Peguam Negara AS Jeff Sessions mendedahkan fakta tersebut di ‘Global Forum on Asset Recovery’ dan menyebutnya pada minit 4.26. – Foto AFP Malaysia mendakwa tiada wang yang hilang dalam skandal 1MDB namun Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump mengatakan ia “menahan” aset bernilai AS$3.5 bilion daripada dana pelaburan negara yang dimulakan Perdana Menteri Najib Razak tersebut. “Sebagai contoh, hampir separuh daripada AS$3.5 bilion hasil rasuah yang kami tahan adalah berkaitan dengan hanya satu tindakan penguatkuasaan. Beliau menggelar skandal 1MDB sebagai “kleptokrasi paling buruk” dan berkata lebih AS$4.5 bilion dana pengubahan wang haram melalui urus niaga yang kompleks oleh beberapa syarikat bayangan dari Switzerland dan Singapura ke Luxembourg dan AS. “Tetapi pegawai yang didakwa rasuah dan sekutunya dilaporkan menggunakan dana untuk berbelanja mewah: AS$200 juta untuk harta tanah di California Selatan dan New York AS$130 juta dalam hasil seni AS$100 juta dalam label musik Amerika. Termasuk A$265 juta kapal layar. Yang mana keseluruhannya bernilai AS4.5 bilion.” “Jabatan Kehakiman AS kini berusaha untuk memberikan keadilan kepada semua mangsa skim ini,” katanya. – Majalah Review Malaysia – MRM Sumber TKO - 5-12-2017 Patutlah PM Najib diam tentang 1MDBhttp://www.harakahdaily.net.my/index.php/subky/43690-patutlah-pm-najib-diam-tentang-1mdb RIUH sedunia orang menyoal Perdana Menteri Najib tentang skandal 1MDB yang langsung di bawah tanggungjawabnya. Bertubi-tubi ia dibangkitkan di Parlimen sejak beberapa sesi yang lalu. Banyak pegawai penting melepaskan jawatan atau diminta melepaskan jawatan justerunya antaranya Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Ungku Aziz dan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Ada juga beberapa orang anggota Jawatan Kuasa Kewangan Negara tidak dapat meneruskan penyiasatan atas isu itu kerana dijadikan Timbalan Menteri. Macam-macam soal dibangkitkan mengenainya. Semua soalan itu macam masuk ke telinga kuali. Perdana Menteri buat dak aja, membisu seribu bahasa. Banyak juga isu lain yang dituding kepadanya dibiarkannya saja tak berjawaab, tetapi kadang-kadang ada disentuhnya di tempat lain semasa bercakap di perhimpunan Umno misalnya. Tetapi tentang 1MDB ini didiamkanya. Paling akhir bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin membangitkannya dalam rencana di akhbar. Teguran Daim itu satu tohmah yang tajam terhadapnya walau idak menyebut namanya. Itupun diam juga. Budak-budak menteri dilepaskan mengulas komen Tun Daim itu. Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan yang terlibat terus dengan syarikat pelaburan kerajaan itu yang jadi milik terus kementerian kewangan sepatutnya menjelaskaan yang amat dimusykilkan itu. Tetapi dia membisu. Jika dia menemui ajal sebelum kes ini diselesaikan, maka kita tidak akan dapat penjelasan dari saksi utama. Dia tidaklah dilahir bisu, tidak boleh bercakap. Dia petah dan banyak juga bercakap tetapi tentang IMDB langsung kelu. Mengapa agaknya? Mungkin orang fikir lazimnya dia tidak mudah menjawab dalam apa masalah jua yang disasarkan kepadanya. Dalam sesi Parlimen yang terbaru tiga orang bekas anggota kabinetnya, TS Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Husni membangkitkan perkara !MDB itu. Amat menarik semua orang atas luahan mereka. Maka tiada siapa yang menjawab takwil yang dibangkitkan. Tiba-tiba berdatang amaran Tan Sri speaker terhadap ketiga bekas menteri itu. Mereka dikatakan mungkin sudah melanggar sumpah menyimpan rahsia kerajaan semasa hendak memegang jawatan itu. 1MDB itu adalah rahsia di bawah OSA. Barang siapa membocorkan barang rahsia itu boleh dikenakan tindakan. Maka ketiga-tiga lebai malang itu dipanggil mata-mata untuk memberi keterangan. Tentulah mereka diancam oleh masalah mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan jika didapati nanti mereka melanggar sumpah menyimpan rahsia. Dengan amaran Speaker dan siasatan yang polis buat itu, fahamlah kita mengapa PM Najib tidak menjawab semua perkara yang dibangkitkan tentang 1MDB. Apa sebabnya? Perdana Menteri mestilah menjadi contoh tidak melanggar sumpah menyimpan rahsia kerajaan. Berat hukumannya jika disabitkan mahkamah. Sebagai pegawai nombor satu atau MO1 Perdana Menteri menyimpan rahsia serapat-rapatnya. Biarlah orang lain melanggar sumpah itu, tetapi bukan Perdana Menteri. Pantang Tok Pawang memecah timba. Apa lagi dapatan Ketua Audit Negara atas siasatan 1MDB itu sudah dimasukkan dalam OSA. Logiknya bukan Perdana Menteri sengaja tidak mahu jawab dan beri penjelasan tetapi dia dihalang oleh sumpah memegang jawatan dan tidak mahu melanggar OSA. Baru kita faham patutlah dia diam. - HARAKAHDAILY 28/12/2016 Sumber HD - 28-12-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hutang 1MDB dan projek yang berkaitan dengannya tidak diklasifikasikan sebagai hutang kerajaan persekutuan, kata menteri kewangan. "Oleh itu, hutang syarikat 1MDB dan projek yang berkaitan dengannya tidak menyumbang kepada jumlah hutang kerajaan persekutuan," kata Datuk Seri Najib Razak. Beliau yang juga perdana menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen terhadap soalan lisan Teresa Kok (DAP-Seputeh). Anggota parlimen pembangkang itu mahu tahu jumlah hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 30 September 2015 dan 30 September 2016. Beliau juga mahu tahu jumlah hutang yang disumbangkan oleh syarikat dan projek berkaitan 1MDB. Dalam jawapannya, Najib berkata jumlah hutang kerajaan persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 52 peratus daripada KDNK. Daripada jumlah berkenaan, katanya lagi, sebanyak 95.9 peratus (RM628.98 bilion) adalah hutang domestik, sementara 4.1 peratus (RM26.9 bilion) lagi merupakan pinjaman luar pesisir. "Jika dibandingkan pada Jun 2015, hutang kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM627.5 bilion atau 54.2 peratus daripada KDNK. "Kedudukan hutang kerajaan persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana,” katanya. Sementara itu, berkaitan data berkaitan hutang bagi September 2016 melalui laporan ekonomi suku ketiga tahun ini, Najib berkata ia akan diterbitkan pada November (bulan depan). Sumber TKO - 1-11-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Permohonan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bagi kebenaran untuk mencabar status sulit laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 akan didengar pada 26 Oktober ini. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norazlin Othman menetapkan tarikh itu apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini. Peguam Azmin, Michelle Sunita Kummar dari firma Tommy Thomas & Co memberitahu pemberita bahawa pendengaran itu akan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Hanipah Farikullah. Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR, bulan lalu memfailkan permohonan semakan kehakiman dan menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan kerajaan sebagai responden pertama, kedua dan ketiga. Permohonan itu dibuat bawah Perintah 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mencabar pengelasan laporan itu sebagai sulit bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Beliau juga memohon perintah mandamus untuk memaksa ketiga-tiga responden, ejen dan pegawai untuk mengubah status sulit laporan 1MDB itu, menurut Seksyen 2C daripada OSA, dan memohon laporan itu didedahkan kepada orang ramai. Permohonan semakan kehakiman perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu bagi memastikan permohonan itu bukannya remeh atau menyusahkan. Ini adalah cabaran kedua ke atas status sulit audit akhir 1MDB selepas ahli Umno Melaka Muhammad Zahid Arip memfailkan cabaran sama sebelum ini. Permohonan Zahid ditetapkan untuk pendengaran pada 10 November nanti. Sumber TKO - 13-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ MO1 ialah PM: SPRM perlu buka kembali kes 1MDBhttp://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42356-mo1-ialah-pm-sprm-perlu-buka-kembali-kes-1mdb SAH, MO1 ialah PM. Wang di akaun PM, duit 1MDB atau derma Arab? Terima kasih Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengesahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ sememangnya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Cuma, ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan kabinet dan juga PM sendiri? Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ada asasnya? Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM? Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1, bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata? Pengakuan Abdul Rahman juga sepatutnya menjadi berita baik kepada kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras rasuah. SPRM perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DOJ secepat mungkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara. SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula. PAS, dan kami yakin semua parti politik akan menyokong penuh SPRM dalam usaha ini untuk menaikkan lagi imej SPRM dan menangkis tuduhan bahawa SPRM tidak berani menangkap ikan jerung. TUAN IBRAHIM TUAN MAN Timbalan Presiden PAS 1 September 2016 – HARAKAHDAILY 1/9/2016 Sumber HD - 1-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 1MDB ‘Soalan Terlarang’ Di ParlimenDUNGUN – Walaupun Sidang Parlimen adalah masa dan peluang kepada Ahli Parlimen untuk bertanya sebarang persoalan rakyat, tapi dua soalan tidak dibenarkan untuk di tanya iaitu isu RM2.6 billion dan juga 1MDB. Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd. Ramli berkata, mana-mana wakil rakyat ditegah dari mengemukakan dan apa-apa soalan tentang 1MDB ada ‘soalan terlarang’ di parlimen. “Di Parlimen, dua soalan tak boleh ditanya, satu ,RM 2.6 billion, soalan banyak tapi tak boleh tanya, yang kedua 1MDB punya hutang,” “Presiden Amerika, Harry S.Truman kata kamu tak boleh jadi kaya dengan politik, melainkan kamu seorang yang sangat jahat. Barisan Nasional(BN) semua kita tahu, rasuah ada didalamnya, penyangak ada di dalamnya, pecah amanah ada di dalamnya, dan Dungun daripada 13 pilihanraya, “PAS menang tiga penggal, 10 Barisan Nasional menang, kita kenal pemimpin Barisan Nasional, kita tengok pemimpin Barisan Nasional, bila mereka jadi wakil rakyat, bila jadi Ahli Parlimen mereka bekerja untuk sape? Kita kena bekerja untuk rakyat, kena fikir untuk rakyat, kena buat polisi untuk rakyat,”jelas beliau. Yang DiPertua PAS Dungun itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Bersama Masyarakat Tionghua pada 2hb Ogos di Kampung Batu 5, di sini. Majlis yang turut dihadiri oleh tiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mendapat sambutan dari masyarakat Cina. Seramai 200 orang hadir, walaupun pada masa yang sama JKKK mengadakan program bersama polis, terdapat juga jamuan dan cabutan bertuah disediakan, kira-kira 100 meter dari lokasi tersebut. Ustaz Wan Hassan turut menyebut, ”Kaum tionghua di Batu 7, Batu 6 dan Batu 5, mendapat keistimewaan sedikit di zaman PAS memerintah, tahun 1999 hingga 2004, saya ingat, satu tokong dalam ni, tak dapat geran, “tokong sudah lama bina tiada geran tanah. Jadi kita cari, kita kena lulus, sebab ini kampung dia, kena bagi tak boleh. Tuan Guru Haji Hadi lulus dalam mesyuarat exco.” Menurutnya, penduduk di kawasan itu juga mendapat hak milik tanah-tanah mereka pada era pemerintahan PAS, hak rakyat yang tidak diselesaikan oleh Umno dan BN. “Kita tengok kampung-kampung zaman PAS dulu diberi geran, ini tanggungjawab kerajaan kepada rkyat, tidak kira parti masa tu, sape dia rakyat, dia berhak kena beri, akan datang kita beri kepada PAS untuk menang di Dungun ni,” “Kita beri sumbangan, ADUN-ADUN masing- masing cari, sebab kita tiada peruntukan , kita cari, bila kita dapat kita bagi, kalu tak cukuppun , kita keluarkan duit kocek kita, yang penting sama-sama kita susah, sam-sama kita senang biar rakyat tentukan pilihan,”kata beliau. Beliau turut menegaskan, PAS tidak pernah berhenti menentang Umno dan BN, dan mana-mana dakwaan PAS mahu bergabung dengan Umno adalah tidak benar sama sekali. “jangan dengar siapa-siapa (yang lain), kena dengor pemimpin PAS, ada orang tanya, betul ke PAS mau baik sama UMNO? kita lawan sama UMNO daripada dulu, kita tak pernah berhenti lawan ini UMNO, “tuan-tuan kenal pemimpin Barisan Nasional tu siapa, tuan-tuan kenal pemimpin PAS tu siapa, jadi bila mereka masuk pilihan raya, pilih pemimpin PAS kerana mereka bekerja untuk rakyat, kerana mereka ada tanggungjawab,”tegasnya. Pada Majlis tersebut juga, seramai 70 orang tionghua yang kurang berkemampuan dan warga emas telah menerima sumbangan berupa wang dan beras. Jho Low, kalau tiada tempat bersorok...Di Malaysia, 1MDB walaupun kelihatan cacat, akan tetapi ia tidak kelihatan cela. Pelbagai agensi kerajaan menyatakan tiada duit yang hilang daripada 1MDB, dan tiada siapa yang melakukan kesalahan di dalam 1MDB. Setakat ini, isu 1MDB masih tiada kes di Malaysia meskipun ia digembar-gembur merata dunia. Bukan itu sahaja, malah di Malaysia, mereka yang menyoal 1MDB akan disiasat, bukan sebaliknya. Mereka yang meneka siapa Malaysia Official 1 akan dipanggil. Di sini, tiada kes sivil untuk menyita harta meskipun ada duit berbilion masuk ke akaun peribadi. Apabila Jho Low kembali ke Malaysia, yakinlah dia akan dirai. Malah akan dijemput makan bersama oleh VIP-VIP untuk membincangkan projek seterusnya. Kini, lega Jho Low boleh bertambah. Malah dia boleh rasa lebih selamat kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudahpun dikuatkuasakan. Baliklah Jho Low. Tak perlu malu-malu. Nak berjoli, berjolilah di Malaysia, sekurang-kurangnya duit yang ada itu digunakan di dalam negara. Malah, kerajaan boleh kutip GST lagi. Dan Malaysia Official 1 pun boleh terasa lega, kerana anda tidak direman di mana-mana negara. Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS
Goldman Sachs Group Inc dilaporkan telah disepina oleh pihak berkuasa Amerika untuk mendapat dokumen yang berkaitan dengan urusan dengan 1MDB The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, memetik individu yang biasa dengan perkara itu, berkata melalui bawah sepina itu, bank itu menyediakan dokumen itu kepada pihak penyiasat. Akhbar itu bulan lalu melaporkan bahawa penyiasat Amerika cuba untuk menentukan sama ada Goldman Sachs melanggar undang-undang apabila ia tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung satu transaksi yang mencurigakan yang melibatkan firma dana berkenaan. Bagaimanapun, dilaporkan hari ini bahawa pihak berkuasa sehingga ini belum menemubual pekerja dan bekas pekerja Goldman. "Goldman Sachs juga menyediakan maklumat kepada Lembaga Kewangan Singapura, bank pusat bandar republik itu dan pengawal selia kewangan yang juga telah bertanya tentang tugas firma itu bagi dana berkenaan - 1MDB - kata individu tersebut," lapor akhbar itu. Ia berkata, Jabatan Kehakiman (DOJ) dan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti, bersama-sama dengan Jabatan Negara New York bagi Perkhidmatan Kewangan, sedang meneliti peranan Goldman dalam siri jualan bon yang diuruskannya untuk 1MDB. Tindakan terbaru itu ekoran tindakan DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset berkaitan dengan 1MDB pada hari Rabu, 20 Julai, dalam apa yang dilihat sebagai tindakan terbesar yang pernah dibuat di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative.. WSJ berkata hubungan Goldman dengan 1MDB dapat dikesan sejak pelancaran firma itu pada tahun 2009. Bank itu telah menaja-jamin tiga tawaran bon bernilai AS$6.5 bilion, dan ia telah menasihatkan firma itu bagi dua pengambilalihan. Peranan Goldman dalam mengatur jualan bon itu, dan kira-kira $590 juta yang diperolehi firma itu dari 1MDB untuk perkhidmatannya, dinyatakan dalam saman sivil kerajaan Amerika Syarikat itu, katanya. Sumber TKO - 30-7-2016 ------------------------------------------------------------------------------- Muhyiddin akan bersama PKR jelajah isu 1MDB Posted on Saturday, July 30 @ 15:38:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah |
Bekas Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin telah bergabung dengan PKR untuk memulakan siri jelajah seluruh negara bagi menjelaskan skandal 1MDB secara mudah kepada orang ramai.
Dalam penampilan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin berkata mereka akan menumpukan usaha di kawasan bandar dan luar bandar.
"Saya fikir jika isu 1MDB tidak dijelaskan secara meluas dalam bahasa yang mudah. Orang-orang tidak akan tahu kesan dan kesannya kepada negara," kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Ditanya kemudian jika kerjasama ini bermakna beliau akan menyertai PKR, Muhyiddin berkata ia bukan satu isu dan beliau akan menyokong inisiatif PKR tanpa mengira parti mana yang disertainya.
Muhyiddin akhirnya dipecat daripada Umno bulan lalu selepas mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB. Sumber TKO - 30-7-2016
No comments:
Post a Comment