BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, August 22, 2016

DEWAN MUSLIMAT MALAYSIA (JILID 2)


Perutusan Kemerdekaan: Minda dan 

jiwa merdeka

31 Ogos 2018 detik negara Malaysia 
menyambut kemerdekaan yang ke-61. 
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah 
SWT atas nikmat kemerdekaan yang kita
 kecapi selama 61 tahun ini. Jika kita soroti
 sejarah kemerdekaan negara kita, kita akan 
dapat menjiwai kesusahan nenek moyang 
dalam mempertahankan negara yang 
dicintai daripada belenggu penjajah.
Erti sebenar kemerdekaan bukanlah pada bebasnya kita daripada cengkaman penjajah semata-mata. 
Hakikatnya kita perlu membebaskan jiwa kita daripada belenggu kejahilan dan kemaksiatan yang semakin 
menular dalam kalangan masyarakat kita 
mutakhir ini.
Bertepatan dengan firman Allah:
‎وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
“Sesungguhnya kami telah utus rasul kepada tiap bangsa: (Dan mereka berkata) 
Hendaklah kamu sembah Allah dan jauhilah taghut. (Surah An-Nahl 16:36)
Di Hari Kemerdekaan ini marilah kita sama-sama menghayati kemerdekaan ini 
menurut kaca mata Islam yang sebenar bukanlah kerana pembebasan negara 
semata-mata. Kemuncak kepada kemerdekaan adalah kembali kepada agama.
Firman Allah s.w.t.:
‎فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً 
وَمِنْهَاجًا
Maksudnya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan 
apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak 
hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu 
dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Bagi tiap-tiap 
umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan 
agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). (Surah al-Ma’idah 5: 48)
Minda dan jiwa yang merdeka perlu dilentur dan dibentuk mengikut acuan Islam. 
Al-Quran dan sunnah dijadikan sebagai pedoman. Setiap juzuk dalam kehidupan, Islam 
telah menggariskan segala hukum hakam dan tatacara yang penuh tertib lagi tersusun.
Justeru, dalam meniti zaman medsos tanpa sempadan ini, tingkatkan ilmu dan 
kefahaman dengan semaksima mungkin, jauhilah segala anasir pemikiran barat 
sekular dan liberalisme, sentiasa merujuk dengan orang fakih alim ulama dalam 
bidang agama dan elakkan dari menyebar viral berita dan bahan palsu.
Oleh itu, kita perlu sama-sama berganding bahu membina negara dengan erti 
kemerdekaan dengan sebenar-benarnya. Kemerdekaan yang menyeluruh yang 
mendapat bimbingan dari Allah dengan menjadikan Islam sebagai panduan kepada 
seluruh kehidupan manusia.
Pada kesempatan ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) ingin mengucapkan 
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-61 kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira 
di mana pun berada. Ayuh! Bangkit bersama dengan minda dan jiwa yang bersih agar 
dirimu menjadi kebanggaan dan bakal mencipta lipatan memoir sejarah yang indah!
“Muslimat Memacu Kemenangan”
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
30 Ogos 2018 / 18 Zulhijjah 1439 - HARAKAHDAILY 30/8/2018

Sumber HD - 30-8-2018


Kecuaian di TASKA ranap pembinaan 

generasi



TERLALU kerap berita berhubung 
penderaan kanak-kanak dan bayi di 
\TASKA dilaporkan di media massa.
Tindakan penderaan ini dilakukan oleh 
pengasuh persendirian atau yang dilantik 
oleh pengusaha-pengusaha TASKA. Apabila berlaku kematian bayi atau penderaan 
kanak-kanak, tindakan yang diambil hanyalah tindakan jenayah kepada pelaku sahaja.
Pengusaha TASKA sebenarnya mempunyai liabiliti yang sama berat untuk 
ditanggung sekiranya mereka cuai dalam pemilihan pengasuh yang berkredibiliti.
Pengusaha atau pemilik TASKA mempunyai tanggungjawab memilih pekerja atau 
pembantu atau penjaga kanak kanak yang memiliki kriteria berikut;
1)     Memiliki Sijil Kursus Asuhan Kanak-kanak.
2)     Tidak mempunyai masalah mental dan emosi.
3)     Tiada rekod jenayah.
4)     Pengasih, penyayang dan penyabar dengan kanak kanak.
Dalam erti kata lain, pemilik TASKA mempunyai tanggungjawab kontrak dan fiduciary 
untuk tapis, temu duga dan selidik latar belakang pekerja masing-masing untuk 
menjaga kanak-kanak serta bayi yang diamanahkan oleh ibu bapa.
Bukan sekadar membuka taman asuhan kanak-kanak kerana untungnya yang berlipat 
ganda hingga ada pengusaha yang berjaya membuka 5 buah cawangan 
TASKA tetapi tidak mampu menguruskannya dengan baik. Lebih malang lagi, 
ada juga TASKA hanya menyerahkan kepada pekerja Indonesia untuk diuruskan. 
Pemilik dan pengusaha TASKA tidak boleh cuci tangan dengan sekadar membuat laporan polis ke atas pekerja mereka.
Pekerja TASKA sepatutnya di bawah pengawasan terus majikan. Bukannya sekadar 
di bawah pengawasan CCTV. Membiarkan kanak-kanak atau bayi didera tanpa 
pengawasan seorang pengurus seperti pemilik sendiri atau rakan kongsi adalah satu 
tindakan yang cuai.
Sebarang tindakan oleh petugas TASKA yang melanggar etika dan tugas serta 
peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian adalah perlanggaran dan kesalahan 
bersama yang perlu ditanggung oleh pemilik atau pengusaha TASKA.
Adalah disarankan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat memantau penubuhan 
TASKA dengan lebih ketat terutama penubuhan cawangan-cawangannya. Audit 
ke atas TASKA-TASKA ini perlu teliti dan ketat. Laporan Audit perlu dijadikan 
sebagai dokumen terbuka supaya ibu bapa dapat menilai prestasi TASKA sebelum 
menghantar anak-anak mereka ke TASKS-TASKA terbabit.
"Bolehkah ibu bapa mengemuka tuntutan Sivil ke atas pengusaha TASKA yang cuai?"
Ya, sekiranya terbukti kecederaan fizikal, emosi dan mental telah dilakukan ke atas 
kanak-kanak atau bayi terbabit.
NURHIDAYATY MAIDIN
Peguambela & Peguamcara
Ahli Jawatankuasa Muslimat Legal Team (MUSLET)
Dewan Muslimat PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 15/8/2018

Sumber HD - 15-8-2018

IRI: Desak siasat campur tangan







http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7720-iri-desak-siasat-campur-tangan


DEWAN Muslimat PAS Malaysia 
(DMPM) memandang serius tentang 
pengakuan dan pendedahan ekslusif 
daripada Presiden International Republican Institute (IRI) mengenai wujudnya 
kerjasama dengan parti pembangkang di Malaysia sejak 2002 dalam satu forum 
anjuran Center for Strategic and International Studies (CSIS).
Hal ini turut diakui oleh kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng 
semalam yang mengakui wujud hubungan dengan IRI dalam program kursus dan
 latihan yang dianjurkan oleh badan pemikir tersebut.
Penglibatan langsung IRI dengan parti-parti politik di Malaysia akan membayangi 
ideologi yang turut diagendakan oleh mereka. Oleh sebab itu, ia dilihat sebagai 
ancaman terhadap perjalanan politik di negara ini.
Kita tidak menafikan rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu Islam berasa 
tidak selesa, bimbang dan resah dengan isu-isu asas Perlembagaan yang 
dipolemik oleh pihak-pihak tertentu setelah peralihan kepimpinan negara pasca 
PRU-14.
Ditambah pula isu berkaitan IRI ini, ia menambahkan lagi kebimbangan yang sedia ada.
Justeru satu siasatan lanjut perlu dilakukan bagi mengelakkan campur tangan berterusan 
daripada kuasa asing.
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Ogos 2018 bersamaan 27 Zulkaedah 1439 - HARAKAHDAILY 9/8/2018
Sumber HD -9-8-20118

Ziarah keluarga mangsa nahas gempa 

Lombok

Berita
TITIWANGSA: Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan telah menziarahi keluarga pendaki Malaysia yang maut dalam kejadian gempa bumi di Gunung Rinjani, Lombok di kediamannya, di sini, kelmarin. 
Pada kejadian tersebut, kediaman para pendaki negara telah musnah di mana runtuhan bangunan telah menghempap Almarhumah Siti Nur Iesmawida Ismail yang menjadi punca kematiannya.
Kunjungan dipimpin Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP), Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa menemui ibu mangsa, Mazihah Mahmood.
Menurut Mazihah, beliau sangat sedih bila mengenangkan arwah anaknya itu serta tidak menyangka anaknya meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya jauh di negara jiran. 
“Arwah sememangnya amat meminati aktiviti lasak, selain mendaki, aktiviti seperti larian dan sebagainya merupakan hobi arwah sejak bujang lagi,” ujarnya sebak.
Dalam ziarah tersebut, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPWP telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Almarhumah di samping menyuntik kata-kata semangat supaya mereka sekeluarga tabah menerima ujian Tuhan. 
“Kami mengucapkan takziah atas perkara yang menimpa arwah dan marilah kita sama-sama doakan semoga arwah Iesmawida ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” kata Ustazah Nuridah. 
Terdahulu, jenazah Siti Nur Iesmawida yang merupakan pensyarah di sebuah kolej swasta telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Muda, di sini. -HARAKAHDAILY 5/8/2018








Sumber HD - 5-8-2018






PERBAHASAN mengenai etika pemakaian bagi pekerja wanita menjadi hangat dalam Sidang Dewan Rakyat semalam, 1 Ogos 2018. 
Dalam sesi perbahasan tersebut, MP Batu Kawan telah bangun dan menyangkal hujah MP Rantau Panjang, YB Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff yang merupakan satu-satunya wakil daripada Muslimat PAS, dengan membawa maksud 1 ayat al-Quran berkaitan menundukkan pandangan.
Pertamanya, ingin saya betulkan ayat tersebut daripada Surah an-Nur bukan daripada Surah an-Nisa’ seperti yang disebut iaitu Surah an-Nur ayat 30 yang bermaksud;
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan”
Benar dalam ayat ini jelas membawa perintah agar lelaki-lelaki menundukkan pandangan mereka daripada memandang yang haram adalah tegahan khusus ditujukan kepada kaum lelaki.
Manakala tegahan secara khusus kepada wanita berkenaan dengan pemakaian telah dinyatakan oleh Allah S.W.T Surah an-Nur ayat 31 sekali gus menepati ketegasan PAS memperjuangkan penjagaan pemakaian wanita yang patuh syariah.
Kami Muslimat PAS selari dan menyokong hujah daripada YB Rantau Panjang dan YB Tumpat agar kerajaan mengambil satu inisiatif untuk membenarkan wanita Muslim menutup aurat mereka dengan sempurna sesuai dengan tuntutan syarak.
Hal ini mesti diambil perhatian oleh Menteri Sumber Manusia untuk memberikan peluang dan ruang kepada wanita Muslim terutama yang bekerja sebagai pembantu penerbangan mahupun dalam mana-mana agensi untuk kekal memelihara aurat mereka di tempat kerja.
Di kesempatan ini kami juga menyeru kepada Ahli Parlimen dan Menteri yang bukan beragama Islam agar menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan negara Malaysia dan menghormati penganutnya untuk mengamalkan agama mereka dengan baik. 
USTAZAH HAJJAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
2 Ogos 2018 bersamaan 20 Zulkaedah 1439 - HARAKAHDAILY 2/8/2018
Sumber HD - 2-8-2018 

Don’t Bring Wolves to Our Door, YB Izzah

Dear YB Nurul Izzah,

You are adamant in wanting to bring your all-time favourite band to perform in Kuala Lumpur.

It’s no secret that Radiohead evokes bittersweet teenage years and high school memories for you. As our beloved young female leader since the time your father was arrested, we memorize to heart your most cherished bands and books as you generously shared about them in your interviews. We wanted to show you that we are with you. That we understand your painful journey.

But now you are an elected leader, it’s no longer a mere evocation of teenage treasured memories.
You now actually want to physically bring Radiohead to perform here in our country.

So this is where our loyalty for you ends. And this is where our loyalty to Islam and our fellow Muslims abides. Over and way above you, no question about it.

This is not only about Radiohead’s disturbing lyrics in Creep on adolescent self-loathing just because of an unrequited love. Neither is it about Radiohead’s tendency to tune out chilling lyrics on politics, suicide and atheism. Nor is it about Radiohead’s dark heavy tunes with dead guitar notes. Never mind their world hit, “No Surprises” and its lyrics, “Bring down the government, they don’t speak for us”.

This is not even about that anymore, YB Izzah. This is about loyalty to Islam. To our fellow Muslims.
This is about our fidelity to fellow Palestinians. There were resounding calls for a cultural boycott from Palestinians and world Muslims alike in July last year before Radiohead’s planned concert in Tel Aviv. Even the South African archbishop Desmond Tutu called for Radiohead to pull out in solidarity of the persecuted Palestinians.

Did Radiohead even bother to consider a boycott? No. Not at all. Thom Yorke, your favourite singer, responded to the pressure by calling it “patronising in the extreme and offensive”.

They went ahead and performed in Tel Aviv’s Yarkon Park on July 19, 2017 anyway. Forty-seven thousand creeps and weirdos flocked in to hear Radiohead play in the Jewish state. Just before Radiohead performed, The Times of Israel proudly proclaimed, “Before Radiohead conquered the world, it was already Israel’s darling!”

And now you earnestly and adamantly want to bring this Israel’s darling to perform in Kuala Lumpur? Why are you doing this?

A rock concert such as this will involve excessive alcohol consumption, social intercourse which crosses all norms of decency in Islam and other lingering effects that persist amongst our impressionable young people, years after Radiohead leaves after the concert.

You are approaching your 40-year line, and you are supported with a strong family with an Islamic background. But what about other youngsters who don’t even have that support and aren’t intellectually equipped to deal with such lyrics hauntingly calling them to become creeps and weirdos?

Each time the Muslimat raises issues such as this, we are labelled as Muslim conservatives, branded as intolerant and imposing our beliefs on others. But we Muslim conservatives will tell you that liberals demonstrate their own intolerance, using the strictures of political correctness as a weapon of oppression.
We PAS Muslimat are just standing up to liberal bullies in this country. We are just standing up to liberal seculars who seem to pervasively win the culture war in Malaysia and control the secular media.

For your information YB, the conservative Muslims are the actual victims here! Our animosities are related to your worldview. And we are just fighting back against the bullying and oppressive forces of the secularists in this country.

Stop bullying the Muslim conservatives in Malaysia. We are not backward or on the wrong side of history.
Regardless of your political or cultural orientation, Islam still stands erect on its throne of honour. In the name of Allah, respect it.

*Don’t bring Radiohead to Malaysia.*
Please listen to our heartfelt concern, YB.
Thank you.

Yours truly,

DR UZAIMAH IBRAHIM
International Affairs Department
Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sumber BO - 26-7-2018






MP wanita mesti bawa suara wanita di Parlimen

KAMI seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia berbesar hati mengucapkan ‘Selamat Bertugas’ buat Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Hajah Zailah Mohd Yusoff satu-satunya ahli parlimen wanita PAS yang akan membawa suara Muslimat PAS dalam sidang Dewan Rakyat. 
Tidak dilupakan sekalung harapan kami kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Pandan yang juga memegang portfolio Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Sesungguhnya amanah itu merupakan satu tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul dan pasti akan disoal kelak oleh Allah S.W.T sejauh mana kita telah laksanakannya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” [Q:S. Al-Anfal: 27] 
Muslimat PAS sebelum ini telah membawa 10 Tawaran Wanita Sejahtera dengan tema “Wanita Sejahtera Surihati Negara” khusus buat seluruh wanita di Malaysia merangkumi pelbagai aspek dengan melibatkan ekonomi, sosial dan emosional.
Di kesempatan ini kami ingin mencadangkan agar pihak kementerian menilai semula butiran iltizam kedua dalam Buku Harapan sebagai usaha untuk memastikan penjagaan kesihatan dan keselamatan sosial wanita. 
Bukan hanya memberikan fokus kepada program kesedaran sahaja yang lebih bersifat umum dan tidak digariskan secara terperinci tentang mekanisma pelaksaaan yang berkesan. 
Antara pelaksanaan yang boleh dipertimbangkan daripada Tawaran Wanita Sejahtera adalah seperti berikut:

i. Baucar Makanan Sihat Ibu Hamil bernilai maksimum RM600 (RM50 sebulan sepanjang tempoh hamil dan 3 bulan pertama selepas bersalin)
ii. Bantuan Dana RM2,000 secara one-off sebagai modal peralihan kepada wanita berkerjaya dan suri rumah
iii. Tabung Sejahtera Wanita Malaysia bagi membantu golongan wanita yang dianiaya seperti mangsa trauma jenayah seksual, tidak mendapat nafkah, ibu tunggal dan lain-lain 
Wanita merupakan tonggak utama dalam sesebuah rumah tangga, justeru kesejahteraan wanita mestilah menjadi keutamaan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan keluarga dan masyarakat yang akan terbentuk nanti baik dan sejahtera. 
NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
19 Julai 2018 / 6 Zulkaedah 1439 – HARAKAHDAILY 19/7/2018
Sumber HD - 19-7-2018 














Penubuhan taska di tempat kerja

DEWAN Muslimat PAS Malaysia merasa dukacita dan simpati terhadap kes yang baru berlaku ke atas seorang bayi lelaki, Adam Rayqal, dipercayai mati di rumah pengasuhnya. 
Sehingga ke hari ini, telah tular pelbagai kes yang melibatkan pusat jagaan atau pengasuh bayi dan kanak-kanak yang amat membimbangkan para ibu bapa untuk meninggalkan anak mereka sepanjang keberadaan mereka di tempat kerja. 
Bagi mengatasi masalah ini, Muslimat PAS menggesa pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat) mengambil tindakan proaktif sesuai dengan keadaan dan kehendak semasa. 
Antara syor daripada kami Muslimat PAS ialah;
●     Pembukaan taska atau nurseri di tempat kerja
Projek ini bertujuan memudahkan para ibu bapa menghantar, memantau serta mengambil semula anak mereka.
Selain memudahkan urusan ibu bapa, projek ini boleh menambahkan peluang pekerjaan buat wanita yang sedang menganggur.
Namun, latihan dan kemahiran wajib diberikan kepada pengasuh sebelum boleh menjadi pengasuh dan penjaga.
●     Perketatkan Akta Pembukaan Taska
Walaupun telah ada undang-undang berkaitan pembukaan dan penubuhan taska daripada pihak Kementerian, ianya perlu diperketatkan dan selalu dikawal selia oleh pihak berwajib.
Setiap daerah mesti diletakkan satu wakil yang akan menjaga dan memantau taska yang didaftar di dalam daerahnya.
●     Penyediaan latihan dan kawal selia pengasuh berdaftar 
Selain mewajibkan pendaftaran pengasuh, maklumat berkaitan mereka mestilah boleh dicari dalam satu sistem database pengasuh yang mengandungi maklumat peribadi, termasuk rekod kesihatan (terutama mental health screening), pendidikan, sijil yang selayaknya. 
Pengasuh yang berdaftar wajib mengikuti latihan yang disediakan serta akan dipantau secara berkala bagi memastikan kualiti penjagaan terjamin. 
Kami Muslimat PAS dengan tegas mengambil berat isu ini demi menjaga hak dan keselamatan anak-anak terutama bayi yang masih kecil. 
Hal ini diharap tidak berlaku lagi dan pihak berkuasa mesti mengambil tindakan yang sewajarnya agar kesedaran timbul bagi para pengasuh untuk sentiasa berjaga-jaga serta amanah dalam melaksanakan tugasan masing-masing. 
ROSNI ADAM
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
4 Julai 2018 bersamaan 20 Syawal 1439 - HARAKAHDAILY 4/7/2018
Sumber HD - 4-7-2018 








Masalah sosial: Institusi keluarga semakin parah

DALAM kemeriahan umat Islam menyambut Syawal, masyarakat turut dikejutkan dengan pelbagai berita menyedihkan seperti bayi yang dicampak dari tingkat dua serta kes rogol anak yang melibatkan ayah tirinya sendiri. 
Anak merupakan kurniaan serta amanah Ilahi. Atas alasan apa sekalipun, amanah ini perlu dijaga sebaik mungkin dan dididik menjadi generasi masa depan yang cemerlang.
Menurut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 115 kes buang bayi dilaporkan tahun lepas sepanjang 2017 dengan negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi. 
Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Polis Diraja Malaysia Bukit Aman mendedahkan bahawa 89 peratus jenayah rogol di seluruh negara berlaku dalam rumah dan perogolnya dikenali mangsa sendiri.
Dewan Muslimat PAS Malaysia memandang berat terhadap realiti isu masalah sosial yang semakin membimbangkan ini. 
Islam menawarkan solusi terhadap permasalahan yang berlaku dengan mengubati dari akar sebelum menjalar serta mencegah sejak awal. Penerapan nilai-nilai Islam dan pengamalan cara hidup Islam secara menyeluruh serta tidak hanya ritual, mampu mendidik masyarakat dengan perilaku yang baik, bertanggungjawab serta memelihara batasan individu. 
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." [Maksud Q:S. An-Nisa': 59] 
Selain itu, semua pihak juga perlu bergerak secara holistik termasuk kementerian yang terlibat, badan-badan bukan kerajaan (NGO), di samping peranan ibu bapa serta guru yang membentuk acuan anak-anak. Pembentukan institusi keluarga yang menitikberatkan keseimbangan sahsiah serta didikan agama juga perlu diberi perhatian. 
Dasar sistem pendidikan negara turut perlu disemak agar wawasan melahirkan generasi masa depan yang cemerlang akademik juga perlu seiring dengan kecemerlangan akhlak dan sahsiah diri. 
Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
29 Jun 2018 / 15 Syawal 1439 – HARAKAHDAILY 29/6/2018
Sumber HD - 29-6-2018 

Memburu lailatul qadar

SESUNGGUHNYA Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam Al-Qadar (Lailatul Qadar)” [Q:S. Al-Qadr: 1]
“Malam Al-Qadar lebih baik daripada 1,000 bulan.” [Q:S. Al-Qadr : 3] 
“Pada malam itu, turun malaikat dengan izin Tuhan mereka, membawa segala perkara (yang ditaqdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).” [Q:S. Al-Qadr : 4] 
“Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” [Q:S. Al-Qadr : 5] 
Kira-kira berbaki 5 malam lagi untuk kita isikan dengan beribadah, istighfar, membaca Al-Quran dan segala macam amalan untuk meraih nikmat Lailatul Qadar. 
Di awal Ramadan, sudah barang pasti kita telah mempersiapkan diri dari sudut fizikal dan rohani untuk memasuki fasa-fasa ibadah yang menjadi benteng bagi 11 bulan berikutnya sebagaimana telah disebut dalam sebuah hadis, bermaksud: “Barangsiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah, akan diampuni dosanya yang telah lalu” [HR Bukhari No. 38 dan Muslim No. 760] 
Dalam satu hadis lain juga ada mengingatkan kepada kita, bermaksud: “Sungguh sangat terhina dan rendah seseorang yang datang kepadanya Ramadan, kemudian Ramadan pergi sebelum diampuni dosanya” [HR Tirmidzi] 
Justeru, di kesempatan yang berbaki ini, pasakkan azam dalam diri untuk sentiasa melaksanakan ibadah dengan sebaiknya.
Antara amalan yang ringkas dan boleh diaksanakan oleh semua ialah iktikaf di masjid, ataupun bagi wanita yang mempunyai kekangan bolehlah beriktikaf di suatu sudut dalam rumah khusus untuk ibadah. 
Selain itu, sebagaimana dalam satu riwayat menyebut bahawa Saidatina Aisyah r.a memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w pada malam Ramadannya melakukan 3 perkara berikut: 
Menghidupkan sepanjang malam
Memastikan seluruh isi rumah juga bangkit menghidupkan malam 
Iktikaf di masjid
Untuk menghidupkan malam-malam Ramadan ini, kita juga digalakkan untuk:
Tahajjud (bangun malam)
Melakukan solat-solat sunat
Banyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah S.W.T
Banyakkan berdoa dengan doa اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Banyakkan membaca Al-Quran 
Teruskan memburu Lailatul Qadar, jangan sesekali kita mensia-siakan 10 malam terakhir ini, hidupkan malamnya dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah S.W.T. 
Di akhirnya, letakkan Ikhlas sebagai kunci kepada setiap amal ibadah kita. Mudah-mudahan kita bukan sekadar berkobar-kobar untuk beramal di bulan Ramadan sehingga menjadi hamba Ramadan, tetapi biarlah amal kita itu istiqamah dalam sebelas bulan yang lain kerana kita hamba Allah S.W.T yang sentiasa perlukan Dia. 
Semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T dan dinilai dengan kebaikan, bukan hanya amal yang sia-sia sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.” [Q:S. Al Furqan : 23]
Dikeluarkan oleh:
SekretariatDewan M uslimat PAS Malaysia
8 Jun 2018 bersamaan 23 Ramadan 1439 – HARAKAHDAILY 8/6/2018
Sumber HD - 8-6-2018 











Peguam Negara: Mesti dapat perkenan YDPA

MUSLIMAT PAS berdiri teguh di belakang Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-raja Melayu dalam keputusan melantik dan memperkenan seorang nama sebagai Peguam Negara daripada Kerajaan Persekutuan. 
Sehingga hari ini masih belum ada satu kata putus persetujuan daripada pihak Putrajaya dan Istana Negara berhubung kes ini yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan netizen. 
Kami sedia maklum, suatu persidangan Raja-raja akan diadakan pada esok hari iaitu 5 Jun 2018 bagi membincangkan isu ini, Muslimat PAS dengan sepenuh hati mendoakan agar jawapan terbaik khususnya untuk kedaulatan Malaysia dapat diputuskan berkat daripada syura yang dijalankan. 
Di kesempatan ini, kami ingin mengajak semua untuk mengahayati beberapa ayat al-Quran yang Islam anjurkan sebagai usaha untuk memberikan tanggungjawab kepada seseorang: 
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang Kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam suatu apa pun,……”
[ali-'Imran: 28] 
“Salah seorang di antara dua perempuan itu berkata, Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah”
[al-Qasas: 26]
“Yusuf berkata, jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir) sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya lagi mengetahui cara mentadbirkannya”
[Yusuf: 55] 
Mudah-mudahan Kerajaan Persekutuan di bawah teraju Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa menjadikan al-Quran sebagai prinsip dalam membuat sesuatu keputusan dan dibimbing oleh Allah dalam apa jua tindakan untuk membina Malaysia yang sejahtera. 
NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
4 Jun 2018 bersamaan 19 Ramadan 1439 - HARAKAHDAILY 4/6/2018




















Sumber HD - 4-6-2018











Rabu, 30 Mei 2018


JAKIM Perlu Dipertahan Tanda Menghormati Perlembagaan


1. Muslimat PAS membantah sekerasnya terhadap mana-mana gerakan atau individu yang mendesak kerajaan untuk melupuskan institusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

2. Kerajaan baru di bawah kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad mesti menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini kerana dalam perlembagaan Perkara 3 (1) telah tertulis Islam adalah Agama Persekutuan;

“Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

3. Muslimat PAS ingin menegaskan bahawa penubuhan JAKIM yang dinaiktaraf daripada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) pada awalnya sebagai satu implementasi butiran dalam Perkara 3 (1) sejak dari tahun 1997 hingga kini.

4. JAKIM merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan yang melaksanaka tiga fungsi utama iaitu;

i. Penggubalan dan Penyeragaman Undang-undang Syarak
ii. Penyelarasan Pentadbiran Islam
iii. Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam

5. Justeru kami Muslimat PAS bertanggungjawab untuk menyeru dan mengajak semua pihak terutama Muslim seluruh Malaysia agar mengambil berat tentang gerakan yang tidak wajar ini.

6. Kepada rakan-rakan bukan Islam, anda tidak perlu risau dan khuatir untuk mengamalkan agama masing-masing sebagaimana telah termaktub dalam Perkara 3 (1) di atas dan institusi JAKIM sendiri hanya khusus untuk agama Islam, tidak mengganggu perihal agama lain.

7. Di kesempatan ini, Muslimat PAS sangat berharap agar kerajaan baru Pakatan Harapan dapat memelihara kesucian agama Islam terutama dari sudut pelaksanaannya.

Salamiah Mohd Nor
Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sumber MR - 30-5-2018












Memperingati ‘Nakbah’ Palestin di ambang Ramadan

KERAKUSAN Rejim Zionis meratah bumi Palestin dengan nafsu amarah terus menzalimi umat Islam tanpa sekelumit jiwa perikemanusiaan sehingga mengundang hiba buat seluruh dunia. 
Dunia seakan buta menilai kesakitan anak-anak Palestin yang kehilangan keluarga, tandus tempat berteduh, bumi yang dahulu subur kini menjadi lantai berselerakkan peluru, seakan tiada harapan untuk mereka menikmati erti kehidupan. 
Atas dasar prihatin, Muslimat PAS menyatakan rasa sedih, marah dan kesal atas kekejaman Rejim Zionis dan sekutunya ke atas Muslim di Gaza hingga ke saat ini tidak langsung menampakkan penyesalan, malah semakin hari semakin menjadi-jadi perbuatan zalim mereka.
Kekejaman direncanakan demi menghapuskan Muslim Palestin ini telah pun bermula sejak tahun 1948 lagi dan sejak detik itu sehingga kini ia terus segar diingati bahkan ianya dikenali sebagai Nakbah Palestin yang berlalu selama 70 tahun. 
Sedarkah kita bahawa hingga ke saat dan ketika ini, seramai 58 orang telah syahid terkorban manakala 2,700 rakyat Palestin tercedera akibat serangan bertubi-tubi daripada Zionis semenjak perhimpunan aman 'Great Return March' pada 30 Mac lalu.
Muslimat PAS mengajak seluruh Muslimin dan Muslimat sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin agar mereka sentiasa dikurniakan kekuatan demi kekuatan bagi melawan kekejaman ini, selain mendoakan puak-puak Zionis ini dihancurkan oleh Allah dengan sebesar-besar kehancuran sebagai balasan yang setimpal atas perbuatan jahat mereka. 
Qunut Nazilah mesti kita baca selepas setiap kali Solat Fardhu serta saat dalam Tahajud kita. Mohonlah dengan bersungguh kepada Allah kerana doa ke atas Muslim yang lain merupakan doa yang tiada hijab. Mudah-mudahan Allah menerima doa, permohonan dan rayuan kita ini.
Semoga Allah S.W.T menerima hajat kita kerana kita sendiri tidak mampu untuk bantu mereka secara fizikal ke sana, sumbangan dalam bentuk kewangan dan doa sebagai wakil kita tanda persaudaraan Islam ini begitu kukuh walau jarak yang sangat jauh.
NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
15 Mei 2018 bersamaan 29 Syaaban 1439 - HARAKAHDAILY 15/5/2018

Sumber HD - 15-5-018 

PRU14: PAS tambah calon muslimat

BANGI: PAS menghantar sekitar 38 orang calon muslimat bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan 10 calon bagi kerusi Parlimen dan 28 calon kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). 
Demikian yang dinyatakan Adilah Mohamad dari Jabatan Pembangunan Arkib Dewan Muslimat PAS bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh audiens di Program Town Hall Anak Muda Anjuran Jabatan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (JPro) yang berlangsung di sini, semalam. 
Katanya, secara perbandingan PAS mengemukakan 13 calon muslimat pada PRU12 dan 22 orang calon muslimat pada PRU13. 
Beliau berkata, Dewan Muslimat PAS tidak perlu untuk meminta-minta kerusi daripada PAS Pusat sebagaimana yang berlaku kepada beberapa pati lain yang berebut untuk menjadi calon. 
“Di peringkat PAS sendiri diberi ruang kepada Dewan Muslimat, kita melihat bagaimana kerusi panas di Parlimen Kubang Pasu, kita semua sedia maklum lama Tun Mahathir bertapak di Kubang Pasu, dan kita boleh melihat bagaimana PAS memberikan kepercayaan kepada Dewan Muslimat melalui Puan Hafiza kita tampilkan calon-calon muslimat juga merupakan Penolong Setiausaha Dewan Muslimat PAS Malaysia, kita tampilkan calon Dewan Muslimat sendiri,” ujarnya. 
Menurutnya lagi, bilangan calon muslimat dijangka meningkat apabila calon-calon yang bertanding di Kelantan diumumkan nanti. 
Pada PRU14, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (foto atas) turut dicalonkan bertanding bagi kawasan Parlimen Sungai Buloh. – HARAKAHDAILY 23/4/2018
Sumber HD - 23-4-2018 














Salam perjuangan penuh rahmat buat semua calon PAS

“PERGILAH kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
[at-Taubah: 41] 
Malam 19 April telah menjadi sejarah PAS untuk PRU-14 kali ini apabila Majlis Pengisytiharan Calon-calon PAS diumumkan di seluruh negara kecuali Sarawak, Sabah dan Kelantan yang akan diumumkan masing-masing pada 21, 22 dan 25 April akan datang.
Seperti mana yang telah Allah S.W.T tetapkan dalam Surah at-Taubah ayat 41, sudah pasti pelbagai perasaan bercampur-baur dalam diri setiap calon. Amanah dan tanggungjawab sebagai calon mewakili PAS baik di peringkat Dun mahu pun Parlimen keduanya membawa satu visi dan matlamat yang sama iaitu memenangkan PAS dan Gagasan Sejahtera. 
Ustazah mewakili seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan "Salam Perjuangan" buat semua sahabat terutama Muslimat yang telah terpilih menjadi calon di negeri masing-masing. 
Besarlah harapan Ustazah agar kesemua calon yang telah menerima Watikah Calon dan berbaiah, beriltizam penuh kesungguhan untuk melaksanakan segala gerak kerja sebelum, semasa dan selepas PRU dengan sehabis daya. 
Pasakkan niat yang kukuh segalanya hanya kerana Allah S.W.T, bukan kerana nama, pangkat, harta dan segala bentuk fatamorgana dunia yang hanya sementara nikmatnya. 
Ustazah juga berharap kesemua calon ini termasuk yang akan diumumkan nanti agar sentiasa menguatkan tekad, sabar dan tabah untuk menghadapi hari-hari mendatang terutama dalam tempoh berkempen selepas sahaja Hari Penamaan Calon pada 28 April. Ingatlah bahawa kita semua tidak hanya membawa nama masing-masing, tetapi kita membawa bersama nama Parti Islam Se-Malaysia dalam setiap langkah dan gerak kita.
Di samping itu, kepada seluruh jentera Muslimat PAS khususnya teruskan perjuangan ini sehingga tarikh 9 Mei nanti. Seharusnya momentum gerak kerja kita meningkat demi untuk melihat tertegaknya Islam di Malaysia yang kita cintai ini. Teruskan bermunajat, memohon dan merayu kepada Allah S.W.T agar kita semua diberikan kemenangan dalam PRU kali ini. 
Akhir kalam daripada Ustazah, “Siiruu ‘ala barakatillah”, “Fii hifzillah” buat semua calon dan jentera seluruh Malaysia. Semoga Allah berkati, rahmati dan redhai jalan perjuangan kita ini insyaAllah. Moga diberikan kita kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat.
NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 April 2018 bersamaan 4 Sya’ban 1439 - HARAKAHDAILY 20/4/2018
Sumber HD - 20-4-2018 















Kuasa memilih: Ayuh wanita turun undi 9 Mei

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru para wanita turun mengundi pada 9 Mei biarpun tarikh membuang undi jatuh pada hari bekerja yakni Rabu. 
Timbalan Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam berharap perkara itu tidak menjadi halangan kepada para pengundi demi menunaikan tanggungjawab bersama menuju ke arah Malaysia Sejahtera. 
Seru beliau, para pengundi diingatkan menyemak tempat mengundi terlebih dahulu dan dinasihatkan merancang perjalanan agar selamat sampai ke kampung halaman masing-masing. 
"Kami mendoakan perjalanan pergi dan pulang dipermudahkan oleh Allah. Semoga pengorbanan yang dilakukan ini dinilai oleh Allah, insha Allah. Kuasa memilih terletak di tangan kita. 
"Ayuh! Pesan dan ajak bersama adik-beradik, jiran tetangga, sanak saudara, sahabat handai dan semua anak muda untuk balik mengundi dan memilih calon yang membawa agenda Malaysia Sejahtera yang bakal membawa Malaysia memacu ke arah yang lebih gemilang. 
"Pesanan bersama, semak tempat mengundi, bawa bersama kad pengenalan diri dan keluarlah awal bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas dan kejadian yang tidak diingini berlaku. Selamat menunaikan kewajipan. Kuasa memilih, undilah PAS!" katanya dalam satu kenyataan semalam. 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu sidang media tengahari semalam telah mengumumkan tarikh mengundi adalah pada 9 Mei 2018 (Rabu) manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 28 April hari Sabtu dan hari mengundi awal pada 5 Mei, Sabtu. 
Turut diumumkan adalah waktu berkempen adalah selama 11 hari bermula dari 28 April sehingga 11:45 malam pada 8 Mei. 
Walaubagaimanapun, pemilihan tarikh yang ditetapkan oleh SPR mendapat kecaman awal dari PAS kerana hari mengundi jatuh pada pertengahan minggu iaitu pada hari bekerja. -HARAKAHDAILY 11/4/2018
Sumber HD - 11-4-2018 
















Peranan wanita menentu kuasa politik negara

PILIHAN Raya Umum ke-14 kali ini bakal menyaksikan keyakinan rakyat untuk memberikan mandat pemerintahan negara maka antara yang menjadi pengundi majoriti adalah dalam kalangan wanita bagi membawa suara mereka dalam mengatur polisi dan dasar negara khususnya melibatkan kepentingan kaum wanita. 
Realiti sebenar kelompok wanita di Malaysia terbahagi kepada dua segmen; wanita bandar dan wanita luar bandar. Perbezaan keduanya dapat dilihat terutama dari sudut latar belakang pendidikan, pekerjaan, gaya hidup dan capaian maklumat. 
Penilaian ini mampu memberikan kesan dalam menentukan keputusan PRU 14. Maka sewajarnya wanita perlu menterjemahkan impian untuk melihat perubahan negara sekali gus membuktikan satu penanda aras keinginan dari pengundi wanita. 
Kedua kelompok ini mempunyai fungsi dan keistimewaan yang sama terutama sebagai nadi dalam keluarga dan masyarakat biarpun berbeza dari sudut posisi profesion serta kedudukan geografi. 
Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lebih 51 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar iaitu 14,968,229 di Malaysia adalah wanita. Ini menjadi bukti bahawa wanita penentu kuasa politik negara.
Penentu kuasa politik negara ini merupakan satu perkara penting agar ianya difahami dengan baik oleh wanita dan sewajarnya ia wajib diterjemahkan atas kertas undi masa PRU 14 akan datang. 
Muslimat PAS dengan penuh harapan dan optimis ingin mengajak kepada semua wanita seluruh negara tidak kira di mana sahaja, baik di bandar, luar bandar mahupun di pedalaman agar turun menyatakan pendirian dalam PRU 14 kali ini.
Buatlah pilihan terbaik demi masa depan anak bangsa agar kemajuan negara serta kurniaan rezeki di tanah air sendiri mampu dinikmati bersama serta segala kehidupan kita memperolehi keberkatan dari Allah S.W.T. 
Kami Muslimat PAS penuh iltizam membawa Tawaran Wanita Sejahtera khusus untuk wanita merangkumi wanita berkerjaya, suri rumah, wanita yang ditinggal atau kehilangan suami juga wanita warga emas dan OKU. Semua akan merasai kesejahteraan Islam yang menjadi rahmat untuk semua termasuk kepada mereka yang bukan Islam. 
NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
6 April 2018 bersamaan 19 Rejab 1439 - HARAKAHDAILY 6/4/2018
































Sumber HD- 6-4-2018

















Muslimat PAS kutuk kekejaman Israel

MUSLIMAT PAS mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel yang dilakukan ke atas warga Palestin. 
Great Return March yang dilancar secara aman oleh warga Palestin pada awalnya mendapat serangan hebat dari Israel hingga menyebabkan 17 terbunuh dan lebih 1,400 orang cedera parah. 
Episod kekejaman ini terus-menerus berlaku biarpun resolusi PBB 164 telah menetapkan pelarian ini berhak kembali ke tanah air dan kediaman mereka yang dicerobohi. 
Penindasan dan kekejaman Israel terhadap warga Palestin ini mengundang kemarahan seluruh dunia terutama penduduk Malaysia yang cintakan keamanan. 
Justeru, Muslimat PAS menyeru seluruh rakyat Malaysia terutama umat Islam agar melakukan solat hajat serta membaca qunut nazilah semoga Allah S.W.T melindungi mereka di sana. 
Muslimat PAS juga mengajak seluruh rakyat Malaysia agar lebih cakna isu umat ini bagi membuktikan bahawa umat Islam itu bersaudara walaupun pada jarak yang jauh dan benua yang berbeza. 
Akhirnya, Muslimat PAS mendesak agar seluruh negara OIC membantu rakyat Palestin yang ditindas walau dalam apa cara sekalipun. 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439 – HARAKAHDAILY 1/4/2018
Sumber HD- 1-4-2018 


















Pengorbananmu tidak terbalas, terima kasih doktor

KESIHATAN adalah aspek paling penting yang mesti dijaga oleh setiap manusia. Oleh itu, doktor merupakan insan yang sangat diperlukan masyarakat untuk mendapat khidmat dan bantuan sewajarnya. 
Kami Muslimat PAS sangat menghargai sumbangan besar kalian kepada negara. Justeru, marilah sama-sama kita zahirkan penghargaan kepada insan yang banyak berbakti kepada masyarakat ini sempena Sambutan Hari Doktor Sedunia yang disambut pada setiap 30 Mac. 
Statistik jumlah pesakit yang meningkat sepanjang tahun menjadikan tugasanmu semakin mencabar. Akan tetapi, kalian tetap menjalankan amanah sebaiknya walaupun kami mengerti masamu bersama keluarga, begitu juga waktu rehat makan dan sebagainya sering kali terlepas serta terpaksa dilupakan. 
Namun ketahuilah, setiap saatmu merawat dan menyelamatkan nyawa seorang insan itu bernilai ibadah. Kami rakyat Malaysia mendoakan semua doktor di seluruh negara beroleh kesejahteraan dan ketabahan mengiringi penat lelah kalian. 
Terima Kasih Doktor! 
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan” 
Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 Rejab 1439H bersamaan 30 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 30/3/2018




































Sumber HD- 30-3-2018






































Tahniah Siti Nurhaliza atas kelahiran cahaya mata

11 tahun penantian penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya terbalas apabila dikurniakan seorang bayi perempuan yang selamat dilahirkan pada 1 Rejab 1439 bersamaan 19 Mac 2018 jam 8.17 pagi. 
Bayi comel yang diberi nama sementara sebagai ‘Fatimah Az-Zahra’ menjadi buah mulut seluruh netizen apabila masing-masing berasa sangat teruja, terharu dan syukur atas kelahirannya. 
Sudah pasti Datuk Seri Siti atau lebih mesra dengan panggilan ‘Mak Iti’ dan ‘Tok Ti’ sendiri berasa gembira kerana itulah yang diharapkan dalam sebuah perhubungan suami isteri, iaitu zuriat yang soleh selain memperoleh pasangan yang baik dan memahami.
Di kesempatan ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan segunung tahniah kepada Datuk Seri Siti dan suami serta keluarga atas kelahiran cahaya mata yang pasti menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati. 
Kami juga mengajak netizen untuk sama-sama mendoakan bayi yang dilahirkan ini agar menjadi harta yang bernilai buat ibu, ayah khususnya dan pada agama, bangsa dan Negara umumnya insya Allah. 
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَوهُوبِ، وَشَكَرْتَ الوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ
“Semoga Allah memberkati anak yang dianugerahkan kepadamu, semoga kamu bisa mensyukuri Sang Pemberi (Allah), semoga cepat besar dan dewasa, dan engkau mendapatkan baktinya si anak.”
جَعَلَهُ اللهُ مُبَارَكًا عَلَيكَ وَعَلَى أُمَّةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم
“Semoga Allah menjadikannya anak yang diberkati untukmu dan untuk umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
بَارَكَ اللَّهُ لَكِ فِيهِ، وَجَعَلَهُ بَرًّا تَقِيًّا
“Semoga Allah memberkati anak ini untukmu dan menjadikannya orang baik yang bertaqwa” 
NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 Mac 2018 / 3 Rejab 1439 – HARAKAHDAILY 21/3/2018






































Sumber HD - 21-3-2018




















Kesihatan emosi ibu tanggungjawab bersama

MUSLIMAT PAS berasa simpati atas berita kematian seorang bayi yang ditinggalkan tanpa sengaja selama empat jam di dalam kereta oleh ibunya. Muslimat PAS yakin ibu terbabit pasti tidak pernah menjangkakan berlaku tragedi yang pasti meluluhkan hati seorang ibu. 
Atas kesedaran kepentingan kebajikan untuk wanita, Muslimat PAS berpandangan agar kaum wanita terutamanya para ibu mesti diberikan rehat secukupnya kerana selain bebanan tanggungjawab dan tugasan di tempat kerja, mereka juga perlu melaksanakan kerja-kerja rumah termasuk menguruskan anak dan suami. 
Kebenaran pulang awal sejam buat ibu boleh diamalkan oleh para majikan agar dapat memberi keselesaan dan ruang kepada mereka menguruskan hal ehwal rumah setelah pulang daripada bekerja. 
Justeru majikan tidak perlu membebani pekerja selepas tamat waktu bekerja kerana mereka juga perlu memberikan hak yang sewajarnya buat diri masing-masing serta peranan di rumah pula. 
Selain itu, taska juga wajar diusahakan di tempat kerja agar lebih mudah untuk ibu-ibu ini mengambil dan menghantar anak mereka tanpa perlu risau memikirkan perihal anak yang berjauhan semasa bekerja. 
Dari perspektif lain, suami wajar memainkan peranan dalam rumah tangga dan tidak hanya membebankan pasangan sendiri. Urusan rumah perlu dibahagikan sebaiknya antara pasangan dengan mengamalkan sikap toleransi dan memahami bebanan tugasan masing-masing. 
Allah S.W.T telah menciptakan lelaki sebagai pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita sebagaimana yang tercatat dalam surah an-Nisa’ ayat 34, seharusnya golongan suami memahami dan bertanggungjawab menjaga kebajikan pasangan agar sentiasa berada dalam keadaan baik. 
Berita kematian ini diharap dapat menjadi iktibar buat semua ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati di samping menjaga kesihatan emosi masing-masing supaya kejadian yang sama boleh dielak. 
Di kesempatan ini, Muslimat PAS ingin merakamkan ucapan takziah buat ibu bapa adik Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan atas kejadian buruk yang menimpa. Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menghadapi ujian ini. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Muslimat Memacu Kemenangan"
 
DR ROSNI ADAM
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 Mac 2018 bersamaan 28 JamadilAkhir 1439 - HARAKAHDAILY 16/3/2018
Sumber HD - 16-3-2018 










































Etika pakaian sopan untuk anak kapal wanita

PEMAKAIAN seksi dan kurang sopan pramugari Muslim terutamanya dalam syarikat penerbangan Malaysia langsung tidak menggambarkan kemurnian Islam yang menjadi agama persekutuan Malaysia. 
Perkara tersebut ternyata mendapat perhatian apabila wujud surat komen daripada salah seorang penumpang Air Asia, Dr June Robertson yang mengutuk pemakaian pramugari Malaysia. 
Terkini kes dilaporkan seorang penumpang penerbangan Malindo Airlines ke Dhaka telah melakukan aksi yang menjijikkan apabila menyerang pramugari selepas menonton filem lucah melalui komputer ribanya. 
Jika dilihat secara dasarnya, hal ini pasti boleh dielakkan sekiranya pramugari mengenakan pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata sehingga menaikkan nafsu syahwat mata memandang. 
Muslimat PAS komited menyuarakan segala isu berkaitan penjagaan maruah wanita serta menggesa pihak syarikat penerbangan Malaysia mengkaji semula etika pemakaian bagi seorang pramugari sama ada Muslim mahupun bukan, agar mematuhi syari’at dan juga memberikan keselesaan semasa bertugas. 
Keutamaan untuk menjaga maruah dan peribadi pramugari dengan menampilkan pemakaian sopan dan menutup aurat ini menghasilkan impak positif sekali gus membina akhlak saling menghormati antara penumpang dan anak kapal yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan budaya. 
Muslimat PAS memandang positif langkah ini mampu menampilkan imej Islam yang sentiasa meninggikan darjat dan kedudukan wanita. Dakwah juga dapat disampaikan secara tidak langsung kepada semua penumpang melalui pakaian yang sopan dan menutup aurat. 
Syari’at untuk menutup aurat yang diaturkan Allah S.W.T buat wanita bukan untuk menyusahkan, malah untuk menjaga maruah dan kehormatan wanita itu sendiri. 
Kita melihat telah banyak berlaku gangguan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di seluruh Malaysia seolah-olah ianya telah menjadi ketagihan tidak bernoktah dalam masyarakat kini. 
Muslimat PAS mengemukakan cadangan etika pemakaian pramugari Muslim mestilah menutup aurat (termasuk memakai tudung), manakala bagi yang bukan Islam, mestilah berpakaian sopan, tidak terlalu ketat dan singkat.
Justeru Muslimat PAS menyeru dan mengajak semua pihak agar merasa bertanggungjawab dalam memastikan aurat dan maruah wanita terpelihara khususnya buat wanita Muslim serta seluruh wanita umumnya. 
NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
13 Mac 2018 bersamaan 26 Jamadilakhir 1439 - HARAKAHDAILY 13/3/2018
Sumber HD - 13-3-2018 






















Wanita sejahtera bersama Islam

PERANAN wanita dalam Islam sentiasa segar dalam lipatan sejarah malahan tokoh wanita seperti Saidatina Khadijah Khuwailid R.A, Saidatina Aisyah R.A, Rabiatul Adawiyah, Sumayyah Khayyat serta beberapa lagi serikandi Islam meniti di bibir masyarakat kerana pengorbanan dan jasa mereka. 
Islam memberikan penghormatan terbaik kepada wanita sehingga hak wanita sentiasa diberi keutamaan dengan matlamat maruah serta peribadi wanita dilindungi. Islam datang dengan penuh kesejahteraan terutama buat penganutnya dan juga kepada yang bukan Islam, Islam ‘rahmat untuk semua’. 
Kesejahteraan Islam dinikmati wanita dengan garis panduan kehidupan yang harmoni bersandarkan kepada syariat bahkan ia tidak memenjarakan mereka berbakti dalam menyampaikan dakwah. 
Wanita perlu menyelongkar rahsia dan hikmah penciptaan wanita mengikut percaturan Allah S.W.T, serta kedudukan mereka dalam masyarakat iaitu tidak hanya dipergunakan demi kecantikan sebagai pameran. 
Seharusnya wanita sedar dan yakin akan keistimewaan mereka diciptakan oleh Allah S.W.T dalam dunia ini bukan sekadar menjadi penyeri yang mencantikkan dunia malah wanita ini tugas dan tanggungjawabnya lebih besar iaitu untuk mendidik generasi pemimpin dunia. 
Ungkapan “tangan yang menghayun buaian juga bisa menggoncangkan dunia”, mencerminkan posisi wanita bermula dari rumah dalam menyediakan legasi pejuang Islam menerusi pembentukan kefahaman Islam tulen sebelum berpencak di lapangan sebenar. 
Muslimat PAS dengan penuh iltizam membawa teras ‘AKIFI khusus buat wanita pembangun ummah juga kepada seluruh wanita di luar sana. 
‘AKIFI merangkumi tiga nilai utama yang perlu ada pada diri setiap wanita; iaitu ‘Alim (berilmu), Haraki (bergerak ke medan sebenar) serta Sufi (menjaga rohani dan diri untuk taqarrub kepada Allah). 
Muslimat PAS secara khusus mengajak semua wanita di luar sana untuk terus memperkayakan diri dengan ilmu, tuntutlah sebanyaknya ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah kerana setiap ilmu itu ada peranannya kepada kita.
Adalah lebih baik jika seorang wanita itu menjadi pakar dalam bidang masing-masing sebagaimana Saidatina Aisyah R.A yang menjadi rujukan sahabat, serta Saidatina Khadijah R.A yang menjadi usahawan terkemuka di zamannya.
Selain itu, tugas wanita secara dasarnya bukan hanya di rumah semata-mata, mereka seharusnya bergerak keluar merasai denyut nadi masyarakat sekitar, pastinya kita akan menemui ramai lagi wanita dan masyarakat yang memerlukan didikan dan sentuhan agama. Di sinilah peranan wanita untuk membentuk ummah selari dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
Yang terakhir perlu disemat kukuh dalam jati diri wanita ialah penjagaan aspek rohani dalam diri. Islam mengajar kita yakin dan percaya bahawa Allah S.W.T adalah Tuhan sekalian alam. Justeru, setiap wanita mesti percaya dan yakin akan kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T dalam setiap perkara. 
Wanita diraikan dengan usaha menjaga keperibadian muslimah lantas ia akan melahirkan kecantikan semula jadi dari aspek dalaman dan luaran sehingga tiada siapa berani mengambil kesempatan. 
Wanita Solehah Negara Hasanah 
NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Mac 2018 bersamaan 20 Jamadilakhir 1439 - HARAKAHDAILY 8/3/2018
Sumber HD - 8-3-2018 

Baucar Makanan Sihat: Mekanisma Bantu Meningkatkan Penjagaan Kanak-kanak
























Dr. Rosni Adam Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Berdasarkan hasil analisia baru Kumpulan Bank Dunia dan UNICEF, kanak-kanak yang termasuk dalam kategori golongan rentan (vulnerable group) dua kali ganda lebih mudah terdedah kepada kehidupan miskin yang melampau berbanding orang dewasa.

2. Dengan dapatan kaji selidik yang telah dilakukan kepada 2,142 kanak-kanak sekitar PPR di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menunjukkan 7% hidup dalam kemiskinan mutlak.

3. Muslimat PAS berpandangan tanggungjawab terhadap pembentukan kanak-kanak seawal usia mereka dilahirkan sehingga dewasa menjadi perkara penting untuk diberikan perhatian.

4. Perkembangan kanak-kanak ini dipengaruhi oleh persekitaran yang kondusif dan membina. Kajian tersebut juga menunjukkan 22% kanak-kanak menghadapi tumbesaran terbantut akibat kekurangan zat makanan kerana kemiskinan.

5. Cadangan Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan yang memperkenalkan program bantuan rakyat, ‘Baucar Makanan Sihat Ibu Hamil’ selama 15 bulan kepada ibu yang hamil (9 bulan sewaktu ibu mengandung dan 6 bulan ketika menyusukan bayi) sewajarnya layak menerima pujian bagi memastikan bayi mendapat zat yang mencukupi untuk proses tumbesaran yang sihat.

6. Atas dasar menjamin kebaikan generasi masa depan mampu mentadbir negara aspek pembangunan sahsiah perlu dipelihara merangkumi pembentukan peribadi dan pemuliharaan suasana setempat.

7. Tekanan kos sara hidup yang membelenggu rakyat memberikan impak kepada pembentukkan anak-anak sehingga terpaksa memberikan fokus mencari pendapat dan mengabaikan tanggungjawab pada anak.

8. Baucar Makanan Sihat Ibu Hamil boleh menjadi 1 model usaha kebajikan berorientasikan penjagaan anak-anak seawal dalam kandungan lagi.

9. Muslimat PAS juga berharap agar syor dan cadangan ini diperluaskan khusus untuk kanak-kanak di bawah usia 6 tahun bagi mendapatkan bantuan makanan terutama makanan sihat untuk tumbesaran mereka selain RMT di peringkat sekolah.

10. Muslimat PAS mengharapkan pelbagai alternatif bantuan untuk rakyat dinikmati oleh setiap segmen usia dan sasaran agar ia benar-benar membumikan nilai kebajikan pada masyarakat.

DR. ROSNI ADAM
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
7 Mac 2018 bersamaan 19 Jamadilakhir 1439

Sumber BO - 7-3-2018
























Doa buat Syria

DUNIA menyaksikan kekejaman dan kekerasan bersejarah yang melampau berlaku di Timur Ghouta. Lebih ratusan penduduk tidak berdosa terbunuh dalam puluhan serangan udara dan bersenjata oleh rejim tentera Bashar al-Asad. Terbaharu, pengeboman di Timur Ghouta meningkatkan lagi bilangan orang awam yang terkorban. 
Dalam pada itu, Jeneral Kanan Amerika Syarikat menuduh Russia sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam mencetuskan ketidakstabilan di Syria. 
Tentera Syria dan sekutunya menjadikan Ghouta Timur sebagai sasaran pengeboman antara yang paling dahsyat sejak konflik bermula. Gesaan dari pihak Russia supaya genjatan senjata diadakan selama lima jam gagal dipatuhi oleh pihak tertentu dan tidak menghalang pengeboman daripada berlaku. 
Namun begitu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mendapatkan satu resolusi pada Sabtu lalu untuk mendesak genjatan senjata selama 30 hari diadakan di Syria, namun perkara itu tetap tidak dihiraukan oleh Moscow. 
Justeru, kami Muslimat PAS menyeru semua umat Islam untuk bangkit mempertahankan saudara seagama kita dan sentiasa mendoakan keselamatan secara berterusan buat mereka di Syria. Kepada Allah kita semua berserah. 
Kami menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang serius dan berterusan ke atas episod pembantaian yang dilakukan ke atas umat Islam ini. 
Akhirnya, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan buat saudara kita di Syria. Semoga Islam terpelihara dan kita semua tergolong dari kalangan hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa. Hanya Allah sebaik tempat pergantungan. 
NURIDAH MOHD. SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
5 Mac 2018 bersamaan 17 Jamadilakhir 1439 - HARAKAHDAILY 5/3/2018
















































Sumber HD - 5-3-2018

Pelajar Tahfiz Ittifaqiyyah, Allah menyayangi kalian

ZUN NUN, sungguh indah nama diberi. Menurut Fatimah, ibu kepada adik Zun Nun, nama itu diambilnya dari buku Sirah Nabi yang dibacanya ketika sedang mengandung Zun Nun. Zun Nun adalah anak kedua Fatimah yang juga merupakan salah seorang pelajar Tahfiz Ittifaqiyyah yang terselamat dari kebakaran lima bulan yang lalu. 
Sabtu yang lalu, pada 25 Februari 2018, Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) sekali lagi meneruskan ziarah serta menyampaikan sumbangan orang ramai yang masih berbaki kepada mangsa dan waris mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah Dato Keramat. 
Kira-kira pukul 10 pagi, kami bersama Timbalan Pengerusi LKK DMPM, Zurina Din sampai di rumah Fatimah di PPR Desa Rejang Kuala Lumpur. Kami disambut dengan ramah sekali oleh Fatimah. Kami dibawa ke ruang tamu dan duduk bersama Zun Nun yang sedang menikmati sarapannya. 
Zun Nun kelihatan sihat semasa ziarah pagi itu, namun siapa tahu apa yang tersembunyi di hatinya berikutan tragedi kebakaran tersebut. Pada mulanya, Zun Nun keberatan untuk berkongsi cerita tentang hari kejadian, namun setelah beberapa ketika, dengan tenang dia mula menceritakan sedikit demi sedikit tentang keadaan yang dia sendiri alami semasa kejadian itu. 
Zun Nun merupakan pelajar tingkatan tiga yang cedera terbakar di bahagian belakangnya. Dia juga antara pelajar yang telah berjaya menyelamatkan diri dengan menggelongsor melalui batang paip di tepi bangunan Pusat Tahfiz. Menurut Zun Nun, dia adalah orang yang terakhir turun pada ketika itu. 
Bahagian belakang adik Zun Nun melecur teruk, sambil dia mengangkat bajunya dan menunjukkan pada kami keadaan bahagian belakangnya. Menurut ibunya, apa yang peliknya, baju Zun Nun tidak terbakar langsung pada hari kejadian. Tetapi badannya melecur hanya akibat bahang panas asap kebakaran.
Saya tergerak untuk bertanya pada Zun Nun kenapa tadi pada mulanya Zun Nun tidak mahu berkongsi cerita dan Zun Nun kata kalau boleh hendak lupakan semuanya. Dia hanya tersenyum kecil dan tunduk ke lantai.
Fatimah menjawab bagi pihak Zun Nun kata, Fatimah, dia masih belum dapat menerima kehilangan adiknya yang juga salah seorang syahid dalam kebakaran tersebut. As-Syahid Muhammad Nizamudin satu-satunya adiknya yang paling akrab dengannya. 
Ke mana sahaja mereka pergi, mereka sentiasa bersama. As-Syahid Nizamudin merupakan seorang anak yang sangat baik, berakhlak dan taat kepada ibu bapa. Zun Nun dapat tahu bahawa adiknya sudah tiada selepas 5 hari dia terlantar di atas katil hospital. 
Bermula dari hari pertama lagi dia sering bertanya tentang adiknya selepas kejadian itu. Tetapi, atas nasihat doktor sebaik-baiknya perkara itu dirahsiakan dahulu dari Zun Nun sehingga emosinya benar-benar stabil. Namun, hati seorang ibu tidak sampai hati melihat Zun Nun yang sering merindui adiknya dan setiap hari minta untuk berjumpa adiknya. Akhirnya Puan Fatimah memberitahu kepada Zun Nun tentang adiknya dengan penuh hikmah. 
Zun Nun pada ketika itu, hanya mampu menerima berita itu dengan lelehan air mata. Semenjak itu, Zun Nun tidak dapat melelapkan matanya pada waktu malam. Bila ditanya ibunya kenapa tidak tidur? Jawapan Zun Nun sangat meluluhkan hati; Sebab Zun Nun seorang abang yang gagal ummi. Zun Nun gagal untuk selamatkan adik. 
Disebabkan itu juga, Zun Nun hampir putus asa dan tidak mahu lagi ke sekolah. Katanya, dia tidak ada kawan rapat. Satu-satunya kawan rapatnya adalah adiknya as-Syahid Muhammad Nizamudin. 
Mujur ada kakaknya yang juga pelajar tahfiz yang selalu memberi motivasi kepadanya. In shaa Allah Zun Nun akan mula semula ke sekolah tahfiz yang sama dengan kakaknya di Shah Alam bulan hadapan. Zun Nun kemudiannya masuk ke dalam dan meninggalkan kami di ruang tamu yang sedang khusyuk mendengar perkongsian dari ibunya. 
Menurut Fatimah, tidak terungkap bagaimana perasaan beliau kehilangan anak bongsunya, as-Syahid adik Muhammad Nizamudin. Pada hari kejadian, dia dan suaminya bergegas ke tempat kejadian. Mereka hanya mampu melihat dari bawah bangunan, api yang sedang marak di tingkat tiga bangunan tersebut. 
Pada ketika itu, matanya tidak beralih dan hanya memandang ke arah tingkap tempat anaknya tidur. Sambil di dalam hatinya tidak putus berdoa dan berharap akan nampak kelibat anaknya keluar dari bangunan tersebut. 
Tidak mengapa kalau keluar dalam keadaan cedera asalkan anaknya masih hidup dan sempat melihat senyuman anaknya. Lama dia memandang ke arah tingkap yang berjeriji tersebut, tiba-tiba Allah makbulkan doanya. 
Dia melihat Nizamudin sedang berdiri di tingkap di sebalik jeriji sambil melambai-lambai tangan ke arahnya. Terukir senyuman di wajah bersih Nizamudin sehingga menampakkan giginya yang putih dengan pakaian yang serba putih. Lambaian tersebut seolah-olah dia ingin menyatakan selamat tinggal kepada ibunya. 
Beberapa saat kemudian, Nizamudin berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan ibunya. Kemudian, suami Fatimah datang dan memberitahu Fatimah bahawa Nizamudin sudah tiada. Fatimah menafikan berita yang disampaikan suaminya kerana dia baru sahaja melihat adik Nizamudin berdiri di tingkap tersebut dalam keadaan baik sahaja. 
Anak sulung Fatimah, Zun Nur yang juga merupakan pelajar tahfiz, sama seperti Zun Nun yang pada mulanya sukar menerima akan kehilangan adik mereka. Semangat belajar dan menghafaz kian pudar.
Mereka sangat merindui adik mereka. Melalui perkongsian Zun Nur pada ibunya; Satu malam, sedang Zun Nur menghafaz Quran, dia tertidur di atas rehal. Tidur yang hanya lima minit itu terasa sangat panjang kerana dia bermimpi bertemu adiknya as-Syahid Nizamudin. 
Dia melihat adiknya diterbangkan di tempat yang tinggi sambil dia melambai-lambaikan tangannya pada kakaknya. Wajahnya sangat tenang dan bersih sambil tersenyum pada kakaknya. 
Agak lama dia berborak-borak dan melepaskan kerinduan pada adiknya di tempat yang indah tersebut. Di akhir mimpi, adiknya ingin mencapai tangan kakaknya, namun kemudian Zun Nur terjaga dari tidur dalam keadaan tersenyum. 
Pada ketika itulah, Zun Nur sedar bahawa itu merupakan hadiah yang paling istimewa dari Allah kerana menemukan dia dan mengubat kerinduannya pada adiknya. Mimpi tersebut ternyata memberi satu semangat baru kepada Zun Nur untuk meneruskan hafazannya dan akan terus memberi motivasi kepada adiknya Zun Nun. 
Fatimah juga sering berdoa kepada Allah agar dikurniakan mimpi bertemu anak bongsunya, dan alhamdulillah, Puan Fatimah sudah beberapa kali mengalami mimpi indah bertemu anaknya di tempat yang sangat indah dalam masa lima bulan ini. Di akhir pertemuan itu, Puan Zurina selaku Timbalan Pengerusi LKK DMPM menyampaikan sumbangan kepada Puan Fatimah. 
Terdahulu dari ziarah Zun Nun ini juga, LKK DMPM bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga adik-adik Tahfiz Ittifaqiyyah yang terlibat dalam kebakaran itu.  
Mereka adalah: 
1. Adik Muhammad Haqimie Hairul Izwan, 11 tahun di Keramat Hujung. Sumbangan disampaikan kepada ibunya Puan Norazlin Abd Aziz. 
2. Adik Azkar Abiedi F. Zaska, 11 tahun dan Adik Azkar Dariemi F. Zaska, lapan tahun di Klang. Sumbangan disampaikan kepada ibu mereka Puan Emmi Farizah Aziz. 
3. Adik Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10 tahun di Keramat Hujung. Sumbangan disampaikan kepada bapanya iaitu Sarjan Zamzuri. - HARAKAHDAILY 4/3/2018
Sumber HD - 4-3-2018 



























PAS Muslimat Urges Public To forgive Neelofa

PAS Muslimat urged the public to forgive Entrepreneur Noor Neelofa Mohd Noor over her controversial launch of a new ‘tudung’ or headscarf and turban range at the Zouk nightclub on Monday.

“Wearing the hijab is a command by God and is a central part of the Islamic faith and she (Neelofah) has raised awareness on the hijab and modest dressing but unfortunately her actions have opened her to all kinds of criticism,” said Nuridah Mohd Salleh, the Islamist party’s women’s wing chief.

She said that while Neelofa had “good intentions”, choosing the right venue is just as important.

“It is important to practice the tenants of the faith in the right way and to select a place that is often associated with practices that are contrary to the faith was not a wise choice,” she said.

She urged those angered by Neelofah’s actions to forgive her as the 29-year old, well known for her line of clothing and other products, is “still young and had a long way to go”.

“She is a role model for Muslim women everywhere but she is still young and those who feel slighted should recognise that she has apologised for her actions.”

Neelofa, who turned 29 on Monday, celebrated her birthday with the release of her latest Be Lofa range that comprised the “Be Lofa Turban” and the “Be Lofa Shawl” headscarf range.

However, her choice of venue was criticised by Muslims here, including Federal Territories Mufti Datuk Zulkifli Mohamad who reminded the celebrity entrepreneur to follow Islamic tenets and said the “ends do not make the means halal”.

Sumber BO - 1-3-2018






















































Hijab bukan tiket memurnikan yang haram

MUSLIMAT PAS terpanggil untuk menjernihkan kekeliruan wanita Muslimah agar tidak menganggap hijab sekadar fesyen. 
Hakikatnya, di dalam al-Quran, Allah S.W.T telah menegaskan gambaran wanita Muslimah seharusnya memelihara aurat seperti dijelaskan yang bermaksud: 
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(an-Nur: 31) 
Dalam ayat tersebut, pendidikan menjaga aurat bagi wanita menjadi keutamaan, bahkan menampilkan akhlak mulia kepada masyarakat apatah lagi kaum wanita juga merupakan ibu serta pendidik bagi anak-anak dalam sesebuah keluarga.
Keinginan tampil bergaya yang sentiasa menjadi ikutan anak-anak muda perlu seiring dengan acuan syariat sekali gus memelihara keindahan wanita Muslimah. 
Pelancaran tudung oleh Naelofar Hijab milik artis terkenal Neelofa di sebuah kelab malam ternama, Zouk mendapat kecaman hebat daripada netizen bahkan beranggapan majlis tersebut tidak mencerminkan wajah Islam walaupun ianya produk pemakaian Muslimah.
Islam mengajar matlamat tidak menghalalkan cara, walaupun matlamat dan tujuannya baik, namun dengan cara yang tidak elok, ianya tetap dianggap perkara yang menyalahi syara'. 
Kita melihat sekarang terdapat ramai usahawan wanita yang menjual tudung dan shawl seterusnya mempromosikannya melalui media sosial seperti Instagram dan Facebook. 
Di kalangan mereka, ramai yang memahami dan menjaga batas-batas yang telah Islam ajarkan seperti Hijab Galeria, Uswah Islamic Clothing dan sebagainya. 
Lantaran situasi tersebut, Muslimat PAS ingin menyeru dan mengajak seluruh wanita Muslimah agar memahami dan menghayati intipati sifat kecantikan bukan hanya pada luaran namun ianya ada kaitan dengan kesucian jiwa. 
Apabila membawa imej seorang wanita muslimah, seharusnya segala batas syariat perlu lebih terjaga dan terkawal. Sekiranya ada sesuatu yang dirasakan boleh mengundang fitnah yang besar, sebaiknya ia dielak dan dihindarkan.
Binalah generasi sehebat Saidatina Khadijah R.A, seorang usahawan wanita Islam yang membantu perjuangan Islam, setia di sisi suami dalam keadaan susah mahupun senang. Lahirkanlah legasi Rabiatul Adawiyah yang memiliki akhlak mulia dan sentiasa menjaga hubungan dengan Maha Pencipta. 
Muslimah Pesona Akhlak Mulia 
NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
27 Februari 2018 bersamaan 12 Jamadilakhir 1439 - HARAKAHDAILY 27/2/2018






















































Sumber HD - 27-2-2018




























Seruan dan sokongan buat Mahkamah Syariah S'wak

MALAYSIA menghadapi satu lagi konflik bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Kali ini melibatkan kes rayuan Mahkamah Persekutuan berkenaan tuntutan murtad empat orang Muslim dari Sarawak. 
Mahkamah Persekutuan akan memutuskan satu isu undang-undang iaitu : Sama ada Mahkamah Syariah ada bidang kuasa mendengar kes murtad, ataupun itu adalah bidang kuasa Mahkamah Sivil. 
Kes ini bakal menjadi titik penentuan kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak berkenaan memutuskan kes murtad : adakah masih punya bidang kuasa atau tidak. 
Muslimat PAS menyeru umat Islam mendoakan agar kemenangan berpihak kepada institusi-institusi agama Islam Sarawak yang dinamakan sebagai responden-responden dalam kes ini agar bidang kuasa Mahkamah Syariah yang sedia terhad terus terpelihara. 
Kita tidak mahu pemelukan agama Islam dianggap perkara main-main yang dilakukan tanpa sikap tanggungjawab dan hormat kepada agama yang merupakan agama rasmi negara seperti tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan dalam beberapa kes telah pun memutuskan bahawa murtad adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti kes-kes berikut : 
(i)     Soon Singh a/l Bikar Singh v Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor [1999] 1 MLJ 489;
(ii)     Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai v Shaik Zolkaffily bin Shaik Natar & Ors [2003] 3 MLJ 705;
(iii)     Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain-lain [2007] 4 MLJ 585; and
(iv)     Hj Raimi bin Abdullah v Siti Hasnah Vangarama bt Abdullah and another appeal [2014] 3 MLJ 757.
Kita mengharapkan permohonan semakan kehakiman oleh pihak perayu tidak dibenarkan, seterusnya bidang kuasa Mahkamah Syariah berkenaan isu murtad tidak lagi dipertikaikan. 
Akhirnya, Muslimat PAS berpandangan bahawa masa hadapan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah masa hadapan generasi Muslim seluruhnya.\ 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
27 Februari 2018 bersamaan 12 Jamadilakhir 1439 - HARAKAHDAILY 27/2/2018
Sumber HD - 27-2-2018 

Pengangkutan awam alternatif khas wanita

GANGGUAN Seksual khususnya terhadap kaum wanita sering menjadi kebimbangan dan trauma buat wanita bekerjaya dan aktif keluar rumah. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merasa bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga keselamatan semua wanita di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak walau di mana pun mereka berada terutama di tempat-tempat awam. 
Pujian harus diberikan pertamanya kepada Keretapi Tanah Melayu (KTM) kerana telah mengasingkan koc wanita bagi memudahkan dan memberi keistimewaan kepada kaum wanita. Usaha ini harus dipuji dan sepatutnya dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat dengan sistem pengangkutan awam seperti bas, Light Rail Transit (LRT), Mass Rapid Transit (MRT) dan lain-lain. 
Selain pengangkutan awam, terdapat juga pengangkutan lain seperti Uber dan Grab yang tidak khusus untuk wanita. Oleh itu, DMPM memuji dan menyokong usaha yang sangat baik oleh pencetus ‘Riding Pink’ kerana telah mewujudkan satu kemudahan khusus untuk wanita. 
Selain pengangkutan awam, terdapat juga pengangkutan lain seperti Uber dan Grab yang tidak khusus untuk wanita. Oleh itu, DMPM memuji dan menyokong usaha yang sangat baik oleh pencetus ‘Riding Pink’ kerana telah mewujudkan satu kemudahan khusus untuk wanita. 
Riding Pink telah bermula pada pada Oktober 2016 dan masih beroperasi sehingga kini. Ianya merupakan hasil inisiatif seorang wanita yang risau dan cakna tentang keselamatan kaum sejenis. DMPM memandang serius hal ini dan ingin mengajak semua pihak terutama pihak berautoriti agar menguatkuasakan pelaksanaan pengasingan koc pada pengangkutan awam sedia ada. 
Selain itu para pengguna wanita mestilah mengetahui hak mereka ini agar orang lain tidak boleh mengambil kesempatan terhadap diri mereka. Wanita mesti menjadi seorang pengguna yang bijak dan celik hak. Kaum lelaki juga perlu melaksanakan peranan mereka sebagai pelindung dan pembela wanita sebagaimana tuntutan al-Quran: 
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ 
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”
(an-Nisa’: 34)
DR ROSNI ADAM
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 Februari 2018 bersamaan 5 Jamadilakhir 1439 - HARAKAHDAILY 21/2/2018
Sumber HD - 21-2-2018 





























































Wabak LGBT : Jangan Undang Bala Allah

Firman Allah dalam surah Al-A’raf, ayat 80-81

(80) وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ
(81) إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ


“Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka, “Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kalian?” Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, bahkan kalian ini adalah kaum yang melampaui batas.”

1. Agenda Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang telah dicatat kisahnya dalam Al-Quran kini semakin merebak dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Secara tidak sedar ia masuk terutama melalui media.

2. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) memandang serius hal ini kerana perkara ini melibatkan kelangsungan sebuah institusi kekeluargaan tidak kira latar belakang agama dan bangsa.

3. Wabak LGBT ini perlu disekat dan dibendung dengan segera oleh semua pihak, terutama ibu bapa. Ibu bapa perlu memantau perkembangan anak sejak kecil dan bersikap tegas mengesan perubahan gender dan inkuiri songsang anak-anak mereka. Selain itu, institusi pendidikan juga memainkan peranan penting bagi mengekang gejala ini menular dengan cepat.

4. Kementerian Komunikasi dan Multimedia seharusnya memastikan tiada unsur-unsur LGBT atau paparan gaya hidup homoseksual dalam setiap filem yang ditayangkan terutama filem dari negara Barat.

5. Peranan Makhmah Persekutuan, Makhmah Syariah serta Undang-Undang sedia ada perlu diperkasakan lagi agar kes-kes LGBT ini tidak diperjuangkan dengan sewenangnya.

6. DMPM menyokong usaha Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menubuhkan akademi khusus untuk mengkaji golongan LGBT di bawah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD). Akademi ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyedarkan masyarakat termasuk golongan LGBT itu sendiri.

7. Masyarakat harus sedar tentang bahaya dari perbuatan songsang ini antaranya jangkitan HIV AIDS, penyakit Sifilis yakni penyakit jangkitan seks mempengaruhi organ seks dan juga organ lain. Gonorea dan sifilis ialah penyakit seks yang paling biasa. Penyakit jangkitan seks juga dikenali sebagai penyakit kelamin atau venereal (VD–Venereal Disease). Sifilis dan gonorea mempunyai bilangan kes paling tinggi antara penyakit berjangkit yang dilaporkan.

8. Golongan ini jelas telah disebutkan akan mendapat azab seksaan seperti dalam Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim” (Q. Surah Hud : 82-83)

9. Oleh itu, LGBT perlu diatasi oleh semua netizen secara menyeluruh dan bersepadu agar gejala ini tidak diwarisi oleh generasi akan datang. Ayuh! Bersama mengamalkan gaya hidup sihat sejahtera dan harmoni serta berpegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dengan prinsip, melakukan kebaikan dan mencegah segala kemungkaran.

‘Sejahtera Bersama Islam’
‘Muslimat Memacu Kemenangan’

Salamiah Mohd Noor
Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sumber BO - 19-2-2018


Selamat Tahun Baru Cina 2018
Posted on Friday, February 16 @ 18:25:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38269



DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Tioghua dan Cina yang menyambutnya pada tahun ini.

Allah S.W.T telah merakamkan dalam Al-Quran mengenai kepelbagaian bangsa agar kita saling kenal-mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud :

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.

Kepelbagaian bangsa bukan bermakna kita perlu untuk saling bermusuhan, saling tidak memahami dan saling berperang. Tetapi, hakikatnya, kepelbagaian bangsa membolehkan kita saling belajar mengenai perbezaan masing-masing. Andai kita bersatu di sebalik perbezaan ini, maka sudah pasti kita akan mampu menghasilkan satu kesepaduan yang cukup utuh di negara ini.

Justeru, semoga kepelbagaian bangsa di negara ini tidak menjadi penghalang buat kita semua untuk sentiasa bersatu padu malah kepelbagaian inilah yang akan mewujudkan kesepaduan antara kita semua. InsyaAllah.

Semoga perayaan pada tahun ini akan menghadiahkan semangat baru buat kalian semua. Raikan tahun baru ini bersama keluarga yang tersayang!

恭喜发财,新年进步 2018
Gong Xi Fa Cai 2018
Happy Chinese New Year..

‘Sejahtera Bersama Islam’
‘Muslimat Memacu Kemenangan’

Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
29 Jamadil Awal 1439
15 Februari 2018


Sumber TKO - 16-2-2018

Damping al-Quran kekuatan muslimah

MUSLIMAT adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab membawa maksud wanita Islam. Justeru, sesiapa sahaja yang bergelar muslimah mestilah mengamalkan tatacara kehidupan seperti seorang wanita Islam yang berprinsipkan aqidah hanya mengimani Allah sebagai Tuhan serta melaksanakan tuntutan dan menjauhi segala larangan-Nya.Tidak boleh seorang wanita Islam mempertikaikan apa-apa ketetapan Allah untuknya. Firman-Nya:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا
"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.”
(Surah al-Ahzab: 36)
Mendepani arus kemodenan dunia pada hari ini bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi bagi seorang yang bergelar muslimah. Hakikatnya seorang wanita adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan. Melihat kepada cabaran kehidupan yang semakin mengganas dari segi kebejatan sosial dan kelunturan nilai Islam dalam masyarakat kini, seorang muslimah memerlukan kekuatan daripada dalaman dan luaran.
Dia mestilah teguh berpaksikan ajaran Islam jika mahu selamat daripada kemelut masalah yang melanda masyarakat Islam Malaysia pada hari ini.
Mendampingi al-Quran
Bagi mendapatkan kekuatan dalaman, seorang muslimah mestilah sentiasa berdamping dengan al-Quran. Maksud berdamping di sini ialah sentiasa melazimi membaca al-Quran, mentadabbur maknanya serta mengamalkan isinya.Firman-Nya:
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa" 
(Surah al-Baqarah: 2)
Bacalah al-Quran sehabis mampu, jika mampu sehari satu juzuk silakan, atau setengah juzuk, jika tidak mampu bacalah semuka atau paling kurang sepotong ayat-Nya dan ditadabbur akan makna kalam-Nya.
Bacaan al-Quran ini akan memberi kekuatan dalaman yang luar biasa bagi seorang muslimah terutamanya apabila dia membaca ayat-ayat yang menyentuh tentang azab, syurga, motivasi kepada para wanita agar tetap taat kepada-Nya.
Mereka yang jauh dari petunjuk wahyu al-Quran sangat mudah terkena godaan dunia, dan wanita ini sangat sinonim dengan mudah tergoda dengan nafsu keduniaan.

Mengamal isi al-Quran
Membaca dan mentadabbur al-Quran itu penting, tetapi mengamalkannya itu lebih utama dan penting. Seorang Muslimah mesti berusaha mengamalkan isi-isi al-Quran kerana itu adalah bukti kesempurnaan imannya.
Orang beriman apabila mendengar seruan Tuhannya,mereka segera menunaikan arahan tersebut. Perkara ini dapat dilihat melalui satu hadis tentang bagaimana wanita Ansar bergegas melaksanan perintah hijab apabila ayat berhijab diturunkan. 
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” 
(Surah An-Nur: 31)
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah binti Shaybah katanya: 
"Ketika kami bersama ‘Aishah R.A, kami menyebut-nyebut mengenai kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah S.A.W, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."
Inilah di antara rahsia membina kekuatan dalaman bagi seorang muslimah iaitu berdamping dengan al-Quran bahkan beramal dengan setiap ayat-ayat al-Quran dengan penuh keyakinan. Sekiranya semua wanita Islam menyedari akan perkara ini, nescaya masyarakat kita akan terjaga daripada masalah kebejatan sosial yang kian menular Muslimah adalah madrasah pertama bagi anak-anaknya, serta penjaga dalam kehidupan berumahtangga. Justeru, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar, nescaya Allah akan memelihara muslimah dalam ketaatannya kepada Allah, Rasul serta suaminya. - HARAKAHDAILY 11/2/2018
Sumber HD - 11-2-2018 

































Keselamatan ibu dan anak perlu jadi keutamaan

ALLAH berfirman:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً   
"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
(al-Furqan: 74) 
Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah S.W.T kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga. 
Kebelakangan ini semakin banyak kes-kes melibatkan komplikasi akibat bersalin di rumah sehingga membahayakan nyawa ibu mahupun bayi yang dikandung. Terbaru, kejadian yang berlaku di Selatan Tanah Air wajar dijadikan pengajaran oleh kita apabila seorang bayi yang dilahirkan di rumah meninggal dunia. Tidak mahu mengulas panjang mengenai kes yang masih dalam peringkat siasatan, namun secara umum, kesedaran mengenainya perlu diberi perhatian. 
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) berpandangan dalam semua keadaan, keselamatan ibu mengandung dan bayi dalam kandungan menjadi keutamaan. Hal ini bertepatan dengan Maqasid Syariah yang merupakan elemen penting dalam Islam: 
1. Memelihara agama ( hifz ad-din )
2. Memelihara jiwa/ nyawa ( hifz al-nafs )
3. Memelihara akal ( hifz al-a'ql )
4. Memelihara keturunan ( hifz al-nasl )
5. Memelihara harta ( hifz al-mal ) 
Menyedari aspek memelihara nyawa juga merupakan salah satu keutamaan, walaupun proses kelahiran bayi merupakan satu proses fitrah bagi seorang wanita, usaha semua pihak diperlukan bagi mengelakkan komplikasi yang boleh membahayakan ibu dan anak. 
Kesempatan ini, DMPM mengucapkan syabas buat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang komited dalam menambah baik sistem kesihatan negara. Selaras dengan Penunjuk Kesihatan Negara (Health Indicator), kadar kematian atau mortaliti perinatal dan nisbah mortaliti ibu bersalin menjadi salah satu kayu ukur penting tahap kesihatan sesebuah negara. Maka menjadi tanggungjawab semua pihak bagi memastikan tahap kesihatan yang baik bagi rakyat Malaysia umumnya dan kesihatan ibu mengandung serta bayi khususnya. 
Statistik terkini menunjukkan kadar kematian bayi juga semakin menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bagi tahun 2017, 12.5 kematian bayi dalam setiap 1,000 kelahiran berbanding 12.9 pada tahun 2016 dan 13.69 pada tahun 2014. Kadar kematian ibu mengandung juga menurun berbanding puluhan tahun lepas. Antara penyebab kematian ibu mengandung yang paling banyak adalah disebabkan darah beku dalam salur darah ke paru-paru. Kadar kematian juga menurun bagi sebab ini daripada 27.4 peratus pada tahun 2016 berbanding 23 peratus pada tahun 2015. 
Di samping itu, pelbagai usaha juga perlu berjalan seiring termasuk dalam kalangan ibu bapa sendiri. Dunia tanpa sempadan kini, pelbagai maklumat boleh diperoleh hanya di hujung jari. Namun pencarian ilmu berkaitan kesihatan termasuk proses mengandung dan kelahiran juga harus berasaskan pendapat dan pandangan mereka yang pakar dan ahli dalam bidang tersebut. Segala kemusykilan serta persoalan perlu mengikut saluran yang betul untuk mengelakkan salah faham dan kemudharatan lebih besar. 
Menyedari pelbagai komplikasi juga berpotensi berlaku semasa proses mengandung serta kelahiran bayi termasuk sawan, pendarahan selepas bersalin, masalah pada kandungan dan sebagainya, para ibu dinasihatkan mengikut saranan serta panduan yang diberikan anggota kesihatan bertugas. Selain itu, segala maklumat yang boleh menimbulkan keraguan malah boleh membahayakan ibu serta kandungan wajar dielakkan. 
Akhir kata, pihak DMPM berharap semua pihak mampu berganding bahu bagi memastikan kesihatan wanita dan anak-anak di Malaysia terus meningkat baik. 
“Sejahtera Bersama Islam”
"Muslimat Memacu Kemenangan"
DR ROSNI ADAM
Timbalan Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Malaysia- HARAKAHDAILY 10/2/2018
Sumber HD - 10-2-2018 




































































Polemik larangan tudung berakhir: Syabas Persatuan Hotel!

"Hari ini, elah Aku sempurnakan bagi kalian, agama kalian. Dan Aku cukupkan untuk kalian nikmat-Ku, serta Aku redhai Islam sebagai agama kalian." [al-Maidah: 3) 
Akur janji tiada polisi larangan bertudung oleh tiga persatuan hotel yang ditandatangani semalam menjadi satu penghormatan ke atas kaum wanita. Ia sekali gus membebaskan mereka dari diskriminasi serta eksploitasi tidak sewajarnya. 
Syabas diucapkan kepada Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Cheah Swee Hee; Pengarah Eksekutif Malaysian Association of Hotel Owners (MAHO), Shaharuddin M Said dan Ahli Majlis Persatuan Hotel Bajet Malaysia, Mohamed Zamri Mohamed Rashid. 
Mereka mewakili persatuan masing-masing telah memberi komitmen bermakna membuka jalan kepada rangkaian lebih 3,000 hotel di bawah naungan tiga persatuan tersebut untuk mengambil langkah serupa. Tidak harus wujud lagi keingkaran atau birokrasi lain. 
Perkara ini harus dipuji dan sokong di mana pihak kami sangat-sangat mengalukannya serta berharap ia membawa impak baharu dari industri perhotelan negara. Seterusnya, ia membuka peluang lebih banyak untuk muslimah bertudung bagi mencebur diri berkerjaya di industri tersebut. 
Hal ini bukan kejanggalan berikutan ia lebih awal dilaksana PAS semasa menerajui Kedah dengan pelaksanaan di hotel Islamik, Hotel Adya di Langkawi di zaman Almarhum Menteri Besar, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Rintis usaha tersebut akhirnya terbukti boleh dilaksanakan. 
Kami berharap usaha berkaitan turut diperluaskan kepada larangan untuk tidak melibatkan pekerja Muslim dengan pelanggaran syarak lain, misalnya hidangan arak oleh. Kami percaya semua pihak bersetuju dan mempunyai pemahaman selaras terhadap perkara ini untuk dilaksanakan. 
Kami juga menyokong ketegasan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Seri Dr Ismail Abd Muttalib yang mahu pemantauan berterusan dijalankan. Kerana harapannya mahu memastikan pematuhan akur janji yang telah ditandatangani sentiasa dipatuhi semua pihak. 
"Dan setiap yang dibawa oleh Rasul, maka ambillah. Sedangkan setiap yang dilarang, maka hindarilah. Bertakwalah kalian kepada Allah, kerana Allah Maha Keras siksaan-Nya."
[al-Hasyr: 7] 
NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Malaysia
-HARAKAHDAILY 9/2/2018




































































Sumber HD - 9-2-2018



































Ketua Muslimat kunjungi balu Ustaz Murthada

PADANG SERAI: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh telah mengunjungi balu serta ahli keluarga Allahyarham Ustaz Mohd Murthada Mohd Yusuf dalam rangka lawatan kerjanya di Kedah, semalam. 
Kunjungan tersebut selain melahirkan takziah serta simpati kepada ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang, ia juga sebagai tanda keperihatinan serta ingatan atas jasa tokoh itu terutama kepada pendidikan Islam. 
Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali hadir bersama-sama rombongan, selain turut juga dihadiri oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Padang Serai.
Balu Allahyarham bersama dua anak lelakinya yang masing-masing berumur tiga dan enam tahun, kelihatan tenang sewaktu menerima kehadiran rombongan itu di kediaman ibu bapanya di Padang Limau, Sungai Kob, di sini. 
Allahyarham Ustaz Murthada semasa hayatnya memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Sungai Petani serta pengasas Pusat Pengajian Darul Murthada, meninggal dunia 13 Januari lalu setelah koma beberapa hari akibat kemalangan.-HARAKAHDAILY 2/2/2018
Sumber HD - 2-2-2018

Memalukan Umno salah guna MARA

KUALA LUMPUR : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyelar tindakan pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengarahkan ibu bapa pelajar mengambil surat tawaran kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Dewan-dewan Umno di seluruh negara. 
Katanya, MARA adalah agensi yang memperjuangkan hak rakyat dan amat memalukan jika agensi tersebut telah disalahgunakan oleh Umno. 
"Mengapa mesti menyerahkan surat tawaran kemasukan pelajar ke MRSM di adakan di dewan-dewan Umno? Mengapa soal pendidikan perlu dipolitikkan? 
"Jika tindakan MARA itu atas arahan daripada pihak Umno, amat malang sekali kerana Umno telah menggunakan tempat yang salah. 
"Arahan kepada ibu bapa datang ke dewan-dewan Umno hanya untuk mengambil surat tawaran MRSM itu tidak adil. Begitu juga terhadap Umno yang diamanahkan oleh Allah sebagai pentadbir sementara negara," bidasnya. 
Sudah tentu tambah beliau, ibu bapa yang terlibat tidak berpuas hati dengan arahan supaya mengambil surat tawaran di Dewan-dewan Umno. 
Persoalnya sebagai parti yang sudah terlalu lama berkuasa, kenapa mesti takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga menggunakan platform pendidikan untuk terus menguasai rakyat. 
Hal itu tegas beliau, jelas membuktikan bahawa pimpinan-pimpinan Umno itu sendiri cakap tak serupa bikin. 
Sehubungan itu beliau mengingatkan seluruh rakyat supaya sedar penyalahgunaan kuasa yang akan berterusan dilakukan oleh Umno apabila kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum nanti. 
"Rakyat perlu memberi peluang kepada PAS dan Gagasan Sejahtera untuk kehidupan yang adil dan sejahtera mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," serunya. HARAKAHDAILY 26/1/2018
Sumber HD - 26-1-2018 





































Umno takut bayang-bayang sendiri

KUALA LUMPUR: Pertukaran atau peralihan kuasa pemerintahan sebuah negara bukanlah suatu yang pelik dan merosakkan rakyat, demikian tegas Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Katanya, Umno-BN takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sudah lama berkuasa dan tidak dapat membayangkan jika kekuasaan mereka tidak lagi dapat diteruskan.
Hakikatnya ujar beliau, jika Umno-BN memerintah lebih lama, maka lagi parah kehidupan rakyat dan semakin banyak tanah negara serta hasil bumi akan tergadai kepada orang luar.
"Rakyat merempat di bumi sendiri, oleh kerana harga barang keperluan yang semakin mencekik kehidupan. Hak untuk menukar kerajaan adalah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia," katanya.
Beliau menegaskan, rakyat berhak mendapat kerajaan yang berkebajikan dan menjaga kepentingan semua golongan.
Menurutnya, pertukaran kerajaan dan perubahan pemerintahan bagi negara-negara maju adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi.
"Bagi rakyat sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang dinamik, kestabilan politik dan keberdayaan ekonomi yang lestari adalah terletak kepada pemimpin yang amanah dan berintegriti tinggi," katanya. 
Beliau menyeru rakyat mencari solusi terhadap masalah tekanan kos sara hidup pada masa sekarang ditambah dengan bebanan hutang negara yang semakin meningkat.
Justeru katanya, antara solusi boleh dibuat oleh rakyat ialah dengan menukar kepada kerajaan yang dapat diharapkan untuk mengatasi kemelut ini.
"Dalam Islam, kepimpinan adalah amanah besar yang dihitung terus oleh Allah S.W.T. Tugas berat pemimpin adalah menunaikan tanggungjawab ini secara sempurna seperti yang telah diperintahkan oleh Allah dan ditunjuk teladan oleh Rasulullah S.A.W, tegasnya. - HARAKAHDAILY 24/1/2018
Sumber HD - 24-1-2018 







































Isu besar bermula zaman Dr Mahathir








































PENYALAHGUNAAN kuasa, rasuah, kronisme, penyelewengan dalam pilihan raya antara isu besar yang bermula di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, begitu juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh. 
Katanya, ISA digunakan pemimpin negara ketika itu hanya atas dasar syak wasangka apabila seseorang itu dilihat menjadi ancaman kepada kedudukan politiknya. 
“Bagaimanapun sekarang Pakatan Harapan pula mencadangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia calon Perdana Menteri sementara. 
“Ini ibarat keluar mulut harimau masuk mulut buaya,” katanya ketika dihubungi.
Mursyidul AM PAS, Ustaz Hashim Jasin pula berkata, bekas perdana menteri terbabit sudah kehabisan modal politik untuk menyerang PAS. 
Katanya, habis semua isu lama diungkit kembali. – HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-11-2018 














































































TASTI: Satu lagi inisiatif pendidikan PAS

TAMAN Asuhan Tunas Islam (TASTI) merupakan nurseri di bawah kelolaan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM). Ia adalah inisiatif pendidikan sebelum Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). Tahun 2018, sebanyak 8 buah TASTI telah dibuka. 
Selain lebih 2,000 buah PASTI seluruh negara, DPPM juga telah membuka 102 buah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) pada tahun 2018 dan Mesyuarat DPPM telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Penaja bagi membuka Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI). Insya-Allah bersama usahakan jaringan pendidikan dari TASTI sehingga ke Universiti! 
Berikut merupakan Nama TASTI - Lokasi - Contact Person (No Telefon) untuk rujukan semua:
1. TASTI Ibnu Ishak - Jitra, Kedah Darul Aman - Ustazah Faridah (+6013 487 9092)
2. TASTI Mahmudiah - Pokok Sena, Kedah Darul Aman - Puan Halimah (Makteh) (+6013 422 8100)
3. TASTI Ummi Naura -  Sungai Seluang, Kedah Darul Aman - Ustazah Hafizah (+6014 2443270)
4. TASTI Balqis - Putrajaya - Puan Najihah (+6013 996 2963)
5. TASTI Little Daie - Shah Alam, Selangor Darul Ehsan - Puan Fasehah (+6013 646 1137)
6. TASTI Nusaibah - Serendah, Selangor Darul Ehsan, Puan Latifah (+60111 542 0616)
7. TASTI Ameerah - Arau, Perlis - Puan Hazwani (+6013 510 6252)
8. TASTI Ummu Sulaim - Tawau, Sabah - Puan Rahmah (+6019 808 2098). - HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018 








































Jentera penerangan mampu pengaruhi rakyat

JENTERA Penerangan merupakan agen penting bagi memperkenalkan PAS kepada masyarakat dan menjawab isu semasa yang berlaku. 
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, tugas jentera penerangan umpama iklan yang dapat mempengaruhi minda pengguna. 
Katanya, pelbagai medium yang boleh dimanfaatkan antaranya ceramah umum, kelompok, forum, kuliah-kuliah di masjid atau premis-premis tertentu. 
Bagaimanapun menurutnya pendekatan yang diambil perlu bersesuaian dan dapat menarik sokongan masyarakat. 
"Selain itu pendedahan penyelewengan BN dan isu-isu rakyat perlu diketengahkan supaya masyarakat mengetahui apa yang berlaku," katanya ketika merasmikan Retreat Lajnah Penerangan, Dewan Muslimat PAS Malaysia, di Cameron Highlands, semalam. 
Seramai 50 peserta mewakili negeri seluruh termasuk Sabah dan Sarawak menghadiri program tersebut. – HARAKAHDAILY 16/12/2017
Sumber HD - 16-12-2017 

Solidariti buat Baitul Maqdis

FIRMAN Allah: 
‎وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Surah Ali Imran: 139) 
Pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menukarkan status Baitul Maqdis kepada ibu negara Israel mengundang kemarahan dunia. Pengumuman tersebut dibuat beliau setelah amaran dunia tidak diendahkan beliau. 
Dewan Muslimat PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap beliau. Dunia bakal menyaksikan kebangkitan besar-besaran umat Islam sebagai balasan terhadap tindakan angkuh Trump mengubah peta dunia. 
Sesungguhnya Baitul Maqdis adalah hak orang Islam. Perjanjian damai yang dijanjikan terhadap konflik Palestin – Israel hingga kini dilihat semakin hampir kepada kegagalan malah kehancuran berterusan dijangka berlaku. 
Justeru, kami menyeru semua umat Islam menyatakan solidariti ke atas Palestin. Marilah sama-sama kita hadir ke Himpunan Bantahan yang akan diadakan pada hari ini Jumaat 8 Disember 2017 di hadapan pekarangan kedutaan Amerika Syarikat.
Allah swt telah berfirman: 
‎لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما 
”Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Surah an-Nisa, 148) 
Ayuh rakyat Malaysia, kita berdiri teguh bersama Palestin. Baitul Maqdis perlu dipulangkan kepada umat Islam segera! 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Disember 2017 / 19 Rabiul Awal 1439 – HARAKAHDAILY 8/12/2017


















Sumber HD- 7-12-207




























































































































Perutusan Maulidur Rasul 1439 Dewan Muslimat PAS

UMAT Islam di seluruh dunia sedia maklum bahawa 12 Rabiul Awwal merupakan Hari Keputeraan junjungan agung Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. 
Mencintai Nabi Muhammad SAW merupakan kewajipan bagi setiap Muslim. Seorang muslim yang mengaku mencintai Rasulullah SAW semestinya sentiasa berusaha untuk meneladani sunnah baginda s.a.w. dalam kehidupannya. 
Tiada makna jika pengakuan cinta kita terhadap Rasulullah tanpa kita menjadikan Baginda sebagai qudwah dalam kehidupan termasuklah dalam aspek pentadbiran dan muamalah. 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (Surah al-Ahzaab: 21)
Sempena Maulidur Rasul kali ini, marilah sama-sama kita hayati pengorbanan baginda Rasulullah dalam memastikan Islam sampai kepada kita hari ini.
Bersyukur perjuangan Islam yang kita galas hari ini adalah kesinambungan daripada perjuangan yang terdahulunya telah dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat. 
Jadi, teramatlah rugi jika kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang ingin menegakkan syariat Allah.
Firman Allah di dalam surah Al Hadid ayat 21 yang bermaksud: “Bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul Nya ; yang demikian adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar”. 
Justeru itu, kami saff pimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dihayati dengan penuh kecintaan dan seterusnya kita membanting tenaga dalam memastikan syiar Islam yang dibawa oleh Baginda S.A.W. terus menyinar di bumi ini. 
Salam Maulidur Rasul 1439H
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia 
12 Rabiul Awwal 1439 / 1 Disember 2017 - HARAKAHDAILY 1/12/2017






































































































Sumber HD - 1-12-2017











































Larangan bertudung canggah Perlembagaan

بسم الله الرحمن الرحيم... 
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka... "
(An-Nūr:31)
Ayat di atas jelas memerintahkan wanita muslimah agar mengenakan tudung,  bahkan dituntut agar melabuhkan tudung mereka sehingga menutupi bahagian dada. Amat mendukacitakan apabila para wanita muslimah kita di Malaysia masih lagi terpaksa menghadapi tekanan dalam mengamalkan tuntutan agama yang jelas di dalam Al-Quran ini.
Larangan bagi wanita muslimah yang bekerja di barisan hadapan hotel (frontline) untuk memakai tudung amatlah dikesali. Ianya nyata suatu pencabulan kepada Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan, “Islam ialah agama bagi Persekutuan ...”. Dalam kes Azalina Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007] 3 AMR 693,  Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi makna Islam sebagai “bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.
Larangan pemakaian tudung ini juga jelas merupakan suatu pencabulan hak mengamalkan agama yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan, “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.”
Di dalam kes Meor Atiqulrahman Ishak (Meor Atiqulrahman) & ors v. Fatimah Sihi & ors [2006] 4 CLJ 1,  Mahkamah Persekutuan telah meletakkan beberapa ujian dalam menentukan sama ada suatu peraturan yang dibuat adalah tidak berperlembagaan. 
"First, there must be a religion. Secondly, there must be a practice. Thirdly, the practice is a practice of that religion".
Mengambilkira ujian yang dijalankan oleh Mahkamah di dalam kes ini kepada kes di hadapan kita, kami yakin dan percaya, amalan pemakaian tudung oleh wanita muslimah telah melepasi ketiga-tiga ujian yang ditetapkan Mahkamah Persekutuan ini.  
Selanjutnya Mahkamah Persekutuan menjelaskan, "All these having been proved, the court should then consider the importance of the practice in relation to the religion. This is where the question whether the practice is an integral part of the religion or not becomes relevant. If the practice is of a compulsory nature or 'an integral part' of the religion, the court should give more weight to it. If it is not, the court, again depending on the degree of its importance, may give a lesser weight to it".
Pemakaian tudung,  sebagaimana yang difahami dari ayat 31 Surah An-Nur di atas adalah suatu tuntutan wajib. Oleh itu, berdasarkan kes Atiqulrahman, amalan ini wajib diberi pertimbangan dalam menentukan bahawa ianya adalah suatu bahagian Agama Islam yang penting. 
Selanjutnya Mahkamah Persekutuan pergi lebih jauh dalam membezakan amalan sunat dan wajib, "In the Islamic context, the classification made by jurists on the 'hukum' regarding a particular practice will be of assistance. Prohibition of a practice which is 'wajib' (mandatory) should definitely be viewed more seriously than the prohibition of what is 'sunat' (commendable)".
Oleh yang demikian, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengecam larangan ke atas wanita muslimah yang bekerja di barisan hadapan hotel (frontline) untuk memakai tudung atas alasan ianya suatu pencabulan kepada Perkara 3(1) dan Perkara 11(1) Perlembagan Persekutuan. 
DMPM juga menggesa pihak berwajib untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya agar ketinggian Perlembagaan Persekutuan tetap terpelihara.
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 November 2017 | 23 Safar 1439 - HARAKAHDAILY 12/11/2017
Sumber HD - 12-11-2017 














































Larangan berhijab tidak hormati aurat muslimah

DEWAN Muslimat PAS Negeri Perak menggesa pengusaha-pengusaha hotel antarabangsa yang beroperasi di Malaysia agar menghormati amalan Islam yang menghendaki wanita Islam untuk menutup aurat secara sempurna agar hotel-hotel ini telah mengenakan syarat bahawa penyambut tetamu hotel yang berada di kaunter pendaftaran masuk hotel tidak dibenarkan mengenakan hijab seperti yang dilaporkan Malaysian insight.com, semalam. (Foto atas hanya hiasan) 
Ketuanya, Dr Najihatusalehah Ahmad berkata, keuntungan dalam industri perhotelan bukanlah terletak kepada cara pemakaian penyambut tetamu tetapi adalah atas perkhidmatan keseluruhan yang diberikan oleh hotel tersebut. 
Menurutnya, jika dilihat kepada tahap kepuasan pelanggan hotel yang dilakukan secara atas talian yang dibuat oleh Agoda.com atau Booking.com, tiada komen dari pelanggan hotel menyatakan tidak puas hati kerana pemakaian penyambut tetamu, yang ada adalah bagaimana sikap keramahan, bersedia memberi bantuan atau penerangan yang diberikan kepada pelanggan hotel apabila memerlukan. 
“Mutu perkhidmatan bilik-bilik penginapan dan kemudahan yang disediakan lebih menjadi keutamaan kepada pelanggan,” ujarnya dalam satu kenyataan. 
Kini, kata beliau banyak institusi pendidikan baik awam ataupun swasta menyediakan kursus-kursus perhotelan kepada lepasan SPM akan memberi peluang kepada anak-anak Malaysia untuk terlibat dalam industri perhotelan. 
Paling dikesali, katanya jika pengusaha hotel berterusan mengenakan syarat larangan hijab kepada pekerja-pekerja hotel akan membantutkan impian lulusan bidang itu khususnya pelajar wanita muslim untuk bekerja sebagai penyambut tetamu di hotel-hotel besar. 
“Saya ingin menyeru supaya pengusaha hotel-hotel di Malaysia supaya membawa suara rakyat Malaysia yang 65 peratus rakyatnya adalah agama Islam ke dalam persatuan mereka supaya mengecualikan amalan larangan tersebut ke atas hotel-hotel antarabangsa yang terdapat di Malaysia,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 12/11/2017
Sumber HD - 12-11-2017 















































Sekitar 85 peratus P. Pinang dilanda banjir

Menurutnya, dari 12 kawasan tersebut tujuh di Seberang Perai dan lima di bahagian dalam pulau di mana Bilik Gerakan Operasi Banjir di 12 tempat berkenaan dibuka seawal 4 November lalu sama ada di markas PAS, surau atau pun masjid-masjid.
"Pada malam kejadian, kira-kira jam 12 hingga 3 pagi, jentera petugas dari Jabatan Amal telah mula turun padang membantu rumah-rumah yang dimasuki air," ujarnya.
Jelasnya lagi, banjir kali ini agak teruk berbanding yang lepas kerana berlakunya air pasang dan ribut hingga mengakibatkan banyak pokok tumbang dan patah.
Ekoran itu jelasnya, empangan air di Padang Chempedak terpaksa dibuka untuk mengelakkan implikasi yang lebih buruk dan dengan itu mengakibatkan air melimpah masuk ke kampung-kampung.
Katanya juga, ada di antara yang sebelum ini tidak pernah mengalami banjir sejak 13 hingga 15 tahun lalu, juga terkesan untuk kali ini.
Tambah beliau, walaupun banjir kali ini dikatakan agak besar, namun di sebelah pulau air surut cepat tetapi agak berlumpur.
Manakala di sebelah Seberang Perai maklumnya, ada sesetengah tempat dilihat seolah-olah berlaku
'banjir termenung' yang mencatatkan penurunan kadar air surut agak perlahan.
"Di sebelah Seberang Perai terdapat banyak sungai dan paling besar sekali di Kubang Menerong di kawasan Kepala Batas.
"Dan ada di antara kawasan-kawasan banjir, kita terpaksa gunakan bot kerana ditenggelami air agak tinggi seperti di Lahar Yoi dan yang berhampiran dengannya," ujarnya lagi.
Ekoran itu jelasnya, PAS Pulau Pinang telah menggerakkan hampir 200 tenaga yang terdiri dari Jabatan Amal, Dewan Pemuda dan Muslimat untuk membantu gerak kerja operasi bantuan banjir ini di kawasan-kawasan terlibat.
Walaubagaimanapun maklumnya lagi, bantuan dari petugas dari negeri-negeri lain amat diperlukan untuk memastikan mangsa banjir dapat dibantu terutama untuk membersihkan kediaman mereka apabila banjir surut nanti.
"Setakat tahun ini, bermula dari awal tahun hingga Oktober, Pulau Pinang telah dilanda banjir sebanyak 24 kali. 23 kali lalu lebih kepada banjir kilat tetapi kali ini agak teruk dari sebelumnya," kata beliau.
Sementara itu, masih terdapat jalan-jalan yang ditutup untuk kenderaan ringan kerana limpahan air di jalan raya masih belum surut.
Justeru itu, musibah yang melanda 85 peratus Pulau Pinang turut mendapat perhatian dari pemimpin PAS, antaranya Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang  turun memberi sumbangan di Bukit Mertajam. 
Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan yang juga merupakan Zhli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Zailah Yusuf pula di Pongsu Seribu. - HARAKAHDAILY 7/11/2017
Sumber HD - 7-11-2017 


















































Banjir P. Pinang: Muslimat PAS sedia hulur bantuan

DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) melahirkan rasa simpati kepada kerajaan Pulau Pinang dan seluruh rakyat Pulau Pinang di atas musibah banjir yang melanda negeri tersebut. Dalam suasana yang genting ini, semua pihak mestilah menghulurkan bantuan. 
DMPM akan mengerahkan seluruh tenaga khususnya tenaga muslimat daripada seluruh negara dan bantuan kewangan dan barang-barang keperluan kepada mangsa banjir dalam masa terdekat ini. Kami berharap semoga semua mangsa bersabar di atas musibah ini dan jaga keselamatan diri dan keluarga daripada sebarang kemalangan yang tidak diingini. Kami juga mengajak kepada seluruh umat Islam mengadakan solat hajat memohon pertolongan daripada Allah swt semoga keadaan banjir ini semakin pulih. 
WAN HASRINA WAN HASSAN
Ketua Penerangan DMPM. – HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD - 5-11-2017 



















































Tabung buluh kumpul dana pilihan raya

MUSLIMAT PAS Cawangan Kampung Bertang mengekalkan cara tradisional untuk mengumpul dana pilihan raya iaitu menggunakan tabung buluh. 




















































Ketuanya, Dalmah Ismail berkata, setiap ahli diberi sebuah tabung buluh diletak di rumah masing-masing bagi tempoh lima tahun.

Katanya, apabila sudah sampai tempohnya tabung itu dibawa ke markas dan dikira beramai-ramai sebelum diserah kepada bendahari untuk disimpan.

Sumber HD- 3-11-2017





















































Bila projek tebatan banjir Rantau Panjang akan dilaksana?

SEHINGGA sekarang tidak ada sebatang tiang pun didirikan walaupun berkali-kali disebut bahawa bajet bagi Parlimen Rantau Panjang telahpun diluluskan.
Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff berkata demikian ketika memohon penjelasan berkaitan dengan projek tebatan banjir sepertimana yang dijanjikan oleh kerajaan pusat.
"Setiap kali ucapan saya di Parlimen mewakili seluruh rakyat Rantau Panjang menuntut; bilakah projek tebatan banjir di Rantau Panjang akan dilaksanakan? 
Saya ingin tahu bilakah ia akan bermula, bila dijangka akan siap projek ini, apakah permasalahannya dan begitu juga peruntukan untuk perparitan? Tidak ada erti tebatan banjir kalau sistem pengaliran ataupun perparitan tidak disalurkan dengan baik," soal beliau dalam sesi petang Dewan Rakyat sebentar tadi. 
Selain menyentuh isu pemberian bajet pembangunan di negeri Kelantan dalam bajet 2018, beliau turut menuntut hak royalti petroleum sebagaimana yang dituntut oleh rakyat Sabah dan Sarawak. 
"Rakyat Kelantan menuntut hak royalti sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975. Royalti ini harus dibayar segera kepada kami kerana ini adalah hak sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang," seru Siti Zailah. 
Dalam pada itu beliau turut menzahirkan keyakinan tentang kecerdikan rakyat Malaysia meskipun menerima BR1M, bonus dan pelbagai imbuhan yang lain. 
"Undi mereka belum tentu kepada Barisan Nasional (BN) kerana seperti yang diuar-uarkan bahawa halatuju ekonomi negara adalah untuk mencapai status rakyat berpendapatan tinggi tahun 2020, sedangkan rakyat hari ini hanya dapat menikmati ekonomi berkos tinggi," bidas Siti Zailah. – HARAKAHDAILY 1/11/2017
Sumber HD - 1-11-2017 
























































Alumni APSA ditubuhkan bantu gerak agenda DMPM


KUALA LUMPUR: Majlis Pelancaran Alumni Akademi Pengajian Saidatina Aishah (APSA) telah diadakan di Pusat Tarbiyah Dun Hulu Klang, semalam. 
Program anjuran APSA itu telah berjaya mengumpulkam seramai 30 peserta terdiri daripada alumni APSA dari ambilan pertama hingga ambilan ke enam.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh. 
Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada APSA sebagai sebuah jabatan DMPM bagi berbincang secara serius agenda mereka.
Beliau juga menasihatkan supaya tidak membiarkan ruang kosong dalam pembinaan kepimpinan sehingga diisi oleh pihak yang beragenda peribadi.
APSA pada peringkat awal penubuhannya menawarkan kursus latihan secara khusus dan berterusan kepada naqibat dan bakal naqibat. 
Kursus bertaraf diploma itu bagi membina pembudayaan ilmu dan aspek pentarbiyahan dalaman para Muslimat. 
APSA kini berorientasikan pentarbiyahan semi-akademik yang bekerjasama dengan Lajnah Tarbiah dan Perkaderan DMPM. 
Pelbagai latihan, kursus, perundingan dan bimbingan dalam aspek keilmuan dan kepakaran secara profesional dan efisien disediakan khusus untuk Muslimah. 
Objektif APSA untuk melahirkan golongan Muslimah yang berjuang menegakkan amar makruf nahi munkar dalam kerangka pembudayaan ilmu-ilmu Islam. - HARAKAHDAILY 29/10/2017
Sumber HD - 29-10-2017 

























































Muslimat PAS harap Bajet 2018 mesra wanita



BIARPUN secara umumnya Bajet 2018 yang bakal dibentangkan 27 Oktober ini Bajet Pilihan Raya, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPP) mahukan kerajaan tepati janji-janjinya itu.
Timbalan Ketuanya,  Dr Rosni Adam berharap agar bajet yang akan dibentang Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Parlimen nanti sebagai bajet mesra wanita. 
Katanya, bajet tersebut perlu diletakkan sebagai tumpuan khusus kepada wanita.
"Memanglah kita ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tetapi masalahnya ia tertakluk kepada satu kementerian. 
"Sewajarnya ia merentasi secara menyeluruh seperti masalah gender dan pekerja wanita contohnya di Kementerian Kesihatan ramai doktor wanita di sana. 
"Jadi kenalah jaga kebajikan mereka dan begitu juga suri rumah, peniaga dan lain-lain," katanya. 
Oleh itu katanya, bajet kali ini kerajaan perlu tingkatkan bajet untuk semua golongan wanita. 
Contohnya, beliau berkata kerajaan kena perbanyakkan lagi tempat asuhan di tempat kerja untuk memudahkan kaum ibu memantau anak mereka. 
Bajet kali ini juga perlu mengambil kira untuk meningkatkan keupyaan wanita khususnya wanita yang bermasalah seperti ibu tinggal dan ibu tanggung. 
"Ibu tunggal memang diberi pembelaan tetapi ibu tinggal  (ibu yang ditinggal oleh suami) ini satu masalah dan begitu ibu tanggung (ibu yang menanggung suami atau keluarga kerana sakit dan sebagainya) belum lagi diberi perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," ujarnya. 
Selain itu katanya, aspek pendidikan kepada wanita khasnya anak-anak muda tidak boleh diabaikan dalam Bajet 2018. 
Ini kerana katanya, secara umumnya pinjaman pendidikan sangat susah  diperolehi pemohon. 
Katanya DMPM mahukan kerajaan memberi pembelaan kepada wanita bukan sekadar kebajikan jangka pendek tetapi hendaklah kebajikan yang berterusan. – HARAKAHDAILY 25/10/2017
Sumber HD - 25-10-2017 



























































Tahniah para pendukung, penyokong tertegaknya kebenaran

BERKATA As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna: Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi inayah dan hidayah oleh Allah.
Firman Allah bemaksud: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (Al-Qashash: 56) 
Alhamdulillah puji dan syukur atas segala kurniaan Allah yang telah memudahkan segala urusan dan perjalanan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Terengganu. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang untuk yang terbaik; namun Allah yang Maha Mengetahu lebih mencatur segala aturan alam. 
Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan jutaaan tahniah buat seluruh Ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Fastaqim 2.0 yang telah bertungkus lumus dalam melaksanakan program mega ini. 
Juga khusus kepada Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu serta seluruh Dewan Muslimat Kawasan-Kawasan yang terlibat, kepada Ameerah Malaysia, Briged Muslimat Malaysia, Nusaibah Malaysia dan semua yang terlibat sama ada secara langsung dan secara tidak langsung, kami (DMPM) dengan penuh takzim mengucapkan berbanyak terima kasih untuk segala sumbangan tenaga, masa, wang dan kudrat kalian.
Ambil segala ilmu dan mutiara kata dari pimpinan, semat dan pasakkan dalam hati kita semua. Simpan kenangan manis bersilaturrahim dan berukhuwah sepanjang di Fastaqim sebagai memori indah dalam lipatan sejarah kita. 
Ayuh! Terus bangkit dan bersemangat dalam meneruskan perjuangan dan dakwah dalam medan Islam. Terus kuat gigih dan ikhlas bekerja untuk Islam dan memenangkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk PRU ke-14 nanti insyaallah. 
Sebarkan dakwah dengan berhikmah dan mantapkan diri dengan ilmu tarbiyyah dakwah dan siasah. Semoga segala amal dan kerja dakwah kita diberkati dan diredhai Allah. 
Selamat berjuang buat seluruh Mujahidah! Takbir!
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan” 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
11 Muharram 1439 / 2 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 2/10/2017
Sumber HD - 2-10-2017 





























































Lebih Ramai Calon Muslimat Pada PRU14

Oleh : Cik Ana

Kuala Nerus – Dewan Muslimat PAS Malaysia dijangka akan meletakkan lebih ramai calon pada pilihan raya akan datang.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, yang pasti dalam ilmu Allah sudah ada dan dalam jumlah yang selesa.
“untuk kepastian tunggu pilihanraya….. Insyaa Allah dia tidak kurang daripada jumlah-jumlah yang telah lepas….”.

Tambah beliau ” bukan perlu dan memang kena ada, jumlah yang ramai Sabah Sarawak semua sekali”.
Beliau berkata demikian pada  Sidang Media di tapak Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini pada petang Isnin, 25 September.

Sehubungan dengan itu Ketua Lajnah Penerangan dan Hubungan Media (DMPM) Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan berkata, ” Tuan Guru Presiden pun dah nyatakan untuk PRU kali ini PAS akan manampilkan lebih ramai calon muslimat berbanding pada PRU yang lepas,

“jadi sikap terbukaan yang ditunjuk oleh Tuan Guru itu kami cukup sanjungi, kami sambut dengan baiklah… Insyaa Allah”.

Menurutnya ” PRU lalu lebih kurang 25 orang muslimat yang bertanding untuk Dun dan Parlimen seluruh Malaysia,

“Insyaa Allah DMP di semua peringkat dari Pusat sampailah negeri dan kawasan ramailah tokoh – tokoh kepimpinan muslimat yang layak untuk menjadi calon ini termasuk DHPP dan kita boleh tampilkan , katanya

Tambah beliau “Kita berharap dan juga pertimbangan dari semua pihak bukan di peringkat Pusat sahaja malah di negeri pun memberi laluan kepada muslimat”.

Dalam pada itu beliau berkata, walaupun di sekitar tapak kita ini terdapat berbagai program yang besar dan anggap satu kredit kepada PAS kerana tarikan pada Fastaqim 2.0 lebih menarik.

“sebab program- program lain kita tidak nampak satu pun yang boleh memberi motivasi, ilmu dan bentuk kekeluargaan”
“kita pagi ada sukan pantai, pemuda muslimat ada program, petang majlis ilmu, ada pelancaran jentera pilihanraya, malam program kemuncak dan saya yakin dan malamnya yang pergi ke sana pun akan datang ke sini.

Sumber BO - 27-9-2017
































































Maal Hijrah: Padukan tekad dan langkah cipta kejayaan






"SESUNGGUHNYA orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah Al Baqarah: 218)
Awal Muharram muncul lagi dan kita selalunya memperbaharui tekad. Bermula dengan semangat baru dan bersyukur terhadap illahi di atas kejayaan yang dapat diraih. Bermuhasabah terhadap pencapaian dan kelemahan gerak kerja yang lepas. Natijahnya dijadikan sebagai anjakan ke arah yang lebih baik dan juga sebagai ibrah agar kesilapan dan kesalahan lalu tidak diulang kembali. Yakin dan istiqamah memacu kemenangan. 
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan salam Maal Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat. Tingkatkan amal kebajikan dengan menteladani Rasulullah SAW sebaik-baik contoh teladan. Lengkapkan diri dengan pelbagai ilmu di dada, tambahkan kemahiran serta pengalaman untuk membina kerjaya yang lebih dinamik. Ubah gaya hidup yang jahiliyyah, tinggalkan perkara yang lagho dan teruskan memberi sumbangan sama ada berbentuk tenaga, masa, idea, kemahiran mahupun harta untuk kerja-kerja kebajikan di mana jua. Hindari diri dari sebarang kemungkaran yang akan membawa kepada kecelakaan dan kemurkaan Allah SWT. 
Isilah masa 24 jam sehari anda dengan perkara yang memberi manfaat untuk diri dan ummah sejagat. Dunia kini semakin parah, semakin tenat dan tandus. Kemanusian sudah mula tergadai dimana generasi muda remaja semakin terjebak dengan pelbagai gejala yang menggemparkan, mengeri dan menakutkan. Perbatasan sempadan media baru yang terlalu terbuka mudah diakses mempengaruhi lagi aktiviti dan perkara yang diluar jangkaan. Kemungkaran sudah berada di hujung jari. “Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” (Surah At-Thalaq: 2-3) 
Ayuh! Bangkit bersama untuk melakar kejayaan dan kecemerlangan. Sejarah telah membuktikan umat Islam unggul di setiap dimensi ilmu. Lahirkan dan terus mengkader jiwa-jiwa anak bangsa 'ulul albab'. Didik mereka ke arah tamadun madani dari segala aspek ekonomi, syariah dan perundangan, teknologi, politik, kesihatan, pendidikan dan semua bidang agar jatidiri dan minda anak generasi muda sekarang dapat memimpin dan membina negara ke arah Malaysia yang lebih sejahtera, makmur dan sentiasa mengikut acuan Islam insyaallah. “Dan Al-Qur`an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat.” (Surah Al An’am: 155) 
Selamat menyambut Awal Muharram yang ke 1439 Hijrah daripada kami Dewan Muslimat PAS Malaysia. Semoga Allah sentiasa sematkan kesabaran, ketenangan dan kejayaan buat kita semua. Salam perjuangan serta beristiqamah memacu kemenangan. 
"Sejahtera Bersama Islam”
"Muslimat Memacu Kemenangan"
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
30 Zulhijjah 1438 / 21 September 2017 – HARAKAHDAILY 21/9/2017
Sumber HD - 21-9-2017 

































































Terima kasih DBKL haramkan pesta arak 2017

TAHNIAH kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di atas penolakan permohonan dan "mengharamkan" penganjuran "Pesta Liar Arak" Better Beer Festival 2017 yang digemparkan sebelum ini akan berlangsung awal Oktober depan.
"Permohonan aktiviti itu pada tempat, masa dan tarikh yang dinyatakan adalah tidak diluluskan. 
"Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," kata Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria. 
Firman Allah SWT bermaksud: “Hendaklah ada segolongan dari kamu yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran….” (Surah Ali-‘Imran: 104) 
Jika kemungkaran itu disaksikan oleh seorang individu dan beliau berupaya melakukan pencegahan atau pengubahan, maka wajiblah hukum ke atasnya berbuat demikian. 
Begitu juga jika kemungkaran itu disaksikan atau diketahui oleh satu jamaah, namun mereka tidak berupaya melaksanakan pencegahan kecuali seorang daripada mereka, maka wajiblah hukumnya ke atas yang seorang itu. Jika seseorang itu tidak bangun untuk melaksanakannya, berdosalah ia. 
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” 
Sesungguhnya arak ini banyak mudaratnya di samping merosakkan akhlak dan akidah manusia daripada beriman kepada Allah SWT dan merosakkan keperibadiannya. 
Bukan itu sahaja, sosial manusia juga boleh hancur akibat daripada meminum arak. Ia bakal menyebabkan permusuhan dan kebencian dan memporak-perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara. 
Kesihatan manusia juga akan terjejas seperti tekanan darah tidak menentu, rosaknya urat saraf, menyebabkan hepatitis, sakit jantung, rosak buah pinggang, kanser, angin ahmar, lumpuh, keracunan, gila, gangguan pencernaan (contohnya ulser perut) penyakit hati kekurangan makanan dan kekurangan zat makanan, masalah tumpuan dan ingatan,
keadaan kesihatan mental, bunuh diri dan tingkah laku bunuh diri, kerosakan otak dan pelbagai lagi penyakit yang membawa kemudaratan kepada peminum arak. 
Justeru, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) sangat menyokong tindakan tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL mengharamkan Better Beer Festival 2017 bagi melahirkan negara yang lebih aman dan sejahtera. 
Terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dan membantah Pesta Liar Arak ini. Semoga kita semua sentiasa cakna dan peduli tentang isu semasa yang bakal meruntuhkkan serta merosakkan minda generasi muda khususnya dan membawa kesan negatif buat masyarakat sejagat. Selamatkan Malaysia, Selamatkan Aqidah Umat Islam! 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Muslimat Memacu Kemenangan" 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
27 Zulhijjah 1438 / 18 September 2017
Sumber HD -18-9-2017



































































DMPP harap Halimah pegang panduan Islam

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), mengucapkan sekalung tahniah kepada Halimah Yacob yang dipilih sebagai Presiden baharu negara Singapura.



































































Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Salleh  berharap pelantikan Halimah itu akan menjadi contoh yang unggul kepada dunia


Sumber HD - 15-9-2017





































































Bengkel dakwah bina jaringan pendakwah PAS tangani isu LGBT

LAJNAH Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia telah menganjurkan Bengkel Dakwah LGBT di Astana Hambra, Sungai Penchala, kelmarin dengan dihadiri oleh peserta di kalangan wakil AJK DMPM, wakil Lajnah Dakwah PAS Pusat, AJK Lajnah Dakwah DMPM, wakil Lajnah Dakwah DMPN serta beberapa NGO.
Pengerusi Lajnah Dakwah DMPM, Dr Mardhiyah Hayati Salleh dalam ucapan perasmian menjelaskan bahawa bidang tugas Lajnah Dakwah adalah program berbentuk dakwah outreach kepada masyarakat Muslim dan non Muslim. 
"Bengkel kali ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para penggerak dakwah PAS dan beberapa NGO, tentang isu LGBT serta merancang gerak kerja yang sesuai untuk dilaksanakan," tambah beliau lagi. 
Program yang bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang ini telah diisi dengan pembentangan kertas kerja diikuti dengan bengkel pada sebelah petang. 
Pembentang pertama, Dr Siti Asiah Hasan meminta para peserta menggunakan kemahiran kaunseling supaya dakwah mudah disampaikan kepada golongan LGBT.
"Kita hendaklah membina hubungan dengan mereka sebagai jambatan untuk memahami naluri serta fitrah mereka. 
"Cabaran yang mereka hadapi adalah lebih besar daripada yang orang biasa hadapi kerana fizikal dan emosi mereka berbeza daripada insan biasa lain. 
"Mereka tidak mahu kita menganggap mereka golongan yang bermasalah. Kita hendaklah mengajak mereka supaya cinta dan sayang dengan fizikal asal yang dicipta Allah kepada mereka," ujar beliau. 
Sementara itu, Dr Ahmad Solehin dalam pembentangan kertas kerja kedua, telah mendedahkan bahawa kita bukan sekadar berhadapan dengan usaha untuk membawa golongan LGBT ini ke pangkal jalan. 
“Kita turut berhadapan dengan pengaruh gerakan LGBT antarabangsa yang masuk melalui sosial, politik dan perundangan. 
"Kita boleh menggunakan teknik 'snowball' untuk golongan LGBT memperkenalkan kita dengan orang baru yang turut terlibat dengan lesbian, gay dan maknyah.
"Sebagai pendakwah kita sebaiknya mendekati mereka dalam kelompok kecil contohnya melalui program usrah sesama mereka tanpa mendedahkan identiti mereka kepada orang lain. 
"Antara terapi holistik yang dicadangkan ialah dengan mengurangkan kesalahan kecanduan pornografi, memutuskan hubungan media sosial jaringan LGBT, melakukan puasa sunat, mencari lingkungan positif yang bebas dari LGBT dan menggunakan terapi hormon daripada doktor," jelas beliau lagi. 
Kemuncak program adalah bengkel Pelan Strategik Dakwah Menangani Isu LGBT di Malaysia yang melibatkan plan tindakan melalui pendidikan, membangunkan sistem sokongan, membina jati diri serta merancang metod pendekatan kepada golongan LGBT. 
Program ditamatkan pada jam lima petang dengan ucapan penutup daripada Dr Mardhiyah Hayati yang berpuas hati dengan program itu telah mencapai objektif yang diharapkan dengan para peserta memahami tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. 
Beliau mengakhiri ucapan dengan menyatakan bahawa usaha itu adalah usaha yang berterusan dan mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada semua peserta yang hadir.
Sumber HD - 11-9-2017 







































































Selamat menduduki UPSR, ajari anakmu erti kejayaan sebenar

UJIAN Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijadualkan bermula minggu ini dari 11 September sehingga 18 September 2017 (bagi mereka yang mengambil subjek Cina dan Tamil). Anak-anak Tahun 6 dari seluruh negara akan menduduki peperiksaan UPSR selama seminggu.
Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anak-anak calon UPSR. 
Semoga beroleh kejayaan cemerlang. Buat ibu bapa, banyakkan berdoa untuk kejayaan anak-anak, bukan sahaja untuk dunia semata-mata malah paling penting kejayaan di akhirat sana. Didiklah mereka erti kejayaan sebenar sejak dari kecil. 
Allah S.W.T merakamkan pesanan terindah mengenai pendidikan anak-anak melalui Surah Luqman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”. 
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu kembalimu. 
"Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, Maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Ku kembalimu, Maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. 
"(Luqman berkata): “Hai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). 
Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha mengetahui. "Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (Surah Luqman: 13-17) 
Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan UPSR buat semua calon. Semoga dipermudahkan urusan kalian. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Muslimat Memacu Kemenangan"

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Sumber HD - 10-9-2017 









































































Rohingya terus bermandi darah, pedulikah kita?

SIRI kezaliman ke atas etnik Rohingya berterusan sehingga hari ini. Umat Islam yang tidak berdosa ditindas tanpa belas ehsan. Mereka diseksa dengan begitu kejam, dibunuh hidup-hidup, dimusnahkan tempat tinggal dan sebagainya.Maka di manakah peranan kita selaku jiran mereka? Apakah Malaysia masih mahu berpeluk tubuh dan membisu tanpa tindakan serius membela mereka?
Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia begitu kesal terhadap sikap yang di ambil kerajaan hari ini. Amat malang, Malaysia yang melaungkan keamanan gagal membantu saudara seagama di Myanmar.Malaysia selaku anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB dan OIC seharusnya bertindak segera. Justeru, kami menggesa Perdana Menteri Malaysia menggunakan saluran yang ada bagi menyuarakan kebenaran membela Rohingya yang tertindas. 
Rakyat Malaysia secara umumnya juga diseru mempertingkatkan usaha mendesak dunia membuka mata. Teruskan sebarkan kepada masyarakat apa yang dialami umat Islam Myanmar kerana sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara! 
"Barangsiapa yang membantu menghilangkan satu kesedihan (kesusahan) dari sebagian banyak kesusahan orang mukmin ketika didunia maka Allah akan menghilangkan satu kesusahan (kesedihan) dari sekian banyak kesusahan dirinya pada hari kiamat kelak. Dan barangsiapa yang memberikan kemudahan (membantu) kepada orang yang kesusahan, nescaya Allah akan membantu memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Dan barangsiapa yang menutup aib orang muslim , nescaya Allah akan menutup aibnya dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah akan selalu menolong seorang hamba selama dia gemar menolong saudaranya" (Hadis Riwayat Muslim)
Marilah sama-sama kita mendoakan episod duka mereka dihentikan segera. Sekali lagi kami mendesak kerajaan dan pihak berwajib bersuara membela kebenaran.Sudah tiada masa untuk kita berlengah-lengah. Mereka menanti bantuan kita semua. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Muslimat Memacu Kemenangan"

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Sumber HD - 10-9-2017 

Rayuan sumbangan untuk saudara kita Rohingya



















KEZALIMAN, kekejaman serta pembantaian yang menimpa Muslim Rohingya di Myanmar sudah sekian lama berlarutan sehingga ke hari ini. Anak-anak kecil tidak berpakaian dan kelaparan. Manakala golongan ibu hanya ada sehelai sepinggang sahaja. Keadaan mereka amat menyedihkan. Bukan itu sahaja, malah pelbagai kezaliman yang lebih dahsyat lagi diperlakukan ke atas mereka. 
Siapa lagi kalau bukan kita saudara seagama mereka yang dapat membantu mereka. Justeru itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru saudara saudari, tuan puan yang dermawan bersama-sama menjayakan Misi Kebajikan dan Kemanusiaan serta 'Tabung Kecemasan Rohingya' . Hulurkanlah walaupun sedikit demi umat Islam. 
Allah SWT berfirman: 
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ 
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah al-Maidah: 2)

Nabi SAW juga bersabda dalam satu riwayat yang dhaif jiddan: 
مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ المُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ 
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan orang Muslim, maka bukan dari kalangan mereka.” (Riwayat al-Tabarani (7/270) 
Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Dewan Muslimat PAS Pusat:
MAYBANK: 5640 2540 0711 
SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada: 
Dr. 'Uyun: 019-357 7502
Puan Zurina: 014-306 9141
Saudari Zuriati: 019-204 9434
Saudari Oyeen: 019-590 2381 
Nabi SAW bersabda: 
اتَّقوا النَّارَ ولو بشقِّ تمرةٍ 
Maksudnya: “Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” (Riwayat al-Bukhari (6540)
Jazakumullah khairan katheera.
Sumber HD - 3-9-2017 













































































Maknai Aidil Adha dengan hayati sirah












ALHAMDULILLAH, dengan limpah kurnia-Nya, dapat lagi kita melangkah bulan Zulhijjah yang di dalam disyariatkan rukun Islam kelima Haji dan Ibadah Korban. Di bulan penuh berkat ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru seluruh umat agar sama-sama memaknai sirah rasul mulia Ibrahim a.s serta ahli keluarganya yang sanggup berkorban apa sahaja demi mematuhi perintah Ilahi.
Allah s.w.t berfirman: 
‎ومن يرغب عن ملة إبراهيم إلا من سفه نفسه؛ ولقد اصطفيناه في الدنيا وإنه في الآخرة لمن الصالحين (130) إذ قال له ربه أسلم قال أسلمت لرب العالمين (131) -سورة البقرة 
Maksudnya: Dan tiadalah sesiapa yang bencikan agama Ibrahim melainkan dia menjadi orang yang membodohkan dirinya sendiri. Sesungguhnya kami memilih dia di dunia ini (menjadi rasul kesayangan Allah) dan sesungguhnya di akhirat nanti dia dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang soleh (yang tinggi martabatnya). Ingatlah apabila berkata kepadanya oleh Tuhannya: "Islamlah!" Ibrahim berkata: "Saya Islam kerana Tuhan Pencipta seluruh alam." (Surah Al-Baqarah: 130-131) 
Dari ayat tersebut, dapatlah kita simpulkan bahawa Nabi Ibrahim a.s telah membuktikan Islamnya dengan menyerah diri secara ikhlas kepada Allah s.w.t serta tidak menyekutukan-Nya dengan segala yang lain. Nabi Ibrahim a.s berkorban meninggalkan tanah air, menunaikan perintah Ilahi meletakkan isteri dan anaknya di bumi tandus Mekah; malah sanggup menyembelih anaknya demi ketaatannya kepada Allah. Akhirnya anaknya digantikan dengan haiwan korban setelah terbukti ketaatan Ibrahim a.s yang tidak berbelah bahagi. Ketaatan dan kepatuhan kepada Allah seperti inilah yang sewajarnya dalam diri umat Islam masa kini. 
Di samping menzahirkan semangat berkorban demi agama, marilah kita sama-sama mengingati betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Titiplah apa jua sumbangan tanda solidariti kita kepada saudara-saudara kita di Palestin, Myanmar, Syria serta segala pelosok yang kini dibantai tanpa belas oleh penzalim-penzalim.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w: 
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه (رواه البخاري) 
Maksudnya: "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri." 
Cukuplah sabda junjungan mulia s.a.w ini sebagai peringatan kepada kita akan hubungan kesempurnaan iman serta kecintaan sesama kita. 
Pada hari-hari yang mulia ini juga, DMPM menyeru seluruh umat Islam agar membanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w yang telah banyak berkorban dan berjihad demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rasul; menyampaikan Islam kepada kita semua. 
Marilah kita menjadikan ucapan selawat dan salam ke atas baginda serta kepatuhan dan kesungguhan memenuhi perintah agama sebagai tanda kasih dan cinta kepada baginda. Merdekakanlah diri kita dari cinta dunia. Selamat Hari Raya Aidil Adha. 
"Sejahtera Bersama Islam"
“Muslimat Memacu Kemenangan”
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Sumber HD- 31-8-2017 















































































Sambutlah dengan jiwa yang merdeka

MALAYSIA mencapai hari kemerdekaannya yang ke-60 pada 31 Ogos 2017 ini dengan membawa tema kebangsaan “Negaraku Sehati Sejiwa”. Detik ini sangat bermakna buat seluruh warga Malaysia tidak mengira bangsa dan agama dalam kita mengecapi nikmat kebebasan yang dikurniakan oleh Allah SWT. 
Hari ini, kita diberi peluang menghirup udara kebebasan yang didambakan oleh semua insan. Negara yang mahu dibangunkan selepas fasa kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Jasa,bakti dan pengorbanan menjadi bayaran yang tidak ternilai demi membangun generasi selepas merdeka. 
Islam menggariskan tatasusila dan adab-adab dalam meraikan rasa kebebasan dan keselamatan. Hari Kemerdekaan diwujudkan untuk memanifestasi rasa syukur atas nikmat kebebasan dan menghargai pengorbanan generasi terdahulu. Sambutan kemerdekaan lebih bermakna dengan mengekalkan nilai kesopanan dan penuh rasa kesyukuran di samping semangat mencintai negara. 
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah melaksanakan solat hajat perdana dan program bermanfaat agar Hari Merdeka bukanlah hanya pada sambutan yang meriah tetapi mendidik rakyat agar lebih dekat dengan Tuhan atas pemberian nikmat ini. 
Disamping itu, marilah kita berdoa untuk kemerdekaan di negara-negara umat Islam seluruh dunia agar keamanan dapat dikecapi oleh mereka. 
Justeru itu,Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-60 buat seluruh anak Malaysia sama ada yang berada di Malaysia atau jauh di perantauan. Sematlah sikap yang harmoni dan menjaga imej baik negara selaras tuntutan syariat Islam tanpa mencemarkan nilai dan adab-adab murni.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
31 Ogos 2017
9 Zulhijjah 1438 H – HARAKAHDAILY 31/8/2017
Sumber HD - 31-8-2017 

















































































Syabas atlet wanita menjaga aurat













SABDA Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar (bermaksud): “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud) 
Tidak dapat disangkal bahawa agama Islam tidak pernah menghalang kaum wanita melibatkan diri mereka di dalam sukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira dan dipraktikkan oleh muslimah dalam bersukan. Syarat yang utama adalah menjaga aurat dengan memakai pakaian menurut syariat. 
Selain itu juga, dalam bersukan muslimah tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggang lenggok yang menggoda. Begitu juga dalam menyokong perlu menjaga etika. Menang dan kalah dalam pertandingan perlu akur dan menerima dengan hati terbuka. 
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua para atlet yang menjaga aurat sepanjang kejohanan Sukan SEA, dan kami mendoakan kejayaan yang seterusnya untuk kejohahan dan acara yang akan datang.
Bersukan dapat memupuk tali persaudaraan antara masyarakat setempat, negara dan bangsa di dunia. Bermakna sukan bukan saja menguji kekuatan fizikal dan mental malah membina hubungan ukhuwah serta silaturahim demi perpaduan ummah sejagat. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam syari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang. 
Allah berfirman (maksudnya): “Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87) 
Tahniah sekali lagi kepada semua para atlet Malaysia yang berjaya menggondol pingat dan mencipta rekod-rekod baharu kejohanan. Semoga terus mara dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia! Bangkit bersama. Tahniah Wira dan Wirawati Malaysia! 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Muslimat Memacu Kemenangan" 
Dr Rosni Adam
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Zulhijjah 1438 / 30 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 30/8/2017
Sumber HD - 30-8-2017 



















































































Tahniah wirawati negara















DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada skuad negara yang memenangi pingat emas dalam perlawanan akhir bola jaring Sukan SEA 2017 menentang Singapura dengan keputusan 65-41 di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam. 
DMPM juga memuji inisiatif murni skuad bola jaring Malaysia yang tampil berpakaian sopan dalam setiap perlawanan mereka di Sukan SEA tahun ini. 
Pasukan Malaysia telah menunjukkan aksi yang cukup hebat dengan ketangkasan semua pemain serta kerjasama yang kuat antara pasukan telah membuahkan hasil yang terbaik. Jaringan cantik, balingan tepat, laju dan pantas telah memberikan kelebihan dan kemenangan buat pasukan Malaysia. 
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan.” (Maksud hadis riwayat Muslim) 
Semoga semangat kesukanan yang disulami dengan ciri-ciri kesopanan dan kesusilaan begini terus mekar dalam arena sukan negara. Tahniah sekali lagi buat pasukan bola jaring Malaysia yang hebat!
Bangkit Malaysia! 
“Muslimat Memacu Kemenangan” 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
28 Zulkaedah 1438 / 21 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 21/8/2017                     
Sumber HD - 21-8-2017





















































































Rogol: Masa untuk perkasa syariah Islam












KES bapa merogol dan liwat anaknya sehingga lebih 600 kali sangat meruntun jiwa masyarakat. Hati kita bagai disiat-siat membacanya, apatah lagi membayangkan derita mangsa selama dua tahun. 
Lebih malang, ini bukanlah kes pertama seumpamanya. Anak gadis kita diperkosa oleh ahli keluarga yang merupakan wali mereka, yang sepatutnya bertanggungjawab memberi perlindungan buat si gadis. 
Di dalam Islam, rogol didefinisikan sebagai jenayah zina secara paksaan. Walau bagaimanapun, Islam sebagai agama rahmat tidak memberi hukuman kepada mangsa rogol. 
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan janganlah kamu memaksa hamba perempuan-perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia.Dan sesiapa yang memaksa mereka, sesungguhnya Allah -- sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka -- Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An Nur: 33) 
Hukuman bagi jenayah rogol dalam Islam adalah sebagaimana dalam hukum hudud. Jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. 
Terdapat dua bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan: 
Rejam sehingga mati jika pesalah pernah melakukan persetubuhan melalui perkahwinan yang sah. 
100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah melakukan persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun. 
Namun, sekiranya kesalahan tidak dapat dibuktikan melalui empat orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes dan dikenakan hukuman yang dipanggil Takzir mengikut budi bicara mahkamah. 
Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada Hudud sekiranya mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Hukuman Takzir boleh mencapai tahap hukuman mati. Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental. 
Dewan Muslimat PAS Malaysia mendesak Kerajaan Persekutuan lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol. 
Dewan Muslimat PAS Malaysia juga menyeru pengukuhan keluarga yang merupakan unit kecil yang terpenting dalam membina sebuah negara. Masyarakat perlu sama-sama diberikan ingatan demi peringatan akan kepentingan membentuk keluarga yang rukun berteraskan nilai-nilai Islam. 
Firman Allah s.w.t yang beraksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka. (Surah At-Tahrim: 6) 
“Muslimat Memacu Kemenangan”
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Sumber HD- 14-8-2017 























































































Tahniah, Prevena menyinar di pentas dunia

DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Prevena Ramakrishnan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. 
Beliau dianugerahkan sebagai "Best Speaker" dan " Best Position Paper Awards" dalam persidangan yang berlangsung pada Jumaat lepas di Amerika Syarikat. 
Menurut sumber dari Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, adik Prevena merupakan anak Malaysia yang pertama mewakili negara ke Persidangan United Nation; 2017 International Model yang menghimpunkan 96 delegasi lain dari seluruh dunia. 
Persidangan itu diadakan bagi mempromosikan isu global melalui simulasi yang berkait dengan pendidikan. 
DMPM berharap pihak kerajaan dan NGO yang berkaitan mengambil peranan yang efektif dalam menambahbaik sistem pendidikan di negara kita bagi melahirkan lebih ramai modal insan yang mampu melonjakkan nama negara di persada dunia khususnya dalam bidang pendidikan. 
"Muslimat Memacu Kemenangan"
DR ROSNI ADAM
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
10 Zulkaedah 1438 / 3 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 3/8/2017
Sumber HD - 3-8-2017 

























































































Tutup IPG: Bagaimana nasib pensyarahnya?

AHLI Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff melahirkan rasa kesal dengan keputusan kerajaan yang bertindak menukar fungsi Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada Kolej Vokasional di seluruh negara. 
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika menjawab pertanyaan beliau memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa daripada 27 buah IPG di seluruh negara hanya 17 buah sahaja di kekalkan sebagai IPG. 
"Kecewa dengan jawapan menteri, katanya kerajaan tidak menutup cuma menukar fungsi. Sepatutnya setiap negeri sekurang-kurangnya ada satu IPG. 
"Bayangkan apabila kerajaan akan tukar IPG Kota Bharu kepada Kolej Vokasional, semua proses temuduga guru tiada lagi di Kelantan," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, bagi kursus penguruan lepasan ijazah, kursus sijil perguruan khas, kursus perguruan am dan kursus dalam cuti bagi guru sandaran tiada lagi pengambilan di IPG Kota Bharu dan pelajar terpaksa mengikuti kursus diluar negeri Kelantan. 
"Sepatutnya IPG Kota Bharu seharusnya dikekalkan identiti kerana sejarahnya besar melahirkan guru sejak tahun 1952. 
"Apa nasib para pensyarahnya selepas IPG ini ditukar fungsinya. 
“Walaupun perjawatan dikekalkan. Sesuaikah bekas pensyarah ini menjadi tenaga pengajar Kolej vokasional atau bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah?" soal beliau.
"Maknanya macam tutup jugalah kerana pensyarah-pensyarah akan dihalau keluar dari IPG tersebut," tegas beliau. 
Justeru katanya, masalah yang berlaku ke atas IPG kerana kegagalan kerajaan BN yang kurang perancangan kemas terutama dalam bidang masa depan pendidikan dan perguruan. 
"Apabila IPG yang berjaya melahirkan guru-guru cemerlang, akhirnya hendak ditutup," katanya. 
Menurut jawapan menteri sebanyak empat buah IPG ditukar fungsi kepada Kolej Vokasional, empat buah lagi kepada Politeknik, sebuah IPG kepada Pusat Latihan Jurulatih, manakala sebuah lagi ditukar fungsi kepada PERMATA Pintar. 
Di dalam soalan asal Siti Zailah meminta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah IPG yang telah ditutup di seluruh negara dan penyelesaiannya serta kesan jangka pendek dan jangka panjang. – HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD-2-8-2017 



























































































Muslimat PAS Bantah Keputusan Mahkamah Rayuan

Keputusan Mahkamah Rayuan yang meluluskan anak luar nikah dibinkan/ dibintikan kepada nama bapa biologi sangat jelas bertentangan dengan hukum yang termaktub dalam Al- qur’an, sekaligus tidak wajar disokong oleh mana-mana pihak.

2. Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 5 bemaksud:-

“Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka. Ituah yang lebih adil pada sisi Allah dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudara seagamamu dan maula-maulamu.”

3. Al-quran jelas mengharamkan hal ini kerana ia boleh memberi kesan kepada kesahtarafan anak, hak pewarisan, isu nafaqqah, status wali, isu muharramat (orang yang haram dikahwini) dan memusnahkan institusi kekeluargaan Islam.

4. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah menetapkan anak yang lahir selepas 6 bulan qamariah hasil daripada pernikahan yang sah sahaja layak dibinkan dengan bapa biologinya.

5. Pendirian tegas perlu disuarakan pihak mufti, agamawan dan NGO Islam demi menjaga kemasahatan agama justeru, rayuan yang difailkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara, JPN melalui Jabatan Peguam Negara perlu diteliti dan kami mendesak Mahkamah Persekutuan tidak meluluskan permohonan Mahmakah Rayuan tersebut.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
7 Zulkaedah 1438H
31Julai 2017

Sumber BO - 1-8-2017





























































































Isu nasab bakal rosakkan institusi keluarga Islam

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan yang meluluskan anak luar nikah dibinkan atau dibintikan kepada nama bapa biologi sangat jelas bertentangan dengan hukum yang termaktub dalam al-Quran, sekaligus tidak wajar disokong oleh mana-mana pihak, demikian tegas Dewan Muslimat PAS Pusat. 
Ketuanya Nuridah Mohd Salleh berkata, al-Quran jelas mengharamkan hal ini kerana ia boleh memberi kesan kepada kesahtarafan anak, hak pewarisan, isu nafaqqah, status wali, isu muharramat (orang yang haram dikahwini) dan memusnahkan institusi kekeluargaan Islam. 
"Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 5 bermaksud, ‘Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka. Ituah yang lebih adil pada sisi Allah dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudara seagamamu dan maula-maulamu’,” tambah beliau.
Bahkan tegas beliau, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah menetapkan anak yang lahir selepas 6 bulan qamariah hasil daripada pernikahan yang sah sahaja layak dibinkan dengan bapa biologinya. 
Justeru katanya, pendirian tegas perlu disuarakan pihak mufti, agamawan dan NGO Islam demi menjaga kemaslahatan agama. 
"Rayuan yang difailkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui Jabatan Peguam Negara perlu diteliti dan kami mendesak Mahkamah Persekutuan tidak meluluskan permohonan Mahmakah Rayuan tersebut," katanya. 
Terdahulu, Mahkamah Rayuan berpendirian, anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya. 
Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya. – HARAKAHDAILY 31/7/2017
Sumber HD - 31-7-2017 
































































































DMPM pelawa sertai Umrah Tarbawi 2017

MEMETIK kelebihan bagi orang yang mengerjakan ibadah umrah dalam kitab Ihya' ‘Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud : "Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang". 
Demi menyahut seruan ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan kerjasama El-Izzah Travel & Tours Sdn. Bhd mengambil inisiatif untuk menganjurkan Umrah Tarbawi bersama Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM). Beliau juga akan turut menjadi salah seorang mutawif bagi umrah ini. 
Umrah Tarbawi 2017 bakal disajikan dengan pelbagai pengisian ruhani, penghayatan serta pengalaman yang penuh bermakna. 
Pakej yang merangkumi penerbangan dan tempat tinggal yang selesa sedikit sebanyak akan mempermudahkan urusan jemaah. 
Ayuh! Ambil peluang untuk bertemu Rabb sang Pencipta di tanah suci Makkah dan jadilah sebahagian daripada jemaah Umrah Tarbawi kali ini. 
Pihak DMPM menyeru dan mengajak semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyertai umrah ini. Bagi yang ingin turut serta, boleh menghubungi : 
Mardhiah di talian 013-200 2465 ATAU Hafiza di talian 013-215 4483. 
Al-Bukhari meriwayatkan, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud: "Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga". 
Mudah-mudahan kita terpilih menjadi tetamu Allah dan diampunkan segala dosa sebelum pertemuan dengan Yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. – HARAKAHDAILY 28/9/2017


















Sumber HD - 29-7-2017 


































































































RUU Pengangkutan Awam Darat: Ucapan MP Rantau Panjang

TERIMA kasih Tuan Yang Dipertua kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017. 
Tuan Yang Dipertua, kita bersetuju di atas cadangan kerajaan untuk meminda akta ini dan kita mengharapkan pindaan ini akan meningkatkan lagi kualiti kebajikan terutama kepada semua pemandu teksi di seluruh negara kita. Kalau kita melihat isu yang ada di depan kita, bukan sahaja berkaitan dengan kereta sapu domestik ataupun yang kita sebut hari ini Uber ataupun Grab dan sebagainya, tetapi kita juga berdepan dengan kereta sapu asing terutama dari negara jiran. Ini terutama berlaku di kawasan sempadan. Saya kira ini banyak berlaku terutama di Kelantan, Perlis, Perak dan sebagainya. Jadi ini merupakan satu cabaran terutama kepada pemandu-pemandu teksi. 
Jadi saya ingin penjelasan, daripada akta yang telah digubal ini, apakah jaminan kerajaan untuk memastikan terutama kebajikan pemandu-pemandu teksi di sempadan yang berdepan dengan cabaran yang cukup sengit, berdepan dengan pemandu pemandu kereta sapu daripada negara Thailand yang menjadi persaingan kepada pemandu-pemandu teksi tempatan? 
Jadi saya harap perkara ini diambil kira dalam penggubalan ini untuk memastikan tidak berlaku kezaliman ataupun penganiayaan terutamanya kepada pemandupemandu teksi tempatan kita di sempadan. Saya ingin penjelasan juga ialah sejauh mana perundingan telah dibuat oleh pihak kerajaan ataupun agensi-agensi terlibat dengan agensi yang terlibat di negara jiran untuk memastikan tidak ada pencerobohan atau perlanggaran peraturan. 
Oleh sebab sebelum ini di kawasan saya sendiri kerajaan telah mengarahkan supaya kerajaan menarik balik pemberian permit CIP ini kepada teksi ataupun kereta daripada asing yang akan masuk negara kita tetapi yang nyata sebaliknya berlaku semakin banyak kereta-kereta asing masuk dan mereka masuk dengan membawa penumpang direct daripada negara jiran terus ada sampai ke Johor ada yang sampai ke Kuala Lumpur melalui pintu masuk negara kita. Perkara ini tidak memberi kesan yang positif terutama kepada pendapatan pemandu teksi tempatan. Akan tetapi sebaliknya kalau rakyat kita hendak buat seumpama mereka buat dalam negara mereka tidak boleh.
Jadi itulah yang menjadi ketidakpuasan hati terutamanya di kalangan pemandu-pemandu teksi di sempadan. Jadi saya ingin tahu sejauh mana perundingan dibuat dan kajian yang telah dibuat untuk memperkasakan lagi, untuk memastikan tidak ada perlanggaran peraturan terutamanya yang melibatkan sempadan negara. 
Seterusnya, saya ingin tahu seberapa jumlah kah pemandu teksi yang berlesen sehingga hari ini dan adakah kerajaan mencadangkan bilangan ataupun had jumlah teksi yang beroperasi di seluruh negara untuk memastikan supaya tidak berlaku lambakan teksi yang boleh menjejaskan pendapatan pemandu-pemandu teksi. Begitu juga adakah kerajaan mencadangkan untuk menetapkan jenis-jenis terutama kenderaan pelancongan untuk memastikan supaya ia selaras di seluruh negara dan begitu jugaberapa kah usia kereta yang dicadangkan oleh pihak kerajaan untuk memastikan kenderaan-kenderaan yang digunakan ini selamat ataupun boleh menjamin keselamatan semua penumpang.
Begitu juga saya ingin penjelasan tentang kebajikan para pemandu teksi terutama di sebelah Pantai Timur. Didapati stesen-stesen minyak atau stesen-stesen gas yang sepatutnya yang boleh dimanfaatkan oleh pemandu-pemandu teksi terutama di sebelah Pantai Timur, Terengganu, Kelantan amat berkurangan. Bayangkan di seluruh Kelantan hanya ada satu dan saya di fahamkan di Terengganu pun ada satu sahaja stesen gas. Jika kita tengok dengan kenaikan harga minyak di pasaran sudah tentu lah kos operasi yang menggunakan diesel ataupun petrol ini jauh lebih mahal berbanding menggunakan gas, bayangkan pemandu teksi yang berada di pendalaman yang jauh di sana yang kedudukannya jauh kalau di Kelantan hanya ada satu stesen gas iaitu di Pengkalan Chepa. Bayangkan pemandu teksi di Rantau Panjang, Tanah Merah, di Jeli, kedudukannya begitu jauh jadi ia tidak memberi manfaat yang terbaik untuk pemandu-pemadu teksi di sebelah Pantai Timur. Jadi apakah perancangan pihak kerajaan untuk memastikan supaya setiap daerah ada stesen-stesen gas yang boleh digunakan untuk manfaat kepada semua pemandu-pemandu teksi kita. Begitu juga saya ingin penjelasan... 
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Yang Berhormat Rantau Panjang
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Parit Sulong berdiri di belakang. 
Dato’ Dr. Noraini binti Ahmad [Parit Sulong]: Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik Yang Berhormat ada memaklumkan mengenai cadangan-cadangan untuk kebaikan pengguna-pengguna ataupun driver teksi-teksi ini, walaupun Yang Berhormat tadi mengutarakan perbincangan mengenai teksi yang berada di kawasan Yang Berhormat dan juga di Kelantan. Akan tetapi saya hendak bertanya juga kepada Yang Berhormat mengenai pandangan Yang Berhormat mengenai kalau kita tengok sekarang teksi ini dia merata sama ada Kelantan ataupun Malaysia dan bila kita menggunakan teksi kita kena surcaj RM3 bagi permulaan. 
Jadinya mungkin adakah- mungkin Yang Berhormat boleh bertanyakan juga kepada Yang Berhormat Menteri kalau hendak menyebabkan persaingan secara sihat mungkin boleh tengok semula mengenai perkara ini, sedangkan yang lain-lainnya kita tidak ada caj seperti ini dan itu secara tidak langsung akan menambahkan lagi kos untuk menggunakan perkhidmatan teksi. Jadinya persaingan itu tidak akan menjadi lebih sihat, apa pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini? Terima kasih. 
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya setuju pada pandangan Yang Berhormat dan saya minta perkara ini diberi penjelasan masuk sebahagian daripada pertanyaan dalam ucapan saya. Jadi kalau kita lihat perkara-perkara inilah yang menjadi penghalang, menjadi kekangan kepada pemandu-pemandu teksi. 
Begitu juga sebagaimana yang disebut oleh ramai rakan-rakan kita dalam Dewan ini berkaitan dengan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM yang mana kita lihat kita sudah sampai masanya sistem monopoli PUSPAKOM ini hendaklah di hapuskan. Apa yang berlaku kebanyakan saya rasa banyak berlaku di negeri-negeri terutama di kawasan pendalaman kedudukan yang terlalu jauh kalau pemandu-pemandu teksi dalam kawasan saya kena pergi ke Pengkalan Chepa untuk hendak periksa kenderaan, apa lagi orang yang duduk jauh di Gua Musang, di Jeli, Kuala Kerai, Tanah Merah jauh. 
Jadi maknanya sepatutnya PUSPAKOM ini diwujudkan di setiap daerah untuk memudahkan pengurusan, memudahkan pemeriksaan kenderaan, tidak beratur panjang sebagaimana yang disebutkan oleh Ahli Yang berhormat kita. Jadi kena bagi ruang yang luas supaya kemudahan yang disediakan ini memudahkan rakyat. Jadi saya harapkan sistem monopoli ini dihapuskan dan di perbanyakan lagi kaunter-kaunter PUSPAKOM ini di seluruh daerah-daerah yang terpencil untuk memudahkan masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada PUSPAKOM ini. 
Saya juga mengharapkan daripada penggubalan undang-undang yang ada ini kita hendak memastikan bahawa kebajikan pemandu-pemandu teksi kita tidak kira di bandar ataupun luar bandar benar-benar terjaga. 
Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat iaitu geran tunai yang akan diberi oleh kerajaan kepada pemandu-pemadu teksi untuk menukar kenderaan baru. Saya mendapat komen daripada pemandu-pemandu teksi, dia kata macam mana kami hendak beli kenderaan baru sedangkan kadang-kadang kita hendak dapat belanja dapur pun tidak cukup, kalau beli kenderaan baru kami hendak ambil duit daripada mana hendak bayar bulanan ansuran kereta baru. Jadi untuk hendak sara hidup pun tidak cukup. Jadi dengan keadaan yang ada, suasana yang ada pada hari ini di mana peruntukkan geran itu tidak memberi kesan terutama kepada pemandu-pemandu teksi kecil yang berada di kawasan pedalaman yang pendapatan yang amat terhad, lain lah di kawasan bandar. 
Jadi apa penyelesaian pihak kementerian dalam menghadapi isu-isu sebegini dan saya harap segala keluhan, segala permasalahan yang dikemukakan oleh rakyat hendaklah diberi perhatian sebelum sesuatu perkara itu digubal. Kita tidak mahu beban ini akan menyebabkan mereka akan merasa terus tertekan. Saya ingin tahu adakah kajian dibuat oleh pihak kerajaan berapa peratus di kalangan pemandu-pemandu teksi ini mereka yang berada di bawah tahap pendapatan di bawah paras kemiskinan. Ramai yang kita dapat tahu mereka ini dalam keadaan yang sangat daif terpaksa mencari pekerjaan yang kedua ataupun pekerjaan alternatif. Kalau harapkan hanya hendak dapatkan sara hidup melalui pemanduan teksi, mereka tidak cukup makan. Jadi sejauh mana perhatian dibuat dalam isu ini. Jadi kata-kata itu Tuan Yang Dipertua saya ucapkan terima kasih. 
Ucapan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff semasa membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2017
Sumber HD - 2 7-7-2017




































































































Selamat berangkat ke Tanah Suci

PADA kesempatan ini, saya mewakili seluruh saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji kepada semua umat Islam yang dipilih menjadi tetamu Allah.


لَبَّيْكَ اللَّـهُمَّ لَبَّيْكَ , لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ , إنَّ الحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَك
Allah Ta’ala memerintahkan dalam Al-Quran:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ 
“Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”. (Al Imran: 9) 
Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan nikmat, taufik dan hidayah. 
Pada kesempatan ini, saya mewakili seluruh saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji kepada semua umat Islam yang dipilih menjadi tetamu Allah. 
Kami mendoakan agar segala perjalanan ke tanah suci Makkah dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan amal ibadat serta ambillah peluang dan ruang sepanjang berada di sana untuk bermunajat, memperbanyakkan amalan solat sunat dan melihat kebesaran Maha Pencipta yang terbentang luas. Kutiplah ibrah serta pengalaman bermusafir di sana untuk menjadikan kita sebagai hambaNya yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat kasih sayang dariNya serta bersedia untuk berkorban apa saja untuk Allah dan agamaNya. 
Peringatan juga kepada seluruh jemaah haji, agar menjaga kesihatan, pemakanan serta ikut arahan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia. “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat." 
Akhir kata, saya mengucapkan selamat menunaikan Ibadah Haji kepada semua jemaah haji Malaysia khususnya dan seluruh umat Islam yang terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini. Semoga mendapat haji yang mabrur, selamat berangkat dan selamat kembali ke tanah air. 
“Muslimat Memacu Kemenangan”
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia





































































































Sumber HD - 26-7-2017







































































































RUU Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017: Ucapan MP Rantau Panjang

ALHAMDULILLAH, kita sekali lagi mengucapkan syukur kepada Allah SWT dan tahniah kepada pihak kementerian kerana berjaya mengadakan pindaan terhadap akta yang cukup penting untuk kita memastikan terutama kebajikan kepada institusi keluarga. Satu institusi yang cukup penting dalam membina sebuah negara yang berjaya. Kita mengharapkan dengan pindaan akta ini supaya kita dapat menangani segala isu-isu yang berbangkit terutama yang melibatkan keganasan rumah tangga yang kita melihat statistiknya 74 peratus adalah melibatkan mangsa di kalangan kaum wanita dengan kita tidak menafikan 26 peratus mangsanya adalah di kalangan kaum lelaki. 
Ini bermakna akta ini bukan semata-mata untuk membela wanita malah membela kedua-dua tidak kira lelaki dan wanita dan kita mengharapkan kerjasama daripada seluruh masyarakat untuk memastikan pindaan yang kita buat ini, akta yang kita buat ini benar-benar dapat menjadi penyelesaian terhadap pelbagai isu terutamanya yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga. 
Institusi perkahwinan adalah institusi yang cukup penting. Satu ikatan yang ikhlas, yang suci, yang diikat dengan ikatan perkahwinan semata-mata untuk mendapat kalau dalam Islam untuk mendapat redha Allah SWT. Seharusnya perkahwinan ini adalah satu yang boleh mencapai kebahagiaan antara dua insan dan bukannya meletakkan keganasan menjadi perkara yang menjadi isu dalam keluarga. Ini kerana isu ganas ini tidak sepatutnya berlaku pada insan. 
Sepatutnya isu ganas ini berlaku pada binatang ataupun makhluk yang bukan manusia. Akan tetapi hari ini apabila manusia tidak berpegang kepada agama, kita melihat bagaimana institusi ini begitu parah dan paling malang sekali mangsanya adalah di kalangan anak-anak. Ramai anak-anak yang terabai hasil daripada keganasan dan membawa kepada penceraian rumah tangga. 
Angka 15,617 keluarga yang terlibat dengan keganasan dalam tempoh dua tahun daripada tahun 2014 sehingga 2016 adalah satu angka yang cukup besar. Maknanya purata kita melihat di sini 650 kes sebulan ataupun lebih daripada 21 kes sehari. Angka ini mungkin akan bertambah lagi dalam masa-masa yang akan datang. Jadi pindaan rang undang-undang ini cukup tepat dengan keadaan yang masih ada pada hari ini. Cuma saya ingin penjelasan di sini ialah sejauh mana kementerian melihat pindaan akta ini menjadi penyelesaian yang menyeluruh terhadap permasalahan yang ada. Ini kerana kita lihat banyak perkara yang tidak hanya selesai dengan undang-undang. Banyak perkara yang perlu selesai dengan melalui pendidikan, melalui ilmu kefahaman yang perlu kita terapkan terutama di kalangan pasangan atau keluarga yang terlibat. 
Merujuk kepada akta yang telah dipinda, saya ingin penjelasan sejauh mana perkara ini, undang-undang yang telah digubal ini dapat memberi pembelaan terhadap terutama kepada kaum wanita khususnya. Saya bagi contoh sekiranya suami di penjara dan dikenakan hukuman sebagai mana yang disebut dalam undang-undang ini. Apabila suami ataupun isteri yang terlibat dengan kesalahan ini, mana-mana orang yang terlibat, mereka akan didenda tidak melebihi RM2,000 atau di penjara dalam tempoh tidak melebihi enam bulan ataupun mana-mana sengaja melanggar perintah, diberi denda sebanyak RM4,000 atau penjara ataupun selama tidak lebih daripada satu tahun. Ketiga, di penjara tidak lebih daripada dua tahun dan juga didenda tidak melebihi RM5,000. Ini pelanggaran terhadap perlindungan perintah. Jadi saya ingin tahu sejauh mana undang-undang yang kita tetapkan ini dapat betul-betul boleh memberi pengajaran kepada pesalah. Mungkin pesalah yang melakukan keganasan ini orang yang kaya, orang yang berharta. Bagi mereka denda RM2,000 dan RM5,000 ini tidak ada apa-apa. Jadi sudah tentulah tidak memberi kesan terhadap penyelesaian. 
Jadi saya ingin tahu sejauh mana undang-undang ini dilihat dapat menyelesaikan segala masalah. Bagi yang melibatkan keluarga-keluarga miskin, adakah ada inisiatif daripada kerajaan untuk memberi elaun kepada mangsa-mangsa yang terlibat terutama isteri ataupun keluarga yang menjadi mangsa penderaan oleh suami yang ganas yang mereka tidak boleh mencari sara hidup sendiri. Jadi dalam keadaan apabila suami di penjara, ibu pula dalam keadaan mungkin cedera kerana keganasan, maka anak-anak terabai. Jadi dalam keadaan ini, apakah satu alternatif bagi keluarga ini untuk menyara kehidupan mereka dalam keadaan suasana keluarga yang dalam bermasalah seperti ini.
Saya ingin tahu juga sekiranya kes ini berulang, sekiranya keganasan ini berlaku berulang kali, jadi apakah tindakan yang akan dilakukan kepada pesalah? Apakah solusi terhadap permasalahan yang ada? Adakah akhirnya keluarga ini akan bercerai ataupun sebagainya. 
Ini saya ingin jawapan daripada pihak kementerian. Saya ingin tahu juga apakah wanita boleh menuntut pampasan atau kerugian daripada pihak suami sekiranya disebabkan keganasan dilakukan menyebabkan kecacatan. Saya bagi contoh ada satu kes seorang wanita yang didera oleh suami sehingga membawa kepada maut. Satu kes yang cukup menyentuh hati. Ini akibat daripada suami yang mungkin terlibat dengan masalah mental, ada juga mungkin terlibat dengan dadah dan sebagainya. Dia baling isteri dia melalui tingkap, ini kes real sehingga patah tulang tengkuk dan perkara ini diketahui lebih daripada setengah hari makna lebih kurang enam jam selepas berlaku baru jiran dia sedar. Maknanya isteri dia pengsan terus. Jadi apabila perkara ini dibawa ke hospital dan setelah beberapa bulan di hospital dirawat, akhirnya isteri dia meninggal dunia yang menjadi mangsa adalah anak-anak. 
Jadi amat malang sekiranya perkara ini berlaku. Sekiranya berlaku isu-isu yang seperti ini apakah pampasan ataupun ganti rugi ataupun apa yang patut oleh pihak isteri supaya maknanya keganasan yang dilakukan ini yang boleh membawa kecacatan kekal dan sebagainya. Jadi saya ingin penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri dan sekiranya berlaku saya ingin tahu juga berlakunya unsur penipuan. 
Dalam dunia akhir zaman ini bermacam-macam orang boleh buat. Ada yang mungkin curang dengan suami. Dia sengaja membuat kes-kes penipuan mengatakan dia didera dengan suami kerana dia hendak suaminya menceraikan dia, sedangkan suaminya tidak pukul dia mungkin dia boleh buat macam-macam supaya nampak bahawa ada kesan-kesan. 
Jadi di sini dalam kes ini apakah selain daripada laporan yang dibuat oleh isteri, saksi-saksi apakah perlu untuk memastikan bahawa pengadu itu tidak melakukan penipuan apabila didakwa dia didera supaya tidak ada berlaku penipuan dan apakah suami juga akan dikenakan tindakan dengan cara lain untuk mengesahkan. 
Kalaulah suami dia itu tidak bersalah, sekiranya dibawa ke mahkamah alhamdulillah perkara ini tidak dibuktikan bersalah tetapi sekiranya mungkin suaminya kerana pandai pujuk rayu, pandai dia buat helah menyebabkan suaminya ataupun pasangannya dijatuhkan hukuman, jadi apakah tindakan adakah prosedur dalam undang-undang ini untuk kes-kes yang saya sebutkan seperti ini. 
Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan dengan pasangan kurang upaya, orang OKU yang mungkin berlaku juga keganasan di kalangan pasangan bisu. Pasangan bisu ataupun pasangan pekak ataupun pasangan yang cacat penglihatan. Jadi mungkin maknanya macam mana pembuktian yang membuktikan mereka ini hendak mengadu, hendak memberitahu, hendak membawa maklumat ini kepada pegawai kebajikan sebab mereka tidak boleh berbicara macam orang biasa. Jadi apa prosedur yang dibuat dalam undang-undang ini untuk memastikan golongan ataupun pasangan seperti ini juga mendapat pembelaan yang sepatutnya. 
Seterusnya saya ingin tahu tentang persediaan pegawai sebab kita tahu dalam menangani isu yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga ini bukan mudah sebagaimana isu-isu yang lain sebab ia melibatkan sentimen kekeluargaan dan sudah tentulah pasangan yang mengalami ini akhirnya tidak mustahil akan membawa kepada perceraian selepas di penjara dan sebagainya. Mungkin suaminya sudah tawar hati atau isterinya dan sebagainya dan akhirnya berlaku perceraian jadinya mangsa kanak-kanak.
Jadi saya ingin tahu apakah prosedur latihan khusus diberi kepada pegawai kebajikan masyarakat ataupun pihak polis yang akan mengendalikan keganasan ini sebab kadang-kadang mereka memerlukan juga bimbingan, kaunseling dan sebagainya untuk memastikan supaya tidak berlaku lebih ganas lagi. Takut-takut selepas daripada itu dia akan ulang dengan keadaan dendam yang lebih teruk lagi. 
Jadi perkara ini perlu kita beri perhatian yang serius. Kalau kita lihat dalam Islam mengajar kita dalam apabila berlaku pertembungan masalah kekeluargaan ini patutnya pihak ibu bapa sama ada pihak ibu bapa sendiri ataupun mertua seharusnya memainkan peranan. 
Jadi di sini adakah pihak dalam akta ini mengambil perhatian terhadap peranan keluarga ataupun pihak ketiga dalam keluarga ataupun pihak ibu bapa kedua-dua pasangan ini untuk memastikan keluarga ini tidak terus menjadi mangsa keganasan. 
Saya mengambil kesempatan ini juga terutama untuk kita sebagai ibu menasihatkan kepada anak-anak muda yang berkahwin supaya kita kena bina rumah tangga ini dengan rasa “mawaddah warahmah”, rasa kasih sayang kerana Allah. Itu sangat penting jangan jadikan kebiasaan menggunakan tangan ataupun penampar ataupun menggunakan aksi fizikal yang ganas untuk menyelesaikan apa-apa isu. Jadi dalam inilah perlunya pendidikan daripada rumah. 
Jadi untuk penyelesaian terhadap semua ini rang undang-undang sangat penting, akta juga penting tetapi ia bukanlah penyelesaian terhadap segala-galanya. Ia perlu bermula daripada pendidikan agama dan saya mengharapkan insya-Allah kerajaan boleh menyusun program-program pendidikan rumah tangga ini lebih kerap tidak cukup hanya dua hari kursus untuk mendapat sijil sebelum berkahwin tetapi kita mengadakan program berkala. 
Program keibubapaan, program untuk melahirkan kasih sayang sebagaimana kita buat di Kelantan, program hari suami isteri. Mungkin kita boleh buat di peringkat negara untuk melahirkan rasa mawaddah kasih sayang di antara suami dan isteri kita mungkin programkannya untuk merapatkan lagi ukhuwah dan kasih sayang, saling bertanggungjawab, suami ada peranannya, isteri ada peranannya, ibu bapa juga ada peranannya supaya kita dapat melahirkan keluarga yang mawaddah, keluarga yang sentiasa diberkati oleh Allah yang akan menjadi tempat berlindung anak-anak dan untuk membimbing generasi masa depan. 
Ucapan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff semasa membahaskan Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat pada 24 Julai 2017.
Sumber HD - 25-7-2017 








































































































Setinggi penghargaan buat seluruh tenaga Ijtimak Antarabangsa

ALHAMDULILLAH berlabuh sudah dengan penuh gemilang Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (IAPU) di bumi serambi Makkah, Kelantan Darul Naim yang telah berlangsung pada 20 hingga 22 Julai 2017. 
Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh yang terlibat khususnya seluruh saf kepimpinan PAS Pusat, kerajaan negeri Kelantan, Jawatankuasa Induk Kelantan, tenaga Jabatan Amal Malaysia, Briged Muslimat Malaysia serta seluruh ummat Islam dari pelosok negara dan dunia yang hadir sama ada sebagai tetamu, petugas, peserta dan mewakili netizen yang cintakan ilmu dan majlis-majlis ilmu. 
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya." (Surah al Maidah ayat 2) 
Syabas dan tahniah kepada seluruh tenaga pelaksana di atas penganjuran program-program yang berlangsung di beberapa buah tempat di Kelantan berlangsung dengan penuh jayanya. Kehadiran yang memberangsangkan serta suasana meriah di setiap program mencerminkan setiap intipati program penuh sarat dengan ilmu, penampilan tokoh-tokoh ulamak dunia, para cendiakawan, asatizah serta pimpinan dari segenap dimensi ilmu memberikan lagi impak yang mendorong orang ramai ke Ijtimak di Kelantan baru-baru ini. 
“Barangsiapa yang berusaha melapangkan suatu kesusahan kepada seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah akan melapangkannya dari suatu kesusahan di hari kiamat dan barang siapa yang berusaha memberi kemudahan bagi orang yang kesusahan, maka Allah akan memberi kemudahan baginya di dunia dan akhirat. Barang siapa yang berusaha menutupi kejelekan orang Islam, Allah akan menutupi kejelekannya di dunia dan akhirat. Allah selalu membantu hamba-Nya selama hamba itu menolong sesama saudaranya.” (Hadis Riwayat Muslim) 
Semoga segala pengorbanan, penat lelah dan segala dugaan yang menimpa sepanjang sebelum atau semasa program dinilai dan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t. Akhir kalam, setinggi ucapan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam Ijtimak 2017. Teruskan perjuangan, teruskan melangkah memartabatkan ilmu dan menjulang Islam di persada dunia! 
Pertahankan Kerajaan Islam Kelantan!
“Muslimat Memacu Kemenangan”
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
30 Syawal 1438 / 24 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 24/7/2017
Sumber HD - 24-7-2017 









































































































DMPM Kecam insiden penutupan Masjid Al-Aqsa

ISU global terbaru melibatkan penindasan ke atas umat Islam apabila rejim zionis menutup Masjid Al-Aqsa menimbulkan kemarahan orang ramai. Kezaliman tersebut kini memasuki hari keempat setelah halangan mendirikan solat Jumaat dan beberapa insiden tembakan ke atas penduduk Palestin turut berlaku. 
Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengikuti perkembangan semasa ini dan mengutuk sekeras-kerasnya kerakusan rejim zionis yang sedang berlaku. Penahanan Mufti Baitul Maqdis juga merupakan satu tindakan tidak berperikemanusian zionis. 
Kami di sini menegaskan bahawa Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ibadah umat Islam, tempat suci hambaNya beribadat. Persepsi buruk zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan umat Islam kini kian melampau dan keterlaluan. 
Seruan kami tujukan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (PBB) dan juga Organization of Islamic Conference (OIC) supaya tindakan tegas menamatkan pergolakan tersebut perlu dirangka secara serius. Sikap berpeluk tubuh dan berlengah-lengah pihak berkuasa akan mengeruhkan lagi keadaan. 
Di samping itu, kami DMPM turut menyeru semua umat Islam di seluruh negara khasnya Malaysia untuk sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam di sana. Sebarkan kepada dunia bahawa saudara kita di sana sedang dizalimi.
Ingatlah firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud: "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120) 
Sesungguhnya rejim zionis tidak akan pernah berhenti memusuhi umat Islam. Oleh itu, kita sebagai umat Islam wajib bangkit memerangi mereka walaupun dengan sekecil-kecil usaha. 
Justeru, kami DMPM menegaskan sekali lagi bahawa kami mengutuk kezaliman ini dan berdoa agar umat Islam di sana terus tabah menempuh ujian ini. Ayuh umat Islam sekalian, kita panjatkan doa dan perbanyakkan doa qunut nazilah memohon pertolongan dari Allah S.W.T yang Maha Kuasa. 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
24 Syawal 1438H / 18 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 18/7/2017
Sumber HD - 18-7-2017 











































































































Cabaran dedah aurat tindakan golongan jahiliyah moden

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud: Katakanlah kepada orang laki–laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allâh maha mengatahui apa yang mereka perbuat.” 
Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera–putera mereka, atau putera–putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allâh, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. 
Banyak lagi dalil al-Quran dan hadis mengenai kewajipan menutup aurat. Namun hari ini, perintah tersebut secara jelas dipermainkan oleh golongan ingkar. Kenyataan terbaru melalui bekas Ketua Pegawai Operasi Malay Mail, Endie Shazlie Akbar menggesa agar lebih ramai wanita memberanikan diri untuk menanggalkan hijab jelas melampaui batas seorang muslim. 
Melalui akaun twitternya, beliau berkata “Trying to make this world a better place by urging girls to take off their tudung and #MakeFreeHairGreatAgain!" (mencuba menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik dengan menggesa wanita untuk menanggalkan tudung mereka dan menjadikan rambut yang bebas tanpa hijab kembali hebat). 
Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia melihat isu ini satu kebiadaban apatah lagi ia muncul daripada seorang muslim. Di sini kami melihat betapa hari ini agama Islam dipermainkan sewenang-wenangnya. 
Justeru, kami menegaskan supaya beliau menarik balik kenyataan biadab tersebut dan kembalilah ke jalan yang benar. Pihak berwajib juga seharusnya mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga hak agama rasmi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. 
Akhir kalam, kami berharap penerangan demi penerangan daripada semua pihak disebarluaskan bagi menangani isu ini berulang lagi. Tiada apa yang lebih baik dari seorang muslim itu selain menyampaikan kebenaran walaupun dengan sepotong ayat. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang taat dan beramal dengan perintah Allah SWT. 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
13 Julai 2017 / 19 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 13/7/2017
Sumber HD - 13-7-2017 














































































































Raikan Syawal: Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat

AIDILFITRI disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Hakikatnya Hari Raya Aidilfitri juga merupakan satu anugerah Allah SWT terhadap hamba-Nya yang telah menyempurnakan ibadah puasa dengan bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan diri dari godaan hawa dan nafsu masing-masing. 
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, adalah menjadi tuntutan kita meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dengan mengikuti amalan dan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW agar setiap perbuatan yang kita lakukan akan memperolehi ganjaran pahala di sisiNya. 
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
mengalu-alukan dan menjemput seluruh muslimin dan muslimat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat pada 8 Julai 2017 bersamaan hari Sabtu 14 Syawal 1438 Hijrah. Majlis sambutan raya ini akan berlangsung di Kompleks Al Makmur, Kerdau Pahang bermula jam 1 hingga 4 petang. Datanglah beramai-ramai, bawa bersama seisi keluarga dan saudara-mara. Semoga kehadiran para tetamu dapat memeriahkan majlis dan dipenuhi dengan keberkatan dari Allah SWT. 
“Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari) 
Ayuh ambil kesempatan bertemu dengan pimpinan PAS, datanglah beramai-ramai pada hari Sabtu ini, bersama merapatkan ukhhuwah dan jalinkan kasih sayang sesama kita. Hulurkan tangan bermaaf-maafan dan binalah hubungan persaudaraan yang kukuh berlandaskan persaudaraan Islam. 
Diriwayatkan Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu saling marah, dengki dan tidak menegur antara satu sama lain. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara." (Hadis riwayat Muslim). 
Ahlan wasahlan ke negeri Pahang! Raikan Syawal bersama dengan penuh kesyukuran. 
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan” 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
7 Syawal 1438H | 1 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 1/7/2017
Sumber HD - 1-7-2017 















































































































Kekalkan momentum Ramadan meraih taqwa

‎Kekalkan momentum Ramadan meraih taqwa: Bangun waktu sahur untuk makanan rohani 
(وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ) 
[Surat Adh-Dhariyat 18]
1. (Orang yang bertaqwa itu) Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun ) setelah siang penuh dengan makanan jasmani dan nafsu. 
‎َ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ) 
[Surat Aal-E-Imran 17]
Dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. 
2. Beginilah rahimNya Allah mentarbiyah hambaNya menuju taqwa menerusi kaedah kebiasaan selama 29-30 hari secara berterusan. Keberkesanan tarbiyah Allah kepada hambaNya apabila amalan bangun sahur itu dapat diteruskan sepanjang 11 bulan yang lain. 
3. Begitulah amalan soleh yang lain. Perlu dilakukan secara berterusan dengan kesabaran dalam 30 hari agar sebati menjadi kebiasaan dalam hidup. 
4. Galakan bangun makan sahur adalah strategi mengumpan hamba/manusia yang fitrahnya suka makan agar sanggup bangun walaupun pada hujung malam (saat paling lena) pada hal waktu sahur itu sebenarnya saat yang paling bernilai kepada seorang hamba untuk berdua-duaan dengan TUANnya yang sebenar mengadu nasib kerdilnya diri dan meletakkan sepenuh pasrah di atas segala takdir Allah kepadanya dan memohon agar menjadi hamba Saburan Syakuran. 
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ) 
[Surat Al-Ahqaf 15] 
5. Dengan segala ni'mat dan taqdir...Memohon meminta merayu agar diberi kekuatan termasuk dalam golongan sebaik-baik ummah 
‎(كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ) 
[Surat Aal-E-Imran 110]
kerana ummah yang terbaik ini dijanjikan kejayaan kemenangan dunia dan akhirat 
‎(وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ) 
[Surat Aal-E-Imran 104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (menegakkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. 
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال وكل عام وانتم بخير ? 
#RamadanMadrasahMuttaqin
#KekalkanmemontumRamadan
#JadilahHambaPemilikRamadan
Dr Uswah Tahir
Pengerusi Lajnah Pendidikan DMPM
Sumber HD - 27-6-2017 

















































































































Perutusan Aidilfiri DMPM: Maknakan Syawal dengan penuh ketaqwaan


















Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas limpah dan rahmatnya sehingga mempertemukan kita semua dengan Syawal 1438H tahun ini.

















Perutusan Aidilfiri DMPM: Maknakan Syawal dengan penuh ketaqwaan
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! 
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.” (Surah Ali Imran: 102) 
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas limpah dan rahmatnya sehingga mempertemukan kita semua dengan Syawal 1438H tahun ini. Bersyukur juga atas nikmat usia dan kesihatan yang membolehkan kita berjaya melalui madrasah Ramadhan selama sebulan. Sesungguhnya hari ini merupakan hari kemenangan buat umat Islam setelah sebulan berpuasa.  Eidul fitri juga merupakan hari di mana umat Islam kembali kepada fitrah. Ia merupakan rahmat Allah S.W.T kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. 
Sempena meraikan hari lebaran ini, marilah bersama-sama panjatkan kesyukuran atas segala nikmat rahmat yang telah diberikan olehNya, raikan bersama dengan keluarga, sanak saudara serta sahabat handai. Bersederhanalah dalam menyambut hari mulia ini, banyakkan bersedekah dan berikan senyuman gembira buat insan di sekeliling kita.Sebagai peringatan bersama, dalam bertemu adik-beradik dan saudara-mara di kampung halaman, perlu saling ingat-mengingatkan tentang batasan pergaulan dan menjaga aurat perlu diutamakan. Semoga kita bersama sentiasa menjaga syariat Islam dan menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat dan pandangan.
Sebelum pulang ke kampung halaman, pastikan kediaman dalam keadaan yang selamat, kenderaan telah diperiksa dan diservis dan mulakan langkah musafir anda dengan doa dan banyakkan berzikir dan berselawat. Insyaallah selamat pulang dan kembali ke destinasi masing-masing. 
Akhir kalam, Salam Eidul Fitri dari kami Dewan Muslimat PAS Malaysia, mohon maaf dipinta atas segala kekurangan. Semoga amalan di bulan Ramadhan diterima oleh Allah dan teruskan semangat beribadat dan amalan baik di hari-hari seterusnya. 
"Muslimat Memacu Kemenangan"
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
29 Ramadhan 1438 H / 24 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 24/6/2017
Sumber HD - 24-6-2017 




















































































































Islam diliberalisasikan: Dua imam solat Jumaat

DOKTRIN liberal kini dilihat semakin rancak. Artikel terbaru bertajuk "Larangan Solat Ketika Haid Satu Penindasan" mengejutkan kita semua. Ungkapan tersebut adalah melalui imam wanita kelahiran Turki, Seyran Ates yang merupakan pengasas rumah ibadah Islam liberal terbaru di Berlin. 
“Saya rasa didiskriminasi di dalam masjid-masjid di Berlin dan seluruh Jerman kerana tiada solat bersebelahan (lelaki dan wanita), kerana perempuan terpaksa pergi ke bilik yang buruk. 
“Perempuan disuruh untuk solat berasingan dengan lelaki dan menutup rambut ketika solat…dan untuk berhenti solat sewaktu datang darah haid… Kesemua larangan ini diletakkan ke atas perempuan kerana ianya cerminan kepercayaan sosial bahawa perempuan tidak lengkap dan tidak sesempurna lelaki," demikian antara ungkapan yang dizahirkan beliau. Rujuk pautan (https://www.menara.my/larangan-solat-ketika-haid-satu-penindasan-imam-wanita/
Meneliti kata-kata hinaan terhadap agama ini, beliau sebenarnya sudah mencemarkan kemuliaan Islam. Sesungguhnya Allah S.W.T mengangkat martabat wanita di dalam Islam. Segala larangan dan perintah yang diarahkan terkandung hikmah kepada hambaNya yang beriman. 
Dari Abu Sai’d, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 
‎أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ ، وَلَمْ تَصُمْ فَذَلِكَ نُقْصَانُ دِينِهَا 
“Bukankah bila si wanita haid ia tidak solat dan tidak pula puasa? Itulah kekurangan agama si wanita. (Muttafaqun ‘alaih, Hadis Riwayat  Bukhari)\ 
Pengingkaran yang dilafazkan oleh Seyran merupakan bukti jelas bahawa puak liberal kini semakin berani mencabar kesucian agama. Allah S.W.T jelas mengharamkan wanita yang dalam keadaan haid untuk menunaikan solat. Namun perintah tersebut dianggap satu penindasan oleh beliau. 
Justeru, kami DMPM melihat penularan doktrin ini perlu dikawal supaya tiada yang terpengaruh. Antara faktor terbesar sehingga menimbulkan kes ini ialah kejahilan yang melanda umat Islam. Agama Islam mula diperkotak-katikkan, dek kerana jahilnya ilmu dan tidak berguru dengan guru yang mahir dalam bidang agama. 
Kesungguhan untuk mencari ilmu dan penjelasan Islam yang sebenar perlu diperkasakan. Kesedaran perlu dipupuk bersama demi melihat panji Islam tidak lagi diremehkan oleh tangan-tangan yang bencikan kebenaran. Seharusnya umat Islam tidak boleh membiarkan hal ini menjadi nanah kepada generasi akan datang. 
Benarlah sabda baginda yang menceritakan perihal umat Islam yang lemah pada akhir zaman. 
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.” 
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” 
Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.” 
Justeru, langkah drastik perlu disegerakan iaitu peranan semua pihak, khususnya Kementerian Pendidikan seharusnya melihat isu ini sebagai isyarat untuk menjadikan Pendidikan Islam yang syumul mesti dilaksanakan di semua peringkat institusi pendidikan sehingga ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta. 
Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia menyarankan agar pihak-pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan yang tegas agar pemikiran liberal ini tidak menular dengan berleluasa dan semua umat Islam sedunia perlu peka dan terus mencari ilmu keagamaan dari sumber yang dipercayai dan terus berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan hidup. Semoga kita terhindar dari golongan yang sesat lagi menyesatkan. 
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada keduaya, iaitu: Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya” (Hadis Riwayat Malik) 
"Muslimat Memacu Kemenangan"
USTAZAH SALAMIAH MOHD NOOR
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
26 Ramadan 1438H / 21 Jun 2017        
Sumber HD - 21-6-2017 






















































































































DMPM sambut baik CIMB perkenal cuti paterniti kepada suami

DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyambut baik dasar baru yang diperkenalkan oleh CIMB Bank Bhd iaitu cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada kakitangannya bagi membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak pertama dan berkongsi tanggungjawab dalam menyambut kelahiran baharu.

Polisi ini ternyata seiring dengan cuti 90 hari kepada penjawat awam wanita yang pertama kali diimplementasikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan kemudiannya diikuti oleh Selangor serta Kerajaan Pusat. Polisi-polisi yang menjaga kebajikan pekerja begini amat wajar dipuji dan patut dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh para majikan yang lain. 
Namun begitu, DMPM mencadangkan agar polisi ini tidak dihadkan kepada kelahiran anak sulung sahaja kerana keberadaan suami di sisi isteri yang baru bersalin amat penting di setiap kelahiran. Ini kerana, para ibu yang telah melalui apa saja situasi semasa kelahiran pasti memerlukan sokongan moral dan emosi dari pasangan masing-masing bagi mengembalikan tenaga dan semangat mereka untuk menjaga keluarga yang telah bertambah ahlinya. Bahkan, melalui tempoh berpantang sambil menjaga anak-anak lain pada waktu yang sama adalah jauh lebih rumit berbanding berpantang anak sulung.
Oleh yang demikian, DMPM mencadangkan agar polisi ini diberikan fleksibiliti seperti membenarkan kakitangan mengambil cuti mengikut keperluan hari yang diperlukan untuk anak sulung supaya sebahagian lagi dapat diperuntukkan untuk kelahiran seterusnya. Polisi ini juga dilihat dapat membantu mengatasi masalah 'post-partum depression' yang boleh dialami oleh wanita selepas melahirkan anak.
Firman Allah bermaksud: Dan orang orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, 
anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al Furqon: 74) 
Akhir kata, DMPM mengucapkan tahniah kepada CIMB Bank Bhd kerana memperkenal polisi baru ini yang pasti memberi manfaat yang besar kepada institusi keluarga para kakitangannya. 
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”
Dr Rosni Adam
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
26 Ramadan 1438 / 21 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 21/6/2017
Sumber HD - 21-6-2017 
























































































































Majlis Iftar Gay: Signal kecelaruan aqidah umat makin parah

PERKEMBANGAN umat Islam hari ini dilihat semakin membimbangkan. Minggu lalu, kita dihebohkan dengan berita penganjuran Majlis Iftar Gay terbesar di Malaysia. Majlis tersebut diadakan pada 10 Jun lalu di Pejabat Peguam, Bangsar. 
Sementara itu, penganjuran program gereja Jerusalem’s Jubilee yang disifatkan mempunyai agenda ‘budaya Yahudi’ pada awal Ramadan baru-baru ini turut mencemarkan imej agama Islam. Program yang dijadualkan berlangsung pada 15-18 Jun itu walau bagaimanapun berjaya dihalang. 
Isu terkini melibatkan kecelaruan aqidah umat Islam kita hari ini perlu diberi perhatian secara serius. Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia melihat ia satu kerosakan aqidah yang parah dan perlu ditangani sebaiknya. Islam yang padanya terkandung pelbagai jalan penyelesaian perlu dihayati dan diaplikasikan sebai 
knya. Al-Quran yang diwahyukan perlu dijadikan panduan sejajar dengan perintah Allah S.W.T untuk mendorong hambaNya pada jalan yang benar. 
Sesungguhnya Allah S.WT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 2 dan 3 yang bermaksud: “Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang, serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” 
Sebagai umat Islam yang menyakini hari pembalasan, kita seharusnya kesal dengan penganjuran program-program yang jelas mencemarkan kesucian agama terutama di bulan Ramadan yang mulia ini. Bantahan perlu dizahirkan bagi mempertahankan kemurnian Islam di negara kita. 
Tidak dinafikan, Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa dan agama. Meraikan kepelbagaian itu merupakan sikap mulia yang dianjurkan dalam Islam. Namun begitu, ia perlu dibezakan dan dikawal supaya musuh Islam tidak sewenangnya mempermainkan agama rasmi negara kita. Lagi menyedihkan apabila sesuatu program yang mencalar imej Islam itu dianjurkan oleh umat Islam sendiri. 
Justeru, kami menyeru semua umat Islam untuk bangkit mempertahankan agama suci kita. Jangan dibiarkan ia berleluasa sehingga menggugat keharmonian Islam. Sama-samalah kita sebarkan kebenaran. Kami menggesa dan mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan serius ke atas episod-episod duka umat Islam ini. 
Akhirnya, marilah sama-sama kita doakan kebaikan dan hidayah mengiringi kita semua. Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia sentiasa bersedia memberi penjelasan secara berhikmah kepada  semua. Semoga Islam terpelihara dan kita semua tergolong dari kalangan hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Siiru ‘ala barakatillah. 
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
24 Ramadan 1438H | 19 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 19/6/2017 
Sumber HD - 19-6-2017 


























































































































Juruterbang TUDM terkorban, DMPM rakam takziah

DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang ditemui terbunuh, semalam. Penemuan mayat Allahyarham Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mej. Yazmi Mohamed Yusof, 39, kira-kira jam 2.30 petang semalam menamatkan pencarian selepas pesawat dinaiki terputus hubungan setelah berlepas pada jam 11 pagi. Kedua-dua Allahyarham telah berkhidmat selama 19 tahun dan 13 tahun masing-masing bersama TUDM. 
Kehilangan mereka dirasai. Semoga segala jasa mereka terhadap negara bernilai ibadah disisi Allah S.W.T. Kami mendoakan kekuatan buat ahli keluarga mangsa. Semoga Ramadhan yang berbaki dilalui dengan penuh ketabahan. Sesungguhnya madrasah Ramadan kali ini banyak memberi pengajaran buat kita semua. Marilah sama-sama kita jadikan kematian saudara kita sebagai peringatan kepada diri sendiri. Hayatilah Firman Allah S.W.T bermaksud: “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Al-'A`raf ayat 7) 
"Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya". (Al An’aam : 61) 
Kepada seluruh keluarga juruterbang pesawat pejuang Hawk108 yang terlibat, semoga terus diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi hari yang mendatang. Semoga Allah menempatkan roh mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. 
Sebagai saudara seagama, ayuh kita doakan arwah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-fatihah.
"Muslimat Memacu Kemenangan" 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 Ramadhan 1438 / 16 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 16/6/2017
Sumber HD - 17-6-2017 



























































































































Memburu Malam Lailatul Qadr

ALLAH سبحانه وتعالى berfirman, 
‎إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ ﴿٥ 
“Sesungguhnya KAMI telah turunkan pada malam kemuliaan. Dan, tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan; Malam itu (penuh) kesejahteraan sehingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadr: Ayat 1-5) 
Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 83 tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. 
Daripada Aishah r.a telah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan).” (Muttafaqun alaih)
Martabat yang tertinggi dalam menghidupkan malam Lailatul-Qadar adalah dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti memohon ampun kepada ALLAH سبحانه وتعالى, melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Quran dan berdoa. 
Dengan tegas Rasulullah SAW bersabda: 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري 
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW sabdanya: “Sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai jenis ibadat yang lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah سبحانه وتعالى , nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadith Riwayat Bukhari r.a.) 
Sedar tak sedar kita telah masuk ke-10 malam akhir Ramadhan. Sungguh masa berlalu begitu pantas tanpa mengenal usia, pangkat, darjat dan sesiapa sahaja. Moga kita antara insan yang sentiasa memanfaatkan masa demi untuk redhaNya, kerja-kerja dakwah serta segala urusan yang menuju kebaikan insyaallah. 
Usah dikenang Ramadhan yang telah berlalu pergi, teruslah melangkah melihat dan mengisi baki Ramadhan yang akan datang ini dengan segala kenikmatan, pahala yang berganda yang telah dijanjikan oleh Allah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) 
Ayuh, semua muslimin muslimat walau di mana anda berada, terus bermunajat memohon kemaafan dariNya, terus menyumbang sedekah amal jariah, terus menginfakkan tenaga masa dan wang ringgit dalam bulan yang penuh berkat ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala amalan yang diberikan. 
Jangan lupa doakan juga buat seluruh umat Islam di seluruh dunia yang tertindas, ditindas, yang ditimpa ujian yang sungguh berat ke atas keluarga mereka. Sesungguhnya ujian dan dugaan itu buat insan-insan yang terpilih dan yang mampu mengharungi segala rintangan. 
Selamat menuai pahala di bulan Ramadhan mubarak! Insyaallah Allah tunaikan di akhirat kelak!! Amin. 
“Muslimat Memacu Kemenangan”
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Ramadhan 1438 / 15 Jun 2017
Sumber HD - 15-6-2017 





























































































































Raya: Muslimat PAS hargai staf Harakah

DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM)  hari ini berbesar hati menghulurkan sumbangan duit raya kepada warga Harakah seramai 64 orang. 
Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, sumbangan yang tidak seberapa itu sebagai tanda ingatan Dewan Muslimat kepada seluruh warga Harakah yang menjadi banyak memberi sumbangan besar kepada PAS khasnya. 
Katanya, warga Harakah banyak menyumbangkan tenaga mereka untuk mengetengahkan parti kepada masyarakat sekali gus menjadi pemangkin Muslimat mendekati rakyat."Kami cukup prihatin dengan situasi Harakah sekarang ini, yang berada dalam keadaan fasa kegawatan. Mudah-mudahan dengan mendapat Ketua Pengarah Lembaga Harakah yang baru akan memberi suntikan baru yang akan dapat melonjakkan semula Harakah," katanya pada majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada warga Harakah di pejabat Harakah, ibu negara tengah hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Ketua DMPM, Dr Rosni Adam, Dr Nurul Hani Ali (setiausaha) dan Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan (ketua penerangan). 
Beliau turut mengajak seluruh warga PAS agar bersama-sama dengan Harakah terutama di dalam menghadapi pilihan raya ke-14 nanti memandangkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sentiasa mengingatkan agar PAS menang paling kurang 40 kerusi. 
"Harakah jadi penyebab kejayaan PAS. Kita mentautkan ukhuwah sesama kita yang menjadi asbab kepada kejayaan kita," ujarnya. 
Sementara itu, warga Harakah amat menghargai keprihatinan Dewan Muslimat PAS Pusat yang saban tahun tidak pernah melupakan mereka apabila menjelang Hari Raya. 
"Alhamdulillah. Setakat ini Dewan Muslimat tidak pernah lupa menyumbang kepada kami di Harakah ini setiap tahun. Terima Kasih Muslimat," ujar salah seorang kakitangan Harakah. – HARAKAHDAILY 15/6/2017
MuslimatRaya 4 

MuslimatRaya 3
SSumber HD - 15-6-20117 































































































































Ancaman gejala 'Porn Star IG' semakin menular

T
PORN Star IG sudahpun diklasifikasikan sebagai ancaman terkini teknologi laman sosial terhadap kesihatan sosial anak-anak remaja kita, khususnya perempuan. 
Fenomena tidak bermoral ini sedang berleluasa di Instagram (IG), di mana sekumpulan anak-anak muda akan mewujudkan dan menyertai kumpulan Direct Messenger (DM) di IG. Seterusnya, mereka akan saling mempamer serta masing-masing menyebarkan gambar yang tidak senonoh sebagai tatapan dan perkongsian kepada rakan-rakan yang lain. 
Kami, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) cukup sedih dengan perkara ini. Lagi menyedihkan apabila salah laku daripada segi agama dan sosial amnya, dianggap sebagai sumber kemegahan bagi anak-anak gadis tersebut, apatah lagi sekiranya gambar lucah si gadis menjadi tular dan disukai ramai, maka si pelaku di dalam gambar tersebut akan dilabelkan sebagai 'Porn Star IG'. 
Segelintir anak-anak gadis berkenaan melakukan aktiviti tidak bermoral itu dek kerana ketandusan kewangan, ataupun dihadiahi pelbagai kesenangan oleh lelaki-lelaki yang mengambil kesempatan terhadap kepolosan mereka. Sebagai habuannya, anak-anak gadis itu akan diberikan telefon bimbit beserta simkad secara percuma, top-up, mahupun wang oleh lelaki yang berminat terhadap mereka. Yang lebih malang, terdapat anak gadis yang melakukannya sebagai aktiviti suka-suka sahaja.Tidak cukup dengan itu, sebagai akibat pertukaran gambar bogel semasa berkenalan di IG, gambar-gambar berkenaan akan dijadikan sebagai 'modal' oleh lelaki-lekaki yang bernafsu serakah bagi mengugut mangsa-mangsa mereka. Dengan ancaman sekiranya anak gadis berkenaan tidak mahu dijadikan 'boneka seks', maka gambar yang memalukan itu akan 'dikirimkan' kepada ibu bapa si gadis ataupun ditularkan ke laman media sosial yang lain. 
Malahan, menurut hasil statistik pada tahun 2007 melalui kajian Dr Khaidzir Ismail dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), daripada 887 orang gadis remaja, hanya 1 orang sahaja daripada hasil penyelidikan beliau yang tidak pernah melakukan hubungan seks. Tahun 2007, kita sedia maklum bahawa pada ketika itu medium sosial tidak lagi begitu berkembang sepertimana pada hari ini. Lalu, bagaimana agaknya dengan nasib anak-anak gadis pada masa sekarang dengan kewujudan pelbagai laman sosial dan penularan 'trending' Porn Star IG yang semakin mendapat tempat di kalangan remaja yang tidak diawasi. 
Justeru, sebagai langkah pencegahan di seawal usia anak-anak lagi, ibu bapa hendaklah menghadkan dan mengawasi penggunaan internet dan juga gajet oleh anak-anak sebelum mereka mencapai usia yang dianggap sudah boleh membezakan buruk atau positifnya sesuatu tindakan. Selain itu, pantaulah kelakuan anak-anak ketika berada di dalam mahupun luar rumah. Allah S.W.T berpesan kepada hambaNya supaya menjauhi zina melalui surah Al-Israa’, ayat 23 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk". 
Kita tidak mahu anak-anak yang sudah ditatang seperti minyak yang penuh melewati usia remajanya dengan terjebak ke lembah zina. Anak-anak merupakan pewaris bangsa dalam memperjuangkan agama. Mereka adalah aset masa depan negara, maka didiklah mereka mengikut acuan Islam. 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
19 Ramadan 1438 | 14 Jun 2017
Sumber HD - 14-6-2017 


































































































































Salam Nuzul Al-Qur'an dari Lajnah Pendidikan DMPM

Al-Qur'an turunkan kepada Rasulullah SAW yang ummi untuk disampaikan kepada umat manusia yang Ummiyyin yang berada di dalam kesesatan yang nyata. 
1. Maksud firman Allah: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. [Surah Al-Jumu'ah: 2] 
2. Tidak sampai 30 tahun, hasil didikan Rasulullah saw yang berpusatkan Al-Qur'an telah berjaya melahirkan generasi al-Qur'an yang unggul (Jail Jailul Qur'an al-Farid) dan Islam tersebar meluas sampai ke Eropah sehingga tertegaknya negara Islam Andalus. 
3. Hilangnya keyakinan umat Islam terhadap al-Qur'an dengan berkiblatkan akal dan pengasingan sumber wahyu daripada disiplin ilmu era kebekuan dan era penjajahan, umat Islam hari demi hari hilang jati dirinya sebagai khalifah di muka bumi ini. 
4. Penjajah dengan agenda sekularisme telah memaksa umat Islam supaya menerima sistem pendidikan Barat dan berjaya memisahkan umat Islam daripada sistem pendidikan Qur'ani. Dengan itu, memudahkan lagi penjajah dan musuh Islam menanamkan racun-racun ideologi ke dalam pemikiran yang membawa kepada kemurtadan dan kecelaruan identiti sebagai seorang Muslim. 
5. Dengan pelbagai krisis sosioekonomi ummah dan kepincangan politik negara hari ini, tidak ada jalan lain sebagai jalan penyelesaian kecuali menjadikan al-Qur'an sebagai rujukan utama di dalam sistem pendidikan negara agar segala penyakit yang melanda negara ini mampu diubati dengan penuh rahmat Allah swt. 
Maksud firman Allah: "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Surat Al-Isra': 82) 
6. Semoga sambutan Nuzul al-Qur'an kali ini membuka ufuk pemikiran dan kesedaran yang lebih mendalam kepada semua pencinta al-Qur'an untuk membuat anjakan paradigma terhadap al-Qur'an sebagai sumber utama ilmu dan pendidikan. Sistem Pendidikan yang bersumberkan al-Qur'an meletakkan aqidah tauhid sebagai teras setiap kurikulum dan semua kursus di instusi pengajian tinggi dan pusat latihan guru seterusnya semua subjek untuk dipelajari di sekolah-sekolah. 
7. Sudah sampai saat yang kritikal pada hari ini sistem pendidikan negara perlu dikaji semula dasar kesetaraan gender dalam pendidikan disebabkan kecelaruan gender yang semakin merebak dalam kalangan umat Islam sehingga sanggup mempertahankan LGBT dan menghalalkan hubungan seks sesama jantina dengan hujah rahmatan lil'alamin. Wal'iyazubillah 
Papan meja Lajnah Pendidikan DMPM
17 Ramadan 1438 / 12 Jun 2017
Sumber HD - 12-6-2017 




































































































































Naelofar, AirAsia terbang tinggi: DMPM rakam tahniah

1) SYARIKAT penerbangan AirAsia mengumumkan penggunaan hijab kepada semua juruterbang wanita mereka setelah melancarkan kerjasama khas dengan jenama hijab terkemuka, Naelofar Hijab. Kerjasama tersebut mengesahkan Naelofar Hijab akan menjadi tudung rasmi pilot semasa menjalankan tugas. 
2) Kenyataan terbaru memutuskan bahawa juruterbang wanita muslim dari sektor AirAsia X akan memakai putih Naelofar Hijab yang khusus untuk memenuhi keperluan hari kerja mereka bermula bulan ini, Jun 2017. 
nuridah3) Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengikuti perkembangan ini dan mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak penerbangan AirAsia atas usaha ini. 
Sesungguhnya ia merupakan satu kejayaan yang perlu dibanggakan dan dicontohi. 
4) Allah S.W.T jelas memerintahkan hambaNya menutup aurat walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Hal ini jelas berdasarkan firmanNya dalam Surah An Nur ayat 31 yang bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
5. Usaha murni ini juga disarankan kepada pemakaian baju seragam pramugari. Ukuran dan rekabentuk uniform perlu mengikut ciri yang mengikut syarak iaitu tidak terlalu ketat, tidak jarang serta kain tidak nipis dan sesuai perlu dititiberatkan agar pemakai akan kelihatan anggun dan bergaya menampilkan ciri ketimuran mengikut acuan Islam sekali gus membawa nama Islam ke persada dunia. 
6. Justeru, kami mendoakan semoga usaha ini dipermudahkan dan mendapat sokongan dari semua. Marilah sama-sama kita mengamalkan syariat Islam sebenar sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Semoga pekerjaan kita semua penuh keberkatan. 
Tahniah AirAsia!
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan” 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
17 Ramadan 1438 | 12 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 12/6/2017
Sumber HD - 12-6-2017 






































































































































DMPM kesal kes maut Pegawai Kadet Laut UPNM

MALAYSIA dikejutkan dengan berita kesedihan dan tragis menyayat hati apabila Kapten Pegawai Laut, mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain telah meninggal dunia akibat dipukul dan dibuli dengan kejam oleh rakan seuniversitinya. 
Kes buli yang menyayat hati sehingga meragut nyawa insan tidak berdosa ini sangat mendukacitakan kita semua. Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), turut sedih dengan perkhabaran ini. 
Ibu mana yang tidak terguris mengetahui anaknya didera sehingga maut. Begitulah kami DMPM merasai kesedihan yang dialami. Kami dengan setulus hati mendoakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga mangsa. 
Kami berharap tindakan tegas diambil kepada mereka yang terlibat. Berdasarkan insiden-insiden penderaan yang semakin membimbangkan saban hari, sudah tiba masanya pihak kerajaan mengambil langkah serius menangani isu ini. 
Usah dibiarkan ia terus berleluasa sehingga menyeksa insan yang tidak bersalah. Ikutilah jalan penyelesaian yang dianjurkan dalam Islam. Hayatilah didikan Islam yang boleh diaplikasikan kepada semua golongan. Nescaya keindahan dan kesyumulannya mampu mewajahkan solusi terbaik. 
“Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, jika ada orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia”. (Surah Fushilat: 34) 
Di bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita tingkatkan amalan dan berazam untuk menjadi muslim yang terbaik, iaitu bukan sahaja menahan lapar dan dahaga bahkan menghayati Ramadhan dengan penuh penghayatan. 
Moga-moga, kemuliaan bulan suci terus terjaga. Kami mendoakan kebaikan mengiringi kita semua. “Ya Allah tidak ada kemudahan, melainkan yang Engkau jadikan mudah. Dan Engkau jadikan kesedihan menjadi mudah jika Engkau kehendaki”. (Hadis Riwayat Abu Dawud) 
Ramadhan Kareem.
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
05 Jun 2017 | 10 Ramadhan 1438 - HARAKAHDAILY 5/6/2017
Sumber HD - 5-6-2017 








































































































































DMPM ziarah mahabbah Datin Khadijah

ZIARAH Mahabbah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kepada Datin Khadijah Haji Salleh, isteri Allahyarham Tuan Guru Dr Haron Din di Bandar Baru Bangi. 
Rombongan diketuai oleh Ketua DMPM, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Norhafiza Fadzil (penolong setiausaha), Kartini Ahmad (setiausaha politik), Nuri Muhammad (Briged Muslimat) dan Khadijah Mahmud (As-Sabiqat). 
Ustazah Nuridah menyampaikan Anugerah Istiqamah yang diberikan oleh PAS Pusat kepada Datin Khadijah sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-63, baru-baru ini. 
Rombongan turut berpeluang mendengar terus detik-detik terakhir ketika Allahyarham Tuan Guru Dr Haron Din menghembuskan nafas yang terakhir sehinggalah pengkebumian Allahyarham di San Francisco tahun lalu, diceritakan oleh Ustazah Salwa, anak sulung Allahyarham. 
Pertemuan berlangsung dengan penuh mesra sambil dijamu dengan roti jala dan kari ayam ala utara yang lazat. 
Pada akhir pertemuan, rombongan bergambar dengan Datin Khadijah dan Ustazah Salwa sebagai tanda kenang-kenangan.
Sumber HD - 26-5-2017 









































































































































Dr. Khazani: Perginya Ikon pejuang istiqamah

HARI ini 20 Mei 2017 jemaah mendapat perkhabaran sedih dengan kehilangan Pengarah Institut Strategi PAS (ISP), Dr. Khazani Abdullah. Beliau merupakan seorang amilin yang istiqamah meneruskan perjuangan parti. 
Allahyarham adalah tulang belakang dalam perbincangan Roadmap PAS dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang baru sahaja diperkenalkan Tuan Guru Presiden PAS pada sesi muktamar awal bulan lalu. 
Anak jati Terengganu itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dari University of Missuori, Rolla, USA pada tahun 1990 dan 1993. Manakala, memperoleh PhD dari Universiti Malaya pada tahun 1999. 
Pelbagai kejayaan dan anugerah diraih Allahyarham sepanjang 31 tahun sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. Allahyarham Prof. Dr Khazani pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Saintis Muda Malaysia pada tahun 2001. 
Sungguh sumbangan beliau selaku jurutera Parti Islam Se-Malaysia cukup besar. Tiada apa yang mampu membalas jasa beliau melainkan Allah S.W.T memuliakan beliau disisiNya. 
Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga tabah menghadapi pemergian ini. 
Ayuh sahabat-sahabat seperjuangan, marilah sama-sama kita jadikan allahyarham sebagai ikon pejuang. Teruskan sumbangan kalian dalam apa jua bidang sehingga ke nafas terakhir. 
“Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita kembali, ya Allah berikanlah pahala atas musibahmu dan gantilah dengan yang lebih baik”.  Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. 
USTAZAH NURIDAH SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
23 Syaaban 1438H
20 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 20/5/2017
Sumber HD - 20-5-2017 











































































































































Guru, jasamu kami hargai

DETIK 16 Mei merupakan tarikh penting bagi menghargai jasa seorang pendidik melalui sambutan Hari Guru. Sambutan khas sebagai pengiktirafan terhadap perjuangan seorang guru ini merupakan sambutan yang seharusnya diingati bersama. 
Sesungguhnya tugasan menyampaikan ilmu sangat mulia di sisi Islam sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: 
"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" [Surah Fussilat: 33]
Segala pengorbanan dan keikhlasan kalian sangat kami hargai dan tiadalah ucapan terbaik melainkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami sampaikan. Semoga segala amalan dan jerit perih melalui perjuangan seorang guru mendapat balasan di akhirat kelak. 
Ketahuilah, keikhlasan dan sumbangan kalian yang tidak jemu dalam mendidik dan mengajar ilmu akhirat dan dunia inilah yang sebenarnya melahirkan jiwa-jiwa yang takutkan Allah dan cintakan Rasulullah SAW sejak dari kecil lagi. 
Sesungguhnya Allah menjanjikan nilaian ganjaran yang cukup besar kepada mereka yang tidak jemu menyampaikan ilmu. Hayatilah kisah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang tidak pernah berputus asa menyampaikan ilmu melalui dakwah Baginda. 
Nabi Muhammad SAW sudah berjaya pada hari Baginda membentuk insan bertunjangkan pemikiran Islam. Ramai kalangan musuh yang awalnya menentang perjuangan Baginda, namun pada akhirnya cinta terhadap Islam. Semua ini adalah hasil usaha menyampaikan ilmu tentang keindahan Islam secara berterusan. 
Justeru, kami DMPM mendoakan para guru diberikan kesabaran dan dipermudahkan segala urusan demi melahirkan modal insan yang berjaya dunia dan akhirat. 
Teruskanlah perjuangan dan usaha kalian, yakinlah, Allah taala sahajalah sebaik-baik pemberi balasan. 
Akhir kata, DMPM juga berharap sistem pendidikan negara dibaikpulih supaya ia tidak membebankan pelajar dan pendidik. Besar harapan kami untuk melihat keberhasilan pendidikan negara melalui pembudayaan ilmu yang sebenar, bukan sekadar berorientasikan kejayaan peperiksaan semata-mata. 
"Guru Pembina Negara Bangsa"
“Muslimat Memacu Kemenangan" 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Syaaban 1438 / 16 Mei 2017
Sumber HD - 16-5-2017 













































































































































Teladani kisah Uwais Al-Qarni sempena Hari Ibu

ALLAH SWT berfirman (maksudnya): “Dan Rabb-mu telah memerintahkan agar kamu tidak beribadah melainkan hanya kepadaNya dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa kamu. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Ya Rabb-ku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil." (Surah Al-Israa’: 23-24) 
Melalui firman ini, maka jelaslah perintah Allah S.W.T supaya hambaNya memuliakan dan menghormati kedua-dua ibu bapa dan tidak menyakiti mereka walaupun hanya dengan sepatah kata "uh".Marilah sama-sama kita hayati kisah Uwais Al-Qarni, susuk tubuh yang tidak dikenali di bumi tapi cukup terkenal di langit. Beliau merupakan seorang anak yang taat sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak ibunya. Uwais Al-Qarni begitu teruja memenuhi kehendak ibunya yang ingin ke Makkah, namun beliau tidak berkemampuan berbuat demikian kerana sara hidupnya hanya cukup untuk keperluan mereka bedua sahaja. 
Oleh demikian, beliau mengambil inisiatif membeli seekor anak lembu dan membuat sebuah pondok kecil untuk lembu itu di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi. Setiap petang, beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas ‘Tilal’ manakala pagi esoknya beliau akan mendukung pula lembu itu turun dari ‘Tilal’ tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras. Namun hakikatnya, Uwais seorang yang bijak. Ekoran tindakan itu, otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Makkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan sekitar 50 kilogram.

Beliau membawa ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Makkah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Makkah. Begitulah pengorbanan beliau demi memenuhi kehendak ibunya. 
Justeru, sempena 14 Mei kami Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan ucapan Selamat Hari Ibu buat seluruh kaum ibu di Malaysia. Semoga semua para ibu diberi kekuatan mendidik anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Wahai para anak, contohilah kehebatan Uwais Al-Qarni. Hormati kedua ibu bapamu dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan mereka. Sesungguhnya syurga seorang anak di bawah tapak kaki seorang ibu. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Muslimat Memacu Kemenangan"
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
14 Mei 2017 / 17 Syaaban 1438 - HARAKAHDAILY 14/5/2017
Sumber HD - 14-5-2017 















































































































































Selamat Hari Jururawat Sedunia

SABAN tahun, detik 12 Mei pasti diingati bagi meraikan jururawat di seluruh dunia. Sambutan ini semestinya diadakan sebagai tanda penghargaan masyarakat terhadap jasa dan pengorbanan mereka semua. 
Justeru, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia buat seluruh jururawat di Malaysia. Terima kasih kami ucapkan atas segala kerja keras kalian demi memastikan setiap pesakit mendapat perkhidmatan terbaik. 
Sesungguhnya, tugas seorang jururawat begitu mulia. Mereka bukan sahaja merawat dan memantau perkembangan pesakit, tetapi adakalanya, mereka juga menyuapkan makan, menukar lampin, dan memandikan pesakit. Terkadang, mereka juga menjadi tempat luahan dan rintihan pesakit. 
Bukan mudah untuk melalui situasi kerja sebegini. Hanya insan yang hebat mampu bertahan dan terus tenang menjalankan amanah ini. Kami doakan agar kalian diberikan kesabaran dan kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. 
Maka ayuhlah rakyat Malaysia, sama-sama kita raikan kehebatan susuk tubuh insan bergelar jururawat. Hormatilah dan kasihilah mereka. Usah dipandang rendah terhadap kerjaya mereka. 
DMPM juga menyeru pihak kerajaan supaya menilai semula tahap pengiktirafan yang diberikan terhadap kerjaya jururawat. Adakah ukuran yang diletakkan hari ini setimpal dengan timbunan tugasan yang perlu dilaksanakan mereka? Semoga bidang kesihatan Malaysia terus melakar kejayaan di masa hadapan. Siiru 'ala barakatillah. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Muslimat Memacu Kemenangan"
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 Mei 2017 / 15 Syaaban 1438 - HARAKAHDAILY 12/5/2017
Sumber HD - 12-5-2017 

















































































































































Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia

DEWAN Muslimat PAS Malaysia merakamkan segunung penghargaan kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. 
Di kesempatan ini saya berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga JBP Malaysia atas komitmen dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas demi kesejahteraan masyarakat setempat. 
Semoga semua anggota terus-menerus berkhidmat dengan penuh rasa bertanggungjawab serta ikhlas dalam melaksanakan tugas. 
Akhir sekali semoga kerja buat kalian semua dinilai Allah dengan ganjaran yang sebaiknya kelak. Biarpun kalian tidak terkenal di muka dunia. Tetapi yakin dan pasti kalian terkenal di kalangan penduduk langit jika segalanya dilaksanakan ikhlas kerana-Nya. 
SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA
“BOMBA TONGGAK PENYELAMAT NEGARA” 
Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 4/5/2017
Sumber HD - 4-5-2017 



















































































































































Set Up Royal Commission, Look Into Felda, Tabung Haji losses












PAS has accepted a motion urging the Malaysian government to set up a royal commission to audit the loss suffered by Felda and Tabung Haji.

In the motion tabled by Pas Muslimat representative Wan Hasrina Wan Hassan, the delegates at the 63rd Pas Muktamar today also accepted the motion to investigate the two government-linked companies.

The commission was to identify if there are any wrongdoings in the management of the two companies.
She said there are 317 Felda settlements in 54 constituencies and most of the settlers are Muslims.

She said the commission would ensure that the companies can continue to protect the people.

PAS Youth representative Wan Romani Wan Daud who agreed with the motion said Felda was appointed to manage the plantation and settlers.

Earlier eight motions were accepted without debate including motions to strengthen the Malaysian Anti-Corruption Commission, to urge the government to investigate the 1MDB and SRC International scandals, and to handle issues related to liberal Muslims.-NST

Sumber BO - 2-5-2017





















































































































































Mengorak Langkah Terus Berdakwah













Terengganu mengucapkan tahniah di atas perlantikkan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPPM) yang baru dan juga Terengganu mengucapkan tahniah kepada saf pimpinan (DMPM) yang lama menjalankan amanah dan tanggungjawab pada sessi yang lepas.

Terengganu juga menyokong penuh ucaptama yang disampaikan oleh Ketua DMPPM Ustazah Hajah Nuridah Mohd. Salleh yang sama-sama kita dengar pagi tadi yang begitu baik untuk kita laksanakan di peringkat masing-masing.

Terengganu ingin menyarankan agar DMPM memastikan , menyaran, atau membuat arahan kepada Dewan Muslimat PAS seluruh negara terhadap satu program begitu baik yang telah dilaksanakan selama ini oleh DMPM iaitu Gelombang Munajat Akifi supaya agenda ini dilaksanakan di seluruh peringkat di negara ini untuk memastikan semua muslimat PAS menjadi seorang yang alim, haraki dan sufi.

Apa yang berlaku sekarang ini DMPP turun ke kawasan – kawasan yang berkenaan melaksanakan program ini, masih banyak lagi kawasan yang belum laksanakan agenda ini .


Saya mengucapkan tahniah kerana perkara ini dilaksanakan boleh dikatakan hampir setiap minggu , usaha yang begitu baik diharapkan muslimat di seluruh negara memahami agenda yang dibawa oleh DMPM ini.

Seterusnya tajuk yang diberikan kapada negeri Terengganu ialah Budaya , Politik Matang dan Sejahtera. Bagi merealisasikan maksud ini , Terengganu ingin mencadangkan supaya DMPM sentiasa mendepani dalam menangani isu-isu masyarakat khususnya berkaitan dengan wanita di dalam negara kita Malaysia. Cadangan yang kedua, Terengganu ingin mencadangkan kepada DMPM supaya memperkasakan perkara ini mengadakan ‘engagement’ dengan pelbagai pihak dalam masyarakat termasuk jabatan kerajaan dan badan-badan Ngo dan mengadakan pertemuan dengan mereka seperti apa telah dilaksanakan oleh PAS Pusat.
Seterusnya Terengganu ingin mencadangkan supaya semua para perwakilan dan pemerhati mengingati semula dalam buku ucaptama tadi agar kita mendekati lima golongan. Mereka ialah penduduk kampung, penghuni flat, golongan elit, golongan bukan Muslim dan rakyat pelbagai latar belakang.

Pada muktamar kali ini Terengganu ingin berkongsi satu program yang telah kita laksanakan di Negeri Terengganu oleh Lajnah Perpaduan Nasional bagi memenuhi hasrat gagasan budaya politik matang dan sejahtera.

Terengganu telah menjadikan anak -anak ‘non Muslim’ anak angkat. Muslimat PAS menjadikan anak non muslim sebagai anak angkat..macamna kita menjadikan mereka anak angkat. Mereka tinggal dengan keluarga mereka masing-masing yang non muslim tapi muslimat PAS sentiasa menjaga kebajikan mereka dan kita membiayai pembelajaran mereka, meraikan harijadi mereka dan beberapa perkara yang kita buat sehingga in syaa Allah kita dapat mengekalkan hati – hati antara muslimat PAS dengan non muslim.


Satu program lagi yang ingin kami kongsikan, laksanakan melalui lajnah kebajikan kita sentiasa masuk menyantuni kepada semua kumpulan wanita yang ada dalam masyarakat seperti kumpulan wanita yang menuntut ilmu di surau dan masjid , kumpulan wanita yang ada di kilang -kilang.

Kumpulan yang ada di Amanah Ikhtiar dengan cara kita mengambil tahu permasalan mereka dan kita sentiasa menyantuni mereka dengan memberi hadiah supaya mereka tahu kehadiran muslimat PAS, .kita mahu masuk kumpulan wanita tanpa mengira batasan politik, mudah mudahan hati mereka terpaut dengan PAS yang membawa Islam yang syumul ini in syaa Allah.

Akhirnya Terengganu ini menyeru pada semua muslimat supaya membuang satu persepsi yang mana kita rasa tidak perlu masuk berkempen atau mendekati orang Umno , Puteri Umno atau anak Jkk kerana mereka mungkin tidak akan bersama PAS

Kerana melihat muslimat melatak persepsi sebegini sedangkan persepsi ini amat bertentangan dengan BPMS yang digagas oleh Tuan Guru Presiden .

Muslimat kena terus menjalankan kerja dakwah kita jangan merasa jemu sebagaimana Nabi Musa yang tak pernah jemu menyeru Firaun yang sentisa menyekat usaha dakwah Nabi Musa.

Marilah kita selepas ini mengorak langkah merealisasikan BPMS dan elakkanlah kita membuat program yang hanya dihadiri oleh ahli PAS sahaja.

***Ucapan penangguhan dari wakil Muslimat Negeri Terengganu YM Tuan Roslina Tuan Sulaiman.Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dewan Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, 30 Rejab 1438 H bersanaan 27 April 2017 Khamis.

Sumber BO 30-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muslimah cadang Lajnah Pembangunan Wanita

PAS Pusat dicadang mewujudkan Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga sebagai persediaan awal menyediakan kerajaan alternatif bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
Wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Salamiah Mohd Noor berkata lajnah itu hendaklah diketuai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh. 
Katanya, cadangan itu selaras dengan kewujudan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga yang disandang Wanita Umno sekarang. 
“Dengan adanya lajnah tersebut membolehkan kita membuat persediaan awal sebagai menyediakan tawaran alternatif kepada rakyat bagi menghadapi PRU ke-14,” katanya membahas ucapan dasar Presiden di muktamar petang ini. 
Kata beliau lajnah terbabit wajar dibentuk sebagai tanda persiapan kita menggantikan Kementerian Keluarga dan Wanita yang ada sekarang. 
Menurutnya ia sebagai persediaan bagi membuktikan keupayaan golongan wanita dalam pentadbiran Negara, selaras dengan gelombang tsunami hijau yang menjadi teras ucapan dasar presiden. - HARAKAHDAILY 30/4/2017
Sumber HD - 30-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































































Dewan Muslimat PAS bidas kebiadapan Nanyang

ISU kebiadapan sebuah akhbar Cina, Nanyang Siang Pau yang memaparkan karikatur monyet menghina Presiden PAS, dan Speaker Dewan Rakyat mendapat kecaman rakyat. Kami dari Dewan Muslimat PAS Malaysia turut dukacita terhadap tindakan melampau itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang keterlaluan. 
Sesungguhnya Islam sangat menghormati agama lain dan mengamalkan sikap toleransi bagi sesuatu isu yang tidak disepakati. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada semesta alam.” [Al-Anbiya’: 107] 
Karikatur yang bertajuk "Akta Monyet" dalam terbitan akhbar Nanyang Siang Pau yang bertarikh 8 April 2017 ternyata adalah satu tindakan penghinaan sesama manusia. 
Karikatur yang menayangkan watak seekor monyet memakai songkok dan seekor monyet lagi memakai serban putih beserta makanan yang dihidangkan itu seperti RUU355 yang baru-baru ini dibentangkan dalam Parlimen. Ia nada gurau yang biadap dan tidak seharusnya dilukis oleh kartunis tersebut. 
Walaupun permohonan maaf sudah dibuat, namun kami berharap agar semua pihak media sama ada bercetak, elektronik dan segala medium sosial terkini dapat memaparkan berita yang tepat, sahih dan tidak menimbulkan kontroversi mana-mana pihak dengan niat untuk melariskan dan menggemparkan suasana melalui agenda yang tidak beretika ini. 
Sesunguhnya dalam menyebarkan berita seharusnya setiap wartawan perlu membuat liputan secara beretika serta menggunapakai kaedah yang matang dan menunjukkan profesion wartawan sebagai suatu kerjaya yang profesional. Besar harapan kami semoga isu sedemikian tidak berulang lagi. Semoga para wartawan terus mengamalkan budaya etika yang berakhlak mulia, menggunakan sumber yang tepat lagi sahih dan bernas untuk tatapan kepada pihak umum. Marilah kita mengamalkan budaya politik matang, demi kesejahteraan bersama. 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
14 Rejab 1438 / 12 April 2017 - HARAKAHDAILY 12/4/2017
Sumber HD - 12-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 




























































































































































RUU 355: Dewan Muslimat harap usul dibahas, diterima

DEWAN Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kesempatan yang diberikan-Nya kepada Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS bagi membentangkan usul pindaan akta 355 dengan penuh tenang dan jelas.\ 
DMPM juga mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru atas pembentangan usul tersebut. Kami harap usul ini dapat dibahaskan dengan baik oleh ahli parlimen dan diterima akhirnya. 
DMPM menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan untuk terus-menerus memahamkan semua pihak tentang rang undang-undang ini dan berdoa agar usul ini diterima dan diluluskan. 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua, Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Rejab 1438 bersamaan 6 April 2017 – HARAKAHDAILY 6/4/2017
Sumber HD - 6-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 





























































































































































Selamat Hari Doktor Sedunia

TANGGAL 30 Mac merupakan Hari Doktor Sedunia! Satu profesion yang penting dan sangat berisiko jawatannya. Setiap doktor diwajibkan memperoleh Sijil Amalan Perubatan sah dan mematuhi syarat itu untuk menawarkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Malaysia berdasarkan Akta Perubatan 1971. 
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, negara memiliki 46,461 doktor dengan 35,545 daripadanya berkhidmat di sektor awam dan 12,446 doktor berkhidmat di sektor swasta. (Berita Harian Online, 21 Mac 2017) 
Manakala bagi hospital kerajaan kini mempunyai 4,474 pegawai perubatan pakar sehingga 30 September 2016 (Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah). Angka tersebut mewakili 91.9 peratus daripada jumlah keseluruhan jawatan berkenaan sebanyak 4,870. 
Perkhidmatan yang tanpa mengenal warna kulit, bangsa, agama sentiasa diutamakan oleh seluruh doktor yang berkhidmat di hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Pengorbanan masa, tenaga dan kadang kala ketika waktu rehat atau bercuti juga dikorbankan untuk membantu para pesakit yang memerlukan khidmat kepakaran mereka. 
Memetik firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertaqwalah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (az-Zumar: 10) 
Justeru, seluruh rakyat Malaysia amnya perlu mengucapkan rasa terima kasih dan menghargai segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada kita semua sejak kecil hingga dewasa ini. 
"Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.” (HR Bukhari) 
Harapan buat seluruh para doktor, teruskan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan kekalkan profesion cemerlang dalam perkhidmatan yang diberikan. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, ketenangan dan ketabahan buat penjawat yang bergelar doktor! Terima kasih infiniti buat doktor untuk segala jasa yang telah dicurahkan! 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
3 Rejab 1438 / 31 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 31/3/2017
Sumber HD - 31-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
































































































































































Selamat Hari Polis Malaysia daripada Dewan Muslimat PAS

FIRMAN Allah SWT maksudnya: "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang mencereboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahui. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya." (Surah Al-Anfaal, 60) 
Tahun ini, Hari Polis Malaysia bakal disambut buat kali ke-210. Angka ini menggambarkan komitmen dan kesungguhan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berkhidmat sejak sebelum tanah air merdeka lagi. PDRM yang dianggotai seramai 113,336 orang pegawai dan anggota. Jumlah keanggotaan ini pula terdiri daripada pelbagai aspek penugasan seperti Tugas Am dan Pasukan Gerakan Am merangkumi tugas 'tradisional' mereka serta tugas-tugas 'non-regulatory' seperti peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu masa dahulu. 
Seiring peredaran masa, bahaya dan cabaran yang mampu menggugat keamanan serta kestabilan Malaysia jauh berbeza berbanding dahulu. Sifat amanah, pengorbanan, strategis serta komitmen lebih tinggi diperlukan bagi menghadapi realiti ini. Justeru, Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru rakyat Malaysia agar menghargai pengorbanan anggota PDRM serta memberi kerjasama sewajarnya dan sokongan yang tinggi kepada mereka. 
Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan selamat menyambut Hari Polis Malaysia kali ke-210. Semoga Allah SWT meneguhkan iltizam dan memasakkan keimanan dalam diri para anggota PDRM untuk terus menjalankan tugas dengan 'telus, cepat dan pantas'. 
Selamat menyambut Hari Polis kali ke-210. "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
26 Jamadil Akhir 1438 / 25 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 25/3/
Sumber HD - 225-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































DMPM sokong Rang Undang-Undang Kanak-Kanak Seksual 2017

PARLIMEN baru sahaja memutuskan Rang Undang-Undang Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan dibentangkan di Dewan Rakyat. Rang Undang-undang tersebut merupakan alternatif bagi menangani penderaan seksual yang melibatkan kanak-kanak. 
Kami dari Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyokong penuh Rang Undang-undang ini yang bakal membawa hukuman lebih berat kepada penjenayah. Ia juga harus disokong oleh semua Ahli Parlimen supaya tindakan lebih tegas dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah. 
Tahun lepas, akta ini dipinda dengan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara sehingga 20 tahun berbanding hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga 10 tahun sebelum pindaan dibuat. 
Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 5,779 kes dicatatkan melibatkan penderaan seksual kanak-kanak bagi tempoh 2010 hingga 2015, dengan purata 963 kes setahun. 
Manakala berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, dicatatkan 2,759 kes rogol, 412 kes sumbang mahram, 1,423 kes mencabul kehormatan dan 422 kes luar tabii, yang melibatkan mangsa di bawah umur 18 tahun dilaporkan sepanjang tempoh 2015 dan 2016. 
Angka statistik ini semakin hari semakin meningkat dan sangat membimbangkan semua pihak. Kami memandang serius isu ini dan peruntukan akta tersebut wajar dilaksanakan segera bagi menangani kes penganiayaan kanak-kanak yang semakin parah. 
Besar harapan kami agar akta ini mendapat sokongan penuh dari seluruh Ahli Parlimen demi masa depan anak-anak kita semua. Semoga ianya mampu mencorak Malaysia ke arah negara harmoni dan sejahtera. 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 Jamadil Akhir 1438 / 20 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 20/3/2017
Sumber HD - 21-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































































Dewan Muslimat kesal wacana ilmu Zakir Naik dihalang

ISU halangan ke atas penganjuran majlis ilmu bersama Dr. Zakir Naik kecoh selepas pihak yang tidak berpuas hati mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Malaysia. 
Peguam Siti Kasim dan satu Pertubuhan Hindu baru-baru ini mengeluarkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana dikatakan melindungi pendakwah Dr. Zakir Naik. 
Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kesal terhadap apa yang berlaku. Hal ini tidak sepatutnya timbul memandangkan kita mengamalkan budaya hormat-menghormati dan bersikap toleransi atas setiap perkara. 
Mana mungkin majlis ilmu dihalang oleh orang Islam sendiri sedangkan masih banyak program lain yang lebih berunsur negatif dan tidak sepatutnya diadakan di Malaysia selaku negara Islam yang perlu dihalang. 
Solusi terbaik untuk mengatasi hal ini bukanlah melalui emosi yang membuta tuli. Pendekatan berhemah dengan bersemuka adalah lebih baik dan harmoni. 
Islam mengajar hambaNya menggunakan pendekatan terbaik dalam menyelesaikan masalah. 
Allah berfirman yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" [An-Nahl 16:125] 
Setakat ini, kita tidak mendengar sebarang kekecohan semasa program-program bersama Dr Zakir. Bahkan program-program bersama beliau sentiasa mendapat sambutan yang meriah dan memuaskan hati peserta. Oleh itu, sesiapa pun tidak perlu merasa tidak senang selagi program bersama Dr Zakir dapat dilaksanakan dengan baik.
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua dan terus berpihak kepada kebenaran. Sesungguhnya balasan Allah itu cukup pedih khususnya di akhirat bagi mereka yang menghalang usaha-usaha dakwah di jalan Allah. Marilah kita bersama-sama hidup dalam keadaan hormat- menghormati antara satu sama lain. 
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Jamadil Akhir 1438 / 7 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 7/3/2017
Sumber HD -7-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 






































































































































































Berumahtangga bukan alasan untuk elak berjuang

SEJAK zaman Nabi Muhammad SAW, muslimat ditempatkan di posisi yang sesuai dengan fitrah mereka. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan lemah namun fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberi sumbangan yang amat besar kepada perjuangan, gelombang dan kebangkitan Islam. 
Muslimat jelas mempunyai peranan tersendiri dalam membina kekuatan ummah dalam mendorong perjuangan ke arah kejayaan. Oleh itu, muslimat perlu kreatif dalam pengurusan organisasi dan bersedia mempelajari teori-teori pentadbiran agar dapat meningkatkan kualiti kepimpinan. Malahan dalam persiapan menghadapi pilihan raya, muslimat perlu mempersiapkan diri berkemungkinan pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa. 
PAS Sarawak dengan kerjasama PAS Pusat kerap mengadakan beberapa sesi kursus ke arah menguasai ilmu dan selok-belok pilihan raya. Sesungguhnya dengan kursus ini hanya boleh dicapai melalui kerja kuat yang berterusan dan menguasai pengurusannya. 
Sering kita dengar seruan jihad yakni "perjuangan mempertahankan kemurnian Islam di peringkat diri, masyarakat dan negara". Dalam menghadapi situasi hari ini, muslimat kena cenderung kepada jihad di bidang keilmuan dan kebajikan masyarakat. Muslimat mesti bersedia menyebarkan ilmu di samping menitikberatkan kebajikan masyarakat yang sedang mengalami kelompangan dalam bidang-bidang tertentu. 
Insya Allah, PAS Sarawak tidak akan kekeringan dengan muslimat yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang membanggakan dalam segenap bidang keilmuan. 
Dalam memainkan peranan menyebarkan ilmu kepada masyarakat, haruslah difahami bahawa menyampaikan ilmu itu juga bermatlamat menegak hukum-hukum Allah SWT dan juga bertujuan membetulkan akidah dan akhlak dari penyelewengan yang berlaku. Muslimat kena mengamalkan konsep "tawazun" yakni keseimbangan dalam rutin harian mereka. Perlu ada jadual untuk beriadah dan istirehat bersama suami dan anak-anak bahkan menziarahi ahli keluarga, jiran dan saudara-mara.
Sebenarnya, ketaatan kepada Islam akan menjadikan muslimat ibu yang baik, mendidik anak-anak dengan kecenderungan yang berpandukan kepada nilai-nilai Islam. Konsisten dalam mendisiplinkan anak-anak dan berdisiplin dalam mengamalkan jadual harian mereka. Tidak cukup dengan itu, muslimat haruslah sentiasa mendedahkan kepada anak-anak mereka kepada setiap aktiviti jemaah.
Janganlah membuat alasan bahawa rumahtangga dan anak-anak menghalang mereka daripada melibatkan diri dengan perjuangan Islam dan mendekati masyarakat. Sesungguhnya, dalam mengharungi kehidupan berjemaah, tidak kira siapa, mesti mempunyai keimanan yang kuat terpancar dari hati suci, keikhlasan yang padu terbit dari sanubari yang bersih, semangat yang tinggi serta kesediaan untuk bekerja dan berkorban dan amal yang digerakkan oleh keazaman yang teguh. 
Dengan memiliki ciri-ciri yang sedemikian, insya Allah, muslimat akan terus ke hadapan, bergerak di tengah-tengah masyarakat sebagai satu wadah yang mewakili perjuangan untuk mengembalikan martabat umat yang terbaik dan berperanan sebagai pendidik dan pemimpin. 
CIKGU SHOKRI AHMAD FAUZI
5 Mac 2017, Ahad
6 Jamadil Akhir 1438 - HARAKAHDAILY 5/3/2017
Sumber HD - 5-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 







































































































































































Hukuman Allah Terbaik Buat Manusia











Oleh : Salwanaa Ghani

KUALA LUMPUR – Hukuman yang ditetapkan Allah adalah yang terbaik untuk manusia yang juga ‘hambaNya’ di dunia ini.

Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Ustazah Hajah Zarani Othman berkata, sama ada Ahli Parlimen Islam atau bukan, perlu memberikan sokongan.

“Mereka sepatutnya hadir (di parlimen) untuk menyatakan sokongan mereka kerana inilah satu penyelesaian,

“ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang sejahtera , aman dan mendapat keberkatan dari Allah SWT,” ujarnya.















Beliau berkata demikian ketika ditemui di Himpunan 355 (H355) di Padang Merbok pada Sabtu 18 Februari .

Katanya, beliau dan seluruh pemimpin serta anggota Muslimat Terengganu hadir menyatakan sokongan kerana cinta kepada Malaysiia.

“Hari ini kita hadir bersama- sama dalam H355 bagi menyatakan sokongan kita untuk meninggikan dan memartabatkan undang-undang syariah Islam yang ada di Malaysia,

“In shaa Allah akan memartabatkan Islam sekaligus menyelesaikan masalah yang semakin rumit yang berlaku dalam masyarakat dengan penyakit sosial yang semakin membarah,”tegasnya.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat hadir bersama keluarga ke H355 tersebut, yang merupakan himpunan terbesar umat Islam di negara ini.

Sumber BO - 20-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































Selamat Tahun Baru Cina dari Dewan Muslimat PAS

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44064-selamat-tahun-baru-cina-dari-dewan-muslimat-pas

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi kaum Cina. Menurut kepercayaan mereka, perayaan tersebut adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang baru.

Kami daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Cina yang berada di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Semoga tahun baru ini menghadiahkan azam dan semangat baru buat kalian semua.

Sesungguhnya Allah SWT telah merakamkan kepelbagaian bangsa yang wujud di dunia ini dalam al-Quran supaya kita semua saling kenal mengenal antara satu sama lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". [Al-Hujurat: 13]

Umat Islam juga diwajibkan menghormati penganut agama lain, ini adalah ajaran Al Quran seperti mana dalam surah, Al-An’aam ayat 108: “Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Semoga kita semua dapat bersatu dan menjaga keharmonian negara dengan wujudnya kepelbagaian bangsa dan budaya ini.

USTAZAH NURIDAH SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
28 Januari 2017 / 29 Rabiul Akhir 1438 - HARAKAHDAILY 28/1/2017

Sumber HD - 28-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gabungan dan Kerjasama Politik Boleh Asalkan Islam diUtamakan - Hadi
Posted on Saturday, January 21 @ 18:30:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33265



PAS belum bersedia untuk mengadakan kerjasama politik kerana terdapat sikap tertentu dalam parti pembangkang lain yang tidak digemarinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Perundingan dari segi kerjasama, penyelarasan kempen supaya tak bertembung, itu boleh dibuat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda di Shah Alam hari ini.

Kerjasama bersifat untuk politik masih terlalu jauh dengan sikap-sikap sedemikian rupa pada mereka, kata Hadi, dalam keadaan DAP yang didakwanya bersikap cauvinis dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pula didakwanya lebih oportunis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita mengenai perkembangan rundingan PAS bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mengulas lanjut mengenai kesediaan PAS membuat rundingan dengan parti pembangkang lain, Abdul Hadi berkata parti Islam itu bersedia berbincang tentang penyelarasan agar tidak bertembung pada pilihan raya akan datang.

Katanya, PAS terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana NGO mahupun parti politik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang kecuali dengan AMANAH.

Ini kerana, menurut Abdul Hadi, perbincangan tidak perlu dilakukan bersama kerana anggota AMANAH yang sebelum ini anggota PAS meninggalkan parti Islam itu.

"Perundingan (kita terbuka) sepanjang masa. PAS boleh buat (rundingan) termasuk sesiapa sahaja, termasuk NGO.

"Kita parti terbuka, matang, sejahtera. Apapun, keputusan akan berbalik pada pimpinan kita.
"(Kecuali) PAN (AMANAH) dulu meninggalkan kita, jadi tak perlu la kita (berunding)," katanya.

Selain itu, ditanya sama ada wujud kemungkinan PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan AMANAH pada pilihan raya umum ke-14, Abdul Hadi berkata, partinya mempunyai pendirian yang berbeza dengan dua parti berkenaan.

Katanya, konsep yang dibawa partinya ialah kepimpinan Islam dan bukan hanya memberi tumpuan untuk mengubah kerajaan.

"Kita ada pendirian sendiri. Konsep kita adalah kepimpinan Islam. Kepimpinan yang bersih dan berwibawa iaitu kepimpinan Islam.

"Mereka (AMANAH dan DAP) lebih tumpu nak ubah kerajaan sahaja. Kita bukan nak ubah, kita mahu ubah dan mesti kepimpinan yang betul yang berteras Islam dan ini perbezaan mereka dan kita," katanya.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR 'berkubur' ekoran tindakan DAP menyerang PAS sehingga PAS memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya pada Jun 2015.

Malah, selepas muktamar itu juga, beberapa anggotanya yang kecewa dengan PAS meninggalkan parti berkenaan dan menubuhkan AMANAH.

Ekoran itu, pakatan baru yang diberi nama Pakatan Harapan dibentuk tanpa PAS bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Malah, Harapan bersama BERSATU juga secara rasmi telah membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Bagaimanapun, PAS ketika ini hanya menubuhkan blok pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) bagi menghadapi pilihan raya.
Sumber TKO - 20-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Himpunan Muslimat Muda
Posted on Saturday, January 21 @ 17:43:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33264



UCAPTAMA PRESIDEN PAS DALAM HIMPUNAN MUSLIMAT MUDA : POLITIK DAN DAKWAH

Apabila kemungkaran telah berlaku menjadi tanggungjawab fardhu ain kepada lelaki dan perempuan. Ia merupakan satu kewajipan yang sangat besar. Pahala dan fadhilat juga sangat besar.

Kita mengharapkan pertolongan dan kelebihan dari Allah.
Jangan takut getar dengan pihak lawan yang lebih kuat, kaya

Firman allah, surah al nisa ayat 104

Maksudnya : Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Sumber TKO - 20-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HMM5K: “Mung Tunggu Ameerah Ganung Datang”

Oleh : Sumaiyyah dan Raihanah Zakaria

KUALA TERENGGANU – Seramai 500 orang peserta dari negeri Terengganu telah pun berlepas untuk akan menyertai Himpunan Muslimat Muda 5K (HMM5K ) yang dijadualkan berlangsung esok, 21 Januari 2017.

Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, Puan Zuraida Md Noor berkata, setiap kawasan digesa menghantar peserta sekurang-kurangnya sebuah bas.

“Alhamdulillah, ahli Ameerah di peringkat kawasan memberikan kerjasama yang baik sehingga ada kawasan yang dapat menghantar penyertaan 3 buah bas,

“besar harapan kami agar ahli Ameerah yang hadir ke Himpunan itu mendapat suntikan semangat untuk terus berjuang dan menjadi jentera pilihanraya pada PRU ke 14 akan datang,”jelasnya.

Beliau berkata, 12 buah bas dan selebihnya dengan kereta akan berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang.


Oleh itu, dengan penyertaan tersebut, ia imembuktikan bahawa PAS mempunyai tenaga muda dan jentera pilihanraya yang sedia ‘bertempur’ pada pilihan raya akan datang.

“muslimat muda bukan sahaja sudah pasti menggerunkan pihak lawan, bahkan sedia ‘berdepan’ dengan musuh,

“semoga semua Ameerah yang hadir mengambil manfaat dan memberi tumpuan sepenuhnya dengan agenda-agenda yang telah diatur oleh penganjur terutama Taujihat dari pimpinan pusat dan pengisian dari pemidato-pemidato hebat,”tambah beliau.

Menurutnya, rombongan yang menaiki 12 buah bas itu telah bertolak secara berasingan bermula s Khamis semalam.

Selain itu, beliau menyeru ahli Ameerah Terengganu yang berada di Lembah Kelang agar turun beramai-ramai, memberi sokongan dan menjadi peserta HMM5K.

Sementara itu, Ketua Ameerah Kawasan Kuala Nerus, Qurratul Aina Mohamed mengucapkan terima kasih atas sokongan anak-anak muda wanita.

“Saya merasa amat terharu dan berterima kasih diatas sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh Majlis Tindakan Dun (MTD), muslimat DUN dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus (DMPKKN) kepada Ameerah untuk hadir ke HMM5K,

“Mereka telah memberi sokongan dalam bentuk kewangan dan sokongan moral (dan) ini memberi gambaran betapa besarnya harapan bonda-bonda terhadap Ameerah untuk meneruskan perjuangan yang telah mereka pelopori,”jelasnya

Sumber BO - 21-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































































HMM5K Pencetus Kebangkitan Wanita Muda Malaysia

Oleh : Sumaiyyah Zakaria

Pada tanggal 21 Januari 2017, Dewan Muslimat PAS Malaysia bakal melakar sejarah untuk julung kalinya dengan menganjurkan Himpunan Muslimat Muda (HMM5K) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Himpunan ini dijadualkan bermula pada seawal jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang.
Peserta himpunan tersebut dibuka penyertaannya kepada seluruh wanita muda Malaysia dan tidak ketinggalan juga 3 entiti utama di dalam Dewan Muslimat PAS Malaysia, iaitu Ameerah, Briged Muslimat dan Nusaibah.

Antara objektif penganjuran Himpunan Muslimat Muda (HMM5K) adalah :

1) Mengumpulkan tenaga muslimat muda bagi memberi kefahaman tentang agenda muslimat PAS untuk istiqamah dalam gerak kerja siasah melalui medan tarbiyyah, dakwah dan kebajikan
2) Menyatukan fikrah muslimat muda melalui pengisian minda dan rohani
3) Mengetengahkan ikon-ikon muslimat muda PAS

Pengisian menarik telah diatur sepanjang program HMM5K ini termasuklah pentas pidato, yang mana menampilkan pemidato-pemidato yang berkaliber dari kalangan muslimat muda dari seluruh Malaysia, Kempen PAS PILIHANKU, pembentangan kertas kerja dan kemuncak program iaitu ucaptama khas serta perasmian oleh Presiden PAS merangkap Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Diharapkan agar program Himpunan Muslimat Muda (HMM5K) pada kali menjadi pencetus dan pemangkin kebangkitan kepada wanita muda Malaysia seterusnya mencapai objektif serta matlamat yang digariskan oleh Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Selain itu, muslimat muda diseru untuk berani bangkit bersuara dan membuat transformasi bagi menyambung legasi perjuangan menjelang PRU ke-14 yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Mujahidah Pahlawan Kasih Sayang
Yang Berjuang Agar Islam Dijulang
Keluarga Medan Permulaan
Muslimah Obor Perjuangan”

Sumber BO - 20-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gelombang muslimat bakal direalisasikan

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43954-gelombang-muslimat-bakal-direalisasikan

KUALA LUMPUR: Himpunan Muslimat Muda 5K bakal diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor pada 21 Januari ini dengan menampilkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang sebagai perasmi serta menyampaikan ucaptama khas pada program tersebut.

Antara objektif yang menjadi sasaran utama adalah mengumpulkan tenaga Muslimat Muda bagi memberi kefahaman tentang agenda muslimat PAS untuk istiqamah dalam gerak kerja siasah melalui medan tarbiyyah, dakwah dan kebajikan.

Selain itu, menyatukan fikrah muslimat muda melalui pengisian minda dan rohani dan mengenengahkan ikon-ikon muslimat muda PAS.

Aktiviti menarik sepanjang program tersebut telah disusun seperti memperkenalkan pemidato-pemidato Muslimat Muda dari seluruh Malaysia, booth pendaftaran keahlian PAS dalam kempen PAS Pilihanku dan beberapa pengisian sampingan.

Program tersebut bermula 8.00 pagi sehingga 5.30 petang dengan kerjasama semua jentera Muslimat.

Penganjuran himpunan itu membuktikan Muslimat terus berperanan dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat terutama dalam kalangan wanita.

Sumber HD - 19-1-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































































































































Aleppo: Seluruh dunia mesti bersatu menentang kezaliman

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43583-aleppo-seluruh-dunia-mesti-bersatu-menentang-kezaliman

Dunia menyaksikan keganasan berterusan apabila serangan terbaru terhadap bandar Aleppo dilihat semakin meruncing. Berita-berita antarabangsa memaparkan kisah tragis dan menyayat hati saudara Islam kita di sana sambil memaklumkan sudah tiada tempat berlindung buat mereka.

Maka apakah kita hanya mahu hal ini berterusan? Sampai bila dunia mahu berdiam diri? Di mana sensitiviti kita terhadap mereka yang dizalimi tanpa henti?

Allah SWT menyeru hamba-Nya menolong dan melindungi antara satu sama lain melalui firmanNya yang bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Al-Taubah: 71]

Islam begitu tegas menentang kezaliman. Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru dunia membuka mata dan bertindak segera bagi menghentikan keganasan ini.

Malaysia selaku anggota OIC dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga sewajarnya lantang bersuara membawa isu ini dengan segera.

Marilah sama-sama mendoakan mereka. Bayangkan jika anak-anak kita dibakar, ibu bapa kita dianiaya, rumah-rumah kita dibom, mana mungkin kita mampu bertahan tanpa pertolongan daripada yang lain.

Ya Allah, Selamatkan Saudara Kami di Aleppo!

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
16 Disember 2016 / 16 Rabi'ul Awal 1438 - HARAKAHDAILY 16/12/2016

Sumber HD - 16-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































Program sehari Himpunan Muslimat Istiqamah

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43587-program-sehari-himpunan-muslimat-istiqamah

BAGAN SERAI: Himpunan Muslimat Istiqamah telah diadakan di Dewan Ustaz Wahab Nor, Markaz Bagan Serai telah dihadiri seluruh jentera muslimat dari Kawasan Bagan Serai, hari ini.

Program tersebut dianjurkan sempena Sambutan Kerian Bermunajat yang berlangsung sepanjang tiga hari bermula 16 Disember sehingga 18 Disember 2016.

Himpunan itu dirasmikan oleh Datuk Ustazah Siti Aisyah Ghazali yang merupakan Ketua Muslimat PAS Kedah juga merangkap AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Sambutan dan kerjasama muslimat dalam menjayakan himpunan tersebut membuktikan komitmen mereka untuk memastikan kemenangan dalam PRU akan datang. – HARAKAHDAILY 16/12/2016

Sumber HD - 112-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































































































































Gempa bumi Aceh: Muslimat PAS Malaysia rakam takziah

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43512-gempa-bumi-aceh-muslimat-pas-malaysia-rakam-takziah

Pagi semalam kita dikejutkan dengan berita gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda Pidie Jaya, Aceh sekitar jam 5.03 pagi waktu tempatan. Laporan terbaru insiden ini menyaksikan hampir seratus nyawa terkorban serta ramai tercedera.

Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa atas apa yang berlaku. Semoga ujian ini dilalui dengan tabah dan dijadikan pengajaran juga untuk semua.

Sesungguhnya setiap musibah yang berlaku punya hikmah dari Yang Maha Esa sebagai peringatan untuk hamba-Nya. Marilah sama-sama kita hayati setiap apa yang berlaku dengan mengambil iktibar sirah-sirah terdahulu.

Allah berfirman yang bermaksud: Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. [Al-Ankabut: 40]

Kami menyeru semua supaya mendoakan mangsa gempa bumi Aceh. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan dikurniakan kesabaran.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Rabiul Awwal 1438 / 8 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 8/12/2016

Sumber HD - 8-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PRU14; Mujahidah Lawan ‘Benda’ Dengan Akhlak

Oleh : Che Ana

KUALA NERUS – PAS tahu Umno dan Barisan Nasional menggunakan sogokkan wang ringgit dan ‘benda’ untuk memikat hati para pengundi.

Namun, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Ustazah Nuridah Salleh berkata, ‘mujahidah PAS’ hanya perlu memberi penerangan untuk lebih terus mendekati masyarakat.


Disamping itu, beliau berpesan, hubungan akhlak yang baik dengan Allah harus diteruskan bagi memenangi hati pengundi pada Pilihan Raya Umun Ke-14 (PRU14).

“dalam suasana UMNO Terengganu yang kita nampak dalam masalah……..kita semua harus terus bekerja dengan penuh semangat dan memberi penerangan berterusan dalam mendekati masyarakat,
”terangkan hasrat kita……terutama pendedahan yang telah kita ‘rebranding’ (penjenamaan semula) untuk budaya politik matang dan sejahtera yang selari dengan ajaran Islam,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sini, selepas menghadiri Tamrin PAS Pusat yang diadakan di Rusila, pada Sabtu Disember.

Oleh itu, beliau menyeru, para mujahidah terus menunjukkan hubungan akhlak yang baik kepada masyarakat dan menjadikan diri dan keluarga contoh.


“sebab pada kita adalah segala- galanya adalah dalam genggaman Allah dan kita optimis hal ini bila kita berpegang pada Allah…… hal ini mesti menjadi tempat pertama dalam hati sanubari kita,

“(mestilah) memperhebatkan hubungan kemasyarakatan dengan program- program kebajikan tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik,

“in shaa Allah, Allah membuka pintu hati mereka untuk bersama dengan kita……..tiada mustahil atas kehendakNya,”tegasnya.

Oleh yang demikian, kata beliau, Muslimat PAS Pusat sentiasa turun ke negeri- negeri, dan buat sekarang beliau berpuas hati dengan gerakerja muslimat untuk meghadapi PRU14.

“kita nampak semua lajnah-lajnah telah bergerak dengan aktif…….(dan) semalam Lajnah Penerangan dan Hubungan Media telah turun ke Kelantan dan hari ini kita mengikuti tamrin qiyadi yang dibuat oleh peringkat pusat di Marang,”tambahnya.

Sumber BO - 4-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































Muslimat PAS cakna derita mangsa bencana di Serendah

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43422-muslimat-pas-cakna-derita-mangsa-bencana-di-serendah

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh  mengadakan kunjungan ke Pusat Penempatan Bencana di Sekolah Rendah Agama (SRA) Serendah, ekoran kejadian tanah runtuh.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPM, Ustazah Salamiah Mohd Nor bersama-sama beberapa orang AJK DMPM dan AJK DMPK Hulu Selangor.

Dalam siri ziarah itu, kelmarin rombongan Dewan Muslimat PAS Malaysia dibenarkan untuk melihat kesan tanah runtuh yang sedang dibaikpulih oleh pihak yang bertanggungjawab.

Selain itu, mereka sempat beramah-mesra bersama petugas-petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat, Syabas, Jabatan Bomba dan Polis yang setia menghuni tempat kejadian bagi menjaga 27 buah keluarga yang menetap di situ.         

Ketua Muslimat PAS Malaysia juga mengucapkan terima kasih kepada para petugas atas pengorbanan masa yang diberikan untuk membantu mangsa bencana tersebut.

Selain itu, Dewan Muslimat PAS Hulu Selangor akan mengambil tindakan selanjutnya bagi memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa, sama ada dalam bentuk pengisian fizikal dan rohani.
     
“Kita akan cuba adakan kuliah dan siri pengajian di sini untuk muslimat dan anak-anak yang tinggal kerana kebanyakan yang tinggal di sini adalah Melayu Islam,” kata salah seorang AJK dalam pertemuan itu

Sumber HD - 1-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































































Penantian pembentangan RUU berakhir, seru solat hajat

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43314-penantian-pembentangan-ruu-berakhir-seru-solat-hajat

Alhamdulillah, semalam kita dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi bahawa pembentangan usul pindaan RUU 355 akan diadakan dalam minggu ini.

Makluman ini sekali gus menamatkan persoalan semua pihak yang menunggu tarikh perbahasan RUU 355.

Syukur ke hadrat Ilahi atas ruang yang diberikan oleh Allah SWT ini. Kami dari Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan tahniah dan selamat bersidang kepada YB Marang, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Justeru, Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru kepada semua untuk sama-sama kita menunaikan solat hajat supaya cita suci memartabatkan agama Islam ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

Alah S.W.T berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [As-Saff: 4]

Marilah sama-sama kita bersatu mendaulatkan agama Allah sebagaimana seruan Allah dalam surah As-Saff ini.

Semoga sidang Parlimen berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dari pihak lain.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD - 23-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































































































Muslimat muda PAS antara sayap utama parti

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43247-muslimat-muda-pas-antara-sayap-utama-parti

Firman Allah yang bermaksud: "Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." [At Taubah: 41]

Dewan Muslimat PAS Malaysia buat julung-julung kalinya melalui sayap muslimat muda iaitu gabungan Ameerah, Briged dan Nusaibah akan menganjurkan satu himpunan khusus untuk mengumpulkan jentera muslimat muda seluruh negara pada 21 Januari 2017 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Himpunan ini akan dirasmikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Himpunan selama satu hari ini adalah bertujuan untuk:

1. Mengumpulkan tenaga muslimat muda bagi memberi kefahaman tenang agenda muslimat PAS untuk istiqamah dalam gerak kerja siasah melalui medan tarbiyyah, dakwah dan kebajikan.

2. Menyatukan fikrah muslimat muda melalui pengisian minda dan rohani.

3. Mengetengahkan ikon-ikon muslimat muda PAS.

Justeru, seruan ini ditujukan khas buat muslimat muda PAS tidak kira walau di mana jua kalian berada.

Mari sama-sama menyahut semboyan jihad demi kemenangan Islam khususnya kepada PAS pada PRU14 nanti.

Semoga himpunan ini mendapat limpah rahmat kasih sayang Allah hendaknya. - HARAKAHDAILY 17/11/2016

Sumber HD - 17-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































Dewan Muslimat PAS anjur kejohanan bola jaring, boling

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43234-dewan-muslimat-pas-anjur-kejohanan-bola-jaring-boling

Muslimat PAS Malaysia Anjur Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Muslimat

Dewan Muslimat PAS Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Sukan Muslimat dengan tema Kecekalan Muslimat Teras Pembangunan Ummah, sempena sambutan 65 Tahun PAS pada 19 November 2016 ini di Padang Bola Jaring SUK, Seksyen 5 Shah Alam, Selangor.

Objektif Kejohanan ini adalah untuk mengajak kaum wanita agar aktif dalam bersukan, memberikan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjalinkan ikatan silaturrahim yang erat sesama muslimat/wanita.

Sebanyak 14 pasukan mewakili seluruh negeri akan berentap dan bersaing bagi merebut Piala Ketua Muslimat. Kejohanan ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai peringkat umur termasuk golongan remaja, belia dan dewasa.

Rasulullah (SAW) bersabda (maksudnya), “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).”

Semoga semangat kesukanan ini dapat dikekalkan dengan harapan semua peserta dapat menjaga batasan aurat dan akhlak sepanjang kejohanan berlangsung.

Nantikan suasana meriah serta aksi yang mendebarkan daripada seluruh pasukan yang akan bertanding.

Selamat bersukan!

Sekretariat Kejohanan Bola Jaring
Piala Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia 2016



Muslimat PAS Malaysia Anjur Kejohanan Bowling Piala Timbalan Ketua Muslimat

Sempena Sambutan 65 Tahun PAS, Dewan Muslimat PAS Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Sukan Muslimat dengan tema Kecekalan Muslimat Teras Pembangunan Ummah.

Kejohanan bowling ini julung kalinya diadakan akan berlangsung pada 19 November 2016 bertempat di Brem Mall Kepong. Penyertaan adalah melibatkan 14 buah pasukan dari seluruh negeri yang akan berentap pada hari Sabtu ini.

Antara objektif kejohanan adalah mengeratkan ukhuwwah antara peserta dan penganjur, memberikan kesedaran perihal kepentingan menjaga kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat. Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya agar menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit yang boleh memudaratkan.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)

Nantikan aksi serta semangat kesukanan daripada seluruh pasukan yang akan bertanding.

Semua wanita dan anak muda remaja belia dijemput untuk hadir bersama-sama memberikan sokongan kepada peserta-peserta!

Sekretariat Kejohanan Bowling
Piala Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia 2016 - HARAKAHDAILY 17/11/2016

Sumber HD - 17-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































Selamat menduduki peperiksaan daripada DMPM

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43118-selamat-menduduki-peperiksaan-daripada-dmpm

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon STPM dan SPM seluruh negara.

Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi dan mampu menjadi insan berguna untuk agama, bangsa dan negara kelak.

Sungguhpun kejayaan akademik yang berorientasikan peperiksaan bukanlah ukuran sebenar kejayaan seseorang, namun ianya salah satu batu loncatan simbol kehebatan seorang modal insan.

Semoga kejayaan akademik anak-anak semua disusuli dengan kehebatan sahsiah seorang pelajar. Gabungan ini mampu melahirkan pewaris kepimpinan negara yang gemilang suatu hari nanti.

Berusahalah sehabis daya. Gembirakanlah hati ibu dan ayah yang sudah banyak berjasa. Kami turut berbangga dengan kejayaan-kejayaan anak bangsa semua.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
7 Safar 1438 / 7 November 2016 - HARAKAHDAILY 7/11/2016

Sumber HD - 7-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU 355: PAS Akan Setia Menunggu Dengan Sabar

Oleh : Nooreni Abu Bakar

Sudah 60 tahun PAS berjuang dan kita akan terus berjuang untuk memperkasakan Islam dengan sabar dan tekun,serta dalam perjuangan suci ini, janganlah ada golongan gopoh.

Kalau tak menang hari ini, kita lawan lagi UMNO pilihanraya akan datang dan walaupun
pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang dijadualkan akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini, masih belum di bentangkan, PAS akan tetap menunggu.


Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia(DMPM), Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan mengingatkan para peserta Majlis Jelajah Saidatina Siti Khatijah Fasa Dua (JELAS F2), Jumaat, 21. Oktober, kesabaran Rasulullah dalam perjuangan sehingga beliau beerhijrah dari kota Mekah ke Madinah.

Untuk itu, beliau sarankan, para Muslimat khususnya, mesti bersemangat dengan semangat tarbiyah dan semangat dakwah serta bukan dengan semangat pilihan raya sahaja.

Begitu juga para muslimin yang menjadi suami, jangan hanya membenarkan isteri untuk berdakwah semasa pilihan raya sahaja, tetapi mestilah menyokong iseri setiap masa.

“Semangat tarbiyyah tidak ada, semangat dakwah tidak ada, semangat masa pilihanraya sahaja, masa pilihanraya ramai turun, muslimin buat keluar isteri masing-masing sebab hendak pilihanraya, masa selain piliharaya dia letak dalam akuarium dekat rumah.”katanya sebagai satu teguran.

Justeru itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, YB Dr. Alias Razak yang hadir sama pada program itu berharap agar muslimat di semua peringkat dapat bergerak dan hadir ke majlis-majlis penerangan PAS untuk mendengar penjelasan, samada peringkat pusat, negeri, kawasan , DUN atau cawangan daripada sumber PAS sendiri.


Ia adalah penting kerana sumber-sumber maklumat yang banyak masa kini tetapi mengelirukan, terutamanya dari musuh-musuh Islam dan musuh PAS.

Para Muslimat mesti tahu cerita yang sebenar, isu yang sebenar bukan hanya mengagak-agak sahaja, supaya dapat mengelakkan dari ‘terkeliru’ dengan serangan maklumat melalui media, khususnya media baru.

“bukan kita menceduk maklumat di tepi-tepi jalan, di alam maya yang kita tak tahu soheh ke tidak, siapa yang menghantar maklumat, orang yang berniat baik ke, berniat jahat kerana ramai di alam maya hari ini, orang yang berniat jahat terhadap Islam, perjuangan yang dibawa oleh parti PAS ini,”kata beliau.

Semakin perjuangan Islam hampir kepada kemenangan Islam, semakin besar dan berat ujian yang dihadapi, kerana Allah hendak mengurniakan kemenangan itu kepada kemenangan Islam yang sebenar.

Oleh itu, semakin rapat ke garisan penamat semakin sukarlah laluan yang akan PAS lalui, yang memerlukan kesabaran dan ketekunan serta istiqamah!

Sumber BO - 24-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































































Tahniah TG Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am PAS

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42773-tahniah-tg-hashim-jasin-dilantik-mursyidul-am-pas

Majlis Syura Ulamak PAS semalam telah memutuskan untuk melantik Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baru, menggantikan almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin di atas amanah ini. Semoga Tuan Guru terus komited mengemudi bahtera perjuangan ini demi memastikan perjuangan PAS tetap berada di landasan terbaik.

Sesungguhnya kewajipan para ulamak terhadap negara ialah memberikan nasihat dan pandangan. Dengan mengambil berat terhadap nasihat-nasihat mereka diharap negara boleh berjalan di atas landasan yang sahih, menegakkan yang hak dan meruntuhkan kebatilan.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:-

"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Iaitu orang-orang yang jika kamu teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari perbuatan mungkar." (Al Haj: 40-41)

Sungguhpun amanah ini sangat berat, namun kami percaya Tuan Guru Ustaz Hashim adalah seorang yang cukup layak untuk berada di posisi ini.

Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia akan sentiasa memberikan sokongan padu terhadap pimpinan akar umbi bagi memastikan Parti Islam Se-Malaysia, PAS terus memacu perjuangan Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Siru ala barakatillah!

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 10/10/2016

Sumber HD - 10-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































































Muslimat sokong Presiden PAS kerjasama demi Islam

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42724-muslimat-sokong-presiden-pas-kerjasama-demi-islam

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan di hadapan lebih kurang 10,000 orang peserta Himpunan Harapan Semua – PAS Ganti Umno (HARAP – PGU) 3.4 di Dataran Pekan Kemasik bahawa parti itu sedia menjalinkan kerjasama politik dengan mana-mana parti untuk membolehkan Islam memerintah.

Justeru, seluruh saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia menyokong penuh pendirian Tuan Guru Presiden dengan penuh iltizam dan keyakinan. Dewan Muslimat PAS Malaysia yakin dan percaya asas kepada kerjasama politik yang dilontarkan oleh Tuan Guru Presiden hanyalah untuk menegakkan hukum-hukum dan perundangan Islam sesuai dengan acuan al-Quran.

PAS tidak akan sesekali berganjak daripada dasar penubuhannya iaitu Islam. Hal ini secara konsisten ditunjukkan oleh Tuan Guru Presiden PAS yang akan membawa Rang Undang-Undang Akta 355 dalam sidang parlimen tidak lama lagi.

Di samping itu, keyakinan juga harus ditanamkan kepada seluruh warga Malaysia bukan Islam bahawa Akta 355 ini telah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia hanya untuk orang Islam sahaja.

Oleh yang demikian, orang bukan Islam tidak perlu sesekali khuatir tentang RUU 355 ini. Selain itu, orang Islam khususnya Ahli Parlimen perlu sedar bahawa mereka tidak perlu rasa takut malah mereka seharusnya menyokong penuh usaha Ahli Parlimen Marang ini.

Hukum Islam itu adil dan tidak pernah zalim, berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud: “Dan apabila kalian memutuskan hukum di antara manusia, hendaklah kalian memberikan keputusan hukum dengan adil".

Dalam surah al-Maidah ayat 8 yang bermaksud: "Janganlah kebencian kalian terhadap suatu kaum menyeret kalian sehingga berbuat tidak adil. Berbuat adillah! Sesungguhnya hal itu (keadilan) lebih dekat kepada ketaqwaan".

Sekali lagi ditegaskan, Dewan Muslimat PAS Malaysia sentiasa istiqamah berdiri teguh di belakang Tuan Guru Presiden selari dengan tuntutan agama agar mentaati perintah Allah, Rasul dan pemimpin dalam kalangan kita.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
5 Muharram 1438 / 6 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 6/10/2016

Sumber HD - 6-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































































































Hijrah ke arah memartabatkan syariah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42692-hijrah-ke-arah-memartabatkan-syariah

Allah SWT berfirman, maksudnya: "Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia." [Ar-Ra'd: 11]

Awal Muharram merupakan tahun baru bagi umat Islam dan hari ini kita telah melangkah ke tahun baru hijrah iaitu 1438H. Dengan ini, kami saf pimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua muslim di Malaysia.

Semoga amalan lalu kita diterima dan bernilai ibadah di sisi Allah SWT. Moga-moga kehadiran tahun baru ini selari dengan usaha kita memperbaiki diri di setiap hari. Sesungguhnya Muslim yang hebat itu mereka yang menjadikan hari esoknya lebih baik dari hari ini dan seterusnya.

Ketibaan awal Muharram mengingatkan kita untuk merenung sejenak kisah para anbiya' dalam melewati bulan ini. Telah dikisahkan bahawa Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan 1 Muharam sebagai tahun baru Islam.

Selain itu, 10 Muharram pula dinamakan Hari Asyura di mana berlaku pelbagai peristiwa yang menggambarkan keizzahan Islam menerusi kehebatan pejuang agama Allah dalam menegakkan kebenaran.

Melihat fenomena umat Islam yang semakin ramai ditindas hari ini, kami Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru semua umat Islam untuk bangkit dari kealpaan demi mencorak masa depan Islam yang gemilang sebagaimana zaman para sahabat yang telah berlalu.

Besar harapan kami agar Malaysia mampu menjadi negara Islam contoh pada masa akan datang. Semoga keadilan Islam tertegak menerusi rakyatnya yang faham dan sedar erti kalimah "Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruhNya".

SALAM MAAL HIJRAH 1438H

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sumber HD - 3-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































































































































Muslimat PAS ucap tahniah kepada Abdullah Fahmi

HARAKAHDAILY | .





















Tahniah Abdullah Fahmi Juara International Quran Reciting Competition, Rusia                                                       

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada saudara Abdullah Fahmi atas kejayaan beliau merangkul Juara dalam "17th Moscow International Quran Reciting Competition" yang berlangsung di Moscow, Rusia.

Pertandingan ini disertai oleh peserta dari 30 buah negara dan hanya lima orang terpilih untuk memasuki peringkat akhir selepas sesi saringan diadakan. Saudara Abdullah Fahmi yang merupakan antara lima orang tersebut jelas membuktikan beliau seorang yang cukup hebat.

Bakat Abdullah Fahmi mula menjadi perhatian ramai selepas beliau menjuarai Akademi Al-Quran musim pertama.

DMPM cukup berbangga dengan pencapaian beliau dan berharap agar kehebatan ini mampu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat terutama anak muda yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara.

Semoga kejayaan beliau menjadi perangsang untuk menyuburkan lagi budaya menghidupkan Al-Quran dalam diri umat Islam khususnya di negara kita.

Uthman bin Affan Radhiyallahu‘anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” [Hadith riwayat Bukhari]

DMPM mendoakan agar saudara Abdullah Fahmi terus maju jaya dalam sebarang bidang yang beliau ceburi, terutama sekali pengajian al-Quran. DMPM juga ingin menyeru semua umat Islam untuk sama-sama membudayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian demi meraih mardhotillah.

Tahniah Abdullah Fahmi!

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 29/9/2016

Sumber HD - 29-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































































































RUU 355: Suatu tuntutan demi kesejahteraan rakyat

SITI FARAH MOHAMED | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42582-ruu-355-suatu-tuntutan-demi-kesejahteraan-rakyat

Isu pindaan Akta 355 telah mengundang reaksi daripada orang ramai. Ramai yang menyokong, tidak sedikit yang menentang malah ada yang masih terpinga-pinga mengenainya. Apa jua pandangan dan hujah kita, ia haruslah berlandaskan hukum Allah tanpa menyimpang apatah lagi memasukkan unsur peribadi mahupun politik. Semua pihak haruslah bersikap adil dalam memberikan pandangan bagi membuahkan hasil yang lebih baik dalam usaha membentuk masyarakat yang sejahtera dan sempurna.

Perbincangan secara intelektual sangat diperlukan namun haruslah berlandaskan dalil naqli dan aqli yang benar. Dan inilah yang sedang diusahakan oleh PAS dengan sentiasa bersikap terbuka dan bersungguh-sungguh dalam menerang dan mencerahkan isu pindaan RUU 355 ini.

Secara dasarnya, hukuman jenayah berfungsi untuk menyelesaikan masalah sosial, maka revisi ke atas Rang Undang-undang 355 (Hukuman Jenayah Syariah) yang menuntut untuk dinaiktarafkan hukuman dan penguatkuasaan Mahkamah Syariah adalah selari dengan pembangunan masyarakat selepas tidak dibahas selama 32 tahun.

Semua pihak harus memandang serius statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menunjukkan sebanyak 3,980 remaja bawah umur (10-19 tahun) melahirkan anak luar nikah, dengan purata 1,500 kelahiran sebulan, 50 kes sehari di seluruh negara. Apa yang lebih menakutkan adalah laporan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperlihatkan peningkatan kes rogol, 93.5% yang memangsakan remaja 13-18 tahun.

Masalah yang kian meruncing ini tidak dapat diatasi dengan sekadar memperkenalkan pendidikan seks di sekolah, mahupun dengan pengenalan Modul Pendidikan Reproduktif dan Seksual Remaja Lelaki seperti yang diunjurkan oleh LPPKN. Ini kerana rangsangan utama di luar sekolah adalah lebih besar. Perkara ini boleh dikatakan sebagai "titik bengik" yang menyebabkan semua pihak berusaha mencari penyelesaian terbaik dan undang-undang merupakan elemen penting dalam memperbaiki masyarakat.

Justeru itu, sebagai salah satu usaha dalam menangani masalah sosial yang semakin meruncing hari demi hari, Ameerah Malaysia dengan ini menggesa semua pihak terutamanya Ahli Parlimen tidak mengira latar belakang politik dan agama untuk menyokong pindaan Akta 355 apabila ia dibentangkan di parlimen pada 10 Oktober ini agar kuasa mahkamah syariah dapat dinaiktaraf sejajar dengan perintahNya

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya maka sungguh dia telah berbuat sesat, dengan kesesatan yang nyata." (Q.S Al-Ahzab [33]: 36)

Harapan kami agar semua pihak akan terus membantu dalam usaha memberi kefahaman kepada seluruh masyarakat sama ada yang Islam dan juga belum beragama Islam agar kebaikan pindaan Rang Undang-Undang 355 ini dapat difahami dengan lebih jelas dan menyeluruh. - HARAKAHDAILY 22/9/2016

Penulis ialah Pengarah Ameerah Malaysia.

Sumber HD - 22-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































































Selamat Hari Malaysia dari Dewan Muslimat PAS

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42498-selamat-hari-malaysia-dari-dewan-muslimat-pas

Tarikh 16 September merupakan tarikh bersejarah negara kita apabila ia diisytiharkan sebagai Hari Malaysia. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia yang tercinta.

Hari Malaysia yang disambut bermula tahun 1963 ini adalah untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia. Sejarah merakamkan perasmian dan pengisytiharan detik bersejarah ini diumumumkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Maka hari ini (16 September 2016) genaplah 53 tahun sambutan ini diraikan.

Memperingati Detik Tertubuhnya Hari Malaysia

1. Perisytiharan penubuhan Persekutuan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka di hadapan 30 ribu rakyat jelata. Permulaan Penubuhan ini mendapat tentangan dari negara Indonesia dan Filipina.

2. Susulan daripada itu, Indonesia melancarkan konfrantasi ketenteraan dengan slogan "Ganyang Malaysia" manakala Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British.

3. Namun akhirnya Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia dipersetujui di London pada 9 Julai 1963, dan tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia jatuh pada16 September 1963.

Malangnya, saban hari peristiwa bersejarah ini kian dilupakan terutama oleh generasi muda. Nilai patriotisme yang semakin pudar dek ditelan arus modenisasi menyebabkan susur galur sejarah negara sendiri hanya tersimpan di buku teks sekolah semata-mata tanpa penghayatan yang sebenar.

Justeru, kami Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru untuk sama-sama kita hayati detik ini dan mengimbau kembali kisah wira-wira negara yang begitu banyak berjasa kepada tanah air kita, Malaysia. Cuti umum yang diadakan sebagai tanda memperingati Hari Malaysia harus diberikan pujian yang sewajarnya.

Jati diri anak bangsa tidak sepatutnya pudar ditelan zaman, bahkan ia harus mekar diingati sepanjang zaman. Ingatlah kata pujangga, mereka yang lupakan sejarah pasti akan mengulangi kesilapan lalu. Semoga sambutan ini mampu menyuntik semangat cintakan tanah air dan terus berusaha mempertahankan keamanan dan keharmonian negara Malaysia yang tercinta.

"SELAMAT HARI MALAYSIA"

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
14 Zulhijjah 1437 / 16 September 2016 - HARAKAHDAILY 16/9/2016

Sumber HD - 16-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































































































































































PRU14: Muslimat PAS gesa masyarakat daftar mengundi

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42490-pru14-muslimat-pas-gesa-masyarakat-daftar-mengundi

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menggesa semua rakyat Malaysia, khususnya anak muda untuk mendaftar sebagai pengundi sebelum berakhirnya bulan September ini.

Menurut hasil kajian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), statistik rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pemilih adalah seramai 4.2 juta orang yang mana 43% daripadanya merupakan orang Melayu.

Manakala, rakyat dari kaum Cina dan India yang belum mendaftar sebagai pemilih masing-masing mencatat peratusan sebanyak 29% dan 9%. Jumlah ini jelas menunjukkan orang Melayu mencatat peratusan tertinggi yang belum mendaftar.

Pada masa yang sama, jumlah rakyat dari Bumiputera Sabah dan Sarawak yang belum mendaftar sebagai pemilih turut menggusarkan apabila dapatan kajian menunjukkan hampir 300,000 orang yang belum melaksanakan proses daftar pemilih di kedua-dua negeri tersebut.

Susulan dari ini, DMPM menyeru semua rakyat Malaysia cakna akan hal ini, serta membuat keputusan tepat dalam menentukan pemimpin negara yang berjiwa rakyat serta dinamik dalam melaksanakan mandat semasa PRU akan datang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, beliau menyatakan sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan pada awal tahun 2017, hanya senarai daftar pemilih yang dikemaskini sehingga September akan digunakan.

Oleh hal yang demikian, kita hanya berbaki beberapa hari sahaja sebelum proses kemaskini ini ditutup. Besar harapan kami agar rakyat menggunakan masa yang ada untuk segera berbuat demikian sebelum terlambat.

Dalam situasi politik yang 'terumbang-ambing' dan bercelaru ini, rakyat sepatutnya sedar untuk mendaftar sebagai pengundi kerana undi anda bakal menentukan corak politik negara akan datang. Jadilah rakyat Malaysia yang prihatin lagi sayangkan negara! Undi anda mampu mengubah kehidupan yang lebih terjamin!

Puan Noraini Hussin
Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia
13 Zulhijjah 1437 /15 September 2016 - HARAKAHDAILY 15/9/2016

Sumber HD - 15-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































































































PAS kehilangan tokoh muslimat yang sangat gigih

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42376-pas-kehilangan-tokoh-muslimat-yang-sangat-gigih

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) merakamkan rasa sedih dan dukacita yang mendalam di atas pemergian Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Puan Safinah Jusoh yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.35 pagi ini, Jumaat, 30 Zulkaedah 1437 bersamaan 2 September 2016.

Dengan pemergian beliau yang pernah dilantik menjadi Senator daripada 23 Disember 1999 hingga 22 Disember 2002, BPPNT kehilangan seorang tokoh muslimat yang sangat gigih di dalam perjuangan parti.

Sumbangan dan jasa beliau begitu besar, bukan hanya kepada PAS bahkan kepada kepada seluruh rakyat negeri Terengganu dan Malaysia amnya, selaku Ahli Dewan Negara yang sangat aktif, memberikan pandangan dan mengambil bahagian dalam setiap perbahasan.

Antara khidmat terakhir beliau ialah membantu pasukan kempen PAS pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar pada bulan Jun lalu, walaupun ketika itu beliau telah disahkan mengidap penyakit kanser dan berada dalam keadaan yang lemah.

Saya dan seluruh saf kepimpinan BPPNT serta ahli dan penyokong PAS Negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga almarhumah.

Semoga Allah SWT mengampunkan semua dosa Almarhumah dan memberi pahala yang setingginya kepada Almarhumah atas segala kerja jihad dan khidmat yang telah beliau berikan dalam Dewan Muslimat dan sepanjang memegang jawatan sebagai ketuanya.

Semoga keluarga almarhumah tabah dan sabar di dalam menghadapi musibah ini.

Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka
Jumaat 30 Zulkaedah 1437 / 2 September 2016. - HARAKAHDAILY 2/9/2016

Sumber HD - 2-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































Olimpik: Muslimat PAS ucap tahniah kepada wira negara

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42241-olimpik-muslimat-pas-ucap-tahniah-kepada-wira-negara
Sukan Olimpik Rio baru melabuhkan tirainya semalam berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kemampuan Malaysia juga dalam melahirkan atlet yang hebat dan bertaraf dunia.

Kontinjen Malaysia telah membawa pulang lima (5) pingat iaitu empat (4) pingat perak dalam acara badminton perseorangan (L), badminton beregu (L), badminton beregu campuran dan terjun 10 meter platform berirama serta satu (1) pingat gangsa iaitu dalam acara berbasikal keirin (L).

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan penuh kesyukuran dan berbesar hati merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 yang telah mengharumkan nama negara.

Semangat kesukanan dan cintakan negara yang ditunjukkan oleh para atlet Malaysia perlu dicontohi oleh semua rakyat Malaysia untuk terus berusaha bersungguh-sungguh.

Berusaha melakukan yang terbaik dalam semua perkara seperti yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w untuk melakukan sesuatu perkara dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Dewan Muslimat PAS Malaysia yakin dan optimis dengan kemampuan dan semangat kesukanan dalam diri setiap atlet untuk berusaha mengharumkan nama negara di mata dunia pada masa akan datang.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
22 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 22/8/2016

Sumber HD - 22-8-2016

No comments:

Post a Comment