43822-himpunan-355-ngo-islam-beri-sokongan-padu

SHAH ALAM: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyatakan sokongan padu atas inisitif PAS menganjurkan Himpunan 355 yang akan diadakan pada Sabtu, 18 Februari depan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pengisytiharan sokongan itu dinyatakan secara bersama pada sidang media khas bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini hari ini.

Wakil Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahya berkata, pihaknya yang merupakan gabungan beberapa NGO Islam telah mengadakan aktiviti dan memberi sokongan sejak Mei lalu terhadap usaha itu.

Katanya, pihak beliau berharap dapat memberi keyakinan kepada pimpinan negara sama ada dalam kalangan Islam dan bukan Islam.

Menurutnya, dengan himpunan itu juga bagi menyedarkan bahawa rakyat bersatu untuk melihat akta ini diperkasakan tanpa menyalahi mana-mana akta atau melibatkan agama lain.

Presiden Persatuan Peguam Muslim, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya melihat usaha pindaan itu dari sudut undang-undang yakni Perlembagaan, akta atau enakmen langsung tidak bercanggah termasuk yang sedang berkuatkuasa.

"Maka kami bagi 100 peratus sokongan dan kami telah teliti perincian setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 3 (kedudukan Islam).

"Bahawa manifestasi erti atau maqasidnya memerlukan pinda akta dibuat supaya beri kedudukan sewajarnya sebagaimana yang diberikan perlembagaan," ujarnya pada sidang media itu.

Manakala menurut Setiausaha Agung Pembela, Mansor Ibrahim pihaknya akan menyokong usaha tersebut hingga berjaya.

Maklumnya, Pembela yang ditubuhkan sejak 2006 bermula kes Lina Joy telah bangkit menentang IFC demi mempertahankan akidah umat dan yakin akta ini akan menguatkan lagi umat.

Mewakili Profesional Ilmuan Muslim Malaysia, Muhd Zai Mustafa pula memuji usaha yang dilaksanakan untuk memberi pencerahan kepada masyarakat yang telah dilaksanakan dengan cara dan kaedah yang profesional.

Sementara Pengerusi Amal Islami Malaysia, Dr Yusri Mohamad juga menyatakan sokongan untuk mengadakan himpunan tersebut yang disifatkannya sebagai langkah positif seluruhnya.

"Tiada sisi negatif, walaupun ada pihak keliru, walaupun ada pihak pandang negatif. Maka wajarlah satu solidariti diadakan demi kesejahteraan negara. Kita yakin bila syariah diperkasa ikut cara yang betul, ia akan beri kesan positif," ujarnya yang juga Yang Dipertua Yadim.

Menurutnya, pindaan akta berkaitan Islam di Malaysia punyai rekod sangat baik, tanpa melampau dan tanpa punyai tafsiran melampau.

Oleh itu katanya, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dan jangan dihantui gambaran negatif.

Timbalan Presiden Geng Ustaz (GU), Ustaz Muhd Najhan Abdul Halim turut menyatakan sokongan secara aman itu sebagai menyatakan sikap majoriti umat Islam untuk sekian lamanya.

Beliau berharap usaha itu meletakkan akta tersebut di persada sewajarnya dan dihadiri kalangan semua tanpa mengira latar belakang politik. - HARAKAHDAILY 7/1/2017

Sumber HD - 7-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


More Non-Muslim Accepted RUU355

The objections from non-Muslims towards a private member’s Bill (RUU355) which seeks to upgrade the Shariah Courts has eased over the past few months, PAS claimed today.

Deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said after much explanation done by the party on president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s Shariah Bill, the non-Muslims including those in East Malaysia are more open towards it.

There has been meetings, dialogues and writings on the bill. As a result of this, the objections towards Act 355 has eased up and there is a positive view from all parties including from non-Muslims and those in Sarawak.

Act 355 refers to Shariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, which Hadi’s Bill seeks to amend.

Tuan Ibrahim also denied that the mission to enhance Shariah courts has been taken over by other parties, in an indirect reference to ruling party Umno, whose president Datuk Seri Najib Razak pledged in its general assembly that Putrajaya will support the Bill.

He would like to thank the government NGO’s which has been positive. It is not a question of hijack, we bring it as much as we can bring.

The question of hijacking is not raised. It is not political issue but an issue of religion. All parties are involved and responsible for it, he added.

He also hoped that Putrajaya is able to pass the amendments to the Shariah law before the next general elections, which some have predicted to be later this year.

Tthe faster it is passed, the better it is. When the Bill is brought in March, there would be second and third reading. Hopefully it gets passed early.

PAS today launched a rally to show solidarity for Hadi’s Bill to be held on February 18 at Dataran Merdeka.

In November last year, PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang read his motion for the amended version of his private member’s Bill to amend Act 355 in a bid to expand the punitive powers of the Shariah courts, but he deferred it to the next time Parliament convenes in 2017

Sumber BO - 7-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Targets 300,000 Participants For Himpunan 355 Rally

PAS will hold a mega rally to show and encourage support for the amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965.

The purple-themed Himpunan 355 will take place on Saturday, Feb 18 at Dataran Merdeka, said Himpunan 355 chairman and PAS deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim said that the event, which is set to go on from 3pm to 11.30pm, is expected to draw 300,000 participants comprising members of non-governmental organisations (NGOs) and political parties as well as supporters of PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s Private Member’s Bill which proposes amendments to the 1965 Act.


The Bill is commonly known as RUU355 due to its Bahasa Malaysia abbreviation.

The purpose of the gathering is to increase awareness towards supporting the Bill, Tuan Ibrahim said in a press conference at Menara MBSA at Shah Alam on Saturday.

“Our objective is to give an explanation on the need for the amendments to the Act and why it must be supported, particularly by Members of Parliament,” he said.

He said that those who opposed the Bill did not fully understand it, and the gathering was a means to ease the tension surrounding it in a harmonious environment.

On whether other political parties, including Umno, DAP and Parti Amanah Negara (Amanah), were invited, Tuan Ibrahim said that invitations have been sent out to all political parties.

He added that PAS has applied for a permit to hold the event and is awaiting official approval.

The Bill is expected to be brought up when Parliament reconvenes in March.


The Bill, tabled by Marang MP Abdul Hadi, was read out a second time last November to include several tweaks that the PAS president read out for the first time the previous meeting.

The “tweaked” amendment proposes to increase the degree of penalties in Section 2 of the current Act.

Abdul Hadi’s earlier proposal was to allow the Syariah courts to impose stiffer penalties.
Currently, the penalties based on the last amendment in 1984 allows for a jail term of not more than three years or fine of not less than RM5,000 or not more than six lashes.

Abdul Hadi’s newest proposal is to replace the penalties with “not more than 30 years prison or fine of not more than RM100,000 or 100 lashes as administered in line with Syariah laws”.

The Government has said that the Cabinet will set up a Parliamentary Select Committee that will involve Muslim and non-Muslim MPs to study the complicated matters in the proposed amendments, especially those related to the separation of powers between the civil and Syariah courts.

Sumber BO - 7-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































Himpunan RUU355 satukan umat Islam

IZWAN ABDUL HALIM | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43821-himpunan-ruu355-satukan-umat-islam

SHAH ALAM: Umat Islam Malaysia akan disatukan secara besar-besaran pada Himpunan RUU355 sebagai sokongan kepada usaha meminda akta tersebut di Parlimen pada Mac nanti.

Himpunan yang mensasarkan penyertaan seramai 300,000 hadirin sempena angka 355 pada akta tersebut akan diadakan pada Sabtu, 18 Februari bermula jam 3 petang hingga 11.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, himpunan itu juga sebagai solidariti umat Islam terhadap segala isu yang perlu dimuafakati bersama NGO-NGO dan masyarakat dalam konteks negara dan ummah sejagat.

"Supaya kita dapat beri penjelasan terhadap kewajaran untuk akta ini dipinda dan mengapa dengan mengharap sokongan khususnya dari Ahli-ahli Parlimen.

"Juga sebagai suntikan semangat untuk kita menghadapi cabaran dan tentangan dari mereka yang tidak memahami serta dibimbangi mengambil kesempatan mencetuskan suasana tidak harmoni.

"Jadi dengan himpunan ini kita memurnikan suasana dan kurangkan tekanan serta menghilangkan kebimbangan.

"Juga untuk menghilangkan kekeliruan dengan mendidik masyarakat untuk berhimpun secara aman harmoni mengikut peraturan dan akta sedia ada," ujarnya pada sidang media khas di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini.

Menurutnya, himpunan bertemakan 'Syariat Diperkasa, Rakyat Sejahtera' itu mendapat dukungan daripada lebih 200 NGO Islam dalam negara.

Menurutnya, ketika ini pihak beliau sedang menghubungi pihak-pihak terlibat untuk persiapan tempat dan jemputan kepada semua pihak termasuk kalangan bukan Islam.

Pada sidang media itu, beliau juga mengisytiharkan pelancarkan logo khas himpunan dan ungu sebagai warna rasmi himpunan. - HARAKAHDAILY 7/1/2017

Sumber HD - 7-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP, AMANAH (PAN) turut dijemput hadir Himpunan Akta 355
Posted on Saturday, January 07 @ 12:00:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33116



Sempena himpunan Akta 355 pada 18 Februari depan, PAS selaku penganjur utama menjemput parti-parti politik untuk menyertai himpunan berkenaan termasuk DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Menurut Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan, surat jemputan kepada semua parti politik akan dihantar dan dijangkakan surat tersebut akan diterima pihak berkaitan dalam masa seminggu.

"Ya kita jemput semua, kita jemput semua.

"Surat akan dihantar sebab kita baru buat sidang media pada hari ini. Beri masa seminggu," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas sidang media Himpunan Akta 355 di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada DAP dan AMANAH (PAN) turut dijemput untuk menyertai himpunan berkenaan.

Sumber TKO - 7-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


PAS anjur himpunan Akta 355 pada 18 Feb
Posted on Saturday, January 07 @ 11:58:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33114



PAS akan menganjurkan satu himpunan mega pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam tentang Akta 355.
Himpunan Akta 355 itu juga akan turut disertai ratusan NGO yang menyokong pindaan rang undang-undang berkenaan, kata pengerusi himpunan itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka itu menganggarkan kehadiran kira-kira 300,000 orang yang terdiri daripada anggota parti, NGO serta orang ramai.

Antara NGO yang akan hadir serta menjadi penganjur bersama himpunan ini ialah Sekretariat Ummah, Majlis Peguam Muslim Malaysia, Majlis Profesional Muslim Malaysia, Pertubuhan Pembela Islam dan Majlis Amal Islami Malaysia.

"Himpunan ini objektif besarnya ialah untuk kita sama-sama nyatakan matlamat untuk bagi penjelasan terhadap kewajaran Akta 355 dan kenapa mesti disokong oleh semua umat Islam, khususnya ahli parlimen.

"Ia juga untuk bangkitkan semangat umat Islam dalam hadapi cabaran dan tentangan pihak yang tak memahami atau mengambil kesempatan tentang isu ini kerana bimbang ia boleh cetus suasana tak harmoni.

"Himpunan ini juga boleh hilangkan keraguan dan kebimbangan rakyat (tentang Akta 355)," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Himpunan berkenaan akan bermula pada jam 3 petang dan dijangka berakhir pada jam 11 malam.

Sumber TKO - 7-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS tawar diri beri penerangan RUU 355 kepada Sarawak
Posted on Friday, January 06 @ 21:06:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33107



PETALING JAYA: PAS bersedia memberikan penjelasan mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 kepada mana-mana pihak termasuk Sarawak.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata ia tidak pernah menolak pelawaan sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai RUU 355.

“Kalau mereka (pemimpin Sarawak) panggil PAS, kita sendiri bersedia untuk memberikan penjelasan. Setakat yang saya maklumkan, tiada permohonan daripada mereka,” katanya kepada FMT, hari ini.

Idris berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Datuk Seri Nancy Shukri semalam yang pemimpin Sarawak masih tidak diberikan taklimat mengenai RUU 355 tersebut.

Justeru, kata Nancy kedudukan negeri itu tetap sama iaitu menolak cadangan pindaan yang dilihat sebagai satu cara untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Idris turut memberikan contoh yang pemimpin parti itu pernah mengadakan pertemuan dan penerangan dengan Persekutuan Persatuan Hokkien pada September tahun lalu.

Kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu, isu RUU 355 mudah difahami namun ia dipolitikkan sesetengah pihak.


“Beliau peguam (Nancy), tidak munasabah beliau tidak tahu mengenai RUU 355, benda ‘simple’ sangat. Benda mudah, tidak mengganggu langsung hak bukan Islam, lebih kepada politik,” katanya.

Pindaan RUU 355 yang dicadangkan dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui rang undang-undang persendirian tahun lepas.

Ia berhasrat memberi kuasa menghukum tidak terhad kepada mahkamah Syariah, yang menyebabkan orang ramai mempercayai ia hanya satu cara bagi PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun, Hadi menangani kebimbangan ini dengan meminda cadangan beliau dan mengehadkan hukuman penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Banyak parti komponen Barisan Nasional, masih percaya ia hanyalah pintu belakang untuk memperkenalkan undang-undang hudud.

Sumber TKO - 6-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Awas Maklumat Risikan & Propaganda Media Barat
Posted on Monday, January 02 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33056



KUALA LUMPUR - PAS meminta umat Islam supaya berhati-hati dengan maklumat risikan reka cipta dan propaganda media negara kuasa besar dunia yang bertujuan mengelirukan umat Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, maklumat risikan reka cipta dan propaganda media asing itu akan diangkat sebagai fakta untuk mencapai tujuan seperti yang berlaku di Syria.
“Umat Islam mestilah cermat memahami bahawa apa yang berlaku adalah campurtangan strategik kuasa besar dunia untuk mewujudkan ketidakstabilan di bumi Syria sebagai tindakan menjaga kepentingan keselamatan Israel di rantau itu.
“Maklumat risikan rekacipta dan propaganda media negara kuasa besar ini diangkat sebagai fakta yang dikelirukan terhadap umat Islam. Negara-negara Arab seterusnya ditiupkan adu domba api peperangan Sunni-Syiah.

“Percaturan kompleks geo-politik sebegini memerlukan kefahaman dalam kalangan umat Islam supaya tidak dikelirukan oleh agenda zionis dan kepentingan mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Justeru, kata Abdul Hadi, PAS mendesak supaya negara antarabangsa bertindak memastikan keadaan keselamatan di Syaria terpelihara dan kezaliman serta pembunuhan dinegara itu disiasat. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 2-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS Putus Kerjasama Talak Tiga Dengan DAP
Posted on Sunday, January 01 @ 23:00:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33051



KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa parti itu telah ‘putus kerjasama talak tiga' dengan DAP

Kata beliau, PAS sama sekali tidak boleh menerima DAP yang angkuh dan mahu menjadikan PAS sebagai batu loncatan supaya parti itu dapat merampas pemerintahan Malaysia.

“DAP menyerang Presiden PAS dan mengutuk PAS walaupun kita duduk bersama (dalam Pakatan Rakyat). Tak betul cara tu. PAS tidak maksum (boleh bekerjasama dengan sesiapa) tetapi tidak melanggar syariah dan syarak.

“Sebab itu PAS tidak boleh terima DAP.. putus terus, kerat, talak tiga,” tegasnya seperti yang terkandung dalam satu rakaman video ucapannya pada satu majlis yang dimuat naik di laman Facebook rasmi PAS hari ini.

Beliau berkata demikian di hadapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyertai majlis itu dan mendapat sorakan gemuruh penyokong PAS.

Terdahulu Tian Chua dalam ucapannnya kelihatan membodek PAS supaya kembali menyertai pakatan pembangkang dengan mendakwa kononnya PKR menggangap PAS sebagai abang manakala Kelantan sebagai Madinah.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu kerana enggan berkomporomi dalam beberapa isu akidah Islam yang tidak digemari DAP dan PKR.

DAP dan PKR kemudian bertindak membubarkan Pakatan Rakyat dan menubuhkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti Islam baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) bagi menggantikan PAS.

PAN pula ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang taksub kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkembangan mutakhir bagaimanapun menyaksikan DAP dan PKR kehilangan sokongan kaum Melayu sejak menyingkirkan PAS walaupun memilik parti Islam baharu.

Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR mula memujuk PAS supaya kembali bekerjasama dengan mereka walaupun langkah itu ditentang hebat DAP dan PAN. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 1-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































PAS alu-alukan gencatan senjata di Syria

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43724-pas-alu-alukan-gencatan-senjata-di-syria

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengalu-alukan dengan positif perkembangan terkini proses gencatan senjata yang dipersetujui di kalangan pihak yang bertempur di Syria sebagaimana yang dilaporkan agensi media antarabangsa.

Umat Islam juga mestilah cermat memahami bahawa apa yang berlaku adalah campurtangan strategik kuasa besar dunia untuk mewujudkan ketidakstabilan di bumi Syria sebagai tindakan menjaga kepentingan keselamatan Israel di rantau itu. Maklumat risikan rekacipta dan propaganda media negara kuasa besar ini diangkat sebagai fakta yang dikelirukan terhadap umat Islam. Negara-negara Arab dipergunakan sebagai proksi dengan cagaran mempertahankan takhta kerajaan masing-masing sebagai umpannya dan seterusnya ditiupkan adu domba api peperangan Sunni-Syiah. Percaturan kompleks geo-politik sebegini memerlukan kefahaman di kalangan umat Islam supaya tidak dikelirukan oleh agenda zionis dan kepentingan mereka.

Secara umumnya PAS melihat keadaan yang tegang dan berdarah di bumi Syria sememangnya perlu dihentikan segera, kesejahteraan rakyat awam dikembalikan, dan pada masa yang sama sebarang cubaan provokasi jahat untuk menggagalkan gencatan ini mestilah dihalang dari berlaku terutamanya pada masa yang sangat kritikal ini. Formula ini adalah antara syarat awal dalam memastikan gencatan ini dapat dipertahankan.

Apabila keadaan keselamatan lebih terpelihara,  maka baharulah  isu berkaitan dengan kezaliman dan pembunuhan semasa tragedi berdarah ini berlaku mestilah disiasat dan diambil langkah konstruktif seterusnya yang bersesuaian dengan protokol undang-undang yang diterima di peringkat antarabangsa.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
30 Rabiul Awwal 1438H / 30 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 30/12/2016

Sumber HD - 30-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































Tanding kerusi PKR: PAN semakin celaru

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43711-tanding-kerusi-pkr-pan-semakin-celaru

TERDAPAT pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang mengecam saya kerana telah menyifatkan hasrat PAN untuk bertanding di kerusi-kerusi PKR sebagai tidak amanah.

Asas dakwaan saya adalah kerana mereka berada di dalam pakatan yang sama.

Hasrat merampas kerusi PKR itu telah disuarakan oleh seorang pemimpin tertinggi PAN yang juga merupakan seorang Ahli Parlimen di Selangor. Sehubungan itu, saya telah digesa agar tidak mencampuri urusan parti tersebut.

Kenyataan untuk bertanding di kerusi-kerusi PKR telah dibuat secara terbuka. Maka adalah tidak wajar untuk menghalang sesiapa membuat ulasan kepada satu kenyataan yang dibuat secara terbuka itu.

Jika tidak mahu sebarang ulasan terhadap hasrat tersebut maka tidak perlu membuat kenyataan secara terbuka. Bincanglah secara dalaman.

Tetapi rakyat sekarang menjadi semakin keliru apabila seorang lagi pemimpin tertinggi PAN yang telah membuat kenyataan balas iaitu PAN tidak akan bertanding di kerusi-kerusi PKR. Mungkin ia satu tindakan "damage control" tetapi terserlah kecelaruan yang wujud di kalangan kepimpinan tertinggi PAN.

Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah terdapat pemimpin Pakatan Harapan yang mahu PAN dibubarkan dan ahli-ahlinya diserapkan ke dalam parti-parti lain.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
29 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 29/12/2016

Sumber HD- 29-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































Isu Asia Barat: Jemput hadir syarahan perdana TGHH

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43697-isu-asia-barat-jemput-hadir-syarahan-perdana-tghh


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan suatu syarahan perdana bertajuk Asia Barat yang bergolak. Ke mana kita?

Syarahan itu dijadualkan pada Sabtu 7 Januari 2017 di Dewan Banquet MBSA, jam 10.00 pagi. Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM15.00

Program ini anjuran Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Lajnah Antarabangsa DPPM, Lajnah Antarabangsa DMPP dan Lajnah Antarabangsa DUPP.

Untuk tujuan pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi Mardhiah (013-2002465) dan Muhammad (016-2201587).– HARAKAHDAILY 28/12/2016

Sumber HD -28-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































'Ini dengan sendirinya menunjukkan sikap PAN'

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43701-ini-dengan-sendirinya-menunjukkan-sikap-pan

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (PAN) memperlihatkan sikapnya yang sebenar apabila bertindak mahu bertanding di 40 kerusi parlimen termasuk kerusi PAS dan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, PAN yang duduk bersama PKR di dalam Pakatan Harapan boleh ada keinginan untuk mencuri kerusi PKR.

"Bermakna ini dengan sendirinya menunjukkan sikap PAN, sekarang mereka hendak curi kerusi PKR bermakna apa yang kita cakap tentang PAN benar sama sekalilah.

"Sebab kenyataan Yang Berhormat tersebut membenarkan perkara-perkara yang telah kami nyatakan tentang PAN sebelum ini sebab itu kami panggil PAN, kami tak panggil Amanah.

"Jadi kalau duduk di dalam pakatan sendiri pun boleh ambil kerusi orang, saya tak mahu komen lagilah," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini. - HARAKAHDAILY 28/12/2016

Sumber HD -28-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































PAS lancar kempen 'PAS Pilihanku'

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43695-pas-lancar-kempen-pas-pilihanku

PAS akan melancarkan kempen PAS PILIHANKU yang akan bermula dari 1 Januari 2017 sehingga 15 April 2017.

Tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan PAS kawasan-kawasan dan negeri-negeri menambah keahlian mereka.

Satu pertandingan di antara PAS negeri-negeri dan kawasan-kawasan akan diadakan.

Beberapa kategori anugerah telah dipersetujui sepertimana berikut:

1.) Anugerah bulanan untuk PAS kawasan dengan bilangan penambahan ahli yang teramai.

2.) Anugerah keseluruhan kepada PAS kawasan dengan bilangan penambahan ahli yang teramai.

3.) Anugerah keseluruhan kepada PAS kawasan dengan peratusan penambahan ahli yang teramai.

Anugerah-anugerah akan diumumkan dan disampaikan oleh Presiden PAS pada Muktamar PAS tahun ini pada akhir bulan April.

Kempen ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS pada 21 Januari akan datang di Shah Alam.

PAS negeri-negeri akan mengadakan pelancaran mereka sebelum tarikh tersebut.

Sasaran kempen ini adalah pendaftaran seramai 131,226 ahli baru.

Sasaran minimum penambahan ahli-ahli baru telah ditetapkan untuk setiap negeri.

Sasaran yang tertinggi adalah untuk negeri Kedah dengan 25,808 penambahan diikuti dengan Kelantan dengan 18,255 penambahan dan seterusnya Selangor 15,759 penambahan.

PAS melihat terdapat minat yang tinggi terhadap PAS, maka adalah wajar kempen ini dilancarkan agar jentera parti dapat mendaftarkan mereka itu.

Kami yakin sasaran ini akan dapat dicapai berdasarkan trend penambahan ahli sebelum ini.

Dato' Iskandar Abdul Samad
Pengarah Kempen PAS Pilihanku / Naib Presiden PAS
28 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 28/12/2016

Sumber HD -28-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































Bekas ahli Umno nak datang kepada PAS

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43700-bekas-ahli-umno-nak-datang-kepada-pas

KUALA LUMPUR: Kempen 'PAS Pilihanku' yang akan bermula pada 1 Januari sehingga 15 April 2017 dibuat bukan kerana ancaman parti-parti lain sebaliknya permintaan yang tinggi daripada pengundi-pengundi di atas pagar.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, PAS tidak akan meletakkan sasaran jumlah kemasukan ahli sekiranya ia dilihat sebagai ancaman daripada parti-parti lain.

"Kalau ada ancaman kita tidak akan letak target. Kita melihat minat yang begitu tinggi kepada PAS maka kempen ini wajar dilancarkan.

"Kita dapat maklum balas positif dari kalangan bekas ahli Umno yang hendak datang kepada kita," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambahnya, minat di kalangan ahli Umno ini selepas PAS mengambil pendekatan Politik Matang dan Sejahtera.

"Kita bukan sahaja mengkritik dan membangkang tetapi kita ada jalan penyelesaian," ujarnya. - HARAKAHDAILY 28/12/2016

Sumber HD -28-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































Kalau Mahfuz Orang PAS, Rujuklah Sumber PAS bukan Surat Khabar
Posted on Monday, December 26 @ 14:28:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32989



SHAH ALAM - "Kena tanya dia (Datuk Mahfuz Omar) kenapa rujuk surat khabar, kena rujuklah batang tubuh, rujuklah Pas, kalau dia orang Pas.
Demikian ulasan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berhubung kenyataan Mahfuz semalam yang dipetik berkata strategi Pas yang cuba 'makan keliling' akan hanya menyebabkan parti itu dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai.

Idris berkata, sebagai orang Pas, Mahfuz sepatutnya lebih arif untuk mendapatkan maklumat parti.

"Kenyataan rasmi Pas ada pada Harakah, bukan maklumat diambil tepi jalan," katanya merujuk kepada kenyataan Mahfuz yang menyatakan  hala tuju tidak tentu Pas boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan dan kepercayaan rakyat.

Mahfuz berkata demikian merujuk kepada Kenyataan rasmi terbaru yang dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang parti sedia membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk BN bagi membentuk kerajaan campuran selepas PRU akan datang.

“Budaya politik tak tentu hala Pas sudah pasti akan dijadikan panduan kepada kedua-dua blok politik untuk menentukan apakah sikap mereka terhadap Pas dalam menghadapi PRU14?

“Saya percaya rakyat dan ahli Pas akan menjarakkan diri dari parti apabila menyedari parti hanya berkehendakkan undi mereka untuk dijadikan 'alat tawar menawar' dengan mana-mana pakatan politik yang menang,” katanya.

Sumber TKO - 26-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































Presiden PAS ziarah pusara Almarhum Ustaz Mohd Khairi

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43659-presiden-pas-ziarah-pusara-almarhum-ustaz-mohd-khairi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Almarhum Ustaz Mohd Khairi Zainuddin di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Mawar, Senawang, hari ini.

Almarhum yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Disember lalu merupakan Pengerusi Tahfiz Darul Ulum yang menaungi tujuh rangkaian sekolah tahfiz dan juga merangkap Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan.

"Semoga segala bakti Allahyarham untuk Islam menjadi titipan pahala yang berpanjangan dan menjadi contoh dan ikutan orang terkemudian.

"Marilah kita berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat dan di tempat bersama para solehin. Al-Fatihah," tulisan daripada facebook Tuan Guru Abdul Hadi dipetik.

Malam tadi, beliau berucap pada Himpunan Peduli Ummah: Pray 4 Rohingya di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Turut hadir ialah bekas Menteri Dalam Negeri yang juga wakil khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid. - HARAKAHDAILY 24/12/2016

Sumber HD - 24-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tanggungjawab atas kemanusiaan & persaudaraan

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43658-tanggungjawab-atas-kemanusiaan-persaudaraan

SHAH ALAM: Penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar berpunca dari sikap perkauman dan kepuakan yang menyalahi sifat kemanusiaan, demikian menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Demikian itu katanya, wajib menyeru tindakan atas kemanusiaan, lebih-lebih lagi atas nama Islam yang meletakkan hubungan persaudaraan Islam umpama anggota satu jasad di mana apabila satu anggota sakit, semua anggota juga sakit, berjaga dan demam.

Malah jelasnya, Islam mengajar lebih dari kemanusiaan di mana turut memelihara hak binatang dan lain-lain.

“Penindasan berlaku di Myanmar kerana kelas dan darjat, yang dianggap berbeza di antara orang bukit dengan orang lembah. Setiap manusia mesti menyedari bahawa manusia adalah masyarakat Madani. Ibnu Khaldun mengatakan, “Manusia itu semulajadinya bermasyarakat Madani”, dengan makna mesti bertolong menolong dan berhubung di antara satu sama lain.

“Orang bukit tidak boleh hidup tanpa orang lembah. Orang lembah tak boleh hidup tanpa orang bukit. Orang darat tak boleh hidup tanpa orang di laut. Orang laut tak boleh hidup tanpa orang di darat. Kerana sifat kejadian manusia mesti bertukar-menukar kebolehan dan pendapatan di antara satu sama lain.

“Orang bukit tak boleh makan kayu, tak boleh makan batu di atas bukit, mesti ada hasil-hasil lembah. Orang lembah memerlukan rumah kediaman dan alat-alat hasil daripada bukit. Begitulah laut dan darat. Maka Islam menetapkan manusia adalah bermasyarakat Madani, walaupun mereka berbeza agama, berbeza bangsa dan kaum, mestilah berhubung di antara satu sama lain.

“Di atas sifat ini, sehingga hari ini orang-orang Islam termasuk di Malaysia ini, boleh hidup masyarakat majmuk. Seorang Cina, seorang India boleh berkedai di kampung Melayu. Orang asing boleh hidup dalam masyarakat Pakistan yang beragama Islam. Ini adat yang diajar oleh Islam,” ujarnya pada Himpunan Peduli Ummah “Pray 4 Rohingya” di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini malam semalam.

Tegas beliau, dalam masalah kemanusiaan mesti bersatu dan mengambil tanggungjawab, biarpun saling berbeza pendapat kerana berbalah perlu ada batas dan sempadan.

Kerana itulah terangnya, beliau dari parti pembangkang boleh duduk bersama kerajaan, kerana penindasan yang berlaku ke atas pihak minoriti sangat mendukacitakan termasuk orang Islam digambar sebagai melakukan keganasan.

Turut disentuh adalah mengenai pemergiannya ke Iran di mana menurut beliau, peperangan sesama Arab di Iraq, Syria dan Yaman menyebabkan ummah terlupa kepada masalah Palestin dan saudara sendiri.

Sedangkan jelasnya, apabila dirujuk kenyataan George H. W Bush, George W Bush, Colin Powell, Condoleezza Rice, Hillary Clinton dan lainnya didapati mereka itu menyebabkan peperangan antara Sunni dan Syiah serta menolong di satu pihak.

“Lepas itu barulah ada fatwa-fatwa ulama. Sangat malang, ulama bercakap lepas Amerika bercakap. Apa kerja macam ini? Sepatutnya kita tumpukan kepada masalah umat Palestin, masalah Myanmar, masalah Rohingya dan masalah-masalah yang lain.

“Esok saya akan ke Indonesia, lepas Iran pergi Indonesia, nanti (orang kata) jadi Jawa pula. Nak bincang rakan-rakan Indonesia tentang Rohingya. Lepas Indonesia, nak pergi ke Thailand, nak jumpa rakan-rakan di Thailand. Ini tanggungjawab bukan nak tunjuk ek (berlagak), kewajipan kita sebagai manusia dan sebagai orang Islam,” terang beliau.

Menurutnya, penganjuran sedemikian dapat meluahkan rasa hati namun tidak memadai di mana perlu disusuli dengan tindakan.

Perkara yang terjadi juga katanya, adalah ujian ke atas umat Islam sejauh mana menunaikan tanggungjawab sesama Islam dan sebagai manusia.

“Walaupun Allah maha berkuasa untuk mengubah dunia dalam sekelip mata, “kun fayakun”, mengapa Allah Taala tak turunkan bencana di Myanmar? Allah Taala nak uji kita manusia ini, sejauh mana kita sabar, sejauhmana kita  menunaikan kewajipan, syukur kesenangan kita untuk membantu saudara kita yang susah, yang menderita,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 24/12/2016

Sumber HD- 24-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































Transkrip penjelasan isu Syria oleh Presiden PAS

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43656-transkrip-penjelasan-isu-syria-oleh-presiden-pas

MEDIA: Tentang kejadian di Aleppo itu macam mana?

PRESIDEN PAS: Bismillahirrahmanirrahim. Yang pertama kita perlu baca politik Aleppo ini kepada kedudukan Syria daripada awal. Perlu difahami Syria ialah negara yang termasuk dalam perjanjian Sykes-Picot, antara British, Perancis dan Russia, selepas kejatuhan Uthmaniyyah, Syria dengan Lebanon termasuk di dalam bahagian Perancis. Maka polisi dan politik Syria berlainan dengan Jordan, Iraq, negeri di bawah pembahagian British.

Yang kedua, Syria bersempadan dengan Israel, sangat rapat dengan strategi keselamatan Israel. Apa yang berlaku di Syria adalah strategi keselamatan Israel yang diatur oleh Barat. Ini mesti kita faham, bukan bumi Syria itu, tanpa mengira siapa yang memerintah Syria, yang penting kepada kuasa-kuasa Barat ialah keselamatan Israel, ini mesti kena faham.

Selepas berlaku kejatuhan Shah di Iran, kumpulan Islam Syiah memerintah Iran. Mereka mengisytiharkan putus hubungan diplomatik dengan Israel, mengisytiharkan Israel sebuah negara haram, yang pertama. Lalu, Barat menggunakan Saddam Hussein untuk menyerang Iran, semua negeri Arab menyerang Iran di masa itu, kecuali Syria, Yaman, Sudan, Algeria, Libya tidak menyokong serangan ke atas. Libya tak, Libya lain tak menyokong serangan Iraq ke atas Iran di masa itu.

Yang ketiga, Hafez al-Assad, Parti Ba'ath, Saddam Hussein Parti Ba'ath, dua ini ada krisis, krisis dalam parti Ba'ath, dan tidak bersama. Bila Syria tidak bersama dengan Iraq dalam Perang Teluk yang pertama, Iran dikepung oleh semua negeri di bawah pengaruh Barat. Maka Iran mengambil kesempatan mengadakan hubungan dengan Syria, hubungan dengan Syria. Hafez al-Assad yang walaupun kalangan (Syiah) Alawi, (Syiah) Alawi dalam 10 peratus ataupun 20 peratus sahaja, 80 peratus adalah Sunni di Syria, ini perlu dia sedar. Walaupun Barat mengatur supaya Hafez al-Assad menguasai Syria, tapi dalam masa yang sama mereka mesti meraikan 80 peratus Sunni di Syria.

Dalam masa yang sama, Hafez al-Assad mengadakan hubungan dengan Iran. Iran mengambil peluang, Syria menjadi pintu untuk keluar ke dunia lain dalam Perang Teluk yang pertama, ini kita kena faham. Dalam masa yang sama, Syria termasuk kalangan negeri yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo yang mengiktiraf Israel. Mereka menolak penyelesaian dua negara Palestin, satu untuk Yahudi dan satu untuk Israel.

Sama dengan Yaman, Sudan, Libya, Iraq juga sama, termasuk Algeria. Negara-negara ini dianggap sebagai ancaman kepada Israel. Maka menjadi sasaran kepada Arab Spring, Arab Spring, jadi sasaran semua negara ini. Mesir juga jadi sasaran kerana Mesir, kedudukan Terusan Suez yang menjadi penghubung kepada laluan dunia Barat, bekalan tenaga minyak petroleum daripada negeri Teluk. Mesir juga menjadi perhatian mereka dalam masa yang sama, pengaruh Islam juga kuat di Mesir.

Maka Arab Spring dijadikan satu cara untuk membentuk peta baru Asia Barat, peta baru Asia Barat yang dirangka oleh Barat, demi keselamatan Israel. Kita melihat, semua negeri Arab Spring ini kumpulan Islam gagal walaupun kumpulan Islam yang paling ramai turun ke padang, Arab Spring, kerana dicaturkan oleh Barat untuk menyelamatkan Israel.

Syria yang mengambil kesempatan daripada strategi kedudukan dia, dengan hubungan yang rapat dengan Iran, dalam masa yang sama membenarkan semua kumpulan Palestin yang dianggap ekstrem, Hamas, Tanzim al-Jihad, kumpulan ...., dan lain-lain, berpangkalan di Syria. Dan Iran membantu kumpulan-kumpulan ini melalui Syria, melalui Syria.

Dan Iran telah mencapai kemajuan teknologi yang tinggi dalam membantu Gaza dan Selatan Lubnan. Menggagalkan serangan Israel ke atas Gaza dan Lubnan sebanyak dua kali, gagal, senjata Amerika tidak berkesan. Mereka mengetahui bahawa bantuan senjata ialah melalui Yaman dan Sudan, serta Syria. Yaman dengan Sudan pangkalan yang jauh. Kita jangan lupa, Israel pernah menyerang Sudan, 'Port' Sudan, dalam masa yang sama juga Israel menyerang Syria. Syria dianggap paling bahaya kerana di situ pangkalan, ada kumpulan Palestin yang tidak mengiktiraf Israel, mereka perlu dikacau.

Beberapa tahun yang lalu, beberapa media Barat telah menyiarkan artikel, termasuk Al Jazeera, penglibatan Arab Saudi dan Barat menghantar Daesh, menghantar kumpulan pelampau yang ditugaskan oleh Amerika di Afghanistan. Yang balik ke negeri masing-masing ditahan, dihantar ke situ, tujuan untuk mencetuskan kekacaun di Syria dianggap sebagai pangkalan di atas nama untuk menentang kezaliman Hafez al-Assad.

Mereka yang bersemangat ini pergi ke sana berperang untuk menentang Hafez al-Assad kerana dia (Syiah) Alawi. Mereka lupa bahawa di sini mereka telah digunakan untuk mencetuskan kekacauan di Syria.

Dalam hal ini kita melihat, ulama-ulama Syria sendiri berbelah bahagi, contohnya Dr Wahbah al-Zuhaili Al Marhum mengambil sikap diam, (tidak) mengkritik kerajaan Syria, diam, dan tak keluar daripada Syria, Dr Wahbah.

Syeikh Ali As-Sobuni duduk tinggal di Saudi, sebahagian tinggal di Turki. Syeikh Dr Said Ramadan Al-Bouti mengambil sikap bersama Hafez al-Assad. Kita melihat ulama-ulama di Syria pun berbelah bahagi, bagaimana nak menentukan sikap mereka dalam perkara ini.

Dalam hal ini kita mesti faham, apa yang berlaku di Aleppo pada hari ini adalah rantaian daripada semua yang saya sebut tadi. Khususnya tiga hari lepas saya baca dalam media, di Aleppo, Bangsa-Bangsa Bersatu menangguhkan genjatan senjata, minta tangguh genjatan senjata dan minta hantar pengaman. Wakil Syria di Bangsa-Bangsa Bersatu telah mendedahkan dalam sidang media di PBB, sidang sehari. Wakil Syria mendedahkan ada 12 orang agen tentera yang dikepung di situ, dan mereka senaraikan nama-nama, seorang daripada Israel, seorang daripada Amerika, seorang daripada Jordan, seorang daripada Turki, seorang daripada Morocco, seorang daripada Qatar, 6 orang daripada Saudi, yang masih duduk di Aleppo.

Apa makna ini semua? Menandakan betapa campur tangan tentera asing, rakyat menjadi mangsa. Campur tangan semata-mata untuk menyelamatkan Israel. (Agen tentera) Turki itu saya yakin, Turki yang Fethullah Gulen punya, bukan Turki yang Erdogen, yang masih lagi ada dalam tentera Turki. Saya rasa begitulah agaknya.

Dan kita melihat bagaimana Turki sudah mengubah dia punya (pendirian) ke Arab Barat, sekarang ini baik dengan Rusia dan Iran kerana mengetahui percaturan politik yang berlaku di Asia Barat. Ya?

Dato' Seri, apa, yang apa, Dato' Seri pergi hadir ke Tehran baru ini kan? So, ada banyak yang kritik la, kata Dato' Seri pergi tidak tepat pada masanya, satu lagi macam Kesatuan Ulamak, Dr Yusuf Al-Qardhawi sendiri pun kata dia tidak atas, Dato' Seri pergi atas kapasiti peribadi bukan atas (KUIS) itulah.
Saya menjadi ahli Majma' Taqrib yang ditubuhkan tahun 1980, dan saya hadir program tahunan di situ, kecuali saya uzur saya tak pergi, bukan kali pertama saya hadir. Dan saya hadir di situ dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa mengira Sunni dan Syiah, mereka perlu bersatu. Dan saya kritik Iran, kena baca ucapan saya di Tehran apa ucapan saya. Ucapan saya, saya tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan pengaruh dengan Barat ataupun Timur, apa yang itu ialah kepentingan Islam, dan bila ada desakan ini, saya dah tulis surat kepada Kesatuan Ulamak Sedunia, bahawa itu pendirian saya. Saya tak terpengaruh dengan dasar Qatar, dengan dasar Saudi, dengan dasar Emirate.

Apa lagi saya terkilan dengan Persidangan Negara Teluk dua minggu yang lalu, disertai oleh Perdana Menteri British. Apa kedudukan Perdana Menteri British? Adakah British ini anggota Negara Teluk? Mengapa hadir dalam sidang ini? Sidang ini membuat resolusi untuk bersama menentang Iran, bukan menentang Israel, (tetapi) menentang Iran, ini apa makna? Ini satu benda yang sangat kacau di Asia Barat.

Apa lagi dengan yang saya sebut dalam perkara yang pertama tadi, dan saya ada pendirian. PAS ada pendirian PAS sendiri. Dalam Perang Teluk yang pertama dulu, tahun 1980, Iraq menyerang Iran, di masa itu PAS bersama dengan Iran dan menyokong Iran. Semua negara Arab kecuali sedikit menyokong Iraq dan beberapa kumpulan Islam menuduh PAS terpengaruh dengan Syiah. Bila Saddam Hussein berpaling tadah menyerang Kuwait, dan negara Arab menjemput Amerika, kita dijemput balik untuk ikut mereka, kita ada pendirian kita, kita adalah Sunni, tidak Syiah. Kita membaca politik antarabangsa bukan politik yang sempit, yang tengok satu masa berlaku itu sahaja, kita baca semua, ini.

Dato' Seri, macam mana dengan kunjungan ke Tehran itu mendapat kecaman Presiden KUIS sendiri, al-Qardhawi, so apa?
Saya dah tulis surat, dan saya bersedia untuk letak jawatan, dan saya pegang jawatan itu bukan saya minta, saya tak minta jawatan, dia lantik saya, saya tak hadir pun muktamar dia, saya bersedia.

Tapi kiranya dia ada berhubung secara peribadi dengan Dato' Seri?
Saya tulis surat, cukup dengan surat saya itu, beliau uzur, beliau uzur, telinga tak dengar, mata tak berapa nampak, saya tak tahu kenyataan dia itu benar ataupun tidak.

Melalui facebook pula itu kan?
Saya tak tahu, tak tahu, beliau uzur. Beliau uzur, dan telinganya tak dengar, dan guna alat pun payah, dan mata pun tak nampak, saya tak tahu adakah daripada beliau (atau) daripada orang lain.

Surat itu dihantar bila ya? Ya Dato' Seri, surat itu dihantar bila ya?
Surat saya? Surat saya 4 hari lepas.

Empat hari lepas, kali terakhir Dato' Seri?
Saya hantar kepada Setiausaha Agung Kesatuan supaya dibaca oleh mereka. Dan setahu saya, seorang sahaja yang tulis surat supaya .... saya itu. Yang lain senyap, tak kata apa. Seorang sahaja, duduk di UK, dia ini jadi Rektor kepada Universiti di Ireland, universiti dibiayai oleh Negara Teluk. Barangkali dia bekerja dengan Negara Teluklah, yang ini sahaja, yang lain senyap tak kata apa.

Dato' Seri, mengenai dengan kesihatan al-Qardhawi itu, daripada mana Dato' Seri dimaklumkan yang dia dah berapa lama dia dah tak sihat?
Saya jumpa dia, memang jumpa yang terakhir baru 2, 3 bulan lepas, memang. Dan saya terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat, kerana beliau tidak menjadi pengerusi mesyuarat itu. Yang lain pun uzur, tua-tua semua, banyak uzur. Itu

Rasa berat hati tak dengan keputusan untuk meninggalkan KUIS?
Saya mahu supaya Kesatuan Ulamak ada pendirian dia sendiri, tidak dipengaruhi oleh Qatar, dipengaruhi oleh mana-mana negara, kena ada pendirian dia sendiri. Dan saya juga dijemput oleh ulama-ulama Sunni di Iran. Kita kena sedar bahawa 30 peratus rakyat Iran adalah Sunni. 30 peratus adalah Sunni. Berapa juta, daripada 30 peratus itu orang Sunni. Yang hadir muktamar itu banyak sebahagian besarnya adalah ulama-ulama Sunni daripada Iran. Apa kita nak letakkan kedudukan mereka?

Pasal Syria itulah, pasal ada keadaan....
Syria itu perkara, kita boleh tumpu kepada masalah-masalah Palestin, masalah-masalah Palestin, masalah budaya mengkafirkan antara satu sama lain, dan masalah isu minoriti Islam termasuk Rohingnya, itu sahaja. Ya, ya? – HARAKAHDAILY 23/12/2016

Transkrip penjelasan isu Syria oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam temubual bersama media pada 23 Disember 2016, di Masjid Rusila, Marang, Terengganu disediakan wartawan Harakah Izwan Abdul Halim.

Sumber HD - 23-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































TG Abdul Hadi tegas pertahan kepentingan dunia Islam

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43654-tg-abdul-hadi-tegas-pertahan-kepentingan-dunia-islam

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pendiriannya dan mahu Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) teguh berdiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau negara.

Katanya, beliau pergi ke persidangan di Iran pada minggu lalu kerana beliau adalah ahli kepada Majma’ Taqrib’yang ditubuhkan dalam tahun 1980, lapor Buletin Online.

Beliau berkata demikian kepada media apabila ditanya tentang kedudukan dalam KUIS dan pemergian ke Iran, selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila, hari ini.
"Saya hadir dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa mengira Sunni dan Syiah, mereka perlu bersatu dan saya kritik Iran,” jelasnya yang juga Naib Ketua KUIS.

Tegasnya, beliau tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan terpengaruh kepada Barat atau Timur serta bercakap atas kepentingan Islam semata-mata.

Video

Sumber HD- 23-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































Tuan Guru Abdul Hadi di Tehran mewakili PAS

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43639-tuan-guru-abdul-hadi-di-tehran-mewakili-pas

Ų§Ł„ŲØŁŠŲ§Ł† Ų§Ł„ŲµŲ­ŁŁŠ Ł„Ų±Ų¦ŁŠŲ³ Ų§Ł„Ų„Ų¹Ł„Ų§Ł… ŲØŲ¬Ł†Ų§Ų­ Ų§Ł„Ų¹Ł„Ł…Ų§Ų” Ł„Ł„Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų§Ł„ŁŠŲ²ŁŠ

Penglibatan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan di Tehran Mewakili PAS

Ł…Ų“Ų§Ų±ŁƒŲ© Ų§Ł„Ų“ŁŠŲ® Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł‡Ų§ŲÆŁŠ ŲØŁ† Ų£ŁˆŲ§Ł†Ų¬ ŁŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų¤ŲŖŁ…Ų± Ų§Ł„Ų³Ł†ŁˆŁŠ ŲØŲ·Ł‡Ų±Ų§Ł† Ł…Ł…Ų«Ł„Ų§ Ł„Ł„Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų§Ł„ŁŠŲ²ŁŠ
Penglibatan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke-30 di Teheran yang diadakan oleh Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa adalah mewakili Parti Islam Se-Malaysia sebagai Presiden parti. Saya sendiri pada tahun lepas berpeluang mengiringi beliau mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat.

Ų„Ł† Ł…Ų“Ų§Ų±ŁƒŲ© Ų§Ł„Ų“ŁŠŲ® Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł‡Ų§ŲÆŁŠ Ų£ŁˆŲ§Ł†Ų¬ ŁŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų¤ŲŖŁ…Ų± Ų§Ł„Ų³Ł†ŁˆŁŠ Ł„Ł„ŁˆŲ­ŲÆŲ© Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠŲ© ŁŁŠ ŲÆŁˆŲ±ŲŖŁ‡ Ų§Ł„Ų«Ł„Ų§Ų«ŁŠŁ† ŲØŲ·Ł‡Ų±Ų§Ł† ŁˆŲ§Ł„Ų°ŁŠ Ł†ŲøŁ…Ł‡ Ų§Ł„Ł…Ų¬Ł…Ų¹ Ų§Ł„Ų¹Ų§Ł„Ł…ŁŠ Ł„Ł„ŲŖŁ‚Ų±ŁŠŲØ ŲØŁŠŁ† Ų§Ł„Ł…Ų°Ų§Ł‡ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠŲ© ŁƒŲ§Ł†ŲŖ Ł…Ł…Ų«Ł„Ų§ Ł„Ł„Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų§Ł„ŁŠŲ²ŁŠ ŲØŲµŁŲŖŁ‡ Ų±Ų¦ŁŠŲ³Ų§ Ł„Ł„Ų­Ų²ŲØ. Łˆ ŁƒŁ†ŲŖ ŁŁŠ Ų§Ł„Ų³Ł†Ų© Ų§Ł„Ł…Ų§Ų¶ŁŠŲ© Ł…Ł† Ų§Ł„Ł…Ų±Ų§ŁŁ‚ŁŠŁ† Ł„Ł„Ų“ŁŠŲ® ŁŁŠ Ł†ŁŲ³ Ų§Ł„Ł…Ų¤ŲŖŁ…Ų± Ł…Ł…Ų«Ł„Ų§ Ł„Ų¬Ł†Ų§Ų­ Ų§Ł„Ų¹Ł„Ł…Ų§Ų” ŲØŲ§Ł„Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ.
Sudah pasti dalam penglibatan apa sahaja forum antarabangsa, PAS mempunyai pendirian politik tersendiri terhadap sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Iraq dan Palestin. Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan. Malah PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas.

Łˆ Ł…Ł† Ų§Ł„Ł…Ų¤ŁƒŲÆ Ų§Ł† Ų§Ł„Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų§Ł„ŁŠŲ²ŁŠ ŁŁŠ Ł…Ų“Ų§Ų±ŁƒŲŖŁ‡ ŁŁŠ Ł…Ų«Ł„ Ų°Ł„Łƒ Ų§Ł„Ł…Ų¤ŲŖŁ…Ų± Ł„Ł‡ Ł…ŁˆŲ§Ł‚Ł Ų³ŁŠŲ§Ų³ŁŠŲ© Ų®Ų§ŲµŲ© ŲŖŲ¬Ų§Ł‡ Ł…Ų§ Ų­ŲÆŲ« ŁŁŠ Ų§Ł„Ų“Ų±Ł‚ Ų§Ł„Ų£ŁˆŲ³Ų· Ł…Ł† Ų£Ų²Ł…Ų§ŲŖ ŲØŁ…Ų§ ŁŁŠŁ‡ Ų³ŁˆŲ±ŁŠŲ§ ŁˆŲ§Ł„ŁŠŁ…Ł† ŁˆŲ§Ł„Ų¹Ų±Ų§Ł‚ ŁˆŁŁ„Ų³Ų·ŁŠŁ†. ŁˆŁ„Ł… ŁŠŁƒŁ† Ł…ŁˆŁ‚Ł Ų§Ł„Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ ŲŖŲ§ŲØŲ¹Ų§ Ų£Łˆ Ų®Ų§Ų¶Ų¹Ų§ Ł„ŲµŲ§Ł„Ų­ Ų£ŁŠ Ų·Ų±Ł Ł…Ų¹ŲŖŲÆ ŲøŲ§Ł„Ł… ŲØŁ„ ŲµŁˆŲŖŁ‡ Ų¹Ų§Ł„ ŁŁŠ ŁˆŲ¬ŁˆŁ‡ Ų¬Ų§Ų¦Ų±.
PAS bersatu hati dengan seluruh umat Islam menentang sebarang bentuk kezaliman, pencerobohan hak asasi manusia dan pembunuhan yang menumpahkan darah golongan yang tidak berdosa di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam.

ŁˆŲ„Ł† Ų§Ł„Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ ŁŠŁ‚Ł Ł‚Ł„ŲØŲ§ ŁˆŲ§Ų­ŲÆŲ§ Ł…Ų¹ Ų§Ł„Ų£Ł…Ų© Ų¬Ł…Ų¹Ų§Ų” Ų¶ŲÆ Ų£ŁŠ ŲøŁ„Ł… ŁˆŲ§Ł†ŲŖŁ‡Ų§Łƒ Ų­Ł‚ŁˆŁ‚ Ų„Ł†Ų³Ų§Ł†ŁŠŲ© ŁˆŲ³ŁŁƒ ŲÆŁ…Ų§Ų” Ų£ŲØŲ±ŁŠŲ§Ų” Ł…Ł† Ų§Ł„Ł…Ų³Ł„Ł…ŁŠŁ† ŁˆŲŗŁŠŲ±Ł‡Ł….
PAS menegaskan bahawa apa yang berlaku di Syria adalah mangsa peperangan proksi yang bertujuan merobekkan kesatuan ummah dan penguasaan oleh kuasa asing di kawasan bergolak.

ŁˆŁ‚ŲÆ Ų£ŁƒŲÆ Ų§Ł„Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ ŲØŲ£Ł† Ł…Ų§ Ų­ŲÆŲ« ŁŁŠ Ų³ŁˆŲ±ŁŠŲ§ Ų„Ł†Ł…Ų§ Ų¶Ų­Ų§ŁŠŲ§ Ų§Ł„Ų­Ų±ŁˆŲØ ŲØŲ§Ł„ŁˆŁƒŲ§Ł„Ų© ŲŖŁ‡ŲÆŁ Ų„Ł„ŁŠ ŲŖŁ…Ų²ŁŠŁ‚ Ų§Ł„Ų£Ł…Ų© ŁˆŲ³ŁŠŲ·Ų±Ų© Ų§Ł„Ł‚ŁˆŁ‰ Ų§Ł„Ų£Ų¬Ł†ŲØŁŠŲ© Ų¹Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ł…Ł†Ų·Ł‚Ų©.
Kuasa asing tersebutlah yang berdiri di belakang tabir kumpulan pengganas yang dibiayai dengan kewangan yang besar dan senjata pemusnah, seumpama ISIS yang merosakkan nama baik Islam yang sebenar. Mereka menyalakan api persengketaan antara puak agar umat Islam terus bertelingkah dan berperang sehingga menumpahkan darah dan berkrisis tanpa henti. Akhiran ini pula berlaku serangan pengganas yang mensasarkan Turki agar terbuka satu lagi lembaran darah yang baru.

 ŁŲŖŁ„Łƒ Ų§Ł„Ł‚ŁˆŁ‰ Ł‡ŁŠ Ų§Ł„ŲŖŁŠ ŲŖŁ‚Ł ŁˆŲ±Ų§Ų” Ų³ŲŖŲ§Ų± Ų¬Ł…Ų§Ų¹Ų§ŲŖ Ų„Ų±Ł‡Ų§ŲØŁŠŲ©، ŁˆŲŖŁ…ŁˆŁ„Ł‡Ų§ ŲØŲ£Ł…ŁˆŲ§Ł„ Ų·Ų§Ų¦Ł„Ų©، ŁˆŲ£Ų³Ł„Ų­Ų© Ł…ŲÆŁ…Ų±Ų© Ų£Ł…Ų«Ų§Ł„ ŲÆŲ§Ų¹Ų“ Ų§Ł„ŲŖŁŠ ŲŖŲ“ŁˆŁ‡ ŲµŁˆŲ±Ų© Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł… Ų§Ł„ŲµŲ­ŁŠŲ­Ų©، ŁˆŲŖŲ“Ų¹Ł„ ŁˆŁ‚ŁˆŲÆ Ų§Ł„ŁŲŖŁ†Ų© ŁˆŲ§Ł„Ł†Ų²Ų¹Ų© Ų§Ł„Ų·Ų§Ų¦ŁŁŠŲ© Ł„ŁŠŁƒŁˆŁ† Ų§Ł„Ł…Ų³Ł„Ł…ŁˆŁ† Ų¹Ł„Ł‰ ŲµŲ±Ų§Ų¹Ų§ŲŖ ŲÆŲ§Ų¦Ł…Ų© ŁˆŁ…Ų¹Ų§Ų±Łƒ ŲÆŲ§Ł…ŁŠŲ© ŁˆŲ§Ų²Ł…Ų§ŲŖ ŲŗŁŠŲ± Ł…Ł†ŲŖŁ‡ŁŠŲ©. ŁˆŁŁŠ Ų£ŁŠŲ§Ł… Ł…ŲŖŲ£Ų®Ų±Ų© Ų­ŲÆŲ«ŲŖ Ų¹Ł…Ł„ŁŠŲ§ŲŖ Ų„Ų±Ł‡Ų§ŲØŁŠŲ© ŲŖŲ³ŲŖŁ‡ŲÆŁ ŲŖŲ±ŁƒŁŠŲ§ Ł„ŲŖŁŲŖŲ­ ŲµŁŲ­Ų© Ų§Ł„ŲÆŁ…Ų§Ų” Ų§Ł„Ų¬ŲÆŁŠŲÆŲ©.
PAS juga menekankan kepentingan kesatuan saf umat Islam dan penyelesaian krisis menerusi rundingan bagi mengelakkan darah terus mengalir dan nyawa terus melayang, juga menolak sebarang penyelesaian tajaan asing.

ŁƒŁ…Ų§ Ų“ŲÆŲÆ Ų§Ł„Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ Ų¹Ł„Ł‰ Ų¶Ų±ŁˆŲ±Ų© ŲŖŁˆŲ­ŁŠŲÆ ŲµŁŁˆŁ Ų§Ł„Ł…Ų³Ł„Ł…ŁŠŁ† ŁˆŲ­Ł„ Ų§Ł„Ų£Ų²Ł…Ų§ŲŖ Ų¹Ł† Ų·Ų±ŁŠŁ‚ Ų§Ł„ŲŖŁŲ§ŁˆŲ¶ Ł„Ł„ŲŖŁŲ§ŲÆŁŠ Ų¹Ł† Ų³ŁŠŁˆŁ„ Ų§Ł„ŲÆŁ…Ų§Ų” ŁˆŲ„Ų²Ł‡Ų§Ł‚ Ų§Ł„Ų£Ų±ŁˆŲ§Ų­ ŁˆŲ±ŲÆ Ų£ŁŠ Ų­Ł„ŁˆŁ„ Ų£Ų¬Ł†ŲØŁŠŲ© Ł„Ł„Ų£Ų²Ł…Ų§ŲŖ.
PAS menegaskan juga bahawa peperangan dan krisis di Timur Tengah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kepentingan kuasa asing dan rejim zionis. Sejak beberapa dekad sebelum kebangkitan pejuang Syria pada 2011, Syria menjadi tempat berlindung para pejuang Palestin sebagaimana disebut oleh wakil HAMAS di Iran, Khalid al-Qadumi. HAMAS mempunyai Pejabat Politiknya ketika itu di Damsyik. Tetapi setelah berlakunya kebangkitan di Syria, pejabat tersebut terpaksa dipindahkan ke Qatar. Siapakah yang bergembira ketika itu?

ŁˆŲ£ŁƒŲÆ Ų§Ł„Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ Ų£ŁŠŲ¶Ų§ ŲØŲ£Ł† Ų§Ł„Ł…Ų¹Ų§Ų±Łƒ Łˆ Ų§Ł„Ų£Ų²Ł…Ų§ŲŖ ŁŁŠ Ų§Ł„Ų“Ų±Ł‚ Ų§Ł„Ų£ŁˆŲ³Ų· Ł„Ł… ŲŖŁƒŁ† Ų„Ł„Ų§ Ł„ŲµŲ§Ł„Ų­ Ų§Ł„Ł‚ŁˆŁ‰ Ų§Ł„Ų£Ų¬Ł†ŲØŁŠŲ© ŁˆŲ§Ł„ŁƒŁŠŲ§Ł† Ų§Ł„ŲµŁ‡ŁŠŁˆŁ†ŁŠ. ŁŁ…Ł†Ų° Ų¹Ł‚ŁˆŲÆ Ł‚ŲØŁ„ Ų§Ł„Ų«ŁˆŲ±Ų© 2011 ŁƒŲ§Ł†ŲŖ Ų³ŁˆŲ±ŁŠŲ§ Ł…Ł„Ų¬Ų£ Ł„Ł„Ł…Ł‚Ų§ŁˆŁ…ŁŠŁ† Ų§Ł„ŁŁ„Ų³Ų·ŁŠŁ†ŁŠŁ† ŁƒŁ…Ų§ Ų£Ų“Ų§Ų± Ų„Ł„ŁŠŁ‡ Ł…Ł…Ų«Ł„ Ų­Ų±ŁƒŲ© Ų­Ł…Ų§Ų³ ŁŁŠ Ų„ŁŠŲ±Ų§Ł† Ų®Ų§Ł„ŲÆ Ų§Ł„Ł‚ŲÆŁˆŁ…ŁŠ. ŁˆŁ„Ų­Ł…Ų§Ų³ Ł…ŁƒŲŖŲØŁ‡ Ų§Ł„Ų³ŁŠŲ§Ų³ŁŠ Ų¢Ł†Ų°Ų§Łƒ ŁŁŠ ŲÆŁ…Ų“Ł‚. ŁˆŁ„ŁƒŁ† ŲØŲ¹ŲÆ Ų§Ł†Ų·Ł„Ų§Ł‚ Ų§Ł„Ų«ŁˆŲ±Ų© Ų§Ł†ŲŖŁ‚Ł„ Ų§Ł„Ł…ŁƒŲŖŲØ Ų§Ł„Ų³ŁŠŲ§Ų³ŁŠ Ų„Ł„Ł‰ Ł‚Ų·Ų±. ŁŁ…Ł† ŁŠŁŲ±Ų­ Ų„Ų°Ł†؟
Kehadiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di muktamar tersebut sebagai salah seorang pembentang adalah bertujuan menegaskan prinsip dan pendirian tersebut. Sebelumnya beliau mewakili PAS memainkan peranan bagi meredakan ketegangan pada awal krisis Yaman di zaman Presiden Abdullah Soleh, sesuatu yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai.

Allah berfirman:

 ŁƒُŁ„ٌّ ŁŠَŲ¹ْŁ…َŁ„ُ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ Ų“َŲ§ŁƒِŁ„َŲŖِŁ‡ِ ŁَŲ±َŲØُّŁƒُŁ…ْ Ų£َŲ¹ْŁ„َŁ…ُ ŲØِŁ…َŁ†ْ Ł‡ُŁˆَ Ų£َŁ‡ْŲÆَŁ‰ٰ Ų³َŲØِŁŠŁ„ًŲ§
"Setiap orang bertindak (bekerja) mengikut cara dan sudutnya. Maka Rabb kamulah yang lebih mengetahui siapakah yang lebih mendapat petunjuk ke jalan (yang benar). (Surah al-Isra', ayat 84)

Bagaimana pula dengan orang yang hanya berbicara tanpa bertindak apa-apa?

ŁˆŲ­Ų¶ŁˆŲ± Ų§Ł„Ų“ŁŠŲ® Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł‡Ų§ŲÆŁŠ ŁŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų¤ŲŖŁ…Ų± ŁƒŲ£Ų­ŲÆ Ų§Ł„Ł…ŲŖŲ­ŲÆŲ«ŁŠŁ† Ų„Ł†Ł…Ų§ Ł„ŁŠŲ¤ŁƒŲÆ ŲŖŁ„Łƒ Ų§Ł„Ł…ŲØŲ§ŲÆŲ¦ ŁˆŲ§Ł„Ł…ŁˆŲ§Ł‚Ł. ŁˆŁ‚ŲÆ Ų³ŲØŁ‚ Ł„Ł„Ų“ŁŠŲ® Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł‡Ų§ŲÆŁŠ Ł…Ł…Ų«Ł„Ų§ Ł„Ł„Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠ Ų£Ł† Ų£ŲÆŁ‰ ŲÆŁˆŲ±Ł‡ Ł„Ł„ŲŖŲ®ŁŁŠŁ Ł…Ł† ŲŖŁˆŲŖŲ± Ų§Ł„Ų£ŁˆŲ¶Ų§Ų¹ ŁŁŠ ŲØŲÆŲ§ŁŠŲ© Ų£Ų²Ł…Ų© ŁŠŁ…Ł†ŁŠŲ© ŁŁŠ Ų¹Ł‡ŲÆ Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŲµŲ§Ł„Ų­ Ų§Ł„Ų£Ł…Ų± Ų§Ł„Ų°ŁŠ Ł‚ŲÆ Ł„Ų§ ŁŠŲ¹Ų±ŁŁ‡ Ų¹ŁˆŲ§Ł… Ų§Ł„Ł†Ų§Ų³. ŁŁƒُŁ„ٌّ ŁŠَŲ¹ْŁ…َŁ„ُ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ Ų“َŲ§ŁƒِŁ„َŲŖِŁ‡ِ ŁَŲ±َŲØُّŁƒُŁ…ْ Ų£َŲ¹ْŁ„َŁ…ُ ŲØِŁ…َŁ†ْ Ł‡ُŁˆَ Ų£َŁ‡ْŲÆَŁ‰ٰ Ų³َŲØِŁŠŁ„ًŲ§.
ŁŁƒŁŠŁ ŲØŲ§Ł„Ų°ŁŠ Ł‡Ł…Ł‡ ŁŠŲŖŁƒŁ„Ł… ŁˆŁ„Ł… ŁŠŲ¹Ł…Ł„ Ų“ŁŠŲ¦Ų§؟

Sebagai makluman, muktamar tersebut diadakan secara tahunan di Teheran sejak 80-an. Penglibatan Tuan Guru Haji Abdul Hadi merupakan penyertaan tahunan sejak puluhan tahun. Ia juga disertai setiap tahun oleh wakil HAMAS dan tokoh-tokoh terkenal seperti Ustaz Oghuzan Asilturk, Ketua Majlis Syura Parti Saadat di Turki, Dr Kamal Halbawi, Presiden Pengasas Rabitah Islam di Britain, Syeikh Tajuddin Hamid Abdullah al-Hilaali, bekas Mufti Australia dan Syeikh Mustafha Cherits, Mufti Agung Bosnia Herzegovina.

Ų¹Ł„Ł…Ų§ ŲØŲ£Ł† Ų§Ł„Ł…Ų¤ŲŖŁ…Ų± Ų¹Ł‚ŲÆ Ų³Ł†ŁˆŁŠŲ§ ŲØŲ·Ł‡Ų±Ų§Ł† Ł…Ł†Ų° Ų«Ł…Ų§Ł†ŁŠŁ†Ų§ŲŖ ŁˆŲŖŁƒŁˆŁ† Ł…Ų“Ų§Ų±ŁƒŲ© Ų§Ł„Ų“ŁŠŲ® ŁŁŠŁ‡ Ł‡ŁŠ Ł…Ų“Ų§Ų±ŁƒŲ© Ų³Ł†ŁˆŁŠŲ© Ł…Ł†Ų° Ų¹Ų“Ų±Ų§ŲŖ Ų³Ł†ŁˆŲ§ŲŖ، ŁƒŁ…Ų§ Ų“Ų§Ų±Łƒ ŁŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų¤ŲŖŁ…Ų± Ų³Ł†ŁˆŁŠŲ§ Ł…Ł…Ų«Ł„ Ł„Ų­Ų±ŁƒŲ© Ų­Ł…Ų§Ų³ ŁˆŲ“Ų®ŲµŁŠŲ§ŲŖ Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠŲ© ŲØŲ§Ų±Ų²Ų© Ł…Ł† Ų£Ł…Ų«Ų§Ł„ Ų§Ł„Ų³ŁŠŲÆ Ų§ŁˆŲŗŲµŁ‡Ų§Ł† Ų§ŲµŁŠŁ„ ŲŖŲ±Łƒ Ų±Ų¦ŁŠŲ³ Ł…Ų¬Ł„Ų³ Ų§Ł„Ų“ŁˆŲ±Ł‰ ŁŁŠ Ų­Ų²ŲØ Ų§Ł„Ų³Ų¹Ų§ŲÆŲ© ŲØŲŖŲ±ŁƒŁŠŲ§ Łˆ Ų§Ł„ŲÆŁƒŲŖŁˆŲ± ŁƒŁ…Ų§Ł„ Ų§Ł„Ł‡Ł„ŲØŲ§ŁˆŁŠ Ų§Ł„Ų±Ų¦ŁŠŲ³ Ų§Ł„Ł…Ų¤Ų³Ų³ Ł„Ł„Ų±Ų§ŲØŲ·Ų© Ų§Ł„Ų„Ų³Ł„Ų§Ł…ŁŠŲ© ŁŁŠ ŲØŲ±ŁŠŲ·Ų§Ł†ŁŠŲ§ ŁˆŲ§Ł„Ų“ŁŠŲ® ŲŖŲ§Ų¬ Ų§Ł„ŲÆŁŠŁ† Ų­Ų§Ł…ŲÆ Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ł‡Ł„Ų§Ł„ŁŠ، Ł…ŁŲŖŁŠ Ų£Ų³ŲŖŲ±Ų§Ł„ŁŠŲ§ Ų³Ų§ŲØŁ‚ًŲ§ Łˆ Ų§Ł„Ų“ŁŠŲ® Ł…ŲµŲ·ŁŁ‰ Ų³ŁŠŲ±ŁŠŲŖŲ“، Ų§Ł„Ł…ŁŲŖŁŠ Ų§Ł„Ų¹Ų§Ł… ŁŁŠ Ų¬Ł…Ł‡ŁˆŲ±ŁŠŲ© Ų§Ł„ŲØŁˆŲ³Ł†Ų© ŁˆŲ§Ł„Ł‡Ų±Ų³Łƒ.
Tidak sukar untuk kita mentafsirkan sebab penglibatan wakil HAMAS dalam muktamar tersebut di saat kita meninjau kenyataan Ketua Pejabat Politik HAMAS, Khalid Masy'al; "Kami berbeza pandangan dengan Iran dalam isu yang berlaku di Syria tetapi kami sangat mementingkan usaha membina hubungan yang baik dengan semua negara".

ŁˆŁ„Ł… ŁŠŲµŲ¹ŲØ Ų¹Ł„ŁŠŁ†Ų§ ŲŖŁŲ³ŁŠŲ± Ų³ŲØŲØ Ł…Ų“Ų§Ų±ŁƒŲ© Ł…Ł…Ų«Ł„ Ų­Ł…Ų§Ų³ ŁŁŠ Ł†ŁŲ³ Ų§Ł„Ł…Ų¤ŲŖŁ…Ų± Ų„Ų° Ų§Ų·Ł„Ų¹Ł†Ų§ Ų¹Ł„Ł‰ Ł‚ŁˆŁ„ Ų±Ų¦ŁŠŲ³ Ų§Ł„Ł…ŁƒŲŖŲØ Ų§Ł„Ų³ŁŠŲ§Ų³ŁŠ Ł„Ų­Ų±ŁƒŲ© Ų­Ł…Ų§Ų³، Ų®Ų§Ł„ŲÆ Ł…Ų“Ų¹Ł„: "Ł†Ų­Ł† Ų¹Ł„Ł‰ Ų®Ł„Ų§Ł Ų£ŁŠŲ¶Ų§ً Ł…Ų¹ Ų„ŁŠŲ±Ų§Ł† ŲØŲ“Ų£Ł† Ł…Ų§ ŁŠŲ¬Ų±ŁŠ ŁŁŠ Ų³ŁˆŲ±ŁŠŲ§، Ł„ŁƒŁ†Ł†Ų§ Ų­Ų±ŁŠŲµŁˆŁ† Ų¹Ł„Ł‰ Ų„Ł‚Ų§Ł…Ų© Ų¹Ł„Ų§Ł‚Ų§ŲŖ Ų·ŁŠŲØŲ© Ł…Ų¹ Ų¬Ł…ŁŠŲ¹ Ų§Ł„ŲÆŁˆŁ„".
Beliau juga berkata: "tidak ada keraguan lagi bahawa kami berbeza pandangan dengan kerajaan Syria mengenai cara mereka menguruskan krisis dan tindakan mereka mengambil pilihan ketenteraan". Meskipun begitu beliau secara terang menegaskan "bahawa Presiden Syria Basyar Asad masih lagi mendukung gerakan HAMAS selepas mereka meninggalkan Damsyik".

ŁˆŁ‚Ų§Ł„ "Ł„ŁŠŲ³ Ł‡Ł†Ų§Łƒ Ų“Łƒ ŁŁŠ Ų£Ł†Ł†Ų§ Ų§Ų®ŲŖŁ„ŁŁ†Ų§ Ł…Ų¹ Ų§Ł„Ł†ŲøŲ§Ł… Ų§Ł„Ų³ŁˆŲ±ŁŠ Ų¹Ł„Ł‰ Ų·Ų±ŁŠŁ‚Ų© Ų„ŲÆŲ§Ų±ŲŖŁ‡ Ł„Ł„Ų£Ų²Ł…Ų© ŁˆŁ„Ų¬ŁˆŲ¦Ł‡ Ų„Ł„Ł‰ Ų§Ł„Ų®ŁŠŲ§Ų± Ų§Ł„Ų¹Ų³ŁƒŲ±ŁŠ". ŁˆŲ±ŲŗŁ… Ų°Ł„Łƒ ŲµŲ±Ų­ ŲØŲ£Ł† Ų§Ł„Ų±Ų¦ŁŠŲ³ Ų§Ł„Ų³ŁˆŲ±ŁŠ ŲØŲ“Ų§Ų± Ų§Ł„Ų£Ų³ŲÆ Ł…Ų§ Ų²Ų§Ł„ ŁŠŲÆŲ¹Ł… Ų­Ų±ŁƒŲŖŁ‡ ŲØŲ¹ŲÆ Ł…ŲŗŲ§ŲÆŲ±Ų© Ų­Ł…Ų§Ų³ Ł„ŲÆŁ…Ų“Ł‚.
Barangkali mereka yang mengecam penglibatan Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam muktamar terbabit tidak menyedari permainan dan fitnah media massa dan media sosial moden yang menghiasi kebatilan dengan kebenaran dan menukar kebenaran menjadi kepalsuan, yang menular dalamnya pelbagai sangkaan dan persepsi sedang "persepsi itu sedikit pun tidak boleh menggantikan kebenaran".

ŁŁ„Ų¹Ł„ Ł…Ł† ŁŠŲ³ŲŖŁ†ŁƒŲ± Ų§Ł„Ų“ŁŠŲ® Ų¹ŲØŲÆ Ų§Ł„Ł‡Ų§ŲÆŁŠ Ł…Ų“Ų§Ų±ŁƒŲŖŁ‡ ŁŁŠ Ų§Ł„Ł…Ų¤ŲŖŁ…Ų± Ł‚ŲÆ Ł„Ų§ ŁŠŁ†ŲŖŲØŁ‡ Ų„Ł„Ł‰ Ų£Ł„Ų§Ų¹ŁŠŲØ ŁˆŲ³Ų§Ų¦Ł„ Ų§Ł„Ų„Ų¹Ł„Ų§Ł… Łˆ Ų§Ł„ŲŖŁˆŲ§ŲµŁ„ Ų§Ł„Ł…Ų¹Ų§ŲµŲ± ŁˆŁŲŖŁ†ŲŖŁ‡Ų§ Ų§Ł„ŲŖŁŠ ŲŖŲ²ŁŠŁ† Ų§Ł„Ų£ŁƒŲ§Ų°ŁŠŲØ Ų­Ł‚Ų§Ų¦Ł‚ ŁˆŲŖŁ‚Ł„ŲØ Ų§Ł„Ų­Ł‚Ų§Ų¦Ł‚ Ų£ŁƒŲ§Ų°ŁŠŲØ ŁˆŲŖŲ³ŁˆŲÆ ŁŁŠŁ‡Ų§ Ų§Ł„ŲøŁ†ŁˆŁ†، Łˆ Ų§Ł„ŲøŁ† Ł„Ų§ ŁŠŲŗŁ†ŁŠ Ł…Ł† Ų§Ł„Ų­Ł‚ Ų“ŁŠŲ¦Ų§.
Barangkali juga mereka leka dengan penguasaan media massa gergasi antarabangsa dalam mempengaruhi pandangan awam dunia ke arah yang mereka mahu dan mengawal pandangan umum.

ŁˆŁ‚ŲÆ ŁŠŲŗŁŁ„ Ł‡ŁŠŁ…Ł†Ų© ŁˆŲ³Ų§Ų¦Ł„ Ų§Ł„Ų„Ų¹Ł„Ų§Ł… Ų§Ł„ŲÆŁˆŁ„ŁŠŲ© Ų§Ł„ŁƒŲØŲ±Ł‰ ŁŁŠ ŲŖŁˆŲ¬ŁŠŁ‡ Ų§Ł„Ų±Ų£ŁŠ Ų§Ł„Ų¹Ų§Ł… Ų§Ł„Ų¹Ų§Ł„Ł…ŁŠ Ų§Ł„ŁˆŲ¬Ł‡Ų© Ų§Ł„ŲŖŁŠ ŲŖŲ±ŁŠŲÆŁ‡Ų§ ŁˆŲ§Ł„ŲŖŲ­ŁƒŁ… ŲØŲ§Ł„Ų±Ų£ŁŠ Ų§Ł„Ų¹Ų§Ł….
Di manakah kita berbanding ucapan tokoh terkenal Abu Qilabah:
"Apabila sampai kepadamu tentang saudaramu sesuatu yang kamu tidak suka maka carilah untuknya justifikasi sedayamu. Sekiranya kamu tidak menemui sebarang justifikasi maka sebutlah pada dirimu: barangkali saudaraku mempunyai justifikasi yang tidak ku ketahui".

ŁŲ£ŁŠŁ† Ł†Ų­Ł† Ł…Ł†  Ł‚ŁˆŁ„ Ų£َŲØِŁŠ Ł‚ِŁ„Ų§ŲØَŲ©، : " Ų„ِŲ°َŲ§ ŲØَŁ„َŲŗَŁƒَ Ų¹َŁ†ْ  Ų£َŲ®ِŁŠŁƒَ Ų“َŁŠْŲ”ٌ ŲŖَŁƒْŲ±َŁ‡ُŁ‡ُ ، ŁَŲ§Ł„ْŲŖَŁ…ِŲ³ْ Ł„َŁ‡ُ Ų§Ł„ْŲ¹ُŲ°ْŲ±َ Ų¬َŁ‡ْŲÆَŁƒَ ، ŁَŲ„ِŁ†ْ Ł„َŁ…ْ ŲŖَŲ¬ِŲÆْ Ł„َŁ‡ُ Ų¹ُŲ°ْŲ±ًŲ§ ، ŁَŁ‚ُŁ„ْ ŁِŁŠ Ł†َŁْŲ³ِŁƒَ : Ł„َŲ¹َŁ„َّ Ł„Ų£َŲ®ِŁŠ Ų¹ُŲ°ْŲ±ًŲ§ Ł„Ų§ Ų£َŲ¹ْŁ„َŁ…ُŁ‡ُ " 
Di manakah kita berbanding apa yang diriwayatkan daripada Umar radiyallahu anhu: "janganlah kamu berikan sangkaan jahat terhadap satu kalimah yang keluar daripada saudaramu sedangkan kamu mendapati ada ruang untuk diberikan sangkaan yang elok".

Łˆ Ų£ŁŠŁ† Ł†Ų­Ł† Ł…Ł…Ų§ Ų±ŁˆŁŠ Ų¹Ł† Ų¹Ł…Ų± Ų±Ų¶ŁŠ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł†Ł‡ Ų£Ł†Ł‡ Ł‚Ų§Ł„: "Ł„Ų§ ŲŖŲøŁ† ŲØŁƒŁ„Ł…Ų© ŲµŲÆŲ±ŲŖ Ł…Ł† Ų£Ų®ŁŠŁƒ Ų“Ų±Ų§ ŁˆŲ£Ł†ŲŖ ŲŖŲ¬ŲÆ Ł„Ł‡Ų§ ŁŁŠ Ų§Ł„Ų®ŁŠŲ± Ł…Ų­Ł…Ł„Ų§"

ŁˆŲ§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ł…Ų³ŲŖŲ¹Ų§Ł†.

Ditulis oleh:
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Rabu 21hb Disember 2016 - HARAKAHDAILY 22/12/2016

Sumber HD - 22-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pas tidak rancang wujudkan kerajaan campuran
Posted on Wednesday, December 21 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32938



SHAH ALAM - Pas menegaskan bahawa parti Islam itu masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran selepas PRU14 nanti.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang perbincangan berhubung kerjasama diadakan dengan Umno memandangkan Pas kini komited bagi bersama dengan blok ketiga Gagasan Sejahtera.

“Saya menolak dakwaan mengenai kerjasama tersebut memandangkan Pas kini komited bersama dengan Gagasan Sejahtera bagi menumbangkan Umno-BN pada PRU14 akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, ketua kepada sebuah NGO Melayu Islam mendakwa bahawa Pas dan Umno berkemungkinan akan berkerjasama bagi mewujudkan kerajaan campuran pada PRU14 akan datang.

Menyentuh mengenai perkara tersebut, Idris memaklumkan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak berasas memandangkan Ibrahim bukan merupakan sebahagian daripada parti Pas mahupun Umno.

“Sebelum dia nak cakap begitu, dia kena tentukan dulu dia dari parti mana,” katanya.

Dalam pada itu, Idris memaklumkan bahawa Pas akan menyokong Umno sekiranya mereka membawa perkara atau isu-isu yang membawa kebaikan kepada rakyat di negara ini.

Namun begitu, Idris menjelaskan bahawa Pas juga turut lantang menentang tindakan parti Melayu itu yang membebankan rakyat khususnya dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik (TPP), Rm2.6 bilion dan sebagainya.

“Apa yang membawa kebaikan kepada rakyat kita sokong namun apa yang membebankan rakyat kita akan lawan.


  “Dan saya ingin jelaskan di sini yang tiada sebarang kerjasama lagi antara kedua pihak sehingga kini,” katanya

Sumber TKO - 21-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Naib presiden PAS jangka PRU14 bulan Mei
Posted on Wednesday, December 21 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32935



Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad meramalkan bahawa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan pada bulan Mei tahun depan, berdasarkan maklumat yang diterima daripada agensi-agensi kerajaan dan faktor-faktor lain.

"Kesimpulan dibuat berdasarkan pelaksanaan projek-projek kerajaan persekutuan. Pada lazimnya projek-projek baru akan dilancarkan ketika tempoh kempen pilihan raya.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengeluarkan jadual taklimat untuk petugas-petugas pilihan raya," kata Iskandar dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, katanya, masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina pada akhir bulan Januari dan suasana perayaan itu akan berlarutan hingga Februari.

"Tentu sekali BN akan menggunakan peluang sambutan tersebut untuk berkempen dan mengumumkan gula-gula untuk rakyat.

"Kemudian secara tiba-tiba Parlimen akan dibubarkan pada akhir bulan Mac atau pada bulan April agar satu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari," kata Iskandar yang juga ADUN Chempaka dan exco kerajaan Selangor.'

Satu lagi pertimbangan untuk mengadakan pilihan raya tidak lama lagi, katanya, adalah kelemahan ringgit dan masalah dalaman Umno yang pada pandangannya boleh menjadi semakin parah.

Mengenai PAS, Iskandar percaya parti itu adalah antara pembangkang terkuat dengan jentera pilihan raya yang mantap.

Menurutnya, PAS mempunyai kelebihan sebagai penyandang di Kelantan, dan ia juga memiliki kerusi yang banyak di Kedah, Terenganu dan Selangor.

PAS, katanya, mempunyai harapan cerah untuk merampas Kedah dan Terengganu.

Manakala perpaduan di kalangan ahli-ahli PAS, katanya, berada di dalam keadaan yang mantap setelah pimpinan yang kalah dalam pemilihan 2015 menubuhkan Parti Amanah Negara.'

"Pimpinan dan ahli-ahli hari ini berada di dalam haluan yang sama," katanya.

"Oleh yang demikian, kita perlu bersedia dengan pilihan raya umum mengejut. Selesaikan apa saja perkara yang belum diselesaikan dan lengkapkan segala persiapan.

"Inilah peluang terbaik untuk menumbangkan BN atau meluaskan penguasaan di negeri-negeri," tambahnya. 

Sumber TKO - 21-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































Siapa di sebalik krisis Syria, Iraq dan lain-lain

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .

SEBABNYA ialah kami membaca politik di lapangan antarabangsa, bukan hanya membaca kitab dan media sosial di atas meja dalam bilik yang sempit.


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43626-siapa-di-sebalik-krisis-syria-iraq-dan-lain-lain

Kita berada dalam bencana politik gelap gelita dan mengelirukan. Berita tersebar melalui media sosial dalam ruang lingkup langit terbuka, tetapi ramai yang memperkecilkan petunjuk Al-Quran supaya bertabayyun.

Apa yang membakar bumi Aleppo dan menjadi berita hangat terkini terdengar laksana pencuri memekik perkataan “pencuri” di tengah suara orang yang mengejarnya di waktu malam gelap, memudahkan pencuri sebenar melepaskan diri sambil melaungkan perkataan pencuri.

Beberapa tahun lalu, ketika berputiknya krisis yang membakar bumi Syria kini, beberapa media negara Arab termasuk Al Jazeera paling menyerlah melaporkan penglibatan pihak perisikan Negara Arab (di antara nama yang disebut ialah Putera Bandar bin Sultan, mantan Duta Saudi di Amerika dan mantan Ketua Perisikannya) terlibat menghantar kalangan pelampau ke Syria supaya tercetusnya kekacauan.

Syria adalah negara terdekat di kalangan negara Arab yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo bagi mewujudkan perdamaian dengan negara haram Israel tanpa peduli terhadap bumi Palestin yang dirompak dan rakyatnya yang menjadi mangsa. Iran selepas Revolusi Islam walaupun dilabelkan Syiahnya, adalah kalangan negara Islam yang menentangnya setelah membatalkan pengiktirafan terhadap Israel dan terus memutuskan hubungan biarpun diikat di zaman Shah. Iran telah mengambil manfaat daripada Syria di bawah pemerintahan Parti Baath yang berkrisis dengan Parti Baath Iraq pimpinan Saddam Husain di mana Iraq dibantu negara Barat untuk menyerang Iran dengan sokongan Negara Arab khususnya negara Teluk.

Almarhum Necmettin Erbakan mantan Perdana Menteri Turki menyokong Iran membantu perjuangan Palestin dan menasihatkan kumpulan Islam Syria supaya tidak berhadapan secara keras dengan kerajaannya kerana mendahulukan perjuangan Palestin. Almarhum juga menasihatkan Iran memajukan sains dan teknologinya di mana selepas itu berlaku gerakan membunuh saintisnya, termasuk menawan saintis yang menunaikan haji di Mekah. Kini Iran sudah dapat mencabar kuasa besar dunia dari sudut teknologinya.

Akhirnya Syria memberi kemudahan pangkalan hadapan kepada perjuangan Palestin menentang Israel. Hamas dan Tanzim Jihad yang terbesar dan paling banyak mendapat manfaat dan kemudahan di Syria. Iran menjadi penyumbang paling besar kepada Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah kumpulan Syiah di Lubnan juga mendapat kemudahan, sehingga menggagalkan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan Selatan Lubnan. Semua Negara Arab yang menyokong perjanjian damai dengan Israel secara terbuka atau rahsia tidak mendukung perjuangan di Gaza dan Selatan Lubnan.

Banyak media Timur dan Barat mendedahkan betapa krisis Syria membesar dengan bantuan senjata Barat melalui Nato di Turki di sebelah utara dan di selatannya Israel. Selepas itu disokong oleh kenyataan Bush, selepasnya Obama dan mereka yang berada di bawahnya. Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu.

Kumpulan pelampau itu akhirnya dapat menawan sebahagian kawasan minyak di Iraq dan Syria, serta laluan pasaran gelap di utara dan selatan. Tentera Bersekutu Barat yang sudah diberi tapak pangkalan di seluruh negara Teluk yang berserban itu lebih bertarik tali untuk mengekalkan keadaan yang menguntungkan mereka dan menjamin keselamatan Israel sebagai paksi utama Gerakan Zionis dengan mempengaruhi politik, ekonomi, media dan lain-lain.

Allah tidak mengizinkan keadaan terus menjadi ancaman kepada Islam walaupun secara senyap. Kadang-kadang perubahan dilakukan oleh keadaan pertembungan di kalangan bukan Islam dan pihak zalim, apabila Islam yang lemah tidak mampu melakukan perubahan. Sepertimana sejarah Parsi Majusi menghancurkan Yahudi di Palestin yang zalim membunuh para Nabi dan ulama soleh.

Keadaan kini berubah apabila Kristian Ortodok yang dibelasah komunis Yahudi. Karl Marx bertembung dengan Kristian Katholik dan Protestan di Amerika dan Eropah bergabung dengan Zionis Yahudi yang mempertahankan Israel. Apabila krisis Ukraine menjadi titik pertembungan sehingga pesawat MAS menjadi mangsa. Peristiwa pesawat kita tenggelam laksana pelanduk yang mati di tengah gajah yang bertarung. Keadaan bertukar kepada ketegangan yang memberi tempat kepada Rusia bertapak di Tarsus Syria menjadi pangkalan tentera Rusia, satu-satunya ruang ke laut lepas. Keadaan ini mengubah neraca politik dan ketenteraan yang melemahkan Barat yang melindungi ISIS dan kumpulannya. Soalannya, di mana Negara Arab yang berlindung di belakang kuasa Barat dan Zionis?

Tekanan melalui serangan Negara Teluk ke atas Yaman di laluan ke laut Merah, diisytiharkan di Washington dengan lesen PBB tidak mencapai tujuan sehinga kini. Lawatan Pengarah Kajian Strategik Arab Saudi (Anwar Asyqi) ke Israel menunjukkan “kegelabahan” Negara Arab. Lebih gelabah lagi baru dua minggu Perdana Menteri British menjadi peserta Sidang Kemuncak Negara Teluk di Bahrain dengan resolusi menghadapi ancaman Iran, sehingga Israel dianggap tidak menjadi ancaman.

Semua perkara ini sepatutnya boleh menjadi jawapan di sebalik Aleppo yang terbakar itu.

Seterusnya kenangilah sejarah kejatuhan Islam di Andalusia yang ditangguhkan beberapa abad apabila salah seorang Raja Islam di Andalusia mengejutkan semua Raja yang tidak mahu menjemput Raja Ibnu Abbad dari Morocco kerana takutkan raja itu akan merampas takhta mereka. Apabila seorang raja yang beriman itu bertitah: “Beta lebih rela menjadi gembala kambing dan unta Ibnu Abbad daripada menjadi gembala babi Raja Kristian yang datang menakluk.”

Setahu saya Iran tidak membuat kenyataan untuk mengeksport Revolusi Islam Syiahnya. Iran hanya mengajak Negara Arab yang berjiran itu bersatu menentang Israel dan membebaskan diri mereka daripada kuasa asing.

Mengapa Mazhab Syiah di dalam masyarakat Sunni yang sudah wujud lebih daripada seribu tahun itu tidak pernah menghalang kemajuan Islam di seluruh pelosok dunia, tiba-tiba kini ditiupkan api permusuhan untuk menumpahkan darah dalam umat yang satu kiblatnya? Dahulunya berkhilaf secara ilmu sahaja tanpa berpisah dalam satu umat, tiba-tiba sekarang dianggap seperti agama yang berbeza.  

PAS adalah Melayu Islam yang tidak mudah lupa. Ketika berlakunya Perang Teluk yang pertama 1980, apabila Saddam Husain menyerang Iran dengan bantuan negara Barat dan Negara-Negara Arab, PAS menyokong Iran, lalu kami dituduh sudah menjadi Syiah. Selepasnya Saddam berpaling tadah menyerang Kuwait, Negara-negara Arab menjemput bala tentera Amerika dan sekutunya menyerang Iraq. PAS menentang jemputan yang haram itu dan berpihak kepada menentang campur tangan asing bersama semua Parti Islam, bukan kerana sudah masuk Parti Baath bersama Saddam.

Sebabnya ialah kami membaca politik di lapangan antarabangsa, bukan hanya membaca kitab dan media sosial di atas meja dalam bilik yang sempit.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
20 Rabiul Awwal 1438 | 20 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 20/12/2016

Sumber HD - 20-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Still Opposed To BN rule

PAS is still an Opposition party and is only interested in uniting mankind through Islamic principles, its president asserted today amid increasing scrutiny over its seemingly chummy ties with political foe Umno.

Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang sought to dispel rumours that the Islamist party is now working together with the ruling coalition which Umno anchors, claiming the Barisan Nasional (BN) to be corrupt.

“There has been a wrong perception from opponents that PAS is currently no longer interested to change the BN ruling government.

“PAS will continue to fight for justice for all races and opposes corruption and misuse of power as well as swindling in the BN government,” he said in a statement.


The Marang MP reiterated that his party will also not work together with Parti Amanah Negara (Amanah) or DAP ahead of the next general elections.

“There is no form of cooperation in any form with DAP and Amanah, and any other party that is against Islam,” Abdul Hadi said, adding that PAS would however work with any party that agrees with their Islamic principles.

“At the same time, PAS is reading to discuss with any party that respects the foundation of PAS’ struggle,” he said.

Ustaz Abdul Hadi also said that PAS is currently relooking its electoral seats at both the state and federal levels and has not yet begun discussions with any other party to form a political cooperation for the next general election, due by 2018.

“PAS is not bound to any party which has already made an electoral pact for now and would not be influenced by pressure from any party to make a political decision. PAS will only make a decision when the time is right,” Abdul Hadi stressed.

PAS last year severed ties with DAP due to disagreement on the hudud issue, which subsequently caused the breakup of their political partnership known as Pakatan Rakyat.

Several leaders also left PAS after failing to win its internal polls the same year and formed a splinter party, Amanah, which has since tied up with DAP and PKR into a new pact called Pakatan Harapan.

Many Opposition parties have accused PAS of working together with BN and Umno in particular after top leaders from both Malay Muslim parties joined in a solidarity gathering for Myanmar’s marginalised Rohingya people here earlier this month – themalaymailonline

Sumber BO - 20-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Tidak Tertakluk Kepada Mana-mana Pihak Dalam Membuat Keputusan Politik

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan politik dengan berpegang pada panduan Al-Quran dan As-Sunnah.'

PAS juga maklum bahawa suasana politik Malaysia ada ketikanya statik dan kadangkalanya dinamik. Jesteru itu, PAS bersikap terbuka, berhati-hati dan mengambil pengalaman lalu dalam menentukan sikap politiknya terutama isu tahaluf dan kerjasama kepartian, namun PAS akan sentiasa tegas dalam prinsip.

Jelasnya matlamat PAS terlibat dalam politik adalah untuk membawa mesej menyelamatkan manusia dengan Islam sebagai cara hidup yang tidak memisahkan dunia dengan agama, di mana perkara dasar dan prinsip PAS adalah tetap manakala cara perubahan dilakukan pula boleh berbagai selagi mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah.

Persepsi songsang yang dibina secara berterusan oleh lawan adalah kononnya PAS telah tidak lagi berminat untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang ada pada masa kini termasuklah fitnah PAS menerima habuan “dedak” tertentu. PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS.

PAS akan tetap terus memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua kaum, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam Kerajaan BN, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera. Pada masa yang sama PAS juga menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan ummatnya.

PAS sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu persatu kerusi dalam seluruh senarai Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negara kita. Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, samada dua penjuru, tiga penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisanya, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihanraya berkenaan.

PAS tidak tertakluk pada mana-mana pihak yang telah membuat sebarang perjanjian pilihanraya pada masa ini dan juga tidak dipengaruhi oleh tekanan mana-mana pihak dalam membuat keputusan politiknya. Oleh itu PAS akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai.

PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan PAN, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam. Di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Isnin 19 Rabiul Awwal 1438H / 19 Disember 2016M

Sumber HD - 19-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































Pandangan politik PAS

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43614-pandangan-politik-pas


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan politik dengan berpegang pada panduan Al-Quran dan As-Sunnah.

PAS juga maklum bahawa suasana politik Malaysia ada ketikanya statik dan kadangkalanya dinamik. Jesteru itu, PAS  bersikap terbuka, berhati-hati dan mengambil pengalaman lalu dalam menentukan sikap politiknya terutama isu tahaluf dan kerjasama kepartian, namun PAS akan sentiasa tegas dalam prinsip.

Jelasnya matlamat PAS terlibat dalam politik adalah untuk membawa mesej menyelamatkan manusia dengan Islam sebagai cara hidup yang tidak memisahkan dunia dengan agama, di mana perkara dasar dan prinsip PAS adalah tetap manakala cara perubahan dilakukan pula boleh berbagai selagi mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah.

Persepsi songsang yang dibina secara berterusan oleh lawan adalah kononnya PAS telah tidak lagi berminat untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang ada pada masa kini termasuklah fitnah PAS menerima habuan "dedak" tertentu. PAS tidak melatah di atas persepsi karut sedemikian, apatah lagi melayan provokasi pelampau media sosial dan parti lawan yang saban waktu memesongkan berita mengenai PAS.

PAS akan tetap terus memperjuangkan prinsip keadilan untuk semua kaum, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam Kerajaan BN, dengan pendekatan politik matang dan sejahtera. Pada masa yang sama PAS juga menolak sebarang perkiraan dan percaturan politik yang merugikan masa depan Islam dan umatnya.

PAS sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu persatu kerusi dalam seluruh senarai Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negara kita. Keputusan di kawasan mana PAS bertanding, sama ada dua penjuru, tiga penjuru atau lebih, siapa dan bagaimana akan bertanding adalah akan mengikut maklumat kajian dan analisanya, pertimbangan keperluan dan kekuatan jentera PAS di setiap kedudukan kawasan pilihan raya berkenaan.

PAS tidak tertakluk pada mana-mana pihak yang telah membuat sebarang perjanjian pilihan raya pada masa ini dan juga tidak dipengaruhi oleh tekanan mana-mana pihak dalam membuat keputusan politiknya. Oleh itu, PAS akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai.

PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan PAN, dan mana-mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam. Pada masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Isnin 19 Rabiul Awwal 1438 / 19 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 19/12/2016

Sumber HD - 19-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Hadir Persidangan Atas Permintaan Sunni Iran

Tidak timbul sebarang percanggahan pandangan antara Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan Ketuanya Syeikh Dr. Yusof Qardhawi, dalam pemergian beliau, yang juga Presiden PAS, ke Persidangan di Iran.


Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehadiran Ustaz Abdul Hadi itu ke Konferens berkenaan adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr. Abdurrahman Bayraan.

“Dr. Abdurrahman Bayraan adalah orang sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi supaya dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran,

“Selain dari itu Tuan Guru Presiden PAS juga menjelaskan isu-isu keganasan dan puncanya di waktu ini,”jelas Dr. Samsuri.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengulas beberapa ‘komen liar’ yang dimuat naik dalam laman sosial berkait perkara tersebut.

Menurutnya, Ustaz Abdul Hadi juga telah memaklumkan pemergiannya itu beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami (Kesuatuan Ulama Islam Sedunia) iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur pada bulan lepas, dengan hujah di atas.

“Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain dari Tuan Guru (Ustaz Abdul Hadi) antara tokoh yang turut pergi {ke Persidangan Di Iran itu) ialah Mufti Bosnia Herzegovina Sheikh Dr. Mustafa Ceric,


“Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyidul Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly yang juga mantan Mufti Umat Islam Australia serta wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi,”tegasya.

Beliau menambah, isu yang dibangkitkan dalam Konferensi tersebut adalah mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini, yang memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam.

“dan insyaAllah Dato’ Seri Tuan Guru sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas.

“Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya vyang sesuai untuk program berkenaan (setelah beliau kembali ke tanah air),”jelasnya lagi.

Sumber BO - 19-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































Jawapan pemergian TGHH ke persidangan di Iran

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43598-jawapan-pemergian-tghh-ke-persidangan-di-iran

Pemergian Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) ke konferensi berkenaan adalah antaranya permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi) supaya dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran. Selain dari itu TGHH juga menjelaskan isu-isu keganasan dan puncanya di waktu ini.

TGHH juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke KL bulan lepas, dengan hujah di atas. Jadi tak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain dari TGHH, antara tokoh Sunni lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El-Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.

Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini adalah memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam, dan insyaAllah TGHH sendiri akan mengupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana media antarabangsa atau mana-mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas. Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS - HARAKAHDAILY 18/12/2016

Sumber HD -18-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































































Tiga tuntutan rasmi PAS kepada Sarawak Report

NUR HASMIRA MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43586-tiga-tuntutan-rasmi-pas-kepada-sarawak-report

KUALA LUMPUR: PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report yang bernama Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.

Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016 telah menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita Sarawak Report terbabit.

Menurut beliau, tiga perkara tersebut adalah meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report, mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.

Beliau yang ditemui Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada hari ini turut menamakan dua pihak yang akan menyaman portal tersebut iaitu parti PAS dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – HARAKAHDAILY 16/12/2016

Laporan lanjut: Dapatkan Harakah cetak edisi 2207 di pasaran Ahad ini

Sumbee HD - 16-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Akan Bertanding Di Kawasan Yang DiMenangi DAP

PAS tidak menolak kemungkinan bertanding kerusi yang telah dimenangi DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ia tidak salah bagi PAS untuk bertanding di kawasan DAP itu, kerana mereka tidak lagi bekerjasama dalam politik.

“Jabatan Pilihan Raya PAS sedang menjalankan kajian mengenai perkara itu dan jika kita dapati terdapat peluang yang baik untuk menang, kita akan bertanding untuk kerusi tersebut,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.

Ditanya mengenai kenyataan Parti Amanah Nasional, yang berhasrat mahu bertanding di mana kawasan dimenangi PAS di Terengganu dan Kelantan, beliau berkata, parti itu sedang bermimpi.

Katanya, parti itu sebelum ini ada sebuah parti baru kerana tanpa rekod politik yang kukuh .
“Kita mempunyai asas kerana rekod politik kita di Malaysia tetapi Presiden Amanah (Mohamad Sabu) berkata dia mahu merampas Kelantan dan Terengganu.

“Dia (Mohamad Sabu) adalah sedang bermimpi,” kata Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.


Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tidak menolak kemungkinan akan bekerjasam dengan parti pembangkang lain, tetapi tidak akan menyerahkan kerusi yang telah dimenangi pada PRU lalu.

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa PAS terbuka kepada sebarang rundingan kerjasama tetapi tidak akan berbincang tentang pengagihan kerusi.

“Tidak ada kompromi mengenai perkara ini. Pada 70 kerusi(Parlimen) mereka (parti lain) tidak perlu bertanding di sana,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan politik bersama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Ia juga tidak kira samada PAS menang atau kalah kerusi-kerusi tersebut, selagi parti Islam itu pernah bertanding di kawasan terbabit dalam Pilihan Raya 2013”,   katanya.

“Ia mudah. ​​Jangan datang dan bertanding dalam kerusi kami dan dan lain-lainnya. kita boleh berbincang,” katanya dalam ucapan beliau, merujuk kepada tujuan untuk mencapai persetujuan, pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional dan parti-parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber BO - 15-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu lawan satu: Jangan usik kerusi Pas
Posted on Wednesday, December 14 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32833



SHAH ALAM - Strategi pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN hanya dapat dicapai jika kerusi Pas tidak diusik.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti pembangkang lain boleh berbincang untuk bertanding di kerusi-kerusi lain.

"Ada orang tanya macam mana nak lawan satu lawan satu dengan BN kalau kita tak bersama (dalam satu pakatan pembangkang). Saya kata apa yang susah!

"Pas akan pertahankan kerusi kita, (parti lain) bincang kerusi lain. Saya fikir kalau kita ambil kaedah tersebut masalah boleh selesai," katanya dalam Ceramah Mega Rakyat anjuran Pas Selangor di Paya Jaras, malam semalam.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas juga hanya akan bertanding di kerusi yang diyakini boleh dimenangi parti Islam itu.

"Sabah dan Sarawak kita bertanding sedikit sebab kita serah pada rakan-rakan yang lain. Pas kita ukur kekuatan politik kita.

"Jentera parti, ahli parti dan markas semua kita ambil kira faktor ini untuk letak calon Pas. Jadi ini yang kita buat supaya kita sama-sama dapat hadapi (BN)," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyatakan kekesalannya dengan sikap Parti Amanah yang cuba merebut kerusi Pas.

"Parti Amanah hari-hari isytihar akan bertanding semua kerusi Pas dan akan tawan semula Kelantan daripada Pas. Lepas itu minta kita kerjasama dengan dia.

"Kita bukan anak tangga untuk orang pijak naik ke atas. Minta maaf, kita hanya akan bekerjasama dengan parti yang pandai hormati kita," katanya.

Sumber TKO - 14-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS: Kami bukan anak tangga orang pijak menang pilihan raya
Posted on Tuesday, December 13 @ 15:35:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32822



PAYA JARAS: PAS tidak akan berkompromi dengan parti pembangkang lain dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi mengelakkan sejarah mereka dipijak berulang akibat terlalu berlembut dengan sekutunya, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, PAS bukan parti anak tangga untuk dijadikan alat pihak lain bagi memenangi pilihan raya.

“Kita bukan anak tangga untuk orang pijak dan naik ke atas. Minta maaf, kita juga tidak akan jadi batu loncatan untuk orang naik pijak kepala kita. Kita hanya bekerjasama dengan parti yang menghormati kita,” katanya ketika berucap di Ceramah Mega Rakyat bersama PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam tadi.

Sehubungan itu, timbalan presiden PAS itu berkata, mereka tetap akan menurunkan calon di semua kerusi yang ditandingi mereka pada PRU13, tidak kira kerusi yang mereka menangi atau kalah.

“Setiap kali kita bertanding, PAS korbankan kerusi PAS, tapi yang lepas biarlah lepas.

“Kali ini tidak ada lagi kompromi, soal kerusi PAS (parti pembangkang lain) kena hormat. Kamu boleh bincang, mereka boleh bincang, PAS tidak ambil semua kerusi dan kita bertanding dalam 70 kerusi dulu,” katanya kepada pemberita selepas ceramah itu.

Acara mega PAS di Paya Jaras itu menyaksikan pemimpin parti Islam itu berkongsi pentas dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dengan disaksikan lebih 1,000 penyokong.

Kehadiran pimpinan tertinggi 3 parti pembangkang itu dinanti-nantikan selepas Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata, ceramah mega itu antara usaha mendampingi PKR dan PPBM bagi membentuk blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya, Amanah dan DAP.


Mengulas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara PPBM dan Pakatan Harapan petang ini, Tuan Ibrahim berkata, PPBM bebas bekerjasama dengan mana-mana parti, namun PAS tetap tidak akan menyertai gabungan itu.

“PAS tidak akan bersama, sebab itu saya kata walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, tidak bermakna tidak ada muafakat. Cuma kita minta mereka kena hormat kerusi PAS dan dasar parti, kita tegaskan soal satu-lawan-satu, kalau kita duduk dalam Pakatan Harapan, tetapi tidak ada rasa hormat tidak ada guna kita bersama.

“Kita juga tidak ada hubungan dengan DAP dan Amanah, soal PPBM nak jadi jambatan perhubungan itu terpulang kepada PPBM.

“Bagi PAS, setakat ini kita mempunyai kerjasama rasmi dengan PKR dan PPBM kita dalam perbincangan dan PAS tegaskan kita bekerjasama dengan semua parti yang menghormati dasar perjuangan kita,” katanya.

PAS sebelum ini menolak sebarang bentuk kerjasama dengan DAP dan Amanah, namun mereka belum memutuskan sama ada mahu membuat perjanjian dengan parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan 2 penjuru menentang Barisan Nasional pada PRU14.

PPBM baru-baru ini menyuarakan hasrat menyertai Pakatan Harapan, gabungan politik PKR, DAP dan Amanah yang ditubuhkan selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP tahun lalu.

Sumber TKO -13-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tuan Ibrahim: Berhenti ‘hentam’ PAS jika mahu ajak kerjasama
Posted on Tuesday, December 13 @ 15:13:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32821



PAYA JARAS: Parti pembangkang perlu berhenti menyerang PAS sebelum meneruskan usaha memujuk mereka bekerjasama bagi menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sepatutnya mereka faham, tetapi kita tengok pimpinan (Pakatan Harapan) sendiri serang PAS, tuduh PAS macam-macam, lepas itu minta PAS kerjasama, tidak mungkinlah sebab itu kita minta hentikan semua tuduhan liar terhadap PAS.

“Sebarang kerjasama mesti mempunyai adab, tidak boleh sebarang kerjasama, kita hentam kawan kita dalam politik.

“Tiap-tiap hari PAS dihentam, yang paling dukacita rakan kita yang masih ada tahaluf menghentam kita, Amanah hari-hari hantar isyarat akan bertanding semua kerusi PAS, beri isyarat tawan Kelantan, nak ambil alih Terengganu, nak bertanding di kerusi PAS di Selangor, jadi apa makna kerjasama?”

Beliau berkata demikian ketika berucap di Ceramah Mega Rakyat sepentas bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil presiden PKR, Sivarasa Rasiah yang disaksikan lebih 1,000 penyokong, malam tadi.

Kehadiran mereka dinanti-nantikan selepas PAS berkata usaha mendampingi 2 parti itu adalah langkah untuk mewujudkan perikatan politik baharu.

Tuan Ibrahim berkata, tidak ada guna PAS menyahut cabaran bekerjasama dengan Pakatan Harapan, pada masa sama pemimpin mereka diserang sekutu sendiri.

“PAS dituduh mendapat dana RM90 juta daripada Umno. Penafian demi penafian dibuat, orang tuduh PAS makan dedak Umno, yang kita bertanding tiap-tiap kerusi lawan Umno pun kita dituduh bekerjasama.

“PAS hadir Majlis Multaqa Ulamak bersama Umno, kena faham kita hadir atas dasar ummah, bukan politik,” kata timbalan presiden parti Islam itu.

Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada PAS untuk menentukan pendirian politik mereka bagi menghadapi PRU14.

Sabtu lalu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS berdepan kekeliruan dalam memperjuangkan wadah politiknya.

Katanya, ruang perlu diberi kepada PAS untuk menyatakan pendirian sebenar, sama ada mahu bersama gabungan pembangkang yang disertai DAP dan Amanah atau bersama BN.
Tuan Ibrahim bagaimanapun mengulangi pendirian parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan Umno, sejajar keputusan Majlis Syura PAS.

“Isu kerjasama dengan Umno beberapa kali presiden buat kenyataan, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno. Dalam muktamar, di luar muktamar, bahkan Majlis Syura badan tertinggi PAS keluar kenyataan bertulis PAS tidak akan bekerjasama atau bergabung dengan Umno, tapi dituduh juga.”

Sementara itu, Muhyiddin berkata, pendirian PAS untuk tidak bekerjasama dengan Umno selaras perjuangan PPBM dan parti itu akan memainkan peranan sebagai penghubung dengan parti pembangkang lain.

“Orang PAS sokong kita, sebab itu kita satu pentas hari ini (malam tadi). Saya dapat isyarat dari Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim dan mereka tegaskan PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dan itu juga matlamat PPBM.

“Kita boleh bekerjasama dengan PAS dan PH, saya saran usaha ini diteruskan dan perlu dibuat secara tersusun, saya tahu PAS dan Amanah, DAP ada masalah besar, dan PPBM akan berperanan sebagai jambatan untuk berhubung,” katanya.

Sumber TKO - 13-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































































PAS kecam serangan ke atas gereja di Mesir

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43561-pas-kecam-serangan-ke-atas-gereja-di-mesir

Serangan letupan yang berlaku pada hari Ahad lepas ke atas sebuah gereja (Cairo’s Coptic Cathedral) di ibu negara Mesir telah membunuh 20 orang dan mencederakan hampir 35 orang. Kejadian yang berlaku masih belum diketahui siapakah dalang di sebalik tragedi berdarah yang boleh menegangkan hubungan antara agama dan rakyat Mesir.

PAS mengecam sebarang serangan yang melibatkan kematian orang awam, warga tua, wanita, kanak-kanak dan memusnahkan bangunan kerana ia bercanggah dengan prinsip Islam yang sebenar. Allah SWT berfirman:

﴿ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖُŁۡŲ³ِŲÆُŁˆŲ§ْ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ ŲØَŲ¹ۡŲÆَ Ų„ِŲµۡŁ„َٰŲ­ِŁ‡َŲ§ Ł„Ł¦﴾ [Ų§Ł„Ų£Ų¹Ų±Ų§Ł: 56]
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya” [Al-A'raf: 56]

Islam agama yang syumul telah menggariskan adab dalam peperangan (jihad) dengan melarang menebang pokok dan merosakkan bangunan. Saidina Abu Bakar pernah mewasiatkan komander-komander perangnya, “Jangan menebang pokok dan menghancurkan bangunan”. Inilah sunnah Rasulullah SAW yang diwarisi oleh para sahabat yang paling memahami Al-Quran, Sunnah Rasul-Nya dan roh Islam.

Islam juga mengutamakan jalan pendamaian dan menyelesaikan dengan penuh keharmonian tanpa pertumpahan darah. Jalan kekerasan dan peperangan bukan jalan terbaik untuk membina negara yang aman dan damai.

Ketegangan hubungan antara agama dan bangsa hanya membuka pintu untuk campur tangan kuasa asing dengan cita-citanya mengkucar-kacirkan umat Islam dan mengaut hasil bumi untuk dibawa pulang ke negara mereka. Selain itu, perlu berhati-hati supaya tidak masuk dalam perangkap musuh dengan provokasi yang dilakukan bagi mencetuskan huru-hara.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
13 Rabiul Awal 1438 / 13 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 13/12/2016

Sumber HD - 13-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































































































































































































Mengapa pemimpin bukan Islam campuri ehwal Islam?

SYED AHMAD FADHLI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43557-mengapa-pemimpin-bukan-islam-campuri-ehwal-islam

BELAKANGAN ini, semakin lantang suara pemimpin bukan Islam sama ada yang di dalam Kerajaan, Pembangkang mahupun NGO tertentu yang mendesak itu dan ini mengenai undang-undang Islam.

Apa agenda mereka sebenarnya? Adakah mereka ingin mendapatkan keuntungan politik bagi meraih sokongan pengundi bukan Islam?

Dalam hal RUU 355, mereka begitu lantang menghalang usaha memperkasakan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam. Aneh bukan?

Ironinya, apabila Kerajaan Persekutuan membentangkan RUU Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164), merekalah antara yang begitu berbangga menyambutnya dan menyeru semua pihak menyokongnya tanpa berbelah-bahagi.

Kerana apa?

Dengan pindaan terbaru itu nanti, anak-anak (yang berumur bawah 18 tahun) kepada muallaf yang baru memeluk Islam, tidak lagi boleh diislamkan secara sebelah pihak (Unilateral Conversion), pengislaman itu memerlukan persetujuan ibu dan bapa.

Namun, agak pelik pindaan itu kerana ia hanya menyatakan agama Islam sahaja yang memerlukan persetujuan ibu dan bapa si anak, sedangkan agama lain tidak pula disebut.

Timbul juga persoalan adakah pindaan Akta 164 itu berperlembagaan seperti yang telah disuarakan oleh Dato' Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia?

Hal ini kerana Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut "Bagi maksud Fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya."

Maksud "parent" dalam Perkara 12(4) sebagai merujuk kepada sama ada Ibu ATAU Bapa telah ditafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman kes Subashini lawan Saravanan (Muhammad Shafi) pada 2007.

Hakim Abdul Aziz Mohamad dalam penghakiman tersebut menegaskan bahawa maksud 'parent' dalam Perkara 12(4) ditafsir dengan 'by his father or his mother or guardian'.

Pengislaman anak-anak di bawah umur 18 tahun oleh bapa yang Muslim diktiraf Mahkamah Persekutuan sebagai betul dan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

RUU Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) itu baru sahaja di peringkat Bacaan Kali Pertama, ianya belum pun dibahaskan apatah lagi diluluskan.
Sokongan majoriti 2/3 Dewan juga diperlukan sekiranya Kerajaan Pusat turut berhasrat meminda Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Apa yang pasti, PAS semestinya mempunyai pendirian yang tegas dan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak dalam hal melibatkan akidah ummat Islam.
UMNO, PKR, dan PAN tidaklah saya pasti apa pendirian mereka dalam hal ini.?

Pada Khamis lepas, Sidang DUN Perlis telah meluluskan pindaan Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006 yang menyelaraskan definisi 'parent' iaitu Ibu ATAU Bapa, bukannya 'parents' iaitu Ibu DAN Bapa.

Dengan pindaan terbaru, seksyen tersebut menyatakan seseorang yang bukan beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan sudah mencapai umur 18 tahun; atau jika dia belum mencapai umur 18 tahun, ibu ATAU bapa atau penjaganya mengizinkan pemelukan agama Islam olehnya.

Ketika sesi pengundian kesemua, 12 ADUN UMNO dan 1 ADUN PAS menyokongnya manakala 1 ADUN PKR menentang, 1 ADUN MCA tidak mengundi.

Rentetan daripada itu, Kerajaan Negeri Perlis dikritik keras oleh parti MCA, MIC, Gerakan dan parti bukan Islam yang lain.

Hari ini pula,Ketua PKR Sarawak Baru Bian bersama Persatuan Gereja-gereja di Sarawak (ACS) mendesak Kerajaan Negeri Sarawak meminda Seksyen 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang membolehkan kanak-kanak diislamkan secara sebelah pihak.

Mengapa pula sehingga pemimpin bukan Islam pula hendak mengarah Kerajaan meminda undang-undang Islam.?

Sungguh, ini perbuatan melampau.

Bukan sahaja di Sarawak, undang-undang Islam di Perak, Wilayah Persekutuan, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan juga menggunapakai definisi 'parent' itu ialah Ibu ATAU Bapa.

Mungkin ramai yang tidak tahu, hal ehwal Islam adalah kuasa Negeri sepertimana tertakluk dalam Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Sebab itulah para Sultan dan Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Agama Islam di setiap negeri masing-masing.

Jadi, sebarang pindaan terhadap enakmen undang-undang Islam adalah kuasa Kerajaan Negeri, bukannya Kerajaan Persekutuan.

Ada yang berhujjah menggunapakai keputusan Kabinet pada 24 April 2009 yang memutuskan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Keputusan Kabinet itu ditegur oleh JAKIM pada 25 April 2009 dengan menyatakan "Status agama anak: Perlu lihat hukum syarak".

Bahkan, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 - 25 Jun 2009 telah membincangkan Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam;

2. Oleh hal yang demikian apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan adalah secara langsung beragama Islam;
3. Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda.

Adalah jelas bahawa keputusan di atas telah disandarkan pada asas hujahan yang kukuh dan bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana termaktub pada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Kita hidup di sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Sifat saling menghormati dan toleransi sememangnya perlu diamalkan bagi membentuk perpaduan dan menjana keharmonian.

Justeru, adalah amat tidak wajar pemimpin bukan Islam cuba masuk campur hal ehwal undang-undang orang Islam.

Apakah perasaan mereka seandainya orang Islam pula mendesak penganut Kristian, Hindu dan Buddha meminda undang-undang agama mereka?

SYED AHMAD FADHLI
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
12 Disember 2016 – HARAKAHDAILY 13/12/2016

Sumber HD - 13-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS pilihanku

Khairul Faizi Ahmad Kamil | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43547-pas-pilihanku

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 10 Disember 2016 telah bersetuju untuk meluluskan gerakerja penambahan keahlian PAS secara besar-besaran di seluruh negara.

Kempen ini dinamakan PAS PILIHANKU dan YB Dato' Iskandar Abdul Samad selaku Naib Presiden PAS telah dilantik sebagai Pengerusi manakala Jabatan Setiausaha PAS Pusat akan bertindak sebagai Jawatankuasa Perlaksana. Dato' Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS akan melaksanakan tugas sebagai Timbalan Pengerusi.

Kempen ini dijangka akan dilancarkan pada 21 Januari 2017 di Shah Alam dengan sasaran menghimpunkan 10,000 anak muda.

Terdahulu, PAS telah melancarkan Pendaftaran Keahlian secara atas talian (online) pada 24 November 2016 yang lalu bagi mereka yang ingin memohon menjadi Ahli PAS Daftar Terus (Seumur Hidup). Sila ketik (click) ke https://keahlian.pas.org.my untuk proses permohonan tersebut.

Pendaftaran secara atas talian ini telah mendapat sambutan yang sangat baik apabila kira-kira 800 borang permohonan telah diisi untuk menyertai PAS dalam tempoh 10 hari yang pertama sistem ini dilancarkan.

Borang permohonan juga boleh dimuat turun (download) melalui pautan
https://www.pas.org.my/keahlian/borang

Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, Kaunter Pendaftaran Keahlian PAS dan Kaunter Daftar Pemilih mestilah dibuka di semua peringkat dalam setiap program yang melibatkan PAS bersama masyarakat.

Seluruh ahli PAS adalah diseru untuk terlibat dalam kempen ini. Perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari masa ke masa.

"PAS PILIHANKU"

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Sekretariat Kempen PAS Pilihanku - HARAKAHDAILY 12/12/2016

Sumber HD - 12-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































Perutusan Maulidur Rasul 1438H Presiden PAS

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43541-perutusan-maulidur-rasul-1438h-presiden-pas

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." (al-Anbiya’: 107)

Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah S.W.T untuk menyempurnakan seluruh ajaran dan syariat Islam dengan membimbing dan memimpin seluruh umat manusia untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia hingga akhirat.

Bersama Baginda adalah kaum yang Allah namakan sebagai Muslim, menjadi umat wasatiyah dan terbaik di kalangan manusia, menunjukkan teladan mengharmoni dan mensejahterakan kehidupan di muka bumi.

Hakikatnya, dunia akhir zaman ini tersangat berhajat kepada umat Islam yang akan mengembalikan secara teguh seluruh seruan dan akhlak Rasulullah S.A.W untuk menyelamatkan dunia yang sedang dihimpit oleh pelbagai kezaliman dan kerosakan akibat perbuatan manusia yang jauh dari hidayah Allah.

Jelas hari ini rintihan manusia dihina, diperdagang, didera, disiksa hingga dibunuh oleh mereka yang memperhambakan. Dirampas segala hak hasil usaha, harta, kediaman, perekonomian dan tanah air oleh penjajah dengan pelbagai wajah yang sangat rakus.

Juga segala amanah diwarnai kecurangan, penyelewengan, rasuah, skandal dan salah guna kuasa oleh pemimpin yang seumpama serigala. Selain pelbagai penyimpangan agama yang menyesat dan membingungkan dari tujuan ubudiyah.

Hingga membekaskan kepada dunia hari ini dengan bayangan hitam jenayah, ketakutan, penderitaan dan bida'ah yang tiada kesudahan, pembelaan serta penjernihan.

Maka, didatangkan Islam yang pernah ditegakkan Baginda Rasulullah S.A.W sebagai penyelesaian terhadap segala kebejatan ini. Menukarkan air mata derita kepada kegembiraan, kemungkinan kepada jaminan, serta sengsara kepada bahagia di dunia dan akhirat.

Justeru, umat Islam mestilah bersatu padu terlebih dahulu dengan berpegang kepada sunnah Rasulullah dan menggenggam erat syariat Allah. Seterusnya bangkit sebagai umat yang akan menebarkan rahmat ke seluruh alam ini.

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (an-Nur: 55)

Inilah salawat akbar umat ini ke atas Baginda, yang tidak hanya diterima hadirnya dengan keraian berhimpun bercerita riwayat mengenang semata-mata. Tetapi menegakkan seluruh usaha Baginda ke atas umat manusia secara istiqamah hingga tertegaknya keadilan melalui syariat Allah S.W.T.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
11 Rabiul Awwal 1438H | 11 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 11/12/2016

Sumber HD - 11-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syariat Islam Asas Penyatuan Ummah

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerakerja dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera.

Lebih enam dekad PAS berjuang membawa Islam dan syariatnya. PAS mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya. PAS juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.


Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana – mana pihak, samada Islam atau kalangan bukan Islam.

Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan diberbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif.

PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk UMNO kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi. PAS beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari Allah SWT.

PAS ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

Sumber BO - 10-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas: Terserah Bersatu buat pilihan
Posted on Friday, December 09 @ 15:39:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32771



KUALA LUMPUR - Pas tidak boleh mempertikaikan komitmen Bersatu untuk menyertai Pakatan Harapan yang dijangka berlangsung pada 13 Disember ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, namun sekiranya itu berlaku, berkemungkinan besar Pas mungkin turut akan tidak menjalin hubungan politik dengan Bersatu, selepas Amanah dan DAP.

"Pimpinan kita dan Bersatu ada berjumpa dan kita beri pandangan, kita boleh bersama dengan mereka atau mereka boleh bersama dengan kita dengan syarat mereka mematuhi syarat kita, yang antaranya kita tiada hubungan langsung dengan dua parti politik iaitu Amanah dan DAP.

"Kalau mereka berhasrat dengan kita dalam satu gagasan politik mereka seharusnya tiada hubungan dengan pihak-pihak lainlah itu secara jelas.

"Kalau Bersatu memilih untuk bersama Pakatan Harapan itu hak mereka, kita tidak boleh pertikaikan tetapi sebagaimana saya sebut tadi bermakna  persefahaman politik antara Pas dan Bersatu sudah tidak wujud itu setakat inilah... tapi saya tak boleh ramal apa yang akan berlaku pada 13 Disember ini.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Anti Rasuah Antarabangsa di Hotel Premeira di sini hari ini

Mengulas lanjut Takiyuddin bagaimanapun berkata, Pas akan memperincikan perkara ini dan mempertimbangkan kemungkinan tertentu dalam isu ini.

"Mungkin ada bentuk-bentuk tertentu yang mungkin kita boleh pertimbangkan sebagai contoh masa dulu Pas ada hubungan dengan Semangat 46, yang mana kita tiada hubungan dengan  DAP.

"Semangat 46 ada hubungan dalam Gagasan Rakyat yang turut bekerjasama dengan DAP itu mungkin boleh berlaku tapi buat masa ini tiada hubungan politik," katanya.

Takiyuddin berkata demikian bagi mengulas hasrat Bersatu yang berhasrat menyertai Pakatan Harapan bagi membentuk satu barisan pembangkang yang kuat untuk menentang BN pada PRU14.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, impian Bersatu untuk menjadi salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan boleh menjadi kenyataan dalam konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan pada 13 Disember ini.

"Selain Bersatu, Pakatan Harapan juga jangan meminggirkan Pas supaya pakatan pembangkang benar-benar dapat bersatu padu untuk hadapi PRU14," kata Muhyiddin seperti dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.

Sumber TKO - 9-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Politik Dakwah: Langkah Berani Tuan Guru Presiden PAS
Posted on Thursday, December 08 @ 16:09:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32759



1. Apabila tersebar sahaja gambar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang duduk sepentas bersama PM Najib Razak dalam Himpunan Solidariti Rohingya, terus pelbagai telahan dan andaian dibuat, bergantung kepada perspektif mana ia dilihat.? Samada daripada sisi positif ataupun negatif.

Bagi UMNO, ini adalah peluang terbaik mereka untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka pun bersama PAS membela isu ummat Islam Rohingya. Dalam suasana realiti politik semasa, UMNO perlu mengikut rentak tari pendirian PAS kerana mereka begitu takut kehilangan sokongan orang Melayu-Islam yang boleh menjadi penentu samaada kekal atau tumbangnya Kerajaan BN pada PRU 14 nanti.?

2. Bagi Pakatan Harapan pula, khususnya DAP dan PAN semestinya ini akan dijadikan modal serangan terbaru terhadap PAS.

Maka, dikeluarkanlah dalil oleh juak mereka bahawa adalah haram bersama pemimpin zalim, diungkit semula kisah Amanat Haji Hadi dan segala macam modal kitar semula.

Pada masa yang sama, di Konvensyen DAP para pemimpin PH bersuka ria berada sepentas dengan Tun Mahathir, mantan Presiden UMNO dan PM yang mentadbir Malaysia selama 22 tahun.

Lawak bukan.?

Seandainya yang berada di atas pentas bersama PM Najib itu adalah Mohd Sabu, Lim Kit Siang atau Wan Azizah maka mereka pun pasti mendabik dada ini politik jiwa besar mereka.

Politik jenis apa sehingga tak boleh langsung duduk semeja antara pemimpin kerajaan dan pembangkang.?





Sebenarnya ada banyak sahaja gambar kemesraan pimpinan DAP bersama pemimpin UMNO, siap berpeluk dan mencuit pipi lagi.

Mungkin dalam benak pemikiran penyokong PH sudah dimind setkan bahawa apa jua yang PAS buat tetap salah perlu diserang, manakala apa yang pemimpin PH buat semuanya benar, perlu dipertahan.



Mereka yang menyerang itu entah-entah, tidak mendengar pun isi kandungan ucapan Tuan Guru Presiden PAS.

Mereka hanya tahu menyebar, mengedit gambar untuk dijadikan bahan troll dan sajian kutukan perang politik persepsi di alam maya.

3. Bagi PAS, Himpunan semalam adalah medan Politik Dakwah kerana PAS tidak pernah memisahkan unsur Dakwah dan Tarbiah daripada Siasah (Politik). Politik Dakwah adalah Ciri Kedua dalam gagasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

Tuan Guru Presiden PAS memanfaatkan sepenuhnya ruang yang diberikan untuk menyampaikan mesej dan pendirian PAS dalam isu Rohingya.

Ucapan Tuan Guru Presiden PAS hanya 10 minit tetapi ianya jauh lebih berisi dan berfakta berbanding ucapan PM dan TPM yang berucap dengan nada lenggok suara seperti masih berada di atas pentas retorik Persidangan Agung UMNO yang baru selesai sehari sebelumnya.

4. Ucapan Tuan Guru Presiden PAS itu turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui TV arus perdana.

Beliau berucap di hadapan para Menteri, Menteri Besar, Mufti dan para penyokong Kerajaan dan NGO yang hadir.

Bukankah ini peluang dakwah percuma secara terbuka yang dimanfaatkan oleh PAS.?
Tidak ada pula kedengaran dalam ucapan Tuan Guru Presiden PAS itu yang mengampu, memuji mahupun membela UMNO.

Beliau hanya memfokuskan ucapan berkenaan isu Rohingnya sahaja.
Tuan Guru Presiden PAS memulakan ucapan dengan membaca firman Allah, Ayat 39-40 Surah Al Hajj yang bermaksud;

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu.

(yaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali karena mereka berkata: "Tuhan kami hanyalah Allah". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

5. Seterusnya, Tuan Guru Presiden PAS menegaskan isu yang berlaku di Myanmar ini bukan sahaja memerlukan campur tangan Malaysia tetapi kesemua negara yang menandatangan piagam hak asasi manusia PBB, piagam Geneva, negara-negara ASEAN yang berjiran, anggota OIC, dan semua pejuang hak asasi manusia.

Kita kini berada di dunia langit terbuka, sebaran media yang memberi maklumat tanpa sempadan dan rasa perikemanusiaan.

Islam mendahului semua agama dan ideologi lain dalam mempertahankan hak asasi manusia.

6. Dalam satu persidangan di Belanda selepas Perang Dunia Kedua, mereka merujuk terjemahan Al Quran bagi menggubal undang-undang antarabangsa. Al Quran mengajar umat Islam menghormati hak orang yang dizalimi termasuk bukan Islam.
Dalam Surat At Taubah ayat 6 yang bermaksud,

"Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah dia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui."

7. Dalam hubungan antarabangsa, Islam mendahulukan perdamaian, maka langkah diplomatik dan diplomasi hendaklah didahulukan. Tuan Guru Presiden PAS mendesak Kerajaan Malaysia bersama Kerajaan negara lain campurtangan dalam menyelesaikan isu Rohingya ini dan juga suku kaum lain yang dinafikan hak kerakyatan oleh Kerajaan Myanmar.

8. Di mana rasa hati masyarakat antarabangsa khususnya kuasa-kuasa besar dunia.? Mereka campurtangan di Iraq kerana ada petroleum yang banyak, campurtangan di Afghanistan bagi membawa hasil Asia Tengah melalui Lautan Hindi. Mereka mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata sehingga mengenepikan kepentingan kemanusiaan.

9. Umat Islam berhimpun atas nama kemanusiaan dan persaudaraan Islam. Perkara ini menebusi sempadan politik dan agama. Kita wajib bersatu dalam isu sebegini, kita boleh berbalah tetapi dengan beradab dan berakhlak. Kita perlu mewujudkan ummat yang bersatu, masyarakat madani sepertimana Firman Allah ayat 13 Surah Hujurat yang bermaksud;

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari Adam dan Hawa, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku kaum, supaya kamu berkenal-kenalan.."

Taaruf dengan makna berkenalan dan membentuk masyarakat madani kerana satu negara dan satu kaum tidak boleh hidup bersendirian. Kita memerlukan makanan, pakaian, pengangkutan dan segala kemudahan yang tidak mungkin boleh dihasilkan oleh satu pihak sahaja.

10. Apa yang berlaku di Myanmar itu bukanlah masyarakat madani maka masyarakat antarabangsa wajib campurtangan dengan mendahulukan diplomatik dan diplomasi kemudian langkah darurat yang perlu difikirkan bersama demi menyelamatkan mereka khususnya golongan wanita, orang tua, dan kanak-kanak. Jangan kita hari ini lebih sibuk menjaga hak binatang, hidupan liar lebih penting daripada manusia yang dibunuh dan diseksa.

11. PAS melalui Tuan Guru Presiden PAS telah menyatakan pendirian tegas dalam isu ini. Semestinya kita mengharapkan Kerajaan bertindak lebih berani dan tegas kerana kuasa ada di tangan mereka.

PAS tidak pernah berdiam diri dalam isu ini, bahkan kita sudah beberapa kali berdemontrasi dan menyerah memorandum kepada Kedutaan Myanmar sejak beberapa tahun lalu.

Jadi, tak usahlah PAN bising kononnya isu ini 'dihijack' oleh parti tertentu.

12. Usul tergempar isu Rohingya oleh YB Kuala Terengganu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, tetapi PAS pula yang dipersalahkan kerana kononnya sebab tidak ada YB PAS bangun berdiri mempertahankan usul PAN.

Untuk makluman, isu penolakan usul itu dibangkitkan pada hari terakhir sidang sebaik sahaja pindaan usul RUU 355 dibacakan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Para Ahli Parlimen PAS hadir dalam sidang media bersama Tuan Guru Presiden di luar dewan pada ketika itu.
Lagipun sejak bila pula PAN masih berharap kepada pertolongan PAS.?

13. PAS memperjuangkan isu Rohingya ini sudah begitu lama semenjak sebelum wujudnya PAN lagi di atas muka bumi ini.

Boleh dikatakan hampir setiap kali sidang Parlimen, Tuan Guru Presiden PAS mengemukakan soalan isu Rohingya bahkan dalam ucapan perbahasan beliau juga turut menyentuh isu antarabangsa ini.

Maka, harapnya kepada PAN khususnya YB Kuala Terengganu yang bising isu 'hijack' ini sedarlah diri kerana kerusi yang dia sedang wakili sekarang itu pun dimenangi atas tiket PAS bak kata pepatah Melayu, "ayam berkokok berderai derai, ekor sendiri bergelumang tahi".

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS 


Sumber TKO - 8-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas takkan kerjasama, beri Amanah, DAP kerusi
Posted on Thursday, December 08 @ 15:37:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32756



KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP menjelang pilihan raya akan datang.
Bertegas untuk tidak memberikan sebarang kerusi buat Amanah dan DAP, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat berikutan rasa kecewa pihaknya terhadap kedua parti tersebut.

"Amanah tidak ada kerusi, macam mana nak bekerja dengan orang yang ada kerusi?

"Saya rasa mereka hanya nak bekerjasama kerana mereka mahukan kerusi. Pas sebelum ini sudah memberitahu, yang kami akan pertahankan kerusi yang ada," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Amanah terdahulu menyatakan kesediaan untuk membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk Pas sekiranya mahu bekerjasama menumbangkan BN.

Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub mengumumkan kesediaan itu ketika ditemui pemberita seusai penyerahan memorandum bantahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke Istana Negara, Mac lalu.

Menurut beliau, Pas memang bermuafakat bekerjasama dengan rakan-rakan parti politik setiap kali pilihan raya.

Menurutnya, Pas hanya akan bagi kerusi terhadap parti yang bermuafakat dengan mereka pada pilihan raya.

"Amanah keluar bawa lari dengan kerusi sekali. Dah bawa lari kerusi Pas, amanah apa macam tu?

"Yang penting sebenarnya apakah nilai tambah kepada parti yang baharu ditubuhkan? Kalau tarik ahli Umno maka adalah nilai tambah.


  "Kalau Amanah (pembangkang) tarik ahli Pas (pembangkang) maka tidak ada nilai tambahnya," bidasnya.

Sumber TKO - 8-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































































Bersatu perlu Pas atau Pakatan Harapan
Posted on Wednesday, December 07 @ 10:21:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32740




SHAH ALAM - Bersatu tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas. 

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, syarat tersebut telah diberikan kepada Bersatu dalam pertemuan sebelum ini.


“Buat masa ini kita tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan Bersatu. Cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama Pas.



“Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah. Itu adalah pilihan untuk mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.



Kelmarin, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya tidak akan menunggu Pas lebih lama.



Menurutnya, jika ia mengambil masa terlalu lama, pembangkang akan bergerak dengan rancangan mengalahkan BN tanpa Pas.



Takiyuddin berkata, buat masa ini pihaknya bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan pada masa sama beliau tidak menafikan masih memiliki hubungan baik dengan PKR.



“Kalau Bersatu mahu menyertai kita, itulah pilihan yang mereka ada.



“Tapi jika mereka masih mahu bersama Amanah, DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan, itu maknanya mereka berada dalam keadaan yang kita tidak boleh terima. 



Bersatu sendiri perlu membuat keputusan dalam hal ini,” katanya.
Sumber TKO - 7-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAHA 2016: Presiden PAS ucap terima kasih

HARAKAHDAILY | .







http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43495-maha-2016-presiden-pas-ucap-terima-kasih

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua urusetia dan pegawai MAHA 2016 yang terbabit semasa lawatannya semalam. Perkara itu dinyatakan dalam facebook beliau hari ini.

“Sukacita saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua urusetia dan pegawai MAHA 2016 yang telah menjemput, mengurus dan melayan saya dan rombongan semasa lawatan ke tapak MAHA 2016 semalam ( 5.12.2016 ).

“Semoga usaha meningkatkan hasil pertanian negara mencapai kejayaan,” ujar beliau.

MAHA 2016 berlangsung dari 1 Disember hingga 11 Disember di MAEPS, Serdang dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

MAHA mempamerkan terkini dalam teknologi pertanian, makanan agro dan produk dan perkhidmatan berasaskan pertanian.

Pameran kali ini bertemakan "Makanan Kita Masa Depan Kita - Our Food Our Future", dan menampilkan kira-kira 1,500 gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk penyertaan peserta luar negara.

Tiada tiket atau bayaran dikenakan untuk masuk ke Pameran MAHA 2016. Hanya tapak letak kereta akan dikenakan bayaran RM5 untuk sebuah kereta. – HARAKAHDAILY 6/12/2016

Sumber HD - 6-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tun Mahathir Tak Perlu Tunggu PAS, Kata Zuhdi
Posted on Monday, December 05 @ 19:46:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32725



Jika semata-mata untuk memastikan PAS kembali ke pangkuan Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu menunggu lagi, kata Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki.

Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika dihubungi Antarapos hari ini berkata, tindakan menunggu itu adalah kerja sia-sia kerana pendirian PAS masih kekal untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana parti yang bersama dengan DAP dan PAN.

“Dia (Mahathir) tak perlu tunggu PAS sebenarnya sebab kita sudah memang putus hubungan langsung dengan DAP dan PAN.

“Jadi untuk duduk sekali dengan DAP dan PAN, memang kita takkan boleh jadi pun. Sebab kita dah putuskan benda tu,” katanya.

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=waeUNm-kM5M


Zuhdi berkata terpulang kepada Dr Mahathir untuk membuat apa-apa tuduhan termasuk mendakwa partinya mempunyai agenda tersembunyi bekerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Cuma tuduhan dia (Dr Mahathir) kita ada hubungan dengan UMNO tu, terpulang pada dialah. Sebab kita sudah nyatakan lama sebelum ini bahawa PAS tidak bersama dengan UMNO dan Pakatan Harapan.

“Kita akan duduk dalam blok lain. Kita ada blok yang ketiga. Kita bukan pembangkang yang tegar, dan kita bukan juga kerajaan yang tegar, kerajaan yang tak dengar cakap orang,” tegasnya.


Semalam, Dr Mahathir ketika bercakap pada sidang media di Persidangan Kebangsaan DAP berkata jika sesetengah pihak tidak mahu bersama Pakatan Harapan untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak, maka pakatan pembangkang bersedia untuk pertandingan lebih daripada satu lawan satu pada PRU14.

“Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk bersama, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.

“Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita bersedia untuk tiga atau empat penjuru,” ujarnya.

Sumber TKO -5-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syarahan Perdana Isu Palestine Oleh Presiden PAS 8 Mei 2002
Posted on Monday, December 05 @ 19:20:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32722

Video -https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=kKQdwUj296g


Ucapan Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dalam program Syarahan Perdana Isu Palestine anjuran Dewan Bahasa & Pustaka.

Kredit
Abdullah Atan


Sumber TKO - 5-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS kena 'game' oleh UMNO?
Posted on Monday, December 05 @ 10:10:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32720



Ana sangat memahami kebimbangan sahabat-sahabat dlm melihat percaturan antara PAS -Umno.

Jangan bimbang. Semua kita tahu bahawa Umno sedang lemas dan mencari penyelamat politik mereka. Mereka boleh bermuka-muka, seperti kebiasaan mereka selama ini.

Tuan Guru sangat sedar dan arif terhadap tipu muslihat Umno dan seangkatan dengan Umno. Bukan sehari dua Tuan Guru dan pimpinan Pas mengenali Umno. Puluhan tahun yang penuh perit.

Tapi, selama pimpinan kita tetap menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan prinsip utama, fiqh sirah sebagai garamnya, pengalaman sebagai pemanisnya, selama itulah kita dalam pemeliharaan Allah dalam mencapai mardhatillah. Politik dan dakwah serta tarbiyah yg kita bawa ini tidak terpisah-pisah.

Kita tak akan rugi, kerana kerja buat kita utk meninggikan kalimah Allah ini akan dikira sebagai amal kebaikan di sisi Allah. Bekalan kita mengadap Allah di hari pengadilan-Nya. Tetaplah kita istiqamah, insyaAllah."

Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar,
Setiausaha Politik Presiden PAS.

Sumber TKO - 5-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tamrin Qiyadi Pas Pusat
Posted on Friday, December 02 @ 17:48:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32682



Tamrin Qiyadi Pas Pusat di suatu tempat 'Mewah' di Kelantan. Semoga Allah berkati semua kepimpinan PAS terkini dengan tawadhuk menghadapi dugaan dan fitnah yang kian 'memborak' di media sosial. Ya Allah ikat hati-hati mereka untuk istiqamah dalam perjuangan ini, menengakkan agamaMu.























Sumber TKO - 2-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































































Presiden PAS konsisten bangkit isu Rohingya di Parlimen

DR MOHD ZUHDI MARZUKI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43437-presiden-pas-konsisten-bangkit-isu-rohingya-di-parlimen

PRESIDEN PAS KONSISTEN MEMBANGKITKAN ISU ROHINGYA DI PARLIMEN

Saya membaca kenyataan Ahli Parlimen (MP) Kuala Terengganu dari Parti Amanah Negara (PAN) yang mempertikaikan usaha NGO dan rakyat Maaysia untuk menganjurkan Himpunan Solidariti Rohingya yang turut menjemput pemimpin tertinggi negara hadir. MP Kuala Terengganu mempertikaikan mengapa usul tergempar yang dibawa beliau ditolak, tetapi kemudian dianjurkan pula himpunan seperti ini.

Sepatutnya mana-mana pihak tidak harus mempolitikkan isu ini. Pembelaan nasib saudara-saudara Islam Rohingya adalah tanggungjawab semua bukan untuk dijadikan satu isu politik untuk mempertikailan pihak lain dan mengangkat pihak sendiri. Tidak sepatutnya bila usul tergempar itu ditolak, maka pihak lain termasuk PAS dituduh tidak serius memperjuangkan isu masyarakat Rohingya ini.

Untuk pengetahuan MP Kuala Terengganu dan PAN, hampir setiap kali sesi parlimen bersidang sejak selepas Pilihan raya Umum (PRU) 2013, Presiden PAS akan bertanya soalan tentang isu Rohingya. Berikut saya senaraikan soalan-soalan yang telah ditanya oleh Presiden PAS yang juga MP Marang:

1. Sesi Jun 2013, soalan no 3 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen:

Minta Perdana Menteri untuk menjelaskan, Mengapa Malaysia tidak mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menyelesaikan tragedi pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar

2. Sesi Jun 2014, soalan no 8 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen:

Minta Menteri Luar untuk menjelaskan, adakah kerajaan Malaysia telah menggunakan kesempatan untuk membangkitkan isu berkaitan pembunuhan dan penindasan etnik Islam Rohingya, Myanmar, dalam mana-mana sesi semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke 24 yang berlangsung di Myanmar baru-baru ini?

3. Sesi Oktober 2014, soalan no 4 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen:

Minta Perdana Menteri untuk menjelaskan, apakah maklumbalas negara-negara anggota ASEAN terhadap pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke 24 yang juga diadakan di Myanmar baru-baru ini?

4. Sesi Mac 2015, soalan no 2 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen:

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 dalam menyelesaikan isu umat Islam yang tertindas di Myanmar dan Selatan Thailand.

5. Sesi Oktober 2015, soalan 4 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen. (soalan ini telah dijawab secara lisan pada 20 Oktober 2015)

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian dan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu pelarian Rohingya di Malaysia dan rakyat Rohingya di Arakan?

Berdasarkan soalan-soalan parlimen di atas, boleh dilihat hampir setiap kali parlimen bersidang sejak PRU 2013, Presiden PAS akan bertanya tentang pembelaan terhadap nasib umat Islam Rohingya. Malang sekali ada parti dan MP yang baru sekali bawa usul tentang Rohingya terus mendabik dada mereka juara, dan mempertikaikan pihak lain yang mahu bersolidariti untuk membela saudara-saudara kita di Arakan.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

2 Disember 2016 / 2 Rabiulawal 1438 - HARAKAHDAILY 2/12/2016

Sumber HD - 2-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































Warna-warni PAS dalam politik tidak dapat ditandingi

MOHD ZUHDI MARSUKI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43401-warna-warni-pas-dalam-politik-tidak-dapat-ditandingi

MENERAJUI BUDAYA POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA
Dari Meja: Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
SETELAH 59 tahun mencapai kemerdekaan, politik Malaysia sewajarnya sudah menganjak kepada sebuah gagasan dan amalan berpolitik masyarakat yang berperadaban. Tempoh lebih setengah abad itu sepatutnya telah mendidik parti politik dan ahli politik tentang politik Malaysia, iaitu meliputi tujuan utama berpolitik, tonggak perlembagaan yang menjadi asas politik, akar-umbi budaya yang mewarnakan corak politik dan faktor kestabilan politik negara ini.

Selain itu, mereka harus juga mempelajari sebahagian gagasan dan amalan berpolitik masyarakat negara maju sebagai tambahan kepada jati diri politik Malaysia yang tersendiri. Perkara seperti inilah yang menjadi ramuan asas kepada politik Malaysia ke arah kematangan dan kesejahteraan.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai salah sebuah parti politik yang tertua di Malaysia, telah melalui pelbagai episod politik, bermula dari zaman sebelum merdeka sehinggalah hari ini. Dalam kalangan parti pembangkang, PAS adalah satu-satunya parti politik sebelum merdeka yang masih utuh mengharungi cabaran-cabaran politik Malaysia.

PAS telah melalui pelbagai peristiwa masam-manis dan pahit-getir dalam berpolitik di seluruh pelusuk negara, dari Perlis hingga ke Sabah. Keberadaan PAS sepanjang warna-warni politik Malaysia ini tidak dapat ditandingi termasuklah oleh Umno, MCA dan MIC yang tidak pernah berada di luar kerajaan. Oleh sebab itu, PAS yang sudah begitu lama berpengalaman dalam arena politik, kini bersedia menerajui satu budaya politik baru yang matang dan sejahtera.

Politik Malaysia kini sudah tepu dan buntu, disebabkan begitu lamanya parti yang menerajui kerajaan memerintah negara sejak Merdeka sehinggalah hari ini. Situasi ini menyebabkan Barisan Nasional (BN) menjadi sebuah kerajaan begar yang sering memekak telinga daripada mendengar kritikan dan keluhan rakyat.

Manakala parti pembangkang pula telah menunggu sekian lama untuk diberi peluang menerajui negara sehingga mereka langsung tidak mempunyai pengalaman berada sebagai kerajaan kecuali PAS. Mereka menjadi pembangkang tegar yang sering mengkritik secara membuta tuli demi kepentingan politik, di samping bersifat populis. Hal yang sedemikian, menyebabkan pertembungan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) adalah dilihat sebagai pertembungan zero-sum game.

Pertembungan zero-sum game ini kemudiannya telah mengheret sekelompok rakyat untuk turut berpihak. Sebilangan rakyat berpihak kepada BN dan sebilangan rakyat pula berpihak kepada PH. Kadangkala pertembungan antara kedua-dua belah pihak ini berlaku secara fizikal, sepertimana yang ditunjukkan oleh Baju Kuning dan Baju Merah.

Kumpulan Baju Kuning majoritinya adalah masyarakat bukan Melayu, manakala kumpulan Baju Merah hampir keseluruhannya masyarakat bumiputera Melayu. Hampir-hampir sahaja pertembungan seperti ini boleh dikaitkan dengan ketegangan antara kaum sekiranya tidak dibendung. Sebenarnya, dengan membiarkan pertembungan zero-sum game ini, membawa aliran politik negara berundur jauh ke belakang.

Dalam kalangan pemimpin parti pula, khususnya golongan pembuat dasar (MP dan Adun), Parlimen dan Dun turut diseret menjadi medan pertembungan seperti ini. Wakil parti kerajaan yang begar dan parti pembangkang yang tegar sukar sama sekali mencapai kata sepakat dalam sesuatu isu. Yang menjadi keutamaan bukan lagi maslahah rakyat tetapi kepentingan parti yang mereka sangkakan sebagai kepentingan rakyat.

Natijahnya, apa sahaja yang dikemukakan oleh kerajaan mesti dibangkang dan apa sahaja yang dikritik oleh pembangkang mesti dikekang, seperti sudah menjadi kebiasaan di dewan-dewan yang disebut mulia oleh kedua-dua pihak. Tidak mustahil sedikit masa lagi akan ada wakil rakyat yang bertembung secara fizikal di dalam dewan-dewan yang mulia ini.

Ketepuan dan kebuntuan politik seperti ini tidak akan berpenghujung sekiranya masing-masing dengan sikap begar dan tegarnya. Wajah politik Malaysia mesti dipugar dan disegarkan kembali dengan budaya berpolitik yang matang dan membawa kesejahteraan kepada negara.

Politik yang matang dan sejahtera ini mesti dimulakan dengan meletakkan kembali tunjang-tunjang penting dalam berpolitik, iaitu akar umbi budaya dan kontrak sosial yang membentuk negara Malaysia seperti yang terangkum di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada ketika yang sama, pertembungan politik zero-sum game mesti dihindarkan dengan memperbanyakkan pendekatan permuafakatan dan mengurangkan pendekatan serang-menyerang. Seterusnya, maslahah rakyat mestilah menjadi keutamaan bukannya faedah parti.

PAS sedang berusaha mengislah, mereformasi atau mentransformasikan budaya berpolitik di Malaysia ke arah budaya politik matang dan sejahtera. Budaya politik matang dan sejahtera ini akan menghindarkan pertembungan politik zero-sum game, seterusnya meletakkan kepentingan agama, negara dan rakyat mengatasi kepentingan politik untuk mengekalkan kuasa atau untuk merampas kuasa.

Ketika mana kebanyakan parti termasuklah parti yang ‘baru tumbuh gigi’ sedang bergelut untuk mengekalkan kuasa atau untuk merampas kuasa, PAS sedang mengorak langkah untuk menerajui satu budaya politik baru ke arah kesejahteraan dan kebaikan. PAS yakin rakyat negara ini sudah jemu berpolitik dengan budaya mentah dan sengsara yang tidak lagi mempunyai masa depan. – HARAKAHDAILY 29/11/2016

Sumber HD - 29-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis Syura Ulama To Discuss Cooperation With Other Parties On Dec 17

Majlis Syura Ulama PAS will discuss a “paper” on co-operation with other political parties on December 17 ahead of the next general elections, its spiritual leader Hashim Jasin said.

Mursyudul Aman Ustaz Hashim Jasin said that the results of the discussion will then be brought to a meeting to allow the party to decide on the matter.

“There has been no talks [between party leaders] officially, but unofficially there might have been some. We don’t have any decision as to who we want to work with, the Syura Council is yet to meet on this matter,” he reportedly said.

“There will be a paper that will be tabled on December 17, we want to let people discuss and digest first,” he added.

PAS currently is in a coalition called Gagasan Sejahtera with Parti Ikatan Bangsa Malaysia since it left Pakatan Rakyat over a year ago.

Ustaz Hashim had recently welcomed the idea of a straight fight in the next elections with Barisan Nasional, but had said that certain conditions remain for PAS to participate in an electoral pact.

PAS has previously insisted that it will only form an alliance where Muslims would lead, and forbade those in such an alliance to impede its Islamist goals and ambitions.

Sumber BO - 28-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































































































RUU 355: Tangguh bukti PAS tidak gopoh

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43349-ruu-355-tangguh-bukti-pas-tidak-gopoh

MARANG: Usul berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah yang ditangguhkan hingga ke sidang Parlimen akan datang bukti PAS tidak gopoh.

Sekali gus, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya penangguhan RUU Akta 355 itu adalah kerana permainan Umno setelah berbincang dengan PAS.

“Itu tak betul, tak betul…bukan melengah-lengahkan. Itu untuk memberi peluang kepada penambahbaikan dan memberi peluang kepada semua pihak supaya memahami dengan cara yang betul.

“Sebab, saya tidak bertindak dengan cara yang gopoh-gopoh. Kita beri peluang, masa baik.

“Sebenarnya, mereka hendak tutup di situ dengan undi di Parlimen. Itu tidak boleh, sebab undi tidak mewakili seluruh masyarakat Islam. Dia (Rafizi) hendak ‘bakar’ ke keamanan?

“Mereka ini hanya berfikir untuk kepentingan politik dan tak fikir untuk kepentingan agama. Kepentingan politik lebih tinggi dari segala-galanya,” jelasnya kepada media selepas kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Beliau memberi reaksi itu bagi menjawab kenyataan dibuat oleh Setiausaha Agung Parti PKR, Rafizi Ramli bahawa RUU Akta 355 itu telah ada perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk ditangguhkan pembentangan serta kelulusannya.

Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah itu ditangguhkan untuk pindaannya.

Ketika menjawab persoalan apakah PAS turut mengadakan pertemuan dengan Zahid mengenai RUU Akta 355, beliau menjelaskan bertemu dengan semua pihak dalam perundingan itu.

“Jumpa dengan semua termasuklah dengan Perdana Menteri, pihak Jabatan Peguam Negara. Semua ada perundingan di semua peringkat antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerajaan Pusat ada perundingan dan perbincangan dibuat. Dalam aspek ini sahaja,” tegasnya.

Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian tersebut bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Sehubungan itu, beliau menegaskan RUU Akta 355 itu hanya untuk penganut Islam dan mengikut Fasa III Perlembagaan, Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan.

“Tiba-tiba orang Islam tak bebas untuk amalkan agama dia. Ini masalah yang masih terbelenggu yang ada di Perlembagaan.

“Yang kita minta pinda dan pindaan itu dibuat dengan persetujuan bersama PAS, Umno dan NGO-NGO Islam. Ini termasuk mekanisma undang-undang Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman.

“Dengan kerjasama ini berjaya dikemukakan. Tetapi, malangnya mendapat tentangan daripada DAP, MCA, Gerakan dan mereka sebenarnya tidak  mewakili seluruh masyarakat bukan Islam,” jelasnya.

Beliau turut menasihatkan pemimpin politik bukan Islam di negara ini yang tidak bersetuju dengan pindaan RUU Akta 355 agar tidak melampaui batas. - HARAKAHDAILY 25/11/2016

Sumber HD - 25-11-20116

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tun Mahathir di nasihtkan Henti serang PAS jika ingin bekerjasama - Naib Presiden PAS
Posted on Thursday, November 24 @ 17:09:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32560



PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berhenti bercakap tentang politik atau menyerang PAS jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu bekerjasama dengan parti Islam itu, kata Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Dalam laporan Sinar Harian hari ini, Amar memberi amaran agar Dr Mahathir berhenti menyerang PAS jika mahu bekerjasama dengannya.

“Jika PPBM benar-benar mahu bekerjasama dengan PAS untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir perlu menjaga mulutnya dan ingat beliau tidak lagi menjadi perdana menteri. Beliau mesti tahu sempadannya,” kata Amar kepada pemberita selepas mesyuarat exco semalam.

Amar berkata kebanyakan perkara yang dikritik pengerusi PPBM itu adalah perkara yang beliau lakukan semasa menjadi perdana menteri.

“Beliau tidak mempunyai pekerjaan sekarang. Itulah sebabnya beliau melakukan semua ini dan membangkitkan pelbagai perkara, walaupun kebanyakannya mengenai perkara yang dilakukannya sebelum ini.

“Sebagai contoh, beliau pernah menyekat orang daripada menyertai perhimpunan, tetapi kini beliau menyertainya sendiri.”

Amar berkata, Dr Mahathir hanya akan berhenti bercakap apabila semua orang mula mengikut semua kehendaknya.


“Itu memang caranya. Beliau akan melakukan apa sahaja, termasuk menyerang PAS. Beliau hanya akan berhenti bercakap apabila semua orang mengikutinya,” kata Amar.

Sumber TKO - 25-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































PAS sedia kerjasama mana-mana pihak

RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43321-pas-sedia-kerjasama-mana-mana-pihak


KOTA BHARU: PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Bersatu yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah berkata parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja kecuali dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Itu jelas, dengan parti-parti lain kita boleh duduk dan berbincang, cuma setakat ini perbincangan yang rasmi dengan Bersatu belum lagi,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menasihatkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad supaya lebih berhati-hati membuat kenyataan terhadap PAS.

Menurutnya sejak kebelakangan ini bekas perdana menteri itu dilihat kerap membuat kenyataan mengecam PAS kerana tidak menyertai Pakatan Harapan.

“Tun Mahathir kenalah ingat beliau bukan lagi perdana menteri sekarang ini. Dahulu tak apa beliau hendak bercakap apa pun.

“Tun hanya akan berhenti bercakap jika semua orang mengikut cakapnya,” ujarnya.

Pada Konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini pemimpin-pemimpin parti pembangkang mengutuk PAS secara tidak langsung kerana enggan bekerjasama dengan mereka.

Dr Mahathir juga melabelkan mana-mana pihak yang tidak menyertai Pakatan Harapan diumpamakan sebagai pemakan 'dedak' kerana menyokong Barisan Nasional. – HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD - 23-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































PAS bukan parti sesuka hati hukum ahli sertai Bersih 5 - Pengerusi JK Disiplin
Posted on Wednesday, November 23 @ 18:46:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32536



PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung pemimpin parti itu yang menyertai perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.

Datuk Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok berkata, pihaknya tidak akan menjatuhkan sebarang hukuman sebelum mengadakan perbincangan lanjut menerusi mesyuarat jawatankuasa itu.

“Setakat ini, kita tidak ada menerima sebarang maklumat dari parti dan Jawatankuasa Disiplin menunggu laporan sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan.

“Lepas kita terima laporan baru kita bermesyuarat, berbincang apa langkah seterusnya, kita tidak terus menjatuhkan hukuman kerana itu tidak boleh, dia kena tengok dari sudut keadilan dan sebagainya,” katanya kepada FMT hari ini.

Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, jika ada aduan, PAS menyerahkan kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadap beberapa wakil rakyat yang menghadiri perhimpunan Bersih 5, hujung minggu lalu.


Kenyataan Hadi itu bercanggah dengan Ahli Majlis Syura PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini menyatakan parti Islam itu tidak menyokong Bersih, tetapi membenarkan ahlinya menyertai perhimpunan berkenaan.

Antara pemimpin PAS yang dikesan menyertai perhimpunan Bersih 5 ialah Datuk Mahfuz Omar yang sedia berdepan tindakan disiplin.

“Saya tidak boleh menghalang sesiapa daripada merujuk saya kepada Jawatankuasa Tatatertib. Terpulang kepada parti untuk menilai jika ia satu kesalahan.

“Apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat. Saya menghadiri Bersih untuk rakyat Malaysia,” kata bekas naib presiden PAS itu, semalam.

Katanya, 6 pemimpin PAS lain turut menyertai perhimpunan itu, termasuk 3 wakil rakyat iaitu Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah; Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa.

Sumber TKO - 23-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Segera sekat kerakusan Myanmar zalimi etnik minoriti Rohingya

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43315-segera-sekat-kerakusan-myanmar-zalimi-etnik-minoriti-rohingya

Myanmar yang baharu hidup untuk menegakkan pemerintahan negara sedang mendirikannya dengan menggadai nyawa dan darah manusia tanpa hak. Tindakan membunuh, menyiksa jasad, mencabul maruah, mengusir dari kediaman dan enggan mengiktiraf kerakyatan penduduk asal, meletakkan pemerintahan Myanmar di luar batas ketamadunan.

Kelakuan jenayah, zalim, purba dan melampaui perikemanusiaan dilakukan ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di negara itu, tidak mungkin dapat disembunyikan dari pengetahuan dunia yang diliputi kecanggihan teknologi maklumat pantas lagi terkini.

Tanpa campur tangan badan dunia dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Asean dan lainnya, tidak mustahil Myanmar akan mengukir tragedi berdarah seperti pernah berlaku di Bosnia-Herzegovina. Bahkan, mungkin lebih buruk jika tidak ditangani penyelesaian segera.

Junta tentera Myanmar mesti menyedari, di sebalik kuasa senjata dan keganasan dilakukan, negara mereka sedang berjiran dengan negara-negara Asia Tenggara yang dihuni lebih 300 juta umat Islam, tidak termasuk 100 juta di benua India. Solidariti umat Islam sedang memandang serius operasi penghapusan etnik ini dan kesabaran itu ada batasnya, jangan hingga ianya tercabar.

PAS menggesa PBB, OIC, Asean dan semua pihak untuk mengambil langkah segera yang adil dan menyelamatkan kemanusiaan dan tamadun ini sendiri agar tidak meletus keadaan lebih parah hingga sukar dibendung. PAS juga menyeru seluruh umat Islam menggandakan munajat dan mengajak seluruh warga dunia mengutuk tindakan jahiliyah Myanmar.

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
23 Safar 1438 / 23 November 2016 - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD - 233-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































































RUU 355: PAS masih berusaha bawa ke parlimen

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43286-ruu-355-pas-masih-berusaha-bawa-ke-parlimen

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih mempunyai komitmen, berusaha dan menaruh keyakinan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 itu akan dibawa lagi ke Parlimen.

Katanya, buat masa ini PAS telah berjaya membawa RUU Akta 355 itu ke parlimen bagi bacaan kali pertama.

Menurut beliau, bacaan kali kedua nanti membolehkan RUU Akta 355 itu dibahas oleh setiap ahli parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang.

“Insya Allah, kita masih lagi berusaha untuk dibawa ke parlimen. Sehingga ini kita telah berjaya mencapai bacaan kali yang pertama. Kali yang pertama ini kita belum lagi dapat mengemukakan hujah.

“Kali ini kita dapat bacaan kali kedua. Kedua ini diberi peluang untuk berhujah termasuklah daripada penyokong, termasuk pembangkang yang tidak setuju boleh kemukakan hujah-hujah mereka.

“Dan itu terpulang kepada speaker untuk memberi peluang semasa perbahasan,” jelas beliau yang juga Adun Rhu Rendang ketika ditanya media mengenai perkembangan RUU Akta 355 ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ketiga Penggal Keempat berhenti rehat, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, PAS tidak pernah berputus asa dalam usaha menegakkan syariat Islam meskipun Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 masih tidak dibentang kali kedua pada persidangan Parlimen. - HARAKAHDAILY 21/11/2016

Sumber HD - 21-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































Sertai Bersih 5, terserah kepada Lembaga Disiplin

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43285-sertai-bersih-5-terserah-kepada-lembaga-disiplin

KUALA TERENGGANU: PAS tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada mana-mana ahli parti yang melanggar disiplin melainkan ada aduan dibuat terhadapnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS telah membuat keputusan tidak hadir ke himpunan Bersih 5.0 di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.

“PAS membuat keputusan tidak hadir himpunan Bersih. Alhamdulillah, ahli-ahli dan penyokong PAS patuh kepada arahan dan mereka tidak pergi kerana kita lihat di sana terdapat tidak ada suatu kawalan yang baik untuk mematuhi ketenteraman awam.

“Di mana keamanan ini adalah hak kepada semua. Kita perlu melalui proses demokrasi termasuklah demonstrasi. Bukan sahaja pilihan raya, demonstrasi boleh tetapi biarlah dengan ada adab-adab yang baik.

“Kita tidak mahu demonstrasi ini berlaku pertembungan yang merugikan rakyat awam, bukannya matlamat protes yang kita tujukan itu. Ini sangat penting perlu diawasi,” ujarnya kepada media ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Kali Ketiga Penggal Keempat berhenti rehat, hari ini.

Mengenai segelintir ahli parti yang sengaja menghadiri himpunan itu, beliau menyerahkannya kepada Lembaga Disiplin PAS.

“Terpulang kepada disiplin parti jika ada pengaduan. Kita tidak boleh bertindak kalau tidak ada pengaduan,” ujarnya yang juga Adun Rhu Rendang. - HARAKAHDAILY 21/11/2016

Sumber HD - 21-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------



Adakah Husam dan Khalid Samad Berani? Cabaran Semuka Oleh Cikgu Pa
Posted on Friday, November 18 @ 09:11:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32429




KUALA TERENGGANU – Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali mengajak Adun Salor, Datuk Husam Musa bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Naib Presiden itu.

Beliau turut mencadangkan pertemuan itu perlulah melibatkan penyertaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang turut dikaitkan Husam sebagai salah seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengan pemimpin Umno sebagai usaha menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun dulu.

“Oleh kerana nama-nama yang disebut itu, Nasharudin (Mat Isa), saya dan Khalid, saya cadangkan supaya diadakan satu majlis terbuka yang menampilkan tiga orang (iaitu) Husam, saya dan Khalid. Nasharudin tidak perlulah, dia tidak duduk dalam kepimpinan Pas sudah lama dah.

"Kita semuka tiga orang ini supaya Husam boleh kemukakan apa yang dia tahu dan saya boleh memberitahu apa yang sebenarnya kalau hendak cakap tentang perjumpaan 2008 itu,” katanya.

Mustafa mencadangkan majlis tersebut diadakan di Kota Bharu dan mana-mana pihak boleh bertindak sebagai penganjur serta moderator dalam program terbabit.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, di sini, semalam.

Beliau berkata, intipati pertemuan tersebut turut berkait dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil memberitahu bersedia untuk menceritakan secara terperinci sekiranya Husam dan Khalid bersemuka bersama-sama.

Beliau turut memberitahu, perkara didakwa Husam sebagaimana disiarkan Sinar Harian sebelum ini tidak tepat, antaranya melibatkan kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjelaskan pertemuan itu bukan di hotel sebaliknya di salah satu kediaman Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu selepas PRU12.

Bagaimanapun beliau mengakui, pertemuan dengan Abdullah dan juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo itu melibatkan tiga pemimpin Pas iaitu beliau sendiri, Nasharudin dan Khalid.

“Husam cerita ambil daripada mana saya tidak tahu. Saya tidak fikir dia ambil daripada Khalid sebab kalau tanya Khalid ceritanya bukan macam itu,” katanya.
Beliau memberitahu, sekiranya beliau memberi kenyataan balas dari jauh, ia tidak akan memberi apa-apa hasil terutama dalam menyelesaikan isu berbangkit.

“Saya sayang semua kawan-kawan saya dan sebab itu kalau dia terus buat kenyataan bohong, kenyataan fitnah, dalam Islam, bohong ini berdosa, fitnah ini berdosa. Jadi saya sayang dia (Husam), jangan terus melakukan dosa kerana buat benda-benda macam ini. Tugas saya supaya jangan perkara ini berlaku, mana-mana pihak sekalipun,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, tindakan Husam yang lantang membangkitkan isu-isu lama secara terbuka turut menimbulkan persoalan seolah-olah menggambarkan wujudnya pakatan antara Husam dengan DAP untuk menjatuhkan Presiden Pas.
Mustafa turut mempersoalkan sikap Husam yang dikenalinya secara peribadi sebelum ini merupakan seorang yang begitu berhati-hati dalam memberi kenyataan, berbeza dengan personaliti ketika ini.
“Husam serang Pas dari dalam. Luar (DAP) serang, dalam (Husam) serang. Ada pakatan ke Husam dan DAP? Semacam (ada pakatan),” katanya.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memahami Penyebaran Fitnah Memburukkan PAS
Posted on Friday, November 18 @ 08:59:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32428



Siri mari kenali siapa Wan Azlan Wan Jaafar, Ahli Tegar PAN Kelantan yang masih lagi menggunakan kad keahlian PAS bagi tujuan memburukkan PAS. Suhaizan Kaiat pun masih ada kad keahlian PAS. Kalau dia terbaca sila tunjukkan kad anda di potong di media sosial. Kenapa simpan lagi kad tu? Nak buat kenangan ke? Tapi jangan guna untuk fitnah!


1. Pernah menjadi bodyguard Atgna, agar mudah mendekati Almarhum untuk mohon kawasan lombong.

2. Menubuhkan syarikat Vigorous Global Sdn Bhd untuk mohon kawasan mangnese di Aring. Jemput TGHH untuk solat hajat.

3. Kawasan magnese nya gagal kerana lesen cari gali dan kerja buat menunjukkan hasil magnese di sini tiada dan tidak ekonomik. Lesen diserah semula kepada pihak berkuasa.

4. Kemudian menubuhkan Syarikat IMD Plantation Sdn Bhd untuk mohon kawasan lombong emas pula di Kelantan.

5. Pada 2hb Nov lalu, Wan Azlan menghantar wakilnya supaya mengugut Exco Kerajaan Negeri agar meluluskan permohonan lombong emasnya yang baharu ini. Kegagalan pihak kerajaan meluluskan kawasan beliau ini, akan mengakibatkan gambar TGHH solat hajat beberapa tahun lepas akan disabitkan bahawa TGHH sedang "merompak dan menyedut" hasil mahsul bumi Kelantan iaitu magnese.

6. Kerajaan negeri tidak tunduk kepada ugutannya. Dan menolak kawasan emas yang dimohon olehnya dalam mesyuarat baru baru ini.

7. Beliau marah dan telah menyebarkan gambar TGHH solat dan TGHH "melayan" beliau menunjukkan pelan kawasan magnese-nya dahulu (dalam gambar tersebut beliau berbaju belang belang), sebagai kononnya TGHH sendiri yang mohon kawasan magnese.

8. Semalam juga beliau bersama rakan rakan PAN nya hadir ke pejabat SPRM Kelantan dengan laporan fitnah kononnya orang asli makan duit pembalak. Dalam gambar itu kelihatan beliau bersama Ketua Pemuda PAN Kelantan iaitu Jeming Hassan dan juga AJK Pemuda PAN Kelantan iaitu Syam Ghaz, pemfitnah tegar kerajaan negeri.



Ini Kad keahlian PAS yang dijaja untuk burukkan PAS.

Laman tukang fitnah di sini https://alhusseyn51.blogspot.my/

Sumber  TKO -18-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Perbandingan di antara buaya dan singa

ABDUL HADI BIN AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43244-perbandingan-di-antara-buaya-dan-singa

SAYA telah mengulas perkembangan Pilihan Raya Presiden Amerika di ruangan akhbar Harakah bertajuk “Pilihanraya Presiden Amerika dan Zionis” pada bulan April yang lalu dengan menyebut bahawa perbandingan di antara dua calon Pilihan Raya Presiden Amerika iaitu Hillary Clinton (Parti Demokrat) dan Donald Trump (Parti Republikan) adalah kedua-duanya berlumba-lumba membuat kenyataan terbuka menyokong Israel dengan pendekatan yang berbeza, namun tujuannya tetap sama. Tetapi masih ada di kalangan kita sudah lupa betapa konsep dan matlamat kedua-duanya sama sehingga ada yang bersedih kerana calon yang diminati kalah.       

Perbandingannya laksana buaya dan singa, kedua-duanya mengganas. Perbezaan singa mengaum dengan kuat, nyata dan menerpa secara terbuka di lapangan. Adapun buaya seperti kata pepatah Melayu ‘bagaikan air yang tenang jangan disangka tiada buaya’. 

Parti Demokrat dan Parti Republikan semuanya terlibat dalam campur tangan yang menimbulkan ketegangan di seluruh pelosok dunia secara langsung atau tidak langsung melalui wakil mereka. Tragedi pembunuhan yang mencecah jutaan mangsa korban dan menjadi pelarian dibenarkan atas nama mendokong kebebasan, demokrasi, keadilan dan hak asasi manusia. Namun, undang-undang antarabangsa dan mahkamah laksana sarang labah-labah yang boleh memerangkap makhluk kecil sahaja. Apa-apa tindakan pun tidak boleh di ambil ke atas Amerika dan sekutunya dan semua keputusan PBB boleh dihalang dengan mudah melalui kuasa vetonya.     

Seganas-ganas singa dan buaya boleh dikawal oleh Jabatan Mergastua dan dikurung dalam sangkar zoo. Begitulah politik, sejarah menunjukkan kuasa besar yang memuncak keganasannya seperti Adolf Hitler dan Benito Mussolini lebih cepat tersungkur.   

Amerika adalah sebuah negara yang mendokong demokrasi bebas tetap dikawal melalui perlembagaan dan undang-undangnya. Di samping berlaku protes rakyat terhadap keputusan pilihan raya itu secara demokrasi jalanan, negara Barat di Eropah juga menujukkan tekanan bahawa Donald Trump tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya seperti kempennya di masa pilihan raya kecuali kalau mahu menempah kehancuran Amerika seperti berkecainya kuasa besar Kesatuan Soviet di abad yang lalu atau kemusnahan dengan cara yang lain.

Apa yang perlu menjadi iktibar adalah betapa kecelaruan demokrasi Barat kini kerana disebabkan oleh tidak beriman dan hilangnya sifat budiman dalam pemilihan kepimpinan.  Tiga faktor penting yang menjadi rukun manipulasi pemilihan iaitu 3M (Machinery/Jentera; Media; dan Money/Wang). Apabila tiga faktor ini yang dikuasai bangsa Yahudi dimanipulasi sepenuhnya sebagaimana yang diceritakan benar oleh Al-Quran. Firman Allah SWT:

﴿ŁˆَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł„َŁ‡ُŁ…ۡ Ł†َŲØِŁŠُّŁ‡ُŁ…ۡ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł‚َŲÆۡ ŲØَŲ¹َŲ«َ Ł„َŁƒُŁ…ۡ Ų·َŲ§Ł„ُŁˆŲŖَ Ł…َŁ„ِŁƒٗŲ§ۚ Ł‚َŲ§Ł„ُŁˆٓŲ§ْ Ų£َŁ†َّŁ‰ٰ ŁŠَŁƒُŁˆŁ†ُ Ł„َŁ‡ُ Ł±Ł„ۡŁ…ُŁ„ۡŁƒُ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ†َŲ§ ŁˆَŁ†َŲ­ۡŁ†ُ Ų£َŲ­َŁ‚ُّ ŲØِŁ±Ł„ۡŁ…ُŁ„ۡŁƒِ Ł…ِŁ†ۡŁ‡ُ ŁˆَŁ„َŁ…ۡ ŁŠُŲ¤ۡŲŖَ Ų³َŲ¹َŲ©ٗ Ł…ِّŁ†َ Ł±Ł„ۡŁ…َŲ§Ł„ِۚ Ł‚َŲ§Ł„َ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł±ŲµۡŲ·َŁَŁ‰ٰŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŲ²َŲ§ŲÆَŁ‡ُŪ„ ŲØَŲ³ۡŲ·َŲ©ٗ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲ¹ِŁ„ۡŁ…ِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ¬ِŲ³ۡŁ…ِۖ ŁˆَŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁŠُŲ¤ۡŲŖِŁŠ Ł…ُŁ„ۡŁƒَŁ‡ُŪ„ Ł…َŁ† ŁŠَŲ“َŲ§ٓŲ”ُۚ ŁˆَŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَٰŲ³ِŲ¹ٌ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ…ٞŁ¢Ł¤Ł§ ŁˆَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł„َŁ‡ُŁ…ۡ Ł†َŲØِŁŠُّŁ‡ُŁ…ۡ Ų„ِŁ†َّ Ų”َŲ§ŁŠَŲ©َ Ł…ُŁ„ۡŁƒِŁ‡ِŪ¦ٓ Ų£َŁ† ŁŠَŲ£ۡŲŖِŁŠَŁƒُŁ…ُ Ł±Ł„ŲŖَّŲ§ŲØُŁˆŲŖُ ŁِŁŠŁ‡ِ Ų³َŁƒِŁŠŁ†َŲ©ٞ Ł…ِّŁ† Ų±َّŲØِّŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŲØَŁ‚ِŁŠَّŲ©ٞ Ł…ِّŁ…َّŲ§ ŲŖَŲ±َŁƒَ Ų”َŲ§Ł„ُ Ł…ُŁˆŲ³َŁ‰ٰ ŁˆَŲ”َŲ§Ł„ُ Ł‡َٰŲ±ُŁˆŁ†َ ŲŖَŲ­ۡŁ…ِŁ„ُŁ‡ُ Ł±Ł„ۡŁ…َŁ„َٰٓŲ¦ِŁƒَŲ©ُۚ Ų„ِŁ†َّ ŁِŁŠ Ų°َٰŁ„ِŁƒَ Ł„َŲ£ٓŁŠَŲ©ٗ Ł„َّŁƒُŁ…ۡ Ų„ِŁ† ŁƒُŁ†ŲŖُŁ… Ł…ُّŲ¤ۡŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َŁ¢Ł¤ŁØ﴾ [Ų§Ł„ŲØŁ‚Ų±Ų©: 247-248]

“Berkatalah Nabi mereka kepada mereka (apabila mereka meminta Nabi itu menetapkan calon raja setelah dimintanya): Sesungguhnya Allah melantik Talut menjadi raja kamu. Mereka berkata: Bagaimana dia dilantik, padahal kalangan kami ada yang lebih layak, dan dia pula tidak berharta banyak (kaya raya)? Nabi mereka menjawab: Allah yang memilihnya kerana dia berilmu dan sihat serta gagah perkasa. Allah sahaja yang memberi kurnia pemerintahan kepada sesiapa yang di kehendaki-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengetahuan dan Kuasa-Nya lagi Maha Mengetahui. (247)

“Nabi mereka menegaskan lagi: Sesungguhnya Allah menunjukkan tanda perlantikannya bahawa datang kepada kamu Tabut (peti) yang dibawa oleh Malaikat, yang ada di dalamnya ketenangan daripada Tuhan kamu dan pusaka peninggalan pengikut Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S. Sesungguhnya itulah dalil daripada Tuhan kamu sekiranya kamu beriman.” (248)] (Al-Baqarah: 247-248)

Al-Quran adalah kitab suci mukjizat yang kekal daripada Allah kepada Rasul akhir zaman Muhammad SAW yang membawa kisah petunjuk sepanjang zaman.

Donald Trump memenangi pilihan raya dengan politik wang kekayaan yang mempengaruhi jentera dan media. Tegasnya, siapa paling kaya dan hebat Zionisnya dipilih dalam pilihan raya di Amerika. Apabila dicampur wang dan Zionisnya maka sangat kuat sumbangan mempengaruhi politik terkini, apabila akal berada di perut dan apabila yang tinggi ilmunya dapat diperkudakan.

Para ulama tafsir al-Quran menegaskan pengajaran itu diambil daripada lafaznya yang umum bukan sebabnya yang khusus.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI BIN AWANG
Presiden PAS
17 Safar 1438H / 17 November 2016M – HARAKAHDAILY 17/11/2016

Sumber HD - 17-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak sokong Pakatan, tak bermakna sokong Najib, kata Hadi
Posted on Monday, November 14 @ 16:19:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32373



KUALA LUMPUR: PAS menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad ia menyokong Datuk Seri Najib Razak hanya kerana keengganannya bersama Pakatan Harapan (PH).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu tidak benar kerana situasi kini juga terdapat ahli Umno yang menentang dan menolak kepimpinan Najib sebagai perdana menteri.

“Tak betul (tidak sokong PH bererti sokong Najib). Dalam Umno pun ada yang tolak Najib,” katanya sewaktu diserbu pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM pada Sabtu di Konvensyen PH, membuat dakwaan sedemikan dan sekali gus sebarang kemungkinan PAS bergabung menentang Barisan Nasional (BN) dilihat musnah apabila menuduh PAS makan “dedak”.

Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, namun PAS merupakan parti yang masih belum bersetuju menjadi sekutu pilihan raya dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menentang BN.

Kata ahli Parlimen Marang itu, PAS tetap dengan pendirian mengambil jalan tengah iaitu tidak menentang atau menyokong mana-mana pihak secara semberono.

“Ada tempat kita sokong, ada tempat tidak sokong, bukannya bulat. Terpulang pada beliau untuk buat kenyataan (untuk Dr Mahathir membuat tuduhan),” katanya lagi.

Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS, DAP dan PKR terkubur tahun lalu selepas pertelingkahan secara terbuka antara PAS dan DAP dengan pemimpin parti Islam itu berkata parti itu tidak akan lagi bekerjasama dengan DAP.

DAP dan PKR membentuk PH dengan Amanah, yang ditubuhkan bekas pemimpin PAS.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti yang ditubuhkan pada September, pernah cuba bergabung dengan PAS, dan berharap parti Islam itu akan menyertai pakatan mereka menentang Najib dan kerajaan BN.


Namun, Hadi berkali-kali menyatakan parti itu tidak akan mengulangi kesilapan bekerjasama dengan DAP.

Sumber TKO - 14-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Pihak lain perlu hormati pendirian PAS

TAKIYUDDIN HASSAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43190-pihak-lain-perlu-hormati-pendirian-pas


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa semua pihak menghormati pendirian dan prinsip ini walaupun mereka tidak bersetuju dengannya. Dalam amalan demokrasi tiada siapa boleh memaksa mana-mana pihak menyetujui dan mengikut kehendak mereka sahaja.

PAS yang ditubuhkan dalam tahun 1951 (kini berusia 65 tahun) mempunyai dasar, matlamat dan tujuan yang jelas sebagaimana dalam perlembagaan PAS (yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan) iaitu yang berteraskan Islam. Perjuangan PAS pula meliputi bidang tarbiyah, dakwah dan siasah yang berteraskan sumber-sumber utamanya iaitu al-Qura'an, Hadith, Ijmak Ulamak dan Qias.

Di atas asas tersebut PAS telah berjuang dalam arus perdana politik negara dengan menyertai Pilihan Raya Umum Nasional sejak tahun 1955 sehinggalah PRU13 pada tahun 2013 di atas prinsip asas yang sama walaupun dengan strategi yang berbeza.

Justeru PAS ingin mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak menguji kesabaran parti ini dalam keadaan kepimpinannya masih lagi mampu mengawal dan mendisiplinkan ahli-ahli PAS yang jumlahnya mencecah Satu (1) juta orang.

Di samping itu semua parti juga tidak harus mendabik dada sebagai parti yang bersih kerana sebahagiannya mempunyai kelemahan yang nyata serta rakyat mula nampak agenda tersembunyi mereka di dalam negara ini.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS. – HARAKAHDAILY 14/11/2016

Sumber HD - 14-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------









































Bukan Islam tidak wajar menentang RUU 355

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43169-bukan-islam-tidak-wajar-menentang-ruu-355

BUKAN ISLAM TIDAK WAJAR MENENTANG RUU 355 - POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA

RUU 355 hanya tertakluk kepada penganut Islam yang beriman dan budiman, tanpa mengira fahaman politik dan kedudukannya dalam masyarakat dan tugasnya. Semuanya bersyukur kepada Allah yang mengurniakan hidayah kepadanya nikmat Islam.

Menyedari dan merasai betapa bencana umat di zaman penjajahan dan selepasnya walaupun sudah merdeka lebih setengah abad namun Syariat Allah yang menjadi sebahagian daripada objektif rukun Islam dan iman, di mana sebenarnya pernah juga menjadi contoh paling berjaya kepada pihak lain, tiba-tiba dihalang dan dikembalikan semula seperti zaman penjajah; dengan serangan media mengelirukan umat Islam dan menakutkan bukan Islam, kerana tujuan politik murahan semata-mata. Adakah mereka menjadi wakil penjajah selepas merdeka?

Aspek kehakiman menjadi rukun dalam menunaikan perintah Allah Yang Maha Adil. Maka semua penganut Islam wajib  mendukung dengan penuh harapan supaya dinaikkan taraf Mahkamah Syariah dari kedudukan yang telah diletakkan oleh penjajah dahulu. Ini termasuklah juga DYMM Raja-Raja wajib diangkat ke martabatnya, kerana kedudukan baginda menjadi ketua urusan agama Islam telah dihina oleh penjajah walaupun setelah mencapai kemerdekaan yang mencecah lebih setengah abad.

Sehingga kini Mahkamah Tinggi Syariah yang paling tinggi pun, tetapi kedudukannya lebih rendah daripada Mahkamah Majistret di peringkat daerah.

Adapun kalangan bukan Islam sepatutnya meraikan perkara ini dan menghormati saudara mereka yang berada dalam satu masyarakat majmuk dan satu negara serta tanah air dalam perkara yang tidak ada kena mengena dengan urusan mereka. Jangan sengaja mencari sebab untuk menimbulkan ketegangan masyarakat majmuk dan harmoni dengan tiba-tiba menentang RUU 355 yang bertujuan menaikkan taraf Mahkamah Syariah.

Muqadimahnya perlu menyedari kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak penganut agama lain yang diberi kebebasan, tiba-tiba menghalang penganut Islam dalam bidang berkaitan agama yang menjadi agama negara ini.

Tokoh undang-undang tersohor di peringkat dunia dan negara Al-Marhum Prof Ahmad Ibrahim (bekas Peguam Negara Singapura (1966) dan Ketua Pengajian Undang-undang di beberapa universiti, juga mantan Peguam Negara Singapura di bawah PAP yang diterajui mendiang Lee Kuan Yew seperti DAP di Malaysia) telah menulis perkara ini dalam  tajuk: "Islam Dalam Perlembagaan" dengan menegaskan:

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi  Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perlu disebutkan bahawa belum ada terjemahan Perlembagaan yang sahih di Malaysia dan terjemahan; "Islam is the religion of the Federation" yang terdapat dalam Perlembagaan diterjemahkan salah sebagai "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan".

Oleh kerana perkataan "Islam" dan bukan "ugama Islam" yang digunakan di Perkara 3, bolehlah dihujjahkan bahawa yang dimaksudnya ialah Islam sebagai cara hidup mengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din.

Dalam minit Suruhanjaya Reid melaporkan perbincangan bahawa mereka menerima Memorandum Parti Perikatan dan juga PAS (satu-satunya Parti Pembangkang di masa itu) yang mendesak supaya diletakkan Islam dalam Perlembagaan. Akhirnya mereka menerima juga kerana dalam Parti Perikatan itu ada juga MCA dan MIC daripada kalangan bukan Islam dan pihak Islam menerima juga ayat bahawa agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing. (Sila lihat: Islam Dalam Perlembagaan oleh Prof Ahmad Ibrahim)

Berkenaan RUU 355 Al-Marhum Prof. Ahmad Ibrahim menulis:

“Pada masa sekarang bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah sangat terbatas. Mengikut Perlembagaan, Mahkamah Syariah adalah mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan setakat yang diberi oleh Undang-undang Persekutuan. Mengikut Muslim Courts (Criminal Jurisdiction) Act, 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih $1,000 / atau kedua-duanya.

Bidangkuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan kepada Akta tersebut dan Mahkamah Syariah diberi bidangkuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak lebih $5,000 atau sebat tidak lebih enam sebat atau gabungan hukuman itu.

Bidangkuasa ini masih rendah dari bidangkuasa Majistret Kelas 1 di mana biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara sepuluh tahun dan boleh menjatuhkan hukuman lima tahun penjara atau denda $10,000 atau sebat dua belas pukulan atau gabungannya.

Keadaan ini menjadikan Mahkamah Syariah termasuk Mahkamah Tinggi Syariah lebih rendah tarafnya daripada Mahkamah Majistret.(Sila lihat Prof Ahmad Ibrahim tajuk yang sama).”

Perlu diketahui bahawa hukuman sebatannya pula bersifat mendera pesalah dengan cara yang kejam, bukan seperti hukuman Syariat Islam yang bersifat mendidik penjenayah dan masyarakat. Contohnya Hadis Rasulullah S.A.W. apabila di bawa seorang yang telah dijatuhkan hukumannya seratus sebatan kerana berzina:

ŁŁ‚Ų§Ł„ Ų§Ų¶Ų±ŲØŁˆŁ‡ Ų­ŲÆŁ‡ Ł‚Ų§Ł„ŁˆŲ§ ŁŠŲ§ Ų±Ų³ŁˆŁ„ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų§Ł†Ł‡ Ų£Ų¶Ų¹Ł Ł…Ł† Ų°Ł„Łƒ Ų§Ł† Ų¶Ų±ŲØŁ†Ų§Ł‡ Ł…Ų§Ų¦Ų© Ł‚ŲŖŁ„Ł†Ų§Ł‡ Ł‚Ų§Ł„ ŁŲ®Ų°ŁˆŲ§ Ł„Ł‡ Ų¹Ų«ŁƒŲ§Ł„Ų§ ŁŁŠŁ‡ Ł…Ų§Ų¦Ų© Ų“Ł…Ų±Ų§Ų® ŁŲ§Ų¶Ų±ŲØŁˆŁ‡ ŲØŁ‡ Ų¶Ų±ŲØŲ© ŁˆŲ§Ų­ŲÆŲ©ŁˆŲ®Ł„ŁˆŲ§Ų³ŲØŁŠŁ„Ł‡ *
Ł…Ų³Ł†ŲÆ Ų£Ų­Ł…ŲÆ Ł„Ų£Ų­Ł…ŲÆ ŲØŁ† Ų­Ł†ŲØŁ„ (8/ 449)

(Sabdanya: Jatuhkan hukuman had sebatan ke atasnya (seratus sebatan). Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Dia seorang yang lemah, tidak mampu menerima hukuman itu, nanti kalau disebat seratus kali kami membunuhnya. Sabda Rasulullah S.A.W: Ambillah seberkas yang ada sejumlah seratus ranting, sebatkan dia satu kali sahaja dan bebaskan dia).

Hadis ini membezakan hukuman sebatan Syariat Islam dengan hukuman lain dan Hukum Islam bertujuan mendidik. Ini menunjukkan gambaran yang dibawa oleh media adalah salah dan pembohongan terhadap Islam.

Al Quran dan Hadis adalah rujukan tertinggi kepada penganut Islam. Terpulang kepada agama masing-masing yang tidak dipaksa mengikut hukum Islam. Jangan kacau urusan penganut Islam.

Apabila pihak PAS mengemukakan usul persendirian di Parlimen yang berkait RUU 355, bekerjasama dengan Umno. Ketika saya memberi peluang kepada mereka bertanya di Parlimen, tiba-tiba inilah sahaja soalan meminta penjelasan oleh YB DAP Bandar Kuching:

(1) RUU 355 membuka pintu ke arah Hukum Hudud (ada udang di sebalik batu)
(2) Mengganggu Hak bukan Islam
(3) Mengganggu Hak Sabah dan Sarawak
(4) Meretakkan Pakatan Pembangkang

Kerana masa yang dihadkan maka saya panjangkan di sini jawapannya:

1) Membuka pintu ke-arah Hukum Hudud

Hukum Hudud adalah di luar daripada tajuk RUU 355, tapi nampaknya terus dijadikan senjata untuk menentang Islam secara terbuka. Hukuman yang dinamakan Hudud adalah hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya; hanya dalam beberapa kesalahan sahaja daripada Syariat Islam yang tidak boleh diperkecilkan oleh penganut Islam. Ini kerana ianya dinaskan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah yang termasuk dalam perkara Iman, Islam dan Ihsan.

Hudud adalah salah satu daripada tiga bahagian undang-undang jenayah hukum Syariat yang diwajibkan oleh Allah dan menjadi sepakat para ulama. Selebihnya sehingga tidak terkira banyaknya adalah mengikut kebijaksanaan manusia, mengikut konsep mendidik, bukannya mendera dalam perkara dan kesalahan lain yang terlalu banyak.

Namun hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana banyak halangannya. Ini termasuklah di dalam perkara jenayah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, iaitu berdasarkan Senarai I Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Mengikut Perkara 76(A), Perlembagaan Persekutuan pula, ianya memerlukan Parlimen membuat suatu undang-undang (Akta) pula barulah Negeri boleh membuat undang-undang berkaitan dengan perkara yang terletak di bawah kuasa Persekutuan.

Sila rujuk Perkara 75 dan Perkara 76A, Perlembagaan Persekutuan:

“75. Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.”

76A. (1) Dengan ini ditegaskan bahawa kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang mengenai sesuatu perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Persekutuan termasuklah kuasa untuk membenarkan Badan-Badan Perundangan Negeri-Negeri atau mana-mana daripadanya, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan (jika ada) yang dikenakan oleh Parlimen, untuk membuat undang-undang mengenai kesemua atau mana-mana bahagian perkara itu.

(2) Walau apapun Perkara 75, sesuatu undang-undang Negeri yang dibuat di bawah kuasa yang diberikan oleh Akta Parlimen sebagaimana yang disebut dalam Fasal (1) boleh, jika dan setakat yang diperuntukkan sedemikian oleh Akta itu, meminda atau memansuhkan (berkenaan dengan Negeri yang berkenaan) mana-mana undang-undang persekutuan yang telah diluluskan sebelum Akta itu.

Undang-undang Hudud dijadikan senjata perang psikologi oleh musuh Islam di seluruh pelosok dunia. Sepatutnya pihak bukan Islam jangan menjadi wakil selepas zaman penjajah. Namun sehingga kini masih  memasuki dalam fikiran kalangan Islam juga yang menjadi mangsa tawanan musuh dalam penjara kejahilan. Maka janganlah kalangan bukan Islam di sini menari mengikut gendang musuh itu.

Perjalanan kehakimannya yang sukar kerana syaratnya sangat ketat. Hukumannya pula lebih ringan daripada undang-undang jenayah ciptaan manusia, tetapi kehebatannya menggerunkan masyarakat termasuk mereka yang tidak berniat melakukan jenayah (Inilah kehebatan Syariat Allah) -  (sila lihat rakaman ceramah saya di Universiti Nanyang Singapura).

PAS sedia berdailog dengan pemimpin agama bukan Islam sekiranya ada undang-undang daripada agama mereka, walaupun masih dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan.

Adapun RUU 355 tiada kaitan dengan hukuman Hudud yang berada dalam fasal lain di bawah bidang kuasa negeri dan kesalahan jenayah yang disenaraikan di bawah Kerajaan Pusat.

2) Mengganggu hak bukan Islam

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan Jadual Kesembilan daripada hak negeri-negeri telah menegaskan kebebasan beragama kepada bukan Islam yang dijamin, serta bidang kuasa penganut bukan Islam di luar daripada kuasa Mahkamah Syariat.Firman Allah:

ŁَŲ„ِŁ† Ų¬َŲ¢Ų”ُŁˆŁƒَ ŁَŁ±Ų­ۡŁƒُŁ… ŲØَŁŠۡŁ†َŁ‡ُŁ…ۡ Ų£َŁˆۡ Ų£َŲ¹ۡŲ±ِŲ¶ۡ Ų¹َŁ†ۡŁ‡ُŁ…ۡۖ ŁˆَŲ„ِŁ† ŲŖُŲ¹ۡŲ±ِŲ¶ۡ Ų¹َŁ†ۡŁ‡ُŁ…ۡ ŁَŁ„َŁ† ŁŠَŲ¶ُŲ±ُّŁˆŁƒَ Ų“َŁŠۡٔٗŲ§ۖ ŁˆَŲ„ِŁ†ۡ Ų­َŁƒَŁ…ۡŲŖَ ŁَŁ±Ų­ۡŁƒُŁ… ŲØَŁŠۡŁ†َŁ‡ُŁ… ŲØِŁ±Ł„ۡŁ‚ِŲ³ۡŲ·ِۚ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁŠُŲ­ِŲØُّ Ł±Ł„ۡŁ…ُŁ‚ۡŲ³ِŲ·ِŁŠŁ†َ Ł¤Ł¢ Ų§Ł„Ł…Ų§Ų¦ŲÆŲ©
Maksudnya: “Oleh itu kalau mereka (bukan Islam) datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah dalam kitab mereka - kalau ada) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka, maka mereka tidak akan dapat memudaratkanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”

Rasa tidak munasabah kalau saya menjawab kalangan yang berhujah bahawa ramailah penganut Islam akan dihukum kerana seolah-olah orang Islam akan berlumba melakukan jenayah kerana mahu dihukum.

3) Mengganggu Hak Sabah dan Sarawak

Negara Malaysia berkongsepkan Federalisma, membahagikan bentuk kerajaan negeri dan Pusat dalam sistem pemerintahannya. Perlembagaannya menetapkan batas bidang kuasa Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri termasuk dalam aspek kehakiman dan perundangan.

Akta 355 yang dibuat berdasarkan Jadual 9 sebagai ‘Punca Kuasa’nya adalah berkaitan dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Negeri. Kerajaan Negeri pula boleh menerimapakai (bukan secara automatik) peruntukan Akta 355 yang dipinda nanti bagi menetapkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri masing-masing. Adapun Negeri Sabah dan Sarawak juga, seperti negeri-negeri lain, mempunyai pilihan sama ada hendak menerimapakai atau tidak Pindaan Akta 355 yang dipinda itu.

Perlu diingat dari segi sejarahnya semasa Akta 355 mula dibentangkan di Parlimen pada tahun 1965,  ianya tidak ditentang oleh Ahli-ahli Parlimen Bukan Islam, termasuklah mendiang Lee Kuan Yew (MP Singapura) yang berada dalam Parlimen pada ketika itu. Pada tahun 1984 semasa Akta 355 dipinda, apabila dibawa ke Dewan Negara, RUU tersebut telah disokong oleh YB Dr James P. Ongkili (MP Tuaran) yang beragama Kristian. (sila rujuk Handsard Parlimen)

Mengapa DAP dan rakan-rakannya di abad 21 ini terlalu maju ke depan?

4) Meretakkan Pakatan Pembangkang

PAS menyertai pakatan pembangkang dengan konsisten dalam amalan politik yang wajib menghormati adab dan akhlak berpakat. Dalam Pakatan, PAS wajib teguh bersama dasar dan matlamatnya yang wajib dihormati oleh semua pihak; dalam titik persamaan yang tidak mengganggu perkara dasar dan matlamat pihak lain yang berpakat. Adapun cara campur tangan dalam urusan yang tersebut di atas adalah tidak berakhlak atau tidak bermoral mulia dalam pakatan. Lebih tidak berakhlak kalau mencuri dalam rumah PAS yang membuka pintu kepada mereka.

Dalam sejarah pakatan dengan pihak lain, PAS tidak pernah khianat dalam perkara pakatan mengikut  batasnya, sehingga PAS yang dipecat daripada BN (1978) dan terkini DAP memecat PAS daripada PR. Walaupun PAS memberi tempoh panjang dan bersabar dalam menghadap perangai parti lain yang campur tangan dalam urusan dalaman PAS dan meredah masuk ke dalam billik rumah PAS.

5) PAS masuk BN

PAS menyertai Kerajaan Campuran dan seterusnya bersama menubuhkan Barisan Nasional setelah negara menghadapi keadaan Darurat sehingga berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Adapun DAP tidak bekerjasama di masa negara dalam keadaan darurat. PAS menerima dengan terbuka tawaran PM Kedua, Al-Marhum Tun Abdul Razak yang menerima cadangan-cadangan PAS dan sebahagian besar pemimpin dan ahli PAS menganggap kecil segala kezaliman yang berlaku ke atas pemimpin dan ahlinya yang ditahan ISA, ada yang dibuang daerah, bahkan ada yang dibunuh. Dua Kerajaan Negeri (Terengganu dan Kelantan) yang diperintah oleh PAS pernah menjadi mangsa kepungan dan tekanan Kerajaan Pusat dan rompakannya; apa yang tidak dihadapi oleh Kerajaan Singapura dalam Malaysia di bawah PAP (bapa yang melahirkan DAP) dan Kerajaan PBS di Sabah. Namun PAS meletakkan di hadapannya kepentingan negara, rakyat dan menolak keadaan "politiking" murahan yang menjadikan rakyat bawahan dalam keadaan sangat tenat, kerana Islam mengharamkan politiknya berdendam.

Sila pihak yang menuduh itu cermin diri masing-masing, PAS tidak pelahap untuk menyertai Kerajaan BN hanya untuk meraih jawatan dalam Kabinet atau semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri laksana mi segera?  PAS adalah parti yang turun ke medan rakyat, kini mempunyai 192 Kawasan di seluruh negara dan hampir 10,000 cawangan sehingga di pedalaman yang jauh sejak zaman mengayuh sampan mudik ke hulu dan mengayuh basikal, terkini ada pula cabang penyokong kalangan bukan Islam (DHPP) yang menjadi hubungan persahabatan dengan bukan Islam. Bukan hanya berdepan komputer di meja dan berarak di jalan raya  sahaja untuk mendapat sokongan rakyat.

Akhirnya, tiada alasan undang-undang dan politik bagi menentang RUU 355 melainkan mahu bermusuh terhadap Islam dan penganutnya atau menjual diri menjadi alat kepada musuh Islam dengan harga yang sangat murah. Allah memberi panduan kepada penganut Islam bagi menghadapi cabaran ini dengan firman-Nya:

۞ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖُŲ¬َٰŲÆِŁ„ُŁˆٓŲ§ْ Ų£َŁ‡ۡŁ„َ Ł±Ł„ۡŁƒِŲŖَٰŲØِ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲØِŁ±Ł„َّŲŖِŁŠ Ł‡ِŁŠَ Ų£َŲ­ۡŲ³َŁ†ُ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŲøَŁ„َŁ…ُŁˆŲ§ْ Ł…ِŁ†ۡŁ‡ُŁ…ۡۖ ŁˆَŁ‚ُŁˆŁ„ُŁˆٓŲ§ْ Ų”َŲ§Ł…َŁ†َّŲ§ ŲØِŁ±Ł„َّŲ°ِŁŠٓ Ų£ُŁ†Ų²ِŁ„َ Ų„ِŁ„َŁŠۡŁ†َŲ§ ŁˆَŲ£ُŁ†Ų²ِŁ„َ Ų„ِŁ„َŁŠۡŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŲ„ِŁ„َٰŁ‡ُŁ†َŲ§ ŁˆَŲ„ِŁ„َٰŁ‡ُŁƒُŁ…ۡ ŁˆَٰŲ­ِŲÆٞ ŁˆَŁ†َŲ­ۡŁ†ُ Ł„َŁ‡ُŪ„ Ł…ُŲ³ۡŁ„ِŁ…ُŁˆŁ†َ Ł¤Ł¦ Ų§Ł„Ų¹Ł†ŁƒŲØŁˆŲŖ
“Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (bukan Islam) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepada-Nyalah, kami patuh dengan berserah diri.”

"Inilah Penyelesaian Kita"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
11 Safar 1438 /11 November 2016 - HARAKAHDAILY 11/11/2016

Sumber HD - 11-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































































































































Khalid Ibrahim hantar surat peribadi kepada Hadi Awang Isu Air Selangor
Posted on Thursday, November 10 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32318



Raja Petra mendedahkan Khalid Ibrahim menghantar surat peribadi kepada Presiden PAS menjelas sikapnya terhadap isu air di Selangor.
Saya tidak pernah pada sebarang masa membuat tawaran pengambilalihan ekuiti SPLASH dengan nilai RM2.975 billion seperti yang dituduh oleh Dato’ Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, saya membuat tawaran seperti di dalam jadual di bawah yang saya cabut dari Kertas Pembentangan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri dan Kertas Putih yang saya bentangkan di Dewan Negeri Selangor pada November 2012.

Baca selebih di sini dalam format PDF

PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR NEGERI SELANGOR

Sumber TKO - 10-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS sedang bincang kerjasama dengan PPBM, kata Nik Abduh
Posted on Monday, November 07 @ 16:37:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32277



KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengesahkan sedang berunding untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tetapi tidak akan mempertimbangkan berbaik semula dengan DAP dan Amanah, kata ketua pemudanya.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS sudah dan sentiasa membuka pintunya kepada parti-parti pembangkang yang tidak pernah mengkhianati mereka.

“Ya, kami sedang mengadakan rundingan dengan PPBM sekarang.

“Oleh kerana kita tidak mempunyai pengalaman buruk dengan PPBM dan PKR, PAS terbuka kepada kemungkinan (bekerjasama dengan kedua-dua pihak).

“Tetapi, bagaimana kerjasama ini akan berlaku atau dalam bentuk apa belum diputuskan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menyedari kerjasama dengan PPBM bermakna PAS secara tidak langsung akan bekerjasama dengan musuhnya, DAP, Nik Abduh berkata: “Itu sebabnya kita belum membuat keputusan mengenai apa-apa lagi. Ia masih di peringkat perbincangan.”

Beliau bagaimanapun mengulangi pendirian PAS tidak akan mempertimbangkan untuk berbaik semula dengan “musuh-musuhnya”.

“Kami sudah kata sebelum ini. Ada 2 pihak yang kami tidak akan berkawan lagi. Mereka adalah DAP dan Amanah.”

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menafikan khabar angin kononnya PASs dan Umno sudah bekerjasama dalam diam.

Katanya, PAS akan menyokong apa sahaja perkara yang baik untuk negara, walaupun ia datang daripada Umno, namun ia tidak bermakna parti Islam itu akan membelakangkan perjuangannya bagi menewaskan Barisan Nasional.

Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, parti itu mahu jadi pengemudi utama, sekiranya parti-parti lain hendak bekerjasama dengannya.

Katanya, PAS bersedia membuka pintu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, tetapi hanya kepada parti sealiran dengan matlamat perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.


“PAS tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami…tapi jangan pula lepas itu dia ‘curi’ dalam rumah kami,” kata Hadi dipercayai merujuk kepada perbuatan khianat.

Sumber TKO- 7-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS jadi pengemudi utama sekiranya hendak kerjasama, kata Hadi
Posted on Sunday, November 06 @ 17:56:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32263



PETALING JAYA: PAS mahu jadi pengemudi utama sekiranya parti-parti lain hendak bekerjasama dengannya, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah, kata Hadi, parti Islam itu tiada masalah untuk bergerak tanpa sokongan parti lain.

“Pucuk pangkalnya ialah pihak yang mahu bekerjasama itu hendaklah faham dengan jelas bahawa PAS adalah pengemudi utama. Kami tiada masalah bergerak sendirian, bukan sekadar mahu memenangi PRU semata-mata,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selesai menghadiri suatu ceramah di Jejawi, Perlis semalam.


Katanya PAS bersedia membuka pintu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, tetapi hanya kepada parti yang sealiran dengan matlamat perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.

PAS kini dalam satu pakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR.

“PAS tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami…. tapi jangan pula lepas itu dia ‘curi’ dalam rumah kami,” kata Hadi, dipercayai merujuk kepada perbuatan khianat.
PAS sebelum ini mendakwa DAP memungkiri perjanjian kerjasama antara kedua parti semasa dalam Pakatan Rakyat.

DAP kini dalam satu pakatan bersama PKR dan Amanah, yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang dikecewakan dalam pemilihan parti Islam itu yang lalu.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menjelaskan partinya mengutamakan pihak yang boleh menerima Islam tanpa berbelah-bahagi serta menerima usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).

Sumber TKO - 6-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peguam PAS Dalam Penelitian Terakhir Untuk Kes Saman Sarawak Report
Posted on Saturday, November 05 @ 20:53:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32247



KOTA BHARU: Peguam yang dilantik PAS sedang meniti laporan Sarawak Report sebelum memfail saman di mahkamah di England.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peguam yang sama pernah mengendalikan kes saman Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik bagi tujuan itu.

Katanya peguam terbabit sebelum ini pernah mengendali saman terhadap sebuah akhbar di England kerana memfitnah presiden.

"Akhbar terbabit memfitnahkan Tok Guru Presiden dengan mendakwa ada kaitan dengan al Qaeda.

"Kes saman itu dimenangi Tok Guru. Dan orang yang sama juga dilantik mengendali kes saman terhadap Sarawak Report.

"Cuma agak berbeza kerana tuduhan Sarawak Report hanya menyebut pemimpin PAS  menerima RM90 juta daripada Umno tanpa disebut secara jelas nama mereka," katanya pada program di Putik petang tadi.

Sebelum ini Sarawak Report mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta daripada pemimpin Umno.

Malah ada pihak mempertikai mengapa PAS lambat memfail saman terhadap portal berita yang berpangkalan di England terbabit.

Tuan Ibrahim berkata peguam yang dilantik masih meneliti kes terbabit sebelum mengambil tindakan lanjut.

Hadir sama pada program tersebut Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Datuk Nassurudin Daud dan wakil-wakil rakyat.

Lebih 1,000 pemimpin PAS  dari peringkat kawasan di Kelantan hadir pada program berkenaan. – HARAKAHDAILY


Sumber TKO-5-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































































































































Saman terhadap Sarawak Report tetap diteruskan

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43098-saman-terhadap-sarawak-report-tetap-diteruskan

KOTA BHARU: Peguam yang dilantik PAS sedang meneliti laporan Sarawak Report sebelum memfail saman di mahkamah di England.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata peguam yang sama pernah mengendalikan kes saman Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik bagi tujuan itu.

Katanya peguam terbabit sebelum pernah mengendali saman terhadap sebuah akhbar di England kerana memfitnah presiden.

"Akhbar terbabit memfitnahkan Tok Guru Presiden dengan mendakwa ada kaitan dengan al Qaeda.

"Kes saman itu dimenangi Tok Guru. Dan orang yang sama juga dilantik mengendali kes saman terhadap Sarawak Report.

"Cuma agak berbeza kerana tuduhan Sarawak Report hanya menyebut pemimpin PAS  menerima RM90 juta daripada Umno tanpa disebut secara jelas nama mereka," katanya pada program di Putik petang tadi.

Sebelum ini Sarawak Report mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta daripada pemimpin Umno.

Malah ada pihak mempertikai mengapa PAS lambat memfail saman terhadap portal berita yang berpangkalan di England terbabit.

Tuan Ibrahim berkata peguam yang dilantik masih meneliti kes terbabit sebelum mengambil tindakan lanjut.

Hadir sama pada program tersebut Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Datuk Nassurudin Daud dan wakil-wakil rakyat.

Lebih 1,000 pemimpin PAS  dari peringkat kawasan di Kelantan hadir pada program berkenaan. – HARAKAHDAILY 5/11/2016

Sumber  HD - 5-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































































































































































PAS dari kaca mata veteran berpengalaman

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43073-pas-dari-kaca-mata-veteran-berpengalaman

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok adalah veteran yang larut penglibatan dan pengalamannya bersama PAS. Malah, mantan ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor ini mempunyai pandangan jitu terhadap PAS dalam arena politik semasa.

HARAKAH: Perubahan dalaman yang Dr lihat pada PAS selepas dari pemilihan di Muktamar Kuala Selangor yang itu hingga berlaku ‘pembersihan’ di mana mereka yang bermasalah dan berkhianat itu akhirnya keluar?

DR DAENG SANUSI DAENG MARIOK: Pada penelitian saya sebagai orang lama dalam politik ini, saya sendiri tidak menjangka keputusan Muktamar 61 yang diadakan di Kuala Selangor itu begitu hebat tindakannya.

Di mana sebelum Muktamar itu, saya melihat PAS menghadapi masalah dalaman di mana ramai pimpinan-pimpinan PAS yang semacam kurang berwala' kepada keputusan PAS dan kepimpinan PAS. Dengan sebab itu, semua kita melihat bahawa PAS ketika itu menghadapi masalah dalaman.

Tetapi Alhamdulillah, hasil daripada Muktamar 61 itu, satu tindakan dari ahli-ahli PAS, pimpinan-pimpinan peringkat kawasan dan peringkat negeri, termasuk peringkat pusat telah membuat, telah mengembalikan keremajaan PAS dengan membuat keputusan-keputusan yang begitu luar biasa. Yang kita lihat semacam atau kita lihat suatu pembersihan dalaman yang begitu berkesan, begitu teratur, sehingga selepas Muktamar itu, dilihat PAS itu bersih daripada unsur-unsur negatif dalaman dan kembali lebih remaja, lebih padu, lebih mantap, lebih beristiqamah berbanding daripada sebelum Muktamar 61 itu.

Kerana itu saya melihat dari pengalaman politik yang begitu lama, PAS selepas Muktamar 61 itu, bertambah menarik, bertambah kekuatan, bertambah perpaduan, bertambah istiqamah, dan bertambah matang di dalam melancarkan gerakan politik di seluruh negara kita. Maka saya, walaupun tidak menjangka perkembangan itu begitu hebat, tetapi saya sangat bersyukur melihat PAS lepas Muktamar itu bertambah kuat dan kukuh, dan cemerlang tindakan-tindakan dan strategi yang ianya alhamdulillah. Itulah di antaranya.

Tindakan mereka-mereka itu menubuhkan wadah dan parti baru, kemudian banyak fokus lebih menyerang PAS, adakah tindakan itu akan menggoyangkan struktur PAS ataupun mereka akan terima nasib sebaliknya?

Saya mendapati bahawa tindakan sahabat-sahabat yang keluar daripada PAS bukan sahaja keluar dengan meminggirkan diri, tetapi keluar menubuhkan parti baru. Mungkin dilihat dari segi zahirnya menjejaskan sedikit sebanyak PAS, tetapi perkembangan-perkembangan selanjutnya saya melihat bahawa tindakan mereka menubuhkan parti politik yang didokong oleh parti-parti politik lain yang kita lihat pada zahirnya ialah DAP dan PKR yang mendokong.

Maka di sini satu lagi perkembangan yang amat positif kepada PAS, iaitu perkembangan itu menjelaskan siapa sebenarnya musuh PAS, dan siapa sebenarnya orang yang bermuka-muka di dalam perjuangan PAS. Kerana itu pada saya, penubuhan PAN dan gabungan yang disebut Pakatan Harapan itu sebenarnya tidak menjejaskan PAS. Pada pandangan saya.

Tetapi akan memperkukuhkan istiqamah jemaah PAS ini bagi menghadapi perkembangan-perkembangan politik akan datang. Masa depan PAN ataupun Pakatan Harapan ini, pertama PAN ini pada hemat saya, berdasarkan daripada pengalaman yang lampau-lampau, ada kemungkinannya menerima nasib seperti serpihan-serpihan parti politik sebelumnya.

Kerana pada pandangan saya, menubuhkan parti baru yang berlatar belakangkan bangsa Melayu, di mana kedudukan Melayu di Malaysia ini tidak mampu menerima lebih daripada parti yang dominannya Melayu yang ada iaitulah Umno dan PAS. Kerana itu saya menjangkakan bahawa nasib PAN ini mungkin, nak sebut berakhir selepas Pilihan Raya ke 14 ini, dan gabungan itu sendiri pada pandangan saya, dia tidak akan hidup lama. Kerana nampak gabungan itu bukan gabungan yang memperjuangkan masa depan negara untuk mencapai masa depan yang lebih baik. Tetapi masing-masing berjuang untuk masa depan kepentingan kumpulan parti ataupun individu di dalam Pakatan Harapan ini.

Dan ini tidak mungkin berpanjangan, kecualilah hayat ini mungkin akan berpanjangan sedikit sekiranya parti baru yang ditaja oleh Dr Mahathir itu mendapat sambutan dan bergabung dengan Pakatan Harapan ini ada kemungkinan gabungan ini hayatnya akan berpanjangan sedikit sebanyak, tetapi akhirnya akan berkesudahan dengan kecundang juga. Itu pada pandangan saya.

Bagaimana Dr melihat pasukan kepimpinan baharu di bawah kepimpinan Tuan Guru Presiden PAS sesi ini?

Pasukan kepimpinan yang baru hari ini pasti banyak kekuatannya dan ada juga kekuarangan dan kelemahan dia. Maka kerana itu, pasukan kepimpinan yang ada pada hari ini, kepimpinan PAS yang ada pada hari ini perlu terus muhasabah diri dan gerakan masing-masing supaya masing-masing bertambah nilai daya tariknya dan nilai daya istiqamah dia, dan masing-masing menumpukan gerak kerja kepada dasar perjuangan PAS.

Kerana itu pada saya di dalam menghadapi situasi dan perkembangan politik, parti-parti politik yang sangat bercelaru pada penelitian kita, maka perlu kepimpinan yang ada pada hari ini betul-betul padu dan betul-betul mengamalkan kepimpinan bersepadu, bukan kepimpinan individu. Kerana itu kepimpinan yang ada pada hari ini pada pandangan saya, perlu sebarang tindakan sama ada gerak kerja ataupun kenyataan-kenyataan pada umum, perlulah diselaraskan dan perlulah disenadakan atau dengan kata-kata lain, pada pandangan saya, yang patut menjadi guru buat kenyataan biarlah tidak semua jemaah kepimpinan itu. Kenalah diatur dan disusun baik-baik supaya kenyataan-kenyataan kepada umum ini ialah kenyataan jemaah yang dikeluarkan oleh Presiden dan Setiausaha Agong.

Hendaknya walaupun saya tidak kata perkara itu berlaku, tetapi hendaknya bagi saya, pandangan saya, pimpinan itu tidak terpancing dengan isu-isu yang berbentuk provokasi dan tidak terpancing dengan bola-bola tanggung yang dilemparkan oleh lawan-lawan politik kita. Kerana kalau kita terpancing dengan bola-bola lambung yang dilancarkan oleh musuh-musuh politik kita, maka kita akan menjawab, bukan dengan perancangan dan pemikiran yang matang, tetapi kita akan terpancing dengan emosi. Maka kenyataan-kenyataan yang keluar daripada sikap dari emosi ini, dia bukan satu kenyataan yang menguntungkan perjuangan.

Jadi, kesimpulannya, saya sangat, saya sangat menyokong saff kepimpinan yang ada pada hari ini. Kekuatannya, potensi kekuatan cukup jelas, namun begitu, sebagai manusia biasa, mungkin ada kelemahan, ada kekurangan. Maka kelemahan dan kekurangan itu harus dipelajari dan dipertingkatkan untuk menjadi satu saff yang betul-betul padu, betul-betul wala', yang betul-betul beristiqamah, atau dengan kata-kata lain yang popular pada hari ini, iaitu betul-betul Berpolitik Matang dan Sejahtera.

Pandangan ataupun bacaan Dr terhadap masa depan PAS bergerak dalam politik secara bersendirian dan kini bersama dengan Gagasan Sejahtera; Ikatan dan juga, Berjasa.

PAS ini senantiasa membuka pintu untuk bersefahaman, semua individu ataupun kumpulan, semua parti politik tak kira parti politik yang dasarnya berbeza. Tetapi PAS tetap mantap iaitu “Membangun Bersama Islam” di dalam berpolitik. Atau dengan kata-kata lain, PAS di dalam membuka pintunya untuk bertahaluf ataupun bersefahaman, Islam tidak akan diabaikan. Di mana PAS tidak akan bersedia bertahaluf ataupun bersefahaman dengan mana-mana orang, mana-mana pihak, mana-mana kumpulan di dalam keadaan menjejaskan Islam.

Kalau sekiranya terpaksa terjejas Islam dengan mana-mana tahaluf, dengan mana-mana individu ini, maka PAS sangat reda dan sangat bersedia untuk bersendirian di dalam perjalanan politik.

Dan sekiranya PAS bersendirian, apakah masa depan PAS? Kepada saya, masa depan PAS itu yang pertama, saya lihat, PAS akan jelas dilihat sebagai parti yang memperjuangkan Islam secara jujur dan ikhlas. Kerana itu jujur dan ikhlas dan aktif, dia akan mempunyai daya tarik yang lebih.

Di dalam keadaan seperti ini PAS akan mendapat sambutan yang baik, bukan sahaja daripada orang-orang Islam, malah kepada orang-orang yang bukan Islam akan tertarik kepada PAS yang berpegang kepada dasar, ikhlas, jujur, amanah, adil. Dan lebih utama daripada itu apabila PAS berpegang kepada Islam, jujur, amanah, adil di dalam berpolitik, maka Allah SWT akan menurunkan pertolongan-Nya, kerana Allah sudah memberikan jaminan bahawa Islam itu Allah jamin keselamatan dia.

Jadi di sini, dua perkara yang kita harus perhatikan iaitu selama mana PAS berpegang kepada dasarnya iaitu Islam, maka Allah akan tolong, dan selama mana orang-orang PAS, pimpinan PAS, ahli PAS, bergerak berusaha terus-menerus untuk mencapai keredaan Allah di dalam memperjuangkan Islam, maka Allah akan merestui dari usaha itu insya-Allah. Yang akhirnya, kalau pun kita tidak menang, ataupun kalau pun PAS tidak menang di dunia, dia akan menang di akhirat. Kalau pun orang-orang PAS tidak mencapai kemenangan di dunia, dia pasti akan mencapai kemenangan di akhirat insya-Allah.

Tadi Dr sebut Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Presiden. Jadi setakat mana Dr lihat ia memberi kesan kepada ahli PAS, kepada orang awam, kepada rakan-rakan pembangkang yang lain dan kepada kerajaan sendiri?

Dulu PAS mempunyai slogan di dalam gerak kerjanya iaitu ‘Al-Muwajahah Al-Silmiyyah’. Itu menjadi slogan PAS daripada dulu, kita ini berjuang berhadapan dengan lawan-lawan politik kita, maka kita berpegang kepada satu slogan dan kita amalkan dan hayati slogan itu iaitu ‘Muwajahah Silmiyyah’.

Di dalam slogan ‘Muwajahah Silmiyyah’ ini, ramai ahli-ahli PAS yang tidak jelas maksud ungkapan ‘Muwajahah Silmiyyah’. Maka dia bergerak di dalam slogan ‘Muwajahah Silmiyyah’ ini ada yang keras, ada yang terlalu lembut, ada yang kasar, ada yang tidak kasar, ada yang bermulut celupar, ada yang langsung tidak bermulut, ada yang pinggirkan diri, ada yang ke depan dengan begitu gagah perkasa. Jadi tafsiran ‘Muwajahah Silmiyyah’ itu tidak difahami secara jelas. Maka kepimpinan yang ada pada hari ini telah menjelaskan ‘Muwajahah Silmiyyah’ ini dengan satu ungkapan yang lebih jelas, iaitu Berpolitik Matang Sejahtera.

Jadi, Berpolitik Matang dan Sejahtera itu adalah tafsiran yang amat jelas daripada konsep ‘Muwajahah Silmiyyah’. Kerana itu, kita harus berpolitik matang, bukan berpolitik emosi, bukan berpolitik terpancing, terpancing dengan isu-isu yang dilempar oleh lawan-lawan politik kita, tetapi kita berpolitik matang. Di dalam kita berpolitik matang, kita senantiasa menjaga kesejahteraan, kesejahteraan rakyat, kesejahteraan negara, dan kesejahteraan segala tindak-tanduk yang kita laksanakan.

Untuk mencapai kesejahteraan ini, mestilah politik matang itu berdasarkan kepada akhlak mulia. Jadi, perkataan politik matang adalah politik yang dirancang, politik yang dinilai, politik yang disatupadukan oleh pimpinan dan oleh ahli-ahli PAS, dalam melancarkan politik itu, semua ahli PAS, kepimpinan dan ahli PAS itu berakhlak mulia. Dengan akhlak mulia itu menjaminlah kesejahteraan rakyat, menjamin kesejahteraan negara.

Dengan sebab itu, kiranya kita betul-betul, kita sebagai ahli-ahli PAS, benar-benar mengamalkan dan menghayati Politik Matang Sejahtera, PAS insya-Allah akan mendapat sambutan, kerana PAS akan mempunyai daya tarik lebih daripada daya tolak.

Dr, daya tarik daya tolak tadi, adakah Dr lihat orang Melayu sudah mempunyai tarikan yang kuat kepada PAS sekarang ini? Kalau belum, macam mana PAS perlu bertindak untuk menarik segment pengundi Melayu itu?

Dia begini, maksud daya tarik daya tolak ini, kadang-kadang hatta kalau kita berdakwah, kalau kita lebih, dakwah kita itu lebih banyak daya tolak, maka orang lari. Kerana itu satu ungkapan yang pernah saya baca, ditulis oleh seorang pimpinan Indonesia namanya Muhammad Nasir, Perdana Menteri pertama Indonesia selepas dia mencapai kemerdekaan. Di dalam, kalau tak salah ingatan saya, di dalam bukunya Fiqhul Dakwah, dia ada menyebutkan, sebutannya itu lebih kurang, dia kata, “Sampaikan Islam seadanya, jangan diperadakan kerana Islam itu bukan barang tiruan, dan jangan pula dilandakkan, kelak orang akan lari, takut kena tusuk.” Maksudnya, bila kita landakkan gerakan kita ini, kita duri-durikan, orang lari, ertinya itu daya tolak banyak, maka orang lari.

Kalau kita hiaskan pula lebih-lebih, kita hiaskan lebih-lebih, Islam itu kita tambahkan keindahan dia, sedangkah Islam itu memang sudah indah, tidak perlu kamu tambahkan lagi kerana Islam itu bukan barang tiruan yang perlu diindah, ditambah indah dia, memang barang ‘genuine’ yang sudah indah. Itu kalau kita laksanakan dakwah Islam sebenarnya sampaikan Islam yang sebenarnya berdasarkan kepada penyampaian kita itu penyampaian berakhlak, maka dia mempunyai daya tarik lebih.

Ketika itu, bila dia mempunyai daya tarik lebih, orang yang tidak faham Islam pun akan hendak faham, orang yang tak mahu menyokong Islam pun ingin nak sokong kerana Islam perjuangan kita mempunyai daya tarik yang lebih. Jadi, dalam perjuangan kita, kena kita terapkan di dalam tindakan kita melancarkan gerak kerja kita, mestilah kita berakhlak mulia, supaya gerakan kita itu memperjuangkan Islam, mempunyai daya tarik lebih.

Maka orang akan tertarik. Jangan sekali-kali kita bergerak memperjuangkan Islam ini tanpa akhlak. Kalau tanpa akhlak ini, maka perjuangan kita itu mempunyai daya tolak lebih, maka kita berjuanglah teruk-teruk, orang cabut lari, betul tak? Itu di dalam semua gerakan penerangan kita, tarbiyah kita, apa sahaja gerakan kita di dalam perjuangan Islam ini mestilah daya tarik lebih tapi jangan ditambah hiaskan, tidak mungkin kita memperbanyakkan daya tolak kerana kalau banyak daya tolaknya maka orang akan lari.

Termasuk orang Melayu?

Ya, termasuk. Dah tentu sebab orang Melayu pun tidak mahu Islam yang menolak, daya tolak.

Baru-baru ini ada pandangan daripada penganalisis politik, daripada pensyarah di Universiti menyatakan pergerakan PAS ini sukar dijangka, jadi apa komen Dr mengenai kata-kata ini?

Saya telah komen, sebab saya terbaca dalam facebook, ungkapan daripada seorang pensyarah Universiti, membuat ungkapan itu, saya telah membuat ulasan ketika saya membuat kenyataan di Perhimpunan Tarbawi Pemuda PAS Selangor. Saya katakan gerak kerja PAS, sebab kita, pimpinan kita sekarang ini, pertama sekali pimpinan kita memasang strategi di dalam menghadapi situasi politik ini, dia ada strategi dia, dan berdasarkan kepada strategi itu, untuk mencapai strategi itu, maka dilakukan gerakan, betul tak?

Maka saya kata, parti-parti politik yang memasang strategi dan melancarkan gerak kerja untuk mencapai matlamat strategi itu, strategi itu disusun berdasarkan kepada pemikiran sendiri, dan berdasarkan kepada situasi dan kondisi politik yang ada. Jadi strateginya itu strategi insan, maka mudah dibaca.

Tetapi strategi pimpinan PAS kita pada saya, yang membuat strategi itu, yang menyusun strategi itu ialah pimpinan-pimpinan PAS yang lebih banyak berbincang dan mendapat nasihat pandangan daripada Allah, kerana dia sembahyang tahajud, dia sembahyang istikharah, daripada hasil sembahyang tahajud dan istikharah dipadukan dengan pandangan kepala yang matang, pandangan kepala yang matang itu berdasarkan kepada situasi dan kondisi politik, disusunnya strategi, dan dilakukan gerakan-gerakan untuk mencapai matlamat strategi itu.

Maka orang yang membaca strategi yang disusun oleh manusia, maka mudah dia faham strategi. Tetapi dia tidak mudah memaham strategi PAS kerana PAS itu memasang strategi bukan sahaja pemikiran dia, tetapi bantuan daripada Allah SWT. Sebab pimpinan kita itu akrab dengan Allah, dia sentiasa berdoa kepada Allah senantiasa sembahyang hajat, senantiasa sembahyang istikharah.

Jadi, dia jadi orang yang tidak memahami ini, dia tidak boleh faham strategi PAS. Bila dia tidak boleh faham strategi PAS, maka gerakan PAS itu, dia tidak boleh faham. Semalam PAS bergerak begini, hari ini pula bergerak begini, dia tak boleh faham, kerana gerakan itu hasil daripada strategi yang disusun. Itu kedudukan dia.

Jadi, saya kata, memang orang yang tidak akrab dengan Allah, tak boleh baca strategi itu. Tapi yang orang yang beriman kuat kepada Allah dan memahami situasai politik yang ada, dia mudah faham, bahawa strategi PAS itu adalah strategi yang mempunyai daya tarik lebih, kalau boleh tak ada daya tolak dia, itu dia.

Komen Dr ataupun pandangan Dr mengenai RUU Pindaaan Akta 355 Mahkamah Syariah?

Itu termasuk di dalam ruang lingkup perjuangan PAS, dasar perjuangan PAS, iaitu Islam. Jadi termasuk di dalam Islam itu ada undang-undang, ada hukum, ada tatacara yang dikatakan Islam itu ‘Way Of Life’, ataupun tatacara hidup, ada undang-undang, ada peraturan, ada ini ada syariah. Jadi, untuk melaksanakan syariah itu, untuk melaksanakan hukum dan undang-undang itu mesti ada mahkamah. Maknanya itu alat secara langsung. Kalau mahkamahnya itu tidak sesuai dengan undang-undang dan tatacara Islam ini yang merupakan ‘Way Of Life’ itu, maka dia tidak akan terlaksana undang-undang itu. Maka perlu Mahkamah Syariah itu dimartabatkan didaulatkan, baru dia boleh menjadi wadah kepada perlaksanaan undang-undang dan tatacara syariah.

Jadi, memang PAS tidak akan meninggalkan peningkatan Mahkamah Syariah itu, sebutlah 355 ke, 3 berapa ke, tapi peningkatan martabat Mahkamah Syariah itu adalah dalam lingkungan perjuangan PAS. Kalau PAS membiarkan ataupun menolak itu, maka PAS akan menyeleweng daripada dasar perjuangan dia, sama ada orang terima, lulus atau orang tolak, maka tak lulus, itu persoalan manusia. Pada PAS, dia telah berusaha. Dan yang akan ditanya oleh Allah di dalam mencapai keredaan Allah itu Dia tak kata kamu sudah berjaya ke? Dia kata, kamu sudah usahakan ke?

Dengan sebab itu, saya terus terang saya katakan, kalau pun peningkatan Mahkamah Syariah yang dikatakan 355 itu berjaya, alhamdulillah, kalau tak berjaya pun PAS sudah berjaya dan pimpinan PAS dan ahli PAS sudah berjaya. Dan PAS tidak akan berhenti. Kalau dia berhenti ertinya dia berhenti daripada dasar perjuangan dia.

Dr, sekarang ini pengundi muda, anak muda disebabkan pelbagai masalah korupsi negara, pentadbiran yang pincang, pelbagai penyelewengan, menyebabkan anak cenderung untuk tukar kerajaan hendak pergi ke Putrajaya, tetapi tidak mengutamakan syariat, apa komen Dr?

Semangat pemuda-pemuda itu adalah positif, cumanya mestilah kita pertimbangkan ataupun ada di dalam perhitungan kita, kita nak menangani korupsi, kita nak menangani atau membanteraslah korupsi, nak membanteras salah guna kuasa, nak membanteras segala kemungkaran dan maksiat ini, pada pandangan orang yang bersemangat ini melalui kuasa.

Pada pandangan PAS pula yang maknanya pandangan yang Politik Matang, melaksanakan syariah ataupun mendaulatkan syariah, menguatkuasakan syariah diantaranya bukan sahaja menghapuskan kemungkaran, salah guna kuasa dan rasuah, tetapi membendung berlakunya benda-benda ini.

Jadi, Syariah Islam ini, dia dua hala, membendung daripada yang akan berlaku, tak berlaku, dan mengatasi apa yang telah berlaku supaya terus tak berlaku. Itu dia, syariat Islam kalau kita nak faham, itu dia syariat Islam.

Sekarang ini kita ambil misalan jenayah Hudud, ambil misalan zina, kita pergi Putrajaya, kita berkuasa, semua orang berzina, kita tangkap, kita hukum, adakah hukum yang kita laksanakan itu dapat membendung zina yang akan berlaku akan datang, ataupun gerakkan lagi, tidak akan datang? Jadi, zina akan datang semakin banyak, maka kita di Putrajaya semakin berkuasa, menghukumnya.

Jadi, kerja kita boleh dikatakan gali lubang, tutup lubang, gali lubang tutup lubang, sekarang ini kita nak tutup lubang, tak mahu gali. Macam mana kita nak tutup lubang tak mahu gali lubang? Laksanakan syariah, itu dia perjuangan PAS, perjuangan Islam.

Pandangan Dr mengenai PRU14, macam mana agaknya gambaran PRU14 nanti?

Kita boleh buat gambaran begini, tapi itu pendapat peribadi, elok-elok, PRU14 ini boleh diandaikan dua, berlaku PRU14 dengan dua gabungan parti politik, iaitu gabungan parti politik-parti politik pembangkang, gabungan parti-parti politik yang memerintah sekarang, itu satu.

Dan boleh juga berlaku gabungan parti-parti politik yang memerintah, tapi parti-parti politik pembangkang ini tidak ada gabungan ataupun ada gabungan tidak menyeluruh.

Jadi kalau gabungan tidak menyeluruh, maka besar kemungkinannya sekurang-kurangnya berlaku pertandingan tiga penjuru. Bahkan mungkin boleh empat, boleh lima, boleh enam, boleh tujuh, kalau banyak parti, calon-calon bebas. Tapi sekurang-kurangnya dia akan bertandingan, akan berlaku tiga penjuru. Kalau gabungan dua parti sahaja, gabungan dua parti, maka mungkin juga dia dasarnya bertanding dua penjuru, tetapi mungkin tiga penjuru kalau ada calon bebas, mungkin empat penjuru, mungkin lima penjuru kalau banyak calon bebas.

Tapi kekuatan berada di dua parti sahaja, ketika itu calon bebas ialah masuk kacau daun kata orang, tapi kalau tidak ada gabungan parti pembangkang ini, kalau pun ada gabungan dia tiga, ada dia kecil, tidak menyeluruh, maka berlaku sekurang-kurangnya tiga penjuru, betul tak?

Jadi, kalau dua penjuru sahaja, maka perlawanan amat sengit di antara parti yang berkuasa, gabungan parti yang berkuasa dengan parti pembangkang yang bergabung. Kalau menang, kedua-duanya berpotensi kalah, kedua-duanya berpotensi menang, betul tak? Berpotensi kalah, berpotensi menang, berpotensi berubah kerajaan, berpotensi tak berubah kerajaan, kalau dua penjuru, betul tak?

Kalau tiga penjuru, potensi kerajaan tumbang sangat-sangat-sangat minima la, ya tak? Sangat minima. Dan potensi gabungan parti pembangkang yang tidak menyeluruh itu untuk menang menumbangkan parti pemerintah itu juga sangat minima untuk menang, tapi mungkin dia jadi pembangkang kuat.

Persoalan kita, bagaimana kalau PAS jadi parti yang ketiga, tidak bergabung, dia bersendiri, apa masa depan dia selepas pilihan raya pula, ya tak? Pada saya, dia ada positifnya, dan ada negatifnya. Sebab PAS ini ada pengundi teras, betul tak, pengundi teras PAS ini biasanya pengalaman kalau ada ahli PAS, satu, katakanlah satu kawasan Parlimen ada ahli PAS 1,000, maka kita masuk pilihan raya berseorangan, maka kemungkinan biasanya dia tiga kali ganda pencapaian, ada sokongan luar daripada ahli PAS itu menyebabkan kalau ahli PAS 1,000, kita dapat undi 3,000. Itu biasanya itu, sekurang-kurangnya begitu.

Jadi, bila PAS ada potensi, ada pengundi teras, mungkin boleh kita jangkakan bahawa PAS kalau menang pun menang minima. Menang kecil.

Tetapi di dalam situasi seperti ini, ada kemungkinan orang yang menang kecil itu, dia menjadi kuasa penentu. Ada kemungkinan orang yang menang kecik, dia menjadi kuasa penentu, tunduk kepada kebijaksanaan pimpinan PAS. Kalau pimpinan PAS betul-betul bijaksana berpandukan kepada Allah SWT, maka kemenangan yang kecil itu boleh jadi penentu.

Jadi, kita kembali kepada Quran, PAS sedia bergabung, tetapi Islam ke depan. Jadi parti-parti pembangkang ini kena memahami ini PAS, tak payah pergi pujuk-pujuk PAS, kena memahami, kamu hendak bergabung dengan PAS, mengajak PAS bergabung, kena ingat bahawa PAS tidak akan melepaskan Islam, kalau kamu mahu meletakkan Islam di depan, jom kita bergabung, maka potensi kita menang menumbangkan yang berkuasa dan ada juga potensi untuk kalah, potensi itu 50-50.

Kalau sekiranya parti-parti pembangkang ini baik yang lama pun yang baru tidak bersedia menjadikan Islam itu sebagai ke depan, kedaulatan Islam itu ke depan, maka PAS bersedia menjadi kuasa penentu, masuk pilihan raya untuk menjadi kuasa penentu, itu pada pandangan saya, pandangan pimpinan saya yakin itulah juga pandangan kita ini.

Soalan terakhir, saranan ataupun nasihat Dr supaya PAS terus teguh dalam menghadapi gerakan politiknya dan persediaan memimpin masa depan.

Saya sarankan begini, yang pertama sekali kepimpinan dan ahli-ahli PAS, kita berusaha terus-menerus mempertingkatkan istiqamah kita dalam perjuangan dan mempertingkatkan nilai diri dan nilai gerak kerja kita yang berpandukan kepada hidayah dan takdir Allah.

Jadi kena kita pertingkatkan, bukan sahaja kita pertingkatkan banyak sembahyang, OK, bagus, tetapi kita pertingkatkan daya kita berfikir, daya kita bergerak, daya tarik kita, kita pertingkatkan terus dan pertingkatan ini berdasarkan kepada taufik Allah dan akhlak, akhlak PAS ini perlu dipertingkatkan. Sekarang sudah ada, dan sudah meningkat, kalau dapat dipertingkatkan lagi. Bukan saya kata tak ada tau, dipertingkatkan lagi.

Yang keduanya, semua orang PAS dan pimpinan PAS mestilah senantiasa menghayati apa yang disebutkan konsep berwala', berwala' kepada pimpinan, berwala' kepada konsep perjuangan, berwala' kepada dasar perjuangan, berwala' kepada matlamat perjuangan.

Jadi dua, kita tingkatkan kualiti gerak kerja kita, kualiti diri kita sebagai orang pejuang Islam, dengan akhlak mulia, dengan istiqamah, yang keduanya kita pertingkatkan wala' kita, baru insya-Allah, Allah akan beri.

Jadi, saya tak banyak saya minta pada diri saya, tak banyak, dan mungkin permintaan pada diri saya itu menjadi permintaan juga kepada semua orang PAS, iaitu kita pertingkatkan daya tarik kita, pertingkatkan istiqamah kita melalui akhlak kita, dan pertingkatkan wala' kita kepada kepimpinan, kepada dasar perjuangan itu, kepada matlamat perjuangan, mesti kita berwala'. Apa kata Islam, kita kena ikut. Dua je, tak banyak.

Sumber HD - 3-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Never Shut Door On GE Seat Contests With Opposition

PAS has always been open to co-operate with other Opposition parties to ensure straight fights against Barisan Nasional (BN) in the next general elections, its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said today.

However, he added a caveat, saying negotiations can happen only if the other parties keep their noses out of PAS’ internal affairs.

“PAS has long opened the doors. We have never closed the door.

“But when you enter the door, don’t disturb the house,” he told reporters when met at the Parliament lobby here.

The Marang MP was asked to comment on a statement yesterday by his party’s spiritual adviser Hashim Jasin that PAS is open to negotiations with other Opposition parties to fight their common political enemy, the BN in the 14th general elections due by 2018.

Asked about co-operation with former Pakatan Rakyat partner DAP with which they cut ties last year over disagreements concerning implementing hudud in Kelantan, Hadi emphasised that his party was still willing to negotiate so long as the secular party doesn’t interfere with PAS matters.

“Don’t cause any disturbance in the house,” he reiterated.

PAS has previously said that it will not be part of any grand Opposition coalition if it includes DAP or Parti Amanah Negara (Amanah), founded by former PAS rebels.

PAS had formed its own coalition last August with Parti Ikatan Bangsa Malaysia, formally known as Gagasan Sejahtera, but said it would still be open to co-operation with Pakatan Harapan comprising DAP, Amanah and PKR.
– themalaymailonline

Sumber BO - 2-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu lawan satu: Pas alu-alukan perbincangan Dengan Syarat Jangan Kacau Rumah Kami
Posted on Wednesday, November 02 @ 15:51:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32198















KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan parti itu mengalu-alukan perbincangan antara parti- parti pembangkang bagi mewujudkan  pertembungan satu lawan satu menentang BN dalam PRU14 akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang ketika ditemui di lobi parlimen berkata, pihaknya sudah lama membuka 'pintu' parti itu.

"Kita sudah lama buka pintu.

"Cuma apabila masuk, jangan buat kacau dalam rumah kami," katanya ringkas ketika diminta mengulas  mengenai kesediaan Pas berbincang dengan DAP.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dilaporkan parti bersetuju dengan strategi  satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang lain untuk pilihan raya depan.


  Katanya, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan parti pembangkang.

Sumber TKO - 2-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































































































Formula Musyidul Am satu lawan satu

SUBKY LATIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43060-formula-musyidul-am-satu-lawan-satu


BEBERAPA hari lalu Mursyidul Am PAS, TG Hashim Jasin telah memberi pencerahan kepada umat Islam jika mahu amalan masing-masing diterima Allah, gunalah cara hidup Islam.
   
Dalam pencerahan terbarunya kepada parti-parti politik yang menyeru kepada satu lawan satu dan penyatuan sesama umah mesti mengikut formula agama Allah.
   
Syaratnya halalkan apa yang al-Quran halal dan haramkan apa yang Islam haramkan mengikut kaedah yang ditentukan mengikut hak-hak bagi orang Islam dan hak-hak bagi bukan Islam.
   
Jika penghormatan itu dapat dihormati, maka pintu kerjasama semula dengan DAP terbuka.
   
Nescaya berulanglah semula dalam PRU14 nanti seperti yang berlaku dalam PRU13 iaitu satu lawan satu. Jika ia tidak diterima, maka jawabnya ialah satu lawan empat.
   
Demikian juga dengan dakwaan Umno yang siang malam hendak sangat bersatu dengan PAS, Jika formula itu diterima, maka terbuka penyatuan antara keduanya.
   
Pencerahan politik yang disaran oleh Mursyidul Am itu membuka peluang baru bagi kerjasama politik antara PAS dengan DAP dan antara PAS dengan Umno.
    
Sebelum ini pintu untuk bersama semula dengan DAP bukan sekadar tertutup, bahkan terkunci. Dengan formula TG Hashim Jasin itu, pintu tertutup juga tapi tidak berkunci. Daun pintu boleh dibuka bila-bila masa.
    
Pembatalan tahaluf ada rugi bagi PAS dan ada ruginya bagi DAP dan Pakatan. Rugi PAS tidak sebanyak untungnya. Orang mungkin tidak nampak untungnya tetapi ia dijamin Allah. Hanya yang beriman yakin dan nampak akan janji keuntungan itu. Tetapi bagi DAP dan Pakatan ruginya lebih banyak dari untung.
   
Ruginya bukan sekadar dapat menguasai Putrajaya dalam PRU14, bahkan selama-lama tiada harapan berperanan dalam pentadbiran Putrajaya.
   
Hak bukan Islam tidak terganggu jika formula itu diikut. Jaminan itu sudah ada sejak hijrah Rasulullah dulu dan ia telah dibuktikan sepanjang pimpinan baginda di Madinah. Tentang parti  Mat Sabu belum ada pencerahan. Parti itu adapun justeru hendak mengelakkan pertandingan banyak penjuru dalam PRU.
   
Jika formula satu lawan satu diterima keperluan partinya tidak ada lagi. Masakan ia jadi calon ketiga?
   
Mungkin parti pembangkang tidak sempat berbincang ketika Parlimen bersidang yang antara kemungkinannya RUU355 dibentangkan.
   
Bagi memupuk perpaduan pembangkang supaya satu lawan satu dapat diadakan. Maka RUU355 boleh dijadikan jambatan bagi pelaksanaan satu lawan satu itu. PAS bukan saja mengharapkan sokongan MP Islam dari PKR, DAP dan Bersatu, bahkan PAS mahukan semua MP pembangkang menyokongnya.
   
PKR sudah mengumumkan menyokongnya. Jika DAP belum masa untuk menyokongnya, sekurang-kuangnya ia berkecuali.
   
Setelah mendapat isyarat baru dari Mursyidul Am itu, semua pembangkang wajar menimbangkan formulanya. Formula beliaulah yang memberi banyak harapan dibanding dengan lain-lain harapan politik.
   
Bagaimana kalau formula itu diterima sekali gus oleh Umno dan pembangkang? Apa pilihan PAS? Justeru pencerahan Mursyidul Am itu ada mengikut saranan al-Quran, maka PAS boleh memimpin perbincangan denan kedua-duanya yang matlamatnya bagi mendapat mardhatilah hingga ke akhirat, bahkan kita dapat mencapai cita-cita 1Malaysia yang sebenarnya menjadikan Malaysia negara bersih rasuah.
   
Jika ia belum terima kita hadapi satu lawan lima atau lima-lima berlawan. Tetapi jika kelima-limanya dapat bergenggam mengikut formula Mursyidul Am nescaya ia jadi buku lima yang sakti. - HARAKAHDAILY 2/11/2016

Sumber HD - 2-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas setuju strategi satu lawan satu
Posted on Tuesday, November 01 @ 07:52:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32181



YAN – Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.
Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.

“Pas sentiasa membuka pintu untuk mana-mana parti bersama kita, tapi dengan syarat kita bersatu atas dasar agama ALLAH. Sebab dulu kita tak buat atas dasar itu, jadilah apa berlaku sekarang (bubar PR).

 “Pengalaman memaksa kita meletakkan syarat dan ini mesti kita lakukan. Kalau mereka setuju, DAP pun boleh bersama. Seeloknya satu lawan satu, tapi kalau dah tak boleh jadi satu lawan satu, kita terpaksa empat lawan satu,” katanya ketika ditemui pada majlis minum petang bersama Mursyidul Am di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, kelmarin.

 Beliau turut menyeru kepada parti-parti politik dan semua pemimpin dalam negara supaya jangan pinggirkan tuntutan al-Quran.

 “Pas Islam, Umno Islam, PKR pun kebanyakan Islam dan DAP pun ada orang Islam. Dalam erti kata lain kebanyakannya Islam. Sekarang al-Quran kata berpegang teguh dengan agama ALLAH.

 “Kalau nak bersatu memang bagi pihak Pas pintu sentiasa terbuka pagi dan petang, tapi bersatu itu mestilah berdasarkan kepada agama ALLAH. Tak usah cari yang lain sebab tak akan berjaya,” katanya.

 Menurutnya, parti Islam itu mempunyai banyak pengalaman sejak 65 tahun penubuhannya yang pernah menjalinkan kerjasama politik dengan BN dan PR.

 “Mari kita bersatu berdasarkan al-Quran. Bukan saya tak buka peluang, saya buka kepada DAP pun boleh bersama kita kerana Nabi pun pernah buat tahaluf selepas perjanjian Hudaibiyah. Antara syarat itu mereka tak boleh berperang dengan Nabi Muhammad selama 10 tahun.

 “Ini perjanjiannya dan kalau ada antara mana-mana kabilah yang hendak bersama berlindung di bawah Nabi Muhammad untuk kerajaan Islam pun boleh. Kenapa kita nak tolak DAP? Mari, hukumnya boleh bertahaluf dengan syarat jangan ganggu al-Quran itu. Kamu dengan agama kamu, aku tak ganggu dan jangan kamu mengganggu agama kami,” katanya.

 Bagaimanapun katanya, sekiranya ada campur tangan yang bersabit dengan akidah oleh pihak luar, maka Pas tidak boleh menerimanya.

 “Orang Islam wajib pegang kepada janji, kita tak boleh mungkir. Orang lain juga boleh bersama Pas, Umno pun kita buka tapi dengan syarat Islam mesti memimpin sebab kita dah bagi orang lain pimpin kita, tak sampai ke mana.

 “Kita bersama dengan parti-parti dahulu, kita bertahaluf dan pernah masuk BN. Kita dah duduk dalam PR, semua itu mereka di depan (dominan) dan tak akan sampai kepada matlamat (Pas),” katanya.

 Sementara itu, beliau berkata apa dilakukan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu memimpin negeri itu contoh terbaik melaksanakan apa yang disarankan oleh al-Quran.

“Saya bagi contoh, Allahyarham membuat arahan supaya semua duit kerajaan negeri yang berada dalam simpanan bank-bank riba dipindahkan kepada bank Islam. Apabila arahan itu dibuat, marah habis pengurus-pengurus bank dengan alasan mereka tak boleh berniaga dengan dasar kerajaan negeri.

 “Allahyarham kata itu bukan tugas saya nak berniaga atau tidak, kerja saya apa yang tuhan suruh semampu boleh saya buat. Sekarang saya ada kuasa, wang kerajaan negeri dimasukkan ke dalam bank Islam,” katanya.

 Menurutnya, tidak lama kemudian banyak kaunter bank berteraskan Islam dibuka di Kelantan.


   “Kenapa Tok Guru ini keras kepala ka? Sebenarnya ada 10 perkara besar lagi yang dibuat di Kelantan. Kita sedia dimarahi manusia, tapi tak bersedia dimarahi ALLAH,” katanya.

Sumber TKO - 1-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































































































































Islam mesti memimpin

HARAKAHDAILY | .


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42992-islam-mesti-memimpin

“ISLAM itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.” Itulah pesan Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Daruquthni dan Baihaqi. Amat jelas sekali Rasulullah SAW meletakkan Islam sebagai agama Allah SWT mengatasi semua sistem dan cara hidup yang lain dari Islam.

Bahkan Allah SWT telah menegaskan kepada kita dalam al-Quran bahawa Islam adalah satu-satunya cara hidup yang diterima di sisi Allah. Memilih cara hidup selain dari Islam akan menyebabkan seluruh amal kita tidak diterima oleh Allah SWT. Demikian itulah tingginya Islam.

Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS semenjak ia ditubuhkan pada 1951 untuk melanjutkan perjuangan Rasulullah SAW, telah meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya. PAS mempertahankan Islam sebagai dasarnya yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah kerana ia adalah cara hidup yang tertinggi untuk manusia.

Setelah lebih 60 tahun di pentas perjuangan, PAS terus istiqamah mengajak umat Islam di negara ini untuk terus berpegang dengan Islam. Apa yang penting bagi PAS sekarang adalah untuk memainkan peranan bagi membawa dan memimpin manusia mengikuti al-Quran dalam hidup mereka.

Alhamdulillah, Kerajaan PAS Kelantan sejak zaman Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (1990-2013) telah memulakan perubahan dengan menjadikan Islam sebagai dasar hidup. Kelantan telah haramkan judi dan riba, perkenalkan undang-undang syariah, hapuskan rasuah dan lain-lain. Kenapa Menteri Besar negeri lain yang juga beragama Islam, tapi mereka tidak ikut apa yang diperintah oleh Allah?

Kita sebenarnya mahu tunjukkan contoh bagaimana Islam memimpin. Kita tahu, beberapa langkah yang telah kita mulakan di Kelantan telah diikuti oleh Kerajaan Pusat dan juga beberapa buah negeri. Inilah satu bukti bahawa Islam boleh memimpin. Dulu ramai orang tidak yakin dengan sistem kewangan Islam, walaupun Bank Islam sudah ada sejak 1983.

Apabila Kelantan tidak membenarkan perbankan riba beroperasi di sana, sistem perbankan syariah terpaksa diperkenalkan pada 1994 dan hari ini ia telah berkembang pesat dengan orang bukan Islam menjadi pelanggan utama. Ertinya Islam boleh diterima oleh orang bukan Islam, termasuk memimpin sistem kewangan mereka.

Dalam masalah politik, PAS pernah memimpin Gerak pada 1998, dan semua orang mengakui kepemimpinan Islam sehingga al-Marhum Ustaz Datuk Fadzil Mohd Noor begitu dihormati. Malangnya, DAP telah menolak Negara Islam yang dibawa oleh PAS pada 2001 sehingga ia terkeluar dari Barisan Alternatif (BA). Dan model Pakatan Rakyat (PR) yang tidak dipimpin oleh Islam juga telah gagal bertahan.

Kerjasama politik atau tahaluf siyasi mesti dibina berdasarkan Islam, dipimpin oleh Islam dan mesti menerima Islam sebagai pemimpin. Kerjasama politik mestilah berasaskan ‘hablullah’ (tali Allah) yakni Islam. Sekiranya mana-mana pihak tidak mahu terima Islam, ia tidak boleh bekerjasama dengan PAS. Cukuplah PR menjadi pelajaran untuk kita!

Hari ini pun, para ulamak masih cenderung membincangkan isu-isu khilafiyah yang tidak berkesudahan. Yang tidak boleh berselisih hanya dalam perkara ijmak. Mengapa dibesarkan perkara boleh berselisih? Bukankah kita bersepakat bahawa syariat wajib ditegakkan? Hentikanlah isu khilafiyah, dan marilah kita mendukung usaha meminda Akta 355 atas nama Islam. Kita diperintah berpegang dengan tali Allah.

Saya sangat sedih dengan perkembangan umat Islam hari ini. Nah! Lihat sahaja apa yang berlaku di Syria. Pemimpin Syiah berperang dengan rakyat Sunni sudah lebih lima tahun dan setengah juta orang telah terkorban. Di tangan masing-masing ada al-Quran, tetapi tidak mahu mengikuti perintah Allah. Al-Quran memerintahkan supaya kembali Allah dan Rasul dalam semua perselisihan, tetapi ia tidak berlaku. Akhirnya, Amerika dan Russia yang mengaturkan pelan damai mereka. Sungguh memalukan!

PAS perlu memainkan peranan dalam keadaan seperti ini. Walaupun kita kecil, tetapi dengan Islam kita boleh memimpin dan menyelesaikan semua masalah. Sebelum ini sudah banyak pihak yang memimpin pembangkang, tetapi gagal. Sekarang inilah masanya, PAS dengan Islam memimpin pembangkang. Siapa yang mahu kepada perubahan datang kepada PAS dan terimalah Islam sebagai pemimpinnya, pasti kita akan berjaya. Sesiapa yang tidak mahu dipimpin oleh Islam, silalah mencari haluan sendiri tanpa PAS.

Islam sebagai cara hidup yang suci telah membuktikan keupayaannya memimpin sehingga dapat mengubah masyarakat Arab Jahiliyyah menjadi ‘khair ummah.’ Kemudian Islam memimpin dunia menerajui perubahan sehingga dunia menjadi begitu maju dan moden hari ini. Tinggal lagi keyakinan umat Islam untuk mengembalikan kepemimpinan kepada Islam. Serahkan kepada Islam untuk memimpin, pasti kita akan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Sumber HD - 27-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Usul tidak ada kaitan dengan bukan Islam’ - Hadi
Posted on Wednesday, October 26 @ 20:16:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32146



KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kesal apabila Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dihentam dan dikritik pelbagai pihak terutama bukan Islam.
Menurut Abdul Hadi ketika menyampaikan ucap bahas mengenai RUU tersebut di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini, semua pihak sepatutnya menerima perkara termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

Difahamkan, perkara itu termasuk Jadual 9 yang berkait dengan urusan agama Islam di peringkat negeri adalah undang-undang membabitkan penganut agama Islam sahaja.

"Usul yang saya mahu bangkitkan adalah berkenaan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan penganut Islam, tiada kaitan dengan bukan Islam.

"Apabila saya bangkitkan usul ini, mengapa timbul salah faham antara satu sama lain. Kita mahu perkara berkaitan penganut Islam diberi kepada orang Islam, sama ada di peringkat kerajaan atau pembangkang.

"Tidak sepatutnya timbul isu yang boleh menyebabkan ketegangan, malah media juga boleh berperanan dengan baik dan sihat untuk melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu," katanya ketika membahaskan RUU itu di sini, hari ini.

Sumber TKO - 26-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































































































RUU355: Tidak salah berunding dengan kerajaan pusat - Abdul Hadi
Posted on Wednesday, October 26 @ 19:40:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32145



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tidak menjadi kesalahan untuk berunding dengan mana-mana pihak termasuk dengan kerajaan persekutuan berhubung perbentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355).

"Oleh kerana perkara ini (RUU 355) berkait dengan kepentingan bersama orang Islam, tidak menjadi kesalahan rundingan diadakan sama ada di peringkat politik, peringkat kerajaan dan pegawai.

"Sekiranya hal yang berkaitan seperti hal lebuh raya dan hal jambatan kedua Pulau Pinang boleh berunding (kerajaan) negeri dengan pusat, adakah salah kami berunding dengan kerajaan pusat?" katanya menjawab celahan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chong sebelum itu mempersoalkan kemungkinan Abdul Hadi diperalatkan kerajaan pusat dalam membolehkan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Dewan Rakyat.
Pada 26 Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul rang undang-undang berkenaan yang antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang turut melahirkan rasa dukacita apabila rang undang-undang itu mendapat maklum balas negatif termasuk daripada bukan Islam.

Jelasnya ia melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan penganut Islam dan tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam.

-- BERNAMA

Sumber TKO - 26-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pertemuan antara Dr Rozaimi dengan pemimpin PAS

WAN ROHIMI WAN DAUD | .













http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42984-pertemuan-antara-dr-rozaimi-dengan-pemimpin-pas

Suatu pertemuan santai antara Dr Rozaimi, YB Dr Juanda dan rakan-rakannya seramai 7 atau 8 orang bersama 3 orang pimpinan PAS iaitu YB Datuk Takiyudin Hassan, YB Ustaz Nasrudin Hassan dan YB Datuk Dr Khairudin Aman Razali telah berlangsung di Hotel Seri Pacific, 25 Oktober 2016 jam 5.00 petang. Pertemuan berlangsung dalam keadaan baik, mesra dan harmonis. Saya turut dijemput hadir sebagai pemerhati.

Konteks pertemuan adalah berkisar kepada isu yang tercetus daripada video ucapan Dr Rozaimi yang dilaporkan mendapat kritikan ramai apabila beliau bercakap mengenai isu RUU 355.

Dialog pertemuan itu lebih menjelaskan mengenai kenapa dan bagaimana PAS membawa RUU 355 ke Parlimen. Apakah langkah yang diambil oleh PAS dan apakah sikap PAS terhadap pihak yang tidak bersetuju.

Segalanya dijelaskan dengan baik dan terang oleh YB Datuk Takiyudin selaku Setiausaha Agung PAS dan YB Datuk Dr Khairudin At Takiri mengenai isu RUU 355. Beliau menjawab dengan tegas bahawa pendirian PAS yang sentiasa diulang-ulang bahawa PAS tidak menghukum, tetapi menerangkan hukum. PAS tidak pernah mengkafirkan sesiapa bahkan bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli atau pimpinan yang mengkafirkan muslim yang lain.

Dalam perbincangan yang melewati isu Hudud, YB Khairudin turut mengingatkan sekalian yang hadir bahawa Hudud itu milik Allah, Hak Allah! Sikap dan prinsip PAS bahawa setakat yang mampu dalam kerangka undang-undang yang sedia ada, memberikan hak Allah dengan cara berusaha melaksanakan syariat dan hukum Allah adalah WAJIB.

Berusaha ke arahnya adalah WAJIB. Menyokongnya adalah juga WAJIB bagi orang Islam.

Ini sikap PAS. Namun PAS tidak menghukum terhadap sesiapa jua yang mempunyai pandangan, ijtihad yang berbeza!

Satu persoalan menarik yang dilontarkan YB Khairudin bahawa "Jika Hudud itu Hak Allah, maka bukankah memberikan Hak Allah dengan berusaha melaksanakan perintah dan Hukum Allah adalah WAJIB bagi ummat Islam? Dalam kerangka undang-undang sedia ada, bukankah ia adalah wajib diusahakan? Sekurang-kurangnya bagi 3 kesalahan yang boleh dihukum dengan pindaan Akta 355". Semua terkesima dengan soalan ini!

Sehingga ke hujung pertemuan, Dr Rozaimi tetap dengan pendirian tidak bersetuju dengan RUU 355. Satu-satunya alasan Dr Rozaimi ialah kerana katanya "tiada keadilan apabila dalam kes yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam (zina sebagai contoh) hanya orang Islam yang dihukum sedangkan bukan Islam terlepas". Dr Rozaimi menyandarkan pendapatnya kepada mazhab Syafie bahawa tidak boleh dikecualikan Islam dan bukan Islam. Katanya ia tiada keadilan dan tidak dilihat adil.

Hujahan ini kemudiannya disambut oleh YB Khairudin, yang meminta Dr Rozaimi melihat konteks perlembagaan. Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 2 Akta 355 sedia ada, secara jelas memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa ke atas orang Islam sahaja. Apa yang dicadangkan oleh Dr Rozaimi perlu melibatkan pindaan Perlembagaan atau Usul yang lain di bawah Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan. Ringkasnya RUU 355 tiada kaitan dengan perluasan bidangkuasa ke atas orang bukan Islam.

YB Khairudin juga menjawab khilaf mazhab berkaitan pemakaian Hudud ke atas orang bukan Islam, dengan menegaskam bahawa dalam keadaan wujudnya khilaf, maka pemerintah berhak menjadi kuasa pemutus lantas mengambil proses untuk mentaqninkan pendapat mazhab yang dipilih.

YB Ustaz Nasrudin pula di penghujung pertemuan selama sekitar sejam setengah itu telah menegaskan prinsip dan pendekatan yang diambil oleh PAS. Apa yang boleh saya rumuskan adalah berkaitan 2 perkara berikut:

(a) PAS berusaha untuk meyakinkan Ahli Parlimen supaya menyokong usul pindaan Akta 355 dan juga kepada orang ramai supaya memahami isu pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang ini. Bagi pihak PAS ia satu kewajipan dan satu tanggungjawab syarie yang perlu dan wajib diperjuangkan demi meletakkan syariat Islam dapat dilaksanakan semampu yang boleh.

(b) Namun kepada mereka yang menolaknya, maka PAS mengambil sikap untuk terus memberi penerangan dan berusaha meyakinkan mereka betapa usaha meminda Akta 355 ini wajib disokong tanpa mengambil pendekatan menjatuhkan hukum kafir dan sebagainya kepada mereka yang masih belum bersetuju. Pendekatan PAS ialah menerang dan berdakwah bukan menyerang dan menghukum. - HARAKAHDAILY 26/10/2016

Penulis ialah Pengarah Juham Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 26-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Berita Sedih Untuk Kaki Fitnah: PAS lantik peguam UK saman Sarawak Report
Posted on Tuesday, October 25 @ 19:47:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32128



PETALING JAYA: PAS melantik seorang peguam di United Kingdom bagi memulakan saman terhadap Sarawak Report kerana mendakwa kepemimpinan parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata peguam itu dilantik bulan lepas dan sedang menyediakan segala dokumen undang-undang.

“Kami akan menghantar surat tuntutan kepada editor Sarawak Report terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan diambil,” katanya kepada FMT.

Sebelum membuat keputusan memfailkan saman, pihak yang terkilan akan menghantar notis kepada penerbit bagi mendapatkan penarikan balik kenyataan fitnah, permohonan maaf dan pampasan kewangan, jika gagal saman akan difailkan di mahkamah.


Takiyuddin berkata, PAS akan menghantar seorang peguam dari Malaysia untuk berhubung dengan peguam di UK apabila proses undang-undang bermula.

Sarawak Report mendakwa dalam satu artikel pada 6 Ogos yang sejumlah RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin atasan PAS.

Transaksi wang itu katanya, adalah salah satu percubaan Najib untuk “menarik” kepimpinan PAS supaya menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Dakwaan itu dikritik para pemimpin PAS, termasuk timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan di atas laporan berniat jahat bagi mencemarkan reputasi parti itu serta dasar Islamnya.

Sumber TKO - 25-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS mengetuai perubahan, bukan sekadar pemikiran pembangkang!
Posted on Tuesday, October 25 @ 13:24:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32123


Assalamualaikum,,  TGHH bijak dan berwawasan serta kepada sesiapa yang sedar, sentiasa meminta petunjuk ALLAH dalam bertindak dan bercakap.Sambil orang orang yang mengutuk dan menghina TGHH boleh digolongkan dalam manusia yang bodoh, bebal serta tak boleh diajar.Sebabnya mereka tetap tidak mahu melihat  kesan kesan yang mula kelihatan hasil dari kerja keras TGHH mencari penyelesaian.

Mereka tetap bersama sama golongan manusia yang mahu diubah TGHH menyebarkan fitnah malah dalam sesetengah kes, fitnah kepada TGHH lebih cepat tersebar dari tindakan TGHH sendiri.Mereka tak mahu dengar kenyataan TGHH bahawa pengalaman Arab Spring membawa terhasilnya politik matang tetapi bodohnya mereka masih menuduh Amanat Hadi sebagai tanda TGHH seorang yang flip flop dan tak mahu mengakui bahawa zaman yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza.

Abdul Rahman Malik secara sedar telah menyatakan kini giliran PAS untuk mengetuai pemikiran pembangkang.Beliau sebagai penulis yang mengikuti perkembangkan PAS dan hanya bersandar kepada fakta fakta yang berlaku sudah dapat melihat kesan dari perubahan yang telah dimulakan oleh TGHH.Dari blok ketiga sehinggalah kepada peristiwa tidak keluar Dewan ketika pembentangan bajet,beliau dan ramai lagi mula menyedari bahawa PAS sedang melakukan perubahan.kalau tahun lalu perbahasan bajet dituduh Pembangkang sebagai perbahasan untuk menyokong Najib, hari ini suara suara sedemikian turut kedengaran kerana PAS enggan keluar dewan tetapi kemudiannya mula disedari ramai apa yang dimaksudkan dengan poilitik matang.

Walaupun kedengaran juga suara memperlekeh TGHH terlebih lagi didakwa  TV3 menyiarkan temuramah dengan TGHH yang menyatakan hubungan PAS dengan kerajaan seperti bapa dengan anak(kesahihan lapurannya saya tak pasti) sebagai pengesahkan adanya kerjasama antara PAS dan UMNO(yang didesak akar umbi ialah MOU untuk PRU 14).Mereka membuat kesimpulan  PAS akan berkerjasama dengan UMNO walaupun selama ini setiap kesimpulan sebegitu tidak pernah berlaku, sah ini tindakan orang bodoh yang tak boleh diajar menerima kenyataan.

Kenyataannya, UMNO yang menjadi sebahagian target TGHH untuk diubah masih melakukan kerja lama mereka apabila TV3 dan Utusan Malaysia sebagai media propanganda mereka masih mengubah suai kenyataan TGHH di Parlimen untuk mengatakan TGHH setuju dengan GST.Apa lagi melompat sambil melalakkan macai macai pembangkang yang lain menuduh TGHH mahu tidur sebantal dengan Najib.Ngok habis si macai, kerana tak mahu siasat berita itu benar atau tidak.

Kini ternyata dan semakin jelas TGHH tidak mahu bersama UMNO tetapi mahu megubahnya untuk menjadi kerajaan yang prihatin(kalau mereka masih memerintah) dan sekaligus menyampaikan mesej kepada mana mana parti pembangkang agar menjadi kerajaan yang benar benar prihatin, bukan nak jadi kerajaan prihatin kalau  mendapat kuasa tetapi kemudiannya bertukar kepada kerajaan yang lebih rakus dari UMNO.Ini untuk sesiapa yang nak jadi kerajaan sambil dalam masa yang sama TGHH mahukan pembangkang yang ada turut memainkan peranan menjadi pembangkang yang produktif yang turut sama mempengaruhi dasar dasar kerajaan.

Di sinilah letaknya kenapa saya kata PAS bukan sahaja menerajui pemikiran pembangkang malah sedang menerajui satu perubahan kepada sistem kerajaan pembangkang yang lebih baik berpaksikan politik matang, dan rasanya itulah maksudnya hubungan antara anak dan ayah yang boleh berbincang dan menerima serta menghormati satu sama lain.


Orang orang yang melihat secara songsang tindakan yang diambil TGHH adalah orang orang yang BODOH yang tak boleh diAJAR!

Sumber TKO - 25-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































































































































































































Pembangkang yang menasihat

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42960-pembangkang-yang-menasihat

Pembangkang Yang Menasihat
Membudayakan Politik Matang Dan Sejahtera

Al-Quran menjadi perlembagaan hidup dan Rasulullah ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ. merupakan ikutan cara beramal mengikut petunjuk Allah dan bagaimana cara pelaksanaan Al-Quran yang mulia.

Risalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) wajib dihayati semuanya berasaskan kepada dasar tertinggi dalam Perlembagaan PAS termasuk pendekatan selaku pembangkang sehinggalah menjadi kerajaan berkonsepkan dakwah dan mengajak seluruh manusia kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah sahaja yang membawa rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua.

Allah berfirman:

Ł±ŲÆۡŲ¹ُ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ Ų±َŲØِّŁƒَ ŲØِŁ±Ł„ۡŲ­ِŁƒۡŁ…َŲ©ِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŁ…َŁˆۡŲ¹ِŲøَŲ©ِ Ł±Ł„ۡŲ­َŲ³َŁ†َŲ©ِۖ ŁˆَŲ¬َٰŲÆِŁ„ۡŁ‡ُŁ… ŲØِŁ±Ł„َّŲŖِŁŠ Ł‡ِŁŠَ Ų£َŲ­ۡŲ³َŁ†ُۚ Ų„ِŁ†َّ Ų±َŲØَّŁƒَ Ł‡ُŁˆَ Ų£َŲ¹ۡŁ„َŁ…ُ ŲØِŁ…َŁ† Ų¶َŁ„َّ Ų¹َŁ† Ų³َŲØِŁŠŁ„ِŁ‡ِŪ¦ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ų£َŲ¹ۡŁ„َŁ…ُ ŲØِŁ±Ł„ۡŁ…ُŁ‡ۡŲŖَŲÆِŁŠŁ†َ (Ų³ŁˆŲ±Ų© Ų§Ł„Ł†Ų­Ł„: 125)

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah An-Nahl: 125)

Apabila Khalifah Al-Maamun yang telah memesongkan aqidah umat Islam kerana ketelanjurannya menterjemahkan karya falsafah asing ke dalam bahasa Arab, sehingga mempengaruhi umat ke dalam mazhab aqidah yang sesat, seorang ulama menasihatinya dengan bahasa yang keras, lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Allah memerintah Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S., orang yang lebih baik daripada kamu supaya memberi nasihat kepada orang yang lebih zalim dan lebih jahat daripada aku iaitu Fira’un dengan adab dan bahasa yang lebih baik.”

Lalu membaca firman Allah mengesahkan kisah zaman terdahulu:

 Ł±Ų°ۡŁ‡َŲØَŲ§ٓ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ ŁِŲ±ۡŲ¹َŁˆۡŁ†َ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُŪ„ Ų·َŲŗَŁ‰ (43) ŁَŁ‚ُŁˆŁ„َŲ§ Ł„َŁ‡ُŪ„ Ł‚َŁˆۡŁ„ٗŲ§ Ł„َّŁŠِّŁ†ٗŲ§ Ł„َّŲ¹َŁ„َّŁ‡ُŪ„ ŁŠَŲŖَŲ°َŁƒَّŲ±ُ Ų£َŁˆۡ ŁŠَŲ®ۡŲ“َŁ‰ٰ (44) Ų³ŁˆŲ±Ų© Ų·Ł‡

“Pergilah kamu berdua (wahai Musa dan Harun) kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas (paling melampau zalimnya). Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut.” (Surah Taha: 43 - 44)

Allah juga menceritakan kisah Lukmanul Hakim iaitu seorang hamba Allah yang soleh sehingga dinamakan surah dalam Al-Quran, ketika beliau menasihati anaknya supaya berakhlak mulia dalam semua perkara, termasuk dalam perkara mencegah kemungkaran:

ŁˆَŁ±Ł‚ۡŲµِŲÆۡ ŁِŁŠ Ł…َŲ“ۡŁŠِŁƒَ ŁˆَŁ±ŲŗۡŲ¶ُŲ¶ۡ Ł…ِŁ† ŲµَŁˆۡŲŖِŁƒَۚ Ų„ِŁ†َّ Ų£َŁ†ŁƒَŲ±َ Ł±Ł„ۡŲ£َŲµۡŁˆَٰŲŖِ Ł„َŲµَŁˆۡŲŖُ Ł±Ł„ۡŲ­َŁ…ِŁŠŲ±ِ (Ų³ŁˆŲ±Ų© Ł„Ł‚Ł…Ų§Ł†:Ł”Ł© )


“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (Surah Lukman: 19)

Dalam tindak tanduk kelakuan dan amalan manusia; makhluk yang wajib ada kelemahannya pasti bercampur aduk di antara benar dan salah, baik dan buruk, adil dan zalim. Rasulullah ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ menerima kebaikan semua pihak dan menolak keburukan semua pihak walaupun oleh musuhnya. Di sini memerlukan amalan nasihat dan kritikan berpandukan konsep petunjuk Allah sebagaimana yang disebut di atas.

Apabila melaksanakan dengan cara yang betul boleh melembutkan dan menginsafkan pihak yang dinasihati apabila melihat dua wajah berbeza dan dilakukan perbandingan di antara benar dan salah, baik dan buruk. Firman Allah:

ŁˆَŁ…َŁ†ۡ Ų£َŲ­ۡŲ³َŁ†ُ Ł‚َŁˆۡŁ„ٗŲ§ Ł…ِّŁ…َّŁ† ŲÆَŲ¹َŲ§ٓ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŲ¹َŁ…ِŁ„َ ŲµَٰŁ„ِŲ­ٗŲ§ ŁˆَŁ‚َŲ§Ł„َ Ų„ِŁ†َّŁ†ِŁŠ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„ۡŁ…ُŲ³ۡŁ„ِŁ…ِŁŠŁ†َ (33)  ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ³ۡŲŖَŁˆِŁŠ Ł±Ł„ۡŲ­َŲ³َŁ†َŲ©ُ ŁˆَŁ„َŲ§ Ł±Ł„Ų³َّŁŠِّŲ¦َŲ©ُۚ Ł±ŲÆۡŁَŲ¹ۡ ŲØِŁ±Ł„َّŲŖِŁŠ Ł‡ِŁŠَ Ų£َŲ­ۡŲ³َŁ†ُ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠ ŲØَŁŠۡŁ†َŁƒَ ŁˆَŲØَŁŠۡŁ†َŁ‡ُŪ„ Ų¹َŲÆَٰŁˆَŲ©ٞ ŁƒَŲ£َŁ†َّŁ‡ُŪ„ ŁˆَŁ„ِŁŠٌّ Ų­َŁ…ِŁŠŁ…ٞ  (34) ŁˆَŁ…َŲ§ ŁŠُŁ„َŁ‚َّŁ‰ٰŁ‡َŲ§ٓ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŲµَŲØَŲ±ُŁˆŲ§ْ ŁˆَŁ…َŲ§ ŁŠُŁ„َŁ‚َّŁ‰ٰŁ‡َŲ§ٓ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų°ُŁˆ Ų­َŲøٍّ Ų¹َŲøِŁŠŁ…ٖ (35) Ų³ŁˆŲ±Ų© ŁŲµŁ„ŲŖ.
“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”

“Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.” (Surah Fussilat: 33-35)

Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Al-Nu’man bin Basyir R.A. bahawa Rasulullah ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ telah bersabda:

Ł…Ų«Ł„ Ų§Ł„Ł‚Ų§Ų¦Ł… ŁŁŠ Ų­ŲÆŁˆŲÆ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŲ§Ł„ŁˆŲ§Ł‚Ų¹ ŁŁŠŁ‡Ų§ ŁƒŁ…Ų«Ł„ Ł‚ŁˆŁ… Ų§Ų³ŲŖŁ‡Ł…ŁˆŲ§ Ų¹Ł„Ł‰ Ų³ŁŁŠŁ†Ų© ŁŲµŲ§Ų± ŲØŲ¹Ų¶Ł‡Ł… Ų£Ų¹Ł„Ų§Ł‡Ų§ ŁˆŲØŲ¹Ų¶Ł‡Ł… Ų£Ų³ŁŁ„Ł‡Ų§ ، ŁŁƒŲ§Ł† Ų§Ł„Ų°ŁŠŁ† ŁŁŠ Ų£Ų³ŁŁ„Ł‡Ų§ Ų„Ų°Ų§Ų§Ų³ŲŖŁ‚ŁˆŲ§ Ł…Ł† Ų§Ł„Ł…Ų§Ų” Ł…Ų±ŁˆŲ§ Ų¹Ł„Ł‰ Ł…Ł† ŁŁˆŁ‚Ł‡Ł… ، ŁŁ‚Ų§Ł„ŁˆŲ§ : Ł„Łˆ Ų£Ł†Ų§ Ų®Ų±Ł‚Ł†Ų§ ŁŁŠŁ†ŲµŁŠŲØŁ†Ų§ Ų®Ų±Ł‚Ų§ ŁˆŁ„Ł… Ł†Ų¤Ų° Ł…Ł† ŁŁˆŁ‚Ł†Ų§ . ŁŲ„Ł† ŲŖŲ±ŁƒŁˆŁ‡Ł… ŁˆŁ…Ų§ Ų£Ų±Ų§ŲÆŁˆŲ§ Ł‡Ł„ŁƒŁˆŲ§ Ų¬Ł…ŁŠŲ¹Ų§، ŁˆŲ„Ł† Ų£Ų®Ų°ŁˆŲ§ Ų¹Ł„Ł‰ Ų£ŁŠŲÆŁŠŁ‡Ł… Ł†Ų¬ŁˆŲ§ ŁˆŁ†Ų¬ŁˆŲ§ Ų¬Ł…ŁŠŲ¹Ų§ " Ų±ŁˆŲ§Ł‡ Ų§Ł„ŲØŲ®Ų§Ų±ŁŠ . "

“Bandingan orang yang bangun menunaikan kewajipan mengikut sempadan Allah dan orang yang terjatuh di luar sempadan (kerana melakukan kemungkaran) laksana satu kumpulan yang berada di atas sebuah kapal. Setengahnya berada dilapisan teratas, dan sebahagian lagi berada di bawah. Tiba-tiba orang yang berada di bawah meminta air yang memastikan mereka melangkah orang yang berada di atas. Lalu mereka berkata: “Alangkah baiknya kalau kita tebukkan sahaja kapal ini, tanpa bersibuk dengan orang yang berada di atas. Kalau dibiarkan mengikut kehendak ini nescaya semuanya tenggelam, kalau dipegang tangannya (melarang) supaya jangan menebuk nescaya semuanya selamat.”

Seterusnya Rasulullah ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ menghuraikan peringkat kemampuan melaksanakan kewajipan mencegah kemungkaran dengan bersabda:

Ł…Ł† Ų±Ų£Ł‰ Ł…Ł†ŁƒŁ… Ł…Ł†ŁƒŲ±Ų§ ŁŁ„ŁŠŲŗŁŠŲ±Ł‡ ŲØŁŠŲÆŁ‡ ، ŁŲ„Ł† Ł„Ł… ŁŠŲ³ŲŖŲ·Ų¹ ŁŲØŁ„Ų³Ų§Ł†Ł‡ ، ŁŲ„Ł† Ł„Ł… ŁŠŲ³ŲŖŲ·Ų¹ ŁŲØŁ‚Ł„ŲØŁ‡ ، ŁˆŲ°Ł„Łƒ Ų£Ų¶Ų¹Ł Ų§Ł„Ų„ŁŠŁ…Ų§Ł† (Ų±ŁˆŲ§Ł‡ Ł…Ų³Ł„Ł… )
“Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat perkara mungkar hendaklah mencegahnya dengan tangan. Sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya (menasihat) dan sekiranya tidak mampu merasa benci dengan hatinya.”

Hadis ini bermaksud mengikut peringkat kedudukan pihak yang berkuasa, berilmu dan bijak dan yang lemah.

Berada dalam sebuah negara dan tanah air laksana berada dalam satu bahtera bersama dengan adanya berbagai-bagai perangai dan tingkah laku, lebih-lebih lagi kalau masyarakatnya majmuk. Maka janganlah bahteranya ditenggelamkan, negara dan masyarakat dihuruharakan.

Adalah menjadi kewajipan ke atas sesiapa yang menjadi pemimpin menunaikan amanah sebenar-benarnya supaya sentiasa berpandukan ajaran Islam.

Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua.

Kini, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan. PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya dalam ruang lingkup konsep yang dinyatakan oleh firman Allah:

ŁˆَŲŖَŲ¹َŲ§ŁˆَŁ†ُŁˆŲ§ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł±Ł„ۡŲØِŲ±ِّ ŁˆَŁ±Ł„ŲŖَّŁ‚ۡŁˆَŁ‰ٰۖ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ¹َŲ§ŁˆَŁ†ُŁˆŲ§ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł±Ł„ۡŲ„ِŲ«ۡŁ…ِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ¹ُŲÆۡŁˆَٰŁ†ِۚ ŁˆَŁ±ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َۖ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų“َŲÆِŁŠŲÆُ Ł±Ł„ۡŲ¹ِŁ‚َŲ§ŲØِ Ł¢ Ų§Ł„Ł…Ų§Ų¦ŲÆŲ©.

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Maidah: 2)

Perbahasan bajet adalah medan paling mencabar, menjadikan pihak PAS menyertai perbahasan dalam perkara bercampur aduk di antara perkara baik yang menjadi keperluan seluruh rakyat yang wajib diteruskan seperti kemudahan asas dan umum, gaji-gaji jentera kerajaan dan keselamatan serta keamanan negara yang wajib disokong, dan di sana pula ada salah laku dan kebocoran yang wajib ditegur, dicegah dan dibangkang dengan melakukan nasihat melalui lisan kepada pihak yang berkuasa dengan berakhlak dan bersopan santun.

Begitulah juga di lapangan rakyat termasuk berdemonstrasi dan melakukan protes secara berakhlak walaupun bencikan kerajaan atau mana-mana pihak kerana kemungkarannya, bukan atas sebab peribadi batang tubuh seseorang, bangsa atau kaumnya. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan hak kebebasan beragama mestilah dipandu dengan sempadan Islam.

PAS wajib menilai manfaat dan mudarat mengikut Siyasah Syar’iyyah, Maqasid Syari’ah dan Fiqh Aulawiyyat secara amali di medan perjuangan, bukan sekadar berteori dalam kertas kerja, menjadi pengecut dan pahlawan papan kunci (keyboard warrior) yang bergoyang kaki menulis apa sahaja sehingga laksana burung kakak tua yang berkata-kata tanpa akal dan ilmu.

Adalah salah bertempur dengan jentera kerajaan seperti polis, tentera dan pegawai yang tidak terlibat dengan dasar, sedangkan peruntukan gaji mereka wajib diluluskan. Begitu juga rakyat awam yang kurang arif politik dan ekonomi seperti peniaga dan pemandu teksi yang kehidupan mereka susah walaupun berada di tengah ibu kota negara, dan ada kalangan yang lebih terhimpit hidup mereka seperti petani dan nelayan di kampung dan kawasan pedalaman. Pendapatan mereka wajib dirancang dan dilaksanakan dengan bijak dan jujur. Peruntukan mereka wajib diluluskan.

Begitu juga dengan anak-anak muda yang penuh bersemangat belajar, berjuang dan mencari peluang pekerjaan, maka peruntukan untuk mereka wajib diluluskan. Namun semua kesilapan, kebocoran dan salah laku yang wajib dikritik, dinasihat dan dibangkang dengan cara yang betul. 
 
PAS berpengalaman lebih lama menjadi pembangkang daripada semua parti, ada pendukungnya yang dibunuh, ditahan, dibuang daerah, dipecat, dilempar, dirampas haknya dan lain-lain. Namun, PAS tetap menjadi pembangkang dengan cara amalannya berpandukan Al-Quran, petunjuk Rasulullah ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ dan pengikut setianya sepanjang zaman.

PAS bersedia menjadi laksana lilin yang dibakar hangus demi memberi cahaya kepada masyarakat. Allah berfirman kepada Rasul-Nya yang sangat marah terhadap musuh yang membunuh bapa saudaranya Hamzah R.A. dan para sahabat tersayang:

ŁˆَŲ„ِŁ†ۡ Ų¹َŲ§Ł‚َŲØۡŲŖُŁ…ۡ ŁَŲ¹َŲ§Ł‚ِŲØُŁˆŲ§ْ ŲØِŁ…ِŲ«ۡŁ„ِ Ł…َŲ§ Ų¹ُŁˆŁ‚ِŲØۡŲŖُŁ… ŲØِŁ‡ِŪ¦ۖ ŁˆَŁ„َŲ¦ِŁ† ŲµَŲØَŲ±ۡŲŖُŁ…ۡ Ł„َŁ‡ُŁˆَ Ų®َŁŠۡŲ±ٞ Ł„ِّŁ„ŲµَّٰŲØِŲ±ِŁŠŁ†َ Ł”Ł¢Ł¦ ŁˆَŁ±ŲµۡŲØِŲ±ۡ ŁˆَŁ…َŲ§ ŲµَŲØۡŲ±ُŁƒَ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲØِŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ِۚ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ­ۡŲ²َŁ†ۡ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِŁ…ۡ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁƒُ ŁِŁŠ Ų¶َŁŠۡŁ‚ٖ Ł…ِّŁ…َّŲ§ ŁŠَŁ…ۡŁƒُŲ±ُŁˆŁ†َ Ł”Ł¢Ł§  Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł…َŲ¹َ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł±ŲŖَّŁ‚َŁˆŲ§ْ ŁˆَّŁ±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł‡ُŁ… Ł…ُّŲ­ۡŲ³ِŁ†ُŁˆŁ†َ Ł”Ł¢ŁØ Ų§Ł„Ł†Ų­Ł„.
“Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.”

“Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.”

“Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah An-Nahl: 126-128)

Rasulullah ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ dan para sahabatnya memilih cara yang terbaik mengikut firman Allah yang disebut di atas, ketika kalah dan menang, sehingga kemenangan dalam peristiwa “Fathu Makkah” telah melaksanakan pengampunan beramai-ramai termasuk sebahagian besar mereka yang disenaraikan penyangak dan penjenayah besar. Kerana Baginda ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ beriman kepada sifat yang wajib bagi Allah, keampunan-Nya mendahului murka-Nya, serta rahmat mendahului azab, sehingga berlaku adil tehadap musuh dan memberi kemaafan ketika menang. Maka perbezaannya laksana langit dan bumi jika dibandingkan dengan kemenangan Revolusi Perancis, England, Amerika, Soviet Union dan China yang mengorbankan jutaan manusia.
 
Bukan contoh kami untuk menjadi pembangkang sebagaimana di negara-negara Barat; seperti Amerika, Eropah, di negara Timur; seperti Korea dan Taiwan dan tidak juga seperti di Amerika Latin, termasuklah cara masyarakat Arab di zaman jahiliyah. Namun, kita wajib juga menerima yang baik daripada semua pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang, mengikut petunjuk Islam dengan istiqamah dan mengikut arahan Allah kepada Rasulnya ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ dengan firman-Nya:

ŁَŁ±Ų³ۡŲŖَŁ‚ِŁ…ۡ ŁƒَŁ…َŲ§ٓ Ų£ُŁ…ِŲ±ۡŲŖَ ŁˆَŁ…َŁ† ŲŖَŲ§ŲØَ Ł…َŲ¹َŁƒَ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ·ۡŲŗَŁˆۡŲ§ْۚ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُŪ„ ŲØِŁ…َŲ§ ŲŖَŲ¹ۡŁ…َŁ„ُŁˆŁ†َ ŲØَŲµِŁŠŲ±ٞ Ł”Ł”Ł¢ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ±ۡŁƒَŁ†ُŁˆٓŲ§ْ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŲøَŁ„َŁ…ُŁˆŲ§ْ ŁَŲŖَŁ…َŲ³َّŁƒُŁ…ُ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų±ُ ŁˆَŁ…َŲ§ Ł„َŁƒُŁ… Ł…ِّŁ† ŲÆُŁˆŁ†ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł…ِŁ†ۡ Ų£َŁˆۡŁ„ِŁŠَŲ§ٓŲ”َ Ų«ُŁ…َّ Ł„َŲ§ ŲŖُŁ†ŲµَŲ±ُŁˆŁ†َ Ł”Ł”Ł£ Ł‡ŁˆŲÆ
“(Oleh itu) maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) beristiqamah (sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.”

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (Surah Hud: 112-113)

Pendirian kami mahukan kerajaan yang bersih dengan cara yang bersih ke arah menegakkan dan memimpin kerajaan yang bersih, atau menolong kerajaan yang bersih, atau terus bersabar menjadi pembangkang yang menasihat dengan baik dan tidak jahat. Kami berwawasan dunia sehingga akhirat.  

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
24 Muharam 1438 / 25 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 25/10/2016

Sumber HD - 25-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Giliran PAS pula pimpin pemikiran pembangkang?
Posted on Tuesday, October 25 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32121



Oleh Abdul Rahman Malik

Negara yang paling bangga dengan amalan demokrasi mereka ialah Amerika Syarikat. Ia mengamalkan sistem saingan dwi-parti yang boleh dianggotai rakyat dari semua lapisan masyarakat.

Atas nama hak kebebasan bersuara dan kesamarataan parti Republikan dan Demokrat bersaing sejak berdekad-dekad lalu untuk membuktikan bahawa sistem demokrasi adalah ideologi politik terbaik di dunia.


Namun itu pandangan di segi teori sahaja. Tuntutan dan rungutan tentang pilih kasih dan perbedaan warna kulit dan pegangan agama masih lantang kedengaran hingga ke hari ini. 


Sungguhpun begitu di Malaysia masih ramai lagi pengkagum barat yang meremehkan amalan demokrasi di negara ini dan cuba merabunkan pandangan terhadap amalan sebenar demokrasi baik di Amerika mahupun Britain.


Malah sejak dua dekad lalu sudah ada gerakan untuk mewujudkan sistem demokrasi dwi-parti di Malaysia. Yang nyata satu sisi atau unsur sistem ini -Umno-BN - sudah lama wujud dan mengungguli sistem politik Malaysia. 


Yang hendak dizahirkan ialah kemunculan sebuah lagi entiti politik untuk menyaingi Umno-BN. Sejak 2008 lagi parti-parti pembangkang cuba membentuk pakatan yang utuh bagi mengisi hasrat 'menghayati' sepenuhnya demokrasi.


Riak ke arah itu semakin mendekati hasrat pembangkang. Pada pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013, strategi berkelompok atas nama Pakatan Rakyat berjaya menafikan Umno-BN majoriti dua pertiga kerusi parlimen. 


Bagaimanapun menjelang PRU ke-14 dalam tempoh kurang dua tahun, nampaknya hasrat mengukuhkan strategi 'satu lawan satu' atau sistem dwi-parti ini nampaknya semakin banyak berhalangan.


Ini kerana dua tahun lalu, Pakatan Rakyat yang menggugat Umno-BN dalam dua PRU lalu diisytiharkan bubar. Ia dilakukan oleh parti dominasi Cina, iaitu DAP kerana sudah 'tidak sebulu' dengan PAS di segi aspirasi dan halatuju politik.


PAS memberi reaksi memutuskan tahaluf atau kerjasama politiknya dengan DAP.


Namun tahun lalu PAS dirobek oleh beberapa pemimpinnya yang keluar parti dan membentuk Parti Amanah Negara atau Amanah.


Parti Amanah segera menyantuni PKR dan DAP dan membentuk Pakatan Harapan. PAS pula memilih berganding dengan Parti Ikatan Rakyat (Ikatan) membentuk satu lagi blok politik – Gagasan Sejahtera. 


Hasrat Amanah dan DAP ialah, PAS jangan kembali lagi kepada pakatan mereka bersama PKR. Amanah bersedia ambil alih tempat PAS. Sementara PAS pula melaungkan ia tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, selamanya. 


Sungguhpun PKR masih mengusap-usap kerjasama dengan PAS (sekurang-kurangnya dengan PAS di Selangor), parti itu juga mendedahkan ia sudah banyak kali dikhianati oleh PAS.


Dua blok politik tidak mungkin ada di Malaysia?


Yang pasti kemungkinan cuma ada dua blok politik ala-demokrasi Amerika tidak akan berlaku di Malaysia. Harapan ini semakin suram apabila ada parti baru – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyelit masuk kem pembangkang.


Baik Pakatan Harapan mahupun Gagasan Sejahtera menzahirkan kesediaan untuk bekerjasama dengan PPBM yang diteraju mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad. 


Malah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk merapat dan memujuk PAS turut menjayakan kempen 'satu lawan satu' atau pemantapan blok politik kedua.


Nampaknya pihak pembangkang insaf bahawa kegagalan merealisasikan impian sistem dwi-parti akan memalapkan harapan untuk menumbangkan monopoli kuasa Umno-BN.


Namun PAS tidak makan pujuk. Ia sedar sejak PRU 12 dan ke-13 lagi Pakatan Rakyat memanfaatkan jentera pilihanrayanya sepenuhnya. PAS yakin, dan rakyat pun memang sedar akan keberkesanan mekanisme pilihanraya PAS. 


Kini apabila perbezaan pendekatan dan falsafah politik sebenar di antara PAS dengan DAP, PKR dan Amanah begitu ketara, adalah sukar dijangka bahawa PAS mahu kembali merujuk pada sekutu lamanya.


Falsafah dan amalan politik PAS nampaknya semakin menjarak jauh daripada perangai DAP dan PKR. Ia mahu mengamalkan prinsip politik Islam. Lantas PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang mahu pada Islam.


Mengamati mudarat kebangkitan Arab atau 'Arab Spring' di Timur Tengah yang berakhir kacau bilau berpanjangan di Mesir, Libya, Tunisia, Iraq dan Syria, PAS dengan jelas tidak mahu menyusuri strategi politik jalanan.


Bagi PAS merintis jalan 'Arab Spring' akan menyempitkan lagi peluang Islam memimpin umat Malaysia. Ia lebih yakin bahawa paling penting ialah setiap rakyat disedarkan hak demokrasi mereka dan tidak dikelirukan hasutan.


Falsafah politik matang dan sejahtera PAS wajar dicontohi pembangkang  


Menilik kecenderungan pembangkang yang gigih menghasut rakyat supaya meremehkan apa jua sistem pentadbiran kerajaan sedia ada, falsafah politik matang dan sejahtera PAS mendorongnya menjarakkan diri dari pembangkang.


Bagi PAS sistem dwi-parti di Malaysia terbukti gagal menghayati hak asasi dan kebebasan beragama dan bersuara rakyat berbilang kaum. Sebalik ia cuma dijadikan senjata politik pembangkang.


Amalan politik dwi-parti di Amerika Syarikat masih dibelit masalah perkauman dan Islamofobia tebal. Jika ia gagal di Amerika, natijahnya tentu lebih buruk di Malaysia di mana kebanyakan parti politik berasas sentimen perkauman.


Pembangkang Malaysia menggunakan media sosial sepenuhnya untuk kempen memburukkan kerajaan. Daripada penulis blog secara individu sehingga portal-portal berita, media maya memfitnah kerajaan atau individu dalam kerajaan. 


Ini lazimnya dilapik dengan sindiran keagamaan dan perkauman yang menular hingga luar gelanggang maya. Misalnya, meskipun tidak diizin pihak berkuasa, pembangkang masih mahu meneruskan demonstrasi jalanan.


Meskipun sentimen majoriti rakyat kurang selesa dengan pendekatan pembangkang ini, perhimpunan Bersih 5.0 masih mahu dilangsungkan juga bulan hadapan.


Seharusnya tindakan ini dilihat sebagai cabaran pada sentimen majoriti rakyat pelbagai kaum. Matlamatnya ialah mengumpan tindak balas pihak penyokong kerajaan agar boleh dijadikan dalil pemerintah gunakan kekerasan.


Provokasi ini terjawab. Ada kumpulan atau Gerakan Baju Merah yang berazam menentang Bersih 5.0. Jika dibiarkan, pendekatan politik ini akan meninggalkan natijah lebih buruk berbanding masalah perkauman di Amerika Syarikat. 


PAS masih menganggap dirinya pembangkang. Ia masih menyimpan hasrat untuk menumbangkan Umno-BN. Namun ia tidak serasi dengan pendekatan PKR, DAP, Amanah dan mungkin PPBM. Ia mahu persaingan lebih sejahtera.


Mungkin ada kewajarannya untuk PAS kini mengambil inisiatif mengurangkan suhu politik di negara ini dengan menyediakan forum bagi parti-parti pembangkang bertemu, berbincang dengan ikhlas mencari jalan keluar.


Falsafah politik  matang dan sejahtera PAS seharusnya boleh menyuluh bagaimana pembangkang boleh 'menarik rambut dalam tepung; rambut tak putus dan tepung perpaduan rakyat' tidak berselerak. - ANTARAPOS 



Sumber TKO - 25-10-2018


Ahli akademik pertahan usul RUU 355 Abdul Hadi sebagai ‘nahi mungkar’ (bersama video)
Posted on Monday, October 24 @ 20:13:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32112



KUALA LUMPUR: Seorang akademik mempertahankan rang undang-undang bagi memperluaskan kuasa mahkamah syariah, menyifatkan usaha itu sebahagian daripada “nahi mungkar” (mencegah kemungkaran) yang digariskan Islam.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Sham Rahayu Ab Aziz berkata ia melengkapkan aspek pendidikan Islam dalam membentuk akhlak penganutnya.

“Memang tidak boleh menghukum jika tidak dididik, tetapi pendidikan sahaja tidak lengkap. Ia bergerak selari dan aspek mencegah kemungkaran ini ada dalam undang-undang (syariah),” katanya dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini.

Katanya lagi, kebanyakan perkara yang termaktub dalam undang-undang syariah di Malaysia adalah tentang prinsip moral yang ditetapkan sebagai kesalahan dalam undang-undang.

“Hal yang dianggap tidak bermoral boleh dianggap jenayah, atau dosa sahaja. Dengan perdebatan di peringkat legislatif dan keputusan pihak berkuasa, sebahagiannya diputuskan sebagai memberi keburukan kepada negara dan juga orang Islam dan dijadikan jenayah.
“Akhlak sangat penting dalam syariah, dan bahagian utama dalam mahkamah syariah,” katanya lagi.


Beliau mengaitkan peningkatan statistik kelahiran anak luar nikah dengan kepentingan menaikkan hukuman bagi kesalahan zina di bawah syariah.

Isu dosa peribadi dan jenayah seperti yang dapat dilihat dalam kes penangkapan “khalwat” sering diperdebatkan, dan penguatkuasa agama kerap dikritik kerana menceroboh ruang peribadi masyarakat.

Awal bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melancarkan aplikasi “Amar” yang membolehkan orang ramai membuat aduan berserta gambar berhubung kesalahan syariah seperti khalwat dan ajaran sesat.

Mei lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awnag mengusulkan RUU meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bertujuan meningkatkan hukuman ke atas pesalah syariah.

Mahkamah syariah pada masa ini dihadkan menjatuhkan hukuman kepada denda tidak lebih RM5,000, penjara tidak lebih 3 tahun dan 6 sebatan.

Sementara itu, ahli sekretariat pertubuhan dikenali “Ummat Menyokong Memperkasa Akta 355”, Zainal Zainuddin, berkata had hukuman mahkamah syariah perlu ditingkatkan agar sesuai dengan tuntutan semasa.

“Kali terakhir ia dipinda pada 1984. Undang-undang sentiasa dipinda agar sesuai dengan keperluan awam dan negara.

“Bayangkan individu yang mengaku menjadi nabi hanya boleh dihukum denda RM5,000 dan 3 tahun penjara, manakala pesalah (kes sivil) yang memiliki haiwan terancam tanpa permit boleh dipenjara lebih lama tahun dan didenda ratusan ribu ringgit. Ia jauh berbeza dan perlu dinilai secara sepatutnya,” katanya.

Sebelum pindaan 1984, had hukuman mahkamah syariah adalah denda tidak lebih RM1,000 dan penjara tidak lebih 6 bulan.

Zainal berkata, usul yang dibawa Hadi hanya untuk meningkatkan hukuman, bukannya memperkenalkan hudud seperti dakwaan sesetengah pihak.

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=h0yYFKxvViE

Sumber TKO -24-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Will Challenge Wherever DAP Contests

PAS has dismissed the possibility of joining a greater Opposition pact that includes its former Pakatan Harapan partners.

Hashim Jasin (pic), the party’s newly-appointed spiritual leader, said it would have no qualms facing DAP in three-cornered fights.

“If there is a three-way fight, so be it. We do not care. We will contest where DAP is contesting,” he said in a recent interview with the party’s news organ Harakahdaily.

PAS had effectively cut all ties with DAP, and blamed it for initiating the break-up of Pakatan Rakyat.

Hashim, who replaced the late Datuk Dr Haron Din as the party’s spiritual leader, also said that PAS was not afraid of losing to DAP.

“Lose? Losing is normal for us. But we want to portray the image of being their rivals. They thought they are the ones who helped us win, but they must realise that PAS too worked to help DAP win,” he said.

Hashim also blamed DAP for initiating the Pakatan split, claiming that the party did not want to work with PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“The one who decided to break up is DAP, because they did not want to work with Hadi.
“This is firm action on our part, we too will not work with DAP,” he stressed.

Because of this, he added, PAS was no longer bound by any agreement with its former allies.

“We needed to follow agreements within Pakatan Rakyat. But now that we are out, we are not restrained anymore,” he added.

Sumber BO - 24-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































Presiden PAS terima kunjungan pejuang bahasa

HARAKAHDAILY | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42938-presiden-pas-terima-kunjungan-pejuang-bahasa

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan dari kalangan pejuang bahasa, hari ini.

Antara pejuang bahasa yang hadir di Pejabat Agung PAS itu ialah Prof Dr Shaharir Mohd Zain, Datuk Rauf Husin, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan, Datuk Fauzy Halim.

Pertemuan membincangkan seputar isu-isu bahasa Melayu.

Di samping itu, ia juga membincangkan harapan pejuang bahasa kepada PAS untuk memperjuangkan bahasa Melayu yang semakin terpinggir. - HARAKAHDAILY 23/10/2016

Sumber HD - 23-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































































































































































































































































































































































































































Minda Al-Mursyidul Am PAS (2)

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42929-minda-al-mursyidul-am-pas-2

AL-MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin pertama kali menemui media selepas perlantikannya adalah pada 13 Oktober lalu. Banyak perkara dijawabnya dari soalan-soalan dikemukakan. Ikuti Bahagian Akhir butiran penting pada temubual tersebut yang disunting semula oleh Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM.

Tiga Gagasan Pendekatan PAS

Menurut Tuan Guru Hashim, pelbagai tuduhan diterima PAS yang dikatakan bersama Umno, sedangkan PAS mengambil pendekatan berdasarkan sirah Rasulullah SAW.

Pertama, Baginda ada tahaluf, pakatan politik. (Bersama) Semangat 46, dengan Umno-BN satu ketika, dengan Pakatan Rakyat. Semua kita buat tahaluf, tapi ada syarat-syarat dia. Sebab Nabi pernah tahaluf dengan Bani Khuza’ah.

“Waktu itu selepas Perjanjian Hudaibiyyah. Kuasa untuk Nabi dan Quraisy tak berperang dan berdamai selama 10 tahun. Dalam masa 10 tahun siapa nak masuk sebelah Rasulullah boleh, sebelah Quraish pun boleh. Kebetulan Bani Khuza’ah, dia bukan Islam tapi dia bersama Rasulullah.

“Bani Bakar dia bersama dengan Quraisy dalam perjanjian tu. Kalau Bani Bakar berkelahi dengan Bani Khuza’ah, Rasulullah tak boleh tolong dan Quraisy tak boleh tolong. Walaupun dia berlindung bawah Islam dan Quraisy.

“Kemudian Quraisy mungkir janji apabila Bani Bakar serang Khuza’ah waktu malam. Quraisy sokong dan pergi sama (menyerang),” ceritanya menjelaskan ikatan dan pembatalan tahaluf.

Nabi juga terang beliau, melakukan ta’awun iaitu saling bertolongan sebagaimana perintah berkaitannya ke atas usaha kebajikan dan takwa serta larangan bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.

Tegas beliau, PAS tidak menyokong sesuatu yang bercanggah dengan hukum Islam dalam perkara dosa dan melanggar perintah al-Quran yang dibuat kerajaan, di mana jika sebaliknya barulah patut PAS dikatakan tidak betul.

“(Isu) 1MDB, PAS (didakwa) tak sebut apa. Itu tak ada suatu yang lengkap, yang menunjukkan betul (dakwaan itu), sekarang ini masih teraba-raba lagi. Dalam perkara ini, kita tak boleh terlibat,” terang beliau mengenai perlunya saksi untuk pembuktian bagi mensabit pertuduhan.

Katanya, hukum Allah tidak sewenang-wenangnya menghukum tetapi mengadili walaupun kepada bukan Islam kerana turut melibatkan maruah individu dan keluarga.

Perkara itu hurainya, sebagaimana seruan Nabi supaya membantu saudara yang melakukan kezaliman dengan merujuk kepada usaha menghalang atau mencegah, serta ke atas pihak kena zalim.

Menurutnya, perkara itu juga sepertimana Almarhum Datuk Dr Haron diputuskan supaya menerima pelantikan sebagai Kluster Dakwah oleh pihak kerajaan.

Tindakan itu katanya, bukan bererti masuk Umno, tetapi menuruti perintah Quran iaitu memberi pertolongan dalam perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Beliau menasihati semua pihak agar tidak menanggapi sesuatu yang dilihat itu dengan terus membuat tuduhan tanpa dibuat selidikan kerana fitnah akan dipersoal di hadapan Allah.

“Satu lagi gagasan ini sebagai satu kerjasama adalah isti'anah ertinya minta tolong. Boleh kita orang Islam minta tolong kepada orang yang bukan Islam. Dibolehkan. Nabi pun minta tolong, pernah dia pinjam baju perang daripada orang Yahudi.

“Pinjam senjata daripada orang Yahudi nak pergi perang. Apa kita minta tolong dari yang dipinjam ini kita sempurnakan balik, janji-janjinya. Jadi kerana itu, maka PAS juga apabila kita diberi ruang untuk minta tolong, kita terbuka, kita pergi,” jelasnya.

PAS Kini Lemah?

Menyangkal dakwaan PAS kini lemah setelah 18 pimpinannya lalu dari kalangan progresif keluar menubuhkan parti baharu.

Akuinya tidak mudah mendapat 18 profesional menyertai PAS, tetapi dengan keluarnya mereka, ada 180 profesional lain pula menyertai PAS.

“Yang keluar ini, saya minta maaflah, kawan-kawan saya semua. Dia kata, mereka tidak membantu Presiden, menjadi anai-anai, dia korek, maka tak ada sebab dengan berlakunya krisislah, kalau boleh kata krisis kepimpinan pada ketika itu, (bermakna) Allah bersihkan jemaah ini sekarang ini. Yang jadi, saya duduk nampak tiada asap,” ujarnya.

Tuan Guru Hashim melahirkan rasa optimis dengan gandingan ulama dan profesional yang menerajui PAS kini di mana rata-rata profesional juga adalah kalangan sangat berpotensi.

Hubungan Dengan DAP

“Kalau dengan DAP tu, saya rasa saya boleh jawab lah.  Makna putus! Yang memutuskan itu dimulai oleh DAP, mereka tidak mahu kerjasama dengan TG Haji Hadi. Dia potong kepala (ketua) PAS, tak kan hidup PAS. Jadi, itu tindakan tegas PAS, kami juga tidak akan kerjasama dengan DAP.

“Nak jadi tiga penjuru, jadilah. Kita tidak kisah. Kita akan bertanding di mana DAP bertanding. Kalah? Kalah bagi kita biasa. Tapi imej tandingan itu kepada mereka. Dia ingat dia saja tolong kita menang, tapi dia kena sedar juga bahawa kita orang PAS juga buat kerja memenangkan DAP.

“Sebab itu perjanjian yang perlu kita ikut masa Pakatan Rakyat. Tapi sekarang dah keluar, kita tak terikat lagi dah. Siapa yang mungkir? Teringat saya kepada Nabi yang buat perjanjian dengan Quraisy. Siapa mula?” ujarnya membidas DAP.

Memahami Perubahan Semasa

Ditanya lagi mengenai perubahan sikap PAS terhadap Umno, Tuan Guru Hashim memetik kisah Khalifah Umar al-Khattab menangkap rakyatnya yang minum arak.

Di mana ceritanya, Umar r.a terlebih dahulu mengintip, sebelum masuk menerusi tingkap tanpa memberi salam hingga lelaki itu mendakwa Umar telah melakukan tiga kesalahan yang dilarang al-Quran sedangkan dia hanya melakukan satu kesalahan.

Suasana itu jelas beliau, tentulah pendekatannya tidak dapat dilaksanakan pada penguatkuasaan dalam realiti kerencaman jenayah hari ini.

Maka terangnya, seperti itulah PAS menanggapi pertembungannya dengan merujuk panduan Allah SWT hingga lahirlah pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

Menurutnya, situasi tekanan politik ke atas PAS sejak tahun 1960-an telahpun berubah kini yang menuntut juga kepada perubahan pendekatan itu.

Ketegasan dan Pendirian

Hal itu juga terang beliau sudah berbeza di mana dahulunya PAS mengepalai terutama Bersih 1 dan 2, tetapi dengan pendekatan kini PAS melihat desakan mengubah sistem berbanding menjatuhkan diri pemimpin.

“Sekarang kita ada cara kita. Ini yang nak tunjuk kematangan berpolitik ni. Tengok waktu Presiden Obama lawan nak dapat calon Demokrat, menang. Hillary Clinton tu dia lawan. Lawan, lawan menang Obama. Jadi Presiden (tapi) lawannya itu dia lantik jadi bersama orang Nombor 2 di Amerika.

“Kita tak amal macam tu. Berpolitik kerana cari makan. Cari makan berpolitik. Dan PAS elak daripada kita masuk politik kerana cari makan. Tapi kalau dah dapat menang, orang bagi elaun kita makan la. Jangan pulak tak mau,” ujarnya menjelaskan betapa PAS tidak kemaruk jawatan.

Menjawab musuh-musuh politik yang akan PAS hadapi, beliau bertegas menyatakan putus dan berpatah arang dengan PAN dan DAP.

Katanya, mereka itu selalu memujuk PAS dan menghitung kemenangan dalam pilihan raya, namun PAS berpegang kepada peringatan Rasulullah bahawa orang mukmin tidak dipatuk dua kali di lubang sama.

Tegas beliau, mereka itu telah melakukan perkara melebihi had sepatutnya hingga memerlukan hubungan diputuskan bermula dari tindakan mereka itu sendiri dan hingga kini berterusan menyerang terutama Presiden PAS di media sosial khususnya.

“Manusia ni dia selalu bukanlah kata buat semua betul. Kadang-kadang kita salah. Kesalahan yang kita buat tu waimma kita sengaja ataupun tak sengaja. Tapi kita kena ingat dalam Quran sebut Allah terima taubat orang yang kembali balik ke pangkal jalan.

“Saya berani nak isytihar sini, kalau ada sahabat-sahabat kita yang dulu sepak kita, terajang kita kembali  balik. Kalau orang Islam pergi bertaubatlah, jangan ulangilah perkara seperti itu. Ini kita berpandu berdasarkan ‘Hablillah’ bukan berdasarkan nasab,” ujarnya memaklumkan kajian terperinci hukum sedang dibuat dalam konteks hubungan dengan pihak yang bersama DAP dan PAN. – HARAKAHDAILY 22/10/2016

Sumber HD -22-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Krisis kewangan: Rakyat hadapi dua permasalahan

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/42902-krisis-kewangan-rakyat-hadapi-dua-permasalahan

KUALA LUMPUR: Umumnya Rakyat Malaysia menghadapi dua permasalahan besar dari segi pengurusan kewangan peribadi (personal financial management), demikian menurut, Pengerusi Kumpulan Peransang Selangor Berhad, YM Raja Dato' Idris Dato' Kamarudin ketika sesi Q &A Pra Bajet 2017 : Dokumen Hijau PAS, 19 Oktober melalui aplikasi atas talian Telegram.

Beliau menyatakan, permasalahan pertama ialah dari segi kos sara hidup (cost of living) yang tinggi. Didapati bahwa kos sara hidup di Malaysia berbanding dengan tahap pendapatan tidak seimbang (imbalanced).

Jelasnya, kos sara hidup ini termasuk perbelanjaan rumahtangga dan juga pembayaran pinjaman pendidikan, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pembayaran kad kredit dan sebagainya.

Tambah beliau, keadaan tersebut pula menyumbang kepada permasalahan kedua, iaitu dari segi kekurangan simpanan (saving) dan hutang rumahtangga (household debt) yang tinggi dan makin meningkat.

"Melalui Dokumen Hijau, PAS meyarankan beberapa penyelesaian yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat dan mungkin juga Kerajaan Negeri yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

"Sebagai contoh, PAS meyarankan cukai baharu yang boleh membantu menghapuskan GST sepertimana terkandung dalam Dokumen Hijau pada mukasurat 19 hingga 23.

"PAS amat konsisten dalam permintaannya untuk GST dihapuskan. Memandangkan GST membebankan rakyat dan juga didapati tidak islamik.

"PAS juga berpendapat dengan hanya menentang GST tanpa memberi alternatif kepada Kerajaan Pusat adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab, memandangkan satu satunya sumber kewangan Negara adalah percukaian.

Idris berkata,  cara cara mengatasi impak kejatuhan mata wang Malaysia juga telah dinyatakan dalam Dokumen Hijau pada mukasurat 24 hingga 26 bahawa PAS berpendapat melalui beberapa kaedah yang terkandung dalam dokumen itu impak kejatuhan matawang Malaysia dapat diatasi.

Justeru, PAS meyarankan kaedah pemilikan rumah yang dapat mengurangkan hutang pembeli dan berdasarkan kepada "asset based" dan bukannya "liability based".

Menurutnya lagi,  cadangan itu akan menurunkan kadar hutang rumahtangga, kos sara hidup dan menyumbang kepada galakkan simpanan dan pelaburan.

Beliau mengharapkan melalui program seperti itu  yang disusun oleh PAS melalui perbincangan atas talian dapat memberi pencerahan, penjelasan dan juga mendapat buah fikiran daripada peserta peserta yang boleh dimuatkan dalam Dokumen Hijau akan datang. – HARAKAHDAILY 20/10/2016

Sumber HD - 20-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































































































































Bersih 5: Usah kaitkan nama Almarhum Tok Guru

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42890-bersih-5-usah-kaitkan-nama-almarhum-tok-guru

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, mengingatkan mana-mana pihak tidak menggunakan nama Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu Himpunan Bersih 5.0.

Katanya, PAS tetap dengan pendiriannya tidak akan menyertai himpunan itu memandangkan ia keputusan parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian selepas mesyuarat exco, di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa yang mendakwa PAS wajib menyertai Bersih 5.0.

Kata Husam lagi, PAS perlu sertai kerana ia pesanan almarhum ketika masih hidup.

Datuk Mohd Amar seterusnya mengakui Almarhum telah mengarahkan parti dan anggotanya menyertai himpunan berkenaan sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut beliau lagi apa yang dikeluarkan ketika itu adalah berdasarkan keputusan parti dan suasana masa itu.

“Pendirian itu (sertai himpunan) bukan yang tetap sebaliknya akan berubah mengikut keadaan dan situasi semasa.

“Jadi saya rasa tidak kena menggunakan nama Tok Guru pada waktu itu untuk diguna pakai pada waktu sekarang,” ujarnya.

Beliau seterusnya berkata, anggota parti tidak akan keliru tentang arahan itu kerana mereka telah faham.

Datuk Mohd Amar menambah, tidak wajar mengaitkan nama Almarhum pada masa itu untuk diguna pakai ketika ini. – HARAKAHDAILY 20/10/2016

Sumber HD - 20-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































































GST: Utusan fitnah Presiden PAS

IZWAN ABDUL HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42879-gst-utusan-fitnah-presiden-pas

TERDESAK sekali Utusan Malaysia (edisi Rabu, 19 Oktober 2016) apabila menggunakan pengaruh Presiden PAS untuk mendoktrin secara paksa penerimaan awam terhadap GST. Akhbar milik pemuka-pemuka Umno itu rupanya sejak sekian lama terkial-kial mencari 'booster' setelah para pemimpin BN gagal menterjemahkan segala ampuan mereka mengenai GST. Sedangkan, kebusukan bangkai GST tidak mampu ditutup dengan pelbagai kesannya ke atas ekonomi negara dan rutin perbelanjaan rakyat yang kian tercekik.

Lalu, batang tubuh diri seorang ulama yang selalu dihina rejim mereka selama ini dijadikan sandaran mewangi untuk melindungi kebobrokan daripada pelaksanaan GST. Jahatnya, imej Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang digunakan secara manipulasi, fitnah dan rekayasa. Utusan cuba 'mengkambing hitamkan' dengan menyiarkan kononnya Tuan Guru sebagai Ahli Parlimen Marang telah berkata:

“GST merupakan cara paling berkesan untuk meningkatkan ekonomi negara. Adakah kerajaan mempunyai kaedah untuk mengesan peniaga yang cuba lari daripada membayar cukai ini atau mungkin kerajaan ada alternatif lain bagi menggantikan GST.”

Kata-kata itu dakwa Utusan dipetik dari soalan tambahan pada sesi Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-Pertanyaan, Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga Belas, penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga, pagi Selasa 18 Oktober 2016.

Sekali gus ia diulas dalam laporan pemberitaan Utusan sebagai perakuan oleh Presiden PAS bahawa GST adalah paling berkesan untuk tingkatkan ekonomi negara. Walhal, Tuan Guru dalam soalan tambahannya mengutarakan pertanyaan seperti berikut:

"Tan Sri Yang Di-Pertua, soalan tambahan saya, GST merupakan percukaian murah oleh kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan. Namun pun di sana ada impak Yang Berhormat sebut, dan kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam, khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi, masih ada sungutan-sungutan nilai mata wang, ini juga membebankan pelajar kita di luar negara yang ke luar negara, sungutan itu banyak, sejauh mana langkah-langkah kerajaan dan penilaian terhadap keberkesanan daripada langkah-langkah itu dan adakah kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada? Terima kasih."

Secara bandingan, terang nyata bahawa pada setiap penggunaan susunan perkataan dan ayat, maksud dan tujuan diterbitkan Utusan jauh berbeza dari diungkap sebut oleh Presiden PAS. Malah, ia direkodkan dalam hansard yang menjadi dokumen rasmi sidang Dewan Rakyat. Malah, terlebih dahulu sebelum itu, Ahli Parlimen Marang mengemukakan soalan sebagaimana berikut:

"Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat tidak mengira kaya atau miskin dan mengambil mekanisma lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan rakyat.

Ternyata ia secara tersurat dan tersirat merupakan pertanyaan, persoalan, pertikaian, penolakan dan pengajuan kepada kaedah lain dari GST yang dirujuk Tuan Guru sebagai masalah, bebanan serta berimpak negatif.

Malah, pendirian PAS ke atas GST yang menjadi salah satu cukai dikuatkuasakan ke atas semua rakyat adalah berasaskan hukum agama, bukannya keputusan politik.

Maka silapnya Utusan adalah mendakwanya ke atas PAS khususnya kepada Presiden PAS sesuatu yang bercanggah dan tidak mungkin dikompromi kerana hak hukum-hakam agama adalah milik Allah.

Pemberitaan tersebut bukan sahaja menconteng wibawa kebenaran dan ketepatan profesionalisme dunia kewartawanan, tetapi satu pembohongan dan kejahatan. Pada sebaliknya, ia boleh ditafsir dengan motif mencalar, memburuk serta menjatuhkan reputasi Presiden PAS secara fitnah.

Ia boleh dipertimbangkan untuk dibawa kepada tindakan teladan menerusi undang-undang yang ada atau Utusan kembali menyedari keghairahan itu dengan mengemukakan permohonan maaf. – HARAKAHDAILY 19/10/2016

Sumber HD - 19-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Takiyuddin Mempersoalkan Kenyataan Tengku Razaliegh
Posted on Wednesday, October 19 @ 05:13:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32074



KUALA LUMPUR - Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang akan dibentang oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah akta arlimen dan sebarang pindaan terhadapnya mesti melalui Parlimen.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Akta 355 adalah Akta Parlimen yang diluluskan pada 1965 kemudian, dipinda pada 1984.

“Jadi jelas menunjukkan bahawa akta itu dibuat di Parlimen, nak pinda pun mesti di Parlimen,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan tentang pindaan akta itu kerana menurutnya, agama adalah hak negeri, dan berada di bawah naungan raja-raja di negeri masing-masing.

“Bagi saya nak pinda Akta Parlimen mesti melalui Parlimen, ini pindaan kali ketiga, pindaan kedua adalah pada 1989.

“Jadi saya pun tak faham kenapa ahli parlimen berkata tak perlu bawa ke Parlimen?” soal Takiyuddin.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, usul tentang pindaan itu difahamkan telah diberi taklimat kepada Majlis Raja-raja.

Sumber TKO - 19-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































































































































































































































Kerajaan BN tidak bercadang henti GST ketika ini

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42860-kerajaan-bn-tidak-bercadang-henti-gst-ketika-ini

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II Datuk Abdul Ghani Johari menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) buat masa ini.

Abdul Ghani juga menjelaskan langkah kerajaan mengenakan GST yang lebih cekap berbanding SST, khusus kepada mereka yang melarikan diri daripada dikenakan cukai.

Abdul Ghani berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Kesan daripada GST itu kepada barangan asas seperti gula, tepung, beras dan minyak masak terus mendapat sungutan daripada pengguna.

"Selain itu banyak rungutan khususnya membabitkan tiket kapal terbang akhirnya membebankan pelajar di luar negara serta yang hendak ke luar negara.

"Sejauh mana langkah-langkah kerajaan serta penilaian keberkesanan daripada langkah-langkah yang diperkenalkan kerajaan setakat ini, atau sama ada kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada menggantikan GST," soal beliau.

Dalam soalan asal, Tuan Guru Abdul Hadi meminta Menteri Kewangan, menyatakan sejauh mana hasrat Kerajaan untuk membatalkan cukai GSTyang dikenakan kepada rakyat tidak mengira kaya atau miskin dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan rakyat. – HARAKAHDAILY 18/10/2016

Sumber HD - 18-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































































































































































PAS gesa perkhidmatan Uber, Grab Car ditangguh

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42854-pas-gesa-perkhidmatan-uber-grab-car-ditangguh

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan menggesa kerajaan agar menangguhkan dahulu apa-apa berkaitan Uber dan Grab Car yang menjadi liabiliti kepada pemandu teksi.

Ketika mengajukan soalan tambahan di Parlimen pagi ini, beliau bekata, perkhidmatan Uber hari ini jelas menjejaskan pendapatan pemandu teksi apabila setiap hari mereka harus membayar RM55 untuk sewa pajakan teksinya berbeza dengan pemilik Uber.

"Dari awal pagi lagi pemandu teksi sebaik sahaja keluar rumah mereka kena bayar RM55 manakala pemandu Uber tidak perlu keluar dan bayar apa-apa," katanya.

Katanya, akibat daripada perkhidmatan Uber yang diperkenalkan oleh kerajaan, lebih 20,000 pemandu teksi telah menyerahkan kembali teksi kepada syarikat berkenaan kerana tidak mampu membayar sewa.

"Saya nak tanya kerajaan adakah mengambil kira semua keadaan ini, adakah kerajaan bersedia memberikan semua permit-permit teksi ini kepada pemandu teksi bukan kepada syarikat-syarikat teksi," soalnya.

Takiyuddin turut membacakan satu memorandum daripada pemandu teksi yang menuntut operasi Uber dan Grab Car di dalam perkhidmatan awam Malaysia dikaji semula kelulusannya kerana telah menganiaya pemandu teksi, kereta sewa limo dan teksi premier.

Memo tersebut katanya, ditujukan kepada Menteri Pengangkutan, Ketua Pembangkang dan kesemua ahli parlimen, hari ini.

Dalam soalan asal hari ini, Takiyuddin meminta Perdana Menteri menyatakan apakah kriteria yang dikenakan kepada perkhidmatan Uber dan sejauh  manakah perkhidmatan Uber menjejaskan pendapatan para pemandu teksi biasa. – HARAKAHDAILY 17/10/2016

Sumber HD - 17-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas minta Umno nilai kerjasama dengan MCA
Posted on Sunday, October 16 @ 19:21:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32061



Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Umno perlu menilai semula kerjasama dengan MCA jika benar parti komponen BN itu menolak untuk menyokong pindaan RUU Akta 355 di Parlimen.

Beliau berkata, tindakan tersebut menunjukkan Umno gagal mendidik parti komponen mereka untuk menghormati agama Islam sehingga boleh campur tangan dalam urusan agama orang lain.

“Akta 355 ini jelas sekali tidak libatkan orang bukan Islam. MCA pula secara terangan cuba campur tangan dan menentang perubahan dan pindaan akta ini. Sedangkan mereka sedar ia tidak melibatkan mereka.

“Ini buktikan kegagalan Umno didik mereka hormat hak umat Islam untuk bebas melakukan suruhan agama di negara ini.

"Namun begitu, saya juga masih belum yakin sepenuhnya MCA akan menentang pindaan ini kerana nasib politik mereka bergantung pada Umno,” kata Ahmad Fadhli , memetik laporan Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Chai Kim Sen yang menafikan parti itu tidak akan menentang rang undang-undang dikemukakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hari ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata pihaknya akan memastikan rang undang-undang (RUU) ahli persendirian Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 tidak akan dibahaskan di Parlimen walaupun telah disenaraikan sebagai perkara keempat dalam kertas aturan mesyuarat.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan memberitahu, sayap-sayap utama parti telah turun padang untuk membantu memahamkan lagi orang ramai mengenai akta tersebut.
Sehingga kini, beliau berkata, sambutan yang diterima sangat menggalakkan terutamanya jelajah yang melibatkan kawasan-kawasan di 14 Parlimen di negeri ini.

“Malah kita juga akan turun padang ke setiap Dun untuk beri penerangan yang lebih khusus dibantu pula dengan pengedaran risalah-risalah mengenai perkara tersebut di semua tempat-tempat tumpuan orang ramai,” ujar beliau lagi.

Sumber TKO - 16-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS tak rugi jika Akta 355 ditolak - Hashim Jasin
Posted on Sunday, October 16 @ 12:32:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32053



KANGAR: PAS secara terbuka menyatakan bahawa parti itu tidak akan kerugian sekiranya Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang dibawa oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat minggu depan ditolak oleh Ahli-ahli Parlimen.
Jelas Mursyidul Amnya, Hashim Jasin, adalah satu kejayaan  apabila parti itu akhirnya berjaya membentangkan cadangan bagi meminda Akta 355 setelah tiga kali percubaan sebelum ini menemui kegagalan.
"Dalam dua keadaan ini PAS tidak rugi apa pun. Diterima (Akta 355) pun kita untung, di tolak pun kita untung. Itu tafsirah kepada politik matang (yang di bawa PAS)," katanya kepada Antarapos mengenai perbentangan pindaan berkenaan oleh Hadi pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini.
Hashim berkata adalah menjadi kewajipan PAS untuk cuba melaksanakan akta berkenaan, namun tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya terdapat halangan dan penolakan ke arah usaha tersebut.
Katanya, usaha itu merupakan antara teras dalam mendokong Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang menganjurkan semua pihak meninggalkan budaya politik warisan penjajah Barat yang jauh daripada prinsip berasaskan kebenaran dan ilmu, halal - haram.
"Kalau tidak boleh buat disebabkan halangan, itu persoalan lain. Tapi apa yang Allah perintahkan, kita kena usaha untuk buat. Tidak boleh itu persoalan lain sebab kita faham," katanya lagi.
Hadi kini giat menjalankan sesi penerangan mengenai pindaan akta berkenaan khususnya kepada golongan bukan Islam kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang menolak cadangan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
Dalam pada itu Hashim berkata PAS tidak gentar sekiranya di tolak pengundi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Apa yang penting katanya, PAS konsisten untuk memperjuangkan hukum Islam, dan salah satunya mencadangkan pindaan Akta 355 bagi memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah.  
"PAS tidak takut untuk kalah pada PRU, kalah dan tumbang serta runtuh kerajaan (pada PRU) PAS tidak risau. Yang PAS risau kita tidak ada sumbangan ke arah menegakkan hukum Allah di negara ini. Itu yang kita bimbang," jelas Hashim.
PAS menerusi Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata parti itu amat berharap pindaan berkenaan diawalkan dalam sidang Dewan Rakyat agar boleh memberikan peluang kepada semua pihak bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih berkesan.
Untuk rekod, pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) kini berada dalam agenda keempat dalam sesi pindaan akta dan usul di Parlimen.

Sumber TKO - 16-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS Sedia Jumpa Mahathir – Mursyidul Am
Posted on Saturday, October 15 @ 05:46:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32031&mode=thread&order=0&thold=0



KANGAR: PAS menyatakan keterbukaan mereka terhadap niat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir Mohamad untuk berbincang, dalam usaha memulihkan hubungan parti itu dengan DAP dan PAN.

Namun menurut Mursyidul Am yang baru dilantik, Hashim Jasin, tidak semestinya PAS perlu akur dan tunduk kepada kehendak bekas Perdana Menteri berkenaan.

“Dalam PAS ada lajnah politik yang dipengerusikan oleh Presiden, jadi lajnah politik ini kalau nak jumpa boleh. Anggota lajnah politik pun luas berpengalaman dan paham tentang sepak terajang politik, jadi saya yakin bahawa boleh ada perjumpaan untuk bincang, tiada masalah.

“Tetapi tidak semestinya kita patuh kepada apa kehendak mereka walaupun perkara itu tidak baik untuk agama kita,” ujar Hashim dalam sesi tembual eksklusif bersama Antarapos.

Mahathir berkata, beliau akan cuba untuk memujuk PAS dalam menyatukan kesemua parti pembangkang bagi menghadapi Umno Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang semakin hampir kini.

Ujar Mahathir, kedua-dua parti tersebut pernah bersama dalam beberapa siri PRU sebelum ini, malah kemenangan PAS di beberapa kerusi juga turut dipengaruhi oleh DAP.

Justeru, Hashim mencadangkan supaya Mahathir mengusulkan perkara itu kepada lajnah politik PAS terlebih dahulu, sebelum dibawa ke Jawatankuasa PAS Pusat untuk tindakan lanjut.

“Saya yakin mereka (PPBM) akan tolak (untuk berjumpa lajnah politik PAS), tidak kiralah jumpa dengan sesiapa sahaja pun. Mengadakan perbincangan boleh, saya yakin mereka ini berpengalaman dan kalau pun ada keputusan bersetuju, lajnah ini akan lapor balik kepada Jawatankuasa Pusat dan kemudian kepada Majlis Syura dan dikaji pada sudut hukum,” katanya.

Mahathir sebelum ini mengutus Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi orang tengah dalam misi menyatukan PAS dengan parti pembangkang yang lain.

Malah dalam satu acara di Terengganu awal bulan ini, Muhyiddin pantas meminta PAS menyerahkan beberapa kerusi tradisi parti itu yang gagal dimenangi kepada PPBM pada PRU14 akan datang.


PAS menerusi Ketua Penerangannya Nasruddin Hassan dalam pada itu berkata, parti itu tidak akan menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah – AP

Sumber TKO - 15-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































































































































PAS kecam pengeboman orang awam di Yaman

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42837-pas-kecam-pengeboman-orang-awam-di-yaman

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam sekeras-kerasnya tragedi pengeboman yang berlaku di Sanaa, Yaman pada hari Sabtu 9 Oktober lepas. Serangan udara tersebut telah mengakibatkan lebih 140 orang terbunuh dan 525 cedera masyarakat awam ketika mereka berada di dewan komuniti bagi menghadiri majlis pengebumian bapa Menteri Dalam Negeri, Jalal al-Rowaishan.

Berdasarkan laporan berita, lebih kurang 20 mayat mangsa telah rentung hangus terbakar dan sebahagian yang lain kehilangan kaki dan terpaksa dirawat di tempat kejadian akibat runtuhan bangunan yang terbakar. Antara yang meninggal dunia adalah Datuk Bandar Sanaa, Abdel Qader Hilal.

PAS secara konsisten mengecam sebarang serangan yang melibatkan kematian orang awam, warga tua, golongan wanita, kanak-kanak, memusnahkan bangunan dan hasil tanaman, ianya sangat jelas bercanggah dengan Islam. Kembali kepada Islam adalah jalan keluar bagi menyelesaikan masalah di rantau Asia Barat.

PAS menyeru masyarakat dunia supaya menolak sebarang campur tangan luar atau memberi keizinan kepada kuasa asing untuk menyelesaikan konflik dalaman negara.

PAS menyeru agar semua pihak sama ada Arab dan bukan Arab, Sunni, Syiah dan Khawarij kembali ke meja rundingan dan menolak sebarang sentimen mazhab dan perkauman. Fanatik mazhab dan semangat kebangsaan yang diapi-apikan hanyalah menguntungkan Zionis-Israel bagi menjayakan agenda memporak-perandakan negara umat Islam dan melupakan perjuangan membebaskan Masjid al-Aqsa.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
13 Muharam 1438 / 14 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 15/10/2016

Sumber HD - 15-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































































































































































































Sembah tahniah di atas pemilihan Yang di-Pertuan Agong XV

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42826-sembah-tahniah-di-atas-pemilihan-yang-di-pertuan-agong-xv

PATIK merafak sembah setinggi-tinggi tahniah diatas pemilihan KDYMM Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV mulai tarikh 13 Disember 2016 ini.

Patik dan sekelian Ahli PAS dari seluruh negara mendoakan KDYMM Tuanku agar sentiasa berada dalam peliharaan Allah hendaknya. Bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan dan terus teguh memayungi sekalian rakyat di negara ini dengan Syariat Ilahi. Allahu Akbar.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
13 Muharram 1438/14 Oktober 2016 – HARAKAHDAILY 14/10/2016

Sumber HD - 14-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































































































































































Sejarah Majlis Syura Ulamak dan perjawatan mursyidul am

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42828-sejarah-majlis-syura-ulamak-dan-perjawatan-mursyidul-am

TRANSFORMASI kepimpinan PAS pada tahun 1982 menyaksikan Haji Yusuf Rawa memangku jawatan Presiden PAS dan antara perkara penting yang berlaku semasa era Yusuf Rawa ialah mewujudkan Majlis Syura Ulamak. Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengusulkan tentang penubuhan Majlis Syura Ulama dan diangkat ke Mesyuarat PAS Pusat. Memandangkan keberkesanan ulamak dalam membimbing dan sebagai simbol penyatuan fikrah dalam PAS, maka semasa dipimpin oleh Haji Yusof Rawa, PAS telah menubuhkan Majlis Syura Ulama.

Majlis Syura telah ditubuhkan untuk memastikan ulama benar-benar membuat keputusan dalam menentukan halatuju perjuangan dan bukan gimik untuk berubah kepada sesuatu yang baru semata-mata. Majlis Syura Ulamak adalah badan tertinggi dengan mengamalkan konsep syura. Walaupun dahulu Dewan Ulama memainkan peranannya tetapi kebanyakan keputusan hanyalah meminta Dewan Harian Pusat. Kini dengan pendekatan syura, Haji Yusof Rawa telah memperkenalkan Majlis Syura yang lebih berwibawa menentukan keputusan-keputusan parti.

Majlis Syura Ulamak telah diberikan beberapa kuasa penting di dalam parti seperti menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

Badan ini juga bertanggungjawab mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan parti dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawal serta kehendak-kehendak dalam perlembagaan PAS dipatuhi samada di dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS. Majlis Syura Ulama juga mestilah memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib ahli PAS dan melantik ahli-ahli jawatankuasa tatatertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 75 Perlembagaan PAS.

Pemilihan ahli majlis begitu sekali cermat dan PAS meletakkan piawaian yang tinggi. Perlembagaan PAS telah menggariskan syarat-syarat yang perlu ada kepada semua ahli Majlis Syura.

Sepertimana yang dicatatkan dalam Perlembagaan PAS Fasal Tujuh (4) ada menyebut bahawa seseorang yang ingin dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama perlu memiliki ciri-ciri berikut.

Pertama, ia hendaklah seorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (al-usul) dalam Syariat Islam dan hukum-hukum atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar.

Kedua, ia hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya, dan ketiganya hendaklah ia seorang ahli PAS.

Kedudukan ulama yang sebelum ini dipisahkan telah mula memainkan peranan penting dalam pembentukan perjalanan parti, segala dasar yang hendak dijalankan mesti terlebih dahulu dirujuk kepada Majlis Syura Ulamak. Tanpa persetujuan daripada Majlis Syura Ulamak sesuatu perkara tidak boleh dilakukan.

Ini merupakan asas perubahan yang begitu drastik sehingga tidak ada lagi mereka yang boleh mempermainkan dasar dan prinsip PAS. Ia dianggotai oleh ulama yang berwibawa dan struktur ini berbeza dengan orang lain.

Dalam sejarah Majlis Syura Ulama, Haji Yusuf Rawa ialah Mursyidul Am PAS yang pertama, diikuti dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dr Haron Din menjadi Mursyidul Am PAS yang ketiga dengan pelbagai ujian yang sedang dialami oleh PAS sehingga munculnya kumpulan serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN). Beliau telah diserang daripada pelbagai penjuru oleh musuh-musuh PAS, ini adalah kerana ketegasan beliau dalam mempertahankan prinsip perjuangan PAS.

Kini Majlis Syura Ulamak telah melantik Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin, seorang penggerak pendidikan Islam di Perlis sebagai Mursyidul Am dengan kembalinya Dr Haron Din kerahmatullah. Mantan alumni Universiti Baghdad ini adalah kader perjuangan Islam semenjak meremaja di Maahad 'Alawiyyah Perlis dan juga kader dakwah yang ditarbiah oleh Ikhwanul Muslimin di bumi Baghdad.

Keupayaan intelektual, kematangan pengalaman dengan paduan dokongan ahli-ahli Majlis Syura Ulama, insyaallah Musyidul Am keempat ini akan memacu jamaah dengan segenap keupayaan. Moga Allah mmberkahi harakatul ummah ini! – HARAKAHDAILY 14/10/2016

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat)

Sumber HD - 14-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada kerjasama dengan DAP lagi: Mursyidul Am PAS
Posted on Thursday, October 13 @ 22:33:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32012



KANGAR, 12 Muharram 1438H, Khamis – Mursyidul Am PAS yang baharu, Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang jika terpaksa.

Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat ‘berpatah arang' kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan ‘tahaluf siyasi' (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan UMNO atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredhaan Allah SWT.

"Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk dua kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP," kata  pada sidang media di sini, hari ini.

Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis lebih 20 tahun itu dilantik baru-baru ini bagi menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr Harun Din yang meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, bulan lepas.

Menurut Hashim, PAS tidak kisah jika berlaku pentandingan tiga penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada PRU akan datang.

Pendekatan berbaik-baik dengan UMNO bukan kerana PAS dilihat lemah menjelang PRU ke-14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud PAN (Parti Amanah Negara), katanya.

"Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi Mursyidul Am)," tambah beliau.

Hashim berkata kerjasama dengan PKR dan PAN akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 22 dan 23 Okt ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.

Katanya PAS kini mengamalkan politik matang dan bukan politik ‘cari makan' atau semata-mata untuk memenangi PRU.

Mengenai pujukan PKR dan PAN untuk PAS menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata PAS telah dapat melihat matlamat itu.- Bernama

Sumber TKO - 13-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Kesal Ada MP Melayu Islam Bersekongkol dengan DAP, Tolak RUU 355

Oleh : DMS

SETIU – PAS Kawasan Setiu kesal kerana parti serpihan PAS dan segelitir Ahli Parlimen Melayu yang beragama Islam telah bersekongkol dengan parti ‘cauvinis’ DAP dan MCA menentang pindaan ini Akta 355 (RUU 355).


Yang Dipertuanya Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, sedangkan pindaan itu tidak melibatkan masyarakat bukan Islam.

“kita merasa kesal apabila parti DAP dan MCA menentang pindaan ini walaupun ianya tidak melibatkan masyarakat bukan Islam dan,

“merasa terkilan apabila ahli parlimen daripada parti serpihan PAS , PAN turut bersekongkol dgn dap utk menolak pindaan ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan sempena solat hajat perdana agar di permudahkan rang undang undang untuk pindaan Akta 355 di Komplek Tarbiyyah Lukmanul Hakim, Guntung Luar pada malam Rabu 11 September.

Sehubungan itu, beliau berakat Kawasan Setiu akan meneruskan usaha untuk menyemarakkan sokongan kepada rang undang undang utk meminda akta 355 sepanjang bulan Oktober ini.


Katanya, usaha memberi penerangan sedang giat dijalankan melalui pelbagai program yang di atur termasuk ceramah di semua DUN, kuliah di surau-surau, termasuk memasang kain rentang di lokasi utama membabitkan kawasan Setiu dan penyerahan memorandum kepada Ahli Parlimen (MP) Setiu.

“alhamdulillah,mp setiu telah berjanji utk menyokong……….MP Setiu kita dah jumpa serah memorandum dan dia berjanji untuk menyokong dan akan mengajak rakan-rakan yang lain untuk menyokong,” katanya.

Menurutnya, penutup bagi kempen tersebut akan berakhir pada 26 Oktober dengan satu forum akan diadakan dan setiap petugas parti perlu menyemarakkan lagi kempen ini dengan bertemu sesiapa sahaja, menyebarkankan perkata berkaitan.


“kita harap dengan munajat dan usaha kempen ini akan dapat memberikan majoriti mudah apabila di baca kali ke dua dan di bahas pada sidang parlimen terdekat seterusnya dapat memperkasakan mahkamah syariah,”jelasnya.

Program solat hajat tersebut telah di imamkan oleh Tuan Guru Suhaimi Abdullah dari Pondok Ad Dinniah, Langkap.

Ia turut di sertai oleh pimpinan parti, ahli dan penyokong PAS, kakitangan kerajaan termasuk beberapa orang mudir pondok beserta pelajarnya dalam kawasan Setiu

Sumber BO - 12-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































































































































































Iktibar Arab Spring: Politik matang dan sejahtera

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42802-iktibar-arab-spring-politik-matang-dan-sejahtera

Seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia yang tidak ada musim bernama ‘spring’ juga berminat dengannya. Musim yang dibandingkan dengan perkembangan politik dunia Arab yang diharapkan berbuah yang lazat dan menyegarkan, tiba-tiba buahnya berulat dan beracun, membunuh mangsanya lebih dahsyat daripada wabak penyakit biasa yang meragut mangsanya tanpa batas. Banyak darah yang mengalir, korban yang gugur, menjadi pelarian melarikan diri dan yang menunggu giliran.

Sebenarnya peristiwa seperti ini pernah berlaku di awal abad yang lalu, mereka namakan Revolusi Agung Bangsa Arab pada tahun 1916. Kini telah berlalu seratus tahun peristiwanya. Apakah iktibarnya? 

Revolusi Arab Spring yang pertama berlaku apabila Syarif Husain, Raja Wilayah  Hijaz (Mekah, Madinah, Ta’if, Jeddah dan sekitarnya) dibawah Khilafah Uthmaniyyah  memulakan tembakan pertama di Mekah sebelum subuh pada tanggal 9 Syaaban 1334H bersamaan 2 Jun 1916, mengisytiharkanThaurah ‘Arabiyyah Kubra (Revolusi Agung Bangsa Arab) terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah yang berlaku zalim kerana mengalami kelemahan di era keuzurannya menyertai Perang Dunia Pertama dan dikepung oleh Eropah dan Rusia.    

Revolusi dicetuskan dengan penuh semangat bersama dukungan negara musuh yang diketuai British menyokong supaya Arab diselamatkan daripada Turki dan menukar Khalifah Islam kepada bangsa Arab, dan calonnya ialah Syarif Husain yang berpusat di Mekah (dikira pilihan yang dapat menarik Islam dan Arab). Golongan Nasionalis Arab dan kumpulan Islam yang buta politik menyokong dengan penuh semangat bersama senjata yang dibekalkan daripada negara yang sedang berperang menentang Turki Uthmaniyyah di Eropah, seterusnya dihantar penasihat mereka seperti Lawrence dan lain-lain.  

Akhinya gerakan ini berjaya menjatuhkan Khilafah Turki Uthmaniyyah. Tiba-tiba, Raja  Abdul Aziz Ibnu  Saud bersama gerakan Wahabinya (Salafi) akhirnya sekadar menjadi raja negara baru yang dinamakan Arab Saudi setelah berjaya menggulingkan Ibnu Rasyid, pemerintah Riyadh yang bernaung dibawah Khilafah Uthmaniyyah yang tidak bermazhab Wahabi. Seterusnya, Syarif Husain dan anak-anaknya dihalau oleh Ibnu Saud daripada negara Hijaz yang dihapuskan, kerana pihak British yang diharapkannya tidak membantunya lagi bagi menentang Ibnu Saud walaupun dia mencabar menarik diri daripada menjadi calon Khalifah yang dijanjikan sokongannya. Lalu putera-putera Syarif Husain didokong menjadi raja-raja. Putera Faisal dilantik menjadi Raja Syria dan Putera Abdullah menjadi Raja Iraq.  

Apabila pihak Perancis yang mendapat bahagian Syria dan Lubnan dalam Perjanjian Sykes-Picot menolaknya, maka Faisal dipindah menjadi Raja Iraq, lalu dibentuk negara baru bernama Jordan bagi dilantik Abdullah bin Syarif Husin menjadi rajanya dengan mengambil sebahagian daripada Syria dan Tebing Barat.

Adapun Israel wajib diwujudkan mengikut Perjanjian Balfour yang berasingan daripada Arab. Pemimpin-pemimpin lain yang bersama menentang Uthmaniyyah mendapat bahagian masing-masing. Syiah Iran diperkasakan Syahnya menjadi Syahan Syah negara Iran, Yaman diteruskan Imam (raja) daripada kalangan Syiah Zaidiyyah. Agendanya ialah negara yang bersatu kepada berbagai negara qabilah, mazhab dan ideologi yang menjadi bom jangka meneruskan pecah dan perintah.

Adapun Arab Spring mutakhir terkini bermula di akhir tahun 2010, apabila pemuda bernama Mohamed Bouazizi di Tunisia membakar diri kerana menganggur. Akhirnya mencetuskan kebangkitan Arab menentang diktator di negara masing-masing di atas nama demokrasi dan pilihan raya bersih, menentang penyelewengan rasuah dan lain-lain, dengan sokongan daripada negara-negara besar yang mendokongnya. Arab Spring berakhir dengan kejatuhan Presiden Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman, seterusnya terbakar di Syria dan huru-hara dikebanyakan negara Arab. 

Muhasabah yang bijak, ikhlas dan adil hendaklah difikirkan, mengapa gelombang boleh berlaku seperti berulang dengan natijah yang memusnahkan dan boleh menenggelamkan mangsanya ke dalam bumi sejarah. Contoh masih paling panas ialah Syria yang menjadi medan perlumbaan paling sengit dalam kalangan kuasa besar perlu difahami.

Adakah negara Barat yang mahu menjatuhkan Basyar Asad itu sangat ikhlas bersama kumpulan Islam yang sedang bersemangat mengisytiharkan jihad di bumi Syria sangat ikhlas membantu jihadnya?

Begitu juga negara yang membantu sengitnya peperangan, ditambah pula dengan Yaman, adakah kerana kerana Sunni dan Syiahnya atau demokrasi dan adilnya?

Sebenarnya negara yang berusaha menjatuhkan Basyar Asad juga tidak akan memberi kemenangan kepada Islam yang dikira dapat menegakkan negara Islam yang sebenar, mengembalikan negara Islam yang berdaulat dan adil serta menjadi ancaman kepada mereka, khususnya Zionis-Israel yang menguasai politik negara kuasa besar, lebih khususnya Amerika dan sekutunya yang bernafsu menjadi kuasa besar tunggal. Israel juga bercita-cita menjadi pusat kuasa besar dunia selepasnya. Semua calon ketua negara tersebut, terkini di US berlumba untuk mendapat sokongan Zionis dalam setiap pilihan raya umum.  

Maka negara Arab yang gelombang Arab Springnya berjaya menjatuhkan kerajaan masing-masing, menjadikannya lebih huru-hara daripada kezaliman kerajaan sebelumnya serta mengalami kesukaran huru-hara politik, keselamatan dan seluruh kehidupan yang lebih parah sehingga memaksa yang dapat berlari terpaksa melarikan diri menjadi pelarian yang hina, meninggalkan negara yang kaya hasil buminya, menjadi peminta sedekah di negara lain, sehingga negara Arab sendiri tidak menerima sahabat seagama dan sebangsa dengan mereka. Atau yang berada di dalam tanah airnya pula berperang sesama sendiri atau menunggu kematian, kelaparan dan wabak.

Hubungan kerajaan dan rakyatnya dengan negara Zionis juga menjadi ukuran menerima nasib daripada Arab Spring dan suhu kepanasannya. Mana-mana negara yang mengiktiraf negara haram Israel serta mengadakan segala hubugan di antara kerajaan dan rakyat adalah paling selamat. Taraf keduanya ialah negara yang mengadakan hubungan asmara atau hubungan secara rahsia dengan Israel juga selamat. Adapun negara yang menolak Israel atau gelombang rakyatnya menolak Israel secara terbuka, atau tidak menerima hubungan dan perjanjian damai dengan negara haram itu pasti menerima nasibnya ditumbangkan. 

Iran negara jiran bukan Arab dibawah Syahan Syahnya dahulu juga menerima tempiasnya, ketika dianggap negara Islam sahabat yang akrab kerana hubungan yang semangat akrab dengan negara Israel dan Barat, maka aman tanpa ganguan dapat  menunaikan haji paling ramai jumlahnya. Ada pun Iran kini, yang dinamakan Republik Islam selepas Revolusi Islamnya dianggap musuh yang sesat bahkan ada yang menamakannya Majusi selepas memutuskan hubungan dengan Israel, serta membuat persediaan menghadapai serangan Isreal kerana mengisytiharkannya (Israel) negara haram, walaupun mengajak negara Arab dan Islam bersama menentang Israel itu. Rakyat Iran diharamkan hajinya ke Makkah, hanya layak menyertai musabaqah bacaan Al-Quran dan anggota OIC sahaja.  

Kini buah yang dihasilkan daripada Arab Spring lebih meloyakan akal dan mungkin memabukkan fikiran yang waras, seterusnya boleh mematikan jati diri ummah. Banyak negara yang terlibat mencetuskan keganasan sama ada memberi kemudahan senjata, menghantar pejuang dan duit yang dibelanjakan kerana membunuh di atas nama menegakkan kebenaran. Ada yang melakukan secara terbuka, ada yang membaling batu sembunyi tangan.

Pihak media pula mencelarukan maklumat dan kefahaman dalam media baru tanpa sempadan, sama ada menyebarkan kebenaran atau pembohongan ke seluruh ufuk dunia. Lebih parah lagi, sekiranya benar maklumat yang dipetik secara rakaman bergambar adanya penglibatan Israel secara langsung memberi kemudahan bekalan dan rawatan kepada perjuangan yang dinamakan jihad. Inilah kalau dilihat daripada sudut politik.

Adapun sudut agama paling hangat, dikeluarkan fatwa daripada kalangan ulama di negara masing-masing, hujahnya ialah Mazhab Sunni yang wajib melawan Syiah dan di pihak Syiah pula wajib melawan Sunni. Ada juga yang membawa isu takfiri (mengkafirkan) kerana adanya perkara khurafat yang dikaitkan dengan aqidah atau terhadap yang tidak peduli agama pula kerana sekular ideologinya menolak Syariat Allah.

Ada pun ummah yang sudah lama tenggelam di dalam kejahilannya walaupun beramal dengan agama mengikut mazhab masing-masing atau buta agama sejak zaman penjajah, walaupun semuanya masih bersembahyang dan mengerjakan rukun Islam yang asasi, tetapi masih banyak melakukan perkara khurafat yang tidak ada dalam semua mazhab.

Semua kumpulan ini berada dalam kalangan Sunni dan Syiah, kini menjadi sasaran senjata hukum menghukum. Di sana pula ada kalangan ulama rasmi atau ulama jadian yang bangkit mendengar gendang perang Sunni dan Syiah yang dipalu oleh pemimpin kerajaan di negara masing-masing yang tidak ada mazhabnya Sunni dan Syiah. Para pemimpin itu agamanya di musim perayaan rasmi atau apabila bersama rakyat. Apabila bersama-sama syaitannya di dalam negara atau luar negara agamanya di belakang. Semuannya menjadi bahan bakar yang sedang dinyalakan. 

Perbezaan Sunni dan Syiah di zaman dahulu menjadikan semuanya bersatu bersama Khulafa’ Rasyidin dan mengutuk pembunuh Umar (mertua Rasulullah S.A.W.), Uthman (menantu Rasulullah S.A.W), Ali (keluarga terdekat dan menantunya pula), Hasan dan Husain (kedua-duanya cucu Rasulullah S.A.W) Radhiyallahu ‘Anhum.

Para ulama kedua belah pihak di zaman awal selepasnya bersaudara dan bersama. Memulakan semuanya adalah para syuhada yang mulia dan bersama menentang pemerintah zalim di zaman masing-masing di era Umayyah dan Abbasiyyah. Menjadi sepakat Ulama’ Sunni dan Syiah bersedih dan mengutuk pembunuhan Husain, cucu kesayangan Rasulullah S.A.W. yang disebut Penghulu Pemuda di Syurga yang dibunuh syahid di Karbala.  

Imam Abu Hanifah di penjara kerana bersama Imam Jaafar al-Sadiq. Imam Syafie diheret bersama Imam Zaid kerana menentang kezaliman khalifah zamannya, menunjukkan betapa Sunni dan Syiah boleh bersatu dengan satu Al-Quran dan satu Sunnah Rasul serta satu kiblatnya ke arah Kaabah dalam semua urusan. Barangkali, zaman terkini sudah berubah, kiblat sembahyangnya lain dan kiblat politik dan ekonominya lain pula.

Di zaman awal, walaupun adanya kecelaruan pemikiran dan ada yang merosakkan selepasnya, namun tetap hanya menjadi masalah dalaman umat Islam yang tidak menghalang dakwah Islam ke seluruh pelosok dunia. Bersatu menentang musuh bersama, melupakan perbezaan kaum dan mazhab, bahkan ada negeri yang bergilir mazhabnya, walaupun salah dan sesat, namun mereka tidak mengizinkan campur tangan pihak luar, jauh sekali menjemputnya.

Arab Spring Pertama (Revolusi Arab 1916) yang menentang kezaliman Turki, menjemput musuh menjadi tetamu yang dikatakan ikhlas menentang kezaliman, menyokong pertukaran Khalifah sehingga menerima bala tentera dan membina pengkalan. Akhirnya, melenyapkan Khilafah dan menjadikan dunia Arab berkecai walaupun tenggelam dalam kekayaan dan kemewahan di bawah bayangan Kaabah, bermakna kini genap seratus tahun pada tahun ini (2016).

Apakah Arab Spring kali kedua ini yang menentang kezaliman sesama arab akan menimbulkan apa-apa yang besar kepada dunia Islam setelah ditimpa bencana Arab Spring yang tidak menjadi dahulu?

Di Malaysia tiada musim bernama ‘spring’, yang ada hanya musim hujan dan tidak hujan. Maka jangan ciptakan musim yang tidak ada di sini. Tunggu dan beristiqamah bersama Islam, nescaya selamat, adapun tanpa Islamnya menjadi laknat.      

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS    
Tarikh: 11 Muharam 1438 / 12 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 12/10/2016

Sumber HD - 12-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































































Mursyidul Am PAS dan Felda

HARAKAHDAILY | .













http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42801-mursyidul-am-pas-dan-felda

Kami warga Felda mengalu-alukan pelantikan Tuan Guru Ustaz Haji Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS selepas Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

Tuan Guru Ustaz Hashim tidak asing dengan warga Felda. Selama 17 tahun beliau menjadi sebahagian warga peneroka sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Agama Felda dan bertugas di beberapa tanah rancangan terutama di Pahang.

Ketika Felda berhadapan dengan perbagai krisis selepas Tan Sri Isa Samad dilantik Pengerusi Felda pada Januari 2011 dan FGV disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur setahun kemudian, Felda mula disulami dengan perbagai krisis.

Terbaru, Felda mula gagal membayar bayaran hasi BTS peneroka mengikut jadual. Tanpa penglibatan dan hasutan pembangkang, JKKR dan peneroka sudah berani berdemo di hadapan pejabat pengurusan. Ini menggambarkan keseriusan masalah kewangan Felda pada kaca mata peneroka.

Merujuk perkembangan terbaru yang melanda Felda seperti isu PT EHP, penjualan kilang TRT, pembelian hotel dan apartmen, KPF, perumahan generasi kedua Felda (PGBF), kejatuahan komuditi sawit dan getah, tanam semula kedua peneroka Felda, pembelian saham perladangan yang dengan harga lebih tinggi dari pasaran dan berpuluh-puluh isu lain yang melanda Felda.

Beberapa tokoh besar Felda sebelum ini sudah bersama dengan PAS. Kami akan gerakkan gandingan Datuk Sarchu Sawal, bekas CEO KPF dan Mursyidul Am PAS bersama tokoh-tokoh lain untuk terus memberi kesedaran kepada peneroka serta waris generasi mereka agar bersama-sama menyelamatkan Felda seiring dengan penubuhannya sejak 1956 dengan pembukaan pertama di rancangan Lurah Bilut 1958 dan kemasukan peserta seramai 28 orang generasi sulung pada 1959.  Felda bergerak maju sehingga 317 tanah rancangan dibuka seluruh negara dan yang terakhir Felda Sahabat 2 pada tahun 1990.

Dengan kelebihan dan pengalaman Mursyidul Am sekarang, kami harapkan PAS akan memacu perubahan dan kesedaran dalam kalangan peneroka Felda dengan apa yang mereka hadapi sekarang.

PAS memang menyedari kepentingan 54 kawasan parlimen yang mempunyai tanah rancangan Felda di seluruh negara. Dengan kuasa undi Melayu Islam, tidak hairanlah selama ini 54 parlimen ini menjadi simpanan tetap undi Melayu kepada Barisan Nasional.

NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
12 Oktober 2016 / 11 Muharam 1438 - HARAKAHDAILY 12/10/2016

Sumber HD - 12-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































































































































































































Ustaz Hashim Jasin: Mursyid Am keempat

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42785-ustaz-hashim-jasin-mursyid-am-keempat

Saya ucapkan selamat bertugas kepada Ustaz Hashim Jasin kerana pelantikan beliau memegang jawatan Mursyid Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bagi memenuhi keperkasaan kepimpinan ulama’ demi melaksanakan hasrat tertinggi daripada Perlembagaan PAS bahawa Islam adalah tertinggi berasaskan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’, Qias dan lain-lain. Mengepalai kumpulan ulama’ dan ilmuan duniawi segala lapangannya bagi memungkinkan nas dilaksanakan dengan betul dan istiqamah dengan kemampuan berijtihad dalam perkara terkini berpaksikan kesyumulan Islam.

Beliau adalah mata rantai yang masih bersambung dengan angkatan generasi awal yang menubuhkan PAS tahun 1951. Abangnya Al-Marhum Ustaz Ibrahim Yasin, pensyarah Pengajian Islam UKM merupakan salah seorang calon PAS dalam PRU 1959.

Ustaz Hashim adalah salah seorang daripada kumpulan Pelajar Asia Tenggara daripada Malaysia bersama Al-Marhum Ustaz Hasan Syukri mendapat biasiswa daripada Iraq pada masa Presiden Abdul Salam Arif yang memerintah kerajaan campuran bersama kumpulan Islam. PAS yang diberi tawaran menugaskan Al-Marhum Haji Yusof Rawa, Mursyid Am Pertama memilih pelajar daripada Malaysia. Ustaz Hashim bersama Ustaz Hasan dimasukkan dalam pilihannya. Kebetulan pula dalam kumpulan pelajar daripada Indonesia ialah Al-Marhum Abdul Rahman Wahid (Gusdor), bekas Presiden Indonesia.

Paling menarik pula ialah Ustaz Hashim berpeluang mendapat pendidikan dan tarbiyah daripada Al-Marhum Dr Abdul Karim Zaidan, salah seorang ulama besar, pemimpin Harakah Islamiyah daripada Iraq yang banyak menghasilkan buku-buku Islam dalam segala lapangannya. Saya sempat bertemu dengan Al-Marhum Dr Abdul Karim Zaidan di Yaman yang sentiasa ingatkan anak-anak didikannya di Malaysia di antaranya Ustaz Hashim Jasin.

Ustaz Hashim diberi tugas di bawah Al-Marhum Datuk Asri, Presiden PAS yang memegang jawatan menteri yang menubuhkan Felda bagi melakukan pengisian Islam ketika PAS bersama Kerajaan Campuran 1973 dan BN 1974. Ustaz Hashim terus beristiqamah menjadi mata rantai PAS yang tidak pernah terputus sehingga memberi sepenuh masa khususnya kebangkitan PAS di Perlis dan utara.

Ustaz Hashim menjadi ahli Majlis Syura sejak mula ditubuhkan, maka telah ditentukan sepatutnya oleh Majis Syura secara ijma’ supaya mengambil tugas yang terpenting ini bagi meneruskan perjalanan PAS agar sentiasa beristiqamah di atas dasar, pendekatan dan mencapai matlamat dunia dan akhirat bersama hidayah dan ilmu yang disertakan amalan pernuh berkat.
  
Saya doakan kesihatan beliau, kekuatan dan usia panjang bersama amal soleh yang berterusan khususnya daripada ilmu beliau yang sangat bermanfaat.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
10 Muharam 1438 / 11 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 11/10/2016

Sumber HD - 11-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































































































































































Anak tarbiah Ikhwan Iraq sebagai Al-Mursyidul Am PAS

Asri ed-Diwanie | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42779-anak-tarbiah-ikhwan-iraq-sebagai-al-mursyidul-am-pas

Al-Mursyidul Am PAS kini, Tuan Guru Haji Hashim Jasin yang telah berumur 77 tahun adalah seorang yang mempunyai pengalaman dalam tarbiah dan perkaderan. Pengalaman beliau bersama Jama'ah Ikhwan di Iraq dengan beberapa orang sahabat yang lain termasuk Tuan Guru Datuk Mohamad Daud Al-Iraqi, Allahyarham Ustaz Hassan Shukri, menjadikan beliau mahir dalam mengendalikan perkaderan dalam PAS.

Semenjak di zaman pemudanya, beliau aktif dalam membina generasi pelapis untuk parti. Beliau telah mengemudi Dewan Pemuda PAS Perlis sejak berumur 24 tahun lagi dan menjadi kepimpinan tertinggi di Perlis sebagai Pesuruhjaya dan beberapa jawatan penting di peringkat pusat serta merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak sebelum perlantikan semalam sebagai Al-Mursyidul Am.

Tuan Guru Datuk Mohamad Daud Al-Iraqi, mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang ketika itu Tuan Guru Haji Hashim Jasin sebagai timbalannya, pernah menyebut kepada saya bahawa beliau, Tuan Guru Haji Hashim Jasin dan beberapa sahabat lain dapat mengikuti secara langsung tarbiah Ikhwan di Iraq pada zaman Dr Abdul Karim Zaidan setelah mereka bertapak disana pada tahun 1964. Di Baghdad, mereka banyak mengadakan halaqah ilmu, termasuk halaqah kemahiran bahasa arab dan ilmu siyasi.

Tidak peliklah, apabila rombongan mereka pulang ke tanah air, kebanyakan mereka berjaya membina kader-kader pelapis sama ada dalam bidang ilmu dan politik. Ucapan Tuan Guru Haji Hashim Jasin sarat dengan ilmu dan pengalaman walaupun dengan nada bersahaja dan kadang-kadang ucapannya bersemangat.

Ketika beliau menyampaikan ucapan perasmian penutup di Ijtimak Tarbawi 4.0 Pemuda PAS Malaysia di Yayasan Al-Nahdhoh Pulau Pinang pada Disember 2014, antara ucapannya yang menusuk tajam ke dalam diri saya sebagai anak muda ialah berkenaan kisah anak muda di zaman Nabi yang berebut ingin pergi berjuang. Saya transkripsikan balik ucapan asal beliau dalam loghat utara tersebut yang sehingga kini menjadi pedoman buat diri saya, kata beliau:

Kita terlampau ketinggalan jauh dalam bidang pembangunan kerohanian kita jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang mendokong Islam di zaman Nabi, di zaman selepas daripada Nabi, terlampau jauh.

Saya buat contohlah kepada kita, saya teringat semasa nak perang Uhud, Nabi berjaya himpunkan seramai lebih kurang 1,000 tentera Islam yang dipimpin untuk dibawa pergi ke kawasan Uhud bagi menentang 3,000 orang kafir yang dipimpin oleh Abu Sufian dan Khalid bin Al-Walid.

Tengok ya, Nabi dah bawa dah 1,000 bersedia untuk berdepan dengan 3,000, tapi di sebalik itu, Abdullah bin Ubai bin Salul berjaya memujuk daripada tentera yang 1,000 ini ajak balik. Tak guna perang, takleh lawan dengan Quraisy yang banyak tu, jom kita balik! 300 orang daripada 1,000 cabut balik!.

Berjaya Abdullah bin Ubai ini, sedangkan bilangan tentera Islam dahla sedikit, lari balik lagi 300, tinggal 700. Nabi check tengok 700 tu, check check tengok ada budak-budak, budak kecik nak masuk perang bersama.

Nabi kata, hari ni budak-budak pi balik tak payah perang. Tiba-tiba seorang budak yang bernama Rafi' kalau tak salah ingatan saya, dia kata; Ya Rasulullah, walaupun saya kecik tapi saya pandai panah (memanah), saya johan, johan Mekah, johan Madinah, panah, saya pandai. Nabi pun tau dia memang ahli panah. Dia (Rasulullah) kata; kamu boleh ikut, hak lain kena balik.

Tiba-tiba ada sorang lagi dia kata; Ya Rasulullah, kalau boleh pilih dia untuk pi perang, patut saya pun kena pilih. Apa kelebihan kamu? Saya bab wrestling ni, hari-hari kami wrestling, mushora'ah (bergusti), tak pernah dia menang, saya dok menang dia kalah, Rafi' dia kalah. Nabi kata; kalau hang kata hang kuat, cuba la tengok. Cuba-cuba, menang dia sungguh. Kawan nu pandai memanah dia pandai, kuat wrestling. Nabi kata kamu berdua boleh ikut serta.

Soalannya, kisah ini berlaku  tentera Islam dah tinggal 700, suruh balik pulak setengah yang budak-budak tinggal dua orang ja yang masuk bersama. Ada diantara yang dok kuat dengan facebook ni, waktu tu lah (kiasan), dia pandai ulas tu, dia kata; budak dua orang ni yang hidup ditengah masyarakat yang selalu berperang, selalu bergaduh memang lah dia suka begitu. Dia pi perang tu kerana suka, suka bergaduh, sebab tulah mereka minta kat Nabi nak pergi berperang.

Malangnya, mereka tak boleh menyemai ataupun menyelami lebih daripada itu!. Keadaan begitu, orang buat itu. Dia tak reti dah nak nilai!. Dia tak reti dah nak nilai pengorbanan pada jalan Allah, kesungguhan, keyakinan dia kepada Allah yang menyakini bahawa kebenaran itu hanya dari Allah, dia tak reti! walaupun budak budak dia reti.

Yang Abdullah bin Ubai bin Salul dengan 300 orang cabut balik tak hidup ka ditengah-tengah orang yang dok perang?. Pasai apa cabut? Pasai apa budak-budak ni mahu? Tentulah ada sesuatu!. Sebab itu saya kata jangan kita cuba lari daripada sistem nilai yang ditentukan oleh agama kita kepada kita bagi menjawab persoalan-persoalan yang ada.

Cerita ini bagi saya membekas dalam jiwa anak-anak muda yang hadir ke Ijtimak Tarbawi pada ketika itu dengan riak dan aksi penumpuan mereka kepada ucapannya. Kini, beliau ditaklifkan sebagai Al-Mursyid Am, sudah tentu berat bagi beliau untuk memikul tanggungjawab yang besar ini. Namun, yakinlah, pada hakikatnya Allah telah memilih beliau untuk tugasan ini dan beliau pasti mendapat nusrah-Nya. Sama-sama kita memberi sokongan padu dan sentiasa patuh kepada arahan dan keputusan Majlis Syura Ulamak. Allahu Akbar, Walillahil Hamd. - HARAKAHDAILY 10/10/2016

Sumber HD - 10-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS terus ikut panduan yang ditetapkan Haron Din - TG Hashim Jasin
Posted on Monday, October 10 @ 19:50:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31975



PETALING JAYA: Mursyidul Am baharu berkata PAS akan terus mengikut panduan politik yang ditetapkan penasihat terdahulu, Datuk Dr Haron Din.

Hashim Jasin menjelaskan tidak ada keperluan untuk beralih arah kerana panduan yang tersedia selaras dengan perjuangan Islam partinya, termasuk soal kerjasama dengan parti politik lain.

“Kita akan bekerjasama dengan siapa sahaja berdasarkan tahaluf (persefahaman), asalkan tidak bertentangan dengan prinsip PAS dan tidak melanggar hukum tuhan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Jawapannya itu menjawab sebarang spekulasi hala tuju PAS. Hashim diangkat menjadi mursyidul am baharu menggantikan Haron yang meninggal dunia pada September 15.

PAS dibawah nasihat Haron menyaksikan kerjasama dengan seteru lama, Umno. Pendekatan itu berbeza dengan pendekatan antagonistik di era Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata PAS hanya akan bekerjasama dengan parti yang bersetuju dengan perjuangan Islam bawaannya.

tajuk kecil: PAS tidak akan bergabung dengan Umno

Namun satu perkara yang jelas, katanya, PAS tidak akan bergabung dengan Umno.
“PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno (ke arah penggabungan). Presiden (Hadi) menetapkan pendirian yang kemas dan kuat dalam perkara ini, dan pendirian saya sama: kita tidak akan bergabung dengan Umno,” tegasnya.

Mengenai cadangan semua parti pembangkang bersetuju untuk satu lawan satu menentang Umno dan BN pada pilihan raya akan datang, Hashim berkata masih terlalu awal untuk diputuskan.

“Kajian PAS Pusat berhubung tahaluf dan keadaan politik mutakhir ini belum dibincangkan secara mendalam. Kajian itu akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang dan saranan akan dimaklumkan kepada Majlis Syura Ulama untuk diputuskan,” jelasnya.
tajuk kecil: Tidak perlu sertai Bersih kalau merugikan PAS

Mengenai pembabitan dalam Bersih 5.0 yang akan berhimpun demi reformasi institusi dan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 19 November depan, Hashim berkata PAS tidak sertai acara itu sekiranya tidak menguntungkan parti.

“Bagaimanapun bergantung kepada keputusan muktamad parti yang akan diputuskan nanti. Mungkin terlalu awal untuk saya buat keputusan,” katanya.


Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata PAS tidak akan menyertai tunjuk perasaan itu kerana Bersih 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti.

Sumber TKO - 10-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































































































Ustaz Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am PAS

AZIZ MUDA | .






http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42761-ustaz-hashim-jasin-dilantik-mursyidul-am-pas-baharu

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini, sebulat suara memilih dan melantik Tuan Guru Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menerusi mesyuarat tersebut, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Menurutnya, faktor yang menyebabkan Datuk Ahmad Yakob dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am, walaupun beliau layak untuk memegang jawatan Mursyidul Am PAS, disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan.

Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, Ustaz Ahmad sendiri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am PAS.

"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Haji Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Atas faktor itulah katanya, Tuan Guru Hashim Jasin dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura sebagai Musyidul Am PAS dan perlantikan itu juga turut dicadangkan sendiri oleh Ustaz DatukAhmad Yakob.

Beliau menjelaskan, mesyuarat tersebut berlangsung pada jam 4.00 petang, dengan dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob selaku Pemangku Mursyidul Am pada hari itu, setelah Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu, jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung. - HARAKAHDAILY 9/10/2016

Sumber HD - 9-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































































































































































































































Kemiskinan dan ‘Tragedi Bankrap’ Mampu Diselesaikan Melalui ‘Dokumen Hijau’

PAS menegaskan penyelesaian kepada permasalahan ekonomi negara melalui beberapa gagasan yang di dokumenkan dalam ‘Dokuman Hjau’.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki Dokumen Hijau Siri Pertama ini berkisar di atas tema “Gagasan PAS dalam Menyelesaikan Permasalahan Ekonomi Negara”.

Di dalam siri pertama ini, beberapa polisi yang pratikal berasaskan Sistem Pemerintahan Islam dikemukakan bagi menyelesaikan beberapa kemelut ekonomi yang ditimbulkan dalam Bajet 2016 yang lalu, kata beliau.

Antara penegasan dalam kandungan Dokumen tersebut adalah sebagaimana dasar PAS terhadap percukaian negara terutamanya berkait dengan cukai GST.

Cukai mestilah diambil daripada lebihan golongan kaya untuk diagihkan kepada golongan miskin, buka sebagaimana pelaksanaan GST yang mengenakan cuka kepada semua golongan dan timgkat hidup rakyat.

Prinsip PAS itu adalah berdalilkan kepada sabda Rasulullah S.A.W. kepada Muaz Bin Jabal r.a. ketika baginda menghantarnya sebagai Gabenor di Yaman. Sabda Baginda S.A.W. :

“ Beritahulah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah telah mewajibkan mereka membayar zakat (cukai Islam) pada harta-harta mereka, ia diambil daripada golongan kaya mereka untuk diagihkan kepada golongan miskin mereka.” (Riwayat al-Bukhari).

Diriwayatkan juga daripada Ali bin Saeed Al-Kindy :“ Telah datang kepada kami pengurus zakat (cukai Islam) yang dihantar oleh Nabi S.A.W. . Beliau telah mengambil cukai tersebut daripada orang kaya kami dan diagihkan kepada orang-orang miskin di kalangan kami juga. Waktu itu aku adalah anak yatim, maka ia telah mengagihkan kepada ku seekor unta muda.” (Riwayat al-Tarmizi).

Dalam konteks Belanjawan Negara 2016, golongan miskin dikehendaki membayar pelbagai cukai seperti GST, cukai import (yang telah dipindahkan oleh pengimport ke dalam harga barangan pengguna) dan lain-lain jenis cukai.


Cukai-cukai ini disatukan dan disalurkan sebahagiannya sebagai modal kepada golongan korporat melalui bon, sukuk dan lain-lain, manakala manfaat yang diperolehi oleh golongan miskin adalah pada nisbah yang amat kecil.

PAS mendapati, mekanisma pelaksanaan GST yang mengenakan cukai secara menyeluruh kepada semua rakyat termasuk golongan fakir dan miskin, adalah bercanggah dengan prinsip Islam.

Selain itu, masalah kemiskinan dan tragedi ‘bankrap dunia’ yang sibuk di viralkan dalam media sekarang, mampu diselesaikan dengan saranan Menaikkan Taraf Golongan Miskin dan Penurunan Kos Sara.

Sasaran Utama Sistem Ekonomi Islam adalah menyelesaikan keperluan seharian rakyat menurut kaedah Pengurusan Ekonomi Islam.

Kerajaan mesti mengangihka 25% daripada hasilan cukai dan 1/6 hasilan bumi adalah diutamakan untuk kepada golongan miskin.

Kesemua ini bertujuan bukan sahaja untuk memberikan kuasa beli kepada rakyat secara keseluruhan, tetapi juga bertujuan untuk memberikan kuasa modal kepada mereka.

Ini difahami daripada kaedah cukai Islam yang mensyaratkan nisab sebagai permulaan pengiraan kutipan cukai.

Nisab ini dianggap sebagai minimum perbelanjaan yang sangat asasi bagi keperluan seseorang individu selepas ditolak semua kos keperluan-keperluan lain.

Salinan ‘Dokumen Hijau’ boleh dinuat turun melalui capaian berikut; Dokumen Hijau – Gagasan PAS Menyelesaiankan Masalah Ekonomi Negara

Sumber BO - 9-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gagasan PAS selesai masalah ekonomi negara

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42756-gagasan-pas-selesai-masalah-ekonomi-negara

PAS menegaskan penyelesaian kepada permasalahan ekonomi negara melalui beberapa gagasan yang di dokumenkan dalam ‘Dokuman Hjau’.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata Dokumen Hijau Siri Pertama ini berkisar di atas tema “Gagasan PAS Dalam Menyelesaikan Permasalahan Ekonomi Negara”.

Di dalam siri pertama ini, bebe

rapa polisi yang pratikal berasaskan Sistem Pemerintahan Islam dikemukakan bagi menyelesaikan beberapa kemelut ekonomi yang ditimbulkan dalam Bajet 2016 yang lalu.

Antara penegasan dalam kandungan dokumen tersebut adalah sebagaimana dasar PAS terhadap percukaian negara terutamanya berkait dengan cukai GST.
Salinan Dokumen Hijau

Sumber HD - 9-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAN Mengesahkan Lagi Mereka ‘Talibarut’ DAP
Posted on Friday, October 07 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31945



Kenyataan akhbar Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad, di dalam Berita Harian yang menolak usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali dengan Akta 355, mengesahkan lagi peranan parti itu sebagai ‘tali barut’ DAP.

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah menilai alasan-alasan yang diberikan, yang kesemuanya dangkal semata-mata hanya untuk memuaskan hati ‘tuan’ politik mereka.

Pakar-pakar perundangan telah menjelaskan dengan panjang lebar, bahawa usul meminda Akta 355 tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia, malah memperkukuhkan semangat federalisme kerana memberi lebih kuasa kepada kerajaan negeri.

PPP melihat Pengarah Komunikasi PAN tersebut hanya mereka-reka alasan dengan menyatakan pindaan itu akan menggugat perpaduan negara kerana dikatakan tidak selari dengan perlembagaan.
Selain daripada itu, alasan yang dikemukakan beliau bahawa pindaan itu hanya akan memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman yang berkaitan hukum Taazir sebagai cadangan yang kurang bijak, secara jelas menunjukkan beliaulah yang jahil tentang ruh Perundangan Syariah.

Biarkan Hukum Taazir adalah hukuman yang ditentukan oleh pemerintah, tetapi penggubalan undang-undang berkaitan Hukum Taazir tidak terlepas daripada ruh Perundangan Syariah dan peranan fatwa.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal juga apabila beliau memfokuskan usaha untuk mengangkat Mahkamah Syariah hanya dengan meningkatkan kecekapan pentadbiran Mahkamah Syariah, dan pada masa yang sama menolak cadangan memberi lebih kuasa kepada mahkamah tersebut.

Usaha meningkatkan kecekapan itu adalah selari dengan cadangan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah, malah PPP dimaklumkan perkara yang berkaitan dengan kecekapan itu telahpun dan sedang diusahakan oleh JAKIM sejak empat tahun lalu.

Jelas sekali, PAN sedang mencari seribu alasan untuk menolak usaha meminda Akta 355 ke arah memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.

Ketika seluruh umat Islam di negara ini mengalu-alukan usul tersebut yang turut disokong oleh para mufti, amatlah menjengkelkan bila PAN pula yang menolakkan.

Tindakan mereka menolak usaha memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah akan dilihat oleh generasi sepanjang zaman sebagai ‘talibarut’ kepada pihak-pihak yang anti Perundangan Syariah.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
6 Oktober 2016
5 Muharram 1438

Sumber TKO - 7-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































































































































































































Pemenang pertandingan swafoto, gambar kreatif H355

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44171-pemenang-pertandingan-swafoto-gambar-kreatif-h355

PENGUMUMAN: PEMENANG PERTANDINGAN SWAFOTO DAN GAMBAR KREATIF HIMPUNAN 355

Alhamdulillah, diumumkan pemenang pertandingan Swafoto dan Gambar Kreatif Himpunan 355 berdasarkan jumlah LIKE & SHARE setelah ditutup pada 5 Feb 2017.

TEMPAT PERTAMA: AZLINA ABDUL RAHMAN

Hadiah: Wang Tunai RM200 beserta T-Shirt H355 bertandatangan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia.

Jumlah like: 772
Jumlah share: 276
JUMLAH: 1048

TEMPAT KEDUA: TSD FIRDAUS

Hadiah: Wang Tunai RM150 beserta T-Shirt H355 bertandatangan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia.

Jumlah like: 693
Jumlah share: 234
JUMLAH: 927

TEMPAT KETIGA: AMRU HUDZAIFAH

Hadiah: Wang Tunai RM100 beserta T-Shirt H355 bertandatangan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia.

Jumlah like: 483
Jumlah share: 68
JUMLAH: 551

Tahniah kepada para pemenang. Yang tidak bernasib baik, boleh mencuba di Pertandingan InstaGempak di https://www.instagram.com/p/BP93MwTBz1S/

Terima kasih kepada semua penyertaan yang dihantar dan sokongan anda selama ini.

Terima kasih.

Sekretariat 355.

"Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera"

Sumber HD - 6-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































Pilihan raya: PAS tetap sokong tuntutan Bersih

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42704-pilihan-raya-pas-tetap-sokong-tuntutan-bersih

KOTA BHARU: PAS tetap menyokong tuntutan yang dibuat badan bukan kerajaan (NGO), Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi mengembalikan sistem pilihan raya di negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun berkata, sokongan itu tidak bermakna parti itu akan menyertai perhimpunan yang dijangka diadakan 19 November depan.

“Kita mahu pilihan raya adil dan telus, kerajaan telus, hak demostrasi, memperkukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi Malaysia.

"Pendirian kita menyokong tuntutan Bersih, tetapi kita tidak akan bersama-sama pada tarikh yang ditentukan itu," katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau penyertaan penyokong PAS pada perhimpunan tersebut tiada larangan mengenainya.

"Sekarang ini tidak ada larangan dan tidak ada arahan kepada mana-mana ahli untuk menyertai perhimpuan," katanya. - HARAKAHDAILY 4/10/2016

Sumber HD - 4-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Sedia Kerjasama Demi Islam Memerintah

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS, Dato’ Seri Tun Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS itu sedia menjalin kerjasama politik dengan mana-mana parti demi kepentingan Islam memerintah.

Justeru, katanya sejarah PAS pernah mengadakan kerjasama itu dengan Parti Melayu Semangat 46, Parti KeADILan Rakyat (PKR), DAP termasuk dengan parti Umno.

Menurutnya, kerjasama yang diadakan PAS dengan parti-parti lain adalah bertujuan bagi kepentingan memperkasakan Islam memerintah.


“PAS ajak kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Parti KeADILan Rakyat (PKR), DAP dan pernah dengan Umno menjalinkan kerjasama. Kerjasama itu tujuannya, Islam memerintah.

“Tapi, malangnya orang (parti) ajak kerjasama dengan kita (hingga) hendak naik atas kepala kita dan Islam tidak memerintah.

“Kita kena sedar, orang PAS kena sedar…kita (hanya) jadi anak tangga sahaja. Bukan menjadi tangga untuk memerintah dan menegakkan Islam.

“Semua kerjasama PAS dengan parti-parti lain tujuannya hendak memperkasakan Islam. Islam memerintah. Malangnya, parti-parti lain yang ada kerjasama dengan PAS ini hanya hendak gunakan PAS sahaja,” jelasnya dihadapan 10,000 hadirin, ketika merasmikan Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.4, di Dataran Pekan Kemasik, Kemaman pada Jumaat, 30 September.

Katanya, cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 itu turut menguji kerjasama antara PAS dengan rakan-rakan tahaluf.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan bahawa RUU Akta 355 itu telah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja.

Menurutnya, hak orang bukan Islam juga dijamin oleh Perlembagaan Malaysia tidak melibatkan mereka dengan RUU tersebut.

“Bila sampai peringkat ini Allah Ta’ala dedahkan kepada kita, ada orang-orang Islam termasuk dari Umno, termasuk NGO menyokong pindaan Akta 355 ini untuk meninggikan taraf mahkamah syariah ini.

“Ada kalangan orang yang mengaku Islam tidak setuju diangkat ke mahkamah syariah. Di sana, ada orang bukan Islam seperti Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), hindu ada, budha ada, kristian ada dalam DHPP itu. Berlaku seperti di zaman Nabi SAW, dia orang bukan Islam tapi sokong undang-undang Islam, ini kita (PAS) terima.

“Ada orang bukan Islam yang tidak setuju dinaik taraf mahkamah syariah. Pada hal Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa mahkamah syariah hanya boleh menghukum orang Islam sahaja dan mahkamah syariah tidak boleh menghukum orang bukan Islam.


“Tiba-tiba orang bukan Islam tidak setuju juga dan yang jelasnya orang DAP yang tidak setuju kita (PAS) bawa usul untuk menaik tarafkan mahkamah syariah.

“Maka jelas DAP lawan Islam dan ada parti lain yang ikut DAP. Ada parti masih senyap, tidak ada pendirian dan ini adalah ‘lampu isyarat’ yang akan menentukan sikap orang Islam.

“Sama ada orang Islam ‘lampu merah’ langgar juga dan ‘lampu hijau’ baru berjalan. Kita akan tengok pendirian parti-parti ini kelak. Orang PAS kena tengok molek parti-parti ini dan sejauh mana mereka boleh bekerjasama dengan kita dalam menegakkan Islam,” tegasnya.

Sumber BO - 4-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pas sedia bincang dengan Bersatu, PKR
Posted on Monday, October 03 @ 02:27:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31880



KEMAMAN - Gabungan Pas bersama Bersatu dan PKR dilihat mampu membentuk formula berkesan untuk menumbangkan BN sekali gus memastikan berlakunya peralihan kuasa politik pada pilihan raya akan datang.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, kerjasama itu membawa perkembangan positif yang akan membuka peluang kemenangan lebih cerah kepada pembangkang bagi pertandingan satu lawan satu antara gabungan pembangkang dan BN.

“Kalau hendak tumbangkan BN kita perlu kalahkan Umno terlebih dahulu sebab majoriti kerusi BN didominasi Umno. Kita bukan perlu semua kerusi Umno, kalau dapat lebih separuh menang pun kita (pembangkang) akan menang.

“Semua ini bukan kerja sukar tetapi kita semua perlu kerja kuat. Kalau ketiga-tiga parti masing-masing tidak mahu bergabung dan bergantung pada parti sendiri sahaja tentu sukar untuk menang, jadi kita perlu bekerjasama.

“Pas sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR kerana gabungan ini satu formula pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat. Sekarang, Pas masih bekerjasama dengan PKR dan dengan Bersatu belum secara rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ceramah Perdana Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek, di sini, malam tadi yang turut disertai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Tambah Mustafa, beliau secara peribadinya turut menjangkakan tidak mustahil PRU ke-14 akan diadakan sekitar Jun atau Julai tahun hadapan dan sehubungan itu semua pihak perlu kuatkuasakan lagi gerak kerja mulai sekarang.

Sementara itu, Idris sewaktu sidang media selepas program ceramah berkenaan berkata, Pas bersedia mengadakan perbincangan berhubung cadangan Muhyiddin untuk mewujudkan kerjasama rasmi antara Bersatu dan Pas.

“Saya tidak boleh bagi kenyataan lanjut berhubung perkara ini kerana ia termasuk soal polisi serta strategi politik. Benda ini besar, jadi kita akan bincang berkali-kali terlebih dahulu, kalau mesyuarat biasa memang selalu kita buat dua minggu sekali kadang-kadang setiap minggu,” ujarnya.

Sumber TKO - 3-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Terima kasih atas doa kalian - Presiden PAS
Posted on Sunday, October 02 @ 16:41:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31877


 
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh masyarakat yang mendoakan kesihatan beliau.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Abdul Hadi yang kini sudah berada di Institusi Jantung Negara (IJN) bagi menerima rawatan susulan dan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

"Nada suara Tuan Guru adalah dalam keadaan bersemangat dan ceria.

"Beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong Pas yang mendoakan kesihatan beliau untuk terus memimpin ummah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, pihak doktor juga mengharapkan kerjasama semua pihak agar memberikan ruang kepada Tuan Guru untuk menerima rawatan tanpa gangguan.

"Dengan berehat daripada menerima tetamu yang mungkin berhajat mengunjungi beliau di IJN," katanya.

Sebelum ini Sinar Online melaporkan Hadi kurang sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang telah dijadualkan.

Sumber TKO - 22-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Kenapa Zahid tak guna bahasa kebangsaan di PBB - Iskandar
Posted on Wednesday, September 28 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31830

Ramai terlibat dalam perbincangan mengenai kemahiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbahasa Inggeris dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lepas.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad mempersoalkan mengapa Zahid harus berucap dalam bahasa Inggeris sama sekali.
"Orang ramai mengejek ucapan timbalan perdana menteri kita di Perhimpunan Agung PBB tetapi mengapa anda harus bercakap dalam bahasa Inggeris? Mengapa tidak dalam bahasa kebangsaan kita?" Soal Iskandar di Facebook hari ini.
Beliau merujuk ramai pemimpin dari negara-negara lain tidak menggunakan bahasa Inggeris di PBB kerana berbangga dengan bahasa ibunda mereka sendiri.
Meskipun posting itu sendiri ditulis dalam bahasa Inggeris, Iskandar menjelaskan sebab berbuat demikian.
"Jadi mengapa saya menulis ini dalam bahasa Inggeris? Demi manfaat rakan-rakan Facebook di seluruh dunia," katanya.
Zahid mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB ke-71 di New York dan menyampaikan ucapan beliau Sabtu lepas.
Selepas ucapan tersebut, netizen mengkritik kemahiran bahasa Inggerisnya kerana kebanyakan sebutan terhadap perkataan tertentu tidak jelas.

Namun pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan memperlekeh usaha Zahid berucap dalam bahasa Inggeris.

Bekas pendebat terbaik Asia itu berkata walaupun terdapat kesalahan sebutan, mesej yang hendak disampaikan masih boleh difahami.

“Beliau (Zahid) ada pilihan untuk bertutur dalam bahasa Malaysia tetapi tetap pilih untuk mengambil jalan yang lebih sukar,” katanya.

Sumber TKO - 28-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Harakah, PAS Tidak terima penyelesaian saman fitnah Najib
Posted on Tuesday, September 27 @ 06:52:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31820



PAS tidak bersetuju dengan cadangan penyelesaian saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Seri Najib Razak terhadap akhbar rasmi parti itu Harakah berhubung laporannya mengenai anak tiri perdana menteri Riza Aziz, berdasarkan artikel yang disiarkan di New York Times tahun lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini, peguam PAS,Wan Rohimi Wan Daud berkata kes itu akan dibicarakan.

"Kami telah memaklumkan peguam Najib mengenai (keputusan) ini.

"Pengurusan kes untuk perkara ini dijadualkan semula pada 1 Disember di hadapam Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif," katanya.

Semasa prosiding pengurusan kes pada 26 Julai lalu, PAS dilaporkan tidak bersedia untuk menerima penyelesaian yang dicadangkan.

Dalam saman yang difailkan pada 18 Mac tahun lalu, Najib menamakan Pengarah Urusan Harakah, Rosli Yaakop dan Ketua Pengarang Harakahdaily, Taufek Yahya sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, perdana menteri berkata artikel itu menggambarkan beliau sebagai telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Najib mempunyai dua rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung dengan kes ini.

Pertama, untuk meminda pernyataan tuntutannya dengan memasukkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa dirinya telah dibersihkan daripada sebarang salah laku mengenai 1MDB.

Permohonan kedua adalah perbicaraan diteruskan tanpa perlu memanggil saksi termasuk dirinya sendiri.

Kedua-dua permohonan itu ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Hue Siew Kheng. Kes itu kemudiannya dibawa ke Mahkamah Rayuan dan semua pihak sedamng menunggu keputusannya.

Cadangan supaya Najib dan Harakah menyelesaikan saman itu di luar mahkamah mula didedahkan pada 21 Jun.

Selain saman ini, Najib mempunyai lima lagi saman iaitu terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Malaysiakini, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, dan bekas presiden MCA dan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.


Beliau, bagaimanapun, telah menyelesaikan saman fitnahnya ke atas ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming daripada DAP.

Sumber TKO - 27-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Rejects Settlement In Najib VS Harakah Suit

Datuk Seri Najib Tun Razak has failed to settle his libel suit against two top officials of PAS’ news organ Harakah.

Najib’s lead counsel Mohd Hafarizam Harun said he received a letter from the defendants Thursday evening rejecting his client’s proposal to settle the suit.

“The two related appeals will now go for hearing,” he said Monday.

Najib is appealing against a High Court order which refused his application to dispose his libel suit based on point of law without going through a trial.

The Prime Minister is also appealing against the refusal of the High Court to allow him to include press statements from the Attorney-General and the Malaysian Anti-Corruption Commission which cleared him of criminal wrongdoing relating to the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) issue.

Najib had sought to include those statements in his libel suit against Harakah managing director and writer Dr Rosli Yaakop and Harakahdaily portal editor-in-chief Taufek Yahya.

Hafarizam said the matter has been rescheduled for Dec 1 for case management before Court of Appeal president Justice Md Raus Sharif.

Wan Rohimi Wan Daud, who is acting for both defendants, confirmed the details.

“I have been instructed to convey that PAS has rejected the offer for a settlement by Najib and insists on a full trial of the matter,” said Wan Rohimi.

Among others, Wan Rohimi said the proposed settlement had included an apology and a retraction.
The Prime Minister recently succeeded to stay the proceedings of his libel suit.

Najib sued two defendants over an allegedly defamatory article published on the portal in relation to 1MDB and his stepson Riza Aziz.

Suing in his personal capacity, Najib said the article on Feb 19 last year contained defamatory words against him.

In his suit filed on March 18 last year, Najib said the offending words implied that he had abused his power to obtain wealth from a questionable source.

Najib is seeking an apology, damages and an injunction to prevent the defendants from further discussing or publishing the defamatory article either orally, in print or on the Internet.

The Attorney-General had on Jan 26 found that no criminal offence was committed by Najib in relation to SRC International Sdn Bhd and the alleged RM2.6bil donation.

MACC issued a statement on Aug 3 last year that the RM2.6bil deposited into the personal account of the Prime Minister came from donors and not from 1MDB.-thetstaronline

Sumber BO - 26-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti baharu: Pas tak tergugat di Sabah
Posted on Monday, September 26 @ 17:56:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31817



SHAH ALAM - Kehadiran parti baharu yang bakal dinaungi bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Sabah tidak akan beri kesan kepada Pas.

Ini kerana menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pas sudah bertapak kukuh di negeri itu sejak lama dahulu.

Katanya lagi, peningkatan sokongan penduduk Sabah terhadap parti Islam itu juga membuatkan Pas tidak goyah berhadapan dengan kehadiran parti Mohd Shafie.

“Pada pandangan saya, kehadiran parti baru ini tidak akan menjejaskan penguasaan Pas di Sabah.

“Kita sudah bertapak lama di sana dan Pas juga semakin ke hadapan secara konsisten dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Mohd Shafie sebelum ini mengumumkan mengambil alih sebuah parti politik di Sabah yang ditubuhkan sejak 2013.

Parti tersebut kini dalam proses pembaharuan dan permohonan untuk pertukaran nama dan logo serta telah dihantar kepada Pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, setakat ini, Pas tidak membincangkan sebarang strategi sebagai persiapan untuk berhadapan dengan parti itu.

“Setakat ini, kita tidak nampak kehadiran parti Mohd Shafie sebagai ancaman kepada Pas.

“Yang kita nampak adalah Sabah merupakan fix deposit kepada BN. Bukan mudah untuk tewaskan BN di Sabah kerana sokongan rakyat di negeri itu agak kuat buat BN,” katanya lagi.-sh


Sumbeer TKO - 26-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

No Rush For New ‘Mursyidul Am’

There is no immediate need to appoint a new Mursyidul Am, or spiritual adviser to replace the late Datuk Dr Haron Din, PAS secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan has said.

Sinar Harian quoted Takiyuddin as saying that the Islamist party’s deputy spiritual adviser Datuk Ahmad Yaakob will be filling in the late Ustaz Haron’s position for the time being.

“Outsiders cannot be appointed and as of now, there is not urgent need because the acting [spiritual adviser] is already there,” he was quoted saying, referring to Ahmad.

“The appointment of spiritual adviser and deputy must go through the Syura Ulama’s council meeting, when there are 15 members.

“Now there are 14 people and there may be one more person who will be appointed. They will meet, and the decision will be up to the Syura Council on who they want to appoint,” the Kota Baru MP added.

Despite Takiyuddin’s explanation, Ahmad has said earlier this week he would not be replacing Haron.

Almarhum Ustaz Haron, who had battled heart problems for some time, died this month at a hospital in San Francisco where he had undergoing treatment.

The religious healer’s death came a year and a half after he was elected as PAS spiritual adviser to succeed the late Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sumber BO - 25-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Presiden PAS "Tazkirahkan" orang Cina tentang HUDUD & RUU355
Posted on Friday, September 23 @ 12:14:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31781

Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=HnPqT2HVaSI

Untuk memberikan penerangan kepada bukan Islam tentang Islam dengan undang-undang Islam memang kerja yang sukar, tetapi dengan RUU 355 PAS ada kesempatan untuk perkara ini. Alhamdulillah

Kredit
Ija Rahman 


Sumber TKO - 23-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Benarkah Tuan Guru Sudah Berubah?

oleh : Salam Muhammad

Ketika keluar dari masjid, seorang kenalanku sempat menyapa aku. Beliau seorang ahli PAS namun tidak terlibat secara aktif dalam jamaah PAS. Kelibatnya hanya selalu aku bersua ketika berjamaah di surau hijau atau ceramah PAS. Dalam perbualan singkat kerana aku ada urusan yang lain, beliau sempat melontarkan suatu pertanyaan dan juga pandangannya terhadap sikap PAS terhadap UMNO sekarang.

Beliau mulakan dengan pertanyaan tentang isu persempadanan semula kawasan pilihanraya sekarang. Beliau tidak berpuas hati kerana SPR melakukan kerja yang jelas menampakkan ‘tangan ghaib UMNO’. Katanya masakan SPR berlaku begitu semberono dan dangkal. Justifikasi SPR meminda sempadan amat jelas tidak masuk akal. Namun dek penguasa UMNO yang menjadi Tuan ada di belakang, mereka terpaksa buat kerja yang dimaki oleh pengundi.

Rupa-rupanya isu yang hendak dibangkitkan oleh kenalanku itu bukan sekadar kerja jahat UMNO dan SPR itu. Ternyata kemudiannya beliau meluahkan rasa kesalnya terhadap Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) dan PAS. Katanya,”Kenapa kita nak berbaik sangat dengan UMNO sekarang ni. UMNO sampai bila-bila pun jahat selagi tolak Islam.”

Nah, sekarang saya rasa pembaca boleh faham cerita pokok tulisan ini. Mari kita tolak PAN dan rakan pembangkang ketepi. Kita cukup faham PAN dan rakan pembangkang bersarang fitnah. Mari kita mendekati ahli kita yang masih istiqamah walaupun jiwa mereka sedikit tergugat dengan halatuju PAS sekarang.

Budaya Politik Matang dan Sejahtera(BPMS) adalah suatu pendekatan yang menepati konsep politik Islam. Budaya itu menggambarkan keluhuran PAS sebagai sebuah gerakan politik yang beradab dan berpengalaman. Namun bagi ahli kebanyakan, pendekatan itu sesuatu yang kelihatan kontradik dengan sikap dan gaya PAS sebelum PRU13 yang lalu. Anjakan paradigmanya seolah-olah suatu revolusi; bukan evolusi.

Bagi kenalanku tadi, beliau nampaknya meragui BPMS seperti mana sebilangan ahli dan penyokong PAS. Namun yang mengusik sensitivitinya ialah, “ mengapa kini PAS tidak menyerang UMNO seperti dahulu. Kenapa kini Haji Hadi tidak lagi menegur, mengkritik dan menyerang kebejatan UMNO dan Najib?”

Nah, kini mindaku terusik. Maka kemudiannya mindaku menjadi bagai komputer yang sedang ‘scanning’ politik Tuan Guru kebelakangan ini. Di sini aku mohon berbeza pendapat sebagai suatu ‘brainstorming’ politik. Sebagai peminat politik, aku banyak membaca isu politik semasa di mana sebahagiannya menjadi idea kepadaku untuk menulis. Kerana banyak membaca itulah aku istiqamah dengan PAS kerana aku dapat mengikuti susur-galur kemelut dalam kalangan parti dan pembangkang sekarang.

Konklusi yang dapat aku rumuskan ialah memang aku sendiri tidak lagi mendengar Tuan Guru menyerang regim UMNO dan kebobrokan Najib. Tugas itu hanya diambil peranan oleh orang nombor dua parti, iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden. Hanya beliau dan beberapa pemimpin lain yang melepaskan peluru untuk menyerang kedurjanaan politik penguasa.

Mengapa begini jadinya? Sedangkan watak Presidenlah merupakan perwatakan parti. Apakah BPMS itu akhirnya difahami oleh ahli terbanyak sebagai bersekongkol dengan UMNO? Apakah nanti kita akan menyalahkan ahli dan penyokong jika mereka salah faham akan konsep BPMS itu?

Kenapa kini tidak kedengaran lagi Tuan Guru menegur kelemahan Najib dalam mentadbir negara?

Kenapa Tuan Guru tidak menyerang lagi UMNO seperti sebelum PRU13 dulu? Adakah semua keburukan Najib sekarang adalah semuanya andaian, bohong dan fitnah? Apakah UMNO sudah lunak dengan PAS sehingga tiada lagi ahli PAS menjadi mangsa politik UMNO/BN? Adakah UMNO sudah sudi andai rakyat memilih PAS untuk menggantinya sebagai pemerintah?

Demikian senario politik Tuan Guru dan PAS hari ini. Itulah pandanganku dan sebahagian ahli dan penyokong PAS. Tetapi pembaca mesti faham; siapa aku dan siapa kita? Adakah kita lebih baik ilmu politik berbanding Tuan Guru? Adakah kita lebih berpengalaman menguruskan isu berbanding Tuan Guru? Adakah kita yang lebih dekat dengan Allah berbanding Tuan Guru? Dan adakah kita yang lebih kuat bekerja berbanding Tuan Guru?

Ketika kita mempertikaikan Tuan Guru, adakah di kampung masing-masing kitalah pejuang yang tidak cukup tidur kerana urusan parti, seperti Tuan Guru? Ketika kita meremehkan usaha Tuan Guru adakah kita meninggalkan keseronokan dan kemewahan hidup demi perjuangan, seperti Tuan Guru?

Ketika kita sinis terhadap pendekatan Tuan Guru, adakah kita selalu bermunajat kepada Allah memohon taufik dan hidayah dalam menyelesaikan kemelut ummah, seperti Tuan Guru? Ketika kita merasakan Tuan Guru tak betul, melalui siapakah kita kenal politik Islam selama ini?

Siapalah kita, kalau di kampung-kampung kita sentiasa menolak tugas dan harapan parti dengan pelbagai alasan. Siapalah kita, kalau kita lebih selesa untuk tidak mengambil tahu tentang kekurangan tenaga dan masalah kewangan dalam jamaah berhampiran kita. Siapalah kita kalau mahu bergoyang kaki sekadar komen itu ini di kedai kopi. Siapalah kita walaupun seorang pegawai andai kepentingan jawatan , kepeluan perut dan keluarga dijaga tetapi jamaah dibiarkan bercempera. Motif tulisanku adalah untuk meletakkan cermin di wajah sendiri.

Sumber BO - 23-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































































































































































Jawatan Mursyidul Am: Pihak luar tidak perlu adu domba

SYED AHMAD FADHLI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42581-jawatan-mursyidul-am-pihak-luar-tidak-perlu-adu-domba

PAGI ini, portal berita Malaysiakini menerbitkan artikel "Hadi, Mahfodz pilihan terbaik PAS ganti Haron?"

Umum mengetahui, Malaysiakini antara portal yang begitu bermusuh dengan PAS terutamanya selepas PAS memutuskan hubungan tahalluf siyasi dengan DAP.

Masih ingat lagi, menjelang Muktamar pemilihan PAS pada tahun 2015, portal inilah juga yang begitu sibuk berkempen bagi kelompok yang sudah terkeluar dan menubuhkan PAN itu.

Malaysiakini membuat teori spekulasi kononnya Presiden PAS akan menjadi Mursyidul Am PAS yang baru sekiranya beliau sanggup menebalkan muka dikatakan gila kuasa sambil memetik sejarah Almarhum Ustaz Yusof Rawa yang pernah menjadi Mursyidul Am PAS yang pertama dan turut memegang jawatan Presiden PAS.

Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawasanya jawatan Mursyidul Am PAS adalah dilantik oleh Majlis Syura Ulamak, badan tertinggi dalam PAS. Jawatan ini diisi bukanlah melalui kaedah pengundian dalam Muktamar. .

Boleh rujuk Perlembagaan PAS, Fasal 8 (6)
"Seorang Ketua Majlis Syura 'Ulamak yang dikenali sebagai Mursyidul 'Am dan seorang Timbalannya yang dikenali sebagai Timbalan Mursyidul 'Am hendaklah dipilih di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu."

Apa fungsi Majlis Syura Ulamak.?
Ia terkandung dalam Fasal 8 (1);

"Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan "Majlis Syura 'Ulamak" dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

(a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

(c) Mendengar dan memutuskan semua rayuan semula tatatertib yang dikemukakan oleh ahli PAS mengikut Fasal 83 Perlembagaan ini.

Berapa orang ahli Majlis Syura Ulamak PAS.?
Ia disebut dalam Fasal 8 (2);

Ahli-ahli Majlis Syura ‘Ulamak hendaklah terdiri daripada tidak lebih tujuh belas orang iaitu:
(a) Seorang Mursyidul ‘Am
(b) Seorang Timbalan Mursyidul ‘Am
(c) Seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak, dan
(d) Tidak lebih empat belas orang Ahli Majlis Syura ‘Ulamak
Siapa Ahli Majlis Syura Ulamak PAS sekarang iaitu bagi sesi tahun 2015-2020.?
1. Mursyidul Am: Dato’ Tuan Guru Dr Haron Din (hingga 16 September 2016)
2. Timb. Mursyidul Am: YAB Dato’ Ustaz Ahmad Yakob
3. Setiausaha: Dato’ Ustaz Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh
4. YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
5. Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
6. YB Ustaz Idris Hj Ahmad
7. YB Dato' Nik Mohamad Amar Abdullah
8. Dato' Ustaz Dr Mahfodz Mohamed
9. YB Ustaz Nasrudin Hassan
10. YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
11. Ustazah Dr Wahibah Tahir
12. Ustazah Dr Nazirah Mohammad
13. YB Dato' Dr Khairudin Aman Razali
14. Ustaz Hashim Jasin
15. Ustaz Taib Azamudin Taib
16. Dato' Ustaz Dr. Johari Mat
17. Dato' Ustaz Hussin Awang

Apa fungsi Mursyidul Am PAS.?
Ia dinyatakan dalam Fasal 9 (1);

Mursyidul 'Am
(a) Bertanggungjawab sebagai ketua Majlis Syura 'Ulamak bagi melaksanakan kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Fasal 8 (1)(a), (b) dan (c) Perlembagaan ini.

(b) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak.

(c) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara Perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

Kami, para ahli dan penyokong PAS segenap peringkat yakin sepenuhnya dengan kebijaksanaan Majlis Syura Ulamak untuk membuat keputusan yang terbaik bagi memilih Mursyidul Am PAS yang baru bagi menyambung tugas memimpin bahtera perjuangan ini.

Semestinya PAS tidak memerlukan arahan, panduan dan lampu hijau daripada DAP mahupun mana-mana pihak luar untuk menentukan siapa pemimpin nakhoda kami. – HARAKAHDAILY 22/9/2016

Penulis ialah Pegawai Pusat Penyelidikan PAS

Sumber HD - 22-9-2016

























































































































































































































































































































Mahkamah Syariah: Ucapan Almarhum TG Nik Abdul Aziz Okt 1984

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42565-mahkamah-syariah-ucapan-almarhum-tg-nik-abdul-aziz-okt-1984

Teks ucapan perbahasan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika membahaskan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen pada 11 Oktober 1984, jam 4.48 petang.

Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat (Pengkalan Chepa):

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Rang Undang-undang yang dikemukakan sekarang iaitu Rang Undang-undang Pindaan seksyen 2 Akta 23 tahun 1965, saya ingin menyebut sedikit pendahuluan iaitu bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang dikemukakan oleh Tuhan yang sama dengan Tuhan yang mencipta manusia. Islam itu telah mengadakan kaedah-kaedah untuk menjaga keselamatan kira manusia.

Di antara kaedah-kaedah dan peraturan yang diciptanya ialah denda dan hukuman yang mesti dikenakan ke atas hamba-hambaNya yang bersalah. Bersalah mengikut nilai dan kaca mata ajaran Allah dan syariatnya. Mengikut Islam maka denda dan pembalasan yang dikena ke atas pesalah itu adalah dibahagi dua.

Satu diberi nama "al-hudud", yang kedua diberi nama "al-takzirat",

"Al-hudud" bererti hukuman yang ditetap oleh Allah dan Rasulnya dan dia merupakan perintah tetap yang mesti dipatuhi, tak ada siapa yang boleh berdalih dan berdolak dalik kerana kuasaNya yang mutlak sebagai pencipta ataupun Al-khaliq maka kita sekelian bersama isi alam yang kena jadi dan kena cipta ini tidak ada pilihan lain kecuali terima dan patuh kerana kita menjadi hak kepunyaanNya. Dia berhak menghukum dan memerintah ke atas kita apa sahaja hukuman yang ditentukanNya.

Yang satu lagi yang diberi nama al-takzir iaitu hukuman-hukuman yang Allah berikan kita peluang untuk mengurus dan mengaturnya sendiri asalkan tidak lari dari tujuan mengawal dan menjaga muslihat lima perkara yang telah ditetapkan, iaitu akal fikiran, nasab atau titih barih, harta benda, agama dan maruah atau disebut air muka.

Tuan Yang di-Pertua, saya katakan mukadimah ini sebagai mukadimah penting sebagai melahirkan tidak setuju saya yang amat sangat terhadap ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang ini.

Beliau menyebut di halaman 68, walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan Agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku.

Dari kata-kata itu bolehlah difahamkan bahawa kerja mendenda dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu bukan usaha agama bahkan yang disebut sebagai usaha agama itu hanya berkisar di atas dakwah, ceramah dan penerangan- penerangan berhubung dengan agama.

Sedangkan menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah agama sepertimana yang disebut sekejap tadi.

Tuan Yang di-Pertua, rang pindaan yang kita bahaskan ini walaupun tidak disenaraikan butir-butir jenayah dan kesalahan yang akan dipergunakan Rang ini untuknya tetapi pada hemat saya tentunya terdiri dari hanya denda-denda kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam lingkaran altakzir sahaja, bukan al-hudud yang tidak boleh dipinda-pinda itu sekalipun negara kita masih meminda-mindanya.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut apa yang diketahui umum bahawa mana- mana kesalahan atau jenayah itu tidak akan dapat disekat dan tidak akan dapat dihapuskan dengan hanya penggunaan undang-undang sahaja kecuali serentak dengan itu disertakan sama usaha-usaha untuk menyekat dan menghapus semua sumber-sumber yang dikira boleh menjadi punca bagi berlakunya kesalahan dan jenayah tadi kerana Islam itu sendiri bergerak secara "syumul" sepertimana yang kita lakukan ke atas penghisap-penghisap dadah, dengan erti bukan sahaja orang yang menghisap dadah itu kita kenakan hukuman berat sampai mati, tetapi kita kenakan juga ke atas yang mengedar dan memproses dadah ataupun sebagainya, mereka pun kita kenakan hukuman berat juga sampai mati.

Lepas itu kalau juga berlaku, bolehlah disebut luar dari ikhtiar kita. Begitu jugalah keadaan kita sekarang, kesalahan khalwat, rogol, mengajar ilmu salah dan sebagainya selagi undang-undang sahaja kita pindakan dan hukuman sahaja yang kita beratberatkan, tetapi punca khalwat dan berdua-duaan secara bebas seperti yang ada semakin ketara wujudnya sekarang melalui perfileman, persuratan, nyanyi-nyanyian yang mengandungi senikata yang menghairah tambahan pula dengan video-video lucah, selagi punca-punca dan sumber-sumber kesalahan ini tidak dipinda selaras dengan pindaan Rang Undang-undang ini maka kejayaan yang diharap-harapkan adalah kabur dan tidak akan sampai ke mana-mana.

Untuk mencegah ajaran-ajaran palsu dan ilmu salah misalnya terdapat negeri-negeri yang tidak membenar langsung pensyarah-pensyarah agama yang bukan sebulu untuk memberi syarahan agama ditempatnya walaupun mereka datang dengan nama kumpulan yang dikenali tidak melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan yang diragui.

Akhirnya rakyat setempat terpaksa hidup dalam masyarakat terkurung dan dengan sendirinya mereka akan senang sahaja menerima apa sahaja ajaran didedah dan diajarkan kepada mereka walaupun gurunya mendakwa dirinya sebagai "Saidina Ali" atau wali Allah dan sebagainya.

Saya minta supaya dibebaskan rakyat dari sekatan-sekatan mencari ilmu, berilah peluang kepada mereka mendengar, mengkaji dan bersoal jawab dengan mana-mana pensyarah, mana-mana penceramah yang berlandaskan Quran dan Hadis dengan sepenuhnya kerana itulah sahaja ajaran yang sebenar.

Kalau peluang yang begini masih dikenakan syarat-syarat yang ketat di bawah bermacam-macam nama dan istilah maka kesan dari undangundang ini bukan sahaja tidak sampai ke mana-mana tetapi tambah menebalkan lagi kurungan dan pemisahan di antara masyarakat dan aktiviti ilmiah yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf Mahkamah-mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan Mahkamah-mahkamah Majistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja.

Sumber HD - 21-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ustaz Ahmad Yaakob menolak jawatan Mursyidul Am
Posted on Wednesday, September 21 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31765



Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob menolak cadangan parti itu untuk mencalonkan beliau sebagai Mursyidul Am, menggantikan tempat Allahyarham Datuk Dr. Haron Din.

Beliau memberi alasan, sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Kelantan dan Pesuruhjaya Pas negeri menyebabkan tidak mampu untuk memikul amanah sebagai Mursyidul Am.
Tambahan pula katanya, ramai lagi pemimpin Pas dalam Majlis Syura Ulama layak diberi jawatan itu.

"Biarlah saya kekal dengan jawatan sekarang (Timbalan Mursyidul Am), berilah jawatan Mursyidul Am kepada orang lain," katanya di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas tidak menolak kemungkinan Ahmad akan dilantik sebagai Mursyidul Am bagi menggantikan Haron.

Haron meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco di California pada Jumaat lalu akibat komplikasi jantung.


Jenazahnya kemudian dikebumikan di sana atas wasiat yang ditinggalkan kepada keluarga. - MalaysiaGazette

Sumber TKO - 21-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































































































































































































































Mursyidul Am: Ustaz Ahmad mahu beri laluan

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42569-mursyidul-am-ustaz-ahmad-mahu-beri-laluan

KOTA BHARU: Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ingin kekal jawatannya kini kerana mahu memberi laluan kepada orang lain yang lebih layak.

Beliau berharap perkara itu berlaku walaupun dalam perlembagaan parti membenarkannya menjawat jawatan itu.

"Kalau boleh saya mahu terus kekal menjadi Timbalan Mursyidul Am PAS.

"Setakat ini saya masih Timbalan Mursyidul Am dan pohon sahabat lain ambil jawatan itu, kerana masih ramai yang layak dalam kepimpinan PAS ini," ujarnya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung dirinya yang disebut bakal menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia, Jumaat lalu.

Ketika ditanya berkaitan penolakan itu beliau berkata, banyak tugasan lain yang telah disandangnya termasuk Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada 15 anggota Majlis Syura Ulamak membuat keputusan dalam mesyuarat pertama dalam masa terdekat ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata, Ustaz Ahmad dijangka dilantik sebagai Mursyidul Am PAS berdasarkan sejarah sejak Majlis Syura Ulamak ditubuhkan.

Kata Takiyuddin, ikut sejarah dan harakinya timbalan yang akan dilantik sebagai Mursyidul Am.

Ustaz Ahmad seterusnya berkata, calon Mursyidul Am memang ada, tetapi beliau tidak mahu menyatakannya secara terbuka.

"Calon memang ada, tapi mana boleh saya umumkan secara terbuka. Tunggulah keputusan yang akan dibuat dalam mesyuarat nanti," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 21/9/2016

Sumber HD - 21-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































































































































































































































Imbau Pindaan Akta Mahkamah Syariah pada 1984

SYED AHMAD FADHLI | .
















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42560-imbau-pindaan-akta-mahkamah-syariah-pada-1984

Catatan Khas: Imbauan Sejarah Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pada tahun 1984

Malam tadi, saya meneliti kembali Penyata Rasmi (Handsard) Parlimen bagi Sidang Dewan Rakyat bertarikh 10-12 Oktober 1984, iaitu 32 tahun yang lalu.

Menarik juga apabila dapat membaca teks tersebut yang mencatat apa jua yang berlaku dalam sidang dewan ketika itu.

Penggal Parlimen ini merupakan era awal pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berikut adalah catatan berkaitan perbahasan Rang Undang-Undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965

1. Pada jam 4.48 petang Rabu, 10 Oktober 1984 RUU ini telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamad Noor dan disokong oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad.

2. Setelah 19 tahun akta tersebut digunapakai, Kerajaan mencadangkan untuk memperluaskan lagi bidang kuasa jenayah bagi membolehkan Mahkamah-mahkamah Syariah membicarakan kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau apa-apa denda tidak melebihi RM5,000 atau sebat tidak melebihi 6 kali atau apa-apa cantumannya.
Asalnya,akta pada tahun 1965 itu menghadkan kepada penjara 6 bulan atau dengan denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

3. Timbalan Menteri JPM berkata, salah satu daripada cara untuk menghalang orang-orang Islam daripada terlibat dengan lebih banyak lagi kepada perbuatan-perbuatan jenayah maka pihak Kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih positif dan berkesan iaitu dengan meminda Akta tersebut.
Tujuan peruntukan yang membolehkan Mahkamah Syariah mengenakan hukuman yang lebih berat ini bukanlah dengan tujuan untuk menzalimi orang-orang Islam akan tetapi untuk menjadi peringatan dan amaran kepada umum serta gesaan untuk mengelakkan daripada melakukan kesalahan jenayah.

4. Pindaan tersebut dibuat dengan membawa taraf Mahkamah-mahkamah Syariah agar setanding dengan Mahkamah Majistret selaras dengan dasar Kerajaan pimpinan PM Mahathir ketika itu yang memperkenalkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran.
Di samping itu, Akta Mahkamah Syariah dipinda bagi membolehkan Rang Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam yang baru diluluskan ketika itu dapat dikuatkuasakan dan dilaksanakan di peringkat negeri.

5. Seramai 11 orang Ahli Parlimen yang membahaskan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Mereka adalah;
- Tuan Haji Seroji bin Haji Haron (Baling)
- Datin Paduka Zaleha binti Ismail (Tanjong Karang)
- Wan Mohd. Najib bin Wan Mohamad (Pasir Puteh)
- Tuan Hassan bin Haji Mohamed (Rantau Panjang)
- Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah (Padang Rengas)
- Tuan Ismail bin Arshad (Jerai)
- Tuan Ibrahim Azmi bin Hassan (Kuala Nerus)
- Tuan Bahari bin Haron (Labis)
- Tuan Haji Azharul Abidin bin Haji Abdul Rahim (Batang Padang)
- Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat (Pengkalan Chepa)
- Tuan Mohamed Razlan bin Haji Abdul Hamid (Matang)

6. Menarik untuk kita ketahui di sini, Ahli Parlimen PAS yang membahaskan pindaan Akta Mahkamah Syariah pada 32 tahun yang lalu ialah Almarhum Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada ketika itu.

7. Kesemua 11 orang Ahli Parlimen yang bangun membahaskan pindaan tersebut adalah yang beragama Islam kerana mereka sedar dan tahu bahawa Akta ini adalah yang berkait dengan Mahkamah Syariah yang melibatkan orang Islam sahaja.
Namun, dalam Handsard Parlimen turut mencatatkan Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Kepong, Dr Tan Seng Giaw bangun, tetapi beliau bukan membahaskan pindaan tetapi berkaitan dengan hal tindakan beliau yang sedang mengemas barang YB Kota Melaka lalu ditegur oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

8. Antara intipati perbahasan Ahli Parlimen ketika membahaskan pindaan akta tersebut ialah cadangan menyediakan tenaga pakar bagi meningkatkan mutu dan taraf profesion Kadi-kadi yang menjadi Hakim Mahkamah Syariah, penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi menyemak, mengkaji dan mencadangkan pindaan-pindaan bagi menyelaraskan perundangan- perundangan Islam di semua negeri, cadangan menaiktaraf kemudahan di Mahkamah Syariah agar setanding dengan Mahkamah Majistret, penyediaan panduan prosedur tatacara kes Mahkamah Syariah sepertimana di Mahkamah Sivil yang perlu mematuhi Criminal Prosedure Code ataupun Kanun Acara Jenayah, dan seruan agar memartabatkan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia.

9. Saya petik juga di sini sebahagian ucapan perbahasan oleh Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa:
"Islam itu telah mengadakan kaedah- kaedah untuk menjaga keselamatan kita manusia. Di antara kaedah-kaedah dan peraturan yang diciptanya ialah denda dan hukuman yang mesti dikenakan ke atas hamba-hambaNya yang bersalah. Bersalah mengikut nilai dan kaca mata ajaran Allah dan syariatnya. Mengikut Islam maka denda dan pembalasan yang dikena ke atas pesaiah itu adalah dibahagi dua.
Satu diberi nama "al-hudud", yang kedua diberi nama "al-takzirat".
"Tuan Yang di-Pertua, mengikut apa yang diketahui umum bahawa mana-mana kesalahan atau jenayah itu tidak akan dapat disekat dan tidak akan dapat dihapuskan dengan hanya penggunaan undang-undang sahaja kecuali serentak dengan itu disertakan sama usaha-usaha untuk menyekat dan menghapus semua sumber-sumber yang dikira boleh menjadi punca bagi berlakunya kesalahan dan jenayah tadi kerana Islam itu sendiri bergerak secara "syumul" sepertimana yang kita lakukan ke atas penghisap-penghisap dadah, dengan erti bukan sahaja orang yang menghisap dadah itu kita kenakan hukuman berat sampai mati, tetapi kita kenakan juga ke atas yang mengedar dan memproses dadah ataupun sebagainya, mereka pun kita kenakan hukuman berat juga sampai mati."

10. Jelas, apa yang sedang diperjuangkan oleh Tuan Guru Presiden PAS di Parlimen pada ketika ini adalah sama seperti yang diperjuangkan oleh Almarhum Mursyidul Am PAS pada 32 tahun yang lalu di dewan Parlimen yang sama. Mereka menerangkan berkenaan keindahan, kesempurnaan dan keadilan syariat Islam.
Lihat, betapa istiqamah dan teguhnya prinsip perjuangan PAS bagi menegakkan Islam.

11. Dalam ucapan penggulungan oleh Timbalan Menteri JPM, beliau menyatakan bahawa;
a) Kerajaan melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Kedudukan Mahkamah-mahkamah Syariah dan taraf Kadi-kadi seluruh Malaysia
b) persiapan bagi struktur 3 peringkat Mahkamah Syariah
c) penubuhan satu Panel Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah
yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja yang ditempatkan di Kuala
Lumpur atas tanggungan Kerajaan Persekutuan.
d) mengadakan satu skim perkhidmatan yang dipanggil
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah bagi pegawai-pegawai Mahkamah Syariah iaitu Hakim, Pendakwa dan Pendaftar
dengan penyandangnya berkelulusan ijazah dalam bidang syariah dan diploma lanjutan dan juga mempunyai profesion yang tertentu—yang khusus.
e) menubuhkan Majlis Peguam Syarie bagi memelihara
kepentingan dan disiplin Peguam- peguam Syariah.
f) satu peraturan lengkap sedang disusun untuk
mempastikan supaya prosedur perbicaraan di Mahkamah Syariah setanding dengan prosedur perbicaraan di Mahkamah-mahkamah sivil. Peraturan tersebut telah berada di peringkat draf terakhir yang dikenal dengan Prosedur Mahkamah Syariah.
g) latihan dan kemahiran yang cukup akan diberi kepada kadi-kadi supaya kes-kes yang diputus akan dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak.
h) Universiti Islam Antarabangsa telah bersetuju untuk mengadakan Kursus Diploma lanjutan Undang-undang dan Kehakiman Islam untuk kadi-kadi seluruh Malaysia bermula tahun 1985.
i) laporan penyusunan semula Majlis dan juga Jabatan
Agama Islam Negeri dengan memberikan peruntukan supaya
Mahkamah Syariah Negeri-negeri akan diberi pejabat yang berasingan dan dilengkapkan dengan alat dan kelengkapan yang moden setanding dengan Mahkamah Sivil.
j) Undang-undang Jenayah Islam ini bukanlah untuk menggantikan Undang-undang Jenayah Mahkamah Sivil.

12. Akhirnya, Rang Undang-Undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 telah diluluskan pada petang Jumaat, 12 Oktober 1984.

Sungguhpun, catatan Penyata Rasmi Parlimen ini adalah mengenai apa yang telah berlaku 32 tahun yang lalu tetapi ia masih kekal relevan untuk kita rujuk, teliti dan bandingkan dengan realiti semasa.

Mereka boleh bersepakat dan bersetuju untuk meminda Akta yang berusia 19 tahun ketika itu, jadi mengapa pula setelah 32 tahun ia langsung tidak dipinda, kita tidak boleh mengambil persepakatan yang sama dalam hal memartabatkan syariat Allah?

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
20 September 2016

Sumber HD - 21-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perlantikan Mursyidul Am PAS Perlu Mendapat Persetujuan 17 Ahli Majlis Syura
Posted on Tuesday, September 20 @ 17:59:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31747


KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob akan dilantik sebagai Mursyidul Am bagi menggantikan Allahyarham Datuk Haron Din.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kemungkinan itu berdasarkan amalan parti berkenaan sebelum ini.

Katanya, mengikut sejarah kekosongan jawatan tersebut akan diisi timbalannya, bagaimanapun perkara itu perlu diputuskan melalui Majlis Syura Ulama.

"Amalam ini diikuti sejak Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am, sekiranya berlaku kematian, timbalannya akan naik sebagai Mursyidul Am.

"Pun begitu, keputusannya perlu mendapat persetujuan 15 ahli (Majlis Syura Ulama) termasuk Presiden dan Timbalan Presiden Pas," katanya ketika ditemui di Mahkamah Kota Bharu, di sini, tadi.

Menurutnya, setakat ini belum ada tarikh bila-bila mesyuarat berkenaan akan diadakan dan jawatan itu kini dipangku Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan.

"Buat masa ini, tidak kedengaran nama lain untuk diangkat sebagai Mursyidul Am dan bila mesyuarat perlantikan untuk diadakan juga belum diputuskan," katanya.

Haron,76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi, Jumaat lalu (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Senarai Majlis Syura Ulamak Sesi 2015-2020

1 Dato Tuan Guru Dr Haron Din (hingga 16 September 2016)Mursyidul Am
2YAB Dato Ustaz Ahmad YakobTimb. Mursyidul Am
3Dato Ustaz Dr Nik Mohamad Zawawi SallehSetiausaha
4YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi AwangAhli
5Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan ManAhli
6 YB Ust Idris Hj AhmadAhli
7YB Dato' Nik Mohamad Amar AbdullahAhli
8Dato' Ustaz Dr Mahfodz MohamedAhli
9YB Ust Nasrudin HassanAhli
10YB Ust Nik Mohamad Abdul Nik Abdul AzizAhli
11Ustzh Dr Wahibah TahirAhli
12Ustazah Dr Nazirah MohammadAhli
13YB Dato' Dr Khairudin Aman RazaliAhli
14Ust Hashim JasinAhli
15Ustaz Taib Azamudin TaibAhli
16Dato' Ustaz Dr. Johari MatAhli
17 Dato' Ustaz Hussin AwangAhli


Sumber TKO - 20-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































































































































































































































Persempadanan semula: Pembangkang perlu bantah

SALMIYAH HARUN | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42553-persempadanan-semula-pembangkang-perlu-bantah

KUALA LUMPUR: PAS tidak yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti bantahan yang akan dibuat berkaitan cadangan persempadanan semula secara adil berdasarkan prinsip asas demokrasi.

Ini kerana, menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali cadangan persempadanan ini ada agenda tertentu yang akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah, Umno BN.

Tambahnya, daripada pandangan awal berdasarkan kajian dan gambaran umum PAS akan membuat bantahan kepada SPR nanti.

Mustafa berkata, perlu untuk pembangkang membuat bantahan kerana persempadanan semula ini adalah strategi untuk memberi kelebihan kepada BN berdasarkan 'track records' yang lepas.

"Sebelum ini  jelas bahawa cara persempadanan ini dibuat bermatlamat untuk memberi kelebihan kepada parti yang memerintah iaitu Umno BN.

"Dan ini juga jelas berdasarkan persempadanan terakhir pada tahun 2003 bagi PRU 2004. Persempadanan waktu itu jelas dibuat untuk memberi kelebihan kepada Umno BN. Di mana negeri-negeri yang diperintah PAS maka negeri itu menjadi tumpuan untuk menafikan pembangkang mendapatkan kekuatan yang bertambah, maka waktu itu tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

"Sedangkan negeri-negeri lain ada pertambahan kerusi terutama negeri kubu kuat Umno BN yang meminta tambahan begitu besar berbanding bilangan purata pengundi, ini bertujuan untuk menafikan peluang PAS menang," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau turut memberi contoh di Terengganu, Dun Manir yang menjadi kubu kuat PAS sukar dikalahkan oleh BN tetapi selepas persempadanan, peti undi Teluk Pasu yang PAS hanya menang 100 undi lebih dimasukkan ke kawasan Manir.

"Kemungkinan Teluk Pasu akan kalah dengan menidakkan kubu-kubu pembangkang daripada menang dengan masukkan ke kawasan lain, begitu juga tempat lain.

"Contoh tahun 2003, persempadanan berdasarkan PRU 1999. Perdana Menteri hampir kalah beberapa undi, setelah dibuat pemetaan baru termasuklah peti undi kem tentera dibawa ke parlimen Pekan.

"Sedangkan terlalu jauh bagi menguatkan Pekan itu sendiri. Itulah bagaimana cara dibuat untuk beri kelebihan pada parti pemerintah. Pemetaan yang tidak munasabah berdasar geografi, satu peti undi masuk ke dalam Pekan sedangkan ada parlimen yang lebih hampir," tambahnya.

Justeru katanya, ini adalah kali pertama dalam persempadanan semula sejak beberapa kali mutakhir ini tidak berlaku pertambahan kerusi tetapi persempadanan dibuat untuk membolehkan pemetaan persempadanan bagi menafikan pertambahan kekuatan pembangkang.

Tegasnya, persempadanan kali ini yang tidak ada penambahan kerusi menunjukkan mereka tidak yakin ia akan diluluskan kerana Umno BN tidak ada 2/3 majoriti di parlimen.

Bagaimanapun sebelum itu Mustafa berkata, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat sedang meneliti secara menyeluruh cadangan persempadanan semula yang baru diisytiharkan oleh SPR.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPPN) supaya meneliti secara terperinci kesan daripada persempadan baru yang dikemukakan itu.

"Secara menyeluruhnya kita akan melihat laporan daripada negeri-negeri pada 24 September ini yang akan dibentangkan dalam mesyuarat PAS Pusat di Pulau Pinang nanti.

"Selepas itu kita ambil segala pandangan dan analisis oleh JPPN kemudian akan dikemukakan kepada Lajnah Politik PAS pada 28 September ini untuk dimuktamadkan, dan apa bentuk tindakan yang akan dilakukan oleh PAS berkait dengan cadangan itu," katanya. - HARAKAHDAILY 20/9/2016

Sumber HD - 20-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada kerjasama dengan DAP - PAS Ulangi Kenyataan
Posted on Monday, September 19 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31732


MARANG – Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP, termasuk menjalinkan kerjasama baharu melalui strategi satu lawan satu menentang BN dalam menghadapi PRU14.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada kerjasama dengan DAP kerana sikap parti itu yang menentang agenda Islam.

“DAP mungkin tidak kerana sikap parti itu yang menentang Islam. Tiada kerjasama (baharu) dengan DAP.

"Kalau kemungkinan (gabungan baharu dengan parti pembangkang lain menentang BN) juga kita tidak boleh jawab. Kita akan lihat parti lain (dahulu). Kita tidak (mahu) mengulangi senario lama. Akan dikaji,” katanya.

Walaupun belum ada keputusan, namun Pas dilihat bersedia memberi ‘pertimbangan’ kepada parti pembangkang yang lain dalam mewujudkan kerjasama melalui strategi satu lawan satu menentang BN dalam menghadapi PRU14.


Bagaimanapun, keadaan mungkin berubah sekiranya mereka menjalinkan kerjasama dengan DAP.


  “Pas tidak akan bekerjasama dengan DAP, juga dengan parti yang bekerjasama dengan DAP,” katanya.

Sumber TKO - 19-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Persatuan Hokkien Tidak Buka Ruang Dialog
Posted on Monday, September 19 @ 16:30:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31728


KUALA LUMPUR – PAS memberitahu Persekutuan Persatuan Hokkien tidak mengambil kesempatan untuk memahami tentang pindaan Akta355 sewaktu perbincangan diadakan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Persekutuan Persatuan Hokkien tidak bertanya mahupun mengemukakan pandangan mereka serta berdialog dengan wakil PAS dalam pertemuan itu bagi memahami kedudukan sebenar isu Pindaan Akta 355.

“Sewajarnya kunjungan PAS ke Pejabat Persekutuan Persatuan Hokkien tempohari diambil kesempatan sepenuhnya untuk bertanya mahupun mengemukakan pandangan mereka serta berdialog.

“Namun malang, mereka tidak membuka ruang dialog dan tiada sebarang pertanyaan diajukan sedangkan Presiden PAS memberi penerangan dengan bahasa yang sangat mudah dan terus kepada subjek perbincangan secara jelas,” dedahnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin berkata, PAS bagaimanapun menawarkan dialog berterusan dengan Persekutuan Persatuan Hokkien bagi memahamkan mereka tentang usaha meminda Akta 355 yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini.

“Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien, Datuk Khoo Chai Kaa menegaskan beliau masih tidak memahami penjelasan yang telah diberikan dan berhasrat akan tetap meneruskan kempen sejuta tandatangan bagi membantah pindaan Akta 355.

“Kami bagi pihak PAS, InsyaAllah tidak akan pernah penat untuk terus membuka ruang dan peluang dialog serta penerangan kepada Persekutuan Persatuan Hokkien sehingga mereka benar-benar memahami isu pindaan Akta 355 ini.

“Janganlah bertindak dan membuat penentangan terhadap Islam mahupun Pindaan Akta 355 tanpa memahami apakah kedudukannya yang sebenar kerana ia merendahkan moral dan peribadi,” katanya.

Portal berita pembangkang semalam melaporkan Persekutuan Persatuan Hokkien akan tetap meneruskan kempen sejuta tandatangan bagi membantah pindaan Akta 355 yang sedang diusahakan PAS di Parlimen.

Persekutuan Persatuan Hokkien mendakwa kononnya mereka tidak memahami penerangan yang diterangkan oleh Presiden PAS mengenai pindaan akta itu semalam. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 19-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Abdul Hadi akan bentang RUU Akta 355 bulan depan
Posted on Monday, September 19 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31722


PETALING JAYA: Rang undang-undang (RUU) peribadi Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk pertingkat kuasa mahkamah syariah akan dibentang untuk dibahas di Dewan Rakyat pada sidang akan datang, katanya hari ini.
RUU itu dibentang pada Mei lepas dalam satu langkah yang mengejutkan oleh kerajaan kerana mengutamakan usul peribadi ke atas usul kerajaanm tetapi Hadi, yang merupakan Ahli Parlimen Marang, meminta bahas ditangguhkan.

“Ya, ya” katanya dilaporkan berkata hari ini ketika ditanya mengenai RUU berkenaan selepas mengadakan kunjungan hormat ke Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien di Kuala Lumpur hari ini.

RUU Hadi digelar RUU Hudud oleh sesetengah ahli politik kerana hukuman jenayah yang dicadangkan termasuk hukuman berkaitan hudud. RUU itu mahu pertingkat bidang kuasa mahkamah syariah mengenakan hukuman jenayah, kecuali hukuman mati.

Mahkamah syariah bergerak mengikut undang-undang negeri. Bagaimanapun, statut Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan bidang kuasa diperluaskan. RUU Hadi berhasrat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Dalam ucapannya kepada persekutuan Hokkien, Hadi menegaskan mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa ke atas orang bukan Islam, menurut laporan Star Online.

“Orang Islam ada undang-undang tersendiri, begitu juga orang bukan Islam. Kita perlu hormati perkara itu,” katanya dipetik. “Kita boleh terima sekiranya orang bukan Islam mahu dibicarakan di bawah undang-undang Islam. Tetapi, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan.”

Hadi berkata tidak ada jaminan RUU perbadi itu akan mendapat sokongan daripada ahli Parlimen UMNO, DAP atau PKR. RUU itu memerlukan 112 undi untuk diluluskan dengan majoriti mudah. Umno (86) dan PAS (14) mempunyai 100 kerusi, manakala 24 wakil rakyat pembangkang beragama Islam iaitu PKR (16), Amanah (6) dan DAP (2).

Pindaan perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga atau 148 undi. Terdapat 130 wakil rakyat beragama Islam di Dewan Rakyat.

Sumber TKO - 19-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Prosiding saman PAS terhadap Sarawak Report kini di peringkat akhir
Posted on Sunday, September 18 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31705


BANGI, Sabtu – Prosiding saman PAS terhadap Sarawak Report kini di peringkat akhir berhubung dakwaan pemimpin parti berkenaan menerima sejumlah RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, barisan peguam diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyudin Hassan sedang menyiapkan dokumen berkaitan.

“Peguam sudah ada cuma perlu sedia bahan untuk dikaji. Proses diserahkan kepada kumpulan yang diketuai oleh Datuk Takiyuddin,” katanya kepada pemberita, semalam.

Sebelum ini, Sarawak Report yang berpengkalan di London, menerbitkan artikel yang mendakwa Perdana Menteri merayu supaya PAS menjauhi gabungan pembangkang dan mengalirkan RM90 juta kepada pemimpin tertinggi parti itu.

Sementara itu, Takiyudin berkata, PAS sudah berjaya mendapatkan khidmat ‘Queen Council’ di London.

“Kita telah mendapatkan khidmat Queen Council dan beliau telah bersetuju untuk mengambil kes kami.

“Biasalah, kes besar kita perlu menggunakan khidmat peguam dan kita di bawah lujnah undang undang dan dokumen itu kita akan kemukakan kepada beliau.


“Kita tak perlu bimbang kes sebegini mempunyai had enam tahun. Jadi kita perlu ada dokumen dan peguam akan meneliti serta beri notis supaya proses itu berjalan,” katanya.

Sumber TKO - 18-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahmad Yakob pangku jawatan mursyidul am PAS
Posted on Saturday, September 17 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31697



Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob akan memangku jawatan Mursyidul Am parti itu selepas pemergian Allahyarham Datuk Dr Haron Din semalam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kepimpinan tertinggi parti akan bermesyuarat bagi menentukan siapa yang layak memegang jawatan itu.

"Sebelum ini ketika almarhum (Haron) uzur, tugas itu memang sudah dipikul oleh timbalan dan tidak menjadi masalah.

"Pengantinya akan ditentukan dalam mesyuarat dan kita akan mengikut Perlembagaan parti bagi menentukan siapa penggantinya," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Rang Undang-Undang (RUU) 355 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu malam tadi.

Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am PAS pada Mac tahun lepas bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada Februari 2015 akibat kanser prostat.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi semalam (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Road, Livermore, California pada 8.57 pagi tadi (waktu Malaysia). 

- Bernama

Sumber TKO - 17-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































































Satu lawan satu: PAS akan buat kajian terperinci

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42512-satu-lawan-satu-pas-akan-buat-kajian-terperinci

MARANG: PAS menyambut baik cadangan pertandingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi PAS tidak gopoh dan akan membuat kajian terperinci.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS kini perlu berhati-hati dalam mengadakan kerjasama politik dengan semua pihak.

Justeru, katanya terlalu awal bagi parti itu membuat keputusan mengadakan kerjasama politik baharu dengan mana-mana parti pembangkang lain.

Menurutnya, konsep umum yang sedang diperkenalkan oleh PAS adalah politik matang dan sejahtera berdasarkan ‘taawun’ iaitu tolong-menolong dalam perkara baik.

“Terlalu awal kita mahu membuat keputusan. Parti-parti politik pun dalam keadaan tidak menentu.

“PAS perlu berhati-hati untuk bekerjasama dengan semua pihak, cuma langkah kita sekarang ialah memperkenalkan politik matang dan sejahtera berdasarkan kepada taawun iaitu tolong-menolong dalam perkara baik dan tidak tolong-menolong dalam perkara yang tidak baik.

“Kerjasama dalam perkara baik sama ada dengan kerajaan atau pun pembangkang. Ini konsep umum yang kita pegang pada hari ini.

“Terlalu awal untuk kita sebut parti-parti tertentu, terlalu awal untuk kita sebut beberapa penjuru kerana kita tidak tahu parti mana yang masuk bertanding dan yang tidak masuk bertanding.

“PAS tetap mempunyai kemampuan dan sejak tahun 1955, PAS sudah masuk pilihan raya. PAS pernah bekerjasama dengan pelbagai parti politik. Kita kaji semua sebab itu tidak gopoh dalam membuat keputusan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wakil media mengenai pendirian PAS dengan strategi satu lawan satu pada PRU14, selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, pagi tadi.

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan bahawa PAS akan melihat kekuatannya berdasarkan laporan dari negeri-negeri.

Katanya, apa guna bagi parti-parti pembangkang lain turut bertanding di kawasan sama yang PAS mempunyai kekuatan jentera partinya.

Ketika ditanya, adakah PAS belum lagi membuat pendirian tetap dengan cadangan satu lawan satu pada PRU14, beliau mengakui kerana akan membuat kajian secara terperinci.

Namun, kata beliau berdasarkan perkembangan parti itu pada masa kini sangat baik dengan penerimaan rakyat.

“Ya, belum ada pendirian lagi (satu lawan satu) kerana kita akan buat kajian secara terperinci. Perkembangan PAS kini sangat baik di masa mutakhir ini.

“Di samping kita pernah menang di Kelantan dan pernah menang di Terengganu dan kita pernah memerintah Kedah dan pernah cuba memerintah negeri Perak, (PAS) pernah menyertai kerajaan campuran di Selangor.

“Kerajaan (Malaysia) ini akan berubah, ianya tidak kekal selamanya akan berubah. Sebab itu tidak boleh kita membuat kenyataan lebih awal kerana perubahan boleh berlaku bila-bila masa sahaja,” jelasnya.

Menjawab persoalan kemungkinan PAS mengadakan kerjasama politik baharu dengan parti DAP, beliau menegaskan tidak dengan parti yang menentang Islam.

“DAP mungkin tidak kerjasama kerana sikap DAP yang tidak berubah, menentang Islam. Terus teranglah saya sebut dia menentang Islam, menentang agenda Islam,” tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































































































































































Ganding bahu jayakan usul persendirian pinda Akta 355

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42473-ganding-bahu-jayakan-usul-persendirian-pinda-akta-355

Kami telah meneliti pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak berkaitan usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965, Akta 355.

Pada pandangan dan pengamatan kami, ada antara pandangan yang dilontarkan kepada pihak media dan awam lebih kepada bersifat mengelirukan dan memperdaya pihak awam atas pelbagai pertimbangan yang amat tidak wajar.

Demikian juga ada sebahagian yang memberikan pandangan atas kapasiti mereka sebagai mantan kepimpinan utama parti dan ahli jawatankuasa teknikal pelaksanaan syariah.

Pada kesempatan ini, suka kami memberi penjelasan kepada beberapa perkara yang telah ditimbulkan dan pada pengamatan kami ia hanyalah bersifat mengelirukan.

1. Haruslah dibezakan usul persendirian yang dibawa oleh YB Marang dan Rang Undang-undang yang dibawakan oleh pihak kerajaan.

2. Dalam peraturan sedia ada, sesuatu Rang Undang-undang bagi menggubal suatu perundangan atau meminda suatu perundangan, boleh terus dibawa untuk melalui proses bacaan pertama, kedua dan undian, jika ianya dibawa oleh pihak kerajaan.

3. Namun, jika cadangan bagi meminda suatu undang-undang itu dibawa oleh seorang ahli parlimen bukan kerajaan (sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan), ia mestilah dibuat melalui suatu usul.

4. Dengan perkataan lain, apa yang sedang berlaku kepada cadangan meminda Akta 355 adalah hanya suatu usul bagi mengemukakan Rang Undang-undang bagi meminda Akta 355.

5. Apa yang berlaku pada peringkat ini hanyalah suatu prosedur yang belum sepenuhnya membabitkan isi substantive kepada pindaan yang ingin dikemukakan.

6. Polemik berkaitan perkataan-perkataan yang digunapakai dalam usul yang dikemukakan oleh YB Marang seharusnya tidak diperbesarkan dan dijadikan polemik.

7. Jika sekalipun ada kekhilafan atau permasalahan pada perkataan-perkataan yang digunakan dalam usul yang dikemukakan, ia masih tertakluk kepada perbahasan dan boleh diperbaiki pada masa hadapan.

8. Apatah lagi, usul yang dikemukakan akan tertakluk kepada persetujuan dewan untuk sama ada membenarkan atau tidak membenarkan maksud usul.

9. Maksud usul dalam isu yang sedang kita depani ialah cadangan meminda Akta 355 melalui Rang Undang-undang persedirian.

10. Usul persendirian yang dibawa oleh YB Marang boleh saja diterima dewan dan ianya boleh saja ditolak. Ia akan berlaku sebaik perbahasan mengenainya berlangsung.

11. Jika ia ditolak, ia akan terhenti di situ sahaja. Sebaliknya jika ia diterima dewan, di situlah tuntutan berkaitan rang undang-undang secara lebih jelas diperlukan.

12. Adapun kenapa usul persendirian ini tidak diteruskan oleh YB Marang pada 26 Mei yang lalu, jelas ia menyahut hasrat beberapa ahli parlimen termasuklah dari Seputeh, Kuching dan Seremban yang menginginkan rundingan awam dilakukan secara lebih terbuka mengenai usul tersebut.

13. Pada masa kini, kita dapat melihat di mana-mana saja forum/wacana/dialog dianjurkan bagi menjelaskan maksud usul persendirian yang dikemukakan pada 26 Mei 2016.

Justeru, kami menyeru untuk seluruh kaum muslimin berganding bahu bagi menjayakan usul persendirian bagi mengemukakan suatu rang undang-undang bagi meminda Akta 355. Pelbagai wacana/forum/dialog yang diadakan bolehlah dimanfaatkan untuk mengemukakan sebarang cadangan atau persoalan ke arah penambahbaikan.

Disediakan oleh:
Biro Undang-undang Kelab Profesional Penyokong PAS.

Sumber HD - 11-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Takiyuddin sedia tunggu Husam di Kota Bharu
Posted on Tuesday, September 06 @ 13:16:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31572



Anggota parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan sedia berdepan dengan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata semua keputusan itu terpulang kepada jawatankuasa tertinggi parti itu.

“Kalau diberi tanggungjawab kita akan laksanakannya dan saya serahkan semuanya kepada parti.

“Jika parti suruh saya bertanding saya bertanding di mana sahaja. Kalah atau menang bukan alasan,” kata Takiyuddin.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui selepas wacana berkaitan pindaan Akta Mahkamah Syariah di Shah Alam semalam.

Pemangku Yang Dipertua PAS Kota Bharu Dr Rosli Allani Abdul Kadir Sabtu lalu mengakui PAS sedia berdepan siapa sahaja pada PRU14 termasuk Husam Musa yang baru menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 31 Ogos lalu.

Menurut Rosli yang dipetik Sinar Harian, beliau mengalu-alukan sekiranya benar khabar angin mendakwa Husam akan bertanding di parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu.

“Saya yakin dengan keupayaan Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan akan dapat menandingi aura yang ada pada Datuk Husam.

“Malah saya akan mencadangkan agar Datuk Takiyuddin yang mengenali Datuk Husam sejak zaman universiti itu bertanding di mana sahaja ahli Amanah itu dicalonkan,” kata Rosli.

Selepas menyertai parti AMANAH secara rasmi minggu lalu, Husam melahirkan keyakinannya parti serpihan PAS itu mampu “menyelamatkan” Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


Katanya, AMANAH mampu mentadbir kerajaan negeri itu walaupun berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.

Sumber TKO - 6-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































































































































































































































































































Islam wajib terima 100 peratus

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/42419-islam-wajib-terima-100-peratus

MENGAPA umat Islam hendak sangat RUU 355 dan ia perlu dipejuangkan?
    
Kerana mereka takut jadi kafir dan terjerumus ke lembah kekafiran. RUU 355 itu adalah demi memperkasakan mahkamah Islam, supaya tidak ia rendah daripada mahkamah majistret, mahkamah awam yang terendah sekali di negara ini. Justeru Islam itu diperlembagakan sebagai agama persekutuan, maka mahkamah agama itu sewajarnya setimpal dengan agama rasmi/negara.
   
Selama 59 tahun merdeka, maka martabat mahkamah agama rasminya amat rendah malah terendah dari yang lain-lain yang bukan dalam status mana-mana agama yang tidak termasuk dalam agama persekutuan.
   
Oleh sebab Islam itu agama orang Islam, apa juga boleh memperkasakan Islam, dan tidak meletakkan Islam di bawah daripada yang lain-lain, maka ia dikira wajib.
   
Jika Islam Rusia dan Amerika tidak dapat adakan mahkamah syariah, maka bersabarlah umat Islam kerana negara-negara itu agama rasminya lain dari Islam. Tetapi dalam hati dan iman orang Islam wajar dan wajib keinginan ada mahkamah sedemikian. Dengan halangan yang ada, tidak dapat mengadakan mahkamah seperti tidak menjadikan mereka kafir.
    
Tetapi bagi negara Islam menolak apa jua yang boleh memertabat dan melaksanakan Islam boleh cacat akidah. Tiada apa umat Islam dapat buat bagi memartabatkan semasa penjajah. Tidak kafir mereka dengan halangan itu. Tetapi ibadat orang Islam dalam negara tidak mendaulatkan Islam kecil pahalanya. Beribadat dalam negara yang mendaulatkan Islam tak terhinggalah pahalanya.
   
Perbandingannya sama dengan solat sendirian. Ada pahala tetapi satu saja dibandingkan 27 bagi solat berjemaah. Solat orang nikah jauh besar pahalanya daripada solat orang bujang. Ini antara yang menguntungkan orang suka nikah. Itu juga antara alasan untungnya orang Islam duduk dalam masyarakat yang mendaulatkan Islam.
    
Tidak jadi kafir kalau RUU 355 itu tidak dapat diadakan, tetapi menentangnya boleh mencacatkan iman orang Islam. Tiada keinginan, tiada niat dan tiada usaha untuk mengadakannya boleh menjadi iman dan aqidah tidak sempurna. Tidak sempurna boleh sama dengan macam-macam seperti cacat, rosak, retak, serpih, pecah, binasa atau musnah.
   
Maka orang Islam yang beriman dan takwa tidaklah sama dengan orang Islam saja yang imannya nipis atau tebal, kuat atau goyang. Orang Islam boleh sambalewa nak laksana Islam atau tidak. Yang beriman dan takwa, amat peka dan prihatin tentang kesempurnan akidah dan kedaulatan Islam.
   
Iman menawarkan umatnya menerima Islam 100 peratus. Sama ada alim atau tidak, ulama atau awam, taat atau culas, wajib menerima ajaran Islam sepenuhnya. Jika Islam itu ditolak sekalipun sekadar 0.001 peratus, sudah terima 99.999, maka dia jadi kafir.
   
Sebagai seorang Islam, dia langgar banyak rukun, bergelumang dengan maksiat tapi mengaku Islam itu suci 100 pratus, dia sekadar berdosa dan mungkin lama tinggal di neraka. Tetapi apabila dia sudah terima Islam 99.999 peratus, dia solat, dia puasa, tolak 0.0001 saja, dia jadi kafir.

Tempat pulangnya kekal di neraka. Seorang jumpa Rasulullah SAW nyatakan setuju masuk Islam, tapi kecualikan hak berzina baginya. Baginda  tolak.
   
Apabila orang Islam perjuang bersungguh akan RUU 355 itu ialah mereka takut jadi orang meremehkannya, takut mereka termasuk orang yang menolak 0.001 peratus itu. Untuk itu orang Islam sudah berkompromi, RUU 355 untuk orang Islam saja. – HARAKAHDAILY 6/9/2016

Sumber HD - 6-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pindaan Akta 355, bukan sesuatu yang pelik - Takiyuddin
Posted on Monday, September 05 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31567


SHAH ALAM - Pas menegaskan tiada apa yang pelik dengan pindaan Akta 355, yang dibawa usul oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, ini kerana sekurang-kurangnya terdapat tiga akta ‎yang sama dengan akta 355 di negara ini.

"Saya seorang pengamal undang-undang, saya rasa wajar mengatakan dalam negara kita ini terdapat sekurang-kurangnya tiga akta yang mempunyai 'background' yang sama iaitu pertama Akta Mahkamah Rendah 1948, Akta Mahkamah Kehakiman 1964, dan terakhir Akta Mahkamah Syariah 1965.

"Daripada ketiga akta ini saya mengabungkan sebagai akta-akta bagi tujuan yang sama, jadi saya kira sebagai ahli politik dan pengamal undang-undang  tiada apa-apa yang pelik tentang akta 355 apabila ia dicadangkan melalui satu usul ahli Parlimen bukan kerajaan," katanya dalam ‎wacana Sinar Harian kali ke 41 yang berjudul Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi di Dewan Sultan Muhammad V, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Sumber TKO - 5-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































































































































Mujahid jangan guna alasan teknikal tolak RUU355

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42404-mujahid-jangan-guna-alasan-teknikal-tolak-ruu355

KETIKA umat Islam tidak sabar-sabar menanti perbentangan RUU355 di parlimen oleh Presiden PAS, PAN pula kelihatan gusar dan resah dengan penerimaan dan sokongan baik terhadap usaha pemerkasaan Undang-undang Syariah ini.

Sikap PAN ini paling ketara apabila mempertikaikan sokongan Mufti WP dan saranan Sohibus Samahah untuk ahli Parlimen menyokong usaha baik ini.

Alasan teknikal digunakan untuk tidak menyatakan sokongan terhadap saranan ini.

Ini amat berbeza apabila DAP menyatakan tentangan apabila cadangan ini dimulakan. Sedangkan ketika itu, hanya tajuk cadangan sahaja yang diterima, isi kandungan belum ada maklumat langsung!

Kenapa PAN berdiam diri dan tidak menegur DAP untuk menunggu perbentangan sebelum menyatakan tentangan keras mereka?

Selepas isu ini hangat dibincangkan, pelbagai forum dan bengkel diadakan. Presiden PAS sendiri telah memberi penerangan secara langsung mengenai cadangan ini. Sebagai seorang yang bermaklumat, tidaklah hairan Mufti WP mempunyai maklumat dan penerangan yang cukup sebelum menyatakan sokongan dan saranan beliau.

Alasan dangkal PAN memalukan dan menyerlahkan wajah sebenar mereka.

Pemuda PAS Sarawak dalam usaha mendekati Ahli Parlimen Sarawak bagi memberi penerangan dan berdialog mengenai usul RUU355 ini.

Pemuda PAS Sarawak juga menghargai sikap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang bersikap matang dalam menyatakan usul RUU355 ini perlu diberi peluang dibentang sebelum ditentang keras semua pihak termasuk DAP. Sikap ini lebih terpuji berbanding sikap beberapa MP muslim yang takut-takut menyatakan sikap mereka.

Pemuda PAS Sarawak menasihatkan PAN supaya lebih matang dan berhenti mengelirukan umat Islam. Berhentilah menjadi jurucakap DAP. – HARAKAHDAILY 5/9/2016

Sumber HD - 5-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































































































































RUU 355: PAN mahu ikut Mufti atau DAP?

SYED AHMAD FADHLI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42399-ruu-355-pan-mahu-ikut-mufti-atau-dap

SUNGGUH mengejutkan melihat gelagat PAN dalam isu RUU 355 ini. Yang terbaru, Naib Presidennya, Dr Mujahid telah mengingatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri agar tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang. Dia mempertikaikan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan yang menyeru agar kesemua Ahli Parlimen Muslim menyokong Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016.

Hebat bukan PAN ini. Apabila PAS mahu memperjuangkan syariat Islam, PAN pula dengan bantuan DAP memberikan 1001 dalih bagi menghalangnya. Kononnya Maqasid Syariah lebih perlu diutamakan berbanding pelaksanaan syariat Islam. Mereka mahu kenyang tetapi tidak mahu makan. Ini sungguh progresif lagi luarbiasa.

Sahibul Samahah Tuan Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan pandangan beliau dalam "Bayan Linnas Siri 67 : Isu Cadangan Pindaan Akta 355 : Satu Pandangan."

Siri Bayan Linnas setebal 51 muka surat itu sarat dengan fakta dan hujjah yang penuh cermat dan teliti. Anda semua boleh akses dan nilai sendiri pandangan Tuan Mufti tersebut.

Beliau membahagikannya kepada 9 bab iaitu Muqaddimah, Noktah Penting, Maqasid/ Tujuan Perlaksanaan Hukum Syariah, Latar Belakang Ringkas Berkenaan Cadangan Pindaan Akta 355, Keperluan Penambahbaikan Akta 355 dari Sudut Perundangan, Beberapa Kekeliruan Yang Perlu Dijelaskan, Lontaran Persoalan Kepada Pihak Yang Membantah Cadangan Pindaan Akta 355, Pendapat Tokoh Berkenaan Dengan Isu Mahkamah Syariah dan Taqnin, Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan.

Bagaikan bermimpilah sahajalah jika kita hendak mengharapkan PAN memperjuangkan syariat Islam di tanah air ini. Kita mahu memperkasa Mahkamah Syariah yang sudah sedia ada pun, PAN masih mahu berdalih itu dan ini untuk menolaknya. Mungkin PAN menganggap kesemua ulama adalah serba jumud, kolot, konservatif pemikiran sehingga menjadi penghalang untuk mereka menggapai impian ke Putrajaya.

PAN dan yang seangkatan dengannya begitu suka menjaja istilah Maqasid Syariah sebagai pelindung dan dalih untuk tidak melaksana Syariat.

Maka, suka saya di sini untuk memetik pandangan Tuan Mufti Wilayah Persekutuan dalam hal ini,
- Salahfaham Berkenaan Kenyataan Ibn Qayyim

Ramai yang berhujah dengan kenyataan Ibn Qayyim berkenaan dengan mafhum sebenar syariah sehingga membawa kepada kesimpulan yang lain seperti maslahat, suasana yang tidak kondusif dan lain-lain dikemukakan. Kami nukilkan di sini kenyataan Ibn Qayyim yang diambil secara terpotong oleh mereka yang salah faham akan hal ini.

ŁَŲ„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ų“َّŲ±ِŁŠŲ¹َŲ©َ Ł…َŲØْŁ†َŲ§Ł‡َŲ§ ŁˆَŲ£َŲ³َŲ§Ų³ُŁ‡َŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŲ­ِŁƒَŁ…ِ ŁˆَŁ…َŲµَŲ§Ł„ِŲ­ِ Ų§Ł„ْŲ¹ِŲØَŲ§ŲÆِ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŁ…َŲ¹َŲ§Ų“ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…َŲ¹َŲ§ŲÆِ، ŁˆَŁ‡ِŁŠَ Ų¹َŲÆْŁ„ٌ ŁƒُŁ„ُّŁ‡َŲ§، ŁˆَŲ±َŲ­ْŁ…َŲ©ٌ ŁƒُŁ„ُّŁ‡َŲ§، ŁˆَŁ…َŲµَŲ§Ł„ِŲ­ُ ŁƒُŁ„ُّŁ‡َŲ§، ŁˆَŲ­ِŁƒْŁ…َŲ©ٌ ŁƒُŁ„ُّŁ‡َŲ§؛ ŁَŁƒُŁ„ُّ Ł…َŲ³ْŲ£َŁ„َŲ©ٍ Ų®َŲ±َŲ¬َŲŖْ Ų¹َŁ†ْ Ų§Ł„ْŲ¹َŲÆْŁ„ِ Ų„Ł„َŁ‰ Ų§Ł„ْŲ¬َŁˆْŲ±ِ، ŁˆَŲ¹َŁ†ْ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ْŁ…َŲ©ِ Ų„Ł„َŁ‰ Ų¶ِŲÆِّŁ‡َŲ§، ŁˆَŲ¹َŁ†ْ Ų§Ł„ْŁ…َŲµْŁ„َŲ­َŲ©ِ Ų„Ł„َŁ‰ Ų§Ł„ْŁ…َŁْŲ³َŲÆَŲ©ِ، ŁˆَŲ¹َŁ†ْ Ų§Ł„ْŲ­ِŁƒْŁ…َŲ©ِ Ų„Ł„َŁ‰ Ų§Ł„ْŲ¹َŲØَŲ«ِ؛ ŁَŁ„َŁŠْŲ³َŲŖْ Ł…ِŁ†ْ Ų§Ł„Ų“َّŲ±ِŁŠŲ¹َŲ©ِ ŁˆَŲ„ِŁ†ْ Ų£ُŲÆْŲ®ِŁ„َŲŖْ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ ŲØِŲ§Ł„ŲŖَّŲ£ْŁˆِŁŠŁ„ِ

Maksudnya: “Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu adalah segalanya keadilan, kebaikan dan hikmah. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmah kepada sia-sia, maka ia bukanlah syariah sekalipun diberikan takwilan untuknya.”[32]

Sebenarnya, kenyataan ini menunjukkan sifat syariah yang dibina serta asasnya dipenuhi hikmah dan maslahat. Sifatnya juga adil dan rahmat. Ramai pihak yang hanya mengambil sebahagian daripada keterangan Ibn Qayyim dan meninggalkan sebahagian yang lain. Ibn Qayyim menyebut selanjutnya:

ŁَŲ§Ł„Ų“َّŲ±ِŁŠŲ¹َŲ©ُ Ų¹َŲÆْŁ„ُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲØَŁŠْŁ†َ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆِŁ‡ِ، ŁˆَŲ±َŲ­ْŁ…َŲŖُŁ‡ُ ŲØَŁŠْŁ†َ Ų®َŁ„ْŁ‚ِŁ‡ِ، ŁˆَŲøِŁ„ُّŁ‡ُ ŁِŁŠ Ų£َŲ±ْŲ¶ِŁ‡ِ، ŁˆَŲ­ِŁƒْŁ…َŲŖُŁ‡ُ Ų§Ł„ŲÆَّŲ§Ł„َّŲ©ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ¹َŁ„َŁ‰ ŲµِŲÆْŁ‚ِ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ِŁ‡ِ - ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ - Ų£َŲŖَŁ…َّ ŲÆَŁ„َŲ§Ł„َŲ©ً ŁˆَŲ£َŲµْŲÆَŁ‚ُŁ‡َŲ§، ŁˆَŁ‡ِŁŠَ Ł†ُŁˆŲ±ُŁ‡ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ ŲØِŁ‡ِ Ų£َŲØْŲµَŲ±َ Ų§Ł„ْŁ…ُŲØْŲµِŲ±ُŁˆŁ†َ، ŁˆَŁ‡ُŲÆَŲ§Ł‡ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ ŲØِŁ‡ِ Ų§Ł‡ْŲŖَŲÆَŁ‰ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ‡ْŲŖَŲÆُŁˆŁ†َ، ŁˆَŲ“ِŁَŲ§Ų¤ُŁ‡ُ Ų§Ł„ŲŖَّŲ§Ł…ُّ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ ŲØِŁ‡ِ ŲÆَŁˆَŲ§Ų”ُ ŁƒُŁ„ِّ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ„ٍ، ŁˆَŲ·َŲ±ِŁŠŁ‚ُŁ‡ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ³ْŲŖَŁ‚ِŁŠŁ…ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ł…َŁ†ْ Ų§Ų³ْŲŖَŁ‚َŲ§Ł…َ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁَŁ‚َŲÆْ Ų§Ų³ْŲŖَŁ‚َŲ§Ł…َ

Maksudnya: “Syariah itu adalah keadilan Allah sesama manusia, rahmat-Nya terhadap makhluk-Nya dan bayangan-Nya di muka bumi. Hikmahnya itu menunjukkan kepada-Nya serta benarnya Rasul-Nya SAW yang menyempurnakan menyempurnakan dalilnya dan kebenarannya. Ia merupakan cahaya yang dengannya dapat melihat orang yang faham, dan petunjuk bagi mereka yang mengambilnya. Ia juga sebagai penyembuh yang sempurna bagi merawat orang yang sakit, jalan yang lurus yang dengannya siapa yang beristiqamah pasti mendapatnya.”[33]

Justeru, maksud sebenar bukannya sebagaimana yang disalahfahami iaitu segala hikmah dan maslahat yang terdapat Syariat adalah perlu dikecapi terlebih dahulu berbanding perlaksanaan Syariat itu sendiri.

Sebaliknya, kenyataan Ibn Qayyim adalah menyeru kepada perlaksanaan syariah itu sendiri dan bukannya membincangkan keutamaan mengangkat hikmah dan maslahat mengatasi perlaksanaannya. Itulah mafhum sebenar syariah.

Untuk menegakkan keadilan, sudah barang tentu memerlukan mahkamah yang bebas melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Tuhan. Bahkan, perlaksanaan Syariat Islam juga tidak terhad kepada undang-undang yang dinaskan dalam al-Quran dan al-Sunnah sahaja bahkan Islam mensyariatkan hukuman ta’zir, yang memberikan bidang kuasa kepada para hakim untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah berdasarkan elemen keadilan, syura dan ihsan.

Harapnya PAN sudilah meneliti dan mendengar pandangan Tuan Mufti, bukan hanya tahu taat, patuh dan wala' kepada DAP sahaja.

Melainkan PAN sudah berasa DAP boleh menjadi pewaris perjuangan para Nabi, manakala ulama ini tidak ada nilainya lagi, maka tidaklah dapat lagi kami membantu kamu melainkan melalui nasihat dan teguran. – HARAKAHDAILY 5/9/2016

Sumber HD - 5-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terpulang nak masuk parti apa, negara kita negara demokrasi
Posted on Saturday, September 03 @ 11:26:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31533


MARANG - Pas ‘tidak kisah’ malah tidak terkesan dengan penyertaan bekas Naib Presiden Pas yang juga merupakan Adun Salor, Datuk Husam Musa ke dalam Amanah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya tidak boleh menghalang  keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.

“Itu terpulang (kepada keputusan) masing-masing, dia nak masuk parti apa, negara kita (negara) demokrasi. Tidak mahu masuk parti…masuk parti, atas pagar…terpulang pada dia (Husam), kita tidak boleh paksa.

“(Pas Kelantan) tidak akan tergugat. Insya-ALLAH makin teguh,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perasmian Asrama Baharu Banin (Putera) di Kompleks Maahad Darul Quran, di Rusila di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar Husam kerana menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menggangap lebih ramai akan mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup.

“Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Allahyarham Nik Aziz sudah meninggal dunia dan berharap ALLAH menerima semua amalan dan mengampuni segala dosanya kerana setiap manusia ada amalan baik dan ada dosa kecuali nabi-nabi.

“(Semoga) Semua amalan-amalan Tok Guru diterima dengan sempurna, semua kesilapannya diampunkan ALLAH Taala, (dan) ALLAH  tinggikan martabat dia di sisi ALLAH Taala,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa hubungan beliau lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam.

“Saya lebih rapat daripada Tok Guru daripada dia (Husam)… kalau tidak percaya dengar kaset Tok Guru, apa Tok Guru komen tentang saya. (Hubungan) saya lebih rapat dan lebih lama daripada dia (Husam) lagi,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memaklumkan setakat hari ini tiada ahli Pas yang mengikuti jejak langkah Husam namun meminta mereka yang mempunyai masalah dengan Pas agar meninggalkan parti itu.

“Ahli Pas tetap dengan Pas. Setakat ini tiada (ikut Husam). Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja...Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya.

Sumber TKO - 3-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































































































































































































































































































Perutusan Presiden PAS sempena Hari Kemerdekaan 2016

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42334-perutusan-presiden-pas-sempena-hari-kemerdekaan-2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Firman Allah SWT (maksudnya): “Dan Kami tidak mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui” (Surah Saba’: ayat 28)

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan yang kita kecapi untuk tahun ke-59 pada tahun ini. Sambutan kemerdekaan kali ini disambut dengan pelbagai rencah warna suka duka yang melanda negara kita dan dunia keseluruhannya.

Negara kita telah melalui tempoh penjajahan yang panjang selama hampir 450 tahun di bawah pelbagai kuasa penjajah sehingga terbentuknya Malaysia pada 1963. Sepanjang tempoh ini telah menyaksikan kebangkitan pelbagai golongan rakyat menentang penjajah terutamanya ulamak.

Perjuangan tokoh-tokoh ulamak hebat mewarnai perjuangan seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, Dr Zulkifli Mohamad dan ramai lagi. Marilah kita bugarkan kembali semangat perjuangan mereka untuk mengisi kemerdekaan negara dengan acuan Islam yang menyelamatkan. 

59 tahun adalah satu tempoh kemerdekaan yang panjang dan cukup untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan disegani. Namun realitinya hari ini, negara dihambat dengan pelbagai masalah yang mencengkam rakyat seperti kos sara hidup yang membebankan, ekonomi yang lemah, keselamatan, perpaduan kaum yang semakin rapuh dan berbagai masalah lain.

Maka, pada kesempatan ini PAS ingin menawarkan penyelesaian Islam yang telah terbukti memberikan keadilan dan keamanan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama di sepanjang sejarah Tamadun Islam yang memerintah sebahagian besar dunia selama ribuan tahun.  

Sempena sambutan kemerdekaan negara kali ini, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama PAS dan keadilan Islam di atas semangat ukhuwwah ke arah membina Malaysia yang lebih baik dengan petunjuk dari Allah Tuhan sekalian alam.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
27 Zulkaedah 1437 / 30 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 30/8/2016

Sumber HD - 30-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































































































































Pentingnya pertanian, alam sekitar kepada manusia

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42312-pentingnya-pertanian-alam-sekitar-kepada-manusia

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai manusia, abdikan diri kamu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan mencipta orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Dialah juga yang telah menciptakan untuk kamu bumi menjadi hamparan dan langit sebagai binaan dan dia menurunkan daripada langit, air hujan maka dia mengeluarkan dengannya daripada buah-buahan yang menjadi rezeki kepada kamu. "Maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah pada hal kamu mengetahui." (Surah al-Baqarah: 21-22)

Pentingnya sektor pertanian dan alam sekitar kepada kehidupan manusia sehingga Allah merakamkan kepentingannya dalam Al-Quran dengan perintah supaya mengabdikan diri kepada Tuhan, memakmurkan bumi dan diberi nikmat daripada air hujan, menumbuhkan tanaman dan makanan sebagai rezeki kepada manusia.

Pertanian berkait rapat dengan kehidupan manusia, menjadi aspek penting dalam keselamatan diri manusia dan keselamatan negara (food security).

Negara-negara paling maju di dunia memberi perhatian paling utama kepada sektor pertanian, tetapi negara kita terlalu asyik mengejar kemajuan sektor industri sehingga meninggalkan sektor pertanian.

Negara maju seperti Amerika, England, Jerman dan Jepun, melaksanakan projek pertanian besar-besaran hingga cukup untuk keperluan pembangunan negara dan rakyat mereka.

England misalnya menyediakan kawasan tanaman yang sangat luas, sesayup mata memandang. Jepun misalnya, menyediakan subsidi yang teratur sehingga 99% untuk memajukan sektor pertanian. Petani hanya perlu belanja 1% sahaja daripada kos penghasilan makanan.

Negara mengambil pendapatan daripada sektor lain untuk menampung sektor pertanian bagi menjamin kelangsungan sektor yang sangat mustahak ini. Tetapi subsidi diuruskan dengan sempurna sehingga petani tidak menjadi malas dan pihak yang terbabit dalam pertanian tidak menyalahguna peruntukan kerajaan.

Kemajuan sains diaplikasikan dengan betul dalam sektor ini sehingga mencapai tahap tanah yang sempit, masa yang singkat, hasil yang banyak.

Iran memajukan sektor pengeluaran padi dengan sains dan teknologi, hasilnya berlipat kali ganda, tetapi kemajuannya tidak diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika. Amerika mahu mengiktiraf sains dan teknologi dia sahaja. Jangan belajar syiah sahaja daripada Iran, belajar juga kemajuan sektor pertaniannya.

Jepun dan Jerman bangkit dari kekalahan Perang Dunia Ke-2, dengan membangunkan sektor pertanian mereka. Tali air disediakan bukan sahaja untuk mengairi kawasan pertanian, tetapi sebagai terusan yang menjadi jalan pengangkutan yang murah bagi mengangkut hasil pertanian rakyat. Petani-petani miskin boleh memiliki perahu-perahu kecil yang jauh lebih murah daripada pengangkutan darat untuk membawa hasil mereka. Hari ini mereka menguasai dunia.

Saya pernah melawat Sulawesi sekitar tahun 2003, menjadi tetamu Dr Yusof Kalla (mantan Naib Presiden Indonesia). Saya memandang dari atas kapal terbang petak petak yang luas, yang saya sangkakan petak sawah padi, rupa-rupanya ia adalah sangkar-sangkar ternakan ikan. Kerajaan Indonesia memberi peruntukan, latihan, subsidi benih dan makanan ikan serta membangunkan sistem pemasaran ikan tersebut sebagai hasil wilayah Salawesi.

Kerajaan kena beri peruntukan dan perhatian yang cukup kepada petani, penternak, nelayan kita. Isu baja, jentera, makanan haiwan, benih pertanian jangan sampai para petani dimainkan orang.

Rakyat kita boleh memelihara binatang dan ternakan tetapi isu makanan haiwan menjadi masalah bila bergantung kepada pihak lain yang menguasainya.

Bukan sahaja isu jentera dan teknologi, kita juga menghadapi isu benih, isu baja, hasil penyelidikan pertanian yang yang dipermainkan orang lain, kita juga ketinggalan berbanding negara lain seperti Thailand yang menguasainya dengan baik dalam aspek duluan dan hiliran pertanian.

Kita ada berpuluh-puluh agensi, tetapi masih gagal dalam banyak aspek di bidang pertanian. Mesti dibangunkan sektor duluan dan hiliran untuk membangunkan sektor pertanian negara kita.

China mewujudkan zon pertanian dan tanaman berdasarkan wilayah dan mereka berdagang sesama mereka berasaskan hasil yang mereka keluarkan. Kita menanam tanaman yang sama seluruh negara, akibatnya kita menghadapi masalah pemasaran produk pertanian.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) kerana mengambil langkah menubuhkan badan NGO bagi membantu rakyat dan negara menangani isu-isu pertanian dan alam sekitar.

Tulisan di atas adalah petikan ucapan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Pelancaran NGO Rakan Alam dan Agro Care anjuran Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS).
Catatan: Muhammad Sanusi Md Nor (AJK PAS Pusat)

Sumber HD - 29-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Nilai Dasar Parti Pribumi Sebelum Jalin Kerjasama


KUANTAN – PAS akan menilai dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebelum bersetuju untuk mengadakan kerjasama atau rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke-14.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata setakat ini, PAS masih tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“PAS menunggu pendaftaran parti baharu itu selesai dahulu. Tengok polisi parti sejauh mana yang boleh untuk kita bekerjasama atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Tuan Ibrahim ditemui selepas meghadiri Majlis Penerangan dan Wacana Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pemimpin PAS Pahang di sini hari ini, yang disertai Pemangku Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil.

Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin baru-baru ini bahawa parti baharu itu akan mengadakan rundingan pembahagian kerusi dengan pembangkang sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan Pendaftar Pertubuhan.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim memaklumkan pendirian teguh PAS bersama SPRM dalam menangani rasuah dan berharap badan bebas itu akan terus berkhidmat tanpa rasa takut.

“Jika ada sahaja elemen rasuah, biar SPRM datang siasat. Sebagai sebuah parti yang membawa imej Islam, maka kita tidak boleh mempunyai elemen yang menjejaskan. Sebab itu kita mahu kerjasama dengan SPRM akan berkekalan,” katanya.- BERNAMA

Sumber BO - 28-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tindakan Hokkien cetus imej buruk pada Islam
Posted on Friday, August 26 @ 18:09:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31470


KUALA LUMPUR - Tindakan Persatuan Hokkien Malaysia mengumpul sejuta tandatangan menentang Akta 355 boleh mengundang reaksi buruk masyarakat terhadap imej Islam.

Selain mencetus suasana tegang dalam masyarakat, Timbalan Ketua Penerangan Pas Pusat, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, tindakan tersebut boleh menyebabkan salah faham masyarakat terhadap pindaan akta yang dibawa.

"Kami (Pas) tidak mempertikai kebebasan mereka untuk mengadakan petisyen undi.

"Bagaimanapun kami terkilan kerana tidak diberi peluang terlebih dahulu untuk menjelaskan tentang akta tersebut kepada mereka," katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Hokkien Malaysia mendakwa mereka yakin dapat mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat Malaysia bagi menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).

Persatuan itu turut menyasarkan 1,000 lagi tandatangan daripada NGO dan kira-kira 100 pertubuhan lain.

Bagaimanapun Roslan berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap persatuan itu.

Katanya, sebarang laporan polis atau tindakan undang-undang yang dibuat terhadap petisyen tersebut hanya akan mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.

"Kita mahu jernihkan keadaan dan bagi semua pihak faham apa sebenarnya pindaan akta ini.

"Kita tidak akan lapor polis terhadap mereka. Laporan polis tidak akan bantu selesaikan kekeruhan yang ada. Sebaliknya kita akan cuba ambil langkah untuk berhubung dan menjelaskan kepada mereka," katanya lagi.

Sumber TKO - 26-8-2016

Tiada arahan PAS sertai himpunan #TangkapMO1



Video KiniTV: https://www.youtube.com/watch?v=bOMKjtjES0I

Tarikh : 26-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































































































































RUU 355: Geng Ustaz buat laporan polis

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42267-ruu-355-geng-ustaz-buat-laporan-polis

SHAH ALAM: Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) membuat laporan polis terhadap tindakan Persatuan Hokkien Malaysia yang berusaha mendapatkan sejuta tandatangan membantah Pindaan RUU 355.

Presidennya, Ustaz Norazli Musa membuat laporan itu di IPK Seksyen 9, di sini petang tadi.

Laporan polis sebagaimana di bawah.

1. Merujuk kpd usaha PERSATUAN HOKKIEN MALAYSIA mendapatkan SEJUTA tandatangan untuk BANTAH PINDAAN RUU 355, ia telah disifatkan sebagai satu campurtangan yang melampau dan melanggar sempadan kebebasan mengamalkan aktiviti beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Agama Islam sebagai Agama Persekutuan serta semangat RAJA BERPERLEMBAGAAN.

2. Justeru itu kami dari PERTUBUHAN PENDOKONG DAN PECINTA ULAMAK (GU) @ Geng Ustaz membuat lapuran polis terhadap tindakan Persatuan Hokikien Malaysia yang boleh mengundang suasana tegang antara Agama kerana menghasut tanpa melalui proses yang sihat seperti yang sedang berlangsung di Parlimen Malaysia.

3. Kebimbangan kami ada asasnya, betapa kiranya berlaku tindakbalas dari orang awam dari kalangan umat Islam yang merupakan majoriti di negara ini, tentu sahaja boleh mengundang suasana tegang yang mengakibatkan ketenteraman negara terganggu.

4. Oleh itu kami (GU) ingin meminta pihak polis menyiasat langkah Persatuan Hokkien tersebut dibawah Akta Hasutan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka kerana tindakan yang mereka ambil boleh disifatkan ingin menghasut masyarakat bukan Islam untuk menentang dan menghalang orang Islam daripada beramal dengan agamanya. - HARAKAHDAILY 24/8/2016

Sumber HD - 24-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































































































































PAS sedia semuka Persatuan Hokkien isu RUU 355

NASRUDIN HASSAN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42284-pas-sedia-semuka-persatuan-hokkien-isu-ruu-355

DATUK Seri Ong Ka Chuan Setiausaha Agung MCA telah menempelak tindakan sebuah Ngo (iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz) yang telah membuat laporan polis kelmarin ke atas tindakan Persatuan Hokkien ekoran tindakan persatuan itu mengadakan kempen kutip tandatangan membantah pindaan Akta 355.

Saya melihat laporan polis yang diambil oleh Ngo ini ialah kerana melihat tindakan mereka menghasut golongan bukan Islam supaya menolak pindaan Akta 355 yang menjadi urusan khusus ummat Islam tanpa terlebih dahulu mereka mendapatkan maklumat yang betul dan jelas mengenainya.

Sedang tindakan itu boleh mencetus kebencian dan ketegangan sesama masyarakat negara kita yang melibatkan muslim dan non muslim.

Justeru itu, bagi pihak PAS kami sedia bersemuka dan memberi penjelasan terhadap isu Pindaan Akta 355 ini kepada mana-mana pihak termasuk Persatuan Hokkien.

Ia penting bagi meredakan salah faham dan mengelak ketegangan yang tidak sepatutnya berlaku. – HARAKAHDAILY 26/8/2016

Sumber HD - 26-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































































































































Jom dengar Bicara Harakah di Hijau.fm setiap Jumaat

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42282-jom-dengar-bicara-harakah-di-hijau-fm-setiap-jumaat

RADIO Internet Hijau.fm dan Harakah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan mengadakan kerjasama dua hala mengadakan Bicara Harakah di Hijau.fm pada setiap Jumaat jam 5 hingga 6 petang. Program pertama Bicara harakah di Hijau.fm akan bermula pada Jumaat, 26 Ogos, 2016.

 “Bagi memulakan slot permulaan Bicara Harakah ini, DJ Hijau.fm Khairul Bazli (DJ KB) akan mewawancara pemangku Ketua Pengarang Harakah iaitu Wan Nordin Wan Yaakob untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan harakah.

“Selepas itu, pada minggu berikutnya, Wan Nordin sendiri akan mengendalikan slot berkenaan dengan tetamu-tetamu jemputan Bicara Harakah,” maklum Pengawal Hijau.fm, Shuhaimi Embong.

Penyiaran ini dibuat secara langsung (live). Bagi mendengarnya, boleh;

1. Melalui laman web Pas Pusat (www.pas.org.my), laman harakahdaily

(www.harakahdaily.net), laman web Hijau.fm (www.hijau.fm) dan TuneIn radio(http://tunein.com/radio/HijauFM-s196609/).

2. Menggunakan aplikasi percuma telefon bimbit pintar: Shoutcast Radio (iPhone & iPad),

Winamp (Android) dan TuneIn (iPhone, iPad & Android). Perlu buat carian 'Hijau.fm'; di dalam aplikasi tersebut. – HARAKAHDAILY 26/8/2016

Sumber HD - 26-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































































































































PRU14: Masih terlalu awal bincang agih kerusi

SALMIYAH HARUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42281-pru14-masih-terlalu-awal-bincang-agih-kerusi

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan terlalu awal untuk mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi bagi dipertandingkan dalam PRU-14 sebagaimana dicadangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk  Mustafa Ali berkata, PAS dan Bersatu sebaiknya terlebih dahulu membincangkan perkara yang berkaitan kerjasama sama ada Bersatu bersedia untuk duduk bersama-sama dengan Blok ke-3.

"Sebelum berbincang soal pembahagian kerusi, perlu bincang perkara yang berkaitan kerjasama. Rundingan mengenai pembahagian kerusi terlalu awal untuk dibincangkan," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, Bersatu merupakan entiti tersendiri, bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik .

Namun tambah beliau, jika Bersatu terikat dengan Pakatan Harapan (PKR, PAN, DAP) ia agak sukar di dalam hal ini memandangkan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS, manakala PAN pula adalah mereka yang meninggalkan PAS.

"Antara tiga parti itu hanya PKR yang masih istiqamah untuk terus bekerjasama dengan PAS walaupun di sana-sini ada masalah yang timbul tetapi ia bukan perkara besar.

"Oleh sebab itu, kita mahu tengok dahulu macam mana hala tuju yang diambil oleh Bersatu dengan situasi yang ada pada hari ini," ujarnya ketika dihubungi.

Dalam masa yang sama, katanya, PAS perlu juga memahami hasrat dan hala tuju yang akan diambil oleh Bersatu.

Justeru katanya, PAS sentiasa mengambil  sikap terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan semua pihak termasuk parti politik, NGO atau tokoh-tokoh individu yang mempunyai matlamat untuk membangunkan masyarakat dan negara Malaysia.

Mustafa turut menjelaskan bahawa beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum Bersatu didaftarkan, di mana perbincangan menjurus kepada perkara-perkara umum sahaja.

"Selepas itu, belum ada pertemuan selanjutnya lagi, tetapi kita mempunyai sikap terbuka untuk berbincang," katanya.

Sebelum itu, Muhyiddin dalam sidang media Jawatankuasa Penaja Parti Bersatu menyatakan hasrat mahu berunding dengan PAS dan PKR mengenai pembahagian kerusi pada PRU-14.

Katanya, rundingan itu perlu bagi memastikan wujud pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) selepas menyedari bahawa Bersatu tidak boleh bersendirian dalam membentuk kerajaan. – HARAKAHDAILY 25/8/2016

Sumber HD - 25-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































































































































PEMBETULAN

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42266-pembetulan

PIHAK Editorial HARAKAH mengakui terdapat kesilapan pada berita muka hadapan HARAKAH Bil. 2175 yang bertajuk 'Jelaskan siapa MO1 sebenar', pada perenggan kedua di mana jawatan Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sepatutnya ditulis Timbalan Presiden PAS.

Kami memohon jutaan kemaafan dan tidak akan ulangi kesilapan sebegitu.

Sumber HD - 24-8-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Will Talk To Pribumi, But Not DAP Or Amanah

KOTA BARU — PAS is willing to discuss with any party wishing to cooperate with it, including Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) which is reported to be looking at chances of standing in opposition-held areas in the 14th General Election (GE14).

PAS vice-president Datuk Mohd Amar Nik Abdullah said however, the discussion was not offered to the DAP and Parti Amanah Negara (Amanah) which were considered as traitors to PAS.

“The stand is clear because the DAP had explained its attitude which is anti-PAS and the latest, its Youth committee had also stated that if it (PAS) wanted to be friendly with the DAP then don’t talk about Islam.

“How can PAS, as an Islamic party do that…of course we will not sacrifice our party struggles.

 Amanah, meanwhile, is a traitor to the party (PAS)… if it is with other parties, the matter can be discussed,” he told reporters after the 18th convocation ceremony of the Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) at the Balai Islam, Lundang here today.

The convocation was officiated by Kelantan Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob and also present was KIAS chief executive Prof Dr Ab Aziz Mohd Zain.

Mohd Amar disclosed this when commenting on the statement by Pribumi protem president Tan Sri Muhyiddin Yassin, who intended to have discussions on the allocation of opposition seats, as soon as the registration of the party was approved by the Registrar of Societies.

Mohd Amar said so far, there had been no official negotiations held between PAS and Pribumi on the matter. — Bernama

Sumber BO - 23-8-2016

No comments:

Post a Comment