BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, June 26, 2016

PAS DAN HALEHWAL SELANGOR (JILID 2)


Program Qurban anjuran Jabatan Amal santuni Orang Asal











PROGRAM Qurban anjuran Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor yang diadakan di Masjid Al-Makmur Kampung Tanjung Sepat, Kuala Langat pagi tadi mendapat kerjasama penduduk dan jawatankuasa masjid.
Program Amal kali ini telah menumbangkan empat ekor lembu dan diagihkan dalam kalangan masyarakat Islam Orang Asal Tanjung Sepat serta golongan asnaf seramai 90 orang. Selebihnya telah dihantar ke sekolah Mahad Tarbiyah Al-Ansor Kuala Selangor. 
Pengarah Jabatan Amal negeri, Shehdi Hazrik berkata seramai 45 orang pertugas dari kalangan belia kampung itu bersama 29 anggota Jabatan Amal terlibat dalam menjayakan program bersama masyarakat itu. 
Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan turut mangagihkan daging korban kepada penduduk pada kempen Pemuda PAS Selangor "#Green4U" dalam menyantuni belia dan rakyat umumnya dan seterusnya membawa mesej Sejahtera Bersama Islam. - HARAKAHDAILY 3/9/2017 











Sumber HD - 3-9-2017


60 tahun kemerdekaan, disyukuri dan dihayati











GENAP 60 tahun kemerdekaan yang dicapai oleh negara. Pelbagai pencapaian dan perkembangan baik yang dicapai. Kemerdekaan mesti difahami mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah. Kemerdekaan merupakan anugerah dari Allah SWT. 
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya). (As-Saffat:116) 
Pertolongan dari Allah SWT membuatkan kita dapat mengecapi nikmat kemerdekaan dari penjajahan. Maka sewajarnya pemimpin dan rakyat terus memastikan pematuhan terhadap perintah Allah SWT serta pembebasan dari penguasaan nafsu agar nikmat yang dikecapi tidak ditarik oleh Allah. 
Firman Allah SWT yang bermaksud: Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah: 152) 
Nilai kemerdekaan wajib diisi dengan nilai sebenar pembebasan dari sistem penghambaan sesama manusia kembali kepada yang diperintahkan Allah SWT dan RasulNya. 
Merdeka menjadi tidak bererti sekiranya minda kita masih terjajah dengan fahaman sekularisme, liberalisme, pluralisme dan isme yang menyimpang dari Islam. 
Perjuangan Ustaz Abu Bakar Bakir, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Tuan Guru Haji Fuad Hassan dan Dr Abbas Alias tidak boleh dilupakan. Mereka jua di antara pejuang kemerdekaan yang wajib dicatatkan dalam sejarah . Mereka konsisten terhadap nilai perjuangan kemerdekaan sebenar yang meletakan ketuanan Islam sebagai nilai utama dan pembebasan total dari sistem penjajah. 
Semoga pengorbanan para pejuang kemerdekaan dan para penentang penjajah diterima sebagai amal soleh disisi Allah SWT. 
GREEN4U
BERSIAGA MENUJU FATHU
MARA MENUJU CITA
SEJAHTERA BERSAMA ISLAM 
MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
9 Zulhijjah 1438| 31 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 31/8/2017
Sumber HD - 31-8-2017 




'Green4U' tema jentera pilihan raya Pemuda PAS Selangor













PROGRAM Tsunami Hijau Selangor di Pandan malam tadi mencipta sejarah dengan perasmian tagline "Green4U" sebagai kempen Jentera Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) dalam menawan sokongan pengundi muda di seluruh negeri. 
Program yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat, sukan dan kesenian sepanjang pagi hingga ke malam memberi gambaran bahawa pemuda PAS sudah bersedia dan bersiaga untuk berhadapan dengan Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa. 
Program diserikan dengan kehadiran Datuk Iskandar Abd Samad, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan yang meluangkan masa hampir keseluruhan program yang dijalankan.
Pengarah program yang juga Pengarah Pilihanraya DPPNS, Rosli Jusoh berkata tagline '#Green4U' atau 'Hijau Untuk Anda' menggambarkan bahawa PAS adalah pilihan terbaik yang telah bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dalam membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat di Malaysia, khususnya di Selangor. 
Tagline "Green4U" telah dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Fadhli Shaari malam tadi yang berpuas hati dengan kesungguhan pemuda PAS Selangor dalam menghadapi PRU14 dan merealisasikan hasrat parti sebagai peneraju utama Kerajaan Negeri Selangor. 
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim yang turut berucap telah meletakkan hashtag tersebut menjadi motto bagi gerak kerja pemuda dalam memenangi PRU14 di negeri itu. 
Turut hadir dan berucap ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Sallehen Mukhyi serta setiausaha dan ketua penerangan DPPM, Ustaz Afnan Hamimi dan Hishamuddin Abdul Karim. - HARAKAHDAILY 27/8/2017
Sumber HD- 27-8-2017 






'Tsunami Hijau' dapat perhatian anak muda











PAS Selangor terus mendapat perhatian anak muda di Pandan, semalam dengan penganjuran 'Tsunami Hijau Negeri Selangor' melalui aktiviti kekeluargaan seperti 'parenting skill' dan pertandingan mewarna anjuran Pemuda PAS negeri yang turut mengadakan acara riadah dan sukan. 
Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) berjaya menganjurkan beberapa acara sukan yang menjadi kebiasaan anak muda seperti futsal padang, bola keranjang dan bola sepak persahabatan antara Pemuda PAS FC dan Belia Harapan FC. 
DACS Selangor juga turut mengadakan DACS Mini Concert bersama 'buskers & drummers' bagi menarik minat pengunjung di samping perlawanan tarik tali antara pemuda kawasan dan 'demo race'. 
Tidak ketinggalan juga pelbagai aktiviti kebajikan dan konvoi yang menarik di bawah kendalian Alternatif Riding Club (ARC) Selangor yang mendapat sambutan belia seperti program basuh motor percuma, tukar minyak hitam percuma dan konvoi pimpinan Pemuda PAS bersama kereta antik. 
Forum Anak Muda di sebelah malam pula mendapat perhatian hadirin dengan penampilan dua ahli panel permotoran iaitu Ali Russia, aktivitis dakwah permotoran dan pelumba wanita profesional Cub Prix Malaysia, Siti Fatimah Husna. 
Anak muda dan masyarakat turut diberikan pencerahan isu-isu terbaru menerusi Pentas Anak Muda yang menampilkan pimpinan negeri dan  pusat seperti Ustaz Sallehen Mukhyi, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan lain-lain. 
Pastinya, yang cukup menarik ialah pelancaran hashtag 'Green4U' sebagai moto dan usaha berterusan Pemuda Pas mendampingi anak muda dan menyampaikan mesej sejahtera bersama Islam. 
Secara keseluruhan program yang diadakan di Pandan itu jelas mendapat perhatian dan sokongan masyarakat pelbagai bangsa dan latar belakang. - HARAKAHDAILY 27/8/2017
Sumber HD - 27-8-2017 








Tsunami Pemuda PAS dekati asnaf seluruh Selangor













TSUNAMI Hijau Pemuda PAS Negeri Selangor membuka tirai hari ini dengan program kebajikan mesra asnaf  yang disebut sebagai "A Day For Charity" (AD4C) Jabatan Amal Malaysia di hampir seluruh kawasan di Selangor. 
"Kita mensasarkan program AD4C ini sebagi program bulanan pemuda di seluruh kawasan dengan menjalankan pelbagai jenis kerja kebajikan," kata Pengarah Program Tsunami Hijau, Rosli Jusoh 
Hampir 50 asnaf disantuni setiap kawasan menjadikan lebih 1,000 penerima bantuan daripada Pemuda PAS Selangor telah diagihkan kepada golongan itu pagi tadi dan sehingga esok di seluruh negeri. 
Tsunami Hijau adalah manifestasi Pemuda PAS dalam mempersiapkan dan persediaan jentera pilihan raya sebagai menyahut penegasan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Sallehen Mukhyi yang telah mensasarkan sekurang-kurangnya 42 Dun yang akan ditandingi PAS pada PRU14 akan datang.
Selain program kebajikan, tsunami kali ini juga menjalankan program santai mendekati anak muda kawasan Pandan dengan beberapa acara seperti bola sepak, futsal dan bola keranjang. 
Di samping itu, hiburan santai busking pemuda PAS dan santai anak muda bersama pimpinan Pemuda PAS Pusat dan negeri juga diadakan. - HARAKAHDAILY 26/8/2017 
  













Sumber HD - 26-8-2017                   










Pemuda PAS Selangor sedia hadapi tiga penjuru













DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) telah bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.


Ketua Penerangan DPPNS, Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya dari awal telah bersedia dengan sebarang kemungkinan, apatah lagi sudah dalam jangkaan reaksi yang diberikan oleh DAP dan PAN.
"Umno kekal menjadi musuh di dalam politik serta tidak akan berlaku sebarang kerjasama pembahagian kerusi dengan mereka," tegasnya dalam satu kenyataan. 
Menurutnya, sikap itu juga adalah sebagai menyambut apa yang telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Sallehen Mukhyi bahawa PAS Selangor sedia bertanding sekurang-kurangnya 42 kerusi. 
Katanya, DPPNS telah melancarkan jentera pilihan raya Pemuda di setiap kawasan dan hanya menunggu sahaja arahan dari pimpinan. 
"Cabaran dari DAP dan PAN kami sambut dengan lunas demokrasi," ujarnya. 
Katanya lagi, PAS hadir dalam masyarakat membawa visi politik Islam yang menjaga agama dan mentadbir negara. 
Tambahnya, dalam kemelut yang dihadapi negara secara berterusan PAS sudah mempunyai solusi untuk dihamparkan buat rakyat iaitu Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara. 
Katanya, keberadaan PAS dalam iklim politik tanah air bukan bersifat rakus berkuasa serta memperalatkan emosi rakyat demi kepentingan diri tetapi melaksanakan tanggungjawab besar bagi menegakkan Islam serta menyanggah kebatilan. 
"PAS membuktikan di saat konflik Menteri Besar Selangor, kita terus mempertahankan mandat rakyat. 
"Rakyat Selangor mampu melihat dengan bijaksana parti politik mana yang mempermainkan kepercayaan mereka sedangkan PAS kekal berprinsip," ujarnya. 
Menurutnya lagi, rakyat bijak menilai dari siri-siri kelantangan pimpinan PAS terhadap kemungkaran 1MDB, penyelewangan FGV dan lain-lain. 
"Kami terus konsisten untuk melihat Malaysia yang lebih baik yang menjaga hubungan di antara kaum, keadilan terus ditegakkan, pertumbuhan ekonomi yang cemerlang dan Islam kekal terpelihara. 
"Moga rakyat terus dapat membuat pilihan yang terbaik buat negara dengan Islam sejahtera seluruhnya," katanya. - HARAKAHDAILY 26/8/2017
Sumber HD-26-8-207 











Anggota Amal Klang perlu bantuan



















PENGARAH Lembaga Kebajikan PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Othman meluangkan masa menyantuni aktivis PAS dari Jabatan Amal Malaysia yang sedang menerima rawatan di  di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang. 
Ketika lawatan itu, Dr Rani sempat menghulurkan sumbangan kepada Roslan Yahya yang kini mengidap penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang tahap empat dan vertigo. 
Beliau yang hanya bekerja kilang mempunyai enam orang anak dan empat orang masih bersekolah manakala isterinya merupakan seorang suri rumah. 
"Sumbangan orang ramai boleh meringankan kesulitan yang ditanggung sementara masih berada dalam rawatan di hospital," ujar Dr Rani. 
Mereka yang bersimpati dengan nasib Roslan yang tinggal di Sungai Berteh Klang, boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun CIMB 7009182139 di atas nama ROSLAN YAHYA. – HARAKAHDAILY 25/8/2017 















































Sumber HD - 25-8-2017














PAS Selangor bakal letak ramai muka baru













BAGI mengisi 42 kerusi di DUN Selangor pada PRU-14 nanti, PAS akan mengetengahkan calon-calon di kalangan muka baru dan yang paling penting mereka adalah pilihan rakyat. 
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata, kebanyakkan calon yang akan diketengahkan PAS pada pilihan raya nanti adalah muka baru memandangkan beberapa wakil rakyat PAS yang sedia ada telah berpaling tadah kepada PAN. 
"PRU lalu kita tanding 21 kerusi, kita menang 15 kerusi kemudian ada yang cabut dan pergi kepada PAN. Tambahan ini adalah muka-muka baru," katanya dalam sidang media. 
Katanya, PAS meletakkan syarat yang sangat ketat untuk menjadi calon antaranya mereka mestilah pemimpin yang baik dan tidak ada rekod jenayah sebagaimana digariskan oleh Majlis Syura Ulamak. 
Jelasnya, calon-calon ini mestilah diserahkan kepada Majlis Syura Ulamak terlebih dahulu kerana penilaian itu bukan sahaja dinilai luaran sahaja tetapi melihat komitmen calon kepada program-program parti. 
Sementara itu, Sallehen juga menegaskan PAS tidak pernah menutup pintu perbincangan ke arah kesejahteraan rakyat Selangor. 
"PAS bersama PKR di dalam kerajaan dan kita sentiasa bincang dalam konteks kerjasama untuk kesejahteraan rakyat Selangor. Kita tidak bincang soal tiga penjuru sebab dengan Menteri Besar kita bincang soal kerajaan. Kita tidak bincang hal-hal kerusi dengan MB," katanya. 
Begitu juga katanya, di dalam lawatan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tidak lebih kepada untuk bertanya khabar bukannya mengenai pilihan raya sebagaimana didakwa sesetengah pihak. 
Daripada sasaran 42 kerusi itu, katanya PAS bersedia untuk bertanding di kerusi DAP, BN dan PKR termasuklah kerusi Azmin Ali di Bukit Antarabangsa dan Wan Azizah di Kajang. 
Walaupun PKR memenangi hanya 14 kerusi, PAS dan rakan sekutu Pakatan Rakyat lain bersetuju supaya parti itu menerajui kerajaan negeri Selangor. – HARAKAHDAILY 24/8/2017
Sumber HD- 24-8-2017 















Akta 355 dan Akta 164: Prinsip dan sikap













SATU perkara yang kita sedang saksikan dan akui bahawa pastinya satu bentuk polemik tidak bernoktah berlaku apabila melibatkan Islam dan hak umatnya di negara ini. 
2. Masih teringat memori apabila cadangan dan usul pindaan Rang Undang-Undang 355 iaitu berkenaan bidangkuasa Mahkamah Syariah dibentangkan di parlimen oleh Tuan Guru Presiden PAS, bagaimana kita boleh menyaksikan betapa riuh gegar gempita DAP, MCA, MIC dan juak mereka PAN dan PKR membantah dan mengemukakan 1001 alasan dan penolakan. 
3. RUU 355 adalah satu inisiatif untuk menaiktaraf akta yang sedia ada dalam perlembagaan yang berkaitan mahkamah syariah untuk umat Islam sahaja yang tidak menyentuh secara langsung kepentingan masyarakat bukan Islam. Cadangan pindaan ini semata-mata untuk memberi ruang dan hak kepada umat Islam agar memperolehi jaminan amalan kehakiman menurut agama Islam yang sebenar sebagaimana diberikan kebebasan kepada agama lain dan juga undang-undang sivil lain. Malah, cadangan pindaan ini dijamin perlembagaan bertepatan dengan kedudukan Islam dalam Perkara 3. 
4. Amat mengejutkan apabila cadangan usul ini apabila dibawa ke parlimen, penentang-penentang usul ini mempolemikkan RUU 355 ini semahunya beralasan seolah-olah RUU 355 ini satu yang bercanggah perlembagaan, tidak demokratik, pintu belakang hudud, menggangu hak masyarakat bukan Islam dan bermacam-macam lagi. Mereka terus menerus merekacipta pelbagai helah dan membuat tindakan tidak berakhlak untuk menghalang agar RUU 355 tidak berjaya diluluskan. 
5. Walaupun PAS telah berjaya melakukan pelbagai usaha seperti penyerahan memorandum kepada ahli-ahli parlimen, mengadakan majlis penerangan, dialog harmoni antara agama, ceramah dan penulisan ilmiah, wacana, forum termasuk berjaya mendapat sokongan suara rakyat dengan himpunan besar-besaran bagi meyakinkan bahawa RUU 355 ini adalah usaha yang wajar dan menepati suara umat Islam, namun ia tetap juga ditentang oleh mereka. 
6. Semoga RUU 355 apabila tiba masanya dibentang dan dibahas nanti, diharap tiada lagi suara-suara sumbang yang menentang dan menghalang. 
7. Ironinya apabila munculnya Isu pindaan Akta 164, iaitu akta yang melibatkan urusan perkahwinan dan perceraian masyarakat bukan Islam, lain pula kelihatan reaksinya penentang-penentang RUU 355 dahulu. 
8. Mereka bersungguh pula mempertahankan pindaan Akta 164 ini dengan beranggapan ia adalah satu akta khas untuk masyarakat bukan Islam dan demi menjaga hak mereka. 
9. Mereka pula bertegas meminta agar tidak dikeluarkan Seksyen 88A yang memperuntukan status agama anak dimana jikalau salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam (muallaf) yang selama ini menjadi isu pertikaian aqidah seorang anak walaupun ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Iaitu ia terkandung dalam Perkara 12(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya. 
10. Pihak yang menentang Akta 355 atau RUU 355 adalah pihak yang sama menyokong dan mendesak agar seksyen 88A tidak dikeluarkan daripada Akta 164. Ini boleh disaksikan menerusi kenyataan dan perbahasan mereka di parlimen. 
Alhamdulillah, walau begitu, Seksyen 88A tidak dimasukkan dalam pindaan ini. 
11. Tujuan pindaan Akta 164 ini pada asalnya bertujuan untuk menyelesaikan isu pertikaian hak suami isteri sekiranya salah seorang memeluk Islam, namun disana kedudukan dan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara dan juga hukum syariat perlulah diambil perhatian. 
12. Kekhuatiran terhadap pindaan Akta 164 ini adalah lojik sebagai contoh dalam pindaan Seksyen 3 yang mana perkataan "Eksklusif" diberikan kepada Mahkamah Sivil walaupun pihak yang terlibat adalah seorang muallaf dimana dia juga tertakluk dengan hukum Syariah. Persoalannya adakah Mahkamah Sivil dijamin mampu merujuk Syariah Islam dalam penghakimannya atau sekurang-kurang mampu menghormati kedudukan Islam seperti Perkara 3 dan juga Perkara 121 (1A)? 
13. Tambahan pula kekhuatiran juga kepada pindaan Seksyen 51 dan 51A, secara langsung Akta 164 ini akan berlaku pertindanan dengan Syariah Islam dan hak seorang muallaf (Muslim) dalam tuntutan hak. 
14. Mereka yang menyokong pindaan Akta 164 ini daripada awal sudah tentu menganggap akta ini mampu membela masyarakat bukan Islam atas semangat kebebasan mengamalkan agama masing-masing atau dapat mengubat kebimbangan yang kemungkinan pasangan bukan Islam tidak terbela disebabkan perceraian. Akan tetapi, bukankah sebaliknya jika dilihat secara adil, seorang muallaf itu juga dinafikan haknya apabila dia sendiri tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila dia sendiri gagal perolehi kehakiman berlandaskan Islam? 
15. Sikap pihak Kerajaan Persekutuan dengan tergesa-gesa mmeluluskn Akta 164 (pindaan) ini apabila dibentang pada hari kedua dan terus dibahaskan serta diluluskan walaupun pihak Ahli Parlimen PAS mengemukakan bantahan dan cadangan agar penelitian dan kemaskini secara holistik diambil tetapi masih tidak dihiraukan amat dikesali. 
16. Pihak Ahli Parlimen PAS juga berjaya menyuarakan peranannya mewakili umat Islam dan kepentingan saudara muallaf, walaupun tidak mampu menghalang Akta 164 (pindaan) daripada diluluskan atau ditangguhkan, mereka tetap berhak mendapat pujian. 
17. Semua pihak khasnya Kerajaan Persekutuan perlu mengambil kira cadangan daripada Ahli Parlimen PAS supaya satu Tribunal diwujudkan dalam akta ini atau diadakan mediasi antara kedua pihak iaitu pasangan yang menuntut hak itu atau antara Mahkamah Syariah dan Sivil, maka sewajarnya Akta 164 (pindaan) diberikan ruang mencukupi sebelum ia dilaksanakan nanti. 
18. Inilah prinsip dan sikap PAS, konsisten berpendirian teguh dan bertanggungjawab dengan membawa suara Islam serta berusaha memastikan kedudukan Islam sesuai dengan agama yang tinggi dan suci mengikut lunas Perlembagaan. 
19. PAS tidak hanya menyokong mahupun membantah membuta tuli atau mengikut telunjuk mana-mana pihak. Sekiranya PAS inginkan undi, nescaya PAS tidak mengusulkan pindaan RUU 355 dan begitu juga sekiranya PAS takut hilang undi, pastinya menyokong sahaja pindaan Akta 164 ini. 
20. PAS adalah parti yang ingin melaksanakan amanah Allah swt dan umat Islam di Malaysia ini. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Inilah Penyelesaian Kita" 
Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.
Sumber HD - 24-8-2017 



















PAS Selangor sedia tanding 3 penjuru











PAS Selangor bersedia menghadapi pertandingan 3 penjuru atau lebih pada Pilhanraya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. 
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi berkata perlu diingatkan dan ditegaskan pertembungan 3 penjuru bukan dimulakan oleh PAS, sebaliknya rekod menunjukkan bahawa DAP dan PAN terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan untuk bertanding di kerusi PAS. 
"Ia merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pada 30 Oktober 2015 yang akan meletakkan calon DAP di lapan kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh PAS. Kenyataan pimpinan DAP itu telah disusuli dengan kenyataan Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim pada 31 Disember 2016 untuk bertanding di semua kerusi yang ditandingi oleh PAS," ujar Ustaz Sallehen dalam sidang media di Carlton Holiday Hotel&Suites di sini hari ini. 
Beliau yang juga Adun Sabak itu turut berkata bahawa pimpinan PAS Selangor berpendapat adalah wajar untuk memastikan kerusi-kerusi tradisi ditandingi PAS tidak perlu diganggu oleh DAP atau PAN malah bersedia menyahut cabaran. 
Dalam waktu yang sama ulasnya, PAS turut membuka ruang perbincangan untuk memastikan kesejahteraan dan kestabilan politik di negeri Selangor dapat diuruskan. 
Setelah meneliti data dan fakta serta kesediaan jentera, PAS Selangor katanya bersedia untuk meletakkan calon sekurang-kurangnya di 42 kerusi Dun Selangor pada PRU14 nanti. 
"PAS Selangor yakin semua jentera dan pimpinan PAS di semua peringkat bersemangat malah bersedia untuk menghadapi PRU14 dalam mendepani parti lawan samada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH)," jelas Sallehen. – HARAKAHDAILY 24/8/2017
Sumber HD- 24-8-2017 





















PAS sasar tanding 42 kerusi di Selangor












TANGGAL 16 September ini seluruh jentera pilihanraya PAS Selangor sudah beroperasi sepenuhnya, lengkap dan bersedia bagi menghadapi PRU ke 14 
Tengahari tadi di Shah Alam Pesuruhjaya PAS Selangor YB Ustaz Sallehen Mukhyi dalam satu sidang akhbar menyatakan bahawa PAS Selangor bersedia bertanding disekurang-kurangnya 42 kerusi DUN iaitu peningkatan hampir 100 peratus dari jumlah yang ditandingi dalam PRU lalu. 
PAS tidak pernah minta untuk bertanding tiga atau lebih penjuru tetapi suasana politik semasa dengan sikap DAP dan Pan yang masing-masing mensasarkan kerusi PAS memaksa PAS membuat persediaan untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. 
42 kerusi yang disasari PAS itu termasuklah kerusi milik DAP, PKR dan BN. 
Apa pun menurut PJ Selangor PAS Selangor bersedia mendengar dan berunding demi kesejahteraan Selangor dengan mana-mana pihak yang boleh menerima perjuangan PAS. 
Kini bola bukan lagi di gelanggang PAS. – HARAKAHDAILY 24/8/2017
Sumber HD - 24--2017 






















Anggota Amal bergotong royong dalam 'A Day For Charity'










JABATAN Amal Malaysia (JAM) Negeri Selangor hari ini mengadakan 'A Day For Charity' di Kampung Kelanang, Banting dengan membawa khidmat gotong royong pembersihan dan juga Dapur Rakyat yang merupakan salah satu produk khidmat masyarakat dalam misi-misi bencana alam JAM di semua peringkat. 
Sempena program Khidmat Masyarakat, JAM Negeri Selangor bersama penduduk Kampung Kelanang, Banting bergotong royong menumbangkan seekor lembu dan memasak bagi menjamu penduduk kampung dan anggota Amal. 
Pada masa yang sama anggota JAM Negeri Selangor membantu penduduk kampung membersihkan kawasan jeti nelayan dan kawasan perkuburan Islam berdekatan Masjid Al-Azim. 
Sumbangan lembu tersebut adalah dari Pejabat Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib bagi menjamu penduduk yang rata-ratanya adalah nelayan. 
Anggota Amal turut bersama melapah dan memotong daging tersebut untuk dimasak bagi menjamu penduduk Kampung Kelanang dalam satu majlis penyampaian bantuan makanan kepada golongan asnaf yang disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. - HARAKAHDAILY 20/8/2017 

























































Sumber HD - 20-8-2017
























Laporan audit negara: Kelantan terbaik

BADAN Perhubungan Pas Negeri Selangor ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim kerana telah mendapat pengiktirafan berhubung dengan Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan dengan memperoleh markah sebanyak 99.0 peratus. 
Kejayaan yang diperoleh ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa slogan Membangun Bersama Islam yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan merupakan satu penghayatan kerja berlandaskan prinsip Islam yang menekan aspek ke bertanggungjawaban, ketelusan, amanah dan kecekapan. 
Skor yang diperoleh ini merupakan yang tertinggi dan ini secara langsung telah menidakkan tohmahan dan fitnah daripada musuh-musuh politik Kerajaan Negeri Kelantan dengan tuduhan melulu dan tersasar dari kenyataan yang sebenar. 
Semoga usaha Kerajaan Kelantan ini dapat menjadi contoh tatacara kerja yang berintegriti tinggi yang secara langsung akan dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. 
USTAZ SALLEHEN MUKHYI
Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor - HARAKAHDAILY  2/8/2017
Sumber HD - 2-8-2017 



























Tahniah Leong Jun Hao


DACS mengucapkan sekalung tahniah kepada pemain badminton negara Jun Hao kerana menjadi juara perseorangan lelaki dalam Kejohanan Remaja Asia 2017 di Jakarta, Indonesia, semalam. 
Beliau menamatkan penantian kejuaraan untuk Malaysia selama empat tahun selepas menewaskan pemain dari China, Yupeng Bai, 21-6, 20-22, 21-17 selama hampir 75 minit. Kali terakhir pemain Malaysia menjadi juara pada tahun 2013. 
Jun Hao, 18, menjadi pemain badminton remaja negara yang ketiga menjadi juara remaja Asia selepas Soo Teck Zhi pada tahun 2013 dan Zulfadli Zulkifli pada tahun 2011. 
Semoga kejayaan ini akan memberi semangat kepada skuad badminton negara untuk menghadapi Sukan Sea 2017 tidak lama lagi.
Majulah sukan untuk negara. 
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS)
Dewan Pemuda PAS Selangor / Malaysia
Sumber HD - 31-7-2017 





























Bebarapa pesanan DUPNS untuk jemaah haji

DEWAN Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) mendoakan agar semua jemaah haji pada tahun ini beroleh haji yang mabrur. Dalam pada itu, DUPNS ada beberapa pesanan.
1. Jangan lupa untuk melapangkan masa membaca al-Quran. Kalau dapat, biar lebih 3 kali khatam al-Quran sepanjang musim haji. Lapangkan masa, bukan mencari masa lapang.
2. Ambil peluang menghafal surah tertentu seperti Surah Yasin, Surah Sajdah dan Surah Al-Kahfi.
Berada di Mekah/ Madinah selama lebih 40 hari merupakan peluang yang terbaik untuk menghafaz ayat-ayat al-Quran.
3. Peruntukkan masa bagi mengulang kaji terjemahan al-Quran dan memohon hidayah dari Allah.  Kalau ada para asatizah, ajak mereka sama-sama mengepalai tadabbur ayat al-Quran.
4. Apabila berpeluang menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Medan Uhud, tapak perang Ahzab, Gua Hira' dan lain-lain, jadikan ziarah itu sebagai medan bagi menghayati kesusahan dan kesungguhan para sahabat dalam memperjuangkan Islam dan menaruh keazaman untuk bersama dalam perjuangan Islam sekembali ke Malaysia.
5. Apabila selesai tahallul umrah dan haji; dan setelah selesai melontar jamrah; berdoa agar selamat dari tipu daya syaitan dan  berazam menjauhi semua amalan jahiliyyah.
Semoga Allah menerima segala amalan kebajikan kita. Mudah-mudahan beroleh haji yang mabrur. 
Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
Sumber HD - 29-7-2017






























Tahniah pasukan bola sepak bawah 22 tahun

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara kerana buat kali pertama mengesahkan kelayakan untuk beraksi dalam Kejohanan AFC B-23 di China tahun depan selepas menjuarai Kumpulan H, saingan kelayakan di Thailand semalam. 
Ia merupakan kejayaan besar buat skuad kendalian coach Datuk Ong Kim Swee yang sebelum ini agak bermasalah dari sudut persiapan pasukan.
Semoga kejayaan ini akan memberi semangat kepada atlit lain untuk turut berjaya di dalam bidang sukan masing-masing. 
Majulah sukan untuk negara. 
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS)
Dewan Pemuda PAS Selangor / Malaysia
Sumber HD - 24-7-2017 
































Waspada dengan polemik khilafiyyah

Mazhab-mazhab diasaskan sebagai tanggungjawab ilmuan terdahulu menyelesaikan masalah umat Islam. Dari sudut praktis Islam, munculnya mazhab Feqh. Dari sudut mendepani pencemaran pemikiran dan penjajahan, munculnya mazhab aqidah. 
Malangnya pada hari ini mazhab yang sepatutnya menyelesaikan masalah umat, bertukar menjadi masalah buat umat. Ia dipolemikkan sehingga membutakan mata umat dari mendepani realiti cabaran semasa.
Ingatan Wahyu 
Terdapat punca yang datang dari kelemahan umat Islam dan kelicikan pihak musuh dalam memanipulasi mazhab.

Ditambah lagi dengan dorongan sikap yang menganggap ilmu merupakan
aset yang boleh dibanggakan untuk menaikkan prestij diri sendiri. Gejala ini telah diingatkan oleh Allah dan Rasul SAW; 
“Adapun orang yang di dalam hatinya cenderung kepada kesesatan, maka mereka gemar mengikuti sebahagian ayat yang mempunyai kesamaran, untuk menimbulkan fitnah dan mereka-reka penyelewengan” - Ali Imran ayat 7. 
“Barangsiapa yang menuntut ilmu semata-mata mahu dinobat sebagai ulama’, atau mahu menunjuk-nunjuk kepandaian terhadap orang-orang jahil, atau mahu meraih populariti di kalangan masyarakat, Allah akan memasukkanya ke dalam neraka” - hr Tirmizi. 
Tidak Meneliti Sejarah
Kejahilan terhadap sejarah kemunculan mazhab dan selok belok mazhab menyumbang kepada kekaburan tujuan bermazhab. Kelemahan ini menyebabkan umat Islam gagal berinteraksi dengan tuntutan umat dan prioriti semasa. 
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pernah menegaskan, akibat tidak menekuni sejarah yang melatari kemunculan mazhab menyebabkan seseorang menjadi fanatik dan gagal menyesuaikan keperluan bermazhab dengan tuntutan realiti. 
Strategi Musuh Islam
Kebelakangan ini kita sedari, sudah mula diaktifkan kembali polemik-polemik khilafiyyah. Di dalam lipatan sejarah, wujud polemik Kaum Muda dan Kaum Tua. Akhirnya penjajah Belanda & British yang beroleh keuntungan. 
Apakah kita lupa sejarah orientalis Belanda yang bernama Snouck Hurgronje yang menyamar sebagai Kiyai Haji Abdul Ghafur @ Ghaffar. Seorang yang dilihat sebagai tokoh agama tetapi membawa misi perpecahan umat di Aceh melalui permasalahan khilafiyyah. 
Strategi ini demi menguasai fokus umat Islam agar meninggalkan isu-isu besar yang menjajah mereka. Ia akan sentiasa dikitar semula. 
Negara Sasaran
Musuh mensasarkan negara-negara yang mempunyai nuansa politik aman. Tidak terjebak dengan konflik bersenjata. 
Pada masa yang sama jiwa masyarakatnya sedang pesat membangun kesedaran kembali kepada Islam. 
Yang pasti polemik khilafiyyah tidak akan disambut oleh masyarakat yang rosak. Sebaliknya ia mesti disambut oleh masyarakat yang 'mutadayyin'.
Jika diamati, Malaysia antara negara yang mempunyai kriteria tersebut. Masyarakat kita sedang semangat kembali menghayati Islam. 
Kelas-kelas pengajian Islam laris. Gerakan Islam mendapat tempat mewakili suara masyarakat Islam dan proses mengislamkan sistem sedang giat dijalankan. Sudah pastilah musuh Islam tidak akan membiarkan Islam kembali bangkit dengan selesa. 
Maka mereka memanipulasi semangat masyarakat awam muslim yang ingin kembali kepada Islam, dengan melencongkan arus mereka agar sibuk dengan polemik-polemik mazhab. Dengan sabotaj tersebut, dikira dapat menangguhkan kebangkitan Islam. 
Penyudahnya Gerakan Islam Yang Jadi Mangsa
Terdapat beberapa tulisan musuh yang perlu diamati, sebagai gambaran apa yang berlaku ke atas dunia Islam. 
Antaranya melalui tulisan Cheryl Bernard yang berjudul Civil Democratic Islam pada tahun 2004. Beliau membahagikan masyarakat Islam kepada empat bahagian. Kelompok yang ada kaitan dengan projek manipulasi mazhab adalah kelompok yang digelar traditionalis. Mereka terdiri di kalangan agamawan yang mempunyai pengaruh dan dilihat kononnya tidak berpihak. 
Golongan ini diheret untuk bertembung dengan kelompok yang fokus ingin menegakkan Islam. Mereka mengajukan perbahasan-perbahasan yang kelihatan ilmiah untuk mengalih fokus umat Islam. Kesan dari modus operandi ini: 
•  Masyarakat pening dengan isu cabang agama.
•  Topik-topik perjuangan Islam dipertikaikan menyebabkan timbul keraguan terhadap kelompok yang berusaha mengembalikan Islam.
•  Melahirkan golongan fanatik-fanatik mazhab yang saling bertempur.
•  Menyah-kreditkan wibawa gerakan Islam beralasankan mazhab.
•  Memberi talian hayat buat pendukung sekular dan memberi nafas baru buat pendukung neo-sekular.
•  Munculnya kempen yang kelihatan seperti sufisme tetapi bertujuan menghanyutkan umat Islam dari mengambil bahagian dengan komitmen menegakkan Islam. 
Begitu juga tulisan seliaan Rand Corporation bertajuk Unfolding Future Of The Long War yang ditulis oleh Christopher G Pernin, Dale Stahl, Justin Beck dan Ricky Radaelli. Diterbitkan pada 2008 sebagai persediaan meledakkan konflik Asia Barat untuk menjayakan misi pemetaan semula dunia Islam. 
Perancangan mereka bukan sekadar mewujudkan pertembungan antara aliran khalaf dan salaf. Bahkan jelas mereka merupakan dalang kepada pertembungan antara Sunni dan Syiah. Musuh mencipta polemik mazhab untuk mewajarkan konflik antara umat Islam. 
Contoh Senario
Setelah pencerobohan Amerika ke atas Iraq, tiba-tiba konflik Sunni dan Syiah meruncing. Jika kita lihat, ini jugalah alasan awal yang terbit untuk meletuskan perang saudara di Syria. 
Adu domba dimainkan dengan penuh licik, dibakar sentimen anti Sunni di wilayah Syiah dan dibakar sentimen anti Sunni di wilayah Syiah. Walaupun kita akui Syiah merupakan ajaran yang menyeleweng, tetapi kini bukan masanya untuk berbalah sesama ahli kiblat. 
Sementara itu, jatuhnya Mursi di Mesir turut menyaksikan permainan propaganda mazhab. Para ulama’ dipergunakan untuk merangsang kebencian terhadap Ikhwan Muslimin beralasankan bahawa gerakan Islam tersebut beraliran Salaf. 
Ditiupkan pula implikasi salaf menyebabkan kekufuran serta berpotensi menjadi khawarij yang bakal menghancurkan Islam di Mesir. 
Propaganda tersebut dimainkan serentak dengan kempen sokongan terhadap Jeneral Abdul Fattah al-Sisi. Sedangkan rejim tersebut dibiayai oleh Saudi yang terkenal sebagai negara Wahhabi serta didukung oleh Parti Nur yang mewakili aliran Salafi Mesir.\ 
Akhirnya hasil dari polemik mazhab berjaya menjatuhkan gerakan Islam serta mencetuskan perang saudara yang memakan korban ribuan nyawa hingga ke hari ini. 
Prioriti Semasa
Memahami prioriti semasa merupakan ilmu warisan sebaik-baik generasi didikan Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir, sekumpulan rombongan yang datang dari Iraq pernah bertanya kepada Ibnu Umar tentang hukum darah nyamuk ketika berihram. 
Lantas Ibnu Umar melenting kerana soalan sedemikian bukanlah prioriti ketika itu. Sedangkan kes pembunuhan Saidina Hussein masih belum terbela. Beliau berkata: “Lihatlah mereka, bertanya tentang hal darah nyamuk, pada masa yang sama mereka telah menumpahkan darah cucu Rasulullah S.A.W!” (Ibnu Kathir, al-Bidayah Wa al-Nihayah) 
Berdasarkan kisah ini, umat Islam perlu sentiasa memikirkan perkara yang mempunyai keutamaan yang lebih besar. 
Pendirian tersebut perlu dipupuk bagi setiap generasi muslim supaya celik dan mampu mendepani cabaran global yang mendatang. Dr Yusuf al-Qaradhawi menegaskan: “Menjadi satu bentuk pengkhianatan terhadap umat pada hari ini dengan membawa mereka tenggelam di dalam kancah perdebatan masalah-masalah furu’ feqh atau pinggiran aqidah.” (Dr Yusuf al-Qaradhawi, al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum) 
Musim
Ketika arus kebangkitan Islam dilihat mulai deras, tidak semena-mena tercetus isu-isu khilafiyyah yang mengganggu fokus umat. 
Maka kita didorong untuk alpa dengan kemaraan doktrin liberalisme yang mula mengambil alih penguasaan minda kebanyakan masyarakat awam muslim. 
Lebih mengecewakan, umat Islam tidak merasa bertanggungjawab untuk menekuni perbahasan-perbahasan ideologi yang menjadi dasar penjajahan baharu. 
Pemikiran-pemikiran yang dicipta untuk cuba merampas autoriti Allah sebagai pemutus dasar cara hidup manusia. Bukankah itu merupakan perkara usul yang tiada kompromi? 
Enak Dieksploit Musuh
Musuh berjaya memanipulasi ilmuan-ilmuan Islam yang naif, agar bersilat dan menyemarakkan api permusuhan antara satu sama lain atas nama mazhab. 
Katanya ilmiah, namun yang terzahir lebih kepada emosi, dendam dan reaksi yang merugikan. 
"Sesatnya sesuatu kaum setelah memperolehi hidayah, melainkan mereka ditimpa penyakit suka berdebat." - hr Hakim. 
Beringat
Usah sewenangnya-wenangnya melayan polemik ini. Tidak dinafikan ia amat mengujakan seperti menonton pertandingan laga ayam. Namun apakah berbaloi dengan memperjudikan nasib umat? 
Jika tidak terzahir sekarang pun, nantikanlah saat barah tersebut mengancam survival umat. Ketika itu masing-masing akan teringat sejarah jatuhnya Byzantine kerana ilmuannya sibuk berbahas ayam dahulu atau telur dahulu? 
Abdul Mu'izz Muhammad
Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Klang
21 Julai 2017 
* ringkasan dari kertas kerja 'Mengurus Polemik Mazhab' bertarikh  3 April 2016.
Sumber HD - 22-7-2017 


































Tahniah Khairul Hafiz Jantan

REKOD kebangsaan acara 200 meter (m) milik Tan Sri Dr M.Jegathesan selama 49 tahun lebur dek kepantasan larian anak muda dari Melaka, Khairul Hafiz Jantan. 
Khairul Hafiz mencatat kepantasan larian 20.90 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. 
Semoga dengan kejayaan ini memberi suntikan moral kepada beliau dan rakan-rakan atlit Malaysia yang lain untuk mencatat kemenangan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) tidak lama lagi. 
Majulah sukan untuk negara
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS)
Dewan Pemuda PAS Selangor / Malaysia
Sumber HD- 19-7-2017 

Tahniah Ziyad kerana pecah rekod dunia - DACS

DACS Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada atlit paralimpik negara, Muhamad Ziyad Zolkefli yang telah memecahkan satu lagi rekod dunia. 
“Tahniah kepada atlit paralimpik negara, Muhamad Ziyad Zolkefli yang telah memecahkan satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London semalam.” demikian dinyatakan oleh Pengarah, Department of Arts, Culture and Sports (DACS), Dewan Pemuda PAS Selangor / Malaysia, Muhammad Fadzli b. Abu Bakar dalam suatu kenyataannya. 
Dalam pada itu DACS juga mengucapkan tahniah kepada seorang lagi atlit paralimpik negara. 
“Tidak dilupakan juga sekalung tahniah dan syabas kepada seorang lagi atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly yang memenangi emas serta memperbaiki rekod lompat jauh yang diciptanya sendiri pada tahun 2015 di kejohanan yang sama,” nyata beliau lagi. 
Muhammad Fadzli juga berharap kejayaan atlit paralimpik ini dapat terus memberi inspirasi kepada seluruh atlit negara dan rakyat Malaysia. – HARAKAHDAILY 18/7/2017
Sumber HD- 18-7-2017 





































A330 Perth KLIA: Doa itu kemuncak harapan tertinggi

FIRMAN Allah swt dalam surah Al Ankabut ayat 65, 
فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّ
نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ 
Maksudnya, ".. Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya..."
FirmanNya lagi dalam surah al Isra' ayat 67, 
وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ ۖ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ كَفُورًا 
Maksudnya, "..Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)..." 
1. Manusia perlu sedar betapa mereka sangat berhajat kepada kekuasaan Allah sebagai pencipta mereka dalam segenap dan setiap saat urusan kehidupan ini. 
2. Apakah mereka sudah sombong dengan Allah swt sehingga ke tahap dalam keterdesakkan mereka pun enggan berpaling kembali kepada Allah swt pada waktu dimana tidak ada pertolongan dan bantuan daripada sesiapapun melainkan olehNya? 
3. Sekalipun mereka lupa Allah swt dikala waktu kesenangan dan keselesaan, sekurang-kurangnya kembalilah kepadaNya pada waktu keterdesakan dan kesempitan. 
4. Reaksi juruterbang AirAsia Airbus A330 dari Perth ke Kuala Lumpur baru-baru ini yang meminta agar para penumpang berdoa ketika pesawat berkenaan mengalami masalah teknikal sepatutnya dipuji dan disokong oleh semua pihak khasnya yang beragama Islam. 
5. Sudah tentu para penumpang pesawat berkenaan pelbagai agama tidak mengira Islam, Kristian, Budhha, Hindu, Yahudi dan lelainnya akan membaca doa dan bacaan ritual masing-masing secara spontan apabila menghadapi situasi sebegitu. 
6. Itulah sikap manusia yang secara spontannya akan kembali kepada pencipta mereka pada saat itu mereka menyedari hanya satu kuasa sahaja yang mampu memberikan harapan kepada mereka tatkala tidak daya dan kuasa pada manusia melainkan Allah swt. 
7. Ayat di atas menterjemahkan sikap manusia oleh Allah swt sendiri yang mencipta dan mengenal diri manusia yang sangat lemah dan berhajat kepadaNya. Dia mendedahkan bagaimana sikap manusia akan berpatah balik kepada pemilik alam ini iaitu Allah swt untuk menyelamatkan mereka ketika mereka menghadapi kesulitan dan kesusahan. 
8. Tetapi manusia itulah juga akan bersikap sombong dan lupa daratannya apabila mereka diselamatkan daripada kesusahan dan bahaya terhadap Allah swt atau mereka kembali kufur apabila mereka berada di zon selesa. 
9. Namun, agak menghairankan masih ada seorang ahli politik ini yang masih mengaku Islam tetapi bersikap skeptikal dan prejudis dengan apa sahaja berunsur Islam malah apa sahaja berunsur agama. 
10. Orang sebegini bukan "up to date" walaupun dirinya merasa begitu dengan menjadikan dirinya menolak untuk berpaut kepada agama, hakikatnya dia sebenarnya "out dated" atau ketinggalan zaman. 
11. Masyarakat sudah ingin kembali kepada agama khasnya Islam. Masyarakat dan umat Islam khasnya dan semua penganut agama umumnya sudah merasai bahawa perlunya kehidupan ini berpaksi dengan sesuatu melangkaui kemampuan manusia yang secara nalurinya bahawa setiap kejadian sesuatu ada kuasa atau pencipta dan penentu di sebaliknya. 
12. Lihatlah kebanyakan pemandu kenderaan kereta di atas jalan, kita akan saksikan betapa manusia amat berhajat kepada perlindungan atau "guardian" demi keselamatan mereka dengan tidak hanya bergantung sepenuhnya pada ciri-ciri keselamatan kereta untuk menyelamatkan mereka ketika bahaya. Orang Islam akan membaca doa ketika menaiki kenderaan. Penganut Kristian, Hindu dan Budhha akan meletakkan tanda sembahyang mereka pada kenderaan samada lambang salib dan patung agama Buddha dan Hindu di papan dashboard kereta mereka. 
13. Para mufassirin dalam mentafsirkan ayat di atas membawa kisah diriwayatkan oleh Ikrimah bin Abu Jahal bahawa sekumpulan penduduk Mekah melarikan diri ketika pembukaan Kota Mekah oleh Rasulullah saw kerana bimbang keselamatan mereka. Mereka menaiki kapal menuju ke Habshah, ketika dalam pelayaran kapal mereka dipukul ribut sehingga rosak. Lalu salah seorang daripada mereka berkata, "ketika ini kita hanya mampu berdoa kepada Tuhan yang satu yang mampu menyelamatkan kita." Lalu Ikrimah pun berkata,  kalau sekiranya di lautan inipun Tuhan yang satu yang mampu memberikan pertolongan, begitulah juga di darat, Tuhan yang satu juga. Lalu selepas mereka melepasi bahaya di lautan,  Ikrimah datang bertemu Rasulullah saw dan memeluk Islam dan menjadi sahabat Baginda saw yang baik. 
14. Oleh itu, berdoa bukannya sikap tidak memberi harapan, malah ia adalah kemuncak dan setinggi pengharapan yang dilakukan oleh manusia. Kita yakin kapten atau juruterbang AirAsia Airbus A330 sudah melakukan SOP atau melalui prosedur keselamatan ketika pesawat berkenaan menghadapi masalah teknikal, namun selebihnya diperlukan agar memohon doa daripada para penumpang agar dikurniakan oleh Allah swt keselamatan kepada pesawat, juruterbang, anak kapal dan seluruh penumpang. 
15. Tabik hormat dan tahniah kepada kapten pesawat AirAsia Airbus A330 yang merupakan seorang Muslim (menurut info). Mungkin dengan doa itu, para penumpang dan seluruh anak kapal dan pesawat berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamatnya. Wallahu'alam 
16. Pihak berkenaan yang mempertikaikan juruterbang yang memohon doa keselamatan, cuba merasai juga berada dalam situasi berkenaan. Pastinya dia juga akan teringat kepada Allah swt. Mungkin dia selesa ketika itu berada di darat, sebab itu dia tak sedar. 
Doa itu adalah otak ibadah. 
Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
Sumber HD - 27-6-2017 







































Cadangan buat dua kerja akan runtuhkan institusi keluarga

CADANGAN agar rakyat Malaysia melakukan lebih dari satu pekerjaan yang disokong oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan melalui "tweet" beliau boleh meruntuhkan institusi keluarga. 
Jika bapa atau ibu terpaksa melakukan kerja kedua dan masa bersama anak-anak semakin berkurangan maka kemungkinan hubungan kekeluargaan akan menjadi renggang. 
Akibatnya anak-anak akan kurang menerima kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya dari ibu bapa. Maka anak-anak akan menjadi lebih rapat dengan kawan-kawan atau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas kekosongan yang dirasakan oleh mereka. Tambahan pula anak-anak seperti ini mungkin akan memberontak untuk mendapatkan perhatian. Jika tidak dikawal ia dibimbangi boleh mewujudkan gejala-gejala sosial. 
Cadangan ini juga gagal menyelesaikan masalah  sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Malah ia akan mewujudkan masalah-masalah lain.
Ramai rakyat Malaysia yang terpaksa melakukan lebih dari satu pekerjaaan kerana pendapatan mereka tidak dapat menampung keperluan perbelanjaan. Di antara sebab utama adalah kos sara hidup yang meningkat. GST adalah juga salah satu punca peningkatan kos sara hidup ini. 
Selain dari itu, nilai ringgit yang merudum jatuh menyebabkan barangan yang diimport seperti bahan makanan dan ubat-ubat turut meningkat harganya. 
Kerajaan perlu memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah ini dan bukan menyarankan rakyat membuat dua pekerjaan. 
Di Selangor di antara usaha-usaha kerajaan negeri untuk membantu rakyat adalah dengan mengecualikan cukai pintu untuk Rumah Kos Rendah dan memperkenalkan skim rawatan kesihatan percuma Peduli Sihat. Kerajaan Persekutuan perlu mencontohi usaha-usaha seperti ini. 
DATUK ISKANDAR A. SAMAD
Naib Presiden PAS
23 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 23/6/2017
Sumber HD - 23-6-2017 









































Dapur Rakyat Jabatan Amal sedia makanan untuk mangsa banjir

KEJADIAN banjir kilat di Kg. Bt. 10 Hulu Langat, Sabtu lepas melibatkan lebih 2,000 mangsa terjejas berikutan hujan lebat yang turun pada waktu petang hari sebelumnya sehingga menenggelamkan beberapa buah rumah dan beratus lagi dimasuki air. 
Lajnah Kebajikan PAS Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Dr Abd Rani Osman turut sama Dr Che Rosli Che Mat, Razaly Hassan, Ustaz Shafie Ngah bersama Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Selangor dan Muslim Care telah tampil dengan pantas memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas dengan membentuk satu pasukan "Task Force Banjir Langat". 
Menurut Pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor,  Shehdi Hazrik Shamsudin, keseluruhan operasi ditempatkan di Kompleks Penghulu Batu 14, Hulu Langat yang melibatkan pasukan Dapur Rakyat, Markas Skuad Bantuan Pembersihan rumah dan sekolah, serta pusat pengumpulan barangan bantuan. 
"Kita telah menyediakan makanan sahur pagi tadi dan petang pula makanan untuk berbuka puasa kepada 2,000 mangsa banjir," katanya.
PAS dan Jabatan Amal kini dilihat sentiasa terkehadapan dalam menawarkan bantuan dan khidmat semasa berlaku bencana alam,
Khidmat Dapur Rakyat antara bantuan yang sangat membantu semasa pemulihan bencana seperti banjir kilat. 
Penyelaras Operasi Task Force Banjir Langat, diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat, Zurk Ahmad  yang juga Timbalan Pengarah 1 Bahagian Operasi JAM  memaklumkan sumbangan makanan yang diterima adalah daripada Muslim Care, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari Sg Tua, Meru, Bangi, Sri Serdang Noor Hanim Ismail dan orang ramai termasuk syarikat air ABBAS. 
Ketua Operasi JAM Negeri Selangor pada kali ini diketuai oleh Timbalan Pengarah, Mashadi Saien mamaklumkan sehingga kini anggota Amal Selangor masih aktif meneruskan misi bantuan dalam bentuk menyediakan tenaga pembersihan rumah, mengumpul bantuan kewangan, serta Dapur Rakyat bagi penyediaan makan minum kepada mangsa-mangsa banjir serta petugas-petugas yang terlibat.            
Sumber HD - 21-6-2017 












































Banjir Hulu Langat: Sumbangan kecemasan diperlukan

BANJIR kilat melanda Hulu Langat sejak petang semalam (17 Jun 2017). Limpahan air sungai-sungai kampung, Sungai Langat dari Pangsun, Perdik dan kawasan sekitarnya melimpahkan air yang menyebabkan air naik mendadak di sekitar Hulu Langat. Jabatan Amal, Pasukan Halwa dan Muslimat Hulu Langat sedang bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir. 
Justeru, sumbangan kilat diperlukan bagi membantu dan meringankan beban kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga Allah mengganjarkan syurga-Nya buat kita yang berusaha untuk membantu saudara-saudara kita yang di dalam kesusahan. Insha Allah. Aamiin. 
Selain wang tunai, kami juga menerima sumbangan dalam bentuk barang-barang keperluan seperti makanan (terutama makanan dalam tin), barang keperlua bayi seperti Pampers, susu, selimut serta barang keperluan wanita seperti tuala wanita dan sebagainya. 
Barang-barang sumbangan tersebut bolehlah dihantar terus ke:   https://foursquare.com/v/kompleks-penghulu-mukim-hulu-langat/56f7e768498e7f811b87c2aa 
Dan bagi yang ingin menyumbang dalam bentuk wang tunai, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun: 
MAYBANK 5640 2540 0711 - Dewan Muslimat PAS Pusat
SMS/Whatsapp slip sumbangan  atau sebarang pertanyaan berkenaan sumbangan barang keperluan kepada: 
Dr. 'Uyun: 019-357 7502
Puan Zurina: 014-306 9141
Saudari Zuriati: 019-204 9434
Saudari Oyeen: 019-590 2381
hlgtJun 

Semoga dengan sumbangan anda, ianya menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. Insya Allah, Jazakumullah Khair Katheera. Siiru 'ala Barakatillah. 
Diterbitkan oleh:
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia
Sumber HD - 18-6-2017 














































Iftar: Buka peluang bukan Islam kenali Islam

IFTAR Antara Budaya anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri Chempaka, semalam membuka peluang kepada masyarakat bukan Islam mengenali agama itu dengan lebih dekat. 
Ahli Dewan Negeri Chempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, majlis itu bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, lapor SelangorKini.

ifta 

ifta1 
K atanya, program tahun ini dianjurkan di kawasan majoriti Cina untuk memudahkan mereka hadir.
“Majlis ini terbuka kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. 
“Saya berharap apabila masyarakat bukan Islam mengenali Islam yang sebenar, maka kuranglah berlaku salah faham dan masyarakat akan menjadi lebih harmoni,” katanya yang juga Exco Kerajaan Selangor. 
Bermula pada jam 6.00 petang di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Baru Ampang, majlis iftar turut diserikan dengan ceramah dan dialog bersama pendakwah bebas yang tidak asing lagi, Dr Ann Wan Seng. 
Terdapat juga pertandingan menulis Jawi untuk masyarakat bukan Islam, pertandingan menulis kaligrafi Cina untuk masyarakat bukan Cina dan pameran penerangan berkenaan Islam. 
Program tahunan itu turut dihadiri wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum dan agama.
Sumber HD- 18-6-2017 
















































Iftar antara budaya kukuh hubungan masyarakat

PUSAT Khidmat Masyarakat Dun Chempaka akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa (Iftar) antara budaya bagi mengukuhkan hubungan dalam kalangan anggota masyarakat setempat. 
Ahli Dewan Negeri Chempaka, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, majlis bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, pada 17 Jun itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.

“Majlis ini bertujuan mengukuhkan hubungan persahabatan dalam kalangan anggota masyarakat selain meningkatkan persefahaman di antara mereka," katanya yang juga Exco Kerajaan Selangor. 
Menurutnya, sebelum ini pernah diadakan di Galeri Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah dan Pusat Bandar Pandan Indah yang mana kali ini adalah tahun keempat diadakan. 
Beliau berkata, lebih menarik, majlis turut dimeriahkan dengan beberapa acara termasuk ceramah dan dialog bersama Dr Ann Wan Seng, peraduan menulis jawi untuk masyarakat bukan Islam, peraduan menulis kaligrafi Cina untuk masyarakat bukan berbangsa Cina dan pameran penerangan berkenaan Islam. 
Untuk maklumat lanjut, hubungi Musalmah di talian 0173969518 atau Cik Lee (0122731027).
Sumber HD - 12-6-2017 


















































Tahniah, selamat kembali Misbun Sidek

DACS DPP Malaysia mengucapkan tahniah dan selamat kembali Datuk Misbun Sidek ke Persatuan Badminton Malaysia atau lebih dikenali dengan nama (BAM). DACS DPP Malaysia mendoakan agar kehadiran semula Datuk Misbun untuk mengetuai kejurulatihan badminton perseorangan lelaki akan dapat melahirkan lebih ramai pemain berpotensi dan juara di peringkat antarabangsa seperti Datuk Lee Chong Wei. 
Sejak Datuk Misbun dilantik sebagai jurulatih skuad lelaki perseorangan kebangsaan dari 2003 hingga 2010, beliau telah banyak mencungkil bakat pemain negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Roslin Hashim dan Hafiz Hashim. Sehinggakan beliau melahirkan pemain pertama memenangi semua kejuaraan Siri Super, dua pingat perak di sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England. 
DACS DPP Malaysia mengharapkan Datuk Misbun dapat menggalas amanah ini dengan baik dan diberi sokongan penuh oleh BAM untuk memastikan beliau dapat melatih dan melahirkan lebih ramai juara bertaraf antarabangsa. Harapan yang diberikan oleh rakyat Malaysia cukup tinggi untuk melihat mutu pemain badminton kebangsaan ditingkatkan dan kejuaraan di peringkat antarabangsa dapat digandakan. Semoga Datuk Misbun tidak diganggu urusan kejurulatihannya dengan campur tangan yang tidak bermanfaat untuk kualiti badminton negara. 
Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa Allah SWT menyayangi hamba-Nya yang sentiasa melakukan kerja dengan cara yang terbaik dan bersungguh-sungguh. Sabda Baginda SAW yang maksudnya: 
“Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.” (Hadis riwayat Muslim) 
Semoga Datuk Misbun terus cemerlang melatih juara masa depan negara dan kami daripada DACS DPP Malaysia akan terus memberikan sokongan penuh untuk melihat masa depan badminton negara yang lebih cerah pada masa akan datang. 
Majulah sukan untuk negara.
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS)
Dewan Pemuda PAS Selangor
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD - 13-6-2017 




















































Bubur lambuk ARC Serdang

Ahli Alternatif Riding Club atau ARC Serdang, sebuah kelab motosikal di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang hari ini bergotong royong mengadakan program memasak bubur lambuk sempene bulan Ramadhan ini. 
Program yang dijalankan di tapak Pasar Malam Seksyen 16, bersebelahan stesen Shell ini telah menarik minat anak muda bermotor besar dan kecil untuk bersama-sama menghayati ibadah sedekah dengan memberi makan kepada umat Islam yang akan berbuka puasa sebagaimana maksud Hadis Nabi yang bermaksud: "Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." (Riwayat Al-Tirmizi)
arc1 
Lebih kurang 10 orang ahli ARC membantu menyediakan bubur lambuk yang diketuai oleh Syed Mohammad atau lebih dikenali Pak Syed oleh anak muda Bangi dan jumlah mereka yang turun membantu bertambah menjelang petang ini dalam program agihan Bubur Lambuk ARC Power.
Agihan akan dibuat di Balai Polis, Balai Bomba Bandar Baru Bangi, Balai Polis Kajang, Hospital Pakar Azzahrah dan Hospital Pakar Annur Bangi bersama Ketua ARC Negeri Selangor, Hafiz Rois dan sebahagian Ecxo Pemuda PAS Serdang petang ini. - HARAKAHDAILY 11/6/2017
  
Sumber HD - 11-8-2017 













































































































Perutusan takziah PAS Selangor

Perutusan takziah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Selangor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Tengku Putri Sofiah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah 
Adalah dengan rasa penuh dukacita, PAS Selangor merafak sembah takziah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah atas kemangkatan adinda Tuanku, Yang Amat Mulia Tengku Putri Sofiah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. 
Patik sekalian mendoakan semoga roh Almarhumah YAM Tengku Putri Sofiah ditempatkan di kalangan para solehah di sisi Allah. 
Sejahtera Bersama Islam
YB Ustaz Sallehen Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Selangor
Sumber HD - 9-6-2017 

Jadikan pembatalan AMGGRC sebagai pengajaran

DEWAN Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) melihat pembatalan penganjuran ‘All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) yang akan berlangsung pada pertengahan Jun hadapan sebagai satu pengajaran kepada seluruh masyarakat di Malaysia amnya, dan kelompok Yahudi Zionis khasnya yang cuba mengambil tempat penting di Malaysia.
DMPNS turut mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Melaka, Ketua Polis Melaka diatas usaha untuk memastikan program tersebut tidak diteruskan, seterusnya meredakan kerisauan dek wujudnya elemen mengugat kestabilan negara dan keharmonian kaum. 
Menurut Ketua DMPNS Wan Hasrina Wan Hassan gelagat Yahudi Zionis ini telah dirakamkan dan  dipersembahkan oleh Allah di dalam pelbagai tempat dan tema di dalam al-Quran. 
"Sikap mereka ini diketahui gelojoh dengan kuasa dan pengaruh, sanggup membunuh dan menghalalkan darah umat Islam dan insan yang tidak bersalah demi memenuhi cita-cita mereka, pastinya tidak akan berhenti untuk menyeru supaya manusia meninggalkan cahaya Islam dan panduan al-Quran sehingga ke hari Kiamat. 
"Bahkan bukan itu sahaja, mereka masih terus melanggar undang-undang hak asasi manusia di peringkat antarabangsa kononnya diatas nama keamanan, meneruskan agenda menjajah negara Palestin untuk mendirikan negara haram Israel,  walaupun telah diberi amaran dan tekanan oleh pelbagai organisasi dan individu, tanpa mengira agama, kaum dan budaya termasuklah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Hak Asasi Manusia (UNHCR)," tegasnya kepada Harakahdaily. 
Justeru, beliau berkata semua masyarakat di seluruh pelusuk tanah air digesa berhati-hati dengan sebarang agenda seperti ini supaya keamanan dan kesejahteraan negara yang dikecapi ini, tidak ada campur tangan oleh pihak-pihak yang berkepentingan jahat. 
DMPNS juga turut bersama menyokong pembatalan siri yang sama, ‘All Borneo Revival Convocation 2017’ yang dijadualkan berlangsung di Sarawak akhir Jun ini. 
Beliau berharap agar penganjuran program dan aktiviti seumpama ini tidak lagi dianjurkan di Malaysia dan mendesak Kementerian Dalam Negeri tegas menyatakan pendirian Malaysia terhadap penganjuran program yang memberi ruang kepada musuh-musuh Islam bertapak di tanahair ini. 
"Bersama-samalah kita berdoa di kesempatan Ramadan bulan barakah ini, agar Allah tidak menguji Malaysia dengan fitnah dan bala sehingga kita menjadi pemaksiat kepada Allah dan Allah menyelamatkan Malaysia dari perancangan zalim para zionis yahudi laknatullah," ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/6/2017
Sumber HD - 9-6-2017 
























































PAS Kota Raja sangkal tuduhan jalankan aktiviti parti dalam surau

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kota Raja sentiasa mengambil maklum dan menjunjung titah DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri ini; yang melarang penggunaan masjid dan surau untuk kepentingan mana-mana parti politik. 
Justeru kenyataan media ini dibuat bagi menyangkal dakwaan tidak berasas sesetengah pihak yang ditularkan di media sosial baru-baru ini; kononnya kami PAS Kawasan Kota Raja telah menjalankan aktiviti di dalam sebuah surau di Jalan Kebun Klang.   
Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti “Retreat Pilihanraya PRU 14 PAS Kawasan Kota Raja” yang diadakan pada 21 Mei 2017 adalah di dalam premis bernama Pusat Ilmu Al Falah, Lorong Hj Abu Bakar, Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam, Selangor. Premis ini terletak lebih kurang 50 meter dari Masjid Jalan Kebun yang baru. 
Pihak kami difahamkan oleh pihak urusetia/perunding yang mengurus kendalikan program kami bahawa premis tersebut asalnya Surau Al-Falah dan ianya telah tidak digunakan lagi sebagai surau untuk aktiviti ibadah ahli kariah bilamana Masjid Jalan Kebun yang baru telah siap dibina dan mula digunakan sejak awal April 2017. 
Bangunan tersebut telah diubahsuai dan dijadikan pusat aktiviti masyarakat bermula dari bulan April 2017 dengan diberi nama Pusat Ilmu Al-Falah untuk kegiatan kemasyarakatan dan keilmuan ahli kariah seperti kelas Al-Quran, tuisyen, kursus-kursus dan sebagainya. Di samping itu bagi menampung kos pengurusan, bilik seminar di pusat ilmu tersebut juga disewakan kepada pihak luar untuk program dalaman seperti mesyuarat, seminar dan seumpamanya.   
Sehubungan itu dakwaan seperti yang tersebut di atas adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. 
Kami dengan ini merafak sembah ke bawah DYMM Tuanku, memohon ribuan ampun dan maaf di atas kekeliruan yang timbul dan secara tidak langsung telah membabitkan pihak Tuanku dalam permasalahan ini. AMPUN TUANKU SEMBAH PATIK MOHON DIAMPUN. 
Mohamed Diah Baharun
Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja
12 Ramadhan 1438 / 7 Jun 2017
Sumber HD - 7-6-2017 


























































Antara ahli parlimen dan imarah masjid














ALLAH SWT berfirman dalam surah al-Tawbah ayat 17-18, 
مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ ۚ أُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ 
Maksudnya, "...Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka..." 
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk..." 
Polemik isu seorang yang bukan Islam memasuki masjid adalah perkara yang tidak boleh dipermainkan dan dibuat sekadar andaian. 
Ini kerana Masjid adalah merupakan tempat dan lokasi yang paling suci bagi umat Islam walau bagaimana rupa sekali pun masjid itu dari sudut fizikalnya sama ada masjid yang hanya bertiangkan pelepah tamar sehinggalah bertatah intan permata sekalipun. 
Di sana terdapat perbincangan para ulama dan fuqaha' yang sangat luas berkait persoalan siapa yang berhak dan dibenarkan (harus) memasuki masjid dari satu sudut dan siapa yang memakmurkan atau membuat pengisian di dalamnya adalah satu sudut yang lain. 
Apa itu Masjid? Maka dimaksudkan dengan perkataan ( مَسْجِد ) adalah tempat bersujud, dan bentuk jamaknya adalah ( مَسَاجِد ). 
Adapun menurut istilah syarak yang dimaksudkan dengan masjid adalah suatu bangunan yang memiliki batas-batas tertentu yang didirikan untuk tujuan beribadah kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al Quran dan ibadah yang lainnya. Ia juga tempat didirikan solat berjamaah, solat Jumaat atau tidak. Allah berfirman dalam surah al-Jin ayat 18, 
Maksudnya, “..Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah... ” 
Adapun perkataan “memakmurkan masjid” adalah bermaksud membangun dan mendirikan masjid, mengisi dan menghidupkannya dengan berbagai ibadah dan ketaatan kepada Allah Ta'ala, menghormati dan memeliharanya dengan cara membersihkannya dari kotoran-kotoran dan sampah serta memberinya wangian di dalamnya. 
Setiap muslim wajib memakmurkan masjid-masjid Allah dengan berbagai ibadah dan ketaatan, disebabkan terdapat banyak kelebihan dan fadhilat padanya. Dan Allah menyifatkan orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid-Nya sebagai orang yang beriman, sebagaimana dalam firman-Nya dalam ayat 18 surah At Tawbah. 
Dalam sebuah hadis dikatakan bahawa Nabi saw bersabda, 
إذا رأيتم الرجل يعتاد المساجد فاشهدوا له بالإيمان، قال الله عز وجل { إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر . . 
“Jika kamu melihat orang rajin mendatangi masjid, maka persaksikanlah ia sebagai orang yang beriman.” 

(HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan beliau menghasankannya.)
Semua bentuk ketaatan apapun yang dilakukan di dalam masjid atau terkait dengan masjid maka hal itu termasuk bentuk memakmurkannya.
Ayat diatas merupakan petunjuk asas dalam memahami panduan memakmurkan masjid. Menurut ulama tafsir, adalah tidak layak bagi golongan yang musyrik atau kafir memakmurkan masjid atau rumah yang dibina atas nama-Nya semata-mata. Allah SWT telah menyatakan dengan jelas akan mereka yang beriman sahajalah berhak memakmurkan masjid atau rumah Allah. 
Di sana terdapat perbezaan yang perlu diteliti antara memakmurkan (mengisi, menghidupkan) program di masjid antara menghadiri atau mendatangi masjid. 
Sememangnya tiada halangan sesiapapun untuk mendatangi masjid sama ada seorang muslim sama ada lelaki, wanita malah termasuk kalangan orang bukan Islam. Hanya yang wajib ke atas mereka agar terikat dengan hukum masjid apabila melibatkan kebersihan dan akhlak serta tatacara ketika menghadiri masjid dan berada di dalamnya. 
Setiap muslim sememangnya terikat dengan hukum hakam masjid secara amnya hampir sama hukumnya ketika di luar masjid. Menjaga kebersihan, menutup aurat, solat adalah sesuatu yang wajib dilakukan oleh setiap muslim sekalipun berada di luar masjid. Hanya apabila melibatkan najis dan kotoran sama ada najis berat, sederhana dan ringan, haid serta adab, maka seorang muslim amat dituntut menjaga tatacara hukumnya. 
Apabila melibatkan seorang yang bukan Islam, mereka sememangnya tidak terikat dengan hukum najis sepertimana dalam Islam kerana hukum Islam diwajibkan dituruti hanya kepada mereka yang beragama Islam sahaja. 
Namun begitu, mereka yang hadir ke masjid hendaklah menghormati tatacara dan adab masjid sebagai tempat yang mulia dan suci bagi umat Islam sebagaimana mereka lakukan kepada rumah ibadat mereka sendiri seperti gereja atau kuil. 
Persoalannya disini, adakah sama kehadiran seorang yang bukan Islam ke dalam masjid bagi meraikan bulan Ramadan yang sedang diisi dengan ibadah dan aktiviti mengingati dan membesarkan Allah SWT oleh Umat Islam?. 
Jawapannya adalah, tidak sama dari sudut imarah yang hakiki. Ini kerana nilai imarah itu bermula dengan Aqidah yang sahih yakni mentauhidkan Allah SWT dan mengabdikan diri hanya kepada-Nya. 
Apatahlagi, seorang yang bukan Islam tersebut yang jelas di luar ketika di luar masjid, dialah yang kuat menentang Islam, menghalang usaha memartabatkan Islam, menghina Islam, memperkecilkan Islam dan undang-undangnya, mengajak dan bersekongkol dengan penentang Islam agar masyarakat Islam keliru dengan hakikat Islam yang sebenar, dialah juga kononnya hadir mengajak dan menyeru orang Islam melakukan kebaikan. 
Apakah ini sandiwara? Sepatutnya mereka yang bukan Islam tidak seharusnya menentang Islam, umatnya serta urusannya kemudian datang pula ke masjid dengan menonjolkan diri bahawa mereka juga ingin bersama Islam. 
Mereka seharusnya memahami, bahawa Islam itu tidak sekadar tunduk dan sujud kepada Allah SWT ketika solat di dalam masjid. Akan tetapi Islam yang sebenarnya adalah tunduk dan sujud dari sudut maknawinya kepada Allah SWT pada setiap masa, sama ada di dalam masjid dan di luarnya, begitu juga dalam aspek ekonomi, sosial, dan termasuk urusan undang-undang, politik dan pemerintahan. 
Mereka juga yang sama tegar menentang Umat Islam yang ingin tunduk dan sujud kepada Allah SWT di luar masjid lalu mendatangi ke dalam masjid dengan memberitahu umat Islam bahawa mereka bersama Islam dan umatnya? 
Kita lihatlah sahaja dalam isu pembentangan Rang Undang-Undang 355, mereka inilah yang menjadi seteru kuat, mempersenda dan memperkecilkannya kemudian dengan tanpa rasa bersalah dan segan silu datang ke masjid bercakap kepada umat Islam bahawa mereka seolah-olah tidak menentang Islam. 
Inilah idea dan pemikiran Islam sempit yang diimpikan oleh musuh iaitu Islam hanya sekadar tunduk dan sujud di dalam masjid, tetapi tiada roh dan penghayatan Islam di luarnya yang bersifat syumul dan sempurna. Mereka ingin melihat Islam itu tidak berperanan dan berfungsi dengan lengkap dalam aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara. 
Umat Islam yang turut memahami pemikiran begini juga perlu bermuhasabah dan menilai kembali pemahaman Islam dan masjid dengan sebenar. 
Negara Malaysia adalah negara umat Islam yang berpotensi untuk mengembalikan semula keagungan dan kesyumulan Islam yang pernah bertapak kukuh satu ketika dahulu. 
Masjid hendaklah menjadi sebagai titik tolak dan pemangkin kekuatan Islam dan Umatnya untuk menterjemahkan ketaatan dan pengabdian mereka kepada Allah SWT di luar masjid agar Islam benar-benar membawa kesejahteraan kepada semua umat manusia. 
USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
1 Jun 2017 | 6 Ramadan 1438H – HARAKAHDAILY 1/6/2017
Sumber HD - 1-6-2017 




























































Laporan polis terhadap The Star, editor

ATAS aduan orang ramai berikutan penyiaran akhbar The Star yang jelas melukakan hati umat Islam di Malaysia, laporan polis dibuat sebagai gesaan dan desakan dari pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terperinci mengenai isu penyiaran akhbar tabloid Inggeris yang disiarkan pada 27 Mei lalu. 
UsMSukriJelas Ketua Pemuda PAS Pandan, Mohamed Sukri Omar berkata penyiaran tersebut adalah menimbulkan kekeliruan dan menyifatkan tujuan penyiaran tersebut dilakukan mesti mempunyai alasan yang tertentu. 
"Oleh itu kami menggesa agar pihak berkuasa untuk menyiasat sedalam-dalamnya hal ini.
Kebiadapan yang ditunjukkan oleh The Star ini adalah berkali-kali dilakukan tanpa dikenakan sebarang tindakan," kata Mohamed Sukri. 
PAS Pandan bersama beberapa Ngo dan DHPP diketui oleh Adun Chempaka, Datuk Iskandar Abd Samad hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Ampang petang ini (30 Mei 2017). 
Beberapa laporan polis terhadap isu yang sama turut dibuat di seluruh negara bagi menyatakan bantahan terhadap penyiaran akhbar The Star, 27 Mei lalu. – HARAKAHDAILY 30/5/2017 
Laporan lanjut dalam Harakah edisi 2253
Sumber HD - 30-5-2017 






























































Bukan 70% tapi tak sampai 10 ahli aktif PAS sertai PAN

Kenyataan Timbalan Ketua Parti Amanah Selayang, Wan Anwar Wan Ibrahim yang menyatakan bahawa 70% ahli aktif PAS Selayang telah menyertai parti itu adalah suatu yang mengarut dan tidak berasas. 
Dia tidak pernah menjadi ahli PAS dan tidak tahu dari mana asal usulnya. Tiba-tiba sibuk cerita tentang parti yang diapun tidak tahu menahu tentang hal ehwalnya. 
Saya kira lebih baik sibuk tentang ahli partinya dari menyibuk dengan parti orang lain. 
Bahkan hanya seorang dua ahli yang banyak bercakap dan terkenal bermasalah sahaja yang telah meninggalkan PAS dan menyertai PAN. Bagi saya, keluar lebih baik tanpa ada niat untuk menghalau mereka. 
Ini dibuktikan sebaliknya dengan keaktifan ahli di seluruh peringkat dari kawasan hingga cawangan-cawangan yang sedang giat berkerja setiap hari mempertahankan kemenangan di Dun Taman Templer dan Selayang umumnya. 
Ditambah juga dengan penubuhan cawangan-cawangan baru dan pemerkasaan cawangan-cawangan sedia ada bagi persiapan untuk menghadapi PRU ke-14 nanti. 
Rasanya rakyat di Selayang lebih mengetahui fakta dari auta yang diwar-warkan. 
Saya rasa PAN ini terlalu 'kemaruk' untuk mempengaruhi pengundi-pengundi dengan dakyah tanpa asas dan bukti. 
Saya berharap PAN Selayang tumpu kepada kerja anda dari sibuk mencari publisiti murahan yang dusta dan jijik. 
PAS Selayang juga sudah bersedia untuk mempertahankan kemenangan sedia ada dan bersedia ke arah menawan Parlimen Selayang dan Dun-Dun lain jika ia mendesak kepada kami untuk melakukan sedemikian rupa. 
Mohd Farhan Madzlan
Ketua Penerangan PAS Kawasan Selayang
Sumber HD - 28-5-2017 
































































PAS Selangor teguh, kerajaan negeri utuh

SELANGOR tetap utuh dan PAS tetap teguh di negeri itu menghormati mandat rakyat bersama-sama kepemimpinan negeri yang telah dilantik selepas pilihan raya umum (PRU) lalu. 
"PAS Pusat mengekalkan kedudukan status quo semua, ketiga-tiga Pengerusi Jawatankuasa Negeri Selangor (Exco) yang telah dilantik," kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad. 
Katanya, PAS Pusat telah menetap bahawa Exco tetap dalam kerajaan negeri. 
"Sebab kenapa kita hendak berada dalam kerajaan, bukan sebab jawatan tetapi adalah kerana kita mahu kestabilan negeri Selangor ini terjamin dan kita melihat kita perlu menjaga kepentingan rakyat,” jelasnya dipetik Buletin Online
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Makan Malam Dana PRU14 Anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Jabi, Setiu semalam. 
Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim yang juga Pengarah MTD Jabi dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah. 
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor itu lagi, beliau tahu ada pihak yang mahu PAS keluar dari kerajaan negeri. 
“Mereka mahu kita keluar sebab mereka mahu ambil tempat kita. Saya nak menegaskan di sini, kita telah diberi mandat oleh rakyat negeri Selangor untuk tiga parti (memerintah), jadi tiga parti inilah yang mentadbir negeri Selangor, bukan parti-parti lain atau parti yang baharu ditubuhkan selepas 2013,” tegasnya. 
Oleh itu, jelas beliau, PAS bertegas demi menghormati mandat daripada rakyat. 
“Amanah yang diletakkan kepada kami itu tidak harus dikhianati,” tegas Iskandar lagi. 
Justeru, katanya PAS akan terus memberikan khidmat termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta jawatankuasa-jawatankuasa penduduk di seluruh negeri itu. 
Tambahnya, keputusan yang diambil oleh PAS Pusat adalah keputusan yang terbaik kerana sekiranya PAS keluar dari kerajaan akan terdapat ‘lompang’ sebanyak 5,500 orang jentera pentadbiran negeri. 
“Sudah tentu akan berlaku keadaan ‘huru hara’, jadi bermakna keputusan mengekalkan ‘status quo’ adalah yang terbaik," katanya
Sumber HD - 25-5-2017 


































































Titah Sultan: Kenyataan akhbar PAS Selangor

PAS Selangor telah mengambil maklum terhadap Titah Tuanku DYMM Sultan Selangor melalui kenyataan khas terhadap kedudukan Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor. Kenyataan ini juga sekali gus mengambil maklum terhadap pendirian yang telah dibuat oleh PKR melalui kenyataan Presidennya sejurus selepas mesyuarat Biro Politik mereka. PAS menjunjung kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh DYMM Tuanku Sultan serta berterima kasih atas pendirian yang telah dibuat oleh PKR. 
Sejak dari awal mandat rakyat ini diperolehi melalui Kerajaan Pakatan Rakyat Mei  2013, PAS Selangor begitu TEGUH DAN SETIA bersama-sama dengan semua Menteri Besar yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor. Sama ada ketika Selangor dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apatah lagi dengan Menteri Besar Selangor sekarang,  
Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali. PAS Selangor percaya bahawa KESETIAAN dan KEYAKINAN terhadap pemimpin yang diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan adalah asas penting untuk mempastikan KESTABILAN POLITIK dapat dipelihara dengan baik dan waktu yang sama KEPERCAYAAN RAKYAT dapat dilaksanakan dengan jayanya. 
PAS Selangor telah mempertegaskan sebelum ini bahawa keputusan untuk putus Tahaluf Politik adalah yang berkaitan dengan persediaan menghadapai pilihan raya yang akan datang dan tidak berkait dengan urustadbir kerajaan negeri. PAS Selangor juga mengambil pendirian bahawa putus tahaluf bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan (Taawun). Bahkan  akan terus memperkukuhkannya. 
PAS Selangor melalui 3 Exco dan 10 wakil rakyatnya akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan meneruskan kesetiaan dan khidmat cemerlang mereka  bersama dengan Dato’ Menteri Besar dan kesemua exco dan wakil rakyat kerajaan Negeri Selangor. Apa yang penting bagi kami, kepentingan rakyat dan kestabilan politik adalah keutamaan yang tiada tukar gantinya. 
Menyedari terhadap demografi masyarakat negeri Selangor, PAS akan terus menggunakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menghadapi situasi yang mendatang. Berpolitik secara santun, berpolitik secara hujjah bukan sumpah seranah, berpolitik secara rasional dan bukan emosional adalah antara keperluan bagi memastikan kestabilan kerajaan tercapai. Bagi pihak-pihak yang sering mengeluarkan perkataan sumbang, yang dengki dengan kejayaan Kerajaan Selangor dan yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan suasana konflik politik di Selangor harap dapat mengambil pengajaran dan peringatan terhadap Titah  DYMM Tuanku Sultan Selangor serta meyakini pendirian yang telah dinyatakan oleh Presiden PKR. Teguh dan setia bersama rakyat. 
Salam Ramadhan Karim
YB TUAN HJ SALLEHEN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor Darul Ehsan - HARAKAHDAILY 25/5/2017
Sumber HD - 25-5-2017 





































































DHPP sangkal dakwaan S.Barathidasan

KENYATAAN Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) iaitu S.Barathidasan yang mengatakan PRU 14 nanti masyarakat India di Malaysia akan memihak pada PH (Pakatan Harapan) sungguh tidak berasas. 
Memang ramai yang sedia maklum rakyat negara ini semua bangsa sudah bosan dan tidak mampu bersabar lagi dengan BN. 
Semua tahu kenaikan harga barang, harga minyak yang tidak seimbang dan macam-macam isu panas yang membuat rakyat tidak sabar untuk turun padang dan memangkah parti PAS. 
Namun jika kita fokus pada masyarakat India tiada bukti kukuh yang mereka semuanya menyokong PH. 
Ini kerana setiap program kemasyarakatan yang PAS anjurkan masyarakat berbilang bangsa seperti kaum India, kaum Cina dan lain-lain turut serta dan menyatakan sokongan pada PAS. 
Jangan diukur pada program ceramah atau program jamuan makan sudah pasti ramai yang datang untuk mendengar isu terkini dan menikmati jamuan makan tetapi program PAS seperti Semarak Hijau, bantuan kebajikan, gotong royong  bersama PAS kawasan dan lain-lain program, masyarakat India yang paling ramai hadir. 
Malah ada sesetengah tempat lebih ramai, seramai masyarakat Melayu yang sinonim dengan PAS. 
Masyarakat India lebih dekat dengan PAS berbanding PH atau BN kerana PAS memperjuangkan Islam yang mana Islam lebih menitikberatkan persamaan kaum. Islam tidak berat sebelah dan lebih kepada memelihara kesejahteraan, kebajikan, keselamatan dan keharmonian semua kaum. 
Berbanding dengan PH yang sehingga kini kita masih kabur dengan motif serta hala tuju mereka.  PAS telah sekian lama bertekad untuk memperjuangan kebajikan semua bangsa. 
TGHH iaitu Presiden PAS sendiri kerap kali menyatakan yang tidak akan sesekali meminggirkan masyarakat bukan Islam jika PAS berkuasa atau pun tidak dalam setiap ceramah dan kuliahnya. 
Oleh itu S.Barathidasan perlu melihat serta membuat ulangkaji jika mengatakan Masyarakat India akan memihak pada PH. Apa gunanya PAS membuat DHPP yg sememangnya untuk Masyarakat India dan Masyarakat Cina berhimpun dan bersepakat menyatakan sokongan pada PAS. Malah lebih 60% ahli DHPP adalah terdiri dari Masyarakat India. 
Oleh itu kita tunggu PRU 14 nanti yang merupakan pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah PRU dalam negara kita kerana ada lebih dari dua parti yang bertanding di semua kawasan berbanding satu lawan satu pada PRU13. 
PAS tetap akan menentang sesiapa saja, malah ahli DHPP yang telah bersedia berjuang jika dicalonkan untuk menentang PH atau BN dan S.Barathidasan boleh turun menentang calon DHPP nanti sekiranya ada beliau ingin tahu kekuatan Masyarakat India dalam PAS. 
HARIIJHANARTHANAN A/L ANTHONI
Ketua Penerangan DHPP
PAS Selangor – HARAKAHDAILY 23/5/2017
Sumber HD - 23-5-2017 


Azmin, PAS Selangor bertemu di Sekinchan
Posted on Monday, May 22 @ 15:17:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35042



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, dilihat mengadakan perbincangan serius dengan pemimpin PAS negeri itu di Sekinchan, pagi tadi.

Azmin dan pemimpin kerajaan negeri berada di situ sempena lawatan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke bandar berkenaan yang terkenal dengan sawah padi.

Pemimpin PAS yang kelihatan duduk bersama Azmin ialah pesuruhjaya bagi Selangor, Sallehin Mukhyi, serta tiga exco negeri iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Iskandar adalah pesuruhjaya PAS Selangor sebelum tempatnya digantikan oleh Sallehin selepas muktamar parti itu berakhir 1 Mei lalu.

Ketika menyedari Azmin sedang duduk bersama pemimpin PAS Selangor wartawan cuba mendekati, namun Azmin meminta supaya mereka tidak menghampiri, sebelum beliau meneruskan perbincangan.

Perbincangan itu dilihat hanya dihadiri Azmin dan pemimpin PAS walaupun beberapa exco dan pimpinan PKR serta DAP turut hadir pada majlis berkenaan.

Ia diadakan sebelum ketibaan Sultan Sharafuddin dan berlangsung kira-kira 20 min.

Pertemuan itu diadakan ketika desakan supaya wakil rakyat PAS meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri semakin memuncak ekoran berakhirnya kerjasama politik antara parti itu dengan PKR.

PKR juga sudah mengarahkan anggotanya yang mendapat lantikan politik di Kelantan meletakkan jawatan serta-merta sebagai tanda tanggungjawab serta selaras dengan keputusan PAS memutuskan kerjasama politiknya.

Pertemuan hari ini dipercayai kali kedua diadakan Azmin dengan pemimpin PAS sejak kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.


Kali pertama mereka berbincang ialah apabila Azmin memanggil empat pemimpin PAS terbabit ke pejabatnya pada 12 Mei lalu.

Sumber TKO - 22-5-2017

Tunggu kena pecat, baru Pas nyatakan pendirian
Posted on Sunday, May 21 @ 16:13:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35038




SABAK BERNAM - Pas hanya akan menyatakan pendirian berhubung kedudukan 13 Adun Pas di negeri ini sekiranya tiga exco dari parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, dakwaan sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris kononnya semua Adun Pas di negeri ini bersedia keluar daripada pentadbiran negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah satu dakwaan tidak berasas.

"Itu tak benar. Nak tahu benar, selepas dipecat, barulah kita akan beritahu sesuatu yang benar," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Selangor Agrofest 2017 di Stadium Sungai Besar, di sini, petang tadi.

Sallehen yang juga Adun Sabak berkata, setakat ini, Pas tidak pernah berbincang berhubung tindakan yang akan diambil parti itu sekiranya tiga exco parti itu dipecat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

"Kita tak bincang sampai ke peringkat exco dipecat. Kalau exco Pas dipecat, saya tidak dapat jawab apa-apa setakat ini," katanya.

Beliau menegaskan, Pas tidak akan bekerjasama dengan PKR seperti mana yang diputuskan Majlis Syura Ulama parti itu yang membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

"Untuk setakat ini, Pas tak akan bincang dengan PKR soal calon bagi hadapi PRU-14.
"Kalau dulu, orang Pas boleh panjat pokok kelapa pasang bendera PKR, sekarang PKR dan Pas kena panjat sendiri," katanya.

Ditanya, adakah Pas akan berubah fikiran dengan menjalin semula kerjasama dengan PKR di saat-saat akhir bagi menghadapi PRU-14, Sallehen berkata, beliau tidak mahu menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa depan.

"Mungkin ada perubahan-perubahan baru dan ada keadaan jauh lebih baik.

"Saya pun tak nak menjangkakan apa yang ada ini kekal. Buat setakat ini, begitulah keputusan yang kita buat," katanya.

Sementara itu, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, beliau akur apa jua keputusan pimpinan Pas.

"Saya tak nak berbincang soal kemungkinan. Selagi masih berada dalam exco, saya akan tetap berkhidmat untuk rakyat," katanya.

Ditanya tentang hubungannya dengan pentadbiran kerajaan negeri, Zaidy menjelaskan, hubungan itu berjalan baik dan tiada masalah.

"Kita kena bezakan antara parti dan kerajaan. Kalau tengok program hari ini pun, ramai pemimpin PKR yang hadir termasuk DAP yang diwakili Adun Sekinchan, Ng Suee Lim," katanya.

Sumber TKO - 21-5-2017


13 wakil rakyat PAS akan letak jawatan jika 3 exco PAS dipaksa berhenti
Posted on Thursday, May 18 @ 14:11:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34994



Kepemimpinan PAS Selangor membuat keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan campuran diketuai PKR, jika Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali terus memaksa tiga Exco daripada parti itu meletak jawatan.

Kepimpinan parti negeri itu memutuskan bahawa semua 13 wakil rakyat akan melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri jika Azmin terus menerima tekanan daripada sekutu pakatan harapan untuk mengasingkan PAS.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang diadakan lewat malam kelmarin, dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.

Mesyuarat pada Selasa dihadiri oleh semua pemimpin kawasan dan sayap PAS Selangor di mana mereka diberi maklumat terkini oleh Sallehen mengenai krisis politik yang melanda kerajaan negeri, berikutan keputusan Majlis Syura Ulama menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Memetik laporan The Star Online, Sallehen ditugaskan untuk menyampai keputusan itu kepada jawatankuasa pusat parti yang dijangka mengadakan pertemuan hari ini.

Sekiranya keputusan itu benar-benar menjadi kenyataan, ia dijangka akan menggugat kerajaan negeri itu dengan 29 wakil rakyat pakatan harapan di Dewan Undangan Negeri (DUN), daripada 56 kerusi keseluruhannya.

Ia bermakna, kerajaan negeri Pakatan Harapan hanya mempunyai 29 wakil rakyat iaitu 14 daripada DAP, 13 (PKR) dan PAN (dua).

Malah, pakatan harapan juga akan mempunyai pembangkang baharu di negeri itu yang terdiri daripada 13 dari PAS, 11 (UMNO) dan dua (Bebas).

Sumber TKO -18-5-2017

Omak kau menjadil titik dan simbolik Penghijrah ahli dan pimpinan PKR kepada PAS
Posted on Thursday, May 18 @ 13:49:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34993



Ambe hanya dengar khabar ni jauh-jauh. Sejauh mana kebenarannya tak tahu lah. Tapi ada isyarat parah sedang melanda PKR. Ke kanan salah ke kiri lagi salah. Serba serbi tidak kena. Nak marah kan PAS diarahnya semua ahlinya yang pegang jawatan dalam kerajaan kelantan letak jawatan. Bodoh pian apa...

Omak kau orang kuat Tan Sri Khalid Ibrahim semasa dalam PKR sehingga sekarang. Ambe tidak mengenali sangat dia kerana Omak ni seorang perempuan. Tapi dia hebat dan setia kepada bossnya.

Bosnya hilang jawatan, dia turut hilang jawatan, bosnya diserang dia tidak lari lintang pukang, bahkan dia membela dengan seluruh kekuatan yang dia ada.

Ruginya PKR buat musuh dengan TSKI dan OK. Mereka pejuang sejati yang berintergriti. TSKI dianiaya kerana tidak mahu ikut telunjuk pemimpin PKR yang ingin merompak harta kekayaan rakyat Selangor.

TSKI hilang jawatan Menteri Besar kerana tidak mahu melihat duit rakyat Selangor digunakan untuk Piliharaya Negeri Sarawak bagi memenangkan DAP dan PKR. Ini hakikatnya.

Bila TSKI khabarnya nak bersama PAS selepas dipecat, PAS menolaknya, sedangkan PAS boleh menambah satu Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri. Kenapa?

Ini kerana PAS mengekalkan prinsipnya tidak kianat dan memcuri Wakil Rakyat parti kawan atau lawan. Sebab mereka menang diatas tiket sesuatu parti semasa bertanding dahulu.

Sebaliknya PKR dan DAP selamba mengambil wakil Rakyat dan pemimpin parti kawan.

Tengok Datuk Kamarudin Jaafar, Pro. Aziz Bari , Tan Sri Muhd dan ramai lagi. Sampai sekarang TSKI tanpa parti dan hanya mesra dengan PAS.

Berbalik pula kepada Omak Kau atau Hanisya.. bila dia sudah lama meninggalkan PKR bersekali dengan Bos dia yang dipecat, mungkin situasi Omak Kau berbeza dengan TSKI, mungkin dia diterima oleh PAS.

Perkembangan ini satu perkara yang sangat menarik. Mungkinkah Omak Kau menjadi simbolik penghijrahan ahli-ahli PKR ke dalam PAS?....Hanya masa menentukan.

Catatan Noja
Pekan Ajil
18 Mei 2017


Sumber TKO - 18-5-2017 











































































Perutusan Pesuruhjaya PAS Selangor sempena Hari Guru 2017

FIRMAN Allah SWT: 
 يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ
 أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ) 
[Surah Al-Mujadalah 11]
Mafhumnya: Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. 
Kedatangan tanggal 16 Mei mengajak kita sama sama mengenang sejenak jasa-jasa mereka yang disebut Pahlawan Tanpa Tanda Jasa iaitu para guru.
Sekali menjadi guru selamanya guru. Panggilan istimewa 'Cikgu' akan melekat di hati dan sampai ke mati. Ini adalah kerana guru adalah murabbi yang menjadi pembimbing manusia dalam kehidupan. Mereka mengajar dan mengenalkan kita erti setiap sesuatu yang kita tidak tahu. Menjadi penyuluh yang menerangi jalan kegelapan. 
Sudah tentu kedudukan mereka sangat mulia dan dihormati lantaran apa yang mereka berikan kepada anak muridnya tidak pernah mereka menagih ganjaran atau balasan. Namun di sisi Allah selama mana ilmu yang diberikan itu mengalir manfaat dan kebaikannya, maka ganjaran besar menanti kalian di akhirat sana. 
Bagi pihak PAS Selangor saya merakamkan dengan penuh rasa hormat kepada semua guru, Selamat Hari Guru 2017. Semoga diberkati dan dirahmati Allah. 
Putik baru mekar di laman
Kembang kudup kembang terikat
Hargai guru sepanjang zaman
Agar hidup beroleh berkat. 
Sejahtera Bersama Islam
YB Ustaz Sallehen Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Selangor
16 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 16/5/2017
Sumber HD - 16-5-2017 













































































Isu tauliah mengajar di negeri Selangor

DEWAN Ulamak PAS Negeri Selangor memandang dengan prihatin dan serius kejadian pendakwah dan penceramah yang ditahan oleh Jabatan Agama Negeri Selangor berkenaan isu tauliah mengajar sebagaimana dilaporkan dalam Berita Harian 14 Mei 2017. 
Difahamkan bahawa kejadian penahanan Jabatan Agama terhadap para penceramah disebabkan ketiadaan tauliah mengajar menurut Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah menjadi sesuatu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. 
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor pernah menganjurkan program tauliah berkelompok bagi kemudahan para asatizah memperolehi tauliah mengajar daripada JAIS. 
Oleh itu, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyeru semua asatizah dan pendakwah agar mendapatkan tauliah mengajar negeri Selangor bagi menghormati undang-undang Enakmen dan peraturan Pentadbiran Agama Negeri Selangor.   
Diharap para asatizah dan pendakwah terus istiqamah menyumbang dakwah dan tarbiyyah kepada rakyat negeri Selangor yang dambakan sentuhan ilmu di negeri yang terkenal dengan kesuburan majlis ilmu. 
USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
Setiausaha
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 16/5/2017
Sumber HD - 16-5-2017 















































































Mahfuz tidak perlu jadi jurucakap parti lain

AHLI Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak perlu menjadi jurucakap kepada PKR, DAP atau PAN pada perkara berhubung pendirian PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor. Ia adalah ketetapan PAS dari pertimbangan maslahah dan mafsadah yang didasari syariat, serta menjadi keputusan kolektif dan bukannya hawa nafsu. 
Penjelasan tersebut telahpun dinyatakan berulang kali dan parti tidak perlu mensyarahkannya lagi. Ia menunjukkan parti sentiasa berpijak di bumi nyata dengan realiti semasa tanpa menggadai prinsip. Adalah Datuk dipelawa hadir ke usrah untuk mendapat keterangan lanjut agar difahami semasaknya. 
Sebagai ahli PAS, Datuk Mahfuz sewajibnya mengetahui saluran untuk menyatakan pendapat termasuk berbeza pandangan. Sewajibnya juga Datuk akur dan mematuhi disiplin dan adab berorganisasi jika bertegas masih mahu menjadi ahli PAS. Jika tidak, Datuk hanya sekadar melafaz di mulut sebagai ahli PAS, tetapi menjanggalkan diri untuk berada di rumah sendiri. 
Soal kepatuhan dan ketaatan inilah yang sering Datuk sebut ketika berada di saf kepimpinan dahulu, tetapi kini sebaliknya. Kami mengira wajar Datuk muhasabah dan lebih tahu bertempat dari menzahirkan diri seperti sesumpah dan makan keliling. Kami nasihatkan, ada baiknya juga difokuskan kepada tanggungjawab di parlimen yang Datuk wakili sekiranya masih ‘berminat’ bertanding penggal hadapan. 
Jika Datuk masih seronok untuk sibuk mencampuri urusan rasmi parti termasuk di parlimen dan negeri lain, elok rasanya dipertimbangkan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena kerana kedudukan itu diperolehi hasil dari hak, peruntukan dan pengorbanan parti ini. 
Fokus PAS pasca Muktamar adalah memberi Khidmat terbaik untuk kebajikan rakyat. Kami tiada masa mahu melayan omongan kosong Datuk. Kalau benar fokus Datuk jatuhkan BN, maka teruskan membongkar penyelewengan bukan menyerang Parti Sendiri. Cukuplah Dato' membantu BN menyerang PAS. Seperti pepatah Melayu 'anak harimau di ajar makan daging'. 
MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 15/5/2017
Sumber HD - 15-5-2017 

















































































Menjawab kenyataan YB Tan Sri Noh Omar

YB Tan Sri Noh Omar adalah manusia paling kecewa dan gagal apabila PAS dan tiga exco kekal dalam kerajaan selangor.

Kenyataan YB Tan Sri Noh Omar Pengerusi BN Selangor tentang PAS Selangor Dayus adalah ibarat "meludah ke langit" dan menggambarkan kekecewaan beliau kerana gagal  memecahkan kerajaan Selangor seterusnya menarik PAS untuk bersama Umno. YB Tan Sri Noh Omar sepatutnya melihat Umno dan BN Selangor sendiri yang terus menikus dan mendayus terhadap  kelemahan Kerajaan Persekutuaan. 
PAS terus kekal dalam kerajaan Selangor pada hari ini kerana menunaikan hak yang diberikan oleh rakyat dan kematangan pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini. Perbezaan yang ada antara parti adalah kelebihan kerajaan negeri yang ada pada hari ini terutama dalam mengambil kira maslahah rakyat dan memberikan perkhidmatan. 
YB Tan Sri Noh Omar juga perlu belajar tentang makna Tahaluf dan Taawun, kejahilan untuk memahami inilah menyebabkan beliau minta Exco PAS supaya meletakkan jawatan. Keterlibatan PAS dalam kerajaan adalah untuk bertolongan dalam kebaikan dan takwa. Sejarah telah membuktikan,  pada saat DAP memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, DAP melalui exconya tidak meletak jawatan, apabila masyarakat mempersoalkan Lim Guan Eng menjawab yang DAP perlu terus berada dalam kerajaan supaya PAS tidak buat kerja jahat. Oleh sebab itu,  PAS perlu terus berada dalam kerajaan dan exco mesti terus berkhidmat supaya PAS dapat buat kerja baik dan DAP tidak buat kerja jahat. 
YB Tan Sri Noh Omar juga perlu belajar sejarah,  PAS satu-satunya parti kerajaan negeri yang tidak pernah buat pakatan dan kekecohan untuk menjatuhkan Menteri Besar, pada saat parti lain berpakat menjatuhkan Tan Sri Khalid, PAS tidak turut berpakat. Bukan kerana peribadi tetapi keharmonian dan kesejahteraan rakyat itu jauh lebih penting.  Apabila Menteri Besar baru YAB Dato Seri Azmin Ali dilantik, PAS terus teguh untuk meneruskan agenda menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat. Inilah PAS yang YB Tan Sri Noh Omar perlu belajar daripadanya. 
USTAZ SALLEHIN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS Selangor. – HARAKAHDAILY 14/5/2017
Sumber HD - 14-5-2017 



















































































Noh Omar Paling Kecewa!











YB Tan Sri Noh Omar adalah manusia paling kecewa dan gagal bila PAS dan tiga anggota Exconya kekal dalam kerajaan selangor.

Kenyataan YB Tan Sri Noh Omar, Pengerusi BN Selangor tentang PAS Selangor Dayus adalah ibarat “meludah ke langit” dan menggambarkan kekecewaan beliau kerana gagal memecahkan kerajaan Selangor seterusnya menarik PAS untuk bersama Umno. Yb Tan Sri Noh Omar sepatutnya melihat UMNO dan BN Selangor sendiri yang terus menikus dan mendayus terhadap kelemahan Kerajaan Persekutuaan.

PAS terus kekal dalam kerajaan Selangor pada hari ini kerana menunaikan hak yang diberikan oleh rakyat dan kematangan pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini. Perbezaan yang ada antara parti adalah kelebihan kerajaan negeri yang ada pada hari ini terutama dalam mengambil kira maslahah rakyat dan memberikan perkhidmatan.

Yb Tan Sri Noh Omar juga perlu belajar tentang makna Tahaluf dan Taawun, kejahilan untuk memahami inilah menyebabkan beliau minta Exco PAS supaya meletakkan jawatan. Keterlibatan PAS dalam kerajaan adalah untuk bertolongan dalam kebaikan dan takwa.

Sejarah telah membuktikan, di saat DAP memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, DAP melalui exconya tidak meletak jawatan, bila masyarakat mempersoalkan Lim Guan Eng menjawab yang DAP perlu terus berada dalam kerajaan supaya PAS tidak buat kerja jahat. Oleh sebab itu, PAS perlu terus berada dalam kerajaan dan exco mesti terus berkhidmat supaya PAS dapat buat kerja baik dan DAP tidak buat kerja jahat.

YB Tan Sri Noh Omar juga perlu belajar sejarah, PAS satu-satunya parti kerajaan negeri yang tidak pernah buat pakatan dan kekecohan untuk menjatuhkan Menteri Besar, disaat parti lain berpakat menjatuhkan Tan Sri Khalid, PAS tidak turut berpakat.

Bukan kerana peribadi tetapi keharmonian dan kesejahteraan rakyat itu jauh lebih penting. Bila Menteri Besar baru YAB Dato Seri Azmin Ali dilantik, PAS terus teguh untuk meneruskan agenda menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat. Inilah PAS yang YB Tan Sri Noh Omar perlu belajar daripadanya.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM
Salam Hormat
Yang Berhormat
Ustaz Sallehin Mukhyi
Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sumber BO - 14-5-2017

PAS S'gor nafi 3 exco bakal dipecat
Posted on Saturday, May 13 @ 18:55:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34918



PAS Selangor menolak dakwaan bahawa tiga exconya akan dipecat daripada barisan pentadbiran Kerajaan Selangor, susulan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu menamatkan hubungan politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi ketika dihubungi berkata kedudukan tiga exco PAS itu tetap dikekalkan sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, sepertimana yang dinyatakan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

"Tidak timbul isu (pecat) ini...dalam pertemuan dengan menteri besar semalam pun, (Mohamed) Azmin tidak mengeluarkan kenyataan untuk memecat mahupun meminta exco PAS untuk melepaskan jawatan mereka masing-masing.

"Ini hanyalah andaian dan khabar angin pihak luar sahaja, kita berpendirian untuk kekal kerana ia adalah mandat yang diberi oleh rakyat pada pilihan raya umum (PRU) yang lepas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pelbagai pihak serta laporan beberapa media hari ini bahawa menteri besar dijangka memecat kesemua exco PAS tersebut, selepas Muktamar PAS ke-63 bulan lepas meluluskan usul supaya kerjasama politik antara kedua-dua parti itu ditamatkan kerana PKR tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

Sementara itu, Datuk Dr Ahmad Yunus yang menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi dalam barisan exco kerajaan negeri turut menafikan dakwaan isu pemecatan itu.

"Tiada kenyataan yang keluar dari mulut menteri besar sendiri berhubung isu pemecatan itu. Sebab itu, saya terkejut bila isu ini keluar dalam beberapa laporan media hari ini...kita sendiri tidak tahu siapa yang mencipta isu ini.

"Mesej menteri besar yang terkini kepada saya adalah beliau kata akan letak kita (exco PAS) dalam Kabinetnya," katanya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang terdiri keanggotaan daripada PKR, DAP dan PAS.

Selain Ahmad Yunus, dua lagi exco PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar serta Zaidy Abdul Talib yang menyandang Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

- Bernama

Sumber TKO - 13-5-2017






















































































PAS maju dengan Gagasan Sejahtera menuju PRU14

PENGUMUMAN oleh Majlis Syura Ulamak PAS pada petang Khamis, 11 Mei 2017, menjadi satu titik tolak yang besar kepada PAS dalam meneruskan langkah penting untuk PAS memimpin perubahan politik Malaysia dengan Sejahtera Bersama Islam. Tindakan MSU dibuat dengan perkiraan syarak seperti mana ketika meluluskan juga tahaluf siyasi dalam beberapa pilihan raya sebelum ini. 
Kehujahan yang dilakukan oleh MSU tidak boleh dipertikai lagi sekiranya semua faham rujukan PAS adalah Quran, sunnah, ijmak dan qias. Dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, berlaku banyak perlanggaran perjanjian, dan kebiasaannya mereka yang melanggar perjanjian tidak diberi muka lagi seperti Yahudi Bani Qaynuqa yang melanggar piagam Madinah, Yahudi Bani Nadhir yang khianat kepada Islam. Ataupun seperti mana putusnya Sulh Hudaybiah, apabila Qurays melanggar perjanjian dengan menolong Bani Bakr yang bertelingkah dengan Bani Khuzaah yang mempunyai ikatan dengan Kerajaan Islam Madinah. 
Putusnya Tahaluf, Kebebasan PAS bergerak memimpin Perubahan
Sebelum memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR, PAS sudah telah menyusun jalan yang bertepatan dengan pemahaman syariat dan sirah Nabawi dalam meneruskan perjuangan Islam di Malaysia ini. Pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) adalah salah satu yang jelas kelihatan di mata umum. PAS berjaya menunjukkan kefahaman sebenar bagaimana perbezaan antara politiking pilihan raya dan juga politik taawun dan tafahum dalam membina negara dan menyelesaikan masalah negara dan umat. 
Harapan membawa perubahan dengan Islam dinyatakan dengan jelas dalam Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kedah, baru-baru ini. Tema Sejahtera Bersama Islam menunjukkan keyakinan PAS untuk terus membawa Islam sebagai penyelesaian yang membawa sejahtera kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat Malaysia. 
Dokumen Hijau, Wawasan Induk Negara (WIN), Gagasan Penyelesaian PAS yang perlu Ke Hadapan 
PAS sudah terlepas beban untuk menunjukan jalan keluar kepada setiap masalah dalam negara ini termasuk dalam negeri Selangor. Dokumen Hijau PAS adalah salah satu cadangan PAS yang bertepatan dengan pendekatan BMPS sebagai nasihat penyelesaian kepada Negara untuk dilakukan atau kepada PAS bila memerintah nanti. Waktu yang sama, masalah-masalah baru yang dijangka berlaku seperti masalah penswastaan air Selangor dan juga kemungkinan-kemungkinan kegagalan kerajaan negeri sekarang menyelesaikannya secara mengutamakan rakyat, PAS boleh bersedia memberi penyelesaian tanpa terikat dengan alasan tahaluf siyasi yang cuba dikatakan oleh kebanyakan orang. 
Secara umumnya, dengan pengumuman MSU memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, PAS telah memulakan langkah maju ke hadapan tanpa perlu terikat dengan masalah-masalah berangkai melibatkan rakan tahaluf sebelum ini. Yang penting untuk diutamakan sekarang adalah menerangkan gagasan-gagasan PAS dan membuktikan bahawa PAS mampu membawa perubahan negara dengan Sejahtera Bersama Islam. 
Ahmad Hakimi Othman
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor
Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan PAS Pusat 
12 Mei 2017 / 15 Syaaban 1438 - HARAKAHDAILY 12/5/2017
Sumber HD - 122-5-2017 

Tiga exco Pas kekal hingga Dun Selangor bubar
Posted on Thursday, May 11 @ 23:00:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34887



SHAH ALAM - Pas Selangor mengekalkan khidmat tiga exconya dalam pentadbiran Kerajaan Selangor sehingga Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan, walaupun Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan untuk membatalkan hubungan politik dengan PKR.
Pesuruhjaya Pas Selangor yang baharu, Sallehen Mukhyi berkata, khidmat tiga exco itu perlu  dikekalkan kerana ia adalah mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU14.
"Namun, Pas Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan hubungan politik Tahaluf Siyasi antara Pas dan PKR telah terbatal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiga exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi serta Zaidy Abdul Talib yang menyandang Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Susulan keputusan Majlis Syura Ulama, Sallehen berkata Pad Selangor tidak akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR sebaliknya mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya bagi menghadapi PRU akan datang.

"Bagaimanapun, demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU13, Pas Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri Selangor sehinggalah tamat penggalnya nanti," katanya.

Sementara itu, ketiga-tiga exco Pas terbabit tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksi mereka.

Kerajaan Selangor dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dengan komposisi tiga exco daripada PKR, tiga DAP dan tiga Pas.
Majlis Syura Ulama Pas hari ini sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan Tahaluf Siyasi dengan PKR secara serta merta.

Setiausaha majlis itu Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara kedua-dua parti yang terjalin sejak sekian lama.

Keputusan majlis berkenaan sememangnya dijangkakan selepas Muktamar Pas Ke-63 bulan lepas meluluskan usul supaya kerjasama politik antara kedua-dua parti itu ditamatkan apabila PKR dilihat tidak menghormati Pas sebagai rakan sekutu mereka. - Bernama

Sumber TKO - 11-5-2017 


























































































PAN parti gelojoh dan gila kuasa

DAKWAAN Timbalan Presiden PAN, Salahudin Ayub bahawa PAS masih terhegeh-hegeh dan menagih kasih dengan kerajaan Selangor menyerlahkan sikap gelojoh dan gila kuasa parti tersebut. 
Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Ridzwan menegaskan pimpinan PAN juga tidak hormat dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan mereka khususnya yang berada di Selangor. 
Beliau yang juga Adun Gombak Setia berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Azmin Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS kekal dalam kerajaan berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU ke-13.
Tambah beliau ia juga tiada desakan di Selangor untuk PAS keluar dari kerajaan negeri. 
"Sebaliknya PAN yang menunjukkan sikap kecewanya dengan kenyataan sedemikian. Siapa yang sebenarnya terhegeh-hegeh dan menelan air liur...?" soalnya. 
Beliau turut menegaskan tidak timbul soal PAS menagih kasih pada sesiapa sebaliknya PAS bekerja dalam kerajaan dengan sikap saling hormat-menghormati antara tiga parti. 
Katanya, kesepakatan dan kerjasama antara tiga parti DAP, PKR dan PAS dalam kerajaan negeri telah dipakati sejak tahun 2008 dan dibaharui pada tahun 2013. – HARAKAHDAILY 11/5/2017
Sumber HD - 11-5-2017 





























































































Keputusan MSU: Kenyataan rasmi PAS Selangor

PAS Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak PAS  yang telah memutuskan bahawa hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal. 
Oleh hal yang demikian PAS Selangor tidak lagi akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR dan sebaliknya akan mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. 
Walau bagaimanapun demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU ke-13 lalu maka PAS Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri sehinggalah tamat penggalnya nanti. 
SALLEHEN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
11 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 11/5/2017
Sumber HD - 11-5-2017 

Putus hubungan: PAS Selangor tidak akan runding kerusi dengan PKR
Posted on Wednesday, May 10 @ 10:05:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34864



SHAH ALAM: PAS Selangor memaklumkan parti itu tidak akan melakukan sebarang rundingan pembahagian kerusi dengan PKR sekiranya Majlis Syura Ulama mengambil keputusan yang selari dengan ketetapan di muktamar baru-baru ini iaitu memutuskan hubungan dengan PKR.
Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata, jika ketetapan itu diambil PAS negeri kekal dengan pendirian bertanding sehingga 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor berbanding hanya 20 kerusi ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
"Jika Majlis Syura Ulama putus bahawa hubungan dengan PKR putus, tiada keperluan untuk kita berunding dengan PKR, kita akan bertanding ditempat yang telah kita sasarkan," katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.
Dalam perkembangan berkaitan, Sallehen turut menolak tanggapan banyak pihak bahawa pentadbiran negeri kini berada dalam keadaan tidak menentu ekoran perkembangan terbaru parti itu dengan PKR.
Menurutnya, tanggungjawab bersama tetap dilaksanakan barisan Exco dan perkara itu katanya sudah terbukti apabila pentadbiran negeri tetap lancar walaupun PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP.

  "Pentadbiran negeri tetap berjalan seperti biasa dan tanggungjawab bersama itu wujud, sebelum ini pun PAS sudah tidak ada hubungan dengan DAP tetapi pentadbiran negeri tetap baik," katanya.

Sumber TKO - 10-5-2017
































































































Saf kepemimpinan PAS Selangor sesi 2017/2019

MESYUARAT Perhubungan PAS Negeri Selangor kali pertama sesi 2017/2019 telah bersidang pada 9 Mei 2017 di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor, Shah Alam, dengan agenda pelantikan timbalan-timbalan pesuruhjaya, setiausaha, penolong-penolong setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, ahli perhubungan dilantik dan pengerusi-pengerusi lajnah 
Berikut merupakan lantikan yang telah dibuat: 
1. PESURUHJAYA - YB USTAZ SALLEHEN MUKHYI 
2. TIMBALAN PESURUHJAYA I - YB DATO’ DR AHMAD YUNUS HAIRI
3. TIMBALAN PESURUHJAYA II - YB TUAN IR MOHD HASLIN HASSAN
4. TIMBALAN PESURUHJAYA III - USTAZ MOHD ZAMRI ZAINULDIN 
5. SETIAUSAHA - TUAN HAJI ABDUL HALIM OMAR
6. PENOLONG SETIAUSAHA I - SDR. MOHD AZEMAN MUHD YUNUS
7. PENOLONG SETIAUSAHA II - SDR. IBRAHIM BAHARUDDIN
8. PENOLONG SETIAUSAHA III - SDR. AZRI MOHAMMAD ARISH
9. BENDAHARI - YB TUAN ZAIDY ABDUL TALIB
10. KETUA PENERANGAN - YB USTAZ HASBULLAH RIDZWAN
11. PENGARAH PILIHAN RAYA - TUAN HAJI ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR 
12. AHLI PERHUBUNGAN DILANTIK - YB DR HALIMAH ALI
13. AHLI PERHUBUNGAN DILANTIK - PUAN HJH NORAINI HUSSAIN
14. AHLI PERHUBUNGAN DILANTIK - USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI
15. AHLI PERHUBUNGAN DILANTIK - USTAZ MOHAMMAD IBRAHIM
16. AHLI PERHUBUNGAN DILANTIK - YB MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN
17. AHLI PERHUBUNGAN DILANTIK - YB DR ABD RANI OSMAN
18. AHLI PERHUBUNGAN DILANTIK - YB TUAN HAJI RAZALI HASSAN 
Pengerusi-pengerusi lajnah.
1. POLITIK - YB USTAZ SALLEHEN MUKHYI
2. PENGURUSAN STRATEGIK DAN KAJIAN DASAR (PASKAD) - YB TUAN IR MOHD HASLIN HASSAN
3. PENGARAH G5 - USTAZ MOHD ZAMRI ZAINULDIN
4. TARBIYAH & PERKADERAN - USTAZ RIZUAN RAHMAT
5. PENERANGAN DAN HUBUNGAN MEDIA - YB USTAZ MOHD HASBULLAH RIDZWAN
6. DAKWAH - YB DATO’ DR AHMAD YUNUS HAIRI
7. KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN - YB DR ABD RANI OSMAN
8. IKTISAD & PEMBANGUNAN USAHAWAN - YB TUAN ZAIDY ABDUL TALIB
9. PERPADUAN NASIOANAL & PEMBANGUNAN NGO -YB DR HALIMAH ALI
10. JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM) - YB MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN
11. PENDIDIKAN - PUAN HJH NORAINI HUSSAIN
12. TANAH & PERUMAHAN - TUAN HAJI HASNIZAN HARUN
13. BANGUNAN & PENGURUSAN HARTA - YB TUAN KHASSIM ABDUL AZIZ
14. KEBUDAYAAN & KESENIAN - USTAZ MUHAMMAD IBRAHIM
15. ORGANISASI & PEMERKASAAN PARTI - TUAN HAJI ABDUL HALIM OMAR
16. ALAM SEKITAR - TUAN HAJI ARIFFIN MAHAIYUDDIN
17. ASAS TANI - YB TUAN RAZALY HASSAN
18. PEKERJA - TUAN HAJI GHAZALI DAUD
19. PENGURUSAN PRESTASI, PENYAMPAIAN & PENYELIDIKAN - YB USTAZ MOHD SHAFIE NGAH
20. PEMBANGUNAN KOMPLEKS PAS SELANGOR - USTAZ AHMAD DUSUKI ABD RANI 
YB USTAZ SALLEHEN MUKHYI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
Sumber HD - 10-5-2017 


































































































ARC Selangor menyelusuri jalan dakwah

KELAB Motosikal Malaysia ARC (Alternative Riding Club) Selangor hari ini menyusun atur perjalanan dakwah santai mereka bergerak ke Masjid Yayasan Noah, Genting Highland untuk bersama dengan 19 penunggang motosikal berkuasa besar bagi memulakan kempen ARC Day setiap hari Ahad. 
Pelepasan Ride Santai dilakukan oleh Ustaz Syarhan Humaizi Halim selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor di stesen minyak BHP di Gombak pagi tadi. 
Dengan tema "We Ride For Charity", ARC Selangor memulakan perjalanan jam 9 pagi dan berhenti bersarapan pagi di Gohtong Jaya dan singgah di Masjid Yayasan Mohd Noah untuk menunaikan solat dhuha. 
Di kesempatan tersebut, majlis tahlil ringkas diadakan buat sahabat sahabat dan ahli keluarga serta sahabat handai diketuai oleh Ustaz Fazdi Muhammad yang merupakan Timbalan Naqib ARC Selangor juga turut menyampaikan tazkirah dhuha sebelum itu. 
Ride santai ini juga dapat merapatkan ukhuwwah melalui sesi ta'aruf bertujuan mengenali di antara satu sama lain di samping mereka dapat bersama menikmati keindahan alam di puncak dan majlis berakhir dengan doa wehdah yang sinonim dengan konsep dakwah ARC. 
Turut hadir dalam pelepasan konvoi tersebut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor, Damanhuri Dol. 
Susuri Lorong Dakwah
We Ride For Charity
Sumber HD - 7-5-2017 




































































































Benteng memartabat Islam di Selangor

DEWAN Ulamak PAS Negeri Selangor memanjatkan doa semoga ahli jawatankuasa perhubungan negeri yang akan dibentuk selepas ini adalah amilin yang akan meningkatkan secara optimum gerak kerja pilihan raya. 
Ketuanya, Ustaz Riduan Rahmat berkata, ia sekali gus menjadi benteng utama memartabatkan Islam dan perjuangan PAS di bumi Selangor ini. 
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan, semalam berhubung pembentukan saf PAS Pusat dan pesuruhjaya PAS negeri-negeri, sebagaimana di bawah. 
Pengumuman rasmi pada 6 Mei 2017 oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan barisan baru saf Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta pesuruhjaya negeri bagi sesi 2017-2019. 
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor merakamkan jutaan penghargaan atas lantikan pesuruhjaya negeri yang baru iaitu YB Ustaz Sallehen Mukhyi. 
Pemilihan yang dibuat sudah pasti menjurus ke arah persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi. 
DUPNS menyokong penuh perlantikan tersebut berdasarkan kewibawaan kepimpinan, keilmuan dan pengalaman politik beliau yang luas, mampu memantapkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bertunjangkan Al-Quran dan Al-Hadis di persada politik Malaysia. 
Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada YB Datuk Iskandar Abdul Samad yang merupakan mantan pesuruhjaya negeri dan AJK BPPNS bagi sesi lalu yang telah melaksanakan tugas dengan amat baik. 
Kami memanjatkan doa semoga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri yang akan dibentuk selepas ini adalah amilin yang akan meningkatkan secara optimum gerak kerja pilihan raya sekali gus menjadi benteng utama memartabatkan Islam dan perjuangan PAS di bumi Selangor ini. 
سيروا على بركة الله 
SEJAHTERA BERSAMA ISLAM
USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor
09 Syaaban 1438H | 06 Mei 2017
Sumber HD - 7-5-2017 






































































































Malam Ribat 3.0: Rapatkan saf, simpulkan ukhuwwah

JABATAN Amal Malaysia Negeri Selangor malam tadi meraikan petugas-petugas anggota Amal ke Muktamar Tahunan PAS ke-63 baru-baru ini di dalam program Malam Ribat Amal 3.0 yang bertempat di Darul Mujahiddin, Bt 9 Teluk Panglima Garang. 
Program kali ini dihadiri lebih 300 peserta yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dari semua peringkat Amal kawasan-kawasan di Negeri Selangor.
Pertemuan malam tadi turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang memberikan kuliah atau taujihat kepada anggota selepas solat maghrib dan beliau turut mengimamkan solat Isya sebelum bersama dengan anggota menikmati juadah yang disediakan. 
Ustaz Khalil dalam kuliah beliau menasihati anggota Amal perlu bersabar dan terus bersabar dalam menjalankan setiap tugasan yang diberikan dan perlu sentiasa beringat bahawa setiap gerak kerja adalah semata-mata menunaikan ketaatan kepada Allah SWT. Sebab itu moto Jabatan Amal adalah "Beramal Kerana Allah". 
Sabar yang turut dalam melakukan ketaatan sesama anggota dan perlu menjaga "Solat Berjemaah" katanya. Tambah beliau, bencana yang berlaku baru-baru ini juga adalah ujian bagi anggota Jabatan Amal yang mana sebahagian kita dapat menyaksikan betapa ujian yang Allah datangkan tidak kira siapa dan di mana. 
Hasil pengalaman dan kepakaran dalam mengurus bencana sebelum ini menjadikan anggota Jabatan Amal sentiasa bersiap siaga walaupun ada di kalangan mereka yang sendiri tercedera. Namun tidak sedikitpun melunturkan rasa keseronokan beramal walaupun dalam keadaan basah. 
Malam Ribat 3.0 kali ini turut dihadiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim dan Exco-exco DPPNS yang turut berucap dalam sesi usrah bersama anggota Amal pada sesi yang kedua dan turut dihadiri oleh Sdr Nazrie Mohd Aris (Pengarah Jabatan Amal Malaysia), Ustaz Rizuan Rahmat (Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor) dan Ustaz Ramli Sidom (mantan Ketua Pemuda DPPNS). 
Seterusnya program disambung keesokannya pagi dengan qiamulalil dan kuliah subuh yang dipimpin oleh jurulatih Unit Tarbiyah dan Dakwah Amal Negeri sebelum semua anggota pulang ke kawasan masing-masing.
Sumber HD - 7-5-2017 








































































































Siiru ala barakatillah kepada PJ baharu Selangor

HARI ini 6 Mei 2017, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta pesuruhjaya negeri bagi sesi 2017-2019. 
Bagi Negeri Selangor, peringkat Dewan Pemuda merakamkan setinggi penghargaan atas lantikan pesuruhjaya negeri yang baharu iaitu YB Ustaz Sallehen Mukhyi. Pemilihan yang dibuat sudah pasti menjurus ke aras persediaan untuk menghadapi Pilihan raya Umum tidak lama lagi. 
Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada YB Datuk Iskandar Abdul Samad yang merupakan mantan pesuruhjaya negeri dan AJK BPPNS bagi sesi lalu yang telah melaksanakan tugas dengan amat baik. 
Besar harapan kami Pemuda Selangor,  agar Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri yang akan dibentuk selepas ini adalah ahli jawatankuasa yang akan meningkatkan secara maksimum gerak kerja pilihan raya sekali gus menjadi benteng utama perjuangan PAS di bumi Selangor ini. 
BERSIAGA MENUJU FATHU 
SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
9 Syaaban 1438H | 6 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 6/5/2017
Sumber HD - 6-5-2017 










































































































Ribat 3.0: Warkah buat Jabatan Amal Selangor

JABATAN Amal Malaysia telah menjangkau 26 tahun umurnya. Ditubuhkan pada 1991 hingga kini bergerak berkhidmat buat jamaah dan ummah. 
Jabatan Amal menjadi bukti sebuah ketumbukan jamaah yang berdiri ikhlas dengan disiplin dan izzah mempertahankan jamaah serta berkhidmat tanpa mengenal erti penat lelah. 
Anggota Amal yang merupakan ansorullah wajib dilatih dan disediakan bukan sahaja dari sudut disiplin tetapi dilengkapkan: 
i) Kesatuan Fikrah
ii) Ribat jiwa, amal dan ukhuwwah
iii) Kukuh hubungan dengan Allah SWT 
Justeru, Anggota Amal perlu dihiasi dengan "muwasofat Amilin" yang jiwa mereka senantiasa membuak-buak untuk melunaskan arahan jemaah dan kepimpinan. Cermatilah kalam dengan wahyi, hujanilah qalbu dengan Allah, ianya membuka seribu langkah keikhlasan mengintai mardhotillah. 
Bagi pihak kepimpinan DPPNS kami mengucapkan jazakumullahu khairan atas khidmat kalian pada muktamar baru-baru ini. Moga Ribat 3.0 akan mengikat hati kita semua untuk terus istiqomah memperjuangkan agama Allah SWT 
Firman Allah SWT: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ 
Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Surah Muhammad: Ayat 7) 
Syarhan Humaizi Abdul Halim 
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
9 Syaaban 1438H | 6 Mei 2017
Sumber HD - 6-5-2017 












































































































Pemuda PAS Selangor santuni Bomba

DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) dan Jabatan Amal Negeri Selangor (JANS) mengadakan lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Shah Alam pagi tadi sempena Hari Bomba Sedunia. 
Rombongan diketuai Ketua DPPNS, Ustaz Syarhan Humaizi Halim disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Hassan Asa'ari Omar. 
Rombongan disertai Pengarah JANS, Shehdi Hazrik, Damanhuri Dol (Setiusaha DPPNS) dan wakil DPPNS dengan mengadakan perbincangan, bertukar pandangan dan mengambil nasihat berjalan dengan baik. 
Ketua Lajnah Penerangan DPPNS, Mohd Shukri Omar berkata seiring dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, dewan pemuda negeri bergerak menyantuni kakitangan kerajaan. 
Katanya, perjuangan isu skim gaji anggota Bomba dan Penyelamat akan terus diperjuangkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi sebelum ini. 
"Semoga kunjungan itu akan terus berlangsung pada masa akan datang," ujarnya. - HARAKAHDAILY 5/5/2017
bomba4
Sumber HD - 5-5-2017 














































































































Warkah terbuka buat Pemuda PAS Selangor

MUKTAMAR Dewan Pemuda PAS Malaysia serta PAS Pusat baru sahaja melabuhkan tirainya. Ahli PAS seluruh negera merasa nikmat dan keterujaan seakan baru sahaja keluar dari pesta atau temasya yang sarat dengan bicara ilmuwan dan ukhuwah yang luar biasa. 
Bagi pemuda PAS, penghormatan dan kepatuhan akan membulat, setelah memperolehi tampuk kepimpinan yang baru bagi menerajui bahtera perjuangan pemuda pada hari ini. 
Muktamar kali ini menjadi titik sejarah yang sangat indah. Penglibatan semua ahli pemuda Selangor dalam menjayakan muktamar dapat dikesan. Jabatan Amal Selangor terlibat secara langsung. Kor Medic yang bertugas di sepanjang perkampungan ahli PAS di sana. Ahli-ahli ARC Selangor dengan "team marshal" dan konvoinya menderumkan Kota Sarang Semut demi izzah perjuangan. 
Lensa Pegawai Media yang merakam setiap detik perjalanan muktamar. Perwakilan dan pemerhati yang istiqamah hingga hujung. Begitu juga diserikan lagi perbahasan dengan sarat ilmu dan ketegasan oleh Ketua Penerangan DPPNS Al Fadhil Ustaz Sukri Omar melengkapkan kehadiran delegasi Pemuda Selangor ke Muktamar Pusat pada tahun ini. 
Ucapan Tuan Guru Presiden dengan temanya "Sejahtera Bersama Islam", tema Dewan Pemuda PAS Malaysia "Mara Menuju Cita" dan tema Dewan Pemuda PAS Selangor "Bersiaga Menuju Fathu" adalah gandingan yang perlu digarapkan oleh seluruh ahli PAS terutamanya Pemuda Selangor. Arahan serta harapan yang telah disampaikan wajib disambut dengan *"muwasofat amilin"* tanpa ada helah dan kerutan dahi yang mendukam. 
Pemuda Selangor perlu tampil mengisi ruang kelayakan "nusroh" dari Allah. Nabi SAW pernah bersabda yang menyebabkan sahabat-sahabat berlumba-lumba memenuhi ruang kelayakan itu. 
لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْاَمِيرُ اَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ 
"Sesungguhnya akan dibuka Kota Konstantinopel, sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan perang saat itu" 
Sudah barang pasti untuk mengisi ruang kelayakan itu memerlukan saff pemuda yang bersedia dari aspek: 
i. Kesatuan fikrah
ii. Ribat jiwa, amal dan ukhuwah
iii. Kompetensi diri
iv. Kukuh "hablullah dan hablunnas" 
Para pemuda perlu bersiaga. "Fathu" tidak akan datang menggolek. Nusroh Allah layak hanya bagi mereka yang menepati cirinya. Kerana Allah itu Maha Adil. Justeru ayuh pemuda Selangor, *BERSIAGA MENUJU FATHU*. Agar agenda Islam dapat direalisasikan. 
SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
4 Syaaban 1438H | 1 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 1/5/2017
Sumber HD - 1-5-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































Fikir anjurkan program "bijak wang"

PERTUBUHAN Forum Kesedaran Rakyat Negeri Selangor (Fikir) akan menganjurkan Program Kesedaran Pengurusan Kewangan (Bijak Wang) untuk penduduk rumah kos rendah di Selangor. 
Fikir akan menganjur satu siri ceramah di pembangunan-pembangunan kos rendah dari bulan Mei hingga Ogos tahun ini. 
Ceramah-ceramah akan dikendalikan oleh para sukarelawan yang memiliki pengalaman di dalam bidang pengurusan kewangan. 
Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran penduduk tentang betapa pentingnya kewangan mereka diurus dengan bijaksana. 
Kesedaran ini penting kerana ramai rakyat Malaysia telah diisytiharkan muflis pada usia yang muda kerana gagal merancang perbelanjaan mereka. 
Sehubungan dengan itu, Fikir akan menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor untuk program ini. 
Datuk Iskandar A. Samad selaku Exco telah bersetuju untuk menjadi penasihat kepada Fikir. 
Satu majlis ringkas mengumumkan program BIJAK WANG ini telah diadakan di Shah Alam pagi semalam dengan disaksikan oleh Datuk Iskandar. – HARAKAHDAILY 28/4/2017
Sumber HD - 28-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































Amal Serdang terus berbakti di Dabong

WALAUPUN sudah lebih 2 tahun peristiwa banjir besar melanda Negeri Kelantan, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Serdang (Amal Serdang) di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang (DPPKS) terus menjalankan program kebajikan kepada masyarakat di Dabong, Kelantan. 
Terbaharu, kelmarin Amal Serdang melalui misi "A Day For Charity" meneruskan program bantuan makanan bersama Penyelia PAS Dun Dabong, Ku Zaki Ku Hussin. Turut serta dalam misi kali ini ialah pelakon dan selebriti terkenal tanah air, Mustafa Kamal. 
Misi kali ini telah mensasarkan sebanyak 70 keluarga yang tinggal di persisiran Sungai Kelantan di kawasan Dun Dabong. Misi ini melibatkan lebih 25 sukarelawan dan 9 buah bot yang membawa beras dan bekalan makanan kering. 
"Walaupun jauh di pedalaman, pihak kerajaan Kelantan tidak pernah mengabaikan masyarakat di sini tanpa mengira latar belakang politik," ujar Ku Zaki yang lebih mesra di kalangan masyarakat Dabong dengan panggilan 'Tok Imam' 
Menurut beliau lagi, Dabong terus mendapat tempat di hati masyarakat termasuk daripada luar negara terutamanya selepas banjir 2014.
Beliau sangat menghargai bantuan pelbagai pihak yang masih berterusan sehingga ke hari ini termasuklah misi-misi bantuan daripada Amal Serdang. 
Misi yang melibatkan 3 buah kampung itu berakhir pada jam 5.30 petang setelah kira-kira 6 jam menyelusuri dan menziarahi masyarakat di sekitar Kampung Kuala Mahligai, Kampung Serasa dan Kampung Pasir Berdengung.
Misi diteruskan lagi dengan mengadakan Sambutan Israk dan Mikraj di Surau al-Ikhlas, surau yang telah dibina oleh Amal Serdang sebelum ini semasa pasca banjir di Kampung Sungai Garam, Kuala Temiang. 
Antara pengisiannya ialah Ceramah Israk dan Mikraj oleh Timbalan Speaker DUN Kelantan,  Ustaz Abd Latif Abd Rahman, Adun Mengekebang yang juga YDP PAS Kuala Kerai. Turut diadakan pada malam itu ialah Mini Kem Solat yang melibatkan lebih 40 anak-anak masyarakat sekitar surau dan kenduri rakyat. 
Wakil Amal Serdang memaklumkan mereka akan terus komited meneruskan program menyampaikan sumbangan bekalan makanan fizikal dan rohani kepada masyarakat di sekitar Dabong yang telah dimulakan sejak Mac 2016 lalu. - HARAKAHDAILY 25/4/2017
serdang4 

serdang5 

serdang1
Sumber HD - 25-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika tiada Persetujuan seperti PRU13 lalu, PAS sedia tanding 45 DUN di Selangor
Posted on Monday, April 24 @ 17:58:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34673



“Kita sedia bertanding di 45 kerusi DUN, 15 kerusi Parlimen jika tak terikat persetujuan 2013. Ini beri ruang kepada PAS bertanding mana-mana kerusi sebab parti lain akan bertanding di kerusi PAS jika tiada keputusan dibuat.

“Kita telah hantar calon-calon kita kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan,” kata Iskandar pada sidang media himpunan PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Semua rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilaporkan belum membuahkan hasil, manakala usul memutuskan hubungan dengan PKR akan ditentukan pada muktamar 27 April ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu video tular Mac lepas dirakamkan mahu PAS memerintah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor, manakala selebihnya terserah kepada Umno.

PAS hari ini mencadangkan pakatan pembangkang supaya menumpukan negeri lain, sambil meminta Kelantan dan “kerusi tradisi” Pas tidak diganggu.

“Kita harap rakan-rakan dalam PH ingatkan mereka dan akur dengan kerusi tradisi PAS. Kita kena tumpu negeri yang dimenangi oleh Umno,” kata Tuan Ibrahim.

Sekarang, PAS Selangor berpendirian mengekalkan status quo tetapi akan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti, jika PAS menamatkan kerjasama politik dengan PKR.

Ada 3 anggota exco kerajaan Selangor daripada PAS iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad (perumahan, pengurusan bangunan dan kehidupan bandar); Zaidy Abdul Talib (infrastruktur dan kemudahan awam, pemodenan pertanian dan industri asas tani) serta Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (hal ehwal agama Islam, adat melayu dan warisan, pembangunan desa dan kampung tradisi).

Selangor mempunyai 56 kerusi DUN yang diwakili DAP (14), PKR (13), PAS (13), BN (12), Amanah (2) dan Bebas (2).


Spekulasi kerjasama antara PAS dan Umno kuat diperkatakan menuju pilihan raya umum ke-14 yang selewat-lewatnya perlu diadakan tahun depan.

Sumber TKO - 24-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































Pensabotaj berwajah baik

SEJARAH Bani Israel dimulakan dengan kisah anak-anak Nabi Ya'qub yang cuba membunuh adik bongsu mereka, Nabi Yusuf. Sejarah tersebut sebagai peringatan betapa Yahudi Bani Israel amat mahir dalam pembikinan plot fitnah dan sabotaj. Bahkan ia juga merupakan kisah yang mengajar kita akan kaedah bagaimana menangani fitnah. 
Dengki
Punca utama budaya fitnah adalah kerana dengki yang meluap. Iri hati dengan nikmat yang ada pada orang lain. Yang lebih dahsyat, dengki dengan orang yang mempunyai hubungan dekat. Dalam kisah Nabi Yusuf, abang-abang Nabi Yusuf dengki terhadap Nabi Yusuf kerana baginda lebih disayangi oleh bapa mereka, Nabi Ya'qub. 
"Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) lebih disayangi oleh bapa kita lebih dari kita. Sedangkan kita lebih kuat." (Yusuf: 8) 
Mereka sekeluarga. Sesama Islam. Tetapi berpenyakit iri hati yang kronik.
Menganggap Semuanya Persaingan 
Hubungan darah yang sepatutnya terjalin perkongsian kasih sayang, tiba-tiba dijadikan sebagai persaingan merebut perhatian hingga meragut keharmonian. Kita boleh memilih samada mahu saling kuat menguat atau sengaja mencipta persaingan atas rasa dengki. 
Bunuh Nyawa Atau Bunuh Karektor
Abang-abang Nabi Yusuf mengemukakan dua pilihan plan komplot ke atas Nabi Yusuf. Sama ada bunuh nyawa atau bunuh karektor. Mereka memilih bunuh karektor Nabi Yusuf dengan mencampakkannya ke dalam perigi supaya identiti Nabi Yusuf lenyap. 
"Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu daerah supaya bapa kalian kembali memberi perhatian kepada kalian." (Yusuf: 9) 
Bilas Dosa Sabotaj Dengan Ibadat
Pelaku komplot jahat kebiasaannya meredakan rasa bersalah mereka dengan amal ibadat. Kononnya susulan ibadat mereka dapat menampung dosa kejahatan mereka yang suka memfitnah dan tikam belakang. 
"Dan sesudah itu (membuang Nabi Yusuf) hendaklah kamu menjadi orang-orang soleh." (Yusuf: 9) 
Tuduhan Kononnya Orang Lain Sangka Buruk
Bagi membentengi dakwaan jahat serta memaksa orang lain agar bersetuju dengan fitnah mereka, pelaku fitnah akan melemparkan tuduhan kononnya sesiapa yang tidak percaya pembohongan mereka adalah di kalangan orang yang suka bersangka buruk terhadap mereka. 
Abang-abang Nabi Yusuf mengulang-ulang dakwaan bahawa bapa mereka, Nabi Ya'qub suka bersangka buruk terhadap mereka. Sedangkan curiga itu datang dari diri mereka sendiri. 
"Wahai ayah kami, apa sebabnya kamu sukar mempercayai kami?." (Yusuf: 11)
"Ayah sama sekali tidak akan percaya dengan kami sekalipun kami adalah orang-orang yang benar." (Yusuf: 17) 
Mahir Berlakon
Pemfitnah dan pengkhianat tegar mesti mempunyai bakat berlakon yang luar biasa. Kemahiran ini penting demi mempersembahkan perancangan mereka dengan jayanya. Mereka boleh bermuka-muka dan tidak kelu lidah ketika menipu. 
"Kemudian mereka datang kepada bapa mereka pada waktu malam dalam keadaan menangis." (Yusuf: 16) 
Bayangkan mereka yang mengkhianati Nabi Yusuf, mereka pula yang menangis kesedihan dan kekesalan. Mereka kelihatan cukup baik lagi penyayang. Hakikatnya berhati bangsat. 
Reka Bukti Palsu
Dakwaan mereka bukan dengan tangan kosong. Bahkan beserta bukti! Tetapi bukti palsu. 
"Mereka datang membawa baju (Yusuf) dengan berlumuran darah palsu." (Yusuf: 18) 
Dalam plot tersebut, abang-abang Nabi Yusuf telah memangsakan serigala sebagai tertuduh. Serta mengorbankan kambing yang tiada kaitan dengan konflik mereka untuk diambil darahnya dijadikan bukti palsu. 
Dalam plot fitnah, pasti akan ada yang menjadi mangsa walaupun pada asalnya tiada kaitan. Kambing yang dikambinghitamkan. 
Jadilah Seperti Nabi Ya'qub
Seorang Nabi mempunyai sifat bijaksana. Mampu rasional dalam menilai dan bertindak. Antara sikap Nabi Ya'qub adalah: 
• Berhati-hati dengan sikap yang mencurigakan. Berwaspada adalah hikmah.
• Mampu membezakan antara bukti benar dan bukti palsu. Nabi Ya'qub menilai bahawa bukti baju Nabi Yusuf itu palsu kerana tidak logik ia diterkam serigala tetapi tidak koyak. Zaman sekarang masing-masing mendakwa ada bukti. Kita perlu ingat, ada bukti benar dan ada bukti palsu. 
• Mengambil sikap sabar, yakin satu hari kelak Allah pasti menyingkap kebenaran. 
"Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku)." (Yusuf: 17)
Boleh jadi orang yang mewarisi sikap dan kemahiran abang-abang Nabi Yusuf dalam melakukan onar, mempunyai pertalian darah dengan Yahudi al-Maghdub.
Semoga Allah pelihara kita semua. 
Abdul Mu'izz Muhammad
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
2 April 2017 | 5 Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 2/4/2017
Sumber HD - 2-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































PAS Will Not Exit Selangor













PAS will not leave the Selangor state government unless it is instructed to do so.

“There are no instructions to get out of the state government, so we will just proceed,” state PAS chief Datuk Iskandar Samad (pic) said Friday.

A number of PAS divisions recently called for the party to sever ties with PKR.

Iskandar, however, said that Selangor PAS would wait for instructions from the party’s muktamar scheduled to be held in April.

“We will wait for instructions from the muktamar or the party headquarters.
“I will adhere to the party president’s instructions.

“The party has only one president and if the instructions come from anyone else trying to be the president, I will not accept it,” he said, adding that perhaps there were people in the party who assumed they were in charge.

Besides Iskandar, the Selangor government’s executive council line-up has two other Selangor PAS members – Datuk Dr Ahmad Yunos Hairy and Zaidy Talib.

On the proposed amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act or RUU355, Iskandar said PAS would continue as before.

“From the start it was a Private Member’s Bill, so we will just proceed with it.

“It is our initiative, so it is back to PAS to just proceed with it,” he told reporters on the sidelines of the Selangor state legislative assembly meeting.-thestar

Sumber BO - 1-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































RUU 355: PAS sekali lagi akan jadi watak utama

KEPUTUSAN Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk tidak membentang Rang Undang-undang 355 (RUU355) di Parlimen bukanlah suatu keputusan yang memeranjatkan buat para pendukung PAS. Di peringkat akar umbi PAS jelas keputusan ini merupakan suatu jangkaan sedari awal pihak kerajaan bercadang untuk membentangkan RUU355 ini. 
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (Surah Al-Anfal: ayat 63)
Hakikat yang kita perlu sedari bahawa keputusan ini merupakan suatu rahmat buat rakyat Malaysia yang sekian lama menolak Kerajaan BN kerana hari ini mereka telah memaparkan wajah sebenar setelah berhempas pulas menekapkan topeng sandiwara politik untuk memperbodohkan rakyat demi meraih sokongan yang semakin luntur.   
Sikap Kerajaan BN terhadap keputusan ini memperjelaskan lagi sikap sebenar dalam memperjuangkan hak-hak umat Islam di Malaysia. Lebih parah lagi Akta 164 yang bercanggah dengan syariat Islam serta Perlembagaan Persekutuan itu sendiri menjadi pilihan Kerajaan BN untuk dibentangkan.

Maka siapakah yang kita boleh harapkan? Rakyat hari ini dapat melihat PAS merupakan satu-satunya parti yang konsisten memperjuangkan dasar yang telah ditetapkan sejak penubuhannya lagi. Dengan segenap ruang yang ada PAS terus-menerus membawa citra rakyat tanpa melihat tentangan yang ada. 
Kerajaan BN pula jelas dilihat sebagai kelompok parti yang tuli dan apa pula yang kita boleh harapkan pada Pakatan Harapan? Hanya menjadi pasukan sorak yang penuh dengan kelicikan omongan kosong sahaja. 
hanafiHari ini kita semakin jelas bahawa Kerajaan BN bukanlah sebuah kerajaan yang mendengar suara serta aspirasi rakyat akan tetapi sekadar sebuah kerajaan yang hanya mampu mendengar keroncong perut kroni-kroni mereka sahaja. 
Pendirian PAS tidak berubah. Maka PAS sekali lagi akan menjadi watak utama dalam perjuangan membentang RUU355 bilamana kerajaan mengisytiharkan tidak akan melakukan pembentangan di Parlimen. Bukan sahaja RUU355 akan kita bentang, bahkan kita juga akan membentangkan kain kapan buat Kerajaan BN sebagai tanda semakin hampirnya hayat Kerajaan BN memerintah. 
Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang
30 Mac 2017 | 2Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 30/3/2017
Sumber HD - 30-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAN masuk kalau PAS-PKR putus kata Iskandar jawab usul
Posted on Monday, March 27 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34218



SHAH ALAM: Usul memutuskan hubungan antara PAS dan PKR di Selangor sekiranya diluluskan kepimpinan tertinggi parti hanya akan menguntungkan seteru mereka, Amanah, kata Pesuruhjaya PAS Datuk Iskandar Samad.
Ditemui pemberita di Dewan Negeri Selangor hari ini, Iskandar berkata keberadaan PAS dalam jemaah exco negeri memastikan parti serpihan itu berada di luar lingkungan kuasa di Selangor.

Beliau menjawab soalan pemberita sama ada usul tersebut akan membawa kepada pemecatan atau peletakan jawatan exco PAS dalam kerajaan negeri.

“Kita tidak takut hilang jawatan…,” kata Iskandar, yang juga exco kerajaan negeri. “…tapi kita takut PAN akan masuk (ke dalam pentadbiran kerajaan Selangor).”

Beliau berkata demikian selepas pemuda PAS di Kuala Selangor, Subang, Serdang dan Pandan meluluskan usul putus hubungan dengan PKR di mesyuarat agung tahunan masing-masing baru-baru ini.

Berdasarkan komunikasi dengan pimpinan setempat, dipercayai beberapa lagi kawasan akan mengikuti langkah mereka.

Usul tersebut menyusuli penularan video Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hasrat PAS menawan Selangor. Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengesahkan rancangan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Kuala Selangor Ahmad Hakimi Othman berkata keputusan di pihaknya dicapai berdasarkan 3 peristiwa membabitkan hubungan PAS dan PKR negeri.

“Pertama, pemimpin PKR Melayu Islam memandang sinis usaha memartabatkan mahkamah syariah dan memejamkan mata dalam penerangan yang diberikan.

“Kedua, Pilihan Raya Kecil Sungai Besar melihatkan pengkhianatan jelas terhadap unsur-unsur tahaluf siyasi PAS yang digariskan dalam Majlis Syura Ulama.

“Ketiga, isu air Selangor dan pertikaian dengan Splash masih tidak diselesaikan hingga menyeret PAS dalam krisis keyakinan rakyat terhadap tindak tanduk kerajaan yang ada,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar menegaskan usul itu masih belum muktamad memandangkan ia belum dibawa ke mesyuarat agung tahunan pusat yang dijadualkan pada 29 April hingga 1 Mei di Kota Sarang Semut, Kedah.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan isu kerjasama dengan PKR akan dibincangkan pada mesyuarat itu nanti.


PAS mengekalkan hubungan politik dengan PKR, walaupun selepas Pakatan Rakyat terkubur dan mereka bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, sekutu PKR dalam Pakatan Harapan.

Sumber TKO - 27-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anggota Amal santuni PDRM sempena Hari Polis































































































































JABATAN Amal Malaysia Negeri Selangor melalui kawasan-kawasan Amal hari ini mengadakan kunjungan hormat di beberapa Balai dan Ibu Pejabat Polis bagi meraikan Hari Polis Ke-210. 
Pengarah Amal Negeri Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli pula memaklumkan, pendekatan yang dilakukan oleh anggota Amal itu telah lama diamalkan sebelum ini bukan sahaja dengan pihak polis, juga menziarahi agensi kerajaan lain seperti Bomba, hospital dan klinik baru-baru ini sempena Hari Pembantu Perubatan. 
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris pula memberitahu, pendekatan dan kerjasama ini telah diamalkan di pelbagai peringkat termasuk di peringkat Pusat dan yang terakhir semasa Himpunan Rohingya dan RUU355 di mana Jabatan Amal telah memberi kerjasama yang sangat baik dengan pihak PDRM. 
Tambah beliau, apa yang dibuat ini adalah salah satu Budaya Politik Matang Pemuda PAS bagi membentuk hubungan baik antara Jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS dengan agensi kerajaan. 
Nazree ketika dihubungi juga mengambil kesempatan mewakili seluruh keluarga besar Jabatan Amal Malaysia mengucapkan selamat memperingati anggota-anggota polis yang telah banyak berkorban menjalankan kewajiban demi memastikan negara ini dalam keadaan aman dan sejahtera. 
Beliau juga mendoakan agar seluruh anggota Polis Diraja Malaysia dan keluarga mereka sentiasa dalam rahmat Allah dan diberikan sebaik-baik ganjaran dunia akhirat. 
Selamat Hari Polis ke-210, insya Allah 'polis dan masyarakat berpisah tiada'. - HARAKAHDAILY 25/3/2017
Sumber HD - 25-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
































































































































PAS Selangor ikut keputusan Pusat

PAS Selangor sentiasa meraikan apa jua cadangan atau usul yang dibawa oleh rakan seperjuangan PAS termasuk usul menolak hubungan tahaluf siyasi dengan PKR yang dicadangkan oleh PAS Kawasan Permatang Pauh. 
Berkata demikian, Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menjelaskan, secara umumnya dalam Negeri Selangor, PAS Selangor masih lagi memegang keputusan di peringkat pusat iaitu bertahaluf dengan PKR dalam suasana kerajaan yang dibentuk sewaktu penubuhan Pakatan Rakyat (PR). 
"PAS Selangor masih lagi berada dalam kerajaan yang dibentuk hasil daripada mandat yang telah diberikan daripada rakyat kepada PR sejak tahun 2013. Alhamdulillah, apa yang berlaku di Selangor ini kita masih lagi mengekalkan prinsip yang sedemikian demi untuk kebaikan dan kemashlahatan rakyat. 
"Apa yang diusulkan oleh PAS Permatang Pauh itu adalah merupakan pandangan kawasan tersebut yang akan diangkat. Jadi kita meraikan apa jua pandangan dan usul yang dibentangkan dan itu akan diletakkan keputusannya dalam muktamar akan datang sekiranya usul itu diterima oleh PAS Pusat," katanya. 
Beliau yang ditemui Harakah selepas Jamuan Makan Malam Sempena Hari Wanita 2017 bertempat di D'Saji Orchard Villa, Gombak, 21 Mac lalu menyifatkan hubungan antara Parti Islam itu dengan PKR di Selangor adalah cukup matang setelah diberi kepercayaan penuh oleh rakyat Selangor. 
"Saya kira hubungan politik di Selangor ini cukup matang. Semua pihak menerima mandat yang diberikan oleh rakyat pada tahun 2013, dan kita lihat kepada komenter pemimpin-pemimpin parti di Selangor sama ada daripada PAS ataupun PKR. Kita melihat dan menunggu keadaan yang seterusnya. 
"Itu kita kira tidak mengganggu proses dan juga suasana yang ada dalam Negeri Selangor ketika di saat ini," katanya – HARAKAHDAILY 24/3/2017
Sumber HD - 24-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Akar umbi PAS tak setuju dengan kenyataan Azmin
Posted on Friday, March 24 @ 07:41:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34158



Menteri Besar Selangor Azmin Ali sejak semalam dihujani kecaman akar umbi PAS susulan kenyataannya yang dipercayai menyindir ketua pemuda parti itu Nik Abduh Nik Aziz.
Laman web PAS sekurang-kurangnya menyiarkan enam kenyataan, termasuk surat terbuka, dalam tempoh dua hari ini bagi menyatakan bantahan mereka.

Tanpa menamakan, Azmin kelmarin turut mempersendakan kekuatan seorang 'tok lebai' yang bercita-cita hendak menawan Selangor, walaupun “kalah tersungkur” di kawasan sendiri.
Nik Abduh kalah teruk dengan 37 undi pada pemilihan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.

Berikut anara reaksi akar umbi PAS berkaitan kenyataan Azmin itu:
“Tingkah laku dan kata-kata adalah umpama cermin, seseorang telah mempamerkan imej sebenarnya.”
Muhammad Nur Waafi Badruldin
Ketua Pemuda PAS Sabak Bernam


“Ia juga menambahkan asas kukuh kepada suara akar umbi yang menuntut kajian semula dengan PKR dan memutuskannya.
Muhammad Hanif Jamaluddin
Ketua Pemuda PAS Kuala Langat


“Akhir kata, kami Pemuda PAS Hulu Selangor akan selalu berbangga dengan 'lebai' yang letaknya di atas kepala sebagai syiar Islam. Sesungguhnya 'lebai' inilah yang sentiasa dipakai menghadap Allah SWT di waktu susah mahupun senang.”
Amri Abdullah Sani
Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor


“Hakikatnya kenyataan Datuk Seri adalah sengaja mencurah minyak kepada hubungan dua hala PAS-PKR yang sememangnya semakin membara dan sukar dipulihkan gara-gara lagak sombong ramai pimpinan PKR seperti Datuk Seri sendiri.”
Zurk Ahmad
Ketua Pemuda PAS Hulu Langat


“Kami kenal Islam daripada tangan-tangan pak lebai PAS, kami mengenali harga sebuah keimanan daripada tangan mereka, kami kenal dosa pahala juga daripada tangan mereka, bukan dari tangan mereka yang pernah bersama Tun Mahathir membina empayar kezaliman.”
Mohd Ashrul Hisyam Abdul Jalil
Ketua Pemuda PAS Puchong


“Sekiranya PAS Pusat menyatakan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR dan keluar daripada kerajaan negeri Selangor, Pemuda PAS Petaling Jaya Utara akan akur dan melepaskan segala lantikan politik yang diberikan serta tidak akan teragak-agak untuk menjadi jentera pilihan raya bagi calon PAS yang akan bertanding di kerusi-kerusi yang PKR bertanding dalam PRU14 nanti.”

Peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan
Ketua Pemud PAS Petaling Jaya Utara

Sumber TKO - 24-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































DPP PAS Kawasan Subang kecam kenyataan Azmin

DEWAN Pemuda PAS Kawasan Subang (Pemuda Subang) mengecam tindakan YB Azmin Ali (PKR) yang mengeluarkan kenyataan sinis terhadap kekalahan YB Ustaz Nik Muhammad Abduh dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa sebagai indikator kepada kemampuan jentera PAS untuk menawan negeri Selangor seluruhnya pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) nanti. 
Pemuda Subang melihat kenyataan YB Azmin ini sebagai satu gaya pemikiran yang senteng kerana pemilihan jawatan dalaman PAS di peringkat kawasan-kawasan adalah urusan meyusun gerak atur pergerakan PAS di peringkat akar umbi itu sendiri dan sama sekali tidak absah jika ingin dinisbahkan kepada gerak kerja pilihan raya. 
Pemuda Subang ingin mengingatkan kembali kepada YB Azmin bahawasanya keberadaan YB Azmin di kerusi Menteri Besar Selangor adalah hasil daripada ihsan PAS, bukan daripada parti YB sendiri dan kemenangan YB Azmin di Parlimen Gombak juga adalah hasil daripada kekuatan gerak kerja daripada jentera-jentera PAS yang ramai dan sanggup bekerja atas arahan pimpinan. 
YB Azmin perlu menyedari hakikat bahawasanya PAS mempunyai kekuatan yang ampuh di peringkat akar umbi. Kesinisan kenyataan YB Azmin ini seolah-olah menjerut leher sendiri tatkala beliau menyedari hakikat bahawa PKR tidak ada kekuatan jentera di mana-mana kawasan sekalipun. 
Justeru, Pemuda Subang ingin menyeru kepada semua perwakilan PAS di Muktamar Kawasan masing-masing agar usul memutuskan hubungan politik antara PAS dan PKR mendapat sokongan seluruh perwakilan yang ada. 
Di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang, kami dengan segala kekuatan jentera yang ada  bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Subang, Kota damansara, dan Paya Jaras pada PRU14 yang bakal menjelang tidak lama lagi. 
Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang sekali lagi bertegas akan terus konsisten meyambut seruan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Nik Muhammad Abduh untuk menawan Selangor sekaligus menunjukkan pintu keluar kepada YB Azmin Ali daripada pejabat Menteri Besar dan menyingkirkan YB Azmin Ali daripada kerusi Parlimen Gombak. 
USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Ketua Dewan Pemuda PAS
Kawasan Subang - HARAKAHDAILY 22/3/2017
Sumer HD - 22-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































Kenduri Amal pupuk nilai murni dalam masyarakat

PROGRAM Kenduri Amal sempena majlis walimatulurus keluarga Rosli Abdullah, salah seorang anggota Amal Hulu Langat di Beranang telah diangkat menjadi satu program Kebajikan "A Day for Charity" Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor. 
Menurut Pengarah Program Saudara Noor Ahmad Noordin, objektif program Kenduri Amal ini adalah bagi memupuk samangat bantu membantu dan tolong menolong di kalangan anggota Amal dalam mendepani kehidupan bermasyarakat. 
Walaupun sebelum ini anggota amal sudah biasa membantu menjadi penanggah, mencuci dan memasak namun kali ini anggota Amal terlibat sepenuhnya dari penyediaan kewangan, mencari lembu, membeli barang dan mencari khemah sehinggalah memasak dan membantu mengangkat dan mencuci pinggan,  pendek kata hampir keseluruhannya diuruskan oleh anggota Amal.
amal2 
Seramai lebih 50 anggota Amal seluruh negeri Selangor telah hadir membantu dari proses persiapan sehinggalah pada hari majlis diadakan. Mereka hadir bergilir membantu mengikut kawasan yang telah ditetapkan oleh pengarah program. Kerjasama yang berlangsung ini telah membina semangat ukhwah antara anggota Amal dari pelbagai kawasan. 
"Mereka kini sudah boleh buat kenduri sendiri kalau nak kahwin lagi," seloroh Pengarah Amal Negeri Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli yang melihat kesungguhan para jawatankuasa program yang telah berjaya melaksanakan satu majlis kenduri walimah yang besar ini. 
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hasan dan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Syarhan Huzaimi Abd Halim. 
Kehadiran mereka disambut oleh Pengarah Amal Negeri Selangor dan juga Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Mohd Nazree Mohd Aris. 
Pada Kenduri Amal kali ini 2 ekor lembu telah ditumbangkan hasil sumbangan pimpinan PAS Negeri Selangor dan orang perseorangan termasuklah anggota Amal sendiri, sekali gus membina nilai-nilai yang baik dalam diri anggota Amal dalam mendepani masyarakat luar sana. - HARAKAHDAILY 18/3/2017
Sumber HD - 18-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








































































































































Lim Kit Siang elok jaga ahli sendiri

PAS Selangor membidas kenyataan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang mahu menawan ahli-ahli PAS untuk menang pilihan raya umum tanpa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Setiausaha PAS, Mohd Khairuddin Othman menegaskan, PAS Selangor menasihati agar Lim Kit Siang tidak perlu bersusah payah untuk "memancing" ahli-ahli PAS di Selangor. 
Ini kerana kata beliau, ahli-ahli PAS seluruh negara khasnya di Selangor tetap setia dengan kepimpinan dan parti yang ada. 
"Lebih baik beliau memberi tumpuan kepada ahli DAP yang keluar meninggalkan DAP dari membuang masa memujuk ahli PAS," tegasnya. 
Beliau yang juga Adun Paya Jaras menegaskan, bukan sahaja ahli PAS yang tetap setia kepada parti, malah orang yang menyokong Umno juga mula memberi harapan kepada PAS. 
Begitu juga masyarakat Tionghua yang masih kekal menyokong perjuangan PAS, tegasnya. 
"Masyarakat Malaysia khususnya Melayu akan menolak mana-mana pakatan yang di dominasi oleh DAP seperti Pakatan Harapan. Ini realiti sebenar," tegas beliau. 
Beliau mempersoalkan, "Kalau ahli kita (PAS) tidak memilih PAN (Amanah), apakah mereka akan memilih DAP?" 
Sehubungan itu tegas beliau, PAS Selangor tetap memberi fokus berhadapan dengan Umno dan tetap akan bertanding di semua kerusi yang PAS tanding selama ini. 
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang membuat kenyataan pembangkang boleh menang pilihan raya umum akan datang tanpa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang jika mereka mampu menawan penyokong akar umbi PAS. 
Beliau berkata demikian dalam sesi teh tarik bersama beliau di Subang Jaya, baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 17/3/2017
Sumber HD - 17-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































Sikap DAP apabila berjaya tawan Putrajaya

BIADAP! Kita mendengar ucapan perbahasan Ahli Parlimen DAP (Kuching) yang secara terang terangan menunjukkan sikap anti kepada guru-guru Islam di dalam negara Malaysia. 
Ini memberi gambaran sikap sebenar DAP dan sekutunya apabila berjaya menawan Putrajaya kelak. 
Jika DAP diberi peluang kelak, perbalahan agama boleh tercetus. Dan kita yakin semua masyarakat termasuk Tionghua tidak bersetuju dengan provokasi DAP ini. 
Kita minta DAP jangan bermain isu agama dan perkauman kerana boleh mengundang suasana yang tidak elok. 
DAP dilihat tidak pernah cuba berbaik-baik dalam isu agama Islam sedang mereka sedar inilah agama Persekutuan. 
Apakah ini polisi sebenar Pakatan Harapan? Kita mahu mendengar pendirian dari rakan Pakatan Harapan yang lain. 
Kenyataan DAP itu telah menimbulkan rasa marah di kalangan masyarakat Melayu Islam dalam negara ini. 
MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN
Setiausaha PAS Selangor
16 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 16/3/2017
Sumber HD - 16-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS Selangor 'langgar' PKR, jika tiga penjuru
Posted on Wednesday, March 15 @ 23:28:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34040



SHAH ALAM:  PAS Selangor akan ‘melanggar’ mana-mana kerusi yang ditandingi PKR di negeri ini sekiranya parti itu tidak lagi menghormati prinsip serta kerjasama politik yang terbentuk sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, PAS tidak akan memberi sebarang jalan kepada PKR andai parti itu kekal dengan pembahagian kerusi menjurus kepada tiga penjuru seperti mana yang dilaporkan baru-baru ini.
“Kita tidak ada masalah (jika PKR, DAP, PAN (Amanah) dan PPBM mengadakan pembahagian kerusi), namun kita telah kenal pasti dan bertegas dengan kerusi yang kita akan tandingi untuk PRU14 nanti.
“Jika pembahagian kerusi itu menjurus kepada formula pertandingan satu lawan satu, kita akan hormati kerjasama (dengan PKR) yang ada sebelum ini, kita akan kekalkan kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi oleh kita.
“Namun, sekiranya pembahagian kerusi membabitkan parti pembangkang itu melibatkan formula pertandingan tiga penjuru atau lebih, maka semua kerusi di Selangor ini kita anggap terbuka, sesiapa sahaja boleh bertanding termasuk PAS sendiri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Smart Strata 2017 di Setia Alam pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus bahawa PKR serta sekutunya iaitu DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah membahagi-bahagikan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tanpa melibatkan PAS untuk pilihan raya umum akan datang.
Difahamkan hasil pembahagian itu, PKR dijangka akan bertanding 18 kerusi DUN diikuti 15 kerusi untuk DAP, manakala Amanah serta PPBM masing-masing akan bertanding 14 dan sembilan kerusi.
Dalam perkembangan lain, Iskandar yang juga Naib Presiden PAS menegaskan tiada sebarang penetapan kerusi dibuat di antara parti itu dengan PPBM sebagai mana yang dilaporkan sebelum ini.

Sumber TKO - 15-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































Sekalung tahniah buat Raja Muda Selangor

DEWAN Pemuda PAS hari ini mengucapkan sekalung tahniah di atas penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged PARA kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibn Sultan Sharifuddin Shah hari ini di Para Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka yang disempurnakan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Dataran Parawood, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (RRD). 
Kami seluruh ana muda di Negeri Selangor berasa amat berbangga di atas penerimaan anugerah dan sudah tentunya anak muda di Negeri Selangor akan lebih bersemangat serta menyahut cabaran mempertahankan kedaulatan negara sekiranya diancam musuh. 
Semoga Allah memberkati penerimaan anugerah ini. 
Siru Ala Barakatillah 
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar 
Syarhan Humaizi Abd Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
15 Mac 2017 | 16 Jamadilakhir 1438H - HARAKAHDAILY 15/3/2017
Sumber HD - 15-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semangat juang ahli PAS Shah Alam tetap utuh
Posted on Sunday, March 05 @ 21:56:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33863


Oleh ANIS NAZRI

KUALA LUMPUR: Walaupun Shah Alam merupakan antara kawasan yang terkesan dengan penghijrahan beramai-ramai ke pimpinan tertinggi dan ahli kawasan berkenaan, ia tidak melunturkan semangat juang mereka yang kekal istiqamah.


Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Wan Hasrina Wan Hassan berkata, kehadiran perwakilan dan pemerhati muslimat pada mesyuarat agung tahunan kawasan Shah Alam itu amat menggalakkan dan membuktikan keutuhan PAS kawasan itu.


Beliau ketika merasmikan mesyuarat agung itu mangajak tenaga muslimat untuk meningkatkan semangat juang dan bertegas dalam mempertahankan prinsip perjuangan yang dijunjung PAS selama ini. “Bersesuaian dengan ucapan Dato’ Pres iden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika Liqa’ Fiqri lalu, PAS sedang menga gendakan kep impina n Al-Qawiyul Amin iaitu kepimpinan yang kuat dan amanah,” katanya

. Dalam pada itu, Wan Hasrina yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor turut mengingatkan para perwakilan untuk berjanji mempertahank an kerusi Parlimen Shah Alam dan sedia bert anding di kerusi-kerusi Dun di Shah Alam sebagai mana yang diungkapkan Pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Shah Alam, Ustaz Zawawi Yusuf.


 Mesyuarat agung tahunan Dewan Muslimat PAS Shah Alam itu dia dakan pada 25 Februari 2017, bertempat di Dewan Merbau, Seksyen 17, Shah Alam. Sebelum ini, PAS Shah Alam dipimpin Khalid Abdul Samad sebelum beliau bertindak keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Sumber TKO - 6-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































Belajar daripada Huzaifah, sang intelijen al-Rasul

REALITI kita sedang hidup di zaman bencana lagi keliru. Kita cukup terhutang budi dengan Huzaifah al-Yaman, sahabat yang banyak menyoal Nabi SAW bagi pihak kita tentang simptom-simptom bencana zaman kekeliruan. 
Berikut adalah latar pemikiran Huzaifah al-Yaman yang banyak mempengaruhi tindakannya:
Worst Case Scenario 
Melalui pengakuan Huzaifah, beliau tidak memilih untuk berfikir di zon selesa. Karektornya sangat berwaspada dengan bahaya yang tidak disedari oleh orang ramai. 
"Ramai yang bertanya Rasulullah tentang perkara-perkara baik, sedangkan aku bertanya Rasullah tentang perkara-perkara buruk. Khuatir keburukan tersebut menimpaku." - HR Bukhari & Muslim. 
Realistik & Bersedia Dengan Cabaran Masa Hadapan 
Huzaifah bukan seorang yang berteori. Bahkan beliau terjun ke medan. Hasilnya menyebabkan beliau mampu berfikir melangkaui zaman. Maka tidak peliklah jika kita membelek hadith-hadith tentang fitnah akhir zaman, nama Huzaifah sebagai perawi tersangat popular. 
Bahkan kita dapati Huzaifah tidak segan mengemukakan soalan demi soalan kepada Nabi SAW. Manfaat inisiatif beliau dinikmati oleh kita semua hari ini. Menemukan kita solusi apabila terjebak ke zaman fitnah. 
Umar pernah bertanya: "Siapakah di kalangan kalian yang tahu hadith Nabi tentang zaman fitnah?" 
Huzaifah menjawab: "Saya" 
Umar mengiktiraf: "Sungguh, engkau dalam topik ini di kalangan orang yang berani" - HR Bukhari. 
Penyimpan Rahsia Yang Tiada Kompromi 
Satu-satunya sahabat yang diberi kepercayaan oleh Nabi SAW untuk menyimpan rekod nama-nama munafiqin yang merupakan musuh dalaman gerakan Nabi SAW. 
Huzaifah amat sensitif menghidu ancaman musuh dalaman umat Islam. Barangkali itulah faktor mengapa Nabi SAW memberi kepercayaan kepadanya. 
Walaupun Umar pernah bertanya tentang nama-nama munafiqin, Huzaifah tetap kemas menyimpan rahsianya.
Perisik Nabi Yang Berani Mati 
Dalam perang Ahzab, Nabi SAW membuka peluang kepada para sahabat yang sanggup menjadi perisik untuk menyusup masuk ke kem tentera Ahzab bagi mendapatkan maklumat intel musuh. 
Tiada sahabat yang sanggup. Lantas Nabi SAW melantik Huzaifah menjalankan tugas bahaya tersebut. Beliau selamat dalam operasi itu walaupun berdepan dengan cubaan soal siasat dari pasukan Ahzab. 
Berani beliau bukan acah-acah. Bahkan kelicikan Huzaifah bukan sembarangan. 
Kesimpulan 
Banyak lagi kisah Huzaifah yang menggambarkan kewaspadaannya cukup tinggi. Malangnya cara berfikir Huzaifah banyak ditinggalkan oleh umat Islam pada hari ini. Takut dikatakan kononnya paranoid. Hakikatnya lurus bendul. 
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
5 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 5/3/2017
Sumber HD - 5-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































Iskandar nafi sedia letak jawatan kerajaan Selangor

SAIDAH HAIRAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44276-iskandar-nafi-sedia-letak-jawatan-kerajaan-selangor

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menafikan tidak membuat sebarang kenyataan setelah mendengar ucapan ketegasan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung kerjasama PAS dengan PKR.

Beliau yang juga exco kanan kerajaan negeri Selangor berkata PAS Selangor masih berada dalam kerajaan dan tidak akan lari dari tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

"Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-13 iaitu tahun 2013 tidak akan kami sia-siakan," tegasnya.

Beliau mengingatkan kepada mereka yang bercita-cita hendak menggantikan PAS dalam kerajaan negeri perlu bertanding terlebih dahulu dalam PRU ke-14.

"Lawan PAS dulu. Ini kerana peranan PAS dalam kerajaan sungguh besar. Kami tidak akan meninggalkan kerajaan dengan begitu mudah. Rakyat memerlukan pembelaan daripada PAS," tegasnya.

Beliau membuat penafian tersebut berikutan tersebarnya kenyataan palsu yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. – HARAKAHDAILY 14/2/2017

Sumber HD - 14-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































Majlis Konvokesyen Kursus Perubatan Islam Darussalam ke-12

MOHD HAFIZY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44261-majlis-konvokesyen-kursus-perubatan-islam-darussalam-ke-12

GOMBAK: Rawatan Islam kini bukan sahaja menjadi pilihan di kalangan umat Islam, malah semua lapisan masyarakat di negara ini. Ketaksuban masyarakat Islam terhadap perubatan tradisional yang tidak mengikut syariat menyebabkan ada yang terjerumus kepada perbuatan syirik dan khurafat.

Kepercayaan kepada bomoh dan dukun yang tidak berlandaskan syariat Islam, dikhuatiri membawa unsur syirik dan khurafat seperti penyelewengan ayat suci al-Quran yang boleh merosakkan akidah mereka yang terlibat.

Justeru, menyedari betapa pentingnya kesinambungan ilmu perubatan Islam, maka Persatuan Perubatan Islam DarusSalam di bawah bimbingan Datuk Ismail Kamus telah menghimpunkan peserta-peserta kursus yang terdiri daripada para ustaz, ustazah serta individu yang berminat untuk menyertai kursus perubatan Islam. Diharapkan, dengan adanya kursus seumpama ini, maka dapat mendidik masyarakat agar lebih peka bagi mendapatkan rawatan yang benar-benar berlandaskan syariat.

Penasihat Persatuan Perubatan Islam DarusSalam, Datuk Ismail Kamus, menegaskan bahawa selain merawat mereka yang sakit perawat bertanggungjawab berdakwah bagi menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. “Keikhlasan dan ketaqwaan adalah dua kunci utama dalam rawatan Islam”, Tegas Datuk Ismail Kamus dalam ucapannya di Majlis Konvokesyen DarusSalam ke-12. Majlis pengijazahan berlangsung di Dewan Tan Sri Hj Abdul Samad Alias, Gombak Setia, pada 11 Februari 2017.

Kursus perubatan Islam DarusSalam diadakan setahun sekali bagi memberi peluang kepada individu yang ingin belajar ilmu perubatan Islam untuk membantu diri dan keluarga juga masyarakat. Pengajian Perubatan Islam DarusSalam memerlukan peserta melepasi semua silibus pengajian yang terdiri daripada dua hari kursus diikuti dengan 10 kuliah lanjutan, peserta akan melalui tasmik' ayat-ayat ruqyah dan bahan, peserta juga perlu menghabiskan 40 jam kredit praktikal termasuk praktikal merawat pesakit dan praktikal rawatan di hadapan Datuk Ismail Kamus.

Setelah melepasi semua silibus pengajian selama setahun itu, maka peserta layak menerima ijazah bersanad perubatan Islam DarusSalam.

Sehingga tahun 2016, Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia telah berjaya melatih dan melahirkan lebih kurang 400 orang perawat perubatan Islam. – HARAKAHDAILY 13/2/2017

Sumber HD - 13-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penganjur batal segmen bikini selepas dibantah PAS
Posted on Wednesday, February 08 @ 17:04:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33503



PETALING JAYA: Penganjur pertandingan model fotografi hari ini terpaksa membatalkan segmen berbikini berikutan bantahan sayap Pemuda PAS.

Pertandingan Supermodel Antarabangsa Malaysia 2017 – Bikini Photography Contest (BPC) yang menampilkan 20 peserta berbikini akan diadakan di sebuah resort di Bangi, Selangor, tetapi menerima bantahan daripada Pemuda PAS Serdang, yang berkata ia menjejaskan nilai hidup majoriti pendudukannya adalah Islam.

Pada Facebook rasminya, penganjur acara I Creative Event mengumumkan segmen berbikini bagi acara itu “secara rasmi dibatalkan”, tetapi enggan mengulas lanjut ketika dihubungi FMT.

Beberapa keping gambar model berbikini yang dimuat naik di laman Facebook itu juga dikeluarkan.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Serdang Rosli Jusoh berkata pertandingan itu tidak mencerminkan status Bangi sebagai “Bandar Ilmu”.

“Kami menyeru semua pihak berautoriti menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi menghalang program BPC ini, khususnya Kementerian Pelancongan & Kebudayaan, kerajaan negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang, mengikut segala akta dan garis panduan yang berkaitan.,” katanya.

“Kami menyeru semua NGO Islam, jaringan masjid dan surau, gerakan mahasiswa serta persatuan belia di Selangor dan sekitar Bangi untuk menyatakan bantahan secara kolektif bagi menghalang pengajuran program yang tidak bermanfaat ini.”

Sumber TKO - 8-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































































Pemuda PAS Serdang bantah 'bikini photography contest'

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang (DPPKS) membantah sekeras-kerasnya penganjuran program Supermodel International Malaysia 2017 - Bikini Photography Contest (BPC) yang bakal berlangsung pada 19 Februari ini di Bangi.

"DPPKS menyifatkan program BPC ini jelas bercanggah dengan nilai hidup majoriti penduduk Melayu Islam di Bangi, yang digelar Bangi Bandar Ilmu, di samping tidak membawa sebarang faedah terhadap masyarakat setempat," ujar ketuanya, Rosli Jusoh dalam satu kenyataan.

Katanya, DPPKS menyeru semua pihak berautoriti untuk menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi menghalang program BPC ini, khususnya di pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang, mengikut segala akta dan garis panduan yang berkaitan.

Tambahnya, DPPKS turut menyeru semua NGO Islam, jaringan masjid dan surau, gerakan mahasiswa serta persatuan belia di Selangor dan sekitar Bangi untuk menyatakan bantahan secara kolektif bagi menghalang pengajuran program yang tidak bermanfaat itu.

DPPKS, kata beliau berbesar hati menyatakan kesediaan berjumpa dengan pihak penganjur dalam masa terdekat untuk berdialog bagi mencari penyelesaian terbaik untuk semua. - HARAKAHDAILY 7/2/2017

Sumber HD - 7-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































































Amal Selangor bantu bersih sekolah, perpustakaan

SHEHDI HAZRIK | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44104-amal-selangor-bantu-bersih-sekolah-perpustakaan

SABAK BERNAM: Atas permintaan Yang Dipertua PIBG Sekolah Agama Menengah Parit Baharu, Faisol Bakri, Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) telah membantu pihak sekolah membersihkan beberapa blok sekolah yang timpa banjir, semalam.

Kerja-kerja pembersihan tidak termasuk blok-blok asrama sekolah.

Menurut ketua pasukan JAM di Sabak Bernam, Mohd Arbain Saarani seramai 33 anggota Amal dari Sabak Bernam, Selayang,  Gombak, Kuala Langat dan Sepang telah hadir membantu.

Sebelum ini, katanya mereka juga telah membantu membersihkan perpustakaan awam, Markas PAS Parit Baharu dan Pasti al-Huda Parit Baharu.

Menurut beliau lagi, banjir di Sabak Bernam sudah semakin surut dan kerja-kerja pembersihan dari rumah ke rumah sudah hampir 90 peratus siap dibersihkan.

Namun begitu, masih ada lagi rumah yang masih ditenggelami air dan dijangkakan seluruh Sabak Bernam akan kembali pulih selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Sudah menjadi kebiasaan bagi sukarelawan Jabatan Amal Malaysia membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Usaha ini adalah usaha berterusan dan bergantung kepada kekuatan anggota yang mana difahamkan ada di kalangan mereka sanggup mengambil cuti tahunan semata-mata ingin membantu mangsa banjir.

Pusat pemindahan banjir Dewan Parit Baharu dan Dewan Bagan Nakhoda Omar telah ditutup secara rasmi pada petang semalam dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - HARAKAHDAILY 31/1/2017

Sumber HD - 31-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































Medik Amal Serdang buka kaunter kesihatan untuk OKU

. | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44088-medik-amal-serdang-buka-kaunter-kesihatan-untuk-oku

BANGI: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Serdang turut sama membuka kauter khidmat kesihatan bersama-sama NGO-NGO OKU yang lain di Program "OKU Di Hati Kami" di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi.

Program sehari tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi yang juga mendapat sokongan penuh dari Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) Bangi, Ustaz Shafie Ngah.

Menurut ketua Skuad Medik JAM Kawasan Serdang, Murtadha seluruh pasukan medik JAM Negeri Selangor sentiasa bersedia dalam memberi khidmat pada masyarakat tidak mengira status.

"Kami baru sahaja membantu mangsa hilang di Bukit Broga baru-baru ini dan kini berada di sini untuk terus memberi khidmat pada rakyat," katanya.

Selain kaunter khidmat nasihat kesihatan dan pameran oleh pelbagai NGO OKU terdapat juga pelbagai program yang diatur khas oleh pihak masjid kepada mereka seperti Kelas Al Quran Braille,  Kuliah Subuh dan Maghrib dan sebagainya. Manakala program kemuncak adalah pada malam ini iaitu Forum Islam yang bertajuk "OKU Anak Syurga: Antara Harapan dan Cabaran".

Jawatankuasa Masjid Hasanah juga menjemput seluruh umat Islam terutama di kawasan Bangi untuk memberi sokongan dan hadir beramai-ramai ke program tersebut hari ini. - HARAKAHDAILY 30/1/2017

Sumber HD - 30-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































Kacau kerusi PAS tapi PAS pula yang disalahkan

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44000-kacau-kerusi-pas-tapi-pas-pula-yang-disalahkan

TUDUHAN terkini dari pemimpin PAN adalah Blok Ketiga merupakan proksi BN untuk melemahkan pembangkang.

Tuduhan ini seperti banyak tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan parti itu adalah meleset.

Sekiranya terdapat dua pakatan pembangkang maka serangan terhadap BN akan bertambah.

Dengan dua pakatan pembangkang, lebih banyak pendedahan penyelewengan BN yang akan dapat dilakukan.

Maka ini tidak mungkin akan menguatkan BN tetapi di sebaliknya akan melemahkannya.

Sementara tentang pertandingan tiga penjuru semasa pilihan raya umum akan datang, PAS juga tidak seharusnya dipersalahkan jika ia berlaku.

Apabila berlaku tiga penjuru kerana parti Pakatan Harapan memasuki kawasan yang dimenangi oleh PAS atau kawasan yang ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum yang lepas, tidak wajar untuk menuding jari kepada PAS.

Adalah tidak masuk akal PAS yang bersalah apabila parti-parti lain yang mengacau kerusi PAS.

Tambahan pula jika konsep dua penjuru ini tidak lagi dihormati oleh parti-parti lain maka kenapa pula PAS perlu menghormatinya?

Saya menasihatkan pemimpin PAN agar hentikan serangan terhadap PAS tetapi tumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Kehadiran PAN telah menimbulkan kecelaruan kepada suasana politik negara.

Oleh itu, memang tepat saranan agar PAN bergabung dengan parti lain tetapi bukan dengan PKR seperti yang disarankan. Saya mencadangkan agar PAN bergabung dengan DAP kerana mereka kelihatan lebih rapat dengan DAP.

Jika ini berlaku maka pemimpin-pemimpin PAN boleh diperuntukkan kerusi-kerusi selamat DAP dan ini akan dapat menyelesaikan banyak masalah.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
23 Januari 2017 – HARAKAHDAILY 23/1/2017

Sumber HD - 23-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ceramah Perdana Semarak Hijau 3.0
Posted on Sunday, January 22 @ 22:33:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33283



Datuk Mukhriz Mahathir 'terpegun' dan tidak bergerak toleh mendengar ceramah Cikgu Rajan dari Bukan Islam yang mewakili Kelab Penyokong PAS yang meminta rakyat komitmen dan teruskan undi PAS untuk keselesaan berterusan di Selangor dan mengelak Selangor jatuh kepada BN yang sudah pasti akan menyusahkan rakyat.

Ceramah Umum semarak hijau 3.0 Kajang adalah siri-siri ceramah PAS.





Kredit
Lensa Chempaka


SumberTKO - 22-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































































































































Belum ada keputusan tentang kerjasama dengan PPBM

DATUK ISKANDAR A. SAMAD | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43976-belum-ada-keputusan-tentang-kerjasama-dengan-ppbm

PAS belum lagi membuat keputusan tentang bentuk kerjasama dengan PPBM (Bersatu).

Sebarang keputusan tidak akan dibuat berdasarkan khabar-khabar angin seperti perjanjian di antara Tun Dr Mahathir Mohammad dan Lim Kit Siang. Ia mesti dibuat secara profesional berdasarkan fakta-fakta yang konkrit.

Tentang perjanjian tersebut, jika ia benar maka ia adalah di antara dua pihak. Ia bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan kerana pembentukan kerajaan memerlukan penglibatan dan persetujuan banyak pihak.

Di dalam suasana politik hari ini, tidak ada parti atau gagasan parti-parti yang dapat membentuk kerajaan secara bersendirian. Perlu ada kerjasama yang lebih luas.

Buat masa ini, PAS masih menjemput pimpinan Bersatu seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke program-program PAS.

PAS hanya akan bekerjasama dengan pihak yang menghormati prinsip-prinsip dan dasar PAS. Juga pihak yang tidak mencampuri urusan dalaman PAS.

DATUK ISKANDAR A. SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
21 Januari 2017 – HARAKAHDAILY 21/1/2017

Sumber HD - 21-11-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































































Skim Smart-Sewa dilaksana bantu rakyat miliki rumah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43928-skim-smart-sewa-dilaksana-bantu-rakyat-miliki-rumah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor bakal melaksanakan Skim Smart-Sewa bagi membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah dalam tempoh terdekat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, seperti mana diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, skim dengan peruntukan RM100 adalah salah satu program utama dijalankan kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan kumpulan sasaran.

“Peruntukan RM100 juta daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk kita beli rumah dan disewakan.

“Ia program besar dan mungkin membabitkan 800 hingga 1,000 unit rumah di mana ia akan disewakan kepada mereka tidak mampu membeli rumah iaitu tidak mendapat pinjaman bank,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata, Skim Smart-Sewa adalah bagi memberi kemudahan kepada rakyat memerlukan dengan tempoh sewa selama dua tahun atau ditetapkan.

Selepas tempoh itu, katanya, kerajaan negeri memulangkan kembali 30 peratus daripada jumlah sewa dibayar bertujuan membantu mereka membayar wang pendahuluan bagi membeli rumah.

Iskandar menjelaskan bagi menjayakan program itu, setakat ini kerajaan negeri membeli sejumlah unit rumah di beberapa kawasan termasuk di Bukit Tinggi.

“Kita mendapat maklum balas pemaju termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bahawa peratus kegagalan mendapat pinjaman membeli rumah kira-kira 50 peratus dan salah satu puncanya kerana masalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Itu sebabnya kita minta PTPTN longgarkan syarat supaya tidak dimasukkan dalam Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS).

“Ketika melancarkan program perumahan, kita juga menjemput PTPTN supaya bakal pembeli boleh merujuk kepada mereka secara terus,” katanya menyentuh isu golongan mereka yang gagal mendapat pinjaman bank.

Sumber HD - 17-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































Adun Sg Air Tawar meninggal, PAS Selangor ucap takziah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43927-adun-sg-air-tawar-meninggal-pas-selangor-ucap-takziah

PAS Selangor merakamkan setinggi takziah buat keluarga Almarhum YB Adun Sungai Air Tawar, Tuan Haji Kamarol Zaki Abdul Malek yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Almarhum dikenali sebagai seorang yang peramah dan sentiasa aktif dalam perbahasan Sidang Dewan sewaktu hayatnya.

Semoga ALlah mencucuri rahmatNya ke atas roh Almarhum.

Al Fatihah.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha PAS Selangor - HARAKAHDAILY 17/1/2017

Sumber HD - 17-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































































Pesuruhjaya PAS Selangor difitnah hadir himpunan

MOHD PRASAD HANIF | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43924-pesuruhjaya-pas-selangor-difitnah-hadir-himpunan


PORTAL berita Free Malaysia Today (FMT) terus menerus mengadu domba dan menyebarkan fitnah. Di dalam laporannya yang terbaru, FMT mendakwa bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor telah menghadiri program Parti Pribumi semalam.

PAS Selangor menafikan fitnah tersebut sekeras-kerasnya. Pesuruhjaya PAS Selangor menghadiri program parti sepanjang hari semalam dalam program bertemu rakyat.

FMT, dalam laporan-laporannya sebelum ini juga, banyak mengandungi fakta menyeleweng, berunsur fitnah dan mengadu domba. FMT mungkin menjalankan tugas sebagai lidah bagi pihak-pihak tertentu untuk menyerang Pesuruhjaya PAS dan PAS Selangor.

Ahli PAS Selangor disarankan untuk memboikot portal tersebut dan mendapatkan berita yang sahih di laman web PAS atau di Harakah.

Walaupun difitnah dan ditohmah, PAS Selangor yang dipimpin YB Iskandar Samad, selaku Pesuruhjaya, akan terus fokus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. PAS Selangor tidak akan terjerumus ke dalam politik murahan mana-mana pihak.

MOHD PRASAD HANIF
Ketua Penerangan
PAS Selangor - HARAKAHDAILY 16/1/2017

Sumber HD - 16-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































































































































































Himpunan Akta 355 seperti perarakan Maulidur Rasul

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43861-himpunan-akta-355-seperti-perarakan-maulidur-rasul

Himpunan Akta 355 Seperti Perarakan Maulidur Rasul, Tidak Perlu Dihalang Atau Dicurigai

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) wajar membenarkan himpunan menyokong pindaan kepada Akta 355 di Dataran Merdeka kerana ianya adalah seperti perarakan Maulidur Rasul.

Jika pada perarakan Maulidur Rasul umat Islam turun beramai-ramai untuk menyatakan rasa kasih mereka terhadap Rasulullah SAW tetapi himpunan Akta 355 itu umat Islam turun menyatakan sokongan mereka terhadap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah.

Kedua-dua perarakan dan himpunan itu merupakan cara umat Islam menyatakan komitmen dan kasih mereka terhadap agama.

Komitmen untuk melihat Mahkamah Syariah diangkat akan martabatnya.

Himpunan Akta 355 tidak seharusnya dipolitikkan oleh sesiapa kerana mereka yang turun kerana adalah semata-mata didorong oleh rasa tanggungjawab mereka terhadap agama Islam.

Himpunan yang dirancang pada 18 Februari itu tidak sepatutnya menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat bukan Islam kerana pindaan kepada akta itu tidak melibatkan masyarakat bukan Islam.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
10 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 10/1/2017

Sumber HD -  10-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumbangan RM1 murid Pasti Selangor

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43796-sumbangan-rm1-murid-pasti-selangor

Perasan sedih menyapa saat kemasukan tahun baru 2017 dengan sepatutnya keriangan murid-murid seluruh negera dengan suasana baru persekolahan.
Namun sebahagian rakan-rakan sebaya mereka terutama di sebelah Pantai Timur sedang bertarung dan bergelut dengan banjir yang melanda.

Pakaian, buku, peralatan sekolah bahkan sekolah mereka sendiri sebahagian besarnya tenggelam dengan musibah banjir ini. Termasuk urusan kebajikan dan keperluan mereka yang lain. Hikmahnya besar di sisi Allah.

Dalam melahirkan kebersamaan serta tanggungjawab, PASTI Selangor melancarkan sumbangan ikhlas RM1 pada setiap anak-anak murid PASTI dalam usaha memupuk rasa kebertanggungjawaban.

Ibu bapa, guru dan orang ramai juga perlu menyahutnya bersama. Sumbangan akan diuruskan oleh setiap pengurus PASTI seluruh Selangor. Pihak PASTI Selangor akan menyerahkan kepada mangsa dan mereka yang terlibat.

Mudah-mudahan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka semua dan Allah SWT memberkati usaha ini.

Syarhan Humaizi Halim
Pengarah PASTI Selangor
6 Rabi'ul Akhir 1437 | 5 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 5/1/2017

Sumber HD - 5-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































2017: Pasti Selangor melakar sejarah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43780-2017-pasti-selangor-melakar-sejarah

Tahun 2017, PASTI Selangor melakar sejarah baru apabila rekod penambahan PASTI terbanyak dalam tempoh 5 tahun. Sebanyak 23 buah PASTI baru seluruh Selangor dibuka sesi pengajian bagi tahun 2017 ini. Alhamdulillah.

Rekod penambahan PASTI berdasarkan tempoh 5 tahun ini menunjukkan peningkatan. Penambahan PASTI baru mengikut tahun:

2012 - 17 buah PASTI
2013 - 9 buah PASTI
2014 - 15 buah PASTI
2015 - 21buah PASTI
2016 - 15 buah PASTI
2017 - 23 buah PASTI

Peningkatan dan penambahan PASTI ini merangkumi 12 kawasan. Paling banyak penambahan ialah dari kawasan Gombak sebanyak 4 buah PASTI.

1) Hulu Langat
PASTI Little Ikhwan 1

2) Kota Raja
PASTI Al Jannah

3) Subang
PASTI At-Taqwa
PASTI An- Nur 2

4) Hulu Selangor
PASTI At Tazkiyah
PASTI Al Hikmah

5) Shah Alam
PASTI Az-Zahrah 3
PASTI An Najah
PASTI Baitul Ikhwan 2

6) Ampang
PASTI Ilmi Lembah Jaya

7) Puchong
PASTI Luqman Al-Hakim
PASTI Prima Biz Walk

8) Kuala Langat
PASTI Al Faizin

9) Gombak
PASTI Al Fatih 2
PASTI Umi
PASTI Al Hidayah
PASTI Al Khuwarizmi 2

10) Sepang
PASTI Uwais Al-Qarni 2
PASTI Al Fateh
PASTI As-Syifa'

11) Selayang
PASTI Al Falah

12) Klang
PASTI Al Hawariyyun
PASTI Asy Syafi'i

Penambahan ini menjadikan PASTI seluruh Selangor sebanyak 339 buah. Ini menjadikan seluruh murid PASTI di negeri Selangor mencecah angka seramai 27,000 orang murid.

Mudah-mudahan di atas sokongan ibu bapa, keriangan anak-anak untuk belajar serta komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh team pengurusan PASTI peringkat kawasan dan negeri. Begitu juga pemantauan yang berterusan di peringkat Dewan Pemuda PAS menjadikan PASTI Selangor terus cemerlang. Mudah-mudahan Allah berkati usaha murni semua yang terlibat.

"Menderap Jalan Istiqamah"

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pemuda Selangor
Pengarah PASTI Selangor
4 Rabi'ul Akhir 1438 | 3 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 3/1/2017

Sumber HD - 3-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS bersedia dengan apa sahaja kemungkinan
Posted on Monday, January 02 @ 19:52:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33063



PAS bersedia menghadapi apa sahaja "lanskap politik baru".

Sama ada 2 penjuru atau 3 penjuru, jentera pilihan raya PAS telah bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Jika ada persetujuan untuk 2 penjuru, PAS boleh menghormatinya.

Jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku "free for all", PAS bersedia untuk menerokai kawasan-kawasan baru.

Jentera PAS berupaya dikerah menghadapi kemungkinan tersebut.

Sama-sama kita menanggung akibatnya.

Kami tidak ada masalah jika PAN hendak bertanding di kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS atau pernah ditandingi oleh PAS.

Ianya adalah hak mereka di dalam sebuah negara demokrasi.

Tetapi kalau betul hendak menggantikan PAS maka silakan bertanding melawan PAS.

Jangan pula menyuruh parti lain berlawan dengan PAS kerana tidak berani berhadapan dengan PAS.

Kami tunggu.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor 


Sumber TKO - 2-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































































Tahun 2017: Istiqamah dengan Islam

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43744-tahun-2017-istiqamah-dengan-islam

Perutusan Tahun Baru 2017 Dewan Pemuda PAS Selangor
Kita sudah memasuki tahun baru 2017 bermula dengan kekelaman. Saat gembira menyambut tahun baru, berita buruk pula harga petrol gas naik harga. Namun, harapnya dengan ujian yang melanda ini kita istiqamah dengan Islam.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sangat berharap seluruh rakyat Malaysia khususnya Selangor istiqamah dengan Islam walau memulakan tahun baru dengan mencabar. Apa yang berlaku perlu kita selesaikan dengan Islam.

Marilah, sempena tahun baru 2017, kita tetap berazam istiqamah bangun dan maju dengan Islam. Hanya Islam yang mampu mengeluarkan dari kemelut dunia hari ini yang penuh dengan fitnah.

#Islam Penyelesaian Kita
#Menderap Jalan Istiqamah

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
2 Rabi'ul Akhir 1438 | 1 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 1/1/2017

Sumber HD - 1-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































































































































Bantu warga emas miliki lesen motosikal

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43674-bantu-warga-emas-miliki-lesen-motosikal

KUALA LUMPUR: Lebih 100 warga emas di Dun Gombak Setia tidak melepaskan peluang mendapatkan lesen B2 dengan harga serendah RM170.

Program itu merupakan anjuran bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Khidmat Masyarat (PKM) Dun Gombak Setia.

ADN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan berkata, penganjurannya bertepatan dengan keperluan semasa selain meningkatkan pematuhan peraturan dalam kalangan warga emas walaupun motosikal hanya digunakan di kampung.

“Program ini sebagai laluan bagi mereka mendapatkan lesen dan meningkatkan ciri keselamatan.

“Kebanyakkan mereka sudah mempunyai asas menunggang motosikal untuk ke masjid serta menghantar anak atau cucu ke sekolah tetapi tidak ada lesen,” katanya dipetik SelangorKini.

Menurut Hasbullah, proses mendapatkan lesen tersebut mengambil masa selama empat minggu berlangsung di Masjid As-Syakirin melibatkan kelas, ujian bertulis, praktikal dan ujian lapangan bagi mendapatkan lesen P.

“Kita bantu mereka untuk sah di sisi undang-undang dengan harga jauh lebih murah. Jika mengalami kemalangan, hak mereka juga dilindungi.

“PKM Gombak mengambil masa sebulan untuk mengumpulkan peserta dan disusuli mendaftarkan nama mereka,” katanya.

Sumber HD - 26-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas tiada masalah kongsi pentas
Posted on Sunday, December 25 @ 14:53:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32984



SHAH ALAM - Pas Selangor tidak mempunyai masalah untuk mengadakan program bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, setakat ini dua program ceramah umum Pas di Selangor diadakan dengan penceramah-penceramah daripada PKR dan Bersatu.

Beliau berkata, ceramah terkini adalah pada 5 Disember lalu, di mana menyaksikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Biro Politik PKR, Sivarasa Rasiah bersama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di atas pentas.

Katanya, ceramah tersebut merupakan ceramah mega yang menarik sambutan luar biasa dan merupakan satu isyarat kepada penerimaan rakyat terhadap gandingan tiga parti itu.

"Ceramah itu juga membuka mata rakyat kepada kemungkinan-kemungkinan dalam perkembangan politik tanah air.

"Pas memang ada hubungan politik dan hubungan dalam kerajaan dengan PKR...malah ceramah Pas yang melibatkan pimpinan PKR memang kerap diadakan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, hanya ceramah bersama pimpinan Bersatu di Selangor baharu dimulakan.

"Bagaimanapun, Pas di Kelantan dan Terengganu lebih dahulu menjemput pemimpin Bersatu dalam ceramah-ceramah mereka.


  "Tapi kita masih bertegas untuk tidak bersama DAP atau Parti Amanah Negara (Amanah) di atas pentas politik kerana Pas tidak mempunyai hubungan politik dengan mereka," katanya.

Sumber TKO - 25-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































































PAS Selangor tiada masalah sepentas PKR dan Bersatu

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43651-pas-selangor-tiada-masalah-sepentas-pkr-dan-bersatu

PAS Selangor tidak ada masalah untuk mengadakan program bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Setakat ini dua program ceramah umum PAS di Selangor telah diadakan dengan penceramah dari PKR dan BERSATU.

Yang terkini adalah pada 5 Disember lepas yang melihat Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Ahli Biro Politik PKR Sivarasa Rasiah di atas pentas bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS.

Ceramah pada 5 Disember itu merupakan ceramah mega yang menarik sambutan luarbiasa dan merupakan satu isyarat kepada penerimaan rakyat terhadap gandingan tiga parti itu.

Ceramah itu juga membuka mata rakyat kepada kemungkinan-kemungkinan di dalam perkembangan politik tanah air.

PAS memang mempunyai hubungan politik dan hubungan dalam kerajaan dengan PKR.

Ceramah PAS yang melibatkan pimpinan PKR memang kerap diadakan.

Tetapi ceramah bersama pimpinan BERSATU di Selangor hanya baru dimulakan.

Walau bagaimanapun PAS di Kelantan dan Terengganu telah lebih dahulu menjemput pemimpin BERSATU di dalam ceramah-ceramah mereka.

Walau bagaimanapun PAS masih bertegas untuk tidak bersama di atas pentas politik bersama DAP atau PAN kerana PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan mereka.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
23 Disember 2016 – HARAKAHDAILY 23/12/2016

Sumber HD - 23-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS tolak PKR jika masih kerjasama dengan PAN
Posted on Thursday, December 22 @ 21:48:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32953



BANGI, 22 Rabiulawal 1438H, Khamis – PAS bertegas akan memutuskan hubungan dan kerjasamanya dengan PKR jika parti itu masih mahu bergabung dengan Parti Amanah Negara (PAN).

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, PAS hanya akan menerima PKR sebagai rakan kerjasama dalam pembangkang apabila gabungan ahli PAN menukar keahlian mereka kepada PKR.


"Jika PKR bergabung dengan PAN maka nama PAN akan lenyap dari muka bumi ini jadi tidak ada isu PAN akan bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) akan datang.

"Tetapi jika PKR bergabung dengan PAN atas nama baru yang ada keahlian PAN, PAS tidak akan kerjasama dengan mereka melainkan ahli-ahli PAN menyertai PKR, maka mungkin ya (PAS bekerjasama dengan PKR)," katanya dipetik portal berita tempatan.

Sebelum ini Azmin bertindak menyokong cadangan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin yang mahukan PAN bergabung dengan PKR.

Bagaimanpun pandangan Menteri Besar Selangor itu dilihat berbeza dengan pendirian Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang menyifatkan idea itu masih terlalu awal untuk dibincang.

Ketika ditanya mengenai pandangan tersebut akan mengelak pertembungan tiga penjuru pada PRU-14 nanti, Abdul Samad berkata, PAS tidak akan sesekali menyerahkan kerusinya.


"Bergabung dengan PKR ataupun tidak PAS memang tidak akan sesekali menyerahkan kerusi kami kepada mana-mana parti," kata beliau.

Sumber TKO - 22-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































































































































Optimis dengan masa depan Islam

ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43579-optimis-dengan-masa-depan-islam

Mengikuti penuh minat pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, dilihat sebagai sinar baharu perjuangan Islam di Malaysia.

Baginda menukar “Daulat Tuanku” kepada “Allahuakbar”. Walaupun ia hanya kelihatan gimik, namun sekurang-kurangnya sikap tersebut memberi harapan Islam yang boleh kita tumpang. Tidak rugi sedikit pun jika kita doa kebaikan ke atasnya.

Sudah beberapa tahun rasanya, saya sering berkongsi dengan sahabat-sahabat seperjuangan betapa Malaysia adalah antara negara yang cukup cerah cahaya Islamnya berbanding negara-negara lain. Syukur.

Pemerintah berjenama zalim lagi membebankan rakyat yang tegar sekularnya, hari ini agak segan menunjukkan sikap keras menolak pelaksanaan undang-undang Islam. Tidak seperti 50 tahun dahulu. Ini adalah kesan kejayaan dakwah para amilin terdahulu menerangkan batasan iman dan kufur dengan penuh sabar. Hingga sekular yang pekat menjadi cair.

Hari ini masyarakat Islam cukup berminat menghantar anak-anak mereka mengaji agama. Tadika dan sekolah Islam yang sedia ada seolah-olah tidak menang tangan. Maka tadika dan sekolah Islam kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan demi memenuhi permintaan.

Dakwah telah menjadi budaya masyarakat. Masjid dan surau pasti menyambut waktu maghrib dengan kuliah agama. Tidak cukup dengan itu, pantang ada cuti pasti akan disusun kuliah subuh.

Di pejabat-pejabat bahkan di pusat beli belah terkadang diisi dengan kuliah agama. Kos kuliah, program, masjid dan sekolah dibiayai oleh infaq orang ramai. Cukup berdikari.

Penggiat hedonisme terpaksa “berunding” dengan arus Islam. Mereka terpaksa menganjurkan acara dan bahan hiburan ala-ala Islamik demi meraikan “market”.

Apabila berlakunya tragedi yang berlaku ke atas umat Islam di negara luar, pasti di Malaysia diadakan forum penerangan, kempen bahkan demonstrasi menunjukkan sensitiviti umat Islam yang berkongsi jiwa.

Gerakan Islam yang tulen perjuangannya di bawah kepimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melalui fasa pergelutan pemikiran yang cuba diliberalkan dasarnya. Tidak seperti sebahagian gerakan Islam di negara lain, Gerakan Islam bawah kepimpinan murabbi ummah ini selamat.

Sementara itu Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, membuktikan kita berperanan di peringkat global untuk kelangsungan umat Islam antarabangsa.

Kita imbas kembali sejarah. Ketika kejatuhan Islam (Abbasiyyah) pada abad ke-13, dunia Islam di Asia Barat, laluan Sutera yang menghubungkan Asia Tengah sedang hancur bergelap kesan serangan Mongol.

Ketika itulah munculnya Nusantara yang menyambut perisai Islam setelah terlucut dari orang-orang Arab. Kita ada sejarah itu dan kita kena sedar.

Dalam kita membicarakan soal perancangan serta kejayaan musuh ke atas kita, perlu juga dihitung kejayaan-kejayaan kita. Rupa-rupanya Islam telah meraih pencapaian signifikan yang wajar disertakan dengan ‘izzah secukup rasa.

Kita perlu berbaik sangka dengan Allah. Optimis dengan kemenangan Islam. Cuma dengan contoh rekod-rekod ini, mustahil musuh tidak berbuat apa-apa? Kewaspadaan adalah hikmah yang tercicir dari jati diri umat hari ini.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengumpamakan penderitaan umat Islam hari ini seperti wanita yang sedang sakit bersalin. Kesakitan yang melahirkan nyawa baharu.

Jika yang kita amati hari ini adalah fajar kazib sekalipun, lambat laun fajar sadiq tetap akan menyingsing. Beriman dengan masa depan yang cerah.

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar! (ulamasedunia.org)

Sumber HD -15-12-206

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































































































Kita dan Nabi Muhammad SAW

Abdul Mu’izz Muhammad | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43562-kita-dan-nabi-muhammad-saw

Marilah kita serius memberikan komitmen menjadi pengikut setia Nabi Sallallahu alaihi wasallam.

Kenal Tetapi Enggan Ikut Nabi

Ahli Kitab yang pada awalnya kelihatan tidak sabar-sabar mahu bersama Nabi akhir zaman. Rupa-rupanya mereka hanya mahir berkaitan biodata dan maklumat-maklumat berkaitan Nabi. Tetapi enggan mengikuti ajaran Nabi. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
“Mereka yang telah Kami kurniakan kitab, mereka mengetahui tentangnya (Nabi) seperti mereka kenal anak-anak mereka. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka tahu.” (Surah Al-Baqarah, ayat 146)

Jangan jadi seperti Ahli Kitab. Sekadar kenal dan olok-olok mahu bersama Nabi.

Jadilah Ribbiyyun

Al-Quran telah menjelaskan ciri-ciri khusus tentang golongan yang setia dengan ajaran para Nabi dan Rasul. Firman Allah SWT:

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
“Dan berapa ramai Nabi yang berjuang, bersama mereka pengikut-pengikut yang bertaqwa yang ramai. Mereka tidak merasa terhina dengan cabaran yang ditempuhi sepanjang berada di jalan Allah, mereka tidak lemah dan mereka tidak menyerah kalah. Allah amat mengasihi golongan yang sabar.” (Surah Ali Imran, ayat 146)

Golongan ribbiyyun mestilah menepatkan diri dengan perkara seperti berikut:

– Menempatkan dirinya sentiasa Fi Sabilillah.

– Cekal dengan tribulasi menegakkan Islam.

– Tidak lemah dan tidak menyerah kalah.

– Mempunyai daya kesabaran yang tinggi.

Zaman Sabar, Pahala 50 Sahabat

Untuk menjadi ribbiyyun mestilah kuat bersabar dengan Islam. Apatah lagi kita berada di zaman fitnah Islamphobia hari ini. Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita dengan sabdanya:

إِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَّامَ الصَّبْرِ لِلْمُتَمَسِّكِ فِيهِنَّ يَوْمَئِذٍ بِمَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ أَجْرُ خَمْسِينَ مِنْكُمْ ” ، قَالُوا : يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَوَ مِنْهُمْ ؟ قَالَ : ” بَلْ مِنْكُمْ
“Sesungguhnya selepas kamu munculnya hari-hari penuh kesabaran untuk berpegang teguh (dengan Islam). Ketika itu dikurniakan pahala 50 orang di kalangan kamu. Sahabat bertanya ‘Atau gandaan pahala mereka?’. Nabi menjawab ‘Bahkan mereka beroleh gandaan pahala kamu (sahabat)’.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Kita sudah tidak berpeluang menjadi sahabat, tetapi kita masih berpeluang mendapat pahala 50 orang sahabat.

Zaman Umat Terlalu Rindukan Nabi

Bohong menjadi benar, benar menjadi bohong. Amanah menjadi khianat, khianat menjadi amanah. Dunia jadi jahanam, manusia hilang kewarasan. Paradigma manusia menjadi serba songsang.

Ketika itu, umat Islam seolah-olah menjadikan angan-angan bertemu dengan Nabi sebagai nikmat yang meringankan penderitaan yang sedang mereka alami. Rasulullah SAW pernah bersabda:

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى أَحَدِكُمْ يَوْمٌ ، وَلَا يَرَانِي ، ثُمَّ لَأَنْ يَرَانِي ، أَحَبُّ إِلَيْهِ مَنْ أَهْلِهِ وَمَالِهِ مَعَهُمْ
“Akan tiba ke atas salah seorang dari kalian, satu hari di mana dia tidak dapat melihatku. Kemudian seandainya dia dapat melihatku itu lebih disukai dari seluruh keluarga & hartanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Saudara-Saudara Yang Dirindui Nabi

Biarlah ungkapan sayang dan rindu kita kepada Nabi sepadan dengan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Al-Hadis.

Menjadi seorang muslim yang beriman, mendukung iman dan memperjuangkan iman. Sabda Rasulullah SAW:

وَدِدْتُ أَنِّي لَقِيتُ إِخْوَانِي ” قَالَ : فَقَالَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَوَلَيْسَ نَحْنُ إِخْوَانَكَ ؟ قَالَ : أَنْتُمْ أَصْحَابِي ، وَلَكِنْ إِخْوَانِي الَّذِينَ آمَنُوا بِي وَلَمْ يَرَوْنِي
“Aku sangat bahagia sekiranya bertemu dengan ikhwan(saudara-saudara)ku. Para sahabat bertanya ‘Bukankah kami adalah ikhwanmu?’ Nabi menjawab ‘Kalian adalah sahabat-sahabatku, akan tetapi ikhwanku adalah golongan yang beriman sungguh dengan aku, dan mereka tidak sempat bertemuku’.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sahabat dengan kelebihan sahabat yang tidak akan boleh ditandingi. Namun Allah tetap memberikan kita peluang menjadi orang yang istimewa di sisi Nabi. Ikhwan.

Doa Golongan Ribbiyyun

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِين

“Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami serta ketelanjuran kami dalam urusan-urusan kami. Dan tetapkanlah pendirian kami, bantulah kami ke atas golongan kafirin.” (Surah Ali Imran, ayat 147)

Cinta lahir dengan tanggungjawab, bukan dengan gimik! (ulamasedunia.org)

Penulis merupakan Felo Muda Akademi Al-Ghazali.

Sumber HD - 13-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ceramah Mega Di Paya Jaras, Anjuran PAS Selangor
Posted on Monday, December 12 @ 23:52:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32811



Ceramah PAS bersama dengan PKR dan BERSATU tanpa PAN dan DAP.
















Video - https://www.youtube.com/watch?v=fF2_3BSFUzY

Sumber TKO - 12-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































































Jadikanlah Rasulullah ﷺ qudwah perjuangan Islam

USTAZ SYARHAN HUMAIZI HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43553-jadikanlah-rasulullah-qudwah-perjuangan-islam

PERUTUSAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438H

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat untuk menyerukan sembahlah Allah dan jauhi taghut. (Al-Nahl: 36)

Kelahiran insan agung ke dunia, Nabi Muhammad ﷺ meruntuhkah segala jahiliyyah dan kemungkaran kemudian digantikan dengan cahaya Islam yang membawa rahmat ke seluruh Alam. Mengembalikan manusia kepada landasan yang diredhai Tuhan Pencipta Sekelian Alam daripada sistem yang cara hidup yang syirik dan khurafat.

Namun jalannya bukanlah jalan yang semudah bicara, tetapi jalannya penuh mehnah dan tribulasi. Ujian getir yang dihadapi oleh Nabi dan sahabat sangat jauh berbeza jika ingin dibandingkan dengan kita pada hari ini. Ada yang dicaci, difitnah, diseksa, dibuang, dan dibunuh, tetapi Allah sentiasa menjadi pelindung bagi sesiapa yang berjuang di jalan-NYA.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad 47:7)

Bagi memastikan pejuang-pejuang agama Allah sentiasa sabar di dalam perjuangan ini, Rasulullah ﷺ juga mengajar kita supaya tidak mudah terjerumus di dalam arus semasa yang mengasyikkan, jika arus itu membawa kita kepada kebenaran maka kita turuti menjadi orang yang menegakkan kebenaran tetapi jika arus yang dituruti itu membawa kita kepada kebathilan maka kita turuti sama menjadi orang yang bathil.

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا ۚ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Hud:112).

Kita pemuda Islam sebagai mata rantai perjuangan Rasulullah haruslah mewarisi ciri-ciri tajarrud ini di dalam jiwa kita supaya kita tidak mudah tenggelam dengan ujian kemewahan duniawi ataupun serangan pemikiran dan ideologi yang menyesatkan.

Kekuatan datang hanyalah daripada Allah dan bukan dari makhluk, Rasulullah ﷺ mendidik pemuda menjadi pemuda yang terhebat. Dengan keteguhan iman yang ditanam di dalam jiwa pemuda Islam, mereka berjaya mengalahkan empayar Parsi dan Rome ketika zaman Amirul Mukminin Khalifah Umar Al-Khattab, tewasnya penakluk agung empayar Mongol di tangan Sultan Saifudin Qutuz dan runtuhnya tembok 1,000 tahun Konstantinopel ketika zaman Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sentiasalah kita teguh berpegang pada tali Allah dan menggerakkan agenda kemenangan ini. Kemenangan bukanlah jalan mudah tetapi ia tersangatlah mudah bagi Allah. Sempena Maulidur Rasul 1438H ini, DPPNS berbesar hati ingin mengajak kita semua untuk terus Istiqamah bersama bahtera perjuangan penyambung mata rantai Rasulullah ﷺ ini, Insyaallah kemenangan Islam semakin hampir dengan setiap titik peluh keringat usaha kita. Jadikanlah Rasulullah ﷺ sebagai qudwah dan penyelamat perjuangan Islam yang didukung serta disokong pada hari ini.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
12 Rabiul Awwal 1438 /12 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 12/12/2016

Sumber HD - 12-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































































PAS akui cuba tubuh blok lain di Selangor tanpa Amanah, DAP
Posted on Monday, December 12 @ 13:15:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32804



PETALING JAYA: PAS berkata usahanya mendampingi PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam sebuah ceramah “mega” di Paya Jaras, Selangor malam ini merupakan antara langkah mewujudkan blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya Amanah dan DAP.

“Ya, sekurang-kurangnya di Selangor,” kata Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika ditanya sama ada ia usaha mewujudkan blok berasingan tanpa penyertaan kedua-dua parti itu.

Dinamakan “Ceramah Mega Rakyat”, program anjuran PAS Selangor itu turut menampilkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi pentas dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden IKATAN.

Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras, berkata pihaknya sengaja tidak menjemput Amanah dan DAP walaupun kedua-duanya dianggap sekutu PKR dan PPBM.


“Kami tidak menjemput DAP atau Amanah kerana jawatankuasa pusat sudah menyatakan tidak ada hubungan dengan mereka.

“Lagipun, parti yang hadir (ke ceramah) adalah yang menumpukan kerusi majoriti Melayu,” kata Khairuddin kepada FMT.

PAS sebelum ini menolak sebarang bentuk kerjasama dengan DAP dan Amanah. Parti itu juga belum memutuskan sama ada mahu mengadakan perjanjian dengan pembangkang lain bagi memastikan pertandingan 2 penjuru menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

PPBM baru-baru ini menyatakan hasrat menyertai Pakatan Harapan, gabungan politik PKR, DAP dan Amanah yang ditubuhkan selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP tahun lalu.

Khairuddin berkata ceramah malam ini membuktikan komitmen PAS memastikan Umno ditentang satu-lawan-satu.

Ceramah itu dianjurkan menjelang pertemuan pemimpin PPBM dengan Pakatan Harapan bagi membincangkan penyertaan secara rasmi ke dalam gabungan itu.

Sumber TKO - 12-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Selangor berjerayawara terang belanjawan negeri

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43524-pas-selangor-berjerayawara-terang-belanjawan-negeri

BADAN Perhubungan PAS Negeri Selangor telah memulakan jerayawara (roadshow) ke setiap kawasan Parlimen di negeri ini untuk menerangkan tentang Belanjawan Negeri Selangor bagi tahun 2017.

Tujuan jerayawara ini adalah untuk memastikan pimpinan dan ahli PAS di peringkat akar umbi memahami akan belanjawan tersebut terutamanya akan manfaat yang boleh diperoleh oleh rakyat darinya.

Jerayawara telah bermula pada 7 Oktober lepas di tiga kawasan iaitu Ampang, Selayang dan Hulu Selangor.

Majlis penerangan di Ampang telah dihadiri oleh Datuk Iskandar Abdul Samad (Exco Kerajaan Negeri Selangor / Pesuruhjaya PAS Negeri), Haji Razali Hasan (Ahli Dewan Negeri Dusun Tua) dan Dr Hajjah Halimah Ali (Ahli Dewan Negeri Selat Kelang).

Di Selayang pula, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Exco Kerajaan Negeri Selangor / Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri) dan Zaidi Talib (Exco Kerajaan Negeri Selangor / Bendahari PAS Negeri) telah menyampaikan penerangan.

Sementara di Hulu Selangor, Ir Mohd Haslin Hasan (Ahli Dewan Negeri Tg Sepat / Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri) dan Khasim Abdul Aziz (Pembantu Exco Kerajaan Negeri / Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya) telah hadir.

Belanjawan 2017 yang dibentangkan di Sidang Dewan Negeri pada 30 Oktober lepas oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memperkenalkan banyak program baru untuk pembangunan dan kebajikan rakyat.

Antaranya adalah "Skim Peduli Sihat" yang menyasarkan 250,000 keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah akan mendapat rawatan kesihatan primer (primary care) percuma di klinik swasta yang berdaftar dengan kerajaan negeri. Seramai 1 juta rakyat Selangor akan mendapat manfaat daripada skim yang diperuntukan RM125 juta itu.

Kerajaan negeri juga akan membelanjakan RM100 juta untuk membeli Rumah Selangorku yang akan disewakan kepada rakyat yang gagal mendapat pembiayaan untuk membeli rumah atau belum lagi berminat untuk membeli rumah. Di dalam skim yang dinamakan "Smart Sewa", 30 peratus daripada sewa yang dibayar akan dipulangkan setelah kontrak sewaan tamat. Sewa yang dipulangkan boleh digunakan oleh penyewa untuk membeli rumah sendiri.

Secara keseluruhannya sebanyak RM3.45 bilion telah diperuntukan dalam belanjawan 2017 dengan peruntukan pembangunan sebanyak 52.2 peratus dan peruntukan mengurus sebanyak 47.8 peratus.

Usaha PAS Selangor ini adalah untuk memastikan tidak ada rakyat yang ketinggalan akibat maklumat-maklumat yang tidak sampai kepada mereka.

Exco dan Ahli Dewan Negeri telah dipilih untuk memberi penerangan kerana mereka terlibat secara langsung di dalam perbahasan Sidang Dewan yang melibatkan belanjawan tersebut.

Jerayawara ini dijangka berakhir pada bulan Januari tahun hadapan.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
9 Disember 2016 – HARAKAHDAILY 9/12/2016

Sumber HD - 9-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wan Azizah Tolak Jemputan Ceramah Mega PAS
Posted on Thursday, December 08 @ 16:44:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32761



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak jemputan untuk menghadiri Ceramah Mega Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

“Adalah dimaklumkan kepada saudara dan saudari tentang program ceramah anjuran DUN Paya Jaras pada 12 Disember 2016 di Tapak Pasar Malam Paya Jaras seperti poster tertera.

“Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail TIDAK AKAN HADIR ke program ceramah seperti yang tersebar di media sosial.

“Pengesahan ini dibuat Setiausaha Agung parti (PKR), (Datuk) Saifuddin Nasution sebentar tadi,” kata aktivis PAN, Al Hussain dalam Facebook hari ini.

Walau bagaimanapun tempat Wan Azizah itu, akan diganti dengan orang yang tiada jawatan penting dalam PKR iaitu Sivarasa Rasiah, Ahli parlimen PKR Subang.

“Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah akan mewakili parti kerana DUN Paya Jaras terletak di dalam parlimen itu,”katanya.

Sejak semalam, tersebar poster Ceramah Mega Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bakal dihadiri oleh enam orang tokoh politik.

Mereka adalah; Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS), Datuk Iskandar Samad (Pesuruhjaya PAS Selangor), Mohd Khairuddin Othman (Setiausaha PAS Selangor), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Presiden IKATAN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden PPBM) dan Wan Azizah (Presiden PKR).

Poster yang disebar PAS Selangor itu bagaimanapun tidak menjemput wakil DAP dan PAN dalam ceramah berkenaan.

Menurut Hanisya Abdul Hamid, ketidakhadiran Wan Azizah dalam ceramah PAS itu ada kaitannya dengan ketiadaan DAP dalam program tersebut.

“Dapat info bila dah kena sergah dengan DAP, terus Kak Wan suruh Sivarasiah wakili beliau ceramah mega rakyat di Paya Jaras 12 Disember ini.

“Kan dah cakap DAP penentu segala keputusan PH.

“Lagi nak nafi walaupun DAP bukan peneraju seandainya PH menang PRU ke-14 tawan Putrajaya (rasanya mustahil lah misi tersebut tanpa bantuan dan sokongan PAS) tetapi penentu setiap polisi, dasar dan keputusan mutlak ditentukan oleh DAP,”katanya.

hani
hani1

Sumber AIDCNes

Sumber TKO - 8-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































































































































































































































































Kemalangan: Pasti Selangor rakam takziah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43488-kemalangan-pasti-selangor-rakam-takziah

Dukacita dimaklumkan berita yang menyayat hati iaitu adik Muhammad Al-Fayad, 4, pelajar Pasti  Az-Zahrah, Hulu Selangor telah meninggal dunia bersama ibunya Husnadia Abd Rani yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Tokong Cina Kalumpang Hulu Selangor pagi tadi.

Kemalangan tersebut juga telah mengorbankan bayi yang dalam kandungn ibunya. Kejadian berlaku apabila kereta Viva yang dipandu oleh ibunya bertembung dengan kereta Kancil.

Bagi pihak Pasti Selangor merakamkan ucapan takziah pada keluarganya. Banyak bersabar di atas ujian. Mudah-mudahan Allah SWT menempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang soleh dan semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT.

Syarhan Humaizi Halim
Pengarah Pasti Selangor
5 Disember 2016

Sumber HD - 5-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelindung yang rapuh bagi mereka yang musuhi Islam

USTAZ SYARHAN HUMAIZI HALIM | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43485-pelindung-yang-rapuh-bagi-mereka-yang-musuhi-islam

PIMPINAN dan ahli PAS yang istiqamah dan miliki Akidah Perjuangan yang diikat simpul utuh dengan tali Islam jelas tidak akan meninggalkan perjuangan. Keyakinan pada pemeliharaan Allah dan Rasulnya sebagai pelindung ibarat gigi geraham yang menggigit. Ia akan menjadi kukuh, utuh dan kuat.

Dengan ketulenan perjuangan, kefaqihan pimpinan serta keikhlasan ahlinya yang menyandari Islam sebagai hadafnya bisa mengaut pukat lautan hati manusia pada perjuangan ini.

Mereka yang ada kepentingan peribadi dan agenda tersembunyi sahaja yang akan menjauhi perjuangan Islam. Itu tapisan dari Allah. Yang menjadikan hadaf perjuangan selain Islam. Yang mengambil pelindung selain Allah.

Allah nyatakan golongan ini rapuh. Perjuangan mereka rapuh. Pelindung mereka rapuh. Rapuh ibarat sarang labah-labah.

(مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ)
[Surat Al-Ankabut 41]


“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan. – HARAKAHDAILY 5/12/2016

Sumber HD - 5-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































































Dewan Ulamak PAS Selangor lawat kawasan tanah runtuh

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43429-dewan-ulamak-pas-selangor-lawat-kawasan-tanah-runtuh

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) mengadakan lawatan ke tapak bencana tanah runtuh di Taman Idaman Serendah, hari ini.

Rombongan diketuai oleh Ustaz Rizuan Rahmat sekalu Ketua DUPNS, Ustaz Muhammad Najhan Halim (Setiausah DUPNS), Ustaz Sapidin Amran (Exco DUPNS), Ustaz Ubaidullah Ibrahim (PSU DUPNS).

Rombongan turut diiringi oleh Yang Dipertua PAS Hulu Selangor, Haji Hasnizan, Ketua Urusan Ulamak Hulu Selangor, Ustaz Nasiruddin, ketua kampung, AJK PAS Kawasan dan Jabatan Amal Hulu Selangor.

DUPNS juga sempat diberi taklimat oleh kakitangan pejabat daerah dan juga agensi terlibat berkenaan bencana dan kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan.

"Semoga Allah membalas kerja-kerja baik dan amalan mulia ini sebagai amalah soleh kita.

"Didoakan agar penduduk yang terjejas dengan bencana diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan mereka," ujar Setiausaha DUPNS, Ustaz Muhammad Najhan Halim menerusi laman facebook dewan itu. - HARAKAHDAILY 1/12/2016

Sumber HD - 1-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































































































































































Kebakaran Israel: Ancaman Allah terhadap musuh

USTAZ SYARHAN HUMAIZI HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43402-kebakaran-israel-ancaman-allah-terhadap-musuh


Kebakaran Negara Haram Israel: Ancaman Allah terhadap musuh-Nya

ISLAM adalah agama yang mengajar agar menghormati sesama manusia. Penciptaan manusia sebagai sebaik-baik makhluk lambang penghormatan yang Allah berikan pada manusia. Kesempurnaan kejadian itu mengangkat darjat manusia dari kalangan makhluk lain yang hidup dibumi dan alam nyata.

Namun sebahagian manusia beranggapan kehidupan dan perbuatan mereka tiada dalam makluman Allah tuhan yang mencipta. Mereka angkuh dan sombong dengan kelebihan nikmat pinjaman dari Allah tanpa rasa gerun dengan ancaman dan peringatan Allah.

Umat Islam perlu melihat kejadian tragedi mutakhir ini dengan berlakunya kebakaran di Negara Haram Israel adalah salah satu bentuk ancaman dan peringatan dari Allah. Peristiwa terjadi selepas Parlimen Israel dibentangkan Rang Undang-Undang larangan penggunaan pembesar suara ketika melaungkan Azan. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanhayu antara yang menyokong kuat RUU ini. Masjid al-Aqsa menjadi sasaran setelah tiga masjid berhampiran.

Setiap perkara berlaku adalah atas ketetapan dan keadilan Allah. Bukan ia berlaku secara kebetulan dan tiba-tiba. Sesuatu bentuk azab Allah SWT yang diturunkan adalah atas dasar keadilan-Nya. Ini kerana perkara mustahil bagi Allah SWT berbuat zalim pada makhluknya.

Negara Haram Israel mendapat sokongan dari kuasa besar dunia. Seakan mereka "kebal" dalam melakukan pembunuhan terhadap umat Islam Palestin. Mereka menangkap para pemuda, memukul kanak-kanak dan wanita. Mereka membina tembok besar pemisah sebagai tanda "rampasan" pemilikan tanah rakyat Palestin.

Kepungan serta kekebalan mereka itu menunjukkan seakan mustahil rakyat Palestin akan mendapat semula tanah air mereka. Golongan Yahudi merasa aman dan selesa dalam "tanah air haram" mereka. Tiada siapa mampu menghalau dan mengeluarkan mereka.

Akan tetapi kehendak Allah SWT berbeza. Keinginan Allah SWT tak sama dengan keinginan dan perancangan musuhnya. Bahkan Allah SWT mengatur yang terbaik untuk hambanya. Allah SWT sendiri yang akan menjadikan Yahudi rasa tidak aman. Allah SWT sendiri yang akan menghalau mereka dengan azab yang tidak di sangka-sangka. Allah SWT berfirman mengenai perkara ini:

(هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ ۚ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا ۖ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا ۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ ۚ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ)
[
Surat Al-Hashr 2]

Maksudnya: Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.

Ayat ini adalah jawapan kepada golongan Yahudi. Juga jawapan kepada musuh-musuh Allah. Tidak cukup tanah mereka terpaksa lari keluar dari kediaman mereka. Kekebalan mereka menjadi rapuh seumpama kain buruk yang dipijak dikaki. Mereka menagih simpati sekutu mereka. Namun api yang marak membara tiada kenal siapa dan sekuat mana sekutu mereka.

Ini adalah cara Allah SWT membalas terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap orang beriman. Maka orang beriman selayaknya bergembira atas azab yang Allah kenakan kepada kaum zionis Yahudi. Kegembiraan ini bukan wajar tetapi benar sejajar dengan keputusan Allah yang maha adil.

( وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللَّهِ ۚ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ)
[Surat Ar-Rum 4 - 5]

Maksudnya: Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira.

Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Oleh yang demikian, manusia jangan menyangka kekuatan dan kekebalan mereka mengatasi Allah SWT. Pengaruh dan kekuasaan mereka bukan satu lesen pada mereka untuk bersikap biadap terhadap Islam. Tindakan dan tutur kata mereka jangan melampau.

Iktibar ini perlu diamati oleh semua umat dan generasi. Mereka yang mempersendakan Allah dengan dengan mengkhianati perjuangan suci ini, bersekongkol dengan mereka yang benci Islam, bersama-sama bersatu menghina perjuangan Islam serta menghalang terlaksana agenda Islam.

Tentera Allah SWT tiada siapa yang tahu. Mereka berperanan menghancur dan menggagalkan segala perancangan musuh-musuh Allah.

Pertolongan serta azab Allah itu datang dalam bentuk yang tidak disangka. Sehingga Nabi SAW menceritakan bagaimana Allah SWT akan memerangi habis-habisan mereka yang memusuhi Islam. Allah SWT akan menghancurkan pakatan serta perancangan mereka dengan jalan dan kaedah yang diluar akal mereka berfikir.

Nabi SAW menggambarkan kemusnahan golongan Yahudi. Sebagai satu contoh dan amaran pada mereka yang memusuhi Islam. Kehancuran golongan Yahudi ini sehingga Allah SWT jadikan pokok dan batu akan berkata memaklumkan persembunyian golongan tersebut.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ» (رواه مسلم).
Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Tidak berlaku hari kiamat sehingga orang Islam memerangi orang Yahudi. Orang Islam akan membunuh orang-orang Yahudi sehingga mereka bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka berkata batu atau pokok: wahai orang Islam, wahai hamba Allah ini Yahudi ada di belakang aku. Maka datang dan bunuhlah ia melainkan Al-Qarqad. Maka sesungguhnya pohon itu adalah pohon Yahudi.

Justeru hati-hatilah mereka yang memusuhi Islam. Berjaga-jagalah di atas tindakan dan perbuatan kalian. Ini bukan ugutan tetapi adalah amaran dari Allah SWT. – HARAKAHDAILY 29/11/2016

Sumber HD - 29-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































































































Menjaga Maslahat 'Al-Dharuriyyat' - 2

IMRAN AL-MALIZI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43380-menjaga-maslahat-al-dharuriyyat-2

Pengenalan Ilmu Maqasid al-Syari`ah (Siri 5):
Menjaga Maslahat “Al-Dharuriyyat” - Bahagian 2

5 Perkara Al-Dharuriyyat atau Al-Kuliyyat al-Khamsah

I - Menjaga Agama (حفظ الدين)
Menjaga agama merupakan perkara dharuriyyat yang terpenting dan berada pada tingkatan tertinggi dalam turutan al-Kuliyyat al-Khamsah. Allah S.W.T mengutuskan Rasulullah s.a.w agar menyampaikan agama yang benar iaitu Islam.

Firman Allah Ta’ala:

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” [Al-Taubah: 33]

Allah Ta’ala juga melarang manusia daripada mengikut jalan agama yang lain. FirmanNya:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنْ الْخَاسِرِينَ

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” [Ali ‘Imran: 85]

Oleh kerana menjaga agama Islam daripada kerosakan (mafsadah) adalah merupakan dharuriyyat yang paling besar dan terpenting, maka Islam mengharamkan perbuatan riddah (murtad), maka syariat menjatuhkan hukuman bunuh kepada orang yang murtad.

Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w:

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

“Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.”
[Sahih al-Bukhari, Kitab Istitabah al-Murtaddin, Bab Hukm al-Murtad wal-Murtaddah (hadith no.6922)]

لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ الثَّيِّبُ الزَّانِ وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ.
“Tidak halal darah seorang muslim (tidak boleh dibunuh) yang mengucap syahadah, kecuali dengan salah satu di antara tiga sebab iaitu orang yang telah berkahwin lalu berzina (muhsan), jiwa dengan jiwa (kesalahan membunuh), orang yang murtad meninggalkan agamanya dan memecah belahkan kesatuan jama’ah (orang-orang Islam).”
[Sahih Muslim, Kitab al-Qasamah, Bab Ma Yubahu Bihi Dam al-Muslim (hadith no.4468), Sahih al-Bukhari, Kitab al-Diyat, Bab Qaulillah Ta`ala Anna al-Nafsa bin-Nafsi (hadith no.6878)]

Namun yang perlu ditekankan disini adalah, hukuman bunuh ke atas orang yang murtad ini tidak boleh dilakukan orang awam, sebaliknya pelaksanaan ini diwajibkan kepada pemerintah. Ini kerana, jika tidak perkara ini akan menimbulkan kemudaratan lain yang lebih besar.

Pelaksanaan hukuman bunuh bagi orang yang murtad hanya boleh dilakukan oleh ulil amri (pemimpin negara) setelah mengkanunkan undang-undang jenayah syariah Islam di negaranya. Ianya bertujuan untuk menjaga kesucian agama.

Bahkan terdapat khilaf di kalangan fuqaha dari segi peringkat-peringkat pelaksanaannya dari seruan agar dia bertaubat, penjara sehinggalah dijatuhkan hukuman bunuh.

II - Menjaga Nyawa (حفظ النفس)
Islam dengan tegas mengharamkan pembunuhan dan penumpahan darah kaum muslimin, ahli dzimmah (orang kafir yang hidup dalam wilayah Islam dan tidak memerangi umat Islam) serta darah kafir mu'ahid (orang kafir yang mengikat perjanjian damai dengan umat Islam).

Sesiapa yang membunuh nyawa manusia dengan sengaja, maka Allah menjanjikan azab yang besar di akhirat. Ini berdasarkan firmanNya:

وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannnya ialah neraka jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (An-Nisa: 93)

Membunuh adalah termasuk salah satu dosa daripada dosa-dosa besar (kabair). Penjenayah yang disabitkan bersalah dalam kes bunuh boleh dijatuhkan hukuman qisas iaitu dibalas bunuh. Firman Allah S.W.T:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالأُنثَى بِالأُنثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنْ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ .وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُوْلِي الأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Dan dalam hukum qisas itu ada (jaminan) kehidupan bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” [Al-Baqarah: 178-179]

Dalam ayat ini Allah Ta’ala menjadikan qisas sebagai salah satu sebab bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia, padahal qisas itu adalah hukuman bunuh yang juga menuntut kematian si pelaku jenayah.

Ini kerana, dengan melaksanakan hukum qisas hanya orang yang bersalah yang akan diambil nyawanya dengan hukuman bunuh bagi menjaga nyawa manusia lain yang tidak bersalah.

Tanpa melaksanakan hukuman ini, jenayah bunuh semakin berleluasa kerana tiada undang-undang yang mampu menghalangnya.

Dalam hal berkaitan, syariat Islam juga membolehkan kita memakan makanan yang haram sekadar untuk mengelakkan kematian. Firman Allah:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنْ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Al-Nahl: 115]

III - Menjaga Akal (حفظ العقل)
Menjaga akal adalah penting kerana Islam adalah agama yang berteraskan ilmu. Bahkan untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan syarak, seorang itu mestilah seorang mukallaf iaitu akil (berakal) dan baligh (cukup umur). Sengaja menghilangkan akal adalah perbuatan yang haram.

Antara perbuatan menghilangkan akal dengan sengaja ialah meminum arak. Allah S.W.T mengaitkan arak dengan kerja-kerja dan amalan syaitan. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” [Al-Maidah: 90]

Syaitan menjadikan orang-orang yang hilang akalnya akibat meminum arak terlalai daripada mendirikan solat serta terdedah kepada dosa-dosa yang lain. Firman Allah S.W.T:

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu pada perbuatan minum arak dan berjudi itu akan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat; maka adakah kamu mahu berhenti (dari mengerjakan pekerjaan itu)?” [Al-Maidah: 91]

Maka itu, syariat Islam mengharamkan segala unsur yang memabukkan dan menghilangkan fungsi akal. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ
“Setiap yang memabukkan itu haram”.
[Sahih Muslim, Kitab al-Asyribah, Bab Bayan Anna Kulla Muskir Khamr (hadith no.5332)]

Maka untuk menjaga akal, Islam mewajibkan pelaksanaan hukuman sebat bagi peminum arak sebanyak minimum empat puluh kali dan maksimum lapan puluh kali. Ini bertujuan agar manusia menjauhi kesalahan tersebut, sehingga akalnya dapat berfungsi dengan sempurna, dapat berfikir dengan baik dan mengetahui perintah Allah dan laranganNya.

Diriwayatkan dalam hadith yang sahih:

فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ جَعْفَرٍ قُمْ فَاجْلِدْهُ. فَجَلَدَهُ وَعَلِيٌّ يَعُدُّ حَتَّى بَلَغَ أَرْبَعِينَ فَقَالَ أَمْسِكْ. ثُمَّ قَالَ جَلَدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ وَجَلَدَ أَبُو بَكْرٍ أَرْبَعِينَ وَعُمَرُ ثَمَانِينَ وَكُلٌّ سُنَّةٌ وَهَذَا أَحَبُّ إِلَي. رواه مسلم في كاتب الحدود، باب حد الخمر.
Maka berkata Ali bin Abi Talib r.a: “Wahai Abdullah bin Ja’far, bangunlah dan sebat dia!” Lalu dia menyebat (orang yang minum arak itu) sedangkan Ali bin Abi Talib mengira bilangannya hingga cukup 40 kali. Lalu dia berkata: “Cukup”. Kemudian dia berkata lagi, “Nabi S.A.W telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebatan, Khalifah Abu Bakar r.a telah menyebat 40 kali sebatan juga dan Khalifah Umar r.a telah menyebat 80 kali sebatan, semuanya itu adalah sunnah (Rasulullah S.A.W) dan ini yang lebih aku sukai (iaitu hanya 40 sebatan).”
[Sahih Muslim, Kitab al-Hudud, Bab Had al-Khamr, (hadith no.4554)]

IV - Menjaga keturunan (حفظ النسل)
Demi menjaga nasab keturunan, maka Syariat Islam mengharamkan perzinaan dan segala wasilah yang boleh mendekati kepada perbuatan tersebut seperti hubungan cinta, pergaulan bebas dan sebagainya.

Selain ianya mendatangkan kemurkaan Allah, zina juga mengakibatkan kemudaratan yang sangat besar, seperti munculnya penyakit-penyakit yang berjangkit, hilangnya kehormatan dan harga diri seseorang, bercampurnya nasab dan keturunan secara tidak jelas, sehingga seorang anak dinasabkan kepada bukan ayahnya dan mewarisi harta yang tidak layak baginya.

Firman Allah S.W.T:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” [Al-Isra’: 32]

Larangan Allah ini adalah agar hamba-hambaNya tidak mendekati zina, iaitu jangan sampai seseorang berada dalam situasi yang memungkinkan dia melakukannya dan jangan terlibat dengan hal-hal yang boleh membawa kepada perzinaan tersebut.

Maka untuk menjaga manusia dari melakukan perkara keji tersebut, Islam mewajibkan hukuman sebat sebanyak seratus kali bagi lelaki teruna dan gadis dara yang berzina.

Allah S.W.T berfirman:

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلاَ تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya sebanyak seratus kali, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari Akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” [An-Nur: 2]

Allah Ta`ala mengingatkan agar jangan sehingga rasa kasihan kepada penzina menghalang kita daripada melaksanakan hukum Allah dan hendaklah pelaksanaan hukuman itu dihadiri oleh sekelompok orang mukmin, supaya diketahui dan dijadikan pelajaran oleh manusia.

Sedangkan bagi penzina yang sudah bernikah (muhsan) maka hukumannya adalah dirajam hingga mati. Ini dijelaskan dalam hadith-hadith yang banyak. Untuk menjaga kehormatan seseorang, Islam mengharamkan tuduhan zina (qazaf) terhadap orang baik-baik dan mengancam dengan hukuman yang keras.

Firman Allah S.W.T:

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلاَ تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَاسِقُو
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” [An-Nur: 4]

Allah S.W.T menjelaskan bahawa orang yang menuduh wanita yang baik-baik dan terjaga kehormatannya melakukan zina, sekiranya tuduhan itu tidak disertai bukti, maka penuduhnya berhadapan dengan hukuman qazaf, maka dia mendapat hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali, serta tidak diterima persaksiannya dan dia dianggap sebagai orang fasiq yang tidak dipercayai kata-kata dan sumpahnya.

Kecuali jika dia dapat membuktikannya, iaitu dengan mendatangkan empat orang saksi yang melihat secara langsung perbuatan zina itu secara jelas.

Dengan ini, Syariat Islam memelihara kehormatan dan maruah diri manusia serta melarang daripada mencemarkan maruah orang lain tanpa sebab yang benar.

Firman Allah S.W.T:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan perempuan tanpa ada kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kedustaan dan dosa yang nyata.” [Al-Ahzaab: 58]

Dalam hadis juga terdapat pengharaman melanggari maruah dan kehormatan manusia, Rasulullah s.a.w bersabda:

فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ عَلَيْكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا ، فِيْ بَلَدِكُمْ هَذَا ، فِيْ شَهْرِكُمْ هَذَا
“..Sesungguhnya darah, harta benda, kehormatan kamu semua adalah haram seperti mulianya hari ini, negeri ini dan bulan ini.”

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Hajjah al-Wida’ (hadith no.4406) dan Sahih Muslim, Kitab al-Qasamah, Bab Taghlizh Tahrim al-Dima’ wal-A’radh wal-Amwal (hadith no.4477)]

V - Menjaga harta (حفظ المال)

Islam juga mengajar umatnya menjaga harta, berbelanja dan mengurusnya sebagai salah satu daripada tuntutan hidup. Sebagaimana firman Allah Ta'ala:

وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ قِيَامًا وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا وَاكْسُوهُمْ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلًا مَعْرُوفًا

“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan” [An-Nisa’: 5]

Untuk menjaga harta, maka Islam mengharamkan segala bentuk kecurian, iaitu mengambil harta orang lain tanpa pengetahuan dan kerelaannya. Maka disyariatkan hukuman had bagi kesalahan mencuri dan merompak dengan hukuman yang sangat keras.

Firman Allah Ta'ala:

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالاً مِنْ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Maidah: 38)

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
“Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.” [Al-Maidah: 33]

Dengan ditegakkannya hukuman ini maka harta benda orang ramai akan terjaga, ini kerana seseorang yang berniat untuk mengambil harta orang lain akan menimbang akibat perbuatannya. Undang-undang yang digubal oleh manusia tidak mampu menggerunkan penjenayah daripada menceroboh hak dan harta benda orang lain.

Begitu juga dalam menjaga harta, syariat Islam melarang kita melakukan pembaziran atau israf (berlebih-lebihan), sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya.

وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

“Dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” [Al-An’am: 141]

Penutup

Syariat Islam bermatlamat untuk mencapai setiap kebaikan dan mengelakkan daripada setiap keburukan. Setiap perintah dalam syariat Islam pasti mengandungi manfaat dan kebaikan dan sebaliknya setiap larangan agama Islam pasti mengandung kerugian dan kemudaratan.

Dengan memahami Maqasid al-Syari’ah secara prinsipnya, kita dapat meyakini bahawa syariat Islam berperanan menjaga kemaslahatan hidup manusia yang dapat dicapai dengan pelaksanaan syariat itu sendiri.

Golongan yang mendakwa pelaksanaan syariat dapat ditangguhkan atau diketepikan bagi menjaga kepentingan tertentu (maslahat yang disalah ertikan) dan memadai dengan mengambil maqasid adalah tersesat dalam limpahan cahaya petunjuk.

Sumber HD - 28-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































































































































































Tarbiyah harakiah

Nik Bakri Nik Mat | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43374-tarbiyah-harakiah

Tarbiyah harakiah ialah:

عمل شعبي المنظم الجماعي للعودة بالإسلام الى قيادة الأمة.
Bermaksud: "Kerja masyarakat (Islam) yang tersusun/tanzim secara jama'ah untuk mengembalikan dengan Islam dalam memimpin ummah."

Dengan pengertian ini maka wajib ada jamaah yang terorganisasi dalam menggerakkan kerja-kerja Islam guna mengembalikan ummah kepada Islam.

Umat Islam hendaklah wajib meyakini bahawa hanya Islam mampu menyelesaikan segala permasalahan ummah dalam semua lapangan kehidupan.

Jangan terkeliru dengan sebahagian golongan yang bergerak atas nama selain Islam. Mereka berpandangan merubah dan meningkatkan ekonomi maka ummah akan baik dan maju. Ada di antara mereka mengatakan merubah senario politik akan merubah keadaan ummah, ada di antara mereka menyatakan menurunkan individu yang zalim maka semua akan selesai sekalipun masih kekal dengan sistem lama.

Kita ummah yang ditarbiyah oleh para ulamak melalui madrasah nabawiyyah meyakini bahawa hanya dengan Islam yang merupakan sistem kehidupan yang syumul mampu membawa kebaikan kepada seluruh ummah.

Oleh itu demi menjayakannya maka kita wajib menyertai untuk bersama jamaah Islam atau harakah Islamiah guna melaksanakan gerak kerja Islam secara tersusun dan terancang.

ISLAM MESTI MEMIMPIN

Al Faqir Nik Bakri Nik Mat
Lajnah Tarbiyah DUPNS

Sumber HD - 27-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































































































































































































Peribadi idaman berjaya harungi fitnah

Ahmad Hakimi Othman | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43368-peribadi-idaman-berjaya-harungi-fitnah

Peribadi Idaman Yang Berjaya Mengharungi Fitnah: Rahmat Rabbani Dan Ilmu Rabbani

Tika ini dan zamannya adalah masa yang penuh ujian dan fitnah. Lebih menakutkan fitnah yang menyesatkan akidah dan penyelewengan syariat. Apatah lagi, hampir semua kita terperangkap dengan fitnah Ad Duhaima moden iaitu demokrasi liberal. Demokrasi liberal menyerang setiap rumah sehingga seluruh orang awam diprogramkan dengan etopia kerajaan rakyat, namun sebenarnya kerajaan yang ditunggang elitis-elitis global yang menguasai media, ekonomi dan posisi-posisi politik penting.

Islam ada ubat untuk sang beriman menghadapi zaman fitnah ini. Ubat yang juga mujarab untuk berhadapan dengan kemuncak fitnah akhir zaman iaitu fitnah Ad Dajal. Islam membekalkan Al Quran, dan terdapat surah penting menghadapi fitnah yang dinamakan Al Kahfi. Surah yang diturunkan di Mekah tatkala kemuncak penentangan lisan dengan golongan Musyrikin Quraisy. Namun, gambaran surah ini, bahawa musuh bukan sekadar musyrikin. Bahkan akan ada nanti golongan yang mengatakan Allah ada anak iaitu Yahudi, Nasara dan juga penyembah matahari dan dewa dewa. Maka, mendepani golongan ini menyesakkan dada. Sempit jiwa jiwa beriman termasuk Sang Rasul Allah. Fitnah ini berterusan di zaman kita.

Lantas bagaimana menghadapi fitnah?

Surah Al Kahfi membawa Kisah Musa As bersama hamba yang dimuliakan Allah. Hamba yang berjaya mengharungi fitnah hidup dengan panduan Allah. Musa dari Bani Israel terpaksa merantau ke luar sehingga bertemu tempat dua laut berkumpul. Maka hamba itu, Allah sifatkan begini: 'Maka mereka dapati( musa dan pembantunya) seorang hamba dari kalangan hamba hamba kami yang dikurniakan RAHMAT dari Kami dan Kami ajarkannya dari gedung gedung kami ILMU'.

Sifat hamba tersebut adalah Rahmat dan Ilmu dafi sisi Allah. Moga kita di zaman fitnah ini, Allah kurniakan dua perkara penting ini. Lantas kita berjaya mengharungi fitnah.

Ahmad Hakimi Othman
Pengarah Jabatan Penerangan DPPNS

Sumber HD - 27-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































































































Lasak 1311 titik mula kebangkitan PAS Selangor

ROSLAN SHAHIR | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43235-lasak-1311-titik-mula-kebangkitan-pas-selangor

Di saat parti-parti lain tertumpu untuk turun ke jalan raya, berdemonstrasi dan menjayakan Bersih 5 pada 19 November nanti, PAS di Selangor mengerahkan tenaga menganjurkan majlis yang berbeza.

Menggembleng rakyat turun ke jalan raya berdemonstrasi sebagaimana agenda Bersih 5, atas alasan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil berbeza dengan LASAK 1311 yang dianjurkan oleh PAS Selangor, baru-baru ini.

Politik yang bertenaga adalah politik yang berani meneroka lapangan baru. Politik yang berani menyentap perhatian rakyat sehingga menggegarkan minat dan tumpuan mereka. Mengulang-ulang pendekatan politik yang sama boleh dianggap politik yang ketandusan idea, basi malah berkemungkian mencetuskan kebosanan di kalangan ahli dan penyokong.

Lebih parah lagi apabila pemerhati yang tidak memihak ke mana-mana mula muak dan benci.

LASAK 1311 diectuskan untuk membawa kelainan dan ternyata ia telah berjaya menciptanya.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Haji Hashim Jasin yang hadir untuk menutup majlis berkenaan mengakui bahawa inisiatif PAS Selangor itu sesuatu yang unik dan positif malah perlu dicontohi dan diikuti oleh pihak lain.

LASAK 1311 atau 'Ledakan Suara Rakyat' anjuran PAS Selangor bermaksud menghimpun rakyat dan pemimpin dalam satu himpunan di mana suara rakyat diperdengarkan untuk perhatian pemimpin. LASAK menyediakan gelanggang bagi rakyat jelata menyuarakan pandangan, krtikkan, teguran dan cadangan mereka.

PAS Selangor menyertai kerajaan campuran Selangor apabila menang dalam Pilihan raya Umum 2008, dan ianya diteruskan dengan mandat yang lebih bear dalam Pilihan raya Umum 2013.

Duduk memegang kerajaan adalah merupakan amanah yang besar, yang perlukan perhatian serius dan komitmen maksima kerana bagi PAS sebagai sebuah gerakan Islam amanah ini bukan hanya bermakna ia bertanggungjawab pada rakyat yang dipimpinnya tetapi lebih besar lagi amanah tadi akan dipertanggungjawabkan ke atasnya di hadapan Allah swt nanti.

PAS insaf dan sedar bahawa amanah kepimpinan seumpama ini bukannya peluang untuk mengayakan diri atau keluarga, bukan juga peluang untuk menyalahguna kuasa dan menzalimi rakyat, tetapi ia sebagai peluang yang diberikan oleh Allah swt untuk melaksanakan kepimpinan bersandarkan ajaran dan ketentuan Nya.

Keadilan dan kesaksamaan Islam wajib ditonjolkan dalam pemerintahan.

Rakyat yang dipimpin perlu dibela dan dijaga kebajikan mereka. Kekayan dan hasil mahsul negeri perlu diurus dengan penuh telus dengan membawa pembangunan dan kemajuan yang tidak membelakangkan kepentingan rakyat sebaliknya kesejahteraan disusun untuk manfaat rakyat dan negeri seluruhnya.

Atas dasar itu isi hati rakyat perlu difahami dan diketahui agar perancangan dan penambahbaikan boleh dilaksanakan dengan bijak dan teratur.

LASAK bermatlamat membuka gelanggang bagi PAS Selangor untuk mendengar secara langsung keluhan dan tuntutan rakyat. Ia menyediakan saluran buat rakyat menyuarakan nasib dan pengharapan mereka, agar wakil PAS dalam kerajaan dapat mengambil maklum dan segera merancang dan melaksanakan sesuatu bagi memenuhi hasrat rakyat itu.

Dalam majlis ini rakyat bebas memberikan teguran, mengkritik dan mengemukakan cadangan untuk diangkat oleh para pemimpin yang hadir.

Sesungguhnya peluang seperti ini tidak pernah diusahakan dan LASAK merupakan permulaan yang berani yang diambil PAS Selangor bagi membuktikan komitmen mereka dalam menjalankan tugas sebagai pemerintah yang baik dan adil.

Dalam LASAK 1311 baru-baru ini wakil-wakil pelbagai sektor dalam masyarakat telah bangkit menyata dan meluahkan tuntutan dan pandangan masing-masing tanpa sebarang sekatan atau larangan.

Wakil-wakil anak muda, mahasiswa, wakil penduduk, pendidik, petani, peniaga kecil, wanita, bekas anggota keselamatan, pemandu teksi dan wakil penggiat seni telah masing-masing naik ke pentas dalam LASAK 1311 mengambil kesempatan menyuarakan isi hati masing-masing. Ada yang beremosi, ada yang lantang, ada yang bersahaja dan berjenaka malah ada juga yang sebak dan mengalirkan air mata, begitulah cerminan penghidupan rakyat yang sebenarnya.

Pengalaman hidup mereka khasnya dalam suasana ekonomi negara yang tidak menentu, dengan kenaikkan kos hidup, harga barangan dan perkhidmatan yang mencacak naik, telah berjaya diluahkan kepada pimpinan yang hadir.

Demokrasi dan pilihan raya satu hal, tetapi pembelaan kehidupan dan nasib rakyat lebih utama khasnya di kalangan mereka yang punya kuasa.

Rakyat sudah penat dan bosan berdemonstrasi di jalanan, hari ini mereka mahu pembelaan dari kalangan pemimpin yang jujur dan ikhlas.

LASAK 1311 mendedahkan betapa rakyat bukan hanya di Selangor tetapi saya percaya di seluruh negara, menanti-nantikan pembelaan yang lebih bermakna khasnya buat nasib dan masa depan mereka.

Di sinilah PAS berperanan, sebagai sebuah gerakan Islam, ahli dan pimpinannya dilatih dan ditarbiyah sepanjang masa untuk menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar terutama apabila memikul amanah kepimpinan dan pemerintahan. Pemimpin Islam tidak korap, memelihara akhlak dan sentiasa bertaqwa.

PAS perlu membuktikan keberkesanan kepimpinan dan kerajaan Islam, lantas LASAK 1311 adalah platform yang paling sesuai bagi memandu mereka untuk menyelami isi hati rakyat untuk dijadikan agenda perjuangan.

Adalah diyakini apabila rakyat nanti dipanggil untuk menilai kepimpinan PAS tidak mustahil dimasa depan, rakyat tidak akan teragak-agak memberikan mandat yang lebih besar kepada Parti Islam ini, satu-satunya parti yang bersungguh isitqamah dengan prinsip dan tuntutan perjuangannya.

Syabas PAS Selangor. - HARAKAHDAILY 17/11/2016

Sumber HD - 17-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































Menjaga Maslahat 'Al-Dharuriyyat'

Imran al-Malizi | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43199-menjaga-maslahat-al-dharuriyyat

Pengenalan Ilmu Maqasid al-Syari`ah (Siri 5):
Menjaga Maslahat “Al-Dharuriyyat” - Bhg 1

Matlamat-matlamat pelaksanaan syari’at kepada manusia tertumpu kepada menjaga maslahat kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Menurut Al-Imam Syamsudin Muhammad bin Abu Bakr yang dikenali sebagai Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah (751H):

فَإِنَّ الشَّرِيعَةَ مَبْنَاهَا وَأَسَاسُهَا عَلىَ الحِكَمِ وَمَصَالِحِ الْعِبَادِ ، فِي المَعَاشِ وَالمَعَادِ
“Sesungguhnya syariat itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan maslahat (kebaikan) untuk manusia di dunia dan akhirat."

[Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin, Dar al-Ghad al-Jadid, Kaherah-Mansourah, cet.pertama 1437H / 2016M (Jil.3, hal. 14)]

Para ulama membahagikan topik ini kepada 3 peringkat maslahat yang dikenali sebagai al-Qawaid al-Kuliyyah. Pembahagian ini berdasarkan kepada keutamaan dan konsekuensinya:

1. Al-Dharuriyyat (الضروريات) ertinya sesuatu yang diperlukan sampai ke peringkat darurat demi kemaslahatan manusia, jika tidak ada akan menimbulkan kerosakan.

2. Al-Hajiyyat (الحاجيات) ertinya sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk memenuhi keperluannya dan tidak sampai ke peringkat darurat.

3. Al-Tahsiniyyat (التحسينيات) ertinya sesuatu yang diambil untuk kebaikan kehidupan dan memperelokkannya secara kebiasaannya, namun tidak sampai ke peringkat keperluan.

Pada tulisan kali ini, kita akan membicarakan dahulu tentang al-Dharuriyyat daripada ketiga-tiga al-Qawaid al-Kuliyyah di atas.

1. Al-Dharuriyyat

Menurut Al-Imam Jalaluddin al-Mahalli al-Syafi`e (864H) menyatakan dalam kitabnya Syarhu Jam’il-Jawami’ bahawa Dharuriyyat itu adalah:
هِيَ مَا تَصِلُ الحَاجَةُ إِلَيْهِ إِلَى حَدِّ الضَّرُورَةِ
“Sesuatu yang sangat diperlukan sehingga ke tahap terdesak”.

[Lihat: Dr.’Alauddin Za’tari, Qiraah fi ‘Ilm al-Maqasid as-Syar’iyyah al-Islamiyyah (Jil.1 hal.7)]

Manakala Al-Imam Muhammad al-Thahir bin `Asyur (1393H) pula mengatakan:

هِيَ التِّي تَكُونُ الأُمَّةُ بِمَجْمُوعِهَا وَآحَادِهَا فِي ضَرُوْرَةٍ إِلَى تَحْصِيْلِهَا بِحَيْثُ لَا يَستَقِيمُ النِّظَامُ بِاخْتِلاَلِهَا
بِحَيْثُ إِذَا انْخَرَمَتْ تَؤُولُ حَالَةُ الأُمَّةِ إِلَى فَسَادٍ وَتَلاَشٍ.

“Sesuatu yang umat ini secara perkumpulan dan perseorangan berada dalam keadaan darurat untuk mendapatkannya, di mana peraturan hidup tidak akan menjadi lurus dengan kepincangannya dan sekiranya ianya lenyap maka keadaan umat akan kembali menjadi rosak dan binasa”.

[Muhammad al-Thahir Ibn `Asyur; Maqasid al-Syariah al-Islamiyah, Darul Salam, Kaherah – cetakan ke-6 1435H/2014M (hal.87)]

Maka itu, al-Dharuriyyat dalam syariat Islam adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang tidak boleh diabaikan bahkan mendapatkannya dan memeliharanya adalah satu kewajipan. Hal ini merangkumi lima perkara yang disebut sebagai al-Kulliyyat al-Khamsah iaitu:

i- Menjaga agama (حفظ الدين)
ii- Menjaga jiwa/nyawa (حفظ النفس)
iii- Menjaga akal (حفظ العقل)
iv- Menjaga keturunan (حفظ النسل)
v- Menjaga harta (حفظ المال)
Menurut Hujjatul-Islam al-Imam al-Ghazali (505H) kelima-lima perkara di atas adalah tujuan diturunkan syariat kepada manusia:

ومقْصُودُ الشَّرْعِ مِنَ الخَلْقِ خَمْسَةٌ : وَهُوَ أَن يُحْفَظَ عليهِم دينُهُم ، ونفسُهُم ، وعقْلُهُم ، ونَسَلُهُم ، ومَالُهُم ، فكُلُّ مَا يَتَضَمَّنُ حِفْظُ هَذِهِ الأُصُولِ الخَمْسَةِ فَهُوَ مَصْلَحَةٌ ، وكُلُّ مَا يُفَوِّتُ هَذِهِ الأُصُولَ فَهُوَ مَفْسَدَةٌ ، وَدَفْعُهَا مَصْلَحَةٌ.
“Matlamat hukum syarak (Maqasid Syari`ah) bagi makhluk (manusia) ada lima perkara iaitu supaya terpelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mereka. Segala perkara yang merangkumi pemeliharaan kelima-lima prinsip ini adalah maslahat (kebaikan) dan segala perkara yang melenyapkannya adalah mafsadah (kerosakan), menolak kerosakan adalah maslahat.”

[Abu Hamid al-Ghazali, Al-Mustashfa min ‘Ilm al-Usul, Al-Muassasah al-Risalah, Beirut-Lubnan, cetakan pertama 1436H / 2015M (Jil.1, hal.417)]

Manakala Al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi (790H) pula mengatakan:

فقد اتَّفَقَتِ الأُمَّةُ ، بَلْ سَائِرُ المِلَلِ عَلىَ أَنَّ الشَّرِيعَةَ وُضِعَتْ لِلْمُحَافَظَةِ على الضَّرُورِيَّاتِ الخَمْسِ، وَهِيَ: الدٍّينُ ، وَالنَّفْسُ ، والنَّسَلُ ، والماَلُ ، والعَقْلُ ، وَعِلْمُهَا عِنْدَ الأُمَّةِ كَالضَّرُورِيّ.
“Sesungguhnya umat ini bahkan semua millah (agama samawi) telah bersepakat bahawa syariat itu dijadikan untuk memelihara lima perkara dharuriyyat iaitu: agama, nyawa, keturunan, harta dan akal. Pengetahuan mengenainya di sisi umat adalah suatu kemestian.”

[Abu Ishaq Ibrahim bin Musa al-Syatibi, Al-Muwafaqat Fi Usul Al-Syari`ah, Darul Hadith, Kaherah – cetakan pertama 1427H/2006M (Juz.1 hal.27)]

Maqasid as-Syari`ah atau matlamat pelaksanaan hukum-hukum syarak ini hanya akan tercapai dengan pemeliharaan kelima-lima perkara yang telah disebutkan di atas.

Disediakan oleh: Imran al-Malizi (AJK PENERANGAN DUPNS)

Sumber HD - 14-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































































































































Pelakon Abu Bakar Omar wakili anak seni ke Lasak

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43168-pelakon-abu-bakar-omar-wakili-anak-seni-ke-lasak

KUALA LUMPUR: Kehangatan makin terasa, tinggal beberapa hari lagi berlangsung program Ledakan Suara Rakyat (Lasak) pada 13 November (Ahad) ini.

Terkini, pelakon Abu Bakar Omar pula setuju bagi mewakili suara perjuangan anak seni.

Apakah yang akan diperjuangkan beliau? Adakah nasib anak seni masih tidak terbela?

Nantikan kemunculan beliau pada program itu yang akan berlangsung di padang awam, Jalan PJS 2D/17, Taman Medan, Petaling Jaya dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Selain beliau, tururt berucap nanti adalah wakil-wakil anak muda, pendidik, wanita, veteran tentera, pekerja, peniaga kecil, petani, nelayan, pembeli rumah dan mahasiswa.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad menggesa agar orang ramai hadir beramai-ramai ke Lasak sebagai tanda solidariti bersama rakyat marhaen yang berhadapan dengan kesempitan hidup di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Menurutnya, adalah penting masalah-masalah yang membelenggu rakyat itu diberi perhatian terutamanya oleh pemimpin rakyat dan pemimpin kerajaan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin akan memberi ucapan penutup pada himpunan tersebut. Ini merupakan ucapan sulung beliau sebagai Mursyidul Am pada program PAS Selangor. - HARAKAHDAILY 10/11/2016

Sumber HD- 10-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































































































Air Selangor: Kepentingan rakyat didahulukan

AHMAD HAKIMI OTHMAN | .












http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43162-air-selangor-kepentingan-rakyat-didahulukan

DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengambil berat tentang perkembangan pengambilalihan 4 konsesi air di Selangor yang telah berjalan sejak 2008. DPPNS bimbang sekiranya tidak diuruskan dengan baik, natijahnya adalah berlaku kepada pengabaian kepada hak-hak rakyat yang selama ini begitu selesa dengan kerajaan negeri sejak 2008 yang melibatkan PAS sebagai sebahagian daripadanya.

Apabila isu air ini timbul semula ekoran sidang Dewan Undangan Negeri awal bulan ini dan pendedahan media tentang fakta-fakta berkaitan, ia menimbulkan pertanyaan dan kerungsingan dalam kalangan rakyat. Apatah lagi sepanjang tahun ini berlaku dua kali dan lebih tentang masalah pembekalan air bersih.

Dengan pemerhatian kami dari yang ditimbulkan di media dan fakta-fakta yang berlaku, DPPNS merasakan perlu mewakili suara sebahagian rakyat tentang apa yang berlaku. Dan berharap kerajaan Negeri Selangor sekarang di bawah kepimpinan Datuk Seri Azmin Ali dapat menyelesaikannya tanpa membebankan rakyat pada masa mendatang.

Berikut adalah perkara yang perlu dijelaskan kepada rakyat tentang isu yang berlaku:
1.Pakej RM9.65 bilion ringgit untuk 4 konsesi iaitu ABBAS, SYABAS, Puncak Niaga dan SPLASH.
2.Penambahan pengambilan ekuiti SPLASH dari RM250.6 juta kepada RM2.7 bilion. Lebih 10 kaliganda nilaian asal.
3. Ruang campurtangan Kerajaan Persekutuan sekiranya tidak selesai.

Pengumuman baru-baru ini tentang cadangan pengambilan 2.7 bilion ekuiti SPLASH menimbulkan persoalan kerana ia akan meningkatkan kos ambil alih dari RM9.65 bilion kepada RM12.1 bilion.

Sekiranya ini muktamad berlaku, bagaimana kerajaan negeri untuk mengurus tambahan 2.45 bilion.
1. Apakah kerajaan Selangor akan menggali khazanah perbendaharaan Selangor sebanyak RM2.45 bilion?
2. Alternatif lain untuk mendapatkan 2.45 bilion? Adakah perlu soft loan dari Kerajaan Perseketuan?
Sekiranya itu berlaku, apakah kesan kepada tarif air akan datang dan apakah gangguan pula kepada bekalan air kerana penangguhan proses penstrukturan air yang tidak selesai kerana konflik pertindihan RM2.45 bilion tersebut?

Maka, isu yang melibatkan dana kerajaan rakyat Selangor dan bebanan bekalan air kepada rakyat diselesaikan sebaiknya supaya misi menjaga kebajikan dan maslahah rakyat dicapai. DPPNS berharap juga amanah kepimpinan Islam dan imej pengurusan telus diteruskan dengan proses ayang meyakinkan supaya kerajaan Selangor yang ada terus diberi kepercayaan untuk memimpin pada masa-masa mendatang.

AHMAD HAKIMI OTHMAN
Pengarah Jabatan Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
10 Safar 1438H | 10 November 2016 – HARAKAHDAILY 10/11/2016

Sumber HD - 10-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































































































































































Barang naik: Kesal sikap ustaz hanya saran berdoa

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43156-barang-naik-kesal-sikap-ustaz-hanya-saran-berdoa

HARGA BARANG NAIK: KESAL DENGAN SIKAP USTAZ YANG HANYA MENYARANKAN BERDOA DAN BERSYUKUR
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor kesal dengan tulisan segelintir asatizah yang hanya menganjurkan konsep tawakal dengan cara berdoa dan berserah diri kepada Allah semata-mata, tanpa disusuli dengan tindakan pencegahan yang sebenarnya turut dianjurkan oleh Islam di saat Laporan Audit Negara yang menunjukkan saban tahun ketirisan demi ketirisan ekonomi negara, jelas membuktikan kerakusan juga keborosan sang pemerintah.

Perkara pertama yang harus diteliti juga menjadi persoalan utama ialah, siapa yang menjadi mangsa terbesar di sebalik beberapa siri pengumuman harga barang di Malaysia? Sudah pasti golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terpaksa menanggungnya, bukankah mereka sedang dizalimi? Bukankah Islam melarang sebarang bentuk kezaliman? Sedarkah kita, dengan kenyataan kita itu menyebabkan mereka terpaksa menelan segala kezaliman juga kesengsaraan demi menjaga kepentingan golongan tertentu.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyarankan agar asatizah berkenaan berhati-hati atau terus berhenti dari mengelirukan masyarakat golongan marhaen dengan pendapat-pendapat yang terbukti menyeleweng dan hanya membodek sang penguasa supaya terus mengiakan sikap tamak rakus mereka untuk terus bersikap demikian.

Akhir sekali, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menggesa kerajaan agar tidak terus boros berbelanja dengan mengenepi kesan kesengsaraan rakyat yang terpaksa menanggung ketirisan demi ketirisan yang akhirnya merugikan Negara Malaysia yang tercinta, sudah tiba masanya untuk kita menerima sistem pengurusan ekonomi Islam secara keseluruhannya yang terbukti mampu menangani krisis-krisis integriti ketirisan seperti rasuah, pecah amanah, pembaziran, kronisme dan sebagainya.

Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
9 November 2016 - HARAKAHDAILY 9/11/2016

Sumber HD - 9-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































































































































































Lasak bukan bertujuan untuk saingi Bersih 5

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43150-lasak-bukan-bertujuan-untuk-saingi-bersih-5

Himpunan Ledakan Suara Rakyat (Lasak) anjuran PAS Selangor pada 13 November ini bukan bertujuan untuk menyaingi Bersih 5.

Lasak akan berlangsung di Padang Awam, Jalan PJS 2D/17, Taman Medan, Petaling Jaya dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Program hari itu akan menghimpunkan wakil-wakil dari pelbagai kelompok rakyat yang akan meluahkan hasrat hati mereka.

Di antara yang akan berucap adalah wakil-wakil anak muda, pendidik, wanita, veteran tentera, pekerja, peniaga kecil, petani, nelayan, penggiat seni, pembeli rumah dan mahasiswa.

Himpunan ini adalah penting kerana terdapat beberapa perkembangan terkini negara yang akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.

Adalah penting masalah-masalah yang membelenggu rakyat itu diberi perhatian terutamanya oleh pemimpin rakyat dan pemimpin kerajaan.

PAS Selangor akan membawa masalah-masalah serta cadangan-cadangan untuk penyelesaiannya kepada sidang Parlimen atau kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Negeri atau Exco-Exco PAS.

Adalah secara kebetulan Lasak dianjurkan seminggu sebelum Bersih 5. Tarikh 13 November dipilih kerana ianya adalah sejurus selepas Bajet Kerajaan Persekutuan dan Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor dibentangkan. Ia akan memberi peluang kepada rakyat untuk menyatakan pandangan mereka terhadap bajet dan belanjawan tersebut.

Kami juga menggesa agar orang ramai hadir beramai-ramai ke Lasak sebagai tanda solidariti bersama rakyat marhaen yang berhadapan dengan kesempitan hidup di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin akan memberi ucapan penutup pada himpunan tersebut. Ini merupakan ucapan sulung beliau sebagai Mursyidul Am pada program PAS Selangor.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
9 November 2016 - HARAKAHDAILY 9/11/2016

Sumber HD-9-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































































































Amerika mahu Islam gaya mereka, bukan dari Allah

IMRAN AL-MALIZI | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43090-amerika-mahu-islam-gaya-mereka-bukan-dari-allah

Wawancara: “Isu Umat Islam di Timur Tengah” - Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi

DUNIA Islam kini seakan membisu daripada membicarakan isu Umat Islam di Timur Tengah terutamanya isu Palestin dan perkembangan berkaitan serangan pemikiran yang melanda gerakan Islam di segenap pelusuk dunia. Namun, Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi yang dikenali sebagai tokoh ilmuwan Islam tidak pernah sunyi memperjuangkan isu-isu umat Islam di rantau tersebut. Ikuti temubual koresponden Harakah bersama beliau di ibu negara Amman – Jordan baru-baru ini.

HARAKAH: Apakah jangkaan tuan berkenaan perkembangan politik di Palestin setelah berlaku pertemuan antara pemimpin Hamas-Fatah, Khalid Mishaal dan Ismail Haniyeh bersama Mahmoud Abbas di Qatar pada 27 Okt 2016 baru-baru ini?

DR. SOLAH: Di Palestin terdapat dua aliran. Satu aliran penentangan, pertahanan dan perjuangan jihad yang diketuai oleh Hamas di Gaza dan Tebing Barat. Satu lagi adalah aliran golongan yang berkhidmat kepada Israel ialah Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas dan Muhammad Dahlan daripada golongan Fatah. Mereka ini ibarat khadam kepada Yahudi (Zionis). Terdapat hubungan keselamatan dan penyelarasan perisikan antara PA dan penjajah Israel. PA akan melaporkan apa sahaja aktiviti yang berlaku di Tebing Barat secara konsisten.

Sekarang ini terdapat pertelingkahan antara Abbas dan Dahlan. Saya berpendapat Abbas sedang menunjukkan tanda protesnya melalui pertemuan dengan musuh mereka iaitu Hamas sehingga dilihat adanya kerjasama untuk menentang kelompok Dahlan dalam Fatah.

Namun, Hamas bertindak dengan bijak dalam isu ini apabila dalam pertemuan tersebut, Mishaal dan Haniyeh tetap menegaskan pendirian mereka iaitu tetap teguh dengan perjuangan dalam berhadapan dengan pihak penjajah, tiada rundingan keselamatan dengan Zionis. Manakala Abbas tidak boleh menerimanya, lalu pertemuan itu tidak mencapai apa-apa kejayaan dan gagal. Tiada apa-apa persefahaman antara Hamas dan Abu Mazen (Mahmoud Abbas). Umpama cahaya dan kegelapan. Bagaimana kedua-duanya dapat bersatu? Itu tidak mungkin.

HARAKAH: Adakah benar terdapat takwilan hadis berkenaan pokok “Gharqad” yang menjadi benteng orang-orang Yahudi itu adalah simbolik kepada para pemerintah negara-negara Arab saat ini?

DR. SOLAH: Pemerintah sekular yang mengikut telunjuk Yahudi? Ini perkara biasa. Hadis ini berbicara tentang pengakhiran orang-orang Yahudi dalam peperangan yang terakhir (dengan kaum Muslimin). Sabda Nabi SAW: “Tidak akan berlakunya Kiamat sehinggalah kaum Muslimin memerangi orang-orang Yahudi, lalu orang-orang Islam membunuh mereka sehingga orang Yahudi berlindung di sebalik batu dan pokok kayu. Lalu berkatalah batu atau kayu itu; Wahai Muslim! Wahai Hamba Allah! Ini Yahudi berlindung di belakangku, datanglah dan bunuhlah dia. Kecuali pokok al-Gharqad kerana sesungguhnya ia adalah pohon Yahudi.” (Sahih Muslim).

Sebenarnya kita boleh menerima perkataan “Gharqad” ini dengan dua makna. Pertama secara hakikatnya ia adalah sejenis pohon yang berduri dan batangnya kecil. Pohon ini dulunya terdapat di tepi jalanan Amman, Jordan. Dikenali sebagai pohon padang pasir yang tiada berbuah. Hanya terdapat biji-bijian kecil berwarna merah dan tidak dimakan kecuali oleh haiwan liar. Bagi orang-orang Yahudi, pohon itu seakan-akan menjadi pelindung mereka. Itu jika difahami pohon yang wujud itu secara hakiki.

Namun jika kita melihat makna secara metafora, para pemerintah negara-negara Arab sekarang ini mereka itulah “Pohon-pohon Gharqad”. Merekalah yang berkawal menjaga keselamatan orang-orang Yahudi di bumi Palestin. Kaum Yahudi (Zionis) sangat bersiaga agar jangan tertegaknya pemerintahan Islam di rantau ini. Apabila Presiden Dr. Muhammad Mursi berusaha untuk menegakkan hukum Islam di Mesir, mereka mendatangkan Jeneral Abdul Fattah As-Sisi merampas kuasa agar Islam tidak dapat memerintah.

Ini kerana mereka mengetahui jika Islam berkuasa, Yahudi akan lenyap di rantau ini dan Islam akan menang dengan izin Allah Ta’ala. Oleh itu para pemimpin Arab kini adalah pengawal yang menjaga negara penjajah Yahudi (Israel) di bumi Palestin.

Boleh jadi hadis ini menunjukkan dua makna. Pohon Gharqad sememangnya ditanam di Bir al-Sabi’ oleh para pendatang Yahudi dan menjadi sebahagian landskap penempatan mereka. Rasulullah SAW memberitahu bahawa terdapat hubungan kecintaan Yahudi dengan pohon itu kerana ia adalah “Pohon Yahudi”.

HARAKAH: Apa pula pandangan tuan tentang strategi musuh yang melaga-lagakan umat Islam dengan pertentangan aliran-aliran seperti Sunni-Syiah, Salaf-Khalaf, Wahhabisme-Sufisme dan seumpamanya dalam negara-negara umat Islam mutakhir ini?

DR. SOLAH: Perbezaan antara aliran-aliran dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh diterima. Tiada masalah antara Al-Asya’irah dan al-Salafiyyah walau pun ada perbezaan, namun masih boleh diterima. Secara umumnya tiada masalah.

Apa yang menjadi masalah ialah pertentangan antara kelompok dan kumpulan. Seperti Sunni dan Syiah pada hari ini (yang menjadi pertembungan politik). Syiah adalah kelompok minoriti dalam Islam yang mana pengikutnya tidak sampai 100 juta. Manakala pengikut Sunni berjumlah kira-kira 1400 juta.

Apa yang berlaku pada hari ini Amerika Syarikat (AS) dan Israel tidak mahu kelompok Sunni memerintah negara-negara umat Islam. Pergerakan Al-Ikhwan Al-Muslimin adalah pertubuhan yang kuat, besar, berorganisasi dan bersistem di dunia Arab dan Islam adalah daripada kelompok Sunni. Mereka digulingkan apabila mendapat kuasa di Mesir. Apabila Hamas berkuasa di Gaza, mereka ditekan dengan sekatan dan pengepungan yang cukup dahsyat.

Apabila AS menakluk Iraq pada 2003, mereka menyerahkan negara itu kepada kelompok Syiah pada 2004. Kini Syiah berkuasa di Iran, Iraq, Syria, Lubnan dan Yaman. Kini berlaku pula penyembelihan di Fallujah dan Mosul di Iraq. Pada pemerhatian saya ISIS juga adalah ciptaan perisikan AS. Namun rakyat di negara-negara Arab menyedari permainan ini. Semua ini adalah untuk mewujudkan pertembungan antara kelompok-kelompok ini.

HARAKAH: Beberapa hari lalu berlaku serangan roket misil di Mekah dan dikatakan sasarannya adalah Jeddah. Apakah benar ia ada kaitan dengan kelompok Syiah Houthi di Yaman?

DR. SOLAH: Ya, kira-kira tiga hari lepas dikatakan serangan itu dari Wilayah Al-Hajar di Yaman dan menimpa kawasan sejauh 65 km dari Mekah.

HARAKAH: Pihak Houthi tidak mengaku serangan itu dari pihak mereka.

DR. SOLAH: Tiada jaminan. Ini serangan yang pertama, siapa yang dapat menjamin pada masa akan datang? Jika selepas ini ada lagi serangan roket yang sampai ke Kaabah. Apa akan berlaku? Musibah!
Ketika kelompok Syiah Al-Qaramitah berkuasa pada kurun ke-4, bacalah sejarah. Mereka pernah memerintah sebelah timur semenanjung Arab. Mereka pernah menyerang Kaabah dan membunuh beribu-ribu jemaah ketika musim haji. Mereka merampas Hajar al-Aswad selama lebih 20 tahun. Ketuanya bernama Abu Tahir al-Jannabi, bacalah sejarah tentang peristiwa ini.

Oleh itu, saya berpendapat pertentangan pemikiran antara Salafi-Khalafi boleh diterima (bukan isu pokok). Namun pertembungan kelompok-kelompok yang merosakkan ini tidak dapat diterima.

HARAKAH: Apakah pandangan tuan berkenaan gerakan Liberalisme? Golongan yang melaungkan tidak perlu pelaksanaan syariah, apa yang penting ialah mencapai maqasid?

DR. SOLAH: Apakah dia maqasid? Maqasid al-Syari`ah? Mereka itu tidak memahami kalimah Maqasid al-Syari`ah! Mereka itu adalah orang-orang yang bodoh. Golongan Liberal adalah bodoh dan jahil. Istilah yang difahami seperti itu kita tidak menerimanya.

Kita mahukan Islam yang bersifat Rabbani, bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah, Islam yang dibawa oleh Rasulullah Muhammad SAW. Itu yang kita cintakan. Istilah-istilah yang lain itu semua adalah bida’ah! Islam yang dikaitkan dengan Liberalisme, Demokrat. Itu semua tinggalkan. Tiada apa-apa nilai. Kita mahukan Islam yang sahih. Sekarang ini Amerika mahu mengajarkan Islam yang ia kehendaki dan bukan Islam yang datang daripada (Allah) Tuhan Sekalian Alam.

Tahukah kamu kini orang-orang Yahudi juga mengusahakan terjemahan al-Quran dalam Bahasa Ibrani? Apa yang mereka lakukan? Mereka menghapuskan ayat-ayat tentang jihad dan yang berbicara tentang Yahudi. Apa lagi yang tinggal?

Amerika juga mahukan demikian. Golongan Liberal itu berkata apa yang penting ialah ruh Islam. Apakah Islam yang seperti itu? Islam itu ialah secara keseluruhan, agama dan kenegaraan, mushaf dan pedang (pertahanan), jihad dan dakwah, pendirian yang teguh dan manhaj kehidupan secara menyeluruh. Itulah dia Islam, mereka tidak mahukan ini.

Mereka mahukan Islam yang kononnya baik, roh engkau bersama Allah, tetapi tak perlu solat, kalau hendak minum arak tiada halangan, hendak berzina pun boleh, asalkan engkau cintakan Islam. Islam apakah seperti itu? Islam yang boleh tunduk kepada Yahudi? Islam yang menerima gaya Amerika? Siapa yang menentang Islam seperti itu akan digelarkan “pengganas”. Kini gerakan-gerakan Islam dipanggil “pengganas”.

Muslim yang diterima di kalangan mereka ialah yang boleh bercampur dengan wanita, boleh minum arak, mendengar muzik yang melalaikan dan meninggalkan jihad di jalan Allah. Itulah muslim yang mulia pada pandangan mereka. Itulah masalahnya.

Akhirnya, kita perlu tetap berpegang teguh dengan Islam yang sebenar. – HARAKAHDAILY 4/11/2016
Latar belakang Dr Solah
Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi merupakan tokoh mufassir dan pengarang kitab yang prolifik pada  zaman kita ini. Beliau dilahirkan di bandar Jenin, Palestin pada 12 Januari 1947 M/18 Muharam 1367 H.

Beliau memulakan pengajian di Fakulti Syariah, Universiti al-Azhar (1965-1970), kemudian menyambung di peringkat sarjana pada tahun 1977 di Universiti Islam Imam Muhammad Saud di Riyadh, tesis yang disampaikan oleh beliau tentang Sayyid Qutb dan Keindahan Tafsir Al-Quran.

Kemudian beliau mendapat PhD dalam bidang Tafsir al-Quran pada 1984 dari universiti yang sama dengan kajian tentang Tafsir Fii Zilalil-Quran karya Sayyid Qutb. Dikenali sebagai Murabbi yang dihormati dan Khatib yang membangkitkan semangat para pemuda Gerakan Islam.

Sumber HD - 4-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































































































Minyak: Bala pengurusan negara tidak ikut Islam

Ahmad Hakimi Othman | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43056-minyak-bala-pengurusan-negara-tidak-ikut-islam

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) amat tidak mengalu-alukan tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang yang menaikkan harga minyak kenderaan sebanyak 15 sen dan menaikkan harga minyak masak mencecah kenaikan 60%. Tindakan ini menggambarkan ketidakupayaan kerajaan sekarang mengurus ekonomi dan kebajikan rakyat secara mapan.

Penyelewengan yang tidak diatasi

DPPNS melihat tindakan menaikkan harga minyak ini sebagai langkah mudah kerajaan mengambil duit rakyat untuk menutup kelemahan mengawal kebocoran hasil daripada penyelewengan. Rasuah dan salah urus.

Kegagalan mengurus hasil negara

Keadaan yang berlaku ini, bukti kegagalan mengurus hasil mahsul negeri seperti petroleum dan produk kelapa sawit. Sedangkan dua barang ini antara eksport besar negara. Namun hasil daripada dua rezeki Allah ini tidak membantu mengukuhkam nilai matawang Ringgit dan kewangan negara.

Kejatuhan ringgit yang disebabkan kegagalan ekonomi kendiri

Kejatuhan Ringgit dijadikan alasan bahawa kos pengurusan perbendaharaan negara meningkat. Walaupun harga minyak mentah dunia turun. Menunjukkan bahawa dengan keuntungan sebelum ini, pengurusan ekonomi negara tidak bersedia membangunkan kemandirian ekonomi negara yang boleh mengukuhkan Ringgit. Atas kealpaan ini, semua rakyat menanggung.

Maka, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru kepada seluruh rakyat supaya sedar kepada hakikat hakikat kelemahan yang disengajakan ini. Negara kita pasti akan hancur jika berterusan begini dan rakyat akan terus diperkotakkatikkan sebagai penyelamat negara sedangkan pemimpin pemimpin BN dan kerajaan masih sengaja mengurus negara dengan cara mudah tanpa ambil kira rakyat dan kewajipan kembali kepada cara yang terbaik.

Bagi kami, cukuplah diberi peluang kepada BN mengurus negara dengan cara sedemikian. Marilah bersama sama PAS untuk membina negara dengan Islam. Kita tidak menjanjikan kejayaan tiba-tiba, namun sekurang kurang mengajak semua untuk hidup sama tinggi dan rendah antara kerajaan dan rakyat dengan meninggalkan penyelewengan dan salah urus tadbir.

Ahmad Hakimi Othman
Pengarah Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor
1 November 2016 / 1 Safar 1438 - HARAKAHDAILY 1/11/2016

Sumber HD- 1-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soal Jawab RUU355 (Siri 1): Kenapa Dibentang Oleh Ahli Parlimen Pembangkang Dan Tidak Dibentang Oleh Kerajaan?

Pembentangan Rang Undang-undang oleh Ahli Parlimen yang bukan mewakili kerajaan adalah sah menurut undang-undang. Menurut Seksyen 49 Standing Order of Dewan Rakyat, mana-mana anggota Dewan Rakyat boleh mencadangkan undang-undang tertakluk kepada prosedur tertentu. Jadi, kaedah ini tidak ada masalah dari sudut undang-undang.

2. Ada kemungkinan besar pemimpin UMNO sukar mendapat sokongan pemimpin parti komponen lain dalam BN untuk membawa perkara ini ke Parlimen. Andaian ini berasaskan penentangan hebat yang disuarakan oleh pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti dari Sabah serta Sarawak berhubung cadangan ini.

3. Dalam masa yang sama pemimpin kerajaan berdepan dengan tekanan hebat untuk menyetujui cadangan pindaan ini. Tekanan ini datang dari anggota UMNO yang mengambil berat isu ini serta dari kelompok pentadbiran agama dari JAKIM, JKSM, jabatan kehakiman syariah negeri-negeri dan jabatan agama negeri-negeri serta lain-lain. Selain itu pengamal undang Syariah dan cendikiawan muslim telah pun mendesak agar pindaaan undang-undang ini dibuat sejak sekian lama.

4. Kewujudan desakan ini turut disokong oleh kesedaran masyarakat Islam tentang hal ini mendorong UMNO untuk tidak mengkesampingkan tuntutan ini agar mereka tidak tertinggal dari sudut sokongan politik pengundi Islam.


5. Dengan wujud dua kontradiksi ini (halangan parti komponen dan tekanan dalaman serta luaran), maka pemimpin kerajaan memilih untuk menyokong rancangan PAS untuk membawa usul ini ke Parlimen. Tanpa persetujuan anggota kabinet, mustahil cadangan usul pindaan ini dapat dikemukakan untuk diundi.

6. Jika hendak ditunggu RUU ini dibawa oleh kerajaan, saya menjangkakan ia agak sukar dan hampir mustahil jika dilihat kepada realiti politik semasa. Melainkan jika terdapat perubahan ketara dari sudut persepsi kurang baik masyarakat bukan Islam terhadap mahkamah Syariah.

7. Jadi, tindakan membawa RUU melalui ahli Parlimen pembangkang dengan persetujuan pemimpin kerajaan adalah langkah terbaik bagi memastikan usaha yang amat penting untuk memartabatkan Mahkamah Syariah ini dapat dilaksanakan.

8. Selain daripada sebab yang dinyatakan di atas, terdapat juga faktor teknikal berkaitan laluan prosedural yang agak panjang bagi mengemukakan pindaan melalui kerajaan, terutamanya jika mengambilkira isu berkaitan dengan bidang kuasa Sultan-sultan di negeri masing-masing.

Dr Fathi Yusof
Gombak, Selangor.

Sumber BO - 28-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































































































Memahami Maqasid al-Mukallaf

IMRAN AL-MALIZI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42954-memahami-maqasid-al-mukallaf

Pengenalan Ilmu Maqasid al-Syari`ah (Siri 3):
Memahami Maqasid al-Mukallaf

Dalam tulisan sebelum ini, kita telah mengetahui pembahagian Maqasid kepada dua bahagian iaitu Maqasid al-Syari’ dan Maqasid al-Mukallaf. Pembahagian ini disebut oleh Al-Imam Abu Ishaq Al-Syatibi (790H) di awal perbahasan Kitab Al-Maqasid dalam karangannya Al-Muwafaqat fi Usul al-Syari`ah.

[Lihat: Al Imam Abu Ishaq Al-Syatibi, Al-Muwafaqat Fi Usul Al-Syari`ah, Darul Hadith, Kaherah – cetakan pertama 1427H/2006M (Juz.2 hal.261)]

Kita telah pun membicarakan tentang Maqasid al-Syari’ pada tulisan yang lalu. Pada kali ini kita akan menghuraikan pula berkenaan Maqasid al-Mukallaf di mana seseorang mukallaf iaitu; seorang berakal dan cukup umur (akil dan baligh) serta menerima seruan Islam dan menganutnya tanpa paksaan mestilah mempunyai kehendak dan tujuan melakukan sesuatu amalan hati, percakapan dan perbuatan anggota tubuhnya bertepatan dengan kehendak Allah yang menurunkan syariat Islam ini.

Maqasid al-Mukallaf (مقاصد المكلَّف)

Al-Imam Al-Syatibi membahaskan Maqasid al-Mukallaf secara terperinci dalam 12 prinsip. Di sini saya hanya memilih 3 daripadanya dan akan meringkaskannya agar tidak terlalu panjang serta mengolahnya tersebut supaya lebih mudah untuk difahami. Bagi yang berminat untuk mendalami lebih lanjut bolehlah merujuk kitab beliau Al-Muwafaqat.

[Ibid. Lihat: ( القسم الثاني من الكتاب فيما يرجع إلى مقاصد المكلف في التكليف ; Juz.2 hal.489-532)]
Pertama: Amalan Mukallaf mestilah disertai dengan niat

Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai berdasarkan niat dan tujuan yang bertepatan dengan syarak (المقاصد المعتبرة) dalam segala urusan mukallaf sama ada perkara ibadat dan adat. Niat inilah yang membezakan seseorang itu melakukan ibadat atau adat. Niat jugalah yang membezakan amalan itu wajib atau sunat atau berkaitan hukum-hukum yang lain.

Dalam perkara adat, niat berperanan untuk mengubah sesuatu perkara yang harus menjadi wajib, sunat, harus, makruh atau haram. Dalam muamalat, niat juga menentukan sesuatu urusan itu sah atau batal.

Jika sesuatu amalan itu dilakukan oleh seorang mukallaf dengan maksud atau kehendak untuk memenuhi perintah Allah, maka amalan itu bertukar menjadi ibadat selagi mana tidak melanggar sempadan syariat. Contohnya, mengawal makan dan minum agar menjaga kesihatan dan memudahkan untuk beribadat, bekerja untuk memberi nafkah kepada keluarga dan seumpamanya.

Jika dia melakukannya tanpa niat untuk memenuhi tuntutan syariat, maka ianya hanyalah adat atau keperluan semula jadi manusia, seperti perbuatan orang yang tidur, berehat daripada keletihan bekerja dan bersiar-siar mencari ketenangan.

Dalil-dalil Al-Quran dan Al-Sunnah tentang pentingnya niat dalam segala urusan.

Firman Allah Ta'ala:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, ”
[Al-Bayyinah: 5]

فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ

“..oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.”
[Al-Zumar: 2]

Allah menerangkan sifat golongan yang ditolak amalan mereka:

وَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاةَ إِلَّا وَهُمْ كُسَالَى وَلَا يُنْفِقُونَ إِلَّا وَهُمْ كَارِهُونَ

“..dan (kerana) mereka tidak mengerjakan solat melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci.” [Al-Taubah: 54]

Manakala dalam Al-Sunnah, kita semua mengetahui hadis Rasulullah s.a.w yang masyhur diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
“Sesungguhnya segala amalan itu dikira berdasarkan niat. Hanya sesungguhnya bagi setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang hijrahnya kerana (mematuhi perintah) Allah dan RasulNya, maka hijrahnya menuju kepada (keredaan) Allah dan RasulNya. Sesiapa yang hijrahnya kepada kehidupan dunia yang diingininya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (akan dikira) berdasarkan kepada apa yang dia berhijrah (iaitu diniatkannya).”

[Sahih al-Bukhari, Kitab Bad’I al-Wahyi, Bab Kaifa Kana Bad’u al-Wahyi, (hadis no. 1), Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Qaulihi <Innamal-A’mal bin-Niyyah>, (hadis no.5036)]

Dari hadis inilah datangnya kaedah fiqh:

الأُمُورُ بِمَقَاصِدِهَا

“Segala urusan itu tertakluk kepada matlamat-matlamatnya (maqasid)”

Dalam hadis yang lain, Abu Musa al-Asy`ari r.a meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan kepentingan niat dalam amalan berperang pada jalan Allah:

مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِىَ الْعُلْيَا فَهْوَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ

"Sesiapa yang berperang supaya kalimah Allah itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.”

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad wal-Siyar, Bab <Man Qatala Litakuna Kalimatullah Hiyal-`Ulya>, (hadis no. 2810), Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, Bab <Man Qatala Li takuna Kalimatullah Hiyal-`Ulya>, (hadis no.5029)]

Al-Imam Al-Syatibi juga menyebutkan bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana Allah adalah syirik berdasarkan kepada nas Hadis al-Qudsi seperti berikut:

قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِي غَيْرِي تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
“Firman Allah : Aku Tuhan Yang Maha Kaya mengatasi segala sekutu-sekutu daripada kesyirikan. Sesiapa yang beramal suatu amalan dengan mensyirikkan selainKu padanya bersamaKu, maka Aku biarkan dia dan kesyirikannya.”

[Sahih Muslim, Kitab al-Zuhd wal-Raqaiq, Bab <Man Asyraka fi `Amalihi GhairAllahi>, (hadis no.7666)]

Hadis ini menepati firman Allah Ta'ala dalam ayat berikut:

فَمَنْ كَانَ يَرْجُوا لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” [Al-Kahfi: 110]

Kedua: Amalan Mukallaf dan niatnya mestilah menepati kehendak Allah dalam pensyariatan hukum-hakamNya

Kita telah sebutkan bahawa pensyariatan hukum-hakam itu bertujuan untuk maslahat (kebaikan) hamba-hamba Allah secara mutlak dan umum. Oleh itu, seorang mukallaf dituntut agar bertindak selari dengannya dalam amalan-amalan perbuatannya dan tidak menyanggahi apa yang dikehendaki oleh Allah. Ini kerana seorang mukallaf itu dijadikan oleh Allah dengan tujuan ibadat.

Firman Allah Ta'ala:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
[Al-Zariyat: 56]

Dengan menepati kehendak Allah dalam pelaksanaan syariatNya sahaja akan terhasilnya peribadatan yang melayakkan seorang mukallaf itu mendapat ganjaran di dunia dan akhirat.

Antara lain, inilah juga matlamat Allah (maqasid) menjadikan kita sebagai khalifah di atas muka bumi.

Firman Allah:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. [Al-Baqarah: 30]

وَيَسْتَخْلِفَكُمْ فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ
“..dan (Tuhan kamu) menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?” [Al-A’raf: 129]

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آَتَاكُمْ
“Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu.” [Al-An’am: 165]

Perintah Allah agar kita menjadi khalifah ini adalah bagi menegakkan maslahat dengan kadar kekuatan, kemampuan dan peluang yang ada. Paling kurang menjadi khalifah pada diri sendiri, ahli keluarga dan seterusnya masyarakat.

Kerana itulah Rasulullah s.a.w bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ فِي أَهْلِهِ رَاعٍ وَهْوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالْمَرْأَةُ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا رَاعِيَةٌ وَهْيَ مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا، وَالْخَادِمُ فِي مَالِ سَيِّدِهِ رَاعٍ وَهْوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin bagi rakyatnya dan dia akan ditanya terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan ia akan ditanya terhadap mereka. Seorang wanita (isteri) adalah penjaga bagi rumah tangga suaminya dan ia akan ditanya terhadap apa yang dijaganya. Seorang khadam adalah penjaga bagi harta tuannya dan dia juga akan ditanya terhadap apa yang dijaganya.”

[Sahih al-Bukhari , Kitab al-`Itq, Bab al-`Abd Ra`i fi Mal Sayyidihi, (hadis no. 2558), Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, Bab Fadhilat al-Imam al-`Adil wa `Uqubah al-Ja’ir, (hadis no.4828)]

Ketiga: Setiap Mukallaf yang mencari perkara yang lain dalam menilai hukum syariat adalah dikira merosakkan syariat

Hal ini penting untuk difahami kerana sesuatu perkara itu jika dilihat baik dari perspektif perintah syarak, namun berkemungkinan terdapat seseorang yang berpendapat hal itu tidak baik. Manakala jika syarak memandang sesuatu itu tidak baik, boleh jadi pula bagi dirinya adalah baik.

Oleh itu penilaian peribadi seseorang mukallaf terhadap hikmah pensyariatan tidak boleh mengatasi hukum-hakam syariat itu sendiri sama ada berbentuk perintah atau tegahan (wajib atau haram).
Sesungguhnya perkara-perkara yang telah disyariatkan itu mengandungi tujuan atau bermatlamat mencapai kebaikan-kebaikan (جلب المصالح) untuk hamba-hamba Allah dan menolak kemudaratan dan kerosakan daripada menimpa mereka (درء المفاسد).

Firman Allah Ta'ala:

مَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
“Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..” [Al-Nisa': 115]

Kerana itu Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata:

قَالَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ : سَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَوُلاةُ الأَمْرِ مِنْ بَعْدِهِ سُنُنًا ، الأَخْذُ بِهَا تَصْدِيقٌ لِكِتَابِ اللَّهِ ، وَاسْتِكَمْالٌ لِطَاعَةِ اللَّهِ ، وَقُوَّةٌ عَلَى دِينِ اللَّهِ ، وَمَنْ عَمِلَ بِهَا مُهْتَدٍ ، وَمَنْ اسْتَنْصَرَ بِهَا مَنْصُورٌ ، وَمَنْ خَالَفَهَا اتَّبَعَ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ ، وَوَلاهُ اللَّهُ مَا تَوَلَّى "
“Rasulullah s.a.w dan para pemimpin selepasnya (Khulafa al-Rasyidin) telah meletakkan suatu sunnah, iaitu jika berpegang dengannya adalah termasuk membenarkan (beriman dengan) Kitab Allah (Al-Quran), menyempurnakan ketaatan kepada Allah serta kekuatan pada agama Allah. Sesiapa yang beramal dengannya, dia akan mendapat petunjuk, sesiapa yang mengharapkan pertolongan dengannya pasti akan dibantu dan sesiapa menyanggahinya maka dia telah mengikut selain jalan orang-orang yang beriman dan Allah akan membiarkan dia untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya.”

[Lihat: Abu Bakar bin Al-Khallal (311H); As-Sunnah, Bab as-Solah Khalf al-Murji’ah, (hadis no.1348). Riwayat ini terputus pada Al-Imam Malik bin Anas]

Bagi golongan yang menzahirkan amalan dalam Islam seperti yang diperintahkan Allah, namun dia tidak bermaksud untuk mencapai tujuan dan matlamat pensyariatannya, Al-Imam Al-Syatibi juga menyamakan mereka ini dengan golongan munafik yang mempersendakan ayat-ayat Allah.

[Lihat: Al-Muwafaqat Fi Usul Al-Syari`ah, (Juz.2 hal.497)]

Firman Allah Ta'ala:

وَلَا تَتَّخِذُوا آَيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا

“..dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan).” [Al-Baqarah: 231]

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ
“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” [Al-Taubah: 65]

Penutup

Sesungguhnya seorang mukallaf itu hanya ditaklifkan dengan segala amalan perbuatan berpaksikan kepada tujuan menunaikan kehendak Allah pada perintahNya dan laranganNya.

Apabila seseorang mukallaf itu bermaksud untuk mencapai tujuan selain itu dan memilih jalan-jalan selain syariat yang diturunkan Allah, maka itu dia bukan lagi berjalan di atas Maqasid al-Syari`ah. Walaupun dia berusaha menghiasinya dengan istilah-istilah syarak. Itulah yang dilakukan oleh golongan Liberal pada masa ini.

Disediakan oleh:
Imran Al-Malizi
Ahli Jawatankuasa Penerangan DUPNS
Irbid, Jordan
20 Muharram 1438H / 21 Okt 2016

Sumber HD - 24-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































































































































































































Program masak bubur asyura satukan penduduk setempat

MOHD RIDHUAN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/42952-program-masak-bubur-asyura-satukan-penduduk-setempat

GOMBAK: Bubur Asyura sangat sinonim dengan masyarakat Melayu ketika tiba Bulan Muharram. Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia dengan kerjasama Perakan Gombak dan Pusat Rawatan Islam Darussalam tidak melepaskan peluang mengadakan Program Memasak Bubur As-Syura yang diadakan di halaman Pusat Rawatan Islam Darussalam Gombak.

Sebanyak empat kawah besar iaitu tiga bubur As Syura Kelantan dan sekawah bubur asyura Kedah telah disediakan dan sebanyak 300 bekas telah diedarkan sekitar kawasan DUN Gombak Setia.

Program yang dihadiri seramai 50 orang penduduk sekitar bergotong-royong mengacau bubur As-Syura bermula jam 8.00 pagi dan siap pada jam 5.00 petang.

Program turut dihadiri Adun Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan yang turut mengacau bubur asyura dan mengedarkan kepada orang ramai yang lalu lalang di jalan berdekatan.

Hasbullah berkata, program itu diadakan secara tahunan dan antara lain dapat mengeratkan penduduk sekitar dengan aktiviti gotong-royong beramai-ramai dan acara ini dapat melihatkan kesungguhan dan kerajinan penduduk setempat dalam menyiapkan bubur asyura.

Turut hadir bersama, Datuk Ismail Kamus, Pengerusi Pusat Rawatan Islam Darussalam. – HARAKAHDAILY 24/10/2016

Sumber HD -24-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































































































































































Pekawanis Gombak Setia salur bantuan Deepavali

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/42862-pekawanis-gombak-setia-salur-bantuan-deepavali

GOMBAK: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) sekali lagi memberikan perhatian kepada golongan wanita yang kurang bernasib baik melalui penyampaian sumbangan bantuan kupon RM 100 dan ‘goodies’ menjelang perayaan Deepavali yang tidak lama lagi.

Pekawanis Gombak Setia yang dipengerusikan oleh Puan Ruhaiza Muhammed, isteri Adun Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan yang sentiasa prihatin dan cakna terhadap nasib wanita terutama ibu tunggal dan warga emas.

Ruhaiza berkata, seramai 30 orang penerima dari kalangan penduduk Dun Gombak Setia yang rata-ratanya dari kalangan ibu tunggal dan juga warga emas yang berlangsung di Pejabat Adun Gombak Setia, Taman Berjaya, Batu Gombak.

Beliau juga menjelaskan setiap tahun Pekawanis merancang untuk mempelbagaikan lagi program dalam usaha kita memastikan golongan yang serba kekurangan mendapat perhatian terutama ketika menjelang perayaan tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik, katanya.

Ruhaiza juga menyeru kepada semua kaum India yang hadir untuk mendapatkan maklumat dan informasi dengan mengikuti berbagai program yang dijalankan oleh Pekawanis, Pejabat Adun Gombak Setia mahupun program PAS. Setiap program diadakan pasti akan diedarkan semua maklumat terkini daripada Kerajaan Negeri agar rakyat tidak ketinggalan.

Turut hadir memeriahkan majlis Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan, Adun Gombak Setia. – HARAKAHDAILY 18/10/2016

Sumber HD - 18-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Alfun Mabruk Ijtimak Tarbawi 5.0

HARAKAHDAILY | .

 

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42850-alfun-mabruk-ijtimak-tarbawi-5-0

Alfun Mabruk kepada Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia di atas kejayaan menganjurkan Ijtimak Tarbawi 5.0 pada kali ini. Begitu juga Dewan Pemuda PAS Melaka yang telah menjadi tuan rumah dengan persediaan yang cukup cemerlang. Bumi Melaka melakar sejarah terpilih untuk menjadi tapak himpunan anak muda yang cintakan perjuangan Islam. Roh bermulanya kedatangan Islam serta perjalanan kerja jihad Amal Islaminya yang tersirat dalam sejarah Melayu Melaka mampu dicoretkan semula zaman keemasannya.

Ijtimak Tarbawi 5.0 pada kali ini melabuhkan tirainya. Ribuan ahli-ahli PAS dalam kalangan anak muda yang menyertai ijtimak kali ini tersenyum puas. Slot-slot pengisian tarbiyah serta bual bicara yang bukan sahaja sarat dengan ilmu-ilmu haraki namun termasuklah dengan perkongsian pengalaman, keterikatan jalinan ukhuwah fillah apatah lagi amanat-amanat yang disampaikan sama ada secara langsung atau tidak.

Ijtimak Tarbawi 5.0 kali ini juga seperti tahun-tahun sebelum ini menggamit pemuda seluruh negara hadir sebagai peserta walau terpaksa menanggung kos yang agak besar. Jiwa yang sememangnya telah disemai agar menjadi "abna'ul harakah" bisa mampu mengharungi semua itu demi menebus janji istiqamah dalam perjuangan Islam. Kehadiran yang luar jangkaan oleh peserta di samping tayangan siaran langsung yang disaksikan oleh anak muda pencinta agama seluruh dunia langit terbuka hari ini sudah pasti tidak mampu dihitung dengan angka untuk menjumlahkannya.

Setiap kali Ijtimak diadakan, anak-anak muda ternanti-nanti kehadiran Ayahanda Tuan Guru Presiden untuk mencurahkan ilmu tafsir dan harakinya ke dada peserta. Tahun ini agak "suspens" apabila kerisauan kita akan perkembangan kesihatan Tuan Guru. Namun 2 kalimah yang rata-rata disebut oleh peserta apabila Tuan Guru muncul pada slot tafsir surah Al-Kahfi iaitu "alhamdulillah" apabila melihat Tuan Guru hadir dan "puas" apabila Tuan Guru mengakhirkan ucapannya. Terpapar wajah ceria dan gembira Tuan Guru ketika bersama dalam Ijtimak Syabab kali ini.

Pemuda-pemuda PAS Selangor yang meliputi 22 kawasan saya kira telah mengambil bahagian dengan baik dalam setiap pengisian yang disampaikan. Tujuan ilmu itu dicari serta dituntut adalah untuk diamalkan. Berbekalkan tempoh 3 hari padat itu, seluruh pemuda melangkah pulang ke kawasan masing-masing dengan keazaman yang tinggi menderap jalan istiqamah.

Justeru, bagi pihak Dewan Pemuda PAS Selangor sekali lagi merakamkan jutaan penghargaan pada YB KP dan seluruh saf kepimpinan DPPM, Akademi Tarbiyah, DPPN Melaka, anggota Amal yang bertugas dan seluruh ahli pemuda. Sehingga bertemu lagi pada Himpunan Fastaqim 2.0 dan Ijtimak Tarbawi 6.0.
"Menderap Jalan Istiqamah"

USTAZ HANAFI ZULKIFLI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
16 Muharam 1438 | 17 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 17/10/2016

Sumber HD - 17-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Ibrah Arab Spring: Sengaja disalah erti atau emosi?

AHMAD HAKIMI OTHMAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42812-ibrah-arab-spring-sengaja-disalah-erti-atau-emosi

NAMPAKNYA, tulisan Tuan Guru Presiden PAS sentiasa dicari ruang untuk dihilangkan tujuan dan maksud. Maksud Tuan Guru dalam tulisan terbaru adalah jelas, MENGAMBIL IBRAH untuk kita tidak masuk perangkap musuh Islam.

Namun peliknya yang ditumpukan untuk dikomen adalah isu taqrib syiah sunni atau syiah sesat atau kafir. Tidakkah mereka membaca dengan fikiran tenang dan terang?

Kisah Revolusi Arab yang berlaku 100 tahun dahulu disebut Tok Guru sebagai pengajaran berganda untuk melihat Arab Spring yang berlaku 5 tahun dahulu daripada kaca mata menyeluruh pandangan Islam. Kumpulan dan mazhab yang wujud diambil kesempatan oleh musuh untuk meratah umat Islam.

Tidak kira Syiah atau Sunni turut menerima nasib sama. Yang mati adalah umat Islam, yang dibunuh adalah umat Islam.

Cuma fikirkan, dengan senjata siapa umat Islam membunuh sesama sendiri? kita dilaga-lagakan membunuh dengan sengketa mazhab, bangsa dan kumpulan. Apa untungnya pada Islam?

Dakwah kita berkembang? Atau kita terus-menerus menjadi mangsa huru-hara kerana gagal mengambil Ibrah 100 tahun?

Tulisan Tuan Guru bukan mengajak untuk taqrib mazhab. Tetapi mengajak rasional dalam bersengketa sesama sendiri. kalau sekadar mazhab, tidakkah Imam Hanafi pernah membela Imam Jaafar as-Sadiq? Atau Imam Syafii ra membela Iman Zaid Bin Ali Zainal Abidin?

Ulama dulu bukan sekadar faqih soal fekah, Namun faqih soal politik sehingga sanggup membela kezaliman walaupun sendiri berhadapan tekanan kezaliman. Namun masih lagi menjaga supaya menentang kezaliman tidak menjadi mudarat sehingga mencetus hura-hara yang akan diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam.

Kita tidak menghukum pejuang di Syria, Libya, Yamen dan Timur Tengah. Kita mahu belajar dan mengambil Ibrah supaya cara sama yang digunakan oleh kuasa besar dunia dan proksi mereka tidak berjaya dilaksanakan dalam negara kita.

Tuan Guru tidak menghukum pejuang yang berada di negara berkonflik, tetapi menyarankan supaya memahami asas-asas konflik dan kekaburan yang sedang berlaku. Yang paling penting, siapa memetik faedah daripada konflik berlaku? – HARAKAHDAILY 13/10/2016

Sumber HD - 13-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Himpunan Mega 4 Dewan nyatakan pendirian tegas

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42771-himpunan-mega-4-dewan-nyatakan-pendirian-tegas

HIMPUNAN MEGA 4 DEWAN SELANGOR MENYATAKAN PENDIRIAN DAN HALA TUJU JELAS DAN TEGAS

Kerjasama yang padu dan mantap antara 4 Dewan iaitu Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong PAS Selangor telah menjayakan Himpunan Mega 4 Dewan pada Ahad 9 Oktober 2016, kelmarin.

Himpunan Mega 4 Dewan ini berjaya menghimpunkan hampir 3,000 ahli keempat-empat dewan di Dewan Auditorium SUK Shah Alam sehingga peserta muslimin terpaksa duduk di atas pentas.

Program Himpunan Mega 4 Dewan atau HM4D ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor merangkap Naib Presiden PAS iaitu YB Datuk Iskandar Abd Samad. Beliau menekan betapa pentingnya ahli dewan membina kekuatan sebagai pra syarat kemenangan untuk dicapai menghadapi PRU14 nanti.

Tujuan program HM4D ini diadakan adalah untuk memberi peluang dewan-dewan mempercambahkan idea dan pandangan sekali gus menghasilkan satu bentuk tindakan yang bersepadu bagi memantapkan PAS Selangor itu sendiri.

Antara agenda penting HM4D ini ialah ucapan Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong yang bertemakan 4 tajuk utama. Iaitu, Ulamak bertemakan PAS Selangor dan PRU14, Pemuda dengan Gagasan Sejahtera atau Blok 3, Muslimat dengan Kombinasi dan Intergrasi Gerak Kerja 4 Dewan dan Himpunan Penyokong dengan tajuk PAS Dan Masyarakat dan Pengundi Bukan Islam.

Datuk Deepakaran mewakili Dewan Himpunan Penyokong PAS yang memulakan ucapan dengan hadis Nabi s.a.w. penuh semangat mengutarakan bahawa akan kepentingan dan kedudukan masyarakat bukan Islam dalam PAS dan juga peranan mereka yang amat signifikan kepada perjuangan PAS.

Dewan Muslimat yang dipimpin oleh Ustaz Wan Hasrina telah membangkitkan akan kepentingan kebersamaan keempat-empat dewan dalam setiap program dijalankan. Ini kerana tradisi lama amalan dewan sering berasingan dengan agenda dan hala tuju serta gerakk kerja masing-masing tanpa ada usaha menggabungkan kekuatan dewan-dewan. Intergrasi kekuatan keempat-empat dewan pasti menatijahkan kekuatan yang lebih jitu dan mantap kepada PAS Selangor.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim mewakili Dewan Pemuda membawa tema ucapan dengan Gagasan Sejahtera yang dipimpin oleh PAS. Beliau menyarankan agar Selangor negeri pertama di Malaysia memulakan langkah memperkukuhkan idea Gagasan yang dicetuskan oleh Presiden PAS. Gagasan ini cukup baik dalam menghadapi PRU14 nanti. Beliau menegaskan bahawa Gagasan ini berbeza dengan Pakatan Rakyat sebelum ini apabila agenda Islam tidak menjadi keutamaan.

Dewan Ulamak PAS Selangor menerusi ucapan ketuanya Ustaz Rizuan Rahmat yang bertema PAS Selangor dan PRU14 menyatakan dengan tegas bahawa DAP adalah merupakan seteru politik PAS dan juga sekutunya. Sikap DAP yang bukan sekadar menolak usaha Islam yang dibawa oleh PAS malah menentangnya dengan keras adalah punca bahawa PAS tidak akan lagi bekerjasama atau apa sahaja dengan DAP. Beliau juga menegaskan PAS Selangor perlu memimpin perubahan di Selangor dalam menghadapi PRU14 nanti dengan membawa Islam sebagai agenda utamanya.

Program HM4D juga menjemput 2 pembentang iaitu YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Profesor Dr Khazani daripada Institut Strategik PAS menyampaikan pembentangan yang masing-masing bertajuk Budaya Politik dan Matang (BPMS) dan Road Map PAS.

Pembentangan kedua-duanya telah membentuk satu gambaran jelas kepada ahli-ahli dewan akan kedudukan dan hala tuju PAS terkini.

HM4D juga telah menghasilkan 10 resolusi yang jelas dan padu untuk dipanjangkan kepada PAS Selangor sebagai pandangan dan idea daripada dewan-dewan PAS Selangor supaya diteliti dengan perhalusi.

Dewan Ulamak PAS Selangor selaku penganjur utama bersama Dewan Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengarah dan semua JK Khas Program HM4D atas kejayaan program ini.

Semoga program Himpunan Mega 4 Dewan ini menjadi titik tolak kepada permulaan yang baru kepada kekuatan Dewan-Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong PAS Selangor pada masa yang sama melonjak kemenangan PAS di Selangor pada PRU 14 nanti.

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
10 Oktober 2016 / 9 Muharram 1438 - HARAKAHDAILY 10/10/2016

Sumber HD - 10-10-2016 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Mursyidul Am PAS ke-4: Pemuda PAS Selangor syukur

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42770-mursyidul-am-pas-ke-4-pemuda-pas-selangor-syukur

Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan tahniah kepada Ayahanda Tuan Guru Hashim Jasin di atas lantikan beliau sebagai Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang baru, semalam.

Keputusan itu diumumkan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Ustaz Nik Zawawi Salleh sejurus mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS di Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut.

Tuan Guru Hashim Jasin ibarat ayahanda dan guru pada anak-anak muda PAS. Umum mengetahui bahawa beliau adalah seorang murabi yang teguh dengan perjuangan, tinggi bacaan politik, mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang serta antara yang paling senior di dalam Majlis Syura Ulamak. Atas dasar itulah beliau dilantik sebagai Mursyidul Am.

Para Pemuda PAS Selangor menyambut pengumuman tersebut dengan syukur dan penuh rasa mahabbah serta menyatakan kepatuhan dan ketaatan kami kepada Mursyidul Am PAS yang baharu itu bagi menggantikan Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din yang telah pergi meninggalkan kita pada 16 September lalu, jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

"Menderap Jalan Istiqamah"

Syarhan Humaizi Halim
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
9 Muharam 1438 | 10 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 10/10/2016

Sumber HD - 10-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Istiqamah kembalikan hidup berlandas al-Quran, sunnah

Ahmad Hakimi Othman | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42688-istiqamah-kembalikan-hidup-berlandas-al-quran-sunnah

Kita semua telah memasuki tahun baru hijrah yang bermakna telah berlaku 1438 tahun dahulu mengikut perkiraan Qamariah Nabi Muhammad Saw berhijrah Ke Yathrib dan memulakan kehidupan yang merdeka dengan Islam. Penghijrahan yang menjadi tanda aras penting bagi Kesempurnaan syariat akhir zaman yang mengikut panduan wahyu dan sunnah kehidupan Rasulullah SAW. Maka, untuk kita yang menyambut tahun baru hijrah ke 1438 ini, marilah sama sama menghayati semangat perubahan Hijrah yang kembali kepada kemerdekaan hidup hanya di bawah naungan Allah Azza wa jalla.

Penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah, adalah perubahan daripada cengkaman Musyrikin Mekah yang menolak untuk kembali kepada syariat Allah kepada sebuah tempat bernama Yathrib, yang sebahagiannya telah mengangkat Nabi sebagai pemimpin mereka dan mereka bebas dari segala cengkaman dan halangan lain. Kebebasan yang ada itu, digunakan oleh Rasulullah SAW membuka sejarah baru Islam yang telah membangunkan masyarakat Islam daripada hidup kekeluargaan kepada pembangunan tamadun berdasarkan syariat Islam.

Permulaan kemerdekaan yang bertandakan peristiwa hijrah adalah Nabi dan orang beriman bebas berbuat apa yang diperintahkan oleh Allah mengikut fitrah kejadian dan keinginan manusia. Maka, antara tanda kemerdekaan itu ialah membina Masjid Nabi sebagai Pusat Orang Islam dan Juga Memeterai Perjanjian Piagam Madinah sebagai pintu kepada membenarkan Islam dilaksanakan dan diamalkan oleh orang Islam tanpa digugat dan campurtangan selain daripada orang beriman yang berada di Yathrib.

Piagam Madinah yang termeterai seawal tahun pertama hijrah bersamaan 622 Masihi adalah 600 tahun lebih awal daripada Perjanjian Magna Carta British antara Raja British dan Kota Kota yang mendukungnya sekitar abad ke-13 Masihi. Sejarah British dan pemeteraian Magna Carta 1215 adalah era permulaan sistem Common Law yang dibawa oleh Dinasti Diraja British yang kemudiannya apabila berkembang di zaman Renaissance, ia dibawa ke negara negara yang dijajah British termasuk Tanah Melayu.

Negara kita menerima kesan penjajahan British dan yang paling mengesankan kepada cara hidup Islam dan iman kita adalah sekatan kepada undang-undang dan aturan Islam. Ini diakui sendiri oleh pegawai British yang pernah menjajah kita, RJ wilkinson yang menulis laporannya dalam, The Papers on Malay Subject (cetakan 1937) menyatakan seperti berikut:
"There can be no doubt that Muslim law would have ended by becoming the law of the Malays had not British law stepped to check it”.

Membuktikan kepada kita bahawa sememangnya penjajah berhajat menyekat umat Islam untuk hidup bersyariat Islam sempurna. Kesannya, walaupun telah dibebas oleh penjajah dengan pengisytiharan kemerdekaan 1957, penjajah tidak meninggalkan begitu sahaja, sebaiknya meninggal peninggalan Perlembagaan Perseketuan yang banyak mewarisi penjajah. Mungkin kerana awlawiyat ketika itu merdeka dan melepaskan diri daripada penjajah, kita tetap menghargai jasa jasa orang terdahulu.

Namun begitu, kita sudah merdeka sekian lama, penjajah telah lama hijrah dari bumi kita sekian lama, maka sepatutnya kemerdekaan kita ditandai dengan kebebasan kita beramal dengan Islam yang kita anuti dan bebas mentafsirkan perlembagaan mengikut kebebasan kita sebagai hak rakyat yang merdeka.

Maka, kesempatan sambutan tahun baru Hijrah ini, marilah kita menanam dan membina semula semangat bebas merdeka dengan Islam sebagaimana Nabi Muhammad dan orang-orang beriman yang berhijrah bersamanya ke Yathrib 1438 tahun dahulu. Kebebasan yang ditandai dengan memuliakan Islam dalam perlembagaan seperti Piagam Madinah.

Oleh kerana itu, usaha-usaha semasa memartabatkan Islam melalui jalan demokrasi dan menepati perlembagaan negara kita hendaklah disokong oleh kita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Menyokong usaha memartabatkan syiar Islam dan membuka pintu Perlembagaan untuk kebebasan orang Islam dan beriman adalah manifestasi akidah sempurna.

Presiden PAS, yang juga ahli Parlimen Marang, TG Haji Abdul Hadi Awang telah membuka jalan kepada kita. Maka, marilah kita semua bersama sama menyokong usaha ini dan berharap inilah usaha niat Hijrah kita yang menepati syariat.

Tiada lagi Hijrah seperti Mekah ke Madinah selepas pembukaan Kota Mekah, namun hijrah yang masih ada adalah niat ke arah Islam dan berjuang memartabatkan Islam.

Ayuh anak muda dan Islam! Istiqamah meneruskan hijrah kemerdekaan Islam! - HARAKAHDAILY 3/10/2016

Penulis ialah Pengarah Jabatan Penerangan DPPNS.

Sumber HD - 3-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































1438H: Hijrah menegakkan ad-deen

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42684-1438h-hijrah-menegakkan-ad-deen

Dalam menyempurnakan perintah Allah, kewajipan tersebutlah mestilah dilengkapkan dengan menegakkan Islam sebagai ad-deen. Maka cabarannya bukan calang-calang. Pertembungan akan berlaku bila Islam cuba dilaksanakan sebagai satu cara hidup yang komprehensif bukan sekadar anutan dalam pemahaman agama atau religion.

‎يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
“Wahai Rasul, sampaikan apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan jika kamu tidak melakukan berarti kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Allah menjagamu dari bahaya manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” (Al-Maaidah: 67)

Sejak kemasukan penjajahan Portugis pada 1511 di Melaka dan mencapai kemerdekaan pada 1957 sudah 446 tahun umat Islam dijajah dan penjajah berjaya menanamkan benih sekularismenya yang memisahkan agama dan pemerintahan. Islam ialah satu cara hidup yang lengkap merupakan warisan yang dibawa oleh rasul-rasul Allah seperti firmanNya.

‎شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ
Maksudnya: "Allah telah menerangkan kepada kamu- di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumanya- apa yang telah di perintahkan-Nya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahikan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telak Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian agama, dan jangan kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya" Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadaNya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agama-Nya itu sesiapa yang rujuk kembali kepada-Nya (dengan taat)" (As-Syura: 13)

Dalam fasa kedua dakwah Rasulullah SAW melengkapkan ad-deen, sebuah negara yang berdaulat perlu didirikan bagi melaksanakan dasar-dasar sebuah negara yang bertaqwa dan mendapat keampunan daripada Allah maka hijrah ke Madinah menuntut kepada pengorbanan jiwa raga dan harta benda. Allah rakamkan di dalam Al-Quran perancangan jahat musyrikin Mekah untuk memenjarakan, mengusir hingga kepada membunuh Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman:

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya. (Al-Anfaal: 30)

Tahun 1438 Hijriyah adalah satu lembaran baru dalam kehidupan umat Islam untuk membuat anjakan ke arah memperkasakan Islam sebagai cara hidup yang sempurna untuk dilaksanakan sebagai mana yang dibawa oleh para Rasul yang pernah dikirimkan oleh Allah.

DUPNS mengajak umat Islam di Malaysia seluruhnya menghijrahkan diri daripada kekangan minda jahiliyah yang sempit kepada minda dan jiwa merdeka dalam mengabdi diri kepada Allah agar kemuliaan hidup diri, keluarga, masyarakat dan negara mendapat tempias daripada payungan rahmat Allah dalam mewujudkan negara yang sejahtera dan mendapat keampunan.

Keteguhan ukhuwwah yang mantap sangat diperlukan khususnya pada zaman mutakhir ini yang penuh dengan penyelewengan dan penindasan terhadap umat Islam sendiri. Tanpa kesatuan umat Islam, sudah pasti kita tidak mampu membina tamadun hebat dan hanya menjadi ummah yang dicatur dengan begitu mudah.

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru 1438 Hijriyah

كل عام وأنتم بخير

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 2/10/2016

Sumber HD - 212-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Dewan Ulamak PAS Selangor ucap takziah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42641-dewan-ulamak-pas-selangor-ucap-takziah


DEWAN ULAMAK PAS NEGERI SELANGOR UCAP TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN AL-FADHIL USTAZ SYED MOHD FADZLI SYED AHMAD AL-YAMANI

Dewan Ulamak PAS Selangor melahirkan rasa sedih dan dukacita di atas pemergian tokoh ulama yang banyak menyumbangkan ilmu dan keringatnya kepada umat Islam di Malaysia. Pemergian beliau bertemu penciptanya merupakan kehilangan besar bagi umat Islam di Malaysia masih memerlukan khidmat beliau.

DUPNS mengucapkan tazkiah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum dan mendoakan:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Semoga Allah memberkati, merahmati dan mengampuni Almarhum Al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad serta membalas segala sumbangan dan khidmat baktinya kepada ummah.

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor
25 Zulhijjah 1437/27 Sept 2016

Sumber HD - 28-7-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Pemuda Ansorullah: Idaman Pemuda PAS

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42614-pemuda-ansorullah-idaman-pemuda-pas

Pemuda ansorullah adalah mewajahi pemuda unggul yang lahir zaman Nabi SAW. Pemuda yang menyerahkan dirinya kepada Allah dan Rasulnya dalam erti kata yang lain mewakafkan dirinya kepada perjuangan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menjadi sunnah dan dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah SAW.

Pemuda Islam yang memahami ciri ansorullah senantiasa berusaha menjadikan kehidupan mereka mengikut jejak langkah pemuda di zaman Nabi SAW.
(وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ)
"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." [Surat At-Tawbah 100]

Dalam ayat ini terdapat tiga golongan yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan mendapat redha serta janji anugerah syurga Allah SWT iaitu dua golongan sahabat Muhajirin dan Ansar. Satu golongan yang disebut oleh ulama, ruang yang dibuka oleh Allah SWT kepada umat akhir zaman iaitu golongan ketiga. Mereka yang mengikut jejak langkah sahabat di kalangan Muhajirin dan Ansar dengan melakukan kebaikan dalam erti kata lain mengukuhkan iman dan taat seperti generasi sahabat terdahulu.

Tarbiyah kepada para amilin adalah sunnah ar Rasul SAW. Sahabat yang duduk dalam saff perjuangan yang dipimpin oleh Nabi SAW menerima tarbiyah secara langsung dari Baginda. Kerja jihad yang dilaksanakan adalah hasil lanjutan proses tarbiyah. Tanpa tarbiyah sudah barang pasti kesempurnaan kerja jihad terbantut dan tidak dapat dilaksanakan. Nabi SAW mentarbiyah para sahabat samada di zaman Mekah atau Madinah. Zaman Mekah pentarbiyahan lebih menjurus ke arah penyucian akidah. Manakala zaman Madinah ialah fatrah di mana telah tertegaknya daulah Islam. Nabi dan para sahabat difardhukan syariat jihad. Dengan kuasa yang ada di Madinah, Islam tersebar luas. Manusia melihat kebaikan dan keindahan Islam.

Ini bererti di zaman mana sekalipun hatta zaman sekarang jika saat perjuangan itu belum menang maka agenda tarbiyah tidak boleh dipisahkan. Maka lebih-lebih lagi zaman Allah SWT anugerah kemenangan yang dipenuhi dengan ujian dan fitnah samaada datang dari musuh diluar ataupun musuh dalam diri sendiri yang senantiasa berusaha memesongkan para amilin dari landasan syariat dan sunnah Nabi SAW yang sebenar.

Banyak hadis Nabi SAW berpesan berhubung dengan amanah. Beratnya amanah sehingga jawatan itu menjadi penyesalan hari akhirat jika ianya tidak diberikan hak dan dilaksanakan sebaiknya. Teguran Nabi SAW kepada Abu Dzar menjadi nas dalil atas beratnya amanah itu.

عن أبي ذر قال قلت يا رسول الله ألا تستعملني قال فضرب بيده على منكبي ثم قال يا أبا ذر إنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها
Sunnatullah perjuangan Islam ini akan senantiasa ada ujian dan cabaran. Segenap ruang musuh di sepanjang zaman menghala "peluru" untuk menghancurkan Islam. Hari ini pertembungan aliran pemikiran dan fahaman yang diasaskan dengan akal kembali memenuhi atmosfera gerakan tajdid dan siyasah. Lahir semula mereka yang mendahului serta mengangkat ideologi akal berbanding petunjuk wahyu dan bimbingan sirah.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi acap kali mengulangi serta mengingatkan ahli PAS supaya tidak terpedaya dengan dakyah sesetengah mereka yang mengaku membawa agenda Islam dalam perjuangan mereka dengan mengutamakan maqasid syariah sehingga meninggalkan Al-Quran. Ini antara doktrin jahat yang ditanam dalam masyarakat Islam hari ni terutama mereka yang hanya punyai kesedaran yang nipis dalam melaksanakan amanah perjuangan Islam.

Dalam kitab Muqaddimah Akidah Muslimin yang dikarang oleh Tuan Guru sendiri menyebutkan bahawa pertembungan pemikiran ini lahir dengan ideologi nama-nama terkini yang diasaskan dengan akal dan nafsu semata-mata. Barang kali atas nama Muktazilah, Murji'ah, Qadariah dan lain-lain sudah tiada. Namun konsep, cara dan pendekatan masih sama sekalipun namanya tidak seperti dulu. Nabi SAW mengingatkan bahawa akan berlaku pertembungan dan khilaf ini.

عن أبي نجيح العرباض بن سارية رضي الله عنه قال : وعظنا رسول الله صلى الله عليه وسلم موعظة وجلت منها القلوب ، وذرفت منها العيون ، فقلنا : يا رسول الله ، كأنها موعظة مودع فأوصنا ، قال : ( أوصيكم بتقوى الله ، والسمع والطاعة ، وإن تأمّر عليكم عبد ؛ فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا ، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين ، عضّوا عليها بالنواجذ ، وإياكم ومحدثات الأمور ، فإن كل بدعة ضلالة ) رواه أبو داود والترمذي وقال: حديث حسن صحيح.
Hadis ini memaparkan kisah sahabat r.a meminta wasiat dari Nabi SAW saat Nabi berkata demikian. Kata-kata Nabi SAW seakan kata terakhir yang keluar dari lidah Nabi kepada para sahabat. Seumpama wasiat terakhir. Maka disampaikan wasiat Nabawiyah kepada mereka dengan dimulai dengan takwa. Takwa kalimah yang menghimpunkan segala amalan kebaikan. Takwa memandu setiap urusan manusia. Takwa yang membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat.

Kemudian wasiat Nabi SAW diiringi dengan arahan agar memahami hak-hak seorang pemimpin dengan kaca mata syarak. Dengar dan taat adalah hak seorang pemimpin yang wajib diberikan. Allah SWT tegaskan dalam surah an Nisa' ayat 59.
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ)
Nabi SAW gandingkan bab takwa dengan mentaati pimpinan. Antara lain yang dinyatakan tujuannya oleh para ulama ialah:

i. Hendak menjelaskan bagaimana pentingnya soal hak dan kewajiban yang perlu diberikan kepada seorang pemimpin

ii. Nabi SAW jelaskan nilai gandingan antara takwa kepada Allah dan ketaatan pada pemimpin. Kewajiban ketaatan kepada seorang pemimpin itu mestilah di saat arahan dan pandangan pemimpin itu selari dengan perintah Allah. Tidak boleh ketaatan yang diberikan saat pemimpin itu berasingan dan bercanggah dengan perintah Allah. Apabila pemimpin itu bercanggah urusannya dengan ketetapan Allah dan Rasulnya, tidak ada lagi kewajiban ketaatan ke atasnya. Bersandarkan hadis Nabi SAW:

فإذا تعارض أمره مع شرع الله ورسوله فلا تجب طاعته في ذلك ، ومما يدل على ذلك قول النبي صلى الله عليه وسلم : ( لا طاعة في المعصية ، إنما الطاعة في المعروف ) رواه البخاري ومسلم .
Seterusnya Nabi SAW menegaskan akan terjadinya khilaf dan pertembungan yang banyak selepas zamannya. Pertembungan dan perbezaan ini lahir fahaman yang masing-masing mendakwa paling benar. Benar hanya diukur dengan akal. Mengasaskan idea-idea yang diri sendiri cipta. Terpesona dan kagum dengan cetusan pemikiran sendiri untuk dijadikan rujukan orang lain. Sedangkan Nabi SAW khabarkan terlebih awal kaedah untuk keluar dari khilaf dan pertembungan kefahaman ini. Benar mesti diukur dengan neraca Islam. Neraca Islam itu Nabi SAW nyatakan dalam hadis ini melalui Sunnahnya dan Sunnah para sahabatnya.

Kenyataan Nabi SAW ini adalah isyarat bagaimana ummah akan berdepan dengan masalah ini. Ada golongan manusia yang berusaha memisahkan ummah dengan petunjuk dan kebenaran Ilahi. Idea dan pemikiran itu digagaskan demi kepentingan dan kelangsungan matlamat peribadi semata-mata.

Maka Nabi SAW kemukakan penawar kepada penyakit tersebut. Penawarnya kembali berpegang dengan sunnahnya dan sunnah perjalanan dan perjuangan hidup para sahabat. Yang mana mereka adalah golongan yang dipelihara oleh Allah dengan hidayah serta dianugerah kemampuan untuk mengenali kebenaran (معرفة الحق). Mereka dikalangan sahabat juga termasuk golongan yang istiqamah dengan manhaj nabawi sehingga Allah SWT jadikan zaman mereka zaman kegemilangan serta contoh terbaik buat umat manusia.

Di atas kelebihan inilah kita fahami Nabi SAW menegaskan di penghujung hadis tersebut agar umat Islam wajib iltizam dengan sunnah para sahabat. Kinayah atau perumpamaan yang digunakan oleh Nabi SAW iaitu "gigit dengan gigi gerham sunnah sahabat" adalah supaya ummah perpegang sungguh dan kuat dengan sunnah para sahabat Nabi SAW.

Justeru bagi melahirkan pemuda ansorullah yang memenuhi sifat-sifatnya, mestilah menjurus ke arah merungkai serta membersihkan jiwa dan fikrah para amilin dan kembali pada apa yang diajar oleh Nabi SAW. Dengan pemurnian akidah perjuangan ini, ianya akan melahirkan pemuda ansorullah yang gagah menyusun langkah, menyinsing lengan, menggalas beban amanah parti untuk "menderap jalan Istiqamah" dengan kerja jihad memenangkan Islam di arena politik tanah air. Dengan tarbiyah yang ditanam oleh Nabi SAW kepada para sahabat membawa kepada berlakunya hijrah serta kerja jihad sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah serta tersebarnya Islam dipelusuk tanah arab. Maka begitu juga dengan tarbiyah yang diterima oleh para pemuda, akan membawa ke arah peningkatan kerja-kerja jihad politik untuk memenangkan perjuangan PAS dalam pentas politik tanah air.

Harapan agar dengan kefahaman yang mantap ini melahirkan pemuda seperti mana pemuda generasi awal yang bersama dengan perjuangan yang dipimpin oleh Nabi SAW. Sehingga terpilih menjadi abna'ul harakah yang istiqamah dengan asolah perjuangan Islam.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor - HARAKAHDAILY 26/9/2016

Sumber HD - 26-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Persempadanan semula: Berdepan secara anak jantan

USTAZ HANAFI ZULKIFLI | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42583-persempadanan-semula-berdepan-secara-anak-jantan

PAS Selangor sekali lagi menjadi sasaran fitnah oleh musuh yang mahu melenyapkan perjuangan PAS. Urusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengsyorkan persempadanan semula kawasan pilihan raya, tiba-tiba PAS dituduh bekerjasama dengan Umno.

Fitnah yang sengaja dilontarkan ini dalam salah satu media cetak yang menyebutkan "Umno dan PAS bergabung untuk merampas Selangor" adalah tujuan untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap PAS.

Reaksi ini memperlihatkan bagaimana musuh terlalu terdesak dan gerun dengan kekuatan PAS. Rakyat melihat PAS konsisten tidak "tenggelam timbul" dalam memperjuangkan Islam dan hak rakyat. Menjadikan ruang untuk memburukkan PAS tidak ada. Akhirnya hanya dengan jalan fitnah sahaja mampu mewujudkan telahan negatif terhadap PAS.

Musuh politik PAS sedar tempias kekuatan, kebangkitan dan penerimaan rakyat pada PAS di negeri Selangor sedikit sebanyak memberi kesan positif pada rakyat di negeri-negeri lain. Akibatnya bertali arus mereka merancang untuk memburukkan PAS.

Isu bergabung dengan Umno adalah modal "basi" yang sengaja dimainkan. Kita yakin mereka yang makan sesuatu yang "basi" pasti akan sakit. Sudah berulang kali Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan tiada gabungan bersama Umno.

Tuan Guru orang yang paling berhak menafikan kerana beliau adalah Presiden parti tetapi tidak dihiraukan. Sama ada tidak percaya atau sengaja tidak percaya, maka isu bergabung dengan Umno terus "diwiridkan".

Seluruh rakyat di negeri Selangor bahkan di seluruh negara tahu keprihatinan perjuangan PAS membela rakyat. Pencapaian dalam kerja-kerja Amal kebajikan dilaksanakan oleh semua ahli PAS sama ada di kawasan yang dimenangi oleh PAS atau kawasan yang PAS tidak bertanding.

Fitnah yang dilemparkan untuk memburukkan PAS tidak memberi apa-apa kesan pada gerak kerja PAS. Bahkan rakyat boleh melihat sendiri kebenarannya.

Dewan Pemuda PAS Selangor memberi ingatan pada mereka yang menyebarkan fitnah, ayuh "bertempur" di medan terbuka. Medan pilihan raya (PRU14) yang akan tiba. Jangan jadi seperti seorang yang bacul hanya dengan menyebar fitnah dan berselindung di belakang topeng media.

Walaupun PAS tidak mempunyai "kuasa 10" seperti rakan parti lain tetapi Pemuda PAS yakin dengan kebenaran perjuangan. Ini azimat perjuangan walau berbagai tekanan yang diterima.

Namun adatnya lagi kuat tekanan yang diterima, akan lagi kuat kebangkitan itu berlaku. Ibarat menekan bola di dalam air, bola hanya tenggelam sebentar dengan tekanan itu sebaliknya akan bangkit melambung tinggi. Justeru hentikan fitnah, mari berdepan secara anak jantan! - HARAKAHDAILY 22/9/2016

Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor.

Sumber HD - 22-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































PAS Selangor sambut baik tiada pilihan raya mengejut

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42558-pas-selangor-sambut-baik-tiada-pilihan-raya-mengejut

KUALA LUMPUR: PAS Selangor menyambut baik kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan negeri tidak perlu dibubarkan awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, ia keputusan yang baik kerana mandat diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu jelas untuk Pakatan menerajui pentadbiran negeri.

“Mandat daripada rakyat cukup jelas kepada kerajaan yang dipilih, ketiga-tiga parti ketika itu adalah untuk lima tahun.

“Yang penting adalah pendirian kerajaan negeri bahkan Menteri Besar pun sudah membuat kenyataan bahawa tidak perlu, saya ingat itu keputusan yang terbaik,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan supaya Selangor mengadakan pilihan raya negeri lebih awal.

Tambahnya, blok pembangkang di Selangor perlu menyelesaikan dahulu kemelut formula satu lawan satu bagi menghadapi Umno Barisan Nasional (BN) sebelum bertindak mengadakan pilihan raya mengejut.

“Yang penting adalah bagaimana formula satu lawan satu yakni blok pembangkang lawan blok Umno BN boleh berlaku. Itu peluang yang terbaik untuk kita bertanding dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin berkata tiada keperluan untuk kerajaan negeri itu mengadakan pilihan raya lebih awal.

Katanya, mandat diberikan untuk mentadbir Selangor tidak boleh dikhianati sewenang-wenangnya.

Sumber HD - 21-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Henti fitnah persempadanan semula untungkan PAS S'gor














HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42555-henti-fitnah-persempadanan-semula-untungkan-pas-s-gor

Kami terkejut apabila terdapat tuduhan pihak media bahawa persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguntungkan PAS di Selangor.

Kami melihat tuduhan ini berniat jahat dan tidak berdasarkan fakta.

Kerusi-kerusi PAS di Selangor juga menerima kesan yang besar akibat dari cadangan SPR itu.

Cadangan tersebut hanya menguntungkan Umno dan tidak memihak kepada parti-parti lain termasuk PAS.

Terdapat Daerah-Daerah Mengundi (DM) di mana PAS telah menang pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU 2013) dikeluarkan dari kawasan Dewan Negeri PAS.

Manakala terdapat DM yang dimenangi oleh BN dari kawasan yang lain dimasukkan ke dalam kawasan PAS.

Contohnya bagi kawasan Pesuruhjaya PAS, kawasan Dewan Negeri Chempaka.

5 DM yang dimenangi oleh PAS pada PRU13 telah dikeluarkan dari kawasan tersebut. DM itu adalah Taman Dagang, Taman Cahaya, Pandan Mewah, Kg Baru Ampang 3 dan Pandan Indah Jalan 5.

Sementara DM Kg Cheras Baru Timur dari kawasan Teratai yang dimenangi oleh BN pada PRU13 dimasukkan ke dalam Chempaka.

Akibat dari itu berdasarkan keputusan PRU13, majoriti bagi Chempaka akan berkurangan 1,829 undi.

Perkara yang sama juga berlaku pada banyak kerusi-kerusi PAS.

Malah juga berdasarkan keputusan PRU13, terdapat kerusi Dewan Negeri dan kerusi Parlimen yang PAS akan kalah. Ini termasuk kerusi yang disandang oleh Exco PAS.

Jelas sekali persempadanan ini tidak menguntungkan PAS.

Oleh yang demikian, kami menggesa pihak yang menyebarkan fitnah ini menghentikan tindakan mereka.

Jika mereka tidak pandai mengira, kami bersedia menyediakan kelas matematik untuk mereka. Malah Pusat-Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) kami bersedia menerima mereka.

Sehingga itu kami menggesa rakyat agar menolak tuduhan-tuduhan tersebut.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
20 September 2016 - HARAKAHDAILY 20/9/2016

Sumber HD - 20-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































PRU14: Daftar sebelum berakhir Sept

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/42483-pru14-daftar-sebelum-berakhir-sept

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi sebelum berakhir September ini dibimbangi bakal terlepas peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan sebelum pertengahan 2017.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata beliau dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal menggunakan senarai daftar pemilih dikemaskini sehingga September sekiranya pilihan raya diadakan pada setengah tahun pertama 2017.

“Saya nasihatkan bagi mereka yang dah cukup umur supaya mendaftar sebelum Oktober ini bagi membolehkan nama mereka tersenarai dalam daftar pengundi jika pilihan raya diadakan pada Mac nanti.

“Kalau mereka lewat kemungkinan mereka tidak dapat mengundi melainkan kalau pilihan raya diadakan lebih lewat lagi,” katanya dipetik SelangorKini.

Jelasnya, kegagalan orang ramai mengundi dalam pilihan raya nanti hanya merugikan berikutan rakyat mempunyai hak untuk menentukan pilihan dalam pilihan raya seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Katanya, undian rakyat dalam pilihan raya menjadi lebih penting dalam menentukan hala tuju negara ketika berhadapan dengan pelbagai kemelut getir yang tentunya melibatkan nasib rakyat.

Sumber HD - 14-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Pemuda PAS Selangor selar tindakan perlekeh mufti

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42408-pemuda-pas-selangor-selar-tindakan-perlekeh-mufti

DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor menyambut baik saranan sahibus samahah Mufti Wilayah Perseketuan Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyeru supaya ahli parlimen Islam menyokong pindaan RUU 355 yang dicadangkan oleh MP Marang, TG Haji Abdul Hadi Awang.

Kepekaan Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tentang keperluan dan hak orang orang Islam untuk diperjuangkan perlu disambut dengan hati yang terbuka oleh seluruh umat Islam.

Gesaan dan saranan yang dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan ini dibuat setelah penelitian dan pemahaman yang jelas tentang usaha memartabatkan syiar umat Islam dan memerkasakan mahkamah syariah setelah lebih 30 tahun tidak dikemaskini.

Sehubungan dengan itu, DPPNS juga mengecam tindakan sebahagian pemimpin Melayu Islam yang memperlekehkan tindakan Mufti WP ini. Terbaru, kenyataan media yang disiarkan sinar harian menyebut bahawa MP Parit Buntar cuba merendahkan tindakan Mufti WP, yang turut menjadi seperti suara sebahagian parti politik yang dianggotainya.

Nasihat kami kepada ahli politik yang bersikap demikian ialah supaya bersegera muhasabah dan kembali ke pangkal jalan.

Tindakan menuduh Mufti WP tidak memahami isu RUU 355 dan perlu mendengar perbahasan adalah satu kenyataan dangkal dan sangat menggambarkan sebuah pemikiran yang begitu alergik dengan usaha demokrasi umat Islam untuk menyebut Islam.

Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri terkenal dengan sikap proaktif mendengar dari semua pihak tentang usaha usaha memperkasakan akta 355, beliau telah menerima banyak lawatan dari NGO, PAS dan badan badan lain tentang hakikat sebenar RUU 355.

Tidak seperti pemimpin parti politik baru yang ditubuhkan setahun lepas yang sengaja menafikan hakikat sebenar tujuan pindaan RUU 355 yang sengaja menjadikan alasan teknikal untuk menolak pindaam tersebut.

Maka, ditegaskan sekali lagi bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong penuh saranan mufti Wilayah dan menyelar tindakan negatif Pemimpin Parti Politik Islam yang sengaja menegatifkan saranan tersebut yang boleh merugikan Islam yang dianuti di negara ini.

USTAZ AHMAD HAKIMI OTHMAN
Pengarah Jabatan Penerangan
Dewan Pemuda PAS Selangor
Selasa | 6 September 2016 – HARAKAHDAILY 6/9/2016

Sumber HD - 6-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































RUU355: Desak ahli parlimen dengar suara Muslim

SHAHRIL RIZAL SAIDON | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42290-ruu355-desak-ahli-parlimen-dengar-suara-muslim

GOMBAK: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) yang diwakili Ust Hanafi Zulkafli selaku Timbalan Ketua Pemuda merangkap Pengarah Task Force RUU355 Pemuda PAS Selangor pagi ini mengadakan Pertemuan Mahabbah dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia di Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor di Gombak.

Musa Awang selaku Presiden PGSM menyambut baik pertemuan yang diadakan bagi membentuk kerjasama memberikan penerangan kepada masyarakat umumnya dan khususnya kepada Ahli Parlimen menjelang perbahasan di Dewan Rakyat Oktober nanti.

Dalam petemuan tersebut, Tajuddin selaku Setiusaha PGSM berkata rakyat sewajarnya mendesak ahli-ahli parlimen agar menyokong pindaan RUU355 di Parlimen. Tiba masa ahli parlimen kini perlu mendengar suara rakyat bagi menaikkan kedudukan Mahkamah Syariah.

Naib Ketua DPPNS Ustaz Abdul Mu'izz Muhammad berkata, jika kempen sokong RUU355 hanya ditumpukan kepada rakyat, realitinya tidak membawa kesan yang signifikan. Hal ini kerana, bukan mereka yang boleh menyokong pindaan di parlimen. Ruang rakyat hanya ketika di pilihan raya. Sebaliknya yang benar-benar menentukan kejayaan pindaan ini adalah ahli-ahli parlimen.

Saat inilah, rakyat sepatutnya menggunakan kuasa mereka untuk mendesak ahli parlimen masing-masing agar menyokong RUU355. Barangkali survival politik ahli-ahli parlimen kali ini, bergantung kepada kebersamaan mereka dengan pengundi yang menyokong RUU355.

Dalam pertemuan tersebut pihak Taskforce merakamkan jutaan terima kasih kepada PGSM yang sudi bertandang ke Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPPNS Irman Abd Wahab, Fairus Nizam Zainal Abidin selaku Penolong Setiausaha 2 DPPNS dan wakil daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) serta beberapa orang ahli PAS. – HARAKAHDAILY 26/8/2016

Sumber HD - 26-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































RUU355: Pemuda PAS Klang bertemu Ahli Parlimen Klang

HARAKAHDAILY | .




http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42211-ruu355-pemuda-pas-klang-bertemu-ahli-parlimen-klang                                                                                                                                                                                                                                                                                                       KLANG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang menerusi Ketua Pemudanya Saiful Rizal Saidon dan Exco DPP Klang mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago di pejabatnya malam tadi.

Dalam pertemuan tersebut Pemuda PAS Klang menerangkan apa yang terkandung di dalam RUU 355 yang akan di bentang di Dewan Parlimen pada sidang yang akan datang.

Hasil daripada perbincangan dan penerangan yang diberikan ia menghasilkan satu natijah dan keputusan yang positif berkenaan Pindaan Rang Undang-undang Akta 355 itu.

Pemuda PAS Klang yakin dengan adanya penjelasan dan sesi soal jawab dapat memberikan pemahaman dan penerangan yang lebih jelas malah ia disambut baik oleh Ahli Parlimen DAP itu.

Beliau turut menjemput Pemuda PAS Klang mengadakan pertemuan sesi yang kedua sebelum pembentangan pada bulan Oktober nanti.

Perkara lain turut di maklumkan dalam pertemuan tersebut antaranya isu infrastruktur jalan raya di Pulau Indah yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Barat yang mana faktor keselamatan penduduk di sekitar kawasan Pulau Indah juga pekerja pelabuhan dan industri yang menjadi pintu masuk utama dagangan ke Malaysia.

Hasil tinjauan yang dibuat mendapati bahawa kerosakan permukaan jalan yang teruk, kesan daripada  kenderaan berat dan hanya beberapa lampu jalan yang berfungsi sepanjang 9 Kilometer perjalanan pergi dan balik menyebabkan keselamatan terutama sekali penunggang motosikal tidak terjamin.

Maklum balas yang diterima dalam pertemuan tersebut adalah jawapan daripada pihak Jabatan Kerja Raya yang memaklumkan kemalangan tetap akan berlaku sama ada jalan itu di baiki ataupun tidak .

Turut dimaklumkan dalam pertemuan tersebut adalah isu rumah perjudian, warga asing dan kedai menjual arak yang semakin membiak di merata tempat yang juga tidak disenangi oleh Ahli Parlimen tersebut.

Pemuda PAS Klang akan tetap komited memperjuangkan nasib rakyat dari masa ke semasa membantu masyarakat dan ruang kerjasama akan tetap disalurkan agar masyarakat dapat menjalankan aktiviti harian dengan selamat dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 19/8/2016                                                                                                                                                                                      Sumber  HD  - 19-8-2016                     
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































RUU 355 buka kejayaan jalan dakwah

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42206-ruu-355-buka-kejayaan-jalan-dakwah                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Sejarah tercatat tanggal 26 Mei 2016 yang lalu apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjaya membentang Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah (1965).

Kejayaan ini telah membawa ruang kepada semua entiti kerajaan, NGO, persatuan, masyarakat muslim dan non muslim secara positif mahupun negatif ke arah dialog dan perbincangan yang boleh membawa kepada kefahaman dalam memahami tugasan dan tanggungjawab sebagai muslim dalam mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seorang muslim.

Kita dapati kini semua pihak yang telah memulakan langkah berani untuk berbicara dan berbincang secara terbuka dalam forum, dialog, wacana yang melibatkan wakil kerajaan dan pembangkang.

Suasana kini kita dapat melihat para ilmuan, dan juga pengamal undang-undang mula membuka mulut dan minda mencambah idea dalam membantu usaha murni ini.

Task force RUU 355 Dewan Pemuda PAS Selangor digerakkan bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti mengajak rakyat khususnya negeri Selangor dapat mendapat maklumat tepat berkaitan dengan usaha murni ini.

Pihak task force juga mengharapkan anak muda dan seluruh rakyat Selangor mengambil peluang yang ada untuk mendapat maklumat berkaitan dari sumber yang tepat.

Perkara ini mampu menjadi kita rakyat boleh menilai sesuatu untuk menerima atau menolak melalui fakta bukan berbentuk persepsi semata-mata.

Saranan juga kepada wakil rakyat yang mewakili parti masing-masing supaya jauhkanlah isu ini dipolitikkan sehingga tergadai hasrat umat Islam dalam usaha menaik taraf Mahkamah Syariah dalam kerangka demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan

USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Pengarah Task Force RUU 355
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 18/8/2016                                                                                                                                                                                                                      Sumber HD - 18-8-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Perlaksanaan syariat wajib diutamakan

ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42207-perlaksanaan-syariat-wajib-diutamakan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  MEREKA cuba mengesampingkan perlaksanaan undang-undang Islam dengan beralasan bahawa ia bukanlah satu-satunya syariat Islam. Kata mereka, banyak lagi syariat Islam yang lain. Utamakan keadilan, kerana itu adalah perlaksanaan syariat yang utama dan besar.

Apa yang terlintas:

1.Tiada sesiapa yang mendakwa bahawa undang-undang Islam adalah satu-satunya syariat. Sebaliknya ia adalah sebahagian dari syariat Islam yang tidak boleh ditolak.

2.Solat, puasa, sedekah, nikah, berpolitik dan lain-lain semuanya merupakan sebahagian dari syariat Islam. Namun tiada siapa yang berani mengesampingkan arahan-arahan tersebut atas alasan 'itu semua hanya sebahagian dari syariat Islam'.

3.Sikap mencipta alasan dan selektif terhadap arahan-arahan Allah merupakan sikap yang mencederakan iman.

4.Melaksanakan keadilan merupakan ayat yang salah kerana keadilan bukan perlaksanaan. Sebaliknya ia adalah hasil yang tercerna setelah melaksanakan aturan-aturan Islam di setiap urusan. Sebagai contoh, masalah jenayah negara perlu dibendung dengan melaksanakan hudud, qisas dan ta'zir demi mengembalikan keadilan kepada semua.

5.Kata-kata mereka bermotif jahat. Umpama mengejek orang yang sedang bersiap mendirikan solat, tiba-tiba mereka berkata "Buat apa sibuk-sibuk solat, banyak lagi syariat yang lain". Jelas motif mereka ingin mengajak orang ramai agar meringankan, melengahkan akhirnya meninggalkan terus komitmen terhadap syariat Islam.

6.Yang lebih mengecewakan, sikap beralasan mereka menyebabkan mereka menghalakan serangan dan prejudis terhadap gerakan Islam yang konsisten memulihkan negara dengan undang-undang Tuhan.

7.Laras bahasa mereka lebih dilihat sebagai terjemahan kepada konsep sekular. – HARAKAHDAILY 18/8/2016

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor                                                                                                                                                                                                                                 Sumber  HD - 18-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































PAS Selangor yakin Gagasan Sejahtera dikongsi rakyat

HARAKAHDAILY |                                                                                                                                                                                                                                                   http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42158-pas-selangor-yakin-gagasan-sejahtera-dikongsi-rakyat                                                                                                                                           

 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    PAS Selangor mengalu-alukan penubuhan Gagasan Sejahtera atau Gagasan yang dipimpin oleh PAS dan buat masa ini dianggotai oleh PAS dan Ikatan.

Penubuhan Gagasan yang merupakan blok ketiga memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia.

Ia juga bermakna lebih banyak bentuk penyelesaian kepada masalah negara akan dibentangkan kepada rakyat.

Ia akan menyuburkan dan mematangkan lagi amalan demokrasi di Malaysia

Kewujudan berbilang blok politik bukan satu perkara yang asing di negara-negara maju.

Oleh yang demikian pemimpin-pemimpin politik perlu mengambil sikap yang terbuka dengan penubuhan Gagasan.

PAS Selangor yakin Gagasan akan berkembang dengan lebih banyak parti politik sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Malah kami yakin Gagasan akan didukung oleh NGO-NGO dan tokoh-tokoh yang berpengaruh.

Aspirasi Gagasan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia yang gagal dilakukan oleh Barisan Nasional dikongsi oleh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
12 Zulkaedah 1437 / 15 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 15/8/2016                                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 15-8-2016                      
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Selangor kecam tuduhan Sarawak Report

































































































































































































































HARAKAHDAILY | .



 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42097-pas-selangor-kecam-tuduhan-sarawak-report                                                                                                                                                                                                                                                                                                              KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengecam tuduhan Sarawak Report yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, dakwaan itu bukan berdasarkan fakta atau bukti  tetapi berdasarkan 'kecurigaan yang meluas'.

Oleh yang demikian, katanya dakwaan itu adalah khabar-khabar angin semata-mata.

"Khabar angin yang kami yakin diwujudkan oleh mereka yang berniat jahat untuk memburukkan PAS.

"Kami juga yakin rakyat akan menolak dakwaan ini kerana ia adalah tidak lebih dari 'sembang-sembang kedai kopi'," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau menambah, jika 'sembang-sembang kedai kopi' boleh dianggap sebagai bukti yang kukuh, maka masyarakat akan menjadi huru-hara. - HARAKAHDAILY 9/8/2016                                                                                                                                                                                                               Sumber  HD - 9-8-2016                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------      
































































































































































































































Pemuda S’ngor wujudkan FB rasmi task force RUU355

HARAKAHDAILY | .


                                                                                 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42025-pemuda-s-ngor-wujudkan-fb-rasmi-task-force-ruu355                                                                                                                                                                                                                                                                                                        SELAMAT berkunjung ke laman rasmi Facebook Task Force RUU 355 peringkat Dewan Pemuda PAS Selangor (www.facebook.com/supportruu355).

Ia berkaitan usul persendirian Rang Udang-Undang pindaan Akta 355 bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang dalam Persidangan Parlimen pada 26 Mei 2016 baru ini.

Usul persendirian yang dikemukakan adalah untuk meminda Rang Undang-Undang Akta 355 dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah agar lebih diperkasakan lagi demi kelangsungan dan keizzahan Syariah Islam. Rakyat dalam negara kita sudah sedia maklum bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah diperuntukan untuk umat Islam sahaja.

RUU 355 sekarang ini digunapakai hanya memperuntukan hukuman yang boleh dijatuhkan di Mahkamah Syariah tidak melebihi 3 tahun penjara, denda RM 5000 dan 6 kali sebatan. Dalam erti kata yang lain peruntukan undang-undang dan hukuman yang sedia ada tidak lagi menggerunkan mereka yang melakukan kesalahan. Bahkan akta tersebut sudah lama dan kali terakhir dipinda pada tahun 1984 dahulu. Ini bererti sudah 32 tahun digunapakai tanpa ada apa-apa pindaan.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Selangor melalui Task Force RUU 355 ‪#‎supportRUU355‬ mengajak seluruh umat Islam agar berusaha untuk mendapatkan maklumat berhubung pindaan RUU Akta 355 yang akan dibentangkan nanti sekaligus mengharapkan sokongan semua.

Termasuklah dikalangan masyarakat bukan Islam. Ini kerana pemerkasaan RUU 355 ini sedikit sebanyak akan membawa kepada ruang peningkatan keamanan dan keselamatan sejagat.

Task Force RUU 355 Dewan Pemuda PAS Selangor ini akan berusaha menyalurkan sebaik mungkin informasi demi kefahaman bersama seluruh ahli masyarakat. Di samping itu, kami mengharapkan doa dan munajat semua agar usaha ini dipermudahkan Allah SWT dan mendapat sokongan padu dari seluruh rakyat Malaysia.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
28 Syawal 1437H | 2 Ogos 2016 – HARAKAHDAILY 2/8/2016                                                                                                                                                                                                                               Sumber HD - 2-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kejayaan PAS dalam isu Selena Gomez

ALANG IBN SHUKRIMUN | .                                                                                                                                                                                                                  http://m.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/41982-kejayaan-pas-dalam-isu-selena-gomez                                

WALAUPUN tidak berjaya membatalkan konsert Selena Gomez, setidak-tidaknya dia datang dengan pakaian yang lebih sopan daripada sebilangan artis tempatan.

Jika dibanding penampilannya di pentas-pentas konsert negara lain, nampaknya dia memberi penghormatan kepada Malaysia dengan pakaiannya semalam. Satu tamparan hebat buat artis Melayu muslim di Malaysia.

Saya kira ini satu kejayaan buat Dewan Pemuda PAS yang membantah. Saya yakin penampilan Selena Gomez adalah setelah tekanan dan desakan dibuat terhadap pihak penganjur dan pimpinan negara.

Walaupun matlamat asal iaitu membatalkan terus tidak tercapai, setidaknya ia memberi kesan kepada keadaan penganjuran konsert tersebut.

Ini membuktikan PAS telah memainkan peranan yang betul sebagai pengimbang kepada kerajaan. Itulah peranan parti pembangkang dalam sistem demokrasi.

Bukan sekadar memikirkan untung rugi mereka dalam pilihan raya akan datang sahaja, tetapi turut menegur dan memperbaiki urustadbir kerajaan di luar musim pilihan raya.

Walaupun tindakan ini hanya memberi imej baik kepada penganjur dan kerajaan, tetapi bantahan dan teguran tetap perlu dilakukan.

PAS tidak boleh hanya fikir keuntungan dari sudut undi sahaja, tetapi lebih penting dari itu adalah mengawal negara semampu mungkin dengan manhaj syariat dan kebijaksanaan dari terbabas dalam bidang kuasa yang ada. PAS juga adalah gerakan dakwah dan tarbiyah selai dari siasah.

Ramai tidak sedar, keberadaan PAS di persada politik sentiasa memberi kesan kepada transformasi kepimpinan negara ke arah yang lebih baik. Sejak merdeka, sudah berapa banyak manifesto yang PAS kemukakan ditiru oleh kerajaan.

Sudah berapa banyak corak pentadbiran Kelantan ditiru oleh kerajaan. Sudah berapa banyak demonstrasi dan isu yang PAS suarakan menyebabkan kerajaan terpaksa memperbaiki tindakan mereka.

Justeru janganlah hanya mengukur kejayaan PAS melalui undi yang diperolehi atau bilangan kerusi di dewan sahaja. Angka bukanlah penanda aras paling tepat dalam dunia sains sosial.

Ukuran sebenar perlu dibaca dengan membelek lembaran sejarah sejak penubuhan PAS dan semua pengaruhnya terhadap isu-isu yang berlaku. Andaian apa yang akan berlaku jika PAS tidak berperanan itulah kayu ukur yang lebih relevan.

Adakah ini bermakna memadai untuk PAS kekal sebagai pembangkang selama-lamanya? Itu terpulang kepada kepercayaan yang rakyat berikan.

Matlamat PAS adalah supaya negara tercinta dapat keluar dari semua belenggu masalah agama, politik, ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, keselamatan dan sebagainya sebagaimana yang ditunjukkan Islam.

Jika sudah ada pihak yang berjaya melaksanakannya, bermakna matlamat perjuangan PAS telah tercapai. Maka sebagaimana yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz, boleh jadi PAS akan dibubarkan!

Inilah salah satu bentuk Budaya Politik Matang dan Sejahtera! – HARAKAHDAILY 27/6/2016                                                                                                                                                                             Sumber HD - 27-6-2016                                                                                                                           ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  
































































































































































































































Perumahan: Kementerian harus fokus 'root cause'

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                    http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41981-perumahan-kementerian-harus-fokus-root-cause                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      PAS Selangor mengalu-alukan keprihatinan Tan Sri Noh Omar terhadap kebajikan rakyat Selangor setelah sekian lama menyepi. PAS Selangor juga mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau sebagai menteri di Kementerian Kesejahteraan Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kami menyambut baik cadangan beliau untuk mentransformasikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) khususnya di Selangor. Namun, idea ini sebenarnya sudah patut dilaksanakan lebih awal lagi oleh Kerajaan Persekutuan.

Atas dasar keprihatinan, kerajaan negeri tidak mahu mengorbankan keselesaan penduduk, apabila pada tahun 2014 telah memperuntukkan RM7.5 juta untuk membaikpulih dan menaiktaraf PPR Kota Damansara, PPR Kampung Baru Hicom, dan PPR Serendah. Ini tidak termasuk peruntukan skala kecil yang sebenarnya telah diluluskan sejak 2012 lagi.

Projek-projek baik pulih ini amat dinantikan oleh rakyat memandangkan PPR-PPR berusia lebih 10 tahun, dan tidak diselenggara dengan baik pada zaman pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

PAS Selangor agak kecewa apabila seorang bertaraf menteri mengenengahkan idea yang telahpun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Malah, idea yang dicanangkan adalah perkara-perkara yang sememangnya tugas kementerian beliau seperti pembinaan PPR, penyelenggaraan lif dan penyelesaian lokasi pusat sampah. Sekiranya idea beliau diukur dari segi kualiti kerja, ia hanyalah sekadar "meets requirement".

PAS Selangor menggesa beliau agar menghasilkan idea-idea yang "exceed requirement". Beliau seharusnya sudah maklum bahawa salah satu punca masalah perumahan adalah kepadatan penduduk yang tinggi di pantai barat. Kementerian beliau wajib mengkaji taburan kepadatan penduduk Pantai Barat dan Pantai Timur di Semenanjung Malaysia serta pola-pola penghijrahan rakyat.

Daripada pelaksanaan polisi-polisi hasil kajian tersebut, beliau dapat menghasilkan taburan serta permintaan perumahan yang sekata di seluruh Malaysia dan seterusnya mengawal harga perumahan.

Sehingga kini, rakyat masih mendambakan polisi yang sebegini daripada menteri-menteri Umno dan Barisan Nasional. Mungkin Tan Sri Noh Omar dan rakan sejawatnya lebih gemar berbincang dan melihat penyelenggaraan lif, daripada polisi menyeluruh demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Bertunjangkan budaya politik matang dan sejahtera, PAS Selangor menjemput Tan Sri Noh Omar untuk turun ke Negeri Selangor bersama Datuk Iskandar Abd Samad agar kami dapat berkongsi kejayaan program-program Kerajaan Negeri Selangor mungkin program-program ini boleh dimanfaatkan di negeri-negeri yang terajui Barisan Nasional.

Mohd Prasad Hanif
Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor.                                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber HD - 26-7-2016                                                                                                                             --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Ceria: RM33.3 juta baik pulih pangsapuri kos rendah

HARAKAHDAILY | .

                                              


















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41965-ceria-rm33-3-juta-baik-pulih-pangsapuri-kos-rendah                                                                                                                                                                                                                                                                                        KUALA LUMPUR: Penduduk yang memohon peruntukan membaikpulih kediaman mereka di bawah Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan atau Ceria boleh menyemak status permohonan mereka pada laman web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, penduduk boleh membuat semakan status terus tanpa perlu bertanya kepada JMB atau MC.

“Sebelum ini terdapat penduduk tidak diberitahu JMB dan MC status permohonan mereka dan akhirnya ada yang menyalahkan kerajaan negeri,” katanya dipetik SelangorKini.

Menurutnya, sejak 2012, sebanyak 171 kawasan pangsapuri kos rendah dibaikpulih di bawah Ceria melibatkan RM33.3 juta dengan kerja di 44 kawasan sedang dilaksanakan.                                                                                                                                                                                                               Sumber HD - 25-7-2016                                                                                                                             ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































Azwan Ali sokong Pemuda PAS
Posted on Friday, July 22 @ 20:32:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar                                                                                                     

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31112



Selain menyokong tindakan Pemuda PAS membantah konsert Selena Gomez yang akan berlangsung Isnin ini, selebriti kontroversi Azwan Ali turut menyifatkan acara itu sebagai "konsert neraka".

Menyuarakan kelantangan seperti dirinya yang selalu, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA memuat naik status itu menerusi akaun Instagram miliknya.

“Hidup PAS, pemuda Selangor kerana lantang menentang #KonsertNeraka Selena Gomez.

“Diva AA menyokong penuh PAS,” tulisnya.
 
 Beserta status berkenaan, Azwan turut memuat naik gambar bendera PAS.

Konsert Selena Gomez dijadual berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada minggu depan.

Tetapi belum pun bermula, konsert berkenaan mendapat bantahan daripada Pemuda PAS yang mendakwa aktiviti itu boleh mencemarkan kemuliaan Syawal.

Sementara itu, kerajaan Selangor pula menyatakan mereka tidak akan membatalkan konsert berkenaan sekiranya penganjur dan penyanyi mematuhi segala syarat ditetapkan.

Menerusi ruang yang sering dijadikan tempat luahan perasaan itu, Azwan turut memuat naik status kedua.

Bagaimanapun kali ini dia seolah-olah menyindir abagnya sendiri yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Hiburan melalai, gejala sosial, fitnah tersebar menjadi semakin serius tetapi usaha kerajaan Selangor besarkan Selena Gomez? Mufti Selangor? Kenapa senyap?” soalnya.

Kenyataan Azwan itu turut dimuat naik berserta hash tag #JUMAATterindah #masjidKLCC dan #abokpuntarakkkkk.

Sementara itu hari ini salah seorang wakil PAS dalam kerajaan Selangor Datuk Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan semua masjid di negeri itu mengadakan solat hajat bagi memohon konsert berkenaan dibatalkan.

Tiada arahan dikeluarkan

Yunus yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi berkata umat Islam tidak merestui konsert dan hiburan melampau yang hanya akan mengundang bala daripada Allah.

"Umat Islam tidak akan reda dan merestui segala bentuk hiburan yang melampau termasuklah konsert Selena Gomez yang akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

"Semua masjid di Negeri Selangor diarahkan mengadakan solat hajat selepas solat jumaat atau pada bila-bila masa yang sesuai sebelum konsert itu berlangsung untuk memohon kepada Allah SWT semoga konsert tersebut dibatalkan dan negeri Selangor yang kita cintai ini tidak ditimpa bala bencana.

"Juga diberikan hidayah oleh Allah SWT kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran konsert ini," katanya.

Azmin dipetik berkata konsert itu akan diteruskan, walaupun mendapat bantahan dengan alasan pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata penampilan seksi artis itu bukan perkara penting dan tidak sepatutnya dijadikan isu.

"Seksi itu ciptaan tuhan dan subjektif, jangan terlalu teruja mengenainya, kebanyakan peminat lebih tertarik dengan lirik lagu yang disampaikan oleh penyanyi berkenaan," katanya.

Sementara itu petang tadi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyatakan mereka tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada mana-mana masjid atau surau di negeri itu mengadakan solat hajat berkaitan konsert Selena.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata sebarang keputusan membatalkan konsert tertakluk kepada bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Ianya berada di luar bidang kuasa JAIS," katanya.                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber TKO - 22-7-2016                                                                                                                          ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































 PPMM gesa mufti bertegas bantah konsert Selena Gomez

HARAKAHDAILY | .



















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41934-ppmm-gesa-mufti-bertegas-bantah-konsert-selena-gomez                                                                                                                                                                                                                                                                         
 PIHAK PPMM (Professional) membantah dan mengesa pihak berkuasa kerajaan negeri Selangor agar membatalkan segera konsert Salena Gomez dengan serta merta.

Penganjuran  konsert yang seumpama ini telah mengambarkan bahawa pihak yang terlibat masih bergerak kebelakang dalam membina budaya bangsa yang sihat menurut kaca mata Islam.

PPMM tertanya-tanya, budaya bangsa yang bagaimanakah yang ingin kerajaan Selangor  serapkan untuk menjadi nilai budaya kepada masyarakat Malaysia.

Kelulusan  yang diberi ke atas konsert seumpama ini, secara tidak langsung  kerajaan Selangor telah memberi "endorsement" kepada corak budaya yang dibawa bersamanya  untuk dipertontonkan kepada masyarakat.

Pihak PPMM memohon dan mencadangkan para mufti memberi pandangan mereka kepada penganjuran hiburan seumpama ini di Malaysia.

Kami ingin mendengar pandangan Mufti Perlis, Mufti Pahang, Mufti Wilayah, Mufti Perak dan Mufti Selangor sendiri, tidaklah wajar pada fikiran kami, para mufti mendiamkan diri berbanding kami yang hanya dari kalangan NGO muslim sahaja yang bersuara membantah.

Ini adalah masalah yang berkaitan dengan ummat Islam.

Pihak kami mengesa agar pihak yang terbabit memberi perhatian  kepada Garis Panduan Hiburan yang dikeluarkan oleh JAKIM yang diperakukan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ke 107 pada 11/2/15.

Kepedulian untuk memberi sedikit rasa hormat kepada institusi agama Islam sangatlah dialu-alukan sebagaimana peruntukan perlembagaan bahawa agama rasmi bagi persekutuan ini ialah Islam.

Oleh itu pihak PPMM berharap pihak yang ada kuasa pemutus untuk membatalkan konsert ini membuat pertimbangan semula terhadap keputusan awal mereka membenarkan konsert ini diluluskan untuk hiburan umum.

Kami sekali lagi mohon para mufti memainkan peranan mereka untuk menasihati pemerintah dan menjaga maslahah ummat, terutama penganut Islam di negara ini.

HAMDAN ABDULLAH
Presiden

Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia (Professional) - HARAKAHDAILY 22/7/2016                                                                                                                                                                                         Sumber HD - 22-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Gesa masyarakat Malaysia bantah konsert Selena

HARAKAHDAILY | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41933-gesa-masyarakat-malaysia-bantah-konsert-selena                                                                                                                                                                                                                                                                                                MAJLIS Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) membantah sekeras kerasnya penganjuran konsert kebaratan Salena Gomez The Rivival Tour yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai nanti.

Makpen juga menggesa Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Datuk Seri Azmin Ali agar dapat membatalkan konsert tersebut yang sejajar serta berdasarkan kepada Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak Jakim yang telah diperakukan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 Feb 2015 bagi menghormati dan menjaga sensitiviti umat Islam serta kesejahteraan masyarakat umum daripada budaya kebaratan yang dibawa oleh konsert tersebut.

Sayugia juga disarankan agar Jabatan Mufti Negeri Selangor dapat memberikan teguran dan nasihat kepada kerajaan negeri agar lebih berhati hati dalam meluluskan serta melaksanakan sesuatu program hiburan yang melampaui batas batas serta norma polisi kerajaan negeri dalam membangunkan masyarakat yang lebih aman, makmur dan sejahtera berdasarkan acuan negara kita sendiri.

Konsert barat Salena Gomez adalah merupakan manifestasi daripada gaya hiburan melampau barat yang akan mempromosikan budaya lalai serta hiburan yang menghayalkan generasi muda mudi, juga membawa budaya pergaulan bebas lelaki perempuan,budaya bebas minuman keras arak dan sehingga boleh membawa kepada gejala dadah yang menghayalkan serta ganas.

Semua budaya ini sangat bertentangan dengan nilai agama dan budaya negara kita yang lebih sopan dan lemah lembut.

Kenyataan Ean Yong Hian Wah, Exco Kerajaan Selangor kepada Sin Chew Jit Poh pada 20hb Julai yang menyokong konsert tersebut agar tetap dilangsung sangat dikesali dan seolah olah merestui budaya songsang yang bertentangan dengan nilai dan norma polisi membangun masyarakat yang lebih sejahtera di negeri Selangor.

Begitu juga kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon yang menyokong konsert tersebut diadakan dan diberi kawalan keselamatan yang secukupnya agar tidak diganggu agak pelik dan melucukan.

Beliau adalah Timbalan Menteri Pendidikan dan bagaimana mungkin beliau boleh menjadi promoter dan pelindung kepada suatu konsert yang songsang yang bertentangan dengan nilai nilai falasafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intektual, spritual dan rohani.

Apakah ini dasar pendidikan negara yang di fahami oleh Senator Chong ?

Sesungguhnya Makpen tidak menentang hiburan malah menyokongnya sekiranya membantu meningkatkan nilai nilai yang baik  dan tetap menghormati hak bukan muslim tetapi mistilah menepati aspirasi negara dan pembenaan budaya bangsa yang sejahtera dan berminda kelas pertama.

Konsert Salena Gomez jelas membawa budaya primitif lagi songsang yang bertentangan dengan adab susila budaya dan agama di negara ini.

Semoga kita dapat mengenal dan mengekalkan budaya bangsa kita yang luhur dan berbudi pekerti mulia ini.

MOHD ZAI MUSTAFA
Ketua Eksekutif                                                                      

MAKPEN – HARAKAHDAILY 22/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber HD - 22-7-2016                                                                                                                           ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Lagi bantahan konsert Selena Gomez

HARAKAHDAILY | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41932-lagi-bantahan-konsert-selena-gomez                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 SATU konsert penyanyi popular dan seksi dari Amerika Syarikat,  Selena Gomez akan diadakan pada 25 Julai ini di Stadium Melawati Shah Alam. Konsert yang telah mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam &dan juga kerajaan Negeri Selangor.

Urusan Ulamak Gombak membantah sekeras-kerasnya penganjuran konsert berkenaan atas beberapa sebab:

i.Konsert ini berlangsung pada saat Umat Islam di Malaysia masih lagi meraikan Bulan Syawal yang mulia ini.
ii. Konsert ini langsung tidak memberi sebarang manfaat dari sudut kebaikan dalam masyarakat malahan membawa kepada keruntuhan akhlaq dan moral kepada mereka yang hadir.
iii.Kita sudah membina satu persekitaran yang Baik di Negeri Selangor dan kita tidak mahu dengan penganjuran konsert ini dibimbangi  boleh mengundang bala dan azab Allah.

Sehubungan dengan itu Urusan Ulamak Gombak menyokong serahan memorandum kepada kerajaan negeri yang telah dibuat oleh Pimpinan Dewan Ulamak PAS Selangor pada hari Rabu yang lepas.

Urusan Ulamak Gombak juga menyokong kenyataan tegas dan berani yang telah dibuat oleh Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dr Ahmad Yunus dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada kebaikan pun konsert tersebut untuk masyarakat Islam. Penampilannya yang bertentangan syariat Islam di luar tetap akan memberi kesan kepada generasi muda.

Sehubungan dengan itu Urusan Ulamak Gombak menyeru kepada seluruh Umat Islam khususnya di Seluruh Gombak bagi menganjurkan solat hajat selepas solat Jumaat nanti bagi memohon kepada Allah Ta'ala agar diselamatkan bumi Selangor daripada musibah dan bala bencana akibat penganjuran konsert yang berkenaan.

USTAZ RAHIM NASIR
Ketua Urusan Ulamak Gombak
17 Syawal 1437H

22 Julai 2016 – HARAKAHDAILY 22/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 22-7-2016                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Islam tidak larang hiburan selagi ikut syariat

KHALID NAYAN | .

   

















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41928-islam-tidak-larang-hiburan-selagi-ikut-syariat                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              SATU konsert akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai 2016 yang juga mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Azmin Ali.

Konsert yang akan mempersembahkan seorang artis dari Amerika Syarikat iaitu Selena Marie Gomez yang juga diberi jolokan sebagai paling seksi. Pernah berperanan salah satu watak di dalam filem "Another Cinderella Story" juga pernah berpasangan dengan seorang penyanyi lelaki terkenal iaitu Justin Bieber.

Islam tidak pernah melarang dalam hiburan selagimana batas syariah dijaga tetapi sekiranya ada sikap melampau dalam hiburan sehingga membuka jalan kemaksiatan maka wajib ditutup jalan itu supaya umat Islam tidak terjebak dengan gejala tersebut.

Malangnya ada dalam kalangan umat Islam sendiri memberi jalan malah mengatakan "seksi itu ciptaan Tuhan" memang betul tetapi adakah tuhan membenarkan seksi itu di tayangkan di khalayak ramai?

Kalau kita lihat agama penyanyi tersebut yang memeluk agama Khatolik, mari kita lihat rahib-rahib mereka sendiri tidak menunjukkan keseksian malah menutup bentuk badan mereka. Bagaimana tiba-tiba ada umat Islam yang redha dengan keseksian itu ditayangkan di khalayak ramai  malah sehingga menghalang bilamana pihak PAS cuba menyekat konsert itu diteruskan demi menyelamatkan ummah.

Allah berfirman dalam surah At Taubah ayat 67:

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.

Oleh itu tanda sayangnya kami sesama muslim, marilah kita kembali kepada Islam sebenar, buangkan sifat-sifat yang boleh menyebabkan kita terhumban di dalam neraka Allah disebabkan kita menghalang kebaikan dan mengajak kepada kemungkaran.

Allah berfirman dalam surah At Taubah ayat 68:

وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ هِيَ حَسْبُهُمْ ۚ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ

Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.

Dengan ini kami dari Lajnah Dakwah Pas kawasan Klang membantah dengan sekerasnya konsert Selena Gomez yang akan berlansung di Shah Alam. – HARAKAHDAILY 22/7/2016                          

Penulis ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Klang 

                                                                                                                                                                  Sumber HD - 22-7-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                         Bantahan konsert Selena Gomez diteruskan

HANAFI ZULKAPLI | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41927-bantahan-konsert-selena-gomez-diteruskan                                                                                                                                                                                                                                                                                                             SETELAH Bantahan demi bantahan Dari Dewan Pemuda Pas Malaysia dan hari ini, Bantahan secara bersama Dewan-Dewan PAS Selangor telah di serahkan memorandum kepada Pihak YAB Menteri Besar Selangor agar mendapat perhatian daripada pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Program Konsert ini diteruskan.

Program yang akan berlansung pada 25 Julai 2016 ini, masih lagi memberi ruang kepada semua pihak tampil menyatakan bantahan terhadap aktiviti yang boleh merosakkan moral dan akhlak generasi pelapis anak-anak Selangor.

Dewan Pemuda PAS Selangor amat yakin, sekiranya suara rakyat yang cintakan kesejahteraan dalam negeri Selangor berterusan menyatakan bantahan terhadap Konsert ini, maka sudah pasti Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil perhatian.

Nabi pernah bersabda:

عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان . رواه مسلم
Sesiapa yang dalam kalangan kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangan (Kuasa), jika kamu tidak mampu, ubahlah dengan lidah, jika kamu tidak mampu, ubahlah dengan hati (bertindak memberi respon kebencian terhadap kemungkaran itu).

Jesteru itu, Dewan Pemuda PAS Selangor menyarankan semua pihak tampil khususnya pihak NGO, komuniti masyarakat, Surau-Surau dan Masjid-masjid menyatakan bantahan terhadap Konsert yang melalaikan ini kepada pihak PBT dan kerajaan negeri Selangor. – HARAKAHDAILY 22/7/2016                                                                                                                                                                           Sumber HD - 22-7-2016                                                                                                                           -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































Muslimat PAS Selangor istiqamah bantah hedonism

HARAKAHDAILY | .

                                             












http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41909-muslimat-pas-selangor-istiqamah-bantah-hedonism                                                                                                                                                                                                                                                                                              Dewan Muslimat Negeri Selangor Istiqamah Membantah Hiburan Hedonism, Teraju Seni Hiburan Berakhlak

‘Membangun generasi muda dengan pembangunan modal insan berteras model Nabi Muhammad saw, diselami hidangan seni hiburan yang membangun akal dan jiwa subur dengan tasbih dan tahmid memuji Allah swt’.

Ini adalah sebahagian misi dan cita-cita Dewan Muslimat PAS Malaysia dan juga misi dan cita-cita Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) membantah sekeras-kerasnya kehadiran artis luar negara yang akan datang, Selena Gomez yang nyata mencemar kemuliaan Syawal dan merosakkan asuhan dan didikan Ramadhan yang baru berlalu.

Seolah-olah, selesai sahaja bulan Ramadhan, gejala hiburan melampau dan tanpa batas ini ‘berpuasa’ seketika pada bulan Ramadhan dan kembali melepaskan 'nafas lega' dengan menghidangkan para belia dengan hiburan konsert seperti ini.

DMPNS yakin dengan kewujudan Garis Panduan Hiburan yang telah disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Malaysia (Jakim) untuk meluluskan dan memastikan aktiviti konsert dan perfileman sentiasa di dalam ruang lingkup yang telah ditetapkan, perkara ini seharusnya diambil berat secara serius oleh penganjur.

DMPNS menggesa agar pihak penganjur mengambil cakna tentang adat, budaya dan sensitiviti rakyat Malaysia serta kembali merujuk kepada garis panduan yang ada supaya keberlangsungan didikan dan asuhan Ramadhan dapat dipelihara daripada anasir-anasir yang tidak bermanfaat.

DMPNS komited dalam menyokong usaha-usaha mewujudkan industri hiburan dan seni yang membangun jiwa dan akal penggemar seni, bahkan juga dapat memelihara ruh dan kehormatan para penggiat industri seni.

Saban waktu kini, ramai penggiat seni yang semakin sedar dan berusaha untuk menghasilkan karya yang mendekatkan rakyat kepada Allah dan Rasul dan hal ini adalah sesuatu yang amat dihargai dan disyukuri.

Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 20/7/2016                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 20-7-2016                                                                                                                           --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------   
































































































































































































































PAS S'ngor kesal k'jaan negeri benarkan konsert Selena Gomez
Posted on Wednesday, July 20 @ 19:47:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31088

Pimpinan sayap kanan PAS Selangor kesal dengan tindakan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan konsert ‘Selena Gomez – The Revival Tour’ yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai ini.

Kekesalan itu dizahirkan apabila Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Selangor Riduan Rahmat, Timbalan Ketua Pemudanya Hanafi Zulkapli dan Ketua Muslimatnya, Wan Hasrina Wan Hassan menghantar memorandum bantahan di pejabat kerajaan negeri Selangor di Shah Alam petang tadi.
Ridzuan berkata, PAS tidak menolak hiburan tetapi konsert Selena ini dilihat boleh menjerumus kepada kehancuran dan mengundang masalah sosial di kalangan anak muda.
“PAS ini sebenarnya membenarkan hiburan tapi bila mana hiburan yang datang itu (tidak) membawa kepada kemungkaran dan kehancuran.
 “Isu konsert ini bukan masalah hiburan tapi gejala dan diri penyanyi itu yang dikenali seorang yang membawa simbol seksi yang merosakkan anak muda kita hari ini.” katanya kepada pemberita di Pejabat SUK.
Semalam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata konsert itu akan diteruskan, walaupun mendapat bantahan kerana pihak penganjur menepati semua syarat yang ditetapkan.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata penampilan seksi artis itu bukan perkara penting dan tidak sepatutnya dijadikan isu.                                                                                                          
Kesal Azmin anggap isu remeh                                                                                                               
Mengulas lanjut Riduan berkata pihaknya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Azmin kerana menganggap konsert itu sebagai isu remeh.
“Kita amat rasa sedih dan tidak puas hati seorang menteri besar yang beragama Islam anggap isu ini terlalu remeh,” kesalnya.
Hanafi pula berkata konsert ini wajar dihentikan kerana ia hanya akan memberi kesan buruk kepada generasi akan datang.
“Mewakili anak muda, kita tidak mahu anak muda terjebak dengan budaya hedonism yang melampau dan masalah sosial yang mereka ini akan memimpin negara kita di masa akan datang,” katanya.

 Memorandum bantahan tersebut diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit Kepada Datuk Menteri Besar Selangor, Mohd Shahrizal Bin Mohd Salleh.
Sewaktu serahan dibuat, Shahrizal berjanji, akan menyampaikan suara tiga dewan PAS Selangor ini kepada Azmin.
Ketika memorandum itu diserahkan, kira-kira 100 penyokong PAS hadir bagi membantah keputusan kerajaan negeri Selangor.

Bantahan konsert itu dilakukan tanpa dihadiri ADUN PAS dan exco kerajaan negeri PAS yang lain.                                                                                                                                                                       Sumber TKO - 20-7-2016                                                                                                                        ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                      Miskin: Atasi dengan agih kekayaan negara

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .

                                                                                                                                                                                                                    http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41847-miskin-atasi-dengan-agih-kekayaan-negara                                                                                                                                                                                                                                                                                                           KEMISKINAN: ATASI DENGAN PENGAGIHAN KEKAYAAN NEGARA BUKAN DENGAN ZAKAT SEMATA-MATA
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al Hasyr ayat 7:
مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"..Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).."

Setiap tahun isu zakat dan institusi yang berkaitan dengannya sering kali menjadi baham bual bicara dan perbahasan masyarakat.

Ini kemungkinan disebabkan beberapa faktor dan yang paling ketara adalah kerana luahan hati pelbagai pihak akan keadaan kesempitan hidup sebahagian besar rakyat dalam negara ini.

Pelbagai pandangan dilontarkan sama ada berdasarkan ilmiah mahupun sekadar lontaran persepsi terhadap sistem zakat dan institusinya ketika isu kemiskinan dan kesempitan hidup sebahagian rakyat.

Sama ada ia adalah satu pandangan yang positif dan tidak terkecuali juga padangan yang negatif sering dibangkitkan oleh kebanyakan pihak terhadap isu ini yang turut mengheret institusi zakat.

Apa yang pastinya bahawa zakat dan institusinya menjadi fokus dan tumpuan umat Islam sebagai salah sebuah institusi Islam yang mampu mengangkat martabat umat Islam dan rakyat secara umumnya.

Zakat sememangnya salah satu elemen sistem kewangan dan ekonomi dalam Islam yang sangat signifikan bagi menangani isu kewangan dan jurang ekonomi di kalangan masyarakat dan rakyat.

Semestinya zakat bukan hanya dilihat dalam Islam sebagai aspek kewajiban agama sahaja malah ia juga sebagai tanggungjawab umat Islam dalam urusan bernegara dan bermasyarakat.

Ini dibuktikan dengan apabila dilihat dalam Al-Quran kita pasti akan ketemui ayat tentang perintah solat dinyatakan, maka ayat zakat turut beriringan. Adalah jelas mesej daripada Allah s.w.t. difahami konsep perintah solat ialah membina hubungan dengan Allah, manakala perintah menunaikan zakat ialah bertujuan membina hububgan sesama manusia. Kedua-dua kewajiban ini mewakili maksud peranan Umat Islam dalam mengadbikan diri kepada Allah s.w.t.

Kini, rata-rata dilihat dan diluahkan majoriti rakyat yang merasakan diri mereka semakin terhimpit dengan pelbagai tekanan kewangan dan bebanan tanggungan kehidulan yang dihambat dengan harga barangan yang tinggi, termasuk keperluan asas, gaji minima yang rendah, kos sara hidup yang tidak menentu, ketidakmampuan memiliki rumah sendiri, harga utiliti seperti air dan elektrik yang merupakan hak rakyat masih tinggi dan kemudahan pengangkutan yang masih tidak kompetetif.

Semua ini menjadi faktor kepada terbangkitnya perbahasan isu zakat dan isu yang berkaitan dengannya oleh pelbagai pihak sebagai usaha keprihatinan dan kerisauan kepada situasi yang melanda.

Ayat dipermulaan artikel di atas adalah dalam surah al Hasyr terdiri daripada gugusan ayat daripada 6 sehingga 9 yang memberikan satu pengajaran kepada kita bahawa Allah s.w.t. mendidik kita bagaimana mengurus tadbir institusi kewangan dan perbendaharaan negara seperti komoditi, hasilan, industri dan juga termasuk zakat dan lelaiannya.

Gugusan ayat tersebut menceritakan tentang hukum dan aturcara pengurusan harta al Fai' kepada Negara Islam Madinah hasil daripada perolehan Nabi s.a.w. dan umat Islam dengan pengusiran Yahudi Bani Nadhir keluar daripada Perkampungan Bani Nadhir yang terletak hanya 2 batu daripada Kota Madinah.

Dalam ayat tersebut Allah memerintahkan bahawa harta orang kafir yang diperolehi dengan cara tanpa berlaku peperangandan tanpa pertumpahan darah serta kesukaran itu diserahkan kepada Rasulullah s.a.w. dan milik umat Islam. Harta tersebut diuruskan berdasarkan kepentingan Umat Islam yang diuruskan oleh Baginda Nabi s.a.w.

Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim dan lain-lainnya bahawa harta Al Fai' tersebut diambil oleh Rasulullah s.a.w. untuk nafkah ahli keluarga Baginda selama setahun atau makanan setahun. Ia merupakan hak yang dikurniakan Allah kepada Baginda s.a.w. pada ketika Baginda masih hidup. Manakala selepas kewafatan Baginda, ianya digunakan untuk keperluan umat Islam.

Harta Al Fai' juga diagihkan kepada anak yatim, fakir miskin dan ahli musafir atau Ibnu Sabil. Adapun empat perlima lagi daripada Al Fai' dibahagikan kepada seluruh umat Islam.

Ketetapan pembahagian harta Al Fai' oleh Allah s.w.t. sebagai menunjukkan kepada kita bahawa Allah s.w.t. ingin mempastikan bahawa manusia bersikap adil dan saksama dalam mengagihkan segala perolehan harta negara kepada mereka yang berhak oleh penguasa dan pemerintah bagi sesebuah rakyat dan negara.

Ini dilihat menerusi firmanNya dalam ayat 7 surah al Hasyr:
كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ
"..(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.."

Ia juga menjadi satu pengajaran bahawa adalah sepatutnya harta hasil perolehan negara dirasai atau juga dinikmati oleh setiap rakyat dan ia tidak dimonopoli sesama golongan yang kaya sahaja atau mereka yang berkepentingan seperti penguasa dan pemerintah.

Konsep pengagihan harta perbendaharaan negara seperti al Fai' inilah pengajaran daripada Allah s.w.t. bahawa kekayaan yang dimiliki negara seperti minyak, air serta tanah hendaklah diagihkan kepada manusia atau rakyat bagi sesebuah negeri.

Beginilah caranya didikan Al-Quran, sekalipun disana terdapat mekanisme seperti zakat atau simpanan Baitul Mal yang sememangnya mensasarkan golongan yang tidak bernasib baik seperti fakir miskin. Namun, zakat semata-mata tidak berkapasiti ampuh mengatasi masalah kemiskinan apabila kekayaan negara dalam bentuk keperluan asas seperti air, elektrik, tanah menjadi satu bebanan yang berat yang perlu ditanggung oleh manusia atau rakyat dalam sesebuah negeri.

Marilah kita meneliti satu situasi, seorang peniaga pisang goreng yang berstatus miskin dikunjungi oleh pihak Pengurusan Zakat untuk menbantunya. Tentunya pihak Pengurusan Zakat membantunua dengan menyumbang bantuan seperti peralatan memasak dapur dan peti sejuk sebagai bantuan utama selain wang tunai untuk memajukan usahanya. Tetapi, bukankah dapur memerlukan gas untuk menyalakan api untuk memasak dan peti sejuk mengkonsumkan bekalan tenaga elektrik? Kedua-dua komoditi ini adalah sebahagian daripada sumber kekayaan negara yang sewajar diagihkan sebaik mungkin untuk dinikmati oleh rakyat negeri itu sendiri? Sekiranya kedua-dua komoditi ini mahal, sehingga rakyat tertanggung beban yang menyusahkan mereka, bagaimana bantuan daripada Pengurusan Zakat tadi mampu mengeluarkan peniaga pisang goreng daripada keadaan kemiskinannya?
Sudah tentu, tidak.

Justeru itu, zakat adalah satu mekanisme sebagai "bantuan pendorong" kepada penyelesaian masalah jurang kemiskinan dan bukannya satu-satunya cara untuk mengatasi kemiskinan. Zakat membantu mendorong kepada mekanisme paling asas yakni tanggungjawab pengagihan nikmat dan kekayaan negara yang dikurniakan oleh Allah atau diusahakan oleh negara yang diamanahkan kepada para penguasa dan pemerintah kepada sesebuah negera.

Maka dengan sebab itu, berkewajiban kepada setiap penguasa dan pemerintah negara yang menguruskan dan mengusahakan milikan negara dan perolehannya mengagihkan kekayaan dan nikmat ini sampai ke sasaran sebenar iaitu rakyat yang majoritinya adalah mereka yang miskin dan juga berpendapatan rendah.

Mudah-mudahan coretan idea pendek ini mampu menjadikan sebagai bahan untuk sama-sama kita berfikir kepada nasib saudara kita yang tidak berkemampuan dan bernasib baik dan bagaimana kita mampu membela mereka. - HARAKAHDAILY 16/7/2016

Penulis ialah Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor.                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber HD - 16-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































Industri tekstil berkembang pesat di Bangi

HARAKAHDAILY | .

                                               


















 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41833-industri-tekstil-berkembang-pesat-di-bangi                                                                                                                                                                                                                                                                                                           KUALA LUMPUR: Perkembangan pesat perniagaan tekstil di Bangi sejak kebelakangan ini disambut baik ekoran mampu menjana ekonomi penduduk setempat di daerah yang majoritinya penduduk Islam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Mohd Shafie Ngah berkata, kawasan itu dijadikan lokasi kedua selepas ‘Bandar Fesyen Islam Antarabangsa’ berpusat di Seksyen 7, Shah Alam sebagai tumpuan orang ramai untuk membeli belah produk tekstil.

Katanya, warga Bangi mengalu-alukan kehadiran banyak perniagaan tekstil di situ terutama berorientasikan pakaian Melayu dan Islam.

“Bangi mempunyai banyak ruang dan potensi untuk itu, lebih-lebih lagi kawasan ini dihuni penduduk hampir 100,000 orang dengan majoritinya adalah Melayu dan Islam,” katanya dipetik SelangorKini.

Pada masa sama, beliau turut berharap para peniaga mampu bersaing secara sihat sekali gus memberi manfaat kepada pengguna dalam keadaan harga barang semakin mahal.

Bangi kian popular dalam kalangan penggemar fesyen Islam apabila semakin banyak perniagaan tekstil dibuka dengan menawarkan pelbagai pilihan.                                                                                                                                                                                                                                      Sumber HD - 15-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































Selangor sedia CCTV untuk 70 pangsapuri kos rendah

HARAKAHDAILY | .
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41832-selangor-sedia-cctv-untuk-70-pangsapuri-kos-rendah                                                                                                                                                                                                                                                                        PANGSAPURI Kos Rendah yang menyertai Skim Rondaan Kejiranan Dan Keselamatan (Seroja) akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV).


Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengrusan Bangunan dan Kehidupan Bandar telah memperkenalkan skim ini dalam tahun 2013.

Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan pangsapuri di Selangor lebih selamat didiami. Seroja bertujuan untuk membanteras kejadian pecah rumah, kecurian, rompakan, peras ugut dan vandalisme.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10,000 bagi setiap pangsapuri yang menyertai skim ini.

RM5,000 akan digunakan untuk memasang CCTV.

Penduduk juga boleh membeli peralatan rondaan keselamatan seperti belantan, jaket, wisel dan lampu suluh jika tidak mahu memasang CCTV.

RM5,000 lagi akan digunakan untuk program kemasyarakatan dan kesedaran penduduk.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Seroja adalah satu lagi program Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu penduduk di perumahan berstrata.

Oleh itu, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) digesa untuk menyertai Seroja dengan menghubungi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) atau menelefon Khairol (0102433400) / Lt. Kamaruzzaman (0132069522).

Sasaran bagi tahun ini adalah agar 70 kawasan pangsapuri kos rendah menyertai Seroja.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar – HARAKAHDAILY 15/7/2016                                                                                                                                                                          Sumber HD - 15-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































Cara mengelak fitnah media baru

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                                                                                    http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41816-cara-mengelak-fitnah-media-baru                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Maklumat yang hendak diterima mestilah mempunyai sumber yang sahih iaitu daripada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias khususnya dalam isu-isu keagamaan.

Sumber yang sahih tersebut hendaklah diambil daripada orang yang layak iaitu para ulama dan difahami dengan kaedah yang sahih khususnya isu-isu politik Islam.

Pastikan mengambil dan menerima maklumat daripada sumber yang telah terbukti benar dan berfakta dan disebar untuk kebaikan dan kebenaran.

Jangan percaya dan menerima maklumat yang tidak ada sebarang sandaran sumber yang benar dan tidak berfakta. Atau berfakta tetapi lebih cenderung untuk menyebar dan menabur fitnah.

Jangan menerima dan mengambil apatah lagi percaya kepada maklumat yang diambil daripada sumber yang tidak betul atau difahami dengan cara yang tidak sahih tanpa merujuk kepada asal sumber. Contoh satu-satu tulisan atau ucapan hendaklah dirujuk kepada penulis atau pemberi ucapan apakah maksud sebenar perkara berkenaan.

Jangan sesekali menerima dan menyebar tulisan-tulisan yang tidak ada nama penulis atau menggunakan nama samaran atau gelaran yang tidak jelas. Mereka ini sebenarnya tidak bertanggungjawab atas penulisan mereka apatah lagi tulisan yang sedia berbaur fitnah.

Jangan percaya dan menerima keratan-keratan video pendek tanpa merujuk kepada keseluruhan atau merujuk kepada orang yang berucap apatah lagi video itu diulas pula dengan niat memburuk atau menyebar fitnah.

Jangan sesekali menerima maklumat daripada orang-orang atau sumber berita yang selama ini memang sudah terkenal dengan kerja menabur fitnah dan mengadu domba.

Ingat dan takutlah peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat orang yang membangkitkannya".

Semoga kita semua terselamat daripada fitnah dan menjauhi daripada memfitnah.

Al Faqir Nik Bakri Nik Mat
Lajnah Tarbiyah DUPNS - HARAKAHDAILY 14/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Sumber HD - 14-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                               ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































Selangor sedia bertindak penularan dakyah IS

HARAKAHDAILY | .

                                             


















http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41815-selangor-sedia-bertindak-penularan-dakyah-is                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sentiasa memantau dengan dekat sebarang penyebaran dakyah atau propaganda kumpulan militan Negara Islam (IS) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, selain pemantauan dijalankan Jais dan Mais, orang ramai juga diseru bekerjasama dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui sebarang aktiviti gerakan itu.

Menurutnya, Jais dan Mais sentiasa memantau rapi kalau ada sebarang penularan IS di negeri itu dalam apa bentuk sekalipun termasuklah jika ada sebarang bentuk penerbitan dalam Bahasa Melayu.

“Hingga kini belum ada sebarang maklumat yang mendakwa ada penerbitan Bahasa Melayu mengenai IS. Kalau ada Jais dan Mais akan mengambil tindakan segera," ujarnya dipetik Selangor Kini.

Beliau juga berharap masyarakat awam dapat bekerjasama dengan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab sekiranya mengetahui ada aktiviti IS di Selangor.

Jelasnya, Jais dan Mais sentiasa memandang berat terhadap setiap laporan dikemukakan dengan membuat siasatan rapi bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

Katanya lagi, selain melaporkan kepada Jais dan Mais, masyarakat awam juga boleh melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).                                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber HD - 14-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































Filem pendek dakwah sempena Idulfitri 1437

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR | .



















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41765-filem-pendek-dakwah-sempena-idulfitri-1437

Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Dewan Pemuda PAS Selangor telah berjaya menerbitkan sebuah filem pendek dakwah sempena Hari Raya tahun ini. Filem bertajuk "Doa Ayah" berdurasi selama 7 minit ini membawa mesej kekeluargaan.

Tahun ini merupakan tahun ke-6 filem pendek dakwah seperti ini diterbitkan. Bermula dari tahun 2011 sehinggalah ke tahun 2016. Filem pendek ini telah diterbitkan bersama Pemuda PAS Gombak, Rahmat Care, UMC Auto Service dan Kashfy. Turut sama membintangi filem ini adalah selebriti tersohor tanah air iaitu saudara Bob Lokman. Ucapan nasihat daripada Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim selaku Ketua Pemuda PAS Selangor turut diselitkan di hujung filem.

Filem ini mengisahkan kehidupan dua beradik miskin yang telah kehilangan ibu dan tinggal bersama ayah mereka di kampung. Konflik keluarga timbul bila ayah mereka tidak lagi berupaya untuk mencari nafkah dan si anak masih mengharapkan duit daripada ayah mereka.

Tujuan filem pendek ini dihasilkan adalah untuk mendidik masyarakat agar menghormati kedua ibu bapa. Memandangkan institusi kekeluargaan merupakan tunjang kepada kestabilan sesebuah masyarakat, jadi amat penting sikap menghormati ibubapa dititik beratkan.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelma, DACS Selangor ingin menyampaikan mesej melalui filem pendek kepada semua agar rebutlah peluang ini untuk memohon keampunan dan restu kedua ibu bapa bila pulang ke kampung masing-masing.

DACS Selangor menggunakan medium maya untuk diketengahkan filem pendek dakwah ini iaitu melalui saluran YouTube. Memandangkan ianya lebih dekat dikalangan masyarakat kita lebih-lebih lagi golongan muda-mudi. Filem pendek ini telah disiarkan ke YouTube pada 29 Jun 2016 yang lepas dan sehingga kini jumlah "views" hampir ke angka empat ribu.

Untuk akhirnya, kami daripada pihak penerbit DACS Selangor ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para individu dan organisasi yang telah membantu kami sehingga terhasilnya filem pendek ini.

Insya Allah dengan sumbangan daripada semua pihak, ianya amat membantu pihak DACS Selangor sebagai jabatan seni di bawah Pemuda PAS Selangor untuk terus menerbitkan pelbagai lagi karya-karya seni seperti filem pendek ini ke tengah-tengah masyarakat sebagai alternatif hiburan bermanfaat. - HARAKAHDAILY 5/7/2016

Penulis ialah Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Dewan Pemuda PAS Selangor.

Video

Sumber HD - 5-7-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































Ramadhan tarbiah hidup berinteraksi dengan Allah

HARAKAHDAILY | .














http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41737-ramadhan-tarbiah-hidup-berinteraksi-dengan-allah

قال تعالى:
قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين.

Ramadhan pada seluruh tuntutanya secara tersurat mentarbiyah kita untuk beribadah kepada Allah. Akan tetapi secara tersirat ianya mentarbiyah hidup berinteraksi dan sentiasa berhubung dengan Allah.

Ramadhan mengajar erti bahawa kita tidak pernah terpisah daripada Allah dalam apa jua keadaan dan dari sudut mana sekalipun. Kita adalah ciptaanNya, kita adalah milikNya, kita berada dalam kerajaanNya, kita berada di bawah kekuasaanNya, kita sentiasa dalam pengawasanNya dan segala apa yang berlaku ke atas diri dan kehidupan kita tidak pernah terkeluar daripada kudrat dan kehendakNya.

Jika kita memandang diri kita dari sudut diriNya maka kita adalah daripada perbuatanNya. Jika kita fahami dari sudut diriNya (Allah) kepada diri kita maka Dia adalah Tuhan Yang Maha Pencipta iaitu asal diri kita.

Oleh itu tidak mungkin kita akan pernah terpisah dengan Allah. Itulah hakikat tarbiyah Ramadhan untuk mencapai maqam ihsan.
قال الرسول (ص)
الإحسان أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك.

رمضان شهر التربية الروحية

Al Faqir Nik Bakri Nik Mat
Lajnah Tarbiyah DUPNS

Sumber HD - 30-6-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































































































































Munajat di akhir Ramadhan

HARAKAHDAILY | .












http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41728-munajat-di-akhir-ramadhan

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) menyeru semua ahli PAS agar menadah tangan berdoa kepada Allah pada malam-malam terakhir ini, antaranya dengan doa berikut:

1- Ya Allah, berilah kekuatan roh pada semua ahli gerakan Islam agar mereka akan berasa kental dan kuat dalam memperjuangkan Islam. Ya Allah, menyedari bahawa usaha mencari keredhaan Allah tidak mudah, janganlah ada sekelumit pun perasaan lemah dan kecewa menyelinap di dalam hati mereka. Hanya kepada engkau kami semua bertawakkal dan berharap Ya Allah.

2- Ya Allah, kukuhkanlah saf gerakan Islam dalam berhadapan dengan musuh-musuh Islam, satukanlah hati-hati mereka dalam mengharungi jalan dakwah yang sukar lagi mencabar ini Ya Allah.

3- Ya Allah, kurniakanlah kegerunan kepada musuh Islam dan jadikan kami melihat diri kami ini kerdil tetapi musuh melihat kami besar dan hebat.

4- Ya Allah, berilah hidayah dan petunjuk kepada golongan-golongan yang memusuhi Islam dan PAS. Ya Allah, lembutkan hati mereka untuk menyokong PAS dan bersama dalam perjuangan Islam.

5- Ya Allah, gagalkan segala tipu daya dan usaha-usaha jahat pihak yang tidak menyukai perjuangan Islam. Ya Allah, kembalikan tipu daya serta perancangan jahat mereka ke atas batang leher mereka.

Ya Allah kepada-Mu sahajalah tempat kami mengadu, bertawakkal dan menaruh harapan Ya Allah.

Ustaz Nik Bakri Nik Mat
Ketua Lajnah Tarbiyyah
Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 29/6/2016

Sumber HD - 29-6-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































Ramadhan tarbiah hidup dalam redha

HARAKAHDAILY | .












http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41701-ramadhan-tarbiyah-hidup-dalam-redha


Setiap kali Ramadhan kita berdoa:

اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذبك من سخطك والنار.

Permohonan yang kita panjatkan kepada Allah dengan lafaz (نسألك (فعل المضارع iaitu kata kerja mudhari' yang memberi makna permohon untuk sekarang dan akan datang supaya Allah redha.

Namun Allah telah sekian lama menegaskan bahawa permohonan tersebut telah diperkenankan sekiranya Islam menjadi cara hidup.

قوله تعالى:
ورضيت لكم الإسلام دين
ا
Maksudnya: "Aku telah redha kepada kamu Islam sebagai cara hidup". (Al-Maidah: 3)

Allah menggunakan lafaz (فعل الماضي) رضيت "Aku telah redha". Bererti Allah telah sekian lama meredhai kita sekiranya selama ini kita hidup dengan Islam. Namun jika sebaliknya kita tidak hidup dengan Islam maka Allah telah murka kepada kita.

Redha adalah syurga sebaliknya murka adalah neraka.

Al Faqir Nik Bakri Nik Mat

Sumber HD - 26-6-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































































































































DUPNS harap program TV penuhi inspirasi 

Syawal

HARAKAHDAILY | .






















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41700-dupns-harap-program-tv-penuhi-
inspirasi-syawal

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) menyeru semua masyarakat
untuk menjadikan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang agar mematuhi syariat Islam.

Ketuanya, Ustaz Rizuan Rahmat berkata adat dan kebiasaan yang bercanggah dengan hukum Islam
harap dapat ditinggalkan seperti bersalam dan bersentuhan dengan bukan mahram, hiburan yang
melampau, tidak menutup aurat dan sebagainya.

DUPNS juga, ujarnya mengajak stesen TV yang menyediakan program sambutan Aidilfitri agar
dapat menyajikan program hiburan yang memenuhi inspirasi Syawal sebagai bulan menyambut
kejayaan ibadah Ramadan.

Tambahnya, kepada stesen TV yang telah menyediakan program yang sesuai dengan Islam, terlebih
dahulu DUPNS mengucapkan tahniah.

"Sesungguhnya, peranan stesen TV sangat besar untuk membimbing masyarakat ke arah
penghayatan Syawal yang lebih bermakna," ujarnya menerusi laman facebook DUPNS.

Di samping itu, kata beliau jangan lupa untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang
kurang bernasib baik agar kemeriahan Syawal dapat disambut bersama.

"Dalam membuat persiapan untuk berhadapan dengan Syawal, marilah sama-sama kita memastikan
semua persiapan itu mengikut acuan Islam.

"Semoga Syawal yang menjelma nanti akan memberikan erti Ramadan yang sebenar kepada kita
umat Islam," ujarnya. - HARAKAHDAILY 26/6/2016

Sumber HD - 26-6-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sokongan rakyat bukan Islam kukuh bersama PAS

































































































































































































































MOHD PRASAD HANIF | .


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi pada Sambutan Tahun Baru Cina 2016 dan pelancaran Selangor Green Silk di Dewan Hokkien, Klang malam tadi.


SAMBUTAN Tahun Baru Cina 2016 yang dianjurkan oleh PAS Negeri Selangor semalam menyaksikan sambutan yang luar biasa daripada masyarakat tionghua.

Program yang dihadiri sekitar 1,500 orang daripada pelbagai kaum, termasuk kaum Melayu dan India, dirasmikan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Program tersebut bertambah meriah apabila Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, Ustaz Muhammad Ibrahim mendendangkan lagu Bulan Di Hatiku di dalam bahasa Mandarin.

Ucapan alu-aluan Datuk Iskandar Samad mendapat tepukan gemuruh dan sorakan riuh apabila ucapan beliau disulami bahasa Mandarin.

Ucapan Datuk Seri Tuan Guru Presiden dengan jelas melakarkan kepentingan perpaduan dengan menyokong sebuah kerajaan yang dibentuk dan ditadbir bersama oleh kesemua kaum di Malaysia.

Beliau menekankan bahawa semangat perkauman tidak wujud di dalam Islam.

Malah, beliau menegaskan kewajipan individu untuk memelihara budaya dan bahasa kaum masing-masing.

Jelas sekali, program semalam merupakan sebuah indikasi bahawa PAS Selangor masih mendapat sokongan yang padu daripada akar umbi bukan Islam.

PAS kini telah menjadi sebuah parti yang pendapat sokongan dan dukungan dari segenap masyarakat tanpa mengira kaum, jantina ataupun umur.

Oleh itu, PAS Selangor akan terus mengorak langkah ke dalam komuniti bukan Islam dan memecahkan agenda Islamophobia yang ditanam oleh pihak-pihak berkepentingan.

Pelancaran Program Green Silk malam tadi adalah permulaan bagi projek perintis, yang akan dipimpin oleh Yang Berhormat Dr Halimah Ali, untuk meningkatkan lagi sokongan rakyat bukan Islam kepada PAS.

Melalui projek tersebut, PAS Selangor akan memperkasakan jentera sehingga ke akar umbi untuk menerangkan gagasan yang dibawa PAS kepada rakyat bukan Islam.

Dengan hati yang tekad dan keimanan yang utuh, PAS Selangor akan berusaha merealisasikan impian dan harapan segenap rakyat untuk masa depan negeri Selangor dan negara amnya. - HARAKAHDAILY 24/2/2016

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor.

Sumber HD - 24-2-2016

No comments:

Post a Comment