BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, June 20, 2016

PAKATAN RAKYAT, PAKATAN HARAPAN DAN DEKLARASI RAKYAT (JILID 2)


















































PKR dapat kerusi paling banyak di Selangor 19 Kerusi, PAN 9, Bersatu
7 dan DAP 15

Posted on Saturday, March 17 @ 07:40:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38671



PKR akan bertanding sekurang-kurangnya 19 kerusi Dewan Undangan 

Negeri daripada 56 kerusi di Selangor, manakala Parti Amanah Negara 
(AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) masing-masing hanya 
mendapat sembilan dan tujuh kerusi.

Perkara itu didedahkan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim
berikutan rundingan kerusi setakat 8 Mac lalu.

Izham berkata, DAP akan bertanding di semua 15 kerusi yang dimenanginya
pada Pilihan Raya Umum 2013.

Rundingan itu berjaya diputuskan selepas HARAPAN Selangor
 menyelesaikan agihan 50 kerusi pada mesyuarat kali ketiga yang diadakan
 dua minggu lalu.

Jawatankuasa yang dilantik juga memutuskan untuk merujuk enam kerusi
 selebihnya yang masih belum diselesaikan kepada pimpinan HARAPAN
negeri.

Kerusi yang masih belum diputuskan adalah Lembah Jaya, Seri Serdang,
 Sungai Panjang, Kota Damansara, Dusun Tua dan Sungai Burong.

AMANAH dapat sembilan
"PAS bertanding tujuh kerusi parlimen dan 20 kerusi negeri pada 2013.
 Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan untuk menggantikan PAS, kami
 meminta bertanding (hanya) lima kerusi parlimen dan 13 kerusi negeri.

"Kami berjaya mendapatkan kesemua lima kerusi Parlimen yang kami minta
tetapi kami hanya memperoleh sembilan kerusi DUN daripada 13 yang kami
minta," kata Izham.

Kerusi-kerusi DUN yang diberikan kepada AMANAH adalah dua kerusi
yang ada - Ulu Kelang dan Morib - serta tujuh kerusi yang ditandingi PAS
 iaitu Bangi, Chempaka, Meru, Taman Templer, Paya Jaras, Sabak dan Ulu
 Bernam.

"Selain Ulu Bernam, selebihnya kerusi dimenangi oleh PAS dalam pilihan
raya 2013," katanya.

AMANAH juga akan mempertahankan tiga kerusi parlimen - Kota Raja,
 Shah Alam dan Sepang - dan dua kerusi parlimen yang disandang PAS -
Hulu Langat dan Kuala Selangor.

PKR akan mempertahankan dan bertanding di 14 kerusi yang dimenangi
 dalam pilihan raya lalu serta empat kerusi lain yang tewas kepada Umno
 iaitu Permatang, Bukit Melawati, Semenyih dan Dengkil, selain Gombak
 Setia yang kini diwakili PAS.

Persempadanan semula SPR
Sementara itu, BERSATU akan bertanding di empat kerusi disandang BN -
 Kuang, Batang Kali, Jeram dan Sungai Ayer Tawar serta tiga kerusi PAS -
 Tanjung Sepat, Sijangkang dan Selat Kelang.

Pengerusi HARAPAN Selangor yang juga menteri besar, Datuk Seri Azmin
 Ali yang mengambil alih rundingan kerusi di peringkat akhir, telah bertemu
wakil-wakil AMANAH secara peribadi, kata Izham.

"Beliau beritahu saya bahawa AMANAH tidak boleh minta banyak kerusi
 dan saya katakan tidak," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai
 apa yang berlaku antara beliau dan Azmin semasa perbincangan dijalankan.

Izham juga berkata empat parti itu perlu mengkaji laporan persempadanan
semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan dibentangkan di
Parlimen tidak lama lagi.

Katanya sekiranya persempadan pilihan raya baru tidak memihak kepada
mana-mana parti, mereka mungkin perlu menukar kerusi.

Mengenai enam kerusi yang dipertikaikan, beliau berkata empat parti
 meminta untuk bertanding di Lembah Jaya, sebuah kerusi bandar yang
 terdiri daripada 54 peratus pengundi Melayu dan 32 peratus kaum Cina.

Tiga parti kecuali DAP juga mahu bertanding di Sri Serdang manakala
 BERSATU dan PKR masing-masing mahu meletakkan calon di Sungai
Panjang dan Kota Damansara.

Tiga parti membuat tuntutan di Dusun Tua sementara AMANAH dan
BERSATU masing-masing mahu bertanding di Sungai Burong.

Sumber TKO - 17-3-2018


Berapa Harta Tun Mahathir? Tapi Bila bersama PH, Tun Mahathir dah
bersih..

Posted on Wednesday, March 14 @ 14:41:21 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38631



Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin mendedahkan 

beliau hanya memiliki RM900 dalam akaun banknya, ketika program 
pengisytiharan harta anjuran Invoke Malaysia semalam.

Anggota parlimen Sepang itu bagaimanapun memiliki dua hartanah dengan 

 nilai keseluruhan RM1 juta di Sri Gombak, Selangor dan Nilai, Negeri 
 Sembilan.


Beliau mendapat gaji RM25,000 sebulan sebagai anggota parlimen dan 

menerima elaun RM10,000 sebagai peguam.

Perbelanjaan bulanannya setakat 11 Mac lalu termasuk pinjaman perumahan, 

pinjaman kereta (Honda CRV), bil utiliti, wang perbelanjaan kepada isteri, 
kos operasi firma guaman, sumbangan kepada ibu bapa, sumbangan kepada 
rakyat dan juga parti dengan jumlah keseluruhan RM26,000.

Hanipa merupakan seorang daripada 36 ahli politik AMANAH dan PKR yang 

 berpotensi menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang 

 mengisytiharkan hartanya dengan badan kaji selidik itu.



Sepanjang program, pengacara majlis berulang kali membuat jenaka tentang 

Hanipa yang hanya memperuntukkan RM1,000 sebulan kepada isterinya 
berbanding bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang 
memberi RM4,000 sebulan.

Pengacara juga membuat jenaka tentang Timbalan Ketua Pemuda AMANAH 

Faiz Fadzil yang memiliki kereta Audi A4.

"Ia boleh difahami sebab dia peguam," selorohnya.

Faiz juga memiliki simpanan RM181,007 dalam Tabung Haji.(percaya juga 

kepada Tabung Haji)

Mungkin rasa malu


Sementara itu, akuan berkanun Presiden AMANAH Mohamad Sabu 

 menunjukkan beliau mempunyai wang tunai dan simpanan berjumlah 
 RM105,600.

Selain itu, Mohamad memiliki empat hartanah dan sebidang tanah dengan 

nilai keseluruhan RM758,000 tetapi tiada kereta.

Bercakap dengan pemberita selepas program, pengasas Invoke Rafizi Ramli 

mengakui ramai yang keberatan untuk mengisytiharkan harta mereka atas 
pelbagai sebab.



"Saya tidak (kecewa dengan pemimpin HARAPAN yang tidak berbuat 

 demikian) kerana ia memerlukan keberanian. Saya sendiri mengambil 
masa lama untuk meyakinkan 75 calon (yang telah mengisytiharkan harta).

"Mereka yang miskin mungkin rasa malu ada duit RM1,000 atau RM2,000 

 sahaja, manakala yang berduit takut orang datang dan minta duit daripada 
 mereka.

"Saya kenal wakil rakyat yang pada mulanya ragu-ragu, bukan sebab rasuah 

tetapi ini soal peribadi mereka. Sebab itu saya ambil masa untuk meyakinkan 
bahawa pengisytiharan harta ini adalah untuk kebaikan mereka," katanya lagi.

Rafizi dalam ucapannya sebelum itu berkata, langkah mengisytiharkan harta 

dengan Invoke tidak sama dengan pengisytiharan kepada Suruhanjaya 
 Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPRM tuntut calon isytihar harta kepadanya, (tetapi) yang akan tahu hanya 

mereka dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Dengan akuan berkanun, rakyat boleh membuat laporan polis jika ahli politik

 menipu dalam pengisytiharan mereka."

Antara yang berbuat demikian adalah Pengarah Strategi AMANAH Dr 

 Dzulkefly Ahmad, bekas speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang 
Datuk Abdul Halim Hussain dan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Setakat ini seramai 103 pemimpin HARAPAN telah mengisytiharkan harta 

 dengan Invoke, termasuk mereka yang berbuat demikian pada November 
tahun lalu.

Sebagai pertukaran, mereka akan menerima dana kempen PRU daripada 

badan kaji selidik itu.

Rafizi juga berkata senarai dan dokumen pengisytiharan akan disiarkan di 

laman webnya esok.

XOXO - Hanipa MP ada gaji MP ada gaji peguam ada RM900 sahaja, 
Mat Sabu tak ada apa-apa jawatan sekadar jual air liur ada simpanan 
hampir RM100,000.00. Hebat permainan politik puak-puak ni...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 14-3-2018
Aktivis PAKATAN HARAPAN Seru Muslimah Usah Takut Lucut
Hijab

Posted on Monday, March 12 @ 21:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
38608



CELUPAR... Ketika Allah SWT memerintahkan wanita Islam menutup 

aurat sebagaimana ayat 31 surah An-Nur, seorang aktivis Pakatan 
Harapan (PH) pula cuba berlagak menjadi tuhan baharu!
Maryam Lee dipetik portal tempatan Menara.my dengan angkuhnya
dilaporkan sedang menawarkan bantuan sokongan moral kepada
 gadis-gadis Muslimah yang mahu membuat keputusan untuk tidak lagi
 memakai tudung.

Menerusi Projek Dialog dilancarkannya pada tahun lalu dengan matlamat
 bagi memastian wanita Islam melucutkan hijab, beliau turut menyediakan
 pertolongan jika hasrat golongan itu tersekat akibat ketakutan dan stigma
kolot.

Bekas Muslimah bertudung tersebut dikhabarkan mengumumkan seruan
 biadab itu menerusi laman sosial Twitter miliknya pada 6 Mac lalu
 setelah kempen londehkan tudung anjuran beliau gagal mendapat
sambutan ramai.

Maryam Lee dengan bangga berkata, “Saya menawarkan telinga saya
untuk gadis yang dalam proses untuk menjadi mantan orang yang
memakai tudung tetapi masih lagi ragu-ragu atau dilemahkan oleh
ketakutan dan stigma.

“Hubungilah saya bila-bila masa, kita boleh bincang perjalanan
 pembebasan kita bersama.” Status kicauan beliau itu bagaimanapun
gagal menerima reaksi netizen apabila hanya meraih kurang 20 tanda
suka dan 18 komen balas.

Sebelum ini, beliau pernah membayangkan harapannya bahawa suatu
hari nanti akan wujudnya suaatu gerakan feminisme secara massa untuk
 melondehkan amalam hijab kaum Hawa Islam di Malaysia dan seluruh
dunia.

Sewaktu memuji artikel tulisan sahabat baiknya, pejuang kempen Undi
 Rosak itu dengan nada berseloroh berkata, “Fadiah Johari, bukan sahaja
 saudara dalam iman, juga dia saudara saya dalam sisterhood of unveiling 
women!

“Saya cuma buat-buat cerita sahaja, haha… Tetapi suatu hari nanti ia
 mungkin boleh jadi satu gerakan, siapa tahu?” Tulang belakang Projek
 Dialog itu sendiri telah membuat keputusan untuk tetap menanggalkan
 tudungnya.

“Ia berlaku ketika berusia 25 tahun setelah memakainya semenjak kecil
 lagi, dan mendakwa dia pernah menghadapi ancaman fizikal daripada
ahli keluarganya sendiri jika didapati dirinya tidak lagi memakai tudung
 menutup rambut.

“Saya dipaksa memakai hijab di kepala sejak berusia sembilan tahun.
 Memakainya dan menanggalkannya sepanjang di sekolah menengah
tinggi, menjalani hidup dua alam kerana saya tentu bakal hadapi ancaman
ahli keluarga.

“Bayangkan sekiranya mereka mendapati saya tidak memakai hijab.
 Ketika memasuki usia 25 tahun, sebagai seorang yang telah dewasa,
saya masih tidak dapat membuat keputusan berkenaan tubuh badan diri
saya sendiri.

“Sewaktu menyambut hari jadi saya yang ke-25 tahun, saya berkata
‘f*ck’ it, ‘f*ck’ society. Saya akan menjadi diri saya sendiri dan saya akan
berasa lebih gembira,” tegas Maryam Lee yang dipetik oleh portal
berkenaan lagi.

Beliau sekarang aktif dalam mempromosikan kisah hidupnya selepas
 membuka tudung untuk bacaan ramai menerusi laman Twitter beliau,
 disertakan dengan ayat kata kunci yang berupa tanda pagar
#dehijabingjournal.

Perjuangan Maryam Lee ini mendapat sokongan daripada peguam

pro-PH, Siti Kasim yang menempelak majoriti umat Islam di Malaysia
sebagai pengikut bodoh agama Arab serta berkata: “Saya amat berbangga
dengannya.

“Jangan sekali-kali menyerah kepada kepercayaan orang lain sewaktu
 kamu sendiri tahu apakah kepercayaan kamu. Saya tahu ada ramai lagi
 Maryam Lee di luar sana. Mereka cuma perlu jadi cukup berani untuk
 menentang arus.


“Ini termasuk agama Arab yang kini meliputi negara kita,” kata Siti lagi
yang terkenal dalam memperjuangan hak golongan murtad selain
 pengamal Lesbian, Gay, Biseksual, Trangender (LGBT). – Agensi/
Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 12-3-2018


Penganalisis: Manifesto 'mansuh GST' HARAPAN tidak jelas
Posted on Saturday, March 10 @ 12:02:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38565



Ahli Ekonomi dan penganalisis tidak selesa dengan rancangan Pakatan 

 Harapan untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), 
salah satu janji dalam manifesto yang dilancarkan pada malam Khamis.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IDEAS, Ali Salman berkata,
 cadangan itu boleh menimbulkan persoalan kerana GST menjana
pendapatan yang besar kepada kerajaan.

Cadangan alternatif pula, katanya, adalah untuk kembali kepada Cukai
 Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang secara tersirat, tambahnya,
 bermaksud HARAPAN masih mengenakan cukai tetapi di bawah nama
yang berbeza.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Ali menyifatkan manifesto
HARAPAN Sebagai "contoh niat yang baik dengan preskripsi sebaliknya".

Tambahnya, Malaysia menyertai 160 negara yang mengenakan GST dan
 itupun pada kadar yang rendah sebanyak enam peratus dengan
pengecualian perlu.

Penyelidik di Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS), Lau Zheng Zhou juga
 menegaskan bahawa memansuhkan GST tidak akan membawa kepada
penurunan semula jadi harga terutama apabila ia akan digantikan dengan
SST.

"SST adalah sesuatu yang anda kenakan ke atas pengeluar. Apabila anda
 kenakan kos dalam menjalankan perniagaan, maka kos tersebut akan
 disalurkan kepada pengguna," tegasnya.

Oleh itu, katanya, pemansuhan GST tidak akan secara automatik membawa
kepada harga yang lebih rendah.

Mempengaruhi harga barangan dan perkhidmatan lebih banyak berkaitan
 dengan persaingan yang sihat, jelasnya, kerana harga akan cuba diturunkan
dalam pasaran kompetitif.

Daripada memansuhkan GST, profesor ekonomi Universiti Tun Abdul
 Razak, Prof Barjoyai Bardai mencadangkan HARAPAN mereka-bentuk
 semula sistem percukaian supaya ia mensasarkan golongan berpendapatan
tinggi dan pelancong.

"Jika kita kenakan GST ke atas pelancong, maka kita boleh mengeksport
 beban cukai dan ia tidak akan begitu sangat menjejaskan rakyat kita
 sendiri di Malaysia," katanya.

HARAPAN telah menyatakan hasrat mereka untuk menghapuskan GST
 sekiranya mereka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan
datang.

Ini walaupun statistik menunjukkan bahawa kerajaan BN mengumpul
lebih RM42 bilion daripada GST tahun lepas.

Perlu lebih justifikasi
Pemimpin HARAPAN bertegas bahawa menampung kehilangan hasil
daripada pemansuhan GST dengan membasmi rasuah dan menangani
ketirisan dalam pentadbiran awam.

Bagaimanapun, Lau berkata gabungan pembangkang perlu menjelaskan
 dengan lebih baik bagaimana mereka merancang untuk membiayai
pelbagai dasar kebajikan yang mereka mahu laksanakan.

"Mereka pelu beri lebih banyak justifikasi dan bukan hanya sekadar
mengatakan kami akan membiayainya dengan membasmi rasuah.

"Ia tidak begitu jelas kepada saya. Anda perlu perincikan kategori
perbelanjaan dan pendapatan," katanya.

Manakala Barjoyai juga prihatin mengenai bagaimana dasar-dasar ini akan
dibiayai.

"Ia bunyi seperti bajet sebuah negara sosialis yang [...] pada saya, ia adalah
satu manifesto yang baik yang akan membawa kita kepada ekonomi yang
lebih berasaskan kepada kebajikan, yang akan membantu, terutamanya,
golongan miskin dan yang berpendapatan rendah.

"Tetapi cabaran dalam melaksanakan semua ini adalah sumber pendapatan
untuk kerajaan," katanya.

Menurutnya, perancangan dan pelaksanaan yang betul dapat membantu
 seperti melancarkan polisi seumpama itu, satu persatu, dalam satu set
 jangka waktu tertentu.

Satu lagi cara untuk membolehkan kerajaan mampu melaksanakan
 inisiatif ini ialah dengan mempelbagaikan sumber pendapatannya,
katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan, jika hasil kerajaan tidak mencukupi,
maka ia mungkin membawa kepada peningkatan hutang negara.

"Kerajaan mungkin perlu meminjam dan apabila mereka mula meminjam,
maka kita akan kembali kepada isu hutang negara," katanya.

Lau juga berkongsi sentimen yang sama bahawa dia hanya nampak tiga
cara kerajaan boleh membiayai dasar-dasar tersebut.

Ia boleh sama ada meningkatkan pendapatan melalui cukai, memindahkan
 perbelanjaan dengan memotong peruntukan di tempat lain atau
meningkatkan pinjaman, katanya.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa gabungan pembangkang harus
 menjustifikasikan perbelanjaan mereka dengan "lebih banyak pengiraan
dan analisis".

Sumber TKO -10-3-2018


HARAPAN Selangor lanjutkan tempoh rundingan kerusi
Posted on Friday, March 09 @ 15:30:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
38551



Pakatan Harapan (HARAPAN ) Selangor dilihat masih sukar 

memuktamadkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila 
terpaksa memanjangkan tempoh rundingan susulan enam daripada 56 
kerusi itu masih menjadi rebutan empat parti.
Sebelum ini, pakatan berkenaan memaklumkan tempoh akhir untuk
membuat keputusan tersebut adalah selewat-lewatnya hujung Februari
lepas.

Namun Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, Dr Xavier Jayakumar
 ketika ditemui malam semalam berkata pengagihan kerusi DUN dijangka
 dimuktamadkan pada pertengahan bulan ini atau selewat-lewatnya
sebelum pembubaran Parlimen bagi tujuan Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14).

Beliau turut mengakui perebutan enam kerusi itu adalah disebabkan oleh
 keempat-empat parti gabungan cukup yakin calon mereka mampu
menghasilkan kemenangan kepada HARAPAN namun enggan mengulas
lanjut mengenai lokasinya.

“Setakat ini, 90 peratus daripada rundingan telah selesai, hanya 10 peratus
lagi dan ia melibatkan enam kerusi itu. Tempoh memuktamadkan
 pengagihan mungkin boleh jadi lebih lama sebab kita yang tentukan.

“Semua pihak nak kerusi (DUN), tapi mestilah ada perundingan dan tolak
ansur. Kita akan tengok parti mana yang benar-benar mampu menang maka
kita akan buat keputusan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis
pelancaran Manifesto HARAPAN di Shah Alam.


Ketika ditanya mengenai wujud dakwaan mengatakan Parti Pribumi
 Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak berpuas hati mengenai agihan kerusi
DUN Selangor kepada mereka, Xavier menyifatkan semua parti gabungan
HARAPAN turut mempunyai perasaan yang sama.

Sebelum ini, Ketua Penerangan BERSATU Selangor, Sallehudin
Amiruddin dilaporkan berkata partinya tetap akan bertanding di 12 kerusi
DUN selaras dengan matlamat asal penubuhan parti yang mahu bersaing
dengan Umno pada PRU14.


- Bernama

Sumber TKO - 9-3-2018


Dr M: Najib telah lakukan sekurang-kurangnya 62 kesalahan
Posted on Friday, March 09 @ 15:43:12 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
38552



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan 

 sekurang-kurangnya 62 kesalahan sejak beliau memegang jawatan pada 
2009, dakwa pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya telah senaraikan kesalahannya dan menemui 60 daripadanya. Tapi
 sekarang senarai itu sudah meningkat menjadi 62 keburukan," dakwanya
 ketika melancarkan manifesto Pakatan Harapan malam tadi.

Kesalahan terbaru, kata Mahathir, adalah rampasan kapal layar mewah,
Equanimity, yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low.

Pada 21 Februari, Biro Siasatan Persekutuan AS (FBI) meminta pihak
berkuasa Indonesia untuk menyerbu kapal layar itu.

Selepas menjejaki kapal layar itu selama lapan hari, pasukan bersama
 terdiri daripada polis pusat dan polis marin Indonesia serta pegawai FBI
 merampas kapal itu di Benoa, Bali, minggu lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilaporkan berkata Khamis
 lepas bahawa kerajaan Malaysia tidak akan menuntut kapal itu dari pihak
 berkuasa Indonesia, kerana ia bukan milik kerajaan Malaysia.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa Equanimity yang
 dianggarkan berharga AS$250 juta (RM1 bilion), diperolehi menggunakan
 wang yang didakwa diseleweng dari 1MDB.

Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU mendakwa Najib telah
merosakkan negara ini sehingga dia tidak dapat meneruskan untuk
mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju.

Najib sebaliknya bergantung kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
 dan lain-lain bentuk 'dedak' ketika merangka dasarnya, kata Mahathir.

Mahathir berkata sesetengah rakyat telah disumbat dengan dedak itu
 sehinga mereka tidak boleh bergerak, tidak boleh bertutur dan tidak boleh
mendengar apa-apa pun.

Sumber TKO - 9-3-2018


Selalu HARAPAN Cabar Orang Berdebat tapi kali ini Guan Eng Tolak
Cabaran Berdebat Isu Terowong Dasar Laut

Posted on Friday, March 09 @ 07:46:46 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38542



GEORGE TOWN -- Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini menolak 

cabaran untuk berdebat mengenai isu terowong dasar laut yang 
 dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee 
Ka Siong.

Katanya beliau tidak mahu merendahkan martabat jawatan Setiausaha 

Agung DAP yang disandangnya sejak 2005 dengan menerima cabaran 
yang dikemukakan oleh Naib Presiden MCA itu, iaitu pemimpin nombor 
dua dalam parti berkenaan.

"Kami tak mahu siapa-siapa suka boleh berbahas, tak bermakna. Itu mesti
sepadan ataupun selaras dengan jawatan yang dipegang. Nombor satu mesti
lawan nombor satu, barulah patut. Kalau macam ini saya boleh cabar
perdana menteri untuk berbahas.

"Tak boleh macam ini. Sepatutnya yang berbahas dengan perdana menteri
ialah bakal atau calon perdana menteri dari Pakatan Harapan iaitu bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Takkan saya nak berbahas
dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Hormatlah jawatan masing-masing,"
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wee dalam kenyataannya 5 Jan lepas, mencabar Lim untuk berbahas
mengenai isu terowong dasar laut di negeri ini.

Lim berkata jika mahu berbahas, cabaran itu seharusnya datang daripada
pemimpin tertinggi parti itu iaitu Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong
Lai dan pihaknya akan mempertimbangkan perkara itu dengan serius.
"Ini baru munasabah (cabaran daripada presiden MCA). Sekiranya (Datuk
Seri Dr) Wee Ka Siong tak hormat jawatan presiden MCA dalam partinya,
itu masalahnya.

Tetapi saya tetap akan hormati jawatan setiausaha agung dalam DAP dan
saya tidak akan merendahkan martabat jawatan setiausaha agung untuk
berbahas dengan seorang yang nombor dua dalam MCA," katanya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan
Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu
dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction, yang terdiri
daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya
berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah
pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta
pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak
ekonomi, sosial dan alam sekitar.

-- BERNAMA

Sumber TKO - 9-3-2018


Dari BERNAS ke Astro, HARAPAN janji hapuskan monopoli
Posted on Friday, March 09 @ 07:43:34 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38541

Berita

Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam manifesto 138 muka surat yang 

 dilancarkan malam ini berjanji untuk menyelesaikan masalah monopoli 
di negara ini.
Menurut manifesto berkenaan, antara lain monopoli oleh syarikat seperti
BERNAS dalam pengeluaran beras, Astro dalam sektor penyiaran dan l
ain-lain akan dikaji semula.

Begitu juga, HARAPAN dalam manifestonya berjanji akan berusaha
memecahkan monopoli ubat-ubatan.

Gabungan itu berkata ia akan menggalakkan persaingan kesihatan agar
pengguna memperoleh ubat dengan harga yang kompetitif.

HARAPAN menambah ia juga akan mengkaji semula perjanjian dengan
 syarikat konsesi lebuh raya dengan matlamat menghapuskan tol secara
 beransur-ansur.

Bagaimanapun, ia memberi jaminan bahawa syarikat konsesi akan diberi
pampasan sewajarnya.

Mengenai pelaburan asing, HARAPAN berkata ia akan menggalakkan
 pelaburan berterusan dari negara China dan negara-negara Asia lain
 walaupun sebelum ini mengkritik langkah diambil BN.

Bagaimanapun, ia berkata kajian semula akan dijalankan ke atas pelaburan
sedia ada, terutamanya yang melibatkan projek mega.

"Kerajaan Pakatan Harapan akan menggalakkan pelaburan berterusan dari
 negara China dan negara-nagara Asia yang lain, setelah semua perjanjian 
projek mega yang diumumkan sebelum ini diteliti semula untuk memastikan
 tiada salah laku dan rasuah," katanya.

HARAPAN menambah gabungan itu mahu memastikan pelaburan berkenan
akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia termasuk perusahaan
kecil dan sederhana Bumiputera.




PH Sarawak Mahu Muslim Mudah Dimurtadkan
Posted on Sunday, March 04 @ 07:10:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38495



BIADAB... Pakatan Harapan (PH) Sarawak menggesa kerajaan ne­geri 

meminda undang-undang negeri tersebut bagi memastikan terdapat garis 
panduan jelas untuk Muslim yang ingin murtad.
Pengerusi PAN Sarawak, Fidzuan Zaidi berkata, prosedur operasi standard
 (SOP) perlu jelas agar golongan murtad bebas menerima ‘Surat Pelepasan’
bagi membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai bukan Muslim.

“SOP tersebut sangat diperlukan supaya individu yang ingin keluar daripada
agama Islam akan lebih jelas tahu apa langkah susulan yang perlu dilakukan
oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan bersama di Kuching semalam.

Kenyataan biadab itu turut ditandatangani Pengerusi DAP Sarawak, Chong
Chieng Jen dan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian sekali gus menggambarkan
PH memang mahu ramai lagi Muslim murtad secara bebas sesuka hati.

Ia juga jelas membayangkan senario yang bakal berlaku jika Malaysia
 diperintah PH kelak apabila umat Islam tidak terikat dengan ajaran tersebut
dan menghina perlembagaan yang mengangkat Islam sebagai agama
 Persekutuan.

Mengulas dengan lebih lanjut, Fidzuan menambah bahawa konon prosedur
 perlu jelas untuk individu yang ada dokumen bagi membuktikan mereka
 terutama mualaf tidak lagi amalkan cara hidup harian sebagai orang Islam.

Ini juga untuk mereka yang dilahirkan sebagai Muslim tetapi mempu­nyai
niat meninggalkan ajaran agama kerana mahu hidup bebas dan secara tidak
langsung boleh murtad untuk berkahwin dengan pasangan bukan Islam.

Dalam masa sama, katanya, garis panduan yang jelas terhadap peguam
 termasuk beragama Islam perlu wujud bagi membenarkan mereka dapat
hadir di Mahkamah Syariah serta mencari jalan bagi anak guam mereka itu
 murtad.

“Langkah ini kerana bahawa banyak peguam Syariah akan enggan
 mengambil kes murtad ekoran takut dijenamakan sebagai memurtadkan
 Me­layu,” katanya dalam kenyataan yang dipetik menerusi akaun Facebook
 Chieng Jen di sini.

Untuk rekod, ramai peguam bukan Muslim pro-PH sering mengendalikan
 kes murtad melibatkan mualaf di Sarawak dengan mendakwa konon
kebebasan keluar daripada Islam adalah hak asasi manusia. – Agensi/
Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 4-3-2018



PH akan laksana semula dasar bahasa Inggeris PPSMI
Posted on Saturday, March 03 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38484



Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris 
(PPSMI) mungkin dilaksanakan semula jika Pakatan Harapan (PH) menang 
pilihan raya umum nanti.


Pengerusi gabungan itu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PH akan
mempertimbangkan cadangan itu jika mendapat permintaan rakyat, lapor
Sinar Harian.

“Kita mungkin akan perkenalkan balik PPSMI. Kalau majoriti rakyat nak,
 kita akan laksanakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

“Tapi dalam hal ini, terpulang kepada rakyat dan kita akan [pertimbangkan]
 jika itu yang mereka mahu.”

Dasar PPSMI mula dilaksanakan pada 2003 namun dibantah kerana tidak
memartabatkan bahasa Melayu.

Pada 2009, diketuai sasterawan negara Datuk A Samad Said, ribuan turun
 menyertai demonstrasi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) dengan
berarak ke Istana Negara.

PPSMI dimansuhkan pada 2012 selepas kerajaan mendapati cara itu tidak
 berkesan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, malah mengurangkan
 minat terhadap subjek Sains dan Matematik.

Sumber TKO - 3-3-2018


HARAPAN Terengganu sedia bertempur tiga penjuru, Untuh Nyah PAS,
 BN

Posted on Saturday, March 03 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38479


Sudah jelas dan nyata kini Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu akan 
berganding bahu melalui ‘Formula 11+11+10’ untuk melawan Barisan 
Nasional (BN)/Umno dan PAS bagi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri 
(DUN) Terengganu.


Sudah jelas dan nyata kini Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu akan
berganding bahu melalui ‘Formula 11+11+10’ untuk melawan Barisan
Nasional (BN)/Umno dan PAS bagi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Terengganu.

Melalui pembahagian kerusi yang dimuktamadkan oleh HARAPAN Pusat
 kelmarin, kini menunggu apakah benar BN/Umno dan PAS akan bergabung
 dalam kedudukan di mana HARAPAN sudah bersiapsiaga melalui formula
 berkenaan.

Pembahagian kerusi peringkat Pusat itu sudah ditandatangi oleh ketua
 perunding kerusi daripada tiga parti yang bertanding – AMANAH, PKR dan
 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pada pilihan raya kali ini, DAP yang mulanya dispekulasikan akan bertanding
di DUN Bandar atau DUN Chukai tidak menjadi.

DUN Bandar akan kekal kepada PKR dan DUN Chukai juga diperuntukkan
kepada parti berkenaan.

Apakah ‘Formula 11+11+10’ dimaksudkan? HARAPAN Terengganu
 diperuntukan 11 kerusi DUN untuk AMANAH, 11 untuk PKR dan 10 kerusi
 untuk PPBM melalui rundingan itu.

Melalui pembahagian itu, di kerusi Seberang Takir yang mungkin
 dipertahankan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif
Abdul Rahman, beliau akan berdepan dengan calon PKR.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dikhabarkan
 akan mempertahankan kerusi DUN Kijal, beliau akan berdepan dengan Calon
 PPBM.

Sementara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang – sekiranya
 mempertahankan kerusi DUN Rhu Rendang - akan berdepan calon
AMANAH. Diuar-uarkan bahawa Abdul Hadi akan melepaskan kerusi
berkenaan kepada anak beliau.

Sementara di kerusi DUN Paka yang disandang oleh Timbalan Pesuruhjaya
 PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat, beliau akan ditentang oleh calon
 AMANAH.

Satu-satunya ADUN pembangkang mewakili HARAPAN di DUN Terengganu, iaitu Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail akan mempertahankan kerusi DUN Bandar. Beliau jangka akan
ditentang oleh calon BN daripada MCA dan juga daripada PAS.

Beberapa Exco kanan kerajaan seperti Datuk Mohd Jidin Shafie jika
 dikekalkan di DUN Permaisuri serta Datuk Tengku Putera Tengku Awang
di DUN Kuala Berang – akan berdepan dengan calon daripada PKR.

Sementara kerusi yang disandang oleh Exco lain seperti Jerteh (ditentang oleh
calon AMANAH), Hulu Besut (PPBM), Ajil (PPBM), Pengkalan Berangan
(PPBM), Bukit Besi (PPBM), Air Puteh (PKR) dan Kemasik (AMANAH).

Sehingga ini, belum dipastikan sama ada Pengerusi AMANAH, Datuk Raja
 Kamarul Bahrin Raja Ahmad akan bertanding di kerusi DUN. Begitu juga
 dengan Pengerusi PPBM, Datuk Razali Idris ‘belum membuka mulut’ sama
ada bertanding atau sebaliknya.

Menarik dalam pembahagian kerusi ini, semua parti komponen akan diberikan
tanggungjawab untuk berdepan dengan cabaran berat di kerusi yang
dimenangi majoriti besar, sama ada oleh BN/Umno mahupun PAS.

Di kerusi DUN yang menjadi dominan kepada BN/Umno seperti Telemong
 (Majoriti 6,864), Air Puteh (3,633) dan Permaisuri (2,928) diserahkan kepada
PKR. DUN Kijal (4,204), Ajil (2,782) dan Langkap (3,022) kepada PPBM
dan DUN Wakaf Mempelam (2,986), Sura (2,957), Rhu Rendang (2,819) dan
Batu Burok (2,273) diserahkan kepada AMANAH.

Sudah pasti dalam cabaran getir seperti ini, HARAPAN akan mecari rumusan
dan strategi terbaik untuk menawan kerusi berkenaan walaupun dilihat amat
sukar.

Di DUN Batu Burok, belum dapat dipastikan apakah PAS akan mencalonkan
 semua Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi . Beliau dilihat ‘mesra
HARAPAN’ tetapi belum mengisytiharkan pendiriannya.

Berikutan selesainya pembahagian kerusi HARAPAN dan dengan ‘
perselisihan kecil’ diselesaikan, HARAPAN kini menumpukan sepenuh
 tenaganya untuk menghadapi saingan tiga penjuru (BN, PAS dan
HARAPAN) dengan kemungkinan munculnya calon BEBAS di beberapa
DUN seperti pilihan raya yang lalu.

Apa yang menggembirakan, selain selesainya pembahagian kerusi DUN,
 HARAPAN Terengganu juga sudah menyiapkan manifestonya sebagai
tawaran untuk rakyat Terengganu sekiranya berjaya membentuk kerajaan
selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Manifesto HARAPAN, Azan Ismail berkata,
 Manifesto HARAPAN Terengganu dijangka akan diumumkan pada minggu
ketiga bulan ini sempena Jelajah PAKATAN HARAPAN di mana lima
pemimpin tertinggi HARAPAN akan hadir pada majlis yang akan diadakan
di Parlimen Dungun.

“Saya sangat yakin rakyat Terengganu akan memberikan perhatian dan
 keyakinan kepada tawaran kami kerana ia membabitkan banyak perkara
yang akan faedah kerpada rakyat,” tegasnya.

Sebelum ini bagi kerusi Parlimen, AMANAH akan bertanding di kerusi
 Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus, PKR di Dungun dan
Kemaman, sementara PPBM di Setiu, Besut dan Hulu Terengganu.

HAMBALI ABDUL LATIFF
ketua penerangan dan komunikasi HARAPAN Terengganu.

Sumber TKO - 3-3-2018


Ceramah HARAPAN Di Muar Lesu
Posted on Saturday, March 03 @ 10:12:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38476



MUAR: Ceramah Pakatan Harapan diketuai DAP malam tadi kurang
mendapat sambutan biarpun tajuk ceramah yang dipertaruhkan 'Muar Kunci
ke Putrajaya' dilihat mampu menarik kehadiran ramai.

Dijadualkan bermula pukul 8 malam, ceramah yang menampilkan Timbalan
Presiden PAN, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed
Abd. Rahman sebaliknya hanya berlangsung lebih sejam kemudian.


Kelewatan tersebut dipercayai ekoran pihak penganjur yang masih menunggu
kehadiran orang ramai ke ceramah yang diadakan di Sungai Balang, di sini.

Pengacara majlis dalam ceramah tersebut juga dilihat berulang kali memanggil
 dan merayu orang ramai yang berada di tepi jalan untuk memenuhi tapak
ceramah yang diadakan di pekarangan rumah penduduk.

Malah, barisan penceramah yang mengambil tempat dalam ceramah berkenaan
juga hanya menggunakan isu kitar semula yang berkisar mengenai cukai
barang dan perkhidmatan (GST) serta kos sara hidup.

Tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang dalam ceramah itu
menceritakan bagaimana Muar mampu menjadi kunci ke Putrajaya yang
mungkin memberi maksud mereka mahu menguasai pemerintahan negara.

Dalam ceramah itu juga, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching
dilihat segera meninggalkan pentas sejurus selesai menyampaikan ceramah
mereka.

Salahuddin dalam ceramahnya kira-kira setengah jam pula hanya berterusan
memburuk-burukkan kerajaan termasuk membuat tuduhan terhadap Menteri
Besar, Datuk Seri Khaled Nordin bersama-sama ‘team’ beliau mengamalkan
rasuah.

Sumber TKO - 3-3-2018


PPSMI akan diperkenalkan semula jika Harapan menang
Posted on Thursday, March 01 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38452














KUANTAN - Pakatan Harapan (Harapan) tidak menolak kemungkinan untuk 
 memperkenalkan semula Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik 
 dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekiranya parti gabungan itu menang pada 
 PRU14.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, itu antara cadangan yang
 diberikan pertimbangan dan akan dilaksanakan seandainya PPSMI dimahukan
 rakyat.

"Kita (Harapan) mungkin akan perkenalkan balik PPSMI. Kalau majoriti
rakyat nak (PPSMI), kita akan laksanakan.

"Tapi dalam hal ini, terpulang kepada rakyat dan kita akan (pertimbangkan)
jika itu yang mereka mahu," katanya pada sidang media selepas menghadiri
Majlis Perjumpaan Tertutup Dengan Pemimpin Harapan Pahang, di sini, hari
ini.

Turut hadir, Pengerusi Harapan Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Ahli
Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Dasar PPSMI diperkenalkan hasil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Julai
2002 dipengerusikan Dr Mahathir yang ketika itu Perdana Menteri.

Ia dilaksanakan secara berperingkat bermula sesi persekolahan 2003, sebelum
dimansuhkan bermula 2012 selepas mendapat kritikan daripada pemimpin
politik, ibu bapa dan pakar bahasa sejak 2009.

Sumber TKO - 1-3-2018



Jangan Undi Dacing Jangan Undi Bulan Kempen HARAPAN (Mahathir)
Terkini menunjukkan HARAPAN mula merasai PAS Mengugat..

Posted on Thursday, March 01 @ 06:56:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38448

Berita


PEKAN - "Jangan undi dacing, jangan undi bulan," kata Pengerusi Pakatan 

 Harapan (Harapan), Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada masyarakat Orang 
 Asli di Perkampungan Gumum, di sini, petang tadi.

Menurutnya, untuk memastikan Harapan menang PRU14, sokongan 

masyarakat Orang Asli diperlukan.

"Jangan undi dacing, jangan undi bulan. Dan bulan itu sebagai pengacau untuk 

menarik undi Pakatan Harapan.

"Bulan ini tidak boleh menang, dia buat kacau sahaja. Bulan ada untuk sokong 

BN," katanya.

Sementara itu, Mahathir berkata, Harapan berjanji akan menjaga kepentingan 

Orang Asli jika menang PRU14 nanti.

Menurutnya, perkara itu turut dinyatakan dalam manifesto Harapan bagi 

 membela hak Orang Asli, sekali gus memastikan kehidupan mereka lebih 
 terjamin.

Katanya, kegiatan perlombongan dan pembalakan menyebabkan komuniti 

Orang Asli hilang punca pendapatan dan sumber makanan.

"Orang Asli perlukan hutan kerana itu sumber pendapatan mereka. Kegiatan 

dan perlombongan telah memberi kesan kepada kehidupan penduduk, malah 
mereka hidup di dalam debu.

"Pakatan Harapan akan berusaha untuk mengurangkan, malah sebaiknya 

 menghentikan kegiatan-kegiatan ini demi menjamin kehidupan yang lebih
 baik buat penduduk khususnya Orang Asli," katanya ketika berucap di
 hadapan masyarakat Orang Asli di Perkampungan Gumum.

Mahathir menghabiskan masa kira-kira 30 minit dalam pertemuan tersebut 

 yang turut dihadiri isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali bersama 
 pemimpin tempatan dan penduduk kampung.
XOXO - Akhir-ahkhir ini HARAPAN sangat kerap menyerang PAS dalam 
mana-mana ceramahnya dan kadang kala serangan kepada PAS melebihi 
serangan kepada UMNO/BN. Bagi mereka yang berfikir kenapa Mahathir 
perlu buat kempen khas menafikan PAS? Sudah tentu mereka sedar PAS 
sekarang makin kuat dan boleh mengugat kedudukan HARAPAN di banyak 

Sumber TKO - 1-3-2018


Muhyiddin Kecewa Dengan Jentera Pakatan Harapan?
Posted on Monday, February 26 @ 18:49:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38405



KUALA LUMPUR - Pengarah Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan, Tan Sri 

Muhyiddin kecewa dengan jentera pembangkang di seluruh negara kerana 
gagal membuktikan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan apabila diminta.
Perkara itu terdedah berikutan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah
Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsudin dalam Majlis Pelancaran Jentera
Pilihan Raya Wanita PAN Selangor semalam.

Ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff
menyiarkan transkip ucapan Jaafar tersebut di laman Facebook beliau hari ini
seperti berikut:

“Pada saya, kalau saya turun ke mana-mana, khususnya ke 
 bahagian-bahagian pilihan raya yang bakal kita bertanding, saya 
 mewajibkan untuk jentera kita menunjukkan kedudukan sokongan 
pengundi dan rakyat kepada AMANAH khasnya dan amnya kepada 
Pakatan Harapan. Tanpa bukti, dan kerja ini kita buat, kita bergerak, 
kita menjalankan kerja pilihan raya dalam keadaan tanpa haluan tuju 
dan bukti yang mengatakan kita mendapat sokongan.

“Baru-baru ini dalam Mesyuarat Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan 
Malaysia yang dipengarahkan oleh Tan Sri Muhyiddin, memohon pihak 
Pakatan Harapan menunjukkan kedudukan cula di tiap-tiap negeri 
di seluruh negara, sama ada SFERA-nya atau report-report yang lain, 
Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia tidak dapat 
menunjukkan kedudukan sokongan kita di seluruh Parlimen, 222, yang 
menyebabkan Tan Sri Muhyiddin berasa kecewa dan amat terperanjat.”

Justeru, Kamarul berpandangan, laungan berdegar-degar pemimpin Pakatan
Harapan selama ini kononnya pembangkang mendapat sokongan padu rakyat
terbukti hanya sekadar laungan kosong tanpa bukti. – MYNEWSHUB.CC


Sumber TKO - 26-2-2018


HARAPAN mungkin tak dapat guna logo sama pada PRU14, kata Dr M
Posted on Monday, February 26 @ 11:59:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38397


Parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) mungkin tidak dapat bertanding 
di bawah logo yang sama sebaliknya menggunakan logo masing-masing pada 
pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.


Pengerusi HARAPAN itu berkata ia berikutan kelambatan Pendaftar
Pertubuhan (ROS) memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan itu
untuk didaftarkan secara rasmi.

"Kami dalam keadaan tidak pasti kerana tidak tahu sama ada akan bertanding
dalam PRU ke-14 atas tiket HARAPAN atau parti secara sendiri.

"Tentulah jika kita bertanding atas tiket parti komponen dengan logo
masing-masing, rakyat akan keliru.

"Sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak enggan mendaftarkan
HARAPAN," kata bekas perdana menteri itu.

Beliau bercakap di hadapan 1,500 orang yang menghadiri program jelajah
HARAPAN di Alor Gajah, Melaka, malam ini.

HARAPAN menghantar permohonan pendaftaran pada pertengahan tahun lalu
 dan Mahathir sebelum ini mendakwa ROS berulang kali sengaja
 melambat-lambatkan proses itu.

Walaupun mereka tidak dapat bertanding menggunakan logo sama, Mahathir
berkata rakyat seharusnya tahu akan empat parti komponen gabungan itu.

"Saya meminta anda semua undi apa saja logo selagi ia bukan dacing atau
bulan," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Beliau merujuk kepada BN dan PAS yang dikatakan akan menyertai PRU
 ke-14 melalui Gagasan Sejahtera - kerjasamanya dengan beberapa parti
 pembangkang kecil.

Pada 21 Februari lalu, beberapa pemimpin HARAPAN memfailkan saman
terhadap ROS yang menurut mereka mengabaikan tanggungjawabnya.

Sebelum program ceramah di Alor Gajah itu, beberapa program lebih kecil
turut diadakan di sekitarnya.

Misalnya sesi Teh Tarik di Krubong yang turut disertai Mahathir, serta dua
rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PKR dan DAP.

Program jelajah turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha
Organisasi DAP Anthony Loke.

Sumber TKO - 26-2-2018


Rundingan kerusi HARAPAN Pulau Pinang gagal
Posted on Friday, February 23 @ 10:42:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38373


Pakatan Harapan Pulau Pinang belum menyelesaikan agihan enam kerusi negeri 
untuk pilihan raya umum akan datang, dan ekoran kebuntuan itu, tiga parti 
komponennya menyerahkan perkara itu kepada jawatankuasa pusat mereka.


Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi untuk ditandingi. DAP adalah penyandang di 19
kerusi, PKR (10), Umno (10) dan PAS (1).

DAP tidak terlibat kerana kepada parti itu, status quonya kekal. Pada tahun 2008 dan
2013, parti itu bertanding  19 kerusi dan menang semuanya.

Enam kerusi yang belum selesai itu kebanyakannya kerusi majoriti Melayu yang
diintai oleh PKR, AMANAH dan BERSATU.

Kerusi-kerusi ini ditandingi PKR dalam pilihan raya umum ke-13, tetapi parti itu
gagal memenanginya. PKR bertanding 16 kerusi pada 2013 dan menang 10 kerusi.

Agihan enam kerusi yang gagal diselesaikan itu ialah Bertam, Sungai Dua, Telok
Ayer Tawar, Sungai Acheh, Pulau Betong dan Telok Bahang.

Selepas kebuntuan dalam rundingan mereka, parti-parti komponen tersebut kini
menyerahkannya kepada majlis presiden mereka untuk memutuskan perkara itu.

ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berkata parti-parti itu tidak dapat mencapai
persetujuan mengenai jumlah kerusi "minimum".

"Ini akan diputuskan oleh majlis presiden. PKR sedia berkongsi kerusi dengan 
BERSATU dan AMANAH," katanya kepada Malaysiakini.

"Bagaimanapun, kami ingin bertanding di beberapa kerusi di mana kami telah
melakukan kerja-kerja persediaan asas, kerana kami yakin dapat memenangi lebih
 banyak kerusi kali ini, walaupun kami mungkin menghadapi pertarungan tiga
penjuru," kata Afif, yang juga timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat.

Pesuruhjaya AMANAH negeri, Datuk Mujahid Yusof Rawa pula berkata parti itu
berharap untuk bertanding di lima kerusi negeri, yang sebelum ini ditandingi PAS.

AMANAH merasakan ia mempunyai peluang menang di kerusi-kerusi berkenaan
kerana pengundi di sana lebih cenderung untuk memilih calon HARAPAN dan parti
serpihan PAS itu telah melakukan kerja-kerja persediaan asas di kawasan berkenaan
sejak 2015.

AMANAH ditubuhkan pada tahun 2015, selepas sayap progresif PAS, yang diketuai 
oleh bekas timbalan presidennya, Mohamed Sabu, tidak sehaluan dengan kepimpinan
 parti itu.

  Permatang Pasir (yang kini dipegang oleh PAS), Permatang Berangan (Umno),
Penaga (Umno), Sungai Dua (Umno) dan Bayan Lepas (Umno) adalah kerusi-kerusi
yang mahu ditandingi AMANAH, kata Mujahid.

"Walaupun kita semua ada tuntutan masing-masing dan kita merasakan bahawa kita
perlu lebih praktikal dengan angka, tetapi kita tidak dapat mencapai penyelesaiannya.
Jadi kita menyerahkan keputusan itu kepada jawatankuasa pusat kita," tambah ahli
Parlimen Parit Buntar itu.

Rundingan telah dilaporkan terhenti apabila BERSATU mahu bertanding di semua
kerusi Umno.

Umno, yang berdepan dengan PAS dan PKR, memenangi 11 kerusi negeri pada 2008
dan 10 pada 2013.

Dalam responnya, ketua BERSATU Pulau Pinang, Marzuki Yahya berkata: "Tidak,
kami belum lagi menyelesaikan agihan kerusi, kami mungkin akan menyelesaikannya
pada minggu depan."

Marzuki enggan mendedahkan bilangan kerusi yang bermasalah atau lokasinya 
apabila dihubungi Malaysiakini.

Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa negeri-negeri
yang tidak dapat menyelesaikan agihan kerusi sehingga hari Jumaat (hari ini) mesti
menyerahkannya kepada majlis presiden untuk diputuskan.

Mahathir juga berkata agihan kerusi parlimen di negeri itu telah diselesaikan tetapi
agihan beberapa kerusi negeri belum dapat diselesaikan di kalangan parti-parti
berkenaan.

Di Pulau Pinang, DAP akan bertanding di Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong dan
Bukit Gelugor, manakala PKR akan bertanding di kerusi parlimen Bayan Baru dan
Balik Pulau.

Di tanah besar di Seberang Perai, AMANAH akan bertanding di Kepala Batas,
BERSATU di Tasek Gelugor, PKR di Permatang Pauh dan Nibong Tebal dan DAP
di Bukit Mertajam, Batu Kawan dan Bagan.

Empat lagi kerusi parlimen - Tanjong (yang disandang oleh DAP) di pulau itu serta
Bagan (DAP), Permatang Pauh (PKR) dan Batu Kawan (DAP) di tanah besar Pulau
Pinang kekal status quo seperti pada PRU13.

Sumber TKO - 23-2-2018


Tun M ‘Kurang Yakin’ Dengan Manifesto Pakatan Harapan
Posted on Thursday, February 22 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38353

Berita

PETALING JAYA — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan yang 

 beliau ‘kurang yakin’ dengan kemampuan Pakatan Harapan untuk melaksanakan 
segala manifesto pilihan rayanya.
“Kita sudah membuat 60 janji-janji dan kita harap kita akan dapat laksanakan
walaupun mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat,” katanya.

Katanya dengan kemampuan kewangan yang ada, tidak mungkin Pakatan
Harapan boleh menampung janji-janji yang keterlaluan.

Oleh sebab itu Pakatan Harapan akan membuat janji setakat yang mampu ia
tunaikan sahaja, kata pengerusi Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis
Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata manifesto Pakatan Harapan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Dr Mahathir berkata, kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan tidak akan
 bertanggungjawab terhadap mana-mana manifesto daripada pemimpin mereka
 yang melontarkan cadangan atas kapasiti peribadi.

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto, ramai daripada
 pemimpin Pakatan Harapan yang telah membuat kenyataan tertentu, tetapi kita
 (Pakatan Harapan) tidak terikat dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat itu,”
kata beliau.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan akan membuat rayuan
kepada mahkamah Khamis ini berikutan tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan
(ROS) yang masih tidak memberi respons terhadap permohonan mereka untuk
menjadi komponen parti pembangkang.


Dilapor, Pakatan Harapan telah menghantar permohonan sejak pertengahan
tahun lepas dan mahu isu itu diselesaikan untuk bertanding pada pilihan raya
raya umum ke-14 nanti.– BERNAMA

Sumber TKO - 22-2-2018


ROS ‘lambat buat kerja’, PH ambil tindakan mahkamah: Tun M
Posted on Tuesday, February 20 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38333



BANGI, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Pakatan Harapan (PH) akan membuat 

rayuan di mahkamah bagi mendesak Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memberi 
maklum balas berhubung pendaftaran blok pembangkang itu.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media hari ini berkata,

 tindakan itu terpaksa diambil berikutan ROS gagal melaksanakan tugasnya.

"Kami masih tidak menerima respons sama sekali daripada ROS. Walaupun kami
 telah bertanya kepada mereka, mereka tidak memberi sebarang jawapan. Kami
tidak boleh nak cakap mereka menolak, kerana mereka tidak menolak, tetapi
pada masa yang sama kami tidak boleh buat apa-apa sebab mereka belum
luluskan lagi.

"Jadi langkah yang kami mahu ambil adalah buat rayuan ke mahkamah untuk
meminta agar ROS membalas permohonan kami yang sudah banyak dihantarkan
kepada pihak sana," katanya.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal
kerana ROS sebagai agensi kerajaan tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Situasi ini juga, katanya, sangat memberi kesan buruk kerana PH tidak dapat
membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),
akan datang.

"Tak tahulah sama ada ROS memang bermaksud dan ia adalah niat yang sebenar
untuk tidak membalas permohonan kami. Saya fikir ini adalah salah bagi jabatan
kerajaan untuk diam ketika menjalankan tugas mereka. Tindakan ROS sebenarnya secara tak langsung membantu Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya," katanya.

Pada masa sama, beliau mendedahkan banyak kesalahan dalam senarai daftar
pemilih dan akan mengemukakannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sekarang ini kita dapati satu lagi perkara yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu
 undi pos dan undi awal. Kalau ini diperkenalkan ramai orang menerusi kaedah
 ini mungkin memberi sokongan kepada kerajaan. Kita tahu bahawa dalam
PRU13, lebih daripada 400,000 pemilih telah membuat pengundian awal atau
mengikut pos," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan itu mempunyai kesan besar
terhadap undi bagi parti lawan.

"Kalau kita jumlah semua yang diberi hak untuk mengundi pos sekarang,
jumlahnya dah sampai satu juta. Ini memberikan peluang kepada salah guna
 kuasa dari pihak tertentu supaya kemenangan akan diperoleh oleh pihak
kerajaan.

"Inilah cara-cara yang tidak adil dan mungkin bercanggah dengan
undang-undang yang dilakukan oleh kerajaan demi menentukan kemenangan
bagi parti BN," katanya.

Sumber TKO - 20-2-2018


Agih kerusi DUN, PH hanya selesaikan 4 negeri
Posted on Tuesday, February 20 @ 19:08:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38331



PETALING JAYA – Pakatan Harapan setakat ini hanya berjaya memuktamadkan
 pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di empat buah negeri sahaja.

Demikian kata Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya
perkembangan terkini mengenai perkara itu oleh pemberita.

Jelasnya, ia berikutan wujudnya ketidaksepakatan di antara keempat-empat buah
parti dalam gabungan itu.

“Kita dah selesaikan berkaitan dengan Parlimen tetapi berkenaan dengan negeri
(Dewan Undangan Negeri) masih ada beberapa kawasan yang tidak dapat
dipersetujui antara parti-parti.

“Sudah selesai empat buah negeri (agihan untuk DUN) tapi kita tidak boleh
beritahu negeri apa,” katanya.

Mahathir berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.

Selain Selangor yang masih gagal memuktamadkan pengagihan 15 kerusi DUN
sesama parti, terbaru di Kelantan juga mengalami perkara yang sama.

Mahathir dalam pada itu memberi tempoh selama tiga hari bermula Selasa untuk
Pakatan Harapan peringkat negeri menyelesaikan pengagihan kerusi sebelum ia
diambil alih oleh Majlis Presiden untuk membuat keputusan.

“Kita telah tentukan kalau mereka tidak dapat selesai pada Jumaat ini mereka
beritahu kepada ibu pejabat dan perkara itu akan diangkat kepada Majlis Presiden
 (Pakatan Harapan) untuk ditentukan di peringkat pusat dan nama itu mesti
diterima oleh semua pihak,” ujar Mahathir yang juga merupakan Pengerusi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 20-2-2018




Politik 'dedalu' Pakatan Harapan terlondeh
Posted on Thursday, February 15 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38258



Nampaknya PKR baru sedar bahawa keikhlasan dan komitmen Parti Amanah 

Negara, jauh tidak sama dengan pendirian bekas saudara tahaluf siyasinya PAS; 
sekurang-kurangnya dari segi integritinya.
PAS menjadi sahabat PKR sejak ia ditubuhkan pada 1998 bukan sahaja kerana 
bersimpati pada nasib yang menimpa pemimpin utamanya, Datuk Seri Anwar 
Ibrahim yang ‘dianiayai’ oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir 
Mohamad.
Malah PAS tanpa banyak soal 
menawarkan beberapa kerusi 
untuk ditandingi oleh PKR
 (ketika itu dikenali sebagai 
Parti Keadilan Nasional atau 
PKN) sebagai lambang 
persahabatan politik yang 
unggul tanpa menjadikan 
umur “setahun jagung PKN” 
sebagai isu.
Malah apabila bekerjasama 
dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008, PAS secara budiman menyokong 
PKR untuk menerajui Selangor walaupun majoriti yang diperolehinya dalam 
Dewan Undangan Negeri itu bukanlah mutlak.
Ketika itu PKR ada 15 kerusi, DAP 13 dan PAS, 8. Sementara UMNO-BN pula 
memenang 20 kerusi.
Sikap budiman PAS itu dipamerkan sekali lagi apabila PKR menghadapi krisis 
dalamannya berpunca menteri besarnya suatu ketika dahulu, Tan Sri Abdul 
Khalid Ibrahim ‘keberatan’  meletak jawatan walaupun diarahkan oleh 
kepimpinan PKR.
Yang mengkagumkan ialah, PASlah yang bertanggungjawab mencalonkan 
 Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar. 
 Tiada sekelumit pun hasad PAS mahu menyaingi PKR untuk menduduki kerusi 
 berprestij itu.
Sayugia diingat bahawa PAS selepas PRU 13 pada 2013 memiliki 15 kerusi sementara PKR 14, DAP 15, dan UMNO-BN, 12. Namun PAS tidakpun menuntut kerusi peneraju di Selangor. 
PAS juga istiqamah mahu menunaikan janji pilihan rayanya kepada rakyat untuk berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP ketika itu. Terharu dengan pendirian PAS itu, PKR bertegas mahu PAS terus berada dalam kerajaan Selangor walaupun sudah ditalak DAP.
Sungguhpun begitu luhur dan mudah pendekatan politik PAS Selangor, namun 
di bawah pimpinan Azmin, PKR pun  tidaklah begitu tulus melayani PAS. Dalam 
pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu, PKR
 jelas tidak menyokong PAS.
PKR mendakwa ia bukan tidak sayang PAS tetapi lebih setia pada Pakatan 
 Rakyat. Kemunculan Tun Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
 menghanyutkan PKR lebih jauh dari PAS.
Akhirnya, PAS tidak lagi mahu melayan PKR bagai menantang minyak yang 
 penuh. PKR nyata lebih mementingkan pengekalan kuasa dan bukan budi bicara 
politik matang. PAS pun memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR tahun lalu.
Pada pilihan raya umum
 ke-14 kelak, PAS tidak 
mahu bekerjasama 
politik dengan rakan
 asalnya, DAP dan 
PKR. Pastinya, PAS 
enggan bekerjasama 
 dengan Amanah yang
 lahir dari tulang rusuk
 politiknya tetapi kini 
 mencerca sendi dan 
akhlak politiknya pula. 
Apabila PRU14 makin dekat, PKR baru dapat melihat sisi hodoh Amanah 
 pengganti PAS dalam pakatan pembangkang. Pengerusi PKR Selangor, Datuk 
 Seri Mohamed Azmin Ali membidas Amanah negeri itu sebagai menipu serta 
 tidak amanah kepada rakyat.
Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata Amanah sepatutnya 
 memberitahu umum bahawa Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor sudah 
 bermesyuarat empat kali bagi membincangkan isu agihan kerusi.
"Amanah menipu. Apa yang Dr Mahathir kata adalah tiada jawatankuasa khas. 
Apa yang Dr Mahathir (Mohamad) kata adalah kita ada jawatankuasa yang 
ditubuhkan seperti negeri lain dan kita telah berjumpa empat kali.
"Amanah tidak berkata benar. Amanah tidak amanah. Kami sudah berjumpa 
 empat kali kecuali nama jawatakuasa itu sebelum ini 'Jawatankuasa Pilihan 
Raya Negeri Selangor’ sekarang mereka mahu ubah kepada ‘Jawatankuasa 
Pengagihan Kerusi’, ahli jawatankuasa masih sama,” katanya.
Amanah Selangor sebelum ini mendesak agar PKR Selangor terutama Azmin 
 agar patuh pada pengumuman Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad agar 
 ditubuhkan satu jawatankuasa khas berhubung isu agih kerusi.
Ia susulan Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar bertegas 
mahu meneruskan rundingan itu menerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH 
Selangor - yang sudah empat kali bermesyuarat.
Perkara itu dibantah tiga parti komponen PH yang lain Amanah, PPBM dan DAP seraya mahukan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk tujuan itu.
Azmin dalam pada itu bertegas mahu meneruskan rundingan agihan kerusi sehingga keempat-empat parti komponen PH di Selangor mencapai konsensus.
“Kita sudah berjumpa empat kali bukan hanya untuk berbincang pembahagian kerusi, tetapi juga isu lain berkaitan persediaan Pilihan Raya Umum 
ke-14.
“Sudah tentu rundingan kerusi adalah salah satu isu utama yang dibincangkan 
dalam jawatankuasa, tetapi malangnya kami belum capai konsensus empat parti 
dan saya rasa proses itu perlu diteruskan,” kata Azmin.
“Jadi adil di Selangor, awak mahu tetapkan tarikh akhir atau awak mahu proses 
itu diteruskan hingga kita capai konsensus? Saya ingat kedua-duanya penting?” 
katanya.
Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham 
Hashim sebelum ini memberitahu, 
PH Selangor diberi tempoh sehingga 
7 Februari untuk memuktamadkan 
agihan kerusi, selepas gagal berbuat 
demikian pada 31 Januari lalu.
Yang pasti setiap kerabat PH 
menyimpan hasrat menjadi peneraju 
gagasan berkenaan. Bagaimanapun 
oleh kerana PKR sudah mengisi keperluan lebih dahulu, parti-parti lain mula 
menunjukkan rasa cemburu terhadap PKR.
Memang begitu resam politik pembangkang. Masing-masing berusaha bak 
 dedalu tanpa segan silu melepaskan ‘pucuk dan tembolok politik’ mereka 
 dahulu.

ABDUL RAHMAN MALIK
ANTARAPOS

Sumber TKO - 15-2-2018

Harapan Kelantan masih berebut 14 kerusi
Posted on Wednesday, February 14 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38222













Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan dilihat masih sukar menemui titik 
persefahaman sekali gus merencatkan pembahagian kerusi dewan undangan 
negeri (DUN) antara parti komponen di negeri itu.


Difahamkan sudah enam kali HARAPAN Kelantan mengadakan pertemuan,
namun isu pembahagian kerusi tidak berjaya diputuskan kerana 'perebutan'
di kalangan pimpinannya.

Justeru, mereka dikatakan terpaksa membawa perkara itu ke peringkat nasional
seperti mana rundingan kerusi parlimen dilakukan.

Menurut sumber, daripada 45 DUN masih tinggal 14 kerusi yang belum diberi
kata putus untuk diberi mandat kepada mana-mana parti dalam HARAPAN.

Antaranya seperti DUN Demit, Kemahang, Tawang, Kijang dan Kemuning.

Setakat rundingan yang berlangsung pada 10 Februari lalu, dikatakan Parti
Amanah Negara (AMANAH) ditetapkan akan bertanding di 17 DUN.

Lapan kerusi pula akan menjadi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia
 (BERSATU), lima kerusi ditetapkan untuk PKR dan satu kerusi diisi DAP.

Bagaimanapun, baki 14 kerusi lagi belum dapat diselesaikan kerana berlaku
tuntutan bertindih antara parti-parti berkenaan.

Antaranya sembilan kerusi melibatkan pertindihan antara AMANAH dan
 BERSATU, tiga kerusi menjadi rebutan antara AMANAH dan PKR dan dua
 kerusi antara BERSATU dan PKR.

Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa
 menjelaskan, isu pembahagian kerusi antara HARAPAN negeri itu tidak terlalu
kritikal.

Menurutnya, tiga aspek utama diberi penekanan dalam menentukan parti mana
akan bertanding di satu-satu kerusi iaitu kewibawaan calon, kekuatan kewangan
dan jentera.

"Aspek utama yang diberi penekanan itu menjadi asas dalam rundingan yang
dibuat dan kita yakin ia dapat diselesaikan dengan baik," katanya

Tambahnya, meskipun pembahagian belum selesai, rundingan diadakan
 berlangsung dalam keadaan penuh harmoni antara rakan-rakan parti.

"Kalau ada sekali pun kerusi yang sukar dibuat keputusan tidak melibatkan
banyak kerusi dan perkara itu akan dibawa ke pimpinan pusat," katanya.

Ketua BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd Noor pula mengesahkan,
 setakat ini sudah lebih separuh kerusi berjaya diselesaikan.

"Kita mulakan perundingan pada 1 Februari lalu, baru 13 hari dan kalau ikutkan
tempoh yang diberi kepada HARAPAN negeri sudah tamat.

"Tetapi kita masih diberi ruang untuk melanjutkan tempoh rundingan atau
menyerahkan kepada pimpinan pusat," katanya

Sumber TKO - 14-2-2018

Ayer Hitam: DAP kata rasmi, AMANAH kata belum muktamad
Posted on Tuesday, February 13 @ 17:28:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38217


Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menafikan keputusan muktamad 
sudah dibuat berkaitan kerusi parlimen Ayer Hitam di Johor.


Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, setakat ini belum ada sebarang
ketetapan diputuskan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengenai kerusi berkenaan.

Mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, Mohamad
 berkata calon di Ayer Hitam yang mewakili HARAPAN belum ditentukan.

"Kita akan bincang. Belum ada keputusan muktamad," katanya kepada media
di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor di Shah Alam hari ini.

Pada 10 Feb lalu Loke mengesahkan DAP akan menurunkan calon mereka untuk
 mencabar Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Ayer Hitam.
Kata Loke DAP membatalkan rancangan awal untuk meletakkan calon
AMANAH yang akan bertanding menggunakan logo DAP di situ.

"(HARAPAN mahu meletakkan calon AMANAH sebelum ini) sebab AMANAH
cuma ada dua kerusi parlimen (di Johor).

"(Tapi) AMANAH dapat 12 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang boleh
 dianggap agak banyak. Sebab DAP tak dapat tambahan kerusi DUN, jadi kita
 minta semula Ayer Hitam.

"Hari ini kita boleh cakap secara rasmi bahawa calon DAP akan bertanding di
Ayer Hitam," katanya.

Sejak awal bulan lalu ada cakap-cakap bahawa AMANAH akan menurunkan
 calon mereka di kerusi berkenaan, tetapi menggunakan logo DAP.

Pada pilihan raya umum lalu Wee mengalahkan calon PAS, Hu Pang Chow,
dengan majoriti selesa, 7,310 undi.

Hu adalah bekas pemimpin Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kemudian
meninggalkan parti itu sebelum menyertai AMANAH.

Sumber TKO - 13-2-2018


HARAPAN: Lebih 20 kerusi di Selangor lagi jadi rebutan
Posted on Monday, February 12 @ 18:47:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38199

Berita
Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor masih belum selesai dalam rundingan 
agihan kerusi di negeri itu untuk pilihan raya umum akan datang.


Menurut pengarah pilihan raya HARAPAN Selangor Dr Xavier Jeyakumar,
masih terdapat 15 hingga 20 kerusi yang belum dimuktamadkan.

"Belum selesai, kita belum lagi, bincang lagi. Mungkin 15 hingga 20 lagi,"
katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jentera pilihan raya PKR Selangor
di Shah Alam hari ini.

Jeyakumar, yang juga adalah naib presiden PKR, berkata keempat-empat parti
komponen itu akan bertemu semula minggu hadapan.
“Keempat-empat parti Selangor telah bincang kerusi pilihanraya akan datang dan 
kita telahpun ada sedikit kefahaman bahawa kita nak menang negeri Selangor dan 
semua parti bersama dengan kita dalam isu ini dan kita akan teruskan perundingan 
lagi lepas perayaan Tahun Baru Cina.

  “Untuk sementara waktu, parti-parti akan balik kepada parti masing-masing
untuk bincang kerusi lagi dalam negeri Selangor dan lepas tu sahaja kita boleh
adakan keputusan.

“Hari ini tak ada keputusan lagi,” katanya sambil menambah bahawa wakil dari
semua empat parti hadir semasa mesyuarat dua jam itu.

Susulan mesyuarat yang diadakan Khamis lalu, HARAPAN Selangor juga
 mendedahkan bahawa 21 dari 56 kerusi negeri belum dimuktamadkan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo
 menjelaskan bahawa ketiadaan partinya pada mesyuarat sebelum ini tidak
 sepatutnya dijadikan isu kerana terdapat perbincangan dua hala dan tiga hala
yang diadakan di antara parti-parti HARAPAN berhubung kerusi yang bertindih.
"Saya ingin menjelaskan bahawa apa yang berlaku pada kali terakhir adalah 
pertemuan dihadiri oleh empat parti.

  "Susulan itu terdapat perbincangan dua hala dan perbincangan tiga hala. Itu
sebabnya mengapa DAP tidak terlibat, bukannya kami tidak hadir," katanya.

"Kami adakan satu lagi mesyuarat hari ini dan kami gembira dengan hasil
mesyuarat hari ini," katanya.

Ketua Penerangan Selangor BERSATU Sallehudin Amiruddin berkata beliau
 telah diarahkan untuk meneruskan perbincangan dan yakin agihan kerusi itu
akan diselesaikan dalam semangat kerjasama.

"... berapa banyak kerusi dan semua itu, biar kita selesaikan isu-isu ini sesama
kita," katanya.

PKR, BERSATU dan DAP diwakili oleh empat ahlinya pada mesyuarat hari ini
manakala AMANAH menghantar tiga wakil termasuk ADUN Hulu Kelang Saari
Sungib.

Sumber TKO - 12-2-2018

Dr M: Najib lebih teruk dari Marcos
Posted on Saturday, February 10 @ 06:56:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38170


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir hari ini menyifatkan 
salah tadbir Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Razak lebih parah berbanding 
pemerintahan Marcos.


Dr Mahathir berkata demikian merujuk pemerintahan presiden Filipina Ferdinand
Marcos dari 1972 hingga 1985 yang dipenuhi skandal rasuah, pelanggaran hak
asasi manusia dan penggunaan kuasa polis serta tentera bagi menyekat musuh
politiknya.

"Salah tadbir Najib lebih parah berbanding Marcos. Terdapat bukti jelas bahawa
dia (Najib) mencuri duit kerajaan.

"Penyalahgunaan kuasa olehnya diketahui oleh dunia. Malaysia di bawah Najib
dikenali sebagai negara kleptokrasi, bukan lagi demokrasi.

"Undang-undang tidak dipedulikan oleh Najib. Rasuah olehnya berleluasa,"
katanya melalui satu kenyataan di blog.

Membandingkan sokongan polis dan tentera kepada Marcos di Filipina dulu,
Dr Mahathir berkata, ketua polis negara dan ketua angkatan tentera di Malaysia
hari ini dilihat menyokong Najib kerana tidak bertindak meski perdana menteri
itu melanggar undang-undang.

"Namun apabila dia (Marcos) menyebabkan (seteru politiknya) Aquino dibunuh,
ketua polis dan tentera menarik sokongan. Dengan itu rakyat turun ke jalan dan
menuntut penyingkiran Marcos sebagai presiden. Gerakan rakyat berjaya kerana
Marcos hilang sokongan ketua polis dan tentera.

"Di Malaysia ketika ini, ketua polis dan ketua angkatan tentera merupakan
penyokong perdana menteri atau sekurang-kurangnya patuh kepada apa yang dia
(Najib) buat. Meskipun beliau jelas melanggar undang-undang, mereka nampak
seperti tidak peduli," katanya.

Dr Mahathir mendakwa, Najib akan guna apa saja cara termasuk taktik kotor
untuk menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 bagi mengelakkan didakwa
di mahkamah dan dimasukkan penjara sekiranya kalah.

"Najib tahu kesannya sekiranya dia kalah. Dia akan didakwa di mahkamah dan
mungkin akan dipenjara. Oleh itu dia mesti pastikan tidak kalah. Dengan apa
cara sekalipun dia perlu menang.

"Salah satu yang mungkin dia akan lakukan sekiranya kalah dengan margin tipis
adalah mengisytihar darurat dan menggantung parlimen. Dia akan tubuhkan
kerajaan Mageran (Majlis Gerakan Negara) dan memerintah negara dengan
ketenteraan.

"Untuk melakukan hal ini dia akan perlukan sokongan terutamanya daripada
ketua polis dan tentera," katanya

Dr Mahathir menegaskan, sekiranya Najib terus berkuasa, negara akan bankrap
kerana beban hutang dan penyelewengan.

"Negara ini akan bankrap kerana hutang negara hampir satu trilion ringgit. Najib
menjual Malaysia sedikit-demi sedikit untuk membayar hutang. Semua tanah-
tanah yang bagus sudah dijual.

"Akan tiba masanya, dia (Najib) tidak mampu dapatkan duit untuk bayar hutang.
Apabila masa itu tiba, Malaysia akan jadi negara bankrap," katanya

Sumber TKO - 10-2-2018


























Perbincangan agihan kerusi PH gagal lagi
Posted on Friday, February 09 @ 09:31:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38156

Berita

SHAH ALAM: Tiada kata sepakat dicapai dalam Mesyuarat Khas Pakatan 

 Harapan (PH) Selangor kali ke-5 berkenaan pengagihan kerusi Dun yang 
 berlangsung di Pejabat Harapan Selangor, di sini Khamis.
Perkara itu disahkan Ketua Penerangan PPBM Selangor, Salehudin Amiruddin 
kepada pemberita petang semalam.
"Saya boleh anggap belum ada sebarang keputusan mesyuarat jawatankuasa 
 kali ini kerana pertindihan kerusi antara PPBM dan PKR gagal diselesaikan.
"Perbincangan kali ini pula hanya melibatkan PPBM, PKR dan Amanah, 
 bagaimanapun DAP tidak terlibat dalam pertindihan kerusi berkenaan," 
 katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, terdapat tiga kerusi yang dimenangi Umno 
pada PRU13 lalu kemungkinan tidak berlaku pertindihan antara PPBM dan 
PKR.
"Kerusi berkenaan adalah DUN Jeram, Sungai Air Tawar dan Dengkil. Bukan 
 tidak bertindih sebaliknya kemungkinan PKR bersetuju untuk menarik diri 
 daripada bertanding di kerusi tersebut," katanya.
Sementara itu, Setiausaha PH Selangor yang juga Timbalan PKR Selangor, 
 Zuraida Kamaruddin berkata, perbincangan hari ini berjaya menyelesaikan 
 satu lagi kerusi sekaligus menjadikan 36 kerusi DUN berjaya diselesaikan 
 di negeri ini.

  "Bagaimanapun saya tidak dapat dedahkan nama kerusi itu dan milik parti 
mana," katanya.

Sumber TKO - 9-2-2018


HARAPAN Selangor runding kerusi 7 Feb (Esok)
Posted on Tuesday, February 06 @ 00:12:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38117


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali 
memanggil suatu mesyuarat empat komponen parti itu bagi membincangkan 
rundingan kerusi pada 7 Februari ini.


Hal ini susulan bidasan terbuka di antara AMANAH Selangor dan PKR Selangor
berkenaan agihan kerusi.

Azmin dalam sepucuk surat bertarikh 5 Februari yang dilihat Malaysiakini
berkata HARAPAN Selangor meminta parti komponen untuk menamakan
empat orang wakil daripada parti masing-masing.

Dalam surat itu juga, Azmin meminta mesyuarat rundingan kerusi di Selangor
untuk diadakan segera.

Dalam surat itu, Azmin mengesahkan PKR telah melantik timbalan pengerusi
PKR Selangor Zuraida Kamaruddin, anggota parlimen Petaling Jaya Selatan
Hee Loy Sian dan anggota parlimen Subang R Sivarasa sebagai wakil parti itu.

Bercakap dengan Malaysiakini, pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim
 (gambar) dan pengerusi DAP Selangor Tony Pua mengesahkan menerima surat
tersebut.

Bagaimanapun, surat itu tidak menyatakan tarikh dan tempat mesyuarat tersebut.

"Tetapi ada sikit good news. Mesyuarat pertama hari rabu sekitar 10.30 pagi
7 Februari," kata Izham yang menambah komponen parti HARAPAN tidak
diberitahu tempat mesyuarat itu bakal berlangsung.

Pua pula berkata DAP akan melantik empat anggota sebagai wakil dalam
jawatankuasa rundingan kerusi pilihan raya .

"Kami mahu suatu penyelesaian segera dalam semangat Pakatan Harapan
kesemua parti merupakan adalah setaraf," kata Pua.
AMANAH, BERSATU dan DAP menggesa Azmin mengadakan suatu
mesyuarat rasmi rundingan kerusi di bawah rangka kerja HARAPAN
Selangor.

Manakala PKR bertegas komponen parti itu telah bertemu sebanyak empat kali
melalui jawatankuasa pilihan raya HARAPAN Selangor.

Jumaat lalu, Azmin mendakwa AMANAH 'berbohong' berkenaan status
rundingan kerusi.

Hal ini mendorong pemimpin AMANAH Selangor Izham Hashim menggelar
Azmin sebagai 'joker' menegaskan rundingan kerusi belum lagi dimulakan dan
mendakwa timbalan presiden PKR itu tidak layak menjadi menteri besar.

Kenyataan 'joker' itu mendorong kemarahan pimpinan PKR Selangor yang
tampil mempertahankan Azmin dan menuduh Izham kurang sopan.

Namun begitu, Izham kemudiannya mendakwa kenyataan beliau telah
disalah-ertikan.

Sebelum itu, Azmin bertegas jawatankuasa itu telah bertemu empat kali bagi
merundingkan kerusi dan 80 peratus kerusi telah pun dimuktamadkan.

Bagaimanapun, Pua berkata pihaknya tidak tahu-menahu 80 peratus kerusi telah
dimuktamadkan.

Sumber TKO - 6-2-2018



PH SEKAT PENCERAMAH DI PENANG SENTUH ISU POLITIK DI
MASJID, TAKUT RAKYAT TAHU DAP ANTI ISLAM

Posted on Monday, February 05 @ 13:22:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38109

Berita

Tindakan Exco hal ehwal agama Islam Abdul Malik Abul Kassim Pulau pinang 

 dari PKR memberi amaran kepada pentadbiran masjid di seluruh negeri itu agar 
tidak membenarkan ceramah yang diadakan menyentuh bab politik adalah satu 
tindakan yang tidak demokrasi.
Mereka meniru perangai Umno BN yang pernah mengharamkan Ceramah 
Politik di Masjid dalam negeri Selangor sebelum ditumbangkan pada PRU 12.

Abdul Malik berkata "Masjid tidak boleh digunakan untuk parti politik apatah 
lagi untuk melemparkan pelanggaran lisan dan memainkan isu perkauman dan 
agama"

Nampak sangat barua DAP ini takut dengan penceramah - penceramah yang 
turun ke masjid surau menceritakan sikap sebenar DAP yang anti Islam.

Mereka takut rakyat tahu:
1. DAP tolak hudud;
2. DAP tak sokong pindaan RUU355 berkaitan Mahkamah Syariah dibentangkan 
oleh PAS;

3. DAP sokong pindaan RUU 164 mengenai perkahwinan dan perceraian yang 
membolehkan Mahkamah Sivil membicara kes perceraian mualaf dan bukan 
Islam serta over rule segala keputusan Mahkamah Syariah.
4. Ahli Parlimen DAP, Kulasegaran bela kes Indira di Mahkamah yang 
menyebabkan 3 anaknya Murtad;
5. DAP persoal hukum larang Murtad dalam mahkamah syariah
6.DAP tekad menjadikan Malaysia Negara Sekular;
7. DAP gelar pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik sebagai "syaitan";
8. DAP arah azan di Pulau pinang tidak mengunakan speaker yang kuat. 
Kononnya ganggu yang bukan Islam.
9. DAP pertikai peruntukkan kerajaan kepada JAKIM
10. DAP pertikai kewujudan JAKIM yang atas alasan tiada dalam Perlembagaan. 
Penyokong DAP, Siti Kasim mahu JAKIM dihapuskan.
11. DAP bantah Applikasi cegah maksiat "Amar" di Selangor yang memudahkan 
orang ramai buat aduan kes Khalwat.
12. DAP beri peruntukkan lebih kepada sekolah Cina berbanding sekolah 
Agama.
13. DAP mahu mata pelajaran Tamadun Islam di hapus di Universiti.
14. DAP tolak bantahan pesta arak dan bangga melaksanakan pesta arak dinegeri 
itu.
15. Penyokong DAP hina ulama' dengan memberikan pelbagai gelaran buruk.
16. DAP juga takut rakyat tahu kes salah urus tadbir kerajaan Pulau Pinang 
dalam kes pembinaan terowong, 3 lebuhraya dan laluan basikal dengan kos yang 
tinggi yang tidak munasabah.
17. DAP gadai tanah negeri atas alasan diberikan kepada pemaju sebagai gantian 
bayaran tunai untuk projek kerajaan negeri.

18. DAP melakukan projek-projek yang tidak menepati piawaian Jabatan Alam 
Sekitar hingga menyebabkan tanah runtuh dan banjir.

19. DAP merasuah pemimpin Melayu dalam PKR dan PAN dengan jawatan 
untuk menyembunyikan kejahatan mereka. Ini termasuklah Mat Sabu, Wan Ji, 
Saifuddin dan Sebagainya.

Banyak lagi dosa-dosa DAP yang mereka takut rakyat tahu jika penceramah 
menyentuh isu-isu politik. Sewajarnya DAP bersikap gentelmen dan 
menghormati hak demokrasi untuk rakyat tahu apa yang mereka lakukan 
terhadap Islam.

Dulu PAS pernah bagi ruang pemimpin DAP, Hannah Teoh memasuki surau 
di Selangor untuk menyentuh bab politik termasuk berkongsi dasar-dasar 
kerajaan Negeri.

Tapi bila kita nak dedah kezaliman DAP pula mereka hidupkan balek dasar 
UMNO yang sudah lama dikuburkan. Perangai double standard ini memang 
sangat menyedihkan.

Nampaknya Kerajaan DAP pulau pinang sama sahaja dengan Umno. Takut 
rakyat mengetahui kebenaran.

Kerajaan DAP ini harus diajar dengan orang Islam dinegeri itu menolak mereka 
dan rakan mereka dalam PAN, PKR dan PPBM dalam PRU-14  Umat Islam 
pulau pinang perlu bangkit melawan DAP agar mereka tidak 
sewenang-wenangnya mencampuri urusan umat Islam dan menyebarkan dakyah 
sekular mereka.

#up #tolakph #tolakbn #hancurdap #pankhianat #pkrbadut #ppbmbiadap

Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
4 Februari 2018

Sumber TKO - 5-2-2018


Pengagihan Kerusi DUN P.Pinang, HARAPAN gagal juga
Posted on Monday, February 05 @ 12:58:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38104

Berita

BUTTERWORTH -- Pakatan harapan (PH) gagal memuktamadkan pengagihan 

 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang yang akan ditandingi 
 pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) membuatkan Pengerusinya Tun Dr 
 Mahathir Mohamad menggesa semua pihak supaya bersetuju dan menyokong 
 keputusan pembahagian kerusi yang diputuskan pucuk pimpinan pakatan itu.
Mengakui terdapat masalah dalam hal pembahagian kerusi, Dr Mahathir berkata
semestinya akan ada banyak pihak yang tidak puas hati dengan pengagihan tetapi
matlamat utama adalah kemenangan calon yang bertanding.

"Kita akui akan ada masalah pembahagian kerusi, akan ada rasa kecewa apabila
kawasan yang diharapkan dapat kepada parti lain.

"Yang penting bukan dapat kawasan untuk bertanding kepada parti itu, kawasan
itu tidak penting. Apa gunanya kalau jadi calon untuk bertanding tetapi kalah,"
katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang di SP
Arena di sini malam tadi.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti
Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Presiden PKR Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
meminta anggota pembangkang supaya membelakangi parti mereka
masing-masing demi kepentingan dan kemenangan pakatan harapan.

"Kalau nak bersatu, kita kena belakangi parti sendiri dan utamakan pakatan
harapan supaya kemenangan itu akan dikecapi," katanya.

Beliau berkata hanya kerusi Parlimen sahaja yang berjaya dipersetujui oleh
keempat-empat parti dan beliau menganggap itu suatu pencapaian besar.

"Itu merupakan satu pencapaian yang besar dalam mempersetujui kerusi-kerusi
Parlimen walaupun tempoh masa dari tarikh PRU14 masih jauh," katanya.

Bulan lepas, Konvensyen PH Negeri Sembilan kecoh apabila kira-kira 40
anggota PPBM yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi DUN, membantah.

-- BERNAMA

Sumber TKO - 5-2-2018


HARAPAN Berebut juga kerusi di Kedah
Posted on Monday, February 05 @ 12:53:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38103


Empat kerusi yang masih menjadi rebutan di kalangan parti komponen Pakatan 

Harapan (HARAPAN) Kedah akan diselesaikan oleh majlis presiden gabungan 

itu, kata seorang pemimpinnya.

Tanpa sebarang tarikh akhir ditetapkan Penasihat PKR Kedah Datuk Johari Abdul
bagaimanapun memberitahu Malaysiakini pertikaian bagi kerusi dewan undangan
negeri (DUN) itu akan diselesaikan oleh pimpinan HARAPAN di peringkat
tertinggi.

Katanya perbincangan peringkat setempat untuk menentukan parti mana yang
akan bertanding di DUN Guar Chempedak, Pantai Merdeka, Kulim dan Gurun
menemui kebuntuan.

Untuk kerusi DUN Gurun dan Kulim, ada dua parti berhasrat untuk bertanding
iaitu DAP dan PKR. Untuk rekod di kedua-dua kawasan itu majoriti pengundi
ialah masyarakat bukan Melayu.
"DAP dan PKR hampir selesai membincangkannya. Ia bukan macam kita nak
 bergaduh, tapi masing-masing cuma mahukan lebih banyak kerusi. Dan di Kulim,
kami mempertahankan kerusi kami.

"Lagi dua kerusi tergantung sebab BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)
dan AMANAH (Parti Amanah Negara), namun ia akan diselesaikan tak lama lagi,"
kata Johari ketika ditemui di pusat khidmatnya di Sungai Petani, Kedah baru-baru
 ini.

Peluang lebih cerah
Kedah yang terletak di utara semenanjung mempunyai 15 kerusi parlimen dan
36 DUN.

Pembahagian peringkat parlimen sudah diselesaikan oleh kepimpinan tertinggi
HARAPAN baru-baru ini.

BERSATU dan PKR masing-masing mendapat enam kerusi manakala baki tiga
lagi diserahkan kepada AMANAH.

Kedah dilihat menjadi salah satu negeri yang berpotensi ditawan HARAPAN dan
ia sebelum ini pernah ditadbir Pakatan Rakyat selama satu penggal.

Pada masa sama PAS juga bersemangat dan menunjukkan keyakinan mereka
 untuk merampas negeri berkenaan. Ia dibuktikan dengan keputusan mereka
 meletakkan calon di semua kerusi DUN.
Kata Johari PKR mempunyai peluang lebih cerah untuk menguasai kerusi DUN
Gurun yang kini disandang oleh wakil MCA, Datuk Dr Leong Yong Kong.

Leong juga salah seorang anggota exco Kedah.

Kata Johari ADUN Gurun sekarang "banyak membuat kesilapan" dan ia
 membuka ruang kepada pengundi mengalih sokongan kepada HARAPAN.

"Sebagai contoh semasa perbahasan mengenai Akta Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) baru-baru ini Leong mengancam untuk keluar parti.

"Memang dia mengubah fikiran selepas itu, tapi tindakannya menyebabkan
pengundi Melayu marah," katanya.

Kedah bukan Kelantan

Jika berlaku pertembungan tiga penjuru kerana tiada persetujuan dicapai, anggota
parlimen Sungai Petani itu masih yakin PKR mempunyai peluang cerah di Gurun
dan Kulim.

Katanya di Gurun ada kira-kira 40 peratus pengundi bukan Melayu dan itu
dianggap sebagai akan menyokong PKR.

"Sokongan daripada baki 60 peratus pengundi lagi akan terpecah kepada BN,
PAS dan PKR.

"Tapi disebabkan PKR sudah mempunyai sokongan 40 peratus tadi, tambahan
20 peratus daripada pengundi lain akan membolehkan kami memenanginya.
Sebab itu PKR yakin," katanya.
Sementara itu ditanya mengenai kekuatan PAS dan kemungkinan ia memberi
ancaman kepada HARAPAN, Johari berkata pengaruh parti terbabit berbeza
di Kedah berbanding Kelantan atau Terengganu.

Kata Johari PAS tidak mempunyai sokongan yang mencukupi untuk menguasai
Kedah.

"Tak ada sekolah pondok yang solid di sini, dan tokoh yang dikenali serta
disayangi ramai seperti Allahyarham Tan Sri Azizan Razak sudah tak ada,"
katanya.

Dalam PRU ke-13 PKR bertanding di 10 kerusi DUN dan memenangi empat
 daripadanya iaitu Bukit Selambau, Sidam, Bakar Arang dan Lunas.

Kali ini PKR meminta untuk bertanding di 16 kerusi.
Sementara perebutan bagi kerusi DUN Guar Chempedak dan Pantai Merdeka
 dilihat dapat diselesaikan dengan baik oleh ADUN Pengkalan Kundor, Datuk
Pahrolrazi Zawawi (AMANAH).

Katanya kehadiran BERSATU di Kedah tidak menyempitkan peluang AMANAH
untuk mendapat lebih banyak kerusi.

BERSATU dilihat mempunyai pengaruh di negeri berkenaan kerana dua daripada
pemimpin tertingginya adalah orang tempatan.

Mereka ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi pengerusi, serta anaknya
Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilantik sebagai timbalan presiden.

Mukhriz juga pernah menjadi menteri besar selepas BN mengatasi Pakatan
Rakyat dalam PRU lalu.

Sumber TKO - 5-2-2018

DAP pun tumpang menyerang Azmin











RUPANYA bukan PAN sahaja yang membidas MB Selangor Dato' Seri Mohd Azmin Ali, 
penajanya DAP turut tidak ketinggalan.
Dalam FBnya anggota JK Pusat DAP yang juga bekas EXCO dan Adun 
Selangor Ronnie Liu turut menempelak Azmin dengan kata nista.
Anda telah gagal segagal-gagalnya kata Ronnie dan anda tidak layak 
menjadi Pengerusi PH Selangor.
Jelas PAN dan DAP seakan bersekongkol menyerang Azmin demi apa 
sahaja muslihat dan agenda yang mereka sahaja tahu.
Dalam ruangan komen dalam postingnya, Ronnie mempertegaskan lagi 
sikapnya pada Azmin dengan menyebut:
"Tolak MB Min kerana dia sabotaj PH. MB Min yang kata PAN menipu. 
Sebenarnya dia yang menipu."
Dan saya sekali lagi mahu rekodkan bahawa seburuk-buruk pandangan 
yang lain pada PAS sekurang-kurangnya kami tidak pernah tergamak 
menyerang apatah lagi menghina MB kami sedemikian rupa.
Walaupun kami dicop anak nakal tapi kami punya adab dan budaya. 
Kalau begitulah pandangan PAN dan DAP terhadap Azmin, sewajarnya 
secara terhormat angkatlah kaki dan berambus keluar dari kerajaan, bukan 
begitu? - HARAKAHDAILY 4/2/2018
Sumber HD - 4-2-2018 


DAP pula serang PKR, HARAPAN Selangor makin parah
Posted on Sunday, February 04 @ 15:28:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38089



PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP menempelak Pengerusi Pakatan 

Harapan Selangor Datuk Seri Azmin Ali selepas beliau secara terbuka mendakwa 
 Amanah negeri berbohong dalam isu pengagihan kerusi DUN di negeri itu.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Ronnie Liew merujuk kepada laporan media
di mana Azmin dirakamkan berkata Amanah negeri tidak amanah apabila
mendakwa jawatankuasa rundingan pengagihan kerusi DUN di Selangor belum
dibentuk.

Azmin mendakwa parti komponen PH sudah bermesyuarat 4 kali untuk
 membincangkan pengagihan kerusi dan 80% kerusi sudah diputuskan.

“Jangan fikir kami semua (termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad) bodoh dan
 hanya kamu seorang yang bijak dan baik dalam politik,” kata Ronnie di
 Facebook semalam.

“Sekarang semua orang dalam PH tahu siapa kamu.”

Selain Amanah negeri, DAP Selangor berkata mereka juga tidak tahu 80% kerusi
sudah diputuskan.

“Bagi saya, kamu sudah gagal teruk. Kamu tidak layak jadi pengerusi negeri
kami,” kata Ronnie.

Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP negeri
berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor
seperti yang didakwa oleh Azmin.

Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony
Pua berkata mereka hanya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya
sahaja, yang membincangkan strategi untuk PRU14. Reaksi Amanah dan DAP itu
menyaksikan serangan bertalu-talu daripada beberapa pemimpin PKR negeri.

Rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor sepatutnya dimuktamadkan 31
 Januari lalu terpaksa dilanjutkan untuk seminggu lagi berikutan pertikaian antara
parti komponen.

Kemelut di Selangor mendapat teguran daripada Dr Mahathir yang berkata
pertelingkahan terbuka antara parti komponen gabungan itu di Selangor
mengundang publisiti buruk dan meminta semua pihak bertelingkah berhenti
menyerang sesama sendiri.

Semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata masalah agihan
kerusi DUN Selangor tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia akan diselesaikan
sesegera mungkin.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor Dr Xavier Jayakumar ketika
dihubungi enggan mengulas kenyataan Ronnie itu.

“Nanti saya hubungi dia,” katanya ringkas.

Naib Ketua Pemuda PKR Razlan Jalaudin pula menegur tindakan pemimpin
DAP itu kerana mengeruhkan keadaan.


“Kami tidak melayan batu api. Sepatutnya sebagai pemimpin pakatan Harapan
kita perlu menjadi orang tengah sebagai pendamai.”

Sumber TKO - 4-2-2018


DAP, Amanah tak tahu 80% kerusi DUN diagih seperti didakwa Azmin
Posted on Saturday, February 03 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38075

Berita

PETALING JAYA: Amanah dan DAP hari ini berkata, mereka tidak tahu 

 rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Datuk
 Seri Mohamed Azmin Ali, selepas menteri besar Selangor itu berkata 4 mesyuarat
 diadakan dengan sekutu Pakatan Harapan (PH) dalam memutuskan pembahagian
80% kerusi.

Sebaliknya, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim berkata, mereka hanya
dipelawa untuk membincangkan strategi pilihan raya PH.

“Kami diberi mandat untuk menghadiri mesyuarat itu bagi membincangkan
 strategi pilihan raya, termasuk jentera, bukannya rundingan kerusi,” katanya
kepada FMT hari ini.

Beliau berkata, permintaan untuk jawatankuasa khas membincangkan pengagihan
kerusi DUN diabaikan Azmin.

“Kami menulis surat untuk mesyuarat khas mengenai perkara itu, tetapi mereka
tidak mengadakan mesyuarat,” katanya sambil menambah Amanah meminta
penubuhan jawatankuasa khas dalam mesyuarat membincangkan jentera pilihan
raya gabungan itu.

Izham menafikan dakwaan Azmin yang mempersoalkan Amanah hari ini kerana
mendakwa tiada mesyuarat bagi membincangkan pembahagian kerusi dalam
kalangan PH.

Tetapi, Izham berkata, DAP turut menyuarakan kebimbangan sama.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu
80% kerusi DUN di negeri itu sudah diagihkan seperti didakwa Azmin.

Beliau berkata, partinya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya yang
dipengerusikan Adun Sri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jeyakumar, tetapi
bukan untuk rundingan pembahagian kerusi DUN.

“Ini kerana ahli jawatankuasa itu berbeza,” katanya kepada FMT sambil
 menambah Azmin perlu mengadakan satu mesyuarat untuk menyelesaikan
 perkara itu.

Azmin sebelum ini menolak keperluan menubuhkan jawatankuasa khas bagi
membincangkan pengagihan kerusi DUN Selangor.

Timbalan presiden PKR itu turut menafikan tarikh akhir ditetapkan untuk
rundingan itu, seperti dinyatakan Pengarah Strategi Amanah, Dzulkefly
Ahmad.

Sumber TKO - 3-2-2018




AMANAH tak amanah, kata Azmin
Posted on Saturday, February 03 @ 07:00:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38067


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin 
Ali menempelak AMANAH kerana 'berbohong' dengan mengatakan jawatankuasa 
rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk.


Beliau berkata jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak empat kali.
"AMANAH berbohong...AMANAH tidak mengatakan yang benar, AMANAH
tidak amanah.

"Bolehkah AMANAH paling kurang memberitahu orang ramai duduk perkara
 yang sebenarnya? Kita telah bertemu sebanyak empat kali?" Kata beliau ketika
ditemui selepas merasmikan sebuah masjid baru di Taman Tun Teja, Rawang
tengahari ini.
Azmin membuat bidasan ini selepas ditanya sama ada jawatankuasa khas
rundingan kerusi HARAPAN yang diumumkan Dr Mahathir Mohamad itu telah
bertemu atau tidak.

Bagaimanapun, Azmin berkata tidak akan ada suatu jawatankuasa khas.

"Biar saya jelaskan...Kami telah bertemu sebanyak empat kali untuk berbincang
bukan sahaja pembahagian kerusi tetapi isu-isu lain berkaitan dengan PRU14.
Sudah tentu rundingan kerusi merupakan antara isu utama yang dibincangkan
dalam jawatankuasa tersebut.

"Malangnya kami masih belum mencapai persetujuan di kalangan empat parti ini.
"Tetapi sekarang terdapat permintaan, daripada menamakan jawatankuasa
 pilihanraya negeri Selangor, mereka mahukan ia untuk memfokuskan kepada
 rundingan kerusi.

Rundingan kerusi 80 peratus
"(Jadi) mereka menamakannya sebagai 'jawatankuasa rundingan kerusi'. Anggota
yang sama, anggota parti yang sama, parti yang sama," jelas beliau.

Menurut Azmin 'lebih 80 peratus' kerusi telahpun diputuskan setakat ini.

"Anda tidak boleh mengharapkan kami memutuskan 100 peratus rundingan kerusi
empat bulan sebelum pilihan raya," katanya.

Mahathir membuat pengumuman berkenaan jawatankuasa khas itu selepas
 rundingan kerusi HARAPAN di Selangor dilaporkan menemui jalan buntu
 kerana perbezaan pandangan di antara PKR dan tiga lagi parti HARAPAN.

AMANAH, DAP dan BERSATU enggan merundingkan kerusi dalam
jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor dan menggesa suatu jawatankuasa lain
 dibentuk.

Tiga parti itu berkata jawatankuasa pilihanraya negeri yang dipengerusikan
ADUN Sri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jayakumar tidak mempunyai
mandat bagi merundingkan kerusi.

Sumber TKO - 3-2-2018



ROS Zalim Terhadap Rakyat – Tun M
Posted on Friday, February 02 @ 08:21:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38054



PETALING JAYA: Tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) yang 

‘membisu’ mengenai pendaftaran Pakatan Harapan dianggap satu perbuatan zalim.
Ini kerana menurut Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat tidak
akan boleh mengundi pemimpin Harapan sekiranya logo dan status Harapan tidak
didaftarkan menjelang PRU nanti.

“Sampai sekarang, tidak ada jawapan daripada ROS (mengenai isu pendaftaran
Harapan).

“Kita tak tahu sama ada simbol diterima dan parti diiktiraf secara rasmi atau tidak,
” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Harapan dilaporkan melakukan permohonan pendaftaran kepada ROS pada 24 Julai
lalu.

ROS sebelum ini sudah menghantar sepucuk surat pada 2 November lepas
berkenaan status pendaftaran tersebut.

Dalam surat berkenaan, ROS memaklumkan permohonan Harapan masih dalam
pertimbangan.

Surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim itu
bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan.

Mahathir dalam masa sama turut mendakwa ROS sengaja berbuat demikian
 supaya Harapan menghabiskan masa menumpukan soal pendaftaran dan tidak
 dapat buat persiapan PRU.

“Saya berpendapat tindakan kerajaan ini adalah penganiayaan kepada rakyat
kerana rakyat tidak akan dibenarkan memilih pemimpin yang tidak dapat
bertanding.

“Saya anggap tindakan ini amat zalim,” katanya lagi.


Note: Tun Mahathir seolah-olah baru kenal ROS, sedangkan 22 menjadi PM, 

semasa itu Mahathir buat apa? - WM
Sumber TKO -2-2-2018

Pembebasan Anwar: 'King' is back...'?
Posted on Thursday, February 01 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38017

Berita














BERITA mengenai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal 
dibebaskan daripada penjara pada 8 Jun ini, disambut dengan penuh gembira dan 
meriah oleh para penyokong beliau.

Pemerhatian Sinar Online mendapati, media sosial mula dibanjiri dengan komentar
daripada penyokong Anwar yang menzahirkan rasa syukur mengenai perkhabaran
itu.

"Alhamdulillah, akhirnya," getus Shahirah Md Nor·

Sementara itu, menurut Siti Athirah pula menyatakan, "King is back,". (Raja sudah
kembali).

Sebelum ini, Presiden Pakatan Harapan yang juga merupakan isteri Anwar, Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Anwar bakal dibebaskan pada Jun
ini.

Katanya, sekiranya tiada apa-apa masalah Anwar akan dibebaskan pada 11 Jun ini.
Sementara itu, Jabatan Penjara pula mengesahkan Anwar boleh dibebaskan dua hari
awal daripada tarikh pembebasannya iaitu pada 10 Jun 2018.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, pada 10
Februari 2015 Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengekalkan sabitan
bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjatuhkan hukuman lima tahun
penjara mulai 10 Februari 2015.

Menurutnya, sehubungan itu dimaklumkan pengiraan tempoh hukuman yang perlu
dijalani dan tarikh pembebasan ketua umum itu telah dibuat oleh Jabatan Penjara
berasaskan ketetapan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43 (1) (a)
Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Dalam pada itu, menurut Edy Zaini pula menyatakan dia tidak menyangka
pengakhiran politik Anwar sebegini.

"Baguslah Anwar keluar penjara, kesian kat dia separuh usia keluar masuk penjara,
tak sangka pengakhiran karier politik beliau bersama orang yang pernah penjarakan
dia," katanya.

Sementara itu menurut,Mohd Adilshukri kemunculan semula Anwar dalam persada
politik negara, bakal memberi nafas baharu.

"Gabungan yang mantap Tun M dan Anwar ibrahim, tak sabar rasa nak tegok muka
BN nanti," katanya.

Dan menurut Faridun Kassim pula, "Alhamdulillah,lagi cepat dia keluar lagi 
bagus..

Sumber TKO - 1-2-2018



Dr M: Jawatankuasa khas tentukan kerusi HARAPAN di S'gor
Posted on Tuesday, January 30 @ 18:14:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37999


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata satu 
jawatankuasa khas telah ditubuhkan di Selangor untuk rundingan kerusi.


Ini berlaku selepas terdapat kekeliruan berhubung peranan jawatankuasa pilihan
raya HARAPAN Selangor.

"Berkenaan dengan Selangor, terdapat sedikit salah faham tentang badan mana yang
perlu melihat tentang agihan kerusi.

"Mereka fikir itu tugas jawatankuasa pilihan raya tetapi ia sepatutnya satu
jawatankuasa khas dan kini kami telah menubuhkan satu jawatankuasa khas dan
mereka akan mengambil alih dan masalah itu akan diselesaikan," kata Mahathir
pada sidang akhbar di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya selepas mesyuarat
majlis presiden HARAPAN hari ini.

Beliau juga berkata rasa tidak puas hati berhubung agihan kerusi di Negeri
Sembilan telah diselesaikan.

Pada Ahad lalu, sekumpulan anggota BERSATU yang tidak puas telah mengganggu
konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan selepas parti itu diperuntukkan
jumlah kerusi paling kecil di kalangan empat parti komponen.

"Ada sedikit rasa tidak puas hati.

"Tidak ada pertubuhan tanpa sebarang masalah, tetapi kejayaan parti adalah
bagaimana kita menyelesaikan masalah," kata Mahathir.

Beliau juga menyentuh mengenai rundingan kerusi HARAPN di Sabah serta
 kemungkinan kerjasama dengan Parti Warisan Sabah yang diketuai bekas
 pemimpin Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

“Sabah kita ada parti Pakatan Harapan di Sabah, DAP dan PKR, AMANAH, tapi
mereka telah mengadakan usaha kerjasama di Sabah dan mereka sedar bahawa ada
parti WARISAN di situ.

“Kalau kita bertembung dengan parti WARISAN, dia rugi kita pun rugi, jadi satu
jenis kerjasama mungkin akan dijalin antara WARISAN dengan HARAPAN,”
kata Mahathir.

Sumber TKO - 30-1-2018


Konvensyen Pakatan Harapan N.Sembilan Kecoh (bersama video)
Posted on Sunday, January 28 @ 18:00:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37957



SEREMBAN – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan hari ini 

kecoh selepas kira-kira 40 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak 
berpuas hati dengan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Protes itu dibuat di penghujung ucapan Presiden PH yang juga Presiden PKR Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada konvensyen sehari itu.

Sebelum Dr Wan Azizah berucap, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin
Abdullah mengumumkan daripada 36 DUN di Negeri Sembilan, 12 kerusi
diperuntukkan kepada PKR, DAP (11), Parti Amanah Negara (tujuh) dan PPBM
(enam).

Ketua PPBM Bahagian Jempol Amiruddin Aman, mengetuai protes itu dengan
menyifatkan pembahagian kerusi sebagai tidak adil, dan mendakwa kawasan yang
diperuntukkan kepada parti itu semuanya kawasan hitam.

“Pembahagian kerusi tak seimbang. Kami sasar 12 kerusi dan kalau dapat 10 pun
okay…tapi yang dapat enam yang hitam,” katanya kepada pemberita selepas
konvensyen itu.

Video - https://youtu.be/Rim8iL5-BPE

PPBM diperuntukkan kerusi DUN Palong, Seri Menanti, Chembong, Pertang,
Gemencheh dan Bagan Pinang yang disifatkan sebagai kawasan hitam untuk
parti itu.

Amiruddin turut mendakwa bahawa agihan kerusi tidak dibincangkan dengan
PPBM negeri sebaliknya diputuskan oleh kepimpinan pusat.

“Kami tak bising soal pembahagian kerusi parlimen sebab adil dua kerusi untuk
setiap parti. Sekarang pusat yang tentukan dan mereka tidak tahu pasal Negeri
Sembilan, kami yang tahu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang
turun daripada pentas untuk menenangkan anggota parti itu merayu anggota parti
itu menerima keputusan agihan kerusi itu dengan dada yang lapang.
“Saya merayu kepada tuan-tuan untuk kita fahami keputusan yang telah diambil
dan fahami juga apa kesan daripada tindakan kita kepada negeri-negeri lain.

​​​​​​​”Di Negeri Sembilan kita dah umumkan dan PPBM dapat kerusi yang terbaik dan
ini pun perlukan pemahaman dan kompromi daripada parti-parti yang lain,” katanya.

Dr Wan Azizah dalam sidang media pada konvensyen itu berkata beliau sebelum ini
diberikan laporan bahawa Negeri Sembilan boleh ditawan oleh PH pada PRU14.

“Tapi dengan (kekecohan) ini saya pun tak tahulah (sama ada boleh menang atau
sebaliknya)…saya pun tak sangka,” katanya.

Ekoran kekecohan itu, konvensyen yang sepatutnya berakhir pada pukul 3 petang,
ditamatkan serta-merta. – BERNAMA

Sumber TKO - 28-1-2018


HARAPAN tak perlu umum kabinet bayangan sebelum PRU kata 'Abang
Besar' Harapan

Posted on Sunday, January 28 @ 14:23:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37956

Berita

Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak seharusnya mengumumkan kabinet 
bayangannya sebelum pilihan raya umum (PRU), kata Setiausaha Agung DAP Lim 
Guan Eng.


Sebaliknya, beliau berkata, gabungan pembangkang itu sepatutnya lebih
mengenengahkan calon perdana menterinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon
timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"HARAPAN akan mementukan bilakah waktu yang sesuai untuk mengumumkan
kabinet bayangan.

"Apa-apa pun, parti yang menang yang akan memutuskan kedudukan yang akan
diisi (dalam kabinet)," katanya kepada media di ceramah "100 hari untuk ke
Putrajaya" di Gelang Patah, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker
mempersoalkan sama ada HARAPAN akan membentangkan kabinet bayangannya,
selepas mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menterinya pada 7 Januari
lalu.
Sementara itu, Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa DAP Teo Nie Ching dalam
ceramahnya memadam kritikan terhadap isu Mahathir sebagai calon perdana
menteri.

"PRU akan datang bukan tentang Mahathir menggantikan Datuk Seri Najib Razak,
atau Tun Siti Hasmah Mohamad Ali menggantikan Datin Seri Rosmah Mansor.

"Kita bercakap tentang menukar kerajaan, dan kita akan mempunyai kabinet baru
sepenuhnya. Saya tidak sabar untuk melihatnya kerana selama ini bekerja dengan
rakan sepasukan yang berwibawa dan bijaksana," katanya.

"Bayangkan, di samping Mahathir sebagai perdana menteri, kita adan Timbalan
Pengerusi DAP Gobind Singh Deo sebagai menteri dalam negeri, (anggota parlimen
Kluang) Liew Chin Tong pula berkata beliau mahu jadi menteri pengangkutan,"
kata anggota parlimen Kulai itu lagi.

Beliau berkata, pemimpin seperti Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Naib
 Presiden PKR Rafizi Ramli, Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz
 Mahathir dan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad juga akan dilantik
 sebagai menteri.

"Tidakkah anda fikir ini adalah Malaysia yang kita boleh harapkan?" katanya lagi.

Mahathir sebelum ini mengakui yang pemilihannya sebagai calon perdana menteri
untuk HARAPAN pada PRU akan datang boleh mencetuskan kesan yang negatif.

Antara kesan itu yang boleh dilihat kini adalah kempen #UndiRosak di media sosial,
yang menggesa pengundi merosakkan undi mereka jika tidak berpuas hati dengan
kedua-dua pihak, iaitu BN dan juga HARAPAN.

Sumber TKO - 28-1-2018


RM9.6 bilion atasi banjir di Kelantan - Geng Harapan Tension Lihat UG Baru
antara Kelantan - Pusat

Posted on Sunday, January 28 @ 11:55:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37953



KOTA BHARU: Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) yang 


 membabitkan kos sebanyak RM572 juta akan menyelesaikan masalah banjir di 
 Kelantan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,
berkata projek berkenaan yang bermula secara rasmi esok, dijangka siap sepenuhnya
pada Mei 2021.

Katanya, menerusi projek Fasa 1 itu, dijangka 95,000 penduduk dari Jajahan Tumpat,
Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah dan Machang tidak perlu berpindah lagi akibat
banjir.

"Infrastruktur dan harta benda awam di sepanjang 10 kilometer (km) tebing sungai
membabitkan 150,000 penduduk dapat diselamatkan.

"Projek berkenaan dipercayai dapat mengurangkan masalah banjir kilat akibat l
impahan air sungai dan jumlah sampah dalam Sungai Pengkalan Chepa dapat
dikurangkan, setiap bulan sebanyak lima tan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah PLSB yang
dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu
 Sungai Kelantan dilaksanakan secara bersepadu dan secara berfasa dengan kos
keseluruhan RM9.6 bilion.

"Bagi Fasa 1, sebanyak RM572 juta diperuntukkan dan Fasa 2 akan dilaksanakan
menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) membabitkan kos RM2.16 bilion
dan sebanyak RM6.87 bilion bagi Fasa 3 yang dilaksanakan RMK-13.

"Pelaksanaan infrastruktur terdiri daripada empat komponen utama, iaitu komponen
 Rancangan Tebatan Banjir, 'Living River', Saliran Mesra Alam dan 'Water Balance',"
katanya.

Beliau berkata, kementerian merangka siri kerjasama bagi memastikan projek
berkenaan dilaksana dengan jaya seperti terkandung dalam Program Transformasi
Nasional 2050 (TN50).

Sumber TKO - 28-1-2018


Undi rosak dan Mahathir
Posted on Sunday, January 28 @ 11:24:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37952

Artikel

Kempen undi rosak adalah rentetan daripada satu kempen senyap yang lebih besar 
sebelum ini, iaitu memboikot terus pilihan raya. Ia bergerak di dalam grup-grup 
whatsapp di kalangan masyarakat Cina.


Ketika itu masyarakat Cina kecewa dengan pergeseran di dalam pakatan
pembangkang yang tak berkesudahan. Terutamanya perbalahan DAP-PAS yang
menyebabkan PAS disisih dan dikeluarkan daripada gabungan utama.

Rentetan itu, PAS menjadi semakin keras untuk membentangkan RUU 355 di
parlimen. Bagi PAS, itu adalah hak PAS. Bagi masyarakat Cina, RUU 355 adalah
hudud.

Sokongan mereka sekurang-kurangnya dalam dua kali PRU bukan sahaja dirasai
dikhianati PAS, bahkan turut mengecewakan dengan tidak adanya kebijaksanaan
DAP berunding dengan PAS. Tak ada istilah menarik rambut dalam tepung sama
sekali.
Tanpa PAS, usaha menewaskan BN adalah mimpi di siang hari. Di banyak kerusi
DAP sekalipun, kemenangan dicapai dengan jumlah pengundi PAS yang mengundi
DAP. Selepas ini, tiada lagi.

Tuduhan PAS bekerjasama dengan UMNO juga tinggal bangkai tuduhan. Tak ada
bukti termasuk jutaan ringgit yang konon diterima pemimpin tertentu PAS. Datuk
Seri Abdul Hadi Awang misalnya, kekal hidup dalam keadaan sederhana dan sama
seperti sebelumnya.

Boikot pilihan raya
Hadi dan PAS juga membuktikan, kalau pun ada apa yang disebut “kerjasama” adalah
dalam hal-hal bukan politik. Misalnya dalam kepentingan bersama yang melibatkan
persoalan agama, bangsa dan isu-isu kemanusiaan.

Mustahil dalam isu Rohingya, PAS tidak boleh sepentas dan sehaluan dengan UMNO
sama sekali. Membuka pintu kerjasama bukan politik PAS-UMNO adalah
kebijaksanaan yang tidak disenangi oleh banyak pihak.

Salahnya hanya satu. Sebab langkah berkenaan bukan diorak oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Bayangkan kalau Anwar yang memulakannya, tentu tak ada bantahan dan
kecurigaan sepertimana yang wujud sekarang.
Mungkin sahaja dikatakan langkah sebegitu adalah paling bijak dalam sejarah politik
negara.

Hasutan memboikot pilihan raya itu bukan sahaja satu bentuk kekecewaan
masyarakat Cina kepada gabungan pembangkang, lebih khusus juga kepada DAP.

Masyarakat Cina akar umbi sebenarnya cukup tahu, mencari masalah dengan PAS
tidak akan menjadikan pakatan pembangkang berjaya mengalahkan BN.

Apa yang lebih penting adalah berdepan dan mengalahkan BN. Bukan bergaduh
dengan PAS.

DAP 'abang besar' pembangkang
Congak politik masyarakat Cina adalah mudah: kalau mahu mengalahkan BN, perlu
kerjasama dengan PAS, atau, kalau mahu mengalahkan PAS perlu kerjasama pula
dengan UMNO. Pilih sahaja salah satu.

Tetapi apa yang dilakukan ke atas PAS telah menyebabkan nasi menjadi bubur.

Keadaan tersebut juga telah mengiyakan tuduhan Umno-BN selama ini bahawa DAP
adalah 'taiko' atau 'abang besar' di dalam pakatan pembangkang.

Apabila mendapat kerusi yang banyak, DAP mula menunjukkan kuku dan taringnya — membuat onar dan memporak-perandakan parti rakan. Selalunya misi itu dilakukan selepas PRU.
Semua itu menyebabkan peluang pakatan pembangkang untuk mencapai kemenangan
semakin dan semakin tipis. Apa yang dilakukan DAP hanya untuk memastikan Pulau
Pinang kekal kepada DAP di bawah keluarga Lim.

Nasib kerajaan seperti Selangor, pandai-pandailah gabungan di Selangor
menyelamatkannya sendiri.

Ikrar sejuta kali pun untuk menyokong Anwar sebagai PM hanyalah tebu di pinggir
bibir sahaja. Apalah gunanya ikrar itu kalau tetap kalah di peringkat persekutuan?

Akhirnya PAS berjaya dipecahkan; Umno terus diburukkan; MCA dilemahkan sama
sekali; Anwar kembali terpenjara; dan, DAP memunggah segala kekuatan dan
keuntungan politik yang tak pernah diperolehi sejak ditubuhkan pada 1965.

Dr M kambing hitam
Dan setiap kekalahan perlu ada alasan. Samalah dengan setiap kejadian buruk
diperlukan kambing hitam untuk disembelih nanti. Kebetulan di ketika sama,
muncul pula Tun Dr Mahathir Mohamad. Dialah calon terbaik!

Menamakan Dr Mahathir sebagai calon PM Pakatan Harapan (HARAPAN)
mempunyai dua tujuan.

Tujuan yang nyata adalah untuk kononnya memukau orang Melayu supaya mengundi
HARAPAN. Satu lagi tujuannya ialah, kalau HARAPAN gagal lagi ke Putrajaya,
maka Dr Mahathir kali ini adalah alasan atau kambing hitam itu.

Mungkin sudah menjadi nasib Dr Mahathir untuk menadah segala tuduhan jelik
apabila sesuatu yang buruk berlaku. Dulu, ketika tercetusnya Reformasi 1998,
wajahnya bukan sahaja diconteng sebagai seorang diktator, bahkan digelar pula
sebagai “mahafiraun” dan “mahazalim”.

Kini apabila kempen undi rosak menyebar ke seluruh negara, maka di sebaliknya
adalah suara untuk menyalahkan Dr Mahathir atas segala yang buruk nanti.

Selagi Dr Mahathir hidup, itulah yang enaknya menjadi rakyat Malaysia kerana kalau
ada kejadian hilang kasut di masjid sekalipun, kita boleh menyalahkan dia.

HASMI HASHIM
atau Budi Hekayat
Penulis lirik dan otai Jalan Telawi.

Sumber TKO- 28-1-2018


Aktivis #Undirosak kecewa dengan HARAPAN
Posted on Saturday, January 27 @ 09:15:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37934


Sejak dua minggu kebelakangan ini landskap politik negara digegarkan oleh kempen 
#undirosak yang mengajak rakyat Malaysia merosakkan undi dengan sengaja sewaktu 
Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14).


Tiada siapa yang tahu akan mereka yang memulakan kempen ini. Ia bergerak dengan
sendiri di media sosial melalui hantaran (post) yang menjelaskan kenapa ia adalah
langkah yang terbaik diambil dalam membuat pilihan demokratik.

Bahkan kalau ditanya kepada penyokong kempen ini sekali pun, mereka juga tidak
tahu siapa yang mengasaskannya, apa gerak kerjanya atau jika ada yang mendanai
kempen ini.

Apa yang pasti, ketika calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr
Mahathir Mohamad menuding jari kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai
dalang di sebalik kempen #undirosak, ia disambut dengan sindiran, jenaka dan ketawa
para penyokong kempen ini.

Orang muda
‘Hashtag’ #undirosak mula berlegar dan menjadi popular selepas pengumuman rasmi
Tun Dr. Mahathir calon perdana menteri HARAPAN pada 7 Jan.

Tanpa sebarang organisasi rasmi, aktivis-aktivis kempen menggunakan akaun media
sosial milik peribadi untuk menjual propaganda mengajak masyarakat merosakkan
undi.

Suara mereka adalah suara peribadi dan tidak mewakili parti politik yang mereka
sertai.
Bernama berjaya menemui salah seorang aktivis #undirosak Muhamad Harris Nasril, 
 36, yang berkata kempen ini bergerak secara organik atas kesedaran rakyat sendiri dan 
bukan kerana kepentingan politik.

  Penting diketahui bahawa kebanyakan penyokong kempen #undirosak ini datang
daripada penyokong parti-parti komponen HARAPAN sendiri serta beberapa parti
pembangkang lain yang tidak terlibat dalam gabungan itu.

Persoalan besarnya adalah, mengapa mereka sanggup melakukan tindakan yang boleh
menipiskan peluang HARAPAN memenangi PRU14 sedangkan parti-parti komponen
HARAPAN merasa ini adalah peluang terbaik bagi mereka menawan Putrajaya?

Bukan anti PRU
Dari hari ke hari, kempen ini semakin mendapat sambutan golongan muda serta
pengundi atas pagar yang tidak setuju dengan tawaran pilihan sama ada untuk melihat
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri atau kembalinya
mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir kembali memimpin negara.

Oleh itu secara prinsip, jelas bahawa kempen ini bukanlah menyebelahi baik BN
mahupun HARAPAN. Dalam erti kata lain penyokong kempen ini tidak mahu
memberi undi mereka baik kepada BN mahupun HARAPAN.
Muhamad Harris menegaskan kempen #undirosak adalah kempen menggalakkan
 orang ramai menggunakan hak mereka untuk menyuarakan bantahan kepada pilihan 
 demokrasi yang ada di negara ini melalui saluran yang betul.

  Bagi Muhamad Harris, merosakkan undi adalah satu hak dalam sistem demokrasi
yang dilindungi sistem pilihan raya di negara ini.

Menurut beliau, tindakan merosakkan undi bukanlah satu kesalahan dalam proses
pilihanraya. Ia bukan usaha mengajak masyarakat memboikot atau memulaukan PRU
yang jelas adalah satu kesalahan.

Beri pengajaran 
“Tindakan ini adalah akibat rasa kecewa terhadap halatuju kepimpinan HARAPAN
sendiri. Selama ini HARAPAN berjuang atas dasar politik tanpa kepentingan kaum t
etapi segalanya berubah selepas kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) yang secara terang adalah sebuah parti yang berbentuk perkauman,” ulas
beliau.

Mengakui pencalonan Tun Mahathir sebagai perdana penteri sebagai antara punca
yang menyebabkan kempen ini akhirnya dilancarkan, Muhamad Harris berkata
pendirian HARAPAN yang tidak konsisten dalam beberapa isu sudah lama membuat
penyokong HARAPAN mula mempersoal tindakan tampuk kepimpinan gabungan itu.
“Mereka membuat keputusan ‘top to bottom’ sesama mereka sahaja untuk 
menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri tanpa memikirkan pendapat 
 penyokong ‘hardcore’ yang rata-ratanya datang daripada penyokong gerakan 
 reformasi sejak 1998,” kritik beliau.

  Muhamad Harris turut menyelar taktik politik populis yang diamalkan HARAPAN
serta tindakan kerajaan HARAPAN seperti di Selangor yang melanggar manifesto
pilihan raya sendiri.

“Orang besar HARAPAN tidak hormati suara kecil dan kini suara kecil ini bangkit
dan menjadi besar hingga menjadi satu kuasa yang mereka takuti,” tegas beliau.

Langkah kebelakang
Sementara itu penyokong kempen #undirosak, Amir Hamzah Akal Ali, 29, berkata
langkah menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri adalah langkah ke
belakang gabungan itu.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Benz Ali turut mempertikai penguasaan
golongan berumur yang menidakkan peluang pemimpin muda memegang jawatan
penting sebagai calon Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

“Tun sudah 92 tahun. Selepas beliau turun, dirancang untuk dinaikkan Datuk Seri
Anwar Ibrahim pula. Anwar juga sudah berumur. Ini sudah jadi satu bentuk politik
dinasti.

“Mengapa anak muda tidak diberi peluang. Hatta kalau diletakkan Nurul Izzah sebagai
calon Perdana Menteri sekali pun itu akan jadi satu langkah yang sangat luarbiasa.
Berani meletakkan calon muda, wanita pula itu sebagai Perdana Menteri,” ulas Benz
Ali.
Beliau juga tidak risau jika BN terus memerintah kerana selama ini negara telah 
diperintah BN walaupun ada isu dan kekurangannya.

  "Apalah sangat beri lagi lima tahun kepada gabungan itu supaya dalam masa sama
HARAPAN dapat melakukan muhasabah terhadap tindakan-tindakan mereka
sepanjang kempen PRU14."

“Jika mereka belajar daripada kesilapan ini, mungkin ada peluang untuk mereka pada
PRU15 nanti,” ujarnya.

Hanya suara kecil
Anak muda ini juga berpendapat kempen #undirosak ini adalah satu cara menyedarkan
rakyat bahawa mereka mempunyai pilihan selain daripada yang ditawarkan parti-parti
politik baik BN mahupun PH.

Dalam masa yang sama kempen sebegini turut memberi isyarat kepada semua parti
politik bahawa mereka perlu membuktikan komitmen dan betul-betul ‘buat kerja’
untuk memenangi hati para pengundi.

Ulas beliau, masyarakat hari ini semakin matang dalam membuat pilihan politik.
Malangnya, hari ini PH mengambil tindakan berbentuk oportunistik demi
mendapatkan kuasa yang mengakibatkan berlakunya tindak balas oleh penyokong
mereka sendiri.

“Cuma perlu diingat bahawa kami ini bukan ramai mana. Hanya suara kecil tetapi
kami pun tak sangka kempen sebegini pun

boleh buat pemimpin-pemimpin PH resah sampai Tun Mahathir sendiri pun terpaksa
 komen,” kata Benz Ali sambil tertawa kecil.

Jangan bazirkan undi
Ketika dihubungi Bernama, Pengerusi Suruhanjaya Pilhanraya Malaysia (SPR) Tan
Sri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya menyedari adanya usaha oleh
pihak-pihak tertentu menjalankan kempen #undirosak melalui laporan media dan
hantaran media sosial.
Bagi SPR, tindakan itu adalah satu yang tidak sepatutnya dilakukan dan hanya akan 
merugikan diri sendiri dan juga orang lain.

  Tambah beliau, masyarakat harus sedar bahawa peluang untuk mengundi adalah satu
 kesempatan yang sangat berharga dan merupakan hak yang diberikan oleh
Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap pengundi kerana hanya
dengan satu undi boleh menentukan nasib mereka, masa depan negara dan juga nasib
generasi akan datang.

“Walaupun ia (kempen #undirosak) bukan satu kesalahan, namun ia tidak membawa
kebaikan. Mengundilah Dengan Bijak, Jangan Persiakan Undi Anda semata-mata
untuk menunjukkan sikap protes anda akibat kecewa atau bosan dengan percaturan
parti politik yang tidak berkesudahan atau apa sekalipun.

“Jika anda tidak mengundi atau merosakkan undi, bermakna anda membiarkan orang
lain yang menentukan nasib anda, keluarga anda dan juga negara,” kata Mohd
Hashim.

Tambah beliau, SPR mengambil perhatian serius perkara ini dan SPR juga sedang
merancang untuk menggerakkan usaha bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat
dengan menjalankan kempen 'Jom Kita Mengundi'. -Bernama

Sumber TKO - 27-1-2018


Program Sarapan Pagi HARAPAN lingkup, Ceramah pun kantoi...
Posted on Friday, January 26 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37932

Selongkar



Apabila Mahathir membuat roadshow turun ke setiap pelusuk negeri untuk berceramah. 
Ramai membuat anggapan salah kononnya Mahathir Bapa Permodenan Malaysia masih ada 'bisa' untuk menjatuhkan Najib dan BN.

Mereka mula sombong dengan PAS dan cuba membuat fitnah dan tohmahan jahat 

kepada PAS kononnya PAS nak bersama UMNO dan BN.

Puak HARAPAN tak sedar bahawa rakyat turun nak dengar apa kata Mahathir. Mereka 

nak tahu apa yang MAHAFIRAUN ini nak kelentong rakyat setelah 22 tahun menipu 
dan mencekik kedarah rakyat.

Cuba tuan-tuan bayangkan, sesetengah negeri misalnya di Kedah, Terengganu, 

 Kelantan, Pahang mana ada tempat hiburan. JADI CERAMAH MAHATHIR itu 
 adalah sekadar hiburan sahaja. Jadi kalau boboi dan lain-lain datang siapa nak turun. 
Buat habis beras aje..


Gambar tak berbohong dan itulah gambaran undi yang bakal di perolehi oleh 

HARAPAN di tempat orang Melayu nanti.

Tapi tukang upload gambar selalu berbohong nak tunjuk dia hebat. FB Mukhriz ada 

upload gambar seperti di bawah. Pembaca boleh membuat penilaian.

XOXO -
Melayu tidak lupa bagaimana mereka ini mengkhianat bangsa, agama dan 

tanah air apabila berkuasa.

Sumber TKO - 26-1-2018


Dengar pandangan #UndiRosak, kata Syed Saddiq
Posted on Friday, January 26 @ 15:06:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37924

Berita

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menggesa semua pihak 

termasuk Pakatan Harapan (PH) mendengar pandangan penyokong #UndiRosak 
sebelum mengutuk, mengecam dan menolak suara mereka.
Ketua Pemuda PPBM itu berkata PH perlu meyakinkan penyokong #UndiRosak
menyokong PH kerana setiap orang ada tempat untuk mencorakkan masa depan
negara.

“Saya faham rata-rata rakyat Malaysia kecewa dengan situasi politik sekarang.

“Namun marilah kita lihat secara realistik, bagaimana untuk kita mengubah Malaysia
yang semakin tenat dengan barah Kleptokrasi dan demam rasuah.

“Tidak salah untuk kita undi rosak. Namun kita harus meneliti struktur demokrasi
di Malaysia dan adakah implikasinya boleh membawa perubahan,” katanya dalam satu
kenyataan.

Gesaan supaya pengundi merosakkan undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
ini dibuat pihak tertentu sebagai tanda protes mereka terhadap BN dan PH, terutama
selepas gabungan pembangkang menamakan Pengerusi PH Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai calon perdana menteri.

Isu berkenaan turut menjadi agenda utama dibincangkan Majlis Presiden PH Selasa
lalu.

Mengulas mengenai isu itu Dr Mahathir berkata gerakan berkenaan kecil dan hanya
melibatkan kira-kira 1% pengundi saja.

Beliau menganggap penyokong gerakan berkenaan sebagai “berfikiran cetek”, dan
menafikan dakwaan beliau tidak ada banyak bezanya berbanding Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata PH sudah menyatakan pendirian untuk
mereformasikan sistem demokrasi.

Menurut beliau, PH dalam manifesto gabungan bertekad antaranya untuk menghadkan
tempoh kuasa perdana menteri kepada 2 penggal, mengasingkan portfolio perdana
menteri dan menteri kewangan, dan menyerahkan kuasa melantik ketua pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam negara kepada
Parlimen.

“BN masih berdiam diri. Apa yang mereka tawarkan?. Apa yang mereka buat untuk
melawan rasuah. Adakah mereka akan ubah struktur demokratik.

“Saya faham kekecewaan orang ramai. BN dah berkuasa lebih 60 tahun, berikan kami
peluang dan jika kami gagal undi kami keluar.


“PRU14 merupakan PRU Rakyat lawan BN. Setiap undi adalah satu suara kita. Jangan
bazirkan peluang kita menjadi sejarah membawa Malaysia ke depan,” katanya.

Sumber TKO - 26-1-2018


Semakin ramai bersama kami, kata penyokong kempen rosakkan undi
Posted on Friday, January 26 @ 15:04:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37923



KUALA LIMPUR: Seorang aktivis yang menyokong kempen supaya orang ramai 

 merosakkan undi mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang berkata gerakan 
itu semakin mendapat tempat di kalangan orang muda.
Maryam Lee memberitahu sebuah forum membincangkan #UndiRosak, hashtag yang
digunakan penyokong kempen itu di media sosial, ia kerana ramai tidak berpuas hati
dengan tawaran yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH),
gabungan pembangkan yang mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon
perdana menteri.

Menurutnya, orang muda sudah “letih” dengan permainan politik kedua-dua pihak, dan
berkata ia semakin terserlah di kawasan bandar.

“Kempen #Undi Rosak ini semakin ramai diterima terutama di kawasan bandar dan
yang paling banyak menyokong adalah di Kuala Lumpur,” katanya di forum “Undi
Rosak: Kau Nak Apa Sebenarnya?” malam tadi.

Kempen #UndiRosak menjadi subjek perdebatan hangat di media sosial baru-baru ini,
dan dikritik oleh beberapa pemimpin pembangkang termasuk Dr Mahathir, yang
menuduh pemimpin Umno di sebalik kempen itu.

Minggu ini, hashtag #UndiRosak berada di kedudukan topik 10 teratas yang paling
rancak dibincangkan di Twitter di kalangan pengguna Malaysia.

Ia muncul selepas PH pada 7 Januari lalu menamakan Dr Mahathir sebagai calon
perdana menteri.

Ini diakui Maryam, yang berkata ia petanda PH boleh memerintah dengan lebih buruk
daripada BN.

“Pembangkang mahupun BN sama macam budak-budak,” katanya.
Maryam-Lee4
“Kenapa perlu undi kami? Siapa bekerja untuk siapa? Saya bukan benci politik tetapi
benci dengan pimpinan politik yang tidak faham suara anak muda,” katanya.

Pandangan itu tidak disetujui seorang pemimpin muda DAP dari Selangor.

Sebaliknya, Edry Faizal mencadangkan kempen #UndiBaikBaik, kerana merosakkan
undi membuka jalan kepada parti yang menang untuk berkuasa tanpa membuat pilihan.

“Realiti di Malaysia, bahawa apa pun di buat masa pilihan raya, suka atau tidak akan
tubuh satu kerajaan.

“Kerajaan ini akan gubal undang-undang dasar, perbelanjaan negara dan pada pilihan
raya nanti kita akan terkesan dengan keputusan kerajaan yang ditubuh.

“Kena undi. Undi baik-baik pertimbang siapa lagi baik,” katanya.

Pemimpin Pemuda PPBM, Ashraf Mustaqim pula berkata mereka yang tidak senang
dengan Dr Mahathir tidak seharusnya merosakkan undi, tetapi tidak perlu mengundi
di kawasan pengerusi PH itu bertanding nanti.

“Misalnya di Langkawi, tak perlu undi,” katanya, menamakan salah satu daripada 3
tempat yang sedang dipertimbangkan Dr Mahathir.

“Tetapi jangan kita boikot PH sebab calon-calon PH lain tidak salah. Kita perlu
melakukan sesuatu untuk membuat perubahan,” katanya.

Sumber TKO - 26-1-2018


Warisan 'ragu-ragu' tawaran 60-40 Pakatan Harapan
Posted on Thursday, January 25 @ 17:29:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37899



SHAH ALAM: Pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan), Darell Leiking 'ragu-ragu' 

dengan tawaran pembahagian kerusi 60-40 yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH).
Ia berikutan tawaran itu hanya datangnya daripada pemimpin DAP Sabah, Stephen 
Wong dan bukannya pimpinan tertinggi PH.
“Apa yang mengejutkan saya adalah tawaran itu seharusnya dibincangkan antara PH 
dan Warisan terlebih dahulu dan bukannya diumumkan secara sepihak melalui media.
“Apa lagi ia cuma dibuat oleh timbalan pemimpin PH Sabah,” kata Leiking yang juga 
Timbalan Presiden Warisan Sabah. menerusi kenyataan medianya.
Leiking menambah, ia adalah tindakan yang tidak bijak kerana partinya belum pernah 
menerima apa-apa tawaran daripada PH berhubung pembahagian kerusi di negeri itu.
Terdahulu, Wong bertindak mengumumkan formula 60-40 itu kepada wartawan yang 
kemudian barulah diumumkan sekali lagi Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin 
Yassin dalam sidang medianya semalam.
Muhyiddin ketika itu berkata beliau berharap isu agihan kerusi di Sabah dan juga negeri 
lain membabitkan PH dan pembangkang yang lain diselesaikan pada hujung bulan ini.
Untuk rekod, formula 60-40 adalah PH bersetuju untuk Warisan meletakkan 60 peratus 
calon di kerusi sementara gabungan itu mendapat bakinya (40 kerusi DUN).
Pun begitu, Warisan perlu bersetuju untuk PH meletakkan 60 peratus calon di kerusi 
Parlimen dan bakinya adalah milik parti pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal itu.
Mengulas lanjut Leiking berkat pihaknya ingin tahu sama ada formula 60-40 itu juga 
akan digunakan di kerusi kawasan bandar dan separa bandar, yang menurutnya 
merupakan kerusi yang dituntut DAP.
“Kita perlu pertimbangkan pelbagai faktor seperti perwatakan pemimpin tempatan parti 
yang ingin bertanding di kerusi tertentu, jentera dan aktiviti politik parti itu, dan 
penerimaan penduduk di kawasan itu, sebelum mencapai keputusan,” katanya.


Sumber TKO - 25-1-2018   


HARAPAN Sabah nafi agihan kerusi ikut formula 60-40
Posted on Thursday, January 25 @ 17:25:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37898


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Sabah, Christina Liew menafikan bahawa 

gabungan pembangkang di negeri itu telah mencapai kata sepakat berhubung pengagihan 

kerusi dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN) adalah mengikut formula 60-40.

Penafian itu dibuat kurang 24 jam selepas timbalannya, Stephen Wong, mendedahkan
formula rundingan kerusi berkenaan kepada media, dengan berkata WARISAN akan
bertanding di 60 peratus daripada 60 kerusi negeri, manakala HARAPAN pula akan
bertanding di 60 peratus daripada 25 kerusi parlimen.

"Formula 60:40 tidak dibangkitkan, tidak dibincangkan atau menjadi prasyarat dalam
rundingan agihan kerusi kami dengan WARISAN," kata Liew ketika dihubungi.

Beliau berkata HARAPAN hanya bersetuju untuk menjemput Presiden WARISAN
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menghadiri mesyuarat meja bulat mengenai agihan
kerusi.


Mengenai formula agihan itu, Liew berkata, ini hanya boleh diputuskan semasa 

mesyuarat meja berkenaan.


  Sejurus selepas kenyataan Wong semalam, Timbalan Presiden WARISAN, Darrel
Leiking menyatakan keraguannya mengenai pengumuman secara satu pihak itu, dan
berkata WARISAN arisan belum lagi menerima tawaran sedemikian.

Leiking mendesak Liew untuk mengesahkan sama ada kenyataan yang dibuat oleh
Wong, yang juga adalah pengerusi DAP Sabah, adalah benar, dan melahirkan keyakinan
bahawa HARAPAN dan WARISAN mampu bekerjasama ke arah pakatan pilihan raya
yang lebih bermakna.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pemimpin HARAPAN Sabah diheret dalam
perang mulut dengan pemimpin WARISAN berhubung cara terbaik untuk meneruskan
pakatan pilihan raya.

Sabah adalah satu-satunya negeri di mana HARAPAN masih belum memuktamadkan
rundingan kerusi parlimen mereka.
Sumber TKO - 25-1-2018

Agihan kerusi DUN Perak: DAP 

dominasi, PAN tercorot

MAKLUMAT berwibawa yang saya perolehi dari Perak menyatakan bahawa 
agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak antara parti-parti dalam 
Pakatan Harapan (PH) telah pun selesai dilakukan setelah beberapa mesyuarat 
dilangsungkan antara delegasi DAP yang diketuai oleh Nga Kor Ming, delegasi 
PKR yang diketuai oleh Dr Lee Boon Chye, delegasi PPBM yang diketuai oleh 
Mohd Azni Mohd Ali dan delegasi PAN yang diketuai oleh Datuk Seri 
Mohammad Nizar Jamaluddin.
Tidak seperti dalam PRU 13 di mana PAS yang mendominasi agihan kerusi DUN 
Perak antara parti-parti dalam PH dengan 22 kerusi, diikuti oleh PKR dengan 19 
kerusi dan DAP dengan 18 kerusi, dalam PRU 14 ini parti dalam PH yang 
mendominasi agihan kerusi DUN Perak adalah DAP dengan 18 kerusi, diikuti 
oleh PKR dan PPBM dengan 14 kerusi dan PAN di tempat tercorot dengan 13 
kerusi.
Agak pelik juga bila PAN Perak, negeri asal Penasihat Umumnya, Ahmad Awang,

yang pimpinannya dibarisi oleh nama-nama gah seperti Datuk Seri Mohammad 
Nizar Jamaluddin, Asmuni Awi, Dr Muhaimin Sulam dan Dr Fakhruldin Hashim,

hanya menduduki tempat tercorot dalam agihan kerusi DUN Perak ini, apatah lagi 
bila Pengarah Pilihan Raya PH Perak adalah pemimpin PAN Perak, iaitu Datuk 
Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Apa sudah jadi dengan para pemimpin PAN Perak, khususnya Datuk Seri 
Mohammad Nizar Jamaluddin? Ke mana perginya laungan PAN ganti PAS? 
Kenapa PAN yang terpaksa paling banyak berkorban kerusi kepada PPBM, 
sebuah parti yang diketahui dipenuhi dengan pelbagai masalah di Perak? Mengapa \ 
dibiarkan sahaja DAP mendominasi agihan kerusi DUN Perak ini dan mengapa 
tiada walau sebiji kerusi pun yang DAP diminta lepaskan kepada mana-mana parti 
lain?
Paling penting ialah, bila DAP yang mendominasi agihan kerusi DUN Perak ini, 
tidakkah PH Perak merasa bimbang dengan persepsi pengundi Melayu Islam 
terhadapnya? Tidakkah ini akan memberikan gambaran bahawa jika PH 
memenangi DUN Perak, kalaupun bukan wakil rakyat DAP yang akan menjadi 
Menteri Besar Perak, DAP-lah yang akan menjadi pemegang kuasa sebenar di 
dalam Kerajaan PH Perak?      
Senarai penuh agihan kerusi PH bagi DUN Perak
18 kerusi DAP:
N17 Pokok Assam: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N18 Aulong: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N22 Jalong: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N25 Canning: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N26 Tebing Tinggi: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N27 Pasir Pinji: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N28 Bercham: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N29 Kepayang: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N30 Buntong: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N31 Jelapang: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N32 Menglembu: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N33 Tronoh: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N37 Pantai Remis: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N40 Malim Nawar: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N41 Keranji: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N50 Sitiawan: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N55 Pasir Bedamar: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N57 Sungkai: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
14 kerusi milik PPBM (10 PPBM ambil dari PAS dan 4 PPBM ambil dari PKR):
N2 Temengor: PRU 13 PKR: PRU 14 PPBM
N5 Selama: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N12 Selinsing: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N15 Trong: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N19 Chenderong: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N21 Lintang: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N24 Hulu Kinta: PRU 13 PKR: PRU 14 PPBM
N38 Belanja: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N42 Tualang Sekah: PRU 13 PKR: PRU 14 PPBM
N47 Ayer Kuning: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N51 Pasir Panjang: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N53 Rungkup: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N56 Changkat Jong: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N59 Behrang: PRU 13 PKR: PRU 14 PPBM
14 kerusi milik PKR (2 PKR ambil dari PAS):
N3 Kenering: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N7 Batu Kurau: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N9 Kuala Kurau: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N10 Alor Pongsu: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N13 Kuala Sapetang: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N34 Bukit Chandan: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N36 Pengkalan Baharu: PRU 13 PAS: PRU 14 PKR
N44 Simpang Pulai: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N45 Teja: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N46 Chenderiang: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N48 Sungai Manik: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N52 Pangkor: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N54 Hutan Melintang: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
13 kerusi milik PAN (10 PAN ambil dari PAS dan 3 PAN ambil dari PKR):
N1 Pengkalan Hulu:  PRU 13 PKR: PRU 14 PAN
N4 Kota Tampan: PRU 13 PKR: PRU 14 PAN
N6 Kubu Gajah: PRU 13 PAS: PRU 14 PAN
N8 Titi Serong: PRU 13 PAS: PRU 14 PAN
N11 Gunong Semanggol: PRU 13 PAS: PRU 14 PAN
N14 Changkat Jering: PRU 13 PAS: PRU 14 PAN
N16 Kamunting: PRU 13 PAS: PRU 14 PAN
N20 Lubok Merbau: PRU 13 PAS: PRU 14 PAN
N23 Manjoi: PRU 13 PAS: PRU 14 PAN
N35 Manong: PRU 13 PAS: PRU 14 PAN
N39 Bota: PRU 13 PKR: PRU 14 PAN
N43 Sungai Rapat: PRU 13 PAS: PRU 14 PAN
N49 Kampong Gajah: PRU 13 PAS: PRU 14 PAN - HARAKAHDAILY 
22/1/2018
Sumber HD - 22-1-2018 


Makin sasau PH dibuat oleh UG.....
Posted on Wednesday, January 17 @ 17:37:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37774



Assalamualaikum,,,
Mahfuz dah sasau, pemimpin PH juga sasau, macai PH juga sasau.Semuanya sebab UG
.Kenapa PH kisah sangat pasal PAS nak UG dengan Umno.Biar pi lah kalau PH dah
kuat sangat, kenapa nak kisah hal PAS dan Umno? Itu hak dia orang nak UG ke tak nak
ke? apa pasal PH yang sibuk? apa pasal Mahfuz sibuk? Kalau nak dijelaskanpun bukan
dia orang nak dengar! Yang dia nak dengar cuma satu saja, PAS bergabung dengan PH
lawan Umno, itu dia orang nak dengar lain lain tak nak!Akhirnya jadi sasau.PAS ada
kisah? pi mampu depalah........

PAS ialah sebuah parti yang sudah lama ada dalam politik negara.PAS sudah menjadi
lawan politik tradisi Umno sejak awal awal negara merdeka.Jadi kenapa kisah dengan
parti seperti PKR,PAN dan Bersatu yang baru ujud?Kenapa PAS mesti mengalah kepada
parti parti ini? Tidak munasabah langsung mendakwa PAS jadi penghalang PH
sedangkan kedudukan PAS sama dengan PH dalam sistem demokrasi negara.Kalau PAS
tak mahu bersama PH itu hak PAS, kalau PAS nak UG dengan UMNO itu juga hak PAS,
kenapa PH sibuk tak tentu pasal?

Tapi kerana PH sibuk sangat dan sejak dulu bebal dan enggan mengaku dan enggan
menghormati keputusan PAS, maka terpaksalah juga setiap tohmahan yang dibuat oleh
PH dijawab oleh PAS.Maka yang menjawab bagi pihak PAS itu pula dipanggil walaun
atau walaunta oleh walaun dan waluanta PH, jadi tak kisahlah apa apapun, yang penting
apa yang PAS nak buat adalah keputusan PAS sendiri tanpa dipengaruhi oleh  PH.Maka
kalau  PAS rasa nak UG dengan Umno teruskan, go to hell dengan PH.

UG ni pula istilah untuk berkongsi kuasa, itupun kalau PAS dan Umno menang PRU.
Kalau PH menang maka tiadalah isu UG.Maknanya secara jelas, PH takut Umno dan
PAS menang sebab itu mereka kuat menyalak, kuat melemparkan tohmahan dan fitnah
untuk menarik perhatian pengundi agar menolak PAS dan Umno.

Maka itu adalah strategi PH untuk melemahkan PAS.Mereka semacam mengerahkan
waluan dan walaunta mereka untuk menyerang dan melemahkan jentera PAS dengan
berbagai bagai cara termasuk cara orang gila yang tak mengaku gila.Mahfuz semakin
kuat menyalak setelah keluar dari PAS, seorang macainya pula makin kuat menyalak
memuji cara gila Mahfuz seperti seorang hero tamil.

Mereka semacam sudah tidak menghiraukan lagi sistem demokrasi yang diamalkan di
negara kita.Sudah hilang rasa hormat mereka kepada parti parti lawan mereka sepertilah
yang akan keluar mengundi nanti ialah pengundi mereka sahaja.Bayangkan Rapiji
pemimpin yang mereka angkat seperti hero tamil boleh kata dengan 'Gong' Najib akan
 naik kapalterbang ke Kazahstan bila tewas nanti dan meninggalkan masalah kepada
PH(kononnya PH menaglah) dan Mahfuz pula boleh mendakwa PAS sebenarnya nak
Ug dengan Umno berikutan kenyataan TGHH bahawa bahawa PAS hanya mensasarkan
40 kerusi dan menjangkakan tiada parti yang akan dapat majoriti untuk membentuk
kerajaan, dan kerana TGHH kata PAS tak akan bekerjasama dengan PH maka Mahfuz
kata PAS sebenarnya sudah merancang untuk UG dengan Umno.Kemudian seorang
macainya yang meniru macai Umno pula mendakwa PAS(dirujuknya sebagai PIS) tidak
akan mengaku untuk UG dengan Umno.apa ker hal ni?

Apa hak atau siapa bagi hak untuk mereka membuat dakwaan kebudak budakan seperti
itu.Kalau itu bertujuan menimbulkan kekeliruan di kalangan pengundi, maka menjadi
tanggungjawab kepada walaun(itu istilah yang digunakan oleh walaun PH) PAS untuk
menjawab dan memberi pencerahakan kepada pengundi juga.Maka di bawah ini
diperturunkan sedikit pencerahan mengenai apa yang dikatakan oleh TGHH.Ingat
pencerahan ini bukan untuk PH atau macai PH tapi untuk pengundi dan yang bakal
pengundi.

Politik negara sekarang diwarnai oleh 3 blok parti politik, BN, PH dan GS.Itu hakikat
yang perlu diterima oleh semua.Apabila PRU 14 berlansung nanti akan ada pertandingan
3 penjuru dan dalam pertandingan itu TGHH jangka PAS menang 40 kerusi dan akan
 jadi king maker.Sementara pembahagian kerusi antara 2 blok lagi menurut jangkaan
TGHH adalah antara 80 dan 90 kerusi di mana kedua dua blok tidak akan dapat
membentuk kerajaan.Di sini PAS membuatkan pendirian jelas dengan mengatakan tidak
akan bersama PH bermakna PH tidak boleh membentuk kerajaan dengan kerusi PAS
tetapi PH masih ada peluang untuk bentuk kerajaan dengan bekerjasama dengan BN.Jadi
kenapa PH kalut tak tentu pasal kalau PAS tak nak bersamanya? Bukankah PH punyai
pakar strategi yang ramai untuk mengatasi perkara ini dan membentuk kerajaan.Ataupun
 pakar strategi Ph ada master dalam perkara untuk melemahkan PAS semata seperti
dakwaan seorang pemimpin atasan mereka bahawa PAS tidak mahu mahu menang PRU
tetapi mahu melihatkan PH kalah sahaja.Kalau pakar strategi mereka bijak sangat,
carilah cara untuk memenangkan PH, bukan senang senang cari alasan nak salahkan
PAS kalau kalah.

Sebenarnya bagi pihak PAS, PAS mungkin akan bersedia untuk berunding dengan
Umno tetapi menutup semua pintu rundingan dengan PH.Bila bercakap pasal berunding
ianya mestilah ada keperluan bukan berunding semata mata nak UG.Inilah bezanya
dakwaan Mahfuz dengan maksud sebenar TGHH di mana Mahfuz secara pukul
rambang menuduh PAS nak UG dengan Umno sedangkan maksud TGHH kalau ada
keperluan baru PAS akan berunding dengan Umno.Pembentukan kerajaan selepas PRU
itu keperluan yang perlu diambil oleh blok blok yang  bertanding.Dan PAS berada
diantara blok yang terbabit.

PH juga boleh terlibat tetapi perlulah mencari jalannya sendiri bukannya dengan cara
yang sedang dilakukan sekarang, menafikan hak PAS, memperlekehkan usaha PAS dan
melemparkan tohmanan dan fitnah merapu meraban.Apa dia orang fikir boleh meraih
undi dengan cara ini? Rakyat Malaysia sekarang bukan lagi bodoh dan boleh
diperbodohkan walaupun saya tidak nafikan ada segelintir rakyat yang masih sanggup
diperbodohkan seperti kawan saya yang menghantar video Rapiji kepada saya serta
seorang rakan jemaah haji saya yang seperti terpengaruh dengan dakwaan Ug TGHH
dengan Umno,Tetapi Insyaalah akan dapat diperbetulkan dengan kegigihan ahli jemaah
Islam berdakwah kepada semua.Apabila bercakap pasal dakwah, maka sudah tentu ianya
akan melibatkan Jemaah Tabligh dan NGO Islam yang lain, bukan saja PAS.La Tahzan.....
.....

Ingat walaun PH, artikal ini bukan untuk anda tapi sebagai pencerahan kepada pengundi
dan ditulis sebagai menjawab tuduhan anda yang gila gila....

faham faham ajerlah kalau ada yang gatal tangan menggila!


Sumber TKO- 17-1-2018

‘Kenapa Tak Boleh Minum Arak, Orang Jepun Mabuk Pun Maju!’ – Kata Siti
Kasim Penyokong kuat Harapan

Posted on Saturday, January 13 @ 18:30:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37723

Berita

Siti Kasim memuatnaik status menunjukkan beberapa keping gambar semasa lawatannya 

ke sebuah kawasan yang menempatkan ratusan tong arak di Jepun.
Sengaja mencabar atau tidak, ini telah mengundang kemarahan orang ramai. Wanita ini 
lantang menyuarakan isu-isu yang bertentangan dengan agama Islam seperti LGBT 
dan sebelum ini juga ada mempertikai hukum korban semasa Raya Aidiladha.


“Saya tak nampak orang Jepun mabuk dan memberi masalah kepada masyarakat, 
sebaliknya merekalah bangsa yang paling produktif di dunia,” antara maksud 
terjemahan dalam statusnya. Pendiriannya mendapatkan pelbagai reaksi dari netizen.

Menjadi pertanyaan, adakah satu perlian dari Siti gara-gara pesta arak yang dibatalkan 
penganjurannya baru-baru ini?


Sumber TKO - 13-1-2018



Mahathir Sendiri Tawar Diri Jadi Calon PM – Khalid
Posted on Tuesday, January 09 @ 21:37:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37668

Berita

KANTOI... Selepas teruk dikritik pelbagai pihak termasuk penyokong tegarnya sendiri
kerana kitar semula seorang individu berusia hampir 100 tahun sebagai calon, kali ini
terbongkar cerita baharu!

Kisah pelik ini didedahkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Rakyat (PAN), Khalid
Abdul Samad yang mendakwa kononnya tiada istilah Pakatan Harapan (PH) cuba
mengambil kesempatan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah pemimpin veteran itu sendiri menawarkan dirinya
dipergunakan bagi proses pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hukuman
penjara atas kes liwat untuk aktif kembali dalam politik.

Menurut Anggota Parlimen Shah Alam itu, Mahathir, 92, menyatakan persetujuan
dengan syarat tertentu; sekali gus menolak dakwaan gabungan tersebut mempergunakan
aura tokoh pernah digelar mereka sebagai Maha Firaun.

“Dia (Mahathir) yang rela diri dia digunakan, malahan dia bersetuju untuk 
dilantik sebagai Perdana Menteri baharu daripada PH jika menang Pilihan Raya 
Umum (PRU) untuk membawa gerakan reformasi dan membebaskan Anwar.

“Macam mana boleh kata diri dia kita pula yang pergunakan?” soalnya kepada
portal BNBBC.my bagi mengulas dakwaan banyak pihak yang menyatakan Mahathir
dipergunakan PH untuk membebaskan Anwar daripada penjara.

Kelmarin dalam konvensyen PH, Mahathir yang juga Pengerusi PH rasmi dilantik
sebagai calon Perdana Menteri sementara, manakala isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan
Ismail diangkat sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Ia secara tidak langsung bakal mencatatkan rekod dunia Guinness apabila negara bakal
diterajui ketua kerajaan paling tua di dunia dan kemudian melakar sejarah suami isteri
serentak menjadi perdana menteri dan timbalan.

Mengulas lanjut mengenai perkara pelik tersebut, Khalid berkata hanya dua nama sahaja
yang dikemukakan dalam Majlis Presiden PH. Sebab itu tiada calon lain yang boleh
diangkat untuk memegang dua jawatan tertinggi itu.

“Kita tahu sepatutnya nama Anwar yang diangkat menjadi Perdana Menteri, tapi 
dah tak boleh sebab dia baru keluar penjara kan,” katanya ringkas mengenai perkara
itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 9-1-2018


Mualaf Tak Mudah Islamkan Anak Bila Pakatan Perintah?
Posted on Tuesday, January 09 @ 21:33:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37667



KUALA LUMPUR - Tiada ibu atau bapa mualaf boleh membawa anak mereka memeluk 

agama Islam tanpa persetujuan pasangan yang masih menganuti agama lain jika Pakatan 
Harapan berjaya memerintah negara ini selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14.
Setiausaha Publisiti Wanita DAP yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto
yang membayangkan perkara itu mendakwa sehingga kini masih ada wanita (bukan
beragama Islam) dipisahkan daripada anak mereka oleh suami (yang memeluk agama
Islam)

“Cukuplah menghina Pakatan Harapan. Jangan lupa bahawa Indira Gandhi dan 
banyak ibu dan bapa di Malaysia masih menjadi mangsa ketidakadilan, kuasa dan 
fanatik agama oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Adakah takut kehilangan sokongan kumpulan berhaluan kanan jika berusaha 
memastikan pindaan yang betul kepada undang-undang iaitu kedua-dua ibu bapa
 perlu memberi persetujuan, tiada ibu atau bapa boleh menukar kanak-kanak 
kepada Islam?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beberapa tahun lalu, mualaf Muhammad Riduan Abdullah yang asalnya bernama
K.Patmanathan menukarkan agama tiga anaknya selepas dia memeluk agama Islam.

Sijil penukaran agama kanak-kanak itu dibatalkan Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh pada
25 Julai 2013 selepas Hakim Lee Swee Seng mengekalkan keputusan bahawa sijil
pertukaran agama tiga kanak-kanak, Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa
sevagau tidak sah kerana tanpa pengetahuan atau izin isterinya, Indira Gandhi.

Mahkamah Rayuan pada 2015 bagaimanapun mengesahkan penukaran agama tiga
kanak-kanak itu oleh bapa mereka. Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti
mengekalkan kesahihan penukaran agama tiga anak oleh bapa Muslim hanya boleh
ditentukan Mahkamah Syariah. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 9-1-2018


Kesilapan Pakatan adalah ikut rentak politik BN
Posted on Monday, January 08 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37652

Pendapat

KEGAGALAN terbesar Pakatan Harapan (PH) bukannya kegagalan menamakan calon 

perdana menteri (PM) mahupun kabinet bayangan.


Kegagalan terbesar PH adalah kesilapan mengikut rentak permainan dan naratif politik 

Barisan Nasional (BN).

"Pertahanan yang terbaik adalah serangan yang baik” dan BN telah mempraktikkan 

konsep ini dengan baik, dari polemik PAS dalam pakatan pembangkang sehingga isu 
calon PM PH.

Dari kedudukan pertahanan, BN telah berubah kepada kedudukan menyerang.

Sekiranya Dr Mahathir Mohamad hari ini dinamakan calon PM PH, percayalah, esok BN 

akan bertanyakan bagaimana Dr Mahathir boleh jadi PM tanpa menjadi ahli Parlimen, 
sebagaimana Anwar Ibrahim diserang.

Serangan bertubi-tubi ini akan diikuti dengan persoalan mengenai calon TPM PH, 

kemudian kabinet bayangan PH.

PH akan sentiasa berada selangkah di belakang BN kerana terlalu sibuk menjawab 

persoalan BN yang tiada hubung kait dengan masalah rakyat, sehinggalah Pilihan Raya 
Umum Ke-14 (PRU14) selesai.

Tanyalah rakyat marhaen. Kebanyakannya sudah muak dengan politik disebabkan 

pergolakan dalaman.

Pergolakan dalaman inilah hasil keghairahan PH menari mengikut rentak BN.
Daripada polemik PAS hingga calon PM, yang bakal disusuli calon TPM serta kabinet 

bayangan dan sebagainya. PH terlalu ghairah menjawab setiap persoalan BN.

Geek teknologi yang tak ambil kisah tentang pilihan raya, kerani yang tak ambil peduli 

tentang perkembangan politik, artis solek yang tak baca berita, golongan profesional 
yang bersedia berhijrah, anak muda yang tidak nampak kepentingan mendaftarkan diri
 sebagai pengundi – golongan inilah yang menjadi blok undi terbesar anti-BN dalam 
setiap PRU.

Mereka tidak membaca berita setiap hari, tetapi merasai beban kehidupan yang semakin 

berat. Mereka inginkan perubahan, tetapi tidak nampak bagaimana satu undi mereka 
mampu membawa perubahan. Pada tahun 2008 dan 2013, mereka akhirnya 
memberanikan diri melakukan sesuatu kerana tersentuh dengan Pakatan Rakyat.

Minggu depan, golongan ini akan terbaca berita dalam akhbar antarabangsa yang 

bertajuk: "Pembangkang Malaysia Menamakan Bekas PM Berumur 92 Tahun Sebagai 
Calon PM"".

Tak malu jadi bahan lawak dunia?

Bayangkan perasaan golongan pengundi atas pagar yang suatu ketika dahulu 

memberanikan diri melakukan perubahan selepas berdekad lamanya dipujuk para aktivis 
serta pembangkang, kini mendapat tahu bekas PM yang dikritik lantang berdekad 
lamanya diangkat pula sebagai PM pembangkang.

Mereka akan memganggap bahawa pembangkang kini membuat keputusan 

 mengorbankan perjuangan asal, ganti dengan sosok tubuh yang dilawan begitu lamanya 
demi menawan Putrajaya.

Secara tidak langsung, PH sedang mengaku bahawa perjuangan yang ikhlas, murni dan 

suci untuk demokrasi, urustadbir baik, prinsip, menolak kezaliman dan sebagainya 
selama ini gagal teruk, pembangkang kini kebuntuan, maka jalan pintas terpaksa diambil 
demi menjadi tuan di Putrajaya.

Pemimpin PH sedang memberitahu rakyat Malaysia, HARAPAN telah jadi TIADA 

HARAPAN.

Sewajarnya PH kembali kepada perjuangan yang berkisar tentang nasib rakyat, kerana 

hanya melalui kaedah ini BN akan berada selangkah di belakang PH. Hanya melalui isu 
rakyat, lebih ramai akan membuka mata.

PH ulang mansuh tol, BN jawab tidak boleh dan terpaksa mempertahankan sebabnya.

PH ulang mansuh PTPTN, BN jawab tidak boleh dan terpaksa mempertahankan 

sebabnya.

PH umum akan batal GST, BN jawab tidak boleh dan terpaksa mempertahankan 

sebabnya.

Apapun alasan yang dikemukakan BN demi mempertahankan kedudukannya akan 

menyerlahkan kerakusan kuasa serta ketamakan mereka.

Perjuangan pembangkang dan para aktivis sebenarnya lebih besar dari soal PM. Itulah 

yang membezakan pembangkang/aktivis dengan BN selama ini. Perbezaan ini akan 
lenyap sekiranya kita bermain mengikut naratif BN.

Maka saya merayu kepada PH, janganlah bermain mengikut naratif BN.

Adrian Lim Chee En

Sumber TKO - 8-1-2018



Pakatan Harapan, tiada parti dominan, semua sama taraf kata Setiausaha PH
Posted on Sunday, January 07 @ 23:25:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37634



SHAH ALAM: Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin 

Abdullah berkata, dalam gabungan pembangkang itu tidak ada parti dominan kerana 
semuanya sama taraf.

Katanya, PH tidak sama dengan BN yang mempunyai Umno selaku “Abang Long”.

“Dalam PH tidak ada parti dominan. Dalam PH tidak ada ‘big brother’.

“Hari ini, PH merupakan gabungan pembangkang yang betul-betul serius dan paling 

serius dalam sejarah Malaysia.

“Mereka berwang, kita berjuang. Mereka ramai tidur sebantal, mimpi lain-lain. Kita pun 

ramai, kita tak tidur, sebaliknya bangkit dengan suara rakyat,” katanya ketika berucap 
pada Konvensyen PH 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.

Dalam pada itu, bekas timbalan menteri pendidikan tinggi itu memberi bayangan PH akan 

membuat pengumuman penting hari ini.

Khamis lalu, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan calon perdana 

menteri gabungan pembangkang itu, yang dinanti-nantikan pemerhati politik, akan 
diumumkan dalam konvensyen PH hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan 3 parti komponen PH – PPBM, DAP dan Amanah – 

bersetuju menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sementara, sehingga 
Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dan layak mengambil 
alih jawatan itu.

Semalam, Ketua Wanita PH, Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata, Dr Mahathir yang 

juga pengerusi PPBM tidak layak memegang jawatan perdana menteri.

“Bukan sebab umur. Dia sudah ada rekod sebagai negarawan, sebagai bekas perdana 

menteri, takkan kita nak naikkan dia sebagai perdana menteri lagi. Lebih wajar beliau 
jadi menteri sahaja,” kata ketua Wanita PKR itu.
GS - Puak PAN sabar ajelah kan itu dugaan dalam usaha menjatuhkan Najib. Nanti 
selepas jatuh Najib bolehlah dapat Senator pun dah cukup.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 7-1-2018

Tanda tanya dalam pengumuman calon PM HARAPAN
Posted on Friday, January 05 @ 19:10:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37605

Berita

Nampaknya berlaku kekeliruan dalam soal sama ada Pakatan Harapan (HARAPAN) akan 
mengumumkan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri mereka semasa 
konvensyen HARAPAN hujung minggu ini atau tidak.


Ini susulan respons bertentangan oleh pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam
sidang media selepas mesyuarat majlis presiden HARAPAN, semalam.

Ditanya berulangkali, Mahathir seperti membayangkan pengumuman itu akan dibuat
ketika konvensyen, namun kemudian berkata ia akan dilakukan selepas acara itu.

Ia mencetuskan laporan media yang bertentangan berhubung perkara itu.
Berikut adalah transkrip soalan wartawan dan jawapan Mahathir ketika sidang 
media (terjemahan daripada bahasa Inggeris):

Wartawan: Semalam anda menyebut yang kita akan tahu siapa akan menjadi calon
perdana menteri untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang. Adakah keputusan telah
dicapai?

Mahathir: Anda akan mengetahuinya selepas konvensyen.

Wartawan: Timbul halangan? Kerana ada laporan sebelum ini yang HARAPAN mungkin
 mengumumkannya semasa konvensyen, dan calonnya adalah Tun (Dr Mahathir) dan
(Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail). Apa yang menghalang
pengumuman?

Mahathir: Hari ini bukan masanya untuk kita umumkan. Kami memutuskan untuk
mengutamakan kepentingan konvensyen, dan akan membaut semua pengumuman
berkaitan perancangan akan datang di akhir konvensyen. Datanglah ke konvensyen nanti.
Wartawan: Ada keputusan hari ini (dalam mesyuarat majlis presiden) berkenaan calon
perdana menteri?

Mahathir: Di konvensyen. Kita sudah sebut berulangkali kata yang pengumuman akan
dibuat semasa konvensyen.

Wartawan: Jadi mesyuarat hari ini tiada perbincangan tentang calon perdana menteri?

Mahathir: Saya akan maklumkan di konvensyen sama ada kami ada berbincang atau tidak,
 atau kami hanya senyum antara satu sama.

Wartawan: Anwar (Ibrahim) didakwa berkata yang beliau tidak akan menyokong anda?

Mahathir: Anda boleh lapor mana-mana khabar angin yang anda dengar, tetapi kebenaran
akan diketahui di akhir konvensyen.

Wartawan: Apakah kebaikan dan keburukan mengumumkan calon perdana menteri
sebelum atau selepas PRU?

Mahathir: Kita tak boleh umumkan selepas PRU, ketika itu sudah terlambat. Ia mesti
dibuat sebelum PRU.

Wartawan: Maka adakah (pengumuman) selepas konvensyen?

Mahathir: Antara konvensyen dan PRU-lah.

Susulan ini, Malaysiakini menghubungi beberapa sumber yang tahu tentang apa yang
berlaku ketika mesyuarat semalam dan dimaklumkan yang kemungkinan besar
pengumuman akan dibuat semasa konvensyen.

Kenyataan media yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu juga menyatakan "pengumuman
penting" akan dibuat ketika itu.

Terdahulu, Malaysiakini mengumumkan HARAPAN dijadual mengumumkan Mahathir
dan Wan Azizah sebagai calon dua jawatan tertinggi itu ketika konvensyen.

Sumber juga memberitahu Malaysiakini yang PKR mahu Mahathir dinamakan sebagai
"perdana menteri sementara" namun tidak dipersetujui tiga lagi parti komponen
HARAPAN.
Kerisauan tiga parti itu ialah istilah "sementara" tidak akan memberikan keyakinan dan
memberi gambaran HARAPAN tidak mampu menubuhkan kerajaan yang stabil jika
menang dalam pilihan raya akan datang.

Mengulas perkara itu, Mahathir menyifatkan pertikaian tentang istilah itu sebagai tidak
bermakna, memandangkan usianya yang sudah lanjut.

"Jelas saya tidak akan menjadi perdana menteri atau apa sahaja sehingga berusia 100 tahun,
" katanya seperti dipetik.

Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiada ketika
sidang media semalam. Parti itu diwakili Naib Presiden Xavier Jayakumar dan Datuk
Saifuddin Abdullah, yang juga ketua setiausaha Sekretariat HARAPAN.

Pemimpin lain yang turut hadir antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng,
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden AMANAH Mohamad
Sabu.

Sebaik sebelum mesyuarat itu, Anwar yang kini menjalani hukuman lima tahun penjara
mengeluarkan kenyataan mengingatkan HARAPAN tentang kepentingan muafakat dan
tradisi berunding dengan NGO dan aktivis masyarakat.

Sementara itu, Utusan Malaysia mendakwa mesyuarat semalam gagal mencapai
persetujuan dalam isu "perdana menteri sementara".

Sumber TKO - 5-1-2018


Anwar gesa muafakat dalam HARAPAN
Posted on Thursday, January 04 @ 21:27:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37576

Berita
Beberapa hari sebelum Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) Ahad ini, Datuk Seri 
Anwar Ibrahim hari ini menggesa gabungan pembangkang itu segera kembali kepada 
semangat muafakat.


Ketua Umum HARAPAN itu berkata, semangat itulah yang perlu diutamakan berbanding
soal lain yang tidak asasi atau mendesak.

"Saya gesa semangat permuafakatan segera dipahat dalam wadah HARAPAN dengan
mengenepikan kenyataan melampau dan terlanjur.

"Prinsip luhur inilah yang yang perlu dahulukan, manakala permasalahan lain yang tidak
asasi atau mendesak dirungkai secara musyawarah," katanya dalam kenyataan.

Ia bukanlah konvensyen biasa, memandangkan HARAPAN dijangka mengumumkan
calon perdana menteri mereka secara rasmi.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai calon
perdana menteri manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon
timbalan perdana menteri.

Namun, Malaysiakini dimaklumkan tiada kesepakatan sama ada Dr Mahathir perlu
dinamakan sebagai "perdana menteri sementara" atau tidak.

Sumber mendakwa PKR lebih cenderung dengan frasa "perdana menteri sementara",
manakala tiga lagi parti komponen - BERSATU, AMANAH dan DAP - menganggap ia
berisiko memberi kesan yang tidak baik kepada HARAPAN.

Kenyataan Anwar ini juga dikeluarkan pada hari sama Majlis Presiden HARAPAN
bermesyuarat, yang mana antara agenda utamanya adalah membincangkan soal frasa
"perdana menteri sementara" itu.

Anwar yang juga ketua umum PKR mengingatkan HARAPAN agar tetap mengutamakan
"suara rakyat" dan tidak mengenepikan NGO dan aktivis masyarakat.

"HARAPAN memang bertunjangkan empat parti tetapi kekuatannya adalah suara rakyat
 terbanyak.

"Maka sewajarnya dikekalkan tradisi berunding dengan NGO dan aktivis masyarakat,"
 katanya lagi.

Kebelakangan ini, timbulnya seruan agar HARAPAN menampilkan pemimpin yang lebih
muda dan baru sebagai calon perdana menteri.

Sejumlah NGO dan aktivis masyarakat juga hari ini mengeluarkan kenyataan bersama
menggesa BN dan HARAPAN tidak mencalonkan Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir
sebagai calon perdana menteri masing-masing untuk PRU akan datang.

Sumber TKO -n4-1-2018



PH jual harapan palsu kepada Sabah, kata aktivis MA63
Posted on Monday, December 25 @ 21:24:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37446

Berita

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) harus faham rakyat Sabah dan hak mereka 

bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebelum menyebarkan harapan palsu “Janji 
Baru”, seolah-olah rakyat mudah terpedaya, kata aktivis Zainnal Ajamain.
Zainnal, yang mengetuai NGO Sabah Firstborn Society, hairan PH merasakan perlu
mengumumkan peruntukan RM15 bilion untuk dana pembangunan prasarana di Sabah
dan Sarawak jika mereka menawan Putrajaya.

“Saya tidak nampak tujuan menetapkan jumlah itu atau mengumumkan mereka akan
menyalurkan 30% daripada belanjawan pembangunan negara untuk Sabah.

“Sarawak pernah menyumbang tidak kurang daripada RM120 bilion kepada
 perbendaharaan persekutuan 2 tahun lalu, bermakna sumbangan Sabah juga lebih kurang
jumlah itu.

“Jadi apabila PH menjanjikan RM15 bilion seperti satu tamparan buat rakyat Sabah kerana
mudah terperdaya,” katanya.

Menurut Zainal, gabungan pembangkang tidak perlu mengumumkan perkara-perkara
baharu seperti menetapkan peruntukan pembangunan prasarana.

Gabungan pembangkang sepatutnya memberi penekanan kpada membayar Sabah 40%
daripada hasil bersih yang kerajaan persekutuan kutip daripada negeri itu, termasuk
tunggakan dan faedah sejak 1964.

“Kadangkala ahli politik Tanah Melayu suka cakap benda untuk menyedapkan hati
mereka, sedangkan ia bukanlah perkara baharu buat rakyat Sabah.

“Tanah Melayu mesti membayar 40% kepada Sabah agar kami dapat menjaga
 perkhidmatan pendidikan dan kesihatan negeri dengan lebih baik.

“Apa fungsi memulihkan (bidang kuasa ke atas) pendikan jika kamu tidak mahu
memulihkan sumber pendapatan kami?” soalnya.

Zainnal berkata pemimpin PH ternyata tidak begitu peduli tentang hak yang digariskan
bawah MA63 dan hanya berminat meraih undi.

Atas sebab itu pemimpin PH tidak faham slogan “Sabah untuk rakyat Sabah” kerana
mereka menggunakan mantera itu untuk mengatakan hak Sabah ditentukan Putrajaya
maka mereka perlu menukar kerajaan sedia ada, katanya.

Zainnal berkata ini bermakna PH akan menjanjikan bulan dan bintang semata-mata
untuk meraih undi.

“Bagaimana rakyat Sabah mahu percaya kata-kata orang Tanah Melayu? Di Indonesia,
mereka gelar orang-orang seperti itu ‘Belanda dapat tanah’. Mereka akan gali tanah kecil
yang mereka ada dan tebarkan ke tempat lain dan di mana tanah itu tersebar, mereka akan
tuntut sebagai tanah sendiri.”

Beliau berkata, “Janji Baru” sebenarnya tidak betul kerana Sabah tidak pernah dibayar
royalti. Negeri itu hanya menerima bayaran tunai sejak 1974, bermakna gabungan
pembangkang tidak dapat membezakan antara royalti dan bayaran tunai.

Beliau menekankan Sabah memiliki seluruh sektor gas dan minyak tetapi undang-undang
tertentu yang diluluskan Parlimen mengambil hak minyak dan gas Sabah dan Sarawak.

“Adakah PH melawan ketidakadilan ini? Undang-undang itu digunakan untuk
mewajarkan perampasan kekayaan Sabah. Jadi apa yang sedang PH lakukan? Seperti
biasa apabila tersepit, mereka buat tidak peduli.

“Kemudian, mereka berani menjanjikan 50% perkongsian hasil. Tahukah mereka tidak
mampu tonjolkan tentang 40% itu di Parlimen sejak Malaysia ditubuhkan dan kini mereka
bercakap tentang menaikkan kepada 50%?

“PH bukan sahaja menghina kecerdikan rakyat Sabah, tetapi mereka jelas memberikan
harapan palsu.

“Saya, mungkin dapat mempertimbangkan cadangan PH jika mereka bertekad untuk
membenarkan kerajaan Sabah mengutip semua cukai, Sabah ambil 50% dan 50% lagi
dihantar kepada Putrajaya.

“Tetapi jika Putrajaya yang kutip dan memberikan 50% kepada kami, tidak apalah, minta
maaf tetapi kami bukan ‘paloi’ (bodoh).”

Sumber TKO - 25-12-2017



Pakatan Harapan umum calon PM bulan hadapan
Posted on Monday, December 18 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37347

Berita

GEORGETOWN - Pakatan Harapan 

akan mengumumkan calon perdana 
menteri baharu bulan hadapan bagi
menggantikan Ketua Umumnya,
Datuk Seri Anwar  Ibrahim yang 
masih menjalani hukuman penjara.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan
Eng berkata, pihaknya sudah
mempunyai pilihan lain

yang akan menggantikan Anwar yang sebelum ini diletakkan sebagai calon perdana
menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU14 kelak.

"Pilihan kita, semestinya Anwar untuk jadi perdana menteri tapi beliau masih di penjara.
Maka ia mustahil (untuk meletaknya sebagai calon).

"Namun, pastinya kita masih ada calon lain. Pemilihan lain akan dibuat dan berharap
(calon itu) akan diumumkan bulan hadapan," katanya kepada media tadi.


  Sebelum ini, pemimpin pembangkang sepakat melantik Anwar sebagai perdana menteri
jika Pakatan Harapan berjaya menguasai Malaysia.

Sumber TKO - 18-12-2017



PH Ada Sehingga Pelan C Untuk Menang PRU14, Kata Dr M
Posted on Friday, December 15 @ 20:13:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37303



KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mempunyai alternatif sehingga pelan C jika ia 

gagal didaftarkan secara rasmi dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibatalkan 
pendaftaran, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Pengerusi PH itu lagi, PH kini berdepan dengan usaha kerajaan untuk 

menggagalkan usaha parti itu dalam memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"(Untuk BN terus berkuasa) Pembangkang dihalang daripada menawarkan alternatif kepada
BN pada PRU akan datang.

"Untuk melakukannya kerajaan hanya perlu menolak atau menangguh pendaftaran PH atau
membatalkan pendaftaran (PPBM), parti pilihan ahli dan penyokong Umno yang tidak
berpuas hati dengan parti itu.

"Tetapi Najib akan tetap kalah. Pembangkang boleh kembali kepada pelan B dan pelan C,"
katanya di laman blognya, hari ini.

Mahathir bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut 'pelan C' itu.

Pendaftaran PH dilihat penting terutama agar empat parti komponennya - PKR, DAP,
PPBM dan Amanah - dapat bertanding menggunakan satu lambang pada pilihan raya
nanti.

PH sebelum ini mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (RoS) sengaja menangguhkan
pendaftaran mereka.

Namun Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata penangguhan itu antaranya kerana
masalah dihadapi PPBM yang tidak membuat mesyuarat agung tahunan (AGM) yang
sepatutnya dilaksanakan September lalu.

PPBM kini berdepan risiko dibubarkan RoS selepas didapati melanggar tiga perlembagaan
partinya sendiri.

Pertama, gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM), menggunakan istilah
Armada untuk sayap pemuda parti dan menangguhkan AGM tanpa peruntukan dalam
perlembagaan parti.

PPBM sudah memohon untuk berjumpa RoS bagi mengemukakan cadangan alternatif
namun hingga kini belum ada perkembangan berhubung perkara itu.

Selain PPBM, DAP turut membantutkan usaha PH berdaftar di bawah satu logo selepas
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak sah.

Bagaimanapun, DAP sudahpun mengadakan pemilihan semula CEC pada 9 November
lalu.


- Antarapos

Sumber TKO - 15-12-2017


Azmin minta Zaid jelaskan tweet kritik Sultan Selangor
Posted on Sunday, December 10 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37245



Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali meminta Datuk Zaid Ibrahim menjelaskan 

kepada rakyat, maksud tweet yang ditujukan kepada Sultan Selangor.
“Beliau mesti bertanggungjawab terhadap kenyataannya,” kata menteri besar Selangor itu
ketika menghadiri sebuah majlis di Kota Damansara hari ini.

Ia selepas seorang pemimpin DAP kelihatan menjauhkan diri daripada Zaid yang juga ahli
parti itu.

Semalam, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dilaporkan berkata, ahli DAP
“bebas menyuarakan pandangan mereka, tetapi mesti sanggup berdepan akibatnya”.

Setiausaha publisiti DAP itu diminta mengulas teguran Sultan Sharafuddin Idris Shah
kepada Zaid supaya kembali ke Kelantan.

Pua berkata, tindakan sedemikian akan memberi kesan kepada parti, terutamanya apabila
orang yang terlibat tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.

Kontroversi itu tercetus awal minggu ini apabila Sultan Selangor dilaporkan berkata,
agenda politik Tun Dr Mahathir Mohamad didorong “kebencian mendalam” dan
“kemarahannya akan membakar seluruh negara”.

Zaid dalam catatan Twitternya berkata: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati
dengan kata-katanya. Tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”

Tweet itu mencetuskan kegemparan, lebih-lebih lagi dalam kalangan pemimpin dan ahli
Umno yang mendesak tindakan diambil terhadap Zaid kerana mengkritik sultan.

Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Umno Selangor akan mengadakan
perhimpunan esok untuk menyokong dan mempertahankan Sultan Sharafuddin.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Zaid boleh
disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor.

Malam tadi, Zaid menulis di Twitter: “Nampaknya saya tiada kawan yang mahu berada
di samping saya di waktu sukar ini.

“Saya akan cuba bertemu TPM (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi sebaik sahaja beliau
sudi. Lagipun ini mengenai keselamatan saya dan keluarga.”

Sumber TKO - 10-12-2017

























































































































Tun M dinobat PM PH, langkah 

mengundur










































































PADA Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, dikatakan sokongan pengundi Cina kepada
pembangkang memuncak sehingga 85 peratus.

Lojiknya di mana DAP menguasai 37 kerusi parlimen dan 96 kawasan Dewan Undangan
Negeri (Dun). Rekod itu paling tinggi dicapai DAP selepas mengambil alih peranan Parti
Tindakan Rakyat (PAP), setelah Singapura keluar daripada Malaysia.

Manakala PKR pula menang di 28 kerusi parlimen dan 51 Dun ketika itu. Pengundi Cina
juga memilih PKR sebagai pilihan selepas DAP di kawasan campuran. Manakala PAS pula
berentap dengan Umno di kawasan dominan pengundi Melayu.

Sumber HD - 9-12-2017

Cadang Tun M bukti PH tandus pemimpin

PAKATAN Harapan seharusnya melihat 
pimpinan yang lebih baik untuk masa 
hadapan bagi kepentingan rakyat 
Malaysia. 
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar 
Abdullah berkata, tindakan PH meletakkan Tun Mahathir Mohamed sebagai calon 
Perdana Menteri seolah mereka ketandusan pimpinan. 
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, 
di sini hari ini. 
Katanya, sewajarnya PH melihat masa hadapan untuk memberi pilihan yang baru 
pada rakyat malaysia. 
“Takkan seramai yang ada, Tun Mahathir saja yang layak, bagi saya zaman dia sudah 
berakhir,” ujarnya. 
Datuk Amar berkata demikian ketika diminta mengulas bekas Perdana Menteri itu 
telah dicalonkan sebagai perdana menteri sekiraya pakatan itu menang pada PRU 14 
akan datang. 
Pada masa yang sama, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pula sebagai timbalannya. 
Difahamkan cadangan tersebut dibuat ketika pemimpin Pakatan Harapan mengadakan 
pemukiman dua hari di Putrajaya Jumaat lalu. – HARAKAHDAILY 6/12/2017
Sumber HD - 6-12-2017 


Poster serang pembangkang di PAU ‘satu kejayaan besar’, kata PH
Posted on Wednesday, December 06 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37189



KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin pembangkang berkata mereka tidak hairan dengan
poster anti-pembangkang yang dinaikkan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang
sedang berlangsung sekarang ini, malah menyifatkan serangan itu bukti kejayaan Pakatan
Harapan (PH) yang menggerunkan Umno.

PPBM menganggap ia semata-mata mahu menimbulkan kemarahan pemimpin parti terhadap
Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata Umno telah lama memusuhi
DAP dan sudah dijangka ia akan mengaitkan bekas presiden Umno itu dan PPBM dengan
DAP.

“Ia sekaligus mengalih perhatian perwakilan daripada isu kenaikan kos hidup, rasuah
salahguna kuasa 1MDB, Felda, Mara dan lain-lain,” katanya kepada FMT.

Bagi Amanah, apabila Umno menjadikan kepimpinan PH sebagai fokus, ia memberikan
isyarat “kejayaan besar” kepada gabungan 4 parti itu bahawa pertembungan pilihan raya
umum ke-14 nanti adalah pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

“Itu satu kejayaan besar yang saya tak tahu sama ada sedar atau tidak sedar, diiktiraf oleh
Umno sendiri dalam PAU mereka,” kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

“Bagi saya, satu kejayaan besar Pakatan Harapan untuk mengheret sekali Umno. Bukan
sekadar kita berjaya mendidik minda masyarakat Malaysia untuk memilih seolah-olah
sistem 2 parti iaitu antara BN dan PH, tetapi berjaya mengheret Umno itu sendiri, di mana
dalam Perhimpunan Agung Umno mereka sendiri mengiktiraf tentang begitu besarnya
peranan dan ancaman PH kepada mereka,” katanya.

Ruang pameran di PAU memaparkan poster wajah pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan
pelbagai mesej anti-DAP.

Poster menunjukkan PH dipimpin Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Azmin Ali, sambil menuduh
mereka menjadi “badut” DAP.


Ia turut mendakwa DAP memecah belahkan pemimpin Melayu dan mencabar hak
keistimewaan orang Melayu.

Antara slogan yang dipaparkan termasuk “Pakatan pro-DAP tidak hormat agamawan”,
“Tony Pua, DAP desak keistimewaan diskaun rumah 7% untuk bumiputera dihapuskan”,
“Islam dipinggirkan di Pulau Pinang”, “DAP perguna parti Melayu”, “Azmin badut DAP”
dan “UTun Mahathir”.

Ruang yang diberi nama Koridor Penerangan itu adalah pertama kali diwujudkan
menyerang pembangkang, menurut petugas Umno yang ditemui FMT, dan disediakan
dengan bantuan pelajar dan pegawai penerangan parti.

Kamaruddin, yang pernah mengetuai Umno Pasir Puteh, turut mempersoalkan bagaimana
Dr Mahathir dan lain-lain yang pernah berbakti kepada nehara kini menjadi badut kepada
DAP.

Katanya, Dr Mahathir terkenal sebagai seorang yang lantang dalam isu antarabangsa
termasuk Palestin.

“Pemimpin-pemimpin Umno ingat rakyat ini bodoh dan dungu seperti mereka?” soal
Kamaruddin.

“Biar rakyat yang berbicara. Rakyat kini telah bersedia untuk membuat pilihan dalam
pilihan raya umum (PRU). Yang tak bersedia ialah Umno dan Barisan Nasional (BN),”
katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh turut berkata pihaknya
tidak terkejut dengan serangan di PAU.

“Itu saya dah jangka, kita tidak terkejut. Yang terkejutnya kalau mereka tak buat apa-apa,
mereka tak keluarkan poster, mereka tak buat ‘koridor penerangan’, mereka bersikap positif.
Itu saya rasa peliklah,” katanya.

Syed Ibrahim berkata Umno merasakan Dr Mahathir dan pimpinan pembangkang satu
ancaman kepada parti itu.

“Dan mereka terpaksa menangkis persepsi masyarakat kepada Umno dengan cara untuk
menunjukkan bahawa pimpinan pembangkang itu bermasalah dan berpecah, sedangkan
sebaliknya yang berlaku,” katanya.

Sumber TKO - 6-12-2017


Program Multaqo Alumni Al-Azhar 2015 dikatakan Perhimpunan UMNO Jahatnya
fitnah dan bodoh facebook HARAPAN percaya fitnah

Posted on Wednesday, December 06 @ 08:59:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37185



Dari semalam lebai melihat komen-komen di facebook penyokong HARAPAN yang 

menyerang pimpinan PAS Nasruddin Tantawi dan Nik Abdul. Kata jelik, maki hamun 
dan macam-macam nista dihambur dengan emosi.

Apa yang boleh katakan fecebooker HARAPAN ada 2 kategori;

Satu jenis yang jahat suka buat fitnah. Contohnya ialah Muhammad Radzi Ismail
Mereka menepikan tentang azab fitnah dan ajaran Islam dek kerana dendam politik. 

Perbezaan politik sepatutnya diraikan. Tapi mereka tidak. Mereka ingin musnahkan
sesiapa yang mereka benci.

Allah SWT berfirman yang artinya;

“Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu 
tidak menyangka sangkaan yang dilarang) karena sesungguhnya sebagian dari 
prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing setengahnya 
yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang 
telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik 
kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada 
Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Q. S. Al- 
Hujarat : 12).
Seorang Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah;
“Wahai Rasulullah, apakah ghibah itu? Lalu Rasulullah menjawab; ‘Menyebut 
 sesuatu yang tidak disukai saudaramu di belakangnya.’ Kemudian Sahabat kembali 
bertanta; ‘Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?’ Rasulullah kemudian 
menjawab; ‘kalau sekiranya yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah. Tetapi 
jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar).” 
(H. R. Muslin, Abu Daud, dan At-Tirmidzi).
Kedua fecebook yang bodoh. Kenapa lebai kata bodoh. Bodoh bila lihat aje gambar terus 
komen berjela-jelas sedangkan mereka tak tahu apa cerita sebenar. Malang yang bodoh ini
ada yang profesional, kerja jawatan penting. Tapi akal 'agama' cetek.


Alah berFirman dalam Surat Hujurat ayat 6

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik 
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, 
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - 
Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali 
apa Yang kamu telah lakukan.

Gambar yang diseberkan kononnya perjumpaan di Perhimpunan Agung UMNO adalah 

majlis Multaqa Alumni Al Azhar pada akhir tahun 2015 dimana YB Dato’ Asyraf Wajdi,  
YB Ust Nik Mohd Abduh dan Nasrudin Hassan bergambar kenangan bersua pada majlis 
tersebut di Hotel Grand Season Kuala Lumpur.



Apa faedah penyokong HARAPAN menyerang pimpinan PAS? Mereka bukan sahaja 

 berhadapan dengan UMNO/BN tapi kini dengan juga berhadapan dengan penyokong PAS. 
Akibat kerja bodoh mereka ini musuh tradisi UMNO menjadi melebar. Melebarkan musuh 
dan memecah belahkan pembangkang ada sebahagian kerja-kerja bodoh. UMNO goyang 
kaki kerana adanya manusia penyokong HARAPAN yang bodoh.


Yang ulas pun tak siasat.. lagak macam profesinal tapi akal "pendek"

BIASANYA ORANG BODOH TAK LAYAK MEMERINTAH.


Sumber TKO - 6-12-22017


Saifuddin jelaskan pilihan Dr M, Azizah sebagai PM, TPM sementara PH
Posted on Wednesday, December 06 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37178



PETALING JAYA: Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah 

memberi penjelasan mengapa PH memilih Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan 
Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon perdana menteri dan timbalan 
PM kerajaan PH.
Di Facebook hari ini, beliau percaya calon terbaik untuk memimpin kerajaan PH adalah
Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi Anwawr belum boleh dicalonkan.

“Siapakah calon pengganti DSAI? Seharusnya kombinasi Tun M-DSAI (merujuk kepada
singkatan nama mereka),” katanya

Katanya “sejumlah anak muda” menyokong atau meminati sama ada Dr Mahathir atau
Anwar.

Menghimpukan kedua-dua golongan anak muda itu adalah mustahak dan kombinasi
Dr Mahathir dan Anwar juga mustahak untuk meraih sokongan wanita, tambahnya.

Katanya, penilaian ini adalah berdasarkan penyebaran gambar Mahathir dan Anwar bersama
di mahkamah dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah bersama Datuk Dr Wan Azizah dalamkalangan
muda dan wanita.

“Bagaimana dengan calon lain – iaitu yg lebih muda, tapi tetap mengekalkan kombinasi
Tun M-DSAI? Ini boleh dibincang.,” he said.

Parti komponen PH – PKR, DAP, Amanah dan PPBM – sudah berbincang menamakan
Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah sebagai PM dan timbalan PM sementara jika PH
memenangi pilihanraya umum seterusnya semasa perjumpaan PH pada Ahad lepas.

DAP, Amanah dan PPBM dilaporkan sudah bersetuju dengan cadangan ini tetapi PKR
belum membuat keputusan akhir kerana masih berbincang dengan Anwar yang sedang
menjalani hukuman penjara.

Saifuddin berkata PH perlu menamakan calon PM sebelum pilihanraya seterusnya.


Dia berkata pendahulu PH, Pakatan Rakyat cuba untuk melakukannya sebelum pilihanraya
umum ke-13 tetapi gagal kerana tiada kata sepakat tentang calon.

Sumber TKO - 6-12-2017


Mahathir Calon PM dari HARAPAN Jika Menang PRU14 Nanti, Hanya Tunggu
Anwar On Sahaja

Posted on Sunday, December 03 @ 18:01:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37128&mode=t
hread&order=0&thold=0


Cadangan untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Datuk 
Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai timbalan kini didakwa hanya menunggu kelulusan 
Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anggota Biro Politik PKR Datuk Johari Abdul yang dihubungi mengesahkan cadangan itu
dibuat ketika pemimpin kanan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengadakan pemukiman dua
hari di Putrajaya mulai Jumaat lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini Johari yang juga anggota parlimen Sungai Petani berkata
langkah mendapatkan restu daripada Anwar itu dibuat memandangkan beliau adalah ketua umum pakatan berkenaan.

"Anwar ketua umum. Anwar (kata) OK, kita OK," katanya hari ini.

Isu kepimpinan dan calon perdana menteri menjadi satu daripada faktor yang banyak
diperdebatkan ketika tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14 semakin menghampiri.

Untuk rekod Dr Mahathir ialah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
merangkang pengerusi HARAPAN. Dr Wan Azizah pula dipilih sebagai presiden gabungan
empat parti pembangkang itu.
Difahamkan pemukiman HARAPAN menyarankan gabungan Dr Mahathir dan Dr Wan
Azizah menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri jika mereka berjaya
mengetepikan BN daripada kekuasaan untuk kali pertama sejak merdeka.

Sebelum ini Anwar dikemukakan sebagai calon perdana menteri pembangkang, namun
kedudukannya yang masih ditahan di penjara tidak memungkinkan beliau dilantik ke
jawatan berkenaan serta-merta.
'
Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 dan pada
sebahagian tempoh itu Anwar pernah menjadi timbalannya.

Anwar dijangka dibebaskan dari penjara pertengahan tahun depan tetapi undang-undang
semasa melarangnya memegang atau terlibat dalam politik selama lima tahun.

Kata Johari langkah mendapatkan restu daripada Anwar itu dibuat sebagai menghormati
bekas timbalan perdana menteri itu.

Selain PKR dan BERSATU gabungan HARAPAN turut dianggotai DAP serta Parti Amanah
Negara (PAN).

Sumber TKO - 3-12-2017



Penemuan RCI tidak akan jejas PH, pemimpin pembangkang kata penganalisis
Posted on Friday, December 01 @ 08:28:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37084

Berita

PETALING JAYA: Penganalisis politik berkata penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja 

tentang kerugian urus niaga mata wang asing tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan dan 
pemimpin gabungan itu.
Mereka berkata orang ramai menganggap RCI itu, yang ditubuhkan pada Julai untuk
menyiasat kerugian yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, langkah
politik untuk memburukkan nama baik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar berkata prosiding RCI itu
dijalankan 20 tahun selepas Malaysia mengalami kerugian urus niaga forex dan dengan jelas
bertujuan untuk menunjukkan kelemahan pentadbiran Dr Mahathir.

Dr Mahathir adalah pengerusi Pakatan Harapan manakala Anwar ketua umum gabungan itu.
“Ia tidak akan menjejaskan pengundi muda.

“Generasi kita sekarang tidak faham isu ‘dinosaur’ ini kerana ia tidak cukup menarik untuk
tarik perhatian rakyat,” katanya.

Penemuan RCI dibentangkan di Parlimen hari ini. Laporan itu menyimpulkan Dr Mahathir
merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu “menyembunyikan fakta dengan sengaja”.

“Terdapat elemen menyembunyikan fakta dengan sengaja memandangkan Laporan Tahunan
BNM tidak menunjukkan kerugian sebenar yang dialami akibat urus niaga forex dari 1992
hingga 1994,” menurut laporan itu.

Laporan itu berkata tiada tindakan selanjutnya diambil oleh menteri kewangan dan ketua
setiausaha Perbendaharaan ketika itu walaupun dimaklumkan tentang kerugian RM31.5
bilion dalam tempoh 3 tahun itu.

Laporan itu mengatakan Anwar, yang merupakan menteri kewangan pada awal 1990-an,
tidak memaklumkan Kabinet mengenai kerugian itu.

Hisomuddin berkata laporan RCI itu mungkin akan beri peluang kepada pembangkang
untuk menunjukkan kepada rakyat “dwi-standard” pengendalian skandal yang didakwa
dilakukan kerajaan.

“Kita tidak nampak mereka tubuhkan inkuiri siasat isu Felda dan Mara,” katanya.

Sementara itu, Prof Jeniri Amri dari Universiti Malaysia Sarawak berkata Dr Mahathir dan
Anwar barangkali akan membalas penemuan itu dan menunjukkan RCI sebagai strategi
Barisan Nasional untuk memburukkan PH sebelum pilihan raya umum.

“Apabila panel ditubuhkan, orang ramai merasakan ia ada motif terselindung,” katanya.

Jeniri berkata isu kewangan seperti kerugian forex tidak akan memberi kesan pada pengundi
luar bandar, kerana mereka tidak berminat dengan isu itu.

“Mereka peduli isu sara hidup,” katanya.

Sumber TKO - 1-12-2017




































































Ke mana Ahli Parlimen PH menghilang 

malam tadi?

PADA malam ini (semalam), Dewan 
Rakyat telah meluluskan Bajet 2018 
setelah ia melalui perbahasan di peringkat 
Dasar dan Jawatankuasa, serta dibacakan 
Kali Ketiga. 
Anehnya, ramai Ahli Parlimen Pakatan 
Harapan menghilang dari dewan malam 
ini sedangkan inilah peluang terbaik mereka untuk meminta Undi Belah-Bahagian lagi. 
Mungkin mereka sudah malu agaknya kerana semalam Tan Sri Speaker mendedahkan 
kesilapan keputusan pengundian Undi Belah-Bahagi Bajet KPDNKK dulu adalah 
berpunca daripada Ahli Parlimen PKR Kapar yang tidak menanda kertas undi Ahli 
Parlimen DAP Stampin yang hadir ketika pengundian. 
PH gagal dalam pengundian kerana kesilapan mereka sendiri tetapi dua Ahli Parlimen 
PAS yang berkecuali pula dipersalahkan. 
Hakikatnya, Pakatan Harapan hanya bermain-main sahaja ketika pengundian lepas. 
Jikalau benar mereka mahu membela rakyat yang terkesan dengan kenaikan kos sara 
hidup, harga barang dan petrol, mengapa malam ini ketika Bajet 2018 melalui Bacaan 
Kali Ketiga tidak pula PH minta Undi Belah-Bahagian? 
Ketika ramai Ahli Parlimen PH gagal hadir ke dewan pada malam ini, ke mana suara 
juak penyokong PH yang hanya lantang mempertikaikan kehadiran Ahli Parlimen PAS? 
Tidak ada pula tuduhan kepada MP PH kesayangan mereka sebagai MP Pasu Bunga, 
MP Ponteng, MP Makan Gaji Buta. 
Kasihan melihat penyokong PH, mereka begitu sibuk menyerang PAS tanpa sedar 
mereka ditipu oleh pemimpin PH sendiri. 
Adakah rakyat sedia memberi kepercayaan dan menaruh harapan kepada PH untuk 
mentadbir negara ini? 
Belum pun mereka memerintah, sudah banyak sandiwara dan penipuan yang 
dilakukan. 
Pakatan Harapan yang tidak boleh diharapkan.... – HARAKAHDAILY 29/11/2017 
Catatan oleh Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
Sumber HD- 29-11-2017 


Hindraf mahu bertanding PRU14 atas tiket Pakatan
Posted on Sunday, November 26 @ 13:45:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36992

Berita

SEREMBAN: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) akan berunding dengan Pakatan
Harapan (PH) untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menggunakan logo
gabungan pembangkang itu.

Pengerusinya, P Waythamoorthy juga berharap PH akan memberikan sesetengah kerusi yang
tidak boleh dimenangi mereka kepada kumpulan hak asasi India itu.

“Kerusi yang mereka kalah sebelum ini, yang mereka tak boleh (menang)…berikan kami
peluang kerana itu akan berikan signal kepada akar umbi India, kita akan menjadi wakil
dalam Pakatan.

“Di mana-mana saya pergi, mereka tanya saya, PPBM adalah parti berasaskan Melayu,
Amanah parti Melayu Muslim, PKR dan DAP adalah parti pelbagai kaum, tetapi mereka
tak mampu untuk mengambil hati masyarakat India bawahan,” katanya kepada FMT malam
tadi selepas sambutan ulang tahun ke-10 Perhimpunan Aman Hindraf.

Waythamoorthy berkata, Hindraf sudah menghantar permohonan untuk mendaftar sebagai
sebuah parti, tetapi beliau menjangkakan ia tidak akan diluluskan Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Oleh itu, beliau berharap dapat bertanding atas tiket PH bagi mewakili golongan akar umbi
India di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Masyarakat India bawahan ini di samping menghormati pemimpin India dalam Pakatan,
mereka juga mahukan Hindraf mewakili mereka di Parlimen dan DUN.”


Pada 17 Ogos lalu, Waythamoorthy menemui Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad
bagi menyuarakan hasrat Hindraf menyertai atau bersekutu dengan 4 parti pembangkang itu.'

Pertemuan bekas perdana menteri dengan Waythamoorthy dilihat sebagai pengiktirafan
negarawan itu terhadap pengaruh Hindraf, menjelang PRU14 yang bakal menyaksikan BN
berdepan cabaran paling sengit.

Dr Mahathir turut mengakui pengaruh Hindraf mampu memperkasakan jentera PH kerana
sokongan pengundi India kepada pembangkang adalah kritikal.

Hindraf merupakan pergerakan kaum India yang terkenal dengan protes besar-besaran
beberapa bulan menjelang PRU 2008, yang menyaksikan kekalahan besar Barisan Nasional
(BN) dan peralihan sokongan India kepada pembangkang di kerusi majoriti kaum itu.

Pada PRU 2013, Waythamoorthy dilantik senator oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak
dengan jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, susulan persefahaman dengan
BN untuk menjaga kepentingan kaum India.

Waythamoorthy bagaimanapun meletak jawatan daripada Kabinet kurang setahun kemudian
kerana mendakwa BN gagal menunaikan janji dalam persefahaman yang dimeterai semasa
kempen PRU.

Sumber TKO - 26-11-2017


Kan dah kata PH kuat berangan angan....
Posted on Saturday, November 25 @ 17:50:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36976

Ulasan/Komentar

Assalamualaikum,
Selawat dan Salam keatas Junjungan,,,,
Saya tidak dapat menahan tangan ini untuk mengetuk keybox melihat lawak demi lawak yang
PH merangkumi pemimpin atas mereka sehingga macai macai mereka buat.Setelah disebut
banyak lawak yang dibuat, tiba tiba datang lagi lawak awak baru yang di antaranya sudah
hilang kelakarnya kerana terlalu lawak.

Pokoknya semua lawak PH ini disandarkan kepada politik provokasi yang umumnya pernah
dibuat oleh Umno satu ketika dulu.Pada ketika Umno sudah tidak lagi berpegang kepada
politik provokasi mereka, PH pula mengutip satu demi satu apa yang telah dibuang oleh
Umno.Contohnya kita mendengar Umno memprove PAS dengan panggilan parti suci, hari ini
kita mendengar pula Hanipa Maidin bekas peguam PAS mengelar PAS dengan panggilan
yang sama dan kemudiannya diikuti oleh macai macai mereka yang sudah kehilangan
motivasi perjuangan.Tindakan dan cara macai PH bekerja pula terlau kebudak budakan,
menafikan fakta fakta kelemahan PH dengan dakwaan semuanya andaian sedangkan tidak
 ada satupun perincian kepada hujah andaian itu dibuat.Ini nampaknya sudah menjadi tipikal
kepada semua macai macai PH yang semakin hari semakin jelas penampilan menyerupai
bekas bekas macai Umno.Semua yang pernah dibuat macai Umno ditiru mereka sehingga
boleh dikatakan macai macai PH kelihatan seronok mengambil provokasi yang lapuk dan
basi sebagai umpan busuk untuk memacing undi pada PRU 14 nanti.

Lebih lawak apabila ada macai macai PH mengenkokan lawak Mahathir yang mendakwa
Najib dan BN akan kalah kerana rakyat sudah membuat keputusan.Di war warkan pula saya
sebagai berangan angan kerana mempersoalkan lawak ini dengan hujah di mana bukti yang
menunjukkan pengundi hantu atau bangla akan dihapuskan serta di mana bukti yang
menunjukkan rakyat mahukan tsunami politik untuk memberi kemenangan kepada PH?
Apakah senario yang ditunjukkan dalam perarakan Bersih, perhimpunan  dan road show
menyelamatkan Malaysia anjuran PH boleh dijadikan bukti untuk mengatakan PH akan
menang?

Kan dah kata PH kuat berangan angan! mana ada asasnya tsunami politik untuk PH kalau
banyak program PH tidak mendapat sambutan dari rakyat? Kalau rakyat tidak begitu
berminat dengan PH, bagaimana rakyat nak buat tsunami? Berangan!

Atau apakah kekalahan dengan 1 Undi dalam pengundian bajet itu menjadi bukti kekuatan
PH?Atau apakah tindak tanduk pemimpin PH dari parti DAP evangelis menghina Islam itu
bakal menyebabkan berlakunya tsunami politik yang didakwa?

Hiduplah dengan berangan angan wahai macai PH!

Macai macai PH tidak ada yang berani untuk menghuraikan atau menghujahkan kebenaran
dakwaan ini kerana mereka tiada fakta, angka atau bukti kejadian semasa yang boleh
menyokong mereka, oleh itu apa yang mereka lakukan ialah lawak provokasi sambil
menyalahkan pihak lain terutamanya PAS untuk mempertahankan angan angan mereka.

Ada yang mendakwa pembentangan fakta hasil dari kejadian yang telah berlaku oleh saya
senada dengan ulamak dan bertujuan menguntungkan Umno tetapi sebenarnya dia hanya
berlawak dengan membuat provokasi dan andaian itu.Sebabnya pembentangan yang saya
buat berdasarkan dengan apa yang dilakukan oleh PH, tiada kena mengena dengan Umno
dan ulamak.Maknanya yang buat andaian itu dia bukan saya.

Saya sebenarnya ingin menyebut mengenai larangan kepada ADUN PH dari PKR menolong
mangsa banjir oleh kerajaan DAP Penang.Larangan yang merupakan lanjutan siri lawak PH
yang tak pernah berhenti walaupun ketika banjir berlaku KMnya hampir menangis mohon
pertolongan dari TPM tetapi setelah keadaan reda mula mahu menunjukkan kehebatannya
membantu mangsa banjir.Lawak habis!

Sebelum itu saya juga terbaca komen Khalid Samad yang mempertahankan MP PH yang
ponteng pada ketika kawannya menulis di FB menyalahkan PAS atas kekalahan bajet
tersebut.Khalid dan Hanipa macam isi dengan kuku dalam melanjutkan siri lawak PH.


Untuk macai PH, apa yang saya tuis ni bukan andaian tetapi realiti yang sedang dilakukan
oleh PH.Kalau anda mahu mengatakan saya membuat andaian, katakan dengan tererinci
di mana andaian saya itu, bukan membuat provokaso lapuk...ok

Sumber TKO - 25-11-2017

PH hilang motivasi tetapi terus memasang angan angan!
Posted on Thursday, November 23 @ 10:35:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36946



Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan.....

Mahathir dalam FBnya meluahkan

 perasannya tentang bagaimana Najib dan
BN akan tewas PRU 14 dan tempatnya
akan diambil alih oleh PH.Kata Mahathir
rasuah Najib dan BN sudah  tidak berkesan
 kerana rakyat sudah membuat keputusan.Itu kata Mahathir yang perasan PH akan menang
walaupun situasi semasa menunjukkan PH sedang kelam kabut dan hilang motivasi.Keadaan
ini sekaligus menampakkan bagaimana PH terus memasang angan angan untuk manjadi
pemerintah negara dengan beberapa tindakan kepimpinan dan ahli gabungannya yang banyak
mengandungi unsur lawak dari kesungguhan dan profesionalisma PH untuk jadi pemerintah
yang adil dan berjaya.

Apa yang nampak dewasa ini ialah PH tidak lebih baik dari BN.Buktinya dapat dilihat dengan
jelas dalam kes pengundian bajet peringkat jawatankuasa yang dimenangi BN dengan 1 undi.

Yang dijadikan alasan oleh PH, kekalahan itu bersebab dari PAS, bukan dari kurangnya
profesional dan lemahnya komitmen MPnya.Menyalahkan pihak lain sudah menjadi budaya
PH dan tidak mahu mengaku kelemahan dan kekurangannya sudah menjadi asas lawak untuk
terus menipu rakyat dan pengundi.Bayangkan ada MP peguam bodohnya boleh menulis dalam
FBnya mendakwa seorang lagi  MPnya dari parti gabungan bernama Shamsul Iskandar Akin
kecewa kerana ada 2 orang MP PAS berkecuali dalam pengundian itu tetapi tidak kecewa
kerana ketuanya sendiri dan 25 MP PH yang lain ponteng sidang.

Inilah kerja menyalahkan pihak lain tetapi enggan mengaku kesilapan dan kelemahan sendiri.
Selama ini MP BN sudah membudayakan ponteng parlimen sejak dulu lagi tetapi PH hanya
menyalahkan Persiden PAS yang didakwanya berulang  kali ponteng, sekaligus
menyembunyikan fakta sebenarnya MP PH juga kuat ponteng.Pengundian bajet terbaru
menyerlahkan fakta tersebut walaupun PH cuba cover dengan meyalahkan PAS yang sudah
diketahui tidak akan bersama PH malah dituduh mahu UG dengan Umno.

Sepatutnya sebagai satu jemaah MP PH harus ada garis panduan yang jelas berkaitan kerja
kerja jemaah termasuk satu etika khusus mengenai kehadiran sidang parlimen, mana masa
yang wajib hadir dan mana masa yang diberi kelonggaran.Bukan dengan membiarkan MPnya
bebas tanpa panduan.Itu kalau PH benar benar profesional dan dimotivasikan untuk
meyelamatkan negara.

Tetapi sebenarnya PH sudah hilang motivasi, slogan menyelamatkan negara mereka cuma
retorik dan kalau mereka berjaya mengambil alih pemerintahan belum tentu negara boleh
diselamatkan malah ada risiko menjadi lebih teruk lagi.

Mahathir menjadi contoh terbaik kepada hilangnya motivasi PH sebab apa yang ditulisnya
dalam FBnya jelas mengabaikan satu fakta yang sudah terbukti ia itu sumbangan Bangla
kepada kemenangan Najib dan BN.Mahathir kata rasuah Najib dan BN sudah tidak berkesan
tetapi tidak pula menyebut Najib dan BN juga akan kehiilangan undi Banglanya.Inilah
motivasi yang hilang dari PH dan yang lebih menyedihkan lagi, ilmu menipu pilihanraya
dengan menggunakan Bangla dipelajari Najib dari Mahathir dalam erti idea itu datang dari
Mahathir.Apa Mahathir ingat dengan rasuah Najib sudah tidak menjadi, PH boleh menang
mudah? Berangan!

Husam pula membuat lawak terbarunya yang terkena batang hidungnya sendiri.Dia kata
Persidangan DUN selesai awal untuk membuat persiapan kiamat yang akan berlaku di sebelah
petangnya tetapi tanpa sedar risiko kiamat sebenarnya sedang dihadapi oleh dirinya sendiri.
Husam sebenarnya perlu buat persiapan kiamat tersebut kerana kes pil kuda anaknya sedang
berjalan.Ingatlah sebagai pemimpin yang dipromosikan sebagai bakal MB Kelantan,
keputusan kes anaknya boleh menjadi bencana besar kepada karier politiknya.Itu kiamat untuk
Husam bukannya untuk PAS.bagaimana mungkin Husam terus membuat provokasi seolah
olah PAS akan kiamat?

Samalah dengan kawannya yang terus menerus menggunakan panggilan parti suci kepada
PAS sebagai  provokasi murahan dan basi tanpa ada sebarang nilai tambah yang boleh
diambil dari penubuhan PAN.Mana motivasi yang boleh dilihat dari kesemua tindakan PAN
selama ini selain dari provokasi murahan dan basi yang ditinggalkan oleh Umno.PAN
mengutipnya untuk terus menyerang PAS, malang sekali kalau PAN merasakan provokasi
murahan dan basi ini mampu memenangkan mereka dan boleh melenyapkan PAS! Kesian
betul melihat gelagat ahli politik yang sebenarnya sedang liberalkan untuk mengantikan PAS
menjadi pembela Islam.Mereka sebenarnya sudah hilang motivasi.

PAS adalah pembela Islam sebab itu ada parti gabungan utama PH yang sudah sah pegangan
liberalnya mahu tidak mahu akhirnya menghina Islam untuk menyerang PAS.Dulu ada nama
Ramasamy dan hari ini ada pula nama Nga Kor Ming  menjadi icon ahli politik PH yang
menghina Islam dan di antara keduanya terdapat satu siri penghinaan yang pada mereka ingin
mempengaruhi rakyat agar menolak PAS dan menerima liberalnya mereka.Tanpa segan dan
silu mereka menghina Islam bukan memberi satu motivasi kearah menyelamatkan Malaysia.

Begitu juga ada pemimpin melayu mereka yang satu demi satu datang dengan cadangan bodoh
dengan yang terbaru Razifi dengan cadangan harga siling petrol kepada RM2.30, sebab semua
tahu bahawa kerajaan juga mahukan harga petrol di sekitar RM2.30 dan penetapan harga
setiap hujung minggu adalah taktik kerajaan untuk mengekalkan harga pada kadar itu tanpa
disedari rakyat.Tetapi rakyat juga tahu sepatutnya harga itu sepatutnya lebih rendah
mengambi kira Malaysia adalah pengeluar minyak mentah.Kenapa ada pemimpin PH yang
jadi bodoh dengan cadangan yang sebenarnya amat disukai oleh kerajaan? di mana motivasi
perjuangan mereka?


PH sudah hilang motivasi tetapi terus berangan angan......

Sumber TKO - 23-11-2017


Kini Baru Geng HARAPAN Faham Apa Itu “King Maker”
Posted on Wednesday, November 22 @ 18:26:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36936

Ulasan/Komentar

Penulis HARAPAN dalam media mereka menyerang PAS kerana 2 MP PAS bertindak
berkecuali di dalam undian usul pengundian blok (belah bahagian) RUU Perbekalan
KPDNKK. Perbahasan peruntukan kementerian berperingkat yang sudah berlangsung sejak
14/11/17 hingga 28/11/17.


Mereka menyebar luas kononnya berkenaan kos sara hidup dan kenaikan harga barang.
Mereka juga membuat fitnah kononnya dengan berkecualinya 2 MP ini maka PAS setuju
bahawa rakyat sekarang sedang bermewah dan tidak di bebani oleh kemelesetan ekonomi.
Ini fitnah sangat jahat terhadap PAS.


Undian belah bahagi ini berlaku apaaila G Manivannan (PKR-Kapar) bangun sebaik sahaja 

Menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainudin menggulung perbahasan RUU Perbekalan 

peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Manivannan telah mencadangkan supaya undi belah bahagian diadakan untuk menentukan 

 sokongan terhadap RUU Perbekalan tersebut dan cadangan itu kemudian diterima oleh 

Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee.

Semasa bahas RUU Kementerian Kerjaraya, HARAPAN tak minta pengundian blok? Adakah 

mereka setuju dengan tol yang ada serata tempat di negara kita?


Ini dipanggil manipulasi isu. Tak hairanlah untuk menutup 26 MP yang tak hadir, cybertropper

 HARAPAN diarah untuk menyerang PAS. Malangnya surat sebaran ini terlepas di media 

sosial. Mana cybertropper nak letak muka. Cybertropper cap ayam!!








Lama tak dengar kenyataan Khalid Samad, Bila Khalid keluar suara memang melucukan. 

Dia kata 26 MP tak hadir tu strategi, takut BN tahu nak buat pengundian blok. Orang biasa 

cakap menipu, dia akan menipu walaupun penipuan menunjukkan dia ni tak cerdik.

Marzuki Abd Rahman ada menulis antara tokoh besar PH yang tidak hadir masa pengundian 

Bajet untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 

(KPDNKK) beroperasi bagi tahun 2018 ialah

1.  Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah (Permatang Pauh)  

2.  Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang (Gelang Patah) 

3.  Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) 

4.  Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali (Gombak)  

5.  Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (Cheras)  

6.  Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)



INI STRATEGI YANG SANGAT BERKESAN UNTUK KABUR BN KATA KHALID 

SAMAD... jangan gelak.

Antara isi kandungan Bajet KPDNKK yang hendak diluluskan yang berjumlah RM1.43 

billion adalah untuk melaksanakan program;

- pembangunan perdagangan dalam negeri
- pembangunan koperasi
- pendayaupayaan pengguna
- kecemerlangan organisasi

Ini bukan undian berkenaan usul untuk kenaikan kos sara hidup dan harga petrol seperti yang 

di FITNAH oleh puak parti Islam baru AMANAH (PAN) dan HARAPAN.


King Maker

PAS pada asalnya mensasarkan 40 kerusi sahaja, iaitu sekitar 18% dari jumah 222 kerusi 

parlimen Malaysia. Sasaran ini bergantung kepada kemampuan yang ada pada diri PAS, 

"ikut ukuran badan" kata orang tua-tua. Sasaran ini berubah mengikut situasi dan keadaan. 

Pasal itu ada bilangan kerusi yang berlainan dinyatakan dalam beberapa orang pimpinan 

PAS. Itu tidak lari daripada strategi asal 40 kerusi.

Kenapa PAS tak sasar jatuhkan BN ganti pemerintah.


Jawapan mudah untuk orang yang cerdik dan berakal PAS masih belum mampu lagi buat 

masa ini. Jangan kita bodoh tak mampu tapi bernafsu tinggi.

Kenapa PAS tak bersama HARAPAN sudah pasti boleh mencapai cita-citanya untuk 

jatuhkan BN/UMNO??

Ini soalan yang baik.

PAS lama dah bersama dengan konsep tahaluf siyasi semenjak 80an dahulu. Dulu dengan 

parti-parti yang disebut nyamuk, kemudian dengan Semangat 46 dan paling akhir Pakatan 

Rakyat. Ini memang baik tapi ada kelemahan dan keburukkannya. Pada awalnya sangat baik 

masuk penggal kedua PAS dikhianati. Bukan diri PAS tetapi PRINSIP PERJUANGAN 

ISLAM PAS. Yang khianat ini bukan sahaja rakan tahaluf tetapi pimpinan PAS yang cuba 

 menyeleweng perjuangan PAS daripada perjuangan berlandaskan ISLAM kepada sedikit 

LIBERAL demi nak tarik bukan ISLAM.

Nasib baik ALlah jaga perjuangan PAS, mereka yang menyeleweng akhirnya tertapi dan 

meninggalkan PAS.

Kini PAS tak terikat nak sokong HARAPAN atau KERAJAAN atas apa-apa isu. Demi untuk 

ISLAM PAS mesti bijak mengambil kesempatan ini.


Hasrat PAS menjadi “kingmaker” dinyatakan pada awal Januari apabila lidah rasmi parti 

Harakah menyiarkan kenyataan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh bertajuk, “PAS 

‘kingmaker’ PRU14” pada muka depannya.

Pada 9 April, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi ia tidak akan 

menyertai PH atau bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Sebaliknya, memberi tumpuan 

membina blok ketiga dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.





Tapi geng HARAPAN mempermainkan strategi PAS ini.
Mereka tidak faham politik bukan bacaan macam logik sifir 1, 2, 3. Lihat bagaimana 

Mahathir boleh jumpa Anwar. Bagaimana IKRAM mengorbankan gerakan dakwaahnya 

demi politik.





Lebai nak ucap tahniah kepada 2 MP PAS iaitu Ustaz Idris Ahmad dan Siti Zailah Mohd 

Yusoff  membuat keputusan berkecuali. Baru mereka sedar 2 undi PAS sangat penting. Ini 

dipanggil "KING MAKER" dalam menentukan keputusan.

Malang bagi lima ahli parlimen PAS yang lain mengundi menentang belanjawan itu, iaitu  

Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun), Nik Mazian Nik 

 Mohamad (Pasir Puteh), Izani Husin (Pengkalan Chepa) dan Ahmad Baihaki Atiqullah 

(Kubang Kerian). Mereka belum faham lagi kenapa Jamaah menetapkan berkecuali, 

sebagaimana tidak fahamnya tentera yang berada atas bukit atas arahan diberikan.




Sumber TKO - 22-11-2017



Keputusan undi belah bahagian Bajet 2018 silap
Posted on Wednesday, November 22 @ 15:55:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36930


Pembangkang hari ini menggesa Parlimen untuk mengkaji semula keputusan undi belah 

bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan (RUU) 2018 peringkat jawatankuasa bagi 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang 

 diluluskan pada hari Isnin lalu.

Permintaan itu dibuat oleh datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) semasa persidangan
Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mendakwa undi pembangkang terikat dengan wakil rakyat BN, dan bukannya mereka
dikalahkan melalui satu undi.

“(Walaupun) Seksyen 99 (Peraturan Mesyuarat) mengatakan keputusan Speaker dalam satu
hal itu muktamad,

“Namum saya berdiri untuk minta petua Datuk Speaker kerana dalam proses pengiraan undi
 semasa (KPDNKK) yang berlaku pada 20 November lalu, terdapat kilaf, iaitu apabila kita
lihat diumumkan yang menykong ialah 52, tidak sokong 51, tidak undi, 2.

“Tetapi setelah kita semak balik, yang sokong 52 tetapi tidak sokong (juga) 52, bukan 51,”
kata Johari.

Sehubungan itu, Johari meminta pihak speaker meneliti semula kertas itu bagi menentukan
jumlah undi yang sebenar.

“Oleh demikian bolehkah pihak speaker menunjukkan atau tengok balik kertas itu adakah
betul yang tidak menyokong itu 51, bukan 52 seperti yang saya ada maklumat,” katanya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said menolak permintaan
Johari.

“Sungai Petani, undi belah bahagi telah dijalankan dalam dewan dan penghitung-penghitung
undian telah serah secara rasmi di dalam dewan kepada setiausaha dewan.

“Setiausaha dewan telah memastikan bilangan adalah tepat dan betul dan telah diumumkan
oleh speaker.

“Dan saya kira keputusan itu adalah keputusan muktamad,” kata Ismail.

Persidangan Dewan RakyatIsnin lalu kecoh apabila penggubal undang-undang daripada
kedua-dua pihak berperang mulut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan undi belah
bahagian.

Kekecohan itu tercetus apabila G Manivannan (PKR-Kapar) bangun sebaik sahaja Menteri
KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainudin menggulung perbahasan RUU Perbekalan peringkat
jawatankuasa bagi kementeriannya.

Manivannan telah mencadangkan supaya undi belah bahagian diadakan untuk menentukan
sokongan terhadap RUU Perbekalan tersebut dan cadangan itu kemudian diterima oleh
Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee.

RUU Perbekalan untuk kementerian itu berjaya diluluskan selepas menerima 52 undian
sokongan berbanding 51 undian bantahan.

Sumber TKO - 22-11-2017

Lawak terbesar PH tahun ini....
Posted on Wednesday, November 22 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36928



Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan....

Dari banyak siri lawak yang sudah dibuat oleh PH, ada satu lawak yang boersebutleh pecah 

perut.Mungkin PH tidak perasan tetapi itulah yang terjadi bilaman mereka gagal mengalahkan 
kerajaan dengan sebab atu undi, lantas mereka menghalakan mucung pistol airnya kepada 
PAS tanpa mereka sedari bahawa kekalahan undian tersebut berpunca dari kelemahan mereka 
sendiri, tidak da kena mengena dengan PAS pun.
Apa yang sepatutnya berlaku dalam undian tersebut ialah PH dapat 45 campur satu undi bonus
 dari  Mahfuz Omar, bukanya 51 tetapi kerana PAS bermrah hati memberi undi bonus kepada
PH sebanyak 5 lagi maka keputusannya menjadikan PH hanya kalah dengan 1 undi.Siapa tak
 boleh bayangkan kalau jumlah MP PH penuh, berapakah undi yang PH akan dapat? Tanpa
undi bonus dari PAS pun pasti PH akan menang besar.

Tapi kelakarnya, pada ketika ramai MP kerajaan ponteng dewan, MP PH pun sama, ponteng
dengan jumlah yang besar termasuk ketua mereka sendiri DSWA sekaligus menunjukkan
keselesaan mP kerajaan untuk ponteng dewan kerana MP PH pun ponteng dan ketika inilah
PH mengharapkan PAS untuk cover mereka.Bukankah lawak tu?

Yang nak pecah perut ketawa ialah tuduhan PH bahawa PAS yang menyebabkan kekalahan
undian.Mereka tak mahu menyalahkan MP mereka yang ponteng tetapi lebih menyalahkan
MP PAS yang berkecuali dan yang ponteng sehingga lidah biawak mereka Malaysiakini
menyenarai MP PAS yang ponteng seramai 6 orang itu tetapi MP PH yang ponteng kalau
tak silap 26 orang semuanya didiamkan saja.Lawak habis.......

Tapi hakikatnya kalau selama ini mereka sering menuuduh TGHH sebagai kaki ponteng,
bagaimana pula ketua pembangkang yang dikesan ponteng ketika pengundian tidak pula
dianggap kaki ponteng? Atau ketua pembangkang tidak serius dengan persidangan dan tidak
meletakkan kepentingan perbahasan dan pengundian bajet sebagai utama dalam senarai
perjuangannya.

Inilah lawak terbesar PH tahun ini kerana pada ketika mereka nampak bersungguh sungguh
untuk menyelamatkan negara tiba tiba dibiarkan sahaja peluang untuk memalukan kerajaan
terlepas begitu saja dan jalan mudah untuk mereka ialah meyalahkan PAS yang selama ini
mereka tuduh mahu Ug dengan Umno.

PAS dituduh mahu Ug dengan Umno dan terima dedak Umno serta turut dituduh menyebabkan
kekalahan PH di Parlimen.

Pemuda PAN juga tak kurang hebat lawaknya apabila mendesak SPRM  menyiasat pembelaan
Clare dalam kes saman TGHH mengenai tuduhan PAS menerima 90 juta dari Umno seolah
olah pembelaan Clare itu ada sisertakan bukti bukti penerimaan 90 juta oleh TGHH dan PAS
dari Umno.Apa yang nak disiasatpun tak tahu sebab tak ada satupun dokument atau bukti yang
disertakan.Lawak betul.....


Begitu juga Mahathir tak mahu ketinggalan untuk melawak..... PH memang kaki lawak!

Sumber TKO - 22-11-2017

















































































Undi belah bagi: Wan Azizah, LKS, 

Muhyiddin ada di mana?

SEMENJAK malam tadi (20 Nov 2017), 
kecoh di alam maya berkenaan berita 
Kerajaan hampir kalah dalam undian 
Bajet 2018 dengan keputusan 52 yang 
menyokong, 51 menolak, dan 2 
berkecuali. 
Oleh sebab Pakatan Harapan kalah 
dengan majoriti 1 undi sahaja, maka mereka dengan semudahnya menjadikan PAS 
sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan. 
Terdapat beberapa kekeliruan dan penipuan fakta yang perlu diperjelaskan di sini;
a) Adakah undian malam tadi adalah berkenaan usul untuk kenaikan kos sara hidup 
dan harga petrol? 
Jawapannya: TIDAK. 
Undian malam tadi adalah berkenaan meluluskan Bajet untuk Kementerian 
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) beroperasi bagi 
tahun 2018. 
b) Apakah isi kandungan Bajet KPDNKK yang hendak diluluskan malam tadi? 
Bajet yang berjumlah RM1.43 billion adalah untuk melaksanakan program;
- pembangunan perdagangan dalam negeri
- pembangunan koperasi
- pendayaupayaan pengguna
- kecemerlangan organisasi
c) Mengapa ada ahli Parlimen PAS berkecuali dan ada yang menolak ketika pengundian semalam?
Ketika undian belah bahagi peringkat Dasar Bajet 2018 berlangsung pada 13 November 2017, sudah ada keputusan secara kolektif lebih awal untuk Ahli Parlimen PAS Berkecuali atas sebab yang sudah diperjelaskan sebelum ini.
Namun, undian belah bahagi di peringkat Jawatankuasa (Kementerian) seperti yang berlaku semalam adalah perkara di luar jangka yang berlaku secara mengejut (on the spot) tanpa sempat para Ahli Parlimen PAS mengadakan mesyuarat precouncil bagi membuat keputusan secara kolektif.
Apa yang berlaku di dewan malam tadi telah menzahirkan hikmah besar di sebaliknya iaitu hasrat PAS untuk menjadi King Maker bukanlah omong kosong.
Senario ini terbukti apabila walaupun hanya dengan 2 orang sahaja Ahli Parlimen PAS Berkecuali, ia menjadi penentu keputusan samada Kerajaan berjaya meluluskan Bajet atau PH berjaya dalam operasi serang hendap undian belah bahagi tersebut.
Adakah salah PAS Berkecuali? 
Ia adalah pendirian konsisten PAS yang telah dizahirkan semasa pengundian Bajet bagi tahun 2016 dan 2017 lagi.
Hal ini kerana PAS berpandangan terdapat unsur yang bermanfaat untuk rakyat seperti subsidi dan ada juga elemen negatif seperti GST yang menyusahkan rakyat.
Maka, PAS memilih untuk berkecuali iaitu tidak menyokong sepenuhnya dan menolak sepenuhnya Bajet tersebut.
Hakikatnya, PH telah gagal dalam pengundian malam tadi. Namun, PAS pula yang dipersalah sebagai punca kekalahan mereka. Adakah ini adil.? 
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat lebih 20 orang Ahli Parlimen PH tidak hadir semasa pengundian berlangsung.
Portal Malaysiakini pro PH hanya menyenaraikan nama 6 Ahli Parlimen PAS yang tidak hadir sedangkan mereka tidak pula melaporkan siapa Ahli Parlimen PH yang tidak hadir. 
Oleh sebab mereka malu untuk mendedahkan nama tersebut, eloklah saya bantu menyenaraikan sebahagian tokoh besar PH yang tidak hadir iaitu; 
a) Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah (Permatang Pauh)
b) Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang (Gelang Patah)
c) Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)
d) Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Azmin Ali (Gombak)
e) Pengerusi DAP, Tan Kok Wai (Cheras)
f) Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)
Senarai nama ini panjang lagi, cuma sebaiknya juak PH bertanyalah kepada pemimpin mereka yang tidak hadir ini?
Adakah mereka ponteng dewan? Adakah mereka berkecuali?
Bukankah ketidakhadiran mereka ini adalah punca utama kegagalan PH dalam operasi serang hendap pengundian semalam?
Kepada pemimpin dan penyokong PH, berhentilah membuat fitnah dan mengkambing hitamkan PAS demi menutup kegagalan strategi mereka sendiri.
Kononnya, undian semalam untuk kenaikan kos sara hidup dan harga barang sedangkan sebenarnya, undian tersebut adalah untuk meluluskan Bajet Kementerian KPDNKK beroperasi.
Adakah PH benar-benar serius untuk menolak Bajet?
Atau sebenarnya mereka hanya bersandiwara menipu rakyat?
Untuk makluman, terdapat sebanyak 25 Kementerian di bawah Kerajaan Pusat.
Apabila Bajet sudah diluluskan di peringkat Dasar, ia kini berada di peringkat Jawatankuasa iaitu perbahasan menjurus kepada pecahan terperinci mengikut butiran kepala pembangunan setiap Kementerian.
Perbahasan peringkat Jawatankuasa sudah bermula pada Selasa, 14 November 2017.
Mengapa PH tidak pula meminta undian belah-bahagi setiap kali bajet Kementerian selesai dibahaskan?
Contohnya, semalam terdapat 3 Bajet Kementerian dibahaskan iaitu
a) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
c) Kementerian Kerja Raya 
PH hanya meminta undian belah bahagi ketika Bajet KPDNKK sahaja. Jelas, mereka hanya main-main sahaja sebenarnya.
Pemimpin PH saban hari mengecam, memperli dan memfitnah PAS. Tetapi, anehnya ketika pengundian semalam tanpa segan silu pula mereka merayu kepada PAS untuk mengundi menjayakan misi mereka.
Hipokrit bukan? 
PAS mereka tak mahu, tetapi undi Ahli Parlimen PAS mereka mahu.
Oh, mungkin mereka baru tersedar bahawa undian PAS bernilai emas rupanya. 
Catatan oleh;
SYED AHMAD FADHLI
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
21 November 2017 – HARAKAHDAILY 22/11/2017
Sumber HD- 22-11-2017 


Betul ke surat edaran Media HARAPAN nak perkenakan PAS??
Posted on Tuesday, November 21 @ 13:44:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36895



Tersebar satu surat edaran daripada IT dan 

Media HAR^PAN untuk mengolah isu RUU
Perbekalan KPDNKK semalam yang 

berkeputusan 51-52 bagi menyalahkan 
2 orang pimpinan PAS yang tak mengundi \
untuk mengalih 29 MP PAKATAN HARAPAN yang tidak
hadir mengundi. Pihak kami belum mendapat 
pengesahan tentang sebaran ini.

PENTING!!! Untuk sebaran GROUP RASMI 

CYBERTROOPER HAR^PAN sahaja dan Jangan sebarkan kepada umum!

Asalamualaikum CYTRO HAR^PAN

Isu ahli parlimen kita yang tidak hadir seramai 25 orang di dalam undian bajet 2018 telah
di jadikan hujah kepada penyokong PAS untuk menyerang HARPAN terutama AMANAH
dan perkara ini telah mendatangkan 1 kerugian kepada parti sekiranya ianya tidak ditangani
atau di jawab oleh pejuang maya HAR^PAN. Begitu juga dengan isu anak Husam yang
terpalit isu Pil Kuda Baru-Baru ini.

Berhubung dengan itu 1 mesyuarat tergempar telah di adakan semalam dengan serta-merta
pada (21/11/2017) untuk membincangkan isu ini bagaimana untuk kita menjawabnya.

Apa yang perlu kita tahu kenapa ahli parlimen kita tidak hadir di dalam undian tersebut ialah
kerana masih ramai ahli dan penyokong HAR^PAN masih belum dapat menerima kenyataan
bahawa selama ini kita menyerang Prasiden PAS dengan isu suka ponteng. Malah serangan tu
 sedikit sebanyak menyakinkan pengundi atas paggar. Namun akibat kejadian semalam
meresahkan kita untuk meyakinkan kembali golongan atas paggar dan penyokong solid HAR^
PAN.

Sebagai penggiat media sosial kita perlu bijak dalam menjawab isu ini supaya ahli dan
penyokong berpuas hati dengan tindakan ahli parlimen kita yang tidak hadir dalam undian
tersebut.

Umpama kata pepatah “menarik rambut di dalam tepung”, bermaksud kita perlu bijak dalam
menyelesaikan masalah sehingga tidak mempertikaikan ahli parlimen kita kenapa tidak hadir
mengundi terlalu ramai dan di pihak ahli.

Oleh itu, 1 keputusan telah di buat di dalam mesyuarat semalam iaitu semua penggiat media
sosial HAR^PAN perlu mengalihkan isu ahli parlimen kita tidak hadir mengundi tersebut
dengan menyerang ahli parlimen Pakatan PAS dimana 2 daripadanya berkecuali semasa
undian tersebut di jalankan.

Serangan mestilah di utamakan kepada ahli parlimen PAS dan UMNOBN supaya netizen
di media sosial beralih daripada bercakap tentang isu 25 ahli parlimen kita yang tidak hadir
dan isu Anak Husam di tangkap terlibat dengan pil kuda tersebut kepada ahli parlimen PAS
yang mengundi berkecuali dalam dewan rakyat pada hari tersebut.

Mesyuarat juga telah memberi sepenuh kepercayaan kepada mujahid cyber kita untuk
mengolah isu tersebut agar ianya dapat di alihkan dengan kadar segera kepada PAS

HAPUSKAN KELEPETOKRASI
HARAPAN UNTUK RAKYAT

Mohamad Sameon
Jabatan ICT dan Media Baru
Jawatankuasa Pemandu Pakatan Harapan

Note: Pihak kami mendapat edaran ini melalui IBT (Ikatan Blogger Terengganu).
Tiada pengesahan yang jelas setakat ini. - AO


Sumber TKO - 21-11-2017


Pembangkang gagal bertemu Zahid isu daftar ROS
Posted on Tuesday, November 21 @ 12:34:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36892



PUTRAJAYA - Cubaan pembangkang untuk bersemuka dengan Timbalan Perdana Menteri, 

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan penjelasan berhubung pendaftaran 
gabungan Pakatan Harapan gagal.
Ini kerana Ahmad Zahid tiada di pejabatnya ketika pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai
oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kementerian Dalam Negeri, hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Mahathir berkata, beliau kecewa apabila tidak dapat bertemu
dengan Zahid.

Menurutnya, kehadirannya bersama Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah, Mohammad Sabu dan
Pengerusi DAP, Tan Kok Wai telah dimaklumkan kepada kementerian itu.

"Tidak dapat jumpa, memang kecewalah. Presiden parti datang hari ini namun menteri ada
urusan lain walaupun kementerian tahu kami akan datang," katanya kepada media, di sini, hari
ini.

Beliau berkata, pihaknya memaklumkan tujuan kehadiran kepada Ketua Setiausaha KDN,
Datuk Seri Alwi Ibrahim.

"Mereka lambat memberitahu kami bahawa terdapat masalah dengan Bersatu dan DAP. Kalau
diberitahu awal kepada kami boleh kami selesaikan," katanya.

Sumber TKO - 21-11-2017

Masalah DAP, BERSATU punca kelewatan pendaftaran HARAPAN
Posted on Monday, November 20 @ 12:39:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36869


Kementerian Dalam Negeri mendakwa masalah yang dihadapi oleh BERSATU dan DAP 
sebagai punca kelewatan mendaftarkan gabungan Pakatan Harapan.


Pengerusi gabungan itu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata alasan itu disampaikan kepadanya
berikutan pertemuannya dengan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri
Alwi Ibrahim pagi ini.

Turut hadir pada pertemuan itu adalah pemimpin utama gabungan itu termasuk presiden
keempat-empat parti komponen HARAPAN.

“Mereka menyatakan bahawa sebab mereka lambat memberitahu kami ialah kerana ada
masalah dengan parti pribumi dan ada masaalah dengan parti DAP.

“Masalah ini kalau diberitahu awal kepada kami, boleh kami selesaikan.

“Tiada ada niat oleh kami untuk membantah atau menimbulkan masalah kepada kerajaan. Apa
juga kehendak kerajaan yang tidak melanggar undang-undang akan kami patuhi,” katanya

kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Putrajaya, hari ini.

Mahathir berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) sepatutnya memaklumkan punca kelewatan itu
dan bukannya berdiam diri.

Sumber TKO - 20-11-2017



Rafizi jangka PRU antara April hingga Julai tahun depan
Posted on Monday, November 20 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36866

Berita

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan 
diadakan antara pertengahan April hingga akhir Julai tahun depan.


Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan tinjauan bulanan di seluruh negara oleh pusat
penyelidikan Invoke, yang mendapati Datuk Seri Najib Razak kini mempunyai tahap sokongan
yang rendah.

"Sebabnya ialah Najib tidak ada peluang untuk memanggilnya sekarang. Sokongannya tidak
baik.

"Dia perlukan dua, tiga bulan untuk menaikkan sokongan dan satu-satu tempoh yang tinggal
ialah antara April hingga Julai," katanya dalam ucapan di Subang Jaya malam tadi.

Sumber TKO- 20-11-2017


Invoke tawar dana pada calon PRU dengan syarat isytihar harta
Posted on Monday, November 20 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36867


Kumpulan penyelidikan pilihan raya dari PKR, Invoke Malaysia menawarkan dana kempen 
kepada bakal calon yang bertanding menentang BN dan sekutunya dalam Pilihan Raya Umum 
Ke-14 (PRU14) akan datang.


Calon-calon tersebut bagaimanapun diwajibkan mengisytiharkan harta setiap tahun serta
menandatangani akujanji untuk membawa pembaharuan di Malaysia.

Mereka yang melanggar akujanji boleh didenda sebanyak RM20 juta dan mesti dibayar kepada
tabung khusus yang menaja pendidikan anak-anak dan remaja kurang bernasib baik.

Tawaran dan terma itu dinyatakan dalam kontrak yang akan ditandatangani seramai 30 calon
PRU14 malam ini.

Menurut kontrak yang dilihat oleh Malaysiakini, Invoke akan menyediakan RM20,000 atau
RM10,000 kepada calon parlimen atau negeri masing-masing, tertakluk kepada keupayaan
tabung Invoke sendiri.

Pengasas Invoke yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysiakini
bahawa pembiayaan itu dikumpul daripada kutipan dana oleh kumpulan itu.
"Pembiayaan juga meliputi kos operasi kami," kata Rafizi ketika dihubungi.

Selain dana kempen, Invoke juga antara lain menawarkan khidmat kepada calon seperti
analisis data untuk mengukur sokongan dan sentimen pengundi; latihan sukarelawan kempen
 dan bahan promosi.

Di antara akujanji yang ditandatangani termasuk mengehadkan dua penggal bagi jawatan
perdana menteri; membebaskan institusi awam seperti polis, SPRM dan Bank Negara daripada
pengaruh eksekutif; menegakkan kebebasan media; dan membangunkan ekonomi yang adil
kepada semua.

Kegagalan untuk melaksanakan akujanji berkenaan akan dianggap sebagai pelanggaran kontrak
dan surat tunjuk sebab akan dikeluarkan.

Ini boleh menyebabkan denda RM20 juta kepada calon berkenaan yang perlu dibayar kepada
tabung pendidikan yang akan ditetapkan oleh Invoke kelak.

Calon juga akan dikenakan denda RM20 juta jika mereka atau parti mereka mengkhianati
Pakatan Harapan (HARAPAN) yang boleh menyebabkan BN mengekalkan kuasa atau
menyebabkan HARAPAN kehilangan mana-mana negeri yang dikuasai mereka.

Selain itu Invoke juga akan melaksanakan sistem "leaderboard" untuk memastikan calon-calon
aktif berkempen.

Mereka yang tersenarai pada kedudukan terbawah selama tiga bulan berturut-turut akan
ditamatkan kontrak dengan Invoke.

Sumber TKO - 20-11-2017


Wakil DAP, BERSATU tidak sertai perjanjian isytihar harta Invoke
Posted on Monday, November 20 @ 08:07:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36861


Wakil daripada DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak sertai program 
tandatangan akujanji penawaran dana pilihan raya Invoke yang diadakan di program di Subang 
Jaya, Selangor malam ini.


Invoke yang merupakan badan penyelidikan dasar PKR menawarkan dana pilihan raya umum
(PRU) kepada calon dengan syarat calon berkenaan wajib mengisytihar harta.

Daripada 30 yang terlibat dengan perjanjian penawaran yang mewajibkan pengisytiharan harta
itu, 20 wakil adalah daripada PKR, lapan daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) dan
seorang daripada PAS.

Wakil tunggal PAS itu adalah Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Pengasas Invoke Rafizi Ramli berkata, DAP bukan tumpuan kempen Invoke itu yang
menyasarkan pengundi atas pagar di kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti kecil dalam
PRU lalu.

"Sukar untuk meyakinkan orang ramai untuk tampil dan menyertai kempen sebagai sukarelawan,
 jika kita (terlibat dalam semua kerusi) sebab tak banyak keperluan untuk bantu Petaling Jaya
Utara (misalnya).

"Sama seperti di (parlimen) Pandan. Tak ada satu sen pun diberikan kepada Pandan kerana ini
bukan kerusi marjinal. Jadi, kita tidak bantu DAP langsung," kata Rafizi ketika ditanya
wartawan.

Petaling Jaya Utara merupakan kerusi perlimen yang dimenangi Tony Pua (DAP) dengan
majoriti besar 44,672 undi pada PRU lalu, sementara Rafizi menang di Pandan dengan majoriti
26,729 undi.

Sementara bagi BERSATU pula, menurut Rafizi parti itu telah dimaklumkan berkenaan inisiatif
Invoke namun berdepan beberapa masalah.

Rafizi berkata, dengan hanya satu anggota parlimen dan satu kerusi DUN, BERSATU tidak
mempunyai jumlah wakil yang ramai seperti PKR dan AMANAH.

Selain itu, menurut Rafizi, BERSATU juga tidak mempunyai 'kerusi tradisi' seperti parti
kompenen HARAPAN yang lain dan rundingan kerusi dalam pakatan itu masih sedang
berlangsung.

"Majoriti calon hari ini adalah yang menyandang jawatan tertentu dan kerusi mereka sudah
selesai rundingan, jadi tidak perlu risau tentang hal-hal yang belum selesai," katanya.

Rafizi juga berkata, BERSATU perlukan masa untuk buat keputusan dan kemungkinan akan
ada calon lain yang akan menyertai inisiatif Invoke itu dalam masa akan datang.

Beliau juga yakin BERSATU akan menyertai inisiatif itu setelah selesai rundingan kerusi.

Perkara ini akan memberi tekanan kepada calon yang mungkin bertanding untuk menyertai
inisiatif Invoke, katanya.

Menurut perjanjian Invoke itu, calon yang melanggar perjanjian termasuk mengkhianati
Pakatan Harapan (HARAPAN) boleh didenda sehingga RM20 juta.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu turut disenaraikan menyertai perjanjian itu. Bagaimanapun,
beliau tidak dapat datang hadir program itu malam tadi kerana berada di luar negara.

Setiausa Invoke memberi jaminan Mohamad akan menandatangani perjanjian itu kemudian.
Berikut merupakan senarai yang bersetuju dengan penawaran itu:

PKR
Saifuddin Nasution Ismail – Setiausaha Agung PKR
Johari Abdul – Anggota Parlimen Sungai Petani
G Manivanan – Anggota Parlimen Kapar
Fuziah Salleh - Anggota Parlimen Kuantan
Admiral (R) Imran Abdul Hamid - Anggota Parlimen Lumut
Wong Chen - Anggota Parlimen Kelana Jaya
Abdullah Sani Abdu Hamid - Anggota Parlimen Hulu Langat
Rodziah Ismail – ADUN Batu Tiga
Azan Ismail – ADUN Bandar
Aminuddin Harun - ADUN Sikamat
Dr Idris Ahmad - ADUN Ijok
Ooi Tze Min - ADUN Bakar Arang
Lee Chean Chung - ADUN Semambu
Tan Kar Hing - ADUN Simpang Pulai
Tan Yee Kew – Bendahari Agung PKR
Syed Ibrahim Syed Noh – Ketua Penerangan PKR
Maktar Shapee – ADUN Sungai Bakap
Nik Nazmi Nik Ahmad – Ketua Pemuda PKR
Chang Lih Kang – ADUN Teja
Kesavan Subramaniam – ADUN Hutan Melintang

AMANAH
Mohamad Sabu – Presiden AMANAH
Salahuddin Ayub – Timbalan Presiden Amanah
Khalid Samad – Ketua Pengarah Komunikasi AMANAH
Mujahid Yusof Rawa – Naib Presiden AMANAH
Hatta Ramli – Pengarah Pilihanraya AMANAH
Saari Sungib – ADUN Hulu Kelang
Hasnul Baharuddin – ADUN Morib
Ismail Salleh – Bekas ADUN Alor Mengkudu
Dzulkefly Ahmad – Pengarah Strategi AMANAH

PAS
Mahfuz Omar – Anggota Parlimen Pokok Sena

Sementara itu, Mahfuz berkata beliau mengisytihar harta dan menyertai inisiatif Invoke itu bukan
kerana beliau calon yang sah bakal bertanding namun merasakan tanggungjawab sebagai anggota
parlimen.

"Sama ada saya calon (dalam PRU akan datang) atau tidak akan ditentukan kemudian. Apa yang
penting sekarang adalah sebagai anggota parlimen, saya perlu tunjukkan ketelusan kepada rakyat," katanya.

Mahfuz berkata, beliau tidak memaklumkan partinya tentang hasratnya menandatangani perjanjian dengan Invoke untuk mengisytihar harta.
Ditanya jika tidak bimbang tentang tindakan daripada partinya, beliau berkata beliau tidak
melakukan apa-apa kesalahan dan hanya menunjukkan bahawa beliau tidak takut dipersoalkan
oleh rakyat.

Selain, Mohamad Sabu, antara yang tidak hadir adalah Dzulkefly, Chang, Nik Nazmi, dan
Kesavan.

Rafizi berkata, Chang, Nik Nazmi dan Kesavan sudah menandatangani dan menyerahkan
akujanji mereka namun tidak dapat hadir program malam ini kerana perubahan masa di saat-saat
akhir.

Program itu dijadualkan diadakan di Bangsar semalam namun pemilik tempat program menarik
diri. Dzulkefly pula, menurut Rafizi masih sedang dalam proses akhir pengisytiharan harta.

Sumber TKO - 20-11-2017

Pendaftaran HARAPAN: Tiada kemas kini, tiada komen
Posted on Friday, November 17 @ 18:56:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36801


Status pendaftaran Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan rasmi pembangkang masih belum
jelas.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Surayati Ibrahim berkata beliau masih
tidak mempunyai sebarang “kemas kini” berhubung perkara itu dalam sidang media di Putrajaya
hari ini.


Ditanya kenapa masa yang lama diambil untuk menguruskan permohonan itu, Surayati hanya
menjawab: “Tiada komen”.

Pada 28 Julai lalu HARAPAN mengemukakan permohonan secara rasmi kepada ROS untuk
mendaftarkan gabungan parti pembangkang berkenaan.

Sumberr TKO - 17-11-2017


'Mangsa' liwat itu kakitangan UKM
Posted on Friday, November 17 @ 07:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36782



KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan 

(Harapan) mengesahkan 'mangsa' liwat 
oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan 
kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia 
(UKM).

Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari 

Abdul berkata, perkara itu dinyatakan sendiri 
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazdlah 
selepas membuat kenyataan di Dewan 
Rakyat.

"Saya bertemu sendiri dengan beliau dan tanya mengapa isu sebegini yang dibangkitkan.
Mengapa tak buat laporan polis?


"Beliau mengelak untuk jawab hanya cakap perkara benar, yang mana anak saudaranya yang
diliwat itu merupakan 'staff UKM," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani ini juga berkata, Ahmad Husni juga mengelak untuk menjawab
soalan-soalannya.

"Saya tanya, bila kes ni jadi, di mana, Ahmad Husni tetap mengelak. Kami bertekak sikit kerana
tak sewajarmya beliau guna Dewan yang mulia ini cerita perkara yang bukan-bukan.

"Rakyat hantar kita ke sini untuk bawa hal dan masalah rakyat," ujarnya.

Dalam pada itu, Johari berkata, berkemungkinan Harapan akan ke UKM untuk mendapatkan
maklumat mengenai 'mangsa' tersebut.

"Kita akan mencari mangsa ini. Kita akan jumpa Canselor dan nak tahu mengenai hal ini,"
katanya.

Jelasnya, tindakan qazaf adalah pengajaran buat semua ahli Parlimen untuk tidak bercakap
tanpa bukti.

"Bukan sedap-sedap cakap, nak tuduh-tuduh. Lebih tidak adil kamu tuduh orang yang tak
boleh nak bela diri," katanya.

Sumber TKO - 17-11-2017

JAWI ambil keterangan aduan qazaf pada Husni
Posted on Thursday, November 16 @ 14:16:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36763


Dua anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini memberikan 
kenyataan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam siasatan qazaf 
terhadap bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang membuat 
tuduhan liwat terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kenyataan Hanipa Maidin (Sepang) dan Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad (Kuala Terengganu)
 itu diambil secara berasingan oleh JAWI.

“Sekarang di JAWI sedang diambil keterangan oleh IO (pegawai penyiasat) bagi kes tuduhan
qazaf ke atas YB Tambun (Husni).

“IO sedang tonton video rakaman ucapan YB Tambun tersebut.
“Saya diambil keterangan oleh IO wanita manakala YB Kuala Terengganu diambil keterangan
oleh seorang pegawai JAWI lelaki di bilik lain,” kata Hanipa.

Anggota-anggota parlimen HARAPAN pada 7 November lalu membuat laporan terhadap Husni
setelah mendakwa Anwar pernah meliwat anak buahnya, yang menyebabkan beliau
meninggalkan perjuangan bekas timbalan perdana menteri itu.

Aduan itu diterima bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997.

Menulis di Facebook, Hanipa berkata, berdasarkan standard operasi piawai (SOP), keterangan
Husni pula akan diambil selepas ini.

Sumber TKO - 16-11-2017


Itu idea Rafizi, PH belum putuskan isytihar harta, kata Dr M
Posted on Thursday, November 16 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36754



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia mengisytiharkan hartanya 

jika dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.
“Ya, saya boleh untuk mengisytiharkan aset saya tetapi tidak tahu sama ada saya akan menjadi
calon atau tidak,” kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam sidang media di Parlimen hari
 ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa seramai 30 calon pilihan
raya gabungan itu bakal mengisytiharkan aset pada Ahad ini, di samping mengikatkan diri
mereka untuk membayar denda RM20 juta sekiranya melompat parti selepas menang.

Dr Mahathir berkata PH tidak membincangkan isu pengisytiharan harta.

“Itu soal Invoke,” katanya merujuk badan yang diketuai Rafizi. “Dia yang buat pengisytiharan.
Kita tidak tahu apa-apa. Kita ada strategi kita sendiri dan akan ikut keputusan akhir yang akan
dibuat Majlis Presiden.

Sementara itu, bekas perdana menteri itu berkata tindakan akhbar pro-Umno memetik artikel
dan gambar sebuah blog berkenaan gaya hidup cucunya, adalah strategi agar masyarakat benci
kepadanya.

“Namun, keseluruhan idea ini adalah untuk mengalihkan perhatian terhadap isu 1MDB dan
wang RM2.6 bilion,” katanya.

Utusan Malaysia dan Berita Harian baru-baru ini menerbitkan laporan mengenai gaya hidup
“mewah” 2 anak Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memaparkan gambar diambil daripada akaun
Instagram mereka.

Sumber TKO - 16-11-2017


Harapan Johor jangan terlalu ghairah
Posted on Monday, November 13 @ 10:09:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36678


 JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan Johor
disaran tidak terlalu ghairah dalam berdepan
dengan BN di Johor menjelang PRU14.

Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor,
Mahdzir Ibrahim berkata, pendekatan
‘Gung Ho’ dengan kempen popular
dikhuatiri  memberi kesan sebaliknya
kerana sikap masyarakat negeri ini
yang cukup berhati-hati dalam membuat
pilihan.


Dalam beberapa kes yang melibatkan
ketirisan, kecuaian dan kelemahan kerajaan negeri, rakyat dilihat masih tenang dan
tidak gusar dengan prestasi lemah kerajaan 
BN.

 "Isu-isu seperti kos sara hidup daripada impak GST, masalah bekalan air bersih serta 
peluang pekerjaan, masih terus membelenggu hidup rakyat di Johor, namun rakyat 
masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu melakukan perubahan radikal untuk 
menukar kerajaan," katanya.

Ulasnya, kes rasuah berprofil tinggi yang turut melibatkan bekas kakitangan kerajaan 
negeri juga dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa rakyat bersedia untuk 
mendesak kerajaan melakukan reformasi yang lebih menyeluruh.

"Sikap dan persepsi rakyat sebegini harus dipandang secara serius dan berhati-hati 
oleh pimpinan Pakatan Harapan Johor agar dapat merumus pendekatan kempen yang 
lebih bijak dan berkesan.

"Pakatan Harapan Johor harus lebih sensitif dalam memahami pemikiran politik rakyat 
dan kakitangan kerajaan negeri Johor yang saya percaya, rakyat dan kakitangan awam 
dinegeri ini adalah matang, "katanya.

Akuinya, populariti Menteri Besar, Mohamed Khaled Nordin memberi kelebihan buat BN 
meskipun rakyat tahu bahawa masalah kepimpinan di Johor begitu meruncing.

Mahdzir berkata dalam merangka tawaran manifesto dan perubahan dasar yang baru, 
Pakatan Harapan dinasihatkan agar harus mengelakkan politik dalaman, menghindar 
konflik kepentingan peribadi atau kepartian.


Katanya, menerusi pendekatan politik yang lembut dan halus, ia boleh mencairkan 
persepsi negetif dan menukarnya menjadi satu keyakinan baru ibarat api dalam sekam 
dan diam-diam ubi berisi.

Sumber HD - 13-11-2017


MP HARAPAN gesa JAWI siasat Husni
Posted on Tuesday, November 07 @ 19:52:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36528

Berita

 Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 
menyiasat bekas menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di bawah tuduhan 
qazaf.


Ini berikutan tuduhan Husni sebelum ini yang mendakwa bekas ketua pembangkang, Datuk Seri 
Anwar Ibrahim pernah meliwat anak buahnya.
Terdahulu satu laporan dibuat oleh anggota-anggota parlimen (MP) HARAPAN pada jam 4 petang 

tadi.
Mereka meminta JAWI menyiasat tuduhan berkenaan mengikut Seksyen 41 Akta 559 kesalahan
 jenayah syariah.
"(Kesalahan) qazaf apabila seseorang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat 
tanpa empat orang saksi.
"Apa yang dilakukan Ahli Parlimen Tambun (Husni) untuk menyatakan pertuduhan tanpa membawa 
saksi dan menyebut bahawa anak buahnya menjadi mangsa.
"Islam hendak menghalang sesiapa membuat tuduhan rambang, liar. Itulah sebabnya sesiapa yang 
membuat (tuduhan) qazaf akan dikenakan 80 kali sebatan.
"(Namun) tidak tahulah ia akan dilakukan atau tidak, tetapi kita serahkan kepada JAWI," kata MP 
Shah Alam, Khalid Samad.
'Siasat walaupun ada imuniti'
Rabu lalu Ahmad Husni melalui ucapannya di Dewan Rakyat mengkritik bekas perdana menteri Tun 
Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ahmad Husni turut berkata beliau meninggalkan perjuangan Anwar selepas mendapati ketua umum 
PKR itu terlibat dengan kes liwat dengan anak buahnya.
Kenyataan Ahmad Husni itu mengundang pelbagai reaksi daripada pembangkang yang meminta 
beliau mengulangi tuduhan itu di luar Dewan Rakyat.
Bagaimana ketika ditanya mengenai imuniti seorang ahli parlimen yang berucap di dewan rakyat, 
MP Kelana Jaya (PKR) Wong Chen berkata:
“Minta disiasat dulu, biar JAWI siasat dulu dan sudah tentu ahli parlimen ada imuniti.
"Kalau dia (JAWI) tak boleh ambil tindakan sekurang-kurangnya bagi satu pedomanlah, 
sekurang-kurangnya kita minta pendapat JAWI berhubung perkara ini,” katanya.
MP Kapar (PKR) G. Manivanan mendakwa kelibat Ahmad Husni tidak lagi kelihatan sehingga ke 
hari ini selepas membuat tuduhan liwat berkenaan Anwar.
Malah beliau memberitahu berjumpa Ahmad Husni di ruang rehat (louge) Dewan Rakyat untuk 
mendapatkan penjelasan, yang kemudian dijawab oleh Ahmad Husni 'sudah minta maaf'.
Tuntut pendirian PAS
Sementara itu, MP Sepang Hanipa Maidin pula menuntut PAS membuat kenyataan berhubung 
tuduhan Ahmad Husni kerana qazaf tertakluk di bawah hudud.
“PAS kena buat kenyataan, ini adalah qazaf, dalam hudud. Boleh tak pas tolerate dengan orang yang 
menuduh orang.
"Kalau nak laksanakan hudud kami nak tanya adakah benda-benda macam ini termasuk dalam h
udud,” soalnya.

Sidang media itu turut disertai Datuk Johari Abdul (PKR- Sungai Petani, Datuk Raja Kamarul Bahrin 
(AMANAH- Kuala Terengganu), R Sivarasa (PKR- Subang) dan Fauzi Abdul Rahman (PKR- Indera 
Mahkota).
Sumber  TKO - 7-11-2017


Kemalangan Anwar: Ada sesuatu tak kena, kata HARAPAN
Posted on Thursday, November 02 @ 18:22:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36367

Berita

Selepas lebih sebulan konvoi kenderaan yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit 
dalam nahas jalan raya, anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mempersoalkan 
 mengapa kerajaan tidak menjalankan sebarang siasatan berhubung perkara itu.


Wakil ahli parlimen HARAPAN Datuk Johari Abdul berkata siasatan perlu dibuat memandangkan
kejadian berkenaan adalah insiden kali pertama meskipun banyak perjalanan keluar masuk Anwar
termasuk ketika dipenjarakan selama enam tahun.

“Pihak-pihak keselamatan polis dan penjara mereka ada Prosedur Manual Standard (SOP) dan
sudah tentu mereka jalani latihan intensif.

“Ada sesuatu yang tidak kena dan ia akan timbulkan persepsi masyarakat, jadi kena ada siasatan
mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di parlimen hari ini.

Pada 22 September lalu konvoi kereta yang membawa Anwar terbabit dalam kemalangan ketika
dalam perjalanan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke Penjara Sungai Buloh selepas menerima
rawatan di HKL.

Kemalangan berlaku pada jam 12.30 tengah hari di persimpangan berhampiran Saujana Utama.
Akibat kemalangan itu, Anwar yang juga bekas ketua pembangkang hanya diberi ubat tahan sakit
selepas pemeriksaan dilakukan oleh doktor di Penjara Sungai Buloh.

Menurut Johari lagi, sekiranya siasatan mengenai perkara itu tidak dibuat, ini boleh mencetuskan
tanda tanya di kalangan rakyat sama ada ini satu konspirasi.

“Kita tak mahu (rakyat rasa konspirasi). Kita nak siasatan mendalam supaya kita tahu apa yang
berlaku dan dapat jernihkan fikiran rakyat,” kata anggota parlimen Sungai Petani itu.

Sementara itu, anggota parlimen Subang yang juga peguam Anwar, R Sivarasa berkata tahap
kesihatan ketua umum HARAPAN itu semakin teruk selepas kemalangan.

“Keadaan fizikal Anwar lebih teruk selepas kemalangan, saya sempat jumpa dia selepas
kemalangan, saya lihat tahap sakit dia jauh lebih teruk dari dulu.

“Dia tak boleh jalan macam biasa, cuma jalan perlahan-lahan, berdiri dengan perlahan, semua
nampak jelas dia dalam kesakitan berterusan,” katanya.

Sumber  TKO - 2-11-2017



Bajet 2018: Apa pula kata pembangkang...
Posted on Saturday, October 28 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36263


 Belanjawan 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Parlimen 
hari ini menyaksikan pertambahan peruntukan kepada RM280.25 bilion berbanding RM260.8 
bilion pada belanjawan sebelumnya.


RM234.25 bilion daripada jumlah itu diperuntukkan bagi perbelanjaan pengurusan, sementara
RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, selain simpanan luar jangka RM2 bilion.
Berikut kami kumpulkan beberapa reaksi dari pemimpin parti pembangkang:

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail:
“Kita perlu hapuskan rasuah dan pembaziran dalam negara kita, itu yang paling mustahak. Anda
boleh berikan pelbagai hadiah, namun masalah utama negara dalam pentadbiran ekonomi perlu
diselesaikan.

Ditanya gambaran kesuluruhan tentang Belanjawan 2018, Wan Azizah berkata: “Showmanship
(persembahan)”.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng:
“Najib akan musnahkan harapan kami (Pakatan Harapan) jika beliau mengumumkan
memansuhkan GST dalam Bajet 2018. Jika beliau hapuskan GST, BN pasti menang pilihan raya
umum akan datang dengan majoriti mutlak.

“Saya gembira dengan pemansuhan beberapa tol di beberapa negeri. Tapi saya kecewa beliau
tidak mansuhkan tol di Jambatan Pulau Pinang yang merupakan antara tol terawal.

“Bagaimanapun, GST masih lagi isu paling penting yang mempengaruhi ekonomi dan kehidupan
rakyat Malaysia. Ketika Singapura memperkenalkan GST, kadarnya pada 3 peratus. Kini sudah 7
 peratus.

“Sekiranya BN menang dalam pilihan raya umum akan datang, GST akan terus dilaksanakan,
dan kami yakin kadarnya akan lebih 6 peratus, mungkin bukan dalam masa terdekat, tapi 3 atau 4
tahun kemudian ia akan dinaikkan.

“Rakyat tahu tentang hal ini. Undi BN, GST lebih tinggi di masa depan.”

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kita tahu ia dalam bentuk 'gula-gula' untuk menarik hati rakyat. Saya kurang yakin ia

sustainable, mungkin sebahagian besar diberi dalam bentuk one-off bukan untuk sepanjang masa.
"Kita mahu tengok taraf hidup rakyat ditingkatkan bukan untuk satu tempoh tahun depan tapi
untuk tahun-tahun mendatang.

“Saya tidak nampak usaha untuk itu. Ia lebih soal menarik hati pengundi. Saya juga melihat
masih ada lagi projek-projek mega. Sebahagian disebut angkanya, sebahagian tidak dimaklumkan
berapa jumlah terlibat.

“Saya bimbang bagaimana bajet ini untuk dibiayai. Adakah sumber dan aliran wang kerajaan
cukup untuk menampung pembayaran.. ini tidak termasuk yang langsung tidak disebut dalam
belanjawan itu, bayaran-bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan disebabkan
 hutang-hutang yang lepas.

“Bagi saya ia langkah yang tidak bijak. Isu pokok masih lagi kos sara hidup rakyat, kenaikan
harga barang dan isu GST. Rakyat masih menanggung beban tinggi.

“Ia juga tidak berapa realistik. Komitmen yang dibuat besar, sedangkan sumber pendapatan
(kerajaan) tidak meningkat"

Anggota Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad:
"(Penghapusan) tol bagus, itu memang kita mahukan. Lebuhraya di Kelantan pula sepatutnya
dinaik taraf sejak dari dulu.

"Bajet pembangunan dan pengurusan sepatutnya diseimbangkan, atau 60 peratus - 40 peratus,
 namun Bajet 2018 lebih kepada soal pengurusan."

Anggota Parlimen Kapar G manivannan
“Ini adalah belanjawan untuk memenangi hati masyarakat India, beliau (Najib) sedar undi kaum
India penting memandangkan hampir 60 kerusi Parlimen di mana kaum India akan menjadi
penentu.


"Beliau mengungkapkan perkataan nallanamide (masa depan untuk kita) untuk menarik undi
kaum India. Pada 2013, beliau guna nambikei, untuk memenangi undi kaum India namun tidak
ada apa-apa perubahan ketara.

"Masyarakat India mahu melihat perubahan dasar yang menyebabkan kepayahan yang dilalui
mereka hari ini."

Sumber TKO - 29-10-2017

Negeri pengeluar minyak dapat royalti 20 peratus - Bajet PH
Posted on Thursday, October 26 @ 06:46:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36171

Berita


Selaras dengan pendiriannya sebelum ini, Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam Belanjawan 
Alternatif 2018 yang dibentang hari ini menawarkan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar 
 petroleum, iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.


Namun, HARAPAN turut membayangkan ia pada masa sama perlu mengurangkan peruntukan
persekutuan kepada negeri tersebut.

"HARAPAN pada dasarnya bersetuju untuk meningkatkan kadar royalti kepada 20 peratus.

"Namun, kami sedar kami juga perlu memastikan belanjawan fiskal dan Petronas tidak
dimudaratkan sehingga tidak boleh diperbaiki disebabkan susunan sedemikian.

"Oleh itu kerajaan negeri pengeluar minyak dijangka mengambil lebih tanggungjawab peruntukan
belanjawan. Perbezaan yang jelas adalah kerajaan negeri ini akan mempunyai kuasa elektif atas apa
yang hendak dibelanjakan," kata HARAPAN menerusi dokumen belanjawan itu.

Pada masa ini Sabah dan Sarawak mendapat royalti sebanyak lima peratus, manakala Terengganu
menerima sumbangan 'wang ehsan' daripada kerajaan negeri. Kelantan pula tidak mendapat
sebarang bentuk bayaran.

Belanjawan itu juga membangkitkan tuntutan kerajaan Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan
operasi minyak dan gas sendiri, sama seperti Petronas.

HARAPAN berkata apabila perkara itu diputuskan dan ia setuju dengan tuntutan itu, pengiraan
baru bagi royalti kedua-dua negeri akan dibuat.

Kelantan dan Terengganu dinafikan royalti minyak ketika di bawah pentadbiran PAS, di era
pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber TKO - 26-10-2017



Bajet ‘Belanja Berhemah' HARAPAN tanpa GST
Posted on Wednesday, October 25 @ 16:05:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36150

Berita

Pakatan Harapan hari ini melancarkan bajet bayangan dengan ikrar menghapuskan cukai barangan
 dan perkhidmatan cukai (GST) dan mengembalikan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST).


Dengan GST dijangka menyumbang RM42 bilion pendapatan bagi tahun 2018, rancangan
HARAPAN untuk mengembalikan sistem percukaian sebelum ini hanya akan menjana pendapatan
bersih RM16.5 bilion.

Bagi kekurangan RM25.5 bilion itu, HARAPAN mendakwa bahawa dengan menyalurkan hasil
yang dikumpulkan ke dalam ekonomi akan seterusnya meningkatkan hasil persekutuan kerana
pengguna dan aktiviti perniagaan akan meningkat.

Gabungan itu berharap dapat mengumpul cukai pendapatan korporat tambahan RM2.81 bilion,
RM1.46 bilion dalam bentuk duti eksais ke atas barangan (kecuali kenderaan bermotor) dan cukai
 keuntungan harta tanah sebanyak RM1.82 bilion.

HARAPAN juga menjangkakan kenaikan jualan kereta sebanyak 20 peratus berikutan pemansuhan
GST, yang akan menyumbang RM1.93 bilion kepada hasil melalui pengumpulan cukai import,
eksais dan lesen kenderaan bermotor.

"Bagi tahun 2018, kami bertekad untuk menghapuskan RM20 bilion daripada pembaziran dan
rasuah dengan memotong bajet Jabatan Perdana Menteri," kata gabungan itu dalam pelan fiskalnya
yang berjudul "Belanja Berhemah, Potong Cukai, Pilih Harapan".

Sumber TKO - 25-10-2017



Pembahagian Kerusi PAKATAN HARAPAN Untuk Menjatuhkan PAS Kelantan
dipertikaikan

Posted on Tuesday, October 17 @ 20:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35982



Belum apa-apa lagi mereka mulai pertikaikan pembahagian kerusi PH di Kelantan. Hilang
matlamat nak jatuhkan UMNO.

Keputusan Pakatan Harapan (HARAPAN) memberikan mandat kepada Parti Amanah Negara 

(AMANAH) mengetuai cabaran menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 

masih perlu mengambil kira isu agihan kerusi.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, HARAPAN perlu sedar bahawa mereka bakal
menghadapi pertandingan tiga penjuru dan berdepan dua lawan yang bukan calang-calang dalam
 politik Kelantan iaitu PAS dan Umno.

"Pembahagian kerusi perlu mengambil kira berdasarkan faktor boleh menang.

"Ini bermaksud, walaupun AMANAH diberi mandat memimpin Kelantan, bukan bermakna
mereka perlu menguasai tiga per empat kerusi-kerusi negeri ini, sebaliknya membahagikannya
secara strategik antara keempat-empat komponen termasuk mempertimbangkan dua kerusi untuk
DAP di Kota Lama dan Galas," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan jangkaan agihan kerusi antara parti HARAPAN Kelantan
melibatkan dewan undangan negeri (DUN) yang dimonopoli AMANAH dan kerusi parlimen
oleh Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Katanya, selain faktor AMANAH 

perlu mengisi semua kerusi 

ditandingi PAS di utara Kelantan, 

BERSATU juga perlu diberi 

peluang mengisi kerusi di kubu 

kuat Umno terutama di Selatan 

dan Timur Kelantan.


  PKR juga katanya boleh
mengekalkan kedudukannya
seperti piihan raya umum lalu.
Mazlan berkata, pembahagian
kerusi berdasarkan faktor boleh
menang sangat penting untuk
memastikan semua parti komponen berpuas hati dan dapat
menumpukan fokus ke arah mencapai kemenangan.

Selain itu jelasnya, HARAPAN perlu memilih calon berpotensi menang memandangkan Kelantan
memerlukan penampilan calon berwibawa untuk mengimbangi dua ekstrem dalam budaya politik
Kelantan iaitu faktor agama dan pembangunan.

"Rakyat Kelantan sangat berpegang teguh kepada kehidupan berasaskan nilai-nilai agama dan
mereka juga mementingkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) pembangunan sosio-ekonomi,"
katanya sambil menjelaskan retorik keagamaan selama ini sering dimonopoli PAS manakala isu
pembangunan sosio-ekonomi menjadi senjata utama BN untuk menarik sokongan pengundi.

Justeru HARAPAN katanya, harus mengambil langkah dan mekanisme terbaik untuk
mengimbangi tuntutan berkenaan.

Beri peluang kepada DAP

Mengulas lanjut Mazlan berkata, keterbukaan dan peluang patut dibuka kepada semua parti

komponen HARAPAN termasuk DAP untuk bertanding di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"PKR pula tidak seharusnya menjadikan pilihan raya lalu sebagai asas tuntutan kerusi yang
sepatutnya diterima oleh mereka.

"Ini kerana senario politik negara termasuk Kelantan telah berubah dan ia patut disusun semula
dengan mengambil kira perubahan-perubahan dari pascaperpecahan PAS yang melahirkan
AMANAH dan perpecahan Umno yang melahirkan BERSATU selain mengambil kira cabaran
dari PAS dan BN.

"Jadi, pembahagian kerusi yang tersusun dengan mengambil kira faktor-faktor yang sudah
disebutkan itu pasti memberi kesan positif dan mampu melonjakkan gelombang cabaran di
negeri Kelantan yang nampak mula cenderung ke arah politik perubahan," ujarnya.



Sumber TKO - 17-10-2017



Ini Bukanlah Ekspresi Wajah Yang Menggembirakan
Posted on Sunday, October 15 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35914



Perhimpunan yang mereka telah berusaha keras untuk dijadikan sebagai perhimpunan terbesar
pada tahun ini hanya berjaya menarik  10,000 orang (termasuk bonus 5,000 tambahan) – 90%
di bawah sasaran asal mereka seramai 100,000 orang dan 66.7% kurang dari sasaran terakhir
30,000.

Dan tiada hujan hari ini untuk mereka jadikan alasan.

Saya fikir Pakatan Harapan sudah tahu bahawa permainan sudah berakhir.


Kalau di sekolah, apabila mendapat markah 10% atau 33.3% maka dapat lah tanda gagal merah 

besar.


Mahathir berada di sana dan begitu juga Kit Siang, Guan Eng, Mat Sabu, Wan Azizah, Muhyiddin, 

Tony Pua, Ambiga, Maria Chin – namun mereka tidak dapat menarik kehadiran ramai orang.


Kegagalan yang amat memalukan.


Apabila terlalu banyak sangat berbohong dan anggota gabungan mereka berterusan melanggar 

prinsip sendiri bekerjasama dengan kleptokrat terbesar, akan menyebabkan kehilangan sokongan.


Siapa boleh terima apabila mesej “Ubah” telah tiba-tiba berubah daripada menghapuskan Mahathir 

dari berkuasa kepada “Selamatkan Malaysia” dengan meletakkan semula Mahathir berkuasa untuk 

“Selamatkan Malaysia”?


Tanda-tanda sudah ada sebelum ini. Kehadiran BERSIH tahun lepas menurun berbanding 2015 

dan 2012. Perhimpunan anti-GST Mei tahun lalu amat menyedihkan mereka sehingga tidak berani 

mengadakan perhimpunan yang sama tahun ini.


Semua ini juga cerminan. kejatuhan drastik dalam kecenderungan terhadap Pakatan di mana 

populariti BN di FB kini meningkat sekali ganda berbanding pembangkang:

Ia bertukar menjadi kesilapan strategik yang serius untuk mengadakan perhimpunan hari ini yang
begitu dekat dengan Pilihan Raya Umum – di mana kelemahan dan kekurangan sokongan untuk
Pakatan kini amat menyakitkan dan sangat memalukan yang dapat dilihat dengan jelas oleh
semua orang didunia ini.


Sumber TKO - 15-10-2017


Najib musuh negara, kata Dr Mahathir
Posted on Sunday, October 15 @ 07:56:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35910


Di hadapan kira-kira 8,000 hadirin himpunan anti-kleptokrat, Pengerusi Pakatan Harapan 

(HARAPAN) menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "musuh negara".

Beliau mendakwa, Malaysia yang satu ketika dahulu dipandang tinggi di peringkat antarabangsa
sudah mendapat imej buruk, yang didakwanya berpunca daripada pentadbiran Najib.

"Najib sebenarnya adalah musuh negara. Di mana-mana kita pergi, (orang) bertanya apa sudah
jadi pada negara kamu.

Dulu mereka pandang tinggi Malaysia, anggap Malaysia negara contoh," kata bekas perdana
menteri itu dalam ucapan penutupnya.

Mahathir berikrar HARAPAN akan menjadikan Malaysia kembali "mulia" dan menjadi antara
10 negara paling bersih di dunia menjelang 2030, jika mereka berjaya mentadbir negara.

Mahathir berkata, HARAPAN akan mengambil lima langkah antirasuah bagi masa 100 hari
mentadbir negara, antaranya menangkap "Malaysian Official 1", menubuhkan Suruhanjaya
Siasatan Diraja untuk menyiasat dakwaan penyelewengan 1MDB dan Felda dan menubuhkan
badan bebas untuk mengembalikan aset rakyat yang diselewengkan.

SPRM akan dijadikan badan bebas dan diletakkan di bawah Parlimen dan amalan rundingan
terus bagi kontrak kerajaan juga akan dihapuskan, katanya lagi.
Beliau mengkritik Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri
Dzulkifli Ahmad yang menurutnya berbohong apabila mengatakan badan itu berusaha
membanteras rasuah.

"Hari ini, SPRM rajin ke Sabah dan tangkap orang, tetapi penyangak terbesar tiada apa-apa
siasatan."

Beliau merujuk tangkapan beberapa pemimpin Umno dan Parti Warisan Sabah (WARISAN)
berhubung dakwaan penyelewengan dana yang sepatutnya dilaksanakan Kemajuan Luar Bandar
 dan Wilayah, sebelum pemecatan Datuk Seri Shafie Apdal daripada portfolio itu ketika rombakan
kabinet pada 2015.

"Selagi tiada siasatan terhadap RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib...tak usahlah Dzulkifli
nak kaburi mata rakyat kononnya dia cergas menghalang (rasuah)," katanya lagi.

Najib sebelum ini menafikan dakwaan itu, manakala Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali telah
membersihkannya daripada sebarang kesalahan berhubung dakwaan itu.

Mahathir menyifatkan siasatan SPRM di Sabah sebagai usaha melemahkan pembangkang.

"Tetapi kami tidak akan gentar dan akan terus memperjuangkan rakyat," katanya.

Walaupun dengan sasaran asal 100,000 hadirin pada himpunan itu, anggaran Malaysiakini
mendapati sekitar 8,000 yang hadir.

Penganjur pula mengumumkan jumlah kehadiran seramai 25,000.

Sumber TKO - 15-10-2017


Mesej dan isyarat yang jelas dan terang Anda Perlu Tahu Daripada Himpunan Anti-
Kleptokrasi

Posted on Sunday, October 15 @ 02:41:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35907



Mesej dan isyarat yang jelas dan terang dari Himpunan Anti-Kleptokrasi yang jauh dari
mencapai sasaran ini ialah:-

1) Tanpa melibatkan PAS ternyata sebarang himpunan berskala raksasa pasti hambar.




2) Jelas bahawa sebelum-sebelum ini himpunan ketika Pakatan Rakyat masih wujud yang
meramikan kehadiran ternyata majoriti besarnya adalah dari ahli, penyokong dan pendokong
PAS.



3) Lompang yang ditanggalkan PAS ternyata amat gagal diisi dan digalas oleh gabungan
PKR/PPBM/PAN.

4) Anak-anak muda Melayu/Islam berjiwa pembangkang melebehi 85% adalah bersama-sama
dengan PAS.

5) Politik yang dibawa Pakatan Harapan masih tidak berjaya memikat jiwa rakyat .. rakyat dah
bosan dan rasa tertipu dengan politik dibawa Pakatan Harapan yang sering berubah-ubah posisi
selain sering bercakaran sesama sendiri.

TENKIU
Hanisya Abdul Hamid



Sumber TKO - 15-10-2017



Haji Mat Sabu Kata Selepas Bola, Padang akan penuh, Tapi rupanya penuh dengan ini

Posted on Sunday, October 15 @ 00:33:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35906



Pengarah Sekretariat Himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’, Mohamad Sabu 
menyifatkan kurangnya penyertaan belia pada himpunan itu berkemungkinan kerana adanya 
perlawanan bola sepak pada malam ini. Mat Sabu Kata sebelah malam nanti mereka akan hadir.


Rupanya bila masuk sebelah malam, DEMO KLEPTOKRASI JADI "PADANG MAKSIAT"

Kredit
Putera Naseem

Sumber TKO - 15-10-2017


Padang Timur mungkin penuh lepas perlawanan bola, kata Mat Sabu

Posted on Saturday, October 14 @ 22:06:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35900


 PETALING JAYA: Pengarah Sekretariat Himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’, 
Mohamad Sabu menyifatkan kurangnya penyertaan belia pada himpunan itu berkemungkinan 
kerana adanya perlawanan bola sepak pada malam ini.


Malam ini ada bola ‘live’... mungkin selepas bola itu (mereka) akan datang. Tetapi kehadiran 

(setakat ini) okay," katanya merujuk kepada perlawanan bola sepak di antara Manchester United 
dan Liverpool pada malam ini.
Mohamad atau Mat sabu juga berkata, masih terlalu awal untuk membuat anggaran pada ketika 
ini kerana himpunan akan berlangsung sehingga menjelang tengah malam.
"Ini sebelah petang. Malam nanti hadir kepimpinan utama termasuk Tun Dr Mahathir. Saya 
yakin padang ini akan penuh. Kehadiran amat memuaskan. 
"Kita tengok pada malam ini. Sebab programnya panjang. Orang akan hadir dan malam ini 
kemuncak. Kita tengok malam ini," katanya lagi.
Dalam pada itu, Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih 
beranggapan himpunan yang diadakan pada hari ini mendapat sambutan hangat daripada 
penyokong.
Ketika ditanya sama ada himpunan pada hari ini mampu menyaingi himpunan Fastaqim 2.0 
yang dianjurkan PAS hujung bulan lalu, kata Azmin, soal 'bersaing' tidak timbul.
"Ini bukan soal lawan, lawan kita adalah Umno dan BN," kata Menteri Besar Selangor itu. 
Sehingga petang tadi, himpunan anjuran PH itu dilihat masih belum mampu mencapai sasaran 
100,000 peserta.
Sebaliknya ianggarkan lebih kurang 8,000 peserta sahaja yang hadir menyertai berkenaan 
setakat ini.
Himpunan ini adalah kemuncak kepada siri jelajah PH di seluruh negara mengenai isu 
1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi senjata utama pembangkang untuk 
memancing undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

-sh-

Sumber TKO - 14-10-2017



Himpunan anti kleptokrasi: Persiapan giat dilakukan
Posted on Friday, October 13 @ 22:44:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35860&mode=
thread&order=0&thold=0



PETALING JAYA - Walaupun tidak mendapat kebenaran polis, himpunan Sayangi Malaysia
Hapuskan Kleptokrasi dijangka tetap diteruskan esok.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi himpunan iaitu di Padang Timur mendapati kerja-kerja persiapan
telah pun dilakukan.

Setakat jam lima petang hari ini, terdapat kanopi-kanopi yang didirikan di kawasan padang
berkenaan.

Padang Timur menjadi lokasi pilihan kerana kedudukannya yang strategik dan berdekatan
dengan kemudahan pengangkutan awam.

Pakatan Harapan sebelum ini menyasarkan kehadiran 100,000 orang dalam himpunan yang
diadakan dari jam 4 petang hingga 11 malam.

Himpunan ini turut meliputi aktiviti pameran, jualan, persembahan kebudayaan dan kontemporari
serta solat hajat.

Acara kemuncak ialah ucapan-ucapan daripada pemimpin Pakatan Harapan, termasuk
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengarah Jawatankuasa Teknikalnya, Faiz Fadzil menegaskan, himpunan itu sah di sisi
undang-udang dan dijamin berlangsung dalam keadaan aman.

“Kita teruskan himpunan sebab ia sah dan pemilik premis (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) telah
beri kebenaran, jadi polis mesti memudahkan himpunan.

“Sebagai penganjur, Pakatan Harapan yakin sasaran himpunan tidak akan terjejas,” katanya
kepada Sinar Harian.


  Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini menegaskan polis tidak
membenarkan penganjuran himpunan ini selepas menerima 27 laporan oleh rakyat yang
membantah.

Sumber TKO - 13-10-2017

















































































































DAP, PKR Lupa Peristiwa Hitam 2009

Oleh : Naraza Muda

Keangkuhan DAP sering dipadamkan dari ingatan mereka. Mereka menyerang bekas rakan mereka seperti PAS ini musuh utama mereka. DAP memerangi PAS sehingga mengalahkan mereka menyerang Barisan Nasional.

Lantas daripada itu, perlu kita peringatkan kepada mereka. Keangkuhan mereka membinasakan mereka sendiri. Saya pernah menulis peringatakan kepada mereka sebelum ini mengenai PRK Teluk Intan. Peristiwa ini memang merobekan kesombongan mereka sendiri apabila mereka hilang kerusi yang telah menangi.

DAP marah cerita ini diulang siar, tapi saya suka cerita dan kisah benar ini. DAP pernah hilang 7480 undi kerana hina Ulama dan hudud.
Dap memulakan tirai tahun 2014 dengan kesombongan dan merasakan mereka hebat mendapat sokongan dari orang Cina dan Melayu semasa PRU13
Mereka mula melancarkan gerakan menghina PAS kerana tidak mengugurkan cita-cita membawa hudud sebagai agenda PAS. Mereka hina Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Mereka ugut pengundi melayu, mereka perkecil sokongan pengundi PAS semasa PRU13.
Selama hampir empat bulan mereka membuat gerakan ini, tiba-tiba Ahli Parlimen DAP Teluk Intan mati mengejut pada 1 Mei 2014. Terduduk mereka resah dan bimbang ketika mereka hina orang melayu dan Islam, mereka perlu hadapi PRK ini di kawasan 37% pengundi melayu Islam.
Sebelum ini mereka berbangga dengan undi yang mereka perolehi semasa PRU13. Majoriti 7,313 adalah sangat besar. Sepatutnya mereka tidak bimbang untuk hadapi PRK Teluk Intan kerana majoriti besar dan undi yang mereka perolehi oleh mediang Seah Leong Peng sebanyak 27,399 undi.
DAP dalam keadaan kelam kabut membuat satu strategi politik yang mengejutkan untuk hadapi PRK Teluk Intan yang berlangsung pada 31 Mei 2014.
DAP terpaksa mengambil hati 37 peratus pengundi melayu dengan dan terpaksa meletakan seorang calun anak muda wanita melayu sebagai jalan mengambil hati.

Maka, Dyana Sofya Mohd Daud diperkenalkan dan diumum sebagai calon Melayu PRK Teluk Intan di kawasan 53 peratus pengundi cina.
Perbagai cara mereka berlakon untuk menambat semula hati pengundi khasnya melayu, cara berpakaian , cara kempen, cara makan, cara bercakap, pendek kata semuanya mempunyai ciri melayu.

Ketakutan mereka mejadi nyata. Keputusan PRK Teluk Intan yang dimumkan pada malam 31 Mei 2014, merentap luluh kesombongan mereka selama ini.

Calon DAP kalah ditangan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.
Dap hilang kerusi Teluk Intan, Dap hilang undi Melayu Islam.

Apabila Dap hilang 5 kerusi semasa PRN Sarawak baru-baru ini, mereka mula buat pusingan 360 darjah, dengan merayu agar Pas kembali duduk bersama berbincang.

Saya harap pembaca tidak kongsi penulisan ini kepada pimpinan Dap, bimbang mereka tidak keruan, mandi tidak basah, makan tidak kenyang, tidur tidak lena, pejam mata nampak cerah, buka mata nampak gelap.

Itu kisah yang saya coretkan beberapa tahun lalu sebagai peringatan kepada mereka agar tidak angkuh dan sombong dalam berpolitik di Malaysia.
Kini mereka berubah 360 darjah. Musuh berpuluh tahun mereka, Mahathir kini menjadi dewa mereka. Segala kejahatan dan kezaliman Mahathir menjadi ketua kerajaan Barisan Nasional 22 tahun mereka sudah maafkan.

Pergorbanan Anwar sebagai pejuang reformasi rakyat sejak 1998 ditempelkan menjadi hiasan dinding untuk tontonan generasi akan datang. PKR sendiri sudah hilang arah perjuangan mereka. Penubuhan Parti Keadilan kerana kezaliman Mahathir terhadap Anwar Ibrahim, kini PKR menjadi SEKUTU Mahathir.

Inilah diantara perkara diluar jangkaan berlaku sebelum PRU 14. Mungkin banyak lagi kejadian pelik akan berlaku. Cuma saya ingin membawa pembaca menoleh sedikit kebelakang. Peristiwa kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009 angkara percaturan DAP dan PKR.
Mungkin orang sudah melupakanya kerana terlalu ghairah dengan dewa Mahathir. Krisis bermula apabila ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional, Datuk Nasarudin Hashim ADUN Bota mengumumkan keputusan keluar dari UMNO pada 25 Januari untuk menyertai PKR.
Kemudian, pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah asam garam penyedap keriuhan politik dengan mendakwa kemungkinan lebih ramai wakil rakyat dari Barisan Nasional akan menyertai Pakatan Rakyat.

Penyokong Pakatan Rakyat waktu sangat teruja dengan perkembangan politik semasa. Penyokong Pakatan Rakyat sudah lupa mereka dikencing Anwar dengan projek 16 September 2008. Momokan dicipta setiap hari dengan rakyat terpaksa mengira detik ini beberapa bulan sebelum 16 September tiba.
30 Ahli Parlimen Barisan Nasional terutama dari Sabah dan Sarawak akan keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat sekali gus menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Tidak perlu piliharaya hanya lompat parti sahaja. Sangat mudah digambarkan kepada penyokong pembangkang.
Projek lompat parti yang dicipta Anwar dan DAP ini akhirnya memakan diri mereka sendiri. Kerajaan Barisan Nasional tidak jatuh. Tidak ada pula Ahli Parlimen BN keluar Parti. Akhirnya sebaliknya berlaku. Anwar berjaya meyankinkan penyokong pembangkang dengan ADUN Bota menyertai PKR.
Dalam keghairahan meraikan kejayaan menarik Datuk Nasarudin Hashim menyertai Pakatan Rakyat tiba-tiba satu kejutan besar berlaku. Dua wakil rakyat PKR, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu, yang sedang didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah tiba-tiba hilang dan gagal dihubungi.

Empat hari kemudiannya, kedua-duanya mengisytiharkan keluar parti dan menjadi ahli bebas, serta menjanjikan kesetiaan kepada Barisan Nasional dan taat setia kepada Perdana Menteri. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengatakan tiada pilihan raya kecil akan diadakan bagi kedua-dua kerusi yang dipegang mereka walaupun telah menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

Timbalan speaker dari DAP, Hee Yit Foong keluar parti dan menjadi wakil bebas pada hari berikutnya. Pada 4 Februari 2009, ini menambahkan lagi krisis politik semasa di Perak. Sultan Perak bertemu dengan Nizar pada sebelah paginya mengenai permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya semula di negeri Perak.

Sultan Perak bertemu Najib pada petang berikutnya, bersama-sama wakil rakyat bebas yang keluar dari Pakatan Rakyat dan secara tiba-tiba Datuk Nasarudin Hashim kembali semula ke Barisan Nasional atas alasan untuk mengembalikan kestabilan politik di Perak. Najib pula mengambil kesempatan ini untuk memohon perkenan diraja bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru.

Jatuhlah secara rasmi kerajaan Pakatan Rakyat di Perak angkara Adun PKR dan Dap lompat parti. Marah mereka kepada ketiga Adun tersebut bukan kepalang. Tapi mereka lupa Anwar dan Dap sebelum ini juga menghalalkan cara ini untuk projek 16 September.
Dap bertekad untuk merampas kembali kerajaan Perak melalui PRU 13, kerana usaha mereka gagal termasuk menubuhkan kerajaan bawah pokok. Selepas itu berlaku pula PRK Bukit Gantang dan menyaksikan PAS mampu mengekalkan kerusi ini.
DAP sekali lagi terduduk apabila usaha mereka merampas Perak gagal pada Piliharaya umum ke 13. Banyak kerusi Pakatan Rakyat hilang. Ini kerana orang melayu dan sebahagian cina mualai tidak memihak kepada Pakatan Rakyat terutama DAP.

Dap tidak serik dan belajar dari sejarah ini. Sejarah peristiwa kejatuhan kerajaan Perak, sejarah peristiwa PRK Teluk Intan dan kehilangan 5 kerusi Dewan Undangan Negeri Serawak yang mereka sudah menang sebelum ini dalam PRN Sarawak. Orang melayu…. undi melayu.. Raja Melayu dan Islam jangan dipermainakan.

Bila mereka terpaksa mengakui secara diam hal ini, mereka mencipta projek Dewa Mahathir sekarang ini setelah agenda menguasai PAS gagal dengan Pasma dan Pan tidak mendatangkan hasil kepada mereka. Walaupun mereka berjaya memecahkan PAS, tetapi mereka gagal memiliki undi Melayu Islam.
Mahathir lah jalan penyelesaian untuk menebus segala kegagalan akibat keangkuhan mereka selama ini terhadap Raja Melayu dan Islam am nya. Apakah dengan mendewakan Mahathir DAP akan berjaya mencipta kembali zaman kegemilangannya dua penggal piliharaya bersama PAS sehingga memiliki negeri Pulau Pinang?

Sama-sama kita saksikan….

***Naraza Muda ialah penggiat media dan anggota Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu

Sumber BO - 9-8-2017

LAYAKKAH PAKATAN HARAPAN 

DIBANDINGKAN DENGAN BARISAN 

NASIONAL?
















“SEMUA parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) perlu memastikan Pilihan Raya Umum 
ke-14 (PRU-14) bukannya pilihan raya berdasarkan persepsi, sebaliknya perlu berpandukan 
informasi”. Berikut merupakan peringatan yang disampaikan oleh Pengerusi BN Johor, Datuk 
Seri Mohamed Khaled Nordin.

Rata – rata pengundi sudah sedia maklum bahawa pertarungan BN pada PRU kali ini amat sengit, 
lebih – lebih lagi ramai ‘penderhaka’ parti itu seolah – olah lupa dengan prinsip perjuangan yang 
didukung selama ini, lantas berpaling tadah untuk berpihak kepada pihak lawan, dan pastinya 
pelbagai persepsi tidak enak terutamanya di bawa bersama – sama.

Apa yang cuba disampaikan di sini adalah, puak pembangkang khususnya mereka yang berada 
di bawah panji Pakatan Harapan (PH), berlumba – lumba berusaha ‘memomokkan’ rakyat hingga 
ada sesetengahnya menimbulkan pelbagai persepsi terhadap kerajaan, meskipun hakikat sebenar 
jelas bercanggah sama sekali.

Tidak perlu disoal kenapa dan apa puncanya, kerana jika dilihat, ditilik kembali sejarah penubuhan 
Pakatan Harapan ini, yang sudah ditukar nama berulang kali dengan sejarah penubuhan BN 
mahupun UMNO, jelas tertera blok pembangkang utama ini baru ‘setahun jagung’, manakala 
pertukaran nama gabungan yang silih berganti itu bukti ketidaksefahaman masing – masing. 
Mudah bukan?

Pakatan Harapan, atau nama ‘syok sendiri’ mereka, Harapan ini merupakan pergabungan tidak 
rasmi puak pembangkang yang dibarisi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan 
Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan ahli terbaru Parti Pribumi Bersatu Malaysia 
(PPBM) yang motif asal penubuhannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, yakni 
kerajaan BN.

Bukan itu sahaja, malah ada juga di antara mereka yang menyertai gagasan pembangkang atas 
sebab – sebab peribadi. Tidak perlu rasanya untuk diberitahu siapa dan kenapa, kerana perkara 
ini terlalu jelas, apatah lagi buat mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air.

Sedangkan kerajaan BN ditubuhkan dengan asas yang kukuh termasuk bagi menjamin 
kesejahteraan serta kestabilan perhubungan kaum di Malaysia, malah sudah memerintah negara 
dari tahun 1973 lagi, tanpa ada sebarang permalahan, malah ekonomi semakin mampan di bawah 
pemerintahan kerajaan BN, ini turut diakui oleh pelbagai badan berkenaan dalam dan luar negara.

Apa yang cuba diperjuangkan oleh Pakatan Harapan? Rakyat atau perjuangan bersifat peribadi? 
Jika benar apa yang dibuat oleh mereka selama ini demi rakyat, maka tiada istilah mengajak 
rakyat untuk sama – sama turun ke jalanan bagi menyertai demo dan tunjuk perasaan yang 
pastinya menyusahkan hidup rakyat!

Berbeza dengan BN yang bersungguh mahu memperbaiki hidup rakyat dengan pelbagai inisiatif 
diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutama sekali Bantuan Rakyat 
1Malaysia (BR1M) yang pastinya dinanti saban tahun.

Kerajaan BN membawa ideologi yang jelas dan mampu di terima oleh segenap lapisan masyarakat, yakni menjadikan rakyat sebagai subjek utama di samping mengutamakan pencapaian yang mampu diraih negara dalam pelbagai sektor, berbeza 
sama sekali dengan Pakatan Harapan yang sebilangan besar ‘otai dan boss besar’ mereka punya 
agenda sendiri.

Tun Dr Mahathir Mohamad masih dengan rancangannya mahu menjadikan anaknya, Datuk Seri 
Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula 
sanggup menjadi Perdana Menteri interim bagi memberi ruang kepada suami tercintanya, Datuk 
Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan berkenaan setelah selesai menjalani hukuman penjara 
gara – gara meliwat pembantu sendiri.

Namun, apa yang lebih utama adalah DAP. DAP tidak pernah menafikan bahawa sekiranya 
mereka berkuasa, maka mereka akan menghapuskan keistimewaan Bumiputera yang secara jelas 
membawa maksud kesaksamaan etnik. Justeru, apakah ertinya? Penasihatnya, Lim Kit Siang 
pernah berkata bahawa slogan ‘Malaysian Malaysia’ tidak berbahaya kerana ia hanya untuk memansuhkan perbezaan Bumiputera dan bukan Bumiputera sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Percayakah rakyat dengan puak ini? Berapa banyak janji mereka yang telah diputar belit? Lihat 
apa yang terjadi dengan nasib rakyat Melayu di Pulau Pinang? Hak mereka dinafikan. Maka, 
Pakatan Harapan ini hanya sekadar mengaburi mata rakyat, sedangkan yang mengawal semuanya 
dari belakang tabir adalah DAP!

Akhir sekali, apa yang berlaku dalam Pakatan Harapan adalah masing – masing sibuk 
mempergunakan masing – masing demi kepentingan masing – masing. Sukar untuk difahami? 
Baiklah, bahasa mudahnya begini, Tun Dr Mahathir secara jelas menggunakan DAP untuk 
mendapatkan pengaruh untuk dirinya.

Beliau sedar bahawa beliau sudah semakin hilang taring selepas berpaling tadah dan menentang 
pentadbiran Perdana Menteri, makanya beliau menggunakan pengaruh DAP untuk terus berkuasa, 
manakala DAP pula menggunakan Tun Dr Mahathir bagi meraih sokongan dan undi rakyat 
Melayu.

Sedangkan, Kerajaan BN pula mengajak semua kepimpinan dan ahli akar umbi untuk bersikap 
‘walaa’ kepada ketua, bukannya mempergunakan mereka demi kepentingan peribadi masing – 
masing.

Jelas bahawa ‘geng – geng’ pembangkang ini penuh dengan muslihat dan layakkah mereka ini 
berdiri setanding dengan pemimpin – pemimpin BN, apatah lagi parti setahun jagung Pakatan 
Harapan itu mahu dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional? Jawapannya, TIDAK sama 
sekali!

Sumber TKO - 9-8-2017

Pendidikan percuma jika Pakatan Harapan tawan Putrajaya
Posted on Wednesday, July 19 @ 14:26:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35693&mode=
thread&order=0&thold=0




SHAH ALAM – “Saya perlu ingatkan di sini bahawa janji untuk memberikan pendidikan yang 
percuma dan adil hanya jika Pakatan Harapan memenangi Kerajaan Persekutuan, demikian 
menurut Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk
Seri Idris Jusoh berkenaan pendidikan percuma.

“Pendidikan, termasuk pendidikan tinggi berada di bawah senarai Persekutuan di bawah
Perlembagaan Persekutuan. Menurut laporan berita, beliau telah mencabar Selangor untuk
melaksanakan pendidikan percuma untuk universiti milik Kerajaan Selangor, Unisel.

“Kenyataan ini sengaja hendak mengelirukan kerana menteri lebih suka berpolitik daripada
membincangkan fakta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, belanjawan Kerajaan Selangor hanyalah RM3 bilion berbanding belanjawan Kerajaan
Persekutuan yang mencecah RM260 bilion, walaupun Selangor menyumbang lebih daripada 20
peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Ini berkait rapat dengan dasar cukai negara yang tidak memberikan pengagihan hasil secara adil.
Tidak seperti di Jerman contohnya, melalui sistem Federal Financial Equalisation yang
menyaksikan pembahagian cukai yang lebih efisien dan adil di antara negeri dan mencecah
hampir separuh hasil kutipan cukai-cukai tertentu (cukai syarikat, cukai pendapatan dan cukai
tambah nilai).

“Sekiranya menteri terasa seperti ingin menyokong usaha Pakatan Harapan untuk memberi
pendidikan percuma, cadangkan kepada rakan menteri lain di peringkat kabinet untuk
memperlihatkan semula pengagihan hasil di antara negeri,” katanya.

Jelasnya, pada masa ini pun, dengan belanjawan sebanyak RM3.4 bilion, Selangor berjaya
mengagihkan kekayaan negeri secara adil melalui inisiatif yang pelbagai di bawah program
Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang menyaksikan kira-kira 40 inisiatif untuk kebajikan rakyat
Selangor.

“Inisiatif-inisiatif ini termasuklah air percuma, bas percuma, WiFi percuma, skim Peduli Sihat
yang memberi subsidi penjagaan kesihatan, serta subsidi untuk anak golongan berpendapatan
rendah di tadika,” ujarnya.

Tambahnya dengan semua yang diberikan oleh kerajaan negeri, Idris sepatutnya bercakap
berlandaskan fakta, fokus untuk mempertingkatkan semula taraf pendidikan negara dan
berhentilah main politik.

“Setelah berpuluh-puluh tahun BN memerintah negara, Malaysia bagaikan semakin ke belakang,
jadi kita seharusnya menghentikan arus ini.

“Jangan gadaikan masa depan anak kita dengan memilih kerajaan yang langsung tidak
menghiraukan kebajikan rakyatnya,” katanya.

Terdahulu, memetik laporan sebuah portal berita, Idris berkata, pembangkang harus memulakan
ikrar pilihan pendidikan percuma dengan Unisel sambil menambah universiti itu tidak akan
bertahan tanpa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Idris berkata, Selangor adalah negeri terkaya di negara ini dan sepatutnya dapat menawarkan
pendidikan percuma kepada pelajar Unisel.

"Mereka (pembangkang) hanya mengatakan bahawa kerana mereka mahu menghasut pelajar
kami, jika mereka boleh melakukannya, mereka sepatutnya melakukannya di Unisel terlebih
dahulu.

"Unisel akan ditutup jika saya tidak mengarahkan PTPTN membantu mereka," katanya kepada
wakil Parlimen Pelajar 2017 yang menghadiri bengkel persiapan dan simulasi debat di Seri
Kembangan semalam.

Sumber TKO - 19-7-2017


Benarkah tiada 'abang besar' dalam Pakatan Harapan?
Posted on Wednesday, July 19 @ 15:28:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35701

Ulasan/Komentar

Ada bidalan Inggeris mengatakan, anak muda merokok untuk ‘membuktikan’ ia telah dewasa.
Sementara orang dewasa pula merokok untuk menunjukkan gaya mudanya masih ada.

Begitu juga dengan perawakan ahli politik. Bagi parti yang besar ia akan mendakwa bahawa ia 

adil pada rakan-rakan parti kecil dan sementara parti yang kecil akan menyatakan keyakinan 

bahawa pakatannya berjiwa besar dan semua komponen adalah setaraf.


Dalam seminggu sudah dua kali Pengarah 

Komunikasi Amanah, Abdul Khalid Samad 

 mengumumkan bahawa dasar Pakatan 

Harapan (PH) ialah membuat keputusan 

 secara konsensus kerana kedudukan semua 

ahli komponen adalah setaraf. 


Maka menurut bidalan Inggeris yang dipetik 

lebih awal, parti kecil seperti Amanah cuba 

melupakan saiz partinya dan berpaut pada klise 

 politik kononnya semua komponen sama di 

mata kepimpinan PH.


Sebenarnya itu cuma harapan. Kenyataan 

Khalid boleh dilihat sebagai untuk “menyedapkan hati” sendiri sahaja. Amanah berharap pucuk 

pimpinan gabungan itu akan benar-benar jujur memperjuangkan dan mempertahankan status 

“sama rata” dalam PH.


Jika tidak, ia akan dihantui oleh pelbagai igauan politik bahawa ia akan menjadi mentimum 

di kalangan durian besar PH. Bergolek ia luka dan digolekpun ia boleh cedera. 


Rasional untuk Amanah fikirkan


Ketua Umum dan Presiden PH misalnya, pasangan suami isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mungkin boleh memutuskan bahawa oleh kerana Amanah 

tiada rekod bertanding pilihan raya umum ia harus tidak bertanding terlalu banyak kerusi. 


Alasan yang mungkin digunakan ialah  Jentera pilihan raya Amanah belum teruji dalam PRU. 

Dua pengalaman dalam Pilihan raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak 

memperlihatkan kekuatan “luar biasa” Amanah.


Justeru demi menjamin kepentingan strategi PH pada PRU14 keseluruhnnya, ia (Amanah) 

mungkin tidak mendapat kuota kerusi yang sama dengan DAP, PKR dan PPBM. Ketika itu,  apa 

Amanah boleh buat?


Keputusan itu mungkin keluar dalam bentuk pujukan bahawasanya Amanah perlu berkorban 

untuk maslahat PH. Bolehkah Amanah menganggap ia satu pengorbanan dan bukan arahan ‘abang 

besar”?


Lainlah PPBM. Meskipun cuma ada satu kerusi Parlimen dewasa ini tetapi ‘nilai tambahnya’  

auranya dalam bentuk Pengerusi PH sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah besar. 

Ketrampilan beliau sudah cukup untuk melonjakkan PPBM sebagai peneraju PH.


Maka soal yang perlu diteliti, adakah itu maksud tiada “abang besar” dalam pakatan berkenaan? 

Jika begitu pemahamannya, adakah ia satu jaminan tidak akan timbul dan tidak akan menggugat 

kedudukan Amanah dalam keluarga PH? 


Namun di mata PH, Amanah masih sebuah parti kecil yang tidak dan belum mampu menonjolkan 

ramai pemimpinnya untuk menduduki majlis tertinggi PH. 


Yang ia ada cuma harapan – parti besar lain seperti DAP, PKR dan kini PPBM – tidak berpadu 

tenaga untuk menentukan Amanah mesti akur pada setiap kehendak dan cakap PH yang ditentukan 

sepatutnya secara konsensus di kalangan DAP, PKR dan PPBM!


Rupanya ada yang tidak puas hati


Kini dalam kem PH sudah mula kedengaran keresahan beberapa pemimpin komponen pakatan itu 

yang dikatakan sedang melakar strategi mahu memintas pimpinan rasmi dalam menentukan 

kedudukan politik masing-masing jika PH menang PRU 14.


Yang berasa kerdil dalam struktur organisasi PH tentunya Menteri Besar Selangor merangkap 

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali. 


Bagi beliau struktur PH itu benar-benar mencabar egonya. Ini kerana difahamkan Ketua Umum 

PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu beliau diletakkan sebaris dengan Ketua Menteri Pulau 

Pinang, Lim Guan Eng sebagai Timbalan Presiden PH.


Amanat Anwar ini khabarnya disampaikan pada 

Biro Politik PKR supaya ia menjadi ketetapan PH. 

Malangnya, Majlis Presiden PH dikhabarkan 

menolak usul itu kerana enggan meletakkan 

Presiden dan Timbalan Presiden PKR sebagai 

 Presiden dan Timbalan Presiden PH pula.


Seorang lagi pemimpin kanan PH yang dikatakan 

resah dengan kedudukannya dalam PH ialah 

presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau sebelum ini disyorkan partinya untuk menjadi Presiden PH. Syor PPBM ditolak dan 

 beliau kini hanya Timbalan Presiden PH.


Kedudukan sebagai Presiden PH sudah tentu mampu merapatkan Muhyiddin pada jawatan 

Perdana Menteri jika PH menang PRU14. Namun jawatan itu sebaliknya diberikan pada presiden 

PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.


Ini membayangkan bahawa jika PH menang PRU 14, maka benarlah Wan Azizah akan menjadi ‘

pemanas kerusi’ Perdana Menteri sehingga suaminya, Anwar Ibrahim selesai urusan perundangan 

yang boleh mengizinkan beliau mengambil alih kerusi berkenaan. 


Yang pasti nasib politik Muhyiddin akan hanyut lebih jauh dari pusar kuasa Perdana Menteri ke-8 

Malaysia. Ada desus mengatakan bahawa secara peribadi Muhyiddin dan Azmin sedang 

menyusun langkah merapati PAS.


Khabarnya, antara tawaran mereka pada PAS ialah mahu menjalin kerjasama secara berkongsi 

platform jentera pilihan raya dan memunculkan pakatan ketiga selepas PH dan Umno-BN.


Tun Mahathir tanpa selindung canang dirinya ‘top dog’


Nampaknya andaian Khalid Samad tiada konsep ‘abang besar” dalam PH masih satu angan-angan 

berdasarkan keberangkalian bahawa Pengerusi PH sendiri, Tun Mahathir Mohamad masih lagi 

berkeyakinan tinggi bahawa buat ketika ini beliaulah tokoh ulung PH.


Dr Mahathir menyamakan dirinya sebagai 'top dog' (pemimpin utama) yang setanding dengan 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


"Saya merupakan salah seorang pemimpinnya, saya sebagai pengerusinya. Dalam beberapa 

perkara di dalam hiraki PH, saya adalah 'top dog', manakala beliau (Najib) adalah top dog di sana 

(kerajaan)," ujarnya.


Malah beliau tidak menyorokkan pendiriannya bahawa Ketua Umum PH, Anwar Ibrahim masih 

tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana isu akhlaknya, belum berubah.


Meskipun berlapik dalam memberi jawapan kepada cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib 

Razak supaya menyatakan pendiriannya dengan jawapan ia terpulang pada pilihan rakyat, ia 

masih bermaksud beliau tidak mahu Anwar jadi Perdana Menteri.
"Saya berpegang dengan kenyataan saya ketika itu. Untuk sekarang, tidak (ada perubahan). Pada 
ketika itu ada beberapa perkara dan itu respon saya. 
“Mungkin tahun akan datang saya tukar pandangan lagi. Anda tunggu," katanya.
Ketika itu, PH akan benar-benar berada di persimpangan. Ia akan teruji, di antara Mahathir dan 
Anwar siapakah “abang besar” sebenarnya. Khalid Samad dan kawan-kawannya kelak akan 
bercempera meletakkan diri sama dalam kem Pengerusi atau Ketua Umum PH.
Kesengsaraan dan harapan rakyat Malaysia akan terus tergantung dibuai oleh lagu harapan yang 
musnah yang cuba didendangkan oleh soldadu Pakatan Harapan seperti Abdul Khalid Samad 
yang masih belum nampak jalan kejayaan berpolitik

Abdul Rahman Malik
ANTARAPOS
Sumber TKO - 19-7-2017  

PH raih lebih banyak sokongan ‘Melayu’ - Kata Kajian
Invoke Rafizi

Posted on Thursday, July 20 @ 20:03:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35709

Berita

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mempunyai lebih banyak sokongan “Melayu” dan Cina 

berbanding Barisan Nasional, yang mungkin menyebabkan gabungan pemerintah itu tewas pada 
pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Pada sidang media hari ini, Rafizi berkata statistik itu berdasarkan tinjauan seluruh negara yang
dijalankan Invoke baru-baru ini, sebuah badan penyelidikan di mana beliau merupakan penyelaras.

Daripada 17,107 pengundi berdaftar yang ditinjau, 11,769 (69%) orang Melayu, 3,377 (20%)
orang Cina, 1,046 (6%) Bumiputera Sabah dan Sarawak manakala baki 915 (5%) kaum India.

Tinjauan mendapati 36% responden “Melayu” sama ada secara langsung atau tidak langsung
menyatakan sokongan untuk PH, hanya 1% lebih tinggi daripada jumlah yang menyokong BN.

Hanya 14% menyokong PAS, sementara 15% lagi masih berada atas pagar.

Bagaimanapun, penting untuk diperhatikan jawapan yang diberikan oleh responden Bumiputera
Sabah dan Sarawak dimasukkan di bawah kategori “Melayu”.

Menurut Rafizi, jika mereka mempunyai kategori sendiri, mereka perlu dibahagikan kepada etnik
berbeza yang menjadikan angka “begitu kecil dan tidak penting”.

Rafizi berkata tinjauan juga mendapati 53% daripada responden Cina secara langsung atau tidak
langsung menyatakan sokongan terhadap PH, 2 kali ganda lebih daripada sokongan yang
dinyatakan untuk BN, iaitu 22%.

23% lagi belum membuat keputusan, dan hanya 1% menyatakan sokongan kepada PAS.

Bagi responden India, majoriti mereka, sebanyak 44%, berkata sokongan mereka terletak pada BN.
PH tidak jauh di belakang, dengan sokongan sebanyak 42%, 10% masih atas pagar, manakala 3%
menyokong PAS.

“Dengan tahap sokongan ini, terdapat kebarangkalian yang BN akan dikalahkan pada pilihan raya
umum ke-14.

“Bagaimanapun, ini juga tertakluk kepada PH berjaya menawarkan penyelesaian kepada 3 isu
yang paling penting kepada pengundi,” kata Rafizi, sebelum menamakan ketiga-tiga isu itu
sebagai kenaikan kos sara hidup, gaji yang tidak stabil yang tidak sepadan dengan inflasi, dan
 kemasukan pekerja asing.

Statistik ini juga berdasarkan soalan berkenaan parti yang mereka sokong, yang kemudian
diselaraskan mengikut jawapan yang mereka berikan kepada 6 soalan tinjauan yang lain.

Rafizi berkata soalan sengaja dibuat berat terhadap BN atau PAS untuk membezakan antara
penyokong kedua-dua parti itu dan PH.

“Jadi mereka mungkin kata atas pagar, tetapi apabila kita kaji jawapan mereka (kepada 6 soalan
lain), kami dapati mereka sebenarnya penyokong PH,” katanya.

Kajian dilakukan melalui panggilan telefon secara rawak, yang dibuat oleh Invoke antara 5 Jun
hingga 14 Julai tahun ini.

Lebih 2.67 juta pengundi berdaftar dihubungi, tetapi hanya 17,071 memberikan jawapan kepada
semua soalan yang ditanya.

Sumber TKO - 20-7-2017


HARAPAN sedang muktamad perlembagaan, rancang
daftar minggu depan

Posted on Saturday, July 22 @ 12:21:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35714

Berita

Pakatan Harapan masih belum mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada Pendaftar
Pertubuhan (ROS) kerana ia sedang memuktamadkan perlembagaan gabungan itu.

"Draf terakhir Perlembagaan Harapan akan siap minggu depan. Kita akan hantar permohonan
pendaftaran tidak lama lagi (selepas itu)," kata naib presiden PKR, Tian Chua ketika dihubungi
Malaysiakini.

Para pemimpin HARAPAN berkata mereka menjangkakan untuk mendaftar gabungan itu apabila
perlembagaannya siap.

"Minggu depan, kami akan maklumkan bila sebenarnya," kata Setiausaha penganjur kebangsaan
DAP Anthony Loke kepada Malaysiakini.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Abdul Rahman juga berkata
matlamatnya adalah untuk menghantar permohonan pendaftaran itu minggu depan tetapi ia
tertakluk kepada keputusan majlis presiden HARAPAN.

Barisan kepimpinan, logo dan perlembagaan HARAPAN telah menjadi tiga halangan utama
dalam usaha gabungan itu untuk mendaftar dan bertanding di bawah satu simbol dalam pilihan
raya umum yang akan datang.

Gabungan itu mengumumkan barisan kepimpinan dan logonya pada 14 Julai dan ini bermaka
tinggal satu halangan untuk diselesaikan sebelum ia mengemukakan permohonan pendaftarannya
kepada ROS.

Bagaimanapun, yang menjadi perhatian ialah sama ada ROS akan meluluskan permohonan
gabungan itu, untuk bertanding menggunakan satu logo dalam pilihan raya umum.

Jika tidak, parti-parti komponennya perlu menghadapi pilihan raya umum yang akan datang
di bawah logo parti masing-masing, yang dilihat akan memberi kelebihan kepada BN.

Sumber Tko - 22-7-2017




























































































































Siapa sebenarnya ada kuasa eksekutif dalam 

PH?











PAKATAN Harapan dianggap terpaksa mewujudkan tiga jawatan utama dalam struktur 
pakatannya bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri. 
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, jawatan ketua 
umum, pengerusi dan presiden seperti terpaksa diwujudkan mereka. 
“Kita pun tidak tahu siapa sebenarnya yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pakatan 
terbabit,” katanya kepada media selepas majlis Mesra Aidilfitri Urusetia Belia dan Sukan 
(U-Bes) bersama warga media di Kota Bharu semalam. 
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, 
Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Abdul Rahman Yunus. 
Baru-baru ini Pakatan Harapan mengumumkan jawatan utama dalam organisasinya iaitu 
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum, Tun Dr Mahathir Mohamad (pengerusi) 
dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden). 
Manakala bagi jawatan timbalan presiden dinamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan 
Eng dan Mohamad Sabu. 
Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan berkata, PAS bersedia berdepan 
dengan Pakatan Harapan tanpa mengira siapa yang mengetuai pakatan terbabit. 
“Bagi kita, tetap akan lawan, biar siapa pun pemimpin dalam Pakatan Harapan. Begitu juga 
Umno yang menjadi musuh tradisi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/7/2017
Sumber HD - 18-7-2017 


Ada apa dengan logo HARAPAN?
Posted on Monday, July 17 @ 03:58:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35689

Ulasan/Komentar

Logo baru Pakatan Harapan (HARAPAN) mendapat pelbagai reaksi bercampur baur sejak 

pelancarannya minggu lalu. Ada yang memuji rekabentuk logo berkenaan dan tidak kurang 
mengejek rekaannya dengan menjadikan sebagai bahan jenaka.
HARAPAN mendakwa huruf A yang menjadi anak panah pada logo itu mewakili harapan yang
menggunung tetapi sesetengah pelayar internet membuat tafsiran mereka sendiri - dari parodi ke
teori konspirasi.

Star Trek

Ia mungkin menjadi parodi paling popular apabila logo HARAPAN disamakan dengan siri fiksyen
 popular, Star Trek. Presiden HARAPAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun
berpendapat tiada apa yang salah dengan mengaitkan persamaan tersebut.

Sebaliknya beliau memetik ungkapan popular Star Trek yang bermaksud "Berani ke tempat yang
tak pernah manusia pergi".

"Ia agak seperti itu kerana tiada siapa pernah mengalahkan BN," katanya.
Roket DAP

Terdapat juga individu mendakwa logo HARAPAN mewakili simbol roket DAP. Naib Presiden
PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam halaman Facebooknya berkongsi artikel sebuah blog
dengan berkata "logo Pakatan Harapan mengesahkan siapa parti dominan."

Petikan dari blog itu menerangkan logo berbentuk tulisan dengan salah satu huruf A itu mirip
bentuk roket DAP. Iskandar telah memadamkan posting itu, tetapi beberapa blogger telah membuat
tangkapan skrin.

Freemason

Bagi mereka yang percaya teori konspirasi pula mengaitkan anak panah dengan simbol Freemason

dan simbol kompas. Ini dikatakan sebagai bukti "agenda Yahudi" yang dibawa melalui DAP.

Logo ARMADA BERSATU

Satu lagi ialah kaitan logo HARAPAN dengan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU). Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagaimanapun menafikannya.

"Apabila kami keluarkan logo ARMADA BERSATU, jika anda lihatnya ia hampir sama. Tidakkah
anda fikir saya mainkan peranan pilih logo itu (HARAPAN) kerana ia kelihatan seperti Armada?
Tidak," katanya pada sidang akhbar Jumaat lalu.

Anak panah GPS

Antara tafsiran yang pelbagai termasuk anak panah pada logo itu adalah sama seperti tanda yang
terdapat pada Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad yang mengaitkan logo itu dengan GPS berkata
"Kita akan mencari arah negara ini daripada kekacauan yang telah diwujudkan Perdana Menteri
(Datuk Seri) Najib Abdul Razak".

Hidung Mahathir



Namun yang paling menarik mengenai logo itu adalah apabila ada pihak menggambarkannya
mewakili hidung Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jenaka ini ditimbulkan oleh laman Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia.

Laman Facebook itu menyiarkan gambar hidung Mahathir dengan petikan berbunyi "Ini hidung
saya".

Sumber TKO - 17-7-2017



Struktur organisasi Pakatan Harapan hampir selesai,
Difahamkan Bersatu akan memainkan peranan Dominan
dlm PH

Posted on Wednesday, July 12 @ 12:15:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35672



Struktur organisasi Pakatan Harapan, yang terdiri daripada pemimpin utama dari parti pembangkang

PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, DAP dan Parti Amanah Negara, sudah hampir selesai ekoran 
\rundingan mereka kini di peringkat akhir.
Sumber-sumber membayangkan kepada Malaysiakini bahawa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim telah bersetuju mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan
utama dalam gabungan itu, mungkin sebagai pengerusinya, sementara beliau masih di penjara.

Bagaimanapun, sekiranya pakatan pembangkang menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum
akan datang, ia akan memastikan Anwar dibebaskan dari penjara dan diberi pengampunan. Anwar
kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun untuk sabitan kes Liwat II, satu pertuduhan
yang didakwanya bermotivasi politik.

Difahamkan Mahathir mahu HARAPAN mempunyai struktur yang sama seperti Barisan Nasional,
gabungannya yang diterajuinya selama 22 tahun, di mana parti Umno memainkan peranan yang
dominan. Peranan itu dijangka dimainkan oleh BERSATU.

Difahamkan Mahathir mungkin akhirnya bersetuju untuk mengemudikan gabungan parti
pembangkang itu dengan konsensus dari semua parti.

Terdahulu dilaporkan bahawa BERSATU mungkin dianggap cuba mendominasi rakan-rakannya
semasa rundingan dalam HARAPAN, tetapi Mahathir menjelaskan bahawa itu semua hanyalah
satu tawar-menawar.

Sumber-sumber itu juga mendedahkan bahawa seorang perantara juga telah bertemu dengan
Mahathir dan Anwar secara berasingan, supaya resolusi itu dapat dicapai.

"Alhamdulillah, hampir selesai," kata satu sumber.

Satu lagi sumber berkata, HARAPAN perlu bersiap sedia pada bulan Oktober, apabila pilihan raya
umum ke-14 mungkin dipanggil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas Bajet 2018
dibentangkan di Parlimen.

Menurutnya, selepas pembentangan bajet dengan pelbagai janji, Najib boleh memanggil pilihan
raya umum, dan membentangkan semua bajet jika beliau menang.

"Ini mungkin berlaku dan semua parti Pakatan Harapan perlu bersiap sedia," katanya sambil
menambah bahawa HARAPAN perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa ia gabungan
pembangkang yang mampu berdepan dengan BN.

"Walaupun terdapat banyak orang yang membenci Najib, kita juga perhatikan bahawa rakyat juga
membenci pembangkang berikutan percanggahan di kalangan anggota gabungannya. Ini akan
diselesaikan tidak lama lagi," tambah sumber itu.

Difahami mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan akan diadakan esok.


Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, ketika ditanya mengenai perkara itu semalam,
membayangkan bahawa barisan kepimpinan HARAPAN dapat diselesaikan minggu ini.

Sumber TKO - 12-7-2017


Mahathir: Check mate
Posted on Monday, June 26 @ 08:39:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35556

Respon"

Assalamualaikum,,,,

Masih ingatkah dengan doa AUFN kepada Mahathir? Kredit kepada Dr. Kamarul Azman  Ariffin kerana mengeluarkan surat arwah Hj. Yusof Rawa kepada YDP meminta agar tindakan diambil kepada tindakan melampau Mahathir.Dua perkara ini sudah cukup memberitahu kita semua bagaimana Mahathir sebenarnya sudah tidak boleh diharap lagi untuk membantu negara dalam mana  mana situasi pun sebab jelasnya Mahathir tidak pernah berubah, begaimana dia dulu, begitulah dia sekarang.

Cuma hairannya, orang orang yang pernah melawan dia bagaikan tak rak sehingga ada yang di ISAkannya sekarang ini menempek bagaikan belangkas menentang pula anak didiknya malah seorang yang dizaliminya yang kini turut dizalimi anak didiknya boleh turut sama bertempek bersamanya seolah olah tak pernah dizalimi Mahathir.

Kata Mahathir ," Di Malaysia ada Perdana Menteri yang melalui wang dan ugutan mempengaruhi tindakan dan kenyataan oleh anggota Kerajaan. Di Amerika Presiden pun terpaksa menerima laporan berkenaan dirinya dari pegawai berkaitan dengan apa sahaja salahlaku olehnya."Masih ingat kah kepada Tun Salleh Abbas? Siapa yang membersarakan beliau selepas memutuskan UMNO haram? Perdana Menteri atau siapa? Dan siapa pula pula perdana menteri ketika itu? Najib? atau siapa? kepada yang masih belum hilang ingatan, perdana menteri ketika itu bukan Najib ya! dia adalah Mahathir yang telah bertindak dengan wang dan pengaruh untuk menyingkirkan Tun Salleh Abas dari jawatan yang sepatutnya bebas dari pengaruh perdana menter.
Makna kata yang memulakan budaya campur tangan dalam ha ehwal pentabiran perundangan dan awam di Malaysia ialah Mahathir, Najib cuma meneruskan budaya itu saja kerana dia diajar untuk melakukan.Jadi kenapa nak salahkan Najib 100% dan kenapa Mahathir sebagai seorang yang  memulakannya turut sama mahu menyalahkan Najib? Apa sudah jadi? Bukankah ini merupakan kebodohan luar biasa dan dilakukan oleh Mahathir? siapa percaya dan menyokong Mahathir bagaimana pula?

Bukan itu saja, Mahathir ketka menyatakan kebencian melampau dia kepada PAS turut sama  melemparkan tuduhan anak tadika apabila tanpa sedar berkata PAS tidak berbuat apa apa untuk Islam, PAS tidak tubuh Tabung Haji, tidak tubuh Bank Islam dan tidak tubuh Universiti Islam.Mahathir jadi macam terdesak membuat tuduhan ini kerana semacam dia tidak tahu apakah kemampuan sebenar PAS sebagai parti politik mampu menubuhkan semuanya itu?
Tabung Haji ditubuhkan dengan authoriti, Bak Islam dan Universiti Islam juga ada undang undangnya yang perlu diluluskan kerajaan, PAS ada kerajaan ker? Kalau dia kata PAS pernah ada dalam kerajaan semasa dalam BN dulu maka kenapa PAS keluar selepas itu? Sebab PAS tidak diberi ruang yang cukup untuk menjaga Islam, sama dengan sebab kenapa PAS keluar dari PR sekarang.

Bercakap pasal PAS keluar PR, PAS juga pernah keluar dari pakatan BA, ketika AUFN masih ada lagi juga atas sebab yang sama, tiada keraguan untuk itu. Tetapi artikal ini mahu mengupas keceluparan Mahathir ketika menudah PAS.Masih ingat kah kita dengan permohonan ATGNA untuk membentangkan private bill di parlimen untuk meminda kuasa mahkamah syariah atau pindaaan RUU 355 yang sudah dibentangkan sekarang bagi membuka laluan undang undang syariah Islam dilaksanakan di Kelantan sejak awla tahun 90an lagi.Tetapi Mahathir tolak dengan alasan Hudud yang nak dilaksanakan di Kelantan bukan Hudud Islam tetapi Hudud PAS.

Jadi jelasnya PAS tidak mempunyai apa apa kuasa untuk memperkenalkan apa apa undang undang bagi menubuhkan Tabung Haji,Bank Islam atau Universiti Islam.Seandainya PAS mahu, PAS kena pohon kepada kerajaan untuk mengadakan undang undang tertentu.Dan logiknya kalau sudah ada Tabung Haji, Bank Islam atau Universiti Islam yang ditubuhkan kerajaan yang mempunyai banyak kuasa dan kemampuan berbanding PAS, sebuah parti politik pembangkang maka untuk apa lagi ditubuhkan Tabung Haji, Bank Islam atau Universiti Islam.Inilah tahap dakwaan budak tadika yang langsung tidak berfikir dulu sebelum menuduh.

Lebih jauh, cuba kita lihat apakah sekarang tiada sumbangan PAS kepada ketiga tiga organisasi yang  disebut Mahathir ini.Naivenya Mahathir yang tidak menyedari sumbangan PAS kepada Tabung Haji, Bank Islam dan Universiti Islam.Saya tidak mahu menghurai panjang lebar mengenainya tetapi sekadar memadai untuk saya berkata bahawa masjid masjid yang indah indah dibina  di seluruh negara juga bukan oleh PAS tetapi melihat kepada orang orang mengimarahkannya, kita boleh lihat siapa sebenarnya mereka.

Begitulah juga dengan Tabung Haji, cuba lihat di seluruh negara, siapakan ustaz ustaz, tok tok imam dan pengkuliah pengkuliah yang memberi kursus haji kepada bakal jemaah haji, siapakah ulamak ulamak dan pakar pakar yang memenuhi ruang pada setiap muzakarah haji diadakan dan yang peliknya Mahathir tidak tahu apakah sumbangan ATGDH kepada Tabung Haji.Begitu jugalah sumbangan PAS kepada Bank Islam dan Universiti Islam.Tak sukar melihat kelibat PAS dalam setiap sudut kedua duanya.

Mahathir dalam keadaan yang celaru, terdesak dan ingit sangat mencari salah PAS sehingga tak sedar sudah melakukan satu perkara yang paling bodoh atau perkara bodoh yang luar biasa di mana dalam permainan catur, Mahathir sudahpun di "Check mate"

Sumber TKO - 26-6-2017



Zaid umum kabinet impian HARAPAN
Posted on Monday, June 19 @ 20:31:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35494

Berita

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim kerana mengumumkan tidak akan menawarkan diri sebagai calon Pakatan Harapan
(HARAPAN) untuk jawatan perdana menteri.

"Anwar telah membuat pengorbanan yang cukup besar, bergerak ke hadapan untuk lebih banyak
perkara utama bagi membentuk kerajaan baru," kata Zaid dalam blog beliau.

Baru-baru ini, ketua umum PKR itu berkata beliau berbuat demikian demi menggalakkan
HARAPAN memberi tumpuan kepada pilihan raya umum dan bukannya bertelingkah mengenai
siapa yang akan menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang.

Dalam catatan yang sama, Zaid turut 'mengumumkan' senarai kabinet bayangan Pakatan Harapan
(HARAPAN) mengikut firasat beliau bagi membuktikan pembangkang bersedia untuk mengambil
alih Putrajaya.

"Sementara menunggu pemimpin pembangkang untuk bersetuju siapa yang patut menjadi perdana
menteri, mengapa tidak selami senarai saya mengenai anggota kabinet dalam kerajaan baru.

"Ia juga akan mengelakkan pertikaian baru daripada meletus di kalangan semua pihak, yang hanya
akan melemahkan pakatan rapuh ini," jelasnya.

Bagi jawatan perdana menteri, Zaid tetap dengan pilihannya seperti sebelum ini bahawa Tun Dr
Mahathir Mohamad merupakan calon paling layak untuk menduduki kerusi itu.

Bagi jawatan timbalan perdana menteri pula, Zaid mencadangkan ia dibiarkan kosong sambil
membayangkan Anwar mungkin sesuai menduduki kerusi tersebut setelah proses pembebasan dan
'penempatan' beliau selesai.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, katanya, wajar dinobatkan sebagai menteri minyak dan tenaga
dengan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) diletakkan di bawah kementerian itu, berlainan dengan
sistem sekarang yang mengamalkan kawalan perdana menteri secara solo ke atas firma gergasi
tempatan itu.

"Akta Pembangunan Petroleum 1974 perlu dipinda untuk tujuan ini dan isu berkaitan dividen
Petronas dan kontrak besar yang diputuskan oleh firma itu sahaja," ujarnya.

Zaid turut mencadangkan Datuk Seri Azmin Ali diangkat menjadi menteri kewangan manakala
pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pula menerajui kementerian pendidikan.

Kementerian Dalam Negeri pula diberikan kepada pemimpin dari BERSATU, katanya.

Pada masa yang sama, Zaid turut memetik beberapa nama lain seperti R. Sivarasa daripada PKR
bagi menjadi peguam negara, Tony Pua dari DAP diangkat menjadi menteri perdagangan serta
Rafizi Ramli mengepalai kementerian baru yang menjaga hal-ehwal MARA, Felcra, Risda, Felda
and Tabung Haji.

"Saya juga cadangkan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari AMANAH mengetuai kementerian
baru yang menjaga hal-ehwal agama, Mohamad Sabu dari parti yang sama menjadi menteri
pertahanan dan kementerian pengangkutan diserahkan kepada Liew Chin Tong dari DAP," tambah
Zaid.

Nama-nama lain yang turut dicadangkan Zaid ialah Saifuddin Nasution Ismail dari PKR untuk
menjawat kerusi menteri telekomunikasi, sains dan teknologi, pemimpin kanan BERSATU untuk
jawatan menteri luar dan Nurul Izzah Anwar mengambil alih kementerian Wilayah Persekutuan.

"Syed Saddiq Abdul Rahman wajar dilantik menjadi menteri belia dan sukan manakala jawatan
menteri pembangunan wanita dan perkembangan kanak-kanak diberikan kepada pemimpin wanita
DAP," katanya lagi.

Yang anehnya, Zaid langsung tidak menyebut nama ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
sama ada kekal di jawatan yang sama atau diangkat untuk mengepalai mana-mana kementerian.

Zaid juga tidak menyebut nama Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam cadangan beliau mengenai
kabinet HARAPAN itu.

Sumber TKO - 19-6-2017

DAP terkejut pendirian Anwar, Izzah kata calon PM bukan isu
Posted on Monday, June 19 @ 20:17:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35490

Berita

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut dengan 

keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu menawarkan diri beliau sebagai calon 
perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya.
Sementara itu anak Anwar, Nurul Izzah pula berkata, beliau berpandangan PH tidak terdesak untuk
menamakan bakal perdana menteri pihaknya buat masa sekarang.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, partinya berada dalam
keadaan “kabur” selepas mengetahui keputusan Anwar itu semalam.

“Ini (pengumuman) adalah kali pertama saya dengar. Saya tidak tahu mengenainya.

“Pendirian kami tetap sama. Kami menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri,” kata beliau
dipetik The Malaysian Insight.

Sehubungan itu kata beliau: “Saya rasa adalah wajar untuk PKR, Kak Wan (Presiden PKR dan isteri
Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) untuk mengulas keputusan ini.”

Dalam kenyataan media dikeluarkan semalam, Anwar berkata beliau memutuskan untuk tidak mahu
menawarkan diri beliau sebagai calon perdana menteri jika PH menguasai Putrajaya dalam Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebaliknya kata beliau, keperluan pada masa sekarang adalah memberi tumpuan sepenuhnya
menghadapi PRU14.

“Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya
memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon perdana menteri.

“Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU.

“Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada pengukuhan jentera dan
menarik dukungan rakyat,” kata beliau.

Dalam tulisan di Facebook hari ini, Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR percaya adalah tidak
penting bagi PH untuk menamakan calon perdana menteri atau pemimpin tertinggi sebelum PRU14.

“Apa yang membuat sesiapa berfikir ia (PH) mesti menamakan secara rasmi nama perdana menteri
atau pemimpin tertinggi untuk memimpin pakatan ini sebagai prasyarat memenangi PRU14?

“Bukankah Pakatan Rakyat memenangi undi majoriti pada PRU13 tanpa secara rasmi menamakan
pemimpin tertinggi atau perdana menteri?” kata Nurul Izzah.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, PH mesti terus bekerja pada formula
kejayaan pakatan sebelumnya, Pakatan Rakyat.

“Konsensus dan kesaksamaan dan saling menghormati antara parti-parti komponen.

“Berhenti bercakap mengenai keperluan menetapkan perdana menteri atau pemimpin tertinggi.
Ketepikan kepentingan diri dan kepentingan sempit, sebaliknya beri tumpuan untuk memenangi
PRU14, dan kejayaan akan menanti kita,” kata beliau.

Nurul berkata, bapanya memainkan peranan penting kepada kejayaan pembangkang pada pilihan
raya umum 2008 walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam parti.


“Begitu juga beliau secara rasmi tidak dinamakan sebagai calon perdana menteri, tetapi beliau
satu-satunya tenaga paling berpengaruh yang menyebabkan Pakatan Rakyat meraih undi majoriti
dalam PRU13,” katanya.

Sumber TKO - 19-6-2017



Anwar mahu PH kekal konsensus, manfaatkan Dr Mahathir
Posted on Saturday, June 17 @ 23:02:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35483

Berita

PETALING JAYA: Dilihat sebagai usaha mengimbangi ‘kegusaran’ dalam Pakatan Harapan (PH),
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pakatan pembangkang itu mengekalkan tradisi konsensus dan
pada masa yang sama “memanfaatkan kedudukan dan peranan Tun Dr Mahathir Mohamad.”

Dalam kenyataan media dikeluarkan hari ini, Anwar berkata, PH perlu mengekalkan tradisi
konsensus seperti mana pengalaman Pakatan Rakyat sebelum ini.

Anwar, Ketua Umum PKR berkata, semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama dengan
presiden atau pengerusi masing-masing hanya sebagai penyelaras manakala segala persiapan atau
agenda mesyuarat dikendali oleh Sekretariat Bersama mewakili semua parti.

PH menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur 2 tahun lalu. Dua bulan lalu, PH menerima PPBM
sebagai anggota gabungan yang keempat.

Anwar juga berkata, usul PPBM untuk merombak struktur PH dengan pimpinan utama parti
tersebut menguasai jawatan pengerusi dan presiden dalam struktur baharu dikhuatiri akan
merombak kerangka pakatan itu menjadikannya mirip Barisan Nasional.

“Maka kesediaan semua pihak dalam PH untuk meneliti semula dan meminda cadangan tersebut
dengan mengekalkan muafakat asal Pakatan Harapan adalah dialukan,” kata beliau dalam kenyataan
yang dikeluarkan menjelang pengumuman rasmi mengenai struktur PH.

Pada Jun lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PH sudah
mempersetujui senarai kepimpinannya yang akan diumumkan dan didaftarkan kepada Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) selewat-lewatnya minggu depan.

Katanya, senarai itu disepakati kepimpinan keempat-empat parti komponen gabungan itu.

Beliau yang juga presiden PKR yakin barisan kepimpinan yang akan menerajui PH mampu
membawa perubahan kepada politik negara.


Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bapanya dilantik sebagai
pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi presiden dan Anwar sekadar penasihat PH b
erdasarkan senarai struktur organisasi PH yang tersebar.

Dalam kenyataan media hari ini, Anwar berkata, dengan hasrat merangkul semua kekuatan dalam
1 pasukan mantap menentang Umno-BN adalah dirasakan wajar memastikan penyertaan semua
pimpinan secara berkesan.

“Ini termasuk memanfaatkan kedudukan dan peranan Tun Mahathir. Agak kurang bijak untuk
membuat sebarang andaian sebelum semua pimpinan parti menyatakan sikap dan usul tersebut
dimuktamadkan,” kata beliau yang merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden
Umno semasa kepimpinan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Anwar berkata, sepertimana yang disepakati Pakatan Rakyat dan kini PH, “kita menggagaskan
pembaharuan dan mengusung idea politk baru.”

“Kita berpaksikan prinsip luhur Perlembagaan termasuk kedudukan Islam, hak keistimewaan
Melayu-Bumiputera, bahasa, dan Raja-raja Melayu.

“Kendati begitu, kita menolak asas politik perkauman, disebaliknya komited untuk menegakkan
amalan demokrasi dan prinsip keadilan.”

Katanya, keutamaan dasar menjurus kepada kebajikan rakyat dengan menolak kerakusan kuasa
dan rasuah.

“Laungan kita tidak terbatas kepada perubahan pimpinan tetapi sistem lapuk yang diwarisi yang mengizinkan segala pelanggaran hukum dan rasuah oleh pemimpin tanpa kawalan dan tindakan,” kata Anwar.

Malah tegas Anwar, PH harus terpancang kepada dasar negara, kebobrokan sistem dan ke arah
kemenangan PRU14.

“Isu pinggiran lainnya, muslihat perebutan kuasa dan kedudukan atau keterlanjuran kata kurang
sopan dalam PH tidak harus diizinkan,” kata beliau.

Sumber TKO - 18-6-2017


Anwar tidak mahu tawar diri jadi calon PM
Posted on Saturday, June 17 @ 23:00:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35482

Berita

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk tidak mahu menawarkan diri
beliau sebagai calon perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya dalam
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebaliknya kata beliau, keperluan pada masa sekarang adalah memberi tumpuan sepenuhnya
menghadapi PRU14.

“Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya
memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon perdana menteri.

“Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU.

“Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada pengukuhan jentera dan
menarik dukungan rakyat,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Sebelum ini, PKR dan 2 lagi komponen PH menamakan Anwar, yang kini menjalani hukuman
penjara 5 tahun, sebagai bakal perdana menteri barisan pembangkang jika menewaskan Barisan
Nasional (BN).

Kenyataan Anwar ini dilihat sebagai meredakan perasaan tidak senang yang didakwa wujud ekoran
pendirian tidak sepakat di kalangan gabungan PH mengenai calon perdana menteri pakatan itu.


Awal bulan ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kesediaan beliau
kembali berkhidmat sebagai perdana menteri jika gabungan pembangkang itu berjaya menawan
Putrajaya.

Bagaimanapun menurut Pengerusi PPBM itu, beliau memerlukan sokongan penuh pemimpin
dalam PH yang kini dianggotai oleh PKR, DAP, Amanah dan PPBM.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003 berkata, beliau sanggup kembali
berkhidmat “untuk seketika” jika tidak ada pilihan lain.

“Jika tidak ada calon, saya mungkin cuba, tetapi hanya dengan syarat semua orang setuju,” kata
beliau yang berusia 92 tahun.

Kata beliau: “Saya tidak boleh mengabaikan rakan dalam PH. Jika mereka ada cadangan seperti
itu dan dipersetujui, maka saya mungkin terpaksa mempertimbangkannya.”

“Pada masa ini, saya tidak setuju untuk menjadi perdana menteri…pada masa ini,” katanya.

Respons kepada kenyataan itu sebelum ini, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, bukan
keputusan Dr Mahathir untuk mengambil peranan kepimpinan dalam pembangkang.

“Bukan dia yang buat keputusan, tetapi PH yang buat keputusan. Orang tak tawarkan diri. Perlu
ada konsensus,” kata Anwar.

Sumber TKO - 18-6-2017


Mesyuarat PH tegang di sebalik usaha pinggirkan Muhyiddin,
lantik Dr M

Posted on Thursday, June 15 @ 15:04:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35445

Berita

PETALING JAYA: PKR terpaksa akur selepas usaha giat beberapa tokoh dalam Pakatan Harapan 

minggu lalu untuk melantik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi 
gabungan pembangkang itu.

Ia susulan mesyuarat pimpinan tertinggi PKR yang diadakan di kediaman bekas ketua pembangkang 

Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Sumber memberitahu FMT, usaha itu berlaku sejak minggu lalu, yang menyaksikan ketegangan 
ketika perbincangan diadakan antara pemimpin kanan 4 parti PH, iaitu PKR, DAP, Amanah dan 
PPBM, berkenaan organisasi gabungan yang bakal didaftarkan itu.

FMT difahamkan dalam mesyuarat PH yang dihadiri Dr Mahathir pada Jumaat lalu, seorang 

pemimpin kanan Amanah bangun mempersoalkan presiden partinya, Mohamad Sabu kerana 
bertindak tanpa persetujuan parti dalam menyokong pengagihan jawatan tinggi dalam gabungan 
4 parti itu.

Tindakan pemimpin Amanah itu meninggikan suara dan “menyangkal depan-depan” untuk 

mengkritik Mohamad memaksa beberapa rakan dari partinya menenangkan keadaan.

Ia berlaku selepas Amanah bersetuju dengan DAP yang enggan memberikan sebarang peranan k

epada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di peringkat tertinggi PH.

DAP dan Amanah mahu Dr Mahathir dilantik mengetuai gabungan itu.

“Muhyiddin mereka tidak mahu,” kata sumber itu, yang menambah tindakan pemimpin Amanah itu 

melenting “merosakkan mood mesyuarat itu”.

Ketika diminta mengesahkan perkara itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang turut 

hadir mesyuarat itu menafikannya.



“Itu tak timbul. Tak ada. Dalam mesyuarat kita bebas bercakap suara pandangan. Tak sampailah
marah-marah,” katanya.

Beliau turut berkata apa yang dibincangkan adalah strategi meletakkan kepimpinan melihat
kesesuaiannya.

“Ada beberapa jawatan atau tokoh yang hanya memerlukan daripada segi ‘positioning’ sahaja.
Takda kecoh.

“Banyak kemajuan dicapai. Ada cadangan asal, ada cadangan baru. Ada tolak ansur. Cuma ada
beberapa benda yang kita tangguh terutama kerana hari itu Jumaat,” kata Salahuddin.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau tidak bersetuju sekiranya PPBM
memonopoli kepimpinan PH, gabungan yang kini dalam perancangan menyertai pilihan raya umum
akan datang atas satu nama dan logo.

Sebaliknya, Lim mengalu-alukan Dr Mahathir diberikan peranan penting dalam PH.

“Kalau beliau (Dr Mahathir) sedia, maka dia patut diberi peranan penting… Lagipun, beliau bekas
perdana menteri,” kata Lim.

Ia juga selari dengan kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang, yang berkata Anwar mustahil menjadi
perdana menteri ke-7.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkali-kali menolak cadangan beliau kembali ke jawatan perdana
menteri yang disandangnya selama 22 tahun, sekiranya PH berkuasa selepas pilihan raya umum
akan datang. Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menolak kemungkinan itu sekiranya “dipaksa”
 memikul tanggungjawab itu.

Pilihan Dr Mahathir mengetuai PH dan cadangan meletakkan Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai penasihat dan presiden dikatakan tidak disenangi
beberapa pihak dalam PKR.

Mereka melihat jawatan yang ditawarkan kepada 2 pemimpin PKR itu lebih rendah daripada
Dr Mahathir.

Sumber berkata terdapat usaha memulaukan pihak yang enggan berkompromi dengan cadangan
membawa Dr Mahathir ke pucuk pimpinan PH, “terutamanya puak-puak otai,” katanya merujuk
panggilan bekas penyokong gerakan reformasi yang tercetus selepas penyingkiran Anwar daripada
 kerajaan pada 1998.

“Bagi mereka, PKR sekarang ialah penghalang utama kepada kesatuan PH,” kata sumber itu lagi.

Sumber TKO - 15-6-2017

Surat terbuka untuk pemimpin pembangkang Malaysia
Posted on Tuesday, June 13 @ 08:20:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35407


Oleh Mahmoud Kitoum

 SURAT ini ditujukan untuk semua pemimpin parti pembangkang di Malaysia termasuk PAS 

walaupun PAS sendiri tidak tahu dan tidak jelas adakah mereka pembangkang atau mesra kerajaan 
atau blok ketiga di Tanjung Rambutan.
Untuk pemimpin PAS, saya tiada perkataan yang baik untuk parti anda. Jadi mengikut arwah ibu
saya, jika tiada perkataan yang baik untuk diluahkan maka lebih elok diam saja. Cuma saya
berpendapat parti anda sudah ke laut, sama seperti hobi tuan presiden anda.

Untuk pemimpin Bersatu, walaupun parti anda masih baharu tetapi nafsu anda membuak-buak
untuk menjadi perdana menteri Malaysia lebih gelojoh daripada parti lama anda, Umno yang sudah
merogol dan meliwat negara ini selama hampir 60 tahun.

Dengan bekas perdana menteri yang merosakkan segala perundangan negara selama 22 tahun, anda
berharap orang ini akan memimpin aspirasi anak muda?

Dengan bekas timbalan perdana menteri yang tidak berani melawan pahlawan Bugis dari Pekan
yang busuk dengan korupsi, anda fikir orang ini mampu berdepan dengan kuasa luar yang sedang
membeli Malaysia dengan rakusnya?

Dengan bekas menteri besar Kedah yang dilahirkan dengan "sudu perak" dan "dulang emas", anda
fikir orang ini mampu merasai kesusahan marhaen yang tidak cukup wang untuk membeli susu bayi
dan bekal anak sekolah?

Untuk anda semua, berhentilah daripada dunia politik Malaysia kerana tiada siapa pun yang
memerlukan bantuan anda.

Untuk Mukhriz Mahathir, masa anda lebih elok digunakan untuk menambah kekayaan keluarga
anda.

Untuk Muhyiddin, gunakan wang yang anda kumpul; secara sah atau tidak sewaktu menjadi menteri
besar Johor untuk kebaikan fakir miskin.

Untuk Dr Mahathir Mohamad, negara ini tidak lagi memerlukan anda, cukuplah 22 tahun kami
dirogol dan diliwat, anak cucu anda mungkin tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk bermain
dan bermesra dengan anda. Luangkan masa yang masih berbaki untuk mereka. Itu lebih berfaedah.
Untuk pemimpin Pakatan Harapan, sampai bilakah anda harus faham untuk memerintah Malaysia
anda harus tumbangkan Umno bukan PAS?

Lupakan mereka dan kisah lama yang indah sewaktu berumah tangga dengan PAS dulu. Anda tidak
layak memerintah Malaysia kerana tidak berjiwa besar dan amat mudah beremosi dengan serangan
nyamuk yang kecil.

Jika mereka yang gila talak pun tidak mampu anda tangani, adakah anda mampu tangani masalah
kelaparan dan kesusahan rakyat?

Untuk pemimpin DAP, yang terlalu biadab dan tidak berhenti-henti membodohkan Melayu, sampai
bila anda harus sedar anda memerlukan undi Melayu untuk memerintah Malaysia?

Cukuplah dengan kedangkalan video murahan Teresa Kok. Cukuplah dengan kesombongan Lim
Guan Eng walaupun hanya memerintah sebuah pulau yang kecil. Cukuplah dengan kebejatan Lim
Kit Siang yang membangkang segala apa pun tanpa mendatangkan apa-apa faedah.

Dan nombor 4 dikhaskan untuk kamu kerana ia bermakna mati dalam dialek Tiong Hua; parti kamu
yang akan mati dulu sebelum kamu dapat melihat Umno jatuh kerana kebobrokan dan kedegilan
kamu sendiri.

Untuk pemimpin PKR, sampai bila perjuangan parti kamu berpaksikan atas seorang manusia
dengan melupakan masalah rakyat Malaysia yang lain? Ya, saudara Anwar Ibrahim merupakan
ikon kebebasan.

Tetapi, hakikat pahit yang harus ditelan ialah Anwar di dalam penjara.  Adakah kamu merasa tiada
manusia lagi di Malaysia ini yang mampu menggalas tanggungjawab besar sebagai perdana menteri
Malaysia?

Jikalau Abdullah Badawi yang tidur sepanjang memerintah Malaysia mampu bertahan empat tahun,
saya berpendapat ramai lagi insan di luar penjara yang mampu menjalankan tugas ini.

Cukuplah, diletakkan Dr Wan Azizah Ismail di mana-mana kawasan Parlimen atas alasan
menjaganya bagi Anwar. Kami tidak memerlukan boneka, kami perlukan manusia.

Cukuplah kamu mengamalkan nepotisme dalam parti kamu dengan meletakkan mereka yang
berbinkan Anwar dalam jawatan penting.

Mereka ini tidak layak jika tidak berbinkan Anwar. Cukuplah anak emas Anwar, Azmin Ali
menggunakan segala syarikat kerajaan negeri Selangor untuk mencari wang bagi tabung parti
kamu seperti permainan politik Umno.

Cukuplah kamu mangsakan pemimpin kamu sendiri untuk melindungi kepentingan seorang insan.
Cukup!

Untuk semua pemimpin pembangkang Malaysia, kami tidak memerlukan kamu. Kamu bukan
aspirasi kami. Kamu bukan harapan kami. Bahkan dengan kamu yang meniru segala permainan
Umno/BN kamu merosakkan peluang kami anak muda untuk melihat Malaysia baharu.

Rakyat Malaysia yang inginkan kepada perubahan. terhalang oleh kedangkalan politik perkauman
dan agama walaupun kamu sendiri membenci politik perkauman dan agama Umno.

Adakah kamu berfikiran waras dengan meniru segala apa yang Umno/BN amalkan selama 60 tahun,
kamu berpeluang mengalahkan Umno/BN?

Kamulah masalah pada Malaysia, bukan penyelesaian. Undur!

http://akhbarrakyat.blogspot.my

Sumber TKO - 13-6-2017



Ambiga minta pembangkang elak pertandingan 3 penjuru
Posted on Sunday, June 11 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35385

Berita

KUALA LUMPUR: Aktivis hak asasi Datuk Ambiga Sreenevasan menasihatkan Pakatan Harapan
supaya mengelakkan pertembungan 3 penjuru pada pilihan raya umum ke-14.

Bercakap di forum “Isu berbangkit di Malaysia menjelang PRU-14” di Pusat Legasi Wesley hari ini,
Ambiga berkata umum sepakat mengatakan Barisan Nasional akan menang dalam pertandingan 3
penjuru walau apa pun pandangan penganalisis mutakhir ini.

“Saya tak perlukan penghitungan dan tinjauan untuk beritahu saya mengenai bahaya pertandingan 3
penjuru ialah BN akan menang,” katanya.

Beliau berkata pendirian politik dan aspirasi PAS sekarang ini memungkinkan pertandingan 3
penjuru maka Pakatan Harapan tidak perlu menangani PRU-14 dengan hasrat meletakkan calon
di semua kerusi.

“Itu bahaya permainan PAS dan Pakatan Harapan perlu mengurangkan bahaya itu.”


Ambiga bagaimanapun berkata Pakatan Harapan masih berpeluang kerana tidak mungkin ramai
pengundi di kerusi kawasan bandar akan mengundi PAS.

“PAS tidak akan berjaya di kawasan bandar. Sebelum ini mereka berjaya kerana dinaungi Pakatan
dan pengundi memilih mereka dengan harapan mereka akan membantu menyingkir kerajaan.
Sekarang keadaan sudah berubah.”

Beliau berkata kehadiran PPBM terbukti memberi kelebihan kepada PH, membayangkan
kemungkinan PPBM akan dapat menawan hati pengundi penyokong Umno.

“PPBM berjaya menembusi kawasan yang tidak dapat ditembusi Pakatan Harapan dan
perkembangan itu sangat penting kerana selagi perubahan tidak akan berlaku jika gagal tembus
kawasan Umno.”

PAS dilaporkan enggan bekerjasama dengan DAP selepas pembubaran Pakatan Rakyat pada Jun
2015, dan dengan Amanah yang ditubuhkan bekas pemimpin mereka pada September tahun yang
sama. Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini membatalkan kerjasama dengan PKR, sementara
Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menutup pintu kerjasama dengan PPBM.

Sumber TKO - 11-6-2017



Pakatan Harapan Buat Kerja Bodoh Fitnah PAS.... Apakah
mereka fikir ahli-ahli PAS

Posted on Sunday, June 11 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35383
Ulasan/Komentar

Hari ini lebai dapati Malaysiakini menyiarkan surat muhajir (berpindah) yang kononnya didakwa 

 dibuat bagi memastikan kemenangan PAS di parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum (PRU)
 akan datang.

Surat bertarikh 25 Mei itu ditandatangani oleh Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam kononnya 

dikeluarkan kepada ahli-ahli PAS.

Hebat kerja mereka untuk membina persepsi buruk kepada PAS. Kenapa lebai kata begitu? Apa 

hujah lebai?
1.  Surat ini Malaysiakini lebih awal mengeluarkannya sedang tidak terdapat viral di "whatsapp 
panas" dan facebook. Soalan daripada mana Malaysiakini dapatkannya? Kita sudah maklum 
sebelum ini Malaysiakini anti-Islam dan memang anti PAS. Mereka pernah berpesta arak bila 
 kerajaan PAS Terengganu tumbang oleh BN seperti yang didedahkan oleh Fathil Aris Omar editor 

Bahasa Malaysiakini.

2.  PAS tak pernah setahu lebai mengeluarkan surat umum kepada ahli-ahlinya. Surat ahli biasanya 

melalui cawangan atas nama Ketua atau Setiuasaha Cawangan. Prosedur surat berkenaan telah 
bercanggah dnegan amalan surat biasa diamalkan oleh PAS. Lagi pun takkan surat strategi politik 
boleh dibuat secara umum. Orang bodoh tak buat begitu.

3.  Warna cap logo PAS yang dipaparkan melalui surat berkenaan sama dengan kecerahan warna 

letterhead PAS hijau yang tak mungkin berlaku. Pada mana-mana surat yang dikeluarkan oleh PAS 
walaupun dalam format PDF atau pun "printed JPG". Jika anda mahir Adobe Photoshop yang 
membuat pencerahan kepada pixel warna anda akan dapati HEX warna pada surat berkenaan sama 
dengan HEX warna pada 'letterhead' dengan jelas ini adalah bikinan bodoh puak-puak PAKATAN 
HARAPAN untuk buat kerja jahat kepada PAS. Apa lagi blogger, facebooker pun serang PAS 
dengan pelbagai tuduhan.

Nama-nama yang makan gaji buat kerja jahat untuk PAS pun seronaklah menghentam PAS dengan 

pelbagai tuduhan. Ini antara mereka yang dikenalpasti.

1. Mukhlis Eddie
2. Ada Ada Aje
3. Roslan Bin Ahmad
4. Hussin
5. Adili Isme
6. شربان سربيني
7. Faizul Izani
8. Awang
9 . Ray Hunter   (ini DAP bayar)
10. Awang Al Kenit
11.Halim Md Noh
12.Wan Mohd Aman
13. Muhammad Radzi Ismail
14. Ija Deeja
15. Osman Ahmad
16. Zailan Ismail
17.Dima Ahmy
18. Hadi Anakwang
19. Othman Don
20. Ustaz Sepatu Al Gombaki
21. Amin Cilik
22. Wan Mohd Yusof
23. Nur Aulia Abdullah


4.  Kenapa keadah mujahir yang dilampirkan tidak disebarkan? Kalau ikut surat berkenaan 

dilampirkan sekali? PAS setakat ini belum pernah menggunakan istilah MUJAHIR. Setahu lebai 
 mujahir adalah istilah yang digunakan oleh AMANAH (PAN) yang diperkenalkan oleh Dr. Hatta 
Mohd Ramli dalam taklimatnya di Kelantan 19 Februari 2017. Dalam ucapan tersebuit Dr Hatta 
Ramli berucap selama 54 minit.

PAS menggunakan perkataan pengundi hantu dengan 3 kod huruf yang yang mewakili 3 kategori 

untuk sistem culaannya yang lebai rasa lebai takkan perincikan dalam artikel ini.

Henntilah buat kerja bodoh

Lebai harapan Pakatan Harapan dan penyokongnya hentilah buat kerja bodoh menyerang pas dengan

 teknik persepsi buruk dan "character assassination". Jika mereka menyerang PAS, sudah pasti 
ahli-ahli PAS akan bertindak balas dengan mendedahkan keburukan Pakatan Harapan. Malah akan 
ada pimpinan Pakatan Harapan dibogelkan kesalahan mereka. Perkara ini tidak akan 
menguntungkan Pakatan Harapan. Yang untung sudah pasti UMNO/BN. Mereka bertepuk tangan 
kerana kebodoh Pakatan Harapan.

Oleh itu fokuslah kepada UMNO/BN. Hala tuju senjata anda kepada UMNO/BN. Berhentilah buat 

kerja bodoh.

Sumber TKO - 11-6-2017



Ketua HARAPAN: Muhyiddin nak cakap, tapi...
Posted on Friday, June 09 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35360

Berita

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin, enggan memberi
sebarang komen selepas namanya disebut-sebut sebagai calon ketua Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sebelum ini BERSATU dilaporkan bercadang menamakan bekas timbalan perdana menteri itu
sebagai pemimpin pakatan pembangkang itu, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai
pengerusi.

Seorang lagi bekas timbalan perdana menteri yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, dinamakan sebagai penasihat HARAPAN.

Bagaimanapun ketika ditemui media selepas mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN di Ibu Pejabat
BERSATU di Petaling Jaya hari ini, Muhyiddin enggan memberikan sebarang bayangan atas alasan
beliau terikat dengan peraturan.

"No comment, biasa kita tidak beritahu (apa yang dibincangkan dalam mesyuarat)

"Kamu kena tanya pengerusilah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), sebab saya bukan
pengerusi (mesyuarat), saya tak ada hak untuk buat kenyataan media.
"Kalau mesyuarat saya, saya buat press statement," katanya.

Bincang macam-macam

Ditanya lebih lanjut, termasuk mengenai cadangan menjadikan Dr Mahathir sebagai pengerusi
HARAPAN, Muhyiddin sekali lagi mengelak.

"No, no, saya tak ada itu. Sorry (tak boleh komen) nanti kata saya pula pandai-pandai cakap.
"Saya cuma member ( ahli mesyuarat) saja.

"Saya nak berakap dengan kamu tetapi saya mesti patuh kepada peraturan," katanya.

Kata Muhyiddin, beliau boleh
menjelaskan apa yang berlaku dalam
perbincangan itu juga ia
dipengerusikannya sendiri.

"Kalau saya punya mesyuarat, saya
akan bercakap sampai you tak ada
soalan pun saya akan jawab.

"Hari ini saya tak boleh jawablah..."
katanya.

Terdahulu, media melaporkan
BERSATU menyarankan pengerusi
mereka - Dr Mahathir - dilantik sebagai pengerusi HARAPAN, manakala Muhyiddin sendiri
menjadi presiden gabungan berkenaan.

Anwar yang selama ini dinamakan sebagai calon perdana menteri jika HARAPAN berjaya
mengalahkan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, dicadangkan sebagai penasihat.
BERSATU - anggota bongsu dalam HARAPAN - juga dilapor mencadangkan Dr Wan Azizah s
ebagai timbalan pengerusi dan Datuk Seri Azmin Ali sebagai timbalan presiden.

Sebelum ini, HARAPAN menamakan Dr Wan Azizah sebagai pengerusi manakala Muhyiddin, Lim
Kit Siang (DAP) dan Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara) sebagai naib presiden.
Ditanya apakah yang dibincangkan dalam mesyuarat hari ini, Muhyiddin sekadar menjawab: "
Macam-macam perkaralah, urusan parti, Pakatan Harapan, isu-isu semasa, itu sajalah."

Sementara itu Dr Wan Azizah berkata, HARAPAN akan mengumumkan senarai kepimpinan mereka
dan menghantarnya kepada Pendaftar Pertubuhan minggu depan.

"Kami yakin barisan kepimpinan itu akan membawa perubahan lebih baik untuk Malaysia,"
katanya.

Namun ketua pembangkang di parlimen itu menjelaskan, calon perdana menteri HARAPAN
belum  dibincangkan buat masa ini.

Sumber TKO - 9-6-2017





Isu Rebut PM: Dr M jadi PM? Nanti dulu, kata pimpinan
HARAPAN

Posted on Sunday, June 04 @ 06:08:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35249

Berita

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan 

kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk muncul semula sebagai perdana menteri, walaupun 
memendam hal itu sebelum ini.

Namun, beberapa pemimpin HARAPAN kelihatan tidak bersedia untuk mengharungi senario yang 

memungkinkan kembalinya seorang perdana menteri yang cuba untuk dihapuskan oleh ramai 
veteran pembangkang sebelum ini.

Ditanya sama ada mereka bersedia untuk mempertimbangkan Mahathir menjadi perdana menteri 

sekali lagi, kebanyakan pemimpin HARAPAN lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat.

Pemimpin HARAPAN seperti Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke, Naib Presiden PKR Tian 

Chua dan Ahli Parlimen PKR Johari Abdul berkata, belum masanya lagi untuk membincangkan 
perkara itu.

"Saya fikir kita perlu memberi fokus kepada menang dahulu," kata Tian Chua.


"Biarlah majlis pimpinan HARAPAN membuat keputusan," kata penasihat DAP Lim Kit Siang 

secara ringkas.

Sumber TKO - 3-6-2017


Isu siapa PM pembangkang tak patut timbul
Posted on Saturday, June 03 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35219




SHAH ALAM – Sejak dari awal pembentukan Pakatan Harapan, secara konsensusnya Datuk Seri 

Anwar Ibrahim dinamakan sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri seandainya berlaku 
perubahan kerajaan selepas PRU14
Menurut Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, penubuhan Pakatan Harapan adalah
menerusi muafakat dan semangat kebersamaan dalam mendukung agenda perubahan.

“Justeru soal siapa calon Perdana Menteri bukanlah isu dan tidak harus dibangkitkan lagi.

“Keutamaan dan fokus kita sewajarnya adalah menggembleng kekuatan untuk memenangi PRU14,”
 katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, berkaitan isu ‘interim prime minister’ yang dibahaskan dalam kongres PKR
baru-baru ini, ia merupakan perkara yang normal dalam politik apabila wujud pemimpin sementara
yang berperanan dalam tempoh peralihan (transition period).

“Pada masa sama, setiap pemimpin dalam komponen Pakatan Harapan tidak boleh mendahului
keputusan dan ketetapan yang telah diputuskan menerusi konsensus ini demi menjamin keutuhan
dan kesepakatan bersama.

“Saya mengajak generasi muda untuk terus mendukung agenda Reformasi dan cita-cita untuk
melakukan perubahan dengan menolak sistem lama yang bersifat autokratik.

Terdahulu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Perdana Menteri
interim akan dipilih oleh ahli parlimen pembangkang jika Pakatan Harapan memenangi PRU14.


  Menurut beliau, pemilihan interim Perdana Menteri perlu dibuat kerana Anwar masih di dalam
penjara.

Sumber TKO - 3-6-2017



Logo HARAPAN diumum minggu depan
Posted on Thursday, June 01 @ 07:59:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35197

Berita

Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengesahkan gabungan itu sudah memuktamadkan logo 

bersama yang akan diberi nama sebagai Harapan.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata logo itu
akan diumumkan secara rasmi kepada umum pada Jumaat minggu hadapan.

"Kita bersetuju dengan logo Harapan, kita pakai perkataan Harapan dengan sedikit pengubahsuaian,
" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN
di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri berkata logo itu dicipta daripada
pengubahsuaian tulisan.

Penggunaan logo bersama adalah satu daripada isu yang selalu gagal diselesaikan dengan berkesan
oleh pakatan pembangkang sejak sekian lama.

Bagaimanapun usaha itu digiatkan melalui HARAPAN ketika tarikh pilihan raya - walaupun
menjadi rahsia seperti selalu - dijangka semakin hampir.

Tiga negeri terbabit

Cadangan logo bersama itu juga pernah menjadi senjata makan tuan apabila dipersenda dan dikecam
orang ramai selepas didedahkan baru-baru ini.

HARAPAN adalah gabungan PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan BERSATU.

Sementara itu, mengulas perkembangan terkini mengenai calon perdana menteri HARAPAN,
Dr Mahathir berkata ia belum dibincangkan lagi.

"Belum cakap lagi," kata Mahathir.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad pula memberitahu selain daripada logo, Majlis
Presiden HARAPAN turut membincangkan mengenai pembahagian kerusi dan manifesto.

Anggota Parlimen Shah Alam itu berkata, HARAPAN akan memuktamatkan pembahagian kerusi
dalam masa sebulan.

Kata Khalid, pembahagian kerusi yang dibincagkan itu itu membabitkan tiga buah negeri iaitu Johor,
Melaka dan Negeri Sembilan.

Sumber TKO - 1-6-2017


Berita Pelik Selepas Teruk Serang PAS, PH masih tunggu PAS,
kata Saifuddin

Posted on Tuesday, May 09 @ 21:52:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34857

Berita

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) masih menunggu keputusan PAS untuk bekerjasama
dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.



Menurut Ketua Setiausaha Sektretariatnya, Datuk Saifuddin Abdullah, PH tidak akan membuat 

sebarang keputusan berhubung kerjasama PAS dengan PKR sehingga ia dimuktamadkan Majlis Syura Ulama parti itu.


"PH bukan sebuah parti yang teruk, jadi kita masih kena menunggu PAS sebab PAS masih belum 

memuktamadkan apakah keputusan mereka," katanya dalam sidang media Majlis Setiausaha Pakatan 

Harapan (PH) di sini hari ini.



Malah Saifuddin menambah, PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dan berbincang dengan 

mana-mana parti pembangkang lain.



“Kami sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti pembangkang lain termasuk 

di Sabah dan Sarawak," katanya lagi.



Sebelum ini, Muktamar PAS Pusat menerima usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas 

parti itu dilihat mengkhianati perjanjian kerjasama antara dua parti berkenaan.



Walau bagaimanapun, usul itu masih belum dimuktamadkan dan masih menunggu keputusan Majlis 

Syura Ulama PAS yang dijangka bakal bermesyuarat dalam tempoh terdekat.



Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, PH turut mengumumkan menerima 317 penyertaan 

cadangan rekaan logo mereka daripada orang ramai.



Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu akan diteliti sebelum satu keputusan 

diumumkan kemudian.



“Jadi bagi kami ini adalah satu perkara yang cukup memberangsangkan dan merupakan satu 

sokongan moral terhadap PH yang dinyatakan secara terang oleh orang ramai.



“Selepas ini proses deliberasi (perbincangan) dalaman akan berlaku dan dalam masa beberapa hari 

kami akan membuat pengumuman tentang proses berikutnya," katanya.



Sebelum ini, PH telah menyenarai pendek tiga rekaan, namun ia mengundang kritikan netizen yang 

menyifatkan ketiga-tiganya 'buruk' dan tidak profesional.



Ekoran daripada kecaman tersebut, PH telah mempelawa orang ramai untuk menyumbang idea 

mereka logo bagi parti itu dengan menggariskan empat panduan rekaan. 


Logo itu bakal dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagai persediaan untuk menghadapi 

PRU14.


Sebelum ini, parti-parti dalam gabungan pembangkang menggunakan logo parti masing-masing 

semasa menyertai pilihan raya.



Sumber TKO - 9-5-2017

Logo Pakatan Harapan gagal penuhi cita rasa pengundi?
Posted on Saturday, May 06 @ 12:07:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34813

Berita
Oleh Sheith Khidhir Bin Abu Bakar
PETALING JAYA: Pengarah Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional Malaysia
 (Pusaka), Eddin Khoo menyertai komuniti atas talian mengkritik reka bentuk logo Pakatan Harapan
dengan menyifatkannya gagal mengetengahkan simbolik barisan pembangkang empat parti itu.

Ekoran itu, beliau memutuskan untuk menangguhkan daripada menyokong Pakatan Harapan selepas
melihat tiga reka bentuk yang disyorkan baru-baru ini.

“Logo yang dicadangkan kelihatan seolah-olah Pakatan Harapan tidak membawa sebarang maksud,”
kata beliau kepada FMT.

“Selepas melihat logo, walaupun saya mahu mengundi mereka, saya tidak akan,” kata beliau sambil
mempersoalkan tahap imaginasi yang cuba dibawa oleh sebuah barisan yang mahu menggantikan
kerajaan yang memerintah sekarang.

Pada masa yang sama beliau menganggap logo Barisan Nasional (BN) juga “hodoh” tetapi
sekurang-kurangnya dacing membawa makna tertentu.

“Lambang dacing membawa maksud keseimbangan, kesaksamaan dan keadilan. Apa yang logo
Pakatan Harapan cadangkan? Tidak ada sebarang simbolisme disertakan. Saya fikir mereka dari
Invoke akan ada cita rasa yang lebih baik,” katanya yang merujuk kepada pemikir PKR.

Beliau memuji PKR dan Umno dalam menilai logo parti-parti politik Malaysia.

“PKR mempunyai logo yang baik, yang direka oleh Syed Ahmad Jamal dan Umno mempunyai logo
yang baik yang direka oleh sarjana Islam Syed Naquib Al-Attas. Selain itu, kesemua parti politik kita
mmpunyai logo yang amat dahsyat.

“Sudah terlalu lewat bagi logo BN untuk berubah sekarang kerana jika tidak, orang akan keliru, tetapi
saya fikir Pakatan Harapan akan datang dengan sesuatu yang lebih baik.”

Selepas menerima kritikan daripada komuniti Internet, Pakatan menjemput orang ramai untuk tampil
dengan reka bentuk alternatif.

Katanya, beliau akan menasihati mereka yang berminat untuk mengambil cabaran agar memikirkan
simbol yang baik.

“Anda mahu logo yang membawa simbolik yang kuat, yang merangkumi apa gabungan baharu ini
hendak menawarkan diri untuk, dan sesuatu yang boleh dikenal pasti dengan segera oleh rakyat.

“Logo yang dicadangkan Pakatan Harapan ini tidak mempunyai simbol. Tanda ibu jari bukan satu
simbol,” katanya.

Minggu lalu, Pakatan Harapan mengumumkan akan mendaftarkan logo gabungan itu dengan 
Pendaftar Pertubuhan dalam masa dua minggu, dengan menggunakan logo yang sama. Jika kelulusan 
tidak diperolehi dalam masa untuk pilihan raya umum, pihak-pihak individu akan menggunakan logo 
mereka sendiri-FMT 

Sumber TKO - -5-2017



Senarai nama Majlis Presiden belum dimuktamad Telah
Dibocor Kata Bersatu

Posted on Thursday, May 04 @ 22:11:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34793

Berita

Senarai nama Majlis Presiden Pakatan Harapan masih dirangka, kata Ketua biro strategi dan dasar
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Rais Husin.

Meskipun barisan kepimpinan kanan gabungan itu dincangkan semasa mesyuarat majlis presiden
Pakatan Harapan Ahad lalu, beliau menegaskan bahawa senarai itu bukan yang muktamad.


Memandangkan Majlis Tertinggi parti masing-masing perlu membincangkan dan mengesahkan
nama-nama itu, senarai akhir dijangkakan dalam tempoh dua minggu lagi.

Rais menegaskan bahawa "tiga atau empat orang" tidak boleh menentukan arah hala tuju HARAPAN.
"Kami adalah parti demokratik dengan prinsip demokrasi (tetapi) proses (pengesahan)
tidak dilakukan sebelum senarai itu bocor.

"Sehingga masa apabila senarai itu disahkan, barulah kita umumkannya pada sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan," katanya kepada Malaysiakini.

Rais berkata adalah penting bagi senarai barisan itu untuk mencerminkan aspirasi rakyat.

"Rakyat mesti menghormati dan yakin dengan senarai nama itu untuk membawa perubahan yang 

telah dibincangkan.

“Ia mesti adalah barisan betul dengan struktur sepatutnya dan ini belum dimuktamadkan,” katanya.
Pemimpin BERSATU itu mengulas laporan The Malaysian Insight yang memetik sumber yang mendakwa bahawa senarai itu telah dimuktamadkan.

Rais berkata mereka yang bertanggungjawab membocorkan maklumat melakukannya dengan niat 

jahat untuk menggagalkan perbincangan pakatan pembangkang.

"Mesyuarat itu diadakan secara tertutup, bilangan peserta yang hadir adalah terhad; mereka semua 

pemimpin kanan. Saya tidak terbayang bahawa ada daripada mereka yang sanggup membocorkan 
maklumat itu.

"Yang pasti ini dilakukan dengan niat jahat [...] Kita percaya perbincangan sensitif seumpama ini 

mesti diadakan secara tertutup dengan penuh kerahsiaan kerana ini adalah tentang membina 
kepercayaan di kalangan ahli-ahli gabungan," katanya.

Kabinet bayangan

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata 

senarai yang dikatakan itu hanya mengandungi nama-nama jawatankuasa pro-tem HARAPAN, yang 
dibekalkan sebagai memenuhi keperluan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Biasanya untuk senarai jawatankuasa pro-tem, kita hanya boleh menamakan sesiapa sahaja, kita 

juga boleh menamakan orang kampung atau rakyat biasa, ia adalah okay.

"Tetapi kami dalam HARAPAN serius untuk 

mendaftarkan gabungan itu jadi kami 
 mengambil keputusan untuk menamakan 
kepimpinan tertinggi walaupun ia hanya 
senarai jawatankuasa penaja.

"Ia adalah untuk menunjukkan betapa 

seriusnya kami supaya ROS tidak mempunyai 
alasan untuk menolak permohonan kami," 
katanya kepada Malaysiakini.

Pemimpin AMANAH itu berkata terpulang 

kepada orang ramai untuk mentafsir senarai itu sebagai kabinet bayangan HARAPAN.

Salahuddin mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 

dinamakan sebagai pengerusi gabungan itu dan wakil-wakil AMANAH dalam jawatankuasa itu, 
termasuk dirinya, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Mujahid Yusof Rawa 
dan Setiausaha Agung Anuar Tahir.

Malaysiakini pada Mac lalu melaporkan bahawa HARAPAN bersetuju untuk menamakan bekas 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat parti.

Wan Azizah, semasa sidang akhbar pada Ahad mengesahkan bahawa pihak HARAPAN memutuskan 

untuk secara rasmi mendaftarkan gabungan itu dengan ROS dalam masa dua minggu lagi.

Sumber TKO - 4-5-2017



Selepas Teruk Dihentam, Pakatan Harapan Minta Orang
Ramai Cadang Logo

Posted on Thursday, May 04 @ 17:19:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34790



SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) hari ini mengalu-alukan orang ramai untuk menghantar
rekaan logo gabungan itu, selepas cadangannya sebelum ini mendapat kritikan hebat netizen.

"Setelah mengambil kira dapatan dan pandangan umum yang telah diberi, serta berpandukan
pandangan dari kalangan pimpinan Pakatan Harapan, pihak media Pakatan Harapan mengalu-alukan
cadangan balas reka bentuk logo Pakatan Harapan dari pihak yang berminat," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan tersebut juga, PH turut menggariskan empat garis panduan rekaan, yang mana logo
itu perlu terdiri daripada dua warna dan perlu disertakan versi hitam putih untuk tujuan paparan di
kertas undi.

Kedua, ia mesti menggunakan simbol yang mudah dikenali atau difahami ramai.

Ketiga, ia perlu mempunyai rasional berteraskan konsep-konsep 'harapan', 'demokrasi', 'keadilan', '
integriti' dan 'perpaduan'.

Dan keempat, logo mestilah dapat dilihat sepenuhnya, termasuk pada skala kecil (seperti pada
lencana baju).

PH sebelum menyenarai pendek tiga rekaan, namun ia mengundang kritikan netizen yang
menyifatkan ketiga-tiganya 'buruk' dan tidak profesional.

Logo itu bakal dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagai persediaan untuk menghadapi
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebelum ini, parti-parti dalam gabungan pembangkang menggunakan logo parti masing-masing
semasa menyertai pilihan raya.

- Antarapos



Sumber TKO - 4-5-2017


Lebai Pakatan Harapan Sanggah Zakir Naik
Posted on Tuesday, April 18 @ 13:09:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34581

Berita

PETALING JAYA: Komen Dr Zakir Naik mengenai politik di Malaysia tidak boleh dijadikan ukuran, kata bekas anggota Dewan Ulama PAS Selangor, Wan Ji Wan Hussin, kerana pendakwah India itu tidak pernah mengikuti sejarah politik Malaysia secara 

mendalam.

“Tidak salah untuk Dr Zakir memberi komen tentang politik di Malaysia tapi komen yang datang
daripada beliau tentang politik di Malaysia tidak boleh dianggap ada kredibiliti kerana dia tidak
faham recam sebenar politik di Malaysia,” katanya kepada FMT.

Pada Ahad, Zakir menasihatkan umat Islam Malaysia memilih parti diterajui umat Islam yang
“kurang memudaratkan”, sekiranya wujud 2 parti politik di kalangan umat Islam yang bertelagah.

Dr Zakir berkata rakyat Malaysia beragama Islam perlu memilih parti politik yang melaksanakan
prinsip Al-Quran dan Sunnah.

Wan Ji yang kini sebahagian daripada PKR mengingatkan parti politik di Malaysia kini hanya
menggunakan agama untuk berpolitik, bukannnya membawa perjuangan Islam.

“Kalau parti politik yang ada sekadar tahu membaca Al-Quran, membaca hadis, dan itu sudah
dikatakan sebagai membawa politik Islam, ia tidak tepat,” katanya kepada FMT.

“Berdasarkan sejarah Islam, Khawarij juga membaca Quran dan hadis tetapi mereka melakukan
kerosakan kepada rakyat.”

Menurut Wan Ji, parti politik yang perlu dipilih rakyat ialah yang memperjuangkan hak rakyat dan
menolak parti yang melakukan kerosakan.

Sumber TKO - 18-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Masa depan PH...
Posted on Saturday, April 15 @ 23:05:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34544



Assalamualaikum,,,  Saya melihat masa depan PH yang kelihatan tak tentu arah dan berserabut.

Untuk survival mereka beberapa presepsi dibuat, didendangkan dan diulang ulangi.Tak kira apa jua 
yang dibawa pihak yang tidak sehaluan dengan mereka akan dianggap konsperasi terhadap mereka.
Itu yang berlaku apabila mereka terus menerus menuduh dan menganggap RUU 355 adalah satu 
pakatan PAS dan UMNO untuk menghapuskan kehadiran mereka dalam politik negara.Ironiknya, 
sebelum itu bertungkus lumus mereka berusaha mengajak PAS bersama mereka ,cuma apabila PAS 
mengesahkan tidak akan bersama mereka, maka presepsi PAS berpakat dengan UMNO untuk 
menghapuskan mereka dipertingkatkan.Semua penjelasan mengenai BPMS, mengenai usaha 
memartabatkan ugama Islam dalam negara tidak didengarinya sebaliknya terus menuduh PAS mahu 
berpakat dengan UMNO.
Sekalipun sudahpun jelas PAS sudah membuktikan bahawa mereka tidak berminat untuk berpakat
dalam erti pakatan politik dengan UMNO, kalau ada pakatan ianya cuma kerjasama dalam
meningkat apa apa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Pakatan dalam isu pindaan RUU355  adalah pakatan untuk ugama, tapi PH menolak, PH yang
terdiri sebahagiannya orang Islam tidak mahu terima.Pada mereka ianya tetap pakatan untuk
menghapuskan mereka.Maka ianya perlu ditentang, nilai ugama, nilai kehambaan tolak tepi, apa jua
ajaran agama dalam usaha membuat kebaikan tolak tepi, yang penting selamatkan PH dulu.

Berbagai alasan dicipta, presepsi buruk musuh politiknya disebarkan dan fatwa fatwa ugama yang
tidak masuk akal dan dibuat oleh ulamak mereka yang bukan Islam dipersetujui bersama oleh ahli
ahli PH yang beragama Islam.Ugama tidak penting pada mereka, PH didahulukan.

Sebab itu semakin hari semakin rancak dan hebat tindakan dari PH.Pakar strategi mereka sentiasa
mencari idea untuk menambah sokongan dan mengelakkan dari terjadinya pakatan politik antara
PAS dan UMNO kerana pakatan ini mungkin bakal mengkuburkan mereka. tetapi yang mereka tak
sedar gelagat gila gila tak tentu hala mereka menyebabkan semakin hari semakin rakyat yang
merupakan pengundi menolak mereka dan untuk pengundi Islam, seruan pakatan PAS dan UMNO
semakin kuat kerana bencinya mereka kepada PH.

Bilakan PH mahu sedar? Masih berangan angan nak memang Putra Jaya?Sedangkan apa yang
sedang dilakukan mereka melondehkan satu kebimbanganyang amat sangat, iatu kebimbangan
kepada pertandingan 3 penjuru terutama di Terengganu dan negeri negeri negeri yang ada majoriti
orang Islam seperti Kelantan dan Kedah.Kebimbangan ini kerana majoriti pengundi di negeri ini
hanya menjadi pengundi UMNO dan PAS, tiada tempat untuk PH.

Untuk mendapat simpati PAS sudah hampir tidak boleh lagi. dan gelagat yang mereka buat semakin
hari semakin menjauhkan sokongan, jadi apa lagi yang boleh PH buat selain terus menuduh pakatan
PAS dan UMNO yang pula mungkin akan berlaku pada PRU 14 nanti untuk memberi pukulan ko
kepada PH.


PH mungkin boleh selamat kalau sekarang mereka menerima BPMS dan meninggalkan budaya
politik terpekik lolong, budaya presepsi yang tak akan kemana dan budaya politik mencipta bukti
yang tak ada untuk menuduh musuhnya tanpa sebarang produktiviti.

Sumber TKO - 15-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Puak PAN + PH kini Sanggup Berbohong Dengan Petikan
Tok Guru Abdul Nik Aziz

Posted on Friday, March 31 @ 09:58:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34270

Respon

Saya hairan kenapa puak-puak PAN (IKRAM) dan PAKATAN HARAPAN suka menyebar fitnah
dan bohong sedangkan Allah melarang perkara ini. Mereka mengamalkan politik menghalalkan
cara sedang Islam ajar kita berhati-hati dalam perkara berhubung fitnah.

Sebelum ini mereka buat petikan Nik Abdul Nik Abdul Aziz dengan kata-kata dan tarikh petikan itu
diucapkan sedang perkara itu adalah berbohong semata-mata. Malah salah seorang ahli panel
NUNJI PARTI PAN (AMANAH) juga penyebar maklumat palsu tersebut. Dia dalam kuliah selalu
cakap jangan buat fitnah tapi selepas kuliah dia yang sebar fitnah. Ilmu yang yang diajar tidak lagi
boleh meresapi bukan di kalangan pendengar tetapi pada dirinya sendiri. Betullah kata-kata HATI
YANG MATI TIDAK DAPAT MENGHIDUP HATI-HATI MATI YANG LAIN.



Saya telah menulis sebelum ini. Anda boleh baca di sini.

Dulu kita pernah dengar hadis palsu dikalangan pengikut mazhab. Nak tunjukkan mazhabnya baik
mereka reka hadis palsu. Akal kita macam tak percaya orang warak dalam sesuatu mazhab sanggup
reka hadis semata-mata nak tunjukkan mazhabnya betul dan mazhab orang lain salah.

Kalau kata-kata nabi boleh dipalsukan.
Apalah sangat dengan kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Mereka tahu pembaca di media sosial buka buat kaji selidik maklumat itu betul atau salah.

Saya kebetulan suka menyimpan petikan keseluruhan rakaman muktamar PAS (sukar juga nak d
apatkan rakaman keseluruhan, tapi kini mudahlah kerana ada siaran live).


# saya malas nak upload kerana ada banyak versi ucapan termasuk temubual dengan wartawa

Saya mendengar ucapan TGNA sepanjang Muktamar 2008.

TGNA ada menyebut PAS perlu perkemaskan PAKATAN RAKYAT kerana PR lebih peting
daripada 5 negeri yang diperolehi. (Pakatan Rakyat terbentuk selepas PRU 2008 sebelum itu
pembangkang PAS, DAP dan PKR hanya bekerjasama sahaja - ramai salah anggap bahawa PRU
2008 adalah PRU PAS bersama PR)

TGNA juga menyebut kalau nak berbaik dengan UMNO hanya untuk MURBALAH sahaja dan
sebaik-baiknya mendekati UMNO untuk "mampus"kan. TGNA memberikan ibarat sepohon pokok
yang besar jika semua dahannya dipotong pasti pokok itu akan mati.

JIKA ANDA JUMPA PETIKAN APA-APA DARIPADA PARTI PAN (IKRAM) DAN PAKATAN
HARAPAN ANDA PERLU BERHATI-HATI kerana MEREKA INI "kalis neraka" walaupun solat
tapi suka sebar FITNAH. Mereka tak rasa berdosa pun.

Kalau Ahli PANEL NUNJI boleh sebar fitnah, yang lain apa lagi!




Sumber TKO - 31-3-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PH sudah ada tarikh untuk mendaftar di ROS - Naib Presiden
PKR

Posted on Thursday, March 30 @ 10:03:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34261

Berita
 


 SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai tarikh untuk mendaftarkan gagasannya 

sebagai satu entiti di Pejabat Pendaftar (ROS), kata Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin 

Badaruddin.



Namun tarikh itu akan dirujuk kepada Majlis Teknikal dalam PH terlebih dahulu sebelum tidakan
susulan diambil.


"Tarikh tetap (untuk daftar) sudah ada, persetujuan juga sudah dicapai untuk mendaftar satu 

gabungan parti, tapi (tarikh itu) akan diserahkan ke Majlis Teknikal dalam PH (terlebih dahulu)," 

katanya ketika dihubungi Antarapos.


Shaharuddin yang juga Timbalan Naib Canselor Unisel memberitahu berjaya atau tidak parti 

komponen dalam PH mendaftar sebagai satu entiti bergantung kepada Kementerian Dalam Negeri 

(KDN).


"Semua ini bergantung kepada keputusan daripada Kementerian Dalam Negeri," ujarnya.


Shaharuddin berkata PH sudah bersedia dengan segala kemungkinan termasuk pendaftaran mereka 

berdepan dengan isu-isu teknikal membabitkan ROS.


Beliau berkata demikian merujuk usaha pembangkang yang terdahulu untuk mendaftar dibawah 

satu gabungan bagi membolehkan mereka memakai satu logo serta bendera dalam mana-mana 

pilihan raya.


"Soal berjaya atau tidak, sejak tahun 1999 (pembangkang mendaftar) semasa dalam Barisan 

Alternatif (BA) dan tahun 2008 kita pun daftar juga. 


"Jadi kita berusahalah untuk memastikan supaya gabungan itu berlaku secara sah. Tetapi selalunya 

ianya bergantung kepada ROS.


"Jadi saya mencabarlah mereka (ROS) berani untuk bermain secara adil dan saksama dalam konteks 

politik. Benarkan kami untuk menubuhkan satu pertubuhan yang sah dengan satu simbol," ujarnya 

lagi. 


Isnin lalu Majlis Presiden PH bersetuju untuk mendaftarkan parti-parti komponennya dibawah satu 

gabungan sebagai persediaan menuju pilihan raya.


Majlis presiden itu juga bersetuju mencipta satu logo dan menifesto bersama untuk digunakan pada 

musim pilihan raya kelak.  

Sumber TKO - 30-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nama Pakatan Harapan tidak ditukar buat masa ini Kata
Lim Guang Eng

Posted on Wednesday, March 29 @ 20:04:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34250

Berita

GEORGETOWN - Buat masa ini nama Pakatan Harapan tidak akan ditukar sekalipun ada gesaan
daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar nama pakatan pembangkang itu diubah, kata
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun katanya, cadangan Bersatu itu akan dibincang di peringkat sekretariat pakatan.

Pada masa sama, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyambut baik langkah
Pakatan Harapan melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat jawatankuasa sementara mereka.

Katanya pelantikan itu bertujuan mempamerkan perpaduan memandangkan kedua-duanya akan
menjadi personaliti utama dan simbol dalam Pakatan Harapan.

Sebelum ini dilaporkan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, pakatan
pembangkang bersetuju menubuhkan jawatankuasa sementara 18 anggota dalam mesyuarat Majlis
Presiden Pakatan Harapan pada Isnin.

Daripada 18 kerusi itu, 16  akan dibahagikan sama rata dalam kalangan empat parti manakala dua
keanggotaan khas diperuntukkan kepada Dr Wan Azizah dan Dr Mahathir, katanya. - Bernama

Sumber TKO - 29-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muhyiddin akui berlaku pertindihan kerusi
Posted on Wednesday, March 29 @ 08:49:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34243



PETALING JAYA - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terdapat beberapa
pertindihan kerusi yang berlaku dalam gabungan bersama Pakatan Harapan.

Menurutnya, terdapat beberapa kerusi negeri dan Parlimen yang ingin ditandingi Bersatu turut
dituntut oleh parti lain dalam gabungan tersebut.

“Kami sudah pun memaklumkan kepada Pakatan Harapan mengenai kerusi Dun dan Parlimen yang
 ingin ditandingi pada PRU akan datang.

“Kami juga ada berunding, antara lain, mengenai agihan kerusi di mesyuarat Pakatan Harapan yang
diadakan di Parlimen kelmarin,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Justeru katanya, Bersatu komited menyelesaikan pertindihan kerusi dengan parti lain dalam Pakatan
Harapan bagi menarik sokongan pengundi Melayu dan Bumiputera.

“Matlamat kami elak pertandingan pelbagai penjuru. Kita perlu bertolak ansur.

“Mana-mana pihak yang boleh menang, perlu diberikan peluang untuk bertanding. Ini akan
diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal Pakatan Harapan,” katanya tanpa menamakan kerusi yang
dimahukan.

Ujar beliau lagi, Bersatu menghormati keputusan Pakatan Harapan mengenai agihan kerusi.

Sementara itu mengulas mengenai rundingan bersama Pas, Muhyiddin berkata, Bersatu
menangguhkan rundingan sehingga selesai muktamar parti Islam itu bulan ini.

Sumber TKO - 29-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu kepimpinan HARAPAN selesai tak lama lagi kata
Muhyiddin

Posted on Wednesday, March 29 @ 08:26:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34240

Berita
Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih cepat
isu kepimpinan Pakatan Harapan boleh diselesaikan, ia adalah lebih baik bagi gabungan
pembangkang itu.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung kedudukan samar-samar HARAPAN
mengenai siapa akan menjadi calon perdana menteri dan timbalannya jika mereka berjaya menawan
Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

"Pemimpin Pakatan Harapan mengakui persepsi bahawa kita perlu lebih bersatu.

"Pakatan ini akan membolehkan kami membincangkan isu seperti kepimpinan dan pembahagian
kerusi secara bebas dan ikhlas.

“Lebih cepat kita selesaikan ini, makan ia akan menjadi lebih baik untuk Pakatan Harapan," katanya
pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini.

Muhyiddin, berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BERSATU, juga
mengumumkan pelantikan pengerusi dan timbalannya untuk kepimpinan parti itu di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang.

Katanya, kepimpinan bagi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Perlis akan diumumkan pada
masa akan datang.

Muhiyiddin berkata BERSATU tidak akan menubuhkan pejabatnya di Sabah atau Sarawak kerana ia
akan menumpukan usahanya pada kawasan di Semenanjung Malaysia.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, tidak ada tempoh masa atau tarikh akhir ditetapkan untuk
mengumumkan pemimpin pakatan pembangkang itu.

"Pada mesyuarat (Majlis Presiden Pakatan Harapan) semalam, kita membincangkan pembahagian
kerusi dan kita melahirkan harapan bahawa BERSATU diberikan pengiktirafan, dengan peranan
kami untuk menarik sokongan lebih besar di kalangan pengundi Melayu yang beragama Islam.

"Kami difahamkan terdapat beberapa pertindihan kerusi buat masa ini... tetapi isu paling penting
adalah ‘winability’ - pihak yang boleh menarik sokongan paling banyak dan menang perlu diberi
pertimbangan sewajarnya," katanya.

Sumber TKO - 29-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cuti sebulan bagi bapa jika pembangkang kuasai Putrajaya?
Posted on Tuesday, March 28 @ 16:02:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34234



SHAH ALAM, c ― PKR sedia pertimbang cadangan memberikan cuti sebulan kepada suami yang
mahu menjaga isteri bersalin jika pembangkang menguasai Malaysia.Biasanya negara-negara maju
di dunia membina struktur sosial yang lebih kuat, kata ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin

“Di Selangor, PKR sudah pun memberikan cuti selama dua minggu kepada kakitangan kerajaan
Selangor berstatus suami,” katanya.

“Saya kira adalah permulaan dan tempoh itu akan dikaji lagi dan diselaraskan sekiranya diberi
peluang perintah negara.”

Bagaimanapun Zuraida mencadangkan cuti tersebut tidak perlu diwajibkan lagi, memadai dijadikan
pilihan bagi suami.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan cuti dengan gaji penuh bagi bapa
memandangkan cuti kini tidak mencukupi.-themalaymailonline.com

Sumber TKO - 28-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guan Eng: DAP Mahu Pakatan Harapan kekal nama
Posted on Sunday, March 26 @ 17:46:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34196

Berita

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan untuk mengekalkan nama barisan
pembangkang itu tetapi sedia mendengar syor Barisan Bersatu yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin
Yassin, kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau yang dipetik Oriental Daily hari ini berkata, 3 parti komponen PH sebelum ini dalam
mesyuaratnya memutuskan untuk mengekalkan nama sedia ada dan tidak membincangkan hal
pertukaran nama.

Bagaimanapun, kata beliau, mesyuarat akan datang yang membabitkan 4 parti termasuk Parti Bersatu
Pribumi Malaysia (PPBM), yang akan diadakan dalam masa terdekat, mungkin membincangkan
cadangan menukar nama kepada Barisan Bersatu.

Namun beliau tidak menyatakan tarikh mesyuarat itu.

Muhyiddin, presiden PPBM dilaporkan berkata, jika semua parti dalam PH bersetuju, pakatan
pembangkang semasa boleh ditukar kepada Barisan Rakyat, gabungan berteraskan kepimpinan
Melayu, bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dengan lebih mantap.

Muhyiddin ketika berucap dalam program PPBM di Padang Rengas, Perak malam tadi berkata,
PPBM turut mencadangkan gabungan berteraskan Melayu di mana parti pimpinannya itu akan
menjadi parti utama mendukung perjuangan tersebut.


Mengenai bayangan diberikan Muhyiddin yang PH boleh diketuai PPBM, Guan Eng yang juga
ketua menteri Pulau Pinang berkata, beliau perlu memastikan kenyataan itu benar dan tidak menolak
kemungkinan media Umno atau BN mereka cerita.

Katanya, PH sudah mempunyai ketua pembangkang iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan
setakat ini, perkara itu tidak berubah.

Pada 20 Mac lalu, Majlis Presiden PH sebulat suara menerima permohonan PPBM menjadi anggota
terbaru dan bersetuju pakatan pembangkang itu didaftarkan secara rasmi.

Mesyuarat Majlis Presiden PH itu juga bersetuju mengadakan perbincangan serta-merta dalam
kalangan 4 parti untuk menyediakan manifesto secara kolektif dan mencipta logo baharu.

Sumber TKO - 26-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhyiddin syor Barisan Rakyat ganti Pakatan Harapan
Posted on Sunday, March 26 @ 15:48:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34189



PETALING JAYA: Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin 
mencadangkan Pakatan Harapan ditukar nama kepada Barisan Rakyat, gabungan berteraskan 
kepimpinan Melayu, bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dengan lebih mantap.
Menurut beliau, jika kesemua parti dalam Pakatan Harapan bersetuju pakatan pembangkang semasa
boleh ditukar menjadi Barisan Rakyat.

Kata beliau, perkara tersebut akan dibincangkan dalam waktu terdekat.

“Mungkin kita boleh minta namakan Barisan Rakyat, Barisan Rakyat menentang Barisan Nasional,”
kata bekas timbalan perdana menteri itu ketika berucap dalam program PPBM di Padang Rengas,
Perak malam tadi.

PPBM diterima sebagai anggota keempat Pakatan Harapan minggu lalu. Awal bulan ini, Pengerusi
PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan gabungan itu menukar namanya, mencipta logo
yang sihat dan juga simbol dan pilihan raya manifesto.

Kata Muhyiddin, penerimaan cadangan itu bergantung kepada persetujuan pemimpin parti
masing-masing dalam pembangkang.

“Kita nak tegakkan semula sistem yang telah kita tegakkan puluhan tahun sejak merdeka, yang
sudah hampir runtuh, yang tak lagi mampu dipertahankan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan
kuncu-kuncunya,” lapor Malaysiakini memetik beliau, yang juga bekas timbalan presiden Umno
dan timbalan pengerusi BN.

Sambil mengakui adalah sukar bagi PPBM sahaja boleh menewaskan BN, Muhyiddin berkata, itu
sebabnya pihaknya memerlukan gabungan yang terdiri daripada parti-parti pembangkang.

“Kalau bersatu menanglah kita. Jangan lawan sesama sendiri, janganlah Amanah lawan PPBM atau
lain-lain lagi,” kata beliau sambil menekankan formula satu lawan satu.

Menurut Muhyiddin, PPBM juga mencadangkan gabungan berteraskan Melayu di mana parti
pimpinannya itu akan menjadi parti utama mendukung perjuangan tersebut.

“Ia perlu menjadi kerajaan yang dipimpin Melayu. Saya sedang menyebut ini di sini bukan kerana
saya mahu untuk memihak kepada sesiapa tetapi kerana saya tahu majoriti rakyat Melayu,” kata
beliau.

Laporan itu menambah, sambil mengakui hak-hak bukan Melayu juga harus dibela, Muhyiddin
berjanji hak-hak kaum Melayu dan bukan Melayu di negara ini akan dilindungi.


“Sebab tu kena tentukan sebuah gerakan politik baru yang kita nak kepalai, mestilah yang
berkekalan, bukan hari ni sahaja (tetapi) untuk jangka panjang,” katanya.

Sumber TKO - 26-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerusi Pas diagih antara Bersatu, Amanah?
Posted on Sunday, March 26 @ 10:52:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34188



ALOR SETAR - Bersatu dan Pakatan Harapan bersedia gempur dan tawan Kedah pada PRU14, 
meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu BN Kedah kekalkan kuasa 
pemerintahan, kerana Kedah diibaratkan ‘jantung hati Umno’. 


Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keempat-empat parti itu kini 

sudah mewujudkan jawatankuasa kecil untuk berdepan BN, agar kesepaduan dapat dibina lebih awal.


“Pertama kali saya dengar Umno anggap Kedah sebagai jantung hati, manakala Jerlun pula 
dikatakan ‘jantung dalam jantung’. Tidak mengapa, kami bersedia pada bila-bila masa,”katanya.

Ditanya sama ada agihan kerusi antara empat parti sudah mula dibincangkan secara rasmi, susulan 
Pas kini dianggap bukan lagi sebahagian daripada pakatan itu, selepas Bersatu diterima sebagai 
anggota baharu, Mukhriz berkata, perkara itu belum dibincang secara terperinci.

“Soal agihan kerusi memang ada sentuh sepintas lalu, namun keputusan akhir diputuskan di 
peringkat nasional, kita di peringkat negeri akan syorkan. Kami akan bincang terlebih dahulu 
sebelum sepakat serahkan syor itu untuk pertimbangan,” katanya.

Mengulas sama ada kouta kerusi Pas yang diperuntukkan pada PRU13 lalu, diagihkan antara Bersatu 
dan Amanah atau kemungkinan dilakukan rombakan kerusi besar-besaran, Mukhriz berkata, perkara 
itu tidak akan dirundingkan secara terbuka.

“Sampai masa akan umum, tunggu dan lihat kaedah yang akan kami gunakan nanti,” katanya.

Mukhriz berkata, walaupun kelibat pemimpin Umno Pusat dikatakan kerap bertandang ke Kedah, 
namun ia bukan suatu ancaman.

“Mungkin pemimpin Umno akan lebih kerap turun padang selepas ini, kami bersedia malah gerak 
kerja sebagai satu pasukan sudah digerakkan, bukan lagi sebagai parti berasingan. Kedah pernah 
jatuh ke parti lawan, tidak mustahil ia berulang lagi.” katanya.

Menurutnya, ini menunjukkan Kedah sebuah negeri yang penting untuk BN kuasai, sehingga negeri 
itu diletakkan sebagai sasaran awal.

Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail berkata, Bersatu, PKR, DAP dan Amanah kini berkongsi 
aspirasi sama untuk menggantikan kerajaan BN, sama ada di peringkat Pusat mahupun negeri.


“Kami bekerja sebagai satu pasukan, penerimaan rakyat juga dilihat bertambah baik berbanding 
PRU13 lalu,” katanya.

Sumber TKO - 26-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis Presiden tak bincang hasrat parti Ezam - Khalid Samad
Posted on Wednesday, March 22 @ 23:59:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34137



KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak bincang perihal hasrat bekas ahli
Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang  berazam ingin menjadi rakan gabungan itu
sekiranya parti baharu yang dibentuk diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, meskipun cakap-cakap mengenai hal
tersebut sampai ke pengetahuan para presiden, kesemua mereka bersepakat untuk menumpukan
perkara utama dalam mesyuarat terlebih dahulu iaitu perbincangan mengenai logo dan manifesto
baharu Pakatan Harapan.

"Saya tak sepatutnya komen mengenai hal ini, (tapi) kami tidak bincang mengenai parti mereka
dalam mesyuarat baru-baru ini.

"Memang ada dengar tentang itu (hasrat parti baharu Ezam sertai Pakatan Harapan), tapi kami tak
mahu komen dahulu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Menurutnya lagi, sekiranya benar parti baharu itu mahu bersama Pakatan Harapan, Khalid
menasihatkan Datuk Mohamed Ezam dan Khairuddin mengikut saluran betul dengan mendaftarkan
terlebih dahulu parti mereka kepada RoS sebelum mencari ahli baharu dan meluaskan pengaruh serta
kuasa parti.

"Kita tak ada masalah jika mereka mahu jadi rakan kita dalam Pakatan Harapan. Kita memang
mengalu-alukan mereka," katanya lagi.

Khairuddin pada kelmarin menyatakan hasrat ingin menjadi rakan kepada Pakatan Harapan
sekiranya parti baharu yang dibentuk bersama Ezam diluluskan RoS.

Menyatakan itu merupakan langkah pertama diambil sekiranya partinya tertubuh, Khairudin berkata,
agenda yang mahu dilaksanakan adalah untuk memantapkan Pakatan Harapan khususnya menarik
seramai mungkin golongan muda untuk terus menyokong pembangkang secara konsisten, berterusan
dan menyeluruh.

Sumber TKO - 22-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HARAPAN terima BERSATU, logo baru akan direka
Posted on Monday, March 20 @ 16:16:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34103

Berita

Pakatan Harapan sebulat suara menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai 

anggota terbaru gabungan itu.

Keputusan itu diumumkan selepas majlis presiden gabungan itu memutuskan perkara itu dalam
mesyuarat hari ini.

"Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada BERSATU untuk memaklumkan perkara
tersebut," menurut kenyataan bersama pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara
(AMANAH).

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung
DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Sementara itu, HARAPAN juga bersetuju untuk mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.

"Mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto
bersama dan mewujudkan logo baru," kata mereka.

Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mencadangkan nama dan logo baru
untuk gabungan terbesar pembangkang itu bagi memudahkan mereka berdepan BN dalam pilihan
raya.

Sumber TKO - 20-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dr Mahathir kuasai PH, apa nasib Wan Azizah?
Posted on Sunday, March 19 @ 10:02:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34086

Pendapat

Nampaknya PH akan dikuasai secara individu oleh Dr Mahathir. PH akan berketuakan Dr Mahathir.
Mungkin agak keterlaluan untuk memutuskan demikian kerana para pemimpin PH akan menafikan,
tetapi itulah yang tersirat  sekarang.

Kemana Wan Azizah? Apa nasib politik Wan Azizah? Inilah persoalan yang perlu dirungkai sekarang. 
PKR asalnya bermatlamatkan untuk membebaskan Anwar dari segala mehnah. Rsformasi adalah
hanya gimik sedangkan yang asal adalah free Anwar. Inilah yang diperingatkan oleh Wan Azizah
kepada rakan PHnya apabila Dr Mahathir menyatakan PPBM bakal menyertai PH.

Sekarang kerusi yang biasa diduduki Anwar telah diduduki Dr Mahathir. Wan Azizah pastinya
perasan sebab takkan dia tak kenal antara Dr Mahathir dan suaminya Anwar.

Dr Mahathir kita dah kenal lama. Siapa tak kenal ertinya pendek akal dalam politik. Dr Mahathir
pernah berkata tidak ada yang mustahil dalam politik. Kawan akan menjadi lawan. Maka Dr
Mahathir menunjukkan "kekawanannya" dengan menyokong Anwar ketika menentang MKN. Dan
tak mustahil Dr Mahathir akan menghapuskan Anwar dari senarai orang penting PH. Langkah awal
untuk itu mula dilakukan dengan mencadangkan PH diubahsuai dan memakai satu logo. Jika nerjaya,
Dr Mahathir akan berkata Anwar tidak terlibat dalam gabungan baru, mungkin dinamakan Gabungan
Pakatan Baru, GPB.

Wan Azizah mula terpinggir. Dimana-mana perjumpaan yang melibatkan Dr Mahathir, jika Wan
Azizah hadir sama, mukanya nampak kelat. Tak ceria. Nurul Izzah langsung tak nampak muka dah.

Kesihan Wan Azizah.

Wassalam.

Sumber TKO - 19-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Setelah "Tawan" PH Kini Anwar Didesak Namakan Bakal
PM Pembangkang

Posted on Friday, March 17 @ 12:39:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34058

Berita

PETALING JAYA: Sebagai pemimpin pakatan pembangkang dalam 2 pilihan raya umum (PRU) 

lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang paling sesuai menamakan individu bakal mengetuai perjuangan 
menentang Barisan Nasional dalam PRU14, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri itu berkata sokongan bekas pemimpin PKR ini boleh membantu mengukuhkan lagi
gabungan barisan pembangkang yang sedia kukuh dan dipercayai sebelum ini.

“Saya percaya Anwar akan mengambil kira semua faktor yang diperlukan untuk menang dalam
pilihan raya dan mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan beliau akan mengambil alih
jawatan perdana menteri apabila tiba masanya nanti.

“Tetapi, Anwar mesti bertindak sekarang sebelum kita bazirkan masa yang hanya tinggal beberapa
bulan saja lagi, daripada kita bercakap perkara yang tidak penting,” kata bekas menteri di Jabatan
Perdana Menteri itu dalam kenyataan di blognya hari ini.

Zaid berkata pengumuman Anwar itu nanti, mampu meningkatkan keyakinan pengundi kerana
sebagai seorang pemimpin, beliau mungkin penyebab kepada kemenangan pihak pembangkang.


“Kita perlu memberi inspirasi kepada gelombang keterujaan baharu dan meraih kepercayaan
di kalangan pengundi, pilihan raya kali ini perubahan yang sebenar,” katanya.

Sumber TKO - 17-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pluralisme Baik Untuk Rakyat Malaysia! – DAP
Posted on Thursday, March 16 @ 14:21:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34045

Berita

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan pluralisme akan menjadi asas
kepada pemerintahan Malaysia jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU14).

Malah, pemimpin veteran DAP itu tanpa berselindung menegaskan pluralisme adalah kekuatan
Malaysia yang perlu diterima oleh seluruh rakyat negara ini termasuk penganut agama Islam.

“Kepelbagaian dan pluralisme sebenarnya kekuatan dan aset Malaysia yang unik.


“Jika kita menerima Malaysia sebagai masyarakat plural, maka tidak ada ruang untuk rakyat
Malaysia anti mana-mana kaum, agama atau budaya,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang dalam pada itu menegaskan bahawa seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berfikir
bahawa mereka adalah kaum Melayu, China, India, Kadazan atau Iban. .

Kata beliau, setiap rakyat Malaysia perlu menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai
kaum, agama, bahasa, budaya dan tamadun.

Ramai cendiakawan Islam sejak berpuluh tahun lalu melahirkan kebimbangan terhadap rancangan
kelompok tertentu mahu menerapkan semangat pluralisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mereka berpandangan pluralisme akan turut menyebarkan fahaman bahawa semua agama adalah
sama maka kebenaran (hak) tidak hanya dalam Islam tetapi agama-agama lain juga.

Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan parti pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pakatan Harapan menandatangani kerjasama politik dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang
berdendam dengan UMNO kerana beberapa kepentingan peribadinya enggan dipenuhi kerajaan
Persekutuan.

Mahathir mengetuai parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama anaknya, Datuk
Seri Mukhriz dan bekas Timbalan Presiden UMNO yang berpaling tadah, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
– MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 16-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Wan Azizah Ingatkan Tun M Pakatan Perjuang Reformasi!
Posted on Thursday, March 16 @ 14:11:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34043

Berita

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengalu-alukan pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad
bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menyertai Pakatan Harapan.

Beliau yang juga isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara kerana meliwat
lelaki lain bagaimanapun mengingatkan Mahathir bahawa Pakatan Harapan yang turut dibarisi DAP
dan Parti Amanah Negara (PAN) memperjuangkan agenda reformasi yang diperkenalkan suaminya.

"Kesatuan politik Pakatan Harapan ini dibina atas semangat perjuangan reformasi. Perjuangan
reformasi demi menyelamatkan Malaysia adalah perjuangan Pakatan Harapan.

"Nilai-nilai permuafakatan adalah nilai yang diangkat dan dipegang teguh oleh Pakatan Harapan,"
tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahathir semalam memaklumkan PPBM akan menyertai Pakatan Harapan dan beliau memberitahu
akan membuat beberapa pembaharuan ke atas Pakatan Harapan.

Pengumuman Mahathir itu disambut baik oleh pemimpin Pakatan Harapan Pro-Mahathir seperti
Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden
PAN, Mohamad Sabu.

Wan Azizah dalam pada itu mengingatkan semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Harapan
bahawa kemampuan pakatan pembangkang menyaingi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam
pilihan raya umum sebelum ini kerana kepimpinan suaminya.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan akan berbincang dengan pimpinan parti-parti Pakatan
Harapan mengenai hasrat Mahathir tersebut dan akan menjemput pimpinan utama PPBM untuk
membincangkan perkara itu.

"Saya percaya dengan penyertaan PPBM ke dalam Pakatan Harapan akan memperkukuh kesatuan
politik (pembangkang) sedia ada. Ini amat penting demi menghadapi pilihan raya umum yang bakal
menjelang," katanya.

Mahathir keluar daripada UMNO dua tahun lalu dan menubuhkan PPBM kerana berdendam dengan
kerajaan Persekutuan yang enggan memenuhi beberapa kepentingan peribadinya dalam urusan
perniagaan dan politik.
- mynewshub.cc

Sumber TKO - 16-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ikut cara BN kalau mahu menang
Posted on Thursday, March 16 @ 14:08:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34042

Berita

GEMAS - Pakatan pembangkang perlu mengikut cara BN sekiranya mahu menang pada PRU14
nanti.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rahsia kemenangan BN adalah kekuatan
sebagai sebuah gabungan, tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada kala terdapat
perbezaan pendapat.

Menurutnya, kaedah itu digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.
"Kalau mereka (BN) cantum diri mereka dalam satu gabungan dan bertindak bersama dengan satu
matlamat, barulah boleh mencapai kejayaan. Inilah rahsia parti Perikatan dan kemudian BN.

"Rahsianya, mereka mempunyai 13 buah parti tetapi mereka tidak ada perpecahan di kalangan
mereka dalam satu usaha untuk memenangi pilihan raya. Mungkin ada perbezaan pendapat antara
MCA dengan (Yayasan) NAAM, MIC dengan PPP atau lain-lain, tetapi semua itu diketepikan,"
katanya.

Bagaimanapun, katanya, berbeza dengan pakatan pembangkang yang tidak pernah bersatu secara
serius, sebaliknya lebih suka menonjolkan parti masing-masing.

Beliau memberi contoh, setiap parti dalam pakatan yang berlawan dengan BN pada pilihan raya
masih membawa imej serta simbol masing-masing, malah sebenarnya tidak mempunyai perpaduan
yang rapat antara mereka.

“Saya fikir kalau kita boleh ada satu pakatan, satu gabungan yang kuat, kita boleh lawan BN dengan
harapan kita akan menang," katanya ketika berucap pada program Bicara Desa di Felda Jelai, di sini,
malam kelmarin.

Beliau meminta pembangkang ketepikan segala perbezaan pendapat antara satu sama lain.

“Sebab itu, kita mesti lupakan sahaja masalah-masalah lama, tumpukan kepada usaha menjatuhkan
kerajaan BN.  Empat parti yang sudah bersetuju bergabung dan Bersatu secara rasminya telah
mengumumkan bersama dengan Pakatan Harapan," katanya.

Dalam ucapan itu, Dr Mahathir turut menyentuh penyertaannya dalam pakatan pembangkang yang
disifatkan sebagai sesuatu yang sukar.

"Tapi yang peliknya, apabila saya bercakap berkenaan deklarasi rakyat, mereka (pembangkang)
menunjukkan minat untuk bekerjasama. Saya amat menghargainya selepas saya buat u turn saya
bersama pembangkang,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir turut mengingatkan penyokong pembangkang supaya tidak mempercayai
dakwaan kononnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri sekiranya BN
tewas pada PRU nanti.

Sumber TKO - 16-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita Dongeng yang sedang direalitikan...
Posted on Wednesday, March 15 @ 23:40:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34041

Umum

Saya nak masuk rumah kamu, tapi saya minta nama rumah diubah daripada "A House" kepada satu 

nama baru (cadangan "M House") dan selepas ini, semua kena ikut cakap saya.
"Tuan dah beli rumah itu ke," tanya seorang pengikutnya.

"Sesen pun tak bayar. Saya tak akan masuk rumah orang lain. Saya nak mereka bubar dan masuk
rumah saya," jawab tuan.

"Hebatnya politik tuan. Luar nampak macam kita masuk rumah mereka tapi sebenarnya mereka
yang masuk rumah kita," kata pengikutnya.

"Mereka semua itu tewas di tangan saya dulu. Masa saya ada kuasa mereka satu negeri pun tak ada.
Hanya orang hijau itu kalahkan saya dan sampai sekarang saya tak dapat nak buat mereka dengar
arahan saya," jawab tuan dengan nada yang sedih.

"Oleh itu walau ada rumah baru kita masih kena terus bincang dengan orang hijau," kata tuan.

"Mengapa?" Tanya pengikutnya.

"Jangan bagitahu orang... sebab orang hijau ini kingmaker. Kita tak boleh sebut sekarang nanti tiga
budak di rumah baru kita akan merajuk," jawab tuan.

TIMMY SAY

Sumber TKO - 15-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sokongan Melayu Terhadap UMNO Turun Kepada 40% kata
HARAPAN

Posted on Friday, March 03 @ 06:46:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33817

Berita

KUALA LUMPUR: Umno, parti Melayu terbesar di negara ini hanya menikmati 40 peratus
sokongan Melayu pada masa ini, dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Sokongan pengundi Melayu kepada Umno di seluruh negara kekal rendah pada tahap 40 peratus
secara purata,” kata beliau yang juga ahli Parlimen Pandan semasa sidang media, hari ini.

Ia berdasarkan kepada tiga kaji selidik yang dijalankan sejak bulan Disember lalu oleh Pusat
Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) mengenai tahap sokongan ke atas setiap parti dalam konteks
pertandingan tiga penjuru dan calon perdana menteri.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Rafizi berkata, Umno menang 58 peratus undi Melayu 
apabila parti itu berdepan calon PAS dan mendapat antara 60 hingga 63 peratus undi 
Melayu apabila mendepani calon PKR.

Umno juga mendapat sokongan Melayu yang lebih tinggi – 70 peratus undi Melayu – apabila
berdepan calon DAP, jelas beliau lagi.

Kaji selidik itu menunjukkan bahawa sokongan kepada Umno menurun sebanyak 20 peratus,
ujarnya.

“Saya tidak ragu-ragu sekarang bahawa sokongan terhadap Umno telah berpecah,” katanya.

Sumber TKO - 3-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERSATU, HARAPAN akan bincang 'prinsip agihan kerusi'
Posted on Wednesday, March 01 @ 12:20:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33779

Berita

Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah meminta diadakan satu pertemuan dengan parti-parti
komponen Pakatan Harapan untuk membincangkan prinsip asas rundingan agihan kerusi untuk
pilihan raya umum ke-14.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, permintaan itu dibuat ekoran
parti itu tidak hadir di perjumpaan mengenai agihan kerusi di kalangan parti komponen HARAPAN
semalam.

BERSATU, katanya, hanya memerlukan lebih sedikit masa bagi HARAPAN dan pemimpin tertinggi
mereka membuat keputusan mengenai prinsip asas rundingan agihan kerusi sebelum perkara itu
dibincangkan oleh jawatankuasa teknikal yang dianggotai semua parti berkenaan.

Urusetia Pakatan Harapan sedang mengatur pertemuan tersebut, yang akan diadakan tidak lama lagi,
katanya.

Mukhriz juga berkata BERSATU telah menyediakan penyelidikannya sendiri mengenai
pembahagian kerusi, yang akan dibincangkan dengan parti komponen HARAPAN.

Mengulas mengenai ketiadaan hadirian BERSATU semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk
Saifuddin Nasution berkata parti itu masih belum mengenal pasti kerusi yang mahu ditandinginya.

Beliau juga menambah bahawa BERSATU tidak akan mempunyai masalah untuk bersama dengan
parti komponen HARAPAN dalam rundingan pusingan kedua.

Jawatankuasa mengenai rundingan agihan kerusi dianggotai oleh Mukhriz, Naib Presiden
BERSATU, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Saifuddin dari PKR, Anthony Loke dari DAP
dan Hatta Ramli dari AMANAH.

Mesyuarat itu tidak melibatkan PAS, yang telah berkeras bahawa ia tidak akan bekerjasama dengan
mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan AMANAH.

PAS, bekas sekutu Pakatan Rakyat, akan membuat keputusan mengenai hubungannya dengan PKR
dalam muktamar parti itu yang akan datang.

Sumber TKO - 1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agihan kerusi HARAPAN PRU14: PPBM gagal hadir
mesyuarat pertama

Posted on Tuesday, February 28 @ 19:02:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33767

Berita

KUALA LUMPUR: Pusingan pertama mesyuarat agihan kerusi Pakatan Harapan hari ini diadakan
tanpa kehadiran wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti itu masih belum
mengenal pasti kerusi yang mahu ditandingi pada PRU14.

"(Mereka) belum lakukan penyelidikan di kerusi yang mereka mahu bertanding," kata Setiausaha
Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada Malaysiakini.

Beliau ditemui selepas mesyuarat diadakan di ibu pejabat Parti Amanah Negara (Amanah) di sini
hari ini.

Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan naib presidennya, Tan Sri Abdul
Rashid Abdul Rahman (bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya) sepatutnya menyertai
mesyuarat seperti yang dirancang, katanya.

"Tetapi dalam komunikasi terakhir dengan Mukhriz, beliau memberitahu saya bahawa BERSATU
 (PPBM) memerlukan lebih banyak masa untuk mengenal pasti kerusi, dan perkara itu telah
diserahkan kepada Abdul Rashid," katanya.

Walaupun begitu, beliau berkata HARAPAN memutuskan untuk meneruskan rundingan kerusi
antara parti yang telah menjalankan kajian mereka dan telah mencapai beberapa kemajuan.

Sumber TKO - 28-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PH, PPBM bincang agihan kerusi esok - Saifuddin
Posted on Monday, February 27 @ 16:00:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33755



SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dan parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan 

membincangkan pengagihan kerusi esok bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata perbincangan itu akan diadakan 
di pejabat Amanah.
"Buat masa ini (perbincangan antara) empat (parti) sahaja, kita jalan terus," katanya.
"Lepas ini kita nak selesaikan manifesto, jawatankuasa bersama dah ada, kemudian kita nak bincang 
strategi bersama, mesej bersama dan program bersama," katanya kepada portal berkenaan.
Kenyataan Saifuddin itu mengesahkan bahawa PAS tidak menyertai perbincangan itu, sekaligus 
memberi gambaran kemungkinan wujudnya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya akan 
datang. 
PH dan PPBM menandatangani perjanjian kerjasama politik pada 13 Disember lepas, yang bertujuan 
meletakkan satu calon mewakili gandingan itu pada pilihan raya akan datang.

  Pada awal Februari lalu, PPBM mengadakan pertemuan dengan PAS bagi membincangkan 
rundingan ke arah menghadapi pilihan raya, namun sehingga kini tiada kata putus bersabit perkara 
tersebut.

Sumber TKO - 27-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pakatan Selangor Dah Bahagi Kerusi PRU14: 18 PKR,
15 DAP, 14 PAN, 9 PPBM, 0 PAS

Posted on Saturday, February 25 @ 21:52:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33726




KUALA LUMPUR:
Pakatan Selangor dilaporkan telah membuat keputusan berhubung
pembahagian yang akan ditandingi di bawah payung Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14) akan datang.

Portal BNBBC.my memetik sumber dalaman berkata, pembahagian tersebut antara parti komponen
Pakatan Harapan PKR, DAP, PAN dan PPBM sementara tiada peruntukan kepada parti PAS.

Keputusan mengecualikan PAS itu kata sumber berkenaan adalah ekoran PAS masih bermain
tarik-tali samaada akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Barisan Nasional (BN)
pada PRU14 nanti.

Hal ini ekoran PAS bertegas untuk tidak menjalin hubungan bersama PAN dan DAP sepertimana
kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Penasihat PPBM Tun Dr Mahathir
 Mohamad sebelum ini.

“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis
panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti
tersebut,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Menurut BNBBC, peruntukan kerusi mengikut parti Pakatan Harapan adalah 18 kerusi akan
dipertandingkan PKR sementara DAP, PAN dan PPBM masing-masing diperuntukkan 15, 14 dan 9
 kerusi DUN.

Maklumat yang disampaikan ini jelas menunjukkan PAS tidak akan berganding bersama Pakatan
Harapan sekaligus membuktikan PKR tidak lagi berminat untuk bersama PAS.

Lantas, PRU14 ini akan menyaksikan sekurang-kurangnya 15 pertembungan tiga penjuru ekoran
PAS sebelum ini menegaskan akan tetap bertanding disemua kerusi yang ditandingi mereka pada
PRU13.

Pada PRU13, PAS memenangi 15 kerusi DUN dibawah payung Pakatan Rakyat, jumlah sama
dimenangi DAP, sementara PKR cuma memiliki 13 kerusi dan 12 kerusi dimenangi BN.

Walaubagaimanapun, selepas konflik yang berlaku pasca PRU13, dua ADUN PAS keluar parti dan
menyertai PAN menjadikan kerusi PAS berkurang kepada 13.
- Malaysian Digest

Sumber TKO - 25-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang meja bulat bukti pembangkang goyah
Posted on Thursday, February 09 @ 15:18:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33520


KOTA BHARU – Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia anjuran DAP menunjukkan pakatan
pembangkang belum berupaya untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan dari BN PRU14 ini.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul
Zaman Yusoff berkata, ini terbukti daripada ucapan pemimpin dalam sidang itu yang mengakui
betapa pakatan pembangkang masih belum diyakini oleh pengundi Melayu.

“Saya terkejut membaca laporan ucapan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR
Rafizi Ramli dan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang membayangkan
pengakuan mengenai masalah serius pakatan pembangkang dengan pengundi Melayu.


“Ucapan Mohamad Sabu bahawa pakatan pembangkang masih tetap tidak diyakini pengundi Melayu
agak mengejutkan. Ia membayangkan seolah-olah beliau dan Amanah yang diketuainya sudah
mengangkat bendera putih dalam berhadapan dengan pengundi Melayu dan menyalahkan DAP
kerana tidak membantu mendapatkan sokongan pengundi Melayu,” katanya kepada Sinar Harian
di sini.

Kamarul Zaman berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas laporan Sinar
Harian mengenai ucapan pemimpin Pakatan Harapan-Bersatu dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan
Malaysia anjuran DAP di Bandar Utama, Petaling Jaya, kelmarin.

Menurutnya, begitu juga dengan ucapan Rafizi Ramli yang menyebut betapa selagi pakatan
pembangkang tidak mencermin diri sendiri, mereka akan menghadapi masalah untuk mendapat
sokongan, terutamanya daripada pengundi Melayu, kerana masalah kredibiliti mereka.

Termasuk juga seruan Syed Saddiq kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail dan Lim Kit Siang supaya melakukan kunjungan hormat kerumah Presiden, Timbalan
Presiden dan pemimpin Pas lain.

“Semua ucapan ini memberi imej negatif terhadap keupayaan gabungan Pakatan Harapan-Bersatu
memenangi PRU 14 kerana mereka tidak akan menang selagi belum mampu memperoleh sokongan
pengundi Melayu.

“Sepatutnya sidang meja bulat yang membincangkan soal strategi dan masalah dalaman Pakatan
Harapan-Bersatu ini dilangsungkan secara tertutup kerana bila ia dibuka kepada pihak luar maka
sudah tentulah perkara yang tidak sepatutnya akan keluar.

“Bila soal strategi seperti seruan supaya pemimpin PH-Bersatu melakukan kunjungan hormat ke
rumah Presiden, Timbalan Presiden dan pemimpin Pas lain terbocor, maka ia boleh menimbulkan
persepsi negatif yang boleh menjatuhkan semangat ahli.

“Gesaan supaya pakatan pembangkang menumpukan perhatian terhadap isu-isu yang melibatkan
kebimbangan kaum Melayu sebenarnya sudah lama dibuat, termasuk oleh pemimpin Pakatan
Harapan sendiri, dan ia sepatutnya sudah ditangani," katanya.

Sumber TKO - 9-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suasana dan sambutan ceramah Presiden PAN, PH + PPBM
di Tanjung Dawai, Sg Petani

Posted on Saturday, January 28 @ 22:20:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33372

Selongkar

Suasana dan sambutan ceramah PH + PPBM di Tanjung Dawai, Sg Petani malam tadi anjuran PAN, 

parti serpihan yang mendabik dada beritahu satu dunia telah berjaya buat PAS menjadi lumpuh dan 
tidak relevan lagi.
Yang hadir termasuk Ahli Parlimen PKR Sg Petani Johari Abdul.

Cakap banyak tak guna .... Nah!! Siapa yang lumpuh dan tidak relevan????

Rasa-rasanya PKR mampu mempertahankan parlimen Sg Petani sekadar tahaluf siyasi dengan
PPBM dan PAN tanpa bantuan dan kerjasama PAS????.. Mampu???

TENKIU
Hanisya Abdul Hamid







Sumber TKO - 28-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pakatan Lawak Tahap Gaban dan saham PAS yang melonjak
Posted on Thursday, January 26 @ 10:57:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33328




Dulu dicela, malah sekarangpun masih dicela, namun kalaulah boleh punggung Haji Hadi dicium, 

hendak diciumnya punggung Haji Hadi. Demikianlah perangai pemimpin Pakatan Harapan dan 
Bersatu terhadap PAS mutakhir ini.

Kata PAN, memberikan undi kepada PAS adalah seperti memberikan sampah untuk dimasukkan ke
dalam tong sampah. Pergh! hebat parti PAN ini. Namun PAN tak sedarkah mereka seperti melukut di
tepi gantang dalam Pakatan Harapan? Mereka hanya tahap sampah dalam Pakatan Harapan, tahap kuda
tunggangan bagi DAP. Penulis katakan, jika Bersatu menjadi komponen Pakatan Harapan, PAN akan
menjadi pengemis dalam Pakatan. Contoh mudah, dimana-mana progrem pembangkang tajaan Bersatu, PAN jarang malah tidak pernah dijemput. Kerana apa? Kerana PAN tidak ada value untuk menarik pendengar, malah progrem PAN lebih ramai penceramah
dari pendengar.

DAP sudah merasa bahang ditinggalkan pengundi melayu. Maka Kit Siang tidak malu-malu merayu
PAS menyertai Pakatan. Tidak cukup Kit Siang, Ah So Teresa Kok pula cuba merisik PAS. Macam
teressa ini perempuan yang dihantar Kit Siang untuk menggoda PAS la pulak.

Dr Mahathir Bersatu pula jelas bagi penulis sudah pening kepala. Selepas merayu dikutuknya PAS.
Selepas dikutuk dirayu semula. Kemudian disindir-sindir. Penulis rasa lucu juga melihat negarawan
agung Malaysia sudah jadi macam orang sasau.

Dr Mahathir mengutuk PAS, Kit Siang pula mahukan PAS. Dan "tidak ada keperluan DAP berbincang
dengan Dr Mahathir tentang apa yang DAP perlu lakukan kerana beliau bukan ketua Pembangkang".
Malunya!

Jelas sekarang PAS adalah play maker dalam kancah politik Malaysia. PAS tidak sekali-kali boleh
diabaikan. PAS tidak boleh dipinggirkan dari arus politik negara. Maka Pakatan Harapan tidak ada
jalan lain melainkan mengadakan road show keliling negara untuk menjelaskan kepada rakyat PAS
tidak boleh diikut, PAS tidak harus diberikan undi walau satu undi. Untuk mengalahkan UMNO, PAS
harus dikalahkan dahulu. Lim Brady, adalah play maker kelab Arsenal pada zaman tahun tujuh

puluhan. Dia cukup hebat mengemudi Arsenal di bahagian tengah padang. Maka pengurus kelab lain
berkata "Stop Brady if you want to stop Arsenal". Demikianlah PAS, stop PAS if you want to stop
UMNO, kah kah kah.

Pakatan Harapan sudah menjadi Pakatan Lawak Tahap Gaban, pada penulis. Dan PAS semakin naik
sahamnya.

 Wassalam. 

Sumber HD - 26-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Formula 4319 Selangor Tolak PAS
Posted on Sunday, January 22 @ 13:57:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33276

Selongkar

KUALA LUMPUR – Jika benar dokumen Formula 4319 Selangor nampak sangat kerajaan negeri 

yang diperintah PKR mahu ‘menghapuskan’ Pas sebelum pilihan raya umum.
Dokumen yang menjadi tular di media sosial hari ini kononnya senarai nama yang disediakan oleh
Rafizi Ramli untuk calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) di Selangor.

Dokumen bertarikh 23 November itu ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah
Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Menurut sumber, nampak sangat PH sejak dahulu lagi ‘tolak’ Pas dalam senarai walaupun ketika itu
PPBM masih berhasrat bekerjasama dengan Pas untuk konsep ‘satu lawan satu’ dengan BN.

Awal-awal lagi kerusi yang dahulu milik Pas diagihkan kepada PAN dan PPBM.

Berdasarkan dokumen itu, 22 kerusi parlimen diagihkan kepada PKR (10); PPBM (4); DAP (4) dan
PAN (4).

Walaupun ia bukan rasmi namun ia sekaligus membenarkan kenyataan Rafizi yang juga Naib
Presiden PKR itu baru-baru ini mendedahkan kajian INVOKE yang Pas akan lenyap selepas
PRU-14.


Nampaknya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan
Presiden PKR terpaksa akur dalam gerakan PH untuk ‘mengeluarkan’ Pas dari negeri itu walaupun
kini mereka masih bersama membentuk exco kerajaan negeri yang diwarisi semasa Pas menyertai
Pakatan Rakyat lalu.-MalaysiaGazette

Sumber TKO - 22-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Wakil PAS Jelaskan Kejadian Dalam Mesyuarat 12 Mac 2015
Punca Perpecahan Pakatan

Posted on Thursday, January 12 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33165

Berita

Exco Kerajaan PAS Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menceritakan apa yang
berlaku dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan sebagai punca perpecahan gabungan
PAS, DAP dan PKR itu.

“(Pada) 12 Mac (2015), tiga orang wakil kerajaan negeri (Kelantan) dijemput untuk beri taklimat
kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen.

“Saya, Datuk Takiyuddin (Hassan) dan Datuk Dr (Mohamed) Fadzli (Hassan) datang beri taklimat
di bangunan Parlimen.

“Membentangkan (bahawa) kita (PAS) akan membuat pindaan (Enakmen) Kanun Jenayah Syariah II
pindaan 2015. Kita akan bawa dalam (sidang) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bersidang
(pada) 16 Mac,”jelasnya.

Tambahnya, sebaik sahaja cadangan draf pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) itu
dibentangkan dalam mesyuarat PR, DAP menolak mentah-mentah perundangan tersebut.

“Dalam pindaan ini hanya kena (hukum) orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak dikenakan
(hukuman). (Orang bukan Islam) tidak terlibat langsung.

“Sepatutnya, dia (DAP) kena bersetujulah. Sebab kita baiki ke arah yang lebih baik dan mengikut
apa yang disuarakan oleh orang dia (bukan Islam) suarakan sebelum ini.

“Dia (DAP) kata dia tetap tidak bersetuju dengan hudud dan tidak akan menyokong. Tidak setuju
dibawa dan akan menentang.”

Jelas Nassuruddin, hudud telah diluluskan oleh sidang DUN Kelantan pada tahun 1993 sebelum
penubuhan PR lagi jadi tiada sebab PR perlu menghalang perundangan itu dipinda dan dibawa
ke sidang DUN Kelantan semula.

Menurut sumber selain wakil DAP, pimpinan PKR juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut iaitu
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
dan juga Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

“Kita (PAS) kata tak setuju pun kita nak bawa juga (dalam sidang DUN Kelantan)..Dia kata kalau
bawa juga pecahlah (PR).

“Dia kata, ingat dalam negeri dalam PR ini ada tiga negeri (Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor).
 Ada wakil rakyat yang membuat kenyataan itu. (Seorang) Ahli Parlimen. Saya tidak mahu sebut
namanya, (tetapi) seorang Melayu (PKR ?) yang mengeluarkan kenyataan itu.

“Lepas pada (kritikan) yang itu (DAP), yang Melayu (PKR ?) jadi tukang sokong (DAP).”
Tambahnya lagi, tiada sebarang perjanjian bertulis daripada ketiga-tiga parti, DAP, PKR dan PAS
yang menghalang parti Islam untuk memperjuangkan hudud dalam sidang DUN.

“Tidak ada perjanjian pun. Dia kata ada. Bila dia kata ada dalam minit mesyuarat, Datuk Mustafa
Ali pun kata baca baik-baik minit itu.

“Orang DAP, wakil rakyat dia pun baca. Apabila dibaca, rupa-rupanya bukan keputusan (yang
dipersetujui bersama). Itu hanya pandangan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng. Dia kata
kalau tiga-tiga parti tidak bersetuju sebarang perkara tidak boleh dibuat.

“Datuk Mustafa Ali kata itu bukan keputusan. Itu adalah pandangan. Pandangan tidak semestinya
keputusan.”




fazli
fazli1
fazli2

Sumber LINK

Sumber TKO - 12-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lajim Ukin Boikot Pakatan Harapan Sabah
Posted on Monday, January 09 @ 20:32:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33144



Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Lajim Ukin tidak hadir, malah tidak menghantar wakil dalam majlis pelancaran Pakatan Harapan Sabah yang diadakan semalam.

Pelancaran PH Sabah itu diadakan selepas majlis menandatangani perjanjian di antara tiga parti; Stephen Wong ( Pengerusi DAP Sabah), Christina Liew (Pengerusi PKR Sabah) dan Hamzah Abdullah (Pengerusi PAN Sabah).

Majlis pelancaran PH Sabah itu turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah wakil parti tempatan, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Gabungan Sabah.

Bercakap kepada FMT, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong berkata PH Sabah sentiasa terbuka kepada rundingan dengan parti pembangkang tempatan, namun setiap parti tidak boleh bersaing untuk menjadi ‘abang besar’.

“Jika semua orang mahu menjadi ‘taikor’ (abang) dan meminta sebahagian besar kerusi dan mengharapkan orang lain memberi laluan, maka ia akan menjadi sukar,”katanya.

Lajim Ukin, bekas Pengerusi PKR Sabah yang mengumumkan keluar parti pada Okt. tahun lepas untuk menerajui parti baharu, Parti Harapan Sabah berkata partinya hanya menjalinkan kerjasama dengan gabungan parti pembangkang tempatan sahaja.

DAP, PKR dan PAN adalah parti Semenanjung dan bukan parti tempatan.

Lajim berkata, partinya akan menyertai USA (Gabungan Sabah) yang kini terdiri daripada gabungan tiga parti sebagai sebuah parti komponen, iaitu Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Reformasi Negeri (Star).

Namun, Parti Warisan Sabah diketuai oleh bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga parti tempatan tidak bergabung dengan USA.

“Kami buat keputusan Parti Harapan Rakyat Sabah akan menyertai Gabungan Sabah bagi berdepan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang dalam usaha meningkatkan peluang mengalahkan parti pemerintah,” kata Lajim pada satu perhimpunan di Kuala Penyu, Ahad.

Lajim berkata beliau yakin empat parti USA itu boleh mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi di kalangan mereka.

“Malah kita juga boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan, dengan syarat mereka akan membuka jalan bagi parti-parti yang berpengkalan di Sabah mengetuai pertempuran di negeri ini,”
katanya, sambil menambah adalah lebih baik parti-parti tempatan dibiarkan menguasai negeri, bukan parti yang berpusat di Semenanjung. - AIDCNews

Sumber TKO - 9-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa guna MOU jika pembangkang terus bertelagah?
Posted on Wednesday, December 28 @ 19:01:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33016



Pemimpin PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU perlu menghormati kandungan Perjanjian Persefahaman (MOU) yang ditandatangani mereka pada 13 Disember lalu sekali gus menggunakan saluran dalaman untuk menyuarakan segala pandangan yang membabitkan hubungan antara sesama mereka.

Apabila ramai daripada mereka memilih untuk bersuara secara terbuka dalam media massa dan mengabaikan saluran yang ditetapkan oleh perjanjian maka ini akan merumitkan keadaan sekali gus menjadikan perjanjian yang telah mereka tandatangani itu sebagai tidak bermakna.

Pertikaian berterusan yang berlaku antara pemimpin HARAPAN dan BERSATU sejak kebelakangan ini mengenai soal-soal seperti calon perdana menteri,
 pembahagian kerusi mahupun dasar seperti BR1M tidak syak lagi akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap mereka.
Cadangan Timbalan Ketua Pemuda PKR,

Dr Afif Bahardin, supaya AMANAH bergabung bersama PKR sepatutnya tidak ditimbulkan lagi setelah perjanjian persefahaman ditandatangani, jika mahu dibuat pun ia mestilah dibuat di dalam mesyuarat bersama.

Begitu juga kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, mengenai kesediaan PKR memberikan sebahagian kerusinya kepada BERSATU pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang tidak perlu lagi disuarakan jika kandungan perjanjian dihormati.

Turut tidak perlu disuarakan adalah kenyataan terbuka Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, bahawa parti itu bercadang untuk bertanding di 40 kerusi Parlimen pada PRU-14, termasuk kerusi yang di ditandingi oleh PAS dan PKR pada PRU-13.

Jawatankuasa teknikal bersama

Perjanjian tersebut jelas menyebut bahawa HARAPAN dan BERSATU akan meletakkan satu calon sahaja setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kedua-dua pihak berdasarkan prinsip keboleh-menangan (winnability).

Mekanisme untuk membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya ini juga ada disebut di dalam perjanjian itu, iaitu melalui penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal bersama.

Oleh itu, tidak berbangkit soal parti mana perlu menyerahkan kerusi kepada parti lain kerana semuanya akan ditentukan melalui prinsip keboleh-menangan oleh jawatankuasa teknikal bersama ini.
Tidak berbangkit juga soal parti mana dari pakatan pembangkang yang akan menjadi teraju kepada pemerintahan di negeri tertentu seperti dibangkitkan oleh Khalid jika kehendak perjanjian MOU ini diikuti sepenuhnya.

Apa yang sebaliknya perlu dibuat oleh pemimpin Pakatan Harapan dan BERSATU ialah untuk memastikan jawatankuasa teknikal bersama ini dapat diwujudkan secepat mungkin dan membuat kajian yang boleh diterima oleh semua pihak mengenai tahap kebolehmenangan sesuatu parti di setiap kerusi sahaja.

Jika ini dapat dilakukan secara objektif, sistematik dan saintifik serta membabitkan semua kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri maka soal parti mana perlu menyerahkan kerusi kepada parti mana atau soal parti mana akan menerajui negeri mana secara automatik akan selesai sendiri.

Soal siapa yang akan menjadi calon perdana menteri juga tidak sepatutnya menjadi satu isu kerana ia belum boleh dibincangkan selagi matlamat perjanjian untuk mewujudkan gabungan parti-parti politik pembangkang dengan tujuan untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya belum tercapai.

Tunjuk hebat

Keadaan akan menjadi lebih mudah jika semua pemimpin parti politik yang bergabung dalam Pakatan Harapan bersama BERSATU dapat mengikuti kandungan perjanjian yang mereka tandatangani, tetapi bila masing-masing mahu menunjuk hebat dan bercakap sesuka hati kepada media massa maka akan bercelarulah jadinya.

Oleh itu, pemimpin HARAPAN dan BERSATU sepatutnya belajar untuk mengunci mulut masing-masing mengenai hubungan antara mereka dan sebaliknya menyuarakan segala cadangan mereka di dalam mesyuarat dalaman bersama bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi negatif terhadap mereka.

Fokus utama sepatutnya adalah kepada penubuhan jawatankuasa teknikal bersama selain perbincangan mengenai dasar-dasar bersama supaya semua pemimpin HARAPAN-BERSATU dapat kelihatan seia sekata dalam semua perkara.

Keadaan seumpama Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan BR1M sebagai rasuah manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyifatkannya sebagai hak rakyat tidak akan berlaku jika pembangkang dapat menyediakan dasar-dasar bersama mereka terlebih dahulu.

Jika perbahasan dan pertikaian terbuka masih dibuat oleh pemimpin mereka dan jika mekanisme dalamannya tidak berfungsi sepertimana dirancang maka saya sangat pesimis dengan masa depan HARAPAN-BERSATU.


Dr Kamarul Zaman Yusoff adalah Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM)

Sumber TKO- 28-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




HARAPAN sepakat fitnah k’jaan', tapi celaru agih kerusi’
Posted on Saturday, December 24 @ 11:32:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32960



Parti-parti pembangkang yang bernaung di bawah Pakatan Harapan hanya sependapat dan bersatu dalam melontarkan dakyah serta pelbagai fitnah terhadap kerajaan dalam usaha meracuni pemikiran rakyat, kata ahli parlimen Umno Anuar Manap.Bagaimanapun, katanya, apabila isu agihan kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya ditimbulkan, senario adalah berbeza.

Beliau berkata parti-parti baru seperti Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) menagih "simpati" dari sekutu mereka yang lebih mantap dalam usaha untuk meletakkan calon masing-masing pada pilihan raya umum.
“Sudah tentu masing-masing menyatakan mereka lebih layak untuk bertanding di satu-satu kawasan dalam usaha memastikan agenda parti masing-masing berjaya.

“Tidak lebih daripada itu,” katanya yang dipetik oleh portal Umno Online.

Ahli Parlimen Sekinjang itu seterusnya menjangkakan kemelut dan krisis agihan kerusi akan terus berpanjangan sungguh pun pembangkang hari ini dilihat cuba membawa perkara berkenaan ke meja rundingan dalam mencari jalan penyelesaian.

Bagi Anuar, yang pasti PKR dan DAP akan menyerahkan kerusi-kerusi yang sukar dimenangi kepada sekutu mereka.

“Mungkin inilah kawasan-kawasan yang akan diberikan kepada parti-parti baharu itu.

“Namun belum tentu akan mencapai persetujuan bersama kerana seperti apa yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak apabila ianya berubah pada saat-saat akhir dengan bertembung sesama sendiri,” katanya

Pilihan raya negeri Sarawak pada bulan Mei lalu, menyaksikan DAP dan PKR meletakkan calon masing-masing di enam kerusi, dan tewas di semua kerusi berkenaan.

Pemimpin DAP dan PKR yang bertelagah berhubung perkara itu, terus menyalahkan antara satu sama lain.

Awal bulan ini, Pakatan Harapan dan BERSATU menandatangani pakatan pilihan raya untuk memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada pilihan raya umum akan datang.
Selain daripada agihan kerusi, pembangkang juga menghadapi masalah berhubung siapa yang bakal diangkat sebagai perdana menteri sekiranya mereka merampas kuasa persekutuan dalam pilihan raya tersebut.

Sumber TKO - 24-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



HARAPAN memang kapal buruk menanti karam
Posted on Thursday, December 22 @ 14:04:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32943





Jangan salahkan orang lain - termasuk orang Umno dan PAS - kalau ada sesiapa menganggap Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah kapal buruk yang bakal karam kerana berebut jawatan perdana menteri.


  Semalam, Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, mengibaratkan pakatan pembangkang itu umpama kapal buruk kerana berebut jawatan utama kepimpinan negara.

Sebenarnya itu adalah salah HARAPAN sendiri kerana terpedaya dengan jerat Umno yang mendesak supaya mereka mendedahkan kabinet bayangan jika berjaya mengambil alih kuasa daripada BN.

Pemimpin pembangkang bagaikan gagal memahami strategi pemimpin BN yang berpengalaman berpolitik seperti Datuk Seri Nazri Aziz dan lain-lain. Mereka mahir untuk mengasak dan memporak-perandakan HARAPAN.

Akibat sibuk dengan siapa nak jadi perdana menteri ketika HARAPAN masih seperti "kapal belum siap" mengikut kata Syed Ali, pemimpin pembangkang membuat kenyataan gila-gila yang mencerminkan kelemahan dan perpecahan mereka sendiri.

Memang benar ramai daripada mereka yang sudah berdekad menyertai politik tetapi keadaannya tetap seperti tidur sebantal tapi berbeza mimpi.

Kenapa perlu berbahas di media mengenai siapa akan jadi perdana menteri atau isu kabinet bayangan yang akhirnya menyerlahkan lagi kelemahan pembangkang?

Amat jelas ada yang tidak tuntas dengan kemahuan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri walaupun mereka tahu laluan itu sukar.

Dengan mengemukakan formula yang akan menyebabkan timbulnya masalah, pastinya ia mendedahkan HARAPAN untuk dilihat berjuang demi kepentingan masing-masing.

Bukan sesuci, seputih kapas

Mengapa pembangkang - ketika mengkritik Datuk Seri Najib Razak sebagai perasuah, penyeleweng, tidak cekap dan gagal mentadbir negara dengan baik - masih mengharapkan individu yang dipersoalkan peribadinya?

Jika demikian apa beza Najib dan Anwar?

Kenapa HARAPAN tidak cuba mencari jalan – walau panjang sedikit – menyediakan seseorang yang lebih baik di kalangan yang terbaik untuk jawatan itu?

Bernostalgia dengan Anwar atau pemimpin tertentu sepatutnya tidak menjadi pilihan utama bagi pembangkang jika dari segi moral, keupayaan dan keyakinan rakyat - terutamanya orang muda - dibelakangkan.

Begitu juga dalam konteks anggota kabinet bayangan.

Jangan kerana hanya mahu menjawab soalan, pembangkang memberikan kenyataan yang gagal meyakinkan rakyat, apa lagi ia boleh dipermainkan oleh Umno dan sekutunya.

Penulis menyokong pendapat Syed Ali bukan kerana dia Umno atau kapasitinya sebagai ketua bahagian.

Pendapatnya perlu membuka mata pemimpin pembangkang. Kita tidaklah mendesak hingga perlu ada seorang pemimpin sesuci atau seputih kapas. Sebaliknya jika ada sedikit kelunturan pun, janganlah dibiar ada nila atau dakwat setitik dua pun.

Syed Ali turut mengatakan, pemimpin pembangkang terlalu optimis mampu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sedangkan 'kapal buruk' pasti tenggelam ke dasar lautan sebelum sempat singgah di daratan.

Jangan cepat melenting, sebaliknya ambillah sindiran itu sebagai cabaran. Carilah jawapan sesuai untuk mengatasinya. 'Berperang' di media tidak akan mendatangkan apa-apa faedah.

Jika HARAPAN dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mahu bertemu tidak lama lagi untuk memuktamadkan mengenai calon mereka untuk jawatan perdana menteri, teruskan.

Ia langkah baik tetapi jangan hadkan hanya satu atau dua nama saja.

Banyak yang pakar di kalangan mereka dan elakkan daripada mencalonkan yang nama yang sudah tercemar walau atas sebab apa pun.

Elakkan memilih pemimpin yang sebelum ini sudah ditolak oleh rakyat kerana mengamalkan rasuah, salah laku, penyelewengan dan ‘sebab-sebab moral'.

Jangan letak syarat atau terus menamakan sesiapa, sebaliknya teruskan berbincang dan cari yang terbaik. Ia lebih meyakinkan rakyat.

Kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa mereka mahukan Anwar atau melantik seorang perdana menteri sementara juga sangat meragukan.

Apakah sebuah negara boleh dibiarkan terumbang-ambing sekiranya tiada perdana menteri selepas sesuatu pilihan raya hanya kerana menunggu Anwar?

Cadangan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu supaya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil peranan itu juga wajar diperdebatkan.

Kenapa segalaya berlegar di sekitar Anwar, isteri Anwar atau keluarga Anwar?

Ingatlah, HARAPAN sebenarnya bukan kapal buruk atau kapal lama. Ia baru dibina dan mahu dijadikan alternatif kepada BN.

Justeru tunjukan kesegaran dan kelebihannya, bukan mengulangi atau memutar kembali agenda lama menyebabkan kebosanan kepada rakyat pun kini kian cuak dan muak.


HAMBALI ABDUL LATIFF bekas wartawan, pengarang akhbar dan kini perunding media bebas

Sumber TKO - 22-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PH tidak pernah bincang lantik Muhyiddin sebagai TPM, kata Saifuddin
Posted on Tuesday, December 20 @ 23:23:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32922



PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berbincang untuk melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon timbalan perdana menteri, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan bagaimanapun berkata, keputusan memilih Muhyiddin bukan di luar jangkaan pakatan itu.

“Ini kerana saya dapat lihat yang pimpinan PH menghormati Muhyiddin,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, tokoh DAP Lim Kit Siang mendedahkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai perdana menteri, manakala Muhyiddin pula dilantik timbalannya, sekiranya PH dan PPBM memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.


Wan Azizah akan memangku jawatan itu sementara menunggu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

“Pandangan Kit Siang itu dibuat dalam kerangka PH. Bagi PH, calon perdana menteri kami adalah Anwar Ibrahim tetapi memandangkan ada kemungkinan yang beliau dibebaskan, justeru tidak dapat bertanding dalam PRU14.

“Maka, timbul idea tentang perdana menteri sementara. Saya kira Wan Azizah sebagai perdana menteri sementara adalah praktikal kerana ia melanjutkan peranannya yang kini adalah ketua pembangkang, yang dipersetujui secara konsensus PH,” katanya.

Minggu lalu, selepas Mahkamah Persekutuan menolak semakan sabitan kes liwat, Anwar menyatakan akan berbincang dengan peguam bagi mendapatkan kebebasan dengan cara lain.

Kini, pilihan yang tinggal buatnya adalah memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.

Sumber TKO- 20-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pas mampu pengaruhi Pakatan Harapan
Posted on Friday, December 16 @ 11:55:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32864



WALAUPUN Pakatan Harapan sudah menghulurkan tangan untuk kerjasama dengan Bersatu, ketiadaan Pas bagaimana pun tidak seharusnya dipandang sepi dan ia sememangnya menjadi cabaran kepada Pakatan Harapan.

Lidah pengarang Sin Chew Jit Poh berpendapat, sehingga hari ini, bentuk kerjasama antara parti-parti pembangkang masih belum jelas dan muktamad.

"DAP yang berpendirian ingin bekerjasama dengan Bersatu membuktikan parti ini sudah menolak Pas secara terang-terang, namun parti ini tidak menghalang Bersatu dan PKR untuk berunding dengan Pas mengenai pembahagian kerusi.

"Oleh itu, ini menunjukkan bentuk dan cara kerjasama antara pakatan pembangkang ini sentiasa berubah. Demi kepentingan politik masing-masing, hubungan antara Pakatan Harapan dengan Bersatu serta Pas bakal menentukan masa depan pakatan pembangkang secara keseluruhannya," kata akhbar ini.

Menurut akhbar ini, Pas sebenarnya mampu pengaruhi masa depan Pakatan Harapan dan hakikatnya perlu difikirkan secara mendalam oleh pemimpin DAP, PKR, Amanah dan Bersatu.

Kata akhbar ini, kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak bersedia menyerahkan kerusi milik mereka kepada parti-parti pembangkang lain dan ditambahkan lagi Amanah dan Bersatu yang masih terlalu asing bagi pengundi adalah dua isu besar yang perlu dihadapi oleh Pakatan Harapan dalam PRU akan datang.

"DAP dan Amanah seperti yang diketahui ramai enggan kerjasama dengan Pas, dan pada masa yang sama, PKR dan Bersatu pula masih mengharapkan peluang untuk menarik Pas bersama dengan mereka.

"Melihat keadaan ini, tidak dinafikan Pas mempunyai kedudukan penting dalam menentukan bentuk kerjasama yang ingin dilahirkan antara parti-parti pembangkang tersebut.

"Semua pemimpin pembangkang seharusnya sedar bahawa Pas masih boleh membantu mereka dalam mencapai kemenangan dalam PRU akan datang," tulis akhbar ini lagi.

Sumber TKO -16-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PKR, PPBM Gagal Bentuk Blok Pembangkang
Posted on Wednesday, December 14 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32828



KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mencapai persetujuan untuk bergabung dibawah satu gabungan parti pembangkang seperti yang diharapkan oleh ramai penyokongnya.

Pakatan Harapan dan PPBM sebaliknya cuma memaklumkan kononnya satu gabungan parti pembangkang akan diwujudkan antara Pakatan Harapan dan PPBM sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang belum ditetapkan tarikhnya.

“Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) dengan PPBM bersetuju mewujudkan gabungan politik pembangkang sebelum PRU14,” kata Pakatan Harapan dan PPBM dalam perjanjian bersama yang dimeterai kedua-dua pihak hari ini.


Perjanjian itu turut menyebut Pakatan Harapan dan PPBM akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan dan PPBM dalam pilihan raya di mana-mana peringkat.

Bagaimanapun, perjanjian itu akan hanya terlaksana setelah pembahagian kerusi ditentukan melalui perundingan di antara kesemua pihak berdasarkan prinsip boleh menang.

Pakatan Harapan dan PPBM turut berjanji akan menggunakan manifesto dan logo bersama dalam PRU14 tetapi tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

“Parti-parti dalam rangka perjanjian ini hendaklah mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan sebarang pertikaian menerusi perundingan bersama,” kata perjanjian itu lagi. -MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 14-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


HARAPAN, BERSATU bincang kerjasama rasmi 13 Dis
Posted on Friday, December 09 @ 00:10:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32762



Para pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan kerjasama rasmi menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Sekretariat HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah berkata, butiran tepat akan dimuktamadkan semasa mesyuarat pada 13 Disember ini di ibu pejabat PKR.

"Mesyuarat itu dijangka membincangkan kerjasama politik antara keempat-empat parti sebagai sebahagian daripada proses untuk memungkinkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar susulan mesyuarat sekretariat HARAPAN di ibu pejabat DAP Kuala Lumpur.

HARAPAN kini dianggotai oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sambil menyifatkan kehadiran Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pada konvensyen HARAPAN bulan lepas dan persidangan kebangsaan DAP pada Ahad lalu sebagai tanda-tanda positif, Saifuddin melahirkan keyakinan isu-isu lebih serius akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat itu.

"Kehadiran itu hanya untuk bertanya khabar, memberi ucapan...tetapi yang ini adalah pertemuan antara pemimpin tertinggi empat parti.

"Jadi, saya menjangkakan isu-isu yang lebih serius akan dibincangkan. Dan bagi saya, perkara yang dibincangkan akan menjadi langkah seterusnya untuk membentuk pakatan pembangkang dan memastikan pertandingan satu lawan satu pada PRU-14," jelas beliau.

Ketika ditanya sama ada HARAPAN akan membuka pintunya kepada bekas sekutu PAS, Saifuddin berkata, mesyuarat 13 Disember ini akan hanya terdiri daripada pemimpin HARAPAN dan BERSATU.

Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan bahawa matlamat HARAPAN agar akhirnya menyatukan semua parti pembangkang dalam 'satu gabungan besar yang kuat dan kukuh'.
"Ia sentiasa di fikiran kami. Tetapi anda tahu, kadang-kadang orang mengambil masa untuk membuat keputusan. Tetapi masa tidak memihak kepada kita.

"Terdapat begitu banyak parti-parti pembangkang yang lain. Nasib baik anda tidak bertanya kepada saya tentang Sabah," katanya berjenaka.

SumberTKO -9-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perjanjian Pakatan Harapan Tidak Letak Syarat ‘Melayu’
Mesti Jadi PM?

Posted on Thursday, December 01 @ 11:32:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32661



Perjanjian Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani ketiga-tiga parti, Presiden PKR Dato’ Seri Dr
Wan Azizah Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN Haji Mohamad Sabu
pada 9 Januari 2016 di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, tidak meletakkan syarat seorang ‘Melayu’
 mesti dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) jika sekiranya, pakatan pembangkang itu berjaya
menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Malah nama Anwar Ibrahim tidak dicatatkan sebagai bakal PM dalam dokumen perjanjian bersama
itu dan ia sekadar menjadi propaganda politik PH, di pentas-pentas ceramah tanpa
memuktamadkannya sebagai perjanjian bertulis.
tandatangan
Perjanjian yang ditandatangani bersama ketiga-tiga-tiga parti itu tidak menyebut Anwar Ibrahim
sebagai PM juga tidak meletakkan syarat seorang berbangsa Melayu mesti menjadi PM, sebaliknya ia
bersifat terbuka tanpa mengira bangsa dan agama.

“Pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan akan diketuai oleh seorang Perdana
Menteri yang dipilih mengikut kaedah seperti yang dihuraikan di dalam Fasal 1 Keputusan Bersama
tertakluk kepada Fasal 6.4. Wakil-wakil dari parti-parti Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan
Persekutuan itu akan memberi sepenuh kerjasama dan sokongan untuk melicinkan pentadbiran
kerajaan Pakatan Harapan.,”kandungan dokumen itu dipetik

Fasal 1 dalam perjanjian PH adalah berkaitan ‘keputusan bersama’ iaitu berasaskan prinsip konsensus
di mana setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu.
fasal-1
fasal-1-a
Fasal 6.4 menyebut “Perjalanan kerajaan atau pentadbiran Pakatan Harapan di setiap peringkat adalah tertakluk kepada Dasar Bersama Pakatan Harapan seperti yang dihuraikan di dalam Fasal 4: Dasar-Dasar Bersama.”

Walaupun Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan menyebut kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan terjaga sejajar dengan Perkara 3 dan cuba melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum- kaum lain sejajar dengan Perkara 153; namun dalam dokumen yang sama turut memasukkan fasal 4.4 dan fasal 4.6
Fasal 4.4 dimaktubkan sebagai “Dasar Bersama Pakatan Harapan dipersetujui dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian semasa dengan berpandukan kepada peruntukan dan semangat Perlembagaan.”

Manakala Fasal 4.6 pula dimaktubkan sebagai “Dalam membangunkan dan mengemaskini Dasar Bersama Pakatan Harapan seperti di dalam Fasal 4.4, Pakatan Harapan akan mengambil pendekatan inklusif dengan merundingi semua pihak seluas mungkin termasuklah mengambil kira pandangan institusi awam, institusi agama, kumpulan masyarakat sivil, wanita, pekerja, mahasiswa, belia, professional, kumpulan minoriti dan sebagainya.”

Dokumen lengkap perjanjian Pakatan Harapan boleh dirujuk di sini.

Walau pun pada luaran perjanjian bersama PH itu nampak seperti sama rata di antara ketiga-tiga parti, namun dalam realiti demokrasi berparlimen di Malaysia, ia tidak bergantung terhadap dokumen tersebut.

Realiti sebenar bergantung kepada berapa banyak parti-parti itu dapat memenangi kerusi parlimen melalui parti masing-masing, maka parti itu menjadi dominan dan pemutus keputusan dalam sesebuah kerajaan.

Dalam konteks sekarang, DAP merupakan parti paling dominan di kalangan pembangkang di Parlimen, maka DAP merupakan penentu hala tuju pembangkang, meskipun seorang Melayu dari PKR dilantik di atas kertas sebagai Ketua Pembangkang.  - AIDCNews


Sumber TKO - 1-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Mahathir Jual Ubat Luput Tarikh Untuk Sembuh Penyakit Pakatan Harapan
Posted on Wednesday, November 16 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32403



Sebagai yang pernah diperkatakan oleh banyak pihak berkenaan Tun Mahathir, beliau tiada kesetiaan kepada mana mana pihak dan kepada sesiapa pun selain kesetiaan kepada matlamat dirinya sendiri sahaja.

Terlalu tepat sekali pandangan berkenaan Mahathir ini.

Kelmarin ketika berlangsung Konvensyen Pakatan Harapan, Mahathir menyeru kepada pihak Pakatan Harapan supaya semua parti komponen berdiri dalam keadaan bersatu untuk menghadapi Barisan Nasional.

Hanya dengan kedudukan bersatu sahaja Pakatan Harapan boleh dan mampu menjatuhkan Barisan Nasional. Namun itu tidak berlaku.

Kempen peribadi Mahathir kini di bawa ke peringkat nasional kerana sudah gagal di peringkat serangan peribadi beliau bersendirian bersama kuncunya berlawan dengan DS Najib.

Dengan memakai “outfit” Parti Pribumi sebagai lesen untuk bersuara di dalam Pakatan Harapan, Mahathir tanpa malu dan segan berlagak seolah olah dia sudah menjadi sebahagian dari mereka berkurun lamanya.

Mahathir menyeru Pakatan Harapan untuk bersama sama tanpa berbelah bagi kesetian untuk berlawan BN, hanya dengan PH bersatu sahaja BN boleh ditumbangkan.

Jika diperhalusi skrip Mahathir ketika berucap kepada delegasi konvensyen, seseorang tentu dapat megesan bahawa itulah juga skrip Mahathir ketika memakai “outfit” Presiden UMNO dan Pengerusi BN selama 22 tahun.

Maka boleh dikira ucapan Mahathir umpama sedang menjual ubat luput tarikh kepada pesakit baru iaitu Pakatan Harapan.

Lebih tepat lagi jika diumpamakan Pakatan Harapan sebagai syarikat sarkis yang baru sedang masuk ke pekan dengan badut dan haiwan baru untuk dipersembahkan.

Jika dikaji sejarah Mahathir kebijaksanaannya adalah melemparkan sesuatu sebagai umpan untuk mengalihkan pandangan orang dari melihat kepada dirinya.

Dalam perang peribadinya dia berjaya mengalihkan tumpuan rakyat kepada DS Najib sebagai “subject” dan rakyat tidak beri tumpuan kepada penyakit dan masalah peribadi Mahathir sendiri.

Dalam skala besar pula, Mahathir menyeru audien barunya menumpukan perhatian kepada BN dan tidak perlu melihat kepada kedudukan Pakatan Harapan itu sendiri yang carca marba dan kepimpinannya penuh dengan skandal dan isu.

Begitu juga Mahathir berjaya mengalihkan rakyat dari membenci Najib dan apabila gagal menyeru mereka membenci UMNO pula. Kini ia mengalihkan kepada benci BN.

“Shifting of Focus” yang dimainkan oleh Mahathir juga membuat rakyat di arah menyukai “Soros” yang sekian lama dia sendiri yang mendidik mereka untuk membenci Soros.

Mahathir juga berjaya bermain minda rakyat dengan cubaannya menghalalkan wang derma dari Soros setelah sekian lama menyuruh rakyat membenci “derma” dari Arab.

Jika yang menderma itu Arab, maka Mahathir mengelarkan nya sebagai “Arab Bodoh” namun jika ikut kepentingannya di waktu ini jika yang menderma untuk BERSIH dan Majlis Peguam atau MKini itu Soros, maka ia bukan Soros yang bodoh.

Begitulah Mahathir dia tidak bodoh, dia hanya memperbodohkan orang sahaja, yang bodoh sebenar nya adalah mereka yang menerima kata katanya secara pukal “line hook and sinker”.

Mahathir semacam Anwar Ibrahim juga, keduanya berupaya menjual ais kepada eskimo.
Jika mereka bercakap sesiapa yang mendengar tanpa berfikir akan terpengaruh.

Kerana menyedari ada kepincangan dalam perkongsian benci dengan Pakatan harapan , maka Mahathir mengarah mereka menumpu kan perhatian kepada musuh iaitu BN.

Keadaan sebenar adalah kedudukan Pakatan Harapan yang sedang parah.

Kelahiran Parti Pribumi sebenarnya adalah penyakit baru mereka. Parti Pribumi bermasalah umum jumlah keahliannya walaupun mereka boleh menipu dengan jumlah , mereka tidak berani berbuat sedemikian kerana akan diketahui rakyat juga.

Selain Pribumi bermasalah dalaman, sesama anggota komponen pun mereka bermasalah juga.
Konvensyen yang sepatutnya berakhir dengan satu iltizam menandatangani MOU tidak menjadi kerana TS Muhyiddin ada rencana lain yang perlu difikirkan.

Dipercayai usaha sedang dibuat untuk Pribumi mengadakan sepakatan dengan PAS dan PKR dan bukan dengan DAP dan PAN.

Apa pun yang penting Mahathir sedang menjual ubat luput tarikhnya kepada PH dengan harapan mereka membelinya tanpa sebaran keraguan.

Mahathir berharap sangat mereka dapat dipulihkan untuk menghadapi Barisan Nasional, tanpa Mahathir sendiri sedar yang sakit dan nazak bukan sangat kepada kedudukan Pakatan Harapan , tetapi yang sakit dan nazak yang perlu ubat adalah Mahathir sendiri.

Dia yang sedang sakit teruk dan perlu "intensive care".

Tulisan :
Beruang Biru


Sumber TKO - 16-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa mesti sokong PH baru boleh kata tak sokong Najib?
Posted on Wednesday, November 16 @ 05:58:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32394



Assalamualaikum,,,   Peliklah puak puak ni! mesti ikut cakap mereka dulu, baru boleh sahkan tak lawan Umno, kalau tak sokong mereka mesti kawan dengan Umno.Siapa mereka nak buat kesimpulan sebegitu rupa?Apakah kerana tak sokong mereka tak boleh berbincang dengan Umno dalam erti berbincang dengan kerajaan, tapi kalau berbincang jugak, itu maknanya mahu kerjasama dengan Umno.

Kesimpulan mudah yang dibuat diikuti dengan tuduhan tuduhan tanpa asas seperti pak haji korupsi kerana diandaikan TGHH berbaik baik dengan Najib penyamun negara tapi tanpa sedar mereka sedang berpakat dengan ketua lanun negara untuk menjatuhkan Najib. 

Ada pula penyokong kuat ketua lanun yang mendakwa mereka sedang menentang kemungkaran yang dakwanya disubahati oleh PAS, parti yang berdosa.Kerana menentang Najib itu diandaikan mereka sebagai menentang kemungkaran yang dituntut agama dan selepas Najib berjaya dijatuhkan, siapa jua penggantinya boleh buat kemungkaran tanpa perlu dipersoalkan.itu kemungkaran yang sedang mereka tentang.

Teori yang mereka bina cukup mudah, siapa yang tak sokong PH mesti menyokong Najib.siapa yang sokong Najib dianggap menyokong kezaliman dan kemungkaran.Tiada kemaslahatan rakyat yang perlu mereka pikul sebab itu pembangkang dengan sewenang wenangnya boleh keluar dewan kalau mereka mahu, tak perlu jadi produktif dalam apa jua keadaan kerana yang penting sekarang Najib mesti disingkirkan.

Rakyat dan kebajikan rakyat letak belakang, itulah pejuang rakyat, kenyataan bahawa dalam setiap PRU masih ramai terutama orang melayu yang beri undi kepada BN dan Umno untuk terus memerintah diabaikan sebaliknya fokus diberikan lebih lebih kepada 1MBD dan rasuah yang melanda kepimpinan negara.Biarkan rakyat terus hidup susah dengan GST dan tol serta sekarang bil hospital pula kerana 1MBD dan rasuah yang perlu ditentang habis habisan tanpa kira kalau kalau 1MBD ini akan beri undi kepada pembangkang atau tidak.

Siapa peduli selagi teori sokong Najib kerana tidak sokong PH terus diguna pakai.Apa apapun boleh dijadikan hujah walaupun tak masak seperti menentang Najib itu menentang kemungkaran dan PAS parti berdosa kerana buat baik dengan perasuah.Hukum bagi mereka ialah hukum yang boleh memenuhi selera mereka walaupun seorang yang disokong seperti Mahathir sudah jelas meninggalkan suruhan agama untuk sekian lama tapi sebab dia tentang Najib, dia juga dianggap menentang kemungkaran.Mana mana pemimpin PAS yang cuba menasihati Mahathir untuk kembali kepada tikar sembahyang dianggap berdosa seolah olah dia yang menentukan dosa pahala bukan panduan yang sudah termaktub dalam agama.

Sumber TKO - 16-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rancangan Demostrasi 'Tolak Pas' di Konvensyen PH Nampak Janggal & Pelik
Posted on Sunday, November 13 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32360



SHAH ALAM - Satu demonstrasi 'tolak Pas dalam Pakatan Harapan' diadakan di pusat berlangsungnya Konvensyen Pakatan Harapan ‎di IDCC, Shah Alam hari ini.

Mengikut sumber demostrasi ini telah dirancang awal untuk memalukan PAS sekiranya PAS hadir pada konvensyen tersebut.

Ada sumber mengatakan parti PAN mendalanginya tetapi telah dinafikan oleh pihak PAN.

Oleh kerana PAS tak hadir, demostarasi itu diadakan juga dan nampak janggal demostarasi ada sedangkan PAS tak terlibat langsung?

Mestikan pelik.

Tindakan PAS tak hadir adalah satu tindakan yang tepat dan bijak tidak diperangkap oleh puak-puak PAN.

Menurut Presiden kelab penyokong Pakatan Harapan Malaysia, Osman Ismail berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan berkenaan hasrat itu.

Ujarnya, pimpinan tertinggi Pakatan Harapan perlu menjauhi diri daripada Pas, dan tidak perlu lagi memujuk parti itu untuk berada bersama dalam Pakatan Harapan.

"Kami menanti kehadiran pimpinan tertinggi PH untuk menyampaikan hasrat ini," katanya.

Demonstari aman yang disertai oleh 20 wakil NGO Pro Pakatan Harapan itu turut membawa sepanduk yang tertera perkataan menolak Pas.

"Perkuatkan Pakatan Harapan tanpa Pas, sampai bila mahu tunggu Pas kami akar umbi sudah bosan‎," tertera perkataan tersebut.


Sumber TKO - 13-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


PH Berhentilah berfantasi terimalah realiti
Posted on Sunday, November 13 @ 06:07:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32356



Aku nak respon berkenaan Konvensyen pakatan harapan yang berlaku semalam. Pada aku convensyen semalam tidak menyentuh persoalan pokok. Seperti biasa Pas dijadikan punching bag oleh mereka. Mungkin mereka rasa puas dapat menfitnah Pas bila Pas tidak mengikut apa yang mereka mahu.
Pemimpin-pemimpin PH seperti biasa mereka berlagak mereka lah pejuang sebenar tapi mereka tidak memahami apa yang rakyak mahu. Diantara solution yang dibincangkan oleh mereka adalah penggunaan satu logo untuk parti komponen. Rupanya-rupanya kekalahan pembangkang sebelum adalah hanya di sebabkan logo.

Pemikiran pimpinan pembankang PH masih static tak berubah sejak PRU 12 lagi. Masih bodo seperti dulu. Dan mereka ni akan meneruskan ke”bodo”an mereka ni pada PRU akan datang. Bila mereka akan kalah teruk nanti, yang pasti akan jadi punching bag bagi mereka dan juak mereka adalah Pas dan orang-orang melayu.



Cuba perhatikan apa yang berlaku presidential election di US. Bagaimana orang seperti Trump boleh menang jadi Presiden???Kunci utama kemenangan Trump adalah dia bersikap rasis. Serang betul-betul atas kehendak Islamophobia masyarakat  barat. Clinton yang menjadi favourable kepada masyarakat Islam berada dalam keadaan disadvantage bila kebanyakan kempennya di hadiri oleh muslim yang bertudung.



Perkara sama berlaku dimana-mana sahaja, kita tak perlu menafikan reality termasuk di malaysia. Malaysia mempunyai 50% lebih Melayu dan bumiputra. Melayu dan bumiputra adalah kunci utama untuk kita melakukan perubahan. PRU 13 kita telah tengok lebih 90 % pengundi cina beralih kepada pembangkang tapi tidak mampu mengubah landskap Negara.



Perkara pokok ataupun isu utama orang Melayu perlu diselesaikan . Tawarkan sesuatu kepada orang melayu yang mana bila dia mengundi pembankang dia tak rasa survival melayu ni terhakis. Ni isu utama yang kena diselesaikan. Kalau benda ni tak dapat nak selesaikan jangan mimpi nak jatuhkan BN dan jangan meroyan kata kamu tu pejuang rakyat.



Dap perlu melunakkan suara dengan orang melayu. Orang melayu merasa terancam di sebabkan oleh DAP, kita perlu terima reality ini. Ini merupakan ibu segala penyelesaian politik Negara kita. Jika DAP dapat tawarkan sesuatu yang solid yang dapat memberi kenyakinan kepada pengundi Melayu berkenaan survival Melayu dan kepentingan Islam. Selepas itulah baru kita boleh bercakap soal hendak jatuhkan BN. 



Selain dari itu, Selagi DAP tidak melunakkan suara dengan selunak-lunaknya. Politik pembangkang hanyalah perkara sia-sia. Jika ini tak diselesaikan, majority melayu tak akan memilih DAP,PAN & PKR. Hasilnya PKR akan Kelaut, Pan akan jadi debu-debu berterbangan di udara. 



Sources kemenangan Pembankang adalah Pas sebab Pas adalah pilihan alternative orang melayu selain UMNO. Tapi bila DAP mengkhianati PAS dan menjadi tulang belakang kepada PAN. Maka DAP khususnya dan PH amnya berada dalam keadaan sangat disadvantage untuk mendapatkan kepercayaan orang melayu islam.



Juak-juak Pan tolong la terima reality, bukan PAS yang menjadi masalah, bukan orang melayu yang tak mahu perubahan tapi tak ada satu pun tawaran yang dapat menyakinkan orang melayu untuk mengundi DAP. Dan juak-juak PAN tolong lah jangan jadi bodoh perhatikanlah reality sebenar nasihatkan lah DAP tu supaya berlembut dengan orang melayu. Apa-apa urusan berkaitan orang melayu islam tak perlu kamu menentang wahai Dap.



Jika betul-betul mahukan perubahan yakinkanlah pengundi melayu.



Berbaiklah dengan Melayu! terima la realiti yang bangsa Melayu adalah bangsa majority di Malaysia dan bangsa Melayu islam di Malaysia tidak menindas bangsa lain seperti yang berlaku di tempat-tempat lain di dunia. Jangan memanipulasi politik kami untuk kepentingan kamu .



Selagi tidak ada perubahan sikap dari DAP dan tak ada tawaran yang dapat menjamin kepentingan orang melayu dan agama islam terjaga jangan mimpi untuk jatuhkan BN. Terimalah realiti.



Sumber TKO - 12-11-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pas Tidak akan hadir konvensyen pembangkang
Posted on Wednesday, November 09 @ 16:30:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32302



PAS bertegas tidak akan menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan yang akan diadakan di Shah Alam, Sabtu ini.

Demikian dinyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sin Chew Jit Poh.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah. Oleh itu tidak ada sebab wakil Pas perlu menghadiri konvensyen tersebut yang turut disertai kedua-dua parti itu.

Selain DAP dan Amanah, PKR turut berada dalam Pakatan Harapan. Beberapa pemimpin Bersatu turut dijangka muncul di konvensyen berkenaan.

Difahamkan, kemuncak konvensyen Pakatan Harapan itu adalah perjanjian antara Pakatan Harapan dan Bersatu bagi mewujudkan satu bentuk kerjasama untuk mencapai strategi satu lawan satu dengan BN pada PRU akan datang.

Menurut akhbar itu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini menyatakan, konvensyen kali pertama dianjurkan Pakatan Harapan itu akan jemput Pas dan Bersatu.

Mengenai strategi satu lawan satu dengan BN, Tuan Ibrahim berkata, Pas memang setuju dengan perancangan tersebut kerana ia mampu meningkatkan peluang untuk parti pembangkang mengalahkan BN.


  "Pas tiada sebarang masalah mengenai isu 'satu lawan satu' ini. Namun, Pas perlu memastikan tidak ada parti pembangkang lain yang datang menjejaskan kawasan yang kami ingin tandingi," kata Timbalan Presiden Pas itu.

Sumber TKO - 9-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kabinet bayangan PAKATAN HARAPAN mungkin bulan depan - Saifuddin
Posted on Monday, October 24 @ 19:58:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32109



Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini membayangkan bahawa kabinet bayangan pakatan pembangkang mungkin diumumkan pada konvensyen akan datang bulan depan.

"Kami (HARAPAN) akan mengadakan konvensyen pada 12 Nov dan mungkin akan ada beberapa persetujuan di antara parti-parti politik dalam HARAPAN dan di luar HARAPAN.

"Ini akan memberikan kamu beberapa petanda tentang bagaimana bentuk kerajaan bayangan itu," katanya sebagai menjawap soalan Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Parti-parti politik di luar HARAPAN termasuk parti sepihan Umni yang baru ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS, katanya.

"Jadi, sila bersabar. Kita mempunyai masalah dan kadang-kadang ia adalah di luar imaginasi kita," kata Saifuddin yang menulis kata pengantar untuk koleksi esei bertajuk 'The End of Umno?'

Ambiga, semasa majlis pelancaran buku itu di Royal Lake Club Royal di Kuala Lumpur, bangkit dan menyoal Saifuddin sama ada pembangkang sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 kerana mereka masih belum membentuk kabinet bayangan.

Beliau juga menuntut Saifuddin memberitahu rakyat Malaysia mengapa mereka perlu mengundi pembangkang sedangkan mereka tidak mampu membentuk kabinet bayangan.

Sumber TKO - 24-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dendam Mereka ‘Terpercik’ Ke Muka Sendiri

Oleh : Salam Muhammad

Ketika PAS mendakwa dikhianati oleh bekas wakil rakyatnya yang melarikan kerusi dan meminta mereka meletakkan jawatan, pelbagai alasan diberikan oleh mereka yang berseteru dengan PAS. Golongan pro-DAP dan PKR sanggup pula bersekongkol dengan golongan politikus durjana yang akhirnya membentuk PAN.

Begitu juga apabila PAS menegaskan untuk mengambil (bertanding) kembali kerusi-kerusi yang dipinjamkan kepada rakan sekutu Pakatan Rakyat, mereka mendakwa tiada kerusi tradisi bagi satu-satu parti. Tiada istilah kerusi pinjam.



Kini, DAP dan PKR rasa yang PAS pernah alami. Wakil rakyat DAP bagi kerusi Likas, Junz Wong keluar parti. DAP minta beliau agar letak jawatan. Manakala Adun Klias Datuk Seri Lajim Ukim serta Adun Moyog Terrence Siambun – kedua-duanya daripada PKR mengumumkan keluar parti dalam satu majlis bersama di Kota Kinabalu.

Marah benar DAP dengan pengkhianatan oleh wakil rakyat mereka. Tetapi bukankah dulu, DAP tidak mengganggap pemimpin yang melarikan kerusi PAS sebagai pengkhianat? DAP ketawa dan meraikan pula manusia yang tidak bermaruah itu. Malah akhirnya mereka mengajak pula golongan itu menubuhkan Pakatan Harapan.


Begitu juga apabila DAP dan PKR hendak bertanding semula di Sungai Siput pada PRU14 nanti. Naib Pengerusi DAP Perak menyatakan hasrat untuk bertanding semula di kerusi yang diberi pinjam kepada PSM. Bukankah semasa PAS guna istilah “ kerusi pinjam”, kamu kata tiada istilah kerusi pinjam. Kena kepada kamu, ada pula istilah kerusi pinjam. Kan haprak tu.

Inilah sebahagian sandiwara politik oleh golongan oportunis. Golongan ini mendakwa dengan seribu hujah bertaraf ‘akademik longkang’. Mereka boleh membentang dokumen dengan fakta palsu demi menegakkan benang basah. Mereka megah dengan title professional, pintar berbahas, istilah rahmatan lil ‘alamin, CAT (competency, accountability, transparency dan kerajaan Khalifah Umar Abdul Aziz. Rakyat menjadi keliru lantas membantai PAS dari kiri dan kanan.

Kesimpulannya, motif tulisanku ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat wajah-wajah sebenar pelakon opera yang mementaskan politik palsu dan jelek. Saksikanlah.

Sumber BO - 5-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































































































































PRN Selangor: DAP usahlah gelojoh

SYED AHMAD FADHLI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42572-prn-selangor-dap-usahlah-gelojoh

DAP Selangor mengumumkan keputusan mesyuarat tergempar mereka untuk mendesak Pilihan Raya Negeri Selangor diadakan segera sebelum persempadanan semula SPR dapat dikuatkuasakan.

Sebelum daripada ini, Lim Kit Siang sudah menyatakan pendirian yang serupa namun ia telah disanggah oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.

Semalam, PAN pula menyalahkan PAS sekiranya Pilihan Raya Negeri Selangor diadakan segera kerana PAS dikatakan menjadi penghalang kemenangan mereka.

PAN ini dah tiada skrip lain ke selain daripada menyalahkan PAS?

DAP yang cadang, PKR yang bantah, PAS juga yang dipersalah.

Tidak dinafikan, persempadanan semula kawasan oleh SPR seperti kebiasaan dahulunya akan menguntungkan UMNO-BN, tetapi adakah dengan mengadakan pilihan raya mengejut dapat memberi jaminan kemenangan yang serupa?

Mungkin, DAP terlupa kata pepatah Melayu ada menyebut, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

Silap gaya, Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR, DAP dan PAS akan tumbang lebih awal daripada Kerajaan Negeri lain pimpinan BN.

Lagipun, untuk mentadbir negeri mestilah menang dengan jumlah kerusi majoriti kerana setakat ini Formula 1 Adun Kuasa 10 itu masih belum lagi digunapakai dalam sistem demokrasi di dunia ini melainkan PAN Kelantan. – HARAKAHDAILY 21/9/2016

Sumber HD - 21-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Politweet: Populariti laman sosial PKR dan PAS atasi DAP
Posted on Thursday, September 01 @ 18:26:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31519



PETALING JAYA: Populariti parti politik PKR dan PAS semakin meningkat di laman sosial sehingga menenggelamkan DAP, menurut firma kaji selidik Politweet.

Laporan Malay Mail Online yang memetik kajian Politweet menyatakan PKR kini diikuti lebih ramai orang di Facebook dengan 1.8 juta pengguna dirapati PAS dengan 1.6 juta pengguna.

Manakala pengikut DAP turun mendadak kepada hanya 1.1 juta pengguna Facebook berbanding angka kemuncaknya pada Januari tahun ini iaitu 4.6 juta.

Ini adalah penurunan yang besar memandangkan DAP sebelum Mei mendapat perhatian yang paling banyak di Facebook selepas Umno.

“Sejak April 2013 DAP adalah parti pembangkang yang paling kuat di Facebook dari segi minat pengguna.

“Kini, DAP adalah parti pembangkang yang paling lemah di Facebook berbanding PKR dan PAS, dan ini mungkin akan menyebabkan ia berdepan cabaran dalam menyebarkan mesejnya kepada pengikut laman sosialnya,” kata Politweet dalam kaji selidiknya.


Pada waktu puncak, DAP pernah menyaksikan lebih 3 juta lelaki dan 1.8 juta wanita yang menyatakan minat terhadap parti itu.

Secara geografi pula, minat terhadap terhadap DAP jatuh di semua negeri termasuk kubu kuat Roket, Pulau Pinang.

Parti itu kehilangan 69% minat pengguna di Pulau Pinang, manakala PKR, PAS dan Umno menunjukkan peningkatan.

Kajian itu juga menunjukkan kehilangan penonton antara 45% dan 74% dalam semua kategori usia dan paling buruk ialah kumpulan usia 13-20 tahun dan 31-50 tahun yang membawa pengurangan keseluruhan 62.21%.

Menurut Politweet, penurunan minat keseluruhan ini berpunca daripada beberapa insiden yang berlaku dalam parti itu sehingga memberi kesan kepada pengguna pelbagai peringkat usia.

Minat terhadap DAP memuncak apabila parti itu memutuskan hubungan dengan PAS berhubung perbezaan pendapat mengenai hudud pada Mac 2015 namun jatuh selepas ia mengisytiharkan pemansuhan Pakatan Rakyat pada Jun tahun yang sama.

Politweet dalam kajian Twitter sebelum ini ini menyatakan penurunan minat juga disumbangkan oleh skandal pembelian banglo Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Kejatuhan ketara juga dilihat antara Mac-April 2016 apabila timbul tuduhan terhadap Lim Guan Eng,” kata Politweet.

Sumber TKO - 1-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tamrin keluar Deklarasi Rakyat, tak sertai BERSATU
Posted on Friday, August 26 @ 14:24:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31455



Bekas anggota PAS yang juga anak bekas timbalan perdana menteri, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini mengumumkan beliau menarik diri daripada menjadi seketariat Deklarasi Rakyat.

Malah, bekas anggota parlimen Batu Berendam itu juga berkata, beliau tidak akan menyertai parti baru yang ditubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Sukacita dimaklumkan setelah memikir dengan teliti, maka saya memutuskan tidak akan menyertai parti baru yang sedang diusahakan Muhyiddin.
"Menarik diri dari seketariat Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun (Dr) Mahathir (Mohamad). Keputusan ini adalah muktamad. Ia berkuatkuasa mulai hari ini," kata Tamrin dalam kenyataannya.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Tamrin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tindakan terbarunya itu.
"Kenapa (saya tak mahu sertai parti baru dan tinggalkan seketariat Deklarasi Rakyat), saya tak akan bincang. Cukuplah setakat kenyataan ini sahaja," katanya.
Ditanya lagi apakah tindakannya selepas ini, Tamrin hanya berkata:
"Masih ada masa lagi. Kemudianlah kita bincang," ujarnya lagi.
Tamrin merupakan antara individu yang menjadi seketariat Deklarasi Rakyat.
Bekas pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu sebelum ini bersama BN dan pernah menjadi anggota parlimen Batu Berendam dibawah parti itu selama 10 tahun.
Pada 2012, anak kedua Tun Ghafar Baba itu kemudiannya bersama PAS dan selepas tiga tahun, beliau meninggalkan parti Islam itu.
Keputusan untuk meninggalkan PAS didakwa kerana beliau dilaporkan mula tidak senang dengan parti Islam itu sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti berkenaan dengan Pakatan Rakyat.

Sumber TKO - 26-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada keperluan lantik Muhyiddin Sebagai ketua pembangkang baharu - Azmin
Posted on Saturday, August 20 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31405



KUALA SELANGOR - PKR menegaskan tiada keperluan melantik bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang baharu.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan Harapan tidak pernah membincangkan perkara itu, malah ia bukan topik penting untuk diketengahkan.
Beliau berkata PKR tetap dengan pendiriannya mengekalkan presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang dalam menerajui Pakatan Harapan.
"Sekarang bukan soal siapa ketua pembangkang (baharu) sebab ketua pembangkang telah pun ada iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Tidak ada cadangan untuk tukar (ketua pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat kelulusan dan borang 5A Kampung Sungai Yu, di sini, hari ini.  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar yang memetik Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebagai berkata bahawa Muhyiddin boleh dilantik menjadi ketua pembangkang sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia komited dengan agenda reformasi.
Pada 9 Ogos lepas, Muhyiddin dan beberapa bekas pemimpin Umno mendaftarkan parti itu, yang dikritik sebagai serpihan Umno dan tanpa motif jelas penubuhannya. –Bernama

Sumbear TKO - 20-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti Bersatu dipelawa sertai PH - Wan Azizah
Posted on Thursday, August 11 @ 16:52:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                             

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31328


PKR mengalu-alukan kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai salah satu daripada komponen parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kemasukan parti baharu itu akan menguatkan lagi pengaruh pembangkang untuk menjatunkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umu ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata, dalam BN ada 14 parti komponen iaitu jauh lebih banyak daripada PH yang setakat ini mempunyai tiga parti tidak termasuk Bersatu.

"Kalau ada dakwaan mengatakan kemasukan Bersatu akan menjejaskan sokongan rakyat, itu tidak benar.

"Bahkan kami (PH) makin kuat," katanya pada sidang media pelancaran Kuih Bulan Reformasi di ibu pejabat PKR di Tropicana di Damansara hari ini.

Pada sidang media itu juga Wan Azizah mendoakan agar mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad cepat sembuh untuk bersama pembangkang melancarkan gerakan menjatuhkan BN.

Dr. Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam, selepas mengadu sakit dada.

Menurut Dr. Wan Azizah, pembangkang sependapat dengan ramalan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam bahawa PRU14 akan diadakan lebih awal dari tempoh tamat penggal.

"Kemungkinan pilihan raya awal itu ada. Kita tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam keadaan tidak senang dengan kemelut yang melanda parti dan negara bawah pimpinannya," katanya. - MalaysiaGazette                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber TKO - 11-8-2016                            

 --------------------------------------------------------------------------------                                                                                                           
Muhyiddin calon PM dari pembangkang kata Zaid
Posted on Thursday, July 28 @ 18:28:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                   

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31172


Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim membayangkan perkembangan parti pembangkang yang baru diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zaid berkata, parti itu akan dianggotai kaum Melayu dan Bumiputera serta diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berpotensi membuka jalan bagi beliau dilantik sebagai calon perdana menteri baru pembangkang.                                                                                          
"Sebuah parti politik di negara ini boleh berdasarkan satu kumpulan etnik selagi ia bukan rasis, berfikiran sempit dan melampau dalam tindakannya.                                                                                                                                                                                                                                              "Apa yang kita perlukan adalah sebuah parti berasaskan Melayu yang inklusif dan progresif, dan yang mempunyai semua ciri-ciri sebuah parti masa depan," Zaid menulis dalam blog terbarunya.
Sebagai perdana menteri pilihan pembangkang, Muhyiddin akan mengisi kekosongan dalam kepimpinan Pakatan Harapan, kata Zaid.                                                                                                            
Ini kerana parti-parti pembangkang pada masa ini tidak mempunyai seorang pemimpin yang mampu menyatukan mereka, katanya.                                                                                                                                      
"Sebenarnya mereka fikir mereka cukup kuat untuk menyatukan pembangkang dan mengekang kurangnya kepercayaan bersama yang telah mencemari kerjasama mereka.                                                                
"Tetapi mereka tidak," katanya, memetik contoh konflik PKR dan DAP dalam mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.                                                                                                                                  
Beliau mengulangi pendirian sebelum ini bahawa sekutu DAP itu perlu menyokong pilihan raya negeri seperti dicadangkan.                                                                                                                                
Satu lagi isu yang perlu ditangani ialah sama ada PAS harus dibenarkan untuk menyertai semula pakatan pembangkang untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya, katanya.
"Jika pembangkang mempunyai pemimpin yang kuat maka pandangan beliau perlu dalam keputusan yang sukar seperti ini. Jika tidak, pertelingkahan akan berterusan," katanya.                                                      
Bagaimanapun, Pakatan Harapan pada September tahun lepas mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon untuk jawatan perdana menteri, jika menang pilihan raya akan datang.                                    
Muhyiddin, bersama-sama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno selepas kritikan tidak henti-henti mereka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Pagoh tersebut pada masa itu berkata, beliau masih menimbangkan sama ada untuk menubuhkan sebuah platform politik baru atau menyertai parti sedia ada.                                                                                                                                                   Sumber TKO - 28-7-2016                                                                            -------------------------------------------------------------------------------                                                                           
Parti baharu: Tunggu kenyataan rasmi Tun
Posted on Thursday, July 14 @ 14:13:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31007



SHAH ALAM - "Masih terlalu awal untuk saya sahkan pembabitan dalam mana-mana parti politik baharu, begitu juga penubuhannya seperti yang diperkatakan."

Demikian menurut bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berhubung berita mengaitkan beliau bersama bapanya (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang mempertimbangkan penubuhan parti baharu bakal diterajui bapanya itu. 
Namun, beliau tidak menolak kemungkinan ada pengumuman akan dibuat Mahathir dan Muhyiddin.
"Perkara ini masih terlalu awal untuk diulas lanjut, lagipun ia melibatkan banyak perkara, semuanya masih dalam perbincangan.
"Tunggu kenyataan rasmi daripada Tun kerana keputusan itu nanti adalah satu pilihan terbaik daripada kami sebagai ahli parti yang dipecat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Mukhriz yang kini berada di London berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada sebarang keputusan yang dicapai hasil perbincangan antara beliau, bapanya dan Muhyiddin. 
"Kami bukan keluar parti tetapi dipecat, ianya cukup berbeza, lagipun sebagai pemimpin, kami kena fikir hala tuju baharu sebagai langkah mengukuhkan kedudukan, di samping memikul tanggungjawab yang diamanahkan rakyat," katanya.
Hari ini, Mahathir akan mengadakan mesyuarat dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, dipercayai bagi berbincang mengenai menubuhkan parti baharu dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin dan Mukhriz juga dijemput, bagaimana pun, kedua-dua bekas pemimpin Umno itu tidak akan hadir kerana kini berada di luar negara.
Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal juga dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Sumber TKO - 14-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari tawaran PAS, Azmin nampak 'harapan'
Posted on Wednesday, July 13 @ 19:19:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31002













Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' rakan sejawatnya dalam PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Azmin yang juga menteri besar Selangor memuji Tuan Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang matang serta memiliki visi jauh, apabila meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepartian.
“Pendirian baru yang dikemukakan oleh PAS memberikan harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dalam negara yang tidak mungkin dicapai tanpa perpaduan yang utuh di kalangan semua parti pembangkang,” katanya.
Tuan Ibrahim membuat seruan itu bagi memberi fokus kepada “musuh sebenar”, iaitu Umno dan BN.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan mempunyai banyak persamaan dan hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.
Dalam kenyataannya petang ini, Azmin berkata sejarah membuktikan perpaduan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen dua kali berturut-turut.
Pembangkang juga, katanya, memperoleh majoriti undi popular dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Sebaliknya, perpecahan hanya menguntungkan BN, seperti dalam pilihan raya Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini, kata Azmin.
PAS Selangor mahu 'formula'

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad juga senada dengan Tuan Ibrahim demi menumbangkan BN dan mengelak pertelagahan sesama sendiri.
Katanya, jika suasana itu berlarutan kemungkinan BN akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.
“Satu formula yang akan memastikan prinsip-prinsip semua pihak dihormati mesti dicari,” kata pesuruhjaya PAS Selangor itu.                                                                                                                                                                                                                                               Sumber TKO - 13-7-2016                                                                                 -----------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                             Pakatan Harapan (PH) Berpecah 2 Puak?
Posted on Wednesday, July 13 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30996



Ahli jawatankuasa pusat parti PAN, Mazlan Aliman pernah berkata terdapat perbincangan dalam parti untuk mencadangkan mengenai pelantikan ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.

"Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.

"Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita" katanya dalam sidang akhbar di Southern Chinese Press Club 1 Julai lalu.

Pengerusi PAN Johor Aminolhuda Hassan menyokong kenyataan Mazlan Aliman dengan berkata Muhyiddin adalah musuh yang menggerunkan apabila beliau bersama Umno dan percaya bahawa pihak pembangkang harus berkerjasama dengannya dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN).

"Apabila beliau menjadi menteri besar di sini, Muhyiddin menjadikan Johor sebagai kubu BN di mana pembangkang hampir tidak dapat menembusinya walau banyak percubaan dilakukan," katanya Aminolhuda.

Pada 3 Julai Pengarah Komunikasi parti PAN, Khalid Samad menafikan bahawa parti itu sedia menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang baru sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.  

Malah kata Khalid, PAN Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.


Kenyataan PAN Johor ini disokong oleh PEMUDA PAN Johor dan beberapa orang ahli akademik dalam PAN Johor yang terdiri daripada Dr Hasan Baharom, Dr Sulaiman Mohd Nor, Dr Ahmad Zaki Abdul Latiff, Dr Ali Abdul Rahman, Dr Hamidon Musa dan Dr Mohd Yusof Hassan.

Mengikut sumber ini juga PAN Johor menolak Salahudin Ayub sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan boleh menawan Johor. Mereka mencadangkan Muhyidin sebagai MB Johor kerana kewibawaan yang sedia ada. Ini antara faktor keluar ura-ura Salahudin akan kembali kepada PAS.

Hari ini pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub dan Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke melahirkan rasa puas hati dengan prestasi presiden PKR itu.

"Pasti (kita berpuas hati dengan beliau) sebagai ketua pembangkang di negara ini," jawab Salahuddin apabila ditanya mengenai perkara itu.

Cadangan ini di tolak kerana Boss Besar DAP tak setuju. Full Stop. Tak boleh bincang lagilah....

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Sumber TKO - 13-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                               ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                      
Anwar tetap aset tapi PH perlu juga perkasa "bentuk-bentuk" lain, kata Saifuddin Abdullah
Posted on Wednesday, July 06 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30915


PETALING JAYA: Walaupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi aset kepada Pakatan Harapan (PH) namun gagasan pembangkang itu harus mempersiapkan diri untuk mengekal daya saing politik melalui "bentuk-bentuk yang lain", tegas Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PH memerlukan ikon baru bagi menggantikan Anwar dengan menamakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai ganti.
"Dokongan rakyat terhadap Anwar sebagai figura itu tetap ada dan bagi PH beliau tetap merupakan aset untuk kita maju ke hadapan walaupun kita menyedari bahawa di samping figuranya, kita juga harus mempersiapkan diri dalam bentuk-bentuk yang lain.
"Contohnya, dengan mempunyai dasar-dasar PH yang lebih radikal dan lebih lengkap daripada yang pernah ada pada zaman Pakatan Rakyat.
"Kita harus mempunyai dasar-dasar yang begitu menggamit imaginasi rakyat, boleh meyakinkan rakyat bahawa sebaik sahaja jika kita menang dan berada di Putrajaya, kita tidak akan buang masa, kita akan terus laksanakan dasar-dasar itu sebab ia betul-betul lengkap sehingga boleh dilaksanakan secara terus," katanya di dalam wawancara khas bersama Antarapos.
Tambah Saifuddin lagi, parti pembangkang perlu mula memperkasakan jentera pilihan raya mereka, bagi menghadapai Pilihan Raya Umum (PRU 14) akan datang.
Katanya, ini bagi memastikan kerusi-kerusi yang dimenangi parti pembangkang termasuk kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang kekal dalam pentadbiran mereka.
"Memastikan bahawa antara sekarang sehingga PRU 14, kedua-dua negeri Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor benar-benar menjadi negeri-negeri yang melambangkan reformasi itu maknanya mana-mana kelemahan yang ada kita harus baiki dan kita mesti bantu menjayakannya.
"Supaya ia juga bukan hanya terurus dengan cemerlang malah kalau boleh orang kata betul-betul cemerlang berbanding negeri-negeri Barisan Nasional (BN)," katanya lagi.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada PH akan menggunakan satu logo atau sebaliknya pada PRU14 nanti, kata Saifuddin perkara itu pernah dibincangkan dan perbincangan akan diteruskan dalam masa terdekat.
"Soal lambang atau logo Pakatan Harapan yang menyatukan ketiga-tiga parti yang digunakan dalam PRU yang akan datang itu pernah dibincangkan belum ada keputusan tetapi saya kira ini akan terus dibicarakan dalam masa yang terdekat.
"Ada meritnya sebab semasa Pakatan Rakyat ia juga pernah diutarakan tetapi tidak menjadi pada masa itu. Mana tahu kali ini menjadi tapi saya tidak boleh sebutkan apakah status sebenarnya melainkan menyatakan bahawa ia perkara itu masih dibincangkan," ujarnya.

   - ANtaraPos

Sumber TKO - 6-7-2016


Penonton berang, turunkan kain rentang

Posted on Sunday, July 03 @ 18:03:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah














http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30874

KUALA LUMPUR - Program 'Nothing to Hide 2.0 anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bertukar sedikit kecoh apabila ada penonton bangun meninggalkan majlis selepas kira-kira setengah jam presidennya, Azwanndin Hamzah berucap.

Ketika Azwanddin sedang menyebut untuk mendedahkan kesalahan moral didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada penonton yang bangun menjerit 'nonsense' dan 'kami mahu dengar ucapan Tan Sri' sebelum meninggalkan majlis.

Malah ada yang kesal dengan tindakan JMM yang disifatkan menipu mereka untuk hadir ke program tersebut.

"Sebab nak dapatkan 'crowd' untuk majlis dia, dia tipu kita dengan guna nama Tan Sri Muhyiddin," kata salah seorang penonton yang enggan dikenali.

Di luar Kelab Darul Ehsan pula, ada penonton yang keluar tadi menurunkan kain rentang dipasang penganjur.

Seperti dijangka, Muhyiddin tidak muncul sehingga majlis tersebut selesai kira-kira jam 4 petang.
Azwanddin mendakwa, pihaknya telah menjemput Muhyiddin melalui surat rasmi dan mendapat persetujuan bekas pemimpin Umno itu dalam satu pertemuan sulit.

"Kita sudah buat jemputan secara terbuka. Hari ini telefon pun tak jawab.

"Kalau bukan sebab Tan Sri setuju, ingat senang nak sewa dewan, cetak hebahan ini semua?
"Ada yang kata program ini untuk burukkan nama Tan Sri. Tidak. Kita hanya mahukan kebenaran," katanya.




Sebelum ini, Muhyiddin melalui Pegawai Khasnya, Datuk Mohd Nardin Awang menafikan ada menerima sebarang jemputan penganjur atau bersetuju dengan mana-mana pihak untuk menghadiri program tersebut.

Mengulas soal tujuan program tersebut diadakan, Azwanddin berkata pentas tersebut sebagai ruang untuk Muhyiddin menjawab segala pertuduhan dan isu yang menimpa beliau.

"Saya jumpa beliau dan beliau setuju untuk hadir malah beri saya tarikh ini. Tapi akhirnya beliau tidak hadir.

"Beliau hanya cakap soal rosakkan imej beliau tapi beliau pernah fikir tak, ini rosakkan imej saya? Buat program tapi beliau tak berani tampil," katanya.

Selain Muhyiddin, satu lagi nama yang dicatatkan pada jemputan sebagai tetamu iaitu bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan juga tidak hadir.

Sumber TKO - 3-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadi Awang menghianati Pakatan Rakyat??

Posted on Sunday, July 03 @ 06:25:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30864

Presiden PAS Tok Guru Abdul Hadi Awang mengkhianati Pakatan Rakyat, kata pengkritik-pengkritik beliau. Itulah sebab mengapa Pakatan Rakyat telah mati dan sekarang tidak lagi wujud.
Setiap orang adalah pakar perkara yang telah lepas. Sedangkan yang lebih penting adalah sama ada anda mempunyai pengetahuan tentang apa yang akan berlaku. Lima tahun lepas dalam 2010 saya telah bertikam lidah dengan Anwar Ibrahim berkaitan pelbagai isu yang saya sebut jika tidak diputuskan, akhirnya akan menyebabkan perpecahan Pakatan Rakyat.

Namun, Anwar enggan mendengar. Jadi, saya putuskan untuk menubuhkan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) dan berjaya memujuk Haris Ibrahim atau Sam yang agak berat mahu mengetuai gerakan tersebut.

Apa kaitan MCLM dengan rungutan saya berkenaan pakatan pembangkang? Sebenarnya, gerakan ini sepatutnya mempromosi liberalisma dan kebebasan awam. (Kerana itulah saya mahu memanggilnya gerakan dan bukan persatuan – saya telah jelaskan semasa kami melancarkan MCLM). Maksudnya, MCLM akan menentang politik bangsa dan agama serta menyokong sekularisma berbanding teokrasi.

Dan dengan menentang politik bangsa dan agama bermaksud secara automatik menentang prinsip politik kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Dan ini sekaligus meletakkan kami sebagai kuasa ketiga.

Selepas itu, Pakatan Rakyat mula memberitahu rakyat yang MCLM mahu mencetus pertandingan tiga-penjuru dalam pilihanraya. Kuasa ketiga diterjemahkan kepada pertandingan tiga-penjuru. Jadi MCLM akan mencuri undi daripada pembangkang atau akan menyebabkan perpecahan dalam pembangkang dan itu akan membantu Barisan Nasional.

Dengan kata lain, MCLM akan membantu Barisan Nasional dengan memastikan Pakatan Rakyat tidak memenangi pilihanraya.

Sam kemudiannya menemui DAP dan mereka memberitahu beliau yang mereka tidak dapat berkerjasama dengan MCLM kecuali dengan persetujuan Anwar. Saya juga bercakap dengan PAS dan mereka juga memaklumkan perkara yang sama – dapatkan dahulu kebenaran Anwar, jika tidak mereka tidak dapat berkerjasama dengan kami.

Anwar, walau bagaimanapun, mengumumkan bahawa Umno telah membeli kami dan kami sekarang adalah pengkhianat.

Saya berang. Itu semua adalah satu pembohongan. Dan dalam 2010 saya membalas balik dan menyerang Anwar semahu-mahunya. Dan itu lebih kurang telah memutuskan hubungan saya dengan Anwar dan secara umumnya dengan Pakatan Rakyat juga.

Apabila kami bertemu di London, saya telah mengingatkan Anwar yang Pakatan Rakyat tidak akan bertahan lama dengan asas bersetuju untuk tidak bersetuju. Akhirnya, mereka perlu kembali kepada satu persetujuan, terutamanya berkaitan dengan Hudud. Bersetuju untuk tidak bersetuju adalah sesuatu yang palsu. Ia mungkin berfungsi untuk pakatan pilihanraya tetapi tidak untuk satu kerajaan gabungan.

Tetapi ramai beranggapan saya remeh-temeh atau nakal. Mengapa saya timbulkan sesuatu yang tidak penting? Ia mungkin bukan isu sekarang (pada 2010) tapi akhirnya ia akan menjadi satu isu. Dan lebih baik Pakatan Rakyat menyelesaikannya sebelum ia menjadi satu isu daripada ia menjadi satu masalah yang lebih buruk selepas meletup.

Namun, apa sahaja saya katakan nampaknya tidak dihiraukan. Tiada apa yang salah dalam Pakatan Rakyat. Tiada bom jangka menunggu untuk meletup. Setiap sesuatu nampaknya lancar dan cantik. Oh, adakah begitu? Tunggu sahaja bila ia meletup, kata saya.

Satu lagi isu adalah Selangor. Bila saya timbulkan isu Selangor, Anwar merungut tentang Menteri Besar Khalid Ibrahim. Dia degil, tidak dengar nasihat, dan mempunyai ego yang besar, kata Anwar.

“Jadinya, mengapa tidak buang sahaja dia dan gantikan dengan Azmin Ali?” kata saya. (Saya malah menulis mengenainya dalam 2010). Anwar tidak memberi jawapan dalam 2010 bila saya tanya beliau mengenainya. Kemudian, dalam 2013, beliau melantik Khalid sebagai Menteri Besar untuk satu penggal lagi daripada menggantikannya dengan Azmin.

Kemudian, tiga bulan selepas itu, beliau memulakan komplot Gerakan Kajang untuk menendang Khalid keluar dan apabila beliau tidak dapat menumbangkan Khalid, beliau cuba menjadikan isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilantik – namun gagal juga.

Jadi, apakah maksud artikel saya setakat ini – adalah ‘sudah saya katakan pada kamu’?

Masalah dengan rancangan ini, ialah DYMM Sultan Selangor tidak bersetuju Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar baharu. Dan jika mereka bertegas mahu meneruskan perancangan ini, akan ada bahaya yang Dewan Undangan Negeri Selangor mungkin terpaksa dibubarkan untuk satu pilihanraya negeri baharu.

Namun, DAP dan PKR masih mahu melawan Sultan. Mereka merasakan mereka mampu menggerakkan rakyat dan menganjurkan demonstrasi seluruh Selangor untuk menekan Sultan agar mengalah. Ini jelas menunjukkan mereka tidak mengenali sepupu saya, Sultan itu. Jika mereka meneruskannya, Sultan akan musnahkan mereka sepenuhnya. Cubalah berlawan dengan Sultan dan tengok apa yang boleh berlaku.

Hadi tahu bahawa konfrontasi terbuka dengan Sultan akan berakhir dengan buruk bagi Pakatan Rakyat. Sultan bertegas mahukan lebih dari satu nama untuk cadangan calon Menteri Besar. Jadi, Hadi mencadangkan dua nama – Dr Wan Azizah dan Azmin.

Hadi telah menyelamatkan Selangor daripada bala. Beliau memberikan Sultan satu pilihan dan bukannya mengugut Sultan seperti yang mahu dibuat oleh DAP dan PKR. Sultan telah memilih Azmin dan itu telah memusnahkan plot DAP dan PKR untuk meletakkan isteri Anwar di kerusi Menteri Besar.

Dan itulah permulaan mereka mensasarkan Abdul Hadi Awang. DAP dan PKR pada mulanya menghentam Sultan dengan menuduh baginda tidak menghormati perlembagaan dan campurtangan dalam politik. Kemudian mereka menghentam Hadi kerana memberikan Sultan satu pilihan untuk memilih dan bukannya menutup ruang pilihan untuk Sultan serta memaksa baginda melantik Dr Wan Azizah.

Gerakan Kajang dan pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar adalah rekahan pertama dalam Pakatan Rakyat. Dan mereka menyalahkan Hadi untuknya. Tetapi bukan Hadi yang merancang Gerakan Kajang. Gerakan Kajang itu secara rahsia dirancang PKR tanpa sebarang rundingan dengan dua lagi rakan kongsi gabungan.

Apa yang Hadi lakukan adalah beliau telah mencegah Gerakan Kajang daripada bertukar menjadi bala sebagaimana yang telah berlaku lebih awal di Perak yang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas di negeri terbabit. Hadi tahu apa yang Sultan boleh buat dan boleh bersetuju lakukan dan beliau dengan bijak tidak berenang melawan arus atau tidak, akan menyebabkan Pakatan Rakyat terjerumus dalam bahaya besar.

Namun, tindakan Hadi memenuhi kehendak Sultan dari sebaliknya membantah baginda tidak diterima dengan baik oleh DAP dan PKR. Mereka mahu mencabar Sultan dan memaksa baginda untuk bersetuju dengan kemahuan Pakatan Rakyat. Tapi Hadi telah memberi penyelesaian kepada Sultan yang telah mengelakkan satu konfrontasi dengan Istana.

Hadi berasal dari Terengganu, satu negeri dimana Sultan boleh mengarahkan polis mengiringi anda keluar dari negeri itu dan menahan anda jika anda cuba masuk kembali ke negeri tersebut (yang mana pernah berlaku sebelumnya di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor). Anwar dan Lim Guan Eng, pula, berasal dari Pulau Pinang yang tidak mempunyai Sultan, jadi mereka tiada perasaan kasih dan hormat pada sultan-sultan.

Dan itulah sebab kenapa Hadi melihat isu ini berbeza daripada Anwar dan Guan Eng yang sanggup mengkhianati Sultan.

Malahan, itulah permulaan pergeseran antara Hadi dan DAP/PKR. Kemudiannya, Kelantan memutuskan untuk meneruskan agenda Hudud. Namun, daripada menyalahkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat atau PAS Kelantan untuk tindakan tersebut, mereka menyalahkan Hadi. Jadi mereka memuji Nik Aziz dan memanggil beliau tokoh yang hebat dan mereka mengutuk Hadi di atas apa yang Kelantan telah lakukan.

Tidakkah ia sesuatu yang janggal? Kenapa Hadi dipersalahkan atas apa yang Kelantan lakukan? Dan kenapa memuji PAS Kelantan dan pimpinan PAS Kelantan tapi pada masa yang sama mengutuk Hadi? Bahkan sekarang DAP mahu membelanjakan wang Pulau Pinang untuk membantu Kelantan membina lebih banyak masjid di negeri tersebut. Dan penyokong-penyokong Cina DAP bertepuk tangan serta bersorak memanggil ianya tindakan yang hebat. Tapi bukankah ini Kelantan yang mahukan Hudud?

Kemudian, dalam Disember 2013, Anwar mengaturkan satu pertemuan antara Umno, PAS dan PKR di London untuk berbincang urusan membentuk satu kerajaan perpaduan. DAP dan parti-parti bukan Umno lain dalam Barisan Nasional telah tidak dijemput ke dalam perbincangan ini.

Anwar kemudiannya telah meminta Hadi menghadiri pertemuan tersebut dan walaupun Hadi kebetulannya berada di London ketika itu, beliau enggan menghadirinya. Jadi, perbincangan itu gagal dan kerajaan perpaduan tidak menjadi kenyataan.

Selepas itu Lim Kit Siang menuduh Hadi bermesra dengan Umno. Dia menuduh Hadi sebagai pengkhianat dan pembelot. Pada masa yang sama, Kit Siang mencadangkan Pakatan Rakyat menimbangkan satu pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ dengan Barisan Nasional.

Dan itulah dia, wahai pembaca, bagaimana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, telah mengkhianati Pakatan Rakyat. Dan sekarang, disebabkan oleh pengkhianatan Hadi, Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan baginda bahawa Selangor tidak lagi diketuai oleh kerajaan Pakatan Rakyat tapi diketuai oleh kerajaan Azmin Ali. Azmin mempunyai sekurang-kurangnya 28 ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bersama beliau dan disebabkan  belum ada lagi undi tidak percaya dicadangkan di dalam Dewan Undangan Negeri, maknanya Azmin masih berkuasa.

Dan DYMM Sultan akan menitahkan jika sekurang-kurangnya 29 ADUN belum mencadangkan undi tidak percaya terhadap Azmin, maka beliau boleh terus menjadi Menteri Besar sehingga pilihanraya umum akan datang.

Dan semua ini adalah kerana pengkhianatan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang – jahanam dia!

Raja Petra Kamarudin

Sumber TKO - 3-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bukankah kempen PH selama ini adalah kempen kepada prefection?

Posted on Saturday, July 02 @ 16:33:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30856

"Assalamualaikum... Akhirnya ada juga pemuka pemuka PH yang tampil mengaku bahawa tiada siapa yang prefect.Setelah bersusah payah berkempen ke seluruh pelusuk tanah air dengan kempen toward prefectionnya akhirnya pemuka PH mengaku tidak prefect, indivudi individu yang penentang amalan rasuah yang begitu garang  dalam PH selama ini boleh saja berlibat dengan rasuah, itulah barangkali yang cuba disampaikan pemuka PH ini ekoran kes penangkapan LGE.Kini perjuangan mereka pasal 1MBD yang begitu garang sehingga membabitkan Mahathir dan deklarasi rakyat sudah tidak membawa apa apa erti lagi kerana sudah tidak lagi perfect.Tak ada guna menentang rasuah sedangkan tubuh badan PH sendiri tidak boleh dibebaskan dari rasuah.

Dakwaan kepada LGE bukan satu yang perlu diberi perhatian kerana rasuah merupakan perkara biasa kepada mana mana kerajaan yang memerintah.Kerajaan Kelantan pun dikaitkan dengan rasuah, lapuran telah dibuat kepada SPRM cuma tiada tindakan diambil, tak seperti kes LGE yang masa siasatannya jauh lebih singkat, Apakah anak muda SAMM Cikgu Bard silap serah dokumen bukti?
Kerajaan Selangor juga dipalik dengan rasuah, malah lebih dasyat kerana melibatkan rasuah sex,
 lapuran SPRM juga telah dibuat oleh orang kuat PKR sendiri, keputusan masih kita nanti.Bagaimana akhirnya siasatan ini, apakah akan ada individu ditangkap atau akan jadi seperti siasatan di Kelantan yang tergantung sampai hari ini kerana dokumen bukti yang disilap hantar oleh anak muda, barangkali.

Pengajaran dari kisah ini, ialah no body prefect, itu pengakuan pemuka PH setelah sebelum ini, mereka jugalah yang berkempen bagai nak rak kepada prefection.Mereka berkempan pasal 1MDB sehingga kepada tahap bekerjasama dengan Mahathir untuk menghasilkan deklarasi rakyat dengan begitu prefect sekali untuk melawan rasuah dan penyelewengan.PH mahu ganti Umno dengan prefect, bebas rasuah, bebas penyelewengan, itu kempen PH selama sebelum LGE didakwa, tetapi selepas LGE didakwa, pemuka PH kata no body prefect, sekalipun LGE yang begitu lantang menentang rasuah juga boleh rasuah, jadi apa salah rasuah, tak salah perkara baisa saja.

Bila kita tanya kenapa kempen bagai nak ke arah prefection? dia orang cakap, itu kempen politik jer, kempen untuk raih undi untuk menang pilihanraya dan PutraJaya, apabila menang ini tak bermakna tiada rasuah, tiada penyelewengan.PH pun serupa BN juga.Dan apabila kita ungkitkan soal garis panduan yan digunakan pakai oleh PH adalah serupa dengan BN, garis panduan yang dicipta sendiri oleh akal akal mereka yang singkat itu yang menjadi punca kepada semua kekurangan dalam urus tabdir negara/negeri ini, mereka akan kata, itu normal, no body prefect dalam dunia ini..........


Sumber TKO - 2-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kes LGE ; Bukti PH tidak perfect........

Posted on Friday, July 01 @ 11:52:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30840


Assalamualaikum,,, TGHH sudah mengeluaran signal, jangan cepat jadi hakim kepada kes rasuah 

LGE, biarkan proses kehakiman membuat keputusan.Cuma barangkali keputusan hakim itu sudah 
boleh  diagak, di mana LGE akan berakhir.Tetapi kita tetap menghormati signal TGHH dan akan terus menanti keputasan hakim itu nanti.Dalam pada itu, masih ada pihak yang mahu menjadi hakim dan 
antara yang menariknya, ada hakim yang memihak kepada LGE termasuk dirinya sendiri.Ada 
kenyatan yang melucukan juga keluar dari mulut LGE dalam usaha dia mempertahankan diri sebelum
dia mempertahankan dirinya di Mahkamah.

Yang agak melucukan ialah kenyataannya yang berpegang kepada kenyataan yang pernah 

dikeluarkan oleh TITM bahawa Presiden PAS menegaskan LGE tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah.Kenapa lucu? sebab LGE merupakan penentang tegar perundangan Islam yang nak dibawa 
oleh  PAS ke dalam negera.LGE boleh mengesahkan ini dengan Hanipa Maidin, satu ketika dulu 
peguam PAS, bahawa apa yang dikatakan oleh TGHH itu adalah prinsip perundangan Islam.Jadi 
kenapa sekarang baru LGE mahu menerima prinsip Islam ini ketika ada kes yang dikenakan 
kepadanya?

LGE seterusnya menjadi hakim kepada dirinya sendiri dengan mendakwa pertuduhan yang dikenakan kepadanya adalah penginayaan UMNO tanpa merujuk kepada transaksi yang berlaku itu adalah 

transaksi yang benar dan jelas.Ini bermakna kalau betul Umno yang menginaya dia, dia sendiri menyediakan medan kepada penginayaan itu.Menjadi perkara biasa dalam politik negara, Umno 
akan mencari loophole untuk menjatuhkan seseorang yang hendak dijatuhkan malah dalam kes 
DSAI Umno sanggup mencipta kes kerana tiada kes rasuah yang boleh disabitkan kepadanya.

LGE amat arif tentang itu malah satu ketika dulu dia sendiri pernah masuk penjara di zaman Mahathir kerana  sebaran risalah yang digunakan Umno sebagai bahan pertuduhan di bawah akta hasutan, jadi kenapa kali ini LGE masih lagi mahu menggunakan Umno sebagai punching begnya sedangkan dia sendiri yang meletakan dirinya di tempat yang amat mudah diperangkap.

Sekali gus ianya menunjukkan satu perkara, PH yang diharapkan untuk menggantikan kerajaan Umno yang korup, tidak perfect, PH boleh saja korup seperti Umno dan BN.Kes LGE adalah mungkin kes overlook atau bukan disengajakan, tetapi tetap ianya menunjukkan kebarangkalian untuk berlakunya kesilapan seperti ini akan sentiasa ada seandainya nanti PH yang memerintah.

Jadi PH tidak sepatutnya menjelajah negara sambil berjanji untuk membebaskan negara dari rasuah.Rasuah tetap masih boleh berlaku di bawah pemerintahan PH atau sekurang kurangnya isu rasuah akan sentiasa berbangkit seperti berlaku di Selangor sekarang di mana lapuran SPRM dibuat sendiri oleh orang kuat parti pemerintah.

Hakikatnya rasuah tidak dapat dihapuskan kesemuanya kalau PH tetap menggunakan penilaian akal dalam mentabdir, hanya satu panduan yang pasti akan membawa negara bebas rasuah, ia itu mengikut panduan yang sudah tersedia dalam Islam.

LGE boleh bersetuju dengan TGHH dalam kes rasuahnya, bermakna LGE juga boleh bersetuju dengan TGHH dalam hal hal lain ugama seperti Hudud, urus tadbir negara serta displin ahli politik yang dipertanggungjawabkan menguruskan negara.

Sumber TKO - 1-7-2016


---------------------------------------------------------------------------------

Boleh Wujud Kesefahaman Seperti Pakatan Rakyat dan DAP Perlu Hormat Prinsip PAS - Sallehen Mukhyi

Posted on Friday, July 01 @ 05:29:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah













http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30833

SHAH ALAM: Hidupkan kembali Pakatan Rakyat (PR) jika PAS, DAP dan PKR tidak 
mahu serahkan Selangor kepada Umno Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 
ke-14 (PRU14), cadang ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi.


Ujar Sallehen mengadakan kembali persefahaman antara tiga parti itu adalah cara paling berkesan 
untuk parti pembangkang mengelakkan berlakunya pertandingan tiga penjuru seterusnya mendepani 
Umno BN secara tuntas.

"Kita boleh kembali balik pada tahun 2008. Wujudkan satu persefahaman dalam politik. Sebab 
uniknya di Selangor walaupun kita bertengkar di luar (tapi) dalam konteks kerajaan negeri masih lagi ditunjangi tiga parti penting ini.

"Tapi itu pun (perlu) lalui satu proses yang akan diputuskan secara prinsipnya oleh Majlis Syura 
Ulama. Tapi bagi saya, kita tak (perlu) bergabung (cuma persefahaman).

"Kalau tidak, takkan ada satu penyelesaian dalam konteks politik di Selangor. Selain daripada terima realiti, PRU akan datang kita akan bertembung lagi (rebut kerusi lagi) dan kita serah Selangor pada 
BN," ujarnya ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.

Tambahnya lagi jika cadangan seumpama itu tidak dipertimbangkan, PAS, DAP serta PKR akan terus berebut kerusi yang akhirnya menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU akan datang. 
Jika itu yang berlaku, tentunya peluang untuk Umno BN memenangi kerusi tertentu semakin cerah.
Sallehen yang juga bekas Exco Selangor menambah, jika DAP dan PKR turut merasakan wujudkan kembali Pakatan Rakyat sebagai yang terbaik untuk  berdepan dengan Umno BN, parti-parti itu 
perlulah merendahkan ego dan menghormati PAS.

"Persefahaman yang membawa wujudnya Pakatan Rakyat itu boleh diwujudkan kembali. (Tapi) DAP 
kena hormati prinsip Islam yang kita bawa sebagaimana kita hormat prinsip demokrasi DAP bawa.
"DAP kena bersedialah sebab nanti DAP akan dilihat sebagai berasa kalah dan sebagainya. Kita nak bagitahu PAS tetap pertahankan prinsip. Kita banyak cara (jalan) ke Putrajaya tetapi kita tidak putus harapan dengan hanya semata-mata pilihan raya tak dapat Putrajaya," ujarnya.

Meskipun bersedia untuk kembali berhubungan dengan DAP dan PAS, Sallehen begaimanapun masih kritikal terhadap Amanah, yang kini membentuk Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR.
"Saya tak sebut tentang PAN (Amanah) sebab parti itu tidak wujud dalam konteks pentadbiran 
kerajaan negeri.

"PAN (Amanah) kita serahkan pada DAP dan PKR. Mungkin kalau DAP nak bagi kerusi pada dia 
sebab DAP dah buat kenyataan bahawa PAN hanya boleh tanding di kawasan majoriti bukan Islam, 
jadi DAPlah bagi kerusi pada PAN," ujarnya lagi.

Amanah adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan sekelompok bekas pemimpin parti itu selepas kecundang dalam pemilihan parti Jun 2015.

Ditanya apakah tempoh masa tidak sampai dua tahun sebelum PRU14 dijangka diadakan, PAS, DAP 
dan PKR mampu capai kata sepakat atau tidak, Sallehen optimis perkara itu boleh dilaksanakan.
"Ibarat orang yang dah rasa sangat nak terberak, (akan) ada saja jalan yang (akan di cari untuk) nak 
buang najis dia. (Cara itu) kotorlah sikit tapi itulah ibaratnya," kata Sallehen.

Sumber TKO - 1-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sebelum Berbica Tentang Muafakat Pembangkang Azmin
Perlu Lihat Apa Pakatan Harapan Buat Kepada PAS



Posted on Thursday, June 30 @ 23:25:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30829



Hari ini Timbalan Presiden PKR mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 
 bertindak melangkaui sempadan salahguna kuasa apabila memulakan dakwaan terhadap Ketua 
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, Azmin menggesa pembangkang yang berpecah-belah untuk merapatkan barisan. Katanya “Pembangkang kini perlu bersatu dan kekal fokus kepada perjuangan tunggal kita".

“Kini masanya untuk kita mengenepikan prejudis dan perbezaan pada masa lalu dan kembali 

mengatur langkah bersama", katanya lagi.

“Kita wajib membulatkan muafakat, jauh lebih teguh dari sebelum ini, dan bersama membina blok pembangkang yang kuat untuk pilihan raya umum akan datang.”

“Ia sudah dapat dijangka apabila mengambil kira kempen berlarutan melibatkan cercaan dan 

pembunuhan watak oleh pentadbiran Najib."

Saya percaya Azmin Ali mempunyai kepintaran politik yang baik dikalangan pimpinan PKR. Malah 

dia mampu bersama Anwar Ibrahim sehingga sekarang sedang ramai pimpinan yang bersama Anwar berpaling tadah (kalau saya senaraikan mungkin lebih daripada 20 orang termasuk paling rapat Ezam mohd Nor). Azmin juga tak macam Rafizi, Saifudin atau lain-lain yang tidak dapat memahami sejauh mana kekuatan tahaluf dengan PAS.

Saya setuju semua kenyataan di atas yang Azmin luah dan tujukan kepada Najib dan Barisan Nasional

itu benar, tetapi sebelum Azmin tuju kepada Najib, Azmin juga seharusnya melihat kepada Pakatan Rakyat atau Kini Pakatan Harapan buat kepada PAS dan mereka yang tidak sehaluan dengan 
kepimpinan Pakatan Harapan.

Azmin membicarakan tentang CERCAAN dan PEMBUNUHAN WATAK oleh Najib dan Barisan Nasional. Azmin sedar tak? bahawa Pakatan Harapan yang terdiri daripada PAN (dulunya geng GHB), PKR sendiri dan DAP yang banyak mencerca rakannya seperti PAS apabila tidak sependapat.

Malah mereka cuba membunuh watak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan tuduhan yang sangat buruk, sehingga imej Presiden yang sebelum ini baik menjadi sangat buruk kepada mereka yang tidak mengetahui maklumat sebenar.

Siapa yang mengungkit-ungkit tentang PAS nak bersama UMNO?


Siapa yang sebar kononnya jika kumpulan ulama dalam PAS berjaya dalam pilihan Muktamar, PAS 

akan mudah bergabung dengan UMNO. Sedangkan setelah semua jawatan AJK dan Dewan-dewan 
disapu oleh kumpulan ulama tetapi gabungan UMNO-PAS tak pun wujud.

Siapa yang menyebar maklumat kononnya PAS tamak jawatan nak jawatan Menteri Besar sehingga tersebar bahawa Abdul Hadi Presiden PAS telah menghantar 3 nama pimpinan PAS untuk menjadi 

MB Selangor kepada Sultan sedangkan perkara sebenar Abdul Hadi hantar nama pimpinan PKR termasuk Azmin sendiri dan menjadi MB Selangor Azmin adalah sokongan kuat Abdul Hadi.

Siapa yang sebar 91 tuduhan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga PR menjadi celaru dan tak 

menentu sehingga akhirnya tuduhan itu sebenarnya palsu.

Siapa yang menyebabkan pertandingan 3 penjuru di PRK baru-baru ini sedangkan 2 tempat itu adalah tempat yang pernah PAS bertanding sebelum ini. Siapa membantu UMNO untuk menang dengan 

sikap "DARIPADA PAS MENANG LEBIH BAIK UMNO/BN"? Kononnya wujud dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan untuk memastikan PAS tidak akan menang di kedua-dua PRK itu supaya PAS tidak besar kepala? Siapa? Jawab siapa???

Setelah DAP, PAN dan PKR cerca, hina, bunuh watak pimpinan PAS. Malah sebar fitnah, kata Azmin bercakap SOAL NAK MUAFAKAT?

Mana maruah Pakatan Harapan dalam hal ini?


Apakah jika PAS tak bersama Azmin dan Pakatan Harapan nak kambing hitam PAS kononnya PAS 

tak bersama maka BN boleh menang??

Rakyat dah muak dengan Pakatan Harapan yang perangai mereka saling tak tumpah perangai Najib 

atau BN.

Oleh itu perlu ada satu alternatif baru dalam politik Malaysia. Politik yang lebih matang dan politik 

eyang bersifat 'keIslaman" yang mampu membawa kepada kesejahteraan rakyat. Itu yang kini PAS 
cuba buat.... Soal berjaya atau tidak kita kena sokong untuk usaha ini. Tinggalkan politik kotor jijik 
yang saling tuduh menuduh tetapi semuanya bermatlamatkan kebendaan dan duniawi semata-mata.



Sumber TKO - 30-6-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Mahathir Yang Banyak Kali Lupa

Posted on Saturday, June 25 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30716
Saya lebih suka tajuk artikel ini ialah "Mahathir Sudah Nyanyuk" tetapi memandangkan ramai yang komen di blog saya supaya saya jangan menggunakan bahasa kasar, saya akur. Antara komen yang tidak dapat saya lupa ialah "Haji, ni bulan puasa.. jaga mulut (maksudnya tulisan)".

Saya setuju kalau ada yang kata Najib pecat Muhyiddin dan Mukhriz adalah sebagaimana Mahathir didik dia. Benarlah kata Presiden PAS kepada Tun Mahathir, siapa yang mula beri makan dedak dalam UMNO?

Suka saya mengambil satu petikan berita MStar bertarikh 1 Jun 2015 lalu (ada video sekali dalam berita ini. Sila rujuk ke link berikut http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/06/01/tun-m-gambar-pm-pecat-menteri-kabinet/)

PUTRAJAYA: Mana-mana menteri Kabinet yang tidak sehaluan dengan kepimpinan yang diterajui Perdana Menteri patut disingkirkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga bertindak sedemikian apabila menteri-menteri di bawah pentadbirannya dahulu tidak setuju dengan apa yang beliau putuskan dalam sesuatu isu.

Justeru, beliau menggambarkan Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan melakukan tindakan sama dengan memecat mana-mana menteri yang tidak bersetuju dengan cara beliau mengendalikan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Saya kalau jadi Najib saya buang sajalah orang yang tak suka dengan saya...saya buang.
"Dulu pun saya buang banyak orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan penulisan esei dan foto 2015 anjuran Yayasan Maybank dan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.

Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai beberapa menteri dan pemimpin parti yang mengkritik cara Najib menangani isu 1MDB dan terus mendesak agar beliau memecat ahli lembaga pengarah 1MDB.

Antara yang membuat gesaan dan memberi pandangan sedemikian termasuklah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata Perdana Menteri tidak harus mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dalam isu ini kerana ia akan dijadikan modal politik pembangkang dan menyebabkan pentadbiran kerajaan tumbang.
Akhirnya Najib guna apa yang Mahathir ajar untuk memecat Muhyiddin dan Mukhriz. Maka terlomponglah Tun Mahathir.

Mahathir ni banyak kali lupa apa dia cakap. Dia sebenarnya sudah nyanyuk. Orang nyanyuk bercakap merapu. Yang pelik ada parti PAN dan Pakatan Harapan menjadikan orang nyanyuk ini sebagai idola
baru mereka. Pelik tapi benar.




Sumber TKO - 25-6-2016
----------------------------------------------------------------------------

Tanpa PAS, Pakatan Harapan Bakal Kehilangan Selangor & 
Pulau Pinang – Tian C

Posted on Saturday, June 25 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah













         http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30710


Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata tanpa sokongan PAS, Pakatan Harapan bakal kehilangan pemerintahan di Selangor dan Pulau Pinang.
Justeru itu, PKR tidak akan berputus asa untuk menjadi orang tengah dalam mendamaikan hubungan
PAS dan DAP, walaupun hubungan kedua-dua parti itu tegang.

Jika hubungan kedua parti itu gagal dipulihkan Kelantan juga akan jatuh ke tangan Barisan Nasional, katanya.

Beliau juga nampaknya berkeyakinan apabila menyatakan bahawa semua ketegangan pasti ada penyelesaiannya dan mengungkit bagaimana Anwar Ibrahim membina ‘jambatan’ antara DAP dan Pas pada 2008.

“Persoalan sekarang bukan siapa bekerjasama dengan siapa. Rakyat mahu semua pembangkang
bersatu,” katanya kepada China Press.

Sementara itu, Timbalan Presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyalahkan
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai punca kekalahan PAS pada pilihan
raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini kerana telah berpihak.

Azmin yang sepatutnya tidak berpihak, tetapi telah menukar pendirian menyokong calon PAN pada
saat akhir dalam PRK itu.

Tuan Ibrahim berkata, PAS merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik
dengan Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan
partinya (PKR) di Selangor.

Katanya, PAS tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati
kerusi PAS.

Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan
pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang
dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku,” kata Azmin. - AIDCNews

Sumber TKO - 25-6-2016


----------------------------------------------------------------------------


Rampaslah Yayasan Kepimpinan Perdana, kata Dr M

Posted on Friday, June 24 @ 21:15:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar







 PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia sekiranya kerajaan berhasrat untuk menarik balik peruntukan Yayasan Kepimpinan Perdana (YPM) yang diterajuinya sejak tertubuhnya badan itu.


 Katanya, kerajaan berhak menggunakan kuasanya untuk menarik balik yayasan itu seperti yang dicadangkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.



“Saya ucap terima kasih kepada Khairul Azwan yang mengesyorkan supaya kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada YPM, termasuk penggajian kakitangan.



“Memanglah menjadi hak kerajaan mengguna kuasa yang diberi rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah,” katanya dalam entri terbarunya di blog chedet.cc.



Namun, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalannya berhubung sikap Khairul Azwan yang disifatkan sebagai angkuh dan sudah menunjuk kebengisan menjadi pemimpin rasuah sebelum berkuasa.



Sumber TKO - 24-6-2016


---------------------------------------------------------------------------

Ke mana Kit Siang nak bawa Pakatan Harapan?

Posted on Thursday, June 23 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30686

Oleh Timothy Heng

Kata Penasihat DAP Lim Kit Siang, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menang dengan majoriti yang begitu besar dengan lebih 16,000 di Sungai Besar dan lebih 11,000 di Kuala Kangsar, sekiranya pertembungan satu lawan satu antara PAS dan BN.

Jangkaan itu atas dasar beliau mempercayai pengundi yang menyokong DAP akan menyokong BN dan bukannya PAS.
Betul ke?

Keputusan PRK Sungai Besar:

BN (Umno): Budiman Mohd Zohdi, 16,800
Amanah: Azhar Abdul Shukur, 7,609
PAS: Dr Abd Rani Osman, 6,902

Keputusan PRK Kuala Kangsar:

BN: Datin Mastura Yazid, 12,653
PAS: Dr Najihatussalehah Ahmad, 5,684
Amanah: Dr Ahmad Termizi Ramli, 4,883
Bebas: Izat Bukhary Ismail Bukhary, 54

Dari sudut undi popular antara pembangkang, PAS dan Pakatan Harapan (PH) menguasai sokongan hampir sama rata iaitu 50%.

Bahkan sebenarnya, jumlah undi popular yang diperolehi oleh PH kurang daripada apa yang diperolehi PAS yang bertanding sendirian, iaitu 12,492, berbanding 12,586.

Jika Kit Siang boleh membuat andaian bahawa undi DAP tidak akan pergi ke PAS, andaian yang sama juga boleh dibuat bahawa jika PAS tidak bertanding, kesemua undi PAS akan pergi ke BN dan bukannya PH.

Harus diingat apa yang diperolehi PAS di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar adalah undi bersih kekuatan PAS selepas melalui proses pemecahan, dilanyak dan juga RUU Persendirian 355 dibacakan di Parlimen.

Menggunakan perkiraan Kit Siang yang sama, PH dijangka akan tewas sebanyak 16,000 undi majoriti juga di Sg Besar setara dengan apa yang diunjurkannya terhadap PAS.

Akan tetapi, PH akan kalah lebih teruk di Kuala Kangsar berbanding unjuran Kit Siang terhadap PAS, iaitu sebanyak 13,000 bernding 11,000 undi majoriti.

Jadi, siapa yang akan kalah lebih teruk sebenarnya jika adanya perlawanan 1 lawan 1?

Jika mengikut logik Kit Siang dan matematik sebenar, jawapannya ialah PH dan bukannya PAS seperti yang cuba dijualnya.

Meskipun data menunjukkan sedemikian, Kit Siang hanya membuat jangkaan kepada apa yang akan berlaku pada PAS di pilihan raya umum akan datang.

Beliau mendakwa PAS akan kalah dan hilang semua kerusinya di Selangor dan Perak seperti yang berlaku pada 2004 berdasarkan keputusan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Persoalannya, apa pula unjuran Kit Siang terhadap Amanah dan PKR berdasarkan keputusan sama?
Dengan undi Cina yang kini beralih kembali ke BN, apakah Amanah, PKR dan DAP tidak akan menerima nasib yang sama seperti PAS?

Sebenarnya inilah yang Kit Siang tidak mahu bincang, dan cuba dimainkan persepsi seolah-olah PAS sahaja yang rugi, tapi yang lain tidak rugi.

Namun begitu, taktik Kit Siang ini tidak menghairankan. Ini kerana beliau dan DAP sudah menemui jalan buntu dalam mencari ganti sokongan yang hilang daripada PAS, kerana PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini membuktikan walaupun DAP menggunakan gandingan antara Amanah, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali, undi popular PH tetap tidak dapat menyaingi PAS, dalam keadaan PAS dilanyak teruk oleh DAP dan sekutunya melalui media yang memihak kepadanya sejak Pakatan Rakyat terkubur.

Cadangan asal Kit Siang agar PAS menumpukan perhatian kepada Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sebenarnya adalah pengakuan tersirat beliau yang PAS tetap boleh bersaing dengan Umno di kerusi majoriti Melayu yang melebihi 80%, meskipun Amanah, PKR mahupun DAP masuk menjadikan pertandingan tiga penjuru.

Namun begitu, reaksi Kit Siang yang terus memperlekehkan PAS selepas cadangannya ditolak Naib Presiden PAS Idris Ahmad pula jelas menonjolkan kerisauan beliau yang PH sememangnya tidak mampu bersaing dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi campuran yang melibatkan PAS.

Di awal PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu merayu-rayu pengundi PAS mengundi calon PH. Ini membuktikan mereka sangat memerlukan undi penyokong PAS.

Tapi barangkali Kit Siang lupa akan rayuannya.

Lebih menyayatkan, dengan sikap sebegini, Kit Siang sebenarnya membantu memusatkan undi penyokong PAS di bawah PAS sepenuhnya, dan sikap bongkak parti Kit Siang pula menyebabkan penyokong Umno hatta Dr Mahathir pun memusat di bawah Umno-BN.

Secara langsung, ini menyebabkan Amanah dan PKR akan lemas di tengah dua gajah ini.

Tanpa undi penyokong PAS dan Umno, ke mana Kit Siang nak bawa PH dengan parti proksinya Amanah, apabila undi Cina juga beralih ke BN, kerana impian “Ubah” yang dijual DAP hancur berkecai seperti pilihan raya negeri Sarawak dan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar?

Sumber TKO - 23-6-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Masih Ada Harapan Untuk PAS bersama Pakatan - Azmin

Posted on Thursday, June 23 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30684



PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui komunikasi dengan pucuk pimpinan tertinggi PAS berdepan kesukaran kerana parti Islam itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.
“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku.

“Saya sedikit kecewa kerana ada pucuk pimpinan tertinggi PAS lupa prinsip paling asas pakatan. Ini perkara berbahaya, kami perlu saling menghormati bukan hanya melindungi idea dan pendirian sendiri,” kata Timbalan Presiden PKR itu dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.

Azmin berkata pengakuan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang parti Islam itu tidak boleh berjuang bersendirian menunjukkan masih ada peluang mengadakan rundingan dan hanya pendirian sesetengah individu dalam PAS agak keras.

Menteri besar Selangor itu menjelaskan, kekalahan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak bermakna parti pembangkang tidak boleh bangkit semula.

“Untuk bangkit semula, pembangkang perlu lebih jujur, hormat pendapat berbeza, parti dan pemimpin lain, sedar terhadap realiti rakyat mahu parti pembangkang yang kuat dan bersatu.

“Proses ini walaupun susah tetapi kita tidak patut putus asas. Penyatuan semula parti pembangkang memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya sambil berharap semua pemimpin boleh bersikap terbuka dan terima hakikat rakyat mahu perubahan.



Sumber TKO - 23-6-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



4 peristiwa besar PAS dan DAP bersengketa – Lim Sian See

Posted on Thursday, June 23 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah





http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30671

DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT … EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA.

Oleh : Lim Sian See

Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang.

PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan.
Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka.

Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu keras dengan DAP sekarang? … JOM TERJAH!!!

1) TIADA KEPUTUSAN KONSENSUS PAKATAN DALAM KES LANGKAH KAJANG. PAS TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK DIBAWA BERUNDING.

Seperti yang disebutkan banyak kali oleh pemimpin DAP dan PKR, Pakatan berfungsi pada asas keputusan secara konsensus – bermakna kesemua 3 parti mesti bersetuju sebelum keputusan penting dibuat.

Ianya tidak beroperasi dengan asas keputusan majoriti 2/3. Ketiga-tiga mesti bersetuju.
PAS membantah keras Langkah Kajang ini tetapi ianya masih dilaksanakan tanpa persetujuan PAS – sesuatu yang pastinya melanggar perjanjian konsensus Pakatan.

Malah, ianya dilihat sebagai tindakan satu pihak iaitu PKR – sebagai satu strategi oleh Pengarah Strategi nya ketika itu, Rafizi Ramli.

Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun tidak mengetahuinya. Melainkan Lim Guan Eng menipu pada ketika itu, apabila Adun Kajang meletak jawatan untuk membenarkan Anwar bertanding di situ, maka hal ini bukan satu keputusan bersama.

Petikan akhbar – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah menafikan mengetahui apa yang berlaku di Selangor berikutan peletakan jawatan Adun Kajang Lee Chin Cheh semalam.

Beliau berkata beliau tidak dimaklumkan dengan perkara itu oleh ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan bertanding di pilihanraya kecil Kajang. Lim juga berkata beliau baru mengetahuinya.

“Saya tidak diberitahu mengenai apa yang terjadi di Selangor berkenaan peletakan jawatan itu atau jawatan Menteri Besar Selangor.

“Adalah lebih baik sekiranya Anwar yang jawab. Saya tidak berhak menjawab atau memberikan pandangan. Pandangan saya terhadap hal ini tidak penting,” – Jan 28, 2014.
http://goo.gl/ti2pdW

Sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan, DAP kemudiannya turut serta dalam rancangan PKR dan Rafizi ini – Tetapi PAS tetap enggan untuk turut serta kerana prinsip keputusan konsensus Pakatan telah dilanggar.

2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM.

Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan – sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.

Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.
Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.

Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti – lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.

Penilaian awal PAS yang Khalid difitnah terbukti benar apabila setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.

Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

“…dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

“Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. ”

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut.”

Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!

https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056
https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744

Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.

Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB

Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.

Walaubagaimanapun, PAS telah membuktikan kewajaran menegakkan keadilan dan mempertahan Khalid dari fitnah.

3) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH ‘MENCURI’ 2 ORANG ADUN PAS.

2 orang ADUN PAS telah mengabaikan arahan parti dan berpihak kepada DAP dan PKR untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. http://goo.gl/fY1BmD

Presiden PAS Hadi Awang begitu marah yang ahli partinya bertindak melanggar arahannya dan berbuat demikian terhadap partinya. Anda boleh dengar kemarahannya disini:
(Hadi bidas PKR ‘curi’ dua barua PAS sokong Azizah)

Video :


https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=O41WvJgpRHs



Saya fikir tidak ada parti politik di dunia ini yang akan bertolak ansur dengan parti yang ‘mencuri’ wakilnya.

Jika anda hormat rakan kerjasama anda, anda pastinya tidak akan menerima akuan sumpah dari wakil rakan kerjasama anda dan membelakangi keputusan parti mereka sendiri.
Itu tikam belakang. Yang teruk.

4) PAS PERCAYA PKR & DAP TELAH MUNGKIR JANJI & TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN KONSENSUS UNTUK MEMBENARKAN PAS MELAKSANAKAN KERAJAAN ISLAM SERTA HUDUD.

Perlu diingat, kewujudan PAS adalah untuk menegakkan ISLAM di Malaysia dan sangat mustahil PAS akan berhenti memperjuangkan hukum syariah dan hudud.

Sebab itulah, isu Hudud sentiasa menjadi duri dalam daging di dalam hubungan Pakatan yang menyebabkan beberapa perbalahan ketika tahun-tahun awal Pakatan Rakyat selepas 2008.

Ini telah menyebabkan berlakunya satu mesyuarat sulit pada September 2011 di antara mereka yang pada awalnya dilaporkan (tetapi dengan cepat dipadam oleh Malaysia Chronicle tetapi sempat disalin oleh beberapa blog):

“Selepas marathon mesyuarat dimana meja dihempas dan pengerusi DAP Karpal Singh ditengking oleh ahli parti sendiri supaya menyedari masalah yang sedang melanda Pakatan Harapan, satu persetujuan telah dicapai dan semua orang memperolehi apa yang diinginkan.”

“Pertama, Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan agenda hukum hudud di Kelantan, di mana pada tahun 1993, lama sebelum Pakatan dibentuk, beliau telah mengusulkan hudud di Dewan Undangan Negeri.”

“Ini adalah satu persetujuan dari DAP dan sebagai penghargaan sumbangan Nik Aziz kepada negara dan pakatan pembangkang. Penghargaan yang sama diberikan kepada Terengganu, di mana Presiden PAS Hadi Awang telah menggazetkan hukum hudud pada 2003 tetapi tidak berupaya melaksanakannya.”

“Sebagai balasan, DAP telah mendapat pengiktirafan dari PAS yang manifesto bersama Pakatan dan Buku Jingga akan kekal, tanpa perlu melibatkan hudud.”
https://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/09/30/23889/

Kebenaran untuk Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan tidak pernah didedahkan di dalam ceramah dan ucapan Pakatan selepas itu kerana mereka memilih untuk menyebut “Hudud tidak termasuk di dalam Polisi Bersama Pakatan Rakyat”.

Akhirnya selepas PRU-13, PAS cuba menegakkan Hudud di Kelantan sekali lagi dan DAP membantah keras dan mula memperkecilkan PAS.

Kemudian segalanya mula meletup!

Pada April 2014, seorang pemimpin kanan wanita PAS berkata, “DAP pernah bersetuju PAS perjuang konsep Negara Islam.” http://goo.gl/oW67CK

Sehari kemudian pada April 2014, Naib Presiden PKR Tian Chua telah memberitahu media yang DAP dan PKR sememangnya telah bersetuju untuk Hudud di Kelantan – yang menyebabkan Lim Guan Eng memanggil Tian Chua sebagai ‘tidak bertanggungjawab dan penipu yang tidak beretika”. http://goo.gl/UxvkTl

Beberapa hari kemudian, Presiden PAS Abdul Hadi Awang JUGA berkata DAP telah bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud. Tetapi Lim Guan Eng menafikannya dan menuntut Hadi memberikan bukti. http://goo.gl/kgogGy

Akhirnya, satu salinan surat yang ditandatangani bersama-sama oleh Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng sebelum PRU-13 mula timbul. http://goo.gl/2FplaO

Di dalam surat tersebut, jelas ianya menyebut “PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.”

Sekarang, melainkan Lim Guan Eng jahil yang Negara Islam juga melibatkan hukum syariah dan hudud, ianya jelas yang DAP membenarkan PAS melaksanakan hudud kerana Lim Guan Eng menandatanganinya!

Surat itu juga disiarkan di laman Facebook rasmi Abdul Hadi Awang. https://goo.gl/W0ueW8
Dan jika anda percaya surat itu palsu atau Hadi Awang telah berbohong, anda boleh menonton videonya di sini dan lihat siapa yang ada di dalam video apabila mereka membacakan surat ini beberapa ketika sebelum PRU-13 di hadapan sekumpulan ahli PAS.

Video:

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TPvyYjm7aNA



Maka, di dalam fikiran mereka, PAS marah dengan DAP kerana DAP telah melanggar janji dan surat persetujuan yang telah ditandatangani. Dan tidak hanya itu, PAS marah yang pemimpin DAP telah menyerang pemimpin PAS dengan teruk dan kurang ajar – memanggil Abdul Hadi dengan pelbagai gelaran buruk.
Ini telah melanggar persetujuan bertulis serta keputusan konsensus dan penafian terbuka terang-terangan oleh DAP yang masih ada hati untuk menyerang semula PAS dan melabel PAS sebagai penipu membuat mereka hilang sabar.
Melihatkan semua peristiwa di atas, hubungan antara PAS dan DAP nampaknya tidak boleh dipulihkan.

Siapa yang menipu, siapa yang berkata benar, parti mana yang memegang prinsip dan parti mana yang tidak boleh dipercayai adalah jelas….


Sumber TKO - 23-6-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persoalan Yang Perlu Difikirkan Terhadap Ajakan Kerjasama Oleh Pakatan Harapan

Posted on Thursday, June 23 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30670



Pemimpin lebih tahu dan mendalam ilmu politiknya. Sebab itu mereka dilantik, diberi kepercayaan untuk memimpin dan diberi wala’. Kadang-kadang pemimpin ada strategi parti yang tidak perlu dimaklumkan kepada ahli. Kalau dimaklumkan, bukan strategi lagi namanya itu. Jadi tak perlulah kita mengajar dan mendesak pemimpin. Namun izinkan ahli akar umbi memberi sedikit pandangan andai pandangan ini berguna.

Secara tepat dan halus memang sukar  untuk kita ketahui baik  buruk kita bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Mungkin banyak manfaatnya daripada buruknya. Dan mungkin juga banyak buruk daripada baiknya. Hanya Allah sahaja Yang Maha Tahu. Kita tidak mahu keputusan dibuat kerana sentimen atau emosi.  Apalagi kerana ego atau telinga kuali.



Namun bagi aku yang daif ini, ada beberapa persoalan yang bermain di minda. Pertama, andai kita berpakat dengan PH untuk kembali pada ‘1 lawan 1’ dengan BN, tidak mustahilkah PH akan mengkhianati PAS? Contohnya, Cina DAP berpakat dalam gelap agar tidak memberi undi kepada PAS kerana mereka lebih rela BN menang. Kita yang jujur ini pula tergamak mengundi mereka kerana mahu lihat pihak pembangkang ke Putrajaya.



Aku bersangka demikian kerana aku rasa dendam si kafir DAP tak pernah padam terhadap Islam. Bukankah mereka berkeras tak mahu RUU Syariah? Bukankah mereka tak mahu PAS menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar? Bukankah mereka bimbang TGHH terpilih menjadi PM? 



Bukankah mereka bimbang PAS memimpin barisan pembangkang? Atas sebab itu tak mustahilkah PH berpakat agar ‘faham-faham’ jangan undi PAS tetapi undilah calon BN?



Kedua, tidak mustahilkah pada hari penamaan calon PH memasang proksi-proksi mereka daripada kalangan ahli mereka untuk memecah-belah undi PAS? Kalau itu terjadi atas strategi mereka, tidakkah PAS terperangkap dek kejujuran sendiri? Bagi aku mereka hanya hendak bekerjasama dengan PAS untuk menyelamatkan kerusi-kerusi mereka; bukan kerana mereka redha PAS menang.

Mereka juga prejudis tak berkesudahan terhadap PAS. Mereka bersangka apabila menang PAS akan berUG dengan UMNO/BN. Jadi bagi mereka, buat apa bagi PAS menang? PAS bukan ahli Pakatan Harapan. PAS tak terikat. Maka tak mustahilkah, formula ‘1 lawan 1” hanya untuk menyelamatkan mereka dan memberi keuntungan besar kepada mereka sahaja?



Ketiga, katakanlah perkara pertama dan kedua tidak berlaku. Ditakdirkan pakatan pembangkang menang PRU14 sama ada di peringkat nasional atau negeri. Mereka bertiga dengan 3 undi (PKR, DAP dan PAN), PAS keseorangan. Adakah mereka bersedia untuk mengizinkan TGHH menjadi PM sekiranya PAS menguasai kerusi Melayu terbanyak? Apakah sekali lagi mereka menekan TGHH dan PAS untuk melaksanakan kehendak dan dasar-dasar mereka? Mereka nak buat TGHH macam Nizar Jamaluddin ketika memerintah Perak? Buat perjanjian macam-macam dan ugutan yang tak berkesudahan. Sebaliknya, adakah PAS dibenarkan melaksanakan kehendak dan dasar-dasar yang selama ini diperjuangkan oleh PAS?



Justeru, aku melihat jemputan untuk bekerjasama dengan mereka hanya untuk menyelamatkan mereka. Mereka menakut-nakutkan PAS untuk menyembunyikan ketakutan mereka. Setelah berlaku apa yang telah berlaku sejak fitnah UG,  Langkah Kajang, tertubuhnya PAN oleh angkara DAP, IKRAM dan para petualang,  isu hudud dan RUU; maka akar umbi PAS lebih rela berlaku persaingan 3 atau 4 penjuru dalam PRU14 nanti. PAS mestilah mula membuat kajian, mengorak langkah dan strategi. Perkasakan Blok Ketiga dan DHPP. Jangan hanya gah pada nama tapi umpama lalang yang tiada isi.



Akhirnya, apabila aku telusuri tulisan dan komen-komen dalam blog-blog, facebook, whatsapp dan perbincangan di alam maya, aku dapat rumuskan bahawa majoriti ( lebih  90%)  akar umbi PAS bersedia untuk pertanding 3 penjuru dalam PRU14 nanti. Akar umbi PAS sudah serik berhabis tenaga, berhabis wang dan berhabis masa bekerja untuk mereka yang kini berada dalam Pakatan yang mengkhianati mereka. Rasanya, tuan-puan sudah faham motif tulisanku.






Sumber TKO - 23-6-2016


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dedak apa Mahathir tabur hingga ramai pemimpin pembangkang rabun?

Posted on Wednesday, June 22 @ 19:14:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30663


Memang terasa janggal apabila ada beberapa pemimpin politik yang pada suatu ketika dahulu menjadi musuh ketat Tun Dr Mahathir Mohamad kini boleh menggabungkan diri dengan bekas diktator yang pernah mereka benci itu.

Mereka sanggup berkongsi pentas politik dengan Mahathir untuk meyakinkan rakyat bahawa keadaan negara kini genting dan mesti diselamatkan daripada kerakusan dan kelemahan seorang pemimpin BN – Datuk Seri Najib Razak.



Perihal menjatuhkan pemimpin kerajaan memang kerja pembangkang. Jatuh pemimpin berkenaan berarti parti yang diwakilinya akan lemah dan goncang. Ini mungkin mengizinkan mereka mengambil alih sebagai pemerintah.

Jika diimbau apa dan bagaimana buruknya layanan Mahathir ke atas mereka sebagai pembangkang, sudah tentu perubahan citarasa politik mereka agak sukar diterima akal.

Bagaimanapun hasrat bertuankan Mahathir tidak dikongsi oleh semua entiti politik di negara ini. Masih ada yang tidak serasi dengan langkah itu dan mahu Umno-BN ditumbangkan melalui proses pilihanraya.

PAS, misalnya, menjarakkan diri dari gerakan Deklarasi Rakyat yang ditaja oleh Mahathir kerana beranggapan kempen itu tidak mengikut lunas demokrasi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendirian Najib mewakili kumpulan wakil rakyat paling ramai di Dewan Rakyat dan direstui oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bagi menduduki jawatan perdana menteri.

Katanya, jika pendekatan petisyen dengan mengumpul tandatangan digunapakai menentukan pemimpin maka sukar menghayati demokrasi sebenar kerana ia boleh disalahguna orang berpengaruh mengkucar-kacirkan demokrasi.

Bagi Hadi kedudukan perdana menteri cuma boleh dibatalkan jika ia ditolak oleh partinya (Umno-Barisan Nasional) sendiri atau apabila berlaku keadaan Umno-BN hilang majoriti di Dewan Rakyat.
Pendirian Hadi itu nampaknya lebih beradab dan sejajar dengan amalan ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ yang menjadi pegangan PAS sejak berkelana sendirian selepas meninggalkan Pakatan Rakyat.

Tun Mahathir menjadi Perdana menteri Malaysia selama 22 tahun dan sudah tentu beliau mempunyai ramai penyokong dan golongan yang ‘terhutang budi’ padanya semasa beliau berkuasa mutlak dari 1981 hingga 2003.

Beliau pemain catur politik terhebat di Malaysia. Bukan sahaja tempoh pemerintahannya satu rekod dalam Malaysia merdeka tetapi beliau masih mengekalkan pengaruh dalam era pasca persaraannya.
Beliau melantik Tun Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Namun apabila tidak puashati prestasi Abdullah beliau menggerakkan kempen menurunkannya dan bertegas mahu Najib pula menjadi pewaris jawatan perdana menteri.

Kini selepas 13 tahun bersara beliau mengepalai kempen menurunkan Najib yang dianggapnya gagal melaksanakan tanggungjawab perdana menteri melalui kempen yang dikenali sebagai Deklarasi Rakyat.

Setelah gagal mempengaruhi ahli-ahli Umno menyokong aspirasi politiknya itu, beliau keluar Umno. Mahathir kemudian menggabungkan dirinya dengan parti-parti pembangkang yang berpangkalan dalam Pakatan Harapan.

Ramai pemimpin pembangkang teruja dengan kesempatan yang dibuka oleh Mahathir. Politikus seperti Lim Kit siang, Mohamad Sabu serta Azmin Ali melihat kehadiran semula Mahathir dalam politik nasional satu kesempatan baru.

Mereka memang amat perlukan seorang ikon untuk mencergaskan semula Pakatan Harapan yang ‘hidup segan mati tak mahu’ kerana perbalahan dan cemburu sesama mereka.

PKR, DAP dan PAN hilang arah selepas tonggak dan simbol perpaduan mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipetisejukkan oleh mahkamah di penjara Sungai Buloh kerana jenayah sodominya.
Mahathir cergas semula dalam pusaran politik nasional. Usia 90 tahun bukan satu masalah baginya. Beliau tinggalkan Umno kerana bencikan Najib dan tidak mendapat sokongan Umno. Kini beliau menggerakkan petisyen menjatuhkannya.

Kebetulan dalam kempen Deklarasi Rakyatnya berlangsung dua pilihanraya penting. Pertama, pilihanraya negeri (PRN) Sarawak Mei lalu dan dua pilihanraya kecil (PRK) parlimen di Semenanjung bulan ini.

Mahathir menyambar kesempatan ini untuk menumbangkan calon-calon BN supaya ia menjadi dalil jelas bahawa rakyat bukan sahaja tidak berkenan pada cara pemerintahan Najib malah sekaligus mahu melumpuhkan Umno-BN.

Keputusan PRN Sarawak mengecewakan Mahathir. BN menang 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sementara dalam PRK parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar BN menang dengan undi majoriti jauh lebih besar.

Sekaligus keputusan-keputusan berkenaan membawa mesej bahawa apabila diberi pilihan, rakyat masih yakin pada kepimpinan BN dan sudah tentu termasuk pemimpin utamanya, Najib. 
Namun reaksi penyokong deklarasi berkenaan kelihatan kebeeratan menerima mandat rakyat itu. Mereka enggan menjarakkan diri dari pendekatan politik songsang Mahathir ini.

Dua bekas naib presiden PAS, Mahfuz Omar dan Husam Musa, misalnya, masih melihat cara Mahathir itu pendekatan terbaik “membetulkan” kerajaan.

Sebaliknya Mahfuz memaklumkan bahawa Deklarasi Rakyat akan meneruskan 'road show' mereka ke seluruh negara selepas Aidilfitri pada Julai ini.

"Selepas raya ini kita akan teruskan dan buat 'roadshow' ke seluruh negara dan dia akan memasuki fasa yang ke-2," katanya.

 Nampaknya ahli-ahli politik pembangkang yang melihat Deklarasi itu sebagai jalan pintas untuk melakukan perubahan dalam sistem politik negara sebenarnya membelakangi pandangan majoriti rakyat.

Nasihat bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad serta pandangan pemerhati politik serta ramai lagi pemikir ulung, termasuk bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak dihiraukan.

Anwar dalam “Warkah dari penjaranya” mengingatkan bahawa perjuangan Deklarasi Rakyat adalah sempit jika tidak mensasarkan reformasi total dalam sistem pemerintahan negara.

Sementara Tun Hamid pula menasihatkan supaya keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar wajar dijadikan iktibar oleh penggerak Deklarasi Rakyat supaya orang Melayu ‘bersatu dan bukan terus bercakaran’.

Beliau berkata, selaku bekas Perdana Menteri Dr Mahathir tidak seharusnya merosakkan integriti dan pencapaian yang diperoleh sepanjang hayatnya dengan memilih arah bertentangan di penghujung jalan.

"Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau. Lebih baik Dr Mahathir berehat supaya orang boleh terus menghormatinya," katanya.

Adakah pemimpin-pemimpin pembangkang terbabit benar-benar yakin dengan pendekatan Deklarasi Tun Mahathir? Atau, mereka sekadar melihat ia jalan pintas untuk menumbangkan BN dan mengambil alih kuasa pemerintahan?


  Soalnya, dedak apakah yang Mahathir taburkan untuk mereka hingga rabun menilai matlamat membalas dendam politikus veteran itu terhadap Najib yang sebenarnya tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat?

Zainal Salleh
AntarPOS

Sumber TKO - 22-6-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Buat Mereka Yang Lupa Berjanji Tapi Mungkir Kemudian Salahkan PAS


Posted on Wednesday, June 22 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30658

Kami pemimpin tertinggi dalam PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat berteraskan dasar bersama atau manifesto yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan perjuamgam adil untuk semua oleh DAP, PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri.

DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berperlembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara Islam.

Perbezaan diantara PAS dan DAP hanya setakat 5% sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan, keadilan,kebenaran, intergriti dan demokrasi untuk semua.

Oleh itu, Manifesto Pakatan Rakyat adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau tidak menolak hak mana mana bangsa, agama ataupun jantina.

Marilah kita bersatu melawan kemungkaran dan amalan rasuah BN yang merupakan masalah terbesar dalam Negara yang berlarutan lebih 50 tahun.

Kami merayu rakyat Malaysia sokonglah Pakatan Rakyat pada 5hb Mei 2013.

Tengok bulan pangkah bulan,

Tengok mata pangkah mata,

Tengok roket pangkah roket,

Selamatkan Malaysia !!!

Sumber TKO - 22-6-2016

------------------------------------------------------------------------------
Muhyiddin mengaku Pakatan Harapan setuju kekalkan BN


Posted on Wednesday, June 22 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30656



Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku bahawa matlamat utama Deklarasi Rakyat yang dilakukan bersama Pakatan Harapan (DAP, PKR dan PAN) baru-baru ini adalah untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya, bukan bertujuan menjatuhkan atau menukar kerajaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Malaysiakini, Muhyiddin menyatakan perkara itu dalam ucapan ceramah ‘Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia’ di Taman Putra Perdana,Puchong, malam tadi.

Bekas timbalan perdana menteri itu turut menafikan tuduhan pihak tertentu konon deklarasi bersama Pakatan Harapan (PH) itu adalah untuk menumbangkan kerajaan.

“Ada tuduhan mengatakan kita ini nak menumbangkan kerajaan, tidak!,” kata Muhyiddin yang dipetik dari Malaysiakini.

Muhyiddin memberitahu, persetujuan bersama yang dilakukan antara DAP, PKR dan PAN dengan pihak Tun Mahathir dalam 'Deklarasi Rakyat' baru-baru ini juga bukan mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Mereka (DAP, PKR dan PAN) bersama dengan kita, Tun Mahathir dan saya tandatangan Deklarasi Rakyat mereka juga kata bukan nak jatuhkan kerajaan, kami nak perdana menteri undur dan negara ini diselamatkan,” tegas Muhyiddin lagi.

Selain itu, Muhyiddin turut menolak dakwaan konon beliau calon pengganti Perdana Menteri namun beliau tidak menolak untuk bersetuju menjadikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai calon pengganti Datuk Seri Najib.

“Kalau dia (Najib) pergi (berundur), maka Majlis Tertinggi boleh buat keputusan siapa nak ganti (Najib), orang kata Tan Sri (Muhyiddin) naik ganti, saya tak apa kalau dikatakan tak ada rezeki itu tak apa, ataupun Datuk Zahid (naik) pun tak apa, sesiapa pun tak apa, itu pun saya tak pasti dengan perubahan sebegitu maka akan kembali menyakinkan rakyat untuk menyokong BN,” katanya. 



Sumber TKO - 22-6-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apabila Boss Besar Pakatan Harapan Keluar Kenyataan, Agaknya PAN dan PKR berani Angkat Muka?


Posted on Tuesday, June 21 @ 23:09:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30647



Pakatan Harapan tidak berhasrat menjalin sebarang kerjasama dengan blok baharu pembangkang antara PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika menegaskan perkara itu berkata, asas kerjasama dengan PAS sudah tidak wujud lagi apabila parti itu tidak berpegang kepada prinsip dan hala tuju pakatan pembangkang.


Suatu yang realiti, mungkin ramai tahu tapi tidak menyedari secara insaf bahawa yang mendominasi dalam Pakatan Harapan ialah DAP. Yang menjadi "taiko besar" dan "tokong" dalam DAP pula ialah Lim Guan Eng.

Jika mana-mana pemimpin PKR dan PAN nak bersuara dan menyampaikan hasrat pastikan tidak bercanggah dengan 'nafsu dan kemahuan' DAP serta Lim Guan Eng.

Sebelum ini, parti PAN membuat kenyataan mengajak PAS untuk kembali ke meja rundingan Pakatan Harapan. Persoalaannya adalah PAN telah meruju kepada 'taiko' besar DAP?




Sumber TKO - 21-6-2016



PRU14: Untuk menang bukan sekadar bergabung!

Posted on Tuesday, June 21 @ 16:33:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30636
Salam Kebodohan Berulang,

Siri-siri PRK, PRN pasca PRU13 sepatutnya telah banyak memberi keinsafan kepada pembangkang yang ingin menumbangkan Umno-BN. Ya, banyak respon, ulasan, pandangan dan bertalu-talu komen yang didengar selepas habis sesuatu pilihanraya. Tetapi kesilapan demi kesilapan diulangi kerana samada terlalu mendengar suara elitis atau tersilap sifir 'pakar' stategi yang akhirnya bertukar menjadi pakar tragedi!

Pendengaran kita hanya tertumpu kepada suara-suara bingit dari semi-majoriti iaitu penduduk bandar/elitis, sub bandar dan beberapa kawasan pinggiran, tanpa juga mendengar bisikan suara-suara dari kampung halaman, luar bandar dan felda-felda. Mereka sebenarnya adalah suara majoriti yang senyap.

Kalau pembangkang ingin menang PRU14, suara-suara ini mesti digabung. Suara-suara bandar, setakat PRU13 dimenangi oleh PKR/DAP tetapi majoriti kawasan Melayu (luar bandar) masih milik Pas. Dan kekuatan semakin ketara bila unjuran terbaru, Pas terbukti masih kehadapan. Malah undi non-Malays, terutama Tionghua (20%) sekarang bukan hak mutlak DAP/PKR.

Ini bukan sahaja disebabkan jentera, tetapi cawangan-cawangan Pas yang tumbuh diserata tempat dan seterusnya memberi impak berpanjangan kepada parti bilamana kerja da'wah/kuliah di masjid/surau termasuk kebajikan, menjadi aktiviti sepanjang masa walaupun diluar pilihanraya. Itulah kekuatan yang ada pada Pas dari dahulu hingga sekarang. Bukan sekadar ceramah umum atau edar risalah di pasar malam atau pasar tani.

Makanya, kalau ingin mengganti BN di Putrajaya, model seperti BN juga mesti diambil kira. Lupakan alasan-alasan ultra-poyo; undi hantu, persempadan semula, SPR tipu, politik wang dll (yang mana sudah berulang kali diwirid oleh kami tetapi dipandang sepi oleh ahli parlimen?),

perkara yang utama sekarang jadikan pemilik undi Melayu terbesar sebagai ketua kepada Pakatan baru ini (PH+ Pas). Kalau dalam BN ada Umno, maka seumur sebaya dengan Umno adalah Pas. Pas wajib dijadikan ketua dalam pakatan tersebut. Selainnya, pemegang undi bukan Melayu, PKR/DAP wajar menuruti tingkah laku MIC/MCA (bukan yang tidak elok yerp :) ). Jaga dan belajar adab-adab setempat, jadilah warga negara dan pemimpin yang berjiwa Malaysia, bukan London atau Hong Kong. Elakkan sentuh isu-isu sensitif, bangsa dan agama. Wajibkan calon wakil rakyat Tionghua fasih berbahasa Melayu tanpa syarat!

So, apa perlu Amanah buat? Penulis lebih cenderung jika Amanah dibubarkan dahulu kerana ia dilihat liabiliti kepada PH. Projek penubuhan Parti Amanah adalah perlaburan PH (DAP/PKR) yang tidak balik modal, malah merugikan pihak PH. Nilainya bukan berbentuk wang ringgit, tetapi tenaga kerja dan masa rakyat yang sedang bersemangat menjatuhkan BN. Namun jika pihak Ikram dan rakan-rakan bekas pimpinan Pas yang kecewa, masih berasa angkuh dan ingin terus dengan penubuhan Amanah di PRU14, syaratnya hanyalah satu: bertanding di kerusi tradisi PKR atau DAP.

Dikala merasakan penggundi disitu tidak setuju, boleh buat macam PSM, guna logo PKR/DAP. Walaubagaimanapun, jika ia terus ingin bertanding di kerusi Pas, maka tunggulah 5 abad lagi, cucu cicit kita masih bermenterikan Umno-BN! Kalau mereka tahu itu disebabkan ‘kebodohan’ kita. Sudah pasti kubur kita dan pemimpin sekarang akan [email protected]/* */ secara berjemaah!

Akhirnya, pembangkang bukan sahaja wajib bersatu, tetapi juga menggunakan formula BN. 60% Melayu, 20% China, 10% India dan 10% lain-lain. Dominasi dalam Pakatan 3.0 mesti diterajui oleh Pas bukan PKR atau DAP, apatah lagi Amanah.

Peace!

Stujza Malique
20 Jun 2016

Sumber TKO - 21-6-2016

-------------------------------------------------------------------------------
Bukti-Bukti Ketakutan Pakatan Harapan

Posted on Monday, June 20 @ 20:20:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30624
Anda terima atau tidak? Terpulang.  Mereka menakut-nakutkan PAS dengan kehilangan
Kelantan dan kehilangan banyak kerusi dalam PRU14 nanti. Tetapi mereka sebenar-benarnya
menyembunyikan ketakutan mereka sendiri.  Mereka mungkin hilang Pulau Pinang dan
Selangor. Malah pemimpin-pemimpin utama mereka apalagi pemuka-pemuka PAN akan
tinggallah kerusi empuk di Parlimen untuk diduduki oleh orang lain. Mari fikirkan apa yang
tersirat daripada kata-kata mereka ini?

Kata Setiausaha Agung PAN,  Anuar Tahir, “ PAS perlu bersikap terbuka terhadap situasi 
terbaru politik pembangkang dan menerima PAN sebagai rakan sekutunya bagi menghadapi 
Umno BN.”   Beliau mahu PAS berhenti melabelkan PAN dan kembali bekerjasama dalam 
gabungan pembangkang.

Kata Salehudin Ayub Timbalan Presiden PAN pula, “kekalahan partinya di PRK Kerusi 
Parlimen Kuala Kangsar adalah isyarat di mana rakyat mahukan gabungan parti pembangkang 
kembali utuh.

Tulis Rafizi Ramli di dalam facebooknya, “Ramai yang  menyatakan pandangan bahawa PAS 
perlu bergabung kembali di dalam Pakatan Harapan. Itu dari awal telah dibincangkan dengan 
wakil pimpinan PAS - dijemput untuk menyertai Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia, Koh Swe Yong pula  menyeru Pakatan Rakyat '
dihidupkan' semula dengan bersatu untuk melawan BN, melaksanakan dasar dan mengambil 
tindakan yang dapat memenuhi kehendak dan kepentingan rakyat bagi membawa perubahan.

Kata Wan Saiful Wan Jan, Pegawai Eksekutif Ideas,  "Pakatan memerlukan lebih ramai 
pemimpin yang berkongsi aspirasi Azmin untuk menjadi pengantara dan berunding antara 
pihak-pihak yang berbeza dalam blok pembangkang. Jika tidak, mereka akan mempunyai 
masa yang sangat sukar bergerak ke hadapan. "

 Motif tulisanku ialah untuk meneguhkan istiqamah PAS bersama Blok Ketiga di samping 
membaiki aspek-aspek tertentu yang menjadi dapatan dalam post-mortem pasca PRK Kuala 
Kangsar dan Sungai Besar. Tujuannya ialah agar kita tidak menggadaikan dasar dan prinsip 
perjuangan kita semata-mata takut hilang kerusi seperti mereka. Luka kita dengan DAP dan 
PAN amat parah. Tiada lagi gelanggang untuk menyerah. Biar syahid atapun kemenangan.
facebook Salam [email protected]/* */                       


Sumber TKO - 20-6-2016     

1 comment:

  1. Ini luar biasa saat saya mengira semua telah selesai dengan saya Ibu Iskandar datang untuk menyelamatkan saya. Saya sangat berhutang sejauh orang-orang yang saya pinjam uang dari geng melawan saya dan kemudian membuat saya ditangkap sebagai akibat dari hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan maka masa rahmat diberikan kepada saya saat saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan mencari uang untuk membayar semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahwa ada beberapa kreditur sah online sehingga saya harus mencari Karena melalui blog saya berualang kali tertipu tapi ketika saya menemukan Ibu Iskandar CEO ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM, Tuhan mengarahkAan saya ke iklannya melalui blog karena daya tarik saya terhadapnya adalah benar-benar mukjizat mungkin karena Tuhan telah melihat bahwa saya memiliki banyak menderita karena itulah dia mengarahkan saya kepadanya. Jadi saya menerapkannya dengan antusias setelah beberapa jam pinjaman saya disetujui oleh Dewan dan dalam dua hari saya dikreditkan dengana jumlah pasti yang saya berikaan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Kredit Tanpa Agunan (KTA) sama seperti saya berbicara dengan Anda sekarang saya telah dapat menghapus semua hutang saya dan sekarang saya memiliki supermarket sendiri, saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil keuangan apa pun keputusan saya tidak punya urusan dengan Polisi lagi saya sekarang adalah wanita merdeka. Anda ingin mengalami kemandirian finansial seperti saya silahkan hubungi Ibu melalui BBM-nya: {D8980E0B} atau melalui email perusahaan: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com) Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahwa di dunia kesulitan ini Anda memerlukan seseorang untuk membantu Anda mengatasi gejolak keuangan dalam hidup Anda dengan satu atau lain cara, jadi saya memberi Anda mandat untuk mencoba dan menghubungi Ibu Iskandar di alamat di atas sehingga bisa mengatasi kemerosotan keuangan dalam hidup Anda. Anda bisa menghubungi saya melalui email berikut: (anggaannisa1979@gmail.com)) selalu bersikap positif dengan Ibu Iskandar dia akan melihat Anda melalui semua tantangan finansial Anda dan kemudian memberi Anda sebuah tampilan baru finansial.

    Detail Kontak Penuh:

    Perusahaan: ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM (ISKANDAR LENDERS)
    Email: {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
    BBM INVITES: {D8980E0B}
                           : {4424AA}
    Alamat Facebook: {www.facebook.com/iskandar.lesteri.7}
    Website: {iskandarlestari.wordpress.com}

               TESTIMONI OLEH
    Penerima Manfaat: Angga Annisa
       Email: {anggaannisa1979@gmail.com}

    ReplyDelete