SESI 2015 - 2017 - 2019 :
Pengerusi : YB Ust Dr Idris Ahmad
Timbalan 1 : YB Ust Sallehen Mukhyi
Timbalan 2 : Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
Sumber PP - 23-6-2015/6-5-2017
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu hilang arah apabila mengajak penyokong serta ahli PAS menghukum parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), nanti.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, Presiden PAN sepatutnya memikirkan keadaan partinya terlebih dahulu, daripada memikirkan cara untuk menghentam PAS.
Soalnya, tidakkah Mat Sabu sedar PAN langsung tidak berfungsi dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan.
"Mereka bukan sahaja diberikan kerusi paling sedikit oleh gabungan pembangkang PKR, tetapi turut diletakkan di kawasan tidak selamat berbanding parti-parti lain.
"Kalau kita tengok, kerusi mana yang PAN selamat? Kerusi yang peluang untuk mereka menang antara 60 hingga 70 peratus juga langsung tidak ada. Sedarkah, PAN langsung tidak berfungsi dalam Pakatan Harapan," katanya seperti dilapor Utusan Online.
Sebelum ini Mat Sabu dalam satu ceramah gabungan pembangkang PKR di Langkawi Kedah mengajak penyokong serta ahli PAS menghukum parti Islam itu dalam PRU14.
Mat Sabu juga menuduh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS telah dibeli oleh UMNO iaitu skrip sama yang sentiasa diulang di setiap ceramah-ceramahnya.
Idris yang merupakan calon Parlimen Bukit Gantang pada PRU14 ini berkata, Mat Sabu hanya pandai berkata-kata, apapun tunggu selepas pilihan raya.
"Kita tengoklah pilihan raya nanti, siapa yang rakyat hendak hukum. Tunggu. PAN atau PAS yang akan ditolak," katanya.
Sumber TKO - 19-4-2018
PAS vice president Ustaz Idris Ahmad will be defending the Bukit Gantang parliamentary seat in GE14.
Idris is the incumbent MP, having narrowly won the seat in GE13 with a 988-vote majority against Umno’s Ismail Saffian.
Idris was one of four Perak candidates announced by PAS president Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang at the Gelombang Hijau Perak ceramah here last night.
Besides Idris, Ustaz Hadi also announced that Perak PAS commissioner Razman Zakaria would be contesting the Gunung Semanggol state seat.
“National party committee member Dr Najihatussalehah Ahmad will be running for the Parit parliament seat,” Hadi said.
“We will also be placing Bagan Datuk PAS information chief Ata Abdul Munim Hasan Adli to contest the Bagan Datuk parliament seat.”
“You will have to wait until April 19 for the rest of the candidates,” He joked to the crowd.
This is the second time Dr Najihatussalehah will be contesting the Parit seat, after an unsuccessful run in the 12th general election.
She also ran for the Belanja state seat in GE13, and most recently contested the Kuala Kangsar parliamentary seat in the 2016 by-election.
Ustaz Hadi also said PAS would be contesting 160 parliamentary seats nationwide during the coming election, adding that the party had strong support nationwide.
“We have elected representatives in all states except Negri Sembilan, Sabah and Sarawak,” he said. – MMail
Sumber BO - 17-4-2018
Tahniah Tan Sri Rafidah Aziz bekas Menteri kabinet menyeru rakyat supaya tidak mengundi pemimpin politik korup. PAS sokong 120 peratus. PAS tidak kompromi masalah rasuah samaada di dalam parti atau di luar parti. Kenyataan Datuk Paul Low Menteri Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa 71 pemimpin BN dan 21 pemimpin PH manakala pemimpin PAS sifar siasatan kesalahan dalam tempoh 2013 hingga 2017 . Alhamdulillah.
CPI negara semakin merosot, kita dikejutkan dengan berita kedudukan indeks rasuah Malaysia yang kian merosot, dan berkongsi kedudukan di tangga 62 dengan negara Cuba. Menurut laporan Indeks Persepsi Rasuah 2017 yang dikeluarkan oleh Transparency International, kedudukan Malaysia juga merosot daripada tangga 55 kepada 62 daripada 180 buah negara.
PAS menentang rasuah bukan kerana marah kepada peribadi. Marah gejala rasuah bukan kerana dedak tidak cukup. Marah kepada rasuah bukan kerana sudah tidak ada kuasa, walau pun sewaktu kita ada kuasa dua kali lima, lima kali dua sahaja. Marah kepada rasuah bukan hanya retorik semata-mata, kerana akhirnya diri juga terpalit dengan rasuah.
PAS menentang rasuah kerana ia dilarang oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah ada di dalam neraka”. PAS istiqamah menentang rasuah.
PAS juga menentang politik kronisme, koruption, nepotisme (KNN) istilah yang cukup popular sewaktu zaman reformasi 1998. Cuma sekarang hanya menjadi bahan sejarah sahaja. PAS juga menentang kleptokrasi. Semua ini memusnahkan negara dan rakyat.
PAS menyeru rakyat kepada politik untuk mengubah negara yang lebih sejahtera dan buang pemimpin rasuah. Jenayah rasuah ini amat merbahaya kepada negara dan rakyat. Selain menyebabkan ketirisan dan pembaziran wang negara, turut mempengaruhi imej negara dalam ekosistem perdagangan dan politik antarabangsa.
Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
Sumber TKO - 23-3-2018
APABILA penggal persekolahan bermula Januari ini, terkenang saya zaman di sekolah menengah berasrama penuh pada tahun 1970-an dulu. Salah satu aspek disiplin yang sangat ditekankan di sekolah ini adalah masa.
Hampir semua 'pergerakan' (aktiviti) terutama yang dilakukan secara 'berjemaah' (berkumpulan) 'ditandai' dengan deringan loceng yang sangat kuat di seluruh kawasan sekolah. Saya tak pasti sama ada satu loceng besar atau ada beberapa loceng dipasang di tempat-tempat tertentu.
Seawal jam 5.30 pagi deringan loceng yang kuat dan memanjang sudah 'memaksa' pelajar bangun. Jam 6.00 pagi sekali lagi bunyi loceng bergema, 'mengajak' seluruh pelajar ke surau untuk solat subuh. Namun ada yang 'cendekil' (mengelat), maka 'perburuan' pengawas akan memastikan mereka tetap ke surau.
Sumber HD - 7-1-2018
(Firasat Almarhum Dato’ Ustaz Harun Taib,sebelum meninggalkan kita terhadap PAS sedang benar2 berlaku)
Apa Yang Sedang Berlaku Dalam PAS sekarang adalah TAPISAN DARIPADA ALLAH
Sekarang ni bising dan hingar bingar cakap-cakap yang mengatakan “habislah PAS kali ini, siapa lagi nak bersama dengan PAS, golongan bijak pandai dalam PAS telah tidak terpilih masa muktamar baru ni, sebahagian mereka ni nak menubuhkan parti baru, habislah PAS, ramailah nanti yang akan bersama mereka” dan berbagai-bagai versi ungkapan negatif, celaan dan hinaan dikenakan keatas PAS dan pimpinan PAS sekarang.
Saya teringat satu peristiwa yang saya yakin masih segar dalam ingatan kita semua. Muktamar PAS kali ke59 yang diadakan pada 22 hingga 24 Nov 2013 yang bertemakan “Rahmat Untuk Semua” di Stadium Melawati Shah Alam menyaksikan Al Marhum Tuan Guru Dato’ Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS telah diamanahkan oleh muktamar untuk berdoa ketika penutup Muktamar.
Antara doa Al Marhum Tuan Guru Harun Taib ialah;
الَّلهُمَّ عَلَيكَ بِأَعدَاءِ الحِزبِ الِإسلَامِيِّ فِي الدَّاخِلِ وَالخَارِجِ
“Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh Parti Islam didalam dan diluar”.
Doa itu segera mendapat perhatian sesetengah perwakilan yang menganggap hal itu merupakan satu isu kritikal yang perlu diambil perhatian oleh ahli.
Sehari sebelum Muktamar penuh bermula, di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, Muktamar Dewan Ulama meluluskan usul mengenai “Pemikiran Islam Dan Pluralisma Yang Menyesatkan “,menyentuh aktiviti beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang disifatkan sebagai gerakan yang menyebarkan fahaman Islam liberal.(Harakah 25-28 Nov 2013)
Sekembalinya saya dari muktamar, saya terus mengadap Al Marhum dan bertanya “Ustaz! Mengenai doa yang Ustaz baca semasa penutup tu, musuh luaran ana fahamlah, tapi apa maksud Ustaz mengenai musuh dalaman ni sehingga doa itu ditujukan sama dengan musuh luaran?”
Al-Marhum TG Harun Taib dalam keadaan tidak berapa sihat tapi apabila dikemukakan soalan tersebut terus menjawab pertanyaan saya dengan penuh semangat dan nada yang sangat tegas dan yakin;
” Din, kalau anta umur panjang, anta akan tengok Allah Ta’ala akan bersihkan PAS dari semua anasir-anasir yang merosakkan Pas dari dalam!”
“Anta kena faham, PAS adalah jamaah Islam tulin yang menepati ciri-ciri jamaah Islam yang Allah dan RasulNya jelaskan sifat-sifatnya dalam Quran dan hadith. Allah tak akan redha Pas berada dalam keadaan yang ada sekarang ini melainkan Allah akan bersihkan Pas!”
Al-Marhum seperti biasa akan mendatangkan hujahnya dengan AlQuran atau hadith lalu Al-Marhum membacakan kepada saya ;
مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ
( Ayat 179 Surah Ali- Imran)
“Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.”
Saya suka untuk menyalinkan di sini beberapa sedutan tafsiran ulamak mengenai ayat ini.
1) Mujahid berkata “Pada saat terjadi perang Uhud itu Allah membezakan antara orang-orang mukmin dengan orang-orang munafiq”
2) Qatadah berkata “Allah membezakan mereka melalui jihad dan Hijrah.”
3) Ibnu Abas dan kebanyakan mufassirin mengatakan ayat ini ditujukan secara umum kepada orang kafir, orang mukmin serta kepada orang munafiq.
4) Syed Qutb mengatakan “Nas AlQuran ini memastikan bahawa bukanlah urusan Allah dengan keagungan UluhiyahNya dan bukan perbuatan sunnahNya untuk membiarkan saff Islam bercampur aduk tanpa dilakukan penapisan di mana orang munafiq bersembunyi di sebalik pengakuan beriman dan memakai simbol Islam..”…
“…Semua itu menghendaki supaya saff kaum muslimin dicairkan untuk mengeluarkan kotorannya, ditekan supaya runtuh batu bata bangunan yang rapuh kemudian disiasat untuk mengetahui bahagian-bahagian dalamnya dari segala sudut dan bahagiannya.”
“Oleh kerana itu,adalah menjadi urusan Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Bukan menjadi urusanNya untuk membiarkan kaum mukminin berada dalam keadaan seperti sebelum terjadinya goncangan ini”
Sebaik saja saya teringat akan doa AlMarhum Tuan Guru Harun Taib dan ayat 179 Ali- Imran yang dibacakan pada saya dan memerhatikan apa yang sedang berlaku dalam Pas ini,maka fahamlah saya kenapa Dato’ Seri Tuan Guru Presiden menjawab soalan wartawan yang bertanya beliau adakah tidak bimbang setelah terdapatnya ahli parti yang bertindak meletakkan jawatan.
TGHAH mengungkapkan dengan senyuman “Untuk pembersihan Parti dengan sendirinya!”. Ungkapan itu diucapkan apabila wartawan bertanyakan Tuan Guru Presiden soalan tersebut ketika menghadhiri Majlis Eidul Fitri Badan Perhubungan PAS Terengganu pada hari Khamis 28 Syawal 1436 , 13 hb Ogos 2015.
Akhirnya saya menyeru ahli-ahli dan pemimpin PAS jangan bimbang dan bersedih dengan apa yang berlaku sekarang dan yakinlah dengan Allah sepenuhnya bahawa Allah sentiasa memelihara PAS dan Allah akan melakukan pembersihan berterusan dalam Pas selagi mana jamaah kita berada dilandasan yang benar.
Saya juga menyeru sahabat-sahabat dan bekas pemimpin Pas yang masih menjadi ahli Pas agar bertenang, bersabar dan terus Istiqamah di dalam PAS dan jangan biarkan diri kita ini menjadi antara yang ditapis oleh Allah dari jamaah ini.
Hj Zainuddin Abu Bakar
AJK Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat
1 Zulqaedah 1436
Sumber TKO - 5-12-2017
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, Yeop Adlan tidak perlu membuat kenyataan itu kerana orang ramai boleh menilai sendiri kemampuan parti Islam itu.
“Itu alasan kelakar. DAP bela Melayu alasan kelakar.
“Hakikatnya dia bukan ahli PAS lagi, orang boleh nilai sendiri, tak perlu komen,” katanya ketika dihubungi FMT bagi mengulas penyertaan Yeop Adlan dalam DAP secara rasmi hari ini.
Yeop Adlan menyertai PAS pada 2003 dan dipilih sebagai calon kerusi Parlimen Hulu Langat pada pilihan raya umum (PRU) 2004 dan ahli jawatankuasa Lajnah Antarabangsa parti Islam itu.
Beliau kemudiannya “dipinjamkan” kepada PKR sebagai ahli Majlis Tertinggi parti reformasi itu pada 2006, sebelum kembali bersama PAS pada 2009.
Beliau memutuskan untuk meninggalkan PAS kerana parti Islam itu tidak mampu membela nasib Melayu.
Beliau tidak pernah menyertai Umno walaupun berkhidmat dengan kerajaan hampir 30 tahun kerana melihat parti itu belum berjaya membela nasib orang Melayu.
Mengulas lanjut, Idris berkata, Yeop Adlan melompat ke DAP tidak merugikan PAS kerana beliau tidak memberi sebarang sumbangan kepada parti, selain tidak lagi aktif atau berhubung dengan parti Islam itu.
“Tindakan Yeop Adlan itu dari segi undang-undang parti (PAS), kalau dia menyertai parti lain automatik dia dipecat dan bukan ahli PAS lagi.
“Dia tidak perlu hantar surat rasmi untuk membatalkan keahliannya,” katanya ketika ditanya status Yeop Adlan dalam PAS.
Dalam sidang media hari ini, Yeop Adlan mengakui belum menghantar surat untuk membatalkan keahliannya dalam PAS.
Katanya, beliau akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Penyertaan bekas penjawat awam berusia 74 tahun itu dalam DAP diuar-uarkan sejak 2 November lalu melalui saluran media sosial DAP kerana meyakini kerajaan Pulau Pinang yang diterajui parti dilabelkan anti-Melayu itu serta sumbangannya kepada pembangunan Islam.
Sementara itu, Yeop Adlan berkata, beliau tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam DAP, tetapi berjanji akan menggunakan pengalamannya dalam sektor awam untuk membantu DAP mendapat sokongan rakyat.
“Buat masa ini saya ahli DAP di cawangan Petaling Jaya Utara.
“Saya tidak kisah mengenai jawatan. Apa yang penting untuk membela nasib Melayu,” katanya ketika ditemui FMT di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Katanya, beliau akan kembali aktif dalam politik selepas mendakwa tidak diendahkan PAS.
“Saya akan kembali menyertai ceramah-ceramah DAP dan menerangkan kepada orang Melayu mengenai ketirisan dalam Umno. Saya juga akan menerangkan cara Umno takutkan orang kampung (dengan mendakwa) jika DAP menang, kaum Cina akan berkuasa, itu salah.
“DAP parti untuk semua kaum. Kita lihat Umno dan PAS yang mahu perjuangkan Melayu juga belum berjaya.
“Tetapi, baru 2 penggal DAP memerintah Pulau Pinang, kita lihat lebih baik. Bukti sudah ada, apa lagi kita nak tunggu.”
Sumber TKO - 10-11-2017
KUALA LUMPUR: PAS tidak pernah lupa peristiwa pertelingkahan dalaman Umno dan perpecahan yang menandai zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden Idris Ahmad.
Menjawab tuduhan pengerusi Pakatan Harapan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Idris berkata sebenaarnya Dr Mahathir punca besar perpecahan Melayu melihat kepada beberapa peristiwa politik penting yang berlaku di zamannya.
“Zaman dialah kita tengok Melayu berpecah. Tiga timbalan perdana menteri, 3 timbalan presiden Umno terpelanting, lahir Semangat 46, Umno diharamkan, PKR dilahirkan, itu semua sewaktu zaman beliau,” kata Idris kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
“PAS tak pernah lupa,” tambahnya.
Idris menambah bekas perdana menteri itu mengitar semula “benda” yang sama dan beliau selaku seorang negarawan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Dia sebagai negarawan kadang-kadang pun bercakap tak macam seorang negarawan. Bercakap tentang Bugis, perompak, yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang negarawan.
“Kita sedia dikritik tapi biarlah dalam bentuk fakta, tidak ada emosi, jangan fitnah. PAS bukan maksum,” kata Idris, dan menambah partinya sedia menjawab kritikan berdasarkan prinsip Islam.
Dr Mahathir di blognya kelmarin menggesa Hadi menarik balik amanat yang dikaitkan dengannya, yang menurut Dr Mahathir menyebabkan orang Islam di negara ini berpecah dan berpuak.
Pengerusi PH itu berkata demikian selepas Hadi ketika ditemubual Sinar Harian 20 Oktober lepas berkata Dr Mahathir perlu bertaubat kerana menjadi punca kerosakan negara.
“Perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam. Ada yang menafi keislaman ibu bapa mereka. Ada di antara orang PAS yang menidakkan keislaman isteri, yang berkahwin sekali lagi.
“Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.
“Ada yang bangunkan masjid berasingan sehingga sekarang ini pun. Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat,” kata Dr Mahathir.
Sumber TKO - 2-11-2017
AHLI Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad membangkitkan persoalan adakah perlu penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memperbaharui kad mereka setiap tahun.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
BAJET 2018 adalah bajet pilihanraya untuk membeli hati rakyat.
LAHIRNYA pimpinan Umno-BN yang terlibat dalam korupsi dan penyelewengan pada hari ini adalah kesan dari dasar dan polisi yang dilaksanakan sepanjang zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR: Persiapan PAS untuk menerajui pemerintahan negara ini dengan dasar Islam mewajibkan para pendokongnya juga untuk teguh berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah.
KUALA LUMPUR: Kesungguhan Umno untuk mengadakan rundingan ber sama PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti disifatkan sebagai syok sendiri ke rana PAS telah memutuskan parti nya hanya akan bersama Gagasan Sejahtera.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS telah memutuskan untuk bertanding tanpa kerjasama dengan BN dan Pakatan Harapan (PH) dan apa bila Umno kepingin sangat untuk bersama PAS dalam PRU14 nanti memberi pe tanda ‘perang kubra PRU’ semakin dekat.
“Dengan itu pukulan gendang perpaduan Melayu mula didendangkan semula,” katanya ketika dihubungi
Dalam satu laporan akhbar baru-baru ini, Umno dikatakan merestui Presidennya, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk merundingkan pakatan pilihan raya dengan PAS.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dipetik sebagai berkata, ini kali pertama idea mengenai pakatan antara kedua-dua parti itu.
Mengulas lanjut, Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, PAS Kelantan pun sudah mengisytiharkan akan bertanding di semua kerusi di negeri itu.
“Ini menunjukkan Umno lemas melihat tsu nami Islam dan Melayu ber sama PAS dan Gagasan Sejahtera.
Dulu mereka benci PAS dan takut dengan Pakatan Rakyat semasa PRU13 ke rana sentimen DAP bersama Pakatan Rakyat.
“Sekarang ini PAS tinggalkan DAP dan PH dan orang Umno mahu pula bersama PAS dan Gagasan Sejahtera,” katanya
ROY RASUL
Sumber TKO - 17-10-2017
UMNO sudah tidak laku di pasaran terbuka sehingga terpaksa jual Umno di sekolah rendah. Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung Umno, cuba hendak bawa nostalgia lama dengan menyeru guru-guru menyokong Umno.
ADA orang yang kepanasan kejayaan Fasfaqim 2.0. Sanggup buat catatan Dhuha palsu. Akaun FB palsu. Saya tidak ada Akaun FB dan whatsapp yang nama Yb Ustaz Idris. Cuba reka cerita yang bukan-bukan mengenai fastaqim. Kalau Catatan Dhuha pun boleh puak-puak ini fitnah. Lepas ini banyak lagi fitnah yang lebih dahsyat akan direka.
SIAPA yang dapat duit Yayasan Tabung Haji di Parlimen Bukit Gantang. Menurut jawapan Menteri kepada pertanyaan saya pada 3/8/17 di Parlimen, seramai 750 asnaf di dalam Parlimen Bukit Gantang dengan kos agihan sebanyak RM150,000 telah menerima bantuan tersebut. Wang ini diagihkan ketika Perdana Menteri datang di Taman Mewah dan Masjid Pengkalan Aur di awal Ramadhan yang lalu.
BANYAK orang minat tentang PAS sehingga apa yang PAS mesyuarat pun hendak diulas. Pada hal mesyuarat dan perbincangan hal sulit. Ia bukan ceramah umum untuk diuar-uarkan kepada orang ramai. Ia bukan kenyataan media.
DEMOKRASI jenis apa ni? Ketika hendak menganjur pesta arak mereka berhujah ini hak orang bukan Islam. Menghalang bererti menyempit demokrasi dan menolak kebebasan orang lain. Menghalang pesta arak tidak hormat hak orang lain.
TUN Mahathir kata kerana kewujudan PAS Melayu berpecah. Bukankah sebelum adanya Umno 1946, sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 17 Oktober 1945 yang ditubuhakn di Ipoh Perak. Pimpinan awalnya Mokhtarudin Laso, Dr Burhanudin Alhelmi, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Al Baqir.
TERIMA kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah membatalkan permit pesta arak Better Beer Festival 2017. Terima kasih rakyat Malaysia yang bermoral bersama membantah program tersebut. Tugas PAS mencegah mungkar dan tidak redha dengan program ini.
ISLAM mengajar umatnya Taawun Bil Birri (tolong pada perkara baik) dan Wala Taawanu Alal Ismi wal udwan (jangan tolong pada perkara maksiat). Dalam isu pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual pada 6 Oktober 2017, hanya parti PAS yang lantang menentang program ini. ] Sama ada di pihak BN atau Pakatan Harapan hanya membisu takut hilang undi di dalam pilihan raya. Nampaknya mereka boleh bertawun dalam program ini .
SEJAK tahun 1990 hingga 2016 sebanyak 19 hospital terbakar di negara ini. Tidak ada pula suara Tan Sri Zainudin Maidin dan rakan-rakan yang seotak dengannya marah kepada hospital. Sudah pasti hospital mempunyai kelengkapan dan piawai yang hebat untuk membolehkan ia beroperasi. Alat pencegahan dan pemantauan secara regular. Itu pun terbakar juga. Kebakaran di wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor pada 25 Oktober 2016 mengorbankan enam orang.
APABILA DS Najib kata kehadiran beliau ke Amerika Syarikat untuk membantu ekonomi negara tersebut. Semua orang yang waras menjadi bingung. Negara kecil bantu negara besar. Ini satu perkara pelik di dalam dunia.
APA lagi Tun Mahathir hendak tuduh PAS selepas ini. Semua orang tahu Tun seorang yang pendendam, sukar untuk memaafkan. Jikalau dia sayang seorang, maka janganlah pula ada orang pergi jumpa beliau beritahu individu ini demikian, demikian. Beliau tidak akan terima. Malahan dia marah balik kepada pengadu. Kalau dia benci seorang sampai lubang cacing dia akan buru. Tentu kita masih ingat apa yang beliau tidak tuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu liwat. Beliau tetap buat tuduhan walaupun dinafikan berkali-kali.
DAP jangan menjadi pencuri menjerit pencuri. Cuba meletakkan beban buruk kepada PAS yang menyebabkan pembangkang berpecah. Jangan cuba hendak baling batu sembunyi tangan. Tahun 2001, DAP yang keluar daripada Barisan Alternatif kerana tidak setuju dengan dokumen negara Islam.
TAHNIAH Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) yang agresif memerangi rasuah di negara ini. PAS konsisten menentang rasuah, bukan sahaja slogan tetapi dilaksanakan di dalam amalan. PAS bukan seperti orang lain, cakap berdegar-degar tetapi terpalit dengan rasuah.
CYBERTROOPER PAS mesti bergerak membela PAS dan pemimpinnya yang diserang dalam media sosial. Saidina Ali sebut, ‘Pedang dengan pedang, Panah dengan panah' Demikian diingatkan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam program Liqa' Fikri PAS Pusat pagi tadi.
APA alasan sekalipun, peristiwa baling kerusi dalam program " Nothng to Hide 2"' yang dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohammad tidak patut berlaku. Hujah biarlah dengan hujah, bukan dengan kerusi. 60 tahun negara sudah merdeka, tunjukkan kematangan di dalam berpolitik.
WALAUPUN RUU 164 dibawa oleh kerajaan. 13 MP PAS menentang. Kami bangun untuk Speaker benarkan kira belah bagi supaya dikira setiap orang. Tapi apakan daya.
RAKYAT terkejut apabila Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata JPA telah memberi persetujuan untuk kelonggaran lulus bahasa Melayu sebagai syarat perlantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Apabila mendapat bantahan maka ditarik balik oleh kabinet. Mungkin Kementerian Kesihatan hendak acah-acah untuk lihat sensitiviti rakyat Malaysia.
PETALING JAYA: Adakah DAP redha undang-undang berunsur Islam terus dilaksanakan di Kelantan jika Pakatan Harapan memenangi negeri itu pada pilihan raya umum akan datang, soal Naib Presiden PAS Idris Ahmad hari ini.
"Adakah apabila PH menang di Kelantan mereka akan kekalkan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015). Adakah semua syiar Islam dan program yang berciri Islam akan dikekalkan," kata Idris, dan menambah rakyat Kelantan hendak tahu pendirian DAP mengenai kelangsungan undang-undang dan peraturan tersebut.
"Enakmen inilah yang menjadi pertikaian hebat ketika PAS bersama Pakatan Rakyat," kata Idris, mengimbau kembali pertelagahan antara PAS dan DAP dalam pakatan pembangkang yang kini terkubur.
"Pemimpin DAP menentang kuat, walau pun (bekas menteri besar) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras mempertahan," tambahnya.
Beliau berkata demikian selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di satu program partinya di Kota Bharu mencadangkan naib presiden Amanah dan veteran politik Kelantan Datuk Husam Musa sebagai menteri besar jika PH menawan negeri itu pada PRU-14 nanti.
Amanah ditubuhkan bekas pemimpin veteran PAS yang tewas dalam pemilihan parti 2015. Mereka membentuk Pakatan Harapan bersama DAP, PKR dan PPBM.
Idris melihat pengumuman itu sebagai isyarat DAP dan sekutunya bersungguh mahu menawan Kelantan, yang ditadbir PAS sejak memenangi negeri itu pada pilihan raya umum 1990.
"Sahlah memang DAP merupakan ‘abang long' di dalam PH," kata Idris. "Walaupun DAP tidak menjadi perdana menteri tetapi hala tuju kepimpinan akan disusun oleh DAP apabila PH menang nanti."
PAS memperkenalkan tafsiran undang-undang Islam mereka di Kelantan, seperti peraturan berpakaian menutup aurat dalam syarat kelulusan lesen perniagaan, pengasingan jantina di konsert, pawagam dan kaunter pasar raya, larangan poster model tidak menutup aurat, larangan pendandan wanita memotong rambut pelanggan lelaki dan sebaliknya, dan terbaharu, mewajibkan peniaga pasar malam berhenti berniaga ketika masuk waktu solat Maghrib.
Idris ingin tahu adakah DAP dan Pakatan Harapan akan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berunsur Islam di Kelantan nanti.
"Apakah nasib Kelantan sama seperti Terengganu selepas Umno menang pada tahun 2004 sehingga Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 disimpan begitu sahaja?"
Sumber TKO - 30-6-2017
PELIK, Tan Sri Shahrir Abd Samad ialah Pengerusi Felda, manakala Tan Sri Isa Samad hanya sebagai Pengerusi FGV. Felda pemegang terbesar dalam FGV, tiba-tiba seolah-olah Pengerusi Felda tidak boleh buat apa-apa kepada Tan Sri Isa. Walau Felda sudah meluluskan tiga wakil di dalam FGV, namun tidak ada apa-apa perubahan.
APA sudah jadi dengan FGV dan Felda? Berbagai isu yang tidak timbul sejak Tan Sri Isa Samad berkuasa di Felda. Felda dahulu merupakan mercu tanda kejayaan pembelaan terhadap orang Melayu. Berjaya merubah taraf hidup rakyat yang tidak bertanah kepada berharta. Sekarang ia hanya menjadi kenangan yang berlalu begitu sahaja. Walaupun Pengerusi Felda sudah diganti dengan Tan Sri Shahrir Samad masalah dalaman pengurusan Felda tidak selesai, kerana Tan Sri Isa Samad masih menjadi Pengerusi Felda Global Ventures Holding Berhad. Maklumlah beliau mempunyai hubungan yang intim dengan Datuk Seri Najib.
Sangat baik untuk ahli atau pimpinan PAS tidak menjawab fitnah musuh. Mereka mencari isu untuk pimpinan melenting. Biar Tuan Ibrahim sahaja menjawab jika perlu. Seminggu ini dah tak banyak kenyataan daripada pimpinan PAS, suasana nampak bagus termasuk provokasi dan tuduhan kononnya PAN tampar Mejar Zaidi. Isu itu akhirnya akan mati macam tu aje. Kalau PAS jawab pun mereka akan putar belit kenyataan pimpinan PAS akhirnya PAS akan terkena.
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad meminta pengikut Pas untuk sentiasa sabar dan beristiqamah dalam perjuangan parti.
Menurut Idris, penyokong Pas tidak perlu melayan segala tohmahan dan dakwaan yang dilemparkan oleh mereka yang bermusuh dengan parti.
“Pesan saya kepada pengikut Pas sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada Umno selepas kalah PRU14.
“Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Jelas Idris lagi, beliau sebenarnya sudah terbiasa dengan persepsi politik palsu dan lapuk yang dimainkan oleh musuh Pas.
“Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik.
“Dosa dan pahala ketepikan dahulu. Inilah yang cuba dibuat kepada Pas untuk mematikan perjuangan kami,” katanya.
Beliau berkata, semua tanggapan terhadap Pas silap kerana sudah 66 tahun Pas lawan BN.
“Mereka silap, Pas sudah 66 tahun melawan Umno Perikatan, kemudian BN. 13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja Pas tidak lawan Umno, iaitu pada tahun 1974.
“Sekarang pemimpin Pakatan menuduh Pas hendak bersama BN di dalam PRU14. Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," Pas hendak masuk umno". inilah tag line yang paling popular,” katanya lagi.
Sumber TKO - 29-5-2017
POLITIK persepsi, sudah lapuk. Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik. Dosa dan pahala ketepikan dahulu. Inilah yang cuba dibuat kepada PAS untuk mematikan perjuangan PAS. Mereka silap, PAS sudah 66 tahun melawan Umno Perikatan, kemudian Umno BN. 13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja PAS tidak lawan Umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin Pakatan Harapan menuduh PAS hendak bersama BN di dalam PRU 14. Inilah modal lapuk.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad marah kepada PAS kerana dasar Islam yang dibawa oleh PAS tidak boleh diterima oleh beliau, malah beliau istiqamah menentang perlaksanaan syariat Islam di negara ini.
Berilah apa hujah sekali pun kepada Mahathir, beliau tetap dengan sikapnya, malah beliau hendak suruh PAS mengikut beliau yang ikut Islam tafsiran beliau, sehingga sanggup berlawan dengan mufti, malah turut tergamak mem perli sunnah Nabi, apa tah lagi dengan PAS.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, sehubungan itu mengingatkan kepada Mahathir bahawa PAS melawan Umno kerana dasar, bukan PAS lawan Umno kerana tidak dapat dedak.
Menurutnya, ia ber beza sama sekali dengan Tun Mahathir sen diri yang lawan pemimpin Umno kerana dedak tidak cukup, tetapi nanti apabila dapat dedak maka dia akan senyap dan kembali ke pangkuan Umno semula.
Katanya, Mahathir sapu keliling, wataknya tidak ber ubah seolah-olah masih berkuasa, manakala ter baru, beliau turut mengutuk bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dalam isu Tuhan mencarut, walau pun isu itu sudah dijelaskan oleh Almarhum sewaktu beliau hidup. “Persoalannya, ke mana hulubalang PAN yang menyepi sahaja.
Apakah tidak ada perasaan langsung untuk membantah Tun Mahthir mengutuk Almarhum di hadapan me reka.
“Apakah mereka sudah hilang deria rasa apabila Tun membelasah Almarhum. Sedangkan me reka mendakwa Almarhum Tuan Guru Nik Aziz ikon perjuangan mereka,” katanya
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam catatan blog terkininya 17 Mei lalu sekali lagi menyerang PAS dengan mendakwa PAS pintar menggunakan agama dengan pelbagai istilah Arab bagi menghalalkan segala aktiviti politiknya.
Mahathir juga berkata, ahli PAS sentiasa taksub kepada pimpinan mereka dan ia menyukarkan usaha mengubah hala tuju parti Islam itu, sambil memberikan sejarah ringkas PAS ketika berada dalam Barisan Nasional sehinggalah perkembangan terkini yang menyaksikan hu bungan lebih mesra dengan Umno.
“Mereka begitu taksub dengan pemimpin dan parti mereka sehingga dakwaan Nik Aziz bahawa Tuhan mencarut pun diterima baik oleh mereka,” tulisnya yang merujuk kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mengulas lanjut, Ustaz Idris berkata, PAS tidak hai ran para pemimpin PAN dan penyokong parti itu bertepuk bersorak apa bila Mahathir meng hentam Pre siden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana memang itu lah perasaan mereka ke rana benci kepada Presiden PAS.
“Sama seperti Tun Maha thir marah ke pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim suatu ketika da hulu, apa sahaja yang berlaku semuanya salah Dato’ Seri Anwar. Sekarang apa sahaja yang berlaku bertentangan dengan kehendak politik mereka, maka ia semua angkara PAS dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, Mahathir istiqamah benci dan ter amat marah dengan PAS sehingga hujung hayat kerana beliau tidak boleh cucuk hidung pemimpin PAS.
“Tun Mahathir ingat pemimpin PAS seperti Kadir Jasin yang kenyang makan dedak zaman Tun. Sekarang berlagak tuduh pemimpin PAS makan dedak Dato’ Seri Najib. Na sihat saya supaya Dato’ Kadir Jasin ambil cermin suluh muka dulu, sebelum tuduh pemimpin PAS.
“Cuba periksa dulu harta dan kekayaan yang beliau miliki adakah ibu bapa nya orang hartawan di Tokai, Kedah. Ataupun beliau kaya hasil menjadi pengampu Tun Mahathir dan Umno. Sekarang baru belajar marah kepada Umno kerana dedak Umno tidak cukup,” katanya.
Sumber TKO - 24-5-2017
Pembinaan bandar impian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Bandar Malaysia - menjadi persoalan, dengan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyoal mengapa kontraktor tempatan tidak boleh menjadikannya kenyataan.
“Setakat mana ajaibnya bandar idaman Najib sehingga tidak nampak seolah-olah kontraktor tempatan tidak boleh laksanakan.
“Berilah peluang kepada rakyat Malaysia untuk membangunkan Bandar Malaysia.
"Negara sudah merdeka hampir 60 tahun, mustahil tidak ada kontraktor yang berwibawa untuk membangunkan Bandar Malaysia,” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.
Idris mengulas aspirasi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) yang percaya bahawa kontraktor bumiputera juga layak menjadi pemaju induk Bandar Malaysia.
Najib minggu lalu melahirkan keyakinan Kumpulan Wanda dari China boleh melakukan keajaiban di Bandar Malaysia, walaupun perjanjian antara kedua-duanya belum dimeterai.
Ia selepas pembatalan perjanjian melibatkan konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) bagi memiliki 60 peratus pegangan di Bandar Malaysia.
Najib berkata bukan sekadar pejabat dan menara kediaman, kerajaan mahu Bandar Malaysia menjadi pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan pekerjaan, termasuk bagi KL Internet City yang baharu - hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia.
Mengulas lanjut, Idris berkata hasrat PKMM supaya kontraktor Melayu diberi peluang untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan ikonik itu dan tidak dipinggirkan adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.
“Kita tidak mahu kontraktor dan syarikat tempatan tidak dapat apa-apa manfaat, bukan sekadar tulang, kuah pun tidak dapat.
“Apa makna pembangunan, jika kera di hutan disusukan anak dikendong keciciran.
Beliau juga meminta kerajaan untuk meletakkan syarat kepada pelabur bagi menjaga kepentingan rakyat tempatan.
Sumber TKO - 20-5-2017
BANGI, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – PAS menyifatkan UMNO hari ini tidak lagi relevan kerana ideologi dan kekuatan jati diri parti, sebaliknya sekadar berpaksikan 3M iaitu wang, media dan jentera kerajaan.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyelar empat faktor UMNO bertambah kukuh yang digariskan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun ke-71 parti itu, baru-baru ini.
"Apakah masih ada faktor ini di dalam UMNO. Apakah benar UMNO memperjuangkan Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi percakapan atau amalan.
"Di manakah tokoh-tokoh agama UMNO yang boleh memberi teguran kepada pemimpin UMNO dan menjadi kata putus dalam soal agama. Apakah teguran mereka diambil kira?," soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau turut mempersoalkan peranan tokoh-tokoh agama dalam parti itu yang berkemungkinan hanya sekadar menjadi pembaca doa dalam majlis rasmi UMNO semata-mata.
"Tokoh-tokoh agama seperti Tan Sri Yusuf Noor, Datuk Abdullah Mohd Zin, Dr Masitah Ibrahim, Ust Mohd Nor Idris, Ustaz Mustafa Taib dan ramai lagi.
"Ia berbeza dengan PAS, yang telah meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai rujukan hukum berpolitik dan bernegara," katanya.
Katanya, ia bukan lagi menjadi rahsia kepada umum apabila UMNO dilihat gagal memberi keselesaan kepada masyarakat, sekaligus menolak faktor kedua yang dinyatakan Najib bahawa UMNO menjaga kepentingan rakyat.
Idris berkata, kehidupan rakyat hari ini semakin tertekan dengan penguatkuasaan GST, kos sara hidup yang tinggi dan penarikan subsidi yang membebankan mereka berpendapatan rendah.
"Harga rumah melambung, kos pengangkutan meningkat apakah pemimpin UMNO boleh mendakwa perjuanganya telah mementingkan rakyat? Apakah dengan pemberian BRIM, pemimpin UMNO boleh anggap ini sebagai air mutlak suci lagi menyucikan terhadap penderitaan rakyat?," katanya.
Mengulas lanjut katanya, UMNO kini tidak lagi relevan untuk generasi muda, yang hanya sekadar mengikut parti itu bukan kerana perjuangan sebaliknya batu loncatan untuk mendapatkan projek sahaja.
"Terakhir, Najib mengatakan UMNO hebat kerana ia mempunyai wawasan dan tindakan secara kolektif bersama dengan rakan komponen BN.
"Tetapi rakyat umum melihat, perjuangan Umno hari ini sudah kehilangan jati diri yang banyak mengalah kepada rakan komponen, akhirnya untung jangka pendek tetapi merugikan jangka panjang," katanya.
Sumber TKO - 13-5-2017
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa parti itu dilabelkan dengan pelbagai jenama termasuk pemakan dedak, penasihat bergaji, kerajaan perpaduan, candu wala' dan terbaru sesat politik berikutan enggan mengikut telunjuk musuh politik mereka.
Naib Presidennya, Idris Ahmad, berkata parti itu tidak pernah menyokong atau membangkang secara membuta tuli, sebaliknya menjadikan Islam sebagai panduan dalam perjuangan parti itu.
Beliau berkata, PAS membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST), Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Bagaimanapun, katanya PAS menyokong beberapa tindakan kerajaan termasuk Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang diluluskan di Parlimen, Mac lalu.
"Ini pendirian PAS, jelas dan terang. Kebenaran kawan PAS, kebatilan musuh PAS walaupun siapa yang bawa. PAS adalah PAS.
"Tidak perlulah hendak labelkan PAS dengan macam-macam jenama apabila tidak ikut telunjuk mereka. Makan dedak, penasihat bergaji, UG, candu wala', terbaru pula sesat politik. PAS tidak pernah paksa orang lain. PAS hanya terangkan apa yang Islam perintah.
"Terima Alhamdulillah, tolak pun Alhamdulillah. Kami pendukung PAS yakin apa yang PAS perjuangkan akan diterima satu hari nanti. Cuma cepat atau lambat saja," katanya dalam entri terbaru di Facebook rasminya, hari ini.
Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menegaskan hanya pihak yang sabar saja boleh bersama PAS, manakala golongan musta'jilun (gelojoh) tidak boleh bersama parti itu.
Ini kerana, katanya PAS tidak memiliki lampu ajaib, sebaliknya parti siasah itu hanya menceritakan mengenai Islam.
"Perjuangan PAS ada kaitan mati dan selepas mati. Orang lain hendak cerita pasal lain, itu urusan mereka. PAS yakin masa depan dunia sejahtera bersama Islam," katanya.- Nazura Ngah(B/H)
Sumber TKO - 8-5-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: PAS menyerang balik Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas bekas perdana menteri itu mendakwa parti Islam itu hanya wujud untuk memecah belahkan orang Melayu.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mempersoalkan mengapa Dr Mahathir "terlalu berdendam" dengan parti itu.
“Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri. PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN. PAS juga melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN. Belajarlah menjadi pembangkang.
“Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia,” katanya.
Dr Mahahir yang kini mempengerusikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam menyifatkan PAS sebagai “malapetaka” terhadap perpaduan Melayu.
Katanya, keputusan PAS untuk bertanding sendiri di luar kerjasama parti pembangkang lain hanya bertujuan membantu Barisan Nasional dengan cara memecahkan undi pembangkang.
“Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecahbelah musuh-musuh BN (Umno). PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. UMNO akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah,” katanya dalam penulisan blog semalam.
“Perjuangannya sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikitpun berhasil. Kejayaannya terhad kepada memecahbelah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.”
Idris sebaliknya berkata Dr Mahathir yang memecah belahkan orang Melayu sepanjang pemerintahannya.
“Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun. Bukankah zaman Tun Melayu berpecah?
Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga Timbalan Perdana Menteri terpelanting. Lahir team A dan team B di dalam Umno sehingga Umno diharamkan. Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat,” katanya.
Beliau mempertahankan keputusan PAS untuk tidak menyertai Pakatan Harapan, gabungan yang menyatukan PKR, DAP, Amanah dan PPBM dalam usaha memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.
“Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH.
“Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu,” kata Idris.
Sumber TKO - 19-4-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oleh AZIZ MUDA
Jenayah seksual terhadap kanak-kanak di negara ini semakin membimbangkan kerana ia semakin meningkat setiap tahun, manakala data yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan sebanyak 12,927 kes berkenaan berlaku dari Januari 2012 hingga Julai 2016.
Keadaan itu menyebabkan pelbagai pihak menjadi semakin bimbang dan hilang keyakinan untuk meninggalkan anak-anak mereka kepada pihak tertentu, termasuk takut meninggalkan anak kecilnya kepada datuk, bersama bapa, abang dengan adik perempuan ataupun kakak perempuan.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad berkata, hal yang berlaku itu dianggap bukan manusia sebenarnya, tetapi merupakan binatang, sehingga menyebabkan hal-hal yang berkaitan dengannya layak dibicarakan di Dewan Rakyat, termasuk dibentangkan rang-undang berkaitan untuk mengatasinya.
Menurutnya, di dalam membahaskan rang undang-undang itu, PAS bersetuju 200 peratus terhadap pembentangan rang undang- undang berkenaan, tetapi ia bukanlah bermakna PAS beruji dengan Umno walaupun PAS menyokong dalam isu itu, sebaliknya atas isu sejagat atau isu kemanusiaan.
Katanya, jenayah seksual boleh mendatangkan kesan amat buruk kepada mangsa dari segi psikologi yang pasti boleh menyebabkan mangsa menghadapi tekanan hidup berpanjangan, manakala kesan keduanya pula akan merosakkan masa depan kanak-kanak tersebut.
“Paling dibimbangi apabila kanak-kanak itu sudah memikirkan dia sudah rosak, maka dia akan meneruskan kerja-kerja atau perbuatan-perbuatan tidak bermoral dan terkutuk itu secara berpanjangan. Ini kerana dia merasakan masa depan dia sudah tidak ada, maka ini perlukan kepada pembelaan daripada kita,” katanya.
Ketika membahaskan Rang Undang-undang Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 pada persidangan Dewan Rakyat, 3 April lalu, beliau yang juga Naib Presiden PAS turut menyuarakan kebimbangannya berhubung pihak yang dianggap bersubahat untuk menyembunyikan maklumat mengenai kejadian itu, sekali gus turut melakukan kesalahan.
“Begitu juga dengan mereka yang bercinta, ini kebanyakan berlaku. Hari ini kita lihat percintaan sehinggakan kadang-kadang melakukan perbuatan zina walaupun mereka itu berumur 15 tahun, 13 tahun sudah pun melakukannya.
Adakah ia termasuk juga dalam hal yang disebut sebagai jenayah seksual ini?” katanya.
Beliau turut berharap agar perkahwinan di bawah umur, iaitu di bawah 16 tahun, tidak dimasukkan di bawah akta itu kerana perkahwinan berbeza dengan kesalahan jenayah seksual kerana perkahwinan bersifat sukarela atau persetujuan antara wali, penjaga dengan perempuan yang mereka hendak berkahwin itu. “Satu lagi ialah berkenaan dengan kesaksian. Bagaimana kesaksian hendak memberi keterang an terutamanya yang melibatkan kanak-kanak yang mungkin dia tidak tahu hendak beritahu, hendak bercakap ataupun cacat dan sebagainya.
“Kalau dahulu, heboh di dalam Akta Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu timbul masalah berkenaan dengan rogol. Macam mana berkenaan dengan rogol? Mana ada orang saksi. Jadi, di sinilah kita lihat rogol tidak termasuk di dalam bidang hudud, tetapi termasuk dalam takzir,” ujarnya.
Ustaz Idris menegaskan, hukuman 30 tahun penjara, denda maksimum dan paling kurang enam kali sebatan ke atas mereka yang bersalah melibatkan soal takzir, manakala hukuman seperti itu amat penting dalam usaha mencegah kejadian tersebut serta mendidik masyarakat agar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Kesimpulannya, mencegah lebih berkesan daripada me rawat.
Kedua, kita kawal untuk pergaulan bebas. Ketiga, kita menggalakkan masyarakat kita berpakaian secara beradab dan bermoral. Keempat, ibu bapa yang sibuk mencari sara hidup perlu mengambil kira soal keselamatan anak-anak mereka di rumah,” ujar beliau.
Sumber TKO - 12-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - "Apalah nasib malang umat Islam yang memiliki pemimpin sedemikian rupa"
Demikian reaksi Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dipercayai mengulas tentang penentangan berterusan Pakatan Harapan ke atas Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).
Kata beliau, penentangan itu sewajarnya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli dan penyokong beragama Islam apa yang mereka boleh harapkan daripada Pakatan Harapan untuk agama mereka.
“Jika hak yang termaktub di dalam Perlembagaan pun tidak boleh untuk dipertahankan. Apalah nasib malang umat Islam yang memiliki pemimpin yang sedemikian rupa.
“Jika hak umat Islam untuk beramal dengan agamanya pun ditentang. Apakah yang hendak diharap untuk agenda Islam yang lebih besar jika mereka berkuasa. HasbunaLlah wanimal wakil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
RUU355 yang dicadangkan oleh PAS bermula tahun lalu bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah dikecam hebat oleh Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP.
DAP mendakwa RUU355 strategi halus PAS untuk memperkenalkan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan menindas di negara ini.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) pula menyifatkan RUU355 sebagai mengelirukan dan mengundang keresahan bukan Islam.
Pakatan Harapan makin galak memperlekehkan RUU355 apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu memaklumkan kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 di Parlimen berdasarkan keputusan yang diambil BN secara konsensus oleh 13 parti komponennya.
Pengumuman itu sekali gus memberi laluan kepada PAS untuk membentangkannya.
Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan bagaimanapun mengambil kesempatan daripada perkembangan itu mengutuk PAS bodoh seperti lebai kerana kononnya ditipu oleh UMNO.
Namun tuduhan itu disangkal ramai pemimpin PAS yang menjelaskan bahawa UMNO tidak menipu PAS kerana RUU355 sama ada akan dibentang oleh kerajaan BN atau PAS sebelum ini hanya merupakan satu “opsyen”
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dua hari lalu menjelaskan:
“Bezanya cuma jika kerajaan yang bentang maka ia jadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu RUU, maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan dewan.
“Kedua-dua menjadi “opsyen” yang boleh dipertimbangkan. PAS tidak masalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti berjaya dipinda.
“Kerajaan tidak jadi mengambil alih pembentangan itu mengembalikan format asal tanpa merosakkan sesuatu” – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 1-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh Minderjeet Kaur
KUALA LUMPUR: PAS hari ini memberi peringatan kepada wakil rakyatnya mengambil serius bai’ah “talak” yang dibuat ketika bertanding pilihan raya, dengan berkata ia perkara yang tidak boleh dipandang ringan.
“Saya takut dengan bai’ah, kamu pernah dengar bai’ah tu? Memang menggerunkan saya. Bagi saya bukan soal talak, cerai. Soal bercerai bukan benda biaasa tapi yang paling takut antara kita dengan Allah,” kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad di luar Dewan Rakyat hari ini.
Idris yang juga naib presiden PAS, mengulas cabaran bekas pemimpin PAS, Datuk Husam Musa supaya PAS membiarkan mahkamah syariah menentukan status perkahwinannya kerana meninggalkan perjuangan PAS.
Husam, yang dilucutkan keahliannya daripada PAS tahun lalu, menawarkan diri menjadi kes ujian terhadap bai’ah PAS itu, selepas mesyuarat agung PAS Tanah Merah meluluskan sebulat suara usul membawa wakil rakyat parti yang melanggar sumpah taklik dan bai’ah ke mahkamah syariah.
“Biar mahkamah syariah meneliti dan memutuskan kes ini berbanding pemimpin tanpa kelayakan untuk memfatwakannya,” kata Husam.
Sumpah bai’ah yang wajib dilafazkan calon PAS di Kelantan pada pilihan raya umum 2013 antara lain menghendaki mereka yang menang kerusi DUN atau Parlimen kekal dengan parti, jika tidak, jatuh talak tiga dengan isteri.
Selain Husam yang merupakan Adun Salor, 3 bekas wakil rakyat PAS yang dikatakan melanggar bai’ah itu ialah Datuk Kamarudin Jaafar (PKR-Tumpat), Dr Hatta Ramli (Amanah-Kuala Krai) dan Datuk Ibrahim Ali, yang bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas pada 2008 sebelum mengisytiharkan dirinya tidak berparti.
Idris enggan mengulas cabaran Husam, dan berkata terpulang kepadanya sama ada untuk mematuhi bai’ah tersebut.
“Saya takut, tapi kalau orang lain tak takut dia punya pasal la. Saya tak boleh paksa orang.”-FMT
Sumber TKO - 15-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44436-laut-dan-tanah-subur-makanan-mahal
Semua rakyat merungut mengenai harga barang keperluan harian yang naik mendadak. Di mana salahnya, sehingga ia menjadi tekanan hidup kepada rakyat biasa. Apa yang kerajaan buat? Kita bukan bercakap soal R&D yang memerlukan kos yang mahal untuk menyediakannya. Tetapi kita hendak tahu apa yang kerajaan buat untuk cukup makanan rakyat sendiri.
Malaysia dikelililingi laut, tetapi ikan kembung sekilogram RM20, bukan ikan bawal, siakap, jenahak, udang dan sotong. Tanah subur tetapi import makanan setahun RM22 bilion. Rumput menghijau tetapi lembu import daripada Thailand dan Kemboja. Harga mencecah sehingga RM4,000 hingga RM5,000 terutama musim Aidil Adha. Daging beku import daripada India. Belanda hanya sebesar negeri Pahang tetapi pengeksport bahan tenusu terbesar di dunia. Apa sudah jadi negara kita? Penduduk hanya 30 juta, mempunyai hasil daripada laut hingga ke gunung. Harga makanan meningkat, kerana terpaksa bergantung dengan negara luar. Berapa banyak pengaliran wang ke negara luar, akhirnya imbangan dagangan sudah tempang. Ia juga memberi kesan kepada tukaran wang dengan negara luar.
Makanan ruji beras, apakah serius kerajaan berhasrat untuk mencapai tahap sara diri (SSL) beras tempatan yang disasarkan kepada 85% menjelang tahun 2020. Apa usaha kerajaan telah lakukan mengenai 120,000 hektar tanah terbiar. Apakah tidak ada jalan untuk menukar tanah ini untuk tanaman padi, pakar-pakar mesti dipanggil untuk memberi nasihat? Ia melibatkan keselamatan dalam makanan.
Cukuplah dasar campur tangan politik dan utamakan kroni dihentikan untuk survival industri makanan. Berikan kepada mereka yang ahlinya. Isu NFC melibatkan RM250 juta memberi pengajaran kepada kita.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) biarlah diurus dengan profesional. Perlu buta warna, merentasi blok politik. Uruskanlah secara profesional.
Kerajaan perlu melihat kepada projek pertanian dan permakanan yang diberi peruntukan gagal. Kenapa berlaku begini? Matlamatnya baik tetapi diuruskan oleh mereka yang tidak amanah dan bukan ahlinya. Akhirnya rakyat menderita sekarang. Walaupun keadaan sudah parah, tetapi perlu dikembalikan ke pangkal jalan untuk elak lebih parah.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
1 Jamadil Akhir 1438 / 28 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 28/2/2017
Sumber HD - 28-2-2017

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyeru Dato’ Seri Dr Jamil Khir Baharom agar mempunyai keberanian untuk memastikan setiap pimpinan dalam Umno menyokong Pindaan Akta 355 yang akan dibentang Mac ini di Parlimen.Malah kata beliau menjadi tugas Jamil Khir dalam kerajaan memastikan RUU355 ini dibawa pada sidang Mac ini
“Kita tak mahu seribu dalih. Harap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak ada political will dalam isu ini dan Jamil Khir harus pastikan hal ini,” kata Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang mengulas kejayaan dan harapan pasca Himpunan H355 pada 18 Februari lalu.
Beliau menegaskan bahawa PAS tidak pernah merasa rugi andai Umno- BN gagal dalam memastikan RUU355 menjadi realiti.
“Kita harapkan semangat Jamil Khir malam ini (18 Februari) dibuktikan dengan kata-kata.PAS tidak rugi kalau Umno gagal bawa ke parlimen.
“Orang atau ahli bawahan Umno sokong RUU355 ini dan ini harus disedari.
Ini tugas Umno untuk yakinkan parti komponen BN pula,” tegasnya.
Sumber TKO - 24-2-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44357-tingkat-keselamatan-klia-untuk-jaga-imej-negara
KESELAMATAN di KLIA perlu dipertingkatkan sama ada pintu masuk atau pintu keluar. Peristiwa pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un telah menjadi isu keselamatan dan berkocak hubungan diplomatik antara dua negara. Sehingga berlaku tuduhan yang tidak sedap didengar.
Sekurang-kurangnya apabila berlaku peristiwa ini menyedarkan pihak berkuasa mengenai aspek keselamatan yang begitu nipis. Kebetulan pula berlaku kepada orang kenamaan Korea Utara.
Tindakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berulang perlu dilakukan dengan segera. Lebih-lebih lagi berlaku di dalam lapangan terbang yang sepatutnya kawasan keselamatan yang tip top.
Jangan malukan negara dengan isu keselamatan, bimbang pelancong luar takut hendak ke sini. Sudah cukuplah isu 1MDB yang masih menjadi bualan hangat di media antarabangsa.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS – HARAKAHDAILY 21/2/2017
Sumber HD - 21-2-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44185-ghuluw-dan-takfiri-sudah-keluar-pas
HENDAK perang atau hendak berpilihan raya? PAS mengambil pendekatan muwajahah silmiah melalui sistem pilihan raya. Walau pun kita ketahui demokrasi yang penuh tempang dan berat sebelah. PAS tetap sabar. Masih tidak emosi, sehingga untuk mengambil cara revolusi. Ulama PAS telah berijtihad mengambil pendekatan pilihan raya kerana ia lebih mudah. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Aku pilih yang mudah apabila bertembung antara sukar dan mudah".
PAS yang kaya dengan pengalaman dan faham sepak terajang politik musuh atau kawan. Tidak pernah lari daripada paksi Islam. Mungkar wajib dilawan, perkara baik wajib disokong. Ini prinsip kita yang sesuai dengan prinsip Islam.
Pemikiran "ghuluw" (pelampau) sehingga marah kerana PAS sepentas membincang isu Rohingya dan bersama dengan NGO lain untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada Rohingya. Golongan ini kalau musuh luar serang pun mereka masih hendak bergaduh tidak mahu bersatu kerana dendam kesumat yang mendalam. Inilah bahaya pemikiran seperti ini.
Oleh sebab agenda parti tidak ada, maka modal yang masih dimain ialah PAS hendak masuk Umno. Sudah lapan tahun tuduhan itu dilemparkan sejak tahun 2008. Kalau ada anak sekolah, sudah darjah dua. Tetapi PAS masih tidak masuk Umno. Sekarang modal baru pula, PAS tidak masuk Umno, tetapi PAS berada sepentas dengan Umno dan tolong-menolong dalam isu sejagat.
Ayat al-Quran Surah Hud 113 dijadikan hujah bermaksud "Jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim, nanti akan disambar oleh api neraka". Kerana TGHH pegang tangan DS Najib Tun Razak semasa program solidariti Ronhingya dan Datuk Tuan Ibrahim senyum semasa melepas kapal Flotila maka terus dituduh pemimpin PAS akan disambar api neraka. Apakah mereka mahu Tuan Guru Haji Hadi tampar DS Najib baru dianggap betul? Huh hebat, tafsir mana mereka belajar. Siapa sebenar golongan takfiri dan ghuluw?
Mereka sanggup pejam mata apabila YAB Lim Guan Eng berselfie dengan DS Najib, bergelak ketawa dengan YAB Zahid Hamidi, berpeluk dan berpegang tangan dengan YB Tan Sri Nazri Aziz. Kita tidak pernah menjadi isu apabila melihat gambar ini dengan menuduh Lim Guan Eng hendak masuk BN. Apabila Lim Kit Siang hendak bekerjasama dengan BN untuk selamatkan negara, kita tidak menjadi isu. Ini menunjukkan PAS matang dan tidak emosi.
Jika ikut tafsiran ini, maka beribu kakitangan kerajaan yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri semuanya masuk neraka? Bukan sahaja condong, malahan menjadi tenaga fikir kepada DS Najib. Samalah juga ada di kalangan mereka mempunyai saudara mara Umno, apakah mereka tidak disambar oleh api neraka. Kerana berbaik dengan orang Umno. Adakah ini ajaran Maqasid. Orang lain tidak boleh, kami boleh? – HARAKAHDAILY 7/2/2017
Sumber HD - 7-2-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44151-kembalikan-subsidi-elak-keresahan-rakyat
Sejak kerajaan memperkenalkan sistem apungan minyak pada 1 Disember 2014, maka setiap awal bulan rakyat Malaysia seram sejuk, terutama rakyat marhaen.
Kenapa pemimpin BN tidak rasa bersalah apabila melihat rakyat resah menghadapi kenaikan harga minyak setiap awal bulan. Pemimpin tidak ada apa yang hendak dirisau kerana setiap perjalanan ditanggung oleh rakyat. Tidak mengapalah kalau rakyat menanggung perbelanjaan mereka, tetapi mereka wajib memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat, bukan menyusahkan rakyat.
Mungkin mereka mengatakan kemarahan ini dapat disejukkan dengan pemberian BR1M yang bernilai RM1,200 setahun, sehari RM3.28. Memang menjadi realiti apabila setiap malam awal bulan apabila berlaku kenaikan maka kita akan melihat rakyat berpusu-pusu ke stesen minyak. Sesuai dengan BRIM (Beratur Rakyat Isi Minyak).
Kerajaan jangan anggap kenaikan 20 sen tidak memberikan kesan besar kepada rakyat. Dengan kenaikan sebanyak 20 sen, maka kenaikan harga barang akan meningkat 20 hingga 30 peratus. Ini tidak dapat tidak, kerana kesan berantai daripada kenaikan harga petrol.
Sikap peniaga pula, apabila harga minyak naik, maka harga barang akan naik. Apabila harga minyak turun, harga barang tidak pula turun. Tambang bas sekolah, harga barang keperluan semestinya akan naik, kerana peningkatan kos bahan api. Bebanan ini ditambah pula dengan cukai GST pada kebanyakan barang. Maka logiknya kerajaan hapuslah sistem apungan dan kembalikan subsidi minyak.
Kerajaan menggunakan alasan baru pula untuk membuktikan kenapa minyak naik, iaitu minyak yang diguna oleh pengguna ialah minyak yang telah ditapis bukan minyak mentah. Kalau dahulu buat alasan subsidi ditarik kerana hendak elak minyak diseludup ke negara jiran. Ini alasan dangkal, sepatutnya jika minyak diseludup, kena atasi masalah penyeludupan. Bukan sakit kepala tetapi yang dirawatnya perut.
Apapun alasan sebenarnya kerajaan BN gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin untuk rakyat. Tidak ada jalan keluar melainkan dengan menukar kepimpinan BN kepada kepimpinan yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Ustaz Idris Haji Ahmad

6 Jamadil Awal 1438 / 3 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 3/2/2017
Sumber HD - 3-2-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44108-datuk-kadir-jasin-belajarlah-jadi-pembangkang
Apabila membaca tulisan A. Kadir Jasin bertajuk "Umno-Pas: Siapa Goda Siapa Atau Asmara Dana?", maka fahamlah saya penulis seorang yang anti PAS sejak daripada muda hingga tua. Baguslah beliau sudah insaf bahawa buruknya Umno. Parti yang beliau dukung dan pemimpin yang beliau menjadi pengampu dan penangkis kepada kebobrokan pemimpin Umno semasa beliau berkuasa di media Umno dahulu. Insaf itupun setelah dedak sudah tidak diberi. Cuba tanya pula berapa kekayaan yang beliau pungut waktu menjadi penulis upahan Umno suatu ketika dahulu.
Tulisan beliau mengenai politik Kelantan pun agak pelik, mana peranan Dr Mahathir sewaktu krisis politik di Kelantan. Mungkin Datuk Mustafa Ali boleh memberi jawapannya, kerana beliau antara tokoh yang masih hidup, ketika PAS bersama BN dan terlibat secara langsung dalam krisis tersebut. Apakah Datuk lupa bahawa Dr Mahathir merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Sama ada Datuk lupa atau buat-buat lupa. Datuk hanya sebut tokoh-tokoh yang sudah meninggal seperti Tun Hussein Onn, Jaafar Albar, Datuk Harun Idris tetapi Datuk sepatah pun tidak sebut nama Tun Dr Mahathir. Mungkin terlalu banyak makan sagon atau dedak kot.
Tulisan Datuk yang penuh prejudis kepada PAS, membangkitkan isu RM90 juta. Sebagai seorang penulis yang hebat, kenalah baca dulu media rasmi PAS mengenai status saman PAS terhadap Sarawak Report. Mungkin itu budaya penulisan Datuk sewaktu makan dedak dengan Umno sehingga terbawa-bawa perangai tersebut walaupun tidak bersama Umno.
Tidak perlulah membuat tuduhan bahawa PAS bersama Umno. Datuk belajarlah menjadi pembangkang setelah kenyang bersama Umno. PAS sudah 65 tahun faham sepak terajang Umno. Banyak di kalangan kami tidak pernah bersama Umno. Sedangkan Datuk dan sekutu dan sewaktu dengannya pernah terlibat dengan Umno. Kami lawan Umno sewaktu Datuk pertahan Umno melalui serangan media. Janganlah Datuk hendak samakan kami dengan perangai Datuk.
Maaflah saya tidak suka serang Datuk, kerana Datuk baru hendak belajar bertatih menjadi pembangkang. Tetapi apabila Datuk membuat tuduhan yang melampau kepada PAS, saya terpaksa serang. Sewaktu Datuk dengan Umno pun kami lawan Umno, inikan pula Datuk pun tidak ada kuasa tidak munasabah kami tidak berani lawan Datuk.
Datuk tidak layak bercakap soal integriti, nanti banyak pula orang akan dedahkan sewaktu Datuk menyokong Umno dahulu.
Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS
3 Jamadil Awal 1438 / 31 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 31/1/2017
Sumber HD - 31-1-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44058-apabila-tidak-berkuasa-semua-terdedah
INILAH budaya politik negara membangun, apabila tidak berkuasa semua terdedah. Semua pakat bersuara tentang salah laku pemimpin sebelumnya. Terbaru bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) ketika itu, Datuk Abdul Murad Khalid berkata, Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion (RM44 bilion) akibat kegiatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993.
Menurut beliau, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu.
Datuk Abdul Murad menambah, transaksi berbentuk spekulasi melibatkan pelbagai mata wang asing termasuk pound sterling, dolar Amerika Syarikat (AS), mark Jerman dan yen itu direkodkan oleh seorang kakitangan berpangkat rendah BNM.
Ini sikap yang tidak baik berlaku di dalam tata kelola dalam pentadbiran di negara ini. Sifir mudahnya, buatlah apa sahaja sewaktu kamu berkuasa, kerana semuanya kebal tidak ada siapa yang berani menyentuh.
Ia akan terdedah apabila sudah tidak berkuasa. Inilah yang berlaku kepada Tun Mahathir sekarang. Segala yang beliau lakukan akan terdedah. Selama ini semuanya menikus. Akhirnya rakyat menjadi mangsa angkara perbuatan pemimpin yang tidak telus. Pemimpin dan kroni tidak terasa dengan permainan mereka, tetapi rakyat menderita kerana asas ekonomi negara kucar kacir.
Datuk Seri Najib pun perlu ambil ingatan, apa yang berlaku mengenai 1MDB akan terdedah juga apabila beliau tidak ada kuasa.
Oleh itulah ia tidak akan selesai jika hanya tukar individu, bukan sistem. Siapa pun naik maka itulah yang berlaku kerana skrip sama, cuma pelakon berbeza. Sebab itu PAS yakin perubahan bersama Islam untuk selamatkan negara dan rakyat di negara ini tanpa mengira agama atau bangsa. – HARAKAHDAILY 27/1/2017
Sumber HD - 27-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh NAZIRAH NASRUN
Meskipun umur hayat perjuangan PAS sudah pun mencecah 65 tahun namun pergerakannya sentiasa segar, malah menjadi idaman segenap lapisan masyarakat. Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS sentiasa ‘evergreen’ dalam semua keadaan dan masa manakala Umno tahu hendak berlawan dengan PAS “berat” kerana PAS bergerak di atas dasar Islam.
Demikian ucapan di program Ceramah Umum dan Pelancaran Kempen PAS Pilihanku PAS Selangor, baru ini
Menurut beliau, kehadiran PAS di persada politik bukanlah kerana kekalahan di dalam pemilihan atau atas dasar tidak mendapat projek dan kebencian dengan mana-mana pemimpin Umno ketika peringkat awal penubuhannya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar telah menerima lebih 3,000 keping borang keahlian baharu PAS di seluruh Selangor yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad.
Di samping itu, beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap 13 orang Adun PAS yang telah terbukti berkhidmat dengan cemerlang dan perkara tersebut tegasnya, dapat menjamin PAS untuk lebih gemilang di masa hadapan.
“Komitmen Adun PAS sudah terbukti boleh bekerja dengan baik dalam menjalankan amanah rakyat kepada mereka.
Oleh yang demikian saya yakin bahawa PAS mampu menggantikan Umno di Putrajaya,” katanya.
Borang keahlian baharu tersebut adalah daripada 22 kawasan PAS di seluruh Selangor. Turut hadir adalah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Meru Dr Abdul Rani Osman; Adun Dusun Tua Razali Hassan; Adun Gombak Setia Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan dan YDP PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salahuddin Nasir.
Para pimpinan serta ahli PAS Selangor turut bergambar bersama- sama sambil mengangkat poster demi menyatakan sokongan mereka untuk Himpunan Rang Undang-undang H355 yang akan diadakan pada 18 Februari hadapan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sumber TKO - 25-1-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44023-kutipan-gst-meningkat-kualiti-hidup-rakyat-menurun
TAHNIAH kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang telah berjaya mengutip RM41.2 bilion untuk tahun 2016, ia melebihi sasaran hanya RM39 bilion. Ini sebagai penanda aras kecekapan pegawai perkhidmatan awam di Malaysia. Pihak Kastam juga mensasarkan kutipan tahun 2017 sebanyak RM40 bilion hingga RM42 bilion.
Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, selain itu, jumlah individu dan syarikat yang berdaftar dengan GST turut meningkat kepada 431,000 sejak pelaksanaan cukai tersebut pada 1 April 2015.
Pada tahun 2015 hasil GST sebanyak RM27.1 bilion dalam tempoh 9 bulan.
Pihak Jabatan Kastam hanya melaksanakan polisi kerajaan untuk memastikan bagi membantu kewangan negara, terutama kejatuhan harga petrol di peringkat antarabangsa. Ia menjejas pendapatan negara. Dari setahun ke setahun pendapatan negara melalui Petronas semakin merosot 2014 (RM62 bilion), 2015 (RM44 bilion) dan 2016 (RM31.7 bilion). Maka jalan pintasnya dengan dikenakan GST pada kadar 6%.
Walaupun kerajaan memberi jaminan GST tidak akan berlaku kenaikan harga barang. GST hanya kepada orang kaya, orang miskin tidak kena. GST menstabilkan nilai ringgit. Bebanan GST akan dibantu dengan BR1M untuk orang miskin. GST akan diguna oleh kerajaan untuk meningkat kualiti hidup rakyat.
Realitinya semua penyataan di atas hanya ilusi semata-mata. Pendapatan kerajaan semakin bertambah bukan semakin menurun. Misalnya jika dicampur hasil Petronas tahun 2016 sebanyak RM31.7 bilion dan GST pula RM41.2 bilion, berjumlah RM72.9 bilion. Ertinya pendapatan kerajaan semakin bertambah tetapi kenapa kualiti hidup rakyat semakin menurun.
Barang keperluan meningkat. Ikan sardin RM12 sekilo, ikan kembung RM16 sekilo. Daging import daripada RM12 naik RM17 untuk 900 gram. Minyak masak RM13 naik RM21.
Paling sedih sekali kelengkapan hospital tidak mencukupi. Berlaku di depan mata saya sendiri di wad 17 Hospital Taiping, jururawat terpaksa menggunakan tangan untuk bantuan oksigen kepada pesakit kerana tidak cukup alat.
Ke mana wang kita hilang? Cukai dipungut, sepatutnya perlu dikembali kepada rakyat di dalam bentuk perkhidmatan. Rakyat tidak kisah, jika cukai dipungut tetapi mereka mendapat kemudahan yang baik. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

25 Rabiul Akhir 1438 / 24 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 23/1/2017
Sumber HD - 23-1-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43973-menteri-ingat-rakyat-suka-naik-kapcai
CADANGAN untuk melarang kapcai masuk bandar tidak masuk akal dan menyusahkan rakyat. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, cadangan itu merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan kadar pelepasan karbon dalam bandar. Kenapa tidak haramkan semua kenderaan termasuk kereta yang dimiliki oleh bapak menteri.
Cadangan yang tidak masuk akal ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang akibat kenaikan minyak. Begitu juga dengan jalan yang kebanyakan dikenakan tol. Rakyatlah terkesan dengan kesan berantai akibat harga minyak
Carilah idea yang bernas untuk meningkatkan kualiti hidup warga kota yang samakin terhimpit seperti masalah rumah yang semakin mahal. Kena selesai sama masalah pengangkutan awam yang masih lemah terutama penghubung antara stesen LRT dan Komuter dengan taman-taman perumahan dan ke tempat kerja. Kesesakan parkinr di stesen LRT masih berlaku, kerana mereka terpaksa membawa kenderaan ke stesen kerana tidak ada kemudahan pengangkutan daripada tempat tinggal mereka.
Menteri fikir rakyat marhaen suka naik motor kapcai kah? Kalau mereka pendapatan semacam menteri mereka pun tidak mahu naik kapcai sehingga sanggup sabung nyawa. Pembonceng kapcai tahu, mereka dalam bahaya dari segi keselamatan. Tetapi apakan daya, inilah yang ada kepada mereka, untuk jimat berlanja.
Naik kapcai dapat mengelak daripada dikenakan tol. Boleh dikatakan banyak laluan ke tempat kerja dikenakan tol. Sebelum ini DBKL menaikkan kadar parking lebih seratus peratus. Menggunakan kapcai bolehlah mengurangkan bebanan bayaran parkir dan memudahkan urusan.
Alasan kononnya untuk mengelak kes rompakan pun tidak booeh diterima akal. Ada juga perompak menggunakan kereta. Kenapa kerajaan tidak mengharamkan kereta.
Inilah masalahnya apabila pemimpin yang tidak memahami denyut nadi rakyat. Bukan fikir untuk kesenangan rakyat. – HARAKAHDAILY 20/1/2017
Sumber HD - 20-1-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43959-pas-santuni-masyarakat-cina-sempena-tahun-baru
BUKIT GANTANG: Penerimaan masyarakat Cina cukup baik menyambut kedatangan PAS serta menyatakan sokongan usaha membawa usul RUU 355 bahkan mereka memahami pelaksanaannya tidak akan melibatkan golongan bukan Islam.
Sempena menjelang sambutan Tahun Baru Cina beberapa siri ziarah telah disusun oleh Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang untuk menyantuni mereka serta bertukar pandangan dengan rakyat pelbagai kaum.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas mengedar limau di beberapa penempatan masyarakat seperti di Kuala Sepetang, Pekan Teluk Kertang, Pekan Simpang Temerlok dan Kampung Baru Sungai Rotan, 18 Januari lalu.
"Peluang mendekati mereka serta mengambil pandangan mereka tentang PAS menjadi satu tanda aras bentuk pendekatan PAS sama ada boleh dirasai oleh rakyat ataupun sebaliknya.
"PAS merupakan sebuah gerakan yang bukan hanya mengkhususkan kepada politik semata-mata bahkan penedekatan dakwah juga menjadi salah satu tunjang utama perjuangan PAS.
"Kebanyakkan pandangan yang diterima oleh mereka tentang RUU 355 adalah mereka memahami bahawa pelaksanaan itu tidak melibatkan orang bukan Islam serta beranggapan ia bakal memberikan kebaikan kepada semua," ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/1/2017
Sumber HD - 19-1-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43894-jangan-mangsakan-sekolah-agama-untuk-kepentingan-politik
Islam tidak pernah anti bahasa dan bangsa kerana semuanya anugerah Allah kepada kita semua. Malahan Islam menggalakkan belajar bahasa lain. Sebagaiman sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Belajarlah bahasa asing nescaya kamu aman dari tipu daya". Tidak ada sejarah pemerintahan Islam yang menutup sekolah bahasa asing. Ini menunjukkan walaupun Islam tidak ada negara, namun ia masih ada penghayatan Islam di dalam diri umat Islam.
Kita mengharapkan supaya Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menarik balik kenyataan beliau yang mengatakan sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular. Satu kenyataan yang biadab dan tidak memahami sejarah pembinaan negara.
Kalau atas alasan ada pelajar keluaran sekolah agama ekstremis, maka kita juga boleh beri alasan pelajar sekolah vernakular, sekolah aliran Inggeris, aliran kebangsaan juga ada melahirkan golongan ekstremis. Apakah kita mahu cadang supaya sekolah ini juga dihapuskan? Tentu tidak. Ini adalah kes yang terpencil.
Sama seperti pandangan Dr Dominic yang dianggap tidak menjaga sensitiviti majoriti umat Islam, apakah kita hendak menghukum keseluruhan ahli Parti Gerakan yang lain. Saya yakin masih ramai orang yang rasional di dalam Parti Gerakan.
PAS berpegang kepada konsep demokrasi di dalam pendidikan, asalkan ia menepati dengan pembinaan tamadun bangsa dan negara, maka ia dibenarkan beroperasi di dalam negara kita.
Dr Dominic sendiri boleh hantar anak ke sekolah agama atau beliau sendiri pun boleh belajar. Tidak ada larangan untuk beliau belajar di sekolah agama. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah menerima pelajar bukan Islam untuk belajar di sana. PAS tidak paksa mereka.
Sejak mutakhir ini menjadi trend parti bukan Islam untuk memburukkan Islam bagi mendapat sokongan politik. Sebelumnya isu 355 untuk memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah, tetapi digambarkan dengan sudut negatif. Ini sikap yang tidak baik dan mengganggu keharmonian kaum yang telah dibina sejak negara merdeka. Jangan rosakkan perpaduan ini, semata-mata untuk keuntungan yang tidak seberapa tetapi memusnahkan sebuah negara. Carilah modal lain, jangan mangsakan Islam. Perlu ingat isu agama cukup sensitif dalam kalangan orang Islam.

14 Rabiul Akhir 1438/ 13 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 13/1/2017
Sumber HD - 13-1-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43855-kenapa-najib-sayang-sangat-dengan-isa-samad
MASALAH di Felda bermula sejak Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Pengerusi Felda pada tahun 2011. Daripada awal lagi beliau dilantik sudah menimbulkan keresahan di kalangan penghuni Felda. Beliau yang mempunyai rekod yang tidak bersih di dalam Umno, tetapi tetap juga dilantik. Kelam kabut dalam pengurusan Felda, walaupun mereka ini orang yang cukup setia dengan kerajaan. Cuma mereka ini seorang yang profesional ingin melihat Felda menjadi institusi untuk membela orang miskin Melayu. Malahan antara mereka ialah bekas anak peneroka Felda yang mempunyai kelulusan dan profesional dalam bidang masing-masing.
Isu mutakhir apabila cadangan FGV memiliki 37 peratus saham PT Eagle Hight Plantations (PT EHP) anak syarikat Rajawali Group sebuah konglomerat perladangan terbesar Indonesia. Walaupun mendapat bantahan pihak pengurusan, namun kesemuanya tidak dihirau oleh Isa Samad.
Walaupun Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengganti Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, namun Isa masih kekal sebagai Pengerusi FGV. Bolehkah Shahrir bergerak dengan bebas? Masalah Felda ialah masalah FGV yang dipengerusi oleh Isa Samad. Kenapa Datuk Seri Najib terlalu sayang kepada Isa Samad? Apakah rahsia kekuatan Isa Samad sehingga beliau kebal di Felda?
Melantik Shahrir mungkin untuk meredakan kemarahan warga Felda yang memiliki 54 kerusi Parlimen. Ia merupakan stok penimbal BN dalam pilihan raya. Mungkin Najib sudah dapat menghidu kemarahan warga Felda yang akan bertukar haluan kepada PAS terutamanya apabila rungutan mereka tidak didengari oleh kerajaan. Maka Shahrir dilantik menjadi Pengerusi Felda yang baru.
Kalau ikut kepentingan dan keuntungan politik PAS, biarlah Isa Samad kekal di Felda sehingga PRU14 supaya mudah untuk mendapat sokongan peneroka di dalam pilihan raya. Tetapi demi masa depan warga Felda bukan itu yang kita mahu. Kepentingan warga Felda seramai 2 juta dan 360,000 hektar tanah Felda mesti diselamatkan terlebih dahulu.

11 Rabiul Akhir 1438 / 10 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 10/1/2017
Sumber HD - 10-1-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43806-pengakuan-datuk-bahri-amat-memalukan-negara
PEJABAT Peguam Negara mesti menjawab segera tuduhan Datuk Bahri Mohd Zin bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengatakan kecewa dengan siasatan SRC International yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik. Jika benar dakwaan ini, akan melemahkan semangat warga SPRM untuk membenteraskan barah rasuah di negara ini.
Jangan sia-siakan sahaja usaha gigih pegawai SPRM yang bertungkus lumus memerangi rasuah di negara ini. Jangan SPRM ditempelak, mereka hanya berani bertindak kes Pegawai Tinggi kerajaan, tetapi orang atasan yang berkuasa terlepas. Walau pun kita faham, macam mana serius pun SPRM untuk mengheret siapa sahaja ke muka pengadilan, namun setiap kes mesti melalui Pejabat Peguam Negara. Maka al-maklumlah.
Sedangkan SPRM menyiasat kes berbulan-bulan untuk sediakan kertas siasatan. Apabila dibawa ke Peguam Negara maka inilah yang terjadi.
Selalunya mana-mana pemimpin yang korup, mereka akan pastikan bahagian perundangan dan penguatkuasa akan dicengkam terlebih dahulu untuk menyelamatkan kerja buat mereka. – HARAKAHDAILY 6/1/2017
Sumber HD - 6-1-2017

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43779-br1m-belum-dapat-brum-sudah
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) belum dapat, tetapi 'brum' sudah dapat sebanyak 20 sen seliter. RON95 pada harga RM2.10, diesel RM2.05 dan RON97 RM2.40 (naik 15 sen). Ia sebagai hadiah tahun baru. Sewaktu hendak turun, hanya turun 5 sen, tetapi waktu naik 20 sen. Walaupun kerajaan boleh memberi alasan dengan kenaikan harga minyak di peringkat global, maka automatik harga minyak akan dinaikkan juga di negara ini. Kerajaan boleh beri apa sahaja alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.
BR1M yang uar-uarkan untuk dinaikkan sehingga RM1,200 setahun dan hitung panjang RM3.28 sehari. Pada mulanya amat melegakan rakyat bawahan. Tetapi dengan pengumuman kenaikan harga minyak ia amat memeranjatkan. Apakah berbaloi dengan BR1M sebanyak RM3.28 sehari untuk satu keluarga. Dalam masa yang sama minyak naik 20 sen seliter.
Semestinya kenaikan harga barang dan kos pengankutan akan naik, lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga diesel. Kesan berantai akan berlaku kepada semua barang.
Untuk pembangkang amat baik kerana semua rakyat marah kepada kerajaan termasuk penyokong tegar Umno di kampung-kampung. Setiap pagi 'parlimen rakyat' di kedai kopi merungut dan marah dengan kenaikan harga minyak. Kita mengharapkan kemarahan ini dibawa pula melalui peti undi untuk tolak kerajaan BN.
Bertepatan pula dengan waktu persekolahan bermula. Kos persekolahan meningkat, ibu bapa yang hendak menghantar anak-anak ke asrama terpaksa menghitung berapa pula minyak yang perlu diisi.
Tanyalah kepada semua rakyat, semuanya mengeluh dengan kenaikan harga barang. Mungkin pihak kerajaan ada jawapannya untuk menyejuk api kemarahan rakyat. Apabila dekat pilihan raya harga minyak akan diturunkan semula. - HARAKAHDAILY 3/1/2017
Sumber HD - 3-1-2017

SHAH ALAM - Pas tetap berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, Pas pernah memecat ahli yang menganut fahaman Syiah kerana ia boleh bawa kepada perpecahan dalam parti.
Menurutnya, Pas menolak fahaman membid’ahkan orang lain, sehingga timbul perpecahan dan perbalahan masyarakat.
“Di dalam politik antarabangsa, Pas punyai pandangan tersendiri berdasarkan ilmu. Pas tidak tunduk kepada Saudi atau Iran. Malah, Pas bersahabat kebenaran dan tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak serta bebas menyuarakan pandangan,’ katanya.
Beliau mengulas polemik selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah ke-30 di Tehran, Iran.
Idris berkata, sudah lama Pas dituduh membela Syiah dan kepimpinan ulama didakwa terpengaruh dengan ajaran Syiah.
"Ketika Perang Teluk antara Iraq dan Iran, Pas menyebelahi Iran, walaupun seluruh dunia Arab bela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Lagi Pas dituduh Syiah.
“Sunni tidak mudah jadi Syiah. Syiah tidak mudah jadi Sunni. Tak guna bangkitkan perkara dibincangkan sekian lama.
“Serba tidak kena kalau Abdul Hadi buat. Kehadiran beliau bukan perkara baru. Sudah 30 tahun program ini berjalan, anjuran Kerajaan Iran dihadiri ulama Sunni dan Syiah. Kenapa tahun ini jadi polemik?," soalnya.
Sumber TKO - 24-12-2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43653-bincang-masalah-global-bukan-khilafiah
Serba tidak kena kalau Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) buat. Politik sempit dan seolah-olah radar hidup dan fikiran bercelaru. Kehadiran TGHH di dalam program Majma' Taqrib bainal mazahib bukan perkara baru. Sudah 30 tahun program ini berjalan. Anjuran Kerajaan Iran. Turut dihadiri oleh ulamak sunni dan syiah. Kenapa pula pada tahun ini menjadi polemik? Perbincangan lebih kepada persamaan untuk masalah umat Islam. Mereka tidak bincang bab tahlil, sambutan maulid boleh atau tidak. Mereka tidak bincang solat tarawih 8 atau 20 rakaat, qunut boleh atau tidak, tahiyyat bergerak jari atau tidak, boleh sapu muka atau tidak waktu memberi salam.
Mereka tidak leka dengan perbuatan untuk membidaahkan sesama umat sehingga menimbulkan perpecahan umat. Walaupun kadang-kadang manusia inilah yang menuduh PAS membawa budaya takfir. Apabila PAS menjawab, maka dituduh taksub, tidak boleh dikritik, politik sempit, fikiran tertutup. Macam-macam lagi tuduhan kepada PAS.
Persoalan politik dunia kena dilihat di dalam kerangka yang besar, bukan atas sentimen mazhab.
Di dalam politik antarabangsa PAS mempunyai pandangan tersendiri berdasarkan ilmu. PAS tidak tunduk kepada Arab Saudi atau Iran. PAS bersahabat kepada kebenaran. PAS tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak. PAS bebas untuk menyuarakan pandangan.
Sudah lama PAS dituduh membela syiah. Kepimpinan ulamak didakwa terpengaruh dengan ajaran syiah. PAS menjawab dengan amalan, Ketika berlaku Perang Teluk antara Iraq dan Iran, PAS menyebelahi Iran. Walaupun seluruh dunia Arab membela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Sekali lagi PAS dituduh Syiah.
Kebetulan negara Iran yang agak lantang menentang Israel, sedangkan negara Arab yang lain membisu. Mereka semua sudah menjadi tunganggan Amerika Syarikat. Kenapa isu Sunni dan Syiah dibangkitkan? Mereka sedar inilah senjata yang boleh melindungi kerja buat mereka yang menjadi boneka Amerika.
Sunni tidak mudah menjadi Syiah, Syiah tidak mudah menjadi Sunni. Tidak guna untuk membangkitkan perkara yang sudah dibincang sejak lama.
PAS berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. PAS pernah memecat ahli PAS kerana menganut fahaman syiah. Kerana ia boleh membawa kepada perpecahan dalam parti. PAS menolak fahaman membidaahkan orang lain, sehingga menimbul perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat.

23 Rabiul Awwal 1438 / 23 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 23/12/2016
Sumber HD - 23-12-2016

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengakui pimpinan parti itu tidak maksum dan sedia untuk dikritik.
Bagaimanapun, beliau memohon agar mereka yang membenci Pas agar tidak membuat fitnah terhadap parti itu.
“Kalau kita ragu atau tidak pasti maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain. Kalau pun benci dengan Pas jangan pula fitnah Pas.
“Kritiklah Pas dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum,” katanya dalam kenyataan.
Mengambil contoh dakwaan Pas hendak bergabung dengan Umno serta Pas menerima dana RM90 juta, Idris berkata, kebanyakan maklumat itu diperoleh daripada sumber tidak sahih.
“Daripada mana awak dapat maklumat mengatakan Pas hendak bergabung dengan Umno? Daripada mana awak dapat maklumat Pas dapat RM90 juta?
“Daripada mana awak dapat maklumat Pas tidak bersuara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), RM2.6 bilion, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ)? Jawapannya daripada Facebook, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada Pas, portal dan laman web,” katanya.
Oleh itu, beliau menasihatkan semua pihak merujuk kesahihan maklumat kepada pemimpin Pas atau saluran yang tepat.
“Bukankah pepatah mengatakan hendak tahu kebaikan seorang tanyalah sahabatnya. Hendak tahu keburukan seorang tanyalah musuhnya.
“Nasihat saya tanyalah kepada ahlinya, bukan maklumat yang tidak tahu siapa membawa dan menulisnya. Mungkin ditulis oleh orang Muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api atau saraf musuh,” katanya.
Sumber TKO - 15-12-2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43573-maklumat-salah-tindakan-pun-salah
DARIPADA mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak bergabung dengan Umno? Daripada mana awak dapat maklumat PAS dapat RM90 juta? Daripada mana awak dapat maklumat PAS tidak bersuara mengenai 1MDB, RM2.6 bilion, DOJ?
Jawapannya daripada FB, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada PAS, portal, laman web.
Saya tanya lagi, awak ada bertanya dengan pemimpin PAS? Awak baca Harakahdaily? Awak baca Harakah? Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah di markaz PAS? Awak dengar ceramah PAS? Jawapannya semuanya tidak.
Bukankah pepatah mengatakan hendak tahu kebaikan seorang tanyalah sahabatnya. Hendak tahu keburukan seorang tanyalah musuhnya.
Nasihat saya tanyalah kepada ahlinya, bukan maklumat yang tidak tahu siapa membawa dan menulisnya. Mungkin ditulis oleh orang muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, saraf musuh.
Kalau kita ragu atau tidak pasti maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain. Kalau pun benci dengan PAS jangan pula fitnah PAS. Kritiklah PAS dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum.

14 Rabiul Awal 1438 / 14 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 14/12/2016
Sumber HD - 14-12-2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43513-pas-bukit-gantang-sumbang-bantuan-persekolahan
BUKIT GANTANG: Persiapan untuk meneruskan pengajian sesi 2017 pasti akan dirasai oleh semua keluarga namun bagi mereka yang tidak berkemampuan pasti berhadapan dengan krisis kewangan.
Atas dasar keprihatinan tersebut, satu majlis sumbangan "Kembali ke Sekolah" telah dianjurkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Gantang di Cawangan Kampung Kurnia jaya.
Bantuan persekolahan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dalam memberikan bantuan kepada golongan memerlukan.
Sekitar 25 orang telah menerima sumbangan bantuan persekolahan dalam majlis tersebut. – HARAKAHDAILY 8/12/2016
Sumber HD - 8-12-2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43472-dekat-mana-salah-tuan-guru-abdul-hadi
Apa masalahnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) hadir himpunan solidariti untuk Rohingya pada hari ini. Ada yang kata munafik kepada PAS. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin.
Persoalanya dekat mana yang salah TGHH? Adakah TGHH minta projek dalam ucapannya? Adakah TGHH baca ayat al-Quran tidak betul. Adakah TGHH berucap menyebut fakta tidak betul? Adakah TGHH terkeluar tajuk? Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama? Adakah Salah TGHH menggunakan platform himpunan ini membaca ayat al-Quran di hadapan pemimpin Umno BN sebagai usaha untuk menerangkan Islam? Adakah TGHH minta supaya bangkit menentang syariat Allah? Adakah TGHH minta supaya hadirin semua sokong Umno?
Ada yang tafsir ayat "Jangan kamu cenderung dengan kezaliman". Seolah-olah TGHH sokong orang zalim, maka ia akan disambar oleh api neraka. Salah kerana TGHH duduk sebaris dengan PM, nanti akan disambar oleh api neraka. Biarlah orang menilai dengan tulisan mereka. Biarlah orang menilai tafsiran ayat al-Quran mereka. Baru orang tahu tahap ilmu mereka dan dendam kesumat mereka.
Kesimpulannya, marah kerana yang pergi itu TGHH. Yang berucap itu pemimpin PAS, kalau pemimpin mereka OK. Kalau yang mereka suka, buatlah macam mana pun akan di"taqdiskan" (disucikan). Fahamlah dengan kaca mata Islam, bukan emosi. Rujuklah al-Quran, Sunnah, Sirah. PAS tidak akan tunduk kepada sesiapa. Selagi tidak bertentangan dengan Islam dan syariat PAS akan terus bekerja untuk menegakkan Islam. PAS tahu jalannya sukar dan jauh. Mereka yang ada agenda yang jahat akan terpelanting. Kalau Umno BN ada strategi dan ada agenda tersendiri, PAS juga ada strategi dan tawakkal kepada Allah SWT. Perancangan Allah lebih hebat. - HARAKAHDAILY 4/12/2016
Sumber HD - 4-12-2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43460-pas-parti-islam-bukan-is-bukan-taliban
PAS merupakan parti Islam, dasarnya Islam, rujukannya Quran, Hadis, Ijma' dan Qias. PAS bukan Parti yang mengangkat senjata seperti IS, Taliban. PAS bukan parti yang tidak boleh bawa berunding dan berbincang.
PAS mengambil pendekatan Muwajahah Silmiah. Jalur dakwah dan jalur politik. Orang yang mengukur PAS dengan jalur politik tidak akan temui jawapannya. Tetapi PAS bergerak dan bertindak atas panduan Islam.
PAS tidak kompromi dengan kezaliman dan penyelewingan, rasuah, GST, TPPA, 1MDB RM2.6 bilion, PPSMI, FGV, PKFZ, salah urus dana awam, ketirisan, ISA, POTA dan lain- lan. Menentang syariat Allah juga zalim. Memperlekehkan syariat Allah juga kerja zalim. Menghalang syariat Allah juga zalim. PAS akan menentang tidak kira siapa yang melakukan kezaliman. Samaada kerajaan atau bukan kerajaan.
Di dalam perkara sejagat PAS boleh bekerjasama walau pun dengan musuh politik. PAS pernah duduk semeja isu Palestin, dan hari ini anjuran NGO, pimpinan PAS akan sepentas dengan Perdana Menteri isu Ronghingya.
Akan adalah pula gelaran yang diberi kepada PAS, UG, gabung dengan Umno, makan dedak dan macam-macam gelaran. PAS tidak kisah. PAS bukan parti budak- budak yang boleh dicucuk hidung. Sejarah akan membuktikan siapa yang akan kembali ke pangkuan Umno.
Kalau pemimpin PAS buat tidak boleh walau pun isu sejagat. Kalau orang lain boleh, bukan setakat sepentas malahan berpeluk dan berlaga pipi pun tidak mengapa.
PAS tahu masa bila perlu berbincang, masa bila kita bertempur dengan musuh politik. Bukan semua masa kita bertempur, bukan semua masa kita berdamai.
Bukan perkara baru, musuh PAS tuduh PAS. Waktu zaman Tun Mahathir perkenal Program Islamisasi semua pakat teruja dengan Dr Mahathir, termasuk badan dakwah di Malaysia. DS Anuar Ibrahim turut menyertai Umno kerana kagum dengan Dr Mahathir. Macam- macam seminar seperti Siasah Syariyyah, Maqasid Syariah untuk menghalalkan penyertaan dalam Umno. PAS keseorangan melawan Umno BN. PAS tidak percaya dengan program Islamisasi Dr Mahathir.
Ada gerakan Islam antarabangsa pujuk PAS sertai Umno, kerana Umno sudah hendak kepada Islam. PAS tetap tolak. PAS kenal apa itu Umno, dulu, kini dan selamanya. Dasar Umno masih tidak berubah, siapa pun yang memimpin Umno maka itulah pembawaanya. – HARAKAHDAILY 4/11/2016
Sumber HD - 4-11-2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43453-tamrin-qiadi-terasa-manisnya-bersama-jamaah
KUALA LUMPUR: Gembira sungguh sepanjang Tamrin Qiadi PAS Pusat sejak pagi semalam di Rusila, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, rasa ukhwah dan mahabbah di kalangan peserta sama ada melalui program formal atau tidak formal.
"Terasa manisnya bersama jamaah. Tidak terasa penat apabila bertemu wajah sesama sahabat," ujarnya menerusi laman facebook.
Dalam tulisan sebelum itu, beliau berkata menegakkan kebenaran dan melawan kebatilan di akhir zaman seperti mengenggam bara api.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, hanya mereka yang tahan ujian sahaja yang mampu berbuat demikian kerana jalannya sentiasa sukar.
"Kebenaran daripada Allah. Maka perlu kebenaran itu menjadi sahabat kita. Manakala kebatilan itu musuh kita, walaupun datang dari sahabat kita.
"Satu perkara yang sukar untuk membuat perhitungan, maka inilah perjuangan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 3/12/2016
Sumber HD - 3-12-2016

(Tamrin Qiyadi Pas Pusat 2016 – Catatan oleh Lajnah Tarbiyah Pas Sabah)
MUQADDIMAH
– Kepimpinan Rasulullah SAW adalah kepimpinan sempurna yg memiliki sisi-sisi besar kepada bimbingan jasmani dan rohani manusia.
– Membincangkan tajuk sebegini adalah berat dan selagimana seseorang itu tiada dalam agenda memimpin umat, tidak akan dapat melihat kepimpinan ini.
– Insan yang bergelumang dalam memimpin umat akan melihat qiyadah ini.
– Allah Taala menyebutnya
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
At-Taubah (128)
– Rasulullah SAW adalah pimpinan pilihan Allah.
– Walau bagaimana luas ilmu seseorang, atau hebat ibadahnya, dia tidak akan menjadi Rasul kerana Rasul itu adalah pilihan mutlak Allah Taala.
– Rasulullah SAW diberikan segala sifat kesempurnaan, kelebihan dan kemuliaan.
– Ulama’ menyebut kalimah من انفسكم merujuk kepada kelebihan terbaik Rasulullah SAW dari segala aspek seperti contoh aspek qiyadah (kepimpinan)
1. KEPIMPINAN RASULULLAH SAW ADALAH KEPIMPINAN RABBANI. الربانية
– Ianya kepimpinan membesarkan Allah Taala. Rasulullah SAW membimbing dan mengatur umat dalam melengkapkan ubudiyah kepada Allah. Hal ini Rasulullah SAW laksanakan dengan membimbing umat melalui syariat Allah Taala dan umat disingkapkan kepada keagungan, kebesaran, keadilan dan kerahmatan undang-undang dan hukum Allah.
– متعلق بالله في حياتهم (diikat kehidupan mereka bersama Allah). Walaupun hukum manusia diguna pakai dan dipersembahkan dalam bentuk keadilan, ia tetap tidak menimbulkan perasaan terikat kepada Allah Taala. Ia merupakan suatu bentuk pengkhianatan kepada Allah.
– Rasulullah SAW dalam semua bentuk kepimpinannya mengikat manusia kepada ibadah kepada Allah. Ibadah dalam segala bentuk hidup samada solat, bacaan Quran, zikir dan sebagainya yang mana Rasulullah SAW membimbing manusia kearahnya.
– Allah Taala menceritakan :-
يَوْمَ يَجْمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَا أُجِبْتُمْ ۖ قَالُوا لَا عِلْمَ لَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
Ingatlah) hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul, lalu Allah bertanya (kepada mereka), “Apa jawaban kaum kalian terhadap (seruan) kalian?” Para rasul menjawab, “Tidak ada pengetahuan kami (tentang itu), sesungguhnya Engkaulah Yang mengetahui perkara yang ghaib.”
(( Al-Maidah ayat 109 ))
– Ayat ini menunjukkan kepada adab keimanan yang mengiktiraf ketinggian makrifah Allah Taala.
– Manusia tiada ilmu akan banyak perkara ظواهر و بواطن kehidupan. Mereka tiada tahu apa yang tersembunyi melainkan Allah Taala jua.
– Berlaku اختلاف الزمان و إختلاف المكان yang menghalang mereka (manusia) untuk tahu banyak perkara
.
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ}
[البقرة: 216]}.
Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
(( Al-Baqarah 216 ))
– Tatkala Rasulullah SAW bertanya kepada Saidina Umar dalam hadis Jibril (Soal Islam Iman Ihsan) maka sahabat menjawab dengan adab yang diajar Allah & Rasul. Kata Saidina Umar الله ورسوله أعلم. Inilah aspek kepimpinan yang diajar oleh Rasulullah SAW .
2. RASULULLAH MEMIMPIN UMAT KEPADA MELIHAT PANDANGAN MASA HADAPAN المستقبلية
– Rasulullah SAW mengajar kepada umat agar melihat masa depan Islam. Mendidik sahabat agar bersama putaran roda Islam.
– Mengambil ibrah dari kisah Saidina Khabbab r.anhu
– Tiada masa depan melainkan masa depan Islam. Selain daripada itu ianya adalah tipu daya semata-mata
– Janji Rasulullah SAW bukanlah seperti janji golongan “futuristik” hari ini yang menjanjikan masa depan diatas imaginasi dan khayalan. Akhirnya manusia akan jemu dengan segala ideologi dan bentuk khayalan pemikiran dan akan kembali kepada janji masa depan kemenangan islam.
– Jangan jadi seperti golongan yang tolak hukum Islam, kerana inginkan kemenangan. Mereka tak yakin dengan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah Taala.
3. KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DENGAN CONTOH-CONTOH YANG BAIK القيادة بالقدوة الحسنة
– Firman Allah :
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(( Al-Ahzab ayat 21 ))
– Kepimpinan Rasulullah adalah contoh terbaik bagi umat. Nabi SAW menjadi muallim umat dan membentuk sahabat menjadi generasi yang unik.
– Firman Allah Taala :-
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Sebagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kalian kepada kekafiran setelah kalian beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi
mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Mahakuasa alas segala sesuatu. (( Surah Al-Baqarah ayat 109 ))
– Ayat ini menjelaskan bagaimana kemuliaan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam berinteraksi.
– PAS memimpin manusia sebagai parti Islam. Kepimpinan dengan sifat dan akhlak yang mulia sepertimana Rasulullah SAW memimpin umat.
4. KEPIMPINAN RASULULLAH DENGAN KEPIMPINAN SYARIYYAH القيادة الشرعية
– Tiada diwujudkan darjat / dinding antara Rasulullah SAW dan umat. Umat merasakan kasih sayang Rasulullah SAW.
– Hal ini dapat disaksikan dengan banyak riwayat seperti dalam Kitab Syamail Muhammadiyah berkenaan dengan akhlak kepimpinan syarie yang ditonjolkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
– Kepimpinan sebegini menjadikan Rasulullah SAW dicintai oleh umat sepenuhnya. Kisah bagaimana seorang Ibu yang 3 orang anaknya terkorban di medan jihad, terlebih dahulu bertanya “Bagaimanakah Keadaanmu Wahai Rasulullah SAW”
– Kepimpinan yang menimbulkan Thiqah umat kepadanya. Inilah yang perlu dibawa oleh kepimpinan Parti Islam seMalaysia.
5. KEPIMPINAN YANG DIBERKATI ALLAH القيادة المباركة
– Firman Allah Taala :-
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa sebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(( Al-A’raf ayat 96 ))
– Dibawah kepimpinan Islam manusia tidak akan melalui kehidupan yang sempit.
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
Dan barang siapa berpaling dari peringatanKu, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”
(( Surah Thaha ayat 124 ))
– Maka kepimpinan Islam akan menjemput barakah daripada Allah Subhanahu Wa Taala.
“KEPIMPINAN ISLAM MEMIMPIN UMAT KEPADA REDHA ALLAH”
Sumber BO - 3-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43446-lebih-200-pimpinan-bertamrin-di-rusila
Tajnid Dan Pemerkasaan Ruh Tarbawi: Lebih 200 Orang Pimpinan Bertamrin Di Rusila
RINTIK-rintik hujan menampar keras bumbung dinding Dewan Maahad Darul Quran Rusila Marang, tempat berlangsungnya Tamrin Qiadi PAS Pusat. Gelora laut China Selatan menggulung ganas, menghempas pantai putih dan itulah juga analogi kepada perjuangan PAS selama 65 tahun ini, berdepan dengan mehnah dan ibtila'.
Gerakan Islam tertua di Tanah Malaya ini merupakan kesinambungan gerakan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948, tegak atas tiga teras buananya, siasah, dakwah dan tarbiah. PAS terus kekal mara dalam medan operasinya selama lebih enam dekad kerana kekuatan tarbiah gerakan itu bermula daripada cawangan.
Seluruh organisasi PAS disepuh dengan kegiatan amal tajnid seperti usrah, tamrin, mukhaiyam, daurah, jaulah tarbawi, rehlah dan ijtimak. Pendokong PAS mulai daripada cawangan sehinggalah di peringkat pusat terus-menerus menerima simbahan tarbiah. Pimpinan pusat terikat dengan usrah Qiadi yang dibimbing oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri, begitu juga Majlis Nuqoba' Pusat yang menghimpunkan tenaga teras terbaik dalam tajnid (kaderisasi dakwah) secara sistematik.
PAS sebagai hizbullah yang terus menjulang izzah Islam, menjadi pembenteng kepada agama Allah di negara ini maka bukan kepalang kesakitan yang PAS terpaksa tanggung untuk menjaga Deenullah ini. Pendokongnya ada yang dibunuh, dipenjara, dikucilkan dalam mengalang amanah ini.
Menurut pengucaputama Tamrin Qiadi, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PAS tidak boleh menyembunyikan kebenaran Islam semata-mata ingin mengambil hati manusia. Dalam zaman edan yang manusia berpaling daripada Islam, maka tugas PAS semakin mencabar untuk menyampaikan Islam.
Pendokong PAS mestilah meletakkan niat yang ikhlas berjuang dengan jamaah ini, jangan kerana cintakan pangkat, sanjungan dan kemuliaan. Jika niat salah maka berlakulah kegelinciran dalam perjuangan, tidak terpilih sebagai pimpinan maka melarikan diri daripada perjuangan. Pimpinan PAS mestilah bersikap benar, jangan mengkhianati janji dan bersifat amanah dengan tugasan serta jawatan yang disandang.
Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, sifat wajib kepada ar-Rasul SAW iaitu sidiq, amanah, tabligh, fatonah merupakan cerminan dan pantulan kepada semua para pendokong Islam. Berusahalah mencontohi sebaik mungkin qudwah ini kerana ia akan membezakan kita dengan ahli-ahli gerakan lain, PAS bukanlah parti politik semata-mata tetapi sebuah gerakan Islam.
Pendakwah dan pendokong Islam mestilah mempunyai keberanian untuk menyampaikan risalah. Lihatlah imbasan sirah perjuangan para Rasul, keberanian mereka berdepan dengan thaghut seperti Nabi Allah Musa a.s., Nabi Ibrahim a.s. dan seluruh rasul. Seteguh banjaran dan sekental karang di lautan dalam menyampaikan risalah Islam sebagaimana teguhnya nabi Nuh a.s, siang dan malam terus menyampaikan risalah perjuangan.
Menurut Tuan Guru lagi, apabila berjuang pastilah dengan kesabaran tinggi kerana dalam perjuangan ini pasti akan dihempap dengan mehnah dan ibtila'. Contohi Rasulullah dalam peperangan Uhud, walaupun perih dan kesedihan yang amat akibat pembunuhan Saidina Hamzah, baginda tetap bersabar dengan tahap kesabaran tertinggi.
Kesan kesabaran tinggi ini, Allah menghadiahkan kegembiraan besar apabila Hindun binti Utbah dan Wahsyi bin harb yang terlibat dengan pembunuhan Saidina Hamzah dan merobek jasad Hamzah akhirnya telah memeluk Islam selepas peristiwa fathul Makkah.
Pelbagai mutiara ilmu dikongsikan oleh pengucaputama yang menghuraikan ciri-ciri hizbullah dan peserta-peserta tamrin tetap dengan gejolak semangat walaupun perkampungan Rusila sedang diserkap dengan cuaca mendung musim tengkujuh. PAS akan terus merimbun dengan amal tarbawi dalam meredah samudera perjuangan yang panjang ini. Tak berpaling dan apologetik, bersatulah wahai kaum muslim dengan sinar obor kebahagiaan. – HARAKAHDAILY 2/11/2016
(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Tarbiah Pusat)
Sumber HD - 2-12-2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43445-umno-kena-suluh-diri-jangan-salahkan-orang-lain
TIDAK perlulah merintis dan mengeluh setiap kali Perhimpunan Agung Umno (PAU) mengenai nasib Melayu di negara ini
Umno perlu muhasabah kenapa Melayu masih ketinggalan walaupun Umno sudah 70 tahun wujud.
Selagi pemimpin Umno menganggap menjadi pemimpin untuk mengumpul kekayaan, bukan satu amanah maka inilah hasilnya
Tindakan Umno memalukan bangsa dan agama Islam pada kaca mata bangsa lain dan agama lain.
Perlu ingat Melayu tidak akan selamat tanpa Islam. Pembawaan Umno yang hanya retorik dan menjadikan Melayu sebagai umpan ia tidak mendatangkan keuntungan untuk jangka panjang.
Umno jangan ambil kesempatan dengan meniupkan emosi dalam kalangan orang Melayu supaya terus berpaut dengan Umno.
Sampai bila Umno hendak berlakon di pentas PAU untuk gambarkan Umno sebagai pembela Melayu
Umno jangan menyalahkan orang lain dan menuding jari ke pihak lain, kenapa Melayu masih merempat di bumi sendiri.
Siapa yang menjadi broker dan orang perantaraan dalam syarikat bukan bumi untuk mendapat projek kerajaan. Semuanya sudah menjadi rahsia umum.
Siapa yang menjadi Ali Baba yang telah turun-temurun sejak sekian lama. Berapa banyak syarikat Melayu dan usahawan sejati yang gulung tikar angkara permainan pemimpin Umno.
Suluh diri, muhasabah diri lebih baik daripada menyalahkan orang lain. – HARAKAHDAILY 2/11/2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43206-1mdb-tahniah-atas-perjuangan-keberanian-rafizi
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan takziah kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara atas dua tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB, yang diklasifikasikan sebagai sulit.
"Tahniah atas perjuangan dan keberanian beliau untuk menegakkan kebenaran mengenai isu 1MDB," ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, kemelut isu yang tidak berkesudahan sehingga menggoncang masalah dalaman Umno, berlakunya perubahan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara, pejabat Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Awam di Parlimen.
Menurutnya lagi, isu yang menjadi perbincangan hangat daripada kedai kopi hingga Dewan Rakyat.
"Semoga Allah memberi kekuatan kesihatan untuk terus berjuang dan memberi kesabaran kepada ahli keluarganya di dalam menghadapi suasana ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki dan mendedahkan satu halaman Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Mac lalu. - HARAKAHDAILY 15/11/2016
Sumber HD - 15-11-2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43170-hentam-pas-apa-ada-pada-pas
PAS parti kerdil sahaja. Pemimpinnya pak lebai. Ahlinya orang kampung. Pengikutnya marhaen. Mereka ikut PAS kerana dasar. Bukan taksub kepada pemimpin. Ahlinya taat selagi pemimpin taat kepada Allah, Rasul dan jamaah. Inilah batas sempadannya.
Pelik juga manusia yang tidak suka PAS. Siang malam hentam PAS. Hentam PAS, kadang-kadang lebih teruk daripada hentam Umno BN. Seolah-olah hilang fokus. Seolah-olah PAS ini hebat dan kuat. Sedangkan PAS tidak perintah negara. Tidak memiliki media yang hebat. Tidak ada cybertrooper yang handal yang tidak takut kepada sesiapa. Kita tidak mampu membiyai cybertrooper yang bekerja 24 jam setiap hari. Tidak ada wang RM90 juta.
Dalam masa yang sama menuduh PAS tidak ada masa hadapan. Ramai orang keluar PAS dan berhijrah ke parti lain. Anak muda tidak bersama PAS. Golongan profesional lari daripada PAS. Peliknya, setiap detik hentam PAS. Tidak guna lawan orang yang lemah seperti PAS.
Kalau PAS lemah, tidak ada nilai, tidak ada harga. Maka tidak perlulah ambil tahu berkenaan PAS. Biarlah apa PAS hendak buat suatu pendirian. Kalau rugi pun PAS, bukan orang lain. Anggaplah PAS ada seperti tiada, barulah kamu senang hati. Binalah kekuatan sendiri, anggaplah PAS tidak ada dipersada politik tanah air. Kepala pun tak sakit. Umno pun pening kepala menghadapi PAS.
Tidak ada untung pun kalau lawan PAS. Sikap PAS tidak akan berubah. PAS sudah 65 tahun melawan Umno BN. PAS sudah 13 kali sertai pilihan raya. Selama 65 tahun ada yang tahan diuji dan ada yang tidak tahan. Berapa ramai pemimpin PAS dan wakil rakyat PAS tidak mengakhiri hayat mereka bersama PAS. Adakah PAS mati?
Walaupun mereka harap PAS akan berkubur, alhamdulillah PAS masih segar bugar seperti rumput yang segar selepas disiram embun. PAS seperti gadis sunti, semuanya hendak melamar. Hasbunallah wani'mal wakil. - HARAKAHDAILY 11/11/2016
Sumber HD- 11-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43131-pas-sudah-65-tahun-matang-dalam-tindakan
KUALA LUMPUR: "Apabila PAS membuat satu keputusan maka adalah sebabnya," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau berkata, PAS sudah berumur 65 tahun, matang dalam tindakan dan keputusan.
"Jatuh, bangun, menang, kalah, pahit, manis semua sudah dilalui," ujarnya menerusi laman facebook.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, PAS tidak pernah memaksa orang lain mengikut pendiriannya.
Menurutnya, mereka yang tidak bersetuju boleh kata apa sahaja, kerana itu sikap mereka.
Tegasnya, PAS akan bekerja seperti biasa untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini.
"Berapa lama musuh PAS hendak membunuh perjuangan PAS dengan berbagai cara, semuanya gagal. PAS adalah PAS," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 8/11/2016
Sumber HD-8-11-2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42921-nikmat-makan-sebelum-umur-40-tahun
KUALA LUMPUR: Nikmat makan sebelum umur 40 tahun merupakan garis pemisah untuk mendapat kelazatan, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau berkata, apabila umur semakin meningkat potensi dihinggapi penyakit begitu kuat.
"Banyak makanan kegemaran terpaksa dikawal berbanding pada waktu muda. Inilah putaran kehidupan," ujarnya menerusi laman facebook.
Tambahnya, banyak nikmat hidup dapat dirasai ketika umur 40 tahun ke bawah.
Justeru, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu apabila umur meningkat, banyak nikmat dan kelazatan hidup semakin berkurangan.
Oleh itu, ujarnya amat malang bagi seorang yang umurnya semakin lanjut tetapi jauh dengan Allah sedangkan nikmat dunia banyak yang tidak dapat dinikmati. - HARAKAHDAILY 22/10/2016
Sumber HD - 22-10-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42831-walaupun-pas-makin-tua-tapi-evergreen
MELAKA: Islam dibawa PAS mencakupi kehidupan, pemerintahan hingga kepada kematian dan berterusan sampai hari kiamat.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS bukan lawan Umno kerana soal rasuah dan ketelusan, tetapi mahu kesyumulan Islam dihayati.
"Apa sahaja kita buat, strategi kita, segalanya meletakkan Islam mendahului. Inilah rahsia PAS. Dulu PAS tiada apa-apa di Melaka, tetapi kerana Islam kita bertahan dan kuat.
"Dasar Islam kita tidak pernah dikompromikan. Kita mungkin boleh menang jika buang dasar ini, tapi akan terima buruknya kemudian," tegasnya pada ceramah sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 di Balai Islam Pernu, Telok Mas, malam tadi.
Menurut beliau, elemen ilmu antara perkara yang menjadi kekuatan PAS yang didapati dari para ulamanya menerusi kuliah dan dakwah umum dilaksanakan.
Begitu juga katanya, dukungan teguh dari kalangan profesional kepada PAS yang terdiri daripada pelbagai bidang.
PAS ujarnya, turut terdiri dari aktivis dengan pelbagai keupayaan dan kesanggupan yang menarik banyak pihak kepada PAS.
"Dua entiti PAS kita berjaya masyarakatkan ialah Pasti dan Jabatan Amal. Dua-dua ini pemiliknya adalah Dewan Pemuda PAS. Kekuatan PAS juga kerana tarbiyah yang jadi agenda sama ada secara fardi atau jamaie.
"Kita orang PAS, bila bercakap biar kita buat (laksana). Ini yang kita tekan kepada semua ahli kita terutama pimpinan. Kerana lagi tinggi, lagi banyak gangguan syaitan padanya. Jadi perlukan tarbiyah," terangnya.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, janaan usrah menyebabkan banyak fungsi parti dapat digerakkan dan Pemuda PAS tidak mempunyai halangan besar melaksanakannya.
Majlis Syura Ulamak juga katanya, adalah kekuatan penting PAS selaku penjaga dasar agar parti sentiasa bergerak selari Islam berpandukan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qiyas.
Malah PAS jelasnya, mempunyai ahli yang taat melaksanakan perintah dan arahan parti di mana perkara itu tiada dalam parti lain.
Menyentuh isu politik semasa, PAS menurutnya dihentam oleh lawan termasuk kalangan parti pembangkang lain.
Kini menjelang pilihan raya ujarnya, parti-parti lain mula dan mahu mendekati PAS mengajak untuk bersama kerana kekuatan yang ada serta pengalaman.
"Walaupun PAS makin tua, tapi evergreen. Dah jadi macam gadis sunti, semua pakat mahu dengan PAS. Tambah Umno, tak sempat cadang, dah sokong," sindirnya menyebab hadirin ketawa.
Tambah beliau lagi, PAN yang cuba memburuk-burukkan PAS kini tiada modal selain mengulang propaganda sama.
Sebagai gerakan siyasah dakwah, fokus PAS jelasnya, tidak hanya tertumpu pilihan raya tetapi juga pelbagai perjuangan lain meliputi kebaktian kepada manusia.
Tegas beliau, PAS tekad menggantikan Umno dan membawa rakyat dengan Islam. - HARAKAHDAILY 15/10/2016
Sumber HD - 15-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42755-konvoi-lawan-konvoi-bukan-konvoi-lawan-penendang
Tindakan baju merah menyerang dan menendang pasukan konvoi Bersih 5 perlu dikutuk. Jangan bawa budaya samseng dalam politik Malaysia.
Walaupun PAS tidak sertai perarakan Bersih 5, bukan bererti PAS menyokong tindakan yang tidak bertamaddun ini. PAS juga bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk pilihan raya adil.
PAS menentang sebarang bentuk kezaliman dan tindakan tidak bermoral. Kerana ini merupakan ajaran Islam sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud, "Bantulah saudara kamu yang dizalimi".
Sekarang zaman millennium baharu, bukan cara politik tahun 60-an yang bersifat barbarian. Politik hujah melawan hujah, program lawan program. Bukan konvoi lawan penendang. Baju merah boleh kerah sebanyak mungkin untuk buat seperti konvoi Bersih 5. Bukankah negara kita negara demokrasi?
Pihak polis perlu mengambil tindakan segera untuk kenal pasti siapa yang terlibat. Tidak payah mana untuk mengambil tindakan, kerana gambar jelas terpampang di media sosial dan audio.
Jangan biarkan budaya samseng ini menular di dalam masyarakat.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
8 Muharam 1438 / 9 Okt 2016 - HARAKAHDAILY 9/10/2016
Sumber HD - 9-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42734-rasuah-rosak-ikan-bermula-dari-kepala
APA sudah jadi dengan kakitangan awam yang dituduh terlibat dengan rasuah. Kenapa terjadi demikian? Sudah rosakkah modal insan di negara ini. Mereka yang terlibat, umur sudah lanjut untuk membilang hari di penghujung usia. Tidak takutkah mereka dengan azab Allah.
Terbaru, SPRM telah merampas RM112 juta wang ekoran tertangkapnya dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah. Jumlah ini merangkumi RM52 juta tunai dan RM60 juta dalam simpanan. 30 orang kakitangan SPRM terpaksa mengambil masa 15 jam untuk mengira wang RM52 juta. Cuba bayangkan berapa lama masa perlu diambil oleh SPRM kalau hendak membilang RM2.6 bilion? Ini tidak termasuk barang kemas, kereta mewah, wang asing, geran tanah, jam tangan mewah, 94 beg tangan berjenama.
Semua suspek kes ditahan kerana melibatkan RM3.3 bilion dana projek Pusat untuk pembinaan infrastruktur asas sejak tahun 2010. Cuba bayangkan berapa banyak overcharge yang kerajaan (baca wang rakyat) terpaksa membayar kalau komisyen sebanyak itu? Berapa banyak kerugian wang rakyat dibazirkan untuk memenuhi tembolok beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.
Adakah di belakang mereka ini ada tangan ghaib sehingga mereka berani berbuat demikian. Kita harapkan akan terbongkar siapakah dalang di sebalik tindakan mereka apabila di bawa ke pengadilan.
Adakah mereka ini yang menjadi pembekal kepada kegiatan politik wang di negara ini. Inilah bahaya apabila politik wang bermaharajalela, sama ada di dalam pemilihan parti atau pilihan raya negara.
Rakyat amat ternanti-nanti ikan besar pula ditangkap oleh SPRM. Rosak ikan bermula di kepala. Berani kerana benar, usah takut dan gentar. Rakyat akan bersama SPRM. – HARAKAHDAILY 7/10/2016
Sumber HD - 7-10-2016

SHAH ALAM - Pas sambut baik cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti pembangkang bersatu menumbangkan BN.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, bentuk kerjasama yang boleh dijalankan adalah perbincangan supaya hanya berlaku pertembungan satu lawan satu dengan BN pada PRU14.
“Soal supaya bergabung itu, saya rasa pimpinan Pas tidak ada bincang. Kerjasama ini tidak semestinya bergabung, mungkin kerjasama secara tidak langsung bagi menghadapi pilihan raya.
“Apa yang disuarakan Mahathir bertujuan menukar kerajaan sekarang dan ia selari dengan pendirian Pas,” katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Mahathir menyatakan sejak 59 tahun lalu, pembangkang tidak berjaya mengalahkan BN disebabkan kegagalan mereka untuk bekerjasama dengan baik.
Beliau turut menyarankan Pas untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain bagi menumbangkan BN.
Mengulas perkara tersebut, Idris berharap tidak ada pihak melabel Pas bersama BN hanya kerana parti itu tidak berada dalam satu gabungan pembangkang.
“Kita sebuah parti pembangkang dan kami kini berada dalam satu blok politik ketiga pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan),” katanya.
Sumber TKO - 10-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh : Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Apa masalahnya dengan sistem pondok? sehingga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki suruh mengkaji sistem pondok untuk mengelak lahirnya golonga radikal dan pelampau.
Beliau berkata demikian ketika beliau berucap pada Mesyuarat Agung ke-39 Guru-Guru Agama Malaysia Barat di Kota Bharu.
Kita hendak tanya berapa orang yang terlibat dengan kumpulan radikal seperti Daesh dan IS, hasil keluaran pondok?
Ada juga mereka yang terlibat dengan kumpulan radikal ini yang tidak belajar di pondok dan pendidikan agama. Kenapa hendak kambing hitamkan pondok?
Sepatutnya kerajaan kena membantu sistem pondok sebagai tanda pendekmokrasian dalam pendidikan.
Bantu cukuplah, jangan pula untuk campur tangan dalam urusan pondok dan ubah kurikulum pondok kerana terbukti kurikulum pondok berjaya melahirkan ulamak yang berwibawa dan mantap dari segi keilmuan untuk menyelesaikan masalah semasa seperti perbankan Islam.
Semuanya terpaksa merujuk kepada kitab turath (asal). Mereka yang pernah melalui pengajian pondok amat diperlukan untuk memahami nas asal syarak.
Kerajaan sepatutnya berterima masih kepada pengajian pondok yang berusaha untuk membina modal insan di negara ini ketika masyarakat yang dilanda dengan krisis moral dan akhlak.
Guru pondok yang mengajar dengan ikhlas, pengajian tanpa yuran yang bukan bersifat perniagaan…………ini yang patut kerajaan bangga.
Apakah Dr Asyraf marah kerana majoriti pondok menolak Umno sehingga Ia menjadi ancaman kepada Umno, bukan ancaman kepada negara.
Majoriti pondok menyokong PAS, walau pun ini bukan pondok PAS, tetapi apa yang diajar dipondok sealiran dengan perjuangan PAS.
Nasihat saya Dr Asyraf jangan gopoh untuk membuat tuduhan. Jika ada kes yang melibatkan pelajar pondok di dalam kegiatan ini, ia hanya kes yang terpencil.
Sebagaimana juga mereka yang belajar di universiti terlibat dengan anasir ini, maka tidak boleh kita menyalahkan universiti.
Semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan. Semata-mata SAR menjadi ancaman kepada Umno!
***YB Ustaz Hj Idris Hj Ahmad ialah Naib Presiden PAS
Sumber BO - 9-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42387-dia-yang-ada-masalah-bukan-parti-yang-dia-sertai
KUALA LUMPUR: "Jika masuk PAS kerana manusia, keluar PAS kerana manusia. Sayang PAS kerana manusia, benci PAS kerana manusia.
"Orang seperti ini tidak boleh duduk di dalam mana-mana parti atau jamaah," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.
Katanya, mana ada jamaah atau parti yang sempurna.
Begitu juga, tambahnya mana ada pemimpin yang memimpin parti yang sempurna.
"Akhirnya orang boleh buat rumusan bahawa dia yang ada masalah, bukannya parti yang dia sertai," kata beliau.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, hanya masa yang akan menjawab.
"Jika kita panjang umur, kita akan mendapat jawapan yang sebenar," ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/9/2016
Sumber HD - 3-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang ni bising dan hingar bingar cakap-cakap yang mengatakan “habislah PAS kali ini, siapa lagi nak bersama dengan PAS, golongan bijak pandai dalam PAS telah tidak terpilih masa muktamar baru ni, sebahagian mereka ni nak menubuhkan parti baru, habislah PAS, ramailah nanti yang akan bersama mereka” dan berbagai-bagai versi ungkapan negatif, celaan dan hinaan dikenakan keatas PAS dan pimpinan PAS sekarang.
Saya teringat satu peristiwa yang saya yakin masih segar dalam ingatan kita semua. Muktamar PAS kali ke59 yang diadakan pada 22 hingga 24 Nov 2013 yang bertemakan “Rahmat Untuk Semua” di Stadium Melawati Shah Alam menyaksikan AlMarhum Tuan Guru Dato’ Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS telah diamanahkan oleh muktamar untuk berdoa ketika penutup Muktamar.
Antara doa AlMarhum Tuan Guru Harun Taib ialah;
الَّلهُمَّ عَلَيكَ بِأَعدَاءِ الحِزبِ الِإسلَامِيِّ فِي الدَّاخِلِ وَالخَارِجِ
“Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh Parti Islam didalam dan diluar”.
Doa itu segera mendapat perhatian sesetengah perwakilan yang menganggap hal itu merupakan satu isu kritikal yang perlu diambil perhatian oleh ahli.
Sehari sebelum Muktamar penuh bermula, di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, Muktamar Dewan Ulama meluluskan usul mengenai “Pemikiran Islam Dan Pluralisma Yang Menyesatkan “,menyentuh aktiviti beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang disifatkan sebagai gerakan yang menyebarkan fahaman Islam liberal.(Harakah 25-28 Nov 2013)
Sekembalinya saya dari muktamar, saya terus mengadap AlMarhum dan bertanya “Ustaz! Mengenai doa yang Ustaz baca semasa penutup tu, musuh luaran ana fahamlah, tapi apa maksud Ustaz mengenai musuh dalaman ni sehingga doa itu ditujukan sama dengan musuh luaran?”
Al-Marhum TG Harun Taib dalam keadaan tidak berapa sihat tapi apabila dikemukakan soalan tersebut terus menjawab pertanyaan saya dengan penuh semangat dan nada yang sangat tegas dan yakin;
” Din, kalau anta umur panjang, anta akan tengok Allah Ta’ala akan bersihkan PAS dari semua anasir-anasir yang merosakkan Pas dari dalam!”
“Anta kena faham, PAS adalah jamaah Islam tulin yang menepati ciri-ciri jamaah Islam yang Allah dan RasulNya jelaskan sifat-sifatnya dalam Quran dan hadith. Allah tak akan redha Pas berada dalam keadaan yang ada sekarang ini melainkan Allah akan bersihkan Pas!”
Al-Marhum seperti biasa akan mendatangkan hujahnya dengan AlQuran atau hadith lalu Al-Marhum membacakan kepada saya ;
مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ
( Ayat 179 Surah Ali- Imran)
“Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.”
Saya suka untuk menyalinkan di sini beberapa sedutan tafsiran ulamak mengenai ayat ini.
1) Mujahid berkata “Pada saat terjadi perang Uhud itu Allah membezakan antara orang-orang mukmin dengan orang-orang munafiq”
2) Qatadah berkata “Allah membezakan mereka melalui jihad dan Hijrah.”
3) Ibnu Abas dan kebanyakan mufassirin mengatakan ayat ini ditujukan secara umum kepada orang kafir, orang mukmin serta kepada orang munafiq.
4) Syed Qutb mengatakan “Nas AlQuran ini memastikan bahawa bukanlah urusan Allah dengan keagungan UluhiyahNya dan bukan perbuatan sunnahNya untuk membiarkan saff Islam bercampur aduk tanpa dilakukan penapisan di mana orang munafiq bersembunyi di sebalik pengakuan beriman dan memakai simbol Islam..”…
“…Semua itu menghendaki supaya saff kaum muslimin dicairkan untuk mengeluarkan kotorannya, ditekan supaya runtuh batu bata bangunan yang rapuh kemudian disiasat untuk mengetahui bahagian-bahagian dalamnya dari segala sudut dan bahagiannya.”
“Oleh kerana itu,adalah menjadi urusan Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Bukan menjadi urusanNya untuk membiarkan kaum mukminin berada dalam keadaan seperti sebelum terjadinya goncangan ini”
Sebaik saja saya teringat akan doa AlMarhum Tuan Guru Harun Taib dan ayat 179 Ali- Imran yang dibacakan pada saya dan memerhatikan apa yang sedang berlaku dalam Pas ini,maka fahamlah saya kenapa Dato’ Seri Tuan Guru Presiden menjawab soalan wartawan yang bertanya beliau adakah tidak bimbang setelah terdapatnya ahli parti yang bertindak meletakkan jawatan.
TGHAH mengungkapkan dengan senyuman “Untuk pembersihan Parti dengan sendirinya!”. Ungkapan itu diucapkan apabila wartawan bertanyakan Tuan Guru Presiden soalan tersebut ketika menghadhiri Majlis Eidul Fitri Badan Perhubungan PAS Terengganu pada hari Khamis 28 Syawal 1436 , 13 hb Ogos 2015.
Akhirnya saya menyeru ahli-ahli dan pemimpin PAS jangan bimbang dan bersedih dengan apa yang berlaku sekarang dan yakinlah dengan Allah sepenuhnya bahawa Allah sentiasa memelihara PAS dan Allah akan melakukan pembersihan berterusan dalam Pas selagi mana jamaah kita berada dilandasan yang benar.
Saya juga menyeru sahabat-sahabat dan bekas pemimpin Pas yang masih menjadi ahli Pas agar bertenang, bersabar dan terus Istiqamah di dalam PAS dan jangan biarkan diri kita ini menjadi antara yang ditapis oleh Allah dari jamaah ini.
Oleh : Hj Zainuddin Abu Bakar
AJK Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat
Sumber TKO - 31-8-2016

TAHNIAH SPRM yang telah berjaya mengekalkan rekod cemerlang dengan menangkap jerung besar di kalangan tiga pegawai tinggi. Terus serbu, jangan peduli walaupun Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pegawai yang ditangkap seorang yang dedikasi terhadap tugas. Rakyat tetap bersama SPRM, walau pun kita sedar SPRM mempunyai kekangan kuasa.
Kita mengharapkan supaya akan terdedah pula siapa bapa jerung di belakang mereka. Adakah mereka berani berbuat demikian? Adakah mereka hanya dikambinghitamkan sahaja? Kalau mereka pun sudah dapat mengumpul RM13 juta, sehingga ada yang disimpan di atas siling rumah sebanyak RM400,000.
Ertinya berapa banyak wang negara musnah. Berapa juta ketirisan wang negara hilang akibat perbuatan ini. Apakah banyak lagi habuan yang diperoleh oleh orang lain. Semuanya akan terjawab apabila dibicarakan nanti.
Saya pernah menyebut di dalam parlimen, supaya pegawai mesti ada keberanian untuk tidak mengikut arahan daripada mana-mana orang atasan, kecuali dengan bertulis. Kerana banyak sejarah penangkapan rasuah yang terlibat hanya pegawai.
Mungkin kerana takut, atau hendak mengampu atau hendak naik pangkat. Apabila jadi seperti begini siapa yang akan menanggung akibat. Maruah kelurga, masyarakat akan ingat sampai mati.
Lebih malang lagi kebanyakan yang sudah masuk umur pencen, sudah tua. Nikmat hidup pun sudah tidak seberapa. Apakah berbaloi dengan pengakhiran hayat begitu rupa. Makanlah apa yang ada, jangan tamak. Yang paling penting rasuah dan penerima rasuah tempatnya di dalam neraka.
Indeks rasuah negara yang dikeluarkan oleh Transparency International untuk tahun 2015 masih teruk daripada kedudukan 50 tahun 2014 kepada kedudukan yang ke 54. Skandal 1MDB, RM2.6 bilion, pendedahan DOJ kesemuanya tidak membantu untuk memperbaiki indeks rasuah pada pandangan dunia. Bapa borek anak rintik. – HARAKAHDAILY 19/8/2016 Sumber HD - 19-8-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berkobar-kobar Datuk Seri Najib Razak berucap merasmikan Perhmpunan Agung Umno 2015 di
hadapan 2,654 perwakilan dari 191 bahagian Umno.
Terdapat nada sinis kepada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Shafie Apdal
dan mantan Presiden Umno Tun Mahathir Mohamad.
Keputusan Mesyuarat Kerja Tertinggi Umno yang tidak membenarkan Timbalan Presiden
merasmikan mesyuarat sayap-sayap Umno dan terbaru hanya membenarkan Presiden sahaja yang
membuat penggulungan pada hari terakhir merupakan keputusan luar biasa. Semuanya almaklum.
Setiap tahun laugan hidup Melayu kedengaran supaya Umno terus dipercayai. Taktik menakutkan
perwakilan dan pemerhati dengan andaian jika Umno kalah, seolah-olah Melayu juga akan
kehilangan kuasa.
Sudah menjadi lumrah, Melayu akan dijadikan bahan cagaran untuk kekalkan kuasa. Ini hanya skrip
yang diulang tayang setiap tahun.
Mereka tahu bahawa orang Melayu terpengaruh dengan emosi, sehingga tidak sedar siapa yang
menyebabkan Melayu hilang taring dan kuasa politik dan ekonomi.
Sepatutnya amanah yang digalas oleh Umno sejak merdeka tidak kedengaran lagi Melayu terpinggir
daripada semua sudut, walaupun ada perubahan. Tetapi tidak sepadan dengan waktu yang
diamanahkan untuk Umno mentadbir.
Walaupun penubuhan agensi yang bertujuan untuk mengangkat darjat Melayu masih tidak
kesampaian. Walaupun adanya Fama, Felda, Felcra, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Tekun,
semuanya mendapat dukungan kerajaan, namun natijahnya gagal kerana sikap tidak amanah dan
dikendalikan oleh mereka yang bukan ahlinya.
Projek dianugerah bukan kerana merit, tetapi kerana parti.
Berapa banyak tanah orang-orang Melayu terlepas ke tangan orang lain, semuanya angkara
tokoh-tokoh politik Umno yang rapat dengan pihak berkuasa.
Saya tidak perlulah ulang beberapa fakta yang melibatkan orang Melayu seperti tanah rezab Melayu,
royalti kepada Kelantan, diskriminasi pembahagian baja, subsidi masih lagi berlaku.
Semuanya dilakukan oleh orang sesama bangsa, yang hari ini bertempit sorak hidup Melayu.
Insya Allah, PAS bersedia menggantikan Umno untuk menyelamatkan negara dan rakyat. -
HARAKAHDAILY 10/12/2015
Penulis ialah Naib Presiden PAS.
Sumber HD - 10-12-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: "UG dan ISIS seperti siang dan malam, ertinya tidak boleh bersekali dalam
apa keadaan sekali pun," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Menurut beliau, UG boleh duduk semeja berbincang dengan kerajaan.
Tambahnya, manakala ISIS kumpulan yang tidak ada demokrasi, perundingan dan perbincangan.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, tindakan mereka kejam tanpa mengikut ajaran Islam.
"Tiba-tiba PAS dituduh UG dan ISIS. Mana satu yang betul. Insya Allah, PAS masih waras," ujarnya menerusi laman facebook.
Justeru, Beliau menjelaksan bahawa kekuatan PAS bukan bergantung kepada pimpinan sahaja.
"Tetapi PAS gagah kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan," ujarnya.
Oleh sebab itu, tegas beliau bergolak macam mana di dalam PAS, parti tetap utuh.
"Ahlinya ditarbiah bukan taksub kepada batang tubuh seorang pemimpin, tetapi kepada PAS, selagi
parti masih berpegang dengan dasar Islam," jelas beliau. - HARAKAHDAILY 3/12/2014
Sumber HD - 3-12-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Pada tahun 1980-an isu kafir mengkafir dituduh oleh pemimpin Umno kepada
PAS.
"Sedangkan apa yang berlaku ialah ulama PAS hanya menceritakan batas-batas iman dan kufur," ujar
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Terbaru, katanya timbul pula isu takfir oleh pemimpin parti PAN.
Justeru, beliau mengharapkan penyokong PAS terus bergerak ke hadapan.
"Banyak lagi kerja kita, sedangkan masa begitu singkat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit
Gantang menerusi laman facebook.
Dalam tulisan yang lain, beliau berkata biarlah apa orang hendak kata dan cerca, PAS bertindak
berdasarkan hujah al-Quran, Hadis, Ijmak, Qias.
"Kadang-kadang orang tengok pelik, tetapi itulah PAS.
"Bukan perkara baru, kerana PAS sudah 64 tahun meniti liku perjuangan di negara ini," ujarnya lagi.
Menurutnya, ketika PAS dianggap dagang kerana berbicara tentang sistem Islam, PAS tetap
menonggah arus dan yakin dengan perubahan bersama Islam. - HARAKAHDAILY 25/11/2015
Sumber HD - 25-11-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: “Sebagai ahli PAS kita mesti berbangga dengan akhbar parti. Perasaan kita terlalu gembira apabila kita melihat orang membacanya di dalam kedai makan, lapangan terbang, di dalam bas, LRT,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Oleh itu, katanya jadilah ahli PAS yang boleh menyumbang kepada penyebaran maklumat parti.
Menurutnya, mudah sahaja untuk menyumbang saham kemenangan kepada PAS.
Kata beliau lagi, Harakah ialah akhbar parti dan akhbar alternatif.
“Dapatkan maklumat parti daripada akhbar parti. Ia merupakan berita parti dan pendirian parti secara rasmi,” ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman facebook.
Katanya, ketika pihak yang tidak senang dengan PAS cuba membentuk persepsi yang tidak baik, maka jadikanlah Harakah sebagai sumber pencerahan maklumat. – HARAKAHDAILY 15/11/2015
Sumber HD - 15-11-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Mesyuarat merupakan medan mengeluarkan pandangan," kata Naib residen PAS, Idris Ahmad.
Justeru, ujarnya pro dan kontra suatu idea adalah lumrah di dalam mesyuarat.
"Jangan pula proses perbincangan yang belum menjadi keputusan kita bawa keluar," ujarnya menerusi laman facebook.
Menurutnya, ahli mesyuarat yang tidak berguna sekali ialah dia hanya datang untuk memberi pandangan dan selepas itu dia keluar.
"Pandangan orang lain, dia tidak mahu mendengar. Manusia ini memang akan mendatang masalah kepada jamaah," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Bukt Gantang. - HARAKAHDAILY 10/11/2015
Sumber HD - 10-11-2015
Pengerusi : YB Ust Dr Idris Ahmad
Timbalan 1 : YB Ust Sallehen Mukhyi
Timbalan 2 : Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
Sumber PP - 23-6-2015/6-5-2017
Ajaib Tun M tidak tahu penglibatan Vincent Tan
TUN Mahathir tidak tahu Tan Sri Vincent Tan dan T7 Global Bhd terlibat di dalam projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) ketika menjawab soalan wartawan mengenai ECRL. Tidak logik langsung. Kita akur Tun orang yang pengetahuan luas.
Jack Ma pun puji Tun kerana mahir dalam IT dan mempunyai pengetahuan tentang jualan online. Tiba-tiba Tun kata tidak tahu menahu mengenai penglibatan Vincent Tan dalam ECRL.
Vincent Tan kita tahu sahabat karib Tun sejak dahulu lagi. Beliau seangkatan dengan tokoh korporat yang lain seperti Ananda Krishnan, Robert Kuok, Ting Pek Khing, mendiang Eric Chia. Mereka cukup intim dengan Tun sewaktu 22 tahun menjadi PM. Sekarang muncul kembali.
Menurut The Edge Markets, selepas PRU14 pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan muncul sebagai pemegang saham utama T7 Global dengan pengambilan 21 juta saham atau 5.04 peratus kepentingan.
Saham T7 Global Bhd melonjak sehingga 34.5 peratus susulan laporan berita projek ECRL diteruskan di bawah kerajaan.
Tak kisahlah tu, tiba-tiba Tun Mahathir kata tidak tahu. Ajaib.
Sumber HD - 126-6-2018USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
26 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 26/6/2018
Simpati apa yang dialami Azmin
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad bersetuju dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan simpati atas apa yang dialami beliau.“Mana boleh buat tuduhan tanpa bukti. Bawa bukti bukan tuduh semberono saja. Inilah konsep yang Islam ajar, bukan main fitnah je,” ujarnya sebagai repons kepada penafian Azmin tehadap dakwaan menerusi blog bahawa beliau memiliki wang lebih RM300 juta dalam beberapa akaun bank di luar negara.Katanya, itulah yang PAS kena selama ini.
“Buat tuduhan, kemudian suruh PAS saman, tuduh PAS dapat RM90 juta. Mereka bicara di mahkamah media,” ujarnya lagi.
Ini, menurutnya, kerana mereka tahu proses mahkamah lambat tetapi apa yang penting cita-cita politik tercapai.
Selepas itu, katanya mereka meminta maaf apabila mahkamah membuat keputusan.“Imej seorang telah rosak dihukum di media seperti kes TS (Tan Sri) Khalid Ibrahim.Beliau faham betapa peritnya menghadapi fitnah itu.
Justeru, katanya orang yang melakukan fitnah itu akan insaf apabila terkena atas kepalanya sendiri, keluarga atau gengnya.
“Selagi tak kena kepalanya memang seronok,” katanya.
Sumber HD - 25-6-2018Sehubungan itu, beliau berharap semoga Azmin sabar menghadapi dugaan itu dan Allah akan menunjukkan siapa pihak yang benar dan salah. – HARAKAHDAILY 25/6/2018
Bangkit melawan fitnah
WALAUPUN PRU14 sudah selesai, tetapi api fitnah terus dibakar kepada PAS. Mereka tidak puas hati walaupun sudah menang di peringkat Kerajaan Pusat. Namun masih tidak puas hati, hajat hendak melenyapkan terus daripada persada politik tanah air tidak tercapai. Strategi tidak menjadi. Mereka menggunakan portal-portal yang memang diketahui umum sebagai portal yang cukup anti PAS. Tajuk-tajuk di dalam portal ini akan ditular walaupun tajuknya berbeza dengan kandungan berita supaya wujud persepsi buruk.
Mereka menyamar dalam akaun palsu dan meletakkan profile palsu supaya susah untuk dikenali. Kadang-kadang tulisan mereka bukan sahaja memaki PAS, malahan menghina Islam. Kita tidak ketahui, sama ada mereka ini Islam atau tidak.
Apabila PAS menjawab tuduhan fitnah. Maka mulalah mereka berhujah, PAS parti jumud, tidak boleh dikritik, parti suci, rasis, pelampau agama, walaun, pemimpin PAS maksum dan bermacam-macam gelaran. Oleh itu, kita jangan peduli cacian mereka. Teruskan menjawab.
Ahli PAS perlu bangkit melawan dengan hujah dan membetulkan dengan fakta. Jangan berundur terus melawan. Pembaca cerdik akan boleh menilai hujah kita dengan hujah mereka. Jika kita diam dan tidak menjawab fitnah mereka, kita bimbang fitnah ini akan melekat di fikiran pembaca.
Yang pandai buat poster, silakan buat. Yang pandai menulis, silakan menulis. Yang bijak bahasa Inggeris, yang bijak bahasa Mandarin, Tamil, Arab teruskan menulis. Yang bijak buat video sila lakukan.
Pemerhatian saya pemfitnah ini ulang tuduhan yang sama sahaja. Walaupun kita jawab, mereka teruskan fitnah. Oleh itu kita juga perlu terus jawab dan serang mereka dengan fakta. Walaupun berulang kali. Ahli PAS seramai 1 juta, mustahil tidak ada 100,000 untuk bertugas menjadi benteng pertahanan PAS di media sosial. Saya yakin kita mampu, walaupun kita tidak ada wang tetapi kita ada semangat untuk berlawan.
Kalau boleh yang bertugas memfitnah PAS biar jelas profile FB mereka supaya senang kita taaruf sesama sendiri. Jangan main pukul curi, sembunyi diri dan guna akaun palsu. PAS bersedia untuk dikritik, pemimpin PAS bukan maksum. Kami tidak rela difitnah.
Nasihat saya kepada pembela PAS dan juga diri saya supaya jangan fitnah walaupun pada musuh kita. Biar mereka fitnah PAS. Hujah pemfitnah tidak kuat. Bila kita jawab dengan fakta pemfitnah akan terkedu dan tidak berani muncul. Pemfitnah walaupun nampak kuat, mereka tidak bermaya. Mereka yang menegak kebenaran walaupun nampak lemah tetapi mereka akan menang, insya Allah.
Sumber HD - 23-6-2018USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
23 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 23/6/2018
Persepsi buruk kepada Agong cuba dicipta
PAS sudah terkena dengan pukulan media sosial sebelum PRU14. Memang dalam ilmu media disebut sebagai agenda setting. Akhirnya masyarakat percaya apa yang didakwa, apabila difokus dan diulang berkali-kali. Soal dosa dan pahala tidak kisah. Tuduh dahulu, kemudian baru cari bukti. Yang dituduh kena bukti tidak bersalah, yang menuduh tidak perlu bawa bukti. Dibicara di mahkamah media sosial.Isu UG, isu RM90 juta telah dipercayai oleh pengundi terutama pengundi muda dan orang bukan Islam. Hampir 10 tahun isu UG dimainkan dan hampir dua tahun isu wang RM90 juta diputarkan. Akhirnya persepsi buruk telah menimpa PAS.
Sekarang mereka cuba membentuk persepsi buruk kepada YDP Agong. Apa tujuan mereka buat demikian, kita tidak tahu. Kenapa sekarang baru bangkit isu perbelanjaan YDP Agong? Generasi muda yang percaya dengan media sosial ini akan marah kepada YDP Agong dan Institusi Raja-Raja. Ini trend yang merbahaya, jika yang ajar itu orang tua.
Saya masih berpendirian jangan runtuhkan sendi yang sudah dibina oleh mereka yang terdahulu, walaupun ada kelemahan. Kita perbaiki, bukan meruntuhkan. Ingat, hendak meruntuhkan senang, tetapi hendak membina begitu sukar. Sejarah negara Malaysia berbeza dengan negara lain. Keutuhan ini mesti dipelihara. Kalau pun tidak mahu sangat dengan budaya Islam, jangan buang budaya Melayu dan adat ketimuran. Jangan ikut emosi.
Sumber HD - 7-6-2018USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
7 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 7/6/2018
Yakin jalan kita
KITA bersama PAS kerana dasar Islam, bukan kerana pemimpin atau mana-mana individu. Jika PAS membuang dasar Islam, maka kita akan mengasingkan diri dengan PAS. Kita tidak bersama dengan parti lain, bukan kerana marah kepada pemimpin atau mana-mana individu dalam parti tersebut. Inilah penawar yang paling mujarab untuk istiqamah dalam perjuangan. Pemimpin boleh datang dan boleh pergi, tetapi perjuangan mesti diteruskan untuk mencapai cita-cita Islam.
Ini jalan kita, kita yakin dengan jalan kita. Jika orang lain yakin dengan jalan mereka, terpulanglah kepada diri masing-masing. Kita tidak boleh paksa. Panduan kita ialah ulama. Majoriti ulama dan Tuan Guru pondok bersama PAS. Mereka tidak ada kepentingan apa-apa dengan PAS. Apa yang diajar di pondok selari dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS. Merekalah yang menjadi pembimbing dan panduan dalam gerak kerja PAS.
Biarpun musuh PAS hendak membuat tuduhan dan fitnah untuk menjarakkan PAS dengan masyarakat, terpulanglah kepada mereka. Kita tidak boleh halang mereka, mungkin mereka anggap ini kerja yang boleh memberatkan amal mereka, dan boleh meluaskan kubur mereka, sila teruskan. Semua amalan kita dan mereka akan dinilai di akhirat. Masing-masing akan dibangkit bersama amalan masing-masing. Waktu itu tidak ada siapa yang boleh berhujah dengan lidah. FB, twitter, instagram dan lain-lain lagi.
Semuanya hancur bersama dengan alam. Inilah hari pengadilan sebenar. Tidak ada lagi persepsi dan emosi semuanya realiti.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 29-5-2018
Naib Presiden PAS
29 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 29/5/2018
Semua kerana Tok Guru Haji Hadi?
KALAU dulu apa yang berlaku semua kerana DS Anwar, sekarang pula semua kerana Tuan Guru Hj Hadi Awang. Apabila dendam kesumat yang bersarang di hati maka akan zahir di mulut dan perbuatan.
Kenapa marah sangat dengan TG Haji Hadi? Adakah dia bolot harta ketika menjadi MB Terengganu. Adakah dia memiliki rumah banglo mewah? Adakah dia kaki perempuan? Adakah dia kaki judi? Adakah dia kaki kelab malam? Adakah dia melakukan rasuah?
Marah kepada dia kerana dia mempertahankan prinsip Islam. Marah kerana ijtihad politik beliau berbeza dengan kamu. Marah kerana beliau tidak mahu bertolak ansur perkara prinsip. Marah kerana dia tidak boleh diheret untuk kemahuan kamu.
Kadang-kadang yang maki TG Haji Hadi dI dalam media sosial, kalau kita buka profile FB mereka, mereka ini ada masalah peribadi. Keluarga pun tidak menutup aurat. Tetapi tulis macam waliyullah.
Saya tidak kisah, kalau pemfitnah itu seorang bukan Islam yang pendendam, tetapi amat sedih kalau pemfitnah itu orang Islam.
Ya, TG Haji Hadi bukan maksum, dia manusia. Boleh kritik kelemahan dia, tetapi bukan fitnah dan reka cerita yang bukan-bukan. Hormatlah beliau sebagai orang tua dan orang berilmu. Cermin diri dahulu. Berapa kitab yang kita karang. Berapa kali sudah khatam tafsir. Berapa hadis yang dihafaz. Tepuk dada tanya iman.
Sumber HD - 23-5-2018Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS
23 Mei 2018 – HARAKAHDAILY 23/5/2018
Jentera PAS hadapi suasana tenang
BUKIT GANTANG: Hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum hari ini menyaksikan seluruh rakyat Malaysia diberikan hak memilih bakal pemerintah akan datang.
Calon PAS P.059 Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad dilihat tiba bersama isterinya di pekarangan pusat pembuangan undi, Sekolah Kebangsaan Changkat Ibol, di sini.
Turut hadir sama calon Trong, Ustaz Mohd Faisal Abdul Rahman ditemani isterinya untuk membuang undi.
Suasana di lokasi pembuangan undi kelihatan tenang, penyokong-penyokong setiap parti melaksanakan tugasan membantu pengundi yang hadir.
Jentera PAS menyediakan kenderaan khas bagi pengundi warga emas dan yang uzur untuk datang melunaskan tanggungjawab dalam PRU kali ini.
Sementara itu, suasana di beberapa lokasi mengundi dalam Parlimen Bukit Gantang seperti Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah; Kampung Cheh, Sekolah Kebangsaan Changkat Ibol dan Sekolah Kebangsaan Jelutong meriah dengan bendera dan poster-poster calon parti yang bertanding.
Petugas PAS terus komited melaksanakan tugas di saat-saat akhir bagi memastikan rakyat memberikan kepercayaan kepada PAS dalam PRU kali ini.
Gandingan veteran, pemuda dan muslimat terus segar sebelum berakhirnya tempoh mengundi. – HARAKAHDAILY 9/5/2018Sumber HD - 9-5-2018
Terdesak, terpaksa guna nama orang meninggal
TERDESAK. Terpaksa guna nama-nama pemimpin PAS yang sudah meninggal untuk menyekat kebangkitan PAS. Sehingga mendakwa, kalau ada Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor, nescaya pembangkang tidak berpecah.
Mereka buat lupa, pada hal Barisan Alternatif (BA) berpecah dan DAP keluar daripada BA, kerana tidak setuju dengan Dokumen Negara Islam. Kedua-dua almarhum berkeras, tidak tunduk kepada kehendak DAP. Akhirnya DAP keluar BA pada 22 September 2001.
Mereka ingat perjuangan kedua-dua tokoh ini murah sangat sehingga hilang jati diri dan maruah perjuangan. Ini berlaku pada tahun 2001, kedua-dua almarhum masih memimpin PAS. Tuan Guru Haji Hadi hanya sebagai Timbalan Presiden PAS. Tiba-tiba hendak memburukkan Tuan Guru Haji Hadi. Insya Allah kami yang ada jati diri tidak mudah lupa.
Supaya puak yang mudah lupa senang faham. DAP keluar BA pada 22 September 2001. Ustaz Fadzil meninggal dunia 23 Julai 2002 dan Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia 12 Februari 2015.
PAS pecah belah pembangkang?
APABILA PAS hendak bertanding 160 kerusi bersama Gagasan Sejahtera pada PRU14, maka PAS dituduh memecah belah undi pembangkang. Cuma hendak ingat balik kepada puak PH antara parti PAS dengan komponen PH siapa yang ditubuhkan dahulu.
Mengikut sejarah, tarikh penubuhan PAS ialah 24 November 1951, DAP (18 Mac 1966), PKR (4 April 1999), PAN (16 September 2015) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada 8 September 2016. Siapa dulu?
Sebanyak 13 kali PRU, PAS bertanding melawan Umno BN, dahulunya Umno Perikatan sebanyak 12 kali, kecuali 1974 kerana PAS bersama dengan BN. PRU pertama 1955, PAS letak calon bertanding 8 kerusi, menang satu kerusi melalui Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin di Parlimen Kerian. Waktu itu sebahagian besar yang memimpin PH, berpeluk erat dengan Umno, memfaraid harta negara, setelah kenyang tetapi hendak lagi. Apabila permintaan tidak dapat, maka tubuh parti lain. Almaklumlah biasa makan daging, tiba-tiba makan ikan sepat kering, mengamuklah.
Apa yang dilakukan oleh kepimpinan Umno pada hari ini adalah hasil didikan orang terdahulu. Bukan senang hendak meninggal tabiat buruk yang diajar dahulu. Sebab itu ilmu jahat jangan dijar, nanti makan tuan.
Terpulanglah, hendak tubuh parti baru apabila kecewa. Itu hak demokrasi. Cuma yang peliknya apabila PAS tidak mahu bersama PH, maka dituduh memecah belah pembangkang. Manakah laungan kebebasan bersuara dan berpolitik yang sering dilaungkan? Berilah peluang kepada PAS untuk menyuburkan demokrasi di negara ini.
Pada mereka apa sahaja arahan dan strategi mereka adalah wajib diikuti. Kalau tidak ikut dianggap belot dan pengkhianat. Kalau inilah watak dan pembawaan yang dibawa, kalau perintah negara jahanam dan akan musnah demokrasi. Tidak memerintah pun sudah tunjuk belang.
Sumber HD - 19-4-2018USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
19 April 2018 - HARAKAHDAILY 19/4/2018
PAN masih tak sedar diperalat dalam Harapan Posted on Thursday, April 19 @ 06:16:47 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39235 |
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu hilang arah apabila mengajak penyokong serta ahli PAS menghukum parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), nanti.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, Presiden PAN sepatutnya memikirkan keadaan partinya terlebih dahulu, daripada memikirkan cara untuk menghentam PAS.
Soalnya, tidakkah Mat Sabu sedar PAN langsung tidak berfungsi dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan.
"Mereka bukan sahaja diberikan kerusi paling sedikit oleh gabungan pembangkang PKR, tetapi turut diletakkan di kawasan tidak selamat berbanding parti-parti lain.
"Kalau kita tengok, kerusi mana yang PAN selamat? Kerusi yang peluang untuk mereka menang antara 60 hingga 70 peratus juga langsung tidak ada. Sedarkah, PAN langsung tidak berfungsi dalam Pakatan Harapan," katanya seperti dilapor Utusan Online.
Sebelum ini Mat Sabu dalam satu ceramah gabungan pembangkang PKR di Langkawi Kedah mengajak penyokong serta ahli PAS menghukum parti Islam itu dalam PRU14.
Mat Sabu juga menuduh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS telah dibeli oleh UMNO iaitu skrip sama yang sentiasa diulang di setiap ceramah-ceramahnya.
Idris yang merupakan calon Parlimen Bukit Gantang pada PRU14 ini berkata, Mat Sabu hanya pandai berkata-kata, apapun tunggu selepas pilihan raya.
"Kita tengoklah pilihan raya nanti, siapa yang rakyat hendak hukum. Tunggu. PAN atau PAS yang akan ditolak," katanya.
Sumber TKO - 19-4-2018
PAS Veep To Defend Bukit Gantang Seat
Idris is the incumbent MP, having narrowly won the seat in GE13 with a 988-vote majority against Umno’s Ismail Saffian.
Idris was one of four Perak candidates announced by PAS president Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang at the Gelombang Hijau Perak ceramah here last night.
Besides Idris, Ustaz Hadi also announced that Perak PAS commissioner Razman Zakaria would be contesting the Gunung Semanggol state seat.
“National party committee member Dr Najihatussalehah Ahmad will be running for the Parit parliament seat,” Hadi said.
“We will also be placing Bagan Datuk PAS information chief Ata Abdul Munim Hasan Adli to contest the Bagan Datuk parliament seat.”
“You will have to wait until April 19 for the rest of the candidates,” He joked to the crowd.
This is the second time Dr Najihatussalehah will be contesting the Parit seat, after an unsuccessful run in the 12th general election.
She also ran for the Belanja state seat in GE13, and most recently contested the Kuala Kangsar parliamentary seat in the 2016 by-election.
Ustaz Hadi also said PAS would be contesting 160 parliamentary seats nationwide during the coming election, adding that the party had strong support nationwide.
“We have elected representatives in all states except Negri Sembilan, Sabah and Sarawak,” he said. – MMail
Sumber BO - 17-4-2018
Menjawab keraguan pengundi
UNDI PAS dapat apa?
Tanya balik undi Umno dapat apa?
Mungkin mereka jawab dapat BR1M, jalan raya, elektrik, air, hospital.
Kena jawab balik ini bukan duit Umno, ini duit kerajaan. Kena beza kerajaan dengan Umno. Umno itu parti bukan kerajaan.
Kalau PAS perintah pun, rakyat akan dapat juga. Wang ini daripada duit kerajaan, bukan duit PAS.
Jangan perasan bantuan yang diberi kepada rakyat itu duit Umno, itu duit rakyat yang dipungut oleh kerajaan melalui cukai, antaranya GST.
Kalau duit Umno, bantuan akan dikeluarkan oleh bendahari Umno,
Sebab itu semua bantuan melalui Pejabat Daerah, Majlis Kerajaan Tempatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitul Mal dan lain-lain lagi bukan kena pergi ambil di pejabat Umno.
Kalau PAS memerintah pun, pejabat daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawai yang sama juga bertugas. Pegawai tidak dibuang, kerana mereka bukan pegawai Umno, mereka pegawai kerajaan Malaysia.
Gaji mereka bukan dibayar oleh pejabat Umno, tetapi oleh kerajaan Malaysia.
Sama juga kerajaan PAS di Kelantan, segala bantuan dan projek pembangunan datang daripada kerajaan, bukan daripada parti PAS.
Contohnya skim Kifalah di Kelantan sebanyak RM1,500 diberi kepada waris yang meninggal, bukan duit PAS tetapi wang Kerajaan Kelantan.
Walaupun Kelantan dituduh miskin, tetapi Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM8 juta setahun untuk skim Kifalah. Inilah kerajaan yang dituduh miskin tetapi hendak pastikan rakyat senang.
Jom Sejahtera Bersama Islam, Undi PAS dan Gagasan Sejahtera
Sumber HD - 12-4-2018USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
12 April 2018 – HARAKAHDAILY 12/4/2018
Media semakin melampau terhadap PAS
APABILA PRU sudah dekat, PAS menjadi sasaran media cetak dan portal. Facebook (FB) usah dikiralah. Macam-macam nama akaun FB, sehingga gerun kita hendak baca nama pemegang akaun FB itu. Mungkin itulah nama yang dia suka untuk dipanggil di akhirat nanti.
PAS tidak minta dipuji dan tidak minta dilapor pun. Tetapi yang PAS minta hanya jujur dalam pemberitaan. Jika benci sangat dengan PAS tidak perlulah kutip berita daripada PAS. Anggaplah PAS seperti tiada di persada politik di negara ini. Bukankah kajian mereka menunjukkan PAS tidak ada masa depan. Apalah hendak kisah dengan PAS, parti kerdil ini
Kenyataan pimpinan PAS dinanti, untuk diputarbelitkan supaya membentuk persepsi buruk terhadap PAS. Cipta tajuk yang boleh memberi imej buruk kepada PAS. Cybertroopers mereka bersedia menanti untuk putar dan sebar ke seantero dunia. Lepas dibantah, maka ditarik balik, tukar tajuk dan minta maaf. Ini taktik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara.
Apa yang penting, berita buruk disebarkan dahulu. Kebiasaan manusia akan mudah ingat pada berita yang pertama sampai, pembetulan sudah tidak berapa kisah. Pada mereka tidak ada dalam kamus hidup, dosa atau pahala, syurga atau neraka.
Mereka fikir PAS akan mati dengan fitnah. Insya Allah PAS tidak mati dengan fitnah ini, selagi PAS berpegang dengan dasar Islam. Sebaliknya pemfitnah akan mati di dalam keadaan yang hina jika mereka tidak bertaubat dan memohon maaf.
Jika mereka dibiayai oleh mana-mana pihak, maka ia akan menjadi darah daging mereka dan darah daging anak isteri mereka hasil kerja jahat mereka. Paling malang sekali yang menjadi cybertroopers yang tidak bergaji, tetapi bertugas untuk mencipta fitnah. Dunia pun tak dapat, akhirat entah ke mana.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD- 27-3-2018
Naib Presiden PAS
10 Rejab 1439 / 27 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 27/3/2018
Tolak Pemimpin Rasuah, Bukan Retorik Posted on Friday, March 23 @ 04:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38755 |
Tahniah Tan Sri Rafidah Aziz bekas Menteri kabinet menyeru rakyat supaya tidak mengundi pemimpin politik korup. PAS sokong 120 peratus. PAS tidak kompromi masalah rasuah samaada di dalam parti atau di luar parti. Kenyataan Datuk Paul Low Menteri Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa 71 pemimpin BN dan 21 pemimpin PH manakala pemimpin PAS sifar siasatan kesalahan dalam tempoh 2013 hingga 2017 . Alhamdulillah.
CPI negara semakin merosot, kita dikejutkan dengan berita kedudukan indeks rasuah Malaysia yang kian merosot, dan berkongsi kedudukan di tangga 62 dengan negara Cuba. Menurut laporan Indeks Persepsi Rasuah 2017 yang dikeluarkan oleh Transparency International, kedudukan Malaysia juga merosot daripada tangga 55 kepada 62 daripada 180 buah negara.
PAS menentang rasuah bukan kerana marah kepada peribadi. Marah gejala rasuah bukan kerana dedak tidak cukup. Marah kepada rasuah bukan kerana sudah tidak ada kuasa, walau pun sewaktu kita ada kuasa dua kali lima, lima kali dua sahaja. Marah kepada rasuah bukan hanya retorik semata-mata, kerana akhirnya diri juga terpalit dengan rasuah.
PAS menentang rasuah kerana ia dilarang oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah ada di dalam neraka”. PAS istiqamah menentang rasuah.
PAS juga menentang politik kronisme, koruption, nepotisme (KNN) istilah yang cukup popular sewaktu zaman reformasi 1998. Cuma sekarang hanya menjadi bahan sejarah sahaja. PAS juga menentang kleptokrasi. Semua ini memusnahkan negara dan rakyat.
PAS menyeru rakyat kepada politik untuk mengubah negara yang lebih sejahtera dan buang pemimpin rasuah. Jenayah rasuah ini amat merbahaya kepada negara dan rakyat. Selain menyebabkan ketirisan dan pembaziran wang negara, turut mempengaruhi imej negara dalam ekosistem perdagangan dan politik antarabangsa.
Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
Sumber TKO - 23-3-2018
Mana hudud dalam manifesto PAS dan Gagasan Sejahtera?
TERIMA kasih jika yang bertanya, jikalau benar-benar ikhlas untuk melihat hukum Allah SWT ditegakkan.
Kalau hanya hendak perli semata-mata maka ini jawapannya.
Daripada 20 tawaran Gagasan Sejahtera yang dibaca oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, perkataan hudud yang dicari.
Bagi mereka yang perli ini, adakah mereka hendak sokong?
RUU 355 yang tidak mengubah prinsip apa-apa pun hiruk pikuk. Pada hal Mahkamah Syariah yang sama, hakim yang sama, pendakwa yang sama. Cuma hendak ditingkatkan bidang kuasa saja daripada 6 rotan kepada 100 sebatan syariah (bukan sebatan mahkamah sivil).
Terlalu marah dengan PAS sehingga sudah hilang rasional.
Sila lihat dalam teras keenam, “pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak syariah”.
Sila lihat juga di dalam tawaran kesebelas di dalam manifesto Gagasan Sejahtera “memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan”.
Ertinya ayat yang diguna pakai di dalam teras dan tawaran ini sudah jami’dan mani’ (merangkumi semua).
Saya tidak mahu minta mana pula manifesto dan tawaran mereka mengenai untuk memperkasakan syariah.
Inilah masalahnya bukan tidak faham, tetapi buat tidak faham.
Untuk pengetahuan semua, Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, bukan sahaja hudud, tetapi juga qisas dan takzir. Hudud sebahagian daripada syariah Islam.
Sebagai seorang Islam kita tidak boleh menolak hukum qisas dan takzir. Malahan satu ayat di dalam Al-Quran pun tidak boleh ditolak.
Menunjukkan PAS bukan parti menghukum, tetapi yakin penyelesaian ada bersama Islam.
PAS dan Gagasan Sejahtera bukan hendak membawa negara teokrasi, otokrasi dan revolusi.
PAS dan Gagasan Sejahtera bukan hendak membentuk negara ala Iran, ala Saudi, bukan IS. Tetapi PAS tetap mengambil pendekatan demokrasi.
PAS dan Gagasan Sejahtera tidak akan memisahkan Islam dalam politik dan bernegara.
Gagasan Sejahtera juga akan mengukuhkan institusi agama yang sedia ada seperti Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kemajuan Islam, jauh sekali untuk menghapuskannya.
Payah menerangkan kepada golongan yang serba salah ini, mereka fikir PAS ini parti hendak hukum orang ja.
Biar rakyat menilai tawaran Gagasan Sejahtera berbanding dengan BN dan PH.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
22 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 22/3/2018
Tolak pemimpin rasuah, bukan retorik
TAHNIAH Tan Sri Rafidah Aziz bekas menteri kabinet menyeru rakyat supaya tidak mengundi pemimpin politik korup. PAS sokong 120 peratus. PAS tidak kompromi masalah rasuah sama ada di dalam parti atau di luar parti. Kenyataan Datuk Paul Low, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa 71 pemimpin BN dan 31 pemimpin PH manakala pemimpin PAS sifar siasatan kesalahan dalam tempoh 2013 hingga 2017. Alhamdulillah.
CPI negara semakin merosot, kita dikejutkan dengan berita kedudukan indeks rasuah Malaysia yang kian merosot, dan berkongsi kedudukan di tangga 62 dengan negara Cuba. Menurut laporan Indeks Persepsi Rasuah 2017 yang dikeluarkan oleh Transparency International, kedudukan Malaysia juga merosot daripada tangga 55 kepada 62 daripada 180 buah negara.
PAS menentang rasuah bukan kerana marah kepada peribadi. Marah gejala rasuah bukan kerana dedak tidak cukup. Marah kepada rasuah bukan kerana sudah tidak ada kuasa, walaupun sewaktu kita ada kuasa dua kali lima, lima kali dua sahaja. Marah kepada rasuah bukan hanya retorik semata-mata, kerana akhirnya diri juga terpalit dengan rasuah.
PAS menentang rasuah kerana ia dilarang oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah ada di dalam neraka”. PAS istiqamah menentang rasuah.
PAS juga menentang politik kronisme, koruption, nepotisme (KNN) istilah yang cukup popular sewaktu zaman reformasi 1998. Cuma sekarang hanya menjadi bahan sejarah sahaja. PAS juga menentang kleptokrasi. Semua ini memusnahkan negara dan rakyat.
PAS menyeru rakyat kepada politik untuk mengubah negara yang lebih sejahtera dan buang pemimpin rasuah. Jenayah rasuah ini amat merbahaya kepada negara dan rakyat. Selain menyebabkan ketirisan dan pembaziran wang negara, turut mempengaruhi imej negara dalam ekosistem perdagangan dan politik antarabangsa.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
21 Mac 2018 – HARAKAHDAILY 21/3/2018
Bila keluar PAS, serba tidak kena
APABILA keluar PAS, maka dituduh PAS tidak sesuai dengan masyarakat majmuk. PAS hanya boleh kuat dalam organisasi Islam. PAS tidak boleh ubah negara. Saya teringat inilah hujah yang Umno lemparkan lepada PAS sejak sekian lama. Sekarang, hujah ini diambil oleh pembenci PAS. Begitu juga hujah Umno mengatakan PAS tidak layak memerintah, PAS hanya layak mengajar di masjid dan surau. Setelah 28 tahun memerintah Kelantan, PAS mampu membuktikan walaupun ditekan dan dinafikan hak sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Namun, PAS mampu mara menuju cita-cita yang suci.
PAS tidak pernah memisahkan PAS sebagai gerakan dakwah dan politik untuk mendapat kuasa. Mungkin sewaktu di dalam PAS tidak sempat hadam perkara ini. Hanya kenal, PAS sebagai partii politik sahaja, Inilah bahananya.
Susah juga manusia dilanda dengan penyakit perasan atau penyakit kagum dengan diri sendiri (I’jab Binafsi). Ini di antara penyakit yang membinasakan sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tiga perkara yang membinasakan, sifat kikir, ikut hawa nafsu dan bangga diri.”
Mereka ingat apabila mereka meninggalkan PAS, maka PAS akan mati dan semakin menguncup. Telahan ini silap. Berapa ramai pemimpin PAS yang cabut lari dan kutuk PAS yang mereka makan rezeki daripada hasil berjuang di dalam PAS, namun PAS tidak merempat.
Merasakan PAS hebat kerana individu, sedangkan PAS hebat kerana dasar yang ada kepada batang tubuh PAS. Siapa pun memimpin PAS, PAS tidak akan hilang daripada persada politik Malaysia, selagi PAS tidak membuang dasar Islam. Saya masih ingat ketika Almarhum Dato’ Asri Haji Muda meninggalkan PAS, penganalisis politik mengandaikan PAS akan hilang daripada persada politik Malaysia. Tetapi berlaku sebaliknya. Waktu itu masyarakat anggap PAS, “Parti Asri Sekeluarga”. Betapa hebatnya pengaruh Dato’ Asri dengan pidato dan kelicikan politiknya. Apabila beliau tidak ada, muncul tokoh-tokoh penggantinya yang meneruskan agenda perjuangan Islam.
Mereka yang meninggalkan PAS anggap, PAS sekarang berbeza dengan PAS zaman almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. Apa yang beza?. Apakah kedua-dua tokoh ini kemaruk kuasa sehingga menggadaikan prinsip Islam. Bukankah DAP pernah keluar daripada Barisan Alternatif pada tahun 2001, waktu itu kedua-dua tokoh ini masih memimpin PAS. Mereka berdua bertegas mengenai dokumen Negara Islam, walaupun DAP tidak bersetuju. Akhirnya DAP keluar BA.
Mereka ingat kedua-dua almarhum kemaruk kuasa sehingga hilang jati diri kot. Saya yakin, kalau kedua-dua tokoh ini ada mereka akan bersama dengan PAS. - HARAKAHDAILY 17/3/2018
PH serba salah PAS bertanding 130 kerusi
SAYA ingin jelaskan tentang bagaimana ada orang menuduh bahawasanya PAS nak memberi nyawa kepada Najib atau Barisan Nasional apabila kononnya PAS hanya bertanding 40 kerusi sahaja.
Sedangkan hakikatnya ialah maksud 40 kerusi yang disebut oleh Tuan Guru itu ialah kerusi yang menjadi tumpuan, bukannya 40 kerusi. Dan apabila Tuan Guru Presiden telah pun menjelaskan PAS hari ini sudah pun bersedia untuk bertanding sebanyak 130 kerusi, 130 kerusi. Ini golongan serba salah orang panggil. Waktu kita sebut untuk memberikan tumpuan 40 kerusi, dia kata kita nak berikan nyawa hayat kepada Umno Barisan Nasional, nak beri nyawa kepada Dato’ Seri Najib.
Bila kita isytihar pula nak bertanding 130 kerusi, dia kata PAS ini tamak, tak ada kemampuan, tak boleh menang. Ini manusia yang serba salah. Sedangkan bila sebut 40 kerusi itu bukan bererti PAS nak bertanding 40 kerusi. PAS bukan nak bertanding 40 kerusi. 40 kerusi itu hanyalah kerusi tumpuan. Macam juga dalam Pakatan Harapan sendiri pun sepertimana yang disebut oleh YB Rafizi yang dia keluar di dalam Free Malaysia Today, FMT, 9 Julai, Rafizi, Pakatan kenal pasti 50 kerusi Parlimen potensi. Ini yang disebut di dalam FMT.
Ertinya, Pakatan pun menumpu kepada 50 kerusi. Kenapa pula musuh-musuh PAS selama ini duduk tuduh kita nak berikan nyawa hayat kepada BN atau Najib, tidak timbul pula apabila YB Rafizi menyebut Pakatan Harapan menumpukan 50 kerusi.
Umno pun sama, di sana ada kategori, ada kawasan dianggap sebagai kawasan putih maknanya yang tidak menggugat dia. Ada kerusi yang dianggap sebagai kerusi yang kelabu, gray. Ada kerusi dianggap kerusi yang hitam, maknanya kawasan yang tidak ada potensi untuk dia dimenangi oleh Umno dan Barisan Nasional.
Jadi tak timbullah soal berkenaan dengan bila sebut 40 kerusi itu yang Tok Guru sebut hanyalah sebagai kerusi tumpuan, bukannya kita nak bertanding 40 kerusi. Setakat hari ini 130 kerusi dah kita bariskan. Mungkin lebih ada, kurang tidak ada. Ini satu penjelasan yang perlu dijelaskan kepada rakyat Malaysia yang mendapat maklumat yang tak betul. Terima kasih.
Satu lagi adalah berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan PAS hari ini nampak sepertimana mesra dengan Umno, PAS nak join dengan Umno, nak bergabung dengan Umno.
Setakat hari ini saudara-saudara, tuan-tuan semua, kita telah pun membuat keputusan, Tok Guru Presiden sendiri pun dah sebut dalam kenyataan dia yang dikeluar sama ada Harakah ataupun dalam HarakahDaily, yang menyebut PAS tidak bersama dengan BN dan juga dengan Pakatan Harapan.
Tetapi kita tahu mereka hendak mencari modal kerana mereka sedar dalam senario politik di Malaysia ini ialah pertarungan sebenarnya ialah siapa yang akan dapat untuk nak mendapat kerusi pengundi-pengundi kawasan Melayu. Sebab itu dia nak pastikan supaya PAS ini hilang daripada parti yang menjadi orang sebut sebagai parti yang mencabar kepada kekuatan Umno dan Barisan Nasional.
Yang boleh challenge untuk nak mendapat kerusi Melayu ini ialah terdiri daripada Umno dengan PAS sahaja. Ini yang menjadi tidak boleh dinafikan oleh siapa pun. Sebab itu dekat mana ada Cawangan Umno, insyaa Allah di situlah juga ada Cawangan PAS.
Dan politik Melayu dia berbeza dengan politik orang bukan Melayu. Sebab itu Cina DAP dia tak perlu ada organisasi yang kuat. Dia lebih kepada tiupan sentimen sebagainya isu yang boleh untuk mereka itu mendapat sokongan. Berbeza dengan orang Melayu, orang Melayu politik dia politik yang kena santuni, politik yang perlu kita dekati mereka.
Ini yang perlu sehinggakan ada istilah yang kita lihat politik orang Melayu ini oleh politik KBSN, Kahwin, Bersalin, Sakit, Mati. Walaupun kita kadang-kadang kita menyuarakan pandangan-pandangan mereka di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, tetapi kalau kita tidak mengambil berat berkenaan dengan soal yang saya sebut tadi, maka kita akan kehilangan sokongan dari kalangan pengundi-pengundi di sana. Ini yang menjadi kelainan.
Sebab itu yang boleh challenge benda ini ialah daripada PAS. Jadi akhirnya orang mereka tahu untuk nak mendapat sokongan ini maka mereka letakkan PAS ini seolah-olah satu rakit dengan Umno dan Barisan Nasional. Sedangkan Tok Guru Presiden dah beritahu berkali-kali, tak akanlah kita pula nak menyertai, nak bergabung dengan Umno sedangkan kapal mereka sendiri pun sudah nak karam.
Terutama di kalangan anak-anak muda pada hari ini, saya lihat apabila saya menghadiri dalam program Fastaqim pada 24 haribulan dua yang lalu di Sri Gading. Kita melihat bagaimana kehadiran hampir 70 peratus ialah anak-anak muda. Ini apa petanda himpunan Fastaqim yang dihadiri hampir dekat 10 ribu anak-anak muda berhimpun? Ini di Johor, bukannya di Pulau Pinang, bukannya di Kedah, bukannya di Terengganu, bukannya di Kelantan. Tetapi berlakunya ialah di Johor.
Ertinya, masa depan PAS ini menjadi pengharapan terutama dari kalangan generasi-generasi muda yang menganggap bahawasanya soal Umno hari ini tidak lagi boleh menjadikan naungan kepada kuasa politik Melayu. Maka dengan sebab itu mereka cuba untuk nak palitkan PAS dengan bersama-sama dengan Umno Barisan Nasional.\
Tapi yang paling kelakarnya ialah apa dia? Yang kata kita ini nak join dengan Umno ini, mereka ini pun bekas orang yang makan dedak Umno lama dah. Dan mereka ini pula bukan marah kerana Umno, mereka marah ini dulu dapat dedak banyak. Sekarang dedak dah tak dapat. Dia lebih kurang macam harimaulah, biasa duduk makan daging, tuan dia bagi makan kedarah masin, itu terkam makan tuan dia.
Jadi PAS ini tidak, PAS ialah kita berbeza dengan Umno ini ialah soal dasar. Maksud dasarnya ialah dalam konteks yang kita lihat kerana Umno pada hari ini dia bukan kita kata dia tak buat Islam, buat. Tapi Islam yang dia buat itu dalam bentuk yang tidak syumul. Dia menerima tentang ayat berkenaan dengan zakat, ayat puasa, ayat haji, ayat sembahyang. Tetapi bab-bab berkenaan dengan judi, bab arak, ini benda-benda yang dia tidak praktiskan. Menyebabkan kita lawan dengan Umno dalam konteks begitu.
Kerana kita dengan Umno ini kena ingat, yang kita lawannya ialah bukan orangnya, (tetapi yang kita lawan adalah) dasar dia. Kita nak selamatkan orangnya. Dekat dalam Umno ini bukan orang lain tuan-tuan, Umno ini kadang-kadang bapa kita, mak kita, mak pak saudara, menantu, besan, biras. Kadang-kadang yang lecehnya Umno itu isteri kita, itu paling leceh sekali itu. Dengar ke suami itu takbir, pecah markas. Bini selendang merah lagi. Tapi tak apalah, itu nak sebut dalam konteks yang kita lihat, yang kita nampak. Tak apa.
Itu sebab itu kita kata kita bukan kerana bukan orang, fizikalnya, yang kita nak lawannya ialah soal fahaman dia yang kita nak perbetulkan. Maknanya kita nak selamatkan orang ini bersama-sama dengan rakit kita, bersama-sama dengan kawan kita.
Jadi, mereka kata hari ini kita dah orang panggil apa dengan Umno ini kita tak lantang, kita tak kritik. Cuba beritahu dasar mana yang kita puji? Tolong beritahu, listkan, senarai mana yang kita puji? PPSMI hari ini kita konsisten, sampai hari ini. Pakatan Harapan dah nak hidup balik PPSMI. DLP, Dual Languange Program hat duduk berjalan hari ini, PAS lantang. Pakatan Harapan tak menentang kuat (DLP).
FGV, Felda, GST, isu-isu kita kata rasuah sebagainya, 1MDB, semua kita suarakan. Jadi kadang-kadang mereka kata PAS ini tak suara sebagainya, masalahnya mereka dapat maklumat daripada yang lain. Maklumat bukan. Dia nak dapat maklumat yang sebenar kena bacalah Harakah, HarakahDaily, jangan baca portal-portal yang tidak memberikan orang kata apa maklumat yang adil kepada PAS. Jadi memang tak akan bertemulah isu-isu yang PAS bangkitkan perkara ini.
Samalah juga ini soal pendekatan. Kami bila guna politik matang sejahtera, PAS ini pengalaman kita kata pengalaman kita konflik, confront kita pernah buat. Kita dah tengok, bukan kita kata zaman itu tak betul, pendekatan dia betul. Tapi bila sampai satu ketika kita lihat rakyat hari ini sudah berbeza, dah matang. Hari ini pendekatan politik kita, kita tak boleh guna macam zaman dulu. Zaman dulu zaman tidak ada media sosial. Hari ini pun kita kena jaga dari segi tutur kata dan sebagainya perlu kita lihat.
Zaman hari ini zaman yang cukup pantas dari segi maklumatnya. Maka PAS guna pendekatan-pendekatan yang kita nak supaya matang sejahtera untuk supaya bukan sahaja kita menentang, malahan kita mencadangkan penyelesaiannya.
Macamlah juga Pakatan Harapan. Siapa sangka dulu undur-undur, undur Mahathir, undur-undur, undur Mahathir. Mahathir tak undur. Lama rehat, kita pula puak-puak Pakatan Harapan pula penaikkan Mahathir jadi Perdana Menteri. Jadi itu dah awak rasakan itu pendekatan awak yang awak rasa boleh menang untuk Malaysia. Awak katakan ini cara awak nak jatuhkan Umno Barisan Nasional. Tak apalah.
Tapi jangan pula apabila kami pula menggunakan pendekatan yang berbeza, awak anggap bila undi PAS sama macam undi Umno Barisan Nasional. Sedangkan sebahagian besar termasuk Presiden sendiri tak pernah kita pegang isi borang Umno. Dan kita lihat orang duduk hentam kita itu ialah orang yang makan dedak Umno, kaya, bina mahligai, bina orang kata kaya raya sebagainya ialah bersama dengan Umno. Kami tidak pernah, tidak ada keturunan, saya sendirilah secara personal, Tok Guru sendiri pun tidak ada keturunan kami yang daripada Umno, daripada Umno.
Kadang-kadang seronok, kadang-kadang tengok puak-puak yang duduk hentam kata PAS ini kononnya dapat duit daripada Najiblah, dapat duit Umno sebagainya. Nak beritahu, kami tak pernah makan dedak Umno, makan duit Umno sebagaimana mereka. Kita kenal seorang-seorang, pak mereka bukan kaya mana. Mereka kaya pasal apa? Pasal kadang-kadang diuji jadi pengampu waktu pegang media Barisan Nasional, kerja dengan media-media perdana dulu. Merekalah yang menjadi pengampu, dia spin isu-isu sebagainya.
Sekarang ini zaman hari ini Najib tak bagi mereka, mereka mengamuk. Ini sahaja, bukan kerana prinsip. Sebab itu kalau Najib bagi lebih seringgit besok ini, pakat bondong-bondong pakat masuk Umno. Sorry to saylah, kita tidak sikap begitu.
Kita menentang ialah soal dasar, kita nak menyelamatkan orang, bukannya kerana sentimen peribadi, bukan kerana apa. Yang penting ialah kita nak selamatkan orang bersama-sama dengan Islam itu sendiri.
(Teks transkrip dari Ucapan Naib Presiden PAS di Live Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat malam tadi yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR) - HARAKAHDAILY 14/3/2018Sumber HD - 14-3-2018
Sudah 10 tahun dituduh PAS bekerjasama Umno
Sumber HD - 4-3-2018PASIR MAS: Tuduhan kononnya PAS bekerjasama dengan Umno sebenarnya sudah kedengaran sejak 2008.Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, ketika itu PAN belum lagi diwujudkan.Katanya, pemimpin parti terbabit masih lagi bersama PAS biarpun sudah kedengaran kononnya PAS mahu bekerjasama dengan Umno."Sehingga sekarang bermakna sudah 10 tahun isu itu berlalu namun tidak juga menjadi kenyataan sehingga sekarang," katanya ceramah Bangkit Pertahan di Kampung Jias malam tadi.Hadir sama Yang DiPertua (YDP) PAS Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad, Timbalannya, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, Naib YDP, Zuraidin Abdullah, Ketua Pemuda, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Adun Tendong, Rozi Muhamad.Program itu bermula dengan solat Maghrib kemudian diikuti kuliah Maghrib yang disampaikan Ustaz Su Azhar.Idris juga berkata, beliau yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali menyertai Umno selepas Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi Perdana Menteri. - HARAKAHDAILY 4/3/2018
PH hanya akan ambil alih sistem BN
SIK: Fitnah menjadi makanan tambahan dan vitamin bagi PAN yang hidup dilingkungi fitnah kepada PAS hanya kerana dendam setelah pelbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan parti Islam ini menemui jalan buntu.
Demikian menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam pidatonya sempena Himpunan Fastaqim PAS Kawasan Sik di Tapak Pasar Malam Gulau, di sini kelmarin.
Katanya, isu dimainkan PAN adalah isu yang bersifat jelek seperti pakaian Presiden PAS dan Perdana Menteri sedondon, selain PAS dicop pemakan dedak Umno hanya kerana bersama dengan kerajaan.
Akuinya, PAS memang bersama kerajaan dalam isu-isu Islam dan kebajikan serta sejagat seperti isu kepentingan rakyat, Rohingya dan Baitulmaqdis, sedangkan PH bersama kerajaan dalam urusan tertentu yang berkepentingan kepartian tidak pula diisukan.
"Begitu juga bila PAS menolak Mahathir menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memerintah, PAS dituduh menyokong Najib walhal Mahathir terkenal dengan skandal-skandal yang tak kurang hebatnya dengan Najib.
"Orang PAS tidak bodoh macam mereka hendak tuduh masuk Umno atau kerjasama dengan Barisan Nasional hanya kerana pakaian sedondon dan gambar bersama.
"Kita harapkan bodoh mereka itu simpan sikit dalam rumah banglo jangan tunjuk sangat," katanya mencetuskan sorakan hadirin.
Tambahnya lagi dengan penyerahan borang keahlian baru PAS pada malam itu membuktikan PAS terus mendapat sokongan dari masyarakat walaupun wujud persepsi jahat yang dicipta pihak musuh.
Malah ujar Idris, kehadiran ramai dari seluruh pelusuk Sik memenuhi segenap ruang tapak pada malam itu membuktikan PAS terus menjadi wadah kepercayaan masyarakat untuk menyelamatkan negara.
Menurutnya lagi, dengan kemelut negara yang kian meruncing akibat urustadbir negara yang salah, tidak wajar Umno dikekalkan untuk terus memerintah.
"PAS menawarkan jalan penyelesaian melalui Dokumen Hijau, WINS dan Kerajaan Teknokrat kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan sistem bukan sekadar menukar pemimpin sepertimana yang diinginkan PH," ujarnya diiringai laungan takbir para hadirin yang bersemangat.
Lanjutnya lagi, sistem pemerintahan yang ada kini sudah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi, malah merupakan sistem tinggalan penjajah bertujuan mengekalkan golongan kaya menjadi makin kaya, sedang orang miskin kian fakir.
Demikian itu tegasnya, PAS datang menghulurkan satu sistem yang terbukti akan menyelamatkan negara, bahkan semua kaum di Malaysia dengan hak keadilan diberi sewajarnya iaitu sistem Islam yang dibawa oleh junjungan besar Baginda Nabi S.A.W.
"Ini berbeza dengan PH yang ingin mengambil tampuk pemerintahan negara, tetapi mahu mengekalkan sistem yang sama dan terbukti gagal.
"Malah mahu mengangkat kembali pemimpin yang membuat kerosakan kepada negara melalui sistem tersebut, angkat semula Mahathir menjadi Perdana Menteri," getusnya mengundang tawa hadirin.
Beliau pada ceramah itu turut membangkitkan mengenai Akta 164 yang telah menyebabkan polemik dalam masyarakat antaranya kes Mohd Riduan Abdullah di mana anaknya telah 'dimurtadkan' kembali.
Hal tersebut bidasnya, disebabkan oleh keputusan mahkamah selepas akta yang dibawa oleh kerajaan itu diluluskan di Parlimen walaupun Ahli Parlimen PAS cuba untuk meminta untuk dibuat undi berbelah bagi.
Luahnya dukacita, walaupun selepas Merdeka sehingga hari ini pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam dari parti yang sama tetapi Islam dikesampingkan hanya kerana kuasa.
"Manakala di pihak PH, mereka bergembira akan keputusan ini. Bahkan mereka sanggup bekerjasama dengan Umno-BN meluluskan akta ini dengan prejudis terhadap Islam, walaupun saban hari PAS yang difitnah mahu masuk Umno.
"Umno sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk memimpin Islam di Malaysia ini, manakala di pihak PH juga tidak boleh disandarkan Islam kepadanya kerana DAP yang jelas menolak Islam berkuasa di dalamnya," tambah beliau.
Beliau dalam pada itu menyeru kepada semua ahli Umno untuk mengundi PAS pada pilihan raya kali ini demi menyelamatkan negara dari terus rosak kepada negara yang sejahtera bersama Islam.
Sumber HD - 20-2-2018Beliau juga menitipkan pesan kepada semua amilin, ahli, pimpinan, jentera serta penyokong PAS untuk terus bekerja dengan bersungguh-sungguh memenangkan PAS pada pilihan raya kali ini. -HARAKAHDAILY 20/2/2018
Hasil Kelantan diambil?
APABILA Dato' Sri Najib Razak sebut bahawa tanpa bantuan pusat Kelantan tidak mampu bayar gaji kepada kakitangan kerajaan, terserlah inilah perangai Umno. Sifat dendam tidak pernah kehabisan. Tepatlah yang PAS lawan Umno, kerana dasar bukan orang. Siapa pun yang pimpin Umno, maka inilah pembawaan Umno. Datang daripada acuan yang sama. Sebab itu pelik apabila seorang Adun di Kelantan dihalau daripada dewan, masih ada yang hendak bersolidariti dengan Adun tersebut.Najib bercakap lahir daripada hati perutnya sendiri. Sehingga lupa Kelantan sebuah negeri yang masih berada di dalam Malaysia. Kelantan bukan wilayah Brunei. Walaupun orang PAS di Kelantan diketepikan royalti, beliau tetap Perdana Menteri orang PAS. Orang PAS tidak kata Tuan Guru Haji Abd Hadi Perdana Menteri Malaysia.Tetapi ucapan Dato' Sri Najib tidak ubah seperti Perdana Menteri yang lampau seolah-olah Kelantan ini bukan sebahagian daripada Malaysia. Sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin BN-Umno bukan melemahkan rakyat Kelantan, malahan bertambah semangat untuk menghalang Umno dan orang yang sanggup bersolidariti dengan Umno untuk menawan Kelantan.Najib lupa bahawa banyak hasil yang dipungut daripada Kelantan yang dibawa balik ke Putra Jaya. Kerana ini adalah konsep federalisme. Ke mana hasil yang diambil daripada Kelantan seperti cukai Kastam, GST, passport antarabangsa, lesen kereta, cukai jalan, saman JPJ, saman polis, AES, bayaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia, cukai airport , cukai pendapatan. Semua diangkut ke Putrajaya. Sewaktu hendak pungut tidak fikir, waktu hendak bagi balik masih berkira. Inilah otak pemimpin Umno.HJ IDRIS HJ AHMADNaib Presiden PASHARAKAHDAILY 30/1/2018
PAS dituduh pecah belah pembangkang?
HARI ini ada orang menuduh PAS sebagai pemecah belah parti pembangkang. Sebelumnya dituduh PAS tungkat Umno, PAS hendak UG dengan Umno, PAS dapat RM90 juta, PAS parti pengacau. Macam-macam lagi tuduhan terhadap PAS yang dihamburkan oleh pemimpin mereka dan ditulis oleh cyber trooper mereka. Itu petanda alamatu kubra pilihan raya sudah dekat. PAS terus mara atas landasan perjuangan.
Semua tuduhan itu PAS anggap sebagai multivitamin untuk terus bekerja dan memperjuangkan Islam dan menyelamatkan negara. Segala tuduhan ini bukan melemahkan PAS. Mereka hendak mematikan perjuangan PAS insya-Allah tidak mampu, selagi PAS tidak meninggalkan dasar Islam. Motivasi ahli PAS ialah perjuangan di dunia untuk bekalan akhirat. PAS berpolitik bekalan untuk mati bukan bekalan untuk hidup semata-mata.
Pelik yang tuduh itu baru jadi pembangkang. PAS sudah lama melawan BN, dahulunya Perikatan. Memang belum menang di peringkat negara. Kerana PAS tidak mahu gadai prinsip. Kalau hendak menang cepat, tanpa mengira prinsip Islam, sudah lama PAS menang. Kalau PAS hendak cepat menang mudah ja. Setuju dengan pesta arak, setuju dengan LGBT, setuju dengan puak atheis, setuju dengan golongan anti hadis, setuju dengan orang yang hina hukum Islam setuju dengan program maksiat.
Mereka yang baru lawan Umno kerana, temolok sudah penuh, harta negara habis difaraid di kalangan suku sakat. Sekarang mengamuk fasal tidak cukup dedak. Bukan kerana dasar. Bukan kerana negara dan rakyat. Semua gara-gara hendak perhatian dan hilang kasih sayang. Nanti apabila dipujuk akan berhentilah menangis. Apabila dedak dan nestum diberi oleh Umno, maka berduyun-duyun sertai Umno kembali, kerana nafas tidak panjang. Kesian. – HARAKAHDAILY 24/1/2018
Tun serang, PAS makin bersemangat
SUKA membaca apabila Tun Mahathir beri amaran kepada PAS, pilih siapa Perdana Menteri pilihan PAS, sama ada beliau atau DS Najib. Inilah masalah Tun, pernah pegang kuasa lama sangat sehingga dia anggap masih lagi Perdana Menteri walau pun beliau sekarang ini sudah menjadi pembangkang. Jangan Tun, bangun pagi-pagi hendak masuk pejabat Perdana Menteri di Putra Jaya sudah lah.
Tun beri amaran kepada PAS, semacam dia berkuasa selama 22 tahun dengan memberi amaran kepada JKK dan Ketua Umno Bahagian sahaja. Beliau silap oranglah hendak memberi amaran kepada PAS. Semasa beliau berkuasa pun PAS lawan, tidak munasabah jika beliau yang tidak ada kuasa PAS tidak berani lawan.
Siapa PM pilihan PAS, dua-dua PAS tolak. Tuan Guru Hj Abdul Hadi sewaktu PRU 13 dahulu, apabila ditanya wartawan apabila ada yang bertanya beliau mengenai calon Perdana Menteri, maka Tuan Guru menjawab, tidak mengapa biarlah beliau menjadi nelayan saja.
Tun yang mempunyai rekod yang semua rakyat tahu, termasuk pemimpin PH yang duduk mengampu dia sekarang. Cuma pakat diam kerana ada agenda peribadi masing-masing, bukan agenda rakyat.
DS Najib pula PAS tolak, kerana meneruskan agenda Tun Mahathir. Bukankah Tun yang bersetuju untuk tendang Tun Abdullah Badwi dan menggantikan DS Najib. Apa yang dilakukan oleh DS Najib, gurunya ialah Tun Mahathir, selama 22 tahun. Tun yang tarbiah DS Najib maka inilah hasilnya. Semoga Allah panjangkan usia Tun, supaya melihat banyak lagi hasil peninggalan beliau. Tun boleh beri beribu alasan, hakikat yang sebenar bukan agenda rakyat tetapi agenda peribadi yang masih tidak puas untuk diri dan kroni beliau.
Saya yakin Tun akan serang lagi PAS kerana beliau gagal tundukkan PAS. Lagi kuat Tun serang,lagi bersemangat ahli PAS untuk bekerja melawan PH dan BN. PAS bersedia dengan apa tuduhan dan serangan, biar rakyat menjadi hakim. Rakyat yang rasional akan menilai segala tuduhan Tun.
Tindakan Tun menyerang PAS sebenarnya memberi kredit kepada umno dan untuk memenangkan umno di dalam PRU akan datang. Tidak mustahil pun, kerana Tun hanya marah kepada DS Najib, bukan kepada umno. Sejarah Tun keluar masuk Umno seperti iklan chipsmore, kejap ada, kejap tiada. PAS sahaja yang mampu melawan Umno kerana memiliki kekuatan organisasi dan boleh menyantuni pengundi Melayu di luar bandar.
Tanpa sokongan undi Melayu di negara ini maka tidak ada siapa yang boleh memerintah. DAP tidak bergantung kepada undi Melayu, kerana mereka bertanding di kawasan bandar. DAP hanya nasi tambah untuk menjadi king maker di dalam PH sahaja. – HARAKAHDAILY 17/1/2018Sumber HD - 17-1-2018
PAS Confident Of ‘Formidable Force’ To Face Looming Polls
KOTA BARU: PAS is not “fighting alone” in the 14th General Election although it has refused to forge ties with rivals Umno and Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
PAS vice-president Idris Ahmad said the Islamist party will work closely with fellow Gagasan Sejahtera component parties to test the strength of the third force in the upcoming epic battle for power.
“In the past, Malaysians have only seen a battle between two coalitions. Now, with the third coalition joining the fray, we will see if we can emerge as kingmakers,” he said.
Gagasan Sejahtera comprises PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) and Pan-Malaysia Islamic Front (Berjasa).
Parti Cinta Malaysia (PCM) announced its intention to join Gagasan Sejahtera in April last year.
“With the support of more than 100 NGOs, we believe we make a formidable force,” said Idris.
PAS is not looking to forge sub-alliances with any component parties of rival coalitions Pakatan Harapan and Barisan Nasional, he said.
Idris also said Pribumi chairman Tun Dr Mahathir Mohamad’s insinuation that PAS is helping Umno win by splitting opposition votes is preposterous.
“Why should we help Umno? Why should we participate in any negotiations to secure straight fights, and make a mockery of democracy?” he said.
On seat allocations, Idris said PAS will contest 130 parliamentary seats.
“We leave it to our component party members to decide on the remaining 92 parliamentary seats,” he said.-thestar
Sumber BO - 11-1-2018

Ikrar sokong Umno, penganjur tidak cerdik
UMNO Kelantan dah hilang kewarasan, terpaksa guna pula Pengetua dan Guru Besar di Kelantan ikrar sokong Umno di dalam PRU 14. Siapa yang buat program ini, sah kurang cerdik dan makan dedak Umno sehingga tidak boleh bernyawa. Masyarakat akan ingat terutama warga pendidik walaupun dia dah pencen, hatta sehingga dia mati pun orang akan ingat kerja pembodek Umno. Apabila cucu dia besar esok pun orang akan ingat kelaku tok dia yang menjadi pembodek Umno peringkat internasional.
Hendak bodek Umno, sehingga sanggup pergunakan dan paksa guru besar dan pengetua untuk ikrar sokong Umno di Kelantan. Perlakukan kepada pengetua sekolah, macam wali mujbir. Dia ingat Pengetua atau Guru Besar sekolah bodoh dan boleh dicucuk hidung. Pepatah ada menyebut “kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air”.
Saya masih ingat ketika pilihan raya kecil di Kelantan, guru-guru yang berada di dalam daerah mengundi dipaksa setiap malam melaporkan diri ke bilik gerakan Umno. Guru yang ada jati diri tidak akan tunduk dengan arahan tidak cerdik ini. Malahan menimbulkan kemarahan kepada Umno.
Punah habis negara dan pendidikan kalau dipegang oleh otak semacam ini. Manusia seperti ini cukup lemah di dalam pengurusan dan disiplin kerja. Naik pangkat bukan kerana merit, tetapi kerana bodek. Saya harapkan perbanyakkan lagi program seperti ini supaya warga pendidik lagi meluat dan benci kepada Umno dan pemimpin Umno. Spesies semacam ini tidak banyak dah di kalangan penjawat awam. – HARAKAHDAILY 10/1/2018Sumber HD - 10-1-2018
Kelantan mundur: Tok Pa tengok negeri Umno dulu
DATUK Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan Kelantan mundur di bawah PAS. Ini merupakan modal lapuk Tok Pa dan pemimpin Umno apabila hampir pilihan raya. Inilah modal Umno untuk memburukkan Kelantan dan hendak merampas Kelantan. Apa yang pelik, beliau merupakan menteri pusat dan mewakili Ahli Parlimen Jeli yang berada di Kelantan.
Adakah Jeli dalam negara Thailand sehingga Tok Pa tidak boleh bawa pembangunan ke Kelantan?
Adakah contoh projek yang Tok Pa cadang, kerajaan negeri Kelantan tolak? Adakah pelabur luar yang Tok Pa cadang ditolak oleh kerajaan Kelantan? Adakah projek atau pelabur yang Tok Pa hendak bawa ke kawasan Parlimen Jeli ditolak oleh kerajaan Kelantan?
Kawasan Jeli pun tidak membangun hebat manapun, walaupun diwakili oleh Tok Pa. Apa perjuangan Tok Pa untuk kembalikan royalti minyak di Kelantan? Adakah Tok Pa berkongkol dengan pemimpin kerajaan Pusat yang tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan?
Kalau Tok Pa merasakan parti Umno parti Melayu hendak bantu Melayu, kenapa tidak bantu Kelantan dengan diberi kembali royalti. Apakah majoriti rakyat Kelantan ini bukan Melayu? Berapa bilion wang negara dibazirkan oleh kerajaan pusat dengan menubuhkan Jabatan Persekutuan sejak PAS memerintah Kelantan tahun 1990.
Semua rakyat Kelantan sedar sikap kerajaan Pusat kepada Kelantan. Alhamdulillah walaupun dengan kekangan yang ada pada kerajaan PAS di Kelantan, namun ia berjaya membangunkan Kelantan kerana Allah memberikan iman dan akal sehingga mampu untuk mentadbir lebih 27 tahun.
Walaupun tidak sempurna tetapi mampu bersaing dengan negeri di bawah Umno BN. Alhamdulillah, tidak ada siapa yang disabitkan rasuah. Rakyat Kelantan yang cerdik menjawab kepada pemimpin Umno Kelantan, sebelum hendak rampas Kelantan lebih baik jaga Melayu di negeri yang Umno perintah. Rakyat Kelantan tidak boleh terima pengkhianat hendak rampas Kelantan.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD- 8-1-2018
Naib Presiden PAS
8 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 8/1/2018
Semasa remaja dikawal loceng, sewaktu tua dikawal...?
Hampir semua 'pergerakan' (aktiviti) terutama yang dilakukan secara 'berjemaah' (berkumpulan) 'ditandai' dengan deringan loceng yang sangat kuat di seluruh kawasan sekolah. Saya tak pasti sama ada satu loceng besar atau ada beberapa loceng dipasang di tempat-tempat tertentu.
Seawal jam 5.30 pagi deringan loceng yang kuat dan memanjang sudah 'memaksa' pelajar bangun. Jam 6.00 pagi sekali lagi bunyi loceng bergema, 'mengajak' seluruh pelajar ke surau untuk solat subuh. Namun ada yang 'cendekil' (mengelat), maka 'perburuan' pengawas akan memastikan mereka tetap ke surau.
Sumber HD - 7-1-2018
Tarbiyah Haraki pemangkin kebangkitan PAS
Sumber HD - 4-1-2018TARBIYAH adalah elemen pembeza yang paling ketara dalam gerakan politik di Malaysia terutamanya untuk membezakan antara PAS dengan parti-parti politik yang lain. Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS bergerak melalui tiga tunjang utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah. Lalu elemen tarbiyah inilah yang membina kekuatan yang menunjangi perjuangan PAS, di mana ahli-ahlinya begitu kental mempertahankan dasar, tujuan dan hala tuju perjuangan mereka."Tarbiyah" adalah perkataan bahasa Arab yang berasal dari akar kata "raba yarbu tarbiyah" yang bermaksud pendidikan dan pengasuhan. Dari segi istilah, tarbiyah memberi makna suatu cara terbaik (ideal) dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung (berupa kata-kata) mahupun secara tidak langsung (berupa keteladanan, sesuai dengan sistem dan wasilahnya yang khas) untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju keadaan yang lebih baik. Tarbiyah Islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan dan tindakannya secara keseluruhan.Kerana pentingnya tarbiyah ini, maka semua gerakan Islam meletakkan tarbiyah sebagai komponen utama mereka, di samping politik (siasah) dan dakwah. Sarekat Islam yang wujud sejak akhir 1905 di Indonesia telah membentuk sistem tarbiyahnya sendiri terutama di bawah Haji Omar Said Cokroaminoto dalam menghadapi ancaman Sosialisme selepas 1912, dan disambung oleh Pak Natsir dalam Masyumi sejak 1943. Sedangkan as-Syahid Hassan al-Banna sangat terkenal dengan model tarbiyah Ikhwanul Muslimin semenjak 1928, sebelum Syed Abul A'la al-Maududi membangunkan model tarbiyah Jamiat Islami di India pada 1941.Dalam sejarah PAS sendiri, program tarbiyah telah wujud semenjak awal 1950-an lagi di mana PAS memberi fokus untuk membentuk generasi baru melalui pentarbiyahan kepada para pelajar dan pemuda. Melalui gerakan pelajar, Kesatuan Pelajar Agama Se-Malaya (KPAS) yang ditubuhkan pada 1954, PAS telah mengembangkan tarbiyah kepada para pelajar di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Tanah Melayu. Mulai 1963, Dewan Pemuda PAS menjadikan teks-teks tarbiyah Ikhwanul Muslimin sebagai rujukan tarbiyah mereka, selain buku-buku dari Indonesia. Sedangkan mulai 1965, lebih banyak perkemahan tarbiyah, kursus-kursus dan latihan kepemimpinan diadakan, termasuk Gerakan Syuhada dan Gerakan SPEM yang diadakan pada akhir 1970-an.Menjelang pertengahan 1970-an, kemunculan tokoh-tokoh ulamak muda yang menerima tarbiyah Ikhwanul Muslimin seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Harun Taib, Ustaz Nakhaie Ahmad, Ustaz Yahya Othman dan lain-lain telah mengembangkan sistem tarbiyah haraki dalam PAS. Semenjak itu, pergerakan tarbiyah PAS menjadi lebih tersusun, terarah dan mengikuti manhaj yang bertepatan dengan perkembangan semasa. Bahkan, mulai 1982, Lajnah Tarbiyah PAS Pusat telah menyiapkan Sukatan Tarbiyah PAS sebagai panduan keseluruhan gerakan tarbiyah haraki PAS, terutama dalam menghadapi tarbiyah yang disusun oleh ABIM dan IRC sejak pertengahan 1970-an. Kini, sistem tarbiyah haraki telah dilaksanakan sepenuhnya dalam PAS di semua peringkat.Program tarbiyah haraki dan perkaderan ini telah mengubah tarbiyah PAS dari aspek program dan aktiviti, keahlian dan kepemimpinan serta peranan ulama dalam membangunkan parti. Dengan slogan "Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, al-Quran panduan kami, jihad jalan kami dan syahid cita-cita kami," PAS telah berjaya membina kekuatan syakhsiah ahli-ahlinya dalam perjuangan menegakkan agama Allah.Secara umumnya, tarbiyah haraki adalah program tarbiyah berkala dalam membentuk peribadi muslim sebagai pejuang Islam melalui usrah, tamrin, mukhayyam, rehlah, nadwah, liqa fikri dan juga ijtimak yang melibatkan seluruh ahli PAS di cawangan, kawasan, negeri dan pusat. Peringkat tarbiyah harakiyah ini disusun dalam tiga tahap iaitu taarif (pengenalan), takwin (pembentukan) dan tanfiz (perlaksanaan).Kegagalan ahli-ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat dalam mengikuti program tarbiyah haraki ini akan menyebabkan berlakunya pergeseran fikrah dan konflik dalam amal. Sebahagian besar isu keciciran dari jalan dakwah adalah difaktorkan oleh kegagalan proses tarbiyah yang dilalui oleh mereka, sehingga mereka tidak dapat menghadapi serangan pemikiran moden dan penyelusupan musuh, tidak memahami stategi politik berasaskan siyasah syar'iyah, melepaskan pergantungan kepada Allah dan hilang keyakinan kepada Islam, yang akhirnya menyebabkan berlaku perubahan hadaf dalam perjuangan dan gagal untuk istiqamah bersama Islam.MOHD FADLI GHANIHead, House of ResourcesPusat Penyelidikan PAS4 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 4/1/2018
PAS sesat menurut LGE?
AMAT menarik kenyataan daripada Lim Guan Eng yang mangatakan PAS parti sesat, mungkin Dap parti apa pula?! Sesat di neraca LGE apabila tidak boleh dicucuk hidung oleh Dap.
Tidak mengapalah kalau hendak tuduh PAS sesat, kerana menentang pesta arak.
PAS sesat kerana menentang gay. PAS sesat kerana menentang LGBT. PAS sesat kerana hendak mendidik masyarakat hidup bermoral dan berakhlak. PAS sesat kerana tidak bersetuju dengan Ateis. PAS sesat kerana menentang golongan anti hadis. PAS sesat kerana pemimpin kerajaan Kelantan tidak dituduh rasuah. PAS sesat kerana hendak memperjuangkan syariat Islam.
Lagi banyak LGE serang PAS mengenai Islam yang diperjuangkan oleh PAS lagi baik. Biar masyarakat Malaysia tahu siapa LGE dan Dap sebenarnya. Tidak perintah Malaysia sudah bersikap demikian. Baru perintah satu negeri sudah tunjuk belang sebenar.
Tindakan ini bukan sahaja akan menimbul kemarahan orang Melayu malahan juga orang bukan Melayu. Sikap angkuh seperti in tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia daripada berbagai kaum.
Modal LGE tidak habis-habis memfitnah PAS bersama Umno. Bercakap seolah-olah beliau pemimpin Dap yang penuh emosi. Kononnya PAS tidak bersuara mengenai 1MDB, Felda. Ini satu kenyataan yang mengarut dan menzahirkan busuknya hati LGE terhadap PAS. Lihatlah kenyataan PAS di Harakah, akhbar rasmi PAS. Kalau benci sangat pun biarlah buat tuduhan yang berasas. Jangan rujuk akhbar lain yang memang tidak melaporkan mengenai PAS.
PAS menentang TPPA dan adakan demontrasi,sedangkan LGE puji Datuk Mustafa Muhammad kerana menerangkan TPPA. DAP dan PH bersetuju RUU 164, manakala PAS bangkang. RUU 355 PAS baru bawa usul, Dap dan PH sudah menunjukkan sikap yang boleh disaksikan oleh rakyat Malaysia. Kenapa isu RUU 355 dituduh PAS ber UG dengan umno. Kenapa pula RUU 164 Dap bersama PH menyokong RUU tersebut bersama umno dan BN. PAS tidak pula kata Dap dan PH hendak ber UG dengan Umno BN. Ertinya PAS matang dalam politik.
Tuan Guru Haji Hadi Awang telah meminta supaya Suruhanjaya Diraja siasat 1MDB sejak tahun 2015. Sikap Presiden PAS berpegang dengan prinsip Islam biarlah siasat dan dibawa ke pengadilan. Sama ketika YAB Lim Guan Eng dihadap ke mahkamah isu pembelian banglo mewah yang tidak ada kolam renang. Presiden PAS menjawab LGE tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah (FMT 21 Mac 2016). Apakah sikap pemimpin PAS seperti ini dianggap sesat. Tidak seperti sikap pihak Pakatan Harapan, belum apa-apa sudah balun PAS isu RM90 juta.
Kalau inilah PH memerintah negara, sama sahaja atau lebih teruk daripada kerajaan BN.
Rakyat, keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Belum perintah sudah tunjuk sikap yang tidak memaparkan sikap adil.
Kalau LGE mengatakan kerana ada gambar kemesraan pemimpin PAS dengan pemimpin umno di dalam program kerajaan, bukan program umno maka terus dituduh PAS hendak bersama umno. Saya mempunyai koleksi gambar kemesraan LGE dengan pemimpin umno. Bukan setakat belaga pipi, malahan belaga perut. Terbaru gambar kemesraan LGE menyambut DS Rosmah Mansur semasa lawatan banjir di Pulau Pinang. Bukan setakat bersalam malahan pegang lengan DS Rosmah. PAS tidak sebodoh itu untuk hendak menjadikan ini modal menuduh LGE dan Dap hendak sertai BN.
Kalau gambar TG Haji Hadi dengan DS Najib di program Multaqa Ulama dijadikan modal kononnya baju sedondon, macam mana pula dengan sedondon putih pemimpin Setiausaha Agung PKR dan Naib Presiden PAN bersama dengan DS Najib di dalam program Palestin. Sekali lagi PAS tidaklah sebodoh itu hendak tuduh PKR dan PAN hendak bersama dengan Umno. Walau pun ada seorang ustaz PAN yang bergelar alhafiz mengatakan CIS kepada PAS kerana hadir program tersebut. Akhirnya CIS itu kena ke batang tubuh partinya sendiri. Jangan melampau, selalunya yang melampau tersungkur di pintu umno/BN. – HARAKAHDAILY 2/1/2017Sumber HD - 2-1-2018
Selepas ini cerita ahli desak bubar PAS pula
“CERITA ahli PAS masuk Umno, masuk PAN dan terbaru ahli PAS masuk PKR pula,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Selepas ini, katanya ada pula berita ahli PAS akar umbi mendesak dibubarkan PAS.
“Kalau ikut cerita ini, yang tinggal dalam PAS hanya Tuan Guru Haji Hadi sajalah,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Peliknya, kata beliau setiap bulan keahlian baharu PAS tidak kurang 2,000 orang sebulan di mana pada 2017 paling ramai iaitu 41,813 ahli baharu.
Menurutnya, itu semua alamat kubra PRU sudah dekat.
“Biarlah ini kerja pelapor yang tidak ada berita hendak buat cerita. Hendak bagi laku berita. Hendak harap program parti tidak ada,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Tambahnya, ataupun hendak mengharapkan orang masuk parti mereka tidak ada, maka kerja bilang ahli PAS sahajalah.
“Atau buat cerita PAS hendak bersama dengan Umno,” kata beliau.
Beliau berkata, sudah sembilan tahun cerita PAS hendak bersama Umno.
“Kalau ada anak sekolah sudah berada darjah tiga. Biasanya orang melampau akhirnya tersungkur di kaki Umno,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/12/2017Sumber HD- 23-12-2017
Jangan pula DS Najib tidak setuju GST?
ISU IMAMS (Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu) telah menjadi kemarahan rakyat, kerana ia membebankan tetamu Allah ke Makkah. Tambahan pula dikatakan salah seorang pegawai ekskutif atasannya adalah bukan Muslim.
Apa yang penting boleh dapat duit dengan mudah, tidak perlu susah payah. Setelah duit di kebas daripada koperat hingga yang melarat melalui GST. Maka kerajaan perkenalkan pula IMAMS.
Apabila mendapat bantahan, mungkin laporan daripada SB dan risikan ini bahaya kepada kerajaan maka sistem ini ditarik balik. ( samaada tarik terus atau sehingga selepas PRU14).
Peliknya semua pakat beri alasan. TS Nazri Aziz Menteri Pelancongan kata pegawainya silap faham. Timbalannya pula Datuk Mas Ermieyati Samsudin beliau tidak tahu salah seorang eksekutif syarikat ini seorang bukan Islam.
DS Najib pula kata beliau tidak bersetuju. Aik, macamana pula beliau selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak setuju?. Wang GST yang dikenakan kepada IMAMS akan dimasukkan ke dalam akaun kerajaan, bukan dalam akaun umno Bukit Gantang.
Tak apalah, wahai DS Najib, cuma jangan pula nanti apabila rakyat marah sebab GST, maka dijawab pula saya pun tidak setuju GST. – HARAKAHDAILY 18/12/2017Sumber HD - 18-12-2017
Umno kurang hirau keluhan rakyat
PENGLIBATAN PAS dalam pilihan raya bagi membawa negara ke arah yang lebih baik untuk generasi akan datang berbanding apa yang dilakukan Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno dan BN lebih memikirkan aspek keuntungan semata-mata.
Katanya, PAS hendak bawa rakyat di negara ini kepada politik Islam bagi mengatur kehidupan manusia.
"Perjuangan pemimpin Umno sekarang sudah berbeza jauh. Dahulu pemimpin Umno ada tanggungjawab kepada rakyat dan negara seperti Aziz Tapa sehingga orang dahulu anggap Umno payung bagi mereka.
“Namun sekarang pemimpin Umno memilih keuntungan peribadi sehingga pelbagai isu dan masalah yang melanda Malaysia tidak menjadi perhitungan utama mereka,” katanya pada Himpunan Hijau PAS Melaka malam semalam. – HARAKAHDAILY 18/12/2017Sumber HD - 18-12-2017
Perlu ramai lagi Cikgu Azizan
TAHNIAH kepada Cikgu Azizan kerana menjalankan tugas dengan penuh didikasi. Takziah kepada cikgu kerana di saman hingga ke mahkamah. Semoga Cikgu Azizan tabah dan cekal menghadapinya.
Tidak mengapa cikgu, majoriti rakyat bersama cikgu. Cikgu didakwa bukan kerana cabul kehormatan murid, bukan kerana menjadi pengedar pil kuda di sekolah, bukan kerana rasuah. Tetapi cikgu didakwa kerana menjalankan tugas sebagai pendidik.
Negara memerlukan lebih ramai seperti Cikgu Azizan. Sanggup menghadapi apa sahaja demi melaksanakan tugas sebagai pendidik. Cikgu Azizan boleh hidup selesa dan tidak perlu pening kepala dan serabut perut mengenai anak muridnya jika beliau seorang guru yang tidak bertanggungjawab.
Biarlah anak muridnya hendak jadi manusia atau tidak. Apa yang penting setiap bulan gaji tetap dapat. Tetapi ini bukan watak Cikgu Azizan. Semoga keadilan berpihak kepada Cikgu Azizan. – HARAKAHDAILY 18/12/2017Sumber HD- 18-12-2017
IMAMS dibatal bukan kerana PRU14?
HARI ini kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan terpaksa membatal pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi pemohonan visa umrah. Apakah batal buat selama-lamanya atau kerana pilihan raya sudah dekat? Adakah syarikat yang telah dijanjikan untuk faraid sesama mereka boleh batal begitu sahaja? Apakah pampasan tidak diberikan kepada syarikat yang telah bersedia untuk menahan ‘bubu’ untuk jamaah yang hendak mengerjakan haji?
Alasan perkenal sistem kerana hendak mengatasi masalah penipuan agensi umrah. Malaysia ini pelik. Kemuka masalah, maka ada peluang bisnes. Contohnya untuk atasi minyak diseludup, maka hapus subsidi. Elak pencemaran karbon, maka tol mesti dinaikkan.
Tepatlah GST merupakan cukai pukat sorong. Ikan bilis hingga ikan paus semua dia sapu. Bukan sahaja orang miskin malahan golongan OKU pun kena. Bukan sahaja yang bergaji besar, malahan OKU dan orang miskin penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan pun kena GST. Semangatnya rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah, maka peluang untuk mendapat wang segera diperkenalkan.
Berapa jumlah bayaran yang diperoleh syarikat itu jika kita mengambil kira 290,000 jemaah mengerjakan umrah dalam setahun? RM26.129 juta.
Daripada jumlah itu RM1.479 juta adalah GST, insurans (RM11.6 juta).
Sepatutnya tugas kerajaan untuk memudahkan rakyat, bukan menyusahkan rakyat. Rakyat bayar gaji mahal kepada menteri, untuk fikir macam mana untuk menyenangkan rakyat bukan untuk menyusahkan rakyat.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD- 16-12-2017
Naib Presiden PAS
27 Rabiul Awal 1439/16 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 16/12/2017
Kekuatan Pas Yang Sebenar Bermula Posted on Tuesday, December 05 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37161 |
(Firasat Almarhum Dato’ Ustaz Harun Taib,sebelum meninggalkan kita terhadap PAS sedang benar2 berlaku)
Apa Yang Sedang Berlaku Dalam PAS sekarang adalah TAPISAN DARIPADA ALLAH
Sekarang ni bising dan hingar bingar cakap-cakap yang mengatakan “habislah PAS kali ini, siapa lagi nak bersama dengan PAS, golongan bijak pandai dalam PAS telah tidak terpilih masa muktamar baru ni, sebahagian mereka ni nak menubuhkan parti baru, habislah PAS, ramailah nanti yang akan bersama mereka” dan berbagai-bagai versi ungkapan negatif, celaan dan hinaan dikenakan keatas PAS dan pimpinan PAS sekarang.
Saya teringat satu peristiwa yang saya yakin masih segar dalam ingatan kita semua. Muktamar PAS kali ke59 yang diadakan pada 22 hingga 24 Nov 2013 yang bertemakan “Rahmat Untuk Semua” di Stadium Melawati Shah Alam menyaksikan Al Marhum Tuan Guru Dato’ Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS telah diamanahkan oleh muktamar untuk berdoa ketika penutup Muktamar.
Antara doa Al Marhum Tuan Guru Harun Taib ialah;
الَّلهُمَّ عَلَيكَ بِأَعدَاءِ الحِزبِ الِإسلَامِيِّ فِي الدَّاخِلِ وَالخَارِجِ
“Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh Parti Islam didalam dan diluar”.
Doa itu segera mendapat perhatian sesetengah perwakilan yang menganggap hal itu merupakan satu isu kritikal yang perlu diambil perhatian oleh ahli.
Sehari sebelum Muktamar penuh bermula, di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, Muktamar Dewan Ulama meluluskan usul mengenai “Pemikiran Islam Dan Pluralisma Yang Menyesatkan “,menyentuh aktiviti beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang disifatkan sebagai gerakan yang menyebarkan fahaman Islam liberal.(Harakah 25-28 Nov 2013)
Sekembalinya saya dari muktamar, saya terus mengadap Al Marhum dan bertanya “Ustaz! Mengenai doa yang Ustaz baca semasa penutup tu, musuh luaran ana fahamlah, tapi apa maksud Ustaz mengenai musuh dalaman ni sehingga doa itu ditujukan sama dengan musuh luaran?”
Al-Marhum TG Harun Taib dalam keadaan tidak berapa sihat tapi apabila dikemukakan soalan tersebut terus menjawab pertanyaan saya dengan penuh semangat dan nada yang sangat tegas dan yakin;
” Din, kalau anta umur panjang, anta akan tengok Allah Ta’ala akan bersihkan PAS dari semua anasir-anasir yang merosakkan Pas dari dalam!”
“Anta kena faham, PAS adalah jamaah Islam tulin yang menepati ciri-ciri jamaah Islam yang Allah dan RasulNya jelaskan sifat-sifatnya dalam Quran dan hadith. Allah tak akan redha Pas berada dalam keadaan yang ada sekarang ini melainkan Allah akan bersihkan Pas!”
Al-Marhum seperti biasa akan mendatangkan hujahnya dengan AlQuran atau hadith lalu Al-Marhum membacakan kepada saya ;
مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ
( Ayat 179 Surah Ali- Imran)
“Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.”
Saya suka untuk menyalinkan di sini beberapa sedutan tafsiran ulamak mengenai ayat ini.
1) Mujahid berkata “Pada saat terjadi perang Uhud itu Allah membezakan antara orang-orang mukmin dengan orang-orang munafiq”
2) Qatadah berkata “Allah membezakan mereka melalui jihad dan Hijrah.”
3) Ibnu Abas dan kebanyakan mufassirin mengatakan ayat ini ditujukan secara umum kepada orang kafir, orang mukmin serta kepada orang munafiq.
4) Syed Qutb mengatakan “Nas AlQuran ini memastikan bahawa bukanlah urusan Allah dengan keagungan UluhiyahNya dan bukan perbuatan sunnahNya untuk membiarkan saff Islam bercampur aduk tanpa dilakukan penapisan di mana orang munafiq bersembunyi di sebalik pengakuan beriman dan memakai simbol Islam..”…
“…Semua itu menghendaki supaya saff kaum muslimin dicairkan untuk mengeluarkan kotorannya, ditekan supaya runtuh batu bata bangunan yang rapuh kemudian disiasat untuk mengetahui bahagian-bahagian dalamnya dari segala sudut dan bahagiannya.”
“Oleh kerana itu,adalah menjadi urusan Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Bukan menjadi urusanNya untuk membiarkan kaum mukminin berada dalam keadaan seperti sebelum terjadinya goncangan ini”
Sebaik saja saya teringat akan doa AlMarhum Tuan Guru Harun Taib dan ayat 179 Ali- Imran yang dibacakan pada saya dan memerhatikan apa yang sedang berlaku dalam Pas ini,maka fahamlah saya kenapa Dato’ Seri Tuan Guru Presiden menjawab soalan wartawan yang bertanya beliau adakah tidak bimbang setelah terdapatnya ahli parti yang bertindak meletakkan jawatan.
TGHAH mengungkapkan dengan senyuman “Untuk pembersihan Parti dengan sendirinya!”. Ungkapan itu diucapkan apabila wartawan bertanyakan Tuan Guru Presiden soalan tersebut ketika menghadhiri Majlis Eidul Fitri Badan Perhubungan PAS Terengganu pada hari Khamis 28 Syawal 1436 , 13 hb Ogos 2015.
Akhirnya saya menyeru ahli-ahli dan pemimpin PAS jangan bimbang dan bersedih dengan apa yang berlaku sekarang dan yakinlah dengan Allah sepenuhnya bahawa Allah sentiasa memelihara PAS dan Allah akan melakukan pembersihan berterusan dalam Pas selagi mana jamaah kita berada dilandasan yang benar.
Saya juga menyeru sahabat-sahabat dan bekas pemimpin Pas yang masih menjadi ahli Pas agar bertenang, bersabar dan terus Istiqamah di dalam PAS dan jangan biarkan diri kita ini menjadi antara yang ditapis oleh Allah dari jamaah ini.
Hj Zainuddin Abu Bakar
AJK Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat
1 Zulqaedah 1436
Sumber TKO - 5-12-2017
Bekerjalah, ada kejayaannya
TERUSKAN buat kerja, usah peduli apa fitnah dan persepsi orang yang benci pada perjuangan PAS. Emas yang tulin lagi dibakar dengan api yang kuat semakin terserlah ketulinannya.
Kita jangan pencen dan rasa penat buat kerja. Kita akan rasa segar apabila melihat hasilnya. Kita tidak boleh hanya memasang angan-angan untuk kejayaan tanpa kita bekerja.
PAS sentiasa evergreen. Pemimpin boleh pergi dan datang. Kekuatan PAS bukan kepada pemimpinnya, tetapi kepada dasar Islam yang diperjuangkan. Ahli PAS tidak ada apa-apa kepentingan, kalau ada yang khianat kepada perjuangan PAS, sedikit pun tidak melunturkan semangat ahli.
Mereka sedar tidak ada apa yang mereka tuntut daripada PAS ketika mereka sertai PAS, kecuali mereka hendak PAS memperjuangkan Islam. Selagi PAS tidak meninggalkan agenda perjuangan Islam mereka tetap istiqamah dengan PAS.
Mereka tidak kisah kalau ada dalam kalangan pimpinan PAS yang meninggalkan PAS bersama elaun dan pencen yang diterima. Mereka tidak pernah serik dan menyesal terhadap apa yang berlaku.
Walaupun mereka bergadai golok dan mencengkam mata untuk pastikan kemenangan dalam setiap kali pilihan raya. Prinsip mereka mengatakan bahawa PAS tidak susah dan melarat malahan terus memacu ke hadapan. Perjuangan mesti diteruskan.
Inilah natijahnya. Pertambahan keahlian PAS 2013 - 2017
Tahun 2013 -14,544 orangSumber HD - 5-12-2017
Tahun 2014 - 19,764 orang
Tahun 2015 - 41,431 orang
Tahun 2016 - 23,559 orang
Tahun 2017 - 41,813 orang – HARAKAHDAILY 5/12/2017
RM6 juta setahun untuk ahli parlimen BN
SAYA ingat RM1 juta sahaja setahun peruntukan pembangunaN kepada ahIi parlimen (MP) BN, rupa-rupanya RM6 juta. Banyaknya. Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang yang respons terhadap tulisan saya sebelum ini. Terima kasih atas makluman yang berguna untuk penduduk Parlimen Bukit Gantang. Kalau wang RM6 juta setahun yang tidak diberi kepada saya selaku ahli parlimen. Siapa pula yang dapat RM6 juta setahun itu. Orang Bukit Gantang boleh tahu kot. Adakah wang itu beku begitu sahaja di Kementerian Kewangan? Kesianlah penduduk Bukit Gantang.
Saya cukup suka kalau RM6 juta setahun ini dimanfaatkan untuk penduduk Bukit Gantang, tanpa mengira apa ideologi politik. Cukup seronok kalau penduduk Bukit Gantang senang. Malangnya masih banyak yang tertinggal dan terpinggir. Masih tidak ada rumah dan tanah. Ada yang lebih 40 tahun setinggan di tanah rezab jalan dan sungai di Kampung Sungai Limau Jalan Trong. Sempit sangatkah tanah di dalam Parlimen Bukit Gantang? Sampai tidak boleh beri tapak rumah kepada yang tidak bertanah.
Saya selaku ahli parlimen tidak dijemput sebagai Ahli Jawatankuasa Tanah. Tidak kisahlah, kerana saya Ahli Parlimen PAS. Persoalan yang timbul wakil daripada Umno/BN, kenapa tidak selesai masalah ini di dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah.
Saya selaku Ahli Parlimen PAS yang tidak ada peruntukan kerajaan sedikit sebanyak boleh bantu dengan wang sendiri, ahli keluarga, dan ahli PAS. Hendak buat projek berjuta tak mampulah. Tapi setiap tahun sumbangan hari raya kita dapat bantu lebih 600 orang miskin, anak yatim, OKU, tanpa mengira apa ideologi politik. Setiap orang dapat RM100.
Tahun lepas kita bagi 2,500 beg sekolah kepada pelajar miskin sekolah rendah dan menengah termasuk Cina dan India. Itulah sekadar yang boleh kita beri selaku Ahli Parlimen PAS yang tidak memerintah di negeri dan pusat.
Insya Allah tahun ini kita akan teruskan beri beg sekolah seperti tahun lepas. Saya tidak ada peruntukan RM6 juta. Tetapi insya Allah saya beri tanda ingat dan kasih kepada orang yang susah. Saya tidak pernah paksa untuk sokong saya. Terpulang kepada mereka. Ada sedikit lebihan rezeki itu adalah hak mereka.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 3-12-2017
Ahli Parlimen Bukit Gantang
14 Rabiul Awal 1439 / 3 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 3/12/2017
Peruntukan Parlimen Bukit Gantang, ketua Umno tidak dapat?
KESIAN juga saya dengar keluhan Ketua Bahagian Umno Bukit Gantang sering sebut , Bukit Gantang tidak ada peruntukan kerana ia dimenangi oleh PAS. Maka dia merayu supaya pengundi di Parlimen Bukit Gantang memilih umno, jika hendak peruntukan. Inilah bentuk ucapan beliau ketika berucap termasuk di program sekolah di dalam Parlimen Bukit gantang.
Saya difahamkan peruntukan RM1 juta hingga RM3 juta itu dibahagi kepada Ketua umno bahagian untuk diagih bagi parlimen yang BN kalah. Ia boleh diambil di Pejabat Daerah dengan kelulusan Ketua Umno bahagian. Kalau tidak. betul dakwaan ini diharap Datuk Syed Abu Husin sila nafikan dan saya tarik baliik. Kalau betul beliau kena minta maaf pada penduduk Bukit Gantang, kerana bawa perkara ini tidak pernah berlaku semasa Umno di bawah Datuk Rosli Husin, ketua Umno yang beliau kalahkan sesi lepas. Walau pun Parliemen Bukit Gantang dimenangi oleh PAS sejak PRU 2008.
Pelik juga, penyokong umno dan aktivis umno berjumpa saya mereka kata tidak ada peruntukan. Yang lebih teruk lagi ada yang kata peruntukan itu diberi kepada saya. Saya senyum sahaja.
Lagi pelik, Datuk Syed Abu Hussin kata beliau wakil Pejabat Menteri Besar di Bukit Gantang ini, tiba-tiba kata beliau tidak dapat peruntukan. Dengan nada sedih beliau kata beliau sumbang ini hasil daripada duit sendiri. Alhamdulillah saya kata.
Tetapi timbul kemusykilan kononnya di beri atas nama Yayasan Al Faisal ( milik beliau) tetapi kena pergi ambil di Pejabat Daerah. Apa kena mengena pula dengan pejabat daerah dengan Yayasan. Kenapa tidak diambil di pejabat umno Bukit Gantang, kalau itu wang Yayasan. Saya simpati kepada aktivis umno peringkat akar umbi sering mengadu kepada saya.
InsyaAllah saya yakin ahli Umno Bukit Gantang dan penduduk Bukit Gantang orang yang cerdik boleh menilai. – HARAKAHDAILY 1/12/2017Sumber HD - 1-12-2017
Mahfuz bersama PH satu dunia telah tahu
Sumber HD - 29-11-2017KUALA LUMPUR: Pengisytiharan Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar bahawa perjuangan politik beliau kini bersama dengan Pakatan Harapan (PH) adalah sekadar formaliti sahaja.Naib Presiden PAS Idris Ahmad juga berkata bahawa semua pihak sudah sedia maklum akan sikap beliau."Ucapan beliau itu pun bukanlah satu berita sebenarnya kerana satu dunia sudah tahu tentang pihak sebelah mana beliau berada. Jikalau tidak mengaku pun orang akan menilainya dari segi tindakan. Ini kerana dari segi tindakannya sudah pun menggambarkan isi hatinya," ujar beliau.Meskipun Mahfuz tidak mengumumkan komponen manakah yang akan disertainya secara, perkara itu menurut Idris adalah sama dengan Adun Anak Bukit Amiruddin Hamzah yang sudah sekian lama terpisah dari parti.Ini jelasnya, dapat dicerminkan melalui tindakan Amirudin meletakkan jawatan sebagai YDP Kuala Kedah, tidak menghadirkan diri ke program-program PAS termasuklah Muktamar Tahunan PAS tahun 2017 yang diadakan di Kedah."Ia bukanlah satu tindakan mengejutkan daripada kedua-dua individu tersebut. Pernyataan Mahuz yang mengatakan bahawa lebih ramai pimpinan PAS di pelbagai peringkat akan bertindak keluar parti juga tidak akan memberi apa-apa kesan."Sesiapa pun pernah bertindak sedemikian hatta Presiden PAS sekalipun pernah mengambil langkah keluar parti," jelas Idris.Begitu juga Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Naib Presiden yang pernah berbuat demikian jadi PAS sejak lama sudah berpengalaman melalui perkara-perkara sebegitu katanya."Perjuangan PAS ini bukan kerana individu, malah ahlinya berjuang atas dasar PAS itu sendiri. Mereka bersama-sama kita selagi mana PAS berpegang pada prinsip-prinsip Islam. Sedangkan para pimpinan boleh datang dan pergi serta boleh digilap," terang beliau.Menyentuh isu pencalonan Mahfuz sebagai calon mewakili PAS, beliau menasihatkannya agar menunggu pilihanraya.Saya sendiri pun belum tentu jadi calon pilihanraya lagi, malahan isu berkenaan bukanlah hak peribadi kerana ia tertakluk pada keputusan parti katanya lagi. - HARAKAHDAILY 29/11/2017
Ahli PAS jangan salahkan orang lain
PILIHAN RAYA sudah dekat. Bagaimana persediaan kita. PAS bertanding hendak menang. Adakah Allah SWT bagi menang tanpa usaha? Kita jangan hero melalui media sosial, tapi cawangan mati. PAS mendidik ahlinya supaya bekerja keras dan bina kekuatan sendiri tanpa menunggu kelemahan musuh.
PAS mesti memastikan jentera berjalan baik hingga ke akar umbi. Tidak cukup hanya ada kekuatan calon tanpa jentera.
Jika PAS tidak bekerja jangan menyesal kalau kita kalah. Biar kita berusaha. dengan gigih kemudian tawakkal kepada Allah SWT. Kalau pun kalah kita puas hati, kerana kita bekerja.
Kita akan menyesal jika kegagalan kerana kemalasan kita. Sebenarnya kita merancang untuk kegagalan.
Kita tidak mahu menjadi parti yang hendak melawan tetapi tidak ada kekuatan. Apabila gagal mula menyalahkan orang lain kerana tidak membantu. Kita tidak boleh berangan musuh kita akan membantu kita. Sebaliknya binalah kekuatan sendiri.
PAS jangan menyalahkan orang lain jika di dalam PRU nanti tidak ada siapa hendak gantung bendera, tampal poster, bertugas sebagai PACA pada hari mengundi, merayu undi daripada rumah ke rumah.
Kita tidak mahu dengar orang PAS mengamuk dan menyalah orang lain (terutama musuh PAS) yang tidak membantu PAS sehingga PAS tewas dengan BN. Kenapa kita perlu harap orang yang tidak suka kepada kita untuk membantu kita.
Biarlah kita salah diri kita. Jangan jadi seperti orang lain, asyik salah PAS sahaja apabila agenda mereka gagal. Kelemahan sendiri tidak mahu melihat. Jom sejahtera bersama Islam. Gagasan Sejahtera.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD- 21-11-2017
Naib Presiden PAS
5 Rabiul Awal 1439 / 24 November 2017 – HARAKAHDAILY 24/11/2017
Menjawab fitnah
SEMALAM bukan undi atau sokong kenaikan harga barang atau sokong harga kenaikan petrol. Kenapa pula FITNAH mengatakan saya dan Kak Lah (MP Rantau Panjang) berkecuali dan sokong kenaikan harga barang dan petrol. Ini satu FITNAH.
Semalam bahas mengenai RUU Perbekalan KPDNKK. Ertinya bahas peruntukan kementerian. Perbahasan peringkat ini sudah berlangsung sejak 14 November 2017 hingga 28 November 2017. Kenapa FITNAH kata saya dan Kak Lah sokong kenaikan harga barang dan petrol. Boleh dengar ucapan kami mengenai perkara ini.
Setiap Kementerian ada pengundian setelah dibahaskan. Hari ini RUU Perbekalan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Semuanya perlu diluluskan dan diundi setelah dibahas setiap kementerian.
Semalam pihak PH minta undi belah bagi. Yakni bilang setiap ahli MP yang hadir. MP PAS telah mengambil sikap tidak mengundi (kecuali) ketika pengundian Perbahasan Bajet Dasar 13 November 2017. (saya sudah tulis perkara ini)
Saya HORMAT keputusan PH yang buat undi belah bagi. Tapi jangan fitnah sudahlah. Kenapa tidak minta speaker undi belah bagi dan menolak RUU Kementerian Kerja Raya, sedangkan kementerian ini yang menjaga lebuh raya dan tol. Bukankah tol juga merupakan faktor kenaikan harga barang seperti harga petrol?
Alhamdulillah saya sempat membahas RUU Kementerian Kerja Raya semalam.
Ini penjelasan saya, boleh hendak kata apa pun pada saya. Hendak terima atau tidak terpulang kepada masing-masing. Saya manusia biasa, bukan maksum. Ini biasa dalam perjuangan. Cuma jangan FITNAH saya dan Kak Lah sokong kenaikan petrol dan barang. Kami tidak pernah berkompromi dalam masalah penindasan kepada rakyat.
Boleh dengar ucapan kami di dalam parlimen dan juga di luar parlimen. Kalau hendak FITNAH juga, teruskan sementara hayat dikandung badan. Saya tidak boleh menghalang orang hendak sebar FITNAH.
Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan kepada kita semua untuk menegakkan Islam dan keadilan di atas muka bumi ini.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD- 21-11-2017
MP Bukit Gantang
Selasa, 21 November 2017 - HARAKAHDAILY 21/11/2017
Buat kerja, jangan peduli apa orang kata
TUGAS kita bekerja dan merancang untuk kejayaan. Kalah menang serah kepada Allah SWT. Jika kita tidak bekerja, bermakna kita merancang untuk kegagalan. Perkukuhkan jati diri ahli dan parti. Yakin kepada prinsip perjuangan, patuh dan wala' kepada arahan parti. Inilah rahsia kejayaan parti.
Biar orang hina kerana kita berpegang dengan prinsip Islam. Jangan orang benci dengan peribadi kita yang buruk. Kita bukan maksum dan suci daripada dosa.
Walaupun orang kata kita parti suci, biarlah orang kata. Kita tidak pernah kata. Suci lawannya kotor. Antara kotor dan suci, sudah pasti orang yang waras akan pilih yang suci.
PRU sudah tidak lama lagi. Ia menjadi tanda tanya dan teka teki. Inilah hebatnya negara yang merdeka lebih 60 tahun tetapi tarikh pilihan raya menjadi rahsia. Diandaikan pilihan raya dalam bulan Mac 2018, bermakna masa hanya tinggal 14 kali Jumaat lagi.
Ertinya bukan lama mana dah pilihan raya akan berlangsung. Pejam celik, pejam celik sampailah waktu dan ketikanya.
Pilihan raya memerlukan jentera yang kuat. PAS sebagai sebuah parti Islam dan pembangkang sudah tentu memerlukan komitmen yang tinggi di kalangan ahli dan pimpinan. PAS bukan ada 3M (money, media, machinery) seperti yang dimiliki oleh Umno BN. Tetapi PAS ada ahli yang komited dan ikhlas.
Insya Allah PAS kaya semangat, walaupun kita miskin harta. Sebagaimana Nabi SAW bersabda bermaksud: "Bukanlah kaya, kaya harta. Tetapi kaya dengan semangat". Inilah rahsia kekuatan PAS sejak 66 tahun dan 13 kali pilihan raya. PAS mampu bersaing dengan umno.
Pilihan raya tidak cukup dengan hero di media sosial sahaja. Kita masih menghadapi masalah pengundi yang buta maklumat dan tidak berapa kisah dengan media sosial. Masih bergantung dengan media konvensional televisyen.
Pengundi perlu disantuni untuk bersama dengan PAS. Kena mengetahui pantang larang. Sosial budaya pengundi berbeza antara satu bangsa dan kaum. Pengundi bandar dan kampung juga berbeza antara satu sama lain. Latar belakang pendidikan juga berbeza mempengaruhi pola pengundi.
Kalau orang berpendapat pilihan raya hanya berasas kepada sentimen semata-mata, maka ini pandangan yang silap. Gelombang berlaku hanya bermusim seperti perpecahan di dalam Umno. Ia bukan selalu, itupun hanya mempengaruhi setempat tidak menyeluruh. Tetapi kekuatan jentera adalah perkara yang paling penting. Ia tidak bergantung kepada isu semata-mata.
Teras politik Malaysia ialah Melayu. Tembok khurafat hanya Umno sahaja yang boleh jaga Melayu perlu diroboh. Mesti yakinkan bahawa PAS mampu menjaga Melayu. Oleh itu, isu yang mengguris perasaan orang Melayu perlu dielakkan. Kena maklumkan bahawa Melayu boleh diselamatkan dengan Islam.
Pengundi bukan Melayu terutama Cina, mereka tidak ada parti. Pola undi mereka lebih kepada arahan Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Pendidikan. NGO inilah yang berperanan menentu kepada mana-mana sokongan. Tumpuan lebih mereka ialah kepada ekonomi. Orang Cina marah kepada BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib kerana kos sara hidup yang meningkat.
Oleh itu, musuh PAS membuat fitnah kononnya PAS bersama Umno. Gambar pemimpin PAS bersama dengan pemimpin Umno disebar dalam masyarakat Cina. Ini yang menyebabkan orang Cina marah kepada PAS. Apabila kita tunjuk gambar pemimpin DAP bersama dengan pemimpin Umno, mereka terkejut. Tapi kita tidak katalah pemimpin DAP mahu masuk BN.
Bukan setakat gambar sebelaga pipi malahan belaga perut pun ada. Oh, akan adalah cyber trooper mereka akan bela, ini gambar kerajaan dengan kerajaan. Kalau pemimpin PAS tak boleh, kalau mereka boleh. Walaupun pemimpin PAS hadir program kerajaan tetap juga dikatakan PAS bersama Umno. Biarlah dengan mereka. Teruskan buat kerja. Tidak perlu habis masa melayan golongan ini. Banyak lagi kerja kita.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 17-11-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
27 Safar 1439 / 17 November 2017 – HARAKAHDAILY 17/11/2017
Sejarah Ahli Parlimen yang berkecuali di Parlimen
SEJARAH Ahli Parlimen yang BERKECUALI di Parlimen. Renung fikir dengan fakta. Saya salin daripada handsard Parlimen. Simpan sikit nafsu yang hendak marah kepada PAS. PAS tenang dan rileks saja.
Nanti ada jawapan balas mereka yang marah pada PAS, ini isu lain, bukan bajet. Biasalah. Terpulanglah. PAS tetap istiqamah.
Yang berikut keputusan Sidang Khas Parlimen RUU Hapus Kekebalan Raja-Raja mewujudkan Mahkamah Khas. bertarikh 19hb Januari, 1993
Tuan Yang di-Pertua:
Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut keputusan Belah Bahagian,
Ahli-ahli Yang Bersetuju ialah 133;
Yang Tidak Bersetuju, tidak ada;
Yang Tidak Mengundi (Abstain): 23
YANG TIDAK MENGUNDI
1. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang
2. Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad
3. Tuan Ahmad bin Nor
4. Tuan Buniyamin bin Yaakob
5. Tuan Chian Heng Kai
6. Tuan Fong Kui Lun
7. Tuan Foo Piew Kok
8. Tuan Gooi Hock Seng
9. Tuan Ibrahim Mahmood
10 Tuan R. Karpal Singh
11. Tuan Kerk Kim Hock
12. Dr. Kua Kia Soong
13. Tuan Lau Dak Kee
14. Tuan Liew Ah Kim
15. Tuan Lim Kit Siang
16. Tuan Saidin @ Yusof bin Adam
17. Dr. Sanusi bin Daeng Mariok
18. Tuan Sim Kwang Yang
19. Tuan Tan Kok Wai
20. Dr. Tan Seng Giaw
21. Tuan Wan Mohd. Jamil bin Wan Moharaood
22. Tuan Wee Choo Keong
23. Tuan Wong Wing On
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD- 14-11-2017
Naib Presiden PAS
25Safar 1439
14/11/17 Selasa. – HARAKAHDAILY 14/11/2017
PAS terus mara menuju cita
BINA kekuatan sendiri bersama dengan Gagasan Sejahtera. PRU 14, PAS tidak bersama BN dan Pakatan Harapan. Ini tekad PAS kali ini. Apa yang penting gerakkan jentera PAS, ajak orang lain bersama dengan PAS dan Gagasan Sejahtera. Tunjukkan Islam sebagai rahmat untuk semua. Bukan ajaran Islam mengikut acuan manusia. Rahmat Islam tidak akan diperolehi tanpa Islam. Kita tidak akan dapat rasai manis, jika tanpa makan gula atau makan benda manis.
Pilihanraya memerlukan jentera dan sokongan. Jentera peringkat lokaliti (kampung, lorong, taman) mesti ada jentera PAS. Mereka boleh mengetahui kecenderungan pengundi. Hanya dengan ada jentera sahaja yang mampu untuk digerakkan. Oleh itu perlu ada cawangan PAS setiap kampung atau taman. Pengundi ini perlu disantuni dan diberikan pencerahan terutama pengundi luar bandar. Tanpa jentera ia sukar untuk dimenangi, terutama pengundi melayu.
Pilihanraya tidak cukup setakat hero di media sosial sahaja. Biarlah musuh PAS yang buat cerita yang bukan-bukan mengenai PAS. Mereka tidak ada kerja. Ahli PAS mesti sibuk dengan usrah, kuliah, tamrin, mesyuarat cawangan, kawasan, negeri, pusat dan lajnah. Sibuk mesyuarat di Unit Peti Undi, Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri, Jawatankuasa Piliharaya Kawasan, Jabatan Pilihanraya Negeri dan Jabatan Pilihanraya Pusat. Tidak termasuk mesyuarat lajnah masing-masing.
Apabila pilihanraya pula ahli PAS sudah ada jentera untuk gantung bendera, pasukan kempen daripada rumah ke rumah. Hari pilihanraya perlu kepada setiap saluran seorang petugas di bilik pengundi setiap dua jam sekali dibuat secara bergilir. InsyaAllah jentera PAS mampu.
Ahli PAS mesti menarik pengundi bukan Islam. Orang bukan Islam perlu didekati dan berikan pencerahan kepada mereka. Selama ini orang bukan Islam disogok maklumat yang tidak betul kepada mereka, kononnya PAS hendak bersama dengan umno. Gambar-gambar pemimpin PAS yang hadir bersama program dengan pemimpin umno di uar-uarkan kepada orang bukan Islam. Kita perlu tunjukkan gambar kemesraan pemimpin Dap dengan pemimpin umno perlu ditunjukkan kepada orang bukan Islam. Nanti adalah cyber trooper melayu Dap membela. PAS dituduh menerima wang daripada DS Najib RM90 juta. Sarawak Report, peroses mahkamah sedang berjalan di London. ( tidak boleh hurai panjang kerana nasihat peguam di London).
Malahan kata Datuk Hussam, kata lebih daripada RM90 juta. Cuma kita harapkan Datuk Hussam Musa sebut nama, siapa pemimpin PAS supaya tindakan undang-undang boleh diambil. Kalau sebut PAS sahaja, tidak cukup untuk tindakan undang-undang. Biar ahli PAS hendak tahu juga siapa pemimpin PAS. Jika ada pemimpin seperti ini, ahli tidak akan simpan di dalam PAS.
Orang Melayu mesti diyakinkan, biar PAS pula memperjuangkan nasib mereka. Cukuplah beri undi kepada BN. 60 tahun apakah kualiti orang Melayu di negara ini. Melayu hanya diingati setiap kali pilihanraya.
Kelantan walau pun miskin, tetapi kaya dengan modal insan. Kita bangun negeri dengan modal insan. Royalti minyak sepatutnya diperolehi tetapi tidak diberi. Jika Kelantan miskin kita boleh berjalan dengan baik, walau pun tidak sempurna. Namun pembangunan spritual dan fizikal berjalan dengan serentak. 27 tahun memerintah, tidak ada lagi MB dan Exco Kelantan didakwa oleh SPRM kerana rasuah. Bukti PAS boleh menjaga rakyat.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD- 14-11-2017
Naib Presiden PAS
25 Safar 1439/14 November 2017 – HARAKAHDAILY 14/11/2017
Bajet, PAS berkecuali lagi
HARI ini tamat Menteri menjawab Perbahasan Belanjawan 2018 di Peringkat Dasar. Setelah dibahas daripada 30 Oktober 2017 hingga 13 November 2017. Petang ini hari untuk mengundi. Menyokong 107 orang, menentang 59 orang dan 11 orang berkecuali. Peraturan membenarkan untuk sokong, tolak atau tidak mengundi (berkecuali).
Keputusan PAS berkecuali bermakna ada yang PAS sokong dan ada yang PAS bangkang.
PAS sokong perbelanjaan yang bermanfaat kepada rakyat seperti mendirikan sekolah, hospital, BRIM, biasiswa, bantuan kepada petani, nelayan.
PAS membantah 1MDB yang tidak selesai hingga kini, masalah Felda, GST yang menyusahkan rakyat miskin, Tol, ketirisan, projek tidak sampai kepada sasaran, diskriminasi, kroni. Semua Ahli Parlimen PAS membantah dan memberi cadangan sewaktu membahas bajet.
Cuma PAS berkecuali ketika mengundi. Apa masalahnya? Musuh PAS akan tuduh macam-macam. Modal yang paling popular PAS hendak ber UG dengan Umno. PAS hendak bagi nafas kepada DS Najib. PAS sudah lali dengan tuduhan itu.
Jikalau Ahli Parlimen PAS tolak bajet, tiba-tiba sewaktu bahas kita minta kerajaan berikan projek sekolah, hospital, jalan raya dan lain-lain lagi. Bukankah ini satu kepelikan, tolak tetapi minta projek?
PAS ada sikap yang tersendiri. RUU 355 PAS sokong kerana manfaat kepada ummah. Walaupun Pakatan Harapan menolak. RUU 164, PAS lawan walaupun dibawa oleh kerajaan. Pakatan Harapan menyokong, malahan mencadangkan supaya kerajaan membawa ke dalam parlimen bagi membolehkan pindaan Perlembagaan dibuat untuk mendapat 2/3. PH bersedia untuk bersama kerajaan BN dalam isu RUU 164. PAS tidak tuduh PH ber UG dengan BN.
Hari ini PAS berkecuali lagi. Sikap PAS jelas, kebenaran rakan PAS, walaupun yang membawa itu musuh. Kebatilan adalah musuh PAS walaupun yang membawa itu kawan PAS. PAS meraikan mereka yang menentang bajet, terpulang kepada pendirian masing-masing. – HARAKAHDAILY 13/11/2017Sumber HD - 13-11-2017
Alasan DAP bela nasib Melayu kelakar, kata PAS Posted on Friday, November 10 @ 19:42:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36607 |
PETALING JAYA: PAS menyifatkan alasan bekas diplomat, Datuk Yeop Adlan Che Rose meninggalkan parti Islam itu untuk menyertai DAP kerana tidak mampu membela nasib orang Melayu sebagai kelakar.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, Yeop Adlan tidak perlu membuat kenyataan itu kerana orang ramai boleh menilai sendiri kemampuan parti Islam itu.
“Itu alasan kelakar. DAP bela Melayu alasan kelakar.
“Hakikatnya dia bukan ahli PAS lagi, orang boleh nilai sendiri, tak perlu komen,” katanya ketika dihubungi FMT bagi mengulas penyertaan Yeop Adlan dalam DAP secara rasmi hari ini.
Yeop Adlan menyertai PAS pada 2003 dan dipilih sebagai calon kerusi Parlimen Hulu Langat pada pilihan raya umum (PRU) 2004 dan ahli jawatankuasa Lajnah Antarabangsa parti Islam itu.
Beliau kemudiannya “dipinjamkan” kepada PKR sebagai ahli Majlis Tertinggi parti reformasi itu pada 2006, sebelum kembali bersama PAS pada 2009.
Beliau memutuskan untuk meninggalkan PAS kerana parti Islam itu tidak mampu membela nasib Melayu.
Beliau tidak pernah menyertai Umno walaupun berkhidmat dengan kerajaan hampir 30 tahun kerana melihat parti itu belum berjaya membela nasib orang Melayu.
Mengulas lanjut, Idris berkata, Yeop Adlan melompat ke DAP tidak merugikan PAS kerana beliau tidak memberi sebarang sumbangan kepada parti, selain tidak lagi aktif atau berhubung dengan parti Islam itu.
“Tindakan Yeop Adlan itu dari segi undang-undang parti (PAS), kalau dia menyertai parti lain automatik dia dipecat dan bukan ahli PAS lagi.
“Dia tidak perlu hantar surat rasmi untuk membatalkan keahliannya,” katanya ketika ditanya status Yeop Adlan dalam PAS.
Dalam sidang media hari ini, Yeop Adlan mengakui belum menghantar surat untuk membatalkan keahliannya dalam PAS.
Katanya, beliau akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Penyertaan bekas penjawat awam berusia 74 tahun itu dalam DAP diuar-uarkan sejak 2 November lalu melalui saluran media sosial DAP kerana meyakini kerajaan Pulau Pinang yang diterajui parti dilabelkan anti-Melayu itu serta sumbangannya kepada pembangunan Islam.
Sementara itu, Yeop Adlan berkata, beliau tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam DAP, tetapi berjanji akan menggunakan pengalamannya dalam sektor awam untuk membantu DAP mendapat sokongan rakyat.
“Buat masa ini saya ahli DAP di cawangan Petaling Jaya Utara.
“Saya tidak kisah mengenai jawatan. Apa yang penting untuk membela nasib Melayu,” katanya ketika ditemui FMT di Ibu Pejabat DAP hari ini.
Katanya, beliau akan kembali aktif dalam politik selepas mendakwa tidak diendahkan PAS.
“Saya akan kembali menyertai ceramah-ceramah DAP dan menerangkan kepada orang Melayu mengenai ketirisan dalam Umno. Saya juga akan menerangkan cara Umno takutkan orang kampung (dengan mendakwa) jika DAP menang, kaum Cina akan berkuasa, itu salah.
“DAP parti untuk semua kaum. Kita lihat Umno dan PAS yang mahu perjuangkan Melayu juga belum berjaya.
“Tetapi, baru 2 penggal DAP memerintah Pulau Pinang, kita lihat lebih baik. Bukti sudah ada, apa lagi kita nak tunggu.”
Sumber TKO - 10-11-2017
Umno diharamkan, S46 dan PKR di zaman Dr M, kata PAS Posted on Thursday, November 02 @ 21:11:28 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36371 |
KUALA LUMPUR: PAS tidak pernah lupa peristiwa pertelingkahan dalaman Umno dan perpecahan yang menandai zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden Idris Ahmad.
Menjawab tuduhan pengerusi Pakatan Harapan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Idris berkata sebenaarnya Dr Mahathir punca besar perpecahan Melayu melihat kepada beberapa peristiwa politik penting yang berlaku di zamannya.
“Zaman dialah kita tengok Melayu berpecah. Tiga timbalan perdana menteri, 3 timbalan presiden Umno terpelanting, lahir Semangat 46, Umno diharamkan, PKR dilahirkan, itu semua sewaktu zaman beliau,” kata Idris kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
“PAS tak pernah lupa,” tambahnya.
Idris menambah bekas perdana menteri itu mengitar semula “benda” yang sama dan beliau selaku seorang negarawan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Dia sebagai negarawan kadang-kadang pun bercakap tak macam seorang negarawan. Bercakap tentang Bugis, perompak, yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang negarawan.
“Kita sedia dikritik tapi biarlah dalam bentuk fakta, tidak ada emosi, jangan fitnah. PAS bukan maksum,” kata Idris, dan menambah partinya sedia menjawab kritikan berdasarkan prinsip Islam.
Dr Mahathir di blognya kelmarin menggesa Hadi menarik balik amanat yang dikaitkan dengannya, yang menurut Dr Mahathir menyebabkan orang Islam di negara ini berpecah dan berpuak.
Pengerusi PH itu berkata demikian selepas Hadi ketika ditemubual Sinar Harian 20 Oktober lepas berkata Dr Mahathir perlu bertaubat kerana menjadi punca kerosakan negara.
“Perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam. Ada yang menafi keislaman ibu bapa mereka. Ada di antara orang PAS yang menidakkan keislaman isteri, yang berkahwin sekali lagi.
“Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.
“Ada yang bangunkan masjid berasingan sehingga sekarang ini pun. Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat,” kata Dr Mahathir.
Sumber TKO - 2-11-2017
Jangan susahkan penerima bantuan JKM
Hal ini kerana menurut beliau kadang-kala menyusahkan terutama bagi mereka yang tinggal jauh daripada Pejabat JKM Daerah.
"Seperti di tempat saya sendiri, mereka ini berada di hujung kawasan seperti Matang Raja, Sungai Cik Rahmat yang agak jauh untuk ke Taiping. Perkara ini sudah tentu memakan masa atau belanja, sudahlah mereka ini orang susah. Jikalau perlu didaftarkan juga, biarlah pegawai JKM turun berjumpa dengan bilangan para penerima di setiap daerah itu yang saya fikir tidaklah begitu ramai," kata Idris dalam sidang Dewan Rakyat sesi pagi yang baru sahaja selesai sebentar tadi.
Ini termasuklah rakyat daif, terlantar kerana sakit atau para penjaga mereka juga merupakan golongan fakir miskin.
Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Datuk Azizah Mohd Dun menjawab bahawa pihak JKM telah pun memperkenalkan sistem pembaharuan setiap tahun atau sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tamatnya tempoh kad tersebut.
"Bermungkinan antara mereka sudah meninggal dunia jadi maklumat harus sampai kepada kita. Jikalau tidak timbul permasalahan di mana ada bantuan diteruskan sahaja menyebabkan isu dengan audit pula di mana kita harus memohon agar mereka membayar semula. Keduanya kita mahu tahu kedudukan mereka sekarang ini sama ada masih lagi memerlukan bantuan atau tidak," jelas beliau.
Tambah Azizah jikalau penerima tidak boleh datang ke pejabat disebabkan terlalu tua, sakit terlantar dan sebagainya maka pegawai JKM haruslah dimaklumkan.
"Pegawai JKM akan dihantar turun padang, dalam hal ini mohon bantuan ahli-ahli yang berhormat untuk memaklumkan kepada pejabat kita dan para pemimpin di peringkat kampung untuk memaklumkan tentang perkara ini," tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Beaufort itu. – HARAKAHDAILY 1/11/2017Sumber HD - 1-11-2017
Selepas ini, ada lagi hendak dibentang sebagai bajet tambahan?
Saya mulakan dengan ayat Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 29, [Membaca sepotong ayat al-Quran] ‘Dia
yang menjadikan kamu apa yang ada di bumi ini keseluruhannya.’
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dibentangkan di dalam Bajet hari Jumaat lalu oleh Yang Amat Berhormat Pekan, maka sudah tentulah ini merupakan yang disebutkan sebagai alamatul qubra, tanda alamat besar pilihan raya sudah hendak dekat.Jadi sebab itu tidak perlu dinafikanlah sebagaimana yang kita sebut, ‘sudah terang lagi bersuluh’. ‘Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu.’ Bajet 2018 ini yang telah pun dibelanjakan, dibentangkan untuk cadangan sebanyak RM280.25 bilion iaitu untuk pengurusan sebanyak RM234.25 bilion yakni 83 peratus dan pembangunannya ialah RM46 bilion sedangkan kutipan hasilnya ialah sebanyak RM239.86 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya dalam bajet baharu ini kita anggap semua sektor dapat sebab itu saya sebut tadi di antara tanda-tanda besar pilihan raya ini mungkin bajet yang terakhir untuk menghadapi pilihan raya. Semua sektor dapat. Tok Ketua dapat, Tok Imam dapat, Tok Siak dapat, Tok Batin dapat, cuma saya hendak cadangkan kepada Yang Amat Berhormat Pekan tambah satu lagi, Tok Mudim. Tok Mudim itu ketinggalan sedikit patut Tok Mudim kena bagi juga RM1,500.00 supaya- jadi Yang Berhormat Parit Sulong boleh sokong lah untuk beri kepada Tok Mudim ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Jurunikah? Wali hakim?
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Jadi satu lagi ialah Tok Kadi ya.Akan tetapi di sesetengah tempat, macam di Kedah, dia Tok Imam itu dia tolong akad nikah. Macam di Perak diasingkan naib kadi dengan imam itu lain. Jadi kalau macam ini keadaan, kalau boleh setiap tahun bila pilihan raya ini diadakan tiap tahun lebih baik kerana rakyat akan dapat menikmati yang banyak.
Tuan Yang di-Pertua, belanjawan pada kali ini semua disebut sebagai belanjawan ibu segala belanjawan dan belanjawan yang mahal dan terbaik. Persoalan saya, selepas ini adakah lagi bajet yang hendak dibentangkan lagi ataupun hendak dipohonkan lagi kepada Dewan untuk sebagai bajet tambahan? Ini sudah banyak, sudah besar.
Keduanya ialah apakah langkah-langkah yang hendak diambil ataupun pelan ‘B’ oleh kerajaan hendak ambil ataupun hendak merangka satu pilihan seandainya harga minyak jauh lebih tinggi daripada harga pasaran pada kali ini? Adakah kerajaan untuk
membuat satu pelan ‘B’ untuk merangka bajet yang sesuai dengan situasi? Ini kerana sebagaimana kita maklum, kita lebih banyak bergantung kepada sumber daripada PETRONAS.
Walaupun digambarkan tahun 2017 ini pertumbuhan ekonomi kita sebanyak 5.7 peratus tetapi realiti masyarakat di lapangan ataupun semua wakil rakyat ataupun Ahli Parlimen sedar bagaimana kos sara hidup tetap tinggi, harga barang keperluan tetap
mahal. Jadi, kita sebut tentang 5.7 peratus ini. Malahan juga, rungutan dari kalangan peniaga-peniaga- saya tidak jumpa lagilah kata peniaga-peniaga yang mengatakan suasana ekonomi ataupun perniagaan mereka itu baik.
Saya selalulah pergi dekat pasar dekat dengan kawasan saya dekat Pasar Simpang, saya tengok, saya tanya tauke-tauke yang meniaga di situ, dia kata, “Memang teruklah, YB". Memang saya tengok suasana meniaga itu tidak sepatutnya bukan pasar kampung, pasar pekan dekat dengan Pekan Simpang Empat.Jadi kalau kita tengok di sini pertumbuhan ekonomi kita memang baik, 5.7 peratus, tetapi realiti yang berada di lapangan sana kita tengok harga barang mahal, kos sara hidup mahal sehinggakan ikan kembung ataupun di sebelah utara panggil ikan termenung, harganya sampai RM18 sekilo. Harga ikan sardin ataupun di sebelah utara dipanggil ikan curut, harga sebanyak RM12. Kerang- kerang ini kawasan Parlimen saya di antara tempat yang orang menternak kerang juga- sekarang sudah meningkat sampai RM10 hingga RM12.
Dahulu ini sewaktu saya pergi berhari raya, kalau kita makan kerang di rumah orang waktu hari perayaan raya itu, orang ini kita anggap miskinlah. Kerang waktu itu harganya sekilo, 40 sen, 30 sen. Daging waktu itu dalam RM10 ataupun RM12. Sekarang
kerang harga RM10 hingga RM12. Makna, kalau orang makan kerang ini orang kaya.Kalau kita pula makan daging hari ini- ini realiti, bukan kita hendak fitnah cakap. Persoalannya, kenapa jadi seperti begitu? Ini yang menjadi tanda tanya kepada kita
apabila kita bercakap tentang perkembangan ekonomi kita baik dan sebagainya.Begitu juga kalau kita tengok kalau ekonomi kita baik, kalau kukuh ekonomi kita, kenapa sampai kepada elaun sarjana pelajar-pelajar yang mengaji Sarjana Muda
Perguruan yang elaun mereka sebanyak RM430 dan elaun perjalanan RM500 di IPG dipotong?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Selangor bangun.
Dato’ Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat Bukit Gantang.
Saya tertarik apabila Yang Berhormat Bukit Gantang membangkitkan tentang soal harga ikan kembung, ikan sardin dan sebagainya. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Bukit Gantang. Parlimen Yang Berhormat Bukit Gantang juga terdiri daripada nelayan. Nelayan memaklumkan tangkapan mereka stabil tetapi apabila harga sampai kepada pengguna, ia boleh meningkat ada kalanya dua hingga tiga kali ganda. Jadi pada pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang, setuju kah Yang Berhormat Bukit Gantang bahawa ini adalah permainan oleh setengah-setengahgolongan seperti orang tengah yang cuba memanipulasikan bekalan sehingga menaikkan harga barangan tersebut? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kuala Selangor. Sesuai dengan dia merupakan bapa kepada nelayan-nelayan yang ada di Malaysia ini, yang
menjadi Pengerusi kepada LKIM. Jadi inilah sebenarnya kadang-kadang kita tengok- sebab itu benda ini kita bincang lama sudah. Masalah nasib nelayan ini kita bincang lama sudah. Masalahnya ialah masalah orang tengah. Ini sebagai Pengerusi LKIM kena membuat satu revolusi, connect istilah dengan revolusi macam SPRM buat revolusi,
basmi rasuah. Jadi LKIM juga boleh buat untuk itu dengan Blue Ocean Strategy dengan lain-lain pihak untuk memastikan supaya pembelaan terhadap nelayan ini terbela.
Kita tengok memang kehidupan nelayan ini antara benda kita tengok, mereka satu- waktu musim tengkujuh ini. Dia pergi pinjam duit dengan orang tengah ataupun dengan tauke. Nanti apabila balik nanti, dia balik daripada laut, dia tidak tengok apa sudah, semua dikaut-kaut sebagainya. Sedangkan kalau kita tengok, dia pergi laut, ikan bilis itu, kalau orang yang betul-betul mahir sebagainya, dia boleh mendapatkan pendapatan dia sehari kalau pergi, mungkin dapat anggaran sampai dekat RM1,000 dengan RM800. Tetapi realiti berlaku ialah masalah orang tengah. Itu satu hal. Akan tetapi persoalannya hari ini ialah berkenaan dengan harga barang itu meningkat. Apabila kita tanya peniaga, peniaga kata kes barang meningkat ini kes minyak.
Hendak tanya lagi pasal apa barang naik, dia kata pasal tol. Tanya pula lagi, dia kata pasal GST.
Sama juga nasib pekebun-pekebun durian di kawasan saya, mengalami nasib yang sama. Sekarang ini kita tengok mereka jual kepada peraih lebih kurang RM7 atau RM8 sekilo tetapi dijual di Kuala Lumpur sampai RM25 ataupun RM22 satu kilo. Jadi sebab itu selalu saya sebut- ini benda saya akan bincang di dalam Peringkat Jawatankuasa nanti berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan nasib peniaga-peniaga ataupun di kalangan pekebun-pekebun durian.
Tuan Yang di-Pertua, ini ialah merupakan satu perkara yang kita membabitkan begitu saya kaitkan lagi ialah oleh kerana kalau pertumbuhan ekonomi kita baik dimaklumkan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2017, kadar pengangguran di kalangan rakyat Malaysia seramai 54,100 orang menganggur, ertinya hampir dekat dengan setengah juta. Jadi saya bimbang dengan kadar pengangguran yang tinggi ini, ia akan memberikan kesan sosial kerana manusia ini apabila dia tak dak makan, tak dak minum,
hok yang tak dak pegangan agama dan moral, mereka boleh buat apa sahaja, asalkan mereka hendak kepada makan. Ini yang kita tengok betullah macam Teori Maslow sebut, dia kata manusia ini yang dia hendaknya ialah soal berkenaan dengan apa yang penting ialah berkenaan dengan dia hendak iaitu makan dahulu, kepentingan perut dia dahulu.
Jadi kita bimbang kalau dengan kadar pengangguran yang ada seperti begini, yang kita bimbang datangnya masalah-masalah sosial dan juga dengan tidak nafikan saya banyak kes-kes yang saya duduk consult, dengan izin, iaitu kes-kes berlakunya
penceriaan apabila dengan sebab pengangguran, kena buang kerja, kadang-kadang hilang pedoman dan sebagainya. Macam-macam boleh terjadi. Maka, akhirnya akan menimbulkan kesan sosial akibat daripada pengangguran yang tinggi ini.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kesihatan ataupun kemudahan kesihatan.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Minta laluan sedikit Yang Berhormat.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan beban kos hidup rakyat. Kalau kita lihat di kawasan sempadan, di antara
isu utama masalah rakyat apabila nilai ringgit yang semakin turun menyebabkan harga kos hidup semakin mahal dan ditambah pula dengan GST yang sentiasa menekan rakyat. Jadi apa pandangan Yang Berhormat apabila ada pihak yang mengatakan
bahawa GST tidak membebankan rakyat sedangkan setiap hari kita lihat peniaga-peniaga terbeban, perniagaan mereka tidak laku, ada yang tutup kedai dan sebagainya?
Jadi macam mana pandangan Yang Berhormat dalam isu ini?
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya tidak faham lah kalau orang kata GST tidak membebankan rakyat. Kalau dulu kita beli dengan harga RM10, tiba-tiba dengan kita bayar RM10.60, tidak tahu lah sifir atau matematik, RM10 itu lebih mahal daripada RM10.60.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bincang berkenaan dengan soal yang berkaitan dengan kemudahan kesihatan. Kita hendak supaya rakyat kita sihat. Oleh sebab itu selalu saya sebut, kalau wartawan tanya saya perkara yang tidak boleh di kompromi.
Antaranya ialah soal bajet peruntukan untuk Kementerian Kesihatan, untuk Kementerian Pertahanan, untuk Kementerian Pendidikan. Ini perkara-perkara yang tidak boleh untuk kita kompromi.
Oleh kerana ini merupakan asas kepada pembinaan sebuah negara dan rakyat yang sejahtera. Antaranya adalah kita hendak supaya rakyat sihat, ini yang penting. Apabila rakyat sihat ini, kita tengok produktiviti negara kita juga akan meningkat. Jadi,
apabila rakyat kita tidak sihat, maka ia akan menjejaskan kepada kualiti hidup rakyat kita pada hari ini. Maka, dengan bajet yang di peruntukkan sebanyak 26 bilion ini, kita harapkan supaya ia nya dapat memberikan kebaikan untuk kepada rakyat.
Oleh kerana kita lihat hari ini, sepatutnya kalau mengikut WHO, dari segi bajet kita ini sekurang-kurangnya lapan peratus daripada KDNK kita, lapan peratusnya dikhususkan kepada untuk bajet kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita tengok bagaimana doktor pelatih yang diumumkan dalam Bajet 2017, bagaimana doktor pelatih seramai 2,600 orang yang akan ditempatkan pada tahun 2017. Itu pun hanya bertaraf sebagai kontrak semata-mata. Tidak pernah berlaku dalam sejarah bagaimana anak-anak kita belajar di fakulti perubatan, balik untuk buat housemanship di hospital kerajaan selama dua tahun, tiba-tiba status mereka hanyalah sebagai doktor kontrak semata-mata. Lepas dua tahun nanti kalau ada peluang kerja, macam orang lain juga, ada peluang, maka adalah tempat untuk mereka untuk berada di hospital kerajaan. Kalau tidak ada, mungkin kalau hospital swasta, dia pun hendak ambil doktor-doktor yang ada pengalaman sikit. Akan tetapi apa akan jadi kepada mereka ini? Sedangkan kita menyebut tentang pertumbuhan ekonomi kita baik. Kenapa terjadi sampai 2,600 pelajar, anak-anak kita yang belajar fakulti perubatan, yang kita tahu mereka belajar selama enam tahun.
Saya tahu, kita berkawan dengan anak-anak kawan, member-member semasa berada di universiti dahulu. Kita yang belajar fakulti Islam ataupun fakulti sastera, fakulti lain, walaupun kita belajar hanyalah dalam masa empat tahun, kita telah grad, keluar kerja. Mereka pula enam tahun belajar fakulti perubatan, bukan macam orang lain.
Mereka belajar, kita tengok orang lain tidur, mereka belajar, orang lain bercuti, mereka belajar. Tiba-tiba, kita bayangkan apabila keluar 2,600 orang untuk yang diumumkan bajet tahun lepas, mereka hanyalah bertaraf sebagai doktor kontrak. Ini amat malang kepada kita. Apakah asas yang menyebabkan doktor kita tidak ditempatkan di hospital kerajaan? Adakah kita tidak ada duit? Adakah hospital sekarang ini tidak ada tempat dan sebagainya? Ini yang perlu kita lihat. Sudah lah begitu, hampir juga setahun lebih keluar daripada universiti, tidak dipanggil untuk mengadakan ataupun latihan praktikal di hospital. Hampir dekat setahun lebih kita lihat mereka ini tidak dipanggil untuk membuat housemanship, dengan izin, di hospital kerajaan. Saya bimbang, takut mereka lupa pula ilmu mereka yang pelajari nanti. Setelah setahun, orang sakit kepala, dia bagi ubat sakit perut pula. Jadi, ini kita runsing. Jadi, sebab itu sedangkan kita harapkan ini benar-benar tidak berlaku. Saya juga pernah minta, mohon dulu, saya harap supaya gred doktor ini daripada UD41, mula terus dengan UD48. Ia tidak boleh samakan dengan sastera, pengajian-pengajian ekonomi, pengajian lain, sepatutnya mereka itu daftar sahaja sudah mendapat UD48.
Saya sudah minta dulu dalam bajet tetapi jawapannya ialah kita tidak ada bajet atau kewangan dan sebagainya. Ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Oleh kerana pada kita, kita kena jaga, ini merupakan sebagai sumber manusia kita yang penting, anak-anak kita, anak-anak negara kita yang belajar di sini, yang bersusah payah, tiba-tiba mereka itu macam seolah-olah tidak dihargai. Sedangkan mereka belajar enam tahun, keluar 41. Kawan mereka belajar empat tahun, keluar juga Gred 41.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cakap tentang soal tentang pendidikan sekolah agama rakyat. Walaupun diumumkan dengan SABK sebanyak RM50 juta tetapi pendidikan sekolah agama rakyat ini lain. Sekolah agama rakyat ini ialah sekolah yang masih mereka itu hanya register dengan pejabat agama, Jabatan Agama Islam negeri. Akan tetapi tidak diberikan peruntukan di dalam bajet ini. Sepatutnya kepada mereka ini diberikan sekurang-kurang Tuan Yang di-Pertua, ini sebagai satu bentuk konsep pendemokrasian di dalam pendidikan. Kita biarkan orang hendak buat sekolah-sekolah sebagai dengan secara sukarela. Sekurang-kurangnya ia menampung bajet daripada kerajaan, sekurang-kurangnya mereka meringankan bajet kerajaan untuk mereka mengusahakan sendiri sekolah mereka.
Kita kembali baliklah dengan per kapita yang pernah diberikan, bukan banyak mana pun. Berikan setiap pelajar hanyalah RM60 hingga RM90 tetapi ditarik balik pada zaman Perdana Menteri yang lalu. Kita tengok ditarik balik. Kita lihat ini satu perkara yang tidak sepatutnya. Sepatutnya peruntukan untuk sekolah agama rakyat ini diberikan walaupun sekolah maahad tahfiz tidak diberikan juga kali ini. Cuma diberikan peruntukan pendawaian kepada IKM.
Tuan Yang di-Pertua, iaitu berkenaan dengan hal yang berkaitan soal sektor pelancongan. Oleh kerana negara kita ini Allah SWT jadikan dengan kejadian alam semula jadi yang baik, flora dan fauna yang cukup baik. Di kawasan saya sendiri pun ada
terdapatnya pantai yang dipenuhi dengan hutan bakau dan kelip-kelip. Saya sempadan dengan Bagan Serai lah, kelip-kelip dia jaga separuh, saya jaga separuh, dia wilayah dia, satu wilayah saya. Jadi, sebab itu perlu diberikan perhatian kerana ini adalah merupakan sumber kita yang perlu kita pertahankan. Perlu kerana ia adalah merupakan salah satu daripada sumber kewangan negara kalau kita menjaga dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap tentang kebajikan tentera. Walaupun keluarga saya tidak ada seorang pun tentera dan tidak ada sesiapa pun ada kaitan dengan saya tetapi ini rintihan. Semalam saya pun berjumpa ketika minum kopi, semalam di kawasan saya. Kita tengok ada di kalangan mereka menuntut antaranya adalah soal berkenaan dengan tentera ini perlu diberikan. Semalam dan hari ini pun dalam paper tunjuk bagaimana Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Dato Sri Anuar sebut, dia kata, rayu agar skim sara hidup untuk diberikan kepada tentera-tentera kita yang tidak berpencen.
Lebih kurang dekat 200 ribu yang tidak berpencen. Dia minta supaya RM500, kalau tidak boleh bagi RM500 pun, sekurang-kurangnya kita cadangkan RM300 sebulan pun sudah memadai lah sebagai menghargai mereka. Kalau RM500 sebulan, saya dok calculate, tengok, darab dengan 200 ribu, sebulan lebih kurang 100 juta dan satu tahun 1.2 bilion. Ini sebagai menghargai lah tentang sumbangan. Pada saya ialah sumbangan tentera. Begitu juga saya minta pihak kerajaan juga membuat kaji semula, terutama angkatan tentera kita, pencen tentera kita, yang pencen tahun 70an dahulu. Ada di kalangan mereka yang pencen hanya ada RM200 pun ada, RM300 ada.
Saya rasa perlu dikaji baliklah kerana sedangkan zaman mereka ini, zaman pertempuran yang cukup dahsyat, yang bertempur dengan bombing trap, yang bertempur dengan komunis, yang bertempur dengan pengganas-pengganas, zaman itu. Sudah tentulah sepatutnya perkara ini perlu dikaji supaya kita memberikan keutamaan kepada golongan ini supaya sebagai satu penghargaan kita kepada mereka. Begitu juga saya hendak menyentuh apabila tol dihapuskan sebanyak empat tol.
Jadi persoalan saya, hendak tanya juga, walaupun bajet untuk 2018 ini kita telah memperuntukkan sebanyak RM448 juta untuk pampasan tol. Untuk pampasan tol ini kita berikan untuk tahun 2018. Ini saya hendak tahu, untuk pampasan mana sebanyak RM448 juta, hampir dekat dengan setengah bilion kita berikan untuk pampasan tol, kalau ikut dari segi anggaran bajet di sana. Saya juga hendak bertanya berkenaan bilakah Tol Gombak-Bentong akan dihapuskan?
Tuan Yang di-Pertua, ada kadang-kadang apabila kita bercakap soal tol, marah kenaikan-kenaikan harga tol, jadi dijawab oleh pihak kerajaan, dia kata, “Kalau tidak mahu lalu jalan tol, lalu jalan alternatif”. Tidak mengapalah. Masalahnya, jalan alternatif ini jalan yang tidak dibaiki. Jalan patutnya kalau hendak kenakan tol, biarlah ada jalan alternatif yang cukup baik, jalan yang agak luas membolehkan pengguna ini memilih jalan alternatif daripada tol. Sekarang ini, kita mahu atau tidak mahu, terpaksa kita melalui jalan tol.Macam baru ini, macam kita lihat, tol dekat dengan Batu Tiga. Orang hendak pergi Kuala Lumpur, mahu atau tidak mahu, memang kena lalu ikut tol itu. Mahu atau tidak mahu sebab itu tidak ada jalan alternatif yang terbaik. Oleh sebab itulah kita harapkan supaya kualiti jalan alternatif atau jalan persekutuan ini diperbaiki.
Tuan Yang di-Pertua, saya masih bercakap tentang kos sara hidup tadi walaupun tadi pun apabila ada Yang Berhormat Menteri menjawab soal kerajaan akan menubuhkan KR1M 2.0. Saya pernah bangkitkan benda ini, berkenaan dengan KR1M ini. KR1M ini, masalah KR1M ini Tuan Yang di-Pertua, saya pernah cadangkan apabila Kedai Rakyat 1Malaysia ini hanya sepatutnya dikhaskan kepada orang-orang yang memang miskin sahaja boleh beli. Patutnya begitu tetapi dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dulu, dia kata sesiapa pun boleh beli. Tidak patut fasal KR1M itu ialah merupakan salah satu daripada cara
kerajaan untuk hendak mengambil duit kerajaan itu diberikan kepada bantuan untuk membuat Kedai Rakyat 1Malaysia. Sepatutnya KR1M ini adalah dikhaskan kepada untuk orang-orang miskin sahaja. Macam kita, tidak layak beli. Dia kena buat sistemlah. Ini kalau buka semua, akhirnya kita tengok, KR1M pertama, kita tengok gagal. Tidak ada seorang
pun yang berani hendak buat lagi.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan keselamatan. Hari ini saya ucap tahniahlah dan kita harapkan cakapan itu akan bertindak. Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam berita yang diberitakan, bagaimana polis akan bertindak kepada sembilan dragon, sembilan naga. Naga kepala tujuhkah, naga kepala limakah, tidak tahu.
Apa yang disebut diketuai oleh Datuk, Dato Sri, Tan Sri. Kita tidak hendak negara kita ini ditadbir oleh mafia. Kita tidak mahu, sebab itu kita harapkan pihak keselamatan ambil tindakan. Tidak kira jerungkah, pauskah, biliskah, wajib diambil tindakan. Macam mana mungkin dragon boleh dapat RM5 bilion daripada mafia-mafia yang terdapat dalam negara ini? Oleh sebab itu perkara ini, perkara yang kita tidak boleh untuk kompromi dalam hal-hal yang membabitkan soal keselamatan negara ini.
Saya juga hendak bangkitkan berkenaan dengan kebajikan OKU kerana OKU ini merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia dan antaranya ialah berkenaan dengan al-Quran braille, mashaf Malaysia yang saya pernah bangkit dalam Bajet 2017 dulu. Kita harapkan supaya penglibatan dalam untuk menguruskan al-Quran braille mashaf Malaysia ini dengan kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan pihak KDN hendaklah memantau terhadap pengeluaran al-Quran braille ini.
Kedua ialah saya mencadangkan juga supaya elaun dan bantuan kendiri EPC yang sekarang ini untuk hendakkan dapatkan RM400 sebulan itu syaratnya mesti pendapatan OKU ini ialah mesti RM1,200 ke bawah. Patutnya tidak perlu ada syarat macam itu. Dia OKU sahaja, dia layak dapat. Kalau RM1,200 pun, apa sangat. Kalau mereka RM1,200 ini, kadang-kadang mereka terpaksa ulang menggunakan kenderaan ke tempat kerja mereka, RM30 sehari mereka terpaksa membayar. Jadi tidak ada makna juga dengan RM1,200 gaji mereka. Oleh sebab itu, tidaklah perlu disyaratkan dengan RM1,200 ke bawah. Jadi, berikan kepada mereka yang untuk menguruskan diri mereka tadi.
Ketiga ialah bantuan kepada ibu bapa atau penjaga kepada OKU. Sekarang memang kita lihat kerajaan telah memberikan pengecualian cukai kepada ibu bapa yang bekerja. Macam mana pula mak, ayah yang tidak bekerja sedangkan mereka itu menjaga anak mereka. Kadang-kadang terpaksa berhenti, tidak bekerja sebab untuk menjaga anak-anak mereka yang tidak bekerja, yang terlantar di sana. Oleh itu, kita harapkan supaya diberikan sekurang-kurangnya RM500, RM550 kepada OKU yang terlantar ini, kepada penjaga dan juga ibu.
Keempatnya ialah berkenaan dengan Majlis Kebangsaan OKU yang memang diwujudkan di bawah Akta OKU 2008. Majlis ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri, anggotanya terdiri daripada wakil-wakil OKU dan berbagai-bagai pihak.Jadi sebab itu, saya mencadangkan supaya Majlis Kebangsaan OKU ini dikendalikan dengan bentuk sepenuh masa supaya pembelaan terhadap OKU dapat dibela dengan baik. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad semasa membahaskan Bajet 2018 pada persidangan Dewan Rakyat, 30 Oktober lalu.Sumber HD- 1-11-2017
Bajet pilihan raya, beli hati rakyat
Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata ia masih dilihat tidak berbentuk konstruktif.
"Bajet 2018 bukanlah soal bagaimana menangani isu kos sara hidup rakyat. Isu tersebut masih lagi tidak ada kesudahan, sedangkan kerajaan seharusnya lebih menekankan kaedah penyelesaian dari segi itu," ujar beliau kepada Harakah pada 27 Oktober lalu.
Idris turut menyentuh tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 (KRIM 2.0). Jikalau benar hendak membantu golongan B40 sepatutnya mekanisme pembeli itu haruslah khusus utk golongan tersebut sahaja, katanya.
"Adalah dikhuatiri berlaku seperti sebelum ini di mana golongan berkemampuan juga berbelanja di tempat yang sama. Sepatutnya ada mekanisme pendaftaran dan sebagainya. Jika tidak dilakukan langkah sedemikian, KR1M 2.0 tersebut tidak akan mencapai matlamatnya," jelas Idris. - HARAKAHDAILY 28/10/2017Sumber HD- 28-10-2017
Kebobrokan Umno hasil didikan Mahathir
Naib Presiden PAS, ustaz Idris Ahmad berkata kerajaan yang memerintah pada hari ini cerminan daripada 22 tahun pemerintahan mantan perdana menteri tersebut.
"Rakyat telah melalui pelbagai keperitan ketika di zaman pemerintahannya, pelbagai dasar yang dibawa perkenal memberi kesan kepada taraf hidup rakyat dan hasil negara tidak dinikmati secara sama rata dalam kalangan rakyat negara ini.
Misal kata, himpunan kleptokrasi yang dianjurkan Pakatan Harapan baru-baru ini, tidak mendapat sambutan sebagaimana diuar-uarkan dipromosi di media-media dan sebagainya, kerana rakyat sendiri telah bijak menilai dan memilih mana yang terbaik untuk masa depan negara, katanya.
Demikian itu, ujarnya penilaian tersebut wajar diterjemahkan dalam undian pada pilihan raya nanti dengan menolak untuk mengundi Umno-BN dan Pakatan Harapan kerana ia tidak akan mengubah nasib dan kedudukan rakyat.
"Sekarang ini berapa kerat sahaja yang nak bersama beliau, kerana apa yang diperjuangkan olehnya adalah akibat daripada 22 tahun pemerintahannya," katanya. – HARAKAHDAILY 25/10/2017Sumber HD-25-10-2017
Ahli PAS wajib miliki Manhaj Tarbiyah
Sumber HD- 20-10-2017Menyedari besarnya struktur parti ini serta latarbelakang ahli yang pelbagai, maka penyelarasan paling penting adalah mewujudkan kesatuan pemikiran dan amal yang hanya dapat dicapai dari pengurusan tarbiyah tersusun.Lebih utama, ianya perlu dalam mengapai hakikat dan tujuan PAS itu sendiri sebagai parti politik dan Gerakan Islam dalam matlamatnya menuju keredhaan Allah S.W.T.Atas tuntutan itulah, Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat sebagai pelaksana dasar Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat telah menyusun panduan yang dibukukan untuk menjadi rujukan pelaksanaan tarbiyah PAS.Terbitan khas manhaj usrah ini telah disusun secara komprehensif mengikut marhalah-marhalah tarbiyah yang akan digunapakai dalam agenda tarbiyah PAS di semua peringkat.Sehubungan itu Lajnah Tarbiyah PAS di seluruh negara perlu segera mendapatkannya serta menyusun aktiviti berkaitan ke atas ahli-ahli dan pimpinan PAS mengikut manhaj ini.Sebanyak empat judul telah diterbitkan dan buku-buku ini boleh didapati pada harga RM15 setiap satu dengan menghubungi 019-234 1122 (Ustaz Hashim Othman) atau 019-387 0547 (Ammar Yaser).
Umno hanya ‘syok’ sendiri Posted on Tuesday, October 17 @ 23:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35985 |
KUALA LUMPUR: Kesungguhan Umno untuk mengadakan rundingan ber sama PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti disifatkan sebagai syok sendiri ke rana PAS telah memutuskan parti nya hanya akan bersama Gagasan Sejahtera.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS telah memutuskan untuk bertanding tanpa kerjasama dengan BN dan Pakatan Harapan (PH) dan apa bila Umno kepingin sangat untuk bersama PAS dalam PRU14 nanti memberi pe tanda ‘perang kubra PRU’ semakin dekat.
“Dengan itu pukulan gendang perpaduan Melayu mula didendangkan semula,” katanya ketika dihubungi
Dalam satu laporan akhbar baru-baru ini, Umno dikatakan merestui Presidennya, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk merundingkan pakatan pilihan raya dengan PAS.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dipetik sebagai berkata, ini kali pertama idea mengenai pakatan antara kedua-dua parti itu.
Mengulas lanjut, Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, PAS Kelantan pun sudah mengisytiharkan akan bertanding di semua kerusi di negeri itu.
“Ini menunjukkan Umno lemas melihat tsu nami Islam dan Melayu ber sama PAS dan Gagasan Sejahtera.
Dulu mereka benci PAS dan takut dengan Pakatan Rakyat semasa PRU13 ke rana sentimen DAP bersama Pakatan Rakyat.
“Sekarang ini PAS tinggalkan DAP dan PH dan orang Umno mahu pula bersama PAS dan Gagasan Sejahtera,” katanya
ROY RASUL
Sumber TKO - 17-10-2017
Kempen Umno di sekolah, apa petandanya
"Beliau fikir guru-guru ini boleh dicucuk hidung dan disuap dedak dan sagon. Mungkin ada seorang dua di sekolah itu yang menjadi pengampu kelas satu untuk hidup dan kepentingan sendiri bukan untuk memajukan sekolah," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, beliau percaya majoriti guru yang berada di sekolah muak dengan perangai pemimpin Umno seperti Tengku Adnan tetapi apakan daya tidak mampu untuk bersuara, mampu memberontak di dalam hati sahaja.
Tambahnya, tidak masuk akal guru yang cerdik dan mempunyai maklumat yang luas boleh menjadikan Umno sebagai wadah perjuangan mereka ketika rakyat menolak Umno.
Bahkan, ujar beliau masyarakat yang berada di pedalaman pun sudah menolak Umno.
Katanya, Umno hanya ada kuasa sahaja sementara roh perjuangan sudah hilang.
Menurutnya, pemimpin Umno hanya boleh guna kuasa dan wang untuk tarik sokongan tetapi tidak boleh membeli jiwa rakyat.
Beliau berkata, generasi muda pada hari ini yang ibu bapa mereka penyokong tegar Umno sudah beralih arah bersama dengan PAS kerana mereka yakin wadah yang tidak berpaksi kepada Islam tidak ke mana.
"60 tahun Umno memerintah, bukan satu jangka hayat yang singkat tetapi kualiti hidup rakyat semakin tertekan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang.
Katanya, pemimpin Umno hanya bergaduh sesama mereka kerana kek ghanimah semakin kecil, bukan kerana rakyat.
"Tubuh parti lain tetapi isi yang sama cuma botol dan label sahaja yang lain.
"Jom sejahtera bersama Islam melalui wadah PAS dan Gagasan Sejahtera," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 4/10/2017Sumber HD - 4-10-2017
Panas! Fastaqim 2.0, Catatan Dhuha difitnah
Memang tidak ada kerja, siang malam fitnah PAS. Dedak dan sagon ada orang bagi. Lagi kuat fitnah, lagi banyak dapat dedak dan sagon. Teruskan kerja fitnah kamu, sementara jari boleh nampak gajet lagi. Mereka hendak padam cahaya perjuangan PAS, insya-Allah tidak mampu selagi PAS berpegang dengan Islam. Jika umur kita panjang kita akan saksikan pengakhiran hidup mereka.
Pedih mata melihat sokongan anak muda yang tidak makan dengan fitnah. Golongan profesional tidak lari malahan semakin dekat dengan PAS. Mereka orang yang tidak ambil maklumat daripada orang yang fasiq dan musyrik. Mereka selidik dahulu. Maka fitnahlah jalan yang terbaik untuk mereka.
Terlalu sakit hati maka mereka kata berhimpun ramai pun kalah juga, jawab saya, kalau ramai pun mereka kata kalah maka sedikit sah kalah ketika dhuha lagi.
Golongan yang tidak hairan mengenai dosa dan neraka. Biar mereka fitnah semahunya. Larang semacam suruh. Hukum yang jelas pun mereka auta. Apa sangat dengan fitnah macam ini. Ayat Allah telah peringatkan tipu daya mereka akan kembali kepada mereka balik. Bermaksud; "Tidaklah tipu daya mereka akan kembali kepada mereka balik". (Fatir; ayat 43). – HARAKAHDAILY 2/10/017Sumber HD - 2-10-2017
Asnaf mana yang dapat bantuan Yayasan Tabung Haji
Persoalannya kepada siapa yang diagihkan. Kriteria apa yang dipilih. Saya selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang bersama PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengagihkan bantuan kepada Asnaf, OKU, anak yatim seramai 830 orang tanpa mengira apa ideologi poltik. Wang yang diagihkan daripada duit sendiri dan ahli PAS. Ia menjadi program tahunan saya dan PAS Kawasan.
Saya cuba mendapat maklumat daripada penerima di dalam majlis saya, siapa yang dapat wang yang diberi oleh DS Najib Tun Razak. Daripada seramai 830 penerima, hanya empat orang sahaja yang mengaku mendapat bantuan. Seorangnya daripada Dun Changkat Jering dan tiga daripada Dun Kuala Sepetang. Tidak logik daripada 830 hanya empat orang sahaja yang dapat.
Pada hal penerima bantuan saya sebahagian besar bukan ahli PAS, malahan ada yang penyokong tegar Umno. Saya tidak kisah, tangggungjawab saya mesti membantu mereka yang perlu dibantu. Saya cukup gembira jika pengundi di kawasan saya menerima bantuan daripada Yayasan Tabung Haji, biarpun mereka ini orang Umno, asalkan mereka susah. Kalau macam ini mana slogan negeri Perak tidak ada yang tertinggal dan tidak ada yang terpinggir. – HARAKAHDAILY 29/9/2017Sumber HD - 29-9-2017
Carilah isu lain hendak lawan PAS
Alhamdulillah segala perbincangan yang PAS mesyuarat tidak terlepas keluar. Berlainanan dahulu, sebelum wal Asr, apa sahaja di dalam mesyuarat sudah tersebar di alam maya.
Terbaru Datuk Husam Musa, mendakwa ketika PAS bermukim di Pulau Pangkor di awal bulan yang lalu membincang mengenai kerjasama dengan Umno tetapi mendapat penentangan daripada tokoh veteran PAS yang menganggotai Lembaga Penasihat Parti. Apa perlu kita hendak bincang mengenai hubungan dengan Umno dan Pakatan Harapan kerana perkara ini sudah jelas, PAS akan bersama Gagasan Sejahtera.
Permukiman pimpinan PAS tidak perlu bincang perkara yang sudah jelas sebelum pimpinan PAS mendarat di Pulau Pangkor. Buat apa hendak bincang perkara yang membuang masa dan membazir air liur sahaja. Di dalam PRU14, PAS tidak bersama BN dan PH, mesejnya jelas. Tetapi sengaja buat tidak jelas kerana tidak ada modal.
Modal PAS bersama dengan Umno yang dituduh kepada Presiden PAS sejak 2008. Kalau ada anak sekolah sudah masuk belajar darjah tiga. PAS masih tidak bersama. Kalau hendak tuduh PAS mesra Umno kerana atas beberapa isu seperti RUU 355 dan isu bantuan Rohingya. PAS tidak tuduh PH mesra dengan Umno dan BN, apabila sanggup untuk bekerjasama supaya dapat undi 2/3 di Parlimen untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan 88A di dalam Akta 164? Cuba bayangkan kalau PAS yang sebut untuk kerjasama dengan BN dalam perkara ini. Puak-puak ini akan canang seantero dunia PAS sudah bersama BN.
Memang kerja musuh PAS untuk menimbul keraguan ahli dan masyarakat kepada PAS. Mereka bukan ada kerja, yang ada hanya bermain persepsi, fitnah dan andaian.
Setakat hari ini senjata mereka tidak dapat meruntuh kekebalan saf kepimpinan PAS.
PAS terus mara ke hadapan. Setiap bulan hampir 2,000 ahli baru diterima. Sehingga ada dalam kalangan mereka sudah naik meroyan apabila Tuan Guru Presiden PAS menyeru ahli PAS supaya hadir ke Fastaqim 2.0 di Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu pada 29-30 Sepetember 2017. Tuan Guru Presiden hanya ajak ahli PAS sahaja tiba-tiba mereka pula sakit hati. Barangkali ada masalah dalaman .
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 26-9-2017
Naib Presiden PAS
26 September 2017 – HARAKAHDAILY 26/9/2017
Demokrasi versi baharu?
Kenyataan yang mengguris perasaan umat Islam yang bersifat provokasi. Ketika RUU 355 hendak dibentang, ditentang habis-habisan walaupun tidak meganggu orang bukan Islam. Proses pula dibuat menurut demokrasi. Apakah demokrasi hanya hendak ikut selera nafsu dan agenda politik mereka.
Mungkin golongan ini biar rakyat jadi pemabuk tidak mengapa asalkan cita-cita politik tercapai. Selamatkah negara ini jikalau manusia ini diberi mandat untuk memerintah negara.
Tidak ada pesta arak pun sudah parah akhlak rakyat hari ini. Tidak cukup lagikah pusat hiburan yang bercambah dengan arak di negara ini. Kemudian hendak anjur pula pesta mabuk arak.
Sepatutnya kita berusaha untuk mendidik masyarakat supaya lebih bermoral, bukan sebaliknya. Singapura pun kawal penggunaan arak, tiba-tiba Malaysia yang penduduknya majoriti Islam hendak mengadakan pesta arak.
Golongan seperti inilah cakap berdegar-degar mengenai demokrasi. Apabila dapat kuasa sesama sendiri dicantas dan dipinggir. Golongan inilah cakap berkenaan anti rasuah apabila ada kuasa, cakap tidak serupa bikin.
Memang orang suka mabuk arak, lupa apa yang dicakap dan dibuat. Kalau golongan ini memerintah negara, maka hancur negara. Kepimpinan sekarang sudah teruk, nampaknya kalau jenis ini diberi kuasa seperti keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Pi mai, pi mai tang tu ja. Jom bersama PAS dan Gagasan Sejahtera. – HARAKAHDAILY 21/9/2017Sumber HD- 21-9-2017
Tun Mahathir buat-buat lupa
Persoalannya Umno dengan PKMM siapa beranak dulu. Parti mana yang pemecah orang Melayu, PAS atau Umno? Melayu paling teruk pecah zaman beliau. Bukan setakat Melayu berpecah, Umno asal pun hancur. Tiga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden terpelanting. Kata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Apa hendak hairan dengan Tun Mahathir fakta sejarah pun dia putar belit. Dulu Tun pernah sebut PAS ditubuh oleh penjajah. Dia cuba hendak padam sejarah bahawa Umno sebenarnya dalam dakapan penjajah.
Ketika semua parti politik kiri diharamkan oleh penjajah Inggeris 1948, Umno hidup segar bugar. Tidak ada siapa berani sanggah fakta Tun, kerana dia berkuasa penuh. Siapa lawan siap. Sekarang apabila tidak ada kuasa baru Tun sedar Rabu, Khamis Jumaat.
Apa yang pemimpin Umno buat sekarang kepada dia, hasil air tangannya. Insya-Allah umur Tun Mahathir panjang sebagaimana doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor. Biar Tun Mahathir tengok hasil kerja tangannya selama 22 tahun.
Yang paling kelakar demi cita-cita politik, Tun Mahathir sanggup pakai tag "Free Anwar". Siapa yang aib DS Anwar? Mata DS Anwar lebam pun dia kata Anwar yang cedera sendiri. Siapa yang perosok DS Anwar dalam penjara? Sekarang beliau U turn 360 darjah. Sejahtera Bersama Islam, bersama Gagasan Sejahtera. – HARAKAHDAILY 19/9/2017Sumber HD - 19-9-2017
Terima kasih DBKL dan rakyat Malaysia
PAS tidak ada kuasa, cuma ada keinginan untuk imembentuk masyarakat yang bermoral. Apabila teguran PAS didengar alhamdulillah, kalau tidak dengar pun alhamdulillah.
PAS berpolitik di dunia untuk dibawa amal ke akhirat. Bukan semata-mata untuk hidup di dunia. Untung rugi akhirat yang dikira. Kalau hendak untung undi, PAS tidak perlu bantah.
Apabila ada lima Ahli Parlimen DAP dan PKR membantah keputusan DBKL ia bukan satu berita. Kalau mereka menyokong membatalkan program ini barulah satu berita.
Lima ahli Parlimen yang membantah ialah Tan Kok Wai - Cheras, Fong Kui Lun - Bukit Bintang, Teresa Kok - Seputih, Lim Lip Eng - Segambut dan Datuk Dr Tan Kee Kong - Wangsa Maju daripada PKR. – HARAKAHDAILY 18/9/2017Sumber HD - 18-9-2017
Pesta arak ‘taawun’ untuk buat dosa
Islam tidak larang orang bukan Islam hendak minum arak, itu hak agamanya. Oleh itu 27 tahun PAS memerintah di Kelantan, hak orang bukan Islam hendak minum arak tidak disekat. Tetapi apabila hendak menganjurkan pesta arak ini tindakan yang melampau dan tidak pandai menjaga sensitiviti orang Islam yang merupakan majoriti penduduk di negara ini.
Orang yang kemaruk undi takut hendak menentang, nanti kaki arak tidak sokong di dalam pilihan raya. Mungkin pada mereka tidak mengapa pesta arak isu kecil, agenda kita ialah menukar kerajaan BN. Pesta arak tidak mengapa tidak menjejaskan indeks rasuah. Pesta arak tidak mengapa ia tidak menjejaskan turun nilai mata wang. Mungkin lepas ini ada ustaz-ustaz maqasid akan memberi hujah, pesta arak mudharat kecil saja
.Sumber HD - 18-9-2017
Prinsip perjuangan PAS jelas yang baik disokong walaupun siapa yang bawa. Perkara batil untuk pindaan fasal 88A dalam Akta 164, PAS bangun menentang. Walaupun ia dibawa oleh kerajaan BN. Mereka yang kemaruk undi, bertaawun untuk berusaha pinda fasal 88A dalam Akta 164. Prinsip PAS jelas, biarlah seluruh manusia cerca asalkan Allah SWT tidak murka. Manusia marah hanya di dunia, murka Allah kekal hingga ke akhirat. – HARAKAHDAILY 18/9/2017
Hospital terbakar kenapa tidak bising?
Apabila berlaku kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah di Keramat Ujung yang meragut 24 nyawa, macam-macam cercaan yang diberikan oleh manusia yang hatinya busuk. Siapa yang hendak kejadian ini berlaku? Siapa yang hendak hospital terbakar? Pihak sekolah cuba berusaha untuk yang terbaik. Apa yang berlaku di luar kemampuan manusia.
Memanglah sekolah seperti ini tidak mempunyai kelengkapan yang sempurna kerana masalah kewangan. Ia lebih bersifat tanggungjawab sosial sahaja. Bukan bersifat komersial. Yuran rendah, kalau mahal ada pula tuduhan mengatakan ustaz jual agama pula.
Sepatut kerajaan perlu bangga kerana ada lagi masyarakat yang prihatin untuk membangunkan tahfiz seperti ini. Jangan apabila berlaku seperti ini ada segelintir masyarakat seperti Zainudin Maidin naik meroyan marah kepada pihak sekolah. Otak seperti Zainudin Maidin ini tidak banyak sangat di dalam masyarakat. Ini spesies yang makan dedak terlalu banyak sehingga terlekat di hati.
Kerajaan perlu pantau dan cakna terhadap sekolah seperti ini terutama aspek keselamatan pelajar. Periksa secara berkala. Ambil tindakan segera. Perlu bersifat pro aktif, bukan apabila sudah berlaku baru bunyi macam-macam. Al-fatihah untuk mereka yang terkorban semoga bersama orang yang soleh.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD- 15-9-2017
Naib Presiden PAS
15 September 17. – HARAKAHDAILY 15/9/2017
Malaysia dah kayakah?
Kalau Donald Trump kata ia hendak bantu Malaysia ada kemunasabahan juga. Malaysia sudah kayakah?
Kalau kaya sudah tentu 49.9 peratus saham Proton tidak dijual kepada syarikat Zhejiang Geely China. Sudah tentu IPP juga tidak dijual kepada orang. Projek kereta api Pantai Timur tidak dimajukan oleh syarikat daripada China.
Kalau sudah kaya sangat tidak adalah rungutan daripada DS Najib Tun Razak, jika tidak ada GST,maka negara akan bankrap. Hutang 1MDB, masih tidak selesai.
Pelajar-pelajar cemerlang tidak lagi dihantar ke luar negara seperti dulu. Semua jabatan kerajaan merungut kerana kekurangan bajet. Hospital kerajaan juga mengalami masalah yang sama.
Bermula tahun ini, 2600 doktor pelatih hanya diletakkan status kontrak. Semua ini apa petandanya? Wang pula daripada lubuk emas iaitu KWSP. KWSP adalah tabung nyawa yang sering diguna oleh kepimpinan kerajaan BN, termasuklah zaman Tun Dr Mahathir sendiri. Sedangkan ini tabung simpanan hari tua. Pekerja dan majikan pula wajib menabung seperti wali mujbir.
KWSP dijangka melabur hampir AS10 bilion. Bukan satu angka yang kecil. Apakah jaminan keuntungan yang lebih untuk dipulangkan kepada penyimpan. Apakah tidak ada tempat untuk KWSP melabur di negara ini supaya dapat merangsang ekonomi negara.
Nampaknya tidak serik-serik lagi, Malaysia dengan Amerika Syarikat. Sebelumnya beratus juta hangus apabila TPPA dibatalkan oleh Trump
Apakah pelaburan ini atas nasihat Jawatankuasa Pelaburan KWSP atau kehendak DS Najib. Apakah kajian sudah dibuat secara mendalam. Kita tidak mahu, kera di hutan disusukan, anak dikendong kelaparan.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 14-9-2017
Naib Presiden PAS
15 September 2017 – HARAKAHDAILY 14/9/2017
10 Mahathir cakap 13 tidak boleh percaya
Tun memang pendendam dengan PAS. Kerana Tun tidak boleh terima Islam yang hendak dibawa oleh PAS. Tun pernah tuduh ini hudud PAS, apabila dicabar mana pula hudud Umno, sehingga kini tidak terjawab. Ulama pengampu Umno tidak mampu untuk draf hudud ala Umno dan tolak hujah ulama PAS. Tun Mahathir dendam dengan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz sehingga selepas meninggal dunia pun Tun balun TG Nik Aziz di dalam ceramah di Tanah Merah, Kubang Pasu. Ceramah ini turut disertai oleh pemimpin Pan. Mereka kelu dan tidak berkata apa-apa walaupun Tun Mahathir hentam almarhum TG Nik Aziz. Mana dakwaan pemimpin Pan yang kata TG Nik Aziz ikon perjuangan mereka. Satu pembohongan.
Tun Mahathir pernah tuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis, walaupun hakikatnya Siddiq Ghouse, Setiausah Politik Dr Mahathir ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran 1974-1975 ditahan ISA sebagai agen komunis. Tun pernah tuduh PAS ditubuhkan oleh penjajah, hakikatnya Umno adalah anak emas penjajah. Kerana ketika semua parti haluan kiri seperti Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) diharamkan pada tahun 1948 sedangkan Umno berada di dalam dakapan penjajah. Sejarah yang jelas pun Tun boleh tipu, apalah sangat dalam perkara lain.
Sekarang Tun Mahathir tuduh PAS pemecah belah pembangkang. Satu kenyataan kelakar. Kalau dulu beliau kata PAS pemecah belah orang Melayu sewaktu beliau bermaharajalela selama 22 tahun. Hakikatnya beliaulah bapa pemecah belah masyarakat dan Melayu. Tiga Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim terpelanting. Umno pecah dua kepada team A dan team B, beliau hanya menang majoriti 43 undi dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Akhirnya mahkamah telah mengharamkan Umno pada tahun 1987. Lahirnya Parti Semangat 46 dan PKR semuanya zaman beliau. Tiba-tiba Tun kata PAS sebagai pemecah belah. Tun ini seperti 'berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi'.
Zaman beliau Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dipecat. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah negara, tetapi berlaku zaman beliau. Sebelumnya Institusi Kehakiman di negara ini cukup dihormati.
Tun bapa pemecah belah Melayu, buktinya royalti minyak Terengganu ditarik. Sedangkan jelas tercatat di dalam perjanjian, 5 peratus mesti diberi kepada negeri yang ditemui minyak. Sekarang perkara ini diteruskan sehingga zaman Datuk Seri Najib.
Siapa yang punya angkara? Apakah Terengganu bukan negeri Melayu? Rumusannya kalau Tun Mahathir kata kepada PAS, 10 yang dia cakap 13 tidak boleh percaya. Perlu diingat, semasa beliau berkuasa selama 22 tahun PAS lawan beliau, inikan pula beliau tidak ada kuasa. Tolak BN dan PH, pilih PAS dan Gagasan Sejahtera.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 12-9-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
21 Zulhijjah 1438 / 12 September 2017 - HARAKAHDAILY 12/9/2017
DAP serang PAS untuk kalih isu
Waktu itu Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Al-Mursyidul Am Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, bukan Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS ketika itu - pemimpin yang mereka buat pelbagai tuduhan dan fitnah kepada beliau. Dakwaan pemimpin DAP yang mengatakan mereka puji Almarhum Ustaz Fadzil dan Tuan Guru Nik Aziz hanya pembohongan sahaja.
Kalau kedua-dua masih ada, pemimpin DAP tetap menentang hasrat PAS untuk menegakkan Islam. Kedua-dua Almarhum tidak boleh dicucuk hidung untuk ikut agenda DAP, mereka berdua ada prinsip dalam perjuangan Islam.
Pemimpin DAP dan Pakatan Harapan yang cuba menggambarkan PAS bersama dengan Umno. Ketika isu RUU 355, pemimpin DAP dan PH kata PAS menjadi tebusan Umno kerana bersama di dalam isu RUU 355.
Dengan takdir Allah ketika isu RUU 164, DAP bermatian untuk bersama Umno dan BN untuk membolehkan 88A dipinda, dan DAP bersedia bekerjasama dengan Umno jika perlukan cukup bilang 2/3. Sifir mudah sekarang DAP dan PH sudah bersama dengan Umno BN.
Kenapa DAP dan PH boleh bekerjasama dengan Umno. Kalau PAS tuduh dituduh UG, kalau mereka apa pula? Jenis politik apa ini? Kalau perintah negara sama macam BN atau lebih teruk lagi, kalau gaya kepimpinan seperti ini.
Politik emosi dan separuh matang yang membuta tuli tuduh PAS bersama dengan Umno kerana PAS menyokong pada perkara yang menguntungkan ummah dan Islam tidak layak dibiarkan bertapak di Malaysia. PAS akan lawan siapa sahaja kalau tidak betul. PAS tidak mati dengan fitnah yang dimainkan oleh DAP kepada PAS.
Kalau dengan Umno BN yang mempunyai kekuatan wang, media dan jentera kerajaan pun PAS lawan. Inikan dengan Dap dan PH yang sama-sama menjadi pembangkang.
Jangan serang dan fitnah PAS, kalau serang PAS, PAS akan serang balik. PAS pun banyak modal untuk serang kalau mereka serang PAS.
Memang DAP lebih rela PAS kalah di Kelantan, kerana mereka cukup anti dengan program Islam yang Kelantan buat. Alhamdulillah, 27 tahun perintah Kelantan, MB Kelantan tidak dituduh beli rumah banglo harga di bawah pasaran. Tidak ada Exco Kelantan yang dituduh oleh SPRM kerana tidak bertindak kepada kilang haram yang mencemarkan. Datuk Mohd Yaakob meneruskan agenda TG Nik Aziz.
Kita tahu DAP ada sibertrooper yang akan serang balik PAS atas tag line Rahmatan Lil Alamin. Alasan mereka, kita mana boleh kata kepada DAP, nanti hilang Islam sebagai rahmat. Pemimpin DAP tidak boleh disentuh, seolah-olah mereka seperti suci dalam debu.Sumber HD - 5-9-2017
DAP jangan cuba kalih isu masalah dalaman parti mereka. Beberapa Adun letak jawatan, dipecat. Adun PKR yang kritis dengan alam sekitar telah dipinggirkan. Baru perintah satu negeri sudah tunjuk taring. – HARAKAHDAILY 5/9/2017
Guna jentera kerajaan lebih bahaya daripada tambang pilihan raya
Terbaru Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata tawaran elaun perjalanan bagi menarik perhatian pengundi untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing dianggap sebagai rasuah.
Cadangan ini agak janggal sedikit, kalau tambang menambang pun dianggap rasuah. Kalau boleh bukan sahaja tambang menambang sewaktu pilihan raya sahaja menjadi kesalahan rasuan. Sebaliknya SPRM kena lebih agresif untuk menangkap mereka yang memang sogok pengundi dengan wang dan benda kepada pengundi.
Sepatutnya SPRM kena memasukkan juga salah satu kesalahan rasuah ialah janji projek yang ditabur oleh menteri, exco dan agensi kerajaan sewaktu masa berkempen. Ini lebih besar bahaya kepada perjalanan pilihan raya.
Janji dan projek yang diluluskan sewaktu musim pilihan raya lebih membuatkan fikiran pengundi menjadi kacau. Ia menjadikan pertandingan di atas padang yang tidak sama rata. Ia memberi kelebihan kepada mana-mana kerajaan yang memiliki semua kemudahan dan kewangan. Penggunaan jentera kerajaan lebih merbahaya daripada tambang kepada pengundi.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
12 Zulhijjah 1438 / 3 September 2017 - HARAKAHDAILY 3/9/2017
Pertahankan PAS melalui media sosial
'Di mana pemuda? Di mana Ameerah? Di mana unit Amal?' soal YB Ustaz Idris kepada peserta Liqa Fikri.
Perkara ini sangat penting kerana komen-komen yang sangat negatif daripada cybertrooper musuh memberi persepsi negatif terhadap PAS dan pemimpinnya, walaupun perkara yang dikomen itu fitnah.
Justeru, program Liqa' Fikri ini penting bagi menyelaraskan fikrah, pembawaan dan pendekatan yang diputuskan oleh kepimpinan dilaksana dengan satu nada oleh semua anggota parti.
Pembinaan asasnya ialah wehdatulqalb (kesatuan hati), wehdatulFikri, (kesatuan pemikiran) dan wehdatul-amal (kesatuan amal) bagi membentuk tarbiah dalam jemaah.
Mungkin ada yang rasa pandangannya lebih hebat tetapi apabila berada dalam jemaah, kita bersedia menerima keputusan. Inilah tujuan diadakan Liqa Fikri.
Ahli yang tidak hadir program seperti ini, biasanya, akan ada masalah.
Tajuk liqa hari ini berkait dengan PRU 14 kerana era hari ini kita memimpin di era langit terbuka.
Kalau ada orang yang dianggap baik, terima maklumat dari alat-alat canggih, segera percaya, maka bagaimana dengan orang lain?
Kita terima banyak maklumat tetapi yang boleh dipercayai hanya sedikit. Kemajuan teknologi seperti ini boleh mengganggu dan merencatkan perjuangan yang sebenar.Sumber HD - 26-8-2017
Ustaz Idris juga mengingatkan ahli agar bertanggungjawab terhadap akhbar Harakah supaya terus menjadi media yang hidup dalam kalangan ahli dan masyarakat, walaupun zaman ini, banyak akhbar yang merosot jualannya. Ini kerana Harakah dikira media cetak rasmi PAS. – HARAKAHDAILY 26/8/2017
Hujah dengan hujah, bukan baling kerusi
Cara macam ini bukan adab ketimuran, jauh sekali dengan adab Islam. Berhujah dengan fakta, bukan auta. Berhujah dengan isi bukan emosi. Berhujah dengan penuh adab dan berakhlak. Berhujah dan menjawab dengan hikmah.
Jangan menyuburkan fitnah, walaupun terhadap lawan politik. Matlamat tidak menghalalkan cara. Berpolitik seperti ini tidak boleh dibiarkan subur di negara ini kerana ia merosakkan nilai politik dan meruntuhkan tamaddun sebuah negara.
Majoriti orang muda tidak suka dengan cara politik seperti ini. Mereka perlu kepada penyelesaian, bukan keserabutan. Mereka generasi gajet di tangan, bukan generasi buku lima dan kerambit di pinggang. PAS mengajak masyarakat berpolitik secara matang dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 14/8/2017Sumber HD - 14-8-2017
Hanya PAS sahaja yang menentang RUU 164
Peraturan dewan menetapkan mesti ada 15 orang baru boleh dikira undi belah bagi.
Mesej jelas. Datuk Takiyuddin Hassan (MP Kota Bharu) dan Dr Mohd Khairuddin (MP Kuala Nerus) yang bahas mewakili PAS amat jelas.
13 MP PAS sahaja yang bantah, walaupun kerajaan yang bawa. Sikap PAS adalah jelas, apabila baik untuk umat dan Islam kita sokong walaupun dibawa oleh kerajaan. Kalau sebaliknya, PAS akan lawan walaupun dibawa oleh kerajaan. Ini sikap PAS.
Tidak timbul isu PAS 'berUG' dengan umno apabila sokong RUU 355. Kerana ia baik untuk umat dan Islam. Nasihat saya kepada ahli PAS janganlah kita "terlajak cerdik" menuduh mereka yang menyokong RUU 164 telah makan dedak Datuk Seri Najib.
Sebagai mana yang selalu dituduh kepada PAS. Biarlah mereka kata kepada kita.
Buktikan dengan amalan. Selagi kita pegang dengan Islam kita tenang dengan semua keadaan.
PAS matang, rasional, istiqamah, berhikmah, berilmu dalam tindakan. Sejahtera Bersama Islam. Aslim taslam. Islam selamat, negara selamat. Islam selamat Melayu selamat. Islam selamat Cina selamat. Islam selamat India selamat. Islam selamat, Kadazan, Dusun, Murut, Iban selamat.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 10-8-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
17 Zulkaedah 1438 / 10 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 10/8/2017
PAS Ada Kekuatan Lawan Umno
Oleh : KAM
SETIU – PAS mempunyai kekuatan ahli dan organisasi partinya tersendiri bagi menghadapi kekuatan jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyangkal teori kononnya jika PAS tidak bersama Pakatan Harapan, parti itu akan kalah pilihan raya.
Menurutnya, analisa itu tidak tepat sama sekali kerana secara realiti hanya PAS dan Umno yang menguasai orang Melayu.
“Telahan yang dibuat itu suatu telahan yang tidak betul. Politik di Malaysia ini ialah siapa yang dapat menguasai orang-orang Melayu.
“Sekarang ini, apabila orang Melayu ini sudah tidak percaya kepada Umno-BN. Maka, tempatnya ialah kepada PAS. Terutama kita lihat di kalangan anak-anak muda yang berumur 20 hingga 30 tahun.
“Mereka tidak sempat dengan zaman reformasi. Maka dengan sebab itu, tempat yang menjadi galang-gantinya tolak Umno ialah kepada PAS. Analisa yang dibuat itu tidak berpijak dengan hakikat sebenar,” ujarnya.
Beliau diminta mengulas pandangan penganalisis politik kononnya PAS akan kalah jika tidak bersama Pakatan Harapan selepas Ceramah Perdana sempena Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.7, di Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu pada 30 Julai lalu.
Sebaliknya, Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang mengakui Pakatan Harapan hanya lebih kepada sokongan orang bukan Melayu terhadap pembangkang.
“Jika ditanya Pakatan Harapan tempat (sokongan) Cina, saya kata ya benar. Tempat untuk orang bukan Melayu mungkin akan memberi sokongan kepada mereka.
“
Tapi jika tempat Melayu boleh tengok sendiri. Pakatan Harapan tidak mendapat sambutan yang hebat sebagaimana PAS.
“Jika PAS tidak bersama Pakatan Harapan, PAS akan kalah…itu teori. PAS ada kekuatan sendiri seperti di Terengganu, Kelantan dan sebahagian besar di Kedah.
“Kita ada tempat-tempat yang disebut ‘base’ kepada Melayu dan ada kekuatan PAS. Organisasi ahli PAS yang berpuluh ribu seperti di Baling (Kedah), Marang, Terengganu yang ada ahli puluhan ribu, Kuala Nerus dekat 15,000 ahli.
\
“Kita ada kekuatan untuk hendak ‘challenge’dengan Umno,” tegasnya yang melahirkan rasa kagum dengan program PAS Ganti Umno (PGU) di Terengganu sejak beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat.
Menurutnya, PAS Terengganu akan kembali memerintah negeri pada PRU14 setelah melihat kepada perkembangan politik Umno-BN semakin parah.
Sumber BO - 2-8-2017

Waktu berkuasa, buatlah apa sahaja
BUATLAH apa sahaja waktu kita berkuasa. Sapu apa yang ada. Buat pekak sahaja apa orang hendak gelar. Yang penting anak pinak dan kroni kita kaya dan kenyang. TV kita kuasai. Media yang garang, kita beri amaran. Kita ada kuasa, siapa berani lawan kita. Lawan sahaja kita sumbat jel. Buat demo, sembur dengan gas FRU.
Apa cadangan pembangkang kita tolak. Siapa yang tidak undi kerajaan, ini pelampau kaum dan pelampau agama. Ini hujah apabila ada kuasa Lebih-lebih lagi memang sudah lama berkuasa. Kalau boleh hendak mati sambil berdiri di dalam pejabat Perdana Menteri.
Apabila kita tidak ada kuasa maka macam-macam pula kita kritik dan balun orang yang sedang berkuasa kerana masalah peribadi, bukan maslahat rakyat. Pada hal ini semua produk yang dihasil oleh acuan yang sama. Acuannya ialah apabila berkuasa, bukan hendak laksanakan amanah kepada rakyat tetapi untuk tunjuk aku yang paling berkuasa.
Begitu murah nilai politik di negara ini. Perut sudah kenyang, kroni sudah kaya.
Sekarang berpesta pula maki hamun orang yang kita benci kerana masalah peribadi. Sewaktu berkuasa dahulu berapa ramai rakyat dizalimi. Berapa ramai kontraktor bankrap akibat pilih kasih. Berapa ramai kakitangan kerajaan tidak naik pangkat dan ditukar tempat kerja. Berapa banyak gas FRU yang disembur ketika demontrasi. Berapa ramai yang kena sepak ketika demo.
Oleh itu DS Najib tidak risau dengan maki hamun yang dihambur sekarang. Dia sudah ada guru yang mengajarnya. Nanti apabila sudah tidak jadi Perdana Menteri, maka naik atas pentas pembangkang balun pemimpin yang sedia ada pada waktu itu. Ketika itu semua kesalahan selama ini akan suci seperti air mutlak, suci lagi menyucikan.
Tidak perlu minta maaf dan mengaku kesilapan yang lampau. Akhirnya rakyat yang paling malang. Negara tidak diurus dengan baik, hutang pula bertimbun. Politik seperti ini akan mendatang musibah kepada anak kecil kita yang akan mewarisi negara. Betullah acuan baulu tidak akan hasil kuih kacang. Rakyat perlu tukar dasar, bukan orang. Kalau tidak, pi mai, pi mai tang tu ja. Sejahtera Bersama Islam..
USTAZ IDRIS AHMADNaib Presiden PASSumber HD - 28-7-2017
4 Zulkaedah 1438 / 28 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 28/7/2017
RUU Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017: Ucapan MP Bukit Gantang
TERIMA kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kementerian yang telah pun mengambil satu daya usaha untuk membuat satu pindaan terhadap rang undang-undang Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Ini sesuai dengan kaedah yang dipegang oleh Islam iaitu kita hendak menolak kemudaratan yang lebih aula, lebih dahulu untuk kita hendak mengambil maslahah terutama di dalam soal pembelaan kepada golongan wanita.
Walaupun kita faham dari segi statistik yang ditunjukkan oleh PDRM daripada tahun 2014 hingga 2016 terdapat 15,617 kes, 74 peratusnya ialah wanita dan 26 peratusnya ialah lelaki. Semua Ahli Parlimen tadi agak terkejut apabila ada orang lelaki yang terlibat di dalam kes penderaan ini. Walau bagaimanapun kes itu agak terpencil dan pada kita tidak sepatutnya berlaku juga lah dalam sama ada berlaku lelaki ataupun kepada wanita ia merupakan satu lambang keruntuhan di dalam rumah tangga. Ini kerana kita tahu kalau macam ini punya rupa bentuk macam mana kita hendak membentuk negara kita yang lebih baik dan yang akan menjadi mangsanya ialah anak-anak.
Oleh sebab itu kalau kita check pelajar-pelajar di sekolah-sekolah yang mengalami masalah disiplin. Pertama apabila kita lihat ialah emak bapa ini ialah terdiri daripada di kalangan orang yang ada masalah. Jadi sebenarnya dari segi psikologi sebenarnya kanak-kanak ini walaupun dia kecil pertengkaran, pergaduhan antara emak dengan ayah itu sebenarnya difahami oleh anak. Walaupun mereka masih kecil lagi tetapi itulah dia akan memberikan kesannya kepada besar nanti akhirnya mereka akan terlibat dengan kes-kes juvana, kes-kes vandalisme yang berlaku di dalam negara kita berpunca daripada soal keruntuhan rumah tangga yang berlaku. Begitu juga kita melihat bagaimana peningkatan yang dilaporkan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur setiap bulan telah pun meningkat sampai 150 kes satu bulan kalau dulunya hanya 10 hingga 70 kes sahaja.
Kita lihat di sana ada beberapa punca yang berlaku keganasan rumah tangga ini. Pertama ialah sikap lelaki. Kita tahu orang lelaki ini dia ada satu sikap ego dekat dia kerana kita bercakap ini kita seorang lelaki termasuk juga Tuan Yang di-Pertua. Kita ini ada sifat ego ini ada kepada kita orang lelaki yang tidak sepatutnya ada tetapi itulah sikap yang ada kepada kita kerana jarang kita lihat orang lelaki ini dia hendak ambil dengar pandangan isteri walaupun betul. Yang Berhormat Bagan Serai boleh bagi komen lah sikit.
Oleh sebab itu sikap lelaki ini kadang-kadang menyebabkan dia rasa ego maka akhirnya dia boleh bertindak dengan luar daripada perikemanusiaan.
Kedua ialah bahana daripada pada alkohol dan juga dadah. Ketiga, kita tengok bagaimana kekurangan pegangan agama. Kalau ada dari segi pegangan agama yang kukuh maka tidak timbul kerana hari ini kita lihat ramai dari kalangan isteri-isteri yang berpangkat besar. Suami yang berpangkat kecil tetapi kalau dia memahami bagaimana di dalam sistem rumah tangga walaupun dia itu berpangkat besar dari segi gaji dan sebagainya. Maka dia ialah sebagai seorang isteri yang perlu di sana adanya ketaatan kepada suami. Maksudnya ketaatan-ketaatan perkara-perkara yang baik dan dia tidak melakukan kepada perkaraperkara yang dicegah oleh agama. Ini faktor dia ramai hari ini kalau kita lihat bagaimana pasangan-pasangan yang bahagia yang kita lihat walaupun isterinya berpangkat besar kadang-kadang bertaraf sebagai JUSA, suaminya hanyalah sebagai pekerja biasa sahaja tetapi mampu hidup dengan baik dan melahirkan generasi yang baik. Akibat dan berpunca kurang pegangan agama ini akhirnya ini lah yang berlaku. Walaupun kita lihat kadang-kadang suami isteri itu berpangkat JUSA tetapi oleh kerana pegangan agama tidak ada akhirnya berlaku lah juga seperti mana keganasan dalam rumah tangga.
Begitu juga faktor lain ialah kerana faktor masalah ekonomi, masalah ekonomi. Ini kadang-kadang kita lihat apabila berlaku masalah keruntuhan ekonomi seperti pembuangan kerja, ditamatkan kontrak dan sebagainya. Kadang-kadang gangguan emosi ini berlaku.
Suami isteri pula kadang-kadang tidak faham, minta tuntutan macam-macam, dia minta. Lelaki pula dia emosi. Jadi akhirnya berlaku perkara yang tidak sepatutnya itu berlaku. Begitu juga faktor yang lain juga ialah kahwin lebih. Maka kadang-kadang kemampuannya tidak ada, bekerja hanyalah sebagai cukup untuk sara anak isteri seorang dua, seorang anak atau dua orang anak tetapi mereka telah berkahwin. Sifat orang perempuan ini kita tahu antaranya ialah sifat “cemburu”. Maka lelaki saya sebut tadi dia ada sifat dia, ialah sifat yang untuk marah dan sebagainya. Maka akhirnya kita lihat berlakulah tindakan-tindakan ganas yang tidak sepatutnya berlaku kepada orang perempuan.
Akhir sekali kita tengok puncanya ialah kerana ada di sana pihak ketiga. Ini pun sebab banyak berlaku kita lihat. Saya banyak kawan saya, kebetulan abang saya ialah merupakan seorang naib kadi, imam di kampung. Banyak kes yang dirujuknya kadang-kadang ada pihak ketiga yang mengganggu hubungan rumah tangga. Akhirnya berlakulah, emosi itu berlaku maka kita tengok di luar kemanusiaan yang mereka lakukan.
Jadi persoalan saya hendak tanya juga kepada Yang Berhormat Menteri, apakah penderaan itu hanyalah sama ada kepada suami atau isteri hanyalah penderaan dari segi sudut fizikal semata-mata? Ini kerana di sana ada juga, apakah ini tidak boleh termasuk dalam maksud penderaan? Ini kerana ada yang suami isteri yang tidak mahu bercakap. Kadang-kadang tidak mahu bercakap sampai bertahun pun ada tidak mahu bercakap tetapi tidak bercerai. Adakah ini juga termasuk dalam kategori kesalahan yang boleh dianggap sebagai satu penderaan kepada keganasan rumah tangga?
Kedua ialah membelakangkan isteri atau memalingkan muka semasa berada di atas katil misal katakan. Maknanya tidak — buat hal masing-masing. Ini benda yang kita lihat ada kes-kes yang berlaku begitu. Adakah ini juga termasuk dalam kategori penderaan? Akhir sekali pertanyaan saya ialah berkenaan dengan ada mereka yang mengutamakan perempuan lain tetapi mereka tidak bercerai sebagainya. Akan tetapi menyebabkan berlakunya sana gangguan emosi terhadap — kepada wanita itu tadi. Jadi di sini ada beberapa cadangan yang saya hendak mencadangkan. Pertamanya ialah kena segera kes-kes yang melibatkan soal keganasan rumah tangga ini kena disegerakan. Kalau boleh kena ada mahkamah khas untuk hendak selesaikan persoalan yang membabitkan soal keganasan dalam rumah tangga ini. Keduanya cadangan saya ialah supaya di sana ada rumah perlindungan dalam masa yang segera. Ini kerana kita tahu apabila seorang isteri - terutamanya kita rujuk kepada isteri apabila buat satu report mungkin antara bendanya ialah dia hendak balik rumah, mungkin tidak baliklah.
Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya Yang Berhormat Bukit Gantang. Sedarkah Yang Berhormat Bukit Gantang juga kadang-kadang masalah ketidakcekapan pejabat-pejabat kadi di daerah-daerah juga menjadi punca kepada masalah keganasan rumah tangga? Kadang-kadang ada isteri yang sentiasa mengalami masalah rujuk pejabat kadi minta nasihat. Kadang-kadang masalah itu boleh selesai apabila penceraian yang berlaku contohnya. Akan tetapi kadi kadang-kadang memberikan nasihat yang kadang-kadang tidak masuk akal menyebabkan jalan keluar tidak ada. Dari masa ke semasa wanita-wanita ini terus mengalami masalah dan nampaknya dalam banyak hal, kadangkala pejabat-pejabat kadi juga tidak membantu kerana ada kes-kes yang tertangguh begitu lama. Adakah Yang Berhormat lihat bahawa di sana juga ada masalah di pejabat kadi ini? Terima kasih.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Petani.
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Yang Berhormat Bukit Gantang, Limbang belakang ini, sikit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya ingin hendak bertanya dengan Yang Berhormat Bukit Gantang iaitu tentang masalah-masalah kita sebagai wakil rakyat ini memang selalu didatangilah dengan wanita-wanita, ibu-ibu yang kena kepala tali pinggang besi apa itu, pernahlah mengadu dengan kita. Memang betul setengahnya mengadu kita pula daripada agensi-agensi yang sepatutnya. Apa yang saya perhatikan Yang Berhormat Bukit Gantang sebagaimana Yang Berhormat Bukit Gantang kata tadi mesti disegerakan. Saya juga mendapati banyak aduan ini yang mengadu kepada kita ialah pergi sana lambat, prosesnya terlalu panjang sehinggakan boleh menyebabkan perkara-perkara sempat lagi hari mereka mengadu itu sampailah tindakan diambil sempat lagi mereka ini dibelasah dan sebagainya.
Keduanya ialah tentang pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang tentang kalau suami yang dipengaruhi syabu dan sebagainya. Ini juga yang saya dapati proses ini hendak tangkap diambil tindakan orang kena suami yang ada pengaruh syabu ini macam-macam proses terlalu panjang sehinggakan akhirnya apabila sudah kata Yang Berhormat Bagan Serai tadi, dapat tiga anak barulah kes diambil tindakan dan seterusnya penceraianlah akhirnya. Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Terima kasih. Sama seperti mana kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani dan juga Yang Berhormat Limbang.
Oleh sebab itu kita harapkan supaya mesti ada National Blue Ocean Strategy, supaya membabitkan semua agensi ini, supaya mereka ada SOP di dalam menyelesaikan masalah. Sama ada pejabat kadi kah, pejabat Peguam Negara kah, polis kah dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh selesaikan. Kita tidak hendak perkara-perkara ini yang menjadi mangsanya ialah wanita terutamanya. Saya yang paling sedih sekali ialah bukan sahaja ibunya tetapi ialah anaknya. Kita fikir anak, mak itu mungkin masa sudah lanjut. Akan tetapi apa yang penting sekali ialah anak ini kebanyakannya akan menjadi mangsa apabila berlaku.
Begitu juga Yang Berhormat Limbang, saya pun kadang-kadang saya hairan juga. Saya tengok kadang-kadang duduk dekat rumah itu sudah bergaduh ini. Ini pengalaman saya tengok, datang rumah abang saya sebagai imam. Datang rumah sudah bergaduh, bengkak semua. Yang syoknya waktu naik atas motosikal itu elok. Perjalanan daripada rumah ke rumah abang saya itu agak jauh. Elok berjalan, tongkat motosikal sahaja dia terajang bini dia pula. Sepatutnya dia terajang bini dia jatuh dalam sungai awal lagi, ini pelik kadang-kadang.
Akan tetapi alhamdulillah selepas kita nasihat-nasihat pula dia baik elok, mengandung pula selepas itu. Jadi itu satu perkara yang kadang-kadang, yalah perempuan ini Allah Taala berikan kepada dia sifat sebenarnya sifat ketaatan. Dia sifat taat ini ada kepada perempuan sebab itu Allah Taala jadi perempuan ini isteri. Dia tidak jadi lelaki, kita pun tahu penggerak kepada pilihan raya ini kebanyakan perempuan yang taat setia, yang tidak ada berbelah bahagi. Yang lelaki ini kadang-kadang ‘duk’ habiskan bubur kacang dengan bubur jagung dekat markas sahaja. Jadi orang perempuan ini dia rajin, rumah ke rumah dan sebagainya. Dia memang taat, dia dengar, dia tidak ada— itu kita beri pengiktirafan kepada perempuan. Akan tetapi kadang-kadang dieksploit oleh orang lelaki, tidak kena.
Jadi sebab itu juga yang keduanya ialah rumah perlindungan dalam masa yang segera saya sebut tadi ialah perintah perlindungan ini mesti diberikan dengan segera. Kalau dulu mungkin red tape payah, agak prosedur. Akan tetapi sekarang ini mungkin arahan daripada pejabat itu kalau dapat arahan malam dan sebagainya pun boleh pindahkan perempuan ini ke rumah perlindungan tadi.
Ketiganya kalau boleh disediakan beri modal teroka kepada— kalau kita hendak ambil tindakan kepada suami itu antara sebab kadang-kadang wanita dia takut untuk hendak report masalah dia. Kalau suami dia kena tangkap nanti, siapa hendak bagi anak hendak beri makan, itu yang difikirnya. Oleh sebab itu kita kena fikirkan juga untuk kita berikan modal teroka untuk mereka mulakan penghidupan baru mereka.
Keempatnya ialah pendidikan pencegahan kepada masyarakat. Kadang-kadang saya tengok terutamanya di kalangan wanita yang berada di luar bandar, kadang-kadang mereka tidak terdedah sebenarnya apa hak mereka yang mereka boleh buat. Hatta dalam konteks hari ini pun ada di kalangan wanita dia tidak faham dia ada hak dia, dalam konteks kita katakan wanita Islam. Dia tidak faham di sana dia ada fasakh. Fasakh ini dia boleh buat, dia duk fikir talak sahaja, sedangkan fasakh ini ialah kuasa daripada pihak perempuan tetapi dia tidak gunakan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kota Raja bangun.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Okey, sila.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila.
Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Bukit Gantang saya ingin bertanya dalam Islam lah suami yang mendera isteri ini, dari segi syarak apa hukumannya? Adakah Yang Berhormat Bukit Gantang bersetuju suami-suami yang begini ini kita pukul di khalayak ramai seperti yang akan dilakukan di Kelantan? Sebat di khalayak ramai untuk memberi pengajaran dan pendidikan kepada kaum lelaki supaya menjaga isteri seperti yang diamanahkan Allah SWT.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Okey terima kasih. Saya bersetuju. Ini kerana ia merupakan hukum ta’zir ini dia pulang macam mana prosedur untuk kita buat yang pentingnya untuk kita hendak menginsafkan dia. Kalau boleh pun kita letak dalam raga ayam. Letak tengah-tengah dekat traffic light pun tidak apa. Beritahu ‘saya ini pukul isteri’. Biar orang tengok setiap hari pergi pejabat tengok muka dia. Ini muka dera isteri. Itu juga salah satu daripada cara boleh buat juga selain daripada kita hendak sebat tadi. Jadi, yang lainnya ialah soal saya sebut tadi ialah pendidikan hak tadi.
Seterusnya ialah supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga perkara-perkara berkaitan tadi tidaklah mereka ini hanya menjadi pegawai meja. Maksudnya mereka mesti turun dan mesti pantau. Ini kerana tidak ramai pun dalam satu daerah itu yang sefahaman saya setiap dekat daerah itu dia ada jaga. Macam tempat saya sendiri pun dia ada tiga DUN itu dia ada tiga pegawai jaga ini DUN-DUN tertentu dan seingat kes-kes terpencil. Mungkin mereka ini boleh untuk turun bukan sahaja menjadi orang yang jadi pegawai meja semata-mata.
Ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad semasa membahaskan Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat pada 24 Julai 2017.Sumber HD - 26-7-2017
Waktu berkuasa semua kebal
RCI untuk siasat Forex sudah ditubuhkan. Isu yang lama berlalu ketika zaman Tun Mahathir menjadi PM. Kenapa sekarang baru hendak timbul balik? Kalau Tun tidak lawan DS Najib adakah RCI akan ditubuhkan? Kenapa apabila Tun Mahathir tidak berkuasa maka baru hendak ditubuhkan? Apakah undang-undang di Malaysia apabila tidak ada kuasa baru boleh ambil tindakan. Apakah ketika ada kuasa maka ia kebal daripada tindakan undang-undang. Boleh bermaharajalela. Ketika ada kuasa semua menikus. Itu pun fasal lawan tauke.
Ini tata kelola yang tidak baik bagi sebuah negara. Rakyat menjadi pertaruhan dan penderitaan akan dialami oleh rakyat marhain. Pemimpin sibuk berpolitiking sehingga kos sara hidup rakyat tidak dipedulikan. Pemimpin boleh bersuka ria mengumpul kekayaan hasil daripada penindasan dan ketirisan sewaktu ada kuasa. Kerana mereka tahu, mereka kebal daripada tindakan. Mangsanya ialah rakyat dan generasi kanak-kanak yang masih kecil tidak tahu hala tuju mereka.
Apakah RCI mengenai 1MDB akan ditubuhkan apabila DS Najib sudah tidak berkuasa?. Itu pun kalau beliau bangkit melawan orang yang berkuasa pada waktu itu. Apakah corak kepimpinan seperti ini kita hendak bentuk di negara ini?. Amat malang sekali untuk rakyat dan negara.
Apakah jika DS Najib pula bangkit mengkritik dasar kerajaan pada waktu itu, maka segala kesalahan beliau dilupakan kerana waktu itu beliau bersama bangkit untuk menumbang kepimpinan yang sedia ada. Murahnya nilai politik.
Kepelikan lagi apabila mereka yang pernah meninggalkan legasi yang tidak baik sewaktu berkuasa, tiba-tiba hendak menjadi hero untuk reform di negara ini. Sedangkan siapa tidak kenal Tun Mahathir sewaktu berkuasa 22 tahun.
Segala kesalahan yang dilakukan hanya boleh disucikan apabila boleh sepentas untuk agenda peribadi. Adakah beliau sudah meminta maaf kepada rakyat dan negara selama beliau berkuasa. Apakah beliau tidak sedar, masalah yang berlaku hari ini adalah hasil "anak susuan" beliau dahulu. Allah panjangkan umurnya untuk melihat sendiri hasil peninggalan beliau. – HARAKAHDAILY 19/7/2017Sumber HD - 19-7-2017
Jangan fikir orang lain tidak ada perasaan
SEMUA ada perasaan, jangan fikir kita sahaja ada perasaan, orang lain pun ada perasaan. Kita akan marah jika orang fitnah dan kata kepada orang yang kita sayang.
Kita berpesta dan bersuka ria apabila orang kata dan menulis mengenai orang yang kita benci. Kadang-kadang di tahap melampau sehingga menabur fitnah. Kita melatah dan mengamuk apabila orang kata balik kepada kita.
Kita suruh orang lain jaga perasaan kita, tetapi kita tidak pandai menjaga perasaan orang lain. Jika perasaan kita terguris dan terluka, apakah kita tidak fikir orang lain tidak terluka dengan tindakan kita.
Kita manusia, orang lain juga manusia. Kita ada pengikut, orang lain juga ada pengikut. Sebenarnya ini budaya yang tidak baik. Nasihat untuk diri saya juga.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 9-6-2017
Naib Presiden PAS
15 Syawal 1438 / 9 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 9/7/2017
Dasar bahasa yang haru biru
RAKYAT terkejut apabila Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata JPA telah memberi persetujuan untuk kelonggaran lulus bahasa Melayu sebagai syarat perlantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Apabila mendapat bantahan maka ditarik balik oleh kabinet. Mungkin Kementerian Kesihatan hendak acah-acah untuk lihat sensitiviti rakyat Malaysia.
Negara sudah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, sepatutnya cadangan ini tidak timbul. Jikalau negara baru lima tahun mencapai kemerdekaan, patutlah cadangan ini dikemukakan.
Sepatutnya kerajaan yang dipimpin oleh Umno perlu ada ketegasan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Fungsi Dewan Bahasa Dan Pustaka yang berperanan untuk menterjemahkan bahasa asing kepada bahasa Melayu, sudah hancur. Apabila diperkenalkan Metematik dan Sains pada tahun 2003 dalam Bahasa Inggeris (zaman Tun Dr Mahathir) wang negara lingkup sebanyak RM6 bilion. Sikap keras kepala tidak mahu mendengar nasihat pakar pendidikan seperti Profesor Shahrir Mohd Zin, Profesor Abdullah Hassan dan lain-lain lagi maka inilah akibatnya.
Sikap haru biru kerajaan BN mengenai bahasa dapat dilihat, walaupun terbukti gagal PPSMI, kerajaan perkenalkan pula Dual Language Program (DLP) ala PPSMI juga. Walaupun tokoh pendidikan tidak setuju, kerajaan laksanakan juga. PAS juga tidak bersetuju sehingga PAS bersama pejuang bahasa mengadakan demo bantah DLP di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada 9 April 2016.
Sikap yang tidak istiqamah dan hilang keyakinan kepada bahasa sendiri, maka inilah akibatnya. Setiap dasar pendidikan hendaklah tanya kepada ahlinya, bukan kepada mereka yang bukan ahli. Tanyalah pakar pendidikan, bukan tanya puak hendak berniaga dengan setiap dasar baru yang diperkenalkan.
PAS sentiasa teguh untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, dan pertingkatkan penguasaan bahasa lain. – HARAKAHDAILY 7/7/2017Sumber HD -7-7-2017
Penulis upahan ikut siapa beri dedak
PENULIS upahan manusia tidak ada prisip dan tidak tidak ada integriti diri. Hidup menjadi pengampu dan pengipas semata-mata. Siapa yang jamu lebih maka ia akan sokong. Politik oportunis, penulis perutism akan berubah angin apabila tuannya jamu tidak cukup. Inilah yang berlaku di dalam Umno dan parti yang sewaktu dengannya.
Kalau dulu dimaki, sekarang dipuji. Dulu macam-macam gelaran, sekarang diangkat sebagai hero. Manusia seperti ini ikut siapa tuan yang memberi dedak dan sagon. Siapa bagi lebih seringgit, maka dia akan tukar kem. Kita pun tidak boleh halang manusia ini, memang itu profesyen dia. Jika tidak siapa mahu bayar duit kereta dan rumah dia.
Manusia seperti ini ada sepanjang zaman daripada dulu hingga kiamat. Nasib baik dalam kubur dia tidak boleh menulis, jika tidak dia akan menulis pula untuk siapa yang boleh bagi duit kepadanya. Kebanyakan kita kenal peribadi individu ini. Semuanya ada masalah peribadi terutama masalah kewangan
Lebih dahsyat lagi, penulis ini ada yang menjadi orang kuat Umno satu ketika dahulu. Menjadi pengampu Umno bertaraf lima bintang. Sewaktu itu, pemimpin Umno belum cadang lagi, dia sudah sokong. Sekarang marah kepada pemimpin Umno kerana dedak dan sagon tidak cukup. Setengah itu pernah pegang jawatan di dalam Umno bahagian, ada yang menjadi penulis upahan untuk menghalal tindakan kepada pembangkang.
Apa yang pelik penulis ini membelasah PAS kononnya PAS mesra dengan Umno, khianat kepada rakyat. Pada hal kita kenal mereka sewaktu di dalam Umno. Tangan merekalah yang menulis dan menyokong dasar Umno yang melingkup pendidikan, ekonomi, politik orang Melayu satu ketika dahulu. Mereka membisu kerana dedak dan sagon cukup.
Ada juga penulis ini, idea tidak ada. Bahasa yang digunakan kita sudah tahu tahap akhlak dan pemikirannya. Maklumat mengenai PAS dikutip di tepi jalan dan di kedai kopi. Whatsapp dan FB seperti soheh Bukhari Muslim untuk membelasah PAS. Kita juga kenal peribadi mereka. Memang ada masalah peribadi sewaktu bersama dengan PAS. Amat bodohlah jika masalah peribadi kita hendak dedahkan. Biarlah orang ketahui sendiri melalui tulisan dan bahasa yang digunakan. – HARAKAHDAILY 2/7/2017Sumber HD- 2-7-2017
Redhakah DAP laksana undang-undang Islam jika menang Kelantan? Posted on Friday, June 30 @ 23:29:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35617 |
PETALING JAYA: Adakah DAP redha undang-undang berunsur Islam terus dilaksanakan di Kelantan jika Pakatan Harapan memenangi negeri itu pada pilihan raya umum akan datang, soal Naib Presiden PAS Idris Ahmad hari ini.
"Adakah apabila PH menang di Kelantan mereka akan kekalkan Enakmen Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015). Adakah semua syiar Islam dan program yang berciri Islam akan dikekalkan," kata Idris, dan menambah rakyat Kelantan hendak tahu pendirian DAP mengenai kelangsungan undang-undang dan peraturan tersebut.
"Enakmen inilah yang menjadi pertikaian hebat ketika PAS bersama Pakatan Rakyat," kata Idris, mengimbau kembali pertelagahan antara PAS dan DAP dalam pakatan pembangkang yang kini terkubur.
"Pemimpin DAP menentang kuat, walau pun (bekas menteri besar) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras mempertahan," tambahnya.
Beliau berkata demikian selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di satu program partinya di Kota Bharu mencadangkan naib presiden Amanah dan veteran politik Kelantan Datuk Husam Musa sebagai menteri besar jika PH menawan negeri itu pada PRU-14 nanti.
Amanah ditubuhkan bekas pemimpin veteran PAS yang tewas dalam pemilihan parti 2015. Mereka membentuk Pakatan Harapan bersama DAP, PKR dan PPBM.
Idris melihat pengumuman itu sebagai isyarat DAP dan sekutunya bersungguh mahu menawan Kelantan, yang ditadbir PAS sejak memenangi negeri itu pada pilihan raya umum 1990.
"Sahlah memang DAP merupakan ‘abang long' di dalam PH," kata Idris. "Walaupun DAP tidak menjadi perdana menteri tetapi hala tuju kepimpinan akan disusun oleh DAP apabila PH menang nanti."
PAS memperkenalkan tafsiran undang-undang Islam mereka di Kelantan, seperti peraturan berpakaian menutup aurat dalam syarat kelulusan lesen perniagaan, pengasingan jantina di konsert, pawagam dan kaunter pasar raya, larangan poster model tidak menutup aurat, larangan pendandan wanita memotong rambut pelanggan lelaki dan sebaliknya, dan terbaharu, mewajibkan peniaga pasar malam berhenti berniaga ketika masuk waktu solat Maghrib.
Idris ingin tahu adakah DAP dan Pakatan Harapan akan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berunsur Islam di Kelantan nanti.
"Apakah nasib Kelantan sama seperti Terengganu selepas Umno menang pada tahun 2004 sehingga Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 disimpan begitu sahaja?"
Sumber TKO - 30-6-2017
Kenapa cemburu dengan Kelantan
KELANTAN diperintah oleh PAS, bukan oleh Umno. PAS masih pembangkang di negara ini. Pelik, tiba-tiba Pakatan Harapan (PH) hendak rampas Kelantan. Kenapa tidak sibuk untuk tawan Johor, Melaka dan negeri yang sewaktu dengannya. Saya harap pemimpin PH masih normal. Lim Kit Siang pula telah isytihar, bakal Menteri Besar Kelantan ialah Datuk Husam Musa. Siapa Lim Kit Siang di dalam PH sehingga boleh isytihar siapa Menteri Besar Kelantan jika PH menang.
Sahlah memang DAP merupakan Abang Long di dalam PH. Ketika penyokong Tun Dr Mahathir dan DS Anwar hendak tabal siapa yang akan mengetuai PH, Lim Kit Siang tidak perlu sibuk berebut Untuk menempatkan diri sebagai ketua tetapi cukup dengan kuasa untuk mencatur siapa yang dia hendak di dalam PH. Begitulah suasana politik negara, walau pun dap tidak menjadi Perdana Menteri tetapi hala tuju kepimpinan akan disusun oleh DAP apabila PH menang nanti.
Adakah apabila PH menang di Kelantan mereka akan kekalkan Enakmen Jenayah Syariah Il 1993 (pindaan 2015). Adakah semua syiar Islam dan program yang berciri Islam akan dikekalkan. Ini pun rakyat Kelantan hendak tahu juga. Apakah nasib Kelantan sama seperti Terengganu selepas Umno menang pada tahun 2004 sehingga Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 disimpan begitu sahaja? Adakah DAP redha dengan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan? Adakah peraturan menutup aurat, peraturan gunting rambut lain jantina akan dikekalkan?
Sedangkan enakmen inilah yang menjadi pertikaian hebat ketika PAS bersama Pakatan Rakyat. Pemimpin dap menentang kuat, walau pun almarhum Tuan Guru Nik Aziz keras mempertahan. Semua maklum bahawa DAP tidak iktiraf perjuangan bangsa dan agama di negara ini. Inikah wajah Kelantan yang akan wujud? Adakah ini wajah Islam rahmatan lil alamin yang direstui oleh DAP.
Insya Allah rakyat Kelantan tidak rela pembangunan Islam yang dibina selama ini akan musnah. Rakyat Kelantan sudah tahu apa agenda Umno dan PH jika mereka berkuasa.
Alhamdulillah pemimpin PAS yang mentadbir Kelantan tidak lagi dituduh salah laku oleh SPRM. Pemimpin yang cakap serupa dengan bikin.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 30-6-2017
Naib Presiden PAS
6 Syawal 1438 / 30 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 30/6/2017
Rayuan sumbangan untuk biaya saman Sarawak Report
SARAWAK Report berjaya mengumpul GB£30,000 (RM160,000) bagi dana guamannya untuk menangkis saman fitnah yang dikemukakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hanya dalam masa 3 hari sahaja berjaya dikutip daripada 615 penderma.
Mungkin akan dapat banyak lagi. Pakatan moden peringkat antarabangsa akan melawan PAS. Mereka akan bersatu untuk memadam cahaya perjuangan PAS. Mereka cukup dendam dan benci pada PAS kerana PAS parti tegar dengan prinsip Islam. Tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tidak tunduk kepada sesiapa. PAS tidak ada tuan yang memberi dedak sama ada tuan luar negara atau dalam negara. PAS adalah PAS.
Mereka yang berada di belakang Sarawak Report akan berlumba-lumba untuk berderma kerana anggap ini adalah sedekah jariah kot. Insya-Allah PAS akan hadap semua cabaran ini dengan kekuatan ahli PAS dan memohon pertolongan Allah.
AHLI PAS TERUTAMANYA BOLEH INFAQ MELALUI AKAUN:
NAMA BANK: MAYBANK
NAMA AKAUN: PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
NO AKAUN: 5640 7070 5537.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 26-6-2017
Naib Presiden PAS
2 Syawal 1438/26 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 26/6/2017
RCI 1MDB pun kena tubuh juga
BAGUSLAH jika kabinet setuju hendak tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1980-an dan 1990-an.
Penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi (immunity) di bawah Akta 119.
Dalam masa yang sama, RCI untuk 1MDB pun perlu ditubuh juga. Sikap PAS daripada awal lagi supaya RCI ditubuhkan untuk siasat 1MDB. Isu 1MDB yang tidak berkesudahan sehingga TS Muhyiddin, DS Shafei Afdal dan DS Mukhriz terpelanting dalam kerajaan dan parti. Pejabat SPRM, Pejabat Peguam Negara bertukar orang.
Pihak DS Najib dan anggota kabinet lebih sibuk untuk menjawab isu 1MDB, DOJ dan sebagainya. Sehingga hilang fokus untuk mengatasi kenaikan kos sara hidup rakyat. Bayangkan Santan segar pun sekilo RM10 . Sedangkan getah sekilo RM2.30. Harga barang- barang runcit di kampung sudah tidak menentu dan hilang kawalan, sehingga rakyat tertekan.
Stail dan budaya pihak kerajaan hanya berani hendak siasat skandal apabila seorang itu tidak berkuasa lagi, satu sikap yang tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara. Apakah RCI untuk 1MDB akan ditubuh apabila DS Najib tidak ada kuasa?. Sedangkan rakyat diajak berpolimik sama. Hancur negara dan rakyat jika stail ini berterusan. Sejahtera Bersama Islam. – HARAKAHDAILY 22/6/2017Sumber HD - 22-6-2017
Lepas sambut raya, sambut anak baru GST
KETIKA rakyat disempit dengan bebanan kos sara hidup yang terus meningkat. Keluhan daripada peniaga yang sukar untuk menjual barang, keuntungan kecil, sedangkan modal bertambah besar angkara pukulan GST. Tiba-tiba bermula 1hb Julai 2017, ada 60 barang baru yang akan dikenakan GST. Ertinya selepas seminggu umat Islam menyambut hari raya, mereka akan sambut GST pula.
Pihak kerajaan tentu gembira kerana GST adalah jalan singkat untuk mendapat wang segera melalui GST. Kononnya harga barang akan turun dengan diperkenalkan GST hanya ilusi dan fantasi. Ia hanya khayalan dan candu untuk melalikan rakyat semata-mata.
GST yang diperkenalkan sejak 1 April 2015 telah memungut hasil yang agak lumayan.
Sejak 1 April 2015 hingga Disember 2015 kutipan GST ialah RM27.012 bilion.
Daripada Januari 2016 hingga Disember 2016 sebanyak RM41.206 bilion. Ertinya Purata setiap bulan tahun 2015 ialah RM3 bilion. Manakala tahun 2016, setiap bulan RM3.4 bilion.
Bayangkan pada tahun 2016 Petronas menyumbang RM31.7 bilion dicampur dengan kutipan GST pada tahun 2016 sebanyak RM41.2 bilion, jumlah semuanya RM72.9 bilion. Persoalannya ketika negara tanpa GST, rakyat masih dapat nikmat subsidi, tiba-tiba sewaktu GST dan Petronas pun masih menyumbang kenapa subsidi pula dimansuhkan
Ertinya mesti ada yang tidak kena dengan pengurusan kewangan negara. Kalau inilah caranya, berapa banyak pun pendapatan GST tidak akan mengurangkan bebanan hidup rakyat. – HARAKAHDAILY 20/6/2017Sumber HD - 20-6-2017
Siapa berkuasa di Felda, Shahrir atau Isa?
PELIK, Tan Sri Shahrir Abd Samad ialah Pengerusi Felda, manakala Tan Sri Isa Samad hanya sebagai Pengerusi FGV. Felda pemegang terbesar dalam FGV, tiba-tiba seolah-olah Pengerusi Felda tidak boleh buat apa-apa kepada Tan Sri Isa. Walau Felda sudah meluluskan tiga wakil di dalam FGV, namun tidak ada apa-apa perubahan.
Semestinya Felda mesti ada wakil di dalam FGV kerana untuk menjaga kepentingan Felda dan peneroka. Hebat sangatkah Tan Sri Isa. Beliau mesti sedar kedudukan Felda lebih besar daripada FGV. FGV ibarat anak, manakala Felda ialah bapa. Anak tidak ada, jika bapa tidak wujud.
Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Felda pula di bawah Jabatan Perdana Menteri mesti bertindak berani demi kemaslahatan warga Felda. Tukar sahaja Tan Sri Isa dengan orang lain. Tidak perlu takut kepada Tan Sri Isa, beliau hanya manusia biasa sahaja. Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin pun Datuk Seri Najib berani pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Cuba ganti dengan orang yang profesional yang mengetahui selok belok perniagaan di Felda. Hentilah dengan melantik orang politik yang tidak profesional untuk kendalikan agensi yang cukup besar.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 9-6-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
14 Ramadhan 1438/9 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 9/6/2017
FGV, SPRM, kena sambut saranan Datuk Zakaria
APA sudah jadi dengan FGV dan Felda? Berbagai isu yang tidak timbul sejak Tan Sri Isa Samad berkuasa di Felda. Felda dahulu merupakan mercu tanda kejayaan pembelaan terhadap orang Melayu. Berjaya merubah taraf hidup rakyat yang tidak bertanah kepada berharta. Sekarang ia hanya menjadi kenangan yang berlalu begitu sahaja. Walaupun Pengerusi Felda sudah diganti dengan Tan Sri Shahrir Samad masalah dalaman pengurusan Felda tidak selesai, kerana Tan Sri Isa Samad masih menjadi Pengerusi Felda Global Ventures Holding Berhad. Maklumlah beliau mempunyai hubungan yang intim dengan Datuk Seri Najib.
Terbaru Datuk Zakaria Arshad selaku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan diarahkan untuk meletak jawatan. Beliau baru sahaja memegang jawatan ini pada 1 April 2016.
Memetik laporan bharian.com.my, arahan bercuti itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
Sampai bila masalah Felda dan FGV hendak selesai? SPRM perlu ada keberanian untuk siasat. Saranan Datuk Zakaria perlu disambut oleh SPRM. Jangan biarkan FGV yang telah menjadi syarikat awam mengalami masalah dan memberi kesan langsung kepada Felda yang merupakan pemegang terbesar saham FGV.
Paling pelik kenapa masih belum ada wakil Felda di dalam Lembaga Pengarah FGV, walaupun sudah hampir sebulan TS Shahrir mengemukakan tiga nama. Siapa yang lebih berkuasa? Apakah DS Najib boleh diam begitu sahaja?
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 6-6-2017
Naib Presiden PAS
11 Ramadhan 1438 / 6 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 6/6/2017
Ahli Pas tak perlu layan dan menjawab fitnah musuh Posted on Monday, May 29 @ 00:04:28 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35145 |
Sangat baik untuk ahli atau pimpinan PAS tidak menjawab fitnah musuh. Mereka mencari isu untuk pimpinan melenting. Biar Tuan Ibrahim sahaja menjawab jika perlu. Seminggu ini dah tak banyak kenyataan daripada pimpinan PAS, suasana nampak bagus termasuk provokasi dan tuduhan kononnya PAN tampar Mejar Zaidi. Isu itu akhirnya akan mati macam tu aje. Kalau PAS jawab pun mereka akan putar belit kenyataan pimpinan PAS akhirnya PAS akan terkena.
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad meminta pengikut Pas untuk sentiasa sabar dan beristiqamah dalam perjuangan parti.
Menurut Idris, penyokong Pas tidak perlu melayan segala tohmahan dan dakwaan yang dilemparkan oleh mereka yang bermusuh dengan parti.
“Pesan saya kepada pengikut Pas sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada Umno selepas kalah PRU14.
“Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Jelas Idris lagi, beliau sebenarnya sudah terbiasa dengan persepsi politik palsu dan lapuk yang dimainkan oleh musuh Pas.
“Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik.
“Dosa dan pahala ketepikan dahulu. Inilah yang cuba dibuat kepada Pas untuk mematikan perjuangan kami,” katanya.
Beliau berkata, semua tanggapan terhadap Pas silap kerana sudah 66 tahun Pas lawan BN.
“Mereka silap, Pas sudah 66 tahun melawan Umno Perikatan, kemudian BN. 13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja Pas tidak lawan Umno, iaitu pada tahun 1974.
“Sekarang pemimpin Pakatan menuduh Pas hendak bersama BN di dalam PRU14. Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," Pas hendak masuk umno". inilah tag line yang paling popular,” katanya lagi.
Sumber TKO - 29-5-2017
Politik persepsi yang jijik
POLITIK persepsi, sudah lapuk. Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik. Dosa dan pahala ketepikan dahulu. Inilah yang cuba dibuat kepada PAS untuk mematikan perjuangan PAS. Mereka silap, PAS sudah 66 tahun melawan Umno Perikatan, kemudian Umno BN. 13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja PAS tidak lawan Umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin Pakatan Harapan menuduh PAS hendak bersama BN di dalam PRU 14. Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," PAS hendak masuk Umno". inilah tag line yang paling popular.
Paling kelakar sekali menuduh PAS, sekiranya BN menang PRU14, semuanya berpunca daripada PAS kerana PAS tidak mahu sertai Pakatan Harapan. Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini. Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baru, kemudian sertai Pakatan Harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi PAS atau lawan di Kelantan. Selepas itu memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca kerana PAS berpakat dengan BN. Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi PAS yang melawan Umno. Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan.
Cyber trooper mereka cukup cekap dibantu pula oleh portal popular yang memang dulu kini selamanya tidak pernah bersama dengan PAS untuk agenda Islam. Ucapan pemimpin PAS akan diambil sekerat dan diletakkan tajuk supaya memburukkan PAS. Isi keseluruhan tidak diambil. Etika kewartawanan sudah dibuang ke Laut China Selatan. Manakala ucapan pemimpin mereka akan disucikan seperti air mutlak oleh cyber trooper mereka. Walaupun kadang -kadang mengguris perasaan hati umat Islam.
Jika ada gambar pemimpin PAS bersama dengan pemimpin Umno walaupun minum teh atau bersama dengan program kerajaan terus dituduh hendak masuk Umno. Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan Umno. Jika ada pemimpin DAP, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan tidak ada masalah. Maka terus cyber trooper mereka akan membersihkan tindakan ini, seperti suci di dalam debu. Ini program kerajaan tidak ada masalah. Jika pemimpin kesayangan mereka tidak apa, kalau pemimpin PAS, maka macam-macam ayat yang dihamburkan. Sehingga ada yang menuduh akan disambar oleh api neraka, kerana hadir program kerajaan. Insya Allah pengikut PAS tidak sebodoh itu hendak melabelkan seorang kerana berpegang tangan dan berlaga perut di dalam program kerajaan.
Pesan saya kepada pengikut PAS sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada Umno selepas kalah PRU14. Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana.
Generasi muda yang berumur 20-30 tahun tidak menerima kaedah ini. Mereka mahu penyelesaian. PAS akan buktikan dengan amalan walaupun tidak sempurna tetapi lebih baik daripada pemimpin BN dan Pakatan Harapan. Biar rakyat menjadi saksi. Walaupun mereka nampak gagah tetapi tidak kekal. Benar kata Syed Qutb "Kebatilan walau pun nampak kuat, ia akan musnah. Manakala kebenaran walau pun nampak lemah ia akan menang". Fitnah tidak bertahan lama, kerana mereka yang menyebar fitnah akan mati dan lemah ingatan. Kebenaran bertambah kukuh kerana akan ada penerusannya hingga kiamat.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 28-5-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
2 Ramadhan 1438/ 28 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 28/5/2017
Politik persepsi yang jijik
POLITIK persepsi, sudah lapuk. Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik. Dosa dan pahala ketepikan dahulu. Inilah yang cuba dibuat kepada PAS untuk mematikan perjuangan PAS. Mereka silap, PAS sudah 66 tahun melawan Umno Perikatan, kemudian Umno BN. 13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja PAS tidak lawan Umno, iaitu pada tahun 1974. Sekarang pemimpin Pakatan Harapan menuduh PAS hendak bersama BN di dalam PRU 14. Inilah modal lapuk.
Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," PAS hendak masuk Umno". inilah tag line yang paling popular.
Paling kelakar sekali menuduh PAS, sekiranya BN menang PRU14, semuanya berpunca daripada PAS kerana PAS tidak mahu sertai Pakatan Harapan. Belum menang sudah tidak demokratik. Kalau menang nanti apa hendak jadi dengan negara ini. Kalau begitu semua orang boleh tubuh parti baru, kemudian sertai Pakatan Harapan. Kemudian lawan di kerusi tradisi PAS atau lawan di Kelantan. Selepas itu memberi amaran, kalau BN menang semuanya punca kerana PAS berpakat dengan BN. Hakikatnya mereka yang melawan kerusi tradisi PAS yang melawan Umno. Mereka yang menjadi talian hayat Umno BN. Ini jenis politik apa yang kita hendak namakan.
Cyber trooper mereka cukup cekap dibantu pula oleh portal popular yang memang dulu kini selamanya tidak pernah bersama dengan PAS untuk agenda Islam. Ucapan pemimpin PAS akan diambil sekerat dan diletakkan tajuk supaya memburukkan PAS. Isi keseluruhan tidak diambil. Etika kewartawanan sudah dibuang ke Laut China Selatan. Manakala ucapan pemimpin mereka akan disucikan seperti air mutlak oleh cyber trooper mereka. Walaupun kadang -kadang mengguris perasaan hati umat Islam.
Jika ada gambar pemimpin PAS bersama dengan pemimpin Umno walaupun minum teh atau bersama dengan program kerajaan terus dituduh hendak masuk Umno. Pantang lihat gambar pemimpin kerajaan Kelantan bersama dengan kerajaan pusat terus mengatakan PAS sudah bersama dengan Umno. Jika ada pemimpin DAP, bukan sekadar minum malahan berlaga perut dan berpegang tangan tidak ada masalah. Maka terus cyber trooper mereka akan membersihkan tindakan ini, seperti suci di dalam debu. Ini program kerajaan tidak ada masalah. Jika pemimpin kesayangan mereka tidak apa, kalau pemimpin PAS, maka macam-macam ayat yang dihamburkan. Sehingga ada yang menuduh akan disambar oleh api neraka, kerana hadir program kerajaan. Insya Allah pengikut PAS tidak sebodoh itu hendak melabelkan seorang kerana berpegang tangan dan berlaga perut di dalam program kerajaan.
Pesan saya kepada pengikut PAS sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada Umno selepas kalah PRU14. Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana.
Generasi muda yang berumur 20-30 tahun tidak menerima kaedah ini. Mereka mahu penyelesaian. PAS akan buktikan dengan amalan walaupun tidak sempurna tetapi lebih baik daripada pemimpin BN dan Pakatan Harapan. Biar rakyat menjadi saksi. Walaupun mereka nampak gagah tetapi tidak kekal. Benar kata Syed Qutb "Kebatilan walau pun nampak kuat, ia akan musnah. Manakala kebenaran walau pun nampak lemah ia akan menang". Fitnah tidak bertahan lama, kerana mereka yang menyebar fitnah akan mati dan lemah ingatan. Kebenaran bertambah kukuh kerana akan ada penerusannya hingga kiamat.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 28-5-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
2 Ramadhan 1438/ 28 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 28/5/2017
Azam Ramadhan pada tahun ini
ALHAMDULILLAH Ramadhan muncul lagi. Maqbul permohonan kita kepada Allah sejak daripada bulan Rejab dan Syaban supaya kita dapat sampai ke dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah kita berjaya menjejak kaki ke dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Ramai di sana mereka yang tidak sempat bersama Ramadhan pada tahun ini kerana dijemput oleh Allah SWT terlebih dahulu. Ada di kalangan mereka ialah ibu bapa kita, suami atau isteri, anak menantu, jiran tetangga dan mereka yang rapat dengan kita. Manakala kita pula merupakan senarai menunggu ke sana. Entah bila tidak ada siapa yang ketahui. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan mati".
Gembiralah kita, ketika menyambut Ramadhan dengan penuh keinsafan dan mengetahui nilai Ramadhan. Ia bukan sebarang bulan, tetapi ia adalah penghulu segala bulan. Bulan yang dinanti dan dirindu oleh mereka yang beriman. Tetapi bulan yang dibenci oleh mereka yang tidak beriman. Mereka anggap bulan yang membebankan dan menyiksa tubuh badan.
Saidina Umar al-Khattab RA apabila telah tiba bulan Ramadhan beliau berkata "Selamat datang Ramadhan, bulan yang membersihkan kami, sebab Ramadhan semuanya baik. Siang hari kami berpuasa dan malamnya mendirikan amalan sunat. Sedekah pada bulan ini sama dengan belanja untuk perjuangan jihad fisabilillah".
Hamba Allah yang mengetahui kelebihan Ramadhan akan bertungkus lumus, segala ruang akan diisi dengan amal kebaikan. Kerana memikirkan belum pasti tahun hadapan mereka akan temui lagi Ramadhan.
Marilah kita sama-sama berazam dan bertekad untuk tahun ini:
1. Memperbaiki kualiti Ramadhan, bukan sahaja menahan makan minum dan tidak melakukan perbuatan yang membatalkan puasa. Malahan lebih daripada itu.
2. Berazam untuk mencapai darjat taqwa, sebagai mana hikmah syariat Allah SWT kepada kita.
3. Lebihkan amalan tazkiah al-Nafs (pembersihan jiwa) untuk mendapat satu kekuatan bagi melaksanakan tanggungjawab perjuangan.
4. Perbanyakkan doa, kerana ia adalah senjata orang mukmin. Doalah kepada Allah semoga Allah teguhkan iman dan istiqamah dengan perjuangan Islam.
5. Berazam untuk bersedekah walaupun sedikit. Jadikan ia amalan harian. Bersedekahlah sehingga kaya, jangan tunggu kaya baru hendak bersedekah.
6. Hidupkan amalan di malam Ramadhan dengan tarawih, qiam, tadarus al-Quran.
7. Kejutkan ahli keluarga untuk menghidupkan malam Ramadhan.
8. Bertekad untuk khatam al-Quran sepanjang Ramadhan.
9. Berikan jamuan untuk orang berbuka puasa. Mungkin kita tidak mampu untuk jemput orang ke rumah kita. Tetapi boleh kita berikan kepada pihak masjid, surau, markaz tarbiah, rumah anak yatim, mahad tahfiz walau pun RM1.
10. Berazam untuk hidupkan 10 terakhir Ramadhan, kerana malam-malam tersebut merupakan buruan orang yang mengetahui nilai Ramadhan.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 26-5-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
29 Sya'ban 1438 / 26 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 26/5/2017
Mahathir istiqamah tentang perlaksanaan syariat Islam Posted on Wednesday, May 24 @ 15:33:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35066 |
Berilah apa hujah sekali pun kepada Mahathir, beliau tetap dengan sikapnya, malah beliau hendak suruh PAS mengikut beliau yang ikut Islam tafsiran beliau, sehingga sanggup berlawan dengan mufti, malah turut tergamak mem perli sunnah Nabi, apa tah lagi dengan PAS.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, sehubungan itu mengingatkan kepada Mahathir bahawa PAS melawan Umno kerana dasar, bukan PAS lawan Umno kerana tidak dapat dedak.
Menurutnya, ia ber beza sama sekali dengan Tun Mahathir sen diri yang lawan pemimpin Umno kerana dedak tidak cukup, tetapi nanti apabila dapat dedak maka dia akan senyap dan kembali ke pangkuan Umno semula.
Katanya, Mahathir sapu keliling, wataknya tidak ber ubah seolah-olah masih berkuasa, manakala ter baru, beliau turut mengutuk bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dalam isu Tuhan mencarut, walau pun isu itu sudah dijelaskan oleh Almarhum sewaktu beliau hidup. “Persoalannya, ke mana hulubalang PAN yang menyepi sahaja.
Apakah tidak ada perasaan langsung untuk membantah Tun Mahthir mengutuk Almarhum di hadapan me reka.
“Apakah mereka sudah hilang deria rasa apabila Tun membelasah Almarhum. Sedangkan me reka mendakwa Almarhum Tuan Guru Nik Aziz ikon perjuangan mereka,” katanya
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam catatan blog terkininya 17 Mei lalu sekali lagi menyerang PAS dengan mendakwa PAS pintar menggunakan agama dengan pelbagai istilah Arab bagi menghalalkan segala aktiviti politiknya.
Mahathir juga berkata, ahli PAS sentiasa taksub kepada pimpinan mereka dan ia menyukarkan usaha mengubah hala tuju parti Islam itu, sambil memberikan sejarah ringkas PAS ketika berada dalam Barisan Nasional sehinggalah perkembangan terkini yang menyaksikan hu bungan lebih mesra dengan Umno.
“Mereka begitu taksub dengan pemimpin dan parti mereka sehingga dakwaan Nik Aziz bahawa Tuhan mencarut pun diterima baik oleh mereka,” tulisnya yang merujuk kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mengulas lanjut, Ustaz Idris berkata, PAS tidak hai ran para pemimpin PAN dan penyokong parti itu bertepuk bersorak apa bila Mahathir meng hentam Pre siden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana memang itu lah perasaan mereka ke rana benci kepada Presiden PAS.
“Sama seperti Tun Maha thir marah ke pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim suatu ketika da hulu, apa sahaja yang berlaku semuanya salah Dato’ Seri Anwar. Sekarang apa sahaja yang berlaku bertentangan dengan kehendak politik mereka, maka ia semua angkara PAS dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, Mahathir istiqamah benci dan ter amat marah dengan PAS sehingga hujung hayat kerana beliau tidak boleh cucuk hidung pemimpin PAS.
“Tun Mahathir ingat pemimpin PAS seperti Kadir Jasin yang kenyang makan dedak zaman Tun. Sekarang berlagak tuduh pemimpin PAS makan dedak Dato’ Seri Najib. Na sihat saya supaya Dato’ Kadir Jasin ambil cermin suluh muka dulu, sebelum tuduh pemimpin PAS.
“Cuba periksa dulu harta dan kekayaan yang beliau miliki adakah ibu bapa nya orang hartawan di Tokai, Kedah. Ataupun beliau kaya hasil menjadi pengampu Tun Mahathir dan Umno. Sekarang baru belajar marah kepada Umno kerana dedak Umno tidak cukup,” katanya.
Sumber TKO - 24-5-2017
Mustahil tiada kontraktor tempatan mampu Posted on Saturday, May 20 @ 10:47:52 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35014 |
Pembinaan bandar impian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Bandar Malaysia - menjadi persoalan, dengan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyoal mengapa kontraktor tempatan tidak boleh menjadikannya kenyataan.
“Setakat mana ajaibnya bandar idaman Najib sehingga tidak nampak seolah-olah kontraktor tempatan tidak boleh laksanakan.
“Berilah peluang kepada rakyat Malaysia untuk membangunkan Bandar Malaysia.
"Negara sudah merdeka hampir 60 tahun, mustahil tidak ada kontraktor yang berwibawa untuk membangunkan Bandar Malaysia,” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.
Idris mengulas aspirasi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) yang percaya bahawa kontraktor bumiputera juga layak menjadi pemaju induk Bandar Malaysia.
Najib minggu lalu melahirkan keyakinan Kumpulan Wanda dari China boleh melakukan keajaiban di Bandar Malaysia, walaupun perjanjian antara kedua-duanya belum dimeterai.
Ia selepas pembatalan perjanjian melibatkan konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) bagi memiliki 60 peratus pegangan di Bandar Malaysia.
Najib berkata bukan sekadar pejabat dan menara kediaman, kerajaan mahu Bandar Malaysia menjadi pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan pekerjaan, termasuk bagi KL Internet City yang baharu - hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia.
Mengulas lanjut, Idris berkata hasrat PKMM supaya kontraktor Melayu diberi peluang untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan ikonik itu dan tidak dipinggirkan adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.
“Kita tidak mahu kontraktor dan syarikat tempatan tidak dapat apa-apa manfaat, bukan sekadar tulang, kuah pun tidak dapat.
“Apa makna pembangunan, jika kera di hutan disusukan anak dikendong keciciran.
Beliau juga meminta kerajaan untuk meletakkan syarat kepada pelabur bagi menjaga kepentingan rakyat tempatan.
Sumber TKO - 20-5-2017
Bandar Malaysia: Jangan lupa syarikat Malaysia
BERILAH peluang kepada rakyat Malaysia untuk membangunkan Bandar Malaysia. Negara sudah merdeka hampir 60 tahun, mustahil tidak ada kontraktor yang berwibawa untuk membangunkan Bandar Malaysia. Ada hikmah juga selepas pembatalan perjanjian melibatkan konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) bagi memiliki 60 peratus pegangan di Bandar Malaysia.
Setelah perjanjian dengan syarikat asal dibatalkan, maka kerajaan pula bersetuju untuk bekerjasama dengan Kumpulan Wanda dari China untuk membangunkan Bandar Malaysia.
Harapan daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad yang percaya bahawa kontraktor bumiputera juga layak menjadi pemaju induk jika kena dengan syarat dan proses pemilihan yang telah ditetapkan perlu diambil perhatian oleh DS Najib. Setakat mana ajaibnya bandar idaman DS Najib Tun Razak sehingga tidak nampak seolah-olah kontraktor tempatan tidak boleh laksanakan.
Kita tidak mahu kontraktor dan syarikat tempatan tidak dapat apa-apa manfaat, bukan sekadar tulang, kuah pun tidak dapat. Apa makna pembangunan, jika kera di hutan disusukan anak dikendong keciciran.
Trend yang berlaku pada hari ini, negara lebih banyak bergantung kepada pelabur daripada negara China. Ini membuktikan siapa yang ada wang boleh kuasai dunia. Apa boleh buat negara yang ditadbir pemerintah yang sejak dahulu tidak beringat sewaktu kaya, akhirnya generasi kita terpaksa menanggung beban. Apalah hendak diharapkan sangat untuk meletakkan syarat kepada pelabur bagi menjaga kepentingan rakyat tempatan. Itupun kalau mereka sudi untuk menerima permohonan kita supaya menjaga kepentingan syarikat tempatan. Mereka boleh buat apa sahaja, kerana mereka ada wang.
Mereka tahu kita amat memerlukan mereka, kerana kita tidak ada wang. Akhirnya syarikat tempatan mengemis di negara sendiri.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 19-5-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
22 Syaaban 1438 / 19 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 19/5/2017
Mahathir balun Almarhum TG Nik Aziz, PAN menyepi
TUN Mahathir sapu keliling. Watak tidak berubah seolah-olah masih berkuasa. Terbaru, Tun kutuk Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam isu tuhan mencarut. Walaupun isu ini sudah dijelaskan oleh almarhum sewaktu beliau hidup. Persoalannya ke mana hulu balang Pan menyepi. Apakah tidak ada perasaan langsung untuk membantah Tun Mahathir mengutuk Almarhum di hadapan mereka? Apakah mereka sudah hilang deria rasa apabila Tun membelasah almarhum. Sedangkan mereka mendakwa, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz ikon perjuangan mereka.
Kita tidak hairan apabila Tun menghentam Tuan Guru Haji Abdul Hadi, mereka bertepuk sorak. Memang itulah perasaan mereka, kerana benci kepada Presiden PAS. Sama seperti Tun Mahathir marah kepada DS Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, apa sahaja yang berlaku semuanya salah DS Anwar. Sekarang apa sahaja yang berlaku bertentangan dengan kehendak politik mereka, maka semua angkara PAS dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Tun istiqamah benci dengan PAS sehingga hujung hayat. Kenapa Tun benci sangat dengan PAS? Sebab Tun tidak boleh cucuk hidung pemimpin PAS. Tun Mahathir ingat pemimpin PAS seperti Kadir Jasin yang kenyang makan dedak zaman Tun. Sekarang berlagak tuduh pemimpin PAS makan dedak DS Najib. Nasihat saya supaya Datuk Kadir Jasin ambil cermin suluh muka dulu, sebelum tuduh pemimpin PAS. Cuba periksa dulu harta dan kekayaan yang beliau miliki, adakah ibu bapanya orang hartawan di Tokai, Kedah. Ataupun beliau kaya hasil menjadi pengampu Tun Mahathir dan Umno.
Sekarang baru belajar marah kepada Umno kerana dedak Umno tidak cukup.
Tun marah kepada PAS kerana dasar Islam yang dibawa oleh PAS tidak boleh diterima oleh beliau. Tun istiqamah menentang pelaksanaan syariat Islam di negara ini. Berilah apa hujah beliau tetap dengan sikap beliau. Beliau hendak suruh PAS ikut Islam tafsiran beliau. Kalau mufti pun, Tun lawan. Sunnah Nabi pun beliau perli, apalah sangat dengan PAS. Ingatan kepada Tun, PAS melawan Umno kerana dasar. PAS lawan Umno, bukan kerana tidak dapat dedak. Berbeza dengan Tun, lawan pemimpin Umno kerana dedak tidak cukup. Nanti apabila dapat dedak, maka senyaplah dan kembali ke pangkuan Umno semula.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 18-5-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
21 Syaaban 1438 / 18 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 18/5/2017
UMNO hanya bergantung kepada wang, media dan jentera kerajaan Posted on Saturday, May 13 @ 19:02:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34921 |
BANGI, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – PAS menyifatkan UMNO hari ini tidak lagi relevan kerana ideologi dan kekuatan jati diri parti, sebaliknya sekadar berpaksikan 3M iaitu wang, media dan jentera kerajaan.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyelar empat faktor UMNO bertambah kukuh yang digariskan oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun ke-71 parti itu, baru-baru ini.
"Apakah masih ada faktor ini di dalam UMNO. Apakah benar UMNO memperjuangkan Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi percakapan atau amalan.
"Di manakah tokoh-tokoh agama UMNO yang boleh memberi teguran kepada pemimpin UMNO dan menjadi kata putus dalam soal agama. Apakah teguran mereka diambil kira?," soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau turut mempersoalkan peranan tokoh-tokoh agama dalam parti itu yang berkemungkinan hanya sekadar menjadi pembaca doa dalam majlis rasmi UMNO semata-mata.
"Tokoh-tokoh agama seperti Tan Sri Yusuf Noor, Datuk Abdullah Mohd Zin, Dr Masitah Ibrahim, Ust Mohd Nor Idris, Ustaz Mustafa Taib dan ramai lagi.
"Ia berbeza dengan PAS, yang telah meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai rujukan hukum berpolitik dan bernegara," katanya.
Katanya, ia bukan lagi menjadi rahsia kepada umum apabila UMNO dilihat gagal memberi keselesaan kepada masyarakat, sekaligus menolak faktor kedua yang dinyatakan Najib bahawa UMNO menjaga kepentingan rakyat.
Idris berkata, kehidupan rakyat hari ini semakin tertekan dengan penguatkuasaan GST, kos sara hidup yang tinggi dan penarikan subsidi yang membebankan mereka berpendapatan rendah.
"Harga rumah melambung, kos pengangkutan meningkat apakah pemimpin UMNO boleh mendakwa perjuanganya telah mementingkan rakyat? Apakah dengan pemberian BRIM, pemimpin UMNO boleh anggap ini sebagai air mutlak suci lagi menyucikan terhadap penderitaan rakyat?," katanya.
Mengulas lanjut katanya, UMNO kini tidak lagi relevan untuk generasi muda, yang hanya sekadar mengikut parti itu bukan kerana perjuangan sebaliknya batu loncatan untuk mendapatkan projek sahaja.
"Terakhir, Najib mengatakan UMNO hebat kerana ia mempunyai wawasan dan tindakan secara kolektif bersama dengan rakan komponen BN.
"Tetapi rakyat umum melihat, perjuangan Umno hari ini sudah kehilangan jati diri yang banyak mengalah kepada rakan komponen, akhirnya untung jangka pendek tetapi merugikan jangka panjang," katanya.
Sumber TKO - 13-5-2017
Adakah Umno masih ada jati diri perjuangan?
DS Najib menggariskan empat faktor Umno sentiasa bertambah kukuh, Pertama Umno tidak pernah meninggalkan asas perjuangan parti iaitu berpaksikan Islam, Melayu Bumiputera dan negara Malaysia.
Kedua, Umno meletakkan perjuangan parti untuk kepentingan seluruh rakyat dari dahulu hingga sekarang. Umno berjuang bukan untuk ahli bahkan semua rakyat tanpa mengira latar belakang.
Ketiga, Umno sentiasa relevan mengikut peredaran zaman dan keempat, Umno mempunyai wawasan serta tindakan yang kolektif bersama komponen Barisan Nasional.
Apakah masih ada faktor ini di dalam Umno. Apakah benar umno memperjuangkan Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi percakapan atau amalan. Di manakah tokoh-tokoh agama Umno yang boleh memberi teguran kepada pemimpin Umno dan menjadi kata putus dalam soal agama.
Apakah teguran mereka diambil kira. Tokoh-tokoh agama seperti Tan Sri Yusuf Noor, Datuk Abdullah Mohd Zin, Dr Masitah Ibrahim, Ust Mohd Nor Idris, Ustaz Mustafa Taib dan ramai lagi. Apakah peranan mereka hanya untuk membaca doa semata-mata. Ia berbeza dengan PAS, yang telah meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai rujukan hukum berpolitik dan bernegara.
Mengenai asas kedua yang mengatakan umno mementingkan kepentingan rakyat. Sudah menjadi rahsia umum, umno gagal memberi keselesaan kepada rayat. Kehidupan rakyat semakin tertekan. Kualiti hidup rakyat semakin menurun. Rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat.
Penguatkuasa GST dan penarikan subsidi telah memberi tekanan hidup kepada rakyat pendapatan rendah. Harga rumah melabung, kos pengangkutan meningkat apakah pemimpin umno boleh mendakwa perjuanganya telah mementingkan rakyat? Apakah dengan pemberian BRIM, pemimpin umno boleh anggap ini sebagai air mutlak suci lagi menyucikan terhadap penderitaan rakyat?
Apakah Umno masih relevan mengikut peredaran zaman. Umno sudah tidak relevan untuk generasi muda. Mereka hanya ikut-ikut sahaja bersama Umno. Ideologi perjuangan sudah tidak tidak ada seperti generasi awal. Perjuangan dengan Umno hanya sebagai batu loncatan untuk hendak mendapat projek sahaja, bukan untuk menegakkan idealisma perjuangan. Oleh itu generasi muda yang terdedah dengan maklumat tidak bersama Umno, walaupun ibu bapa mereka penyokong tegar Umno.
Terakhir, DS Najib mengatakan Umno hebat kerana ia mempunyai wawasan dan tindakan secara kolektif bersama dengan rakan komponen BN. Tetapi rakyat umum melihat, perjuangan Umno hari ini sudah kehilangan jati diri yang banyak mengalah kepada rakan komponen, akhirnya untung jangka pendek tetapi merugikan jangka panjang.
Sebenarnya Umno relevan kerana ada 3 M, (wang, media dan jentera kerajaan), bukan kerana ideologi dan kekuatan jati diri.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 12-5-2017
Naib Presiden PAS
15 Syaban 1438/ 12 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 12/5/2017
Revolusi Anti Rasuah, mesti fokus politik wang
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/arkib/1367-revolusi-anti-rasuah-mesti-fokus-politik-wang
TAHNIAH kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melancarkan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) di seluruh negara.
Menerusi Gerah, seramai 2,000 anggota dan pegawai SPRM akan digerakkan ke seluruh negara setiap bulan untuk mendekati rakyat.
Malaysia merosot dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016, daripada tangga 54 kepada 55 daripada 176 buah negara.
Ini merupakan usaha yang baik dan penghormatan perlu diberi kepada SPRM yang tekun dan bersungguh-sungguh untuk membasmi rasuah. Rasuah merupakan musuh nombor wahid. Masalah dadah, senjata api diseludup, minyak diseludup, barang-barang bersubsidi diseludup, sempadan diceroboh, projek untuk rakyat tidak berkualiti, dadah di dalam lokap dan banyak lagi jika kita mahu senaraikan. Semuanya berpunca daripada rasuah.
Rasuah ada kaitan dengan kuasa politik. Apabila kuasa dianggap untuk mengumpulkan kekayaan maka inilah yang terjadi. Mereka yang ada kuasa merupakan lubuk emas untuk melakukan rasuah melainkan mereka yang takut kepada pembalasan Allah SWT.
Parahnya rasuah di negara ini apabila munculnya gejala politik wang di dalam pemilihan parti lagi. Saya masih ingat Tun Dr Mahathir pernah menangis ketika beliau menjadi Presiden Umno, kerana gagal mengatasi masalah politik wang di dalam parti. Bukan sahaja beliau menangis malahan beliau berdoa di dalam persidangan agung Umno supaya Umno selamat daripada politik wang. Semuanya itu hanyalah ilusi sahaja.
Bahayanya politik wang di dalam pemilihan parti dan pilihan raya umum akan membawa kepada gejala rasuah. Mereka yang bertanding perlukan modal untuk mempertahankan jawatan, akhirnya akan ada pelabur-pelabur politik yang berani melabur kerana ini adalah pelaburan pasaran hadapan. Apabila calon yang dibantu menang maka di situlah dividen segera akan diperolehi melalui projek yang mengorbankan dana awam. Akhirnya mereka menjadi wakil tauke, bukan lagi wakil rakyat.
Oleh itu, SPRM kena serius jika benar hendak memerangi rasuah dengan memantau pemilihan parti yang ada aduan rasuah dan juga rasuah ketika kempen pilihan raya umum.
Perlu diingat pegawai kerajaan yang ditangkap bersama wang rasuah, adakah mereka berani berbuat demikian tanpa ada arahan daripada orang atasan mereka. Bimbang mereka hanya dijadikan kuda tunggangan sahaja. SPRM mesti korek sehingga ke lubang cacing jika ia melibatkan jerung-jerung yang berkuasa.
SPRM mesti diberi kuasa mendakwa, bukan sahaja kuasa menyiasat jika mahu melihat negara ini bebas daripada rasuah. Jika tidak segala usaha ini akan menjadi fatamorgana.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 8-5-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
11 Sya'ban 1438 / 8 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 8/5/2017
PAS dilabel pelbagai gelaran kerana enggan ikut telunjuk - Idris Posted on Monday, May 08 @ 09:37:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34827 |
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa parti itu dilabelkan dengan pelbagai jenama termasuk pemakan dedak, penasihat bergaji, kerajaan perpaduan, candu wala' dan terbaru sesat politik berikutan enggan mengikut telunjuk musuh politik mereka.
Naib Presidennya, Idris Ahmad, berkata parti itu tidak pernah menyokong atau membangkang secara membuta tuli, sebaliknya menjadikan Islam sebagai panduan dalam perjuangan parti itu.
Beliau berkata, PAS membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST), Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Bagaimanapun, katanya PAS menyokong beberapa tindakan kerajaan termasuk Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang diluluskan di Parlimen, Mac lalu.
"Ini pendirian PAS, jelas dan terang. Kebenaran kawan PAS, kebatilan musuh PAS walaupun siapa yang bawa. PAS adalah PAS.
"Tidak perlulah hendak labelkan PAS dengan macam-macam jenama apabila tidak ikut telunjuk mereka. Makan dedak, penasihat bergaji, UG, candu wala', terbaru pula sesat politik. PAS tidak pernah paksa orang lain. PAS hanya terangkan apa yang Islam perintah.
"Terima Alhamdulillah, tolak pun Alhamdulillah. Kami pendukung PAS yakin apa yang PAS perjuangkan akan diterima satu hari nanti. Cuma cepat atau lambat saja," katanya dalam entri terbaru di Facebook rasminya, hari ini.
Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menegaskan hanya pihak yang sabar saja boleh bersama PAS, manakala golongan musta'jilun (gelojoh) tidak boleh bersama parti itu.
Ini kerana, katanya PAS tidak memiliki lampu ajaib, sebaliknya parti siasah itu hanya menceritakan mengenai Islam.
"Perjuangan PAS ada kaitan mati dan selepas mati. Orang lain hendak cerita pasal lain, itu urusan mereka. PAS yakin masa depan dunia sejahtera bersama Islam," katanya.- Nazura Ngah(B/H)
Sumber TKO - 8-5-2017
Salahkah pemimpin PAS hadir program kerajaan?
SEMUA tak kena apabila Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) dan pimpinan PAS hadir di dalam program anjuran kerajaan, walaupun bukan anjuran Umno. Bermula dengan Multaqa Ulamak anjuran Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah. Kedua program solidariti untuk Rohingya. Ketiga, program Food flotilla for Rohingya dan keempat TGHH bersama program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Marang.
Salahkah PAS, berdosakah PAS yang hadir ke dalam program anjuran kerajaan? Salahkah PAS mengambil pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) untuk bersama-sama agensi kerajaan, bukan program parti? Sepanjang Muktamar Tahunan PAS ke-63, adakah pemimpin PAS tidak kritik kerajaan dan BN? Hanya orang yang cacat penglihatan dan pendengaran sahaja yang berkata demikian.
Hatta pertemuan antara G to G pun tidak boleh, terus dilabel UG. Label inilah seolah-olah ma'thurat golongan ini sejak 2008. Ertinya semua pemimpin PAS tidak boleh, mereka boleh. Kalau mereka buat, ini "engagement". Kalau PAS buat dilebel UG. Yang paling lucu, ada yang mengatakan pemimpin PAS akan disambar oleh api neraka kerana sepentas dengan pemimpin Umno. Mereka membaca ayat al-Quran bermaksud, "Jangan kamu condong kepada kezaliman, maka kamu akan disentuh oleh api neraka".
PAS tidak pernah cemburu kalau ada di kalangan pemimpin PH bersama dengan pemimpin Umno. Malahan kita tahu ada pertemuan di London satu masa ketika dahulu bersama dengan pimpinan tertinggi Umno. Malah hendak ajak TGHH bersama di dalam pertemuan tersebut, tetapi TGHH tidak pergi, kalau tidak nahaslah. PAS tidak ambil kisah hal pertemuan itu, kerana kita faham ini pertemuan biasa. Almaklumlah, kita rai kerana mereka masih ada DNA dengan Umno sebelumnya.
Apa yang pelik dalam masa yang sama, mereka menuduh PAS diresapi dengan pengaruh IS, Taliban, Daesh. Kalau ini pendekatan PAS, maka PAS tidak tidak akan hadir program kerajaan. PAS tidak akan mengambil pendekatan demokrasi. Kalau hendak tuduh PAS biarlah jangan flip flop. Satu ketika PAS berUG, satu ketika PAS pula diresapi kumpulan Daesh. Mana satu yang betul?
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 5- 5-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
8 Syaaban 1438 / 5 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 5/5/2017
Tutup sekolah tahfiz cadangan habis cerdik?
PERISTIWA tragis yang menimpa kepada adik Mohd Thaqif pelajar Maahad Tahfiz sehingga meninggal dunia perlu diambil iktibar oleh semua orang. Siasatan dan tindakan mesti diambil kepada mereka yang terlibat, bukan diarahkan tutup semua sekolah tahfiz persendirian.
Marah pijat, jangan bakar kelambu. Cadangan menutup semua sekolah tahfiz oleh Zainudin Maidin adalah cadangan daripada manusia yang habis cerdik. Semua orang kenal Zainudin Maidin, makhluk yang kita kenal dulu, kini selamanya cukup elergik dengan institusi agama.
Sepatutnya kerajaan perlu berterima kasih kepada pihak persendirian yang membantu kerancakan pendidikan di negara ini.
Jika atas alasan kematian Mohd Thaqif maka disuruh tutup, bagaimana pula kejadian buli dan penderaan yang berlaku di sekolah aliran kebangsaan, malahan ada kes kematian di kem PLKN. Kenapa pula tidak ada cadangan supaya tutup sahaja sekolah dan PLKN?.
Antara rekod buli sehingga kematian seperti berlaku di Sekolah Menengah Teknik Cheras pada tahun 1998. Sekolah Agama Datuk Kelana Petra Ampangan Negeri Sembilan pada tahun 2004 dan Pelajar Kolej Vokasional Bachok. Kematian peserta PLKN di Kem Pelangi Muazam Shah pada tahun 2013. Ini hanya sekadar contoh.
Janganlah apabila berlaku di sekolah tahfiz, riuh satu dunia. Tapi kamu membisu dan pekak telinga apabila berlaku kepada sekolah aliran kebangsaan bawah kelolaan Kementerian Pelajaran. Pemikiran semacam inilah satu ketika dahulu yang menuduh Sekolah Agama Rakyat pusat melatih pengganas sehingga menarik balik bantuan perkapita. – HARAKAHDAILY 28/4/2017Sumber HD - 28-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TS Noh Omar jangan dera rakyat
ZAMAN perhambaan sudah berlalu. Zaman berpolitik secara tidak demokrasi sudah tidak sesuai. Rakyat sudah mual dengan gelagat pemimpin seperti ini. Jangan mendera rakyat yang memilih wakil rakyat pembangkang, ini ialah hak demokrasi. Parti pembangkang juga parti yang sah dan dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya.
Terbaru, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen di mana BN tewas. Ini adalah mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, yang bertarikh 17 Mac.
Arahan itu meliputi semua projek BP 1 yang menurut laman web KPKT, merujuk kepada projek-projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat 9 Mac lalu untuk "penyelarasan peruntukan projek BP 1 2017" yang dihadiri oleh Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar bersama datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Malaysia.
Wakil rakyat pembangkang tidak kisah, jika perlaksanaan projek diberikan kepada kontraktor tegar Umno, asalkan manfaat untuk rakyat. Kesianlah kepada rakyat yang berada di dalam kawasan Parlimen pembangkang. Mereka juga pembayar cukai, tiba-tiba manfaat tidak diperoleh oleh mereka. Apa dosa mereka? Kerajaan BN perlu ingat, bukan semua mereka ini menyokong pembangkang, ada juga yang masih tegar menyokong BN.
Tindakan ini menambah lagi "khazanah alam", diskriminasi kerajaan BN terhadap parti yang tidak sealiran dengan BN. Selama ini peruntukan untuk Ahli Parlimen sebanyak RM1 juta setahun tidak diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang menang, sebaliknya diserah kuasa kepada Ketua Umno bahagian.
Insya-Allah di dalam PRU akan datang mereka yang selama ini menyokong BN akan menolak BN. – HARAKAHDAILY 20/4/2017Sumber HD - 20-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang baru tahu susah jadi pembangkang, Kata PAS Kepada Dr M Posted on Wednesday, April 19 @ 11:14:47 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34596 |
PETALING JAYA: PAS menyerang balik Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas bekas perdana menteri itu mendakwa parti Islam itu hanya wujud untuk memecah belahkan orang Melayu.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mempersoalkan mengapa Dr Mahathir "terlalu berdendam" dengan parti itu.
“Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri. PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN. PAS juga melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN. Belajarlah menjadi pembangkang.
“Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia,” katanya.
Dr Mahahir yang kini mempengerusikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam menyifatkan PAS sebagai “malapetaka” terhadap perpaduan Melayu.
Katanya, keputusan PAS untuk bertanding sendiri di luar kerjasama parti pembangkang lain hanya bertujuan membantu Barisan Nasional dengan cara memecahkan undi pembangkang.
“Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecahbelah musuh-musuh BN (Umno). PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. UMNO akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah,” katanya dalam penulisan blog semalam.
“Perjuangannya sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikitpun berhasil. Kejayaannya terhad kepada memecahbelah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.”
Idris sebaliknya berkata Dr Mahathir yang memecah belahkan orang Melayu sepanjang pemerintahannya.
“Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun. Bukankah zaman Tun Melayu berpecah?
Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga Timbalan Perdana Menteri terpelanting. Lahir team A dan team B di dalam Umno sehingga Umno diharamkan. Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat,” katanya.
Beliau mempertahankan keputusan PAS untuk tidak menyertai Pakatan Harapan, gabungan yang menyatukan PKR, DAP, Amanah dan PPBM dalam usaha memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.
“Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH.
“Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu,” kata Idris.
Sumber TKO - 19-4-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tun M tidak sedar dia bapa pecah belah Melayu
TOLONGLAH Tun Mahathir cermin diri dulu. Jangan hentam semborono begitu sahaja mengatakan PAS punca Melayu berpecah. Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun. Bukankah zaman Tun Melayu berpecah? Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga Timbalan Perdana Menteri terpelanting. Lahir team A dan team B di dalam Umno sehingga Umno diharamkan. Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat
Bukankah zaman Tun, royalti minyak untuk Terengganu ditarik. Bukankan zaman Tun wujudnya Pejabat Pembangunan Persekutuan di Kelantan sehingga membazir berjuta wang negara apabila BN kalah pada tahun 1990. Adanya Penghulu Persekutuan dan Penghulu negeri di Kelantan. Apakah Kelantan bukan negeri Melayu? Pejabat Pembangunan Persekutuan wujud di negeri yang BN kalah. Trend ini wujud hingga zaman DS Najib. Apakah ini lambang perpaduan Melayu?
Zaman Tun juga apabila tsunami Melayu di dalam PRU 1999 selepas DS Anuar Ibrahim dipecat, maka Tun telah mewujudkan persempadanan semula. Sehingga merosakkan kerusi Melayu. Apakah kelakuan Tun, maka Tun bapa penyatuan Melayu?
Kenapa Tun terlalu berdendam dengan PAS? Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri. PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN. PAS juga melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN. Belajarlah menjadi pembangkang. Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia.
Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH. Ikut pemikiran Tun, kalah di dalam pemilihan maka tubuh parti baru. Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu. PAS tidak berminat untuk lawan dengan Tun yang sudah tidak berkuasa. Tetapi apabila Tun serang PAS, maka PAS akan mempertahankan diri. – HARAKAHDAILY 18/4/2017Sumber HD - 18-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rafizi jangan hilang fokus
SEMUA masyarakat tertunggu-tunggu mengenai pendedahan YB Rafizi berhubung kait dengan dakwaan wang 1MDB yang dituduh PAS juga turut terlibat. Plotnya yang pertama PAS mendapat wang, kedua, orang yang rapat dengan PAS, ketiga bekas pemimpin PAS yang terlibat. Saya mengharapkan Yb Rafizi jangan hilang fokus.
Nama Ustaz Nasharudin Mat Isa yang disebut di dalam kenyataan media pada petang semalam. Kenapa hendak dikaitkan dengan PAS pula? Kenapa hendak dikaitkan dengan 1MDB dengan PAS. Kononnya PAS lunak dengan DS Najib kerana mendapat habuan daripada 1MDB. Ini satu tuduhan yang liar dan tidak bertanggungjawab.
Boleh baca Harakah mengenai pendirian PAS berhubung dengan isu 1MDB, RM2.6 bilion, ketirisan. Terbaharu RUU 164 yang hendak dibawa oleh kerajaan di Parlimen, PAS sahaja yang lantang menentang. PAS tidak tuduh pula pemimpin pembangkang yang lain sudah dapat dedak, sagon dan tepung ubi daripada DS Najib, sehingga tidak berani bersuara.
Ustaz Nasharudin sejak kalah di dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS 2011, dia terus membawa diri. Tiba-tiba hendak kaitkan PAS dengan beliau. PAS tidak suka untuk fitnah kepada parti dan pimpinan parti lain, jika ada di kalangan ahlinya atau pimpinannya yang terlibat dengan kes rasuah dan disiasat oleh SPRM. Jika sabit kesalahan maka individu tersebut yang bertanggungjawab. Melainkan terbukti jenayah itu merupakan keputusan parti, maka barulah boleh sabitkan dengan parti.
Bermula daripada tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report, Datuk Husam Musa dan terakhir, Rafizi Ramli semuanya dikaitkan dengan PAS. Mungkin selepas ini apa pula hendak dikaitkan dengan PAS. Matlamat mereka ialah hendak membentuk persepsi buruk terhadap PAS. Inilah satu cara untuk memusnahkan PAS.\
Apa dosa PAS sehingga sanggup mereka berbuat demikian. PAS masih lagi parti pembangkang. Kenapa pula PAS yang diserang. Mana ada di dalam dunia demokrasi, pembangkang serang pembangkang, melainkan Pakatan pembangkang di Malaysia.
Cuma hendak ingatkan kepada mereka yang hendak memusnahkan PAS, insya-Allah tidak berjaya. Sudah 66 tahun PAS berada di persada politik tanah air dengan berbagai tuduhan dan fitnah yang dibuat oleh musuh PAS, namun PAS tetap segar. Kami berdoa kepada Allah SWT supaya Allah membalas tingkah laku dan perbuatan mereka serta diberi petunjuk. – HARAKAHDAILY 14/4/2017Sumber HD - 14-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
12, 927 kes jenayah seksual 2012 hingga 2016 Posted on Wednesday, April 12 @ 15:38:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34466 |
Oleh AZIZ MUDA
Jenayah seksual terhadap kanak-kanak di negara ini semakin membimbangkan kerana ia semakin meningkat setiap tahun, manakala data yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan sebanyak 12,927 kes berkenaan berlaku dari Januari 2012 hingga Julai 2016.
Keadaan itu menyebabkan pelbagai pihak menjadi semakin bimbang dan hilang keyakinan untuk meninggalkan anak-anak mereka kepada pihak tertentu, termasuk takut meninggalkan anak kecilnya kepada datuk, bersama bapa, abang dengan adik perempuan ataupun kakak perempuan.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad berkata, hal yang berlaku itu dianggap bukan manusia sebenarnya, tetapi merupakan binatang, sehingga menyebabkan hal-hal yang berkaitan dengannya layak dibicarakan di Dewan Rakyat, termasuk dibentangkan rang-undang berkaitan untuk mengatasinya.
Menurutnya, di dalam membahaskan rang undang-undang itu, PAS bersetuju 200 peratus terhadap pembentangan rang undang- undang berkenaan, tetapi ia bukanlah bermakna PAS beruji dengan Umno walaupun PAS menyokong dalam isu itu, sebaliknya atas isu sejagat atau isu kemanusiaan.
Katanya, jenayah seksual boleh mendatangkan kesan amat buruk kepada mangsa dari segi psikologi yang pasti boleh menyebabkan mangsa menghadapi tekanan hidup berpanjangan, manakala kesan keduanya pula akan merosakkan masa depan kanak-kanak tersebut.
“Paling dibimbangi apabila kanak-kanak itu sudah memikirkan dia sudah rosak, maka dia akan meneruskan kerja-kerja atau perbuatan-perbuatan tidak bermoral dan terkutuk itu secara berpanjangan. Ini kerana dia merasakan masa depan dia sudah tidak ada, maka ini perlukan kepada pembelaan daripada kita,” katanya.
Ketika membahaskan Rang Undang-undang Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 pada persidangan Dewan Rakyat, 3 April lalu, beliau yang juga Naib Presiden PAS turut menyuarakan kebimbangannya berhubung pihak yang dianggap bersubahat untuk menyembunyikan maklumat mengenai kejadian itu, sekali gus turut melakukan kesalahan.
“Begitu juga dengan mereka yang bercinta, ini kebanyakan berlaku. Hari ini kita lihat percintaan sehinggakan kadang-kadang melakukan perbuatan zina walaupun mereka itu berumur 15 tahun, 13 tahun sudah pun melakukannya.
Adakah ia termasuk juga dalam hal yang disebut sebagai jenayah seksual ini?” katanya.
Beliau turut berharap agar perkahwinan di bawah umur, iaitu di bawah 16 tahun, tidak dimasukkan di bawah akta itu kerana perkahwinan berbeza dengan kesalahan jenayah seksual kerana perkahwinan bersifat sukarela atau persetujuan antara wali, penjaga dengan perempuan yang mereka hendak berkahwin itu. “Satu lagi ialah berkenaan dengan kesaksian. Bagaimana kesaksian hendak memberi keterang an terutamanya yang melibatkan kanak-kanak yang mungkin dia tidak tahu hendak beritahu, hendak bercakap ataupun cacat dan sebagainya.
“Kalau dahulu, heboh di dalam Akta Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu timbul masalah berkenaan dengan rogol. Macam mana berkenaan dengan rogol? Mana ada orang saksi. Jadi, di sinilah kita lihat rogol tidak termasuk di dalam bidang hudud, tetapi termasuk dalam takzir,” ujarnya.
Ustaz Idris menegaskan, hukuman 30 tahun penjara, denda maksimum dan paling kurang enam kali sebatan ke atas mereka yang bersalah melibatkan soal takzir, manakala hukuman seperti itu amat penting dalam usaha mencegah kejadian tersebut serta mendidik masyarakat agar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Kesimpulannya, mencegah lebih berkesan daripada me rawat.
Kedua, kita kawal untuk pergaulan bebas. Ketiga, kita menggalakkan masyarakat kita berpakaian secara beradab dan bermoral. Keempat, ibu bapa yang sibuk mencari sara hidup perlu mengambil kira soal keselamatan anak-anak mereka di rumah,” ujar beliau.
Sumber TKO - 12-4-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wakil Rakyat PAS yang khianat?
ADA seorang wakil rakyat yang membawa lari kerusi PAS kata wakil Rakyat PAS yang khianat bukan dia yang khianat. Sebab wakil Rakyat PAS menang kerana orang bukan Islam undi. Dia pula menang kerana orang bukan Islam undi, bukan kerana orang PAS undi. Dia menang kerana orang undi Pakatan Rakyat bukan kerana undi PAS.
Saya senyum apabila berita ini sampai kepada saya.
Saya jawab,
1. Betullah di sesetengah tempat seperti di Parlimen Bukit Gantang dengan izin Allah, orang bukan Islam mengundi saya.
2. Saya tanya balik, kalau setakat undi bukan Islam sahaja undi saya dan dia, adakah dia boleh menang.
3. Dakwaan beliau boleh diterima kalau dia bertanding di DUN Aulong Taiping atau Pokok Asam. Ini dia pun bertanding di DUN pengundi Melayu 63 peratus. Mungkin di dalam PRU 14 dengan ehsan DAP beliau bertanding di kerusi tersebut. Itu pun kalau DAP sudi memberi laluan.
4. Adakah lambang parti Pakatan Rakyat ada di dalam kertas undi.
5. Semasa dia lafaz baiah hendak menjadi calon adakah dia Sebut Wallahi Wabillahi Watallahi saya akan patuh kepada arahan pimpinan parti Pakatan Rakyat.
6. Berapa orang tenaga orang bukan Islam yang membantu beliau semasa kempen pilihan raya.
7. Bukankah tenaga PAS yang pergi merayu dari rumah ke rumah. Bukankah Jabatan Amal itu orang PAS. Bukankah pengawal keselamatan calon juga daripada orang PAS. Bukankah yang panjat pokok, gantung bendera orang PAS. Bukankah orang PAS yang menjadi perayu undi di bangsal panas daripada pagi hingga ke petang. Kadang-kadang terpaksa berlawan dengan jentera Umno pada hari mengundi. Bukankah yang penjadi PACA di dalam bilik mengundi juga orang PAS.
Tiba-tiba boleh mendakwa dia menang bukan kerana PAS. Cukuplah kamu meletakkan garam di tempat luka orang PAS dengan melarikan kerusi. Lebih baik diam, makan kenyang-kenyang elaun wakil rakyat, tetapi janganlah menghiris perasaan petugas PAS yang ikhlas.
Petugas PAS tidak meminta upah dan belas kasihan, cuma mereka minta kejujuran, perkhidmatan dan santunan sahaja. Ahli PAS ikhlas, mereka hanya mendengar arahan dan wala' daripada pimpinan. Ingat! doa ahli marhaen PAS yang ikhlas, insy-Allah mustajab. – HARAKAHDAILY 11/4/2017Sumber HD - 11-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Negara sudah Kondusif?
RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak telah diluluskan pada hari ini. Dibahas sejak semalam. Hukuman terhadap kesalahan ini DIPENJARA tidak melebihi 30 TAHUN dan TIDAK KURANG 6 SEBATAN. PAS sokong untuk hukum penjenayah yang perangai lebih teruk daripada binatang.
Kalau kita lihat hukuman ini agak berat. Tetapi kita tidak dengar pula suara-suara yang mempertikaikan seperti RUU 355 dengan berbagai alasan. Seperti soal masyarakat kita tidak kondusif, masih ramai orang miskin, masih ramai rakyat tidak ada rumah.
Masyarakat kita perlu dididik dahulu. Rakyat masih ditekan dengan kos sara hidup yang tinggi. Masyarakat tidak boleh dididik dengan hukuman.
Masyarakat tidak faham undang-undang. Islam mesti dibawa dengan kasih sayang, bukan hukuman yang mengerikan. Mahkamah kita tidak ada kepakaran. Gelojoh tidak ikut Jawatankuasa Tenikal. Dan berbagai alasan yang kita dengar.
Hukuman Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak, Tidak dengar pula yang mengatakan hukuman sebat sivil ini menyiksakan pesalah. Tidak dengar pula ia bertentangan dengan maqasid syariah. Alhamdulillah masih lagi Allah memberi ketenangan kepada kita. – HARAKAHDAILY 5/4/2017Sumber HD - 5-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apalah Nasib Malang Muslim Penyokong Pakatan Posted on Saturday, April 01 @ 17:17:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34296 |
KUALA LUMPUR - "Apalah nasib malang umat Islam yang memiliki pemimpin sedemikian rupa"
Demikian reaksi Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dipercayai mengulas tentang penentangan berterusan Pakatan Harapan ke atas Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).
Kata beliau, penentangan itu sewajarnya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli dan penyokong beragama Islam apa yang mereka boleh harapkan daripada Pakatan Harapan untuk agama mereka.
“Jika hak umat Islam untuk beramal dengan agamanya pun ditentang. Apakah yang hendak diharap untuk agenda Islam yang lebih besar jika mereka berkuasa. HasbunaLlah wanimal wakil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
RUU355 yang dicadangkan oleh PAS bermula tahun lalu bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah dikecam hebat oleh Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP.
DAP mendakwa RUU355 strategi halus PAS untuk memperkenalkan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan menindas di negara ini.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) pula menyifatkan RUU355 sebagai mengelirukan dan mengundang keresahan bukan Islam.
Pakatan Harapan makin galak memperlekehkan RUU355 apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu memaklumkan kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 di Parlimen berdasarkan keputusan yang diambil BN secara konsensus oleh 13 parti komponennya.
Pengumuman itu sekali gus memberi laluan kepada PAS untuk membentangkannya.
Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan bagaimanapun mengambil kesempatan daripada perkembangan itu mengutuk PAS bodoh seperti lebai kerana kononnya ditipu oleh UMNO.
Namun tuduhan itu disangkal ramai pemimpin PAS yang menjelaskan bahawa UMNO tidak menipu PAS kerana RUU355 sama ada akan dibentang oleh kerajaan BN atau PAS sebelum ini hanya merupakan satu “opsyen”
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dua hari lalu menjelaskan:
“Bezanya cuma jika kerajaan yang bentang maka ia jadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu RUU, maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan dewan.
“Kedua-dua menjadi “opsyen” yang boleh dipertimbangkan. PAS tidak masalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti berjaya dipinda.
“Kerajaan tidak jadi mengambil alih pembentangan itu mengembalikan format asal tanpa merosakkan sesuatu” – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 1-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUU 355: PAS tidak rugi
SORAK dan gembira mereka yang benci kepada PAS kerana Mesyuarat Majlis Tertinggi BN menolak cadangan kerajaan membawa RUU 355. Ertinya ia kembali kepada Undang-Undang Persendirian yang akan dibawa oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang. Mereka tuduh PAS kena permain dengan Umno dan Datuk Seri Najib. Kepada PAS tidak ada perkara yang rugi. Siapa bawa pun tidak mengapa, asalkan agenda Islam dapat dilaksanakan. Hatta jika DAP hendak bawa pun PAS akan sokong.
Ini bukan isu yang hendak dipolitikkan. Kalau fikir keuntungan politik daripada awal, PAS tidak akan memperjuangkan perkara ini. Ahli PAS diajar berpolitik untuk bekalan akhirat, bukan sahaja di dunia. Inilah motivasi ahli PAS.
Rakyat boleh menilai itulah kualiti pemimpin Umno mengenai perjuangan mereka untuk memartabatkan Islam di negara ini. Hampir 60 tahun merdeka mereka gagal mendidik rakan-rakan mereka untuk memahami Islam dan menghormati hak orang Islam. Rakyat juga boleh menilai inilah PAS, bukan ia hirau apa yang manusia hendak kata.
Apabila wartawan tanya saya di luar Parlimen pagi tadi, sampai bila PAS hendak memperjuangkan RUU 355 dan syariat Islam. Saya jawab hingga kiamat. Jangan haraplah PAS hendak berundur daripada memperkatakan mengenai Islam.
PAS sudah berjaya memberi kesedaran mengenai kepentingan syariat Islam kepada masyarakat awam termasuk kepada ahli tegar Umno. Semasa perjalanan ke Parlimen tadi saya dipanggil oleh seorang cikgu pencen yang kuat Umno. Dia menunjukkan kepada saya berita mengenai DS Najib yang tidak mahu membawa RUU 355. Beliau dengan nada kesal terhadap berita ini.
Rakyat boleh menilai sikap PAS tidak pernah berubah sejak daripada dulu. Bukan perkara baru berbagai pihak meminta PAS buang sahaja agenda Islam jika mahu maju dalam politik. Perjuangan PAS tidak relevan di dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. PAS menjawab dengan amalan dan terus istiqamah dengan agenda Islam.
Parti pembangkang mengatakan kerana RUU 355, pembangkang berpecah. Inilah jawapan yang pemimpin Umno bawa ke hulu dan ke hilir sejak dahulu, kerana PAS menyebabkan Melayu berpecah. Sekarang ini dikitar semula oleh parti pembangkang untuk memburukkan PAS, kerana RUU 355 pembangkang berpecah. Malahan berbagai tuduhan yang dilemparkan untuk rosak imej PAS.
Rakyat boleh menilai inilah PAS yang tegas dengan prinsip, lunak dengan pendekatan. Tidak hirau dengan kejian. Biarlah manusia lain tidak suka. Jika RUU 355 pun sudah alergik, yang memang sudah termaktub di dalam undang-undang. Apakah yang hendak diharapkan dalam agenda Islam yang lain?
Ustaz Idris AhmadSumber HD - 30-3-2017
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
2 Rejab 1438 / 30 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 30/3/2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAN bantu Umno 'calar' imej Islam di Kelantan
PARTI Amanah Negara (PAN) dianggap membantu Umno bagi mencalarkan agenda Islam yang ditanam jiwa rakyat Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata tindak tanduk parti serpihan tersebut berdepan dengan PAS di Kelantan seperti mahu memberi kemenangan mudah kepada Umno.
"PAN seperti lebih rela Umno menang di Kelantan berdasar tindak tanduk mereka sekarang.
"Tidakkah tindakan mereka seperti membantu Umno bagi merosak amalan Islam yang sudah lama dilaksanakan di Kelantan?" katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kota Bharu, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Pemangku Yang Dipertua (YDP) Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan pimpinan kawasan terbabit.
Seramai 408 perwakilan hadir pada mesyuarat kali ke-50 tersebut. Pada mesyuarat itu Adun Bunut Payong, Datuk Ramli Mamat menang tanpa bertanding jawatan timbalan YDP.
Manakala Adun Kota Lama Datuk Anuar Tan Abdullah kekal jawatan naib YDP tanpa bertanding. Jawatan YDP meyaksikan perlawanan dua penjuru antara Dr Rosli dan Takiyuddin.
Seramai 30 bertanding jawatan AJK. Pengerusi Tetap pula dimenangi Nordin Ibrahim dan timbalan, Mohd Lokman Mohd Salleh.
Ustaz Idris juga berkata dalam keadaan apa sekalipun Kerajaan Kelantan yang ada sekarang mesti dipertahankan.
"Kelantan menjadi guru politik Islam di negara kita. Segala perkara yang dilaksanakan di negeri ini banyak ditiru kerajaan pusat termasuk cuti dua hari seminggu dan dasar rumah tiga bilik," ujarnya.
Sementara itu, Takiyuddin menang jawatan YDP PAS Kota Bharu. Jawatankuasa pemilihan itu dikendalikan PAS Bachok. - HARAKAHDAILY 25/3/2017Sumber HD - 25-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bai’ah cerai isteri antara ‘kita dan Allah’, kata PAS Posted on Tuesday, March 14 @ 16:07:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34014 |
Oleh Minderjeet Kaur
KUALA LUMPUR: PAS hari ini memberi peringatan kepada wakil rakyatnya mengambil serius bai’ah “talak” yang dibuat ketika bertanding pilihan raya, dengan berkata ia perkara yang tidak boleh dipandang ringan.
“Saya takut dengan bai’ah, kamu pernah dengar bai’ah tu? Memang menggerunkan saya. Bagi saya bukan soal talak, cerai. Soal bercerai bukan benda biaasa tapi yang paling takut antara kita dengan Allah,” kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad di luar Dewan Rakyat hari ini.
Idris yang juga naib presiden PAS, mengulas cabaran bekas pemimpin PAS, Datuk Husam Musa supaya PAS membiarkan mahkamah syariah menentukan status perkahwinannya kerana meninggalkan perjuangan PAS.
Husam, yang dilucutkan keahliannya daripada PAS tahun lalu, menawarkan diri menjadi kes ujian terhadap bai’ah PAS itu, selepas mesyuarat agung PAS Tanah Merah meluluskan sebulat suara usul membawa wakil rakyat parti yang melanggar sumpah taklik dan bai’ah ke mahkamah syariah.
“Biar mahkamah syariah meneliti dan memutuskan kes ini berbanding pemimpin tanpa kelayakan untuk memfatwakannya,” kata Husam.
Sumpah bai’ah yang wajib dilafazkan calon PAS di Kelantan pada pilihan raya umum 2013 antara lain menghendaki mereka yang menang kerusi DUN atau Parlimen kekal dengan parti, jika tidak, jatuh talak tiga dengan isteri.
Selain Husam yang merupakan Adun Salor, 3 bekas wakil rakyat PAS yang dikatakan melanggar bai’ah itu ialah Datuk Kamarudin Jaafar (PKR-Tumpat), Dr Hatta Ramli (Amanah-Kuala Krai) dan Datuk Ibrahim Ali, yang bertanding atas tiket PAS di Pasir Mas pada 2008 sebelum mengisytiharkan dirinya tidak berparti.
Idris enggan mengulas cabaran Husam, dan berkata terpulang kepadanya sama ada untuk mematuhi bai’ah tersebut.
“Saya takut, tapi kalau orang lain tak takut dia punya pasal la. Saya tak boleh paksa orang.”-FMT
Sumber TKO - 15-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS hadapi Umno, pembangkang jangan serang PAS
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
MAKSUDNYA: "Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka: khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;
dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang yang derhaka." (Surah An-Nur 55)
Allah beri tiga nikmat kepada kita hari ini iaituIslam, berada dalam perjuangan, pikul amanah dalam perjuangan.
Ada orang yang dapat nikmat pertama sahaja tetapi tidak kedua dan ketiga. Ada juga yang dapat nikmat pertama dan kedua tetapi tidak nikmat yang ketiga
Kita bersyukur kerana Allah berikan ketiga-tiga nikmat. Bukan semua orang sanggup pikul amanah ini. Kita tak kenal pencen kerana perjuangan tiada henti.
Kita syukur berada dalam PAS kerana ia gerakan Islam, gerakan massa melalui jalur dakwah, politik dan tarbiah.
PAS mampu bergerak walaupun diasak kuat. Ini kerana kita ada asas perjuangan kukuh iaitu Islam. PAS sentiasa hijau, evergreen ibarat pokok hijau disirami setiap pagi.
Teras politik di Malaysia ialah Melayu. Parti yang boleh lawan Umno ialah PAS. Sebab itu kami sebut kepada rakan pembangkang yang mahu lawan PAS: 'Kalau kamu lawan kami, kamu rugi.'
Pilihan Raya Umum ke-14 mungkin PAS berhadapan dengan Umno dan PH. Mereka (PH) anggap kita bersama Umno, satu rakit dengan Umno sedangkan kita ikut politik matang dan sejahtera.
Ada perkara yang boleh kita setuju, ada yang kita tak setuju. Isu seperti 1MDB dan GST, kita tentang. Isu yang menguntungkan umat Islam dan rakyat, kita setuju.
Sebab itu apa yang mereka buat ini sebenarnya menguntungkan DAP dan Umno sahaja apabila serang PAS.
DAP tak boleh memerintah Malaysia secara sendirian tetapi ia boleh menentukan arah tuju dan dasar negara apabila mereka bersama memerintah. Cuba tengok Selangor. Apa yang dibuat oleh DAP. Begitu juga di Pulau Pinang.
Umno punca menyebabkan Pulau Pinang dikuasai oleh bukan Melayu (Islam). Sewaktu ada kuasa mereka tidak jaga Islam dan Melayu.
Sebab itu apabila PAS dalam Pakatan Rakyat dahulu, ada perkara yang kita tak setuju. Contoh dalam Buku Jingga. PAS tidak setuju dengan pilihan raya perbandaran tempatan di dalam Buku Jingga. Ia boleh beri kesan negatif. Kita tidak akan buat perkara yang lebih teruk dari Umno.
Kita berkawan dengan orang lain tapi kita ada prinsip, kita tak larut dengan suasana dan orang lain.
Pilihanraya sudah hampir.
Terengganu agak agresif menggerakkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya.
Orang muda tidak bersama Umno. Namun, mereka akan pilih parti mana? PAS Terengganu sudah tawar manifesto yang agak baik seperti belanja percuma untuk perkahwinan pertama.
Peringkat cawangan, kawasan fokus kepada gerak kerja menambah penyokong dan pengundi. Dasar, kerjasama dan lain-lain melibatkan prinsip serahkan kepada PAS Pusat.
PAS mesti kuat, jadi semak dan imbang kepada Umno. Contohnya dalam isu pindaan RUU355. Umno terpaksa ambil pendirian dalam isu ini. Andainya parlimen tolak, tetapi 'parlimen rakyat' terima.
RUU 355 ialah kunci kuasa utk membolehkan Dun buat pindaan dan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Nasihat kepada perwakilan:
1.Pentingkan tarbiah nafs, terutamanya secara peribadi
2.Usrah cawangan
3.Jaga ukhuwwah
4.Rajin cari ilmu
5.Dakwah fardiah (individu) terutama kepada orang atas pagar
6.Hadir mesyuarat
7.Bayar yuran
8.Beri masa kepada PAS dua jam sehari
9.Jaga nama baik sendiri
10.Beli Harakah, baca, agih
11.Adakan kelas pengajian
12.Tubuh cawangan
13.Hadir majlis ceramah pimpinan
14.Sekat ideologi lain masuk dalam rumah dengan didik anak, isteri, menantu sokong perjuangan PAS.
15.Belajar ilmu pengurusan
16.Kuasai isu politik semasa
17.Anak lelaki libatkan dalam unit Amal, perempuan Briged Muslimat dan Nisa.
Pastikan UPU, lokaliti sendiri, Dun bersedia hadapi pilihan raya. – HARAKAHDAILY 5/3/2017
Catatan ucapan Ustaz Idris Ahmad oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Timbalan YDP PAS Kemaman Sempena Mesyuarat Agung PAS Kemaman Kali Ke-57 di Mujamma' As-Shafie, Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman pada 4 Mac 2017.Sumber HD - 5-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Halau Dr Zakir Naik tindakan tidak bertamadun
BOLEH setuju atau tidak bersetuju dengan Dr Zakir Naik mengenai pendekatan beliau ketika berhujah dan berdakwah. Tetapi apabila hendak menghalau beliau daripada bumi Malaysia kerana usaha dakwah beliau satu tindakan yang tidak bertamadun di alaf ini. Jangan ugut begitu, perlu jaga hati orang Islam yang majoriti di Malaysia. Orang Islam di Malaysia terutama orang Melayu begitu sensitif tentang agama. Mereka boleh hilang tanah dan kampung halaman, tetapi tidak boleh hilang agama.
Sebab itu Inggeris menjajah lama ke atas negara kita, kerana mereka mengkaji, Melayu cukup sensitif tentang agama. Berbanding dengan Portugis, Belanda, Jepun dan Komunis. Inggeris telah meletakkan soal agama di bawah Sultan dan pentadbiran di bawah Residen Inggeris sewaktu Perjanjian Pangkor 1874. Inggeris boleh kaut segala hasil mahsul negara, tetapi mereka tidak ganggu soal agama.
Walaupun sikap dan tingkah laku, pakaian, pergaulan tidak menggambarkan sebagai seorang Islam, namun tetap sensitif dengan Islam. Mereka akan pertahankan Islam walaupun dengan apa cara sekalipun.
Apa dosa dan salah Dr Zakir Naik sehingga hendak bertindak kasar sebegitu rupa? Datangkan hujah yang bernas, untuk lawan fakta Dr Zakir. Sebenarnya golongan ini sudah menjadi melukut di tepi gantang. Mereka hanya hidup dengan media yang mempunyai agenda seperti mereka. Tindakan mereka bukan sahaja dibenci oleh orang Islam, malahan orang bukan Islam yang bersopan dan bermoral.
Golongan ini cuba test market untuk menentang RUU 355, namun masih tidak mendapat sambutan di kalangan orang Islam. Golongan ini bukan sahaja tidak mahu syariat Islam, malahan pengawalan moral pun mereka tidak mahu. Mereka mahu Malaysia seperti negara barat. Mungkin golongan ini pening lalat tidak sedar bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung ialah Malaysia
Sekarang muka yang sama juga hendak bertindak melampau terhadap Dr Zakir Naik. Paling malang tindakan golongan ini merugikan parti politik dan individu yang sewaktu dengannya. - HARAKAHDAILY 2/3/2017Sumber HD -2-2-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petrol tidak naik, jangan main silap mata
Mungkin kepimpinan DS Najib cuba hendak bermain silap mata dengan rakyat kerana minyak petrol tidak naik, yang naiknya minyak diesel sebanyak 5 sen menjadi harga RM2.30. Sama seperti harga RON 95. Kepimpinan Umno BN boleh memberi tahu rakyat bahawa kerajaan prihatin sebab itu petrol tidak naik, kerana kebanyakan diesel diguna oleh peniaga bukan rakyat biasa.
Jika fikir selapis begitulah keadaannya, seolah-olah rakyat kebanyakan tidak kena apa-apa. Pada hal kos pengangkutan membawa sayur, ikan, beras, bas ekspres, bas sekolah, keperluan harian akan diserapkan ke dalam harga barang. Manakala kebanyakan kenderaan dagangan menggunakan diesel.
Jangan pula kerajaan pura-pura berlakon dan marah kepada peniaga kerana menaikkan harga barang. Memberi amaran kepada peniaga jangan ambil kesempatan untuk menaik harga barang. Peniaga senyum menjawab, jika hendak barang murah pergi dapat di kedai pemimpin Umno. Macam mana kami tidak naik harga barang, semua pembekal menaikkan harga barang.
Sepatutnya kerajaan ketika semua rakyat merungut mengenai kenaikan kos sara hidup, maka ia perlu memikirkan bagaimana cara untuk mengurangkan bebanan ini. Bukan dengan mengambil jalan pintas menaikkan harga barang.
Kerajaan perlu ikatkan harga petrol dan diesel dan kembalikan subsidi bahan api supaya tidak timbul keresahan di kalangan rakyat. Tidak cukup dengan BRIM yang bernilai RM3.28 sehari, sedangkan mereka terpaksa membayar lebih RM10.00 sehari apabila membeli barang keperluan dan perbelanjaan harian yang meningkat.
USTAZ IDRIS AHMADSumber HD - 1-3-2017
Naib Presiden PAS
2 Jamadil Akhir 1438 / 1 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 1/3/2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Laut dan tanah subur, makanan mahal
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44436-laut-dan-tanah-subur-makanan-mahal
Semua rakyat merungut mengenai harga barang keperluan harian yang naik mendadak. Di mana salahnya, sehingga ia menjadi tekanan hidup kepada rakyat biasa. Apa yang kerajaan buat? Kita bukan bercakap soal R&D yang memerlukan kos yang mahal untuk menyediakannya. Tetapi kita hendak tahu apa yang kerajaan buat untuk cukup makanan rakyat sendiri.
Malaysia dikelililingi laut, tetapi ikan kembung sekilogram RM20, bukan ikan bawal, siakap, jenahak, udang dan sotong. Tanah subur tetapi import makanan setahun RM22 bilion. Rumput menghijau tetapi lembu import daripada Thailand dan Kemboja. Harga mencecah sehingga RM4,000 hingga RM5,000 terutama musim Aidil Adha. Daging beku import daripada India. Belanda hanya sebesar negeri Pahang tetapi pengeksport bahan tenusu terbesar di dunia. Apa sudah jadi negara kita? Penduduk hanya 30 juta, mempunyai hasil daripada laut hingga ke gunung. Harga makanan meningkat, kerana terpaksa bergantung dengan negara luar. Berapa banyak pengaliran wang ke negara luar, akhirnya imbangan dagangan sudah tempang. Ia juga memberi kesan kepada tukaran wang dengan negara luar.
Makanan ruji beras, apakah serius kerajaan berhasrat untuk mencapai tahap sara diri (SSL) beras tempatan yang disasarkan kepada 85% menjelang tahun 2020. Apa usaha kerajaan telah lakukan mengenai 120,000 hektar tanah terbiar. Apakah tidak ada jalan untuk menukar tanah ini untuk tanaman padi, pakar-pakar mesti dipanggil untuk memberi nasihat? Ia melibatkan keselamatan dalam makanan.
Cukuplah dasar campur tangan politik dan utamakan kroni dihentikan untuk survival industri makanan. Berikan kepada mereka yang ahlinya. Isu NFC melibatkan RM250 juta memberi pengajaran kepada kita.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) biarlah diurus dengan profesional. Perlu buta warna, merentasi blok politik. Uruskanlah secara profesional.
Kerajaan perlu melihat kepada projek pertanian dan permakanan yang diberi peruntukan gagal. Kenapa berlaku begini? Matlamatnya baik tetapi diuruskan oleh mereka yang tidak amanah dan bukan ahlinya. Akhirnya rakyat menderita sekarang. Walaupun keadaan sudah parah, tetapi perlu dikembalikan ke pangkal jalan untuk elak lebih parah.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
1 Jamadil Akhir 1438 / 28 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 28/2/2017
Sumber HD - 28-2-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jamil Khir harus ada keberanian Posted on Friday, February 24 @ 15:08:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33708 |
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menyeru Dato’ Seri Dr Jamil Khir Baharom agar mempunyai keberanian untuk memastikan setiap pimpinan dalam Umno menyokong Pindaan Akta 355 yang akan dibentang Mac ini di Parlimen.Malah kata beliau menjadi tugas Jamil Khir dalam kerajaan memastikan RUU355 ini dibawa pada sidang Mac ini
“Kita tak mahu seribu dalih. Harap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak ada political will dalam isu ini dan Jamil Khir harus pastikan hal ini,” kata Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang mengulas kejayaan dan harapan pasca Himpunan H355 pada 18 Februari lalu.
Beliau menegaskan bahawa PAS tidak pernah merasa rugi andai Umno- BN gagal dalam memastikan RUU355 menjadi realiti.
“Kita harapkan semangat Jamil Khir malam ini (18 Februari) dibuktikan dengan kata-kata.PAS tidak rugi kalau Umno gagal bawa ke parlimen.
“Orang atau ahli bawahan Umno sokong RUU355 ini dan ini harus disedari.
Ini tugas Umno untuk yakinkan parti komponen BN pula,” tegasnya.
Sumber TKO - 24-2-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tingkat keselamatan KLIA, untuk jaga imej negara
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44357-tingkat-keselamatan-klia-untuk-jaga-imej-negara
KESELAMATAN di KLIA perlu dipertingkatkan sama ada pintu masuk atau pintu keluar. Peristiwa pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un telah menjadi isu keselamatan dan berkocak hubungan diplomatik antara dua negara. Sehingga berlaku tuduhan yang tidak sedap didengar.
Sekurang-kurangnya apabila berlaku peristiwa ini menyedarkan pihak berkuasa mengenai aspek keselamatan yang begitu nipis. Kebetulan pula berlaku kepada orang kenamaan Korea Utara.
Tindakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak berulang perlu dilakukan dengan segera. Lebih-lebih lagi berlaku di dalam lapangan terbang yang sepatutnya kawasan keselamatan yang tip top.
Jangan malukan negara dengan isu keselamatan, bimbang pelancong luar takut hendak ke sini. Sudah cukuplah isu 1MDB yang masih menjadi bualan hangat di media antarabangsa.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS – HARAKAHDAILY 21/2/2017
Sumber HD - 21-2-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ghuluw dan takfiri sudah keluar PAS
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44185-ghuluw-dan-takfiri-sudah-keluar-pas
HENDAK perang atau hendak berpilihan raya? PAS mengambil pendekatan muwajahah silmiah melalui sistem pilihan raya. Walau pun kita ketahui demokrasi yang penuh tempang dan berat sebelah. PAS tetap sabar. Masih tidak emosi, sehingga untuk mengambil cara revolusi. Ulama PAS telah berijtihad mengambil pendekatan pilihan raya kerana ia lebih mudah. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Aku pilih yang mudah apabila bertembung antara sukar dan mudah".
PAS yang kaya dengan pengalaman dan faham sepak terajang politik musuh atau kawan. Tidak pernah lari daripada paksi Islam. Mungkar wajib dilawan, perkara baik wajib disokong. Ini prinsip kita yang sesuai dengan prinsip Islam.
Pemikiran "ghuluw" (pelampau) sehingga marah kerana PAS sepentas membincang isu Rohingya dan bersama dengan NGO lain untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada Rohingya. Golongan ini kalau musuh luar serang pun mereka masih hendak bergaduh tidak mahu bersatu kerana dendam kesumat yang mendalam. Inilah bahaya pemikiran seperti ini.
Oleh sebab agenda parti tidak ada, maka modal yang masih dimain ialah PAS hendak masuk Umno. Sudah lapan tahun tuduhan itu dilemparkan sejak tahun 2008. Kalau ada anak sekolah, sudah darjah dua. Tetapi PAS masih tidak masuk Umno. Sekarang modal baru pula, PAS tidak masuk Umno, tetapi PAS berada sepentas dengan Umno dan tolong-menolong dalam isu sejagat.
Ayat al-Quran Surah Hud 113 dijadikan hujah bermaksud "Jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim, nanti akan disambar oleh api neraka". Kerana TGHH pegang tangan DS Najib Tun Razak semasa program solidariti Ronhingya dan Datuk Tuan Ibrahim senyum semasa melepas kapal Flotila maka terus dituduh pemimpin PAS akan disambar api neraka. Apakah mereka mahu Tuan Guru Haji Hadi tampar DS Najib baru dianggap betul? Huh hebat, tafsir mana mereka belajar. Siapa sebenar golongan takfiri dan ghuluw?
Mereka sanggup pejam mata apabila YAB Lim Guan Eng berselfie dengan DS Najib, bergelak ketawa dengan YAB Zahid Hamidi, berpeluk dan berpegang tangan dengan YB Tan Sri Nazri Aziz. Kita tidak pernah menjadi isu apabila melihat gambar ini dengan menuduh Lim Guan Eng hendak masuk BN. Apabila Lim Kit Siang hendak bekerjasama dengan BN untuk selamatkan negara, kita tidak menjadi isu. Ini menunjukkan PAS matang dan tidak emosi.
Jika ikut tafsiran ini, maka beribu kakitangan kerajaan yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri semuanya masuk neraka? Bukan sahaja condong, malahan menjadi tenaga fikir kepada DS Najib. Samalah juga ada di kalangan mereka mempunyai saudara mara Umno, apakah mereka tidak disambar oleh api neraka. Kerana berbaik dengan orang Umno. Adakah ini ajaran Maqasid. Orang lain tidak boleh, kami boleh? – HARAKAHDAILY 7/2/2017
Sumber HD - 7-2-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kembalikan subsidi, elak keresahan rakyat
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44151-kembalikan-subsidi-elak-keresahan-rakyat
Sejak kerajaan memperkenalkan sistem apungan minyak pada 1 Disember 2014, maka setiap awal bulan rakyat Malaysia seram sejuk, terutama rakyat marhaen.
Kenapa pemimpin BN tidak rasa bersalah apabila melihat rakyat resah menghadapi kenaikan harga minyak setiap awal bulan. Pemimpin tidak ada apa yang hendak dirisau kerana setiap perjalanan ditanggung oleh rakyat. Tidak mengapalah kalau rakyat menanggung perbelanjaan mereka, tetapi mereka wajib memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat, bukan menyusahkan rakyat.
Mungkin mereka mengatakan kemarahan ini dapat disejukkan dengan pemberian BR1M yang bernilai RM1,200 setahun, sehari RM3.28. Memang menjadi realiti apabila setiap malam awal bulan apabila berlaku kenaikan maka kita akan melihat rakyat berpusu-pusu ke stesen minyak. Sesuai dengan BRIM (Beratur Rakyat Isi Minyak).
Kerajaan jangan anggap kenaikan 20 sen tidak memberikan kesan besar kepada rakyat. Dengan kenaikan sebanyak 20 sen, maka kenaikan harga barang akan meningkat 20 hingga 30 peratus. Ini tidak dapat tidak, kerana kesan berantai daripada kenaikan harga petrol.
Sikap peniaga pula, apabila harga minyak naik, maka harga barang akan naik. Apabila harga minyak turun, harga barang tidak pula turun. Tambang bas sekolah, harga barang keperluan semestinya akan naik, kerana peningkatan kos bahan api. Bebanan ini ditambah pula dengan cukai GST pada kebanyakan barang. Maka logiknya kerajaan hapuslah sistem apungan dan kembalikan subsidi minyak.
Kerajaan menggunakan alasan baru pula untuk membuktikan kenapa minyak naik, iaitu minyak yang diguna oleh pengguna ialah minyak yang telah ditapis bukan minyak mentah. Kalau dahulu buat alasan subsidi ditarik kerana hendak elak minyak diseludup ke negara jiran. Ini alasan dangkal, sepatutnya jika minyak diseludup, kena atasi masalah penyeludupan. Bukan sakit kepala tetapi yang dirawatnya perut.
Apapun alasan sebenarnya kerajaan BN gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin untuk rakyat. Tidak ada jalan keluar melainkan dengan menukar kepimpinan BN kepada kepimpinan yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Ustaz Idris Haji Ahmad
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
6 Jamadil Awal 1438 / 3 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 3/2/2017
Sumber HD - 3-2-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Datuk Kadir Jasin, belajarlah jadi pembangkang
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44108-datuk-kadir-jasin-belajarlah-jadi-pembangkang
Apabila membaca tulisan A. Kadir Jasin bertajuk "Umno-Pas: Siapa Goda Siapa Atau Asmara Dana?", maka fahamlah saya penulis seorang yang anti PAS sejak daripada muda hingga tua. Baguslah beliau sudah insaf bahawa buruknya Umno. Parti yang beliau dukung dan pemimpin yang beliau menjadi pengampu dan penangkis kepada kebobrokan pemimpin Umno semasa beliau berkuasa di media Umno dahulu. Insaf itupun setelah dedak sudah tidak diberi. Cuba tanya pula berapa kekayaan yang beliau pungut waktu menjadi penulis upahan Umno suatu ketika dahulu.
Tulisan beliau mengenai politik Kelantan pun agak pelik, mana peranan Dr Mahathir sewaktu krisis politik di Kelantan. Mungkin Datuk Mustafa Ali boleh memberi jawapannya, kerana beliau antara tokoh yang masih hidup, ketika PAS bersama BN dan terlibat secara langsung dalam krisis tersebut. Apakah Datuk lupa bahawa Dr Mahathir merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Sama ada Datuk lupa atau buat-buat lupa. Datuk hanya sebut tokoh-tokoh yang sudah meninggal seperti Tun Hussein Onn, Jaafar Albar, Datuk Harun Idris tetapi Datuk sepatah pun tidak sebut nama Tun Dr Mahathir. Mungkin terlalu banyak makan sagon atau dedak kot.
Tulisan Datuk yang penuh prejudis kepada PAS, membangkitkan isu RM90 juta. Sebagai seorang penulis yang hebat, kenalah baca dulu media rasmi PAS mengenai status saman PAS terhadap Sarawak Report. Mungkin itu budaya penulisan Datuk sewaktu makan dedak dengan Umno sehingga terbawa-bawa perangai tersebut walaupun tidak bersama Umno.
Tidak perlulah membuat tuduhan bahawa PAS bersama Umno. Datuk belajarlah menjadi pembangkang setelah kenyang bersama Umno. PAS sudah 65 tahun faham sepak terajang Umno. Banyak di kalangan kami tidak pernah bersama Umno. Sedangkan Datuk dan sekutu dan sewaktu dengannya pernah terlibat dengan Umno. Kami lawan Umno sewaktu Datuk pertahan Umno melalui serangan media. Janganlah Datuk hendak samakan kami dengan perangai Datuk.
Maaflah saya tidak suka serang Datuk, kerana Datuk baru hendak belajar bertatih menjadi pembangkang. Tetapi apabila Datuk membuat tuduhan yang melampau kepada PAS, saya terpaksa serang. Sewaktu Datuk dengan Umno pun kami lawan Umno, inikan pula Datuk pun tidak ada kuasa tidak munasabah kami tidak berani lawan Datuk.
Datuk tidak layak bercakap soal integriti, nanti banyak pula orang akan dedahkan sewaktu Datuk menyokong Umno dahulu.
Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS
3 Jamadil Awal 1438 / 31 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 31/1/2017
Sumber HD - 31-1-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apabila tidak berkuasa, semua terdedah
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44058-apabila-tidak-berkuasa-semua-terdedah
INILAH budaya politik negara membangun, apabila tidak berkuasa semua terdedah. Semua pakat bersuara tentang salah laku pemimpin sebelumnya. Terbaru bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) ketika itu, Datuk Abdul Murad Khalid berkata, Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion (RM44 bilion) akibat kegiatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993.
Menurut beliau, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu.
Datuk Abdul Murad menambah, transaksi berbentuk spekulasi melibatkan pelbagai mata wang asing termasuk pound sterling, dolar Amerika Syarikat (AS), mark Jerman dan yen itu direkodkan oleh seorang kakitangan berpangkat rendah BNM.
Ini sikap yang tidak baik berlaku di dalam tata kelola dalam pentadbiran di negara ini. Sifir mudahnya, buatlah apa sahaja sewaktu kamu berkuasa, kerana semuanya kebal tidak ada siapa yang berani menyentuh.
Ia akan terdedah apabila sudah tidak berkuasa. Inilah yang berlaku kepada Tun Mahathir sekarang. Segala yang beliau lakukan akan terdedah. Selama ini semuanya menikus. Akhirnya rakyat menjadi mangsa angkara perbuatan pemimpin yang tidak telus. Pemimpin dan kroni tidak terasa dengan permainan mereka, tetapi rakyat menderita kerana asas ekonomi negara kucar kacir.
Datuk Seri Najib pun perlu ambil ingatan, apa yang berlaku mengenai 1MDB akan terdedah juga apabila beliau tidak ada kuasa.
Oleh itulah ia tidak akan selesai jika hanya tukar individu, bukan sistem. Siapa pun naik maka itulah yang berlaku kerana skrip sama, cuma pelakon berbeza. Sebab itu PAS yakin perubahan bersama Islam untuk selamatkan negara dan rakyat di negara ini tanpa mengira agama atau bangsa. – HARAKAHDAILY 27/1/2017
Sumber HD - 27-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umno sedar lawan PAS ‘berat’ nak menang Posted on Wednesday, January 25 @ 15:12:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33313 |
Oleh NAZIRAH NASRUN
Meskipun umur hayat perjuangan PAS sudah pun mencecah 65 tahun namun pergerakannya sentiasa segar, malah menjadi idaman segenap lapisan masyarakat. Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS sentiasa ‘evergreen’ dalam semua keadaan dan masa manakala Umno tahu hendak berlawan dengan PAS “berat” kerana PAS bergerak di atas dasar Islam.
Demikian ucapan di program Ceramah Umum dan Pelancaran Kempen PAS Pilihanku PAS Selangor, baru ini
Menurut beliau, kehadiran PAS di persada politik bukanlah kerana kekalahan di dalam pemilihan atau atas dasar tidak mendapat projek dan kebencian dengan mana-mana pemimpin Umno ketika peringkat awal penubuhannya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar telah menerima lebih 3,000 keping borang keahlian baharu PAS di seluruh Selangor yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad.
Di samping itu, beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap 13 orang Adun PAS yang telah terbukti berkhidmat dengan cemerlang dan perkara tersebut tegasnya, dapat menjamin PAS untuk lebih gemilang di masa hadapan.
“Komitmen Adun PAS sudah terbukti boleh bekerja dengan baik dalam menjalankan amanah rakyat kepada mereka.
Oleh yang demikian saya yakin bahawa PAS mampu menggantikan Umno di Putrajaya,” katanya.
Borang keahlian baharu tersebut adalah daripada 22 kawasan PAS di seluruh Selangor. Turut hadir adalah bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Meru Dr Abdul Rani Osman; Adun Dusun Tua Razali Hassan; Adun Gombak Setia Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan dan YDP PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salahuddin Nasir.
Para pimpinan serta ahli PAS Selangor turut bergambar bersama- sama sambil mengangkat poster demi menyatakan sokongan mereka untuk Himpunan Rang Undang-undang H355 yang akan diadakan pada 18 Februari hadapan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sumber TKO - 25-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kutipan GST meningkat, kualiti hidup rakyat menurun
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44023-kutipan-gst-meningkat-kualiti-hidup-rakyat-menurun
TAHNIAH kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang telah berjaya mengutip RM41.2 bilion untuk tahun 2016, ia melebihi sasaran hanya RM39 bilion. Ini sebagai penanda aras kecekapan pegawai perkhidmatan awam di Malaysia. Pihak Kastam juga mensasarkan kutipan tahun 2017 sebanyak RM40 bilion hingga RM42 bilion.
Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, selain itu, jumlah individu dan syarikat yang berdaftar dengan GST turut meningkat kepada 431,000 sejak pelaksanaan cukai tersebut pada 1 April 2015.
Pada tahun 2015 hasil GST sebanyak RM27.1 bilion dalam tempoh 9 bulan.
Pihak Jabatan Kastam hanya melaksanakan polisi kerajaan untuk memastikan bagi membantu kewangan negara, terutama kejatuhan harga petrol di peringkat antarabangsa. Ia menjejas pendapatan negara. Dari setahun ke setahun pendapatan negara melalui Petronas semakin merosot 2014 (RM62 bilion), 2015 (RM44 bilion) dan 2016 (RM31.7 bilion). Maka jalan pintasnya dengan dikenakan GST pada kadar 6%.
Walaupun kerajaan memberi jaminan GST tidak akan berlaku kenaikan harga barang. GST hanya kepada orang kaya, orang miskin tidak kena. GST menstabilkan nilai ringgit. Bebanan GST akan dibantu dengan BR1M untuk orang miskin. GST akan diguna oleh kerajaan untuk meningkat kualiti hidup rakyat.
Realitinya semua penyataan di atas hanya ilusi semata-mata. Pendapatan kerajaan semakin bertambah bukan semakin menurun. Misalnya jika dicampur hasil Petronas tahun 2016 sebanyak RM31.7 bilion dan GST pula RM41.2 bilion, berjumlah RM72.9 bilion. Ertinya pendapatan kerajaan semakin bertambah tetapi kenapa kualiti hidup rakyat semakin menurun.
Barang keperluan meningkat. Ikan sardin RM12 sekilo, ikan kembung RM16 sekilo. Daging import daripada RM12 naik RM17 untuk 900 gram. Minyak masak RM13 naik RM21.
Paling sedih sekali kelengkapan hospital tidak mencukupi. Berlaku di depan mata saya sendiri di wad 17 Hospital Taiping, jururawat terpaksa menggunakan tangan untuk bantuan oksigen kepada pesakit kerana tidak cukup alat.
Ke mana wang kita hilang? Cukai dipungut, sepatutnya perlu dikembali kepada rakyat di dalam bentuk perkhidmatan. Rakyat tidak kisah, jika cukai dipungut tetapi mereka mendapat kemudahan yang baik. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya.
Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
25 Rabiul Akhir 1438 / 24 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 23/1/2017
Sumber HD - 23-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menteri ingat rakyat suka naik kapcai?
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43973-menteri-ingat-rakyat-suka-naik-kapcai
CADANGAN untuk melarang kapcai masuk bandar tidak masuk akal dan menyusahkan rakyat. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, cadangan itu merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan kadar pelepasan karbon dalam bandar. Kenapa tidak haramkan semua kenderaan termasuk kereta yang dimiliki oleh bapak menteri.
Cadangan yang tidak masuk akal ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang akibat kenaikan minyak. Begitu juga dengan jalan yang kebanyakan dikenakan tol. Rakyatlah terkesan dengan kesan berantai akibat harga minyak
Carilah idea yang bernas untuk meningkatkan kualiti hidup warga kota yang samakin terhimpit seperti masalah rumah yang semakin mahal. Kena selesai sama masalah pengangkutan awam yang masih lemah terutama penghubung antara stesen LRT dan Komuter dengan taman-taman perumahan dan ke tempat kerja. Kesesakan parkinr di stesen LRT masih berlaku, kerana mereka terpaksa membawa kenderaan ke stesen kerana tidak ada kemudahan pengangkutan daripada tempat tinggal mereka.
Menteri fikir rakyat marhaen suka naik motor kapcai kah? Kalau mereka pendapatan semacam menteri mereka pun tidak mahu naik kapcai sehingga sanggup sabung nyawa. Pembonceng kapcai tahu, mereka dalam bahaya dari segi keselamatan. Tetapi apakan daya, inilah yang ada kepada mereka, untuk jimat berlanja.
Naik kapcai dapat mengelak daripada dikenakan tol. Boleh dikatakan banyak laluan ke tempat kerja dikenakan tol. Sebelum ini DBKL menaikkan kadar parking lebih seratus peratus. Menggunakan kapcai bolehlah mengurangkan bebanan bayaran parkir dan memudahkan urusan.
Alasan kononnya untuk mengelak kes rompakan pun tidak booeh diterima akal. Ada juga perompak menggunakan kereta. Kenapa kerajaan tidak mengharamkan kereta.
Inilah masalahnya apabila pemimpin yang tidak memahami denyut nadi rakyat. Bukan fikir untuk kesenangan rakyat. – HARAKAHDAILY 20/1/2017
Sumber HD - 20-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS santuni masyarakat Cina sempena tahun baru
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43959-pas-santuni-masyarakat-cina-sempena-tahun-baru
BUKIT GANTANG: Penerimaan masyarakat Cina cukup baik menyambut kedatangan PAS serta menyatakan sokongan usaha membawa usul RUU 355 bahkan mereka memahami pelaksanaannya tidak akan melibatkan golongan bukan Islam.
Sempena menjelang sambutan Tahun Baru Cina beberapa siri ziarah telah disusun oleh Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang untuk menyantuni mereka serta bertukar pandangan dengan rakyat pelbagai kaum.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas mengedar limau di beberapa penempatan masyarakat seperti di Kuala Sepetang, Pekan Teluk Kertang, Pekan Simpang Temerlok dan Kampung Baru Sungai Rotan, 18 Januari lalu.
"Peluang mendekati mereka serta mengambil pandangan mereka tentang PAS menjadi satu tanda aras bentuk pendekatan PAS sama ada boleh dirasai oleh rakyat ataupun sebaliknya.
"PAS merupakan sebuah gerakan yang bukan hanya mengkhususkan kepada politik semata-mata bahkan penedekatan dakwah juga menjadi salah satu tunjang utama perjuangan PAS.
"Kebanyakkan pandangan yang diterima oleh mereka tentang RUU 355 adalah mereka memahami bahawa pelaksanaan itu tidak melibatkan orang bukan Islam serta beranggapan ia bakal memberikan kebaikan kepada semua," ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/1/2017
Sumber HD - 19-1-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan mangsakan sekolah agama untuk kepentingan politik
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43894-jangan-mangsakan-sekolah-agama-untuk-kepentingan-politik
Islam tidak pernah anti bahasa dan bangsa kerana semuanya anugerah Allah kepada kita semua. Malahan Islam menggalakkan belajar bahasa lain. Sebagaiman sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Belajarlah bahasa asing nescaya kamu aman dari tipu daya". Tidak ada sejarah pemerintahan Islam yang menutup sekolah bahasa asing. Ini menunjukkan walaupun Islam tidak ada negara, namun ia masih ada penghayatan Islam di dalam diri umat Islam.
Kita mengharapkan supaya Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menarik balik kenyataan beliau yang mengatakan sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular. Satu kenyataan yang biadab dan tidak memahami sejarah pembinaan negara.
Kalau atas alasan ada pelajar keluaran sekolah agama ekstremis, maka kita juga boleh beri alasan pelajar sekolah vernakular, sekolah aliran Inggeris, aliran kebangsaan juga ada melahirkan golongan ekstremis. Apakah kita mahu cadang supaya sekolah ini juga dihapuskan? Tentu tidak. Ini adalah kes yang terpencil.
Sama seperti pandangan Dr Dominic yang dianggap tidak menjaga sensitiviti majoriti umat Islam, apakah kita hendak menghukum keseluruhan ahli Parti Gerakan yang lain. Saya yakin masih ramai orang yang rasional di dalam Parti Gerakan.
PAS berpegang kepada konsep demokrasi di dalam pendidikan, asalkan ia menepati dengan pembinaan tamadun bangsa dan negara, maka ia dibenarkan beroperasi di dalam negara kita.
Dr Dominic sendiri boleh hantar anak ke sekolah agama atau beliau sendiri pun boleh belajar. Tidak ada larangan untuk beliau belajar di sekolah agama. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah menerima pelajar bukan Islam untuk belajar di sana. PAS tidak paksa mereka.
Sejak mutakhir ini menjadi trend parti bukan Islam untuk memburukkan Islam bagi mendapat sokongan politik. Sebelumnya isu 355 untuk memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah, tetapi digambarkan dengan sudut negatif. Ini sikap yang tidak baik dan mengganggu keharmonian kaum yang telah dibina sejak negara merdeka. Jangan rosakkan perpaduan ini, semata-mata untuk keuntungan yang tidak seberapa tetapi memusnahkan sebuah negara. Carilah modal lain, jangan mangsakan Islam. Perlu ingat isu agama cukup sensitif dalam kalangan orang Islam.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
14 Rabiul Akhir 1438/ 13 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 13/1/2017
Sumber HD - 13-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa Najib sayang sangat dengan Isa Samad?
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43855-kenapa-najib-sayang-sangat-dengan-isa-samad
MASALAH di Felda bermula sejak Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menjadi Pengerusi Felda pada tahun 2011. Daripada awal lagi beliau dilantik sudah menimbulkan keresahan di kalangan penghuni Felda. Beliau yang mempunyai rekod yang tidak bersih di dalam Umno, tetapi tetap juga dilantik. Kelam kabut dalam pengurusan Felda, walaupun mereka ini orang yang cukup setia dengan kerajaan. Cuma mereka ini seorang yang profesional ingin melihat Felda menjadi institusi untuk membela orang miskin Melayu. Malahan antara mereka ialah bekas anak peneroka Felda yang mempunyai kelulusan dan profesional dalam bidang masing-masing.
Isu mutakhir apabila cadangan FGV memiliki 37 peratus saham PT Eagle Hight Plantations (PT EHP) anak syarikat Rajawali Group sebuah konglomerat perladangan terbesar Indonesia. Walaupun mendapat bantahan pihak pengurusan, namun kesemuanya tidak dihirau oleh Isa Samad.
Walaupun Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengganti Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, namun Isa masih kekal sebagai Pengerusi FGV. Bolehkah Shahrir bergerak dengan bebas? Masalah Felda ialah masalah FGV yang dipengerusi oleh Isa Samad. Kenapa Datuk Seri Najib terlalu sayang kepada Isa Samad? Apakah rahsia kekuatan Isa Samad sehingga beliau kebal di Felda?
Melantik Shahrir mungkin untuk meredakan kemarahan warga Felda yang memiliki 54 kerusi Parlimen. Ia merupakan stok penimbal BN dalam pilihan raya. Mungkin Najib sudah dapat menghidu kemarahan warga Felda yang akan bertukar haluan kepada PAS terutamanya apabila rungutan mereka tidak didengari oleh kerajaan. Maka Shahrir dilantik menjadi Pengerusi Felda yang baru.
Kalau ikut kepentingan dan keuntungan politik PAS, biarlah Isa Samad kekal di Felda sehingga PRU14 supaya mudah untuk mendapat sokongan peneroka di dalam pilihan raya. Tetapi demi masa depan warga Felda bukan itu yang kita mahu. Kepentingan warga Felda seramai 2 juta dan 360,000 hektar tanah Felda mesti diselamatkan terlebih dahulu.
Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
11 Rabiul Akhir 1438 / 10 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 10/1/2017
Sumber HD - 10-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengakuan Datuk Bahri amat memalukan negara
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43806-pengakuan-datuk-bahri-amat-memalukan-negara
PEJABAT Peguam Negara mesti menjawab segera tuduhan Datuk Bahri Mohd Zin bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengatakan kecewa dengan siasatan SRC International yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik. Jika benar dakwaan ini, akan melemahkan semangat warga SPRM untuk membenteraskan barah rasuah di negara ini.
Jangan sia-siakan sahaja usaha gigih pegawai SPRM yang bertungkus lumus memerangi rasuah di negara ini. Jangan SPRM ditempelak, mereka hanya berani bertindak kes Pegawai Tinggi kerajaan, tetapi orang atasan yang berkuasa terlepas. Walau pun kita faham, macam mana serius pun SPRM untuk mengheret siapa sahaja ke muka pengadilan, namun setiap kes mesti melalui Pejabat Peguam Negara. Maka al-maklumlah.
Sedangkan SPRM menyiasat kes berbulan-bulan untuk sediakan kertas siasatan. Apabila dibawa ke Peguam Negara maka inilah yang terjadi.
Selalunya mana-mana pemimpin yang korup, mereka akan pastikan bahagian perundangan dan penguatkuasa akan dicengkam terlebih dahulu untuk menyelamatkan kerja buat mereka. – HARAKAHDAILY 6/1/2017
Sumber HD - 6-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BR1M belum dapat, 'brum' sudah
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43779-br1m-belum-dapat-brum-sudah
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) belum dapat, tetapi 'brum' sudah dapat sebanyak 20 sen seliter. RON95 pada harga RM2.10, diesel RM2.05 dan RON97 RM2.40 (naik 15 sen). Ia sebagai hadiah tahun baru. Sewaktu hendak turun, hanya turun 5 sen, tetapi waktu naik 20 sen. Walaupun kerajaan boleh memberi alasan dengan kenaikan harga minyak di peringkat global, maka automatik harga minyak akan dinaikkan juga di negara ini. Kerajaan boleh beri apa sahaja alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.
BR1M yang uar-uarkan untuk dinaikkan sehingga RM1,200 setahun dan hitung panjang RM3.28 sehari. Pada mulanya amat melegakan rakyat bawahan. Tetapi dengan pengumuman kenaikan harga minyak ia amat memeranjatkan. Apakah berbaloi dengan BR1M sebanyak RM3.28 sehari untuk satu keluarga. Dalam masa yang sama minyak naik 20 sen seliter.
Semestinya kenaikan harga barang dan kos pengankutan akan naik, lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga diesel. Kesan berantai akan berlaku kepada semua barang.
Untuk pembangkang amat baik kerana semua rakyat marah kepada kerajaan termasuk penyokong tegar Umno di kampung-kampung. Setiap pagi 'parlimen rakyat' di kedai kopi merungut dan marah dengan kenaikan harga minyak. Kita mengharapkan kemarahan ini dibawa pula melalui peti undi untuk tolak kerajaan BN.
Bertepatan pula dengan waktu persekolahan bermula. Kos persekolahan meningkat, ibu bapa yang hendak menghantar anak-anak ke asrama terpaksa menghitung berapa pula minyak yang perlu diisi.
Tanyalah kepada semua rakyat, semuanya mengeluh dengan kenaikan harga barang. Mungkin pihak kerajaan ada jawapannya untuk menyejuk api kemarahan rakyat. Apabila dekat pilihan raya harga minyak akan diturunkan semula. - HARAKAHDAILY 3/1/2017
Sumber HD - 3-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan polemikkan mazhab - Idris Posted on Saturday, December 24 @ 12:00:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32968 |
SHAH ALAM - Pas tetap berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, Pas pernah memecat ahli yang menganut fahaman Syiah kerana ia boleh bawa kepada perpecahan dalam parti.
Menurutnya, Pas menolak fahaman membid’ahkan orang lain, sehingga timbul perpecahan dan perbalahan masyarakat.
“Di dalam politik antarabangsa, Pas punyai pandangan tersendiri berdasarkan ilmu. Pas tidak tunduk kepada Saudi atau Iran. Malah, Pas bersahabat kebenaran dan tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak serta bebas menyuarakan pandangan,’ katanya.
Beliau mengulas polemik selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah ke-30 di Tehran, Iran.
Idris berkata, sudah lama Pas dituduh membela Syiah dan kepimpinan ulama didakwa terpengaruh dengan ajaran Syiah.
"Ketika Perang Teluk antara Iraq dan Iran, Pas menyebelahi Iran, walaupun seluruh dunia Arab bela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Lagi Pas dituduh Syiah.
“Sunni tidak mudah jadi Syiah. Syiah tidak mudah jadi Sunni. Tak guna bangkitkan perkara dibincangkan sekian lama.
“Serba tidak kena kalau Abdul Hadi buat. Kehadiran beliau bukan perkara baru. Sudah 30 tahun program ini berjalan, anjuran Kerajaan Iran dihadiri ulama Sunni dan Syiah. Kenapa tahun ini jadi polemik?," soalnya.
Sumber TKO - 24-12-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bincang masalah global bukan khilafiah
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43653-bincang-masalah-global-bukan-khilafiah
Serba tidak kena kalau Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) buat. Politik sempit dan seolah-olah radar hidup dan fikiran bercelaru. Kehadiran TGHH di dalam program Majma' Taqrib bainal mazahib bukan perkara baru. Sudah 30 tahun program ini berjalan. Anjuran Kerajaan Iran. Turut dihadiri oleh ulamak sunni dan syiah. Kenapa pula pada tahun ini menjadi polemik? Perbincangan lebih kepada persamaan untuk masalah umat Islam. Mereka tidak bincang bab tahlil, sambutan maulid boleh atau tidak. Mereka tidak bincang solat tarawih 8 atau 20 rakaat, qunut boleh atau tidak, tahiyyat bergerak jari atau tidak, boleh sapu muka atau tidak waktu memberi salam.
Mereka tidak leka dengan perbuatan untuk membidaahkan sesama umat sehingga menimbulkan perpecahan umat. Walaupun kadang-kadang manusia inilah yang menuduh PAS membawa budaya takfir. Apabila PAS menjawab, maka dituduh taksub, tidak boleh dikritik, politik sempit, fikiran tertutup. Macam-macam lagi tuduhan kepada PAS.
Persoalan politik dunia kena dilihat di dalam kerangka yang besar, bukan atas sentimen mazhab.
Di dalam politik antarabangsa PAS mempunyai pandangan tersendiri berdasarkan ilmu. PAS tidak tunduk kepada Arab Saudi atau Iran. PAS bersahabat kepada kebenaran. PAS tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak. PAS bebas untuk menyuarakan pandangan.
Sudah lama PAS dituduh membela syiah. Kepimpinan ulamak didakwa terpengaruh dengan ajaran syiah. PAS menjawab dengan amalan, Ketika berlaku Perang Teluk antara Iraq dan Iran, PAS menyebelahi Iran. Walaupun seluruh dunia Arab membela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Sekali lagi PAS dituduh Syiah.
Kebetulan negara Iran yang agak lantang menentang Israel, sedangkan negara Arab yang lain membisu. Mereka semua sudah menjadi tunganggan Amerika Syarikat. Kenapa isu Sunni dan Syiah dibangkitkan? Mereka sedar inilah senjata yang boleh melindungi kerja buat mereka yang menjadi boneka Amerika.
Sunni tidak mudah menjadi Syiah, Syiah tidak mudah menjadi Sunni. Tidak guna untuk membangkitkan perkara yang sudah dibincang sejak lama.
PAS berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. PAS pernah memecat ahli PAS kerana menganut fahaman syiah. Kerana ia boleh membawa kepada perpecahan dalam parti. PAS menolak fahaman membidaahkan orang lain, sehingga menimbul perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
23 Rabiul Awwal 1438 / 23 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 23/12/2016
Sumber HD - 23-12-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Kami tak maksum, tapi jangan fitnah kami’ Posted on Thursday, December 15 @ 08:33:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32843 |
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad mengakui pimpinan parti itu tidak maksum dan sedia untuk dikritik.
Bagaimanapun, beliau memohon agar mereka yang membenci Pas agar tidak membuat fitnah terhadap parti itu.
“Kalau kita ragu atau tidak pasti maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain. Kalau pun benci dengan Pas jangan pula fitnah Pas.
“Kritiklah Pas dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum,” katanya dalam kenyataan.
Mengambil contoh dakwaan Pas hendak bergabung dengan Umno serta Pas menerima dana RM90 juta, Idris berkata, kebanyakan maklumat itu diperoleh daripada sumber tidak sahih.
“Daripada mana awak dapat maklumat mengatakan Pas hendak bergabung dengan Umno? Daripada mana awak dapat maklumat Pas dapat RM90 juta?
“Daripada mana awak dapat maklumat Pas tidak bersuara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), RM2.6 bilion, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ)? Jawapannya daripada Facebook, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada Pas, portal dan laman web,” katanya.
Oleh itu, beliau menasihatkan semua pihak merujuk kesahihan maklumat kepada pemimpin Pas atau saluran yang tepat.
“Bukankah pepatah mengatakan hendak tahu kebaikan seorang tanyalah sahabatnya. Hendak tahu keburukan seorang tanyalah musuhnya.
“Nasihat saya tanyalah kepada ahlinya, bukan maklumat yang tidak tahu siapa membawa dan menulisnya. Mungkin ditulis oleh orang Muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api atau saraf musuh,” katanya.
Sumber TKO - 15-12-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maklumat salah, tindakan pun salah
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43573-maklumat-salah-tindakan-pun-salah
DARIPADA mana awak dapat maklumat mengatakan PAS hendak bergabung dengan Umno? Daripada mana awak dapat maklumat PAS dapat RM90 juta? Daripada mana awak dapat maklumat PAS tidak bersuara mengenai 1MDB, RM2.6 bilion, DOJ?
Jawapannya daripada FB, WhatsApp, ceramah orang yang benci kepada PAS, portal, laman web.
Saya tanya lagi, awak ada bertanya dengan pemimpin PAS? Awak baca Harakahdaily? Awak baca Harakah? Awak hadir usrah? Awak dengar kuliah di markaz PAS? Awak dengar ceramah PAS? Jawapannya semuanya tidak.
Bukankah pepatah mengatakan hendak tahu kebaikan seorang tanyalah sahabatnya. Hendak tahu keburukan seorang tanyalah musuhnya.
Nasihat saya tanyalah kepada ahlinya, bukan maklumat yang tidak tahu siapa membawa dan menulisnya. Mungkin ditulis oleh orang muslim, kafir, munafik, penulis upahan, pendendam, batu api, saraf musuh.
Kalau kita ragu atau tidak pasti maklumat, tidak perlu viral kepada orang lain. Kalau pun benci dengan PAS jangan pula fitnah PAS. Kritiklah PAS dan pimpinan kalau kami salah, kerana kami bukan maksum.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
14 Rabiul Awal 1438 / 14 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 14/12/2016
Sumber HD - 14-12-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS Bukit Gantang sumbang bantuan persekolahan
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43513-pas-bukit-gantang-sumbang-bantuan-persekolahan
BUKIT GANTANG: Persiapan untuk meneruskan pengajian sesi 2017 pasti akan dirasai oleh semua keluarga namun bagi mereka yang tidak berkemampuan pasti berhadapan dengan krisis kewangan.
Atas dasar keprihatinan tersebut, satu majlis sumbangan "Kembali ke Sekolah" telah dianjurkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Gantang di Cawangan Kampung Kurnia jaya.
Bantuan persekolahan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dalam memberikan bantuan kepada golongan memerlukan.
Sekitar 25 orang telah menerima sumbangan bantuan persekolahan dalam majlis tersebut. – HARAKAHDAILY 8/12/2016
Sumber HD - 8-12-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dekat mana salah Tuan Guru Abdul Hadi
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43472-dekat-mana-salah-tuan-guru-abdul-hadi
Apa masalahnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) hadir himpunan solidariti untuk Rohingya pada hari ini. Ada yang kata munafik kepada PAS. Macam-macam lagi gelaran yang digelar. Kamu boleh gelarlah macam-macam gelaran sementara kamu boleh tulis dan kata. Tulis jangan tak tulis. Kata jangan tak kata. Spin jangan tak spin.
Persoalanya dekat mana yang salah TGHH? Adakah TGHH minta projek dalam ucapannya? Adakah TGHH baca ayat al-Quran tidak betul. Adakah TGHH berucap menyebut fakta tidak betul? Adakah TGHH terkeluar tajuk? Adakah salah untuk bekerjasama isu kemanusiaan? Adakah ia salah dari segi agama? Adakah Salah TGHH menggunakan platform himpunan ini membaca ayat al-Quran di hadapan pemimpin Umno BN sebagai usaha untuk menerangkan Islam? Adakah TGHH minta supaya bangkit menentang syariat Allah? Adakah TGHH minta supaya hadirin semua sokong Umno?
Ada yang tafsir ayat "Jangan kamu cenderung dengan kezaliman". Seolah-olah TGHH sokong orang zalim, maka ia akan disambar oleh api neraka. Salah kerana TGHH duduk sebaris dengan PM, nanti akan disambar oleh api neraka. Biarlah orang menilai dengan tulisan mereka. Biarlah orang menilai tafsiran ayat al-Quran mereka. Baru orang tahu tahap ilmu mereka dan dendam kesumat mereka.
Kesimpulannya, marah kerana yang pergi itu TGHH. Yang berucap itu pemimpin PAS, kalau pemimpin mereka OK. Kalau yang mereka suka, buatlah macam mana pun akan di"taqdiskan" (disucikan). Fahamlah dengan kaca mata Islam, bukan emosi. Rujuklah al-Quran, Sunnah, Sirah. PAS tidak akan tunduk kepada sesiapa. Selagi tidak bertentangan dengan Islam dan syariat PAS akan terus bekerja untuk menegakkan Islam. PAS tahu jalannya sukar dan jauh. Mereka yang ada agenda yang jahat akan terpelanting. Kalau Umno BN ada strategi dan ada agenda tersendiri, PAS juga ada strategi dan tawakkal kepada Allah SWT. Perancangan Allah lebih hebat. - HARAKAHDAILY 4/12/2016
Sumber HD - 4-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS parti Islam, bukan IS, bukan Taliban
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43460-pas-parti-islam-bukan-is-bukan-taliban
PAS merupakan parti Islam, dasarnya Islam, rujukannya Quran, Hadis, Ijma' dan Qias. PAS bukan Parti yang mengangkat senjata seperti IS, Taliban. PAS bukan parti yang tidak boleh bawa berunding dan berbincang.
PAS mengambil pendekatan Muwajahah Silmiah. Jalur dakwah dan jalur politik. Orang yang mengukur PAS dengan jalur politik tidak akan temui jawapannya. Tetapi PAS bergerak dan bertindak atas panduan Islam.
PAS tidak kompromi dengan kezaliman dan penyelewingan, rasuah, GST, TPPA, 1MDB RM2.6 bilion, PPSMI, FGV, PKFZ, salah urus dana awam, ketirisan, ISA, POTA dan lain- lan. Menentang syariat Allah juga zalim. Memperlekehkan syariat Allah juga kerja zalim. Menghalang syariat Allah juga zalim. PAS akan menentang tidak kira siapa yang melakukan kezaliman. Samaada kerajaan atau bukan kerajaan.
Di dalam perkara sejagat PAS boleh bekerjasama walau pun dengan musuh politik. PAS pernah duduk semeja isu Palestin, dan hari ini anjuran NGO, pimpinan PAS akan sepentas dengan Perdana Menteri isu Ronghingya.
Akan adalah pula gelaran yang diberi kepada PAS, UG, gabung dengan Umno, makan dedak dan macam-macam gelaran. PAS tidak kisah. PAS bukan parti budak- budak yang boleh dicucuk hidung. Sejarah akan membuktikan siapa yang akan kembali ke pangkuan Umno.
Kalau pemimpin PAS buat tidak boleh walau pun isu sejagat. Kalau orang lain boleh, bukan setakat sepentas malahan berpeluk dan berlaga pipi pun tidak mengapa.
PAS tahu masa bila perlu berbincang, masa bila kita bertempur dengan musuh politik. Bukan semua masa kita bertempur, bukan semua masa kita berdamai.
Bukan perkara baru, musuh PAS tuduh PAS. Waktu zaman Tun Mahathir perkenal Program Islamisasi semua pakat teruja dengan Dr Mahathir, termasuk badan dakwah di Malaysia. DS Anuar Ibrahim turut menyertai Umno kerana kagum dengan Dr Mahathir. Macam- macam seminar seperti Siasah Syariyyah, Maqasid Syariah untuk menghalalkan penyertaan dalam Umno. PAS keseorangan melawan Umno BN. PAS tidak percaya dengan program Islamisasi Dr Mahathir.
Ada gerakan Islam antarabangsa pujuk PAS sertai Umno, kerana Umno sudah hendak kepada Islam. PAS tetap tolak. PAS kenal apa itu Umno, dulu, kini dan selamanya. Dasar Umno masih tidak berubah, siapa pun yang memimpin Umno maka itulah pembawaanya. – HARAKAHDAILY 4/11/2016
Sumber HD - 4-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tamrin Qiadi: Terasa manisnya bersama jamaah
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43453-tamrin-qiadi-terasa-manisnya-bersama-jamaah
KUALA LUMPUR: Gembira sungguh sepanjang Tamrin Qiadi PAS Pusat sejak pagi semalam di Rusila, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, rasa ukhwah dan mahabbah di kalangan peserta sama ada melalui program formal atau tidak formal.
"Terasa manisnya bersama jamaah. Tidak terasa penat apabila bertemu wajah sesama sahabat," ujarnya menerusi laman facebook.
Dalam tulisan sebelum itu, beliau berkata menegakkan kebenaran dan melawan kebatilan di akhir zaman seperti mengenggam bara api.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, hanya mereka yang tahan ujian sahaja yang mampu berbuat demikian kerana jalannya sentiasa sukar.
"Kebenaran daripada Allah. Maka perlu kebenaran itu menjadi sahabat kita. Manakala kebatilan itu musuh kita, walaupun datang dari sahabat kita.
"Satu perkara yang sukar untuk membuat perhitungan, maka inilah perjuangan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 3/12/2016
Sumber HD - 3-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah SAW Sebagai Qudwah Dalam Kepimpinan Massa
MUQADDIMAH
– Kepimpinan Rasulullah SAW adalah kepimpinan sempurna yg memiliki sisi-sisi besar kepada bimbingan jasmani dan rohani manusia.
– Membincangkan tajuk sebegini adalah berat dan selagimana seseorang itu tiada dalam agenda memimpin umat, tidak akan dapat melihat kepimpinan ini.
– Insan yang bergelumang dalam memimpin umat akan melihat qiyadah ini.
– Allah Taala menyebutnya
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
At-Taubah (128)
– Rasulullah SAW adalah pimpinan pilihan Allah.
– Walau bagaimana luas ilmu seseorang, atau hebat ibadahnya, dia tidak akan menjadi Rasul kerana Rasul itu adalah pilihan mutlak Allah Taala.
– Rasulullah SAW diberikan segala sifat kesempurnaan, kelebihan dan kemuliaan.
– Ulama’ menyebut kalimah من انفسكم merujuk kepada kelebihan terbaik Rasulullah SAW dari segala aspek seperti contoh aspek qiyadah (kepimpinan)
1. KEPIMPINAN RASULULLAH SAW ADALAH KEPIMPINAN RABBANI. الربانية
– Ianya kepimpinan membesarkan Allah Taala. Rasulullah SAW membimbing dan mengatur umat dalam melengkapkan ubudiyah kepada Allah. Hal ini Rasulullah SAW laksanakan dengan membimbing umat melalui syariat Allah Taala dan umat disingkapkan kepada keagungan, kebesaran, keadilan dan kerahmatan undang-undang dan hukum Allah.
– متعلق بالله في حياتهم (diikat kehidupan mereka bersama Allah). Walaupun hukum manusia diguna pakai dan dipersembahkan dalam bentuk keadilan, ia tetap tidak menimbulkan perasaan terikat kepada Allah Taala. Ia merupakan suatu bentuk pengkhianatan kepada Allah.
– Rasulullah SAW dalam semua bentuk kepimpinannya mengikat manusia kepada ibadah kepada Allah. Ibadah dalam segala bentuk hidup samada solat, bacaan Quran, zikir dan sebagainya yang mana Rasulullah SAW membimbing manusia kearahnya.
– Allah Taala menceritakan :-
يَوْمَ يَجْمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَا أُجِبْتُمْ ۖ قَالُوا لَا عِلْمَ لَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
Ingatlah) hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul, lalu Allah bertanya (kepada mereka), “Apa jawaban kaum kalian terhadap (seruan) kalian?” Para rasul menjawab, “Tidak ada pengetahuan kami (tentang itu), sesungguhnya Engkaulah Yang mengetahui perkara yang ghaib.”
(( Al-Maidah ayat 109 ))
– Ayat ini menunjukkan kepada adab keimanan yang mengiktiraf ketinggian makrifah Allah Taala.
– Manusia tiada ilmu akan banyak perkara ظواهر و بواطن kehidupan. Mereka tiada tahu apa yang tersembunyi melainkan Allah Taala jua.
– Berlaku اختلاف الزمان و إختلاف المكان yang menghalang mereka (manusia) untuk tahu banyak perkara
.
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ}
[البقرة: 216]}.
Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
(( Al-Baqarah 216 ))
– Tatkala Rasulullah SAW bertanya kepada Saidina Umar dalam hadis Jibril (Soal Islam Iman Ihsan) maka sahabat menjawab dengan adab yang diajar Allah & Rasul. Kata Saidina Umar الله ورسوله أعلم. Inilah aspek kepimpinan yang diajar oleh Rasulullah SAW .
2. RASULULLAH MEMIMPIN UMAT KEPADA MELIHAT PANDANGAN MASA HADAPAN المستقبلية
– Rasulullah SAW mengajar kepada umat agar melihat masa depan Islam. Mendidik sahabat agar bersama putaran roda Islam.
– Mengambil ibrah dari kisah Saidina Khabbab r.anhu
– Tiada masa depan melainkan masa depan Islam. Selain daripada itu ianya adalah tipu daya semata-mata
– Janji Rasulullah SAW bukanlah seperti janji golongan “futuristik” hari ini yang menjanjikan masa depan diatas imaginasi dan khayalan. Akhirnya manusia akan jemu dengan segala ideologi dan bentuk khayalan pemikiran dan akan kembali kepada janji masa depan kemenangan islam.
– Jangan jadi seperti golongan yang tolak hukum Islam, kerana inginkan kemenangan. Mereka tak yakin dengan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah Taala.
3. KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DENGAN CONTOH-CONTOH YANG BAIK القيادة بالقدوة الحسنة
– Firman Allah :
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(( Al-Ahzab ayat 21 ))
– Kepimpinan Rasulullah adalah contoh terbaik bagi umat. Nabi SAW menjadi muallim umat dan membentuk sahabat menjadi generasi yang unik.
– Firman Allah Taala :-
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Sebagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kalian kepada kekafiran setelah kalian beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi
mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Mahakuasa alas segala sesuatu. (( Surah Al-Baqarah ayat 109 ))
– Ayat ini menjelaskan bagaimana kemuliaan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam berinteraksi.
– PAS memimpin manusia sebagai parti Islam. Kepimpinan dengan sifat dan akhlak yang mulia sepertimana Rasulullah SAW memimpin umat.
4. KEPIMPINAN RASULULLAH DENGAN KEPIMPINAN SYARIYYAH القيادة الشرعية
– Tiada diwujudkan darjat / dinding antara Rasulullah SAW dan umat. Umat merasakan kasih sayang Rasulullah SAW.
– Hal ini dapat disaksikan dengan banyak riwayat seperti dalam Kitab Syamail Muhammadiyah berkenaan dengan akhlak kepimpinan syarie yang ditonjolkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
– Kepimpinan sebegini menjadikan Rasulullah SAW dicintai oleh umat sepenuhnya. Kisah bagaimana seorang Ibu yang 3 orang anaknya terkorban di medan jihad, terlebih dahulu bertanya “Bagaimanakah Keadaanmu Wahai Rasulullah SAW”
– Kepimpinan yang menimbulkan Thiqah umat kepadanya. Inilah yang perlu dibawa oleh kepimpinan Parti Islam seMalaysia.
5. KEPIMPINAN YANG DIBERKATI ALLAH القيادة المباركة
– Firman Allah Taala :-
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa sebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(( Al-A’raf ayat 96 ))
– Dibawah kepimpinan Islam manusia tidak akan melalui kehidupan yang sempit.
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
Dan barang siapa berpaling dari peringatanKu, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”
(( Surah Thaha ayat 124 ))
– Maka kepimpinan Islam akan menjemput barakah daripada Allah Subhanahu Wa Taala.
“KEPIMPINAN ISLAM MEMIMPIN UMAT KEPADA REDHA ALLAH”
Sumber BO - 3-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lebih 200 pimpinan bertamrin di Rusila
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43446-lebih-200-pimpinan-bertamrin-di-rusila
Tajnid Dan Pemerkasaan Ruh Tarbawi: Lebih 200 Orang Pimpinan Bertamrin Di Rusila
RINTIK-rintik hujan menampar keras bumbung dinding Dewan Maahad Darul Quran Rusila Marang, tempat berlangsungnya Tamrin Qiadi PAS Pusat. Gelora laut China Selatan menggulung ganas, menghempas pantai putih dan itulah juga analogi kepada perjuangan PAS selama 65 tahun ini, berdepan dengan mehnah dan ibtila'.
Gerakan Islam tertua di Tanah Malaya ini merupakan kesinambungan gerakan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948, tegak atas tiga teras buananya, siasah, dakwah dan tarbiah. PAS terus kekal mara dalam medan operasinya selama lebih enam dekad kerana kekuatan tarbiah gerakan itu bermula daripada cawangan.
Seluruh organisasi PAS disepuh dengan kegiatan amal tajnid seperti usrah, tamrin, mukhaiyam, daurah, jaulah tarbawi, rehlah dan ijtimak. Pendokong PAS mulai daripada cawangan sehinggalah di peringkat pusat terus-menerus menerima simbahan tarbiah. Pimpinan pusat terikat dengan usrah Qiadi yang dibimbing oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri, begitu juga Majlis Nuqoba' Pusat yang menghimpunkan tenaga teras terbaik dalam tajnid (kaderisasi dakwah) secara sistematik.
PAS sebagai hizbullah yang terus menjulang izzah Islam, menjadi pembenteng kepada agama Allah di negara ini maka bukan kepalang kesakitan yang PAS terpaksa tanggung untuk menjaga Deenullah ini. Pendokongnya ada yang dibunuh, dipenjara, dikucilkan dalam mengalang amanah ini.
Menurut pengucaputama Tamrin Qiadi, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, PAS tidak boleh menyembunyikan kebenaran Islam semata-mata ingin mengambil hati manusia. Dalam zaman edan yang manusia berpaling daripada Islam, maka tugas PAS semakin mencabar untuk menyampaikan Islam.
Pendokong PAS mestilah meletakkan niat yang ikhlas berjuang dengan jamaah ini, jangan kerana cintakan pangkat, sanjungan dan kemuliaan. Jika niat salah maka berlakulah kegelinciran dalam perjuangan, tidak terpilih sebagai pimpinan maka melarikan diri daripada perjuangan. Pimpinan PAS mestilah bersikap benar, jangan mengkhianati janji dan bersifat amanah dengan tugasan serta jawatan yang disandang.
Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, sifat wajib kepada ar-Rasul SAW iaitu sidiq, amanah, tabligh, fatonah merupakan cerminan dan pantulan kepada semua para pendokong Islam. Berusahalah mencontohi sebaik mungkin qudwah ini kerana ia akan membezakan kita dengan ahli-ahli gerakan lain, PAS bukanlah parti politik semata-mata tetapi sebuah gerakan Islam.
Pendakwah dan pendokong Islam mestilah mempunyai keberanian untuk menyampaikan risalah. Lihatlah imbasan sirah perjuangan para Rasul, keberanian mereka berdepan dengan thaghut seperti Nabi Allah Musa a.s., Nabi Ibrahim a.s. dan seluruh rasul. Seteguh banjaran dan sekental karang di lautan dalam menyampaikan risalah Islam sebagaimana teguhnya nabi Nuh a.s, siang dan malam terus menyampaikan risalah perjuangan.
Menurut Tuan Guru lagi, apabila berjuang pastilah dengan kesabaran tinggi kerana dalam perjuangan ini pasti akan dihempap dengan mehnah dan ibtila'. Contohi Rasulullah dalam peperangan Uhud, walaupun perih dan kesedihan yang amat akibat pembunuhan Saidina Hamzah, baginda tetap bersabar dengan tahap kesabaran tertinggi.
Kesan kesabaran tinggi ini, Allah menghadiahkan kegembiraan besar apabila Hindun binti Utbah dan Wahsyi bin harb yang terlibat dengan pembunuhan Saidina Hamzah dan merobek jasad Hamzah akhirnya telah memeluk Islam selepas peristiwa fathul Makkah.
Pelbagai mutiara ilmu dikongsikan oleh pengucaputama yang menghuraikan ciri-ciri hizbullah dan peserta-peserta tamrin tetap dengan gejolak semangat walaupun perkampungan Rusila sedang diserkap dengan cuaca mendung musim tengkujuh. PAS akan terus merimbun dengan amal tarbawi dalam meredah samudera perjuangan yang panjang ini. Tak berpaling dan apologetik, bersatulah wahai kaum muslim dengan sinar obor kebahagiaan. – HARAKAHDAILY 2/11/2016
(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Tarbiah Pusat)
Sumber HD - 2-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umno kena suluh diri, jangan salahkan orang lain
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43445-umno-kena-suluh-diri-jangan-salahkan-orang-lain
TIDAK perlulah merintis dan mengeluh setiap kali Perhimpunan Agung Umno (PAU) mengenai nasib Melayu di negara ini
Umno perlu muhasabah kenapa Melayu masih ketinggalan walaupun Umno sudah 70 tahun wujud.
Selagi pemimpin Umno menganggap menjadi pemimpin untuk mengumpul kekayaan, bukan satu amanah maka inilah hasilnya
Tindakan Umno memalukan bangsa dan agama Islam pada kaca mata bangsa lain dan agama lain.
Perlu ingat Melayu tidak akan selamat tanpa Islam. Pembawaan Umno yang hanya retorik dan menjadikan Melayu sebagai umpan ia tidak mendatangkan keuntungan untuk jangka panjang.
Umno jangan ambil kesempatan dengan meniupkan emosi dalam kalangan orang Melayu supaya terus berpaut dengan Umno.
Sampai bila Umno hendak berlakon di pentas PAU untuk gambarkan Umno sebagai pembela Melayu
Umno jangan menyalahkan orang lain dan menuding jari ke pihak lain, kenapa Melayu masih merempat di bumi sendiri.
Siapa yang menjadi broker dan orang perantaraan dalam syarikat bukan bumi untuk mendapat projek kerajaan. Semuanya sudah menjadi rahsia umum.
Siapa yang menjadi Ali Baba yang telah turun-temurun sejak sekian lama. Berapa banyak syarikat Melayu dan usahawan sejati yang gulung tikar angkara permainan pemimpin Umno.
Suluh diri, muhasabah diri lebih baik daripada menyalahkan orang lain. – HARAKAHDAILY 2/11/2016
Sumber HD - 2-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1MDB: Tahniah atas perjuangan, keberanian Rafizi
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43206-1mdb-tahniah-atas-perjuangan-keberanian-rafizi
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan takziah kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara atas dua tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB, yang diklasifikasikan sebagai sulit.
"Tahniah atas perjuangan dan keberanian beliau untuk menegakkan kebenaran mengenai isu 1MDB," ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, kemelut isu yang tidak berkesudahan sehingga menggoncang masalah dalaman Umno, berlakunya perubahan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara, pejabat Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Awam di Parlimen.
Menurutnya lagi, isu yang menjadi perbincangan hangat daripada kedai kopi hingga Dewan Rakyat.
"Semoga Allah memberi kekuatan kesihatan untuk terus berjuang dan memberi kesabaran kepada ahli keluarganya di dalam menghadapi suasana ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki dan mendedahkan satu halaman Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Mac lalu. - HARAKAHDAILY 15/11/2016
Sumber HD - 15-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Ka’ab bin Malik dihukum Rasulullah SAW
Emosi manusia apabila dipecat, didenda atau dihukum, dikenakan tindakan disiplin serta merta pasti akan merasai kejutan drastik yang luar biasa. Fitrahnya manusia tanpa berfikir panjang pasti akan merasa marah, haba panas meluap-luap dalam kepala, melenting, meradang, lebih parah lagi bila menyimpan kesumat dan dendam menghadapi tindakan sedemikian. Namun, dalam gerakan Islam bagi mereka ditarbiyah secara murninya akan mengoreksi setiap ujian itu menerusi cerminan al-Quran dan al-Sunnah, jiwanya kental kerana niatnya berjuang semata-mata mengharap redha Allah dan Rasul, pastilah dia tidak merasa sempit dada kerana jalan perjuangan masih panjang, bahkan tiada noktahnya sehinggalah menjelang hari kiamat. Hukuman bukanlah bererti perjuangan terhenti, berhenti dan mati, tetapi harus terus konsisten (istiqamah) berada di lapangan yang diredhai Allah dan Rasul-Nya.
Itulah peribadi sahabat bernama Ka’ab bin Malik ra, biarpun dihukum ‘pemulauan’ kerana tidak hadir di Tabuk. Beliau menceritakan kisah hukuman itu dalam sebuah hadis yang panjang. Sungguhpun dihukum, ia bukanlah alasan untuk Ka’ab berpaling tadah daripada terus berada di dalam nakhoda perjuangan yang diterajui Rasulullah saw. Peristiwa ini berlaku ketika terdapat ramai puak munafik yang tidak menyertai gerakan jihad ke Tabuk, misinya adalah untuk mengajar kebiadaban Rom yang melanggar etika diplomasi apabila membunuh Farwah bin ‘Amr al-Judzami, seorang delegasi Muslim yang berada di Syam. Kaum munafik bukan sahaja gagal menyahut perintah Nabi, mereka gagal menginsafi diri, bahkan cuba mempengaruhi orang lain supaya turut menguzurkan diri dalam peperangan tersebut. Hal ini dirakamkan di dalam surah al-Taubah ayat 81;
فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلافَ رَسُولِ اللَّهِ وَكَرِهُوا أَنْ يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَالُوا لا تَنْفِرُوا فِي الْحَرِّ قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّا لَوْ كَانُوا يَفْقَهُونَ
“Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang dalam Tabuk) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata; Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad); Api neraka Jahannam lebih panas membakar, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.”
Orang-orang munafik memberi alasan;
لا تَنْفِرُوا فِي الْحَرِّ
“Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini.”
Lantaran itu Rasulullah saw menjawab;
نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّا
“Api neraka Jahannam lebih panas membakar.”
Sebelum Tabuk, kaum Muslimin pernah memerangi tentera Rom dalam peperangan Mu’tah kerana mereka membunuh wakil kaum Muslimin iaitu Harith bin Umair al-Uzdi. Dalam peperangan tersebut, ketua-ketua panglima lantikan Rasulullah saw menemui syahid sehinggalah kemudiannya tentera Muslimin bermusyawarah lantas melantik Khalid al-Walid ra sebagai ketua mereka. Khalid al-Walid yang masih baru memeluk Islam kemudiannya mengarahkan tentera mengundurkan diri kerana peperangan yang terlalu sengit dan ramai tentera Islam yang terkorban. Oleh kerana itu, jika peperangan benar-benar berlaku di Tabuk maka ia menjadi medan pertembungan yang kedua menemukan semula tentera Islam dengan Rom. Hal ini menyebabkan ramai kaum munafik sengaja menguzurkan diri, mencari-cari alasan saintifik sebagaimana dinyatakan al-Quran iaitu faktor cuaca panas membahang, perjalanan jauh dan sukar untuk mendapat bekalan air, padahal kaum munafik sebenarnya mempunyai pakatan sulit dengan kerajaan Rom.
Antara alasan lain kaum munafik disebut dalam al-Quran surah al-Taubah, ayat 49;
وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ ائْذَن لِّي وَلاَ تَفْتِنِّي
“Di antara mereka (kaum munafik) ada yang berkata; Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.”
Sejurus tentera Islam sampai ke Tabuk, peperangan sebenarnya tidakpun berlaku sebagaimana yang dijangkakan kerana setelah Rom mendengar khabar kedatangan Rasulullah saw membawa sejumlah ketenteraan yang besar seramai 30,000 orang, mereka masing-masing berkeliaran lari di pelbagai negeri. Sebahagian ulama sirah menyatakan bahawa Rom memang tidak sanggup menentang tentera Islam di Tabuk kerana mereka masih dipimpin oleh seorang Nabi. Walaupun terdapat beberapa orang sahabat mencadangkan agar tentera Islam mengejar tentera-tentera Rom yang lari, tetapi Rasulullah saw mengarahkan agar kembali pulang ke Madinah. Dalam perjalanan pulang dari Tabuk ke Madinah, kaum munafik telah merancang pelancaran Masjid al-Dhirar agar dirasmikan oleh Rasulullah saw, tetapi tipu daya kaum munafik itu dibongkar oleh Allah swt sehingga Nabi memerintahkan para sahabat untuk membinasakan Masjid al-Dhirar.
Di Madinah, Rasulullah saw telah maklum tentang beberapa orang yang tidak pergi ke Tabuk. Lebih 80 orang bertemu baginda, dan rata-ratanya membawa bermacam-macam hujjah termasuklah ada yang memberi alasan sedang berpuasa. Di antara mereka yang jujur serta mengaku bersalah di hadapan Rasulullah saw adalah Murarah bin Rabi’, Hilal bin Umayyah dan Ka’ab bin Malik yang terkenal memiliki bakat pidato, debat dan mampu menuturkan syair-syair indah secara spontan. ٍKa’ab bin Malik tidak pernah terlepas dalam mana-mana siri peperangan bersama Rasulullah saw kecuali di Tabuk. Semasa perang Uhud, ketika pasukan pemanah berantakan dibelasah tentera berkuda oleh kafir Quraish, telah tersebar berita palsu bahawa Rasulullah saw terkorban sehingga menyebabkan tentera Islam menjadi lemah, lesu dan tidak bersemangat. Tetapi Ka’ab bin Malik lah orang yang mula-mula mengesan bahawa berita itu dusta, kemudian melaungkan dengan penuh kesungguhan kepada tentera Islam agar kekal dan tidak berganjak;
يا معشر المسلمين، أبشروا، هذا رسول الله حيٌّ لم يقتل
“Wahai sekalian Muslimin, terimalah berita gembira untuk kalian semua bahawa inilah Rasulullah saw masih hidup tidak terbunuh.”
Tidak hairanlah jika setiap kali peperangan Rasulullah saw akan bertanya tentang laporan kehadiran Ka’ab bin Malik. Justeru ketiadaannya di Tabuk dapat dikesan awal oleh Rasulullah saw. Sungguhpun besar bakti Ka’ab bin Malik, langsung sahaja Rasulullah saw menjatuhkan hukuman ke atasnya termasuklah Murarah dan Hilal di atas arahan Allah swt, bukan disebabkan mereka munafik, tetapi kerana potensi dan kewibawaan mereka boleh mempengaruhi masyarakat Islam untuk sama bersikap culas terhadap arahan-arahan Rasulullah saw selanjutnya. Berikut adalah sebab-sebab ketidakhadiran mereka di Tabuk;
Murarah bin Rabi’ tidak bersama-sama pasukan Rasulullah saw kerana hasil tanaman anggur dan tamar dikebunnya sedang ranum dan terpaksa dikutip. Lalu beliau menyangka penyertaannya dalam lain-lain peperangan sebelum ini, dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang seterusnya bakal dihadapi oleh kaum Muslimin.
Hilal bin Umayyah sibuk mendampingi kaum keluarganya yang baharu pulang ke Madinah setelah sekian lama meninggalkan kota itu. Seperti Murarah, Hilal juga menyangka penyertaannya di dalam beberapa peperangan terdahulu bersama Rasulullah saw, mengizinkan sebab-sebab keuzurannya.
Ka’ab bin Malik pula sedang menikmati kesenangan yang sebelum ini tidak pernah dinikmatinya, sejak peristiwa Fathu al-Makkah, kebunnya mulai subur, unta-untanya beranak-pinak. Hal itu menyebabkan Ka’ab telah sengaja tidak turut serta bersama tentera Islam ke Tabuk. Lebih-lebih lagi jumlah umat Islam yang menyertai Rasulullah saw ke Tabuk itu sangat ramai dan beliau mengira keuzurannya itu dimaafkan.
Berikut adalah kata-kata Ka’ab bin Malik kepada Rasulullah saw menatijahkan kejujuran hatinya;
وَاللَّهِ لَوْ جَلَسْتُ عِنْدَ غَيْرِكَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا لَرَأَيْتُ أَنْ سَأَخْرُجُ مِنْ سَخَطِهِ بِعُذْرٍ، وَلَقَدْ أُعْطِيتُ جَدَلا، وَلَكِنِّي وَاللَّهِ لَقَدْ عَلِمْتُ لَئِنْ حَدَّثْتُكَ اليَوْمَ حَدِيثَ كَذِبٍ تَرْضَى بِهِ عَنِّي لَيُوشِكَنَّ اللَّهُ أَنْ يُسْخِطَكَ عَلَيَّ، وَلَئِنْ حَدَّثْتُكَ حَدِيثَ صِدْقٍ تَجِدُ عَلَيَّ فِيهِ إِنِّي لَأَرْجُو فِيهِ عَفْوَ اللَّهِ، لاَ وَاللَّهِ مَا كَانَ لِي مِنْ عُذْرٍ، وَاللَّهِ مَا كُنْتُ قَطُّ أَقْوَى وَلاَ أَيْسَرَ مِنِّي حِينَ تَخَلَّفْتُ عَنْكَ“Demi Allah, andai daku duduk di sisi selainmu (wahai Rasulullah) dari golongan ahli dunia (saudagar), nescayalah aku mampu mendapat jalan keluar dari kemurkaannya dengan mengemukakan suatu alasan. Sebenarnya aku dikurniakan bakat bicara debat, tetapi bagiku (jika kepandaian ini digunakan untuk menipu daya) demi Allah pastilah Dia Mengetahui bahawa kata-kataku kepada Rasulullah saw adalah dusta walaupun Rasulullah terpesona dengan kata-kataku itu. (Jika demikian) sesungguhnya kemurkaan Allah akan diberitakan kepadamu (wahai) Rasulullah saw kerana pendustaanku itu. Sebaliknya jika aku memberitahu hal yang sebenarnya yang demikian itu kamu pula yang akan murka ke atas diriku dalam hal ini. Sesungguhnya daku menginginkan kesudahan yang baik daripada Allah. Demi Allah, aku tiada sebarang uzur sedikitpun - sehingga tidak mengikuti peperangan itu. Demi Allah, sama sekali aku belum merasakan lebih kuat dan lebih ringan untuk mengikutinya, yakni di waktu aku melucutkan diri dari menyertai Rasulullah saw, sehingga tidak ikut berangkat (ke Tabuk) .”
Mendengar keluhan dan penyesalan Ka’ab bin Malik itu, Rasulullah saw pun bersabda;
أَمَّا هَذَا فَقَدْ صَدَقَ، فَقُمْ حَتَّى يَقْضِيَ اللَّهُ فِيكَ
“Tentang orang ini dia berbicara benar (tidak berdusta). Sekarang, bolehlah engkau pergi sehingga Allah memutuskan suatu hukuman tentang dirimu.”
Kesalahan Ka’ab bin Malik, Murarah bin Rabi’ dan Hilal bin Umayyah tidaklah begitu serius seperti pengkhianatan yang boleh mengakibatkan tentera Islam berpaling tadah atau murtad. Rombongan Islam pergi ke Tabuk pun sudah sangat ramai, lagi pula pertempuran sebenarnya tidak berlaku menghadapi Rom, bahkan pasukan Rasulullah saw kembali ke Madinah dalam keadaan tidak berperang. Walaupun ada yang memberi pandangan bahawa tiada salahnya jika alasan diberikan untuk mengelakkan sebarang hukuman, tetapi mereka tidak berdolak-dalih dan redha terhadap sebarang keputusan yang bakal ditentukan Allah swt. Akhirnya mereka dihukum agar diboikot oleh kaum Muslimin untuk beberapa tempoh yang ditentukan. Tidak ada seorangpun yang dibenarkan bergaul bicara dengan mereka bertiga, kerana itu arahan Rasulullah saw.
Menurut Ka’ab bin Malik, setelah hukuman itu diputuskan dunia yang begitu luas menjadi sangat sempit akibat hukuman pemulauan ini. Di antara mereka bertiga, Ka’ab bin Malik adalah yang paling muda. Murarah bin Rabi’ dan Hilal bin Umayyah hanya mengambil jalan mengucilkan diri di rumah sahaja, saban hari mereka menangis kerana mengharapkan pengampunan Allah dan meminta tempoh hukuman ditamatkan. Hal ini lebih membimbangkan lagi jika di antara mereka ditakdirkan menemui ajal, pastilah Rasulullah saw tidak akan mengimami solat jenazah mereka. Sebaliknya pula jika Rasulullah saw wafat, sudah tentu pemboikotan yang dikenakan ke atas mereka berterusan sehingga ke akhir hayat. Justeru Ka’ab bin Malik mengambil pendekatan berbeza ketika melalui tempoh pemboikotan tersebut, beliau pergi ke pasar, solat berjamaah di masjid walaupun tidak ada seorang yang menegurnya bahkan tegurannya pun tidak disapa oleh kaum Muslimin.
Ka’ab bin Malik sering memberanikan diri menghampiri Rasulullah saw, menghadiri majlis ta’alim baginda, solat di belakang baginda, dan cuba mengambil peluang memberikan salam kepada baginda. Ka’ab menunggu-nunggu jawapan Rasulullah saw dengan penuh penyesalan dan harapan, namun kerapkali pertemuannya itu hanyalah membuahkan kehampaan apabila wajah Ka’ab pun tidak sudi baginda melihatnya. Semakin hari semakin Ka’ab merasakan dirinya dimusuhi umat Islam di setiap ceruk penjuru dunia. Pernah satu ketika Ka’ab memanjat genting pagar kebun milik sepupunya, Qatadah. Ka’ab mengucapkan salam berkali-kali kepadanya tetapi tidak berjawab. Lantaran itu Ka’ab menggesa Qatadah supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Ka’ab bertanya;
يَا أَبَا قَتَادَةَ، أَنْشُدُكَ بِاللَّهِ، هَلْ تَعْلَمُنِي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ؟
“Wahai Abu Qatadah, aku hendak bertanya kepadamu kerana Allah, engkau tahu atau tidak bahawa aku sebenarnya mencintai Allah dan Rasul-Nya?”
Soalan itu diulangi berkali-kali. Pada kali yang ketiga baharulah Qatadah menjawab;
اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ
“Hanya Allah dan Rasul-Nya yang paling tahu.”
Ka’ab bin Malik menangis teresak-esak mendengar jawapan Qatadah sambil meninggalkannya. Di suatu sudut lain ketika Ka’ab dikenakan pemulauan tersebut, banyak suara yang membelanya, banyak suara empati tentang hukumannya yang dianggap keterlaluan, kejam dan sebagainya, bahkan ada juga suara yang memujuknya berpaling dari jamaah RasuliLlah saw. Pujukan-pujukan itu berupa tawaran-tawaran jawatan, jabatan, kedudukan, kemuliaan yang akan dikurniakan oleh seorang raja dari Ghassan, Syam yang beragama Nasrani. Dari kejauhan Syam, mereka turut menyedari hukuman pemboikotan dikenakan terhadap Ka’ab bin Malik, sedangkan potensinya tidak harus disia-siakan. Ka’ab dianggap memiliki ketokohan dan daya tarikan yang kuat, pengaruh yang hebat, dan mampu memenuhi kepentingan sesiapapun yang diinginkan oleh pihak lain terhadapnya. Beberapa orang pemuda dari Syam telah menyampaikan sepucuk surat kepada Ka’ab dari Raja kerajaan Ghassanid, surat tersebut berbunyi;
أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ قَدْ بَلَغَنِي أَنَّ صَاحِبَكَ قَدْ جَفَاكَ، وَلَمْ يَجْعَلْكَ اللَّهُ بِدَارِ هَوَانٍ وَلاَ مَضْيَعَةٍ، فَالحَقْ بِنَا نُوَاسِكَ
“Amma ba’du; sebenarnya telah sampai berita kepada kami bahawa sahabatmu (Muhammad saw) telah memusuhimu. Allah tidak akan menjadikan engkau untuk menjadi orang hina di dunia ataupun orang yang dihilangkan hak-haknya. Maka datanglah ke tempat kami (sertai kami tinggalkan Rasulullah saw), kami akan menggembirakan hatimu.”
Sungguh luar biasa perhatian Raja Ghassan kepada Ka’ab bin Malik. Ketika posisi Ka’ab berada dalam situasi kritikal kerana dipulaukan oleh Rasulullah saw, seorang pemimpin berpangkat raja yang memiliki rakyat dan kerajaan, harta dan takhta, tanah dan negara memberikan perhatian khusus kepadanya. Saat ke semua saudara-saudara se-Islamnya tidak mempedulikan Ka’ab, masih ada orang yang ingin menyapanya, bahkan ia adalah seorang raja. Namun, mujurlah yang mendapat surat itu Ka’ab bin Malik, seorang mujahid yang hebat. Ka’ab bukan orang yang mudah dipujuk rayu. Ka’ab bukan orang yang mudah diajak melakukan bangkangan terhadap kepimpinan Rasulullah saw. Kecintaan Ka’ab kepada baginda Rasulullah melebihi dunia seisinya. Tidak ada ucapan angkuh yang keluar dari mulut Ka’ab membanding-bandingkan zaman perjuangannya bersama Islam seperti, “Orang luar pula yang memberikan perhatian kepadaku. Di mana sahabat-sahabatku! Jiran tetanggaku! Orang yang satu jamaah denganku?! Mereka langsung tidak peduli kepadaku. Sedangkan aku ada jasa yang besar kepada Islam sewaktu di Uhud. Lebih baik aku mencari haluan lain yang masih memberikan harapan baru kepada bakat yang ada padaku.”
Tidak ada garis kalimat seperti itu yang tercetus dari mulut Ka’ab bin Malik. Beliau menyedari, surat Raja Ghassan itu adalah ujian berikutnya yang harus dihadapi dengan sepenuh kesedaran dan kefahaman. Adapun matlamat dunia dan akhirat yang diinginkannya adalah keredhaan Allah dan Rasul-Nya. Bukan pengakuan atau pengiktirafan manusia, bukan apresiasi Raja Ghassan. Surat Raja Ghassan itu benar-benar merupakan sebuah ujian keikhlasan yang datang tepat pada waktunya, dan Ka’ab mampu melalui ujian ini dengan sempurna apabila beliau menolak pelawaan seorang raja dan membakar surat itu ke dalam unggun api.
Selepas 40 hari pemulauan itu berjalan, timbul bibit-bibit harapan sekalian umat Islam agar hukuman ke atas tiga orang sahabat Nabi itu berakhir. Tetapi perutusan Rasulullah saw membawa satu arahan baru, iaitu perintah supaya Ka’ab bin Malik, Murarah bin Rabi’ dan Hilal bin Umayyah berjauhan dengan isteri. Perutusan Rasulullah saw yang datang bukan perutusan pengampunan, sebaliknya hukuman ditambahkan lagi dengan perintah berpisah tempat tinggal dengan isteri. Hidup dirasakan seperti dalam penjara, tanpa teman, tanpa anak dan isteri yang menemani walaupun hidup di luar tingkap besi. Lengkap sudah kesunyian mereka, ketiga-tiga sahabat Nabi ini menjalani babak baharu dalam hukumannya. Bagaimanapun mereka tetap akur dengan hukuman tersebut, mereka tidak memberontak, menuding kesalahan kepada orang lain, apalagi menolak hukuman berikutnya yang menanti mereka. Justeru, bersantai sahaja di rumah dan tidak bersama-sama kaum Muslimin ke medan perang bukanlah kesalahan yang ringan. Buktinya hukuman masih ditambah dan ditingkatkan.
Di antara ketiga-tiga orang sahabat Nabi yang dipulaukan ini, hanya Hilal bin Umayyah sahaja yang memiliki masalah kerana usianya yang sudah lanjut tua. Lantaran itu, isterinya datang menemui Rasulullah saw, mengadu bahawa suaminya sudah tua dan tidak memiliki pembantu untuk menguruskan sebarang aktivitinya. Isterinya tidak sanggup membiarkan Hilal menjalani kehidupan sendiri dalam usia sedemikian, lantas Rasulullah saw mengizinkan permintaan isteri Hilal bin Umaiyah. Begitulah mulianya adab generasi Islam di zaman RasuliLlah saw, bila arahan dikeluarkan oleh Nabi, mereka mendengar dan taat. Ketika hukuman itu terasa sukar dan memberatkan, mereka menghadap Nabi dengan penuh akur terhadap arahan dan mengharapkan belas kasihan daripada Allah. Itu semua merupakan hak yang diakui oleh Rasulullah saw, ia bukanlah suatu keaiban bahkan inilah contoh interaksi yang sangat mulia di antara orang-orang beriman yang sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya.
Pada malam yang ke-50, seusai Ka’ab bin Malik solat subuh di perkarangan rumahnya, bertafakur menyesali segala perbuatannya, tiba-tiba kedengaran suara teriakan kuat oleh seseorang di puncak gunung Sal’ein, salah sebuah gunung di Madinah;
يَا كَعْبَ بْنَ مَالِكٍ أَبْشِرْ
“Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah.”
Mendengar suara itu, Ka’ab bin Malik pun bersujud syukur dan yakin bahawa taubat ketiga-tiga sahabat RasuliLlah saw yang dihukum itu telah diterima oleh Allah. Seorang dari Bani Aslam meluncur laju menaiki kuda menuju ke pintu rumah Ka’ab iaitu Hamzah bin Umar al-Aslami, kerana beliaulah yang telah mengangkat suaranya yang tinggi di atas gunung membawa berita gembira tersebut. Kegembiraan itu dikongsi bersama apabila baju yang sedang dipakai Ka’ab ketika itu dihadiahkan kepada Hamzah, sedangkan beliau tidak ada baju lain sesudah itu. Ka’ab kemudiannya berangkat segera ke tempat Rasulullah saw dengan meminjam baju orang lain, di sana beliau disambut seorang demi seorang, sekelompok demi sekelompok menyatakan kegembiraan kerana taubatnya telah diterima. Kata mereka kepada Ka’ab sepanjang berada di masjid untuk bertemu Rasulullah saw;
لتَهْنِكَ تَوْبَةُ اللَّهِ عَلَيْكَ
“Semoga gembira hatimu (wahai Ka’ab bin Malik) kerana Allah telah menerima taubatmu itu.”
Demikian akhirnya Ka’ab bin Malik memasuki masjid dan bersalaman dengan Rasulullah saw, dipeluk dan dikucupnya baginda yang sedang menyambutnya dalam keadaan wajah yang girang ibarat terang bulan yang penuh. Diriwayatkan daripada Ka’ab bin Malik;
فَلَمَّا سَلَّمْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم وَهُوَ يَبْرُقُ وَجْهُهُ مِن السُّرُورِ؛ أَبْشِرْ بِخَيْرِ يَوْمٍ مَرَّ عَلَيْكَ مُنْذُ وَلَدَتْكَ أُمُّكَ. قَالَ قُلْتُ؛ أَمِنْ عِنْدِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمْ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ؟ قَالَ؛ لاَ، بَلْ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ. وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا سُرَّ اسْتَنَارَ وَجْهُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ قِطْعَةُ قَمَرٍ، وَكُنَّا نَعْرِفُ ذَلِكَ مِنْهُ
“Ketika aku mengucapkan salam kepada Rasulullah saw, baginda Nabi kelihatan berseri-seri wajahnya kerana gembiranya lalu bersabda; Bergembiralah dengan datangnya suatu hari baik yang pernah engkau alami sejak engkau dilahirkan oleh ibumu. Aku bertanya; Apakah itu datangnya dari sisi Tuan sendiri ya Rasul Allah, ataukah ia dari sisi Allah? Baginda saw menjawab; Tidak, tetapi memang daripada Allah. Adapun Rasulullah saw itu apabila gembira hatinya, maka wajahnya pun bersinar indah, seolah-olah wajahnya itu adalah sepenuh bulan, kita semua mengetahui hal itu.”
Ka’ab bin Malik menjelaskan pengajaran di sebalik pemboikotan kaum Muslimin terhadapnya;
إِنَّ اللَّهَ إِنَّمَا نَجَّانِي بِالصِّدْقِ وَإِنَّ مِنْ تَوْبَتِي أَنْ لاَ أُحَدِّثَ إِلاَّ صِدْقًا مَا بَقِيتُ
“Sesungguhnya Allah telah menyelamatkan diriku dengan berkata benar, maka sebagai tanda taubatku pula ialah bahawa aku tidak akan berkata kecuali yang sebenarnya selama kehidupanku masih berbaki.”
Kemudian turunlah ayat Allah;
لَقَد تَّابَ اللَّه عَلَى النَّبِيِّ وَالْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ فِي سَاعَةِ الْعُسْرَةِ مِن بَعْدِ مَا كَادَ يَزِيغُ قُلُوبُ فَرِيقٍ مِّنْهُمْ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ إِنَّهُ بِهِمْ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
“Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran, sesudah hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Amat belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.” (surah al-Taubah: 117)
وَعَلَى الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا حَتَّى إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنْفُسُهُمْ وَظَنُّوا أَنْ لَا مَلْجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلَّا إِلَيْهِ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
“Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Taubah: 118)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.” (surah al-Taubah: 119)
Alangkah gembiranya perasaan Ka’ab bin Malik apabila diturunkan ayat tadi sehingga beliau berkata dan menjelaskan perihal orang yang berdusta kepada Nabi;
فوَاللَّهِ مَا أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنْ نِعْمَةٍ قَطُّ- بَعْدَ أَنْ هَدَانِي للإِسْلاَمِ- أَعْظَمَ، فِي نَفْسِي مِنْ صِدْقِ رسولِ اللَّهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم أَنْ لاَ أَكُونَ كَذَبْتُهُ فَأَهْلِكَ كَمَا هَلَكَ الَّذِينَ كَذَبُوا، فَإِنَّ اللَّهَ قَالَ لِلَّذِينَ كَذَبُوا حِينَ أَنْزَلَ الوَحْيَ شَرَّ مَا قَالَ لِأَحَدٍ، فَقَالَ عَزَّ وَجَلَّ ؛ ﴿سَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ إِذَا انْقَلَبْتُمْ إِلَيْهِمْ لِتُعْرِضُوا عَنْهُمْ فَأَعْرِضُوا عَنْهُمْ إِنَّهُمْ رِجْسٌ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴾ إِلَى قَوْلِهِ: ﴿يَحْلِفُونَ لَكُمْ لِتَرْضَوْا عَنْهُمْ فَإِنْ تَرْضَوْا عَنْهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ لا يَرْضَى عَنِ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ ﴾.خ
“Demi Allah, belum pernah Allah mengurniakan kenikmatan kepadaku sama sekali (sehebat ini) setelah aku memperolehi petunjuk dari Allah untuk memeluk agama Islam ini, yang kenikmatan itu lebih besar dalam perasaan jiwaku, melebihi perkataan benarku yang aku sampaikan kepada Rasulullah saw, sebab tidakku dustainya sehingga andaikata demikian (sebaliknya mengikut jejak langkah munafik untuk selamat) tentulah aku akan rosak sebagaimana kerosakan yang dialami oleh orang-orang yang berdusta (kerosakan agama bagi dirinya). Sesungguhnya Allah telah berfirman kepada orang-orang yang berdusta ketika diturunkannya wahyu, iaitu suatu kata-kata terburuk yang pernah diucapkan kepada seseorang. Allah berfirman yang ertinya:-
“Mereka akan bersumpah kepadamu dengan nama Allah, ketika engkau kembali kepada mereka, supaya engkau dapat membiarkan mereka. Sebab itu berpalinglah dari mereka itu, sesungguhnya mereka itu kotor dan tempatnya adalah neraka Jahanam, sebagai pembalasan dari apa yang mereka lakukan.”
--- sehinggalah kepada ayat ---
“Mereka bersumpah kepadamu supaya engkau merasa senang kepada mereka, tetapi biarpun engkau merasa senang kepada mereka, namun Allah tidak suka kepada kaum yang fasik itu.” (surah al-Taubah: 95-96)
Inilah kesan tarbiyah daripada peristiwa yang sangat mustahak kita ambil pengajarannya. Peristiwa menarik seperti ini hanya dapat kita saksikan daripada generasi terbaik di zaman Rasulullah saw. Peristiwa ini memberikan pelajaran kepada kita, sekalipun pengajaran itu diambil melalui kesilapan orang-orang soleh terdahulu. Ini kerana, jika generasi keemasan Islam tidak pernah ada orang bersalah, untouchable, maka kita tidak dapat mengesan ibrah daripada kesilapan mereka. (http://www.tarbawi.my/)
Sumber HD - 12-11-2016

Hentam PAS, apa ada pada PAS?
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43170-hentam-pas-apa-ada-pada-pas
PAS parti kerdil sahaja. Pemimpinnya pak lebai. Ahlinya orang kampung. Pengikutnya marhaen. Mereka ikut PAS kerana dasar. Bukan taksub kepada pemimpin. Ahlinya taat selagi pemimpin taat kepada Allah, Rasul dan jamaah. Inilah batas sempadannya.
Pelik juga manusia yang tidak suka PAS. Siang malam hentam PAS. Hentam PAS, kadang-kadang lebih teruk daripada hentam Umno BN. Seolah-olah hilang fokus. Seolah-olah PAS ini hebat dan kuat. Sedangkan PAS tidak perintah negara. Tidak memiliki media yang hebat. Tidak ada cybertrooper yang handal yang tidak takut kepada sesiapa. Kita tidak mampu membiyai cybertrooper yang bekerja 24 jam setiap hari. Tidak ada wang RM90 juta.
Dalam masa yang sama menuduh PAS tidak ada masa hadapan. Ramai orang keluar PAS dan berhijrah ke parti lain. Anak muda tidak bersama PAS. Golongan profesional lari daripada PAS. Peliknya, setiap detik hentam PAS. Tidak guna lawan orang yang lemah seperti PAS.
Kalau PAS lemah, tidak ada nilai, tidak ada harga. Maka tidak perlulah ambil tahu berkenaan PAS. Biarlah apa PAS hendak buat suatu pendirian. Kalau rugi pun PAS, bukan orang lain. Anggaplah PAS ada seperti tiada, barulah kamu senang hati. Binalah kekuatan sendiri, anggaplah PAS tidak ada dipersada politik tanah air. Kepala pun tak sakit. Umno pun pening kepala menghadapi PAS.
Tidak ada untung pun kalau lawan PAS. Sikap PAS tidak akan berubah. PAS sudah 65 tahun melawan Umno BN. PAS sudah 13 kali sertai pilihan raya. Selama 65 tahun ada yang tahan diuji dan ada yang tidak tahan. Berapa ramai pemimpin PAS dan wakil rakyat PAS tidak mengakhiri hayat mereka bersama PAS. Adakah PAS mati?
Walaupun mereka harap PAS akan berkubur, alhamdulillah PAS masih segar bugar seperti rumput yang segar selepas disiram embun. PAS seperti gadis sunti, semuanya hendak melamar. Hasbunallah wani'mal wakil. - HARAKAHDAILY 11/11/2016
Sumber HD- 11-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS sudah 65 tahun, matang dalam tindakan
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43131-pas-sudah-65-tahun-matang-dalam-tindakan
KUALA LUMPUR: "Apabila PAS membuat satu keputusan maka adalah sebabnya," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau berkata, PAS sudah berumur 65 tahun, matang dalam tindakan dan keputusan.
"Jatuh, bangun, menang, kalah, pahit, manis semua sudah dilalui," ujarnya menerusi laman facebook.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, PAS tidak pernah memaksa orang lain mengikut pendiriannya.
Menurutnya, mereka yang tidak bersetuju boleh kata apa sahaja, kerana itu sikap mereka.
Tegasnya, PAS akan bekerja seperti biasa untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini.
"Berapa lama musuh PAS hendak membunuh perjuangan PAS dengan berbagai cara, semuanya gagal. PAS adalah PAS," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 8/11/2016
Sumber HD-8-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nikmat makan sebelum umur 40 tahun
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42921-nikmat-makan-sebelum-umur-40-tahun
KUALA LUMPUR: Nikmat makan sebelum umur 40 tahun merupakan garis pemisah untuk mendapat kelazatan, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau berkata, apabila umur semakin meningkat potensi dihinggapi penyakit begitu kuat.
"Banyak makanan kegemaran terpaksa dikawal berbanding pada waktu muda. Inilah putaran kehidupan," ujarnya menerusi laman facebook.
Tambahnya, banyak nikmat hidup dapat dirasai ketika umur 40 tahun ke bawah.
Justeru, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu apabila umur meningkat, banyak nikmat dan kelazatan hidup semakin berkurangan.
Oleh itu, ujarnya amat malang bagi seorang yang umurnya semakin lanjut tetapi jauh dengan Allah sedangkan nikmat dunia banyak yang tidak dapat dinikmati. - HARAKAHDAILY 22/10/2016
Sumber HD - 22-10-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Walaupun PAS makin tua, tapi evergreen
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42831-walaupun-pas-makin-tua-tapi-evergreen
MELAKA: Islam dibawa PAS mencakupi kehidupan, pemerintahan hingga kepada kematian dan berterusan sampai hari kiamat.
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS bukan lawan Umno kerana soal rasuah dan ketelusan, tetapi mahu kesyumulan Islam dihayati.
"Apa sahaja kita buat, strategi kita, segalanya meletakkan Islam mendahului. Inilah rahsia PAS. Dulu PAS tiada apa-apa di Melaka, tetapi kerana Islam kita bertahan dan kuat.
"Dasar Islam kita tidak pernah dikompromikan. Kita mungkin boleh menang jika buang dasar ini, tapi akan terima buruknya kemudian," tegasnya pada ceramah sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 di Balai Islam Pernu, Telok Mas, malam tadi.
Menurut beliau, elemen ilmu antara perkara yang menjadi kekuatan PAS yang didapati dari para ulamanya menerusi kuliah dan dakwah umum dilaksanakan.
Begitu juga katanya, dukungan teguh dari kalangan profesional kepada PAS yang terdiri daripada pelbagai bidang.
PAS ujarnya, turut terdiri dari aktivis dengan pelbagai keupayaan dan kesanggupan yang menarik banyak pihak kepada PAS.
"Dua entiti PAS kita berjaya masyarakatkan ialah Pasti dan Jabatan Amal. Dua-dua ini pemiliknya adalah Dewan Pemuda PAS. Kekuatan PAS juga kerana tarbiyah yang jadi agenda sama ada secara fardi atau jamaie.
"Kita orang PAS, bila bercakap biar kita buat (laksana). Ini yang kita tekan kepada semua ahli kita terutama pimpinan. Kerana lagi tinggi, lagi banyak gangguan syaitan padanya. Jadi perlukan tarbiyah," terangnya.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, janaan usrah menyebabkan banyak fungsi parti dapat digerakkan dan Pemuda PAS tidak mempunyai halangan besar melaksanakannya.
Majlis Syura Ulamak juga katanya, adalah kekuatan penting PAS selaku penjaga dasar agar parti sentiasa bergerak selari Islam berpandukan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qiyas.
Malah PAS jelasnya, mempunyai ahli yang taat melaksanakan perintah dan arahan parti di mana perkara itu tiada dalam parti lain.
Menyentuh isu politik semasa, PAS menurutnya dihentam oleh lawan termasuk kalangan parti pembangkang lain.
Kini menjelang pilihan raya ujarnya, parti-parti lain mula dan mahu mendekati PAS mengajak untuk bersama kerana kekuatan yang ada serta pengalaman.
"Walaupun PAS makin tua, tapi evergreen. Dah jadi macam gadis sunti, semua pakat mahu dengan PAS. Tambah Umno, tak sempat cadang, dah sokong," sindirnya menyebab hadirin ketawa.
Tambah beliau lagi, PAN yang cuba memburuk-burukkan PAS kini tiada modal selain mengulang propaganda sama.
Sebagai gerakan siyasah dakwah, fokus PAS jelasnya, tidak hanya tertumpu pilihan raya tetapi juga pelbagai perjuangan lain meliputi kebaktian kepada manusia.
Tegas beliau, PAS tekad menggantikan Umno dan membawa rakyat dengan Islam. - HARAKAHDAILY 15/10/2016
Sumber HD - 15-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kos sara hidup meningkat tanggungjawab kerajaan
DS Zahid Hamidi berkata jangan marah pada kerajaan sahaja kerana kenaikan kos hidup. Ia di luar kemampuan kerajaan untuk kawal. Beliau berkata negara pengeluar minyak yang lain pun menghadapi masalah yang sama. Jangan pula macam cerita Pak Pandir anak orang lain juga mati, bukan anak kita sahaja yang mati.
Kerajaan tidak boleh lepas diri daripada tanggungjawab ini. Ia tidak boleh tutup dengan BRIM sahaja. Sekarang ini pun rakyat sudah pandai menjawab BRIM setahun sekali, GST setiap hari. Kononnya kos sara hidup tidak meningkat apabila GST diperkenalkan hanya khayalan semata-mata. Realitinya rakyat cukup terkesan.
Kerajaan kena fikirkan langkah drastik untuk mengatasi perkara ini. Gaji yang rakyat bayar kepada Menteri supaya memikirkan untuk kesenangan rakyat. Bukan memikir untuk kesenangan kroni
Janganlah ambil contoh negara yang tidak boleh diteladani. Ambillah contoh negara yang baik. Perlu ambil contoh negara serantau yang dekat dengan negara kita seperti Singapura, Thailand, Indonesia. Kenapa negara ini tidak seteruk negara kita. Pada hal khazanah alam di negara kita melebihi daripada negara mereka. Minyak, balak, bauksit, emas, mutiara, bijih timah, bijih besi semuanya pakej lengkap anugerah Allah kepada negara kita.
Stail kepimpinan negara selalu banding dengan negara yang lebih teruk. Apabila kita kritik soal kebebasan demokrasi maka mereka suruh rakyat banding dengan Zimbabwe.
Isu kebejatan ekonomi menjadi punca dan tata kelola yang tidak betul menyebabkan ekonomi menjadi seperti ini. Masalah 1MDB, derma RM2.6 bilion, pendedahan DOJ semuanya menjadi ramuan untuk menjadikan ekonomi negara kita tidak menentu. Nasib malang menimpa rakyat bawahan. Harga getah tidak naik. Sedangkan kos operasi semakin meningkat kerana GST dan kejatuhan mata wang.
Sehingga 31 Disember 2015 hutang negara RM630 bilion atau 54.5 % daripada KDNK. Negara masih beruntung kerana masih ada lagi kantong emas daripada dalam negara seperti KWSP, Amanah Pencen, Tabung Haji, Lembaga Tabung Amanah Tentera. Tetapi sampai bila kantung ini akan bernafas, kalau asyik-asyik dihisap tanpa ada penambahan. Dulu ada Felda dan Petronas, sekarang tidak lagi boleh menjadi balang oksigen. – HARAKAHDAILY 14/10/2016
Sumber HD - 14-10-2016

Konvoi lawan konvoi, bukan konvoi lawan penendang
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42755-konvoi-lawan-konvoi-bukan-konvoi-lawan-penendang
Tindakan baju merah menyerang dan menendang pasukan konvoi Bersih 5 perlu dikutuk. Jangan bawa budaya samseng dalam politik Malaysia.
Walaupun PAS tidak sertai perarakan Bersih 5, bukan bererti PAS menyokong tindakan yang tidak bertamaddun ini. PAS juga bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk pilihan raya adil.
PAS menentang sebarang bentuk kezaliman dan tindakan tidak bermoral. Kerana ini merupakan ajaran Islam sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud, "Bantulah saudara kamu yang dizalimi".
Sekarang zaman millennium baharu, bukan cara politik tahun 60-an yang bersifat barbarian. Politik hujah melawan hujah, program lawan program. Bukan konvoi lawan penendang. Baju merah boleh kerah sebanyak mungkin untuk buat seperti konvoi Bersih 5. Bukankah negara kita negara demokrasi?
Pihak polis perlu mengambil tindakan segera untuk kenal pasti siapa yang terlibat. Tidak payah mana untuk mengambil tindakan, kerana gambar jelas terpampang di media sosial dan audio.
Jangan biarkan budaya samseng ini menular di dalam masyarakat.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
8 Muharam 1438 / 9 Okt 2016 - HARAKAHDAILY 9/10/2016
Sumber HD - 9-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasuah, rosak ikan bermula dari kepala
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42734-rasuah-rosak-ikan-bermula-dari-kepala
APA sudah jadi dengan kakitangan awam yang dituduh terlibat dengan rasuah. Kenapa terjadi demikian? Sudah rosakkah modal insan di negara ini. Mereka yang terlibat, umur sudah lanjut untuk membilang hari di penghujung usia. Tidak takutkah mereka dengan azab Allah.
Terbaru, SPRM telah merampas RM112 juta wang ekoran tertangkapnya dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah. Jumlah ini merangkumi RM52 juta tunai dan RM60 juta dalam simpanan. 30 orang kakitangan SPRM terpaksa mengambil masa 15 jam untuk mengira wang RM52 juta. Cuba bayangkan berapa lama masa perlu diambil oleh SPRM kalau hendak membilang RM2.6 bilion? Ini tidak termasuk barang kemas, kereta mewah, wang asing, geran tanah, jam tangan mewah, 94 beg tangan berjenama.
Semua suspek kes ditahan kerana melibatkan RM3.3 bilion dana projek Pusat untuk pembinaan infrastruktur asas sejak tahun 2010. Cuba bayangkan berapa banyak overcharge yang kerajaan (baca wang rakyat) terpaksa membayar kalau komisyen sebanyak itu? Berapa banyak kerugian wang rakyat dibazirkan untuk memenuhi tembolok beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.
Adakah di belakang mereka ini ada tangan ghaib sehingga mereka berani berbuat demikian. Kita harapkan akan terbongkar siapakah dalang di sebalik tindakan mereka apabila di bawa ke pengadilan.
Adakah mereka ini yang menjadi pembekal kepada kegiatan politik wang di negara ini. Inilah bahaya apabila politik wang bermaharajalela, sama ada di dalam pemilihan parti atau pilihan raya negara.
Rakyat amat ternanti-nanti ikan besar pula ditangkap oleh SPRM. Rosak ikan bermula di kepala. Berani kerana benar, usah takut dan gentar. Rakyat akan bersama SPRM. – HARAKAHDAILY 7/10/2016
Sumber HD - 7-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pas sambut baik cadangan Kerjasama Tapi Bukan Gabung Tumbang BN Posted on Saturday, September 10 @ 22:01:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31606 |
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, bentuk kerjasama yang boleh dijalankan adalah perbincangan supaya hanya berlaku pertembungan satu lawan satu dengan BN pada PRU14.
“Soal supaya bergabung itu, saya rasa pimpinan Pas tidak ada bincang. Kerjasama ini tidak semestinya bergabung, mungkin kerjasama secara tidak langsung bagi menghadapi pilihan raya.
“Apa yang disuarakan Mahathir bertujuan menukar kerajaan sekarang dan ia selari dengan pendirian Pas,” katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Mahathir menyatakan sejak 59 tahun lalu, pembangkang tidak berjaya mengalahkan BN disebabkan kegagalan mereka untuk bekerjasama dengan baik.
Beliau turut menyarankan Pas untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain bagi menumbangkan BN.
Mengulas perkara tersebut, Idris berharap tidak ada pihak melabel Pas bersama BN hanya kerana parti itu tidak berada dalam satu gabungan pembangkang.
“Kita sebuah parti pembangkang dan kami kini berada dalam satu blok politik ketiga pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan),” katanya.
Sumber TKO - 10-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pondok Ancaman Kepada Umno?
Apa masalahnya dengan sistem pondok? sehingga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki suruh mengkaji sistem pondok untuk mengelak lahirnya golonga radikal dan pelampau.
Beliau berkata demikian ketika beliau berucap pada Mesyuarat Agung ke-39 Guru-Guru Agama Malaysia Barat di Kota Bharu.
Kita hendak tanya berapa orang yang terlibat dengan kumpulan radikal seperti Daesh dan IS, hasil keluaran pondok?
Ada juga mereka yang terlibat dengan kumpulan radikal ini yang tidak belajar di pondok dan pendidikan agama. Kenapa hendak kambing hitamkan pondok?
Sepatutnya kerajaan kena membantu sistem pondok sebagai tanda pendekmokrasian dalam pendidikan.
Bantu cukuplah, jangan pula untuk campur tangan dalam urusan pondok dan ubah kurikulum pondok kerana terbukti kurikulum pondok berjaya melahirkan ulamak yang berwibawa dan mantap dari segi keilmuan untuk menyelesaikan masalah semasa seperti perbankan Islam.
Semuanya terpaksa merujuk kepada kitab turath (asal). Mereka yang pernah melalui pengajian pondok amat diperlukan untuk memahami nas asal syarak.
Kerajaan sepatutnya berterima masih kepada pengajian pondok yang berusaha untuk membina modal insan di negara ini ketika masyarakat yang dilanda dengan krisis moral dan akhlak.
Guru pondok yang mengajar dengan ikhlas, pengajian tanpa yuran yang bukan bersifat perniagaan…………ini yang patut kerajaan bangga.
Apakah Dr Asyraf marah kerana majoriti pondok menolak Umno sehingga Ia menjadi ancaman kepada Umno, bukan ancaman kepada negara.
Majoriti pondok menyokong PAS, walau pun ini bukan pondok PAS, tetapi apa yang diajar dipondok sealiran dengan perjuangan PAS.
Nasihat saya Dr Asyraf jangan gopoh untuk membuat tuduhan. Jika ada kes yang melibatkan pelajar pondok di dalam kegiatan ini, ia hanya kes yang terpencil.
Sebagaimana juga mereka yang belajar di universiti terlibat dengan anasir ini, maka tidak boleh kita menyalahkan universiti.
Semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan. Semata-mata SAR menjadi ancaman kepada Umno!
***YB Ustaz Hj Idris Hj Ahmad ialah Naib Presiden PAS
Sumber BO - 9-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Dia yang ada masalah, bukan parti yang dia sertai'
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42387-dia-yang-ada-masalah-bukan-parti-yang-dia-sertai
KUALA LUMPUR: "Jika masuk PAS kerana manusia, keluar PAS kerana manusia. Sayang PAS kerana manusia, benci PAS kerana manusia.
"Orang seperti ini tidak boleh duduk di dalam mana-mana parti atau jamaah," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.
Katanya, mana ada jamaah atau parti yang sempurna.
Begitu juga, tambahnya mana ada pemimpin yang memimpin parti yang sempurna.
"Akhirnya orang boleh buat rumusan bahawa dia yang ada masalah, bukannya parti yang dia sertai," kata beliau.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, hanya masa yang akan menjawab.
"Jika kita panjang umur, kita akan mendapat jawapan yang sebenar," ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/9/2016
Sumber HD - 3-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gambaran terakhir oleh Almarhum Dato’ Ustaz Harun Taib, terhadap PAS Dengan Apa Yang Sedang Berlaku Dalam PAS Sekarang Posted on Wednesday, August 31 @ 22:42:25 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31516 |
Sekarang ni bising dan hingar bingar cakap-cakap yang mengatakan “habislah PAS kali ini, siapa lagi nak bersama dengan PAS, golongan bijak pandai dalam PAS telah tidak terpilih masa muktamar baru ni, sebahagian mereka ni nak menubuhkan parti baru, habislah PAS, ramailah nanti yang akan bersama mereka” dan berbagai-bagai versi ungkapan negatif, celaan dan hinaan dikenakan keatas PAS dan pimpinan PAS sekarang.
Saya teringat satu peristiwa yang saya yakin masih segar dalam ingatan kita semua. Muktamar PAS kali ke59 yang diadakan pada 22 hingga 24 Nov 2013 yang bertemakan “Rahmat Untuk Semua” di Stadium Melawati Shah Alam menyaksikan AlMarhum Tuan Guru Dato’ Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS telah diamanahkan oleh muktamar untuk berdoa ketika penutup Muktamar.
Antara doa AlMarhum Tuan Guru Harun Taib ialah;
الَّلهُمَّ عَلَيكَ بِأَعدَاءِ الحِزبِ الِإسلَامِيِّ فِي الدَّاخِلِ وَالخَارِجِ
“Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh Parti Islam didalam dan diluar”.
Doa itu segera mendapat perhatian sesetengah perwakilan yang menganggap hal itu merupakan satu isu kritikal yang perlu diambil perhatian oleh ahli.
Sehari sebelum Muktamar penuh bermula, di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, Muktamar Dewan Ulama meluluskan usul mengenai “Pemikiran Islam Dan Pluralisma Yang Menyesatkan “,menyentuh aktiviti beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang disifatkan sebagai gerakan yang menyebarkan fahaman Islam liberal.(Harakah 25-28 Nov 2013)
Sekembalinya saya dari muktamar, saya terus mengadap AlMarhum dan bertanya “Ustaz! Mengenai doa yang Ustaz baca semasa penutup tu, musuh luaran ana fahamlah, tapi apa maksud Ustaz mengenai musuh dalaman ni sehingga doa itu ditujukan sama dengan musuh luaran?”
Al-Marhum TG Harun Taib dalam keadaan tidak berapa sihat tapi apabila dikemukakan soalan tersebut terus menjawab pertanyaan saya dengan penuh semangat dan nada yang sangat tegas dan yakin;
” Din, kalau anta umur panjang, anta akan tengok Allah Ta’ala akan bersihkan PAS dari semua anasir-anasir yang merosakkan Pas dari dalam!”
“Anta kena faham, PAS adalah jamaah Islam tulin yang menepati ciri-ciri jamaah Islam yang Allah dan RasulNya jelaskan sifat-sifatnya dalam Quran dan hadith. Allah tak akan redha Pas berada dalam keadaan yang ada sekarang ini melainkan Allah akan bersihkan Pas!”
Al-Marhum seperti biasa akan mendatangkan hujahnya dengan AlQuran atau hadith lalu Al-Marhum membacakan kepada saya ;
مَّا كَانَ اللَّهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَجْتَبِي مِن رُّسُلِهِ مَن يَشَاءُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا فَلَكُمْ أَجْرٌ عَظِيمٌ
( Ayat 179 Surah Ali- Imran)
“Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.”
Saya suka untuk menyalinkan di sini beberapa sedutan tafsiran ulamak mengenai ayat ini.
1) Mujahid berkata “Pada saat terjadi perang Uhud itu Allah membezakan antara orang-orang mukmin dengan orang-orang munafiq”
2) Qatadah berkata “Allah membezakan mereka melalui jihad dan Hijrah.”
3) Ibnu Abas dan kebanyakan mufassirin mengatakan ayat ini ditujukan secara umum kepada orang kafir, orang mukmin serta kepada orang munafiq.
4) Syed Qutb mengatakan “Nas AlQuran ini memastikan bahawa bukanlah urusan Allah dengan keagungan UluhiyahNya dan bukan perbuatan sunnahNya untuk membiarkan saff Islam bercampur aduk tanpa dilakukan penapisan di mana orang munafiq bersembunyi di sebalik pengakuan beriman dan memakai simbol Islam..”…
“…Semua itu menghendaki supaya saff kaum muslimin dicairkan untuk mengeluarkan kotorannya, ditekan supaya runtuh batu bata bangunan yang rapuh kemudian disiasat untuk mengetahui bahagian-bahagian dalamnya dari segala sudut dan bahagiannya.”
“Oleh kerana itu,adalah menjadi urusan Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Bukan menjadi urusanNya untuk membiarkan kaum mukminin berada dalam keadaan seperti sebelum terjadinya goncangan ini”
Sebaik saja saya teringat akan doa AlMarhum Tuan Guru Harun Taib dan ayat 179 Ali- Imran yang dibacakan pada saya dan memerhatikan apa yang sedang berlaku dalam Pas ini,maka fahamlah saya kenapa Dato’ Seri Tuan Guru Presiden menjawab soalan wartawan yang bertanya beliau adakah tidak bimbang setelah terdapatnya ahli parti yang bertindak meletakkan jawatan.
TGHAH mengungkapkan dengan senyuman “Untuk pembersihan Parti dengan sendirinya!”. Ungkapan itu diucapkan apabila wartawan bertanyakan Tuan Guru Presiden soalan tersebut ketika menghadhiri Majlis Eidul Fitri Badan Perhubungan PAS Terengganu pada hari Khamis 28 Syawal 1436 , 13 hb Ogos 2015.
Akhirnya saya menyeru ahli-ahli dan pemimpin PAS jangan bimbang dan bersedih dengan apa yang berlaku sekarang dan yakinlah dengan Allah sepenuhnya bahawa Allah sentiasa memelihara PAS dan Allah akan melakukan pembersihan berterusan dalam Pas selagi mana jamaah kita berada dilandasan yang benar.
Saya juga menyeru sahabat-sahabat dan bekas pemimpin Pas yang masih menjadi ahli Pas agar bertenang, bersabar dan terus Istiqamah di dalam PAS dan jangan biarkan diri kita ini menjadi antara yang ditapis oleh Allah dari jamaah ini.
Oleh : Hj Zainuddin Abu Bakar
AJK Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Pas Pusat
Sumber TKO - 31-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jerung sudah ditangkap, bila pula bapa jerung
TAHNIAH SPRM yang telah berjaya mengekalkan rekod cemerlang dengan menangkap jerung besar di kalangan tiga pegawai tinggi. Terus serbu, jangan peduli walaupun Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pegawai yang ditangkap seorang yang dedikasi terhadap tugas. Rakyat tetap bersama SPRM, walau pun kita sedar SPRM mempunyai kekangan kuasa.
Kita mengharapkan supaya akan terdedah pula siapa bapa jerung di belakang mereka. Adakah mereka berani berbuat demikian? Adakah mereka hanya dikambinghitamkan sahaja? Kalau mereka pun sudah dapat mengumpul RM13 juta, sehingga ada yang disimpan di atas siling rumah sebanyak RM400,000.
Ertinya berapa banyak wang negara musnah. Berapa juta ketirisan wang negara hilang akibat perbuatan ini. Apakah banyak lagi habuan yang diperoleh oleh orang lain. Semuanya akan terjawab apabila dibicarakan nanti.
Saya pernah menyebut di dalam parlimen, supaya pegawai mesti ada keberanian untuk tidak mengikut arahan daripada mana-mana orang atasan, kecuali dengan bertulis. Kerana banyak sejarah penangkapan rasuah yang terlibat hanya pegawai.
Mungkin kerana takut, atau hendak mengampu atau hendak naik pangkat. Apabila jadi seperti begini siapa yang akan menanggung akibat. Maruah kelurga, masyarakat akan ingat sampai mati.
Lebih malang lagi kebanyakan yang sudah masuk umur pencen, sudah tua. Nikmat hidup pun sudah tidak seberapa. Apakah berbaloi dengan pengakhiran hayat begitu rupa. Makanlah apa yang ada, jangan tamak. Yang paling penting rasuah dan penerima rasuah tempatnya di dalam neraka.
PAU 2015: Melayu masih menjadi cagaran
Berkobar-kobar Datuk Seri Najib Razak berucap merasmikan Perhmpunan Agung Umno 2015 di
hadapan 2,654 perwakilan dari 191 bahagian Umno.
Terdapat nada sinis kepada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Shafie Apdal
dan mantan Presiden Umno Tun Mahathir Mohamad.
Keputusan Mesyuarat Kerja Tertinggi Umno yang tidak membenarkan Timbalan Presiden
merasmikan mesyuarat sayap-sayap Umno dan terbaru hanya membenarkan Presiden sahaja yang
membuat penggulungan pada hari terakhir merupakan keputusan luar biasa. Semuanya almaklum.
Setiap tahun laugan hidup Melayu kedengaran supaya Umno terus dipercayai. Taktik menakutkan
perwakilan dan pemerhati dengan andaian jika Umno kalah, seolah-olah Melayu juga akan
kehilangan kuasa.
Sudah menjadi lumrah, Melayu akan dijadikan bahan cagaran untuk kekalkan kuasa. Ini hanya skrip
yang diulang tayang setiap tahun.
Mereka tahu bahawa orang Melayu terpengaruh dengan emosi, sehingga tidak sedar siapa yang
menyebabkan Melayu hilang taring dan kuasa politik dan ekonomi.
Sepatutnya amanah yang digalas oleh Umno sejak merdeka tidak kedengaran lagi Melayu terpinggir
daripada semua sudut, walaupun ada perubahan. Tetapi tidak sepadan dengan waktu yang
diamanahkan untuk Umno mentadbir.
Walaupun penubuhan agensi yang bertujuan untuk mengangkat darjat Melayu masih tidak
kesampaian. Walaupun adanya Fama, Felda, Felcra, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Tekun,
semuanya mendapat dukungan kerajaan, namun natijahnya gagal kerana sikap tidak amanah dan
dikendalikan oleh mereka yang bukan ahlinya.
Projek dianugerah bukan kerana merit, tetapi kerana parti.
Berapa banyak tanah orang-orang Melayu terlepas ke tangan orang lain, semuanya angkara
tokoh-tokoh politik Umno yang rapat dengan pihak berkuasa.
Saya tidak perlulah ulang beberapa fakta yang melibatkan orang Melayu seperti tanah rezab Melayu,
royalti kepada Kelantan, diskriminasi pembahagian baja, subsidi masih lagi berlaku.
Semuanya dilakukan oleh orang sesama bangsa, yang hari ini bertempit sorak hidup Melayu.
Insya Allah, PAS bersedia menggantikan Umno untuk menyelamatkan negara dan rakyat. -
HARAKAHDAILY 10/12/2015
Penulis ialah Naib Presiden PAS.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UG dan ISIS: Insya Allah PAS masih waras
KUALA LUMPUR: "UG dan ISIS seperti siang dan malam, ertinya tidak boleh bersekali dalam
apa keadaan sekali pun," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Menurut beliau, UG boleh duduk semeja berbincang dengan kerajaan.
Tambahnya, manakala ISIS kumpulan yang tidak ada demokrasi, perundingan dan perbincangan.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, tindakan mereka kejam tanpa mengikut ajaran Islam.
"Tiba-tiba PAS dituduh UG dan ISIS. Mana satu yang betul. Insya Allah, PAS masih waras," ujarnya menerusi laman facebook.
Justeru, Beliau menjelaksan bahawa kekuatan PAS bukan bergantung kepada pimpinan sahaja.
"Tetapi PAS gagah kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan," ujarnya.
Oleh sebab itu, tegas beliau bergolak macam mana di dalam PAS, parti tetap utuh.
"Ahlinya ditarbiah bukan taksub kepada batang tubuh seorang pemimpin, tetapi kepada PAS, selagi
parti masih berpegang dengan dasar Islam," jelas beliau. - HARAKAHDAILY 3/12/2014
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuduh kafir mengkafir 80-an, PAN pula isu takfir
KUALA LUMPUR: Pada tahun 1980-an isu kafir mengkafir dituduh oleh pemimpin Umno kepada
PAS.
"Sedangkan apa yang berlaku ialah ulama PAS hanya menceritakan batas-batas iman dan kufur," ujar
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Terbaru, katanya timbul pula isu takfir oleh pemimpin parti PAN.
Justeru, beliau mengharapkan penyokong PAS terus bergerak ke hadapan.
"Banyak lagi kerja kita, sedangkan masa begitu singkat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit
Gantang menerusi laman facebook.
Dalam tulisan yang lain, beliau berkata biarlah apa orang hendak kata dan cerca, PAS bertindak
berdasarkan hujah al-Quran, Hadis, Ijmak, Qias.
"Kadang-kadang orang tengok pelik, tetapi itulah PAS.
"Bukan perkara baru, kerana PAS sudah 64 tahun meniti liku perjuangan di negara ini," ujarnya lagi.
Menurutnya, ketika PAS dianggap dagang kerana berbicara tentang sistem Islam, PAS tetap
menonggah arus dan yakin dengan perubahan bersama Islam. - HARAKAHDAILY 25/11/2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahli PAS mesti berbangga dengan akhbar parti
KUALA LUMPUR: “Sebagai ahli PAS kita mesti berbangga dengan akhbar parti. Perasaan kita terlalu gembira apabila kita melihat orang membacanya di dalam kedai makan, lapangan terbang, di dalam bas, LRT,” ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.
Oleh itu, katanya jadilah ahli PAS yang boleh menyumbang kepada penyebaran maklumat parti.
Menurutnya, mudah sahaja untuk menyumbang saham kemenangan kepada PAS.
Kata beliau lagi, Harakah ialah akhbar parti dan akhbar alternatif.
“Dapatkan maklumat parti daripada akhbar parti. Ia merupakan berita parti dan pendirian parti secara rasmi,” ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman facebook.
Katanya, ketika pihak yang tidak senang dengan PAS cuba membentuk persepsi yang tidak baik, maka jadikanlah Harakah sebagai sumber pencerahan maklumat. – HARAKAHDAILY 15/11/2015
Sumber HD - 15-11-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Manusia ini akan mendatang masalah kepada jamaah
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Mesyuarat merupakan medan mengeluarkan pandangan," kata Naib residen PAS, Idris Ahmad.
Justeru, ujarnya pro dan kontra suatu idea adalah lumrah di dalam mesyuarat.
"Jangan pula proses perbincangan yang belum menjadi keputusan kita bawa keluar," ujarnya menerusi laman facebook.
Menurutnya, ahli mesyuarat yang tidak berguna sekali ialah dia hanya datang untuk memberi pandangan dan selepas itu dia keluar.
"Pandangan orang lain, dia tidak mahu mendengar. Manusia ini memang akan mendatang masalah kepada jamaah," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Bukt Gantang. - HARAKAHDAILY 10/11/2015
Sumber HD - 10-11-2015
No comments:
Post a Comment