BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, June 28, 2016

DARI BLOGGER LAIN (JILID 3)


Beza Antara ‘Kaya Gila’ Dengan ‘Gila Nak Tunjuk Kaya’
Posted on Sunday, December 17 @ 00:41:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37327



Setakat artikel ini ditulis, saya belum menemui lagi Warren Buffet dan Mark Zuckerberg, pengasas Facebook beria-ria berswafoto untuk menunjukkan kekayaan mereka, tidak kisahlah sama ada
mahu menunjuk-nunjuk kereta, duit, cincin atau pun rumah.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Warren Buffet masih lagi tinggal di rumah yang dibelinya pada tahun 1958 dengan harga USD31,500.

Rumah banglo milik Warren Buffett

Rumah banglo milik Mark Zuckerberg
Kereta hitam itu merupakan mereka yang dipandu oleh Mark Zuckerberg setiap hari ke tempat
kerja. Bila ditanya mengapa, jawab beliau tidak suka dikenali orang ramai. MashaAllah,
humble-nya orang kafir.

Manakala kereta coklat di bawah ini merupakan milik kepada manusia kedua terkaya di dunia,
Warren Buffet.


Ada dua jenis orang kaya:
Pertama – Kaya gila
Kedua – Gila nak tunjuk kaya

Bagi kategori pertama, Kaya Gila, kebanyakkan kafir manakala bagi kategori kedua pula, Gila
Nak Tunjuk Kaya, kebanyakkannya bani Melayu.

Bukan susah mahu mengenali orang yang kaya seperti Rockefeller, Bloomberg, Bill Gates,
Vincent Tan, Warren Buffet, Robert Kuok dan lain-lain billionaire di dunia.

Mereka ini boleh dikategorikan sebagai spesis singa, duit tidak pernah habis. Sama ada anda suka dengan kami ataupun tidak, kami ada duit berbillion sebab kami pandai membuat duit. Kami tidak kisah apa yang orang fikirkan tentang kami.

Tetapi, spesis yang gila nak tunjuk kaya pun ramai dan senang mahu cam. Biasanya public figure Melayu yang ramai terlibat. Jenis macam ini namanya spesis kambing, berak tahi warna hitam
macam makjun. Kaya jenis suam-suami kuku. Baru jadi jutawan sudah terkena kejutan budaya dan kebiasaanny, kekayaan mereka ini tidak bertahan lama.

Sekarang ini, di dalam Malaysia, spesis macam ini berlambak dan membiak di Facebook.
Contohnya bila mahu ber-shopping di Louis Vuitton ataupun mahu membeli beg tangan Channel,
Marc Jacobs ataupun Hermes, mereka akan buat live ataupun paling kurang berswafoto.

Bila mahu tempah kereta mewah, mereka suka beritahu satu dunia. Rumah berharga RM10 juta
yang masih di dalam pembinaan pun mahu ditunjukkan kepada semua orang seperti mahu membuktikan kepada dunia bahawa mereka ini memang jutawan.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary adalah salah satu contoh orang kaya spesis singa.

Anak beli Bentley pun kena cerita supaya anak aku tahapnya lebih tinggi daripada orang lain. Jadi inilah perangai orang-orang yang suam-suam kuku kaya sebab itu dia kena beritahu orang ramai bahawa mereka ini kaya.

Mereka ini takut kalau-kalau orang lain tidak tahu yang mereka ini kaya, takut nanti orang cakap bisnes mereka tidak maju. Jadi imej mesti mahu dijaga. Ini namanya orang kaya tetapi low class.

Sebab mereka ini ingat kelas itu terletak semata-mata pada material. Pakai Prada tetapi otak tiada.

Berlainan dengan spesis singa, mereka tidak perlu berswafoto depan butik Louis Vuitton
semata-mata mahu memberitahu yang aku mampu, sebab mereka ini memang mampu. Tiada
siapa yang boleh menghalang mereka daripada membeli.

Apa yang lawaknya, Melayu yang jenis kaya suam-suam kuku mahu beli beg tangan mahal, tetapi tanya harga, nampak sangat tidak cukup kaya.

Orang kaya gila mana ada tanya harga, kecuali jenis yang suka tunjuk kaya saja yang tanya harga, takut-takut duit mereka tidak mencukupi. Manakala orang kaya jenis singa pula mentaliti mereka adalah “I want this,I will pay.”

Orang kaya gila, habitatnya memang gila. Mindset mereka memang kaya. Cara berfikir mereka pun memang kaya sebab mereka menjadi kaya melalui proses yang bernilai dan matang.

Mereka tidak perlu mahu menunjuk kaya sebab mahu approval daripada orang ramai. Mereka tidak perlu berswafoto di dalam helikopter semata-mata mahu beritahu:

“I dalam heli yang I beli RM5 juta semalam…”
atau…

“Hari ini I naik business class siap belanja kawan-kawan sebab bisnes sudah boom. Habis RM50k, tetapi takpe, nanti tuhan tambah lagi..”

Tetapi, spesis singa beli beg tangan berharga RM200k sebuah bagi mereka tiada masalah, macam RM20 saja. Mereka pakai pun sebab mereka mampu dan puas, bukannya mahu beritahu orang lain yang mereka sudah mampu.

Ironinya, jenis yang kaya suam-suam kuku kena tunjuk di Facebook ataupun Twitter untuk
beritahu yang dia sudah belanjakan RM20k beli sebuah be tangan. Jadi, nampak sangat dia yang excited jadi kaya.

Orang kaya gila seperti Bloomberg ataupun Bill Gates, money has no value to them because its
already there. They are already successful.

Berbeza pula dengan yang kaya suam-suam kuku ini, kena beritahu satu dunia betapa hebatnya menjadi kaya, lalu kena tunjuk rumah sudah ada lima bilik, tengah rancang mahu membeli lagi 5
buah rumah lagi. Jadi terpaksa ambil gambar dan post di media sosial.

Kebiasaannya, orang terkenal yang suka menunjuk kaya berjayanya tidak akan bertahan lama.
Sebab fokus mereka hanyalah mahu menayangkan kekayaan mereka. Cuba beritahu satu nama t
auke produk Melayu yang sudah buat produk yang dapat bertahan selama 50 tahun dan pergi ke peringkat antarabangsa, ada? Normally, jenis yang suka menunjuk ini ialah ibarat berperangai
seperti beruk dapat bunga. Terkejut sebab jadi kaya.

Kaya atau material are a product of success.

Tetapi di Malaysia ini, semakin ramai orang yang bodoh-bodoh dan memuja-muja orang terkenal
ini sebab kekayaan mereka. Terkedu tengok hebatnya si kaya itu pakai Ferrari.

Orang kafir, mereka nilaikan kejayaan, bukannya materials. Mereka hormati orang sebab nilai kejayaan mereka, bukan materials. Mereka mahu tahu macam mana Mark boleh berjaya buat Facebook, bukannya mahu tahu Mark boleh beli apa. Bukannya mereka mahu tengok Mark pakai
baju kot yang berharga cecah berjuta-juta ringgit.

Pernah nampak Mark selfie tunjuk cincin berlian berharga RM5 juta?

Budaya di Malaysia ini semakin penuh dengan aksi badut dan propa, semakin banyak orang yang
suka. Waktu orang tengah suka, jual tahi kambing pun boleh dikatakan mujarab untuk kuruskan
badan. Orang ramai beli sebab aksi badut yang dibuat.

Kemudian, beli cash gelaran Dato’ atau pun Dato’ Seri. Jadi semakin terserlahlah ‘kekayaan’
mereka dan dapatlah approval bahawa orang ini sebenarnya betul-betul hebat.

Lagi banyak buat aksi menarik perhatian orang ramai, walaupun sekadar aksi bodoh semata-mata,
jadi semakin lakulah produk mereka. Tak pernah pulak saya nampak Armani atau Chanel buat aksi bodoh untuk mendapatkan perhatian.

Satu lagi,boleh cuba taja rancangan “agama”, maka tunduklah Melayu dan yakinlah mereka tauke produk ini sangat beriman, lalu berkerumunlah bani Melayu datang membeli produk mereka.

Kalau sudah memang berjaya dan bertaraf jutawan seperti Ronaldo ataupun Messi dan Usain Bolt, tidak perlu ambil gambar snediri dan tunjuk harta benda.

Paparazzi yang akan volunteer mengambil gambar kita tanpa pengetahuan kita. Paparazzi yang
akan kejar mahu melihat koleksi kereta mewah kita, walaupun kita sorok.

Tetapi jenis gila mahu tunjuk kaya tidak berhenti-henti bercerita apa yang mampu mereka beli,
macam tiada cerita lain di dalam hidup mereka. Dia menjadi seronok bila orang lain tahu yang dia kaya, bukannya seronok sebab produk dia sudah berjaya sembuhkan 500 juta orang di dalam dunia.

Cubalah baca kisah Leonardo De Caprio. Dia suka kehidupan yang low profile, kereta ada sebuah
saja sebelum ini. Tetapi, anehnya satu dunia tahu betapa berjayanya dia di dalam kerjaya beliau.
Tidak perlu pun beritahu betapa “aku mampu beli sebuah mansion di Malibu sebab aku pelakon terkenal di Hollywood…” Malulah sikit dengan orang kafir.

Ramai lagi artis Hollywood yang hebat seperti Matt Damoin, Denzel Washington, Daniel Day
Lewis, semuanya hidup sangat low profile, jauh daripada orang dan tidak sukakan skandal ataupun gossip. Mereka tidak perlu mahu beritahu kisah percintaan mereka, anak sekolah di mana sebab
 bagi mereka itu semua kehidupan peribadi.

Tapi spesis Melayu kambing mahu beritahu satu dunia yang betapa gembiranya mereka menjadi
kaya berbanding dengan orang lain. Kadang-kadang produk pun tahap mediocre saja, bukannya l
uar biasa pun. Tetapi kisah bodoh dalam kainnya yang lebih banyak dijaja dan ditertawakan.
Sumber: Dean Kadeer, http://www.blogmazeer.com

Sumber TKO - 16-12-2017

Laskar siber politik sedang bertempur
Posted on Monday, November 13 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36696



Minggu lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menyatakan perang siber antara pihaknya dan pembangkang telah lama bermula untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14. 

Tidak lama dahulu, dilaporkan laskar siber (cybertroopers) Umno diseru melancarkan serangan 
ke atas Pakatan Harapan (PH). Mereka diseru supaya “attack, attack, attack” (serang, serang, 
serang).


Acara himpunan aktivis media sosial pro-BN ini adalah untuk mengingatkan dan menaikkan 

semangat laskar siber supaya meningkatkan lagi usaha menyerang pihak lawannya. Di samping 
itu, ia menjadi cara untuk menggerunkan pihak pembangkang mengenai kekuatan angkatan siber 
BN yang memperoleh dana besar untuk tugasan mereka.

Juga tidak lama dulu, ada laporan menyatakan bahawa Pemangku Timbalan Presiden Umno ,

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru laskar siber yang berjuang bagi partinya supaya tidak berbalah sesama sendiri, tetapi sebaliknya memberi fokus kepada sasaran mereka.

Perang siber di Malaysia sudah menjadi komponen penting dalam politik negara ini. Ia merupakan fenomena yang luas dan kompleks serta memerlukan penyelidikan akademik untuk memahaminya.

Namun bagi pemerhati awam, ia mungkin dapat ditinjau dari satu sisi yang dialaminya sendiri.
Perbandingan juga boleh dibuat dengan apa yang berlaku di luar negara, umpamanya perang siber dalam politik Amerika Syarikat dengan Presiden Donald Trump menggunakan akaun Twitter dan konsep berita palsu (fake news) yang dilemparkan pada seterunya.

Tetapi dalam pemerhatian penulis yang terhad, iaitu tumpuan hanya pada apa yang dilihat pada Facebook, perang siber sedang berlaku dengan rancak, ia bukan saja lama bermula tetapi 

berlangsung sejak selepas PRU ke-13 pada 2013 lagi. Malah jika dilihat dari satu sudut, ia sentiasa berlangsung. Malah boleh dikatakan bahawa perang siber sebaik saja muncul ruang siber.

Ruang siber wujud sejak adanya Internet di Malaysia, iaitu dihitung bermula pada 1995 ketika era 

Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada masa itu, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat pimpinan Tengku 

Razaleigh Hazah masih ada. PRU tahun 1995 bagaimanapun belum menyaksikan adanya 
penggunaan Internet untuk tujuan politik. Dalam pilihan raya itu, APU menang semula di 
Kelantan, tetapi dengan kelebihan tipis. Gagasan juga tidak dapat bertapak. Parti Bersatu Sabah
 (PBS) telah meninggalkan Gagasan. DAP hanya mepertahankan kedudukannya, dan gagal 
memenangi Pulau Pinang walaupun kempennya bertemakan “Robocop” adalah agresif. Tengku Razaleigh berundur daripada jawatan ketua pembangkang, dan diserahkan semula kepada 
Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang.

Dengan kemenangan cemerlang, Dr Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020. Tetapi lebih 

penting lagi ialah kepercayaan beliau pada peranan Internet pada masa depan. Beliau menubuhkan Koridor Raya Multimedia dan juga bandar Cyberjaya di samping projek seperti Sekolah Bestari, 
Kad Pintar, Teleperubatan dan Kerajaan Elektronik.

Ketua pembangkang juga menyedari mengenai peranan besar masa depan Internet. Di samping 

turut bercakap mengenai Internet di Dewan Rakyat, Kit Siang turut menerbitkan buku mengenai fenomena baru itu. Sebagai parti memandang kepada kemajuan dengan lambang roketnya, DAP 
juga sedar mengenai potensi medan siber bagi pihak pembangkang.

Tak terdesak sertai perang siber

Setelah bertahun-tahun mengalami kesukaran untuk menyampaikan maklumat pada rakyat kerana media massa dikuasai BN baik melalui jentera kerajaan mahupun pemilikan parti, maka medan 

siber mula dikenal pasti sebagai ruang luas bagi sesiapa untuk menebarkan pengaruhnya.

Perlu diingat, kemenangan Umno, Perikatan dan BN dalam pilihan raya negara ini amat bergantung pada dominasi mereka terhadap penyaluran maklumat yang dilakukan melalui akhbar, majalah, 

radio dan televisyen. Tidak ada padang rata untuk pembangkang dalam medan media.
Akta Penerbitan dan Percetakan mengehadkan parti-parti pembangkang untuk menyalurkan hujah mereka kepada akhbar lidah rasmi yang hanya boleh dijual pada ahli.

Maka tidak hairanlah pihak pembangkanglah yang memulakan dulu penggunaan siber sebagai 

medan untuk melancarkan serangan maklumatnya. Ini kerana dengan menguasai media arus 
perdana, daripada akhbar, majalah hinggalah kepada radio dan televisyen, kerajaan serta Umno dan BN tidak berasa terdesak untuk memasuki medan siber. Lagipun pengguna Internet masih amat 
sedikit.

Namun krisis politik 1998 mendorong kepada bermulanya perang siber. Ia adalah berat sebelah. Pembangkang yang ketika itu dipenuhi dengan penyokong Anwar dan Reformasi mula 

menggunakan laman web untuk menyiarkan maklumat. Soal benar atau palsu bukan keutamaan.

Tetapi ia adalah serangan terhadap Dr Mahathir. Bagi mereka yang melalui zaman itu tentunya 

masih ingat mengenai laman web Mahazalim. Sementara portal berita politik pertama negara, Malaysiakini ditubuhkan pada 1999. Pihak BN ketinggalan dalam medan siber ini.

Tetapi pengguna Internet masih kecil dan tertumpu di Lembah Klang sementara media cetak dan elektronik yang dikuasai BN secara langsung atau tidak langsung masih menguasai minda rakyat.

 Pendokong Barisan Alternatif terpaksa mencetak kandungan laman web mereka untuk diedarkan 

 pada orang ramai.

BN pimpinan Dr Mahathir dapat mengalahkan gelombang Reformasi pada 1999. Beliau meletak jawatan pada 2003 dan BN pimpinan Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi menang besar. Medan siber masih belum memberi kesan pada politik.

Tetapi menjelang PRU 2008, blog mula memainkan peranan dalam medan politik. Blog pertama 

mula dicipta pada 1997 tetapi ia bertapak di Malaysia pada tahun 2003. Namun dalam medan 
politik, kesannya dapat dirasakan menjelang pilihan raya 2008.

Tentera siber, tuan berbeza

Pengguna Internet semakin ramai dengan perkhidmatan bertambah baik. Ternyata dalam PRU 

2008, buat pertama kali BN kehilangan majoriti dua pertiga. Semua pihak mula sedar kepentingan medan siber dalam persaingan politik.

Kementerian Penerangan di bawah Datuk Shabery Cheek mengorak langkah dengan 

menghimpunkan bloger pro-kerajaan untuk berperanan di medan siber. Tetapi medan siber menjadi luas dengan mendadak apabila telefon pintar mula diperkenalkan di Malaysia sekitar 2009.

Penciptaan media sosial bermula dengan akaun Twitter memberi dimensi baru dalam politik siber. Himpunan Bersih banyak menggunakan Twitter tetapi Facebook mula memainkan peranan besar dalam politik medan siber. Ruangan komen dan kongsi turut memberi sumbangan. Kewartawanan warganegara mencabar media arus perdana. YouTube mengukuhkan lagi bahawa siber akan mengalahkan media tradisi.

Pakatan Rakyat yang menguasai Selangor dan Pulau Pinang mepunyai dana untuk menggunakan media siber. Komen dalam Internet boleh mencorakkan perdebatan politik.

Di pihak pembangkang, muncullah apa yang disebut sebagai Red Bean Army. Army itu tentera. Ini sememangnya suatu peperangan. Muncullah istilah keyboard warrior atau pejuang papan kekunci 

dan juga istilah cybertrooper yang menunjukkan pemain politik maklumat siber adalah seperti 
tentera.

Pada 2009, Abdullah meletak jawatan dan diganti Najib. Ternyata BN khususnya Umno mahu memenangi perang siber. Sasarannya adalah PRU ke-13. Beberapa portal berita dan kumpulan 

bloger pro-Umno ditubuhkan. Antaranya terdiri daripada bekas wartawan media arus perdana.

Melihat gaya hidup mereka, adalah dipercayai mereka memperolehi dana besar. Secara relatif, jauh lebih besar daripada apa yang diterima oleh wartawan akhbar. Dengan pihak BN bangkit di medan siber untuk menentang Pakatan Rakyat di medan siber, bukan saja perang siber bermula tetapi ia bertambah sengit.

Seperti dalam peperangan sebenar, tenteranya juga ada yang pelbagai jenis. Ada antaranya 

digerakkan di atas kepercayaan fahaman politik. Ada pula yang didorong atas minat dan kemahirannya. Antaranya pula ada yang bergaji seperti tentera biasa. Atau mendapat upahan 
mengikut kerja. Ada pula yang jenis sukarelawan. Tidak menerima sebarang bayaran.

Tidak kurang pula yang berbentuk tentera upahan. Mereka hanya bergerak menurut siapa yang membayar lebih. Bila mendapat bayaran yang tinggi daripada biasa, maka upah itu dipanggil dedak. Dan golongan ini diberi nama dedakians.

Tetapi laskar siber ini tidaklah bersatu, monolitik atau terkordinasi. Ada antara mereka mempunyai tuan berbeza walaupun dari parti yang sama. Maka tidak hairanlah mereka bergaduh sesama 

sendiri.

Saya ada menerima satu carta rangkaian mereka untuk dianalisis, tetapi tidak berninat untuk menyelidiknya. Namun saya percaya ia suatu fenomena menarik yang wajar dikaji oleh mereka 

yang berada dalam bidang sains sosial berkaitan.

Zin Mahmud
bekas pengarang kanan Utusan Malaysia
kini penulis bebas
 


Sumber TKO - 14-11-2017

Takziah Kepada Pulau Pinang
Posted on Tuesday, November 07 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36522



1) Inilah gunanya kawan. Walaupun berbeza ideologi politik, masa susah pakat-pakat tolong. 

Gaduh-gaduh dalam media tu wayang saja hangpa nak tau. Tahniah KM Lim Guan Eng kerana membuang ego dan meminta bantuan pusat. Memohon bantuan pemerintah kleptokrat. Terima 
kasih TPM Zahid Hamidi kerana response pantas menghulur bantuan.
2) Terima kasih juga kepada negeri-negeri yang kaya atas bantuan yang diberikan. Tahniah dan
terima kasih kepada negeri miskin yang turut menghulurkan bantuan kepada negeri kaya yang
ditimpa musibah ini.

3) Ini adalah pengajaran dari langit. Ini adalah program dari langit yang disusun khas oleh Yang
Maha Kuasa, untuk menyedarkan kita dan anda semua betapa kita tak boleh sombong walau kita
kaya dan hebat. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain.

Ka tak sedar lagi?

4) Seperti yang kita duk tau, ini adalah banjir besar yang sangat jarang berlaku di Pulau Pinang. Kelihatan umat Pulau Pinang yang agak cempegha dan ada yang peghak dengan air banyak. Pakat
biar anak-anak duk main air banjir. Be careful man.

5) Tinjauan kami dapati di kebanyakan kawasan perumahan, air dalam longkang dan
pembentungan tidak mengalir dan kelihatan bertakung. Jika hujan lebat lagi sehari dua, akan
lebih banyak kawasan akan tenggelam.

6) Pengajaran dari langit, bahawa inilah hasil kerosakan yang dibuat oleh tangan-tangan manusia. Pembangunan tanpa mengambil kira alam sekitar. Pembangunan yang hanya mencari keuntungan semata-mata. Sehingga ada laporan bahawa ada sebilangan pemaju buat acuh-tak acuh dengan
laporan serta aduan penduduk. Peduli apa kan? Duit dah dapat. Bwahahaha...

Satu lagi...

7) Air banjir Pulau Pinang ni, warna teh tarik. Tak jernih langsung. Theoritically disebabkan penggondolan hutan di Lojing, Kelantan. Apakah Kelantan tidak sedar bahawa kegiatan
pembalakan itu telah menyusahkan Pulau Pinang? Hentikan pembalakan di Lojing!
Akhir sekali...
8 ) Semoga semua pihak bersabar dan terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dan
mangsa tanah runtuh akibat musibah yang melanda Pulau Pinang hari ini. Tak perlu buat laporan
polis. Tak perlu kaitkan dengan Oktoberfest. Cukuplah dengan akal yang Allah bagi,
bermuhasabahlah.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa
FB

Sumber TKO - 7-11-2017





Ambil iktibar daripada musibah ini

 “Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan.” 
Demikianlah angkuh dan sombongnya Setiausaha Agung DAP ini menghina kerajaan PAS Kelantan ketika Kelantan berhadapan dengan musibah. 
Hari ini The Star Online melaporkan "Banjir melumpuhkan Pulau Pinang" dan kini sedang viral klip video Guan Eng sebak memohon campurtangan Pusat dan merayu penduduknya bersabar. 
Moga Allah selamatkan Pulau Pinang dan rakyatnya. 
Sementara itu PAS merupakan parti pertama mengerahkan tenaga sukarelawannya seluruh negara membantu meringankan beban rakyat Pulau Pinang yang tidak berdosa itu.
Semoga ujian Allah ini menjadi iktibar buat semua. – HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD - 5-11-2017 

Bukan Kerana PAS, AMANAH (PAN) Tiada Ahli
Posted on Sunday, November 05 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36442



Saya pada asalnya tidak berminat memberi ulasan tentang tulisan kawan lama saya ini.


Beliau dahulu seorang yang tajam analisa dan ulasannya tetapi sejak menjauhkan diri dari PAS 

setelah banyak makan hasilnya beliau hari ini memilih untuk menyerang PAS barangkali itulah 
punca rezekinya.

PAS sebuah parti politik yang berdaftar. Di Malaysia kita punya puluhan parti politik seumpama itu, kecil atau besar, lama atau baru.

Malaysia bukan Korea Utara, sesiapa sahaja boleh memilih untuk berparti atau tidak. Melompat atau setia pada satu parti itu hak masing-masing.

Tidak ada kuasa pun satu parti menyekat ahlinya dari keluar masuk parti.

Zulkifli Sulong dulu PAS kini pro Pan ..... tidak ada masalah.

Sayuti Omar dulu pro PAS kemudian hentam Husam Musa hari ini puji Pan dan Husam kembali .... 

tiada masalah.

Yang terjejas cuma maruah seseorang itu pada mata yang lain.

Keluar PAS penuh dengan marah dan kekecewaan, kemudian tubuh parti baru yang diisytihar mahu melawan dan mengganti PAS maka layaklah mereka dianggap musuh politik oleh PAS.

Khianat pada perjuangan PAS tetapi mahu terus disayangi dan dianggap kawan ..... " you cannot 

have the best of both worlds .... kawan ku".

Pan tiada dapat keahlian kerana kononnya PAS kekang ahlinya dari menyertai part itu, kenyataan 

Zul sungguh lucu bukan seperti Zul yang saya kenal dulu yang tulisannya punya kualiti dan penuh bernas hujah-hujahnya.

Dari PAS sahajakah sasaran keahlian Pan? Sempit sungguh.

Kalau ada ahli PAS yang tergiur mahu lompat masuk Pan sebagaimana gerombolan pencuri-pencuri kerusi PAS dahulu tiada siapa yang dapat halang mereka.

Masalahnya adakah lagi yang berhajat mahu jadi ahli Pan sekarang ini?

Yang dah Pan tapi kini mahu " u turn" kembali adalah kita dengar.

Apa pun terhibur jugalah membaca tulisan Zul.

Janganlah menyembah terlalu rendah kawan ku sehingga mendedahkan aib dan kelemahan sendiri. 

Tak kan dapat ahli baru pun cara ini. Makin takut dan bimbang pula rasanya orang nak menyertai 
Pan.

Biarlah PRU ke 14 nanti menentukan segalanya samada langit tinggi ataupun rendah.

ROSLAN SMS


Sumber TKO - 5-11-2017








The Star masih belum serik

AKHBAR ini pernah dipanggil dan diberi amaran berkenaan laporannya yang dilihat menghina Islam sebelum ini. 
Dalam laporan muka depannya hari ini ia cuba memomokkan pembacanya dengan usaha Dewan Undangan Negeri Kelantan memartabatkan perlaksanaan Islam di negeri majoriti Islam itu. 
Nampak ia masih terus dengan amalan lamanya. 
Dan kebetulan akhbar itu juga hari ini langsung tidak melaporkan darihal kunjungan tokoh gerakan Islam Tunisia yang merupakan Presiden Pergerakan Al-Nahda, Sheikh Rached Gannouchi ke Malaysia. 
Sheikh Gannouchi dalam lawatannya mengunjungi PM, bertemu Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Bidang Peradaban Islam oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) namun bagi The Stat ia tiada nilai berita. 
Mungkin akhbar ini perlu dipanggil semula KDN kerana ternyata ia masih belum serik. – HARAKAHDAILY 13/7/2017
Sumber HD - 13-7-2017 


Ramasamy dan Vaiko
Posted on Monday, June 12 @ 06:49:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35397



Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang P.Ramasamy adalah antara pengkritik tegar pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik. Pernah dalam posting FB nya ( yang telah beliau tarik balik atas 

tekanan) beliau menulis:
"Let us get Satan Zakir Naik out of this country"

Kini India melabel Dr Zakir sebagai "pengganas".

Ditakdirkan Allah swt baru- baru ini tetamu Ramasamy dari India, seorang aktivis parti Hindu pro
LTTE V Gopalasamy atau Vaiko telah ditahan di Imigresen Lapangan Terbang Pulau Pinang dan dihantar balik ke India.

Menurut pihak Imigresen Vaiko disenarai hitam kerana penglibatannya dengan pengganas LTTE.
Ramasamy dilaporkan menjemput Vaiko untuk menghadiri majlis perkahwinan anaknya.

Ekoran tindakan Malaysia itu pihak keselamatan India telah memperingkatkan keselamatan
di Pejabat Konsulat Malaysia di Chennai oleh kerana penyokong Vaiko telah melakukan protes
di sana.

Ganas juga rupanya kawan-kawan Ramasamy. Kenapa Zakir Naik yang mahu dihalau?

Semakin terserlah kejahatan tokoh-tokoh DAP

- Roslan SMS

SumberTKO - 12-6-2017











Moga tiada lagi cubaan seumpama ini

BERULANGKALI pernah diingatkan oleh pelbagai pihak bahawa dalam negara kita yang berbilang kaum dan agama semua pihak perlu sensitif menghormati adat dan kepercayaan pihak yang lain. 
Tambah Islam sebagai agama Persekutuan dan anutan majoriti rakyat di Malaysia. 
The Star dalam permohonan maaf muka depannya menyebut tiap-tiap tahun menjadi tradisi akhbarnya memang memaparkan gambar muka depan umat Islam menunaikan solat tarawih pada malam satu Ramadan. 
Akan tetapi katanya kebetulan "lead story" pada hari berkenaan adalah mengenai seorang pemimpin pengganas dari Malaysia. 
Langsung dipaparkan gambar dan tajuk berkenaan bersekali di muka utama tabloidnya.
Sebagaimana Nanyang akhbar The Star menyatakan kekesalan atas tindakannya yang telah melukai perasaan umat Islam itu. 
Sesiapa yang memohon maaf khasnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini kita boleh maafkan walau kecewa. 
Namun sebagaimana amaran yang PAS keluarkan melalui Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan: "Semua pihak diseru berhenti dari melakukan sebarang percubaan untuk menguji kesabaran ummat Islam". 
Semoga tiada lagi cubaan seumpama ini oleh mana-mana pihak sekalipun. – HARAKAHDAILY 29/5/2017
Sumber HD - 29-5-2017 


Task Force Forex Idea Najib Yang Hebat
Posted on Sunday, February 19 @ 20:17:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33651


Oleh A Kadir Jasin

ELOK sangatlah Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri I Mappadulung
Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak, menubuhkan
Task Force (Badan Petugas) menyiasat kegiatan perdagangan tukaran asing (forex) Bank Negara
tahun 1990-an.


Tindakan ini boleh kita jadikan sebagai kajian sejarah kerana ramai yang tua dah lupa dan yang
muda tak tahu peristiwa itu.

Dengan itu, rakyat jelata boleh tahu iaitu apa yang berlaku dalam perniagaan forex lebih 20 tahun l
alu masih berlaku hari ini.

Perniagaan forex adalah kegiatan biasa bank-bank pusat macam Bank Negara Malaysia.

Misalnya pada 8 Disember lalu, Bank Negara mengaku rizab asingnya jatuh sebanyak AS$1.9 bilion (kira-kira RM8.4 bilion) daripada AS$98.3 bilion (RM442.35 bilion) kepada AS$96.4 bilion
 (RM433.8 bilion).

Kerugian lebih RM8 bilion itu berlaku sebab Bank Negara guna rizabnya untuk sekat kejatuhan
kadar tukaran ringgit tapi tak berjaya.

Jadi selain menyiasat kegiatan forex tahun 1990-an itu, pihak-pihak yang kena siasat boleh tanya mengenai kegiatan forex yang sedang berlaku sekarang.

Nak tanya pasal skandal 1MDB dan SRC International pun boleh juga sebab dua skandal bilion
ringgit itu adalah antara punca nilai ringgit jatuh. Bila Bank Negara cuba nak sekat kajatuhan
ringgit, Bank Negara pula rugi.

Tapi kena buat cepat-cepat pasal orang yang terlibat dengan perniagaan forex tahun 1990-an itu
atau tahu mengenainya tak ramai lagi yang ada.

Seingat saya ada dua orang saja lagi iaitu (Tan Sri) Nor Mohamed Yakcop dan (Datuk) Abdul
Murad Khalid. Nor Mohamed jaga forex Bank Negara dan Murad, kalau tak silap, jaga pematuhan (compliance) Bank Negara.

Gambar hiasan: Nor Mohamed dengan peniaga forex tersohor George Soros
(Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz pun boleh jadi tahu juga. Mereka bertiga pegawai kanan Bank Negara
masa itu. Bank Negara ni badan bebas. Kerajaan tak boleh kacau.  Gabenor masa itu, (Tan Sri)
Jaffar Hussein, dah lama meninggal dunia.

Murad Khalid Penolong Gabenor masa kerugian forex
Yang jadi masa lampau adalah sejarah. Tapi yang sedang berlaku sekarang lebih penting sebab ia
sedang bebankan kehidupan rakyat jelata.

Pada 30 Disember baru lepas, rizab Bank Negara tinggal AS$94.6 bilion saja. Ini adalah paras
paling rendah sejak tahun 2010. Najib jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sejak tahun
2009.

Dalam tempoh 2015-2016 rizab Bank Negara merosot daripada lebih kurang AS$140 bilion
(RM630 bilion) kepada AS$94.6 bilion (RM433.8 bilion). Ertinya dah jatuh AS$45 bilion lebih
atau RM202.5 bilion.

Kerugian forex tahun 1990-an adalah RM30 bilion pada kadar tukaran masa itu .

Bila rizab jatuh, nilai ringgit pun jatuh. Bila nilai ringgit jatuh, harga import naik harga eksport
turun. Pasal itu harga barang-barang import macam beras, gandum, jagung, susu dan daging naik.

Hari ini masalah paling besar rakyat jelata adalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Kejatuhan nilai ringgit serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah dua punca utama
kenaikan harga pengguna.

Tapi adakah nilai ringgit merudum dan harga barang melambung bila Bank Negara rugi AS$12
bilion (RM30 bilion) pada tahun 1990-an?

Jawabnya tidak. Malah rakyat jelata tak tahu dan tak rasa pun pasal masa itu nilai duit tak merudum
dan harga barang tak melambung.

Bawah kelolaan transformasi Najib, ringgit merudum harga melambung. Rakyat jelata susah. Ikan kembung yang dulu makanan orang miskin sekarang naik sampai RM20 sekilo. Itu Utusan Malaysia yang lapor dari Sungai Petani.


Badan Petugas Najib tak mulakan lagi kerja yang nawaitunya nak londeh Dr Mahathir tapi yang terlondeh adalah Najib sendiri.

Inilah bahana buat kerja niat songsang, strategi lintang-pukang dan penasihat bangang. (Bangang tu
saya pinjam daripada Najib).

Pasal Menteri Nak Berhenti

Menteri Besar Selangor (Datuk Seri) Azmin Ali kata ada menteri Najib nak cabut pasal tak tahan
kena maki dan caci. Spekulasi kata menteri itu (Datuk Seri) Anifah Aman, Menteri Luar. Najib
tentulah nafi.

Tapi saya nak tanya, apa kata bukan Anifah tapi (Datuk Seri) Mustapa Mohamed? Sebabnya dia pun
dah tak berapa uuump lagi bila Donald Trump tendang keluar TPPA.

Atau (Datuk) Johari Abdul Ghani yang kata kakitangan awam ramai sangat pasal itulah kewangan kerajaan teruk. Ini kenyataan bunuh diri sebab kalau kakitangan awam marah dan tak undil Barisan Nasional, Najib boleh henyut.

Tapi boleh jadi juga Johari sengaja buat harakiri pasal dia dah tengok dengan mata kepala sendiri kedudukan kewangan kerajaan sampai dia surrender.

Atau (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi? Tapi Timbalan Perdana Menteri itu pun dah nafi.

Wallahuaklam.
http://kadirjasin.blogspot.my

Sumber TKO - 19-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Umno is beyond recognition
Posted on Sunday, February 19 @ 12:45:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33642



By Aspan Alias

In my posting three days ago I mentioned that Umno is no more a protector of the Malays and 
Malaysians as it does nothing other than to ruin the nation to this inconceivable state. Umno had cultivated serious damage to the nation’s political and governmental and human value. Umno has damaged the total rule of law and decadence of all democratic systems that our fore fathers had built.



We used to be the nearest to the level of the first world mentality during the first three PMs but the inheritors after those three PMs were not able to sustain the good governance that the Tunku, Razak 

and Hussein built and maintained. We have digressed wayward and seems not being able to arrest the situation with the crop of mandated leaders that we have at the moment.

After Tunku, Razak and Hussein era, were no more politics but pure politicking and personal politics that slowly but steadily brings our politics to this current ludicrous and preposterous state. The corrupt 
culture is now the biggest disorder; however this is just a fractious of the bigger disastrous malady that the nation is facing. Now we have leaders who schmooze and dissertate on issues on moral, religions and governance but sadly none of those who talk about those issues understand the issues they joyously 
raise.  All leaders from all sides of the multiple divides talking to each other with different 
languages that results in deeper misunderstand among them by the day.  

Those warring sides have missed all their points as they don’t understand what the real problems 
facing the nation including those who talk about transformations and reformations they shout 
about. Rightly or wrongly, nothing can be solved unless one understands what the real problems are 
up to specific. How are we trying to solve problems if we do not understand what the problems are?

If we try to choose and pick among those law makers who are now enjoying the executive positions 
in the ministries and government we are going to be disappointed as they are the ones responsible 
and the agents for the current state of devastating politics. They were the ones who break 

everything to ashes and it’s suicidal in asking them to fix everything back.

I have lavishly said repeatedly that UMNO and its undeserving leaders are the ones that break all 
good systems and we can give them the responsibility to fix it back if we have intentions to make 
things go worse.  I am conclusive with the perception that alternating Najib with among those 
in the current Law Makers in the ministries is as good as no change as no body among them can 
get to show the difference.

What make the country turned into corrupt heaven? There is a simple answer i.e. nobody is 
overseeing that heinous and nauseating acts of corruption. The Ministers and the law makers who 
are in the Ministries who were supposed to oversee that all policies are implemented appropriately 
by the implementer were not exercising their duties honorably but instead conspire with the 
implementer to practice corruptions and power abuse.

To the Umno leader’s corrupt practices are already deeply ingrained in them and they take that 
every project that the government decides the personal interest of the Law Makers and the civil 
servants will automatically be attested to the projects and usually the project will be given out at 
inflated prices as kick-backs and commissions for the corrupt decision makers as well as the law 
makers were factored together in huge percentages that turn every project especially in the 
infrastructure related projects to inflate copiously.

These systematic corrupt practices were done via direct negotiated tenders and it was very easy to 
factor in the interests of the corrupt individuals involved in projects. In short all leaders since the 
mid-eighties the Umno-led government has been forsaking the economic and social engineering 
policies totally purely to demonstrate fast physical development as an indicator of leadership 
successes. We wanted to have the highest building in the world, the longest bridges and the 
tallest flag-post in the entire world. The media was at one time even taken to pride that we had the 
biggest ‘gong’ located in Angkasapuri compound.

I remember vividly the then Deputy Prime Minister Tun Dr Ismail said it clearly at the Umno 
General Assembly a year before he died that “we could have double-digit growth but we choose to 
slower down the development in order to see that no race(s) would be left behind in the fast 
development of the country. We want no one to be left out in the development of the country”.

Tun Dr Ismail emphasized that if there were any race being left out economically the country 
would be unstable and the May 1969 incidence was the real proof that equitable distribution of 
wealth and opportunities were very vital in achieving the national unity.

Where have been those values gone to? Now the country is not just a corrupt country but the 
country is looted by the elites in Umno to the extent that were are rated to be the most corrupt 
nation in the world.

(Let’s continue in the next posting)

Sumber TKO - 19-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



RUU 355 Yang Tiada Keuntungan Politik
Posted on Sunday, November 27 @ 19:32:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32617

Oleh Timmy Say

Rang Undang-undang (RUU) Persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355 menjadi satu isu politik yang hangat.

Bagi Umno, RUU ini mengundang perpecahan dalaman kepada BN. Hampir semua komponen parti tidak bersetuju dengan RUU ini, terutamanya komponen parti BN di Sarawak dan Sabah.

Kumpulan ini menyumbang 44 kerusi parlimen daripada 134 kerusi BN kepada Umno untuk kekal berkuasa di peringkat persekutuan. Ini belum ditambah dengan 13 kerusi yang dimiliki MCA, MIC dan Gerakan.

Sekiranya BN berpecah, maka Umno akan hilang tongkat yang mengekalkan mereka sebagai kerajaan persekutuan. Seramai 57 ahli Parlimen itu bakal menentukan siapa kerajaan dan perdana menteri yang baru. Apakah Umno sanggup mengambil risiko ini?

Bagaimana pula dengan parti pembangkang?

Masalah pembangkang yang utama ialah kegagalan mereka dalam memikat hati pengundi Melayu.

Dalam isu RUU 355, DAP sudah awal-awal lagi berkempen habis-habisan di kalangan bukan Melayu untuk menolak RUU 355 ini. Malah, RUU 355 dijadikan alasan untuk menguburkan Pakatan Rakyat. Bagi DAP yang majoriti kerusinya bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu, perkara ini bukan satu masalah, malah satu keuntungan.

Akan tetapi ini berlainan untuk parti seperti PKR, PPBM dan Amanah. Menolak RUU 355 ditakuti akan menjauhkan mereka lagi daripada hati pengundi Melayu dan menguatkan PAS sebagai kuasa ketiga. Dalam menyokong RUU 355 pula, mereka terpaksa berdepan dengan risiko kehilangan undi bukan Melayu.

Bagi PAS, perlu diakui RUU 355 dan serangan DAP yang bertalu-talu menjarakkan pengundi bukan Melayu daripada parti itu.

Sekiranya RUU 355 ada keuntungan politik yang baik, percayalah semua parti akan berlumba-lumba untuk membawa usulnya. Sikap berdolak-dalik yang disaksikan hari ini tidak lain tidak bukan timbul daripada perasaan takut ia sebenarnya merugikan.

Apabila ada yang berani membawanya, timbul pula kedengkian dan ketakutan usaha itu akan merugikan mereka yang berdolak-dalik. Maka timbulkan usaha memperlekehkan usaha mereka yang membawa usul itu. Bagi mereka, kalau kami tak berani bawa, orang lain pun tak boleh bawa pun.

Memandangkan RUU 355 tidak membawa keuntungan politik, mengapa masih ada parti politik yang sanggup membawanya seperti PAS?

Inilah bezanya PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang terlibat dengan politik berbanding dengan parti politik lain.

PAS juga mementingkan keuntungan politik. Cuma yang berbeza dengan parti lain ialah PAS tidak menjadikan keuntungan politik sebagai halangan untuk meneruskan apa yang diperjuangkan mereka dalam ruang demokrasi yang ada. PAS tidak mengambil jalan pintu belakang. PAS mengambil jalan berdepan dengan penuh liku dan sedia berbahas dengan para pengkritiknya.

PAS sedar RUU 355 ini, sekiranya ia diluluskan pun, ia tidak akan membantu PAS ke Putrajaya. Akan tetapi, PAS tetap buat kerana itulah iman mereka – bagi mereka ini bukan soal untung rugi, ini soal tanggungjawab.

Sumber TKO - 27-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mufarakah dengan DAP dan AMANAH gilap perjuangan
PAS

Posted on Sunday, November 27 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32608



Oleh Zainal SallehPAS sudah banyak berubah sejak September 2015. Ucapan dan kenyataan pemimpin-pemimpinnya
sudah kurang lapisan politiknya. Ia lebih banyak menyandarkan pendirian berdasarkan tasauf dan
adab muslimin.






Kecenderungan pemimpin-pemimpin PAS sebelum itu tidak banyak beza dengan 

ahli-ahli politik lain. Mengutarakan mesej 

yang menggirang dan menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS; sama seperti ahli 

politik parti lain.


Kadangkala untuk mempamerkan keyakinan 

diri yang tinggi ahli-ahli politik tidak segan 

silu mendandan kenyataan-kenyataan 

mereka dengan maklumat separuh benar. 


Ada kala untuk menyorok kebenaran dan ada kala untuk menafsirkan sesuatu peristiwa agar 

penyokong tidak berasa terlalu cemas, tertekan atau berasa rendah diri untuk menyatakan diri 

sebagai penyokong parti.



PAS sejak berontak keluar daripada Umno kerana menuntut supaya peraturan dan perundangan Islam dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya dahulu, kemudian memeta masa depannya “salin tak tumpah” macam parti politik lain. 
Sampai satu ketika PAS terikut-ikut falsafah saingan terdekatnya, Umno, untuk bersikap pragmatik. Baik di segi perjuangan pembentukan sosial, ekonomi dan pendidikannya, pendekatan PAS agak tidak terlalu jauh dengan pemikiran Umno. 
Akhirnya, bukan sahaja PAS terpengaruh dengan jalur pemikiran politik Umno, ia juga cuba untuk mencari rakan seperjuangan seperti Umno. Apabila lahir Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS terjebak untuk berkawan dengan parti pragmatik ala-Umno itu.

Maka PAS bukan sahaja merapati pemikiran liberal (orang PKR condong mengatakan 
mereka adalah Muslim Demokrat) malah 
berasa selesa dengan cara dan gaya politik 
Umno. Yang menyantuni pemikiran begini 
ialah profesional PAS.
Dalam menzahirkan ragam politik ulama dan pemikiran kontemporari seperti Racid 
Ghanousyi dari Tunisia, golongan profesional 
ini mahu PAS bersalin kulit tidak terlalu 
terikat dengan pendekatan politik konservatif.
Kekuatan berhujah dengan sekali-sekala merujuk dan berpandukan al quran dan hadis, golongan ini mendapat tempat istimewa dalam PAS sehingga timbul keyakinan di kalangan mereka PAS akan l
ebih berjaya jika menganut faham muslim demokrat. 
Di sini bermula titik perubahan. Golongan profesional secara kolektif mahu demokrasi dihayati sepenuhnya dalam PAS dan mencabar dekorum politik ulama PAS. 

Mereka tumpas; meninggalkan PAS dan tubuhkan parti baru untuk menjadi “rahmat sekalian alam”. Malangnya, pemikiran ini hanya retorik. Setelah lebih setahun ‘rahmatan lil ’alamin’ tidak dapat menggamit ramai ahli bukan Islam. 
Sebaliknya, rahmat sebenar dirasakan oleh pemimpin dan ahli PAS yang tinggal. Kini mereka lebih mudah memahami dan menghayati kaedah bahawa berkecimpung dalam politik cuma satu jalan mencari keredhaan Allah. 
Yang penting bagi PAS hari ini ialah menyampaikan risalah dan cara pemikiran Islam mendepani 
masalah kehidupan dan menawarkan formula Islam dalam merungkai setiap kerumitan kehidupan 
rakyat. 
PAS pun lebih bebas melakukan muhasabah diri. Amalan politik seperti cabar mencabar dan cuba menegakkan kebenaran dengan memenangi perdebatan mula dikurangkan.

Aktiviti helah media untuk 
mengeliru dan menyorok kebenaran semakin dihindarkan dan 
pemimpin-pemimpin bercakap dan mengulas peristiwa politik 
bersandarkan usul fiqh dan 
keadilan. 
Sebab itu, PAS semakin selesa 
tidak menyertai perhimpunan 
yang boleh diibaratkan sebagai ‘
bughah’ seperti BERSIH 5 dan 
kegiatan yang boleh mencetuskan keresahan dan ketakutan dalam masyarakat. 
Setiap masalah umat mesti ditangani dengan bijaksana dan sentiasa menjadikan usaha memelihara kesejahteraan rakyat sebagai asas pertimbangan. Ini memudahkan PAS bercakap dan mencari 
formula penyelesaian pelbagai masalah ummat dengan tenang dan terpimpin mengikut sunnah dan 
al quran. 
Ini bukan soal mengatur tindakan nekad menghadapi pilihanraya sendirian. Soal kalah atau menang adalah ketentuan Allah. Namun bagi PAS setiap tindakan bermula dengan niat bersih untuk menghidupkan kesejahteraan ummat.  


PAS mungkin sedar di segi jangka pendek ia akan mengalami sedikit kerugian. Sesungguhnya kedudukannya dalam Pakatan Rakyat memang agak menguntungkan di segi politik hingga boleh berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang. 
Namun kerugian itu adalah sementara. Dengan terkikisnya golongan pro-pemodenan dalam parti, PAS sudah boleh fokus kepada idealisme perjuangannya mahu membentuk peribadi ummah dan memelihara maruah Islam. 
Kini tiada unsur atau parti luar yang boleh menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan 
PAS untuk mencapai matlamat perjuangan Islamnya. Yang mengkritik aliran perjuangannya ialah 
DAP dan AMANAH. 
Kini PAS tidak mahu terbabit dalam kerjasama dengan keduanya. DAP sudah terbukti alergik 
dengan cita-cita Islam PAS. 
Sementara AMANAH pula jelas mengkagumi aliran pemikiran dan cara berpolitik PKR yang takut menyokong Islam kerana bimbang  tidak disenangi rakan politik PKR dan PPBM yang sebenarnya 
boleh dianggap satu acuan dengan Umno.

Mungkin di segi menghayati pesan Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa ‘peperangan itu tipu 
muslihat’ PAS mungkin bersedia membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti politik.
Bagaimanapun seperti yang sudah seringkali
disebut oleh pemimpin-pemimpin PAS,
kerjasama dan strategi politik bersama
 parti-parti politik ini mestilah mengikut
peraturan Islam dan tidak mengganggu rukun
hidup parti PAS.
Sejak AMANAH didirikan dan PPBM pula muncul serta DAP bertalak tiga, PAS lebih bahagia dan menghayati politik dalam suasana lebih harmoni dan bahagia. 
   - ANTARAPOS

Sumber TKO - 27-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soros & Sekumpulan Pengkhianat Negara!
Posted on Sunday, November 13 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32361


Perhatian yang diberikan terhadap isu pendanaan asing kepada beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan media pro pembangkang dan parti-parti politik pembangkang sememangnya 

sudah lama dinanti-nantikan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan telah sekian lama juga kita, 

pihak kerajaan dan bukan kerajaan, bersikap apati terhadap isu ini. Oleh itu langkah yang telah 

diambil oleh beberapa pihak untuk bercakap tentang hal ini untuk menimbulkan kesedaran 

dikalangan masyarakat dan dengan beberapa laporan polis yang telah dibuat setakat ini, harus 

dipuji.

Sudah terlalu lama badan-badan bukan kerajaan atas nama sukarelawan dan hak asasi memperolehi 

jalan mudah untuk melakukan kempen subversif mereka atas preteks ketelusan, ‘free and fair’, ‘

anti crony’ dan seribu satu alasan cari makan supaya duit Soros diterima mereka!









Isunya juga bukanlah sama ada jumlah yang diterima daripada dana tersebut hanyalah setakat 11% daripada pembelanjaan keseluruhan badan ngo tersebut seperti yang didakwa oleh Maria Chin 

Abdullah tetapi apakah ‘kerja kotor’ yang perlu dibuat Bersih untuk membolehkannya menerima 

wang sebanyak itu? Apa juga yang telah dibuat untuk Bersih mendapat dana sebanyak itu?

Masalahnya secara terkumpul, yayasan yang ditubuhkan oleh seorang lelaki yang pernah digelar
Tun Mahathir sebagai Penyangak Mata Wang Negara itu membelanjakan sejumlah RM2.9 juta
setahun untuk apa yang dinamakan ‘Malaysia Program’ yang antara lain mahu melakukan
perubahan rejim seharusnya membuatkan pihak berkuasa kita seperti PDRM, SPRM, SKMM dan
lain-lain agensi kerajaan berkaitan buka mata dan mengambil tindakan pantas.

Sememangnya keamanan negara kita yang telah dinikmati sejak puluhan tahun ini terlalu berharga,
jauh lebih berharga untuk dipergadaikan hanya untuk menjadikan seorang lelaki proksi Amerika
Syarikat, seorang Perdana Menteri.

Kita tidak perlukan ‘Arab Spring’ versi tempatan dan kita juga tidak perlukan dana yang digunakan
untuk menafikan kedaulatan sesebuah negara berdaulat! Apatah lagi jika dana tersebut digunakan
semata-mata untuk menabur fitnah seperti "Jakim Is Promoting Extremism Every Friday", seperti
yang pernah dibuat oleh salah seorang penerima dana Soros ini.





Pihak-pihak yang pernah menerima dana daripada seorang penjenayah yang pernah disabitkan 
kesalahan dan menyebabkan kekayaan orang lain hilang sekelip mata semestinya bukan malaikat 
yang sepatutnya dijadikan aspirasi atau rujukan kerja kemanusiaan.

Tanpa perlu berdolak-dalik lagi, Majlis Peguam sepatutnya malu dengan 'diri sendiri'. Siapa sangka 
badan yang sering terpekik-terlolong menjerit isu integriti sendiri tidak ambil peduli untuk membelanjakan dana yang dikumpul dengan penderitaan jutaan orang lain yang kekayaan mereka 
telah dirompak Penyangak Mata Wang Negara tersebut seperti yang pernah berlaku kepada negara 
kita sendiri sehingga terjerumus ke dalam kancah Krisis Ekonomi 1997-1998.

Sumber TKO - 13-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Keris Telanjang: Pulanglah Ke Sarung Cendanamu
Posted on Tuesday, November 01 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32191



Si Keris telanjang,


 Sudah 70 tahun usiamu. Hingga saat ini engkau  masih bertelanjang. Pulanglah ke dalam damai
sarung cendanamu.  Mari kita kembali kepada adat dan adab santun Melayu. Adat bersawah turun sekampung. Adat berbicara di tengah rumah. Kuat bukan pada mulut. Kuat letak pada hujah.


Ketika engkau terselit di pinggang penjajah, sudah jelaskah segala perjanjian? Apa erti Islam agama rasmi
Persekutuan? Kenapa tidak didokumenkan bahawa Islam bukan sekadar agama pertabalan Sultan, agama nikah
kahwin dan agama tentang solat dan puasa Ramadhan?

Kini, apabila sudah dewasa anak merdeka, mata menyaksikan Islam sebenarnya tidak bebas untuk dilaksanakan.
 Apa erti Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sedangkan untuk ditegakkan syariah yang syumul, keizinan para kafirun mesti didapatkan. Sekali lagi; terangkanlah kepadaku, apa sebenarnya tafsiran Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Si Keris telanjang,

Apakah Engkau sebenarnya tertipu? TIDAK. Engkau sebenarnya rela ditipu. Malah hari ini engkau menipu pula
anak dan cucu-cicitmu. Sebagaimana 70 tahun engkau rela bertelanjang tanpa berusaha mencari kembali sarung
pusaka itu. ATAU…..
Memang sahaja dasarmu menjual agama. Rasa hebat terselit di pinggang bangsat penjajah. Maafkan andai
kata-kataku ada pedih bicara. Berikut aku persembahkan untuk engkau membuat penilaian; bertemankan waras
akal dan luhur budimu, sepotong duka yang terpahat di Perlembagaan negara.

Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

 Konsep ketinggian Perlembagaan adalah seperti berikut:-
•Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi;
•Menjadi punca kepada semua undang-undang;
•Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan;
•Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan;
•Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan.
Si Keris telanjang,

Duka yang ku maksudkan ialah ummah ini bukan diikat oleh 5 rukun Islam. Kita menjadi pelapik 5 tiang hukum
syaitan. Hukum Allah terbatal oleh hukum syaitan? Hukum syariah dipijak oleh hukum penjajah?

Justeru, kembalilah kepadaku. Bersarunglah kerana akulah sebenarnya sarung pusaka berukir di teras cendana;
yang menjaga bisa dan hebat lok-lokmu. Kita adalah mata berlok dan sarung peninggalan pahlawan Mat Kilau,
Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong dan semua ulama pembela agama. Kembalilah. Kita akhirkan segala sengketa. Mari membasuh segala dosa.

Sumber TKO - 1-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Memusuhi PAS tidak bermakna memusuhi Islam? yalah tu!
Posted on Tuesday, October 11 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31990



Assalamualaikum,,,,

Ada rupanya kenyataan dari pemuda DAP yang mendakwa DAP tidak memusuhi Islam dan 

memusuhi PAS tidak bermakna memusuhi Islam.Sedarkah apa yang mereka kata ini.PAS tu apa? 
Apakah PAS hanyalah sebuah parti politil seperti DAP? Dan kalaupun PAS hanya parti politik 
apakah pula prinsip politiknya? politik sekular atau politik Islam.Politik Islam pula membawa 
seluruh ajaran Islam di dalamnya, itulah PAS yang terlebih dahulu mesti difahami dan dihormati 
oleh DAP.Apakah DAP sudah menghormati PAS apabila mereka terang terang menolak Hudud?  
Hudud itu perjuangan PAS dan Hudud juga adalah Islam, jadi sesiapa yang menolak Hudud 
sebenarnya menolak Islam.kenapa inipun DAP tak mahu faham?

Jadi apabila DAP menolak Hudud, sudah bermakna mereka memusuhi Islam bukan memusuhi PAS.

Maka kenyataan pemuda DAP itu bukan sahaja tidak benar tetapi mengandungi maksud tertentu.
Yang boleh difahami ialah mereka cuma cuba menarik sokongan orang Islam kepada perjuangan liberalnya.Dengan mengatakan memusuhi PAS bukan bermakna memusuhi Islam, sudah jelas 
maksud pemuda DAP ini yang cuba mengatakan PAS hanya parti politik seperti DAP, maka tidak 
salah memusuhi PAS tetapi mereka tidak sedar bahawa cara mereka memusuhi PAS itu menentang  
Islam apabila mereka menentang Hudud.Hudud itu hak Islam bukan hak PAS, tak seperti dasar 
Malaysia Malaysian DAP itu milik DAP yang boleh ditentang.

Atau apakah mereka mahu menyamakan Hudud dengan Malaysia Malaysian mereka? Banganglah 

kalau ada umat Islam yang percaya dengan kenyataan menipu mereka ini dan sudah tentu lagi 
banganglah umat Islam yang menyokong mereka.

Itu ajer yang saya mahu katakan kepada penyokong dan ahli DAP yang beragama Islam.Insaflah 

sebelum nyawa sampai ke halkum!

Sumber TKO - 11-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Benarkah wartawan kita dalam dilema?
Posted on Thursday, September 22 @ 11:34:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31770



KELMARIN, berlangsungnya Wacana Sinar Siri ke-42 berjudul 'Merdekakah Media Kita?' di Universiti Selangor (Unisel). Seramai empat ahli panel ditampilkan bagi membincangkan topik ini, iaitu Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin, Ketua Pengarang Projek MMO, Fathi Aris Omar, aktivis media, Gayathry Venkiteswaran serta Dekan Fakulti Komunikasi Seni Reka dan Pengkomputeran, Prof Dr Azmudin Ibrahim, manakala, pengacara TV terkenal, Amin Idris bertindak sebagai moderator. Ikuti transkrip penuh perbincangan mereka.
Dari skala satu hingga 10, berapakah rating kebebasan media dan kenapa?

FATHI: Saya rasa mungkin tiga atau empat sebabnya bukan hanya media itu tidak merdeka tetapi kemerdekaan itu sendiri menjadi satu persoalan. Jadi media dalam negara yang kemerdekaannya bermasalah akan sentiasa berdepan dengan masalah.

GAYATHRY: Saya bagi tiga atau empat sebab dari segi institusi media, saya rasa media di Malaysia telah gagal untuk menjalankan fungsi-fungsinya, tapi saya masih ada harapan kepada wartawan.

AZMUDDIN: Saya merasakan kebebasan media terlalu rendah tetapi sebagai ahli akademik, saya positif kalau tidak anak-anak didik saya kata, tidak perlu masuk kelas untuk menjadi wartawan. Saya rasa 3.5 rating yang boleh diberikan.

A KADIR: Saya tidak mahu memberikan sebarang rating kerana tidak percaya dengan sistem itu. Statistik ini boleh dianalisis dalam banyak bentuk. Memadailah saya katakan kita tidak memaksimumkan potensi media dalam sebuah negara yang merdeka.

Adakah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia ini akan membantu wartawan baru dan lama bagi memastikan rating tiga hingga empat ini naik sekurang-kurangnya kepada lima?

AZMUDDIN: Saya rasa sesuatu undang-undang itu perlu ada kerana kita tidak boleh mencapai keamanan kalau kita mengharapkan kebebasan menyeluruh. Tentu sekali peraturan itu menjadikan satu garis panduan untuk memperkukuhkan lagi apa yang boleh dia lakukan dan tidak.

Dengan pindaan adakah mereka akan lebih terkongkong atau bebas?

AZMUDDIN: Saya tidak merasakan terkongkong kerana pada zaman media yang tidak boleh dikawal lagi kerana di mana-mana sahaja kita berada kita boleh dapatkan maklumat di setiap pelosok dunia. Kalau kita katakan ada undang-undang yang menyekat kita, maka kita ada cara lain supaya ia sampai kepada audiens kita. Berbalik kepada sejauh mana dan sedalam mana penyelidikan kita kepada sesuatu isu supaya kita lebih bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis.

Gerakan Media Marah (Geramm) menyatakan bantahan terhadap pindaan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Pertama sekali pindaan apakah itu dan kenapa bantahan itu dinyatakan?

FATHI: Saya rasa masalah asas akta ini sejak awal lagi adalah pengisiannya yang tidak jelas yang selalu digunakan. Insiden paling jelas iaitu semalam (kelmarin) di bawah akta SKMM ini, seseorang individu iaitu bekas wartawan, Sidek Kamiso sewenang-wenangnya ditangkap oleh polis pada jam 4.00 pagi.

Satu lagi adalah peruntukan yang dikatakan menggores hati dan itu satu pengertian yang bermasalah dan terlalu umum. Kita perlukan hal-hal yang lebih khusus untuk dianggap sebagai jenayah. Kalau tidak, apa sahaja ekspresi seperti melawak, komen yang kasar dan kurang ajar seperti yang berlaku seperti kes bekas wartawan itu berkenaan isu kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din dianggap salah.

Kita perlu faham ada perkataan kasar tapi tidak dianggap jenayah dan tidak perlu dihadapkan di mahkamah apatah lagi menyerbu rumah orang pada jam 4.00 pagi.

Daripada awal lagi, waktu kita menggubal akta ini memang ada masalah dan ini hanya satu undang-undang dan saya difahamkan ada lagi 30 akta menyekat dalam pelbagai cara kebebasan media. Jadi perkara ini adalah momok yang membayangi leher wartawan.

Apakah kesukaran yang dilalui oleh Fathi sepanjang penglibatan dalam media bukan arus perdana seperti Malaysiakini rentetan daripada 30 undang-undang yang dikatakan banyak menyekat kebebasan media?

FATHI: Ada dua perkara yang saya rasa sangat besar iaitu yang pertama apa yang kita suarakan sekian lama iaitu Akta Penerbitan dan Mesin cetak iaitu soal permit. Kita tidak dapat permit. Ketika kita mendirikan Detik 99 hanya sempat bernafas selama setahun. Walaupun ia mengetengahkan  isu-isu lebih kurang Sinar Harian sekarang, tetapi oleh kerana konteks politik dianggap tidak sesuai ketika itu menyebabkan ia bungkus selepas setahun.

Jadi kalau mereka menggaji wartawan seramai 100 hingga 200 orang seperti yang dialami The Edge, kita mempunyai masalah yang besar dan tanggungjawab moral  terhadap kakitangan dan perniagaan kita.

Yang keduanya, masih berkaitan dengan permit. Seperti kes Malaysiakini, walaupun mahkamah telah memutuskan hak asasi Malaysiakini untuk menerbitkan akhbar tapi apabila permohonan itu di bawa ke Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan lesen akhbar, ia tidak diluluskan sehingga sekarang dan tidak ada alasan yang dinyatakan. Jadi, inilah halangan yang dilalui dan saya tidak kisah jika akhbar, atau media televisyen atau radio menyokong mana-mana parti, tokoh atau apa sahaja. Tapi, yang kita perjuangkan ini ialah kebebasan mana-mana pihak untuk menerbitkan dan mendirikan media.
Sekiranya sekatan ini diteruskan, apa yang akan berlaku, dan apa yang kita boleh belajar dari Indonesia?

GAYATHRY: Pada pandangan saya, yang paling penting kalau Prof kata, undang-undang itu penting, ia penting kerana menetapkan nilai ia menjadi standard untuk nilai dalam masyarakat. Apa yang kita anggap sebagai a diverse of society kalau undang-undang itu terlalu menekan, maka kita membentuk masyarakat yang selalunya mengalami kekangan tersebut, dan kita akan menanggap bahawa itu adalah normalnya. - SH


Sumber TKO - 22-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahaya terlalu rapat dengan China
Posted on Monday, September 19 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31719



DALAM keasyikan kita membincangkan jalinan persahabatan Umno dengan Pas dan caci mencaci 
di kalangan parti-parti Barisan Nasional, ada satu perkembangan penting yang kita mungkin terlepas pandang.
Ia adalah jalinan kerjasama terus Persatuan Cina Malaysia (MCA) dengan Parti Komunis China
(CCP).

MCA dan CCP telah berikrar akan mempertingkatkan perkongsian pengalaman di kalangan
pemimpin kedua-dua buah parti di semua peringkat bagi mencapai keunggulan wawasan kerjasama.

Saya tidak menafikan kebijaksanaan Perdana Menteri kedua kita, Allahyarham Tun Abdul Razak
Hussein mempelopori jalinan diplomatik dengan China.

Malaysia mendahului banyak negara di dunia apabila mengadakan perhubungan diplomatik dengan
China pada tahun 1974, ketika mana negara komunis itu masih dilihat sebagai ancaman dan musuh.

Abdul Razak pergi sendiri ke Beijing untuk tujuan itu dan pulang membawa kejayaan. Beliau menuai
hasil segera daripada lawatan itu apabila pengundi Cina memberi sokongan padu kepada parti baru
beliau, Barisan Nasional, dalam Pilihan Raya Umum tahun berkenaan.

Sejak itu, semua Perdana Menteri jadikan kunjungan ke China sebagai agenda penting dalam jadual lawatan antarabangsa mereka.

Cerita perhubungan intim MCA-CCP ini bukan rekaan atau, seperti yang pernah diungkapkan
seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri, maklumat dipetik daripada sumber tepi jalan.

Ia adalah berita daripada sumber yang boleh dipercayai, iaitu akhbar The Star milik MCA sendiri.
Pada 6 April lalu, ia memetik Ahli Jawatankuasa Pusat CCP, Song Tao, sebagai berkata beliau amat menghargai usaha MCA membantu memperkukuhkan kerjasama antara negaranya dengan Malaysia.

Dalam lawatannya ke Malaysia, Song yang juga Menteri di Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat
Parti Komunis China berbincang dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Saya tidak menafikan kenyataan Liow bahawa kerjasama rapat Malaysia-China telah mula
membuahkan hasil dengan bantuan kedua-dua buah parti, khususnya berkaitan inisiatif China yang
dikenali sebagai The Silk Road Economic Belt and the 21st-century Maritime Silk Road.

Saya melihat ikrar kerjasama dua hala MCA-CCP ini sebagai unik pada saat di mana agensi-agensi
milik kerajaan China nampaknya mendapat layanan istimewa dalam urusan perniagaan dengan
Malaysia sehingga mula menarik perhatian negara-negara rakan perdagangan lain.

Kita juga telah melihat urusan warganegara China masuk ke negara kita sebagai pelancong, pelajar
dan pemastautin dipermudahkan semata-mata kerana mereka ada wang untuk dibelanjakan. Kerana
mudah masuk maka ramai yang tidak keluar.

Saya akui pentingnya perdagangan Malaysia-China. Sejak 2009 China adalah rakan perdagangan
terbesar Malaysia manakala bagi negara China pula, Malaysia adalah rakan perdagangan kelapan
terbesar di dunia. Tetapi apa yang merisaukan adalah pemberian kontrak dan penjualan aset strategik
milik negara kepada syarikat-syarikat milik kerajaan China. Tambah membimbangkan adalah layanan
dan syarat istimewa urus niaga berkenaan.

Ambil contoh penjualan loji-loji penjanaan elektrik Edra Global Energy, iaitu anak syarikat 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN) akhir tahun
lalu.

1MDB membeli penjana bebas itu daripada pemilik tempatan dengan harga RM12 bilion, tetapi
menjualnya kepada CGN dengan harga istimewa RM9.8 bilion.

Kemudian pada bulan Mac lalu, 1MDB menjual pula 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar
Malaysia, iaitu tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi kepada
syarikat usaha sama Cina Malaysia dengan China Railway Construction Engineering (CREC).

Kini timbul pula ura-ura agensi milik kerajaan China, China Communications Construction Company (CCCC) akan diberi kontrak raksasa membina landasan baru kereta api dari Kuala Lumpur ke Pasir
Mas melalui Pahang dan Terengganu.

Yang menjadi kontroversi adalah dakwaan kos projek itu digelembungkan daripada RM30 bilion
menjadi RM60 bilion dan hakikat CCCC telah disenaraihitamkan oleh Bank Dunia kerana rasuah di Filipina.

Seperti kita tahu, rasuah adalah masalah besar di China dan ramai pegawai kanan kerajaan serta
pemimpin parti telah dijatuhi hukuman mati. Yang wajib kita pastikan adalah mereka tidak
mengeksport amalan jahat itu ke negara kita kerana kita sendiri sedang mengalami wabak rasuah yang teruk.

Adalah berbahaya bagi kita terlalu rapat dengan sesebuah negara kuasa besar sehingga menimbulkan
rasa cemburu dan curiga negara-negara rakan perdagangan yang lain. Lagipun kita tidak mahu
menjadi negara satelit mana-mana negara besar sama ada dalam bidang diplomatik mahupun
ekonomi. Wallahuaklam.

Oleh Datuk A Kadir Jasin

Sumber TKO - 19-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 































Marah Mahathir umpama marah diri sendiri

ASPAN ALIAS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42441-marah-mahathir-umpama-marah-diri-sendiri

PENYOKONG tegar Najib begitu obses dengan lontaran kutukan terhadap Dr Mahathir seolah-olah
hanya Dr Mahathir yang mahukan beliau meletakkan jawatan sebagai PM negara ini. Dr Mahathir
telah menjadi bahan makian oleh kumpulan yang menyokong Najib ini dengan menyebut dan menyelongkar segala perkara yang mereka anggap sebagai jenayah yang dilakukan oleh Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

Jika pun benar segala tuduhan mereka terhadap Dr Mahathir mereka tidak terlepas dari dosa-dosa
yang dilakukan oleh Dr Mahathir kerana Najib, Anwar Ibrahim dan semua mereka itu ada di dalam
Jemaah Kabinet Dr Mahathir. Jika Mahathir melakukan jenayah ia bermakna Najib, Anwar dan yang
lain-lain itu bersama-sama bertanggungjawab diatas dasar ‘collective responsibility’ sebagai ahli
Jemaah Kabinet Dr Mahathir.

Pendeknya mereka yang bertelagah dengan Dr Mahathir merupakan mereka yang bersama-sama
berdosa dengan tindakan ala penjenayah jika benar dilakukan oleh Dr Mahathir semasa menjadi
Perdana Menteri dahulu.

Perlu diingat Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet itu sama tarafnya, hanya seorang Perdana Menteri
itu adalah ‘first among equal’ dikalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet itu. Jika membuat sesuatu
keputusan baik atau sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua Menteri termasuklah Najib, Anwar
Ibrahim dan yang lain-lain.

Pendeknya kutukan Najib terhadap Dr Mahathir itu merupakan kutukan terhadap dirinya sendiri.
Begitu jugalah kutukan penyokong Najib terhadap Dr Mahathir itu adalah kutukan kepada pemimpin
yang mereka sokong itu.

Oleh itu elok Najib dan penyokongnya bercakap diatas landasan yang betul jika mahu mengutuk dan mengkritik Dr Mahathir itu.

Tidak boleh Najib mengatakan yang Dr Mahathir adalah penyebab kepada kecelaruan hari ini kerana
Najib sendiri adalah ahli kepada Jemaah Kabinet Dr Mahathir. Begitu juga Anwar Ibrahim, beliau merupakan penyokong Dr Mahathir yang paling tegar.

Kalau tidak masakan Anwar berucap di PWTC suatu ketika dahulu seraya berkata ‘seandainya boleh
ku putar awan dilangit aku akan tuliskan nama mu Dr Mahathir Mohammed’.

Tetapi apabila sudah bertengkar dan berselisih faham mereka ini mengutuk Dr Mahathir yang mereka sokong dengan begitu kuat, seolah-olah tidak ada pimpinan yang lain yang layak untuk memimpin
negara ini.

Tidak mungkin Dr Mahathir boleh melakukan apa yang beliau telah lakukan seandainya pemimpin-pemimpin dibawah beliau seperti Anwar, Najib dan lain-lain menteri tidak bersetuju dengan tindakan
dan apa-apa keputusan yang hendak dilakukan oleh Dr Mahathir. Bagi Najib dan yang lain
mengatakan yang buruk tentang Dr Mahathir adalah serupakan memburukan dirinya sendiri.

Bagi rakyat yang ingin mereka lihat ada usaha untuk memperbaiki keburukan yang dilakukan oleh
Najib dan kabinetnya, tidak kiralah usaha dilakukan oleh mereka yang pernah melakukan kesilapan
dan kesalahan.

Yang penting sekarang jika Najib masih berkuasa dengan sewenang-wenangnya negara ini akan
hancur lumat dan tidak akan lagi berada dalam keadaan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Pembunuhan Umno asal oleh Dr Mahathir adalah diatas sokongan semua pemimpin Umno yang menganggotai jawatankuasa penaja parti baru itu. Ingat alamat parti tersebut terdaftar di Seri Perdana
dan diantara mereka yang menganggotai jawatankuasa tertinggi penajanya ialah Abdullah Badawi,
Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak dan yang lain-lain yang telah menyeleweng itu.

Justeru yang dikutuk dan yang mengutuk adalah dari kumpulan yang sama yang sudah tidak sehaluan
lagi. Mereka sanggup memusnahkan institusi politik orang Melayu dan sekarang ini mereka ini jugalah yang bercakap tanpa malu tentang perjuangan Melayu dan agamanya.

Politiknya tiada, agamanya pun hancur dan tidak keruan hala tujunya. Itu sebabnya blog ini sejak
bertahun-tahun dahulu meramalkan barangan tiruan tidak akan tahan lama. Umno yang ada pada hari
ini adalah Umno tiruan dan tidak mungkin sama kualitinya dengan Umno yang pimpinan bunuh
dahulu. Pembunuhan Umno lama dahulu bukan sahaja melibatkan parti Umno itu sahaja, malahan ia
telah menjahanamkan semangat pengasingan kuasa dalam negara kita.

Politik dan eksekutif telah menguasai badan kehakiman serta legislatif. Sejak itu kuasa tertumpu ditangan Perdana Menteri Dr Mahathir dan PM-PM seterusnya, dan yang lebih buruk sekali keadaannya ialah dibawah Perdana Menteri Najib.

Perdana Menteri Malaysia sekarang lebih kuat kuasanya dari Presiden AS kerana PM negara ini
boleh memasukkan dan mengeluarkan orang dari penjara. Mahkamah hanya merupakan ‘rubber-stamp’ sahaja dan tidak tahulah bagaimana generasi yang akan datang menerima keadaan ini.

Bagi blog ini isu 1MDB ‘is a done issue’ dan segala yang wajar dilakukan oleh rakyat wajar dilakukan dengan sepenuhnya. Tetapi yang lebih penting lagi ialah kehancuran ‘struktur’ politik dan kerajaan merupakan satu perkara yang besar dan jika ia tidak ditangani dengan segera dan cara yang betul,
negara akan musnah dan ia tidak akan lagi mempunyai ‘form’ dan budaya yang sepatutnya ada bagi sesebuah negara yang maju atau negara yang ingin maju seperti yang dilaungkan oleh ramai
pemimpin tetapi tidak memahami apa yang mereka laungkan itu.

Tidak mungkin pemimpin-pemimpin dari dalam kabinet hari ini boleh dan mempunyai kemampuan
untuk melakukan ‘structural changes’ ini kerana mereka adalah penyumbang kepada kerosakan
struktur politik dan kerajaan hari ini. 'To the ethics of democracy once there is a change in the
country's leadership the entire current cabinet should resign as they have failed as the managers of
the country as mandated by the people'.

Mereka yang ada pada hari ini hanya akan melebarkan lagi masalah ketegangan antara kaum dan
impian untuk mencapai ‘ultimate’ kita iaitu perpaduan nasional tidak mungkin tercapai sampai
bila-bila. – aspanaliasnet.blogspot.my/

Sumber HD - 8-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dimana bumi dipijak disitu langit di junjung.
Posted on Friday, August 12 @ 07:15:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                        

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31336



Hakikatnya sejak tahun 1990 iaitu lebih 26 tahun atau 6 penggal rakyat negeri Kelantan yang majoriti berbangsa Melayu dan beragama Islam telah memberi mandat kepada PAS untuk mentadbir dan                     memerintah negeri mereka.

Kerajaan Kelantan sejak zaman Almarhum Tok Guru Nik And Aziz dan kini beralih tangan ke Ustaz             Dato Ahmad Yaakob memikul amanah itu dengan slogan "Membangun Bersama Islam".                                    

  Bermakna rakyat Kelantan mahu kepada pentadbiran dan cara hidup Islam di negeri mereka. Mereka           boleh hidup menghormati dan bertolak ansur dengan masyarakat minoriti bukan Islam tetapi dalam               waktu yang sama mereka mahu Islam sebagai asas pembangunan fizikal dan rohani di negeri mereka.                  
Rakyat bukan Islam tidak pernah ditindas, didiskriminasi, dinafikan hak mereka kerana itu sebahagian jaminan dalam Islam.                                                                                                                                            
Apa yang berlaku kebelakangan ini segelintir peniaga bukan Islam di Kota Bharu disaman kerana mempamirkan iklan berbentuk poster menggambarkan model yang tidak menutup aurat.                                          
Peraturan ini merupakan kuasa PBT dan ia dibuat berlandaskan slogan kerajaan negeri yang disebut               tadi iaitu Membangun Bersama Islam.                                                                                                                                
Kota Bharu bukan London atau Amsterdam atau Paris dan seumpamanya. Majoriti penduduk Kota                 Bharu dan pengunjung ke Bandaraya Islam ini adalah orang Islam. Pihak Majlis Perbandaran memperkenalkan peraturan ini dan yang lain demi mahu memelihara maslahah dan kepentingan                     majoriti rakyat beragama Islam.                                                                                                                                      
Salahkah peraturan seperti ini?                                                                                                                                                        
Isu ini sengaja dipolitikkan oleh parti-parti politik bukan Islam untuk mencuri keuntungan politik                   semata-mata. Malangnya mereka tiada suara pun di Dewan Undangan Negeri.                                                                
Masyarakat peniaga bukan Islam di Kelantan terus berniaga dan meraih keuntungan seperti biasa.                   Yang sibuk dan bising adalah mereka yang tidak hidup dan berniaga di Kelantan yang tidak                             memahami budaya dan cara hidup rakyat Kelantan samada Melayu, Cina, Siam atau India.
Berniaga di Beijing kena ikutlah peraturan di sana begitu juga kalau di New Delhi atau Mekah.
Rakyat Kelantan tiada masalah Membangun Bersama Islam, apa masalah anda?

ROSLAN SMS                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber  TKO - 12-8-2016                                                                                                                                    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                          



































Bukan Bangsa Malaysia

MOHAMMAD SYAZWANNUDDIN SHAHARUDDIN | .                                                          http://m.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/42078-bukan-bangsa-malaysia                             

FESTIVAL Filem Malaysia yang ke-28, salah sebuah festival filem terbesar Malaysia mengumumkan pencalonan untuk setiap kategori yang dipertandinglan.

Isu yang paling hangat diperkatakan adalah beberapa kategori utama dipecahkan kepada 2 iaitu Bahasa Malaysia dan Bukan Bahasa Malaysia. Kategori tersebut adalah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Ia mengejutkan kerana sebelum ini hanya ada satu kategori khas iaitu Filem Terbaik Bukan Dalam Bahasa Melayu. Kategori itupun ramai yang mempertikaikan dan sepatutnya setiap filem Malaysia, dalam bahasa apa pun patut diletakkan dalam satu kategori.

Sejak dari dahulu lagi Festival Filem Malaysia dikritik kerana meminggirkan filem yang tidak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Penganjur festival beralasan bahawa filem Malaysia mestilah menggunakan Bahasa Melayu namun pengkritik berhujah pula bahawa filem yang baik tidak tertakluk dengan bahasa yang digunakan.

Yang paling penting adalah kualiti penceritaan dan lakonan. Pada tahun ini sahaja terdapat 2 filem Malaysia yang sangat baik tanpa menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya iaitu Jagat, sebuah filem yang mengisahkan tentang kehidupan masyarakat Tamil di pinggiran serta The Kid from the Big Apple, sebuah filem yang mengisahkan tentang hubungan antara datuk dan cucu anak yang sudah lama tidak balik ke tanah air dan berlatarbelakangkan masyarakat Cina di bandar.

Ada yang berpendapat bahawa pemecahan tersebut adalah agenda syarikat penerbitan filem yang berbahasa Melayu untuk memastikan filem-filem mereka tercalon. Mereka tahu sekiranya mereka bersaing dalam kategori yang sama dengan filem yang bukan berbahasa Melayu, pastilah filem mereka susah untuk menang atau langsung tidak tercalon.

Pada pandangan penulis, filem-filem Melayu dalam beberapa tahun ini sudah tidak mendapat sambutan dalam kalangan peminat tempatan. Ada yang betul-betul popular seperti Polis Evo dan Boboiboy The Movie.

Ola Bola juga mendapat sambutan yang hangat walaupun menggunakan gabungan Bahasa Melayu dan Inggeris. Namun begitu, tidak dinafikan berlaku pengurangan filem Malaysia yang ditayangkan sejak tahun lepas sehingga sekarang, baik yang berbahasa Melayu atau selainnya.

Ada sesetengah filem yang sangat tidak laku sehingga pihak pawagam menarik balik tayangan hanya selepas seminggu sahaja di pawagam. Antara kisah filem yang paling menyedihkan adalah Redha, di mana filem ini sangat berkualiti tinggi dan dilakonkan dengan baik oleh Nam Ron.

Namun ia hanya bertahan 2 minggu sahaja di pawagam. Penulis teringat sebulan selepas Redha ditayangkan, ada seorang kawan yang mengatakan mahu menonton filem tersebut namun malangnya beliau tidak tahu bahawa filem tersebut telah tiada di pawagam.

Beliau sama seperti rakyat Malaysia lain yang menyangka bahawa setiap filem akan berkekalan di pawagam  dalam jangka masa yang panjang. Namun filem yang lama ditayangkan di pawagam hanyalah filem Hollywood yang popular seperti Captain America: Civil War dan Batman v Superman.

Manakala kebanyakan filem Malaysia sekiranya minggu pertama pun sudah tidak laku, pastilah pawagam merasakan kerugian bagi pihak mereka dan menarik balik filem tersebut. Penulis sendiri yang mahu menonton filem Dukun Dr Dani arahan Sabri Yunus berkemungkinan terlepas filem tersebut kerana khabarnya filem itu telah banyak ditarik balik.

Yang bagusnya filem Jagat pula berjaya berkekalan di pawagam hampir 2 bulan kerana promosi media sosial dan cakap-cakap orang. Penulis sendiri hanya menonton Jagat sebulan selepas ditayangkan selepas terbaca tentang filem tersebut di media sosial.

Mungkin ada orang lain yang lebih berkelayakan untuk menulis tentang kondisi filem Malaysia pada masa kini. Namun dalam tulisan ini, penulis mahu memfokuskan tentang pemisahan bahasa yang dibuat dalam Festival Filem Malaysia yang terbaru kali ini.

Pertama adalah mengenai istilah “Bukan Bahasa Malaysia.” Apa contoh bahasa yang bukan Bahasa Malaysia? Adakah selain daripada Bahasa Melayu? Penulis berfikir bahawa istilah Bahasa Malaysia juga salah kerana istilah tersebut boleh juga dimasukkan sekali bahasa-bahasa lain yang digunakan oleh rakyat Malaysia seperti Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin.

Malah penggunaan istilah Bahasa Malaysia juga memisahkan kita dengan sejarah filem Melayu yang bermula daripada Singapura. Sebab itu lebih baik menggunakan istilah “Filem Melayu” kerana ia lebih luas dan mempunyai sejarah yang panjang.

Tetapi kemudian istilah Filem Melayu juga tidak tepat pada masa sekarang kerana banyak filem-filem Malaysia kini juga dalam bahasa yang lain. Sebab itu ramai yang menggunakan istilah “industri Filem Malaysia” untuk meluaskan makna skop perfileman di Malaysia.

Kontroversi yang berlaku baru-baru ini menunjukkan rakyat Malaysia masih dalam proses mencari identiti sebenar budaya dan kesenian kita.

Penulis teringat dalam sebuah syarahan bertajuk Pembinaan Bangsa Malaysia: Aspirasi dan Realiti oleh Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Professor Adjung Universiti Selangor (UNISEL). Beliau banyak menyentuh tentang betapa rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu tidak serius dalam membina bangsa Malaysia.

Ia hanyalah istilah yang timbul apabila hendak meraih sokongan politik. Hatta dalam gagasan Wawasan 2020 juga disebut tentang agenda Bangsa Malaysia namun apabila berlaku konflik, rakyat Malaysia kembali dalam kepompong kaum masing-masing.

Beliau juga mengkritik orang Melayu yang terlampau selesa dengan segala bantuan walaupun ada sesetengah orang Melayu yang berjaya dalam bidang masing-masing tanpa keistimewaan.

Sehinggakan beliau pernah bermimpi bahawa pada masa depan, orang Melayu sendiri akan menolak keistimewaan tersebut demi kemajuan bangsa sendiri. Beliau tahu bahawa selagi orang Melayu ditongkat dengan keistimewaan, orang Melayu tidak akan berubah.

Memang persoalan tentang Bangsa Malaysia memerlukan kefahaman rakyat bawahan serta kemahuan orang politik. Ia bukan sekadar perkara yang kita raikan semasa bulan kemerdekaan atau pada waktu-waktu perayaan untuk menunjukkan yang negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama.

Namun unsur penting dalam pembinaan Bangsa Malaysia adalah penerimaan dan meraikan kepelbagaian tersebut dalam segala bidang, bukan mengikut tempat yang kita hendak sahaja. Ia akan dilihat tidak adil oleh orang lain apabila orang Melayu diletak dalam satu kelompok, orang bukan Melayu pula dalam satu kelompok.

Malah tindakan inilah yang akan merenggangkan hubungan antara kaum, bukan sangat menjamin kedudukan istimewa orang Melayu. Mengenai perjuangan Bahasa Melayu pula, adakah filem yang               bukan berbahasa Melayu itu meminggirkan Bahasa Melayu?

Memanglah mereka akan berbahasa Tamil atau Mandarin dalam kalangan keluarga dan rakan mereka. Namun apabila mereka berinteraksi dengan kaum lain, mereka akan berbahasa Melayu atau Inggeris.

Perkara ini boleh dilihat dalam filem Jagat dan Ola Bola. Ini menunjukkn Bahasa Melayu telah                       diterima oleh semua kaum di Malaysia sebagai bahasa komunikasi yang penting.
Akhirnya soal meningkatkan kualiti filem di Malaysia adalah tugas semua kaum. Dan ia akan dibikin            dalam pelbagai bahasa kerana filem itu menunjukkan wajah masyarakat di sesebuah tempat dan                     mengikut zaman. – HARAKAHDAILY 7/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 7-8-2016                       
------------------------------------------------------------------------------                                                                                     
Macam mana seorang ‘macai’ bekerja? Pengakuan seorang           bekas cybertrooper
Posted on Sunday, August 07 @ 11:19:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                                             

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31282

Pepatah Melayu kata, harimau mati menginggal belang, manusia mati meninggalkan nama. Tapi dalam          zaman social media sekarang ni, manusia mati meninggalkan profile picture. Sampaikan baru-baru ni,            viral pasal komen yang diberi kat FB page Najib menggunakan profile picture orang yang dah lama meninggal dunia. Dan ini bukanlah kali pertama benda ni kantoi sebenarnya.

.
Kami tak tau sapa yang rajin sangat download gambar orang lain pastu spam #RespectMyPM ni                   semua. Apa yang kami tau, ketua penerangan UMNO, Ahmad Maslan daripada dulu cakap yang dia memang nak buat ‘cybertrooper’ kat Internet untuk membaiki imej kerajaan.
Dan kami kat SOSCILI bernasib baik sebab kami dapat interview seorang cybertrooper iaitu Ahmad Marzuki (bukan nama sebenar). Ahmad Marzuki kini dah kembali ke jalan yang benar, tapi dia bagitau kami sedikit sebanyak pasal kisah sebenar di sebalik seorang cybertrooper, iaitu…
Cybertrooper hanyalah seorang yang ambil upah untuk buat kerja, macam syarikat PR atau advertising           je Begitulah hendaknya. Mereka hanyalah sebuah agensi. Biasanya kalau nak tangkap gambar kawen                 kita upah photog, kalau nak buat website kita upah web designer, so kalau nak buat post kat social                 media… kita upahlah agensi. Itu je. Takde misteri, takde teori konspirasi.
Oleh kerana identiti agensi ini harus kami rahsiakan, Ahmad Marzuki tolong kami dalam membongkar         cara-cara cybertrooper berfungsi kat social media, termasuklah…
1. Buat grafik untuk sebarkan mesej/propaganda Korang ingat asalkan selalu main Facebook je dah boleh apply part-time jadi cybertrooper? Sebenarnya dorang punya job scope agak profesional jugak OK, antaranya adalah membuat visual             yang korang selalu nampak kena share kat social media. Kena tau design, kena tau copywriting, kena             tau mesej apa yang nak dimasukkan.
Contohnya kita tengok post kat sebuah page pro-Kerajaan paling popular, Friends of BN:





Daripada pihak pembangkang pun ada jugak, contohnya daripada page Suara Rakyat:




Tapi apa yang paling menarik sekali, kadang-kadang sesebuah agensi tu buat kerja untuk KEDU                A-DUA pihak! Menurut Ahmad Marzuki, dorang tau je yang agensi ni jugak ambik upah untuk buat            kerja bagi pihak yang lagi satu tu, tapi dorang tak kisah.
So macam yang kami kata tadi, agensi ni hanyalah sebagai ‘gun for hire’. Mungkin dorang sendiri                 takde sebarang pendirian politik yang kukuh, cuma sekadar makan gaji…
2. Fake account untuk bagi sokongan dan puji-pujian Cer bukak page Najib Razak kat Facebook, skrol bawah sikit dan pilih la mana-mana post, mesti              korang jumpa komen yang penuh dengan hashtag, macam ni:

Cuba klik kat akaun sorang-sorang, dan korang perasan yang kat profile dorang tak banyak pun                     maklumat yang ada. Contohnya si Khalid Noordin kat atas ni yang takde gambar, takde member, dan             penuh dengan berita-berita yang menyokong satu pihak sahaja.



Kadang-kadang korang mungkin perasan yang kononnya profile dorang memang dah lama buat                   (acah-acah profile orang sebenar) tapi sebenarnya senang je nak detect hehe…

Ntah gambar siapa la yang kena guna untuk fake account ni semua, kami mintak maaf la ye…
3. Delete komen-komen negatif kat FB page Of course mana-mana admin pun ada polisi dalam mengendalikan page FB masing-masing.                       Kat CILISOS dan SOSCILI sendiri, kami akan hide kalau ada komen-komen yang mencarut, rasis,               dan sebagainya.
Tapi ada sesetengah page yang akan hide apa-apa komen yang berbunyi sedikit negatif sekalipun. Contohnya kat post di page Najib Razak ni. Bila mula-mula kena publish, komen-komen kat bawah ni keluar:

Tapi tak sampai sejam lepas post tu live, komen-komen ni hilang. Jadi kalau korang pergi                           kat Facebook Najib Razak atau mana-mana tokoh lain yang admin dia buat stail yang sama, mungkin        korang akan beranggapan tokoh-tokoh ni semua memang disayangi ramai.
Cuma satu je benda yang admin page tak boleh delete… iaitu reactions. So kalau tengok mana-mana         post, korang boleh tengok berapa ramai yang guna reaction marah, huhu…



4. Cuba ‘lawan’ berita-berita negatif kat portal alternatifRamai tau yang kebanyakan surat khabar tradisional adalah dimiliki oleh                                                       kerajaan, termasuklah Utusan, The Star, dan New Strait Times. Senior editor kat NST sendiri kata yang kerajaan telah melarang surat khabar daripada cover pasal cerita 1MDB apa semua.
Malah sumber berita online pun ada yang kena                                    

                                                              ban termasuklah The Malaysian Insider dan Sarawak Report.
So, macam mana pulak website yang tak kena ban lagi (tapi mungkin tunggu masa je) macam Free   Malaysia Today? Kami perasan kat artikel-artikel yang keluar pada website popular macam FMT ni,             akan ada komen yang lain macam je bunyinya… Contohnya artikel pasal Dr M ni:

Cuba perati tiga komen kat atas tu. Korang boleh check profile Dian Melankolik, Andika Wisnu,                   dan Ilham yang dibuat sebagai page. Dan ketiga-tiga page ni dibuat pada 8 Oktober 2015, dan ada                 profile photo dan cover photo je.

Sebab tu la perkataan yang digunakan dalam ketiga-ketiga komen kat atas main reycle je. Berbanding dengan spam ‘#respectmyPM’ kat atas tadi, cara ni susah  sikit la sebab kena banyak rujuk kamus                untuk mempelbagaikan kosa kata.
5. Alihkan perhatian orang ramai dengan post viral Pernah tak dengar pasal “strategy of distraction”? Mengikut Noam Chomsky, strategi ni digunakan            untuk mengalihkan pandangan orang ramai daripada isu-isu penting, dengan membanjirkan media dengan benda-bernda lagha dan maklumat yang tak penting.
Mengikut Ahmad Marzuki, dorang sendiri menggunakan taktik ni untuk mengalihkan perhatian                pembaca dengan post yang viral. Sebab tu kat page macam Friends of BN, biasanya hari-hari penuh          dengan hal politik, tak semena-mena korang boleh jumpa post kelakar ala Siakap Keli:

Tapi kalau nak diikutkan, dorang tak payah buat distraction macam ni pun takpe.. sebab media kita               memang dah penuh dengan gosip dan berita-berita selebriti…. kan, kan, kan? Jadi, pengajarannya…
Nilai sendiri apa yang korang baca di media sebelum percaya bulat-bulat


Sivarasa yang dikritik kerana share berita fake.
Awal tahun ni, Ahli Parlimen                                                                                                                               PKR, Sivarasa Rasiah share imej di mana muka PM Najib jadi cover majalah TIME dengan headline “Global Corruption Explained”. Imej tu sebenarnya palsu, tapi dah terlambat sebab sekejap je post tu            terus jadi viral. Jadi ramailah yang mengkritik Sivarasah kerana tindakannya yang sangat tidak bertanggungjawab, nak lagi bagi seorang ahli politik.
Dan dengan kewujudan cybertrooper terutamanya kat social media, lagilah kita kena check dulu               sebelum share apa-apa kat Facebook, Whatsapp, mahupun bila bersembang dengan member. Pastikan sumber yang kita dapat tu bertauliah, Google dulu kalau nampak benda-benda yang sangat pelik.               Janganlah jadi seperti Sivarara.
Sebab kita sebagai pembaca/pengeshare pun ada tanggungjawab dalam menyebarkan kebenaran,             setuju?
Sumber http://soscili.my                                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 7-8-2016                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                       Khadam selalunya akan patuh dan taat apa yang diputuskan oleh tuannya
Posted on Saturday, July 30 @ 09:48:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31192



Parti PAN telah mengambil keputusan untuk menyokong hasrat DAP yang mahu mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, walaupun PKR masih belum buat keputusan.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata pilihan raya itu memberi manfaat kepada mereka dari segi publisiti untuk memperkenal dan menonjolkan parti kepada pengundi. Parti PAN bukan nak menang hanya nak jadi HAMBA kepad DAP aje!

Tak hairanlah DAP tak perlu membawa parti PAN dalam mesyuarat walaupun mereka berikrar keputusan PAKATAN HARAPAN adalah keputusan bersama tapi hakikatnya PAN adalah parti kasta rendah yang sekadar pak turut DAP aje. DAP dan PKR tidak pandang parti KASTA RENDAH INI.

Sebelum ini PKR pernah mencadangakan PAS bertanding di Kuala Kangsar dan PKR bertanding di Sungai Besar dalam mesyuarat Majlis Presiden PAKATAN HARAPAN. Semasa itu agaknya parti PAN jadi apa?? Rasanya TUNGGUL aje kot? Atau sekadar pencatat coretan macam Dr Muhaimi Sulam selalu buat semasa mesyuarat AJK PAS Pusat dulu. (Sekarang mesyuarat PAS Pusat tak bocor lagi pasal semua pengkhianat dah tak ada dalam bilik mesyuarat..)

PAN boleh bakar IKRAR tujuh asas perjanjian utama PAKATAN HARAPAN
kalau ada tapi tak guna!

Bila isu besar misalnya nak PRN Pulau Pinang sekali lagi parti PAN kasta rendah ini diketepikan. Malah tidak diajak dalam perbincangan. Betapa hinanya PARTI PAN dimata DAP dan PKR.


Beberapa hari lalu akhbar melaporkan pengerusi PAN negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya hanya mengetahui rundingan itu diadakan melalui media, lapor China Press.

“Setahu saya, di peringkat pusat, rakan komponen pun belum berbincang perkara ini dengan pemimpin Amanah (PAN),” katanya.

Bukan itu sahaja jelasnya, PAN juga tidak tahu bila Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat membincangkan cadangan berkenaan.

Nak ada Pilihan Raya di Pulau Pinang, tapi parti PAN Pulau Pinang tak tahu? Habis macam mana persiapannya? Mungkin DAP tahu PAN mana ada persiapan semuanya nak kena suap oleh DAP, jadi tak payah nak beritahu. Bila ada PRN nanti khadam akan buat kerja ikut arahan DAP ajelah!

Lagi pun takkan Mujahid dan Mat Sabu nak marah kerana kedua-duanya mendapat 2 jawatan pengerusi GLC negeri seorang yang melibatkan RM30K sebulan seorang. Duit punya pasal apa salahnya simpan aje dalam hati apa yang tak dipersetujui!

DAP pun tahu berapa ramai ahli PAN di Pulau Pinang.. Kalau setakat 3 orang DUN Ayer Itam Mujahid boleh tutup mulut. DUN Bukit Berapit pula 14 orang Mat Sabu nak ceramah pun rasa malu!

Itulah nasib kalau memilih menjadi Khadam!

                                                                                                                                                                Sumber TKO - 30-7-2016                                                                                                                         ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

Peranan PAS dalam kerajaan negeri Selangor dan kepentingan rakyat yang perlu dipelihara
Posted on Wednesday, July 27 @ 20:19:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31152



Ada dakwaan dari Saari Sungib bahawa kononnya tweet dari Datuk MB Selangor itu tidak benar......

NST hari ini melaporkan:
"I am here to defend the people's mandate which was given to us to develop the state (and) not to quarrel. So its not about my choice or his (Saari's) choice (on who should be in the government).

 "I hope no party will come out with statements that can divide the present interest. Pan was not around at that time (during the 13th General Election) there was PAS."
"But although we have Pakatan Harapan now, PKR remains a partner to PAS."
Orang yang susah tiada berharta dan tiada punca pendapatan tetap layaklah menjadi pengemis. Tetapi yang berjawatan dan berkedudukan bila dilabel sedemikian ternyata satu tamparan hebat.
Jelas Azmin menggariskan peranan PAS dalam kerajaan negeri dan kepentingan rakyat yang perlu dipelihara.
Azmin menegaskan walau telah ada PH namun PKR masih ada ikatan kerjasama dengan PAS.
Kerajaan yang terbentuk selepas PRU13 atas mandat rakyat adalah kerajaan PKR, PAS dan Dap. Menghormati mandat rakyat itu maka status quo nya kekal hingga kini.
Ukur baju di badan sendiri lah YB.

Kredit
Roslan Sms
                                                                                                                                                                        
Sumber TKO - 27-7-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Malangnya negara Malaysia ini

ASPAN ALIAS | .






















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41717-malangnya-negara-malaysia-ini

TINDAKAN Naib Ketua Umno Bahagian Semporna berserta dengan ketiga-tiga ketua sayap parti dan 300 Ketua cawangan keluar parti semalam merupakan tanda-tanda yang nyata bahawa Najib sudah tidak dapat mengawal Umno itu lagi.

Tetapi itulah tindakan yang patut Najib lakukan dengan memecat serta menggantung pemimpin Umno yang tidak beserta untuk membantu beliau melindungi kejahatan yang beliau lakukan selama ini.

Bagi Najib mengkritik beliau untuk kebaikan parti itu adalah haram pada kemahuan beliau. Najib sedang berada dalam keadaan yang sangat getir kerana beliau tahu dan sedar yang beliau tidak boleh menutup semua onak yang beliau lakukan.

Segala-galanya semakin hari semakin jelas yang beliau merupakan seorang pemimpin yang sudah hilang rasa hormat ahli-ahli terutamanya diperingkat akar umbi.

Semasa Dr Mahathir memecat Anwar Ibrahim, Timbalannya dahulu, tidak ada reaksi yang begini buruk yang menyusuli pemecatan itu tetapi dalam isu yang mutakhir ini ia amat jelas Najib sudah hampir ke penghujung hayatnya sebagai pemimpin utama negara.

Beliau mungkin boleh memulas tangan beberapa orang pemimpin tetapi Najib tidak dapat memulas perasaan yang membara terhadap beliau dan tindakan keluar Umno beramai-ramai ini merupakan petanda yang hampir pasti yang Najib hanya boleh memimpin kelompok beliau sahaja dan tidak mampu menguasai perasaan dan sokongan yang ramai di kalangan ahli-ahli parti itu.

Jika beliau tidak disegani oleh ahli-ahli Umno sendiri bagaimana beliau mahu mendapatkan rasa hormat rakyat jelata yang ramai? Kita tidak pasti samada berita yang ramai lagi ketua-ketua cawangan seluruh negara akan keluar Umno tetapi mood yang ada pada hari ini nampaknya tidak memberikan Umno harapan untuk pulih seperti sedia kala selagi Najib masih mentadbir parti pemerintah itu.

Husni Hanadzlah, salah seorang dari ahli kabinet beliau, telah mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatan parti setiap peringkat dan jawatan beliau dalam kerajaan semalam, dan ini merupakan satu lagi indikasi yang amat buruk bagi Umno terutamanya kepada Presidennya Najib Tun Razak.

Tetapi Najib tetap merasakan yang beliau masih kuat dan tidak ada apa-apa dan sesiapa yang boleh mengenepikan beliau. Beliau mempunyai muka yang selamba dan berpura-pura dalam hidup kepimpinan beliau.

Beliau tidak dapat lagi membuat keputusan yang matang dan bertindak secara berhemah dalam usaha mempertahankan jawatan yang amat beliau sayangi itu.

Najib sudah tidak ada masa untuk mentadbir kerajaan kerana segala tenaga dan usahanya ialah untuk mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sahaja. Tetapi apa pun alasan yang beliau berikan diatas tindakan beliau memecat Muhyiddin dan Mukhriz serta menggantung jawatan Shafie Apdal itu sudah cukup untuk membuktikan yang Najib sudah begitu ‘desperate’ dalam menghadapi kemelut yang menghadapi negara dan Umno serta BN sekarang ini.

Tindakan beliau mutakhir ini adalah tindakan terdesak dan kita sudah pasti yang negara tidak akan berada dalam keadaan stabil lagi. Beliau boleh menyalahkan pembangkang tetapi beliau mesti soal dirinya apa yang menyebabkan pembangkang mampu untuk menggugat kepimpinannya.

Bagaimana beliau mahu mendapatkan sokongan pembangkang dan rakyat ramai sedangkan ahli-ahli serta pemimpin Umno sendiri tidak lagi segan silu untuk keluar parti secara terbuka. Jika semasa pilihan raya lebih sejuta ahli Umno memangkah pembangkang sekarang ini ahli-ahli Umno berani keluar parti secara terbuka.

Bagi saya tindakan ramai ahli-ahli Umno keluar parti ini adalah tindakan yang tidak bersalahan dengan keadaan negara sekarang. Ramai berpendapat tidak ada apa-apa lagi dalam Umno kerana semua ‘attribute’ Umno itu sudah luntur dan tidak wujud lagi selain dari tinggal namanya sahaja.

Umno itu wujud untuk mempertahankan negara tetapi Umno sekarang berada dalam keadaan sebagai sebuah parti yang membiarkan pucuk pimpinan melakukan tindakan ‘treason’ dan mensabotaj negara. Umno tidak lagi parti untuk kepentingan negara tetapi Umno sudah semakin jelas sebagai sebuah parti yang memusuhi negara.

Apa tidaknya? Umno kini sedang menyokong pemimpin yang melakukan rasuah yang tidak terhingga besarnya jika dibandingkan dengan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin rasuah di negara-negara lain.

Skandal kewangan yang berlaku dibawah pentadbiran Najib sekarang ini merupakan skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah dunia.

Suharto dikatakan rasuah, Ferdinand Marcos dianggap rasuah dan ramai lagi pemimpin dunia dianggap rasuah tetapi rasuah mereka adalah jauh lebih kecil dari yang dituduh dilakukan oleh Najib dan kroni beliau.

Malahan ada yang beranggapan rasuah yang dilakukan oleh Suharto dan Marcos dicampurkan sekali jauh lebih kecil dari apa yang sudah dilakukan oleh Najib.

Apa rupa nasib rakyat Malaysia selepas ini sama-sama kita perhatikan dan tengok secara serius. Kita akan terdampar dalam kerosakan dan semuanya ini akan dirasai oleh rakyat. Tidak payah kita fikirkan nasib anak dan cucu kita sekarang ini, kerana nasib kita dan generasi kita pun sudah tidak terjamin lagi.

Kita sudah sampai diambang kehancuran budaya dan tamadun. Bagaimana sejarawan menulis tentang Najib ini tidak dapat kita bayangkan. Yang pasti tidak ada dalam kalangan sejarawan akan menulis tentang apa yang baik yang Najib telah lakukan.

Malangnya negara kita ini. Apakah hikmah yang kita akan perolehi, tidak dapat dibayangkan lagi oleh sesiapa. - aspanaliasnet.blogspot.my/

Sumber HD - 28-6-2016

No comments:

Post a Comment