PETALING JAYA: PAS tidak memerlukan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dasar pemerintahan bekas perdana menteri itu yang diwarisi Umno kini adalah punca negara rosak. “Dr Mahathir hanya nak menyelamatkan Umno daripada (Datuk Seri) Najib (Razak), tetapi PAS nak menyelamatkan negara daripada sistem diwarisi Umno yang merosakkan negara,” kata Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali kepada FMT hari ini. Ketua penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu mengulas kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir semalam yang masa untuk parti Islam itu memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan pilihan raya bersama parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional (BN), sudah tamat. Mengenai kenyataan Lim Kit Siang yang beliau boleh bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi, Khairuddin berkata, penasihat DAP itu tidak perlu bermadah untuk menyelamatkan Malaysia. “Pengkhianatan DAP terhadap PAS ketika dalam Pakatan Rakyat sudah cukup sebagai isyarat DAP bukan rakan politik baik bagi menggantikan BN dan menyelamatkan Malaysia. “Agenda anti-Islam DAP juga tidak mungkin dapat diterima PAS. Ia merosakkan kerangka bernegara Malaysia.” Ahli Parlimen Kuala Nerus itu sebaliknya menasihatkan DAP mengajak parti lain yang boleh berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatiknya, khasnya Amanah yang setia kepada DAP. “Tetapi, PAS akan terus bergerak dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara ini daripada kegagalan BN,” katanya. Sumber TKO - 23-1-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tuan Guru kami tidak sama dengan guru kamuhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43670-tuan-guru-kami-tidak-sama-dengan-guru-kamu Ada segelintir makhluk yang cuba mereka-reka falasi, kononnya Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang (TGHH), Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengambil sikap yang sama dengan Ulamak Pro Sisi (UPS). Berikut beberapa perbezaan yang perlu diperhalusi supaya kita tidak ditipu: [1] UPS berpihak kepada kerajaan kudeta / sementara TGHH menyokong Ikhwan. [2] UPS membiarkan tentera menjalankan operasi pembunuhan di Raba’ah / sementara TGHH menasihatkan ikhwan agar jangan balas dengan senjata, sabar. Biar dibunuh, jangan membunuh. [3] UPS meniup sektarian mazhab / sementara TGHH cuba meredakan sektarian mazhab. [4] UPS giat menjaja jurang antara mazhab / sedangkan TGHH giat mencari titik temu antara mazhab. [5] UPS berhujah dengan sentimen mazhab / sedangkan TGHH berhujah dengan misi solidariti umat. [6] UPS menyokong kerajaan kudeta yang disokong oleh Saudi si broker Amerika / sementara TGHH menyeru umat Islam supaya jangan dipergunakan oleh kuasa asing utk mencetuskan perang proksi. [7] UPS menyokong kerajaan kudeta yang menumbangkan kerajaan sah pimpinan Mursi / sementara TGHH bertegas dgn pendekatan damai jangan sama sekali membabitkan senjata serta mengiktiraf kerajaan Mursi dizalimi. [8] UPS menolak Ikhwan dan terang-terangan menuduh Ikhwan sebagai khawarij dan pelampau / sedangkan pendirian TGHH bersama Ikhwan & melihat Ikhwan ditumbangkan atas motif menyekat kebangkitan Islam di Mesir. [9] UPS tidak membela nyawa-nyawa yg terbunuh khususnya pelajar-pelajar Azhar yg mati sepanjang peristiwa tersebut / sedangkan TGHH pergi ke Tehran utk menghentikan pertumpahan darah dari berterusan. [10] UPS lunak dengan Kristian tetapi berkeras dengan Ikhwan / sedangkan TGHH menyeru ke arah kesatuan sesama ahli kiblat untuk fokus menentang kuasa kuffar. [11] UPS bersama perampas kuasa yang cuba mendukung hubungan & kelangsungan Israel / sedangkan TGHH menyeru agar umat menghentikan peperangan saudara sekaligus kembali fokus terhadap ancaman Israel. [12] UPS membiarkan nasib umat di Palestin kembali terbengkalai / sedangkan TGHH menjadikan survival Palestin sebagai ukuran untung rugi konflik Asia Barat. [13] UPS bersama pihak yang meniup provokasi perang saudara di Mesir / sedangkan TGHH berusaha meredakan perang saudara di Mesir & Syria. [14] UPS dikenali sejak awal sangat anti dengan gerakan Islam / sementara TGHH dikenali sejak dahulu merupakan pemimpin gerakan Islam antarabangsa. [15] UPS bertemu dan menyokong Sisi si penzalim / sementara TGHH pergi bersemuka menyuarakan pandangan & kritikan serta mencadangkan plan solusi. [16] UPS membiarkan darah umat tertumpah atas nama keluasan ijtihad / sedangkan TGHH mendedahkan konspirasi antarabangsa betapa murahnya harga darah umat Islam. [17] UPS mendakwa sokongan mereka terhadap Sisi kononnya untuk kurangkan korban nyawa/sedangkan TGHH menyeru supaya bersabar & ke meja rundingan, bukan dengan senjata. Falasi yang ditimbulkan seakan-akan sama dengan pepatah Arab; “Dia yang pukul aku, dia yang menangis.” Apabila Qabil mengaku Habil. Keliru antara pemangsa & mangsa. Akhir kata, kami mengikuti Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukan kerana fanatik dungu berdalilkan mimpi & sakral keberkatan yang penuh misteri. Sebaliknya kami ikut beliau kerana hujah nas & fakta konspirasi serta bacaan geopolitik yang melatari pendiriannya. (ulamasedunia.org) Penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali. Sumber HD -26-12-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tugas gerakan Islam selamatkan umat Islamhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43655-tugas-gerakan-islam-selamatkan-umat-islam SAYA menghadiri pertemuan tertutup yang dibuat oleh pihak Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan kepimpinan peringkat negeri hingga kawasan mengenai lawatan Presiden PAS ke Iran baru-baru ini, sehingga menimbulkan kekeliruan daripada kalangan mereka yang selama inipun mahu mengelirukan, apatah lagi jika ada peluang untuk menghentam orang lain walaupun tanpa dalil dan bukti yang nyata. Ini saya lihat daripada ucapan muqaddimah oleh Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri yang membuat penjelasan mengenai lawatannya ke Iran baru-baru ini, apabila beliau memulakan ucapannya malam itu dengan ayat al-Quran: “Dan takutlah akan fitnah yang tidak menimpa kepada orang zalim sahaja di kalangan kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha hebat siksaNya” (Al-Anfal: 25) Ketika Allah menjemput Nabi dalam peristiwa Isra dan Mikraj, Nabi melihat manusia yang disangkut hidung dan anggotanya yang lain, hingga tembus ke belakang. Inilah kerja menyebar pembohongan hingga berita bohong itu sampai ke pelusuk dunia, terutama di zaman kecanggihan teknologi ICT sekarang. Seperti sebelum-sebelumnya, saya biasanya mencatat ucapan tok guru dan pemimpin utama. Namun, malam itu, catatan saya sedikit terencat, bukan kerana apa, tetapi kerana kompleksnya isu yang sedang dikupas iaitu isu Syria sekarang, ditambah dengan isu-isu sampingan yang turut memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada apa yang sedang berlaku khususnya di Halab (Aleppo) sekarang. Ditambah lagi dengan nama tokoh, nama tempat, tahun di mana semua ini ialah hasil pengalaman peribadi Tok Guru dalam memimpin gerakan Islam sehingga ke peringkat antarabangsa. Suatu perkara yang tiada dalam kitab dan buku, tetapi tersimpan ingatannya dalam diri tok guru. Tok Guru memulakan bicara dengan mengimbau sejarah umat Islam. Bencana yang berlaku pada hari ini bertali-arus selepas peristiwa Saidina Usman bin Affan dibunuh. Apa yang berlaku ialah kelemahan umat Islam, bukan kesilapan Usman. Banyak perkara yang dibuat oleh Saidina Usman, daripada perkara besar sehinggalah isu imbuhan yang diberi kepada orang ramai di zamannya. Orang Islam sudah begitu ramai, maka Saidina Usman melantik pengurusannya dalam kalangan sanak-saudaranya. Ertinya ada hujah yang dipakai oleh Saidina Usman, tetapi sifat tidak puas hati tetap ada dalam kalangan manusia. Saidina Ali mengambil-alih khilafah dalam keadaan ramai orang yang tidak faham, walaupun beliau seorang yang sangat faham. (Saya menambah di sini: Barangkali inilah juga yang sedang berlaku di kalangan kita. Ulama yang benar mengambil pendekatan terbaik, tetapi ramai yang tidak faham, dan sesetengahnya buat-buat tidak faham serta bebal pula) Fitnah berlaku terhadap para Sahabat, termasuk dalam Perang Jamal, di antara Saidina Ali dan pengikutnya dengan Saidatina Aisyah serta pengikutnya. Ada ulama yang membincangkan peristiwa ini. Mereka berkata Saidina Ali yang benar. Selepas Saidina Ali dan seterusnya, berlaku pelbagai bentuk penguasaan kerajaan. Ada yang sah, ada yang tidak sah. Bagi meneguhkan khilafah yang tidak sah ini, antara mangsanya ialah ahlilbayt yang dipenjara atau dibunuh. Imam-imam besar mazhab dan para ulama soleh juga dipenjara kerana tidak menyokong kerajaan masing-masing. Hadis-hadis mauduk direka oleh Sunni dan Syiah, bertujuan mengukuhkan kerajaan atau pandangan masing-masing. Namun, dari segi periwayatan hadis, Imam Bukhari ada perawinya dari kalangan Syiah lebih dari 100 orang. Dalam dunia moden selepas itu, ghulat (pelampau) Syiah menubuhkan kerajaan di Iran dan Yaman. Iran dan Yaman bertembung dengan kerajaan Uthmaniyah. Tokoh mujaddid Jamaluddin al-Afghani, melahirkan anak murid seperti Muhammad Abduh di Mesir dan As-Syirazi di Iran. Pada tahun 1978, Khomeini pernah bertemu dengan Imam Hasan al-Banna. Kuasa barat awalnya menganggap Iran tidak kuat kerana mereka Syiah, tentu tidak diterima oleh muslim lain. Apa yang berlaku tidak begitu. Iran mempunyai banyak senjata. PAS menyokong Iran ketika Revolusi Islam Iran (bukan kerana Syiahnya tetapi sudut yang lain) Selepas Revolusi Islam Iran, Khomeini membuat banyak perubahan kepada pengikut Syiah, seperti tidak sujud di atas batu, dan tidak jamak solat ketika pergi ke Mekah. Begitu juga hadis-hadis palsu di kalangan Syiah yang dibuang. Pertubuhan Ikhwan Muslimin Syria sendiri pecah kepada tiga kumpulan. Bagi gerakan Islam lain di tempat lain, mengambil sikap supaya Amerika tidak campur tangan dalam urusan negara lain dan urusan umat Islam. Tokoh-tokoh Syiah, ramai juga yang menolong Palestin. Zionis menguasai semua negara, dalam semua aspek. Pada tahun 1999, Najmudin Erbakan meminta Tuan Guru pergi ke Turki, menghadiri persidangan ekonomi. Erbakan berkata kepada Erdogan: ‘Kalau kita nak lawan Israel, kita kena baik dengan musuh Israel seperti Rusia, Cina dan Venezuela. Kamu juga kena majukan teknologi. Dengan teknologi, Amerika membuat senjata, kamu membuat alat pemintas senjata misalnya’ Ketika Perang di Selatan Gaza. Ia melibatkan HAMAS dan Tanzim jihad. HAMAS dan Tanzim jihad adalah pecahan dari Ikhwan Muslimin Palestin. Munculnya Hizbullah pula ialah apabila Israel menawan selatan Lubnan. Agen Mossad membunuh saintis Iran kerana mereka mempunyai kelebihan tertentu. Negara Arab tidak setuju HAMAS melawan Israel. Perjanjian Oslo dan Madrid menjadi asas perjanjian dengan Israel. Gerakan Islam juga menentang perjanjian ini. Arab Spring yang berlaku dalam kalangan negara Arab ialah yang menolak perjanjian Madrid dan ini yang paling bergolak di negara mereka. 10 tahun lepas Al-Jazeera pernah menyiarkan artikel bahawa Amerika Syarikat mengkritik Bundar bin Sultan kerana menghantar Al-Qaeda ke Syria. Tujuannya untuk mengacau Syria, kerana Syria dianggap pengkalan untuk HAMAS dan Tanzim jihad. Isu Sunni dan Syiah dibangkitkan. Hafiz Asad berfahaman Alawi. Bila tegang antara Sunni dan Syiah, gerakan Islam berbincang. Erbakan menghantar rombongan ke Syria, beritahu kepada Ikhwan Muslimin Syria supaya berdamai dengan Basyar Asad. Puak Saudi mengapi-apikan supaya lawan Basyar. Al-Qaeda serang Hizbullah supaya Hizbullah masuk dalam Syria. DAESH menguasai kawasan minyak di Syria dan Iraq. DAESH mendapat bantuan dari utara (NATO) dan selatan (Israel). Amerika mahu Basyar jatuh tapi tiada calon yang boleh menggantikannya. Amerika membantu Ukraine. Rusia pula menyokong Syria. Rusia mendapat 1 pengkalan luar di Tortust. Senjata Rusia lebih kuat dari Amerika. Krisis Syria mungkin menjadi muqaddimah kepada perang dunia ke 3. Di akhir kupasan yang panjang lebar itu, Tok Guru menyebut: “Gerakan Islam mesti selamatkan umat Islam, lebih penting dari menjadi alat Barat.” Demikian serba ringkas beberapa isi penting dari penjelasan Tok Guru sendiri sekembalinya dari Teheran. Yang penting isu ini ditangani dan dibuat sesuatu oleh pemimpin gerakan Islam, untuk kebaikan umat Islam, bukan hanya berbahas sama ada tok guru mewakili itu atau ini. – HARAKAHDAILY 23/12/2016 Penulis ialah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu. Sumber HD - 23-12-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Penglibatan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan di TeheranPenglibatan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan di Teheran Mewakili PAS مشاركة الشيخ عبد الهادي بن أوانج في المؤتمر السنوي بطهران ممثلا للحزب الإسلامي الماليزي Penglibatan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke 30 di Teheran yang diadakan oleh Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa adalah mewakili Parti Islam Semalaysia sebagai Presiden parti. Saya sendiri pada tahun lepas berpeluang mengiringi beliau mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat. إن مشاركة الشيخ عبد الهادي أوانج في المؤتمر السنوي للوحدة الإسلامية في دورته الثلاثين بطهران والذي نظمه المجمع العالمي للتقريب بين المذاهب الإسلامية كانت ممثلا للحزب الإسلامي الماليزي بصفته رئيسا للحزب. و كنت في السنة الماضية من المرافقين للشيخ في نفس المؤتمر ممثلا لجناح العلماء بالحزب الإسلامي. 2. Sudah pasti dalam penglibatan apa sahaja forum antarabangsa, PAS mempunyai pendirian politik tersendiri terhadap sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Irak dan Palestin. Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan. Malah PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas. و من المؤكد ان الحزب الإسلامي الماليزي في مشاركته في مثل ذلك المؤتمر له مواقف سياسية خاصة تجاه ما حدث في الشرق الأوسط من أزمات بما فيه سوريا واليمن والعراق وفلسطين. ولم يكن موقف الحزب الإسلامي تابعا أو خاضعا لصالح أي طرف معتد ظالم بل صوته عال في وجوه جائر. 3. PAS bersatu hati dengan seluruh umat Islam menentang sebarang bentuk kezaliman, pencerobohan hak asasi manusia dan pembunuhan yang menumpahkan darah golongan yang tidak berdosa di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. وإن الحزب الإسلامي يقف قلبا واحدا مع الأمة جمعاء ضد أي ظلم وانتهاك حقوق إنسانية وسفك دماء أبرياء من المسلمين وغيرهم. 4. PAS menegaskan bahawa apa yang berlaku di Syria adalah mangsa peperangan proksi yang bertujuan merobekkan kesatuan ummah dan penguasaan oleh kuasa asing di kawasan bergolak. وقد أكد الحزب الإسلامي بأن ما حدث في سوريا إنما ضحايا الحروب بالوكالة تهدف إلي تمزيق الأمة وسيطرة القوى الأجنبية على المنطقة. 5. Kuasa asing tersebutlah yang berdiri di belakang tabir kumpulan pengganas yang dibiayai dengan kewangan yang besar dan senjata pemusnah, seumpama ISIS yang merosakkan nama baik Islam yang sebenar. Mereka menyalakan api persengketaan antara puak agar umat Islam terus bertelingkah dan berperang sehingga menumpahkan darah dan berkrisis tanpa henti. Akhiran ini pula berlaku serangan pengganas yang mensasarkan Turki agar terbuka satu lagi lembaran darah yang baru. فتلك القوى هي التي تقف وراء ستار جماعات إرهابية، وتمولها بأموال طائلة، وأسلحة مدمرة أمثال داعش التي تشوه صورة الإسلام الصحيحة، وتشعل وقود الفتنة والنزعة الطائفية ليكون المسلمون على صراعات دائمة ومعارك دامية وازمات غير منتهية. وفي أيام متأخرة حدثت عمليات إرهابية تستهدف تركيا لتفتح صفحة الدماء الجديدة. 6. PAS juga menekankan kepentingan kesatuan saf umat Islam dan penyelesaian krisis menerusi rundingan bagi mengelakkan darah terus mengalir dan nyawa terus melayang, juga menolak sebarang penyelesaian tajaan asing. كما شدد الحزب الإسلامي على ضرورة توحيد صفوف المسلمين وحل الأزمات عن طريق التفاوض للتفادي عن سيول الدماء وإزهاق الأرواح ورد أي حلول أجنبية للأزمات. 7. PAS menegaskan juga bahawa peperangan dan krisis di Timur Tengah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kepentingan kuasa asing dan rejim zionis. Sejak beberapa dekad sebelum kebangkitan pejuang Syria pada 2011, Syria menjadi tempat berlindung para pejuang Palestin sebagaimana disebut oleh wakil HAMAS di Iran, Khalid al-Qadumi. HAMAS mempunyai Pejabat Politiknya ketika itu di Damsyik. Tetapi setelah berlakunya kebangkitan di Syria, pejabat tersebut terpaksa dipindahkan ke Qatar. Siapakah yang bergembira ketika itu? وأكد الحزب الإسلامي أيضا بأن المعارك و الأزمات في الشرق الأوسط لم تكن إلا لصالح القوى الأجنبية والكيان الصهيوني. فمنذ عقود قبل الثورة 2011 كانت سوريا ملجأ للمقاومين الفلسطينين كما أشار إليه ممثل حركة حماس في إيران خالد القدومي. ولحماس مكتبه السياسي آنذاك في دمشق. ولكن بعد انطلاق الثورة انتقل المكتب السياسي إلى قطر. فمن يفرح إذن؟ 8. Kehadiran Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di muktamar tersebut sebagai salah seorang pembentang adalah bertujuan menegaskan prinsip dan pendirian tersebut. Sebelumnya beliau mewakili PAS memainkan peranan bagi meredakan ketegangan pada awal krisis Yaman di zaman Presiden Abdullah Soleh, sesuatu yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai. Allah berfirman: كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا “Setiap orang bertindak (bekerja) mengikut cara dan sudutnya. Maka Rabb kamulah yang lebih mengetahui siapakah yang lebih mendapat petunjuk ke jalan (yang benar). Surah al-Isra’, ayat 84. Bagaimana pula dengan orang yang hanya berbicara tanpa bertindak apa-apa? وحضور الشيخ عبد الهادي في المؤتمر كأحد المتحدثين إنما ليؤكد تلك المبادئ والمواقف. وقد سبق للشيخ عبد الهادي ممثلا للحزب الإسلامي أن أدى دوره للتخفيف من توتر الأوضاع في بداية أزمة يمنية في عهد عبد الله صالح الأمر الذي قد لا يعرفه عوام الناس. فكُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا. فكيف بالذي همه يتكلم ولم يعمل شيئا؟ 9. Sebagai makluman, muktamar tersebut diadakan secara tahunan di Teheran sejak 80 an. Penglibatan Tuan Guru Hj Hadi merupakan penyertaan tahunan sejak puluhan tahun. Ia juga disertai setiap tahun oleh wakil HAMAS dan tokoh-tokoh terkenal seperti Ustaz Oghuzan Asilturk, Ketua Majlis Syura Parti Saadat di Turki, Dr Kamal Halbawi, Presiden Pengasas Rabitah Islam di Britain, Syeikh Tajuddin Hamid Abdullah al-Hilaali, bekas Mufti Australia dan Syeikh Mustafha Cherits, Mufti Agong Bosnia Hezergovina. علما بأن المؤتمر عقد سنويا بطهران منذ ثمانينات وتكون مشاركة الشيخ فيه هي مشاركة سنوية منذ عشرات سنوات، كما شارك في المؤتمر سنويا ممثل لحركة حماس وشخصيات إسلامية بارزة من أمثال السيد اوغصهان اصيل ترك رئيس مجلس الشورى في حزب السعادة بتركيا و الدكتور كمال الهلباوي الرئيس المؤسس للرابطة الإسلامية في بريطانيا والشيخ تاج الدين حامد عبد الله الهلالي، مفتي أستراليا سابقًا و الشيخ مصطفى سيريتش، المفتي العام في جمهورية البوسنة والهرسك. 10. Tidak sukar untuk kita mentafsirkan sebab penglibatan wakil HAMAS dalam muktamar tersebut di saat kita meninjau kenyataan Ketua Pejabat Politik HAMAS, Khalid Masy’al; “Kami berbeza pandangan dengan Iran dalam isu yang berlaku di Syria tetapi kami sangat mementingkan usaha membina hubungan yang baik dengan semua negara”. ولم يصعب علينا تفسير سبب مشاركة ممثل حماس في نفس المؤتمر إذ اطلعنا على قول رئيس المكتب السياسي لحركة حماس، خالد مشعل: “نحن على خلاف أيضاً مع إيران بشأن ما يجري في سوريا، لكننا حريصون على إقامة علاقات طيبة مع جميع الدول”. 11. Beliau juga berkata: “tidak ada keraguan lagi bahawa kami berbeza pandangan dengan kerajaan Syria mengenai cara mereka menguruskan krisis dan tindakan mereka mengambil pilihan ketenteraan”. Meskipun begitu beliau secara terang menegaskan “bahawa Presiden Syria Basyyar Asad masih lagi mendokong gerakan HAMAS selepas mereka meninggalkan Damsyik”. وقال “ليس هناك شك في أننا اختلفنا مع النظام السوري على طريقة إدارته للأزمة ولجوئه إلى الخيار العسكري”. ورغم ذلك صرح بأن الرئيس السوري بشار الأسد ما زال يدعم حركته بعد مغادرة حماس لدمشق. 12. Barangkali mereka yang mengecam penglibatan Tuan Guru Hj Abdul Hadi dalam muktamar terbabit tidak menyedari permainan dan fitnah media massa dan media sosial moden yang menghiasi kebatilan dengan kebenaran dan menukar kebenaran menjadi kepalsuan, yang menular dalamnya pelbagai sangkaan dan persepsi sedang “persepsi itu sedikit pun tidak boleh menggantikan kebenaran”. فلعل من يستنكر الشيخ عبد الهادي مشاركته في المؤتمر قد لا ينتبه إلى ألاعيب وسائل الإعلام و التواصل المعاصر وفتنتها التي تزين الأكاذيب حقائق وتقلب الحقائق أكاذيب وتسود فيها الظنون، و الظن لا يغني من الحق شيئا. 13. Barangkali juga mereka leka dengan penguasaan media massa gergasi antarabangsa dalam mempengaruhi pandangan awam dunia ke arah yang mereka mahu dan mengawal pandangan umum. وقد يغفل هيمنة وسائل الإعلام الدولية الكبرى في توجيه الرأي العام العالمي الوجهة التي تريدها والتحكم بالرأي العام. 14. Di manakah kita berbanding ucapan tokoh terkenal Abu Qilabah: “Apabila sampai kepadamu tentang saudaramu sesuatu yang kamu tidak suka maka carilah untuknya justifikasi sedayamu. Sekiranya kamu tidak menemui sebarang justifikasi maka sebutlah pada dirimu: barangkali saudaraku mempunyai justifikasi yang tidak ku ketahui”. فأين نحن من قول أَبِي قِلابَة، : ” إِذَا بَلَغَكَ عَنْ أَخِيكَ شَيْءٌ تَكْرَهُهُ ، فَالْتَمِسْ لَهُ الْعُذْرَ جَهْدَكَ ، فَإِنْ لَمْ تَجِدْ لَهُ عُذْرًا ، فَقُلْ فِي نَفْسِكَ : لَعَلَّ لأَخِي عُذْرًا لا أَعْلَمُهُ ” Di manakah kita berbanding apa yang diriwayatkan daripada Umar radiyallahu anhu: “janganlah kamu berikan sangkaan jahat terhadap satu kalimah yang keluar daripada saudaramu sedangkan kamu mendapati ada ruang untuk diberikan sangkaan yang elok” و أين نحن مما روي عن عمر رضي الله عنه أنه قال: “لا تظن بكلمة صدرت من أخيك شرا وأنت تجد لها في الخير محملا” والله المستعان. Sekian. Ditulis oleh Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Rabu 21hb Disember 2016 Sumber BO - 21-12-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Perbalahan yang memecahkan orang masjidhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43637-perbalahan-yang-memecahkan-orang-masjid Berhentilah daripada berbalah sesama muslim tentang siapa lebih dekat dengan al-Quran dan sunnah nabi. Kita menerima perbezaan pendekatan salaf dan khalaf dalam memahami aqidah bukan dengan mengkafirkan satu sama lain. Kita menerima kedua-duanya sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pemikiran "takfir" sebegini perlu dihentikan kerana ia punca perpecahan. Ia juga adalah punca keganasan. Kita juga menerima kepelbagaian mazhab fiqh kerana perbezaan kefahaman dalam menghuraikan teks al-Quran dan Hadis. Ia adalah keluasan Islam. Tapi ada pula yang ingin menyempitkan sesuatu yang luas dalam Islam. Malangnya ia bukan perpecahan di antara yang beramal dengan islam dengan yang tidak beramal tetapi perpecahan di kalangan sesama ahli surau dan masjid yang ingin beramal dengan Islam. Sehingga perkara kecil seperti sambutan Maulid Nabi, amalan Nisfu Sya'ban, tahlil dan talqin menjadi punca untuk berperang dan berparang lalu memaki hamun dan nista khususnya di media sosial hari ini. Malangnya ia diapi-apikan oleh sebahagian ilmuwan islam termasuk yang bergelar mufti, pakar hadis, pakar fiqh dan tokoh ulamak. Selagi sikap sombong dan merasakan hanya pandangan dan ijtihad kita sahaja yang betul dan tidak boleh menerima perbezaan tafsiran dan kefahaman terhadap teks al-Quran dan Hadis, selagi itulah umat terus berpecah. Idea perpaduan amat sukar dicapai lalu ia memberi peluang untuk musuh mengambil kesempatan. Ditambah lagi oleh perpecahan dalam pegangan politik. Maka di mana lagi kekuatan Islam? Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Rabu 21hb Disember 2016 - HARAKAHDAILY 21/12/2016 Sumber HD - 21-12-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Perutusan TakziahDewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada seluruh umat Islam khususnya ahli keluarga Allahyarham al-Fadhil al-Ustaz Mohd Khairi Zainuddin di atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada petang semalam. Sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat sejak 2009, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan sejak 2011, Pengasas dan Mudir Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum (SRIIDU) dan penyusun Kamus Arab Melayu serta berkemahiran di bidang perisian komputer termasuk berkecimpung di bidang penerbitan buku dan animasi Islam, Allahyarham telah memberikan sumbangan yang besar kepada ummah pada aspek keilmuan, pendidikan, dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar. Justeru, kehilangan tokoh ulamak muda ini pasti amat dirasai oleh ramai manusia dan banyak pihak khususnya oleh PAS dan DUPP sendiri. Semoga segala bakti Allahyarham untuk Islam menjadi titipan pahala yang berpanjangan dan menjadi contoh dan ikutan orang terkemudian. Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru kepada ahli-ahli PAS dan orang ramai khususnya ahli Dewan Ulamak untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dengan menghadiri solat jenazah yang dijadualkan pada jam 8.00 pagi ini (Rabu, 21 Disember 2016) di Tahfiz Darul Ulum, Jalan Paroi-Senawang, berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi sebelum jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Sri Mawar, Senawang pada jam 9.00 pagi. Marilah sama-sama kita mendoakan keampunan dan rahmat untuk Allahyarham أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار Sekian. USTAZ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI Ketua Penerangan, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP). Sumber BO - 21-12-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Perjuangkan hak kemanusiaan di Aleppohttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43608-perjuangkan-hak-kemanusiaan-di-aleppo Kehidupan merupakan hak yang pertama kurniaan Allah SWT kepada manusia. Ia merupakan hak suci dalam Islam yang tidak boleh dicerobohi oleh sesiapa. Islam menggambarkan pencerobohan ke atas hak kehidupan seorang insan sebagai pencerobohan ke atas hak seluruh manusia, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 32: مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ (32) "Oleh karena itu, Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya." Lajnah Pembangunan ‘Alimat (LPA) DUPP melahirkan rasa simpati terhadap nasib umat Islam di Aleppo, Syria yang menjadi mangsa pertempuran antara para penentang rejim Bashar al-Assad dengan kerajaan Syria berserta tentera Rusia dan Iran. Justeru, LPA menyokong penuh PAS menjadi perantara melalui Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia supaya negara-negara Islam dapat berunding mancari penyelesaian terbaik kepada permasalahan di Syria. LPA turut mendesak diberi laluan untuk bantuan kemanusiaan masuk ke bandar itu. Ini membolehkan rawatan kecemasan, makanan dan minuman yang bersih diberikan, serta pemindahan mangsa yang tercedera dilakukan segera. Umat Islam seluruhnya diseru agar terus berdoa dan memberi sumbangan bagi membantu saudara seagama yang terkepung serta disembelih beramai-ramai di Syria. Rasulullah S.A.W. bersabda: ترى المؤمنينَ في تراحُمِهم ، وتوادِّهم ، وتعاطُفِهم ، كمثلِ الجسدِ ، إذا اشتَكى عضوًا ، تداعى لَه سائرُ جسدِه بالسَّهرِ والحمَّى Maksudnya: “Nabi SAW bersabda, anda akan melihat kaum dalam kasih sayang dan cinta mencintai, pergaulan mereka bagaikan satu badan, jika satu anggotanya sakit, maka menjalarlah kepada lain-lain anggota lainya sehingga badannya terasa panas dan tidak dapat tidur.” (HR al-Bukhari) Marilah kita bergabung membentuk kekuatan umat Islam seluruh dunia bagi menghentikan kezaliman di Aleppo, Syria. Ustazah Ana Mastura Ismail Pengerusi Lajnah Pembangunan 'Alimat Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 19/12/2016 Sumber HD - 19-12-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Hasrat pakatan harapan yang diketuai DAP untuk bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak akan menjadi kenyataan apabila Pas tetap bertegas untuk tidak berunding dengan DAP dan PAN. Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, Pas tidak mahu pisang berbuah dua kali setelah kerjasama dengan pakatan pembangkang pada PRU-13 menyebabkan parti berkenaan seakan-akan ditindas. Katanya, langkah Pas untuk bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk membentuk Gagasan Sejahtera merupakan tindakan terbaik daripada terus ‘diperkudakan’ DAP dalam pakatan pembangkang. “Kami tetap dengan pendirian untuk tidak lagi mengadakan rundingan dengan DAP yang secara terang-terangan menolak dasar perjuangan Islam yang dibawa Pas selama ini. “Kita juga tidak berniat membuka pintu rundingan bersama PAN yang merupakan parti serpihan Pas atas dasar mereka (PAN) telah menunjukkan sikap sebenar mengkhianati Pas dan menjalinkan kerjasama dengan DAP,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. Pakatan harapan diketuai DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersetuju menjalinkan kerjasama politik bagi menghadapi PRU-14 dengan menggariskan tujuh kandungan utama yang diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di Ibu pejabat PKR semalam. Salah satu kandungan tersebut adalah untuk berunding dengan parti yang belum berada dalam perjanjian persefahaman tersebut untuk memastikan seboleh mungkin seorang calon sahaja mewakili pembangkang menentang Barisan Nasional (BN). Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh pakatan harapan diketuai DAP dengan PPBM semalam langsung tidak menghasilkan sesuatu yang signifikan dalam arena politik tanah air. Beliau berkata, pakatan harapan dan PPBM masih merupakan dua entiti dengan agenda berbeza bukanlah membentuk sebuah pakatan baharu seperti yang dicanangkan sebelum ini. - Utusan Malaysia Sumber TKO - 15-12-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Perlis Conversion Row Proves Non-Muslims Meddling With IslamThe information chief of PAS Ulama wing also claimed that the Islamic Religion Administration Enactment (Amendment) 2016 Bill passed by Perlis is constitutional, and those who opposed it should have called for the Federal Constitution to be amended instead. “This gives a bad signal in the eyes of Muslims that are the majority citizens of this country when non-Muslims are seen to be braver to meddle in any amendments of Islamic laws at the state level that is in line with the Federal Constitution. “It is seen as a threat towards the Islamic jurisdiction in states as allocated by the Malaysian constitution,” Khairuddin said in a statement published yesterday by PAS portal HarakahDaily. The Kuala Nerus MP said the amendment passed by Perlis should be evaluated objectively. “It is stressed that the amendment of Perlis enactment is in line with Article 12(4) of the Federal Constitution,” he said, referring to the Article where “parent or guardian” of a children can decide the latter’s religion. “If there are parties who disagree they can propose for an amendment of the Federal Constitution that needs the approval from two-thirds of MPs.” However, amending Article 12(4) to clearly state that the consent of both parents is required for child conversions is among Putrajaya’s proposal to amend the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 (LRA) tabled last month. The Star daily reported last week that Perlis amended its Administration of the Religion of Islam Enactment 2006 from requiring the consent of both parents or a guardian, to the consent of one parent or guardian. All the Perlis Muslim assemblymen — 12 from Umno, one from PAS — voted for the amendment while PKR’s sole state lawmaker opposed against. The only other non-Muslim representative from MCA, Khaw Hock Kong, was reported leaving the state assembly while the Bill was debated. Putrajaya finally tabled the amendment to LRA last month, in the most direct step to address the long-standing matter since the Cabinet issued a directive in 2009 banning unilateral child conversions; the directive had no legal power, however, and the problem persisted. The proposed changes to the LRA include explicitly stating that “both parties” in a civil marriage must agree for the conversion of a minor into Islam and to limit interfaith divorces to the civil courts, among others. Last month, the secretary-general of the Islamist Opposition party warned that non-Muslims must “play fair” by refraining from interfering with its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s private member’s Bill to upgrade the Shariah courts. Datuk Takiyuddin Hassan said continued opposition to Hadi’s Bill may see Muslims retaliate by opposing the proposed amendments to the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 that would bar unilateral conversion of children into Islam. Sumber BO - 11-12-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Tidak perlu polemik isu penukaran agama anakhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43538-tidak-perlu-polemik-isu-penukaran-agama-anak Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2016 yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis semalam tidak seharusnya dipolemikkan kerana ia dipinda bagi diselaraskan dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang telah menetapkan dalam versi Inggerisnya bahawa agama bagi seseorang yang berumur 18 tahun ke bawah ditetapkan oleh "parent". "Parent" membawa maksud sama ada ibu atau bapa. Pindaan enakmen tersebut dilakukan bagi membolehkan secara jelas persetujuan salah seorang ibu atau bapa bagi penukaran agama anak kepada Islam jika salah seorang pasangan tersebut memeluk Islam selaras dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan tersebut. Maksud "parent" dalam Perkara 12(4) sebagai merujuk kepada sama ada ibu atau bapa telah ditafsirkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman kes Subashini lwn Saravanan atau nama Islamnya, Muhammad Shafi pada 2007. Mahkamah ketika itu menolak perintah injunksi yang dikemukakan Subashini bagi menghalang bekas suaminya mengislamkan anak-anaknya dengan hujah bahawa penukaran agama anaknya tidak bertentangan dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Hakim Abdul Aziz Mohamad dalam penghakiman tersebut menegaskan bahawa maksud 'parent' dalam Perkara 12(4) ditafsir dengan 'by his father or his mother or guardian'. Penghakiman daripada mahkamah tertinggi negara itu seharusnya merungkaikan segala pertikaian terhadap perkara tersebut dan jelas membuktikan bahawa penukaran agama anak dengan persetujuan sebelah pihak sama ada ibu atau bapa atau penjaga telah menepati kehendak Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Tambahan lagi, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 juga menetapkan bahawa persetujuan salah seorang daripada ibu atau bapa sudah cukup bagi mendaftar keislaman seseorang anak. Kesemua ini telah memberikan gambaran yang jelas terhadap polemik yang cuba dibangkitkan oleh pihak yang tidakbertanggungjawab. Mana-mana pihak tidak sepatutnya berhujah dengan sesuatu yang baru bersifat cadangan undang-undang seperti cadangan pindaan terhadap status penukaran agama anak menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164). Hal ini kerana ia baru di peringkat cadangan dan belum dibawa untuk dibahaskan di Parlimen dan bukannya satu undang-undang pun. Adapun pindaan Enakmen Perlis adalah selaras dengan peruntukan Perlembagaan. Malah cadangan RUU itu sendiri telah bercanggah dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan tidak berperlembagaan (unconstitutional), bersifat retrospektif dan mungkin menyebabkan semakan kehakiman (judicial review) terhadap ratusan kes yang lain. Maka, sewajarnya isu ini tidak terus dipolemik dan harus dinilai dengan matang dan objektif. Polemik dan sentiment yang dimainkan oleh sesetengah pihak hanya merosakkan keharmonian masyarakat yang tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak dalam negara ini. Ia juga memberi isyarat tidak baik di mata orang-orang Islam yang menjadi majoriti rakyat negara ini apabila bukan Islam dilihat semakin berani mencampuri sebarang pindaan undang-undang Islam di peringkat negeri yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Ia dilihat sebagai ancaman terhadap kuasa Islam di negeri-negeri sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Akhirnya ditegaskan bahawa pindaan Enakmen Perlis adalah selaras dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya ada pihak tidak bersetuju mereka boleh mengusulkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelulusan 2/3 ahli Parlimen. "Inilah Penyelesaian Kita" Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sabtu, 10 Disember 2016 / 10 Rabi'ul Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 10/12/2016 Sumber HD - 10-12-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Halalan tayyiban dalam Dasar Agromakanan Negarahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43531-halalan-tayyiban-dalam-dasar-agromakanan-negara SEKTOR pertanian di Malaysia perlu diberi nafas baharu bagi memastikannya terus segar menyokong pembangunan ekonomi negara disamping memastikan kelestarian dalam menghadapi situasi ekonomi global yang tidak menentu. Pelbagai dasar pertanian telah dilaksanakan dalam tempoh dua dekad ini namun penumpuan kerajaan mutakhir ini terhadap sektor pertanian semakin terhakis. Tiga dasar telah dilaksanakan berkaitan dengan sektor pertanian di Malaysia bermula dengan Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1)(1984-1991) yang memberikan tumpuan terhadap komoditi eksport, mengurangkan kemiskinan luar bandar disamping penggunaan sumber yang optimum. Dasar Pertanian Negara Kedua (DPN2)(1992-1997) pula menumpukan kepada aspek peningkatan daya saing dan produktiviti dalam sektor pertanian manakala Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3)(1998-2010) melonjak aktiviti sektor pertanian di peringkat antarabangsa. Tambahan pula, Dasar Jaminan Makanan Negara (2008-2010) telah dirangka bagi menyerap tempias daripada krisis makanan yang melanda dunia pada 2007-2008. Kini, Malaysia telah meniti Dasar Agromakanan Negara (DAN) (2011-2020) yang sudah melepasi separuh daripada tempoh tersebut bermatlamat bagi memberikan tumpuan khusus terhadap pembangunan komoditi makanan dengan jaminan bekalan makanan dan menghasilkan aktiviti pemprosesan dan pendapatan eksport pertanian berskala tinggi. Antara aspek penting yang terkandung di dalam DAN adalah mengenai pembangunan konsep “Halalan Tayyiban” dengan pengaplikasian ‘Halal Accessories and Food Assurance System’ (HAFAS) bagi memastikan aspek penghasilan bahan makanan bukan sahaja halal malah mencapai kualiti bersih dan sihat sepertimana yang telah disebutkan di dalam Al-Quran. Ini juga sesuai dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Dunia. HAFAS adalah suatu sistem yang tidak sahaja melakukan penilaian pada peringkat akhir sesuatu produk semata-mata malah turut menilai keseluruhan aspek dalam pengeluaran sesuatu produk makanan dan aksesori bahan makanan sebagai contoh aktiviti penanaman melibatkan racun dan antibiotik yang berlebihan, penggunaan additif makanan yang mengurangkan aspek “sihat” dalam kandungan makanan. Perkara ini bertepatan dengan konsep “Halalan Tayyiban” iaitu konsep yang bukan sahaja menilai sesuatu makanan itu halal dari aspek syara’ malah ia juga perlu “bersih” dan “sihat” dalam keseluruhan aspek pengeluaran dan penghasilan sesuatu bahan makanan. Namun, persoalan yang timbul adalah bagaimana implementasi sistem HAFAS dalam pengeluaran produk makanan ketika ini setelah DAN telah mencapai tempoh 6 tahun perlaksanaan? Manakala sejauhmana pula keberkesanan sistem tersebut dalam memastikan kualiti “Halalan Tayyiban” dapat dipertingkatkan ke suatu tahap yang lebih tinggi? Aspek penjagaan makanan yang sihat dan halal adalah prinsip yang begitu dititikberatkan dalam Islam. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran; “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari pada yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (Surah al-BAqarah : 168) Maka, amat wajar jika aspek pemakanan yang sihat dan halal ini diberikan penekanan oleh kerajaan. Ia adalah tanggungjawab yang besar bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan kehidupan rakyat lebih terjamin. – HARAKAHDAILY 9/12/2016 Sumber HD - 9-12-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Fiqh dakwah dipelopori PAShttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43507-fiqh-dakwah-dipelopori-pas Firman Allah dalam Surah An Nahl ayat 125 ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ "..Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk..." 1. Pendekatan dakwah PAS dalam lapangan sistem demokrasi negara sepanjang perjuangan PAS dalam jihad politik merupakan ijtihad berani dan kontemporari yang dikemukakan oleh para ulamak dan Ahli Majlis Syura PAS. 2. PAS yang sudah berada di lapangan ini lebih 60 tahun boleh dikatakan amat memahami rencahnya bak pepatah " sekilas ikan di air, maka kenal jantan betinanya." 3. Umno yang sekian lamanya menjadi saingan politik PAS tetap kekal begitu selama ia masih berpaksi perjuangannya dengan sekularisme dan nasionalisme. Kedua-dua isme ini ditentang oleh PAS kerana ia bercanggah dengan prinsip asas Islam iaitu Kesyumulan dan Universalisasi Islam. 4. Islam menolak politik suku agama suku atau pemisahan antara agama dengan kehidupan yang menyeluruh dan juga menolak teori perkauman dan kebangsaan sempit kepada konsep universal dan Islam untuk semua. 5. Sebanyak 13 kali pilihan raya PAS telah menceburinya berdepan dengan Umno bagi mengambil alih pemerintahan negara daripada golongan sekularisme dan nasionalisme sempit ini walaupun mengalami kekalahan demi kekalahan. Namun PAS masih tetap sabar, utuh dan terus gah di persada politik menghormati prinsip demokrasi berperlembagaan dengan berwadahkan "muwajahah silmiah". 6. Inilah "Muwajahah Silmiah" daripada ijtihad para ulamak PAS bahawa PAS tidak perlu kaget dan gopoh semata-mata nak menang walau kalah berkali-kali dengan mengenepikan dasar perjuangan untuk mengambil alih kuasa. 7. PAS telah melalui pelbagai kepayahan dan kesukaran dalam proses kearah itu seperti ketidakadilan dalam pilihan raya, sekatan, media tak adil, jentera dan kewangan sendiri, ahli dan penyokong dipenjara dan dibunuh, penipuan dan tipudaya pilihan raya dan bermacam lagi namun PAS bersabar dan teruskan perjuangannya dengan cara aman dan menghormati perlembagaan negara. 8. Ini kerana perjuangan PAS tidak hanya berpolitik pilihanraya sahaja, ia juga bergerak selaku gerakan dakwah iaitu menyeru, mengajar, menasihat, mendidik, berhujjah, berdebat, berbincang, memberi cadangan, menegur dan bermacam-macam lagi selama ia boleh menyampaikan Islam dan menegakkan kefahaman Islam dalam ruang yang ada walaupun sesempit lubang jarum maka ia tetap akan berterusan begitu. 9. Nabi s.a.w. telah melakarkan perjalanan sebegini dalam. memenangkan Islam. Baginda mencapai kemenangan tidak sekadar di medan pertempuran dan peperangan, malah Baginda beroleh kemenangan melalui perjanjian, dakwah jamaiyyah, rundingan, dakwah fardiyyah, dakwah bil hal atau akhlak, rundingan dan juga seruan. Lihatlah sejarah penting terlakar dengan pembukaan Madinah dan Mekah, kedua-duanya bukan melalui peperangan dan pertumpahan darah. Bukankah ini mesej jelas bahawa kemenangan yang diimpikan oleh semua perjuangan Islam juga boleh dicapai tanpa pertembungan dan peperangan? 10. Imam Muslim mensyarahkan hadis Perjanjian Hudaibiyyah dengan menyatakan bahawa kebijaksanaan rundingan dan kandungan perjanjian Hudaibiyyah itu sendiri yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. adalah faktor terpenting sehingga terjadinya pembukaan Kota Mekah oleh Islam tanpa pertumpahan darah. 11. PAS mengambil pemahaman inilah dengan membawa pendekatan baharu dalalm mengorak langkah berdepan dengan Umno. PAS melalui para ulamanya dan syuranya masih tetap mengekalkan konsep "Muwajah Silmiyyah" dan diterjemahkan dengan pelbagai pendekatan dan kaedah selama ia tidak menggadaikan prinsip perjuangan iaitu untuk menegakkan Islam dan berpaksikan Al Quran dan Sunnah. 12. PAS berijtihad dengan keupayaan ulamaknya dan juga memahami serta meraikan realiti politik dan dakwah negara ini, berani mengorak langkah dengan pendekatan yang berbagai dan berbeza sesuai situasi terkini dan semasa bagi memenuhi setiap keadaan dan keperluan. 13. Berhujjahkan al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. untuk menyampaikan mesej Islam kepada sesiapa sahaja kerana itu kewajiban perjuangan PAS. Kalau PAS tidak menyampaikan Islam maka PAS tidak lagi layak dianggap sebagai sebuah gerakan Islam. PAS juga boleh dan layak dibubarkan kalau PAS mengabaikan dasar perjuangannya dan tidak gigih menyampaikan Islam dan ruang lingkup yang ada. 14. Hujjah PAS dengan al Quran, contohnya dalam surah Toha ayat 42-44 اذْهَبْ أَنْتَ وَأَخُوكَ بِآيَاتِي وَلَا تَنِيَا فِي ذِكْرِي "Pergilah, engkau dan saudaramu, membawa mukjizat-mukjizat pengurniaanKu dan janganlah kamu berdua lemah dan cuai dalam menyebut serta mengingati Daku. فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". Dalam Hadis Nabi s.a.w pula, وعن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر ".. seutama-utama jihad adalah berkata benar dihadapan pemerintahan yang jahat (zalim) .." (Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad. tashihkan oleh Albani) 15. Difahami daripada Al Quran dan Hadis ini lah bahawa PAS dengan pendekatan terbarunya memenuhi program dan jemputan di mana hadirnya bersama pemimpin negara adalah satu peluang PAS bagi menyampaikan Islam dan menyatakan secara berdepan kepada pemimpin negara dengan hujah PAS dan Islam yang menjadi seruannya. 16. Tambahan pula peluang menyatakan kebenaran Islam dan ajarannya akan disaksikan oleh pelbagai pihak dan rakyat jelata. Inilah adalah strategi cilik dan bijak PAS serampang 2 mata iaitu dapat menegur pemimpin negara dan juga dapat menyampaikan Islam kepada seluruh rakyat. Bukankah kita diceritakan oleh Al Quran bahawa kisah Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., dan Kisah Budak dalam Ashabul Ukhdud tatkala mereka ingin menyampaikan Islam dan seruannya, mereka mengambil peluang dengan kehadiran ramai kaum dan umat mereka agar turut mendengar dan menyaksikan kejadian itu dan dakwah mereka. 17. Ini adalah ijtihad PAS yang perlu difahami oleh semua, bahawa pendekatan ini adalah pendekatan kontemporari dan datang daripada kefahaman ulamak dan Syura PAS menerusi apa yang difahami daripada Al Quran dan Sunnah. Janganlah memperkecilkan ijtihad ini kerana ia datang daripada sejumlah Ulamak PAS yang diyakini keilmuaannya dan kemampuannya dan ijtihad ini andainya benar beroleh 2 pahala dan sekiranya salah beroleh tetap 1 pahala. 18. Ada juga pihak yang ingin menimbulkan persepsi bahawa Ulamak PAS yang hadir ke majlis adanya pemimpin negara seumpama ulamak suk berdasarkan hujjah kitab Imam Ghazali. Ya, Imam Ghazali ada hujjahnya. Namun melihat hujjah kepada Imam Ghazali ia berbentuk menasihat bukan melarang secara mutlak. الأمور بمقاصدها "Setiap perkara itu dirujuk akan tujuannya." Kalau tujuan kehadirannya bukan bersekongkol dengan pemimpin korup dan zalim, tetapi untuk menasihat dan menyampaikan Islam dan berdakwah. Sekiranya tidak boleh pergi menasihat maka tidak bolehlah Nabi Musa pergi berjumpa Firaun dan pembesarnya. 19. Perlu juga difahami dalam konteks demokrasi, kalau sekiranya PAS tidak mengambil peluang demokrasi dan ruangnya seperti menegur, menasihat, memberi cadangan dan idea sama ada dalam Dewan Rakyat dan juga di luar, maka PAS pula nanti dianggap tidak proaktif. PAS juga mudah menjadi sasaran tuduhan sebagai gerakan yang tidak demokratik dan subversif pulak. 20. Inilah penyelesaian yang dikemukakan oleh PAS yang perlu difahami dan dihayati oleh ahli PAS dan semua pihak. PAS adalah gerakan Islam yang bersifat anjal dalam tindakan dan berprinsip dalam dasar perjuangannya. ISLAM ITU PENYELESAIAN INILAH PENYELESAIAN KITA Ustaz Muhammad Najhan Halim Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan DUPP 7 Disember 2016/ 7 Rabiul Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 7/12/2016 Sumber HD - 7-12-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Menukar Dasar KepimpinanSudah berapa kali percubaan rakyat Malaysia menukar Perdana Menteri (PM). Perdana Menteri berubah tetapi dasarnya tidak berubah. Cukai tetap menjadi dasar utama kewangan negara. Hasil negara tetap dibelanjakan secara boros. Skandal seumpama 1MDB berulang dengan nama yang berbeza. Ketirisan belanjawan tetap berlaku. Kenaikan kos hidup tetap menjadi rintihan. Hari ini bekas PM menentang PM untuk berjuang menukar PM.Bukan untuk menukar dasar PM. Bekas PM tetap merasakan dasar pemerintahannya dulu adalah baik dan lebih baik daripada PM sekarang. Dulunya rakyat membencinya lalu berjuang menukarnya dengan PM baru. Bekas PM kemudiannya berkempen menukar PM lalu berjaya. Hari ini diperjuangkan lagi penukaran PM. Sedangkan hakikatnya dasar PM hari ini adalah kesinambungan dasar PM sebelumnya yang melahirkan negara yang si kaya menjadi perasuah dan si pemimpin penerima rasuah. Ia menatijahkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ia membuahkan hutang negara yang semakin meningkat. DAP dan PKR tidak adalah masalah dengan dasar bernegara hari ini. Oleh kerana itu mereka bersetuju hanya untuk menukar PM. Dicanangkan ‘Save Malaysia’ iaitu kabinet baru kerajaan antara Ahli Parlimen BN dan Pakatan Pembangkang tanpa Najib. Hanya tanpa Najib! Islam hadir untuk mengubah dasar yang diimani oleh manusia bukan hanya menukar manusia. Dasar kepimpinan perlu diubah. Pemimpin perlu memimpin berdasarkan Islam pada konsep pentadbirannya, pengurusan ekonomi dan kewangannya. Di saat itu barukah rakyat akan berbahagia. ***Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Ketua Perengan Dewan Ulama PAS Selasa 6hb Disember 2016 Sumber BO - 6-12-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tolak GST kerana ia sistem cukai zalimhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43489-tolak-gst-kerana-ia-sistem-cukai-zalim Ramai yang mengeluh dikenakan GST. Kata mereka GST tidak sesuai dilaksanakan sekarang di Malaysia dalam keadaan rakyat tertekan dengan kos kehidupan. Ertinya mereka hanya menolak pelaksanaan GST kerana faktor masa bukan kerana menolak sistemnya yang zalim. Mereka mungkin menerima sistem GST sebagai satu sumber pendapatan negara akan datang. Sedangkan GST perlu ditolak kerana sistem percukaian ini zalim dan tidak menepati syarat percukaian dalam Islam. Islam menolak percukaian berasaskan perbelanjaan kerana ia tidak boleh membezakan antara si kaya yang berkemampuan dan si miskin yang tidak berkemampuan. Adapun cukai berasaskan pendapatan ia diharuskan dengan syarat-syaratnya yang tertentu. Sebahagian besar ahli politik pembangkang yang menolak GST bukan kerana ianya bercanggah dengan Islam dan zalim tetapi hanya kerana ia dilaksanakan pada masanya yang tak sesuai. Saya mengajak rakyat Malaysia menolak sistem GST sekarang dan akan datang kerana ia adalah sistem yang salah dan merosakkan keseimbangan ekonomi masyarakat khususnya si miskin. Pelaksanaannya di banyak negara maju bukan alasan dan justifikasi untuk kita menerimanya kerana ia adalah sistem percukaian yang zalim dan menindas. - HARAKAHDAILY 5/12/2016 Dr Khairuddin at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Sumber HD - 5-12-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Isu Rohingya: TG Abdul Hadi pencetus kekuatan ummahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43479-isu-rohingya-tg-hadi-awang-pencetus-kekuatan-ummah KEHADIRAN Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Himpunan Solidariti Ummah anjuran utama Yayasan Dakwah Islamiyyah YADIM dan Konsortium NGO Islam bersama sepentas dengan YAB PM Datuk Seri Najib Abd Razak memberikan satu mesej jelas bahawa Islam amat menitikberatkan perpaduan bukan perpecahan khasnya dalam isu kepentingan Islam dan hak kemanusiaan. Walaupun beberapa pihak tidak senang hati melihat kemunculan Tuan Guru Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia ini hadir program sebegini, namun ketahuilah bahawa Islam sebenarnya yang mendidik dan mengajar kita tidak boleh berpolitik sampai tidak mengenal baik dan buruk. Tuan Guru Abdul Hadi amat dihormati oleh pelbagai pihak termasuk lawannya dalam politik selaku ahli politik Islam yang senior dalam arena politik dalam negara. Keberadaan Tuan Guru dalam parlimen boleh dikatakan diantara yang paling lama memegang jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat sejak tahun 1990 lagi dan yang lainnya masih dianggap baru. Tambahan lagi beliau bukan hanya diiktiraf dalam negara sebagai ahli politik Islam malah di peringkat antarabangsa sebaris dengan ulama disegani di seluruh dunia. Penulis sendiri berada di pentas stadium melihat penghormatan diberikan oleh para pimpinan Umno, pak menteri dan NGO ketika ketibaan Tuan Guru di pentas Himpunan Solidariti Ummah di Stadium Titiwangsa Kl pagi ini amat terasa auranya. Para pimpinan di atas pentas berdiam dan menumpukan perhatian dengan ketibaannya dan serta dilarang bercakap-cakap sesama mereka sewaktu Tuan Guru menyampaikan ucapan. Malah sebahagian mereka menegur antara satu sama lain agar dilarang bercakap dan membuat bising sewaktu Tuan Guru berucap. Bulu roma menegak menyelusuri setiap perkataan yang diungkapkan oleh Tuan Guru menyampaikan dakwah dan saranan mesej Islam di hadapan ribuan hadirin peserta himpunan termasuk dari kalangan pelbagai latar belakang politik dan kumpulan. Malah telahan dikatakan bahawa sekiranya Tuan Guru tidak hadir pada himpunan ini kemungkinan program ini tidak seramai ini dan tidak berjaya secara holistiknya. Semoga perhimpunan dan kehadiran Tuan Guru Presiden PAS di pentas bersejarah ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan ummah dan perjuangan Islam dan tersampai mesej dakwah Islam yang dibawa oleh PAS. USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan DUPP – HARAKAHDAILY 5/12/2016 Sumber HD- 5-12-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Membangkang Berasaskan Prinsip Dan DasarPAS menerima dan menolak sesuatu berasaskan prinsip dan dasar sebagaimana digariskan oleh Islam menerusi al Quran dan Sunnah. 1. PAS menolak GST kerana ia sistem dan dasar percukaian yang salah, zalim dan HARAM bukan hanya kerana ia tidak sesuai dilaksanakan sekarang 2. PAS menolak TPPA kerana ia membuka campurtangan asing dalam ekonomi dan kerana ia perjanjian antarabangsa yang mengikat yang tidak dibenarkan menurut prinsip hubungan antarabangsa Islam bukan hanya kerana ia tidak menguntungkan. 3. PAS menolak penglibatan kerajaan dengan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asean kerana ia bank berasaskan Riba di peringkat antarabangsa yang menjustifikasikan hutang dengan keuntungan riba yang merosakkan atas nama bantuan infrastruktur dan juga kesinambungan ekonomi kapitalis sedang semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang lain menerimanya di sidang parlimen yang lalu. 4. PAS menolak IMDB kerana ia syarikat pelaburan bermodal hutang Riba 42 bilion yang sudah pasti merosakkan ekonomi bukan hanya kerana ia syarikat pelaburan yang rugi dan gagal. 5. PAS mengkritik kejatuhan matawang kerana matawang kertas yang didagangkan adalah sistem yang silap dan salah merosakkan ekonomi dunia bukan hanya kerana Malaysia gagal menguruskan matawang. 6. PAS mengkritik hadiah wang tunai atau jualan aset dengan harga di bawah harga semasa kepada penjawat jawatan kerajaan kerana ia adalah rasuah dalam Islam. 7. PAS mengkritik inflasi dalam negara kerana ia adalah hasilan dasar yang salah berasaskan ekonomi kapitalis dan sistem monopoli pengedaran barangan keperluan kepada pihak tertentu yang diamalkan oleh kerajaan. 8. PAS mengkritik dasar pengswastaan kerana ia adalah dasar yang salah dalam Islam dengan memindahkan aset negara dan perkhidmatan kerajaan kepada segelintir korporat yang akhirnya bermotifkan keuntungan perniagaan berbanding khidmat dan kebajikan yang penghujungnya menatijahkan kenaikan kos hidup pada hari ini. 9. PAS mengkritik bajet defisit kerajaan persekutuan sejak 19 tahun berturut-turut kerana ia adalah bercanggah dengan dasar bajet dalam Islam yang menetapkan kaedah berbelanja berdasarkan kemampuan. 10. PAS mengkritik dasar berhutang kerajaan kerana ia adalah hutang berasaskan Riba dan dasar hutang yang dijadikan sebahagian sumber pendapatan negara. Kesannya kerajaan persekutuan mencipta hutang 90 bilion pada 1997 dan meningkat kepada 188 bilion pada 2003 di zaman Mahathir, hutang 376 bilion pada 2009 di akhir era Abdullah Badawi dan hari ini hutang 650 bilion di zaman Najib. MENOLAK dan MENERIMA SESUATU POLISI BERASASKAN PRINSIP DAN DASAR agar tidak menjadi lalang yang bergoyang ditiup angin dalam pendirian politik. ***Ustaz Datuk Dr Khairuddin Aman Razali ialah Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Ahli Parlimen Kuala Nerus Ahad 4 hb disember 2016 Sumber BO - 5-12-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Golongan yang memandulkan syariat Tuhanhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43442-golongan-yang-memandulkan-syariat-tuhan Ketika Islam tidak lagi berkuasa lahirlah manusia bergelar muslim yang lemah imannya. Mereka takut untuk melaksanakan Syariat lalu mencipta pelbagai alasan dan justifikasi untuk menghalalkan kelemahan iman mereka dalam memperjuangkan Syariat. Syariat meliputi semua bidang bermula dengan ibadah, perkahwinan, muamalat dan ekonomi, perundangan jenayah dan tatacara politik dan pemerintahan. Semua ada Syariat Allah padanya. Semuanya perlu dijadikan undang-undang bernegara dan perlu dilaksanakan. Antara ciri hujah dan alasan mereka bagi memandulkan pelaksanaan Syariat berkaitan perundangan jenayah 1. Islam bukan agama menghukum tapi mendidik 2. Islam mementingkan keadilan bukan hanya dengan menghukum 3. Kita perlu menyelusuri ruh dan maqasid kepada hukum bukan hanya melaksanakan hukum Hakikatnya menghukum adalah satu proses pendidikan Hakikatnya keadilan tidak tercapai melainkan dengan melaksanakan hukum Syariat Hakikatnya roh dan maqasid hukum akan tercapai apabila melaksanakan hukum BUKAN DENGAN MEMANDULKAN HUKUM Semua ini adalah alasan yang dicipta bagi mewajarkan agar hukum Islam tidak perlu ditegakkan dan dilaksanakan. Sedang dalam masa mereka berbicara dengan alasan sedemikian mereka menerima pula dengan dada lapang pelaksanaan pelbagai undang-undang ciptaan barat dalam perundangan jenayah dan ekonomi. Mereka melihat ia terlaksana untuk puluhan tahun di dunia Islam dengan redha dan dada yang lapang tapi mempersoalkan bukan hanya ruh perundangan barat yang rosak malah pelaksanaannya yang gagal. Tetapi di saat kita memperjuangkan pelaksanaan Syariat maka mereka dengan wajah penuh bimbang dan takut mengemukakan alasan yang pelbagai dengan justifikasi kononnya "agar wajah Islam dilihat cantik" BETAPA LEMAHNYA IMAN MEREKA. Mereka terpedaya dengan alasan ciptaan musuh di kalangan orientalis dan sebagainya. Sangat malang di kalangan mereka digelar cendekiawan Islam, pemikir Islam dan tokoh Islam. Namun yang pasti mereka adalah golongan yang lemah iman. Dr Khairuddin at-Takiri Jumaat 2 Disember 2016 - secebis renungan ketika musafir Sumber HD - 2-12-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hujahan Dangkal Dr. Chandra Bagi Menolak RUU 355Saya tertarik untuk mengulas beberapa hujahan mereka yang menentang pindaan Akta 355. Sebahagian hujahan mereka menyerlahkan emosi dan perasaan tidak senang terhadap undang-undang Syariah dan Islam itu sendiri. Justeru itu dilampirkan pelbagai alasan dan hujah remeh bagi menolaknya serta dihiasi dengan hujah akademik kononnya sedangkan hakikatnya hujah tersebut sangat rapuh dan jauh daripada nilai akademik. 2. Antaranya hujahan Dr Chandra Muzaffar. Beliau menuduh kononnya RUU 355 bakal membantutkan makna sebenar keadilan dan ihsan dalam beragama. RUU 355 Menafikan Konsep Adil dan Ihsan? 3. Hakikatnya, sesuatu yang barangkali tidak diimani oleh Dr Chandra dan menjadi titik beza barangkali antara beliau dan seluruh umat Islam yang mempraktikkan agamanya ialah bahawa keadilan dan ihsan hanya tercapai menerusi pelaksanaan pada Syariat beragama. 4. Memberikan hak kepada Syariat Allah di Mahkamah Syariah yang khusus bagi umat Islam bagi menghukum pesalah Syariah berdasarkan hukum agama itulah sebenar-benar keadilan dan ihsan. 5. Dalam konteks RUU 355, memberikan hak kepada Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah jenayah zina, pesalah jenayah menuduh zina dan pesalah jenayah minum minuman memabukkan, dengan hukum Syariah yang ditetapkan oleh Allah iaitu sebatan masing-masing 100, 80 dan 40 sebatan menurut tatacara Syariah, itulah sebenar-benar keadilan dan ihsan. 6. Meningkatkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan melibatkan aqidah dan akhlak yang dalam Islam dikategorikan sebagai undang-undang takzir adalah ijtihad yang diberi ruang kepada pemerintah untuk menggunakan akal mereka dengan suluhan wahyu. 7. Keadilan dan ihsan dalam praktik hukuman takzir akan tercapai menerusi dokongan praktik seorang hakim muslim yang adil tidak melakukan dosa besar di Mahkamah Syariah dengan berpandukan tata cara keterangan jenayah Islam yang penuh dengan keadilan dan ihsan. 8. Keadilan dan Ihsan tidak dicapai dengan akal semata-mata lalu menolak dan memandulkan pelaksanaan Syariat dalam menghukum pesalah jenayah. 9. Keadilan dan Ihsan juga tidak berlaku hanya menerusi hukuman tetapi dengan dokongan sistem tata cara keterangan jenayah Islam ketika menjatuhkan hukuman. 10. Keadilan dan Ihsan tertegak apabila Islam ditegakkan secara holistik pada falsafah pendidikan aqidah, praktik dan pelaksanaan syariat dan undang-undangnya dan manifestasi penampilan akhlaknya. Islam Mendidik Bukan Menghukum? 11. Dr Chandra juga seolah ingin menolak konsep cegah dan hukum dalam undang-undang lalu dikaitkan RUU 355 dengan kegagalan kekangan terhadap dadah di Pakistan dan korupsi di Sudan. 12. Persoalan asas untuk Dr Chandra; Apa kaitan RUU 355 dengan undang-undang dadah? RUU 355 tidak menangani dadah tetapi mendidik manusia yang minum minuman memabukkan dengan hukuman. Dadah adalah undang-undang di Mahkamah Sivil. Dr Chandra perlu mengkritik kegagalan undang-undang sivil hari ini dalam menangani jenayah dadah. Apa kaitan RUU 355 dengan korupsi? RUU 355 bukan undang-undang tentang korupsi. Dr Chandra perlu mengkritik undang-undang sivil hari ini yang gagal mengekang gejala rasuah termasuk di negara ini. Juga mengkritik kegagalan sistem pendidikan negara kita yang berjaya melahirkan manusia berakademik tetapi gagal pada keperibadiannya hingga terjebak dengan jenayah rasuah. 13. Beliau seolah diawangan dan sememangnya tidak memahami apakah aspek undang-undang jenayah yang ditangani oleh Akta 355. Sedarkah Dr Chandra bahawa Akta 355 bernama Akta 355 Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah? 14. RUU 355 adalah berkenaan pindaan bagi kadar hukuman bagi kesalahan Syariah yang telah sedia diamalkan di Mahkamah Syariah hari ini. 15. Antaranya berkaitan kesalahan aqidah dan kesalahan akhlak melibatkan maruah dan kehormatan manusia. Antaranya melibatkan minuman memabukkan, perlakuan zina dan perlakuan menuduh orang Islam berzina. 16. Berikut adalah senarai Kesalahan Jenayah yang berada di bawah ruang lingkup Akta 355 sebagaimana contoh Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 _Pemujaan salah, mendakwa bukan orang Islam untuk mengelakkan tindakan, takfir, doktrin palsu, dakwaan palsu, mempersendakan, dll., ayat Al-Quran dan Hadith, menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll., agama Islam, memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat, menghina pihak berkuasa agama, pendapat yang bertentangan dengan fatwa, mengajar tanpa tauliah, mengingkari perintah Mahkamah, penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syara’, berjudi, minuman Yang memabukkan, tidak menghormati Ramadhan, tidak menunaikan sembahyang Jumaat, tidak membayar zakat atau fitrah, perbuatan sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah, hubungan jenis antara orang yang sama jantina, persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii, khalwat, lelaki berlagak seperti perempuan, perbuatan tidak sopan di tempat awam, memujuk lari perempuan bersuami, menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri, menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan, menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam, Qazaf, Pungutan zakat atau fitrah tanpa diberikuasa dan penyalahgunaan tanda halal.* http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c 72508e748256faa00188094/bca11b8ae3c9251148257057000ca118?OpenDocument Adapun bicara tentang korupsi dan dadah ia tiada kaitan dengan Akta 355. 17. Antara hujahan dangkal bagi menolak RUU 355 ialah “Islam adalah agama mendidik bukannya menghukum”. 18. Kononnya sekiranya sudut hukuman yang ditonjolkan ia akan memadam wajah Islam yang indah. 19. Hujahan mereka seolah menggambarkan betapa sayangnya mereka kepada Islam tapi hakikat sebenarnya ia mengandungi racun yang membunuh Islam. 20. Sedarkah mereka bahawa “hukuman adalah sebahagian daripada proses pendidikan”? 21. Akan ada manusia yang gagal dididik dengan kata-kata tetapi memerlukan hukuman sebagai didikan. Itulah realiti kehidupan manusia. 22. Oleh kerana itulah tidak ada negara di dunia yang tidak membuat undang-undang sebagai hukuman pencegahan. 23. Hukuman itu sendiri adalah satu proses mendidik manusia iaitu mendidik manusia yang samseng melanggar undang-undang yang tidak akan berhenti daripada melakukan jenayah melainkan dengan hukuman yang mencegah. Ia juga mendidik manusia agar tidak melanggar undang-undang. 24. Adakah mereka yang berhujah sedemikian ingin menyatakan bahawa “kita tidak memerlukan lagi undang-undang menghukum kerana kita hanya perlu mendidik”. 25. Adakah mereka ingin menyatakan bahawa kita tidak perlukan undang-undang menghukum pesalah yang melanggar undang-undang jalan raya? Cukuplah hanya dengan mendidik mereka? Mendidik dengan kata-kata nasihat sahaja tanpa undang-undang menghukum? Kalau begitulah hujahannya usah dibawa RUU 355 dan usah dibuat sebarang undang-undang menghukum penjenayah lagi. Berkempenlah agar semua undang-undang yang menghukum manusia itu dibatalkan!!! 26. Kalau begitulah hujahannya saya yakin anda akan diketawakan oleh dunia undang-undang!!!! ***Datuk Ustaz Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Sumber BO - 1-12-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- RUU 355: Pendirian rasional MP Bintulu dialu-alukanhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43400-ruu-355-pendirian-rasional-mp-bintulu-dialu-alukan Saya mengalu-alukan pendirian Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), YB Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ahli Parlimen Bintulu berhubung RUU 355. Ia merupakan pendirian yang sangat rasional dan berfakta tanpa emosi daripada seorang pemimpin politik bukan Islam. Beliau dilaporkan berkata, empat Ahli Parlimen SPDP tidak akan membantah jika pindaan itu dimahukan oleh orang Islam, malah menurut beliau "Kenapa kami mahu campur tangan, kami bukannya tahu sangat tentang agama orang Islam." http://www.1media.my/2016/11/spdp-tidak-bantah-pindaan-akta-355.html RUU 355 sewajarnya tidak dibantah oleh bukan Islam kerana ia hanya melibatkan hak orang Islam di Mahkamah Syariah yang khusus buat mereka. Kami mengharapkan lebih ramai lagi pimpinan politik bukan Islam mengambil sikap yang sama secara rasional tanpa emosi dalam memberikan hak kepada rakyat Muslim dalam mengamalkan hak beragama mereka menurut lunas perlembagaan. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Ahli Parlimen Kuala Nerus Selasa 28hb November 2016 Sumber HD - 29-11-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- RUU 355: Pendirian Presiden MCA dialu-alukanhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43373-ruu-355-pendirian-presiden-mca-dialu-alukan 1. Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden MCA dalam satu laporan yang menyatakan bahawa MCA tidak menentang RUU 355 yang diusulkan oleh YB Marang. Tetapi mahukan ia dilaksanakan menurut kerangka perlembagaan. 2. Menurut Malaymailonline; "MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai today said that the party did not oppose the PAS’ private bill seeking to empower the Syariah courts. He said there had been a misunderstanding on MCA’s stand on the matter. “I think there have been a lot of misunderstandings, saying that we oppose the bill. We just want it to be implemented according to the constitution." - See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/mca-not-against-act-355-says-liow#sthash.0roMdkRU.dpuf AKTA 355 (1965) ADALAH BERPERLEMBAGAAN 1. Suka saya jelaskan bahawa "Akta 355 Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah" telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1965 bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan kadar hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini. 2. Ia adalah selaras dengan perlembagaan Malaysia dengan mengambil punca kuasa daripada Butiran 1, Senarai II - Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu: "...keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan;..." PINDAAN AKTA 355 (1984) ADALAH BERPERLEMBAGAAN 1. Akta 355 (1965) kemudian dipinda pada 1984 dengan ditingkatkan kadar hukuman daripada 6 bulan penjara kepada 3 tahun penjara, daripada 1000 ringgit denda kepada 5 ribu ringgit denda dan ditambah pula 6 kali sebatan. 2. Ia telah berkuatkuasa dengan mengikut perlembagaan sehingga ke saat ini di Mahkamah Syariah menerusi Enakmen Kesalahan Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia. RUU 355 (2016) ADALAH BERPERLEMBAGAAN 1. Selama tempoh 51 tahun, Akta 355 bermula 1965 sehingga pindaan 1984 sehingga hari ini adalah selaras dengan perlembagaan Malaysia. 2. Begitulah juga RUU 355 yang bertujuan mengusulkan peningkatan kadar hukuman, sama seperti tujuan pindaan 1984 adalah selaras dengan perlembagaan 3. RUU 355 yang diusulkan oleh YB Marang kali ini pada 24hb November 2016 adalah bagi meningkatkan kadar hukuman dalam Akta 355 pindaan 1984 (semakan 1988) yang terpakai sekarang daripada: i. daripada penjara 3 tahun kepada penjara 30 tahun. ii. daripada 5 ribu ringgit denda kepada 100 ribu ringgit denda iii. daripada 6 kali sebatan kepada 100 kali sebatan menurut tatacara sebatan Syariah. 4. Sebagaimana peningkatan kadar hukuman pada pindaan 1984 adalah mengikut perlembagaan demikianlah RUU 355 yang bertujuan meningkatkan kadar hukuman juga adalah berperlembagaan. IMPLIKASI 1. Untuk makluman, dengan cadangan pindaan ini, 3 kesalahan Syariah yang telah sedia disenaraikan sebagai kesalahan jenayah Syariah dalam Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri sekarang dapat ditingkatkan selaras menurut undang-undang Syariah yang sebenar iaitu: i. 100 sebatan Syariah bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin. ii. 80 sebatan Syariah bagi kesalahan Qazaf dan iii. 40 hingga 80 sebatan Syariah bagi kesalahan minum minuman memabukkan. 2. Sebatan Syariah pula jauh lebih ringan berbanding sebatan sivil. Roh pada pelaksanaannya ialah menimbulkan keinsafan dan pengajaran. Sebatan Syariah tidak melukakan kulit apatah lagi daging, berbeza dengan sebatan sivil yang menyakitkan serta mencederakan. 3. RUU 355 pula adalah melibatkan pindaan bagi undang-undang di peringkat Parlimen bagi kegunaan Mahkamah Syariah yang bidangkuasanya adalah melibatkan orang Islam sahaja. Semoga kenyataan Presiden MCA yang tidak menentang RUU 355 membuka jalan untuk ahli-ahli politik bukan Islam berusaha untuk memahami bahawa RUU 355 yang dibawa oleh YB Marang adalah dalam kerangka perlembagaan Malaysia. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Ahad 27 November 2016 - HARAKAHDAILY 27/11/2016 Sumber HD - 27-11-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Projek Perumahan Generasi Baharu Felda : Kerajaan Patut Tukar Kepada Sistem Sewa Beli2. Sepatutnya, Kerajaan membina 20,000 unit rumah PGBF dalam tempoh lima tahun (2013-2017) sementelah lagi Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad telah turut memberikan jaminan bahawa keseluruhan projek itu dapat disiapkan dalam tempoh empat tahun, iaitu setahun lebih awal daripada yang disasarkan. 3. Namun, YB Menteri menjelaskan sebentar tadi bahawa masih terdapat baki sebanyak 11,530 unit rumah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM899 juta belum dibina dan projek pembinaannya hanya akan dimulakan pada awal 2017 setelah keputusan berkaitan pemilihan pemaju/kontraktor dimuktamadkan akhir tahun ini sedangkan pada September 2016, Pengerusi FELDA telah memberikan jaminan ia akan dimulakan seawal hujung tahun ini juga. 4. Pada Oktober 2015 juga, Pengerusi FELDA telah menyatakan bahawa model perumahan tersebut sudah siap dan banyak syarikat menawarkan diri untuk menjalankan projek dan perkara itu akan diuruskan oleh pihak pengurusan. Peliknya, selepas setahun, sehingga ke hujung tahun ini baru perkara ini boleh dimuktamadkan. 5. 8,470 unit rumah yang dikatakan telah siap dibina pula belum diserahmilikkan kepada generasi baharu FELDA yang berkenaan. 6. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh YB Dato’ Razali bin Ibrahim, beliau mengakui bahawa kelewatan projek ini siap daripada jadual asal dan belum diserahkan kepada penerima adalah disebabkan beberapa faktor. Menurut beliau, antaranya ialah berkenaan isu kelayakan generasi baharu untuk mendapatkan pinjaman daripada bank. 7. Sememangnya generasi baharu FELDA ini bukanlah golongan yang mempunyai kemampuan kewangan yang besar kerana itu mereka tergolong di bawah kategori B40. 8. Oleh itu, Kerajaan sepatutnya mengenakan sistem sewa beli kepada mereka; iaitu Kerajaan membina dahulu rumah, kemudiannya menyewakan kepada mereka selama tempoh tertentu, dan seterusnya mereka diberikan pemilikan sepenuhnya ke atas rumah tersebut. 9. FELDA juga boleh mengaplikasi konsep Sukuk Ijarah sebagaimana yang dicadangkan PAS menerusi Dokumen Hijau bagi menyelesaikan isu rumah mampu milik dalam kalangan generasi baharu FELDA ini. Sukuk Ijarah adalah satu instrumen pembiayaan kewangan berlandaskan syariah bagi pemilikan aset. 10. Ia membuka peluang kepada seseorang individu memiliki aset dengan bayaran ansuran menerusi konsep perkongsian dan pelaburan bersama untuk membeli aset itu antara individu tersebut dan anggota masyarkat lain khususnya mereka yang mempunyai kelapangan kewangan. Aset itu setelah dibeli akan disewakan kepada individu tersebut menggunakan konsep sewa kemudian beli. Konsep ini akan memberikan keuntungan kepada pelabur dan memberi peluang pemilikan kepada individu tersebut secara ansuran. Ia juga boleh mengelakkan kenaikan melampau kepada harga sebenar aset menerusi pembiayaan bank. 11. Kini, telah melebihi tempoh 4 tahun. Namun, generasi baharu FELDA masih belum dapat menduduki rumah yang telah dijanjikan untuk mereka. 12. Persoalannya juga ialah apakah yang akan berlaku dengan peruntukan RM200 juta yang diumumkan dalam Bajet 2017 baru-baru ini kononnya untuk pembangunan infrastruktur rumah generasi baharu FELDA dalam keadaan 20,000 unit ini masih belum selesai sepenuhnya? 13. Adalah sangat dibimbangi sekiranya projek ini juga mengalami nasib sebagaimana banyak lagi projek-projek pembangunan yang tertangguh dan terlewat yang dibuat oleh Kerajaan sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kos dan ketirisan. 14. Generasi baharu FELDA sudah lama menanti. Sampai bila mereka boleh bersabar? Sekian. ”Inilah Penyelesaian Kita” DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI Ahli Parlimen Kuala Nerus Sumber BO - 16-11-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pendekatan holistik atasi kepincangan kewangan negarahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43061-pendekatan-holistik-atasi-kepincangan-kewangan-negara Pembentangan Bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak baru-baru ini adalah pembentangan bajet berhutang dan defisit secara berturut-turut sejak beberapa tahun. Bajet ini menggambarkan bahawa negara terpaksa berbelanja lebih daripada kemampuannya dan wujud kepincangan kewangan negara. Ini secara jelas menunjukkan bahawa negara sedang berhadapan dengan kewangan yang dibimbangi ia akan berpanjangan dan tidak menampakkan kesudahannya. Inilah hasil daripada sikap pemerintah hilang arah apabila jauh daripada petunjuk wahyu yang kesannya tidak lain dan tidak bukan kembali kepada rakyat kebanyakan yang terdiri daripada golongan misikin dan sederhana. Tidak dinafikan disana sudah tentu ada usaha proaktif dan juga idea yang dicetuskan bagi mengatasi masalah ini dengan melibatkan pelbagai pihak dari kalangan pihak kerajaan mahupun daripada pihak bukan kerajaan. Walaupun langkah-langkah yang telah, yang sedang dan yang akan diambil ada sebagai usaha utnuk meningkatkan hasil negara sekali gus mengupayakan keberhasilan kewangan negara namun jangan ditinggalkan juga aspek holistik yang dididik menerusi Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Al Quran dan Sunnah tidak hanya mengemukakan saranan Syari'e dan panduan suruhan dan larangan, tetapi kalau diteliti dan dihayati secara ilmiah dan kefahaman mendalam, kedapatan unsur holistik terkandung dalam saranan yang meletakkan kepentingan iman dan keyakinan sebagai pra syarat untuk memperolehi kejayaan dan mengatasi permasalahan. Di sini dikemukan 4 saranan daripada pemahaman secara holistik daripada Al Quran. 1 Mengatasi dan Membasmi Kemiskinan Dalam Al Quran kedapatan sejumlah ayat yang menyebut tentang golongan fakir dan miskin yang memberi mesej bahawa golongan ini mendapat kedudukan dan perhatian utama oleh Allah s.w.t. agar ditunaikan hak mereka di atas dunia. Islam meletakkan kewajiban kepada pemerintah dan penguasa atau sesiapa yang menguruskan hal ehwal manusia supaya bertanggungjawab terhadap golongan fakir dan miskin agar mereka tidak diabaikan. FirmanNya dalam surah al Baqarah ayat 271, لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ "Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya" Apa sahaja perancangan dan usaha meningkatkan kewangan dan ekonomi negara atau negeri, maka golongan fakir dan miskin tidak seharusnya dipandang sepi dan diperkecilkan. Golongan fakir dan miskin hendaklah dijadikan sasaran utama di antara kumpulan masyarakat sesebuah negeri oleh pemerintah dengan berusaha mengeluarkan mereka daripada himpitan kehidupan dan daripada belenggu kemiskinan. Pihak penguasa dan pemerintah tidak seharusnya menetapkan keputusan dan apa sahaja perancangan ekonomi dengan mengabaikan nasib fakir dan miskin malah menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh mereka. Sebagai contoh, penetapan cukai berasaskan perbelanjaan ke atas rakyat seperti Cukai Barangan dan Servis atau GST yang sudah tentu membebankan golongan fakir dan miskin yang sedia dalam keadaan susah dan sempit. Tambahan pula kedapatan bebanan cukai-cukai yang lain seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan dan lain-lain yang dikenakan ke atas rakyat yang mana majoritinya adaah golongan fakir dan miskin yang paling terkesan. Keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak petrol telah memberi impak yang sangat besar terhadap golongan yang paling ramai ini. Sehingga mereka dibeban dengan kos kenaikan harga barangan mentah dan lain-lain implikasi daripada kenaikan harga petrol dan diesel. Allah s.w.t. telah mengancam dalam al Quran terhadap golongan yang tidak mempedulikan golongan fakir dan miskin dengan khabar buruk. FirmanNya surah al Haqqah ayat 34, وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ "Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin." FirmanNya dalam surah al Muddhatsir ayat 42-44, مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; "Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Surah al Fajr ayat 18, وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ "..Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;.." Kesemua ayat diatas Allah s.w.t. menceritakan ancaman berita buruk kepada sesiapa sahaja yang mengabaikan golongan fakir dan miskin terutamanya terhadap penguasa dan pemerintah. Dikaitkan ayat ancaman khabar buruk ini dalam konteks pemerintahan dan kerjaan kerana ayat-ayat di atas menyatakan kisah kerajaan dan pemerintah yang zalim seperti Firaun, kerajaan Kaum Samud dan Kaum Ad. Ini bermakna bahawa pemerintah memiliki tanggungjawab yang besar terhadap golongan fakir dan miskin. Justeru itu, mengangkat dan melepaskan kesusahan golongan fakir dan miskin menjadi misi utama sesebuah kerajaan dan pemerintah negara yang melaksanakan tugas demikian akan dibalas dengan rahmatNya. Keberkahan daripada Allah kepada sesebuah negeri dan masyarakat apabila pemerintah dan penguasa sentiasa mengambil berat dan cakna terhadap golongan fakir dan miskin. Renungi lah hadis Nabi s.a.w. yang menyatakan perihal keutamaan golongan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda Sa'ad tatkala dia merasa kelebihan pada dirinya, هَلْ تُنْصَرُوْنَ وَتُرْزَقُوْنَ إِلاَّ بِضُعَفَائِكُمْ “..Kalian hanyalah mendapat pertolongan dan rezeki dengan sebab adanya orang-orang lemah dari kalangan kalian” (HR. Bukhari no. 2896). Dalam lafaz lain disebutkan bahwa Nabi s.a.w. bersabda, إِنَّمَا يَنْصُرُ اللهُ هَذَهِ اْلأُمَّةَ بِضَعِيْفِهَا: بِدَعْوَتِهِمْ، وَصَلاَتِهِمْ، وَإِخْلاَصِهِمْ. “Sesungguhnya Allah menolong umat ini dengan sebab orang-orang lemah mereka di antara mereka, yaitu dengan doa, shalat, dan keikhlasan mereka.” (HR. An Nasai no. 3178. 2. Penghapusan Sistem Riba Yang Menindas Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat 275, الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُون Maksudnya: "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya". Riba adalah satu bentuk penindasan ekonomi yang mencengkam manusia daripada memiliki kebebasan dan kelapangan kewangan. Penindasan yang berupa bentuk mengikat mereka yang terlibat untuk tunduk kepada pemodal (kapitalis) melalui sistem ini. Sistem riba bukan satu sistem merawat masalah dan bukan juga untuk menjanakan ekonomi tetapi ia adalah sistem perhambaan moden untuk menindas golongan peminjam dan miskin untuk tunduk kepada penguasaan pemodal. Sistem ini tidak berupaya mendekatkan golongan miskin dengan golongan yang kaya malah menambahkan jarak yang sedia jauh antara keduanya. Kebiasaannya riba berlaku dalam transaksi melibat pinjaman samada pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi dan lain-lain. Transaksi pinjaman wujud disebabkan ketidakmampuan peminjam yang pada waktu itu wujud pemiutang atau pemberi pinjaman memberikan modal pinjaman. Maka riba pada ketika itu jadikan sebagai satu sistem untuk mendapat keuntungan mudah oleh pihak pemberi pinjaman pada yang masa mengekploitasikan golongan yang tidak berkemampuan dan lemah. Negara yang mengamalkan dan menghalalkan sistem riba dalam sistem kewangannya dengan berhutang atau memberi hutang menjadikan bakal menjadikan negara itu jatuh ke lembah sistem perhambaan ekonomi. Riba menjadikan masyarakat sesebuah negara bersifat mementingkan diri sendiri dan hilang rasa kepedulian terhadap golongan yang lemah. Inflasi juga akan terhasil daripada sistem riba yang menyebabkan hilang keupayaan daya membeli dan menyusut nilai wang disebabkan tingginya harga barangan. Jurang dan jarak antara golongan miskin dan kaya tidak mampu didekatkan dengan perluasan sistem riba dalam aktiviti ekonomi. Ini dinyatakan oleh Allah tentang bagaimana inflasi terhasil dengan riba apabila perlaksanaan sistem ini mengikis dan menyusutkan kebaikan pada kewangan dan harta. Nilai pada harta tidak mampu memanfaatkan pemiliknya apabila harga barangan meningkat secara berterusan dan pada masa yang sama berlakunya penyusutan nilai wang. Walaupun orang ramai memiliki wang, tetapi wang tidak mampu dibelanjakan atau tetap tidak mencukupi sekalipun banyak. FirmanNya dalam Surah al Baqarah ayat 276, يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ "..Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa..." Para ulamak menyatakan bahawa يمحق الله itu bermaksud " hilang " samada berkat mahupun bermanfaat. Sistem riba wajib ditukar dan dihapuskan dengan alternatif pilihan yang lebih baik dan berkat. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah menerusi sistem ekonomi Islam yang tidak menjadikan sistem riba sebagai asas perniagaan dan ekonomi. Pinjaman secara Islam seperti Bai' Bi Samanil ajil dan qardul hassan adalah perlu diperluaskan dalam semua aspek ekonomi dan kewangan termasuk bukan hanya dalam sistem perbankan komersial malah sistem kewangan negara. Ini kerana kedua-duanya sistem pinjaman dalam Islam tersebut mengandungi manfaat untuk dipulangkan kembali kepada golongan miskin dan lemah. 3. Hasil Bumi Negara Adalah Milik Rakyat Antara inisiatif lain mampu meningkatkan daya upaya ekonomi negeri adalah dengan memastikan bahawa rakyat sesebuah negeri dapat merasaikan kekayaan hasil negeri itu dan bukannya oleh pihak lain. Ini adalah kerana hasil sesebuah negeri itu adalah kepunyaan rakyatnya dan bukannya pemodal semata-mata. Penguasa dan pemerintah hanyalah pemegang amanah sahaja bagi pihak rakyatnya yang dilantik untuk mengurus, menjana dan memakmurkan hasil negeri yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Keuntungan dan kekayaan daripada penjanaan hasil negeri itu hendaklah diagihkan secara adil dan saksama. Cara inilah yag dididik menerusi al Quranul Karim. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al Hasyr ayat 7, مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ "..Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).." Ketetapan pembahagian harta Al Fai' oleh Allah s.w.t. sebagai menunjukkan kepada kita bahawa Allah s.w.t. ingin mempastikan bahawa manusia bersikap adil dan saksama dalam mengagihkan segala perolehan harta negara kepada mereka yang berhak khasnya mereka yabg dikatakan penguasa dan pemerintah. Ini dilihat menerusi firmanNya dalam ayat 7 surah al Hasyr, كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ "..(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.." Ia juga menjadi satu pengajaran bahawa adalah sepatutnya harta hasil perolehan negara dirasai atau juga dinikmati oleh setiap rakyat dan ia tidak dimonopoli sesama golongan yang kaya sahaja atau mereka yang berkepentingan seperti penguasa dan pemerintah. Konsep pengagihan harta perbendaharaan negara seperti al Fai' inilah pengajaran daripada Allah s.w.t. bahawa kekayaan yang dimiliki negara seperti minyak, air serta tanah hendaklah diagihkan kepada manusia atau rakyat bagi sesebuah negeri. Pengagihan harta negeri perlu disalurkan sewajarnya kepada rakyat bukannya diniagakan dan diambil peluang daripadanya melalui penswastaan yang hanya mementingkan keuntungan tanpa langsung bersifat berkebajikan dan bertanggungjawab. Sistem penswastaan walaupun dari satu sudut mampu memberikan kesan yang baik pada servis, kualiti dan lain-lain tetapi ia perlu dikawalselia oleh pemerintah dan dijamin hak rakyat tidak dikesampingkan dengan sikap rakus pemodal dan pihak swasta untuk mengaut keuntungan. Pihak pemerintah hendaklah memastikan syarikat sama ada kaitan kerajaan mahupun tidak yang terlibat dengan pengurusan dan penjanaan hasil negeri seperti minyak, air, gas, kelapa sawit agar tidak sewenangnya menjadikan kekayaan hasil negeri ini sebagai jalan pintas untuk mengaut keuntungan peribadi semata-mata dengan mengenepikan hak kebajikan dan keperluan rakyat sesebuah negeri. 4. Kebajikan Itu Membangunkan Harta Islam mendidik menerusi al Quran bahawa kebajikan bukan hanya menerusi ibadah yang khusus sahaja. Malah Berkebajikan dalam Islam itu meliputi makna yang sangat luas. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam surah al Baqarah ayat 177, لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا ۖ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ "..Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa..." Konsep berkebajikan dalam Islam bukan bermakna bahawa semua perkara dan benda diberi percuma tetapi ia bererti tidak semua perkara hanya difikirkan keuntungan sahaja dan bertujuan komersial. Berkebajikan itu mengandungi unsur sedekah pada satu sudut dimana sedekah memiliki kebaikan tersendiri yang juga mampu mencernakan keberkatan pada sesuatu harta dan kewangan. Negara yang berkebajikan mampu membawa kebaikan pada harta negara dan juga diberkati. Penguasa sesebuah negeri tidak perlu berniaga dengan rakyatnya dan ingin mencari keuntungan daripada rakyat. Negara yang baik adalah negara yang mengembalikan hasil dan kekayaan negerinya semula kepada rakyatnya sebaik mungkin. Allah juga telah berjanji akan memulangkan semula kebajikan yang dilaksanakan oleh negeri tersebut. Konsep sedekah itu wujud dalam berkebajikan dan setiap yang disedekahkan pasti digantikan oleh Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lebih baik sebagaimana yang dijanjikanNya dalam pengajaran daripada ayat al Quran. FirmanNya dalam surah al Baqarah ayat 265, وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ "..Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan..." Ayat ini menjelaskan bagaimana kaitan sedekah dengan kemakmuran sesebuah negeri. Negeri yang berkebajikan dijadikan oleh Allah dengan limpahan kebaikan samada dengan kesuburan tanah, peningkatan hasil bumi, kewujudan sumber baru dan lain-lain. Konsep Berkebajikan inilah yang perlu diteliti oleh penguasa dan pemerintah negara agar kemakmuran bumi dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Semoga saranan dan cadangan ini mampu membuka pintu hati para penguasa dan pemerintah supaya kembali kepada panduan Ilahi. Nukilan: Al Faqir Ila Robbihi Ustaz Muhammad Najhan Halim Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat 2 November 2016 bersamaan 2 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 2/11/2016 Sumber HD- 2-11-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: PAS berkata parti itu memang sejak dulu membantah sebarang bentuk aktiviti perjudian kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata aktiviti perjudian bukan saja memberikan kesan kepada golongan berpendapatan rendah sebaliknya turut menjejaskan masyarakat kaya. “Bagus kalau minta tutup dan jika betul DAP mahu aktiviti itu (cabutan khas loteri) ditutup PAS sambut baik tetapi biarlah ikhlas dalam membuat desakan. “Malah bukan saja perjudian kecil DAP kena minta tutup, yang besar seperti di Genting Highland jangan pula dibiarkan,” katanya kepada FMT. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan wakil rakyat DAP supaya kerajaan BN menutup cabutan khas loteri yang didakwa membebankan masyarakat. Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata beliau bersama Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke sejak 2008 berulang kali mendesak penutupan itu kerana masyarakat berpendapatan rendah cenderung terlibat dalam aktiviti perjudian berkenaan. Katanya, tidak ada keperluan pun untuk cabutan khas yang dikendalikan syarikat loteri seperti Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai diadakan kerana ia menelan pendapatan boleh guna golongan berpendapatan rendah. Sumber TKO - 1-11-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Membunuh Diri Kerana Kecewa Adalah SalahMembunuh diri kerana kecewa adalah perbuatan yang salah bahkan satu jenayah. Tidak perlu ada mana-mana pihak cuba menghalalkannya atas alasan menentang kezaliman atau menjadikannya wira dan ikon menentang kezaliman. Kita tidak mempunyai hak untuk mengambil nyawa sendiri. Menentang kezaliman adalah dengan berjuang mengikut kadar masing-masing mengikut lunas-lunas agama dengan hati, lidah dan tenaga serta kuasa. Jika ditakdirkan mati kerana menentang kezaliman dan mempertahankan kehormatan diri, matinya adalah mati syahid. Ada pun mengambil nyawa sendiri sebagai manifestasi menentang kezaliman JIKA BERLAKU adalah tindakan yang salah samaada salah pada norma kehidupan manusia atau salah dari sudut agama. Kita bersimpati dengan mereka yang membunuh diri jika ia berlaku kerana kekecewaan lantaran tidak mendapat pembelaan. Lebih-lebih lagi kita bersimpati dengan keluarga mangsa. Namun, menjadikan peristiwa tersebut sebagai ikon menentang kezaliman adalah salah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Jangan pula selepas ini lebih ramai pula khususnya ORANG POLITIK membunuh diri kerana KECEWA terhadap sistem yang zalim. Itu adalah perlakuan orang yang PUTUS ASA daripada RAHMAT ALLAH Sumber BO - 30-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Defisit, hutang dan GST: Apa penyelesaiannya?
DATA dalam Laporan Audit Negara menunjukkan disebabkan perbelanjaan yang melebihi hasil pendapatan pada setiap tahun, defisit 5 tahun terakhir Kerajaan Persekutuan ialah seperti berikut:
Tahun Amaun Defisit 2011 RM42.509 bilion 2012 RM41.921 bilion 2013 RM38.540 bilion 2014 RM37.353 bilion 2015 RM37.193 bilion Amaun keseluruhan defisit dalam masa 5 tahun ialah rm197.516 bilion. Untuk menampung defisit ini maka kerajaan terpaksa meningkatkan hutang dan pinjaman setiap tahun. Sebahagian pinjaman digunakan untuk membayar hutang sebelumnya dan sebahagiannya untuk menampung defisit. Senarainya adalah sebagaimana berikut; Tahun Amaun Pinjaman 2011 RM107.092 2012 RM105.145 2013 RM111.357 2014 RM108.809 2015 RM115.804 Total jumlah pinjaman dalam masa 5 tahun ialah RM548 bilion yang digunakan untuk membayar pinjaman RM345.23 bilion dan bakinya RM203 bilion untuk menampung defisit 5 tahun sebanyak RM197 bilion. Kerajaan selalu beralasan menghalalkan peningkatan hutang dengan alasan nisbah hutang tersebut belum melepasi 55% KDNK sebagaimana aras yang ditetapkan sendiri oleh kerajaan. Namun, kebimbangan rakyat ialah peningkatan hutang itu menambahkan bebanan kewangan kerajaan. Hutang kerajaan Persekutuan sentiasa meningkat sejak 1997 sebanyak RM90 bilion, 2003 sebanyak RMM188 bilion, 2009, sebanyak RM376 bilion dan terkini mac 2016 sebanyak RM630.5 bilion dan RM655.7 bilion pada jun 2016. Hutang Tidak Pernah Berkurang! Bebanan kewangan itu mendesak kerajaan mencipta sumber baru pendapatan. Lalu akhirnya kerajaan mengambil laluan mudah iaitu GST. Ertinya GST adalah penyelesaian oleh kerajaan bagi menangani bebanan hutang kerajaan yang meningkat. Apakah ia penyelesain masalah kewangan negara? Tidak ada. Kita perlu kembali melihat punca pada permasalahan. Puncanya ialah cara berbelanja yang menyebabkan hasil semasa tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan lalu berhutang. GST adalah penyelesaian yang dipilih oleh kerajaan bagi menyelesaikan hutang. Tapi apa punca berhutang? Jawapannya ialah cara berbelanja yang tidak berhemah dan pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan sama ada dalam perbelanjaan pengurusan mahupun perbelanjaan pembangunan yang boleh kita selusuri menerusi Laporan Audit Negara. Maka penyelesaiannya pada permasalahan kewangan negara ialah berhemah dalam perbelanjaan supaya sekurang-kurangnya perbelanjaan semasa tidak memerlukan hutang lalu hutang lama dibayar secara ansuran. Kerajaan yang gagal berhemah jika diberikan sejuta penyelesaian sumber baru kewangan negara pun, tetap akan berhadapan dengan masalah hutang. Tindakan kerajaan menjadikan GST sebagai sumber dengan tujuan menampung hutang pula telah memangsakan rakyat; mengakibatkan inflasi meningkat; pendapatan boleh guna jadi mengecil; ekonomi makin suram; rakyat B40 yang berpendapatan rendah rm2500 ke bawah tersepit; rakyat yang tiada pendapatan tetap seperti petani kecil, pesawah, penoreh dan nelayan semakin tertekan. Maka apa solusinya? – HARAKAHDAILY 28/10/2016 Sumber HD - 28-10-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Perkembangan projek Hospital Pengajar Uniszahttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42893-perkembangan-projek-hospital-pengajar-unisza Perkembangan projek Hospital Pengajar Unisza dan apa khabar Hospital Dungun? Dalam Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini di Dewan Rakyat, soalan saya tentang perkembangan semasa projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) telah dijawab oleh Menteri Pendidikan dengan beberapa fakta berikut: a. Pembinaan projek baru sahaja bermula pada 21 Mac 2016. b. Setakat 6 Oktober 2016 kerja-kerja penambakan tanah mencapai 22%. c. Ia dijangka siap pada 15 September 2019. d. Kelulusan projek untuk menampung keperluan 400 katil. e. Fasa 1, melibatkan pembinaan 200 buah katil termasuk kerja-kerja infrastruktur dengan kos 330 juta. f. Fasa 2 melibatkan pembinaan kapasiti 200 buah katil dengan kos RM225 juta. Dalam ruangan soalan tambahan di Parlimen, saya telah menyatakan kebimbangan saya projek ini senasib dengan projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 yang tertangguh disiapkan dari jangkaan asal tahun 2010 ke tahun 2014 dan akhir sekali baru sahaja siap pada Januari 2016. Rujuk: http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2014/4/59017/lpt2-tertangguh-lagi.html Hal ini kerana cadangan pembinaan projek hospital ini telah berlarutan begitu panjang sejak 2012. Berikut adalah kronologi yang sempat saya catatkan: 1. Oktober 2012; Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled mengumumkan projek telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan dijangka siap pada 2015. 2. September 2014; Majlis pecah tanah bagi pelaksanaan projek disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. 3. November 2015; Naib Canselor Unisza mengumumkan projek ini dijangka siap akhir 2017. 4. Februari 2016; Naib Canselor Unisza mengumumkan projek akan bermula pada Jun 2016 dan dijangka siap pada akhir 2018. 5. 20 Oktober 2016; Menteri Pendidikan menjawab di Parlimen bahawa projek dijangka siap pada 15 September 2019. Kebimbangan saya sangat berasas kerana tarikh dijangka siap sentiasa tertangguh dan berubah. Itulah yang berlaku kepada projek LPT 2 sebelum ini. Saya berharap dalam pertanyaan saya akan datang di Parlimen tarikhnya tidak akan berubah pula ke tahun 2020. Begitu juga dengan kos projek yang hari ini disebut sebanyak RM555 juta keseluruhannya melibatkan 2 fasa diharap tidak akan berubah. Hospital Unisza sangat penting bagi keperluan masyarakat khususnya di Daerah Kuala Nerus yang penduduknya hari ini melebihi 200,000 orang penduduk. Hari ini pergantungan mereka ialah kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah di bandar Kuala Terengganu yang semakin sesak dengan pesakit. Menurut rekod terakhir 2013, Terengganu dengan kapasiti penduduk 1.1 juta hanya mempunyai 6 buah hospital dengan 1372 katil berbanding Kelantan dengan populasi penduduk 1.7 juta mempunyai 10 hospital dengan 2487 katil. Rujuk : http://www.rurallink.gov.my/wp-content/uploads/2015/05/1-DATA-ASAS-MALAYSIA1.pdf Perdana Menteri pada September 2014, dalam ucapan ketika majlis pecah tanah memperakui bilangan katil kepada populasi Terengganu kini adalah 1:837 berbanding nisbah Lembah Klang 1:232, Pulau Pinang 1:349, Johor 1:473 dan nisbah kebangsaan 1:496 manakala WHO menetapkan nisbah 1:400. Maksudnya, bilangan katil di Terengganu adalah di bawah nisbah kebangsaan dan nisbah WHO. Menurut kiraan saya dengan penambahan kapasiti 400 katil di Hospital Unisza ini akan datang nisbah bilangan katil kepada populasi rakyat Terengganu baru sekitar 1:600 dan masih lagi di bawah nisbah kebangsaan dan nisbah WHO. Rakyat Terengganu masih ternanti-nanti khabar berita projek Hospital Dungun yang masih belum kelihatan anak bulannya walaupun telah diumumkan dalam Bajet 2015, dan juga menanti pula bagaikan pungguk menantikan bulan kehadiran Hospital Kemaman di Kijal sebagai diumumkan dalam Bajet 2016. Projek Universiti Pengajar juga sangat kritikal bagi melengkapkan proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran semasa latihan klinikal sebagaimana yang ditetapkan oleh Malaysia Quality Assurance (MQA). Sekarang ini Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menjadi tempat latihan klinikal terutama pelajar Program Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan (MBBS) Unisza, selain turut dikongsi bersama Kolej Islam Sains dan Teknologi dan Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI). Saya mendoakan agar projek ini berjaya disiapkan segera pada waktunya insyallah. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Ahli Parlimen Kuala Nerus Khamis 20hb Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 20/10/2016 Sumber HD - 20-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad hari ini berkata umat Islam beraliran Syiah merupakan sebahagian daripada Islam, susulan seruan presiden partinya supaya pengikut Sunni dan Syiah bersatu mengatasi perbalahan mereka. “Memang banyak pandangan Syiah itu berbeza dan tidak semua perbuatan mereka itu terkeluar daripada Islam,” kata Mahfodz kepada FMT. “Pandangan peribadi saya, dengan apa yang saya belajar di Universiti Al-Azhar dahulu, Syiah termasuk dalam Islam. Walaupun ada mazhab Syiah yang nampak lain, tetapi tak boleh nak kata mereka sesat dan sebagainya,” kata Mahfodz. Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam, di sebalik pendirian rasmi agamawan Malaysia yang menganggap mazhab kedua terbesar Islam itu “sesat”. “Kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Itu hanya menguntungkan pihak yang memusuhi Islam. Mereka tidak mengira sama ada anda Sunni, Syiah atau Wahabi,” katanya merujuk salah satu aliran yang menjadi ikutan rasmi di Arab Saudi. Pandangan sedemikian berbeza daripada pendirian pihak berkuasa agama di Malaysia yang menganggap Syiah menyimpang daripada Islam. Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 menyatakan Syiah sebagai ajaran “sesat” dan tidak boleh diamalkan. Baru-baru ini, pihak berkuasa agama di Selangor dan Melaka dilaporkan menangkap pengikut aliran Syiah yang menyambut Hari Asyura, yang memperingati peristiwa pembunuhan Husain, tokoh yang menjadi tunggak aliran Syiah itu. Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa kecewa pengikut Sunni dan Syiah kini amat bermusuhan, dan menyeru umat Islam kedua-dua mazhab itu bersatu menentang kezaliman. “Ulama Sunni dan Syiah sepakat bersedih dan mengutuk pembunuhan Husain, cucu kesayangan Rasulullah yang disebut sebagai Penghulu Pemuda di Syurga yang dibunuh syahid di Karbala,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata keperluan untuk bersatu mengatasi perbezaan fahaman dan amalan. “Musuh yang mencemburui Islam sentiasa mengapi-apikan antara sesama orang Islam, lalu sesuatu perbezaan faham fiqh dan akidah dibesarkan menjadi pertembungan,” katanya. Mahfodz bagaimanapun berkata, walaupun Syiah sebahagian Islam, ia tidak bermakna PAS membenarkan Syiah disebarkan di Malaysia. “Orang Syiah di Malaysia tak boleh sebarkan fahaman Syiah tetapi sebagai amalan peribadi tidak ada masalah. Ini kerana kerajaan dan ulama di Malaysia sepakat untuk amalkan aliran Sunnah Wal Jamaah bermazhabkan Shafi’i,” katanya. Sumber TKO - 14-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Yahudi berpuasa tetapi tolak hukum jenayah Islamhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42764-yahudi-berpuasa-tetapi-tolak-hukum-jenayah-islam PERISTIWA Asyura (10 Muharram) mengingatkan kita tentang selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel daripada Firaun, kaum dan kezalimannya, serta tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya di dalam laut yang menandakan berakhirnya sebuah pemerintahan yang zalim. Ini ditunjukkan oleh orang Yahudi di Yathrib yang berpuasa pada 10 Muharram. Nabi SAW bertanya mereka tentang puasa tersebut. Lantas mereka beritahu bahawa pada 10 Muharram itulah Musa diselamatkan dan Firaun tenggelam, lalu mereka berpuasa sebagai tanda syukur. Nabi SAW menyebut bahawa ‘kami lebih berhak dengan Musa daripada kamu’. Nabi perintah para Sahabat berpuasa 9 Muharram dan 10 Muharram supaya tidak sama dengan Yahudi. Peristiwa di atas memberi pengajaran kepada kita dalam beberapa perkara: 1.Nabi dan umatnya lebih berhak dengan Nabi Musa daripada orang Yahudi. 2.Orang Yahudi sedia berpuasa tetapi tidak bersedia menerima ajaran Taurat yang lain seperti hukum jenayah, bahkan mereka telah mengubah hukum-hukum di dalam Taurat tersebut. Perkara ini hampir sama dengan masyarakat kita yang bersedia untuk berpuasa tetapi tidak bersedia menerima hukum jenayah yang ada di dalam al Quran. 3.Dalam ibadat berpuasa pun, Nabi SAW perintahkan kita supaya tidak sama dengan Yahudi, maka apatah lagi dalam perkara kehidupan yang lain. 4.Nabi Musa dan Bani Israel selamat daripada Firaun, bala tentera dan kezalimannya. Kezaliman Firaun sampai kepada kemuncak apabila mengaku dirinya Tuhan dan menzalimi Bani Israel. Zalim banyak tahap. Paling tinggi syirik kepada Allah. Allah sebut: ‘Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman paling besar.” Syirik pula ada yang terang seperti menyembah berhala. Ada pula yang tersembunyi seperti ria’ (ibadat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain). Ada juga syirik yang berbentuk mengadakan hukum selain hukum Allah. Yahudi banyak mengubah hukum dalam Taurat, termasuk hukum terhadap penjenayah zina. Barangkali ada umat Islam yang berpuasa Tasua dan Asyura, hari ini dan esok tetapi kuat pula menentang usul pindaan RUU 355. Yang tak puasa langsung, lagi kuat menentang. Zalim juga berlaku dalam bentuk sistem pemerintahan, politik, ekonomi dan lain-lain. Pada zaman Firaun, tenaga dan keringat diperas daripada Bani Israel. Yang ada harta tetapi tiada tenaga, dipaksa bayar cukai kepada Firaun. Kekayaaan, emas, perak sangat mewah, tetapi bukan untuk rakyat. Piramid yang hebat bukan untuk rakyat tetapi untuk makam seorang raja. Inilah peninggalan sistem Firaun yang diwarisi. Justeru, Asyura bukan sahaja untuk berpuasa sunat atau mengacau bubur asyura, tetapi ia juga mengingatkan kita bahawa sebenarnya selamat daripada sistem zalim dan pemerintahan yang zalim itu adalah nikmat yang besar. – HARAKAHDAILY 10/10/2016 Penulis adalah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu Sumber HD - 10-10-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dr Mahfodz galas amanah dakwahhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42711-dr-mahfodz-galas-amanah-dakwah KUALA LUMPUR: Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengucapkan sekalung tahniah kepada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed atas taklifan baru sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI), lapor laman web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia - Asia. Lantikan itu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 28 September lalu. Sebelum ini, jawatan itu disandang oleh bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang telah meninggal dunia pada 16 September yang lalu akibat komplikasi jantung di San Francisco. Menurut timbalan perdana menteri, kluster dakwah telah kehilangan seorang tokoh yang cukup berjasa dan kehilangannya perlu diganti oleh tokoh lain yang boleh membawa kluster ini ke arah penyatuan ummah. Atas dasar pengalaman dan keilmuan beliau yang tinggi, Dr Mahfodz dilihat insan yang selayaknya menggantikan posisi tersebut. Beliau bukan sahaja aktif dalam dunia politik malah turut cemerlang dalam bidang akademik. Sebelum ini, Dr Mahfodz pernah berkhidmat selaku Ketua Jabatan Pengajian Islam di Universiti Malaya serta beberapa lagi institusi pendidikan. Sumber HD - 5-10-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Saya ingin merakamkan ucapan jutaan tahniah kepada Tuan Guru Dato' Dr Mahfodz bin Mohamed di atas perlantikan sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) pada 28 September 2016 (semalam).
Saya percaya bahawa beliau adalah tokoh yang sangat berwibawa untuk memikul amanah dan tanggung jawab ini berdasarkan kepada pengalaman beliau di dalam pelbagai sektor yang telah diceburi.
Pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya, pada tahun 1983-1993 dan pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya selama tiga tahun (1996-1999).
Dalam bidang akademik, Dr Mahfodz adalah merupakan Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor dan pernah diamanahkan sebagai Presiden Institut Teknologi Ibnu Sina (INTIS) pada tahun 2000-2001.
Dr Mahfodz juga pernah dilantik sebagai Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada tahun 2001-2004 dan pernah dilantik sebagai Ahli panel Lembaga Akreditasi Negara (LAN) tahun 1998-2000.
Dr Mahfodz juga pernah diamanahkan sebagai Naib Yg Di Pertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) tahun 1987-1999, Ahli lembaga penasihat syariah Amanah Saham Aiman (MARA), 1996-1999 dan Ahli lembaga pengawas syariah Takaful Nasional pada tahun 1994-1999
Dr Mahfodz mula terlibat secara sepenuh masa dalam politik selepas tamat perkhidmatan di UM dan mula bertanding sebagai calon PAS di kerusi Dun Batu Tiga dalam Parlimen Shah Alam pada tahun 1999.
Tahun 2004, Dr Mahfodz bertanding di kampung halamannya sendiri iaitu di DUN Bukit Serampang dan pada tahun 2013 Dr Mahfodz telah bertanding di Dun Gambir dan kalah tipis dengan 310 undi.
Dalam Politik, Dr Mahfodz pernah diamanahkan sebagai Yang Di Pertua PAS kawasan Pagoh, Timbalan Pesuruh Jaya PAS Negeri Johor (2001-2005). Kini diamanahkan sebagai Pesuruh Jaya PAS Negeri Johor sejak tahun 2005 kecuali pada penggal 2013-2015. Di peringkat Pusat, Dr Mahfodz adalah merupakan Ahli Majlis Syura dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Dengan pengalaman yang beliau telah dan sedang dilalui saya percaya Tuan Guru Dato’ Dr Mahfodz mampu untuk memikul tugas terbarunya ini dengan sebaiknya.
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepadanya.
Sekian, wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Sumber TKO - 1-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUU 355: PAS Bidas Mufti Pulau Pinang Posted on Friday, September 30 @ 23:21:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31853 |
SHAH ALAM: Kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa Rang Undang-undang 355 tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia, dilihat seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu.
Sambil membidas kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebaliknya berkata, usul yang bakal dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah bagi menegakkan perintah Allah.
“Apa kehendak Allah? Kehendak Allah ialah RUU ini memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan syariat Allah.
“Adakah selama ini dengan Akta 355 yang memberi kuasa kepada mahkamah syariah menghukum pesalah syariah hanya sekadar 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan itu bertepatan dengan syariah?
“Adakah mufti memperakui perkara ini? Adakah mufti bersetuju Akta 355 ini bertepatan dengan syariah?,” kata Khairuddin yang dipetik sebuah portal.
Semalam, Wan Salim meminta mana-mana pihak agar tidak mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengan usul Hadi yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Wan Salim berkata, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.
“Memang seorang Muslim wajib menerima hukum yang ditetapkan oleh ALLAH SWT, tetapi RUU 355 hanyalah satu langkah ke arah memperkasa dan memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia,” petik kata mufti itu semalam – AP
Sumber TKO - 30-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan rasmi dari pihak Madrasah Tahfiz Al-Yamani
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42662-kenyataan-rasmi-pihak-madrasah-tahfiz-al-yamani
Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah Taala, berkat usaha dan doa semua, jenazah Almarhum Ustaz Fadzli Al Yamani dijangka sampai di KLIA awal pagi Ahad 2 Oktober 2016.
Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur pada jam 10 pagi hari Ahad 2 Oktober 2016.
Semua ahli keluarga, sahabat-sahabat, rakan taulan dan pelajar Almarhum dijemput bersama-sama untuk datang untuk solat jenazah bersama-sama.
Selepas solat jenazah, jenazah akan terus dibawa ke tanah perkuburan di Raudatul Sakinah KL - Karak Batu Muda Gombak.
Untuk makluman juga, Jenazah akan selesai dimandikan dan dikafankan pada jam 2 petang hari Jumaat 30 September 2016 di Guangzhou China. Solat jenazah ghaib hanya boleh dilakukan selepas waktu itu bagi sesiapa yg tidak dapat hadir ke Kampung Baru KL untuk solat jenazah.
Pihak madrasah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu membawa jenazah Almarhum pulang ke Malaysia.
Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin...aamiin
Sebarang maklumat lanjut sila rujuk Facebook ”Madrasah Al Yamani (like)”
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi individu di bawah:
1. Ustaz Johari - 014-8442702
2. Ustaz Ghazali - 013-3262266
3. Haji Ruzlan - 019-2268225
4. Haji Ahmad Shahrir - 013-3313880
Sekian, harap maklum..
29 September 2016 jam 10.45 malam
Sumber HD - 30-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hidupkan Fungsi Masjid, Surau
Kerajaan menerusi majlis agama Islam negeri masing-masing agar dapat menghidupkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat kebajikan umat.
Kedua-dua institusi Islam itu, di samping fungsinya sebagai pusat ilmu dan ibadah, ia juga perlu dihidupkan dengan peranan sebagai institusi yang menaungi kebajikan masyarakat setempat.
Ia sangat sesuai kerana selalunya masjid dan surau mendapat kepercayaan masyarakat bagi mengumpul zakat dan sumbangan daripada mereka yang berkemampuan.
Sebahagian orang miskin ini memerlukan tempat perlindungan, sebahagian mereka memerlukan bantuan keperluan makanan seharian dan ada pula yang memerlukan bantuan dari sudut keperluan pendidikan.
Masjid boleh berperanan memberikan bantuan segera bagi mengelakkan karenah birokrasi pentadbiran kerajaan dalam mendapatkan bantuan.
Seorang yang memerlukan bantuan segera bagi anak kecil yang sedang kelaparan tidak memungkinkan mereka untuk ke pejabat-pejabat kerajaan mengisi borang mengharapkan bantuan yang tidak diketahui entah bila akan diluluskan.
Jawatankuasa masjid setempat lebih memahami, mengetahui dan mengenali serta boleh mengesahkan status sebenar ahli qaryah mereka yang sememangnya memerlukan bantuan.
Berbeza dengan pegawai dari jabatan kerajaan yang memerlukan masa untuk menyelidiki dan mengesahkan keperluan sebenar seorang miskin kerana pegawai itu bukan seorang anggota masyarakat setempat dengan orang yang memerlukan bantuan itu.
Justeru itu, Islam telah menyediakan sistem pemusatan komuniti yang sangat menarik menerusi institusi masjid dan surau.
Ianya adalah institusi terawal dihidupkan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja hijrah baginda ke Madinah.
Di zaman baginda Nabi SAW masjid menjadi pusat membina sumber manusia dan kecemerlangan ilmu masyarakat menerusi pembinaan Masjid Nabawi.
Ia juga menjadi medan pertemuan masyarakat Islam yang bersifat harian menerusi solat berjamaah lima kali sehari semalam dan bersifat mingguan menerusi solat Jumaat.
***Ustaz Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ialah Ahli Majlis Syura Ulamak yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sumber BO - 29-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita kehilangan seorang alim fiqh Syafie
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42625-kita-kehilangan-seorang-alim-fiqh-syafie
KUALA LUMPUR: "Kita kehilangan seorang yang alim dalam Feqh Syafie. Al Fadhil Ustaz Fadzli Al Yamani, beliau mengajar matan Zubad di IKIM," tulis Nasrudin Hassan.
Ketua Penerangan PAS Pusat itu menyatakan demikian menerusi tulisan dalam laman facebook, sebagaimana di bawah.
إنا لله و إنا إليه راجعون
Kita kehilangan seorang yang alim dalam Feqh Syafie. Al Fadhil Ustaz Fadzli Al Yamani, beliau mengajar matan Zubad di IKIM. Kembali ke Rahmatillah dalam siri lawatan ke masjid-masjid di negara China. Semoga Al Marhum ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh Insyaallah.... Aameen.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه و أكرم نزله و وسع مدخله واغسله بالماء والثلج و البرد .
Tulisan di bawah dipetik daripada laman facebook Madrasah Al-Yamani.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
إنا لله وإنا إليه راجعون
Guru Mulia kita yang dikasihi lagi dihormati, Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al Yamani telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 malam, waktu Malaysia di Guangzhou, China.
Al marhum baru sahaja mendarat daripada Lanzhou, dimaklumkan jatuh di airport Guangzhou semasa menunggu bas ke hotel.
Jenazah Al Marhum akan dikebumikan di Guangzhou China. Di sisi sahabat Nabi ﷺ Sayyiduna Saad bin Abi Waqqas رضي الله عنه .
Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin..
الفاتحة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Sumber:
Muhammad Abdurrahman bin Syed Mohd Fadzli
(Anakanda Al Marhum)
Sumber HD - 27-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahniah Taqwa Rajab pertahan hak bertudung
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42575-tahniah-taqwa-rajab-pertahan-hak-bertudung
Tahniah Takwa Rejeb Berjaya Mempertahankan Haknya Untuk Bertudung di Pusat Pengajian di Sepanyol
Semalam, 20 September 2016 seorang wanita muslimah Sepanyol, Takwa Rejeb akhirnya diizinkan untuk bertudung di kawasan pusat pengajian beliau selepas campur tangan oleh pihak berkuasa tempatan Valencia, Sepanyol.
Sebelum itu pihak pengurusan Institut Latihan Binleyor memaksa beliau mengikut peraturan institut yang tidak membenarkan pelajar memakai tutup kepala sama ada topi atau tudung. Ia telah menimbulkan perbahasan yang hangat di kalangan warga Sepanyol.
Pihak berkuasa tempatan menegaskan bahawa "majlis pendidikan memberi jaminan hak pendidikan untuk para pelajar. Beliau akan dapat meneruskan semua sesi pengajian beliau dalam keadaan memakai tudung".
Peguam beliau mengulas bahawa ini merupakan satu kemenangan bagi memperakui kebebasan dan hak berperlembagaan iaitu kebebasan untuk bersuara dan kebebasan untuk beragama dalam ruang lingkup menghormati peraturan umum.
Sepanyol mempunyai 4% rakyat muslim daripada keseluruhan 46.5 juta rakyat. Taqwa berketurunan Arab Tunisia yang dilahirkan di bandar Valensia.
Insiden ini mengingatkan kita dengan peristiwa tiga orang pelajar yang dipecat daripada sekolah pada tahun 1997 di Serting, Negeri Sembilan kerana memakai serban setelah pihak sekolah mewartakan peraturan tidak boleh memakai serban di sekolah. Malang sekali perlembagaan Malaysia gagal memberi hak kepada mereka untuk mempraktikkan agama mereka. Mereka kalah di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan setelah menang di peringkat Mahkamah Tinggi.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Rabu, 21 September 2016 - HARAKAHDAILY 21/9/2016
Sumber HD - 21-9-20116
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tabung Qard al-Hassan bantu rakyat miliki rumah
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42540-tabung-qard-al-hassan-bantu-rakyat-miliki-rumah
Idea untuk kerajaan negeri menubuhkan sebuah tabung khas bagi membiayai perumahan kepada rakyat secara ‘Qard al-Hassan’ (pinjaman tanpa faedah) wajar dipandang serius demi membela kebajikan rakyat. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri membuka perkampungan baru dengan premium tanah yang rendah dan membina rumah asas dengan kos yang berpatutan serta mengenakan pinjaman secara ‘Qard al-Hassan’ adalah langkah bagi menyelesaikan masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana akibat harga rumah yang terlalu mahal.
Hari demi hari, kenaikan harga rumah ibarat sukar dibendung dan angka itu semakin memeritkan kehidupan rakyat. Mengikut kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani, 31.2%daripada pendapatan rakyat akan dihabiskan untuk makanan, 23.9% pula kepada petrol, utiliti dan perumahan.
Jumlah itu secara relatifnya adalah tinggi dan sewajarnya beban itu dikurangkan. Pembiayaan perumahan dengan "keuntungan" tidak mungkin menyelesaikan masalah bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat setiap hari.
Tambahan pula, 56.2% daripada 89.1% keseluruhan hutang daripada KDNK pada 2015 adalah hasil daripada pembiayaan perumahan dan harta tanah. Malah, saya tekankan dalam kenyataan-kenyataan terdahulu data yang menunjukkan harga rumah di Malaysia dalam keadaan yang semakin sukar dikawal.
Keputusan Kementerian mengenai pemberian lesen pembiayaan kepada para pemaju bukanlah tindakan yang menyelesaikan masalah utama rakyat Malaysia ketika ini. Selepas mendapat bantahan, akhirnya perkara itu berubah menjadi suatu "cadangan" yang belum diputuskan.
Kementerian menekankan soal "win-win solution" ketika mengemukakan "keputusan" tersebut. Saya tidak jelas siapa "win" dan siapa yang tidak dengan keputusan tersebut. Malah, apa pula "win situation" kepada para pembeli yang bakal berdepan dengan harga rumah dengan nilai keuntungan yang akan semakin tinggi dan tidak terkawal?
Isu ini perlu diteliti dengan dua aspek; (i) kenaikan harga rumah yang semakin meningkat, dan (ii) pembiayaan dengan kadar 'keuntungan' yang tidak muhasabah dan wajar dihapuskan bagi mengurangkan beban yang ditanggung pembeli.
Islam menyediakan ruang dan asas yang begitu signifikan dalam kaedah hutang antaranya melalui pinjaman tanpa faedah (Qard al-Hassan). Ini kerana Islam ingin mengajar umatnya berhutang hanya untuk keperluan yang tinggi manakala orang ramai pula tidak berhutang jika mereka mampu membelinya secara tunai.
Maka, sewajarnya isu ini diteliti dengan lebih mendalam supaya penyelesaian yang lebih realistik diluncurkan kepada rakyat Malaysia. Kembali kepada penyelesaian Islam dan inilah penyelesaian kita.
"Inilah Penyelesaian Kita"
DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
19 September 2016 | 17 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 19/9/2016
Sumber HD - 19-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS berani bersemuka dengan sesiapa kerana Islam
Presiden PAS bersama rombongan dalam lawatan muhibbah ke Pertubuhan Hokkien Malaysia di ibu negara.
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42527-pas-berani-bersemuka-dengan-sesiapa-kerana-islam
Pagi ini, Ahad 18 Sept 2016, rakan-rakan memforwardkan gambar pertemuan dan taklimat khas pimpinan PAS dengan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia. Ia diadakan susulan tindakan Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat bagi menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).
Menurut persatuan berkenaan, pindaan itu dikatakan akan merintis jalan supaya hukuman hudud dapat dilaksanakan di negara ini. Presidennya, Tan Sri Khoo Chai Kaa berkata, selepas 20 September, tandatangan yang dikumpulkan akan diserahkan kepada semua 222 anggota Parlimen. Berikutan kempen tersebut, Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (GU) atau Geng Ustaz membuat laporan polis. Mereka mendakwa tindakan tersebut adalah campur tangan melampau dan melanggar sempadan kebebasan mengamalkan aktiviti beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
Presiden PAS memimpin pertemuan tersebut disertai beberapa orang lagi AJK PAS Pusat. Kalau mahu dikira, airmata semalam yang mengalir di Masjid Sultan Salahudin, Shah Alam usai solat jenazah ghaib kepada almarhum Dr Haron Din baharu sahaja kering. Pagi ini terus sahaja taklimat dan dialog untuk RUU 355. Kematian almarhum al-Mursyid al-Am PAS tidaklah mematikan semangat pemimpin PAS lain untuk terus berjuang menegakkan Islam dan menyampaikan Islam kepada sesiapa sahaja.
Datuk Seri Tuan Guru berkuliah dhuha pagi Jumaat di Rusila, tengah harinya berkhutbah, petangnya program di Dewan Tok Guru, Rusila bersama Datuk Dr Fadhli Hasan, AJK PAS Pusat dan Exco Kelantan mengenai Pindaan RUU 355, malam itu berkejar ke Stadium di Kota Baru bagi menyertai Munajat Perdana Rakyat Kelantan memohon kepada Allah agar dimudahkan Pindaan RUU 355 ini, keesokannya pagi Sabtu di Masjid di Shah Alam, petangnya mesyuarat AJK PAS Pusat (kalau tak silap) dan seterusnya dan seterusnya.
Allahu Akbar! Putaran hidup Tok Guru hanya untuk Islam. Masanya dipenuhi dengan terus menerang dan terus menerang tentang Islam, walaupun khalayak netizen yang jahil, hanya sebagai keyboard warrior, berlagak alim terus menyerang Tok Guru dengan pelbagai tohmahan, fitnah dan kata-kata yang acapkali hilang tatasusila agama, juga paling kurang adab orang Melayu. Betul kata Tok Guru: ‘Bacalah al-Quran, jangan baca facebook’. Al-Quran sebut supaya teruskan dakwah, jangan hiraukan orang yang jahil.
Pertemuan pagi ini diharap dapat mengubah pandangan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia terhadap Pindaan RUU 355, juga terhadap Islam itu sendiri. Dan ini bukan kali pertama dan terakhir Tok Guru terus bersemuka di atas ‘Istiqamah Hingga Kemenangan’ dengan golongan bukan Islam, walaupun sebenarnya Pindaan RUU 355 ini tidak berkaitpun dengan mereka, kerana Islam itu untuk semua, sebagaimana PAS itu juga untuk semua. - HARAKAHDAILY 18/9/2016
Penulis adalah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu.
Sumber HD - 18-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1 lawan 1: Pas setuju, tapi ‎sejauh mana mampu dibuat Posted on Thursday, September 15 @ 19:12:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31670 |
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, bagaimanapun berkata, parti itu tidak pasti sejauh mana strategi tersebut mampu direalisasikan.
“Saya ingat semua pembangkang bersetuju dan berhasrat supaya tak ada tiga penjuru. Memang kita harapkan untuk jatuhkan BN dengan satu lawan satu.
“Jika berlaku begitu (satu lawan satu) kemungkinan besar (pembangkang) akan menang. Tetapi sama ada ia akan berlaku atau tidak, itu Wallahualam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam,
Kelmarin, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah menyatakan sekiranya pembangkang sepakat memilih formula satu lawan satu, ia boleh mengancam kedudukan Umno.
Mengulas lanjut, Mahfodz berkata, setakat ini Pas tidak mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan mana-mana parti pembangkang yang lain.
“Cuma yang kita dah ada kerjasama ialah dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan). Apa yang pasti, kita tak akan buat hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“Yang lain-lain, termasuk Bersatu itu ada kemungkinanlah. Tetapi setakat ini lah, tak tahulah (akan datang) sebab politik ini semua boleh kalau dah sampai masanya,” katanya.
Mengenai halangan untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah, beliau berkata, Pas menyerahkan kepada kebijaksanaan PKR untuk menentukan memandangkan parti itu mempunyai hubungan dengan kedua-dua belah pihak.
“Kalau ada keperluan kita akan bincang secara dalaman dan dengan PKR,” katanya.
Sumber TKO - 15-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mukjizat al-Quran dalam kisah Nabi Yunus
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42488-mukjizat-al-quran-dalam-kisah-nabi-yunus
Labu menurut sebahagian ulamak diisyaratkan oleh Allah dalam cerita Nabi Yunus. Apabila Yunus dimuntahkan daripada perut ikan yang besar beliau sakit lalu ditumbuhkannya untuk sejenis pohon daripada Yaqtin. Allah berfirman:
فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاء وَهُوَ سَقِيمٌ وَأَنبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِّن يَقْطِينٍ﴾
"Lalu Kami lontarkan dirinya di kawasan lapang (tandus) sedang dia sakit. Dan Kami tumbuhkan untuknya sebatang pohon daripada jenis 'Yaqtin'." (Surah al-Soffat ayat 145-146)
Yaqtin merujuk kepada pohon yang tidak mempunyai batang seperti labu dan tembikai.
Menurut Ibnu Kathir, pandangan kebanyakan ulamak terdahulu Yaqtin dalam cerita Nabi Yunus merujuk kepada labu. Ia juga diperkukuhkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani.
Labu bermanfaat untuk menghilangkan kahak. Sekiranya dilumur dengan tepung dan dibakar ke dalam oven airnya boleh diminum untuk mengurangkan kepanasan kerana demam. Jika dimasak dan diminum airnya dengan madu boleh mengurangkan kahak. Ia juga makanan yang baik untuk melawaskan perut. Ia boleh ditumbuk halus dan dijadikan balutan pada bengkak bagi mengurangkannya. Ia disebut dalam Zaad al-Ma'aad oleh Ibnu Qayyim.
Menurut Syeikh Zandani, Yaqtin adalah penawar untuk mikrob dan bakteria. Justeru ia sangat sesuai untuk menjadi penawar bagi kesakitan Nabi Yunus setelah berada sekian lama dalam perut ikan besar.
Demikianlah mukjizat al-Quran.
Dr Khairuddin at-Takiri
Khamis 13 Zulhijjah 1437
Kampot, Kemboja
Sumber HD - 15-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Deklarasi keadilan dalam khutbah haji wada’ Nabi
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42472-deklarasi-keadilan-dalam-khutbah-haji-wada-nabi
Hari ini 11 Sept 2016 jemaah haji wuquf di Arafah. Tarikh ini kebetulan sama dengan tragedi rempuhan kapalterbang ke atas Menara Berkembar New York. Ia cuba dikaitkan dengan keganasan umat Islam, sedangkan Islam berlepas diri dari segala bentuk keganasan.
Umat Islam akan menyambut Eid al-Adha. Ia mengingatkan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail a.s. dan ibadah haji yang diwarisi dari Baginda dan Nabi Muhammad SAW. Dalam khutbah sempena ibadah haji ketika berada di Arafah, Nabi Muhammad SAW membuat beberapa deklarasi dan penegasan penting yang berkait dengan keadilan, persamaan, tanggungjawab dan hak yang menjadi antara intipati penting dalam ajaran Islam yang suci ini. Khutbah ini sangat penting kerana ia berlaku pada 9 Zulhijjah, hari Arafah dengan disertai himpunan besar para Sahabah radhiAllahu anhum yang julung-julung kali dalam ibadah hebat ini.
Di zaman jahiliyyah, darah dan harta diceroboh sewenang-wenangnya. Mereka yang kuat mengalahkan yang lemah. Mereka yang kaya menindas yang miskin. Undang-undang yang dipakai ialah undang-undang rimba. Kedatangan Islam memartabatkan manusia dengan dipelihara darah dan harta. Ia tidak boleh diceroboh dengan cara salah. Besarnya kehormatan darah dan harta dibandingkan dengan kebesaran hari Arafah, bulan Zulhijjah dan bumi Mekah. Harta dan darah menjadi antara dua perkara yang diberi keutamaan untuk dipelihara dalam kehidupan yang dipanggil maqasid syariah (tujuan syarak) iaitu memelihara agama (Islam), jiwa, akal, keturunan dan harta.
Di zaman jahliliyyah juga, sistem riba menjadi asas kegiatan ekonomi masyarakat Arab, terutamanya dalam bidang perniagaan. Kedatangan Islam membuang bentuk penindasan itu, lalu diganti dengan sistem ekonomi Islam yang jauh lebih adil. al-Quran mengungkapkan “Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”.
Selepas hampir 1,500 tahun riba dihapuskan oleh Nabi melalui sistem ekonomi Islam yang adil, manusia kembali mengamalkan riba dalam sistem kapitalis yang dominan sekarang. Istilahnya dipelbagaikan: komisen, dividen, faedah tetapi hakikatnya sistem ekonomi itu kembali kepada jahiliyyah. Kenapa berlaku demikian? Islam yang menjamin keadilan dalam sistem ekonomi itu telah di’kambus’ dari menjadi sistem yang memayungi manusia.
Nabi SAW mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan tipu daya syaitan, walau sekecil manapun cubaan mengganggu hati dan jiwa manusia. Jangan dipandang remeh kepada perkara yang disangka ia remeh sahaja! Syaitan berpuashati walaupun ia dituruti dalam perkara-perkara remeh dalam agama.
Di antara deklarasi yang penting juga dalam khutbah haji wada’ ini ialah tanggungjawab dan hak suami isteri. Tanggungjawab suami menjadi hak isteri. Tanggungjawab isteri menjadi hak isteri. Isteri mesti taatkan suami. Jangan membiarkan orang lain memasuki rumah tanpa izin suami. Jangan biarkan privasi suami dicerobohi. Apabila isteri taatkan suami, suami wajib memberikan nafkah dan pakaian kepada isteri. Konsepnya ialah timbal balas. Give and take mesti ada dalam sebuah bahtera rumahtangga. Keadilan dalam rumahtangga menjamin keluarga yang baik, kemudian melahirkan masyarakat dan negara yang baik.
Nabi SAW mengingatkan supaya pemimpin yang memartabatkan Kitab Allah ditaati. Justeru, pemimpin PAS di Kelantan dan Terengganu yang memartabatkan al-Quran cuba dijatuhkan?
Keadilan dan persamaan juga diingatkan oleh Nabi terhadap hamba abdi. Dalam konteks semasa, orang gaji, pekerja juga mesti dberikan keadilan. Apa yang tuannya makan, itu juga dimakan oleh hambanya. Jangan menganggap hamba abdi itu orang suruhan yang semata-mata untuk diperah keringatnya. Orang gaji dan pekerja dibayar gaji yang adil dan berpatutan dan bukannya seperti hamba di zaman jahiliyyah.
Nabi SAW menegaskan persamaan dan persaudaraan di kalangan sesama Islam. Justeru, tidak boleh dizalimi, ditindas, dicerobohi harta bendanya. Nilai persamaan itu terus dipertegaskan bahawa tiada beza di antara Arab dan bukan Arab melainkan dengan taqwa. Begitu juga keadilan dalam harta pewarisan yang telah ditentukan Allah bahagian masing-masing.
Pada hari Arafah ini, Allah menurunkan ayat:
“Pada hari ini Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu.” (al-Ma’idah: 3)
Keadilan dan persamaan (dalam konteks yang mesti difahami dengan cara sebenar) dalam Islam inilah yang menjadi agenda penting perjuangan Islam yang dibawa oleh para Nabi yang diakhiri dengan Nabi SAW. Perjuangan itu jugalah yang menjadi agenda mereka yang mewarisi perjuangan Nabi SAW ini. Umat Islam diseru menghayati kandungan khutbah haji wada’ Nabi SAW ini dan bersama mendokong perjuangan menegakkan keadilan sejagat dan persamaan ini sambil menyeru bukan Islam memahami perjuagan Islam ini yang meletakkan keadilan itu di tempat yang tinggi.
Khutbah Haji Wada’ (dengan sedikit edit):
“Wahai sekalian manusia! Perhatikan baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak tahu, barangkali aku tidak akan bertemu lagi dengan kamu semua dalam keadaan seperti sekarang ini.”
“Wahai kaum muslimin! Ketahuilah bahawa darah (jiwa) dan harta benda kamu adalah haram (diceroboh) dan mesti dihormati bagi kamu, sebagaimana kehormatan hari ini, bulan ini, hingga tiba saat kamu pergi mengadap Allah, dan kamu pasti akan mengadapNya. Pada ketika itulah kamu dituntut untuk dipertanggungjawabkan atas segala yang telah kamu lakukan! Ya Allah… saksikanlah!”
“Sesiapa yang menanggung beban amanah hendaklah ia tunaikan amanah itu kepada yang berhak menerimanya.”
“Semua bentuk riba dilarang. Kamu hanya berhak menerima kembali modalnya. Dengan demikian kamu tidak berlaku zalim dan tidak pula diperlakukan zalim! Allah telah menetapkan bahawa riba tidak boleh diamalkan lagi, dan riba Al-Abbas bin Abdul Mutalib sudah tidak berlaku!”
“Semua tuntutan darah (pembalasan jiwa) semasa jahiliyah tidak berlaku lagi, dan tuntutan darah yang pertama aku hapuskan ialah tuntutan darah (jiwa) Ibnu Rabi’ah bin Al-Harith bin Abdul Mutalib!”
“Wahai kaum muslimin! Menukar bulan Haram (bulan suci) dengan bulan lain adalah perbuatan menambah kekufuran, dan kerana perbuatan itulah orang kafir bertambah sesat. Mereka menghalalkan perbuatan yang diharamkan dalam bulan suci pada satu tahun dan mengharamkan perbuatan yang dihalalkan (dalam bulan-bulan biasa) pada tahun yang lain dengan maksud melengkapi jumlah bulan-bulan suci yang telah ditetapkan Allah”
“Wahai kaum muslimin! Masa beredar semenjak Allah menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan menurut hitungan Allah adalah dua belas bulan. Empat bulan di antaranya adalah bulan-bulan suci, iaitu tiga bulan berturut-turut (Zulqaedah, Zullhijjah, dan Muharram) dan bulan Rejab antara bulan Jamadilakhir dan Sya’ban.”
“Wahai kaum muslimin! Sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, merekapun mempunyai hak atas kamu. Hak kamu ke atas mereka adalah melarang mereka memasukkan lelaki lain yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu, dan mereka wajib menjaga diri agar jangan sampai berbuat tidak senonoh. Apabila mereka melanggarinya, Allah mengizinkan kamu berpisah tidur dengan mereka, dan kamu boleh memukul mereka sekali dengan pukulan yang tidak menimbulkan cacat badan. Jika mereka telah menghentikan perbuatan seperti itu, kamu wajib memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik. Hendaklah kamu berlaku baik terhadap isteri kamu,disebabkan mereka itu adalah golongan yang membantu kamu dan kerana mereka tidak memiliki sesuatu untuk diri mereka sendiri. Kamu telah mengambil mereka sebagai amanah Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kamu dengan nama Allah”
“Wahai kaum muslimin! Dengar baik-baik apa yang aku katakan. Perkara itu telah aku sampaikan! Aku tinggalkan bagi kamu sesuatu yang jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya! Perkara itu jelas bagi kamu!”
“Wahai kaum muslimin! Dengarkan dan fahamilah kata-kataku. Kamu mesti faham bahawa setiap muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, dan semua kaum muslimin adalah saudara. Tidak seorangpun dari kamu yang dihalalkan mengambil sesuatu milik saudaranya (sesama muslim) kecuali diberikan atas dasar kerelaan hatinya. Jangan sekali-kali kamu berlaku zalim terhadap diri kamu sendiri!”
“Ya Allah, bukankah (semuanya) itu telah kusampaikan?!!” dengan suara gemuruh membelah angkasa, kaum muslimin menyambut: “Ya benar ya Rasulullah!”. Baginda kemudian mohon disaksikan Allah:” Ya Allah, saksikanlah”. - HARAKAHDAILY 11/9/2016
Penulis adalah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu.
Sumber HD - 11-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Korbankan kepentingan diri demi memartabatkan Islam
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42468-korbankan-kepentingan-diri-demi-memartabatkan-islam
Perutusan Hari Raya Eidul Adha Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
بسم الله الرحمن الرحيم
الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد
Alhamdulillah dan Allah Akbar Walillahilhamd kita panjatkan segala kesyukuran kepada Allah S.W.T yang telah yang telah memberikan keizinan kepada kita untuk terus mengecapi nikmat Islam dan Iman hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang agama Allah yang telah mendahului kita sebelum ini. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, penghulu kepada segala nabi dan rasul yang telah menyempurnakan misi dakwah kepada umat manusia.
Hari Raya Eidul Adha adalah lambang dan syiar pengorbanan umat Islam terhadap agama yang tercinta ini. Ianya menunjukkan bahawa pengorbanan adalah tonggak utama kepada kemenangan perjuangan Islam sama ada kemenangan tersebut dikurniakan di atas dunia ini ataupun secara pastinya diperolehi pada hari akhirat kelak.
Perjuangan memartabatkan ajaran Islam di Malaysia pada hari memerlukan pengorbanan yang paling tertinggi daripada umatnya untuk melayakkan mereka mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. sama ada dalam bentuk harta benda, buah fikiran, tenaga, masa dan apa sahaja yang menjadi perkara yang bernilai di sisi manusia di atas dunia ini.
Allah s.w.t berfirman:
لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ
"Kamu tidak mencapai maksud sebenar al birr iaitu kebaikan kecuali kamu mengorbankan sesuatu yang kamu cintai".
Kami daripada Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar melakukan pengorbanan demi memartabatkan Islam di negara yang tercinta ini.
Khususnya ketikamana kita berada di ambang perbahasan parlimen berkenaan RUU 355 yang sangat memerlukan pengorbanan yang besar daripada seluruh pihak terutamanya daripada ahli-ahli parlimen terutamanya yang beragama Islam untuk mengorbankan segala agenda kepentingan institusi yang diwakili oleh mereka demi melihat Islam terus diperkasakan sejajar dengan peruntukan perlembagaan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi negara ini.
Sebagai akhirnya kami merakamkan ucapan selamat hari raya korban kepada seluruh rakyat Malaysia semoga pengorbanan kita diterima oleh Allah s.w.t. Mudah-mudahan perjalanan pulang ke kampung halaman selamat serta diberkati Allah s.w.t.
الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد
Datuk Mahfodz Mohamed
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 11/9/2016
Sumber HD - 11-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadang bina kampung baharu atasi masalah rumah Posted on Friday, September 09 @ 19:58:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31598 |
SHAH ALAM - Kerajaan-kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dicadang untuk membuka perkampungan baharu untuk mengatasi masalah pembeli rumah di negara ini.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perkampungan baharu ini dibuka dengan premium tanah yang rendah, mempunyai rumah asas tiga bilik dengan kos di bawah RM75,000 seunit dan menawarkan pinjaman secara pinjaman tanpa faedah.
Menurutnya, tawaran ini diberikan kepada golongan yang memerlukan dan berkelayakan menurut syarat-syarat yang ditetapkan.
“Sekarang ini, bagi pemaju-pemaju perumahan, harga mencecah RM250,000 pun adalah masih dianggap tidak berdaya maju terutamanya di kawasan Lembah Klang dan kawasan-kawasan bandar yang lain.
“Tambah pula, realiti yang dihadapi oleh rakyat dengan kenaikan kos sara hidup dan pertumbuhan pendapatan yang terlalu perlahan atau hampir tiada, pasti menyukarkan lagi rakyat untuk memiliki rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lagi, pinjaman perumahan menerusi sistem konvensional seperti yang ada pada hari ini menyebabkan peminjam terikat dengan kadar faedah atau riba’ yang menindas peminjam.
Jelasnya, sistem itu menjejaskan kemampuan peminjam untuk membuat pembayaran balik pinjaman justeru turut menjejaskan keupayaan dan prestasi institusi kewangan terbabit sendiri.
“Sebagai contoh, bagi rumah berharga RM250,000, dengan pinjaman sebanyak 90 peratus dan bertempoh maksimum 35 tahun serta kadar faedah 4.39 peratus bayaran balik setiap bulan adalah RM1,049.55.
“Jumlah bayaran balik selepas tamat tempoh tersebut ialah RM440,811; iaitu perbezaan sebanyak RM190,811 daripada harga asal rumah tersebut. Nilai ini sangat membebankan peminjam,” katanya lagi.
Katanya lagi, keputusan kerajaan membenarkan pemaju perumahan menawarkan pinjaman perumahan tidak menyelesaikan isu sebenar.
“Malah, ia dikatakan akan memerangkap lebih ramai lagi pembeli dengan masalah hutang dan kadar faedah yang tinggi walaupun syarat kelayakan pinjaman mungkin menjadi lebih mudah,” katanya.
Sumber TKO - 9-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Milik rumah: Negeri tubuh dana, tawar qard al-hasan
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42455-milik-rumah-negeri-tubuh-dana-tawar-qard-al-hasan
Knight Frank Asia Pasifik melalui kajiannya mendedahkan harga rumah di Malaysia meningkat sebanyak 7.2% pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu sekali gus menempatkan Malaysia pada kedudukan ke-12 tertinggi di dunia mengatasi beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, UK, Hong Kong dan Singapura.
Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporan kajiannya pada tahun lalu menunjukkan bahawa purata harga rumah di Malaysia adalah lebih daripada empat kali pendapatan median.
Indeks Perumahan di Malaysia juga menunjukkan peningkatan daripada 5.40% pada suku ketiga 2015 kepada 5.80% pada suku keempat 2015.
Sekarang ini, bagi pemaju-pemaju perumahan, harga mencecah RM250,000 pun adalah masih dianggap tidak berdaya maju terutamanya di kawasan Lembah Klang dan kawasan-kawasan bandar yang lain.
Sedangkan, menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, rumah berharga sehingga RM165,060 sahaja dianggap berpatutan kepada isi rumah median di negara ini.
Tambah pula, realiti yang dihadapi oleh rakyat di negara ini dengan kenaikan kos sara hidup dan pertumbuhan pendapatan yang terlalu perlahan atau hampir tiada, pasti menyukarkan lagi rakyat di negara ini untuk memiliki rumah. Pilihan yang ada ialah dengan berhutang; walaupun tidak sehingga 100%.
Kerana itu, 56.2% daripada hutang isi rumah negara yang mencecah sehingga 89.1% daripada KDNK pada 2015 adalah pinjaman pembelian rumah dan harta tanah.
Masalahnya, pinjaman menerusi sistem konvensional seperti yang ada pada hari ini adalah terikat dengan kadar faedah atau riba yang menindas peminjam sehingga menjejaskan kemampuan peminjam untuk membuat pembayaran balik pinjaman justeru turut menjejaskan keupayaan dan prestasi institusi kewangan terbabit sendiri.
Sebagai contoh, bagi rumah berharga RM250,000, dengan pinjaman sebanyak 90% dan bertempoh maksimum 35 tahun serta kadar faedah 4.39%, bayaran balik setiap bulan ialah RM1,049.55 dan jumlah bayaran balik selepas tamat tempoh tersebut ialah RM440,811; iaitu perbezaan sebanyak RM190,811 daripada harga asal rumah tersebut. Nilai ini sangat membebankan peminjam.
Keputusan Kerajaan yang membenarkan pemaju perumahan menawarkan pinjaman perumahan pula dilihat tidak menyelesaikan isu sebenar iaitu harga rumah yang terlalu tinggi, bahkan akan memerangkap lebih ramai lagi pembeli dengan masalah hutang dan kadar faedah yang tinggi walaupun syarat kelayakan pinjaman mungkin menjadi lebih mudah.
Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan-kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan membuka perkampungan-perkampungan baru dengan premium tanah yang rendah dan membina rumah asas 3 bilik dengan kos di bawah RM75,000 seunit serta menawarkan pinjaman secara ‘qard al-hasan’ (pinjaman tanpa faedah) – kepada golongan yang memerlukan dan berkelayakan menurut syarat-syarat yang ditetapkan – menerusi dana khas yang ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri.
Walaupun tidak dapat meraih keuntungan dengan pinjaman yang diberikan, kerajaan negeri tetap boleh mengenakan caj perkhidmatan pada kadar kos sebenar. Namun, apa yang lebih penting ialah melalui pinjaman berkonsepkan berkebajikan ini, Allah akan membuka pintu keberkatanNya. Beruntunglah negeri dan rakyat yang mendapat keberkatan daripada Allah.
"Inilah Penyelesaian Kita"
DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
9 September 2016 | 7 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 9/9/2016
Sumber HD - 9-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wajibkan pekerja asing lulus kursus asas Bahasa Melayu
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42436-wajibkan-pekerja-asing-lulus-kursus-asas-bahasa-melayu
Berdasarkan statistik rasmi Unit Perancang Ekonomi (EPU), pada 2015, terdapat 2.135 juta pekerja asing di negara ini yang berkerja di sektor pertanian, perkhidmatan, pembinaan, pembuatan dan pembantu rumah.
Selain pekerja-pekerja dari Indonesia (74.8%) yang boleh bertutur menggunakan Bahasa Melayu, pekerja-pekerja dari Bangladesh, Thailand, Filipina, Pakistan, Myanmar, Nepal dan India yang diambil bekerja di negara ini tidak boleh bertutur menggunakan bahasa rasmi negara ini.
Sekalipun jumlah perkerja asing yang tidak boleh bertutur menggunakan Bahasa Melayu ini tidak lebih 25.2%, namun keperluan dan kepentingan untuk mereka mengetahui dan mempunyai kemampuan untuk menggunakan bahasa ini adalah sangat penting bagi memudahkan dan melancarkan sebarang urusan yang berkaitan dengan mereka sekali gus dapat memperkasa dan mengembangkan penggunaan Bahasa Melayu.
Justeru, saya mencadangkan agar Kerajaan menerusi kementerian yang berkenaan mewajibkan pekerja-pekerja asing yang akan atau sedang bekerja di negara ini menghadiri serta lulus kursus asas Bahasa Melayu khususnya bagi yang terlibat di sektor perkhidmatan dan pembantu rumah.
Pengawal-pengawal keselamatan yang diambil bekerja dari Nepal dan dua lagi negara sumber yang akan diumumkan nanti juga merupakan golongan yang penting untuk dipastikan mereka boleh bertutur dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik kerana golongan ini merupakan individu pertama yang akan dijumpai oleh rakyat negara ini di pejabat-pejabat atau premis-premis untuk urusan-urusan tertentu.
Jika golongan ini tidak boleh berbahasa Melayu, sedikit sebanyak ia menyusahkan rakyat negara ini dan menjejaskan imej pihak-pihak berkenaan.
"Inilah Penyelesaian Kita"
DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Perlimen Kuala Nerus
7 September 2016 | 5 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 7/9/2016
Sumber HD - 7-9-20116
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Himpunan pendakwah, wehdahtul fikri dan amal
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42435-himpunan-pendakwah-wehdahtul-fikri-dan-amal
Firman Allah s.w.t. dalam surah al Fussilat ayat 33-35 bermaksud:
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."
"Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat."
Perhimpunan julung-julung kali diadakan oleh Majlis Dakwah Negara dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 6 September 2016 di Bandar Baru Bangi, Selangor melakarkan sejarah baru dalam usaha dakwah di negara ini.
Persidangan ini yang berusaha menghimpunkan para pendakwah dengan kepelbagaian latar belakang dari kalangan para ulamak, guru takmir, guru agama, ustaz, penceramah, pendakwah, aktivis NGO Islam, pensyarah universiti, imam, selebriti Islam, pegawai agama, personaliti tv, penasihat agama, pembimbing haji dan umrah, penulis buku agama, graduan bidang agama dan ramai lagi adalah satu usaha yang sangat positif dalam arena dakwah.
Kejayaan menempatkan kepelbagaian latar belakang para pendakwah dalam meja bulat bagi membincangkan isu-isu dakwah dan solusinya adalah menjadi titik tolak kepada permulaan yang sangat signifikan ke arah kebangkitan Islam yang lebih cerah.
Dakwah pada hakikatnya adalah merupakan satu tanggungjawab setiap umat Islam yang menjadi mata rantai penyambung risalah Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri. Malah tanggungjawab itu berlipat kali ganda pabila dikaitkan dengan seseorang yang dikurniakan oleh Allah kefahaman dalam urusan agama.
Sejarah telah menunjukkan bahawa penyebaran Islam ke serata dunia sehingga hampir 2/3 dunia adalah daripada usaha para pendakwah yang begitu cekal dan gigih menyebarkan Islam. Islam hanya mengambil masa 80 tahun sahaja sehingga berjaya sampai ke China di timur termasuk Asia Tenggara dan Sepanyol di barat termasuk benua Afrika.
Kejayaan penyebaran Islam dengan sebegitu pantas ini adalah berpunca daripada fitrah Islam itu sendiri di samping faktor para pendakwah yang istiqamah dan komited di samping kebijaksanaan pendakwah dalam menyampaikan dakwah.
Ketibaan Islam di Tanah Melayu khasnya dan Asia Tenggara amnya seawal tahun 700 Masihi adalah melalui jalan dakwah yang dibawa menerusi kedatangan para pedagang muslim dan pendakwah sama ada daripada Arab Selatan atau dari negara China yang mengislamkan penduduk Tanah Melayu yang asalnya penganut agama Hindu dan Buddha.
Kejayaan dakwah Islam di Tanah Melayu bukan sahaja kepada masyarakat dan rakyat tetapi turut berjaya mengIslamkan raja-raja dan para pembesar Tanah Melayu sekali gus menjadikan negeri Melayu sebagai negeri Islam dan mempraktikkan kesyumulan Islam.
Siapa Pendakwah
Pendakwah sebagaimana yang disebut dalam ayat 33 di atas "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" adalah mereka yang sendiri mendapat petunjuk hidayah Islam dalam erti kata memahami Islam yang sebenar. Lantaran itu mereka menyeru manusia kepada segala kebaikan dan mencegah manusia daripada keburukan.
Justeru itu, para pendakwah adalah mereka yang memahami dan sekali gus mempraktikkan Islam dalam diri mereka dengan kesyumulan ajaran Islam dan menyebarkan kepada orang lain. Para pendakwah semestinya berupaya untuk memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu yang diperlukan dalam dakwah khasnya berkait dengan ajaran Islam itu sendiri.
Bagaimana harus tercapai matlamat dakwah apabila pendakwah itu sendiri tidak memahami Islam sebagai ad Deen atau keliru dengan Islam, malah mungkin jahil dengan agama yang diserunya? Kalau pendakwah itu sendiri bersifat sekular atau berfikiran sekularisme dan liberalisme yang sememangnya kedua-duanya adalah bercanggah dengan kesucian Islam dan keindahannya, sudah tentu mesej sebenar dakwah itu tidak tercapai.
Maka perlu ditegaskan bahawa pendakwah berkewajiban memiliki kefahaman Islam yang sebenar daripada petunjuk Allah menerusi usaha gigih pencarian ilmu malah tidak cukup sekadar ilmu tanpa amal.
Method Dakwah
Dakwah tidak sekadar mengajak dan menyeru serta melontarkan segala apa sahaja yang ada dalam pengetahuan seseorang itu. Akan tetapi dakwah juga amat berkait rapat dengan persoalan uslub dan method penyampaian Islam tanpa menggadaikan prinsip Islami.
Ayat 34 di atas Allah s.w.t. telah menyatakan dan mengajar kepada kita salah satu method atau uslub dakwah yang amat efektif iaitu dengan cara yang terbaik dalam berdakwah.
Hikmah, kebijaksanaan, pengalaman dan uslub yang pelbagai bersesuaian dengan madu'u atau sasaran dakwah adalah rukun penting berdakwah. Dakwah tidak boleh dengan cara yang statik akan tetapi ia perlu kreatif, inovatif dan berupaya mengimprovisasikan ilmu, suasana sekeliling dan pengalaman, lalu digarap bersama dan dimanfaatkan untuk menjayakan misi iaitu menyampaikan Islam.
Ini adalah kerana misi dakwah Islam ialah untuk menyelamatkan seramainya manusia berpayung di bawah rahmat dan hidayah Allah menerusi ajaran Islam dan bukannya mencari musuh dan permusuhan. Penyebaran Islam ke serata dunia adalah melalui jalan perdamaian dan bukannya peperangan.
Malah sirah Baginda Nabi s.a.w. adalah buktinya tatkala Baginda menerima Perjanjian Hudaibiyyah dengan musuh tradisinya iaitu Abu Sufyan yang setelah berbelas tahun menzahirkan permusuhan dan siri peperangan.
Kedapatan melalui perdamaian Baginda s.a.w. berjaya memikat dan menarik ramai masyarakat Arab kepada Islam melalui dakwah samada dakwah melalui keadilan pemerintahan Islam di Madinah dan juga dakwah bil hal (dakwah dengan akhlak, peribadi dan tindakan) sehingga masyarakat Arab lembut dan lunak hati tercenderung kepada Islam yang memuncakkan kepada pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah) iaitu Membuka Hati Manusia.
Maka dakwah adalah merupakan satu cara dan teknik untuk memikat hati manusia kepada Islam dna bukannya menjauhkan hati manusia daripada Islam dan membencinya. Selama dakwah itu berupaya membuatkan manusia terpikat, ingin tahu, berminat, terbuka hati kepada Islam, maka itulah dakwah.
Dakwah Tidak Gopoh
Allah menjanjikan bahawa dakwah adalah secara fitrahnya tidak dihamparkan dengan permaidani merah dan layan istimewa. Dakwah dan pendakwah pasti berhadapan dengan rintangan, ujian, tentangan yang memenatkan, menyakitkan dan menyeksakan yang memerlukan ketabahan, kesabaran, istiqamah dan tidak gopoh.
Ini adalah kerana tugas pendakwah bukan memberi hidayah, tugasnya adalah menyampaikan Islam dan menunjukkan kepada manusia jalan kepada hidayah Allah s.w.t. Hidayah adalah hak mutlak Allah azza wajalla yang tidak dimiliki oleh sesiapapun termasuk Baginda Nabi s.a.w.
Pendakwah berusaha sedaya kekuatan dan kemampuan yang ada dalam berdakwah dan menyampaikan Islam kepada manusia dan selebihnya diserah sebulat hati penggantungan kepada Allah pemberi hidayah. Pendakwah yang beranggapan bahawa manusia menerima Islam dan mengikutinya disebabkan kepandaian, kebijaksanaan, kehebatan dirinya sendiri, Allah pasti menjauhi dan melepaskan urusannya dan pertolongannya.
Lihatlah sejumlah kejayaan Islam tidak dicapai tatkala Nabi s.a.w. masih hidup, tetapi dicapai setelah kewafatannya. Contohnya, Negeri Taif, Kekalahan Rom dan Parsi, Kemenangan Byzantine, Islam di Eropah dan Asia semuanya berlaku sesudah beratus tahun kewafatannya.
Maka, dakwah amat memerlukan kesabaran, ketabahan dan istiqamah berpanjangan dan berterusan sekalipun pendakwah tidak memperoleh keberhasilan dalam dakwahnya sewaktu dia masih hidup tetapi mungkin berjaya selepas kematian pendakwah itu. Nilaian pahala di sisi Allah juga bukan atas kejayaan dakwah akan tetapi atas usaha dan jihad pendakwah dalam dakwahnya.
Semoga usaha menghimpunkan para pendakwah menerusi MDN Yadim menghasilkan natijah yang positif dan memberangsangkan dalam usaha menjadikan Islam sebagai cara hidup lengkap dan syumul memayungi rahmat kepada sekalian alam. Wallahua'alam
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
7 September 2016 / 5 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 7/9/2016
Sumber HD - 7-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUU 355: Mujahid tidak beradab serang mufti
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42409-ruu-355-mujahid-tidak-beradab-serang-mufti
Saya merasa amat pelik apabila Dr Mujahid Yusof tiba-tiba secara tidak beradab menyerang Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli al-Bakri yang mengeluarkan kenyataan kewajipan menyokong pindaan Akta 355 yang membataskan kuasa Mahkamah Syariah dalam menghukum pesalah syariah. Adakah beliau terpaksa mengikut telunjuk rakan kerjasama politik yang menyerang cadangan pindaan ini daripada awal ia dibentangkan di parlimen 26 Mei 2016 yang lalu?
Sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pandangan mufti tersebut boleh sahaja beliau berbahas memberikan pandangan dan hujah secara rasional dan bukannya dengan menyerang kedudukan dan kelayakan mufti untuk memberikan pandangan dalam perkara penting seumpama ini?
Alasan Mujahid kononnya mufti belum mengetahui perincian cadangan pindaan untuk dikeluarkan hukum sangat dangkal dan mengelirukan. Bukankah teks rang undang-undang tersebut telah dibentang di parlimen iaitu antaranya "Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain dari hukuman mati".
Jika ketiadaan perincian dan ia belum dibahas di parlimen menjadi alasan Mujahid untuk mufti tidak wajar memberikan pandangannya maka apa pula kewajaran sebahagian ahli parlimen dan orang awam di kalangan bukan Islam berkempen untuk menolak cadangan pindaan Akta 355 sekarang sebelum ada perincian dan sebelum dibahaskan?
Tidakkah sudah jelas hatta oleh orang awam bahawa Akta 355 bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah telah menyekat kuasa Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan hukum syariat yang sebenar?
Bagi seorang muslim yang sayang agamanya tentunya memahami kewajipan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah ini secara dasarnya yang menuntut mereka berbicara dan berkempen menyokong usaha ini sementelah pula seorang mufti yang mempunyai tanggungjawab menjelaskannya dari sudut kewajipan beragama.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa 6 September 2016 - HARAKAHDAILY 6/9/2016
Sumber HD - 6-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUU 355: Syabas atas gesaan Mufti Wilayah Persekutuan
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42371-ruu-355-syabas-atas-gesaan-mufti-wilayah-persekutuan
Penerangan Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dengan ucapan syabas dan tahniah khusus ditujukan khas kepada Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan bersama warga Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan atas seruan menyokong Rang Undang-Undang Akta 355 agar dilaksanakan.
Sekalung penghargaan juga buat Mufti Wilayah Persekutuan atas seruan yang berprinsip khusus yang ditujukan kepada Ahli Parlimen bagi menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Akta 355, ini kerana ianya dibentang oleh wakil rakyat yang sudah pasti mendukungi aspirasi pengundi-pengundi Islam di Malaysia yang sudah pasti mahukan Mahkamah Syariah di Malaysia ini diperkasakan lagi.
Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan juga turut menyatakan kebersamaan bersama menyeru agar semua pihak agar menyokong pindaan ini sekaligus ianya membuktikan kita benar-benar mempertahankan prinsip kita bahawa Islam itu agama menyelamatkan negara dan masyarakat Malaysia.
Nazmi Nik Din
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.
2 September 2016 - HARAKAHDAILY 2/9/2016
Sumber HD - 2-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sokong Kurangkan Waktu Berkerja
Cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar waktu berkerja di negara ini dipendekkan kepada 6 jam wajar disokong dan Kerajaan mesti segera mempertimbangkannya memandangkan MTUC pernah mengemukakan cadangan yang sama ini pada Oktober 2015 lalu.
Buat masa ini, undang-undang sedia ada memperuntukkan jumlah jam berkerja seminggu ialah 48 jam dengan maksimum 8 jam sehari dan 6 hari berkerja seminggu.
Jumlah masa yang lama ini jika dipendekkan boleh memberi kesan positif pada aspek-aspek berikut :
(i)Menambah produktiviti selari dengan peningkatan fokus dan keupayaan mengoptimumkan prestasi secara konsisten setiap pekerja.
(ii)Menjamin kesihatan perkerja dengan lebih baik kerana bebanan kerja dan tekanan dapat dikurangkan.
(iii) Mengurangkan kesesakan lalulintas berikutan waktu mula dan tamat kerja dapat dijadualkan secara beberapa peringkat.
Selain mengurangkan waktu berkerja, Kerajaan juga dicadangkan melaksanakan waktu kerja yang lebih pendek dan fleksibel kepada golongan wanita yang berstatus isteri dan ibu bagi membolehkan golongan ini menjalankan tanggungjawab utama mereka terhadap suami, anak-anak dan keluarga dengan lebih berkesan. Hal ini sangat penting bagi menjamin institusi sosial utama ini semakin bertambah baik selari dengan kemajuan yang mahu dicapai.
Islam sememangnya menganjurkan manusia berusaha dan berkerja bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran yang ditetapkan; namun ia tidaklah boleh sampai ke tahap memperhambakan diri kepada kebendaan dan sehingga masing-masing mengejar kepentingan diri sendiri justeru mengancam kehidupan orang lain. Berkerjalah sebagai ibadah kepada Allah untuk meraih redha-Nya dan memberikan kebaikan kepada makhluk lain.
***DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sumber BO - 2-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jerebu: Malaysia perlu tegas terhadap Indonesia
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42361-jerebu-malaysia-perlu-tegas-terhadap-indonesia
Kerajaan Malaysia mesti bertindak tegas dalam menangani isu jerebu yang kini seolah-olah menjadi musim tahunan di negara ini.
Tahun lalu, kebakaran hutan di Indonesia menyebabkan jerebu rentas sempadan yang serius melanda negara ini. Jerebu yang dibawa angin Monsun Barat Daya itu memburukkan lagi keadaan di negara ini. Masalah ini tidak sekadar mencemarkan alam sekitar bahkan menjejaskan kesihatan serta aktiviti harian rakyat di negara ini.
Setakat Sabtu lalu, 6 wilayah di Indonesia telah diisytiharkan darurat berikutan keadaan jerebu yang teruk sehingga mula menjejaskan Singapura dan selatan Malaysia. Keadaan ini dijangka akan bertambah buruk sehingga Oktober akan datang.
Rakyat tidak mahu Kerajaan sekadar menyiarkan indeks pencemaran udara dan jika teruk, disusuli dengan pengumuman penutupan sekolah atau universiti tanpa pelaksanaan langkah-langkah berkesan bagi memastikan Indonesia benar-benar menunaikan janjinya terhadap Malaysia untuk menangani pembakaran terbuka yang berlaku di negara itu sejak beberapa tahun lalu lagi.
Kerajaan mesti menilai secara telus dan menyeluruh kos kesan jerebu ke atas negara ini dan mesti memasukkan aspek ini dalam mengadakan rundingan antara negara dengan Indonesia. Pampasan juga wajar dituntut daripada negara itu di atas pencemaran yang berlaku kepada negara ini.
Kerajaan juga perlu mengisytiharkan jerebu ini sebagai suatu jenayah yang melampau terhadap kemanusiaan kerana memudaratkan kesihatan dan mengancam nyawa manusia.
Wisma Putra mesti lebih tegas terhadap Indonesia dalam masalah ini. Jika tidak, ia akan terus berulang lagi pada masa hadapan.
Diharapkan juga Jabatan Alam Sekitar di bawah kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jawatankuasa Jerebu Kebangsaan dapat membuat tindakan segera yang lebih agresif selari dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi membendung masalah ini.
"Inilah Penyelesaian Kita"
DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
1 September 2016 | 29 Zulkaedah 1437 - HARAKAHDAILY 1/9/2016
Sumber HD - 1-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengisi kemedekaan dengan memperkasakan Islam
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42349-mengisi-kemedekaan-dengan-memperkasakan-islam
Kemerdekaan menurut Kamus Dewan bermaksud bebas daripada penjajahan. Jika ia dimaksudkan sebagai bebas daripada penjajahan fizikal maka ia telah dinikmati oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu sejak 31 ogos 1957. Namun, jika ia diertikan sebagai bebas daripada penjajahan pemikiran dan undang-undang maka ia perlu diperkasakan sebagai satu agenda mengisi kemerdekaan.
Antara pemikiran tinggalan penjajah ialah memisahkan Islam daripada sebahagian undang-undangnya yang mencakupi segala aspek kehidupan individu masyarakat dan negara.
Islam telah diberi takrifan yang sempit iaitu hanya merujuk kepada persoalan ibadah dan munakahat. Manakala undang-undang muamalat, jinayat dan pentadbiran tanah serta cukai dianggap urusan keduniaan yang berada di bawah pentadbiran Inggeris.
Sejarah Perundangan Islam Sebelum Penjajahan
Kesultanan Islam Melaka sebelum dikuasai Portugis pada tahun 1511 dan 9 Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan Inggeris dalam pentadbiran dan pemerintahan bermula 1874 adalah negeri-negeri Islam yang menjadikan Islam sebagai rujukan pentadbiran dan pemerintahan.
Di Melaka, Undang-undang Qanun Melaka yang merujuk kepada undang-undang Islam berasaskan Mazhab Syafie telah digubal bermula zaman Sultan Muhammad Syah (1422-1444M) dan dilengkapkan pada zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450M). Ia meliputi bidang yang luas termasuk acara keterangan, jenayah, mu’amalat seperti jua-beli, bankrap dan pinjam meminjam, keluarga dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Selepas kejatuhan Melaka, ia dipraktikkan pula untuk menjadi rujukan Kerajaan Johor yang bangkit menggantikan kerajaan Melaka.
Di Perak, di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Shah (1577-1584) dimulakan pengenalan undang-undang 99 Perak yang secara asasnya merujuk kepada undang-undang Islam.
Pahang memperkenalkan Hukum Kanun Pahang sebagai rujukan pemerintahan Sultan Pahang ke 12, Sultan Abdul Ghafur Muhayiddin Syah (1592-1614). Ia mengandungi undang-undang jenayah seperti membunuh, mencuri, merompak, menyamun dan menceroboh, undang-undang muamalat seperti jual-beli dan sewa menyewa di samping undang-undang keluarga dan perkahwinan.
Kedah memperkenalkan undang-undang Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan yang berlandaskan Syariah dengan perintah Sultan Dhiauddin Mukarram Shah 1 (1661-1668) dan Undang-Undang Pelabuhan Kedah 1311H/1893M.
Majalah Ahkam Johor yang diambil daripada Majalah al-Ahkam al-‘Adliyyah yang digunakan oleh kerajaan Islam ‘Uthmaniyyah telah diisytiharkan terpakai pada tahun 1913 oleh kerajaan Johor. Ianya mengandungi hukum syariah Islam, sebahagiannya berkaitan dengan muamalah berkaitan dengan jual beli, sewa, kafalah, hiwalah, al-rahn, amanah, hibah, sharikah, wakalah dan sebahagian kecil berkaitan institusi kehakiman.
Terengganu menggubal Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dinamakan Itqaanul Muluk bi Ta’dilis Suluk pada 1329H bersamaan 1911M. Fasal yang kelima puluh satu (51) undang-undang berkenaan memperuntukkan mengenai agama negeri dan agama lain dengan menyebut:
Sesungguhnya telah disifatkan dan disebut dan ditetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini Kerajaan Islamiah Melayuwiah ialah yang dikatakan agama negeri dan kerajaan maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain dijadikan atau disebut agama negeri sekalipun banyak segala bangsa dan agama diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam negeri dan jajahan Terengganu.
Bagaimana Penjajahan Diterjemahkan?
Penjajahan Ingeris diterjemahkan menerusi pelbagai undang-undang Inggeris yang diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang Islam. Di antara undang-undang yang diperkenalkan ialah Kanun Jenayah(Penal Code), Enakmen Keterangan(Evidence Enactment), Enakmen Kontrak(Contract Enactment), Kanun Acara Sivil(Civil Prosedure Code), Kanun Acara Jenayah(Criminal Prosedur Code) dan Enakmen Tanah (Land Enactment). Melalui penggunaan perundangan ini, undang-undang Islam yang berkaitan dengan bidang-bidang ini telah diketepikan pemakaiannya.
Hakim-hakim Inggeris ditugaskan sebagai hakim di Tanah Melayu yang membuat penghakiman kes berdasarkan undang-undang Inggeris bagi membentuk rujukan bagi penghakiman terkemudian.
Undang-undang Inggeris menjadi rujukan utama apabila Inggeris menggubal Enakmen Undang-undang Sivil 1937, 1951 dan Ordinan Undang-undang Sivil 1956 yang menetapkan bahawa mahkamah di Tanah Melayu perlu menerima pakai peraturan ekuiti sebagaimana yang digunapakai di England dan juga Common Law di England. Dalam hal ini, seseorang hakim akan merujuk kepada Common Law di England dan peraturan ekuiti bersama statut umum yang berkuatkuasa di England pada 1 Disember 1951 untuk negeri Sabah dan pada 12 Disember 1949 di Sarawak. Penguatkuasaan itu menyebabkan segala kes sivil adalah tertakluk kepada prinsip undang-undang Inggeris.
Malah Inggeris telah mula campur tangan dalam urusan undang-undang perkahwinan orang Islam dengan memperkenalkan pada tahun 1880 Muhammedan Marriage Ordinance bagi menetapkan sejauh mana Undang-undang Islam boleh diterima dan diiktiraf oleh mahkamah
Ordinan ini menyaksikan cita-cita dan usaha British berjaya untuk memisahkan antara urusan sivil dan urusan keagamaan yang telah dirancang semenjak kedatangannya ke Tanah Melayu.
Tanggungjawab Rakyat Merdeka
Setelah 59 tahun merdeka, rakyat mempunyai tanggungjawab memperkasakan kembali hak Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan yang kabur dalam menjelaskan hak sebenar Islam perlu diberikan penjelasan seperti Perkara 3 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa: “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”
Tafsiran para hakim terhadap peruntukan tersebut menzalimi hak Islam apabila ia hanya ditafsirkan merujuk kepada Islam dengan maknanya yang sempit yang tidak merangkumi perundangan jenayah dan muamalat Islam.
Keperluan Meminta Akta 355 Yang Menzalimi Islam
Pada masa ini, bidang kuasa jenayah terikat dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan) 1984, yang menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau sebat tidak lebih enam sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman itu.
Kuasa ini tidak selaras dengan Islam dan menzalimi Mahkamah Syariah. Malah bidang kuasa ini masih rendah atau sempit jika dibandingkan dengan bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama.
Akta Mahkamah Rendah 1948 memberi bidangkuasa jenayah kepada Mahkamah Majistret Kelas Pertama menjatuhkan hukuman sehingga sepuluh tahun penjara atau rotan 12 kali atau gabungan kedua-dua.
Bagi membolehkan Mahkamah Syariah diperkasakan dengan diberikan haknya untuk berhukum menurut Syariat Islam maka Akta tersebut perlulah dipinda.
Pada bulan mei 2016 di Dewan Rakyat, PAS menerusi YB Ahli Parlimen Marang telah mengambil inisiatif mengemukakan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta 355 dan sekaligus memperkasakan Mahkamah Syariah.
Pindaan adalah bertujuan untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menghukum berdasarkan hukum Syariah dan tidak lagi terikat sebagaimana sekarang. Ia dijangka dibahas untuk diundi dan diluluskan dalam sidang Dewan rakyat terdekat nanti.
Pengisian erti merdeka menuntut seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam memberi sokongan penuh terhadap usaha pindaan ini bagi memberikan hak yang sebenar kepada Islam tanpa menjejaskan hak-hak rakyat bukan Islam.
Ahli-ahli Parlimen Islam khususnya perlu didesak oleh rakyat di kawasan parlimen mereka untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi demi memperkasakan Islam dan memperkasakan Mahkamah Syariah.
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Rabu, 31 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 31/8/2016
Sumber HD - 31-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUU 355: Pertahan prinsip Islami
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42308-ruu-355-pertahan-prinsip-islami
Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al Mumtahanah ayat 2 (bermaksud): "Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka)."
Usaha memartabatkan dan meninggikan ajaran Islam adalah tanggungjawab agama bagi setiap orang yang beriman.Tanggungjawab ini tidak boleh digadaikan dengan kepentingan duniawi dan juga habuannya. Ia adalah cerminan sifat jatidiri iman dalam individu Muslim.
Sokongan padu dan dokongan setiap warga Muslim dalam negara ini terhadap inisiatif meminda Rang Undang-Undang Akta 355 Mahkamah Syariah pada bulan Oktober 2016 nanti seharusnya menjadi prinsip dasar yang perlu digalakkan dan dipertahankan.
Kejayaan membawa Undang-Undang Persendirian Private Member's Bill bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah di Parlimen oleh YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang dari Marang merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan dari kaca mata nilaian Islam. Ia adalah satu kebanggaan apabila seorang daripada ahli parlimen Muslim daripada pihak pembangkang sendiri berjaya mengusulkan agar salah satu institusi penting Islam iaitu Mahkamah Syariah yang menjadi tempat umat Islam mendapatkan keadilan menurut ajaran agama mereka sendiri perlu dipertingkatkan dan dipinda sesuai dengan keperluan semasa yang mendesak.
Usul meminda Akta 355 ini seharus dan sewajibnya tidak dilihat sebagai polemik politik atau kepartian kerana ia adalah berkait langsung dengan hal ehwal umat Islam. Tambahan lagi, usaha mengusulkan pindaan ini diakui kewajarannya oleh pihak berkepentingan dari sudut perundangan seperti Peguam Syarie, Hakim Syarie dan umat Islam yang melalui proses mahkamah bahawa keperluan bagi meminda dan meningkatkan kemampuan Mahkamah Syariah setanding dengan sistem perundangan Mahkamah Sivil, Mahkamah Majistret dan lain-lain di negara ini.
Dengan pindaan ini, Mahkamah Syariah akan bertambah kemampuannya dan keefektifannya dalam menangani isu perundangan umat Islam dan juga berupaya memberi keadilan yang sepatutnya kepada pihak yang menuntut hak mereka.
Sememangnya setiap perkara yang baik itu terdapat halangannya seperti mana Usul Pindaan RUU Akta 355 ini yang turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak khasnya dari segelintir kalangan golongan bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri.
Namun, sebagai umat Islam yang berprinsip, janganlah kita terdorong dengan mereka yang jahil dan tidak beriman. Sikap dan pendirian kita orang yang beriman hendaklah berpandukan kepada petunjuk Ilahi iaitu apabila melibatkan perkara prinsip dasar agama, maka kita mestilah berpihak kepada agama.
Adapun perkara yang tidak melibatkan dasar agama Islam seperti hubungan sesama manusia atas keprihatinan manusiawi, Islam tidak melarang dan menegah kita bekerjasama dan berkompromi. Contohnya, Islam melarang seorang anak menderhaka ibu bapanya sekalipun kedua-duanya adalah tidak beragama Islam. Tetapi apabila kedua-duanya mengajak dan menyuruh kepada kesyirikan, Islam melarang kita mentaati mereka. Islam juga membenarkan orang Islam bersahabat, bersosial, berurusniaga hatta membuat perjanjian dengan golongan bukan Islam. Namun prinsip dan pendirian Islam hendaklah dipelihara dan dipertahankan.
Pelajarilah kisah Hatib bin Abi Baltaah dalam surah al Mumtahanah apabila Allah menurunkan wahyu al-Quran bagi menegurnya dalam cubaannya menyampaikan rahsia perancangan Rasulullah s.a.w. kepada kaum keluarganya yang masih tidak beriman di Kota Mekah. Sekalipun Hatib bin Abi Baltaah menyayangi dan mengasihi terhadap kaum keluarga sendiri itu merupakan tuntutan agama Islam, tetapi tidak sampai menggadaikan prinsip Islam dan merugikan Islam itu sendiri.
Semoga Allah membuka hati mereka yang berkaitan agar dilembutkan dan dilunakkan untuk bersama menyokong usaha pindaan Akta 355 di Parlimen pada bulan Oktober 2016 nanti.
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
29 Ogos 2016 / 27 Zulkaedah 1437 - HARAKAHDAILY 29/8/2016
Sumber HD - 29-8-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memahami Maqasid Syariah Dalam Realiti Semasa
Al-Ma’idah: 3
2. Syukuri nikmat Islam, bahkan Islam yang lengkap.
3. Tunggak penting Islam ada 2 prinsip dan 2 konsep. 2 prinsip ialah beriman kepada Allah dan beriman kepada Akhirat. 2 konsep ialah taqwa dan Islam sebagai addin yang sempurna.
4. Asas ini dipegang oleh generasi awal Islam sehingga berjaya tegak dan sebarkan Islam. Perkara ini tidak ada dalam agama lain. Dalam tempoh 80 tahun Islam berkembang, ia sampai ke timur dan barat.
5. Islam bersifat futuhat (pembukaan), bukan imperalis, jajah. Ini datang dari ajaran Islam itu sendiri.
6. Sumber yang menjadi asas mazhab Shafie yang juga sumber dalam Perlembagaan PAS iaitu al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.
7. Sumber lain seperti Istihsan dan lain-lain menjadi khilaf tetapi maqasid syariah tetap dihayati oleh para ulama kerana Islam itu tidak jumud.
8. Ulama semasa bernama AsShanqiti berkata walaupun ulama khilaf terima sumber lain tetapi sepakat terima maqasid.
9. Dalam mazhab Maliki, kajian maqasid agak berkembang, mungkin kerana pembukaan negara di sebelah benua Afrika Utara. Dalam mazhab Hanafi juga berkembang.
10. Dahulu tiada alat komunikasi, apabila para Sahabat ditugaskan di tempat yang jauh, mereka berijtihad dalam perkara yang tiada nas. Timbul sumber lain seperti ijtihad. Contoh Muaz bin Jabal yang di hantar ke Yaman, bantu Abu Musa Al Asyaari yang tidak lama bersama dengan Nabi. Nabi bertanya kepada Muaz dengan apa dia berhukum. Muaz jawab: Kitabullah. Nabi tanya: Jika tiada? Muaz jawab: dengan Sunnah. Nabi tanya: Jika tiada? Muaz jawab: ‘Aku berijtihad..’
Dalam Quran ada dasar umum yang boleh menjadi panduan sepanjang zaman. Nabi tepuk dada atau bahu Muaz: ‘Moga Allah beri taufik kepada utusan Rasulullah menurut perkara yang diredhai Rasulullah’
11. Perbincangan kita tentang maqasid.
Asal dari qasad-matlamt, tujuan, hikmah dari hukum syarak. Tujuan maqasid untuk selesai masalah.
Ajaran lain ada undang-undang sahaja, tapi tidak ada aspek lain. Islam adil, ada nilai dosa pahala. Aspek spiritual ini menjadikan pemimpin Islam dahulu menjayakan Islam sebagai rahmat ke seluruh alam.
Objektif maqasid-jalb manfaat (tarik kebaikan), dar’u mafsadah (tolak kejahatan).
Dalam dar’u mafsadah dan jalb maslahah ada tahsin manfaat (mengelokkan kebaikan), taqlil mafasid (kurangkan kerosakan).
12. Tiga golongan manusia terhadap maqasid:
i-tolak maqasid-mazhab Zahiri-pakai nas secara lahir sahaja. Contoh pilihanraya haram kerana tiada nas-ini melampau.
ii-tasahul (bermudah-mudah)-golongan Islam liberal-banyak lahir di zaman kita, gadai prinsip perjuangan, cari redha bukan Islam
iii-wasatiah (sederhana)-maslahah ada 3:
a-Maslahah Muktabarah (syarak sudah tetapkan seperti puasa didik jadi taqwa, hukum hudud cegah mungkar melalui potong tangan)
b-Maslahah Mulgha (diabaikan)-Contoh matlamat menghalalkan cara-merompak untuk tunaikan haji, rasuah untuk bantu orang susah
c-Maslahah Mursalah-di sini dibincang dalam Maqasid Shariyyah, termasuk perkara yang wajib, haram dan haram jadi wajib ketika darurat.
13. Tiga perkara dibincang dalam ilmu maqasid
a-Daruriyyat (keperluan)- rukun hidup. Contoh makan
b-Hajiyyat (kehendak)—tidak ada tidak mengapa, boleh hidup tetapi tidak sempurna. Contoh nasi bagi orang Melayu.
c-Tahsiniyyat-(aksesori)-menambah baik. Contoh nasi dagang.
14. Imam Ibn Khaldun kata kadang-kadang hajiyyat boleh jadi daruriyyat kerana fiqh waqi’
15. Imam Ghazali dalam Al-Mustasfa, Ibn Taimiah dalam mazhab Hanbali, As-Shaibani, Sahnun dalam mazhab Maliki mengatakan Daruriyyat ada 5-agama, nyawa, akal, keturunsan, harta.
As-Shanqiti tambah satu lagi iaitu maruah
16. Agama-didakwah. Kalau dengan beragama, harta terjejas, dahulukan agama
Jaga agama didahulukan. Para Sahabat Nabi berhijrah kerana pelihara agama
Nyawa-juga penting
17. Isu wajib mudhayyak (sempit), wajib muwassa’ (luas)- Contoh wajib masuk pilihanraya kerana nak tegakkan Islam dengan tunaikan fardhu haji. Pilihanraya sangat hampir. Suara menangkan Islam mesti ada. Fardhu haji boleh ditangguh.
18. Fiqh siasah, fiqh waqi’ berkait dengan sebab turun ayat.
Di sinilah sebab kita bentang RUU 355- bagi orang Islam sahaja berdasarkan ayat
“Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”Al-Maidah:42
Sebab turun ayat: Pertelingkahan Bani Nadir dan Bani Quraizah, menyebabkan kena diat. Mereka minta Nabi jatuhkan hukuman. Taurat kata qisas.
Riwayat lain sebut ayat di atas tentang Yahudi yang berzina. Mereka ampu ulama mereka ubah dari hudud kepada lumur arang. Mereka jumpa Nabi, buka Taurat. Turun ayat di atas.
Ulama lain kata ayat ini mansukh
Ulama lain kata ayat perang kekal hingga hari kiamat. Kita tarjihkan pendapat ia sepanjang masa.
Fiqh waqi’ kata dalam perlembagaan Malaysia tidak hukum orang kafir. Maka ia berbetulan dengan pandangan ulama juga.
19. Ada bentuk yang dinamakan Istianah (bantuan dari orang bukan Islam)- ketika Fath (pembukaan) Mekah, Nabi minta senjata dari Hakim bin Hizam. Kalau dilihat sirah, Nabi bekerjasama ketika kuat, ini bererti dari segi siasah, kerjasama ialah sampaikan mesej, bukan hanya mahu kuasa.
20. Tahsin almasalih (perelokkan kebaikan)-zaman dahulu, dakwah ikut suka, tiada peraturan sangat-guru mati, pondok mati. Universiti Alazhar tidak mati kerana ada institusi ulama, orang ada Contoh lain, wujudkan Jemaah tegakkan islam, azan 2 kali, tadbir urusan kewangan seperti khumus. Di zaman Umar alKhattab, Islam kuasai tanah. Banyak tanah. Umar guna maqasid dengan tanah yang banyak diurus oleh kerajaan. Kalau diberi kepada tentera dan lain-lain, mereka akan tinggalkan jihad, sibuk dengan tanah. Khaibar-sebahagian tanah kerajaan yang urus, sebahagian diurus peribadi.
Buku kira-kira dibuat oleh Umar, sistem ata’ (pemberian)-Golongan dapat lebih seperti ahli Badar, Aisyah (kerana kelebihan ayahnya iaitu Abu Bakar), mereka yang masuk Islam lewat dapat kurang.
21. Taqlil mafasid (kurangkan kerosakan)-contoh Tartar bunuh semua orang di Iraq, kuat minum arak, simbah arak dalam masjid. Ibn Taimiah suruh biar mereka mabuk, supaya tidak bunuh orang. Contoh lain, kerja dengan kerajaan zalim.
22. Laksana hukuman-fiqh waqi’-Sahabat mengadu sebatan 100 rotan kepada pesalah yang kurus sangat sampai tulang, ambil 100 ranting, sekali sebat sahaja.
23. Hindraf pernah lawat tok guru, bimbang orang bukan Islam ikut hukum syarak kerana keadilannya.
Pelaksanaan hukum berkait juga dengan fiqh harakah. Islam adalah ajaran ajak manusia selamat dunia akhirat. Maqasid bertujuan untuk laksana Islam, selamatkan.seramai mungkin orang lain.
***Ringkasan intipati ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pada program Liqa-ul-Fikr PAS Pusat, di KUIZM semalam,27 Ogos, 2016. Catatan dibuat oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek, Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat
dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu
Sumber BO - 28-8-2016
No comments:
Post a Comment