BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, July 1, 2016

SUDUT PANDANG ORANG LUAR TENTANG PARTI POLITIK DAN ISU - ISU SEMASA (JILID 3)


Haji tak mabrur jika menggunakan perbelanjaan dari sumber haram.
Posted on Monday, January 02 @ 11:30:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33059



Dilaporkan bahawa kerajaan melalui Yayasan 1MDB akan menghantar 1,000 orang mengerjakan haji. Ertinya 1MDB melalui Yayasannya akan menanggung segala perbelanjaan 1,000 orang tersebut.

Hasrat kerajaan yang diumumkan PM Ds Najib Tun Razak ini mendapt respon dari Dr Mahathir Mohamad. Dr MAhathir mengatakan haruslah haji itu tak mabrur kerana menggunakan wang 1MDB, kerana kemungkinan ia dari wang 1MDB yang diselewengkan.

Dan ekoran dari itu, menteri kerajaan, Dr Asyraf Wajdi menyanggah respon Dr Mahathie dengan mengatakan hanya ALLah yang boleh dan berhak menentukan mabrur atau tidaknya haji yang dicadangkan tersebut.

Penulis sentiasa bersikap adil dalam memberi pendapat. Sebab ALLah menekankan keadilan maka walaupun kita benci terhadap sesetengah perbuatan Dr Mahathir, namun penulis kena bersikap adil.

Haji adalah rukun yang memerlukan perbelanjaan yang besar, ribuan ringgit, bukan seringgit dua. Kalau haji tak sah, memanglah terkilan sebab duit dah keluar banyak tapi haji tak sah. Demikian juga jika haji tak mabrur. Nabi mengatakan dalam Sabda Baginda mafhumnya "Haji yang mabrur tidak lain ganjarannya adalah syurga" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dr Wajdi berkata hanya Tuhan yang boleh menentukan mabrur tidaknya haji. Penulis katakan, kerana politik dan jawatan, Dr kita ini tidak melihat syarat-syarat haji, salah satunya perbelanjaan hendaklah dari sumber yang halal.

Samalah macam nak solat, diri mesti bersih dari najis dan hadath. Ertinya apabila syarat2-syarat sah solat telah disempurnakan, kita haruslah menanamkan keyaqinan dalam hati solat kita diterima ALLah. Kesempurnaan rukun syarat adalah sebahagian tanda solat diterima ALLah yang harus kita yaqini. Demikian juga haji, jika hasil harta yang dicuri atau hasil harta dari judi digunakan untuk mengerjakan haji, hampir pasti hajinya tidak mabrur, walau rukun syarat perlaksanaannya sempurna.

Apakah Dr Wajdi tidak terfikir hal seperti ini maka dengan mudah berkata hanya ALLah boleh menentukan mabrur tidaknya haji. Penulis hampir pasti Dr kita ini tahu peranan rukun syarat ibadah, kalau tidak, tidaklah ia bertitle Dr agama.

Hampir mustahil Dr Wajdi tidak tahu perbelanjaan haji hendaklah dari sumber yang halal. Sabda Nabi mafhumnya "Sesungguhnya ALLah itu baik dan Dia tidak menerima melainkan yang baik" (Riwayat Muslim). Jika kita hanya berkata "Hanya ALLah boleh menentukan sah batal mabrur tidak haji", tidak perlulah kita meneliti rukun syarat ibadah, sedangkan rukun syarat itulah batas sah batal. Dan akhirnya nanti akan ada yang berkata "Walau dia makan hasil judi, hanya ALLah yang boleh menentukan hukum syurga neraka baginya"

Penulis bersetuju dengan kata-kata Dr Mahathir itu. Ia ada kebenaran sebab kita semua dah ketahui, sejak sekolah tingkatan lima lagi, belajar bab haji, perbelanjaan haji mestilah dari sumber yang halal.

Dan 1MDB mahu menaja 1,000 orang mengerjakan haji inipun satu hal. Dahlah berhutang rm40bilion, sekarang nak menaja orang ke Mekah pula. Sepatutnya semua harta 1MDB yang ada hendaklah digunakan untuk membayar hutang terlebih dahulu. Hukum membayar hutang adalah wajib. Setelah hutang selesai barulah berkira-kira untuk membuat amal kebajikan. Ini hutang bertapuk, mahu pula memperlihatkan kedermawaan menaja orang mengerjakan haji yang tentunya memerlukan perbelanjaan yang besar. Bab ini Dr Wajdi tidak pula bersuara.

Inilah akibat apabila politik dan pangkat telah menjadi keutamaan hidup, bicara agamapun menjadi sempit.
Wassalam.


Sumber TKO- 2-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Mahathir pelupa terbesar dalam sejarah Melayu?
Posted on Wednesday, December 14 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32831



Memang mengikut protokol diplomasi, jika sesebuah negara berasa kurang senang cara negara lain menangani sesuatu isu antarabangsa, ia wajar membuat bantahan rasmi terhadap negara berkenaan.

“Ketika saya menjadi PM dan Aung San Suu Kyi ditangkap, saya tulis surat dan hantar seseorang bertemu beliau.

“Saya sendiri berjumpa pihak berkuasa Myanmar dan bawa mereka lihat kebaikan demokrasi kerana pada peringkat itu (antara eksekutif) kita tak perlu menunjuk perasaan,” kata mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Justeru itu, beliau berasa bingung mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan kuasa selaku perdana menteri, sebaliknya turut menunjuk perasaan bersama pemimpin PAS, di Stadium Titiwangsa Ahad lalu.
Mahathir merumuskan Perhimpunan bagi mempamerkan Solidariti Bersama etnik Rohingya, yang disertai Najib itu tidak mengikut kesopanan diplomasi. 
Mahathir berhujah  bahawa tunjuk perasaan adalah suatu bentuk penentangan terhadap penguasa, bukan digunakan oleh penguasa terhadap penguasa lain.
“Hari ini saya menunjuk perasaan tetapi saya tidak lagi dalam kerajaan,” kata Mahathir menyindir dan meremehkan tindakan Najib itu.
Yang pasti perhimpunan solidariti itu bukan dianjurkan oleh kerajaan. Perkara ini sudah dijelaskan oleh Najib dalam perhimpunan agung Umno sehari sebelumnya bahawa pembabitan beliau ialah sebagai presiden Umno yang menentang kezaliman yang sedang berlaku. 
Perhimpunan itu dikelolakan 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menarik perhatian badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) supaya menghentikan penghapusan kaum di Myanmar. 
Persoalannya, sentimen rakyat Malaysia itu sudah pun dimaklumkan kepada pihak berkuasa Myanmar apabila isu “orang hanyut Rohingya” melanda negara-negara Thailand, Malaysia dan Indonesia kira-kira dua tahun lalu.
Bagaimanapun tragedi zalim itu seolah-oleh tidak diambil endah oleh kerajaan Myanmar. Sebaliknya, kekejaman yang dianggap penghapusan etnik terancang semakin memburuk. 
Ini menimbulkan persoalan, apa lagi tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan berdaulat seperti Malaysia. Kedegilan dan ketidakpedulian Myanmar adalah ketara dan boleh dirumuskan sama keangkuhan rejim Israel terhadap rakyat Palestin. 
Salah satu tindakan kerajaan Malaysia ketika itu dipimpin oleh Tun Dr Mahathir ialah menganjurkan perhimpunan solidariti rakyat Malaysia dengan nasib rakyat Palestin bersama pemimpin-pemimpin PAS. 
Pada malam 9 Mei 2002, Di Dewan Bahasa dan Pustaka, Mahathir dan presiden PAS, Almarhum Datuk Fadhil Nor berkongsi pentas mengutuk kezaliman Israel. Peristiwa itu disiarkan secara langsung di televisyen. 
Tidakkah Mahathir berkuasa membuat aduan dan bantahan rasmi pada badan-badan dunia supaya menghukum Israel menghentikan kezaliman mereka itu? 
Tidakkah Mahathir dalam ucapannya menggunakan hujah bahawa solidariti rakyat Malaysia bersimpati nasib rakyat Islam Palestin? Tidakkah yang erat menghubungkan tindak tanduk perdana menteri Malaysia ketika itu ialah Islam? 
Kini mengapa apabila Umno bekerjasama dengan PAS sekali lagi menunjukkan solidariti dengan rakyat Islam Rohingya di Myanmar Mahathir merumuskan bahawa demonstrasi adalah hak rakyat untuk memprotes kerajaan sahaja?
Beliau menjadikan pendiriannya sekarang sebagai seloroh bahawa hari ini beliau mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan kerana tidak lagi pemimpin kerajaan. 
Memang Melayu mudah lupa. Tidakkah kenyataannya dalam kes ini menunjukkan beliau ialah pelupa Melayu terbesar dalam sejarah?
Sewajarnya, beliau melihat isu Rohingya ini sebagai satu isu kemanusiaan, sepertimana pendiriannya ketika menyertai himpunan solidariti untuk rakyat Palestin pada 2002. 
Lanjutan itu, sewajarnya juga beliau mengambil inisiatif mengajak parti DAP yang tidak lagi “cauvinis” di matanya itu supaya turut menyertai himpunan berkenaan. 
Apakah Mahathir khuatir rumusannya tentang DAP tidak lagi rasis itu silap dan bimbang DAP enggan turut serta kerana masih dihinggap penyakit Islamofobia hanya kerana mangsa kekejaman itu ialah orang Islam?
Berlaku jujurlah Mahathir. Cakap  siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Rakyat dapat membaca bahawa beliau kembali ke gelanggang politik bukan kerana mahu menyelamatkan Malaysia tetapi memastikan sejarah Malaysia moden berakhir dengan peletakan jawatannya

LOKMAN RAMLEE
ANTARAPOS

Sumber TKO -14-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------


Orang Asli Setaraf Melayu atau Bumiputera, Lim Kit Siang Patut DiSekolahkan
Posted on Tuesday, December 13 @ 14:47:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32817



Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mahu Perlembagaan Malaysia dipinda bagi membolehkan Orang Asli (OA) setaraf dengan masyarakat Melayu dan Bumiputera dari segi keistimewaannya. Antara keistimewaan tersebut termasuk pendidikan, perkhidmatan awam, biasiswa, perniagaan dan perlindungan dalam soal tanah rizab, ujar beliau.

DAP mengamalkan politik manipulasi. Mereka mempunyai pakar dalam memanipulasikan keadaan dan situasi. Mereka akan menggunakan sumber kewangan yang besar dalam menjalankan usaha-usaha ini.

Apabila Kelantan mengalami banjir mereka mengeluarkan banyak wang untuk membantu mangsa banjir atas usaha untuk memberikan gambaran bahawa mereka prihatin dan dalam masa sama mereka menyerang PAS dengan memberikan bantuan kepada musuh PAS, PAN supaya kekuatan PAS menjadi makin lemah.

Tapi apabila Pulau Pinang mengalami banjir, mereka minta bantuan Kerajaan Pusat tidak pula menggunakan wang yang banyak untuk membantu mangsa banjir.


Banjir dianggap peluang (opportunities) untuk meruntuhkan keupayaan PAS di Kelantan, tapi alhamdulillah PAS berjaya menghadapinya dengan baik. Malah Kerajaan Kelantan telah memberikan rumah percuma kepada mangsa banjir.

Selepas banjir mereka memainkan isu balak. Isu balak pun tak kuat kerana yang banyak melulus balak Hussam Musa. Akhirnya terpaliti dimuka Husam sendiri.

Akhirnya mereka manipulasi Orang Asli.

Sekarang ini isu Orang Asli nampak macam boleh menggugat PAS Kelantan, maka DAP pun hadir ke tempat Orang Asli di Gua Musang selepas Konvensyen PAN dengan pelbagai bantuan untuk membangkitkan kemarahan orang asli kepada kerajaan PAS Kelantan.



DAP telah menjanjikan akan memperjuangkan hak bumiputera, pendidikan dll kepada orang asli dan menjanjikan akan dimasukkan dalam perlembangaan persekutuan.

Kalau orang bodoh macam PAN dan IKRAM pasti akan percaya.

Tahukah kita bahawa kedudukan orang Asli telah termartud kukuh dalam perlembagaan Malaysia. Lim Kit Siang (LKS) dan DAP sepatutnya merujuk kepada Perkara 8 (5) c Perlembangaan Persekutuan, Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan (Kesamarataan).

c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;

LKS dalam kenyataannya disiarkan oleh Malaysiakini mempersoalkan kedudukan Orang Asli dari segi pendidikan dan mencadangkan mengubal perlembagaan.

Orang PAN dan IKRAM akan berhujah, lihat bertapa baiknya DAP untuk orang asli bukan macam Ustaz Ahmad Yaakob MB Kelantan zalim, jahat dan buruk (Dengar ucapan Husam pada Konvensyen PAN dia kata Ustaz Ahmad Yaakob DEWA, itulah akhlak mulia kononnya anak didik TGNA)

 Malah perbahasan usul pada konvensyen PAN 2016 yang dibentangkan oleh perwakilan Awan PAN

menunjukkan kebodohan mereka. Kalau Anda dengar dengan ayat Quran dan dalil-dalil tetapi bodoh dengan maklumat yang benar. Saya tak tahu apa dibuat oleh Jawatankuasa Penapis Usul PAS... tidur?

Saya telah menulis bahawa konvensyen ini hampas, penuh dengan caci maki untuk PAS saling tak tumpah macam UMNO (Anda boleh baca di sini). Rupanya UMNO tak maki PAS kerana dia pasing button kepada PAN untuk maki PAS.

Ini maklumat sebenar yang mana usul Orang Asli yang anda buat itu taada fakta yang benar. Lain kali sebelum buat usul kaji dulu. Cakap profesioal kerja macam budak sekolah.

 Ini kedudukan orang asli 2006

Ini kedudukan tanah orang asli.



Ini data terkini yang sepatutnya AWAN PAN dapatkan dulu sebelum nak bentang usul bela orang asli. Jangan mudah percaya kepada DAP (Jadi Khadam bahasa kasar)

Sedangkan mereka tak tahu DAP tu DUA MUKA.


Kalau kita rujuk kepada perkara 12  (1) kedudukan ini telah ada dalam perlembagaan Persekutuan.

(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir
Untuk makluman pembaca, yang mungkin LKS dan DAP tidak semak semasa membuat kenyataan tentang akta khusus untuk Orang Asli iaitu Akta 134, Akta Orang Asli 1954 telah dipinda kali terakhir pada tahun 1967 dan disemak pada tahun 1974. (ada 18 muka mengenai akta ini, sila rujuk di sini)

Perkara yang penting untuk Orang Asli yang menjadi isu sekarang yang dimanipulasi oleh PAN dan DAP iaitu isu hak tanah adat serta aspek lain turut dijamin dalam Akta 134.

Akta itu dengan jelas mengiktiraf hak milik tanah adat Orang Asli dan apa yang perlu dibuat jika ada pencerobohan atau pertikaian.

Seksyen 6, 7 dan 8 Akta 134 menggariskan tugas kerajaan negeri bagi mengisytiharkan tanah diduduki Orang Asli sebagai rizab Orang Asli dengan beberapa syarat, antaranya memang mereka kekal tinggal di sana.

Seksyen 9 pula menyatakan Orang Asli tidak boleh memindah hak milik atau memajak tanah tanpa persetujuan pihak berkuasa, manakala Seksyen 10 menyatakan masyarakat itu tidak perlu meninggalkan tempat tinggal mereka, walaupun diisytiharkan tanah rizab Melayu. Ini LKS bodoh nak samakan OA dengan Melayu.

Namun, Akta 134 juga menyatakan pihak berkuasa negeri boleh memerintahkan mereka meninggalkan tempat tinggal mereka dengan beberapa syarat, termasuk pemberian pampasan.

Seksyen 17 Akta 134 juga menyentuh soal pendidikan, antaranya tiada pihak boleh menghalang Orang Asli ke sekolah dan mereka tidak boleh dipaksa mengambil pendidikan agama, kecuali dengan persetujuan ibu atau bapanya. Ini anda boleh rujuk isu di Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi tahun lalu, dimana 7 murid Orang Asli melarikan diri dari asrama.


Penyelaras Biro Orang Asli PSM, Suresh Kumar pun menempelak LKS dalam isu mengubah perlembagaan untuk OA.

Hentilah manipulasi orang asli. Sepatutnya kita perlu bantu orang asli keluar daripada penempatanya untuk sama-sama merasai pembangunan negara.

Dulu orang Melayu telah merasai perkara ini. Orang Melayu tinggal di kampung-kampung, manakala orang asing tinggal di bandar dengan pelbagai kemudahan dan pembangunan negara. Orang Melayu tinggal dalam kegelapan dan kemunduran. Mereka terpencil, hina dan menjadi kolot. Nikmat pembangunan tidak dirasai kerana kebodohan pimpinan UMNO. Kini PAN nak suruh orang asli bodoh selama-lamanya seperti orang Melayu zaman dahulu. Profesionallah kononnya PAN.


Sumber TKO - 13-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------

BERSATU Memulakan Langkah Yang Silap Kerana Ego Seorang Mahathir
Posted on Monday, December 12 @ 23:20:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32810



BERSATU menolak tuah kerana keangkuhan Mahathir. PAS melalui mulut Tuan Ibrahim Tuan Man telah bertindak tepat dengan situasi politik mutakhir apabila mempelawa BERSATU dan PKR menyertai GAGASAN SEJAHTERA. Gabungan PAS, BERSATU, PKR dan beberapa parti lain lebih berpotensi untuk memenangi kerusi-kerusi di kawasan majoriti Melayu dan kawasan campuran. Tetapi sayang, Mahathir selalu silap dalam cerdiknya.
Sejak menjadi PM hingga kini Mahathir tidak pernah kendur kebenciannya kepada PAS yang berjuang untuk Islam. Di sudut lain kenyataan-kenyataan beliau terhadap Islam banyak yang kontradik dengan PAS. Agaknya inilah hikmahnya Allah tidak mengizinkan Mahathir berjuang bersama-sama PAS.
Gabungan PAS, PKR, BERSATU andai terbentuk menjadi satu suara dan kuasa Melayu yang berbisa untuk menumbangkan UMNO/BN. Sebelum ini, PAS dan PKR sudah berjaya menguasai 48% sokongan Melayu. Sekiranya BERSATU berjaya menarik 20% sahaja undi dari Melayu UMNO, sudah pasti gabungan ini mampu menumbangkan UMNO di banyak tempat.
Dijangkakan 20% ahli UMNO bersedia untuk bersama dengan parti Muhyidin Yassin itu. Mereka ini bersedia untuk berada dalam blok pembangkang demi menjatuhkan Najib yang dilihat menjahanamkan bangsa, ekonomi dan negara. Namun mereka yang berdarah daging dengan citra Melayu terenjat apabila pemimpin BERSATU sanggup bersekongkol dengan parti cauvanis Cina DAP. Mereka tetap memandang DAP sebagai berpewatakan ala-komunis, peragut keistimewaan Melayu dan anti-Islam.
Tiba-tiba dalam situasi ini, mereka diajak untuk bersama-sama dengan kelompok cauvanis tersebut. Penulis menjangka bahawa ramai di kalangan ahli dan penyokong UMNO yang asalnya bersedia untuk bersama-sama BERSATU akan berpatah balik. Sama-sama kita saksikan sejauh mana BERSATU berjaya mendapat sokongan daripada ahli UMNO. Secara peribadi penulis menjangkakan hanya 10% daripada ahli UMNO akan menyertai BERSATU.
Dengan 10% itu, BERSATU tidak akan menjadi suatu parti yang cukup kuat untuk berhadapan dengan UMNO. Gabungan PKR dan BERSATU hanya mampu menarik sekitar 23% undi Melayu. PAS dengan 35% dan UMNO 42%. Justeru, pembaca boleh menilai sendiri kekuatan kuasa Melayu melalui gabungan BERSATU dengan PH.
Andai PAS, PKR dan BERSATU berada dalam satu blok, sudah pasti kuasa pendesak Melayu akan lebih dominan. Bersama-sama dengan PAS ada bukan Melayu melalui DHPP dan PKR yang berteraskan ‘multiracial’. Ini mampu menarik sokongan pelbagai kaum yang bersifat lebih toleran. Dan apabila parti WARISAN pimpinan Shafie Afdal bersedia bersama dalam blok pembangkang, potensi besar untuk melihat kejatuhan BN.

Inilah sebenarnya bacaan politik PAS. Inilah asas strategi PAS untuk menghadapi PRU14. Tetapi sayangnya suara Mahathir masih berbisa bagi Mahyudin Yassin.



 Sebarang pertelagahan antara mereka berdua akan menjadikan BERSATU yang bersimbolkan bunga raya itu layu sebelum berkembang. Terpulanglah. Penulis berbangga dengan pendirian PAS yang tegas berprinsip.



Sumber TKO - 12-12-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Himpunan UMNO kutuk DAP Himpunan PAN kutuk PAS
Posted on Monday, December 12 @ 21:30:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32809



Sebelum ini Presiden PAN, Hj Mohamad Sabu kesal, katanya Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini langsung tidak membincangkan isu-isu penderitaan rakyat seperti hutang negara, kenaikan harga barangan, kejatuhan ringgit, pengangguran dan lain-lain. (anda boleh rujuk laman parti PAN)

Umno kini sudah tidak peduli lagi kepayahan rakyat, sebaliknya, kata beliau, PAU kali ini sarat dengan serangan-serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan DAP, dengan ucapan-ucapan yang berapi-api dan penuh semangat.

“Ke manakah perginya golongan cerdik pandai Melayu sehingga bisu dan pekak serta buta dengan ucapan-ucapan Najib yang memperbodoh-bodohkan rakyat sepanjang Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berlangsung?” Soal Mat Sabu.


Pasal itu PAN akan menjadi benteng pertahankan DAP. Engkau orang tahu apa makna benteng? Ingat bagaimana sahabat Nabi s.a.w. menjadi tubuh mereka sebagai benteng mempertahankan Nabi s.a.w. PAN akan jadi tubuhnya untuk pertahankan DAP.

Sepanjang konvensyen PAN saya cuba untuk mencari  perbincangan isu-isu penderitaan rakyat seperti hutang negara, kenaikan harga barangan, kejatuhan ringgit, pengangguran dan lain-lain seperti Mohamad Sabu kritik UMNO. Tak ada pun. Memang PAN ni kalau ktirik orang macam dia tu sangat baik, bila tiba masanya dia lebih teruk lagi daripada orang yang dikritik termasuk UMNO.

Apa yang ada sepenjang konvensyen tersebut tidak lain daripada caci maki kepada parti lama mereka iaitu PAS. Walapun ada sekatan menyebut PAS dalam Konvensyen ini seperti timbalan speaker menegur Khalid Samad apabila menyebut PAS dalam pengulungannya tetapi mereka menggunakan istilah 'parti lama'.

Malah Husam Musa dengan jelas menyerang PAS solah-olah PAS pemimpin PAS hilang agama dalam dirinya. MB Kelantan digambar seorang yang tamak, jahat dan bongkok membelakangi agama Islam. Sangat buruk perangai dan belum pernah saya dengar orang UMNO menghina MB Kelantan seperti Husam Musa menghina MB Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob.

Itulah realiti konvensyen PAN 2016.

Apa yang ada dalam perbincangan konvensyen PAN? Semuanya kutuk PAS, maki hamuim. Minta kerusi dan jawatan, tak boleh kutuk Azmin dan PKR.

Nak bertanding semua kerusi PAS, nak bertanding Terengganu dan Kelantan untuk jatuhkan kubu PAS.

Saya masih bersangka baik bila Mujahid berucap, harap ulama liberal PAN ini tak kutuk PAS, tapi pada akhir ucapan sempat juga diperlinya PAS.

Habis masa saya mengikuti konvensyen PAN ni tak ada apa yang boleh dibanggakan MELAINKAN CACI MAKI dan KUTUK PAS. NAK JAWATAN, KUTUK PKR dan AZMIN.

Benarlah kata-kata setengah orang PAN sudah hilang jati diri dan hala tuju. Untuk kekal mereka akan menggunakan taktik jahat buat dan sebar fitnah kononnya PAS dengan UMNO akan bergabung. Setiap ucapan pimpinan PAS diputar belit dan disebar luas di media massa untuk membunuh kreator dengan harapan mereka akan dapat sokongan daripada golongan yang buta maklumat dan mereka yang lemah daya berfikir.


Sumber TKO - 12-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahathir Keliru dan silap bukan PAS
Posted on Saturday, December 10 @ 21:32:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32787



Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS berhadapan kekeliruan dalam memperjuangkan wadah politiknya kerana keengganan PAS bekerjasama dengan gabungan pembangkang jika ada DAP dan PAN.

“PAS sedikit keliru, pada masa ini mereka sebahagian daripada kerajaan Selangor yang ada DAP. Pada masa sama, mereka tak mahu bersama kita (Pakatan Harapan),” katanya semasa sidang media sempena Konvensyen parti PAN di Shah Alam, hari ini.

Orang kata Mahathir ni hebat politiknya. Penasihatnya terdiri daripada pakar yang mengatur pergerakan politik. Dia menguasai cara pemikiran politik yang banyak dipengaruhi oleh buku "The 48 Laws of Power".

Tapi 'bab' (perkara) mengenai kerajaan Selangor Mahathir menjadi makin keliru dan tersilap. Entah dia tak tahu atau sengaja buat tak tahu. Kerajaan Selangor bukan KERAJAAN PAKATAN HARAPAN seperti yang diwar-warkan. Kerajaan Selangor adalah kerajaan AZMIN + PAS + UMNO + MEREKA YANG TOLAK SD.


Suka saya membawa artikel yang ditulis oleh Nordin Ali dalam perbincangan kali ini yang mengesahkan Mahathir seolah-olah buta maklumat. Kalau setakat puak PAN dan IKRAM tak faham saya rasa boleh kita abaikan kerana mereka ini ta'asud dan lemah untuk berfikir secara matang. Mahathir takkan bodoh juga melainkan Mahathir ini mengunakan politik MACAI untuk menjahatkan orang lain seperti biasa digunakan untuk berkuasa 22 tahun dalam UMNO.

Anda boleh baca di sini. Nordin Ali mengulas dengan bukti yang sangat jelas bahawa Kerajaan Selangor sekarang bukan kerajaan PAKATAN HARAPAN dan kerana itu PAS masih boleh berkuasa dengan Exco dan aktiviti. Manakala parti PAN banyak kali diperli oleh Azmin kerana mahukan jawatan. Malah DAP menjilat semula ludahnya daripada letak jawatan exco dengan berkata mereka kekal exco kerana tak mahu PAS berkuasa mengubal undang-undang di Selangor.

Kalau orang yang berfikir, mendalami., mencari maklumat, mengkaji sudah tentu mereka akan tahu tentang kedudukan PAS di Selangor menyelamatkan kerajaan Selagor daripada UMNO. Pasal itu kedudukan PAS masih utuh di Selangor dan PKR menjaga PAS Selangor (walaupun mereka tidak suka).

Azmin sangat memahami perkara ini dan pasal itu Azmin banyak kali memihak kepada PAS daripada PAKATAN HARAPAN kerana Azmin orang cerdik tahu kedudukannya. Kalau tak tak merasa MBlah si Azmin tersebut.

Kedua.

Saya imbau pembaca kepada pembaca kenyataan TS Muhyiddin Yassin semasa dia dalam UMNO, 17 September 2013 yang mana UMNO bersedia dan terbuka untuk kerjasama dengan PAS. Adakah kenyataan ini benar-benar betul atau sekadar politik? Ini kena tanya TS Muhyiddin sendiri. Sudah tentu 'orang tua' Tun Mahathir tahu akan kedudukan PAS dengan UMNO dalam soal kerjasama atau gabungan ini.

Takkan orang tua itu masih MENANTI dan menunggu PAS untuk bersama-sama PH sehingga akhir tahun ini? Kutuk PAS makan dedah tapi masih percaya kepada orang makan dedak. Takkan itu puak PAN dan IKRAM tak boleh berfikir?

Semasa kenyataan tersebut, Greenboc (ni seorang lagi tak berapa betul pemikirannya, dulu dia tulis lain sekarang dia tulis lain) dalam blognya menulis berhubung tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS, Dr Abd Rani berkata "Selagi aku hidup, takkan aku layan benda itu". Kemudian Timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Samad yang turut berada dalam sidang media itu mencelah sambil memetik kata-kata almarhum (bekas presiden PAS) Ustaz Fadhil (Nor), beliau kata Umno ni manusia yang pelik, dia ketuk kepala kita, lepas tu dia ajak jadi kawan.  "Lepas tu dia ketuk kepala kita lagi, dia ajak jadi kawan (lagi)".

Saya setuju dengan kenyataan Khalid Samad.

Muhyiddin yang sama, pada tahun yang sama, beberapa bulan sebelum itu mengatakan PAS parti Sesat.

Yang peliknya puak-puak PAN (GHB) dan IKRAM percaya,  sehingga sanggup tubuh parti baru. Betulkah mereka percaya PAS tak betul atau mereka sengaja mencari helah kerana nak berkuasa dalam PAS itu pembaca boleh berfikir sendiri.

Apabila Mahathir dan BERSATU tidak bersama PAS, maka ini adalah KESILAPAN besar dalam mengatur langkah menjatuhkan Najib dan UMNO kerana BERSATU akan tersempit dengan PAN dan PKR, delima dengan DAP.

Saya lebih suka PAS tak bersama dengan BERSATU kerana jika wujud pertandingan 3 penjuru antara PAS, PH (PAN atau BERSATU bertanding) dan UMNO. PAS mempunyai peluang yang lebih kerana BERSATU memecah undi UMNO, hanya PAN sahaja memecah undi PAS menjadi toongkat UMNO.




Sumber TKO - 10-12-2016



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pakar: Pas dalam proses tentu hala tuju
Posted on Friday, December 09 @ 15:36:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32770



SHAH ALAM - Penganalisis politik dari ‎Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman melihat Pas ketika ini dalam proses untuk menentukan hala tuju parti.

“Pas dilihat sama ada akan menjadi sebahagian pembangkang atau blok pembangkang asing atau juga pembangkang yang 'friendly' kerajaan.

“Jadi, kita tidak tahu yang mana satu jalan yang dipilih. Nampak gaya untuk mereka duduk semeja dengan Pakatan Harapan agak nipis kerana masalah mereka dengan parti Amanah dan DAP,” katanya bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP menjelang pilihan raya akan datang.

Tambahnya, DAP misalnya menolak cadangan RUU355 sebelum ini, manakala Amanah merupakan serpihan mereka.

Katanya, demi kepentingan survival politik, Pas perlu membuat keputusan jalan yang mana mereka hendak pilih.

“Setakat ini program dan aktiviti yang dijalankan menampakkan bahawa Pas dan Umno dilihat bekerjasama.

“Dahulu mereka pernah bekerjasama dalam satu majlis, sekarang sekali lagi dalam platform memperjuangkan nasib masyarakat Rohingya yang ditindas di Myanmar,” katanya.

Tetapi, pada masa sama juga, Pas masih berbelah-bagi hendak berkongsi kerajaan di Selangor yang menggabungkan PKR, DAP dan Pas sendiri.

"Pada masa yang sama juga, jika BN hendak menjalankan kerjasama dengan parti Islam itu, pasti ada kegusaran dengan ada parti komponennya yang dilihat turut menolak RUU sebelum ini.

"Jadi, pastinya di sini penyokong parti akan tertanya-tanya apakah pendirian mereka (Pas) dan keputusan perlu diputuskan kerana Pilihan Raya Umum yang dijangka tidak lama lagi.

“Jika Pas ingin berjuang sendirian, pasti akan berlaku pertandingan tiga penjuru, empat penjuru... tapi jika bersama Pakatan Harapan, mereka boleh merancang strategi kerana jika berlakunya tiga penjuru, hampir pasti kelebihan memihak pada BN," katanya.

Tambahnya, "mereka (Pakatan Harapan) pastinya tahu perkara ini. Pas, DAP dan Amanah perlu luaskan perbincangan sama ada duduk dalam blok yang sama atau terus berpisah.

Sumber TKO - 9-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahu Pas dan umno bersatu
Posted on Thursday, December 08 @ 11:27:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32753



Kebanyakan orang Melayu bersetuju jika pas dan umno mahu bersatu semula dalam Barisan Nasional setelah ditendang dahulu.



Memang orang Melayu kena bersatu. Lebih lebih lagi orang Melayu dahulu dan sekarang sudah lama lemah dan tiada kekuatan dalam melayari bahtera kerajaan yang telah sekian lama diberi amanah oleh rakyat jelata.


Kerajaan umno BN lemah dek para pemimpin yang pentangkan diri sendiri, satu sama lain  asyik duduk kumpul harta ratusan juta setiap satu kepala setelah diberi amanah menjadi pemimpin..



Bukan setakat asyik duduk kumpul harta, malah sudah banyak harta kerajaan dijual kepada orang china dari Negara china, semacam mahu menjual Negara ini kepada china.

Atas sebab itulah para pemimpn Pas kelihatan kurang minat untuk bersatu dengan umno, kecuali bersatu, macam bersatu protes kezaliman dan kekejaman kerajaan Myanmar terhadap orang Islam dalam himpuan Rohiya baru baru ini.

Akan tetapi pas kelihatan tiada minat langsung untuk bersatu memerintah Negara bersama umno, kerana Islam melarang tolong menolong dalam kemungkaran.
Oleh itu, pressiden Pas datuk Seri haji Abdul Hadi Awang cuba mengambil pendekatan baru, iaitu cuba jadi penasihat sepertimana yang anjurkan oleh Islam bahawa nasihat menasihati  harus dijadikan pegangan.

Lebih labih lagi nasihat menasihat satu sama lain, apa tah sesama Melayu yang masih mengaku beriman adalah suatu usaha yang mulia harta terhadap mereka yang melakukan kezaliman.

Pendekatan baru yang cuba digunakan oleh presiden ini telah mendapat bantahan kebanyakan orang Melayu yang faham Islam hanya diotak sahaja.

Manakala mereka yang faham Islam dihati bersetuju dan bersedia bila bila masa jika diminta bantuan agar para pemimpin yang kejam dan zalim itu agar sedar diri dan bertaubat nasuha.

Inilah rintangan dakwah yang dilakukan oleh Pas. Miskipun ia mendapat tentangan banyak penjuru , akan tetapi  ia mesti diteruskan kerana ianya merupakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dalam pengertian syar’ie.

Ia juga adalah lafaz islam secara khusus yang diertikan sebagai syariat (ketentuan) yang diturunkan dan diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada manusia.

Pada penulis Pas adalah merupakan satu puak yang menyeru (berdakwah)  kepada kebajikan mengembangkan Islam dari 73 puak yang berpecah dalam islam.
Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Allah melalui Firmannya yang bermaksud: “Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh membuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)  dan mereka yang bersifat demikian ialah orang orang yang Berjaya” (surah A’li Imran ayat 104)

Allah SWT melarang dan meminta jangan kamu menjadi seperti orang orang Yahudi sepertimana firmannya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang orang (Yahudi dan Nassrani) yang telah bercerai berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar” (surah A’ li Imran ayat 195).  


Sumber TKO - 8-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Islam, Bangsa dan Kesalahfahaman Bangsa Melayu
Posted on Wednesday, December 07 @ 10:17:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32739



Kita tentunya biasa mendengar tentang kenyataan “Islam tidak mengenal batasan bangsa”. “Islam itu ugama rahmat untuk sekalian Alam”. Tapi masih ramai di kalangan kita yang belum benar-benar faham mengenainya.

Kerapkali kita mendengar ada sahabat kita yang marah dengan berkata “Kapir takyah nak ajar kita tentang Islam”, “Kita harus menentang cina kerana mereka kapir dan harus bersahabat dengan melayu kerana mereka Islam”. Kenyataa-kenyataan ini menunjukkan kejahilan kita mengenai ugama kita sendiri. Stigma bahawa jika bangsa lain selain dari Melayu (walaupun bangsa lain itu muslim) memerintah, maka itu adalah musibah terbesar kita. Ketakutan ini menggambarkan bahawa orang Melayu masih lagi berfahaman nasionalis dan menolak slogan “Islam tidak mengenal batasan bangsa”.

Kita pernah tak tanya kenapa dalam Islam, ajarannya mengiktiraf semangat menyintai bangsa dan tanahair? Islam mengiktiraf semangat hubbulwatan (menyintai tanahair) kerana di tanahair itulah manusia(berbangsa dan bersuku kaum) hidup. Dan seterusnya Islam mengiktiraf semangat menyintai bangsa (dengan kepelbagaian suku kaumnya) kerana di dalam batang tubuh itulah tersematnya Islam. Faham tak? Cinta bangsa, cinta tanahair ni bukan kerana cinta sebegitu sahaja, tapi kecintaan terhadap keduanya hanya kerana di kedua-duanyalah tempat Islam bertapak. Oleh itu, yang pentingnya bukan bangsa atau tanahair itu, tapi yang paling penting adalah Islam itu sendiri!

Dalam konteks polemic politik semasa yang dihadapi oleh Gerakan Islam PAS, masih lagi terdapat semangat menyintai bangsa melebihi dari ugama. Bila dihujung dan dalam keadaan tertekan, kita pejuang Islam masih lagi berbalik kepada bangsa sebagai jalan selamat. Mungkin kerana pengaruh budaya melayu itu terlalu kuat dalam diri kita. Bila kita lihat pengaruh politik melayu itu semakin tercabar, kita entah mengapa menjadi lupa kepada Islam lalu berpaut pada kuasa bangsa untuk menyelamatkan diri.

Seringkali bangsa melayu takut dengan istilah “kapir”. Ustaz Nik Aziz ajar, istilah “kapir” ni bukan perlu ditakuti, tapi perlu didekati. “Kapir” adalah tanggungjawab kita. “Kapir” bukan musuh kita, sebaliknya sasaran dakwah kita. Dan istilah “kapir” di sini bukan merujuk kepada bangsa tau. “Bangsa” lain, “kapir” lain. Keduanya berbeza. Tidak bermakna anda Melayu maka anda tidak “kapir” dan tidak bermakna anda Cina maka anda “Kapir”. “Kapir” perlu didekati, bukan dimusuhi.  Dan terdapat pula segelintir pemain politik yang menggunakan sentiment ketakutan bangsa Melayu kepada “kapir” ini untuk mengaut keuntungan politik.

Sumber TKO - 7-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Bukti UMNO dan PAS Nak Bersatu
Posted on Tuesday, December 06 @ 08:17:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32735


Semalam Najib dan TG Haji Hadi di HIMPUNAN BERSAMA. Ramai melihat UMNO nak bergabung dengan PAS.  Saya rasa tidak akan berlaku gabungan KEKOK itu melainkan misi POLITIK SEJAHTERA oleh Presiden PAS.








Sumber TKO - 6-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Sebenarnya GU Tetapi Difitnah UG
Posted on Tuesday, December 06 @ 07:29:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32729



Di kertas undi, rakyat ada beberapa  pilihan untuk memangkah sama ada BN, PAS,PH atau BERSATU. Namun pilihan untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat kini hanya mampu dicapai melalui pimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hakikat ini pastinya mengundang sinis dan pandangan kontradik. Namun jika ditelusuri perkembangan semasa dan rekod yang sedia ada, sudah pasti rakyat dapat menilainya.

Sejak tertubuhnya PAS, dasar Islam tidak pernah berubah. Sehinggalah tertubuhnya Pakatan Rakyat, dasar dan matlamat PAS kekal lestari. Apabila DAP mula berubah tingkah apabila mempertikaian syariah, PAS rela bermufarakah. PAS tidak memperniagakan Islam demi undi. Rela ditolak rakyat namun redha Allah bukan galang ganti.



Dari sudut pentadbiran, tiada rekod penyalahgunaan kuasa dan rasuah semasa PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kerajaan Kelantan adalah model tunggal kerajaan bersih di Malaysia meskipun sudah menjangkau hampir 30 tahun. Hak-hak rakyat didahulukan bukan sekadar retorik. Pemimpin tidak menimbun harta berjuta. Hidup cukup sekadar apa yang sedia ada. Kebajikan dan keimanan rakyat dijaga.



Bagimana pula UMNO/BN dan pemimpinnya di hari ini? Ketirisan ekonomi, penyelewengan dana, rasuah dan pemborosan  benar-benar meletakkan negara dalam keadaan terhimpit dan tergugat. Mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Idris Jala pernah membayangkan negara akan bangkap. 



Lantas PM Najib memperkenalkan GST yang ternyata memeras hidup rakyat. Ahmad Maslan berforum harga barang akan turun. Title menteri otak diibaratkan taraf tok dukun.



Kini, mata wang merudum, harga barangan dan perkhidmatan melambung. Ribuan modal insan kehilangan kerja, kemasukan boroh asing memeritkan lagi nasib pribumi. Akhirnya meningkatlah jenayah, bunuh dan tembak di sana-sini. Keamanan negara di hujung tanduk antara pertembungan Baju Merah dan Baju Kuning.



PH yang bercita-cita menggantikan BN adalah buaya menanti. Bibit-bibit rasuah dan penyelewengan di Pulau Pinang menjadi amaran. Penambakan laut merosakkan ekosistem rakyat marhaen menjadi mangsa.  Hendak diharapkan kepada PAN -  pelanggar sumpah bai’ah, pelari kerusi dan perampas markas? Hidup hina menjadi khadam kepada DAP dijadikan tuan.



Kabinet bayangan yang janji diumumkan pada November tak muncul-muncul. Apakah menteri-menteri dipelopori oleh pemimpin DAP sedang TPM adalah Lim Kit Siang? PAN hanyalah bidak-bidak di papan catur. Yang menentukan halatuju negara ialah tuan-tuan mereka. Malaysian Malaysia bakal mengikis kuasa raja dan hak keistimewaan kita.



Yang menjadi harapan tunggal rakyat kini adalah PAS dan Gagasan Sejahtera. PAS mesti menjadi teras kerana PAS-lah suara teras Melayu/Islam. Parti pimpinan para ulama. Parti  dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera. Maka  jelaslah melesetnya fitnah PAS UG dengan UMNO. Sejak dulu hingga kini PAS adalah GU dengan UMNO ( PAS Ganti UMNO= PGU ). Bersedialah seluruh ummah untuk memacu negara bersama-samanya. 



Sumber TKO - 6-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------


PAN dan PKR tak bijak berpolitik
Posted on Monday, December 05 @ 19:18:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32721



Assalamualaikum,,,  DAP bijak! bila tiba kepada kepentingan kaum Cina tergugat, mereka boleh melupakan perbezaan politik untuk bersama sama MCA mempertahankan kepentingan kaum Cina, tetapi sekutunya dalam PH 

hampeh.Terkini isu yang menghambat umat Islam yang besar ialah Rohinya, isu yang memerlukan keprihatinan umat Islam global melampaui sempadan poltiik.Di mana saja kalau ada perhimpunan atau acara untuk menyatukan umat Islam yang terdekat mesti dihadiri oleh umat Islam tanpa alasan waima alasan zalim sekalipun, tak patut.Kesimpulan mudah kepada ketidakprhatian PAN dan PKR kepada perhimpunan solidariti untuk Rohinya yang baru berlangsung di negara kita.
Alasan yang diberi adalah alasan politik, alasan yang membahagikan umat Islam negara dalam menunjukkan keprihatinan kepada derita Rohinya.Ada yang mendakwa apa perhimpunan itu boleh buat. boleh menakutkan Junta Myanmar?

Sedangkan usul yang mereka cadangkan di parlimen untuk mengutuk Myanmar ditolak Speaker? Di parlimen mereka nak jadi hero tapi diperhimpunan soladiriti?

Sengaja mereka membutakan mata bagaimana perhimpunan ini mampu memberi harapan kepada etnik Rohinya yang menumpang  di negara kita.Rasa kasih dan sayang kepada saudara segama semakin menebal susudah perhimpunan ini.Apakah ini bukan hasil terbaik demi agama dari perhimpunan ini.

Cuma kerana kehadiran Najib dan TGHH sepentas mereka menolak untuk mengiktiraf perhimpunan untuk Rohinya.Malah yang bebal lagi ada yang mengatakan anjuran ini dianjur oleh kerajaan atau Umno untuk merapatkan lagi hubungan politiknya dengan PAS.Dakwaan melulu dan bebal kerana penganjur sebenar adalah NGO Islam yang mahu menghimpunkan semua umat Islam negara bersama sama ethnik Rohinya yang tinggal di negara kita.Dana pula adalah dana infad dari umat Islam yang prihatin walaupun mungkin ada dana sumbangan kerajaan yang diberi demi Rohinya bukan demi politik.Tak ada dana dari soros atau siapa siapa yang tidak berkenaan.

Pendeknya PAN dan PKR tidak mahu bersama Rohinya kerana ada Najib dan TGHH di mana mereka terus menerus mendakwa Najib zalim dan tidak boleh duduk sepentas seperti mana mereka tidak boleh duduk sedewan ketika bajet dulu.Di sinilah bebalnya pemimpin mereka untuk menyedari bagaimana DAP boleh melupakan rasuah Ling Lleong Sik satu ketika dulu untuk mempertahankan hak orang cina bersama MCA.

Sedihnya kita umat Islam kerana ada segelitir umat yang tidak mahu merasai kesusahan Rohinya kerana politik kuasa, malah mereka sanggup bersama DAP dalam menyuarakan penentangan mereka kepada kahadiran Najib dan TGHH sepentas dan sedondong.


Inilah tipikal orang bebal yang tak pandai berpolitik.

Sumber TKO - 5-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiba-tiba Mahathir Beri Tempoh Kepada PAS
Posted on Monday, December 05 @ 09:47:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32719



Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menunggu PAS lebih lama.

“Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk menyertai kami, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.


“Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita akan bergerak tanpa mereka.
“Oleh kerana ini adalah politik dan dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengatur segala-galanya,” katanya kepada media di Persidangan Kebangsaan DAP.

Mahathir berkata PAS akan diberikan tempoh masa akhir bila ditanya wartawan.

Yang peliknya, banyak kali PAS menegaskan bahawa PAS tak akan bekerjasama dengan DAP dan parti PAN, pengkhianat.

Tun Mahathir, walaupun dikatakan licik dalam politik tetapi beremosi dengan PAS dan banyak kali menuduh PAS dalam ucapannya di hadapan rakan pakatan.

Mulut mencaci maki PAS dengan pelbagai tuduhan tapi tangan melambai PAS kononnya menyahut seruan bergabung dalam satu pakatan pembangkang yang kuat. Nak percaya orang macam ini. Sudahlah mempunyai rekod kejahatan 22 tahun yang sukar dimaafkan. PERNAHkah dia ni minta MAAF atas kesalahannya?

Dia yang fitnah dan penjara Anwar tapi sekarang dia ke Mahkamah untuk sokong Anwar. Dia ni juga yang tahan ramai pimpinan politik dalam ISA, sekarang dia KONONnya menentang SOSMA.

Orang bodoh aje boleh percaya ORANG TUA ini.

Mahathir sepatutnya sedar, jika PAS tak berikan laluan kepada parti BERSATU. Di mana BERSATU nak bertanding di KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH & PAHANG. Saya beri 4 negeri sudah cukup.

Jika BERSATU bertanding atas Pakatan Harapan di 4 Negeri itu sudah tentu akan berlaku pertandingan 3 penjuru. Siapa yang untung?

Sudah tentu PAS, kerana UMNO berpecah kepada UMNO dan BERSATU.

Tak payah nak ugut PAS, seperi kata Mohd Amar, Naib Presiden PAS kalau nak bekerjasama dengan PAS jagalah mulut tu. Jangan sedap lepas aje. Jangan rasa diri masih ketua segala-galanya. Belajar hormat orang lain.




Sumber TKO - 5-12-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk mereka yang menuduh PAS nak bergabung dengan UMNO
Posted on Saturday, December 03 @ 00:46:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32688



Peringatan dari Firman Allah, ertinya
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui (TQS al-Maidah [5]: 54.

Ibnu Katsir mengatakan, mereka adalah orang yang berpaling dari menolong agama-Nya dan menegakkan syariah-Nya. Diterangkan pula oleh beliau, orang tersebut kembali dari kebenaran kepada kebatilan.

Cipta satu tanggapan atau persepsi negatif ( tak kira betul atau tidak) kepada individu atau satu kumpulan supaya mereka dibenci atau tidak disokong lagi atau buatkan mereka berpecah belah, itulah cara perang saraf yang digunakan puak Yahudi zionis laknatullah menghancurkan kerajaan islam. Jangan kita ikut cara itu. Allah merekod segala-galanya.

Dah puluhan tahun PAS dituduh nak bergabung dengan BN, tapi kesudahannya dalam PRK, PRN dan PRU, PAS tetap tentang dari dulu kini dan selamanya selagi mereka tak mahu menerima perjuangan PAS untuk melaksanakan pentadbiran negara kita ikut dasar islam termasuklah melaksanakan hukum—hakam Allah secara berperingkat dan berhikmah. Itulah yang membuktikan tuduhan kamu adalah satu perang saraf menyebar persepsi jahat.

Allah tahu Firaun tidak akan beriman jika diberikan nasihat secara baik sekalipun, namun Allah tetap perintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun pergi berdakwah kepadaNya ( firaun ) dengan lemah lembut.

Firman Allah di dalam Alquran, ertinya.

“Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut” (QS. Thaahaa: 43-44)

Ustaz Nasrudin Tantawi berkata: “Tak takutkah Tok Guru pergi berucap dalam majlis yang ada ramai pemimpn BN/UMNO tu, nanti orang kata nak bergabung, berUG lah.

”Bukan senang dapat undangan berucap depan pemimpin UMNO/BN,Ana kena pergi, Ana nak pergi” bukankah Rasulullah S.A.W. ada bersabda.

Dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

“Jihad yang paling utama ialah mengatakan kebenaran (berkata yang baik) di hadapan penguasa yang zalim.” (HR. Abu Daud no. 4344, Tirmidzi no. 2174, Ibnu Majah no. 4011. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini hasan).
Ana nak pergi” Tegas Tok guru.

Tolong rujuk ucapan Tok Guru kepada pemimpin-pemimpin negara dalam majlis yang kamu ejek dan perlekeh berpakaian sedondon tu. ( Alumnai pelajar Alazhar ) kan Tok Guru suruh pemimpin kembali mentadbir negara ikut dasar Islam yang sebenar? Ke tak dengar pun? Ikut2 apa orang kata tok leh...

So, berdosakah Tok Guru nak ikut CONTOH sebagaimana perintah Allah kepada

Nabi-nabiNya juga Rasulnya?

Dari dulu kini dan selamanya, In Sha Allah PAS ditubuhkan untuk mengajak rakyat malaysia termasuk pemimpinnya supaya bersatu berhijrah dari pentadbiran juga berhukum-hakam Taghut kepada cara islam (Allah). PAS boleh bergabung dengan siapa sahaja yang bersetuju dengan dasarnya, tapi maaf siapa yang menentang dasar islam, PAS tak boleh bersama dalam agenda politik, namun begitu dalam perkara kebaikan untuk semua rakyat PAS boleh bekerjasama dengan siapa sahaja, kerana apa yang PAS tentang ialah kemungkaran atau kebatilan juga kuffar, musyirikin dan munafiqin yang menentang syariat Allah, bukan kebaikan untuk umat sejagat.

Firman Allah, ertinya.

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.(A-li'Imraan 3:103
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

(A-li'Imraan 3:104)

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

(A-li'Imraan 3:105) |

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. (Al-Mumtahanah 60:1)
Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).(Al-Mumtahanah 60:2)

QS. 3. Aali 'Imraan : 28.

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu)."

QS. 4. An-Nisaa' : 144.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?"

QS. 5. Al-Maa-idah : 57.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi PEMIMPINMU, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman."

Semoga kita semua mendapat panduan juga pengajaran darinya ( Firman Allah) , In Sha Allah.

Udeen Albanjari. 

Sumber TKO - 3-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Beza antara UMNO dengan DAP?
Posted on Friday, December 02 @ 11:43:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32678



Ada seorang kawan daripada PAN/IKRAM hantar whatsapp gambar Sheikh Ali Omar Yacoub Al-Abbas,  Imam Masjid al-Aqsa  membuat lawatan ke pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng. Dia buat caption "Tak pergi melawat Naib Ketua Persatuan Ulama?"

Saya jawab "Beliau ada di Qatar, mesyuarat Persatuan Ulama Dunia dengan Sheikh Qardawi"

Kawan PAN/IKRAM saya membalas. "DAP hentam Islam ke? Kenapa Imam boleh datang?"

Satu kelemahan puak-puam PAN @ IKRAM ini adalah memahami politik dan tidak banyak belajar bagaimana politik dalam Islam. Kelemahan ilmu politik menyebab  Abu Musa Al-Asya'ari yang mewakili Saidina Ali ditipu oleh Amr al-Aas bagi pihak Muawiyah dalam perjanjian selepas perang Siffin.

Abu Musa Al-Asya'ari orang yang wara' tetapi tidak mahir ilmu politik. Dia bukanlah pilihan pertama Saidina Ali yang mahu melantik Abdullah bin Abbas atau Al-Ashtar sebagai wakil, tetapi ada sesetengah pihak tak setuju sebab waris Ali.

Kalau kita lihat perangai orang-orang dalam kumpulan Saidina Ali lebih kurang macam puak-puak PAN dan IKRAM sekarang, membantah tidak tentu pasal atas hujah sempit.

Kalau ikut hujah puak-puak PAN @ IKRAM, UMNO lagi hebat Islamnya. Bukan sekali Imam Masjid al-Aqsa  datang jumpa Najib.


Sebenarnya DAP dan UMNO bukan nak Islam. Mereka hanya mempergunakan Islam untuk kepentingan politik. Janganlah buat kerja membazir dengan menunjukkan tentang gambar tersebut. Kalau saya posting imam, ulama yang jumpa Tok Guru Haji Abdul Hadi nanti berjela-jela muka surat artikel ini.

Saya nasihatkan puak PAN @ IKRAM tak payah main hujah-hujah bodoh dalam menyerang PAS.




Sumber TKO - 2-12-2016



----------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila Melayu Menjadi Bangsa Yang Bangsat?
Posted on Thursday, December 01 @ 11:17:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32658




Dr D Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput  berpandangan bahawa orang bukan Islam sepatutnya menghormati hak orang Islam yang ingin mengamalkan ajaran agama.  Manakala  Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing pula dengan berani  menyokong pindaan RUU355.  Pasti ada lagi ahli Parlimen bukan Islam yang akan menyokong atau sekurang-kurangnya berkecuali dalam isu RUU355.


Mereka semua melihat isu RUU355 secara rasional tanpa bermain politik. MCA pun nampak sedikit kendur apabila dibidas agar jangan jadi Ahok di Malaysia. Yang terus-menerus nak menjadi Ahok ialah DAP. Aku percaya aku akan kena balun oleh PANkhianat apabila usik DAP.

Malangnya, sikap manusia berbangsa Melayu sendiri yang berdolak-dalih kerana hendak jaga hati dan undi bukan Melayu. ‘Sial,’ pinjam kata pendeta Khalid Samad.

 PAS tak gentar hilang undi si kafir yang memusuhi Islam dan ulama. PAS hanya bersedia  bersama dengan non-muslim yang menerima dasar Islam PAS seperti Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).Benar PAS pernah bersama dengan DAP melalui pendekatan tahaluf siyasi. Motif tahaluf ialah  mengambil manfaat sokongan bukan Islam demi menjayakan cita-cita Islam PAS.

 Majlis Syura Ulama PAS amat cermat dalam membina hubungan dengan bukan muslim. Strategi dan pendekatan PAS tidak pernah lari  dari kerangka untuk memartabatkan Islam. Sebab itu, terdapat perjanjian bertulis antara PAS dengan DAP yang membenarkan PAS berjuang untuk melaksanakan syariah. Massa boleh menonton bukti yang cuba dinafikan oleh Lim Guan Eng melalui youtube.

Hanya apabila DAP memungkiri janjinya dan DAP memporak-perandakan rumahtangga PAS, maka  PAS membatalkan tahaluf siyasi.  DAP rasa mereka sudah dapat bergantung pada Pasma, GHB dan akhirnya mereka menaja penubuhan PAN.  PAN rasa gah untuk menggantikan PAS apabila hampir separuh AJK PAS Pusat bersama dengan mereka. Akhirnya kini jadilah PAN yang benar-benar menjadi khadam kepada DAP.. Ini lah realiti andai massa telusuri setiap tindakan dan kenyataan pemimpin PAN sekarang. Malangnya agenda mereka meleset. PAN bila-bila masa boleh gugur macam daun kering jika ditolak oleh DAP.

Jelas PAS konsisten dengan matlamat Islam.  Sebaliknya apa yang berlaku kepada UMNO, PKR dan PAN amat menyedihkan. UMNO menolak Islam yang syumul kerana undi MCA, MIC, Gerakan dan rakan komponen BN-nya. Pemimpin UMNO sudah beri jaminan bahawa apa-apa sahaja keputusan akan dibuat secara muafakat keluarga BN yang besar. Maknanya jika MCA, Gerakan, MIC tidak setuju, UMNO sanggup mengenepikannya.

PKR pula macam lalang kerana undi bukan Islam. Hampir separuh daripada ahli dan penyokong PKR adalah bukan Islam. Inilah yang cuba dijaga hati oleh Dr Wan Azizah. Konon hendak jaga hati si kafir hingga terlupa  ‘jaga hati’ Allah.

PAN  paling parah dalam menafsir Islam setelah menjadi khadam DAP. Kenyataan beberapa orang pemimpin mereka seolah-olah membawa suara  Islam liberal yang menyesatkan. Berlunak-lunak dengan Islam sehingga boleh bersalaman dengan perempuan.  Membantai usaha untuk menjayakan RUU355 dengan justifikasi dangkal yang sama selera dengan si kafir DAP.

PBB di Sarawak melalui mulut Adenan Satem awal-awal bercakap tanpa berlandas pada iman. Katanya RUU355 ditolak kerana tidak sesuai dengan masyarakt majmuk dan kepelbagaian budaya dan adat di Sarawak.


Semuanya ada kepentingan undi bukan Islam. Tergamak Islam jadi gadaian. Jadilah Melayu bangsa yang bangsat kerana mengemis redha si kafir. Sedangkan Melayu mulia kerana Islam. Apabila Islam diperdagangkan untuk undi, jadilah mereka bangsa yang bangsat. Sudah hilang izzah Islam.         

Sumber TKO - 1-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Untung Bukan Islam Di Malaysia
Posted on Monday, November 28 @ 17:06:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32628


Untung bukan Islam di Malaysia, nak minum arak ada orang Islam daripada parti kononnya parti Islam generasi kedua tolong pertahankan kenaiakan harga arak. Nak makan babi ada orang Islam tolong lulus RUU BABI tanpa perlu tangguh atau buat perhimpunan RUU BABI. Forum RUU BABI pun tak perlu.

Kalau awak nak bahas RUU BABI mereka akan berhujah Presiden PAS semasa menjadi Menteri Besar Terengganu meluluskan perternakan babi di Terengganu. Mereka ini akan menyokong TGHH pada isu terpilih, ya lebih kurang macam Yahudi yang memilih ayat-ayat Allah yang mana boleh mendatangkan keseronakkan maka mereka sokong.

Babi ni bukan perkara baik untuk orang Cina, sama juga dengan arak. Kenapa kita tak ikut macam ahli falsafah cina dulu kala bercakap pasal babi.

Tokoh-Tokoh Perubatan CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkhasiat MELAINKAN DAGING BABI.”

Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.” Satu lagi penyakit ialah GAGAP dan PEMALAS.

Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.”

Rashid Shamsi dalam The Muslim World League Journal, Rajab 1420 - October 1999. Beliau juga ada memetik pepatah Inggeris yang berbunyi 'a man becomes what he eats'.
Dalam kontek keagamaan pula, agama-agama samawi iaitu Islam, Yahudi (Jew) dan Kristian (Old Testament) begitu jelas memperkatakan tentang pengharaman babi. Tetapi ramai penganut-penganut Kristian telah mengabaikan perintah itu. Dalam kontek Islam, segala bentuk pengharaman termasuk babi adalah berkait rapat secara ilmiah dan saintifik dan kita diperintah untuk mendalami dan mencari hikmah-hikmah di sebalik apa yang diperintahkan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan.

Saya tulis banyak perkara di atas bukanlah nak mengatakan PAS tak setuju orang bukan Islam minum arak atau makan babi tetapi PAS memperjuangkan kebaikan umat manusia tak kira dia itu Melayu, Cina, India atau apa-apa bangsa.

Perkara yang tidak baik sepatutnya kita war-warkan dan kurangkan risiko dan berikan pendedahan ilmu kepada mereka. Sama kita memberikan pendedahan kepada orang yang tidak kawal makan untuk penyakit diabestis. Just itu normal.

Kita sedar orang makan babi perangai buruk dan kita tak mahu masyarakat Malaysia berperangai buruk.


Dr Xavier Jayakumar orang cerdik pasal dia ada status Dr. Dia bukan Islam tapi dia tahu bahaya arak. Tapi malang puak PAN dia ada juga status cerdik tapi malangnya nafsu yang tamak nak raih undi dia hilang pertimbangan waras.

Dulu di Malaysia orang tua Cina boleh dapat lesen hisap candu. Kalau perkara ini ada lagi sudah pasti ada MP PAN yang akan mencadangkan menurunkan harga CANDU! dan ada negeri-negeri Pakatan Harapan akan membuat ladang candu.

Jangan sampai kita nak tunjuk kepada bukan Islam kita ni perjuang kebebasan kerana nak raih undi bukan Islam, kita hilang pertimbangan akal, ilmu kesihatan, fakta sainstifik dan agama.


Sumber TKO - 28-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


























Iktibar daripada amalan politik pemangsa

IZWAN ABDUL HALIM | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43391-iktibar-daripada-amalan-politik-pemangsa

KANCAH politik dengan memangsa dan menyerang pihak lain demi untuk melonjak dan mengukuhkan kedudukan diri adalah amalan politikus Machievelli. Haiwan politik seperti ini lebih bahaya daripada tentera bersenjata kerana boleh tampil dalam pelbagai hipokrit rupa. Namun, ia rapuh dan busuknya pasti terhidu sebagaimana kebatilan tidak selamanya bertahan, kebenaran pasti muncul jua.

Menjatuhkan TSKI

Masih tidak terlalu jauh untuk imbas kembali tuduhan ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI). Bukan musuh dari kalangan parti lawan, tetapi rakan satu parti sendiri memangsakan beliau. Integriti dan kecemerlangannya menerajui Kerajaan Negeri Selangor dirobek dengan senarai panjang fitnah.

Semua gara-gara 'Langkah Kajang' yang konon distrategikan 'Budak Pintar' Rafizi Ramli. Malangnya rancangan gopoh itu menjadi 'kejang', malah menggugat keutuhan koalisi PAS, PKR dan DAP serta kestabilan kerajaan negeri yang dipimpin bersama.

Kesudahan drama pincang ini Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail gagal 'diproksikan' untuk menjadi MB. Saifuddin Nasution dan PKR pula terpaksa memohon maaf kepada TSKI di mahkamah atas semua rekayasa memalukan. Sementara Rafizi melutut kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang berperanan meringkukkan bosnya, Datuk' Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara.

Kesan lain yang tidak harmoni apabila tercalarnya hubungan dengan istana atas kedegilan ditunjukkan hingga mengundang murka Tuanku Sultan dan penarikan darjah kebesaran.

Banjir Kelantan

Bukan hanya TSKI, turut menjadi mangsa adalah PAS kerana tidak menjadi 'Pak Turut' mereka. Sedangkan PAS bertegas atas prinsip mempertahan dan mengukuhkan kepimpinan yang sah daripada mandat rakyat.

Lalu, musibah banjir dijadikan kesempatan melunaskan dendam; Kerajaan Negeri Kelantan diserang mereka. DAP tampil menghulur bantuan tetapi diberi menerusi 'agen berkepentingan' mereka, tanpa beradab dengan kepimpinan negeri. Malah, mulut lancangnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (LGE) angkuh menempelak Kerajaan Negeri Kelantan sebagai lemah mengurus banjir.

Tetapi Allah menunjukkan kuasa-Nya, banjir yang menimpa Pulau Pinang sejak tahun lepas semakin buruk tanpa dapat ditangani sebaiknya LGE. Juga terdedah, betapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapat peruntukan besar untuk menangani banjir dari Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN.

Setuju Tidak Bersetuju

Usaha mengangkat Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Dun Kelantan dikecam kuat DAP. PAS difitnah melanggar perjanjian Pakatan Rakyat, sedangkan terma tersebut tidak wujud. Malah, pernah dimeterai perjanjian “Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju” antaranya melibatkan perjuangan dasar parti masing-masing.

Memartabatkan syariah adalah perintah Allah dan PAS hanya menunaikan taklifan berkaitannya. Malah, diangkat usaha itu sebelum wujud Pakatan Rakyat. Ia juga perjuangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering mereka sandarkan namanya secara salah.

Meroyan dan melalak DAP, serta secara jahat menuduh PAS bersama Umno untuk tujuan itu. DAP cuba jadi ‘Abang Besar’ memaksa PAS tinggalkan kewajipan itu.

Di sebalik semua desakan itu, DAP sebenarnya lebih khianat apabila mahu melaksanakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui Pakatan Rakyat. Bahkan ‘berselingkuh’ dengan BN merundingi projek jambatan serta kelihatan lebih mesra bersama pimpinan Umno-BN.

Catur Buang TGHH

Kecewa para pencatur politik dengan pendirian teguh PAS, maka batang tubuh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang cuba dimangsakan. Ketidakhadiran beliau ke Mesyuarat Pakatan Rakyat dan sidang Parlimen dimomok isukan. Walhal apabila disemak rekod kehadiran, disiplin komitmen beliau jauh lebih baik.

Semakin berang mereka kepada beliau tidak tertahan lagi apabila DAP secara terang-terangan campur tangan dalam rumah tangga PAS. Setelah gagal memperkudakan 'anak-anak derhaka' (yang akhirnya menubuhkan PAN), dilobi mereka 'pasukan baharu' kepimpinan tajaan mereka pada pemilihan Muktamar PAS.

Bahkan terdahulu, DAP Sarawak dan Sabah memutuskan hubungan dengan PAS, begitu juga DAPSY terhadap Pemuda PAS, diikuti pengisytiharan DAP putus hubungan dengan TGHH.

PRN Sarawak

Kecurangan hubungan DAP, PKR dan PAN makin terserlah pada PRN Sarawak. Bagaikan haiwan karnivor, mereka saling menyerang dan memangsakan apabila bertembung kerusi ditandingi.

Lebih lagilah kepada PAS yang dimangsakan dengan pelbagai tuduhan dan gangguan menggunakan PAN. Natijahnya, gabungan bernama Pakatan Harapan (PH) itu tidak membawa sebarang impian untuk masa depan Sarawak.

Skandal & Korupsi

Ghairah sungguh cybertrooper dan media upahan menyerang pimpinan PAS dengan isu-isu pemilikan kenderaan dan rumah, pembalakan, suapan wang RM90 juta dan hasil perlombongan. Hidangan makanan kepada pimpinan PAS juga diisukan.

Malangnya yang meletup terdedah serta berhadapan siasatan dan pendakwaan adalah isu banglo mewah LGE. Begitu juga kejutan dari deretan kenderaan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan banglo mewah Ketua AMK Ampang, Adam Rosly.

Pujuk Rayu

Sayu hati mendengar pelbagai pujuk rayu pimpinan PH kepada PAS untuk bersama, akui iktiraf dan seia sekata dengan permintaan mereka. Lebih mencemaskan mereka apabila analisis banyak pihak menunjukkan perlunya PAS dalam menjayakan pelbagai agenda politik negara.

Peliknya sebelum itu mereka mengkeronyok PAS seteruk-teruknya hingga pimpinan PAS kehairanan mencongak logik rakan pembangkang menyerang sesama parti pembangkang.

Lobi – Laga

Gerakan untuk menjatuhkan TGHH tidak berakhir dengan keluar para perancang berkenaan menubuhkan wadah-wadah lain. Dilobi dan dicanang Timbalan Presiden PAS, Ustaz Datuk' Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengambil alih kedudukan Presiden. Juga cuba dilaga-lagakan dengan dakwaan tidak sefahaman.

Terbaru, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad pula disasarkan dengan tuduhan korup dan menentang TGHH yang dihujahkan secara telahan andaian berbayang serkap jarang.

Kesiannya yang timbul apabila LGE terpaksa umum Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggantikannya nanti. Manakala Rafizi Ramli secara rasmi melepaskan jawatan Setiausaha Agung PKR dan menyerahkannya kepada Saifuddin Nasution. – HARAKAHDAILY 28/11/2016

Sumber HD - 28-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Politik Tuan Guru Haji Abdul Hadi Yang Memeningkan
Posted on Monday, November 28 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32620



Dunia politik Malaysia sekali lagi membeliakkan mata terhadap isu RUU 355 yang yang sepatutnya dibahaskan pada 24 nov lalu telah dibuat pindaan dengan menetapkan hukuman maksimum 30 tahun penjara, 100 sebatan dan denda 100 ribu, manjadikan perbahasan tersebut ditangguhkan persidangan akan datang.

TGHH telah berjaya untuk melebarkan ruang dakwah kepada masyarakat Malaysia terhadap undang-undang Syaria'ah dan sekaligus PAS akan menjuarai medan perbincangan politik untuk semua mata telinga rakyat Malaysia tertumpu kepada PAS.

PAS amat tegas didalam mempertahankan prinsip Islamnya, sekian lama bertembung dengan musuh politik tradisionalnya UMNO telah berjaya menjinakkan hati UMNO untuk sekurang-kurangnya tidak lagi memperkatakan politik suku agama suku sehingga kini dilihat cenderung untuk memberikan sokongan kepada perlaksanaan undang2 syaria'ah tersebut.

Sekian lama UMNO terpaksa menelan panadol dengan sikap tegas PAS dalam pertahankan prinsipnya, sehingga pembunuhan di Memali, operasi lalang dan berbagai sikap birokrasi, double standart tidak sedikitkan mengubah PAS untuk terus perjuangkan prinsipnya. PAS tegar menanggung derita asalkan dapat terus menggengam prinsipnya yang kadangkala membara kepanasan.

Tiada siapa yang tenang apabila memilih untuk bertembung dengan Syaria'ah Allah. Panadol demi demi panadol terpaksa ditelan oleh golongan yang melawan arusnya. Tapi PAS kelihatan terus tenang dalam mengharungi arus dan gelombang politik yang mencabar bersama bahtera prinsip perjuangannya.

PAS sekali lagi berjaya memeningkan parti politik yang berseteru dengannya. UMNO seperti orang berbisul yang tak mampu duduk diam, menyokong atau tidak akan mempengaruhi undinya. Dikala masyarakat Melayu melihat RUU 355 ini wajib disokong, apakah UMNO sanggup mencangahinya sebagaimana dulu?, apakah UMNO sanggup lagi dilabel sebagai 'parti tolak islam'.

Menerimanya akan menyebabkan UMNO terpaksa bertembung dengan MCA, parti kompenennya didalam BN yang jelas menentangnya, "ditelan mabuk, diluah kelaparan'. Memaksa UMNO hanya menjadi pemain yang menunggu tepi gol untuk 'mencuri ayam'.

PKR pula bukan sahaja menelan panadol berpapan-papan, hingga turut serta campur tangan dalam perbahasan meminta supaya RUU dibahaskan segera, mereka tahu PAS tidak akan mendapat sokongan jika dibahaskan pada 24 nov baru ini, bagi mereka mudah, private bil ini tidak dapat majoriti, maka isu menerima atau menolak RUU Syaria'ah ini akan berkubur, tiada lagi sesuatu yang dianggap hantu menganggu PKR.

Kepala PKR berdenyut kencang, menolak atau menyokong akan ada impak politiknya, jika PKR menyokong, mereka takut kehilangan pengundi cina, tidak menyokongnya akan menyebabkan ia kehilangan pengundi Melayu Islam, apatah lagi PKR lebih berharap kepada pengundi Melayu Islam PAS. Apabila RUU 355 dipinda sehingga persidangan akan datang maka pening PKR kini menjadi demam.

DAP yang mengambil sikap mencampuri urusan agama Islam dengan menghalang dan mempertikaikan hasrat PAS untuk membawa usul RUU 355 terus tertekan, DAP sedar bahawa talian hayatnya hanya pada pengundi cina, DAP mesti dapat pengundi melayu untuk terus berkenduri menang besar bagi memerintah Malaysia. Hingga kini DAP seperti putus harapan untuk mengharap dua parti susuannya PKR dan PAN boleh menarik pengundi Melayu.

DAP juga putus asa untuk menimang cahaya mata baru untuk disusukan iaitu BERSATU. PPBM pada awalnya kelihatan bersama DAP namun menarik handbrek bila PPBM sedar sokongan kepada partinya hanya datang dari ahli UMNO sedangkan ahli UMNO telah terpahat dihatinya untuk tidak menerima DAP, mereka sanggup bergabung dengan PAS tapi bukan dengan DAP.

Persidangan Perlimen akan datang adalah pembukaan penggal, DYMM Yang Dipertuan Agung akan merasmikannya, umum mengetahui bahawa DYMM ini adalah Sultan Kelantan yang selama ini sangat berlunak dengan Islam. Titah ucapan baginda nanti sangat dibimbangi oleh parti-parti yang sedang pening ini, bagaimana jikalau sekiranya baginda bertitah 'semua MP Islam wajib memberikan sokongan kepada RUU Syaria'ah ini'.


PAS kelihatan terus memacu meninggalkan parti2 yang sedang pening dan mabuk2.POLITIK TGHH YANG MEMENINGKAN.

Dunia politik Malaysia sekali lagi membeliakkan mata terhadap isu RUU 355 yang yang sepatutnya dibahaskan pada 24 nov lalu telah dibuat pindaan dengan menetapkan hukuman maksimum 30 tahun penjara, 100 sebatan dan denda 100 ribu, manjadikan perbahasan tersebut ditangguhkan persidangan akan datang.

TGHH telah berjaya untuk melebarkan ruang dakwah kepada masyarakat Malaysia terhadap undang-undang Syaria'ah dan sekaligus PAS akan menjuarai medan perbincangan politik untuk semua mata telinga rakyat Malaysia tertumpu kepada PAS.

PAS amat tegas didalam mempertahankan prinsip Islamnya, sekian lama bertembung dengan musuh politik tradisionalnya UMNO telah berjaya menjinakkan hati UMNO untuk sekurang-kurangnya tidak lagi memperkatakan politik suku agama suku sehingga kini dilihat cenderung untuk memberikan sokongan kepada perlaksanaan undang2 syaria"ah tersebut.

Sekian lama UMNO terpaksa menelan panadol dengan sikap tegas PAS dalam pertahankan prinsipnya, sehingga pembunuhan diMemali, operasi lalang dan berbagai sikap birokrasi, double standart tidak sedikitkan mengubah PAS untuk terus perjuangkan prinsipnya. PAS tegar menanggung derita asalkan dapat terus menggengam prinsipnya yang kadangkala membara kepanasan.

Tiada siapa yang tenang apabila memilih untuk bertembung dengan Syaria'ah Allah. Panadol demi demi panadol terpaksa ditelan oleh golongan yang melawan arusnya. Tapi PAS kelihatan terus tenang dalam mengharungi arus dan gelombang politik yang mencabar bersama bahtera prinsip perjuangannya.

PAS sekali lagi berjaya memeningkan parti politik yang berseteru dengannya. UMNO seperti orang berbisul yang tak mampu duduk diam, menyokong atau tidak akan mempengaruhi undinya. Dikala masyarakat Melayu melihat RUU 355 ini wajib disokong, apakah UMNO sanggup mencangahinya sebagaimana dulu?, apakah UMNO sanggup lagi dilabel sebagai 'parti tolak islam'.

Menerimanya akan menyebabkan UMNO terpaksa bertembung dengan MCA, parti kompenennya didalam BN yang jelas menentangnya, "ditelan mabuk, diluah kelaparan'. Memaksa UMNO hanya menjadi pemain yang menunggu tepi gol untuk 'mencuri ayam'.

PKR pula bukan sahaja menelan panadol berpapan-papan, hingga turut serta campur tangan dalam perbahasan meminta supaya RUU dibahaskan segera, mereka tahu PAS tidak akan mendapat sokongan jika dibahaskan pada 24 nov baru ini, bagi mereka mudah, private bil ini tidak dapat majoriti, maka isu menerima atau menolak RUU Syaria'ah ini akan berkubur, tiada lagi sesuatu yang dianggap hantu menganggu PKR.

Kepala PKR berdenyut kencang, menolak atau menyokong akan ada impak politiknya, jika PKR menyokong, mereka takut kehilangan pengundi cina, tidak menyokongnya akan menyebabkan ia kehilangan pengundi Melayu Islam, apatah lagi PKR lebih berharap kepada pengundi Melayu Islam PAS. Apabila RUU 355 dipinda sehingga persidangan akan datang maka pening PKR kini menjadi demam.

DAP yang mengambil sikap mencampuri urusan agama Islam dengan menghalang dan mempertikaikan hasrat PAS untuk membawa usul RUU 355 terus tertekan, DAP sedar bahawa talian hayatnya hanya pada pengundi cina, DAP mesti dapat pengundi melayu untuk terus berkenduri menang besar bagi memerintah Malaysia. Hingga kini DAP seperti putus harapan untuk mengharap dua parti susuannya PKR dan PAN boleh menarik pengundi Melayu.

DAP juga putus asa untuk menimang cahaya mata baru untuk disusukan iaitu BERSATU. PPBM pada awalnya kelihatan bersama DAP namun menarik handbrek bila PPBM sedar sokongan kepada partinya hanya datang dari ahli UMNO sedangkan ahli UMNO telah terpahat dihatinya untuk tidak menerima DAP, mereka sanggup bergabung dengan PAS tapi bukan dengan DAP.

Persidangan Perlimen akan datang adalah pembukaan penggal, DYMM Yang Dipertuan Agung akan merasmikannya, umum mengetahui bahawa DYMM ini adalah Sultan Kelantan yang selama ini sangat berlunak dengan Islam. Titah ucapan baginda nanti sangat dibimbangi oleh parti-parti yang sedang pening ini, bagaimana jikalau sekiranya baginda bertitah 'semua MP Islam wajib memberikan sokongan kepada RUU Syaria'ah ini'.
PAS kelihatan terus memacu meninggalkan parti2 yang sedang pening dan mabuk2.

Sumber TKO - 28-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah Gagal Ceramah di Pentas PAN Mahfuz Tiru Husam Fitnah Hadi
Posted on Sunday, November 27 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32613



Saya kenal Mahfuz bukan sebarang kenal. Tahu di mana dia simpan kereta agak mewahnya di Kuala Lumpur (dia tak tahu memandu tapi ada banyak kereta). Siapa yang akan ambil jika dia datang ke KL. Di mana mereka makan dan bersantai, termasuk rumah Mahfuz di KL.

Jangan hairan Mahfuz ada 'link' dengan orang Harakah kerana dia sangat 'peramah' dengan sesetengah dikalangan wartawan berkenaan. Saya juga setuju dengan penulis batuapi@firestone berkenaan "USRAH BARBICAN" bukan sahaja dengan 'blogger celaka' tetapi dengan MP PAS yang membentuk fikrah asing dalam Jamaah PAS seperti Mahfiz dan Salahudin.

Mahfuz bukan lagi PAS, dia hanya belum istihar dia keluar PAS kerana dia masih terikat dengan bai'ah talak isteri dengan talak 3. Dia harap PAS akan pecat dia. Tapi sampai sekarang PAS tak pecat. Itu dia tak seronok.

Ada puak-puak PAN/IKRAM tanya saya kenapa PAS tak pecat sahaja si Mahfuz ini yang sudah nyata membelakangi PAS. Saya jawab kenapa Nabi tak hukum Abdullah Ubai? Sama juga keadaan yang berlaku berkenaan Mahfuz, yang mana maslahah ini memerlukkan kita tidak bertindak mengikut apa yang tersedia ada. Itu namanya politik, tidak asing asing dalam Islam.

Terbaru Mahfuz mengambil pendekatan Husam Musa. Dia cuba fitnah dan memburukan Presiden PAS walaupun dia tahu fitnah akan memakan dirinya sehingga semua keberkatan pada diri dan keluarganya akan hilang. Maruah tergadai dia akan tersasau sebagai pernah disebut Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada mereka yang lari daripada Jamaah akan tidak siuman.



Lihat apa yang terjadi kepada Husam Musa sudah cukup untuk pengajaran kepada kita.


Ini kononnya surat perjanjian Presiden PAS makan duit RM10 juta. Saya tak tahu macam mana Mahfuz boleh jadi bodoh dalam isu ini atau sengaja bodoh diri supaya kena tata tertib dengan harapan dipecat seperti Husam Musa.


Surat ini mula disebar oleh dua orang blogger kurang akal iaitu Cikgu Hussyen dengan Zulkifly Harun, Greenboc.

Pertama, dia tak faham perbezaan aku janji dengan perjanjian. Aku Janji sebelah pihak manakala perjanjian dalam konteks kontrak 2 pihak.

Kedua, Pejabat Presiden di Taman Melewar. Mana ada Pejabat Presiden. Kenapa engkau tak baca perlembagaan sebelum engkau fitnah. Pejabat Agung PAS Pusat dimana Presiden mempunyai kuasa melantik SU, Bendahari dan Ketua Penerangan. Termasuk juga SU Kerja,

Ketiga, apalah bangang sangat Mahfuz dan puak kaki fitnah. Pejabat PAS Pusat bertukar ke Jalan Raja Laut sebelum 2013. Engkau tahu tak bangunan PAS, 8 juta tu pernah terbakar pada 2010. Makna sebelum 2010 dia orang tak guna dah Taman Melewar. Ni aku tunjukkan engkau gambar sebahagian bangunan itu terbakar.














Engkau tanya Dr Hatta (yang langgar bai'ah talak 3, pasal dia Bendahari masa tu) bagaimana kes bangunan Taman Melewar terbiar dan elektrik pun dipotong kerana tak bayar bil.  Ni gambar bangunan Taman Melewar yang rosak sempat aku ambil gambar Januari 2008.











Keempat, Kenapa harta Kelantan Tok Guru Nik Aziz tak terlibat? Maksud engkau tukang fitnah Presiden boleh kontrol Kelantan tanpa Tok Guru Nik Aziz? Nak fitnah pun biarlah logik.

Kelima, nama Zuraidin bin Abdullah tidak dapat dikesan? Cuba engkau berikan detail sikit, bila dia kerja di Pejabat Presiden PAS? Tahun bila?

Keenam, tiada akaun mana-mana bank atas nama Pejabat Presiden PAS. Tolong bagi bank mana si TUKANG FITNAH?

Ketujuh, sila tunjukkan transasi pembayaran wang yang berlaku. Kalau akaun bank tak ada mana ada transasi.

Banyak lagi kalau saya nak tanya, tapi malas dah.

Kelakar puak PAN dan IKRAM jaja fitnah. Mereka ni bukan jenis tak solat, tapi mereka tak ambil cakna tentang amaran Allah kepada mereka yang menjadi bengrap di hari kiamat.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :

“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
 
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”  (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)


Setahu saya Wan Azlan Wan Jaafar adalah kawan baik Husam Musa. Dia tahu apa disebelik surat dan gambar fitnah Presiden PAS berkenaan lombong tersebut. Semoga Allah laknat dan bencanakan kepada mereka yang membuat jahat, menyebar dan membantu dalam penyebaran fitnah ini di dunia ini sebagai pengajaran kepada orang-orang beriman untuk menjauhkan daripada perbuatan keji dan hina ini.


Sumber TKO - 27-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila PAS-UMNO Bersama Untuk RUU 355 nak UG, Bagaimana Dengan DAP, MCA & GERAKAN?
Posted on Sunday, November 27 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32610



Kawan-kawan saya dikalangan parti PAN dan IKRAM, mereka ini walaupun lulusan universiti tetapi cara berfikir mereka bodoh. Kerana ta'asub mereka tidak dapat berfikir secara rasional. Hujah mereka pun dangkal sama macam budak-budak tak sekolah.

Mereka ini membuat tuduhan kononya kerjasama PAS-UMNO dalam isu RUU 355 dengan momokan kononnya PAS dan UMNO nak UG. Kata mereka lagi ini semua pakatan PAS-UMNO untuk PRU-14.

Adakah kerana PAS mendapat kerjasama dari Kerajaan Pusat dalam membawa usul persendirian bagi meminda akta 355 ini maka kita katakan bahawa PAS-UMNO nak UG.

Saya tanya mereka kerjasama DAP, MCA & GERAKAN dalam menentang usul bertujuan memperkasa mahkamah syariah ini adakah satu UNITY BARU FOR MALAYSIAN-MALAYSIAN?

Kenapa orang yang digelar profesional mudah sangat membuat andaian dan kesimpulan tanpa sebarang maklumat yang sah serta jitu. Mana perginya ilmu yang dipelajari supaya akal berfikiran waras?

Saya cakap kepada kawan-kawan PAN/IKRAM buang sahaja sijil universiti awak ke laut. Buat malu buat tesis tapi bodoh menghadapi isu semasa yang orang kampung pun boleh berfikir dengan jelas.

Saya cakap baik lagi pak cik di kampung saya, walaupun tak bersekolah tapi dia boleh berfikir dengan waras dalam isu kepentingan Islam.

Saya kata lagi jangan sampai isu tentang kepentingan Islam pun kita menjadi celaru takut nanti Allah akan tarik keberkatan daripada diri kita sehingga kita semakin hari semakin sesat dan menentang perjuangan Islam sedangkan sebelum ini kita sudah berada pada landasan perjuangan yang benar.




Sumber TKO - 27-11-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kalau dibahas dan diundi RUU 355 boleh lulus ker?
Posted on Friday, November 25 @ 12:11:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32572&mode=thread&order=0&thold=0



Assalamualaikum,
Sebelum pembentangan RUU 355 sudah ada suara lantang menuduh PAS mahu berkerjasama dengan Umno untuk kuasa.Pembentangan RUU 355 dijadikan bukti kepada kerjasama itu.Taklimat Zahid Hamidi dikatakan ada udnag di sebalik batu.Tetapi apabila TGHH menangguhkan penjelasan RUU 355 ke sesi depan, ramai pulak melatah dengan berbagai bagai latakan.Persoalannya apakah RUU 355 akan disokong oleh MP MP Islam dari PH terutamanya PAN dan PKR?

Taklimat Zahid Hamidi bertujuan memberi penjelasan dan untuk mendapat sokongan MP Islam tetapi walaupun Zahid kata hasilnya postif, apakah jaminan akan mendapat undi dari PAN dan PKR? PAN sudah menyatakan RUU 355 itu sebagai bukti PAS nak bergabung dengan Umno untuk kuasa dan ada pulak pencacainya mendakwa PAS sudah ikut PAN dalam pembentangan RUU 355 itu, entah apa yang PAS nak ikut tak tahulah pulak tetapi yang pasti pengarah strategi PAN sudah menunjukkan double face menjelang pembentangan yang ditangguhkan itu.

PKR mendakwa RUU 355 dibiarkan tergantung terlalu lama tanpa berusaha untuk memahaminya tetapi sekadar menunggu TGHH menjelaskannya secara terperinci di parlimen.Umno nampaknya sudah kedepan untuk menyatakan sokongan walaupun ada menteri MCA nak letak jawatan, tetapi PKR masih lagi memikirkan ugutan rakan mereka, DAP.

Dua sikap berbeza ditunjukkan oleh parti yang dianggotai oleh orang  Islam sementara parti Islam progresif terus menerus beprasangka PAS dan Umno nak kerjasama untuk mendapatkan kuasa.Semuanya tak mahu ambil inisiatif untuk mempelajari pindaan RUU 355 walaupun pencacai PAn mendakwa PAS sudah ikut mereka dalam hal menetapkan hukum sambil sambil mendakwa pentabdiran dah jadi bubur.Di mana buburnya tak tahulah pulak sebab RUU 355 belumpun diperbahaskan lagi atas permintaan TGHH.Itu pentabiran yang didakwa jadi bubur barangkali tetapi nasipun belum dimasak lagi sebab kekurangan gas memasak.

Tak ada buburnya sebab TGHH mahu semua MP Islam menyokongnya, itu gas memasak yang perlu untuk masak nasi.Ada tanda tanda jelas, ada MP Islam yang akan menentang dan memungkinkan RUU 355 ditolak. Sebab itu TGHH masih melengah lengah pembentangan dan perbahasan untuk menarik semua MP Islam menyokongnya.Taklimat Zahid Hamidi memang ada udang di sebalik batu, tapi udangnya bukan kuasa untuk PAS, tapi sokongan MP Islam kepada RUU 355.Mapim pula turut mendedak Dr. Juanda memujuk Adenan Satim untuk turut sama menyokong.

Malangnya pencacai PAN menjadi begitu galak dengan penangguhan ini tanpa sedar penangguhan ini antaranya berpunca dari MP MP mereka.masa satu hari tidak cukup untuk TGHH dan MP PAS yang lain untuk menjelas dan meyakinkan MP Islam walaupun taklimat sudah diberi oleh Zahid.Inilah yang gagal difahami oleh PAN dan pencacainya, gagal memahami kenapa ada taklimat dari TPM kepada MP Islam sebelum pembentangan oleh TGHH.

Pokok yang gagal dipanjat oleh PAN dan PKR serta pencacainya ialah pokok penangguhan RUU 355 dan dengan muka tak tahu malu mendakwa PAS ikut PAN, yang sebenarnya bukan PAS ikut PAN tapi masalah yang dibuat oleh PAN dan PKR juga menyebabkan berlakunya risiko kekurangan undi  untuk meluluskan RUU, dan sebab itu TGHH masih menangguhkan RUU

soalan kepada PAN, PKR serta pencacai mereka, kalau penjelasan dibuat disesi depan apakah mereka akan mengundi menyokong? Beri jamina itu dulu sebelum menuduh TGHH macam seperti kena main dengan Umno, kena kencing dengan Umno dan seumpamanya lagi.

Ini juga menunjukkan strategi dan kajian kemungkinan TGHH jauh lebih baik dari PAN serta PKR dan pencacainya yang cepat melatah!

Sumber TKO -25-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


































Isu-isu tergempar antarabangsa

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43364-isu-isu-tergempar-antarabangsa

1. EU SEMAKIN TENAT

Selepas kejatuhan ekonomi Greece dan keputusan UK untuk keluar dari EU, kini pandangam awam untuk mendesak keluar dari EU semakin rancak di negara-negara lain. Sebagaimana yang dilaporkan oleh portal USA today, gerakan yang dikenali sebagai euroscepticism ini amat hebat di Perancis, Poland, Belanda, Austria, Jerman, Sepanyol, Italy, Greece, Denmark, Hungary dan Sweden.

Efek domino berlaku selepas isu Brexit yang menggemparkan dunia. Ini menunjukkan keruntuhan sistem ekonomi Liberal-Kapitalisme yang pernah dibanggakan ekonomis dunia. Walaupun kini dasar isolationisme dan nasionalis yang menjadi tumpuan, namun hakikatnya dunia masih terkapai-kapai mencari ideologi ekonomi baru menggantikan sistem pasaran terbuka, sistem ribawi dan wang fiat yang membawa kepada kemusnahan dan ketidakstabilan sejagat.

Mungkin sudah tiba masanya sistem ekonomi bertuhan pula yang akan mengambil tempat. Ekonomi yang menitik beratkan soal halal dan haram, soal sikap dan peribadi individu.

2. USAHA MENIDAKKAN KEMENANGAN TRUMP DI AMERIKA

Menurut perlembagaan Amerika, pemilihan yang berlaku 8 November lepas bukanlah pilihan raya Presiden yang sebenar. Ia cuma sebuah pemilihan supaya rakyat mengundi wakil-wakil yang akan mengundi presiden Amerika yang disebut sebagai Electoral College. Pilihan raya presiden yang sebenar dijadualkan pada 19 Disember ini.

Namun belum berlaku dalam sejarah Amerika, keputusan pemilihan Electoral College berbeza dengan pilihan raya Presiden yang sebenar. Walau bagaimanapun, kini sedang rancak usaha mencarik adat ini. Electoral College dikempen supaya mengundi Hillary Clinton dan bukannya Donald Trump.

Amerika dikenali oleh masyarakat dunia sebagai ikon demokrasi. Namun sistem electoral college ini sebenarnya bukti bahawa mereka sendiri takut akan kuasa rakyat teramai. Pengkelasan sebegini hanya mengembalikan sistem demokrasi purba di Athens dahulu yang hanya mengiktiraf bangsawan sebagai golongan yang layak menentukan pemimpin.

Dalam perkembangan lain, pendukung Hillary telah mengemukakan petisyen bantahan terhadap keputusan pemilihan di wilayah Winscoinson. Jika diterima, mungkin undian lepas akan dikira semula.

3. HASRAT PUTERA SAUDI DANAI ISRAEL

Al-Waleed Talal, salah seorang putera kerajaan Arab Saudi memberi amaran kepada Rusia, sekiranya Putin tidak mahu ke meja rundingan bagi menyelesaikan isu Syria, beliau akan mendanai dengan Israel dan negara-negara Arab lain untuk menyerang Rusia.

Sebelum itu, Talal yang juga seorang ahli perniagaan terkemuka Saudi telah mengalukan kedatangan wakil negara haram itu ke Saudi. Mereka hadir bagi menandatangani MoU di Kementerian Luar Arab Saudi. Dalam ucapannya, Talal menyatakan: "We are so delighted today to see that Arab mentality changes and the Arab states do not consider Israel as their enemy anymore.We should work together to save Syrian citizen from Russia atrocities,If Putin Won't come back to the negotiating table,I will finance Israel and Arab Countries to Invade Russia"

4. KEBAKARAN DI TANAH HARAM ISRAEL

Selepas diusulkan di Knesset (Parlimen Israel) cadangan melarang azan di tanah haram itu pada 13 November, Allah SWT turunkan bencana yang dahsyat kepada negara terbabit. Larangan yang dibuat melibatkan Masjidil Aqsa dan masjid-masjid lain di sekitar.

Kebakaran bermula di penempatan Neve Shalom berhampiran al-Quds. Ia kemudian merebak beratus kilometer ke wilayah Haifa. Kebakaran itu menyebabkan lebih 70,000 rakyat Israel dipindahkan dari Haifa. Lapangan Terbang Tel Aviv dan pelabuhan turut ditutup. Kerugian sudah dianggarkan ratusan juta dollar. Kerajaan Israel terpaksa mengisytiharkan darurat dan meminta negara-negara asing membantu.

Apa yang menarik, selain pihak berkuasa Palestin yang membantu memadamkan kebakaran, Rusia yang terkenal dengan seteru Israel turut menghulur bantuan. Selain dari berjaya meraih populariti di mata rakyat Israel dan masyarakat antarabangsa dalam mainan politik persepsi, mereka juga berpeluang meneroka tanah haram itu. Perkara ini sangat berguna sebagai maklumat ketenteraan.

5.  ISU AHOK MASIH BELUM SELESAI

Setelah Ahok didapati bersalah oleh mahkamah kerana menghina agama Islam dalam ucapan kempennya sebagai gabenor Jakarta beliau telah dijatuhkan hukuman penjara empat tahun. Namun sehingga kini beliau masih lagi bebas tanpa diambil tindakan apa-apa oleh pihak berkuasa. Hal ini mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan demonstran yang menuntut supaya Ahok ditangkap dan dihukum.

Sehubungan dengan itu, Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Majelis Ulama Indonesia (GNPF MUI) mengumumkan akan mengadakan sekali lagi demonstrasi Aksi Bela Islam di Jakarta pada 2 Disember ini.

6. GENOSID DI MYAMNAR

Mengikut perlembagaan Myanmar pindaan 1982, bangsa Rohingya dari wilayah Arakan di pinggir Bangladesh adalah tidak termasuk dalam kategori warganegara. Atas dasar ini, berlaku pembantaian besar-besaran bagi menghapuskan etnik Rohingya. Rakyat awam turut terlibat membunuh dan menyeksa etnik ini. Pemimpin agama Buddha berperanan meniupkan semangat genosid ini atas nama agama, walaupun jelas bercanggah dengan ajaran Gautma Buddha sendiri.

Selepas berlaku pertempuran pertama antara mujahidin dengan puak pelampau Buddha, barulah Aung San Suu Kyi mengajak kepada penyelesaian damai. Apa yang mengecewakan, tokoh yang bergelar ikon demokrasi Myamnar itu sebelum ini bukan sahaja membisu, malah menunjukkan sikap prejudis terhadap penganut Islam.

Sumber HD- 26-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------




































RUU355: Tegak syariah atau gimik politik?

DR FATHI YUSOF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43344-ruu-355-tegak-syariah-atau-gimik-politik

Kalau fikiran kita terlalu berfikir pasal undi dan kuasa, semua perkara akan dilihat dari neraca sepak terajang politik. Kita lupa matlamat jauh untuk mengangkat agama dan membawa rahmat kepada rakyat dengan Islam. Kita akan menilai semua benda dari sudut untung rugi sokongan politik dan percaturan kuasa sehingga kita lupa tentang usaha untuk menjaga dan menegakkan agama.

Apabila kita terlalu teruja dengan pertembungan politik di pentas demokrasi, kita terlupa bahawa musuh dan rakan bukan diukur dengan garis sempadan politik kepartian tetapi melalui prinsip dan sikap kita yang ditentukan dengan sempadan Al-Quran dan Sunnah.

Kadang-kadang akibat terlalu ghairah untuk meraih sokongan politik kepartian kita mengutamakan permusuhan dan kebencian, sehingga mengabaikan tugas dakwah dan tugas mendidik ummah. Kita lebih suka menggunakan bahasa politik bagi mendapat sokongan, dan menimbulkan kebencian manusia kepada seteru politik kita, hingga mengabaikan bahasa dakwah lebih bersifat jangka panjang yang kadang-kadang kurang menguntungkan dari sudut undi.

Demikianlah yang membezakan sikap pendakwah yang berpolitik dan pentaksub kuasa atas nama agama dalam isu RUU355.

Ini baru mukaddimah.

DR FATHI YUSOF
Pakar Perundangan Jenayah Syariah (ulamasedunia.org

Sumber HD- 25-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiong Lai nak letak jawatan kabinet? Letaklah, apa ada hal
Posted on Thursday, November 24 @ 23:28:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32568



Datok Leo Tiong Lai bertegas mahu meletakkan jawatan dalam kabinet jika RRU355 diluluskan pindaannya.

Pada penulis, kalau dia mahu melatakkan jawatan apapun dalam kerajaan, letaklah. Sebab apa? Sebab MCA telah ditolak majority kaum Cina. Tinggal berapa kerat aja kerusi MCA, itupun di kawasan majority Melayu. Kalau kawasan majority Cina, MCA dah tenggelam.

Jadi apa ada hal kalau Tiong Lai letak jawatan kabinet? Jawatan dia boleh diisi oleh orang lain yang lebih daya fikirnya. Tiong Lai lemah daya fikir bagi penulis. Sebab dia tak faham maksud bahasa Melayu "RRU355 tidak melibatkan orang bukan Islam". Dia tak boleh memikir untuk faham. Jadi kerajaan Malaysia tak perlulah menyimpan lagi menteri yang kurang daya berfikir untuk memahamkan ayat tersebut.

Menteri yang kurang daya faham tidak memberi faedah kepada negara. Bak kata orang, buat sibuk aja. Datok Jamil Khir tidak perlulah mengambil perduli kritikan atau ugutan letak jawatan Tiong Lai. Dia tidak ada hak dalam urusan agama Islam sebab dia bukan Islam. Dia tidak ada kepentingan sedikitpun.

Rugi pengundi Melayu mengundi Tiong Lai dalam PRU13 yang lalu.

Wassalam.

Sumber TKO - 24-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------ 




Hairan DAP MCA tidak setuju RUU355
Posted on Thursday, November 24 @ 23:27:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32567

"

Ini adalah cakap penulis dengan beberapa orang kawan ketika minum milo O disalah sebuah kedai di pecan Batu Enam.

Mengapa hairan dengan DAP dan MCA. Mereka orang kafir yang Allah telah sebut secara nyata bahawa mereka tidak akan setuju dan redha atau suka dengan Agama Islam.

Penulis tidak hairan kerana Allah telah nyatakan sejelas jelasnya.Sebaliknya ada orang Islam yang mengaku beriman dengan Allah pun tidak setuju dengan RUU 355 yang dibentang oleh Presiden Pas.


Bukan setakat tidak bersetuju, malah ada sesetengah mempersenda senda presiden Pas yang berusaha bersungguh untuk membentang RUU 355 di Parlimen.
Demikian tindak tanduk mereka yang kafir.Pada hal RUU 355 tidak ada kena mengena dengan batang tubuh mereka.



Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan terhadap hukuman semasa Mahkamah Syariah  adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.



Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS - Marang) hari ini membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Oleh itu, yang paliknya orang Islam sendiri semacam tidak percaya dengan apa yang dinyatakan di dalam Al Quran.



Mereka seolah olah tidak percaya dengan cakap cakap Allah yang mencipta kita.Kita kata kita beriman dengan Allah dan Rasulullah SAW, akan tetapi tidak percaya dengan kata Allah yang  kafir itu tidak bersetuju dengan Islam.



Allah telah menyatakan dengan sejelas jelasnya bahawa orang kafir sekali sekali tidak akan bersetuju dan suka dengan agama Islam.



Bayangkan, diutus nabi kepada mereka membunuh para nabi dan Rasul. Itu nabi dan rasul. Apatah lagi hendak memperkasakan undang undang Islam di Mahkamah Syariah di Bumi Malaysia ini yang agama Islam adalah agama persekutuan.



Sumber TKO - 24-11-2016



-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tindakan Mahfuz sudah layak untuk disingkirkan,,,
Posted on Tuesday, November 22 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32525




Assalamualaikum,,  Mahfuz Omar bertindak macam MP bebas, bebas dari mengikuti arahan parti dan bebas bercakap serta menjadi jurucakap kaki klentong apabila dia bercakap bagi pihak kaki klentong ketika mempersoalkan cerita yang diada adakan dalam kes rasuah lombong bijih timah TGHH.Sudah tiba masanya Mahfuz ditunjukkan jalan keluar seperti Husam kuasa 10 kerana keceluparan dan sokongannya kepada parti Islam progresif semakin menjadi jadi.Untuk apa lagi dia kekal sebagai ahli PAS sedangkan hari hari kerjanya membantu kaki klentong untuk memburuk burukkan PAS.

Mahfuz juga lantang mengajak rakyat sertai Bersih 5.0 sedangkan arahan parti jelas, jangan terlibat dengan Bersih sebaliknya Mahfuz dengan bangganya memakai baju Bersih dan turut berarak dengan pendemo Bersih.Seolah olah Mahfuz mewakili PAS untuk turut serta dan menyokong Bersih bersama sama kumpulan LGBT, atau dengan kata lain seolah PAS turut mengiktiraf LGBT bersama Bersih.

Tindakan Mahfuz ini boleh mencemarkan nama PAS dan tak ada sebab lagi untuk PAS terus menyimpannya.Biarkan dia bersama PAN yang disokongnya dan biarlah semua orang tahu dia bukan ahli PAS lagi.

Turut bersama Mahfuz beberapa MP dan ADUN PAS sepatutnya turut disingkirkan bersama Mahfuz sebabnya, sejak PAN ditubuhkan, semakin terserlah sekarang mereka menjadi mempelam manis bagi PAN untuk terus berada dalam PAS.Apa kejadahnya simpan mempelam manis ini dalam PAS?

Masanya sudah sampai untuk menghantar mempelam manis PAN kembali ke pangkuan kumpulannya.Tak ada faedah bagi PAS terus menyimpan mereka malah mungkin boleh memberikan masalah kalau dibiarkan.

Semuga ada lapuran terhadap tindakan mereka yang melanggar arahan parti dan disingkirkan oleh jawatankuasa displin  for good.

Sumber TKO - 22-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

TV3 dan Parti PAN Sama-sama 3¼
Posted on Tuesday, November 22 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32527



Dua hari lepas saya minum dengan puak-puak PAN/IKRAM. Perbualan kami sekitar BERSIH 5. Marah betul puak-puak PAN/IKRAM ini kepada TV3 kerana menyiarkan BERSIH 5 sangat hambar tiada sambutan.

Kata mereka wartawan TV3 bodoh tak tahu nak mengira. mereka mengecam sikap TV3 kerana SELALU membawa berita bohong.

Saya mencelah, ketika TV3 mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang menyokong GST. Awak semua PERCAYA dan tidak mengecam TV3.

Ketika TV3 menyiarkan berita kononnya Presiden PAS kata BERSIH 5 hanya merugikan rakyat, awaknya semua PERCAYA dan kutuk Presiden PAS.

Awak sebenarnya SAMA-SAMA 3¼ dengan TV3 kaki pembohong dan PEMBELIT. Suka sebar fitnah.

Marah betul PAN/IKRAM kepada aku malam itu. Sehingga aku terpaksa bayar sendiri, biasanya tak sempat aku nak bayar puak PAN/IKRAM ni akan hulur dulu berebut nak buat pahala!




Sumber TKO - 22-11-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demonstrasi ada dalam Islam diketengah tapi hudud pula cuba didolak-dalih
Posted on Tuesday, November 22 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32523



Kawan-kawan saya daripada parti PAN cuba berhujah dengan hujah Dr Maza mengenai demonstrasi. termasuk juga kawan-kawan penulis memetik artikel Dr Maza dalam blognya.

Petikan Dr Maza mengenai demonstrasi aman adalah berdasarkan hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Kadang-kala saya hairan juga dengan puak-puak PAN dan IKRAM ini, mereka seolah-olah 'bodoh' dengan penderian PAS yang tidak akan hadir dalam BERSIH 5. Kenapa payah sangat nak faham bahawa PAS tak menolak demontsrasi aman, malah Presiden PAS beberapa kali menyertai himpunan BERSIH.

PAS tak pergi himpunan BERSIH4 dan 5 kerana NGO Bersih telah lari daripada halatujunya, malah  dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan terhadap himpunan tersebut.

Itu adalah dipanggil keputusan semasa. Yang ini puak PAN dan IKRAM lemah memahaminya.

Yang saya menjadi pelik kenapa puak PAN dan IKRAM menjadikan hujah DEMONSTRASI ADA DALAM ISLAM tetapi mengabaikan HUDUD YANG MEMANG SAH ADA DALAM ISLAM?

PAN dan IKRAM makin celaru dalam memahami perjuangan Islam di Malaysia. Mereka menghalalkan cara demi mendapatkan sedikit habuan dunia. Tindakan ini sangat bercanggah dengan prinsip perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.


Sumber TKO - 22-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagi Kenyataan TGHH Di'Spin'
Posted on Tuesday, November 22 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32522



Dalam Utusan Malaysia hari ini, tajuk utamanya “ Demonstrasi hanya merugikan rakyat”. Besar gambar Tuan Guru Haji Hadi menjadi hiasan berita. Nampak dari tajuk itu, persepsi pembaca ialah TGHH tidak setuju semua bentuk demonstrasi. Sedangkan yang dirujuk oleh beliau ialah Bersih 5.
Bersih 5 melalui suhu yang agak panas apabila berlaku pertembungan fizikal dengan Geng Baju Merah. Sebelum itu pemimpin Baju Merah telah ditumbuk  hingga berdarah hidung dan ada pergaduhan kecil apabila penyokong Bersih5 ditolak oleh Geng Baju Merah.



 Rakyat lihat dengan cemas apa akan terjadi apabila berlaku pertembungan pada Sabtu, 19 November. Sekiranya berlaku pergaduhan dan rusuhan sudah pasti rakyat yang tak bersalahlah yang menerima kesannya. Mujur pihak keselamatan bertindak dengan cekap dan cepat.



Itulah kebimbangan TGHH. Tiba-tiba Utusan Malaysia menyiarkan tajuk yang seolah-olah TGHH tak setuju semua bentuk demonstrasi. Bukankah beliau pernah sertai demonstrasi Bersih sebelum ini? Dan PAS juga akan mengadakan demontrasi sebagai solidariti terhadap nasib umat Islam di Myanmar, Syria dan Iraq di Masjid Negara  pada Sabtu, 26 November nanti?



Sebenarnya inilah siri-siri spin berita agar TGHH sentiasa dipandang buruk dan menjadi musuh kepada blok pembangkang. Akhirnya semua orang baik penyokong kerajaan apatah lagi pembangkang mengutuk ulama itu. Mengutuk  kerana seolah-olah TGHH cakap tak serupa bikin dan bertentangan dengan blok pembangkang.



Petikan berita Bernama pula begini ayatnya: "Kita tidak mahu (dalam) demonstrasi ini berlaku pertembungan yang merugikan rakyat. Ini sangat penting dan perlu diawasi," katanya.



Rakyat nilailah sendiri……



Sumber TKO -22-11-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bunuh Diri Terjun Jambatan Sebagai Mati Syahid?
Posted on Monday, November 21 @ 16:00:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32502

"

Sesungguhnya membunuh diri masuk neraka kekal didalamnya dan mati syahid masuk syurga jika tiada hutang. Inilah khabar Al Quran kepada kita. Semua sedia maklum bahawa itulah hukum orang membunuh diri dan mati syahid.

Barang siapa yang memilih membunuh diri sama ada terjun jambatan atau terjun bangunan atau menggunakan pisau hiris tangan sendiri, maka  dimasukkan dalam neraka dan kekal didalamnya.
Dalilnya, Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa membunuh dirinya dengan sebilah besi, maka besi itu akan ditusukkan dalam perutnya di neraka jahanam, ia kekal abadi didalamnya. Barang siapa membunuh dirinya dengan meminum racun, maka racun itu akan dibawanya dengan tangannya dan dihisapnya di neraka jahanam, ia kekal abadi didalamnya. Dan barangsiapa turun dari gunug lalu membunuh dirinya maka ia akan menuruni neraka jahanam kekal abadi didalamnya” (Hadis riwayat bukhari dan muslim)
Dua tiga hari lepas  Pengerusi PAN Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan Mohd Shukri Saad yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah selepas didakwa kerana menjual rokok seludup bernilai RM365 sebagai mati syahid.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa tindakan Mohd Shukri Saad terjun dari jambatan itu sah tidak tahan sabar dengan penderitaaan yang dihadapinya sepertimana Jundub Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada orang seblum kamu yang terluka dan ia menderita, lalu ia mengambil sebilas pisau lalu memotong tangan. Darah keluar dan tidak berhenti  hingga orang itu meninggal. AllahSWT berfirman: hambaku menyegerakan dirinya sendiri kepada ku, maka aku haramkan baginya syurga” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan peniaga itu menamatkan riwayat hidupnya dengan “berkorban untuk Malaysia” adalah pembuka mata terhadap penderitaan rakyat jelata di negara ini.



Tegas  Dr Mujahid “Shukri bukan seseorang yang dipuji ramai, bukan orang terkenal atau ahli JKKK. Shukri hanya marhaen yang cuba mencari nafkah seperti orang lain.

Kata Dr Mujahid lagi “Walaupun dia melakukan perkara kejam dengan mengambil nyawanya sendiri, itu antara dia dan Allah. Saya harap Allah akan ampunkannya atas dosa-dosanya.



Sesungguhnya membunuh diri itu dosa besar seperti firman Allah yang maksudanya: dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah maha penyayang. Dan barangsiapa melakukan demikian dengan melanggarkan hak dan aniaya, maka kami kelak akan memasukkan kedalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah (surah an nisa ayat 29/30)



Jika Dr Mujahid Yusof masih bertegas mengatakan Mohd Shukri Saad yang terjun jambatan itu mati syahid atas nama korban untuk Malaysia, maka teringat saya dengan firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka itulah orang orang yang sebenar sebenarnya  membuat bencana dan kerosakkan, tetapi mereka tidak menyedarinya.(surah Al Baqarah ayat 12)



Mereka itu telah membuat bencana dan kerosakan dan tidak menyedari melakukan kesalahan yang besar dengan mengeluarkan pendapat bahawa terjun jambatan itu sebagai mati syahid miskipun atas nama korban untuk Malaysia sekalipun.



Pada hal tindakan Mohd Shukri Saad itu jelas atas nama tidak tahan dengan penderitaan kena dakwa menjual rokoh seludup seperti  seseorang yang tidak tahan sakit lalu membunuh dirinya yang dinyatakan Rasulullah SAW , maksud Hadis, ada orang sebelum kamu yang terluka dan ia memderita dan ia mengambil sebilas pisau lalu memotong tangannya.Maka aku haramkan baginya syurga.



Sumber TKO - 21-11-2016



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS tak sama dengan Umno tapi mungkin boleh jadi sama.........
Posted on Monday, November 21 @ 15:56:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32501

"

Assalamualaikum...
Kenyataan terbaru Anuar Musa boleh mengecutkan perut ramai penentang Najib terutamanya dari PH atau lebih khusus PAN sebabnya kerjasama PAS dan Umno boleh menyelamatkan kerajaan persekutuan Umno dan peluang untuk PH atau PAN menguasai Kelantan akan hancur.Siapa tidak takut?Kalau segala taburan dan rekaan cerita Husam kuasa 10 akan berkubur begitu saja.Walau bagaimanapun PAS tidak mudah melatah dengan taktik pujukan Anuar Musa kerana PAS cukup tahu PAS tidak sama dengan Umno.

Oleh itu apa yang Anuar Musa kata PAS dan Umno mempunyai persamaan buat masa sekarang tidak benar sama sekali.Dasar PAS adalah menjunjung Islam dengan erti meletakkan AL Quran, sunnah dan ijmak ulamak di atas pemikiran manusia sedangkan Umno dasarnya pragmatis yang sekular yakni meletakkan akal manusia mengatasi petunjuk agama.

Sebab itu kita lihat sekarang Umno tetap berpegang dengan ajaran Islam dalam setengah hal dan menolak perintah Islam dalam hal yang lain terutama dalam hukum jinayah serta penduan individu supaya tidak rasuah atau menindas dengan kuasa yang ada.Umno memilih untuk ikut akal dalam bab hukum jinayah dan tarbiyah individu supaya jangan rasuah dan menindas orang yang tak sehaluan.Itu beza yang jelas antara PAS dan Umno tetapi persamaannya, kedua dua pihak masih seagama yang boeh memungkinkan PAS dan Umno jadi sama di masa hadapan.

Untuk recalled, walaupun Umno tak mahu ikut Islam seluruhnya, Umno masih menguat kuasakan undnag undang Islam dalam beberapa aspek kehidupan.Undang undang munakahaq terutama melibatkan nikah kahwin masih lagi teguh dengan undang undang Islam, undang undang pesaka masih lagi ikut undang undang yang ditetapkan Islam dan yang terbaru undang undang perbankan Islam sudah dikuatkuasakan untuk orang Islam dan pilihan untuk bukan Islam.

Sambil itu pemantauan kepada amalan Islam juga bagus, Umno mengujudkan satu pasukan dalam KDN yang diberi kuasa untuk memantau dan mengawal penerbitan dan penjualan Al Quran menyebabkan kita semua boleh yakin dengan Quran yang kita baca dan beli.Pengawalan bahan makanan halal ditugaskan kepada JAKIM yang juga boleh kita harapkan untuk lebih yakin setiap kali kita membeli belah.

Begitu juga memantauan ajaran sesat, semuanya disediakan Umno tetapi bila sampai kepada undang undang jinayah dan perlakuan rasuah dan penindasan kedapa penentang mereka, Umno tak mahu ikut Islam.Di sinilah kerosakan yang besar yang dilakukan oleh Umno, bukan Najib seorang sahaja tetapi kerosakan itu bermula dari Mahathir, orang yang kuat menentang Najib hari ini sehingga sanggup bercakap sampah bahawa siapa yang tak mahu joint PH dan Bersatu untuk lawan Najib dianggap makan dedak Najib.Ngok punya kenyataan, tak siuman langsung.

Berbalik kepada kenyataan Anuar Musa, suka dinyatakan PAS dan Umno masih tak sama dan boleh jadi sama hanya dengan satu syarat, syarat yang pernah dinyatakan oleh ATGNA ia itu Umno kena masuk Islam seluruhnya.Kalau ini berlaku, maka seperti kata ATGNA kita akan bubar PAS dan masuk UMNO keseluruhannya.

Itu syarat mutlak yang masih terpakai sehingga hari ni tetapi sebagai relatifnya, kalau Umno masih gagal menukarkan dirinya kepada Islam sepenuhnya dan ini merupakan kemungkinan yang besar memandangkan kepakaran yang dalam Umno lebih kepada kepakaran sekular, maka PAS mungin juga akan berada pada situasi memilih dua keadaan mudharat dan yang kurang mudharat akan jadi pilihan.

Apa dia dua keadaab mudharat? Situasi politik hari ini, Umno dan PH serta bersatu merupakan dua keadaan mudharat yang terpaksa dihadapi PAS, jadi PAS terpaksa memilih antara keduanya.PH dan bersatu tidak menunjukkan minat untuk menjadikan Islam sebagai panduan carahidup, dan kita bimbang kalau mereka berjaya menjadi kerajaan, banyak perkara perkara yang sudah dilaksanakan Umno dalam Islam akan dihapuskan.Mungkin tiada lagi pemantauan penerbitan dan penjualan Al Quran,  pemantauan produk halal dan mungkin juga akan ada pindaan hukum kepada hukum kekeluargaan Islam yang melibatkan rukun rukun nikah yang amat penting kepada penjagaan nasab keturunan kita orang Islam, siapa tahu!

Sedangkan Umno sudah terbukti tindakannya dalam hal hal ini.Begitu juga dalam hal pengurusan masjid, Umno sudah membuktikan cara mereka menguruskan masjid tetapi PH kita tak tahu cuma larangan menggunakan speaker dalam masjid yang berlaku di Selangor dan Penang mungkin boleh jadi penunjuk aras akan apa yang akan berlaku bila PH berkuasa.

Kalau PAS terpaksa memilih, pilihannya ialah Umno tetapi mekanisma kerjasama perlu diperjelaskan, bukan memilih Umno dengan masuk BN tetapi menerusi satu MOU yang berasaskan Islam sebagai panduan.

PAS tak perlu melatah dan terus mengikut Anuar Musa sebab PAS cukup sedar PAS tidak sama dengan Umno walaupun boleh jadi sama di masa hadapan.

Sumber TKO - 21-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS tidak gentar gertakan Mahathir dan PH
Posted on Monday, November 21 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32495



Oleh Zainal Salleh
Jika mengikut sifir politik Tun Mahathir Mohamad, PAS perlu memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau dijadikan 'pariah politik' kerana "makan dedak".





Sehubungan itu, Pengerusi PPBM itu menegaskan kesediaan partinya menentang PAS jika ia tidak menyokong gerakan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 


Beliau berkata, PH yang merangkumi PKR, DAP dan Amanah harus diberi sokongan penuh menjatuhkan Najib dan mendakwa parti politik yang enggan turut serta mungkin sudah termakan 'dedak'. 


"Sebab itu kita akan menentang sesiapa yang tak sertai gerakan jatuhkan Najib," kata Mahathir pada Konvensyen kali pertama Pakatan Harapan di IDCC, Shah Alam, Sabtu lalu.




"Sesiapa yang menimbulkan masalah dalam PH adalah orang Najib. Mereka
sebenarnya menyokong Najib dan ada besar kemungkinan dapat dedak," kata Dr Mahathir.  


Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar Jun lalu, Dr Mahathir secara terbuka mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah 'nampak' dedak yang mendorongnya mahu bekerjasama dengan Najib.   


Walaupun Dr Mahathir tidak merujuk kepada PAS mahupun Hadi secara langsung, tetap  kali ini beliau tegas mengatakan pihak yang enggan turut serta menjatuhkan Najib "menerima dedak atau rasuah".



PAS tolak gerakan jatuhkan Najib selain pilihan raya


PAS sebuah parti pembangkang utama dilihat masih belum menunjukkan keghairahan untuk bekerjasama dengan PH demi memastikan saingan 'satu lawan satu' menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14.  


Pada masa sama, PAS menolak cubaan untuk menjatuhkan Najib di luar kerangka sistem pilihan raya umum, seperti tunjuk perasaan anjuran BERSIH yang disokong oleh PH. 


Dalam isu kononnya PAS enggan bekerjasama dengan PH kerana 'bermusuh' dengan DAP dan Amanah, Dr Mahathir berkata, masalah itu adalah 'terlalu kecil' dan beliau juga pernah memusuhi pemimpin PH.


"Jangan cakap kami tak setuju dengan PH sebab ada DAP dalamnya. Bukan kerana itu. Saya dahulu musuh ketat Lim Kit Siang. 


"Saya juga musuh ketat beberapa tokoh lain dalam parti lain tapi permusuhan itu perkara kecil berbanding usaha untuk jatuhkan musuh terbesar iaitu Najib," kata Dr Mahathir.





Sikap lantang Mahathir ini bukan baru. Rekod politiknya menunjukkan bahawa beliau sering mengambil sikap bahawa sesiapa sahaja yang menghalang cita-cita dan rencana politiknya akan menjadi musuhnya.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah merasai sendiri 'kemarahan' politik Mahathir dan bersama pemimpin DAP lain seperti mendiang Karpal Singh pernah ditahan di bawa Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).


Begitu juga dengan 'anak emasnya' Datuk Seri Anwar Ibrahim. Meskipun kombinasi di antara beliau dengan Anwar dianggap terbaik untuk Malaysia, apabila Anwar bersilang pendiriannya dengannya, Anwar dipecat dan diaibkan.


Sikap diktator politik Mahathir tak gentarkan PAS


Bagaimanapun keadaan kini agak berbeza. Kuasa memerintah tidak lagi berada di tangannya. Usaha PPBM untuk menjalin kerjasama dengan PAS masih belum berhasil
setakat ini.

Namun sikap politik Mahathir tetap tidak berubah. Meskipun parti barunya masih belum mampu membuktikan apa-apa di segi politik, Mahathir sebagai Pengerusi PPBM, sudah bersedia menentang PAS jika enggan bekerjasama.


Sikap politik ala 'gedebe' ini boleh dibandingkan dengan pendirian bekas presiden Amerika Syarikat, George Bush yang memberi kata dua pada mana-mana negara yang tidak menyokong usaha menentang keganasan, adalah musuh negaranya.


Yang menariknya, PAS seolah-olah sedikitpun tidak 'terusik' dengan sikap 'diktator politik' Mahathir itu. Malah PAS kini nampaknya agak tenang dan jelas tujuan perjuangannya. 


Memang penyertaannya dalam politik Malaysia adalah kerana memerintah. PAS mahu menang pilihan raya. Namun setelah bekerjasama dengan banyak pihak beberapa kali, PAS lebih rela melaksanakan tugas hakikinya.


Ini dimaktubkan Allah: "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung." (Al Imran: 104).



Keuntungan yang PAS dambakan adalah lebih besar daripada kuasa memerintah negara. Namun PAS tidak mahu mengabaikan tawaran Allah sebab itu meskipun belum berkuasa ia masih berusaha menasihati pemerintah.
Pendirian ini amat dikesali oleh musuh-musuh PAS seperti Amanah dan komponen PH lain. Ada yang mengutuk dan menyindir PAS sudah termakan dedak Umno-BN . Namun bagi PAS itu hanya tohmahan.
Yang mahu dianjurkan PAS ialah taat pada perintah Allah: “Dan janganlah kamu menyerupai orang yang bercerai berai dan berselisih setelah datang keterangan yang jelas kepada mereka iaitu orang mendapat seksaan yang berat” (Al Imran: 105).
Umat Islam di Malaysia kini semakin diracik oleh politikus yang mewakili banyak parti politik baru mempunyai matlamat untuk berkuasa. Pelbagai alasan dicanangkan kononnnya untuk melakukan reformasi di negara ini.
Bagaimanapun PAS akur apabila "dipinjamkan kuasa oleh Allah", banyak perkara kebajikan yang dijanjikan kepada rakyat tidak dilaksanakan. Malah obsesi golongan ini lebih tertumpu mempertahankan kuasa dan melumpuhkan lawan.

Justeru politik kiasu atau gedebe Mahathir tidak menjejaskan i’tikad politik PAS. Walau digertak akan berhadapan dengan parti pimpinan Mahathir sekalipun atau difitnah dengan tuduhan diberi 'dedak', PAS tidak latah.
PAS tidak latah
Kini PAS masih ada hubungan tahaluf siayasi dengan PKR. Bagaimanapun kebelakangan ini PKR juga mengungkit betapa sudah beberapa kali 'dikhianati oleh PAS'. Pun PAS masih tidak latah.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, partinya bersikap terbuka untuk bekerjasama dan membuka pintu rundingan bagi mengukuhkan pembangkang.
Namun katanya, sebagai parti berasaskan Islam dan mempunyai pengalaman luas dalam politik serta pilihan raya di negara ini, PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik yang tidak menguntungkan Islam.
Menurutnya, PAS berpandangan tahaluf siyasi yang mahu dilakukan kali ini mestilah
dipimpin oleh Islam.

"PAS telah menyediakan platform kerjasama yang dipimpin oleh Islam melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera yang kini telah disertai IKATAN dan BERJASA.
PRU14, pintu kerjasama sentiasa terbuka dengan syarat mereka menerima kerjasama ini dipimpin oleh Islam.
"Tawaran kerjasama ini juga terbuka kepada parti-parti bukan Islam yang bersedia dipimpin oleh Islam," katanya.
Hashim berkata, bekas Mursyidul Am, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa jika Umno menerima Islam, pihaknya bersedia membubarkan PAS.
"Pihak menentang Islam atau mengkhianati Islam tidak layak bekerjasama dengan PAS, kecuali mereka berubah sikap untuk menerima Islam sebagai pemimpin dalam kerjasama ini, katanya.
Mahathir boleh melalak dan menggertak PAS. Namun di sinilah letak perbezaan parti politik yang bertunjangkan akhlak agama dengan seni politik Machiavelli yang hanya mahu menang dengan mengugut dan memfitnah. - ANTARAPOS

Sumber TKO - 21-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa PAN boleh dapat Dengan Buat kerja bodoh ini?
Posted on Sunday, November 20 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32481



Bersih 5 diadakah atas dasar membuat 5 tuntutan iaitu Pilihan Raya Bersih, Kerajaan Bersih, Perkukuhkan demokrasi parlimen, hak membantah dan memperkasakan Sabah dan Sarawak.

PAS tidak menyertai Bersih bermula daripada Bersih4 setelah wujud perubahan pada jawatankuasa Bersih dimana wujud orang yang berkepentingan didalamnya memainkan agenda lain daripada Bersih asal.

Bersih4 gagal kerana mereka bukan menuntut tuntuan yang sedia ada tetapi memainkan politik sentimen, persepsi dan perkauman. Tidak hairanlah gambar pimpinan PAS menjadi mangsa dalam perhimpunan berkenaan sedangkan tujuan utama adalah untuk menyatakan ketidakpuashatian terhadap kerajaan dan SPR dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

mengambil pengajaran daripada Bersih4, jawatankuasa Bersih5 telah mengariskan beberapa panduan antara lain perserta tidak dibenarkan untuk membawa bendera parti selain daripada mengelakkan membuat provokasi kepada kerajaan dan pembangkang. Nampak ini suatu yang baik.

Malangnya parti PAN telah mencemarkan himpunan Bersih5 dengan membawa bendera PAS untuk dihina dalam himpunan tersebut.

Usaha sebahagian daripada pimpinan Pakatan Harapan untuk menghubung jalin hubungan sesama pembangkang bagi tujuan menjatuhkan BN makin sukar kerana perbuatan 'bodoh' sesetengah pimpinan parti PAN ini.

Apa yang PAN dapat dengan menghina bendera PAS?

Adakah ahli dan penyokongnya akan meningkat dan PAN dilihat suatu parti yang hebat? Tindakan bodoh dan emosi mereka tidak akan kemana-mana hanya menunggu masa untuk rakyat bukti dimana duduknya pimpinan yang tidak ada prinsip perjuangan.


Sumber TKO - 20-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Politik Redha Tanpa Akal
Posted on Tuesday, November 15 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32384





Nilai ringgit terus merudum ke RM4.32 bagi setiap dolar dan berpotensi menjunam ke RM4.80 dalam tempoh terdekat. Benar pakcik di kampung tak mampu berbicara tentang implikasinya. Namun apakah golongan terpelajar pun tak mampu melihat impaknya kepada masyarakat?

Agak malang apabila taraf pegawai kerajaan meminta kita redha terhadap kenaikan harga barang dan kemerosotan nilai matawang negara. Maksudnya memang mudah dibaca; undilah BN dulu,kini dan selamanya.



Andai justifikasi redha itu boleh dipakai untuk terus menjulang kerajaan yang menekan hidup, maka silaplah Melayu sebelum merdeka yang berjuang menentang Inggeris, Jepun dan komunis. Sepatutnya datuk nenek kita redha sahaja sambil berdendang dengan tari rodat.                        



 Adalah begitu naif untuk mempercayai mentaliti Melayu zaman tweeter masih setaraf zaman tok selampit. Janganlah dimanipulasikan konsep redha semata-mata untuk mengekalkan kerajaan yang hampir mereput kerana korup.



Islam sentiasa membuka jalan kepada kita untuk mengubah nasib. Islam mengajar kita berusaha dan bertawakal. Usaha, tawakal dan redha adalah elemen tiga serangkai demi mencapai kemanisan duniawi dan ukhrawi.



Justeru, apabila kerajaan BN semakin durjana menekan rakyat dengan GST, kenaikan kos sara hidup dan memporak-perandakan negara dengan rasuah dan penyelewengan bersifat mega, sewajarnya manusia di era pelbagai gajet dan aplikasi ini bertindak waras dengan berusaha menukarkan kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang telah terbukti track rekod ketulusan dan ketelusannya.



Kerajaan PAS tanpa royalti dan duit ehsan masih mampu mengecualikan cukai pintu, menghapuskan kutipan tol, mengagihkan tanah kepada rakyat dan menguruskan agihan zakat kepada fakir miskin dengan baik. Kerajaan yang bersih tanpa sebarang kes rasuah walaupun SPRM pernah terjun tidak bertangga apabila menerima dakwaan berbentuk lempar batu sembunyikan tangan.



Kini kita hampir di gerbang PRU14. Nasib dan masa depan kita dan anak cucu dicorakkan oleh undi kita. Masakan BR1M memenjarakan akal kita. Islam hendak diletak pada hierarki ke berapa dalam kamus politik kita? Teringat kata orang  tua-tua; tidak salah ibu mengandung. Salah diri tidak berakal.



Sumber TKO - 15-11-2016



----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerana Wartawan Putar Belit Berita Ramai Facebooker, Group Whatsapp dll Jadi Bodoh dengan komen emosi
Posted on Tuesday, November 15 @ 00:01:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32382



Malaysiakini hari ini menyiarkan berita, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberitahu, partinya itu tidak memberi sokongan kepada Umno secara 'bulat-bulat'.

Penulisan wartawan ini mungkin berdasarkan petikan kata-kata Presiden PAS "Ada tempat kita sokong ada tempat tak sokong, bukan bulat-bulat"

Mengikut pemahami biasa dan bagi mereka yang biasa dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang konsisten dalam kenyataan semenjak daripada dulu lagi mengenai sikap dengan UMNO dimana PAS bukan membangkang membabi buta, jika ada perkara baik diusulkan oleh UMNO akan dipersetujui. Apakah itu salah?? Pelajar sekolah pun tahu.

Aku rasa wartawan Malaysiakini, walaupun dilahir di Malaysia tetapi Bahasa Malaysianya agak sangat teruk. Bangla baru datang 3 bulan sudah mahir Bahasa Melayu.

Tak hairan jika dibandingkan tajuk berita tersebut

Malaysiakini -- Hadi: PAS sokong UMNO tapi bukan bulat-bulat
Sinar Harian -- Hadi: PAS tak sokong Pakatan Harapan Bulat-bulat

Sikap PAS dalam menentang kezaliman dan mewujudkan masyarakat yang harmoni dengan memberikan sokongan kepada perkara yang baik adalah suatu yang sangat menarik dalam misi politik SEJAHTERA bukan membabi buta menentang kerajaan tanpa mengambilkira kebaikan bersama.

Apa yang peliknya facebooker yang disebut Pakatan Harapan membuat komen bodoh tanpa usul periksa maklumat yang diterima. Mereka jadi emosi dengan mengutuk PAS sedangkan dia bodoh memahami isu sebenar dan maklumat yang betul. Mereka ini lemah Bahasa Melayu, kurang maklumat tak membaca dengan kefahaman yang jitu.

Manusia yang bodoh maklumat selalunya menjadi mangsa oleh pimpinan yang jahat dan zalim.

Sebelum saya menghabiskan komentar saya kali ini, suka saya membawa cerita kisah seorang anak yang bekerja di Kuala Lumpur dihubungi telefon oleh ibunya untuk meminta dia pulang ke kampung.

Dia menjawab ibu saya sibuk tak boleh pulang.

Ibunya terus menjawab "Engkau tak payah pulang-pulang tinggal di KL selama-lamanya"
Petang itu anaknya terus beli tiket bas untuk pulang ke kampung. Anak memahami maksud disebalik kata-kata ibunya. DIA ADALAH JENIS YANG FAHAM

Tapi kalau facebooker Pakatan Harapan yang bodoh selalu komen jahat kepada PAS akan berkata "Baiklah ibu saya akan tinggal di KL ibu sangat memahami kesibukkan saya"

Wartawan Malaysiakini dan facebooker PH yang bodoh sebenarnya mereka ini lemah memahami BAHASA MELAYU dan larasnya,


Sumber TKO - 15-11-20116

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Mereka mahu kita hormati perbezaan pendapat?
Posted on Monday, November 14 @ 16:23:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32375


Assalamualaikum,,,
Sejak sekian lama nampaknya masih kedengaran suara yang mendesak kita penyokong jemaah Islam PAS supaya menghormati perbezaan pendapat yang ada antara parti parti politik pembangkang.Mereka mahu kita hormati pendapat mereaka yang berbeza dengan kita tetapi dalam masa yang sama mereka sengaja tak endah dengan laungan dan syarat yang kita berikan untuk berunding.Mereka mendakwa mereka bersangka baik dengan kita pada waktu mereka memejamkan mata dengan syarat yang kita berikan.


Apa perlunya kita nak hormati perbezaaan pendapat kalau mereka sengaja buat pekak badak dengan syarat kita? Apakah syarat yang kita berikan itu bukan perbezaan pendapat yang mesti dihormati? Jadi kenapa mereka enggan menghormati perbezaan pendapat kita tetapi dalam masa yang sama mahu kita hormati pendapat mereka yang terus terusan mendesak kita tanpa menghiraukan syarat kita? Hormati perbezaan pendapat dan bersangka baik apa kebendernya?

Apa yang tidak mahu difahami mereka ialah sebenarnya syarat yang kita letak itu bukan syarat kita tetapi syarat yang ada dalam Quran dan sunnah, syarat untuk kita semua termasuk mereka untuk mematuhi perintah Agama.Sebenarnya tidak ada perbezaaan pendapat dalam soal ini kerana ianya melibatkan perkara yang qatie, perkara perkara yang diperintahkan oleh ALLAH yang tidak boleh ada perbezaan pendapat di kalangan orang  Islam yang bersikap mendengar dan mematuhi.

Sebarang perbezaan pendapat kalau ada hanyalah perbezaan idoelogi atau pemikiran manusia yang terlalu pandai membuat andaian kepada perkara perkara yang tidak dibenarkan agama untuk mengandaikannya.Kita tidak boleh menghormati andaian andaian akal ini sebagai mana kita menghormati perbezaan pendapat dalam soal soal khilaf, jadi sebarang desakan agar kita menghormati perbezaan pendapat kepada perbezaan ideologi ini tidak boleh diterima.

Tiada perbezaan pendapat dalam soal soal keadilan Islam dan dalam soal soal menerima idoelogi liberal dan LGBT dalam kehidupan seorang Islam.Sebarang penerimaan kepada idoelogi liberal dan LGBT tidak mungkin boleh membawa perundingan untuk apa jua tujuan dengan jemaah Islam yang mendengar dan mentaati.Itu jelas, pertentangan yang berlaku adalah dalam bentuk pematuhan agama bukan perbezaan pendapat dan tidak harus bagi pihak yang menerima liberal dan LGBT mendesak jemaah Islam untuk menghormati mereka.

Itu pasti, jadi tak usah putar kenyataan daripada perbezaan ideologi kepada perbezaan pendapat serta mendakwa sebarang cubaan memerangkap jemaah Islam sebagai sangka baik.

Sumber TKO -14-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerana Nak Jatuhkan Najib Mahathir Sanggup Diperbodohkan?
Posted on Sunday, November 13 @ 23:29:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32370



Dalam buku pengkisahan sepanjang memimpin negara bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", Tun Mahathir mengatakan bawa dia memecat Anwar bukan kerana bimbang akan dicabar tetapi kerana salahlaku liwat.

Mahathir mendakwa beliau pertama kali dimaklumkan mengenai salah laku moral Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, empat tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya. 


Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata pada 1997, beliau mula mengesyaki salah laku Anwar apabila menerima surat yang menceritakan secara terperinci mengenai perkara itu daripada Ummi Hafilda Ali, iaitu adik kepada setiausaha politik Anwar, Azmin, dan sebulan selepas itu menghantar satu lagi surat menafikannya.

Dalam kes liwat, Mahathir bertegas bahawa Anwar bersalah dan dia tidak sekali ingin bertemu dengan Anwar walaupun beberapa usaha mempertemukan mereka selepas itu.

Dalam krisis dengan Najib yang ramai berpendapat berpunca daripada kedudukan Mukhriz dan dana peruntukkan kepada kroni Mahathir akhirnya Mahathir menyerang Najib.

Serangan-demi serangan dibuat kepada Najib bagi mendesak Najib untuk menyerahkan jawatan. Tapi malangnya Najib tidak akur dan mendiam diri pada awalnya menyebabkan Mahathir menjadi makin sukar untuk mendesak.

Najib banyak mempelajari cara dan gaya Mahathir sendiri kerana dia adalah anak didik Mahathir menyebabkan Mahathir sukar menundukkan Najib. Sehingga serangan Mahathir makin melampau dan membuatkan Najib mengambil tindak balas.

Tindakbalas Najib membuatkan Mahathir makin tersempit dan ramai orang-orang Mahathir melarikan diri daripada polimik ini demi menyelamatkan periuk nasi.

Akhirnya Mahathir menggunakan musuh sebagai senjata. Tak hairan selepas itu Mahathir hadir dalam Bersih 4 walaupun dulu mulutnya yang mengatakan demostrasi jalanan ada bukan budaya kita.


Melihat kepada sambutan pada Bersih 4, Mahathir makin mendekati musuh untuk menumbangkan Najib. Bila Muhyiddin dan Mukhriz dipecat Mahathir bertiindak lebih agresif lagi.



Mahathir bertemu dengan Anwar, suatu diluar jangkaan. Mengikut penganalisis pertemuan dibuat bagi satu perjanjian dimana Mahathir berjanji untuk memberikan peruntukkan sekitar 500 juta untuk mengerakan pembangkang dengan syarat Bersatu akan diberikan ruang dalam Pakatan Harapan.

Mahathir tahu bahawa PKR dan Pakatan Harapan kekurangan dana dalam melawan kerajaan BN. Semua orang tahu ada usaha mengambil duit daripada air Selangor tetapi perkara ini menjadi makin sulit.

Walaupun jumpa Anwar, Mahathir masih lagi menjaga maruah diri dalam isu liwat dan dia masih tidak mencampur adukkannya.

Tapi kini dia sanggup pakai lencana Bebaskan Anwar dibaju dan dia sanggup memperbodohkan diri demi nafsu menjatuhkan Najib dengan prinsip dia tidak pernah kalah dalam apa situasi.



Semua orang tahu bahawa dia yang memejarakan Anwar tetapi sekarang anak dia dan dia laungkan bebesakan Anwar.


Kadang kala kita lihat politik ini macam bodoh atau diperbodohkan. Yang pelik penyokong semuanya betepuk tangan seolah-olah tak ada akal nak berfikir apa yang berlaku.

Sebelum ini Mahathir pernah dipermainkan oleh aktivis Fahmi Reza dengan buku  ‘Mari Mewarna ABC politikus Malaysia’. Dia minta Tun Mahathir menanda tangani buku berkenaan.


Atasa dasar nak jatuhkan Najib, Tun Mahathir ingin benar dapat sokongan terus menanda tangani buku berkenaan. Selepas Mahathir tt Fahmi Reza membuka buku berkenaan dan menunjukkan kepada Mahathir.


Tak terkata Mahathir, hanya keluar Najib lebih teruk daripada saya.



TS Muhyiddin semasa pergi di majlis PAS pun terkena juga tapi taklah teruk macam Mahathir. Dulu semasa UMNO pernah kutuk PAS kutip derma pakai tin milo, sekarang dia kena derma walaupun jadi penceramah jemputan PAS.



Itul;ah politik memperbodohkan diri kerana mencapai matlamat nafsu.

Sumber TKO - 13-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS – Pokok Besar Yang Perlu Untuk Berteduh
Posted on Sunday, November 13 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32366



Oleh Timmy Say

Jikalau Amanah betul dapat menggantikan PAS, Pakatan Harapan terutamanya PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan pening kepala seperti hari ini.

Tidak akan kita kedengaran suara seorang ahli politik PKR yang mempertikaikan kelayakan “Tok Haji yang rasuah” menjadi pemimpin, tapi memilih membutakan mata pada kelayakan seorang pemimpin yang dipenjara kerana kesalahan jenayah moral untuk diangkat sebagai perdana menteri.

Tidak akan kita terlihat cubaan seorang pemimpin tertinggi PPBM melonggokkan pihak yang tidak bersama Pakatan Harapan sebagai kumpulan penyokong perdana menteri, tanpa menyedari betapa terdesaknya kelakuan beliau di mata orang awam.

Hakikatnya, walaupun terlalu pahit ditelan sesetengah pihak di dalam Pakatan Harapan, ialah PAS dengan kekuatan akar umbi dan pengaruhnya tidak boleh diendahkan sekiranya pihak pembangkang ingin mencapai kemenangan.

Kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang menggesa semua pihak agar tidak terlalu mendesak PAS adalah bukti jelas kepada perkara ini.

PAS terus hidup subur, walaupun cuba dicantas dengan pelbagai cara sejak 2015 menggunakan politik persepsi. Pokok baru yang cuba ditanam pihak yang cuba mencantasnya gagal bertumbuh, malah pokok baru itu tidak dapat berdiri jika tidak berpaut pada tuannya.

Kecenderungan pokok baru ini untuk mengacau kerusi PAS, yang akan menyebabkan parti Islam itu bertindak-balas mengacau semua kerusi yang lain, menjadi liabiliti kepada parti rakan. Kerusi PAS dan DAP boleh dikatakan saling esklusif, oleh itu impaknya akan kurang. Ini berlainan dengan kerusi-kerusi PKR, yang kebanyakkan dilepaskan PAS kepada PKR kerana tahaluf.


Inilah dilemma PKR.

Apakah pula dilemma PPBM?

PPBM mengharapkan sokongan ahli Umno yang bencikan perdana menteri. Apakah kumpulan ahli Umno ini lebih sudi bersama parti yang mendekati PAS, atau parti yang mendekati DAP? Para pemimpin PPBM yang majoritinya bekas Umno sudah pasti boleh menjawab soalan ini dengan tepat.

PPBM sedar mereka akan bertempur dengan Umno di kawasan majoriti Melayu melebihi 85%, lantas memerlukan bantuan PAS jauh melebihi DAP dan PKR. Lebih-lebih lagi PPBM tiada jentera pilihanraya kerana ia masih baru.

Inilah dilemma Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Oleh itu, tidak perlu hairanlah mengapa tandatangan PPBM untuk menyertai Pakatan Harapan ditangguhkan.

Hampir semua parti pembangkang, barangkali selain Amanah, sedar jika mereka tidak bekerjasama dengan PAS, semua bakal hancur bersama. Yang berbeza ialah nasib PAS, kerana ia akan terus hidup subur meskipun kemenangan tidak dikecapi kerana parti ini mempunyai akar tunjang yang mendalam dan menjalar jauh.

Jika mahu bekerjasama dengan PAS pula, semestinya Islam perlu diletakkan di depan dalam segala urusan – yang sudah tentu menimbulkan keresahan pihak tertentu di dalam Pakatan Harapan. Bukan itu sahaja, PAS juga akan mewajibkan syarat agar kerusi-kerusi tradisinya tidak dikacau seperti Sungai Besar dan Kuala Kangsar melainkan PAS memberi laluan.

Azmin barangkali mengetahui bahawa usaha mendesak PAS kembali bekerjasama dengan parti yang cuba sedaya upaya mencantasnya dan parti yang hidup dengan mencuri ahli-ahlinya adalah keterlaluan. Oleh kerana demikian, begitulah nada kenyataannya.

Apakah PAS memerlukan PPBM dan PKR? Tidak semestinya kerana PAS boleh bertahan sehingga bila-bila meskipun tewas.

Apakah PPBM dan PKR memerlukan PAS? Jawapannya hampir ya kerana PPBM hanya mempunyai 1 peluang untuk membuktikan diri di kawasan majoriti Melayu, manakala susah dibayangkan apa yang akan berlaku kepada PKR jika mereka kehilangan Selangor selepas 2 penggal menerajuinya.

Sumber TKO -13-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa PPBM (TSMY) Kelihatan Serba Salah Dalam Memilih Antara PAS Dan DAP/PAN?Posted on Saturday, November 12 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32350



1. Seperti pendapat saya sebelum ini, "masa" semakin suntuk untuk pembangkang "mencari" titik persamaan supaya 1 gabungan yang kuat dan diyakini rakyat dpt ditubuhkan bagi menghadapi PRU14. Ini kerana BN dijangka akan mengadakan PRU semasa pembangkang sedang "berpecah" seperti sekarang.

2. DAP dengan dokongan kuat "anak didik"nya (Amanah) telah menggiatkan usaha supaya gabungan pembangkang yang akan dibuat nanti hendaklah TIDAK melibatkan PAS.

Serangan demi serangan persepsi terus dicanang supaya PPBM tidak berbincang dengan PAS. Ia termasuk serangan terkini berhubung pengundian "berkecuali" terhadap bajet serta ke"pontengan" DS Hadi Awang.

3. Pada DAP dan Amanah (yang juga dipersetujui Tun M), bahawa PAS perlu segera dimomokkan (dipersepsikan) sebagai sebahagian dari BN. Serangan pesepsi sebegini perlu dibuat seberapa segera supaya ia "tertanam" pada minda pengundi untuk menolak PAS bersama-sama dengan BN dalam PRU 14 nnt.

4. Pada DAP dan Amanah juga, "strategi" ini LEBIH BAIK daripada "TERPAKSA" tunduk kepada syarat2 PAS yang mahukan beberapa elemen "islamic" diterapkan. Saya yakin, pada bila2 masa, PAS boleh bekerjasama semua dengan DAP mahupun Amanah jika kedua-dua parti ini bersetuju dengan beberapa ciri islamic yang dimahukan PAS.

5. PAS, dalam strategi mereka menangani serangan DAP dan Amanah di atas, telah memutuskan supaya "TIADA SEBARANG RUNDINGAN DAN KERJASAMA DENGAN DAP DAN AMANAH". Ia adalah sebagai "syarat berstrategi" yang jelas dan mudah difahami oleh PPBM dan PKR.

6. PPBM dan PKR sebenarnya dalam keadaan sukar membuat keputusan terhadap "pertelingkahan" DAP dan Amanah dengan PAS ini kerana PAS masih memegang peratusan undi "blok pembangkang" yang sangat tinggi. Ianya telah dibuktikan dan ditunjukkan dengan jelas dalam keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Meminggirkan mana-mana pihak (DAP dan PAS) hanya memungkinkan BN terus menang besar.

7. Saya menjangkakan, PPBM (TSMY) dan PKR (Azmin) sedang cuba mewujudkan 2 gabungan pembangkang yang saling bekerjasama iaitu gabungan PKR, DAP dan Amanah dan satu lagi gabungan antara PAS, PKR dan PPBM. Strategi ini jika berjaya, akan memungkinkan pembangkang berjaya disatukan semula.

8. Namun, terdapat halangan besar oleh DAP dan Amanah yang tidak bersetuju dengan strategi ini.

9. Oleh itu, bagi menyelesaikannya, PPBM dan PKR sedang menimbangkan (sebahagian dari usaha tawar menawar dan ugutan politik) untuk mengeluarkan DAP dan Amanah dari gabungan baru yang akan diwujudkan.

10. Apakah akan berlaku tolak ansur dikalangan parti2 pembangkang ini..???
Pakat-pakat cari pop corn..., filem menarik akan berlaku lagi selepas ini... hehe

Kredit
Mohd Salleh Mat Zin

Sumber TKO - 12-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS (Bersama Gagasan Sejahtera) + PKR + BERSATU + WARISAN membentuk Pakatan Baru?
Posted on Saturday, November 12 @ 16:03:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32345



9 November 2016, Mursyidur Am PAS Tuan Guru Haji Hashim Jasin telah mengeluarkan satu kenyataan tentang bertanpa perlunya pembangkang bersatu untuk satu lawan satu bagi menjatuhkan kerajaan UMNO @ BN yang zalim dan rakus.

Mursyidur Am dalam kenyataan menyebut  bahawa penyatuan tersebut adalah demi kepentingan Islam dan Melayu menjadi tonggak kepada perpaduan di Malaysia dalam masyarakat berbilang kaum.

Beliau menyeru kumpulan-kumpulan NGO dan parti politik bersatu dan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan mereka.

PAS berusaha dalam penyatuan ini dengan menubuhkan GAGASAN SEJAHTERA yang kini didokong oleh IKATAN dan BERJASA.

Dalam masa yang sama PAS masih menjalankan kerjasama tahaluf dengan PKR dan kini giat berunding dengan BERSATU dan WARISAN.


DAP menyedari bahawa BERSATU dan PKR lebih minat untuk bersama dengan PAS daripada bersama dengan DAP. DAP yang bersifat mereka TUAN yang lain hamba! dan PAN sekadar barua DAP yang akan mengundi DAP dalam apa-apa keputusan dengan keputusan 2 lawan 1 sebagaimana PAS pernah alami membuatkan PKR berfikir dua kali.

Yang sangat jelas BERSATU, Tan Sri Muhyiddin lebih mengenali UMNO daripada PAN dan DAP mengetahui bahawa PAS bukan nak UG dengan UMNO pasal itu BERSATU lebih mirip ingin bersama PAS bagi menawan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kenyataan ini telah disebut oleh Tun Mahathir bahawa negerii-negeri ini hanya memerlukan pengalihan pengundi yang kecil sahaja UMNO pasti akan tumbang.

Kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya perjanjian kerjasama antara pakatan harapan yang perlu ditandatangani pada konvensyen hari ini, ditangguhkan sudah cukup kita memahami bahawa BERSATU lebih minat bergabung dengan PAS dan PKR daripada Pakatan Harapan.
Memetik portal The Star sebagai berkata, Muhyiddin meminta penangguhan itu berikutan menginginkan tempoh untuk berfikir mengenai rancangan kerjasama tersebut.
Beliau juga menuntut banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pakatan harapan mengenai hubungan mereka dengan parti rasis dan cauvinis, DAP serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).

Dikatakan Muhyiddin juga tidak selesa dengan perkembangan di Johor dimana dilihat PAN lebih bermesra (boleh disebut barua atau dedak) dengan DAP dan jika negeri berkenaan jatuh kepada pembangkang sudah pasti DAP akan menguasainya yang lain sekadar boneka aje. Sudah pasti Bersatu dan ahli-ahlinya yang masih berjiwa UMNO tidak senang dengan ketuanan DAP dalam Pakatan Pembangkang.

Konvensyen Pakatan Harapan hari sangat mengecewakan setelah jemputan kepada PAS 'lastminute' ditolak kemudian diikuti dengan WARISAN juga menolak untuk hadir. BERSATU menjadi macam delema, tetapi Tun Mahathir hadir.




Kalau anda lihat gambar di atas, anda sudah parti melihat hampir dua pertiga dewan dipenuhi oleh puak-puak PAN. Nasib juga PAN guna baju oren boleh kita melihat dengan jelas dan itu belum termasuk lagi yang menggunakan baju warna lain.

Mana pergi pimpinan PKR? BERSATU? DAP pun tak hadir.

Kenapa PAN beriya-iya nak menjayakan konnesyen ini? Saya sudah menulis dalam artikel "PAN Tersempit Untuk Survival Politik Malaysia" PAN tidak ada hala tuju dan tersempit dalam kebangkitan pembangkang. Kalau kehadiran parti-parti lain membantu pembangkang tetapi kehadiran PAN menyebabkan pembangkang menjadi tak tentu hala. PAN bukan menarik ahli UMNO tetapi merosakkan PAS dan PKR sahaja.

Jika GAGASAN SEJAHTERA boleh menjadi satu blok politik pembangkang yang baru sudah parti PAN akan hilang dalam arus politik tanah air.




Sumber TKO -122-11-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Husam Musa Mimpi Jumpa Tok Guru Nik Aziz 15 Kali!
Posted on Saturday, November 12 @ 13:08:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32344



Saya pernah membaca artikel Subky Latif 5 Mei 2015 tentang beliau bermimpi jumpa Tok Guru Nik Aziz. Dalam artikel berkenaan beliau ada menyebut "Saya tidak menziarahinya pada hari kematiannya dan saya belum menziarahi pusaranya. Itulah pertemuan pertama saya di alam roh dengannya."

Sampai hari ini saya belum mendengar atau membaca mana-mana individu yang bermimpi bertemu dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz termasuk daripada kaum keluarganya yang terdekat.

Sehinggalah saya mendengar ceramah Husam Musa yang mendakwa bahawa dirinya telah bermimpi berjumpa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebanyak 15 Kali.

15 kali, bukan sekali dua ini menunjukkan begitu sekali dahsyat kasihnya Almarhum Tok Guru kepada Husam Musa seolah-olah Almarhum lebih kasih dan sayangkan beliau daripada isteri dan anak beranak, kaum keluarga dan kerabat terdekat.

Kesian kepada isteri Tok Guru Nik Abdul Aziz... tak pun bermimpi suaminya! Lagi kesian Nik Abdul anak Tok Guru Nik Aziz musuh ketat Husam Musa, Jangankan bermimpi Ayahnya, bayang Tok Guru Nik Aziz pun tak.... Betulkan ahli PAN dan IKRAM??

Tapi bercakap pasal mimpi ni. Kita tak boleh menolak mengatakan tak betul. Husam Musa menipu kerana mimpi sebenar boleh jadi belaka.

Kalau Husam Musa berceramah dan mengatakan 20 kali dia telah bermimpi menjadi Menteri Besar Kelantan dan Kelantan mewah dengan kekayaan kerana hasil minyak sehingga orang miskin tidak ada lagi dan terpaksa rakyat Kelantan pergi ke negeri-negeri lain untuk bersedekah pun aku percaya.

Pasal mimpi... kan semuanya boleh jadi dalam mimpi??

Timbul persoalan kenapa banyak sangat Husam Musa dijumpai Tok Guru dalam mimpinya. Kenapa perlu Tok Guru Nik Aziz jumpa dia ni banyak kali? Ini perlu juga analisis.

Aku terfikir, dia ni (Husamlah) ada ba'iah talak dengan isteri dihadapan Tok Guru. Tapi dia tak tunai sumpah dia dengan Allah semasa dihadapan Tok Guru. Jadi Tok Guru datang nasihat supaya dia ikut cakap Tok Guru jangan khianat perjuangan Islam.

Husam jenis degil.

Datang sekali dia tak dengar.. datang lagi tak endah juga.

Jadi dah 15 kali Tok Guru datang dalam mimpinya dia masih degil. Kalau sekali dia ikut Tok Guru tak perlu datang lagi. Macam orang minta hutang, jika datang sekali terus bayar tak perlu datang. Kalau 15 kali datang masih tak bayar. Agaknya mimpi ke-16 nanti Tok Guru datang ikat dia dan kerat 18, buang dalam sungai Kelantan.

Mimpi kan boleh jadi!

Anda jangan hairan sekarang ini Husam Musa sedang 'mimpikan' ahli-ahli PAN di Kelantan bahawa jika PAN bertanding dia boleh tewaskan PAS dan UMNO bukan menjadi tongkat UMNO untuk jatuhkan PAS.

Saya juga berpendapat bahawa ahli-ahli PAN di'mimpi'kan dengan pelbagai andaian yang sedap mata memandang dan telinga mendengar oleh pimpinan-pimpinan yang tewas dan kecewa dalam pemilihan.

Ikuti video ceramah Husam Musa pasal mimpi.

Video 1 - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hhT_-RSbcQI


Video2- https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=B0Y9SkkRpDQ
Kita dengar apa pula kata Tok Guru Nik Aziz pasal mimpi


Sumber TKO - 12-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Satu tanda tanya yang harus
Posted on Saturday, November 12 @ 10:36:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32342



Ahli Dewan Undangan negeri Bukit Payong, ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berkhutbah di Majis At Takwa Batu Enam, ada berkata orang orang Islam tidak faham dengan Islam.
Sememangnya kebanyakan orang orang Islam tidak faham dengan Islam, kerana mereka terbahagi kepada 73 puak.

Hanya satu puak sahaja yang diterima keislamanya. Mereka yang mengikut ajaran Rasulullah SAW.bermakna 72 puak, semuanya tidak diterima keislamanya.kerana tidak faham dengan Islam syumul.


Orang orang Islam inilah yang tidak faham dengan Islam. Inilah masalah yang dihadapi dan satu halangan yang cukup besar untuk puak yang hendak mendaulatkan undang undang Allah atas muka bumi ini.
Orang orang Islam ini miskipun masih mengaku beragama islam sememangnya tidak faham dengan Islam, atas sebab, tidak mengikut Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.



Akan tetapi tidak dinafikan ada juga puak yang ikut ajaran Rasulullah SAW keliru dengan Islam, terhingga tergamak mengatakan kristian tidak lagi memusuhi Islam.



Pada hal Allah subhanahu wataala telah  menyatakan dengan sejelas jelasnya bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan Islam.Bayangkan musuh Allah. Mana mungkin mereka selari dengan agama Islam.



Atas sebab itu juga mereka mengeluarkan pendapat pendapat yang nyata dan jelas tidak selari dengan padangan puak yang berjuang untuk mendaulatkan undang undang Allah.



Ada yang berkata biar memerintah dahulu baru boleh fikir mengenai hudud. Kita tidak tahu dari mana menreka ambil pendapat sesat dan boleh menyesatkan umat islam sendiri.Kata kata demikian jelas dan nyatakan mereka tidak faham dengan Islam.



Bukan setakat itu sahaja, malah mereka tidak menyokong RUU 355 yang  bertujuan untuk memperkasakan undang undang Islam di mahkamah syariat.



Sehubungan dengan itu, penulis masih ingat dengan pendapat Dr Ahmad Hasbi Al-Baghdadi dalam buku kajian kajian fiqh Semasa, bahawa doktrin doktrin, pendapat pendapat dan pemikiran yang sesat dan salah itu dikumandangkan oleh mereka dan disebarluaskan melalui penerbitan buku buku, suratkhabar, majalah, radio dan televisyen,dan terakhir ini melalui jaringan internet yang tiada edit dan tapisan.Ia terlalu banyak yang membacanya.



Ia berlaku daripada pihak para pendakwah dengan cara mencela atau mendiskreditkan pendapat pendapat dan doktrin doktrin yang sesat ini dan menunjukkan kebatilan atau kesesatannya.



Ini dilakukan melalui perantaraan pakar ilmu huklum dan orang orang yang mengetahui doktrin doktrin atau pendapat pendapat ini serta kesalahan kesalahannya.



Ada satu usaha yang dianggap penting dan sukar untuk dihalangi usaha orang orang ada ijazah PHD dan memangku jawatan dalam kerajaan dan mengaku berpegang kepada agama Islam mengeluarkan pendapat  sesat yang mengandungi fitnah dan mencemar nama baik agama Islam.



Bukan setakat itu sahaja, malah boleh mecemarkan nama baik Nabi Muhammad SAW serta kitab Al Quran dan prinsip prinsip agamaIslam  yang syumul itu.Semua itu mereka lakukan dengan alasan kebebesan pendapat.Padahal ia merupakan fahaman yang jahat dan merosakkan.



Sumber TKO -12-11-2016



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


China, Amerika: Kisah dua kuasa besar
Posted on Friday, November 11 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32340



Oleh Karim Raslan


PENYOKONG Trump lantang bersorak. Didorong oleh sebarang provokasi kecil: slogan yang disorak bersifat hingar dan marah – sekumpulan manusia menjadi perusuh.

Malam semalam, ketika saya dan ribuan penyokong Trump sedang berhimpun di luar dewan yang menjadi tapak untuk ucapan kempen terakhir Donald Trump di Grand Rapids,

Michigan, kedengaran slogan yang sudah pasti akan menghantui Presiden yang akan datang. Slogan paling bergema adalah “Penjarakan beliau!.

Tentunya, kombinasi kekeliruan tentang penggunaan akaun emel Hilary dan sumber dana Yayasan Clinton telah membangkitkan perasaan curiga terhadap integriti pasangan ini.

Malah, kebanyakan rakyat Amerika beranggapan bahawa pasangan ini tidak jujur dan/atau tidak mempercayai mereka. Justeru, sudah pasti mereka akan diburu oleh Trump sekiranya beliau menang, dan kalau Trump kalah, Clinton tetap perlu berhadapan dengan Kongres yang tidak akan bekerjasama dengan beliau.

Namun, bukankah Obama sendiri telah melalui senario yang sama?

Tidak. Senario sekarang jauh berbeza daripada slogan yang dilontarkan kepada Obama – seorang pemimpin yang berwibawa dan bersih – oleh musuh politik beliau yang berhaluan kanan. Malah, panggilan untuk pasangan Clinton dipenjarakan menunjukkan anasir keji dan jahat yang berbangkit daripada sorakan slogan tersebut.

Bagi penyokong Trump, sebarang bukti tidak diperlukan lagi kerana bagi mereka, pasangan Clinton telah pun mengelakkan diri daripada proses siasatan secara terang-terang. Sifat sorakan ini menunjukkan bahawa Trump tidak mempedulikan proses undang-undang.

Contoh kedua yang sering disorak dengan lantang di perhimpunan ini adalah “Kosongkan Paya!”.

Sekali lagi, tuduhan Trump telah berjaya memenangi hati dan minda berjuta rakyat Amerika yang sekarang memegang persepsi yang Wahington merupakan bandar di mana rasuah dan amalan keji berleluasa, dan hanya berfungsi untuk menghancurkan kehidupan rakyat Amerika yang biasa, khususnya rakyat berkolar biru yang putih.

Kewujudan sentimen sebegini bermaksud bahawa sesiapa yang mendiami White House pada tahun hadapan akan menggalas tugas yang sangat sukar. Pastinya, Pilihan Raya Presiden tahun 2016 merupakan yang paling kontroversi – percayalah saya, saya sendiri menyaksikan pergerakan akar umbi di Michigan!

 Pada ketika saya menulis rencana ini, pengundian baru saja bermula. Apa pun yang terjadi, Presiden ke-45 Amerika Syarikat akan mewarisi negara yang jelas terbahagi dua.
Meskipun Presiden Barack Obama nekad untuk membawa “harapan dan perubahan” ke negaranya, beberapa faktor – termasuklah kedegilan wakil-wakil rakyat Republikan, jurang pendapatan yang bertambah besar, ancaman ekstremis keagamaan yang baru serta pergolakan budaya, teknologi dan ekonomi yang rancak – telah meluaskan jurang politik dalam kalangan masyarakat di negara superpower yang paling ulung ini.

Sentimen di Grand Rapids telah mencerminkan realiti ini. Golongan kulit putih berkolar biru marah dan kecewa kerana beranggapan bahawa pengaruh mereka untuk menentukan hala tuju negara kian terhakis. Golongan minoriti Amerika – khususnya masyarakat Hispanik – juga akan berasa resah sekiranya Trump menterbalikkan kejayaan yang diraih sejak tahun 2008.

Jelas bahawa sesiapa yang menjadi Presiden perlu menenteramkan keadaan dan menyatupadukan negara. Mampukah sesiapa antara mereka untuk menyatupadukan warga Amerika Syarikat dari segi politik dan moral?

Bagaimanakah pentadbiran dilaksanakan dengan lancar sekiranya Senat dan Kongres masih berpecah-belah antara wakil-wakil Demokrat dan Republikan?

Apakah implikasinya terhadap kita yang berada di Asia Tenggara?

Mengambil kira kesemua faktor ini, saya berpendapat bahawa kita harus menyesuaikan diri dengan Amerika memandang ke dalam.

Polisi “Condong” ke Asia milik Obama akan kian dilupakan. Warga Asia Tenggara gemar untuk bersahabat karib dengan kedua-dua kuasa besar dunia. Kita mahu perdagangan dan pelaburan dari China, tetapi kita turut mahukan keselamatan yang dijamin dengan kehadiran tentera AS bagi mengimbangi pengaruh “Kuasa Tengah” itu.

 Seseorang harus ingati bahawa Xi Jinping kini sedang menyatukan asas kuasanya di Beijing, manakala Washington kian berpecah-belah akibat isu perkauman, pentadbiran dan ekonomi; China kelihatan lebih megah dan nekad.

Pada masa akan datang, kita mungkin akan terfikir kembali pada saat ini dan pekikan penyokong setianya di himpunan ini seolah-olah mengumumkan kemelesetan sebuah negara yang pernah hebat pada suatu ketika dahulu.

Sumber TKO - 11-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Trump cetek pengalaman tadbir hal ehwal dunia
Posted on Friday, November 11 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32339



SHAH ALAM - Pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) dikhuatiri menjejaskan hubungan antarabangsa negara itu dengan dunia, termasuk Malaysia .
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Muhammad Fuad Othman berkata, kekurangan pengalaman Trump dalam mentadbir hal ehwal antarabangsa itu antara yang dilihat sebagai faktor yang merisaukan.

"Kalau dilihat dari segi latar belakangnya, Trump lebih terkenal sebagai individu yang berjaya dalam perniagaan, pengalaman sebagai pentadbir itu tidak ada, walaupun ketika berkempen beliau tampil dengan dasar-dasarnya yang tersendiri.

"Lagipun dasar yang ingin diperjuangkan itu, hanya dasar biasa untuk rakyat Amerika semata-mata, bagaimana dengan dunia dan Asia?," katanya.

Beliau berkata, dalam hubung kait dengan Malaysia pula, berkemungkinan besar, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang ditandatangani Malaysia akan terjejas.

"Jika zaman Obama, dasar melihat Asia adalah sebagai rakan kongsi, tetapi adakah Trump akan mengikut langkah yang sama, terus meletakkan Asia sebagai rakan penting mereka","katanya.

Pendapat yang sama disokong Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, UUM, Md Shukri Shuib.

Katanya, kepimpinan Trump dilihat boleh menjadi ancaman kepada hubungan diplomatik global.

"Saya juga risau dengan tingkah laku dan peribadinya yang celupar, terbawa-bawa masuk ke pejabat presiden sama seperti yang sering dilakukan dalam program realitinya, The Apprentice.

"Amerika dari segi pengaruhnya begitu besar ke atas dunia, apakah global boleh menerima tingkah laku sedemikian?," katanya.

Selain itu, Mohd Shukri berkata, kebimbangan juga turut membabitkan soal agama Islam.

"Saya bimbang kerana Trump daripada parti yang berbeza dasarnya, berbanding Hillary, jadi kita lebih jangkakan implikasi yang buruk daripada yang baik. Apa yang saya nampak, Trump  lebih berminat untuk mempopularkan dirinya daripada kewibawaannya sebagai pemimpin.


  "Saya secara peribadi masih terkejut, daripada konteks apakah rakyat Amerika boleh memilih Trump sebagai presiden mereka,"katanya. - Sinar Harian

Sumber TKO - 11-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu SPLASH: Rafizi mengaku Anwar lobi Khalid untuk bayar lebih
Posted on Friday, November 11 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32336



(LSS) – Tulisan YB PKR Rafizi Ramli tentang penilaian aset air SPLASH pada August 7, 2014 semasa Langkah Kajang untuk menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dilaksanakan.

Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.

Perkara ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN.

Keengganan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berjumpa dan menjelaskan kenapa beliau mengambil tindakan mengejut menukar dan memotong nilaian kepada Splash sehingga RM2 bilion dilihat sebagai tidak adil memandangkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim terus berurusan dan berjumpa dengan tokoh niagawan yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Tan Sri Rozalli Ismail, Tan Sri Rashid Manaf dan Tan Sri Danny Tan.

Oleh yang demikian, di dalam beberapa mesyuarat (sama ada pertemuan khusus Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim atau di dalam mesyuarat Biro Politik) pimpinan KEADILAN menyatakan pendirian seperti berikut berhubung keengganan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bertemu dengan Splash untuk menerangkan rasional pemotongan nilaian:

(Nota LSS: Maksudnya benar-lah, PKR sudah banyak kali tolong SPLASH. Mengapa perlu lobi bagi pihak syarikat swasta kepada kerajaan sendiri).

Adalah tidak adil di pihak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menidakkan peluang mana-mana pemegang konsesi untuk duduk berbincang mengenai penstrukturan air di Selangor. Jika YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selesa berbincang dan mencapai persetujuan dengan Syabas dan Puncak Niaga, beliau juga perlulah mengambil sikap yang sama kepada mana-mana pihak lain termasuklah Splash

Kerajaan Selangor perlu berhati-hati berurusan dengan Splash supaya ia (dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim) tidak dilihat berat sebelah dan prejudis terhadap Splash sebagai salah satu pemegang konsesi. Nilaian dan pampasan yang diputuskan perlulah boleh dipertahankan secara komersial dan adil berdasarkan aset, hutang dan prestasi syarikat supaya ia setara dengan prinsip yang digunapakai dalam menilai pampasan kepada pemegang konsesi lain seperti Syabas dan Puncak Niaga.

Pimpinan KEADILAN juga berulang kali mengingatkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa jika nilaian dan pampasan terhadap Splash dilihat tidak adil berbanding pemegang konsesi lain seperti Syabas dan Puncak Niaga, Splash boleh mengambil tindakan menyaman Kerajaan Selangor di mahkamah.

Jika nilaian itu apabila dibicarakan di mahkamah diputuskan tidak adil dan tidak seragam apabila dibandingkan dengan Syabas dan Puncak Niaga, mahkamah boleh mengarahkan Kerajaan Selangor membayar pampasan tambahan kepada Splash.

(Nota LSS: Sebab ini ke mengapa sekarang kerajaan Azmin mahu bayar 10 kali ganda kepada SPLASH? Sebenarnya, kalau ikut undang-undang pengambilan mandatoy WATER SERVICES INDUSTRY ACT (WSIA), keputusan ialah muktamad dan sukar untuk dicabar di Mahkamah)

Jika ini berlaku, rakyat Selangor juga yang akan menanggung kos yang lebih tinggi untuk mengambilalih industri air.

Oleh sebab itu, pimpinan KEADILAN menasihati adalah lebih baik sekiranya YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memberi layanan sama rata kepada semua pemegang konsesi termasuklah Splash.

Kedua-dua arahan parti itu tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga kini.
(Note LSS: Jikalau TS Khalid tidak dijatuhkan pada masa itu maka situasi hari ini dimana harga dibayar untuk SPLASH dengan harga 10 kali ganda lebih mahal tidak akan menjadi).

***************************************

http://rafiziramli.com/2014/08/laporan-kes-kes-bersabit-integriti-melibatkan-tan-sri-khalid-ibrahim/

Sumber TKO - 11-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
\
































































Tribulasi Perjuangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Posted on Tuesday, November 08 @ 15:52:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32291



Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ( TGHH), seorang ulama yang dibenci oleh UMNO di sepanjang perjuangannya. Amanat beliau untuk menyelamatkan akidah umat dimanipulasi oleh UMNO begitu rupa.  Apabila diajak berdebat dan bermuzakarah kerana Amanat yang didakwa sebagai mengkafirkan  UMNO, ulama kontemporari ini menyahut tanpa syarat. Itulah ruangnya untuk membela diri dan menjelaskan maksud kata-katanya.
Apabila Dr Mahathir bimbang kebenaran berpihak kepada Tuan Guru, lalu Dr Mahathir menggunakan Majlis Raja-Raja untuk membatalkan debat tersebut. Namun kesempetan it uterus digunakan oleh  UMNO saban kali pilihanraya untuk membangkitkan kebencian berterusan  rakyat terhadap  PAS . Itulah salah satu eposid getir  sejarah kerakusan UMNO terhadap TGHH.



Kini Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia ini dibenci dan dihina lagi. Kali ini oleh manusia yang takut kehilangan undi Cina. Pencaci-pencaci ini bersama dengan Pakatan Harapan (PH). Sebelum tertubuhnya PH, mereka yang ketika itu masih bersama PAS  sanggup menikam beliau secara berdepan dan di belakang. Mereka jengkel apabila TGHH kontradik dengan DAP dan Lim Kit Siang tentang isu hudud?



Sikap dan perangai mereka  saling tak tumpah macam perangai  UMNO suatu ketika dahulu. Dalam keadaan sebahagian orang UMNO sendiri  sudah jinak dengan tuntutan syariah, puak-puak ini pula duduk berdalih-dalih dengan pelaksanaan  Enakmen Jenyah Syariah Kelantan ( EJSK) dan kini RUU355. 



 Tak masuk akal langsung kelompok Islam boleh menyebelahi Lim Guan Eng dan menghina pemimpin dan ulama sendiri semata-mata takut kehilangan undi Cina. Peristiwa seperti inilah yang ditakuti oleh para ulama. Allah yang berkuasa menjadikan sesuatu pada bila-bila masa boleh membolak-balikkan hati manusia.



Kini sudah tiba saatnya seluruh umat Islam bersama-sama menyokong perjuangan TGHH yang tak pernah terpesong dari  landasan al-Quran. Keikhlasan  dan istiqamah beliau dalam perjuangan mendaulatkan Islam tak pernah luntur. Usia beliau semakin lanjut untuk melihat Islam berkuasa. Itulah cita-cita perjuangan beliau yang hanya Allah tahu kesudahannya.



Marilah seluruh umat bersama dengan beliau dalam PRU14 nanti untuk meneguhkan kedudukan Islam di bumi bertuah ini. Tidakkah kita semua terpanggil untuk melihatkan Islam berdaulat sebelum masing-masing menutup mata?



Sumber TKO -8-11-2016



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demo Indonesia dan kaitan kepada geopolitik serantau

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43134-demo-indonesia-dan-kaitan-kepada-geopolitik-serantau

Demonstrasi gergasi umat Islam di Indonesia yang dinamakan sebagai Aksi Damai Bela Islam adalah bantahan terhadap keceluparan gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok. Sebelum ini Ahok dalam sebuah ucapan kempennya menyeru umat Islam mengundi beliau dan jangan tidak terpengaruh pembohongan Surah al-Maidah ayat 51. Menurut beliau, umat Islam tidak harus diperbodohkan dengan ayat al-Quran itu.

Ahok sememangnya prejudis terhadap Islam sejak dahulu. Sebelum ini beliau pernah menimbulkan kontroversi untuk menghalang umat Islam dari menyembelih korban pada Aidil Adha. Beberapa masjid pernah dirobohkannya sehingga mengganggu urusan solat Jumaat. Banyak pegawai muslim ditukar dengan penjawat beragama lain atas alasan yang tidak munasabah. Cuti lebaran mahu dihapuskan, adat bertakbir mahu dihapuskan, syiar Islam di sekolah dan budaya masyarakat ditentang, dan mungkin yang paling celupar adalah kata-katanya: "ayat suci wajib tunduk pada ayat konstitusi (perlembagaan)."

Umat Islam yang sudah sekian lama memendam rasa marah akhirnya tidak dapat bertahan lagi. Seruan demonstrasi oleh sebuah NGO GNPF-MUI (Gerakan Nasional Pengawal Fatwa-Majlis Ulama Indonesia) pantas disambut seluruh umat Islam turun ke jalanan membantah kedajalan Ahok. Mobilisasi berjaya menghimpun 2.5 juta umat Islam dari seluruh Indonesia.

Demonstrasi yang awalnya aman bertukar kecoh apabila provokasi dicetuskan menentang pasukan keselamatan. Kenderaan polis dibakar, polis bersenjata diserang dan menyerang, komando dan tentera dilibatkan malah ada yang maut. Dijangkakan sekiranya Jokowi tidak dapat menyelesaikan isu Ahok dengan cara yang memuaskan hati umat Islam, kemungkinan besar demonstrasi yang lebih besar akan diadakan.

Penghinaan Ahok terhadap agama memang patut dibantah. Ini adalah bukti iman di hati. Namun dalam keadaan kuasa-kuasa besar dunia yang terdesak mencari pengaruh memperkuatkan blok mereka, segala tindakan perlu diatur secara cermat agar tidak dimanipulasi untuk kepentingan tertentu.

Manipulasi pihak berkepentingan sangat mudah berlaku dengan jumlah demonstran menjejah jutaan orang itu. GNPF-MUI hanya bertindak sebagai koordinator demonstrasi tidak mampu mengawal jutaan demonstran yang datang dari berbagai kumpulan. Masing-masing memiliki kepimpinan tersendiri dan banyak yang bertindak atas inisiatif sendiri. Walaupun himpunan dikawal selia oleh laskar Front Pembelaan Islam (FPI) pimpinan Habib Rizieq yang berperanan seperti Jabatan Amal milik PAS, namun bukan semua yang turun itu mampu mengikut koordinasi yang ditetapkan. Keadaan tidak terkawal berlaku di banyak tempat.

Ahok adalah gabenor lantikan Presiden Jokowi. Dari sudut hubungan antarabangsa, Jokowi memilih untuk rapat dengan Rusia, China dan juga Amerika. Pendirian Indonesia ini sangat tidak menyenangkan barat terutama selepas Presiden Filipina memutuskan hubungan dengan Amerika dan secara jelasnya memihak kepada blok timur. Kini kuasa barat di rantau ini hanya bergantung kepada Singapura sahaja.

Faktor ini sangat penting untuk dinilai dalam menilai tempo demonstrasi. Amat dibimbangi ianya akan terjadi seperti Arab Spring; barat menjadikannya sebagai cara untuk mengganggu negara umat Islam demi survival mereka, sama ada memaksa Jokowi berpindah ke blok mereka atau digantikan Jokowi dengan barua mereka.

Polisi luar Indonesia tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Justeru ancaman barat terhadap kestabilan negara ini juga perlu diambil kira. Himpunan gergasi yang tidak memiliki kawalan rapi dari penganjur perlu dielakkan. Selain itu nasihat Tuan Guru Presiden dalam Parlimen tentang TPPA perlu dinilai sebaiknya. Pendedahan terbaru hos TV al-Hijrah melalui rakaman suara baru-baru ini juga perlu diambil perhatian.

Sudah tiba masanya pihak kerajaan berani menyatakan pendirian untuk berpihak. Jika tidak bimbang negara kecil ini akan menjadi ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah.

Mungkin ramai yang masih belum sedar, kuasa-kuasa besar kini sangat agresif mempersiapkan ketenteraan mereka. Amerika mengumumkan senjata laser menggantikan senjata api, Rusia melancarkan peluru berpandu gergasi, Iran semakin rancak dengan teknologi nuklear, pemimpin Israel pula semakin kerap ulang alik ke Amerika.

Di antara perkara menarik adalah kritikan hebat pendukung Pakatan Harapan terhadap kebangkitan rakyat di Indonesia itu. Ironinya PH juga sedang berhempas pulas menyeru rakyat ke jalanan menjayakan Bersih 5. Sebab kritikan mereka adalah kebangkitan rakyat ini lahir dari kesedaran agama, sedangkan perjuangan Bersih 5 bukan atas nama agama.

Pemikiran Ahok juga boleh disamakan dengan pendirian DAP dan beberapa NGO pendukung Bersih 5 lain. Jadi untuk tidak menyinggung DAP dan sekutu, amat tidak wajar mereka untuk menyokong kebangkitan rakyat ini. Bezanya DAP belum menjadi pemerintah. Entah apa pula nasib umat Islam negara ini andai parti cauvinis itu berkuasa.

Bersih 5 perlu tahu bahawa kebangkitan rakyat di negara ini hanya boleh berlaku dengan kesedaran agama. Kalau Indonesia yang memiliki beratus kumpulan, parti dan jemaah Islam boleh bersatu dalam aksi damai ini, tentulah Malaysia yang tidak begitu banyak pecahan dan didominasi oleh PAS lebih mudah dilakukan. Kesedaran dan perkembangan Islam di negara kita berlipat kali lebih baik dari negara jiran.

Mungkin kerana itulah mereka masih mengharap agar PAS menyertai himpunan ini. Berbagai cara digunakan daripada mengajak, berunding, merayu, mencabar, mengugut sehinggalah menggunakan kaedah syarat semata-mata mahu PAS bersama. Mereka sedar tanpa PAS, Bersih 5 tiada makna. Sehingga kini tarikh Bersih 5 pun masih ramai yang belum tahu.

Mungkin juga ajakan ini kerana membutuhkan khidmat Jabatan Amal Malaysia yang terbukti cemerlang dalam mengawal selia demonstran. Setakat ini belum ada jentera sukarelawan yang mampu menyaingi khidmat Jabatan Amal. Atau mungkin juga kerana mahu memerangkap PAS. Sejarah telah menunjukkan, gerakan Islam sering kali menjadi kambing hitam sementara pihak lain pula dengan senang mencuci tangan atau mengecapi kejayaan tanpa perlu bersusah payah.

Kesimpulannya kepada Indonesia atau Malaysia, dalam keadaan dunia yang genting ini umat Islam wajib bersatu di bawah kepimpinan yang berlandaskan agama. Hanya Islam yang boleh menyatukan umat Islam. Tanpa kesatuan, amat mudah bagi musuh untuk menyelinap dan memporak perandakan kita.

Tempoh ini bukan lagi untuk berbalah soal wahhabi sunni. Bukan lagi masanya untuk berada di zon selesa tanpa mempeduli isu politik. Inilah zaman fitnah yang pernah ditanya oleh Huzaifah al-Yaman, sehingga Nabi SAW meninggalkan sebuah pesanan berharga sebagai solusi:تلزم جماعة المسلمين  وإمامهم
"Wajiblah kamu bersama jemaah Islam dan pemimpin mereka."

Sumber HD -8-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tiada parti yang sealiran
Posted on Tuesday, November 08 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32285



Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkatanya PAS bersedia membuka pintu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, Bermakna Pas bersedia bila bila masa untuk bekerjasama dengan mana parti bagi menghadapi PRU 14 yang akan diadakan pada 2017 nanti.

Yakni membuka pintu kerjasama seluas luasnya, tetapi hanya kepada parti yang sealiran dengan matlamat perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.

Pada hemat penulis, setakat hari ini tiada sebuah parti pun yang sealiran dengan parti Pas baik mereka sering mendakwa parti mereka adalah parti islam.



Parti Amanah pernah mendakwa partinya adalah parti islam dan lebih baik berbanding parti Pas yang agenda tetapnya ialah untuk menegakkan syariat di Malaysia ini.



Sehubungan dengan PAS kini dalam satu pakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR yang masih tak keruan.



Apakah Parti ikatan bangsa Malaysia dan parti keadilan rakyat sealiran dengan pas? Sudah tentu kedua dua parti itu jelas tidak sealiran .



Apatah lagi dengan parti bersatu yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang teramat berminat untuk bekerjasama dengan PAS.



Bagaimana pun Pas melalui lisan Presidennya menyatakan pas boleh terima kerjasama tersebut dengan syarat parti itu sealiran  dengan perjuangan yang diperjuangkan selama ini.

Parti Bersatu mempunyai agenda untuk menjatuhkan  Datuk Seri Mohd Najib Razak,perdana menteri yang juga presiden Umno.



Itulah misi dan visi yang akan di perjuangkan oleh parti bersatu yang kemungkian besar akan bekerjasama  dengan PAS untuk menghadapi PRU 14 nanti.



Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam liasanya juga meletakkan syarat kerjasama boleh diadakan, tetapi pas adalah pengemudinya.



Jika inilah syarat yang ditetap pas. sudah barang tentu parti bersatu apa aku kisah lantas  bersetujulah dan  dengan syarat kerusi yang pas kalah dalam PRU 13 lalu diberi kepada parti bersatu untuk meletakkan calon calonnya.



Hal ini pernah disuarakan  parti bersatu melalui lisan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yasin semasa berucap diatas pentas pas dalam program harap di kemasik, kemaman, Terengganu tidak lama dahulu.



Sumber TKO -8-11-2016



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS mahu Islam dominan: PKR, DAP, PPBM bagaimana?
Posted on Sunday, November 06 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32261



Oleh Abdul Rahman Malik

"Kita mahu jadi pembangkang yang memberi nasihat; kita bersatu dalam perkara yang sama dan tidak berpecah dalam perkara yang berbeza," kata presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.


Berikutan itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin pula berkata, PAS sentiasa membuka pintu pada mana-mana parti berkerjasama dengannya berdasarkan ajaran agama Allah. 
“Sebab dulu kita tak buat atas dasar itu, jadilah apa berlaku sekarang (bubar PR). Pengalaman memaksa kita meletakkan syarat dan ini mesti kita lakukan. Kalau mereka setuju, DAP pun boleh bersama. 
“Seeloknya satu lawan satu, tapi kalau dah tak boleh jadi satu lawan satu, kita terpaksa empat lawan satu,” katanya di Jerai, Kedah minggu lalu.
Beliau turut menyeru kepada parti-parti politik dan semua pemimpin dalam negara supaya jangan pinggirkan tuntutan al-Quran.
“PAS Islam, Umno Islam, PKR pun kebanyakan Islam dan DAP pun ada orang Islam. Dalam erti kata lain kebanyakannya Islam. Sekarang al-Quran kata berpegang teguh dengan agama Allah.
“Kalau nak bersatu memang bagi pihak Pas pintu sentiasa terbuka pagi dan petang, tapi bersatu itu mestilah berdasarkan kepada agama Allah. Tak usah cari yang lain sebab tak akan berjaya,” katanya.
Menurutnya, PAS ada banyak pengalaman sejak 65 tahun penubuhannya yang meliputi ikhtiar menjalin kerjasama politik dengan BN dan PR.
“Mari kita bersatu berdasarkan al-Quran. Bukan saya tak buka peluang. Saya buka kepada DAP pun boleh bersama kita kerana Nabi pun pernah buat tahaluf selepas perjanjian Hudaibiyah. 
“Antara syarat itu mereka tak boleh berperang dengan Nabi Muhammad selama 10 tahun.
“Ini perjanjiannya dan kalau ada antara mana-mana kabilah yang hendak bersama berlindung di bawah Nabi Muhammad untuk kerajaan Islam pun boleh. Kenapa kita nak tolak DAP? 
“Mari, hukumnya boleh bertahaluf dengan syarat jangan ganggu al-Quran itu. Kamu dengan agama kamu, aku tak ganggu dan jangan kamu mengganggu agama kami,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sekiranya ada campur tangan yang bersabit dengan akidah oleh pihak luar, maka PAS tidak boleh menerimanya.
“Orang Islam wajib pegang kepada janji, kita tak boleh mungkir. Orang lain juga boleh bersama Pas, Umno pun kita buka tapi dengan syarat Islam mesti memimpin sebab kita dah bagi orang lain pimpin kita -- tak sampai ke mana.
“Kita bersama dengan parti-parti dahulu, kita bertahaluf dan pernah masuk BN. Kita dah duduk dalam PR, semua itu mereka di depan (dominan) dan tak akan sampai kepada matlamat (Pas),” katanya.
Sejauh mana kesanggupan DAP?
Kali ini syarat tahaluf siyasi PAS dengan mana-mana parti adalah jelas – ikut al Quran. Jika DAP yakin seperti beberapa pemimpin Peraknya sanggup menukil ayat al Quran dalam ceramah mereka, PAS sanggup lupakan perbezaan lama.

Namun yang menjadi masalahnya ialah pendirian DAP dalam hal ini amat konsisten. Pada 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif apabila PAS mahu melaksanakan syariat Islam di Kelantan. 
Ketika dalam Pakatan Rakyat sekalipun DAP beberapa kali mencabar dan menggertak PAS supaya mengenepikan “angan-angan” melaksanakan hukum Islam.
Ketika itu PAS masih berharap DAP faham pendirian Islamnya. Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menziarahi mendiang Karpal Singh membawa kek hari jadi untuk Karpal sebagai kias bahawa muslim boleh bekerjasama dengan non-Islam. 
Namun DAP enggan memahami pemikiran dan komitmen PAS pada ajaran Islam. Akhirnya, DAP pula secara unilateral mengumumkan Pakatan Rakyat sudah berkubur.
PKR terkedu. Tidak tahu siapa yang harus dipujuk -- DAP atau PAS. Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali keberatan bermufarakah dengan PAS. Namun ada kepimpinan PKR khuatir akan menyinggung DAP jika bertahaluf dengan PAS.
Lantas lahirlah Pakatan Harapan atas inisiatif PKR. Bagaimanapun PAS tidak menganggotai pakatan baru itu dan tempatnya secara rasmi diambil alih Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang ditimang-timang berdaya menggantikan PAS.
Namun sudah lebih setahun Amanah wujud, ia tidak menggerhanakan PAS yang bergerak sendirian. Amanah dilihat mempunyai ramai pemimpin berkaliber tetapi mengadapi masalah kurang pengikut. 
Ini menggusarkan pembangkang sehingga lahirlah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilihat gesit dan mampu merobek kekuatan Umno. Hakikat ini diakuri oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malangnya, kemunculan PPBM menjejaskan wibawa Amanah dan apabila dihidupkan semula idea memingit PAS menyertai pelan kerjasama pembangkang, Amanah dilihat terpaksa bersikap lunak terhadap PAS.
Bagaimanapun pendirian Hashim Jasin yang mahu perjuangan menentang Umno-BN dilakukan mengikut strategi “satu lawan satu” dengan mengguna-pakai syarat Islam mendasari pendekatan itu, membawa cabaran baru. 
Mahukah DAP mengendurkan fobianya terhadap Islam? Sehubungan itu, bolehkah Amanah pula mengakui bahawa dalam soal penafsiran strategi politik Islam, PAS lebih pakar?
Di samping itu adakah PKR dan PPBM berani menyahut cabaran PAS supaya menjadikan al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman perjuangan menundukkan Umno-BN?
PAS semakin tegas bahawa kali ini yang dominan dalam perjuangan pembangkang ialah Islam. Sudi atau beranikah pembangkang bersatu di atas nama Islam?


ANTARAPOS 


Sumber TKO - 6-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya Buah Siku Dan Lutut Ustaz Nasrudin Tantawi Menjadi
Posted on Saturday, November 05 @ 11:22:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32239



Selang sehari Ustaz Nasrudin berkias dengan ‘siku dan lutut’, pantas disambar oleh Mat Sabu dalam ucapan penangguhan Muktamar untuk memperli mantan Ketua Pemuda itu. Kiasan itu asalnya ditujukan kepada DAP dan pemimpin mereka. Namun Mat Sabu entah apa sebab rasa tersinggung. Lantas kiasan itu menjadi semakin popular apabila digunakan oleh puak-puak kecundang dan  juak-juak mereka dalam media baru.
Sejak itu Ustaz Nasrudin yang kini menyandang Ketua Penerangan PAS dan dilihat sebagai pemimpin masa depan PAS menjadi bahan cacian dan perlian khadam DAP. Mereka cuba membunuh karektor  Ahli Parlimen Temerloh itu. Mereka lihat ketewasan yang nyata kerana bagi mereka pengundi Cina yang besar jumlahnya tidak akan mengundi beliau lagi.



Yang menariknya, Ustaz Nasrudin terus tegas dan tangkas mempertahankan Presiden PAS dan kepimpinan ulama. Tidak sedikit pun beliau peduli urusan menang-kalah. Beliau tak kendur berundur kerana takut kehilangan undi Cina DAP. Kebenaran mesti dipertahankan. Inilah contoh pejuang yang tidak menjual Islam demi keuntungan  duniawi yang sedikit.



Hari ini, dalam diam setelah melepaskan ‘siku dan lutut’, nampaknya sudah ada yang melutut kepada PAS. Gaya mereka melutut pelbagai rupa. Ada gaya merayu PAS berdialog dengan mereka. Ada gaya mengugut. Dan ada gaya malu-malu kucing. Apabila PAS tak makan dirayu, tak kecut diugut, akhirnya mereka pula menggunakan siku dan lutut terhadap PAS.



Dalam PAS tegal berjuang kalah atau menang, mereka mula menyembunyikan kecut kerana mereka sudah terbayang nasib selepas PRU14 tanpa sokongan PAS. Motif tulisan ini tiada lain melainkan untuk menyindir dan mengajar agar manusia itu sentiasa sedar langit itu tinggi atau rendah. 

Sumber TKO - 5-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa yang kena kencing ni
Posted on Friday, November 04 @ 20:57:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32236

"

Bercakap pasal  presiden PAS kena kencing teringat penulis dengan hadis Wasilah menghapirkan diri kepada Allah Subhanahu watala dan pencapaian cintanya sepertimana yang maksudnya:

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, katanya: Rasulullah Shallahu alahi wasallam telah bersabda: sesungguhnya Allah subhanahu wataala berfiram: “ barangsiapa memusuhi wali waliku, sesungguhnya aku mengisytiharkan perang keatasnya. Dan tiadalah seorang hamba itu menghampirkan diri kepadaku dengan sesuatu yang lebih aku cintai melainkan dengan barangsiapa yang telah aku fardhukan keatasnya, berterusanlah hambaku mendekatkan dirinya kepadaku dengan mengerjakan (amalan amalan) nawafil hinggalah aku mencintainya. Apabila aku mencintainya, aku akan menjadi pendengaranya yang dengannya ia mendengar, aku adalah pengelihatannya dengannya  ia melihat dan tangannya dengannya ia memegang dan kakinya dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dariku, aku akan mengurniakannya dan jika memohon perlindungan denganku, aku akan melindunginya” (Diriwayatkan oleh Al- Bukhari)



Hadis ini diriwayatkan oleh Al Bukhari didalam Ar Raqaq (Bab Tawadhu) Hadis no 6137 ini menyatakan sesungguhnya Allah subhanahu wataala memelihara dan menjaga para walinya dengan cinta dan pemeliharaanya. Dan Memerangi mereka yang buat jahat (memusuhi dan membenci) terhadap wali walinya.

Perkataan Presiden Pas kena kencing (memusuhi) yakni menyakiti, membenci, memarahi dengan perkataan dan perbuatan. Bukan sekatat itu sahaja malah boleh juga kita maknakan sebagai menghina wali Allah (alim ulamak)

Allah Subhanahu wataala isytihar perang terhadap mereka yang makan riba dan Allah subhanahu wataala isytihar perang juga terhadap mereka yang memusuhi walinya.

Bayangkan, jika Allah subhanahu wataala isytihar perang dengan mereka yang memusuhi wali walinya. Sudah pasti tindakan itu amat di murka dan besar dosanya.

Sesungguhnya aku mengisytiharkan perang atas mereka. Maknanya mereka yang menyakiti sesorang mukmin, sesungguhnya ia telah menyakiti Allah subhanahu wataaala.

Seorang wali Allah yang telah kena kencing tidak rasa kecewa dan tidak sekali kali putus asa dengan usaha untuk mendaulatkan undang undang Allah atas muka bumi ini.

Allah nyatakan sepertimana firmannya yang maksudanya: Ingatlah! Sesungguhnya wali wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) bersedih hati (iaitu) orang orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira didalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada pengubahan bagi kalimah kalimah (janji janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar…(surah Yunus ayat 62-64).

Kita yang mengaku beriman dan mencintai Allah  kena ingat bahawa isytihar perang terhadap mereka yang membenci dan memusuhi wali walinya bukan suatu yang kecil dan boleh buat main main atau dipandang ringan.

Ia adalah suatu kesalahan yang nyata yang terjadi didalam kehiudpan laum muslimin dizaman akhir akhir ini kerana wali wali Allah suatu kedudukan yang tinggi yang dianugerahkan Allah kepada mereka yang beriman dan bertakwa.


Setiap orang yang menyakiti , memusuhi dan membenci wali wali Allah dan bertindal melampaui batasan keatas harta, diri dan kehormatannya , maka Allah subhanahu wataala mengisytihar perang keatas mereka dan sama terhadap pemakan riba dan ia membinasakan kehidupannya didunia dan akhirat nanti.

Sumber TKO - 4-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Politik Manipulasi Vol.2
Posted on Friday, November 04 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32223




Sekarang ahli politik mengemudi pemikiran rakyat secara salah dan terlalu salah. Demi mencapai matlamat politik mereka sanggup melangkaui batas-batas norma kemanusian. Bila ada yang cuba memperbetulkan di tuduhnya  baru keluar dari gua. Seolah-olah “matlamat meghalalkan cara” ini satu perkara yang normal bagi mereka.


Menfitnah, mengadakan cerita, double standard, memperbesarkan isu, sumpah seranah adalah SOP standard  bagi mereka.

Bila pemimpin Pas dilihat bersama dengan UMNO mereka menfitnah PAS mahu ber-UG dengan UMNO. Segala perkataan jijik, sumpah seranah bertali arus ditujukan kepada PAS tetapi bila pemimpin mereka dilihat bersama UMNO ianya adalah “Politik budiman..melunakkan hubungan”. Owh murni sungguh bahasa bila ianya berlaku kepada mereka.

Double standard, memperbesarkan isu , menfitnah adalah SOP bagi pemain dan ahli sekular. Halal dan haram, dosa dan pahala  tidak ada dalam kamus mereka. Kadang-kadang tekak berasa loya dan hendak termuntah dengan double standard mereka.

Kejadian krisis air di Selangor, Menteri Besar Dato seri Azmin ali mengatakan UMNO telah mensabotaj air sungai sehingga menyebabkan berlakunya krisis air. Adakah betul dakwaan Azmin Ali??..Jika dilihat kepada prinsip orang-orang di luar gua iaitu “ Matlamat menghalalkan cara” ada kemungkinan yang dakwaan Azmin Ali itu benar.

 Selain itu, Azmin ali juga mungkin hanya membuat tuduhan kepada UMNO untuk mencari mileage politik.

 Kemungkinan besar sungai itu diracun demi kepentingan politik juga ada. Jika sungai itu diracun Mereka sanggup mempertaruhkan kesihatan berjuta rakyat demi kepentingan Politik. Permainan dari ahli dan pemain2 politik sudah meninggalkan norma2 kemanusian.

Sanggup melakukan apa saja dan sanggup berkata apa-apa sahaja walaupun ia boleh mendorong rakyat untuk membunuh diri.

Ahli- ahli politik seperti ini hendaklah dijauhi, mereka membawa Malaysia kearah yang salah. Tidak kira pembangkang mahupun kerajaan. Kita sebagai rakyat marhean perlu menegur Jika kita melihat mereka berpolitik manipulasi secara melampau. Sekarang menjadi tanggungjawab kita untuk menegur mereka.

P/S: ambe sebagai penyokong Pas berbangga dengan Pas kerana memlih untuk berpolitik secara Matang dan sejahtera.

Sumber TKO - 4-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mudahnya DAP buat kesimpulan, haprak!
Posted on Thursday, November 03 @ 21:57:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32219



Assalamuaiaikum,,,

“Sebarang alasan untuk PAS tidak menyertai Bersih 5 boleh dianggap ingin bersekongkol dengan Umno dan melalui tindakan tersebut rakyat akan ketahui agenda sebenar parti itu,” kata Ahli Parlimen Taiping itu kepada FMT.Kesimpulan haprak dari DAP.Ada ker patut sebarang alasan boleh dengan mudah dianggap ingin bersengkongkol dengan Umno walhal Mursyidul Am dan Presiden PAS sudahpun menyatakan syarat PAS untuk berkerjasama dengan pembangkang.

Tapi macam biasa, kalau PAN buat pekak badak, DAPpun sama, pekak badak dan mahu memancing PAS menerima mereka tanpa sebarang syarat, mahu PAS sertai Bersih 5.0 yang dah tak bersih, bukan mahu membetulkan bersih supaya benar benar bersih.

Awal awal lagi mereka dah buat kesimpulan, itulah perangai mereka yang tidak akan memungkinkan mana mana kerja sama dengan PAS.Tambahan dengan kenyataan terbaru dari Nizar Jamaludin yang menyatakan kesediaan partinya PAN bertanding di beberapa kerusi tradisi PAS dan mahu PAS akur dengan keputusan itu dan kalau tidak PAS akan dianggap mengkianati pembangkang dan mahu menyelamatkan Umno.

Mana mungkin parti pengkianat disandarkan untuk menumpaskan kerajaan yang kianat?

Pembangkang cuma ada satu matlamat yakni menumpaskan Umno tanpa diperincikan apa yang kerajaan mereka akan lakukan bila ambil alih nanti.Adakah nak hapuskan GST atau nak teruskan GST, tak tahu lagi, nak turunkan harga minyak dan nak mengembalikan subsidi minyak masak dan lain lain lagi.

Yang kita dengar sekarang ialah kutukan kaw kaw kepada Najib dan Umno kerana gagal mejadi kerajaan yang prihatin tapi bagaimana pembangkang nak jadi kerajaan prihatin bila ambil alih tak dijelaskan kepada rakyat.Yang dijelaskan kepada rakyat bahawa sekiranya PAS enggan bekerjasama, PAS dianggap nak tolong Umno dan mengkianati perjuangan pembangkang?

Mana hala tuju perjuangan pembangkang? Dan yang terlebih penting di mana pembangkang mahu letakkan Islam yang sinonim dengan PAS kalau berjaya bentuk kerajaan.

Semuanya tidak sepatahpunn disebut DAP, semuannya hanya nak tumpaskan Umno.PAS berpijak di bumi nyata, kalau tiada parti pembangkang mahu mengangkat Islam ke atas, PAS berlepas tangan dari bekerjasama dengan mereka dan dalam masa yang sama PAS dengan sikap rasional menyedari tidak akan mampu membentuk kerajaan secara sendiri, jadi mungkin pilihan yang baik untuk Islam ialah mengekalkan kerajaan Umno yang semakin lemah ini.

Paling tidak pun Umno tidak akan halang mana mana ibadat persendirian di masjid masjid, di bulan Ramadan dan di bulan bulan haji.Itu kita sudah tahu tapi apabila pembangkang ambil alih, belum tentu, bayangkan kalau sekarang pun berkuasa di 2 negeri, sudah ada komplian pasal speaker masjid............


Juga mereka mahukan PAS bersama geng liberal dan LGBT dalam bersih 5.0.

Sumber TKO - 3-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































PAN faktor pembangkang tidak sehaluan

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Profesor dari Universiti Teknologi Nanyang, Singapura menyifatkan pakatan pembangkang di negara ini bermasalah ekoran kewujudan serpihan PAS iaitu PAN.

Koordinator Pengajian Malaysia di universiti terbabit, Penolong Prof Dr Mohd Nawab Mohd Osman berkata masalah yang melanda pembangkang di Malaysia bukan disebabkan PAS atau DAP.

Kata beliau, PAN muncul dengan matlamat yang tidak jelas dan lebih bersifat emotif semata-mata.

“Penubuhan parti itu tidak jelas matlamatnya. Pemimpin pula tiada kredibiliti berbanding parti asal mereka yang ada ulama sebagai teras kepada perjuangan parti.

“Malah akar umbi PAS jauh lebih kuat kerana mendapat dokongan pelbagai pihak termasuk golongan muda. Sebaliknya PAN diperlihat sebuah parti Islam yang moderat,” katanya pada diskusi anjuran Institut Pemikiran Tok Guru di sini.

PAN muncul selepas bekas-bekas pemimpin utama PAS gagal mempertahankan jawatan pada muktamar 2015 sehingga membawa kepada penubuhan parti baharu.

Ketika pemilihan pada muktamar tersebut difahamkan ada gerakan bagi menumbangkan kepimpinan ulama dengan mendapat tajaan pihak luar.

Dr Mohd Nawab juga berkata, pendirian pemimpin PAN mengenai pindaan Rang Undang-Undang Akta 355 masih tidak jelas sehingga sekarang.

“Pemimpin PAN tidak berani untuk mengeluarkan kenyataan menyokong pindaan itu secara terbuka kerana dilihat lebih menjaga hati DAP,” ujarnya.

Sementara itu Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Zulkifli Mamat berkata pemimpin PAS yang dikenal pasti bermasalah sebelum ini sekarang mendapat tempat bersama PAN.

Katanya, mereka sanggup melakukan sahaja untuk dilihat orang ramai sebagai juara membawa isu rakyat.

“Kita boleh lihat isu projek Kampung Warisan di Kampung Laut, Tumpat dan isu pembalakan di Gua Musang ada pemimpin PAN yang mahu dilihat seperti wira,” katanya. - HARAKAHDAILY 2/11/2016

Sumber HD - 2-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































































Apa kaitan kes liwat Anwar dengan RUU355?

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43049-apa-kaitan-kes-liwat-anwar-dengan-ruu355


SETELAH seminggu saya menulis ucapan takziah kepada DSAI berhubung penolakan mahkamah terhadap permohonan qazafnya, yang saya selitkan juga seruan supaya menyokong RUU355, maka nampaknya ada pihak mula membidas. Kata mereka, RUU355 tiada kaitan langsung dengan isu DSAI. Sebenarnya saya dah agak dari awal missleading seperti ini bakal berlaku. Cuma responnya viral sedikit lewat dari jangkaan.

Saya tidak nafikan, secara langsung ia memang tiada kaitan. Dalam tulisan ringkas saya yang lepas juga tiada saya tidak kaitkan secara langsung. Tetapi saya mahu tegaskan sekali lagi, ia punya kaitan yang kuat secara tidak langsung. Cuba baca kembali kenyataan saya tempoh hari:

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan Qazaf Anwar Ibrahim pagi tadi. Alasannya kerana ia diluar bidang kuasa mahkamah. Semua mahkamah syariah adalah tertakluk di bawah akta 355.

Takziah buat DSAI, keluarga dan semua pengikutnya. Saya harap mereka jadikan ini pengajaran untuk memahami betapa pentingnya bidangkuasa mahkamah syariah diperluaskan, bukan sahaja dalam bidang hukuman.

Perjalanan memerdekakan mahkamah syariah dari belenggu aturan penjajah masih jauh. Namun langkah pertama harus dimulakan. Caranya ialah, sokong usul RUU pindaan akta 355 yang bakal dibawa oleh MP Marang nanti.

Apa yang ramai tidak faham adalah kaitan tidak langsung dari sudut politik. Meminda enakmen mahupun akta bukan semudah teori yang dipelajari dari bahas perundangan sahaja. Ia juga perlu dilihat dari kacamata politik. Tanpa political will, enakmen itu tetap tidak akan terpinda.

Secara politiknya usul pindaan akta355 (lebih dikenali dengan akronim RUU355) yang dibawa TGHH boleh mempengaruhi badan legislatif lain untuk berani meminda peruntukan undang-undang lain yang berkaitan dengan maslahah agama. Kekuatan umat Islam dalam menentukan halatuju perundangan syariah di negara ini perlu dipamerkan terlebih dahulu. Barulah pihak lain teragak-agak untuk mengganggu proses yang lain.

Jika RUU355 ini gagal mendapat sokongan majoriti ahli parlimen, yang majoritinya orang Islam, maka ia akan menjadi lebih sukar untuk beralih ke peringkat yang lain. Orang bukan Islam akan lebih berani masuk campur hal ehwal agama kita dengan perpecahan kuasa umat Islam dalam urusan agama Islam sendiri. Sementalah di Dewan Negeri Selangor (yang berkuasa ke atas Mahkamah Syariah yang membicarakan DSAI), pembahagian kerusi antara Islam dan bukan Islam dilihat setara dengan Parlimen. RUU355 kini sengaja dimanupilasi sesetengah pihak sebagai isu pertembungan agama.

Kerana ini saya menulis di akhir "Perjalanan memerdekakan mahkamah syariah dari belenggu aturan penjajah masih jauh. Namun langkah pertama harus dimulakan. Caranya ialah, sokong usul RUU pindaan akta 355 yang bakal dibawa oleh MP Marang nanti." Tujuannya agar orang tidak memahami dengan pindaan berjayanya RUU355 kes DSAI terus akan diterima. RUU355 hanya satu langkah pertama. Meminda enakmen syariah di Selangor supaya DSAI terbela pula satu langkah yang lain. Langkah demi langkah perlu terus diambil sehingga semua undang-undang Islam tertegak.

Perkara ini sama seperti mereka yang mengaitkan RUU355 dengan hudud. Secara langsung ia memang tiada kaitan. Tetapi secara tidak langsung, ia membuka laluan kepada DUN untuk menggubal atau meminda enakmen masing-masing ke arah undang-undang Allah itu. Dari segi politik ia juga boleh mempengaruhi banyak pihak.

Saya ingin bawa bagaimana contoh bagaimana perjuangan Islam ini sangat berkait rapat dengan kaitan-kaitan secara tidak langsung. Baca ayat pertama Surah Al-Nasr dan bandingkan dengan ayat kedua. Tuhan menceritakan, apabila datang pertolongan Allah lalu dibuka kota Mekah, maka kita melihat ramai manusia masuk Islam berduyun-duyun. Secara literal, apa kaitan buka Mekah dengan memeluk Islam? Secara langsung tidak ada kaitan. Tetapi secara tidak langsung, ia sangat berkait.

Apabila Mekah dibuka, dari segi politiknya ia akan diperintah oleh orang Islam. Maka orang Islam akan menerapkan syariah Islam dalam perundangan, yang keadilannya pasti akan dilihat oleh rakyat Mekah. Dari segi sosiologinya dan psikologinya pula akan membuatkan mereka tertarik dengan Islam lalu akhirnya menatijahkan masuk Islam. Jauh kaitannya, tetapi al-Quran tetap menyebut. Supaya kita belajar melihat dari pelbagai sudut.

Menerusi peringkat pengharaman arak pula, cara Allah menguatkuasakan undang-undang pengharaman arak sangat teliti dan berperingkat. Awalnya menyatakan keburukan arak lebih banyak dari kebaikan, kemudian ke peringkat tidak membenarkan orang mabuk solat, hinggalah akhirnya turun ayat mengharamkan arak. Kepada yang melihat hanya pada pertengahan proses pengharaman arak ini, mungkin akan mempersoalkan: Apa kaitan larangan solat mabuk dengan pengharaman arak?

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikaitkan antara isu qazaf DSAI dan RUU355 dari segi politik, psikologi mahupun sosiologi. Namun masalah orang kita seperti sebahagian pengamal undang-undang (bukan semua) adalah melihat sesuatu isu hanya dari kacamata mereka sahaja, sedangkan realitinya mereka perlu melihat dari sudut yang menyeluruh.

Ini pentingnya bahas fiqh waqi' (fiqh realiti) dalam ilmu syariat Islam. Orang belajar fiqh muamalat belum tentu boleh berjaya dalam perniagaan. Pakar dalam fiqh munakahat tak menjamin bahagia rumahtangganya. Bahkan Imam Nawawi yang mahir dalam berbagai cabang Fiqh sekalipun, melakukan kesilapan ketika pertama kali melakukan ibadat Haji.

Justeru itu saya seru sekali lagi tanpa sangsi dan ragu, jika mahu DSAI terbela, mulakan langkah pertama dengan menyokong dahulu RUU355. Lihatlah menerusi kacamata yang luas. – HARAKAHDAILY 1/11/2016

Sumber HD - 1-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS nak tanam mayat orang yang tak sempat bertaubat di jirat?
Posted on Monday, October 31 @ 21:33:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32179

"Assalamualaikum,,,

Saya baru membaca dakwaan seseorang yang mengatakan Anzalina menyatakan di Penang bahawa kalau seseorang mati tak sempat bertaubat maka bersiap sedialah untuk ditanam di jirat oleh PAS.Saya tak pasti pulak Anzalina mana yang mengatakan demikian dan apakah betul dia berkata demikian tetapi saya pasti Anzalina ini bukan dari kalangan jemaah PAS sebab kalau dia dari jemaah PAS, dia tak akan berkata demikian tambahan pula kenyataan yang sombong begini datangnya dari orang bodoh dan tidak berilmu.

Mana mungkin seseorang yang sudah mati boleh bersiap sedia untuk ditanam, sejak bila orang yang mati boleh bersiap sedia? Itu satu hal, hal yang lain, sejak bila PAS ada kuasa boleh tanam orang ikut suka dia? Inilah bodoh dan sombongnya kenyataan seperti di atas tak kira siapa yang  mengeluarkannya sama seperti kenyataan TGHH atau mana mana Ustaz PAS boleh mengeluarkan tiket ke syurga sedangkan sebenarnya aktiviti mengajar ilmu ugama itu sebenarnya tiket ke syurga mengikut perumpamaan kepada amalan amalan yang dtekan oleh TGHH dan ustaz ustaz PAS.Kenapa bodoh dan sombong sangat mereka mereka yang mendakwa tanpa ilmu ni?

Sepertimana saya pernah tulis bahawa apa apa pengajaran di kuliah kuliah ustaz PAS yang mengatakan boleh di tanam di jirat itu bukan bermaksud boleh di tanam di jirat secara fizikal, tetapi bemaksud kepada tindakan dan perbuatan yang sudah jelas membawa kepada gugur iman dan perlu bertaubat.Gugur iman pula membawa maksud menjadi kafir dan oleh kerana kafir tarafnya sama dengan mayat mayat orang kafir yang ditanam di jirat, tetapi taraf yang sama itu pada ketika mereka melakukan perbuatan itu, tidak bermaksud kafir yang berpanjangan kerana perbuatan selepas itu boleh menentukan kedudukkannya, kalau dia bertaubat maka dia kembali kepada Islam.

Itu sebenarnya perkataan para ustaz yang mengajar untuk memberikan keyakinan kepada tindakan seseorang yang boleh mengggugurkan Iman untuk kembali kepada Islam.Bukan bermaksud PAS boleh sewenang wenangnya tanam orang di jirat.Lihat saja kuliah UAI yang berlambak dalam you tube, sebahagiian besar ajarannya mengandungi ungkapan syurga dan neraka.

Memperincikan jalan ke syurga dan jalan ke neraka, itulah isi ceramah UAI dan lain lain ustaz PAS mengajar masayarakat untuk mengambil tindakan yang betul dan benar.Sekaligus ianya juga membawa kepada ungkapan tiket ke syurga dan tiket ke neraka yang hakikatnya merupakan jalan jalan ke syurga dan jalan jalan ke neraka.

Yang bodoh bin sombong ialah orang orang yang mendakwa UAI dan ustaz ustaz PAS boleh mengeluarkan tiket ke syurga kerana sebenarnya merekalah yang sedang mengeluarkan tiket ke neraka.Itu yang mereka fikir betul dan benar? itulah juga kebodohan mereka yang sombong dengan ALLAH tanpa mereka sedari.Mereka mendakwa PAS yang mahu menjadikan syurga itu hak PAS tetapi dalam masa yang sama mereka sedang megikuti jalan jalan ke neraka.Dah nak buat macam mana kalau PAS sentiasa memastikan ahli ahi jemaahnya sentiasa berada di jalan syurga dan golongan seperti mereka terus menerus mengikuti jalan ke neraka.

Bukan PAS kata syurga itu hak kita  tapi syurga itu hak milik mutlak ALLAH dan ALLAH sudah menggariskan jalan jalan untuk ke surga sepertimana ALLAH menggariskan jalan jalan ke neraka.

Kenapa mereka begitu bodoh dan sombong memikirkan syurga itu boleh dimasuki oleh semua tanpa tiketnya? ALLAH sudah tetapkan tiketnya ia itu Iman dan harganya amal soleh serta ALLAH juga tentukan tiket ke neraka itu ialah kufur dan harganya maksiat.

Tetapi ALLAH juga menyediakan satu lagi tiket untuk ke syurga iatu taubatan nasuha kepada orang Islam yang berdosa besar!

Faham dok agi? kalau dok faham memang patutpun taman jirat!

Sumber TKO - 31-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jemaah Islam Perlu Nusrah Allah?
Posted on Monday, October 31 @ 06:54:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32172



Nusrah Allah Kekuatan Jemaah Muslimin!!!


Pengalaman manusia itu khilaf tetapi kesan amal itulah sebenarnya haqiqat. Allah wujudkan khasiat pada setiap benda. Manakala dalam diri manusia pula wujudnya roh. Tugasnya ialah untuk tarbiyah badan zahir.


Dengan adanya roh maka badan akan sentiasa sihat serta kestabilan wujud dalam kehidupan harian. Setiap anggota akan berfungsi mengikut ketentuan masing-masing. Kesan kesihatan pada perasaan dan hati, maka sifat senyum, senang, tenang dan gembira akan dizahirkan. Apabila kita tidur, fungsi zahir tadi akan luput. Mata, telinga, mulut dan anggota lain tidak akan berfungsi lagi. Dan sifat itu hapus sama sekali bila datangnya maut. Roh tertakluk kepada beberapa keadaan:


1. Tidur di alam dunia adalah umpama mati (rujuk kepada doa bangun
tidur). Bangun dari tidur samalah seperti bangun dari tidur di Padang
Mahsyar kelak.

2. Di alam dunia kita tidur, kemudian bangun dan kemudian tidur
balik. Tidur yang sebenar ialah di Alam Kubur. Manusia dicipta, kemudian
dimatikan & dihidupkan kembali. Segalanya adalah dengan izin Allah.

3. Seluruh manusia akan dibangkit kembali di Alam Akhirat.
Disanalah segala amalan akan dibalas (amalan ketika di dunia). Orang beriman jika masuk neraka maka api neraka pun akan menjerit: Mereka yang ada sifat kasih sayang dalam diri manusia maka dia akan dikasihi dilangit. Dalam ta’lim kita dengar perkara ini supaya sentiasa mengasihi orang lain.

Bila wujud kesatuan hati maka pandangan Allah jatuh pada kita.Kewujudan dakwah –pada: Lidah (percakapan), Anggota (amal), Hati (perasaan), Fikir (dakwah)– untuk keluarga amat penting. Lihatlah keluarga Nabi Yusof & Nabi Ismail a.s. Bagaimana keluarga mereka? Tarbiyah berpunca dari keluarga. Malah fikir alami (global) juga datang dari fikir keluargs.

Suatu hari Maulana Umar Berjumpa sekumpulan doktor yang tidak percaya kepada Alam Kubur. Kita terkadang yakin tentang apa yang tidak lihat apabila seorang pakar memberitahu kita mengenainya. Pakar tadi ditanya oleh Maulana: “Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat galian?” Jawab mereka: “Benar kerana kami telah membuat kajian & pakar dalam bidang ini.”

Kata Maulana: “Walaupun saya tidak nampak bahan itu tetapi kepakaran kamu telah meyakinkan saya. Jadi begitulah juga Alam Akhirat. Yakinlah dengan kepakaran baginda Nabi saw.” Pada diri manusia ada 2 keadaan. Diluar kita nampak seperti seguni gula, sebatang besi, & sebagainya.

Dalam badan kita seperti karbohidrat, mineral, protin & air yang tidak dapat kita lihat. Begitulah juga alam akhirat. Didunia kita nampak ular, keledai, kala & macam-macam lagi tetapi didalam kubur ular, kala, api tidak nampak dengan mata zahir ini. Buatlah usaha agama dengan perasaan takut & bimbang.

Kesan amal tidak mungkin silap. Kesannya tetap wujud di dunia & akhirat. Jadi mengapa terkadang amal itu tidak makbul? jawabnya ialah kerana amal tidak kuat. Untuk mendatangkan roh (kekuatan) dalam amal maka kita perlu:

1. Sahih Yakin – iman yang berpunca dari dakwah & korban

2. Sahih Tariqat – cara (sunnah) yang betul dari taklim masail

3. Sahih Dian – penumpuan yang tepat (maqam Ihsan) dari amalan
tilawah Quran, zikir & doa

4. Sahih Jazbah – keghairahan dalam amal (Ihtisab) berpunca dari
taklim fadhail

5. Sahih Niat – niat yang betul dari kesempurnaan iman.


Untuk menyempurnakan amal maka tunaikanlah hak saudara kita. Supaya tidak ada seorang pun yang kita sakiti.

Hindarkan dari menjadi muflis di akhirat.
Segalanya akan mulai wujud dalam suasana dakwah. Oleh itu iman akan mulai terbina. Sebagaimana kisah Abu Darda’ yang yakin dengan amalan yang diajarkan oleh Nabi s.aw. Bila diberitahu rumahnya terbakar namun dia tetap yakin rumahnya selamat walaupun beberapa kali orang datang memberitahu rumahnya terbakar.

Akhirnya terbukti kebenarannya walaupun rumah jiran sekelilingnya terbakar. Nasihat Maulana: Berdoa itu tidak sesusah mana tetapi untuk wujudkan keyakinan itu amatlah rumit. Dalam dunia keputusan Allah beransur-ansur.

Seperti diciptanya dunia ini selama 6 hari. Segala proses pembesaran & pembinaannya beransur-ansur. Alam akhirat adalah serta-merta serta tiada lagi proses ansuran. Seperti kubur, mahsyar, mizan dan sirat yg laju seperti kilat.

Bila hisab dilewatkan manusia menjadi gelisah. Sengsara yang tidak tertahan sehingga manusia berkata: “Cepatkanlah penghisaban… kami tidak tertahan lagi kepedihan ini… walaupun keputusannya masuk neraka pun kami rela. Semua Anbiya tidak berani menghadap Allah.

Inilah kesengsaraan akhirat. Nabi Muhammad saw dan sahabat menangis mengenangkan hari penghisaban yang bakal tiba. Kehidupan kita melalui beberapa peringkat iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur & alam akhirat.

Keadaan didunia ini melambangkan cara hidup akhirat. Oleh itu keperluan terpenting manusia ialah hidayat. Hidayat ialah Nur yang masuk ke dalam hati manusia dan memberi kefahaman tentang 1000 tahun dahulu & 1000 tahun kemudian. Apa yang ada di langit pun mereka faham.

Malah segala kejadian Allah akan difahami. Sebenarnya tiada kejayaan dalam benda. Kejayaan hanya wujud dalam amal tetapi ianya tidak nampak. Dan umat terbahagi kepada 2 golongan:

1.Mereka nampak kejayaan dalam kebendaan. Jalan hidup mereka tidak betul.

2.Yakin kejayaan dalam amal maka mereka memilih cara hidup Nabi saw dan kehidupan mereka susah. Umat yang yakin dengan kebendaan merasa berjaya hanya bila lihat perniagaan besar, pengaruh yang kuat.

Pokoknya segala asbab yang dapat dilihat. Manakala kejayaan dalam amal pula, segala asbabnya adalah ghaib seperti berkat, pahala, malaikat & nusrah Allah. Tidak dapat dilihat dengan mata zahir.

Pemimpin kafir Quraisy tuduh para sahabat rhum berjuang ada kepentingan. Bila saidina Abu Bakar RA baca Al Quran semua penduduk Mekah tertarik oleh itu mereka mula bimbang. Tuhan mereka yang banyak (360 berhala) itu cipta seekor lalat pun tak mampu. Makhluk diciptakan lemah. Hanya Allah berkuasa. Dengan satu perintah-Nya semuanya jadi.

Manusia begitu lemah. Jika seluruh manusia berkumpul dari keturunan sejak beribu tahun dahulu untuk cipta satu kaki nyamuk pun tidak mampu. Untuk itu kita perlu senantiasa cakap kebesaran Allah dan ambillah juga sikap suka mendengarnya, serta sentiasa menafikan kehebatan makhluk.

Umat yang beriman kecil kelompoknya. Nabi Musa pernah merayu ummatnya membantu dakwahnya (Hawariyyin). Baginda menerangkan dengan sungguh-sungguh tentang tugas dan kepentingan kerja ini.

Tetapi tidak ramai yang taat. Nabi kita pernah menawarkan dirinya: “Sesiapa yang boleh saya bawa pada keluarga kamu atau kampung kamu?” Rayuan demi rayuan dibuat oleh Nabi saw tetapi hanya sekelompok kecil yang tertarik. Hinggalah bantuan ghaib tiba dengan berbagai cara.

Penduduk Madinah mempunyai kekuatan dalam iman, ibadat, muasyarat, muamalat dan akhlak. Segalanya mengikut ajaran Nabi. Orang luar menjadi amat tertarik apabila melihat cara hidup mereka. Dari jahiliyah bertukar kpd kehidupan yg baik. Malah di depan rumah sahabat dibina sebuah rumah persinggahan yang kecil.

Daging disediakan untuk musafir yang lalu. Setiap musafir diminta makan & minum walaupun tanpa turun dari tunggangannya. Musafir dapat melihat kemakmuran Masjid Nabawi. Ia telah dimakmurkan 24 jam.

Hidup dan mencetuskan rasa kerohanian yang berlainan dari sebarang tempat lain seumpama seorang yang masuk dari tempat yang panas ketempat yang “berhawa dingin.” ‘Mahol’ iaitu suasana di Masjid Nabawi mengubah kerohanian. Contoh masjid diatas muka alam ini ialah Masjid Nabawi.

Dan kampung contoh adalah Madinah Munawwarah. Dalam 24 jam jumpa orang dan bawa ke masjid untuk hidupkan amalan jemaah masjid. Di akhir zaman ini kita tidak dituntut untuk berkorban sebagaimana sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam hadis ada diberitahu: “Seorang yang buat usaha dakwah di akhir zaman ini dapat fadhilat 50 sahabat.”

Peningkatannya beransur-ansur maka keberkatan akan datang dalam kebendaan. Ianya akan: bertambah, mencukupi dan doa dapat menyelesaikan masalah-masalah benda. Dalam peperangan, sahabat dapat bantuan Allah karena sifat: taqwa, sabar serta doa dengan menangis.

Bantuan ini tetap akan turun sehingga hari Kiamat. Bukan hanya dalam Badar. Terkadang pertolongan ini dilambatkan karena Allah ingin melihat kerisauan kita.

Spa yang paling penting Janganlah sesekali kita @ jemaah terlibat dalam maksiat kerana ia pasti menjadi hijab nusrah Allah.Tanpa nusrah Allah sehebat manapun jemaah Islam pasti gagal.AllahuA'lam

Sumber TKO - 31-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teguran Ikhlas Buat Dr Rozaimi
Posted on Saturday, October 29 @ 19:12:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32163




Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada beberapa tokoh dakwah dalam negara khususnya Dr Rozaimi dan beberapa figura bersamanya yang berjiwa besar, sudi untuk bermuzakarah berbincang dengan pihak Pas khususnya pimpinan pemuda mereka dalam pertemuan beberapa hari yang lalu. 


Saya kira, ini suatu perkara yang perlu disuburkan dalam masyarakat kita. Suatu suasana yang tentunya sangat diraikan oleh ummat islam khususnya di tanah air kita.

Walaupun saya jarang mengikuti perkembangan Dr Rozaimi, namun saya menghormati kesarjanaan ilmu yang dimiliki oleh beliau. Tidak ramai anak muda yang mempunyai PhD dalam bidang hadis sebagaimana beliau. Secara peribadi, dalam banyak isu, saya kira pandangan saya bersama beliau. Pada pandangan saya (yang tentunya tidak layak diambil sebagai hujjah), jika beliau meriwayatkan sesuatu hadis, maka rantaian perawi dalam hadis tersebut tidak akan jadi dhoif disebabkan adanya beliau, dengan kata lain, pada saya Dr Rozaimi adalah seorang yang tsiqah. 

Walaubagaimanapun saya agak terkilan dengan pendirian Dr Rozaimi dalam isu RUU355. Saya merujuk kepada ucapan al-Fadhil Dr yang tersebar dalam YouTube 
(https://m.youtube.com/watch?v=1N4OJMVMKFk). Saya fikir, Dr Rozaimi keliru dalam menyatakan pendirian. Isu RUU355 tidak dinafikan mempunyai latar dari sudut politik serta akademik yang perlu diteliti secara terperinci.

Beliau ada menyatakan pendapat beliau dalam isu pelaksana Undang-Undang syariah. Al-Fadhil Dr mengatakan, hudud sepatutnya dikenakan juga kepada bukan islam supaya ia lebih adil dan dilihat adil. 

Kenyataan ini dari segi akademiknya, memang tak dinafikan ada pandangan yang menyokong pendapat Dr. Namun jika dilihat dari konteks perlembagaan, pandangan ini sangat dilihat sebagai pandangan orang yang naif dalam berpolitik. 

Saya tidak berhajat menghuraikan setiap perkara dalam tulisan ringkas ini. Secara umumnya, saya mohon al-Fadhil Dr muhasabah diri. Dr Rozaimi seharusnya merujuk perkara ini kepada mereka yang berada dalam bidang tersebut sebelum menyatakan apa-apa pendirian. Lebih-lebih lagi pendirian tersebut bercanggah dengan aspirasi kebanyakan ummat Islam di tanah air sekarang ini. Banyak forum, wacana, ceramah dan sebagainya yang telah dicernakan oleh mereka yang mempunyai autoriti dalam isu ini. Daripada pakar-pakar undang Islam di universiti sehinggalah ahli-ahli yang berhormat di parlimen, semuanya telah menyatakan hujjah masing-masing. 

Kita tidak nafikan perbezaan pendapat antara para ulamak itu memang wujud sejak daripada dulu lagi. Ia suatu kebiasaan dalam Islam. Namun janganlah kita menjadikan alasan ini untuk kita tidak cuba mencari titik-titik persamaan demi kepentingan ummah.

Pada pandangan saya, kritikan secara sinis Dr Rozaimi dalam rakaman kuliah beliau adalah terlalu tajam untuk mereka yang selama ini bertungkus-lumus untuk memartabatkan syariat Islam di tanah khususnya para pendokong dan penyokong Pas. 

Dr Rozaimi perlu belajar menghormati apa yang orang lain lakukan untuk agama. Kita mungkin bijak dalam sesuatu bidang, tapi kita tidak bijak dalam semua bidang. Saya yakin dan percaya, dalam pada kita semua belajar sehingga mendapat PhD dalam bidang agama, di sana terdapat saham buat mereka yang berjuang islam dalam Pas sejak di awal kemerdekaan negara kita. 

Saya teringat kata-kata guru saya, Maulana Shaari. Katanya, 

_"Orang salafi jangan sibuk sangat nak ulas isu politik, sebab kadang-kadang bila orang yang bukan ahlinya bercakap bukan bidangnya, akan nampak sangat kebodohannya. Bab politik, biar mereka yang mahir yang uruskan"_. 

Saya fikir Dr Rozaimi perlu mencontohi beliau, khususnya bila bercakap soal politik. Jangan sinis, jangan hina, jangan memperkecilkan usaha yang dilakukan mereka yang ahlinya. Risau jika usaha mereka itu mendapat keredhaan Allah, sedangkan kita berada di pihak yang menentangnya. 

Dr Rozaimi perlu ingat, dalam Pas ada lebih sejuta ahli (saya tak pasti berapa jumlahnya sekarang). Mereka terdiri mempunyai pelbagai latar belakang. Jangan disebabkan ulasan yang tidak cermat terhadap isu ini (yang Dr Rozaimi bukanlah ahlinya) menyebabkan mereka menjauhi manhaj salaf yang diperjuangkan.

Banyak perkara saya ingin ulas, namun saya tak punya kesempatan masa untuk berbuat demikian. Cukuplah tulisan ringkas ini menjentik pemikiran al-Fadhil Dr agar dapat muhasabah diri. Jangan diperkecilkan usaha pihak yang lain, jika diri sendiri belum tentu mampu melakukan perkara tersebut. 

Dalam politik ada sepak terajangnya. Usah bicara soal berpolitik ajaran sunnah sekiranya diri sendiri tidak mahu terlibat secara langsung dengannya. Hanya jauhari mengenal manikam. 

Wallahu'alam.  

_-al-_
Dr Muhd Al-Aarifin Ismail
28 Oktober 2018 | Kuah, Langkawi

Sumber TKO - 29-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































Perspektif tersendiri polemik RUU 355

ALANG IBN SHUKRIMUN | .

BAHAGIAN 1: PERSIS 11 SEPTEMBER
Semakin hampir detik perbahasan usul RUU pindaan Akta 355, semakin ramai pihak yang bersuara. Yang menyokong datang dengan segala semangat dan hujahnya. Yang menentang terus berusaha dengan segala helah dan alasannya. Tidak kurang yang meragui, muncul dengan seribu satu persoalan dan pertikaian.

Apapun yang berlaku, saya memiliki beberapa perspektif berkenaan fenomena ini. Saya nyatakan mengikut nombor:

1. Sifat ingin tahu terhadap Islam semakin berkembang
2. Menjelaskan warna kulit sebenar setiap tokoh
3. Pseudo-Salafi dan Neo Muktazilah
4. Fenomena Ruwaibidhoh
5. Peluru takfiri yang diulang-ulang

Untuk tidak membuatkan pembaca bosan, saya keluarkan satu persatu tulisan mengikut nombor perspektif.

1. Dakwah semakin berkembang

Siapa sangka, kini pindaan Akta 355 sudah menjadi bualan sensasi rakyat. Apabila pihak-pihak berpengaruh mula bersuara, perhatian jelata akan dicuri. Yang tak tahu jadi tahu, yang tak suka mengkaji untuk mencari titik sangsi. Yang menentang menjaja keburukannya.

Daripada semua perbahasan, secara tidak langsung ia akan membuka kepada tajuk-tajuk syariat Islam. Orang akan mengkaji sedikit sebanyak tentang perlaksanaan Islam. Orang akan cuba mengenali apa yang terkandung dalam perundangan Islam.

Saya fikir fenomena ini umpama peristiwa 11 September 2001. Walaupun niat di sebaliknya adalah untuk menghalalkan serangan terhadap Iraq atas nama cegah keganasan, namun secara tidak langsung ia menyebabkan masyarakat dunia ingin tahu apa sebenarnya Islam. Al-Quran terjemahan habis di pasaran. Wacana TV dan akhbar hangat mengupas tentang Islam.

Akhirnya peristiwa 11 September melonjak pertumbuhan nisbah pemeluk Islam di Amerika dan negara barat lain dengan pesat sekali sehingga diakui oleh ramai pemerhati dan pengkaji antarabangsa bahawa: "Islam is the fastest growing religion in America".

Saya fikir di sebalik polemik RUU355 ini, ia memberikan sesuatu yang sangat positif kepada perkembangan Islam. Orang yang prihatin tentang isu ini bukan sahaja akan celik agama, mereka juga akan celik undang-undang dan celik politik.

Bagi yang benar-benar mencari solusi untuk menangani masalah jenayah dan keruntuhan sosial dalam negara, mereka insya Allah akan menyokong pindaan ini termasuk kalangan bukan Islam. Walaupun mungkin ada kelemahan, yang pasti inilah satu-satunya cadangan yang ada kerana kebanyakan pihak yang mengkritik dan menentang, hanya membantah semata-mata tanpa membawa cadangan lain.

BAHAGIAN 2: AKHIRNYA TIMBUL JUA

Sebelum ini mungkin ramai tidak jelas pendirian tokoh-tokoh masyarakat tertentu yang banyak menegur mengkritik PAS dalam berbagai isu. Ada di kalangan mereka berniat baik untuk melihat Islam berkembang di negara hari ini, dan ada juga yang memiliki niat terselindung di sebaliknya.

Namun setelah timbul isu RUU355, sedikit sebanyak kita boleh lihat sendiri sikap sebenar dan wajah mereka. Sikap ahli akademik yang berdisiplin adalah mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum mengulas apa-apa isu yang timbul. Ahli akademik tidak akan menjadikan sumber sembarangan atau hearsay sahaja untuk menetapkan sesuatu pendirian sebaliknya mengajukan kepada pihak yang terlibat atau merujuk kepada pakar.

Alhamdulillah, ramai pihak bukan ahli politik turut mengambil bahagian dalam mengupas isu ini seperti pengamal undang-undang, pimpinan NGO, jurnalis, pengkaji politik, mufti, tokoh agama dan juga pensyarah. Mereka datang bersemuka dengan pimpinan PAS dan berdialog bagi mendapatkan gambaran sebenar prinsip serta implikasi RUU355 ini. Ada yang akhirnya menyokong, ada yang masih berdiam diri malah ada yang tidak bersetuju. PAS berlapang dada menerima setiap respons asalkan kaedah yang mereka gunakan dalam memahami perkara ini betul.

Malangnya tidak semua mengikut disiplin akademik ini. Atas dasar kebebasan bersuara dan atas kelebihan tidak terikat dengan mana-mana kumpulan, ada sebahagian pihak yang terus mengulas RUU355 tanpa memahami kaedah sebenar tentangnya. Lebih memalukan, persoalan yang mereka timbulkan sudahpun terjawab dalam berbagai tulisan, ceramah serta buku-buku yang dikeluarkan pihak PAS terutama dari  kerajaan Kelantan. Ironinya, dalam mendapatkan gelaran PhD dan apa jua kajian bersifat akademik, mereka begitu detail mengkaji dari sumber-sumber primer. Tetapi di medan realiti, semua pelajaran disiplin ilmu itu tidak diambil kira.

Lebih mengelirukan, di saat terdapat kumpulan yang berfikiran liberal dan sekular yang menentang RUU355 atas alasan syariat Islam tidak boleh menyelesaikan masalah, di saat ada pihak yang mengaku Islam tetapi tidak mahu dikongkong dengan peraturan tuhan, mereka langsung tidak berusaha menangani pihak ini sebaliknya lebih fokus untuk menimbulkan keraguan terhadap usaha memartabatkan syariat Islam oleh PAS.

Bahkan sepanjang polemik ini berlangsung, ada mufti yang mempromosikan pemikiran liberal dan sekular menerusi akaun media sosial mereka. Hujah seperti keadilan sebelum Islam, masyarakat majmuk, kondusiviti, hudud mencacatkan orang Islam, polemik negara teokrasi dan agama terpisah dari konsep pemerintahan ditimbulkan kembali walaupun isu ini telah lama dijelaskan oleh cendekiawan Islam sejak dahulu.

Sekarang kita boleh lihat, kepada pihak manakah kumpulan ini lebih menumpukan serangan; pihak yang berusaha menaikkan taraf Islam di Malaysia atau pihak yang berfikiran liberal seperti seorang peguam yang juga anggota gerakan sesat feminisme Sister In Islam. Mereka lebih intim dengan kumpulan mana, dan lebih kritis terhadap kumpulan mana.

Sepanjang sejarah perjuangan Islam, golongan ini sentiasa wujud. Di saat perjuangan ini masih kabur masa depannya di mata mereka, mereka akan mengambil sikap menjarakkan diri. Tetapi setelah perjuangan ini dilihat cerah masa depannya, merekalah orang yang berada di saf hadapan mengaku segala titik peluh itu milik mereka.

BAHAGIAN 3: PSEUDO-SALAFI & NEO-MUKTAZILAH

Ada pihak yang mendakwa mereka mengikut manhaj salaf dalam beragama. Manhaj salaf adalah menerima nas sebagaimana yang diturunkan tanpa takwilan dan menyerahkan hakikat kepada tuhan. Manhaj salaf sangat ketat dalam menerima sebarang pemikiran baru yang tidak bersumberkan nas.

Namun dalam bab RUU355, sebahagian salafi di Malaysia menggunakan hujah-hujah yang jauh dari manhaj salaf dan sangat mirip kepada muktazilah. Antaranya memperkenalkan prinsip Islam bukan sahaja kena adil, ia juga mesti dilihat adil.

Dari mana datangnya kaedah ini daripada nas? Tiada! Hujahnya hanyalah kerana Nabi tak bunuh orang munafik kerana takut beliau dituduh membunuh sahabat. Lalu dikaitkan jika akta 355 dipinda, ia dilihat tidak adil kerana hanya orang Islam boleh dihukum.

Jika dia merujuk kepada nas, sudah tentu dia akan dapati sejak zaman Nabi SAW sendiri terdapat dua set hukuman. Pertama Firman Allah SWT:

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ
Jika mereka (Yahudi) datang kepadamu (untuk dihakimi), maka hakimilah mereka (mengikut cara Islam) atau biarkan mereka (mengikut cara sendiri). [Al-Maidah: 42]

Ayat ini memberi pilihan kepada Nabi sama ada mahu menghakimi non-muslim dengan cara Islam atau tidak. Pilihan ini Allah yang beri bukan ijtihad Nabi. Adakah Allah dilihat tidak adil dengan membenarkan Nabi membezakan hukuman antara muslim dan non muslim?

Perkara ini disokong dalam sebuah hadis. Dalam Sahih Bukhari bab hudud, pernah Nabi didatangi Yahudi minta dihakimi seorang yang dituduh zina. Maka Nabi memilih untuk dijatuhkan hukuman mengikut kitab Taurat. Walaupun hukumannya sama, ini menunjukkan keanjalan Islam dalam menetapkan dua set hukuman.

Hujah tidak boleh menghukum orang Islam sahaja tanpa melibatkan non muslim sangat dangkal. Apakah ini bermakna tidak adil bagi kerajaan mengambil tindakan terhadap muslim yang minum arak hanya kerana non muslim tidak boleh dihukum? Apakah tidak adil menangkap muslim yang makan di siang hari Ramadhan hanya kerana non-muslim tidak ditangkap?

Jelasnya idea adil dan dilihat adil ini adalah prinsip yang diperkenalkan oleh ahli politik dan pakar perundangan barat, Lord Heward. Jelasnya: "Not only must Justice be done; it must also be seen to be done". Jelas ia bukan dari Islam.

Bahkan, menilai keadilan dengan persepsi manusia sebenarnya merupakan sebahagian idealisme muktazilah yang telah bercanggah dengan ahlu sunnah wal Jamaah. Prinsip kita ahlu Sunnah, kebaikan itu adalah sesuatu yang diputuskan baik oleh syarak, walaupun akal melihat ia buruk. Sedangkan muktazilah mendakwa kebaikan itu adalah apa yang diputuskan oleh akal itu baik tanpa mengambil kira ketetapan syarak.

Salafi sepatutnya dalam hal pelaksanaan syariat, merekalah orang paling terkedepan sebagai pendesak kerana dalam al-Quran dan Hadis terlalu banyak gesaan supaya berhukum dengan syariat Islam. Tapi yang pelik so called salafi di Malaysia lebih selesa berada dengan undang-undang sedia ada, dan begitu skeptikal dengan usaha menaik taraf undang-undang negara ke arah lebih islamik.

BAHAGIAN 4: RUWAIBIDHAH DI MANA-MANA

Sabda Rasulullah SAW

سيأتي على الناس سنوات خدّعات، يُصَدق فيها الكاذب ويُكذَّب فيها الصادق، ويُؤتمن فيها الخائن ويُخوَّن فيها الأمين، وينطق فيها الرويبضة))،
قيل وما الرويبضة يا رسول الله ؟ .. قال: «الرجل التافه يتكلم في أمر العامة

Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipudaya. Pada masa itu yang benar didakwa berbohong dan pembohong dipercayai. Pengkhianat diberi amanah sedangkan yang amanah dituduh khianat. Golongan-golongan ruwaibidhah akan bebas bercakap.
Sahabat bertanya: Apakah itu ruwaibidhah?
Nabi menjawab: Orang-orang bodoh yang bercakap tentang urusan besar.
[HR Ibn Majah, Hakim dan Ahmad]

Apa yang berlaku hari ini semakin menepati sabdaan baginda SAW. Selain dari kita melihat pendusta dipercayai dan pengkhianat diberi amanah, melalui polemik RUU355 ini kita melihat ramai yang orang yang tidak tahu sesuatu bidang bercakap tentang apa yang mereka tidak tahu. Berdasarkan hadis, mereka ini dilabel sebagai bodoh (tolol/jahil).

Dalam memahami konsep pindaan akta 355 ini, mereka perlu memahami dua bidang iaitu perundangan dan syariat Islam. Malangnya ada peguam yang mengulas RUU355 sehingga melanggar batas syariat, dan ada juga agamawan yang mengulasnya di luar konsep perundangan. Semuanya bakal menatijahkan pandangan yang salah. Lebih malang, bukan lulusan undang-undang atau agama, tapi bercakap mengalahkan profesor!

Dalam bidang agama sendiri banyak cabangnya. Tidak boleh diukur dia pakar agama hanya kerana memiliki segulung PhD dalam sesuatu bidang ilmu Islam sahaja. Seorang yang PhD hadis belum tentu dia pakar tafsir. Seorang yang PhD usul belum tentu dia pakar lughah. Seorang pakar fiqh belum tentu dia pakar siasah.

Sistem pensijilan dunia hari ini memberi pengiktirafan mengikut kepakaran dalam suatu tajuk dan bidang tertentu sahaja, tidak secara menyeluruh. Selayaknya jika mahu mengira kepakaran dari sudut sijil, seseorang memperolehi PhD kerana tesis tafsir dalam tajuk kajian huruf nun (ن) dalam al-Quran, maka dia perlu digelar pakar nun sahaja, bukan pakar tafsir.

Contohnya Dr Zakir Naik, dia seorang pakar perbandingan agama. Sangat tepat kalau kita tanyakan tentang soal perbandingan agama kepadanya. Tetapi apabila kita bertanya hukum PTPTN, maka timbullah jawapan yang kabur yang akhirnya dimarahi oleh sekalian pihak kononnya ibarat membela kerajaan yang menindas mahasiswa. Syeikh Albani diiktiraf sebagai mujaddid hadis oleh ulama mutakhir kerana kepakarannya dalam bidang periwayatan hadis. Namun apabila beliau berfatwa tentang permasalahan fiqh, ramai yang tidak bersetuju dengan pendapatnya yang sangat aneh (gharib).

Dalam isu RUU355, perkara ini berlaku lagi. Atas dasar kebebasan bersuara, masing-masing berperanan mengelirukan zaman dengan kata-kata yang tidak berasas. Ada ustaz bidang hadis yang bercakap soal fiqh dan siasah. Maka terbitlah kaedah songsang seperti "Islam tidak hanya perlu adil tapi perlu juga dilihat adil" dan dalam Islam hanya ada satu set hukuman.

Mereka perlu faham, secara analoginya bidang hadis itu ibarat kerja penilaian emas, mana satu emas tulen dan mana satu emas campur atau palsu. Setelah emas tulen diperoleh (hadis maqbul), ia tetap tidak boleh digunakan sehinggalah dijadikan barang kemas atau wang. Maka kerja memproses emas itu adalah kerja orang di bidang fiqh pula.

Lebih parah, si fulan bukan sahaja bercakap soal fiqh yang bukan bidangnya, malah turut bercakap soal perundangan. Dia membuat ulasan, RUU355 ini mengelirukan kerana mengundang memberikan kuasa kepada hakim untuk menetapkan hukuman seberapa banyak yang dia mahu. Dibawa contoh seorang ustaz boleh didenda kerana mengajar tanpa tauliah sehingga beratus ribu ringgit jika RUU355 berjaya digubal.

Akta ini tidak boleh memberi kuasa semudah itu kepada mahkamah syariah.

Ini kerana mahkamah syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri. Hakim perlu merujuk kepada peruntukan enakmen negerinya berapakah had yang dibenarkan. Enakmen ini pula perlulah diluluskan dalam Dun dengan sokongan majoriti Adun. Bermakna ia perlu melalui satu lagi peringkat legislatif. Ia bukan kuasa mutlak hakim!

Saya nasihatkan agar kepada mereka yang mahu bercakap dalam bidang yang bukan kemahirannya agar mengkaji teliti dahulu tentang bidang lain itu. Jangan hanya ambil modal dari sembang-sembang kopi atau lepak-lepak mafasid sahaja. Bimbang anda akan tergolong di kalangan ruwaibidhoh.

BAHAGIAN 5: TUDUHAN TAKFIRI TERUS BERLANGSUNG

Sebelum diperjelaskan lebih lanjut, perlulah dibezakan antara tuduhan kafir dan takfiri. Menuduh kafir ertinya menuduh seseorang itu sebagai kafir. Menuduh takfiri pula ertinya menuduh seseorang itu suka mengkafirkan orang.

Takfiri terus menjadi peluru pihak tertentu untuk menyerang PAS. Sejak dari awal penubuhan PAS, pimpinan Umno tidak pernah henti dari membidik PAS dengan peluru ini sehingga membawa kepada berbagai tindakan kejam dan zalim. Kini sebaik sahaja bekas pimpinan PAS pusat keluar dan menubuhkan parti baru, mereka terus melabelkan parti lamanya sebagai ISIS dan takfiri.

Fenomena ini berlaku di setiap belahan dunia. Para asatizah Azhar yang dilantik atas restu kerajaan Mesir mendakwa Ikhwan Muslimin sebagai jemaah takfiri. Mujahidin Chechen dan Kaukasus di Rusia dituduh oleh gerakan sufi yang mesra kerajaan sebagai wahabi dan takfiri. Pokoknya mana-mana gerakan Islam yang cuba membawa idealisme pemerintahan Islam akan dituduh sebagai takfiri.

Tentunya PAS yang gigih mempersada syariah Islam di puncak perundangan negara tidak terlepas dari tuduhan ini. Kata-kata kurang tertib dari individu yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PAS dijadikan modal untuk menuduh PAS takfiri.

Pensyarah agama tidak terkecuali dari permainan busuk ini. Sama ada mereka sedar atau tidak, sudah beberapa kali persepsi jahat ini dibentuk oleh mereka. Pertama ketika isu pengkhianatan lompat parti oleh bekas wakil rakyat PAS yang telah berbaiah. Mereka cipta persepsi bahawa PAS ghuluw/ekstremis kerana melakukan bidaah mungkar iaitu dengan mengadakan baiah mentakliq baiah dengan talaq, sedangkan isu utama adalah mengkhianati perjanjian. Dibahas soal syarie atau tidak mengadakan baiah, padahal ianya boleh saja ditimbulkan awal sebelum berlaku kes lompat parti ini. Dibutakan mata hati tentang hukum mengkhianati janji.

PAS tidak pernah menyatakan sesiapa yang menolak RUU355 sebagai kafir. Cuma PAS memahami ianya wajib kerana mengambil kaedah 'kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengan sesuatu, maka sesuatu itu hukumnya wajib'. Seperti wuduk, walaupun wuduk hukumnya sunat, tapi boleh jadi wajib kerana kewajipan solat tidak akan tertunai melainkan dengannya.

RUU355 wajib bagi memberi kuasa mahkamah syariah negeri-negeri menetapkan prosedur kehakiman selaras dengan apa yang digariskan dalam al-Quran dan sunnah. Walaupun tidak secara menyeluruh, sekurang-kurang sebahagian dapat dilaksanakan.

Oleh kerana ianya wajib, PAS berusaha memahamkan ahli parlimen Islam tanpa mengira parti berkenaan kewajipan ini supaya mereka tidak dikira berdosa di mahkamah Allah kelak kerana meninggalkan kewajipan ini. Namun tidak sekali PAS beranggapan yang menolaknya adalah kafir. Berdosa dan kafir beza hukumnya. Meninggalkan solat hukumnya berdosa, tapi tidak sampai jatuh kafir walau Nabi perintah supaya rumah mereka dibakar, kecuali mereka percaya bahawa solat itu tidak wajib.

Kata-kata individu tertentu tidak menggambarkan pendirian PAS. Pendirian rasmi PAS setakat ini hanya boleh dikeluarkan oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan sahaja. Walaupun ada saja pemimpin DAP, PKR yang sokong GST dan TPPA, tetapi PAS tidak menganggap itu adalah pendirian parti mereka.

Apapun semua harus menginsafi sama ada melalui usaha RUU355 atau selainnya, bahawa menjalankan hukum hakam tuhan dalam pemerintahan hukumnya wajib. Sesiapa yang tidak mempercayai kewajipan ini walaupun dengan hatinya maka gugurlah imannya kerana membantah nas al-Quran dan Hadis. Tidak menyokong tidak bermakna kafir, TAPI tidak percaya ianya wajib adalah kufur mengikut jumhur ulama ahlu sunnah. Batas iman dan kufur inilah yang perlu dijelaskan. - HARAKAHDAILY 29/10/2016

Tulisan di atas diambil daripada facebook penulis.

Sumber HD-29-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelantan masih ada pelacur mencari pelangan?
Posted on Wednesday, October 26 @ 19:24:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32144



Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini  menjadi “panas” apabila Mohd Roslan Puteh (PKR-Guchil) mendakwa aktiviti pelacuran masih berlaku di bandar ini walaupun setelah lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan dengan dasar “Membangun Bersama Islam”.

Mohd Roslan Puteh (PKR-Guchil) mendakwa aktiviti itu masih berlaku di Jalan Hamzah di sini selepas beliau ditawarkan khidmat seks apabila kenderaan yang dinaikinya didekati sekumpulan wanita.

Beliau berkata wanita berkenaan, yang menaiki sebuah kereta berbuat demikian sejurus beliau membayar bil telefon bimbitnya menggunakan mesin layan diri pada 12.45 tengah malam tadi.

“Masih ada wanita tawar perkhidmatan tak sepatutnya walaupun dah lebih 20 tahun (PAS memerintah Kelantan). Ada 4 wanita (yang tawar khidmat seks) katanya.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut berkenaan isu pelacur ini adalah lebih baik kita kenal dulu siapa Mohd Roslan Puteh. Dia daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berani membelakangi arahan parti apabila hadir pada sesi pembahasan dan menyokong Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 20 Mac 2015 lalu.

Katanya simple aje “Sebagai umat Islam saya wajib sokong hukum Allah (hudud).”

Industri atau aktiviti pelacuran adalah industri paling tua di dunia. Banyak kisah berkenaan perkara ini digambarkan dalam al Quran termasuklah bagaimana Nabi Yusof a.s. digoda.


Masih ingat artikel saya "2009 Tok Guru Cadang Husam letak “JAWATAN EXCO”yang saya mendedahkan bagaimana Kicdeffela mendedahkan banyak perkara tentang Husam Musa termasuklah berkenaan dengan balak dan pengagihah jawatan.

Selepas wujud krisis antara Husam dan MB Kelantan pada masa itu (Hanya orang dalaman sahaja tahu. Nak tahu panjang lebar lebih baik pergi tanya Syed Azidi sendiri) Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Husam banyak membocorkan maklumat penting kepada Kicdefella termasuk post mortem Pilihanraya PAS Kelantan.

2009 sehingga 2011 antara tahun-tahun banyak pergolakkan di Kelantan. Saya hanya fokus Husam dan Kicdefella sahaja. Krisis Husam dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz merembak kepada krisis Husam dengan Kicdefella sehingga kontrak Kicdefella dengan Husam dibatal serta merta. Jika ada kelapangan saya akan melebar luaskan maklumat yang ada untuk kita sama-sama bahaskan.

Kicdefella adalah 'senjata' Husam Musa telah memainkan peranan menyerang pentadbiran PAS dalam beberapa artikelnya termasuklah artikel berkenaan pelacuran di Kota Bahru. Saya tak berikan linknya kerana artikel itu ada gambar-gambar yang sangat lucah.

Salah satu gambar pelacur yang diterokai Kicdeffela

Kenapa tiba-tiba Kicdefella menyerang Kota Bahru dan Dun Cempaka?

"Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu bahkan di dalam DUN Chempaka yang ADUN nya adalah Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul AM PAS."
Majlis Perbandaran Kota Bahru ada disertai oleh anak Tok Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Nik Abdul.

Saya setuju dengan penulis Batuapi @ Firestone dalam artikelnya "Husam Sasaran Sebenar Kicdefella?".  Kicdefella banyak memberikan 'hint' bahawa apa yang berlaku di Kelantan, projek, balak, maksiat dan sebagainya adalah berpusat kepada Husam Musa Exco Kanan Kerajaan Kelantan yang nampak baik tetapi sebenarnya perosak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat MB Kelantan.

Anda boleh baca artikel Tersungkur Di Pintu Syurga dan Selamatkan Tok Guru untuk mendapatkan maklumat siapa sebenarnya Husam Musa.


Sumber TKO - 26-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abdul Hadi Dan Dr Rozaimi Ramle Satu Renungan
Posted on Wednesday, October 26 @ 17:47:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32142




Tuan Ibrahim Tuan Man pernah menceritakan sepanjang hayat dia bersama dengan Presiden PAS dia tidak pernah melihat bagaimana Ustaz Hadi begitu bergembira ketika masuk dalam kereta selepas RUU 355 dibentangkan pada tahun lepas. Katanya Ustaz Hadi semasa itu agak letih tapi wajahnya cukup bergembira dan dia menitis air mata atas kegembiraan apabila RUU 355 dapat dibentangkan di Parlimen.


Kedudukan RUU 355 pada masa itu masih kabur selepas beberapa kali tidak berjaya dibentangkan. Jika dapat dibentangkan pun tidak menjamin RUU 355 berjaya di parlimen. Tapi Presiden PAS telah menitis air mata menunjukan dia bersungguh dengan Allah s.w.t. dalam hayatnya yang makin pendek untuk berjumpa dengan al Rabb. Kita tidak dapat merasai bagaimana beliau merasai kerana masing-masing diantara kita ada hubungan dengan Allah secara peribadi.

Orang yang rapat dengan Presiden PAS tahu bahawa Presiden tidak sihat. Menitis air mata atas usaha ikhlas yang hanya Allah s.w.t. sahaja tahu isu hati beliau atas usaha beliau mendaulatkan Islam di atas muka bumi Allah.

Dr Rozaimi Ramle adalah seorang Ustaz yang banyak menyampaikan kuliah. Dengan kelebihan ilmu hadisnya dia banyak kali mempertikaikan RUU 355. Dia juga banyak membuat penerangan mepertikaikan akan RUU 355 dan tidak bersetuju dengan RUU 355 berkenaan dengan alasan tiada keadilan dalam kes yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam.

Ramai penyokongnya rasa bangga kerana dia mampu mempertikaikan dan mencari kelemahan yang ada pada RUU 355 yang dikatakan masih tidak syarie.

Saya lebih suka bersama Presiden PAS dalam 'road map' Hudud di Malaysia. Dia dikencang daripada segenap penjuru atas usaha ini. Dia mendapat halangan daripada bukan Islam dan orang Islam daripada yang jahil sehingga yang mahir tentang agama.

Saya ingin menumpang kegembiraannya atas RUU 355 ini di hadapan Allah sebagaimana seekor burung yang mengunakan paruh kecilnya memandang api yang membakar nabi Allah Ibrahim a.s.




Sumber TKO - 26-10-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1 Lawan 1 Adalah Perangkap Untuk PAS?
Posted on Tuesday, October 25 @ 13:27:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32124



Blok pembangkang memomokkan bahawa strategi 1 lawan 1 boleh menumbangkan BN. Siapa yang dapat menumbangkan BN tanpa PAS? Andai PAS bersama dengan mereka, di mana mereka letak PAS selepas pilihanraya? 


Awal-awal lagi jawatan PM difaraidkan antara PKR dan BERSATU; antara Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin. Bagi mereka, andai PAS mendapat kerusi terbanyak pun, pakatan pembangkang tidak bersedia untuk berPMkan seorang ulama dari PAS.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan pembentukan kabinet bayangan pakatan pembangkang akan diumumkan pada November nanti. Cantik benar usaha mereka. Nanti kita boleh lihatlah di mana kedudukan ulama-ulama dan pemimpin PAS. Rakyat boleh tengok komposisi kaum dalam kalangan menteri. Di mana mereka letak Lim Kit Siang dan di mana pula mereka letak Tuan Guru Haji Hadi.

Saifuddin juga memaklumkan bahawa perbincangan telah dibuat antara Pakatan Harapan, Bersatu dan PAS. Inilah satu kenyataan sebelah pihak yang boleh dipertikaikan. Adakah itu satu pertemuan rasmi atau hanya perbincangan santai kedai kopi?

Berdasarkan senario semasa, sewajarnya PAS memutuskan pendirian muktamad untuk kekal kejap membawa Gagasan Sejahtera selewat-lewatnya hujung November. Ini membolehkan PAS dan IKATAN serta parti lain yang akan bersamanya nanti mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan calon dan jentera perang.

Penulis kekal bersetuju dengan pendapat yang mencadangkan PAS mengadakan MoU dengan UMNO sekurang-kurangnya  di Pulau Pinang dan Kelantan. Serentak dengan itu penulis mencadangkan pakar-pakar strategi dan penyelidikan PAS membuat kajian terperinci tentang baik-buruk pertandingan 1 lawan 1 dan pertandingan pelbagai penjuru. Ada kebarangkalian yang besar secara umumnya pertandingan pelbagai penjuru lebih baik bagi PAS buat masa ini.


Konklusinya  ialah tulisan ini bermotif untuk menjadikan PAS sebagai pemimpin dalam pembentukan sebuah negara berkebajikan. Tanpa mengikut rentak dan telunjuk mana-mana pihak, PAS kini sudah ada suara yang merdeka. Mengambil kata-kata keramat sasterawan masyhur Allahyarham Usman Awang, PAS kini tidak lagi berjiwa hamba.

Sumber TKO - 25-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Masih Dan Terus Kukuh – Penganalisis

PAS kini masih dan terus kukuh berbanding Parti Amanah Nasional (PAN) walaupun terdapat pimpinan mereka yang bertindak keluar dari parti.

Ia disahkan oleh penganalisis politik yang Md Shukri Shuib berkata, PAS tidak melihat PAN sebagai ancaman besar berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 kerana parti itu yakin dengan sokongan pengundi.


Katanya PAS yakin dengan undi penyokong mereka yang masih kekal setia bersama dengan parti tersebut.

Jika dilihat, kebanyakan pemimpin yang bertindak keluar daripada parti adalah kerana mereka kecewa dengan PAS, tegas beliau kepada Sinar Online.

Menurutnya, PAS juga lebih bersedia menghadapi PRU14 berbanding dengan PAN yang dilihat masih bergantung pada Pakatan Harapan.

PAS masih lagi mendapat sokongan undi dari kaum Melayu, berbeza dengan PAN yang masih lagi ‘terkial-kial’ sedang meraih undi.

Namun begitu, pandangan beliau, PAN dilihat boleh meraih undi dari pengundi cina berdasarkan kerjasama parti tersebut dengan DAP.

Tambahnya lagi, keputusan PAS untuk tidak bersama Pakatan Harapan juga merupakan satu keputusan yang baik buat parti tersebut.


PAS sebagai sebuah parti Islam kini dilihat lebih fokus dalam mengutamakan dakwah seterusnya kembali semula ke ajaran Islam.

Selain itu, saf kepimpinan baru terdiri daripada mereka yang lebih faham akan perjuangan sebenar parti tersebut.

Menurutnya, PAS juga tidak lagi di dalam angan-angan mereka untuk meruntuhkan Umno dan kembali kepada perjuangan Islam.

Menurutnya lagi, perjuangan PAS juga tidak boleh disamakan dengan PAN kerana kedua-dua parti ini berbeza.

“PAN dilihat lebih mesra kepada DAP sehingga sanggup menerima syarat yang bercanggah dengan perjuangan PAS (Islam). Dalam erti kata lain, PAS adalah cawangan DAP dalam orang Melayu,”jelas Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.

Sumber BO - 25-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada Saman oleh PAS, Tiada Permohonan Maaf Oleh TV3?
Posted on Monday, October 24 @ 23:17:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32117

"

Dalam zaman orang ‘cerdik-cerdik’  ini, tindakan undang-undang perlu diambil untuk membuktikan kebenaran. Seiring dengannya, pihak yang melakukan onar boleh diajar. Kalau selalu kena bayar saman, suatu hari mereka boleh lingkup atau terletak pada badan mereka stigma penipu.

Penulis mendapati banyak artikel dan ucapan yang mengutuk perbuatan TV3 dan Utusan Malaysia yang memfitnah Presiden PAS berkaitan dakwaan menyokong GST. Namun di dalam laman rasmi PAS termasuk Harakah edisi terkini, tiada suatu kenyataan untuk menyaman media durjana tersebut. Sedangkan hingga kini belum ada permohonan maaf oleh pihak mereka.

Bagi penulis, tindakan saman dalam kes menerima dana 1MDB adalah tepat dan pantas. Walaupun kes yang melibatkan media asing itu terpaksa mengambil masa yang agak lama, namun ketegasan PAS itu pada peringkat kini telah melenyapkan tohmahan buruk terhadap PAS.


Justeru, PAS amat wajar menyaman TV3 atau Utusan Malaysia sebagai jalan tepat membersih nama Presiden dan menguatkan persepsi negatif rakyat  terhadap media penipu.

Sumber TKO - 24-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kasihan Kepada 7 Orang Penentang RUU 355 - Ustaz Ahmad Dusuki
Posted on Monday, October 24 @ 21:21:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32115



BANGI, 23 Muharram 1438H, Isnin – “Terlintas di kecil hati rasa kasihan kepada mereka yang tidak kasihan kepada diri sendiri.”

Demikian respon pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap aktivis liberal, Siti Kasim yang begitu lantang membantah Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 (RUU 355) di Parlimen, pagi tadi.

“Apakah RUU 355 yang di bentangkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan ajaran Al-Quran sehingga patut ditentang?

“Susah sangatkah untuk mengikut apa yang di perintahkan oleh Allah kepada kita semua sebagai hambaNya?

”Undang undang Allah bersifat mendidik bukan bersifat menghukum,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Difahamkan, Siti Kasim atau nama penuhnya, Siti Zabedah Kasim mendakwa kononnya beliau menolak RUU 355 adalah atas dasar tidak mahu rakyat Malaysia tertindas.

Katanya, apa yang penting adalah memperkasakan undang-undang yang sedia ada bukannya meminda Akta 355.

Sumber TKO - 24-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amanat Hadi bukan Fatwa
Posted on Sunday, October 23 @ 20:50:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32104

"

Assalamualaikum,,,  Amanat Hadi yang awalnya di viralkan oleh UMNO kini diambil alih oleh segelintir manusia bukan UMNO untuk mendakwa TGHH adalah salah dan berdosa kerana Amanat Hadi didakwa mereka sebagai fatwa TGHH.TGHH didesak untuk bertaubat kerana fatwa itu.Nampaknya manusia manusia ini buta sejarah dan buta Ilmu sehingga mendakwa Amanat Hadi itu fatwa.

Untuk meklumat, Amanat Hadi hanya satu cetakan yang dibuat oleh penyokong kepada satu ceramah TGHH di Banggol Pradong, Amanat Hadi itu menjadi viral kerana penyokong berkenaan meletakkan Amanat Hadi sebagai tajuknya saja.

Ianya bukan fatwa tetapi satu hujah TGHH kepada situasi politik ketika itu, zaman itu, zaman di mana Mahathir terlalu kuat melawan hukum ALLAH.Ianya tak perlu dipanjangkan sehingga zaman sekarang di mana penerimaan Islam semakin baik oleh UMNO.Makna kata Amanat Hadi itu berlaku di zaman yang lepas yang tidak sepatutnya disebut sehingga hari ini.

UMNO menviralkan Amanat Hadi ketika itu kerana bimbang rakyat tidak menyokongnya lagi tetapi hari ini Amanat Hadi diolah semula oleh manusia yang tak tahu sejarah dan tak ada ilmu untuk memburuk burukkan TGHH dan PAS.

Amanat Hadi itu dikatakan fatwa tetapi fatwa Mufti Wilayah yang mewajibkan semua MP beragama Islam menyokong RUU 355 tidak pula diambil perhatian oleh mereka.

Memang manusia ini bangang dan seluas autan!

Sumber TKO - 23-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah Mereka Yang Dimaksudkan Penjual Agama?

oleh : Salam Muhammad

Selain PAS, tendensi mereka adalah menjaga undi-undi bukan muslim. Masing-masing takut akan jerkah marah bukan muslim. Takut rakan non-muslim tarik diri daripada menjadi rakan ‘tentera bersekutu’. Takut undi mereka berpecah. Maka peluang untuk mendapat kuasa terjejas. Hasrat menguasai Putrajaya gagal. Tinggal angan-angan kosong. Jawatan PM dan Menteri yang mula difaraidkan sesama mereka berantakan. Golongan inilah menjadi penentu kejayaan RUU 355.
UMNO (termasuk BERSATU dan WARISAN) – Ada 87 Ahli Parlimen muslim. Jenis jaga hati MCA, MIC, Gerakan dan komponen di Sabah dan Sarawak. Ada yang mengugut. Ada yang memberi tekanan. Ada yang nak letak jawatan sebagai menteri. Ada yang berura-ura untuk tinggalkan BN.

UMNO tahu majoriti Melayu/Islam menyokong RUU 355. Daripada peringkat mufti, NGO Muslim, tokoh-tokoh agama hinggalah kepada rakyat jelata, ramai yang sudah bersuara menyokong RUU 355 itu. Penulis percaya sebahagian besar MP UMNO juga menyokongnya. Cuma mereka tak berani mendahului parti. Masing-masing sayangkan kuasa, jawatan dan gaji beribu. Kalaulah semua itu diletakkan di atas neraca kasih sayang, pastinya dacing itu lebih berat berbanding kecintaaan terhadap firman dan hukum-hukum ar-Rahman.

PKR – Ada 15 Ahli Parlimen muslim. Perangai hampir sama sahaja dengan UMNO; bezanya mereka belum ada kuasa di Putrajaya. Cita-cita mereka tinggi melangit. Nak Putrajaya dan nak jawatan PM. Hampir separuh daripada ahli mereka juga bukan Islam. Justifikasi yang dicipta sama sahaja dengan citra UMNO. Sama-sama berteka-teki macam UMNO.

PAN – Ada 7 Ahli Parlimen muslim. Jenis pelari kerusi perampas markaz. Parti yang terbina atas politik dendam dan kecewa. Kemenangan dan kebahagiannya adalah apabila dendam terbalas.

Sebab itu mereka bertempik dengan wajah ceria apabila RUU 355 diturunkan dari agenda 4 ke agenda 7. Itu baru turun agenda. Lebih-lebih lagi sebagai khadam DAP; semua orang sedia faham tentang ini. Bukti mulut, bukti nyata, semua bukti ada. Sudah cukup.

DAP – Ada 2 Ahli Parlimen muslim.. Penulis tak mahu ulas panjang. DAP adalah mereka . Mereka adalah DAP.

PBB – Ada 10 Ahli Parlimen. Dari awal lagi, Presidennya, Adenan Satem beritahu akan menolak RUU 355 atas faktor Sarawak terdiri daripada pelbagai bangsa, adat dan budaya. Aduhai, besarnya bangsa daripada Allah.

PAS – Ada 14 Ahli Parlimen yang menyokong penuh. BEBAS – Ada 1 Ahli Parlimen iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim – juga menyokong RUU 355.

Jumlah semua 136 undi Islam. RUU 355 hanya perlu minimum 112 undi. Berjayakah? Tok Guru kita senyum sahaja apabila diajukan soalan itu. Semua penyokong kepimpinan ulama tersenyum. PASTI.


Kepada semua, penulis turunkan petikan makna al-Quran ini. Terpulanglah kepada mereka, ahli dan penyokong mereka nak ulas macam mana.

Penulis tidak memerlukan ulasan kalian.

Bermonologlah di depan Allah secara langsung.

Susunlah segala metafora. Allah Maha Mendengar hujahmu dan apa sahaja niat di hatimu. PASTI.
Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (QS. Ali ‘Imran: Ayat 177)

“Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.”(QS. At-Taubah: Ayat 9)

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (QS. At-Taubah: Ayat 24)

Dan akhir sekali, untuk Tuan Guruku dan sahabat-sahabat seperjuanganku, mari kita berkongsi firman ini:

“Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar.” (QS. Ali ‘Imran: Ayat 176)

Motif tulisanku adalah untuk menyampaikan peranan al-Quran sebagai pembawa berita gembira kepada orang beriman dan ancaman kepada manusia yang engkar.

Sumber BO - 20-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah Mereka Yang Dimaksudkan Sebagai Penjual Agama?
Posted on Thursday, October 20 @ 06:38:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32080



Selain PAS, tendensi mereka adalah menjaga undi-undi bukan muslim. Masing-masing takut akan jerkah marah bukan muslim. Takut rakan non-muslim tarik diri daripada menjadi rakan ‘tentera bersekutu’. Takut undi mereka berpecah. Maka peluang untuk mendapat kuasa terjejas. Hasrat menguasai Putrajaya gagal. Tinggal angan-angan kosong. Jawatan PM dan Menteri yang mula difaraidkan sesama mereka berantakan. Golongan inilah menjadi penentu kejayaan RUU 355.

UMNO ( termasuk BERSATU dan WARISAN) – Ada 87 Ahli Parlimen muslim. Jenis jaga hati MCA, MIC, Gerakan dan komponen di Sabah dan Sarawak. Ada yang mengugut. Ada yang memberi tekanan. Ada yang nak letak jawatan sebagai menteri. Ada yang berura-ura untuk tinggalkan BN.

UMNO tahu majoriti Melayu/Islam menyokong RUU 355. Daripada peringkat mufti, NGO Muslim, tokoh-tokoh agama hinggalah kepada rakyat jelata, ramai yang sudah bersuara menyokong RUU 355 itu. Penulis percaya sebahagian besar MP UMNO juga menyokongnya. Cuma mereka tak berani mendahului parti. Masing-masing sayangkan kuasa, jawatan dan gaji beribu. Kalaulah semua itu diletakkan di atas neraca kasih sayang, pastinya dacing itu lebih berat berbanding kecintaaan terhadap firman dan hukum-hukum ar-Rahman.

PKR – Ada 15 Ahli Parlimen muslim. Perangai hampir sama sahaja dengan UMNO; bezanya mereka belum ada kuasa di Putrajaya. Cita-cita mereka tinggi melangit. Nak Putrajaya dan nak jawatan PM. Hampir separuh daripada ahli mereka juga bukan Islam. Justifikasi yang dicipta sama sahaja dengan citra UMNO. Sama-sama berteka-teki macam UMNO.

PAN – Ada 7 Ahli Parlimen muslim. Jenis pelari kerusi perampas markaz. Parti yang terbina atas politik dendam dan kecewa. Kemenangan dan kebahagiannya adalah apabila dendam terbalas. Sebab itu mereka bertempik dengan wajah ceria apabila RUU 355 diturunkan dari agenda 4 ke agenda 7. Itu baru turun agenda. Lebih-lebih lagi sebagai khadam DAP; semua orang sedia faham tentang ini. Bukti mulut, bukti nyata, semua bukti ada. Sudah cukup.

DAP – Ada 2 Ahli Parlimen muslim.. Penulis tak mahu ulas panjang. DAP adalah mereka . Mereka adalah DAP.

PBB – Ada 10 Ahli Parlimen. Dari awal lagi, Presidennya, Adenan Satem beritahu akan menolak RUU 355 atas faktor Sarawak terdiri daripada pelbagai bangsa, adat dan budaya. Aduhai, besarnya bangsa daripada Allah.

PAS – Ada 14 Ahli Parlimen yang menyokong penuh. BEBAS – Ada 1 Ahli Parlimen iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim – juga menyokong RUU 355.

Jumlah semua 136 undi Islam. RUU 355 hanya perlu minimum 112 undi. Berjayakah? Tok Guru kita senyum sahaja apabila diajukan soalan itu. Semua penyokong kepimpinan ulama tersenyum. PASTI.

Kepada semua, penulis turunkan petikan makna al-Quran ini. Terpulanglah kepada mereka, ahli dan penyokong mereka nak ulas macam mana. Penulis tidak memerlukan ulasan kalian. Bermonologlah di depan Allah secara langsung. Susunlah segala metafora. Allah Maha Mendengar hujahmu dan apa sahaja niat di hatimu. PASTI.
Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (QS. Ali 'Imran: Ayat 177)

"Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan."(QS. At-Taubah: Ayat 9)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (QS. At-Taubah: Ayat 24)

Dan akhir sekali, untuk Tuan Guruku dan sahabat-sahabat seperjuanganku, mari kita berkongsi firman ini:

"Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar." (QS. Ali 'Imran: Ayat 176)

Motif tulisanku adalah untuk menyampaikan peranan al-Quran sebagai pembawa berita gembira kepada orang beriman dan ancaman kepada manusia yang engkar.

Sumber TKO - 20-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































RUU 355: Siapa Kawan, Siapa Lawan
Posted on Wednesday, October 19 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32078

Add caption

Ada dua perkara yang ingin aku sentuh dalam tulisan kali ini. Pertama tentang apa yang patut pengundi lakukan terhadap mana-mana Ahli Parlimen yang berkecuali atau menolak RUU 355 apabila diundi di Parlimen nanti. Kedua ialah tentang sikap PAS terhadap ajakan untuk berunding atau bersatu menentang BN.
Kedua-dua perkara tersebut saling berkait. Bagi aku, PAS mesti bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang menolak RUU 355. Hatta sekiranya kerusi Permatang Pauh mengambil keputusan berkecuali atau menolak RUU355, maka pada PRU14 nanti PAS mesti bertanding di situ tanpa kompromi. Golongan ini mesti ditentang di mana sahaja mereka berada.



Apa guna mereka dibiarkan menang kalau kemenangan itu boleh menguatkan suara musuh-musuh Islam. Begitu juga sikap PAS terhadap rundingan dengan BERSATU atau PKR. Memang benar hari ini Majlis Syura Ulama belum membuat keputusan tentang rundingan dalam kalangan pembangkang. Sedikit hari lagi segalanya akan dimuktamadkan.



PAS bersikap tidak gelojoh dalam membuat keputusan. PAS sentiasa berhemah dan berhikmah. Namun, selepas pembentangan RUU 355 nanti, semuanya akan lebih jelas terang tak perlu bersuluh. PAS akan tahu nanti siapa yang boleh dijadikan kawan dan siapa kekal menjadi lawan. Tiada yang dapat berselindung lagi.



Bangkai gajah tak akan dapat ditudung dengan nyiru. Masakan Si Belang dapat berlindung di balik lalang sehelai. Semuanya nanti akan bersemuka di gelanggang yang cerah.  Apa yang diharapkan oleh akar umbi PAS dan ummah umumnya ialah Ahli-Ahli Parlimen dan parti masing-masing memahami dan mengutamakan tuntutan syariat Islam. Kesatuan dalam tuntutan syariat akan memudahkan jiwa-jiwa yang terlibat dibawa ke meja rundingan.



Motif tulisanku kali ini adalah untuk menyatakan hajat dan maksud akar umbi PAS khususnya dan ummah umumnya agar difahami oleh mereka yang berhasrat untuk menawan Putrajaya.



Sumber TKO - 19-10-2016



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAN berpolitik macam budak-budak kecil

ADNAN IBRAHIM | .


PAN kecewa dengan PAS kerana tidak melayannya. Macam budak-budak kecil, dia ugut mak ayah supaya beri perhatian kepadanya.

Bila mak ayah dia tidak layan, mereka merengek memujuk.

Macam PAN, apabila PAS tidak melayannya, mereka mengugut mahu merampas Kelantan tetapi PAS tidak termakan oleh ugutan.

Kalah menang bukan urusan PAS. Itu urusan Allah tapi yang penting PAS buat kerja untuk Islam.

Rasulullah SAW berusaha untuk selamatkan akidah Abu Talib, bapa saudara Baginda hingga kematiannya, namun jumhur ulama berpendapat Abu Talib meninggal dunia tidak beriman kepada Allah berdasar turunnya ayat; "Kamu Muhammad tidak boleh memberi hidayah kepada manusia. Hidayah urusan aku (Allah)".

Apabila PAN gagal dengan cara membuat ugutan mahu jatuhkan PAS Kelantan, mereka cuba cara memujuk pula.

Presiden PAS, pernah memberi ingatan sebelum ini bahawa suatu hari nanti PAN akan melutut pada PAS. Tetapi PAN mempertahankan diri yang mereka tidak akan melutut kepada PAS.

Apa sebenarnya berlaku kepada PAN sekarang? Apakah tuan penabur dedaknya mengarahkan PAN supaya terus berperanan memastikan PAS bersama kumpulan pembangkang Bersatu, PKR dan DAP bagi mencapai tujuan satu lawan satu dalam pilihan raya umum ke 14 nanti?

PAN menghadapi dilema jika berlaku pertandingan tiga penjuru dengan PAS, mereka tidak akan menang. Pada bacaan politik, Umno akan menang.

Pihak PAN menjadi pengacau kerana baru setahun jagung dalam pembangkang dan tidak ada kerusi yang calon-calon PAN bertanding. Kerusi yang PAN ada itu dibawa lari daripada PAS.

Wakil rakyat Parlimen dan DUN PAN itu pada awalnya mereka daripada PAS. Setelah mereka keluar dan masuk PAN, sepatutnya mereka memulangkan kerusi itu kepada PAS.

Oleh sebab itu PAN harus sedar mereka adalah pengkhianat seperti yang digunakan oleh Khalid Samad ketika merujuk kepada isu kerusi PKR di Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh kepada BN.

Walaupun pada tanggapan orang PAN kata situasi itu berbeza tetapi peraturan PAS tetap mempertahankan haknya.

Dengan keadaan itu, PAN terpaksa memujuk PAS walaupun diingatkan Husam jangan melutut kepada PAS. – HARAKAHDAILY 17/10/2016

Sumber HD - 17-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



DAP, PKR harus insaf pemikiran politik Sabah dan Sarawak matang
Posted on Sunday, October 16 @ 12:35:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32054

Add caption

Ada yang menyimpulkan bahawa penghijrahan keluar beberapa pemimpin PKR dan DAP Sabah menggambarkan bahawa budaya lompat parti politik masih mewarnai politik negeri itu.






Rumusan ini dibuat oleh banyak pihak terutama pemimpin-pemimpin PKR dan DAP meskipun yang harus memikul kegagalan mengubah amalan politik ini ialah mereka sendiri.


Dalam pusingan terbaru episod lompat parti ini ada pemimpin DAP kurang senang dengan bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang dikatakan cuba memancing pemimpin-pemimpinnya di Sabah.


Secara terbuka mereka menyindir bahawa Shafie menggunakan kekayaannya untuk memberi dedak pada pemimpin DAP dan PKR supaya meninggalkan parti masing-masing.


Setakat ini pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukin dilaporkan keluar PKR dan berhasrat menubuhkan parti tempatan baru. 


Turut berhijrah adalah ADUN Moyog Terrence Siambun dari PKR, setiausaha PKR Sabah Maijol Mahap  and Ketua Wanita negeri Johair Matlan.


Ahli Parlimen tunggal PKR di Sabah, Darrell Leiking,  juga keluar parti dan di jangka menyertai parti baru Shafie.


DAP turut menerima tamparan apabila ADUN Likasnya Junz Wong, timbalan pengerusi negeri Joan Goh, naib pengerusi George Hiew dan bendahari DAP negeri David Williams mengikut jejak Leiking.


Chong Jen mendakwa punca sebenar mereka lompat parti “ada kena mengena” dengan kekayaan Shafie.


"Sekarang disebabkan kekayaan Shafie, ramai ahli politik (di Sabah) mendapat keuntungan di depan mereka dan meninggalkan agenda sebenar ideologi politik dan pembaharuan.


"Ini adalah sifat katak-katak politik," katanya.


 Matlamat menghalalkan cara mungkin pegangan Shafie


Alasan yang digunakan oleh penyokong Shafie untuk menghalalkan tindakan itu ialah Sabah memerlukan parti politik tempatan memperjuangkan kebajikan rakyat Sabah. 


Gerakan politik ini pada mulanya disasarkan pada Umno-BN yang bertunjang pada politik Semenanjung. Bagaimanapun secara tidak langsung ia terus membedil wibawa parti-parti politik pembangkang dari Semenanjung pula.





DAP dan PKR bak hilang akal, mereka terperosok dalam budaya lompat parti dan sekaligus membayangkan bahawa kehadiran mereka di Sabah tidak mampu mewujudkan budaya politik baru di negeri itu. 


Ia juga menyerlahkan bahawa kedua-dua parti itu tidak mempunyai pemikiran politik yang jelas dalam menawarkan khidmat politik pada rakyat Sabah dan tiada program kepimpinan untuk ahli mereka. 


Sebenarnya tiada apa yang salah dengan budaya politik Sabah. Setiap pemimpin politiknya ada visi dan misi sendiri dan apa yang dikatakan budaya “katak politik” ini berlaku di mana-mana jua.


Masalah dengan parti pembangkang seperti DAP dan PKR ialah mereka tidak menghormati pemikiran dan sensitiviti politik tempatan. Sikap mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak Mei lalu menyerlahkan hakikat ini. 


Kerana ego dan keangkuhan bahawa pemikiran politik mereka lebih tinggi daripada rakyat tempatan, maka DAP dan PKR bertempur sesama sendiri.


Pembangkang mahu tiru Umno BN

Masalah kedua pembangkang ialah mereka tiada pemikiran dan strategi politik yang tulen. Melihat Umno dan BN berjaya memberi khidmat di Sarawak dan Sabah, mereka turut mahu bertapak di kedua-dua negeri itu.


Sayugia diingat Umno-BN menebar sayap di kedua-dua negeri berkenaan dengan membawa resipi perkongsian kuasa tulen Barisan Nasional. Keperluan tempatan didahulukan. 


Bagaimanapun dalam kes DAP dan PKR mereka tidak sensitif dengan keperluan pemimpin tempatan. Bagi mereka sekali menjadi pemimpin di Semenanjung sudah melayakkan mereka memimpin Sabah dan Sarawak.


Pemikiran politik rakyat Sabah dan Sarawak juga sudah semakin tinggi dan luas. Mereka tahu membuat pilihan pihak mana yang lebih mengutamakan keperluan mereka.



Jika berhadapan dua mudarat, harus dipilih yang kurang buruk akibatnya. Bila tidak menemukan kesempurnaan dari dua keadaan, maka pilihlah mana yang lebih memberi lebih manfaat. Itu kewarasan politik yang mereka timba.


Dalam situasi politik lazimnya, tiada sistem dan kepemimpinan moden yang sempurna. Faktor potensi pemimpin, ideologi parti, ego dan tahap perpaduan pemimpin menjadi penentu mutu perkhidmatan pada rakyat.


Dalam bahasa mudah, kepimpinan yang kurang mudarat tetapi lebih banyak manfaatnya seharusnya dijadikan pilihan terbaik untuk rakyat. Demikian gambaran teropong politik rakyat Sabah dan Sarawak. 


Setiap parti politik ada daya tarikannya. Namun tidak semua yang memberi manfaat pada rakyat. Ada pemimpin dan parti politik yang mampu memanaskan suhu politik tetapi tidak sedikitpun memperbaiki mutu kehidupan rakyat.


Kemeriahan di gelanggang politik tidak membawa erti jika ia hanya melekakan rakyat tentang betapa kebajikan mereka tidak terbela. Ia adalah keghairahan sementara dan memberikan harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku.


Keriuhan dalam politik juga sebenarnya boleh memesongkan rakyat daripada memahami dan menginsafi apa sebenarnya sedang berlaku di sekeliling hidup mereka.


Tidak kira di Semenanjung mahupun di Sabah atau Sarawak, sikap hiruk pikuk politik dan mengadu domba serta fitnah masih lagi menjadi ciri jenama politik pembangkang.  Jangan salahkan rakyat Sabah.

Oleh Lokman Ramlee
AntaraPos



Sumber TKO - 16-10-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ni lagi pasal Zaid tobat kapir reko'ng...........
Posted on Sunday, October 16 @ 19:18:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32060



Assalamualaikum,,,  Sesudah membuat pengakuan tidak lagi minum arak dan sudah bertaubat untuk jadi calon PR dulu, Zaid semakin menjadi jadi.Lawanyan kepada hukum Islam nampaknya dipanjangkan sehingga sanggup bersengkongkol dengan orang kapir untuk menentang hukum Islam dengan hujah dia sajalah yang pandai sehingga bukan sahaja ulamak yang nak dia lawan tetapi ALLAH yang sudah menegaskan agar hambanya sentiasa mendengar dan mentaati.Tapi Zaid langsung tak mendengar, apatah lagi mentaati sebaliknya Zaid tetap mahu tunjuk pandai sehingga jadi bodoh pian kerana menyokong kapir yang menentang hukum Allah.

Ada orang kata Zaid sengaja tunjuk pandai kerana mahu jadi popular setelah disisihkan oleh banyak pihak.Apapun tindakannya menyokong kapir yang menentang RUU 355 adalah tindakan bodoh dari seorang yang mengaku sudah bertaubat.

Ada ker patut Zaid bercakap dengan akhbar cina dan berkata kesan RUU 355 lebih besar kerana akan ada dua set undang undang dalam Malaysia.Bodohnya Zaid sebagai peguam kerana tidak menyedari bahawa sudahpun ada dua set undang undang dalam negara.Undang undang syariah yang dibawah kuasa negri tu apa? Bodohnya Zaid kerana dalam usahanya menentang hukum Islam seperti dikehendaki oleh Islam dia tidak sedar bahawa sekarangpun ada undang undang syariah yang dibicarakan di mahkamah syariah yang menjadikan dua set undang undang dalam negara.

Kenapa Zaid bebal sangat ketika menyeru orang kapir supaya menolak RUU 355 dengan hujah akan terkesan kepada mereka? Apakah selama ini orang kapir terkesan dengan undang undang syariah?bodoh pian si Zaid pentobat kapir reko'ng!

Mungkin Zaid sebenarnya tidak sedar sebagai peguam bahawa atas prinsip keadilan, orang orang kapir yang terlibat dengan pesalah syariah muslim sepatutnya menerima hukuman yang sama, tetapi sekarang ini dikecualikan.Dan dengan RUU 355 nampaknya mereka masih bakal dikecualikan, jadi kenapa bodoh sangat bekempen kepada orang kapir supaya menolak RUU 355?

Sebenarnya Zaid, atas prinsip keadilan inilah, orang orang kapir sepatutnya turut dibicarakan kalau mereka tertangkap kerana melakukan kesalahan syariah bersama orang Islam, bukan dilepaskan begitu saja cuma pilihan diberi kepada mereka samada nak dibicarakan di mahkamah syariah atau sivil tetapi tidak ada undang undang  sivil yang boleh membicarakan mereka sekarang  ini.

Jadi sepatutnya Zaid membantu RUU 355 dengan berkempen kepada orang kapir supaya jangan mess around dengan muslim.Mengajar orang kapir supaya menghormati Islam sebagai seorang peguam Islam bukan sebaliknya mengajak orang kapir untuk menolak RUU 355 yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan mereka walau sedikitpun.

Tapi Zaid mungkin bimbang RUU 355 akan membuka jalan yang lebih luas dalam usaha merealisasikan seluruh hukum Islam termasuk juga hukum kepada kapir yang tertangkap bersama pesalah syariah muslim.Ini ketakutan Zaid yang sebenarnya mungkin, tapi untuk apa Zaid takut, bukankah lebih baik kalau dia takutkan mati?

Kalau itulah kesnya, memang sahlah Zaid ni bodoh pian dan bodoh yang tak boleh diajar sebab sabda nabi orang yang cerdik itu sentiasa mengingati mati tapi Zaid langsung tak terfikir pasal mati. 

Sumber TKO - 16-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingatkan Zaid Ibrahim dah taubat tapi rupanya tobat kapir reko'ng jer!Posted on Saturday, October 15 @ 23:55:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32050



Assalamualaikum,,,  Pada PRK Hulu Selangor ketika mewakili PR aka PKR, Zaid Ibrahim buat pengakuan bahawa dia dah berhenti minum arak dan dah taubat.Ingatkan bila nak taubat tu semuanya akan kembali kepada petunjuk Islam yang sebenar, tak lagi minum arak, tak lagi lawan ulamak dan tak lagi cuba jadi ahli fikir yang liberal untuk Islam.Tapi kenyataan yang berlaku tak sebegitu.Zaid ni tak bertaubat agaknya cuma tobat kapir reko'ong jer, kata orang Teganu!
Mula mula Zaid menjadi lantang menentang kembali Hudud Kelantan kemudiannya ketika kematian ATGHD, Zaid buat lancang mulutnya lagi dan kemudiannya mendakwa ulamakpun boleh ditegur seperti orang biasa, katanya ulamak tak boleh dihormati melebihi orang orang pandai seperti Zaid sebab tarafnya sama saja, ulamak ada ilmu yang mendalam pasal ugama, Zaid ada ilmu yang mendalam pasal hal hal keduniaan, jadi di mana lebihnya ulamak dakwa Zaid( itu adalah tafsiran saya mengenai apa yang didakwa Zaid dalam tulisannya).

Kerana pandainya Zaid, muncul pula pandangannya mengenai muzik yang dakwanya boleh mengawal pelampau agama serta orang orang yang tak suka muzik diajarkan di sekolah sama sepeti taliban.Cuma barangkali Zaid dalam cerdiknya, rupa rupa bodoh juga kerana  percaya dengan fahaman barat yang ada unsur yahudi bahawa taliban itu pengganas walhal mereka sendiri tak sebut taliban itu dengan betul sebab taliban yang difahami Zaid itu sebenarnya taleb ban yang bermakna pelajar ugama atau murid sekolah ugama.Bodoh juga rupanya Zaid ni apatah lagi dengan kebodohannya sempat juga mendakwa kekurangan pelajaran muzik di sekolah hari ini merupakan agenda Yahudi untuk melemahkan Islam.

Jadah apanya agenda yahudi yang tak mahu orang Islam belajar muzik, bodohnya Zaid kerana tidak menyedari yahudi sebenarnya yang membawa muzik masuk ke negara, mereka mahu membanyakkan pelajaran Muzik bukannya mengurangkan kepada muzik muzik yang diharuskan syarak sahaja.Bodohnya Zaid! entah apa nak kata lagi untuk orang yang pernah menyaman akta Hudud negeri Terengganu kemudiannya membuat pengakuan bertaubat ketika menjadi calon PRK PR yang ketika itu PAS masih bersama PR.


Agaknya Zaid tak faham makna taubat dan dia keliru antara makna taubat dan tobat kapir reko'ng seperti kata orang Teganu!

Sumber TKO - 15-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tergelak sendiri bia baca tulisan MSO!
Posted on Saturday, October 15 @ 23:50:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32049



Assalamualaikum,,  Mohd Sayuti Omar atau MSO menulis lagi, kali ini dia begitu brsungguh sungguh menyatakan bagiamana bijaknya Wan Rahim yang disifatnya sebagai guru politik ketika mengumumkan kemasukan Husam dalam PAN sama dengan 10 orang ADUN ke dalam PAN di mana dakwanya itu adalah perangkap yang dipasang oleh guru politiknya, Wan Rahim.

Dia juga mempersendakan budak hingusan dari parti agama yang mendakwa sesiapa yang solat dengan air yang tidak dibayar bilnya itu haram.MSO mendakwa Husam berjaya mengenengahkan masalah orang Asli yang diabaikan oleh kerajaan Kelantan dan dakwanya lagi ketika dia menulis itu, Husam masuk ke dalam hutan untuk melihat sendiri masalah orang asli yang dikatakan dianaktirikan oleh kerajaan Kelantan.

Tetapi agak malang juga MSO tidak sedar bahawa dalam kegalakannya menulis dan memuji Wan Rahim itu, dia telah lebih lebih sehingga tidak sedar justifikasinya itu menjadi kelakar dan tidak berpaksi kepada kebenaran.MSO juga lupa bahawa orang  asli itu dibawah tanggungjawab persekutuan di mana terdapat satu agensi khusus yang ditugaskan menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup orang asli, tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri.Jadi kenapa MSO tetap memuji Wan Rahim dan Husam yang dikatakan sanggup meredah hutan untuk mendedahkan kejahatan kerajaan negri terhadap orang asli?

MSO juga lupa bahawa orang asli yang ramai di Gua Musang jugalah yang memenangkan UMNO di Gua Musang, MPnya dari UMNO yang menjadi pujaan orang asli dan beberapa ADUN Gua Musang juga dari UMNO, jadi timbul persoalan kenapa MSO tidak menuding jari kepada mereka ketika memuji Husam dan Wan Rahim yang juga terlepas pandang kepada MP dan ADUN ini ketika menyalahkan kerajaan Kelantan.

 Logiknya, MP dan ADUN dari UMNO ini sentiasa peka dengan masalah orang asli berbanding Husam dan MSO dan sebarang masalah orang asli pasti akan mendapat pembelaan dari MP dan ADUN UMNO serta tekanan akan diberikan mereka kepada agensi yang menguruskan orang asli atau jabatan orang asli untuk bertindak segera tanpa perlu campurtangan dari Husam dan Wan Rahim.MSO lupa perkara ini ketika memuji melangit Husam dan Wan Rahim dan mahu pembaca tulisannya lupa juga, itu yang kelakarnya.

Lebih kelakar bila dia men"address"kan pemuda PAS yang mengeluarkan kenyataan tentang solat dengan air yang tidak dibayar bil sebagai budak hingusan serta mendakwa kenyataan itu hanyaah untuk meraih sokongan pada ketika kerajaan berdepan dengan masalah kewangan.Dia juga mengelar PAS sebagai parti agama kerana sering menggunakan agama untuk kepentingan sendiri, padanya PAS bukan parti Islam.

Ini yang kelakarnya, sebab apa yang dinyatakan oleh Pemuda itu walaupun agak terlajak kepada haram tetapi hakikat dosa dan pahala tetap terpakai dalam kes kes sebegini.Tapi MSO kata tak bayar bil tak apa tak salah dalam Islam(fahaman dari tulisanya walaupun dia tak kata begitu) tetapi PAS tak boleh menggunakan hukum hukum yang tertulis dalam Islam untuk meraih sokongan, dia tak kata kata kata budak hingusan ini tidak benar atau salah.

Husam juga yang betul walaupun tindak tanduknya secara jelas nak salahkan kerajaan Kelantan kepada masalah masalah yang bukan tanggungjawab Kerajaan Kelantan  tetapi kata kata budak hingusan itu pula didakwanya salah walaupun ianya masih tertakluk kepada dosa pahala yang terdapat dalam Islam.

Itulah kelakarnya tulisan MSO kali ini, langsung tiada fakta, yang ada cuma auta!

Sumber TKO - 15-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isma cadang PAS angkat slogan ‘PAS Ganti UMNO’
Posted on Friday, October 14 @ 14:34:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32022



BANGI, 12 Muharram 1438H, Khamis – Sudah tiba masanya untuk PAS mengatur strategi dan menggerakkan langkah menggantikan pemerintahan negara daripada UMNO sekaligus menawan Putrajaya.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, PAS adalah antara parti pembangkang yang berpotensi mengambil posisi pemerintahan kerajaan negara.


"Dalam konteks keseluruhan di pihak pembangkang, PAS masih berada dalam kerangka tersebut. Jadi, sekiranya keseluruhan pembangkang mahu mengambil alih Putrajaya, PAS adalah salah satu parti yang berpotensi besar untuk menggantikan tempat UMNO.

"PAS akan menyaingi UMNO di hampir keseluruhan tempat. Dan jika berlaku perubahan dalam pengundi Melayu kepada PAS, parti itu berpotensi besar ambil alih Putrajaya. Slogan PAS ganti UMNO perlu diangkat tinggi-tinggi," katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Justeru, beliau berkata, PAS perlu mengubah cara pemikiran mereka dan keluar daripada posisi yang sekadar mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan dan menyasarkan beberapa negeri sahaja.

"PAS perlu buktikan ia mampu rampas Putrajaya. Bukan parti itu hanya meletakkan objektif untuk berpegang kepada beberapa negeri sahaja, ia sangat sederhana.


"Parti itu sebaliknya perlu bersedia menjadi alternatif dan salah satunya mereka perlu tampilkan calon Perdana Menteri mereka. Malah, PAS juga perlu letakkan objektif mereka untuk ke Putrajaya," katanya.

Sumber TKO - 14-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini pula untuk Mahfuz!
Posted on Friday, October 14 @ 07:00:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32015



Assalamualaikum,,,

Sayangnya Mahfuz Omar kepada Anwar, bersungguh sungguh dia memperlihatkan dirinya sebagai penyokong Anwar dan sebelum ini cukup beriya iya minta PAS kembali kepada PAN dan DAP.

Apa ker benda mahfuz oii, kenapa hangpa tak masuk PKR sahaja seperti Kamarudin Jaafar?

Tapi sebelum tu cuba dengar apa kata Ustaz Rosli Jabar," Islam  bukan macam pakaian, boleh ditukar-tukar mengikut rasa. Asal suka pakai asal tak suka tukar atau buang. PAS akan hilang identiti sebuah jamaah Islam kalau Islam yang menjadi prinsipnya dibuang."

Siapa yang nak PAS tinggalkan prinsipnya, maka dia kena bersedia untuk ditinggalkan oleh PAS. Kalau dia tak bersedia tinggalkan PAS, lama-lama pasti ahli PAS akan keluarkan dia atau dia terkeluar dengan sendiri.

Dengan prinsip ini PAS membina ahli dan jenteranya, jentera PAS bergerak dan berkembang bukan dengan dedak tapi dengan prinsipnya."

Sumber TKO - 14-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS Dan Pengalaman Habis Madu Sepah Dibuang
Posted on Tuesday, October 11 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31979


Situasi mutakhir memperlihatkan ketegasan PAS untuk berdiri sebagai blok ketiga, Suara PAS jelas merdeka tanpa takut kepada yang mencela. PAS kini ada pakatan sendiri yang dinamakan Gagasan Sejahtera . PAS dengan tegas menyatakan tak akan berunding sama sekali dengan DAP yang konsisten menentang dasar   Islam PAS.
Yang pastinya, PAS istiqamah menentang UMNO. PAS tidak membenci orang-orang UMNO. Inilah  mesej PAS dalam  visi dan misi Budaya Politik Matang Dan Sejahtera. Yang ditentang ialah dasar perjuangan  dan amalan korupsi yang bersarang kukuh  dalam batang tubuh parti bersimbolkan keris telanjang itu.



Maka orang-orang UMNO sewajar nya bersama dengan PAS untuk memartabatkan Islam dan memperbetulkan kerosakan bangsa ini.

Hari ini, parti baru Muhyiddin Yassin mengajak PAS bersatu menentang BN dengan syarat mesti duduk bersama DAP dan PAN. PKR pun mengajak PAS bersama dengan diberi syarat ‘garis merah’. Semua parti ‘orang-orang profesional’ ini memberi syarat kepada PAS. Yang pantang disebut ialah PAS memberi syarat kepada mereka.



Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Haji Subky Latif sudah pun menasihati mereka dalam tulisannya. Katanya, teruskanlah tanpa menunggu PAS. Ketua Lajnah Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi pun sudah membuat penjelasan. Bagi orang yang ada maruah, buat apalagi menunggu PAS. Tetapi kenapa PAS ditunggu setiap saat dengan penuh harapan?

Sebenarnya dalam jahat lidah mereka memfitnah dan menghina pemimpin PAS, mereka sedar PAS ada kekuatan suara teras Melayu/Islam. Akar umbi yang terbukti istiqamah dengan Islam, kental semangatnya, rela berkorban harta-benda, tenaga dan nyawa, ada di segenap ceruk rantau bumi Malaysia. Inilah yang mereka mahukan untuk mencukupkan undi. Tenaga inilah mereka perlukan bila mengundi. Pejuang inilah yang diperlukan apabila mereka berasa mereka perlu dibentengi. Semua ini amat didambakan dalam menghadapi PRU14.



Sejarah telah memberi pengalaman baru kepada PAS. Laksana habis madu sepah dibuang. Tunggulah ketikanya apa yang berlaku pasca PRU13. Kata-kata “pemimpin PAS pembohong”, “geli melihat janggut ulama PAS”, “ustaz PAS ustaz Taliban”, “PAS punca pecah-belah pembangkang”, “PAS langgar prinsip”, “PAS mengkhianati undi rakyat”, semuanya kedengaran.  Sejarah memahatkan gegak-gempita serangan dari luar dan dalam.



 Hari ini mereka mahu mengulangi naratif yang sama. Namun PAS bertindak bijak menjadi sutradara. Bukankah naratif boleh diolah semula dengan kecerdikan pengarah? Naratif juga boleh dibakulsampah. Motif tulisanku ialah untuk menyatakan sokongan dan dokongan atas ketegasan pucuk pimpinan.  Serta, aku mengajak umat ini kembali bersatu di bawah payung kepimpinan para ulama.




Sumber TKO - 11-10-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu Pengesyoran : PAS dalam menghadapi PRU-14 : Suatu Memorandum Kefahaman (MOU
Posted on Tuesday, October 11 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31978




Izinkan saya mengambil contoh daripada sirah Nabi Muhammad s.a.w. di mana Nabi menawan kota Madinah terlebih dahulu untuk menubuhkan kerajaan Islam , kemudian dari situ Nabi menawan kota Mekah dengan rela hati penduduk dan  tiada tumpah darah.

2. Dari contoh ini kita boleh ambil pengajaran dalam menghadapi PRU yang akan datang. Kita boleh mengibaratkan Kelantan&Terengganu  sebagai Madinah , dan Mekah sebagai seluruh Malaysia.

3. Maka ingin saya syorkan kepada ahli-ahli PAS sekalian supaya kita membuat suatu Memorandum Kesefahaman atau MOU dengan parti Pemerintah supaya
Kelantan&Terengganu menjadi hak mutlak kerajaan PAS agar pertandingan satu lawan satu akan berlangsung di mana kemenangan PAS di Kelantan&Terengganu, dan juga parti Pemerintah di semua negeri yang lain akan TERJAMIN.

4. Kemenangan mutlak PAS di Kelantan&Terengganu  dan juga parti Pemerintah di negeri-negeri lain amatlah diperlukan untuk menghancurkan terus parti-parti yang bersifat pengkhianat  (PAN), parti anti-Islam dan rasis (DAP) ; dan juga parti-parti yang ditubuhkan oleh mereka yang memperjuangkan individu-individu yang sudah lapuk , hilang “aura” dan penuh dengan sejarah penipuan (PKR dan Bersatu) .

5. Kita tahu bahawa parti Pemerintah kini adalah dalam keadaan terdesak. Maka adalah wajar bagi PAS sebagai blok ketiga untuk memberikan penyelesaian mudah kepada parti Pemerintah untuk terus memerintah dengan hasrat untuk memberi peluang dan ruang kepada ketua mereka untuk memperbaiki keadaan.

6. Langkah ini  adalah bersesuaian dengan agenda politik PAS iaitu “budaya politik matang dan sejahtera” di mana penyatuan umat Islam di Malaysia merupakan suatu keutamaan dalam merintis jalan ke arah penubuhan kerajaan Islam.

7. Di dalam MOU ini kita perlu meletakkan syarat bahawa Royalti Minyak Kelantan dikembalikan kepada Kelantan. Dana daripada Royalti minyak ini akan dapat memberi peluang kepada kerajaan PAS Kelantan&Terengganu untuk membina satu model kerajaan Islam contoh bagi seluruh negara.

8. Model Kerajaan Islam ini memberi penekanan yang khusus terhadap penubuhan servis awam yang terbaik kepada masyarakat.  Ia merangkumi pengamalan budaya “Matang dan Sejahtera” dalam semua aspek kerajaan negeri, sektor awam dan sektor persendirian. Secara tidak langsung , ini akan menghidupkan suasana yang sihat dan senang di kalangan masyarakat majmuk, sesuai dengan apa yang diajarkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

9. Dengan adanya model kerajaan Islam contoh ini, maka dengan sendirinya ia menjadi “Piawaian Emas” (Gold Standard) terhadap persepsi masyarakat yang berada di luar dan di dalam negara. Ini amatlah perlu dalam usaha memenangi hati masyarakat supaya PAS dapat disenangi dan diberi sepenuh kepercayaan untuk memerintah Malaysia di hari muka.

10. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk sering menegur Pemerintah supaya kita saling “berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. Surah Al-As mengajar kita bahawa menegur tentang kebenaran sahaja adalah tidak cukup.  Ia perlu bersertakan kesabaran. Kesabaran inilah yang kita patut berikan kepada Pemerintah kini.

11. Semoga Allah memberi ruang kepada kita untuk sentiasa bermuhasabah diri , dan memberi penyelesaian kepada segala masalah negara yang nampaknya semakin meruncing. 

 Sesungguhnya kepada Allah sahajalah letaknya penyelesaian dalam segala hal. Dialah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengetahui.



Mr. Kama Mustaffa Muhammad

LRCPI & SI, MB BCh BAO (NUI), MRCS, MSc.

Chester, UK.

Sumber TKO - 11-10-2016



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cukuplah Memberi Tangga Kepada UMNO/BN
Posted on Tuesday, October 11 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31977



Isu rampasan wang dan barangan bernilai RM114 juta masih hangat diperkatakan. Berita tersebut menjadi viral pada peringkat antarabangsa. Ada akhbar luar negara secara sinis mengesahkan Malaysia sebagai negala yang paling korup di dunia.
Bekas ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang tidak menolak kemungkinan ada orang politik pada peringkat tinggi di sebalik dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Sabah ini.

“Sukar untuk mempercayai bahawa kedua-dua mereka, pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah itu sendiri berjaya menyelewengkan jutaan ringgit.Mereka cuma pegawai biasa. Oleh itu, kita cenderung untuk mengandaikan kedua-dua mereka ini bertindak bagi pihak ahli politik tertentu, kerana tiada siapa yang sedia menawarkan jumlah sebegitu besar kepada pegawai biasa.Biasanya hanya ahli-ahli politik atau mungkin menteri yang mempunyai peluang dan kuasa untuk meluluskan sebarang bentuk permohonan di dalam negeri," kata Phang dalam satu kenyataan.

Kedua-dua pegawai itu adalah antara empat suspek yang ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa yang melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

Beginilah nasib rakyat. Cukai dipungut dari rakyat. Tak cukup yang sedia ada, direka GST. Alasannya untuk bina infrastruktur baru. Prasarana yang dibina tak seberapa tetapi kosnya melambung tinggi. Masing-masing mahu cari keuntungan dari setiap projek pembangunan. Kroni menjadi pilihan kerana mudah dan selamat untuk berkira bicara. Modus operandi inilah belaku sejak dulu.

Rakyat terus memuji kerana kerajaan UMNO/BN kerana membina jalan raya, bekalan air bersih dan seumpamanya. Rakyat tidak peduli apa yang berlaku di belakang dalam kalangan pemimpin atasan. Memadai bagi rakyat dapat BR1M dan bantuan barang dapur ketika banjir. Itupun sudah cukup untuk pemimpin diangkat tinggi melangit. “Keturunan kami adalah keturunan dacing,” jawapan sebahagiannya apabila cuba didekati oleh tukang kempen PAS.


PAS dipandang sebagai membawa fitnah dan pemecah-belah. Sepatutnya, rakyat menggunakan akal yang waras dan celik untuk menilai kebenaran. Janganlah kerana menjaga kepentingan perut pada hari ini, kita biarkan nasib anak cucu 10 tahun lagi dalam bahaya. Cukup-cukuplah memberi tangga kepada UMNO/BN untuk memperjudikan nasib agama dan bangsa. Itulah motif tulisanku.

Sumber TKO - 11-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































































Perjuangan PAS: RUU355 dan dokumen hijau

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42781-perjuangan-pas-ruu355-dan-dokumen-hijau

RAMAI yang kritik PAS, tak ada agenda lainkah selain menegakkan hukum Islam? Sementalah kini musim PAS sedang berhempas pulas meyakinkan orang Islam untuk menyokong usul pindaan akta 355. Lagilah ramai yang pandang serong dengan menganggap PAS kolot; tidak ada benda lain dalam kamus perjuangan mereka selain dari hudud!

Nah! Beberapa hari lalu PAS telah keluarkan Dokumen Hijau. Dokumen ini memberi cadangan kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara. Ini bukti PAS sedar dan prihatin masalah negara.

Perjuangan PAS nak membetulkan perundangan negara tidak membuatkan PAS menutup mata akan kepincangan lain dalam negara. Perjuangan PAS adalah holistik mengikut kemampuan semasa yang ada, mengambil inspirasi daripada ajaran Islam sendiri yang bersifat syumul merangkumi setiap cabang hidup manusia.

Itu belum lagi diterangkan peranan PAS dalam pendidikan rakyat. Belum lagi dicerita penglibatan PAS dalam isu kebajikan, pengurusan bencana, kesedaran sosial, alam sekitar, isu perpaduan ummah, pengurusan krisis antarabangsa dan sebagainya.

Kenapa perlu prejudis terhadap PAS? Sepatutnya jika benar PAS memiliki kekurangan, kita sebagai muslim sama-sama perbaiki dan menutup keaiban, bukan mengorek keaiban dan menjaja kepada umum; suatu tindakan yang tidak akan memajukan ummah.

Berbalik kepada Dokumen Hijau, inilah budaya politik yang PAS cuba bawa. Politik idea. Bukan politik kritik dan kutuk sahaja. Kerja mendedahkan penyelewengan dan salah urus kerajaan semata-mata tidak membawa negara ke arah yang lebih baik. Negara perlukan idea dan solusi. Rakyat perlu dididik untuk memilih pemimpin yang berwawasan dan membawa gagasan yang jelas, bukan beretorik dengan janji-janji kosong sahaja.

Kalau tidak mampu sekalipun membawa idea lain untuk selesaikan masalah negara, sekurang-kurangnya cubalah bincang idea PAS ini. Cadangkan pindaan-pindaan yang perlu dalam Dokumen Hijau jika perlu.

Sama juga dengan RUU pindaan akta 355 yang di bawa oleh Presiden PAS, kalau ada klausa-klausa yang perlukan penambahbaikan, cadangkan terus. Bukan terus menolak kerana mengandaikan sedikit masalah teknikal yang mungkin timbul.

Belajarlah berpolitik dengan matang. Kita orang Islam jangan ikutkan sangat nafsu musuh Islam. – HARAKAHDAILY 11/10/2016

Sumber HD - 11-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































PAS digilai kerana istiqamah dengan Islam

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42767-pas-digilai-kerana-istiqamah-dengan-islam

USAH hairan kenapa PAS hari ini begitu diminati oleh semua pihak. Tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, semua mengharap PAS bersama gagasan mereka. Walau parti-parti baru tumbuh bak cendawan selepas hujan, namun PAS juga yang dicari.

Ini semua kerana keteguhan PAS berpegang dengan prinsip Islam. Selepas kepimpinan PAS bertukar wajah pasca muktamar tahun lepas, PAS dilihat semakin proaktif mencanangkan agenda Islam, sehingga sanggup berdiri di atas kaki sendiri dengan berani mengisytihar bebas daripada pakatan sebelum ini.

Alhamdulillah, tidak lama selepas perpisahan itu, PAS mengisytiharkan blok politik baru bersama parti serpihan Umno dan puluhan NGO-NGO lain. Desas-desus mengatakan PAS bakal berkubur selepas keluarnya beberapa bekas pimpinannya meleset sama sekali. Terbaru, sebuah lagi parti mengisytihar diri bersama dengan blok tersebut.

Apa pembaharuan yang PAS lakukan? Tidak ada sebarang perubahan baru. Rahsianya hanyalah istiqamah dengan Islam yang benar. PAS mengambil langkah berani berputus dengan rakan tahaluf kerana memelihara Islam. PAS membuka ruang taawun dengan pihak kerajaan juga kerana maslahah Islam. Malah, penubuhan blok ketiga juga kerana memenuhi tuntutan Islam.

Dari segi undang-undang, PAS membawa agenda Islamisasi melalui usul pindaan akta 355. Dalam bab ekonomi, PAS membentang dokumen hijau. Dalam bab kebajikan, PAS terus menjadi juara dengan Jabatan Amal dan Yayasan Amal. Semua ini adalah mengikut panduan wahyu Ilahi yang dinamakan Islam.

Sangat dangkal kenyataan Salahudin Ayub baru-baru ini yang mengkritik ketegasan Presiden PAS mensyaratkan hanya pihak yang mahu menerima perjuangan Islam sahaja diterima untuk bekerjasama. Bagi beliau, PAS sengaja tidak mahu bergabung kerana mensyaratkan sesuatu yang mustahil diterima parti lain.

Tidakkah kita sedar kenapa PAS begitu laku? Tidak kita fikir kenapa keahlian PAS naik mendadak? Tidakkah kita perhatikan kenapa semakin banyak pihak cuba mendekati PAS?

Kerana PAS perjuangkan Islam!

Justeru PAS perlu teruskan langkah ke hadapan. PAS tidak boleh undur lagi. PAS kena teguh dengan tekadnya memartabatkan Islam di bumi ini.

PAS hanya ada Islam. Islam adalah segala-galanya bagi PAS. kalau PAS berkendur tentang Islam, tiada nilai lagi PAS. Kalau PAS tukar kiblat perjuangan, PAS akan lenyap ditelan arus.

Ancaman musuh itu biasa. Ramalan pihak lain jangan dipercaya. Pujuk rayu itu bisikan syaitan. Desas desus dan ugutan dunia usah diambil peduli. Mereka sebenarnya takut matlamat kita. Mereka tahu apa kekuatan sebenar kita.

Musim ini roda Islam sedang bergerak menuju ke atas. Islam semakin bernilai dan diminati umat manusia. Siapa yang bersama Islam maka mereka juga akan ke atas. Siapa yang menolak Islam, giliran mereka akan tersungkur ke bawah.

Maka jadikanlah pesan Saidina Umar ini sebagai pedoman:

قوم أعزنا الله بالإسلام مهما ابتغينا العزة بغير ما أعزنا الله أذلنا الله

"Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam. Seandainya kita mencari kemuliaan selain dari Islam, nescaya Allah akan jadikan kita kembali hina."

Giliran Islam akan tiba. Ini janji Allah. – HARAKAHDAILY 10/10/2016

Sumber HD - 10-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mereka cuba nafikan usaha Arwah Prof Ahmad Ibrahim
Posted on Saturday, October 08 @ 19:36:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31954


"Assalamualaikum,
Kenyataan akhbar Khalid RUU 355 sebagai menggugat perpaduan kerana tidak mengikuti perlembagaan bukan sahaja janggal tetapi merupakan satu percubaan menafikan usaha yang telah dibuat oleh arwah Prof Ahmad Ibrahim, seorang pakar perundangan sivil yang juga memiliki pengetahuan luas tentang undang undang Islam serta mempunyai wawasan besar agar satu hari perundangan Islam dapat dilaksanakan dalam negara.

Arwah disifatkan oleh Tun Mahathir sebagai anak melayu paling cerdik sudah memikirkan bagaimana jalan yang perlu dibuat untuk membolehkan perundangan Islam akhirnya dapat terlaksana tanpa perlu menggugat perlembagaan negara yang pada masa itu merupakan halangan utama kepada perlaksanaan undang undang Islam.Maka dengan usaha yang dimulai oleh Arwah Prof Ahmad Ibrahim, terjadinya RUU pindaan 355 hari ini, siapakah kata RUU 355 bukan Hudud? Dan kenapa ada lagi orang orang bebal mahu mengatakan RUU 355 bertentangan dengan perlembagaan?

Arwah Prof Ibrahim pernah berkata untuk melaksanakan perundangan Islam, satu fasa mesti dimasukkan dalam perlembagaan persekutuan untuk menyatakan setiap undang undang yang nak dijalankan mesti tidak bertentangan dengan Islam.Saranan arwah ini dilakukan ketika kerajaan dikuasai oleh orang orang Islam di mana 2/3 ahli parlimen adalah Islam tetapi malangnya tiada yang berminat dengan saranan arwah.

Kerana tiadanya minat ahli parlimen ketika itu dan ketika nergara tidak mempunyai apa apa undang undang Islam, maka arwah yang diberi tugas oleh kerajaan untuk memikirkan satu alternatif kepada perundangan Islam maka akhirnya dengan usaha dan idea arwah, satu kaedah undang undang syariah diperkenalkan dalam negara dengan autonomi diberikan kepada negeri negeri untuk menggubal dan menguatkuasakan undang undnag syariah mereka sendiri walaupun sebenarnya undang undang syariah itu tidak langsung syariah tetapi kerana undang undang itu diterima oleh kerajaan yang dikuasai oleh orang Islam maka undang undang itu tetap dibuat oleh arwah dengan harapan satu hari nanti akan ada pihak yang akan mengubahnya kepada syariah yang sebenar.Seiring dengan terlaksananya undang undang syariah di setiap negeri, maka terbentuknya mahkamah syariah yang berfungsi membicarakan kes kes syariah di setiap negeri dan mahkamah syariah diberi kuasa untuk menghukum oleh persekutuan atau parlimen.

Maka tertulis akta 355 sebagai akta yang memberi kuasa kepada mahkamah syariah tetapi kuasanya terhad kepada denda dan hukuman penjara yang terlalu kecil malah kuasa ini jauh lebih rendah dari mahkamah majistret yang membicarakan kes kes sivil.Walaupun akta ini pernah dubah untuk mengujudkan mahkamah tinggi syariah tetapi kuasanya tetap terhad.

Di sinilah jawabnya kenapa  RUU pindaan dibawa ke parlimen hari ini untuk mengubah kuasa kuasa mahkamah syariah menurut hukum hukum yang terdapat dalam Hudud kecuali hukuman rejam dan bunuh(saya tidak berminat memperkatakan tentang hukuman ini buat masa sekarang dan ingin melihat dulu respon yang ada).ini juga bermakna RUU 355 sebenarnya Hudud, kerana kalau mahkamah syariah diberi kuasa untuk merotan pesalah penzina dengan 100 rotan, maka itu adalah Hudud.

Satu perkara yang perlu difahami ialah kalau RUU 355 lulus, enakment berkaitan Hudud mesti dilulusakan di DUN negeri masing masing bagi membolehkan Hudud dilaksana, secara jelasnya Kelantan dan Terengganu sudahpun mewartakan enakment ini dan akan dengan mudah dapat melaksanakan Hudud kalau RUU 355 ini lulus dan dikuatkuasakan.Bagi negri negeri lain terpulang kepada kerajaan yang dipilih rakyat samaada nak luluskan enakment Hudud atau tidak dan secara automatiknya, terpulang kepada rakyat nak pilih kerajaan yang nak wartakan Hudud atau tidak.

Selain dari ini, pindaan dan pewartaan enakment Hudud tidak langsung melibatkan perlembagaan kerana seharusnya kita faham masalah perlembagaan sudah lama diselesaikan oleh arwah Prof Ahmad Ibrahim yang pernah berucap dipersidangan antarabangsa yang katannya antara lain berbunyi "saya percaya satu hari nanti anda semua akan kembali kepada undang undang Islam", itu ucapan arwah Prof  dihadapan ratusan pendengar yang terdiri dari orang kafir, arwah tidak berkata kepada orang Islam tetapi hari ini ada segelintir orang Islam di negaranya sendiri cuba menafikan usahanya.
Alangkah sedihnya kita...............

Sumber TKO - 9-10-2016


Kami mahu hudud bukan RUU 355?
Posted on Friday, October 07 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31939

"

Assalamulaikum,,, Satu laungan yang nampak macam bagus tapi hampeh! Apakah Hudud dan apakah RUU 355? serta kaitan kedua duanya? Apakah laungan seperti di atas itu datang dari orang orang yang faham tentang Hudud dan RUU 355 serta kaitan antara kedua duanya.Saya tidak fikir orang yang melaungkannya faham atau mungkin mereka faham tetapi sengaja memprovokasikannya dengan tujuan tertentu seperti mahu memperlekehkan usaha PAS dalam kerja kerja menuju ke jalan yang benar.

Saya berkata demikian kerana ada juga suara suara yang mendakwa mereka mahu melonggarkan Islam bukan mengetatkannya, mereka mahu hudud tapi bukan RUU 355. mereka sengaja memekakkan telinga dengan enakment Hudud yang sudah diwartakan di Kelantan dan Terengganu.Jadi kenapa mereka tidak saja pindah ke Kelantan untuk menyaksikan Hudud dilaksana sesudah RUU 355 diluluskan di parlimen.

Taraf budak tadika betul! mereka gagal menggunakan akal untuk berfikir seperti mana dituntut dalam al Quran.Menggunakan akal ke arah taqwa dengan memanafaatkan segala jalan dan peluang yang ada untuk menuju kepada pematuhan sebagai hamba kepada khalidnya(bukan Khalid Samad).

Apakah mereka sengaja memekakkan telinga kepada sistem yang berjalan dalam negara? sistem yang membahagikan autonomi kepada negeri negeri dengan kuasa persekutuan? Apakah mereka tidak faham atau sengaja buat buat tak faham kepada hakikat yang meletakkan Hudud dibawah kuasa autonomi negeri dan memerlukan mahkamah syariah yang diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman yang hanya boleh diperolehi menerusi parlimen. Bebal betullah laungan seperti ini yang mahu memperlekehkan PAS kononnya tidak membentangkan Hudud di parlimen sebaliknya hanya RUU 355 tetapi mereka ingat orang ramai boleh diperbodohkan dengan laungan seperti ini dan kenyataan Hudud sudah lama di wartakan di 2 buah negeri semacam diabaikan oleh mereka ini kerana mereka mahu mempengaruhi pemikiran orang ramai dengan percaya bahawa Hudud mesti dibentangkan di parlimen dan PAS tidak ikhlas dalam perlaksanaa Hudud.

Selain itu, mereka juga mahu mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa Islam yang dibawa PAS adalah Islam yang terlalu ketat sehingga apa saja suruhan TGHH yang terlalu ketat itu diikuti oleh seluruh ahli PAS.Kerana itu mereka mahu melonggarkan Islam dan menerima Hudud untuk dilaksanakan.Bagaiman mereka boleh melonggarkan Islam.Apakah mereka lupa Islam itu sudah lengkap, lengkap dengan seluruh panduan untuk hidup? Kenapa mahu dilonggarkan? Siapa yang beri kuasa kepada mereka untuk melonggarkannya? Barang diingat segala suruhan TGHH tidak pernah terlepas dari panduan Islam, oleh itu sebagai ahli PAS, mereka tidak mempunyai sebab untuk membantah suruhan itu sebab suruhan itu adalan suruhan Islam, segala galanya sudah ditetap dan dibukukan oleh ulamak ulamak lampau.

Kenapa nak dilonggarkan? serta satu cubaan penipuan yang ketara dari laungan ini ialah kenyataan mereka akan menerima Hudud, seolah olah hanya Hudud yang dipentingkan oleh Islam, aspek kehidupan yang lain boleh dilonggarkan.Arak mungkin tidak boleh dihalalkan kerana ia termasuk dalam Hudud tetapi bersalam antara lelaki perempuan boleh, berzina tidak boleh diubah kerana ianya kesalahan hudud tetapi kencing dijalanan boleh!


Itu maksud dilonggarkan barangkali dan sesuatu yang mesti ditolak kalau kita benar benar sayangkan Islam.

Sumber TKO - 7-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hanya Kebetulan
Posted on Friday, October 07 @ 07:34:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31934



Cerita-cerita kebetulan ini menarik juga untuk difikirkan. Rakyat gempar dengan berita penemuan wang tunai dengan jumlah yang mega besar di dalam sebuah rumah di Sabah. Bungkusan-bungkusan wang kertas RM50 dan RM100 berlonggok-longgok di dalam almari tak ubah macam susunan bungkusan tisu di supermarket. Terbeliak mata rakyat marhaen dibuatnya.

Syabas diucapkan kepada SPRM atas kejayaan mereka menangkap dua orang durjana ekonomi itu. Bagaimanakah mulanya SPRM mendapat maklumat sehingga terbongkarnya rasuah yang dilakukan mereka?



Inilah yang dikatakan kebetulan. Kebetulan penangkapan ini berlaku ketika ada parti baru mahu diwujudkan di Sabah. Massa tahu bawa Dato’ Sri Shafie Afdal sedang rancak menarik sokongan dan dokongan pemimpin tempatan dan rakyat Sabah untuk bersama-sama dengan parti barunya nanti. Parti ini nanti dijangka mesra pembangkang kerana hubungan rapat antara Dato’ Seri Shafie Afdal dengan Tan Sri Muhyidin Yassin, Presiden Parti BERSATU. Maknanya BN cuba ditumbangkan di Sabah.



Sabah adalah fixed deposit BN. Tumbang BN di Sabah alamat Putrajaya juga turut tergugat.  Maka ‘bilik perang’ pemerintah mesti lakukan sesuatu sebelum terlambat. Antaranya membunuh karektor musuh dan melemparkan persepsi negatif agar rakyat menjauhinya.



Itulah strategi biasa yang dilakukan oleh kakitangan bilik perang dalam medan tempur politik. Tetapi kalian jangan kaitkan strategi ini dengan penangkapan barua ekonomi tadi. Kita bersyukur kerana sebijak-bijak tupai melompat, akhir ke tanah juga tempat tersungkurnya. Tahniah SPRM. Tahniah kerajaan UMNO/BN. Kebetulan sentiasa berlaku tanpa dijangka.



Kebetulan ini sama juga dalam kes-kes penangkapan rasuah sebelum ini. Mohd Khir Toyo dihumban ke penjara setelah ada perebutan kuasa sesama sendiri di Selangor. Dato Seri Ahmad Said, bekas MB Terengganu pernah digertak dengan rasuah juga kerana perbalahan politik dalaman. Bezanya, Ahmad Said ini kaki gedebe. Beliau banyak modal dan buah kilas. Tak kena buat, tumbang ‘bapak seladang’ dibuatnya. Akhirnya Ahmad Said tak berani diusik. Dan kita kena ingat, ugutan rasuah terhadap Ahmad Said ini juga satu kebetulan dengan war game UMNO/BN.



Jadi, rakyat tidak bolehlah kata UMNO/BN akan menyorok onar pemimpin mereka selagi pemimpin mereka tak buat hal. Rakyat tak boleh buat fitnah bahawa pemimpin UMNO/BN akan melindungi bos-bos jabatan kerajaan selagi dapat persen-persen tertentu untuk survival politik. Rakyat pula bolehlah terus mendaulatkan UMNO/BN untuk mendapat BR1M atau sebiji bola untuk disepak beramai-ramai. Biar negara bangkrap, asal BN menang kerana hidup ini penuh dengan  kebetulan.



Biarlah negara hancur, rakyat mestilah terus mempertahankan UMNO/BN. Parti simbol dacing yang tak pernah senget apabila dicetak tiada kena-mengena dengan segala hodoh dan busuk politik kerana semua berlaku secara kebetulan. Dan motif tulisanku adalah untuk menyapu bersih segala syak wasangka yang mula bermain di minda rakyat terhadap UMNO/BN kerana pemakan dedak tetap berpegang bahawa semua itu adalah suatu kebetulan.




Sumber TKO - 7-10-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana kalau ada MOU antara PAS dan UMNO?
Posted on Friday, October 07 @ 07:32:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31933





Assalamualaikum,, Ghairah dan semakin ghairah banyak pihak menunggu keputusan PAS bagi menghadapi PRU akan datang. Ada yang mengharap PAS akan bergabung semula dengan parti parti pembangkang bagi membentuk pakatan pembangakang yang kuat bagi menghadapi BN dan Umno.Ada pula masih teguh dengan pendirian agar PAS bersendiri bagi menghadapi PRU dan Umno nanti.Tetapi ramai yang terlepas pandang kepada satu lagi alternatif yang terbuka di depan PAS sekarang yakni membuat MOU bersama Umno bagi menghadapi PRU mendatang.Kenapa MOU, kenapa tidak bergabung saja dalam BN? Jawabnya mudah bagi yang berfikir secara waras.

PH dan parti Bersatu amat memerlukan PAS untuk membentuk pakatan pembangkang yang kuat sedangkan mereka juga tahu PH ada pengkianat  PAS yang mereka sendiri iktiraf tetapi mereka masih mengharapkan PAS boleh memaafkan penkianatan itu dan bersama mereka.Satu harapan yang tidak logik dan munasabah bagi PAS melupakan semuanya itu sebab perjuangan PAS sudah dijelaskan kepada mereka.PAS bukan mahu kuasa tetapi mahu melihat Islam dimartabatkan.

Sedang semua parti parti pembangkang  yang ada tak satupun berminat dengan Islam, mereka cuma mahukan PAS untuk kekuatan mereka sahaja, Islam bukan agenda mereka jadi kenapa PAS mesti bersatu dengan mereka?

Dalam masa yang sama Umno sudahpun membuktikan mereka bersedia menolong PAS untuk memartabkan Islam bila mana laluan diberi kepada TGHH membuat pembentangan rang undang undang persendirian baru baru ini dan kini kita menunggu reaksi MP Umno kepada perbahasan nanti.Kemungkinan besar MP Umno akan menyokong dan kalau ini berlaku bermakna ada ruang untuk menyokong follow up efford yang bakal diusahakan oleh PAS.

Ini juga bermakna PAS mempunyai lebih ruang untuk memperjuangkan Islam berbanding kalau PAS bersama pembangkang yang secara jelas sudah mengabaikan PAS ketika dalam PR dulu bila menyerahkan Bersih kepada puak liberal termasuk pejuang lgbt.

Ini juga bermakna PAS sudah boleh mengalih pandangan kepada kemungkinan kerjasama dengan Umno bagi menghadapi PRU akan datang.Memberi kemenangan kepada Umno lebih baik untuk terus berjuang untuk Islam berbanding kalau PAS berada dalam kerajaan PH tetapi tidak mampu berbuat apa apa untuk Islam.

Kembali kepada persoalan kenapa PAS tak bergabung saja dalam BN bersama Umno? bagi menjawabnya adalah baik PAS berada diluar kerajaan BN yang komposisinya sama seperti PH tetapi bezanya dalam BN Umno yang lebih suara tapi dalam PH siapa? Jauh lebih baik bagi PAS berada di luar kerajaan dengan kerusi yang kecil tetapi memainkan peranan sebagai penasihat kerajaan dalam hal hal ugama terutamanya dan dalam hal hal kepentingan rakyat jelata.

Dari itu, pilihan yang terbaik bagi PAS ialah mengadakan satu MOU bersama Umno untuk saling tidak bertanding di kerusi yang ditanding oleh salah satu parti.Ini bermakna bagi kerusi yang ditandingi PAS, Umno tidak akan bertanding dan sebaliknya.panduan bagi kerusi boleh diambil dari kedudukan semasa kerusi kerusi yang dimenangi olek kedua dua parti.


Ramai yang terlepas pandang kepada alternatif ini tapi ianya boleh berlaku, ingat politik matang boleh.................

Sumber TKO - 7-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pas perlu jaga maruah
Posted on Thursday, October 06 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31919



SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat Pas sepatutnya lebih menjaga ‘maruah' dan tidak lagi hanya menjadi jentera kepada parti anti BN.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, usaha itu hanya akan merugikan parti Islam itu sendiri.

Menurutnya, Pas sebaliknya perlu bersama Umno untuk memastikan survival parti itu kekal sehingga selepas PRU.

“Pas mengalami bencana dan musibah besar apabila bersekongkol dengan DAP sebelum ini. Ia menjadikan saf kepimpinan Pas berpecah-belah. Adakah Pas tidak serik? Pas tidak boleh sendirian. Pas perlu kerjasama baharu dan jika tidak, Pas akan menjadi parti minoriti yang terhakis peranannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Umno membayangkan akan berlaku satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang PRU14.

Menurutnya, Pas sepatutnya sedar usaha mengetengahkan Islam yang dibuat oleh pembangkang amat lemah jika dibandingkan dengan Umno.

Katanya, ia sudah dibuktikan dengan tindakan beberapa pemimpin daripada parti pembangkang yang secara jelas menolak hukum Islam yang cuba dibawa Pas.

“Tidak salah bagi Pas untuk mencari formula murni bersama Umno demi kebaikan ummah dan survival Islam di negara ini,” katanya.

Beliau turut berpendapat, Pas perlu membelakangi ego parti dalam soal survival parti kerana banyak kerusi majoriti Melayu akan terselamat dan tidak terlepas ke tangan Pakatan Harapan sekiranya penggabungan berlaku antara Pas dan Umno.
\
Selain itu katanya, Pas juga akan memperoleh manfaat untuk kekal di Kelantan dan mudah bersaing dengan Amanah yang cuba menembusi Kelantan.

“Jika Umno dan Pas bekerjasama, maka ancaman Pakatan Harapan akan dapat dineutralkan. Kini Pas hanya ada dua persimpangan politik, hendak bersama pakatan pembangkang yang telah sedia memperalatkan Pas sebelum ini atau Umno yang telah pun mampu berkompromi dengan desakan Pas mengenai usaha perundangan Islam,” katanya.

Sumber TKO - 6-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS mendekati Umno bukan kerana dakwah
Posted on Thursday, October 06 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31912



Assalamualaikum,,, PAS tidak lagi bersama DAP dan PKR kerana kedua dua parti itu tidak berminat untuk tolong PAS tegakkan hukum ALLAH dan menjadikan Islam sebagai carahidup, itu benar! Tetapi apabila PAS kelihatan seperti mahu bersama Umno dan didakwa sebagai satu usaha dakwah itu salah! PAS tidak mempunyai komitmen untuk berdakwah kepada Umno semata mata tetapi PAS berdakwah kepada semua termasuk kepada DAP dan PKR. Bezanya hari ini kita lihat dakwah PAS kepada DAP dan PKR gagal sedangkan sedikit ruang mula diberikan oleh Umno untuk mendengar, itu aje!
Apabila RUU 355 berjaya dibentangkan oleh TGHH dan apabila ATGHD diberi penghormatan oleh Umno maka terserlah sedikit harapan kepada terlaksanannya hukum ALLAH di bumi Malaysia.Kerjasama G2G antara karajaan persekutuan yang dikuasai Umno dan kerajaan Kelantan yang dikuasai PAS turut menyumbangkan kepada harapan itu.

Maka politik matang mula diperkenalkan oleh TGHH dengan menyatakan kesediaan PAS untuk menjadi penasihat kerajaan dalam hal hal yang melibatkan kesejahteraan rakyat di mana tawaran menjadi penasihat ini turut bermaksud menasihati kerajaan untuk melaksanakan hukum jenyah Islam yang mana kepakarannya adalah kepakaran PAS sedangkan Umno tidak mempunyai kepakaran itu.

Malangnya orang orang yang hampir dengan DAP dan PKR terus mengutuk TGHH dn PAS kerana kematangan ini dan walaupun kutukan mereka langsung tidak membawa kebaikan kepada Islam sedangkan apa yang diperkenalkan oleh TGHH dan PAS sudah menampakkan tanda tanda kepada kebaikan Islam.

Apa sebenarnya orang orang ini mahukan? mereka mahukan Umno dan Najib jatuh sedangkan mereka juga tahu sokongan kepada Umno dan Najib dari penduduk Malaysia masih kuat dan kehadiran DAP dan PKR tidak akan mampu menewaskan Umno jadi kenapa mereka beriya iya mengutuk PAS yang mahu berkawan dengan Umno? Apa faedah yang mereka dapat? mungkin mereka hanya memperbodohkan diri mereka sendiri sedangkan PAS terus berusaha untuk memartabatkan Islam menerusi pendekatan politik matang dan penasihat.


Apapun silakan terus mencuba dan gunakan akal kalian itu untuk akhirnya tertinggal di belakang pada ketika PAS sudah jauh ke depan meninggalkan kalian!

Sumber TKO - 6-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa untuk sampaikan mesej!
Posted on Thursday, October 06 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31910


Assalamualaikum,,,
Anwar dipetik sebagai berkata parti Bersatu dan Amanah perlu berbincang dengan PAS dan Mahfuz Omar pula terlebih ghairah ketika berkata PAS sudah bersedia untuk bergabung dengan Amanah dan semua parti pembangkang termasuk DAP. Kehadiran Mahyuddin di pentas ceramah PAS pula membangkitkan lebih banyak keghairahan kepada kemungkinan penyatuan PAS dengan pembangkang lain, sehingga terlupa mengenai kedudukan Amanah yang telah disahkan oleh DAP sebagai pengkianat kepada PAS.

Sebabnya mereka mahu PAS bergabung kembali dalam pembangkang.Cuma yang diabaikan dalam keghairahan ini ialah prinsip perjuangan di mana Mahfuz dan Anwar langsung tidak menyebut tentang prisip perjuangan PAS yang pernah diungkapkan oleh ATGHD iaitu untuk mengembalikan Islam sebagai cara hidup, Mahfuz lupa tentang ini, Anwar juga lupa tentangnya sama seperti Amanah lupa mengenainya.

Maka sudah sampai masanya untuk menyampaikan mesej kepada keghairahan penyatuan pembangkang ini bahawa PAS mahu mendengar dari mulut mulut pemimpin parti pembangkang lain untuk bersetuju dahulu dengan matlamat perjuangan PAS ini.Malah kepada Mahfuz yang masih ahli PAS, dapatkan dulu pengakuan parti parti pembangkang lain yang ada sebelum tergesa gesa meminta PAS untuk bergabung semula terutama dengan Amanah dan DAP.

Mesej juga ingin disampaikan tentang keujudan Amanah yang diiktiraf DAP sebagai pengkianat ketika mengutuk bekas ADUN likas tempoh hari.Jadi selain mengiktiraf perjuangan PAS, parti parti pembangkang lain juga perlu menyingkirkan Amanah atau sewajarnya Amanah mengikuti saranan TITM untuk membubarkan parti dan ahlinya diserapkan ke dalam parti parti pembangkang lainnya.

Kenyataan Nik Amar bahawa PAS belum bersedia untuk bergabung semula dalam mana mana pakatan pembangkang juga mengandungi makna tersirat menjurus kepada prinsip perjuangan PAS dan parti parti pembangkang lain yang semuanya jauh dari Islam.

Dalam situasi semasa menunjukkan UMNO semakin berminat dengan Islam. Pembentangan RUU 355 serta pengiktirafan yang diberi kepada arwah mursidul Am PAS, ATGHD menunjukkan ada sedikit ruang terbuka untuk perlaksanaan cara hidup Islam.Dalam situasi ini amatlah tidak salah untuk PAS bekerjasama dengan UMNO berdasarkan firman ALLAH yang bermaksud bertolong tolonglah kamu atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong tolong kepada perkara maksiat.Berdasarkan ayat ini mungkin PAS lebih baik menjalinkan kerjasama dengan UMNO berbanding kerjasama dengan pembangkang lain yang meletakkan Islam di pinggul mereka.

Ini adalah mesej kepada semua parti baik parti kerajaan atau pembangkang. Kepada yang bersetuju untuk menjaga atau Membela Islam mengikut jalannya, PAS akan bersama sama mereka tetapi kepada mana mana parti yang berideologi pemikiran manusia yang dangkal, minta maaf PAS tidak berminat.

Itu juga maksud Nik Amar dan maksud poiltik matang yang diperkenalkan oleh TGHH.

Sumber TKO - 6-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kumpulan Baju Merah tidak sepatutnya mencetuskan suasana tidak tenteram - PAS
Posted on Monday, October 03 @ 17:07:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31882



SHAH ALAM - Pas tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan baju merah sehingga menyebabkan berlaku kekecohan di Teluk Intan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak lain tidak sepatutnya mencetuskan suasana tidak tenteram mahupun melanggar undang-undang semata-mata tidak bersetuju dengan penganjuran Bersih 5.

"Tindakan gerakan baju merah itu sesuatu yang tidak begitu elok berlaku dalam konteks demokrasi negara kita.

"Bersih 5 mahu buat himpunan itu biarlah mereka ikut keperluan undang-undang yang perlu dipenuhi seperti Akta Perhimpunan Aman dan sebagainya.

"Bukannya pihak lain pula ambil tindakan sampai melanggar undang-undang. Jadi, Pas tidak bersetuju dengan cara kumpulan baju merah ini walaupun Pas tidak menyertai Bersih 5," katanya kepada Sinar Online.

Kelmarin, polis menafikan berlakunya pergaduhan besar di Teluk Intan seperti yang didakwa sebaliknya hanya insiden tolak menolak berlaku antara penyokong Bersih 5 dan kumpulan NGO Malaysia itu yang diketuai, Datuk Jamal Md Yunos.

Sebelumnya, penyokong NGO Malaysia berkumpul di hadapan pejabat Amanah Teluk Intan bagi menghalang peserta Konvoi Bersih 5, daripada menghampiri Pasar Malam di Teluk Intan.


  Beberapa klip video berkaitan insiden itu juga telah dimuat naik secara meluas di media sosial sejak semalam.

Sumber TKO - 3-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pindaan RUU 355 mampu bendung jenayah syariah, anak luar nikah
Posted on Sunday, October 02 @ 08:33:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31870



KUALA LUMPUR: Cadangan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bagi memperkasa mahkamah syariah di negara ini dilihat mampu menangani pelbagai jenayah syariah, termasuk kelahiran anak luar nikah.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSiM), Datuk Mahamad Naser Disa berkata, undang-undang lebih ketat diperlukan bagi membendung kelahiran anak luar nikah, ekoran peningkatan kes itu saban tahun.

Beliau berkata, pada 2013 hingga 2015, kira-kira 159,000 anak luar nikah dilahirkan di negara ini.
“Kuasa hukuman mahkamah syariah yang kini dibataskan kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie tidak lagi memberi pengajaran kepada pesalah syariah.

“Kalau kita tidak cegah dari sekarang, kita nak tunggu zaman anak cucu baru kita nak cegah, ia sudah terlambat,” katanya pada Forum Mega Pemantapan Syariat: Tanggungjawab Parlimen dan Hak Umat Islam di Pusat Islam, hari ini.

Pada 26 Mei lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-undang Persendirian, iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat.


Mahamad Naser berkata, walaupun usul itu dikemukakan parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pemimpin kerajaan dan ramai yang melihat perkembangan itu sebagai detik menyatukan umat Islam.

Sumber TKO - 2-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bajet 2017- Perlunya Dibentuk Sistem Ujian Lori Baru
Posted on Monday, September 26 @ 17:53:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31816



Hampir setiap hari ada saje Lori/bas langgar orang/murid/ atau pun terbabas. Sudah tiba masanya Gomen Najib perkenalkan sistem pemeriksaan lebih berkesan untuk pastikan kenderaan berat itu selamat digunakan di jalan raya.

Kalau kita imbas semula kemalangan yang berlaku depan sekolah- lori lama MB 911 berlanggar dengan kanak kanak hingga maut adalah sebab lori itu tidak dapat di kawal dengan baik.

Keberkesanan sistem breknya diragui. Lori Mercedes 911 itu keluaran tahun 1960'an. Besar kemungkinan ianya tidak dapat membrek dengan berkesan mengikut spec yng baru.

Mungkin sistem steeringnya JUGA gagal berfungsi.

TEST KINI

Sebenarnya sudah kian lama saya berkempen agar JPJ implementasikan sitem ujian kenderaan berat ikut cara lama. Sistem test sekarang -lori akan duduk di atas rolling test bed dan rodanya aje berpusing dan ujian yang dijalankan hanyalah simulasi

TEST SISTEM DULU

Sistem dulu lori ditest 'live' dihadapan orang ramai.

Lori dipandu hingga 50km/j kemudian di brek emergency. Kalau ia gagal membrek ikut standard -ianya gagal. Semua orang bolih nampak. Ada yang tepuk tangan nanti atau gelak besar!

Live Test

Didalam test real driving saya rasa lori yang langgar budak itu takkan dapat berhenti di dalam straight line di dalm 50 kaki-katakan ianya di pandu sekitar 30 batu sejam[50 kmj]

Bila lagi nak ubah?


Naampaknya selagi ahli MCA bertugas sebagai Menteri Pengangkutan -selagi itulah keselamatan jalan raya akan
di 'kautim'kan,.

Maknanya takpelah beberapa murid [di'sacrifice'] terbunuh asalkan bisnis geng MCA terpelihara!

Dasar Gomen Bolih DiTerbalikkan

TENGOK AJELAH DASAR NAK PASANG SPEED RECORDER DI DALAM BAS. Akhirnya geng tokey bas akan lobi untuk mintak kensel aje dasar itu kerana bisnis susah.

Begitu juga dengan dasar dasar gomen seperti anti pencatutan.Ada aje geng MCA mintak nak batalkan penguatkuasaan undang itu. Syabas Menter KPDNKK kerana tak layan permintaan geng tersebut!"


Sumber TKO - 26-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah Kata Saman Tu Hussam Buat Gimik AJe!
Posted on Saturday, September 24 @ 19:23:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31800



Hari ini menurut The Hollywood Reporter, Husam Musa dan peguam Matthias Chang membatalkan saman mereka terhadap Red Granite Pictures, dan pengasas Riza Aziz dan Joey MacFarland.

Tidak jelas mengapa mereka membatalkannya kata Hollywood Reporter.

“Mereka secara sukarela membatalkan saman itu tanpa prasangka, menurut dokumen mahkamah yang difaikkan pada Jumaat, supaya mereka boleh mencuba sekali lagi,”

Peguam plaintif Louis Burke belum memberi respon tetapi menyatakan pembatalan itu tidakan yang wajar kerana “tuntutan undang-undang tidak serius”.

Pada Ogos 2016, Matthias dan Husam memfailkan saman “bagi pihak semua rakyat Malaysia” menuntut ganti rugi dan pemulangan harta dan aset yang mereka dakwa dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad.

Tuntutan mereka mendakwa wang yang dijana melalui tawaran bon oleh 1MDB digunakan untuk membiaya Red Granite, yang membiaya filem Wolf of Wall Street.

Ramai penganalisis melihat Hussam Musa pada ketika itu dalam delima, mencari indetiti politik setelah dia kena pecat oleh PAS. Dalam terumbang ambing Husam perlu satu sokongan media yang baik untuk menaikan nama dan dirinya.

Matthias pula adalah bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, yang lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Red Granite diasaskan pada 2010 oleh Riza dan kawannya, McFarland.

Riza antara mereka yang dinamakan dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih US$3.5 bilion dilencongkan daripada 1MDB, yang diasaskan Najib pada 2009 selepas menjadi perdana menteri. Riza adalah anak tiri Najib.

Tuntutan sivil itu mahu merampas US$1 bilion aset yang didakwa dilesapkan dan disalur ke Amerika Syarikat melalui syarikat kosong.

DoJ mendakwa kesalahan itu dilakukan selama empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai warga Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang berpakat untuk melencongkan wang berbilion dollar daripada 1MDB secara tipuan.

Selain Riza, ia menamakan Jho Low, dan pegawai kerajaan Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.


Sumber TKO - 24-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Agamawan bukan nabi: PAS, Isma bidas Zaid Ibrahim
Posted on Friday, September 23 @ 18:51:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31787



PETALING JAYA: Kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang menganggap agamawan tidak kebal daripada kritikan dan penghinaan menerima bantahan PAS dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), selepas bekas menteri itu mempersoalkan tindakan polis terhadap mereka yang dituduh menghina Islam.

Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata Zaid sepatutnya faham manusia, termasuk agamawan, tidak boleh dihina sesuka hati.

“Orang liberal biasanya berpegang pada hak asasi manusia, tapi dalam hal ini nampak macam dia tak faham pula. Orang biasa pun tak boleh dihina, apalah lagi seseorang yang dihormati,” kata Abdullah kepada FMT.

Zaid hari ini mempersoalkan penangkapan beberapa individu termasuk bekas wartawan Sidek Kamiso yang dituduh menghina Islam, kerana mengkritik atau menghina ahli politik dan agamawan tidak sama dengan menghina Nabi Muhammad.

Sidek antara mereka yang ditangkap kerana kiriman Twitter menyentuh kematian bekas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din baru-baru ini.

“Dalam kes Haron Din, yang menjadi isu bukan kerana hina batang tubuh beliau walaupun ia tidak wajar, tetapi menghina beliau kerana agamanya atau kerana amalan baik yang beliau lakukan,” jelas Abdullah.

“Dia (Zaid) peguam tapi tak nampak kepintarannya,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Khairuddin Aman Razali berkata tidak ada agama atau budaya yang membenarkan penghinaan.

“Tidak ada agama dan budaya bangsa yang memberi lesen untuk menghina manusia apatah lagi yang telah mati.

“Mengkritik pula hak sesiapa sahaja sekiranya bahasa yang beradab dan berakhlak, bukannya dengan emosi dan hinaan.

“Kritikan kepada orang yang soleh dan berilmu mestilah dengan ilmu juga dan lebih beradab berbanding kritikan kepada orang biasa yang kurang berilmu,” kata Khairuddin

Sumber TKO - 23-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TIBAI? Baru tahu ada TIBAI rupanya
Posted on Thursday, September 22 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31769



Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong mempertikaikan hujah untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara selama lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukahri Azlan.

Menurutnya, pemenjaraan Anwar melalui proses undang-undang di negara ini, dari Mahkamah Tinggi, Rayuan hingga ke peringkat mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan.

“Kerana ini melalui proses kehakiman, sekiranya nak bebaskan (Anwar) apa alasan konkrit boleh dibebaskan, bukan hanya sebut sahaja,”kata Ng yang juga salah seorang orang kuat TIBAI (Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim).

Katanya, peluang kebebasan Anwar hanya tinggal satu sahaja iaitu pengampunan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), namun Ketua Umum PKR itu enggan memohonnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sokongan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersama-sama dengan agenda PKR membebaskan Anwar Ibrahim.

Tambahnya berdasarkan isyarat yang ditunjukkan Muhyiddin itu, dijangkakan PPBM bukan menjadi parti dominan dalam Pakatan Harapan (PH) dan parti baharu itu sekadar menjadi salah satu cabang kepada PKR.

“Walaupun sekarang dia (Muhyiddin) nak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, kita jangka (selepas ini) dia akan ikut sama dengan agenda Pakatan Harapan atau lebih khusus dengan PKR,”katanya. - AIDCNews

Sumber TKO - 22-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya tak pernah dengar RUU 355, kata seorang bukan Islam kepada Ismaweb
Posted on Thursday, September 22 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31768



BANGI, Rabu – Cadangan pindaan Akta 355 yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah mendapat pelbagai respon daripada rakyat Malaysia yang beragama Islam dan bukan Islam.

Ismaweb membuat tinjauan di kalangan masyarakat bukan Islam di sekitar Batu Caves dan mendapati bahawa rata-rata yang ditemui tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu perkara yang berkaitan dengan RUU 355," kata Andrew Lim.

"Saya tidak pernah dengar isu RUU 355 sebelum ini," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Margaret.

Namun setelah diberi penerangan ringkas, kebanyakan yang ditemui bersetuju dengan cadangan pindaan itu.

"Saya setuju akta ini dilaksanakan. Undang-undang yang sedia ada perlu diperketatkan supaya jenayah berkurangan," kata Navakumaran.

Saravanan juga besetuju dengan pindaan akta ini.

"Saya bersetuju akta ini digubal," katanya kepada Ismaweb.

Sumber TKO - 22-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jeff Ooi, Tangan UMNO Dan Wan A. Rahim
Posted on Tuesday, September 20 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31740


Inilah tribulasi yang terpaksa PAS hadapi. Cukup rencam dan beraneka. Antara kebencian politik DAP dan kejahatan kerja tangan UMNO, PAS dihimpit di satu sudut lagi oleh dendam kesumat PAN. 


Semuanya sedang berpencak di hadapan PAS dalam senario menghadapi PRU14. Bersediakah semua penyokong dan ahli PAS menjadi perisai dan pedang perjuangan ini?
Kebencian DAP terhadap PAS dilontarkan melalui kebiadapan Jeff Ooi yang mempersendakan pemergian TG Datuk Harun Din. Walaupun sikap malaun ini dianggap oleh Lim Guan Eng sebagai tidak mewakili DAP, namun wajah DAP tertempel jelas dalam kedurjanaan ini. Sebab itulah DAP tidak menegur sikap kurang ajar  Jeff Ooi tersebut.

Jeff Ooi membenci almarhum kerana ketegasan almarhum menegakkan  dan memperjuangkan Islam. Almarhum adalah antara ulama besar dalam PAS yang mendokongi Majlis Syura Ulama. Semua sedia maklum betapa bencinya DAP kepada ulama PAS yang membentengi TG Haji Hadi dan dasar PAS. Kepimpinan ulamalah yang menggagalkan usaha proksi DAP iaitu PAN daripada menerajui PAS melalui muktamar di Kuala Selangor dulu. Tak dapat tanduk telinga dipulas. Tak dapat merebahkan TG Dr Harun Din, menerima berita kematiannya pun sudah cukup untuk melunaskan kebencian DAP.

Serentak  dengan itu, UMNO pula menjadi tangan ghaib dalam SPR. Orang yang buta politik sahaja tidak nampak ‘peranan’ UMNO dalam persempadan semula kawasan pilihanraya.  SPR memperkotak-katikkan sempadan DUN dan Parlimen dengan sejelas-jelasnya dengan cara menimbun kekuatan pembangkang di suatu kawasan dan membuka ruang lebar untuk UMNO menawan kawasan-kawasan lainnya. Dalam bahasa mudah,andai dalam satu Parlimen yang ada 4 DUN yang mencabar bagi UMNO, SPR cuba mengheret dan melonggokkan pengundi pembangkang dalam satu DUN di samping membuka ruang besar untuk UMNO merampas 3 DUN lagi . Para pembaca boleh mengikuti analisis persempadanan baru yang diviralkan melalui media baru sekarang.

UMNO tak pernah redha dengan PAS. Sebab itulah PAS istiqamah berjuang untuk menumbangkan UMNO walaupun berpegang dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera ( BPMS). PAS tak pernah kendur menentang kebobrokan UMNO. PAS tegas menolak untuk bersama dengan UMNO/BN. Hanya manusia yang bermain-main dengan politik fitnah dan kebencian menggegar-gegerkan UG. Manusia itulah apabila tersepit dan terdesak mengajak PAS berunding untuk menentang UMNO/BN 1 lawan 1.

Manusia tadi boleh menjelma dalam bentuk Wan Abdul Rahim, Pengerusi PAN Kelantan. Pelbagai alasan (sebenarnya putar-belit)  dicari untuk menjelaskan dakwaan 10 ADUN keluar PAS bersama Husam Musa. Habis penyokong-penyokong PAN mengalih muka kerana malu mendengar hujah lawak Wan Abdul Rahim. Manusia lawak inilah ‘membentang kertas-kerja’ untuk menjatuhkan PAS di Kelantan.

Bagi Wan A. Rahim dan pemimpin PAN, digambarkan PAS tak mampu lagi mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN. Jadi, dakwa mereka lebih baik rakyat Kelantan bersama-sama dengan PAN untuk menyelamatkan Kelantan sambil berpaut secara biadap pada nama almarhum TG Nik Abdul Aziz.

Demikian gerbang politik yang akan dilalui oleh PAS. PAS perlu ada kekuatan dan keteguhan dalam berhadapan dengan situasi ini. Penyokong dan ahli PAS tak boleh lagi hanya gagah dengan kata-kata semangat yang semua orang boleh ‘paste and copy’ melalui whatsapp atau media baru.


Di manakah kita berkubu sebenarnya? Adakah dengan meninggalkan aktivis parti bertungkus-lumus dengan pelbagai tugas parti yang terpaksa dipikul sendiri kerana kekurangan amilin, sudah cukup kita titipkan kata-kata motivasi ? Sedangkan kita melayan dan bermanja-manja dengan gaji beribu di bilik-bilik berhawa dingin. Masihkah kita bersembunyi di bawah ketiak penguasa demi zon selesa? Motif tulisan aku adalah untuk menghulurkan sebilah pedang seorang satu.

Sumber TKO - 20-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini Dia Senarai Lengkap 10 Adun PAS Kelantan Yang Lompat Parti & Masuk PAN
Posted on Monday, September 19 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31735



Sebelum ini Wan Rahim mengeluarkan satu kenyataan jika Husam dipecat dari PAS, 10 wakil rakyat PAS akan turun keluar parti demi bersama-sama Husam Musa sebagai tanda solidariti.

Dan berikut ialah senarai lengkap 10 Adun PAS Kelantan yang umum keluar parti PAS pada semalam ;

1. Husam Musa - Dun Salor.
2. Husam Bin Musa - Dun Salor.
3. Husam Anaknya si Musa - Dun Salor.
4. Husam yang bapak dia nama Musa - Dun Salor.
5. Musa yang ada anak nama Husam - Dun Salor.
6. Husam Musa yang pernah bekerja di bawah ATGNA - Dun salor.
7. Husam Musa yang kalah di Putrajaya atas tiket PAS - Dun Salor.
8. Husam Musa (kembar Husam Musa) - Dun Salor.
9. Husam Musa (kembar Husam Musa yang kedua) - Dun Salor.
10. Husam Musa kuasa 10 (bola kuasa Boboiboy bagi kuasa ke Husam Musa) - Dun Salor.
Itulah senarai lengkap 10 Adun PAS yang declare keluar parti. Phuiii.

Wahai Wan Rahim. Fahami kritikan aku neh kejap.

1. Husam dipecat. Bukannya keluar dari PAS. Bukan kerana PAS beria nak simpan Husam. Sebaliknya sebab nak tengok sejauh mana Husam sanggup langgar Baiah cerai bini. Husam tak sanggup. Husam terusan kritik PAS. PAS terusan rasa bengang sebab kritikan Husam menyebabkan sokongan berpecah. Organisasi berantakan. PAS faham Husam mahu desak sehingga PAS pecat Husam.

2. Wan Rahim kemudiannya mencabar PAS pecat Husam. 10 Adun akan lompat parti. Mungkin PAS pecat sebab nak tahu siapa lagi seperti Husam dalam kerajaan negeri.

3. Tetapi tiada. Wan Rahim pula dicabar mendedahkan 10 nama adun tersebut. Dicabar berkali2 memandangkan dah lama Husam dipecat parti.

4. Alasan Wan Rahim dia sebenarnya sengaja mencabar agar PAS rasa tercabar.

5. Dia beri alasan ini agar kita boleh memahaminya dari sudut pandang dia.

6. Pun begitu kita tak entitle untuk memahami pandangan dia. Parti dan dia entitle untuk terikat dengan pandangan kita sebagai rakyat kerana kita ini bakal pengundi mereka. Orang yang bayar gaji mereka.

7. Kesan negatif dari tindakan dan pengakuan Wan Rahim menyebabkan ketelusan dan kejujuran kenyataan dia boleh diragui.

8. Lainkali bila dia keluarkan statement orang akan fikir. Ini betul ke. Ini cabaran kot? Boleh percaya ke?

9. Seperti nama parti, apabila berstrategi jangan sampai compromise kredibliti diri sendiri. Terhakis kepercayaan orang pada awak nanti.

10. Last but no least, Husam bersamaan 10 wakil rakyat? Itu ampuan kuasa berapa? Husam hanyalah Husam. Dia hanya ada diri dia dan bukannya aura yang hebat pun. Baik AMANAH buat kerja betul-betul. Jauhkan amalan pembodekan, bercakap besar yang bajet good-good itu walhal sekadar sembang tin kosong. Focus tambat pemikiran pengundi dengan terus buat kerja-kerja yang menindas rakyat marhaen.


Sekian.

AMANO WORLD

Sumber TKO - 19-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hanya 20 peratus tanah di semenanjung dimiliki oleh Melayu
Posted on Sunday, September 18 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31713



KUALA LUMPUR, 26 Okt – Menurut sebuah kajian, tanah-tanah yang dimiliki oleh orang Melayu di Semenanjung secara keseluruhannya hanya 20%, manakala 80% lagi dimiliki oleh orang bukan Melayu.

Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Yusof berkata, kajian lain pula mengatakan daripada 32 juta ekar tanah di semenanjung, hanya 11% sahaja berstatus Tanah Rizab Melayu.


Selain itu, satu kajian lain mendapati di Pulau Pinang hari ini tidak lagi wujud Tanah Rizab Melayu.
Beliau berkata demikian kepada lebih 300 hadirin di Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu petang ini di Dewan ISTAC, Persiaran Duta Kuala Lumpur.

BACA: Tanah Rizab Melayu tinggal 12% - Pengabaian tanggungjawab perlembagaan oleh kerajaan
Tambahnya, dapatan kajian tersebut amat membimbangkan kita selaku orang Melayu di tanah air sendiri.

Katanya, penyusutan jumlah Tanah Rizab Melayu kepada 11% yang sepatutnya berjumlah 50% (menurut Wasiat Raja Melayu) boleh ditambah kembali dengan syarat wujudnya ‘political will' di kalangan ahli politik yang menguasai kerajaan negeri.

"Saya pernah terlibat dengan satu mesyuarat bersama menteri-menteri besar, dalam mesyuarat itu membincangkan soal penggantian semula Tanah Rizab yang diambil oleh kerajaan negeri. Namun malangnya kebanyakan menteri besar tidak mahu mengganti semula atas alasan harga tanah itu akan jatuh lalu dibeli dengan harga yang murah, sedangkan terdapat orang bukan Melayu yang sanggup membeli dengan harga mahal," kata beliau.

"Anak cucu kita satu hari nanti akan menyalahkan kita kerana mereka akan menumpang di tanah kelahiran sendiri kerana sudah tidak mempunyai tanah," katanya lagi.

Ujarnya terdapat beberapa cara untuk menambah semula jumlah Tanah Rizab, namun sikap pemimpin yang tunduk kepada bangsa bukan Melayu menjadi penghalang.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hasrol Hafiz Aliasak pula, isu Tanah Rizab Melayu bukan isu baru sebaliknya ia telah dibincangkan sejak 100 tahun lalu oleh pihak British.

Beliau yang merupakan ahli akademik yang bertanggungjawab mendedahkan di media jumlah Tanah Rizab Melayu yang kini berbaki 11% berkata, terdapat banyak punca berlakunya penyusutan.

Antaranya ialah sikap orang Melayu yang menganggap tanah sebagai komoditi yang mahu mendapat keuntungan sementara.

Selain itu, pembangunan bandar juga merupakan ancaman terhadap Tanah Rizab Melayu seperti yang berlaku ke atas Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Katanya, tanah adalah lambang kedaulatan sesebuah bangsa yang perlu dipelihara.

"Kita perlu mengambil pengajaran daripada bangsa-bangsa yang sudang kehilangan tanah air. Mahukah kita menjadi seperti Palestin yang tanahnya sudah diambil oleh Israel?

"Jika kita sudah hilang tanah, di mana lagi kita mahu duduk?" soal beliau dalam pembentangannya.

Sumber TKO - 18-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUU 355: Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien, Bahasa Melayu Tak Tahu Macam Mana Nak Faham?
Posted on Sunday, September 18 @ 18:36:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31710



Walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir memberi penerangan mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pada majlis diolog antara PAS dengan Persatuan Hokkien tapi Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia terus mengumpulkan tandatangan untuk menolak pindaan berkenaan.

Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien, Tan Sri Khoo Chai Kaa mengatakan bahawa dia tidak memahami ucapan Hadi dan akan terus mengumpulkan tandatangan bagi membantah pindaan Akta 355 itu.

Itulah hakikat orang Cina Hokkien, Ketua pulak tu. Warganegara Malaysia mengetahui tentang bahasa Kebangsaan tapi cakap Melayu pun tak faham. Tinggal di Malaysia sudah lebih daripada 50 tahun.

Bangla baru datang ke Malaysia, tak lebih 6 bulan sudah mahir bercakap bahasa Melayu.

Kalau Presiden PAS terang RUU 355 kepada Hindu Bangla, Budhha Maymar saya rasa mereka lebih faham daripada Cina Hokkien yang tinggal di Malaysia berkurun-kurun, sebab mereka tidak menghormati hak bumiputra dan hak orang Melayu serta agama Islam.

Malah dalam banyak komen mereka kata undang-undang ini mengganggu mereka, sedangkan mereka sebenarnya cuba ganggu orang Islam nak laksanakan hukuman kepada umat mereka. Apa punya bangang.

Semasa dialog itu, Presiden PAS menegaskan pindaan yang dicadangkan hanya melibatkan muslim dan bukan muslim tidak terjejas dengan undang-undang itu.

Takkan ini pun Cina Hokkien tak faham.

Yang menyedihkan disebalik Cina Hokkien ini ada Melayu Islam PAN dan UMNO yang bodoh tak faham juga apa yang Presiden PAS nak bawa dalam RUU 355. Mereka ini telah tersesat, semoga Allah mengampunkan kebodohan mereka.


Sumber TKO - 18-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































Islam premature dan Islam modified


ALANG IBN SHUKRIMUN | .

ISLAM meraikan trend, tapi bukan mengikut trend. Islam membenarkan hiburan, tapi Islam bukan bermanhaj hiburan. Islam punya unsur liberal, tapi Islam bukan agama liberalisme.

Islam ada memperjuangkan dasar sosial, tapi Islam bersalahan dengan sosialisme. Islam mengharuskan populariti, namun Islam bukan bukan untuk mereka yang gila populariti dan publisiti.
Hatta Islam sangat dekat dengan politik, namun politik bukan segala-galanya dalam Islam.

Inilah antara perkara yang ramai penganut dan pejuang Islam terlajak. Apabila kenal Islam melalui satu sisi sahaja, terus mereka anggap itulah 'Islam' secara keseluruhannya. Tidak mendapat tasawwur Islam yang menyeluruh kerana terlalu ghairah dengan sedikit yang diketahui.

Tasawwur Islam sebenar adalah seluruh ajaran Islam. Dari surah al-Fatihah hingga an-Nas. Dari Gua Hira hingga ke ribaan Siti Aisyah. Tidak boleh menolak walau satu hurufpun dari al-Quran. Tidak boleh tinggal walau satu detikpun dari Sunnah hidup baginda.

Kerana itu jangan pelik kalau Tuhan perintah orang beriman untuk masuk Islam semula. Bukan kerana iman mereka terbatal, tapi kerana ramai umat akhir zaman ini tidak mengikut Islam secara keseluruhan, mengikut tasawwur yang benar.

Manhaj Islam sebenar adalah syumul/menyeluruh. Justeru jika didapati ada yang mendakwa Islam tapi mengambil sisi tertentu sahaja, maka dengan jelasnya itulah jejak langkah syaitan yang wajib dijauhi.

Firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [Al-Baqarah:208]

Dua langkah yang musuh Islam ambil untuk pesongkan ajaran Islam:
1. Mengambil sebahagian ajaran Islam dan meninggalkan/menafikan yang lain. Contoh menerima konsep ekonomi Islam tapi menolak konsep perundangan Islam. Ini Islam pramatang.

2. Mengimport masuk sebarang unsur luar ajaran Islam dan menghalalkannya atas alasan Islam memiliki unsurnya. Contoh mengimport semua konsep kapitalisme atas alasan Islam menggalakkan kemajuan ekonomi. Ini pula Islam yang telah dimodified.

Jaga-jaga dengan jenama Islam liberal, Islam-sosial, Islam-progresif, Islam Hadhari, Islam Demokrat, Post-Islamism dan apa jua tokok tambahnya. Kerana Islam sebenar hanyalah 'Islam'. – HARAKAHDAILY 15/9/2016

Sumber HD - 15-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Perdamaian’ Anwar-Mahathir Lemahkan Sokongan Melayu Kepada Pembangkang
Posted on Monday, September 12 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31632



SHAH ALAM: Penganalisis politik meramalkan ‘hubungan baik’ yang kembali terjalin antara Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal melemahkan lagi sokongan orang Melayu kepada pembangkang.

Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid berkata demikian, ekoran melihat kepada penyokong anti-Mahathir terutamanya dalam PKR yang tidak ‘gembira’ dengan keadaan tersebut.

“Tindakan yang dilakukan (Tun) Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin saya rasa adalah silap, sekiranya ianya cuba untuk melupakan apa yang berlaku bagi menarik sokongan PKR dan DAP. Kalau betul-betul nak menarik sokongan Melayu secara mutlak kena bincang balik kedudukan selepas PRU.

“Kalau mereka buat begini, orang Melayu sendiri pun tidak boleh menerima maka sokongan yang diterima akan kecil, dan gagal untuk mendapat dominasi yang besar,” katanya kepada Antarapos.
Malah katanya, tidak mungkin penyokong kuat bekas ketua pembangkang itu boleh melupakan serta merta kekejaman yang pernah dilakukan bekas perdana menteri itu terhadap Anwar pada tahun 1998.

“Saya rasa tindakan ini tidak akan menarik sokongan ramai sebab masyarakat sudah nampak, dulu Mahathir sendiri yang memperlakukan (memenjarakan) Anwar, siapa yang mula-mula bertindak terhadap (Datuk Seri) Anwar, Mahathir.

“Masyarakat masih ingat, seolah nampak sangat demi kepentingan dia dan suatu hari nanti bila sudah berjaya (jatuhkan BN) maka dia akan menolak semula kenyataan itu. Ini mungkin boleh berlaku,” jelas beliau.

Terbaru Muhyiddin dalam satu program malam tadi menyatakan sokongannya terhadap pembebasan Anwar malah berikrar akan menjadikan ia agenda perjuangannya.

Sebelum itu, Mahathir membuat kejutan apabila berjumpa Anwar untuk kali pertama dalam tempoh 18 tahun selepas memecat beliau daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998.

Anwar yang ketika itu timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno turut menuduh Mahathir sebagai dalang di sebalik hukuman enam tahun yang dijalani beliau atas tuduhan sodomi.

Malah penyokong tegar Anwar dalam PKR mendesak parti itu waspada dalam menjalin kerjasama dengan Mahathir kerana beliau dikatakan masih enggan mengaku pernah menzalimi terhadap Anwar kerana rakus kuasa.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan sodomi kali kedua, melibatkan bekas pembantunya.

Mohd Noor juga tidak menolak tindakan drastik Mahathir dan Muhyiddin ini ibarat langkah menyelamatkan diri daripada lemas dalam badai politik.

“Dalam politik hari ini musuh, dan esok menjadi kawan. Kadang-kadang seperti orang yang berada dalam keadaan lemas perlukan pertolongan, dia akan mengambil apa sahaja yang boleh dijadikan bantuan pelampung, nampak apa sahaja yang terapung dia akan cuba memegangnya. Itu yang saya nampak,” katanya lagi –AP

Sumber TKO - 12-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PERSOALANNYA: Adakah PAS Nekad Sebagai Blok Ketiga?
Posted on Monday, September 12 @ 06:07:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31622

"

Dogma yang perlu difikirkan kembali secara sedar ialah benarkah pakatan pembangkang hari ini lebih berwibawa daripada BN untuk memerintah negara? Penulis lontarkan pertanyaan ini agar kalian mula menilai satu persatu parti-parti yang bercita-cita besar untuk menguasai Putrajaya. Sedarkah kalian bahawa ada perbezaan jelas antara tingkah pembangkang sebelum dan selepas PRU13.

Pada pandangan penulis, PAS jangan terlalu memberi prioriti terhadap strategi satu lawan satu; sedangkan dengan kewujudan PPBM pertandingan 3 penjuru pada banyak tempat mungkin lebih menguntungkan PAS. Namun fokus perbincangan ini ialah dengan siapa harus kita berkawan dan bekerjasama. Bukan kerana kita tidak mahu berkerjasama dan mengurangkan musuh. Cuma penulis berharap PAS tegas dengan Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga.



Isu yang sepatutnya dilihat ialah sejauh mana PAS mampu menjayakan cita-cita perjuangan dan merealisasikan citra politiknya yang berpaksikan Islam. Mari kita lihat satu persatu parti-parti yang menagih kehadiran kita kerana mereka baru sedar bahawa PAS adalah parti Islam/Melayu teras.

Pertama, PKR. Parti ini semacam terbahagi kepada dua pendekatan. Satu ingin bersama dengan PAS dan sebahagian lagi geli melihat janggut kita. Sepihak bersikap terbuka dengan dasar-dasar kita manakala sepihak lagi sinis dan kontradik dengan apa yang kita perjuangkan. Bolehkah kita percaya dengan parti yang bermain kayu tiga? Aku hanya memperingatkan.

Apakah PKR boleh menjadi gandingan kerajaan pusat yang baik? Kita harus menilai sikap mereka sejak peristiwa penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim dari kerusi MB Selangor dan PKR. Pemimpin yang telus dan berwibawa begitu boleh mereka comotkan dengan dokumen fitnah 90 mukasurat. Bagaimana pula dakwaan rasuah seks yang memalit lumpur di badan kerajaan PKR Selangor? 
Mampukah nanti pemimpin-pemimpin PKR menjadi role model apabila menguasai Putrajaya?

Kedua, PPBM. Usah dinafikan bahawa mereka masih membawa cara hidup, fahaman dan pendekatan UMNO. Malah mereka masih sayangkan UMNO sebenarnya. Tengoklah kalau Najib berundur. 
Jangan pula kita lupa pada sikap Mahathir terhadap syariah dan hudud. Bukankah amat menggerunkan kita? Bukan Mahathir berseorangan dalam hal ini. Perhatilah penjilat sekeliling mereka. Semua ahli PAS boleh kenal perangai dan sikap mereka.

Andai jadi rakan sekutu di Putrajaya, adakah mereka akan berlaga angin dengan dasar PAS? Perangai mereka adalah perangai UMNO. Tak kan begitu mudah lenyap segala kebobrokan mereka semasa bersama UMNO semalam? Aku sama sekali tidak percaya kepada parti yang tertubuh atas dasar benci kepada individu bernama Najib.

Ketiga, DAP. Senak kepalalah kalau hendak meletakkan harapan kepada kereta kebal pemusnah ini. Mereka boleh u-turn 360 darjah untuk membedil rakan sendiri. Kata Malek Redzuan dalam lagu hitnya, “cukup sampai di sini, sayang”.

Bukan sekadar itu, apa berlaku kepada CAT sekarang? Apa sebenarnya lolongan kerajaan yang pernah menempelkan kemuliaan Khalifah Umar Abdul Aziz ini? Isu rasuah Lim Guan Eng, isu duit kopi perumahan rakyat, isu tambak laut, isu perobohan premis penjaja kecil dan banyak lagi? Inikah model kerajaan yang mendakwa dapat mengakhiri derita rakyat apabila menawan Putrajaya?

Keempat, PAN. Tak masuk buku langsung untuk dibahaskan. Ahli PAS tak payah lagi diperkenalkan satu persatu pemimpin PAN yang baru sahaja membuka kamus ‘dosa’ ini.

Justeru, perlukah PAS meletakkan harapan untuk mempersadakan tuntutan syariah dan kerajaan yang bersih bersama parti-parti dalam blok pembangkang tersebut? Fikirlah masak-masak secara tuntas dan holistik. Jangan terkesima akan jalan untuk dapat kerusi sahaja.

Adakah semua parti itu akan mengizinkan PAS melaksanakan syariah, membanteras maksiat dan rumah persundalan, penjualan arak secara bebas, menghalang LGBT dan liberaslime agama dan sebagainya apabila masing-masing berkongsi kuasa nanti? Andai mereka mendapat jumlah kerusi yang dominan, tidak mustahil mereka menendang PAS ketika itu. Semua itu akan berlaku jika PAS silap membaca seni politik dan gagal membuat percaturan yang tepat.

Penulis melihat PAS masih ragu-ragu dengan laungan ‘Istiqamah Hingga Kemenangan’. PRU14 dijangkakan semakin hampir; kurang dari setahun. PAS masih berkira-kira sama ada hendak bertanding sendirian atau bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain. Benar, situasi kini amat sukar bagi pemimpin untuk membuat keputusan. Motif tulisan aku adalah untuk berkongsi pandangan. Apakah aku yang naïf?

Sumber TKO - 12-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar-Mahathir berjabat tangan tanda damai atau muslihat?
Posted on Sunday, September 11 @ 08:53:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31611


Episod pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan anak didiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah lapan belas tahun dua hari berenggang dan saling bermusuhan dalam politik Malaysia kelmarin meninggalkan banyak tanda tanya.
Sebenarnya, pertemuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu bertema politik. Lantaran itu persoalan yang menyusul ialah di antara mereka, siapakah dalam senario politik hari ini yang memerlukan siapa?

Latar pertemuan mereka adalah jelas politik. Anwar memohon injunksi untuk menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 kerana percaya ia bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara.

Sementara Mahathir pula mendakwa bahawa beliau hadir di mahkamah untuk menunjukkan sokongan kepada usaha Anwar itu dan tidak semestinya mahu berbaik semula dengan Anwar. Umum itu hanya jawapan politik.

“Saya bukannya berdamai dengannya. Saya tak boleh kata kami berkawan.  Tetapi kami ada berbual.

“Saya berminat dengan kes ini kerana ia membabitkan keselamatan negara. Perkara ini pun ada ditulis dalam blog saya,” kata Dr Mahathir.

Jika pertemuan itu adalah satu kebetulan dan bukan bertunjangkan motif politik, mengapa kedua bekas pemimpin itu dalam masa yang singkat bertemu dua kali di mahkamah berkenaan?.

Mereka pada mulanya bertemu di galeri awam. Setelah Anwar dibawa masuk ke bilik saksi oleh pegawai penjara, Mahathir dilihat memasuki bilik sama dengan ditemani oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Lebih kurang 20 minit kemudian, Mahathir keluar dari bilik saksi dan meninggalkan mahkamah. Mahathir tidak menunggu sidang bermula. Maka kesimpulannya, pertemuan itu memang ada sisi politiknya.

Nampaknya pertemuan mereka ini diatur. Sudah tentu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali boleh menjawab persoalan pertemuan itu satu kebetulan atau memang beliau sendiri yang mengaturkannya.

Sememangnya, Azmin memang rapat dengan Mahathir. Azmin bekerja dengan Anwar sehingga beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Khabarnya Mahathirlah yang meminta Anwar mengambil Azmin menjadi pembantunya.

Ada juga khabar lain mengatakan Azmin anak angkat Mahathir. Maka tidak janggal jika Azmin yang mengatur pertemuan itu. Mengekori hal ini ialah, siapa yang meminta pertemuan itu diadakan. Anwar atau Mahathir?

Anwar sentiasa melaungkan dakwaan bahawa beliau dipecat pada 1998 dari kerajaan dan Umno kerana difitnah penyokong-penyokong Mahathir yang iri hati dengan hubungan beliau yang begitu rapat dengan Mahathir.

Mahathir sebaliknya mendakwa beliau tidak boleh mengizinkan Anwar menjadi penggantinya sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia  kerana Anwar mempunyai moral yang buruk kerana terbabit kegiatan homoseksual.

Maknanya, bagi Mahathir tidak mungkin beliau mahu merendahkan neraca nilainya hidupnya dengan mahu berbaik semula dengan Anwar yang terang-terang dianggapnya seorang peliwat.


Anwar pula masih tegas mengatakan bahawa pemecatannya 18 tahun ialah fitnah dan orang paling percaya fitnah itu adalah Mahathir. Akibatnya beliau dipenjara dari 1998 hingga 2004.

Dilihat dari perspektif ini agak kurang cerdik jika dibaca bahawa Anwarlah sebenarnya mahu menemui Mahathir. Ini kerana lantaran Mahathirlah beliau tersekat kerjaya politiknya dan keluarganya pula diaibkan.

Namun ada pihak yang berteori bahawa Anwar sebenarnya ingin tahu betapa tulen dan luhurnya komitmen Mahathir mahu menumbangkan Umno daripada mulut Mahathir sendiri.

Kononnya Anwar mahu menilai seberapa tegarnya Mahathir mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan ingin bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan pembangkang amnya.

Hujah penyokong golongan ini ialah, Anwar pernah membantutkan percubaan menggerakkan Deklarasi Rakyat Mahathir melalui surat khususnya kepada pemimpin PKR supaya berhati-hati dengan politik licik Mahathir.

Akibatnya sokongan PKR pada deklarasi itu menjadi hambar. Berikutan itu Mahathir merintis peluang baru dengan menubuhkan parti Pribumi Bersatu dan menyatakan masih ghairah bekerjasama dengan pembangkang lain.

Lantas bolehkah pertemuan 20 minit itu diertikan sebagai satu temuduga oleh Anwar ke atas Mahathir bagi menentukan sama ada beliau layak memimpin angkatan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang?

Anwar insaf dalam keadaan sekarang beliau tidak berpeluang memimpin barisan pembangkang dalam pilihanraya umum ke-14. Beliau juga akur kini tiada tokoh lain boleh menggantikan tempatnya; kecuali mungkin Mahathir.

Maka tidak hairanlah jika Anwar meminta Azmin mengatur pertemuan itu walaupun beliau tidak mungkin lupa dan terlepas pandang keberangkalian “hati kering” Mahathir akan mendorongnya “belot” jika pembangkang berjaya kelak.

Mungkinkah dalam pertemuan itu Anwar membentangkan syarat-syarat yang perlu Mahathir patuhi jika mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan parti pembangkang lainnya?

Yang pasti matlamat perjuangan Anwar dan Mahathir berbeza. Mahathir hanya mahu menjatuhkan Najib yang dianggap anak didik yang derhaka. Seraya itu beliau sekaligus mahu melampiaskan kekecewaannya terhadap Umno.

Mahathir mahu dan sanggup meruntuhkan Umno. Bagaimanapun Anwar mengimpikan natijah lebih besar daripada itu – reformasi sistem kerajaan. Anwar mahu perubahan total tetapi matlamat Mahathir hanyalah Najib.

Sememangnya naluri dan ftrah politik Mahathir sentiasa mahu menang dan menjadi pemimpin. Anwar sudah mengingatkan ahli pemimpin PKR akan betapa liciknya politik Mahathir. Hal itu tidak mungkin dilupai Mahathir.

Rekod Mahathir menunjukkan beliau tergamak menggunakan platform PAS ketika menentang Tunku Abdul Rahman hingga dipecat dari Umno.

Mahathir bergabung dengan Bersih walaupun mengutuk gerakan politik jalanan bila rakyat bangkit mempertahankan Anwar pada 1998.

Mahathir penganut fahaman politik Machiavelli di mana matlamat menghalalkan cara. Beliau mahu menang sentiasa. Kini jika perlu berkompromi dengan seorang yang dianggap peliwat, beliau sanggup melakukannya asal hasratnya tercapai.

Namun agak mustahil Anwar mahu merelakan Mahathir memimpin pembangkang. Mungkin Anwar hanya mahu mempamerkan beliau berjiwa besar dan membina persepsi yang bolehmemuncakkan aura politiknya.


Bagaimanapun Mahathir tetap Mahathir. Beliau menegur dan bertolak ansur dengan Najib pada permulaannya kerana mahu melontarkan imej mentor politik yang berwawasan sebab beliaulah yang memilih Najib jadi perdana menteri.

Bagaimanapun apabila Najib melawan dan kemudian bertindak balas, Mahathir sanggup keluar parti dan kini menggunakan apa jua cara untuk membakar Umno sampai rentong; dan tidak terkecuali Anwar Ibrahim sendiri.

Anwar mungkin mahu menggunakan faktor Mahathir bagi menjalin kerjasama di kalangan pembangkang hanya untuk memenangi pilihanraya umum akan datang. Ketika itu beliau berkira sudah bebas dari penjara.

Namun Mahathir pula sudah tentu sudah ada lakaran strategi licik untuk memastikan kesudahan drama politik ini akan memihak padanya. Sudah tiga kali Mahathir keluar Umno. Apapun beliau pasti mahu kembali pada Umno.

Anwar atau Mahathir adalah pelaku politik yang sukar diramal pemikiran dan sasaran politik mereka kerana masing-masing pandai menggunakan topeng politik yang pelbagai.

Jika pisang diizin berbuah dua kali, semakin jauhlah nampaknya harapan pembangkang mencipta kemenangan dalam pilihanraya umum ke-14 dan semakin hampir pula berkubur impian reformasi di negara ini.

Abdul Rahman Malik
ANTARAPOS
 


Sumber TKO - 11-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




PEMBANGKANG: Kita Tuai Apa Yang Kita Tanam
Posted on Saturday, September 10 @ 13:21:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31601

"Nampaknya ramai yang tangisi situasi politik parti-parti pembangkang pada hari ini. Seolah-olahnya perpecahan dalam kalangan parti pembangkang sukar diubati lagi sekurang-kurangnya dalam menghadapi PRU14 nanti. Inilah natijah pengkhianatan rakan-rakan Pakatan Rakyat dan bekas pemimpin ‘profesional’ PAS yang tidak bersedia untuk dipimpin.
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvam berpendapat kehadiran PAN dan kewujudan PPBM menyukarkan lagi pembahagian kerusi antara pembangkang. Tambah beliau lagi logo PAN dan PPBM tidak popular.  Bolehkah pembaca faham logo apakah yang sudah popular dan dekat di hati rakyat?

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad pula berharap semua parti pembangkang  bergabung dalam satu pakatan untuk menentang Umno Barisan Nasional (BN).Tiada sesiapa yang dapat menafikan apabila beliau berkata,"Kalau mereka betul-betul berminat untuk menukar kerajaan dan menentukan kepimpinan baru bagi negara kita, mereka harus bekerjasama secara rapat, secara berkesan supaya mereka tidak akan menjadi lemah,"  

Mahathir mendakwa, jika ada mana-mana parti dalam kalangan pembangkang yang enggan bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain di bawah satu pakatan, ia sebenarnya 'bekerja' untuk Umno/ BN. Agaknya beliau sinis kepada PAS.

Itulah juga tuduhan pemimpin PAN, DAP dan sebahagian pemimpin PKR. Semuanya buat-buat lupa susur-galur perpecahan Pakatan Rakyat (PR). Bukan sekadar itu, rakan-rakan komponen PR ini sepakat membina persepsi rakyat seolah-olah PAS-lah punca segala kemelut. Mereka memalsukan fakta melalui akhbar dan media baru milik mereka agar PAS dipandang hina. Mereka mengimejkan PAS selayak anjing buruk kepala. Pengundi Cina dijauhkan dari PAS semahu-mahunya.  Hari ini cukuplah kita berbahas tentang  nasi yang sudah menjadi bubur ini.

 Lebih melucukan kenyataan yang terloncat dari kerongkong pemimpin parti serpihan PAS.  Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata adalah ‘berdosa’ jika PAS enggan berunding untuk mengelakkan pertindihan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Rupa-rupanya ada juga ‘kamus dosa’ dalam perjuangan PAN.

Katanya lagi, “Kita akan berunding dengan siapa saja. Berdosa kalau tak nak berunding. Kalau PAS ajak kami berunding, sudah tentu kami akan berunding. Nampak terdesak dan menghibakan sungguh mereka apabila berkata, “ Jika dulu boleh makan sepinggan, takkan sekarang berunding pun tak boleh."   

Jelas sudah para pemimpin PAS yang membentuk PAN ini berjuang untuk untuk jawatan dan kerusi. Sebab itulah mereka tergamak melanggar bai’ah, melarikan kerusi dan pejabat PAS . Dan kini ada hati mendakwa PAS tidak berhak mendakwa kerusi yang mereka larikan sebagai kerusi tradisional PAS. Benci dan geramnya mereka terhadap PAS hinggakan RUU355 mereka pertikaikan dengan berbagai-bagai karenah sedangkan citra perjuangan PAS itulah yang sama-sama mereka junjung ketika bersama.

Entah ke mana ratib UG siang dan malam. Ke mana dan ke mana; boleh tolong jelaskan? Kenapa hari ini berperangai gila talak dengan ‘isteri’ yang kamu maki setiap hari dan malam dengan dakwaan untuk ‘bersuami dengan UMNO’. Durjana sungguh tingkah politikmu.

Sudah membisukah suara pemimpin DAP yang sering menyerang Presiden PAS? Agaknya semua sudah bungkam dengan apa yang terjadi di Pulau Pinang. Entah ke mana CAT? Kucing putih bak fatamorgana telah hilang ditelan oleh isu-isu rasuah dan penyelewengan para pemimpin DAP yang hanya menunggu hari untuk diadili.

Demikianlah sebahagian episode drama panjang yang hari ini ditangisi oleh manusia hipokrit. Di depan ada UMNO yang menyerang PAS lebih setengah dekad. Di kanan ada sebahagian pemimpin PKR, di kiri ada DAP dan di belakang ada PAN yang sedia menikam sampai tembus ke Kelantan. Kini nampaknya ada PPBM yang berterbangan di atas ubun-ubun PAS sedang belajar bertatih mencari mangsa. Siapakah mangsa pertamanya?

Pendek kata PAS yang berpaksikan perjuangannya pada Islam kini cuba dimangsakan dari segenap sudut. PAS dirobek kiri dan kanan kerana mereka merasakan PAS akan tumbang oleh bertubi tikaman. Adakah PAS tumbang? PAS digilai dalam mimpi apabila mereka menyedari PAS-lah teras sokongan Melayu/Islam kepada pembangkang. Benarlah mereka umpama pungguk yang rindukan BULAN.


Ditegaskan; kini seluruh PAS telah bulat menyatakan istiqamah hingga kemenangan. Seluruh PAS telah bulat menggenggam wala’ sebagai prinsip teras gerakan Islam. Seluruh PAS bulat dengan segala apa keputusan, strategi dan halatuju kepimpinan ulama kami. Dan motif tulisanku kali ini ialah untuk menegaskan kepada blok pembangkang bahawa hari ini kita sama-sama menuai apa yang kita tanam. Mengapa ditangisi?

Sumber TKO - 10-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Antara Najib dan Mahathir siapa RAJA PEROMPAK wang rakyat?
Posted on Wednesday, September 07 @ 19:33:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31591



Umno kini berasa gelisah ekoran pertemuan bersejarah antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ujar Azmin, pertemuan tersebut telah menyatukan parti-parti pembangkang dan rakyat Malaysia dengan pada masa yang sama mencetuskan suasana panik dalam kem Umno.

Ada dikalangan kumpulan reformasi mengucap tahniah kepada Mahathir dan Anwar kerana sanggup melupakan persengketaan silam. Katanya marilah kita bergabung di bawah panji-panji Pakatan Harapan menuju kejayaan dengan satu tekad meruntuhkan tembok dan benteng besi terakhir Umno/BN dalam PRU-14 dan Putrajaya semakin dekat di hati kita pahlawan rakyat berbilang kaum, satu bangsa dan satu negara.

Katanya gabungan Mahathir-Anwar akan meruntukkan krorupsi Najib dan kroninya. Negara Malaysia akan selamat daripada 'perompak wang rakyat'.

Saya menjadi bingung dengan sesetengah kumpulan reformasi yang dulu sanggup bermandikan gas pemidih mata, masuk longkang, balai dan lokap tapi kini macam hilang pedoman bila agenda reformasi telah bertukar menjadi agenda peribadi nak jatuhkan Najib semata-mata.

Agaknya antara Najib dan Matahir siapa RAJA PEROMPAK?

Saya tak perlu menjawab persoalan ini. Untuk jawapan terbaik ialah Anwar Ibrahim kerana dia pencetus reformasi rakyat. Mari kita dengar apa kata Anwar yang disediakan oleh kawan saya.

Video:  https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=sriKuWncvGU


Kalau mengikut apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim, Mahathir lagi banyak sapu duit rakyat berbanding dengan Najib. Kenapa kita boleh bersama dengan RAJA PEROMPAK bersalam dan memaafkannya dan menyerang TIMBALAN RAJA PEROMPAK? Dimana rasionalnya?

Jangan jadikan politik ini untuk kepentingan dan tujuan peribadi dengan menepikan masalah sebenar rakyat.


Sumber TKO - 7-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Apakah BEZA antara ANWAR dengan MAHATHIR?
Posted on Monday, September 05 @ 18:18:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31564



Hari ini semua akhbar menyiarkan berita Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Bekas perdana menteri itu diiringi oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Anwar kelihat tersenyum dan bertegur sapa serta bersalaman dalam mahkamah ketika tiada sidang, sambil diperhatikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir.

Tangan kiri Anwar juga kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar.

Ini dipanggil sandiwara politik. Kadang kala musuh boleh jadi kawan dan kawan boleh jadi musuh kerana mereka berhajat sesuatu berbeza dengan politik Islam yang diajar dan dibawa oleh PAS, prinsip perhubungan adalah berdasarkan kepada Islam.

Jadi tak hairan kalau ada ahli-ahli PAS yang masuk parti PAN nilai Islam mula terungkai, lihat sahaja kepada Mujahid Rawa yang mufti yang sokong RUU 355 pun dia pertingkaikan demi nak tarik sokongan bukan Islam. Bila matlamat politik lebih penting daripada Islam, itu jadinya.

Berkenaan dengan Anwar dan Mahathir mereka hanya berbeza sedikit aje. MAHATHIR KELUAR MASUK UMNO, ANWAR PULA KELUAR MASUK PENJARA. Kedua-duanya menjadikan politik untuk mencapai matlamat singkat.

Mahathir dulu sanggup haramkan UMNO demi nak kuasa, Kemudian keluar lagi UMNO nak singkirkan Paklah dan kini dia keluar UMNO dan nak jatuhkan UMNO kerana nak selamatkan 'wangnya' yang berada pada kroni yang mana kroninya kian menjauh kerana dia sudah hilang taring!

Apa salahnya untuk bersalam dan tepuk bahu Anwar kalau setakat nak 'perbodohkan' dia dan pengikutnya.

Tun Mahathir selambar aje jumpa Anwar, bersalam. Dia tak minta maaf pun. Pada akhbar dia jawab liwat isu lain. Apa yang dia dapat ialah Anwar sambut dia, pengikut Anwar mulai menjilat Mahathir, seolah-olah apa yang dibuat kepada Anwar adalah betul tapi yang tak betul hanyalah Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016


Sumber TKO - 5-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sanggupkah pembangkang taat pada Mahathir?
Posted on Monday, September 05 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31560


Nampaknya, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) memilih jalan selamat dalam memeta strategi pilihanraya umum ke-14 yang akan berlangsung kurang dua tahun lagi.

Kerabat BN dilihat cuba mengaplikasikan konsep asas politik – bersatu teguh – dalam menghadapi cabaran parti-parti politik pembangkang yang semakin banyak bilangannya kini.  

Parti Gerakan dan MCA jelas mahu menggunakan kekuatan perpaduan dalam parti untuk menghadapi saingan parti Cina bukan Melayu seperti DAP dan separa Melayu seperti PKR.
Sebagai langkah permulaan,  Parti Gerakan akan mengumumkan senarai calon parti itu lebih awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.
Beliau berkata, pihaknya akan memuktamadkan senarai calon bagi bertanding di 45 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selewat-lewatnya Oktober ini.
"Pada pilihan raya umum lepas, semuanya dilakukan pada saat akhir, dan keputusan tidak berapa baik.
"Kami berharap dengan mengumumkan kesemua calon sekarang, kami boleh mencapai keputusan lebih baik," katanya.

Gerakan mahu mendekati pengundi seawal mungkin supaya mudah membentangkan wawasan politiknya mahu membangunkan rakyat dan negara.
Meskipun insaf bahawa tindakan itu bakal menyebabka perebutan untuk menjadi calon pilihanraya di kalangan ahli, namun Gerakan berazam mengeratkan perpaduan parti terlebih dahulu. 
Mah tidak menolak kemungkinan akan berlaku pelbagai masalah termasuk sabotaj dalam kalangan anggota parti namun Gerakan akan terus menjadikan agenda perpaduan fokus parti.
  
Mah berkata, pihaknya akan bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat terutama di Pulau Pinang.
Sementara itu, MCA pula sudah mengenalpasti calon bagi PRU14 untuk merampas semula kerusi yang mereka kalah pada PRU lalu.
Menurut presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang tentang calon yang dipilih itu.
“Kriteria bagi pemilihan calon kami bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang. 
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata, MCA akan meminta semula tiga kerusi Parlimen miliknya di Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju dari Umno.
“Kita pinjamkan tiga kerusi parlimen kepada Umno dan mahu dapatkannya semula. Kami yakin Umno akan membantu MCA untuk memenangi sokongan Melayu.
“Bagi MCA, persiapan bermula sejak awal lagi. Misalnya di Pulau Pinang, jika mereka mahu adakan pilihan raya awal, kami bersedia,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa calon-calon MCA adalah gabungan muka baru dan lama.

Liow berkata, MCA bekerja keras untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina dengan terus membantu dan berkhidmat kepada rakyat, termasuk di kawasan di mana MCA tewas pada PRU lepas.
Umno pula kini sibuk dengan mesyuarat peringkat Bahagian-Bahagiannya dan  ini adalah peluang baik baginya menggariskan rangka strateginya kepada pemimpin peringkat akar umbi.
Jika keselarasan pemikiran politik dapat dianyam melalui proses mesyuarat bahagian-bahagiannya, perhimpunan agungnya tahun ini akan menyaksikan perpaduan Umno semakin bertaut. 
Bagaimanapun persediaan dua blok pembangkang – Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan – masih berpaut pada banyak kemungkinan. 
Sama seperti komponen BN, pihak pembangkang – DAP, PKR dan Amanah dari Pakatan Harapan dan PAS serta IKATAN dari Gagasan Sejahtera– masih bergelut dengan isu perbalahan dalaman mereka sendiri. 
Yang sedikit berbeza ialah, kini BN lebih cenderung menjurus pada perpaduan sementara kemunculan Parti Pribumi Bersatu yang dipimpin oleh Tun Mahathir mungkin merumitkan lagi keadaan di dua blok pembangkang itu. 
Pada asasnya Parti Pribumi mahu meletakkan calon di kerusi-kerusi yang dimiliki Umno. Ia juga mahu bertanding kerusi yang pernah ditandingi Pakatan Rakyat tetapi tewas pada Umno.
Parti Pribumi kini mengintai 88 kerusi yang dimenangi Umno-BN pada PRU13 lalu sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan. Namun RoS mempunyai kriterianya sendiri untuk meluluskan pendaftaran atau tidak. 
"Buat masa ini ada 88 kerusi Umno yang telah ditandingi oleh PAS dan PKR pada PRU13 tetapi telah dimenangi (semuanya) oleh Umno. 
"Semestinya tumpuan Parti Pribumi adalah pada 88 kerusi yang telah dimenangi oleh Umno yang mungkin akan menjadi sebagai asas perbincangan di antara mereka dengan PKR, PAS dan Amanah.

"88 kerusi ini adalah satu jumlah yang besar dan saya jangka kebanyakan kerusi ini adalah kerusi yang telah ditandingi oleh PAS, dan sebahagian lagi ditandingi oleh PKR," kata Pengarah Komunikasi Amanah, Abdul Khalid Samad. 
Soalnya mahukah PAS memberi laluan kepada Parti Pribumi? Begitu juga dengan Amanah. Relakah memberi laluan pada parti serpihannya, Amanah yang terang-terangan menyatakan ia mahu menggantikan PAS? 
Adakah DAP akan bersetuju? Ia adalah seteru falsafah perjuangan PAS. Adakah ia sanggup bekerjasama pula dengan Parti Pribumi dan memberi laluan pada parti baru itu bertanding di kerusi-kerusi yang ia pernah kalah pada BN?

  Akhir sekali, seandainya Parti Pribumi dapat merampas sebilangan besar kerusi Umno dan berjaya pula memiliki kerusi-kerusi yang gagal dimenangi PKR, DAP dan PAS dalam PRU 13, redhakah kedua-dua blok pembangkang itu taat tunduk pada parti Dr Mahathir?

Lokman Ramlee
AntaraPos

Sumber TKO - 5-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hudud -Islam The Misunderstood Religion -2
Posted on Monday, September 05 @ 11:04:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31552



komen ini telah di buat untuk nukilan yang dibentangkan olih satu ahli bisnis koon yew yin di dalam  ko song.blogspot.com Di paparkan disini untuk makloman

Is is interesting that Koon Yew Yin has an opinion on the implementation of the hudud -the aws pertaining to the morality of muslims.

Morality laws may or may not have any legal implications on muslims today. Seriously here would not be adultery cases today if hudud had been implemented As an example look t the current SD circulating in the net.

A husband filed a case in High Court citing that the Mrs is having an affair with an ex Mat Menteri .The Mat menteri wooed the Mrs by giving er expensive presents , money in the bank or projects translatable with present or future fiduciary gains.

It is noted that Koon yew Yin is celebrating life today as a successful billionaire having started spare parts business with Dr Mahathir [Med Bunikar Mara] supplying Governmet agencies with trucks and spare parts. He worries that such happy-ending enterprises would come to an end if hudud is implemented.

May I ask how so? Unless business had been procured in a hanky panky manner [ contracts secured with the gift of women to public servants ] I do not forsee that partnership or business oppurtunities would be affected.

Why would a morality law affect the prosperity in business - malay/chinese entrepreneurship? At this juncture I would recommend that readers do a reading of the book- 'Islam, The Misunderstood Religion 'by Muhammad Qutb which can be downloaded through the net. Therein you will understand the philosophy of God's law. God is Merciful, Compassionate

In Islamic Law we have an evolution- upgrade from the biblical laws. During Christ's time we had- life for a life , a tooth for a tooth. Islam permits the paying of 'blood money' [compensation for a life. See the magnamous aspect of Islamic law There are issues that Koon had raised based on hearsay and opinions which I would not add anything to because they do not merit my comment. As for Asri's comment -thst is merely his opinion. I believe he is not an Islamic jurist or law expert but his comment as a lay person does merit some point. Look at the case of Mr X.

Mrs X has an affair with a Mat Menteri. Does the husband think that the wife should go free of the morality crime? That is why Mr X takes her to the High Court to file for a divorce and to shame her!

However liberal a man is , he is not a Swede-the Mrs can fornicate whenever, whereever to the tempo of Shakira 's boogey... Of interest to readers, I find Tun Dr mahathir [ Koon' s business partner- according to the Star] is one of the biggest opponent of the Hudud implementation. Is it not ironical that he sacked Annuar because Annuar according to him was a homosexual? And who does he want as a replacement PM for najib ?

The lecher -Muhyiddin? This is is a contradiction in terms. in one situation he is umcompromising and in the latter case he is Mat Liberal? WTF Ah Chong and Amat went on a '0uri ayam' spree. According to Koon Amat would have his lovely hands chopped and Ah Chong might faced the chop too.

ha ha ha. Read the book by Muhammad QUTB! islam not such a low class religion that chop hands of thieves without a social conscience. According to my teacher teaching legal history before Charlemagne took over france from the Arab rule , France already had a system of governance where the criminal legal system had a trial by jury institued by the arabs. Compare that that with the English system then- they had a trial by fire . If he managed to get his hands out without damage having been exposed to some torure by fire he is deemed innocent. Do not misunderstood Islamic law. According to a documenftary the US Supreme Court judges had references to QURAN AND ANCIENT islamic texts in their library to give guidance on their legal reasonings. i find it reprehensible that Senior officials during Mahathir's tenure would keep someone's wife as mistress when statistics show that there are probably more available women to every man in this country.

When a men covets another man's wife he commits a crime [though ancient] it has not been removed from the CPC. There is no reason for a Melayu to commit adultery when there is a provision for him to keep 4 wives.

Furthermore when a man keeps a mistress he showers her with more gifts than his existing wife and the gifts could come from the assets of the government and illegal sources- a morally reprehensible thingy. Of Course business man like Koon would find it difficult to lubricate the process of business if women is not allowed as a gift to public civil servants. Look inside the SD who pays for the mistress o be continued as comforter for the Mat Menteri? Big business like Mr Koon's keep mat menteri in gomen with comfort-women [ as per japanese business phrase]. 


Sumber TKO - 5-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
Pindaan RUU355: Kerajaan, NGO perlu beri kefahaman
Posted on Sunday, September 04 @ 07:47:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31545


 SHAH ALAM – Pas berkemungkinan akan berdepan kesukaran sekiranya ingin memberi kefahaman mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) kepada masyarakat bukan Islam.


Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, oleh sebab demikian, Pas perlu mendapat kerjasama daripada kerajaan dan NGO pelbagai kaum untuk membantu menerangkan mengenai pindaan tersebut kepada masyarakat bukan Islam melalui media arus perdana di negara ini.


“Saya rasa peranan daripada Pas untuk memberi kefahaman ini mungkin susah sikit kerana ada skeptism dari masyarakat bukan Islam yang menyebabkan ia sukar diterima.

“Apa yang perlu adalah kerajaan sendiri memberi kefahaman dengan menggunakan media arus perdana seperti televisyen atau surat khabar dengan dibantu oleh tokoh-tokoh masyarakat pelbagai kaum tidak terlalu berlatarbelakangkan politik,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Menurut Zaharuddin, sebahagian daripada pemikir bukan Islam membantah pindaan tersebut berkemungkinan kerana mereka merasakan langkah berkenaan merupakan kunci awal bagi pelaksanaan pindaan lebih besar selepas ini yang akhirnya dapat melibatkan kepentingan mereka.

Bagi mengatasi perkara ini, Zaharuddin mencadangkan agar penjelasan mengenai pindaan akta tersebut turut disampaikan melalui badan bukan kerajaan (NGO) Cina Muslim, India Muslim dan serta komuniti setempat bagi memberikan kefahaman kepada pihak terlibat.

“Juga sangat baik jika dapat mendekati ketua-ketua bangsa dengan ziarah mesra.

“Sekiranya Pas memberikan penerangan ini atas nama parti, masyarakat bukan Islam mungkin hanya nampak ia hanyalah satu langkah politik yang diambil demi kepentingan parti dan ini mungkin berterusan menjadi 'mental block',” katanya.

Dalam pada itu, Zaharuddin memaklumkan bahawa pindaan akta berkenaan hanya melibatkan orang Islam dengan penambahbaikan institusi serta bentuk hukuman dan peranan Mahkamah Syariah sedia ada.

Selain itu, Zaharuddin memaklumkan bahawa ia jua terhad kepada beberapa jenis kesalahan sahaja dalam enakmen jenayah negeri seperti zina, khalwat, judi, arak dan sepertinya yang hanya melibatkan orang Islam sahaja serta tidak melibatkan hukum jenayah di luar bidang kuasa mahkamah syariah atau senarai persekutuan seperti mencuri, rompak, serta bunuh.

“Masyarakat Islam secara umumnya sudah semestinya patut merasa gembira apabila pindaan tersebut dapat dilaksanakan dengan menjadikan hukum sedia ada lebih hampir dengan hukum syariat demi semua masyarakat.


“Sekiranya belum sempurna, ia tetap satu usaha yang dianggap penting dan wajar disokong,” katanya

Sumber TKO - 4-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2009 Tok Guru Cadang Husam letak “JAWATAN EXCO”
Posted on Sunday, September 04 @ 03:17:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31544



Kawan-kawan PAN dan IKRAM berkata kepada saya, Tok Guru sebenarnya nak Husam ganti beliau menjadi MB. Saya gelak dan bertanya siapa yang reka cerita ini? Mereka sebenarnya tak ada hujah sekadar buat cerita bukan-bukan dan menuduh bukan-bukan sehingga berlaku hura-hura dalam gerakan Islam.

Saya memberi tahu mereka, kalau ikut pendapat Tok Guru Husam bin Musa ini bukan nak dilantik jadi MB, malah jawatan exco pun Tok Guru minta dia letak, tapi dia ni jenis degil.

Saya kata boleh rujuk kepada Kickdefella (Syed Aziz Syed Abdul Aziz) semasa Husam Musa baik dengan dia. Masa tu Kickdefella dengan Husam boleh "berpeluk dan cium". Jadi tulisan Kicdefella boleh dijadikan sandaran. Macam Husam dengan Mohd Sayuti Omar (MSO) juga sebelum itu boleh berpeluk cium, tapi bila mereka bergaduh MSO tulis pasal perempuan Cina dan Pangsapuri. Tapi nak berbaik semua MSO mengampu macam "anjing yang makan taik" semua yang Husam buat betul berlaka apa yang pimpinan PAS Kelantan buat semuanya salah belaka.

Kicdefella menceritakan sewaktu awal kemelut politik Kelantan setelah dia ditamatkan kontrak, khabar-khabar angin mula kencang tentang Husam Musa akan mengosongkan jawatan exco yang disandangnya.

Ceritanya bermula setelah pertemuan Husam dengan Tuan Guru MB yang berakhir dengan kedua-dua mereka menangis dan Husam mengambil cuti beberapa hari.


Antara mesej yang Husam sampaikan kepada Kicdefella waktu awal-awal kemelut itu ialah, “langit belum runtuh, kalau runtuh, ambo pun tertimpa sama tak sempat angkat bendera putih.”

Jawapan Kicdefella kepada Husam, “Dato’ yakin matlamat boleh menghalalkan cara, tetapi bagi saya yang haram tetap haram, kalau nak buat, buatlah tetapi jangan cakap ia tak haram.”


Makna Kicdeffela yang perangainya bukan baik (saya tak nak cerita banyak sangat) pun tahu mana yang baik dan buruk. Oleh kerana Kicdeffela tak mahu ikut cara Husam, dikatakan persahabatan mereka pun tergendala.

Selepas cuti, Husam telah mengubah sikapnya. Apa yang dia cakap kepada Tok Guru menangis keduanya telah hilang. Husam menulis dalam blognya.

Pada 22 November 2009, Husam menafikan bercadang meletakan jawatan exco dan menulis di blognya,

Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?

Letak semua pulak tu?

Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?
Ini yang dikatakan Husam bin Musa pandai main isu dan manipulasi keadaan.

Pada hari yang sama Kicdefella ada menulis,

Satu malam saya gempur Husam dirumahnya, “Dato’…” kata saya sambil letakkan sepucuh surat permohonan balak yang seorang anggota parti bawa ke rumah saya dengan alasan minta Husam minitkan dan menjanjikan saya lebih RM100, 000.

“Kalau ini cara Dato’ mahu menguji saya, tak perlu… kalau Dato’ nak berikan saya wang, saya akan akan ambil dari Dato’ sendiri. Saya tidak akan ambil yang bukan hak saya…”

“Orang ini bawak surat ni ke rumah saya, dia kata Dato’ dah setuju dan suruh datang jumpa saya. Dia tanya saya nak berapa duit? Saya tak suka cara macam ni Dato’. Dato’ boleh jawab dan boleh tidak jawab pada saya…” ujar saya lagi.
 Ramai orang PAN dan IKRAM kata balak Kelantan habis kerana Ustaz Ahmad Ya'akub dan Mohd Amar. Tapi mereka tak sedar mereka ini baru 3 tahun ini, tapi 22 tahun sebelum ini siapa exconya.
Husam bersama Azman Mohd Yusoff a.k.a Man Pauh Lima (kiri)

Siapa yang main balak??

Tapi Husam bin Musa pandai manipulasi keadaan dan isu. Yang bodoh hanya puak PAN dan IKRAM kerana termakan fitnah!


Sumber TKO - 4-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Husam suka PUTAR BELIT dan manipulasi “ISU”
Posted on Saturday, September 03 @ 14:52:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31536



Sehari dua ini isu Husam nak tolong peruntuhkan kerajaan PAS Kelantan yang selama ini 22 tahun UMNO cuba tak berjaya menjadi topik perbincangan. Kebetulan pula saya agak sibuk tak sempat nak membuat ulasan.

Untuk muqadimmah saya suka nak memberitahu bahawa Husam Musa kalau dengar dia bercakap seolah-olah dia sahaja yang betul orang lain di Kelantan bodoh belaka. Apatah lagi ada pula penulis yang mengampu membodek menaikkan lagi 'hebat'nya Husam ini.

Misalnya Sayuti Omar dulu apa yang dia tak kata kepada Husam. Dulu dialah yang membocorkan maklumat Husam kahwin seorang lagi yang disembunyikan dipangsapuri. Tapi kini untuk nak berbaik semula dengan Husam, dia mula mengampu Husam.

Husam kalau dia bercakap baik kita siasat, kalau tak diperbodohkan sahaja sebab dia ni pandai main isu dan manuipulasi keadaan.

Saya berikan satu contoh mudah Husam pernah berkata dalam ceramahnya "Ambo g jumpo arwah dulu po dio ajok naik msk dlm rmh..seorg wakil rakyat..org sohor lg..g jumpo nyo sedia kerusi dpn tgga rmh jah..arwah ni tau kalih bare ni lipat dio.." (delek  Kelantan)

Cara dia merosakkan imej pemimpin PAS Kelantan dalam ceramahnya kononnnya dia melawat pimpinan PAS Kelantan, pimpinan tak bawa masuk hanya letak kerusi di luar rumah. Dia kata Tok Guru Nik Aziz tak buat dia macam tu.

Orang yang dengar ceramah Husam pun marah dan akan berkata jahat pimpinan sekarang ni nak bergabung dengan UMNO. Makan dedak UMNO dan macam-macam lagi.

Mereka pun simpatilah Husam sebab mereka akan rasa Husamlah manusia paling sempurna di Kelantan. Parti PAN pun berkata kita dapat PERMATA.

Tapi kalau orang yang cerdik, termasuk ahli-ahli PAS Kelantan yang ada sekarang mereka tahu cerita itu nak sedap ceramah aje, nak cari simpati.

Saya tunjukkan gambar macam mana Tok Guru sambut Husam yang Husam kata bawa masuk dalam rumah.

SIAPA PEMBOHONG??

Orang bodoh aje akan makan dedak HUSAM MUSA.

Sebab itu bila Husam sebut tak ada pimpinan PAS melawat ketika dia sakit juga adalah pembohongan. Manusia bila dia mula berbohong dia akan berbohong, lihat macam pemimpin UMNO yang suka berbohong.



Sumber TKO - 3-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini Provokasi Yang Terus Dibiarkan - 2
Posted on Wednesday, August 31 @ 19:05:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31510




Apabila pemimpin dan pihak berkuasa terdiri daripada mereka yang tak sensitif terhadap agama, beginilah jadinya. Tanpa rasa cinta dan mengerti, hinaan demi hinaan terhadap institusi Islam hanya akan dipandang dengan sebelah mata. Mata dua belah akan hanya terbuka luas apabila umat Islam mula bangkit amarah mempertahankan kesucian agama mereka.


Ada PM Najib dan Ketua Polis Negara hirau apa yang dilakukan oleh Persatuan Hokkien yang mengganggu hal ehwal Islam dalam isu RUU 355? Kini pula, ada mereka berdua bersuara dan bertindak terhadap Joint Action Group for Gender Equality (JAG) dan Gender Equality Initiative (GEI) yang memberikan ‘anugerah’ sarkastik kepada Mufti Perak dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ? Apakah semua ini bukan hinaan dan provokasi terhadap Islam dan umatnya?

Apakah menjadi amalan di negara ini, pencetus api provokasi tidak diambil tindakan. Manakala pihak yang bertindak membalas provokasi pula menjadi mangsa undang-undang. Penulis bimbang sekiranya sikap ini menjadi amalan pemimpin dan pihak berkuasa, yang menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak.

Sewajarnya pihak berkuasa tegas seperti mana mereka bertindak terhadap unsur-unsur teroris. Mereka bertindak segera terhadap seseorang yang disyaki cenderung untuk menjadi teroris seperti IS. Dengan hanya bergambar berlatarbelakangkan bendera IS dalam facebook seseorang sudah umpama mencari nahas. Belum lagi bergambar mengangkat senjata.

Kealpaan pihak berkuasa  ini dilihat menjadi pembuka jalan kepada rentetan insiden provokasi agama. Sampai bila keharmonian dan keamanan ini dapat bertahan sekiranya keadaan dibiarkan berterusan. Undang-undang untuk mencegah sudah ada. Mengapa peruntukan undang-undang ini tidak digunakan untuk mencantas kebiadapan dari mula? Ingatlah, kebakaran hutan bermula dengan sebatang mancis.


Motif tulisanku kali ini adalah sebagai kesinambungan peringatan kerana hatiku luluh setiap kali agama ini diganggugugat dan dihina. Persoalannya, wajarkah umat ini bangkit memberontak dengan pekik yang gegak-gempita?  Atau biarkan sahaja umat ini lena termakan dedak projek dan BR1M lalu menjadi buih-buih yang terapung dilambung ombak?

Sumber TKO - 31-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pas sedia temu Persatuan Hokkien
Posted on Wednesday, August 31 @ 13:04:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31508



PERSATUAN Hokkien Malaysia mengesahkan Pas telah menghantar surat jemputan kepada persatuan itu untuk mengadakan perbincangan mengenai isu hudud pada 18 September ini.

Bagaimanapun kata presidennya, Tan Sri Khoo Chai Kaa, beliau masih belum membalas surat jemputan itu kepada Pas.

"Pas menyerahkan kepada persatuan kami untuk memilih tempat mengadakan perbincangan itu. Tetapi kami belum buat apa-apa keputusan lagi," kata Chai Kaa seperti apa yang dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.

Beliau berkata, dalam sesebuah negara, ia tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berlainan, jika tidak, ramai pelabur asing tidak akan lagi menanam modal di negara kita.

"Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya semata-mata untuk memenuhi keperluan satu agama tertentu. Kalau hukum hudud diluluskan, negara kita akan mempunyai dua sistem undang-undang sehingga boleh mencetuskan pelbagai masalah yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Chai Kaa berpendapat, setelah negara kita mencapai kemerdekaan sejak 1957, semua rakyat berbilang kaum sudah semestinya tidak mahu kehidupan mereka terjejas akibat masalah agama.
"Walaupun Malaysia mempunyai lebih daripada 60 peratus terdiri daripada rakyat yang beragama Islam, tetapi bagi lebih 30 peratus rakyat daripada bukan Islam seharusnya turut dilayan dengan adil.

"Saya tidak faham kenapa Persatuan Hokkien Malaysia boleh dituduh melakukan hasutan kerana sebagai negara yang berdemokrasi, setiap orang mempunyai hak untuk bersuara," kata beliau lagi.
Persatuan Hokkien Malaysia ketika ini melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan untuk menolak pindaan Akta 355 dan kempen ini bakal ditamatkan pada 20 September depan dan diserahkan kepada semua 222 Ahli Parlimen.

Persatuan ini yakin mereka akan dapat mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat Malaysia bagi menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).

Pindaan itu dikatakan akan merintis jalan supaya hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini.

Sumber TKO - 31-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa Pas Dan Rakyat Tidak Turun Sertai Bersih 4.0 Yang Lepas Dan Mungkin Bersih 5.0 Juga
Posted on Wednesday, August 31 @ 07:51:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31503



Ramai sekali yang marah saya apabila saya bertegas tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH ini. Ramai juga yang memandang serong terhadap pendirian saya mengenai BERSIH. Bermula daripada himpunan Bersih pertama hingga ke-3, saya tidak pernah terlepas untuk tidak hadir.

Di awal penubuhan Bersih, dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang sedia untuk menggalas amanah rakyat bagi memastikan pilihan raya di negara kita berlangsung dan berjalan secara adil dan saksama.
Selepas berjayanya dan hangat sambutan ke atas himpunan Bersih yang pertama itu pada 2007,

Bersih semakin dipandang dan diangkat oleh masyarakat umum. Tidak ketinggalan, badan-badan hak asasi antarabangsa juga cuba untuk membina hubungan dengan Bersih.

Malang sekali, wujud pula anasir-anasir daripada “bapak kapitalis” nombor satu dunia, Amerika Syarikat yang juga cuba mendapatkan Bersih untuk membina jambatannya dengan kumpulan yang semakin “menang” itu.

Menang, bukan bermakna mereka berjaya dalam tuntutan yang mereka minta daripada kerajaan, tetapi "menang" bermaksud mereka berjaya mendapatkan perhatian rakyat umum dan diminati serta mendapat kepercayaan utuh rakyat agar Bersih boleh diharap sebagai badan yang akan membawa isu-isu rakyat berkaitan ketelusan pilihan raya.

Kita puji usaha Bersih generasi pertama ini kerana keikhlasan mereka dan juga kesungguhan mereka memerah keringat dan berhempas pulas membawa kesedaran rakyat ke tahap lebih tinggi dalam konteks pemahaman rakyat berkenaan sistem pilihan raya dan menimbulkan rasa berani dan yakin rakyat untuk menuntut hak mereka sebagai pengundi.

Selepas usaha-usaha hebat yang mulanya dipelopori generasi Bersih 1 mendapat perhatian banyak pihak, Bersih dengan gabungan pelbagai pihak itu mula memikirkan satu jalan untuk membina satu badan yang lebih sistematik dan tersusun organisasinya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang serius serta membina pejabat dan membayar kakitangan untuk menggerakkan Bersih dengan lebih serius dan terancang.

Lebih daripada itu, mereka juga memilih jawatankuasa melalui pilihan raya dalam kalangan NGO dan NGI. Bersih 2 tertubuh dengan jayanya dan seterusnya melahirkan protes yang lebih berjaya berbanding Bersih 1 dengan penyertaan yang lebih ramai pada 2011.

Banyak kedutaan asing juga berlagak prihatin dengan nasib menimpa Bersih dan isu rakyat Malaysia. Negara yang paling menunjukkan kesungguhannya untuk membantu Bersih adalah Amerika.

Amerika mula memberikan dana kepada Bersih secara tahunan dengan jumlah yang besar seperti yang tercatat dalam laporan sebuah badan di bawah kedutaan Amerika, NED.

Ia bukan setakat sebuah badan biasa tetapi sebuah badan yang banyak melakukan perkara tidak bertanggungjawab di negara-negara yang anti dengan Amerika seperti di Venezuela, Iran dan Russia.

NED mendanai kumpulan berbahaya yang cuba menimbulkan ketegangan di Venezuela dengan cara bersenjata. Mereka mendanai gerakan pembangkang yang ingin menjatuhkan Hugo Chavez kerana Hugo Chavez adalah satu-satunya presiden negara bukan Islam yang kaya dengan petroleum dan gas yang lantang bersuara menentang kerakusan Israel di Palestin dan melawan Amerika di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Akhirnya, NED dihalau oleh kerajaan Venezuela dan terbaru, Russia mengisytiharkan NED sebagai sebuah agensi CIA yang bertindak mengumpul maklumat bagi tujuan peperangan dan keganasan di negara itu.

Selepas himpunan Bersih 2 berjaya mendapat perhatian dunia dengan penyertaan 100,000 orang peserta yang majoritinya dikerah oleh parti PAS pada 2011 itu, dalam diam para jawatankuasa induk yang oportunis ini menjalin kerjasama erat dengan NED untuk mendapatkan dana yang jumlahnya ratusan ribu dolar setiap tahun bermula tahun tersebut.

Di dalam jawatankuasa Bersih, tiada pemimpin parti politik yang dibenarkan menganggotai majlis mesyuarat jawatankuasa dan memegang jawatan dalam Bersih 2 itu. Oleh demikian, baik PAS, PKR mahupun DAP memang tidak tahu menahu dengan dana itu sehinggalah perkara ini terdedah sendiri hasil buah mulut media dan propaganda kerajaan.

Pendedahan demi pendedahan oleh media pada ketika itu berjaya membuktikan Bersih menerima dana daripada NED dan NED terpaksa menulis perkara itu dalam laman sesawangnya.

Jawatankuasa berelaun, penginapan di hotel besar untuk mesyuarat dan program, maka mulalah ramai golongan yang cuba merebut kerusi dalam jawatankuasa Bersih. Pada pilihan raya Bersih 3, akhirnya Bersih terlepas kepada tangan-tangan korporat yang menjadi sebahagian daripada Bersih 3.

Bukan susah, penyertaan ke dalam Bersih adalah terbuka asalkan mereka ada NGO yang dibina atas nama syarikat. Ramai juga korporat yang daripada pemikiran Barisan Nasional (BN) selama ini, secara tiba-tiba berminat menjadi sebahagian daripada Bersih dengan memeterai perjanjian dengan Bersih 3, dan masuk bertanding untuk jawatan dalam Bersih walaupun NGO mereka hanya ada dua tiga kerat sahaja.

Jangan terkejut, lobi-melobi ketika pilihan raya Bersih 3 adalah lebih teruk berbanding lobi melobi pemilihan PKR atau DAP.

Nama-nama aktivis seperti Pak Syed Ibrahim, Ahmad Syukri Razab, Badrul Hisham (Che Gu bard) terus tersingkir daripada senarai walaupun umum tahu mereka merupakan hardcore dalam perhimpunan Bersih yang berjaya selama ini.

Sebaliknya, nama-nama korporat yang kita tidak pernah dengar selama ini, yang mempunyai pangkal nama dengan panggilan “datuk” dan “doktor” secara tiba-tiba naik menjadi pemimpin utama dalam Bersih 3.

Mujurlah nama Maria Chin berjaya memenangi jawatan pengerusi Bersih sekali gus membawa Bersih dalam penghayatan rakyat marhaen kebanyakan. Namun para jawatankuasa, masih dikuasai golongan bukan aktivis sebaliknya korporat kapitalis.

Peranan golongan korporat dalam Bersih 3 ini sedikit sebanyak berjaya mematikan usaha Bersih dengan cara protes jalanan. Hampir-hampir Bersih 3 mengumumkan menolak protes jalan raya kononnya cara ini tidak profesional dan tidak akademik. Namun, pendirian ini banyak ditentang oleh jawatankuasa pemandu Bersih yang sejak awal seperti Hishamudin Rais dan Syukri Razab.

Sudah mula ramai politikus mencari peluang untuk menaikkan nama dengan cuba melobi diri mereka menjadi sebahagian daripada jawatankuasa badan induk itu. Tidak terlepas juga, para korporat yang cuba mencari pengaruh dengan menubuhkan NGO-NGO akademik bagi tujuan melayakkan diri bertanding untuk jawatan-jawatan yang ada dalam Bersih pada pemilihan Bersih ke-3.

Selepas mereka berada dalam Bersih 3, mereka boleh melobi dan berkenalan dengan para duta khususnya dari Amerika dan Eropah bagi tujuan meminta geran untuk projek-projek tertentu. Maka kedudukan mereka di dalam Bersih bukan lagi untuk membela kepentingan rakyat, sebaliknya membina kepentingan peribadi dengan pihak tertentu bagi mendapatkan projek-projek melalui skim dan geran setiap kedutaan.

Namun, saya masih meletak kepercayaan kepada Bersih 3 untuk membawa tuntutan rakyat ke jalan raya. Malangnya, selepas melihat Bersih 4 ini, secara tiba-tiba Bersih menukar tuntutannya daripada membela rakyat kepada membela politikus, ditambah pula dengan mendapat sokongan pimpinan BN sendiri untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semata-mata demi memastikan BN boleh memerintah lebih lama jika Najib ditukar kepada seorang lagi pemimpin BN, saya sudah mula mahu ingkar.

Malahan, lebih menyedihkan saya ialah, pada himpunan Bersih yang lalu, ada antara jawatankuasa Bersih yang tidak langsung turun ke jalan raya sebaliknya didapati berada di restoran-restoran mewah sambil berbincang agenda peribadi tatkala rakyat berhadapan dengan rejim.

Ini membuatkan hati saya tertanya-tanya, atas sebab apakah mereka menjadi jawatankuasa Bersih? Mereka mendapat elaun dan kemewahan, disaat rakyat yang turun ke jalan dan berhadapan dengan pembantaian? Menggunakan nama rakyat bagi tujuan mendapatkan kepentingan peribadi sendiri?
Dan apabila “pemberi dana” meminta mereka membentangkan laporan, kamu mendakwa ia adalah kejayaan kamu sedangkan rakyat yang melalui saat-saat cemas dan sukar itu.

Maka saya, memilih untuk tidak lagi turun ke perhimpunan anjuran Bersih. Saat saya dibantai teruk dengan polis, “da tuk-datuk” yang menjadi jawatankuasa Bersih ini sedang menghirup kopi-kopi segar dan mahal di restoran-restoran mewah Barat. Selepas kami habis berhimpun dileraikan, barulah mereka hadir membuat sidang media dan mendakwa “mereka” yang menjayakannya.
Bersih 4 mendapat kutipan derma orang ramai sebanyak RM 1.5 juta seperti diisytiharkan oleh pengerusinya. Ini membuatkan saya tertanya-tanya juga, dengan dana ratus ribu dolar oleh NED setiap tahun, ditambah pula dengan 1.5 juta daripada rakyat Malaysia, untuk apakah dan ke manakah wang ini dibelanjakan?

Jika hanya untuk membayar elaun para jawatankuasa yang terdiri daripada para datuk dan datin, maka Bersih tiadalah bezanya dengan Najib.
Bersihkan Bersih 5.0 – 30 ogos 2016
* Penulis adalah bekas aktivis Bersih 1.
* Bukti bahawa tindakan PAS yang tidak mengerahkan ahli ke BERSIH 4.0 atau BERSIH 5.0 akn dtg adalah tepat..

Sumber TKO - 31-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU 355 - Dari Mata Seorang Chauvinist
Posted on Wednesday, August 31 @ 07:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31502


Saya Cuba petikkan perbualan saya dgn seorang teman dgn bahasa santai yg boleh di fahami ttp tdk lari dr maksud.

Petang, cafe luar Royal Bintang, The Curve, aku dan Andy Tan seorang client@businessman untuk deal satu pembiayaan@ Factoring kepadanya, minum sambil membereskan urusan dokumentasi.

Selesai menyiapkan dokumen, Andy yang juga seorang *aktivis DAP* galak bercerita situasi politik terkini. Sudah tentu topik menarik yang dia bangkitkan antara lain berkaitan *RUU 355*, merujuk kpd kempen kutipan tandatangan bantahan Persatuan Hokkien.

"Bro...U tahu sekarang parti PAS knp banyak sibuk ttg RUU 355?" Seperti dia mahu memancing pendirian aku.

" Sorry la Andy, I tk tahu byk about RUU 355, kenapa? U tahu ke dan U sokong ke?" Kembali memancing.

"Ooo...itu akta byk kasi susah sama business la"....
" lagi pun, undang2 sekarang sudah bagus apa...." rendah sikit suaranya.
" Apa pulak susahnya Andy....kan itu untuk muslim saja..." aku mula menelah...
" Helo kawan, betullah itu untuk muslim, tapi U business Factoring tak apalah...my friends outside there is more difficult u know, once this RUU 355 will be implement..."

"Oh...i did not understand U, they are muslim or they are disagree because of they are its Non Muslim" aku mula mencocok agar keluar semua sebab Andy dan kawan2nya tdk senang dgn RUU...
"You know bro, a lots of my friends outside there is make busineas in entertainment dan busines "gelap" mula tidak puas hati" terang Andy...
" bagaimana tu" semakin terang.

*"Oh! most of the clients for Spa, Liquor, gambling, amoi, massage its Malay...about 90%, ramai customers bangsa Melayu maa, once RUU 355 sudah kasi rotan atau penjara, authomatically business ini akan drop!"*

Andy Tan aktivis DAP lebih faham RUU 355, menentang bukan di sebabkan akidah tapi di sebabkan *bimbangkan business Haram tidak lagi boleh bertahan*.Keuntungan perniagaan sangat lumayan dan mudah.

Akhir kalam, di situ point penentangannya. Bangkitlah wahai Muslim dari lena dalam pelukan amoi, sedikit nikmat dunia dan sewaktu dengannya. Muhasabahlah Sebelum Rebah

Hassan B. Tsabit
The Curve
Mutiara Damansara.
25/08/16

Sumber TKO - 31-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































Merdekaisme dan liberalisme

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/42309-merdekaisme-dan-liberalisme

Risalah anak merdeka (1)

SECARA ringkas, kedua-dua istilah ini merujuk kepada kebebasan. Namun perbezaannya, merdeka lebih digunakan bagi menggambarkan kebebasan daripada perhambaan atau penjajahan. Sedangkan liberalisme adalah satu ideologi yang memperjuangkan hak kebebasan individu dengan erti kata yang lebih meluas.

Apapun kefahamannya, sebagai orang Islam perlulah memiliki pendirian yang tersendiri berhubung isu kebebasan. Tidak dinafikan, Islam adalah agama yang memperjuangkan kebebasan daripada sebarang bentuk perhambaan sesama makhluk. Sejak dari awal risalah baginda SAW, Islam mengajak kepada membebaskan hamba dan mengangkat martabat hamba.

Antaranya adalah pembebasan hamba dijadikan sebagai hukuman bagi yang melakukan kesalahan syarak. Juga hamba mesti dilayan setaraf dengan tuannya. Tidak diberi tugasan yang berat melebihi kemampuannya, zakat kepada hamba yang mahu dibebaskan bersyarat, dan pahala yang besar kepada yang memerdekakan hamba.

Syariat perhambaan Islam yang begitu membela golongan hamba telah menyebabkan menjadi hamba pada zaman Islam lebih ringan daripada menjadi orang merdeka. Akhirnya lama kelamaan perhambaan hilang dalam tamadun Islam walaupun di barat dan timur masih lagi terbelenggu dengan perhambaan sesama manusia.

Walau bagaimanapun, Islam tidak memberikan kemerdekaan yang mutlak kepada manusia. Tiada manusia boleh merdeka sebebas-bebasnya. Manusia tetap perlu menyedari mereka adalah berjiwa hamba. Tapi bukan kepada mana-mana makhluk bahkan hanya kepada Allah.

Memperhambakan diri kepada Allah dengan maksud menurut segala perintah, melaksanakan segala syariat-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Tidak menjadikan makhluk lain lebih dipatuhi berbanding-Nya.

Tidak menganggap ada kuasa lain lebih hebat dari kuasa-Nya. Tidak mempercayai ada undang-undang lebih sesuai dari undang-undang-Nya pada mana-mana zaman sekalipun.

Di sinilah letaknya beza kebebasan di sisi Islam dengan kefahaman pejuang Liberalisme. Penganut Liberalisme yang bertuhan, mempercayai tuhan memberikan kebebasan seluasnya kepada mereka. Tugas tuhan hanya mencipta kemudian membiarkan manusia hidup sendiri.

Penganut Liberalisme tidak bertuhan pula dari awal menganggap manusia yang menentukan apa untuk diri mereka sendiri, tanpa diganggu oleh orang lain.

Setelah kita mengenal erti kemerdekaan dalam Islam, maka apakah negara kita telah merdeka dengan erti kata ini? Nantikan kupasannya dalam siri yang berikut. – HARAKAHDAILY 29/8/2016

Sumber HD - 29-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa hanya Chong Wei?
Posted on Monday, August 29 @ 18:50:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31492



KENAPA hanya berita Chong Wei yang diperbesarkan sedangkan orang lain pun dapat pingat juga dalam Sukan Olimpik? Bagaimana perasaan atlet lain seperti Pandelela Rinong, Azizulhasni dan lain-lain. Layak ke Olimpik itu adalah suatu kejayaan besar.

Apakah kita sudah lupa kepada anak remaja, Khairul Idham Pawi, juara perlumbaan Moto3 Grand Prix Jerman. Sebelum ini di Argentina, dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai kejohanan tersebut.

Saya tidak kisah jika pihak swasta memberikan imbuhan. Habuan yang dijanjikan selama ini sudah mencukupi. Jangan bandingkan dengan imbuhan Singapura. Mereka negara kaya. Ramai lagi rakyat miskin yang memerlukan wang rakyat (negara).

Kita perlu berlaku adil kepada semua. Saya sangat kasihan kepada atlet lain seperti Zulfadli (badminton), yang dahulu bakatnya sangat menyerlah, sehingga mampu menggugat Chen Long. Kini, senyap sepi. Mana pergi semua atlet Melayu? Kita perlu berlaku adil.

Sukan pada hari ini sudah menjadi perniagaan, mencari populariti, lubuk duit, bukan lagi patriotisme. Patriotisme hanya di bibir bukan di hati.

Sukan bola sepak dan hoki misalnya, terlalu sukar menarik perhatian orang bukan Melayu seperti dahulu. Kenapa? Jangan bandingkan bola tampar dan bola keranjang yang sudah sinonim.

Hari ini, kita lebih mengejar acara individu kerana di situ lubuk duit. Manakala berpasukan seperti bola sepak memerlukan kekuatan jamaah.

Sebab itu, semua mahu fokus kepada acara individu daripada berjamaah kerana ganjaran lebih besar. Inilah sifat individualistik yang ada kaitan dengan ultra kiasu yang selalu saya perkatakan.

Orang Melayu masih dengan sifat suka berkenduri. Memang tepat jenaka Melayu sebelum ini. Jika seorang dia tidur, berdua,  mengumpat, ramai main kenduri. Nampak lawak, tapi bagus.

Sempena Kemerdekaan ke-59, marilah kita melakukan muhasabah patriotisme. Pertama, keselamatan negara. Banyak rahsia negara bocor kepada musuh hanya kerana benci kepada pemimpin negara, sehingga memudahkan musuh untuk campur tangan. Teruja melihat PM Singapura rebah ketika berucap. Tidak ada satu pun kamera yang fokus kepada kejadian tersebut kerana itu adalah aib. Lihat cara ultra kiasu menjaga pemimpin mereka.

Pertama, perkemaskan ATM. Berikan latihan sepenuhnya supaya perut mereka tidak buncit.

Maklumlah tidak ada peperangan. Buat latihan peperangan tanpa henti di kawasan strategik seperti Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan bandar-bandar besar. Saya hanya tersenyum bila ada tentera pencen mahukan lebih gelaran dan pingat berbanding atlet. Yakinlah, malaikat tidak tanya gelaran, pangkat dan pingat, melainkan sumbangan kepada agama, negara dan bangsa. 

Kedua, dalam sukan, utamakan sukan berpasukan. Berikan insentif seperti yang dilakukan oleh pasukan Johor. Tetapi jangan pula terlalu kenegerian sehingga bergaduh, berdarah-darah. Untuk atlet individu, pelbagaikan warna. Ke mana hilangnya atlet Melayu?

Ketiga, cintakan alam. Hijaukan bumi ini. Ambil tindakan terhadap mereka yang rakus pembalakan haram, bauksit dan sebagainya. Kitar semula. Jangan biarkan alam marah kepada kita sehingga ditunggang-terbalikkan suatu masa nanti. Banyakkan program gotong-royong menghijaukan alam melibatkan semua kaum.

Keempat, perpaduan nasional. Perhebatkan program komuniti melibatkan semua kaum. Kenal antara satu sama lain. Berinteraksi menggunakan bahasa kebangsaan. Perkuatkan JKKK dan Rukun Tetangga. Tangkap Pati. Hapuskan gengsterisme. Banteras dadah.

Kelima, fahami kontrak sosial dan perlembagaan. Hari ini, semua mahu dilupakan. Semangat ultra kiasu sayangkan bangsa daripada negara sangat tinggi. Asyik-asyik mahu tambah kerusi dan pulangkan kerusi yang ‘dipinjamkan’.

Keenam, tangkap perasuah dan penerima rasuah hingga ke lubang cacing. Mereka inilah yang menjahanamkan negara. Ramai lagi dalam PBT, pejabat daerah, kastam, imigresen, polis dan ahli politik masih berleluasa. Isytiharkan harta mereka tanpa berkecuali. Setakat ini hanya penerima rasuah yang ditangkap. Pemberi rasuah macam mana?

Kita tidak akan ke mana-mana jika semua bidang mahu dipolitikkan. Negara Asean lain sudah mula meninggalkan kita. Kita masih perasan kita lebih bagus.

Biarkan pakar dengan kerja kepakarannya. Jangan ganggu mereka. Orang politik berilah sokongan, tidak perlu campur tangan berlebihan. Ini tidak, orang politik, mahu ke depan sokmo.

Biarkan yang pakar berfikir siang malam untuk memajukan sukan, bukan berpolitik dalam sukan. Masalahnya bila orang politik mengetuai sukan, dia akan berfikir soal kepentingannya dalam politik. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-59. Majulah sukan untuk negara.

Oleh Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Profesor, INSPIRE/FUPL, UniSZA

Sumber TKO - 29-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hudud-Islam The Misunderstood Religion
Posted on Friday, August 26 @ 14:28:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31457


Sebagai bacaan latar belakang anda bacalah 'Islam the Misunderstood Religion' muhammad Qutb. Buku ini bolih di muat turun dari internet. Terdapat banyak persepsi negatif yang di momokkan terhadap Islam. Saya tidak bercadang untuk membuat review ke atas buku di atas sekadar membawa perhatian anda kepada adanya buku di atas untuk rujukan.

Begitu negatif sekali persepesi terhadap hukum Hudud hingga ada Mat Loyar melayu dan geng MCA dan Dap yang membuat komen yang men8unjukkan mereka bimbang yang kesanya adalah burok untik masyarakat. Di dalam nukilan Muhammad Qutub prinsip Islam adalah menunjukkan belas di dalam perlaksanaan undang riminal . Semasa Undang undang barat mahu 'nyawa untuk nyawa' di dalam menghukkum pembunuh Islam sudah ada proviso untuk tidak hukum pembunuh dengan hanya membayar 'duit darah' [blood money]. Bukan senag gomen memotong tangan si pencuri. Ianya perlu lihat samada ada situasi terdesak yang di hadapi dek Si Pencuri tadi.

Tambahan pula sistem Undang undang Islam memerlukan 4 orang alim yang mempunyai 8 mata yang baik untuk mengesahkan kewujudan kecuruan itu. Takkanlah di zaman songlap- monglap ini da mat yang mahu lihat tangan si pencuri dipotong?

Sebenarnya yang menonjol pada masa kini ialah filosofi sampah yang di amalkan dek Mat Politikus Melayu yang jijik lagi buruk bila ianya tak konsisten dengan teras teras agama Islam. Lihat aje kes SD melibatkan si Sang suami yang membawa kes penceraian kepada pasangannya kerana main kayu 3 melibatkan menteri Gomen yang merupakan Mat Melayu lagi beragama Islam.

Pelik tida hok tiada hek dari C25 atau Geng 'sisters in Islamz'. tiada pula pula komen dari Marina Mahathir fasal hal ini. Tetapi bila namwee di soal siasat sebok pulak dia.

Isu yang melibatkan Mat Politikus simpan pompuan bukan perkara baru. Saya biasa terserempak dengan kes yang tidak menyenagkan hati di dalam satu mesyuarat projek infra dimana seorang nyonya china yang hadir mewakili kepentingan orang yang di wakilinya di dalam perlaksanaan projek. 'My name is Loris...' [ Bukaan nama sebenar] yang penting beliau ialah sekretaris pada Pak Menter penting pada masa itu.

Apa kata G25 dan geng seangkatan dengannya. Bukankah 'to covet your neighbour's wife [ translasi curi bini jiran ]' dalah satu jenayah di bawah CPC! So nyonya MCA Pang dan Tong Laii - adakah ok jika mat mat politikus curi bini orang? Kamu berani kondem hudud tapi menikus fasal 'hideous social ill' macam ini?

what say you'- Jun Wongie [Star] , G25 , sister in 'Islam' ? . . "


Sumber TKO - 26-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini Provokasi Yang Dibiarkan
Posted on Tuesday, August 23 @ 09:30:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31440

No automatic alt text available.Antara objektif Akta Hasutan ialah sebagai satu inisiatif proaktif dalam membendung unsur-unsur ketegangan, keganasan dan perbalahan kaum dan agama. Apakah tindakan pihak yang melakukan provokasi dan campur tangan dalam urusan umat Islam tidak termasuk dalam akta ini?

Apa kena-mengena bukan Islam dengan pindaan Akta 355? Mengapa begitu beriya-iya Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen bagi mengumpul sejuta tanda tangan daripada rakyat Malaysia bagi menentang pindaan Akta 355?

Presidennya, Tan Sri Khoo Chai Kaa memaklumkan bahawa kempen yang bermula Jun lalu sehingga kini telah mengumpul 400,000 tandatangan. Tandatangan tersebut ujarnya akan diserahkan kepada semua 222 Ahli Parlimen pada September depan.

Tidakkah tindakan NGO tersebut merupakan satu provokasi untuk mengganggu dan menghiris perasaan umat Islam? Bagaimana nanti jika ada umat Islam yang tidak berpuas hati mengambil jalan singkat sebagai balasan terhadap provokasi bukan Islam yang berterusan? Lalu adakah ketika itu umat Islam pula dipersalahkan dan diambil tindakan sedangkan semasa dicetuskan oleh bukan Islam, kerajaan seolah-olah membiarkan dan berdiam diri. Apa yang ditunggu sebenarnya?

Motif tulisan aku bukan apa. Tidakkah tergerak NGO Islam 

mengumpul 2 juta tandatangan untuk menunjukkan solidariti kepada Islam dan sebagai menyampai mesej jelas kehendak umat ini?



SumberTKO - 23-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































































































Antara objektif Akta Hasutan ialah sebagai satu inisiatif proaktif dalam membendung unsur-unsur ketegangan, keganasan dan perbalahan kaum dan agama. Apakah tindakan pihak yang melakukan provokasi dan campur tangan dalam urusan umat Islam tidak termasuk dalam akta ini?


Apa kena-mengena bukan Islam dengan pindaan Akta 355? Mengapa begitu beriya-iya Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen bagi mengumpul sejuta tanda tangan daripada rakyat Malaysia bagi menentang pindaan Akta 355?
Presidennya, Tan Sri Khoo Chai Kaa memaklumkan bahawa kempen yang bermula Jun lalu sehingga kini telah mengumpul 400,000 tandatangan. Tandatangan tersebut ujarnya akan diserahkan kepada semua 222 Ahli Parlimen pada September depan.
Tidakkah tindakan NGO tersebut merupakan satu provokasi untuk mengganggu dan menghiris perasaan umat Islam? Bagaimana nanti jika ada umat Islam yang tidak berpuas hati mengambil jalan singkat sebagai balasan terhadap provokasi bukan Islam yang berterusan? Lalu adakah ketika itu umat Islam pula dipersalahkan dan diambil tindakan sedangkan semasa dicetuskan oleh bukan Islam, kerajaan seolah-olah membiarkan dan berdiam diri. Apa yang ditunggu sebenarnya?
Motif tulisan aku bukan apa. Tidakkah tergerak NGO Islam mengumpul 2 juta tandatangan untuk menunjukkan solidariti kepada Islam dan sebagai menyampai mesej jelas kehendak umat ini?

Sumber TKO - 23-8-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak jadi salafi atau sufi

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/42233-nak-jadi-salafi-atau-sufi


KALAU nak jadi salafi, jadilah. Tapi biarlah salafi seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiah.

Salafinya bangkit berjihad menentang Tatar dengan dirinya dan hartanya. Salafi yang berani mengetuk pintu-pintu istana khalifah untuk menyatakan kebenaran dan menyeru ke arah jihad. Salafi yang menulis berbagai makalah untuk menegakkan syariat tuhan.

Jangan jadi salafi yang sekular, yang mengehadkan perjuangan sekadar isu qunut dan tahlil, yang membisukan diri dengan kebobrokan pemerintah, yang bersekongkol di belakang kefasadan ulil amr. Jangan sekali-kali jadi salafi yang menyeru meninggalkan syariat demi maslahat.

Kalau nak jadi sufi, jadilah. Tetapi jadilah sufi seperti al-Imam Said Nursi.

Sufinya bangkit menentang penjajah di zaman Uthmaniah. Sufi yang menyeru tarikatnya bangkit memegang senjata demi mempertahankan daulah Islamiah. Sufi yang mengutus risalah an-nur dari bawah tanah bagi menyuntik kesedaran jihad dan kepekaan terhadap nasib siasah ummah.

Jangan jadi sufi yang sekular, sufi yang mengehadkan amalan sekadar zikir dan manhaj penyucian hati sahaja, tetapi pekak terhadap keluhan masyarakat. Sufi yang dipergunakan bagi menyokong si zalim hanya kerana jaminan dipenuhkan kantung-kantung madrasah dan tarikat. Jangan sekali-kali jadi sufi yang buta, mengajak ummah beruzlah lalu melupakan makar jahiliyyah.

Kalau sufi, jadilah sufi-haraki. Kalau salafi, jadilah salafi-haraki. Jadilah apapun, tapi jangan lupakan perjuangan menegakkan syariat dan membela ummah. – HARAKAHDAILY 22/8/2016

Sumber HD - 22-8-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































Teori konspirasi atau fakta konspirasi?

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/42184-teori-konspirasi-atau-fakta-konspirasi

ADA pihak yang terlalu terpengaruh dengan teori konspirasi. Pantang nampak tiga segi terus disyaki iluminati. Pantang nampak mata terus dilabel dajjal. Sampai syarikat rakaman awakening juga dituduh freemason. Upin dan Ipin pun dilibatkan sama. Dunia seluruhnya terlalu bahaya buat mereka. Paranoid.

Ada juga pihak yang langsung tidak percaya tentang teori konspirasi. Lagaknya umpama atheis yang menolak keras kewujudan tuhan. Pemikiran mereka terlalu ringkas untuk cuba memahami muslihat orang-orang jahat. Sebarang konspirasi hanya perlu dibuktikan dengan fakta mengikut disiplin akademik sahaja. Sebarang teori lemah terus dibakulsampahkan.

Lalu bagaimana sikap kita orang Islam? Mahu percaya atau tidak? Mahu terima atau tolak?

Konspirasi yang wajib umat Islam percaya selama-lamanya adalah pakatan Yahudi dan Nasara tidak akan henti daripada memusuhi Islam selagi Islam tidak tunduk kepada mereka. Selagi masih ada umat Islam yang mengamalkan Islam, selagi itu mereka berusaha menghapuskannya. Apatah lagi kalau ada umat Islam yang bercita-cita mahu menggantikan sistem jahiliah moden hari ini.

Ini bukan lagi teori. Ini fakta, cuma bukan dari disiplin akademik. Ini fakta dari nas. Allah berfirman:

"وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ "
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha terhadapmu sehinggalah engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk dari Allah (Islam) sahajalah petunjuk yang benar". [Al-Baqarah:120]

Di sinilah beza orang beriman dengan al-Quran dan orang beriman dengan sains semata-mata. Walaupun hakikat keduanya tiada pertembungan, tetapi memahami sains tanpa panduan al-Quran tetap akan tersesat.

Apabila al-Quran menyebut tentang sesuatu konspirasi, kita wajib percaya walaupun belum dapat dibuktikan dari sudut fakta akademik. Justeru apabila Tuhan nyatakan tentang permusuhan Yahudi dan Nasara, kita perlu meletakkan waspada kepada mereka.

Jangan terlalu rapat sehingga membenarkan segala rahsia umat Islam diketahui. Jangan terlalu percaya sehingga menganggap mereka ikhlas dalam semua perkara.

Namun jangan pula terlalu paranoid sehingga semua yang berkait dengan Yahudi Nasara beragenda jahat. Bukan semua Yahudi dan Nasara jahat.

Kita harus bijak dan kuat berhadapan dengan golongan ini. Kaji dan siasat dengan teliti latar belakang setiap yang berkaitan dengan mereka. Peka dengan semua perkembangan politik dunia. Letakkan hazar (waspada) yang tinggi terhadap mereka ia pesanan Allah.

Jika didedahkan dengan sebarang teori yang mengaitkan konspirasi Yahudi dan Nasara, pastikan teori itu terbina di atas beberapa fakta bukan auta atau khayalan. Kini terlalu banyak yang mencampur adukkan antara fakta dan auta untuk mengajinamotokan teori mereka.

Hasilnya lahirlah umat yang paranoid terhadap dunia kerana percaya bulat-bulat, dan lahirlah juga umat yang menolak terus konspirasi kerana sebahagian auta dari teori konspirasi.

Dajjal, Yakjuj dan Makjuj, Israel, Yahudi, Nasara dan Imam Mahdi semuanya adalah nas yang tidak boleh ditolak. Darjatnya lebih tinggi dari fakta akademik.

Freemason, Zionis, New World Order, CIA, Mossad, TPPA, orientalis, dan kristianisasi pula adalah fakta yang dibuktikan dengan kaedah akademik. Ia bukan khayalan yang tidak wujud.

Namun keterangan mengenai freemason, zionis, illuminati dan seumpamanya seperti lambang, carta organisasi, tanda, dan perancangan mereka terlalu banyak diolah berdasarkan teori semata-mata. Di sinilah kita perlu berhati-hati dalam melihat segala teori ini.

Ada yang boleh diterima dan ada yang tidak. Pastikan teori ini tidak sampai ke tahap tuduhan palsu dan su' zhon terhadap orang yang tidak bersalah.

Adapun berwaspada, ianya adalah wajib ke atas setiap yang beriman:

"يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ"

Wahai sekalian orang yang beriman, ambillah langkah waspada dan berjaga-jaga. [An-Nisa:71]HARAKAHDAILY 17/8/2016

Sumber HD - 17-8-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Benci kepada PAS bukan main lagi... tapi masih mahu kaitkan diri dgn PAS
Posted on Friday, August 19 @ 10:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31392



Benci kepada PAS bukan main lagi... tapi masih mahu kaitkan diri dgn PAS dan Tuan Guru Presiden...


Walhalnya dia ni BUKAN darah daging Tuan Guru Presiden sebab anak saudara sebelah isteri TGHH... kalau perempuan, statusnya batal wuduk...                                                                                            Puak2 PAN ni dok jaja merata kata PAS sesat sebab ajar ahlinya anggap PAS macam agama...                                  
Habis hilang maruah diri... bina nama dengan jadi jurujual... apa punya tur laa...                                            
Ini lain tak bukan hanya semata2 nak promote diri sahaja... Ni jelmaan pelik menghasutkan perpecahan ummah                                                                                                                                  
Hangpa pikiaq ambik laaa...                                                                                                                    
- Tentera Semut

Sumber TKO - 19-8-2016                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                        
Saja Nak Tanya Jer: Ada Tak Pimpinan Pas Yang Rapat Dengan Sarawak Report???
Posted on Friday, August 19 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                                               

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31387



Bila aku naik kan isu ni… aku tak tuduh sapa2… Biar lah mahkamah menentukannya…

Yang pelik tu... Rafizi cepat2 melantunkan penafian yang bukan dari dia telah memulakan 'hearsay' atau 'widespread' mengenai FITNAH RM90 juta tuuu...                                                                                                       Rupa2nya ada yang lain pun tapat sama...                                                                                                                    
Aku rasa kalau Najib tau ni... TMK dah tentu kena belasah kan kan kan....                                                                    
Tak kan lah Rafizi nak tepuk tangan jer kot...                                                                                                                
Aku teringin juga nak tanya ni... saja2 la... mana la tau kot2 ada...                                                                                  
"Ada tak pimpinan PAS yang mesra alam dengan wartawan Sarawak Report ni????                                                         
Agak korang la... apanama... apa kata DAP, TMK & Khairuddin yer???                                                                                                                                                                                         Sumber TKO - 19-8-2016                                                                                                                          ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Sampai bila Amanah akan jadi khadam DAP?
Posted on Wednesday, August 17 @ 19:50:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                          

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31380

Bagaimana pemerhati perkembangan politik Parti Amanah Negara tidak merumuskan bahawa parti itu adalah ‘khadam’ pada DAP jika apabila ada isu terhadap parti dominasi Cina itu, Amanah akan tampil mempertahankannya.
Terbaharu ialah apabila Pemuda DAP menyatakan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan parti Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menganggapnya bersikap rasis, Amanah pula yang menjadi “pegawai penerangannya”.



Amanah menyifatkan pendirian Pemuda DAP yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukanlah pendirian rasmi DAP.


Menurut Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, Pemuda DAP berhak menyatakan pendiriannya dan yakin perkara itu akan ditangani pimpinan tertinggi DAP kelak.   


"Pemuda DAP jika mereka menyatakan tidak senang, itu kenyataan Pemuda (DAP) sahaja bukannya pendirian parti mereka lagi. 


"Jadi masing-masing berhak untuk mengeluarkan sebarang pendapat," katanya ketika mengulas pendirian pemuda DAP yang menolak parti yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana mengamalkan diskriminasi perkauman.


Menurut Anuar, bukan Pemuda DAP sahaja bersikap kritis terhadap keahlian Bersatu tetapi Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut menyatakan pandangan yang sama.


Katanya, Subramaniam menganggap masyarakat India yang menyertai Bersatu akan menjadi ahli 'kelas kedua' di dalam parti itu. Ini kerana bukan Melayu hanya diterima ahli bersekutu dan tidak boleh memegang jawatan pimpinan parti itu.


Selain itu, menurut Anuar, Bersatu tidak dikira sebagai parti berasaskan kaum apabila turut membuka ruang untuk kaum lain menyertai mereka walaupun sebagai ahli bersekutu.


"Maknanya jika ada 'ahli bersekutu' sekurang-kurang mereka sudah membuka keahlian kepada kaum lain. Tidak boleh kita kata mereka parti satu kaum sahaja," katanya lagi.


Sehubungan itu, Anuar menegaskan bahawa Amanah tidak menolak kemungkinan membentuk kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu jika mempunyai hala tuju yang sama.


"Amanah akan berkerjasama (dengan) sesiapa yang mahu melihat reformasi berlaku di dalam negara ini tanpa mengira parti mana jika siapa yang memberikan komitmen untuk memberikan kepimpinan yang baru di negara ini," ujarnya.


DAP dapat sokongan parti Melayu


Memang benar dan cekap Mahathir menilai peribadi Melayu – mudah lupa. Kira-kira 18 tahun lalu, Setiausaha Agung Amanah itu sendiri adalah di kalangan yang bertempiaran menyembunyikan diri diburu polis Mahathir menyergap penyokong Anwar Ibrahim. 


Bagaimanapun kini setelah bertukar kulit daripada menyokong Parti Keadilan Nasional (kemudian Parti Keadilan Rakyat) kerana tidak selesa dengan pimpinan lain yang tidak mengikuti tarbiyah Angkatan Belia Islam, Anuar dan pemimpin PKN yang seangkatannya lain menyertai PAS.

Tujuannya ialah untuk beristiqamah. Mereka tidak serasi dengan penyokong Anwar yang datang dari Umno dalam PKN. Mereka mahu terus tekal dengan prinsip jemaah dan harakah Islamiah.


Sedihnya apabila berada dalam PAS Anuar dan pimpinan yang seangkatan dengannya  mendapati PAS ada banyak kekurangannya, sebahagian besar daripada mereka mulai kurang senang dengan kepimpinan ulama PAS.


Maka timbul keghairahan untuk merentap kuasa dalam PAS dan mereka pun berpakat menundukkan kaum ulama dalam pemilihan muktamar 2015. Malangnya, mereka gagal.


Sejak itu yang paling akrab dengan mereka ialah DAP. Ini mendorong sebilangan pemimpin PAS yang menggelar kumpulan bekas ahli PAS yang menubuhkan Amanah itu sebagai ‘khadam’ DAP.


Demikian status quo politik Amanah. Mereka lebih banyak bergantung kepada sokongan DAP termasuk dalam perundingan kerjasama politik dengan PKR. 


Natijahnya hajat mereka untuk meletakkan calon dalam dua pilihanraya kecil parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar terkabul berkat sokongan DAP. Dek segankan DAP, PKR melupakan hasrat mahu calonnya bertanding di Sungai Besar.



Kini Amanah mendambakan sokongan Bersatu khususnya mahu menumpang aura Mahathir. Amanah segera mengesyorkan supaya rundingan kerjasama dengan Bersatu diadakan.


Yang anehnya, pendaftaran Bersatu sendiri belum selesai.  Selasa lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru menyerahkan pendaftaran parti baru itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).


Muhyiddin berkata, Bersatu terbuka kepada semua warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.


Soal keahlian dalam Bersatu bukan isu bagi Amanah. Yang penting Amanah nampak agak ghairah segera diiktiraf sebagai sebuah parti politik nasional yang dinamik dan bersedia bekerja keras untuk menjatuhkan bukan sahaja Umno tetapi lebih utama, PAS.


Nampaknya, jalur pemikiran politik Islam pemimpin Amanah sudah amat jauh daripada tunas pemikiran dan pendekatan politik Islam PAS. Bukan sahaja jalur politik Islam PAS sudah tanggal daripada perjuangan mereka malah ia lebih selesa dengan DAP dan PKR yang sekular.

 

ABDUL RAHMAN MALIK
ANTARAPOS                                                                                                                                                     

Sumber TKO - 17-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































































































































































































Mengapa PAS tidak tiru macam Erdogan?

SYED AHMAD FADHLI | .

http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42176-mengapa-pas-tidak-tiru-macam-erdogan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       ADA yang bertanya, dan tidak kurang juga yang mempertikaikan mengapa Tuan Guru Presiden PAS tidak meniru langkah seperti Erdogan di Turki?

Kalau saya ditanya sedemikian, saya akan jawab secara mudah sahaja.

1.Kita berada di Malaysia, bukannya di Turki. Adakah sama suasana di sana dan di sini?
Perlembagaan di sana berakidahkan sekularisme dan Tentera sebagai pelindungnya sedangkan Artikel 3, Perlembagaan Malaysia sudah menyatakan dengan jelas Islam sebagai Agama Persekutuan. Adakah Islam dihalang dengan keras pelaksanaannya di Malaysia?

Mereka di sana berjuang dengan kondisi mereka, kita berjuang dengan kondisi di sini, bukankah ini dinamakan Fiqhul Waqi'?

2.Kita di sini sudah adanya PAS, sebuah parti yang telah menzahirkan dengan terang dan nyata dasar perjuangannya iaitu Islam, seawal penubuhannya pada tahun 1951.

PAS di sini dibenarkan bergerak di pentas demokrasi walaupun ia masih tidak mencukupi. Berbeza dengan sistem negara Turki yang menghalang segala bentuk perjuangan yang berasaskan Islam.

PAS ialah PAS. Mengapa pula kita terpesona dan mahu mengikut acuan lain yang belum tentu sama dengan realiti kita?

Bak kata Tuan Guru Presiden PAS,
"Maka, PAS bukan seperti Ikhwan Muslimin di negara Arab, bukan Jamaat Islami di Pakistan, bukan Jemaah Tabligh India, bukan Parti Saadat dan Adalat Turki, jauh sekali seperti Al-Qaeda atau Daish yang berjenamakan jihad tanpa ilmu dan bertafaqquh dalam perkara Islam,.......

Oleh itu, PAS dengan Islamnya mampu menghadapi adanya perbezaan tempat, keadaan dan masa. Maka, PAS tidak boleh terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang tidak selaras dengan situasi dan realiti daripada luarnya dan terus beristiqamah bersama Islamnya.

Menjadikan PAS tidak terpesona dengan Revolusi Mesir 1952 dan terkini 'Arab Spring' yang hampir menenggelamkan Ikhwan, PAS juga tidak terpengaruh dengan Revolusi Iran menghadapi kediktatoran Shah Iran yang mengganas dan Mazhab Syiah Imamiyyah majoriti rakyatnya, PAS tidak terpengaruh dengan keadaan di Turki kerana tenteranya dijadikan pelindung sekularisme yang hanya menentang Islam sahaja supaya memerangi rakyat Turki yang berhasrat menjadikan agama Islam berdaulat di negaranya..." – HARAKAHDAILY 16/8/2016































































































































































                                                                                                                                                                     Sumber HD - 16-8-2016                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                            
Mengapa Gagasan Sejahtera Perlu Kekal Sebagai Blok Ketiga
Posted on Tuesday, August 16 @ 06:31:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31362

Gagasan Sejahtera (GS) telah dilancarkan. Secara realitinya GS yang menggabungkan PAS dengan Ikatan ini bukanlah suatu platform pembangkang yang mengancam sekurang-kurangnya buat masa ini. Kekuatan Ikatan belum meyakinkan. Orang hanya kenal Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.                                                                                                                                                                         Peminat politik tertanya-tanya sejauh mana beliau mampu menjadikan Ikatan sebagai sebuah parti yang mampu berdiri kukuh di persada politik negara.

Selagi GS tidak mendapat rakan sekutu yang lebih strategik terutama di Sabah dan Sarawak, GS sukar pergi jauh dalam politik cacamarba Malaysia kini. Seiring dengan itu, Ikatan wajar bekerja keras untuk meguasai Parlimen dan DUN yang akan ditandingi.                                                                                Walaupun GS bukan menjadi satu blok yang mencabar buat masa ini namun dengan kehadiran BERSATU, strategi politik PAS harus berubah. Mengikut kajian Sinar Harian, 30% undi UMNO akan berpindah kepada BERSATU. Kalau benar kajian itu, kekuasaan UMNO/BN akan tergugat di seluruh negara, lebih-lebih lagi apabila Dato Seri Shafie Afdal menubuh parti khusus untuk warga Sabah.                                                                                                                                                                
Senario ini menatijahkan bahawa GS tak perlu lagi berkompromi dengan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai DAP dan sikap gergaji dua mata PKR. Malah GS juga tak perlu bekerjasama dengan BERSATU. Kenapa? Apakah ini semua perancangan Allah untuk memberi kemenangan besar kepada PAS dan GS kali ini? Wallahu’alam. Situasi ini tidak mustahil setelah Allah juga yang telah membersihkan dan menyelamatkan PAS dari tangan-tangan para durjana dan munafik politik.                                    
Watak-watak yang menggerakkan BERSATU kebanyakannya terdiri daripada mereka yang alergik dengan PAS dan Syariah. Sekiranya GS bekerjasama dengan BERSATU akan timbul masalah besar dalam menentukan kerusi yang akan dipertandingkan dan polisi bersama nanti . Mari kita ambil contoh di Terengganu. BERSATU akan minta untuk bertanding di beberapa kerusi. Kalau mereka hendak bertanding di kerusi yang ditandingi oleh PKR semasa PRU13 dahulu, maka masalah tidak timbul. Penulis percaya bahawa BERSATU mahu bertanding di sebahagian besar kerusi di Terengganu. Apakah PAS bersedia untuk konflik baru yang saja dicari ini? PAS hendak menawarkan kedaulatan syariah. BERSATU hendak menawarkan apa?                                                                                        
Justeru, bagi penulis bukan sesuatu yang bijak bagi PAS/GS cuba mendekati BERSATU. Tidak perlu pemimpin BERSATU diberi ruang untuk memperkenalkan citra politik mereka di pentas-pentas ceramah PAS sepertimana yang pernah diberikan kepada Semangat 46 dan PKR suatu waktu dahulu.                                                                                                                                                                   Halatuju BERSATU belum jelas. Malah belum ada tanda-tanda pemimpin mereka lunak terhadap PAS. Jangan nanti salah percaturan menjadi ‘backfire’ yang tak diundang.                                                                        
Biarkanlah BERSATU ingin bergabung atau bekerjasama dengan PH. Itupun belum tentu PH akan terima. Perebutan kerusi dalam kalangan mereka akan berlaku. Siapa mahu bekorban kerusi untuk diberikan kepada parti Mahathir yang bernafsu besar? PKR? DAP? Andaikata BERSATU diberi ruang bertanding di kerusi-kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS, akibatnya nanti perang besarlah dengan PAN. PAN itu cacing yang hendak jadi naga. Maka dia akan cuba menghembus-hembus api dari mulutnya sampai terkencing.                                                                                                                                                                      
Sekiranya BERSATU bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh PAS, maka pertanding 3 penjuru PAS-UMNO-BERSATU akan berlaku. Inilah yang penulis katakan sebagai perancangan Allah. Sesuatu yang suatu ketika dahulu peminat politik melihat PAS akan kalah besar dalam PRU14, tiba-tiba Allah zahirkan BERSATU. Teringat firman yang membawa maksud manusia merancang, Allah juga merancang. Dan Allah-lah sebaik-baik perancang.                                                                                    
Konklusinya, penulis hanya melontarkan pandangan akal yang cetek. Pemimpin di atas sana adalah mereka yang berilmu dan ada strategi yang tak perlu didedahkan. Justeru itu, keputusan pemimpin adalah yang terbaik. Penulis hanya taat dan istiqamah hingga kemenangan. Adapun motif tulisan penulis kali ini adalah untuk berkongsi pelbagai kemungkinan demi kemenangan Islam.
Salam Muhammad's photo.                                                                                                                                                                                                                                    Sumber TKO - 16-8-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------      



















































































































































































Kerajaan mesti serius tangani kemiskinan luar bandar

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                       http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42165-kerajaan-mesti-serius-tangani-kemiskinan-luar-bandar                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Kerajaan mesti segera bertindak  lebih  serius bagi membela warga luar bandar khususnya keluarga golongan penoreh dan pekebun kecil getah, para petani, para nelayan, boroh kasar dan kakitangan awam bergaji kecil yang tinggal di luar bandar ini. Mereka adalah golongan yang mendapat kesan langsung kepada peningkatan harga barangan dan kemuraman pertumbuhan ekonomi negara.

Kerajaan perlu inovatif dan merangka program-program baru baru bagi meningkatkan pendapatan mereka dan ianya perlu diterjemahkan menerusi bajet 2017 yang bakal dibentangkan di parlimen bukan oktober nanti.

Sekiranya golongan ini tidak dibantu secara berkesan, tidak mustahil ia akan menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar kemiskinan luar bandar sedikit masa lagi.

Berdasarkan data-data yang diambil daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, kira-kira 26% atau 7.8 juta daripada jumlah penduduk di negara ini adalah kategori luar bandar dan 6.3 juta atau 79% daripadanya adalah merupakan etnik Bumiputera. Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Kelantan, Pahang, Perlis, Terengganu dan Kedah mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu 53%, 45%, 40%, 37% dan 32% masing-masing.

Industri yang paling banyak penglibatan penduduk luar bandar ialah industri pertanian, perhutanan dan perikanan iaitu sebanyak 41%. Antaranya ialah sebagai penoreh dan pekebun kecil getah; selain pesawah dan nelayan.

Pada masa ini sahaja terdapat kira-kira 590,000 penoreh dan pekebun kecil getah di negara kita yang sedang berhadapan dengan masalah pendapatan untuk menyara kehidupan dan keluarga masing-masing berikutan kejatuhan harga getah semasa. Setakat minggu lalu, harga getah SMR 20 ialah 515.50 sen/kg manakala harga getah sekerap ialah 205.00 sen/kg.

Sepatutnya, Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang akan diaktifkan jika harga purata bulanan getah SMR 20 berada pada paras RM5.50 sekilogram atau harga getah sekerap di peringkat ladang berada paras paras RM2.20 sekilogram dan ke bawah, diganti dengan skim penstabilan harga getah bagi menjamin harga getah sekerap berada pada nilai RM4.00 sekilogram bersesuaian dengan kos sebenar untuk mengeluarkan getah itu iaitu RM3.20 sekilogram. Kaedah dan alat yang digunakan untuk mengukur kandungan getah kering (dried rubber content, DRC) juga mestilah memenuhi ciri-ciri saintifik dan menjamin ketepatan; bukannya dibuat berasaskan kepada andaian atau anggaran sahaja.

Golongan nelayan pula hanya mengalami peningkatan pendapatan sebanyak 3.5% sahaja bagi tempoh 10 tahun. Kenaikan dengan kadar yang teramat sedikit ini menjadikan amat mustahil kepada para nelayan untuk memiliki pendapatan boleh guna yang mencukupi bagi memenuhi keperluan hidup mereka lebih-lebih lagi dalam suasana kenaikan kos sara hidup dan kesan kejatuhan nilai Ringgit dan pelaksanaan GST, bahkan mungkin akan lebih teruk setelah pelaksanaan penuh TPPA nanti.

Mendukacitakan, purata pendapatan bulanan nelayan bagi Negeri Terengganu adalah RM1,400 dengan sekumpulan besarnya berpendapatan antara RM518 hingga RM1.250 sebulan. Nilai ini berada di bawah paras purata pendapatan nelayan negara iaitu RM1.600 sebulan. Pendapatan nelayan Terengganu berada pada tempat ketiga terendah di Semenanjung Malaysia selepas Negeri Sembilan (RM1,240) dan Kelantan (RM1,300).

Masalah pencerobohan nelayan asing khususnya oleh warga Vietnam dan campurtangan orang tengah mestilah diberikan perhatian serius dan diselesaikan segera. Urusan pengeluaran lesen kepada semua nelayan pula perlu dipermudahkan bagi mengelakkan wujudnya nelayan tidak sah sehingga mengakibatkan mereka sukar atau tidak mendapat apa-apa bantuan yang disediakan.

CUEPACS pada awal tahun ini telah mendedahkan bahawa 12% kakitangan kerajaan terikat dengan hutang along sejak 2012 dan terus bertambah berikutan faktor gaji rendah dan peningkatan kos sara hidup. Merisaukan, jika demikian berlaku kepada golongan penjawat awam, tidak mustahil keadaan yang sama atau lebih teruk juga berlaku kepada warga luar bandar yang berpendapatan jauh lebih rendah.

Kerajaan mesti melakukan inovasi dan tranformasi dalam sektor pekerjaan 3D (dangerous, dirty and difficult) bagi memberi peluang dan menarik warga luar bandar khususnya golongan belia untuk bekerja dalam sektor ini yang kini sedang didominasi oleh warga asing terutamanya warga Bangladesh.

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus / Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
15 Ogos 2016 | 12 Zulkaedah 1437 - HARAKAHDAILY 19/8/2016                                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 15-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
Pokemon Go dari kacamata seorang gamers
Posted on Saturday, August 13 @ 14:59:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31353



SEPERTI yang dinyatakan sebelum ini, saya juga adalah peminat permainan digital. Sejak kecil hinggalah besar panjang, amat sukar untuk berpisah dengan game. Tanya sahajalah isteri saya betapa kali dia bermasam muka gara-gara cemburu kepada game.

Mustahil orang seperti saya tidak ghairah tatkala Pokemon Go diisytihar masuk ke Malaysia. Walaupun saya bukanlah peminat rancangan kartunnya, tapi kerana ia adalah sebuah game, tetap menggugat iman di dada. Namun setelah mendapat beberapa khabaran tidak enak berhubung Pokemon Go, saya mula selidik dan mengkaji permainan ini.

Oleh itu izinkan saya berkongsi beberapa pandangan berhubung permainan ini. Diharap gamers di luar sana tidak tersentap dan membaca dengan hati yang terbuka, akal yang waras dan iman yang sedar.

MELALAIKAN?

Saya tidak menafikan bermacam-macam lagi permainan di luar sana yang melalaikan. Sebelum Pokemon Go keluar, sudah berapa banyak berita yang dilaporkan tentang bahana ketagihan game.

Remaja di China mati akibat serangan jantung ketika bermain game Stargate. Di negara sama juga seorang remaja membunuh rakannya akibat salah faham yang berlaku melibatkan pedang virtual sabrenya.

Ada yang bunuh diri kerana gagal dalam misi Everquest dan ada yang bunuh diri kerana percaya dapat bertemu dengan karektor game yang diminatinya di alam lain. Bahkan seorang pemuda Amerika telah mencuri kereta polis dan membunuh tiga orang polis disyaki kerana terpengaruh dengan permainan GTA.

Namun Pokemon Go tidaklah lebih baik dari kes-kes di atas. Di Amerika Syarikat sahaja beberapa kes telah dilaporkan. Antaranya seorang pemuda memberhentikan keretanya di tengah-tengah lebuh raya untuk keluar mencari Pokemon yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Ini mengakibatkan kemalangan ngeri melibatkan beberapa buah lori treler dan kenderaan ringan lain. Antaranya juga kisah seorang pemuda yang jatuh ke dalam laut di jeti kerana terlalu asyik mencari pokemon.

Lebih mengharukan, apabila beliau diselamatkan, beliau terus membuka telefon pintarnya dan meneruskan misi mencari pokemon. BBC turut melaporkan seorang warga US ditemui mati akibat terjatuh ke dalam gaung akibat pokemon. Buktinya game tersebut terpasang di dalam telefon bimbitnya yang berada di bawah mayat ditemui.

Game ini memiliki keburukan yang tersendiri. Yang membimbangkan ialah ia menjadi viral dan kegilaan hampir semua anak muda kini. Dalam masa yang pantas, rasanya semua handphone anak muda memiliki perisian permainan ini. Suatu fenomena yang tidak berlaku kepada kebanyakan game lain.

MENGHINA AGAMA?

Pengeluar game Pokemon Go, Niantic Inc bertindak kurang ajar apabila meletakkan haiwan-haiwan Pokemon di kawasan-kawasan ibadat seperti masjid, gereja, tokong, biara dan kuil. Ia juga diletakkan di kawasan perkuburan semua agama.

Ini menyebabkan ramai yang ke tempat ibadat bukan lagi untuk mengadap tuhan, tetapi untuk mencari Pokemon! Sehingga sesetengah masjid terpaksa meletakkan tanda larangan keras bermain Pokemon di kawasan masjid.

Lebih menyedihkan apabila haiwan Pokemon turut dijumpai di atas Kaabah, tempat yang paling mulia di sisi umat Islam. Selepas ini jangan pelik jika ramai anak muda berduyun-duyun memohon visa umrah termasuk no-muslim!

Walaupun ada yang beralasan kita orang Islam tak perlulah cari sampai ke masjid tapi masih boleh main di tempat lain, ketahuilah bahawa kita mewujudkan demand yang tinggi terhadap permainan ini menjadikannya mampu beroperasi dan terus menghina institusi semua agama. Samalah juga seperti orang yang beralasan untuk memboikot Starbuck, McDonald dengan alasan halal dimakan.

MENGGANGGU PRIVASI?

Menurut laporan Berita Harian, seorang wanita di Californoa telah menyaman Niantic Inc kerana game tersebut telah mengganggu hak peribadi beliau. Menurutnya, sejak permainan ini dikeluarkan kawasan rumahnya dibanjiri orang ramai yang memburu dan berlawan Pokemon.

Situasi sama juga dilaporkan berlaku terhadap seorang lelaki di Massachusetts. Beliau melihat orang memanjat masuk ke perkarangan rumahnya. Beberapa orang pemuda berada di hadapan rumahnya siang dan malam.

Ada yang beralasan game ini berbeza dengan game lain kerana ia membuatkan pemainnya keluar rumah dan hidup aktif di luar. Namun apa yang berlaku hanyalah gangguan terhadap privacy individu. Bahkan mereka langsung tidak berinteraksi dengan alam sekeliling. Kewujudan mereka di dalam atau luar bangunan sama sahaja.

MEMBAHAYAKAN DIRI?

Anda patut merasa bimbang jika anak anda ketagihan permainan ini. Kes-kes penculikan akan berleluasa sekiranya ramai kanak-kanak keluar rumah sendirian mencari Pokemon. Apa yang berlaku di Thailand, mereka menggodam sistem Pokemon dengan memberikan arahan-arahan palsu kepada anak-anak sehingga sampai ke tempat yang sunyi untuk mereka culik.

MEMBAHAYAKAN NEGARA?

Perkara ini sangat komplikated untuk diterang kepada mereka yang capaian akalnya terlalu singkat untuk memahami teori konspirasi. Walaupun bukan semuanya teori konspirasi di luar sana benar belaka, tapi konspirasi tidak boleh ditolak mutlak, lebih-lebih lagi apabila al-Quran dan hadis sendiri banyak mendedahkan tentang konspirasi.

Pokemon Go dicipta oleh Niantic Inc, syarikat yang diasaskan John Hanke yang juga pemilik syarikat Keyhole Inc. Keyhole ini adalah syarikat yang terlibat secara langsung dalam pembangunan teknologi pemetaan Geospatial. Keyhole juga didanai oleh berbagai agensi termasuk yang berkaitan dengan CIA iaitu NGO In-Q-tel.

Geospatial merupakan teknik pemetaan terbaru yang merakam akitiviti manusia di setiap tempat secara lebih tepat dan jelas. Amerika Syarikat telah menjadikan Geospatial Intelligence (GEOINT) sebagai sumber risikan dalam mengumpul maklumat-maklumat rahsia dan tabiat seharian setiap negara. Ia kemudian digunakan oleh Amerika dalam berbagai operasi ejen CIA di mana-mana negara.

"In the United States, Geospatial intelligence, GEOINT (GEOspatial INTelligence) is intelligence about the human activity on earth derived from the exploitation and analysis of imagery and geospatial information that describes, assesses, and visually depicts physical features and geographically referenced activities on the Earth. GEOINT consists of imagery, imagery intelligence (IMINT) and geospatial information."

Sebelum ini, bentuk risikan terkenal adalah melalui remote sensing yang merakam imej melalui satelit. Namun begitu, ia tidak begitu jelas dan terhad atas berbagai halangan. Lagipun sudah banyak negara-negara lain berjaya mencipta alat umpama iron dome yang melindungi ruang negara dari dirakam satelit.

Pokemon Go membantu risikan GEOINT melalui kamera dan GPS yang mereka aktifkan ketika misi memburu haiwan Pokemon. Dengan mematuhi arahan permainan terbabit, pemain secara tidak sedar membantu perisikan Amerika Syarikat sehingga di dalam bangunan.

Sebelum ini, US menggunakan teknik geospatial melalui Google Streetview sebagai maklumat risikan sebagaimana yang didedahkan bekas ejen CIA, Edward Snowden. Namun ia tidak sehebat Pokemon Go kerana tidak dapat merakam setiap perubahan terkini serta terhad di luar bangunan sahaja.

Negara pertama yang mengharamkan kemasukan Pokemon Go ialah Iran. Namun hasil maklumat mendapati tentera Israel terlebih dahulu menghalang permainan ini. Kebanyakan negara-negara lain pula melarang permainan ini di tempat-tempat tertentu. Kini Rusia pula sedang berkira-kira untuk mengharamkan permainan ini.

HEDONISME?

Barat mengimport berbagai bentuk pemikiran yang memesongkan manusia dari pemikiran Islam yang sebenar. Khusus untuk anak muda, mereka menghidupkan budaya hedonisme. Hedonisme adalah pemahaman bahawa hidup adalah untuk berhibur dan berseronok. Setiap yang seronok adalah betul dan kebenaran diukur melalui tahap keseronokan sesuatu.

Lahir slogan-slogan hidup hanya sekali, nikmati sebelum mati, jangan sia-siakan zaman muda dan berbagai lagi ajakan supaya terjun dalam hiburan sehingga lemas.

Budaya hiburan semakin berleluasa kini sehingga yang tidak mampu bercakap soal hiburan tidak layak hidup di zaman ini.

Walaupun negara kita adalah majoriti muslim, negara kita menduduki antara tempat tertinggi kegilaan terhadap pelbagai bentuk hiburan. Bahkan melampau-lampau sehingga jika ditegur, melentingnya lebih daripada orang tidak beragama.

Dalam isu Selena Gomez, pemuda PAS mendapat kritikan hebat kerana melakukan bantahan. Para mufti juga dihina dengan begitu teruk oleh anak-anak hingisan kerana memfatwakan pengharaman Pokemon Go.

Hedonisme bukan sahaja menyebabkan rakyat jauh dari agama, bahkan hilang moraliti dan nilai manusiawi. Di samping itu ia boleh mengganggu operasi pentadbiran negara.

Mengikut laporan akhbar baru-baru ini, kerajaan bercadang untuk menyekat akses Pokemon Go pada waktu bekerja akibat ramai kakitangan yang bermain di dalam pejabat. Bahkan di Iraq, seorang tentera Amerika leka bermain Pokemon walaupun sedang berada di dalam operasi petempuran di Mosul.

SADD ZARAI'

Mungkin langkah pengharaman yang diambil Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Kedah atas alasan Sadd Zarai'. Mereka tidak menyatakan hiburan haram dalam Islam. Buktinya mereka tidak mengharamkan pelbagai permainan yang lain. Namun kerana fakta-fakta yang dikemukakan di atas, mereka mengambil berjaga-jaga untuk mengekang mafsadah yang lebih besar.

Sadd Zarai' bermaksud menutup lubang kerosakan dengan mengambil langkah mengharamkan perkara-perkara yang harus pada dasarnya. Contohnya penjualan parang adalah halal, tetapi menjual parang di kawasan perang saudara bakal menyebabkan parang itu diguna untuk membunuh maka ia boleh diharamkan.

Ada yang beralasan mufti bersikap selektif kerana berfatwa tentang perkara-perkara tertentu sahaja dan mendiamkan diri dalam perkara lain, ini mungkin ada benarnya. Namun ia tidak boleh menjadi hujah menafikan fatwa yang mereka keluarkan.

Jika mahu mengharuskan Pokemon, pendokong permainan ini perlu mengemukakan hujah-hujah bahawa manfaatnya jauh lebih besar dari mudarat-mudarat di atas. Jika ada, fatwa boleh berubah bukan sahaja menjadi harus, bahkan sunat atau wajib pun! Islam itu ada fleksibelitinya.

Kesimpulannya, tepuk dada tanya iman. Kalau yakin bermain Pokemon Go tidak memberi kesan langsung kepada keburukan yang disebut, maka teruskanlah. Namun jika suatu hari anda tergelincir, tidak ada alasan lagi untuk menyalahkan mereka-mereka yang tidak menegur.

Bagi saya, berlambak lagi permainan lain yang boleh dimainkan. Tidaklah sampai mati kalau tidak ada Pokemon Go. Umat Islam perlu ada jatidiri yang lebih teguh untuk bertahan di akhir zaman ini. Jangan terlalu mudah dibawa arus semasa hingga hanyut bersama kemodenan yang tidak berpedoman.

Tidak mengapalah kalau nampak kolot sikit dengan pegangan Islam. Itulah yang selama ini disebut Nabi SAW:

"بَدَأَ الإِسْلامُ غَرِيبًا ، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا ، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ "
"Islam datang dalam keadaan yang asing, akan kembali pula dalam keadaan asing. Sungguh beruntungnlah orang yang asing” [HR. Muslim]

Hakikatnya, bukan kita yang asing, tetapi yang hidup mengikut arus itulah yang asing. Kita terkenal dan disanjung di sisi makhluk penduduk langit yang jauh lebih ramai dari bilangan manusia, sedang manusia lain asing tidak langsung dikenali oleh makhluk lain.

ALANG IBN SHUKRIMUN                                                                                                                                                                                                                                                                                      Sumber TKO - 13-8-2016                                                                                                                         -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                               

Dakwaan PAS dapat RM90 juta dari Najib fitnah terancang
Posted on Wednesday, August 10 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                           

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31317



PAS negeri-negeri terus menyatakan bantahan terhadap dakwaan RM90 juta disalurkan kepada pemimpin parti itu oleh Datuk Seri Najib Razak.

PAS Kedah pula berkata dakwaan berdasarkan “kecurigaan meluas” itu tidak berasaskan bukti atau fakta dan berniat jahat.

“Ini kerana perbuatan tersebut dilakukan oleh sebuah media yang boleh disifatkan sebagai penyalahgunaan medium.

“Malah, ia nyata bertentangan dengan etika profesionalisme entiti media.

“Oleh itu, ia layak dilihat sebagai satu jenayah,” kata pesuruhjayanya Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi merujuk laporan Sarawak Report pada Sabtu.
Laman pembocor maklumat itu mendakwa Najib berjaya 'menarik' PAS jauh daripada pakatan pembangkang dengan RM90 juta mengalir secara meluas kepada pemimpin atasan parti Islam itu sejak beberapa bulan lalu.
Selepas diancam saman, pengarangnya Clare Rewcastle Brown semalam menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan "kecurigaan yang meluas".
Beliau membangkitkan pendekatan PAS yang tiba-tiba mesra kepada Umno yang diketuai presiden 'King Of Cash' (raja wang tunai) dan dikaitkan dengan amalan korup.
Sarawak Report yang berpangkalan di London itu memainkan peranan penting membocorkan dakwaan-dakwaan berkaitan kontroversi 1MDB dan kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali telah membersihkan nama perdana menteri dan Najib sendiri menafikan menyalah guna wang untuk kepentingan peribadi.

Dalam kenyataannya, Ahmad berkata, mutakhir dilihat terdapat pihak-pihak tertentu menjadikan fitnah sebagai permainan, suka-suka, olok-olok serta gurauan.
“Ia berpotensi besar mengundang ancaman dan keburukan terhadap pihak yang difitnah, sedangkan pemfitnah bersikap sewenang-wenangnya,” katanya.
Ahmad Fakhruddin juga menyokong cadangan supaya PAS menyaman laman itu.                                                    

Sumber TKO - 10-8-2016                                                                             -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                             Sudah Ada Bukti Ke PAS Dibayar 90 Juta?
Posted on Wednesday, August 10 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31315



Kenapa orang PAN macam neh. Sejak tersebarnya laporan Sarawak Report yang mengatakan PAS terima dana 90 juta dari Najib, berapi2 pula penyokong2 PAN mempersoalkan PAS agar membuktikan laporan tersebut adalah palsu.

Laporan tersebut disiarkan pada 6 August. Ianya bertajuk " Di Saat Najib Menafikan Segala Dakwaan Tentang 1MDB, Jangan Lupakan Kesalahan2 Najib Yang Lain".

Rujuk sini.

Ini petikan tentang laporan tersebut ;

Najib has worked to exploit the leaderless situation confronting the opposition ever since and BN/UMNO smugly talk of divisions faced by the party they deliberately decapitated. He has gone on to “woo” the PAS Islamic party away from the opposition coalition in the normal way he woos – RM90 million is widely reckoned to have flowed into the top echelons of PAS in recent months (BN veterans would tell them they came cheap).


To sugar matters further for PAS, Najib has gone on a crusade to show himself ‘more holy than thou’ on every PAS religious agenda, stirring up extremism in Malaysia and undermining civil law and institutions, without turning a single hair over the destabilising, divisive and dangerous consequences to his country and his own party.

---------------------

Dalam satu jawapan balas, Claire Newcastle Brown memperjelaskan bahawa laporan tersebut bersandarkan kepada 'syak-wasangka'.

Yakni, belum lagi menemui bukti yang konklusif bagi menyokong dakwaan.

Ini bermaksud, para penyokong PAN/PH seharusnya bersabar sehingga bukti berjaya dikemukakan. Dalam mana-mana pertuduhan ke atas pembangkang oleh mana-mana pihak, pandai pula mereka mempersoalkan mana-mana pihak yang gagal mengemukakan bukti jelas sebenarnya sedang melakukan fitnah ke atas pihak yang dituduh tetapi kenapa pula dalam soal PAS menerima bayaran 90 juta, mereka tidak berpegang kepada prinsip yang sama? Flip flop apekah ini? Kita patut bincang perkara ini secara mendalam hanya selepas bukti dihadirkan di hadapan kita terlebih dahulu.

Tidak dinafikan dakwaan itu sedikit sebanyak ada asasnya apabila kita menilai kepada tindakan Hadi sejak akhir-akhir ini. Tetapi syak wasangka bukan bukti dan tidak boleh dijadikan bukti.

Kenapa tidak kita tunggu bukti selanjutnya atau mendesak sahaja Claire untuk mengemukakan bukti yang menyokong dakwaannya itu? Pun begitu, Claire sendiri mengakui bahawa kenyataannya bertitik tolak atas perasaan syak wasangka. Ianya tidak berpandukan kepada bukti.

90 juta kot. Apakah Najib mahu beri 90 juta kepada PAS? Dengan wang sebanyak itu lebih baik dia upah team propaganda bagi meranapkan Pakatan Pembangkang termasuklah PAS.

Jika kita teliti kepada laporan itu, ditulisnya Claire bahawa sejak beberapa bulan kebelakangan ini, wang disalurkan kepada beberapa pihak berkepentingan dalam PAS.

Pertama. Disalurkan bagaimana? Cash, bank in, cash deposit? Ada tak dinyatakan oleh Claire?

Kedua. Siapa pemimpin2 yang dimaksudkan? Kenapa tidak dinamakan?

Ketiga. Tujuan disalurkan bagi memecahkan Pakatan Pembangkang.

Hello, Pakatan Pembangang kita neh dah berpecah sejak tahun 2013 lagi. Babak-babak pra perpecahan ialah sebelum PRU ke 13. Selepas PRU ke 13, pertindihan kerusi, hudud, isu Anwar, Khalid, Azmin dan Kajang Movie ialah isu2 yang menyebabkan Pakatan Pembangang semakin bergolak dari sehari ke sehari.

Tak perlu Najib bayar 90 juta pun.

Bodoh-bodoh watak2 tertentu dalam pembangkang pergi ranapkan kerjasama di antara mereka.

Beberapa bulan yang akhir ini tidak pula PAS bersama PH. Bahkan semakin menjauh selepas tertubuhnya PAN.

Maksud aku kat sini ialah, alasan pembayaran 90 juta itu tidak cukup kuat.

Jika dibayar 90 juta bagi memastikan PAS melakukan tindakan2 yang membuatkan umat Islam akan membenci PH, ada logiknya disitu.

Tetapi sekali lagi, syak wasangka bukannya bukti.

Dan pihak yang dituduh tidak pula patut dipertanggungjawabkan untuk membuktikan apa yang dituduh ke atas mereka.

Yang menuduh la patut membuktikan dakwaan tersebut.

Apakah Claire akan memperolehi bukti2 tersebut pada masa-masa mendatang? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Apa pun buat masa sekarang malas la nak bercerita macam ye ye sangat PAS terima 90 juta. Benda terawang2an macam neh nak pegang sebagai fakta apakah logik.

Dan PAN, tak payah la tunjuk sangat sikap dengki korang tu. Nak jadi wakil PAS dalam menyaman Sarawak Report konon. Sedar la sikit buat masa sekarang tumpuan korang ialah menambat kepercayaan dan keyakinan pengundi.

Bagaimana?

Kurangkan buat kerja2 kontroversi yang tak mendatangkan faedah ke atas imej parti, tingkatkan prestasi parti, buktikan kemampuan bahawanya korang parti yang berkelayakan untuk dipangkah rakyat pada PRU ke 14 kelak bagi menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

Masalah PAS dibayar 90 juta atau tak dibayar neh, biarlah dorang bertekak dengan Sarawak Report sampai mati. Korang tak payah semak kat situ. Bukan masalah korang. Telah dinoktahkan dalam ahti bahawa kedudukan PAS ialah pembangkang pada PH sama seperti kedudukan BN. Bukan kah itu yang menjadi pendirian korang? Najib yang membayar tak pula diperli diserang tetapi yang menerima je korang ratah sakan? Kebencian ini berdasarkan dendam peribadi ke?

Tindakan korang tu sebenarnya buatkan ketawa Najib makin besar. Ya, makin besar. Tak boleh fikir ke?

Berita dilaporkan pada hari sabtu brader.
Hari sabtu.

Najib bayar 90 juta. Kepada PAS.
Yang kontroversi dan jadi keutamaan ialah pihak yang terima bayaran. PAS.

Najib yang membayar, macam mana?
Disenyapkan pula? Yang membayar bukan isu ka?

Kenapa tak laju2 pula peguamnya menafikan?
Keluarkan kenyataan rasmi, kenapa?

Hadoi.

Jauhla lagi la puak2 pembangkang neh nak tadbir Malaysia. Geleng kepala je tengok kebodohan mereka neh. Menyesal plak terikut2 dulu. Nampak sangat kebebalan aku disitu.

Kbai.

** Ejaan pembangang pada pembangkang adalah disengajakan. Bukannya typo. Sekian dimaklumkan.

http://www.amenoworld.net                                                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber TKO - 10-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                               -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                   

Bongkar: Penerima wang RM90 Juta rasuah UMNO dikesan
Posted on Tuesday, August 09 @ 18:41:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                        

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31303



Sarawak Report (SR), melalui ketua editornya Clare Rewcastle Brown membuat tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS untuk menjauhi pembangkang adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

Kenyataan ketua editor SR ini dibuat setelah PAS, melalui Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  mengancam akan mengambil tindakan saman.

Editor portal berkenaan, Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan “kecurigaan yang meluas” jika dihalusi dan difahami membawa erti kata lain cerita tersebut ditulis berdasarkan khabar angin atau andaian semata-mata tanpa sebarang bukti yang dikemukakan.

Bahasa mudahnya berita itu adalah sembang-sembang di kedai kopi sahaja tetapi dalam hal ini, Sarawak Report (SR) telah menjadikannya bahan artikel untuk tujuan jahat dan terancang menjatuhkan PAS.


Maka ahli PAS 'jadian' pun membuat kenyataan "dakwaan mereka menerima wang RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipandang sepi."

Katanya lagi “Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan PAS tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut.”

Kenyataan kedai kopi pun si 'jadi-jadian' ini anggap serius.

Lagi malang puak-puak PAN/IKRAM.
Raya sakan mereka menyerang PAS dengan isu ini. Mereka mengiakan apa yang dinasihatkan oleh Allah taala tentang berita daripada orang fasiq.

Allah berfirman,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Cikgu Halim kaki fitnah yang selalu menyerang PAS membuat posting dalam facebooknya..


Wan Mohd Aman ini pun kaki fitnah kepada PAS, hari-hari buat posting menyerang PAS tak faham kenyataan "kecurigaan yang meluas" yang membawa maksud syak wasangka.


Asal boleh hentam PAS kira rasa dia bahagia.


Zulkiply Harun atau Greenboc juga hilang pertimbangan agama menyerang PAS dengan berita syak wasangka. Dia ni cakap agama macam ulama tapi pasal fitnah mengalahkan 'syaitan'.

Kalau saya senarai posting cybertropper PAN/IKRAM nescaya berjela-jelalah artikel saya kali ini. Cukuplah.

Dalam membalas posting mereka saya cakap kepada cybertropper PAN/IKRAM saya ada maklumat dimana wang RM90 juta digunakan.


Pertama, Abdul Hadi Awang, Presdien PAS nak guna wang itu untuk membeli rumah besar dan mewah. Dia bekerja sebagai MP dan ADUN 30 tahun tak cukup duit. Walaupun ada elaun MB dan beberapa elaun lain dia masih tak cukup duit kerana suka berjoli.


Kedua, MB Kelantan Ahmad Yaakob nak beli basikal Madone 5,9 SL basikal yang dihiasi 7 berlian supaya mudah untuk dia nak ke Masjid. 


Ketiga, Persuruhjaya PAS Terengganu, Saitiful Bahri nak tukar kereta volvo antik dihadapan rumahnya kepada model terkini, Volvo XC90 Excellence.

Puak-puak PAN/IKRAM ni kalau kita kata mereka ini tongkat UMNO mereka marah tapi mereka tak sedar mereka buat kerja UMNO untuk buruk dan fitnah PAS.

Saya cakap kalaulah andaian dan wasangka boleh dijadikan hujah dan bukti penyelewengan maka saya pun boleh buat begitu. Saya boleh katakan bahawa puak PAN/IKRAM dapat duit daripada DAP dan YAHUDI kerana "kecurigaan yang meluas" menunjukkan mereka boleh menjilat DAP!


Banner di atas boleh memberikan maksud mudah apa yang saya ungkapkan.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber TKO - 9-8-2016                                                                                                                            ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                        


Tarian Gelek Puteri UMNO tapi parti “PAN” serang PAS
Posted on Sunday, August 07 @ 23:53:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31292



Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu telah menyelitkan satu persembahan tarian gelek ala arab pada majlis perasmian persidangan sayap parti itu kelmarin.

Gambar dan video tarian gelek ini menjadi senjata kepada parti PAN/IKRAM untuk menyerang PAS terutama PAS Kelantan, kononnya konsert Salena Gomez boleh bantah tapi tutup mata untuk program UMNO. Nak ber'UG" dengan UMNO kononnya.

Malah beberapa facebooker telah memanipulasikan tarian gelek puteri UMNO ini untuk menyerang PAS, antaranya.


Saya terpaksa sensor gambar Salena kerana puak PAN/IKRAM bukan tahu malu, adap dan hukum, asalkan dia rasa puas hati nak sakitkan hati mereka yang nak laksanakan hukum Islam di negara ini mereka sudah bangga. Hati mereka telah 'hitam' sebab itu mereka tak rasa bersalah untuk buat fitnah!

Sepatutnya mereka serang UMNO sebab UMNO yang buat maksiat tapi PAN/IKRAM serang PAS kenapa??

...Tak lain tak bukan kerana mereka adalah TONGKAT UMNO yang bekerja keras membantu UMNO untuk jatuhkan PAS Kelantan yang telah tidak berjaya dilakukan oleh UMNO 22 tahun lalu semenjak TGNA memerintah.

Kalau PAS jatuh di Kelantan siapa naik?
Takkan PAN akan naik, takkan Husam Musa jadi MB?
Yang ini pun puak PAN/IKRAM tak boleh berfikir!

Semasa menjawab posting puak-puak PAN/IKRAM saya selitkan gambar di bawah.


Saya buat satu "caption" HANYA PAN/IKRAM sahaja MIRIP dalam menjayakan acara parti mereka. PAN sebenarnya UMNO JADIAN!!

Saya nasihatkan yang fitnah kepada PAS dalam posting mereka berkenaan tarian gelek harap minta maaf. Sejahat-jahat UMNO pun mereka dah minta maaf. Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Baharu Wan Salmiah Wan Ghani telah meminta maaf dan pihak akan telah mengambil iktibar daripada kejadian itu dan memberi jaminan tidak akan berulang lagi pada masa akan datang setelah PAS membuat teguran.

Hanya tunggu kaki fitnah PAN/IKRAM sahaja, bila nak minta maaf atas posting fitnah jahat anda? Jika anda seorang mukmin jangan malu untuk minta maaf sebab itu ajaran Islam melainkan anda memang jenis KERAS KEPALA dan membelakangi Islam!

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                                  Sumber TKO - 7-8-2016                                                                          --------------------------------------------------------------------------------                                                                                                            Ulasan Gambar Menjadi Fitnah Kepada PAS Kelantan
Posted on Sunday, August 07 @ 21:43:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                         

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31290



Saya ingin mengulas sedikit tentang gambar yang viral beberapa hari lepas menunjukkan beberapa Exco Kelantan, bersama Dato SUK dan beberapa pegawai kanan kerajaan menikmati hidangan di meja jamuan yang agak 'mewah'.

Saya sengaja mengambil masa beberapa hari sebelum mengulas, untuk memberi ruang semasaknya bagi saya membaca, memahami, dan mentaakul (reasoning) isu tersebut dari pelbagai pendapat yang diutarakan, termasuk penjelasan dari Pejabat Menteri Besar sendiri.
Ramai pengulas FB menggambarkan seolah2 ini adalah bentuk kemewahan yang tidak pernah wujud semasa pentadbiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Seolah2 ini adalah adalah satu perbuatan melampau dan berlebih2an dalam makanan, yang tidak menepati dasar berjimat cermat yang sepatutnya diamalkan oleh Kerajaan Pas Kelantan.
Saya ingin mengajak kita semua berlaku adil, hatta kepada orang yang tidak kita sukai. Anda boleh mengkritik Kerajaan Kelantan semahu anda, tapi biarlah kritikan itu ada asasnya, dan biarlah kritikan itu tidak didorong oleh rasa benci dan rasa permusuhan dan dendam kesumat anda kepada beberapa individu yang berada di dalam pentadbiran kerajaan Kelantan, lantas segala apa yang dilakukan semuanya akan dinilai dan diteropong dengan penuh syak wasangka. Buang ke laut semua keperluan kepada maklumat, kesahihan dan 'objectivity'.
Jangan begitu tuan.
Marilah kita bersikap objektif. Kita tidak setuju dan kita kritik, biarlah bersandarkan maklumat.
Saya sendiri tidak nampak di mana mewahnya juadah yang terhidang di atas meja itu. Saya nampak ada satey. Ada kuah laksa penang (gamaknya), ada potongan daging kambing, ada tapai daun getah, ada pulut kuning barangkali dengan rendang, dan beberapa hidangan lain. Saya difahamkan ini sebenarnya pun bukannya hidangan makanan tengahari biasa, tetapi hidangan jamuan hariraya selepas mesyuarat Exco.
Ramai kawan2 saya sendiri membandingkan hidangan ini dengan kedaifan rakyat terutama pasca banjir 2014. Ramai juga yang membandingkannya dengan hidangan nasi bungkus selepas mesyuarat Exco di zaman TGNA.
Saya pernah beberapa kali membuat 'presentation' di dalam mesyuarat Exco di zaman TGNA dulu untuk membentangkan beberapa perkara seperti diminta oleh MMK. Selepas mesyuarat kami pun dihidangkan nasi bungkus di penjuru belakang sebelah kiri bilik mesyuarat Exco dan makan bersama Exco lain. Pada masa Itu, kebanyakan mesyuarat Exco yang di hadiri TGNA diadakan di Paras 1, bangunan sayap sebelah kanan, bagi memudahkan TGNA hadir kerana beliau sudah uzur pada masa itu, dan tidak di bilik mesyuarat resmi di Tingkat 2 Blok 1, kalau tak silap.
Nasi bungkus mesyuarat Exco pada masa itu bukanlah nasi bungkus biasa. Ia nasi bungkus Osman Larin. Lauknya pun agak mewah. Paling kurang sebungkus harganya antara RM10-15 juga tu!
Memanglah kita sentiasa digalakkan berzuhud, dan berqanaah, dan berpada2 di dalam makan minum. Tetapi dalam Islam juga ada istilah yang dipanggil 'uruf' atau adat kelaziman. Ini diiktiraf dan diperbolehkan tanpa sebarang celaan.
Hidangan yang tertera di dalam gambar itu masih berada di dalam julat 'uruf' kebanyakan kita. Kalau kita pergi majlis hariraya rumah seorang kerani jabatan kerajaan pun, hidangannya lebih kurang begitu juga. Kalau ianya hidangan makan tengahari biasa selepas mesyuarat Exco pun, itu masih dalam julat uruf juga. Janganlah pula kita bersikap 'ghuluww-غلو' atau melampau hingga mahu hidangan semasa mesyuarat Exco pun sama dengan makan di kaki lima.
Jadi apakah yang menghalang kita dari bersikap adil dan objektif?
Berlaku adillah, kerana itu lebih dekat dengan taqwa.

FB
Asmawi Mohamad



                                                                                                                                                                                             Sumber TKO - 7-8-2016                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                     

Husam tersesat mencari haluan “politik” masa hadapannya
Posted on Sunday, August 07 @ 14:34:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31283



Adun Salor Husam Musa sebelum ini memberi tempoh enam bulan untuk dia meneliti dan mendapat pandangan orang ramai sebelum dia membuat pilihan menyertai parti baharu penerus perjuangannya.

Tempoh yang dijanjikan itu sudah pun tamat. Husam masih lagi tidak menyatakan parti mana dia akan ikuti.

Ramai orang membuat anggapan Husam akan menyertai parti PAN. Tapi setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada PAN menjemput Husam untuk bersama. Kenyataan-kenyataan akhbar bersifat politik memang ada tapi cakap-cakap ini bukan boleh apkai pun.

Saya banyak kali menulis mengenai perkara ini, iaitu PAN memang tak nak Husam kerana mereka kenal Husam yang boleh menyusahkan mereka. Anda boleh baca di sini dan di sini atau di sini.

Sayuti Omar ada menulis sebelum ini bahawa Husam Musa akan menyetakan parti mana yang akan disertainya dalam masa terdekat. Penulisan Sayuti berdasarkan ucapan Husam di Tumpat akhir Julai 2016. Tapi dah lebih seminggu Husam masih berdiam diri tanpa sebarang kenyataan.

Mengikut sumber lagi Husam mengimpikan pelawaan Tun Mahathir untuk parti baharunya. Walaupun ada gembar-gembur kononnya Husam akan dilantik menjadi Naib Presiden Penaja, tapi khabar itu hilang begitu sahaja.

Tun Mahathir mana nak orang cerdik (baca di sini) macam Husam. Husamkan cerdik, bila dia tak jadi exco lihat Kelantan dah bengkrap.

PAN tak nak Husam, kalau dia nak join juga boleh bagi jawatan Pengerusi PAN Kelantan, tapi Wan Rahim pun macam tak nak lepas aje. Nak join parti baharu pun Tun Mahathir tak ajak meeting, walaupun sebelum ini ada orang kanan Tun cakap nak ajak bersama. Akhirnya ter'konteng-konteng' janji 6 bulan dah lepas. Pening macam ini mesti cari ketenangan!!

Beberapa hari lalu kawan saya di Kelantan hantar gambar Husam Musa merayau-rayau di semak samun di tepi bukit dengan baju tak terkancing di atas menampakkan dada.



Lihat gambar ini, terlintas dalam hati saya HUSAM TERSESAT MENCARI HALUAN POLITIK... Makan sumpah agaknya!

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber TKO - 7-8-2016                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                  
MAIS selepas mesyuarat jamu “JAHEAIK” makan pun PAN buat fitnah
Posted on Sunday, August 07 @ 07:21:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31278



Rombongan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bersamanya Ustaz Nasruddin Daud telah menerima taklimat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kunjungan ini antara lain adalah bertukaran pandangan berkaitan isu-isu semasa termasuklah sekali RUU 355.

Menjadi kebiasaan tuan rumah akan menghidangkan makanan kepada tetamu yang hadir.

Persoalannya timbul kenapa puak-puak PAN dan IKRAM sakit hati sangat dengan rombongan Jabatan Hal Whwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam Selangor sehingga menyebar luas gambar makanan disediakan oleh MAIS seolah-olah perkara itu berdosa besar.

Kenapa mereka cuba mengaibkan usaha martabak dan memperkasakan Undang-undang Syariah Islam di Malaysia.

Kenapa mereka cari kesalahan demi kesalahan untuk menghalang undang-undang Islam diperkasakan di Malaysia ini?

Apa mereka nak jawab disisi Allah nanti, memanipulasikan jamuan MAIS kepada JAHEAIK atas niat nak rosakkan usaha memperkasakan undang-undang Syariah di Malaysia?


Ustaz Ahmad Awang Supporters bukan nak bantu RUU 355 tapi menjadi tukang fitnah untuk mencacatkan usaha ke arah mempekasa Undang-undang Islam. Kemudian bandingkan dengan mesyuarat Tok Guru Nik Abdul Aziz sedangkan ini jamuan MAIS di Selangor. Kenapa suka buat fitnah?


Semua geng parti PAN menyiarkan ini secara serentak menyarang PAS atas isu ini. Ini kerja puak PAN dan IKRAM menjatuhkan PAS Kelantan. Mereka akan bangga jika PAS hilang Kelantan benarnya hadis nabi orang yang dengki dan hasad akan rasa senang hati jika musuh mereka jatuh atau binasa. INI KONONNYA PARTI NAK PERJUANGKAN RAKYAT??


 Kalau si Sohaimi Al;i yang saya telah menulis sebelum ini cybertropper UMNO yang kini bekerja untuk parti PAN cuba mengaitkan Presdien PAS dengan manipulasi gambar Presiden PAS dengan menyembunyikan gambar Dr Zulkefly serta Husam Musa.


Kenapa puak PAN tak tunjuk gambar yang ini??


Kenapa puak PAN sanggup buat apa sahaja untuk jatuhkan PAS sehingga sanggup menghalang akta RUU 355 daripada diperjelaskan kepada rakyat?

Mana KeIslaman mereka sehingga FITNAH menjadi mainan. Manipulasi keadaan untuk burukkan pimpinan PAS telah menjadi tidak apa, sedangkan pada masa yang sama mereka ini solat mengadap Allah?? Tidak beza mereka dengan UMNO betullah mereka adalah TONGKAT UMNO. Menjalangkan kerja UMNO untuk menjatuhkan PAS dan Islam.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber TKO - 7-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                               ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
Dulu Geng PANlah yang cuba mewahkan pimpinan PAS
Posted on Friday, August 05 @ 22:19:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                 

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31268



Ada seorang facebooker Sohaimi Ali  membuat penyebaran fitnah kononnya Presiden PAS "kedarah" (bahasa kasar untuk makan) sedangkan sebelum ini telah dijawab tetapi dia cuba mainkan perkara ini kerana dia belajar daripada UMNO yang kalau diulang-ulang perkara bohong supaya rakyat atau pembaca akan mempercayai perkara ini menjadi seolah-olah benar.


Sohaimi Ali cuba menunjukkan kononnya pimpinan PAS suka melahap termasuk pimpinan PAS Kelantan yang telah dijamu oleh Jabatan Agama Selangor.

Cara cybertropper parti PAN sebenarnya tidak banyak beza dengan cybertropper UMNO sebelum ini. Saya mempunyai maklumat yang jelas bahawa serangan makanan yang cuba edit gambar Presiden PAS yang diedar oleh parti PAN adalah kerja cybertropper UMNO semnajak 2012 lalu.


Dulu 28 Jun 2012 Manzaidi adalah cybertropper UMNO yang menyerang PAS dengan makan mewah. Dipercayai Manzaidi sekarang adalah ahli parti PAN dan bertugas sebagai cybertropper parti PAN. Saya mencabar Manzaidi membuat penafian bahawa dia bukan cybertropper parti PAN yang dibayar untuk menyerang PAS.

Saya percaya gurka-gurka PAN hanya copy dan paste sahaja apa yang disebarkan untuk menjadikan perkara ini benar dan mengaibkan pemimpin PAS.

Isu kedua, saya jelaskan bahawa budaya mewah dalam PAS ini telah dimulakan oleh geng-geng PAN sekarang ini semasa mereka berada dalam PAS dulu. Terutama PAN yang berada di Kelantan termasuk Husam Musa sendiri.

Dulu pimpinan PAS boleh merasa sedikit kemewahan bila ada program di Kelantan. Masa itu Selangor dan Pulau Piang masih belum ditawan. Exco yang menguasai Kelantan semua orang tahu bahawa Husam Musa. Tak payah cakap pasal balak sekaranglah. Dulu balak atau apa-apa semuanya Husam yang kontrol. Tapi perkara ini cuba dimanipulasikan untuk menunjukkan diri Husam itu bersih.

Husam guna duit RM4juta untuk biayai MediaTV dibawah kicdefella tanpa sebanrang audit. Itu belum lagi saya dedah macam-macam program lain.

Kenapa kita edit gambar untuk buat fitnah sedangkan kita tahu kebenarannya. dalam gambar berkenaan bukan Presiden sahaja ada Dr Zul dan Husam ada. Apa yang kita nak jawab disisi Allah?

Kenapa (baca parti PAN) kena ikut cara UMNO untuk menjatuhkan sesama kita sedangkan kita tahu musuh kita ialah BN @ UMNO?

Kenapa guna cybertropper UMNO untuk gerakan cybertropper parti PAN bagi menyerang PAS siang dan malam?

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber  TKO - 5-8-2016                                                                                                                           -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                     
Muhammad Radzi Ismail (Baca PAN) Buat Kempen kononnya ulama PAN ada jawatan?
Posted on Thursday, August 04 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31239



Muhammad Radzi Ismail dulu orang kuat Ustaz Ghani Shamsuddin selalu buat posting pada fecebook saya dengan pelbagai fitnah dan provokasi. Memang hari-hari dia ini kerjanya menyerang PAS mengalahkan UMNO. Sekarang cybertropper UMNO boleh goyang kaki pasal kerjanya telah dilakukan oleh Mat Radzi ni.

Semalam dia posting pasal Ustaz Ghani dengan banting mesyuarat Ahli Majlis Pemegang Amanah Kesatuan Ulama' Muslimin Sedunia di Konya, Turki.

Saya gelak, pasal kalau setakat hadir sahaja sesiapapun boleh hadir. Ada yang hadir sebagai pemerhati kerana meyuarat itu menjemput NGO, Gerakan Islam serata dunia untuk hadir sebagai pemerhati. Menjadi kebiasan orang yang hadir sebagai pemerhati selalunya sibuk nak bergambar dengan banting acara.

Saya cabar si Mat Radzi ni untuk post gambar Ghani Shamsuddin dalam majlis. Bukan apa nak lihat di mana dia duduk? Mat Radzi mana berani, dia tahu rahsianya akan terbongkar!

Saya post satu gambar kepada Mat Radzi


Saya kata kepada si Mat Radzi kaki fitnah dan suka buruk-buruk PAS dengan satu 'caption' kerusi kosong sebelah Dr Yusof Qardawi itu adalah untuk TIMBALAN PENASIHAT UMUM PARTI PAN.

Kemudian saya postkan lagi.


Saya buat lagi 'caption' yang ambil gambar ini sebenarnya Ustaz Ghani. Asalnya Ustaz Ghani TIMBALAN PENASIHAT UMUM PARTI PAN duduk bersebelahan atas flight dengan As-Syeikh Al-Mujahid Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. Tapi bila Ustaz Khalil nak bergambar Ustaz Ghani bangun bagi Ustaz Khalil duduk... KAH KAH KAH

Merah muka tukang fitnah dan sebar dakyah parti PAN, si Muhammad Radzi Ismail (Mat Radzi)

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber TKO - 4-8-2016                                                                                                                             ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                        
Wan Abdul Rahim Buat Lawak Lagi Pasal Parti PAN Kelantan
Posted on Thursday, August 04 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                        

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31236



"Menjelang 31 Ogos ini, kita mensasarkan 541 cawangan ditubuhkan bagi mewujudkan sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap peti undi," kata pengerusi parti PAN negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada di majlis bersama 6 orang pelanggan parti PAN Kelantan di perkarangan pejabat PAN Kelantan.

Untuk makluman pembaca setiap pagi Rabu, parti PAN Kelantan mengadakan hari bertemu pelanggan di Kiosk Bunga Raya berhadapan pejabat PAN negeri. Kalau 6 orang itu kira paling ramailah. Kalau anda tak percaya kata-kata saya datanglah Rabu minggu depan dengan kamera ada boleh buktikan kata-kata saya.

"Hari Bertemu Pelanggan" itu kira macam sedap didengar dan nampak hebat tapi sebenarnya sarapan pagi aje...

Saya tak akan banding dengan PAS, baik kita lihat rakan baru parti PAN, UMNO. Pasal PAN ni tongkat UMNO. Kalau tak ada PAN dah lama UMNO akan tumbang.

Kalau dibandingkan PAN dengan UMNO, lagi hebat UMNO pasal setiap pagi UMNO Ketereh terutama pemudanya Muhammad Azam Ismail sarapan pagi dengan pelanggan. Entah-entah Wan Abdul Rahim dapat idea dengan UMNO Ketereh kot!

541 cawangan kata Wan Abdul Rahim menjelang 31 Ogos ini??

Dulu dia ini juga kata 10 orang Adun PAS akan keluar parti dan Wan Abdul Rahim ini juga yang mewar-warkan Husam Musa akan masuk parti PAN tapi sampai sekarang parti PAN sendiri pun tak nak Husam Musa yang banyak masalah dengan parti. Takkan bodoh Mat Sabu dan Salahudin nak terima orang bermasalah dalam parti bersama mereka. Mat Sabu dan Salahudin cukup kenal siapa Husam bercakap di pentas lain buat lain.

Saya rasa adalah lebih baik Wan Rahim tingkatkan ahli PAN daripada 700 kepada 800 orang seluruh Kelantan menjelang 31 Ogos ini, sekurang-kurangnya aada peningkatan sebanyak 14%.

Kalau setakat ahli 700 orang nak agihkan kepada 541 cawangan rasanya macam puak PAN ni tak tahu kira-kira ilmu hisab!

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber TKO - 4-8-2016              

-------------------------------------------------------------------------------   

Sebuah tulisan saya di TMI Oktober 2015: Tanpa PAS, bersedia tewas
Posted on Monday, August 01 @ 19:20:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                 

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31207



Umno ada banyak kerusi yang dimenangi berlawan dengan PAS. Semua kerusi ini tidak akan diserahkan untuk berkongsi kuasa dengan PAS. Oleh itu, kerjasama politik antara Umno dengan PAS langsung tidak akan terjadi.

Bagaimana pula dengan Amanah dan Pakatan Harapan, dan Pakatan Rakyat antara PKR dan PAS?
Apakah DAP dan PKR akan menyerahkan kerusi milik mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah)? Jika waktu berbaik di Pakatan Rakyat pun berlaku pertembungan kerusi kerana tidak sanggup kerusi diberikan kepada rakan, kemungkinan DAP dan PKR memberikan kerusi kepada Amanah amatlah tipis.
Yang bakal berlaku ialah DAP dan PKR memberi sokongan penuh kepada Amanah untuk bertanding di kerusi yang dipersetujui bagi PAS bertanding.
PAS tidak akan berundur daripada kerusi yang sudah ditandingi mereka melawan Umno. Sesiapa yang masuk hanya akan menyebabkan pertandingan 3 penjuru yang akan memihak pada BN.
Sekiranya PKR memberikan sokongan kepada Amanah bertanding di kerusi PAS pada PRU14 nanti, apakah akan terjadi juga pertandingan 3 penjuru di kawasan PKR kerana PAS terasa terbelot sekali lagi.
Sekiranya PKR tidak mahu memberikan sokongan kepada Amanah untuk bertanding di kawasan PAS untuk mengelakkan perang 3 penjuru di kawasan PKR, apakah yang akan bakal terjadi kepada Pakatan Harapan?
Begitulah situasi yang sedang menjerut semua pihak ekoran lahirnya parti baru di kalangan pembangkang.

Timmy Say

.....

Tanpa PAS, bersedia tewas
Date: Monday, October 05 @ 14:31:39 MYT
Topic: Pendapat

Oleh Timmy Say
Kerjasama politik antara parti tidak boleh berlaku hanya melalui kata-kata atau tuduhan atau pengaruh seseorang.Kerjasama politik mesti berdasarkan realiti ialah persetujuan mengenai pembahagian kerusi.Kerana kerusi yang dipertandingkan adalah komoditi terpenting dalam politik dan masalahnya ia terhad. Kerusi adalah aset yang direbut semua parti politik untuk dipajak benderanya.

Yang menang akan melabelkan kerusi itu menjadi kerusi hak milik parti.  Yang tewas pula akan melabelkan kerusi itu sebagai kerusi yang ia mempunyai hak untuk bertanding pada pilihanraya akan datang.

Ramai yang cuba mewajahkan akan ada kerjasama antara Umno dan PAS. Tapi seperti yang pernah ditanya Timbalan Presiden PAS – berapa kerusi yang Umno sedia bagi ke PAS,  di mana jika PAS bertanding,  Umno tidak akan bertanding? Apakah Umno akan undur dari bertanding di Kelantan,  Terengganu, Kedah dan Selangor di semua kerusi yang bakal ditandingi PAS?  Tidak mungkin.
Umno ada banyak kerusi yang dimenangi berlawan dengan PAS. Semua kerusi ini tidak akan diserahkan untuk berkongsi kuasa dengan PAS.  Oleh itu, kerjasama politik antara Umno dengan PAS langsung tidak akan terjadi.
Bagaimana pula dengan Amanah dan Pakatan Harapan,  dan Pakatan Rakyat antara PKR dan PAS?
Apakah DAP dan PKR akan menyerahkan kerusi milik mereka kepada Parti Amanah Negara (Amanah)? Jika waktu berbaik di Pakatan Rakyat pun berlaku pertembungan kerusi kerana tidak sanggup kerusi diberikan kepada rakan, kemungkinan DAP dan PKR memberikan kerusi kepada Amanah amatlah tipis.
Yang bakal berlaku ialah DAP dan PKR memberi sokongan penuh kepada Amanah untuk bertanding di kerusi yang dipersetujui bagi PAS bertanding.
PAS tidak akan berundur daripada kerusi yang sudah ditandingi mereka melawan Umno.  Sesiapa yang masuk hanya akan menyebabkan pertandingan 3 penjuru yang akan memihak pada BN.
Sekiranya PKR memberikan sokongan kepada Amanah bertanding di kerusi PAS pada PRU14 nanti, apakah akan terjadi juga pertandingan 3 penjuru di kawasan PKR kerana PAS terasa terbelot sekali lagi.
Sekiranya PKR tidak mahu memberikan sokongan kepada Amanah untuk bertanding di kawasan PAS untuk mengelakkan perang 3 penjuru di kawasan PKR,  apakah yang akan bakal terjadi kepada Pakatan Harapan?
Begitulah situasi yang sedang menjerut semua pihak ekoran lahirnya parti baru di kalangan pembangkang.
Tanpa PAS,  komposisi kaum yang mewakili Pakatan Harapan sangat tidak seimbang dan tidak mewakili komposisi rakyat Malaysia. Pengumuman  Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika Pakatan Harapan menang tidak cukup untuk mengaburi masalah ini.
Seperti kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang jatuh, pelantikan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar tidak dapat menutup penguasaan DAP di Kabinet negeri Perak, walaupun ramai yang tidak mahu mengakuinya.
Dalam politik, ada masanya kita perlu menggoncangkan kapal (rock the boat) untuk membetulkan langkah yang silap. Meneruskan dengan langkah yang silap hanya akan membawa ke situasi yang lebih mudarat.

Jika takut “rock the boat”, maka sedialah terima akibat daripada meneruskan perjuangan dengan kaki tersilap seperti terlahirnya angin ABD (Asalkan Bukan DAP) secara senyap yang melawan arus angin ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ABP (Asalkan Bukan PAS).  Akhirnya, semua rugi.                                                                                                                            Sumber TKO - 1-8-2016                                                                                                                                                                                               --------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Siapa Benar, Siapa Terpesong?

Oleh : Naraza Muda                                                                                                                                          
Demi kuasa pemerintahan seorang Ketua Menteri, DAP sanggup mengheret rakyat ke Piliharaya Negeri, PAN galak sungguh, sebab mereka pastinya diberi peluang untuk bertanding sebahagian daripada 40 kerusi Dun Pulau Pinang.                                                                                                        
Sudah pastinya DAP tidak akan korbankan kerusinya untuk adik suruhanya, yang akan menjadi mangsa mengorbankan kerusi ialah PKR, terpaksa akur dengan rakan suruhan ini.                                            
Isu yang melingkari Ketua Menteri waktu ini sedikitpun tidak mengugat kedudukan DAP di Pulau Pinang, hanya LGE sahaja yang terjejas, lain-lain seperti biasa boleh mentadbir negeri, dah tu kanapa nak buat PRN?                                                                                                                                                      
Tiada tokoh lain ke yang boleh ganti? Ada pendapat kata Timbalan Ketua Menteri dari PKR ( Melayu ) akan ambil alih kerusi Ketua Menteri, itu tidak semestinya…                                                                      
PKR yang terkenal sebelum ini dengan skrip langkah melangkah agak terkerut dahi kali ini antaranya jika bersetuju dengan cadangan DAP, maka mereka akan berserabut dengan apa yang saya sebut di atas, lebih parah mereka akan bertembung dengan tiga penjuru atau lebih di kawasan melayu atau sebaliknya.                                                                                                                                                                      
Analisis terkini mereka akan kalah. Ya… PKR akan kehilangan kerusi. DAP dalam apa jua pun akan memperkasakan adik belaannya. Jika tidak PAN akan lenyap dari arus politik Malaysia, apatah lagi akan muncul gagasan parti serpihan UMNO pimpinan Tun Mahathir. Melayu akan berpecah kepada kelompak parti-parti kecil. Kuasa undi melayu secara tidak langsung akan mengucup. Ini yang DAP mahukan.                                                                                                                                                                      
Isu penyelewengan dan menyalahkan kedudukan seorang Ketua Kerajaan Negeri hilang. Isu pembelian rumah dengan harga murah oleh LGE dilenyapkan. Belum bicara mereka yakin akan kalah. Mereka berpegang kepada prinsip persepsi mereka dianiayai. Atau mereka cuba pusing 360 darjah dari isu sebenar.                                                                                                                                      
Ketika mana PKR agak tersepit dengan persekitaran dalaman yang agak kronik, mereka pastinya boleh menilai sekarang siapa rakan, siapa musuh. Tun Mahathir sekarang disanjung tinggi oleh sebahagian besar pimpinan pusat PKR.                                                                                                        
Mereka sudah lupa sejarah DSAI dan Mahathir di zaman reformasi. Warkah Anwar dari penjara digumpal, diramas dan dicampak kedalam almari buruk. Mereka tidak musnahkanya, sekadar membuang seketika. Mungkin suatu hari akan menjadi bahan bacaan dengan linangan air mata….                        
Keangkuhan DAP selama ini disentap dengan isu ini. Sebelum ini mereka cuba membudakan PAS, ya…. PAS jenis parti dakwah. Bukan lari, malas berbalah dan cari pasal. Biarlah apa DAP lakukan, PAS masih mengekalkan prinsip perjuangan sebenar parti yang berteraskan Islam.  
                                     
                                                                                        Mereka pecahkan PAS, mereka huru-harakan PAS, mereka putuskan hubungan dengan Presiden PAS, mereka ugut pecat exco PAS di Selangor. DAP keluar dari Pakatan Rakyat dan tubuh Pakatan Harapan, PAS rela keseorangan dan membina semula kelompongan yang besar akibat percaturan DAP melenyapkan pengaruh Ulama Dunia yang sedang memimpin PAS.                                                        
PAS tidak ikut amarah kebencian, PAS mampu mengekalkan hubungan dalam memelihara Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, PAS tidak masuk UMNO dan Barisan Nasional seperti di dakwa dan diratib saban waktu.                                                                                                                                          
PAS tidak bangga diri pun ketika mana krisis Menteri Besar di Selangor, PAS sebenarnya di panggil oleh Istana Selangor memberi cadangan nama Menteri Besar setelah nama yang disebut, dijaja oleh PKR dan DAP sebagai calon Menteri Besar sewaktu itu seakan tidak diterima oleh Istana Selangor. Semua rakyat Malaysia tahu.                                                                                                                                
Tapi bila ‘kebengongan’ DAP cuba mendesak Menteri Besar Azmin Ali memecat Exco Selangor dan digantikan dengan PAN, PAS tidak melatah, tak buat onal, PAS boleh bila-bila masa berbaik dengan BN untuk kianat kerajaan Selangor, biar huru-hara, tapi kenapa PAS tidak buat ini semua walaupun selalu dituduh?                                                                                                                                              
Trajektori perancangan DAP ini sudah mampu dihidu rakyat Malaysia, undi bukan Melayu sudah dilihat terarah semula kepada BN hasil beberapa PRK terakhir sebelum ini. Kini UMNO dalam ambang perpecahan yang sangat teruk. Pengundi melayu masih tidak berani meninggalkan parti tradisi mereka.                                                                                                                                              
Doktrim yang disemat begitu lama kepada pengundi luar bandar dan Felda masih mampu menyelamatkan BN dalam situasi ini. Pakatan Harapan menuduh dengan tuduhan rekaan, cacian dan sangat tidak beretika kepada kepimpinan PAS bila Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak menyertai kempen menjatuhkan Najib dari kerusi Perdana Menteri.                                                                          
PAS menyakini jika Najib dijatuhkan sekarang, maka Perdana Menteri yang bakal dilantik adalah bukan dari DAP, bukan PKR dan jauh sekali dari PAN, yang akan tetap menjadi Perdana Menteri ialah dari UMNO…ya dari UMNO. Ini bukan percaturan politik, ini hakikat nyata yang benar.                                                                                                                                                                                  Lainlah DAP berkhayalan Najib jatuh secara automatiknya DAP atau PKR menjadi Perdana Menteri.                                                                                                                                                                
Sejarah telah membuktikan ini. Tun Mahathir disingkirkan dan diganti oleh Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah disingkirkan, Najib pula bertahta…. semua dari UMNO. Acap kali Presiden PAS tegaskan kena jatuhkan UMNO, jatuhkan Barisan Nasional, barulah Perdana Menteri dari Blok pembangkang akan menerajui kepimpinan Negara, samada dari PKR, DAP( Melayu) PAN dan apa nama parti pun setelah BN dijatuhkan.                                                                                                          
Maka fahamilah keadaan dan pendekatan ini. PAS bersedia bergabung, bertahaluf, berkerjasama dengan apa-apa parti, asalkan mereka tidak menggangu dasar pejuangan PAS dengan berteraskan perjuangan Islam.Berbalah besar panjang, berperang sesama sendiri, kena ingat semuanya ada kuasa jahat di belakang. Siapa kuasa jahat itu?                                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber BO - 31-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 



















































































































































































PRN: Inilah waktu DAP paling kuat?

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41999-prn-inilah-waktu-dap-paling-kuat                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                MERASAKAN dirinya bakal terpenjara, nampaknya LGE mengambil jalan pantas untuk mengadakan pilihan raya.

Perbicaraan kes rasuah yang sedang dihadapi beliau pembelian rumah di bawah harga pasaran amat-amat membelenggu dirinya hingga kini.

Apa yang menjengkelkan, kes peribadinya itu telah mengheret seluruh rakyat Penang untuk terlibat sama apabila mahu diadakan PRN.

Sudah tentu percaturan tarikh pilihanraya ada hubungkait yang sangat rapat dengan kepentingan politik pihak yang berkuasa menentukannya. Kalau Umno merasakan mereka kuat, mereka akan adakan pilihanraya waktu itu juga.

Kalau dirasakan lemah, mereka akan tangguh hingga ke masa-masa yang benar-benar diyakini. Lihat setelah BN menang besar di kedua-dua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Waktu itu Najib bercakap megah, "PRU sekarang pun boleh!". Tetapi ketika BN dalam keadaan lemah, Najib mengheret tarikh PRU13 hingga tinggal beberapa hari sahaja lagi dari tempoh maksimum.

Logiknya jika diadakan PRN sekarang, mustahil DAP boleh mengekalkan prestasi mereka seperti dua PRU sebelum ini. Ini boleh dinilai melalui PRN Sarawak dan dua PRK lepas. Tetapi mungkin inilah waktu paling kuat yang DAP ada.

Jika diheret lebih lama, lebih banyak lagi perkara akan terdedah dan mereka akan semakin lemah. Kepercayaan rakyat makin luntur.

Ada yang menyangka DAP boleh kekal memerintah di Penang selepas ini kerana sentimen di Penang sangat berbeza. Cina hanya akan mengundi pihak yang dilihat berkuasa.

Tetapi dengan perkembangan dalam PH antara PKR dan krisis dalaman DAP sendiri antara pusat dan negeri, adakah ia masih dilihat berkuasa?

Sewaktu meletakkan calon dalam PRU13, Lim Guan Eng tidak pernah terfikir akan menghadapi kes rasuah sebegini. Jika tidak beliau awal-awal lagi akan meletakkan calon-calon yang menjamin masa depan peribadinya jika ditakdir dihumban ke penjara.

Justeru PRN mungkin adalah taktik memperkukuh kedudukannya dalam politik dalaman DAP. Setidaknya sepanjang peninggalan beliau, namanya tidak menjadi bahan sejarah.

Dalam keadaan sekarang, peluang untuk BN merampas Penang adalah sangat cerah. LGE akui hakikat ini. Tapi kerana fikirkan nasib dirinya, segalanya sanggup diperjudikan. Peduli apa dengan orang lain?

PAN tidak diajak langsung berunding soal ini. Hanya jadi pengangguk dan pak sanggup untuk tokongnya itu. Pkr sebagai rakan pakatan pula terus dipujuk agar akur kehendak LGE.

Bagaimana pula dengan PAS? Kita bersedia bila-bila masa. Presiden telah memberi jaminan akan meletak calon-calon di Pulau Pinang. Bahkan sejak ahli-ahli PAS ditamatkan perkhidmatan oleh LGE lagi, kita sudah mendesak dun dibubarkan!

Bring it on!  - HARAKAHDAILY 29/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 29-7-2016                                                                                                                           ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                         
BN akan menang, Pembangkang akan kalah Siapa TONGKAT BN?
Posted on Saturday, July 30 @ 16:11:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                     

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31195



Sebelum ini Pilihanraya Negeri di Sarawak BN memang besar kerana pembangkang berebut kawasan dan bertanding sesama sendiri. 11 pertembungan berlaku.

Kemudian Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Sengor BN memang besar lagi kerana PAN masuk bertanding menyebabkan wujud pertandingan 3 penjuru.

Pembangkang sekarang tidak boleh bersatu kerana banyak sangat perbezaan asas perjuangannya tetapi pembangkang masih boleh bersama jika mereka tidak menyerang antara satu sama lain.

Kalau pembangkang mengambil sikap untuk bertanding seperti mana mereka telah bertanding semasa PRU-13 yang lalu. BN menghadapi kesukaran kerana akan terjadi pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan BN.

Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man harus dilihat dengan 'celik akal'

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Parti Amanah Negara (PAN) perlu 'dihilangkan' bagi memberi laluan kepada satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

Beliau berpendapat, hanya dalam keadaan tersebut, pembangkang berpeluang untuk menumpaskan Barisan Nasional (BN).
"Dalam keadaan ini (ketiadaan PAN), soal pengagihan kerusi akan menjadi mudah. Mereka (PAN) boleh memasuki PKR, DAP atau kembali ke Pas.

"Jika mereka memasuki PKR, maka kami akan menjadi rakan pakatan, bukan lagi musuh." 
Kalau kita rujuk kembali kepada penyertaan PAS di Pulau Pinang. PAS bertanding 6 kerusi DUN dan PAS akan bertanding di 6 kerusi juga jika parti PAN tidak ada.

Dun yang ditandingi PAS ialah 6 drp 40 iaitu N1 DUN Penaga, N4 DUN Permatang Berangan, N5
DUN Sg Dua, N11 DUN Permatang Pasir, N38 DUN Bayan Lepas dan  N21 DUN Sungai Aceh.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN, 19 daripadanya disandang DAP, 10 daripada PKR, 10 pula daripada BN dan 1 daripada PAS.

Jika PAN masuk bertanding sudah pasti PAN akan bertanding di DUN PAS, dan tidak mustahil PAS pula akan bertanding beberapa kawasan di DUN PKR dan juga DAP dengan meletakkan DHPP di situ. Semasa inilah PAS boleh menguji kekuatan DHPP.

Tapi apa yang pasti berlaku BN akan memang besar.


Jika kita berfikiran panjang dan menggunakan akal yang waras sebenarnya PANlah TONGKAT BN. Kalau tak ada parti PAN, BN yang kini hampir lemas akan tenggelam tapi malangnya puak-puak parti PAN yang didokong oleh IKRAM secara tak langsung menjadi penyelamat kepada BN @ UMNO.

Jika anda ahli atau penyokong PAN anda sebenarnya 'BARUA BN @ UMNO". Anda adalah perosak ispirasi rakyat untuk bangkit menentang kezaliman. Anda adalah sebenarnya PEMAKAN DEDAK NAJIB!


Sumber TKO - 30-7-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                              
Kesian Kepada Ahli PAS Yang Seorang Ini!
Posted on Saturday, July 30 @ 08:32:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31190



Di mana ada Tun Mahathir dan Siti Hasmah, di situ ada Dato' Mahfuz Omar. Jangan marah kerana dia sedang mencari tempat bergantung serta berteduh. Dulu boleh juga bersembang dengan geng-geng Harakah bila datang ke KL, tapi sekarang tidak kerana geng tu dah berpecah. (Dia ada kereta baru yang ditinggalkan di KL, bila datang geng-geng ni akan datang ambil dengan kereta Mahfuz dan makan-makan... jangan hairanlah pasal itu berita Mahfuz mendapat liputan hebat di Harakah)

Bila berkawan dengan Tun, nak dapatkan tempat dalam parti baru yang Tun taja mesti kena ikut adat istiadat Tun. Tun Mahathir mana suka Islam yang syumul. Tun mahu Islam liberal. Jangan hairan kalau Mahfuz sekarang boleh bersalam dengan wanita....

Bukan Mahfuz aje, ramai lagi geng liberal yang mungkin kita tak sedar dah lama 'terserap' dalam PAS. Tapi sekarang alhamdulillah telah 'terpelanting' hampir semuanya.



 


 

Kita tak setuju dengan syiah tapi geng syiah pun tahu bersalam dengan wanita bukan mahram salah. Presiden mereka lagi hebat pergaulan, tapi dia boleh elak bersalam. Kalau setakat MP takkan tak boleh kot??


Awasilah Islam di negara ini akan dirosakkan sedikit demi sedikit oleh mereka yang bercakap tentang Islam tetapi sebenarnya merekalah yang merosakkan Islam. Mereka ini berkembang dipersekiratan kita secara halus dan akan menjadi 'virus' yang memusnahkan ISLAM itu sendiri.


Siapa yang menyuburkan budaya tidak sihat dengan imej ISLAM?? Kalau tak golongan dan geng parti PAN yang didokong oleh kumpulan IKRAM!


Sumber TKO - 30-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
Hakikat Politik ‘Dalam Permainan’ Di Pulau Pinang
Posted on Thursday, July 28 @ 07:07:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31160
BEBERAPA peristiwa berubah dengan cepat dalam DAP sejak beberapa hari lalu hinggakan tiada siapa yang boleh mengagak apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Pada satu ketika ia seolah-olah seperti Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan namun hingga kini pilihan raya tergempar masih menjadi tanda tanya.
Apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali tiba di Komtar, Pulau Pinang untuk menemui Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada Rabu, banyak pihak menyangka bahawa Pulau Pinang berada di ambang pilihan raya tergempar.
Kedua-dua pemimpin meraikan antara satu sama lain dengan mesra dan Lim membawa rakan sejawatannya dari Selangor untuk melihat George Town dari tingkat 28 Komtar.
Tetapi lain pula ceritanya apabila mereka muncul selepas mesyuarat pada pukul 3 petang untuk mengadakan sidang media.
Lim nampak tenang, tersenyum tanpa henti. Tetapi Azmin kelihatan agak tegang.
Kedua-dua mendakwa pertemuan itu membuahkan hasil tetapi persoalannya adalah, mereka tidak dapat bersetuju mengenai pilihan raya tergempar.
DAP beria-ria mahu meneruskannya, tetapi PKR enggan bersama.
Itulah halangan serta keindahan politik campuran – kaki kanan tidak boleh melangkah ke hadapan jika kaki sebelah kiri enggan berganjak.
Pada masa yang sama, semua pihak mesti bersetuju sebelum keputusan besar dibuat untuk tindakan.
 Mungkin satu-satunya perkembangan sebenar adalah mengenai komitmen di pihak DAP bahawa sebarang keputusan mengenai pilihan raya negeri tidak akan dibuat secara bersendirian tetapi berdasarkan perbincangan dan perundingan bersama.
Rakan-rakan Pakatan Harapan perlu bersetuju sebelum pilihan raya negeri dipanggil.
 Ini adalah satu kenyataan penting untuk menolak khabar angin bahawa DAP akan melakukannya secara sendirian.
 Azmin perlu kembali untuk memberi taklimat kepada kepimpinan parti dan Timbalan Presiden PKR itu berkata, rundingan mengenainya akan diteruskan.
Tetapi untuk berapa lama lagi?
DAP kini kelihatan seperti sebuah parti yang dalam keadaan tergesa-gesa. Bagi mereka, mandat baharu akan membantu ‘mengusir awan gelap dan membawa keluar langit biru’ sekali lagi.
Tetapi menurut beberapa penganalisis, DAP masih belum memberikan sebab-sebab yang meyakinkan untuk mengadakan pilihan raya tergempar.
Ditanya mengenai sebab utama pilihan raya negeri perlu diadakan, Setiausaha Agung DAP itu berkata bahawa terdapat penyalahgunaan kuasa, skandal rasuah dan masalah ekonomi sejak penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat dan proses demokrasi perlu dihidupkan semula untuk menunjukkan bahawa rakyatlah yang  berkuasa.
Ia adalah satu sebab yang ganjil. Raut wajah Azmin ketika mendengarnya seolah-olah kaku.
Ia adalah jelas bahawa pemimpin DAP mahu menyerahkan kembali mandat kepada rakyat sebelum perbicaraan rasuah Lim bermula akhir tahun ini.
Pilihan raya tergempar tidak akan menggugurkan tuduhan rasuah terhadap Lim namun partinya bercadang untuk menggunakan pilihan raya sebagai satu referendum mengenai Lim dan untuk mempertahankan dakwaan mereka bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan politik.
Ini adalah hakikat politik dan ia bukan luar biasa bagi parti politik untuk memaksa pilihan raya demi mengesahkan kedudukan politik mereka.
PKR telah melakukannya sebelum ini. Tidak lama selepas Anwar dituduh meliwat untuk kali kedua, beliau memaksa pilihan raya kecil di Permatang Pauh di mana isterinya memberi laluan untuk membolehkan beliau kembali ke Parlimen.
Selain itu ‘Langkah Kajang’ menyaksikan Adun yang sedang berkhidmat meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor tetapi nasib tidak menyebelahinya – langkah itu tidak menjadi.
Namun realiti janggal di Pulau Pinang menunjukkan cadangan pilihan raya tergempar di negeri itu bukanlah untuk menyelamatkan Malaysia, tetapi tentang usaha menyelamatkan Lim dan partinya untuk terus berkuasa di Pulau Pinang.
Butiran perjumpaan tertutup antara Lim dan deligasi PKR sudah mula terbuka.
Kes Lim adalah berdasarkan keperluan untuk memecahkan momentum Barisan Nasional dan mewujudkan satu nafas baharu dan sokongan untuk Pakatan Harapan.
Tetapi difahamkan Azmin mengingatkan DAP agar tidak terlalu yakin dengan keputusan untuk mengadakan pilihan raya tergempar itu.
Pendirian PKR adalah untuk terus memberi sokongan padu kepada Lim di Pulau Pinang, tetapi tidak ada justifikasi untuk mengadakan pilihan raya mengejut.
Pemimpin-pemimpin PKR masih belum yakin dengan keperluan untuk mengadakan pilihan raya awal dan hujah mereka ialah: “Jika DAP tidak boleh meyakinkan pemimpin PKR, maka bagaimana kita hendak meyakinkan rakyat?”
DAP tidak mampu untuk menunggu terlalu lama jika pilihan raya tergempar yang menjadi pilihan mereka.
Kelewatan ini akan membuka ruang kepada orang ramai membuat penilaian – pro dan kontra. Pendapat awam mungkin akan berkembang ke arah menentang langkah itu melainkan jika DAP boleh memberi sebab-sebab yang lebih meyakinkan dan munasabah.
 Jadi masa adalah segala-galanya dan Lim perlu ‘menyerang’ ketika ‘besi masih panas’. – mstar
                                                                                                                 Sumber TKO - 28-7-2016                                                                            -------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































Antara Ifrat dan Tafrit, PAS dan Umno

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41963-antara-ifrat-dan-tafrit-pas-dan-umno                                                                                                                                                                                      SUDAH setahun PAS sejak kepimpinan baru pasca muktamar lepas memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) kepada rakyat. Ia sebagai transformasi dari amalan politik Malaysia sebelum ini yang lebih kepada politik kepartian, politik kebencian, perkauman, persepsi, populis, pragmatis dan seumpamanya.

Secara lebih mudah, BPMS diperkenalkan untuk merubah cara orang PAS sebagai parti pembangkang dalam berpolitik menghadapi pihak Umno-BN yang menjadi kerajaan.

Jika dahulu tugas pembangkang yang dikenali adalah membangkang semua yang kerajaan lakukan, tapi dengan BPMS ia tidak lagi seringkas itu. Bukan semua perkara perlu dibangkang terutama dalam perkara yang memberi manfaat untuk rakyat.

Namun adat benda baru, pasti sukar untuk mencapai kesempurnaan sebagaimana yang digaris. Sepanjang setahun membawa budaya BPMS ini, apa yang saya perhatikan terdapat kalangan penggerak PAS yang tersilap faham maksud BPMS. Ada yang memahami dengan melebih-lebih (ifrat) dan ada yang terlalu cuai (tafrid). Saya kemukakan contoh:

IFRAT: terlebih-lebih memahami BPMS. Mereka menganggap BPMS bermaksud berbaik dengan Umno tanpa apa-apa sempadan. Sampai lupa PAS dan Umno masih lagi dua entiti yang berbeza dasar dan prinsip.

Sampai ada yang terus bersama Umno baik dan buruknya, menyokong Umno buta tuli walaupun dalam bab kemudaratan atas alasan sama akidah. Bekerjasama tanpa batas syariat, undang-undang, akhlak dan maruah

TAFRIT: terlalu cuai dan longgar. Mereka menganggap BMPS adalah baik dengan semua orang termasuk berlainan akidah malah musuh Islam.

Ada yang mengguna alasan BPMS untuk berbaik semula dengan pihak yang sudah terang memusuhi Islam dan pihak yang pernah mengkhianati perjuangan. Masih menganggap PAS kerdil, tidak boleh bergerak tanpa bergabung dengan parti-parti lain.

BPMS: Jalan tengah antara kedua ifrat dan tafrit. Tidak cuai dan tidak berlebih. Sebaliknya istiqamah atas agenda PAS yang sudah dirangka tanpa terpengaruh dengan agenda mana-mana pihak.

Menjadikan Islam sebagai matlamat utama dan selamanya walau terpaksa melawan persepsi awam. Berpegang pada prinsip bukan pragmatik walau terpaksa berundur dari takhta.

PAS telah memperkenal Wawasan Induk Negara (WIN) sebagai agenda. PAS telah memilih untuk membentuk blok ketiga. PAS sudah memiliki rakan politik baru. PAS mahu gerakkan kuasa NGO dan NGI.

Sepatutnya agenda inilah yang ditumpukan. Bukan mengikut mana-mana agenda pihak lain sama ada Umno lama, Umno baru mahupun PH. Istiqamah di atas keputusan yang telah disyurakan. – HARAKAHDAILY 25/7/2016                                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 25-7-2016                                                                                                                                                                                                --------------------------------------------------------------------------------
Penang Move or CM Removed?
Posted on Friday, July 22 @ 23:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                           

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31115



1. Desas desus pembubaran Dun Penang makin kuat. CM khabarnya telah mengadap TYT dua hari lalu. Adakah bubar atau tidak? Yang boleh menjawab soalan tu hanya Lim, TYT dan Mejar Zaidie.

2. Penang ada 60 hari utk Prn selepas pembubaran. Jika Isnin depan 25hb Julai bubar, tarikh akhir Prn adalah 25hb September. Lim akan menghadapi perbicaraan penuh pada 22hb September.

4. Adun2 Penang mengangkat sumpah selpas Pru13 pada 28 Jun 2013. Ini bermakna 28 Jun 2016 ni genap 3 tahun. Dan selepas tarikh itu jika ada kekosongan kerusi, Spr tidak akan mengadakan praya. Tarikh itu telah berlalu.
5. Kedudukan sekarang adalah 19 Dap, 10 Pkr, 10 BN dan 1 Pas. Jika Lim masuk penjara, Dap akan berkurang satu. Lim sangat kalut kerana tak mahu korbankan 1 kerusi Dunnya. Adakah Lim akan bertanding jika ada Prn? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dia bertanding dan menang, kerusinya tetap akan kosong. Dia boleh pilih kerusi lain di penjara nanti. Jadi, apa perlunya Prn?
6. Lim pening kepala. Sepatutnya dia letak jawatan sebelum 28 Jun lagi. Ini penting bagi menyelamatkan kedua2 kerusi. Siapa jua pakar strategi Lim, ternyata gagal membaca ancaman masa hadapan. Semua strategi Lim tak betul. Lim kena terima hakikat dia akan korbankan 2 kerusi serentak. Lim tak berpeluang mengundi membantah RUU. Sudah tentu pada tarikh undian RUU, Lim di kandang tertuduh mahkamah. Penulis menjangkakan ramai pakar2 di Penang Institut yang akan dipecat.
7. Menghadapi Prn pula ada risiko. Pertaruhkan 1 kerusi utk risiko 19 kerusi yang dah menang. Semua penganalisa politik sepakat Pru13 adalah kemuncak sokongan kepada pembangkang oleh kaum bukan Melayu. Prk Sg Besar dan Kuala Kangsar pula menyaksikan kemerosotan undi. Cina sudah kembali ke MCA. Paling kurang 30 peratus. Ia tinggi dalam masa gawat politik sekarang ini. Pkr smart. Pkr tidak cepat2 setuju dengan Prn kerana bukan sekadar risiko pada Dap, malah pada Pkr. Jadi apa pilihan yang ada?
8. Buat la pilihan elok2. Jangan salahguna kepercayaan rakyat. Jangan jadikan rakyat bosan. Mahal harganya. Ramai yang akan terkorban nanti. Lim memang dah terkorban. Yg dah terkorban tu pakat2 la bakar kertas merah. Jadi, nasihat penulis, yg masih hidup perlu teruskan hidup tanpa Lim. Belajar menerima hakikat Lim telah tiada. Carilah pengganti Lim.
Haji Harun Sheikh Malik
22hb Julai 2016
Manchester City                                                                                                                                                                                                        Sumber TKO - 22-7-2016                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                      
PAN + PH Ke Kedutaan Turki ok, Apahal nak perlekehkan PAS pula?
                                                                                                      Posted on Tuesday, July 19 @ 00:25:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                            

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31069



Pakatan Harapan mengunjungi Duta Besar Turki bagi menyatakan solidariti kepada kerajaan dan rakyat Turki serta menolak sebarang cubaan rampasan kuasa tanpa melalui saluran demokrasi. Pertemuan tersebut diketuai Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub.

Saya ucap tahniahlah atas solidariti kepada Turki. Hanya saya tak nampak PH untuk memberikan solidariti kepada Etnik Rohingya di Myanmar.

Yang peliknya kenapa nak diperlekehkan PAS pula?

Ada ahli PAN terutama cybertropper mereka menyerang PAS kononnya tak pergi kekedutaan Turki dan buat kenyataan hanya setelah didesak.

Semalam saya dah 'basuh' ketua pemuda PAN Kelantan atas kenyataan bodoh dia. (Anda boleh baca di sini). Ingat hari ini mereka dah insaflah....

Rupa ada lagi spesis lain pula buat posting di facebook saya dengan membuat provokasi sikap PAS terhadap Turki dan Recep Tayyip Erdogan.

Kadang-kala rasa malas nak layan posting bodoh dan kebudakan. Tapi mengingatkan bahawa mereka (PAN) sekarang serang PAS dengan PERSEPSI buruk serta fitnah, jika tak dijawab ada yang termakan fitnah dan hujah-hujah dangkal mereka, saya gagahi memberikan maklumat terkini.

Saya balas posting mereka dengan maklumat terkini. Saya katakan kepada mereka bahawa PAS bukan sahaja membuat kenyataan, Malah PAS telah berhubung secara rasmi dengan pihak kerajaan Turki melalui The Union_of Muslim Communities di Istanbul, Turki. Sebelum ini saya ada menyatakan bahawa Presiden PAS Sakit di Turki tahun 2014. Sebelum itu 23 Mai 2013 Presiden PAS pernah membentang dalam seminar gerakan Islam di Turki.

PAS perlu dapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai cubaan rampasan kuasa di Turki daripada maklumat dalam Turki sendiri.

Perlu diingatkan PAS tak perlu menjadi macam parti AK untuk merealisasikan pendekatan dakwah di Malaysia. PAS ada cara sendiri yang diolah daripada pemikiran keluruhan gerakan Islam sendiri.

Jadi tak payah nak banding PAS dengan Erdagon. Atau melaunkan parti PAN sebagai Erdagon yang mengutamakan kebajikan.

Saya katakan kepada mereka yang mendakwa bahawa parti PAN adalah Erdagon di Malaysia... Sangat jauh sekali...
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                            Sumber TKO - 19-7-2016                                                                                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------

 UG Dah Tenggelam, Hanya Senjata Nak Tikam Kepimpinan Ulama PAS
                                                                                                        Posted on Monday, July 18 @ 18:49:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                     

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31064



Sebelum ini saya melawat seorang kawan yang sakit. Dia bekerja sebagai penulis dan wartawan. Sakitnya dah masuk tahap yang membimbingkan. Dia tak mampu menulis lagi dan keuzurannya juga tak mengizinkan dia berada lama di atas kerusi.

Saya terfikir untuk ziarah sekadar 10 atau paling lama pun 15 minit. Saya pun kena  'call' dia dulu untuk memastikan persedian dia untuk terima tetamu.

Semasa bertemu, banyak isu yang kami bincang. Antara fokus utama masa depan PAS. Dia memberikan pandangan 2 orang veteran dalam PAS yang bersikap terbuka yang dijadikan panduan iaitu Subky Latif dan Cikgu Pa. Kami bincang apa pandangan 2 orang ini terhadap hubungan politik sekarang.

Sambil itu saya bertanya dia?
Bila nak UG PAS dengan UMNO?
Mula-mula dia tak jawab.

Saya ulang tanya dia jawab. Tak ada UG.

Dulu dialah yang berikan maklumat kepada saya tentang PAS nak UG dengan UMNO. Kami berhujah. Saya kata tak mungkin dia kata ada dengan memberikan maklumat yang sangat jelas katanya. Dia punyai akses kepada pimpinan tertinggi PAS termasuk sms dengan Mat Sabu dan Husam dll. Memang saya tahu dia sangat rapat dengan Mat Sabu, Husam, Harun Din, Idris Ahmad malah dengan pimpinan DAP termasuk Chin Tong.

Wartawan kan! kita tak hairan.

Saya daripada dulu melihat UG ini senjata digunakan untuk menikam kepimpinan ulama dalam PAS termasuk Dr Hassan Ali.

Peristiwa kemenangan PR dan PAS menjadi kuasa penentu antara PR dan BN menjadikan ada pimpinan PAS masa itu melihat gabungan dengan UMNO suatu yang boleh dibincangkan TETAPI tak sampai nak UG terus.

Sejarah Selangor dan Perak harus dilihat daripada sudut maklumat yang betul. Jangan kita baca sifir Khalid Samad dan Ahmad Awang sahaja. Kita kena teliti sudut-sudut lain yang membentuk satu kata putus yang harus diadili dengan seadil-adilnya.

Tulisan Penarik Beca berkenaan dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa ke London untuk mendapat restu nak berpeluk dengan UMNO adalah titik mulanya PERSEPSI buruk UG. Sedangkan maklumat yang benar Ustaz Nasha tak pergi pun ke London.

Natijah daripada cerita ini membuatkan Ustaz Nasha kecundang dengan fitnah. Dr Hassan Ali pun kena tempias yang sama. Seorang yang hebat kini terbiar dan dirapati oleh golongan UMNO dan seorang lagi sudah mendekati jamaah tabligh.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz diberikan maklumat yang salah sehingga tergugat kedudukan kepimpinan dalam PAS disebabkan perkara ini. Mereka yang bermain persepsi dengan maklumat yang kabur untuk memenangi lawan dan menguasai PAS.

Tapi bila dipenghujung TG Nik Abdul Aziz mendapat maklumat yang sah dan benar, maka akhirnya anak murid kesayangannya di'ketepi'kan secara halus oleh beliau sendiri. Mula-mula orang ragui cara TG Nik Abdul Aziz tapi bila dilihat kini maka orang kena siapa sebenarnya anak didiknya... baik buruk, bersih atau kotornya isi perut dia itu.

Selepas beberapa orang pimpinan PAS yang diserang kecundang, maka kita tak sangka Allah bersihkan lagi PAS sekali lagi dengan satu ombak besar yang menyebabkan mereka yang menggunakan PERSEPSI terkena persepsi dan akhirnya mereka beramai-ramai keluar daripada PAS.

Setelah mereka keluar
Suara-suara UG makin hari makin tenggelam.
Mereka sendiri hilang punca dan cuba menarik PAS bersama pakatan Harapan
Kerana mereka tak boleh menjawab beberapa persoalan yang timbul...

Kenapa golongan ulama yang menguasai hampir 100% kepimpinan PAS tak berusaha UG dengan BN atau UMNO?
PAS keluar daripada Pakatan Rakyat masih kekal sendiri.
Kenapa tak UG dengan UMNO?
Semua persoalan ini tidak dijawab.

PAS kita ibarat kapal dipukul ombak besar.
Masing-masing pening, tak menentu...
Perlu ada yang bangkit untuk erat mereka yang ada dalam kapal ini untuk menuju ke destinasi yang betul. Jika kapal ini dipukul ombak sekali lagi... SUDAH PASTI KAPAL INI AKAN HANCUR...

Kawan saya buat kesimpulan, untuk bergerak PAS perlu 'musnah'kan PAN. Dia kata lagi walaupun PAS kalah teruk pada PRU-14 tapi PAS boleh bangkit semula.
Tapi dia menambahkan lagi PAN tidak seperti BERJASA dan HAMIM, kerana PAN didokong oleh IKRAM dan DAP.

Tak sedar, rupanya hampir 2 jam kami bersama dan dia menjadi segar apabila berhujah. Dia jarang ditentang hujah, saya salah seorang suka membantah hujah dia...

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                             Sumber TKO - 18-7-2016                                                                                                                                                                                             ------------------------------------------------------------------------------------
"PENASIHAT" - Aspirasi Al Quran vs Aspirasi Kebendaan
                                                                                                                Posted on Monday, July 18 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


                                                                     http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31059                                                                     
Beberapa bulan lepas Presiden PAS, buat satu kenyataan "mengejutkan" iaitu beliau (dan PAS) bersedia jadi Penasihat kepada kerajaan Malaysia.

Perkataan "PENASIHAT" adalah sinonim dengan perkhidmatan penasihatan (advisory) atau perundingan yg biasa dilantik oleh pihak kerajaan mahupun swasta dalam urusan tertentu.
Itulah persepsi konvensional. Maka lahirlah komentar segera oleh pelbagai pihak, khususnya musuh politik TGHH/PAS yang menuduh beliau sebagai mengejar jawatan, mencari kedudukan.
Di sinilah letaknya kesilapan pihak berkenaan.
Menilai pandangan Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dari perspektif konvensional, lebih-lebih lagi dalam aspek "mengejar" jawatan dan kedudukan murahan seperti itu adalah satu kesilapan besar. Bukan hanya Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang seorang, bahkan keseluruhan pimpinan utama PAS sejak dahulu tidak berfikir dalam jalur pemikiran konvensional beraspirasikan kebendaan. Mereka berfikir dalam kerangka Al Quran dan As Sunnah. Pandangan mereka beraspirasikan Islam, bertunjangkan Al Quran dan As Sunnah serta garis garis syarak lainnya.
Apabila Presiden PAS sebut perkataan "PENASIHAT", bukan jawatan advisory atau perundingan atau seumpamanya yang dimaksudkan beliau.
Lalu apa maksudnya yang sebenar?
"PENASIHAT" yang dimaksudkan oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ialah seperti yang termaktub di dalam Al Quran, Surah Al A'raf, ayat 68; "Tugasku ialah menyampaikan kepada kamu risalah Tuhanku, dan aku adalah PENASIHAT yang benar kepada mu".
Ayat ini menaqalkan kata-kata Nabi Allah Hud kepada kaumnya.
Tugas Penasihat ialah memberi panduan atau bimbingan dalam sesuatu perkara yang mana si Penasihat adalah lebih mahir, berilmu dan berpengalaman berbanding orang yang diberi nasihat.
Tugas ini juga beraspirasikan Al Quran seperti dinyatakan dalam Surah An Naziat, ayat 19; "dan aku bimbing engkau kepada Tuhan mu agar engkau menjadi gerun kepadaNya", di mana Nabi Allah Musa a.s diperintahkan Allah untuk menawarkan nasihat dan bimbingan kepada Firaun yang masyhur kezalimannya.
Bahkan boleh dirujuk pelbagai ayat Al Quran berkaitan tugas tugas nasihat ini, antaranya
- Al A'raf, 21
- Al A'raf, 62
- Al A'raf, 79
- Al A'raf, 93
- At Taubah, 91
- Hud, 34
- Yusuf, 11
- Al Qasas, 12
- Al Qasas, 20
Maka inilah perspektif Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang apabila mencadangkan kesanggupan beliau dan PAS menjadi PENASIHAT kepada kerajaan Malaysia.
TIDAK sekali kali bermaksud mengejar jawatan dan kedudukan murahan seperti yang dituduh pelbagai pihak secara melulu.
Apa yang Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang utarakan ialah sebahagian dari intipati Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dipelopori PAS sekarang. Ia terkandung dalam Ciri 2 : Politik Dakwah.
Kesemua para rasul dan nabi-nabi menekankan kepada dakwah yang berobjektifkan mengajak manusia kepada keesaan Allah dan mengambil Islam sebagai sistem hidupnya. Ini bertentangan dengan politik konvensional yang bermatlamatkan pemusnahan kepada musuh politik masing-masing.
Ini lah agenda "PENASIHAT" Presiden PAS. Sebagai mana para Rasul dan Nabi menasihati pemimpin dan kaum mereka, maka PAS juga meneruskan kesinambungan tanggungjawab tersebut, menasihati kerajaan Malaysia dalam perkara yang mendekatkan kepada Ad Deen Al Islam, seterusnya membawa pelbagai manfaat kepada semua rakyat.
Lain kali apabila pimpinan PAS, khususnya Presidennya membuat kenyataan, maka rujuk lah Al Quran kerana mereka bertitik tolak dari aspirasi Al Quran, jauh sekali dari aspirasi kebendaan.
                                                                                                            Haji Mohd Nurkhuzaini
Ketua Penerangan, PAS Putrajaya
                                                                                                                                                                                Sumber TKO - 17-7-2016                                                                                                                                                                                              -------------------------------------------------------------------------------------
                                                                                                                                                          7 Cara Erdogan Bangkitkan Kembali Kejayaan Islam di Turki
Posted on Saturday, July 16 @ 22:28:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31041


Turki menjadi negara sekuler untuk beberapa dekade, dan berlanjut hingga dewasa ini. Namun berkuasanya Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP) dibawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan, mantan perdana menteri yang sekarang menjadi Presiden Turki, memutarbalik berbagai undang-undang yang di terapkan oleh Ataturk. Erdogan kembali membumikan Islam di Turki.

berikut 7 Langland Erdogan mengembalikan Islam di TurkI:
1. Pembangunan Ribuan Masjid Menurut (The Atlantic), sekitar 17 ribu masjid baru telah dibangun oleh pemerintah Turki antara tahun 2002 hingga tahun 2013. Selain itu banyak masjid lainnya yang saat ini sedang dikembangkan di seluruh Turki, sejumlah masjid peninggalan era Ottoman juga tengah diperbaiki.
2. Larangan Pemakaian Hijab Dihapuskan Hijab dilarang digunakan di sektor publik. Para guru, pengacara, anggota parlemen dan setiap perempuan yang bekerja di lembaga-lembaga negara, dilarang memakainya. Dalam beberapa tahun terakhir, AKP menghapuskan larangan pemakaian hijab di sekolah-sekolah dan berbagai lembaga negara. Pada bulan November 2015, seorang hakim perempuan menggunakan hijab untuk pertama kalinya sepanjang sejarah (Al Arabiya). Pada bulan Agustus 2015, Aysen Gurcan menjadi menteri yang pertama kali menggunakan hijab (Al Arabiya).
3. Satu Juta Siswa Terdaftar di Sekolah Imam Hatip Imam Hatip Lisesi, atau sekolah Imam Hatip adalah sebuah lembaga pendidikan yang dirancang untuk memberikan pendidikan agama dan melatih calon imam-imam di Turki. Pemerintah Turki menunjuk masjid-masjid agar mengirimkan calon imam-imamnya, untuk dilatih di sekolah itu. Sekolah Imam Hatip didirikan setelah keberadaan madrasah dilarang dibawah kepemimpinan reformasi Ataturk. Pada tahun 2002, sejumlah 65 ribu siswa belajar di sekolah Imam Hatip. Jumlah tersebut meningkat menjadi 658 ribu pada tahun 2013. Bilal Erdogan, anak ketiga dari Recep Tayip Erdogan, yang merupakan tokoh utama dibalik kemajuan sekolah itu, baru-baru ini mengumumkan bahwa jumlah siswa telah mencapai satu juta (The Turkey Analyst).
4. Agama Diperkenalkan
Pemerintah Turki telah mengintruksikan sekolah-sekolah untuk memperkenalkan wajib belajar pendidikan agama. Kursus mengenai “peri hidup Nabi Muhammad,” dan “Al-Qur’an” juga diperkenalkan (The Turkey Analyst). Erdogan mengatakan: “Kami hendak membangkitkan pemuda-pemudi religius,” “Apakah Anda mengharapkan AKP akan meningkatkan generasi Ateis? Ya mungkin itu tujuan bisnis Anda, misi Anda, tetapi itu bukan tujuan Kami. Kami akan meningkatkan generasi konservatif dan demokratis yang merangkul nilai-nilai dan prinsip-prinsip bangsa.”
5. Batasan Usia untuk Belajar Al-Qur’an Dihapus Turki menghapuskan peraturan dimana anak-anak harus berusia minimal 12 tahun, untuk mempelajari Al-Qur’an. Pada tahun 2013 Turki meluncurkan sebuah program, dimana anak-anak prasekolah diperkenalkan dan diajarkan Al-Qur’an (The Turkey Analyst)
. 6. Pembatasan Penjualan dan Iklan Alkohol Turki Sekuler melegalkan penjualan alkohol di negara itu. AKP pada tahun 2013 mengintruksikan larangan iklan dan penjualan alkohol dengan jarak radius 100 meter dari masjid dan atau sekolah. Setiap iklan, penggambaran maupun film yang terafiliasi dengan alkohol, wajib disamarkan penayangannya (Reuters). Asrama mahasiswa, lembaga kesehatan, klub olahraga, lembaga pendidikan dan SPBU dilarang menjual alkohol, di tempat-tempat yang menjual alkohol dilarang untuk menjual produk tersebut diatas jam 10 malam (Hurriyet Daily News).
7. Perluasan Perbankan Islam (Bank Syariah) Perbankan Islam mengalami pertumbuhan signifikan dalam beberapa tahun terakhir. Ziraat Islamic Bank, bank syariah milik pemerintah Turki memiliki rencana membuka cabang sebanyak 170 kantor cabang hingga tahun 2018 (Daily Sabah) Dalam pidatonya baru-baru ini, Erdogan mengatakan bahwa sistem perbankan berbasis bunga sangat kejam. Ia kemudian berbicara banyak mengenai manfaat perbankan syariah: “Jika kita ingin melompat jauh ke masa depan, kita perlu partisipasi nyata dalam membuat sistem perbankan yang lebih baik daripada sistem perbankan kejam itu. Perbankan syariah adalah sistem yang sama sekali berbeda dengan sistem perbankan saat ini, baik dalam hal struktur agunan aset, ketergantungan pada risiko saham, dan struktur spekulasi tertutup. Saya percaya bahwa sistem ini akan menjadi kekuatan yang mendorong ekonomi Turki.” [rf/Islampos]
 http://silverheritage.blogspot.my
Artikel lain yg menarik:
1.  60-terbunuh-754-ditangkap-cubaan gulingkan kerajaan Turki
2.  Akhir Zaman, Hukum Allah ditinggalkan

3.  wartawan Australia memeluk Islam setelah melawat Malaysia                                                                                                                                       Sumber TKO - 17-7-2016                                                                                                                                                                                                ---------------------------------------------------------------------------------------
Parti Baru Idea Mahathir & Lim Kit Siang?
Posted on Saturday, July 16 @ 10:25:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

                                                                                    http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31032



DAP mengakui kesukarannya untuk menang dalam PRU-14 nanti. Begitu juga kedudukan Pulau Pinang yang pasti tidak menentu disebabkan beberapa faktor yang mendatang.

Sokongan Melayu yang selama ini didapati daripada PAS tidak lagi menjamin kedudukan untuk beberapa kawasan kerusi bercampur. Walaupun DAP berikan sokongan hampir 100% dengan jentera dan pemikir membantu parti PAN tetapi prestasi PAN tidak menunjukkan satu yang dibanggakan.

Malah kajian terakhir yang dibuat oleh DAP menunjukkan PAN & perang dengan PAS antara faktor besar sokongan Melayu lari. Serangan kepada DAP oleh UMNO tidak dapat dipatahkan dan lebih buruk apabila sebahagian ahli PAS turut menyerang DAP dikala itu.

Pengundi Cina memang memberikan sokongan masih utuh, tetapi sokongan sebelum ini sudah maksimum tidak menjatuhkan BN. DAP perlu orang Melayu untuk menjatuhkan BN disamping sokongan Cina.


Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong 21 Jun 2016 lalu ada membuat kenyataan

"Adalah satu kegilaan untuk pembangkang berterusan memberi tumpuan kepada taktik kuno dengan membentuk satu blok tunggal dan memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya mengalahkan BN"

"Ada yang berpendapat bahawa pihak pembangkang hanya perlu membentuk satu blok tunggal sekali lagi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang suapaya pertandingan satu lawan satu menenatng BN.

“Tetapi adakah ini yang pengundi mahu lihat? Adakah keputusan pilihan raya umum akan datang hanya berdasarkan pertandingan satu lawan satu terhadap BN?
Liew Chin Tong berkata keyakinan kunci kejayaan bukan terletak pada pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya mahupun penubuhan sebuah blok pembangkang tunggal, tetapi dalam melibatkan rakyat dan menulis semula politik Malaysia.

Jika orang yang 'celik akal politik' akan membaca kenyataan ini bahawa DAP tidak lagi yakin dengan PAKATAN HARAPAN. Antara sebabnya masalah dengan PKR terutama dengan Azmin Ali yang tidak dapat dikontrol oleh DAP. DAP lebih suka menyokong Wan Azizah kerana dia lemah dan boleh dimanipulasikan oleh mereka.

PAN pula tidak membantu menarik sokongan PAS dan Melayu. Malah PAN pula menjadi beban kepada DAP untuk ditanggung.

Apa lagi DAP boleh DAP dengan Pakatan Harapan?

Oleh itu pertemuan Lim Kit Siang dan beberapa orang pimpinan DAP dengan Tun Mahathir mencetuskan idea untuk menggantikan PAKATAN HARAPAN dengan satu lagi blok politik SELAMATKAN MALAYSIA.

Jangan anda terkejut parti baru itu adalah ciptaan bersama Lim Kit Siang dan Tun Mahathir.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                        Sumber TKO - 15-7-2016                                                     ---------------------------------------------------                                                                               Cubaan Untuk Lagakan Abdul Hadi Dengan Tuan Ibrahim Gagal
Posted on Saturday, July 16 @ 08:17:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31028



Semasa PRK Sungai Besar, PKR mempunyai formula untuk PRK itu dimana PKR akan bertanding di Sungai Besar dan PAS akan bertanding di Kuala Kangsar. Kononnya formula ini telah dipersetujuai oleh DAP dan PAN. Azmin Ali menjadi orang perhubungan.

Mereka membuat perjumpaan dengan Iskandar Abdul Samad dan beberapa exco PAS di Selangor. Kemudian ada pertemuan dengan Tuan Ibrahim. Mereka menyebar maklumat hanya Abdu Hadi sahaja yang tak setuju. Ini perang PERSEPSI terhadap PAS dan ABDUL HADI.

Mengikut sumber PAS pimpinan PAS dan exco Selangor telah mengadakan perjumpaan dengan Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama. Hasil perbincangan yang panjang lebar baik buruk dan kajian sokongan orang bawahan PAS (grassroot) PAS membuat keputusan bertanding di dua kerusi berkenaan.

Memang tidak dinafikan formula PKR yang dibawa Azmin pun ada baiknya tapi PAS mengambil jalan yang terbaik. PAS melihat bukan hanya untuk 2 PRK itu sahaja. PAS melihat bagaimana Islam boleh 'selesa'.

Apabila Tuan Ibrahim Tuan Man menulis dalam facebooknya mengenai "Apakah ada jalan keluar?" yang menekankan tentang fokus kerja pembangkang bukan menyerang sesama sendiri maka akhbar pro pembangkang menggunakan kenyataan facebook ini dengan tajuk "PAS menawarkan gencatan senjata".

Untuk melariskan cerita akhbar mereka wartawan mereka pun pergilah tanya orang politik apa pendapat gencatan senjata ini. Azmin Ali menyatakan rasa gembira. Iskandar Samad mencerita bahawa kalau pembangkang gaduh sama sendiri maka BN boleh menguasai Selangor, Mahfuz yang lama tak jumpa mic pun beri komen PAS haru bersama dengan PAN dan pembangkang lain.

Penulis-penulis pula mengulaslah berdasarkan kenyataan akhbar sedangkan mereka tidak melihat isi kandungan sebenar kenyataan Tuan Ibrahim. Ada yang menyokong dan ada yang membuat andaian kenyataan ini perlu mendapat restu ulama dan sebagainya.

Cybertropper dan PAN pula menyarang PAS dengan membuat andaian ulama dalam PAS tak akan setuju dan komen-komen untuk membuangkan Hadi daripada PAS mengantikan TITM tersebar luas.

Apabila Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan keduanya "Apakah Ada Jalan Keluar? Bahagian 2" maka sekali lagi akhbar pro Pembangkang Malaysiakini membuat PERSEPSI buruk kepada PAS kononnya Tuan Ibrahim membuat u-turn.

Malaysiakini keluarkan berita "Tuan Ibrahim kini bercakap tentang 'rela bersendirian'". Penulis upahan pula cuba melagakan Presiden PAS dan Timbalannya Tuan Ibrahim. Mereka dibayar gaji oleh parti PAN untuk menulis dan mengerakkan radio online.  Greenboc cuba tunjukkan kononnya ada percanggahan antara TITM dengan Ulama PAS. Ramzi Redang pula menulis kononnya "Kem Ulama PAS Berpecah lagi"

Sepatutnya mereka faham apa yang Tuan Ibrahim ingin sampaikan, antaranya,

Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).
Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.

TITM menekankan bahawa cybertropper yang suka memutar belit ini akan sentiasa ada dan kerjanya melagakan, mereka ini sebenarnya tongkat UMNO.

Tak payah nak lagakan Tuan Ibrahim Tuan Man dengan Abdul Hadi kerana semua orang PAS tahu bahawa Tuan Ibrahim InsyaAllah akan mengantikan TGHH. Semua ahli PAS tahu bahawa TGHH sudah lama sakit beliau banyak kali menyatakan hasrat untuk menumpukan kepada kerja-kerja kesatuan ulama dunia dan menyerahkan jawatan ini kepada orang yang lebih mudah yang boleh bergerak lebih cergas.

Yang paling layak ialah sekarang ini ialah Tuan Ibrahim. Ini telah lama dipratikan dalam PAS dimana keputusan orang nombor satu dan dua diputuskan dengan syura. Tapi malangnya amalan ini telah dirosakkan oleh Mahfuz dan Salahudin Ayub yang 'galak' nak bertanding bagi jawatan Naib Presiden dan dimusnahkan oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan sokongan 10 budak hitam bagi jawatan Timbalan Presiden. Manakalah Ahmad Awang pula telah memecah tradisi lawan Presiden dan tolak pemilihan cara syura untuk jawatan Presiden PAS.

Saya setuju dengan Timmy Say

Kamu selama ini "membunuh" orang lain dengan persepsi, janganlah kamu menangis apabila kamu sendiri pula yang terkena persepsi. Yang suka main persepsi, you know you have decided to live by this sword.
Sebab itu saya lawan persepsi, sebab persepsi ini boleh membunuh the most innocent man. 
Kita akan tentang politik persepsi dengan politik matang dan sejahtera.. POLITIK KEBENARAN kerana sesungguhnya kebenaran itu yang paling manis.
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                                 Sumber TKO - 16-7-2016                                                                                                                                                                                                 ---------------------------------------------------------------------------------------
Husam Dalam Dilema Parti PAN Pun Tak Nak Dia!
Posted on Friday, July 08 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30943


Sebelum Raya Husam Musa ada buat pertemuan dengan facebooker di perkarangan Pejabat Parti PAN Kelantan. Tak ramai yang hadir walaupun dibuat dalam suasana terbuka. Orang ramai kata toksei dengor 'kelentong' Husam Musa. Kata mereka 'Husem lening cakap pelowok doh'.
Video sebahagian daripada ucapan Husam ada diviralkan dalam facebook. Anda boleh dengar dan berfikir tentang apa yang saya tulis.

Antara ucapan Husam ialah dia kata parti PAN buat masa ini belum lagi menjemput secara rasmi untuk dia menyertai PAN. Satu 'argument' dibahaskan.

Pada Mei 2016 Mohamad Sabu mengajak Husam menyertai PAN, “Kita mengalu-alukan orang sepertinya untuk berada dalam AMANAH. Terpulang kepadanya nak pilih parti mana. Bagi saya, saya iktiraf dia seorang yang berkebolehan dalam ekonomi."

PAN Kelantan menawarkan jawatan pengerusi parti itu kepada Husam. Dua kali mereka buat kenyataan rasmi.

“Amanah Kelantan bukan setakat mengalu-alukan kehadiran Husam sebagai anggota amanah, bahkan seperti yang saya sebut dahulu, saya pegang jawatan itu untuk Husam."

“Jadi sebaik sahaja dia (Husam) hadir (sertai Amanah) saya akan memberikan kepimpinan Amanah Kelantan kepada beliau,” kata Wan Abdul Rahim pada satu majlis parti itu yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi PAN Khalid Abdul Samad.

Februari lepas, Wan Abdul Rahim dipetik sebagai berkata beliau akan memberi laluan kepada Husam untuk menjawat jawatan Pengerusi PAN Kelantan jika Husam dipecat daripada PAS.

Anuar Tahir, SU PAN juga nak sambut Husam dengan lori jika PAS pecat Husam.

Jadi mana yang betul Husam ke atau heng-geng PAN?

Rata-rata orang Kelantan mengatakan Husam ni 'pelawok (bohong)'. Begitu juga isu dia serang Presiden PAS dan PAS Kelantan semua kenyataan Husam diragukan kerana dia bercakap tidak benar.

Tapi malang kerena media pro-pembangkang menjadi Husam sebagai senjata untuk membunuh kreater Presiden dan Ulama PAS. Berita tidak benar menjadi sensasi dan bagi mereka berkiblatkan media sosial sebagai sumber, maklumat salah ini ditelan sebati dalam pemikiran mereka. Samalah dengan rakyat yang disogok dengan berita palsu UMNO sampai sekarang pun mereka anggap UMNO penyelamat mereka. Tak ada beza cara kerja propanganda mereka dengan UMNO.



Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir kata Husam masih dalam PAS, ADUN PAS jadi tidak hantar jemputan rasmi. Ni lagi 'sawan', habis Khalid Samad, Dr Hatta dll tu dia bukankan MP PAS?? Kenapa boleh?

Sebenarnya wujud tarik tali dalam isu Husam. Kita kena kaji sejarah awal mereka. Mengikut perancangan awal PASMA Husam akan jadi Presiden parti baru yang akan ditubuhkan.

Sebelum PAN ditubuhkan Phahrolrazi Zawawi pernah berkata sekira kumpulan GHB tidak tubuh parti baru PASMA akan tubuh parti baru.

Pada awal penubuhan parti baru Mat Sabu tidak ada dalam list. Malah Mat Sabu tak setuju. Bukan sahaja tak setuju dia menyerang mereka yang nak menubuhkan parti baru di Muktamar Pemuda PAS di Johor Bahru.


Sumber TKO - 8-7-2016 

-----------------------------------------------------------------------------------


Sendiri Pasang Sendiri Cantas, Teknik Bodoh Ni Dah Tak Laku!!

Posted on Friday, July 08 @ 00:45:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30934


Semenjak Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmud menyokong Pakatan Rakyat, banyak perkembangan mengenai gerakan saraf dan provokasi telah berlaku. Wan Ismail adalah antara orang yang mengerakkan perang saraf dalam UMNO. Malah dia mempunyai team sendiri dalam menyerang pembangkang dalam pelbagai bentuk saraf dan provokasi sehingga banyak perkara tidak dapat ditangani oleh pembangkang termasuk PAS sendiri.

Dia membawa beberapa orang teamnya untuk memberikan kursus kepada PKR dan juga PAS. Antara mereka yang terbabit dalam PAS ialah Dr Hatta Mohd Ramli.


Gerak Saraf adalah unit yang penting dalam PAS dikenali sebagai PGS. Mereka terbabit dalam penyebaran isu, maklumat dan membuat provokasi. Ada 2 jenis saraf iaitu "white and black". Dr Hatta adalah yang pakar dalam saraf jenis 'black".

Dr Hatta pula dibantu beberapa orang kuat antara lain ialah Nordin budak Pahang dikenali sebagai Nordin Tarung atau juga dikenali sebagai Juragan Belang Tarung, Abd Nasir, Wafer Comey, Ibn Harun, Mazhar Yusof dan lain-lain lagi.

Kita tidak lupa semasa dekat Muktamar PAS lalu perebutan jawatan dalam PAS dan ada usaha menjatuhkan kumpulan ulama dalam PAS, tiba-tiba kereta Dr Hatta Ramli dibakar.


 Saya sudah menulis sebelum ini, beberapa kes tembak berlaku dan polis menyiasat akhirnya polis menemui bukti dan motif. Semalam kita dengar cerita seorang wanita dan anaknya ditembak semasa memandu vellfire. Hari ini kita dapat tahu motif pembunuhan itu berkaitan dengan "money game". Tapi kes Dr Hatta Ramli senyap tanpa sebarang maklumat seolah-olah polis Malaysia tak buat kerja. Atau Mungkin polis pun buat "UG" dengan Presiden PAS.

Akhirnya ramai orang membuat kesimpulan bahawa kereta ini mungkin dibakar sendiri berdasarkan Dr Hatta Ramlee adalah ketua Saraf PAS.

Bukan itu sahaja kita dikejutkan dekat pemilihan PAS, kononnya Dr Dzulkefly ditumbuk selepas balik dari solat Subuh.


 Kononnya cerita bila Dr Zulkefly bertepik yang menyerangnya lari. Kes ini pun hilang tanpa berita.

Kalau benarlah dua-dua orang ini dibenci oleh geng ulama rasa dah lama dua orang ini mati ditembak. Bukan susah sangat nak cari mereka berdua. Tapi biasanya nak buat berita, nak cari 'value' nak buat persepsi buruk kepada kumpulan ulama dalam PAS, saraf 'black' digunakan.

Kalau setakat bakar bendera, cantas bendera, koyak poster itu budak sekolah pun boleh buat saraf macam ini.

Paling pelik semasa PRK dulu tak banyak bendera nak dipasang tapi tiba bendera banyak pula bendera nak dipasang. Macam orang ising cara mereka berfikir. Sepatutnya bendera itu kita bersungguh pasang semasa PRK kalau nak sambut perantau tu buatlah ala kadar aje. Ini melebihi PRK.

Rasa itu tak lain, sekadar nak tunjuk bilangan dia orang ramai. Nak tutup keahliannya seluruh malaysia hanya 15K sahaja sedangkan jaja seluruh dunia kononnya 100K.

Berhentilah buat kerja bodoh ini, tak baik kita menipu. Setelah orang tahu kita tak akan dipercayai selama-lamanya, Ini pesan tok guru semasa dalam PAS dulu.


Sumber TKO - 8-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------


Bagaimana Malaysiakini Memilih Tajuk Berita
Untuk Memainkan Persepsi


Posted on Thursday, July 07 @ 08:48:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30926



Sesiapa yang malas, tidak mahu mengklik link berita untuk membaca 
lebih lanjut, akan terus membuat perspepsi negatif terhadap Harun Din.

http://www.malaysia-today.net/bagaimana-malaysiakini-memilih-tajuk-berita-
untuk-memainkan-persepsi/

Harris Nasri

Rakan saya Ahmed Natasha menaikkan status:

“Malaysiakini punya spin boleh tahan juga”.

Atas tajuk apa?

Beliau menjawab atas tajuk berita Harun Din mengulas isu dakwaan USD700
million yg dikatakan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

ini pula komen seorang rakan Azrul “Yup..mengenai kes Tuan Guru Haron Din ini
memang jahat…tajuknya sangat tidak berkaitan ( misleading)”

Saya kemudian membuat sedikit kajian mengenai berita tersebut.

Dan ini apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian, yang boleh saya katakan agak
telus dan adil:

TAJUK BERITANYA: ‘Amat malang jika dakwaan terhadap Najib benar’

rujukan : http://www.sinarharian.com.my/politik/amat-malang-jika-dakwaan-
terhadap-najib-benar-1.407649

Bila saya buka Malaysiakini, saya agak terkejut, kerana tajuk beritanya adalah
sangat tidak adil dan berat sebelah, bukan untuk menyampaikan berita, tapi
untuk mensensasikan tajuk berita! Sesiapa yang malas, tidak mahu mengklik
link berita untuk membaca lebih lanjut, akan terus membuat perspepsi negatif
terhadap Harun Din. Bukanlah saya nak mempertahankan sangat Mursyidul Am
itu, tapi sebagai media alternatif yang dikatakaan no 1 di Malaysia, cara
Malaysiakini memilih tajuk berita adalah sangat tidak bertanggungjawab.
Tahulah kamu mmg menjual berita untuk create revenue, tapi janganlah sampai
jadi media propaganda alat parti politik tertentu!

Ini tajuk berita yang dipilih Malaysiakini BM:

“Haron susah percaya dakwaan pada Najib Razak

dan ini pula tajuk berita yang dipilih Malaysiakini English

“PAS leaders: Accusations against Najib defies logic”

Bila kita baca tajuk berita, terus akan membuat kesimpulan bahawa Harun Din
mempertahankan Najib. Bandingkan dengan isi berita Sinar Harian di atas
dengan laporan Malaysiakini di sini: https://www.malaysiakini.com/news/304060
————————————————————————————–
Saya kemudian melihat pula reaksi dari berita malaysiakini itu, yang dijadikan
bahan propaganda oleh MP DAP Taiping, Nga Kor Ming dalam FB beliau. Beliau
menjadikan tajuk berita tersebut sbg printscreen dengan tajuk dalam bentuk
soalan

” Since when PAS’s Harun Din become UMNO’s mouth piece?”- atau
terjemahannya,:

“Sejak bila Harun Din dari PAS menjadi juru bicara UMNO?”.
rujukan
https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10151905029024170.
1073741830.52329039169/10153511524079170/?type=1

Beliau juga ada satu lagi posting dalam bahasa cina di
sini

 https://www.facebook.com/davidngakorming/photos/a.10150098755279170.
281685.52329039169/10153509222044170/?type=1&theater

tetapi tidak terdapat satu posting pun dalam bahasa melayu untuk isu harun din ini. Nampak permainannya?

Kemudian saya lihat pula FB Tony Pua MP DAP Petaling Jaya Utara, yang juga kerap melakukan posting propaganda. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati beliau menjadikan tajuk berita yang sudah basi bertarikh 14 may 2015, untuk menyindir Harun Din dalam isu menyokong Najib!

Berikut merupakan posting Tony pua:

“Ya, Mursyidul Am PAS Haron Din nak beri peluang kepada Najib.

Najib bersih. Najib telus. Najib prihatin.

Ya, terus lah PAS, berikan sokongan paling kukuh kepada Najib.”

rujukan : https://www.facebook.com/MPTonyPua/posts/10153487000249917
Ramai rakan-rakan lain agak skeptikal dengan Malaysiakini sejak baru-baru ini, tetapi saya tidak. Ini kerana saya dah lama tahu. Malaysiakini bukan Malaysiakini yang saya seringkali baca masa era reformasi dulu, setiap hari. Sudah jadi media propaganda parti politik pembangkang. Saya ada juga  melanggan berita Malaysiakini, tetapi jika beginilah cara laporannya, tamat sahaja tempoh langganan ini tak mungkin saya akan perbaharui lagi.

Saya akhiri artikel ini  dengan kata-kata Edward R. Murror:

“To be persuasive we must be believable; to be believable we must be credible; credible we must be truthful.”
Nota: Malaysiakini adalah milik sosliasi kanan dari DAP dan stakeholders melayu terdiri dari Islam progresif/Islam liberal. Malaysiakona sama seperti surat khabar UMNO BN seperti Utusan, B Harian, STAR, NST, …semua surat khabar ini adalah fasiq, banyak berita fasiq…..Malaysian Insider sama seperti Malaysiakona…. tapi
Malaysian Insider sudah diharamkan

Sumber TKO - 7-7-2016


----------------------------------------------------


Jika Prof. Mohammad Agus Yusoff Hidup
Zaman Nabi....



Posted on Friday, July 01 @ 12:08:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Saya terbaca komen Prof. Mohammad Agus Yusoff yang diviralkan 
dalam media sosial. Ramai menjadikan hujah beliau sebagai alasan 
untuk mengkritik sebahagian daripada pandangan ahli-ahli PAS. 
Sudah menjadi tabiat kepada sesetengah laman atau facebooker 
jika ada sesiapa yang kritik PAS maka perkara itu disebar luaskan 
untuk memberikan maksud orang itu atau orang ini tidak suka PAS.

Laman KedahLanie yang menjadi pengkritik PAS tidak ketinggalan 
dalam mengambil kesempatan ini untuk menyebar luaskan hujah 
ini.

Ada baiknya sebelum kita teruskan, kita lihat dulu apa yang ditulis 
oleh Prof Agus. Supaya perbincangan sesuatu perkara boleh dilihat 
daripada pelbagai sudut baik dan buruknya.
Bolehkah dengan menyokong PAS yang hanya bersama Ikatan,
kerajaan kita bertukar?
SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (8)


Kawan UKM datang rumah baiki komputer saya yang diserang
virus.

Masuk sahaja rumah beliau merungut tindakan kerajaan pusat
menahan KM Pulau Pinang.  Kenapa perlu digari?  Kenapa
perlu didakwa?  Kenapa tidak didakwa kes 1MDB?  Begitulah
katanya.


Selepas itu, beliau merungut tentang keborosan pemimpin
negara.  Sepanjang waktu bercakap, beliau menekankan
kepada saya betapa pentingnya kita mengundi perubahan.

**********************
Saya setuju dengan kawan saya untuk memilih perubahan. 
Selepas itu, saya bertanya beliau, jikalah berlaku pilihan raya
sekarang, parti apa yang hendak diundi?  Katanya, mesti PAS
kerana dasar Islam PAS.
Seterusnya saya tanya, bagaimana jika PAS bekerjasama
dengan UMNO?  Nak undi PAS juga ke?  Beliau terdiam seperti
orang keliru, orang terkena candu. 
Selepas itu, beliau menasihati saya, kerajaan zalim BN mesti
kita tukar dan kita mesti istaqamah menyokong PAS untuk
mendapat keredhaan Allah dunia akhirat.
Pertanyaan saya, bolehkah dengan menyokong PAS yang
hanya bersama Ikatan, kerajaan kita bertukar?  Ini yang saya
belum faham.
***********************************

Selesai komputer saya dibaiki, hati saya berkata bagusnya
jika selepas Raya ini diadakan pilihan raya. 
Saya hendak tengok siapa yang berubah.  Saya hendak
tengok kerajaan mana yang berubah.


Mohammad Agus Yusoff
Berbalik kepada soalan Prog Agus "Seterusnya saya tanya, 
bagaimana jika PAS bekerjasama dengan UMNO?  Nak undi PAS 
juga ke?"
Anggaplah saya kawan Prof. Agus seorang budak kampung yang 
datang membaiki komputernya dengan kepandaian membaiki 
komputer itu sekadar belajar daripada Youtube.

Sebelum saya  jawab saya nak tanya Prof Agus dulu. PAS 
bekerjasama dengan DAP dan PKR sebelum ini atas suka-suka atau 
atas keputusan Majlis Syura Ulama. Oleh kerana Prof Agus tak ada 
di sini saya tolong jawab. Keputusan kerjasama PAS dengan PKR 
dan DAP adalah keputusan Majlis Syura Ulama yang disebut 
sebagai tahaluf siasi. Panjang perbahasannya ada pro dan kontra 
dalam membuat keputusan.

Untuk makluman Prof. Agus PAS keluar daripada Pakatan Rakyat 
juga atas keputusan Muktamar yang mana dipersetujui oleh Majlis 
Syura Ulama PAS kerana DAP tidak menepati konsep tahaluf yang 
ditetapkan.

PAS kekal dengan PKR sehingga saya menulis artikel ini kerana PKR 
masih lagi menepati konsep dan pra-syarat tahaluf. Walaupun ada 
sebahagian ahli dan pimpinan PAS mengesyorkan untuk 
memutuskan hubungan kerjasama ini tetapi masih belum ada 
keputusan rasmi daripada PAS.

Berbalik kepada soalan Prof. Agus, Jika PAS kerjasama dengan 
UMNO, Nak undi PAS atau tidak.

Jawapan KENA UNDI PAS

Kerana kalaulah PAS bekerjasama dengan UMNO mesti UMNO 
menepati tahaluf. itu logik pertama. Tapi kemungkinan tidak 
berlaku dan soalan Prof Agus tidak RELEVEN. Biasanya item tidak 
releven tidak ditanya sebab banyak kemungkin boleh berlaku.

Untuk makluman Prof. Agus satu kajian tentang kerjasama dengan 
UMNO telah dibuat oleh Dewan ulama PAS semasa Dato' Haron Taib 
menjadi Ketua. Kajian melihat pola politik ini telah dibocorkan oleh 
Wan Ji yang kini menjadi ahli PKR. Dia telah dikeluarkan daripada 
Unit Kajian tersebut kerana tidak amanah (bukan PAN).

Pertanyaan Prof. Agus seterusnya "bolehkah dengan menyokong 
PAS yang hanya bersama Ikatan, kerajaan kita bertukar? "

Sangat subjektif bagi mereka yang berada dalam jamaah Islam 
yang yakin akan Allah s.w.t.

Saya tak nak cerita kisah-kisah nabi atau ulama yang mungkin 
Prof. Agus akan rimas semuanya tidak ada agumen yang 
menyokong secara saintifik, tapi saya akan cuba membawa perkara 
ini kepada yang baru berlaku dan boleh jadi akan berlaku.

Saya ambil satu contoh mudah, "Private Bill" Presiden PAS RUU 355 
 yang nak dibentangkan. Pada logik akal PAS tak akan mampu 
membawanya kerana sudah tentu akan dihalang oleh UMNO atau 
BN yang komponennya terdiri daripada parti-parti bukan Islam 
seperti MCA, MIC dll. Itu kan logik!

Saya nak tanya Prof. Agus secara ikhlas. Pernahkah Prof. Agus 
terfikir bahawa Private Bill ini dimasukkan dengan kedudukan pada 
 nombor15 di akhir sidang Dewan Rakyat boleh naik menjadi 
nombor satu pada saat-saat akhir. Yang membawanya pula seorang 
menteri perempuan  'dogol' (kampung Agus dogol ni maksdunya 
tak pakai tudung). Terfikir ke??

Sejarah Private Bill tak pernah berlaku kepada pembangkang 
melainkan Tengku Razaligh pernah bentang sekali.

Tapi kalau kita ada keyakinan kepada Allah s.w.t. dengan 
sepenuhnya yakin. Ini tidak mustahil berlaku dan TELAH pun 
berlaku.

Allah sudah menjanjikan  dalam surat At Thalaq ayat 2-3 :

“…Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan 
mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah 
yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah 
melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah 
telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (At Thalaq 
2-3)

Prof. Agus kita memang boleh bercakap tentang Al Quran dan 
pertolongan Allah tapi tak ramai yang percayai dengan keyakinan 
penuh akan pertolongan Allah kepada mereka yang menolong 
agamaNya.

Tak semua orang boleh merasai nikmat keyakinan ini. Sebab itu 
kita kena seolalu berdoa agar Allah istiqamahkan kita pada 
jalanNya dan hindari kita terpesong dengan kehebatan dan ilmu 
yang kita ada.

PAS dengan parti Ikatan perlu didalami secara halus dan terperinci. 
Parti Ikatan hanya ada sekitar 150 ahli sahaja. Penyokong saya tak 
tahu ramai mana. Tapi ini adalah parti yang terdiri daripada 
golongan UMNO yang kecewa dan Melayu yang tidak mengharapkan
UMNO lagi.

Prof. Agus, PAS menjadikan Ikatan sebagai titik mula. Atau ada 
sesetengah orang mengatakan 'letak nilai' untuk PAS pergi lebih 
jauh lagi dalam menerokai golongan atau ahli UMNO yang terpinggi 
daripada UMNO.

Tapak mula ini memang kita lihat suatu yang 'lekeh', lemah dan 
tidak menarik.

Saya ambil contoh semasa, pengasas Alibaba Group, Jack Ma 
mendedahkan kesilapan terbesar di dalam hidupnya adalah 
sewaktu beliau memutuskan untuk menubuhkan syarikat jual beli 
atas talian, Alibaba.com.

Katanya “Saya cuma hendak berniaga kecil-kecilan dan tidak 
sangka ia menjadi besar sehingga begini, ia memerlukan 
tanggungjawab yang besar dan ia turut mendatangkan pelbagai 
masalah"

Saya ambil kata-kata Jack Ma ketika sesi soal jawab pada 21 Jun 
lalu di 20th St. Petersburg International Economic Forum di Rusia. 
Untuk makluman pemvbaca syarikat Alibaba kini dianggarkan 
bernilai AS$190 bilion.

Politik suatu yang realetif, sukar kita meramalkan masa depannya. 
Sebagai seorang Islam kita diajar tentang keyakinan kepada Allah 
s.w.t. Atas keyakinan ini kita membuat suatu keputusan yang akan 
kita turuti demi untuk masa depan anak bangsa kita.

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali 
dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah 
niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah 
Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. At Taghabun: 11)

Sebelum saya mengakhir tulisan ini, saya ingin bertanya  jika Prof. 
Agus hidup zaman Nabi s.a.w. agaknya prof percaya tak bahawa 
Nabi Muhammad s.a.w. akan berjaya sedangkan pada masa itu 
nabi seorang yang buta huruf. Di sekeliling nabi ada tamadun 
Romani, Tamadun India Hindu, China, Rom dan Parsi. Malah 
pemikiran Plato, Aristostle dll telah meresapi di jiwa orang 
 terdahulu dan sehingga sekarang pemikiran dan fasafahnya masih 
dibahaskan.

Itu belum lagi saya bahas tentang kebendaan yang Nabi ada. 
Belum lagi saya bahas pengikut Nabi yang semuanya miskin dan 
daif. Mampu ke Nabi?

Jika kita jawab Nabi lainlah... Habis Kenapa Allah wafatkan Nabi??

Cukuplah

Sumber TKO - 1-7-2016                                                                                                                                                                                                      ------------------------------------------------------------------------------------        

Sokongan Melayu, Cina meningkat terhadap 

PAS?





















































































































































































ALANG IBN SHUKRIMUN | .


WARTAWAN Malaymail online, Boo Su Lyn melaporkan bahawa Pengarah Institut Merdeka
Centre, Ibrahim Suffian mendedahkan hasil culaan terbaru tentang mood politik rakyat Malaysia
dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Meskipun Datuk Saifudin Abdullah enggan
mendedahkannya, wartawan tersebut berjaya mendapatkan maklumat tersebut.

Melalui kajian yang dibuat dalam tempoh November dan Disember ini, ternyata sokongan Melayu
berbagai latar belakang telah memihak kepada PAS berbanding Umno. Secara keseluruhan, 42%
gembira dengan PAS sedangkan Umno hanya 35%. 54% Melayu marah pada Umno manakala
kepada PAS hanya 32%.

Data terbaru ini menunjukkan peningkatan ketara sokongan Melayu. Ia dipengaruhi senario politik
kebelakangan ini. Ini bermakna segala apa yang berlaku dalam PAS adalah di landasan yang betul.
Antaranya ialah keputusan PAS berputus dengan DAP, tersingkir sebahagian besar pimpinan pusat
sesi lepas, kesungguhan PAS memperjuangkan agenda syariah, Kongres Rakyat, tidak menyertai
Bersih, keterbukaan PAS menasihati kerajaan, dan sebagainya.

Sememangnya pasaran PAS adalah orang melayu. Tiada lagi parti yang mampu mencabar
kedudukan Umno selain PAS. Tanpa PAS, mustahil Umno tergugat sepertimana yang diakui
strategis PKR sendiri, Rafizi Ramli. Tindakan pimpinan pusat lepas cuba mengubah pasaran PAS
kepada bukan Melayu sehingga mengabaikan Melayu, membuatkan sokongan Melayu kepada PAS
merudum jatuh dalam PRU13. Ini hanya membuatkan Umno terus selesa untuk berabad lagi.

Lebih mengujakan, sokongan Cina kepada PAS juga meningkat! Berdasarkan PRU13, PAS hanya
memperoleh 5% undi TiongHua. Selama ini kita mengandaikan tindakan berputus dengan DAP
bakal mengakibatkan PAS kehilangan undi mereka, tetapi dalam kajian Merdeka Centre itu, 34%
Cina tidak memarahi PAS.

Peningkatan kepercayaan Cina dipercayai berpunca dari kelemahan DAP mentadbir Pulau Pinang.
Pekung kejahatan cauvinis mereka semakin terdedah satu persatu. Kisah kemewahan hidup keluarga
Lim dan pimpinan DAP semakin terdedah.

Mungkin juga ketidakpuashatian Cina memuncak apabila parti itu dikuasai kumpulan Kristian dan
meminggirkan golongan Buddha, yang sebenarnya menjadi agama majoriti Cina di Malaysia.

Semua data ini bukan untuk dibanggakan. Tetapi sekadar menyuntik semangat dan keyakinan
bahawa pilihan yang dibuat para pimpinan kita adalah menepati kehendak rakyat. Oleh itu teruskan
bekerja gigih untuk melaksanakan misi-misi baru PAS agar momentum ini dapat diteruskan sehingga
kita berjaya menguasai Malaysia.

Suka saya berpesan, terutamanya mereka yang berjawatan tinggi dalam PAS. Apabila kemenangan
kelihatan sangat dekat, masa itulah ujian besar akan menimpa. Diharap agar mereka terus isitiqamah
wala kepada parti, dan bersama keputusan syura walau bagaimana pahit sekalipun. Jangan diulang
peristiwa pemanah bukit Uhud yang memilih untuk mengikut pendapat peribadi hanya kerana
kemenangan yang dianggap sudah pasti. – HARAKAHDAILY 15/12/2015

Sumber HD - 15-12-2015
-------------------------------------------------------------------------------------

Kalau ada ahli terlibat ISIS, kita akan pecat

Posted on Thursday, December 03 @ 11:24:13 MYT by tokdalang

Oleh ALANG IBN SHUKRIMUN

SAYA masih ingat pada tahun lepas, PAS memecat keahlian beberapa orang anggotanya yang turun
ke Syria menyertai jihad di sana. Walaupun PAS menentang keras tindakan
rejim Asad ke atas rakyatnya, PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat
dalam konfontasi bersenjata yang menimbulkan lebih banyak fitnah dari
kebaikan.

Semasa saya duduk bersembang dengan Ayah Chik pada suatu ketika, saya
ajukan soalan "Bagaimana PAS boleh pecat orang pergi berjihad di Syria?" Soalan saya bukan untuk mempertikai. Cuma ingin tahu apa pandangan beliau.


Ayah Chik pantas menjawab. "Ya. Kita memang pecat dia. Kalau ada lagi lepas ini kita akan pecat
lagi!"

Tersentak saya. Tiba-tiba beliau yang sedang bersembang ceria bertukar nada tegas. Melihatkan saya dengan muka terkejut, Ayah Chik menyambung lagi.

"Tindakan mereka bersalahan dengan prinsip PAS. Mereka sendiri tak tahu latar belakang kumpulan
yang disertai. Lawan dengan siapa pun mereka tak tahu. Jangan-jangan bertembak sesama Islam
sendiri. Ini yang bahaya. Kita dah pesan supaya jangan, tapi mereka teruskan juga hasrat. Nanti yang
ada masalah PAS juga."

Angkara dua pemimpn PAN yang timbulkan isu IS, hari ini baru saya merenung kembali nostalgia
singkat tersebut. Ulama ini walaupun dilihat keras oleh sesetengah pihak, sebenarnya dia cukup
berhati-hati dalam tindak tanduknya. Ucapannya menggerunkan musuh, tapi tindakannya amat
profesional. Dia menjaga jemaah Islam umpama menjaga nyawanya sendiri. Diplomasi menjadi asas
politiknya, sunnah Nabi sebagai panduannya dan al-Quran itu dasarnya.

Jangankan ISIS, ahli PAS yang disyaki terlibat dengan kumpulan mujahidin selain ISIS pun tidak dibenarkan. Dalam iklim politik Malaysia dan suhu politik dunia yang tidak menentu ini, PAS perlu
kekal sebagai gerakan yang mengambil pendekatan jihad silmi supaya tidak difitnah lebih dahsyat.

Kalau PAS dikatakan ekstrem, awal-awal lagi PAS angkat senjata pada kerajaan Umno BN yang
pernah menyerang Memali hingga gugur syahid seorang pimpinan PAS Kedah bersama 11 orang muridnya.

Tapi hairan juga. Yang kata PAS IS itu tahun lepas adalah AJK PAS Pusat. Mereka sendiri ada ketika Presiden PAS ambil keputusan memecat keahlian individu tersebut. Mereka juga masih sempat
dengan peristiwa Memali itu.

Jahat sungguh orang-orang ini, sengaja mereka-mereka tuduhan demi kelangsungan politik sempit
parti mereka.

Berkenaan tuduhan takfiri, acapkali saya dengar Ayah Chik sebut jangan mudah-mudah
mengkafirkan orang. Beliau selalu mengulang kata-kata Imam Malik, kalau ada 100 bukti
menunjukkan seseorang itu kafir, 99 darinya sahih, hanya 1 yang diragui, maka masih belum boleh dihukumkan kafir. Hatta menghukum semua Syiah sebagai kafir juga dia tidak bersetuju.

"Walaupun pegangan Syiah ini tak betul, tapi bukan semua mazhab mereka merosakkan akidah. Ada
yang tidak mencerca sahabat. Ada yang hanya menyokong Saidina Ali atas dasar pandangan politik
sahaja bukan akidah. Menuduh orang kafir bukan benda main-main." Nyata beliau penuh teliti. Tidak perlulah saya tulis satu persatu berkenaan Syiah pula kerana sudah banyak saya coretkan dalam
tulisan-tulisan yang lepas.

Sebagai tambahan, PAS sejak dahulu sentiasa dipimpin alim ulama. Tidak hairan PAS boleh menjadi antara parti Islam paling lama dan berjaya bertahan di dunia, dalam keadaan gerakan Islam lain yang
lahir pasca kejatuhan khilafah diharamkan satu persatu di tanahair masing-masing.

Ini semua kerana kehebatan buah fikiran alim ulama menidakkan asbab musabbab yang mampu
mengheret PAS kepada bahaya pengharaman.

Saya yakin ulama seperti Presiden PAS hari ini mampu mengemudi bahtera PAS, malah bahtera
Islam sejagat dalam mengharungi setiap ombak muslihat musuh dengan selamat dan sukses. Beliau
punya kelebihan tersendiri yang dikurniakan Allah hanya kepadanya buat masa ini.

Dan insya-Allah selepas ketiadaannya, PAS akan terus dijaga Allah dengan melahirkan tokoh ulama
yang lain pula sebagai pengganti. Islam tidak akan matinya dengan matinya seorang tokoh.

Semoga Ayah Chik terus diberi kesihatan dan keselamatan oleh Allah.

Sumber DD - 3-12-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































PAS jangan ulang kesilapan Mesir

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


ANTARA masalah yang dihadapi Dr Mursi dalam mengepalai pentadbiran baru Mesir adalah untuk mengawal pegawai tadbir lain dibawahnya. Mereka kebanyakannya masih rapat dengan orang-orang
politik regim Hosni Mubarak.

Dr Mursi dan beberapa pimpinan Ikhwan pula sebelum itu meminggirkan arena politik dengan begitu
lama sekali. Mereka tidak begitu dikenali dan rapat dengan orang-orang kerajaan.

Ketika FJP menang pilihan raya, hubungan antara pegawai kerajaan masih dingin. FJP naik secara mengejut. Perkara ini mewujudkan ketidakserasian antara pimpinan FJP dan pegawai kerajaan lain.

Ditambah dengan jarum-jarum fitnah yang dimasukkan penyokong-penyokong Mubarak, akhirnya
FJP hilang sokongan dalam kerajaan. Dengan sedikit perancangan melalui pegawai dalam tentera dan mahkamah, Mursi digulingkan orang kerajaan sendiri dalam usia pemerintahan yang belum genap
setahun.

Peristiwa ini memberi pengajaran berharga buat gerakan Islam di Malaysia. Sinar Islam yang
semakin terserlah akan menggantikan regim toghut BN perlu diuruskan sebaiknya.

Sudah tiba masanya polis, tentera, mahkamah, jabatan-jabatan kerajaan dijadikan kawan baik.
Yakinkan mereka kita mampu bawa Malaysia ke arah lebih baik.

Politik menyerang semua jentera kerajaan sebagai balaci BN sudah boleh dianggap lapuk. Kini
semakin ramai orang dalam kerajaan yang bencikan pemerintah mereka.

Bahkan ada yang terang-terangan memihak kepada pembangkang. Cuma kita perlu pandai posisikan
diri supaya menjadi pilihan alternatif di minda dan hati mereka.

Apatah lagi dengan perkembangan terkini, Malaysia dilihat begitu diambil berat oleh kuasa besar
barat. Tidak mustahil campurtangan asing akan turut berlaku seandainya ditakdirkan keputusan
pilihan raya akam datang memihak kepada PAS.

Perkara ini telah berlaku di banyak negara umat Islam seperti Libya, Mesir dan terbaru Turki.

Seandainya kita tidak membina keutuhan bersama rakyat seluruh peringkat dari awal, tragedi
rampasan kuasa yang mencabul nilai demokrasi sejagat mungkin akan berlaku pula di Malaysia
nanti.

Jangan lagi jadi bodoh dengan termakan fitnah UG. Kita perlu lihat maslahah yang lebih jauh dari
sekadar bergabung.

Kalau mahu berpolitik, kita tidak boleh terpengaruh dengan sentimen dan kebencian, kerana ia akan
mudah dimanipulasi pihak yang sentiasa mencari peluang. Matangkan minda dan persepsi, jangan
biarkan diri dikongkong permainan orang-orang jahat. – HARAKAHDAILY 28/11/2015

Sumber HD - 28-11-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































24/11: Ulang tahun PAS 64, menongkah arus

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


TARIKH yang cukup bersejarah hari ini. Tanggal 24 November 64 tahun yang lalu, sebuah parti
politik berteraskan Islam di Malaysia secara rasminya ditubuhkan.

Diberi nama Persatuan Islam Se-Malaya, kewujudannya bukan sekadar parti politik biasa, tetapi
sebagai sebuah gerakan massa yang memperjuangkan Islam secara syumul. Walaupun nama dan
tabiatnya bersifat parti politik, tetapi gerakerjanya mengimbangi antara siasah, dakwah dan tarbiah.

Parti ini meneruskan kesinambungan abang-abangnya terdahulu. Setelah dasar pecah perintah
penjajah berjaya memisahkan tanah air umat Islam, Sarekat Islam yang berpusat di Indonesia tidak
lagi berjaya digerakkan di Malaysia.

Baton perjuangan disambut gerakan Hizbul Muslimin, namun jangka hayatnya ditakdirkan tidak
panjang. Belum sampai setahun, parti tersebut diharamkan dan ramai pemimpinnya ditangkap atas
berbagai-bagai dakwaan.

Beberapa kepimpinannya memilih Umno sebagai wadah baru, dengan harapan mampu menghidupkan perjuangan Islam dengannya. Tetapi setelah beberapa tahun mencuba, Islam tidak mendapat tempat
di sana.

Para Ulama beberapa kali bersidang mencari penyelesaian, sehinggalah mengambil keputusan untuk
sekali lagi berdaftar sebagai parti. Akhirnya lahirlah PAS, sebagai mata rantai kepada gerakan Islam terdahulu yang diasaskan oleh baginda SAW.

Adat sebagai sebuah parti politik, PAS telah menyertai pilihan raya sejak pertama kali ia diadakan sehinggalah yang terkini. Jikalau tidak kerana penipuan dan berat sebelah pemimpin negara sekarang,
sudah tentu PAS sudah bertukar sebagai sebuah kerajaan. Namun Allah telah aturkan jalan yang sebaiknya untuk PAS, agar kemenangan itu benar-benar bermakna.

Walau bagaimanapun, kerja-kerja dakwah memahamkan bergerak selari dengan kemajuan politik
yang diraih. Tiada siapa mampu menyangkal peranan PAS dalam meletakkan martabat Islam dalam
negara ini.

Hari ini walaupun masih banyak kekurangan Islam di negara ini, kita boleh berbangga bahawa
kedudukan Islam di Malaysia merupakan yang terbaik berbanding kebanyakan negara Islam yang lain,
termasuk bekas pusat khilafah Islam, Iraq, Syria dan Turki. Kefahaman dan sensitiviti rakyat terhadap
Islam amat tinggi berbanding mana-mana negara umat Islam yang lain.

Dari segi penubuhannya, PAS merupakan parti politik tertua di Malaysia setelah Umno diharamkan
akhir dekad 80-an. Adalah suatu pembohongan jika dikatakan dengan usia sematang itu, PAS tidak
pernah diganggu kontroversi dan krisis.

Sepanjang pelayarannya membelah arus politik dan perkembangan semasa, telah banyak fitnah dan
mehnah yang dihadapi. Sedikit sebanyak perkara tersebut memberi kesan dalam mematangkan PAS sebagaimana yang ada pada hari ini.

Setiap kali kepimpinan PAS mengambil pendekatan politik yang berskala besar seperti meminda perlembagaan, bekerjasama atau berputus hubungan dengan mana-mana pihak, pasti ada ahli yang
tidak berpuas hati. Timbullah berbagai gerakan picisan mendakwa PAS sudah lari daripada
perjuangan asal. Maka muncul Akim, Islah, Hamim, Berjasa, Jati, dan terbaru Pan memberi asakan
agar PAS lemah.

Setiap kumpulan ini pada kemunculannya awalnya sangat menarik perhatian. Tetapi lakunya hanya
ibarat goreng pisang panas, laris pada awalnya tapi tidak lagi dihirau setelah lama. Walaupun tetap
memberi kesan kepada kestabilan PAS, tetapi sejarah membuktikan PAS tidak tergugat lama dengan
masalah tersebut.

PAS dipandu dengan Nur Allah, yang dijamin tidak akan padam selama-lamanya. Kepimpinan yang
dipilih melalui konsep syura bijak mengurus konflik sehingga PAS bangkit kembali dan semua
serpihannya kini ibarat hidup segan, mati tak mahu.

Hari ini, PAS semakin utuh di arena politik negara. Gerak gerinya sentiasa diperhati kawan dan
lawan. Setiap tindakan dan kenyataannya mendapat liputan luas media masa berbagai latar belakang.

Berbagai-bagai lapisan dan kumpulan memberi komentar dan ulasan kepada setiap strategi PAS,
antara menyokong jua membantah.

Memang pendekatan yang PAS ambil banyak mencarik adat dan menongkah arus semasa
menyebabkan ia jadi bualan umum, tetapi pada akhirnya semua akur dan menjumpai hikmahnya.

Ahli PAS bukan ahli sembarangan. Mereka diasuh dan ditarbiah untuk sanggup berkorban demi
jemaah. Sayang mereka terhadap PAS setanding sayangnya muslim terhadap Islam itu sendiri.
Muktamar terbaru yang dikenali sebagai muktamar terhangat dalam sejarah, telah menunjukkan
bahawa ahli PAS yang ada hari ini masih mewarisi semangat dan akidah perjuangan ahli-ahli Badar terdahulu.

Insya-Allah, PAS akan terus kekal memandu ummah dengan cahaya Islam. Masa depan adalah milik
kita sekiranya kita kekal di atas prinsip dan dasar agama. Diharapkan kepimpinan yang ada bekerja
kuat menakhodai bahtera milik semua ini. Kami di peringkat bawahan akan sentiasa patuh dan taat
selagi bukan kemungkaran yang diperintahkan.

Semoga PAS dan seluruh anggotanya terus istiqamah memburu janji Allah. Berjuanglah tanpa gentar
dan ragu lagi. Pastikan keduanya milik kita; Putrajaya dan juga SYURGA! –
HARAKAHDAILY 24/11/2015

Sumber HD - 24-11-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Sekutu Kuat Menjadi Seteru Ketat ... Empat Peristiwa Besar Yang Menyebabkan Pas Dan DAP Bersengketa
Posted on Thursday, November 12 @ 16:25:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.

PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.

Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi  tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.

Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? ... JOM TERJAH!!!

1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.

Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus - bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.

Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.

PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS - sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.

Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR - sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.

Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.

Petikan akhbar - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh semalam.

Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.

“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.

“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” - Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW

Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan 
PKR dan Rafizi ini - Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.

2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID 
IBRAHIM.

Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan - sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka 
surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan 
rasuah.

Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.

Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.

Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan 
kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti - lalu menjadi orang 
 pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes 
rasuah.

Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.

Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap 
 Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

"...dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak 
layak menjadi MB Selangor.

"Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan 
 suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. "

"Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg 
mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."
---
Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid 
telah menarik balik saman malu tersebut!!

https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056
https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744

Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai 
penyelesaian.

Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB

Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya 
sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.

Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan 
Khalid dari fitnah.

3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.

2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1
BmD

Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan 
berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR 'curi' dua barua PAS sokong Azizah)

https://www.youtube.com/watch?v=O41WvJgpRHs&feature=youtu.be

Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak ansur dengan parti yang ‘mencuri’ wakilnya.

Jika anda hormat rakan kerjasama anda, anda pastinya tidak akan menerima akuan sumpah dari wakil 
rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.

Itu tikam belakang. Yang teruk.

4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN 
 KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.

Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil 
PAS akan berhenti memperjuangkan hukum syariah dan hudud.

Sebab itulah, isu Hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan yang menyebabkan beberapa perbalahan ketika tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.

Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang 
pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle tetapi sempat disalin 
oleh beberapa blog):
---
"Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking 
 oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan Harapan, satu 
persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan."

"Pertama, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan 
agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan dibentuk, beliau 
telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri."

"Ini adalah satu persetujuan dari DAP dan sebagai penghargaan sumbangan Nik Aziz kepada negara 
dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden 
PAS Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada 2003 tetapi tidak berupaya 
 melaksanakannya."

"Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan dari PAS yang manifesto bersama Pakatan dan 
Buku Jingga akan kekal, tanpa perlu melibatkan hudud." 

https://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/09/30/23889/

Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam 
ceramah dan ucapan Pakatan selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak 
termasuk di dalam Polisi Bersama Pakatan Rakyat”.

Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan Hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP 
membantah keras dan mula memperkecilkan PAS.

Kemudian segalanya mula meletup!

Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS 
perjuang konsep Negara Islam.” http://goo.gl/oW67CK

Sehari kemudian pada April 2014, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang 
DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk Hudud di Kelantan - yang menyebabkan Lim 
Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”. http://goo.gl/UxvkTl

Beberapa hari kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang JUGA berkata DAP telah bersetuju untuk 
PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hadi memberikan 
bukti. http://goo.gl/kgogGy

Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Abdul Hadi Awang dan Lim 
Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul. http://goo.gl/2FplaO

Di dalam surat tersebut, jelas ianya menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep 
Negara Islam secara sendiri.”

Sekarang, melainkan Lim Guan Eng jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan 
hudud, ianya jelas yang DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng menandatanganinya!

Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi Awang. https://goo.gl/W0ueW8

Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton 
videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini 
beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS. https://www.youtube.com/watch?v=TPvyYjm7aNA&feature=youtu.be

Maka, di dalam fikiran mereka, PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah yang pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan kurang ajar - memanggil Abdul Hadi dengan pelbagai 
gelaran buruk.

Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian terbuka 
terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS 
sebagai penipu membuat mereka hilang sabar.

Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh 
dipulihkan.

Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana 
yang tidak boleh dipercayai adalah jelas...

Oleh Lim Sian See

Sumber TKO - 12-11-2015                                                                                                     

No comments:

Post a Comment