PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Dalam seminggu dua ini, nama PAS sentiasa meniti di bibir rakyat Malaysia yang celik politik dan keadaan semasa. Sangat menggembirakan kerana ianya seperti satu bentuk pengiklanan percuma yang diberikan oleh kawan mahupun lawan PAS. Dari orang politik, orang agama, non-muslim, cendikiawan, golongan liberal, kakitangan kerajaan malah tidak ketinggalan juga golongan remaja yang sama-sama memerhatikan dengan serius Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan oleh PAS.
Syukur di atas kelambatan membahaskan RUU 355 di Parlimen, Allah lebih mengetahui akan kebaikannya. Sekarang, rakyat sudah mula memahami akan RUU 355 yang akan dibahaskan di Parlimen tidak lama lagi insya Allah. Dengan jumlah ratusan ribu kehadiran rakyat dan masih terdapat ramai lagi di luar sana yang mahukan pindaan akta ini, meningglkan semua ahli parlimen tanpa pilihan, melainkan menyokong pindaan ini kerana insya Allah, tiada undi dari kami untuk mereka.
Kita cuba melihat dari sudut kecemburuan lawan terhadap PAS. Sejak dari mula PAS membawa usul, terlalu banyak halangan dari pelbagai pihak. Ironinya, orang agama juga seperti kerisauan melebihi penjenayah sendiri. Maka setelah PAS berjaya meyakinkan rakyat, tiba-tiba, tiada lagi kedengaran suara bantahan mereka. Oh, rupanya mereka seperti tidak mahu himpunan berlaku sahaja, kerana mereka tahu kekuatan Presiden PAS apabila membuat seruan, maka insya Allah, akan berduyun-duyun ahli-ahli dan penyokong PAS akan keluar beramai-ramai mentaati perintah makruf sepertimana Himpunan Fastaqim. Jadi gagallah mereka dalam cubaan memusnahkan kredibiliti Presiden PAS.
Tetapi, kumpulan mereka tidak berhenti setakat itu sahaja, diadakan pula drama-drama politik yang dibintangi oleh pelakon-pelakon murahan yang sudah tidak diperlukan dalam dunia politik bagi mengalih perhatian kejayaan H355 ini. Kritikan-kritikan yang senada dengan mereka oleh golongan liberal, bagaikan satu orkestra yang mengiramakan serentak irama kebencian kepada PAS dan hukum Allah. Mereka semua kelihatan seperti hilang arah dengan kejayaan yang cemerlang Presiden PAS dalam hal ini. Saya tiada sedikitpun keraguan kepada Presiden, insya Allah.
Dalam waktu yang sama, Umno BN telah terbebas dari serangan-serangan mereka. Umno BN goyang kaki dengan melihat serangan sekarang, begitu hebat dan bertali arus, disasarkan kepada PAS. PAS terpaksa menjawab segala tohmahan, fitnah dan segala kucar-kacir dari golongan yang mengaku membenci Umno BN, tetapi tidak menyerang Umno BN. Ingatkah kita kepada perkataan beberapa orang dahulu kepada ISIS? ISIS mengaku membenci Israel, tetapi yang dibunuh, dirogol mereka ialah orang Islam. Sebutir pelurupun tidak pernah dilepaskan ke Israel? Seiras?
Jadi untuk itu, saya menyeru semua rakyat khususnya rakyat Terengganu, agar mengabaikan musuh-musuh yang terbit dari celah ketiak Umno BN ini. Bau busuk mereka hampir sama. Mari kita fokus untuk menentang penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan Umno BN. Umno BN sangat gembira dengan peranan yang diambil oleh mereka yang membenci PAS. Wang rakyat Terengganu terutamanya dilahap dengan sebegitu rupa tanpa pembelaan, kerana musuh-musuh PAS menghalang PAS dari membiarkan Umno BN terus menari gembira tanpa penentangan. Benarkah mereka menentang Umno BN dengan cara mereka ini?
Saya inginmenarik perhatian umum kepada kenyataan Pengarah UKOM Terengganu, Datuk Muda Mamat bahawa, hanya PAS sahajalah yang akan memberikan tentangan kepada Umno BN . Ya Datuk, PAS pasti akan menentang segala penyelewengan dan salah laku Umno BN di mana sahaja di Malaysia ini bagi menjamin hak Islam dan rakyat disempurnakan mengikut kehendak Allah. PAS istiqamah menentang Umno BN atas nama Islam.
Oleh itu, saya menyeru agar semua lapisan masyarakat untuk hadir ke program besar PAS hari ini iaitu Harap 3.5 di Kampung Raja, Besut bagi melihat sendiri bagaimana PAS dengan dilandasi Islam, akan menggantikan Umno BN yang sebenarnya sudah tidak diperlukan lagi dalam arus politik tanah air sebagai pemerintah. Islamlah yang semestinya memerintah dengan penuh keadilan, mengikut asas yang telah disediakan dalam al-Quran dan hadis. PAS telah membuktikan berjaya mengangkat martabat Islam ketika memerintah dahulu walaupun dengan segala kepayahan dan halangan. Dan sekarang, PAS insya Allah akan kembali memerintah Terengganu dan akan melakukan hal yang lebih baik bagi Islam. Jom kita ke Harap 3.5 dari 23 hingga 25 Februari 2017.
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
26 Jamadil Awwal 1438 / 23 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 23/2/2017 Sumber HD - 23-2-2017
PAS Bimbang Peluang Kerja Anak Muda ‘Disapu’ Warga Asing Tak Sah
KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengucapkan syabas dan berterima kasih kepada pihak Imigresen khususnya yang telah pun menjalankan tugas dengan baik membanteras kegiatan kemasukkan warga asing yang tidak sah, melibatkan sektor industri perladangan dan minyak dan Gas.
Kedua-dua sektor itu, menurut Ketua Penerangannya, merupakan sumber ataupun tempat untuk mencari rezeki bagi pekerja tempatan bagi golongan muda yang berada di kawasan sekitar juga di dalam negeri Terengganu ini khususnya.
Oleh itu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, PAS bimbang lihat rekod kemasukkan warga asing yang tidak sah yang agak besar.
“Kalau kita lihat rekod kemasukkan warga asing yang diambil daripada rekod akhbar Berita Harian pada 19 Oktober 2016, ianya sangat membimbangkan,
“kira kira 41% daripada pekerja asing di Negara ini adalah tanpa dokumen atau tanpa izin. Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem, berkata setiap 10 pekerja asing yang sah, terdapat 7 lagi yang menyalahi undang undang,
“beliau juga berkata pada ketika ini terdapat 1.9 juta pekerja warga asing yang sah yang bekerja di Negara ini dan pada tahun lalu beliau menyatakan bahawa kira kira 6.7 juta orang di anggarkan masuk secara haram dan tidak sah,”ujarnya ketika ditemui di Pejabat PAS di Taman Seri Intan di sini, Selasa 26 Oktober.
Katanya, ia adalah satu gejala yang tidak parah dan kritikal kerana ia mampu memberikan kesan negatif kepada sosial ekonomi Negara dan seterusnya boleh menyebabkan kadar pengangguran di kalangan pemuda warga tempatan.
Justeru itu, kata beliau, PAS Terengganu sentiasa komited dan memandang serius pada isu ini kerana ianya melibatkan ketidakstabilan ekonomi dan pembangunan sosial pada golongan remaja khususnya di Terengganu.
“PAS Terengganu juga berharap dan menyeru kepada pihak Kerajaan dan juga badan berwajib untuk terus bertangungjawab memantau kontraktor-kontraktor yang terlibat yang sewenang-wenangnya mengunakan pekerja asing yang tidak sah di dalam sektor perindustrian di Kerteh dan juga Kemamanm,”tegasnya
Katanya, PAS Terengganu juga mengesa kepada pihak Kerajaan supaya lebih peka dan prihatin terhadap masalah ataupun suara anak tempatan.
“ramai di antara mereka kehilangan pekerjaan kerana faktor peluang pekerjaan yang agak tipis yang disebabkan oleh kemasukkan warga asing di dalam industri perladangan dan industry minyak dan gas,”tambahnya.
KUALA NERUS – PAS Terengganu menyifatkan Bajet 2017 yang baharu diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak itu sebagai ‘Bajet pilihan raya’ Barisan Nasional (BN).
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata Bajet 2017 itu adalah bajet pilihan raya bagi menaikan imej Najib dan parti Barisan Nasional.
Menurutnya, rakyat dan para pengundi ‘digula-gulakan’ dengan janji-janji manis parti pemerintah Umno-BN.
“Ini bajet pilihan raya untuk menaikan imej Najib dan parti Barisan Nasional sahaja, untuk (naik) populariti pemimpin Umno itu.
“Rakyat dan pengundi-pengundi diberi dengan janji-janji manis dalam Bajet 2017,” ujarnya ketika berucap pada Himpunan Mujahidah 4 Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq), Kuala Nerus, Sabtu 22 Oktober.
Hadir sama pada himpunan itu, Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) PAS Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman, Setiausaha PAS Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang dan Ketua Muslimat PAS Kuala Nerus, Hajah Jamilah Jusoh.
Dr Alias selaku Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Nerus menegaskan pembentangan Bajet 2017 itu sebagai ‘signal’ Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan diadakan lebih awal.
Bahkan, katanya kemungkinan juga itu merupakan bajet terakhir Dato’ Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional sebelum pilihan raya.
“Kita (PAS) harap semua jentera parti disemua peringkat bersiap siaga. Ini (bajet) signal kepada kita bahawa PRU14 akan diadakan lebih awal.
“Saya jangka pilihan raya akan diadakan selewatnya bulan Jun tahun depan (2017). Ini mungkin bajet terakhir Najib dan BN sebelum pilihan raya akan datang,” tegasnya dihadapan lebih 500 petugas parti muslimat.
Justeru, katanya Muslimat PAS perlu meningkatkan kerja-kerja parti secara luar biasa dalam tempoh masa enam bulan ini.
“Muslimat, muslimat, pemuda dan ulamak kena kerja kuat. Setiap hari kita (PAS) kena kerja. Masa ada enam bulan lagi dari sekarang.
“Kita (PAS) kena buat kerja luar biasa untuk tarik pengundi-pengundi bersama dengan PAS, Insya’Allah,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal.
Menurut Dr Alias, pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) kini telah selesai melawat 23 dari 32 kawasan Dun di negeri ini bagi meninjau persiapan jentera pilihan rayanya
KUALA NERUS – Para petugas Muslimat mestilah bersedia untuk berkorban harta benda, masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai keredhaan Allah, yang dituntut ke atas setiap orang Islam yang berjihad untuk menegakkan agama Allah yang syumul.
Penasihat Himpunan Mujahidah 4.0, Ustazah Jamilah Jusoh berkata firman Allah yang bermaksud ” sesungguhnya Allah telah membeli dari orang – orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah maka di antara mereka ada yang membunuh dan yang terbunuh”.
“para sahabat yang mulia kita semua perlu menyumbang dan berkorban semata untuk Islam seperti Khadijah , Ummu Salamah, Nusaibah, Asma’ dan lain- lain”.
Sebelum itu beliau mengucapkan kesyukuran kerana kita semua dipilih bersama PAS dan diberi kesihatan yang baik.
Tambah beliau juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus (DMPKKN) beliau lagi, “dalam himpunan pagi ini di dewan yang hampir siap bagi bersama menyambung tugas dipikul dengan niat ikhlas Allah akan menyelamatkan diri kita, untuk meraih kemenangan kut tak sempat….. dengan kita capai kemenangan di sana”.
“walau liku kita tempuh kian tajam jurang ditepi kian dalam , kepanasan makin membakar namun dengan pertolongan Allah serta bimbingan ulama’ In shaa Allah kita akan selamat,”ujar beliau dengan penuh semangat di Himpunan Mujahidah 4.0, di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa ( KOMTAQ) Kuala Nerus di sini semalam.
Katanya, segala gerak kerja anggota mujahidah mestilah menguntungkan jamaah, gerak kerja merugikan hendaklan dihindari sama ada dari lidah atau perbuatan, semua itu menjadi tanggungjawab kita yang perlu sangat diambil perhatian.
Menurutnya, para Muslimat perlu bekerja dengan ikhlas untuk mendapat redha Allah, menurut arahan dan program jamaie.Kepatuhan dan ketaatan kepada jamaah adalah kepatuhan kepada Allah dan Rasul S.A.W. Kecuaian akan merugikan diri dan jamaah. Jawatan yang ditugaskan itu bererti menerima amanah. Tiap- tiap petugas mestilah mrnganggap kecuaian akan mencacatkan jamaah tugasanya itu adalah yang terpenting.
Mujahidah juga hendaklah menganggap dirinya adalah jundi dan syiarnya ialah KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH. Kerja yang sempurna Al – Itqan dan Al – Ihsan adalah menjdi budaya kerja kita”. Tegas beliau lagi.
“tidak ada Islam melainkan dengan jamaah dan tidak sempurna jamaah tanpa peminpin – tidak ada ertinya kepimpinan tanpa ketaatan.
“In shaa Allah Muslimat Kawasan Kuala Nerus bersama pimpinan Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang,”tegasnya.
Beliau berharap, para petugas Muslimat diberi kekuatan, kesabaran oleh Allah untuk kita terus berjuang lebih bersungguh yang tdak berbelah bagi agar dapat mengekalkan tiga DUN dan Parlimen Kuala Nerus seterusnya akan mencapai kemenangan bagi dun ke empat.
Seramai 500 mujahidah yang hadir dari empat DUN dalam Parlimen di Kuala Nerus hadir pada program tersebut.
DUNGUN – Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, riadah dapat menyihatkan tubuh disamping mengelakkan daripada melakukan maksiat.
“Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemain-pemain yang dapat menterjemahkan semangat kesukanan dan ukhwah antara satu sama lain sepanjang kejohanan ini berlangsung,
“Bermain bola sepak antara sukan yang digalakkan oleh Islam. Ini kerana jika kita beriadah hingga mengeluarkan peluh kita dapat melalaikan atau lupa daripada melakukan maksiat kepada Allah,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis penutup Kejohanan Bola Sepak 9 sepasukan Piala Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun 2016 di sini pada 22 Oktober.
Beliau turut mengucapkan tahiah buat penganjur lupa daripada melakukan maksiat berjaya mengadakan program yang dapat mengumpul pemuda daripada empat DUN dalam Parlimen Dungun.
Kejohanan tersebut yang berlangsung di Padang Bola Kampung Nyior, Paka telah menyaksikan pertarungan 33 pasukan dari seluruh Daerah Dungun, selama 2 hari bermula 21 Oktober.
Perlawanan yang berakhir petang semalam merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh DPPKD.
Ustaz Kamaruzzaman turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Pasukan Din Spek Trading FC (DST FC) daripada DUN Sura berjaya menjuarai dengan mengalahkan Bukit Besi FC (BBFC) daripada DUN Bukit Besi dengan jaringan 3-2. DST FC menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000 beserta piala dan medal.
Manakala BBFC membawa pulang wang tunai RM800 dan medal.
Tempat ketiga dan keempat dimiliki oleh Sungai Buaya FC (SBFC) daripada DUN dan Kebangkitan Anak Muda Santung FC (KAMS FC) daripada DUN Paka. SBFC membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 dan medal. Sementara KAMS FC membawa pulang wang tunai RM300 dan medal.
Pengarah program, Bari’ Asyraf Mohd Safian yang juga Ketua DACS DPPKD ketika dihubungi mengatakan, keempat-empat pasukan DST FC, BB FC, SB FC dan KAMS FC akan dipilih bagi mewakili Daerah Dungun dalam kejohanan Bola Sepak 9 Sepasukan Piala Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu 2016.
Kejohanan tersebut akan diadakan pada 4 dan 5 November 2016 bertempat di Padang Bola Akademik Bomba dan Penyelamat, Wakaf Tapai, Marang.
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) merakamkan rasa sedih dan dukacita yang mendalam diatas pemergian Al-Marhum Ustaz Zahari Muhammad, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini, Ahad, 22 Muharram 1438, bersamaan 23 Oktober 2016.
Dengan pemergian beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jabi pada tahun 1990, BPPNT kehilangan seorang tokoh yang sangat gigih di dalam perjuangan parti.
Sumbangan dan jasa beliau begitu besar, bukan hanya kepada PAS bahkan kepada kepada seluruh rakyat negeri Terengganu dan Malaysia amnya, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri yang sangat aktif, memberikan pandangan dan mengambil bahagian dalam setiap perbahasan.
Ketika Pas berjaya menjadi kerajaan pada tahun 1999 – 2004, Almarhum telah diamanahkan menjawat jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Terengganu yaitu Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.
Antara jawatan yang pernah beliau pegang ialah Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu, Ajk Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu, TYDP Pas Kawasan Setiu, Pengarah MTD Jabi dan pelbagai jawatankuasa yang lain di pelbagai peringkat.
Saya dan seluruh saf kepimpinan BPPNT serta ahli dan penyokong PAS negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum.
Semoga Allah S.W.T mengampunkan semua dosa Almarhum dan memberi pahala yang setingginya kepada Almarhum atas segala kerja jihad dan khidmat yang telah beliau berikan dalam sepanjang memegang pelbagai jawatan dalam PAS.
Semoga keluarga almarhum tabah dan sabar di dalam menghadapi musibah ini.
YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
Ahad, 22 Muharram 1438 bersamaan 23 Oktober, 2016
Beliau yang pernah menjadi Yang Dipertua PAS Setiu bagi sesi 1985-87 juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar Terengganu semasa pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dan sanak saudara allahyarham.
"Bagi pihak Majlis Tindakan Dun Jabi, saya rakamkan ucapan takziah dengan rasa kesedihan yang mendalam kepada seluruh keluarga dan sanak saudara Allahyarham.
"Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada keluarga dan sanak saudara dalam menerima musibah ini," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas.
Katanya, kepulangan Ustaz Zahari ke rahmatullah bukan sahaja kehilangan kepada kaum keluarga tetapi juga merupakan kehilangan besar kepada PAS Jabi.
Semoga Allah menempatkan beliau bersama para syuhada dan solehin.
Biodata ringkas Allahyarham Ustaz Zahari.
ZAHARI bin Mohamad dilahirkan dalam sebuah keluarga petani di Kampung Apal, Besut, Terengganu, pada 15 November 1952. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Apal dekat rumahnya (1958-1963) beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Jerteh (1964-1969), sebelum menyambung lagi ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA) di Batu Burok, Kuala Terengganu (1970-1973).
Atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, pemburuan pendidikan Zahari terhenti beberapa lama. Beliau hanya menyambung kembali pengajiannya pada tahun 1981, dalam jurusan Pengajian Islam, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berjaya memperolehi ijazah Sarjana Muda pada tahun 1984.
Beliau sempat berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah di Terengganu selama hampir dua tahun (1984-1986), sebelum meletakkan jawatan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1986. Beliau yang mewakili PAS di Dun Jabi mengutip 2,941 undi, bagaimanapun tewas dengan 550 undi.
Pilihan Raya Umum 1990, beliau yang memperolehi 4,210 undi berjaya mengalahkan calon BN dengan majoriti 1,036 undi.
Keputusan Pilihan Raya Umum 1995 bagaimanapun amat mengejutkan banyak pihak. Ustaz Zahari yang mempertahankan Dun Jabi tewas dengan hanya 27 undi kepada calon BN.
Peristiwa tersebut bagaimanapun membuka kembali peluang bagi Ustaz Zahari untuk meneruskan perburuan ilmunya. Beliau menyambung kembali pengajiannya di UKM, di peringkat Sarjana, pada tahun 1997, dan dua tahun kemudian berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Pengajian Islam.
Pada tanggal 14 Disember 1999, iaitu kira-kira dua minggu selepas pembentukan kerajaan baru pimpinan PAS di Terengganu, Ustaz Zahari Mohamad telah dilantik menjadi Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar Terengganu. - HARAKAHDAILY 23/10/2016 Sumber HD - 23-10-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA NERUS – Masyarakat khususnya orang Islam perlu menyedari bahawa ‘berita’ adalah satu perkara yang sangat penting.
Timbalan Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (Terengganu) Sazali Mohd Noor berkata, perkataan ‘berita’ itu diungkapkan pada 86 tempat di dalam al-Quran, menunjukkan sangat mustahak.
“Berita adalah sangat penting dalam Islam, kerana itu, Allah SWT telah menyebutkan perkataan berita itu pada 86 tempat di dalam kita sucinya, al-Quran, Al-karim,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mengendalikan Bengkel Media Siri 1, PAS Kawasan Kuala Nerus di sini pada Jumaat 21 Oktober 2016.
Justeru itu, kata beliau, masyarakat perlu menghargai peranan penulis atau kini dipanggil sebagai wartawan yang mendengar, mencatat dan menulis serta menyebarkan maklumat yang benar.
“Setiap berita (yang ditulis) itu yang menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat adalah satu ibadat,
“wartawan (mereka yang) mendengar, mencatat dan menulis adalah sangat penting, kerana tanpa mereka, kita tidak dapat tidak akan dapat membaca hadis dan membaca al-Quran pada hari ini,”jelas beliau.
Seramai 20 orang perserta mewakili setiap DUN dan agensi dalam PAS Kuala Nerus menyertai bengkel itu.
Majlis perasmian penutupnya telah di sempurnakan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang.
KUALA TERENGGANU: A bunch of gas-filled balloons exploded at a public event here today, injuring about 30 people including children.
The incident took place at about 11.30am at Dataran Batu Burok during the Walk for the Blind event when an official tried to release the tethered balloons with a cigarette lighter.
Kuala Terengganu Police chief ACP Idris Abd Rafar said the police received a report on the incident and were conducting an investigation.
“The incident happened during the World Sight Day event organised by the Terengganu Health Department. We are investigating.
“Many of the people were injured in the head, face and hands. They were taken to the Sultanah Nur Zahirah Hospital,” he said when contacted by Bernama. — Bernama
SETIU – Beratus ekar projek sawah padi kampung Jelapang Langkap, dekat sini tidak diusahakan seolah-olah ada pihak yang ‘nak mapuh’ projek yang diusahakan oleh mantan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said.
Pelbagai masalah yang dihadapi oleh para petani yang mengusahakan, bermula dari bekalan benih padi, bekalan air yang tidak mencukupi, tidak ada pegawai yang ambil ‘cakna’ dan bekalan baja yang dihantar tidak kena pada masanya.
“janji untuk memberi tanah kepada mereka sebagaimana diucapkan Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ‘hanya tinggal janji’ sahaja”
Sehingga hari ini, pesawah Abd Rahman Awang Nor berkata, janji untuk memberi tanah kepada mereka sebagaimana diucapkan Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ‘hanya tinggal janji’ sahaja.
“masa perasmian Perdana Menteri janji nak beri tanah seluas 10 ekar seorang………sampai le ni tak tahu ke mana dan tapak yang dibersihkan dulu dah jadi hutan,
“yang diusahakan sekarang adalah tanah lama, yang kerajaan PAS beri satus hak milik sementara dulu,”ujarnya kesal.
Menurutnya ada tanah yang dimakluman ‘beri mulut’ kepada orang kampong tetapi hanya kepada Pemuda dan Puteri Umno sahaja.
Beliau turut mengadu, bekalan air tidak mencukupi, dan waktu musim panas lalu, punca air kering dan ada pihak yang mengepam ‘air masam kelat’ menyebabkan hasil padi tidak menjadi.
“sumber air ada, tapi tak diperbesarkan……….ada empangan kecil tapi masa musim kering, air tak cukup……..lepas tu ada orang pam air tak molek,
“sumber air ada, tapi tak diperbesarkan……….ada empangan kecil tapi masa musim kering, air tak cukup”
“pembesaran padi terencat dan buah padi tak jadi,”katanya, yang menyebabkan pesawah rugi pada musim lalu.
Katanya, kerajaan sepatutnnya meluaskan takungan air di Kampung tersebut kerana tanah yang direzabkan untuk tujuan itu itu telah pun ada.
Seorang pengusaha lain, Zawawi Abdul Rahman berkata, beliau terpaksa membeli sendiri benih pada dari daerah Besut kerana pihak Jabatan Pertanian tidak dapat membekalkannya dengan mencukupi.
“kita pergi beli sendiri benih padi, taka da yang dibekal……ada sedikit sahaja tak cukup. Ada wakil rakyat bawa tapi setakat ‘ambil nama’ sahaja,
“umpama ‘melepaskan batuk ditangga’,”katanya ketika ditemui dan menambah belau terpaksa membayar sebanyak RM1.70 untuk sekilogram benih.
“bekalan baja yang dihantar tidak kena pada masanya”
Ditanya tentang pegawai yang terbabit, yang membantu para petani untuk memberi khidmat nasihat, beliau hanya menggelengkan kepada.
“tak ‘cara’………tak ada pegawai yang datang beri panduan dan nasihat, ada (Persatuan) Peladang hantar baja, tapi tak kena jadual.
“tu baja ‘urea’ (untuk pembesaran padi) baru hantar minggu lepas……..tapi sekarang ini padi dan dah berbuah, dah tak sesuai,”jelas beliau.
Sehubungan itu, bekas Pegawai Jabatan Pertanian Abdul Raof Mohamad menyifatkan keseluruhan projek sawah padi yang telah membelanjakan kira-kira RM 50 juta itu tidak mencapai sasaran.
Katanya ia adalah berpunca dari kelemahan pentadbiran jabatan terbabit dan pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
“saya sifatkan, keseluruhannya projek ini gagal, tidak mencapai sasaran sebagaimana yang dikendakki, kerana kelemahan pengurusan agensi dan Jabatan dalam dalam Kementerian Pertamian dan Industri Asasa Tani (MOA),
“dari segi buka tanah untuk pertanan O.K lah, tapi hasilnya tak tercapai,”tegasnya.
SETIU – Semua orang Islam wajib menyokong pindaan Akta 355 yang akan memperkasakan mahkamah syariah, sesuai dengan undang-undang yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Dr Alias Razak menyeru rakyat negeri ini agar bersama-sama PAS agar Islam dapat dilaksanakan
“perlunya kita orang Islam menyokong pindaan akta 355 ini untuk meninggikan martabat Mahkamah Syariah mengikut perintah Allah,
“Tidak boleh buat semua jangan tinggal semua………Ini dasar dan matlamat PAS hendak meninggikan syariat dalam negara dan negeri Darul Iman kita (kususnya),”katana ketika berucap pada program ‘Flashmob’ dan agihan risalah berkenaan pindaan terbabit.
Program anjuran PAS Kawasan Setiu diadakan di Simpang Empat dan tapak pasar malam Kampung Guntung Luar, Setiu pada petang Rabu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu yakin, apabila lulusnya pindaan tersebut, ia akan dapat mengurangkan jenayah dan menyelamatkan generasi akan datang.
“ini tanggungjawab kita…………..inilah masanya untuk kita melaksanakan undang-undang Islam bagi menyelamatkan masa depan anak-anak, cucu cicit kita dari gejala zina, minum arak, buang anak dan segala larangan Allah,” tegasnya.
Sehubungan itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, Islam sebagai rahmat bagi sekelian alam akan dapat di lihat bila syariaT di laksanakan.
Beliaut menuntut sokongan semua golongan masyarakat agar dapat bersama PAS dalam menyokong pindaan yang telah di bawa oleh Ahli Parlimen Marang parlimen Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Program tersebut turut di sertai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Muslimat, Unit Amal, Ameerah serta DACS Kawasan yang berkonvoi dengan motosikal masimg-masing ke lokasi program.
DUNGUN – Persatuan Pengguna Dungun (PADU) mendesak kerajaan negeri Terengganu dan Syarikat Air Terengganu (SATU) memberikan penjelasan tentang bekalan air yang berkarat.
Pengerusinya Haji Abd Hamid Ismail berkata, pihaknya menerima aduan dari orang ramai sekitar daerah ini, yang menyatakan, mereka menerima bekalan air yang berwarna ‘perang’ dari paip air SATU.
“Orang ramai mengadu bekalan air mereka tak selamat dan mereka terpaksa menanggung kos air minuman yang tinggi,
“yang terpaksa dibeli bagi mengelakkan sebarang mudharat,”ujarnya.
Menurutnya, pihak beliau telah mengemukakan laporan kepada SATU Dungun pada 23hb Julali 2016, namun sehinggan kini, belum ada apa-apa perubahan dalam mutu air yang di bekalkan.
Justeru kata beliau, oleh kerana SATU adalah sebiah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Terengganu, adalah menjadi kewajipan kepada Wisma Darul Iman untuk menjelaskan perkara tersebut.
“saya dah buat ‘report’ pada 23 Julai lalu dan saya dah telefon balik hari ini, tapi pihak SATU hanya jawab, laporan akan diserahkan kepada pihak yang berkenaan,
“saya tidak puas hati……sebab saya dapat maklumat, punca air berkarat itu adalah kerana paip lama yang perlu di ganti……..tapi menurut maklumat itu, kerajaan negeri tidak ada peruntukan………tak tahulah saya sama ada benar ata tindak,”jelasnya ketika menghubungi phak kami.
Kataya, mungkin secara ‘maka kasar’ orang ramai tidak dapat melihat keadaan air yang berkarat itu, tetapi ia adapt dikesan oleh para pengguna yang mempunyai penapis air diluar rumah.
Beliau turut menghantar ‘klip video’ membuktikan dakwaan beliau adalah berasas.
Buat julung kalinya Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu (DPPKT) akan menganjurkan karnival berkonsepkan jualan dari boot kereta atau dikenali Kuala Terengganu Car Boot Sale (KTC). Program ini akan diadakan pada hari Selasa, 25 Oktober 2016 bertempat di Dataran KoKhidmat (perkarangan Mydin) Kuala Ibai.
Car Boot Sale yang sudah popular di negara luar adalah menjadi platform para usahawan mengetengahkan produk jualan dengan konsep yang ringkas tetapi menarik. DPPKT menawarkan peluang kepada para usahawan ini dalam karnival KTC yang bakal diadakan. Alhamdulillah, kami menerima puluhan penyertaan daripada anak muda dari kalangan peniaga makanan, aksesori, buku dan sebagainya.
KTC bakal dimeriahkan dengan forum santai pada sebelah malamnya dengan penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus, Saiful Apek dan Nuar Al Khattab. Di samping tetamu khas Ketua Pemuda Pas Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman.
Selain itu, beberapa kaunter perkhidmatan turut dibuka antaranya Perkhidmatan Pembayaran Bil (TNB, SATU, Astro, TM dan sebagainya) dan Kaunter Semakan Daftar Pemilih serta pameran daripada agensi pemuda.
Saya mewakili pihak penganjur menjemput seluruh warga masyarakat untuk hadir beramai-ramai memeriahkan karnival yang akan bermula dari jam 5.00 petang hingga 11.45 malam.
KUALA TERENGGANU – Menjelang bajet 2017 yang akan dibentang di parlimen dan Dewan Undangan Negeri, kerajaan negeri disarankan agar menggesa kerajaan pusat meningkatkan kemudahan kesihatan bagi rakyat Terengganu.
Pembentang Kluster Kesihatan danKebajikan Kongres Rakyat Terengganu Dr. Mujahid Fauzi mengulangi gesaan agar kesesakan di wad-wad hospital di negeri ini dapat di selesaikan bagi menampung jumlah penduduk hang semakin bertambah.
Katanya, jumlah katil bilangan katil di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZKT) yang ada sekarang hanyalah sebanyak 989 buah selepas penambahan pusat rawatan ibu dan bayi.
“sedangkan jumlah penduduk Terengganu bagi tahun 2015 ialah 1,153,500 orang, di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang (jumlah penduduk) tahun 2015 ialah 488,040 orang,
“dan hanya sebanyak 989 katil di HSNZ yang disediakan. HSNZ (juga) terpaksa menerima kes rujukan dari daerah-daerah lain seperti Besut, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun,”jelasnya.
Beliau nenegaskan, bilangan katil tidak selari dengan pertambahan penduduk di dudaerah-daerah terbabit.
Sehubungan itu, beliau meminta agar pembinaan hostital Dungun, Kemaman dan UniSZA dipercepatkan bagi menampung kekurangan tersebut.
“cadangan pembinaan Hospital Dungun yang baru, telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi sehingga kini masih belum terlaksana…..walaupun dilaporkan kerja-kerja sas telah dimulakan,
“mantan Menteri Besar Terengganu pernah membangkitkan isu ini pada Ogos 2011 sedangkan perancangannya adalah pada RMK ke 8 lagi. Sepatutnya pihak kerajaan terus mendesak supaya kemudahan kesihatan ini di pertingkatkan.
“Sekarang ini kite berada pada tahun 2016, yang mane satu dekad berlalu dengan janji untuk pembinaan hospital ini. Apakah status pembinaan hospital ini?, adakah kite perlu menunggu satu dekad lagi bagi menjadikan ia sebagai sebuah hospital yang realiti bagi menampung keperluan rakyat?,”soal beliau.
Sementara itu, kata beliau, rakyat Kemaman masih ‘berputih mata’ untuk melihat seguah hospitalbaharu walaupun pembinaanya sudah sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)
“sehingga kini masih lagi tidak dapat kita lihat………di manakah hospital ini.? Jika kita melihat hospital Dungun yang sudah dalam RMK ke 8 masih belum nampak hasilnya, bermakna hospital Kemaman perlu menunggu lebih lama lagi untuk di laksanakan,”tegasnya.
Begitu juga, kata beliau, berkait pembinaan Hospital UniSZA yang dilaporka sudah di lantik kontraktornya, tetapi ini masih tidak dapat dilaksanakan juga.
“saya dimaklumkan (ia lambat) di sebabkan isu tanah yang tidak mencapai kata sepakat diantara kerajaan negeri dan pusat. Isu yang mana sehingga hari ini tidak mempunyai jalan penyelesaian dan membawa kerugian kepada rakyat Terengganu,
“yang terpaksa bersesak di HSNZ sedangkan kitk sepatutnya menerima tambahan hospital universiti ini di Kuala Nerus,”ujar beliau.
Tambah beliau, sepatutnya hospital UniSZA sudah dapat menampung keperluan penduduk di Kuala Nerus sebagamana yang dijanjikan akan siap pada tahun 2017
KUALA NERUS – Ikhtiar mencari jalan mencegah atau merawat penyakit adalah dituntut agama.
Pakar Perubatan Keluarga Dr. Suhazeli Abdullah berkata, Kanak-kanak yang sihat pun akan terdedah kepada penyakit cegahan vaksin.
“Sistem imuniti kanak-kanak belum matang dan mudah terdedah kepada penyakit yang memudaratkan dan mengancam nyawa,
“Vaksin dapat membantu menguatkan sistem imuniti untuk melindungi diri mereka, keluarga dan masyarakat juga mengawal wabak dan membasmi penyakit dalam jangka masa panjang,”jelasnya.
Beliau berkata demikian di dalam satu program Penerangan Kesihatan anjuran NGO Nisa’ Kuala Nerus di pentas ‘Food Court Mydin Mall dekat sini pada Jumaat 14 Oktober.
Oleh itu, kata beliau, haruslah kita ikhtiar mrncari kaedah kesembuhan dan pencegahan.
“(ia) bukan bermakna jika kita mengambil ubat, kita dikira sebagai menentang kejadian Allah melawan fitrah manusia yang cukup sempurna,”tambah beliau.
” Saya menyeru agar semua melihat akan kejayaan yang telah diraih melalui pemberian vaksin kepada umat manusia sejak berkurun lamanya,”katanya.
Sebagai, kata beliau, contoh dalam tempoh 14 tahun ( 2000-2014) vaksin Campak telah menyelamatkan 17.1 juta nyawa kanak-kanak dari diserang penyakit Campak seluruh dunia.
Begitu juga dengan beberapa penyakit berjangkit lain yang berbahaya seperti Difteria, Pertussis, Polio dan sebagainya.
Beliau yang juga Pegerusi Yayasan Amal Terengganu menyeru kepada orang ramai agar lakukan sesuatu demi kesinambungan generasi mendatang.
“kita tidak mahu berpatah balik ke zaman yang penuh kesengsaraan akibat serangan penyakit berjangkit seperti cacar, polio dan sebagainya. Wujudnya ilmu imunisasi ini adalah anugerah Allah yang mahu manusia berfikir ,”tegasnya.
Sehubungan itu, Pengarah Program Wan Nur Sakinah Binti Din berkata, program tersebut dapat memberi pendedahan dan pengetahuan umum mengenai vaksin lebih-lebih lagi kepada ibu muda dan bakal ibu yang ragu-ragu tentang penggunaan vaksin kepada anak-anak.
Beliau juga merupakan Ketua Nisa’ Kawasan Kuala Nerus menambah ” Melalui program sebegini dapat mendidik dan menggalakkan masyarakat umumnya mencari pengetahuan yang benar tentang sesuatu info dengan tepat”.
DUNGUN – Pasukan Kembara PAS Kemaman (PAS Kemaman Adventure Team – PAKAT) menyambut baik cadangan pihak Ibu Pajabat Polis Daerah Kemaman untuk menjadikan Kembara Santai bersama Ketua Polis Daerah (KPD) sebagai acara tahunan.
Presiden PAKAT Haji Johan Ismail berkata, program yang julung kali diadakan diadakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu amat baik bagi meningkatkan ukhuwah dikalangan pemilik kenderaan pacuan empat roda (4WD).
“Sepanjang 20 tahun saya tinggal di Kemaman dan menyertai aktiviti lasak ini sejak tahun 2000, inilah kali pertama polis menganjurkannya,
“Saya cadang supaya ia dijadikan sebagai aktiviti tahunan yang dapat meningkatkan ukhuwan Islamiyah,”ujarnya.
\Beliau berkata demikian kita menyampaikan ucapan pada majlis perkenalan perkemahan Kembara Santai Bersama KPD Kemaman di Sungai Kelmin Jumaat 14 Oktober.
Perjalanan dan keseluruhan Kembara yang bermula pada Jumaat dan berakhir pada Sabtu petang turut disertai KPD Kemaman Mohd Said Ibrahim dan Pengerusi Kelab-kelab Kembara serta lebih 200 perserta ekspedisi itu.
Bendahari PAS Kawasan Kemaman itu berkata, PAS mengalu-alukan program tersebut yang disifatkan sebagai bertepatan dengan prinsip poltik matang dan sejahtera yang dianjurkan parti itu
KUALA LUMPUR: Laporan mengenai kenaikan kadar tol yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu, menurut Kementerian Kerja Raya.
Dalam kenyataan Jumaat malam, kementerian itu berkata laporan yang diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu adalah berita lama dan telah dikitar semula.
"Ini jelas apabila laporan berkenaan memetik tarikh dan hari yang salah dengan menyebut kenaikan tol kononnya akan berkuat kuasa pada Isnin 16 November, padahal 16 November 2016 jatuh pada hari Rabu," kata kenyataan itu.
Kementerian itu menegaskan bahawa sehingga kini belum ada sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol.
Sumber TKO - 15-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Aplikasi Najib kena serangan Komen Sinis Posted on Thursday, October 13 @ 06:50:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Baru sahaja diumumkan hari ini, pengkritik terus tidak memberi muka kepada aplikasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain ramai yang memberi penarafan satu bintang di Google Playstore, terdapat juga yang tampil dengan lima bintang sinisnya.
Isu kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya antara yang paling banyak dibangkitkan pengkritik.
Pengguna bernama Kenneth Ho misalnya menarafkan Najib Razak dengan lima bintang dengan alasan aplikasi itu membuatkannya menjadi kaya raya hanya dalam tempoh semalaman.
“Selepas saya muat turun aplikasi ini, saya log masuk perbankan Internet dan saya tidak percaya apa yang mata saya nampak.
“Biasanya saya tidak ada lebih RM1,000 dalam akaun bank. Bagaimanapun kini saya lihat penderma murah hari masukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun saya.
“Terima kasih Jibby kerana buat saya jadi kaya hanya dalam tempoh semalaman saja,” sindirnya.
Kebetulan, setakat laporan ini dikemas kini pada 4.52 petang ini, rating semasa menunjukkan angka 2.6 bintang.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali bagaimanapun telah membersihkan dirinya daripada sebarang salah laku.
Najib sendiri menafikan beliau menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Selepas diiikuti meluas di media sosial, Najib hari ini mengumumkan aplikasi telefon bimbit beliau sendiri untuk membawakan perkembangan terkini kepada rakyat Malaysia.
Aplikasi telefon Android dan Apple itu menggabungkan blog Najib dan akan media sosialnya termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan Flickr.
Sementara itu, terdapat juga pengguna yang 'memuji' aplikasi itu dapat mengelakkan telefon Samsung Galaxy Note 7 daripada meletup.
“Aplikasi ini secara proaktif boleh elak potensi letupan bom. Hebat. Semua perlu muat turun. Saya sayang PM. Dia yang terbaik,” tulis Effi Saharuddin yagn jgua memberikan lima bintang.
Bagaimanapun lebih ramai lagi yang menarafkannya dengan satu bintang tanpa mengulas atau mengulas sedikit ringkas.
Gurvinder Singh: Aplikasi bagus, boleh halau jin.
Ameerul Ameerul: Setelah saya install aplikasi ini kanser saya tiba-tiba hilang.
Hilmi Baharin: Tingkatkan bateri hayat saya, sekat iklan dan paling penting beri saya isyarat 4G walaupun saya tidak langgan plan 4G.
Bagaimanapun terdapat juga pengguna memuji aplikasi itu dapat memudahkan orang ramai berhubung dengan perdana menteri.
T Kinn: Ini akan berikan segala kemas kini berkaitan acara semasa. Terima kasih Datuk Seri Najib.
Tanggal 5 Oktober, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan ingin menghapuskan pertindihan fungsi antara kementerian-kementerian dalam usaha untuk menguruskan perbelanjaan mengurus atau operating expenditure (opex) dengan berkesan.
Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) melihat kenyataan menteri tersebut secara positif dan ingin membangkitkan beberapa perkara berkaitan seperti berikut:
Pertama, Pertindihan antara kementerian-kementerian yang merangkumi pertindihan fungsi agensi-agensi kementerian telah lama wujud dalam pentadbiran kerajaan.
Kedua, Pelbagai pihak telah membangkitkan masalah berikutan pertindihan seumpama khususnya kesan pertindihan terhadap tatakelola, pelaksanaan dan koordinasi dasar kerajaan sehingga menjejaskan keupayaan kerajaan menyelesaikan masalah yang berbangkit.
Ketiga, kerajaan sedang berdepan dengan era pendapatan daripada hasil sumbangan berkaitan petroleum dan produk petroleum telah menurun secara mendadak sehingga andaian penyediaan Bajet yang sebelum ini berasaskan harga minyak mentah Brent sekitar AS$100 setong telah mengalami anjakan baru sehingga andaian baru berasaskan harga minyak kurang daripada AS$50, malah serendah AS$30 hingga AS$35 harus diambil kira.
Keempat, kutipan hasil cukai GST pada suku kedua tahun ini berkurangan sebanyak 30% atau RM3.1 bilion, yakni daripada RM10.2 bilion pada suku pertama 2016 kepada RM7.1 bilion pada suku kedua.
Dalam keadaan sedemikian, kenyataan Menteri Kewangan menonjolkan kebijakan dasar dan betapa kerajaan harus mengambil tindakan segera apabila Menteri Kewangan mengumumkan Bajet 2017 minggu depan.
Seperti yang dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua, pertindihan fungsi kementerian dan agensi berkaitan bukan sahaja menjejaskan tatakelola, tetapi juga menyumbang kepada pelbagai bentuk kebaziran.
Dalam keadaan ekonomi hari ini, kebaziran adalah satu bentuk kegagalan keupayaan kerajaan yang begitu menonjol.
Tetapi apa yang tidak dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua ialah, penelitian kabinet pimpinan Perdana Menteri Najib menunjukkan bahawa, Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan kementerian yang paling banyak bertindih dengan kementerian-kementerian lain.
Sesungguhnya, terdapat satu trend di mana setiap Perdana Menteri baru cenderung membentuk agensi baru dan melakukan rombakan tertentu sehingga bilangan agensi JPM meningkat dan bertindih dengan agensi kementerian lain. Trend ini begitu terserlah setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Mahathir Mohamad dan juga setelah Najib menggantikan Pak Lah.
Sesungguhnya, JPM adalah agensi utama yang mempunyai kontroversi di mana peranan JPM itu sendiri bertindih di antara pelbagai agensi dan kementerian. Dengan demikian, JPM harus diteliti semula aktiviti-aktiviti dan bahagian yang berkenaan serta membuat penyusunan semula bagi mengatasi masalah pertindihan tersebut.
Jabatan Perdana Menteri terlalu besar. Daripada penelitian terkini portal rasmi JPM , di bawah JPM wujud 93 entiti, merangkumi 58 jabatan, 15 badan berkanun, 14 syarikat, lima yayasan, dan satu pertubuhan antarabangsa. Banyak ‘agensi’ JPM didapati memaparkan fungsi yang sama atau hampir sama dengan kementerian lain.
Penghapusan agensi tertentu, susun semula agensi-agensi tertentu dan pemindahan kuasa agensi-agensi tertentu daripada JPM kepada kementerian lain, bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua, tetapi juga mengangkat kedudukan kementerian-kementerian tertentu yang agak tersisih, malah dapat mengembalikan kuasa kepada kementerian-kementerian tertentu yang sebelum ini bertanggungjawab terhadap bidang kuasa tertentu sehinggalah kuasa sedemikian dipindah ke JPM.
KPRU telah membuat kajian atas sejumlah besar ‘agensi’ di bawah JPM. Berdasarkan butiran-butiran Bajet 2016, seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual KPRU di bawah, terdapat 12 ‘agensi’ yang didapati bertindih dengan agensi atau kementerian lain dan 10 ‘agensi’ kewujudannya boleh dipertikaikan apabila dibandingkan dengan agensi lain, atau kementerian lain, atau dipertimbangkan kontroversi fungsinya.
Jadual KPRU: ‘Agensi’ JPM yang bertindih dengan kementerian lain
Butiran
‘Agensi’ JPM
Bertindih dengan kementerian lain
Boleh dipertikaikan apabila dibandingkan
010300
010400
16200
16300
Kawal selia Felda
Seranta Felda
Projek Jalan Felda
Projek Sistem Bekalan Air Felda
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;
Cadangan: Felda di bawah jagaan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
010500
30000
Bahagian PERMATA
Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Care and Education-ECCE)
Kementerian Pendidikan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
010900
Biro Tatanegara
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN);
Catatan: Biro Tatanegara satu agensi yang penuh dengan kontroversi
020000
020300
Unit Perancang Ekonomi (UPE)
Malaysian Development Institute (MDI)
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
Cadangan: UPE wajar diutamakan berbanding PEMANDU
030000
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP)
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
Cadangan: UPP wajar diutamakan berbanding PEMANDU
140000 & 140100
Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
Persoalan: Apa beza Bahagian Hal Ehwal dengan Agensi?
160000, 530400, 540400 & 18000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)
220000
230000
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKP Sarawak)
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah)
Kementerian Pengangkutan
270000
Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Kementerian Wilayah Persekutuan
330000
04200
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
Projek-projek PERDA
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
370000
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)
Unit Perancang Ekonomi (UPE)
390000
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
Kementerian Pengangkutan
410000 & 83000
Malaysian Industry – Government Group for High Technology (MIGHT)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
440000 & 92000
Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
450000
TV AL-HIJRAH
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
460000
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
470000 & 90000
Talent Corporation Malaysia Berhad (TALENTCORP)
Kementerian Sumber Manusia
490000 & 00110
Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
500000
Majlis Profesor Negara (MPN)
Kementerian Pendidikan Tinggi
540700
98000
NKEA – (Oil, Gas, Energy) (Malaysia Nuclear Power Corporation)
Malaysia Nuclear Energy
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Nota: ‘Agensi’ merujuk kepada entiti yang wujud, termasuk agensi, lembaga, bahagian, unit dan seumpamanya menurut konteks perbincangan artikel ini. Sumber: Bajet Negara 2016
Sebagai contohya, PERMATA yang fokus dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak bertindih dengan Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab dalam pendidikan awal atau prasekolah. Oleh itu, PERMATA lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menjaga kebajikan kanak-kanak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat atau di bawah Kementerian Pendidikan. Pandangan pakar pendidikan wajar diambil kira sebelum keputusan dibuat.
Selain itu, PERDA adalah lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang kini telahpun mempunyai lembaga-lembaga yang mirip dengan PERDA bagi negeri lain, iaitu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga pernah berkata PERDA lebih sesuai dikendalikan oleh KKLW berikutan fokus utama agensi berkenaan yang menumpukan kepada projek pembangunan luar bandar dan wilayah.
Seterusnya, salah satu agensi yang sering dibincangkan adalah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). SPAD berlaku pertindihan dengan Kementerian Pengangkutan dalam hal ehwal kereta api (KTM, LRT, ERL) di Semenanjung Malaysia.
Melalui Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, SPAD telah mengambil alih Jabatan Keretapi Malaysia (beroperasi di Semenanjung), yang selama ini mentadbir melalui Akta Keretapi 1991. Oleh itu, SPAD yang bertanggungjawab dalam hal ehwal segala kenderaan perdagangan darat, lebih sesuai diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan untuk pemantauan pengangkutan awam dengan lebih berkesan.
Dengan perbincangan dan cadangan di atas, kami berharap masalah pertindihan fungsi kementerian dan agensi kerajaan dapat diselesaikan bagi mengembalikan kuasa kementerian yang telah diambil oleh JPM, melicinkan tatakelola kerajaan, dan yang penting memenuhi objektif penjimatan yang dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Kedua.
Justeru, kami berasa cadangan ini harus dibawa ke Bajet Negara 2017 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Najib. – HARAKAHDAILY 12/10/2016
Penulis ialah Pengarah eksekutif Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) Sumber HD - 12-10-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
More than 20,000 Malaysians were declared bankrupt last year, a 12 per cent increase from 2012 and close to double the numbers recorded in 2007, Minister in the Prime Minister Datuk Nancy Shukri told the Dewan Rakyat today.
Total numbers of Malaysians declared insolvent last year was 21,987 or 2,412 more than 2012 with those defaulting from car loans topping the list at 26.5 per cent, followed by housing.
The revelation comes just as Negara Bank raised alarms over household borrowing which spiralled to 86.6 per cent of the total value of the entire economy in 2013, up from just over 81 per cent in 2012.
“Yes based on this statistic there is an increase of (bankruptcy) cases,” Shukri said in a reply to Sungai Petani PKR MP Datuk Johari Abdul.
The total number of bankrupts from 2007 to last year is 253,265, she revealed, with those age 25 to 35 topping the list.
But the minister dismissed suggestions that rising insolvency among Malaysians are caused by inflation triggered by Putrajaya’s subsidy rollback, as suggested by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim recently.
“It is more of personal needs and not necessarily economic problems,” she said, citing the higher cases involving defaults in car and housing loans.
Defaults in personal loans took fourth spot on the list of causes of insolvency, she added.
Shukri said the government have redoubled efforts to tackle the problem including outreach programmes and counselling on financial management.
Statistics from the Malaysia Department of Insolvency (MdI) showed a 51 per cent increase in uptake for its services, rising to 39,279 last year compared with 26,021 individuals in 2012.
In addition, the number of bankrupts who paid their debts in monthly instalments had also increased by 4 per cent to 121,051 in 2013 compared with only 116,939 individuals in 2012.
“I have also made it my KPI to reduce bankruptcy,” she told the Dewan Rakyat.
Household debt has crept up steadily over the years as Malaysians grapple with rising cost of living.
Bank Negara said last month that the household borrowing spiralled to 86.6 per cent of the total value of the entire economy in 2013, up from just over 81 per cent in 2012.
The latest increase came even as household lending growth slowed in 2013, growing by 11.7 per cent after increases of 13.5 per cent in both 2012 and 2011.
KUALA LUMPUR: Pengguna di beberapa kawasan Kuala Lumpur, daerah Petaling dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berikutan penutupan loji rawatan air Langat dan Sungai Cheras Batu 11.
Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata loji tersebut ditutup akibat pencemaran bau dari Sungai Semantan, Pahang.
“Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terlibat dan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja pembaikan itu melalui aplikasi telefon bimbit ‘mySYABAS’ atau melayari www.syabas.com.my dan menghantar alamat premis ke nombor 15300 melalui sistem pesanan ringkas, jika memerlukan bantuan air.'
Selasa lalu, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup sekali lagi kerana pencemaran bau di Sungai Semenyih, selepas ia ditutup 3 hari sebelum itu kerana masalah sama.
Susulan itu, beberapa kawasan di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling mengalami gangguan bekalan air, seperti mana sewaktu penutupan pada 22 hingga 24 September lalu.
Loji itu dibuka semula keesokannya, selepas langkah proaktif diambil pihak berkaitan, termasuk melakukan pembenihan awan untuk mempercepatkan penurunan hujan bagi mengurangkan kesan pencemaran di Sungai Semenyih dan seterusnya membolehkan loji beroperasi semula.
KUALA LUMPUR - Cadangan untuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik tidak harus tertumpu kepada sumbangan jumlah besar, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan.
"Ceramah mingguan pembangkang yang melibatkan kutipan derma dengan mengedarkan "tin Milo" untuk mengumpul derma daripada para hadirin juga perlu dikaji.
"Di samping itu, kempen derma melalui tajaan majlis makan juga perlu diambil kira. Mungkin setiap sumbangan adalah kecil tetapi oleh kerana jumlahnya besar, angka terakhir mungkin besar dan boleh mencecah berjuta-juta dalam satu tahun," katanya dalam satu kenyataan.
Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) semalan menggariskan 32 perkara termasuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk meningkatkan integriti dan pembiayaan politik.
Pengerusinya, Datuk Paul Low Seng Kuan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan berkata, cadangan itu akan dibawa kepada Kabinet dalam tempoh dua minggu akan datang sebelum dibentangkan di Parliament untuk dibahaskan dan diluluskan.
Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata undang-undang yang sama dicadangkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi malangnya pembangkang menolaknya bulat-bulat atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh mereka.
"Ia amat mengecewakan kerana pihak pembangkang menggambarkan diri mereka sebagai telus. Idea itu diilhamkan oleh tidak lain dan tidak bukan oleh Perdana Menteri sendiri," .
Abdul Rahman berkata, beliau beliau berpendapat bahawa pembaharuan yang dicadangkan itu akan menyaksikan pemimpin pembangkang berkubur lebih awal.
Abdul Rahman berkata, rasuah semasa pilihan raya bukan hanya tentang wang, tetapi menabur janji secara berlebihan kepada pengundi juga boleh menjadi satu bentuk rasuah.
"Pembangkang memang terkenal dengan amalan ini. Mereka suka menjanjikan bulan dan bintang tanpa mengambil kira akibat buruk kepada ekonomi dan masa depan negara. Siapa pula yang akan memantaunya?," kata beliau.
Beliau berkata, memberi tumpuan semata-mata kepada pembiayaan politik tidak akan berlaku adil kepada usaha kita untuk meningkatkan ketelusan proses pilihan raya di negara ini.
"Ironinya ialah oleh kerana BN adalah kerajaan, rakyat secara automatik fikir bahawa BN adalah pembuli besar. Ini tidak benar. Realitinya pembangkang ialah pembuli besar selama ini melalui kempen memburuk-burukkan kerajaan yang penuh dengan pembohongan dan mereka-reka cerita," katanya. - Bernama/sh
Sumber TKO - 1-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tebusan Malaysia Ditahan Abu Sayyaf, Rayu Bantuan Posted on Tuesday, September 27 @ 06:43:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
PETALING JAYA - Satu mesej bantuan kecemasan telah dihantar oleh seorang tebusan Malaysia yang ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf, merayu pertolongan kerana beliau kelaparan dan telah dipukul. “Kami sudah tidak tahan lagi. Kami dalam kesakitan. Semua kami sakit. Badan kami luka-luka. Kami lemah. Tiada makanan untuk dimakan. Malah, kami dipukul. Ada orang mahu menembak kami. Tolong bantu kami.”
Itulah kata-kata Mohd Ridzuan Ismail, salah seorang daripada lima rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dari perairan Lahad Datu di pantai timur Sabah, 18 Julai lalu.
Pada Rabu, jurucakap Abu Sayyaf, Abu Rami telah menghubungi The Star dari pulau Jolo, selatan Filipina, dan meminta Mohd Ridzuan, 32, bercakap di telefon bagi membolehkan beliau menghantar mesej kepada kerajaan Malaysia.
“Saya adalah tebusan dari Malaysia. Nama saya Mohd Ridzuan Ismail. Dan saya meminta bantuan daripada kerajaan dan majikan saya untuk menyelamatkan kami secepat mungkin,” kata kelasi kapal itu dalam bahasa Melayu.
Perbualan berlangsung selama lapan minit.
“Kami menderita di pulau Jolo. Kami merayu kepada kerajaan Malaysia dan majikan kami supaya berunding tentang pembebasan kami, kami mahu pulang ke rumah secepat mungkin,” katanya dalam nada sedih.
Terdapat kemungkinan Mohd Ridzuan mungkin akan mati di tangan Abu Sayyaf yang telah memenggal kepala tebusan pertama Malaysia, Bernard Then, November tahun lepas.
Mohd Ridzuan, yang berasal dari Pahang, diculik bersama empat rakannya dari Sabah, Tayudin Anjut, 45, Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23, dan Fandy Bakran, 26.
Kapal tunda mereka yang kosong telah ditemui di perairan Dent Haven di kawasan Tambisan, Lahad Datu, berhampiran sempadan laut di selatan Filipina.
Mohd Ridzuan berkata, mereka sedang ditahan dalam hutan.
“Hanya kadang-kadang kami diberi makan. Untuk minum, kami terpaksa mengambil air parit. Jika ada makanan, ia hanyalah nasi untuk alas perut,” katanya.
Ditanya sama ada mereka telah dipukul, Mohd Ridzuan berkata mereka telah dipukul dengan senapang.
“Kami takut. Ini bukan tempat kami. Mereka pukul kami dan beritahu kami bahawa mereka boleh menembak kami.”
Pada waktu malam, beliau berkata tawanan akan diikat.
“Kami tidur di atas tanah. Apabila hujan, kami akan terendam dalam air,” katanya.
Ditanya berapa ramai anggota lelaki bersenjata yang mengawasi mereka, Mohd Ridzuan berkata bilangan mereka ‘terlalu banyak, terlalu banyak untuk dikira’.
Pada mulanya, Mohd Ridzuan berkata orang yang menculiknya ada menghubungi majikannya tetapi akhir-akhir ini pemilik kapal tersebut telah berhenti menjawab panggilan.
“Tolong hubungi bos dan keluarga saya supaya mereka dapat membantu kami pulang ke rumah secepat mungkin.Sudah dua bulan berlalu. Kami tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan,” katanya.
Sehari sebelum Mohd Ridzuan muncul merayu bantuan, Abu Rami dalam satu temu bual telefon berkata penculik telah meminta 100 juta peso (RM8.5 juta) untuk membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan.
Tebusan itu, katanya, telah ditahan di Luuk, kawasan di pulau Jolo oleh seorang pemimpin Abu Sayyaf yang dikenali sebagai Abu Khalif.
Beliau berkata tebusan telah dipisahkan kepada tiga kumpulan.
“Saya diberitahu bahawa tebusan paling tua sedang sakit,” kata jurucakap itu yang memperkenalkan kumpulannya sebagai Al Harakatul Al Islamiyyah.
Abdul Rahim Summas di lokasi yang tidak didedahkan di Pulau Jolo.
Beliau mungkin merujuk kepada Abd Rahim yang berusia 62 tahun.
Ditanya sama ada pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari boleh berunding untuk melepaskan mangsa, Abu Rami berkata: “Hanya jika dia mempunyai 100 juta peso. Jika tidak, maka tidak.”
Beliau juga mendakwa tiada tentera yang muncul di lokasi di mana tebusan itu ditahan, walaupun dengan adanya laporan bahawa tentera Filipina akan melancarkan perang habis-habisan terhadap Abu Sayyaf.
“Mengapa mereka tidak mahu melawan kami?” beliau membuat cabaran.
Pada Ahad, Abu Rami menghantar dua keping gambar tebusan kepada The Star.
Beliau tidak dapat menghantar gambar-gambar itu lebih awal kerana masalah sambungan Internet di bandar Jolo.
Pihak berkuasa Malaysia dipercayai sedang bekerjasama dengan rakan-rakan mereka di Filipina mereka untuk membebaskan tawanan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun enggan membincangkan tentang rundingan untuk membebaskan tebusan, hanya mengatakan bahawa mereka ‘masih menunggu’.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau akan mengarahkan polis untuk meningkatkan komunikasi dan rundingan dengan penculik bagi membebaskan mangsa.
Keluarga tebusan telah menjauhkan diri daripada media. Satu-satunya kenyataan yang telah dikeluarkan setakat ini adalah mereka berdoa agar orang tersayang dapat pulang dengan selamat. – mStar Online/The Star
PETALING JAYA: Satu anugerah oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) untuk mengiktiraf program Permata dalam satu majlis yang diadakan sempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York telah ditarik balik. The New York Times melaporkan satu laporan dari Tudor Parfitt pada Ahad yang mengesahkan anugerah itu telah ditarik balik.
Menurut kenyataan itu, pelbagai persoalan dibangkitkan mengenai sumber dana Permata dan walaupun penganjur acara tidak menyedari wujud sebarang salah laku tertentu, mereka tiada masa untuk memeriksa persatuan itu.
Acara itu sepatutnya diadakan di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.
Terdahulu Bernama melaporkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh Unesco.
Anugerah itu akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 September ini.
Pengiktirafan itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.
SHAH ALAM - Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan semua masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melaksanakan solat jenazah ghaib di atas pemergian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu turutu menyarankan solat sama turut dilakukan di masjid serta surau di bawah Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi).
"Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, negara kita telah kehilangan seorang tokoh yang telah banyak menyumbangkan jasa bakti kepada agama dan negara.
"Sehubungan itu, saya menyeru seluruh umat Islam di Malaysia agar dapat mengadakan solat jenazah ghaib sebaik sahaja mendapat maklum bahawa urusan-urusan berkaitan di sana telahpun disempurnakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Haron disahkan meninggal dunia di Hospital Stanford University Amerika Syarikat pagi ini selepas dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat komplikasi jantung.
Pemergian Haron disampaikan melalui akaun Facebook rasmi milik Allahyarham.
Dalam pada itu, Jamil Khir turut memohon kerjasama Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk menyarankan seluruh masjid di negeri masing-masing melaksanakan solat jenazah ghaib.
"Justeru itu, saya mengharapkan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham bersabar dan tabah dengan ujian ini.
"Saya doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan bertaqwa di sisi Ilahi," katanya lagi.
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) mengambil maklum isu yang dibangkitkan akhbar Berita Harian pada Khamis, 15 September 2016 bertajuk "Pelajar kita di Mesir hutang yuran RM4.5 juta".
Sejak penubuhannya, ILMAM sentiasa memantau isu-isu yang berlaku kepada para mahasiswa yang berada di bumi Mesir. Pemantauan ini meliputi semua pelajar Pengajian Islam dan Perubatan yang berada di sana.
Seperti sedia maklum, Kerajaan Malaysia menguruskan urusan kemasukan para pelajar ke Mesir melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Para pelajar ini sebahagian besarnya menyambung pengajian di Mesir dengan kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
ILMAM mengambil maklum bahawa isu yang dibangkitkan akhbar BH tersebut melibatkan mahasiswa yang menyambung pengajian melalui ejen-ejen swasta. Sebagai sebuah NGO, ILMAM menyeru kepada ejen-ejen swasta yang terbabit untuk mengambil maklum dan bertanggungjawab terhadap mahasiswa kendalian mereka.
Menerusi isu ini, ILMAM bersedia untuk bekerjasama dengan persatuan-persatuan pelajar di Mesir untuk membuat penilaian dan menyampaikan bantuan kepada mana-mana mahasiswa perubatan atau pengajian Islam yang benar-benar memerlukan bantuan.
ILMAM juga menyeru semua pihak membantu dan bekerjasama untuk terus prihatin terhadap isu mahasiswa Mesir ini, bukan sahaja pelajar Perubatan tetapi juga mahasiswa Pengajian Islam yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat di Mesir akhir-akhir ini.
Sumbangan dan bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) Maybank (5621-0663-6662) atau boleh menghubungi Exco Kebajikan ILMAM, Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh di talian 018-2657877.
Semoga Allah mempermudahkan urusan mahasiswa kita di Mesir khususnya yang tidak menerima sebarang bantuan kewangan mahupun pinjaman daripada kerajaan, GLC mahupun pusat zakat di Malaysia.
Syed Abdul Kadir Aljoofre
Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)
16 September 2016 - HARAKAHDAILY 16/9/2016
Pelajar Malaysia hutang yuran RM4.5j, ini respon bekas pelajar perubatan Mesir Posted on Thursday, September 15 @ 21:02:52 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
ISU berkenaan penghantaran pelajar perubatan beramai-ramai bukan isu yang baru. Sebelum saya memulakan pengajian di sana sudah ada suara yang agak kuat dan keras menentang.
Ia bermula apabila agen penghantaran (orang tengah yang menguruskan kemasukan pelajar ke dalam universiti di Mesir) begitu rakus mencari mangsa dengan menabur pelbagai janji manis buat ibu bapa dengan menjamin biasiswa pada tahun kedua. Seingat saya seawal tahun 2006 sebelum saya ke Mesir lagi, perkara ini sudah berlaku. Sehinggalah saya tamat 2016 masalah ini masih belum selesai.
Secara peribadi saya sendiri berjumpa dengan pegawai Education Malaysia di sana dan menanyakan sendiri berkenaan hal ini. Penyelesaian yang saya dapat adalah pihak mereka sudah maklum akan hal ini dan sudah mengambil beberapa langkah.
Antaranya dengan mewajibkan pendaftaran terus melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tanpa perlu melalui agen terlebih dahulu. Namun hakikatnya tidak seperti yang diharapkan. Agen pendaftaran masih giat bertindak mencari mangsa. Surat tawaran yang dibuat sendiri oleh pihak agen menjadi ganti surat tawaran universiti. Keputusan peperiksaan dipalsukan. Ada pelajar yang tidak cukup kelayakan kredit dihantar juga ke Mesir.
Natijahnya banyak fail pendaftaran tidak sampai, pendaftaran terganggu, yuran tertangguh dan pelajar dihalang daripada memasuki peperiksaan atau keputusan peperiksaan disekat.
Sebagai graduan mahasiswa perubatan Mesir, saya berpandangan pihak kementerian masih belum bertindak sewajarnya untuk menangani isu ini. Saya menyahut penuh seruan kerajaan Melaysia untuk meramaikan doktor dalam kalangan Bumiputera seperti yang pernah disebut oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Sahlan dalam pertemuan beliau dengan mahasiswa di Kaherah tahun lepas. Walaupun begitu, perancangan tersebut perlulah teliti seperti mengenakan bilangan kuota yang sesuai dengan memfokuskan biasiswa 100 peratus buat semua mahasiswa.
Memandangkan Mesir menyediakan pusat pengajian termurah bagi jurusan perubatan, maka tiada salahnya melebihkan kuota biasiswa untuk belajar di sana.
Saya tegaskan sekali lagi, demi mencapai ‘win win situation‘ bagi pihak kerajaan dan pelajar, kerajaan perlu bertindak agresif dengan menangani campur tangan agen yang bertindak pihak ketiga. Begitu juga masyarakat perlu maklum akan hal ini kerana rata-rata ibu bapa mahukan anaknya menjadi doktor akan mendapat maklumat daripada agen terdahulu berbanding kementerian.
Dr Ahmad Fahmi Abdullah
Graduan Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar
WSJ dakwa Rosmah belanja AS$6 juta beli baju, kasut, barang kemas Posted on Tuesday, September 13 @ 12:37:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan AS$ 6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.
Menurut laporan itu, perbelanjaan dibuat antara 2008 dan 2015 dan adalah berdasar kepada dokumen-dokumen baru yang diteliti oleh WSJ.
"Dokumen-dokumen baru mendedahkan (Rosmah) membelanjakan sekurang-kurangnya AS$ 6 juta melalui caj kad kredit pada tahun-tahun kebelakangan ini - walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan kecuali gaji suaminya.
"Beliau adalah satu-satunya anak guru sekolah, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang birokrat dengan gaji tahunan sebanyak AS$ 100,000," kata laporan itu.
Lapor WSJ, perbelanjaan dibuat di gedung membeli-belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan di beberapa tempat lain.
Menurut akhbar itu, perbelanjaan terbaru AS$ 6 juta itu termasuk perbelanjaan AS$ 1 juta oleh Rosmah yang dilaporkan sebelum ini.
Pada Mac lalu, WSJ melaporkan Rosmah membelanjakan € 750,000 di gedung barangan kemas De Grisogono milik Swiss di cawangan Itali dan AS$ 130,635 di Chanel di Honolulu, Hawaii.
Dalam laporan itu, WSJ mendakwa perbelanjaan berkenaan juga dicaj kepada kad kredit suami Rosmah, Najib.
Ia mendakwa kad kredit itu berkaitan dengan dana 1MDB.
SPRM perlu siasat
Laporan terbaru itu juga memaparkan biografi Rosmah mengenai sumber dananya untuk membeli-belah.
"Saya membeli barangan kemas dan pakaian dengan wang sendiri. Apa yang salah?" petik Rosmah dalam biografi itu.
Menurut WSJ, Najib tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya.
Malaysiakini telah menghubungi pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor bagi mendapatkan ulasannya mengenai laporan itu dan sedang menunggu jawapannya.
Sedangkan membina tugu menyerupai haiwan sebenar sudah haram, apatah lagi berbentuk manusia, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Katanya membina tugu berbentuk manusia memang jelas haram hukumnya dan suatu ketika nanti tuhan akan menuntut supaya binaan itu diberi nyawa.
Selain menganggapnya sebagai "dosa besar" Harussani berpendapat peruntukan besar bagi projek pengindahan taman di sekitar Tugu negara sebagai pembaziran besar negara.
Bercakap kepada Malaysiakini Harussani menjelaskan kesalahan itu menjadi lebih besar apabila binaan tugu itu mengundang manusia untuk memuja binaan tersebut.
“Dari awal dulu lagi kita tak bersetuju (dengan pembinaan Tugu Negara) kerana kita adalah negara Islam. Kenapa kita nak memuja tugu?
“Tugu berbentuk manusia pula adalah haram," katanya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan suntikan dana RM650 juta untuk projek Taman Tugu di atas kawasan seluas 66 ekar di sekitar Tugu Negara.
Sebahagian besar daripada peruntukan itu - atau RM500 juta - akan dibiayai Khazanah Nasional.
Hutan tropika mini dalam bandar raya itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur dan fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.
Projek itu diumumkan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan timbalan Harussani, Zamri Hashim.
Mengulas lanjut, Harussani menyifatkan suntikan dana itu sebagai satu pembaziran terbesar negara.
Kata Harussani adalah lebih baik wang tersebut digunakan bagi tujuan pembangunan kehidupan rakyat di negara ini.
“Menyediakan sampai RM650 juta pula satu pembaziran. Ia sepatutnya ia boleh membantu membangunkan hidupan rakyat, malah itu lebih mudah dan baik daripada membina serta mencantikan tugu supaya orang ramai datang memuja tugu.
“Banyak lagi orang miskin di negara ini.
"Kalau dengan jumlah tersebut kita buat untuk perumahan atau bangunkan tanah-tanah yang (terbiar) ia lebih berfaedah serta hidup rakyat lebih bahagia,” tegas Harussani.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amalan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram.
"Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.
Tugu Negara diilhamkan, direka dan dibangunkan pengarca AS kelahiran Australia, Felix de Weldon.
Carian di Internet menunjukkan binaan berkenaan adalah Tugu Negara terakhir dihasilkan de Weldon sebelum dia meninggal dunia pada 3 Jun 2003.
PETALING JAYA: Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, I. Ansar dilaporkan diserang oleh kumpulan kecil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
Kementerian Luar negara itu, dalam satu kenyataan di laman webnya, mengutuk serangan ke atas Pesuruhjaya Tinggi.
"Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur bekerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang tempatan di Malaysia dan pihak berkuasa tempatan berkaitan yang lain bagi mengenal pasti pelaku dan membantu siasatan," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, portal berita Sri Lanka, Hiru News melaporkan bahawa Pesuruhjaya Tinggi tersebut diserang di lapangan terbang selepas menghantar Menteri Perusahaan Utama negara itu, Daya Gamage, yang berada di Malaysia sempena Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden tersebut kepada media dan memberitahu bahawa polis sedang menjejaki suspek.
Bekas Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa turut berada di Malaysia bagi menghadiri persidangan tersebut. - Mstar
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menuntut projek RM650 juta bagi memperindah kawasan sekitar Tugu Negara di Kuala Lumpur sebagai taman hutan hujan dalam bandar, ditangguhkan.
Ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata tiada keperluan untuk projek itu pada masa ini berbanding keperluan rakyat yang lebih utama.
Beliau malah bimbang ia akan mengulangi “kegagalan” projek dusun bandar di Jalan Bellamy yang berdepan masalah dan keraguan kewangan, seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.
“Kitaran krisis ekonomi juga dijangka bakal berlaku pada tahun 2017/2018.
“Maka, apa perlunya kerajaan dan agensinya membelanjakan peruntukan yang besar untuk projek yang tidak berimpak tinggi tersebut?” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan suntikan dana itu untuk projek di kawasan seluas 66 ekar itu semalam, yang sebahagian besarnya (RM500 juta) akan dibiayai Khazanah Nasional.
"Hutan tropika mini dalam bandar raya" itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur dan fasa pertama akan siap pada pertengahan 2018.
Projek itu diumumkan ketika isu mengenai kewajaran tugu menggambarkan makhluk hidup dianggap haram dalam Islam diperkatakan, selepas timbalan mufti Perak Zamri Hashim mengeluarkan pandangannya.
Dalam kenyataan hari ini, Khairil Nizam mencadangkan peruntukan sama diagihkan kepada sektor rangsangan ekonomi yang lebih besar termasuk perbelanjaan kepada golongan miskin dan mudah terjejas.
“Kami tidak mahu projek tersebut diteruskan buat masa ini,” katanya.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneliti dan menyiasat elemen lucah dalam siri animasi Upin dan Ipin yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
Tindakan itu dibuat susulan pendedahan semalam mengenai watak ‘Ros’, kakak garang dalam siri animasi itu yang menjadi mangsa eksploitasi dengan memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi melampau.
“Hasil maklumat awal yang diterima mendapati, imej lucah tersebut merupakan imej cekupan skrin daripada siri asal yang ditayangkan dan telah diubah suai menjadi gambar lucah.
“Buat masa ini, SKMM sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab mengubah suai dan memuat naik kandungan tersebut untuk tindakan selanjutnya,” kata SKMM dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
SKMM turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung perkara itu untuk melaporkannya kepada SKMM bagi membantu siasatan.
"Pesakit ini ialah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah," ujar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima laporan satu kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia pada 2 September 2016. Pesakit ini ialah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah. Pesakit mula mengalami demam pada 27 Ogos 2016 dan mendapatkan rawatan pada kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang pada 30 Ogos 2016. Pada 31 Ogos 2016, pesakit mengalami demam yang lebih teruk, sakit otot serta diarrhea, dan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2.
Memandangkan pesakit juga mempunyai co-morbids iaitu menghidap penyakit tekanan darah tinggi, masalah pembuluh darah jantung, penyakit kronik buah pinggang, masalah batu karang dan penyakit gout, keadaan pesakit didapati agak serius ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital tersebut. Walau keputusan ujian dari Makmal Kesihatan Awam menunjukkan bahawa darah dan air kencing sampel pesakit didapati positif jangkitan Zika, namun keadaan pesakit yang agak serius kemungkinan bukan disebabkan oleh jangkitan Zika, tetapi disebabkan penyakit-penyakit lain yang dihidapi pesakit.
KKM sedang menyiasat selanjutnya sejarah perjalanan pesakit dalam tempoh kebelakangan ini. Adalah didapati bahawa besar kemungkinan jangkitan Zika ini berpunca dari jangkitan tempatan (memandangkan pesakit tidak pernah ke luar negara dalam tempoh kebelakangan ini dan kemungkinan telah digigit oleh nyamuk Aedes yang dijangkiti Zika). Berdasarkan maklumat terkini penemuan siasatan itu, KKM telah memulakan aktiviti kawalan vektor di kawasan perumahan pesakit dan tempat-tempat lain yang telah dilawati pesakit. Aktiviti kawalan yang dijalankan termasuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes, larvaciding dan pengkabutan. Di samping itu, kontak dan kenalan rapat kepada pesakit akan diperiksa sama ada mereka mempunyai demam atau gejala Zika lain.
Maklumat terkini yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Singapura, menunjukkan pada keseluruhanya terdapat 11 rakyat Malaysia disahkan dijangkiti Zika virus. Sepuluh (10) daripadanya tinggal dan bekerja di Singapura manakala seorang lagi bekerja di Singapura tetapi menetap di Johor.
Memandangkan virus Zika telah pun dikesan di negara ini, dijangkakan peningkatan kes Zika akan berlaku jika tindakan pencegahan tidak dilakukan oleh masyarakat dan semua pihak. Oleh itu, KKM sekali lagi ini menekankan bahawa kebersihan persekitaran tanpa tempat pembiakan Aedes, amalan mencari dan musnah tempat pembiakan Aedes setiap minggu oleh masyarakat dan melindungi diri dari gigitan nyamuk seperti penggunaan repelen adalah kaedah yang berkesan menghalang kejadian kes Zika. Tiada Aedes, tiada Zika dan Denggi.
Para pakar menyatakan, seks boleh menyumbang lebih banyak jangkitan Zika daripada yang disangka sebelum ini.
Pandangan itu dikemukakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr S. Jeyaindran.
Walaupun virus itu telah mengalir keluar dari darah dan air kencing individu yang dijangkiti, Zika akan kekal di dalam cecair faraj wanita sehingga dua bulan dan dalam air mani lelaki selama enam bulan.
“Mereka yang mempunyai simptom demam dan ruam dalam tempoh dua minggu yang lepas perlu mendapatkan diri mereka diperiksa dan mengamalkan seks selamat,” katanya.
…….risiko microcephaly, keadaan otak tidak berkembag sebagaimana sepatutnya pada bayi
Dr Jeyaindran berkata wanita yang telah dijangkiti dengan Zika, walaupun sembuh sepenuhnya, perlu menangguhkan apa-apa rancangan untuk hamil selama tiga bulan dan mereka perlu mengamalkan seks selamat.
Untuk lelaki, di sisi lain, mesti mengamalkan seks selamat selama enam bulan selepas mereka telah dijangkiti.
“Langkah berjaga-jaga yang ekstrem adalah satu kemestian kerana ia tidak ditentukan tahap yang mana virus boleh disebarkan secara berkesan melalui cecair faraj dan air mani,” katanya.
Jika pesakit mempunyai hubungan seks tanpa perlindungan, dia akan sebarkan virus tersebut kepada pasangan mereka. Wanita hamil adalah terdedah kepada risiko microcephaly, keadaan otak tidak berkembag sebagaimana sepatutnya pada bayi dan kecacatan kelahiran lain terhadap anak dalam kandungan mereka.
Sepuluh negara dunia Argentina, Kanada, Chile, Perancis, Jerman, Itali, New Zealand, Peru, Portugal dan benua Amerika Syarikat, dilaporkan mengalami jangkitan yang hampir dua kali ganda melalui seks, lapor The New York Times baru-baru ini.
PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengakui tidak diberitahu siapa individu yang menyerahkan pemacu pena (pendrive) yang didakwa mengandungi penyelewengan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Tunku Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim.
Khairy berkata, beliau sebaliknya hanya menerima pendrive tersebut dan membaca isi kandungannya seperti yang diminta oleh Tunku Ismail dalam pertemuan mereka di Istana Bukit Pelangi, Johor, Jumaat lalu.
"Saya tak tahu siapa yang serahkan pendrive itu kepada TMJ. TMJ tak beritahu. Beliau mahu lindungi sumbernya juga.
"Saya pun tak tahu siapa yang bagi dokumen itu kepada TMJ. Sudah pasti, kalau betul ada rasuah, mereka tak akan dedahkan siapa ‘whistleblower’ itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan pemacu pena yang didakwa mempunyai bukti rasuah dan ketirisan dalam FAM di Ibu Pejabat SPRM di sini, Jumaat.
Menurut Khairy, Tunku Ismail juga tidak menyatakan atau menetapkan apa yang perlu beliau lakukan dengan pendrive yang telah diserahkan kepadanya.
"Beliau kata tidak mahu memegangnya lagi dan meminta saya membacanya serta melakukan apa yang perlu dilakukan.
"Saya telah membacanya, ia satu laporan yang besar dan mengambil masa untuk membacanya. Saya fikir ia mengenai kepentingan awam dan ketelusan sebab orang ramai menganggap ia mengandungi rasuah, jadi biar SPRM sahkan sama ada terdapat bukti mengenainya," katanya.
Khairy bagaimanapun berpandangan, keputusannya menyerahkan pendrive itu kepada SPRM sebagai satu tindakan yang tepat.
PEMILIK Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menyerahkan pendrive yang mengandungi laporan mengenai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Menerusi kemas kini status di laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini, Tunku Ismail dilaporkan telah berkenan bagi menerima kunjungan Khairy dalam pertemuan yang berlangsung di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Selain menyerahkan pendrive tersebut, Tunku Ismail dan Khairy turut membincangkan mengenai program-program pembangunan belia serta berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa terutama melibatkan sukan bola sepak.
Sebelum ini, Tunku Ismail mendakwa memiliki dokumen penting berkaitan maklumat berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia serta aktiviti dalaman FAM.
Selain itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini juga turut mengalu-alukan Tunku Ismail untuk menyerahkan 'pendrive' yang mengandungi pelbagai maklumat berhubung rasuah FAM kepada pihak mereka.
Namun begitu, Tunku Ismail dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan bahawa beliau boleh menyelesaikan sendiri isu FAM tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.
Kebocoran dokumen rahsia mengenai kapal selam Scorpene di India masih menjadi suatu kebimbangan di Malaysia, kata penganalisis pertahanan Lam Choong Wah.
Dengan mengandaikan dokumen yang bocor itu sebagai sahih, ujar Lam, implikasinya adalah besar dan Malaysia perlu mendapatkan nasihat teknikal daripada pembina kapal yang DCNS bagi menanganinya - melakukan perubahan ke atas modul latihan dan pertempuran, jika perlu.
"Melalui dokumen, musuh akan tahu tahap bunyi bising, pergerakan taktikal serta operasi mencari dan memusnahkan operasi. Kemudian mereka akan mencari jalan untuk melawan atau meneutralkan kapal selam kita," katanya kepada Malaysiakini, malam tadi.
Beliau menegaskan walaupun wujud perbezaan antara kapal selam Scorpene yang dibeli Malaysia dan versi yang sama dimiliki India, kedua-dua sub-kelas kapal selam itu mempunyai banyak persamaan.
"Walaupun timbalan menteri pertahanan mengatakan tidak ada kebimbangan mengenainya, kami berkongsi banyak ciri-ciri teknikal yang sama antaranya jubin anechoic (bunyi penyerap), sistem pergerakan dan pertempuran taktikal dan konfigurasi dalam yang sama dengan India.
"Perbezaan adalah dalam dorongan, sonar, bateri dan sistem pengurusan pertempuran.
"Lebih dari itu, keupayaan pertahanan kapal selam kami akan terjejas," kata beliau yang juga felo badan pemikir DAP, Research for Social Advancement (Refsa).
Lam menambah, Malaysia juga harus mengambil berat mengenai dakwaan dua firma berpangkalan di Asia Tenggara yang terlibat dalam pengedaran dokumen selepas ia kononnya bocor dari Perancis atau India.
"Siapa tahu, mereka ini mungkin syarikat-syarikat Malaysia," kata beliau.
TANJUNG MALIM - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) akan ditukar menjadi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkuat kuasa 1 September ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Beliau berkata perkara itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk mendapat tanda tangan selepas akta itu dibahas dan diluluskan di Parlimen dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
"Insya-Allah pada 1 September ini ia akan diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau nama pendeknya APM," katanya pada sidang media pada majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan ke-7 di padang kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Seramai 895 kadet Kor Sispa dari 12 buah universiti awam dan enam institusi pengajian tinggi swasta menerima pentauliahan mereka.
Menurut Shahidan, penjenamaan semula Jpam kepada APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan tersebut yang kini mempunyai keanggotaan melebih satu juta sukarelawan di seluruh negara.
"Disebabkan Jpam telah besar dari segi keanggotaannnya iaitu melebihi satu juta sukarelawan di seluruh negara, adalah tidak wajar ianya dijadikan jabatan lagi," katanya.
Sahadan berkata, walaupun elaun sedia ada kekal berikutan penukaran nama itu, namun pihaknya akan cuba berusaha memperjuangkan beberapa bentuk elaun tertentu yang belum dinikmati anggota Jpam.
"Oleh itu perbincangan akan diadakan dari semasa ke semasa bersama kerajaan bagi memastikan pasukan sukarelawan APM sama ada di peringkat siswa atau awam mendapat elaun sama seperti badan sukarelawan lain," katanya.
Dalam pada itu katanya sudah menjadi amalan di kebanyakan negara di mana angkatan pertahanan awam itu adalah sebahagian daripada perlembagaan negara itu.
"Seperti di Singapura, di bawah Angkatan Pertahanan Awam terletak bomba dan lain-lain lagi. Ada sesetengah negara meletakkan (peranan) angkatan pertahanan awam mereka (lapisan) tertinggi dengan adanya polis dan tentera.
"Kita di Malaysia berasingan. Angkatan pertahanan awam merupakan lapisan ketiga keselamatan negara selepas tentera dan polis. APM merupakan barisan yang memberi perlindungan kepada orang awam dahulu," katanya. - Bernama
Sumber TKO - 21-8-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menurut Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam ketiga-tiga anggota polis tersebut telah dituduh di bawah seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan dan kes tersebut telah dipanggil di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada 16 Ogos 2016 dan disambung bicara pada 17 Ogos 2016.
Dalam satu kenyataan rasminya hari ini, beliau berkata, bagi pertuduhan ini, jika disabitkan kesalahan, ketiga-tiga anggota tersebut boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu pada 30 Oktober 2015, EAIC telah mengumumkan dapatan (findings) siasatannya ke atas kematian Syed Mohd Azlan semasa dalam tahanan PDRM.
"EAIC mendapati kematian si mati mempunyai kaitan dengan penggunaan kekerasan secara fizikal oleh pihak polis yang menjalankan tangkapan dan soal siasat ke atas si mati," ujarnya.
Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukan seksyen 30(1) (c) Akta EAIC 2009 (Akta 700), EAIC telah mengesyorkan kepada Pendakwa Raya (Peguam Negara) bagi pendakwaan jenayah dibawa terhadap pegawai dan anggota PDRM yang didapati telah melakukan salah laku bersifat kesalahan jenayah seperti yang dikenalpasti di dalam laporan penuh siasatan ini.
Sehubungan ini juga EAIC turut mengalu-alukan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) PDRM untuk mengambil tindakan tatatatertib terhadap pegawai dan anggota-anggota yang telah dikenalpasti di dalam laporan penuh EAIC yang didapati telah melakukan salah laku seperti mana skop salah laku yang diberikan di bawah seksyen 24 Akta 700.
"Untuk mendapatkan butiran lanjut kandungan laporan siasatan ini orang awam boleh mengakses laman sesawang EAIC di www.eaic.gov.my," tambah beliau. - HARAKAHDAILY 18/8/2016 Sumber HD - 18-8-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A Malaysian oil tanker carrying 900,000 litres of diesel has been hijacked and taken into Indonesian waters, according to authorities in Malaysia.
The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) said in a statement on Wednesday that the ship, Vier Harmoni, had been located in the waters off Batam, Indonesia.
The MMEA said they had yet to confirm the identity of the hijackers.
The ship had sailed from the Tanjung Pelepas port, in Malaysia, on Monday.
Al Jazeera’s Step Vaessen, reporting from the Indonesian capital Jakarta, said it was unclear if the ship had been actually hijacked.
“Sources have told Al Jazeera that the crew may have taken the tanker to Indonesia,” she said.
“Normally a piracy attack, which happens quite often in the Malacca Strait, follows a different pattern: strangers or pirates will enter the tanker carrying knives and machetes and will siphon off the oil in the middle of the sea and leave the tanker behind.
“It’s a different story as far as we can tell at this stage.”
Vaessen said the tanker was near the Indonesian island of Batam.
“But the Indonesian authorities are also confused about the situation and say they are in touch with the Malaysian maritime enforcement agency.”
In June last year, pirates hijacked the Orkim Victory, a Malaysian tanker, and pumped the oil from it into another tanker before releasing it.
Source: Al Jazeera and agencies
Sumber BO - 17-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syarikat milik kerajaan, GLC rugi: Rakyat tuntut penjelasan
Syarikat milik atau berkaitan kerajaan (GLC) dibentuk bertujuan untuk bertanggungjawab memacu pertumbuhan ekonomi negara khususnya bagi membantu meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor ekonomi.
Namun, terdapat banyak GLC yang mempunyai masalah prestasi kewangan sehingga mengalami kerugian yang besar justeru tidak dapat mencapai objektif asal pembentukannya. Antaranya ialah:
(a) Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) – pembangunan infrastruktur perkhidmatan pengangkutan awam – mencatatkan kerugian berjumlah RM885.6 juta pada 2014. Prasarana juga telah mengalami kerugian 15 tahun selama 17 tahun penubuhannya.
(b) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun kewangan berakhir Mac 2014 merekodkan kerugian berjumlah RM665.3 juta. Tambah, turut didakwa mempunyai hutang dianggarkan berjumlah RM42 bilion.
(c) Proton Holdings Berhad (Proton) dilaporkan mengalami kerugian berjumlah RM1.4 bilion (atau 72 sen sesaham) pada tahun kewangan ketiga 2016 sehingga mempengaruhi rugi bersih yang dialami oleh DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) berjumlah RM821.3 juta. Bagi tahun kewangan berakhir Mac 2016, DRB-Hicom merekodkan rugi bersih berjumlah RM991.90 juta, juga disebabkan prestasi Proton yang lemah sehingga berkemungkinan DRB-Hicom akan menjual saham Proton kepada pelabur asing.
Rakyat menuntut kerajaan memberikan penjelasan punca banyak GLC mengalami kerugian sedangkan pengaruh yang dimiliki oleh kerajaan dalam hal-hal melantik, meluluskan ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan sepatutnya dapat memastikan ia diterajui oleh barisan pengurusan yang berkaliber dan kompeten.
Rakyat sangat khuatir dengan pengaruh politik yang wujud dalam proses tersebut serta terserlahnya budaya kronisme dan nepotisme menjadikan GLC hanya sebagai platform untuk mengkayakan individu atau pihak tertentu yang ‘dirasmikan’ atas nama "perbelanjaan syarikat" justeru menyumbang kepada kerugian yang telah berlaku ini.
Rakyat juga menuntut kerajaan menjelaskan kewajaran memberikan subsidi dan mengekalkan syarikat-syarikat yang mengalami kerugian berterusan seperti MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) and Prasarana. Alasan ketidakcukupan pendapatan syarikat-syarikat ini untuk menanggung beban kadar faedah seperti yang dinyatakan oleh Datuk Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II, dilihat tidak konkrit dan boleh manyebabkan salah urustadbir boleh terus berlaku.
“Inilah Penyelesaian Kita”
DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus / Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)
16 Ogos 2016 | 13 Zulkaedah 1437 - HARAKAHDAILY 16/8/2016 Sumber HD - 16-8-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh tidak sampai setengah jam, sebanyak 5,000 pelabur Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seluruh negara mendaftar untuk pelaburan simpanan syariah berbanding konvensional.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pendaftaran yang bermula 7.45 pagi itu menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur-pelabur sendiri.
Katanya, penukaran konsep pelaburan itu bagaimanapun merupakan pilihan pelabur dan dana yang diperuntukkan hanya RM100 bilion untuk sepanjang tahun hadapan.“Jika konsep pelaburan ini menggalakkan, kita akan memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM20 bilion sehingga RM30 bilion pada tahun-tahun seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri proses pendaftaran pertama konsep pelaburan syariah KWSP di ibu pejabat bangunan KWSP, Jalan Raja Laut di sini hari ini.
Sumber TKO - 8-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semua pengilang rokok tempatan wajib menampal setem cukai rokok pada kotak rokok keluaran tempatan bermula 1 Oktober ini.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata tempoh peralihan penggunaan setem cukai rokok dilakukan secara berperingkat bermula 1 Ogos lepas hingga 30 September ini.
"Untuk makluman, kotak-kotak rokok yang telah ditanda dengan cetakan dakwat keselamatan hanya dibenarkan berada di pasaran sehingga 31 Mac 2017.
"Selepas tarikh itu, pihak pengilang hendaklah menarik balik semua
kotak-kotak rokok yang belum dijual dari pasaran," menurut JKDM dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya penggunaan setem cukai rokok untuk rokok keluaran tempatan bertujuan mematuhi standard antarabangsa dengan menggunakan setem cukai bagi tujuan kutipan duti eksais rokok.
JKDM berkata langkah itu juga dibuat bagi mematuhi garis panduan World Health Organization - Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) iaitu setem cukai rokok dilengkapi dengan keupayaan Track and Trace agar rantaian bekalan tembakau boleh diawasi secara berkesan, selain memelihara dan melindungi hasil negara.
Menurutnya jika pengilang gagal berbuat demikian, JKDM boleh merampas rokok tersebut dan pengilang boleh disabitkan di bawah Seksyen 74, Akta Eksais 1976 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali dan tidak lebih daripada 20 kali amaun duti eksais atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
Bagi kesalahan kali kedua, denda dikenakan tidak kurang daripada 20 kali dan tidak melebihi daripada 40 kali amaun duti eksais atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pengilang juga boleh didakwa di bawah Seksyen 89, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda dan tidak lebih daripada 20 kali ganda amaun cukai atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
Untuk kesalahan kali kedua, denda dikenakan tidak kurang daripada 20 kali ganda dan tidak lebih daripada 40 kali ganda amaun cukai atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.
Orang awam diminta melaporkan aktiviti penyeludupan atau penjualan rokok tidak sah kepada JKDM melalui talian hotline penyeludupan JKDM 1-800-88-8855. - Bernama Sumber TKO - 5-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tidur nyenyak 'Ratu Naga' hari ini dikejutkan dengan kunjungan Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Semuanya gara-gara penyiaran bahan di media sosial yang didakwa mengandungi fitnah terhadap Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.
Ratu Naga, atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah, memberitahu Malaysiakini, seramai 14 orang menggeledah rumahnya pagi tadi susulan laporan polis padanya.
“Waktu itu kira-kira 10.30 pagi dan saya masih tidur. Bukan saja sebab saya tidur lambat, tetapi saya sarat mengandung jadi perlu banyak rehat.
“Mereka ketuk pintu rumah saya dan serbu rumah saya macam saya pengganas,” kata perunding pembinaan itu.
Beliau berkata keretanya juga diperiksa pasukan penguat kuasa.
Syarul Ema berkata pasukan itu beredar selepas beberapa jam dan mengarahkan beliau hadir pada jam 3 petang di ibu pejabat SKMM di Putrajaya untuk soal siasat.
Pembantu Rosmah, Rizal Mansor semalam berkata laporan polis dibuat terhadap pihak yang memuat naik gambar “fitnah” manipulasi sudut kamera yang membuatkan Rosmah kelihatan bersandar di dada sultan Pahang.
Gambar itu diambil dalam sambutan hari raya puasa di Pekan pada Sabtu.
Gambar asal dimana gambar diedar pada posisi berlainan yang seolah-olah Rosmah sedang bermanja dengan Sultan. Sumber TKO - 3-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malaysia PM To Get Supreme Powers With New Security Act
Malaysia’s embattled prime minister will soon be equipped with supreme security powers, with the much criticized National Security Council (NSC) Act coming into force Monday.
The Act allows Najib Razak to designate any area as a “security area”, where he can deploy forces to search vehicles, individuals or premises without a warrant, and also allows investigators to dispense with formal inquests into killings by the armed forces or police in those areas.
Rights groups said they see the Act as a threat to the country’s democracy as it is open to abuse. They executive says the Act is extremely vulnerable, enabling easy manipulation by a sitting prime minister to protect his personal powers.
The civil societies and others are concerned that the NSC can be used against anything that the government is unhappy with, including street rallies, which are the voice of the people.
As an example, he says that under the bill – to be chaired by the prime minister – “if a street rally is scheduled to take place demanding Razak’s resignation he can declare the venue of the rally as ‘a security area’, which means people can be arrested and no one can question the actions”.
Najib Razak has been under tremendous political pressure, and calls have been made for him to resign over international probes for corruption into a state wealth fund he heads.
The security area would be valid for six months at a time, subject to renewal by the premier, with forces in the area given sweeping powers, including the capability to arrest and search persons, enter and search premises, and seize property without a warrant.
Furthermore, forces will be allowed to use force against persons — including force amounting to death — as they deem reasonable and necessary in the circumstances “to preserve national security”.
Moreover, the Act grants immunity to members of security forces and personnel of other government entities for their acts in any of the security areas.
The NSC Act was gazetted under the federal constitution June 7, although the law did not receive the official consent of the Malaysian King and the country’s powerful Conference of Rulers.
Via the conference, the rulers had highlighted their unhappiness and demanded for the law to be fine-tuned — a request seemingly ignored by the government. Both the upper and lower houses of Parliament passed a bill to enable the NSC Act on Dec 22 last year, despite heavy protests from opposition lawmakers and civil society groups.
They alleged that the Bill would grant powers to the prime minister detrimental to the position of the Malaysian King and the Federal Constitution.
However, Najib said that his administration would never interfere with the powers of the King or the Conference of Rulers. Minister in Prime Minister’s Department Shahidan Kassim says that that the Act would not give the prime minister “dictator-like powers”.
“The powers given under the Act will not make the prime minister a dictator, as the power to declare a state of emergency still remain with the Malaysian King,” he said on Saturday He underlined that Malaysians must be aware of the threat posed by Daesh and other militant groups in the country, and thus such a law is needed to take control of the situation in such cases.
The United Nations Human Rights Office for Southeast Asia has said provisions under the Act run counter to the requirement to investigate wrongdoing.
“We are gravely concerned that the immunity provisions in the Act may encourage human rights violations,” Laurent Meillan, OHCHR’s acting regional representative in Bangkok, said in a statement this week.
She expressed concern that the Act could also be used to impose unjust restrictions on freedom of opinion and expression and freedom of assembly.
“We call on the [Malaysian] government to revise the Act to bring it in line with international human rights norms and standards,” she said. “Furthermore, we encourage the government to allow for an open and transparent consultation process on the provisions in the Act with all relevant stakeholders Sumber BO - 1-8-2016 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR – Sebanyak 28 pegawai imigresen yang ditahan dalam operasi khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula awal Mei hingga Selasa lalu dipercayai terlibat menyeludup masuk dan keluar lebih 10,000 warga asing ke negara ini sejak lima tahun lalu.
Kegiatan penyeludupan itu dipercayai dilakukan bukan hanya melalui lapangan terbang negara tetapi juga di semua pintu masuk negara, termasuk darat dan air.
Menurut sumber, kebanyakan warga asing yang dibawa masuk adalah rakyat Bangladesh diikuti India, Afrika, China, Vietnam, Indonesia dan Sri Lanka.
Ujarnya, selain bekerja secara haram, terdapat warga asing yang dipercayai menunggu masa untuk diuruskan pergi ke negara ketiga dengan menjadikan negara ini sebagai transit.
Jelasnya, mereka akan berurusan dengan ejen bagi mendapatkan pasport tempatan yang telah dipalsukan dan ejen pula kemudiannya akan menggunakan pegawai imigresen terlibat bagi proses seterusnya.
“Setiap warga asing yang masuk akan dikenakan bayaran antara RM300 dan RM5,000 oleh ejen mengikut negara.., dan pegawai imigresen terlibat pula akan menerima bayaran lebih kurang sama (dengan ejen) berdasarkan jumlah warga asing yang perlu diseludup,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Sumber itu memberitahu, kesemua warga asing yang dibawa masuk tidak mengikuti prosedur yang sah seperti keperluan menjalani saringan kesihatan dan dikhuatiri boleh menjadi punca merebaknya penyakit-penyakit berjangkit dan berbahaya di negara ini.
Semalam, media melaporkan sebanyak 28 pegawai imigresen termasuk isteri seorang pelakon terkenal ditahan kerana terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.
Kesemua mereka yang berusia antara 23 hingga 35 tahun. Sebanyak 15 orang ditahan dalam operasi awal Mei dan 13 lagi ditahan Selasa lalu.
Utusan Malaysia melalui laporan eksklusif pada 10 Mei dan 11 Mei lalu melaporkan mengenai ‘keistimewaan’ lebih 10 sindiket penyeludupan manusia dan pemalsuan pasport yang dikesan sewenang-wenangnya menjadikan kedua-dua lapangan terbang utama negara sebagai pusat transit warga asing sebelum berlepas ke negara ketiga.
Sindiket itu juga menyebabkan kira-kira 10 warga asing keluar menggunakan pasport palsu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 setiap hari sejak awal tahun ini. Maklumat itu adalah hasil siasatan PDRM susulan penahanan dua pegawai imigresen bersama 17 individu lain dalam satu operasi khas di sekitar Lembah Klang pada awal tahun ini.
Sumber TKO - 1-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Health Ministry Say No To Risda’s Ketum For Export Plan
The Health Ministry does not agree with a suggestion by the Rubber Industries Smallholders Development Authority (Risda) for the government to allow smallholders in the country to plant ketum to increase their income.
Its minister, Datuk Seri Dr S.Subramaniam said ketum had the characteristics of drugs like cannabis and heroin which could bring negative effects.
“We do not support what has been proposed by RISDA that ketum be planted for medicinal use even though there is a big demand from several pharmaceutical companies in America and Europe,” he told reporters at Segamat yesterday.
Subramaniam was speaking at a ceremony to hand over Digital Operations Uniforms (P.O.V) for the People’s Volunteer Corps (RELA) and Hari Raya gathering organised by RELA Segamat. — BERNAMA Sumber BO - 30-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RISDA rancang tanam ketum untuk pasaran eksport Posted on Wednesday, July 27 @ 20:25:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata pihaknya mendapat permintaan tinggi untuk mendapatkan bekalan ketum daripada farmasi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
"Sehubungan itu, kami akan berbincang dengan kerajaan, Kementerian Kesihatan dan beberapa agensi berkaitan yang membuat kajian di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi membenarkan ketum ditanam bagi tujuan eksport.
"Jika diluluskan, kami merancang mengusahakan projek perintis di negeri utara Semenanjung sebelum dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh negara.
"Projek ini jika dilaksanakan, dapat meningkatkan pendapatan berganda pekebun kecil yang selama ini hanya bergantung kepada hasil getah," katanya yang ditemui selepas Majlis Konvensyen GAP RISDA Negeri Terengganu 2016 di Auditorium Kompleks Sukan Gong Badak, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi RISDA, Zainobon Ismail; Pengarah Bahagian Produktiviti dan Pemasaran RISDA, Amran Jaafar dan Pengarah RISDA negeri, Mohd Hussin Yusoff.
Zahidi berkata, daun ketum mendapat permintaan tinggi di AS dan Eropah, terutama daripada syarikat farmasi tetapi Malaysia tidak mampu membekalkannya buat masa ini kerana penanaman daun ketum dilarang di negara ini.
"Ketum mempunyai nilai perubatan tinggi dan pihak AS serta Eropah tidak menghadapi sebarang masalah dengan daun ketum yang dianggap mempunyai khasiat.
"Cuma, di negara kita, pengambilan daun ketum dilarang undang-undang sehingga ia dianggap negatif oleh sesetengah orang kerana ada pihak sering menyalahgunakannya," katanya.
Zahidi berkata, pihaknya sudah meminta laporan penuh daripada farmasi luar negara itu untuk memberi keyakinan kepada kerajaan membenarkan menanam ketum di negara ini.
Katanya, hasil kajian menunjukkan penggunaan ketum untuk perubatan dapat menstabilkan darah dan penyakit tertentu pada musim sejuk, sekali gus menyebabkan permintaannya tinggi.
"Hasil kajian dijalankan USM akan dikemukakan kepada kerajaan dalam masa terdekat," katanya.-bharian Sumber TKO - 27-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Kakitangan awam mungkin perlu menyumbang kepada dana persaraan mereka sendiri pada masa akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.
Dalam temubual dengan akhbar The Sun, Wan Kamaruzaman berkata, ia mungkin menyerupai kaedah pekerja swasta menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Apa yang anda perlu tahu, kerajaan mungkin memutuskan yang skim sedia ada ini adalah sukar untuk dikekalkan dan kita mungkin akan beralih kepada skim jenis KWSP," katanya.
Skim pencen semasa untuk penjawat awam dipanggil 'Manfaat Pasti" di mana hanya kerajaan dan majikan lain penjawat awam yang membuat sumbangan, seperti badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
Dengan skim ini, pesara diberi jamainan untuk mendapat bayaran pencen separuh dari gaji terakhir untuk seumur hidup setelah bersara pada usia 60 tahun. Pasangan pula akan mendapat jumlah yang sama sekiranya pesara berkenaan meninggal dunia.
Jelas Wan Kamaruzaman, skim yang serupa dengan KWSP itu dipanggil 'Sumbangan Pasti' mungkin membolehkan kerajaan mengurangkan bebanan bagi laibiliti pencen yang sentiasa bertambah. Skim semasa menyebabkan kerajaan diletakkan dengan liabiliti berjumlah sehingga RM300 bilion.
"Katakanlah di masa depan, lima tahun lagi penjawat awam lantikan baru akan diletakkan dalam skim 'Sumbangan Pasti', jadi KWAP akan mengendalikan kedua-dua skim 'Manfaat Pasti' dan 'Sumbangan Pasti', itu cara yang saya lihat. Kerana apa yang ada terlalu bagus untuk dikekalkan," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengakui bahawa, skim yang sedia ada sukar untuk dikekalkan bagi jangka panjang. Dengan itu, memberi isyarat satu skim alternatif mungkin sedang dirancang.
Dengan kekuatan perkhidmatan awam sehingga 1.6 juta penjawat awam bertukar kepada skim "Sumbangan Pasti' memerlukan azam politik yang tinggi.
KWAP mengendalikan keseluruhan operasi pencen kerajaan dan majikan lain penjawat awam, setelah menyerap keseluruhan jabatan pencen awam yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kesemua 250 orang pekerja jabatan itu kini ditempatkan di pejabat KWAP di Cyberjaya.
Semenjak November 2015, syarikat itu juga telah mengambil alih operasi pembayaran pencen bulanan kepada 700,000 pesara dari kerajaan. Ini setelah pengubahsuaian dibuat kepada Akta Dana Persaraan 2007, awal tahun 2015.
Bagaimanapun, dana untuk pembayaran itu masih datang dari kerajaan. Manakala KWAP dibayar yuran pentadbiran. Sumber TKO - 27-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zeti dapatkan khidmat peguam Posted on Wednesday, July 27 @ 07:44:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Ditanya wartawan berhubung laporan polis dibuat pemimpin pemuda itu, Zeti bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.
"Saya tidak akan berkata apa-apa tanpa peguam saya," katanya di Kuala Lumpur malam ini.
Siang tadi Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dengan mendakwa Zeti terlibat dalam satu konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak serta kerajaan.
Turut dinamakan dalam laporan berkenaan ialah dua individu berprofil tinggi, iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam laporannya yang turut diperolehi Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Gani dipetik Bernama malam ini menyifatkan dakwaan beliau terlibat dalam konspirasi berkenaan hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.
"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas," katanya.
Zeti ditemui di majlis makan malam perpisahan untuk Abu Kassim yang bersara secara rasmi daripada agensi pencegahan rasuah itu mulai 1 Ogos ini.
Pada 23 Jun lalu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengatakan Abu Kassim memohon supaya perkhidmatannya bersama SPRM tidak diteruskan.
Ali berkata Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima permohonan berkenaan selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Abu Kassim, 55, dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 1 Januari 2010.
Sementara itu ditanya wartawan, Abu Kassim pula memberitahu beliau akan membuat kenyataan mengenai laporan polis berkenaan kemudian.
"Saya tak mahu komen malam ini. Saya akan buat kenyataan esok," katanya. Sumber TKO - 27-7-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
Guling PM: Gani kata, muslihat cari publisiti Posted on Wednesday, July 27 @ 07:35:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31143 KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.
"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas. Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama.
Abdul Gani selanjutnya menegaskan beliau sentiasa bertindak profesional dalam menjalankan tugas dan akan terus bertindak sedemikian dalam setiap usaha masa hadapannya.
Beliau menyatakan demikian menerusi whatsapp'nya bila diminta mengulas mengenai laporan bahawa naib ketua pemuda Umno, Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.
Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan. Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas. - Bernama Sumber TKO - 27-7-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------- Konspirasi jatuhkan PM: Abu Kassim, Zeti enggan ulas Posted on Wednesday, July 27 @ 07:33:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31142 KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed enggan mengulas lanjut dakwaan beliau terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun Abu Kassim hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya.
"Saya tak boleh komen isu itu malam ini. Saya hanya akan keluarkan kenyataan rasmi esok selepas berjumpa dengan peguam saya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, di sini, malam ini.
Siang tadi, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap Abu Kassim dan dua inividu lain iaitu bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz serta bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Khairul Azwan dalam laporan polisnya mendakwa ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.
Khairul yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, juga mengesyaki mereka memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Dalam majlis sama, Zeti yang ditemui pemberita juga enggan mengulas lanjut laporan polis itu, sambil menegaskan beliau perlu mendapatkan nasihat guaman terlebih dahulu.
"Saya tidak akan membuat sebarang komen tanpa majlis perundangan saya," katanya.
Sebelum itu, Abdul Gani menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai mencari publisiti murahan.
Sumber TKO - 27-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------
K’jaan disaran segera laksana Skim Insurans Pekerja
Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menyambut baik sebarang usaha kementerian yang dapat membantu golongan pekerja khususnya mereka yang berdepan dengan masalah pengangguran.
Skim Insurans Pekerja merupakan sejenis kebajikan pekerja yang melindungi para penganggur daripada kehilangan pendapatan akibat kehilangan kerja, serta membantu mereka mencari kerja yang baru.
Skim seumpama telahpun dilaksanakan di negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Thailand, Vietnam, Korea Selatan, Jepun, Jerman, Itali, Perancis dan Sepanyol.
Bagi tujuan mewujudkan skim ini, suatu tabung dana perlu diwujudkan sebagai sumber elaun, oleh itu setiap pekerja dan majikan mereka harus diwajibkan untuk menyumbang kepada tabung ini dengan mencarum satu peratusan kecil daripada gaji masing-masing, sepertimana yang dilaksanakan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat masa kini.
Biasanya terdapat had tempoh untuk para pekerja menerima elaun pengangguran, ada negara yang hanya memberi 6 bulan, ada yang memberi 12 bulan, ada juga yang memberi 24 bulan. Bergantung kepada syarat-syarat tertentu termasuk syarat ‘pekerja telah mencarum selama satu tempoh seperti 6 bulan’, lazimnya pekerja yang bekerja dan mencarum untuk satu tempoh tetapi kemudian menganggur akan menerima elaun penggangguran sekitar 6 bulan hingga 24 bulan.
Namun, sebagai permulaan pelaksanaan sistem ini, KPRU mencadangkan agar kementerian mengambil kira realiti semasa iaitu terdapat berpuluh-puluh ribu pekerja yang sedang dan akan diberhentikan kerja sebelum pelaksanaan Skim Insurans Pekerja.
Kumpulan ini tidak dapat mencarum dan seterusnya tidak dapat menikmati bantuan skim baru ini.
Untuk membantu golongan yang sedang menganggur buat masa ini, skim baru ini harus terbuka kepada penyertaan mereka dan syarat-syarat penerimaan bantuan harus diketepikan untuk satu tempoh apabila skim baru ini dilaksanakan nanti, supaya golongan ini dihulurkan bantuan dengan kadar segera.
Baru-baru ini, kita menerima berita bahawa terdapat pekerja yang kehilangan kerja, akibat kemerosotan industri yang tertentu. Malah terdapat juga kilang yang terpaksa ditutup atas faktor-faktor yang tertentu.
Dengan ini, adalah mustahak untuk membantu para penganggur untuk mengharungi kesulitan kehidupan mereka atas masalah pendapatan, serta membantu mereka mencari pekerjaan yang baru untuk meneruskan kehidupan mereka.
Antara berita yang menjadi perbualan harian ialah, penutupan kilang roti High-5 (oleh High-5 Consolidated Bhd, sebelum itu Silver Bird Group Bhd) di Shah Alam yang secara tiba-tiba pada 23 Jun 2016 (dan perlu mengosongkan premisnya pada 3 Julai 2016) akibat perintah mahkamah yang diperolehi oleh AmanahRaya Real Estate Investment Trust (Amanahraya REIT) selaku pemilik hartanah.
Para pekerja High-5 mendakwa bahawa pengupahan mereka dihentikan dengan serta merta dengan hanya notis yang dikeluarkan 24 jam sebelum itu, dan hanya mendapat gaji separuh bulan sebagai pampasan. Namun tuduhan ini dinafikan oleh pihak kilang, bahawa tarikh penamatan kerja ialah 22 Julai 2016, dan separuh lagi daripada gaji mereka akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Menurut laporan pada 2 Mei 2016, pengarah eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan memberi amaran bahawa sekiranya Perintah Gaji Minimun 2016 (PGM 2016) dikuatkuasa pada 1 Julai 2016, maka 30,000 orang pekerja (terutamanya pada peringkat bawahan) akan diberhentikan kerja.
Hal ini kerana para majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi, dan terpaksa memberhentikan sesetengah pekerja sebelum Julai demi menjimat kos operasi dan pampasan kehilangan kerja.
Menurut Shamsuddin, para pekerja yang akan diberhentikan adalah datang daripada sektor seperti minyak dan gas (oil and gas), perbankan dan kewangan (banking and finance), insurans, dan peruncitan.
Beliau turut menyatakan bahawa pada tahun 2015, ramai syarikat besar mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% hingga 40% dan menyebabkan seramai 38,000 orang pekerja diberhentikan.
Dilaporkan bahawa pada tahun 2015 dalam sektor perbankan, Standard Chartered Bank telah memberhentikan 11% daripada tenaga kerjanya, CIMB Group Holdings Bhd memberhentikan 3,599 orang kakitangannya yang merupakan 11% daripada tenaga kerjanya, dan RHB Capital Bhd telah memberhentikan 2,700 orang kakitangan iaitu 15% daripada tenaga kerja.
Menurut laporan pada 8 Januari 2016, bagi sektor minyak dan gas pula, sejumlah 10 buah syarikat bercadang untuk memberhentikan 2,700 orang kakitangan. Dikatakan Shell Malaysia ingin memberhentikan 1,300 orang dalam masa 2 tahun, 7 buah lagi syarikat ingin memberhentikan 80 hingga 600 orang kakitangan setiap syarikat, dan 2 buah syarikat yang baki bercadang melaksanakan skim pemberhentian sukarela (VSS).
Selepas itu, menurut laporan pada 21 Januari 2016, Petronas sedang bertimbang untuk memberhentikan 51,000 orang kakitangannya, sebagai sebahagian daripada tindakan untuk mengurangkan modal dan kos operasi sebanyak RM50 bilion dalam 4 tahun.
Menurut laporan pada 6 Julai 2015, JVC terpaksa menutup kilang mereka di Shah Alam sebagai langkah memindah operasi mereka ke Negara Thai. Ini menjejaskan 300 orang pekerja di sini. Antara sebab JVC memindahkan kilang mereka ialah, nilai mata wang Ringgit yang rendah.
Menurut laporan pada 1 Mac 2016, Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd terpaksa menutup kilang pengeluaran televisyen di Seremban pada April 2016, akibat persekitaran perniagaan yang mencabar dan keadaan pasaran yang tidak stabil. Ini menyebabkan 620 orang pekerja (475 warganegara Malaysia dan 145 pekerja asing) terjejas.
Dengan suasana ekonomi sekarang, terutamanya dengan kemerosotan industri minyak dan gas, industri perbankan, industri elektronik dan seumpamanya, adalah sesuatu yang mustahak dan harus didahulukan bahawa kita membantu mereka yang kehilangan kerja akibat keadaan ini.
Sesungguhnya, skim baru ini harus dibentang ke Parlimen pada sesi akan datang dan dilaksanakan tanpa dilengah-lengahkan lagi. – HARAKAHDAILY 21/7/ 2016
Penulis ialah Pengarah eksekutif Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) Sumber HD - 21-7-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seramai 200,000 keluarga miskin tegar yang dijangka akan mendapat manfaat bantuan tersebut seperti menunggu buah tidak luruh.
Biarpun program itu belum menjadi kenyataan, tiba-tiba Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula mencadang program MyBeras diberi dalam bentuk wang.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Md Ashaari Mamat berkata program yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Januari lepas tidak kenyataan sehingga sekarang.
Katanya, biar pun program itu belum muncul, tiba-tiba MyBeras mahu ditukar dalam bentuk wang pula.
“Sehingga sekarang sudah enam bulan berlalu begitu sahaja. Tak kan pula dengan segala kemudahan yang dimiliki kerajaan pusat program itu belum dapat dilaksanakan.
“Enam bulan masih dalam kajian. Ini memperlihatkan kerajaan BN tidak benar-benar serius bagi membantu rakyat miskin.
“Sedangkan banyak projek segera dilaksanakan ketika musim pilihan raya tanpa melalui kajian yang begitu lama,” katanya di sini.
Media hari ini melaporkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pihaknya mencadang bantuan untuk program MyBeras diberi dalam bentuk wang dan disalur melalui akuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Program MyBeras diumumkan Perdana Menteri ketika membentang Pengubahsuian Bajet 2016 bertujuan membantu golongan yang tegar miskin.
Bantuan itu hanya untuk keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih sebanyak 20 kilogram sebulan.
Md Ashaari juga berkata, program seumpama itu dilaksanakan di Kelantan sejak 2011, di mana lebih 4,500 penduduk miskin menerima bantuan beras percuma (al Itaam) sebanyak 10 kg setiap bulan. - HARAKAHDAILY 13/7/2016 Sumber HD - 13-7-2016
--------------------------------------------------------------------- ‘Penurunan kuasa pusat kepada S’wak dijangka akhir tahun’ Posted on Friday, July 08 @ 07:15:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menjangka rundingan berhubung penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri selesai menjelang akhir tahun.
"Ini melibatkan rundingan yang sangat rumit, Saya tidak menjangka keputusan dicapai lebih awal tetapi saya fikir sesuatu akan diumumkan sebelum akhir tahun ini.
"Bukan semua keputusan tetapi rundingannya sangat rumit melibatkan isu undang-undang, isu politik dan sebagainya. Tetapi saya mengharapkan satu atau dua keputusan dicapai pada akhir tahun ini," kata beliau pada sidang media semasa majlis Rumah Terbuka beliau di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di Kuching hari ini.
Ketika ditanya apakah kedua-dua keputusan itu, Adenan berkata ia berkaitan penurunan kuasa pentadbiran selanjutnya dan perwakilan kuasa.
Pada Isnin (4 Julai), beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Adenan berkata beliau sangat gembira kerajaan persekutuan memberi sambutan positif semasa mesyuarat tersebut.
"Semasa mesyuarat, saya memperincikan keputusan kerajaan Sarawak berhubung isu-isu ini, beliau (Najib) mencadangkan supaya kami menubuhkan jawatankuasa pegawai persekutuan terutama peguam, Peguam Negara dan Peguam Besar Negeri Sarawak.
Berhubung dengan kepentingan Sarawak dalam jawatankuasa ini, kami akan diwakili oleh Peguam Besar Negeri dan penasihat undang-undang negeri Datuk JC Fong," kata beliau.
Adenan berkata jawatankuasa itu akan mengadakan rundingan selepas Hari Raya, dan kemudian melaporkan balik kepada Najib dan beliau mengenai hasil mesyuarat. - Bernama Sumber TKO - 8-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------ Kawalan Ketat Di Majlis Rumah Terbuka PM
Posted on Wednesday, July 06 @ 16:14:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Orang ramai mula hadir seawal jam 9 pagi dan berbaris untuk memasuki Seri Perdana dengan sabar walaupun acara terbuka itu dijadualkan bermula pada pukul 10 pagi.
Tahap keselamatan adalah ketat, dengan setiap tetamu perlu menjalani proses imbasan, manakala beg mereka juga diperiksa sebelum memasuki kediaman perdana menteri.
Pemeriksaan keselamatan kedua di pintu masuk utama ke kediaman rasmi perdana menteri turut dilakukan.
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri akan bermula seperti yang dijadualkan dan berakhir pada jam 4 petang.
Orang ramai akan dapat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri-menteri kabinet lain.
JOHOR BAHRU – Bukan sahaja menjalankan tanggungjawab memadam kebakaran di sebuah kedai, seorang anggota bomba Hairul Mat Nin bertindak memulangkan wang tunai RM30,000 yang ditemuinya kepada pemilik premis tersebut.
Hairul, 33, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru menemui sejumlah wang tunai itu di dalam sebuah kedai dua tingkat di Jalan Tanjung, Taman Penggawa Barat.
Beliau antara 16 anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi kebakaran kira-kira pukul 4 petang Jumaat.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemilik kedai memberitahu terdapat sejumlah wang disimpan di tingkat atas dan meminta kami untuk menyelamatkannya jika boleh. “Apabila memasuki kedai itu yang masih terbakar, saya menuju ke tingkat atas dan menjumpai sejumlah wang tunai dalam mata wang asing dan tempatan yang tersimpan di antara dokumen, buku dan perabot di ruang tamu,” kata bapa kepada dua anak ketika ditemubual di sini pada Sabtu.
Hairul berkata adalah menjadi kebiasaan anggota bomba terjumpa wang tunai atau barangan berharga semasa memadam kebakaran tetapi wang tunai yang ditemui Jumaat lalu merupakan antara nilai terbesar pernah dijumpai.
“Pemilik premis memberi kepercayaan kepada saya untuk mencari wang tunai itu. “Kami perlu mengembalikan kepercayaan ini dengan memulangkan wang tersebut kepada pemiliknya. “Walaupun ia tugas sukar untuk memadam kebakaran terutama pada bulan Ramadan, apabila melihat senyuman pemiliknya ia sesuatu yang tidak ternilai,” katanya.
Hairul yang berkhidmat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat selama 14 tahun memberikan wang tersebut kepada komander operasi jabatan itu, Khairul Azhar Abdul Aziz dan mereka bersama-sama memulangkannya kepada pemilik premis, Teo Kian Yong.
“Kami memuji sikap dan kejujuran Hairul dalam memulangkan wang dan menjaga nama baik jabatan ini. “Kami berharap semua anggota bomba boleh melakukan perkara yang sama,” kata Khairul Azhar.
Kedai tersebut yang menjual peralatan sembahyang musnah dalam kebakaran.
Anggota bomba mengambil masa selama 20 minit untuk memadamkan kebakaran itu.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – mStar Online Sumber TKO - 3-7-2017
-------------------------------------------------------------- Hari al-Quds Sedunia agenda Syiah??
Posted on Sunday, July 03 @ 14:49:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30873 Hari al-Quds Sedunia yang disambut pada setiap Jumaat terakhir bulan Ramadhan sebenarnya digagaskan oleh tokoh Syiah Rafidhah iaitu Khomeini. Ia diadakan kononnya demi memperingati perjuangan umat Islam di Palestin. Pada hari tersebut, penganut Syiah akan keluar beramai-ramai sambil menjunjung poster-poster gambar Khomeini. Soalnya, apa sumbangan Khomeini dan Syiah terhadap perjuangan Palestin?
Pernahkah darah Syiah mengalir di bumi Palestin? Tahukah kita bahawa Bapa Kemerdekaan Palestin setelah diperintah 12 kurun oleh Babilon, Yunani, Parsi dan Rom adalah sahabat agung Sayyidina Umar al-Khattab r.a. Tahukah kita, Bapa Kemerdekaan Palestin yang kedua selepas ditawan 92 tahun oleh tentera Salib adalah Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Adakah mereka ini Syiah atau Sunni?
Bahkan, tahukah kita bahawa Syiah tidak pernah mengiktiraf Masjid al-Aqsa terletak di Palestin. Dalam buku berjudul al-Sahih Min Sirah al-Nabiy al-A’zham dan al-Masjid al-Aqsa, Ayna? Ja’far Murtada al-‘Amili, mendakwa bahawa ketika Umar al-Khattab masuk ke Baitul Maqdis, tiada sebuah pun masjid di situ, lebih-lebih lagi masjid yang dinamakan al-Aqsa. Al-Majlisi pula meriwayatkan dalam Bihar al-Anwar bahawa Masjid al-Aqsa itu tempatnya di langit, bahkan Masjid Kufah lebih baik berbanding Masjid al-Aqsa di Palestin.
Inilah topeng sebenar Syiah terhadap isu Palestin. Mereka hanya menggunakan Hari al-Quds Sedunia untuk mengelabui mata umat Islam Sunni. Maka sayugianya, nama Khomeini dan Syiah dipadamkan daripada sambutan Hari al-Quds Sedunia. Malah hari kemerdekaan al-Quds pada 27 Rejab 538H oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi lebih layak dan lebih berhak untuk diperingati!
Ustaz Mohd Aizam bin Mas’od Penolong Pengarah
(Pegawai Penyelidik) Akidah Bahagian Penyelidikan JAKIM
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengesahkan beliau memilih untuk menamatkan karier politiknya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk memindahkannya ke kementerian lain.
Katanya, beliau pada asalnya hanya membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14, namun mengubah keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan kedua.
"Pada 27 Jun (2016), selepas mesyuarat Majlis Ekonomi, saya bertanya perdana menteri, adakah benar PM akan menukar portfolio saya dalam rombakan Kabinet yang akan diumumkan pada petang itu?
"PM mengesahkan saya akan ditukar portfolio.
"Saya memaklumkan PM bahawa saya telah tetapkan dalam fikiran bahawa saya akan mengakhiri dunia politik di Kementerian Kewangan," katanya seperti dilapor Berita Harian.
Sehubungan itu, kenyataan tersebut juga seperti mengesahkan spekulasi yang dibuat blogger Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Husni meletakkan jawatannya kerana kecewa apabila Najib ingin memindahkannya ke Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Akhbar itu melaporkan, Husni menjelaskan beliau membuat keputusan sedemikian memandangkan hanya mempunyai tempoh perkhidmatan selama satu setengah tahun.
Katanya lagi, sekiranya beliau ditukar ke portfolio lain dalam tempoh berkenaan, ia tidak mencukupi untuk membolehkannya berkhidmat dengan efektif.
Selain itu, anggota parlimen Tambun itu berkata, beliau juga perlu menghadiri pelbagai acara sekiranya perlu berkhidmat di usianya yang lewat 60-an sedangkan Husni berkata, beliau ingin melalui fasa lain dalam kehidupannya.
"Saya berasakan dunia pekerjaan kini lebih sesuai dilaksanakan oleh generasi yang lebih muda daripada diri saya. Dengan umur mencapai 60-an, adakah saya patut meneruskan perkhidmatan?
"Kerja-kerja sebagai menteri kewangan II begitu rumit membabitkan antara lain menguruskan Dasar Fiskal, bajet, memantau kedudukan kewangan, hutang negara, tender, 1MDB, syarikat-syarikat kewangan diperbadankan, menentukan harga minyak di pasaran, memantau pasaran kewangan serta pasaran modal, serta menghadapi pelbagai isu persepsi," katanya.
Najib pada 27 Jun lalu mengumumkan rombakan kabinet kali ketiga sejak menerajui negara. Najib juga mengumumkan 'kenaikan pangkat' Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada menteri kewangan kedua bagi menggantikan Husni yang meminta untuk berundur atas sebab peribadi.
Sumber TKO - 3-7-2016 ------------------------------------------------------------------- Rombakan ke-3 Najib pertaruh 10 soldadu lama, baru
Posted on Monday, June 27 @ 20:04:44 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet kali ketiga sejak menerajui negara yang bertujuan memantapkan pentadbiran kerajaan sedia ada selain memastikan agenda pembangunan dipacu untuk rakyat dalam aspek ekonomi, kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan.
Dalam rombakan itu, seramai 10 nama telah disebut bagi mengisi kekosongan dan lantikan dengan lima pemimpin dari Umno, seorang dari Gerakan, dua dari MCA, seorang dari MIC dan seorang lagi dari parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Sarawak.
Dari sudut politik, pelantikan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilihat sejajar dengan hasrat BN untuk merampas semula negeri itu, terutama sejurus kemenangan besar dalam pilihan raya kecil Sungai Besar, baru-baru ini.
Selain itu, Najib juga meletakkan harapan yang tinggi menggunung kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi sebagai mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Abdul Wahid yang menamatkan tugasnya dalam kerajaan pada 4 Jun yang lalu tetapi dikekalkan sebagai Ahli Majlis Ekonomi telah meletakkan satu penanda aras dalam pengurusan ekonomi yang membawa cabaran besar untuk dipikul oleh Abdul Rahman yang juga pengarah strategik komunikasi BN.
Nampaknya Abdul Rahman tidak mempunyai banyak masa lagi selepas ini untuk mencabar pembangkang untuk berdebat dengannya ekoran tugas hakiki dalam kerajaan beliau yang semakin mencabar serta usaha lebih gigih memartabatkan sistem komunikasi BN.
Dalam pengumuman rombakan kabinet di Putrajaya, petang tadi, Najib juga mengumumkan 'kenaikan pangkat' Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada Menteri Kewangan Kedua bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang meminta untuk berundur atas sebab peribadi.
Pelantikan ini akan mengukuhkan kedudukan ahli parlimen Titiwangsa itu di peringkat kawasan bandar sekaligus menghargai pengalaman beliau sebagai antara peneraju korporat yang berkaliber sebelum memilih kerjaya sepenuh masa dalam bidang politik untuk digunakan dalam menambah baik ekonomi Malaysia.
Sementara itu, pelantikan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi pula dilihat sekadar meneruskan tradisi kerusi menteri yang pernah disandang oleh mendiang Lim Keng Yaik selaku presiden parti itu.
Mah yang pernah membantu 'memulihkan' semangat BN apabila berjaya menewaskan DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014 diharapkan mampu mengalas tugas besar untuk mengembalikan zaman kegemilangan Gerakan ketika di bawah era mendiang Keng Yaik, terutama di Pulau Pinang.
Bekas menteri perusahaan, perladangan dan komoditi, Datuk Douglas Unggah Embas pula akan menumpukan kepada usaha menunaikan janji-janji BN kepada rakyat Sarawak selepas kemenangan besar pada pilihan raya negeri yang lalu selaku timbalan ketua menteri yang turut memegang portfolio kementerian pemodenan pertanian dan ekonomi luar bandar negeri.
Pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz dan Naib Presiden MCA, Datuk Lee Chee Leong, masing-masing sebagai timbalan menteri kewangan yang baru.
Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong bertukar portfolio ke kementerian perdagangan antarabangsa dan industri sebagai timbalan menteri.
Dengan pelantikan dua orang kuat MCA selain 'pengembalian' kerusi menteri kepada Gerakan, Najib nampaknya benar-benar serius dalam usaha untuk menambat semula hati masyarakat Cina untuk kembali menyokong BN selepas peralihan 10 peratus undi Cina kepada BN dalam pilihan raya kecil Sungai Besar.
Othman pula yang dikatakan 'terkejut' dengan pelantikan itu adalah Naib Ketua Bahagian Umno Jerlun yang dahulunya pernah dikepalai oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum dipecat dari Umno minggu lepas.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany pula dilantik sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri manakala Ahli Parlimen Lawas dari PBB, Datuk Henry Sum Agong Datuk Henry Sum Agong pula dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.
Ahli Parlimen Silam dari Sabah, Datuk Nasrun Mansur pula dilantik timbalan menteri perusahaan, perladangan dan komoditi bagi mengambil alih tempat yang arwah Tan Sri Noriah Kasnon yang terbunuh berikutan nahas helikopter awal bulan lalu.
Pelantikan dua timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak itu tentunya mengembirakan para penyokong BN di kedua-dua negeri tersebut, dalam menantikan pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Bernama melaporkan, pelantikan hari ini selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan-pelantikan tersebut, jelas Najib.
Najib melakukan rombakan Kabinet pertamanya pada 25 Jun 2014 melibatkan penyertaan semula pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) daripada Gerakan dan MCA dalam barisan Kabinet.
Ia termasuk pelantikan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Mah selaku Presiden Gerakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Najib ketika melakukan rombakan Kabinet yang kedua pada 28 Julai 2015 berkata ia dilakukan untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Rombakan tersebut menyaksikan pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.
Semasa ditanya sama ada barisan Kabinet ini adalah sebagai persediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Najib berkata: "Ia bergantung bila pilihan raya umum akan datang akan diadakan."
Kepada soalan bila beliau akan mengadakan pilihan raya umum, katanya: "Saya tak tahu lagi."
Ketika ditanya jika beliau sedar tentang rancangan Husni untuk bersara, Najib berkata Husni telah memaklumkan kepada beliau tentang hasratnya untuk bersara dan ia harus dihormati.
"Beliau sudah bersedia untuk bersara," katanya.
"Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau selama ini," katanya.
Kepada soalan kenapa tiada wanita dipilih untuk mengisi jawatan dalam rombakan Kabinet kali ini, Najib berkata: "Kami boleh sentiasa isi pada bila-bila masa. Tidak perlu bimbang mengenainya."
Peraturan cara baharu renew Roadtax dan Insuran kereta mulai 1 September 2016. Seperti sedia maklum berkuatkuasa mulai 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi mengeluarkan geran atau salinan geran yang hilang kerana telah mula kuatkuasa penggunaan sistem sijil VOC (Vehicle ownership certificate). Oleh itu dengan penggunaan sistem geran sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ.
Cara Baharu Renew Roadtax & Insuran Kereta Mulai 1.9.2016
Berkuatkuasa mulai 1 September 2016, JPJ akan laksanankan pembaharuan roadtax tanpa geran secara menyeluruh di mana pemilik kenderaan wajib hadir untuk renew dan perlu membuat pengesahan cap jari sebagai liabiliti yang bertanggungjawab merenew roadtax sesuatu kenderaan bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan penggunaan kenderaan klon.
1. Penggunaan Geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016
2. Bermula 1 September 2016, Renew Roatax dan Insuran tidak lagi perlu geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ
3. Hanya perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang sah sahaja.
Bagaimana Jika Geran Kereta Asal Hilang?
Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat kenderaan kerana geran asal telah hilang, tuan/puan di sarankan ke JPJ berdekatan untuk membeli maklumat kenderaan (RM20). Dan panjangkan kepada pihak insuran 1 salinan untuk renew insurans atau claim insurans.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Datuk Seri Noh Omar dilantik Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Beliau menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi.
Sumber TKO - 27-6-2016
Najib dijangka umum rombakan kabinet minggu depan
Posted on Sunday, June 26 @ 06:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30731 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan rombakan kabinet Isnin depan.
Menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik dijangka mengangkat sumpah pada hari berikutnya, demikian menurut laporan Sin Chew Daily hari ini.
Rombakan kabinet itu dijangka untuk mengisi kekosongan jawatan tiga menteri dan dua timbalan menteri.
Ini termasuk dua jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri juga kosong – satu bertanggungjawab bagi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan satu lagi bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Datuk Seri Idris Jala, yang menerajui PEMANDU telah melepaskan jawatannya selepas penggal kedua sebagai senator berakhir.
Tan Sri Abdul Wahid Omar, yang menerajui EPU tidak mahu melanjutkan tempoh khidmatnya dalam kabinet selepas hanya menjadi senator untuk satu penggal.
Manakala jawatan seorang timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kosong selepas Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai menteri besar Kedah.
Sumber TKO - 26-6-2016
Umno putuskan tiada lagi bantuan k'jaan untuk Yayasan Perdana
Posted on Friday, June 24 @ 21:12:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sumbangan kerajaan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad akan dihentikan.
Keputusan itu dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur, petang tadi.
Katanya, peruntukan kerajaan akan dihentikan serta merta dan semua kakitangannya akan diberi notis berhenti.
Semalam, Pergerakan Pemuda Umno menggesa kerajaan untuk menghentikan segala bantuan yang diberikan.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata, bantuan yang diberikan itu termasuk kewangan dan harta tetap serta kakitangan sokongan yang gaji mereka dibayar oleh kerajaan.
Beliau mendakwa langkah itu perlu kerana Mahathir menggunakan yayasan itu sebagai platform untuk menjatuhkan kerajaan.
Sumber TKO - 24-6-2016
Kabinet Dirombak Dalam Masa Terdekat
Posted on Thursday, June 23 @ 14:22:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30681 KUALA LUMPUR: Barisan Menteri Kabinet dijangka akan dirombak dalam masa terdekat setelah kemenangan Barisan Nasional (BN) pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK), Kuala Kangsar dan Sungai Besar, sabtu lalu.
Kerusi parlimen Sungai Besar sebelum ini diwakili oleh Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon diganti Budiman Mohd Zohdi sementara Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang mewakili parlimen Kuala Kangsar diganti isterinya Datin Mastura Mohd Yazid.
Noriah dan Wan Mohammad Khairil bersama tiga yang lain meninggal dunia selepas helikopter menerbangkan mereka dari Betong ke Kuching terhempas berhampiran Sebuyau.
The Straits Times melaporkan, selain mengisi kekosongan jawatan Timbalan Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang diisi Noriah sebelum ini, rombakan kabinet kali ini juga akan mengisi satu jawatan menteri dan dua kekosongan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dua jawatan tersebut ditugaskan untuk menyelia unit prestasi kerajaan dipanggil Pemandu dan satu lagi bagi menyelia Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang masing-masing diselia sebelum ini oleh Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Idris meletakkan jawatan selepas tempohnya sebagai senator selama dua penggal berakhir manakala Abdul Wahid enggan meneruskan jawatan sebagai menteri kabinet selepas tempohnya sebagai senator selama satu penggal berakhir.
Dalam pada itu, Datuk Seri Douglas Uggah Embas melepaskan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bulan lepas.
Setelah memenangi kerusi yang ditandinginya, beliau kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
- Malaysian Digest
Sumber TKO - 23-6-2016
China Bercadang Jadikan Spratly Lokasi Pelancongan
Kapal-kapal pelayaran Cina akan membawa pelancong ke Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang turut dituntut oleh Malaysia.
Menurut media China, The China Dail, ia akan mula beroperasi pada tahun 2020 menurut satu cadangan baru bertujuan untuk membangunkan laluan ke Spratly.
Akhbar tersebut memetik dokumen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di wilayah selatan Pulau Hainan, dari mana kapal-kapal akan berlepas.
“Kepulauan Nansha adalah wilayah dara bagi industri pelancongan China,” wilayah pegawai pelancongan Sun Xiangtao memberitahu akhbar itu, dengan menggunakan nama Cina Spratly.
Namun begitu, pelancong China telah dibenarkan untuk perjalanan ke kawasan bukan ketenteraan di Laut China Selatan sejak 2013, tetapi pemegang pasport asing tidak dibenarkan untuk menyertai perjalanan.
Vietnam, Malaysia, Taiwan, Brunei dan Filipina semua mempunyai tuntutan saingan terhada bahagian Spratly.
Satu laporan China Daily sebelum berkata Datuk Bandar bandar Sansha, pada Woody Island dalam Paracel, dianggarkan bahawa kira-kira 30,000 orang telah melawat pulau-pulau, dan “ramai orang yang mempunyai semangat patriotik mahu mencuba (lawatan itu)”.
Ketegangan telah tinggi di rantau itu terjadi apabila Beijing menegaskan kedaulatannya ke atas hampir semua lokasi stretegik penting di Laut China Selatan, walaupun tuntutan saingan daripada negara jiran di Asia Tenggara.
Persaingan tuntutan ke atas kawasan Laut China Selatan tersebut, yang meliputi lebih daripada tiga juta kilometer persegi, telah selama beberapa dekad menjadi sumber ketegangan di rantau ini.
Lautan itu merupakan pautan maritim utama di antara Lautan Pasifik dan Lautan India, memberikan perdagangan dan nilai ketenteraan yang besar.
Lebih daripada $ 5 trilion pada perdagangan kapal yang dibawa melalui laut setiap tahun dan terdapat simpanan minyak yang dieksploitasi dan simpanan gas asli utama yang dipercayai berada di bawah dasar laut disitu.
Spratly merupakan beberapa terumbu karang terbesar di dunia dan,dengan kehidupan marin sedang habis berhampiran dengan pantai, adalah penting sebagai sumber ikan untuk memberi makan kepada penduduk yang semakin meningkat.
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mengenakan cukai kepada minuman bergula (SSB) yang diimport atau diproses di kilang dalam usaha mengurangkan jumlah penghidap penyakit kencing manis di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia merupakan satu daripada strategi yang dikenal pasti untuk mengawal penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan.
"Walau bagaimanapun, cadangan cukai ini adalah tertakluk kepada persetujuan pihak Kementerian Kewangan," katanya menjawab soalan Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman yang ingin tahu cadangan kerajaan untuk melaksanakan cukai gula seperti yang dilaksanakan di Britain, pada sesi soal jawab sidang Dewan Negara hari ini.
Dr Hilmi berkata cadangan itu juga termasuk dalam strategi yang dirangka oleh kementerian melalui Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III dan 'Policy Options' bagi tahun 2016-2025 untuk menangani masalah obesiti.
Selain itu, beliau berkata kementerian juga mengadakan program Kelab Doktor Muda bagi pelajar sekolah rendah dan menengah termasuk di universiti yang menekankan cara pemakanan yang sihat serta kebersihan.
Katanya, kira-kira 3,000 sekolah rendah, 100 sekolah menengah dan tujuh universiti terlibat dengan program berkenaan.
"Di sekolah, memang ada program menu sihat dan kantin dilarang menjual makanan yang tidak berkhasiat termasuk kantin yang berada 40 meter dari kawasan luar sekolah," katanya. - Bernama Sumber TKO - 16-6-2016 'Mengapa 1MDB masih belum diaudit?' - Nazir Razak
Posted on Tuesday, June 14 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Pengerusi CIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak sekali lagi membuat kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi laman sosial Instagramnya.
Dengan memuat naik gambar audit 1MDB, Nazir kali ini mempersoalkan pentadbiran syarikat milik kerajaan GLC atas tindakan syarikat pelaburan negara itu yang masih belum memulakan audit bagi bulan Mac 2015.
"Saya hairan mengapa audit bagi bulan Mac 2015 masih belum dimulakan?
Bagaimanakah hal ini dibenarkan? Adakah pentadbiran GLC jatuh begitu rendah?" soal Nazir melalui kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagramnya lewat semalam.
Posting yang dimuat naik kira-kira jam 10 malam mendapat perhatian para netizen berdasarkan komen yang ditinggalkan di bawah kenyataan tersebut.
Difahamkan, akaun-akaun 1MDB masih belum diaudit sejak lebih setahun yang lalu walaupun pelbagai kontroversi melanda syarikat itu terutama berhubung urusniaga, aset dan hutang.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini mencadangkan supaya Kementerian Kewangan segera mengarahkan firma audit untuk mengaudit akaun-akaun 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.
Nazir juga pernah mengkritik tindakan eksekutif tertinggi 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang tidak hadir ke siasatan PAC melalui akaun Instagramnya baru-baru ini.
Sumber TKO - 14-6-2016 Kadar tol 8 lebuh raya akan naik?
Posted on Tuesday, June 14 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KERAJAAN akan membuat keputusan muktamad dalam masa terdekat ini mengenai jumlah kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya di negara kita.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemu bual oleh Sin Chew Jit Poh, semalam berkata, sekiranya kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar tol, tiada cara lain yang dipilih kecuali terpaksa membayar pampasan kepada syarikat konsesi terbabit.
“Dalam mengatasi isu kadar tol ini, pihak kerajaan menghadapi dilema iaitu sama ada membenarkan kenaikan kadar tol ataupun memberikan pampasan. Itulah dua pilihan yang ada pada kerajaan.
“Dengan erti lain, pengguna jalan perlulah membayar jika ingin menggunakan kemudahan tol ini manakala bagi pihak kerajaan, bebanan hutang tetap akan ditanggung di bawah terma-terma perjanjian yang dipersetujui,” kata Fadillah.
Mengikut perjanjian antara kerajaan dengan syarikat pemegang konsesi, terdapat lapan lebuh raya telah dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus mulai Januari 2016.
Sekiranya kerajaan tidak meluluskan kenaikan ini, jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan ialah sebanyak RM593 juta.
Kelapan-lapan lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite).
Manakala empat lebuh raya lagi ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB).
Menteri Kerja Raya ini turut menjelaskan, disebabkan keprihatinan kerajaan pusat agar tidak membebankan rakyat, kerajaan melarang sebarang kenaikan kadar tol antara tahun 2008 hingga 2014.
“Bagaimanapun, yang menanggung akibatnya ialah kerajaan. Jumlah pampasan yang dibayar oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi ini melebihi RM2.2 bilion sepanjang tempoh enam tahun itu,” kata Fadillah.
Beliau tidak ingin membuat sebarang spekulasi sama ada berlaku kenaikan kadar tol pada lapan lebuh raya ini atau tidak sebabkan rundingan masih dijalankan antara kerajaan dengan semua syarikat konsesi terbabit.
Manakala bagi tahun depan, mengikut perjanjian, terdapat empat lebuh raya lagi dibenarkan menaikkan kadar tol. Keempat-empat lebuh raya ini ialah Guthrie Corridor Expressway (GCE), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Senai-Desaru Expressway (SDE) dan Eastern Dispersal Link (EDL).
Sementara itu, difahamkan, kecuali Jambatan Pulau Pinang, semua lebuh raya utama di bawah kendalian Plus (Lebuhraya Utara-Selatan), dibenarkan menaikkan kadar tol mulai Januari 2016.
Di bawah perjanjian itu juga, mulai tahun 2016, Plus dibenarkan menaikkan kadar tol sebanyak 5 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali sehingga tahun 31 Disember 2038.
Kali terakhir Plus menaikkan kadar tol ialah pada tahun 2005.
Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang 772 kilometer mula dibuka kepada pengguna jalan mulai tahun 1994 dengan kos pembinaan menelan perbelanjaan sebanyak RM5.9 bilion.
Pada PRU lalu, BN melalui manifestonya berjanji tidak akan meluluskan kenaikan kadar tol dalam tempoh lima tahun, iaitu antara tahun 2013 hingga 2018.
Kini, rakyat tertunggu-tunggu apakah kerajaan akan berpegang pada janjinya itu untuk melarang sebarang kenaikan kadar tol sehingga tahun 2018.
Sumber TKO - 14-6-2016 Rampasan ayam proses dari China sedang disiasat
Posted on Sunday, June 12 @ 22:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pihak berkuasa sedang menyiasat kes rampasan ayam proses dari China yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Senari, Kuching, Sarawak.
Sehubungan itu, Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim, menasihatkan pengguna agar sentiasa berhati-hati dalam memilih produk dan barangan yang hendak dibeli.
“Untuk makluman pengguna, pihak Jabatan Agama Islam Sarawak bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) masih menjalankan siasatan mengenai pihak yang bertanggungjawab membawa masuk produk tersebut untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Laporan tersebut mendedahkan Kastam, Jais Sarawak dan Jabatan Veterinar Sarawak menahan sebuah kontena berisi daging ayam proses di Pelabuhan Senari di sini pada
pukul 8 pagi, Selasa lalu tetapi diisytiharkan dalam dokumen sebagai sayur brokoli dari China.
Menurut laporan itu, Jabatan Veterinar telah mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk pembekal mengimport ayam dari China kepada mana-mana syarikat di negeri itu.
Siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas sebuah syarikat penyimpanan sejuk beku makanan yang beralamat di Bintulu.
Sumber TKO - 12-6-2016 Hasil GST rakyat bayar ‘duit raya’ kakitangan awam
Posted on Saturday, June 11 @ 11:49:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
KUALA KANGSAR, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini secara tidak langsung mengakui ‘duit raya’ RM500 kepada kakitangan awam yang diumumkannya kelmarin, adalah hasil daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada rakyat.
Berucap pada majlis penyampaian bantuan akibat kejatuhan harga getah 2016 di sini,
hari ini, beliau berkata pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada
1.6 juta penjawat awam sebagai persediaan menyambut Aidilfitri adalah hasil
daripada kutipan GST.
“Inilah sebabnya bila Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
minta bantuan raya, kita dapat beri. Kalau tiada cukai macam mana kerajaan dapat bagi,
” katanya.
Katanya, pelaksanaan GST terbukti memberi kebaikan kepada rakyat.
Sumber TKO - 11-6-2016
Azalina: PM, TPM arah usul Hadi dibawa ke depan
Posted on Saturday, June 04 @ 20:28:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Arahan menyegerakan usul rang undang-undang persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibentangkan di Dewan Rakyat datang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau mendapat kebenaran kabinet sebelum mengemukakan usul menyegerakan rang undang-undang dibawa Hadi pada hari terakhir sidang parlimen 26
Mei lalu.
"Dalam tugas saya sebagai menteri menjaga urusan parlimen, saya bertanggungjawab kepada pemimpon majoriti, iaitu perdana menteri dan ketua whip, iaitu timbalan perdana menteri.
"Justeru arahan untuk membawa ke depan (usul rang undang-undang persendirian Hadi) dari nombor 15 ke nombor satu sudah pasti daripada pemimpin majoriti dan ketua whip kerana itulah prosedur yang diperlukan di parlimen," katanya kepada media di Sungai
Besar hari ini.
Azalina berkata dia mendapat arahan daripada perdana menteri selepas melaporkan maklumat disampaikan speaker Dewan Rakyat bahawa Datuk Seri Jamil Khir Baharom (menteri yang mengelola hal ehwal Islam) tidak membantah usul Hadi dibahaskan.
"Saya hanya membaca Peraturan Mesyuarat 14 untuk membenarkan (ia dipindahkan) dari nombor 15 ke nombor satu," kata Azalina yang mendakwa tindakan itu bukan menyegerakan usul Hadi seperti digambarkan oleh sesetengah pihak, sebaliknya hanya membawa ia ke depan.
"Speaker memberitahu kami ada permintaan dibuat, apabila Jamil Khir memaklumkan
tiada bantahan. Jadi tentulah menjadi tugas saya secara automatik (untuk melakukannya). Tidak timbul isu menyegerakan rang undang-undang itu," katanya.
Bagaimanapun Azalina kelihatan enggan melibatkan diri dalam kandungan rang undang-undang dibawa Hadi serta keputusan kerajaan membenarkan ia dibentangkan.
"Tugas saya tiada kaitan dengan kandungan usul itu. Saya menyelia peraturan, jadi saya hanya menguruskan prosedur kerana usul itu berada di nombor 15 dan perlu dibawa ke nombor satu di antara usul lain kerajaan.
"Mengikut Peraturan Mesyuarat 14 seorang anggota kabinet atau menteri mesti mendapatkan kebenaran speaker. Saya hanya bertanggungjawab dalam isu teknikal,
bukan kandungan usul itu," katanya.
Menurut Azalina orang yang bertanggungjawab kepada kandungan usul itu serta
keputusan membenarkan ia dibahaskan ialah Jamil Khir.
Sumber TKO - 4-6-2016 Kes Kematian Menantu TPM Sedang Disiasat - Dr Subra Posted on Friday, June 03 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap kes menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia susulan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar semalam, sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kematian dan beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.
"Siasatan sudah bermula semalam, buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan," katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Malaysia 2016 di sini, Khamis.
Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, meninggal dunia susulan rawatan gigi di Bangsar semalam.
Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik pada kira-kira pukul 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum tidak sedarkan diri.
Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kementeriannya sedang mencari formula ke arah memperbaiki perkhidmatan kesihatan di hospital swasta di seluruh negara, termasuk dalam soal memantau dan mengawal kadar caj kepada pesakit.
Beliau berkata kementerian sedang mengkaji pelaksanaan sistem audit yang sama seperti dilakukan di hospital kerajaan. Katanya ini penting supaya hanya kadar caj yang munasabah yang bersesuaian dengan penyakit sahaja yang dikenakan kepada pesakit.
"Ada sesetengah hospital swasta yang menggunakan imbasan MRI kepada pesakit sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan CT Scan yang lebih murah," katanya. - Mstar
Sumber TKO - 3-6-2016
Pesara lapor polis dakwaan jual data untuk Deklarasi Rakyat
Posted on Thursday, June 02 @ 15:14:52 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Seorang pesara tentera Othman Ab Majid hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan jualan pangkalan data nama untuk Deklarasi Rakyat.
Othman, 56, yang memberitahu tidak mewakili mana-mana pihak, bertindak demikian atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
"Saya baca Malaysiakini, (dakwaan) penipuan tanda tangan tujuan deklarasi rakyat, saya rasa bertanggungjawab. Kerana saya bertanggungjawab mengamankan Malaysia.
"Jadi susah payah waktu itu saya rasa tak guna kalau negara kita ini dikucar-kacirkan oleh satu pihak yang berkepentingan," tegasnya.
Sebelum ini, pengatur cara bebas komputer Azharuddin Othman mendakwa dirinya menjual kira-kira 900,000 nama daripada pangkalan data untuk digunakan bagi mengisi Deklarasi Rakyat.
Beliau mendakwa menyalurkannya melalui Syarul Ema Rena Abu Samah atau dikenali juga sebagai Ratu Naga.
Ema menafikannya dengan bersumpah atas nama Allah dan menjunjung al-Quran.
"Saya memohon siasatan dijalankan oleh pihak polis terhadap tandatangan yang dipalsukan oleh Azharudin dan Ratu Naga atau individu lain terhadap rakyat Malaysia yang disenaraikan dalam deklarasi rakyat.
"Yang kedua, pencurian data yang disenaraikan dalam deklarasi rakyat dan siasat dalang yang terlibat untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.
Polis pada 30 Mei lalu berkata akan memanggil Azharuddin untuk soal siasat.
Sumberr TKO - 2-6-2016
Kematian menantu TPM: Tindakan diambil jika ada salah laku Posted on Thursday, June 02 @ 15:04:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang akan diambil terhadap sebuah klinik pergigian di Bangsar, jika hasil bedah siasat mendapati wujud kecuaian atau kejanggalan yang menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk beliau mengulas lanjut tentang kejadian itu.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarganya. Ia amat tragik untuk orang yang sihat sepertinya.
“Proses undang-undang akan berjalan jika terdapat kejanggalan atau kelakuan tidak profesional mengikut Akta Pergigian 1971,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menurut seorang ahli keluarga Ahmad Zahid yang enggan dinamakan berkata, Syed Alman Zain, 44, telah pergi ke klinik pergigian di Bangsar itu kira-kira jam 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum dilaporkan tidak sedarkan diri.
Beliau kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira jam 7 malam dan disahkan meninggal dunia.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, dan tiga anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea. -FMT
Sumber TKO - 2-6-2016
Penyiasat AS kini tumpu hartanah Riza RM138 juta di UK
Posted on Friday, May 20 @ 19:11:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) dikatakan sedang menumpukan kepada hartanah mewah yang dibeli oleh anak tiri perdana menteri, Riza Aziz di tengah-tengah kota London yang berharga RM137.6 juta atau GBP23 juta, memetik laporan Wall Street Journal (WSJ).
Sebelum ini, WSJ turut melaporkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS sedang meneliti pembelian dua hartanah mewah oleh Riza yang sekurang-kurangnya bernilai AS$50 juta di New York dan Los Angeles dan hubung kaitnya dengan dana 1MDB.
Hartanah London itu yang berupa kediaman empat tingkat dengan bata merah, juga dikhuatiri dibeli dengan pembiayaan menggunakan dana berpunca dari 1MDB, dakwa mereka yang biasa dengan siasatan itu kepada WSJ.
Hartanah yang berada dalam sebahagian kawasan yang dilindungi oleh pagar sekuriti itu terletak berdekatan dalam jarak pejalan kaki daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kawasan kejiranan Belgravia.
Ia dilaporkan berdaftar kepada Qentas Holdings Ltd, sebuah firma British Virgin Islands, namun Riza adalah penerima manfaat hartanah tersebut, lapor WSJ.
Hartanah di London, New York dan Beverly Hills itu dibeli dengan menggunakan dana Red Granite Capital - firma luar pesisir yang dimiliki oleh Riza, WSJ melaporkan.
Beberapa dokumen yang dilihat oleh WSJ menunjukkan Red Granite Capital menerima AS$133 juta pada Jun 2012.
Malaysiakini telah menghubungi Riza berhubung perkara itu, menerusi firma penerbit filem Hollywood Red Granite Pictures, sedang menunggu maklum balas.
Red Granite Capital sebelum ini dilaporkan menerima AS$238 juta dari Aabar Investment PJS Ltd - firma yang sama menerima AS$3.5 bilion dari 1MDB.
Sumber TKO - 20-5-2016 Pesawat Gergasi Tiba Di Malaysia
Posted on Saturday, May 14 @ 18:58:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
SEPANG: Malaysia sekali lagi bertuah kerana menjadi satu-satunya negara anggota ASEAN menyambut ketibaan pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya, di sini hari ini.
Pesawat kargo buatan Ukraine itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 8.30 pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad, India untuk mengisi minyak.
KLIA merupakan hentian terakhir bagi pesawat itu mengisi minyak selepas ia berhenti di Prague, Turkmenbashi (Turkmenistan) dan Hyderabad selepas berlepas dari ‘kampung halamannya' di Kiev.
Pesawat gergasi itu terbang merentasi benua Eropah, Asia dan Oseania, dalam perjalanan bagi melaksanakan misi khas memandangkan ia membawa generator seberat 130 tan untuk dihantar ke Perth, Australia, esok.
Ketua juruterbang Antonov, Dmytrov memberitahu Bernama, pada ketika ini, ia merupakan pesawat terpanjang dan paling berat di dunia iaitu 84 meter panjang dan setinggi 18 meter, yang disifatkannya sama dengan bangunan lima tingkat, dilengkapi 32 tayar dan sayap sepanjang 88 meter.
Eksekutif Kanan Operasi kawasan lapangan terbang Malaysia Airports Berhad, M. Kathi berkata, ini kali kedua pesawat itu mendarat di KLIA selepas kemunculan buat pertama kali di sini pada 2007.
"Pada 2007, pesawat itu mendarat di KLIA dan membawa lima helikopter untuk Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).
"Pesawat itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, namun malangnya apron lapangan terbang di sana tidak dapat menampung panjang sayap pesawat itu," katanya.
- BERNAMA
Sumber TKO - 14-5-2016
Zunar tanya Salleh: Kartunis boleh jatuhkan PM?
Posted on Friday, May 13 @ 14:27:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Semalam Menteri Multimedia dan Komunikasi, Salleh Keruak dalam kenyataan medianya berkata bahawa pameran saya di Geneva bertujuan memalukan perdana menteri (PM). Ini adalah kenyataan balas saya kepada Salleh.
SALLEH: Salleh berkata dia tidak menafikan kemungkinan ada usaha kolektif daripada kartunis Zunar untuk menjatuhkan PM.
ZUNAR: Kalau kartunis boleh jatuhkan PM, itu bukan kesalahan tetapi kelucuan.
SALLEH: Malaysia adalah negara demokratik yang tidak menghalang sesiapa daripada mengeluarkan pendapat, tetapi ia harus dilakukan melalui saluran yang betul.
ZUNAR: Siapa yang kamu cuba perbodohkan? Makhluk asing dari Marikh pun tak akan percaya kata-kata kamu. Kalau Malaysia begitu demokratik, kenapa lebih dari 100 individu telah disiasat, ditangkap atau dihukum di bawah Akta Hasutan semata-mata kerana mengeluarkan pendapat mereka sejak 2014?
Mengeluarkan pendapat mestilah melalui saluran yang betul? Saya sendiri telah ditangkap, diganggu, pejabat diserbu dan secara berterusan ditekan pihak berkuasa semata-mata kerana menzahir pendapat melalui cara kreatif! Apakah melukis kartun dan menerbitkan buku kartun bukan saluran yang betul?
SALLEH: Tidak salah untuk mempunyai pendapat yang berbeza atau tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kenapa melibatkan negara luar?
ZUNAR: Sebagai pemenang anugerah 2016 Cartooning for Peace, saya telah dijemput oleh Yayasan Cartooning for Peace dan Datuk Bandar Geneva untuk mempamerkan 10 karya kartun di Switzerland bermula 3 Mei lalu. Karya bersaiz besar itu dipamerkan di lokasi strategik di tasik Lac Leman sehingga awal Jun ini.
Atara pengunjung pameran itu termasuk bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan, kartunis terkenal dari Peranchis Jean Plantureux Plantu dan Datuk Bandar Guillaume Barazzone.
Sebagai menteri komunikasi, Salleh harus sedar bahawa kita sekarang hidup dalam dunia tak bersempadan. Semua isu telah menjadi masalah sejagat. Untuk pengetahuan, saya juga telah dijemput untuk berucap di PBB ketika di Geneva kerana bagi mereka kebebasan bersuara adalah isu gobal.
Dunia telah menjadi rapat. Kerana itu, media seperti The Wall Street Journal di New York boleh membuat laporan mengenai apa yang berlaku di Malaysia. Kerana itu juga perdana menteri boleh menyaman mereka dari Malaysia, cuma dia masih menunggu hari Selasa datang!
Adakah kamu telah melihat pameran saya, Salleh? Jika tidak, biar saya beritahu kamu bahawa isu yang terkandung ialah rasuah, kebebasan bersuara, konspirasi terhadap Anwar dan Majlis Keselamatan Negara. Adakah antara kartun ini tidak menceritakan kebenaran? Kalau kamu masih tak jelas mengenai kartun-kartun saya, dipersilakan datang ke pelancaran buku baru saya, WASABI (Wa Sapu Billion) hari Sabtu ini (14 Mei) dan beli satu. Sila ke capaian di sini untuk maklumat lengkap.
Tidak, kamu tidak boleh mendapatkan buku saya di kedai buku kerana kerajaan 'demokratik' kamu telah mengharamkannya.
SALLEH: Pameran Zunar adalah satu penghinaan kepada pemimpin yang dipilih rakyat.
ZUNAR: Ketika di Geneva, orang di sana telah mengetahui mengenai isu rasuah di Malaysia kerana ia telah disiarkan secara besar-besaran oleh media antarabangsa. Soalan popular ialah: "Kenapa RM2.6 billion dikatakan sebagai derma?".
Jadi sebenarnya PM dan seluruh kabinet telah memalukan diri mereka sendiri dan negara. Bukan saya. Saya ingin mengulangi kenyataan bahawa menjadi tanggungjawab seorang kartunis untuk mendedahkan korupsi dan saya akan terus melukis hingga ke titisan dakwat terakhir!
SALLEH: Disamping memberi imej buruk kepada negara, pameran Zunar juga dilihat sebagai sabotaj kepada ekonomi negara dan menjejaskan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.
ZUNAR: Lebih dari RM42 billion wang rakyat lesap dalam skandal 1MDB, kamu masih menyalahkan kartunis kerana masalah ekonomi. Kamu adalah menteri yang sangat lucu, Salleh!
...................... ZUNAR atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque adalah kartunis politik di Malaysia. Karya-karya beliau memfokus kepada isu korupsi, salah laku dan "kezaliman kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran BN". Sumber TKO - 13-5-2016 Dasar Sukan Untuk Rakyat - Satu Pandangan
Posted on Wednesday, May 11 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Saya mendapat inspirasi dari satu klip informasi KPDNKK yang mempamerkan Cik Minah [ Yasmin Hamid] membuat kenyataan- ' .....mereka [pengeluar produk] perlu tahu apa [kaum] Perempuan mahu...'. Saya terpanggil untuk memberi pandangan saya kepada apa yang berlaku di dalam Negara dan meluahkan kehampaan saya terhadap Dasar Belia Negara [jika ada ] dan menyentuh perkembangan yang berlaku di UK yang saya tahu.
Baru baru ini Menteri Mahadzir Kalid ada membuat kenyataan selepas
berlakunya satu kemalangan terhadap seorang kanak kanak sekolah-
'....hampir setiap hari ada saje kematian melibatkan murid sekolah
[akibat mati lemas dan sebagainya]....'
Dasar Kementrian Belia nampaknya memberi tekanan kepada sukan
badminton.bola , squash dan lawn bowling yang hampir kesemuanya tak
dapat diikuti dek mat mat belia di kampong.
Bola
-----
Hampir kesemua padang bola awam di
Kuala Lumpur telah diberi kepada kroni untuk tujuan pembangunan. Yang
femes dalam senarai ini termasuklah Padang JKR di Cheras, Postal Padang di
Imbi dan juga Padang Sentul. Akhirnya tidak ada tempat untuk kumpulan
belia bermain bola . Padang Postal merangkumi sekurang kurangnya 3 padang- 2 padang
bola dan satu padang ragbi. Nampaknya bola hanya dimain di sekolah dan
padang dan stadium saje.
Kes Mati Lemas Di Lubok Dan Sungai
----------------------------------
Kalau kita baca Berita Harian kita akan lihat hampir setiap minggu ada saja
kes budak/budak mati lemas di tempat rekreasi air, lubok sungai atau tepi
laut.
Nampaknya kenyataan Yasmin Hamid bolih diator [rephrase] semula di sini
dengan tepat sekali-
'... Mat Gomen di KBS tak tahu apa rakyat marhaen want..'
Saya sengaja guna 'want' kerna nak tekankan ianya adalah satu keperluan yang teramat.
Kalau guna 'mahu' , bunyinya lembik. Sudah tiba masanya mat mat melayu guna
inglis untuk memberi satu gambaran yang tepat! Lihat saja frasa 'tak nak' berbunyi
lembik. Begitulah perjalanan kempen 'jangan merokok' yang telah dibuat!
Mungkin Tok Rais Penasihat Kultura bolih fikirkan hal ini.
Berenang sebenarnya adalah sukan rakyat 1 Malaysia. Bukan Badminton,
bukan bola dan bukan Lawn Bowling [ini bukan budaya kita!]. Ini adalah satu
imej tipu [fake image] yang sengaja di
ada adakan untuk buang duit dan memuaskan ego mat/minah tertentu!
Rakyat di seluruh pelusuk sukakan sukan air. TAPI di Malaysia berenang
bukan satu
dari kurikulum sekolah dan mat kbs tak pernah ambik pot pasal hal ini.
Ya Dolah Badawi belanjakan hampir RM 1 billion setahun untuk taja Mongsoong Cup
yang tak berfaedah khususnya pada rakyat Ganu yang paling banyak mati lemas
di tempat rekreasi air atau di tepi laut.
Sudah masanya Mat Melayu pimpinan Negara jejak ke bumi nyata. Omputih
'berak besar' dengan America Cupnya. Mat melayu pun nak ' berak
besar' dengan Mongsooong Cup-nya.
.
Satu dari pemain America Cup ialah Dave Allen. Beliau adalah billionaire-
Rakan kongsi Bill Gates! Mereka 'berak besar' pasqal mereka mampu. Mat
melayu di Malaysia rata rata papa kedana berbanding dengan Dave Allen. Jho
Lo hanya sewa bot mewah Dave Allen untuk berparti dengan sundal sundal
high class dalam bot yang disewanya.
.
Bukankan satu perkara yang memalukan kalau ditanya berapa peratus orang
Malaysia bolih berenang?
.
5,10 .20 peratus?
Answer: mungkin kurang dari 5 peratus. Itu sebab kita selalu baca berita
setiap minggu ada saja remaja mati di lubok, kolam atau tepi laut!
Cuba teka statistik - berapa bolih berenang di Ganu?
10.20. 30. 40 peratus penduduk? Mungkin jawapan sebenar kurang dari 10 peratus.
Di UK mereka ada dasar . Mereka mahukan semua murid mereka bolih berenang kerana
keperluan masa depan mereka . Hampir setiap sekolah ada kolam renang.
Munkin Mei Fun dan Ramasami bolih beritahu pasal pembelajaran renang di
Singapura.
Saya tak terperanjat jika Singapura ada lebih banyak kolam renang awam
dari seluruh Malaysia.
Dasar KBS
----------
Saya lihat seluruh jentera KBS ditujukan untuk mendapat 2 Thomas Cup dan beberapa
keping Silver dan gangsa di olimpik. Sudah berbilion dibelanja namun kualiti
belia keseluruhan di malaysia menghampakan bila dibanding dengan belia luar negara.
katakan Singapura atau UK. Belia kita suka berenang di sungai/lubok/tepi laut dan di antara
mereka akan maut di dalam menjalankan aktiviti kegemaran mereka.
Bad Economics Di dalam Pentadbiran Belia
-----------------------------------------
Selain dari kes songlap RM 100 juta dan ukuran kpi kpi yang takde makna
dan guna langsung Gomen patut kaji semula Ministerial Functions Act
terhadap KBS. Kebanyakan aktiviti mereka adalah 'socially disconnected'
dengan apa Belia 1 malaysia want!
.
Perkqara sama juga dengan kurikulum MOE yang perlu mengambil kira
Malaysia sebagai satu Semenanjung [ body of land dikelilingi air] dan
Sarawak dan Sabah [sebahagian dari pulau Borneo]. Tirulah dasar pelajaran
UK di dalam aktiviti renang dan tentukan
ada konsep value for money di dalam pentadbiran belia [bukan jaga segelintir
prima donna sukan macam ah chai chong weh dan seangkatan dengannya]. Kegiatan
tompang sekaki dek mat dan minah politikus semasa kejayaan sukan yang ditaja tak
berbaloi. Lihat aje betapa bijak Mat Thai yang belanjakan sterling 100 juta
dan meraih kemengan Juara EPL yang akan membawa kkepulangan Sterling
300 juta di
dalam bentuk cash dan penjualan jersey seluruh dunia. Kebodohon yang
teramat di dalam pengurusan strategi KBS mesti dihentikan. KJ mesti tunjuk
yang pelajaran degree dari Oksfortnya ada nilai yang bolih di applikasikan
bukan untuk tayang aje tapi
hasilkan pemikiran sampah! Tengok aje Lee Hsien Loong kelulusan Harvard
dia dapat tunjuk kepintaran di dalam pengurusan strategi Negaranya!
Sumber TKO - 11-5-2016
Perintah Gaji Minimum 2016 berkuat kuasa 1 Julai
Posted on Monday, May 02 @ 13:38:28 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
PUTRAJAYA - Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuat kuasa mulai 1 Julai tahun ini ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.
Beliau berkata, perintah tersebut melibatkan semua pekerja di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik (pembantu rumah) sebagaimana yang terkandung dalam PGM 2012.
"Kerajaan telah meneliti semua syor yang telah dikemukakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara dan telah mengambil pendekatan 'balanced approach' serta mempertimbang kepentingan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya melalui PGM 2016, kadar gaji minimum ditetapkan mengikut wilayah iaitu RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya.
Beliau berkata bagi gaji minimum harian pula ia tertakluk kepada jumlah jam bekerja maksimum seminggu iaitu 48 jam bagi Semenanjung Malaysia.
"Untuk enam hari bekerja dalam seminggu, kadar gaji minimum harian adalah RM38.46, (lima hari/seminggu, RM46.15) dan (empat hari/seminggu, RM57.69)," katanya.
Bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan pula untuk enam hari bekerja dalam seminggu, gaji minimum harian adalah RM35.38, (lima hari/seminggu, RM42.46) dan (empat hari/seminggu, RM53.08), katanya.
Riot berkata bagi pekerja yang dibayar berdasarkan upah mengikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang perlu dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,000 di Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Dalam pada itu, katanya klausa berhubung Permohonan Penundaan, Rundingan bagi Penstrukturan Semula Gaji dan Pengurangan Kadar Gaji Minimum bagi pekerja dalam tempoh percubaan yang ada dalam PGM 2012 tidak ditetapkan bagi PGM 2016.
"Bagi pekerja-pekerja yang masih menjalani tempoh percubaan melangkau tarikh 1 Julai 2016, tiada pengurangan kadar gaji minimum dibenarkan bagi pekerja-pekerja yang masih dalam tempoh percubaan tersebut mulai 1 Julai 2016," katanya.
Oleh yang demikian, jelasnya garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara pada 6 Sept 2012 selaras dengan penguatkuasaan PGM 2012 adalah dimansuhkan dengan berkuatkuasanya PGM 2016 mulai 1 Julai 2016.
"Kerajaan berharap kadar gaji minimum baharu ini akan mampu melonjakkan pendapatan pekerja Malaysia sekaligus dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai matlamat negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.
Sesalinan perintah tersebut boleh diperoleh dalam laman sesawang Kementerian Sumber Manusia iaitu www.mohr.gov.my. - Bernama
Sumber TKO - 2-5-2016
Henti polis pengiring Mahathir tindakan tepat - Nazri Posted on Monday, May 02 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUCHING - "Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan tindakan tepat. Ia sepatutnya telah lama dilakukan," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaanm, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.
Menurutnya, selama ini Dr Mahathir sendiri yang memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.
"Saya rasa tidak kena untuk kita berikan dia escort untuk dia ke tempat-tempat untuk menentang kerajaan yang memberikan dia kemudahan ini. Jadi saya kira keputusan ini sudah lama patut dilakukan tetapi kita harapkan dia akan sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya bukan atas kepentingan negara.
"Tapi kalau dia terus juga saya rasa sudah sampai masa...kita tidak mahu bertanggungjawab terhadap beliau kalau beliau yang meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya. Dari segi logik kenapa hendak bagi keistimewaan pada orang yang sebenarnya menentang kita balik. Kalau beliau pilih untuk hendak bertumbuk kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa," katanya ketika ditemui media pada Program Merakyatkan Seni Budaya: Nilai Murni Gotong-Royong di Sekolah Kebangsaan Buntal, Pantai Damai, di sini.
Sebuah portal berita tempatan melaporkan baru-baru ini bahawa polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring ke atas Dr Mahathir berkuatkuasa 28 April lalu.
Menyentuh isu lain, Nazri menafikan dakwaan pihak pembangkang kononnya menteri persekutuan datang ke Sarawak menjanjikan pelbagai peruntukan hanya sebagai sogokan kepada rakyat untuk meraih undi bagi BN.
Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan berlangsung pada 7 Mei ini.
"Tidak ada peraturan dalam Akta SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kita yang menghalang kerajaan untuk terus melakukan apa-apa tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan," katanya.
Lagipun, katanya beliau bersama beberapa anggota jemaah menteri persekutuan yang lain tidak mempunyai kaitan atau bertanding dalam PRN-11 ini dan mereka hanya menjalankan tugas sebagai menteri persekutuan.
Nazri turut membidas kenyataan Naib Ketua Umno Kota Raja, Hamidi Abu Bakar yang mendakwa tindakan beliau (Nazri) yang akan mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada Umno sebagai membawa kepada 'malapetaka' terhadap parti.
"Dr Mahathir used to advise us that as a medical doctor he said if there is any part of the body with cancer, you just cut it."
(Dr Mahathir pernah nasihatkan kita, sebagai seorang doktor perubatan beliau berkata jika mana-mana bahagian badan ada kanser, anda perlu memotongnya), kata Nazri. – Bernama
Sumber TKO - 2-5-2016 131,813 termasuk tentera naik gaji Julai ini
Posted on Monday, May 02 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Seramai 131,813 kakitangan awam Kementerian Pertahanan termasuk warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menikmati kenaikan satu tangga gaji bermula 1 Julai ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kenaikan itu dilaksanakan mengikut Skim Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia.
"Agenda penambahbaikan ini juga melibatkan aspek kebajikan anak-anak anggota dengan menyediakan perkhidmatan bas sekolah termasuk perumahan yang selesa," katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Desa Tun Hussein Onn, hari ini.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata bagi anggota Lain-Lain Pangkat ATM, Perajurit Muda yang tamat latihan asas akan menikmati gaji permulaan Prebet sebanyak RM1,564 sebulan berbanding RM1,137 yang diterima sebelum ini.
Katanya bagi Pegawai Kadet berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia akan menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,104.
"Pegawai berpangkat Leftenan Muda yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda pelbagai jurusan dan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang memperolehi gaji sebanyak RM2,585 dan RM2,730.61 berbanding RM2,411.85.
"Pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan akan menerima gaji sebanyak RM2,876.67 berbanding RM2,703.37 manakala pemegang ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar akan menerima RM3,022.13 berbanding RM2,593.94," katanya.
Terdahulu Hishammuddin menyerahkan kunci RKAT Desa Tun Hussein Onn kepada 160 warga ATM berkeluarga yang berpangkat korperal dan ke bawah.
Projek RKAT bernilai RM11.2 juta melibatkan dua blok kediaman itu siap dibina pada 28 Mac lepas.
- Bernama Sumber TKO - 2-5-2016
Lelaki Ceroboh Kuil: Sakit Mental Sejak 2013
Posted on Saturday, April 30 @ 15:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUCHING: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lelaki yang memecahkan patung di sebuah kuil di Ipoh, Perak pada Ahad lepas adalah seorang pesakit mental.
Beliau berkata, lelaki berusia 29 tahun itu telah menerima rawatan berkaitan penyakit mentalnya sejak 2013 di sebuah hospital swasta di bandar raya itu.
"Polis telah mendapatkan pengesahan daripada pihak hospital swasta tersebut serta tiga orang doktor hospital itu yang mengesahkan suspek adalah seorang pesakit mental," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Pahlawan Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, di Batu Kawah, dekat sini hari ini.
Berhubung kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr S. Jeyaindran yang berkata lelaki itu tidak mempunyai rekod sebagai pesakit mental, Khalid berkata, berkemungkinan Dr Jeyaindran hanya merujuk kepada rekod di hospital kerajaan dan tidak membuat semakan dengan hospital swasta.
"Padahal suspek ini telah dirawat sebagai pesakit mental sejak 2013 di Hospital KPJ Ipoh," katanya.
Khalid turut meminta orang ramai yang tidak mempunyai maklumat sahih mengenai kesihatan suspek tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
"Keadaan ini juga akan menyebabkan masyarakat menuduh polis berpihak kepada suspek," tegasnya.
Pada petang Ahad lepas, lelaki itu dengan membawa sebuah parang telah memasuki kuil Sree Muneeswarar Amman dan memecahkan patung dalam kuil tersebut.
Lelaki itu kemudian melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus dan terbabas lalu melanggar sebuah perhentian bas sebelum ditahan polis. - Bernama
Sumber TKO - 30-4-2016
Sekatan imigresen terhadap pelawat rugikan Sarawak
HARAKAHDAILY | .
Ramai pelawat dari luar terutama dari Semenanjung Malaysia mengadu masalah mereka sukar untuk masuk ke Sarawak ketika ini. Yang menjadi viral dan heboh sekarang adalah pihak Imigresen Sarawak tiba-tiba memberi pas lawatan terlalu singkat kepada pelawat dari Semenanjung dengan hanya boleh tinggal di Sarawak sehingga 5 Mei sahaja.
Tindakan ini tidak sepatutnya berlaku dan hanya akan memalukan Sarawak di mata dunia. Mengapa perlu menyekat rakyat Malaysia dari memasuki negara sendiri?
Walaupun Sarawak mempunyai kuasa imigresen sendiri tetapi janganlah disebabkan ada kepentingan politik pihak tertentu ianya disalahgunakan.
Ini bukan sahaja menyusahkan dan merugikan para pelawat dari luar yang sudah lama menempah tiket pesawat bahkan secara tidak langsung ia menjadi sesuatu yang asing sekiranya rakyat Malaysia sendiri disekat masuk ke negara sendiri.
Sarawak adalah sebahagian dari Malaysia dan mengapa perlu menyalahgunakan kuasa imigresen untuk kepentingan tertentu.
Sekarang adalah musim Pilihan Raya Negeri Sarawak dan masa untuk rakyat memilih kerajaan baru. Maka adalah tidak wajar dan menyalahi etika sekiranya pihak imigresen mengikut telunjuk dari mereka yang ada kepentingan.
Mungkin kita tidak dapat hendak menyalahkan pihak imigresen dalam hal ini kerana mereka hanya menerima arahan dari pihak atasan.
Kalau sekiranya Ketua Menteri Sarawak (sementara) sekarang masih menggunakan kuasa imigresen untuk menjaga kepentingan peribadinya, maka amat malang sekali dasar demokrasi di negara ini sudah hampir mati dan seolah-olah kita sudah berada di negara yang mengamalkan dasar pintu tertutup.
Sepatutnya kerajaan sementara Sarawak bersikap lebih terbuka menerima tetamu dan pelawat dari luar kerana ianya banyak memberi manfaat kepada ekonomi Sarawak dengan kedatangan lebih ramai pelawat ke Sarawak pada masa pilihan raya ini. Ia secara tidak langsung akan merancakkan lagi ekonomi penduduk tempatan.
Justeru itu, kita menggesa pihak imigresen menarik balik sekatan tersebut terutama kepada pelawat dari Semenanjung Malaysia yang datang ingin melihat dan membantu petugas di Sarawak semasa pilihan raya ini.
Jika Barisan Nasional yakin mampu menang dan mengekalkan kerajaan, maka usah gentar dan tiada keperluan melaksanakan sekatan seperti ini.
Kerjasama daripada pihak imigresen agar masalah ini ditangani secara profesional dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik amat dihargai.
JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak / Yang Dipertua PAS Kawasan Miri
Tarikh: 30 April 2016 / 22 Rejab 1437 - HARAKAHDAILY 30/4/2016 Sumber HD - 30-4-2016
Netizen kutuk logo DBKL bernilai RM15,000
Posted on Friday, April 29 @ 14:49:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membelanjakan RM15,000 untuk logo pelancongannya dikritik netizen di laman sosial.
Seorang pengguna laman sosial di Instagram menyindir tindakan DBKL itu, kerana berpandangan harga logo itu tidak masuk akal, disebabkan terlalu mahal.
“Anda mahu mereka logo untuk membuat kad nama, tetapi tidak ada masa untuk buat? Mari dapatkan logo dan reka bentuk kad nama dalam masa lima minit sahaja. Hanya RM50,000 termasuk mencetak 500 salinan. Reka bentuk kad nama itu pastinya mengejutkan anda. Cepat dapatkan segera. Permintaan sangat terhad,” kata Liyin Yeo di Instagram.
Dalam pada itu, tindakan DBKL itu turut mendapat kritikan pengguna Facebook.
“Dengan harga RM15,000, budak sekolah pun boleh buat reka bentuk seperti logo pelancongan DBKL,” kata Thiru Senthan.
“Logo DBKL itu boleh buat dalam power point dengan harga percuma. Ini tak lain ada unsur rasuah,” kata Michel Wright.
“Logo macam itu RM15,000. Idea sampah daripada DBKL,” kata Lenny Carey.
Menurut laporan Malay Mail Online, DBKL mengesahkan telah membelanjakan RM15,000 untuk logo pelancongannya dan tidak merancang untuk mengubahnya, sekalipun mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai, kerana beliau mendakwa bajet itu telah dikurangkan.
Daripada RM2.6 juta itu, sebanyak RM15,000 dibelanjakan untuk panduan jenama, termasuk membuat logo, slogan, penghuraian, sebab dan strategi.
Pengurus Besar Biro Pelancongan DBKL, Noraza Yusof menjelaskan, RM2.6 juta telah diperuntukkan untuk langkah penjenamaan yang merangkumi pertunjukan jalan, barangan media dan aktiviti promosi lain.
“Kami perlu mendidik orang ramai supaya mereka memahami jenama itu terlebih dahulu. Logo itu baru idlancarkan beberapa hari lalu,” katanya sambil menambah, biro itu mengalu-alukan sebarang kritikan terhadap reka bentuk logo berkenaan.
Sumber TKO - 29-4-2016 Sistem Maklombalas Gomen Ketinggalan Zaman
Posted on Friday, April 29 @ 06:48:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"
IGP telah menunjukkan satu innovasi bila beliau mengguna tweeter untuk menyebarkan berita dan keputusan beliau kepada orang awam. Yang peliknya Jabatan Polis masih menggunakan sistem 'SMS POLIKL' yang meliatkan bayaran dikenakan kepada pennguna [rm 1]. . Namun demikian Jabatan Polis ada menggunakan nombor STD yang bayaran nominal kepada pemanggil- satu usaha yang bagus
Di dalam beriita baru baru ini Gomen telah mengadakan
satu set no talipon 1-800-xxx-xxx yang membebankan jika
dipanggil menggunakan hanpon. Saya pernah memanggil Syabas
guna nombor ini dan bil saya mencecah RM 30!.
.
.
Adalah satu benda pelik mat mat gomen tak tahu bahawa bayaran yang
yang dikenakan dek pengguna hanpon adalah sangat tinggi bila memanggil
guna panggilan 1-800-xxx-xxx!
.
Di dalam tahun 2016 kita ada facebook/ ada whatsapp/ ada tweeter.
Lihat aje contoh Mat IGP guna tweeter secara meluas! Inilah baru tunjuk
ada standard. Bila guna whatsapp hantar mesej , ianya percuma! Mat
KSU/ Mat Ksn mestilah uptodate!
.
Teknologi Youtube Untuk Sebar Informasi
-------------------------------------------------.
Di dalam hal ini TV3 sangat bagus! Semua program masakannya
bolih dirujuk di youtube! Youtube.com/TV3 Official
Baru baru ini di dalam klip berita yang melaporkan kematian 5 seluarga
akibat mati lemas di dalam kolam di Ganu , satu klip yang di dalamnya
Mat Bomba mendemonstrasi langkah keselamatan menggunakan 2
pelampong
yang dikaitkan dengan seutas tali -lebih kurang 10 kaki. Klip ini patut di
masukkan di dalam youtube untuk pengajaran dan juga satu alat ibu bapa
bawa semasa berkelah di kolam renang /tepi laut.
Dari klip berita itu juga ada satu temuramah dengan En Nam yang
cadangkan supaya tali [steel wire lagi afthal] di rentangkan dari satu tebing
kolam hingga ke tebing satu lagi . Ini membolihkan perenang yang ada
masalah untuk berpaut. Ini satu idea yang baik. Mungkin Mat Bomba bolih
tunjuk cara nak bikin tali penyelamat di kolam renag ini di dalam satu klip
video.
.
Di dalam klip berita satu lagi seorang kanak kanak sekolah tahfiz berjaya
diselamatkan dek rakan rakan yang membuat satu 'human chain' dengan
memegang tangan tangan kawan mereka di dalam satu lbarisan hinggaah
mereka berjaya meredah laut untuk membawa kawan mereka yang dibawa
ombak jauh dari pantai [tempat mereka mula berenang].
Di dalam hal ini saya ingin panjangkan supaya bila ekspedisi pergi berenang
kena ade sistem 'lookout' ala 'Baywatch'. Satu orang mesti ditugaskan untuk
memerhati semua kawan/keluarga yang ada di dalam air! Di dalam hal ini
jika ada satu tali sekitar 50 kaki yang satu hujung di tambat di pantai dengan
ikatan di kayu pacak di pantai dan satu lagi penghujung diikat pelampong
dapat menyelamatkan nyawa. Di dalam insiden melibatkan murid sekolah
tahfiz dua nyawa telah terbang di bawa ombak ke laut. Mungkin Mat
Bombga bolih lakonkan senario ini dan masukkan di dalam youtube.
.
Satu insiden yang sama telah berlaku kepada pelakon Jack Statham yang
sempat menyelamatkan anaknya dan juga rakan sianak bila mereka dibawa
ombak ke laut.
Fenomena Air Pasang melibatkan ombak yang membadai pantai mash
bertenaga untuk pulang ketengah laut [fenomena backwash yang bahaya].
Satu daripada kegunaan pelampong yang ditambat dengan tali ke satu kayu
pacak di tepi pantai ialah ia akan memberi indikasi berapa laju backwash akan
membawa pelampong [yang diikat dengan tali 50 kaki panjangnya] ketengah
laut. Saya sendiri pernah dibawa jauh dari pantai tapi sempat meminta
mat mat beachcomber untuk membantu saya. Laju ombak backwash adalah
lebih kelajuan saya berenang! Saya teringat menanyakan orang kampong
di satu pantai di Terengganu samada selamat untuk berenang di laut ketika
itu. Dia jawab jaNgan berenag sebab bahaya. Malangnya mereka tidak
dapat menterjemah masalah ombak itu di dalam base yang senang kita bolih
faham! Selalu lihat kedudukan pelampong .Bila backwash terlalu kuat
[INDIKASI-pelampong dibawa dengan laju jauh dari pantai dan tali pautan
menegang ] jangalah berenang di dalam laut. .
Teringat saya semasa remaja berenang ramai ramai di Teluk batak, Perak.
Kawan kami mat kampong akan cari satu tunggul pokok kering dan kami
ramai ramai bertenggek diatasnya berenag kehulu kehilir di tepi laut hingga
kulit badan terkupas akibat terlalu lama di dalam air. Mat mat kampong yang
mandi sungai perlu ada satu pelampong [baik kayu kering atau cebisan
polystyrene dari packing peti sejuk atau mesin basuh] yang diikat dengan tali
di dalam 50 kaki yang ditambat ditepi sungai. Hampir setiap minggu ada saje
kematian akibat 'drowning' di sungai atau di tempat rekreasi air. Nasihatilah
muruid murid supaya sediakan peralatan simple ini sebagai langkah
keselamatan. Para guru baliklah ke cara orang kampong menangkap
ikan gunakan pokok kayu kering sebagaii pelampong untuk memasang
perangkap /pancing di merata rata tempat di tepi lombong!
Nota- saya sedia menyediakan perkhidmatan Director/Penulis skrip
secara FOC kepada ajensi yang berminat untuk buat video untuk tujuan
perkhidmatan kepada orang awam. Letakkan emel yang bolih dihubungi di
bahagian komentar.
Sumber TKO - 29-4-2016
Kastam akan periksa barang di pos, kurier Posted on Saturday, April 23 @ 16:33:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA LUMPUR: Penghantaran barang menggunakan perkhidmatan syarikat pos dan kurier akan melalui pemeriksaan oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menyekat aktiviti penyeludupan barang terlarang.
Pegawai Perhubungan Media Bahagian Komunikasi Pejabat Pos Malaysia, Mohd Asyraf Mohd Fauzi berkata, selagi Kastam tidak memeriksa dan mengesahkan kandungan barang yang dihantar, pihaknya tidak akan mengedar barang berkenaan kepada penerima.
“Biasanya pihak kastam akan periksa dahulu kandungan barang yang dikurier sebelum diserahkan kepada syarikat kami (Pos Malaysia).
“Lepas pihak kastam dah periksa, tak mengandungi barang-barang terlarang, barulah kita akan ambil dan edarkan kepada penerima,” katanya yang dipetik dari Bernama.
Pada 21 Mac lalu, polis berjaya menumpaskan dua sindiket penyeludupan dadah yang menggunakan khidmat kurier dan berjaya merampas 4.8 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1 juta dalam dua serbuan di Nilai, Negeri Sembilan dan Klang, Selangor serta menahan tiga lelaki warga Afrika yang terlibat dalam sindiket itu.
Sumber TKO - 23-4-2016
Kecoh! TNB Care Line Buat Apa? Posted on Friday, April 22 @ 12:52:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Ramai pengguna melahirkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa caj elektrik di rumah mereka naik mendadak sejak kebelakangan ini.
Sejak semalam, laman Facebook TNB Careline menjadi sasaran kemarahan orang ramai dan dihujani dengan pelbagai pertanyaan.
Mereka mendakwa bil elektrik melambung tinggi meskipun penggunaan harian daripada peralatan elektrik yang digunakan adalah sama.
Khairul Jazli berkata "Salam, bil elektrik melambung tahap melampau dari RM200 ke RM400 lebih sebulan. Tarif sama dan ini tak masuk akal," ujarnya.
Seorang pengguna Ah Lun Chew pula menunjukkan bil sebanyak RM357.65 yang diterimanya sedangkan beliau hanya tinggal berdua dalam sebuah rumah.
"Dua orang saja satu rumah, pagi kerja malam baru ada rumah. Bil kena RM357.65. Janganlah macam ni, kita pun makan gaji saja. Bayar bil sudah boleh bayar duit rumah satu bulan dah!" bentaknya.
Seorang pengguna Yong Zhuang berkata "Kenapa rumah saya elektrik bil banyak ah? RM110 tau, biasanya rumah saya RM80 ++ saja, mengapa bulan ini bil elektrik macam ini tingggi? Rumah saya tak ada guna pendingin hawa pun macam ini tinggi. Saya tak mahu dengar apa alasan tentang El-Nino, kamu rasa kita bodoh ke?".
"As salam TNB. Apahal bil elektrik saya mendadak naik sejak 2 bulan ni. Rasanya tak ada pun buat penambahan berkenaan dengan elektrik ni. Aircond pun saya pasang malam je, siang memang tak ada orang pakai dan jarang sekali ada orang dekat rumah," kata seorang pengguna lain, Hairey Zoul FZ.
Susulan itu TNB Careline dalam catatan di Facebook mendakwa cuaca panas terik dan kering yang berpanjangan mempengaruhi tabiat penggunaan peralatan elektrik khususnya pendingin hawa.
Katanya, pengguna lebih cenderung menurunkan suhu pendingin hawa pada tahap lebih rendah, meningkatkan kelajuan kipas pendingin hawa dan menggunakannya untuk tempoh lebih lama.
"Untuk makluman, penggunaan elektrik juga boleh meningkat bagi peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik.
"Kesemua faktor ini akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak serta memberi kesan ke atas bil elektrik pengguna. Pengguna yang mendapati bilnya meningkat bukan disebabkan faktor-faktor di atas, dinasihatkan untuk menghubungi pejabat TNB yang berhampiran," jelasnya.
Bagaimanapun, penjelasan tersebut masih tidak memuashati orang ramai dan ada antara mereka berkata tidak menggunakan pendingin hawa di rumah.
Suraya Adam berkata "Mengarutlah TNB Careline kenapa sekarang ni dalam masa yang sama serentak kebanyakan pengguna bil api naik?"
"Tak munasabah langsung jawapan dari kamu TNB Careline. Penggunaan saya macam sebelum El-Nino. Rumah batu sentiasa Panas. Kipas yang sama, kelajuan yang sama. Tiada penambahan kipas dan paling penting tiada aircond.. .tapi untuk bulan ni berganda naiknya," kata Ana Aziz.
Sumber :
FB TNB Care Line
Malaysia Kini
Sumber TKO - 22-4-2016
Pistol Buatan Malaysia Yang Pertama Bakal Tembusi Pasaran Posted on Thursday, April 21 @ 21:42:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA LUMPUR: Syarikat pembuat pistol Malaysia, Aegis Malinnov Sdn Bhd mengorak langkah dalam industri keselamatan dan pertahanan tempatan, menerusi pengenalan pistol pertamanya, iaitu Semi Automatik M1P 9MM Caliber yang dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini.
Pengerusinya, Tan Sri Hashim Meon berkata, syarikat itu telah mendapat kelulusan (lesen) untuk menjual senjata api dari Kementerian Dalam Negeri dan syarikat itu akan ke fasa seterusnya, iaitu mendapat pengiktirafan ujian ketahanan pistol dari Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan proses terbabit akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan, sebelum selesai sepenuhnya.
"Selepas itu, kita boleh memasarkan pistol keluaran pertama syarikat ini. Sebagai permulaan, kita sasarkan jualan di peringkat dalam negara kepada pihak pegawai keselamatan, seperti polis dan tentera serta pembeli peribadi yang mempunyai lesen sah untuk memiliki senjata api.
"Selepas yakin dan mengukuhkan reputasi di segmen pasaran tempatan, barulah kita akan mula meneroka pasaran lebih luas di luar negara," katanya ketika ditemui Bernama di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke-15 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Hashim berkata, kejayaan menghasilkan pistol seberat 830 gram yang mempunyai kualiti setaraf jenama antarabangsa, dengan hanya menggunakan kepakaran tempatan bukan perkara mudah.
Beliau berkata, ia mengambil masa lebih lima hingga enam tahun untuk pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang ditubuhkan syarikat itu untuk menghasilkan pistol menepati piawaian antarabangsa dan kehendak pasaran.
"Kebanyakan anggota pasukan R&D itu mempunyai latar belakang ketenteraan serta memiliki kemahiran tinggi dalam pengendalian senjata, seperti bekas anggota Unit Tindakan Khas dan pengalaman berkenaan sangat membantu untuk menghasilkan produk terbaik dari kilang di Taman Teknologi Malaysia.
"Mereka dilantik menjadi penasihat dalam hal berkaitan kualiti tembakan. Dalam aspek penghasilan reka bentuk pula, kita juga menggunakan kepakaran anak tempatan. Bagaimanapun, kita masih menggunakan mesin pembuatan yang diimport dari luar," katanya.
Bagi pembangunan jangka panjang, Hashim berkata, Aegis Malinnov menjalin kerjasama dengan pihak STRIDE dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam cadangan untuk membangunkan dua produk ketenteraan terbaru, iaitu Rocket Proper Grenade dan Mortar Launcher.
Berikut adalah spesifikasi pistol berkenaan:
Barrel length: 119.1 mm
Weight: 830gm
Caliber: 9MM
Overall length: 210mm
Height: 139.1mm
Width: 35mm
Magazine capacity: 16
Action: Double Action
- Bernama
Sumber TKO - 21-4-2016 Sampai mati tak rasa wang caruman
Posted on Wednesday, April 20 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Hasnah menunjukkan resit perbelanjaan dan juga surat menyurat berkaitan hutang piutang yang perlu dijelaskan.
KOTA BHARU - Seorang wanita terkilan apabila suaminya meninggal dunia sebelum sempat merasai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setelah 35 tahun bekerja keras demi hari tuanya.
Hasnah Mohamad, 50, mendakwa, sepatutnya wang itu boleh digunakan bagi menampung kos rawatan suaminya, Che Hasnan Musa yang menghidap strok tahap tiga sejak Disember tahun lalu yang menyebabkan dia tidak boleh bercakap dan bergerak.
Hasnah berkata, sebelum suaminya meninggal dunia awal Mac lalu, dia membuat permohonan mengeluarkan caruman suaminya bagi menampung perbelanjaan perubatan dan telah diluluskan KWSP.
“Semasa suami masih ada, wang ini telah ditransit ke sebuah bank, tetapi malangnya sehingga ke saat suami saya meninggal pun, wang tersebut tidak boleh dikeluarkan atas alasan tidak munasabah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kedai Buloh.
Hasnah mendakwa, berikutan permohonannya, beberapa kali pegawai dari bank terbabit datang melihat sendiri keadaan suaminya yang terlantar di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan di rumah sebagai pengesahan, bahkan dimaklumkan permintaannya juga telah lulus.
Hasnah berkata, dia lega apabila dimaklumkan wang itu boleh dikeluarkan untuk bantu suami, namun malangnya setelah menunggu lama dia dimaklumkan semula permohonan tidak diluluskan oleh pengurusan bank.
“Kami hairan mengapa banyak alasan diberikan. Mula-mula lulus, sekarang tidak pula. Sedangkan KWSP sudah lulus. Bank pun sudah tengok keadaan kami. Kami memang perlukan wang ketika dalam susah. Itu memang duit kami,” katanya.
Sehubungan itu, Hasnah merayu supaya wang tersebut dapat dikeluarkan segera untuk membayar hutang arwah suaminya dengan pihak bank melibatkan kad kredit dan juga pembelian bas sekolah, serta menampung perbelanjaan harian.
“Ketika sakit memang kami mengharapkan wang KWSP lah untuk bekalan tua. Tapi sedihnya apabila susah wang itu tak dapat guna. Lepas ini saya perlu biayai pengajian anak lagi.
“Saya sudah tiada ada wang. Lebih RM26,000 sudah dibelanjakan sepanjang suami sakit, tidak termasuk susu satu tin berharga RM90 yang hanya bertahan untuk seminggu,” katanya yang sudah berhenti kerja untuk menjaga suami sebelum ini.
Lagi sedih katanya, pegawai bank datang mengambil cop jari suaminya yang terlantar dan memberitahu wang tersebut memang sudah boleh dikeluarkan, namun semuanya tinggal harapan apabila dia sekali lagi dimaklumkan ia tidak diluluskan.
Hasnah memberitahu, dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi dan mengharapkan pihak bank dapat mempercepatkannya dan mempertimbangkannya.
“Saya tidak kisah untuk difaraidkan wang tersebut. Apa yang saya kesal adalah wang ini sepatutnya digunakan ketika suami sakit tetapi sehingga dia meninggal pun, masih tidak dapat,” katanya yang sudah laporkan masalahnya kepada Bank Negara dan pihak polis. - Sinar Harian
Sumber TKO - 20-4-2016
PDRM Kesan Individu Biadap Sunting, Sebar Gambar Aib PM
Posted on Thursday, April 14 @ 15:49:47 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis mengesan invididu yang menyunting serta menyebarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggap mengaibkan di laman sosial.
Sebelum ini, PDRM telah mengesan dan menyoal pengguna akaun Twitter bernama @DJStarscreamx berkaitan gambar PM yang telah disunting menggantikan wajah pengasas kosmetik, Dato Vida yang dianggap mengaibkan.
Gambar itu telah diedit oleh pengguna facebook dengan nama Wak Rico Rock Kapak dengan caption: “Qu Samun, Qu Samun, Barulah Penyamun!” dan ia dipercayai bertujuan untuk memburukkan nama Najib sebagai Perdana Menteri.
Selepas hal ini berlaku, masih ramai yang berani untuk melakukan perkara tersebut tanpa menghiraukan konsekuensi yang akan berlaku kepada mereka, termasuklah melakar karikatur Najib Razak berwajah badut.
Kartunis dengan nama Fahmi Reza di akaun Facebook yang didakwa bertanggungjawab melakar gambar badut muka Najib ini juga telah disoal pihak PDRM kerana tindakan biadap mengaibkan serta menyebarkan poster dan lukisan tersebut.
Sebarang tindakan mengaibkan PM dengan menggunakan gambar atau video multimedia akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).
Ia boleh disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan).
Jika didakwa dan didapati bersalah atas tuduhan, mereka akan berhadapan dengan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.
Perkara ini bukan sahaja mengaibkan maruah seorang individu terpenting di Malaysia, malah ia juga memburukkan nama Malaysia di mata dunia kerana tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini sering menjadi perhatian.
– MYNEWSHUB.CC Sumber TKO - 14-4-2016 Kementerian Kesihatan: Tiada Larangan Penggunaan Biji Popi Dalam Masakan
Posted on Thursday, April 14 @ 06:39:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak mengharamkan pengimportan dan penggunaan biji popi untuk tujuan masakan.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, biji popi yang digunakan untuk menaikkan rasa hidangan adalah sangat kecil.
"Bagaimanapun kami akan memantau untuk memastikan tiada penyalahgunaan. Orang ramai perlu memaklumkan kepada kami jika mereka mengesyaki mana-mana kedai menggunakan biji popi dalam jumlah yang berlebihan," katanya pada Rabu.
Orang ramai sebelum ini diingatkan supaya berhati-hati apabila memakan kek yang mengandungi biji popi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, SAC Wan Abdullah Ishak berkata jika air kencing pembeli diuji, hasil ujian air kencing mereka akan didapati positif dadah dan mereka boleh ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan dadah di dalam badan.
Kesalahan itu jika disabitkan, mereka boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.
Sumber TKO - 14-4-2016 Rahman Dahlan, LGE Setuju Debat Terbuka Isu Taman Manggis
Posted on Friday, April 08 @ 15:06:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Debat terbuka mengenai isu Taman Manggis antara Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Lim Guan Eng akan diadakan dalam masa terdekat.
Menerusi Twitternya, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata beliau akan menghubungi Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memaklumakan butiran lanjut mengenai debat itu.
"Saya mengalu-alukan debat terbuka mengenai isu Taman Manggis. Pegawai saya akan menghubungi pihak anda untuk menyelaraskan segala butiran mengenainya," kata Abdul Rahman menerusi @mpkotabelud pada malam Khamis.
Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) berkata debat itu akan membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui fakta dan kebenaran mengenai skandal Taman Manggis.
Lim memberi reaksi balas sejam kemudian.
"Semasa debat nanti, tunjukkan bahawa syer pemilikan tidak berubah, bukti bahawa RM70.6 juta dibayar dan nama pembeli baru. Terus kepada fakta," kata Lim menerusi Twitternya @cmlimguaneng.
Sementara itu, Lim turut memberitahu Abdul Rahman supaya menghubungi Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke yang diamanahkan dengan tanggungjawab berkaitan debat terbuka ini.
Sumber TKO - 8-4-2016
Syrian Refugees Not Welcome For Long Term
The Malaysian government has rejected claims that it will give citizenship to the 3,000 Syrian refugees expected to arrive over the next two years under a United Nations (UN) plan.
Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi confirmed to parliament Wednesday that Malaysia will only host the refugees until the situation in the war-torn country settles.
“The placement of Syrian refugees will only be temporary and the government is steadfast in its position that they will [one day] have to return.”
Zahid Hamidi said Malaysia will take in 1000 Syrian refugees every year from 2016 to 2018, with proper security surveillance on each individual.
“In this matter, the government has no plans to receive the Syrian migrants as Malaysian citizens,” he said.
In October last year, Prime Minister Najib Razak — addressing the 70th session of the United Nations General Assembly in New York — announced that Malaysia would open its doors to 3000 Syrian migrants over the next three years to help with the current Syrian refugee crisis.
Five Syrian refugees families have already arrived in Malaysia to-date, all screened through the Advance Passenger Screening System with the cooperation of Interpol and the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).
Syria has been locked in a vicious civil war since early 2011, when the Bashar al-Assad regime cracked down on pro-democracy protests with unexpected ferocity.
Since then, more than 250,000 people have been killed and more than 10 million displaced, according to UN figures.
Turkey, which has hosted 2.7 million Syrians since April 2011, shelters more refugees than any other country in the world, according to the UNHCR – the UN refugee agency.
Sumber BO - 31-3-2016
Tun M letak jawatan Pengerusi Proton Holdings
Posted on Thursday, March 31 @ 19:12:29 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menerusi satu kenyataan mengumumkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings berkuatkuasa semalam.
Menerusi kenyataan yang disiarkan di blognya hari ini, surat peletakan jawatan dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar.
"Dr Mahathir juga melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas, juga berkuatkuasa pada 30 Mac 2016.
"Keputusannya itu disampaikan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim," jelas kenyataan itu.
Selain itu, Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (Tida).
"Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan itu," kata kenyataan itu lagi.
Terdahulu, Kabinet pada 11 Mac lalu telah menamatkan perkhidmatan Mahathir selaku penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.
Seperti diketahui umum Mahathir kini menjadi antara penentang kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Sumber TKO - 31-3-2016
Khir Toyo Dapat Pelepasan Penjara 4 Bulan - KDN
Posted on Wednesday, March 30 @ 19:08:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PUTRAJAYA: Permohonan parol bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Kajang, diluluskan Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bersidang pada Selasa.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata Dr Mohamad Khir diparolkan untuk menjalani baki hukuman penjara selama dua bulan di luar penjara sehingga tarikh pembebasan hukumannya pada 29 Mei depan, jika beliau tidak melanggar syarat yang ditetapkan Lembaga Parol.
Alwi menjelaskan di bawah sistem penjara Malaysia, seseorang banduan layak mendapat remitan iaitu satu pertiga daripada jumlah hukuman sekiranya Jabatan Penjara berpuas hati dengan tahap pemulihannya semasa menjalani hukuman di penjara.
"Dalam konteks Dr Mohamad Khir, beliau mendapat remitan empat bulan iaitu hanya menjalani hukuman penjara selama lapan bulan sehingga 29 Mei ini walaupun hukuman 12 bulan penjara yang dijatuhkan terhadapnya yang berkuat kuasa 29 September 2015 sepatutnya berakhir pada 28 Sept tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.
Menurutnya Dr Mohamad Khir tertakluk kepada Perintah Parol [Subsekyen 46H(3) Akta Penjara 1995 (Akta 537)] yang menggariskan 27 syarat.
Dr Mohamad Khir dikehendaki melaporkan diri kepada Pegawai Parol Daerah Klang pada masa yang ditentukan dan menetap di alamat sebagaimana yang dinyatakan pada Perintah Parol.
Beliau juga perlu mengikuti program pemulihan yang diadakan atau diarahkan serta tidak boleh meninggalkan daerah tanpa kebenaran Pegawai Parol serta tidak boleh meninggalkan Malaysia.
Alwi berkata sistem parol dilaksanakan di Malaysia sejak 2008 bagi memberi peluang kepada banduan untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat umum setelah menjalani hukuman, dengan banduan yang layak boleh memohon untuk menjalani baki hukuman di luar penjara.
"Pelaksanaan Perintah Parol yang pertama dibuat pada 26 Julai 2008 membabitkan 64 banduan. Sejak sistem parol dilaksanakan sehingga 14 Mac 2016, seramai 12,550 banduan telah dibenarkan menjalani parol di luar penjara," katanya.
Beliau menjelaskan semua kesalahan membabitkan hukuman minimum satu tahun penjara layak memohon untuk diparolkan kecuali kesalahan-kesalahan yang ditetapkan dalam Jadual Keempat Akta Penjara 1995 (Akta 537) seperti berperang atau cubaan berperang dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja atau yang Dipertua Negeri.
Kesalahan lain yang tidak layak memohon parol ialah memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat hendak menyebabkan seseorang disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman mati; menyebabkan kematian; merogol dan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii, katanya.
Sumber TKO - 30-3-2016 Lagi Dr M cakap, lagi banyak bahan siasatan polis
Posted on Wednesday, March 30 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dianggap menghasut kerana mengeluarkan kenyataan untuk bertindak "di luar jangkaan” untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ketika mengulas soalan pemberita berhubung kenyataan Mahathir Ahad lalu yang ingin lakukan perkara “outside the box” untuk menjatuhkan perdana menteri.
"Dia bercakap perkara itu kepada umum. Dia cuba untuk lakukan perkara 'di luar jangkaan' yang melangkaui perlembagaan.
"Tidakkah tindakan dia itu boleh dianggap sebagai menghasut? Khianat?" katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Ditanya sama ada polis akan menyiasat pelbagai kenyataan perdana menteri 22 tahun itu, Nur Jazlan berkata siasatan akan dilakukan.
"Pihak polis sedang menyiasat. Lebih banyak dia (Mahathir) cakap, lebih banyak bahan untuk polis siasat.
"Jika keputusan (siasatan) menunjukkan beliau melanggar undang-undang, maka kita akan mengambil tindakan," katanya lagi.
Sumber TKO - 30-3-2016
Penjelasan kekeliruan hukuman parol Khir Toyo
SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri yang bersidang semalam telah menimbang dan meluluskan permohonan parol bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo setelah menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Kajang, Selangor.
Di bawah sistem ini, Khir Toyo diparolkan untuk menjalani baki hukuman penjara selama dua bulan di luar penjara sehingga tarikh pembebasan hukuman beliau pada 29 Mei 2016, hanya sekiranya beliau tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan Lembaga Parol.
Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam kenyataannya hari ini bagi menjelaskan kekeliruan berhubung hukuman parol Khir Toyo yang diluluskan pada 29 Mac 2016.
Di bawah sistem penjara negara ini, katanya, seseorang banduan layak mendapat remitan iaitu satu pertiga daripada jumlah hukuman sekiranya Jabatan Penjara Malaysia berpuas hati dengan tahap pemulihan banduan semasa menjalani hukuman di penjara.
Dalam konteks ini, katanya, Khir Toyo yang dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan mula menjalani hukuman penjara pada 29 September 2015 yang sepatutnya berakhir 28 September 2016.
Beliau mendapat remitan empat bulan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan menjalani hukuman penjara selama 8 bulan iaitu sehingga 29 Mei 2016.
Khir Toyo disabitkan atas pertuduhan menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada tahun 2007 untuk dirinya dan isteri.
September tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan hukuman selama 12 bulan penjara sabitan terhadap beliau.- HARAKAHDAILY 30/3/2016 Sumber HD - 30-3-2016
ABC dedah surat putera Arab Saudi pada Najib
Posted on Tuesday, March 29 @ 18:43:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Seorang putera Arab Saudi memberikan AS$375 juta kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk dibelanjakan mengikut pertimbangannya sendiri, menurut surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdulaziz Majid.
Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut "hadiah" itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukannya dalam "mentadbir Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Islam".
Surat itu juga membangkitkan cadangan Najib membentuk Pergerakan Kesederhanaan Global bagi menangani isu keganasan antarabangsa.
"Kamu diberikan budi bicara penuh untuk menentukan bagaimana hadiah ini patut digunakan dan saya yakin tindakan kamu akan terus mempromosikan Islam supaya terus berkembang," menurut surat itu.
Surat itu juga menyebut pemberian itu sebagai cara putera itu menyumbang ke arah perkembangan Islam di seluruh dunia.
Surat dikatakan daripada Puteri Saud Abdul Aziz Majid itu disiarkan semula oleh Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bagi mendapatkan ulasan mereka.
Sumber TKO - 29-3-2016
Aliran luar biasa dana ke akaun Najib - 'Four Corners'
Posted on Monday, March 28 @ 21:22:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Dokumentari Australia - Four Corners memaparkan laporan apa yang didakwanya sebagai butiran akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Menurut program terbitan, Australian Broadcasting Corporatin (ABC) itu, kru penerbitannya telah melihat dokumen-dokumen bank yang dibekalkan oleh 'sumber pada peringkat tertinggi’ yang tidak dinamakan.
"Dokumen-dokumen perbankan mendedahkan aliran luar biasa dan berterusan wang antara tahun 2011 dan 2014," kata suara latar program ini.
Antara lain, menurut Four Corners, AS$75 juta (RM301 juta berdasarkan kadar pertukaran hari ini) yang kononnya datang daripada seorang putera Saudi, manakala AS$80 juta (RM321 juta) lagi berasal daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.
Sebanyak AS$120 juta (RM482 juta) pula yang kononnya datang daripada sebuah syarikat di Kepulauan British Virgin yang tidak dinamakan.
Ketiga-tiga urusniaga kononnya berlaku pada 26 Jun 2012.
Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali membebaskannya daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber TKO - 28-3-2016 Abdullah Ahmad Badawi Dilantik Penasihat Petronas
Posted on Saturday, March 26 @ 09:31:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA LUMPUR – Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang baharu, berkuat kuasa 1 April ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat Petronas oleh kabinet pada 11 Mac lalu.
“Keputusan menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibuat oleh kabinet kerana beliau tidak lagi mendukung kerajaan yang sedia ada, khususnya dalam melancarkan ‘Deklarasi Rakyat’ bersama pemimpin pembangkang,” kata Najib dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada 11 Mac lalu kabinet sebulat suara menamatkan pelantikan Mahathir sebagai penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada dan beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan. – BERNAMA
Sumber TKO - 26-3-2016
Panas: 'Kiss', bisik Rosmah pada Najib Posted on Saturday, March 26 @ 09:12:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Seloroh perdana menteri mungkin dapat melupakan anggota polis dalam sambutan ke-209 anggota keselamatan itu di ibu negara hari ini, yang berlangsung dalam cuaca panas.
Ketika berucap, Datuk Seri Najib Razak berkata sudah pun dibisikkan pesanan oleh isterinya Rosmah Mansor supaya beliau berucap pendek.
“Sebelum saya tampil ke hadapan untuk beri ucapan, isteri saya telah bisik kepada saya.
“Dia kata 'kiss'.
“Rupanya 'kiss' maknanya keep it short and sweet,” gurau Najib.
Katanya, beliau kira langkah itu bertepatan dengan cuaca panas yang sedang melanda negara dan
supaya dapat berlaku adil kepada anggota polis dalam perbarisan.
Najib berkata demikian dalam sambutan Hari Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara.
Sumber TKO - 26-3-2016
Khairy sahkan pegawai KBS disiasat SPRM
BERNAMA | .
PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan pegawai kementeriannya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penyelewengan.
Katanya beliau telah dimaklumkan SPRM beberapa minggu lepas tentang siasatan yang dijalankan terhadap pegawai tersebut.
Khairy dalam sidang media berhubung perkara itu berkata KBS akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM supaya siasatan itu dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh.
"KBS menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan," katanya.
SPRM Jumaat lepas menahan seorang setiausaha bahagian di kementerian itu selepas disyaki terlibat mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.
Modus operandi sindiket yang dipercayai bergiat aktif sejak 2010 ialah menggunakan bahagian kewangan agensi di kementerian membuat bayaran kepada 14 syarikat bagi tujuan menjayakan program berkaitan acara sukan. - Bernama Sumber HD -21-3-2016
Hubungi Wisma Putra jika mahu ke Istanbul
BERNAMA | .
KEPALA BATAS: Rakyat Malaysia yang mahu ke Istanbul dinasihatkan supaya menghubungi Wisma Putra atau Kedutaan Malaysia di Ankara, Turki bagi mengetahui perkembangan di negara itu ekoran insiden serangan bom di Jalan Istiklal di Dataran Taksim, Istanbul, pada Ahad lepas.
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan semasa di Istanbul, Wisma Putra turut membuka talian 24 jam, 03-88874570.
"Selain itu, orang ramai atau pelancong Malaysia yang berada di sana juga boleh menghubungi kedutaan kita di Ankara di talian +903124463547 atau +903124463548 atau emel
mwankara@kln.gov.myThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
bagi mendapatkan maklumat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan dan Pemodenan Sektor Padi di Pusat Pengeluaran Benih Padi Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu, di sini Ahad.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan bom itu yang mengorbankan lima orang dan mencederakan 36 yang lain termasuk 12 warga asing.
Reezal Merican berkata pihaknya akan memantau situasi itu secara berterusan dan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa.
Katanya ketika ini terdapat 81 pelajar Malaysia di Istanbul dan kesemua mereka dilaporkan selamat.
"Ramai juga rakyat Malaysia yang berada di sana ketika ini untuk melancong dan setakat ini Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat kita yang terlibat dalam insiden itu.
"Bagaimanapun Kedutaan Malaysia berhubung rapat dengan pihak berkuasa di Turki untuk mengesahkan jika ada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan itu," katanya. - Bernama Sumber HD - 20-3-2016
Panglima ATM nafi AS bina pangkalan tentera di Sabah
Posted on Saturday, March 19 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan khabar angin kononnya Amerika Syarikat sedang membina sebuah pangkalan tenteranya di Sabah.
Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata dalam satu kenyataan bahawa khabar angin itu "tidak benar".
Beliau berkata Kementerian Pertahanan dan ATM tidak berhasrat membenarkan sebuah pangkalan tentera asing dibina di Malaysia.
Rabu lepas, sebuah portal dalam talian melaporkan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengemukakan pertanyaan di Dewan Rakyat sama ada Putrajaya membenarkan Amerika Syarikat membina sebuah pangkalan tentera di Sabah.
Menurutnya jika khabar angin itu benar, ini menunjukkan Malaysia tidak mampu mempertahankan dirinya.
- Bernama Sumber TKO - 19-3-2016
Saman trafik: Beri diskaun, bukan naikkan kompaun
HARAKAHDAILY | .
Kelmarin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan saman trafik yang masih belum dibayar bagi tempoh 2010 hingga 2015 adalah berjumlah RM1.46 bilion membabitkan 14.59 juta daripada 28.42 juta saman yang dikeluarkan.
Beliau juga menegaskan cadangan kerajaan untuk menaikkan kadar kompaun trafik adalah bagi meningkatkan kesedaran penggunan jalan raya.
Sepatutnya, kerajaan dan PDRM memberikan diskaun kepada pesalah trafik khususnya bagi kesalahan kategori kedua dan ketiga; dan mungkin juga patut memberikan pelepasan kepada pesalah trafik kategori keempat yang tidak menyumbang kepada kemalangan dan kesesakan.
Tindakan memberikan diskaun ini adalah amat wajar sekali dalam keadaan peningkatan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini dan juga sangat berkesan untuk menggalakkan pembayaran saman.
Sebagai contoh, DBKL yang memberikan diskaun pada kadar rata sebanyak RM50 dan RM30 kepada pesalah trafik membabitkan kereta dan motor sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 berjaya mencatat kutipan paling banyak setiap tahun dalam bulan Februari.
Cadangan menaikkan kadar kompaun trafik kononnya untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pengguna terhadap keselamatan jalan raya juga adalah separa masak dan mengabaikan banyak aspek.
Faktanya, jumlah kemalangan yang direkodkan sepanjang Ops Selamat 8/2016 meningkat kepada 19,572 kes berbanding 19,094 kes sepanjang Ops Selamat 8/2015.
Ini menunjukkan kadar saman itu sendiri sebenarnya tidak berjaya pun untuk mengubah sikap pengguna yang bermasalah di jalan raya.
Oleh itu, adalah amat tidak patut sekali kerajaan menambah tekanan kepada rakyat melalui pemaksaan dalam pembayaran saman trafik yang tinggi.
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia / Ahli Parlimen Pasir Mas - HARAKAHDAILY 16/3/2016 Sumber HD - 16-3-2016
Dua wartawan Austalia cuba tanya soalan pada PM ditahan di Sarawak
Posted on Sunday, March 13 @ 19:02:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Dua warga Australia ditahan malam tadi selepas didakwa melanggar kawalan keselamatan polis dan secara agresif cuba mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Sarawak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Juman M M Sree Shunmugan dalam kenyataan mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya seorang pegawai polis tempatan membuat laporan terhadap pasangan itu.
Dev juga memaklumkan kedua-dua mereka adalah wartawan penyiaran media Australia.
"Kejadian itu berlaku pada kira-kira 8.35 malam. Kedua-dua mereka berumur 51 dan 39 tahun dibawa ke Balai Polis Padawan untuk disoal siasat.
"Pemeriksaan menunjukkan kedua-dua mereka tiba di Malaysia melalui KLIA pada 5 Mac. Mereka tiba di Kuching pada 12 Mac dan mendakwa mereka hadir untuk membuat liputan lawatan rasmi perdana menteri ke Sarawak," katanya.
Bagaimanapun, Dev berkata kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi selepas diambil keterangan.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif ABC Four Corners Sally Neighbour menulis di Twitter, kedua-dua wartawan itu ditahan selepas bertanya soalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching semalam.
Wartawan tersebut berlepas ke Kuching pada hari sebelumnya dan mahu bertanyakan soalan kepada Najib mengenai dakwaan wang yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Ketika itu Najib dalam rangka lawatan ke Masjid Darul Ehsan di Kampung Haji Baki, Kota Sentosa.
Bagaimanapun, Najib tidak menjawab pertanyaan wartawan itu dan pasukan keselamatan kemudian meminta mereka beredar.
Wartawan terbabit kembali ke hotel penginapan mereka tetapi sepasukan polis dari Kota Sentosa menahan mereka tidak lama kemudian.
Kakitangan kedutaan Australia di Kuching melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes penahanan itu.
Mereka di siasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam yang melakukan urusan rasmi.
Hukuman sekiranya didapati bersalah ialah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petroliam Nasional Berhad (Petronas).
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet berpendapat oleh kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.
"Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara," kata kenyataan itu.
Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.
Beliau juga merupakan Pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014. - Bernama Sumber HD - 11-3-2016
CN235: data penerbangan dimuat turun untuk dianalisis
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Data daripada Perakam Data Penerbangan dan Perakam Data Suara pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Kuala Selangor, Jumaat lepas, telah dimuat turun selepas dihantar ke Bandung untuk dianalisis.
Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad yang mengesahkan perkara itu berkata data yang dihantar ke Bandung pada Isnin lepas itu belum dianalisis.
"Saya difahamkan data berkenaan telahpun dimuat turun, namun belum lagi dianalisa...mula-mula ada sedikit masalah teknikal kerana peralatan itu dah retak, ada bahagian pun tak elok.
"Dua jurutera kami kini bersama dengan pengeluar peralatan asli di Bandung bagi membantu proses analisis," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penubuhan dan Penghantaran Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao 11 (TPA-M11) di sini, hari ini.
Roslan bagaimanapun berkata beliau tidak dapat memastikan tempoh masa yang akan diambil untuk proses analisis data itu.
"Kita juga akan menemu bual anak kapal yang terbabit dalam insiden ini bagi mengetahui apakah punca sebenar kejadian itu...operasi menyelamatkan sedang berjalan sekarang, kita dalam proses untuk mengangkut ekor pesawat," katanya.
Dalam kejadian 8.50 pagi itu, pesawat berkenaan yang membawa lapan anak kapal membuat pendaratan cemas setelah dikatakan mengalami kerosakan enjin di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.
Kesemua anak kapal dapat diselamatkan dengan bantuan nelayan tempatan di kawasan itu.
Pada Isnin lepas, kotak hitam pesawat CN235 telah ditemui. - Bernama Sumber HD - 4-3-2016
Nelayan terkorban: Wira tidak didendang
NASRUDIN HASAN | .
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada semua kru pesawat TUDM CN235 yang berdepan dengan kegetiran pendaratan cemas berhampiran pantai Kuala Selangor. PAS menggesa pihak TUDM untuk segera mengemaskini aspek kualiti dan keselamatan aset ketenteraan supaya insiden seumpama itu tidak akan berlaku lagi.
Dalam kesempatan ini juga, PAS turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Abu Hassan Abdul Latif yang telah menemui ajal ketika berusaha untuk menyelamatkan kru pesawat TUDM tersebut. Ia adalah satu sikap empati dan komitmen sangat terpuji yang telah dilakukan oleh Almarhum meskipun akhirnya beliau sendiri yang terkorban.
PAS berharap pihak kerajaan wajar mengambil inisiatif untuk membela kehidupan keluarga nelayan tersebut. Kita juga tidak dapat menolak kemungkinan bahawa Almarhum merupakan ‘breadwinner’ kepada keluarganya. Hal ini tidak boleh hanya dipertanggungjawabkan kepada pihak Ahli Parlimen dan ADUN sahaja, sebaliknya ia mesti menjadi agenda di peringkat Kementerian Pertahanan.
PAS juga turut akan mengambil langkah berkebajikan dalam masa terdekat dengan beberapa langkah yang wajar dan sesuai dengan keupayaan PAS. PAS turut menggalakkan pihak komuniti setempat mengambil tindakan seumpama itu untuk meringankan bebanan keluarga Almarhum.
Selain itu, kerajaan juga wajar memberikan apresiasi kepada semua nelayan yang terlibat dalam membantu menyelamatkan kru pesawat TUDM tersebut. Meskipun berdepan dengan cabaran berisiko tinggi, mereka sanggup menempuhinya untuk melakukan operasi menyelamat. Sesungguhnya, ia adalah satu sikap yang terpuji dan sangat disanjungi. – HARAKAHDAILY 28/2/2016 Sumber HD - 28-2-2016
Lima wartawan TMI disiasat bawah tiga akta
Posted on Saturday, February 27 @ 07:58:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA LUMPUR: Lima wartawan dari The Malaysian Insider (TMI) disiasat di bawah tiga akta selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Lima wartawan itu adalah Pengarang dan Ketua Pegawai Eksekutif portal berita itu, Jahabar Sadiq; Pengarang Urusan Lionel Morais; Penolong Pengarang Berita V Anbalagan; dan Penyunting Berita, Abdar Rahman Koya dan Srihanasham Noordin.
Ketika ditemui pemberita, Jahabar berkata kesemua mereka telah memberi kenyataan kepada polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menurut beliau, mereka disiasat di bawah Sekyen 124 (I) Kanun Keseksaan; Seksyen 8 (a) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kita sudah beri keterangan kira-kira 4 jam bersama polis dan SKMM,” katanya kepada pemberita. Mereka tampil beri keterangan kepada polis bermula jam 3.15 petang.
“Kami telah beri keterangan seorang-seorang. Namun kita tidak pasti sama ada akan dipanggil semula atau tidak.”
Dalam pada itu Jahabar juga berharap laman portal TMI tidak disekat oleh SKMM lagi.
Akses kepada laman web TMI disekat petang semalam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), di bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas sebab melanggar Seksyen 233 akta yang sama, berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Malam tadi, dua anggota Panel Penilai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan terlibat dengan laporan dan sumber yang tidak dinamakan The Malaysian Insider dalam satu makalah bertajuk “Enough proof to charge Najib over SRC, says MACC oversight committee”.
Susulan daripada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan memanggil ketua pengarang The Malaysian Insider dan menyiasat laporan “yang mengelirukan rakyat” itu. - FMT
Sumber TKO - 27-2-2017
Nelayan Mati Lemas Selamatkan Kru TUDM Nahas Pesawat
Posted on Friday, February 26 @ 22:56:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
SEORANG nelayan ‘wira' menyelamatkan kru pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat cemas di Kuala Selangor, meninggal dunia akibat lemas selepas menyelamatkan mereka.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Abu Hasan Abdul Latif, berusia 57 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang, dan berita sedih itu turut disiarkan laman Facebook Daily Traffic Report.
Gambar melaui laman Facebook berkenaan menunjukkan anggota bomba bersama-sama pasukan penyelamat dari TUDM mengusung tubuh lelaki berkenaan yang berjaya diselamatkan selepas dikatakan lemas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritenden Ruslan Abdullah ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai perkara tersebut.
“Mangsa mulanya mencari kerang di pesisir laut ni. Ketika cuba menyelamatkan mangsa (anak kapal TUDM), dia tiba-tiba terjerlus di kawasan lumpur.
“Dia hanya ditemui selepas air surut oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 10 pagi,” katanya.
Lelaki itu merupakan antara nelayan kawasan berhampiran yang menyelamatkan anak kapal pesawat TUDM berkenaan yang mendarat di kawasan persisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.
Pesawat CN235 itu berpangkalan di Subang, Selangor terpaksa melakukan pendaratan cemas berhampiran pantai Kuala Selangor pada pukul 8.50 pagi.
Semua lapan anak kapal telah selamat kerana dibantu oleh nelayan terbabit termasuk mangsa. Terbukti dalam perkara berkaitan ajal, tiada siapa dapat menentukan kecuali Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Hanya dengan sekali allahyarham Abu Hassan bertindak menjadi wira berjaya menyelamatkan anak kapal TUDM itu, lantas kemudian beliau pula menjadi korban akibat lemas.
Berkenaan pesawat TUDM berkenaan, gambar yang dikongsikan di laman sosial Facebook menunjukkan pesawat berkenaan terbakar dan asapnya boleh dilihat dari jarak beratus meter dari lokasi kejadian.- MYNEWSHUB.CC Sumber TKO - 26-2-2016
Pesawat CN235 TUDM terbakar, lakukan pendaratan kecemasan Posted on Friday, February 26 @ 22:53:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA LUMPUR - Sebuah Pesawat pengangkut CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor jam 8.50 pagi tadi.
Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan selamat selepas dibantu nelayan tempatan yang berada di kawasan berkenaan.
Dalam satu kenyataan TUDM berkata, mereka akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
"TUDM juga akan berusaha untuk membuat recovery pesawat tersebut," kata kenyataan itu.
Sumber TKO - 26 -2-2016
Menteri sahkan artikel 'dakwa Najib' punca TMI kena sekat
Posted on Friday, February 26 @ 14:59:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini mengesahkan sekatan terhadap laman web portal The Malaysian Insider (TMI) adalah berkaitan artikel mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ya, salah satu artikel memetik kenyataan panel (penilaian operasi SPRM) yang mengelirukan kerana bercanggah dengan kenyataan rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," kata Salleh ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Karnival Karangkraf, di Shah Alam.
Artikel bertajuk “Cukup bukti dakwa Najib isu SRC International, kata panel SPRM” yang disiarkan pada 25 Februari lalu memetik seorang ahli panel penilaian operasi suruhanjaya berkenaan yang tidak dinamakan.
Bagaimanapun, pengerusi panel itu, Tan Sri Hamid Bugo dalam satu kenyataan malam semalam, menafikan pihaknya percaya terdapat bukti cukup untuk mendakwa Najib seperti yang dilaporkan.
Namun, kenyataan itu hanya ditandatangani oleh dua daripada lapan anggota panel iaitu Hamid sendi selaku pengerusi dan seorang lagi anggota panel iaitu Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan.
SKMM semalam menyekat laman web TMI atas alasan melanggar undang-undang negara seperti dipapar kepada pelayar di web berkenaan.
Menurut SKMM, laman itu disekat mengikut Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melanggar undang-undang.
Keterangan menyebut ia melanggar peruntukan seksyen 233 akta yang sama tetapi tidak menyebut kesalahan secara khusus.
Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Sementara itu, TMI hari ini melaporkan bahawa satu laporan polis telah dibuat terhadap Salleh Keruak malam tadi atas dakwaan salah guna kuasa dalam menyekat laman web itu.
Laporan polis itu dibuat oleh seorang aktivis berusia 70 tahun Badaruddin Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. - MK
Sumber TKO - 26-2-2016
Kerajaan digesa wujudkan galeri khas
pejuang negara
AMIRUL MOHD SAJADI | .
KUALA LUMPUR: Tanya sahaja remaja masa kini, siapa itu Tun Tan Cheng Lock? Siapa itu Tun Sambanthan? Semestinya ramai dalam kalangan mereka akan terpinga-pinga.
Walhal, nama-nama ini terpampang di jalan-jalan utama di ibu negara.
"Berapa ramaikan masyarakat di luar sana, tahu siapakah mereka ini? Apakah sumbangan mereka sehinggakan nama mereka diabadikan di setiap jalan utama di ibu kota?" Soal Sejarawan Negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Mengakui kecewa dengan kealpaan rakyat yang semakin tenggelam dalam arus kemodenan sehingga menjadi begitu 'jahil' mengenai sejarah negara, beliau menggesa langkah segera diambil kerajaan.
Ini termasuk mewujudkan sebuah galeri khas pejuang negara, sepertimana pernah diwujudkan Muzium Sejarah Nasional satu ketika dahulu.
"Galeri ini haruslah menempatkan bukan hanya pejuang negara yang berjuang pada zaman British sahaja... tetapi ia harus meliputi tokoh pelbagai bangsa yang banyak beri sumbangan kepada masyarakat bermula zaman Kerajaan Melayu lama sehingga hari ini.
"Contoh kalau boleh, karektor masa kini yang turut boleh dimuatkan dalam galeri itu termasuk Tan Sri Lee Lam Thye yang banyak menyumbang dari segi pencegahan jenayah," katanya kepada Bernama.
Dalam merealisasikan penubuhan itu, beliau mengajak pihak universiti, sejarawan dan Jabatan Sejarah Malaysia untuk duduk bersama membuat penyelidikan bagi mendapatkan fakta sebenar mengenai sejarah.
Ini juga bagi mengelak kekeliruan, disebabkan terlalu banyak fakta pelbagai di dalam internet.
"Tanpa penyelidikan, masyarakat mudah terkeliru dan berkemungkinan apa yang difahami mereka akan bertentang dari fakta atau peristiwa sejarah yang sebenar," katanya.
Turut senada dengan Khoo ialah Pegarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis Prof Datuk Dr Ramlah Adam yang menarik perhatian bahawa galeri seperti itu mampu meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat.
"Walaupun di setiap negeri ada muzium mereka sendiri, tetapi ia tidak mencakupi seluruh sejarah Malaysia dan hanya memfokuskan kepada sejarah negeri terbabit sahaja," katanya.
Beliau berpendapat galeri berkenaan sekiranya diwujudkan perlu memasukkan fakta mengenai pejuang negara yang kurang disebut.
Ini, menurutnya termasuk perjuangan Ishak Haji Muhammad atau lebih dikenali sebagai 'Pak Sako' yang menentang penjajah melalui penulisannya dalam karya seperti 'Anak Mat Lela Gila' dan 'Putera Gunung Tahan'.
Ramlah berkata galeri itu haruslah dibuat di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong.
"Dengan kewujudan galeri berkenaan, ia dapat menangkis segala salah faham dan sekali gus menyelamatkan sejarah negara kita dari terus luput ditelan zaman," katanya. - Bernama Sumber HD - 26-2-2016
Pesawat TUDM mendarat cemas, anak kapal selamat
BERNAMA | .
(Foto daripada kumpulan WhatsApp) KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pengangkut CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan mendarat cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor pada Jumaat.
Menurut kenyataan TUDM, pesawat yang berpangkalan di Subang itu membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada 8.50 pagi.
"Lapan orang anak kapal dilaporkan selamat selepas dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut," kata kenyataan itu.
TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.
"TUDM juga akan berusaha untuk membuat 'recovery' pesawat tersebut," kata kenyataan itu.
Terdahulu dalam laporan awal, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima laporan orang awam berhubung kejadian itu.
"Maklumat berhubung kejadian itu diterima daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian yang melihat pesawat terhempas dan mengalami kebakaran.
"Semua mangsa berjaya diselamatkan dengan menaiki perahu nelayan," katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. - Bernama Sumber HD - 26-2-2016
Sekat portal bukti k'jaan takut media bebas Posted on Friday, February 26 @ 07:53:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PKR hari ini mengecam tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang dilapor menghalang akses pengguna daripada beberapa penyedia perkhidmatan internet (ISP) ke laman berita The Malaysian Insider.
Pengarah komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata tindakan itu bersifat kuku besi dan melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia yang antara lain menjamin tiada penapisan internet.
Katanya, tindakan itu juga mungkin ada kaitan dengan laporan mengenai isu derma politik RM2.6 bilion yang melibatkan pemimpin utama negara.
"Ia menjadi bukti Putrajaya takut pada media bebas, terutama media online yang tidak mudah didiamkan khusus mengenai isu-isu penting dalam negara.
"Sudah pasti tindakan ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap kedudukan kebebasan media di Malaysia," ujarnya dalam kenyataan media.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan tindakan SKMM menyekat laman web TMI atas alasan melanggar undang-undang negara seperti dipapar kepada pelayar di web itu.
Bagaimanapun semakan mendapati, laman itu hanya tidak dapat dicapai melalui talian Celcom.
Menurut maklumat SKMM, laman itu disekat di bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melanggar undang-undang.
Keterangan menyebut ia melanggar peruntukan seksyen 233 akta yang sama tetapi tidak menyebut kesalahan secara khusus.
Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. - MK
Sumber TKO - 26-2-2016 SKMM Sekat Laman The Malaysian Insider
Posted on Thursday, February 25 @ 23:39:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman The Malaysian Insider ekoran tindakan portal berkenaan mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
SKMM dalam kenyataan disiarkan di laman Facebook rasmi suruhanjaya berkenaan pada Khamis, berkata sekatan tersebut juga dilakukan berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.
“Sehubungan itu, SKMM mengingatkan portal-portal berita lain agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya.
“Ini kerana, tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini,” kata kenyataan suruhanjaya tersebut lagi. – BERNAMA
......
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini menyekat laman web berita The Malaysian Insider (TMI) atas alasan melanggar undang-undang negara.
"Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara," menurut maklumat kepada pelayar di web itu.
Semakan Malaysiakini setakat ini mendapati, laman itu tidak dapat dicapai melalui talian Celcom sahaja.
Masih belum jelas bila sekatan itu bermula. Malaysiakini mengesannya sekitar 4.45 petang ini.
Menurut maklumat SKMM, laman itu disekat bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melanggar undang-undang.
Keterangan menyebut ia melanggar peruntukan seksyen 233 akta yang sama tetapi tidak menyebut kesalahan secara khusus.
Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Ia berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain.
Seseorang yang melakukan kesalahan bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
Pesalah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jahabar Sadiq ketika dihubungi tidak mengulas lanjut kerana sedang meneliti perkara itu.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pihak berkuasa, termasuk SKMM dan Menteri Kommunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkaitan sekatan itu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari pada 12 Februari lalu mengingatkan bahawa portal berita dan laman web tidak terlepas daripada kawalan undang-undang, termasuk komen dan kenyataan pembaca.
Jailani berkata, sesebuah portal tetap perlu bertanggungjawab atas penyebaran bahan berunsur fitnah dan mencetuskan perbalahan.
Sumber TKO - 25-2-2016
Zahid nafi Umno mahu Dr Mahathir ditangkap
Posted on Wednesday, February 17 @ 08:46:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno tidak ada agenda untuk membuatkan Tun Dr Mahathir Mohamad ditangkap kerana menulis blog dengan kata-kata yang keras terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Timbalan perdana menteri dan naib presiden Umno itu menjauhkan parti itu daripada dikaitkan dengan laporan polis yang dibuat baru-baru ini menganjurkan siasatan dibuka terhadap Dr Mahathir.
"Ia tidak ada kaitan dengan Umno. Sila dapatkan (komen dari) ketua polis negara," kata Zahid selepas merasmikan Forum Industri Produk Kosmetik dan Barangan Peribadi Halal di Kuala Lumpur hari ini.
Dr Mahathir berkata semalam beliau percaya Umno mengeluarkan amaran melalui ketua penerangannya yang baharu dengan mengatakan dia boleh ditangkap kerana mengkritik Najib dan Apandi.
Dalam blognya , bekas perdana menteri itu menulis, jelas yang Tan Sri Annuar Musa berkata kritikan berterusan itu satu usaha untuk membuatkan beliau ditangkap.
"Ketua penerangan baharu itu mencadangkan, saya lakukan ini kerana saya mahu ditangkap.
"Itu amaran yang jelas seperti keinginan untuk mereka menangkap saya," tulis Dr Mahathir dalam artikel bertajuk "Corruption in Malaysia".
Annuar pada 6 Februari lalu, sebagai tindak balas kepada salah satu posting blog bekas perdana menteri itu mendakwa, Dr Mahathir sengaja mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya untuk meraih simpati.
"Saya terkejut apabila membaca kenyataan Dr Mahathir di blognya yang sangat jelas mengandungi kata-kata menghasut.
"Saya benar-benar tidak tahu apakah niat beliau yang sebenar. Apakah ini strategi politiknya untuk meraih simpati?
“Boleh jadi juga Dr Mahathir berpendapat beliau kebal dari tindakan undang-undang menyebabkannya bertindak membelakangkan undang-undang dalam usahanya menjatuhkan Najib,” kata Annuar di laman Facebooknya.
Annuar juga memberi amaran pihak berkuasa masih perlu bertindak terhadap Dr Mahathir jika laporan polis dibuat terhadapnya.
Kegagalan untuk bertindak, katanya, akan membawa kepada pihak berkuasa dilihat sebagai pilih kasih.
Annuar dilaporkan berkata sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan asas undang-undang Malaysia akan tahu posting blog Dr Mahathir pada 3 Februari, bertajuk "AG to AG" bersifat menghasut.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata, polis sedang menyiasat Dr Mahathir mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah berhubung posting di blog beliau baru-baru ini melibatkan Apandi.
Beliau berkata laporan polis dibuat "satu atau 2 hari lalu" mengenai posting itu.
Sebelum ini, beliau berkata, polis akan memulakan siasatan hanya jika terdapat laporan yang dibuat mengenai perkara itu.
Dalam tulisan di blognya pada 5 Februari, Dr Mahathir menyerang Apandi berhubung keputusan beliau tidak mendakwa perdana menteri, mengatakan pendakwa utama negara itu tiada kredibiliti.
Beliau juga berkata Najib perlu meletak jawatan jika Malaysia mahu mendapatkan semula reputasinya.
Sumber TKO - 17-2-2016
Zamihan ugut letak jawatan jika tiada reaksi positif daripada Zahid
Posted on Wednesday, February 17 @ 14:53:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KUALA LUMPUR: Belum sempat bersemuka dengan mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, kedudukan Zamihan Mat Zin sebagai pegawai agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah pun terjejas.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia baru saja menerima notis pertukaran ke bahagian sumber manusia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan diminta melapor diri Khamis ini.
"Jakim sudah keluarkan surat kepada saya, arah bertukar 24 jam ke bahagian sumber manusia.
"Bahagian itu tidak ada apa. Tidak ada kerusi dan meja. Yang ada, budak-budak kerani saja. Mereka hendak bekukan saya sebenarnya.
"Debat malam 17 Februari. Esok pagi saya kena tukar. Maknanya mereka sudah susun rancangan," katanya dipetik Malay Mail Online.
Zamihan berkata buat masa ini beliau menunggu pandangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pertukarannya ke Jakim.
Pegawai agama itu, yang terlibat dalam menentang ekstremisme agama, jika Zahid tidak memberikan respon positif, beliau sedia berhenti sebagai penjawat awam.
"Kalau beliau tidak respons, saya angkat kaki, saya berhenti sebagai penjawat awam. Saya buat kerja saya sendiri.
"KDN menyokong saya kuat sebab saya banyak buat pemulihan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pengedaran dadah, pengganas, melawan militan Islam (IS), Syiah dan banyak lagi.
"KDN pun terhutang budi dengan saya. Saya boleh kata begitu," katanya
Sumber TKO - 17-2-2016
Zamihan terima notis 24 jam bertukar ke Jakim Posted on Wednesday, February 17 @ 08:14:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin ditukar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuatkuasa 24 jam.
Katanya, surat pertukaran itu diterima hari ini dan merasakan pertukaran itu adalah berkaitan dengan isu kontroversi debat antara beliau dan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
"Ya betul, saya akan ditukarkan dan perlu lapor diri pada Khamis ini.
"Jakim sudah keluarkan surat kepada saya, arah bertukar 24 jam ke Jakim," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Zamihan kini bertugas di Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam pada itu, katanya lagi dia akan meminta pandangan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan pertukaran ini.
"Saya tak akan buat rayuan ini, ia ada kaitan plot nak tukarkan saya.
"Saya nak tanya Datuk Seri (Ahmad) Zahid macam mana kalau dia masih perlukan saya di sini (KDN)...kalau tidak saya angkat kaki dari perkhidmatan awam," katanya.
Sumbeer TKO - 17-2-2016
Pendatang asing berlagak samseng di pasar borong
NUR HASMIRA MOHAMAD|FOTO WAN ZAHARI | .
UMUM mengetahui, kerajaan telah memeterai perjanjian Malaysia-Bangladesh untuk kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh yang dikatakan bertujuan untuk memenuhi beberapa sektor pekerjaan di Malaysia.
Kehadiran pendatang asing ke negara ini bukan suatu perkara yang amat disenangi oleh semua pihak terutama warga tempatan.
Di sebalik pengumuman ini turut melahirkan kebimbangan ialah warga tempatan sendiri terhadap tindakan kerajaan ini yang antaranya merasa sedikit terancam dan kurang selesa dengan lambakan pendatang asing ke negara ini.
Tinjauan Harakah ke Pasar Borong Selayang mendapati kehadiran pendatang asing ke pasar tersebut nyata tidak disenangi oleh peniaga tempatan di situ.
Musa Ahmad (bukan nama sebenar), enam tahun bekerja dengan Alam Flora sebagai tukang sapu menyatakan bahawa kehadiran pendatang asing ke pasar tersebut adakalanya menimbulkan ketakutan dan ancaman kepada warga tempatan di sini. - HARAKAHDAILY 17/2/2016
Ikuti Laporan Khas isu pendatang asing dalam akhbar Harakah Bil 2123 Edisi Jumaat di pasaran. Sumber HD - 17-2-2016
9.1 Juta Belia Di Malaysia Akan Mengundi, Jangan Hina Kami
Posted on Tuesday, February 16 @ 10:51:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Dear YB Dato’ Seri Zahid Hamidi,
9.1 juta belia Malaysia akan turun mengundi pada PRU ke-14. Dato’ Seri mahu undi daripada kami atau mahu undi daripada 1.5 juta belia negara Bangladesh?
Suka kami ingatkan kepada semua parti politik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Pilihan Raya DUN Sarawak ada 2 bulan lagi berbaki akan berlangsung.
Pilihan Raya Umum ke-14 pula ada 2 tahun lagi ya.
Laju ni masa bergerak.
Barisan Nasional (BN), PAS, AMANAH, PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR), DAP, PARTI CINTA di negeri Sabah serta Parti bebas yang lain.
Kami belia yang pemalas dan tidak mahu kerja kotor dan tidak mahu kerja berat ni akan turun mengundi menentukan nasib anda semua dengan izin Allah SWT. . Maka, Kepada semua belia Malaysia yang menjadi penentu masa depan negara, jangan lupa daftar mengundi ya. Sama-sama kita mengundi nanti. Ingatlah,
jadilah pengundi yang bijak. . We all here tidak akan lupa penghinaan sesiapa kepada belia.
Kami bukan belia yang tiada maruah dan harga diri di muka bumi ini.
GEORGE TOWN: Polis mula menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan dalam blognya baru-baru ini yang didakwa berunsur fitnah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan dimulakan sebaik sahaja menerima laporan daripada beberapa pihak yang mahu perkara itu diambil tindakan segera.
"Laporan polis itu diterima sehari dua lepas...setiap tindakan mesti ikut peraturan undang-undang dan patuhi semua proses perundangan. Kita tidak boleh emosional dalam semua perkara.
"(Kemudian) kami akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara, bila (terbukti) ada kes yang perlu diambil tindakan, kami akan ambil," katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang antara Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dan Datuk Abdul Ghafar Rajab.
Dalam tulisan di blognya pada 5 Feb lepas, Dr Mahathir mengatakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak mempunyai kredibiliti dan mendakwa Mohamed Apandi tidak akan mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata polis akan bekerjasama penuh dengan Jabatan Imigresen berhubung kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh.
Ditanya adakah saringan lebih ketat akan dilakukan terhadap pekerja asing itu, beliau berkata: "Ya, kami akan ambil langkah yang patut dan perlu dalam pastikan mereka tak beri ancaman kepada kita".
Sebelum ini, Abdul Ghafar merupakan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, manakala Abdul Rahim yang berkhidmat di Pulau Pinang sejak 2012 bertukar ke kontinjen Perak sebagai Ketua Polis Perak. - Bernama Sumber HD - 15-2-2016
JPPM, polis pantau pertubuhan tidak berdaftar
BERNAMA | .
KANGAR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mempergiatkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau pertubuhan haram di negara ini yang berisiko menggugat keamanan negara.
Penolong Pengarah Pengurusan JPPM Rosliza Mahidi berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pertubuhan haram berkenaan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
"Jika pertubuhan itu berisiko menggugat keamanan, bertentangan dengan prinsip agama rasmi negara termasuk dasar kerajaan, maka ia secara serta-merta tertakluk di bawah bidang kuasa PDRM," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat 'Kepentingan Pertubuhan Berdaftar' kepada lebih 200 peserta di sini, semalam.
Katanya, JPPM juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memantau aktiviti pertubuhan atau kelab yang bergerak melalui platform media sosial yang tidak memperincinkan segala visi, aktiviti dan anggota mereka.
Menurut beliau senario itu turut membimbangkan JPPM dan menasihatkan pemimpin pertubuhan haram berkenaan agar segera mendaftar bagi mengelak timbulnya sebarang masalah atau dikenakan tindakan. - Bernama Sumber HD - 11-2-2016
Oleh Kerana Barangan Naik, PDRM Pun Nak Naikkan Saman Juga
Posted on Thursday, February 11 @ 14:35:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kecewa dengan sikap pengguna jalan raya apabila statistik Ops Selamat 8 tidak menunjukkan sebarang penambahbaikan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata saman maksima RM300 seolah-olah begitu mudah dibayar oleh pesalah jalan raya.
"PDRM akan terus menguatkuasakan undang-undang jalan raya dan seperti mana saya sebut sebelum ini, kita tidak akan memberi apa-apa pengurangan dari segi kompaun terhadap sebarang pelanggaran peraturan jalan raya.
"Kita akan meningkatkan penguatkuasaan kerana penguatkuasaan sahaja saya rasa yang mungkin boleh mengubah sikap orang dan kemungkinan kita akan cadangkan supaya jumlah kompaun ini dipertingkatkan kerana RM300 ini nampaknya semua rasa macam 'kacang' je dia bayar," katanya kepada media selepas menerima sumbangan kereta Perodua Axia di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Khalid (kanan) bersama-sama dengan Dr Zahari sewaktu penyerahan kunci kereta Perodua Axia di Bukit Aman di sini hari ini.
Justeru, Khalid berkata pertambahan jumlah kompaun dilihat bakal memberi kesan sekaligus mampu mengubah sikap pengguna jalan raya.
Tegasnya, sepanjang Ops Selamat 8 sempena Tahun Baru Cina kali ini, kesalahan sama berulang kali dilakukan pengguna jalan raya seperti memandu melebihi had laju, menggunakan laluan kecemasan selain melanggar lampu isyarat.
"Saya rasa Ops Selamat ini tidak menampakkan apa juga penambahbaikan dari segi bilangan kemalangan terutama kemalangan maut.
"Jadi kita sedar bahawa pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya juga menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan, tetapi apa yang kami runsingkan adalah sikap," katanya.
Pada majlis tersebut, Khalid mewakili PDRM menerima sumbangan empat buah kereta Perodua Axia bagi penguasaan rondaan komuniti penempatan dan perumahan. Sebanyak dua buah akan ditempatkan di Balai Polis Brickfield dan Balai Polis TTDI sementara dua buah lagi akan digunakan oleh Amanita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan IPK Selangor.
Sumbangan kereta Perodua Axia dilakukan oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dr. Zahari Husin. Sumber TKO - 11-2-2016
AADK: Penagih dadah di seluruh negara meningkat
BERNAMA | .
SEREMBAN: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merekodkan 22,000 penagih dadah pada tahun lepas berbanding 20,000 pada 2014 dengan peningkatan 2,000 penagih di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Suhaimi Abdullah.
Suhaimi berkata daripada 22,000 penagih itu, 60 peratus adalah penagih baharu manakala baki adalah penagih berulang.
"Penagih baharu adalah mereka dalam kalangan remaja berumur 15 tahun ke atas dan penglibatan mereka berpunca daripada masalah keluarga, persekitaran selain bekalan dadah mudah didapati," katanya kepada pemberita dalam sidang media sebelum pelancaran Jelajah AADK Ekspedisi Membanteras dadah di sini, hari ini.
Suhaimi berkata bagi Negeri Sembilan, AADK merekodkan 2,234 penagih dadah pada tahun lepas berbanding 2,152 pada 2014 iaitu peningkatan 82 kes.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri komited dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah dan projek rintis 'Kampung Bebas Dadah' yang dilaksanakan di Sungai Buloh, Jelebu pada tahun lepas merupakan satu daripada inisiatif bagi membasmi gejala itu.
Mohamad berkata projek itu yang mencatat pencapaian yang memberangsangkan apabila tiada kes penagih dadah baharu direkodkan di kawasan tersebut, akan dikembangkan di seluruh daerah di negeri ini.
"Kami akan buat pertandingan Kampung Bebas Dadah dan Piala Anugerah Perdana Menteri serta hadiah dalam bentuk projek, supaya pihak JKKK nampak dia buat pertandingan dan dia dapat hadiah...ini sedang saya rundingkan," katanya dan menambah pertandingan tersebut mampu memberi galakan kepada masyarakat untuk sama-sama terlibat memerangi dadah.
Mohamad berkata kerajaan negeri menyasarkan menjadi negeri bebas dadah menjelang 2020 dengan pelbagai usaha dan pelan tindakan yang dibuat dan digubal bagi memerangi musuh utama negara.
Beliau berkata usaha memerangi penyalahgunaan dadah yang dilaksanakan kerajaan negeri adalah setaraf dengan usaha-usaha yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Bencana.
Berdasarkan pemprofilan AADK, 16 kawasan berisiko tinggi dikenal pasti di Negeri Sembilan dan 178 kawasan berisiko tinggi dikenal pasti di seluruh negara. - Bernama Sumber HD -11-2-2016
Mahasiswa bingung tunggu status pinjaman MARA
Posted on Sunday, February 07 @ 10:20:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Sekumpulan mahasiswa dari institusi pengajian swasta bingung mengenai status permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membiayai pengajian mereka di universiti masing-masing.
Menurut mereka, sebelum ini MARA memberi pinjaman pendidikan yang sama kepada senior mereka.
Seorang mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Mustaqim dari Asia Pacific University (APU) berkata dia sudah tiga semester tidak membayar yuran pengajian kerana mengharap pinjaman dari MARA.
Jelasnya, pusat pengajiannya juga tidak memintanya membayar yuran kerana turut menunggu pinjaman dari pihak MARA.
“Saya sudah tiga semester tidak membayar yuran pengajian dan pihak universiti pun tak minta saya membayarnya buat masa sekarang kerana percaya akan dapat pinjaman dari pihak MARA,” katanya kepada Malaysikini.
Katanya, dia telah pergi sendiri ke Pejabat MARA bagi mendapat penjelasan, namun jawapan yang diterima sungguh mendukacitakan apabila MARA memintanya menunggu pengumuman di talian.
“Saya sudah memohon pinjaman secara online tapi tak ada jawapan sampai sekarang. Saya buat permohonan itu dari semester dua lagi,” katanya yang mendakwa sepuluh rakan sekelasnya berhenti kerana tidak mendapat pinjaman dari MARA.
Menurut Mustaqim, pihak APU sudah membuat perjumpaan bagi mencari jalan penyelesaian dan mencadangkan pelajar membuat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk meneruskan pengajian mereka.
“Saya tidak mahu ambil PTPTN kerana PTPTN tidak menyediakan elaun sara hidup, manakala jumlah yang diberikan tidak mencukupi untuk membayar yuran.
“Selain itu terdapat kadar faedah yang akan dikenakan untuk membayar balik pinjaman,” katanya.
PTPTN telah mengumumkan pada 2014 pengurangan 15 peratus daripada jumlah pinjaman maksimum bagi institusi swasta kerana kekurangan dana.
MARA pula telah menafikan ia juga kekurangan dana dan berkata biasiswa masih ditawarkan walaupun pembiayaan dikurangkan.
Bagaimanapun, status pinjaman pendidikan MARA masih tidak jelas.
Sementara itu, mahasiswa Universiti Kuala Lumpur (UniKL), yang mahu dikenali sebagai Faris pula berkata, dia kini terkapai-kapai kerana tidak mempunyai wang bagi meneruskan pengajian.
Katanya, dia sudah membuat permohonan secara online pada bulan November tahun lalu bingung, tetapi pihak MARA tidak memberi sebarang maklum balas mengenai permohonannya.
Kerana tidak puas hati, dia pergi sendiri ke pejabat MARA bagi mendapatkan penjelasan namun diarahkan untuk menunggu pengumuman di talian, tapi katanya sehingga kini belum ada sebarang pemberitahuan dari pihak tersebut.
“Saya sudah pergi sendiri ke pejabat MARA tapi mereka minta tunggu sebarang pengumuman di lamanweb MARA.
“Buat masa ini saya bergantung kepada ibu bapa saya bagi teruskan pengajian,” kata pelajar jurusan kejuruteraan itu.
Tambahnya, pihak UniKL telah membuat empat kali perjumpaan dengan pelajar namun dan mereka memohon pinjaman PTPTN sebagai jalan akhir untuk meneruskan pengajian.
“Kalau ambil PTPTN, kadar bayaran itu termasuk faedah dan jadi (bayaran) tinggi, lagipun tidak ada elaun bulanan
termasuk nak bayar yuran pun tidak cukup duit,” katanya yang menambah hampir 90 peratus pelajar UniKL bergantung kepada pinjaman tersebut.
Manakala pelajar dari APU yang mahu dikenali sebagai Adawiyah pula berkata beliau amat mengharap bantuan dari MARA kerana sekiranya berhenti pengajian, dia harus membayar hutang yuran kepada pihak universiti.
“Mahu tidak mahu kena teruskan pengajian, buat masa sekarang minta dari ibu bapa dulu.
“Kalau berhenti, kena bayar hutang yuran kepada pihak universiti, kalau boleh nak tahu apa status pinjaman ini,” katanya belum lagi tidak berfikir untuk berhenti kerana tidak mendapat pinjaman dari MARA.
Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh bekas pemimpin mahasiswa Fahmi Zainol, mereka turut mendesak
MARA memberikan maklum balas segera berhubung perkara tersebut supaya masalah itu dapat diatasi secepat mungkin.
Sementara itu Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi Malaysikini tidak mahu mengulas mengenai perkara itu kerana sedang di luar negara.
Malaysiakini sedang menunggu maklum balas dari UniKL dan APU mengenai status pinjaman MARA tersebut.
Sumberv TKO - 7-2-2016
Apandi jawab kritikan mentornya Abu Talib Posted on Sunday, February 07 @ 06:54:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak pendapat pendahulunya Tan Sri Abu Talib Othman bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk menutup kes RM2.6 bilion, sambil menambah bahawa semua yang dia lakukan adalah berdasarkan kepada apa yang dia telah belajar dari bekas AG itu.
Apandi berkata beliau hanya mengikuti jejaknya dan "sekarang beliau kata, saya tidak boleh berbuat demikian. Saya keliru."
"Saya harap beliau boleh datang berjumpa dengan saya supaya saya boleh memberi penjelasan saya," Apandi dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily dalam satu temu bual eksklusif.
Minggu lalu, Abu Talib mengkritik Apandi dengan mendakwa bahawa AG tidak
mempunyai kuasa untuk mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, AG mempunyai kuasa hanya untuk memulakan, menjalankan dan memberhentikan sebarang prosiding (jenayah), tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana agensi penyiasatan untuk menutup kertas siasatan.
"Ini adalah kes kepentingan awam yang telah menarik perhatian seluruh dunia. AG mesti membantu SPRM untuk mengumpul bukti kerana sumber dana itu adalah di luar Malaysia," kata Abu Talib.
Dalam hal yang berkaitan, Apandi juga menegaskan bahawa dia tidak pernah meminta rakan sejawatannya dari Switzerland supaya menutup siasatan negara itu terhadap 1MDB semasa satu pertemuan September lalu.
"Saya tidak pernah berkata demikian... Itu satu pembohongan. Saya tidak pernah menyebut sebarang kes 1MDB. Ia adalah kunjungan hormat... Jika Switzerland memerlukan sebarang bantuan, saya akan memberikannya...
"Pertemuan itu adalah mengenai bantuan perundangan bersama. Kita boleh membantu pada bila-bila masa, itu sahaja."
Apandi berkata pertemuan itu antara beliau dan AG Switzerland Michael Lauber turut dihadiri oleh Timbalan Peguam Cara Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan seorang pegawai dari pejabat Lauber.
Beliau berkata pejabat Peguam Negara Switzerland telah meminta bantuan Pejabat Peguam Negara melalui Kementerian Luar Negeri, dan permintaan rasmi yang difailkan mereka hanya sampai kepadanya pada 4 Februari
Bagaimanapun, Apandi berkata beliau masih belum membaca dokumen Switzerland itu.
Pejabat Peguam Negara, katanya, akan memberi bantuan kepada Switzerland di bawah protokol bantuan perundangan bersama, walaupun beliau enggan mendedahkan butiran kerana ia adalah "rahsia".
Minggu lalu, Reuters melaporkan bahawa seorang pegawai Malaysia menggesa Lauber supaya menggugurkan penyiasatannya berkaitan 1MDB semasa satu pertemuan September lalu.
Sebelum keputusan Apandi untuk menutup kes terhadap Najib, Lauber melalui pejabatnya telah dilaporkan membuat permintaan kepada Malaysia untuk mendapatkan bantuan dalam siasatan negaranya terhadap 1MDB berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan jenayah salah urus.
Lauber juga dilaporkan berkata bahawa Najib bukan suspek dalam siasatan Switzerland itu.
Apandi kemudiannya berkata beliau akan mengambil semua langkah yang mungkin untuk membantu pihak berkuasa Switzerland tetapi menegaskan bahawa siasatan terhadap derma RM2.6 bilion kepada Najib adalah berasingan sepenuhnya daripada siasatan terhadap 1MDB.
Apandi juga berkata pelantikannya ke Pejabat Peguam Negara adalah sah dan mengikut perlembagaan.
Beliau berkata, masalah kesihatan yang dialami pendahulunya, Tan Sri Abdul Gani Patail, bukan merupakan satu rahsia lagi.
Abdul Gani, katanya, perlu melakukan dialisis tiga hari seminggu, yang membuat bekas AG itu hanya mampu bekerja hanya dua hari setiap minggu, tolak hujung minggu.
Sebaliknya, Apandi berkata dia telah bekerja tanpa mengenal penat lelah selepas mengambil alih jawatan itu.
"Anda lihat, dengan beban kerja AG, saya tidak dapat mengambil cuti selepas saya memegang jawatan itu. Saya bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
"Saya juga malah perlu bekerja dari rumah (selepas waktu pejabat)," katanya sambil menambah beliau perlu mengekalkan komunikasi dengan pegawai-pegawainya melalui emel apabila berada di rumah.
Sebagai contoh, katanya, dia terpaksa bekerja sehingga satu pagi bagi sesuatu kes yang segera.
Apandi juga berkata beliau telah membuat "pengorbanan kewangan" selepas menyertai perkhidmatan awam daripada sektor swasta.
Walau bagaimanapun, katanya, beliau telah diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada negara dan Agong.
"Saya tidak pernah minta kerja ini (AG). Saya telah ditawarkan untuk menjadi AG."
Sebelum ini, Apandi berkata dia boleh memperolehi RM15,000 bagi satu kes ketika dalam amalan swasta, tidak termasuk tambahan yuran konsultansi perundangan.
"Pada masa itu pesuruhjaya kehakiman boleh mendapat gaji asas RM17,000. Bagi saya, itu tak ada apa-apa, tambah elaun lain, ia hanya akan sampai tidak lebih daripada RM20,000."
Katanya, beliau telah melabur wang yang diperolehi daripada amalan undang-undang ke dalam hartatanah, termasuk Wisma Apandi yang telah dibina di kampung halamannya di Kota Bahru.
Bangunan ini, katanya, telah memberikan beliau pendapatan sewa yang lumayan.
Apandi telah dilantik menjadi AG selepas pendahulunya Abdul Gani ditamatkan perkhidmatannya yang dikatakan atas "masalah kesihatan" Julai lalu, yang bertepatan dengan rombakan kabinet yang menyaksikan timbalan perdana menteri, yang vokal mengenai skandal 1MDB, digugurkan.
Pada akhir bulan Januari, beliau membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berhubung kes sumbangan RM2.6 bilion dan RM42 juta dari SRC International.
Sumber TKO - 7-2-2016
Usaha Nak Selamatkan UMNO: Penjara seumur hidup mereka yang bocor rahsia Posted on Sunday, February 07 @ 06:52:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali sedang menimbang untuk meminda undang-undang bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang membocorkan rahsia negara dan wartawan yang melaporkannya.
Katanya, Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji untuk meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.
"Di sesetengah negara, membocorkan rahsia rasmi adalah satu kesalahan yang serius, seperti di China di mana ia membawa hukuman mati," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar Sinchew Daily.
AG menegaskan sekira wartawan melindungi atau enggan mendedahkan sumber dengan memohon etika kewartawanan, mereka akan dianggap bekerjasama dengan pensabotaj.
"Kami mungkin mendakwa wartawan yang enggan mendedahkan sumber mereka.
"Saya tidak bergurau. Jika saya mempunyai 90 peratus bukti, saya akan dakwa wartawan, editor, penolong editor dan ketua editor. Saya serius, bukan main-main. Berlaku terlalu banyak kebocoran rahsia di Malaysia.
"Hak untuk tahu tidak diberikan oleh perlembagaan," katanya.
Sumber TKO - 7-2-2016
Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Taiwan
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Pingtung di Taiwan, awal pagi tadi.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan meneruskan pemantauan dan memberikan maklumat sewajarnya berhubung kejadian gempa berkenaan.
"Rakyat Malaysia yang berada di Taiwan dinasihatkan agar sentiasa berkomunikasi dengan pejabat kita di Taiwan dan mematuhi segala arahan serta nasihat keselamatan pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.
Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Taiwan pada 3.57 pagi tadi, kira-kira 28 kilometer timur laut wilayah Pingtung.
Media antarabangsa melaporkan setakat ini, lima mangsa terkorban termasuk seorang bayi perempuan berusia 10 hari, sementara 35 orang lagi dikhuatiri terperangkap. - Bernama Sumber HD - 6-2-2016
UniMara mula ambil pelajar Jun ini
BERNAMA | .
KOTA KINABALU: Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) akan memulakan pengambilan pelajar pada Jun tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Untuk permulaan, sebanyak 200 pelajar akan diambil untuk universiti yang diwujudkan di bawah program Transformasi Luar Bandar itu," katanya ketika berucap pada Majlis Solidariti Kegemilangan Mara Sabah di sini Isnin malam.
UniMara yang bakal beroperasi tahun ini dan khusus untuk memberi akses pendidikan tinggi kepada anak penduduk luar bandar, akan memfokuskan kepada beberapa bidang antaranya sektor perniagaan, korporat, awam, politik dan teknologi.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata Mara juga bakal mewujudkan banknya sendiri dan pihaknya akan berbincang dengan Bank Negara Malaysia mengenai penubuhan bank berkenaan.
"Kita belum memutuskan nama bank tersebut namun kita telah membuat persediaan dan perancangan mengenainya," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar Mara dan usahawan di Sabah saling berganding bahu mencari idea untuk menghasilkan satu anjakan paradigma bagi memperkasakan keusahawanan secara inovatif dan kreatif.
"Saya percaya sekiranya semua pihak bekerjasama, hasilnya cukup hebat dan mampu menjadikan Malaysia berada di persada antarabangsa dalam bidang keusahawanan," katanya. - Bernama Sumber HD - 2-2-12016
Belum ada keputusan kursus digugur dari tajaan Mara
BERNAMA | .
KOTA MARUDU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) masih belum memutuskan secara terperinci kursus pengajian yang akan 'digugurkan' daripada mendapat tajaan dalam penghantaran pelajar ke universiti di luar negara.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian dan Mara masih berbincang dan meneliti perkara itu termasuk pendekatan pengajian berkembar dengan universiti luar negara bagi pelajar tajaan Mara.
"Kita belum ada keputusan khusus (bidang pengajian yang akan dikurangkan). Bagaimanapun di peringkat awal, mungkin kita buat program berkembar iaitu dua tahun di luar negara dan dua tahun dalam negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Kampung Tinangol di sini Ahad.
Turut hadir Timbalannya Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom @ Mohd Fikri Bahanda.
Semalam, Ismail Sabri berkata Mara akan mengkaji semula dasar penghantaran pelajar tajaannya ke luar negara bagi menyelaraskannya dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau ini.
Katanya menerusi dasar baharu itu nanti, hanya sebahagian pelajar terpilih sahaja akan dihantar belajar ke luar negara manakala selebihnya akan ditempatkan di universiti di negara ini. - Bernama Sumber HD - 1-2-2016
Surat Terbuka - Noorfadilla Ahmad Saikin V Kerajaan Malaysia (Diskriminasi Jantina), ulang tahun yang ke-7
Posted on Saturday, January 30 @ 08:41:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Nama saya Noorfadilla Ahmad Saikin dan saya adalah mangsa diskriminasi jantina oleh kerajaan. Hari yang sama hari ini, 12 Januari, 7 tahun yang lalu pada 2009, saya telah ditawarkan pekerjaan sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih. Pada hari yang sama juga, saya ditamatkan kerja kerana kehamilan saya, bersama-sama 2 orang wanita lain. Anak yang saya kandungi pada masa itu, baru sahaja memasuki persekolahan Tahun 1 minggu lepas. Saya telah memfailkan kes terhadap kerajaan sejak Mei 2010 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan bantuan peguam Edmund Bon, Honey Tan dan YB Zuraida Kamaruddin.
Pada 13 Julai 2011, kami telah memenangi kes tersebut. Kerajaan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Ogos 2011. Kerajaan tidak memohon tarikh pengurusan kes dari Mahkamah Rayuan, dengan itu kes ditutup selama 23 bulan tanpa sebarang tindakan susulan oleh kerajaan. Kemudian, pada 27 Julai 2013, kes didengar di Mahkamah Rayuan, tetapi kerajaan menarik semula kes tersebut di hadapan para hakim, dengan itu menjadikan keputusan sebelumnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai muktamad.
Ia diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam - oleh Hakim Dato Zaleha Yusof pada tahun 2011, bahawa tindakan menamatkan saya dari kerja disebabkan kehamilan adalah tidak mengikut Perlembagaan. Namun, bukan itu sahaja. Keputusan tersebut bukan hukuman atau pencegahan terhadap kerajaan untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Kami perlu memfailkan untuk ganti rugi, walaupun merasakan ia tidak memberi banyak perubahan. Kami kembali semula ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi penilaian kerosakan. Pada 18 September 2013, Joachim Xavier dan Honey Tan memfailkan ganti rugi. Selepas lebih daripada setahun pengurusan kes, Mahkamah menganugerahkan satu lagi pengadilan (mercu tanda/penting) Saya dianugerahkan sejumlah RM300,000.00 berikutan pelanggaran perlembagaan oleh Mahkamah Shah Alam Tinggi - Timbalan Kanan Pendaftar Mahkamah, Ahmad Rizki Abdul Jalil, pada 10 November 2014. Pada 24 Disember 2014 kerajaan kemudiannya merayu ke atas tuntutan kerosakan yang dianugerahkan. Beberapa bulan berlalu dan rayuan bagi penilaian kerosakan itu akhirnya didengar di hadapan seorang hakim lain pada 30 Jun 2015.
Mahkamah menetapkan tarikh sehingga 17 Ogos 2015 bagi keputusan kes tersebut. Namun pada 17 Ogos 2015, mahkamah masih belum membuat keputusan. Keputusan bagi kes itu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditentukan sehinggalah ke hari ini. Saya tidak tahu bilakah akan berakhirnya kes ini. Kes ini merupakan satu perjalanan yang sangat panjang bagi mendapatkan keadilan. Saya telah menjadi mangsa sebanyak dua kali, sekali pada 12 Januari 2009, dan kali kedua semasa saya mendapatkan keadilan. Walaupun selepas keputusan oleh mahkamah, dan meskipun selepas kerajaan berterusan mengatakan bahawa mereka bersedia bagi kesaksamaan jantina dalam forum antarabangsa, hakikat sebenarnya adalah, kerajaan tidak bersedia mengakui bahawa mereka telah melakukan kesalahan, bahawa mereka telah melakukan pelanggaran Perlembagaan, dan bahawa mereka melakukan diskriminasi ke atas wanita di negara ini. Saya berani katakan, seperti yang telah saya baca, dengan merujuk kepada pembelaan kerajaan semasa perbicaraan penilaian kerosakan dan rayuan bagi ganti rugi yang diberikan kepada saya. Kerajaan juga merayu kepada perkara-perkara di luar skop rayuan, iaitu kadar faedah ganti rugi, yang mana telah diputuskan pada Julai 2011 dan tidak dicabar di Mahkamah Rayuan pada Julai 2013.
Saya berharap Mahkamah Tinggi Shah Alam nanti akan membuat keputusan dan menegakkan keadilan. Saya juga berharap kerajaan akan mengakui bahawa mereka sesungguhnya telah melanggar Perlembagaan dan mendiskriminasi wanita hamil dan membetulkan kesilapan. Diskriminasi jantina bukan suatu mitos. Ia adalah kenyataan.
Sektor awam, sektor swasta dan masyarakat dalam negara ini perlu memandang serius berhubung perkara ini.
Kita mempunyai hanya 23 Ahli Parlimen wanita di Dewan Rakyat, itu hanya 10% daripada 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Manakala di Dewan Negara, kita memiliki kira-kira 17 Ahli Dewan Negara wanita, kira-kira 24% daripada 70 Ahli Dewan di Dewan Negara.
Semua itu hanya kira-kira 40 Ahli Parlimen wanita, atau 13% daripada 292 keseluruhan Ahli Parlimen. Kekurangan wakil wanita di Parlimen menunjukkan bahawa wanita kekurangan suara di negara ini. Walaupun wanita membentuk kira-kira 46% daripada jumlah tenaga kerja di negara ini, kita hanya mempunyai kira-kira 40 Ahli Parlimen wanita.
Banyak kajian yang telah dijalankan, dan satu kesimpulan umum boleh dibuat bahawa, wanita cenderung untuk lebih awal meninggalkan bidang pekerjaan. Mengapa? Saya mengatakan bahawa kita mempunyai sangat sedikit suara di negara ini. Wanita tidak boleh membuat undang-undang atau dasar untuk menggalakkan kesaksamaan jantina. Malah Ahli Parlimen lelaki menuturkan kata-kata yang merendahkan Ahli Parlimen wanita di Parlimen semasa perbahasan. Kita perlu mengubah cara kita demi mencapai kesaksamaan jantina, di mana wanita dan lelaki boleh bekerjasama, hormat-menghormati antara satu sama lain dan memacu negara ini ke tahap yang lebih tinggi untuk masa depan yang lebih baik demi anak-anak kita.
Sumber TKO - 30-1-2016
Kilang kicap, asam jawa di Ipoh diarah tutup kerana kotor
Posted on Saturday, January 30 @ 07:20:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
IPOH, Jumaat – Dua kilang memproses asam jawa dan kicap di sini diarah tutup 14 hari mulai hari ini selain dikompaun RM250 kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan dalam operasi HOU (Monyet) yang diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kilang memproses asam jawa itu terletak di Taman Pertama manakala kilang memproses kicap, di Taman Rishah di sini.
“Terdapat serpihan surat khabar, tali di dalam asam jawa yang telah diproses, selain kurang pencahayaan dan pekerjanya juga tidak memakai apron atau menutup rambut.
“Sementara bekas yang diguna untuk peram kacang soya bagi membuat kicap tidak memuaskan dan terdapat najis tikus berhampiran,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu hari ini.
Operasi dua jam bermula 10 pagi itu, melibatkan 40 anggota penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Majlis Bandaraya Ipoh serta Jabatan Agama Islam Perak.
Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan notis kepada kedua-dua premis berkenaan untuk memperbaiki keadaan di sekitar kilang masing-masing.
“Dalam tempoh ini pihak Jabatan Kesihatan akan membuat pemeriksaan susulan dan sekiranya kilang tersebut masih menjalankan operasi, kita akan mengambil tindakan,” katanya.
Selain itu Mah berkata sepanjang tahun lalu sebanyak 13,068 premis makanan diperiksa bagi memantau keselamatan serta kualiti produk, meningkat berbanding 10,640 pada 2014.
“Sebanyak 91 premis ditutup pada 2014 dan 108 ditutup pada 2015 di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana premis didapati tidak bersih.
“Sebanyak 2,128 rampasan dibuat dengan nilai RM51,761 pada 2014 manakala 2015 sebanyak 1,435 rampasan dilakukan membabitkan jumlah RM49,245,” katanya.- Bernama
Sujmber TKO - 30-1-2016 Mahkamah ‘hakim’ muktamad, ulas bekas Hakim Mahkamah Rayuan mengenai kes Najib, SRC
Posted on Friday, January 29 @ 07:36:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
PUTRAJAYA, Khamis – Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berkata, mahkamah adalah ‘hakim’ muktamad yang dapat menentukan sebarang salah laku mana-mana pihak.
Sehubungan itu, katanya, sebarang keputusan yang dibuat oleh penjawat awam dengan niat jahat boleh dicabar di mahkamah.
“Apa juga keputusan awam yang dibuat oleh penjawat awam dengan niat jahat boleh dicabar di mahkamah undang-undang.
“Bagaimanapun saya percaya Peguam Negara tidak menyalahgunakan kuasa dalam membuat keputusannya baru-baru ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Panel Khas dan Panel Penilaian Operasi (PPO) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bangunan SPRM di sini, hari ini.
Mesyuarat tersebut membincangkan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan SPRM menutup kes SRC International dan dana RM2.6 bilion setelah mendapati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan kes itu.
Bercakap atas kapasiti bekas hakim, bukannya sebagai salah seorang daripada lima anggota Panel Khas, Mohd Noor berkata, orang awam kini lebih berpendidikan dan mahu beberapa perkara berkaitan kes yang tidak didakwa diperjelaskan.
Selain Mohd Noor, empat lagi panel adalah Tan Sri Musa Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Lim Chee Wee dan Datuk Zuraidah Atan.
Beliau memberi contoh maklumat pengaliran wang dalam kedua-dua kes tersebut yang dianggap penting untuk pengetahuan umum.
“Sebagai Peguam Negara anda boleh membuat keputusan tetapi ia juga perlu memberi jawapan kepada orang awam.
“Masyarakat kini berpendidikan, mereka tak boleh ditipu,” katanya.
Dua panel bebas itu menasihatkan SPRM supaya melibatkan diri semula dengan Peguam Negara berhubung dua kes yang telah diputuskan itu.
Mohamed Apandi pada sidang media Selasa berkata, Jabatan Peguam Negara berpuas hati bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan SPRM berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.
Katanya, beliau sudah mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup atau NFA/KUS, iaitu tiada tindakan lanjut (NFA)/kemas untuk simpan (KUS).
Sumber TKO - 28-1-2016
Hantar pulang: Jenazah pelajar dipindah ke Amman
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Tiga jenazah pelajar Malaysia di Jordan yang terkorban dalam kemalangan jalan raya Sabtu lepas, kini dipindahkan ke Hospital Basyeer di Amman, untuk urusan penghantaran pulang ke tanah air.
Menurut laman Facebook rasmi Education Malaysia Jordan, jenazah pelajar itu akan dihantar pulang sebaik selesai semua proses di negara berkenaan, menerusi penerbangan komersial.
Menurut Education Malaysia Jordan, Kerajaan Kelantan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju membiayai kos penghantaran pulang jenazah pelajar itu ke Malaysia.
Tiga pelajar Universiti Mu'tah, Jordan itu maut dalam kemalangan jalan raya di Ashrafiyeh, wilayah Mafraq pada Sabtu lepas, ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu program keagamaan.
Mereka yang terkorban - Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, sebelum ini ditempatkan di Hospital Kerajaan Mafraq, yang terletak kira-kira 50km da ri Amman.
Sementara itu, dua lagi pelajar Malaysia turut cedera dalam kemalangan itu - Fatin Nor Syahirah Ramli dan Izam Hasif yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kerajaan Mafraq, dipindahkan ke Hospital Al Amir Hamzah di Amman untuk rawatan lanjut. - Bernama Sumber HD - 25-1-2016
Mana tahu lepas ini saya tak dapat rasa masakan ibu lagi
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: "Ibu, masaklah makanan kegemaran saya...Mana tahu lepas ini saya tak dapat rasa masakan ibu dan tak pulang lagi."
Itu luahan kata-kata pelajar Fatin Iqmal Idziyani ketika pulang bercuti Ogos tahun lepas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Fatin yang menuntut di Jordan maut bersama dua rakannya dalam kemalangan jalan raya di Safawi tidak jauh dari bandar Mafraq semalam.
Rapidah Mat Rani, 47, berkata anaknya itu, yang bongsu dengan suami pertamanya Che Aziz Che Mahmood, 50, turut berkelakuan aneh.
"Fatin bermanja berlebihan dan sering tidur di riba saya serta memeluk saya dengan erat semasa pulang bercuti," kata Rapidah yang merupakan peniaga makanan di Pudu Plaza kepada Bernama di sini hari Ahad.
Beliau berkata anaknya itu tidak pernah bermanja begitu sebelum ini, dan kepergiannya semalam menyedarkannya bahawa itu petanda detik-detik terakhir bersama anaknya.
Dua lagi yang maut dalam kemalangan itu ialah Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie.
Dua pelajar yang cedera dalam kemalanan itu, Fatin Nor Syahirah Ramli dan Izam Hasif kini menerima rawatan di Hospital Kerajaan Mafraq.
Rapidah berkata beliau dan suaminya sekarang Ahmad Sabri Mat Bahrin, 48, bapa tiri kepada Fatin, yang bekerja sebagai pemandu dengan Bank RHB telah menanggung pembelajaran anaknya untuk mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang syariah, fikh dan usuluddin di Universiti Mu'tah Jordan.
Katanya, Fatin, pelajar tahun tiga yang dijangka menamatkan pengajian tahun depan, rajin membaca al-Quran dan beliau akan merindui untuk mendengar bacaannya.
Rapidah, yang turut mempunyai tiga lagi anak dengan Ahmad Sabri berkata, Fatin bagaikan anak sulung dalam keluarga, memandangkan anak pertamanya, bayi lelaki meninggal dunia sejak kecil.
"Fatin adalah seorang yang ceria dan bercita-cita untuk menjadi peguam syariah," katanya sambil menitiskan air mata.
Beliau berkata mereka selalu berhubung melalui Whatsapp, namun sejak Jumaat lepas Fatin tidak menghubunginya sehingga mereka sekeluarga menerima berita kematiannya semalam.
Rapidah yang tinggal di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng di sini berkata, mereka sedang berurusan dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Mu'tah untuk membawa pulang jenazah Fatin dan mengebumikannya di kampung halamannya di Kampung Lenggong, Perak.
Beliau berdoa agar jenazah anaknya tidak dibedah siasat, dan terus dibawa pulang ke Malaysia.
Rapidah juga berharap bekas suaminya Che Aziz dapat dimaklumkan mengenai kematian anaknya itu yang ditinggalkannya sejak Fatin berusia 3 tahun.
Sementara itu, Timbalan Pengurus Bahagian Baitulmal Ahmad Talmizi Yahaya yang ditemui di rumah Rapidah berkata pihaknya akan menyumbang RM3,000 bagi membantu urusan pengebumian Fatin.
Mangsa merupakan penerima bantuan am Baitulmal sejak tahun pertama pengajiannya.
Di KOTA BAHARU, bapa kepada Al Najiatun Nailah, Mohd Shafie Ismail, 55, berkata kali terakhir beliau menerima panggilan telefon dari anaknya adalah pada Khamis lepas.
Dia meminta izin untuk menyertai rombongan perwakilan pelajar.
Pengetua Sekolah Maahad Tahfiz Sains Berangan, Tumpat itu berkata beliau tidak mengesan sesuatu yang pelik dalam perbualan telefonnya dengan anak ketiga daripada enam beradik itu.
"Saya cuma terkejut apabila mendapat panggilan daripada Kedutaan Malaysia di Jordan pada Maghrib semalam menyatakan anak saya maut dalam kemalangan di sana," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.
Beliau dijadual berlepas ke Kuala Lumpur untuk ke Jordan bersama isterinya Rohaizun Omar, 55, bagi menuntut jenazah anak mereka.
Sementara itu, Rohaizun berkata anaknya seorang yang pendiam dan sangat rapat dengan semua anggota keluarganya, dan sering menghubungi mereka untuk bertanya khabar.
Katanya, Al Najiatun hanya tinggal setahun lagi untuk menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang syariah.
Beliau berkata kali terakhir anaknya pulang ke Malaysia ialah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. - Bernama Sumber HD - 24-1-2016
Pelajar Malaysia maut, cedera di Jordan dikenal pasti
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Identiti tiga pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jordan pagi semalam (waktu Jordan) dikenal pasti sebagai Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie, menurut portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).
Fatin Iqmal Idziyani berasal dari Kuala Lumpur manakala Hana' dan Al Najiatun Nailah dari Kelantan, menurut portal berkenaan.
Menurut KMKJ, pengesahan kesemua nama mangsa diperoleh dari Hospital Kerajaan Mafraq di negara itu.
Dua pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif yang cedera di kaki dan patah tangan serta Fatin Noor Syahirah yang cedera di muka dan rahang.
"Izzam Hasif (Negeri Sembilan) dan Fatin Noor Syahirah (Kelantan) akan dipindahkan ke hospital di Amman," menurut portal berkenaan.
Menurut portal itu lagi, pihak kedutaan dan Education Malaysia Jordan masih berbincang dengan waris mangsa sama ada jenazah akan dibawa pulang ke tanah air atau pun tidak.
Sebelum ini, laman Facebook rasmi Education Malaysia Jordan memaklumkan kesemua pelajar berkenaan yang menaiki sebuah kereta, dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah iaitu aktiviti keagamaan.
Turut berada dalam kereta berkenaan ialah warga Jordan.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan. - Bernama Sumber HD - 24-1-2016
Air Minuman Dibaca Ayat Al-Quran Tidak Boleh Dijual Lagi? Posted on Tuesday, January 19 @ 13:57:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Air minuman yang didakwa dibacakan ayat-ayat al-Quran akan dilarang dijual tidak lama lagi.
Pelaksanaan larangan ini bakal dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) namun tarikh larangan tersebut masih belum ditetapkan.
Menurut Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, Muip memandang serius kegiatan menjual air minuman menggunakan al-Quran yang bertujuan melariskan jualan.
“Mereka menggunakan agama untuk melariskan produk seperti menyembuhkan pelbagai jenis penyakit selain dikatakan dapat menerangkan hati kanak-kanak dan pelajar.
“Arahan larangan menjual itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi
“Sudah tiba masanya Muip bertindak tegas bagi memastikan umat Islam tidak mudah tertipu oleh pihak yang mengambil kesempatan menggunakan agama semata-mata untuk melariskan perniagaan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Wan Abdul, aktiviti air minuman ini juga dikhuatiri merupakan satu kaedah penipuan khusus kepada umat Islam yang terlalu taksub dan mempercayainya terutama apabila disertakan dengan ayat al-Quran.
Selain air minuman, Muip turut memantau beberapa produk lain yang didakwa menggunakan cara serupa seperti kismis.
Difahamkan, satu jawatankuasa telah ditubuhkan membabitkan beberapa agensi termasuk Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk melakukan pemeriksaan di semua premis sebaik sahaja larangan dilaksanakan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Sinar Harian Sumber TKO - 19-1-2016
Tiada laporan pelajar M'sia terlibat militan di India
M SANTHIRAN | .
NEW DELHI: Kebanyakan pelajar Malaysia di India berada dalam keadaan baik dari segi pencapaian akademik dan tiada laporan mengatakan mereka terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan militan.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India Datuk Naimun Ashakli Mohammad berkata pada masa ini, terdapat hampir 5,000 pelajar yang kebanyakannya berada di Karnataka, selatan India.
"Kami sentiasa memantau mereka dan setakat ini tiada laporan atau aduan mengenai mereka daripada pihak berkuasa tempatan di sana," kata Naimun.
Pesuruhjaya Tinggi berkata baru-baru ini, satu sesi dialog diadakan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang berkunjung ke negara ini, mengingatkan agar para pelajar menjauhi segala elemen negatif.
Naimun berkata demikian kepada 42 wartawan Malaysia dan anggota Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak yang dalam lawatan lima hari ke India.
Rombongan itu diiringi penasihatnya, setiausaha akhbar kepada perdana menteri, Datuk Akhmar Hisham Mohd Yusof.
Kumpulan itu telah melawat China tahun lepas dan mereka kini dalam rangka lawatan ke New Delhi, Agra dan Jaipur di Rajasthan.
Semasa lawatan ke kompleks Suruhanjaya Tinggi di sini, mereka diberi taklimat mengenai hubungan diplomatik antara Malaysia dan India serta penglibatan sektor swasta Malaysia dalam projek infrastruktur utama di India.
Naimun turut berkata kedua-dua pegawai Malaysia dan India sedang dalam perbincangan awal mengenai pembinaan sebuah pusat konvensyen di New Delhi.
Mengenai pelancongan, lebih daripada 700,000 pelancong India melawat Malaysia tahun lepas dan membelanjakan hampir RM1.8 bilion. - Bernama Sumber HD - 19-1-2016
Kementah kenal pasti kawasan berpotensi diserang
BERNAMA | .
GENTING HIGHLANDS: Kementerian Pertahanan (Kementah) akan mengenal pasti lokasi tertentu termasuk di Sabah yang berpotensi dijadikan lokasi serangan pihak tidak bertanggungjawab.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu dibuat susulan insiden letupan bom di Jakarta, Indonesia semalam.
"Ia juga sebagai langkah memperkukuh keselamatan negara dan ketenteraman awam agar insiden sedemikian tidak berlaku di Malaysia.
"Ini kerana, ancaman kita yang terdekat ialah di Sabah di mana kita perlu berwaspada dengan setiap serangan anasir luar dan perlu ditangani secara serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2016 di sini, Jumaat.
Hishammuddin berkata insiden letupan di Jakarta adalah serius dan Malaysia tidak harus mengambil mudah tentangnya kerana kumpulan Daesh tidak pernah melakukan tindakan di rantau ini.
"Kejadian di Jakarta membuktikan kebimbangan kita yang saya sebutkan secara konsisten selama ini. Kita akan perkukuhkan kawalan dengan kerjasama semua agensi keselamatan," katanya.
Hishammuddin berkata, beliau turut menghubungi Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu untuk bertanyakan perkembangan insiden itu.
"Saya akan ke Arab Saudi bersama Pak Ryamizard dalam masa terdekat untuk membincangkan agenda bagaimana negara sana (Arab Saudi) menangani keganasan Daesh dan belajar daripada pengalaman mereka," katanya.
Selain itu, Kementerian Pertahanan juga mengambil inisiatif membendung perkara itu dengan bekerjasama rapat dengan polis, pasukan risik ketenteraan dan Cawangan Khas bagi menjamin keselamatan negara.
Dalam kejadian di pusat bandar Jakarta semalam, tujuh orang disahkan maut dan 13 lagi termasuk lima anggota polis parah. - Bernama Sumber HD - 15-1-2016
Cuaca panas: Ini nasihat Kementerian Kesihatan
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai supaya minum air secukupnya dan minumlah air yang telah dimasak.
Demikian nasihat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah.
MetMalaysia menerusi kenyataan medianya pada 8 Januari 2016 memaklumkan cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah dijangka akan turut dirasai di seluruh Semenanjung pada penghujung Januari hingga Mac 2016. Keadaan yang sama dijangka berlaku di Sabah dan Bahagian Limbang dan Miri di Sarawak.
Keadaan ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016. Fenomena El Nino kuat ini dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan di antara 20% – 60% dan kenaikan suhu sekitar 5°C hingga 2.0°C berbanding biasa. Untuk makluman, pada hari biasa (Normal day) suhu maksimum adalah di antara 28.6°C dan 35°C manakala semasa hari panas (hot day) pula suhu maksimum adalah di antara 35°C dan 37 °C.
Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.
Musim kering berpanjangan pula boleh menyebabkan beberapa masalah seperti krisis bekalan air, cuaca panas, kebakaran hutan dan jerebu. Antara penyakit-penyakit yang berkait dengan masalah ini adalah kejadian penyakit bawaan air dan makanan, penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan penyakit berkaitan jerebu iaitu jangkitan pada saluran atas pernafasan (upper respiratory tract infection – URTI), asma dan konjunktivitis. Kanak-kanak dan warga emas adalah antara mereka yang paling berisiko mendapat penyakit-penyakit ini.
Sehubungan itu, bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai seperti berikut:
Minum air secukupnya dan minumlah air yang telah dimasak.
Hadkan aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.
Pakai pakaian yang ringan dan elakkan pakaian tebal dan ketat.
Sebolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan pendingin hawa sekiranya mampu.
Orang ramai disarankan agar menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes iaitu penyebab denggi seperti bekas plastik, tin kosong, tayar dan pasu bunga.
Orang ramai yang menyimpan air di dalam bekas adalah disarankan supaya memastikan bekas penyimpanan air adalah bersih dan selamat iaitu tidak pernah digunakan untuk menyimpan bahan kimia atau racun.
Semua bekas penyimpanan air ditutup supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, tidak tercemar oleh bakteria dan haiwan perosak. Masukkan abate ke dalam bekas-bekas air yang terbuka. Air yang disimpan perlu ditukar sekiranya ada perubahan bau, warna, rasa dan terdapat pembiakan nyamuk atau lumut di dalam bekas penyimpanan.
Berjimat dalam penggunaan air seperti menggunakan air yang telah digunakan (kitar semula) untuk menyiram pokok, mencuci kereta, mencuci lantai dan longkang.
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. Perokok, pengguna rokok elektronik dan vapers juga dinasihatkan supaya berhenti merokok dan berhenti menggunakan rokok elektronik dan vape.
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya bersiap sedia dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghadapi masalah ini. Nasihat kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi krisis ini boleh diperolehi daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia. - HARAKAHDAILY 11/1/2016 Sumber HD - 11-1-2016
Fatwa larang wanita Islam beku sel telur sebelum nikah
CECILIA JEYANTHI VICTOR | .
KUALA LUMPUR: Mengikut satu fatwa, wanita Islam di negara ini dilarang membekukan sel telur mereka sebelum bernikah.
Pada masa sama, undang-undang syariah hanya membenarkan sel telur wanita disenyawakan dengan sperma suami sendiri, sekali gus melarang sama sekali pembekuan sel telur itu untuk tujuan sosial, kata pakar kesuburan, Dr Natasha Ain Mohd Nor.
"Malah fatwa sudah dikeluarkan yang melarang pembekuan sel telur sebelum berkahwin," katanya kepada Bernama.
"Bagaimanapun selepas berkahwin, mereka boleh membekukan sel telur asalkan proses persenyawaan menggunakan sperma suami sendiri."
Dr Natasha menjelaskan Islam hanya menggalakkan pembekuan sel telur jika wanita berkenaan tidak mampu hamil secara biasa atas masalah perubatan, bukannya atas faktor sosial lain seperti wanita muda yang bujang membekukannya supaya boleh mengandung pada masa depan.
Mengenai pemikiran terkini wanita Islam di negara ini mengenai pembekuan sel telur, Dr Natasha berkata: "Mereka masih belum memikirkannya kerana kos yang begitu tinggi. Kos pembekuan sel telur adalah antara RM15,000 dan RM17,000."
Dr Natasha, yang bertugas di KL Fertility Centre, berkata wanita Islam yang memilih membekukan sel telur mereka biasanya terdiri daripada mereka yang berdepan penyakit serius seperti kanser.
"Wanita Islam yang mahu berbuat demikian biasanya atas sebab perubatan. Tapi jumlahnya masih sangat kecil," katanya.
"Mereka biasanya sedang menjalani rawatan kemoterapi dan dirujuk oleh doktor mereka kepada pakar kesuburan bagi membantu membekukan sel telur mereka sebagai pilihan jika mahukan anak pada masa depan."
Ditanya sama ada terdapat alasan lain untuk membekukan sel telur oleh wanita Islam, Dr Natasha berkata beliau pernah membantu berbuat demikian kepada mereka yang mempunyai suami yang berdepan masalah mengeluarkan jumlah sperma yang mencukupi.
"Apa yang kita lakukan adalah membekukan sel telur isteri dan memberikan tempoh sehari dua kepada suami mengeluarkan sperma untuk disenyawakan."
Pada masa sama, Dr Natasha menasihatkan semua wanita supaya tidak menangguhkan kehamilan kerana pembekuan sel telur bukan jaminan 100 peratus mereka mampu hamil.
"Pembekuan telur hanyalah satu pilihan tapi ia bukan jaminan 100 peratus wanita itu boleh hamil.
"Jika seseorang wanita itu mahu membekukan sel telurnya, beliau digalakkan melakukannya pada usia awal 30-an iaitu ketika masih mempunyai jumlah telur yang mencukupi. Jika pada usia 40-an, ia adalah sukar."
Dr Natasha berkata sel telur wanita boleh hidup antara lima dan 10 tahun selepas ia dibekukan.
"Oleh itu, adalah lebih baik untuk wanita yang mahu melengahkan kehamilan untuk berjumpa pakar sakit puan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengetahui tahap kesuburan sel telur mereka." - BERNAMA Sumber HD - 7-1-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bauksit: Pegawai keluar lesen lombong bertanggungjawab
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Pegawai kerajaan yang mengeluarkan lesen kepada pelombong bauksit di sekitar Kuantan harus bertanggungjawab kerana gagal melindungi kepentingan orang ramai, kata seorang pakar tanah.
Pakar Mineralogi Tanah Universiti Putra Malaysia Prof Dr Shamsuddin Jusop berkata tindakan itu perlu diambil untuk melindungi kesihatan penduduk yang tinggal di kawasan itu.
"Paras aluminium, perak, kadmium, besi, plumbum, kromium dan mangan di Sungai Pengorak, Pahang contohnya telah melebihi had Kelas Tiga daripada Standard Kualiti Air Sungai Kebangsaan.
"Jika keadaan ini berlaku, pasti air sungai itu tidak boleh digunakan untuk membasuh apa lagi untuk diminum," katanya dalam kertas kerja bertajuk 'Kesan Negatif Aktiviti Perlombongan Bauksit di Kuantan' yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Shamsuddin berkata oleh kerana bauksit diangkut lori ke Pelabuhan Kuantan setiap hari untuk dieksport dengan kapal ke destinasi luar negara, udara di sekitar kawasan lombong dan jalan yang dilalui oleh lori telah dicemari oleh debu merah.
"Zarah halus bersaiz < 2.5 um (PM 2.5) akan dihidu dan masuk jauh ke dalam sistem pernafasan manusia yang mungkin boleh menjejaskan fungsi paru-paru manusia.
"Udara di kawasan-kawasan jauh dari kawasan perlombongan tetapi terletak di sepanjang laluan lori pun telah dicemari debu bauksit," katanya.
Jika ini berlaku, katanya penduduk yang tinggal di kampung-kampung di sepanjang jalan menuju ke Pelabuhan Kuantan tidak terlepas daripada pencemaran debu bauksit.
"Zarah halus boleh berterbangan jauh dan meliputi kawasan yang luas, ditiup oleh angin jauh ke dalam wilayah tanah besar Semenanjung Malaysia seperti kabut yang menyelimuti ruang udara negara sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
"Penduduk di sekitar Kuantan dan Lembah Jabor terdedah kepada pencemaran udara tahap bahaya yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan mereka dan akhirnya kehidupan mereka ...ia mungkin menyebabkan kematian," katanya.
Justeru itu, kata Shamsuddin, kerajaan perlu segera mengambil tindakan sewajarnya untuk mencegah kerosakan lebih teruk terhadap kesihatan manusia akibat aktiviti perlombongan bauksit di kawasan itu.
Beliau berkata kandungan elemen tertinggi dalam bauksit di Kuantan ialah aluminium diikuti besi yang boleh memudaratkan kesihatan.
"Kromium dan nikel yang terdapat dalam jumlah yang besar dalam bauksit di Kuantan juga adalah elemen berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan," jelasnya.
Sementara itu, pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye menyambut baik keputusan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Pahang menghentikan aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan di kawasan itu, yang pada pendapatnya perlu dilaksanakan lebih awal.
Semasa penggantungan aktiviti perlombongan itu, Lee menasihatkan pihak berkuasa berkaitan supaya memantau dan mengawal selia semua operasi pembersihan dengan rapi seperti pembersihan stok simpanan bauksit, menubuhkan kawasan penyimpanan bersepadu dan sistem rawatan sisa bauksit.
"Langkah-langkah yang sesuai perlu diambil untuk memastikan bahawa semua syarat-syarat dipatuhi dan dilaksanakan mengikut arahan.
"Selain itu, pihak berkuasa juga harus memastikan bahawa ada laluan berasingan untuk mengangkut bijih bauksit dan tidak menggunakan jalan-jalan yang sering dikunjungi orang ramai atau berhampiran kawasan perumahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pada masa depan, perlombongan bauksit hendaklah dikawal selia dan dipantau ketat untuk melindungi kesihatan orang ramai dan memastikan kelestarian alam sekitar.
"Perniagaan mesti membuat keputusan yang bertanggungjawab yang menghadkan kesan negatif aktiviti mereka terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan orang ramai.
"Jika moratorium selama tiga bulan ke atas perlombongan bauksit tidak mencukupi untuk melaksanakan langkah-langkah yang diumumkan oleh kerajaan, tempoh itu perlu dilanjutkan sehingga operasi pembersihan selesai dan kerajaan berpuas hati bahawa semua isu mengenai alam sekitar, kesihatan dan keselamatan ditangani dengan baik," katanya. - Bernama Sumber HD - 7-1-2016
Jenazah Kapten Hasman tiba di KLIA
BERNAMA | .
SEPANG: Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di tanah air hari ini.
Jenazah yang dibawa pulang menggunakan pesawat China Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira 1.18 tengah hari.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.
Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas dilaporkan hilang pada 26 Dis apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya.
Rabu lepas, Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai pada 11 pagi, 28 Dis waktu tempatan (1 pagi, 29 Dis waktu Malaysia).
Allahyarham meninggalkan isteri Siti Hazwani Ahmad dan tiga anak lelaki berusia tiga tahun dan pasangan kembar berusia kira-kira tiga bulan. - Bernama
JEMPOL: Siti Hazwani Ahmad, isteri Allahyarham Kapten Hasman Hussin, yang hilang apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, Amerika Syarikat, dimaklumkan tentang penemuan mayat suaminya melalui telefon oleh pihak tentera pagi ini.
"Saya terima keadaan ini dan amat berharap jenazah suami segera dibawa pulang. Saya hanya mengetahui berita mengenai suami saya apabila dikunjungi seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pagi semalam," katanya ketika ditemui pemberita di rumah bapanya di Felda Palong 13 dekat sini Rabu.
Siti Hazwani, 29, berkata beliau diminta bersedia untuk dibawa ke Amerika Syarikat bersama bapa mertuanya, namun mungkin tidak dapat berbuat demikian disebabkan dua bayinya masih kecil selain beliau sendiri belum cukup kuat kerana sedang berpantang selepas melahirkan bayi kembar lelaki baru-baru ini.
"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah suami saya untuk dibawa pulang," katanya, yang turut mempunyai anak sulung lelaki berusia tiga tahun.
Siti Hazwani berkata kali terakhir beliau bercakap dengan suaminya melalui telefon adalah pada 25 Dis lepas.
Markas Tentera Darat Wisma Pertahanan hari ini mengesahkan mayat Allahyarham Hasman, pegawai Tentera Darat yang dilaporkan hilang pada Sabtu selepas dipercayai dihanyutkan banjir di Pulaski County, Missouri, Amerika Syarikat, telah dijumpai pada 11 pagi 28 Dis waktu tempatan (1 pagi 29 Dis waktu Malaysia).
Allahyarham Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas, dilaporkan hilang apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya.
Di MELAKA, anggota keluarga Allahyarham Hasman yang dimaklumkan tentang penemuan mayatnya oleh wakil ATM yang datang ke rumah mereka di Masjid Tanah di sini kira-kira pukul 9 pagi ini, reda dengan ketentuan Ilahi.
Adik Allahyarham, Mohd Hairi Hussin, 29, berkata keluarga mereka akan berbincang dengan Siti Hazwani untuk menguruskan mayat Hasman.
Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata menurut pihak tentera, proses membawa pulang mayat abangnya itu akan mengambil masa kira-kira dua hari dan keluarganya menyerahkan kepada pihak ATM untuk proses tersebut.
Katanya pihak ATM ada menawarkan Siti Hazwani dan bapa Allahyarham, Hussin Mat, 60, ke Amerika Syarikat tetapi keluarga mereka terpaksa menolak kerana Siti Hazwani masih menyusukan sepasang anak kembarnya berusia tiga bulan manakala Hussin pula kurang sihat.
Mohd Hairi turut mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak tentera kerana membantu keluarga mereka dalam menghadapi saat-saat sukar ini.
Allahyarham Hasman, anak ketiga daripada enam beradik, mempunyai tiga anak lelaki iaitu anak sulung berusia tiga tahun dan anak kembar berusia tiga bulan. - Bernama Sumber HD - 30-12-2015
Kenapa tidak cerdik boleh jadi menteri?
SHAHBUDIN HUSIN | .
KETIKA berbual dengan kawan-kawan mengenai Ahmad Maslan yang didapati kerapkali mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal, pertanyaan seterusnya yang selalu kedengaran ialah bagaimanakah orang seperti beliau boleh menjadi seorang anggota pentadbiran kerajaan?
Sepanjang beliau menjadi timbalan menteri sejak 2009, beliau merupakan pemimpin Umno yang paling banyak diperbualkan dan menjadi persendaan rakyat berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.
Kalau ikut hukum akal atau sekiranya Najib Razak mengambil kira banyaknya rungutan, bukan saja di kalangan rakyat, bahkan di kalangan ahli Umno sendiri, Ahmad Maslan sudah sepatutnya diketepikan daripada menganggotai kerajaan.
Terbaru dalam menggalakkan rakyat melakukan dua kerja untuk menangani peningkatan kos sara hidup, Ahmad Maslan jelas keliru dan tidak dapat membezakan antara kerja dengan jawatan apabila mengatakan beliau sendiri mempunyai tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan Umno.
Sekali lagi timbul perbualan, bagaimana sebagai timbalan menteri tidak dapat membezakan antara kerja dengan jawatan?
Tidak saja rakyat biasa, malah seorang mufti juga turut tidak dapat menahan diri daripada mempertikaikan kecerdikan dan kemampuan berfikir Ahmad Maslan itu.
Secara umumnya, apabila menjadi pemimpin dalam kerajaan, harapan rakyat ialah mereka mestilah lebih cerdik atau sekurang-kurangnya kelihatan beberapa langkah ke hadapan dari segi pemikirannya berbanding rakyat biasa.
Dengan demikian, barulah kepimpinan mereka boleh diikuti atau dijadikan pedoman. Itulah nilai seorang pemimpin di mata rakyat.
Tetapi berbeza dengan Ahmad Maslan, beliau seringkali saja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, tidak masuk akal, malah tidak menunjukkan berbezanya diri beliau itu sebagai pemimpin.
Dengan beberapa lagi pemimpin mempunyai watak seperti Ahmad Maslan dalam kerajaan seperti pernah menyarankan jangan makan ayam jika mahal, tanam sayur sendiri kerana harganya kian mahal, bertolak lebih awal untuk mengelak tol dan sebagainya, ia secara tidak langsung memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat.
Mengapa di zaman Najib ini begitu banyak pertikaian mengenai kualiti menteri dan timbalan menteri yang dilantiknya, sedangkan ia tidak pernah berbangkit sebelum ini?
Kenapakah orang seperti Ahmad Maslan lebih senang mendapat kedudukan dalam kerajaan berbanding ramai Ahli Parlimen lain yang jauh jauh lebih baik, lebih cerdik dan diyakini?
Mengapa sesetengah Ahli Parlimen yang baik dan cerdik pula, hanya sesudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat barulah dilantik menganggotai kerajaan, berbeza dengan Ahmad Maslan yang mula bertanding di Pontian pada pilihanraya 2008, tetapi terus dilantik sebagai timbalan menteri pada 2009 apabila Najib menjadi Perdana Menteri?
Jawapannya tidak lain ada pada Najib sendiri. Beliau bukannya melantik menteri dan timbalan menteri untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat dan negara, tetapi semata-mata untuk dirinya.
Sebab itu, beliau memilih mereka yang setia, suka mengampu, membodek dan hanya sedia memujinya saja. Faktor kemampuan dan keupayaan memikul tanggungjawab, kecerdikan berfikir atau memberi khdmat kepada rakyat, tidak lagi menjadi faktor paling utama.
Ada menteri yang diketahui umum dilantik semata-mata kerana kuat mengampu dan mengepung sehingga Najib tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada memberinya ganjaran jawatan.
Pemimpin yang baik dan mempunyai keupayaan berfikir dengan cemelang barangkali hanya boleh dibilang dengan jari dalam pentadbiran kerajaan di era Najib ini.
Selain itu, Najib juga barangkali enggan melantik semua yang cerdik dan pandai dalam kerajaan pimpinannya kerana tidak mahu dirinya sendiri tenggelam. Hanya apabila di kelilingi oleh mereka yang tidak berapa cerdik, sering mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal dan menjadi bahan persendaan rakyat saja barulah Najib kelihatan sedikit lebih baik dan menonjol.
Dalam ertikata lain, disebabkan tidak cerdik itulah mereka diberikan jawatan serta kedudukan dan menjadi tidak cerdik di zaman Najib ini nampaknya mendatangkan nasib lebih baik berbanding mereka yang pandai dan berkualiti. - shahbudindotcom.blogspot.my Sumber HD - 29-12-2015 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
Banjir: Kapten Tentera Darat hilang di Amerika Syarikat
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Darat (TD) yang sedang mengikuti kursus di Missouri, Amerika Syarikat, dikhuatiri hilang apabila kenderaan yang dinaiki bersama-sama empat rakan kolejnya dihanyutkan banjir.
Markas TD Wisma Pertahanan dalam kenyataan di sini, hari ini, berkata Kapten Hasman Hussin menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas dan berakhir pada 15 April depan.
Markas TD dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Penolong Penasihat Pertahanan Kedutaan Malaysia di Washington DC, menurut kenyataan itu.
"Pada 28 Dis, jam 11.45 pagi (waktu tempatan) Timbalan Ketua Perwakilan di Malawakil Washington DC, Saiful Annuar, dihubungi wakil Jabatan Negara Amerika Syarikat yang memaklumkan pegawai itu (Hasman) disyaki hilang.
"Beliau bersama-sama empat lagi rakan kolej telah pergi bercuti pada Sabtu, 26 Dis dan kenderaan dinaiki mereka dilaporkan telah dihanyutkan dalam banjir semasa mengharungi laluan/jalan di Pulaski County, Missouri," kata kenyataan Markas TD itu.
Menurut kenyataan itu, empat mayat rakannya telah ditemui, namun Hasman masih hilang.
"Keadaan mangsa masih belum dapat disahkan lagi. Pihak kolej dan Kedutaan Malaysia sedang mengesan Kapten Hasman," kata Markas TD.
Markas TD dan Pejabat Kerjasama Pertahanan (ODC) Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur masih berusaha mendapatkan maklumat terkini mengenai pegawai itu. - Bernama Sumber HD - 29-12-2015
KUALA LUMPUR: "Kalau ada kes, siapakah yang akan dikenakan pertuduhan? Adakah ianya Najib atau individu tertentu dalam SRC International?" tanya penulis Shahbudin Husin.
Beliau melontarkan pertanyaan itu apabila SPRM mengumumkan ia akan mengemukakan hasil siasatan berkaitan SRC International dan derma RM2,600 juta yang disalurkan ke akaun peribadi Najib Razak pada minggu depan.
"Oleh itu, pertanyaan umum ialah apakah siasatan SPRM nanti akan mendapati ada kes terhadap Najib atau sebaliknya?" tulis beliau menerusi blognya hari ini, sebagaimana di bawah.
Apabila SPRM mengumumkan ia akan mengemukakan hasil siasatan berkaitan SRC International dan derma RM2,600 juta yang disalurkan ke akaun peribadi Najib Razak pada minggu depan, tumpuan kini tidak lain ialah mengenai keputusan penyiasatan tersebut.
Apatah lagi SPRM turut memberi jaminan mereka akan menjalankan siasatan secara bebas, telus, profesional dan tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.
Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami mencadangkan pertuduhan dalam laporan kertas siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara, begitu juga jika sebaliknya, kata Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zin.
Oleh itu, pertanyaan umum ialah apakah siasatan SPRM nanti akan mendapati ada kes terhadap Najib atau sebaliknya?
Sekiranya ada kes, apakah pertuduhannya dan kalau sebaliknya pula, bagaimanakah hujah-hujahnya?
Dapatkah rakyat menerima apa juga keputusan hasil siasatan SPRM tersebut, terutama jika tiada kes sedangkan sudah diakui wang RM2,600 juta, termasuk RM42 juta daripada SRC International, mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Najib?
Dalam konteks yang lain, masyarakat umum juga tertanya-tanya, sekiranya SPRM mendapati ada kes, apakah Peguam Negara akan meneruskan tindakan sebagaimana yang sepatutnya atau bakal menerima nasib seperti mana siasatan Bank Negara terhadap 1MDB sebelum ini yang dicadangkan pertuduhan tetapi tidak diteruskan untuk pendakwaan?
Kalau ada kes, siapakah yang akan dikenakan pertuduhan? Adakah ianya Najib atau individu tertentu dalam SRC International?
Sekiranya Peguam Negara memutuskan tiada kes untuk sebarang pertuduhan, apakah hujah-hujah yang akan dibentangkannya nanti untuk mewajarkan keputusan itu?
Dapatkah akhirnya ia diterima dengan baik oleh rakyat atau sebarang keputusan Peguam Negara nanti lebih menghangatkan lagi perbualan rakyat mengenainya?
Berkaitan derma daripada pihak tertentu di Timur Tengah kepada Najib yang sehingga ini masih menjadi misteri, apakah Peguam Negara akan mendedahkan identitinya atau kekal menjadikannya rahsia buat selama-lamanya?
Banyak sekali persoalan sedang bermain dalam pemikiran rakyat menjelang minggu depan sementara menunggu hasil siasatan SPRM dan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Peguam Negara mengenai wang derma melibatkan Najib itu.
Terdapat juga yang merasakan, kalau tidak siasatan SPRM, pastinya keputusan Peguam Negara, sudah boleh diramal dan dijangkakan apa penyudahnya.
Tetapi, apa pun hasil siasatan SPRM dan keputusan Peguam Negara mengenainya, pihak yang terpaksa menanggung bebannya selepas itu ialah Najib sendiri.
Apa juga keputusannya akan menyebabkan orang ramai terus berbicara dan memperkatakan isu derma RM2,600 juta melibatkan Najib itu berdasarkan pemikiran masing-masing serta logik yang ada di depan mata.
Akhirnya, selagi beliau kekal sebagai Perdana Menteri, tugas berat tetap menanti Umno dan BN dalam perhitungan undi rakyat yang semakin matang, terbuka dan melihat maklumat daripada pelbagai sumber yang berbeza. - http://shahbudindotcom.blogspot.my/ Sumber HD - 28-12-2015
5 penerbitan dilarang kerana kelirukan umat Islam
BERNAMA | .
PUTRAJAYA: Lima penerbitan dikenakan perintah larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan merosakkan akidah.
Penerbitan berkenaan ialah The Teachings of the Quran; Baha'ullah and The New Era and Introduction to The Baha'i Faith; Detik-Detik Pembongkaran Agama: Mempopulerkan Agama Kebajikan Menggagas Pluralisme-Pembebasan; Jalan Yang Lurus: Kita Harus Meneroka Jalan Ini; dan Tabut: Penjelasan Tentang Segala Sesuatu.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata, perintah larangan itu adalah mengikut Warta Kerajaan P.U.(A) 270-274 bertarikh 26 Nov.
Hashimah berkata, The Teachings of the Quran menggemparkan fikiran orang ramai kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan mengandungi tafsiran yang menyeleweng.
Empat penerbitan lain itu memudaratkan ketenteraman awam dan mungkin menggemparkan fikiran orang ramai kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam dan merosakkan akidah, katanya.
Beliau berkata, seseorang yang sabit kesalahan mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual.
Mengedar atau memiliki apa-apa jua maksud seperti itu sebarang hasil penerbitan larangan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. - Bernama Sumber HD - 28-12-2015
KDN: 60% kes bunuh diri di M'sia libatkan lelaki Posted on Wednesday, December 23 @ 00:44:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
65 peratus daripada jumlah kes kejadian bunuh diri atau cubaan bunuh diri di kalangan penduduk tempatan atau warganegara asing di negara ini melibatkan golongan lelaki, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Anak Kujat berkata sehingga Oktober lalu, sebanyak 130 kes direkodkan di mana 84 kes membabitkan lelaki dan 46 adalah wanita.
"Ia merangkumi 34 orang dari bangsa Melayu, 42 kaum India, 47 dari kaum Cina dan selebihnya (tujuh) terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik," katanya.
Beliau menjawab soalan Senator S Bagiam Ayem Perumal yang ingin tahu sama ada kementerian mempunyai pangkalan data cubaan bunuh diri mengikut kaum, jantina dan umur serta apakah tindakan susulan dalam membantu mereka ini agar tidak mengulangi perbuatan cuba bunuh diri seterusnya kembali ke jalan yang benar.
Masir berkata sebanyak 178 kes kejadian bunuh diri atau cubaan untuk membunuh diri dicatatkan pada 2013 manakala 191 kes pada 2014.
Jelasnya, kejadian bunuh diri yang berlaku di negara ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah kewangan, tekanan jiwa, kecewa dalam percintaan dan masalah keluarga.
Bagi mengatasi kes bunuh diri, Masir berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sesi perjumpaan, ceramah dan dialog telah memberikan langkah-langkah kesedaran seperti bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi bagi individu yang memerlukannya.
"PDRM juga telah meminta ahli keluarga yang rapat untuk sentiasa memperhatikan tingkah laku ahli keluarga mereka bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
"Pihak keluarga dinasihatkan jika terdapat perubahan atas tingkah laku seperti diam diri dan gelisah untuk segera mendapatkan khidmat kaunseling dan psikoterapi yang bertauliah di hospital ataupun di sekolah," katanya.
Jelasnya, dalam sesi perjumpaan sedemikian, pihak kaunselor akan memberikan nasihat bagi membantu individu tersebut dalam menyelesaikan masalah dan memberikan ruang untuk meluahkankan isi hati mereka.
Dalam pada itu, beliau menekankan ibu bapa memberi pendidikan agama dan moral kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana pengajaran agama dipandang sebagai usul penting bagi menanam ciri-ciri kemanusiaan yang mulia.
"Pendidikan agama dan moral yang diterap oleh ibu bapa akan menjadi benteng utama menghalang seseorang dalam mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan mampu mengawal hawa nafsu mereka di samping dapat mengatasi masalah jiwa yang kosong," tambahnya.
- Bernama Sumber TKO - 22-12-2015
Majlis Fatwa putuskan vape haram Posted on Tuesday, December 22 @ 07:10:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SEPANG: Muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan rokok elektronik, termasuk vape adalah haram.
Perkara itu diumumkan Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dalam satu sidang media khas di Hotel Sama-Sama, di sini, sebentar tadi.
Ketetapan itu dibuat selepas jawatankuasa bersidang hari ini, bagi mendengar penjelasan pakar daripada pelbagai pihak, termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) serta meneliti maklumat dan bukti perubatan dari dalam dan luar negara mengenai kesan penggunaanya kepada kesihatan.
"Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa rokok elektronik, termasuk vape adalah haram," katanya sambil menegaskan bahawa dari sudut Qisas penggunaan rokok elektronik dan vape adalah sama dengan perbuatan minuman bahan beracun dan menghisap rokok konvensional.
Selain itu, rokok elektronik dan vape juga diharamkan berdasarkan Qaedah Saad Al-Zaraia iaitu menutup keburukan yang lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada masa hadapan.
Sehubungan itu, beliau berkata, umat Islam adalah dilarang menghisap vape atau menyediakan perkhidmatan menghisap vape atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya.
"Vape juga memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara yang jijik seperti memudaratkan dan bau busuk," katanya.
Beliau juga mahu semua negeri mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, selain menghargai usaha beberapa negeri yang sudah bertindak awal memfatwakan haram dan melarang penjualannya.
Isu penjualan dan penggunaan vape menjadi bualan hangat sejak beberapa bulan lalu dengan beberapa pihak mempertahankan tindakan menjualnya dengan mendakwa produk itu kononnya lebih selamat berbanding rokok.
Sementara itu, KKM yang menyatakan ia tidak selamat sejak awal lagi, bercadang menggubal undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan rokok elektronik, termasuk vape selepas Kabinet bersetuju untuk tidak mengharamkan penggunaanya.
Setakat ini, dua negeri, Kedah dan Pulau Pinang sudah mengeluarkan fatwa pengharaman vape iaitu pada November dan awal bulan ini. Ini kemudian diikuti kerajaan Johor yang mengharamkan terus sebarang aktiviti penjualan vape secara rasmi mulai 1 Januari 2016. Langkah sama juga dibuat kerajaan Kelantan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula menetapkan bahawa penjualan rokok elektronik, termasuk vape dan barangan berkaitannya sebagai tidak sah dan haram berikutan ketiadaan lesen dikeluarkan bagi tujuan itu. Keputusan ini juga selari dengan ketetapan dibuat jawatankuasa itu sebelum ini terhadap rokok, yang diputuskan haram pada 23 Mac 1995 serta shisha pada 17 Julai 2013.
Setakat ini juga, penggunaan rokok elektronik sudah diharamkan di Singapura; Brunei; Hong Kong; Emeriah Arab Bersatu (UAE); Arab Saudi; Britain; Argentina; Brazil; Kemboja; Mexico; Panama; Qatar dan Turki.
Gaji Kakitangan Awam Tinggal RM19 Selepas Kena Potong??
Posted on Saturday, December 19 @ 20:10:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Semua orang jelas bahawa gaji yang boleh potong tidak boleh lebih daripada 70% gaji pokok. Tapi yang berlaku kepada kakitangan awam ini sangat tidak menepati apa yang telah menjadi undang2 pekerja awam.
Beberapa hari kebelakangan ini, ramai yang berkongsikan kekesalan mereka terhadap tindakan Perbadanan Tabung pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memotong gaji mereka tanpa dimaklumkan lebih awal.
Difahamkan, PTPTN telah melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan peminjamnya sejak awal Disember ini.
Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh PTPTN pula viral di media sosial, mencetuskan lagi panik di kalangan peminjam PTPTN yang belum melangsaikan hutang mereka.
"Ingat tak masa bulan 8 hari itu, saya ada kongsi tentang PTPTN ini. Pada masa itu, saya pergi untuk membayar tunggakan. Saya ada beritahu yang Pegawai PTPTN memaklumkan saya mengenai operasi besar-besaran bagi mengesan peminjam pada hujung tahun ini," kata Batrisyia Fauzan yang memuat naik gambar slip gaji tersebut di laman Facebooknya.
"Katanya, para peminjam diberi masa sehingga bulan Oktober untuk datang berunding dengan pihak PTPTN. Jika tidak berbuat demikian, pihak PTPTN akan membuat pemotongan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri.
"Rupa-rupanya memang mereka serius untuk berbuat demikian. Tadi dalam WhatsApp group pun kami kecoh berbincang mengenai perkara ini.
"Sudahlah sekolah akan dibuka tidak lama lagi, kasihannya kalau dipotong sampai seperti ini, baki gaji tinggal RM19 saja.
Justeru, Batrisyia menasihatkan mana-mana peminjam PTPTN yang belum membuat pembayaran, segera hadir ke mana-mana pejabat PTPTN berdekatan untuk menjelaskan bayaran.
Sumber TKO - 19-12-2015
Henti sebar berita tumbuhan beracun - USM
BERNAMA | .
GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini meminta pihak yang menyebarkan berita berhubung dakwaan terdapat tumbuhan beracun yang menyebabkan kematian agar membuat aduan rasmi berserta bukti.
Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam USM, Mohamad Abdullah berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan berhubung kajian sejenis tumbuhan yang didakwa telah mengakibatkan kematian yang menjadi viral di laman sosial.
"Membuat viral tanpa bukti yang sahih seperti ini hanya akan menimbulkan masalah. USM sedia membuat siasatan rapi dengan kepakaran yang ada di Pusat Pengajian Sains Kajihayat mahupun bidang-bidang lain yang berkaitan," katanya dalam kenyataan Sabtu.
"USM juga memohon agar penyebaran maklumat ini dihentikan segera sehingga kita mempunyai bukti sahih untuk menjelaskan tentang dakwaan itu," katanya.
Isu kematian yang dikaitkan dengan USM itu menjadi viral di laman sosial Facebook hari ini.
Seorang penuntutnya dikatakan meninggal dunia akibat leukemia yang didakwa disebabkan oleh sejenis tumbuhan beracun yang sedang diselidiki penuntut itu. - Bernama Sumber HD - 19-12-2015
KDN sedia bantu Jakim siasat lelaki mengaku Imam Mahdi
BERNAMA | .
MIRI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat seorang warga Indonesia, Muhammad Zubir Amir Abdullah yang mengaku sebagai Imam Mahdi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu dari segi tindakan penguatkuasaan serta perundangan terhadap lelaki berkenaan.
"Saya harap orang itu menghentikan aktiviti tersebut dan tindakan akan dilakukan oleh Jakim tetapi KDN akan bantu mereka dalam penguatkuasaan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Imigresen 2015 di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata soal akidah tidak boleh ditolak ansur kerana ia adalah sesuatu yang harus dipegang oleh umat Islam.
"Apabila seseorang itu mengaku sebagai Imam Mahdi atau seumpamanya, mereka cuba untuk menyeleweng dan memesong akidah umat Islam, saya bimbang sekiranya tindakan lelaki itu tidak dibendung lebih awal, ia akan menimbulkan masalah pada masa depan," katanya.
5
Khamis lepas, lelaki berkenaan hadir ke Malaysia untuk berdakwah kepada masyarakat di negara ini.
Muhammad Zubir mendakwa dirinya telah pun dibai'ah atau sumpah setia dan taat dan diperakui oleh 11 pengikutnya sebagai Imam Mahdi dalam satu upacara di Makkah pada 18 Julai lalu. - Bernama Sumber HD - 19-12-2015
Putrajaya Tidak Akan Turunkan Harga Barang Kerana Tiada Kuasa Posted on Wednesday, December 16 @ 12:10:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata, harga barangan bergantung kepada kuasa pasaran dan bukan dikawal kerajaan. Di tengah-tengah aduan rakyat mengenai kos sara hidup yang meningkat, Putrajaya hari ini berkata ia tidak dapat menurunkan harga barangan atau perkhidmatan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin hari ini berkata, harga barangan bergantung kepada kuasa pasaran dan Putrajaya menangani isu ini dengan menambah pendapatan rakyat, bukan dengan mengurangkan harga.
"Oleh itu, inisiatif kerajaan bukan dengan menurunkan harga tetapi membantu rakyat daripada aspek pendapatan. Ada beza antara ini dan kos sara hidup.
"Kita harus faham, kos barangan yang rakyat minta kurangkan tidak dikawal kerajaan. Penawaran dan permintaan terpulang kepada peniaga," kata Hamzah ketika ditemui pemberita pada perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, beliau menambah harga barangan harus munasabah dan beliau memahami kekecewaan orang ramai.
Katanya, perlu ada keseimbangan antara memperkenalkan cara hidup yang lebih baik dan peningkatan kos.
"Ia tidak dapat dielakkan jika negara mahu mencapai status negara maju dengan mempunyai infrastruktur yang sangat baik."
Pada Rabu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kos sara hidup yang tinggi menyeksa kehidupan rakyat dan menggesa Putrajaya tidak memperkenalkan sebarang kenaikan harga lagi.
Sumber TKO - 16-12-2015
---------------------------------------------------------------------------- Agong hilang kuasa terhadap tentera jika RUU MKN lulus, kata aktivis Posted on Wednesday, December 16 @ 11:10:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Yang di-Pertuan Agong akan hilang kuasa terhadap angkatan tentera jika Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan, kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, menambah rang undang-undang itu melanggar 3 artikel dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, rang undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ada banyak peruntukan di dalamnya yang bertentangan dengan Perlembagaan.
"Kita temui isu baharu yang berkaitan ketenteraan - perundangan itu mengabaikan rantaian arahan secara keseluruhan berkaitan dengan tentera.
"Mengikut Artikel 41, anda akan lihat Yang di-Pertuan Agong memberi arahan kepada tentera.
"Kuasa itu kini diabaikan oleh RUU itu," kata Ambiga yang juga jurucakap kempen #TakNakDiktator menentang RUU itu.
Beliau bercakap demikian pada sidang akhbar selepas taklimat kepada senator Dewan Negara di Parlimen, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong ialah komander kehormat dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Di bawah RUU MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat, perdana menteri yang mengetuai majlis boleh mengisytiharkan sesuatu kawasan keselamatan dan membenarkan tangkapan, pencarian dan penggeledahan dibuat di kawasan berkenaan tanpa waran.
Sumber TKO - 16-12-2015
Taufan Nona: Tiada rakyat Malaysia terlibat
BERNAMA | .
PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada warganegara Malaysia terlibat dalam Taufan Nona yang melanda wilayah Samar dan Bicol di Filipina baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang berada di Filipina supaya berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Manila.
"Kementerian akan terus memantau situasi di Filipina dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa," menurutnya.
Taufan Nona yang juga dikenali sebagai Taufan Melor melanda Filipina pada Isnin dengan tiupan angin berkelajuan sehingga 150 ksj berserta hujan lebat yang telah mengakibatkan banjir, tanah runtuh dan ribut petir yang menyebabkan ratusan ribu penduduk terpaksa dipindahkan.
Untuk maklumat lanjut, Kedutaan Besar Malaysia di Manila boleh dihubungi di talian +632 662 8200/ +632 662 8296/ +639 178 640 761 atau faks +632 662 8202 atau e-mel:
mwmanila@kln.gov.myThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Bernama Sumber HD - 17-12-2015
Saya dihina, dicerca kerana tolong Melayu
Posted on Tuesday, December 15 @ 22:41:20 MYT by Reformis
Oleh Ismail Sabri Yaakob
Apabila saya melancarkan Mara Digital yang khusus untuk usahawan Melayu/Bumiputera, sambutan dari orang Melayu/Bumiputera amat menggalakkan.
Sekurang-kurangnya usahawan Bumiputera yang selama tidak mendapat di IT Mall lain dapat diberi peluang.
Bagaimanapun, ‘pihak lain’ menentangnya sejak dari awal Low Yatt 2 diumumkan, lebih-lebih lagi bila Mara Digital diperkenalkan. Ada yang beri tiga bulan sahaja untuk Mara Digital ini survive.
Saya menjangkakan rintangan-rintangan. Tapi paling menyedihkan bila ada di kalangan orang Melayu yang menghentam saya mengenai Mara Digital ini.
Saya dipersalahkan apabila beri pengecualian sewa enam bulan kepada penyewa. Tujuan saya untuk kurangkan bebanan kepada penyewa sebab biasanya tempat baru perlukan masa untuk dikenali dan maju.
Orang ini bimbang jika free rental peniaga akan turunkan harga dan tentu akan beri saingan kepada peniaga-peniaga di mall lain. Lagi pun kononnya harga handphone dah fix jadi tak mungkin turun harga..ini pun kenyataan beliau yg bercanggah. Dia lupa bahawa bukan handphone semata-mata dijual di sana tetapi juga accessories produk IT yang boleh turun harga.
Bagi saya terserah kepada kebijaksanaan peniaga. Yang saya hairan sepatutnya kita suka harga turun. Sepatutnya kita suka ‘free rental’ untuk bantu orang Melayu tapi saya dihina dan dicerca kerana nak tolong Melayu.
Saya sangat mengharapkan sokongan orang Melayu/Bumiputera untuk kejayaan Mara Digital ini. Perancangan saya untuk buka di seluruh negara bagi lahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT.
Saya tak kisah kalau tak mahu sokong tapi jangan cuba gagalkan. Walaupun apa pun halangan dan rintangan ia tidak akan melemahkan semangat saya tapi akan saya jadikan ini sebagai cabaran untuk perkuatkan lagi semangat saya bagi meneruskan usaha saya untuk membela usahawan Melayu/Bumiputera ini.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
"Wahai Najib Razak" : Luahan Terbuka Seorang Rakyat Malaysia kepada Perdana Menteri Jadi Viral
Posted on Wednesday, December 16 @ 07:15:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Satu luahan terbuka seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Ruzaimi Hussain menjadi viral di media sosial Facebook setelah dia berkongsi luahan tersebut di Facebook miliknya.
Menurut Ruzaimi, apa yang ditulis olehnya adalah dari pengalamannya sendiri yang beliau sifatkan mungkin tidak pernah dirasai oleh pemimpin-pemimpin atasan negara.
"Saya bukanlah wakil rakyat mahupun berpendidikan amat tinggi cuma apa yang saya taipkan hanyala pengalaman hidup sendiri yang mungkin x pernah dirasai oleh pemimpin atasan kita", tulis beliau di Facebooknya di dalam posting berasingan.
Luahan hati pengguna Facebook itu telah dikongsi 1,743 kali. Luahan terbuka oleh Mohd Ruzaimi Hussain
Wahai Najib Razak.. kau x pernah rasa mcm mane tengok beg duit ade cuma rm5 .. ko x pernah rasa pergi ATM tgk dlm akaun ade rm20 dan hanya dapat kluarkan rm10. Ko x pernah rasa hanya makan ikan bilis masak kicap dan telur mata lembu selama sminggu.. kau x pernah rasa nak tuang minyak tgk dlm poket cme ade rm5 tp hanya tuang rm3. Kau x pernah rasa makan nasi kat tepi jalan masa tgh rehat kerje sambil kenderaan lalu lalang dan bnyak debu jalanan.. kau x pernah rasa bila xde duit nak beli baju baru hanya dapat beli baju bundle 3helai rm10. Kau x pernah rasa bila ada modal skit mniaga tepi jalan lalu diberi saman oleh majlis daerah atau perbandaran.. kau x pernah rasa bila malam terpaksa tutup smua suis lampu dan kipas hanya untuk jimat elektrik.. lau x pernah rasa satu hari hanya bole guna 2 baldi air tuk kegunaan satu hari demi menjimatkan bil air.. kau x pernah rasa bila tengok orang yang mampu pakai mahal2 tapi teringat dalam beg duit ade rm30.. kau x pernah rasa walaupun demam tp x beli panadol kat 7eleven sbb duit x cukup.. kau x pernah rasa walaupun hujan terpaksa start motor pergi kerje walaupun baju hujan xde demi x dipotong gaji bulanan.. kau x pernah rasa bila dapat gaji rm900 senyuman tinggi menggunung pada hari pertama tapi bila hari ke2 dah bermasam muka sbb banyak benda nak dibayar.. kau x pernah rasa bila tapak kasut tercabut kau akan pergi kedai rm2 tuk beli gam dan tampal balik kasut tu yang mana hnya bole tahan slama 3 hari.. kau x pernah rasa bila ibu bapak kita nak kan sesuatu terpaksa kita sebagai anak simpan dlm hati saja dan mengambil masa yang agak lama tuk tunaikan impian ibu bapa kita tu.. kau x pernah rasa ini semua... sebab bila kau bangun dari tido semuanya dah tersedia.. -inilah apa yang aku rasa sebagai rakyat malaysia pada hari ini.
KUALA LUMPUR: Lebih banyak kawasan Zon Larangan Merokok kini sedang diteliti Kementerian Kesihatan sebelum diwartakan kelak, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya sedang berbincang dengan agensi serta badan-badan bukan kerajaan mengenai perkara tersebut.
"Perancangan bagi menambah dan meluaskan zon ini sejajar dengan Artikel 8, perjanjian WHO Framework Convention for Tobacco Control (FCTC) iaitu untuk melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok.
"Perancangan ini telah dimasukkan ke dalam Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau yang telah menyasarkan Malaysia sebagai sebuah negara dengan generasi yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045," katanya.
Dr Hilmi menjawab soalan Senator Datuk Khairudin Samad tentang usaha kementerian dalam memastikan peluasan zon larangan merokok di seluruh negara tercapai tanpa mengundang tanggapan buruk masyarakat.
Beliau berkata kementerian juga menggalakkan tempat-tempat awam menyertai program bebas asap rokok di bawah Blue Ribbon Campaign serta Program Bandar Bebas Asap Rokok. - BERNAMA
Cadangan menaikan had umur minimum untuk pengambilan alkohol dari 18 kepada 21 tahun dan tambahan label amaran kesan penggunaan produk beralkohol seperti yang diumumkan Kerajaan baru-baru ini adalah suatu keperluan yang mesti dilaksanakan secara segera, tegas dan bersepadu bagi memastikan generasi muda khususnya dalam kalangan yang beragama Islam tidak lagi mengambil atau menggunakannya pada masa hadapan.
Bahkan, lebih daripada itu usaha untuk menjadikan negara ini sifar penggunaan dan pengambilan alkohol adalah amat wajar sekali memandangkan majoriti rakyat di negara ini beragama Islam dan bahaya atau keburukan arak ini telah pun diketahui oleh semua.
Menjelaskan keburukan arak ini, Allah swt berfirman:
إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيْطَٰنُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ ٱلْعَدَٰوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ فِى ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ
“Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Surah al-Maidah: 91)
Sangat membimbangkan apabila Malaysia dengan majoriti penduduknya beragama Islam, mengeksport minuman beralkohol berjumlah lebih RM1 billion ke serata dunia terutama di Asia.
Di negara ini pula, minuman beralkohol boleh didapati dengan mudah di serata negara dengan anggaran penggunanya berjumlah 3.5 juta orang.
Sekalipun negara ini adalah antara yang mengenakan cukai tertinggi terhadap produk beralkohol, namun dari segi pengunaannya tidak menampakkan sebarang penurunan, malah boleh dikatakan kekal tinggi setiap tahun.
Berdasarkan laporan kewangan terbaru Carlsberg Brewery Malaysia Berhad, kadar kenaikan keuntungan yang dicatatkan ialah sebanyak 11%; memberikan signal jelas tentang tahap pengambilan alkohol di negara ini.
DPPM berpendirian bahawa adalah suatu keperluan untuk memperkemaskan lagi undang-undang serta penguatkuasaan terhadap gejala ini dengan mengambil Negeri Kelantan sebagai contoh terbaik bagi memastikan ia benar-benar berkesan.
Pada aspek kaedah penjualan dan penggunaan minuman berlkohol, beberapa mekanisme harus dipertingkatkan seperti:
(i) Penjualan harus dihadkan kepada premis-premis tertentu sahaja dalam keadaan terkawal dan tertutup, tidak seperti kedai serbenaka yang mana boleh diakses oleh semua golongan yang memungkinkan perlanggaran penguatkuasaan serta undang-undang berlaku.
(ii) Penguatkusaan had umur dan agama harus diperketatkan seperti dengan menunjukkan kad pengenalan ketika melakukan jual beli.
(iii) Tidak dibolehkan mengadakan upacara atau majlis yang melibatkan minuman beralkohol ditempat terbuka atau meminumnya ditempat awam.
(iv) Perlu diberikan kuasa yang sepatutnya kepada agensi penguatkuasaan terutamanya Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri atau Persekutuan untuk melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan.
(v) Memperkasakan mahkamah serta undang-undang Syariah agar dapat dilaksanakan penguatkuasaan dan penghakiman serta hukuman supaya menjadi lebih berkesan, tersusun dan menepati kehendak Syariah.
(vi) Tiada kekangan atau halangan terhadap mana-mana agensi penguatkuasaan serta anggota penguatkuasa itu sendiri dalam melakukan penguatkuasaan.
(vii) Perlu diperkemaskan lagi undang-undang terhadap penggunaan dan penjualan minuman beralkohol samada di peringkat Mahkamah Sivil mahupun Mahkamah Syariah supaya tidak berlaku pertindihan kuasa mahupun kekeliruan bidang kuasa diantara satu sama lain.
(viii) Perlu diadakan satu bentuk ‘Standard Operating Procedure’ dalam kaedah pengeluaran lesen, kaedah penjualan runcit serta penggunaannya kepada peniaga, peruncit dan orang awam.
DPPM berharap suatu jalan penyelesaian yang khusus dalam mengawal dan menguatkuasakan undang-undang dan penggunaan minuman beralkohol dapat disediakan dan dilaksanakan supaya ia tidak terus merosakkan rakyat di negara ini terutamanya generasi muda kerana generasi muda adalah masa depan negara.
Sekian.
“Beristiqamah Hingga Kemenangan”
USTAZ MOHD HAFEZ SABRI
Pengerusi Lajnah Dakwah DPPM.
Jumaat, 11 Disember 2015 | 29 Safar 1437H - HARAKAHDAILY 11/12/2015 Sumber HD 11-12-2015
Makin ramai anggota polis pilih bersara awal
BERNAMA | .
DUNGUN: Bilangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan lebih awal meningkat apabila hampir 2,000 anggota yang berumur dalam lingkungan 50 hingga 55 tahun memilih untuk bersara awal setiap tahun.
Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM, DCP Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata bilangan tersebut meningkat sejak dua tahun lalu berbanding hanya 500 hingga 800 anggota yang memilih untuk bersara lebih awal sebelum ini.
"Kita lihat ini sebagai fenomena baharu dalam polis apabila bilangan anggota yang terdiri daripada pelbagai pangkat memilih untuk bersara lebih awal.
"Malah kita akui ia agak merunsingkan kerana kita kehilangan ramai anggota yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 hingga 30 tahun dalam bidang kepolisan," katanya selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Konstabel Sokongan Siri 1/2015 di Pusat Latihan Polis Dungun di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pusat Pengajian Sains, Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab PDRM, SAC Datuk Aziz Ahmad dan Komandan Pulapol Dungun, Supt Mohd Zaini Mat Yusof.
Menurutnya antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan bilangan anggota yang bersara lebih awal ialah faktor tugas polis yang penuh dengan tekanan, selain terdapat anggota yang juga melanjutkan pelajaran kemudiannya mendapat tawaran kerja lain.
Shah Gzali berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh salah sebuah universiti awam, tugas seorang anggota polis diakui paling mempunyai tekanan yang tinggi berbanding pekerjaan lain.
"Berdasarkan bancian dijalankan, tekanan berpunca daripada bekerja siang malam mengekang kejadian jenayah, membuat operasi sana sini.
"Apabila berlaku trend bersara lebih awal ini, kita kena latih anggota baharu dan pastinya akan memakan masa bagi mengetahui selok-belok dalam bidang tugas mereka," katanya.
Pada majlis tersebut, pelatih Mohd Zaidi Sudin, dari Sibu, Sarawak dinobatkan sebagai pelatih terbaik keseluruhan daripada keseluruhan pelatih seramai 101 orang. - BERNAMA Sumber HD - 10-12-2015
SALMIYAH HARUN | . PAS mengajak seluruh rakyat sama ada secara individu atau organisasi untuk membantah penubuhan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, penubuhan MKN dilihat bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan apabila ia disifatkan suatu bentuk tindakan untuk mengatasi kuasa yang dipunyai oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).
Jelasnya, yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, kuasa diberikan kepada Perdana Menteri (PM) melalui MKN untuk mengisytiharkan kawasan keselamatan adalah serupa dengan kuasa Agong untuk mengisytiharkan kawasan darurat.
"Perkara ini boleh difahami berdasarkan Seksyen 18-36 berkaitan kawasan keselamatan yang jelas sekali berbentuk pentadbiran darurat seperti yang dinyatakan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, MKN juga bakal mempunyai kuasa untuk mengawal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedangkan Agong adalah merupakan pemerintah tertinggi ATM, tetapi peranan Agong terhadap MKN atau kuasa Baginda ke atas Majlis tersebut langsung tidak dinyatakan.
"Saya juga khuatir dengan kuasa yang terlalu besar diberikan kepada badan eksekutif khususnya kepada PM, ia bakal mencetuskan lebih banyak salah guna kuasa dan mengurangkan kuasa atau peranan badan kehakiman.
"Justeru semakin menghakis konsep pengasingan kuasa di negara ini menyebabkan pentadbiran negara akan menjadi semakin tidak berkesan," katanya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Akta Majlis Keselamatan Negara yang diluluskan oleh Dewan Rakyat adalah bagi menjaga kepentingan dan keselamatan rakyat di negara ini.
Menurutnya, kuasa eksekutif yang diberikan kepada MKN adalah suatu yang tidak boleh disalahguna.
Ramai pihak telah mengkritik MKN selepas diberi 15 kuasa khas dalam operasi keselamatan negara yang akan ditubuhkan untuk mengawal dan menyelaras entiti kerajaan dalam operasi keselamatan. – HARAKAHDAILY 9/12/2015 Sumber HD - 9-12-2015
Bukan isu disiplin, Naziah dedah p'bualan WhatsApp Posted on Tuesday, December 08 @ 20:17:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Bekas jururawat, Naziah Sauni Samat menafikan pemecatannya dari Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd berpunca daripada masalah disiplin seperti mana dakwaan pihak hospital.
Beliau sebaliknya mendakwa pihak hospital cuba memutar belit fakta dan situasi sebenar.
Naziah bertegas bahawa pemecatannya adalah kerana keengganannya memakai uniform berlengan pendek serta berstoking tangan bagi menutup auratnya.
Bertempat di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Naziah bersama Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi sekali lagi tampil menjelaskan isu sebenar sekali gus menafikan setiap dakwaan bekas majikannya.
Pada pertemuan itu, Naziah turut mendedahkan beberapa rakaman perbualan dan mesej di aplikasi WhatsApp antara beliau dan pihak pengurusan hospital, dipercayai berkaitan tindakannya memakai uniform lengan panjang dan tudung.
“Jika pemecatan saya kerana masalah disiplin, sehingga hari ini (semalam), saya tidak menerima apa-apa notis bertulis atau surat tunjuk sebab mahupun dipanggil pihak pengurusan hospital menyatakan masalah disiplin seperti yang didakwa.
“Malah dakwaan pihak hospital mengatakan saya dipecat kerana gagal hadir bertugas selama dua hari berturut-turut tanpa kebenaran, juga tidak benar,” katanya dalam temubual khas bersama Sinar Harian, semalam.
Menurut Naziah, beliau sebaliknya digantung tugas bermula 24 hingga 29 November lalu sehingga beliau bersetuju untuk mematuhi kod pemakaian.
“Mengapa isu ini timbul selepas dua bulan saya bertugas di hospital? Sedangkan pada awalnya pengurusan tertinggi membenarkan saya memakai uniform berlengan panjang. Dalam kontrak tawaran bekerja, juga tidak dinyatakan mengenai kod pemakaian.
“Selepas saya menyerahkan notis menyatakan akan mematuhi kod pemakaian ditetapkan (memakai uniform berlengan pendek), hospital tanpa prejudis kepada hak saya untuk memakai stoking tangan, saya digantung dan tidak dibenarkan bertugas,” katanya.
Naziah akui, penggantungannya juga tanpa disusuli sebarang surat rasmi, sebaliknya arahan tersebut hanya melalui perbualan telefon dan mesej pada aplikasi WhatsApp antara beliau dan pengurus pentadbiran hospital berkenaan.
Naziah bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November lalu, namun dengan memakai pakaian uniform berlengan pendek dan berstoking tangan untuk menutup aurat.
“Tetapi, jadual tugas saya tetap ditulis sebagai ‘digantung kerja’ oleh pihak hospital tanpa penjelasan kukuh sehingga saya diberhentikan,” katanya.
Susulan tindakan yang dikenakan ke atasnya, Naziah akan memfailkan aduan ke Jabatan Tenaga Kerja hari ini bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya sebelum merujuk kepada peguam untuk tindakan lanjut.
Mengulas mengenai saman yang bakal dikenakan ke atas beliau dan PPIM, Naziah bersedia bertemu di mahkamah.
Dalam pada itu, Muhammad Yusuf berkata, pihaknya juga bersedia menghadapi saman itu.
“Buat masa ini, kami belum menerima surat saman berkenaan. Jika ada, barulah kes ini akan dirujuk kepada peguam kami untuk tindakan lanjut. Kita ada bukti, tunggu hendak naik mahkamah saja,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan pihak hospital yang mengatakan diugut PPIM akan menjadikan kes itu sebagai isu perkauman serta PPIM menceroboh kawasan hospital, Muhammad Yusuf menafikannya.
“Kami datang secara baik untuk membuat temu janji, bertemu dan berbincang. Kami tidak menceroboh.
“Saya percaya banyak lagi kes seperti ini berlaku di mana-mana organisasi, namun mungkin pekerja takut ke depan kerana khuatir dibuang kerja,” katanya.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, pihak hospital akan mengambil tindakan saman terhadap Naziah dan pihak PPIM. - SH
Bukti Invois Kek Hari Jadi Bernilai RM 79, 000 di Sebuah Hotel Posted on Sunday, December 06 @ 23:06:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Tahukah anda perbelanjaan hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 di Seri Perdana berjumlah RM79,053.
Rafizi Ramli pada sidang medianya di Parlimen memberitahu, majlis tersebut menyajikan 47 juadah istimewa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.
“Berdasarkan ‘Banquet of Order’ (BEO), majlis tersebut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun jelas ia adalah majlis peribadi Najib,” kata Rafizi.
Purata perbelanjaan untuk 100 tetamu itu ialah RM207, RM7,000 bagi undangan kugiran Syed Sobri dan undangan kugiran ‘Batak’ (RM5,000) serta RM750 bagi 5 gelen minuman.
Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79, 053.
Rafizi turut mendedahkan bukti baru yang belum disangkal Najib berhubung tempahan majlis pertunangan anaknya di Hotel Shangri-La atas nama pejabat Perdana Menteri.
Salinan BOE Shangri-La Hotel yang dikemukakan Rafizi menunjukkan pada ruang ‘function’ bertulis ‘Private Dinner hosted by PM’.
Manakala alamat penganjur ialah ‘Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan’, iaitu pejabat Perdana Menteri sendiri.
“Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan, tetapi ketelusan dan operasi pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan kepentingan peribadi dengan tugasan rasmi.
“Najib menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial. Tapi gagal menunjukkan contoh,” tegas Rafizi mempersoalkan slogan yang dilaungkan BN seperti dasar ETP (Program Transformasi Politik).
“Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung penaja, apakah ia tidak mempengaruhi keputusan Najib selama ini? Dan wajarkan Najib berbelanja mewah ketika konsep ‘wasatiyyah’ dan kesederhanaan diperkenalkannya sendiri dalam pentadbiran.
Katanya lagi, sementara rakyat ‘ikat perut’ dan berjimat cermat, purata belanja hari jadi Najib yang mencecah RM800 itu lebih tinggi dari pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang berjumlah hanya RM500 (Ketika Itu).
GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan seorang jururawat diberhentikan kerja berikutan enggan mengenakan pakaian seragam berlengan pendek di sebuah hospital swasta.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata tindakan akan diambil sekiranya hospital terbabit didapati melanggar peraturan di bawah Bahagian Amalan Perubatan Swasta Kementerian Kesihatan.
Beliau berkata semua hospital di bawah kementerian mewajibkan jururawat beragama Islam menutup aurat dan arahan ini turut diguna pakai untuk hospital swasta.
"(Jururawat) hospital kerajaan semua tutup aurat kecuali dalam dewan bedah yang memerlukan doktor dan jururawat pakai lengan pendek. Namun mereka masih bertudung dan memakai gaun perubatan yang menutup aurat.
"Jururawat yang beragama Islam semua wajib (menutup aurat). Hospital swasta kena ikut kementerian. Dalam hal ini kita pun tidak tahu apa masalah yang sebenarnya, Bahagian Amalan Perubatan Swasta kementerian tengah siasat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran UMNO Bahagian Jelutong melibatkan 45 kanak-kanak lelaki di sini, Ahad.
Pada Jumaat lepas (4 Dis), seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, Naziah Sauni Samat, 24, mendakwa beliau diberhentikan kerja setelah enggan mengenakan pakaian seragam berlengan pendek.
Katanya, arahan supaya mengenakan pakaian seragam itu dikeluarkan selepas dua bulan dia bertugas di hospital swasta tersebut atas faktor kebersihan.
Gadis berkelulusan Diploma Kejururawatan itu sebelum ini bertugas di sebuah klinik sebelum bekerja di hospital swasta berkenaan pada 1 Sept lepas, sekembalinya dari Jepun sebagai jururawat peribadi selama setahun empat bulan.
Dalam pada itu, Dr Hilmi menasihatkan mana-mana doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang mempunyai masalah untuk terus membuat laporan kepada pihak kementerian supaya tindakan susulan dapat diambil.
"Semua laporan dan aduan yang diterima tidak kira sama ada melalui media sosial, bertulis dan e-mel serta menerusi WhatsApp berkaitan masalah disiplin, tidak puas hati akan disiasat," katanya.
Mengulas cadangan bayaran tempat letak kenderaan di kawasan hospital awam di seluruh negara, Dr Hilmi berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan dan ia masih di peringkat awal.
Beliau berkata tujuan cadangan itu adalah untuk menyelaras dan mengawal penyalahgunaan tempat letak kenderaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyukarkan kakitangan hospital dan pelawat.
"Ada yang salah guna kerana tempat letak kereta di hospital ini percuma. Ada yang letak kereta di hospital kemudian pergi tempat lain petang baru ambil balik kereta. Kita nak menyelaras dan mengawal supaya tempat meletak kenderaan ini digunakan oleh mereka yang ada kena mengena dengan hospital seperti kakitangan dan pelawat," katanya. - Bernama Sumber HD - 6-12-2015 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Islam agama rasmi, hak jururawat
AHMAD MARZUK SHAARY | .
Insiden seorang jururawat dipaksa memakai pakaian tidak menutup aurat, kemudian dibuang kerja dan dikenakan amaran kompaun sebanyak RM5,000 amatlah mendukacitakan.
Ianya berlaku di sebuah negara, yang Islam merupakan agama rasmi persekutuan.
Ini menunjukkan bahawa undang-undang sedia ada masih lemah dan gagal memelihara hak hak wanita Islam untuk menjaga aurat mereka.
Padahal di negara barat telah berlaku perkembangan yang memberikan hak kepada muslimah untuk memakai pakaian menutup aurat.
Mahkamah Perlembagaan Jerman telah memberi keizinan kepada permohonan seorang guru untuk menutup aurat.
"Ini merupakan hari yang terbaik untuk kebebasan beragama,” kata Volker Beck, seorang Ahli Parlimen daripada parti pembangkang, Greens, yang menyokong penuh keputusan berkenaan.
Saat berkhidmat di Hospital USM Kubang Kerian, saya sendiri bersama rakan-rakan telah memperjuangkan selama hampir 10 tahun konsep Hospital Mesra Ibadah.
Antara intipati pentingnya adalah aurat perawat dan pesakit.
Jururawat muslimah dibolehkan ketika SOP tertentu menyingsing lengan baju, namun bukan sepanjang masa berlengan pendek. Ini melanggar prinsip aurat dalam Islam.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Justeru itu saya mengesyorkan:
1) Kerajaan mengambil Naziah Sauni Samat dan mana-mana jururawat yang dibuang kerja untuk berkhidmat dengan kerajaan.
2) Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan yang memaksa pekerjanya tidak menutup aurat.
3) Kerajaan mengeluarkan Garis Panduan Pakaian Menutup Aurat sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
4) Membuat perubahan kepada setiap pakaian seragam agensi kerajaan dan syarikat milik negara, agar ia benar-benar memenuhi kehendak syariat, terutamanya bagi jururawat wanita, polis wanita dan pramugari.
5) Meminda undang-undang bagi membenarkan pekerja menutup aurat, tanpa apa-apa halangan daripada majikan serta mengenakan hukuman denda dan penjara kepada mana-mana majikan yang memaksa pekerja tidak menutup aurat.
Apakah benar tidak hadir kerja selama dua hari sebagai punca pemecatan yang sangat mendesak atau sengaja mencari alasan untuk menghalalkan tindakan?
Saya sendiri akan menghubungi atau berjumpa dengan pihak pengurusan hospital dan Menteri Kesihatan untuk serahkan memo bantahan serta mendapat penjelasan. Insya Allah. - HARAKAHDAILY 6/12/2015
Penulis ialah Ahli Parlimen Bachok. Sumber HD - 6-12-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hati-hati
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan penjualan produk prabayar Pos Laju palsu yang dikesan berlaku dalam pasaran.
Menurut Pos Malaysia, ia telah mengesan produk prabayar Pos Laju palsu dijual secara haram di pasaran.
Bagi mengelak supaya tidak terpedaya dengan penjualan produk prabayar Pos Laju palsu, pelanggan diminta membeli produk prabayar Pos Laju tulen yang hanya boleh didapati di semua outlet Pos Malaysia dan Pos Laju serta ejennya yang sah, menurut Pos Malaysia dalam satu kenyataan.
Menurut Pos Malaysia, jika penggunaan produk prabayar palsu dikesan, syarikat mempunyai hak untuk tidak menerima atau memproses bungkusan berkenaan.
Pos Malaysia juga akan menyiasat kes yang dilaporkan dan tindakan akan diambil terhadap individu atau entiti yang didapati bersalah.
Semua pertanyaan mengenai perkara berkenaan boleh disalurkan kepada Jabatan Khidmat Pelanggan melalui talian telefon 1-300-300-300 dari 8.30 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Jumaat, dan mulai 8.30 pagi hingga 5 petang pada Sabtu.
PUTRAJAYA: Kereta Perodua Myvi bernilai RM50,000 ditawarkan sebagai hadiah utama bagi Pertandingan Menamakan Anak Panda Gergasi yang berlangsung sejak 17 Nov hingga 17 Dis ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dua buah motosikal - Demak Rino dan Demak DJ 90 - pula disediakan sebagai hadiah saguhati kepada penyertaan yang memberi nama memenuhi syarat pertandingan.
Beliau berkata kementerian menerima 960 penyertaan setakat ini bagi pertandingan berkenaan yang diadakan bersempena kelahiran anak panda gergasi di Zoo Negara pada 18 Ogos lalu.
"Cadangan nama perlu menarik dan mempunyai makna, serta tidak menyentuh sensitiviti negara China," katanya dalam sidang media khas Pertandingan Menamakan Anak Panda Gergasi 2015 di sini Khamis.
Kerajaan Malaysia menerima sepasang panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang, daripada kerajaan China pada 21 Mei tahun lalu sebagai tanda meraikan ulang tahun ke-40 jalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Liang Liang melahirkan anak panda betina pada 18 Ogos lalu dan anak panda gergasi itu mula dipamerkan kepada pengunjung Zoo Negara pada 17 Nov selepas hampir tiga bulan dikuarantin.
Wan Junaidi berkata senarai pendek nama akan disaring sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan diputuskan di peringkat kabinet dengan kerjasama kerajaan China.
Mereka yang berminat menyertai pertandingan boleh melayari portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar http://www.nre.gov.my/sites/pandamalaysia/. - Bernama Sumber HD - 3-12-2015
Isu YaPEIM dan pimpinan yang amanah
Posted on Thursday, December 03 @ 14:11:19 MYT by paklang
Oleh MAIZATUL AKMAR JUMAIN
AMALAN membelanjakan Aarta (infaq) boleh sahaja diberi langsung kepada individu yang memerlukan dan boleh juga diberi kepada badan-badan tertentu yang mengelolakannya. Malah, ia boleh diberikan kepada negara untuk dikelolakan dan boleh sahaja bagi negara mewujudkan atau melantik badan-badan tertentu untuk tujuan menguruskannya.
Apa yang menjadi isu di sini ialah infaq yang diberi kepada negara atau pihak-pihak tertentu untuk menguruskannya, sebagai pemegang amanah. Dalam Islam, segala pengurusan harta akan dikendalikan oleh Baitulmal atau badan yang dilantik oleh Baitulmal untuk menguruskannya.
Jadi, tugas Baitulmal dalam kes ini ialah untuk memastikan harta yang diinfaqkan itu sampai kepada tujuannya. Kerana itu, negara wajib memastikan pegawai yang ditugaskan di Baitulmal ialah terdiri daripada mereka yang diyakini dan terbukti akan ketakwaannya.
Harta amanah sama sekali tidak boleh (haram) digunakan untuk tujuan peribadi atau atas nama “urusan rasmi” kerajaan atau untuk manfaat mana-mana individu tertentu, termasuk penjaganya.
Menangani penyelewengan harta amanah dalam dunia yang bertunjangkan sistem kapitalisme hari ini, ramai manusia yang menjadi sengsara atau tinggal dalam kesengsaraan.
Dalam sistem kapitalismedemokrasi ini, kita semua maklum yang berapa ramai manusia yang tidak mendapatkan haknya kerana pemerintah telah merampas hak rakyat dan menggunakannya untuk kepentingan peribadi.
Fenomena pemerintah hidup dalam limpahan kekayaan manakala rakyat hidup dalam kubang kemiskinan merupakan fenomena biasa. Melihat kepada keadaan ini, maka tidak hairanlah wujudnya ramai individu dan Isu YaPEIM dan pimpinan yang amanah badan-badan yang simpati dan berniat murni untuk membantu mereka yang memerlukan, lalu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan amanah, walaupun tidak semuanya begitu.
Dalam sejarah Negara Islam (Khilafah), kita telah lihat bagaimana sejahteranya rakyat yang hidup di dalamnya sehingga boleh dikatakan hampir tiada masalah kemiskinan, sehingga tidak memerlukan badanbadan amal yang bekerja untuk memungut derma bagi membantu orang miskin, anak yatim mahupun para pelajar. Kesemua hal itu ditanggung sepenuhnya oleh pemerintah.
Namun malangnya, pemerintah sekarang, selain tidak melaksanakan kewajipannya menjaga rakyat, menubuhkan pula badan-badan kebajikan seumpama ini dengan memungut derma atau sumbangan, sama ada daripada kakitangan kerajaan sendiri mahupun daripada rakyat atas alasan membantu fakir miskin, anak-anak yatim, para pelajar dan lain-lain.
Kewujudan badan-badan seumpama ini oleh pemerintah, setidaktidaknya telah berjaya mencapai dua objektif. Pertama, ia berjaya menutup segala kesalahan dan kepincangan pemerintah dan kedua, dana tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain apabila mereka memerlukannya.
Walhal menjadi kewajipan pemerintah untuk membantu rakyatnya yang memerlukan dan bantuan ini tidak boleh diambil dari duit sumbangan atau derma orang ramai, kecuali dalam keadaan darurat.
Pemerintah wajib memastikan tidak ada seorang pun rakyatnya yang tidak cukup makan, tidak ada pekerjaan, tidak ada pendidikan dan seumpamanya dan wang/harta bagi menguruskan kewajipan ini wajib diambil daripada sumber pendapatan negara yang telah ditetapkan oleh hukum syarak, bukannya diambil dari wang derma orang ramai dengan cara menubuhkan yayasan untuk memungutnya.
Dalam kes ini, apabila kakitangan kerajaan (apatah lagi menteri), dilihat atau diketahui, apatah lagi kalau adanya bukti, bahawa dia telah melakukan kesalahan, maka pihak yang menuduh atau yang mempunyai bukti tersebut wajib membawa pengaduan ke mahkamah.
Pendedahan salah laku pemerintah (atau kakitangan mereka - yang dilakukan oleh mereka secara terbuka) dalam rangka untuk memuhasabah mereka, adalah suatu yang baik.
Namun, ia sepatutnya disusuli dengan membawa dakwaan ke muka pengadilan.
Dalam Islam, ada sebuah mahkamah khusus iaitu Mahkamah Madzalim yang akan membicarakan apa jua aduan atau sengketa di antara rakyat dengan pemerintah atau kakitangan mereka.
Kesalahan pecah amanah atau penyelewengan terhadap harta amanah, jika terbukti, maka pesalah itu wajib dikenakan ta’zir.
Abdurrahman al-Maliki di dalam kitabnya Nidzam al-Uqubat menetapkan yang setiap orang yang diberi amanah berupa harta atau diberi kepercayaan memegang harta, kemudian ia mengkhianati amanah harta tersebut, maka pelakunya akan dikenakan hukuman sebat dan penjara sehingga 5 tahun.
Termasuk dalam kategori ini ialah setiap orang yang mengkhianati harta yang diamanahkan kepadanya, seperti halnya ia berkedudukan sebagai pemegang wasiat bagi anak yatim, pengelola wakaf atau sebagai wakil atau sebagai pegawai atau yang lainnya. Selain itu, kakitangan pemerintah yang melakukan kesalahan itu mesti dipecat daripada jawatannya.
Cuma masalahnya sekarang ialah mahkamah yang ada kini bukanlah mahkamah Islam dan telah banyak bukti yang ia tidak membawa keadilan. Atas dasar itulah yang mungkin menjadi penyebab kepada rakyat tidak percayakan mahkamah dan tidak mahu membawa kes, apatah lagi apabila melibatkan pemerintah, kerana ternyata sudah banyak kes di mana individu yang cuba melaporkan kesalahan pemerintah, individu itu pula yang terlebih dahulu ditangkap dan disoal-siasat oleh pihak berkuasa. Seharusnya isu skandal YaPEIM dan lain-lain skandal pecah amanah, mampu membuka mata umat Islam akan kelayakan para pemimpin dalam memegang amanah.
Itu baru amanah yang kecil, apatah lagi ternyata para pemimpin yang ada tidak menerapkan amanah yang lebih besar yakni menerapkan hukum Allah secara kaffah.
Selain itu, umat Islam juga wajar membuka mata bahawa keadilan yang mereka cari tidak akan mereka temui dalam sistem demokrasi yang ada pada hari ini yang terbukti telah melahirkan ramai pemimpin yang tidak amanah. Kita tidak akan mendapat keadilan dalam sistem demokrasi kerana ia merupakan sistem kufur buatan manusia yang rosak lagi merosakkan.
Sesungguhnya keadilan hanya akan wujud apabila kekuasaan dipegang oleh mereka yang amanah, ahlinya dan takutkan Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila amanah telah disiasiakan, maka tunggulah saat-saat kehancurannya’. Salah seorang bertanya, ‘Bagaimana bentuk menyia-nyiakan amanah itu wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Apabila urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya” [HR Bukhari].
Keadilan yang sebenar hanya akan wujud apabila kita dinaungi oleh hukum Allah. Justeru, di samping mendedahkan dan memuhasabah setiap kesalahan pemerintah, setiap Muslim wajib berusaha menegakkan sistem yang datangnya daripada Allah dan menegakkan negara yang diperintahkan oleh Allah untuk didirikan yakni Negara Khilafah Rasyidah dan melantik seorang Khalifah yang amanah lagi bertakwa, agar kita semua terhindar daripada dosa dan kehancuran.
MAIZATUL AKMAR JUMAIN Unit Perhubungan Media Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) Sumber DD - 3-12-2015
Hari tambang naik Malaysia
Posted on Thursday, December 03 @ 11:16:02 MYT by tokdalang
Oleh Young Syefura Othman Hari pertama kenaikan kadar tambang hampir semua pengangkutan awam di Lembah Klang, bagaimana perasaan warga kota? Hampir sebulan kadar tol dinaikkan, sudahkah pengguna lebuh raya terbiasa bangun awal pagi untuk menggunakan jalan alternatif?
Pada 15 Oktober lepas, 12 syarikat pemegang konsesi lebuh raya menaikan kadar bayaran tol di kawasan Lembah Klang sekitar 25% hingga ke 80%.
Dan bermula 2 Disember ,kadar baru tambang bagi pengangkutan awam termasuk Komuter, LRT, Monorel dan bas yang naik sekitar 20% hingga 140% mula dikuatkuasakan.
Sekarang timbul kadar tambang ERL pula akan dinaikkan sebanyak 57% dan kadar bayaran tol PLUS akan dinaikkan sebanyak 5% setiap 3 tahun bermula 2015.
Apa sudah jadi dengan Manifesto Barisan Nasional (BN) semasa PRU13? Sudah menjadi capati?
Kesemua kenaikan harga ini menunjukkan kerajaan BN sudah tidak waras, tidak punya hati dan perasaan terhadap kesusahan rakyat di bawah.
Kenaikan kos pengangkutan yang mendadak seperti ini sudah tentu membebankan rakyat, khususnya golongan kelas menengah dan rendah.
Langkah ini juga menunjukkan kerajaan sekarang ini sudah keliru dan hilang punca.
Katanya kenaikan kadar bayaran tol bagi menangani masalah kesesakan jalan raya dan bagi menggalakkan rakyat lebih menggunakan pengangkutan awam tetapi jika tambang pengangkutan awam juga naik tinggi, apa lagi pilihan yang rakyat ada untuk pergi bekerja atau menjalankan urusan harian.
Jika Kerajaan BN memikirkan, penduduk bandar bukan fokus pengundi mereka dari segi politik, fikirlah ramai penduduk bandar sebenarnya adalah pengundi di luar bandar atau setidaknya mempunyai keluarga di luar bandar.
Cuba bayangkan dialog ini, "Ayah, ibu, maaf kiriman duit saya kurang bulan ini. Datuk Seri Najib Tun Razak sudah naikkan harga tambang".
Jika ada yang merasakan ini hanyalah masalah golongan penduduk bandar, fikirlah bukan sahaja kos pengangkutan individu yang naik malahan kos pengangkutan untuk perniagaan juga akan naik dan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan juga akan naik.
Adakah semua kenaikan harga ini adalah hasil dari makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia yang ditubuhkan di bawah Pemandu?
Adakah usaha kerajaan untuk menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu 1Malaysia, Kedai Buku 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia benar-benar dapat mengurangkan beban kewangan rakyat?
Adakah dengan menambah RM50 bayaran BR1M pada tahun depan cukup untuk menampung semua kenaikan harga ini?
Sebenarnya banyak kenaikan harga ini dapat dielakkan jika BN benar-benar peduli tentang keadaan rakyat.
Jumlah bayaran subsidi dan bantuan tunai termasuk BR1M yang dijangka pada tahun 2016 adalah sebanyak RM11billion.
Jumlah ini adalah lebih rendah berbanding jangkaan kutipan GST pada tahun 2016 sebanyak RM39 billion.
Jumlah pampasan kerajaan bagi memastikan kadar pengangkutan awam kekal dan tidak naik tidak mungkin lebih daripada RM28billion, lebihan dari kutipan GST yang sudah membebankan rakyat terlebih dahulu.
Amatlah wajar jika sebahagian dari lebihan kutipan GST itu digunakan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat terutamanya dengan memberi subsidi kepada pengangkutan awam.
RM2.6 billion pun sudah mencukupi sebenarnya.
Janganlah guna duit rakyat untuk berjoli sana sini.
Janganlah guna duit rakyat untuk tutup lubang hutang dan korupsi.
BANGI: Sebanyak 707 aduan diterima Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EIAC) terhadap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepanjang empat tahun, 2011 hingga 2014.
EIAC melalui Laporan Tahunan 2014 memaklumkan bagi tahun 2014 sebanyak 312 aduan telah diterima dari 20 agensi dan aduan tertinggi adalah dari PDRM iaitu 222 aduan.
Sementara itu, aduan diterima terhadap Jabatan Imigresen Malaysia sebanyak 16 aduan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula 11 aduan, dikuti Kastam DiRaja Malaysia iaitu 10 aduan.
Manakala untuk tempoh empat tahun keseluruhan 993 aduan diterima, Jabatan Imigresen Malaysia mencatat 48 aduan, JPJ (33) dan Kastam DiRaja Malaysia (20).
Pecahan aduan mengikut keputusan mesyuarat suruhanjaya 2014 selepas siasatan awal dari 318 aduan diterima sebanyak 225 aduan telah ditolak, manakala dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah sebanyak enam aduan.
Empat aduan telah dirujuk kepada pihak berkuasa tata tertib dan 66 aduan dilakukan siasatan penuh.
Dalam pada itu mengikut pecahan negeri sebanyak 958 aduan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat aduan tertinggi untuk tempoh empat tahun iaitu 237 aduan.
Perak dan Johor mencatat 67 aduan, Pulau Pinang (60), Kedah (59), Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (49) dan Labuan hanya mencatat satu aduan sahaja.
Laporan tahunan itu turut memaklumkan antara masalah yang dihadapi EIAC ketika menjalankan siasatan ke atas sesuatu aduan adalah kerana kegagalan pihak pengadu untuk memaklumkan butiran terkini alamat mereka.
EIAC juga menghadapi masalah untuk mengesan saksi-saksi yang telah bertukar tempat kerja atau berpindah ke tempat lain atau telah ditamatkan perkhidmatan. – HARAKAHDAILY 28/11/2015 Sumber HD - 28-11-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Perntukan EAIC dipotong 38 peratus
MUHAMMAD FAIZAL | .
BANGI: Sebanyak 38 peratus peruntukan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dikurangkan pada Bajet 2016 dibandingkan pada 2015.
Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam berkata pengurangan peruntukan ini menyukarkan agensi itu melaksanakan program-program yang telah dirancang untuk tahun hadapan.
"Dari peruntukan yang telah kita pohon untuk 2016 dan kita dapati sebanyak 38 peratus telah dipotong.
"Peruntukan yang diluluskan ini hanya mencukupi untuk pengurusan sahaja, ia tidak dapat menampung program yang telah kita susun sepanjang tahun 2016," katanya pada sidang media sempena Program Dialog EIAC bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) di sebuah hotel di sini.
Beliau turut memaklumkan surat rayuan telah dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi memohon peruntukan tambahan.
"Kita telah hantar surat rayuan lima belas muka surat dua hari lepas bagi memohon pertimbangan untuk penambahan peruntukan pada tahun hadapan.
"Kita maklum semua agensi dipotong peruntukan mereka tetapi bagi meningkatkan integriti agensi kerajaan dan memudahkan perancangan EAIC, kerajaan perlu pertimbangkan permohonan kita," katanya lagi.
Menurut beliau, walaupun tiada tarikh diperoleh bagi rayuan tersebut dari pihak kerajaan, namun beliau berharap barisan kabinet dapat meluluskan rayuan EAIC.- HARAKAHDAILY 28/11/2015 Sumber HD - 28-11-2015
Haram vape perlu diiringi haram penjualan
BERNAMA | .
ALOR SETAR: Kerajaan disaran supaya mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) dan shisha stick agar sejajar dengan keputusan bahawa hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram.
Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkara selaras dengan keputusan pengharaman itu, kerajaan juga perlu mengambil kira perkara yang menyumbang kepada aktiviti berkenaan.
"Dalam Islam diharamkan arak bukan untuk minum saja, penjualan, pelesenan, penyediaan, semua diharamkan apabila kita menyumbang," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lalu memutuskan hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.
Syeikh Muhamad menjelaskan keputusan itu diambil setelah dibincangkan dengan teliti dan diberi penerangan khusus daripada pihak farmasi, serta berpandu ayat al-Quran.
"Ia hanya mendatangkan kemudaratan khusus kepada generasi yang akan kendalikan urusan pentadbiran negara pada masa akan datang, bukan sahaja orang Islam tapi semuanya," katanya.
Vape dikatakan berbahaya kerana mengandungi sejenis nikotin yang bervariasi iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol dan gliserin, yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine sejenis larutan yang boleh menyebabkan kanser.
Sementara itu Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Mohammad Nazer Mustafa yang turut menyokong sepenuhnya keputusan pengharaman berkenaan berkata penggunaan vape atau sisha stick dilihat sebagai taktik baharu mengambil dadah.
Berbanding penggunaan suntikan jarum sebelum ini, pengguna boleh memasukkan bahan-bahan terlarang ke dalam perisa-perisa Vape sedia ada seperti ganja, syabu serta nikotin, katanya.
Jelasnya perkara tersebut sukar dikawal dan bakal menjadi fenomena membimbangkan apabila pelajar sekolah dilihat antara mereka yang banyak menggunakan vape atau shisha stick.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah Datuk Yusof Ismail turut meminta kerajaan bertindak tegas mengharamkan penjualan dan pengedaran vape di seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan kepada peniaga dan pengguna.
"Kalau misalnya Kedah haramkan, tapi bila orang Kedah ini nak pergi ke negeri yang tidak mengharamkannya, maka adakah dia boleh menggunakannya," katanya. - Bernama Sumber HD - 27-11-2015
Jakim dan Yapeim Di Dalam Berita Posted on Thursday, November 26 @ 14:35:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"Jakim dan Yapeim adalah dua ajensi di bawah naungan Menteri Jamil Khir di JPM. Jakim adalah sebuah Jabatan kerajaan yang mempunyai aktiviti tersendiri dan bolih dikenal dengan lebih rapat melalui websitenya -http:// www.islam.gov.my
Yapeim pula adalah satu badan amal yang ditubuhkan pada 1976 di bawah akta Trustee Act (1952) http://www.islamicevents.my/organisation/79. Aktiviti Yapeim bolih dilihat dari websitenya -http://www.yapeim.net.my/amal-jariah-2014/
Sebagai ajensi dakwah Islam , bajet Jakim melebihi RM 1 bilion dan menjalankan aktiviti berbentuk kemajuan Islam. Satu dari aktiviti yang jelas dari paparan websitenya ialah menjalankan seminar di seluruh Negara.
Sebagai Jabatan di dalam organisasi Kerjaan semua perbelanjaan Jakim mestilah di sediakan seawal setahun sebelumnya dan mesti melalui proses kelulusan ajensi Pusat -JPA dan Perbendaharaan.
Olih itu jelas semua projek yang dijalankan oleh Jakim telah diluluskan olih Ajensi Pusat dan sebarang perbelanjaan ad hoc [bidan terjun], seperti mengadakan seminar di New York mengikuti rombongan Pembesar Negara tidak bolih dilaksanakan.
YAPEIM
Ianya ditubuhkan sebagai satu Yayasan Amal [charity] yang bertujuan untuk membangun sosio-ekonomi umat Islam di dalam Negara.
Tujuan dan filosofinya penubuhannya jelas dipaparkan di websitenya di atas. Interesting. Saya sendiri tidak sedar yang ianya satu badan amal yang membawa implikasi penting di dalam pengurusan kewangannya. Tujuan [objects] badan amal ini adalah dinukil di dalam dokumen pembentukannya.
Jadi setiap perbelanjaan yang dibuat mestilah menepati ciri ciri amal di dalam dokumen pembentukan.
Secara amnya, perbelanjaan untuk mengadakan seminar perkahwinan memanglah menepati ciri ciri amal.
Namun demikian persoalan perlu dibangkitkan mengapa perlu guna duit amal untuk jalankan seminar bila Jakim bolih jalankan aktiviti ini.
Lihat website Jakim- ia jalankan banyak seminar sepanjang tahun. Isu penindihan kerja/tugas antara Jakim/Yapeim terbit dari usaha YAPEIM ini. Bukankah JPM mempunyai pakar [MAMPU] untuk kaji aktiviti penindihan kerja di dalam ajensi Kerajaan. Mat KSN perlu ambil maklum atas hal ini.
Mengikut cerita internet duit Yapeim juga digunakan tuntutan /yuran Peguam pada tahun 2014 untuk membela Menteri Jamil Khir di mahkamah.
Perbelanjaan ini jelas tidak menepati ciri ciri amal yang dituntut olih undang undang berkaitan kerja amal [charity objects].
Yang menyedihkan di dalam episod YAPEIM ini ada berita yang mengatakan dua pegawai YAPEIM ditahan kerja kerana bocorkan rahasia perbelanjaan yang tidak menepati ciri ciri amal .
Kuasa pemegang amanah untuk jalankan projek mestilah menepati ciri ciri amal [atau charity] . Olih kerana Yapeim tertubuh dibawah Trustee Act (1952) kebebasan untuk berbelanja ikut nafsu Menteri atau sesiapa aje tidak ujud. Kedudukan Menteri di dalam Yayasan adalah sebagai orang luar tidak berhak/berkuasa menukar arah perbelanjaan melainkan untuk tujuan amal. Di dalam kata pendek Pak Menteri tidak ada power [persona non grata] di dalam hal urusan perbelanjaan projek melainkan ikut wawasan yang telah ditetapkan.
Perbelanjaan Yang Tak Menepati Ciri ciri Amal (charity)
------------------------------------------------------------
>Perbelanjaan untuk main golf
>Pembayaran untuk bantuan bayaran kes kendalikan peguam
Amalan Jimat Cermat
--------------------------
Satu dari teras filosofi yang dinukilkan di dalam dokumen pembentukan ialah budaya jimat cermat. Mengadakan seminar diluar Negara yang menelan belanja yang banyak adalah membazir kerana ada cara lain [e-conferencing] bolih menyampaikan mesej yang sama kepada audiens di NY, Paris dengan lebih murah. British Council selalu adakan seminar yang menjemput penulis buku di London memberi ceramah kepada audiens di Malaysia melalui e-conferencing dengan berkesan. Sessi ucapan dan soal jawab dapat dijalankan secara lancar dan baik.
Akhir Kata
-----------
Walaupun ada suara yang meminta Jakim ditutup adalah wajar suara suara tersebut mengkaji terlebih dahulu aktiviti Jakim dari websitenya.
Tak mungkin satu Jabatan yang mempunyai aktiviti dakwah yang begitu banyak menjadi tidak relevan pada masa kini.
Kes orang Islam membela anjing bukanlah baru.Bacalah sendiri hadis hadis tentang pembelaan anjing. Belalah anjing khusunya contohilah kes petani Afghan yang memerlukan anjing untuk menjaga keselamatan diri mereka semasa bercucuk tanam di kawasan pergunungan yang di diami olih singa singa gunung. Mengikut mereka 'anjing adalah anugerah Tuhan [gift from God] kepada mereka' .
Di dalam hal YAPEIM yang perbelanjaan mereka jelas tidak menepati spec amal [charity ] . Saya ingin ceritakan sekali lagi kes Mr Blackburn yang membawa kes awam ke Mahkamah untuk mendapatkan keadilan.
[Rujuk 'Discipline of The Law, Lord Denning]. Kesnya diporkan - R v Metropolitan Police Commissioner ex parte Blackburn ( No 2 ). Mengikut laporan JustCite Trial kes ini telah diikuti di dalam satu kes di Malaysia- A-G Malaysia v Manjeet Singh Dhillon (1991) 1 MLJ 167.
Adakah Peguam Muslim yang akan mengambil kes ini sebagaiman Mr Blackburn buat?
Mungkin ada ahli dari Persatuan Peguam Muslim yang ada wibawa bolih bawa kes ini ke Mahkamah Tinggi sebagai Public Interest litigation secara percuma [pro bono]?
Ada satu mat blogger melayu memanggil Zaid Ibrahim sebagai hero di dalam malaysiakini(?)
Berupayakah Mr Zaid ambil kes ini seperti Mr Blackburn? Mungkin jika ada peguam yang mengambil kes ini saya sendiri akan mulakan satu tabong dengan derma pemula sebanyak Rm 1000 untuk mulakan pungutan derma untuk peguam bawakan kes ini ala Mr Blackburn!
Sumber TKO - 26-11-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Posted on Wednesday, November 25 @ 16:09:46 MYT by paktam
Oleh Tarrence Tan
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mencabar Datuk Seri Dr. Mohamed Salleh Ismail supaya mendedahkan kepada umum minit mesyuarat National Feedlot Corporation (NFCorp).Naib Presiden PKR berkata, minit mesyuarat itu termasuk mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah dan Mesyuarat Agung Tahunan berkenaan keputusan memindahkan dana NFCorp.
“Jika NFCorp tiada apa-apa yang mahu disembunyikan, mereka sepatutnya tiada masalah untuk rakyat melihat bagaimana keputusan dibuat supaya dana dipindahkan ke National Meat and Livestock Corporation (NMLC) tanpa kebenaran,” katanya di Lobi Parlimen pada Rabu.
Semalam, Salleh dilaporkan berkata, Mesyuarat Agung Tahunan diadakan untuk membolehkan Lembaga Pengarah NFCorp memindahkan dana ke anak syarikat, NMLC untuk membeli hartanah.
Salleh berkata, pindahan dana itu diluluskan pada 23 Disember 2009 tetapi dinafikan Rafizi.
Rafizi mendakwa dana untuk membeli kondo telah dipindahkan terus kepada pemaju hartanah pada 2 Disember 2009.
“Apabila empat pindahan wang untuk membayar pembelian kondo dibuat pada 2 Disember 2009, (ketika itu) NMLC sebuah syarikat yang tiada hubungan dengan NFC,” kata Rafizi.~http://www.freemalaysiatoday.com/
Sumber DD - 25-11-2015
Panda: Zoo Negara tanggung RM2.25 juta kos operasi
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Kira-kira RM2.25 juta kos pengoperasian pasangan panda gergasi China, Xing Xing dan Liang Liang dan penyelenggaraan Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) ditanggung oleh Zoo Negara setiap tahun.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri berkata kira-kira RM6 juta kos konservasi turut ditanggung oleh Zoo Negara untuk dibayar kepada pihak China sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian Malaysia-China pada tahun lepas.
"Oleh kerana panda gergasi betina, Liang Liang telah melahirkan seekor anak panda pada 15 Ogos lepas, sumbangan yuran konservasi sebanyak US$600,000 akan diberikan sekali sahaja kepada China selepas anak panda tersebut berusia setahun," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Ahmad Baihaki ingin mengetahui tentang kos sewa dan sara hidup pasangan panda gergasi sejak kedatangannya dari China pada tahun lepas.
Hamim berkata kemasukan pasangan panda gergasi itu selain mengeratkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, ia juga menggalakkan aktiviti penyelidikan konservasi dalam kalangan pakar dari kedua-dua negara.
"Ia juga menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara apabila dalam sektor pelancongan, pengunjung ke Zoo Negara telah bertambah 20 peratus iaitu dari 588,000 orang pada tahun 2013 sehingga kira-kira 700,000 orang pada tahun 2014," katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berkenaan jumlah panda yang masih hidup di dunia, Hamim berkata kira-kira 1,800 ekor panda di seluruh dunia yang masih hidup, termasuk sebanyak 397 ekor yang dibela di zoo.
"Oleh kerana haiwan sedemikian hampir pupus di dunia, kita harus rasa bangga kerana kemasukan pasangan panda gergasi itu dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia terlibat dalam projek konservasi yang dapat menyemaikan budaya memelihara alam sekitar secara konsisten," katanya. - Bernama Sumber HD - 25-11-2015
Audit: Objektif harga beras murah tidak capai sasaran
SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Objektif utama program subsidi beras bagi membantu warganegara Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan harga beras lebih murah tidak mencapai sasaran.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 ini disebabkan jumlah kuantiti kuota beras yang dikeluarkan khusus untuk golongan sasar, terdapat juga pengguna daripada golongan warganegara asing, pengusaha kedai makan dan dijadikan makanan binatang peliharaan yang turut menyumbang kepada ketiadaan stok beras subsidi di pasaran runcit.
Objektif subsidi beras ini adalah untuk menampung kerugian yang ditanggung oleh pengilang iaitu Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi mengeluarkan beras ST15% dan S15% supaya dapat memastikan bekalan beras ini dapat dinikmati oleh warganegara Malaysia yang berpendapatan rendah dengan kawalan dari segi kuantiti bekalan dan harganya.
Program ini mula dilaksanakan melalui Fasa 1 bagi tempoh 6 bulan bermula pada 1 April 2009 hingga 30 September 2009 dan dilanjutkan sehingga kini.
Subsidi berjumlah RM750 atau RM700 setan metrik (mt) akan dibayar oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA) kepada Bernas. Amaun subsidi ini adalah perbezaan antara kos belian Bernas daripada pembekal iaitu sejumlah RM2,100/mt dengan kos jualan beras tersebut kepada pemborong pada harga RM1,350/mt atau RM1,400/mt.
Peruntukan berjumlah RM3.336 bilion disediakan untuk membiayai program subsidi ini bagi tempoh tujuh tahun mulai tahun 2008 hingga 2014 berdasarkan 16 kontrak yang ditandatangani antara Kerajaan dan Bernas.
MOA menetapkan sasaran pembekalan beras subsidi ST15% tidak melebihi 40,000 mt sebulan kepada pemborong di Semenanjung Malaysia dan 20,000 mt sebulan kepada pemborong di Negeri Sabah dan Sarawak bagi pembekalan beras subsidi S15%. - HARAKAHDAILY 24/11/2015 Sumber HD - 24-11-2015
Malaysia gagal sebagai pengerusi Asean 2015
Posted on Tuesday, November 24 @ 15:16:55 MYT by paktam
Oleh Lee Boon Heng Hujung minggu yang lepas, kita menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah kepada kemuncak Persidangan Asean dan juga beberapa persidangan lain.
Kehadiran beberapa pemimpin terkenal dunia termasuk Preseiden US Barrack Obama, Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye, Perdana Menteri China Li KeQiang, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, dan Perdana Menteri India Narendra Modi dikatakan memeriahkan lagi persidangan kali ini.
Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kelihatan sibuk melayan tetamu VVIP ini. Beberapa jalan utama di Kuala Lumpur juga terpaksa ditutup untuk memastikan pergerakan perjalanan VVIP ini adalah lancar dan selamat. Seramai 7000 tentera dan polis dikerah untuk mengawal keselamatan VVIP ini
Tahun ini juga merupakan tahun yang bermasalah kepada Asean.Tetapi atas dasar prinsip tidak campur tangan urusan negara antara Asean seperti termaktub dalam Dekralasi Bangkok, maka beberapa isu yang berlaku pada tahun ini dikalangan negara Asean tidak dapat diselesaikan seterusnya menyebabkan negara jiran terkesan.
Antaranya isu perlarian kaum Rohingya dari Myanmar dan masalah jerebu akibat kebakaran hutan di Indoneasia.
Beribu perlarian kaum Rohingya pada pertengahan tahun ini menimbulkan krisis perlarian di Asean selepas Perang Vietnam pada 1960-an.
Kaum Rohingya terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka di Barat Myanmar yang bersempadan dengan Bangaladesh, kerana kerajaan Myanmar melancarkan tindakan “ethnic cleansing” dengan membunuh dan menghalau mereka keluar dari Myanmar.
Ini adalah polisi kerajaan Myanmar yang tidak mengiktiraf kaum lain di negara tersebut selain 8 kaum majoriti. Mereka terpaksa menjadi perlarian dengan menaiki bot yang serba kekurangan berlayar di Lautan Hindi dan sampai ke Selat Melaka untuk memasuki Malaysia, Indonesia Dan Singapura.
Tetapi 3 negara ini pula menghantar tentera laut untuk halau perlarian ini dari memasuki kawasan perairan mereka.
Ramai antara mereka yang mati kebuluran, kerana tiada makanan dan minuman. Ada di antara mereka yang ditipu sindiket perdaganggan manusia dengan membayar beribu ringgit untuk ke Malaysia bekerja.
Sebagai Pengerusi Asean tindakan kerajaan Malaysia yang menghalau mereka agar tidak memasuki perairan Malaysia adalah sangat mengecewakan.
Malaysia sepatutnya bertindak mengadakan perbincangan dengan negara berkepentingan dan mencari jalan penyelesaian, bukan membiarkan kaum Rohingya ini terapung dan akhirnya “berkerandakan lautan”.
Isu jerebu adalah tidak asing untuk Malaysia dan Singapura saban tahun, tetapi tahun ini agar serius dan dalam waktu 2 bulan sekolah di Malaysia terpaksa ditutup beberapa kali akibat indeks pencemaran udara yang terlampau tinggi.
Tahun ini juga, wilayah di Selatan Thailand dan Flipina mencatat indeks pencemaran yang tinggi dan jerebu pada tahun ini dianggap yang terburuk dalam masa 20 tahun.
Seperti isu Rohingya, Malaysia tidak bertindak dan hanya membiarkan ia.
Sekali lagi, Malaysia gagal memainkan peranan utama dalam isu sejagat Asean.
Banyak lagi isu Asean yang perlu ditangani, namun Malaysia tidak mampu memainkan peranan.
Janganlah kita berharap isu perebutan pulau di Laut Cina Selatan yang memperlihatkan pertembungan 2 kuasa utama dunia boleh diselesaikan Malaysia.
Dasar tidak campur tangan antara negara Asean tidak seharusnya menjadi alasan utama dalam penyelesaian isu berkaitan dengan negara Asean lain.
Sebagai gabungan Asean, semua negara perlu bekerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk hak asasi, demokrasi, keterbukaan polisi, kebebasan dan kesihatan.
Jangan hanya terhad kepada perdagangan sahaja.
Tiada makna untuk wujudkan Asean jika gagal dalam menyelesaikan masalah yang menjejaskan negara lain.
Sumber DD - 24-11-2015
Kadar tol di lapan lebuh raya naik tahun depan Posted on Tuesday, November 24 @ 07:31:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
PARLIMEN l Kira-kira sebulan selepas mengumumkan kenaikan tol pada 15 Oktober lalu, kerajaan sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa lapan pengendali lebuh raya di negara ini dibenarkan untuk menaikkan kadar mereka pada tahun depan.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, jika kerajaan menolak permintaan pemegang konsesi untuk menaikkan kadar tol, maka Putrajaya terpaksa membayar RM593.32 juta dalam bentuk pampasan seperti yang dinyatakan dalam Bajet 2016.
Lapan lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
"(Ini) adalah lebuh raya yang dibenarkan menaikkan kadar tol mengikut kontrak mereka. Saya belum membuat keputusan mengenai kuantum kenaikan kadar itu," kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petrajaya.
Butiran pampasan adalah Plus (RM214 juta), Link Kedua (RM 8.2 juta), Elite (RM79.44 juta), BKE (RM3.11 juta), SPDH (RM1.95 juta), LDP (RM185.89 juta ), Kesas (RM92.8 juta) dan NKSB (RM7.85 juta).
Dalam pada itu, Fadillah berkata, kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada.
Antara terma yang ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dalam perjanjian sebelum ini.
"Setiap kali ada permohonan (dari syarikat konsesi) untuk kenaikan tol, kita akan melihat dan kaji balik semua kenyataan syarikat. Adakah mereka mencapai anggaran aliran trafik yang melalui kawasan itu.
"Kalau aliran trafik (di lebuh raya) mencapai seperti yang dianggarkan, maka kita tidak akan benarkan kenaikan tol," katanya.
Fadillah berkata kadar tol sesuatu lebuh raya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula setiap tempoh masa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjian.
Beliau berkata terma lain yang ditambah baik ialah kerajaan boleh menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh yang dipersetujui dalam perjanjian jika syarikat konsesi mencapai keuntungan yang tertentu.
Menurutnya kerajaan dari semasa ke semasa mengadakan perbincangan dengan syarikat konsesi, pemegang bon dan pembiaya projek lebuh raya mengenai kadar tol.
"Kita kena mengimbangi beberapa perkara seperti kemampuan kerajaan, kepentingan syarikat konsesi dan kepentingan pengguna," katanya.
Fadillah juga menegaskan kerajaan akan perlu menanggung pembiayaan beratus bilion ringgit jika bercadang mengambil alih semua lebuh raya di negara ini, dan langkah itu bukanlah tindakan yang wajar.
Sumber TKO - 24-11-2015
3,000 penyumbang Yapeim tarik sumbangan Posted on Monday, November 23 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan memberi penjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.
Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.
"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah pemberhentian yang bersifat sementara sehingga mereka yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada Yapeim.
"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda Yapeim anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.
Mengulas lanjut, Abibullah berkata Yapeim kini mempunyai 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.
Dalam pada itu, Abibullah berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.
Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan. - Bernama
Sumber TKO - 23-11-2015
JAKIM tidak memaksa umat Islam mengikut versinya - Ketua Pengarah Posted on Sunday, November 22 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memainkan peranan sebagai agensi pusat dalam pengurusan hal ehwal Islam dan bukan mengawasi dan memaksa umat Islam mengikut versinya.
Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Othman Mustapha berkata JAKIM juga menyelaras pentadbiran Islam di negara ini, serta berperanan dalam pelajaran dan undang-undang Islam ke arah pembangunan ummah di seluruh negara.
"Oleh itu, pandangan bahawa kehidupan peribadi rakyat diawasi dan memaksa Islam versi JAKIM ke atas orang lain adalah tidak benar dan lari dari realiti," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata sebaliknya pendekatan mendidik digunakan sebaik mungkin dalam memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat.
"Pada masa yang sama juga, kita meraikan kepelbagaian pendapat dalam mengamalkan ajaran Islam selagi ia berada di landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Mazhab Syafie menjadi keutamaan," katanya.
Beliau mengulas laporan portal berita mengenai dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa JAKIM mahu memaksa semua orang untuk mengikut versinya.
Othman berkata, kewujudan JAKIM dan agensi-agensi agama Islam di peringkat negeri dan Persekutuan adalah amat signifikan untuk mendidik masyarakat Islam supaya dapat beramal dengan tuntutan yang sebenar dan bersifat sederhana (wasatiyyah).
"Malahan dapat mengelakkan negara ini dari berlakunya aktiviti-aktiviti keganasan dan ekstremisme yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam dan panduan yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
"Ini juga seperti yang terkandung di dalam perlembagaan yang kita sama-sama junjung," katanya. - Astro
Sumber TKO - 22-11-2015
Menteri Asean mulakan siri mesyuarat di KL
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Para menteri Asean yang berhimpun di Kuala Lumpur menyertai siri mesyuarat menjelang berlangsungnya Sidang Kemuncak Aseanke-27 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan ketika Malaysia menyandang jawatan pengerusi pertubuhan serantau itu sepanjang 2015.
Mesyuarat yng diadakan hari ini termasuk Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan Aseanke-13 yang dipengerusikan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman, Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-14 dan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN ke-17.
Mereka akan berbincang tentang penubuhan Komuniti Aseanmenjelang berakhirnya tahun ini, satu sejarah penting bagi pertubuhan 10 negara Asia Tenggara itu yang kini berusia 48 tahun.
Komuniti Aseanmenuntut integrasi lebih rapat dalam kalangan negara terbabit berlandaskan tiga tonggak - ekonomi, politik-keselamatan dan sosiobudaya.
Di samping mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, para wakil daripada sektor perniagaan di rantau ini berhimpun di sebuah hotel di bandar raya ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Asean2015.
Sidang kemuncak itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini.
Antara program lain ialah Mesyuarat Menteri-Menteri Majlis Ekonomi Asean-Dialog Pelabur Global dan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Asean- Dialog Pelabur Global.
Beberapa pemimpin dunia dijadual tiba di Kuala Lumpur hari ini, termasuk Presiden Amerika Barack Obama.
Obama akan menyertai Sidang Kemuncak Asean-Amerika ke-3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10, yang melibatkan 10 negara anggota Aseandan lapan rakan dialog - Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Rusia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat - serta Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Asean dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. - BERNAMA Sumber HD 20-11-2015
Kepala dalam guni bertanda 'Bernard Then Ted Fen' dijumpai Posted on Wednesday, November 18 @ 20:27:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Pihak berkuasa Filipina memaklumkan menemui kepala dipenggal dipercayai warga Malaysia, Bernard Then.
Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin mengesahkan kepada akhbar The Star penemuan kepala itu.
Katanya, kepala mangsa telah ditemui oleh tukang sapu dalam guni di sebatang jalan di Barangay Wall City di Jolo pada jam 8.30 malam waktu tempatan.
Ia diletakkan dalam guni dengan tulisan “Bernard Then Ted Fen”.
Mangsa yang sebelum inu diculik di sebuah restoran di Semporna, Sabah dipancung selepas tuntutan wang tebusan tidak dipenuhi.
Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Bernard.
Menurut Arrojado, rundingan gagal dicapai menyebabkan kumpulan itu memenggal kepala mangsa di Taran, Indanan pada jam 4 petang Selasa.
Sumber TKO - 18-11-2015
Dipenggal: Malaysia tunggu maklumat rasmi Filipina
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang menunggu maklumat rasmi dari Filipina berhubung kesahihan laporan kononnya seorang rakyat Malaysia dipenggal oleh kumpulan militan di Mindanao, semalam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Filipina berhubung laporan tersebut yang diperolehi berdasarkan maklumat risikan tentera Filipina.
"Kita perlu sahkan secara rasmi perkara tersebut terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pemimpin Muda ASEAN+ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Rabu.
Media antarabangsa melaporkan seorang jurutera Bernard Then, 39, dipenggal kepalanya selepas sekumpulan lelaki bersenjata menculik mangsa di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah, 15 Mei lepas.
Dia dilaporkan dipenggal di lokasi terpencil yang menjadi kubu kuat militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.
Bernard, yang berasal dari Sarawak, diculik oleh kumpulan militan tersebut bersama pengurus restoran, Thein Nyuk Fun, 50. Bagaimanapunm Thien dibebaskan pada 8 Nov lepas.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam entri Facebooknya mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan tersebut dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam tindakan kejam, tidak bertamadun, ganas serta tidak berperikemanusiaan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kementerian menyambut baik cadangan agar hukuman gantung mandatori dalam Akta Dadah Merbahaya 1952 dipinda.
Katanya Malaysia akan mengikut langkah kebanyakan negara yang sudah mengubah sistem mati mandatori terhadap pengedar dadah namun pada ketika ini apa yang penting adalah langkah pencegahan dan pemulihan.
Pindaan undang-undang memansuhkan hukuman mati mandatori terhadap pesalah dadah dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan Mac tahun hadapan, demikian dilaporkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukry berkata keputusan itu diambil selepas persetujuan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. - Bernama Sumber HD - 18-11-2015
NOW tak gentar saman RM10 juta menteri Posted on Tuesday, November 17 @ 18:24:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) tidak gentar walaupun dilayangkan surat saman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung pendedahan bahawa lawatannya ke Amerika Syarikat dengan perbelanjaan RM410,978 didakwa dibayar oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).
Surat saman itu disampaikan semalam dan menuntut penarikan balik dan permohonan maaf daripada Pengarah NOW, Akmal Nasir sebelum esok.
"Tuan hendaklah menarik balik semua kenyataan-kenyatan fitnah yang dikeluarkan kepada anak guam kami, memohon maaf serta berakujanji tidak akan mengulangi atau mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah ke atas anak guam kami,” petik surat tuntutan itu.
Akmal juga telah diminta untuk membayar RM10 juta sebagai ganti rugi.
Walau bagaimanapun, Akmal berkata, dakwaannya terhadap Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan menteri berkenaan adalah berdasarkan fakta.
Oleh itu, beliau tidak melihat keperluan untuk memohon maaf.
"Ini terutamanya kerana tiada pihak yang tampil menyangkal dakwaan saya," katanya pada sidang
akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya yakin bahawa saya tidak salah mendedahkan kebenaran dalam usaha menyelamatkan dana
YaPEIM," tambah beliau.
Akmal juga percaya bahawa saman itu hanya bertujuan mengalihkan perhatian daripada Jamil Khir
yang bertanggungjawab untuk menjawab isu yang dibangkitkannya.
Menurutnya, jika dakwaan beliau sememangnya tidak berasas, maka adalah lebih baik sekiranya
menteri itu dapat menerangkannya secara terbuka dan dengan fakta yang kukuh.
"Jika beliau memutuskan rancangan untuk menyaman saya, beliau bukan sahaja berdepan dengan
saya tetapi perlu menghadapi 588,930 penyumbang YaPEIM," katanya.
Sumber TKO - 17-11-2015 Zaid disiasat di bawah Akta Hasutan Posted on Tuesday, November 17 @ 06:34:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim disiasat polis Bukit Aman berhubung ucapannya menggesa rakyat Malaysia bersatu menyokong bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dalam usahanya menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Zaid mengesahkan beliau disiasat di bawah Akta Hasutan di pejabatnya di Petaling Jaya selama kira-kira satu jam.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butir-butir soal siasat memandangkan kes masih berjalan.
“Saya terkejut apabila diberitahu disiasat berhubung ucapan itu,” katanya, merujuk kepada ucapan yang disampaikan di Kelab Selangor pada September lalu.
“Intipati ucapan saya hanya menekankan bahawa dalam sistem demokrasi, pemimpin boleh diubah.
“Saya hanya menggesa rakyat Malaysia untuk berdiri teguh di belakang Tun Mahathir, supaya kita boleh membuat perubahan, dengan cara yang sah, melalui perlembagaan. Saya mempertahankan demokrasi dan kedaulatan undang-undang.
“Saya tidak menghasut sesiapa. Saya hanya menyampaikan fakta. ”
Teks ucapannya itu dimuatnaik dalam blognya, The Zaidgeist dan masih boleh diakses.
Di samping itu, polis turut menyoal siasat anak Zaid, Ezra ekoran blog tersebut didaftar di bawah namanya.
Soal siasat dijangka berterusan esok di lokasi yang sama dan kenyataan Zaid akan direkodkan.
Zaid berkata, pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
Beliau telah dilantik Manjit Singh Dhillon dan Americk Sidhu sebagai penasihat undang-undangnya. - FMT
Sumber TKO - 17-11-2015 Beberapa pemimpin Malaysia dalam senarai sasaran IS
Posted on Monday, November 16 @ 14:06:34 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Beberapa pemimpin Malaysia dilaporkan berada pada senarai sasaran kumpulan pengganas Negera Islam (IS).
Menurut The Star Online, ini berdasarkan laporan perisikan yang diterima oleh badan-badan keselamatan negara di negara ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam mendedahkan bahawa beliau adalah antara pemimpin yang menjadi sasaran kumpulan militan itu.
Maklumat itu telah dimaklumkan sebelum mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean bersama di Langkawi pada bulan Mac.
"Saya sahkan bahawa IS mensasarkan pemimpin-pemimpin kita, tetapi ancaman itu tidak akan menghalang kita daripada terus memerangi keganasan dalam negara dan rantau ini," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali di Kluang, Johor.
Hishammuddin percaya ancaman serta ugutan terhadap beberapa tokoh terkenal termasuk beliau itu dikeluarkan sejak sekian lama yang berkemungkinan hanya untuk tujuan menakut-nakutkan mereka.
Seorang pegawai Bukit Aman berkata antara yang menjadi sasaran termasuk anggota kanan kabinet.
"Kami dapat tahu tentang pelan induk mereka apabila menyoal anggota IS Murad Halimuddin (yang telah didakwa dan dipenjarakan).
"Murad berkata mereka mahu menculik pemimpin yang mereka anggap sebagai 'tagut'.
"Mereka juga mengancam untuk bertindak terhadap anggota polis dan tentera yang mereka dakwa sebagai penyokong pemimpin 'tagut," kata seorang pegawai Bukit Aman, yang tidak mahu namanya disiarkan.
Hishammuddin berkata, serangan pengganas di Paris adalah peringatan betapa bahayanya ancaman pengganas itu.
Sumber TKO - 16-11-2015
Wang lama bernilai tinggi
Posted on Saturday, November 14 @ 14:02:56 MYT by paktam
Oleh NORAWAZNI YUSOF SEBUT sahaja wang lama, mungkin ada segelintir masyarakat berpendapat ia tidak bernilai langsung, tetapi bagi yang obses dengan syiling dan wang kertas lama mahupun surat pajak gadai tentunya mempunyai tanggapan berbeza.
Minat mendalam terhadap koleksi syiling lama seperti dari zaman Kesultanan Melayu Melaka mahupun Kesultanan Aceh atau bermulanya kemerdekaan negara juga membuatkan golongan ini leka mengumpulnya sehingga mencecah ratusan koleksi.
Paling tidak masuk akal, ada daripada peminat mata wang lama ini sanggup menghabiskan ribuan ringgit, malah mencecah sehingga jutaan ringgit semata-mata mahu mendapatkan koleksi yang disukai meskipun ada yang memandang sinis terhadap hobi mereka ini.
Sehingga kini, pengumpul koleksi matawang lama masih ada dan dilihat kian bertambah bilangan mereka berikutan hobi ini dikatakan memberi kepuasan.
Salah seorang daripada mereka, seorang usahawan yang mempunyai minat mendalam dan giat mengumpul duit lama dari seluruh dunia, Datuk Sharuddin Yusof, 51.
Kegilaan ini dapat dilihat apabila nilai keseluruhan koleksi matawang lama dari pelbagai negara yang dikumpul olehnya dan dikenali sebagai ‘Sha Banknote’ ini mencecah lebih RM500,000.
Koleksi matawang lama milik Sharuddin ini ialah dari not Malaysia 1967 hingga 2011 yang kini bernilai RM100,656, syiling Malaysia (RM24,030), Banknote Strait Settlement (RM84,000), matawang Very Rare (RM154,611), matawang Error RM22,000 dan matawang luar negara bernilai RM15,000.
Anak kelahiran Kampung Bukit Nikmat, Jerantut ini mula menyimpan duit syiling dan wang kertas lama pada 1973.
Menurutnya, minat itu bercambah berikutan bapanya buka kedai runcit dan berurus niaga getah dengan orang kampung.
Dari situ katanya, jika ada duit syiling atau wang kertas yang baharu dan menarik minatnya akan disimpan di tempat khas.
“Pada masa sama, saya juga ada simpan duit zaman pemerintahan Inggeris dan Jepun iaitu sekitar tahun 1950-an.
“Hobi unik ini datang dengan sendiri dan sangat menguntungkan, malah ia memberi kepuasan kepada saya yang sanggup simpan duit lama,” katanya.
Tambahnya, nilai duit lama mempunyai harga lebih tinggi daripada nilai yang tertulis pada mata wang itu dan ia boleh dikenal pasti menerusi buku rujukan wang.
“Ini boleh dijadikan rujukan semasa membeli ataupun menjual duit lama. Contohnya, duit UNC dan Rare berwarna emas, harganya boleh mencecah sehingga RM500,” katanya.
Punya pelbagai koleksi
Ceritanya lagi, matawang lama dalam koleksinya ialah wang Straits Settlements tahun 1931-1935 yang bernilai antara RM250 sehingga RM12,000.
Sebagai contoh katanya, wang kertas Ten Dollars Straits Settlements yang dikeluarkan 1935 bernilai RM5,800 sekeping dan nilai tertinggi ialah wang Fifty Dollars Queen Malaya British 1953 bernilai RM12,000 sekeping.
Sharuddin memberitahu, matawang Five Dollars Straits Settlements 1935 siri Rex Curral bernilai RM5,500 sekeping, manakala Ten Cents Sarawak 1940 siri CV Brooke bernilai RM1,500.
“Jenis matawang Ten Dollars King Malaya British tahun 1940 siri H Weisberg pula bernilai RM6,000 dan 50 Dollars King Malaya British bernilai RM8,000,” ujarnya.
Beliau memberitahu, koleksi kesayangan lain ialah duit Proof RM1 yang ditandatangani Gabenor
Bank Negara kedua, Tun Ismail Mohamed Ali keluaran 1976 siri tiga bernilai RM8,000,
manakala duit contoh RM1 tandatangan Gabenor Bank Negara ketujuh, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tahun 2000 siri 11 bernilai RM8,800.
“Duit contoh atau spesimen RM5 tandatangan Gabenor Bank Negara keempat, Tan Sri Jaffar Hussein siri lapan bernilai RM9,800 di pasaran yang mendapat permintaan tinggi peminat matawang lama,” katanya.
Sharuddin mengakui antara koleksi kesayangannya ialah Pohon Pitih Terengganu zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah bernilai RM15,000.
Menurutnya, ramai yang tidak peka bahawa duit 10 sen keluaran 1971 kini bernilai RM500 sekeping.
Katanya, koleksi lain ialah wang RM2 Gabenor Bank Negara keenam, Tan Sri Ali Abul Hassan.
RM2,500, RM1 Ismail bernilai RM2,650 dan RM5 keluaran tahun 1995 bernilai RM3,456.
“Banyak lagi koleksi mata wang lama dalam simpanan saya dan ia akan dipamerkan secara terhad kepada penggemar bagi tujuan berkongsi minat, jualan dan belian,” katanya.
Sharuddin berkata, hobi mengumpul koleksi matawang ini tidak dikongsi ramai, tetapi usaha menyuburkan minat seperti itu perlu dilakukan.
Katanya, hobi menyimpan duit lama ini sangat baik kerana dalam jangka panjang ia akan bernilai lebih tinggi lagi berdasarkan keistimewaan duit berkenaan.
Beli melalui internet
Menurutnya, beliau tidak kisah membelanjakan wang yang banyak demi minat itu.
“Matawang dari zaman Kesultanan Melayu Melaka mahupun Kesultanan Aceh membuatkan golongan ini leka mengumpul beratus koleksi disukai dan ia ada dalam koleksi saya.
“Saya juga simpan koleksi matawang lama unik berbentuk binatang seperti buaya yang jarangjarang ditemui,” katanya
Beliau berkata, mata wang lama yang sudah buruk dan terjejas bentuknya masih bernilai tinggi apabila ia dijadikan hiasan seperti lukisan.
Sharuddin berkata, kebanyakan koleksi diperoleh menerusi pencarian dan pembelian melalui internet.
“Dulu saya cari pelbagai koleksi mata wang unik ini di pasaran Thailand, Singapura, Indonesia dan Australia sebab mereka banyak simpan matawang Kesultanan Melayu.
“Bila mereka bida untuk menjual, kita boleh belinya dan bagi saya ia berbaloi kalau dibeli sebab setiap matawang lama dan unik ada nilai yang sangat tinggi,” katanya.
Sasar ahli kelab bertambah
Beliau yang juga Presiden Kelab Numismatik Malaysia berkata, kegiatan mengumpul matawang lama seperti token, syiling mahupun wang lama (numismatik) dalam kalangan penduduk semakin meningkat kebelakangan ini.
Menurutnya, penambahan peminat matawang lama ini didorong oleh aktiviti seperti pameran, lelongan dan mengumpul kerana kebanyakan mereka mula menyedari kepentingan warisan negara ini untuk generasi masa depan.
“Setakat ini, bilangan ahli tidak rasmi Numismatik Malaysia sudah mencapai 52,826 orang sehingga 2013 sahaja, malah dijangkakan bertambah sebanyak lima peratus lagi menjadikannya 55,467 ahli tahun depan.
“Persatuan Numismatik Malaysia, Persatuan Numismatik Kesultanan Melayu Malaysia (Masdinar) dan Kelab Warisan
Malaysia adalah antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu mengembangkan bidang ini,” katanya.
Sharuddin berkata, sebanyak 26 kelab di laman sosial facebook seperti Kemaruk Duit Lama, Kedai Hantu Duit-duit, Malaysia Error & Variety, Lot Gila Duit, Wang Nombor Cantik, Kedai Duit Error, Mata wang Kesultanan Johor dan Kelab Pengumpul Duit Lama Antik & Rare sudah diwujudkan.
“Kegiatan kumpul syiling lama tak kira sama ada kumpulan mata wang kesultanan Melayu Nusantara mahupun matawang lain tidak akan membazir, malah dilihat sebagai mampu jadi sumber pendapatan sampingan,” katanya.
Dapat pengiktirafan
Sharuddin memberitahu, kelab yang dikelolakan beliau itu pernah mengadakan pameran matawang di Muzium Kelantan tahun lalu.
Pameran itu katanya, diadakan bersama Perbadanan Muzium Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan.
“Pameran ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu matawang Kesultanan Melayu, matawang era sebelum merdeka,
"Matawang selepas merdeka dan matawang antarabangsa,” katanya.
Dalam pameran itu jelasnya, sebanyak 2,000 item melibatkan empat kategori berkenaan dipamerkan yang sebahagian besarnya adalah koleksi peribadinya sendiri.
“Saya terkejut apabila koleksi saya ini telah dimasukkan dalam Malaysia Book of Record sebagai pameran terbesar yang pernah diadakan di negara ini.
“Tentunya saya gembira sebab segala usaha kelab yang saya kelolakan ini mendapat pengiktirafan,” katanya.
Beliau turut bercadang mengadakan pameran seumpama itu pada masa akan datang dan mengalu-alukan jika ada pihak tertentu hendak menghulurkan kerjasama.
Kerjasama dengan UMP
Dalam pada itu, beliau rasa bertuah kerana Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi institut pengajian tinggi awam (IPTA) pertama menawarkan pengajian di peringkat sijil dalam bidang Numismatik iaitu Certificate in Profesional Numismatic Malaysia kepada semua masyarakat di negeri itu.
Kursus berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh UMP untuk peringkat sijil dan pihaknya turut berusaha supaya menawarkan diploma.
“Kita merancang ke arah itu memandangkan permintaan terhadap kursus ini sangat tinggi.
Bila ada permintaan dan tawaran daripada UMP, kita bersedia memberi kerjasama,” katanya.
Beliau yakin program itu akan melahirkan lebih ramai golongan cerdik pandai dalam bidang berkaitan kajian matawang ini.
Sumber DD - 14-11-2015
Zeti: Pengganti saya sedang dipilih Posted on Friday, November 13 @ 19:36:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Proses pemilihan pengganti bagi Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sedang dijalankan dengan lancar dan teliti.
Menurut Tan Sri Zeti, rakyat tidak perlu khuatir kerana beliau yakin terdapat banyak calon di negara ini yang layak menggantinya menerajui bank pusat.
Menurut Zeti terdapat proses terperinci yang perlu dilalui dalam pelantikan gabenor baru bagi bank pusat.
Proses ini sedang dikendalikan oleh salah satu dari tiga cabang jawatankuasa lembaga pengarah Bank Negara iaitu jawatankuasa tadbir urus.
Tambah beliau tidak wujud sebarang keraguan kerana proses pelantikan gabenor baru juga dikawal selia oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009.
“Semuanya dinyatakan dengan jelas dalam akta kami, Akta Bank Negara Malaysia 2009,” kata Zeti di sidang media pengumuman perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia untuk suku ketiga 2015.
Menurut beliau Akta Bank Negara Malaysia 2009 menekankan bahawa seorang gabenor mesti mempunyai latar belakang dan kelayakan tertentu.
“Jadi jawatankuasa ini sedang membuat proses penilaian terhadap semua nama calon-calon yang berpotensi menjadi gabenor,” katanya.
Beliau juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa individu yang sudah dicalonkan sebelum ini namun ditolak oleh jawatankuasa tersebut.
Kata beliau, ini membuktikan ketegasan jawatankuasa tersebut dalam memilih calon yang tepat.
“Satu atau dua orang individu yang kami calonkan sebelum ini juga ditolak oleh mereka kerana mereka mempunyai hubungan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Negara.
Jadi ini bermakna mereka menjalankan fungsi mereka dengan sangat serius dan tegas,” tambah beliau.
Bagaimanapun Zeti mencadangkan keputusan dibuat sekurang-kurangnya menjelang Januari tahun depan bagi memastikan semua serahan tugas berjalan lancar.
Tambah Zeti, Bank Negara mempunyai pelan penggantian bagi lima peringkat ke bawah yang mencerminkan keteguhan struktur dan operasi bank pusat. - Astro Sumber TKO - 13-11-2015
Jamil Khir: Akmal mesti mohon maaf atau disaman Posted on Friday, November 13 @ 19:28:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menuntut pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir (bawah) memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Ia berhubung dakwaan yang mengatakan menteri itu menyalahgunakan duit untuk anak yatim dan miskin bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah.
Dalam satu kenyataan hari ini, menteri itu berkata dakwaan itu adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.
"Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya," kata Jamil Khir.
Berikut adalah kenyataan penuh Jamil Khir:
Merujuk kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13 November 2015.
Sesungguhnya dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta sebenar.
Kunjungan saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.
Melalui strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.
Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan;
menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia. Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.
Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.
Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri.
Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya.
Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya.
Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan. Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.
Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.
Dengan ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.
Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya. - MK
Sumber TKO - 13-11-2015 Mengapa Jakim tidak jadi kementerian agama Islam?
Posted on Friday, November 13 @ 12:17:29 MYT by paklang
Oleh Ismail Hashim Yahaya Perlukah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dibubarkan sebagaimana yang dicadangkan Tawfik Ismail.Penulis berpandangan Jakim perlu dibubarkan tetapi untuk diangkat taraf menjadi kementerian.
Sudah sampai masanya Jakim yang berada di bawah peringkat jabatan dipayung menteri Jabatan Perdana Menteri itu dinaikan taraf kepada Kementerian Agama Islam.
Mengapakah kita mempunyai segala kementerian tetapi bidang urusan agama Islam hanya berada di bawah jabatan?
Asalnya urusan agama Islam di peringkat kebangsaan hanya mempunyai urus setia dan pada 1968, persidangan Majlis Raja Malaysia memutuskan perlunya suatu badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat perhatian antarabangsa.
Menyedari hakikat itu, satu urusetia kepada Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia ditubuhkan, bagi memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam.
Urusetia ini kemudiannya dikembangkan sebagai Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).
Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap, Jakim ditubuhkan kerajaan untuk mengambil alih kuasa dan peranan BAHEIS.
Laporan The Malaysian Insider (11 November 2015) menyebut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebuah negara demokrasi harus dibenarkan menubuhkan atau membubarkan jabatan kerajaan yang mereka mahu.
"Jika orang mahu menyingkirkan Jakim, mereka boleh melakukannya. Kerana, ini negara demokrasi, mereka boleh berhenti menyokong kerajaan. Itu saja," kata Dr Mahathir.
Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan pandangan Tawfik sambil menambah kenyataan anak sulung bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu merupakan pendapat peribadi.
Dalam satu temubual sempena pelancaran buku yang mengandungi tulisan allahyarham bapanya, Tawfik berkata Jakim perlu dibubarkan.
Katanya, Jakim dicipta pada zaman Dr Mahathir dan ia seolah berfungsi tanpa tujuan selain campur tangan dalam kehidupan peribadi rakyat Malaysia.
Tawfik berkata, tugas Jakim yang dikatakan melindungi kesucian agama Islam, boleh digalas Agong, Sultan, ulama serta mufti dan Jakim hanya badan penasihat kerajaan yang daripada segi Perlembagaan, tidak mempunyai peranan.
Bagaimanapun, kenyataan Tawfik itu tidak diterima baik kumpulan sayap kanan Melayu, Perkasa, yang mengatakan cadangan memansuhkan Jakim bertentangan dengan semangat negara, umat Islam dan Perlembagaan.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri yang menjaga hal ehwal agama pula berkata, pandangan Tawfik itu tidak selaras dengan Perlembagaan dan semua pihak perlu menghormati Jakim.
Sebenarnya pihak British memainkan peranan meletakkan Islam dalam kedudukan yang begitu sempit dengan meletakkan Islam dalam suatu ruang menyamainya dengan adat isitadat Melayu dan di bawah kuasa Raja Melayu.
Pada masa yang sama British memisahkan urusan keagamaan dalam kehidupan seharian dan memperkenalkan konsep sekular yang memisahkan hubungan agama dan negara, sesuatu yang asing dalam pandangan dunia Melayu.
Mengapa kerajaan tidak membubarkan Jakim menjadi sebuah kementerian agama Islam.
Sejauh manakah implikasinya daripada segi perlembagaan persekutuan?
Urusan kementerian agama Islam harus meliputi aspek yang lebih luas misalnya hubungan antara mazhab ahli sunnah wal jamaah dan hubungan mazhab Shafie dengan Syiah yang tidak dalam bentuk menghukum misalnya.
Bagaimana pula hubungan Islam dan mazhab Shafie dengan agama Kristian, Hindu dan Budhha misalnya.
Ia juga urusan dakwah Islam kepada yang bukan Islam misalnya. Kementerian juga harus bertanggungjawab dalam urusan akidah umat Islam.
Penubuhan kementerian agama Islam harus mencakupi semua ini dan bidang keagamaan yang lain di peringkat nasional walaupun urusan agama peringkat negeri masih berada di bawah urusan Raja Melayu
*Ismail Hashim Yahaya adalah pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel) kampus Shah Alam Sumber DD - 13-11-2015
1,000 doktor tidak minat, perlu tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan
USTAZ IDRIS AHMAD | .
RAMAI yang kehairanan membaca kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Melaka bahawa seramai 1,000 doktor pelatih tidak meneruskan kerjaya sebagai pegawai perubatan disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris sedangkan, kebanyakan pembelajaran dan buku rujukan mereka menggunakan bahasa tersebut.
Walaupun bahasa merupakan alat komunikasi terpenting, namun perlu disedari bahawa masalah sebenarnya adalah permasalahan sikap dan persekitaran kerja yang tidak sihat.
Memetik laporan Health Facts 2015, nisbah doktor kepada populasi Malaysia setakat Disember 2014 adalah 1:661. Kita masih ketinggalan jika dibandingkan dengan negara maju seperti New Zealand (1:465), United Kingdom (1:356) dan Korea Selatan (1:467). Juga, maklumat daripada World Banks menunjukkan Malaysia masih belum mencapai matlamat status kesihatan yang ditetapkan oleh Millennium Developmental Goals.
Oleh itu, kerajaan perlu mengambil langkah yang berkesan dan tersusun bagi menarik lebih ramai pegawai perubatan ke dalam sektor perkhidmatan awam di samping mengekalkan tenaga sedia ada; sebagai prasyarat kepada penyampaian sistem kesihatan yang lebih baik.
Realitinya hari ini adalah peningkatan jumlah pegawai perubatan berlangsung tidak seiring dengan perkembangan keutuhan pengurusan sumber manusia dan kelestarian profesionalisme.
Buktinya adalah keluhan pegawai perubatan mengenai waktu kerja yang tidak terbatas, beban kerja yang tidak seimbang, kurangnya budaya kerja berpasukan, karenah birokrasi sistem sokongan serta kekangan latihan kepakaran.
Ini semua menyebabkan tekanan di tempat kerja yang tidak menyumbang kepada kepuasan kerjaya. Natijahnya adalah pudarnya komitmen untuk terus berkhidmat dan mengembangkan kerjaya.
Adalah dianggarkan dalam masa 4 tahun akan datang, sejumlah 20,151 jawatan pegawai perubatan perlu diwujudkan bagi menampung sasaran 1 doktor 400 rakyat menjelang 2020.
Untuk itu, Kongres Rakyat telah mengutarakan usul penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan sesuai dengan keperluan untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
Selaras dengan peruntukan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan, sudah sampai masanya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi memperkasa dan melicinkan pengurusan sumber manusia di bidang kesihatan.
Ini selaras dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa sumber manusia merupakan komponen terpenting bagi menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
Antara perkara utama yang diharapkan dengan penubuhan suruhanjaya ini adalah supaya dapat dijalankan satu kajian teliti untuk menyiasat punca berlakunya penghijrahan pegawai dan pakar perubatan daripada perkhidmatan awam.
Kita mahu melihat usaha-usaha yang serius daripada kerajaan untuk menawarkan kualiti hidup yang lebih baik kepada profesion perubatan. Contohnya, wujudkan undang-undang yang menyelia waktu kerja semua pegawai perubatan termasuklah pakar.
Di Eropah sudah dilaksanakan peraturan yang hanya membenarkan doktor bekerja tidak lebih daripada 48 jam seminggu. Kita akur keperluan di Malaysia berbeza justeru memerlukan pendekatan yang berbeza.
Namun perlu dirintis usaha yang konkrit bagi melindungi pegawai perubatan daripada membahayakan nyawa pesakit mahupun nyawa mereka sendiri akibat kepenatan dan tekanan.
Suruhanjaya tersebut juga diharap berperanan bagi menggarap penyampaian perkhidmatan yang berkualiti melalui komitmen kerja berpasukan yang tinggi di kalangan profesion perubatan.
Adalah amat malang sekali melihatkan segelintir doktor pelatih yang mengalami tekanan perasaan akibat budaya kerja yang tidak sihat, di samping masalah peribadi. Maka, peranan pakar klinikal kini bukan sekadar merawat pesakit sahaja tetapi lebih daripada itu, mereka adalah contoh ikutan serta bertanggungjawab menyelia dan membimbing doktor yang bekerja di bawah mereka.
Ini menuntut anjakan perubahan sikap, komitmen dan latihan untuk mengasah kemahiran berorganisasi. Juga, sebahagian daripada kepuasan berkhidmat adalah untuk melihat penjagaan kesihatan yang lebih bersepadu di mana setiap disiplin perubatan dan kesihatan boleh berkomunikasi sesama mereka tanpa karenah birokrasi yang hanya akan merugikan kerajaan dan rakyat.
Oleh itu, kerajaan diseru supaya lebih prihatin terhadap persekitaran kerja pegawai perubatan jika berhasrat untuk mempersembahkan sistem kesihatan bermutu tinggi demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
Kerajaan perlu sedar bahawa pendekatan yang bersifat jangka pendek atau symptomatic tidak akan membawa negara ke mana, malah menambah beban kepada sumber sedia ada.
Besarlah harapan rakyat dengan tertubuhnya Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan mampu untuk menjamin perkhidmatan yang lebih efisyen di samping menyemai persekitaran kerja yang kondusif dan produktif. Jangan disalahkan penguasaan bahasa menjadi punca diskriminasi kerana kelak yang ruginya adalah kesihatan rakyat dan masa depan negara. - HARAKAHDAILY 13/11/2015 Penulis ialah Naib Presiden PAS, Ahli Parlimen Bukit Gantang. Sumber HD - 13-11-2015
BTN, rasisme dan wayang
Posted on Wednesday, November 11 @ 11:51:49 MYT by paktam
Oleh Hafidz Baharom Satu komen dalam rencana lepas saya bertanya sama ada Biro Tata Negara
(BTN) memainkan peranan dalam memupuk golongan yang saya labelkan
sampah minggu lepas.
Yakah begitu?Untuk kepastian, bagus juga saya menulis tentang
pengalaman saya sendiri dalam program tersebut.
Ramai mungkin sudah tahu saya graduan UiTM, masuk 2002 sampailah
2005. Waktu itu, UiTM bermacam-macam jadi, sampaikan satu memori saya ialah kolej lelaki
menang pertandingan tarian padang pasir.
Dan teringat program BTN di mana kita semua dibawa ke satu kem, semua telefon bimbit (belum
lagi telefon pintar masa itu) dirampas.
Di kem tersebut, kami dididik dengan apa yang kononnya dikatakan "perkembangan politik semasa".
Kononnya, disebabkan Melayu berpecah-belah, terpaksalah kerajaan Umno bergantung kepada
bangsa Cina yakni MCA untuk terus kekal sebagai kerajaan.
Ini dikatakan pihak pengajar sebagai satu yang "memalukan", malah kerajaan terpaksa akur dengan
penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan juga terpaksa memberi lebih wang kepada
sekolah Cina.
Kedua-dua ini juga dikatakan perbuatan yang "memalukan".
Memanglah timbul soal dalam kepala kenapa benda ini memalukan. Malah, saya pun berdarah
kacukan, tapi memang kelihatan masa itu bukanlah masa hendak membangkitkan soal tersebut.
Tenaga pengajar juga menyuruh kita sebagai pelajar menghafal dan menghayati lagu "Warisan". Saya
tidak berfikir banyak tentang isu ini sehinggalah Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini yang
membangkitkan memori ini, menyanyi sambil menangis-nangis di PWTC.
Selain kelas dan ingatan sebegini, tiadalah benda lain yang kontroversi sangat. Semuanya seperti
dalam sesi "team building" yang dilakukan sektor korporat saja.
Jadi, kalau hendak katakan BTN membuatkan saya ini rasis, tidak. Adakah ia boleh menimbulkan
semangat perkauman antara mereka yang hadir?
Mungkin juga, jika mereka tidak bergaul dengan bangsa lain. Jika mereka telan bulat-bulat segala
kuliah pihak BTN tersebut.
Adakah ia membuatkan saya mempersoalkan kenapa sesi sebegini perlu?
Memanglah perlu disoal, dan macam-macam lagi persoalan perlu dibangkitkan.
Apa sebenarnya objektif biro kerajaan persekutuan ini?
Kalau setakat hendak beritahu pelajar Melayu supaya jangan jual negara, saya rasa semua menteri
Umno yang patut menghadiri kem tersebut. Kalau ikut logik daripada lirik lagu "Warisan" mengatakan bumi dipijak milik orang, maka timbullah persoalan siapa yang menjual tanah sampai menjadi milik orang.
Kalau anak kecil bermain api sampai terbakar hatinya yang sepi, sampai keluar air mata darah
bercampur keringat, siapa yang abaikan mereka sampai begitu?
Bukankah suspek yang dituduh bersalah dalam menjual negara kita adalah pihak yang berkuasa sejak
saya diajar lagu tersebut pada 2002 sampaikan masih lagi berkuasa sekarang?
Malah, bukankah mereka masih lagi dalam proses penjualan negara kita sekarang pun melalui
Perjanjian Perkongsian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA)?
Bukankah orang Melayu sendiri yang terseksa dengan pendapatan yang kurang dan polisi gaji
minima tidak masuk akal, yang dilakukan pemimpin Melayu sendiri?
Bukankah orang Melayu sendiri yang songlap duit untuk membantu mangsa banjir di Kelantan?
Bukankah pemimpin Melayu sendiri yang sedang bertelagah tentang isu 1Malaysia Development
Bhd, satu syarikat yang kononnya hendak dirasionalisasikan pada hujung tahun?
Setiap tahun diwartakan ketirisan kerajaan dalam Laporan Ketua Audit Negara, dan setiap tahun
langsung tiada sebarang berita tentang tindakan diambil terhadap isu ini. Ini juga hasil kerajaan yang
pro Melayu.
Saya rasa ia amat jelas kalau hendak ikutkan modul BTN macam mana pun, kerajaan yang ada
sekarang ini bukanlah kerajaan yang saya disuruh sokong membuta tuli 13 tahun dulu semata-mata
kerana kita sebangsa.
Idea ini sudah lapuk dan remaja, penuntut universiti sekarang tidak lagi kalut tanpa akses ke media
sosial yang berbagai untuk mendapat dan berkongsi maklumat.
Pada masa sama, modul BTN juga sudah ketinggalan zaman sampai mencari kambing hitam
membuta tuli sampaikan "Buku Jalanan" dijadikan perosak.
Macam-macam dijadikan "wayang" untuk Melayu tidak pandang dalang dalam porak perandanya
Malaysia, perempuan tidak pakai tudung dibandingkan dengan tudung saji, perempuan hisap vape,
LGBT, pesta muzik, artis Korea peluk peminat, makanan halal tiba-tiba dikatakan haram, artis
Melayu mengamuk, tangkap basah – ini semuanya wayang sampingan semata-mata.
Mengapa?
Sebab Melayu suka drama. Kalau tiada drama, mereka buat drama sendiri kadang-kadang boleh buat
cerita Hindustan 3 jam. Dan malangnya, bukan saja Melayu tetapi ramai rakyat Malaysia pelbagai
bangsa terlebih sibuk dengan wayang dan sandiwara yang tertera di akhbar mengenai politik,
sampaikan jarang terfikir tentang rasionalnya sesuatu keputusan.
Dengan kata lain, dah buta sokong geng sendiri sampai betul atau salah tidak diendahkan langsung.
BTN kata perkataan "pendatang" tidak salah kalau digunakan untuk kaum Cina dan India walaupun
dah berkurun menetap di sini berbanding Melayu yang berimigrasi ke sini dari Indonesia?
Logik?
Memanglah tidak, malah saya juga hasil migrasi Indonesia.
Sama juga kalau DAP tiba-tiba membawa masuk 3 Melayu menjadi ahli majlis mereka di Selangor
tapi ia "tiada kena-mengena tentang kaum". Samalah logiknya dengan BTN itu.
No comments:
Post a Comment