BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, June 27, 2016

HALEHWAL DAP (JILID 2)

U-Turn Di Kerusi P148 Ayer Hitam Bukti Cakap Dap Tak Boleh
Dipakai

Posted on Sunday, February 11 @ 07:04:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38186



Belum sampai sebulan lalu, DAP, melalui kenyataan Pengerusi DAP Johor,
 Liew Chin Tong, di Pontian pada 12 Januari 2018, dilapor mengesahkan
 bahawa DAP akan meletakkan calon dari AMANAH di kerusi P148 Ayer
Hitam yang asalnya diperuntukkan untuk DAP.




Hari ini, 10 Februari 2018, DAP, melalui kenyataan Setiausaha Organisasi
DAP, Anthony Loke, di Ayer Hitam pula, dilapor mengesahkan bahawa DAP membatalkan keputusan untuk meletakkan calon dari AMANAH, dan s
ebaliknya meletakkan calon DAP sendiri, di kerusi ini.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh DAP bagi menjustikasikan
 keputusannya untuk membuat U-turn ini, ia tetap tidak boleh menafikan
 hakikat bahawa gambaran yang terlihat ialah DAP sangat sukar untuk
 melepaskan kerusinya kepada pihak lain dan tidak boleh dipegang janjinya.

Kasihan kepada AMANAH, seolah-olah dipermainkan lagi nampaknya.

Facebook
Kamarul Yusoff

Sumber TKO - 11-2-2018


DAP tanding Ayer Hitam lawan timbalan presiden MCA
Posted on Sunday, February 11 @ 07:01:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38185



DAP mengesahkan akan bertanding di Ayer Hitam, Johor menentang 
penyandang kerusi parlimen berkenaan iaitu Timbalan Presiden MCA Wee 
Ka Siong dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.


Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata parti itu telah membatalkan rancangan asal untuk meletakkan calon Parti Amanah Negara (AMANAH)
yang akan menggunakan logo DAP, selepas DAP gagal mendapatkan kerusi tambahan dalam rundingan antara parti kopinen Pakatan Harapan
(HARAPAN).

"(Kita mahu meletakkan calon AMANAH sebelum ini) sebab AMANAH
cuma ada dua kerusi parlimen (di Johor).

"(Tapi) AMANAH dapat 12 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang
boleh dianggap agak banyak. Sebab DAP tak dapat tambahan kerusi DUN,
jadi kita minta semula Ayer Hitam.

"Hari ini kita boleh cakap secara rasmi bahawa calon DAP akan bertandung
di Ayer Hitam," kata Loke dalam sidang media di Ayer Hitam hari ini.

DAP sebelum ini berjaya mendapatkan kerusi yang disandang MCA selepas
 bertukar dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang akan
 bertanding di Tanjung Piai. Pada 2013, kerusi itu ditandingi.

DAP merupakan parti pembangkang paling kuat di Johor ketika ini dengan memegang empat parlimen dan 13 kerusi DUN.

Loke menambah, DAP juga percaya mereka layak bertanding 15 kerusi DUN berbanding 14 kerusi dalam PRU akan datang.

Sementara itu, Loke mencabar Wee untuk bertanding melawan Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng di Bagan sekiranya dia bersungguh-sungguh
mahu bertarung atas isu projek terowong dasar laut.

"Hari ini saya cabar Wee, jika dia betul-betul fikir kerajaan Pulau Pinang,
terutama Lim buat salah, atau salah guna kuasa dalam projek terowong dasar
laut, Wee sebagai timbalan presiden MCA sepatutnya bertanding melawan
Lim di Bagan.

"Jika dia yakin Ayer Hitam adalah kerusi selamat, Wee sepatutnya boleh
menyerahkan parlimen ini dan biarkan mana-mana calon MCA lain
 bertanding di sini kerana mereka fikir mereka boleh menang," kata anggota
parlimen Seremban itu.

Sumber TKO - 11-2-2018

DAP Ada Peluang Rebut Jawatan MB Selangor
Posted on Friday, February 09 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38166



KUALA LUMPUR: Ketegangan yang tercetus antara Parti Amanah Negara

 (PAN) dengan PKR memberi kelebihan kepada DAP yang sememangnya tidak mahu melihat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kekal 
 sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat, berkata DAP yang
mengetuai pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) di Selangor
 sebenarnya sedang mengulangi ‘skrip’ sama untuk menawan Selangor, sama
 seperti mereka menguasai Pulau Pinang jika memenangi PRU-14 nanti.

“DAP dengan Azmin tak ngam (sokong) dan bagi PKR pula, mereka tahu
 kenapa DAP yang sudah ada kerusi, tetapi mahu beri (lebih kerusi) pada PAN. Mereka (DAP) sebenarnya hendak jadikan calon DAP sebagai Menteri Besar.

“Sebab itulah PKR mahu rebut kerusi dan tidak mahu beri terlalu banyak
kuasa (kerusi) kepada DAP dan PAN yang akan bergabung jika PH menang
PRU-14 seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi
di sini, hari ini.

Isu pembahagian kerusi PH yang diketuai DAP di Selangor ketika ini dilihat
semakin panas apabila pemimpin PAN mengingatkan PKR supaya tidak
memandai-mandai membuat perancangan sendiri untuk bertanding lebih
 banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU-14.

Sebelum ini, Mohamed Azmin menempelak PAN dan menyifatkannya parti
 penipu serta tidak amanah apabila cuba memutar belit isu pembahagian
 kerusi DUN Selangor.

Perbalahan antara parti berlarutan apabila Pengerusi PAN Selangor, Ir Izham
Hashim pula berkata, sikap Mohamed Azmin seperti ‘badut’ serta tidak
layak memegang jawatan Menteri Besar dan Pengerusi PH Selangor.

Mengulas lanjut, Tuan Tat berkata, pertelagahan antara pembangkang dan
sekutunya bukan perkara baharu kerana sudah terkenal dengan sikap saling mempergunakan antara satu sama lain untuk kepentingan parti.

“Mereka tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang boleh berkompromi demi
negara dan rakyat. Pemimpin pembangkang sebaliknya lebih banyak fikirkan
 masalah lain daripada masalah rakyat,” katanya –BH

Sumber TKO - 9-2-2018


Laluan basikal DBKL vs laluan basikal DAP
Posted on Thursday, February 01 @ 21:25:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38038




DBKL punya kos 1 km = RM0.6667 juta
DAP punya kos 1 km = RM2.5 juta
UMNO dan HARAPAN dua-dua curi harta rakyat untuk GEMUKkan kroni
masing-masing


Kredit
Mohd Aqbar Zainal Abidin



Dr Mahathir Akan Bawa Undi Melayu Kepada DAP – Anthony Loke
Posted on Thursday, February 01 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38018



AIDCNews -30/01/18 -Tun Dr Mahathir Mohamad akan membawa undi Melayu di kerusi marginal kepada Pakatan Harapan (PH) , kata Setiausaha Organisasi Nasional DAP, Anthony Loke.

Bercakap pada ceramah PH di Bentong Ahad malam, Loke berkata DAP sering berdepan kesukaran untuk mendekati pengundi Melayu di kawasan luar bandar, namun kini akan berjaya ditembusi dengan adanya faktor Dr Mahathir.

“Kita mesti menang di kerusi marginal seperti Bentong, Labis dan Cameron Highlands untuk meningkatkan peluang kita mengambil alih kerajaan persekutuan .
“Contohnya, ada empat kerusi DUN di Bentong. Pada 2013, DAP menang tiga daripadanya tetapi kalah di Bentong.

“Satu lagi kerusi DUN milik Umno. Kami akan bawa Dr Mahathir ke situ,” kata Loke sepertimana dilapor The Malaysian Insight.

Pada pilihan raya lalu, kerusi Parlimen Bentong kekal milik MCA menerusi presidennya Liow Tiong Lai yang menewaskan calon DAP, Wong Tack dengan majoriti hanya 379 undi.

DAP mungkin meletakkan Wong sekali lagi di Bentong pada PRU14.

Pada PRU13, DAP menang DUN Bilut, Ketari dan Sabai, sementara Umno berjaya mempertahankan Pelangai, kerusi luar bandar disandang oleh Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob.

DAP melancarkan kempen di kawasan MCA, terutama di kerusi presiden Liow di Bentong dan timbalannya, Wee Ka Siong di Ayer Hitam, Johor.

Sumber TKO - 1-2-2018


Skandal Projek Terowong: LGE Berang Macam Budak?
Posted on Sunday, January 28 @ 07:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
37948



KECOH... Sidang media Lim Guan Eng berhubung isu skandal terowong 

dasar laut ‘tegang' selepas beliau gagal kawal emosi mengeluarkan pelbagai 
perkataan kurang elok didengar manusia waras.
Guan Eng bukan sahaja melabel Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr. Wee Ka Siong sebagai ‘bodoh’, malah mendakwa pengamal media
gagal mematuhi etika kewartawanan mengikut standard ditetapkan beliau.

Situasi itu tercetus selepas Guan Eng dilihat gagal mengawal perasaannya
ketika memberi ulasan isu projek terbabit, selain berterusan menyifatkan
siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak
relevan.

“Ka Siong boleh tanya adakah ia (projek terowong dasar laut) disetem 
(atau) tak? Takkan kita hendak jawab sampai peringkat budak-budak 
macam ini? Bodoh ke? Dia (Ka Siong) juga tanya kenapa pembinaannya 
belum dijalankan?

“Macam mana kita (kerajaan Pulau Pinang) mahu mula kerja kalau dia 
selalu masuk campur, selain asyik ada gangguan? Sekarang kita pun 
tidak tahu sama ada projek ini boleh akan diteruskan atau pun tidak.

“Projek mahu mula, SPRM siasat, tetapi tiada tindakan. Tiba-tiba 2018, 
siasat lagi dan mula tangkap pula. Kenapa (SPRM pilih) 2018? Sudah 
tentu kerana pilihan raya umum sudah dekat,” dalih Ketua Menteri negeri tersebut.

Sidang media berkenaan yang diadakan di George Town pada Jumaat
 menjadi tumpuan media susulan penahanan pelbagai individu berprofil
 tinggi sepanjang minggu ini kerana kes tuntutan palsu berhubung projek
 mega itu.

Projek bernilai RM6.3 bilion itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk
kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran
menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk.

Ramai bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar apabila projek
itu siap. Malah lebih lucu ia tetap ada tol atas alasan konon tidak mahu
merugikan konsesi Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul
Halim.

Siasatan SPRM mendapati, beberapa ahli politik dipercayai menerima
 habuan sehingga jutaan ringgit dalam kajian projek yang akan
 menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam dengan dijangka hanya
mula dibina pada 2023.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam pada itu turut mendakwa pengamal media pro-Barisan Nasional yang melaporkan isu berkaitan salah
 laku projek mewah itu konon sebagai tidak profesional, beretika dan
 bermoral.

Beliau yang sebelum ini, konon sering melaungkan dan memperjuangkan
 hak kebebasan media itu namun enggan menerima sebarang soalan daripada pengamal media tertentu yang jelas diketahui sebagai anti-Pakatan Harapan.

“Mereka tidak tahu apa itu malu dan memang tidak kenal malu, apabila 
saya cakap perkara macam ini, mereka (musuh politik beliau) hanya 
senyum dan tak kenal malu punya. Ok sekarang Sinar (Sinar Harian) 
boleh tanya…

“Saya tahu yang mana sinar dan tidak bersinar,” sinis Guan Eng sekali
gus menyerlah sikap keperibadian beliau yang hanya berani memilih media
tertentu konon telus dalam liputan laporannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video arkib aksi Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal jawab soalan mengenai projek terowong dengan buat kecoh…


Video - https://youtu.be/ZeKpyA-UgdU

Sumber TKO - 28-1-2018


Kenapa DAP Menyembunyikan Peruntukkan kepada agama-agama
lain?

Posted on Thursday, January 25 @ 20:09:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
37906




Saya banyak berhujah dengan puak-puak PAN dan IKRAM yang kini makin  
menjadi-jadi untuk menjilat apa yang DAP buat seolah-olah DAP ini satu 
 parti yang benar-benar memperjuangkan Islam.

Dalam banyak hal tak semua yang DAP buat itu tak benar, ada yang dibuatnya 

sangat bagus. Sikap kemantangan berpolitik harus menilai sesuatu dengan '
mata hati' bukan dengan 'nafsu dan dengki'. Seperti yang Presiden PAS 
menekan dalam muktamar lalu politik matang dan sejahtera. Pasal itu sikap 
PAS dengan UMNO tidak seperti dulu, kini membuka ruang dakwah dan PAS 
tidak membangkang membabi buta. Ada perkara baik daripada UMNO perlu 
kita sokong demi untuk kemakmuran rakyat yang berbilang pandangan dan 
pendapat politik.

Belajar bagaimana cucu Baginda s.a.w. mengambil jalan damai untuk 

kepentingan Islam. Jalan damai adalah pilihan terbaik.

Yang ini PAN dan IKRAM tak faham, walaupun mereka belajar sirah 

nabawiyyah.

Saya dah menjawab pasal Imam Masjid al-Aqsa 'berpeluk' dengan Lim Guang 

Eng. Ada boleh baca di sini.

Ada forumer laman Tranungkite membuat komen pasal Abu Musa Al-Asya'ari 

 tertipu dalam perjanjian Tahkim. Katanya saya ambil sumber syiah. Untuk 
 makluman anda sirah mengenai perpecahan politik dan mazhab akibat 
 perseketaan Saidina Ali dan Muawiyyah perlu dibaca dihalusi dengan 
 berdasarkan banyak sumber. Jangan kita membaca satu sumber lalu kita 
 menghukum orang lain tak betul membuat kesilapan dalam membuat 
rumusan. Saya tak pernah membuat rumusan kerana saya bukan penulis 
sirah. Saya mengambil rumusan daripada satu sumber yang kuat. Apa yang 
saya simpulkan adalah berdasarkan kepada politik Islam. Ok kita tutup
di sini.

Berbalik pula kepada para ta'asud DAP.

Sebelum ini mereka berhujah kata mereka  lihat DAP buat pada Islam. Setelah 

DAP memerintah peruntukkan kepada agama Islam telah meningkat setiap 
tahun.

Saya tak menolak ada peningkatan setiap tahun berbanding dengan UMNO 

yang nama sahaja Islam tetapi mereka perosak agama.


Saya telah menulis mengenai perkara ini berhubung tajuk "DAP Taja RM15 

juta Untuk Bina Sekolah Agama Milik IKRAM"

Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi 

 tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk 
 peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 

1.3 juta pada tahun 2009.

Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan 

sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina
menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan
Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Pada 21 Mei 2016 Roketkini.com laman rasmi DAP telah mengeluarkan 

 kenyataan bahawa DAP telah mengeluarkan peruntukkan 41.6 juta untuk 
 semua sekolah dan pendidikan Islam bagi tahun 2016.

Tapi DAP menyatakan berapa peruntukkan untuk sekolah-sekolah mubaligh 

agama lain seperti KRISTIAN dsbnya?

Kenapa DAP menyembunyikan jumlah sebenar peruntukan kepada 

 sekolah-sekolah agama lain? Kenapa DAP tak menyatakan sikap 
MALAYSIAN-MALAYSIAN dimana semua agama mendapat peruntukkan 
sama?

Mengikut sumber DAP mengeluarkan 128.2 juta peruntakkan kepada sekolah-

sekolah agama lain. Lihat beza dengan 41.6 juta?

Itu saya kata puak-puak PAN sanggup menjilat DAP kerana ada 

 pemimpin-pemimpin mereka yang kini bergerak aktif mendapat peruntukan 
 bulanan 30k, 20k dan 15k melalui GLC. Lidah mereka menjadi kelu.

Apa bezanya PAN, IKRAM dan UMNO?

Kita selalu perli dapat BR1M rakyat bodoh, diam sedangkan UMNO banyak menghabiskan duit ke tempat lain.

Apa bezanya dengan DAP?



Note: Artikel ini dikeluarkan semula supaya orang Islam sedar permainan 

DAP memperbanyakkan peruntukan kepada Islam dengan alasan untuk 
mengambil jumlah yg lebih besar untuk Bukan Islam atas dasar Malaysian 
Malaysian. - WM

Sumber TKO - 25-2-2018

DAP Taja RM15 juta Untuk Bina Sekolah Agama Milik IKRAM
Posted on Thursday, January 25 @ 20:07:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
37905



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan 

 rancangan pembesaran Pusat Pendidikan Al- Itqan di Teluk Kumbar bernilai
 RM15 juta. Lim berkata, projek yang melibatkan para pelajar sekolah rendah
dan menengah itu adalah langkah yang tepat pada masanya, sejajar bulan
suci Ramadhan.

Tahukah anda bahawa Pusat Pendidikan Al-Itqan adalah milik IKRAM. 

 Dulunya JIM atau IRC. IKRAM ini terbabit cuba menguasai PAS. Mereka menghuru-hara PAS bila cuba membuat Jamaah dalam Jamaah. Bila operasi 
 mereka tak berjaya menguasai PAS dalam Muktamar 2015 atas kesedaran 
ahli PAS yang tidak lagi mengundi mereka. Mereka keluar ramai-ramai 
membina Parti AMANAH @ PAN yang berkiblatkan DAP.

Tujuan mereka adalah cuba mengambil alih semua yang PAS buat termasuk 

aset PAS seperti bangunan dan sebagainya. Mereka buat PASTI, Mereka 
Buat UNIT AMAL, Mereka buat NISA'. Mereka buat akhbar sendiri.

Mereka masuk dalam PAS untuk mendapatkan semua kepentingan bagi 

merangka parti baru untuk MELUMPUH dan MEMATIKAN Pas.

Itu kerja jahat puak IKRAM.

Selepas dapat peruntukkan RM15 juta apa yang anda fikir?

Mereka akan Jaja DAP Tak anti Islam. Lihat peruntukkan diberikan untuk 

Islam lebih baik daripada UMNO.

Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi 

tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk 
peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 

1.3 juta pada tahun 2009.

Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan 

sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina 
menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan 
Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Tapi malangnya blogger PAN mewar-warkan kononnya DAP bukan 

ANTI-ISLAM. Memang orang Melayu bodoh semenjak penjajah british lagi. 
Melayu macam PAN @ AMANAH yang buta mata hati.

Anda tahu apa akan terjadi bila IKRAM yang menguasai parti PAN dapat 

pruntukkan sekolah agama?

Mereka akan jadi kuda DAP untuk mempertahankan apa sahaja yang DAP 

buat termasuk menolak hukum Hudud dan menolak undi RUU Memperkasa 
Undang-undang Syariah yang bakal dibahaskan nanti.

Ahli IKRAM akan menguatkan parti PAN @ AMANAH untuk memastikan 

PAS akan hancur.

Jangan hairan nanti pelajar Islam di sekolah IKRAM akan mendaulatkan 

DAP sebagai wira!!


Note: Artikel dikeluarkan semula kerana ada isu peruntukan wang DAP 

untuk beli hati orang Islam menghampiri PRU14 - WM 


Sumber TKO - 25-1-2018



DAP Agih Dedak untuk “Bodoh”kan Pengikut Islam HARAPAN
Posted on Wednesday, January 24 @ 20:29:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
37891



Roketkini akhbar DAP menyiarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian elaun bulanan kepada 1,157 pegawai masjid 

bermula bulan ini sehingga Jun tahun ini.

Insentif yang dianggarkan berjumlah hampir RM4.11 juta itu menurut Ketua 

Menteri Lim Guan Eng bakal memberi manfaat kepada 406 imam, 365 bilal 
dan 386 siak.

“70 peruntukan bagi membayar elaun pegawai-pegawai masjid ditanggung 

 oleh Kerajaan Negeri, manakala 30 peratus lagi ditanggung oleh Majlis 
 Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),” katanya kepada pemberita 
di Komtar.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, masing-masing imam, bilal 

dan siak akan menerima elaun sebanyak RM850, RM324 dan RM360 sebulan.

Bersoraklah pengikut bodoh PAN dan HARAPAN kononnya DAP bela Islam...
Modal nak kutuk PAS.

Tapi mereka bodoh berfikir muslihat DAP.

ANDA MELAYU AMANAH (PAN) TAHUKAH BAHAWA Pengurus 

Rumah Bahala, Gereja
mendapatkan peruntukkan sama RM4.11 juta juga? Tapi kena DAP tak 
war-warkan?? Tolong jawab!

Haji Hassan  telah menulis mengenai perkara ini berhubung tajuk "DAP Taja 

RM15 juta Untuk Bina Sekolah Agama Milik IKRAM"

Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi 

tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk 
 peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 

1.3 juta pada tahun 2009.

Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan 

sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina
menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan
Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Pada 21 Mei 2016 Roketkini.com laman rasmi DAP telah mengeluarkan 

 kenyataan bahawa DAP telah mengeluarkan peruntukkan 41.6 juta untuk
 semua sekolah dan pendidikan Islam bagi tahun 2016.

Tapi DAP menyatakan berapa peruntukkan untuk sekolah-sekolah mubaligh 

agama lain seperti KRISTIAN dsbnya?

Kenapa DAP menyembunyikan jumlah sebenar peruntukan kepada 

 sekolah-sekolah agama lain? Kenapa DAP tak menyatakan sikap 
MALAYSIAN-MALAYSIAN dimana semua agama mendapat peruntukkan 
sama?

Mengikut sumber DAP mengeluarkan 128.2 juta peruntakkan kepada 

sekolah-sekolah agama lain. Lihat beza dengan 41.6 juta?

Itu saya kata puak-puak PAN sanggup menjilat DAP kerana ada 

 pemimpin-pemimpin mereka yang kini bergerak aktif mendapat peruntukan 
 bulanan 30k, 20k dan 15k melalui GLC. Lidah mereka menjadi kelu.

Apa bezanya PAN, IKRAM dan UMNO?

Kita selalu perli dapat BR1M rakyat bodoh, diam sedangkan UMNO banyak menghabiskan duit ke tempat lain.

Apa bezanya dengan DAP?

XOXO - Puak Penyokong HARAPAN masih belum memahami bagaimana 
musuh Islam memperdayakan mereka kerana mereka jahil tentang strategi 
musuh. 

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 24-1-2018


DAP Tuduh Parti WARISAN (Shafie Apdal) makan dedak, mesra BN
Posted on Tuesday, January 23 @ 17:30:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=

37877



KOTA KINABALU: Gabungan pembangkang Sabah tidak boleh mempunyai 

satu parti yang dominan seperti yang berlaku dengan Umno, kata Penasihat 
DAP Sabah Jimmy Wong.

Bercakap pada sidang media hari ini, Ahli Parlimen Kota Kinabalu it berkata 

semua parti pembangkang harus bekerja secara berpasukan jika bersungguh menumbangkan kerajaan BN.


Wong khuatir melihat deklarasi demi deklarasi oleh parti tempatan, Parti 

Warisan Sabah, yang mana presidennya Datuk Seri Shafie Apdal menegaskan 
hasrat parti itu bertanding sendiri pada pilihan raya nanti.

Bagaimanapun bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu berkata 

beliau sedia bekerjasama dengan Pakatan Harapan, satu gabungan parti-parti pembangkang nasional yang disertai DAP. Shafie berkata PH patut 
membiarkan Sabah di tangan Warisan.

“Ini menunjukkan kamu cuba menguasai parti-parti lain. Warisan mahu 

 bertanding sendiri di Sabah. Tiada satu parti boleh menang sendiri pada 
 pilihan raya nanti. Mustahil. Sekiranya Shafie rasa Warisan boleh 
 melakukannya, itu hanya imaginasinya,” kata Wong.

Beliau juga tersinggung dengan Shafie kerana berkata walaupun DAP 

 menang 100 kali, parti itu tidak akan dapat membentuk kerajaan negeri.

Wong menasihatkan Warisan jangan angkuh kerana parti itu masih baharu 

 dan belum teruji berbanding DAP yang mempunyai sejarah yang panjang 
dan bertahan lama.

Beliau berharap Warisan tidak terlalu menggunakan media untuk bercakap 

dengan rakan kerjasama yang berpotensi.

“Sebaliknya, marilah kita duduk bersama dan berbincang. Tetapi datang 

dengan niat baik,” katanya.

Secara peribadi, bekas pengerusi DAP Sabah itu melihat peranan Warisan 

seperti PPBM di Semenanjung, iaitu untuk menyerang kubu Umno.

Malangnya, parti pelbagai kaum itu menumpukan usaha di kawasan-kawasan 

di mana pihak pembangkang lain sudah kuat, katanya.

Mengenai parti tempatan lain, Wong sukacita Parti Cinta Sabah (PCS), sebuah 

parti majoriti Kadazandusun Murut, secara terbuka mengumumkan kesediaan 
bekerja rapat dengan PH.

DAP dan Presiden PCS Datuk Seri Wilfred Bumburing mempunyai hubungan 

 yang baik dan para pemimpin DAP sering menghadiri acara parti tempatan itu 
sejak tahun lepas.

Bumburing meninggalkan gabungan pembangkang tempatan, Gabungan Sabah 

 pada April tahun lepas, kerana mahukan gabungan lebih besar yang akan 
 menyaksikan perikatan semua parti pembangkang, termasuk PH dan Warisan.

Mengenai Gabungan Sabah, Wong mengesyaki beberapa pemimpin dalam 

gabungan itu dan mendakwa mereka parti mesra BN.

“Mereka tidak mahu bekerjasama dengan kami. Itu bermakna mereka parti 

 mesra BN. Mereka yang tidak mahu bekerjasama dengan PH adalah parti 
 mesra BN kerana mereka menyukarkan usaha menumbangkan kerajaan,” 
 katanya.

Beliau mengingatkan parti-parti tempatan Sabah bahawa akhirnya, perkara 

paling penting ialah siapa menguasai Putrajaya dan menukar kerajaan negeri 
akan tidak akan membawa kesan besar kalau mereka yang di Putrajaya kekal 
berkuasa.
XOXO - DAP bila ada kuasa lebih aje mula akan menunjuk taring dan 
melabel itu dan ini. Begitu juga mereka buat kepada PAS dalam Pakatan 
Rakyat. Semuanya nak suruh ikut telunjuk mereka.
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 23-1-2018


SKMM serbu rumah pengerusi DAP Perak
Posted on Friday, January 19 @ 08:52:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
37805


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini 
merampas telefon bimbit Ahli Parlimem Taiping Nga Kor Ming dan menyerbu rumahnya di Ipoh, kediaman ibu bapanya di Ayer Tawar, dan pusat khidmatnya 
di Taiping.


Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham berkata serbuan SKMM itu
berkaitan hantaran beliau di media sosial yang antaranya didakwa
memperlekehkan kerajaan BN.

"SKMM tidak menyisat sama ada hantaran itu ini benar-benar datang dari
akaunnya. Terdapat banyak kejadian di mana orang menggunakan foto dan
nama Nga membuat hantaran palsu," kata Ngeh kepada Malaysiakini.

Tidak jelas apa dakwaan memperlekehkan di media sosial itu.

Katanya, siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 233 (1) Akta SKMM iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau menambah bahawa pengerusi DAP Perak itu akan memberikan
kenyataannya kepada SKMM di balai polis Sungai Senam.

Ngeh berkata hantaran yang didakwa oleh Nga sepatutnya dilindungi melaui
kebebasan bersuara, kerana adalah tugas ahli parlimen pembangkang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.

"Ia hanya pendapat... jika ada unsur memfitnah maka kamu boleh memfailkan
tuntutan di mahkamah," katanya.

Beliau juga mendakwa serbuan itu adalah permulaan tindakan ke atas
kebebasan berpolitik menjelang pilihan raya umum akan datang.

"SKMM akan menyebu lebih banyak rumahuntuk menakut-nakutkan orang
ramai," katanya.

Ini bukan kali pertama Nga berdepan masalah berhubung hantarannya di media
 sosial.

Beliau sebelum ini juga mengundang masalah berhubung hantarannya yang
didakwa meremehkan duit raya Aidilfitri sebagai rasuah.

Nga menafikan membuat hantaran itu.

Sumber TKO - 19-1-2018


Lim Kit Siang Dikatakan Koma, Anthony Loke Nafi
Posted on Wednesday, January 17 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
37780










DESAS desus bertiup kencang mengatakan Lim Kit Siang berada dalam 
 keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan penyakit kanser buah 
 pinggang. Beliau dikatakan koma selepas doktor berjaya membuang tumor 
 kecil pada Disember tahun lalu.

Menurut sumber dalaman DAP, Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit
 Siang, kini dalam keadaan kritikal namun ia tidak dihebahkan kepada umum.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak menjelaskan status terkini
kesihatan bapanya, Lim Kit Siang yang kini dikatakan semakin merosot
selepas menjalani pembedahan.

Sebelum ini, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengesahkan
ayahnya menghidap kanser buah pinggang tahap pertama dan selamat
menjalani pembedahan membuang tumor kecil berkenaan pada 19 Disember
tahun lalu.

Nama hospital di mana Kit Siang menjalani pembedahan turut dirahsiakan atas
sebab tertentu. Beliau dikatakan menjalani prosedur Laparoscopic Partial
Nephrectomy pada 19 Disember lepas. Prosedur itu berjalan dengan baik dan
doktor menjangkakan beliau akan pulih seperti sedia kala tanpa sebarang
komplikasi.

Namun kegagalan Kit Siang menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan di Shah
Alam pada 7 Januari lalu menimbulkan tanda tanya dan sekaligus sehingga kini
‘kelibat’ Kit Siang masih tidak kelihatan di sebarang acara Pakatan Harapan.


Ahli Parlimen Seremban Anthony pula menafikan laporan berita yang
 mendakwa bahawa Lim Kit Siang sedang koma di sebuah hospital di
 Singapura tersebut. Malah beliau mengatakan laporan itu sebagai ‘sampah’
 tetapi tidak mendedahkan keadaan Ahli Parlimen Gelang Patah.

Sumber TKO - 17-1-2018


Macam mana AMANAH nak tuntut lebih banyak kerusi tanya Lim Guan
Eng

Posted on Tuesday, January 09 @ 16:42:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
37663


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, meminta kepemimpinan Parti 
Amanah Negara (AMANAH) supaya berhenti memperbesarkan isu 
pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan 
datang.


Katanya, parti itu sepatutnya memberi tumpuan kepada strategi yang jelas bagi menghadapi BN menjelang PRU-14.

"Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu
 soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut (lebih banyak kerusi
 untuk ditandingi).

"Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan
cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu
strategi jelas," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.
Beliau berkata demikian ketika mengulas rasa tidak puas hati dalam kalangan
pemimpin dan ahli AMANAH yang menganggap berlaku pengagihan tidak adil
 bagi kerusi Parlimen parti itu.

Ahad lalu, Pemuda AMANAH Kuala Lumpur menyifatkan Konvensyen
HARAPAN sebagai “hari duka” mereka.

Ini susulan kegagalan parti itu mendapat sebarang daripada 12 kerusi parlimen
di Kuala Lumpur yang diumumkan tiga hari lalu.

Walaupun tidak menyatakan secara terus terang, Timbalan Presiden AMANAH

Salahuddin Ayub menggesa perbincangan dalam soal pembahagian kerusi
diteruskan, terutama dalam soal mengatur semula kawasan Parlimen yang
diberikan kepada parti komponennya.


Beliau berkata, ia perlu dibincangkan berdasarkan aspek faktor kemenangan, 
 kekuatan parti, sokongan pengundi dan kekuatan jentera di sesuatu kawasan.

  Rasa tidak puas hati bukan sahaja diluahkan oleh AMANAH Kuala Lumpur
 yang mengintai kerusi Titiwangsa dan Putrajaya tetapi juga di kalangan
 pemimpin parti itu di Johor dan Perak.

Di Johor misalnya, AMANAH diperuntukkan dua kerusi Parlimen - Parit
Sulong dan Pulai - daripada lima yang dituntut mereka.

Ia menyebabkan AMANAH Johor bertindak memboikot konvensyen Ahad lalu.


Ketika pengumuman Konvensyen HARAPAN Sabtu lalu, AMANAH mendapat 
agihan paling sedikit iaitu 27 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk ditandingi, berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) (52); PKR (51) dan 
 DAP (35).

Sumber TKO - 9-1-2018


Hanya Berlaku Di Bawah Kerajaan DAP: Azan Diminta Perlahan & Kubur dibersih
Posted on Friday, January 05 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37596



Surau diminta memperlahankan suara azan dan sebuah perkuburan Islam telah di’bersih’kan kerana menganggu pemandangan, kedua-duanya berlaku di Teluk Kumbar, Pulau Pinang dedah Azmi Saad.

“Jika semalam kita dedahkan tentang satu kawasan kubur yang dulunya sangat semak dan telah dibersihkan..akan tetapi telah menimbulkan ketidakpuasan hati seorang penduduk HARBI di situ di mana beliau meminta ditanam semula pokok supaya pemandangan beliau tidak terlihat akan kawasan kubur di belakang rumah beliau..

“Ini pulak ada satu lagi kisah di Teluk Kumbar juga.. Tapi kali ini di sebuah surau (Surau Furqan) di mana ada seorang wanita “HARBI” telah berjumpa dengan jemaah Surau dan meminta mereka “MEMPERLAHANKAN SPEAKER AZAN” kerana menganggu dia dan keluarganya hendak tidur…

“Perkara ini telah diceritakan sendiri oleh AJK surau itu semalam dan mereka tidak melayan kehendak wanita HARBI tu walaupun beliau datang sekali lagi untuk berjumpa dengan mereka..,” dedah Azmi Saad dalam Facebook.

Tambahnya, isu desakan memperlahankan azan itu bukan perkara baharu kerana ia pernah berlaku di sebuah masjid di Tanjung Bunga.

“Sebenarnya, puak ni jika diberi betis…bukan hanya paha yang mereka kehendakkan ..akan tetapi seluruh badan mereka ini (nak) tawan…,”katanya lagi

...
https://aidcnews.wordpress.com

Sumber TKO - 5-1-2018



Mahathir wants Najib to appoint Mukhriz as DPM II
Posted on Saturday, December 30 @ 09:26:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37492&mode=thread&order=0&thold=0



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta memberi penjelasan 

berhubung dakwaan beliau sedang berunding supaya anaknya, Datuk Seri 
Mukhriz Mahathir, dapat bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 
pilihan raya umum akan datang.

Bekas Naib Presiden Transparency International (IT), Tunku Abdul Aziz Tunku 

Ibrahim, berkata Dr Mahathir mesti menjawab dakwaan itu kerana ia jelas 
menunjukkan beliau tidak percayakan pakatan pembangkang yang diterajuinya.

Katanya, dakwaan itu juga jelas menunjukkan Dr Mahathir tidak percaya 

Mukhriz boleh memenangi pilihan raya jika bertanding atas tiket pembangkang.

"Saya lihat Dr Mahathir ini sangat obsesi mahukan anaknya jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau sanggup buat apa saja, termasuk pusingan U dan buat rundingan dengan 

BN untuk Mukhriz bertanding mewakili parti itu.

"Apa yang Dr Mahathir buat ini kerana beliau percaya dengan tiket UMNO dan 

BN saja anaknya berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri," katanya pada 
sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Raja Petra Kamarudin dalam 

portal Malaysia Today, yang mendakwa Dr Mahathir sedang merundingkan 
persetujuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi 
menyelamatkan karier politik Mukhriz.

Antara lain, persetujuan itu memerlukan Najib melantik Mukhriz sebagai 

Timbalan Perdana Menteri II sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 
serta memberinya jawatan Kabinet, sama ada Menteri Kewangan atau Menteri 
Dalam Negeri.

Sebagai balasan, Dr Mahathir akan berhenti menyerang Najib dan akan beralih 

kepada BN.

Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas Naib Pengerusi DAP, turut meminta 

pemimpin 'supremo' DAP, Lim Kit Siang, memberikan reaksinya berhubung
dakwaan itu.

"Penjelasan Kit Siang penting untuk pengundi kerana mereka kini keliru dengan 

pelbagai taktik luar jangka yang dibuat Dr Mahathir, " katanya.

Pembangkang, katanya, memang sudah masak dengan cara Dr Mahathir, yang 

sentiasa membuat pusingan U dan mereka sebenarnya sangat berhati-hati.

"Dakwaan terhadap Dr Mahathir kali ini serius dan dipercayai beliau akan 

menggunakan agensi penguatkuasaan bagi membolehkan cita-cita politiknya 
untuk Mukhriz tercapai," katanya.

Beliau berkata, jika benar dakwaan dalam portal berkenaan, maka pihak 

berkaitan kena bersedia kerana Dr Mahathir ahli politik licik, yang ada banyak 
rancangan di luar jangkaan.

https://www.malaysia-today.net/mahathir-wants-najib-to-appoint-mukhriz-as-

dpm-ii/ 

Sumber TKO - 30-12-2017


Ahli Parlimen DAP Desak Jabatan Agama Henti Tangkap LGBT
Posted on Friday, December 29 @ 15:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
37484



Klang, Selangor: Kerajaan Malaysia perlu memansuhkan semua undang-undang 

 dan peraturan-peraturan yang mendiskriminasi golongan transgender di Malaysia, demikian menurut Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan Klang, YB Charles 
Santiago.
Charles turut menggesa agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar berhenti
menangkap golongan mak nyah sewenang-wenangnya.

“Dan saya juga menggesa supaya semua Jabatan-Jabatan Agama Islam, termasuk
JAKIM dan JAIS untuk menghentikan penahanan tidak berasas kaum mak nyah.”


Menurut Ahli Parlimen yang mewakili penduduk Klang itu, selepas pengharaman
gerakan Seksualiti Merdeka pada hujung tahun 2011 seorang budak lelaki telah
dipukul sehingga mati di luar perkarangan sekolahnya.

“Pada bulan November 2011, kerajaan menghapuskan Seksualiti Merdeka.
 Kementerian Pelajaran pula telah mengedarkan pekeliling di sekolah-sekolah
bagi mendidik para pelajar mengenal pasti orientasi gay atau lesbian bagi
mengekang apa yang mereka panggil sebagai peningkatan “fenomena tidak sihat
di kalangan pelajar”. Sehubungan inisiatif itu, seorang budak lelaki telah dipukul
sehingga mati di luar perkarangan sekolahnya oleh pelajar dari sekolah yang
sama dengan alasan cara jalannya pelik dan dia layak diperlakukan dengan kasar.”

“Pada bulan Mac tahun ini, Lembaga Penapis Filem telah menyuruh Disney
menyunting keluar 4 minit babak dalam cerita kanak-kanak “Beauty and the
Beast” yang memaparkan “babak gay”,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, perbuatan diskriminasi terhadap kaum LGBT seperti
 penyuntingan adegan gay dari filem Beauty and the Beast telah menjadikan
 Malaysia negara yang merbahaya bagi kaum LGBT.

“Diskriminasi bersistematik terhadap lesbian, gay, biseksual dan terutamanya
komuniti transgender secara berterusan menjadikan Malaysia sebuah tempat
berbahaya untuk didiami mereka. Namun, kita boleh mengubahnya bersama-sama.”

“Saya bersolidariti bersama komuniti trans di seluruh dunia dan saya menyeru
anda semua menyertai saya menggesa kerajaan Malaysia untuk memansuhkan
semua undang-undang dan peraturan yang mendiskriminasi golongan trangender,” dakwanya lagi.


Merujuk kepada kegiatan pelacuran yang berleluasa di kalangan ahli komuniti itu, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim
berkata, walaupun pihak penguatkuasaan syariah JHEAT telah beberapa kali
melakukan operasi bersepadu dan melakukan tangkapan terhadap golongan
transgender mak nyah yang melakukan aktiviti pelacuran di sebuah flat di sekitar
Bandar, Kuala Terengganu, namun mereka tidak serik dan terus melakukan
kegiatan tidak bermoral itu – menara.my

Sumber TKO - 29-12-2017


Kit Siang kena kanser
Posted on Wednesday, December 27 @ 20:01:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37459


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang disahkan menghidap kanser tahap pertama.

Bagaimanapun, kata Setiausaha Agung DAP Guan Eng yang juga anaknya, doktor
berjaya membuang tumor kecil pada buah pinggangnya dan beliau dijangka pulih
tanpa sebarang komplikasi.


“Doktor juga menjangkakan beliau pulih sepenuhnya.

“Sdr Lim (Kit Siang) sedang beransur sembuh daripada pembedahan dan telah
mula bersiar meregangkan kaki,” katanya.

Guan Eng juga berkata, sepanjang tempoh pemulihan, urusan kawasan di Gelang
Patah akan dikendalikan wakil khasnya Ng Siam Luang dan pejabat parlimen DAP Gelang Patah.

Pengerusi DAP Johor merangkap anggota parlimen Kluang Sdr Liew Chin Tong
 akan membantu menyelia kerja-kerja kawasan sepanjang ketiadaan Kit Siang.

“Pihak keluarga mengucapkan penghargaan kepada semua pihak dan amat
 berterima kasih sekiranya Sdr Lim (Kit Siang) diberi ruang waktu untuk sembuh
dan pulih, agar beliau dapat kembali beraksi secepat mungkin,” katanya.

Sumber TKO - 27-12-2017



Samanlah, kata Guan Eng pada Hadi
Posted on Wednesday, December 27 @ 19:57:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37458



Dulu isu fitnah RM90 juta minta PAS saman SR, tapi bila PAS saman lain pula 

nadanya, Kini minta saman NST pula. Bila agaknya DAP nak saman atas isu 
DAP terima dana 1.2 billion daripada Isreal?
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul 
Hadi Awang menyaman New Straits Times (NST) jika benar akhbar itu 
melaporkan kenyataannya secara salah.


Lim berkata perkara itu penting kerana kandungan laporan itu menyakiti golongan
bukan Islam dan bukan Melayu.

“Saya harap beliau akan saman NST jika apa yang dilaporkan itu tidak benar,”
kata Lim, yang mempunyai banyak rekod kemenangan di mahkamah dalam
saman-samannya terhadap media kebelakangan ini.

Lim berkata, jika Hadi tidak cukup berani, ia hanya akan mencambahkan lagi
pandangan bahawa presiden PAS telah “mengugut” golongan bukan Islam.

Laporan itu memetik kenyataan Hadi di Harakahdaily pada 23 Disember bahawa
kabinet Malaysia patut terdiri daripada orang Melayu kerana kaum itu adalah
kaum majoriti.

Dalam artikelnya di akhbar PAS itu, Hadi antaranya menulis:

“Islam meletakkan mestilah ketua negara dan anggota kabinetnya yang berakidah
Islam daripada bangsa yang paling berpengaruh.”

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata kenyataan Hadi dilaporkan
secara salah oleh beberapa agensi berita.

Katanya, tiada satu ayat dan huraian pun yang yang menyatakan semua anggota
kabinet mestilah terdiri daripada orang Melayu-Muslim.

"Sebaliknya PAS menegaskan kepentingan dan keperluan untuk orang Melayu-
Islam menjadi teras dalam sistem politik dan struktur pentadbiran negara,"
katanya.

Sumber TKO - 27-12-2017



Portal Yang Pro-DAP – Bekas Penyelidik & Kolumnis Malaysiakini
Posted on Sunday, December 24 @ 09:16:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37415



AIDCNews -23/12/17 –Malaysiakini merupakan sebuah portal yang pro-DAP, sebab itu majoriti pengunjungnya terdiri daripada simpatisme parti tersebut.

Rumusan ini dibuat berdasarkan intipati temu bual AIDC bersama bekas penyelidik dan kolumnis Malaysiakini, Helen Ang.

Interbiu AIDC bersama Helen Ang ini pernah disiarkan di laman sesawang anwaraidc.com pada 1 Okt. 2012, namun kerana pihak AIDC tidak mampu menampung kos operasi, laman terpaksa ditutup yang mengakibatkan kesemua arkib dalam laman berkenaan terpadam.
Berdasarkan perkembangan politik terkini, AIDCNews bersetuju untuk menyiarkan sekali lagi sesi temu bual AIDC bersama Helen Ang yang dilakukan di satu tempat di Kelana Jaya, pada 18 September 2012.
……………………………….
“Kalau saya jadi ‘tukang tilik’, saya rasa pengaruh DAP akan memuncak pada PRU 13 ini. Mereka ada momentum..Saya kira DAP akan bawa gelombang sebab orang Cina dah merasai ok, setakat ni kami amat berjaya. Jadi, mereka yakin akan dapat lebih undi lagi,” itu sedutan wawancara AIDC dengan blogger Cina menulis dalam bahasa Melayu, Helen Ang.
Helen Ang, lulusan USM memulakan karier kewartawanannya di NST (New Straits Times) pada awal tahun 1990-an, kemudian The Star dan pada tahun 2005 menjadi kolumnis di portal Malaysiakini.

Pada tahun 2011, disebabkan siri-siri rencana yang ditulisnya dalam kolum Malaysiakini yang dianggap ‘bertentangan arus’, maka perkhidmatannya di portal itu dibekukan dan kolum itu ditutup.

Bermakna, sebelum berblog di laman sesawang helenang.wordpress.com/, sekitar Julai 2011, Helen Ang sudah terlibat dalam dunia kewartawanan lebih kurang selama 17 tahun.

Apabila ditanya kenapa dia menjadikan Hannah Yeoh sebagai subjek utama penulisannya, katanya, “Dia adalah subjek menarik, menggambarkan jiwa ‘DAP baru’”.

Apakah yang dimaksudnya sebagai ‘DAP baru’ ? Ikuti wawancara lengkap bersamanya.
AIDC : Saya difahamkan dahulu anda adalah kolumnis Malaysiakini, kemudian telah dibekukan. Kenapa dibekukan ?

Helen Ang : Sebab para pembacanya terlalu berfikiran tertutup. Pembacanya yang pro pembangkang itu, cara mereka berfikir, kalau kita tulis yang tidak berpihak kepada mereka, kita dianggap sebagai musuh.

Seperti anda sudah mengesahkan bahawa portal Malaysiakini majoriti pembacanya adalah pro-pembangkang?
Agaknyalah, nampaknya seperti itu lah. Dari pengalaman saya pun begitu.

Maksudnya sebagai kolumnis, anda tidak boleh menulis idea yang bertentangan dengan idealisme pembaca portal, jika tidak idea anda akan ditolak ?

Bukan sekadar ditolak, tetapi mereka menentang, cara mereka menentang itu, pada saya kurang berhemah..

Misalnya?

Misalnya macam kita tengok komen-komen kat blog, ada yang berbahasa kesat, ada yang buat fitnah, ada yang sebarkan dakyah.

Em, sampai ke tahap tu. Kira serang peribadilah. Bukan serang idea.

Jadi, boleh saya buat kesimpulan bahawa, anda sebagai kolumnis Malaysiakini, penulisan mesti pro pembangkang kerana pembacanya merasakan portal itu hak milik pembangkang. Begitu ?

Boleh..boleh dianggap begitu (sambil ketawa)

Sedangkan portal itu mendakwa media bebas ?

Saya ingat, pembaca yang arif boleh menilaikannya sendiri.

Apakah contoh penulisan anda yang bertentangan dengan idealisme pembaca Malaysiakini ?

Waktu itu tercetus isu kalimah Allah. Saya tulis dalam bahasa Inggeris, saya kata, ‘the convention of ‘Allah’ belongs to Islam’ (konvensyen kalimah ‘Allah’ adalah hak milik Islam).
Kes tu saya rasa tak patut, macam cara mereka serang, sebab, saya kata waktu itu orang Melayu marah, mereka marah sebab mereka adalah masyarakat Islam dan bukan sebab dihasut oleh UMNO.

Tetapi pembaca pembangkang, mereka tidak menerima hakikat itu, mereka terpengaruh, mereka percaya bahawa UMNO yang menjadi penghasut, pada mereka UMNO lah yang mencetuskan kemelut supaya orang Melayu marah tentang kes kalimah Allah itu.

Rasa-rasanya pembaca Malaysiakini tak kenal hati budi masyarakat Melayu. Mereka tak tahu baca naluri masyarakat Melayu, mereka tak dapat nilai perkaitan Melayu dengan Islam.
Jadi mereka ingat ‘oo itu mesti kerja UMNO yang hasut’, padahal yang saya lihat bukan faktor UMNO tetapi cetusan hati nurani masyarakat Islam.

‘Mereka’ ? Maksudnya majoriti pembaca bukan Melayu ?

Memang, khususnya artikel dalam bahasa Inggeris.

Faktor itu jadi penyebab dibekukan jadi kolumnis ?

Ya. Itu pandangan Steven Gan (ketua editor Malaysiakini) lah. Dia kata, seorang kolumnis itu tidak sepatutnya menulis sampai ke tahap majoriti pembaca menentang dengan sering bergaduh dengan kolumnis tersebut.

Majoriti pembaca Malaysiakini menentang idea anda ?

A’ha majoriti menentang saya, sebab ramai pembaca Malaysiakini tu penyokong DAP.
Lepas tu ada satu kes lagi, tentang Kampung Buah Pala.

Saya kata, tindakan Lim Guan Eng tentang kes Kampung Buah Pala itu tak betul. Cuba bayangkanlah reaksi pembaca Malaysiakini…

Saya rasa, masyarakat Pulau Pinang terlalu taksub kepada Lim Guan Eng. Jadi bila Timbalan Ketua Menteri (Dr Mansor Othman) kata Lim Guan Eng dianggap sebagai ‘tokong’, itu pada saya agak bertepatan lah.

Macam rasa pelik kan, semua masyarakat Cina mesti menyokong Lim Guan Eng. Kalau tak sokong tu maksudnya orang itu macam tak betul (ketawa).

Wajib kena sokong Lim Guan Eng. Saya pun tak faham macam mana mereka boleh begitu taksub.

Anda kecewa dibekukan jadi kolumnis Malaysiakini ?
Tidak. Kita ada pandangan kita, mentang-mentang pandangan kita tidak sehaluan dengan pandangan pembangkang yang mereka mahu…kemudian diganggu, nak menyusahkan.
Sepatutnya, kalau berlainan pendapat, biar saja lah, kan… Kita berdasarkan pasaran, tengok siapa yang lebih bernas. Tapi mereka tak. Mereka mesti serang macam shoot the messenger (membunuh si pembawa berita)

Kononnya nak memperjuangkan kebebasan bersuara, kebebasan berfikir…tapi mana ada.
Selepas dibekukan dari Malaysiakini, anda mula berblog ?

Ya. Lepas beberapa bulan seperti itu.

Posting pertama saya tu, saya buat sekitar lewat bulan Julai 2011. Sudah setahun yang lalu.
Baru setahun sahaja, tetapi cepat popular. Ada apa-apa rahsia ?

Rahsia cepat popular….em..pada hemat saya faktor bahasa Melayu. Sebelum ini saya tulis dalam bahasa Inggeris.

Lepas dapat ijazah dari USM sekitar awal tahun 1990-an, saya mula bekerja di NST selama 5 tahun, selepas itu di The Star juga selama 5 tahun.

Kemudian sekitar tahun 2005, saya jadi kolumnis Malaysiakini, sehingga dibekukan pada tahun 2011.

Di NST, The Star dan Malaysiakini, semuanya dalam bahasa Inggeris, apabila berblog, saya menulis dalam bahasa Melayu.

Tukar bahasa, maksudnya dapat pembaca baru ?
Ya. Saya rasa pembaca baru seperti lautan biru. Lebih mencabar. Sebab, kalau ikut pola pemikiran pembaca Malaysiakini, saya sudah tahu. Tetapi pola pemikiran pembaca baru, maksud saya pembaca Melayu, saya rasa lebih menarik.

Menarik ? Misalnya ?
Ya, macam kes logo burung merpati. Logo menyambut hari kebangsaan 31 Ogos 2012 yang dibuat pembangkang itu, bagi mereka yang belum terdedah anggap perkara baru.

Perkara-perkara tu kita dah tahu. Kaitan burung merpati dengan Kristianiti, kita dah tahu.
Apa yang mendorong anda untuk berblog ?

Ada rasa terdorong untuk teruskan perjuangan. Saya rasakan, seperti saya sudah ada pembaca regular lah kan.

Kalau penyokong-penyokong DAP serang saya di blog, para pembaca blog saya akan mempertahankannya. Jadi, ini memudahkan saya untuk terus menulis.

Sebab saya tengok ada sesetengah wartawan lain, mereka diserang habis-habisan tanpa berpeluang membela diri.

Ingat tak baru-baru ini ada satu rencana, yang ditulis di The Star, tulis tentang kes Lim Guan Eng rembat tanah.

Lepas itu Lim Guan Eng mula serang wartawan tu. Dia adakan sidang akhbar, dia serang pemberita itu dan akhbar The Star siarkannya tanpa mempertahankan kakitangannya sendiri.
Jadi, saya rasa itu kelebihan yang ada pada blogger berbanding dengan wartawan yang ada majikan.

Kalau kita kerja dengan majikan, ada hadnya. Kena ikut rentak penerbitan. Tapi blog ni, kita punya, macam sendirian berhad lah kan…nak buat apa kita yang tentukan sendiri. Itu kelebihan yang ada pada blogger.

Macam wartawan The Star tu, kalau dia mahu tulis lagi tentang Lim Guan Eng, mungkin dia terpaksa berfikir dua kali sebab dia tak ada wadah untuk mempertahankan dirinya.

Sebab Lim Guan Eng tu dia tak bagi peluang. Banyak kes, dia tak bagi peluang. Dia akan serang semula. Dia pernah serang SM Mohamad Idris. Bayangkan, Pengerusi CAP (Persatuan Pengguna) pun dia serang.

Dalam tulisan-tulisan di blog, banyak tulisan menyentuh tentang satu individu bernama Hannah Yeoh. Kenapa?
Saya rasa, dia adalah subjek menarik, menggambarkan jiwa ‘DAP baru’.

Maksudnya ?

Dari segi Kristian. Saya nampak saf pimpinan muda DAP ini, yang baru menyertai DAP selepas tahun 2008. Bukan sekadar lambang tetapi sudah seperti satu aliran…

Aliran Kristian?

Ya, aliran pemikiran Kristian.

Seperti anda selalu letakkan foto Hannah Yeoh seorang Kristian tetapi pakai tudung ?
A’ha. Macam sesumpah. Sebab pegangan Kristian dia tu amat kuat tetapi dia berlagak macam ‘muslimah’.

Sedangkan dalam satu acara tu, kalau tak silap saya waktu gereja City Harvest dibuka di Subang Jaya, dia jadi jemputan tetamu khas.

Mungkin ada strategi pakai tudung ?

Saya rasa kalau kita mengunjung ke rumah ibadat, itu cara kita tunjuk hormatlah. Tapi kalau sekadar nak makan kenduri, macam Hannah, dia pakai tudung untuk makan kenduri, itu saya rasa dia kurang ikhlas lah.

Seolah-olah boleh buat apa saja semata-mata untuk memancing undi Melayu.

Kalau kita tengok MCA dengan UMNO yang sama-sama dalam Perikatan sejak tahun 1952, lebih kurang 60 tahun bersama tetapi tak pernah pun kita tengok yang Ketua Wanita MCA menunjuk-nunjuk macam ini.

Dia (Hannah) buat tu terlalu mendadak. Sebab Wanita DAP pun tak buat macam tu kan.
Tapi bukan Hannah seorang saja kan. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke. Dia kata tak membantah hudud Pas ataupun dia tak bantah Pas menyatakan aspirasinya.

Satu lagi baru-baru ni ada rumah terbuka hari raya di Seremban, program diasingkan jantina. Anthony Loke kata dia tak kisah.

Maksudnya dia sudah macam Hannah, ada pendekatan baru.

Ada pendekatan baru ?

Ok, kalau Pas, mereka janjikan kepada penyokongnya akan laksanakan hudud. Manakala DAP pula, mereka janjikan kepada penyokong mereka sebaliknya iaitu hudud tidak akan dilaksanakan.

Maksudnya kalau kita lihat kesudahannya salah satu parti mesti menipu. Laksana ke tak laksana.

Kalau laksana hudud tu maksudnya DAP tipu penyokongnya. Kalau tak laksana hudud maksudnya Pas yang tipu penyokongnya.

Sebagai satu strategi dapatkan undi ?

Saya rasa, memang undi Cina tu mereka tak dapat tambahkan lagi sampai tahap maksimum. Sekarang ini mereka mahukan undi Melayu, mereka sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan undi itu.

Jadi saya rasa macam Anthony Loke, saya rasa dia boleh kata, DAPsy tak membantah hudud, DAPsy tak membantah keramaian awam jantina diasingkan.

Saya rasa dia cakap macam tu sebab penyokong DAP sudah menghalalkan segala-galanya. Maksudnya kalau pucuk pimpinan DAP nak kata itu, kata ini, semua penyokong mereka sokong buta tuli sahaja.

Bila dah dapat kuasa seperti kes kerajaan Selangor ?

Kalau kita ambil kes pawagam. Maksudnya ketiga-tiga parti, walaupun satu Pakatan tetapi akhirnya mereka bertembung sesama sendiri.

Selain bertudung, ada strategi lain yang DAP lakukan untuk dapatkan undi Melayu ?
Ada juga perubahan kosmetik. Contohnya DAP tarik masuk Zairil, Aspan. Semuanya nama Melayu kan.

Lim Guan Eng, kalau dia lantik Setiausaha Politik (Setpol) orang Cina pun semua orang tak tahu kan. Tapi bila dia lantik Zairil tu, dia panggil sidang akhbar dan kenalkan ini Setpol saya yang Melayu.

Walhal DAP selalu kata parti mereka bukan parti perkauman. Kalau dia tak titik-beratkan kaum atau bangsa, kenapa dia mesti kata Zairil tu Melayu. Katalah ini Setpol saya, Zairil. Tetapi, dia sebut juga Zairil sebagai Setpol Melayu.

Seperti lantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ?

Saya rasa mereka masih perlukan Anwar sebagai ‘figurehead’

Kenapa penting sangat dapatkan undi Melayu, sedangkan mereka bertanding di kawasan Cina yang pastinya boleh menang?

Saya ingat mereka hendak naik taraf. Sebab kalau dapat undi Cina itu sahaja dikatakan parti perkauman.

Tapi kalau dapat undi Melayu mereka boleh mendabik dada dan menguar-uarkan sekarang ni DAP sudah menjadi parti bertaraf kebangsaan.

Apakah ini trend DAP sekarang ?
Saya rasa mereka ikut rentak Lim Guan Eng dan puak-puak Kristian evangelis.
Pada masa ini, penyokong DAP sudah serahkan sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan. Jadi apa yang pemimpin mereka putuskan, akan mendapat sokongan mantap.

Jadi, keadaan ini memberikan DAP kelonggaran untuk berpolitik mengikut rentak mereka.
Maksudnya berpolitik itu dengan sasaran nak menawan Putrajaya ataupun berpolitik untuk menambah undi Melayu. Jadi, semuanya dihalalkan oleh penyokongnya.

Saya ingat kalau baca blog saya, sudah terang lagi bersuluh, saya sudah tulis pendapat saya tentang Lim Guan Eng.

Maksudnya anda ragu-ragu terhadap kepimpinan Lim Guan Eng?
Yang saya tengok tu secara peribadilah, saya tak suka layanan dia terhadap masyarakat India.
Kes Kampung Buah Pala tu kira sebagai pemangkinlah. Membuka mata. Dia cakap lain tapi bikin lain.

Akan berlaku regime change (peralihan regim) pada Pilihan Raya Umum ke-13 ?
Saya ingat soalan itu kena tujukan pada SB sebab mereka yang paling tahu kan, mereka turun sampai ke akar umbi. Orang politik ni kadang kala mereka bising sangat kan.

Kita tak tahu apa sebenarnya sentimen yang berlaku pada peringkat akar umbi.

Ok. kalau saya jadi ‘tukang tilik’, saya rasa pengaruh DAP akan memuncak pada PRU 13 ini. Mereka ada momentum..

Saya kira DAP akan bawa gelombang sebab orang Cina dah merasai ok, setakat ni kami amat berjaya. Jadi, mereka yakin akan dapat lebih undi lagi.

Maksudnya, DAP makin dapat kuasa, sebab itu mereka perlukan undi Melayu sebab itu mereka perlukan PAS ?

Mungkin.. tetapi lebih besar kemungkinan, Pas yang akan tinggalkan DAP dulu.
Apa itu ? …Aha.. kahwin mutaah.

Saya kira apabila Pas sudah cukup terdesak, Pas akan kembali ke pangkal jalan. Maksudnya kembali ke matlamat asal parti itu.. apa yang dikehendaki oleh penyokong-penyokongnya.
Pas itu parti Islam, mahu tak mahu hendak memenuhi aspirasi orang Melayu. Jadi kalau dah sampai ke tahap penghujung jalan, mereka kena pilih juga. Saya rasa Pas akan memilih untuk berpegang amanah terhadap masyarakat Melayu.

Adakah masyarakat Cina melihat berpolitik stail DAP itu menguntungkan?

Ada ungkapan Melayu…ya ‘menang sorak kampung tergadai’. Saya rasa orang Cina macam tu, dia menang sorak PRU 13 tapi kepentingan jangka panjang akan tergadai.

Saya rasa, masyarakat Cina akan terus tersisih daripada arus perdana kalau terikut-ikut telunjuk DAP.

Sekarang ni pra-PRU, semangat dah berkobar-kobar. Jadi, saya rasa bila dah lepas PRU 13, menjadi titik noktah yang baru.

Dalam jangka pendek, ia menguntungkan DAP sebab DAP dapat banyak kerusi, dapat gelaran YB, dapat portfolio-portfolio.

Anda kata tadi ada agenda Kristian dalam DAP, apakah agenda Kristian ditarget kepada DAP atau PKR?

Dua-dua. Saya rasa kalau nak dibanding di antara DAP dengan PKR, DAP tu sama macam PAS lah.

Dalam politik, sekarang ini DAP sanggup bertonggakkan agama. Maksudnya, kalau PAS menjaja Islam, saya rasa DAP ini pula sanggup menjaja Kristian.
Oh..Ini yang anda kata tadi sebagai ‘DAP baru’?

Ya.

Adakah Lim Guan Eng sendiri beragama Kristian?

Ha..soalan ini memang menarik. Adakah Guan Eng seorang Kristian? Saya rasa blog-blog lain harus tanya, lontarkan soalan ini ke arena terbuka supaya dia wajib jawab, supaya semua orang dapat tahu.

Sebab sekarang ini dia berselindung. Saya rasa, soalan ini yang paling penting sekali supaya suasana tidak terus keruh.

Teresa Kok sudah terang-terang mengaku Kristian. Yang kita nak tahu, Guan Eng, agama apa? Dah 5 tahun tapi masih samar-samar lagi…

Sumber TKO - 24-12-2017



ADUN DAP tanya mengapa parti tak sabar nak singkirkannya
Posted on Saturday, December 16 @ 14:05:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37320


ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu akhirnya bersuara dan mempersoalkan mengapa parti itu nampaknya seperti tidak sabar untuk menyingkirkan beliau dengan 
menyekatnya daripada terbabit dalam bantuan banjir di kawasan pilihan rayanya


Teh berkata beliau tidak menyertai parti politik lain dan masih merupakan ahli dan
ADUN DAP.

"Mengapa mereka (pemimpin DAP) tidak boleh bersabar? Mereka menunjukkan
ketidaksabaran mereka untuk menyingkirkan saya. Ia benar-benar menunjukkan
jenis pemikiran yang mereka ada," kata Teh kepada Malaysiakini ketika ditemui
di pusat khidmatnya di Tanjung Bungah.

Teh menyatakan kekecewaannya bahawa seorang pemimpin kanan DAP
mengkritiknya dalam buletin negeri - Buletin Mutiara.

"Sekarang anda mengkritik saya dan mengatakan perkara-perkara buruk mengenai
saya. Adakah anda hanya bermain politik?" tanya beliau.

"Anda kata saya mungkin satu risiko. Apakah jenis risiko yang saya berikan?
Maksud anda saya boleh mensabotajkan semuanya, Bagaimana saya boleh l
akukannya?

"Jika saya mahu sabotaj (DAP), saya tidak perlu mengumumkan terlebih dahulu
bahawa saya mahu meninggalkan parti."

Pada 14 Disember, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera Zairil Khir Johari
 mendedahkan bahawa Teh telah disekat daripada meluluskan pendaftaran mangsa
banjir yang akan melayakkan mereka menerima bantuan kewangan sebanyak
RM700.

Bantuan itu adalah sebahagian daripada Program Bangkit Pulau Pinang yang
dilancarkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng berikutan bencana banjir yang
melanda bulan lalu.

Mengenai mengapa wakil yang dipilih selama dua penggal itu disekat, Zairil
berkata ini disebabkan oleh Teh mengeluarkan beberapa kenyataan negatif kepada
media.

Menurutnya, Teh telah mengumumkan dia  meninggalkan DAP dan itu juga,
 tambahnya, bermakna Teh juga meninggalkan kerajaan negeri Pakatan Harapan.

"Jadi, apabila ada ketidakpastian, adakah anda akan ambil risiko?" Zairil dipetik
sebagai berkata dalam Buletin Mutiara.

Beliau berkata e-mel mengenai keputusan kerajaan Pulau Pinang itu telah dihantar
kepada Teh oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Farizan Darus pada 20 November.

Zairil kini mengendalikan tugas meluluskan bantuan banjir kepada mangsa di
Tanjung Bungah.

Menurut Teh, parti itu hanya mencari publisiti dengan menyerahkan baucar
kepada mangsa banjir 4 dan 5 November lalu, yang telah menjejaskan ribuan
orang dan tujuh orang terkorban.

"Kenapa tidak masukkan wang itu ke dalam akaun bank mereka, mengapa perlu
memberi baucar, mengambil gambar dan mendapatkan publisiti? Bukankah ini
bermain politik dengan bencana banjir?" soalnya.

Teh adalah wakil rakyat kedua yang disekat daripada mengendalikan pendaftaran
banjir selepas ADUN PKR Kebun Bunga, Cheah Kah Peng.

Tugas itu kini dikendalikan oleh wakil rakyat Pulau Tikus, Yap Soo Huey.

Cheah dan Teh sering menimbulkan kemarahan rakan-rakan parti mereka dengan mempersoalkan dasar alam sekitar di negeri itu, terutama pembangunan di lereng
bukit, projek penambakan laut dan baru-baru ini, pengkorporatan Botanical
Gardens Pulau Pinang.

'Fikiran yang sempit'

Sementara itu, Teh menafikan bahawa dia merancang untuk bertanding menentang
kerajaan HARAPAN dalam pilihan raya umum ke-14.

Spekulasi tersebar bahawa Teh mungkin melompat parti dan menyertai Penang
Front Party, yang kini menjadi pengkritik utama pentadbiran DAP dan Lim.

Juga ada khabar angin bahawa Teh mungkin bertanding sebagai calon bebas dalam
pilihan raya akan datang.

"Ini tidak benar. Sama ada ia pertandingan banyak penjuru, semuanya terpulang
kepada keputusan pengundi. Bagaimana anda boleh mengatakan bahawa saya
mahu menentang kerajaan HARAPAN?

"Semasa pilihan raya, Pulau Pinang tidak lagi di bawah mana-mana parti, mandat
kerajaan negeri berakhir," jelas Teh. "Untuk berfikir bahawa saya akan bertanding
menentang HARAPAN adalah berfikiran sempit."

Bagaimanapun, Teh mengesahkan beliau akan meninggalkan DAP - satu keputusan
yang diumumkannya selepas kejadian tanah runtuh besar di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 orang pada 21 Oktober.

Teh berkata beliau akan memutuskan platform mana yang akan digunakan untuk
meneruskan perjuangan politiknya apabila parlimen dan dewan negeri dibubarkan.

"Bersikap adil lah kepada saya, berikan saya sedikit ruang untuk bergerak, (dan)
meneruskan kerja saya," katanya.

Mengenai platform yang dia cari, Teh menjawab, "Saya tidak mempunyai banyak
pilihan, tetapi ini bukan untuk saya putuskan sekarang."

"Beberapa pihak mungkin mengatakan saya telah didatangi oleh beberapa parti
lawan dan bahawa saya telah mengkhianati DAP, tetapi hujah-hujah ini hanya
digunakan untuk menghentam saya," katanya.

"Saya mungkin bersara atau menyertai NGO, buat masa ini, saya tidak tahu."

Sumber TKO - 16-12-20117

ADUN DAP Tanjung Bungah pula dihalang urus bantuan banjir
Posted on Friday, December 15 @ 22:06:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37313



PULAU PINANG – Selepas 

Ahli Dewan Undangan Negeri 
(ADUN) PKR dihalang 
 daripada mengurus bantuan 
RM700 kepada mangsa banjir 
di negeri ini, Kerajaan 
DAP Pulau Pinang melarang 
pula wakil rakyat DAP daripada berbuat demikian.

Kali ini ADUN DAP Tanjung
Bungah, Teh Yee Cheu pula menjadi mangsa dan tanggungjawab beliau untuk
berbakti kepada penduduk di kawasan diwakilinya itu digantikan oleh Ahli
Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Perkara itu disahkan sendiri Yee Cheu yang sebelum ini dikenali sebagai `
pemberontak’ dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana sering mengkritik dan t
idak sehaluan dengan dasar serta polisi kerajaan negeri.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas lanjut mengenai halangan itu, Yee Cheu
enggan memberikan sebarang maklum balas.

Yee Cheu merupakan wakil rakyat kedua selepas ADUN PKR Kebun Bunga, Cheah
Kah Peng yang dilarang menguruskan bantuan banjir RM700 kepada penduduk itu
seperti yang diumumkan Kerajaan DAP Pulau Pinang selepas bencana berkenaan 5
November lalu.

Semalam, larangan terhadap Yee Cheu itu turut disahkan Zairil yang juga Naib
Pengerusi DAP Pulau Pinang ketika bercakap kepada portal propembangkang
di sini.

Menurut Zairil, keputusan itu dibuat berdasarkan kenyataan Yee Cheu sebelum ini
yang secara terbuka mendedahkan akan mempertimbangkan untuk meninggalkan
DAP dan bertanding menentang pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, tambah Zairil, keputusan melarang Yee Cheu turun padang  menyelaras
bantuan banjir untuk penduduk di kawasannya juga berdasarkan prestasi beliau
sebagai wakil rakyat yang disifatkan tidak memuaskan.

Ujar beliau, Yee Cheu juga kerap kali sukar dihubungi selain sering tidak hadir
dalam program yang dianjurkan kerajaan negeri melibatkan penduduk di kawasan
yang diwakilinya.

Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik banyak pihak ekoran keputusan
menghalang Kah Peng dmenguruskan bantuan tersebut atas alasan sama iaitu
prestasi sebagai wakil rakyat beliau yang tidak memuaskan.

Tindakan itu turut mencetuskan rasa tidak puas hati pemimpin PKR negeri ini yang
menyifatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan demokrasi dan hak penduduk
yang memilih Kah Peng sebagai wakil mereka.


Yee Cheu dan Kah Peng sebelum ini dikenali sebagai wakil rakyat kerajaan negeri
berhakuan kiri dan kumpulan pemberontak kerana sering tidak sehaluan dan
mengkritik Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya ketika sidang Dewan Undangan
Negeri (DUN).

Sumber TKO - 15-12-2017



ADUN DAP Senai Dipanggil Polis Beri Keterangan Dokumen Palsu
Posted on Sunday, December 10 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37248



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Senai Wong Shu Qi dipanggil 

 polis memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Jumaat
bagi membantu siasatan berhubung kebocoran dokumen kononnya dari Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di laman web yang mengaitkan dengan
nama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Shu Qi yang merupakan bekas wartawan portal berita Cina Merdeka Review tiba
di IPK Johor pada 4.15 petang dengan diiringi Ketua Biro Guaman DAP Gobind
Singh Deo yang juga Anggota Parlimen Puchong.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada pegawai siasatan
dari Bukit Aman, Wong berkata beliau disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun
Keseksaan kerana mendedahkan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998.

Pada 27 Nov lepas, Shu Qi diarah keluar DUN Johor selepas enggan menarik
balik kenyataan yang dikeluarkannya ketika membahaskan Bajet Johor 2018
mengenai kesahihan maklumat dalam dokumen SPRM yang dimuat naik oleh
sebuah blog.

Dokumen itu mengaitkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled
 Nordin terlibat dalam rasuah dan skandal hartanah melibatkan bekas Exco negeri
ini dan Mohamed Khaled pada ucapan penggulungan persidangan DUN Johor,
Isnin lepas, (4 Dis) pula menafikan sekeras-kerasnya dakwaan rasuah yang
diterimanya seperti dikatakan terkandung dalam dokumen siasatan SPRM terbabit.



Sementara itu, seorang blogger bernama Yusof Al-Siddique Suratman, yang lebih
dikenali sebagai Milosuam, hari ini dikenakan tahanan reman selama tiga hari
berhubung siasatan terhadap dokumen yang disiarkan di blognya.

Peguamnya, Farhanna Roslan, berkata Yusof akan ditahan di balai polis daerah
Dang Wangi, di mana dia dibawa selepas ditangkap di rumahnya di Melaka
semalam.

Farhanna memberitahu pemberita di luar balai polis Dang Wangi pagi ini bahawa
Yusof disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia.

Mengulas isu berkenaan, Fikri Allaudin, Persatuan Pemikir Muda Johor berkata
Shu Qi seorang ADUN DAP yang tiada kredibel kerana menggunakan sumber
blog yang diragui.

“Pertama, laman web tersebut merupakan laman web milik pembangkang, http://www.milosuam.net/. Jadi, kerja mereka apa? Sudah tentu sentiasa
memburukkan dan memfitnah pentadbiran kerajaan sedia ada,”katanya.

Menurutnya, jika Khaled Nordin terlibat mengapa tidak ditunjuk laporannya.
Mengapa hanya sekeping kertas bersama nama saksi SPRM tanpa menyebut
nama Menteri Besar Johor? Mana salinan laporan yang lain? Mengapa tidak
dedahkan?

“Dinyatakan juga tarikh, jumlah dan tempat semenjak 2014-2015 duit itu
diserahkan kepada Khaled Nordin iaitu di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri
Johor. Nampak sangat ada unsur cuba memburukkan pemimpin dan institusi
UMNO.

“Apa logiknya Khaled Nordin mahu terima duit berjuta ringgit. Dan semua ini
diterima di pejabat UMNO. Lebih baik dia terima di rumah, boleh tabur atas katil!,
”katanya.

Dalam pada itu, katanya, nampak terkantoi si pemfitnah ini apabila apabila
dikatakan pada 17 Jun 2015, Khaled Nordin menerima wang berjumlah RM 700
ribu.

“Sedangkan, pada kerangka masa itu beliau ada lawatan kerja di Mesir dan Jordan
berjumpa mahasiswa Johor di sana dan seterusnya menyambung jadual dengan
mengerjakan umrah. http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/johor-beli-
bangunan-untuk-pelajar-jordan-1.403778

“Ketiga, part ini paling annoying, sudah reka cerita tiba-tiba dekat ending boleh
pula bagi caption macam ni,

“Banyak lagi maklumat rasuah secara terperinci dalam kertas siasatan itu, tapi oleh
kerana aku nampak ada tulis “rahsia” jadi aku tak jadi nak dedahkan kepada umum
sebab kurang arif tentang isu perundangan berkenaan kertas tersebut” katanya.

....
AIDCNews

Sumber TKO - 10-12-2017

Zaid enggan mohon maaf - setakat ini
Posted on Sunday, December 10 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37239


Bekas menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, menegaskan beliau 
tidak akan memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah 
selagi tidak dibuktikan bersalah.


Beliau turut mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan menerusi Twitter
sebelum ini.

Katanya ia bukan satu kesalahan sebaliknya dibuat dengan niat untuk menegur
pemimpin.

“Saya rasa saya tidak buat silap. (Mohon) maaf itu kalau kita bersalah, ini kecil
saja ni.

"Memang tweet itu saya tujukan kepada Sultan Selangor, namun apa kesalahan
yang saya lakukan sehingga saya perlu memohon maaf?" katanya

Beliau berkata demikian pada program Dialog Bersama Rakyat sempena perasmian
Pusat Daerah Mengundi (PDM) Wakaf Siku dalam kawasan Dewan Undangan
Negeri Bunut Payung, Kota Bharu malam tadi.

Majlis itu dianjurkan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan.

Terdahulu, Zaid berkongsi satu berita Malaysiakini dengan kapsyen berbunyi
"Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah baginda, tiada siapa yang
kebal apabila negara terbakar".

Kenyataan itu menurutnya adalah sebagai reaksi terhadap titah sultan bahawa
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh
negara dengan api kemarahannya”.

Menurut Zahid untuk memastikan sama ada dia bersalah atau tidak, proses siasatan
oleh polis perlu dilaksanakan sebelum diikuti oleh perbicaraan di mahkamah.

"Biar mahkamah tentukan. Tapi setakat ini polis belum panggil saya lagi.

"Jika dipanggil saya akan beri penjelasan, tak ada masalah," katanya.

Mengulas lanjut, bekas ketua Umno dan anggota parlimen Kota Bharu itu berkata,
beliau berpendapat kenyataan sultan Sharafuddin adalah tidak wajar dan baginda
tidak sepatutnya memcampuri urusan politik.

Katanya, jika sultan berpolitik ia tidak menggambarkan prisip raja berperlembagaan
seperti peranan raja pada zaman dahulu.

"Saya merasakan kita sebagai negara maju yang ada sistem demokrasi, jadi saya
tegur.

"Saya tegur bukan nak bela sangat Dr Mahathir, tapi nak beritahu pada rakyat
bahawa dalam politik, pentadbiran dan polisi, raja-raja berperlembagaan ini tidak
boleh memihak," katanya.

Sumber TKO - 10-12-2017

Apakah Kesudahan Perjanjian DAP & Kedutaan Israel ?
Posted on Sunday, December 10 @ 08:42:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37238



Penasihat DAP Lim Kit Siang mengambil masa empat hari untuk menjawab isu 

 tawaran dana RM1.2 billion dan pangkalan tentera Israel di Port Dickson.
Penangguhan masa selama empat hari untuk menjawab isu tersebut dianggap luar
daripada tabiat kebiasaannya kerana beliau sebelum ini dikenali seorang yang
pantas menjawab dan memprovokasi isu.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki merumuskan semula
tiga isu penting yang pernah diutarakan oleh bekas Pegawai Khas Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abd Rahman pada 29 Disember
2015.

Namun, Kit Siang hanya menjawab isu tersebut pada 1 Jan 2016 ketika berucap
dalam Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara Kelantan di Dewan Sivik
Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.

Dalam ucapan itu Kit Siang mengakui pada mulanya DAP tidak mahu menjawab
 isu tersebut tetapi telah dinasihati supaya menjawab isu tersebut.

“Semua ini dusta dan fitnah, tetapi ada orang yang kata kita (DAP) perlu jawab.

“Kita akan ambil tindakan undang-undang, ‘beliau’ perlu membayar harga yang
tinggi kerana dakwaan tidak berasas dan melulu itu, di mahkamah,”kata Kit Siang
dengan penuh semangat.

Kit Siang tidak menamakan ‘beliau’ yang dimaksudkan itu tetapi portal pro DAP,
Malaysiakini menamakan individu itu adalah Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

“Beliau (Kit Siang) menjangkakan peguam-peguam DAP akan memulakan 
tindakan undang-undang dalam tempoh sehari dua lagi,”lapor portal pro DAP itu.

Namun, ugutan Kit Siang itu disindir oleh netizen pro PAS, Sh Zain.

“DAP dah saman ahli politik kanan tu ke?

“Katanya dalam masa dua hari, ni dah masuk 5 hari, kalau DAP tak nak saman
macai PAN boleh la tolong saman bagi pihak atau buat report polis,” sindirnya
dalam Facebook.

Enam hari selepas ugutan Kit Siang, hari ini anaknya, Lim Guan Eng yang juga
merupakan Setiausaha Agung DAP mula menjawab isu tersebut.

Guan Eng merupakan individu yang disebut dalam rumusan Dr Zuhdi yang
dipetik daripada pendedahan Razali.

“Mengapa kami diserang walaupun kami tidak pernah bertemu dengan Israel?

“Ada pemimpin yang telah bertemu dan berjabat tangan dengan Israel, mengapa
ia tak jadi masalah?” soalnya.

Guan Eng turut menggesa PAS menunjukkan bukti bahawa DAP ditawarkan
 RM1.2 bilion untuk menyokong dakwaannya atau berdepan tindakan
 undang-undang.

“Saya telah arahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat tuduhan fitnah seperti itu.

“Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang menyiarkan pembohongan itu,” katanya yang dilapor Malaysiakini.

Pendedahan Misi DAP Menawan Putrajaya
Pada 29 Dis 2 tahun lalu, Dr Mohd Zuhdi merumuskan tiga perkara yang pernah
didedahkan oleh Razali :

1. Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17
orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Phua, yang mana saudara
Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.

2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap
ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali
 antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

3. DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke 13 sebanyak USD 300 juta oleh Israel,
dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru
akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai
Putrajaya.

Rumusan Dr Zuhdi berasaskan intipati ceramah Razali di Putrajaya pada 2012
seperti berikut :

Tapi apakah hubungan istimewa Israel dengan DAP? Kalau tak istimewa, tidak
kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel. Dilatih oleh pihak Mossad. Saya terima
latihan daripada Mossad.

Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan
pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke
Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.

Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas
Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana.
Dua ni yang akan kita jumpa.

Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak,
pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU
yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya.
Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.

Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar
Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan
menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat
kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.

Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan
akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas
akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.

Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam
ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu
masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.

Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu.
Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng
telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson
sebagai base tentera Israel yang baru.

Janji Guan Eng kepada Israel.

Selanjutnya, sila baca transkrip ceramah Razali dalam artikel bertajuk “Pendedahan
Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP”

Namun dinegara kita kini timbul pula melayu akal rosak yg mempertikaikan dana
arab Saudi kepada Perdan Menteri tetapi membiarkan dana Israel masuk ke negara
ini..
Manakala dakwaan Zuhdi 3 tahun lalu senyap hingga kehari ini.

Kesimpulannya, DAP secara diam mengaku menerima dan menjanjikan tapak
 pangkalan tenteranya di Malaysia sekiranya menang PRU 13 yang lalu. Tidak
mustahil perkara ini masih aktif untuk PRU 14..

Jangan jadi gila melayu, terutama melayu konflik otak pengikut Mahathir
Allahuakhbar…

Sumber
Rozmi Mokhtar

Sumber TKO - 10-12-2017


Tiada kawan di sampingnya, Zaid mahu cuba bertemu Zahid
Posted on Saturday, December 09 @ 06:59:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37225



PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan kebimbangannya akan
 keselamatan diri dan keluarga berikutan komen yang dibuat awal minggu ini
berkenaan teguran Sultan Selangor kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.

Zaid di Twitter berkongsi keadaannya ketika ini dan berkata, “nampaknya saya
tiada kawan yang mahu berada di samping saya di waktu sukar ini. Saya akan cuba
bertemu TPM Zahid Hamidi sebaik sahaja beliau sudi. Lagipun ini mengenai
keselamatan saya dan keluarga,” katanya di Twitter malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan catatan itu, namun dipercayai merujuk
kenyataan rakan separti Tony Pua, yang dilaporkan berkata ahli DAP “bebas
menyuarakan pandangan mereka tetapi mesti sedia berdepan akibatnya.”

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu diminta mengulas teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Zaid, meminta ahli politik itu pulang ke Kelantan.


Perkembangan yang menimpa Zaid ini beberapa hari selepas peguam itu dalam
catatan blognya berkata “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersendirian
dan tidak mempunyai ramai kawan dalam partinya, Umno.”

Kontroversi itu tercetus awal minggu ini apabila Sultan Selangor dilaporkan
berkata agenda politik Dr Mahathir didorong “kebencian” dan akan “membakar
seluruh negara dengan api kemarahannya”.

Menjawab teguran itu, Zaid di Twitter berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih
berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara
terbakar”.

Kenyataan itu mengundang kemarahan, terutamanya daripada Umno yang mahu
tindakan diambil terhadap Zaid kerana kritikan terhadap Sultan.

Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berkata Umno Selangor akan
 menunjuk perasaan pada Ahad untuk menyokong dan mempertahankan Sultan
Sharafuddin.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata Zaid mungkin disiasat
tidak lama lagi bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia
berdasarkan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Sumber TKO -9-12-2017

DAP S'gor jauhkan diri dari kontroversi kenyataan Zaid
Posted on Saturday, December 09 @ 07:03:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37226



Anggota DAP Datuk Zaid 
Ibrahim perlu berdepan sendiri 
kesan kenyataannya di 

akaun Twitter berkenaan Sultan
Selangor Sharafuddin Idris
Shah, kata Pengerusi 

DAP Selangor Tony Pua.

Ditanya berkenaan pendirian
DAP Selangor berkenaan isu
itu, Pua menjawab:
"Tiada pendirian" (No position).

“Anggota kita dibenarkan menyatakan pendapat mereka, namun mereka perlu
berdepan dengan kesan yang diakibatkan kemudian.

Pua menambah kenyataan Zaid itu tiada kaitan dengan DAP kerana ia bukan
dikeluarkan parti dan Zaid tidak pegang apa-apa jawatan dalam DAP.

Pemimpin atasan DAP juga berdiam diri berkenaan isu itu, termasuklah tindakan
Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membakar poster
Zahid serta mengugut memukul Zaid sekiranya polis tidak mengambil tindakan.

Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) yang lain termasuk Pengerusi Parti
 Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad turut memilih
berdiam diri.

Umno Selangor sebaliknya akan menganjurkan himpunan Ahad ini bagi
menyatakan sokongan terhadap sultan.

Zaid terus dikecam berkenaan kenyataannya di Twitter awal minggu ini. Semalam,
Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggesa Zaid memohon
maaf kepada Sultan Selangor.

Bekas menteri itu juga disiasat atas dakwaan hasutan berhubung kenyataannya.

Sumber TKO - 9-12-2017


Bekas Adun Jawi, 100 yang lain, keluar DAP
Posted on Friday, December 08 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37219



NIBONG TEBAL: Bekas Adun Jawi Tan Beng Huat bersama 100 ahli serta
 penyokong DAP kawasan Nibong Tebal hari ini mengumumkan keluar parti itu
 dan menyertai Parti Alternatif Rakyat (PAP).

Tan yang menjadi Adun selama 1 penggal selepas memenangi pilihan raya umum
ke-12 (PRU12) berkata keputusan menyertai PAP dibuat selepas melihat DAP
tidak lagi memegang prinsip sosialis demokrat, sebaliknya menjurus kepada parti
yang dikuasai oleh ”Dinasti Kekeluargaan”.

“Keadaan berubah setelah DAP menjadi peneraju kerajaan negeri Pulau Pinang
selama 2 penggal.

“Ideologi diperjuangkan mereka selama ini bukan lagi menjadi satu keutamaan
bagi parti itu bila mana jasa ahli veterannya mula dilupakan malah lebih
menjerumus kepada parti yang dikuasai oleh ‘Dinasti Kekeluargaan’,” katanya
pada sidang akhbar khas pengumuman itu hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Tan memotong kad keahlian DAP sebagai simbolik keluar
parti yang disertainya lebih 10 tahun itu dan turut diumum sebagai Ketua
Perhubungan PAP Pulau Pinang.


Tan mendakwa sikap ego, bongkak dan sombong juga mula meresap dalam
 pentadbiran parti DAP malah turut dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan
negeri Pulau Pinang dan dilihat semakin kronik apabila rakan sekutu mereka
iaitu PKR turut diperlekeh dalam beberapa isu melibatkan soal pentadbiran
kerajaan negeri.

“Parti DAP bukan lagi sebuah ‘bumbung selamat’ bagi kita untuk berteduh dalam
jangka masa panjang sekiranya ‘Dinasti Kekeluargaan’ masih dipertahankan.
Malah sudah sampai masanya semua pengundi Cina menilai kembali masa depan
dan hala tuju generasi kita,” katanya.

Sementara itu, Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor yang turut hadir pada sidang
akhbar itu berkata lebih ramai lagi ahli DAP dijangka menyertai PAP dan akan
dilakukan secara berperingkat dari semasa ke semasa.

Beliau berkata dengan pertambahan keanggotaan itu, pihaknya akan menubuhkan
5 cawangan di Parlimen Nibong Tebal dalam masa terdekat.

Sementara itu, mengulas mengenai persediaan parti itu menjelang PRU14, Zulkifli
berkata PAP menyasarkan untuk bertanding di Pulau Pinang, Kedah, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“PAP akan cuba bertanding di kesemua 13 kerusi Parlimen dan 40 DUN di Pulau
Pinang. PAP ingin menyampaikan mesej parti ini begitu serius untuk memerintah
negeri ini secara sendiri atau secara bersama terpulang kepada keputusan PRU14
nanti,” katanya.

Sumber TKO - 8-12-2017



Akan tiba masa Mahathir terima balasan, kata Aziz Bari
Posted on Friday, November 24 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36970


Adalah salah bagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menegaskan bahawa 

beliau bertindak atas nasihat polis berkenaan tangkapan besar-besaran di bawah 

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987 dan kes liwat Datuk Seri 

Anwar Ibrahim, kata pakar undang-undang perlembagaan Abdul Aziz Bari.

Menurut ahli DAP itu, lebih baik bagi bekas perdana menteri, dari segi sudut moral,
untuk mengakui bahawa beliau telah terkhilaf dalam penilaiannya.

Aziz berkata, bahawa dalam sistem parlimen seperti Malaysia, kerajaan semasa
yang mempunyai keputusan muktamad dan harus memikul tanggungjawab.

"Undang-undang tidak boleh dibaca secara literal, jika tidak diktator akan masuk
melalui pintu belakang. Sama seperti tanggapan Yang di-Pertuan Agong melantik
kerajaan mengikut kebijaksanaan. Tafsiran literal mengenai tanggapan ini yang
menimbulkan masalah selama ini.

"Penahanan ISA pada asasnya adalah penahanan eksekutif yang wujud di
 negara-negara seperti Malaysia. Ia adalah legasi pemerintahan penjajah yang
bertentangan dengan demokrasi.

"Sama seperti pendakwaan di mana proses itu bermula dengan siasatan polis. Kes
yang disebutkan di atas memerlukan lampu hijau atau kelulusan politik. Sama
seperti pengampunan diraja, Seri Paduka tidak bertindak sendiri, walaupun
baginda mempunyai kata putus," katanya dalam satu kenyataan.

Aziz berkata jika benar polis membuat keputusan itu, ini bermakna Malaysia
mempunyai seorang perdana menteri yang "bodoh" dan pasukan polis yang
menguasai segala-galanya.

"Kita tahu Mahathir sedang bermain politik tetapi dalam proses itu, beliau
membodohkan diri sendiri," katanya.

Aziz mencadangkan jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan,
maka satu mesti ditubuhkan berhubung episod lalu yang membabitkan
pengerusinya.

Dalam pada itu, beliau mengesa pihak polis untuk menjelaskan perkara berkenaan.

Dalam nota yang sama, Aziz berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
tidak boleh menjadikan perkara itu sebagai modal politiknya kerana beliau juga
adalah sebahagian daripada sistem berkenaan semasa kejadian berlaku.

Sumber TKO - 24-11-2017

DAP Keluar Arahan Larang Wakil Rakyat Isytihar Harta, Sumber Dalaman
Posted on Thursday, November 23 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36955



DAP telah melarang wakil rakyat parti mereka menyertai program akur janji
mengisytiharkan harta yang dianjurkan pusat kajian INVOKE kelolaan Naib
Presiden PKR, Rafizi Ramli, lapor sumber dalaman parti berkenaan.

Sumber dalaman itu memberitahu The Star bahawa arahan tersebut dikeluarkan
DAP menerusi sebuah memo yang diedarkan kepada semua wakil rakyat DAP
menerusi aplikasi Whatsapp secara tertutup.

“Memo itu menyebut ‘aku janji (mengisytiharkan harta) akan mendatangkan
kesusahan kepada parti’ terutama ketika pilihan raya semakin tiba,” ujar sumber
berkenaan.

Pegawai parti yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata mesej itu disebarkan
dalam sembang kumpulan WhatsApp tertutup yang dipanggil “Ahli Parlimen
DAP”, yang terdiri daripada semua ahli Parlimen parti berkenaan.

Ketua Ahli Parlimen DAP adalah Lim Kit Siang.

“Dalam perbincangan tertutup itu, kebanyakan Ahli Parlimen DAP bersetuju
bahawa mereka hanya bersedia melakukannya (mengisytiharkan aset) sebaik
sahaja mereka membentuk kerajaan yang akan datang,” kata pegawai itu.

Bagaimanapun, pegawai itu mendakwa terdapat pertembungan pendapat antara
beberapa Ahli Parlimen, di mana sembilan daripada mereka mahu menandatangani
borang pengisytiharan aset sementara yang lain menentang.

Naib Presiden DAP Teresa Kok berkata dia tidak pernah dihubungi INVOKE
untuk menandatangani ikrar akuan aset tersebut.

Beliau juga turut menafikan terdapat sebarang arahan yang dikeluarkan parti
dalam kumpulan WhatsApp tertutup itu.

Minggu lalu, Rafizi mencadangkan agar wakil rakyat Pakatan Harapan
 mengisytiharkan harta bersama INVOKE menjelang PRU14 di samping berikrar
 taat setia bersama Pakatan Harapan sekiranya menang pilihan raya.

Bagaimanapun Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad
 menegaskan cadangan tersebut merupakan idea INVOKE, bukannya Pakatan
 Harapan.

Ujarnya Majlis Presiden Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan
untuk mengisytiharkan harta sepertimana dicadangkan oleh Rafizi.

“Dia yang buat pengisytiharan. Kita tidak tahu apa-apa. Kita ada strategi kita
sendiri dan akan ikut keputusan akhir yang akan dibuat Majlis Presiden,” kata
Mahathir. - AIDCNews



Sumber TKO - 23-11-2017

Nga Kor Ming padam poster hina umat Islam
Posted on Wednesday, November 22 @ 18:24:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36935



BANGI, Jumaat – Pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, Nga Kor Ming telah 

memadamkan poster provokasi menghina agama Islam di laman Facebook 
miliknya ekoran kecaman teruk oleh netizen.
Berdasarkan pemerhatian Ismaweb.net hari ini, poster dan kenyataan 
provokasi itu telah dipadamkan oleh Ahli Parlimen Taiping itu.

Nga telah memuat naik poster ucapan Hari Raya Aidilfitri bertemakan 
Amerika apabila ia berlatarbelakangkan bendera negara itu serta gambar rumah 
api yang diambil menerusi laman web DrJamesDobson.org, pengasas 
organisasi konservatif Kristian Amerika.

Malah poster yang dimuat naik pada 5 Julai lalu itu turut diselitkan perkataan 
 ‘In God We Trust’ serta ‘Lord Guide Our Nation Back To You’ dan simbol tangan 
berdoa.

“We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. 
Selamat Hari Raya,” kata Nga dalam kenyataan yang dimuat naik bersama poster 
berkenaan.

Netizen berang dengan poster itu dan menyifatkan tindakannya sebagai 
menghina Islam dan umatnya dan langsung tidak menghormati perayaan Aidilfitri.
david-nga-kor-ming-lighthouse

Sumber TKO - 22-11-2017



Walaupun Dipecat DAP, Ceramah Masih Dapat Sambutan Komuniti Cina
Posted on Sunday, November 19 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36839



Satu momentum baharu berlaku dalam kominiti Cina apabila ceramah yang membariskan bekas-bekas ADUN DAP yang dipecat daripada parti itu bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat sambutan di luar jangka.

Walaupun sudah dipecat daripada DAP, namun ceramah bekas ADUN Teratai, Jenice Lee dan bekas ADUN Teluk Datuk, Philip Tan tetap dikunjungi oleh komuniti Cina.

“Terima kasih kerana sokongan padu daripada penduduk Teratai. Anda semua telah membuat kejayaan ini.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada Persatuan Penjaja Taman Muda, Persatuan Kebudayaan untuk Kanak-Kanak Empat Musim, YB Tan Seri Khalid Ibrahim dan Philip Tan,”kata Jenice Lee dalam Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk satu ceramah di medan selera Bukit Teratai pada malam ini.

Jenice Lee dipecat daripada DAP selepas PRU 13 atas kesalahan bertanding sebagai calon bebas di DUN Teratai, manakala Philip Tan pula dipecat pada Mei lalu atas tuduhan menyalahgunakan dana.

Khalid Ibrahim juga telah dipecat daripada PKR pada Ogos 2014 yang menyebabkan beliau telah disingkirkan daripada meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor.







...
AIDCNews

Sumber TKO - 19-11-2017


'Kenapa 'Datuk Seri' tak berpakaian lokap ke mahkamah?'
Posted on Saturday, November 18 @ 17:19:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36815


Wakil rakyat DAP mempersoalkan mengapa 'Datuk Seri' yang didakwa memukul
anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tidak perlu memakai pakaian
tahanan lokap ketika dibawa ke mahkamah untuk perintah lanjutan reman,
baru-baru ini.


Mereka merujuk Liow Soon Hee, 29, ahli perniagaan yang menjadi perhatian awal
bulan ini dan kini didakwa atas tuduhan menyerang anggota tiga anggota RELA dan
kesalahan berkaitan dadah.

Dia sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San menggesa Ketua
Polis Negara (IGP) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi penjelasan berhubung "
layanan istimewa" itu.

"Mengapa kita perlu beri layanan istimewa kepada Liow dengan (membenarkannya)
memakai seragam syarikatnya? Bukankah itu memberi publisiti kepadanya?" katanya
 pada sidang media di ibu pejabat DAP Selangor, hari ini.

Ahli politik dan pakaian lokap
Lau berkata anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
sentiasa memastikan tahanan memakai seragam lokap berwarna jingga atau ungu
ketika dibawa ke mahkamah untuk perintah lanjutan reman.

Sebagai bukti, beliau menunjukkan gambar Exco kerajaan Pulau Pinang Phee Boon
Poh, bekas Exco kerajaan Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan ADUN Perak Tan Kar
Hing dan Chang Lih Kang.

Phee ditahan reman bagi dakwaan salah guna kuasa berkaitan kilang penapis karbon
yang beroperasi secara haram, manakala Abdul Latif direman dan dihadapkan 33 
tuduhan rasuah hartanah.

Kedua-duanya memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga ketika dibawa ke
mahkamah.

Tan dan Chang pula memakai pakaian lokap ungu PDRM bagi kes himpunan '
Tangkap MO1 (Malaysian Official 1)' tahun lalu.

Lau berkata beliau akan menghantar surat kepada kepimpinan polis untuk
mengaturkan pertemuan bagi mendapatkan penjelasan.

'Pakaian sendiri'
Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng pula berkata, tahanan sepatutnya tidak
 perlu memakai pakaian lokap kerana mereka masih belum dibuktikan bersalah.

"Mereka ditahan, bukannya didakwa. Tetapi mereka memakai seragam lokap ketika
dibawa ke mahkmaha...Mereka sepatutnya bebas memakai pakaian sendiri. Ini adalah
prinsip 'tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya'.

"Mereka diaibkan walaupun belum dijatuhkan hukuman bersalah. Keluarga dan anak
mereka turut berhadapan aib yang sama," katanya yang juga seorang peguam.

Bekas IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar pernah dilaporkan berkata, pemakaian seragam
ungu bagi tahanan polis adalah amalan biasa untuk membezakan mereka dengan
orang awam.

Namun ia disangkal anggota parlimen Padang Serai N Surendran yang berkata polis
telah melanggar prosedur operasi piawai (SOP) mereka sendiri dengan berbuat
demikian.

Surendran berkata amalan itu mencetuskan prejudis terhadap suspek.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini juga
 menyifatkan tindakan memaksa individu memakai baju lokap dan digari ketika
ke mahkamah melanggar hak kebebasan asasi yang dilindungi perlembagaan.



Sumber TKO - 18-11-2017


Gaya Hidup Pemimpin DAP Melayu DiDedah
Posted on Thursday, November 16 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36774



Tersebar di media sosial beberapa keping gambar gaya hidup Adam Ariffin anak
bekas Naib Pengerusi DAP, Dr Ariffin Omar yang tewas dalam pemilihan
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baru-baru ini.








Sementara itu, penganalisis Politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata laungan
DAP kononnya akan membela nasib Melayu hanyalah umpama menanam tebu
di tepi bibir sekiranya semua calon Melayu tewas dalam pemilihan CEC Ahad lalu.

“Bagaimana DAP mahu membela nasib Melayu di luar parti (rakyat) jika nasib
Melayu dalam parti sendiri gagal dibela.

“Jika DAP benar-benar serius mahu memperbaiki imejnya dalam kalangan
 pengundi Melayu Islam, sudah tentulah tokoh-tokoh Melayu Islam yang
 bertanding dalam pemilihan semula CEC itu, seperti Tengku Zulpuri dan Dr
 Ariffin Omar akan dipilih,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Kamarul berkata DAP juga sekadar mengekalkan satu kuota Melayu untuk
kuota lantikan sahaja.

Pensyarah Kanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang
Azman Awang Pawi pula berpendapat keputusan pemilihan semula parti itu jelas
memperlihatkan politik ‘kinship’ atau ‘kekeluargaan’ terus diterima DAP apabila
Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng berada di kedudukan tiga teratas, manakala
pemimpin Melayu yang tersenarai mempunyai keperluan strategik demi
kepentingan parti.

“Berdasarkan pemilihan dan pelantikan itu, mereka memilih golongan usahawan
dan golongan kelas atasan Melayu dan bukan golongan biasa.

“Ayah Zairil (Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, pemimpin veteran UMNO),
 jadi beliau dianggap dapat menarik undi dalam kalangan orang UMNO, bahawa
keturunan UMNO tidak semestinya sokong UMNO.

“Pelantikan Tengku Zulpuri daripada golongan kelas tinggi pula menunjukkan
kononnya golongan itu banyak menyokong DAP atau pembangkang,” kata beliau.

Bagaimanapun, kajian mendapati Zairil bukan anak kandung Allahyarham Khir
Johari.

Zairil adalah anak Puan Seri Christine Lim, isteri kedua yang dikahwini
Allahyarham selepas isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman
meninggal dunia.

“Selepas Che Tom meninggal pada 20 September 1994, Tan Sri Khir telah
 berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996.

“Ketika dikahwini, Puan Seri Christine adalah seorang janda dan telah pun
mempunyai dua orang anak dari perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina.
Salah seorang anaknya diberi nama Zairil Khir Johari, iaitu nama Islam dengan
mengambil nama suaminya yang baru. Pada masa perkahwinan kedua ibunya ini,
Zairil telah pun berusia 13 tahun. Oleh itu jelaslah bahawa Zairil adalah Cina
seratus peratus,” dedah satu laman portal berita.

....
AIDCNews

Sumber TKO - 16-11-2017

Saya Disingkir Daripada CEC DAP Kerana Kritik PBBM – Dr Boo
Posted on Thursday, November 16 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36758



JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr. Boo 

Cheng Hau percaya penyingkirannya daripada Jawatan Tertinggi Pusat DAP 
dalam pemilihan baru-baru ini disebabkan bantahannya terhadap parti itu yang 
 menyerahkan pencaturan pilihan raya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia
 (PBBM).
Penyerahan pencaturan pilihan raya kepada PBBM, menurut Cheng Hau, adalah
bertujuan mengelakkan kehilangan sokongan pengundi Melayu.

Cheng Hau berkata, beliau bertegas bahawa pencaturan dan strategi parti untuk
pilihan raya harus dilakukan secara bersama oleh DAP, PKR dan Amanah,
bukannya diterajui oleh PBBM.

Katanya, laluan yang diberikan kepada PBBM boleh menyebabkan Pakatan
 Harapan dilihat sebagai perikatan yang konservatif dan berhaluan kanan.

Beliau berkata, kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai ‘lanun Bugis’
 merupakan legasi perkauman yang diwarisinya daripada UMNO.

Cheng Hau berkata, tindakannya yang membangkitkan kebimbangan mengenai
PBBM telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang mendakwanya
 mengeluarkan kenyataan yang merosakkan parti.

Ujarnya lagi, terdapat pihak yang mendakwanya sebagai sukar untuk bergaulan
dengan orang lain.

“Dakwaan sedemikian adalah tidak adil buat saya, saya tidak merosakkan parti
dengan melontarkan pandangan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Cheng Hau berkata, kemerosotan kehadiran ahli dalam pemilihan semula iaitu
pada kadar 54 peratus berbanding 70 peratus pada 2012 menunjukkan terdapat
akar umbi yang tidak berpuas hati.

Pemimpin Parlimen DAP, Lim Kit Siang bagaimanapun berpendapat kehadiran
pada kadar 52 peratus adalah cukup baik- MalaysiaGazette

Sumber TKO - 16-11-2017



DAP Hanya Parti Nampak Macam Demokrasi -Jenice Lee
Posted on Thursday, November 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36757



DAP nampak macam sebuah parti demokrasi, tetapi sebenarnya bukan sebuah parti yang benar-benar telus, kata bekas aktivis parti itu, Lee Ying Ha.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jenice Lee membuat kesimpulan itu berdasarkan pengalamannya menghadiri Kongres Khas DAP untuk pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Tertinggi (CEC) parti, Ahad lalu.

Jenice yang juga bekas ADUN Teratai berkata beliau telah diberi surat jemputan untuk menghadiri kongres itu sebagai “wakil tambahan” apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pemilihan CEC sebelum ini yang dibuat secara tidak sah dan melanggar peraturan yang digubal parti itu sendiri.

Arahan RoS itu memberi implikasi bahawa pemecatan Jenice daripada DAP pada 22 Apr 2013 tidak sah dan beliau masih lagi menjadi parti hingga ke hari ini.

Walau bagiamanapun kata Jenice, ia hanya mainan pihak tertentu dalam DAP sahaja, kononnya telus menghantar surat jemputan, tetapi tidak mengiktiraf beliau sebagai ahli dengan menyekat daripada akses maklumat parti.

“Adakah saya masih ahli DAP atau tidak? Saya menerima surat bertulis “wakil tambahan” tetapi pada masa yang sama ketika saya menyemak dalam talian menyebut ‘saya bukan ahli yang sah’ ???

“Saya adalah Pengerusi DAP Cawangan Taman Muda dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan DAP pada masa itu. Nampaknya seperti ada sesetengah orang dalam DAP yang hanya dapat memutuskan sama ada anda adalah ahli atau bukan ahli?

“Mereka yang keluar dari parti secara sukarela selepas 2012 perlu dijemput tetapi mengapa mereka dikecualikan? Backdated bermakna segala-galanya mesti mengikuti data pada masa itu,”katanya dalam Facebook.

Jenice berkata demikian merujuk laman dalam talian dds.dapmalaysia.org yang membenar semua ahli DAP mengakses senarai wakil yang berkelayakan mengundi di Kongres Khas Parti 2017 pada 12 November 2017 di IDCC, Shah Alam, Selangor.

“Orang ramai yang bukan ahli DAP yang sah tidak dibenarkan mengakses maklumat yang terkandung dalam laman ini<" kenyataan dds.dapmalaysia.org dipetik.


Mengulas isu yang sama, Lee Guan Aik berkata apa yang berlaku terhadap Jenice Lee itu merupakan amalan ‘double standard’ DAP yang angkuh dan sombong.

“Jenice..itu menunjukkan DAP sangat sangat sombong. Kepimpinan akan melakukan apa sahaja untuk membuang ahli yang mereka rasa ancaman terhadap mereka.

“Mereka tidak berminat dengan ahli-ahli pintar yang baik dalam parti itu. Itu sangat jelas. Apa yang naik akan diturun dengan segera.

“Kepimpinan yang tidak jujur dalam parti sekarang ini. Benar-benar tidak menghormati ahli. Terdapat krisis keyakinan terhadap parti selepas pemilihan CEC 2013,”katanya.


........
AIDCNews

Sumber TKO - 16-11-2017

Guan Eng kekal, Tan kini rasmi pengerusi DAP
Posted on Sunday, November 12 @ 22:16:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36670


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengekalkan jawatannya sebagai 

setiausaha agung DAP selepas parti itu mengadakan pemilihan semua anggota 

jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) di Shah Alam hari ini.

Anggota Parlimen (MP) Cheras Tan Kok Wai pula dilantik sebagai pengerusi
menggantikan Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan pada 17
April 2014.

Sejak kematian Karpal Tan dilantik memangku jawatan berkenaan oleh DAP.
Dalam pemilihan semula yang diadakan ekoran arahan dibuat Jabatan Pendaftar 
Pertubuhan (ROS) pada 7 Julai lalu.

Dalam pemilihan kali ini Guan Eng mendapat 1,180 undi dan meletakkan dia
di tempat ketiga selepas bapanya, Lim Kit Siang (1,199 undi) dan anak Karpal,
Gobind Singh Deo (1,198 undi).

Gobind - sebelum ini bertugas sebagai ketua biro undang-undang - turut dilantik
 sebagai timbalan pengerusi DAP.

Kebanyakan jawatan utama kembali disandang oleh tokoh yang dilantik pada
pemilihan terdahulu - sebelum ROS mengarahkan parti terbabit mengadakan
pemilihan sekali lagi.

MP Seremban Anthony Loke sekali lagi diberi kepercayaan sebagai setiausaha
organisasi, manakala MP Bukit Bintang, Fong Kui Lun kembali menjadi bendahari.
Tony Pua (Petaling Jaya Selatan) pula meneruskan tugasnya sebagai setiausaha
publisiti, Liew Chin Tong (Kluang) menjadi pengarah pendidikan politik dan
Kit Siang (Gelang Patah) ketua MP DAP.

MP Kulai, Teo Nie Ching, bagaimanapun bertukar jawatan daripada penolong
setiausaha publisiti menjadi setiausaha antarabangsa bagi menggantikan
V Sivakumar (Batu Gajah).

Pemilihan semula anggota CEC itu diadakan selepas ROS mendapati senarai
perwakilan yang digunakan DAP pada pemilihan 2013 sebagai tidak sah.

Asalnya pemilihan CEC itu diadakan pada 2012 namun berlaku kesilapan
teknilal ketika ia berlangsung.

DAP kemudian secara sukarela membuat pemilihan semula pada 2013. Semua
pemimpin yang dilantik menjalankan tugas seperti biasa sehinggalah ROS
membuat ketetapan baru pada 7 Julai lalu.

Berikut ialah senarai nama dan jawatan CEC DAP.

Pengerusi: Tan Kok Wai
Timbalan Pengerusi: Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi:
  • Chong Chieng Jen
  • Chow Kon Yeow
  • M Kulasegaran
  • Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
  • Stephen Wong
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
Timbalan Setiausaha Agung:
  • Teresa Kok
  • Nga Kor Ming
  • V Sivakumar
  • Bendahari: Fong Kui Lun
Penolong Bendahari: Ngeh Koo Ham
Setiausaha Organisasi: Anthony Loke
Penolong:
  • Thomas Su
  • Khoo Poay Tiong
Setiausaha Publisiti: Tony Pua
Penolong:
  • Yeo Bee Yin
  • Zairil Khir Johari
Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong
Penolong: Ong Kian Ming
Setiausaha Antarabangsa: Teo Nie Ching
Ketua MP: Lim Kit Siang
Anggota Jawatankuasa:
  • Chong Eng
  • Ronnie Liu
  • Teng Chang Khim
  • Jannie Lasimbang
  • John Brian
  • Wong Kah Woh
  • Hannah Yeoh
Sumber TKO - 12-11-2017

Anggota CEC DAP hampir tak berubah
Posted on Sunday, November 12 @ 18:39:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36666


DAP mengekalkan hampir semua anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) lalu 

dalam pemilihan semula dengan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang 

memperoleh undi terbanyak.



Sumber TKO - 12-11-2017

Guan Eng tetap anggap arahan pemilihan semula CEC tidak masuk akal
Posted on Sunday, November 12 @ 14:40:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36662



SHAH ALAM: Meskipun bersetuju mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa
 Eksekutif Pusat (CEC) hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap
 menyiasatkan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) tidak
 masuk akal dan menganiayai parti.

Lim berkata parti bagaimanapun akur dengan arahan itu sekaligus mematuhi
undang-undang.

“Kita berada di sini hari ini untuk satu sebab sahaja iaitu kerana JPPM telah
memaksa kita mengadakan pemilihan baru untuk CEC DAP. Sebagai parti yang
patuh kepada undang-undang, kita telah pun mengkaji isu itu secara sah dari sudut
perundangan.

“Kita membuat kesimpulan bahawa kita akan akur dengan tuntutan JPPM walaupun
 keputusan pihak JPPM itu pelik, tidak masuk akal dan sepatutnya tidak perlu
dilaksanakan sama sekali. Ini adalah penting kerana DAP diancam dengan
kemungkinan dibatalkan pendaftarannya sebagai sebuah parti yang sah,” katanya
dalam ucapan pembukaan di Kongres Khas CEC DAP di IDCC Shah Alam hari ini.

Guan Eng merasakan partinya tidak dilayan dengan adil kerana tidak pernah dalam
sejarah sebuah parti mengadakan pemilihan jawatankuasa pusat 3 kali iaitu pada
2012, 2013 dan 2017 menggunakan senarai wakil yang sama.

  “Hari ini kita akan mengundi untuk memilih CEC bagi penggal 2012 pada tahun
2017 sedangkan tempoh penggal tersebut hanyalah 3 tahun sahaja, ini sangat karut.

“Kita harap selepas ini pemilihan kali ini kita harap JPPM tidak minta kita buat
pemilihan lagi,” katanya.

Guan Eng menambah pemilihan kali ini juga pelik apabila JPPM mengenakan
peraturan ketat dengan membenarkan hanya pewakilan sahaja dibenarkan hadir
dan melarang ahli parti untuk menjadi pemerhati, lantas mematikan demokrasi
dalam pemilihan DAP kali ini.

“Kita perlu sedar bahawa, banyak ahli parti tidak dapat hadir Kongres Khas hari ini
kerana JPPM telah menghadkannya untuk perwakilan sahaja. Tiada demokrasi,
tiada penyertaan; ia seperti menonton permainan bolasepak di dalam sebuah
stadium tanpa penonton,” katanya sambil memaklumkan notis singkat diberi
kepada parti untuk mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 2 minggu.

Pada 17 Julai lalu, DAP menerima surat daripada JPPM mengarahkan parti itu
mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC).

Arahan dikeluarkan berikutan JPPM belum menerima dan mengiktiraf pemilihan
parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29
September 2013.

JPPM turut mengarahkan DAP menggunakan semula senarai perwakilan DAP
 seramai 2,576 orang pada 2012 ketika sesi pemilihan kali ini.

Pemilihan semula DAP diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton yang
 bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan pemilihan firma
 antarabangsa itu sudah dipersetujui JPPM.

Sumber TKO - 12-11-2017


DAP jangka PAS bersekutu dengan BN pada PRU14
Posted on Sunday, November 12 @ 16:59:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36663



SHAH ALAM: Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), DAP
menjangkakan PAS akan menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN)
 dalam usaha menewaskan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang ketika berucap pada Kongres Khas 

 sempena pemilihan semula parti hari ini berkata, parti pimpinan Datuk Seri Abdul 

Hadi Awang itu kini sudah berubah wajah selepas tidak menyertai empat parti 

pembangkang lain membentuk PH.    


"PAS berubah wajah, dijangka PAS akan bersekutu dengan Barisan Naisonal (BN) 

untuk melawan Pakatan Harapan. 


"Senario untuk PRU14 yang akan datang adalah berbeza. Datuk Seri Anwar sekali 

lagi berada di dalam penjara, dan tidak boleh bertanding. 


"PAS pula sekadar menjadi rakan de facto UMNO dan BN; manakala BN semakin 

rancak bermain isu perkauman dan sentimen agama semata-mata mahu memenangi 

undi Melayu," katanya ketika berucap di IDCC di sini. 


Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan pada September 2015 yang disertai oleh DAP, 

PKR dan Amanah. Gabungan itu kemudiannya disertai oleh Parti Pribumi Bersatu 

Malaysia (PPBM), parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac baru-baru 

ini.


PAS bagaimanapun membentuk blok baru yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera 

(GAGASAN) bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan Jemaah Islamiah 

Se-Malaysia (BERJASA).


Pimpinan tertinggi PAS bagaimanapun berkali-kali menegaskan tetap akan 

 konsinten bersama GAGASAN dalam menghadapi PRU14 akan datang, dan 

tidak akan menyertai PH mahupun BN.  


Dalam pada itu Guan Eng mendakwa, BN akan terus berusaha memburukkan DAP 

di mata rakyat. 


"Matlamat BN adalah untuk memperlihatkan pembangkang sebagai gabungan yang 

diterajui DAP, iaitu DAP digambarkan sebagai parti orang Cina semata-mata, yang 

dianggap bahaya untuk orang Melayu. 


"Lim Kit Siang pula digambarkan sebagai ahli politik yang paling dibenci dalam 

sejarah Malaysia semata-mata mereka mahu DAP dilihat sebagai racun kepada 

pengundi Melayu; dan mana-mana parti majoriti Melayu yang bekerjasama dengan 
DAP juga menjadi racun kepada orang Melayu," katanya.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga menepis tanggapan kononnya PH akan tewas 
di tangan BN pada PRU14.
"Kepada mereka yang rasa Pakatan Harapan tiada harapan untuk menang dalam 
PRU14 nanti, serta kepada pakar-pakar strategi (Datuk Seri) Najib yang angkuh 
dengan ketokohan pemimpin mereka, eloklah kita ingatkan mereka bahawa 
sehingga Februari 2008, malah sewaktu awal kempen PRU 2008 pun, tidak ramai 
yang menyangka pembangkang mampu menguasai lima kerajaan negeri," katanya. 
-ze

Sumber TKO - 12-11-2017



Lebih separuh perwakilan DAP hadir pilih wakil CEC baru
Posted on Sunday, November 12 @ 14:38:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36661



SHAH ALAM: Seramai 1,356 perwakilan menghadiri pemilihan semula 

 Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) khas sebaik sahaja pendaftaran ditutup
10.30 pagi.
Pengumuman itu dibuat Pegawai Pemilihan John Lau dari Grant Thornton
 sekaligus melepasi korum dan melayakkan pemilihan dilakukukan.

“Sebanyak 2,514 notis telah dihantar dan yang hadir mengundi hari ini 1,356 atau
53.94% dan sebanyak 62 hilang kelayakan mengundi kerana muflis,” kata John
Lau semasa taklimat pemilihan sambil memaklumkan sebanyak 3,000 kertas undi
dicetak.

Mengulas lanjut John Lau berkata, berdasarkan senarai calon 2012 seramai 62
calon layak bertanding dan 6 daripadanya mengumumkan keluar parti dan seorang
meninggal dunia sekaligus hilang kelayakan bertanding.
dap-2
 
“Berdasarkan senarai calon CEC 2012 seramai 6 daripada 62 yang layak
bertanding telah keluar parti dan seorang meninggal dunia.

“Antara nama yang keluar parti ialah Hiew King Chieu, V Jaya Balan, John
Fernandez, Zulkifli Mohd Noor dan Roseli Abdul Ghani manakala nama yang
turut hilang kelayakkan bertanding kerana meninggal dunia ialah Karpal Singh,”
 katanya John Lau ketika mengumumkan senarai calon yang bertanding.

Pada 17 Julai lalu, DAP menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (JPPM) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula
Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC).

Arahan itu dikeluarkan berikutan JPPM belum menerima dan mengiktiraf
 pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan
 semula pada 29 September 2013.
dap-1
JPPM turut mengarahkan DAP menggunakan semula senarai perwakilan DAP
 seramai 2,576 orang pada 2012 ketika sesi pemilihan kali ini.


Pemilihan semula DAP diuruskan firma audit bebas, Grant Thornton yang
 bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan pemilihan firma
 antarabangsa itu sudah dipersetujui JPPM.


Sumber TKO - 12-11-2017


Kenapa ‘simpan’ Zakir Naik yang diburu pihak berkuasa India, soal DAP
Posted on Wednesday, November 08 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36541













KUALA LUMPUR: Wakil rakyat DAP mempertikaikan tindakan Putrajaya 
 “menyimpan” Zakir Naik yang dikehendaki pihak berkuasa, selepas Agensi 
 Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) dilapor menyerahkan laporan siasatan 
 terperinci dan memohon kebenaran Kementerian Dalam Negeri India untuk 
 mendakwa penceramah kontroversi itu.

M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mahu kerajaan menyatakan sama ada Malaysia 

akan membantu tindakan undang-undang terhadap Zakir, yang diberi taraf penduduk
 tetap sejak 5 tahun lalu.

“Sudah ada bendera merah. Ada tindakan dari kerajaan India. Maka saya hendak 

bertanya apakah kerajaan akan bekerjasama dengan India untuk menghantar balik 
seseorang seperti ini?” katanya di sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Kulasegaran turut mempersoalkan mengapa Zakir diberi layanan istimewa ketika 

 keistimewaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ditarik balik.

“Tular satu video dimana dia dapat layanan VVIP, polis pengiring ke mana-mana 

di dalam negara ini, sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad pula ditarik kembali 
khidmat polis pengiring.


“Seseorang yang dicari kerajaan India dan Interpol untuk diambil tindakan
ke atasnya tetapi Malaysia ‘simpan’ dan berikan bermacam-macam keistimewaan.

“Adakah kerana dia adalah Zakir Naik? Umno dan parti-parti lain memerlukan
sokongan dia maka ada satu undang-undang untuknya dan orang lain?” ujarnya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini menafikan kerajaan
memberi layanan istimewa kepada Zakir. Beliau berkata pihak berkuasa sentiasa
memantau aktiviti ceramah penceramah dari India itu, dan kerajaan tiada alasan
untuk menangkap dan menahannya kerana Zakir tidak melanggar undang-undang
negara.

Pada 27 Oktober lalu, akhbar Times of India melaporkan NIA menyerahkan
laporan siasatan terperinci ke atas dakwaan aktiviti pengganas Zakir Naik kepada
Kementerian Dalam Negeri India dan memohon kebenaran untuk mendakwa Zakir
yang melarikan diri dari India dan diberi status penduduk tetap di Malaysia.

Akhbar itu berkata langkah itu ke arah memohon ekstradisi dari Malaysia dan
Arab Saudi, dua negara yang diketahui menjadi tempat tinggal Zakir.

Kali terakhir Zakir dilihat pada 29 September menyertai solat Jumaat di Masjid
Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Gambar beliau bersama jemaah
dimuatnaik di Facebook dan tersebar di media sosial.

Akhbar itu berkata kementerian dimaklumkan siasatan terhadap Zakir sudah
selesai dan peranannya meradikalkan belia Islam di India menyertai “jihad”
disokong bukti yang kuat. Turut dikumpul ialah bukti atas dakwaan beliau
menyebarkan permusuhan antara kumpulan agama dan menganggu keharmonian
masyarakat.

Times of India melaporkan NIA akan memfailkan kertas pendakwaant terhadap
Zakir, rakan niaganya dan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang diasaskan Zakir
sejurus kementerian memberi kebenaran mendakwa penceramah itu.

Sumber TKO - 8-11-2017


ADUN DAP Mogok Lapar Protes Insiden Tanah Runtuh Dan Banjir P.Pinang
Posted on Tuesday, November 07 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36511



ADUN Tanjung Bungah Tan Yee Cheu dari parti DAP bermogok lapar selama 12 

 jam sebagai tanda protes terhadap tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 11 
nyawa di kawasannya serta tragedi banjir melanda seluruh Pulau Pinang baru-baru 
ini.

"Saya lakukan ini demi 11 mangsa yang meninggal dunia dalam tanah runtuh 

Tanjung Bungah pada 21 Oktober dan tujuh orang yang kehilangan nyawa semasa 
banjir besar pada 4 dan 5 November," ujarnya dipetik portal berita.

Ditemui di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yee Cheu berkata mogok l

aparnya bermula dari jam 7 pagi tadi sehingga 7 petang hari ini.

Yee Cheu antara ADUN DAP yang paling lantang menentang sebarang 

pembangunan lereng bukit di Pulau Pinang.'

Beliau juga pernah menghantar bantahan terhadap pembinaan perumahan strata 

di lereng bukit Tanjung Bungah yang bertukar menjadi tragedi tanah runtuh 
baru-baru ini.

Sehubungan kegagalannya menghalang pembangunan serta kejahilan kerajaan 

negeri terhadap alam sekitar, Yee Cheu pada 21 Oktober lepas memohon maaf 
kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Pulau Pinang kerana kerajaan 

negeri tidak menyedari kemungkinan kecuaian, walaupun amat berhati-hati,”
 ujarnya.

Beliau sekali lagi menggesa agar kerajaan DAP Pulau Pinang menghentikan projek 

kediaman di lereng bukit Tanjung Bungah sehingga menemui penyelesaian selamat.

- mD

Sumber TKO - 7-11-2017

Ram Karpal Kena Sekolah Dgn Mangsa Banjir (bersama video)
Posted on Tuesday, November 07 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36519



SEPERTI yang diketahui, rakyat Pulau Pinang tatkala ini sedang ditimpa musibah 

yang amat dasyat apabila hampir sebahagian besar kawasan di negeri itu telah 
ditenggelami air.
Namun apa yang lebih malang lagi adalah sikap tidak ambil berat kerajaan negeri
serta segelintir pemimpin mereka yang dikatakan langsung tidak turun padang
membantu mangsa banjir.

Sejak semalam, tular beberapa klip rakaman video memaparkan mangsa banjir
memarahi Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh gara-gara didakwa tidak
membantu rakyat di kawasannya.

Dalam rakaman terbabit, lelaki yang tidak dikenali mempersoalkan tindakan
kerajaan negeri yang didakwa tidak menghulurkan bantuan awal yang sewajarnya
kepada penduduk terjejas.

Individu berkenaan malah menzahirkan rasa kecewa apabila layanan yang
 diberikan ketika menyalurkan bekalan makanan kepada mangsa-mangsa banjir
seoalah tidak menunjukkan sikap menghormati semasa manusia.

“Anda hanya datang ke sebuah rumah dan ‘buang’ makanan, adakah cara 
begini anda bekerja? Anda ingat kami terdesak.

“Kamu pergi dan lihat rumah mereka, di mana mereka mahu tidur malam ini? Di mana mereka mahu ambil tilam?” ujar lelaki itu dalam nada marah.

Video - https://youtu.be/bYAg3MO9QPM


Malah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga menurut individu itu gagal menyediakan kemudahan asas seperti peralatan ‘water jet’ yang kebiasaannya digunakan oleh penduduk untuk membersihkan rumah mereka selepas dimasuki air.

“Water jet pun tidak ada, apa jenis kerajaan sehingga perkara-perkara sebegini pun tidak boleh disediakan?

“Fikirlah fikirlah untuk rakyat, jangan hanya datang melawat lepas itu balik. Semua yang berlaku ini berpunca daripada kamu semua, jangan kata ini takdir Tuhan.

“Tuhan beri kita otak untuk berfikir. Jangan potong bukit ini, jangan potonglah,” tambahnya.

Lelaki berkenaan turut mendakwa pemimpin kini hanya pandai berkata namun tidak bertindak untuk rakyat.

Sepanjang tempoh video, Ramkarpal dilihat hanya berdiam diri seolah-oleh tidak dapat menjawab segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

Sementara itu, Ahli Perlimen Bukit Gelugor itu menerusi laman Facebook memuat naik gambar sekitar lawatannya ke rumah mangsa banjir di kawasan Thean Teik, Kg Sheikh Madar, Kg Sheikh Eusoff, Farlim, Paya Terubong, Air Itam dan beberapa kawasan lain yang terjejas.
“Kami sedang berusaha untuk memberi bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir dan berdoa agar bencana sebegini tidak berlaku lagi,” tulisnya.

Hujan berterusan sejak Sabtu lalu melumpuhkan sehingga 80 peratus kawasan di Pulau Pinang dan turut menyebabkan hubungan jalan terputus.


Keadaan tersebut turut menjejaskan sebahagian kawasan di Georgetown dan Seberang Perai, selain menyebabkan hakisan tanah, pokok tumbang serta kesesakan lalu lintas luar biasa. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 7-11-2017


Akhirnya DAP akui sistem parit lemah punca banjir kilat
Posted on Sunday, November 05 @ 19:44:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36464



GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP hari ini mengakui kelemahan sistem perparitan negeri antara punca kejadian banjir yang melanda lebih 100 kawasan di 5 daerah sejak semalam.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, sistem perparitan sedia ada di negeri ini sememangnya tidak mampu menampung aliran air begitu banyak ketika hujan lebat.

Menurutnya, jumlah taburan hujan luar biasa sejak 2 petang semalam yang bertembung kemuncak fenomena air pasang juga antara punca berlaku banjir kilat.

“Sistem perparitan semula jadi dan buatan sedia ada tidak mampu menampung aliran air hujan, tambah lagi taburan hujan yang begitu tinggi di kelima-lima daerah menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air,” katanya hari ini.

Kadar taburan hujan yang direkodkan menunjukkan Seberang Perai Utara mencatatkan paras tertinggi, iaitu 372mm diikuti Seberang Perai Tengah (327mm), Timur Laut (289mm), Barat Daya (237mm) dan Seberang Perai Selatan (165mm).

Hampir keseluruhan kawasan Pulau Pinang dilanda banjir selepas hujan lebat sejak 2 petang semalam di mana 75 kejadian pokok tumbang dan 8 kejadian tanah runtuh dilaporkan.
Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga tidak mempunyai sumber anggota dan kelengkapan mencukupi untuk menghadapi bencana banjir ini.


Katanya, beliau amat menghargai kesediaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana sudi menerima panggilan telefonnya pada 3.30 pagi dan seterusnya menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu Pulau Pinang.

“Kami amat berterima kasih kepada Zahid, seorang pemimpin yang tidak memilih bulu semasa saat genting dalam kerja-kerja membantu mangsa banjir,” katanya.

Terdahulu, Lim berkata, kerajaan negeri tidak bercadang mengisytiharkan darurat buat masa ini kerana keadaan terkini masih terkawal.

Katanya, darurat hanya akan diisytihar kerajaan negeri selepas rundingan dan atas nasihat kerajaan persekutuan.

“Kami akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi menyemak prosedur operasi standard (SOP) menangani bencana negeri sedia ada supaya penyelarasan lebih berkesan dapat dilakukan,” katanya.

Setakat 2 petang tadi, sebanyak 51 pusat pemindahan dibuka di Pulau Pinang bagi menempatkan 2,861 mangsa banjir di 5 daerah.

Cuaca di negeri ini masih mendung dengan sesekali hujan renyai.


Sumber TKO - 5-11-2017

Adun didakwa tumbuk teman wanita
Posted on Friday, November 03 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36402



SEORANG Adun DAP dari 

Perak didakwa menumbuk dan 
menipu teman wanitanya seperti 
ditular dalam satu blog, kelmarin.
Blog tersebut, iaitu 'Dr MiM'
yang menulis dalam bahasa
Melayu bertajuk Skandal!

 Adun Pukul Teman Wanitanya
mendedahkan, Adun tersebut
yang telah berkahwin
dan memiliki anak, didakwa terlibat melakukan penipuan dan menumbuk teman
wanitanya.

"Yang inklusif dan utamakan rakyat, kita dikejutkan dengan tindakan seorang Adun
yang berlaku zalim dengan menumbuk teman wanitanya," demikian petikan
perenggan pertama dalam blog berkenaan.

Seterusnya, blog itu menulis lagi, "Kita difahamkan Adun DAP di negeri Perak ini
 telah membuat laporan polis pada 30 Oktober lalu. Beliau mendakwa telah pergi
ke rumah teman wanitanya untuk berbincang, tetapi berlaku salah faham dan beliau
memaki teman wanitanya. Beliau keluar rumah tersebut selepas itu.

"Bagaimanapun, laporan polis Adun DAP itu berlainan dengan laporan polis yang
dibuat oleh teman wanitanya. Wanita itu menjelaskan, Adun DAP itu telah datang
ke rumah untuk berbincang tapi beliau  ditipu oleh Adun tersebut. Malah, Adun DAP
itu telah mencederakannya dengan menumbuk pipi wanita tersebut.

"Wanita itu juga melaporkan bahawa beberapa barangan miliknya telah hilang
termasuk dokumen-dokumen penting dan juga wang tunai," tulis blog itu.

Walaupun blog tersebut tidak menyebut identiti sebenar Adun terbabit, ramai pihak
yang mendakwa Adun yang dimaksudkan ialah Adun Bercham, Cheong Chee Khing.

Bagaimanapun, ketika dihubungi oleh Oriental Daily, Chee Khing menafikan
dakwaan itu kerana sekiranya beliau terbabit dengan kes memukul dan menipu
wanita, sudah lama beliau ditahan pihak polis.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming enggan mengulas kes tersebut 
apabila dihubungi wartawan akhbar tersebut. 



Sumber TKO - 3-11-2017


DAP Perli PAS Soal Bajet 2018
Posted on Thursday, October 26 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36184



PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP hari ini mempersoalkan sama ada PAS akan turut membentangkan belanjawannya sendiri bagi memperlihatkan dasar kewangannya, selepas Pakatan Harapan (PH) semalam membentangkan “bajet alternatif” 2 hari sebelum Bajet 2018 oleh Datuk Seri Najib Razak.

“Bukanlah kita mahu merendah-rendahkan kemampuan dan sumber PAS untuk merangka belanjawan negara,” kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

“Tetapi PAS pastinya berhadapan banyak persoalan sekiranya parti pembangkang yang mesra-Najib ini tidak mampu mengemukakan belanjawannya sendiri menjelang esok sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan Barisan Nasional di Parlimen.”

Semalam, PH dalam belanjawannya antara lain mencadangkan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan tol lebuh raya. Ia juga berhasrat mengembalikan subsidi petrol untuk kegunaan kenderaan berkuasa rendah, di samping mengekalkan bantuan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan beberapa perubahan kecil.

PH merupakan gabungan 4 parti iaitu PKR, DAP, Amanah dan PPBM. PAS yang enggan bersama gabungan itu berkata ia mahu bergerak sendiri di bawah apa yang dinamakannya Gagasan Sejahtera.

Tahun lalu ketika Najib membentangkan Bajet 2017, kesemua wakil rakyat pembangkang kecuali dari PAS bertindak keluar dewan sambil mengangkat sepanduk “Siapa MO1?”. MO1, atau “Malaysian Official 1”, adalah gelaran diberikan dokumen siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap pegawai tertinggi yang bertanggungjawab ke atas 1MDB.

Ramai pemimpin pembangkang percaya MO1 merujuk Najib, bagaimanapun ia tidak disahkan secara rasmi.

Sementara itu, Lim bertanya sama ada PAS akan menyokong bajet dibentangkan Najib esok.

“Adakah PAS akan menjadi pembonceng belanjawan Najib Razak pada esok hari memandangkan kini ramai pimpinan utama PAS begitu rapat dengan perdana menteri?

“Atau adakah fungsi PAS di Parlimen hanya untuk membawa usul RUU 355 Abdul Hadi Awang semata-mata dan tidak peduli langsung tentang hal-hal lain?” katanya merujuk rang undang-undang dibawa presiden PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Sumber TKO - 26-10-2017

Ahli Persoal DAP Belum Pamer Nama Perwakilan
Posted on Thursday, October 26 @ 10:33:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36176




SEREMBAN: Ahli-ahli DAP di peringkat akar umbi terus mempertikaikan kejujuran pe­mimpin tertentu parti itu yang hendak mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Sehingga kini, menurut mereka, kepemimpinan parti masih bersikap acuh tidak acuh terhadap pelbagai isu dibangkitkan oleh ahli-ahli berkaitan pemilihan semula itu yang dijadualkan pada 12 November ini.

Bekas Setiausaha DAP Cawangan Taman Bukit Emas, S. Vijayan berkata, sehingga kini, kepemimpinan DAP masih enggan mempamerkan senarai nama para perwakilan yang akan mengundi dalam pemilihan itu di akhbar pelbagai bahasa se­perti didesak ahli.

Katanya, para perwakilan juga belum menerima surat jemputan bagi menghadiri pemilihan berkenaan yang dibuat melalui kongres khas.

“Ahli-ahli dan para perwakilan sudah muak dengan cara DAP melayan kami di peringkat akar umbi. Mengapa sampai saat ini masih hendak berselindung dan tidak telus dengan pemilihan semula ini.

“Pemimpin DAP harus ingat bahawa tanpa ahli akar umbi maka tidak akan ada pemimpin. Jangan abaikan ahli-ahli seperti kami,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pertikaian antara ROS dengan DAP bermula pada April 2013 apabila parti itu diberitahu barisan kepemimpinan yang dilantik pada 2012 adalah tidak sah. Ia kemudian memaksa DAP me­ngadakan pemilihan semula pada September 2013.

Pada Julai lalu, ROS mengesahkan telah menghantar surat kepada DAP meminta supaya pemilihan semula dilakukan bagi CEC parti itu.

Vijayan berkata, ahli-ahli DAP tetap bertegas supaya pemilihan semula itu diadakan melalui kongres kebangsaan dan bukannya kongres khas seperti dimahukan oleh sesetengah pemimpin tertentu.

“Kongres khas akan membo­leh­kan beberapa agenda mesyuarat ditiadakan seperti pembentangan penyata kewangan dan ahli-ahli tidak dapat mengemukakan usul dan berbahas.

“Ini akan dapat mengelakkan isu dan masalah parti dibangkitkan hingga menjadi pengetahuan ramai,” ujarnya.

- Utusan Online

Sumber TKO - 26-10-2017

Terpalit Tuduhan Rasuah Di Mahkamah : Guan Eng Tidak Patut Tanding CEC
Posted on Friday, October 20 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36041



GEORGETOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya bertanding pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu kerana sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah, kata Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak.

Beliau berkata, atas dasar integriti dan maruah, ketua menteri Pulau Pinang itu seharusnya mengecualikan dirinya sebagai calon pada CEC dijadual November ini walaupun senarai calon terbabit berasaskan pada pemilihan Disember 2012.

“Secara rasionalnya mengecualikan dirinya sebagai calon adalah contoh terbaik … pada ketika beliau sedang berhadapan dengan dua pertuduhan rasuah walaupun Guan Eng enggan melepaskan jawatannya sebagai ketua menteri.

“Malah beliau juga perlu menolak sebarang jawatan dalam parti berasaskan kepada lantikan oleh 20 pemegang jawatan CEC setelah pemilihan parti bagi kali ke-3 kelak selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rahmad berkata, kini merupakan masa terbaik seorang pemimpin seperti Guan Eng mentransformasikan soal akhlak mulia serta elemen integriti mahupun kredibiliti dan maruah.

“Jangan jadikan alasan bahawa senarai pemilihan Disember 2012 sebagai satu kewajipan untuk beliau menjadi calon disebabkan atas arahan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), tetapi adalah menjadi hak eksklusif beliau untuk menentukan kedudukannya dari sudut maruah sendiri serta parti.

“Tidak mungkin timbul soal pentadbiran DAP akan menjadi cacat tanpa penglibatan Guan Eng kerana sebelum ini pun kecacatan terhadap dua pemilihan tidak diiktiraf oleh RoS adalah di ketika beliau menjadi setiausaha agung,” katanya.


Guan Eng dalam sidang akhbar khas di Kuala Lumpur baru-baru ini mengumumkan pemilihan semula CEC DAP akan diadakan 12 November ini di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam selepas dipersetujui RoS.- BERNAMA

Sumber TKO - 20-10-2017


Strategi DAP Mengekang Penguasaan PPBM?
Posted on Wednesday, October 18 @ 23:27:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36011



Watak antagonis DAP semakin menyerlah. Provokasi  terhadap Islam terus dikumandangkan. Terbaru, Lim Guan Eng menyindir Islam melalui pesta arak yang dilangsungkan di Pulau Pinang. Dikatakan Pulau Pinang bukan negara Taliban. Manakala, Hew Kuan Yau pula  memaki Islam dengan carutan “Sohai”. Apakah DAP naïf tentang sensitivi beragama bangsa majoriti?

Kenyataan-kenyataan rasis pemimpin DAP seolah-olah bertitik-tolak daripada satu strategi – strategi yang cukup khianat kepada rakan komponennya. DAP mahu memukat semaksimum mungkin undi Cina. Ini menjadikan DAP parti yang paling selamat dalam PRU14 nanti.  Pertambahan undi Cina akan menyelamatkan DAP di kerusi-kerusi marginal kesan kehilangan besar undi-undi penyokong PAS.

Natijahnya nanti DAP mendapat kerusi terbanyak berbanding dengan rakan-rakan PH-nya. Suara dominannya akan dapat dipertahankan manakala citra Melayu PPBM cuba dikekang daripada mengancam status quo. DAP tahu bahawa PH tak mampu menawan Putrajaya dengan ketiadaan PAS bersama. Maka pilihan bilik perang DAP ialah DAP mesti menjadi teraju PH yang kuat sebagai pembangkang.

Serentak dengan itu, cita-cita DAP untuk menguasai PH dapat direalisasikan apabila suara-suara parti Melayu  tidak mengatasi suara-suara bukan Melayu. Jadi, provokasi DAP terhadap Islam adalah suatu strategi yang bersifat chauvanis. DAP bimbang jika selepas PRU14 nanti, PPBM atau PKR mendapat kerusi terbanyak.

Jelas bukan, strategi DAP menyebabkan parti Mahathir dan Wan Azizah merana. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Undi Melayu/Islam akan lari dari PPBM, PKR dan PAN – menjadikan DAP paling beruntung.

 Bagi DAP memadai sekiranya Pulau Pinang dapat dikekalkan. Biarlah PPBM dan PKR berebut-rebut untuk berilusi dengan jawatan PM. Asalkan PAN terus berdedak untuk setia menjadi proksinya. Malah dedak yang cukup bisa ditabur kepada lebih ramai Melayu  PKR, PAN dan PPBM untuk menjadi pegawai kerajaannya. Beberapa orang lagi Saifuddin dan Wan Ji perlu dijadikan galang ganti.

Konklusinya, DAP akan terus lantang melakukan provokasi terhadap Islam sekurang-kurangnya sehingga PRU14. Rakyat melihat cara berpolitik DAP amat bahaya. Namun bagi DAP, masakan dapat mengecap manisnya madu sekiranya sarang lebah tak berani diganggu.

Sumber TKO - 18-10-2017


Beberapa perkara perlu direnung sebelum anda berkawan dan jadi rakan perjuangan
Posted on Friday, October 13 @ 10:39:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35846&mode=thread&order=0&thold=0



Kita sebagai umat islam terasa tak terganggu keharmonian kita, bila cina cakap lagu ni bab islam. Baru nak buat perniagaan islamik kne tahan. Ramai lagi yg hina islam, bkn takat si kafir je pertikaikan islam,yg ngaku islam pon lagi teruk. Tu pasal aku cakap malaysia sebuah negara sekular. - Lebai ZamUsop PA

Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya: "Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI Isra': 80)

Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa: "Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an"

Sumber TKO - 13-110-2017

























































DAP Terus Pertikai Tindakan Malaysia Tolak Pesta Arak

Ahli parlimen DAP Lau Weng San, hari ini, mempertaikan keputusan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan dan polis yang permohonan penganjuran ‘pesta arak’ Festival Bavarian yang sebelum ini dikenali sebagai Oktoberfest.

Memihak kepada pesta mabuk itu, Lau berkata, penganjur telah membelanjakan RM300,000 pada acara yang kini ditolak oleh kerajaan.

Lau, yang juga wakil rakyat di Selangor dilaporkan akhbar berkata, pesta itu telah dijadualkan berlangsung dari petang ini hingga Ahad, mendakwa bahawa tempat ‘pesta alkohol’ itu merupakan premis komersial milik persendirian.

“Apakah mesej yang akan diberikan kepada pelabur, terutamanya pelabur asing, apabila pihak berkuasa tempatan hanya menolak permohonan untuk aktiviti perniagaan yang sebenarnya dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan?” soal beliau.

Belau membandingkan tentang festival ‘mabuk’ yang sama dianjurkan di negara bukan umat Islam seperti Jerman dan Republik Czech, seolah-olah menafikan bahawa orang Melayu yang beragama Islam adalah majoriti di negara ini.

Adun Kampung Tunku itu juga umpama orang yang ‘mabuk dantidak sedar diri’ bahawa agama rasmi persekutuan adalah agama Islam yang menganggap ‘pesta arak’ itu ada sesuatu yang membawa mudarat.
“Jadi saya fikir pihak berkuasa tempatan dan juga pihak polis perlu telus mengenai perkara ini dan harus menjadi fasilitator dalam kes ini, dan mereka tidak perlu mewujudkan halangan tambahan dan tidak perlu kepada pihak penganjur,” katanya sidang akhbar di Petaling Jaya.

Seorang lagi ADUN DAP Rajiv Rishyakaran, mempersoalkan alasan polis menolak pesta arak itu dengan menyatakan ia akan memberi ‘ancaman keselamatan’.

Bahkan beliau secara terang-terangan mengaitkan PAS dengan keputusan kerajaan itu dan cuba mengaitkan hubungan parti Islam dengan Umno

“Bagaimana militan tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam semua ini sebelumnya, tetapi mempunyai minat khusus hanya apabila dibantah PAS dan Umno dan kemudian tiba-tiba sahaja mendapat militan ada kaitan dengannya? Kenapa terdapat satu kebetulan yang menarik? ” soal beliau.
Dengan jelasnya, Ahli-ahli yang berhormat DAP ini telah menjadikan isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu dan Islam sebagai satu isu politik.

Mereka telah melulu membuat perbandingan bahawa arak juga dijual pada perlumbaan F1 baru-baru ini di Sepang.

Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) iaitu sayap bukan Islam yang meyokong, dan faham mengapa tindakan kerajaan tidak membenarkan mana-mana pesta arak berlangsung.

Ketuanya N Balasubramaniam berhujah, pendirian menentang pesta mabuk tersebut selari dengan tuntutan mana-mana agama.

“Pegambilan minuman beralkohol itu adalah hak dan pilihan individu tetapi galakan untuk meminumnya dengan menganjurkan pesta tidak seharusnya berlaku.

“Mana-mana agama tidak membenarkan dan menggalakkan penganutnya minum arak. Dalam agama Hindu sendiri, melalui kitab Veda dan Tamil Thirukuvul, arak adalah satu perkara yang dilarang.
“Jadi saya tidak nampak kenapa masih ada orang yang mempertahankan pesta sebegini. Kalau nak minum, minum sahaja.. jangan dibuat pesta dan ajak orang lain minum bersama,” katanya yang ditemu selepas berucap pada Himpunan Fastaqim 2.0, hujung minggu lalu.

Sumber HD - 6-10-2017

DAP Serah Anwar, Mahathir Catur Strategi Pakatan?
Posted on Sunday, July 16 @ 09:24:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35684



KUALA LUMPUR – DAP menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan ketua dalam Pakatan Harapan walaupun pimpinan tertinggi pakatan pembangkang itu kini dibarisi oleh pemimpin dua parti tersebut.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, partinya tetap mempunyai hak sama rata dengan PKR dan PPBM dalam Pakatan Harapan walaupun Pakatan Harapan mengumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umumnya.


Malah, kata beliau, sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh Pakatan Harapan tetap memerlukan persetujuan DAP, bukan seperti Barisan Nasional (BN) yang beliau dakwa hanya didominasi oleh parti Melayu UMNO.

"Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan yang sama rata, tiada parti mendominasi dan prinsip Pakatan Harapan ialah konsensus antara keempat-empat parti ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan semalam mengumumkan pelantikan Mahathir daripada PPBM sebagai Pengerusi dan Anwar daripada PKR sebagai Ketua Umum, namun pengumuman itu disambut dengan rasa curiga ramai pihak.

Langkah itu dipercayai semata-mata bertujuan mengaburi mata orang Melayu kononnya Pakatan Harapan didominasi oleh Melayu walhal umum mengetahui majoriti pemimpin dalam gabungan parti pembangkang itu terdiri daripada bukan Melayu.

Mengulas perkara itu, Kit Siang berkata, UMNO sebelum ini mendakwa DAP mendominasi Pakatan Harapan dan Malaysia akan diperintah Cina jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana Mahathir dan Anwar cuma boneka DAP.

Justeru, katanya, Pakatan Harapan pada 13 Julai lalu mengumumkan Mahathir sebagai Pengerusi dan Anwar sebagai Ketua Umumnya sebagai strategi untuk memastikan Pakatan Harapan menang dalam PRU14.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, masa untuk UMNO kini sudah tamat kerana rakyat tidak lagi mempercayai bukan Melayu akan memerintah negara ini jika Pakatan Harapan berjaya merampas Kerajaan Persekutuan.

- MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 16-7-2017





























































Dilema DAP berulang

PAS pernah membenarkan DAP bertanding menggunakan lambang parti Islam itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Situasi getir ini apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) menggantung DAP dalam situasi PRU13 yang semakin hampir. 
Lalu PAS tanpa memikirkan risiko kehadapan terus menawarkan Parti aliran Sekuler-Sosialis agar menggunakan lambang bulan Parti Islam sebagai penyelesaian kemelut yang dihadapi DAP waktu itu. Satu tindakan luar jangkaan dan berani yang diambil PAS sebagai bukti setiakawan dalam Pakatan. 
Pengerusi DAP waktu itu, mendiang Karpal Singh seolah merayu rakan-rakan politik membantu mereka membenarkan DAP menumpang lampang parti PAS atau PKR kerana mengelak kecelaruan jika DAP menggunakan lambang bebas bagi calon mereka yang sudah tentu nanti akan memberi kesan lain semasa PRU 13. 
Apabila PAS menawarkan lambang mereka, DAP boleh bernafas lega dan tidak sangat tertekan dengan perbagai masalah dalam menghadapi persiapan PRU. Sikap PAS yang harmoni memberi satu semangat kebersamaan menyelesaikan kontroversi lambang yang terpaksa DAP hadapi disaat PR Kini sekali lagi DAP hadapi ujian besar menjelang PRU14. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru. 
Semua perlantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti berkenaan pada 29 September 2013 dianggap tidak sah apabila DAP didapati melanggar peraturan Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP. 
DAP perlu memastikan 2576 perwakilan dari 865 cawangan bermesyuarat semula untuk memuktamadkan pemilihan 20 orang anggota CEC diiktiraf semula kerana pemilihan tidak sah dan rekod 2012 mungkin diambil kira, untuk mengarahkan 865 cawangan bermesyuarat dalam masa sebulan dua ini bukan mudah.
Inilah masalah besar yang DAP perlu selesaikan jika PRU14 diadakan dalam tempoh terdekat. Maka tidak keruan Kit Siang dan anak-beranaknya. Guang Eng pula terpaksa memikul pertuduhan rasuah membabikan pembelian hartanah kediamannya.\ 
Jika berlaku PRU 14 dalam masa terdekat ini sudah tentu DAP bertanding tanpa parti. Mereka sekali lagi akan terpaksa merayu kepada kompenan lain dalam Pakatan Harapan. Apakah PPBM atau Tun Mahathir akan bermegah menawarkan lambang Bunga Raya untuk DAP? Jika ini berlaku Mahathir sudah tentu melakarkan sejarah hitam dalam riwayatnya kerana membantu DAP. 
Apakah PKR sudah bersedia menawarkan lambang mereka dikibarkan DAP? Kenapa tidak PAN? Walaupun masalah lambang ini bukan masalah utama sekarang ini, tetapi bakal memberi kesan besar kepada DAP. Dalam gelojoh menyerang PAS bertalu-tahu, DAP terpaksa melupakan sekejap serangan-serangan kepada PAS dalam waktu itu. 
Budak nakal PAN sudah tentu sudah menuduh Umno sudah bantu PAS. PAS pula bantu Umno. Ini sudah tentu menjadi amalan tambahan diganding dengan ratib-ratib PAS selamatkan Najib, PAS selamatkan Umno dan PAS nak masuk Umno.... 
Apapun penangan PAN, dia gagal memberi buah fikiran kepada DAP bagaimana DAP perlu buat, bagaimana menyuluh jalan penyelesaian kemelut yang DAP tanggung sekarang ini. DAP sedang merenung laut senja angkara ahli-ahlinya sendiri yang membuat laporan kepada RoS tentang skandal dan salah laku pemimpin DAP menguruskan pemilihan parti yang lalu.
Kesian juga, DAP sudah hilang kuasa menandatangani watikah perlantikan calon untuk mewakili parti dalam pilihan raya yang diiktiraf Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mungkin PAN segan nak buat program Solat Hajat memohon tuhan membantu menyelesaikan masalah taikung mereka. – HARAKAHDAILY 10/7/2017
Sumber HD - 10-7-2017 



Kit Siang Sudah Bercita-cita Jadi Perdana Menteri Sejak PRU 1978
Posted on Wednesday, July 05 @ 09:54:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35641



AIDCNews -04/07/17 – Sumber dalaman DAP menyebut usaha menabalkan Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri Malaysia sudah bermula sejak Pilihan Raya Umum kelima pada 1978.

Dalam satu senarai kabinet bayangan yang disebar kepada media pada 3 Februari 1979 (di atas) menyenaraikan 13 daripada 16 Ahli Parlimen DAP memegang portfolio masing-masing.

Namun, nama Kit Siang, Ahli Parlimen Petaling yang ketika itu berjawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat dan Setiausaha Agung DAP serta nama Dr Chen Man Hin (Seremban), ketika itu berjawatan Pengerusi DAP sengaja disembunyikan.

“Senarai yang didapati oleh (akhbar) Watan dari ibu pejabat DAP di sini tidak mencatatkan siapakah Perdana Menteri dalam kabinet bayangan itu.

“Adalah dipercayai jawatan (PM) itu dipegang oleh Encik Lim Kit Siang sendiri yang juga menjadi Ketua Pembangkang sekarang,”kenyataan dari akhbar Watan dipetik.

Ibu pejabat DAP mengeluarkan senarai kabinet bayangan itu kira-kira tujuh bulan selepas PRU 1978 yang menyaksikan peningkatan mendadak DAP iaitu 16 Ahli Parlimen, berbanding dengan 9 Ahli Parlimen pada PRU 1974.

Pada PRU 1974, DAP berjaya menembusi kawasan bandar di Pulau Pinang (4 kerusi), Perak (4 kerusi), Selangor (1 kerusi), Wilayah Persekutuan (3 kerusi), Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah, masing-masing 1 kerusi.
Ketika itu, DAP telah berjaya memenangi 7 kerusi baharu daripada 16 kerusi parlimen tersebut.

Ahli Parlimen DAP ketika itu adalah Lim Cho Hock (Ipoh), P.Patto (Menglembu), Chian Heng Kai (Batu Gajah), Ting Chek Ming (Bruas), Lim Kit Siang (Petaling), Lee Lam Thye (Kuala Lumpur), V. David (Damansara), Chan Kok Kit (Sungai Besi), Chen Man Hin (Seremban), Chan Teck Chan (Kota Melaka), Lee Kaw (Kluang), Fung Ket Wing (Sandakan), Seow Hun Khim (Bukit Mertajam), Peter Paul Dason (Bukit Bendera), Wong Hoong Keat (Tanjong) dan Karpal Singh (Jelutong).

Chian Heng Kai dan Chan Kok Kit masing-masing menang di Batu Gajah dan Sungai Besi tanpa perlu hadir ke pusat penamaan calon kerana mereka berdua ketika itu telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa terlibat dalam Communist United Front (CUF).

CUF merupakan istilah ciptaan Komunis yang merujuk penukaran strategi daripada bentuk perjuangan bersenjata kepada perjuangan ideologi tanpa senjata dengan penyusupan ke dalam organisasi berdaftar seperti parti politik, kesatuan sekerja, organisasi budaya dan pelajar.

Ketika ditahan ISA pada awal November 1976, Kok Kit merupakan Penolong Bendahari DAP Kebangsaan, manakala Heng Kai pula Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan dan dibebaskan pada Julai 1981.

Berbeza dengan keputusan PRU 1974, DAP hanya menembusi sembilan kerusi kawasan bandar di Perak (4 kerusi), Selangor (1 kerusi), Wilayah Persekutuan (2 kerusi), Negeri Sembilan (1 kerusi) dan Melaka (1 Kerusi)

Mereka adalah Ngan Siong Hin (Kinta), Lim Cho Hock (Ipoh), Fan Yew Teng (Menglembu), Chian Heng Kai (Batu Gajah), Oh Keng Seng (Petaling), Lee Lam Thye (Kuala Lumpur), Farn Seong Than (Sungai Besi), Chen Man Hin (Seremban) dan Lim Kit Siang (Kota Melaka).

Difahamkan, DAP mengeluarkan kabinet bayangan selepas PRU 1978 sebagai meraikan kebangkitan semula Ahli Parlimen DAP di Dewan Rakyat selepas mengalami zaman sukar selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Tanda-tanda kebangkitan DAP sudah bermula kira-kira tiga tahun sebelum itu apabila Kit Siang berjaya merampas jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat pada November 1975.

Sebelum ini, jawatan Ketua Pembangkang disandang oleh Ahli Parlimen SNAP Miri-Lubis, James Wong Kim Min.

Namun, Kit Siang berjaya merampas jawatan itu apabila James Wong telah ditahan ISA diganti oleh Ahli Parlimen SNAP Saratok, Edmund Langgu Saga yang hanya sempat memegang jawatan itu selama setahun.

Bermula dari itu, Kit Siang telah berjaya memegang jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen selama 24 tahun, dari 1975 hingga 1999.

Daripada 16 Ahli Parlimen DAP yang pernah menang pada PRU 1978, hanya Kit Siang seorang sahaja yang masih bertahan sebagai Ahli Parlimen.

Chen Man Hin (bertanda bulat), penasihat seumur hidup DAP

Misalnya, Lee Lam Thye telah mengumumkan keluar parti pada 1990 dan Chen Man Hin mengambil keputusan bersara daripada bertanding PRU apabila tewas dalam PRU 1999.

Namun, majoriti aktivis DAP yang pernah bertanding pada PRU 1978 kini telah meninggal dunia.

Sumber TKO - 5-7-2017



Lim Kit Siang : Ahli politik yang expiry
Posted on Sunday, July 02 @ 21:15:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35622



Assalamualaikum,,, Memory recalled, pada tahun 2004 ketika pakatan BA menuju kehancuran, TGHH ada berkata bahawa LKS dan Karpal Singh adalah 2 orang ahli politik yang expiry tetapi kemudiannya tanpa disedari, TGHH dan PAS dikianati oleh Umno menerusi penipuan besar besaran kepada PRU 11(kalau tak silap) dan akhirnya TGHH dan PAS menerima pukulan yang teruk tetapi DAP hampir terlepas kerana tumpuan penipuan Umno ialah di kawasan PAS.LKS dan Karpal Singh yang expiry menang bergaya dalam PRU tersebut kerana kawasan mereka adalah kawasan selamat DAP dan tidak diganggu oleh Umno.Akibatnya TGHH yang terpaksa menelan apa yang beliau katakan tetapi sesudah lebih 10 tahun, baru nampak apa yang dimaksudkan TGHH itu.

LKS dan Karpal Singh tertangguh sebentar dari jadi ahli politik yang expiry apabila terbentuknya PR dengan DSAI dikatakan menjadi faktor penyatu kepada kedua dua parti.Tetapi sebenarnya adalah kerana DAP berlembut dengan dasar Islam PAS di mana itulah yang menjadi asas yang kuat kepada tahaluf siyasi yang diguna pakai oleh PAS untuk bergabung dalam PR.

LKS dan Karpal Sigh mulanya lembut dengan dasar Islam PAS, tidak lagi menentang secara keras sehinggalah Kajang Move yang dimulakan sekali lagi oleh DSAI.Di sinilah turning point berlakukan semula apa yang sepatutnya telah lama berlaku, perpecahan antara DAP dan PAS kerana sebab yang meruntuhkan BA dulu, ia itu penentangan kepada dasar Islam PAS terutama oleh 2 orang otai DAP LKS dan Karpal Singh tetapi sekarang tinggal seorang lagi kerana Karpal Singh tak sempat melihat mayatnya dilangkah untuk melaksanakan hukum Islam.

LKS pada ketika inilah mula menunjukkan sikap expirynya apabila ke sana  ke mari untuk mengajar orang Islam bahawa hukum Islam yang PAS nak buat di Kelantan tidak adil dan tidak boleh dibiarkan.Malangnya ada pulak mangkok dalam Ugama Islam kita yang percaya dengan expiry man ini.

Umno yang menangguhkan kedudukan expiry LKS dan Umno jugalah menyerlahkan kedudukan expiry ini apabila mula memberi PAS ruang untuk RUU 355 dan dari titik inilah kita mula melihat satu demi satu ciri ciri expiry LKS  mula menonjol.

Sehingga kepada yang terbaru, LKS muncul pula dengan ciri expiry terbarunya dengan menabalkan Husam sebagai MB Kelantan apabila PH menang nanti.Katanya jamuan hari raya tahun depan dia akan hadir bersama MB baru Kelantan, Husam.

Kemudian galaklah pula macai PAN dengan menyebut kerusi yang PAS kalah itu akan dimenangi PAN mungkin dengan jaminan LKS. Semacamnya rakyat Kelantan sekarang ini mengalih arah kepimpinan mereka kepada LKS setelah ditinggalkan oleh ATGNA.

LKS mempamerkan ciri ciri expirynya sekarang walaupun TGHH mengatakan lebih 10 tahun dulu.Expirynya LKS boleh dinilai dengan mudah apabila dia dengan celupar dan sombong mengumumkan nama Husam sebagai MB Kelantan kerana dalam keadaan normal dan waras mana mungkin seorang ahli politik otai seperti LKS boleh bercakap celupar begitu tanpa sedikitpun menyedari bahawa Kelantan bukan negri yang dibawah pengaruhnya, samalah juga kalau TGHH pergi ke Penang dan mengumumkan mana mana orang selain dari DAP menjadi KM sedangkan semua tahu kekuatan PAS bagaimana di Penang.

Bermakna LKS tidak bercakap bersandarkan fakta semasa dan tidak juga menghormati kedudukan PAN sebagai parti gabungan mereka.LKS bercakap seperti PAN itu budak suruhannya saja sebab itu dia boleh menamakan Husam tanpa perlu risau kedudukan Wan Rahim sebab semuanya itu budak suruhannya saja.

Inilah ciri ciri expiry LKS yang mungkin akan terserlah lagi, TGHH sudah melihatnya lebih 10 tahun yang lampau.

Sumber TKO - 2-7-2017 


Lim Kit Siang perkenalkan Datuk Husam Musa sebagai MB Kelantan baru Selepas PRU14
Posted on Saturday, July 01 @ 09:52:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35620



PETALING JAYA: Lim Kit Siang memperkenalkan Datuk Husam Musa sebagai menteri besar Kelantan, jika Pakatan Harapan berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ini dipercayai adalah kali pertama penasihat DAP itu memberi sokongan terbuka kepada naib presiden Amanah terbabit.

Lim percaya adun Salor itu boleh menjadi teladan baik untuk rakyat Kelantan dan seluruh negara.

Husam yang dianggap pilihan bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, adalah naib presiden PAS ketika parti Islam itu memecatnya atas dakwaan melanggar disiplin dan tatatertib parti pada Mei 2016.

Ketika itu, Husam lantang mengkritik kepimpinan PAS di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, khasnya di Kelantan.

Lim berkata demikian pada sebuah majlis sambutan Aidilfitri anjuran DAP cawangan Suara Muda, Kebun Sultan dan Gajah Mati di Kota Bharu, semalam. Beliau memuat naik teks ucapannya di blognya.

Katanya: "Seperti saya katakan dalam program ke-4 ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri Amanah peringkat kebangsaan di Dewan Perniagaan Cina Kelantan di Kota Bharu pagi ini, angin perubahan politik bertiup kencang di negara ini, termasuk Kelantan."

Beliau berharap sambutan Aidilfitri tahun depan bukan saja ada kerajaan pusat dan perdana menteri baru, malah akan ada kerajaan negeri serta menteri besar Kelantan yang baru.

"Saya berharap Datuk Husam Musa akan menjadi menteri besar Kelantan yang baru pada (sambutan) Hari Raya Aidilfitri tahun depan dan saya akan kembali ke Kota Bharu tahun depan untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri kerajaan Kelantan Pakatan Harapan."

Bercakap mengenai rakyat Malaysia amat memerlukan pemimpin teladan, Lim berkata: "Walaupun bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat ialah mursyidul am PAS, beliau juga merupakan teladan kepada rakyat Malaysia yang bukannya ahli PAS.

"Jika Husam dipilih sebagai menteri besar Kelantan selepas PRU14, beliau akan menjadi teladan baru bukan hanya untuk rakyat Kelantan, tetapi rakyat Malaysia di negeri lain juga."

Katanya, beliau tidak dapat membayangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang namanya tercemar disebabkan skandal 1MDB, boleh menjadi teladan sesuai untuk 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak faham bagaimana Najib boleh menjadi teladan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, sehinggakan beliau boleh mengeluarkan surat terbuka kepada parti politik pada malam Raya dan meminta semua pemimpin politik di negara ini berhenti mendesak perdana menteri bertanggungjawab terhadap 3 orang yang dikaitkan dengan 1MDB, saman kleptokrasi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan skandal kleptokrasi global."

Pada 24 Jun lalu, Hadi dilaporkan menggesa semua pihak menolak campur tangan pihak luar dalam masalah dalaman negara dengan memberi contoh kejatuhan kerajaan Melayu Islam Melaka disebabkan pihak tertentu mempelawa campur tangan penjajah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua parti politik tidak mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing menyelesaikan masalah negara seperti kes Bumiputera Malaysia Finance (BMF), Perwaja Steel, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Adapun pihak lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga kepentingan mereka walaupun mengorbankan kita. Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh."

Sumber TKO - 1-7-2017

DAP Sudah Angkat Bendera Putih?
Posted on Friday, June 23 @ 20:19:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35519




(PENGAKUAN TERBUKA LIEW CHIN TONG: SANGAT SUKAR UNTUK PAKATAN HARAPAN MENANG PRU 14)
(KOMENTAR BERITA HARIAN, JUMAAT, 23 JUN 2017)

Menarik sekali bila di saat menyambut hari raya ini berkesempatan membaca wawancara empat pemimpin tinggi Pakatan Harapan (PH) di dalam laporan akhbar mingguan The Edge Malaysia keluaran 19-25 Jun bertajuk “Run-Up to GE 14” (“Menjelang PRU 14).

Pemimpin tinggi PH ini ialah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden merangkap Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar, dan Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad, dan Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan merangkap Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Paling menarik adalah membaca pengakuan terbuka Chin Tong, yang diperkenalkan sebagai “Strategis DAP”, mengenai kelemahan PH. “Kita tidak kuat” (“we are not strong”), kata beliau, “sebahagiannya kerana persoalan kepimpinan kita sendiri” (partly because of our own leadership question”, termasuk “siapa akan jadi PM?” [“who will be PM?”].

Chin Tong juga mengaku bahawa PH hanya sekadar tahu menyerang tetapi mempunyai masalah di dalam menawarkan dasar-dasar mereka sendiri. Kata beliau, “offer(ing) policies is where we are lacking”.

Turut diakui adalah bahawa tahap sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina, terhadap PH sekarang menurun pada tahap 65% berbanding 85% di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) kerana faktor “kepenatan” (“fatigue”).

Sebab itulah, bagi Chin Tong, PRU 14 “sangat sukar untuk PH menangi” (“will be very difficult [for us to win]”) kerana ia hanya akan berlaku bila para pengundi Melayu yang biasanya mengundi untuk UMNO mengundi untuk lain-lain parti (“when Malay voters who usually vote for UMNO vote for other parties”) dan ini perlu berlaku secara menyeluruh (“it has to be a groundswell”).

Kata Chin Tong lagi, PH terpaksa berdepan dengan dua isu kepercayaan utama: sama ada Anwar dan Mahathir serta orang-orang mereka boleh mempercayai sepenuhnya satu sama lain dan membina satu kerjasama yang asli (“We have to deal with two major trust issues: whether eventually Anwar and Mahathir and their people can fully trust each other and build a genuine collaboration”).

Berbeza dengan nada optimis sesetengah pemimpin PH yang lain, Chin Tong kelihatan agak pesimis dengan mengutarakan perasaan ragu-ragu beliau pada akhir wawancara ini. Ujar beliau, “sama ada kita boleh mencipta satu keajaiban, saya tidak pasti” (“whether we can create a miracle, I’m not sure”).

Saya melihat luahan Chin Tong di dalam wawancara ini sebagai luahan realistik seorang strategis DAP di dalam persekitaran keintelektualan yang tentu saja sangat jauh berbeza dari laungan retorik dan bombastik pemimpin PH lain, malah beliau sendiri juga pada ketika berbeza, selaku ahli-ahli politik di dalam persekitaran partisan.

Malah, jika dilihat kepada kenyataan-kenyataan Dr Mahathir, Nurul Izzah dan Dr Dzulkefly di dalam wawancara sama pun jelas terpancar kebenaran apa yang Chin Tong katakan ini.

Pengakuan Chin Tong bahawa PH mempunyai masalah di dalam menawarkan dasar-dasar mereka sendiri, selain terbukti di dalam kegagalan PH mengemukakan dokumen dasar-dasar bersama mereka, turut terlihat di dalam kenyataan-kenyataan Dr Mahathir, Nurul Izzah dan Dr Dzulkefly di dalam wawancara ini.

Bila dimaklumkan bahawa para pengundi sedang menanyakan apa yang PH boleh tawarkan jika mereka menjadi kerajaan, Dr Mahathir sekadar memberi jawapan pendek “urus-tadbir baik” (“good governance”) tanpa mampu memberikan sebarang perincian terhadap apa yang beliau maksudkan dengan “urus-tadbir baik” tersebut.

Bila ditanyakan mengenai dasar-dasar ekonomi yang akan PH laksanakan jika mereka memerintah, Nurul Izzah sekadar mampu memberikan jawapan-jawapan kabur seperti “jika anda boleh menangani kebocoran” (“if you can arrest leakages”), “kesukaran meruntuhkan satu sistem yang telah dilaksanakan” (“how do you dismantle a system that has been implemented?”), “satu pelan keluar” (“an exit plan”) atau menyatakan “Malaysia di bawah pemerintahan PH tentunya akan menjadi satu pemanjangan kepada Selangor dan Pulau Pinang” “Malaysia [under PH rule] will definitely be an extension of Selangor and Penang”).

Bila dimaklumkan bahawa ramai pengundi tidak berani mengambil risiko dengan PH, Dr Dzulkefly sekadar menyatakan “adalah penting dan kritikal bahawa PH mesti boleh menyatakan dan mempertahankan dasar-dasarnya dengan lantang dan jelas” dan “kita akan menerangkan dengan jelas dasar-dasar dan manifesto kitaserta apa kita akan buat jika kita menawan Putrajaya” tanpa mampu memberikan sebarang perincian terhadap dasar-dasar ini.

Begitu juga dengan persoalan “siapa akan jadi PM?” yang didakwa oleh Chin Tong sebagai sebahagian punca kenapa PH “tidak kuat” yang sehingga ke hari ini masih belum berkesudahan, malah menjadi semakin hangat, walaupun setelah Anwar mengumumkan penolakan beliau dari menawarkan diri sebagai bakal PM PH.

Persoalan ini berkait-rapat pula dengan isu kepercayaan antara Anwar dan Dr Mahathir serta orang-orang mereka selain kemampuan mereka membina satu kerjasama yang asli yang turut ditimbulkan oleh Chin Tong kerana sehingga ke hari ini unsur-unsur keraguan masih kelihatan sangat membara, khususnya di kalangan pendokong PKR terhadap Dr Mahathir.

Di dalam wawancara ini sekalipun, Nurul Izzah, walaupun mengakui tidak pernah membenci Dr Mahathir dan hanya membenci tindakan-tindakan beliau (“I never hated the man, I hated the actions”), masih mengulang hakikat beliau memerintah secara kuku besi (“Mahathir ruled with an iron fist”) walaupun PKR telah bergabung dengan PPBM.

Nyata sekali Dr Mahathir, seperti dakwaan tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, di dalam wawancara sama bahawa menguasai seluruh perjalanan PPBM (“runs everything (in PPBM)”), dan para pendokong beliau sedang berusaha untuk melonjakkan beliau sebagai pemimpin de facto dan bakal PM PH.

Tentangan kuat kelompok tertentu di dalam PKR terhadap usaha untuk melonjakkan Dr Mahathir sekali gus menjadi petanda bahawa isu kepercayaan antara Anwar dan Dr Mahathir serta orang-orang mereka ini tidak akan reda, walaupun jika beliau berjaya dilonjakkan.

Ini ditambah pula oleh pengakuan tersirat Dr Dzulkefly mengenai
ketidakmampuan AMANAH menawan hati golongan Melayu luar bandar dan mengenai kebergantungannya kepada kerusi-kerusi campuran yang menjadikan tugas PH untuk menawan undi Melayu menjadi lebih sukar.

Sebab itulah telahan Chin Tong bahawa adalah satu keajaiban jika PH mampu menawan Putrajaya, dan bahawa beliau sendiri tidak pasti jika keajaiban ini berjaya dicipta, perlu diakui oleh para pemimpin PH lain yang tidak seharusnya lena dibuai mimpi musim raya.

Rujukan: https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/…/Run-up-To-GE14.pdf

FB
DR. KAMARUL AZMAN YUSOFF

Sumber TKO - 23-6-2017



Krisis Dalaman DAP: Lim kata Seng Giaw 'tak dapat dihubungi' berbulan
Posted on Thursday, June 22 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35506



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa anggota jawatankuasa pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw telah gagal dihubungi sejak awal tahun ini.

Lim, yang adalah setiausaha agung DAP, mendedahkan perkara itu pada sidang akhbar ketika mengulas mengenai aduan Tan mengenai tahap 'kehijauan' di Pulau Pinang.

Ketua menteri itu berkata, DAP akan menangani kritikan tersebut secara dalaman, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Kami akan berurusan dengannya (Tan) secara dalaman, tetapi beliau tidak berkomunikasi sejak awal tahun ini, kami juga tidak dapat menghubunginya," kata Lim.

Sambil mengaku Tan tidak menjawab panggilan telefon, Lim juga berkata, anggota parlimen Kepong itu tidak menyuarakan pendapatnya mengenai kehijauan Pulau Pinang kepada parti itu.

Bagaimanapun, Malaysiakini berjaya menghubungi Seng Giaw di telefon bimbitnya dengan sekali cubaan sahaja.

Menepis dakwaan Lim itu, Tan berkata : "Kamu dapat (hubungi) saya bukan? Susah mana kamu (untuk) menghubungi saya?

"Sangat senang, jadi tidak ada masalah."

Ditanya sama ada parti ada menghubungi beliau, Tan menjawab: "Saya tidak akan berkata apa-apa. Semakin banyak saya bercakap, semakin banyak masalah."

Ahad lalu, Tan menulis di halaman Facebooknya, dalam empat bahasa termasuk bahasa Jawi mengenai keadaan alam sekitar di Pulau Pinang.

"Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.

"Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan," kata Tan dalam catatan itu.
Tan merupakan ahli DAP veteran yang berasal dari Kelantan. Beliau telah menjadi ahli Parlimen Kepong selama lapan penggal sejak 1982.

Keadaan ini menyebabkan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng mengatakan pihaknya bersetuju dengan Tan mengenai pentadbiran Lim yang "menghancurkan" kehijauan di Pulau Pinang dan ia dipersetujui oleh rakan DAP sendiri.

Sumber TKO - 22-6-2917


Senator DAP nafi sokong bandar Kristian di Pulau Pinang
Posted on Thursday, June 15 @ 17:51:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35450



Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar hari ini menafikan beliau menyokong pembentukan sebuah bandar Kristian di Pulau Pinang.

Beliau berkata, mereka yang tergamak untuk mempercayai tuduhan tersebut disifatkan tidak berkeupayaan dari segi intelek untuk membincangkan mengenainya.

"Ia agak konteks sama sekali," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau dikecam kerana didakwa menyatakan sedemikian dalam perbahasan di Dewan Negara pada 21 April.

Ariffin menambah, beliau sebenarnya bertanya soalan retorik untuk mencabar dakwaan Senator Tan Sri Ibrahim Abu Shah mengenai gerakan membentuk 'bandar Kristian' di Pulau Pinang.

"Mereka katakan saya bersetuju untuk mengadakan bandar Kristian. Apa yang saya katakan dengan cara yang menyindir bagi menunjukkan individu yang tidak cukup intelektual.

"Apa yang beliau maksudkan bandar Kristian? Tiada bandar Kristian di dunia ini.

"Dan jika ada pihak yang mahu menubuhkan bandar Kristian, perlu ubah Perlembagaan," kata Ariffin yang merupakan ahli sejarah.

Menurut Hansard, Ariffin telah mencelah Ibrahim Shah yang memetik buku yang mendakwa bahawa "komplot yang telah wujud, di kalangan orang Kristian di negeri ini, untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri Kristian '."

Oleh yang demikian, Ariffin dipetik sebagai berkata: "Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city, kena ubah perlembagaan Pulau Pinang...Kalau tidak ubah, macam mana hendak jadi Christian state?"

Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mendedahkan apa yang didakwanya mengenai kewujudan sikap orang Islam yang sanggup menukar aqidah mereka dengan wang dan pangkat.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Nasrudin pada masa yang sama turut menegaskan, usaha sesetengah pihak untuk menyebar, tubuhkan negeri atau bandar berasaskan agama selain Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara.'

"Malang, ada muslim gamak pertahan. Mereka hilang sensitiviti. Tiada harga diri. Aqidah ditukar dengan wang dan pangkat.

"Islam agama Persekutuan. Ia dimuktamadkan oleh Perlembagaan Negara. Agama lain boleh diamalkan oleh penganutnya dalam mana-mana bahagian Persekutuan secara aman.

"Namun untuk sebar malah tubuhkan sebuah negeri atau bandar berasaskan agama selain Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara," katanya dalam laman Facebook milik beliau.

Sumber TKO - 15-6-2017


DAP tak rela BERSATU 'monopoli' HARAPAN
Posted on Wednesday, June 14 @ 18:01:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35436



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menolak kemungkinan dua jawatan utama Pakatan Harapan diisi tokoh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

"Saya tidak akan bersetuju jawatan pengerusi dan presiden (HARAPAN) diisi oleh BERSATU. Ini adalah suatu monopoli dan penguasaan kawalan (terhadap HARAPAN)," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Lim ditanya mengenai kemungkinan kedua-dua jawatan berkenaan - yang belum diketahui kedudukannya - diisi oleh Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, HARAPAN belum membuat keputusan muktamad mengenai barisan kepimpinan gabungan pembangkang itu.
Lim turut menegaskan sebarang keputusan diambil mesti secara sepakat antara anggota parti HARAPAN.

"Saya tidak tahu bagaimana cadangan ini boleh bocor kepada media," katanya.
Sebelum ini BERSATU didakwa mencadangkan Dr Mahathir dan Muhyiddin mengisi dua jawatan tertinggi HARAPAN.

Anwar tetap relevan

Gabungan itu perlu menyediakan barisan kepimpinan sebelum boleh mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan.

Mengenai cadangan supaya Dr Mahathir mengetuai HARAPAN pada pilihan raya umum akan datang, Lim berkata, bekas perdana menteri itu boleh dilantik sebagai antara watak utama bersama pimpinan lain.
Pada awalnya HARAPAN dilaporkan bakal melantik Dr Mahathir sebagai penasihat bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

BERSATU pula dikatakan menyerahkan cadangan kepada HARAPAN dengan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat.
Dr Wan Azizah pula dilantik sebagai timbalan pengerusi, manakala Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali diletakkan sebagai timbalan presiden HARAPAN.

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, dan Lim pula dinamakan sebagai naib presiden.

Kata Lim jika Dr Mahathir sedia menjadi satu daripada ketua gerakan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN, beliau boleh diberikan satu daripada peranan utama.

Sementara itu Lim menegaskan Anwar masih tokoh yang relevan dalam politik negara ini walaupun selepas disabitkan kesalahan di mahkamah.

"Kami kami menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri tetapi kita perlu terima hakikan beliau tidak boleh menduduki jawatan itu terus atas faktor kelayakan (undang-undang).

"Justeru, akan ada tempoh peralihan sementara," katanya.

Sumber TKO - 14-6-2017



Majlis berbuka hadir, sikap kepada RUU 355?
Posted on Monday, June 05 @ 15:38:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35282




Assalamualaikum...  Setelah seminggu berpuasa, kita mula mendengar berita majlis berbuka dianjurkan oleh parti parti politik di sana sini.Majlis berbuka di dataran merdeka dihadiri oleh Najib serta Rosmah diiringi oleh beberapa orang menteri dan ahli ahli UMNO, sambil tidak ketinggalan DAP turut menyibukkan diri mereka berbuka di majlis majlis berbuka puasa.Tidak ketinggalan juga PKR, PAN yang turut sama memeriahkan majlis berbuka ini.PAS tak perlulah disebut kerana itu kemestian pada setiap Ramadan serta semua tahu PAS ialah satu satunya parti politik yang tidak pernah tertingal berpuasa dan tetap istiqamah memperjuangankan undang undang Islam untuk negara bernama Malaysia.Tiada syak lagi tentang itu.
Tapi ada syak kepada parti parti lain.Bagaimana penerimaan mereka kepada pindaan RUU 355? Sepatutnya kalau mereka ghairah untuk berbuka puasa, mereka juga harus ghairah untuk menyokong RUU 355.

Dalam Al Quran,perintah berpuasa dimulakan dengan kalimah yang sama dengan perintah melaksanakan Qisas, satu dari undang undang Islam, bezanya perintah berpuasa adalah untuk setiap individu sementara perintah melaksanakan Qisas adalah untuk golongan yang menguasai kerajaan.Makna kata kalau individu yang berada dalam kerajaan patuh kepada perintah puasa sebagai individu muslim, maka mereka juga perlu patuh kepada perintah melaksanakan Qisas dan lain lain undang undang Islam sebagai orang yang diberi amanah( bukan Amanah parti kuda kayu DAP)

Sekaligus puasa menuntut Najib dan kumpulannya yang diberi amanah untuk menyokong RUU 355, jadi bukan setakat berada di dataran merdeka berbuka bersama rakyat, tapi perlu bantu rakyat mencapai kehidupan sejahtera dengan mengikuti semua perintah ALLAH.

Pembangkang dalam politik demokrasi sepatutnya menjadi sebahagian kerajaan,MP pembangkang Islam juga bertanggungjawab untuk mematuhi perintah ALLAH dengan turut sama menyokong apa jua usaha yang baik dan benar, setiap MP pembangkang Islam harus berpegang kepada firman ALLAH yang bermaksud bertolong tolonglah kamu kepada perkara taqwa, jangan kamu bertolong tolong untuk perkara mungkar.

Ini bermaksud MP pembangkang Islam tiada pilihan selain menyokong RUU 355 sama seperti mereka tiada pilihan untuk menyempurnakan puasa Ramadan.Jangan pula bermuka muka tunjuk sebagai muslim yang baik hanya pada majlis berbuka puasa sahaja tetapi lain lain aspek tentang carahidup Islam diabai dan dihina sehinanya......

Lalu persoalan dilontarkan kepada DAP, kalau kamu menentang RUU 355 buat apa kamu sibuk berbuka dengan orang Islam?MP Sivarasa dari PKR juga perlu menyatakan pendiriannya tentang RUU 355, bukan setakat Ramadan Karim.Islam bukan hanya berpuasa, Islam bukan hanya makan setalam(bukan makan setalam yang DAP buat yang tiada halangan antara wanita dengan jantan ajnabi) tetapi Islam juga berkait rapat dengan RUU 355 yang mencakupi fasal hukum jinayah serta tentang undang undang lain seperti faraid, munaqahak dan seumpamanya.


Jadi kalau nak mesra Islam kena terima semuanya tetapi kalau nak tolak bab hukum maka lebih baik kamu tolak semuanya.Pada kuda kayu DAP juga, sampai bila nak jadi kuda kayu, insaflah, anda semua beragama Islam, bukan beragama Islam versi DAP yang serupa seperti orang buat nasi minyak hanya dengan membungkus nasi putih  dengan kertas minyak, sampai bila bilapun tak jadi nasi minyak.....

Sumber TKO - 5-6-2017


Islam DAP dan Islam UMNO
Posted on Sunday, June 04 @ 09:47:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35257



DAP ni sama dengan UMNO menggunakan amalan Islam untuk memerangkap manusia Islam untuk di'perbodoh'kan....

Kredit
Abdullah Othman

Sumber TKO - 4-6-2017



Cina DAP Setiap Hari Berbuka Puasa Berjamaah Mengalah Pimpinan Islam Lain
Posted on Saturday, June 03 @ 19:11:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35232



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diiringi Lim Hock Seng serta Abdul Malik Abul Kassim berkongsi juadah berbuka puasa dengan Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Telaga Air. Sebelum itu Lim Guan Eng berbuka puasa dengan pimpinan PAN/IKRAM.

Sekarang setiap hari jadual Lim Guan Eng dan pimpinan Cina DAP lain akan berbuka puasa dengan umat Islam. Maka tersebarkan Lim Guan Eng seorang pimpinan DAP yang CINTAI ISLAM dia tu nak masuk Islam hanya tunggu bapaknya Lim Kit Siang mati aje, kononnya cerita ini pernah disebut oleh Mat Sabu bos besar parti PAN.

Penulis cybertropper parti PAN seperti ZAINULFAQAR YAACOB pun apa lagi menulislah artikel memuja dan memuji kehabatan Lim Guan Eng dan Cina DAP ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti turut menyerahkan sejumlah wang tunai kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Telaga Air, Amin Jaafar.

Dalam perkembangan berkaitan, Amin sekali lagi merakamkan penghargaan atas inisiatif pentadbiran Guan Eng pada bulan Mei tahun lalu menyumbangkan RM54,000 bagi projek naik taraf Masjid Jamek Telaga Air.
Untuk menghebatkan sumbangan ini, maka digemburkan zaman UMNO mana ada sumbangan macam ini? Apa lagi PAS nak dengan DAP?? Kononnya sikap PAS yang menentang DAP kerana DAP menentang hudud malah menentang memperkasakan Mahkamah Syariah itu tak betul!

DAP sebenarnya bukan sahaja memberikan sumbangan kepada masjid malah penulis-penulis cybertropper pun dapat sumbangan (baca dibayar). Bukan penulis malah jurugambar pun dapat juga sumbangan daripada Cina DAP... kan baik tu, apa lagi PAS nak. Kalau tak percaya tanyalah jurugambar AHMAD ADIL MUHAMAD.

Cina DAP sanggup buat apa apa sahaja. Cina DAP sangat suka jika ada yang imej Islam menyertai mereka kerana mereka ini akan dijadikan 'bahan pertunjukkan DAP' untuk menunjukkan mereka sebenarnya Islam. Kita tidak lupa majlis berbuka puasa anjuran DAP tahun lalu.


Macam mana Rara dan Melati boleh makan setalang dengan bukan mahram cina DAP Ini Islam yang kononnya nak ditonjolkan oleh DAP. Yang sanggap pelik dimana pimpinan Islam PAN/IKRAM pada majlis ini. Adakah mereka pun buta, bisu dan pekak kerana mata, telinga dan mulut mereka telah disumbat dengan 'kebandaan' DAP?

DAP sekarang cuba mengatasi "imej Islam"nya yang makin tercalar, sikap dan tabiat asalnya telah dicium bau oleh sesetengah orang Islam di Malaysia yang tidak buta mata hatinya terhadap musuh Islam. Mereka sedar Cina DAP sanggup buat apa sahaja untuk mengaburi umat Islam.


Lim Guan Eng pernah merasmikan Forum Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute pada 31 Oktober 2015 di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dua-dua badan ini adalah antara yang menentang undang-undang Islam Hudud. Siapa tak kena kumpulan G25 yang mencadangkan Pemansuhan Undang-Undang Khalwat di Malaysia? Apatah lagi Badan Pemikir Penang Institute yang sepenuhnya tajaan DAP.



Kita juga ditonjolkan Lim Kit Siang, Zairil Khir Johari dan Syed Azman Syed Nawawi yang membawa DAP untuk berjumpa pelajar Islam di Timur Tengah. Ini nak tunjukkan bahawa DAP adalah parti yang bukannya seteru Islam.


 Sejarah tidak boleh dipinda. Yang berlalu tetap berlalu kita akan ambil sebagai pengajaran. Umat Islam banyak kali tertipu dnegan muslihat mereka yang anti-Islam, yang tentang Islam. Tapi sejarah juga menunjukkan kejatuhan Islam kerana ada sikap sesetengah pimpinan Islam yang merosakkannya. Kita tidak lupa bagaiman hebatnya ibadat ahli-ahli Khawarij yang dikatakan mereka ini zuhud sentiasa qialmullail malah ada yang mempunya tanda air mata kerana menangis diwaktu ibadat malam. Tapi sejarah mencatat khawarij lah yang membunuh pimpinan Islam.

Oleh kerana itu saya tidak hairan kalau ada orang menyebut kepada saya, hebatnya agama kumpulan IRC/IKRAM dalam parti PAN @ AMANAH kerana sejarah akan mencatat merekalah yang 'membunuh' gerakan Islam di Malaysia.

Gambar di atas juga merupakan sejarah yang tak boleh dipadam bahawa itu asas-asa penubuhan parti PAN @ AMANAH yang akan menikam GERAKAN ISLAM di Malaysia.




Sumber TKO - 3-6-2017


'Tiada wayang lagi, kami boleh terima Mahathir'
Posted on Saturday, June 03 @ 07:05:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35216



SEGAMBUT - Ahli akar umbi DAP sudah boleh menerima dan mula memberi sokongan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, sebelum ini penyokong mahupun pengundi DAP meragui keikhlasan Mahathir ketika muncul memeterai Deklarasi Rakyat hampir setahun lalu.

“Kita tengok, seorang datuk yang begitu tua (Mahathir), umur pun sudah 92 tahun. Tetapi masih rajin bertungkus-lumus, ‘lari’ sana sini, masuk Felda, masuk kampung, pergi perhimpunan dan beri ceramah.

“Jadi kami rasa terharu dan tertarik dengan keikhlasan beliau,” katanya selepas sidang media di pejabatnya, hari ini.

Tambah Lip Eng, kenyataan Pengerusi Bersatu bahawa dia sudah insaf membuatkan ahli dan penyokong DAP yang menentang Mahathir sebelum ini, mula berubah dan boleh menilai mana yang betul dan sebaliknya.

“Tidak senang untuk seorang warga emas seusia Mahathir ke sana sini. Walaupun orang kata BN tetap akan menang (PRU14).

“Tindakan Mahathir itu, bukan wayang lagi. Dia betul-betul ikhlas dalam perjuangan bersama Pakatan Harapan,” katanya.

Namun, ketika ditanya mengenai kesudian Mahathir mempertimbangkan semula untuk menjadi perdana menteri, Lip Eng tetap dengan keputusan yang telah di capai pimpinan Pakatan Harapan.

“Calon perdana menteri untuk Pakatan Harapan tetap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kita tetap dengan pendirian pucuk pimpinan DAP. Tetap pilih Anwar,” katanya.
Mahathir sebelum ini bersedia mempertimbangkan untuk memegang semula jawatan perdana menteri jika terdapat cadangan sedemikian daripada Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, tegas Mahathir, buat masa ini beliau tidak berminat dengan jawatan tersebut. Namun, beliau bersedia menjadi penasihat sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan.

Dalam perkembangan sama, Lip Eng mencabar Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa untuk bertanding di kawasan Cina bagi membuktikan kata-katanya bahawa DAP sebenarnya perosak kaum itu di negara ini.

“Saya rasa beliau perlu uji kenyataannya dengan bertanding di kawasan masyarakat Cina menentang calon DAP pada PRU14. Biar keputusan pilihan raya tentukan sama ada dia sebenarnya, batu api atau pembohong,” katanya.

Sumber HD - 3-6-2017 


Kerajaan DAP Anjur "Bulan Melanca# Kebangsaan" Di Batu Feringghi?
Posted on Saturday, May 27 @ 02:38:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35120



Pada 28 Mei 2017, hari Ahad ini akan dianjurkan "Bulan Melancap Kebangsaan" atau dalam bahasa Inggerisnya "National Masturbation Month di Sigi's Bar & Grill, Batu Feringghi , Pulau Pinang.

Malam ini semua umat Islam akan bersolat terawih dan esok adalah bulan menunaikan ibadah puasa. Namun lain pula jadinya di Penang, yang diperintah DAP.

Maklumat mengenai penganjuran bulan melancap itu didedahkan oleh seorang Facebooker bernama Noem Hj Abdullah pada 26 Mei 2017.

Menurut maklumat yang tertera pad poster di Facebook, Noem Hj Abdullah itu, Bulan Melancap Kebangsaan itu dianjurkan oleh Carlsberg dan Tourism Penang.

Macam mana Tourism Penang yang di bawah kerajaan DAP Penang boleh luluskan pesta onani sebegini? Apakah pesta ini dibuat secara sengaja untuk mencemarkan kesucian bulan Ramadhan?

Tarikh 28 Mei itu adalah pada 2 Ramadhan. YB Malik yang menjadi Exco Agama kena siasat jika perkara ini benar benar terjadi.

Pesta melancap ini sesungguhnya telah mencabar kesucian Ramadhan. Pihak berkuasa perlu siasat dan ambil tindakan pada penganjur terbabit jika pesta ini benar benar berlaku pada 28 Mei ini?

Pihak kami cuba mendapatkan maklumat mengenai perkara ini tetapi masih belum ada yang boleh mengesahkan secara jelas.


Sumber TKO - 27-5-2017



MP PSM ancam saman wakil DAP berhubung perisytiharan aset
Posted on Wednesday, May 24 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35063



Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj menuntut permohonan maaf daripada ADUN Sungkai A Sivanesan kerana menimbulkan keraguan terhadap dirinya yang membuat perisytiharan aset.

Jeyakumar berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang jika Sivanesan gagal memohon maaf dalam Tamil Malar, harian Tamil yang sama di mana dakwaan itu dibuat.

“Pencapaian Sivanesan yang dapat mengatasi kemiskinan, belajar sehingga menjadi seorang peguam dan bertanding menang kerusi DUN Sungkai memang lebih besar daripada pencapaian seorang individu seperti saya yang dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas menengah.

“Tetapi hakikat itu tidak memberi lesen pada YB Sivanesan untuk memburukkan nama saya.

“Kenyataan Sivanesan yang dipamerkan di muka surat pertama berita harian Tamil Malar pada 21 Mei lalu bahawa saya menyembunyikan sebahagian daripada aset saya termasuk aset-aset yang diberi oleh bapa saya, membawa makna bahawa saya seorang pembohong yang berhasrat menipu rakyat Malaysia dengan membuat deklarasi aset yang palsu.

“Dakwaan Sivanesan membawa implikasi bahawa saya tidak boleh dipercayai dan juga bahawa saya telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Jeyakumar berkata beliau akan memberi Sivanesan 10 hari untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf.

“Kenyataan yang penuh emosi Sivanesan juga menunjukkan bahawa beliau tidak faham polisi PSM memohon setiap ADUN dan wakil rakyat mengisytiharkan aset.

“Tujuan utamanya adalah untuk membuktikan pada rakyat bahawa kami tidak mengguna-pakai posisi kami untuk mengaut kekayaan,” katanya.

Jeyakumar juga mengingatkan Sivanesan bahawa beliau perlu mengetahui siapakah musuh politik utamanya.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk minta Sivanesan bertenang dan merenungi - siapakah musuh politik utama Sivanesan dan rakan-rakan seperjuangan dalam DAP pada takat ini?

“Bukankah lebih baik jika kita semua bekerjasama untuk menentang musuh politik utama itu?’ katanya.

Jeyakumar pada Rabu lalu membentangkan pengisytiharan harta tahunannya yang menunjukkan dua pertiga daripada gaji dan elaun RM216,000 yang diperolehinya dibelanjakan kepada penduduk di kawasannya.

Dari segi aset, Jeyakumar berkata beliau kini memiliki lima kereta, termasuk sebuah Kancil, hadiah daripada ibunya, dan sebuah Toyota Vios, yang adalah pemberian daripada bapa saudaranya.

Sumber TKO - 24-5-2017

Zaid bidas Rafizi, Anwar tidak akan bawa PH menuju kemenangan
Posted on Tuesday, May 23 @ 16:45:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35055



PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim memberikan bayangan jalan yang diambil PKR sekarang ini tidak akan membawa Pakatan Harapan menuju kemenangan pada pilihan raya umum ke-14.

Menjawab kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang menuduh Zaid mempunyai masa lalu yang “turun naik”, bekas menteri undang-undang itu membalasnya dengan twit yang seakan mahu menyedarkan kepimpinan PKR.

“Hanya kerana saya tidak fikir yang Anwar boleh memenangkan pembangkang pada pilihan raya nanti tidak bererti sia-sia sahaja kerjaya saya”.

Beliau menambah: “Rafizi kata saya mempunyai kerjaya politik yang turun naik. Mengapa? Mestikah saya masuk penjara untuk jadi hero?

“Kalau Rafizi masa depan Malaysia, kita sebenarnya tidak mempunyai masa depan. Beliau seorang lelaki yang pedas terhadap sesiapa yang tidak sependapat dengannya.”

Zaid menepis teguran Rafizi dalam wawancara Malaysiakini hari ini, yang menyentuh catatan blog Zaid pagi tadi.

Rafizi menegur beliau mengenai kritikannya terhadap pembangkang mengenai isu calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14.

Ahli Parlimen Pandan itu juga meminta Zaid, yang menyertai DAP pada Februari, supaya lebih diplomatik semasa mengkritik.

Beliau secara tidak langsung menyebut mengenai semasa Zaid menjadi ahli PKR, mencadangkan kehadiran beliau menyebabkan kekacauan dalam parti yang kini dipimpin isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Awal hari ini, Zaid dalam catatan blog memberi pandangan mengenai tindakan ahli PKR di kongres nasional parti semalam.

“PKR mengisytiharkan Anwar sebagai perdana menteri ke-7, dan tak cukup dengan itu, mengumumkan presiden Dr Wan Azizah sebagai ‘pemanas kerusi’ sementara menunggu Orang Yang Terpilih bersedia mengambil takhta,” katanya.

Beliau menyifatkan PKR angkuh kerana memilih calon perdana menteri sedangkan pembangkang belum menang sebarang kerusi.

Beliau juga berkata PKR tidak memperlihatkan kehalusan apabila mengangkat plakad “Anwar PM ke-7” dan “tidak menghormati Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin yang hadir”.

Dr Mahathir dan Muhyiddin adalah pengerusi dan presiden PPBM yang baru sahaja menyertai Pakatan Harapan.

Selepas menyertai DAP awal tahun ini, Zaid menyuarakan sokongan kepada Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri.

Zaid berkata bekas perdana menteri itu mempunyai rekod prestasi dan kelayakan yang terbukti untuk menghadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata pemimpin berusia 91 tahun itu lebih bagus menguruskan ekonomi dan menjaga rakyat.

Sementara itu, Dr Mahathir dalam wawancara FMT hari ini berkata beliau tidak berniat untuk menjadi perdana menteri.


Beliau menambah tiada gunanya membincangkan calon perdana menteri jika pakatan kalah pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber TKO - 23-5-2017


Zaid selar keangkuhan sepanduk ‘Anwar PM ke-7' PKR
Posted on Monday, May 22 @ 15:24:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35045



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim membidas tindakan pemimpin pembangkang yang membawa sepanduk "Anwar PM ke-7" pada akhir Kongres PKR semalam, sebagai pengisytiharaan bahawa ketua umum parti itu yang kini meringkuk di penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai perdana menteri akan datang.

Dalam blognya, Zaid yang sekarang bersama DAP berkata, beliau tidak lagi faham politik pembangkang.

"Mereka sentiasa terlalu yakin dengan kemampuan sendiri," katanya.

Zaid, mengingatkan bagaimana selepas keputusan pilihan raya 2008 umum diumumkan, pembangkang mendakwa mereka akan membentuk kerajaan baru dengan sokongan ahli parlimen Sarawak dan Sabah.

"Siapa boleh lupa tarikh ajaib 16 Sept? Terlalu banyak jangkaan ketika itu dan pada tahun 2013, meskipun memenangi undi popular, mereka masih kekurangan lebih 30 kerusi," katanya.

Sekarang, katanya, PKR dengan angkuh mengisytiharkan Anwar sebagai perdana menteri ketujuh.

"Jika itu pun tidak mencukupi, mereka turut mengumumkan (Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) sebagai ‘pemanas kerusi’ sementara menunggu 'yang terpilih’ (Anwar) untuk bersedia mengambil ‘takhtanya’.

"Adalah mudah untuk memahami bahawa PKR mahu Anwar sebagai PM, meskipun menaikkan sepanduk ‘Anwar PM ke-7' pada Kongres PKR itu menunjukkan kekurangan kemahiran.

Malah, kata Zaid yang juga pernah bertanding di atas tiket PKR, tindakan itu tidak menghormati kedua-dua sekutu terbaru Pakatan Harapan, iatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir.

"Sudah tentu, PKR adalah parti Anwar, tetapi perlukah mereka mengangkat sepanduk itu?

“Apa yang membingungkan ialah keangkuhan untuk memilih perdana menteri dari parti sendiri, sedangkan mereka belum memenangi apa-apa lagi.

“Dalam sistem kerajaan, perdana menteri dipilih dari parti yang mempunyai sokongan sebahagian besar ahli parlimen, dan setakat yang saya tahu adalah terlalu awal untuk berkata jika ahli parlimen gabungan dari PKR, DAP dan AMANAH boleh menjamin angka ajaib 112,” katanya.

Zaid juga berkata pembangkang juga harus mengambil kira pendapat rakyat di Sabah dan Sarawak mengenai siapa yang mereka mahu sebagai perdana menteri.
“Bukankah kita sepatutnya membincangkan perkara ini dengan mereka?

“Kita tidak boleh menganggap BERSATU tidak mempunyai hasrat untuk menamakan calon perdana menteri ataupun bahawa mereka tidak mempunyai sekutu langsung,” katanya.

Menurut Zaid, sekiranya BN ditumbangkan dan Najib menyerah kalah, tidak mustahil untuk menyaksikan wakil rakyat mereka berpaling tadah dan bersama-sama menyokong pemimpin BERSATU atau pemimpin Sabah atau Sarawak.

Katanya, bukan semua penyokong pembangkang mahukan Anwar sebagai calon perdana menteri dan adalah lebih baik jika BERSATU juga mencalonkan pemimpin mereka.

“BERSATU, sebagai contoh boleh mencalonkan Tan Sri Muhyiddin, atau Tun Dr Mahathir.

“Tetapi bagi saya dan ramai kawan-kawan saya, baik yang sudah berusia, mahupun yang muda, kami akan mencalonkan Tun Dr Mahathir.

“Kami akan menyokong Tun sebagai Perdana Menteri, semata-mata kerana beliau adalah calon terbaik untuk jawatan itu,” katanya.

Sumber TKO - 22-5-2017


Kerusi DUN Pujut: DAP bawa ke mahkamah
Posted on Sunday, May 14 @ 06:28:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34925



DAP Sarawak akan membawa ke mahkamah bagi mencabar kesahihan pelucutan kelayakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung dua kerakyatan.

Setiausaha parti Sarawak Alan Ling Sie Kiong yang juga seorang peguam berkata satu injunksi akan difailkan dahulu untuk membolehkan mahkamah membuat semakan kehakiman terhadap keputusan oleh dewan undangan negeri.

"Esok, kita akan mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti di Kuching untuk membincangkan tindakan kita selanjutnya," kata beliau kepada pemberita ketika menyambut ketibaan Dr Ting di Lapangan Terbang Miri, hari ini.

Alan berkata injunksi itu dijangka difailkan di Mahkamah Tinggi Kuching dan butiran lanjut dijangka diumumkan selepas mesyuarat tergempar parti di Kuching esok.

Sementara itu, Dr Ting melahirkan keyakinan bahawa proses kehakiman adalah jalan terbaik untuk mengelakkan pilihan raya kecil bagi kerusi Pujut.

- Bernama

Sumber TKO - 14-5-2017

Guan Eng: DAP mahu cabar kes lucut Adun Pujut
Posted on Saturday, May 13 @ 18:47:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34915



GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak melucutkan keanggotaan Ahhli Dewan Undangan Negeri Pujut, Dr Ting Tiong Choon dari DAP semalam.

Beliau berkata tindakan itu berbau politik.

Katanya, Mahkamah Pilihan Raya tahun lepas telah menolak petisyen pilihan raya bagi kerusi DUN Pujut yang difailkan oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hii King Chiong yang mendakwa Dr Ting mempunyai kewarganegaraan Australia setelah mendaftar sebagai pengundi di Australia.

Penolakan itu dibuat pada Oktober tahun lepas oleh Hakim Mahkamah Pilihan Raya, P. Ravinthran yang turut mengarahkan pempetisyen membayar kos RM80,000 kepada responden.

Beliau menambah, mahkamah telah memutuskan bahawa ia merupakan pemilihan yang sah tetapi DUN Sarawak telah membelakangi keputusan mahkamah dengan mengemukakan usul untuk melucutkan jawatan Dr Ting.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata DAP akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Beliau pada masa yang sama berkata beliau telah mengarahkan DAP Sarawak untuk bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil diadakan di Pujut.

Sementara itu beliau berkata beliau menyokong kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang meminta tiga anggota exco kerajaan negeri Selangor dari PAS untuk melepaskan jawatan mereka setelah PAS membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR.


Sumber TKO - 13-5-2017

Melayu DAP: Exco PAS perlu dipecat atau berundur
Posted on Thursday, May 11 @ 23:04:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34888



PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali patut keluarkan 3 exco PAS atau mereka meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama untuk memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR, kata Prof Abdul Aziz Bari.

Prof Abdul Aziz Bari berkata dalam model Westminster, yang menjadi struktur kepada sistem politik Malaysia, wakil rakyat harus keluar apabila badan tertinggi parti atau kepimpinan tertinggi membuat pendirian.

“Ketua eksekutif, sama ada perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri, boleh keluarkan anggota kabinet mereka,” katanya.

Aziz berkata demikian menjawab kenyataan Azmin semalam, yang mengatakan tiada rombakan dalam barisan kepimpinan negeri kerana pengundi pada pilihan raya lepas memilih PAS, serta DAP dan PKR untuk bersama membentuk kerajaan negeri.

Exco Datuk Iskandar Abdul Samad juga berkata mereka akan kekal dalam kerajaan Selangor sementara menunggu keputusan kepimpinan tertinggi parti.

Petang tadi Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS dan PKR terbatal.

Majlis itu menyerahkan persoalan sama ada 3 exco mereka perlu berundur dari kerajaan Selangor kepada Jawatankuasa Kerja Pusat PAS.

Majlis itu berkata sebarang tindakan perlu dilakukan dengan merujuk kepada “maslahat” dan “kepentingan Islam dan rakyat”.

Aziz berkata PAS perlu mengambil pendirian berprinsip, seperti yang dilakukan bekas presiden mereka Tan Sri Mohd Asri Muda pada 1977.

Pada ketika itu, Menteri Besar Kelantan Mohamad Nasir dari PAS, yang cenderung ke arah Umno, hilang undi tidak percaya dalam dewan undangan negeri tetapi enggan meletak jawatan.

Akibatnya, Aziz berkata Kuala Lumpur mengisytiharkan kecemasan untuk meletakkan negeri itu di bawah kerajaan persekutuan.

PAS menyertai Barisan Nasional pada 1973 dan Asri menjadi menteri persekutuan.
“Tetapi Asri meletak jawatan dari kabinet sebagai membantah apa yang berlaku di Kota Bharu,” kata Aziz.

Begitu juga anggota kabinet dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan atau dikeluarkan kerana tidak seiring dengan perdana menteri.

“Jadi, tiada cara lain exco PAS boleh kekal dalam pentadbiran Selangor selepas keputusan muktamar, yang secara sah merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam sesebuah parti politik.”

Aziz berkata dari sudut perundangan, keputusan Majlis Syura Ulama hari ini bersifat menasihat dan tidak mempunyai kesan perundangan.

Sekiranya PAS mengeluarkan dirinya dari kerajaan Selangor, semua wakil yang dilantik di peringkat kerajaan tempatan dan jawatankuasa masjid juga akan terkesan.

Dewan Negeri Selangor mempunyai 14 wakil rakyat DAP, 13 PKR, 13 PAS, 11 Umno, 2 Amanah dan 2 Bebas. Kerusi DUN Sungai Ayer Tawar dikosongkan susulan kematian wakil rakyat BN.


Ini bermakna kerajaan negeri pakatan pembangkang menguasai sejumlah 29 daripada 56 kerusi dewan, tanpa sokongan PAS.

Sumber TKO - 11-5-2017


Aktivis DAP Gesa Azmin Adakan Pilihan Raya Awal Di Selangor
Posted on Thursday, May 11 @ 16:03:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34883



AIDCNews– 09/05/17 –Aktivis DAP Dr Abdul Aziz Bari menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pilihan raya awal di Selangor untuk menggelakkan semua spekulasi terhadap kerajaan pimpinannya.

Menurutnya, jika Azmin mengadakan pilihan raya awal, semua spekulasi mengenai pemberontakan terhadap kerajaannya boleh dilenyapkan dan sekali gus menyelesaikan masalah perkongsian kuasa dengan PAS yang tidak mempunyai hubungan rasmi dengan PKR dan DAP.

Aziz berkata mandat baharu daripada pengundi di negeri terkaya di Malaysia itu akan menamatkan ketidaktentuan yang muncul selepas PAS membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR pada muktamar parti itu yang baru berakhir.
Keputusan ini merumitkan lagi keadaan penyusunan kuasa di Selangor di mana wakil rakyat daripada PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan negeri tetapi PAS tidak mempunyai hubungan rasmi dengan DAP sejak 2015.

“Langkah terbaik adalah jika menteri besar meminta Sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri sekarang, kita sudah mendapat mandat empat tahun.

“Kerajaan negeri perlukan mandat baru dengan pentadbiran kukuh yang akan memadamkan semua keraguan, terutama selepas PAS berkata ia mahu menamatkan hubungan dengan PKR,” kata Aziz kepada The Malaysian Insight.

Portal itu turut melaporkan kenyataan Penganalisis politik pro-PAN Mohamad Hisomuddin Bakar daripada Pusat Ilham yang berkata PAS tidak akan menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana bimbang kira-kira 5,000 aktivis PAS hilang jawatan dilantik di dalam peringkat majlis tempatan dan jawatankuasa kampung.

“Jika PAS menarik diri daripada kerajaan Selangor, mereka juga akan hilang kawalan ke atas rangkaian masjid dan surau di seluruh negeri yang mereka gunakan untuk menyebarkan agenda parti,” kata Hisomuddin.

Hisomuddin juga berpendapat, PAS tidak akan menamatkan hubungan dengan PKR sebelum tamat tempoh mandat kerajaan Selangor pada Mei tahun depan.

Walaupun ahli PAS menginginkannya, keputusan muktamad terletak kepada Majlis Syura.

“Terdapat dua senario. Sama ada Majlis Syura memberi lampu hijau untuk menamatkan hubungan itu sekarang, atau berkata ia akan terus bekerjasama dengan PKR sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi Pilihan Raya Umum ke-14. Saya percaya kemungkinan kepada pilihan kedua.”

Hisomuddin bersetuju dengan Aziz situasi yang dalam pentadbiran Selangor kini bermasalah memandangkan PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP.

“Kami berada dalam situasi di mana parti politik yang dipilih pengundi tidak boleh menterjemahkan janji mereka kepada dasar awam kerana tidak boleh bekerjasama.”

Sumber TKO - 11-5-2017



DAP Padam Artikel Salah Laku Mahathir – PMSP
Posted on Tuesday, May 09 @ 16:40:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34850



KUALA LUMPUR― DAP didakwa memadam banyak artikel dalam portal Roketkini yang sebelum ini mengkritik dan mengutuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan skandal mata wang asing (Forex).

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata tindakan itu dipercayai berkait rapat dengan sikap Penasihat DAP Lim Kit Siang yang kini “berkawan” dengan Dr Mahathir ​​​​​​untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Semua artikel yang pernah tuduh Dr Mahathir terlibat skandal rasuah, Forex dan BMF telah dipadamkan dari laman sesawang Roketkini.

“Kita tahu Kit Siang ada banyak maklumat dan beliau merupakan orang yang paling marah dengan (Dr) Mahathir ketika skandal itu pada tahun 1992 sehingga negara kehilangan berbilion ringgit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya pada 3 Jun 2012 Lim sendiri pernah berkata sekiranya pakatan pembangkang menang pada PRU ke-13, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja akan ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal Forex Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion pada tahun 1992 serta terhadap semua skandal kewangan selama tempoh 22 tahun Dr Mahathir sebagai pemimpin negara.
Roketkini merupakan portal rasmi maklumat dan berita DAP.

Ramesh berkata perkembangan dalam DAP itu menyaksikan bahawa Lim sebenarnya amat terdesak berikutan faktor usia dan pemimpin parti itu tidak mahu dilihat sebagai pemimpin DAP yang gagal membawa kejayaan kepada parti khususnya untuk misi membantu kemenangan pembangkang dalam PRU ke-14 kelak.

“Anaknya sendiri sudah berjaya jadi ketua menteri, Kit Siang jadi apa?
“Sebab itu kerjasama ini begitu penting kerana jika beliau pentingkan dendam dengan Dr Mahathir, segalanya akan musnah dan tak ada harapan untuk pembangkang menang,”katanya.

Pada 4 Mei lalu, Lim memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas siasatan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sepanjang 1991 hingga 1993.

Anggota Parlimen Gelang Patah itu memberi keterangan kira-kira 40 minit kepada pasukan petugas khas itu yang bersidang di Kementerian Kewangan di Putrajaya. ― BERNAMA

Sumber TKO - 9-5-2017


Kit Siang: Saya tidak pernah mahu jadi PM
Posted on Monday, May 08 @ 16:02:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34833


PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang membidas dakwaan yang beliau mahu menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum (PRU-14) untuk menamakan anaknya, Lim Guan Eng, sebagai timbalan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menepis tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan membidas “kempen fitnah” di media sosial.


“Saya berkecimpung dalam politik Malaysia selama 51 tahun, dan niat untuk menjadi perdana menteri tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.”

Bercakap pada makan malam ulang tahun DAP Subang di Subang New Village malam tadi, Kit Siang berkata beliau berkecimpung dalam politik kerana “Impian Malaysia” untuk membina sebuah negara di mana semua rakyat, tanpa mengira kaum atau agama, bersatu sebagai rakyat Malaysia.

“DAP sentiasa menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia, dan kami tidak pernah menjadi sebuah parti untuk hanya kaum.

“Tiada seorang pun boleh menjadi pemimpin Malaysia jika dia hanya fokus terhadap hak dan kepentingan satu kaum atau satu masyarakat sahaja,” katanya.

Menjelang sambutan kemerdekaan tahun ini, Kit Siang berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil kira mengapa prestasi negara begitu buruk di arena antarabangsa sejak mencapai kemerdekaan.

Kit Siang juga menunjukkan kedudukan Malaysia di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (CPI) sejak 1995-2006.

Pada 1995, beliau berkata, Malaysia menduduki tempat ke-23 daripada 41 negara dengan skor 5.28 pada skala 0 (rasuah) hingga 10 (sangat bersih).

“Jika Malaysia membuat penambahbaikan dalam skor CPI TI 0.1 setiap tahun sejak 22 tahun lalu, skor mata Malaysia kini akan menjadi 7.48, atau kira-kira 74.8 peningkatan daripada 10 kepada 100, yang akan meletakkan Malaysia di tangga 18 berbanding 176 negara.

“Malangnya, di sebalik segala usaha mengenai anti-rasuah, CPI TI Malaysia bertambah buruk di mana kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 55 daripada 176 negara manakala skor CPI TI jatuh kepada 49 dalam skala baru dari 0 (sangat rasuah) kepada 100 (sangat bersih). ”

Beliau berkata, China dan Indonesia yang masing-masing menduduki tangga 40 dan 41 pada 1995 menunjukkan penambahbaikan.

Jika keadaan ini berterusan dalam tempoh 2 dekad akan datang, ia akan menyaksikan kedua-dua negara tersebut mengatasi Malaysia sebelum 2040, 1 dekad sebelum Pelan Tindakan Transformasi Negara (TN50) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, katanya.


“Kemelaratan kempen pembohongan, kebencian dan ketakutan terhadap saya bukanlah kerana tiba-tiba saya, selepas 51 berkecimpung dalam politik, menjadi ancaman nombor 1 terhadap kerajaan Umno/BN, tetapi menunjukkan rasa takut dan panik dalam kalangan sesetengah pemimpin Umno/BN dan strategis yang mereka boleh kalah dalam PRU-14,” katanya.-Free Malaysia Today

Sumber TKO - 8-5-2017



Kit Siang Beri Keterangan Kepada Pasukan Petugas Khas Kerugian BNM
Posted on Thursday, May 04 @ 17:20:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34791




PUTRAJAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini dipanggil untuk memberi keterangan kepada Pasukan Petugas Khas siasatan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam aktiviti spekulasi mata wang asing pada tahun 1990-an.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu tiba di Kementerian Kewangan di sini pada pukul 2.16 petang dan beredar pada pukul 2.53 petang.

Beliau ketika ditemui sejurus keluar dari bangunan kementerian itu berkata, pasukan petugas hanya menyoal berkaitan kenyataannya pada sidang Dewan Rakyat pada tahun 1993 dan 1994 berhubung kerugian skandal perdagangan mata wang asing BNM.

“Hanya beberapa soalan yang dikemukakan oleh pihak pasukan petugas. Tiada soalan lain hanya berkaitan usul yang pernah saya bawa pada sidang Dewan Rakyat” katanya kepada pemberita di sini.

Lim Kit Siang pada sidang Dewan Rakyat tahun 1993 dan 1994 pernah membawa usul berkaitan isu kerugian BNM dalam aktiviti perdagangan mata wang asing.

Sumber TKO - 4-5-2017



Isu Zairil-Dyana: Rizal selar sikap DAP
Posted on Saturday, April 22 @ 15:49:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34653


Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyelar sikap DAP yang tidak mengambil sebarang tindakan disiplin ke atas dua pemimpin Melayu parti itu yang berdepan dakwaan perbuatan tidak bermoral, baru-baru ini.
"Kata DAP parti yang 'bersih, berintegriti dan moral tinggi', kenapa parti itu tidak ambil tindakan ke atas Zairil (Khir Johari) dan Dyana (Sofya Mohd Daud) kerana melakukan perbuatan tak bermoral dan salah di sisi agama Islam.

  "Walaupun Zairil dan Dyana tak mengaku, tetapi persepsi orang ramai termasuk penyokong pembangkang percaya 100 peratus dua individu itu adalah mereka berdua," kata beliau dalam catatan di laman Facebook miliknya.

Sebelum ini, Rizal yang juga pembantu kepada isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor memuat naik beberapa gambar yang mendakwa kedua-dua mereka mempunyai hubungan sulit.

“Perlu SD kah untuk membuktikan kisah ini?" soal Rizal dalam posting Facebook sebelum ini.

Dalam reaksinya berhubung penyebaran gambar-gambar itu, Zairil menafikan dirinya sebagai individu yang terdapat dalam gambar itu.

"Bukan, itu bukan saya. Ia jelas satu lagi percubaan untuk memfitnah saya dengan serangan peribadi.

"Ia adalah palsu," kata Zairil kepada Malaysiakini melalui mesej pesanan teks.
Wanita dalam gambar itu yang mirip Dyana Sofya Mohd Daud, masih belum mengesahkan atau menafikan jika sesungguhnya beliau adalah individu yang dirakamkan tersebut.

Siri gambar itu - memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita di sebuah restoran, di mana sekeping daripadanya menggambarkan pasangan itu sedang bercumbu - menjadi tular di kalangan kumpulan sembang WhatsApp dan laman web pro-BN.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, tindakan tidak mengambil sebarang tindakan itu tidak membuktikan mereka sebagai lebih baik dari BN.

"Inikah parti yang mendakwa mereka lebih baik daripada BN untuk mentadbir apabila pemimpin yang melakukan perbuatan tidak bermoral dilepaskan begitu sahaja.

Kepada Zairil dan Dyana, Rizal menasihatkan mereka berdua agar melangsungkan perkahwinan yang sah ekoran telah digambarkan sedemikian.

"Kalau dah tahap macam tu elok kawinlah...jangan pulak habis madu sepah dibuang," tambahnya.-Malaysiakini

Sumber TKO - 22-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































Insult Islam and You’re Out, Like Ahok












Political leaders who insult Islam will never be elected, PAS asserted today, with a nod to neighbouring Indonesia where Jakarta’s Christian and ethnic Chinese governor Basuki Tjahaja Purnama — better known as Ahok — lost his post in a religiously-charged poll this week.

The Islamist Opposition party claimed that similar to Indonesia, Malaysia’s Muslim voters will rise to reject anyone who demeans their religion, amid fierce debates over its party president’s private motion seeking harsher Shariah offences by amending Act 355, and another Bill to amend Act 164 that would ban unilateral child conversion.

“This success clearly shows a signal of Islam’s uprising there. When you insult Islam, don’t think Muslims will not act by rejecting you as a leader. The Jakarta election has proven it,” PAS information chief Nasrudin Hassan said in a statement.

“Now, the same spirit is spreading among Muslims in Malaysia. The issue of amending Act 355 and Act 164 will open the eyes of citizens here to see who are foes and friends when it comes to fighting for Islam.


“The same uprising is flourishing for the next general elections,” the Temerloh MP added.

Act 355 is formally known as the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965, while Act 164 refers to the Law Reform (Marriage and Divorce) Act.

On Wednesday, the Jakarta gubernatorial elections was won by Ahok’s Muslim challenger Anies Baswedan, who was accused of pandering to Muslim hardliners to win votes, with 58 per cent of the votes.

The controversy surrounding Ahok had begun in September last year when he caused outrage among Muslims for quoting a controversial verse from the Quran ahead of the elections, insinuating that his opponents were using Islamic scriptures to urge the public against voting him.

An edited version of his speech went viral and sparked outrage even beyond Jakarta, resulting in several mega rallies by Muslim hardliners in the Indonesian capital.

After the rally in Jakarta, PAS had also organised a mega rally in Kuala Lumpur in February called Himpunan 355, in support of its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and his private member’s Bill to amend Act 355.

Ahok has since apologised but his remarks were still considered blasphemous, and he was later charged, resulting in a court case that dragged on for months and affected his campaign..themalaymailonline.

Sumber BO - 21-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ini hak privacy. Jgn kacau
Posted on Wednesday, April 19 @ 20:45:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34611

TELUK INTAN: Ibu Dyana Sofya, Yammy Samad berang dan menyelar pihak – pihak tertentu yang menyerang urusan peribadi anaknya Dyana.

Yammy menyokong anaknya Dyana sebagaimana kenyataan Dyana dalam facebooknya bahawa ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan anaknya itu berhubung gambar mesra bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang tular.

“mengapa mereka dengki sangat dengan anak saya Dyana. Apa salah dia. Hak Dyana dan privasi anak saya jangan diganggu”.

” Dulu saya dah jelaskan hubungan Dyana dan Zairil mereka tidak bercinta. Mengapa ada saja pihak nak cari salah mereka?”. Katanya ketika dihubungi melalui telefonnya.

Menurutnya, penyebaran gambar itu sebagai fitnah terbaru terhadap anaknya oleh pihak-pihak tertentu yang mahu merosakkan imej DAP sekali gus melihat Dyana Sofya disingkirkan dari parti itu.

Menurutnya beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut berhubung isu itu dan menyerahkan kebijaksanaan Dyana menguruskannya.

Hari ini Dyana menyifatkan ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan terhadapnya.

“Saya anggap Pilihan Raya Umum (PRU) sudah sangat hampir. Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa itu saya, ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu.

“Saya sedih budaya politik kita telah melangkau sehingga tahap ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan ini ataupun menyimpan dendam,” katanya menerusi facebooknya.

Ini adalah kali pertama Dyana menjawab isu yang dikaitkan dengan dirinya sejak gambar mesra dan intim mereka disebarkan sebelum ini. Bagi Dyana itu semua privasinya.

Netizen memberikan pelbagai komen termasuk usaha DAP yang menghalang RUU355 sebenarnya adalah ketakutan DAP jika undang -undang Islam menyekat kebebasan rakyat Malaysia yang beragama Islam sehingga privasi mereka diganggu gugat.

Sumber TKO - 19-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------


DAP 'pening kepala' dengan foto 'pasangan bercumbu'
Posted on Wednesday, April 19 @ 18:56:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34606



Pencalonan dua ahli DAP Melayu berprofil tinggi pada pilihan raya umum akan datang menjadi tanda tanya selepas satu siri gambar-gambar yang memaparkan mereka dalam kedudukan intim diedarkan secara meluas.

Lelaki dalam gambar itu mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Beliau bagaimanapun menafikan bahawa dirinya dalam gambar berkenaan.

"Bukan, itu bukan saya. Ia jelas satu lagi percubaan untuk memfitnah saya dengan serangan peribadi.

Ia adalah palsu," kata Zairil kepada Malaysiakini melalui mesej pesanan teks.
Wanita dalam gambar itu yang mirip Dyana Sofya Mohd Daud, masih belum mengesahkan atau menafikan jika sesungguhnya beliau adalah individu yang dirakamkan tersebut.

Siri gambar itu - memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita di sebuah restoran, di mana sekeping daripadanya menggambarkan pasangan itu sedang bercumbu - menjadi tular di kalangan kumpulan sembang WhatsApp dan laman web pro-BN semalam.
Siri gambar itu - set ketiga yang diedarkan di alam maya yang mendakwa kedua-dua mereka mempunyai hubungan sulit, juga dimuat-naikkan oleh Datuk Rizal Mansor,
pembantu kepada isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor.
“Perlu SD kah untuk membuktikan kisah ini?" soalnya dalam posting Facebook.

Beberapa akhbar arus perdana turut menerbitkan semula gambar-gambar itu hari ini. Ini bukan kali pertama, gambar-gambar yang didakwa memaparkan pasangan itu timbul.

Ketika ini, terdapat ‘cakap-cakap’ di kalangan pemimpin DAP bahawa apa yang berlaku menyebabkan kesipuan kepada parti itu dan mungkin menjejaskan pencalonan pasangan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Tak sah, tak nafi

Pada masa ini, kepimpinan DAP Pulau Pinang dan Perak memberi bayangan bahawa pencalonan mereka, sehingga hari ini belum ada kepastian dan mungkin akan disentuh dalam perbincangan nanti.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ketika dihubungi berkata beliau akan mengaerahkan Zairil untuk "memberi penjelasan" tidak lama lagi dan menasihatkannya supaya berdepan dengan media.

Mengenai sama ada pemimpin DAP Pulau Pinang akan membincangkan sekiranya gambar-gambar berkenaan akan menjejaskan pencalonan semula Zairil sebagai seorang wakil rakyat, Chow berkata perbincangan akan didakan "jika perlu".

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata pencalonan Dyana Sofya untuk bertanding di kerusi parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan DAP pusat.

"Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk buat keputusan. Zairil telah berulang kali menafikan (gambar-gambar sebelum ini) tetapi foto keluar berterusan, jadi adalah lebih baik media mendapat jawapan dari mulut mereka sendiri," kata Nga kepada Malaysiakini.

"Dyana aktif di Teluk Intan dan setiap minggu terlibat dalam program rakyat bersama ADUN (Pasir Bedamar) Terence Naidu. Beliau amat komited untuk berkhidmat kepada rakyat Teluk Intan," katanya.

Dyana, yang juga pembantu Lim Kit Siang, tewas kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada tahun 2014.

Beliau semalam, ketika dihubungi, tidak mengesahkan atau menafikan bahawa dirinya  adalah wanita seperti dalam gambar tersebut.

"Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan, saya anggap pilihan raya umum dah nak dekat.

"Tak kira siapa dalam gambar dan video-video yang didakwa adalah saya, ini pencerobohan privasi dalam hidup orang itu. Saya sedih budaya politik kita telah sampai ke tahap ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berusaha menarik perhatian daripada "serangan dan dendam peribadi" kepada kerja-kerja beliau di Teluk Intan, termasuk mendapatkan dana untuk Pusat Pembangunan Wanita dan membaiki jeti di sana.

Sumber TKO - 19-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


Ini serangan peribadi ketiga terhadap saya
Posted on Wednesday, April 19 @ 10:48:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34593



SHAH ALAM - "Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan terhadap saya," demikian respons bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika ditanya mengenai gambar mesra bersama seorang lelaki mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang tular.
"Saya anggap Pilihan Raya Umum (PRU) sudah sangat hampir. Tidak kiralah siapa yang ada dalam gambar atau video yang mereka dakwa itu saya, ini adalah pencerobohan privasi utama dalam kehidupan individu itu.

"Saya sedih budaya politik kita telah melangkau sehingga tahap ini. Saya tiada masa untuk melayan serangan ini ataupun menyimpan dendam," katanya menerusi aplikasi WhatApps, sebentar tadi.

Terdahulu tersebar empat keping gambar mesra seorang wanita berambut panjang dan berpakaian warna hitam menyerupai Dyana dan seorang lelaki yang sedang minum bersama dua individu lain di sebuah restoran.


  Sementara itu, jelas Dyana lagi, ketika ini beliau sedang memberi tumpuan kepada kerja dan perkhidmatannya kepada rakyat terutama penduduk Teluk Intan.

Sumber TKO - 19-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------



Zaid kini Parti DAP mahu heret kerajaan PAS K'tan ke mahkamah
Posted on Wednesday, April 19 @ 10:42:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34592



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kelantan berikutan arahan kepada peniaga pasar malam supaya menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib.

"Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan minggu ini.

"Arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib adalah tidak sah.

"Keputusan untuk melarang peniaga untuk tidak membuka kedai sebelum jam 3 petang pada bulan Ramadan juga adalah menyalahi undang-undang," katanya dalam satu siri tweet di laman mikro-blog Twitter.

Zaid menyifatkan kepimpinan kerajaan Kelantan sebagai "tidak bertanggungjawab".
"Kebanyakan polisi mereka tidak mempunyai asas dalam undang-undang.

“Mereka hanya mengambil kesempatan daripada umat Islam yang takut dilabelkan sebagai jahil," katanya.

Zaid yang kini menganggotai parti DAP berkata, beliau juga tidak gentar dengan tindak balas yang mungkin diterimanya berikutan cabaran undang-undang itu.
"Biar Allah tentukan jika saya jhil; Bukan ulama separuh masak yang mencari kedudukan politik di Kelantan," katanya.

Semalam, bekas exco Kelantan Datuk Musa turut mempersoalkan langkah kerajaan negeri untuk mengenakan larangan berniaga ke atas peniaga bukan Islam pada waktu Maghrib.

Kata Husam yang kini adalah naib presiden Parti Amanah Negara., arahan berkenaan sepatutnya terhad kepada peniaga Muslim sahaja kerana peniaga bukan Islam tidak menunaikan solat Maghrib.

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, semalam dilaporkan berkata, arahan itu bagi memastikan semua pihak termasuk pembeli boleh menunaikan solat Maghrib sebelum meneruskan kegiatan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan itu berkata, arahan berkenaan juga untuk memberi masa kepada para peniaga berehat dan menunaikan solat.

Beliau berkata, wisel pertama akan dibunyikan 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib, dan wisel kedua sebanyak dua kali 10 minit kemudian.

Dasar tersebut telah dimulakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, sebelum diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu, tahun lalu.

Kata Abdul Fattah, peniaga yang ingkar akan diberikan amaran terlebih dahulu, sebelum dikenakan larangan sementara jika terus berdegil.

Sumber TKO - 19-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAP bantah Malaysia lindungi Zakir Naik
Posted on Tuesday, April 18 @ 05:56:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34574



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ipoh Barat menggesa kerajaan untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak dengan menyediakan perlindungan untuk penceramah kontroversi Zakir Naik yang melarikan diri daripada siasatan undang-undang.

M Kulasegaran berkata demikian susulan laporan pihak berkuasa India ternanti-nanti untuk menyiasat Zakir berhubung ceramah yang didakwa menyebarkan propaganda pengganas.

Sebaliknya, Kulasegaran menyeru Putrajaya supaya bekerjasama dengan New Delhi untuk membanteras jenayah dan salahlaku.

“Kerajaan tidak patut melindungi beliau. Kalau situasi yang sama berlaku pada orang lain, sudah pasti kerajaan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dan menghantarnya pulang,” katanya kepada FMT hari ini.

Awal hari ini, Kulasegaran di Facebook berkata: “Selagi Zakir berada di Malaysia, dia akan mengheret Malaysia bersamanya. Dalam fikiran orang India Malaysia, seorang pelarian nampaknya diberi perlindungan lebih baik daripada orang tempatan.”

Beliau berkata Malaysia tiada sebab untuk menjadi tempat Zakir berlindung, lebih-lebih lagi ia juga boleh memalukan negara di arena antarabangsa.


Kulasegaran, yang juga seorang peguam berkata, Zakir harus pulang dan membersihkan namanya.

“Tiba-tiba Zakir dengan ucapannya diangkat menjadi orang penting di Malaysia, malah Perkasa memberikan penghormatan kepadanya,” kata beliau, merujuk kepada gerakan Perkasa yang mengurniakan Anugerah Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa Negara kepadanya atas sumbangan kepada perjuangan Islam.

“Mengapa dia enggan pulang? Sekarang dia mengatakan orang Islam di India tidak diberi layanan adil. Alasan itu tidak berasas kerana ia tiada kena mengena dengan pengubahan wang. Ada banyak wang dipindahkan sana sini.”

Kulasegaran merujuk kepada laporan Hindustan Times 15 April lepas mengatakan pihak berkuasa India memfailkan kertas pendakwaan terhadap Aamir Gazdar, seorang kenalan Zakir, dan Harmony Media Limited kerana didakwa melakukan pengubahan wang bagi pihaknya.

Kertas pendakwaan 1,000 halaman menyeraikan Zakir sebagai tertuduh dalam kes itu, termasuk keterangan daripada saksi dan beberapa dokumen yang menjejaki wang yang diubah.

Times of India melaporkan Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) mahu mendapatkan notis Interpol terhadap Zakir bagi mengawal pergerakannya di luar Arab Saudi sekiranya beliau enggan tampil untuk disiasat.

NIA mengambil langkah ini selepas penceramah kontroversi itu berulang kali ingkar saman terhadapnya.

Laporan memetik pegawai NIA sebagai berkata notis merah akan dikeluarkan sejurus selepas waran tanpa ikat jamin terhadapnya diperoleh.

November lepas, India mengharamkan Yayasan Penyelidikan Islam yang diasaskan Zakir selama 5 tahun, atas ucapan beliau yang “mengacau dan subversif”.

Zakir bersedia disoal siasat pihak berkuasa India, tetapi hanya melalui media maya kerana bimbang akan diseksa apabila pulang ke India.

Sumber TKO - 18-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


DAP jemput campur tangan asing
Posted on Sunday, April 16 @ 12:32:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34557



Usaha DAP cuba melobi Amerika Syarikat bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah contoh bahawa parti itu mengundang campur tangan asing di negara ini, kata Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Dalam ulasannya di Harakahdaily, Kamarul memetik satu laporan daripada organ PKR, Suara Keadilan bagi menyokong dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap DAP.

"Agak menghairankan bila pemimpin DAP mengeluarkan reaksi terlalu keras terhadap kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini.

"Sekadar satu contoh, seorang pemimpin DAP, Ronnie Liu, telah secara terbuka mengaku di dalam akhbar Suara Keadilan milik PKR keluaran 11 April 2017 bahawa beliau berjumpa dengan Kaunselor Politik Amerika Syarikat, Tressa Finerty, bagi membincangkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara," tulisnya.

Laporan Suara Keadilan itu berdasarkan kehadiran NGO Otai Reformasi ke kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada 6 April.

Mereka menyerahkan memorandum kepada kedutaan Amerika Syarikat bagi menggesa tekananan diberikan agar Anwar dibebaskan dan membantu beliau mendapatkan rawatan di luar negara.

Liu merupakan salah seorang daripada aktivis NGO itu.

Anak perempuan Anwar, Nurul Nuha turut hadir untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

Selasa lalu, Abdul Hadi mendakwa DAP berunding dengan kuasa-kuasa asing untuk mempengaruhi politik Malaysia, dalam mempertahankan langkah PAS berunding dengan Umno bagi menguatkuasa undang-undang Syariah.

"Kita boleh berunding dengan Umno, berunding dengan siapa sahaja untuk melaksanakan Islam, sedangkan dia (DAP) dengan Amerika pun berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding.

"(Mereka) berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tak sampai tangga (ke tahap) itu, nak suruh negara asing campur tangan negara kita," Hadi dilapor berkata.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam jawapannya dua hari kemudian menuntut Abdul Hadi memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya.

Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh juga membuat laporan polis terhadap Abdul Hadi dan menuduh beliau berbohong.

Sumber TKO - 16-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kenyataan Biadap DAP
Posted on Saturday, April 15 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34531



Sesiapa dikalangan muslim yg sokong RUU355, ketahuilah bahawa anda semua sudah jatuh MUNAFIK...ini antara 'FATWA' terbaru kalipah DAP....PAN mcm biasa, membatu. Titik.

Korang boleh lihat komen2 Ronnie Liu Tian Khiew ini dlm satu status beliau melalui link ini: https://m.facebook.com/story.php…

Kredit
Ibnu Noor


Sumber TKO - 15-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lawak Pagi, Puak DAP Serang PAS yang terkena ketua lebai PAN
Posted on Saturday, April 15 @ 07:26:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34528



Celaka punya Cybertropper DAP, siRay Hunte Melayu barua DAP yang menyerang PAS. Tapi bila dia serang PAS yang terkena Lebai parti PAN yang tukang baca doa Majlis Utama mereka.

Kredit
Razulmiswan Aladin


Sumber TKO - 15-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kahwin Bawah Umur DiTolak, Seks Bawah Umur OK?
Posted on Saturday, April 15 @ 07:15:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34526



Kanak-kanak perempuan yang melakukan hubungan seks pada umur 9 dan 10 tahun sehinggakan mungkin mengandung tidak patut dikahwinkan, kata Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai yang mewakili parti DAP.

Respons ini diberikan sempena Usul Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang telah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.


Beliau dalam satu status Facebook menyatakan bahawa, “Kanak-kanak perempuan yang mengadakan hubungan seks dengan rela hati pada umur 9 atau 10 tahun serta mungkin mengandung akibat dari hubungan itu tidak patut dikahwinkan”.

Sebaliknya menurut beliau, kanak-kanak ini perlu diberi khidmat nasihat dan pendidikan serta terus menghadiri sekolah dan meneruskan pembelajaran seperti mana-mana kanak-kanak yang sebaya.


“Untuk berhujah bahawa perkahwinan anak-anak mereka ini akan menyelamatkan maruah atau mengelakkan malu adalah satu tindakan mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab”, tegas beliau. Selain daripada itu beliau turut menyokong pendirian Ahli Parlimen Sungai Siput untuk membolehkan sweetheart defence sewaktu usul ini sedang dibincangkan.

Sweetheart defence adalah merujuk kepada tindakan memaafkan kanak-kanak bawah umur yang melakukan hubungan seks jika julat umur diantara mereka berdua adalah kecil. Namun begitu cadangan ini telah ditolak oleh Dato’ Sri Azalina.

Menurut Teo Nie Ching, pasangan kanak-kanak yang tidak mengetahui kaedah mengadakan hubungan seks terlindung belum cukup matang untuk berkahwin. Katanya lagi, sijil perkahwinan tidak menjadikan pasangan berzina itu dewasa dalam semalam.



Sumber TKO - 15-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Panas Yang Buat Lim Guan Eng! Adun DAP sokong Usul Umno Supaya Guan Eng Letak Jawatan
Posted on Tuesday, April 11 @ 19:09:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34452



Umno dilihat mendapat sokongan daripada sekutunya dalam usaha membawa usul bagi menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng meletak jawatan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei ini.

Adun DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu berkata, cadangan itu adalah "perkara betul" yang perlu dilakukan dan menyatakan pendiriannya dari awal bahawa Guan Eng perlu berundur berikutan dakwaan rasuah terhadapnya.

"Sekurang-kurangnya beliau perlu bercuti sementara sehingga kes selesai," kata Yee Chew ketika diminta mengulas kenyataan usul yang dicadangkan oleh Ketua Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

"Ketua Menteri telah didakwa atas tuduhan rasuah dan oleh itu beliau perlu berundur agar siasatan berjalan lancar," katanya.

Ini bukan kali pertama Yee Chew melangkaui pangkat ketika persidangan DUN.
Pada bulan November 2015, dia turut menyokong usul Adun Umno  Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad yang menggesa untuk mengadakan pendengaran awam bagi penambakan tanah dan penggantungan semua penambakan baru sehingga kajian impak lautan, alam sekitar dan sosial dijalankan.

Yee Chew kemudiannya meminta maaf kepada partinya kerana menyokong usul dari Barisan Nasional itu.

Pada persidangan Mei tahun lalu, dia  membangkitkan usul untuk meminda perlembagaan negeri bagi menghadkan tempoh ketua menteri Pulau Pinang kepada dua penggal tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Law Choo Kiang.

Yew Chew berkata dia tidak akan membentangkan usul itu lagi memandangkan Umno telah bercadang untuk berbuat demikian. 


Sumber TKO - 11-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kit Siang didesak terima cabaran debat
Posted on Tuesday, April 11 @ 09:37:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34444




BUTTERWORTH - Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan hari ini mendesak Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk menerima cabaran bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim untuk berdebat.

"Saya minta Lim Kit Siang tidak lari... rakyat Malaysia harus dan perlu tahu


Lim Kit Siang memang seorang diktator dan tidak mempunyai demokrasi memimpin parti DAP selama 51 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada sidang media 4 April lepas, Tunku Abdul Aziz mencabar Lim untuk
berdebat mengenai dasar dan pemerintahan diktator yang menjadi asas perjuangan parti itu selepas penasihat DAP itu membuat keputusan melantik orang Melayu untuk mengambil kerusi jawatan pengerusi Pakatan Harapan.

Tunku Abdul Aziz mendakwa strategi itu hanya sebagai muslihat untuk
memperdaya pengundi Melayu untuk mempercayai bahawa orang Melayu akan menerajui tampuk kuasa dan kekal mentadbir negara ini apabila pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Asoghan mendakwa tidak wujud demokrasi dalam parti DAP dan Lim akan menyingkirkan sesiapa sahaja di dalam parti bagi menjaga kedudukan dinasti Lim dalam DAP.

"Saya antara mangsa kekejaman politik kuku besi Lim Kit Siang. Selain saya, masih ada yang dalam parti DAP Lim Kit Siang akan singkir," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 11-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kit Siang pun boleh bentang RUU355
Posted on Sunday, April 02 @ 11:29:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34307


ALOR SETAR, ― Hanya Majlis Syura Ulama PAS yang akan membuat keputusan sama ada PAS perlu memutuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau sebaliknya, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Beliau berkata walaupun Muktamar Agung PAS penghujung April ini akan memutuskan kata sepakat daripada perwakilan mengenai perkara itu namun ia mesti mendapat keputusan majlis berkenaan selepas itu.

“PAS ada garis panduannya untuk memutuskan sebarang keputusan untuk berkawan dengan siapa, mahu berlawan dengan siapa ataupun mahu berkecuali untuk berkawan.

“Majlis Syura lah akhirnya akan membuat penilaian dan menilai sama ada menerima atau tidak apa-apa ketetapan daripada muktamar nanti.

PAS bukan parti yang bodoh kerana kita boleh menilai sesuatu itu sama ada baik atau tidak,” katanya pada perasmian mesyuarat PAS Kawasan Kuala Kedah di sini, petang ini.

Hashim berkata walaupun ketika ini semua kawasan sedang mengadakan mesyuarat di peringkat masing-masing, terpulanglah kepada mereka membuat usul untuk tidak bersama PKR atau mana-mana parti yang lain bagi dibincangkan pada muktamar nanti.

Katanya biar perwakilan pada muktamar nanti menyuarakan pandangan mereka dan membuat keputusan yang kemudiannya akan dimuktamadkan selepas itu.

Sementara itu, Hashim berkata PAS tidak kisah siapa yang akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 selepas Barisan Nasional (BN) memutuskan ia akan kekal sebagai RUU persendirian.

“Kalau Lim Kit Siang mahu bentangkan pun tidak apa kerana (bekas mursyidul am PAS) allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata PAS menerima sesiapa sahaja yang mahu menolong termasuklah syaitan,” katanya.

Beliau berkata apa yang penting adalah matlamat untuk memartabatkan Mahkamah Syariah itu tercapai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berkata kerajaan tidak akan membentangkan pindaan RUU itu di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian.

Kata Najib ia susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu. ― Bernama 31 Mac

Sumber TKO - 2-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melayu DAP berkata bahaya menanti jika RUU 355 diluluskan
Posted on Friday, March 31 @ 21:53:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34277



PETALING JAYA: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kerajaan tidak akan membentangkan rang undang-undang (meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) tidak bermakna isu itu bukan lagi topik perbincangan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini sekali lagi mengkritik RUU itu dalam posting terbaru blognya, dan menggariskan 10 keburukan jika diluluskan.

Beliau berkata, pindaan antara lain akan melebarkan jurang undang-undang syariah setiap negeri, seterusnya menjadikan sistem jenayah syariah tidak seimbang dan adil kepada orang Islam.

“Undang-undang Syariah sedia tidak sama di setiap negeri. Terdapat perkara yang dilarang di sebuah negeri, tetapi tidak di negeri lain. Hukuman pula boleh berbeza untuk kesalahan sama, selain proses mahkamah yang tidak konsisten.

Peningkatan had hukuman akan membuka ruang kerajaan negeri meningkatkan hukuman sedia ada, justeru menjadikan undang-undang syariah setiap negeri menjadi lebih berbeza,” katanya yang juga seorang peguam.

Beliau memberikan contoh kesalahan khalwat di Terengganu yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Rendah dengan 2 kali peluang rayuan di Mahkamah Syariah Tinggi, sedangkan ia dibicarakan di Mahkamah Tinggi dengan 1 peluang rayuan di Wilayah Persekutuan.

Katanya lagi, ia juga akan meningkatkan tahap hukuman terhadap pelanggaran fatwa, yang menyentuh aspek yang luas termasuk pandangan seseorang individu.
Beliau memberikan contoh fatwa pengharaman “pemikiran pluralisme dan liberalisme” agama yang diwartakan di Selangor pada 2014.

Katanya, mana-mana umat Islam yang melanggar fatwa yang diwartakan boleh dijatuhkan hukuman sehingga 2 tahun penjara, denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

“Jika RUU 355 diluluskan, hukuman terhadap pelanggaran fatwa boleh ditingkatkan. Sekatan terhadap umat Islam akan berganda,” katanya.

katanya, semua pihak patut fokus kepada penambahbaikan terhadap sistem syariah berbanding meningkatkan tahap hukumannya.

“Misalnya menambahkan bilangan hakim, peguam syarie dan penguatkuasa agama serta mengetatkan proses perlantikan mereka,” katanya.


Pada masa ini, katanya, kekurangan hakim menyebabkan sesetengah kes seperti penceraian dan hak penjagaan anak tertangguh, menambahkan derita kepada mereka yang terlibat.

Sumber TKO - 31-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sakmongkol Ak47 Antara Adun DAP dipilih Untuk bahas Tolak RUU 355
Posted on Monday, March 27 @ 19:44:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34214



DAP hari ini menyerahkan tugas menentang pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dalam perbahasan di Dewan Rakyat kepada dua anggota parlimennya.

Menurut Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, perbahasan itu akan diketuai oleh anggota parlimen Puchong, Gobind Sing Deo dan disertai oleh anggota parlimen Raub Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang juga adalah penulis blog Sakmongkol Ak47.

"Kesemua 36 Ahli Parlimen kita akan menentang rang undang-undang (itu).

"Kita akan beri penghujahan kenapa kita tak bersetuju dalam perbahasan itu nanti dan kita telah melantik sekurang-kurangnya dua anggota parlimen.

“Ia akan diketuai oleh MP Puchong serta berkemungkinan besar MP Raub akan diberi peluang untuk mewakili DAP untuk berhujah mengapa kita tak sokong RUU355 dalam perbahasan," kata Anthony dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas keputusan itu, Mohd Ariff berkata penghujahan bagi menentang RUU355 bukanlah kerana DAP parti anti-Islam.

"RUU355 ini kalau kita tengok adalah satu usaha untuk membuat Islam kembali hebat tapi cara PAS buat kita tak setuju tetapi bila kita tak setuju bukan bermakna kita anti-Islam.

"Kita nak beritahu kedudukan dan pendirian DAP, ini pendirian rasmi pembangkang kita akan tolak RUU355 tetapi kita ada penghujahan sendiri dan kalau didebatkan pun saya akan ambil bahagian," kata Mohd Ariff.

Cadangan meminda undang-undang yang turut dikenali sebagai Akta 355 itu dimulakan oleh PAS melalui usul persendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku anggota parlimen Marang.

Ia bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum yang dikenakan oleh mahkamah Syariah kepada penjara 30 tahun, 100 sebatan dan denda RM100,000.

Bagaimanapun pada 17 Mac lalu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan akan membentangkan sendiri usul pindaan Akta 355 dalam sidang parlimen kali ini.

Pada 23 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan secara berasingan dengan semua pemimpin parti komponen BN berhubung isu pindaan berkenaan.


Namun sehingga hari ini belum ada kenyataan atau pendirian rasmi parti-pati komponen lain mengenainya.

Sumber TKO - 27-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kit Siang letak harapan selepas hina Hadi
Posted on Saturday, March 25 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34174

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa terdesak apabila kembali meletakkan harapan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melihat parti itu bekerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan.

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan tindakan Kit Siang sebagai aneh jika benar laporan media yang menyiarkan kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu bahawa wujud harapan untuk menyaksikan perdamaian antara DAP dan PAS tetapi bergantung kepada parti Islam berkenaan.

"Alangkah anehnya supremo Kit Siang, ...siang malam menghina dan mencerca Presiden PAS sehingga mengguris perasaan seluruh ahli dan penyokong PAS. "Hari ini meletakkan harapan segalanya pada Presiden PAS pula.

Agaknya inilah kerja orang yang terdesak," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Kit Siang pada sidang media di Alor Setar, hari ini bahawa wujud harapan untuk menyaksikan perdamaian antara DAP dan PAS, tetapi keputusan itu bergantung kepada parti Islam berkenaan.

Kit Siang dilaporkan berkata, Hadi perlu memutuskan sama ada partinya sedia bekerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan. "Sama ada beliau (Hadi) mahu menyelamatkan Malaysia atau menyelamatkan Najib, biarlah beliau yang putuskan," kata Kit Siang seperti yang dilaporkan.

Sumber TKO - 25-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anthony Loke Mengaku Pernah ‘Sokong Hudud’
Posted on Thursday, March 23 @ 14:04:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34155

Video -http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34155

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook mengakui pernah mengeluarkan kenyataan seolah-olah ‘menyokong hudud’ apabila menyeru masyarakat Cina tidak perlu takut terhadap undang-undang hudud jika tidak melakukan kesalahan.

Bagaimanapun berkata, kenyataan dalam bahasa Cina pada tahun 2013 itu dibuat kerana beliau yakin agenda Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS pada waktu itu yang tidak mengutamakan hukum hudud, berbanding dengan agenda lain.

“Pada ketika itu memang saya ada cakap begitu bahawa masyarakat Cina tidak perlu takut (hudud) kerana itu bukan agenda PR pada ketika itu dan sebab pada ketika itu MCA cuba menakutkan orang Cina melalui isu hudud itu.

“Saya hanya perjelaskan pada ketika itu bahawa ia bukan agenda kita dan tidak perlu ditakuti,” katanya kepada pemberita.

Loke menyifatkan penularan video yang dirakam sebelum PRU13 itu sebahagian agenda MCA untuk mengalihkan sokongan pengundi Cina.

“Ini cubaan daripada MCA untuk mengatakan bahawa kita menyokong hudud itu agendanya, tetapi kita sudah jelaskan.

“Tidak apalah, itu hanya mainan politik sahaja,” katanya lagi, ketika ditanya sama ada mahu mengambil tindakan susulan terhadap penularan video berkenaan.

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7GLsq7R3c4Q


Sebelum ini, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mendakwa DAP cuba mengelirukan rakyat apabila membuat pusingan U dengan menentang pindaan Akta 355 (RUU 355) yang diperjuangkan bekas rakan sekutunya, PAS sebaliknya pernah ‘menyokong hudud’ ketika PAS bersama PR.

“Namun sekarang, apabila PAS sudah tidak bersama DAP didalam pakatan pembangkang, tiba – tiba sahaja DAP sudah melakukan U-Turn dan tidak bersetuju dengan perjuangan PAS. Malah DAP mengatakan bahawa perjuangan PAS bertentangan dengan perlembagaan Malaysia.

“Ini membuktikan DAP merupakan satu parti yang hipokrit yang sentiasa menukar pendirian mereka hanya untuk mendapatkan sokongan dan kuasa politik,”kata Huan.
Selanjutnya sila baca “Pindaan Akta RUU 355, Bantahan dan Penipuan DAP -Huan

Sumber TKO - 23-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dulu DAP Tak Tentang Hudud, Tapi Bila Berkawan Dengan GHB (PAN) DAP Mula Tentang Hudud
Posted on Wednesday, March 22 @ 09:23:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34125



27 Jun 2012 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat pada Majlis Wacana II "Benarkan Dasar DAP Mengacam Islam" anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini .

Dalam program wacana itu, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu hudud kepadanya.

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya.


"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TPvyYjm7aNA



Cina DAP pada itu tidak kisah hudud yang dibawa oleh PAS kerana hudud adalah untuk orang Islam dan untuk menghukum mereka yang jahat sahaja. Lihat keadaan pada masa itu. Gambar tidak berbohong.


Gambar daripada laman Helen Ang
 

Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud oleh Cina DAP.



Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menetang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.

Kelab Penyokong PAS terdiri daripada orang Cina juga menyokong hudud. Mereka pernah membuat kenyataan terbuka dalam hal ini.

Buka itu sahaja anda dikalangan Cina DAP berkempen untuk hudud.


Malah Hannah Yeoh syor usul hudud dibahaskan dengan bebas di DUN Selangor dalam satu kenyataannya semasa itu. Kenyataan ini masih ada pada Youtube.

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=bfQ3luKgCGA



Malah ada juga Cina DAP buat kempen "Hudud In Penang 2020"


Anthony Loke juga mempertahankan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Tapi kenapa kini berubah?


Kenapa kini berubah dan bila perubahan ini berlaku?

Bila wujud pengeseran pendekatan dalam PAS, ada yang ingin ke Putrajaya dengan cepat menolak pendekatan menjulang syariat Islam. Mereka berkata dapat Putrajaya dulu baru kita laksanakan syariat Islam (hudud). Ramai orang miskin, basmi rasuah itu lebih penting daripada hudud.

Maka mereka mendekati DAP dan PKR sehingga jurang perbezaan dalam PAS makin besar kerana pengeseran kecil dibesarkan di akhbar pro-pembangkan seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Cina DAP lebih suka kumpulan ini kerana mereka tidak memperjuangan hudud sebagai dasar perjuangan mereka. Kumpulan ini GHB (sekarang parti PAN) telah membuka ruang untuk orang bukan Islam mendapat manafaat. Sikap DAP makin berubah kerana mereka menyangka kumpulan ini akan menguasai PAS kerana pada masa itu hampir 2/3 ahli majlis tertinggi PAS terdiri daripada kumpulan ini.

Untuk mendominasi PAS, Cina DAP mengambil sikap menyokong kumpulan ini untuk menjatuhkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Itu saham yang dilaburkan oleh parti PAN dan ahli-ahlinya. Merekalah yang menyebabkan sikap Cina DAP makin keras dengan hudud sebab ada orang Islam sendiri merasakan hudud belum sesuai lagi kerana keutamaan 'fiqh alawiyyat' kononnya.




Sumber TKO - 22-3-2017



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wartawan pakai baju hitam dalam majlis DAP dihadiri Guan Eng
Posted on Monday, March 20 @ 19:30:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34109



MELAKA – Hubungan antara Ketua Menteri Pulau Pinang dengan media menjadi kurang mesra tidak kira di utara mahu di selatan Semenanjung.

Selepas disaman di Pulau Pinang oleh seorang wartawan, pengamal media di Melaka pula bertindak mengenakan pakaian berwarna hitam sebagai tanda protes ke atas kenyataan Setiausaha Agung DAP itu.

Sinchew Daily melaporkan, wartawan yang membuat liputan dalam satu majlis makan malam anjuran DAP Melaka pada Jumaat telah mengenakan pakaian hitam sebagai usaha mempertahankan maruah dan profesional pengamal media.

Tindakan protes itu diambil susulan tindakan Guan Eng yang melabelkan empat akhbar bahasa Cina sebagai “Media Barisan Nasional (BN)” , tanpa menamakan surat khabar atau agensi media berkenaan.

Guan Eng mula menggunakan frasa “Media BN” untuk merujuk akhbar bahasa Cina tertentu kerana beliau tidak berpuas hati dengan laporan mengenai 182 ahli DAP Melaka yang mengikut jejak empat wakil rakyat untuk meninggalkan parti.

Dalam majlis makan malam pada Jumaat, Guan Eng dalam ucapannya sekali lagi mengulangi “Media BN” sebanyak beberapa kali, walaupun tidak menamakan agensi media berkenaan secara spesifik.

Guan Eng antaranya mendakwa “Media BN” cuba memburuk-buruknya walaupun beliau tidak melakukan kesilapan. Pemimpin DAP itu turut menyeru suraya jangan mempercayai laporan “Media BN”.

Dalam majlis tersebut, Ketua DAP Melaka, Tek Kok Kiew menyatakan bahawa pemimpin pusat DAP tetap bersatu walaupun sebanyak 182 ahli di Melaka memilih meninggalkan parti.

Kok Kiew mengambil peluang menyindir MCA kerana sering berlaku perpecahan dan pertelingkahan antara presiden dan timbalan presiden parti.

Sebelum ini, Ong Beng Siang, pemberita Guang Ming Daily memfailkan saman fitnah terhadap Guan Eng di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang.

Beng Siang, 40, berkata beliau bertindak demikian untuk “membersihkan nama dan maruahnya serta rakan-rakan wartawan”.

Guang Eng pada 22 Januari lalu dilaporkan berkata di Facebook bahawa terdapat pemberita yang mahu mencemarkan reputasi kerajaan Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 20-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kesatuan soal DAP: Kenapa isu guru agama hanya di Sarawak?
Posted on Friday, March 17 @ 06:02:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34054



PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) kesal DAP berpandangan guru agama “import” dan “pemikiran sempit” dari Malaysia Barat menganggu keharmonian kaum di Sarawak.

Presiden Kamarozaman Abd Razak berkata kenyataan itu menguris hati para guru kerana mereka di hantar ke sana untuk mengisi kekurangan tenaga kerja di Sarawak.

“Latihan guru agama mungkin berkurangan jadi mereka memerlukan guru. Tiada masalah (pemikiran sempit) di Semenanjung tetapi kenapa bila pergi Sabah dan Sarawak ada masalah?” katanya kepada FMT.

“Ini hanya persepsi untuk menganggu-gugat budaya mengajar anak bangsa. Guru berkorban tiba-tiba orang kata begini,” tambahnya.


Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) di Dewan Rakyat semalam berkata guru-guru pendidikan Islam dari Malaysia Barat “mencemarkan pemikiran anak muda generasi baharu Sarawak” dan “membawa falsafah dan pemikiran yang sempit dari Semenanjung ke Sarawak”.

“Biarlah kita mengekalkan apa yang baik di Sarawak sepanjang masa ini iaitu keharmonian antara kaum,” kata Chieng Jen, yang juga pengerusi DAP Sarawak.

Kamarozaman bagaimanapun menyanggah kenyataan itu sebagai tidak tepat. Beliau menjelaskan para guru diberi kelulusan mengajar mengikut bidang kepakaran dan diiktiraf kementerian.

“Setiap guru agama mestilah ada kelulusan agama. Kalau tidak diiktiraf, macam saya tidak ada jurusan agama, saya tak boleh mengajar agama,” katanya.

“Kita desak wakil rakyat supaya memastikan hujah tepat dan bukan dari segi persepsi semata sebab ia akan menganggu penjawat awam yang bekerja untuk rakyat.”

Sumber TKO - 17-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Zairil elak jawab isu video menari berpelukan
Posted on Tuesday, March 14 @ 21:48:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34019




 GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari cuba mengelak daripada menjawab isu video seorang lelaki didakwa miripnya sedang menari dan berpelukan dengan seorang wanita di sebuah kelab malam.




Zairil yang ditemui media di Kompleks Mahkamah Tinggi Georgetown di sini enggan mengulas selepas diasak media berhubung isu yang sedang tular di laman sosial itu.





Sambil meminta agar media tidak berasak dan menolaknya, Zairil turut menyoal semula kepada media tentang video yang disoal kepadanya.



"Eh...jangan tolak. Video mana?" katanya kepada media sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dan bergegas meninggalkan sidang media, hari ini.



Sebelum itu, media menyoal Zairil sama ada beliau sudah membuat laporan polis atau tidak berhubung video berdurasi 15 saat yang hangat diperkatakan di laman sosial.



Terdahulu, Zairil menyifatkan video yang dikaitkan dengan dirinya sebagai mengarut selain menafikan lelaki berkaca mata yang sedang menari sambil berpelukan dengan seorang wanita adalah dirinya.

Sumber TKO - 15-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP Sarawak gesa henti ambil guru agama dari Semenanjung. Tiada Reaksi Parti PAN
Posted on Tuesday, March 14 @ 09:19:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34011



KUCHING, 14 Jamadilakhir 1438H, Isnin – Parti rasis dan cauvinis DAP sekali lagi masuk campur dalam urusan umat Islam apabila mempertikaikan pengambilan guru agama dari Semenanjung Malaysia ke negeri itu.

Dalam surat bertarikh 3 Februari, Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, Jabatan Pelajaran negeri dengan persetujuan Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Fatimah Abdullah dan kerajaan BN negeri telah meminta 433 guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia untuk mengajar di negeri ini.


Chong berkata, alasan yang diberikan untuk mengimport guru-guru Islam adalah kerana terdapat kekurangan guru itu di Sarawak.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, 433 guru agama Islam yang akan dibawa masuk ini bakal menjadi permulaan kepada ketaksuban agama yang kemudiannya disusuli gangguan keharmonian kaum di negeri ini.

Chong, yang juga ADUN Kota Sentosa, turut berasa takut guru-guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia itu akan membawa versi ajaran Islam mereka dan mengindoktrinasi kanak-kanak di Sarawak dengan versi pengajaran Islam UMNO dan menyebabkan lagi pengasingan kaum.

Beliau turut tidak berpuas hati apabila kerajaan menolak permohonan guru agama Islam di Sarawak tetapi membenarkan guru-guru agama Islam Malaysia Semenanjung untuk mengajar di negeri ini.

"Adalah mustahil apabila 10 peratus daripada mereka yang memohon tidak layak menjadi guru agama Islam. Guru agama Islam di Sarawak takkan lah begitu teruk," katanya.

Beliau menegaskan bahawa jika ia adalah sistem atau polisi yang melarang pengambilan walaupun 10 peratus daripada pemohon ini, sebagai kerajaan, BN perlu mengubah sistem atau dasar prejudis tersebut.


"Kami juga menggesa kerajaan memberi pertimbangan selanjutnya kepada 4,438 pemohon yang telah memohon untuk Jais (seperti yang ditunjukkan oleh Fatimah) berdasarkan kelayakan akademik mereka yang sebenarnya tidak pada kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia," katanya.

Sumber TKO - 14-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



DAP berjaya kaburi mata orang Islam
Posted on Monday, March 13 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33990



SHAH ALAM - DAP dilihat berjaya mengaburi mata rakyat terutama orang Islam bahawa parti itu mesra dan tidak mengkhianati agama Islam melalui bantuan kewangan yang disalurkan kepada masjid, surau dan sekolah agama persendirian.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, pemberian bantuan ini diberi liputan yang menyeluruh dalam usaha DAP mempengaruhi persepsi dan pemikiran orang ramai bahawa parti itu lebih baik daripada Umno.

“Perkara ini dapat dibuktikan melalui kerajaan DAP di Pulau Pinang. Hari ini DAP bukan sekadar mahu menguasai tampuk pemerintahan, malah mereka ingin mengatur Islam supaya selari dengan kehendak sekular mereka.

“Kezaliman mereka melebihi British sewaktu menjajah Tanah Melayu yang tidak campur tangan dalam urusan hal ehwal Islam dengan meletakkan urusan itu sepenuhnya di bawah kuasa Sultan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dakwanya, selepas Pulau Pinang dikuasai DAP, satu pekeliling telah dikeluarkan untuk mewajibkan setiap fatwa yang diluluskan perlu dibawa ke pentadbiran kerajaan negeri sebelum dibawa ke pengetahuan Yang Di-Pertuan Agong.

“Semakan itu adalah bertujuan untuk memastikan fatwa yang dikeluarkan itu haruslah selari dengan kehendak kerajaan negeri berbeza dengan zaman pemerintahan Umno di negeri itu.
“Hal ini diakui oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Datuk Md Salleh yang mendakwa banyak fatwa yang diluluskan di peringkat jawatankuasa fatwa negeri telah dibekukan setelah diteliti oleh kerajaan negeri itu,” katanya.

Merujuk situasi yang berlaku, beliau akui tidak terkejut melihat sikap DAP berhubung Rang Undang Undang 355 (RUU 355) yang diusahakan secara bersama oleh kerajaan Persekutuan dengan Pas untuk diluluskan di peringkat Parlimen.

“Jika hanya dengan menguasai Pulau Pinang, DAP sanggup melakukan kezaliman sebegini terhadap Islam, bayangkan apabila mereka berjaya menguasai negara melalui proksi mereka,” katanya.

Sumber TKO - 13-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
182 akar umbi DAP Melaka keluar parti
Posted on Sunday, March 12 @ 19:13:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33983



DAP Melaka hari ini mengalami gelombang kedua melibatkan anggotanya yang keluar parti selepas ahli veteran dan Ahli Parlimennya, Sim Tong Him bersama tiga ADUN lain berbuat demikian bulan lalu.

Seramai 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri, keluar parti kerana 'kecewa' dengan parti itu.

Antara lain mereka berkata, parti itu menyimpang daripada prinsip "Malaysian Malaysia", kata bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang.

Selain Liou, enam bekas anggota jawatankuasa negeri lain yang meletakkan jawatan ialah N Ghandi, Low Chew Lim, Henry Kang, Kenny Tam, Kng Tuan Hock dan Tee Ai Yen.

Liou juga mengkritik DAP kerana "menjual maruah Cina" demi meraih undi untuk mendapat kuasa, dengan mendakwa gagal menghapuskan rasuah dalaman serta dakwaan campur tangan kepimpinan pusat dalam hal berkaitan DAP negeri.

"Kami memutuskan untuk mengambil keputusan ini selepas sebulan pertimbangan dan berunding dengan penyokong tempatan dan ahli-ahli.

"182 ahli memilih untuk keluar daripada parti kerana DAP telah menyimpang dari perjuangannya," kata Liou yang menyertai DAP 18 tahun lalu kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Setiausaha DAP Negeri, Khoo Poay Tiong menafikan parti itu telah menyimpang daripada prinsip "Malaysian Malaysia" dan menggesa anggotanya mempertimbangkan semula keputusan mereka.

"Saya difahamkan, mereka (anggota yang tidak berpuas hati) akan hantar surat peletakan jawatan mereka kepada kepimpinan pusat.
"Jika mereka belum menghantar (surat itu), saya gesa mereka agar bertenang dan mempertimbangkannya semula," kata ADUN Ayer Keroh itu ketika dihubungi.

Sumber TKO - 12-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAP Menghasut Membeci Islam bagi menjatuhkan BN
Posted on Sunday, March 12 @ 16:30:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33980



Jika 45 anggota Parlimen BN dari bukan Umno menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan akan tumbang dengan serta-merta, kata Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, 45 ahli Parlimen BN bukan Umno perlu berbuat demikian memandangkan tentangan terhadap usaha Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) disokong oleh Umno.

Parti-parti komponen BN perlu sedar sekarang bahawa semangat Umno dalam memudahkan Rang Undang-undang (RUU) persendirian oleh Abdul Hadi adalah percubaan untuk memansuhkan model konsensus BN, jelas Lim.

Walaupun 14 ahli Parlimen dari PAS membuat keputusan untuk menyokong Najib, ujar ahli Parlimen Gelang Patah itu, sokongan mereka bersama 86 ahli Parlimen Umno tidak akan cukup untuk membentuk kerajaan baru.

"Dengan tidak mendapat sokongan 25 ahli Parlimen BN Sarawak dan 20 ahli Parlimen BN yang lain, krisis politik dan Perlembagaan bakal tercetus di Malaysia.

"Penyelesaiannya adalah pembentukan kerajaan baru dan (melantik) perdana menteri baru yang menghormati prinsip konsensus serta menolak prinsip hegemoni Umno.

"Atau pilihan raya umum ke-14 diadakan lebih awal untuk menyelesaikan krisis Perlembagaan," kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Sumber TKO - 12-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apabila Bukan Islam Mengajar Umat Islam Berkenaan Maqasid Syariah
Posted on Sunday, March 12 @ 06:38:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33970



Menurut portal AIDCNews, Projek berjenama Islam yang dinamakan ‘Maqasid Syariah’ direstui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ia digerakkan oleh badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute dengan kerjasama dua badan liberal Islamic Renaissance Front (IRF) dan G25 Malaysia.



Penggeraknya, Zairil Khir Johari (Christopher Lim) yang merupakan Pengarah Eksekutif Penang Institute dan Dr Wong Chin Huat, Penganalisis Politik dan Sosial Penang Institute.



Zairil berkata mengapa Penang Institute bekerjasama dengan kumpulan moderate seperti G25 adalah untuk membawa idea-idea dan perbincangan yang lebih berfikiran terbuka mengenai Islam.

“Islam adalah agama keamanan dan sekarang ia dikaitkan dengan keganasan jadi kami perlu membawa pandangan yang berbeza mengenai Islam,” katanya kepada The Malay Mail.

zairil

zairil1
zairil2

Laman bangkit.info mempertikaikan kelayakan dan agenda bukan Islam seperti Dr Wong Chin Huat dan tokoh-tokoh liberal dalam mengupas berkenaan Maqasid Syariah kepada umat Islam di negara ini.


Maqasid asy-Syariah juga kerap dibincangkan oleh tokoh-tokoh bukan Islam, terutamanya Wong Chin Huat daripada Penang Institute, sebuah badan pemikir DAP. Namun apa yang lebih menghairankan ialah bagaimana seseorang yang tidak beragama Islam dan secara terbuka pernah menggelarkan diri sendiri sebagai ‘kafir’ di depan khalayak begitu terkedepan sekali membawa agenda ‘Maqasid asy-Syariah’?

Tambahan pula dia tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik yang ada kena mengena dengan Pengajian Islam untuk berbicara mengenai Maqasid asy-Syariah. Kita bimbang pemahaman salah beliau tentang konsep tersebut bakal membawa kepada kekeliruan yang lebih besar?

Persoalannya adakah pemegang ijazah PhD dalam bidang Sains Politik seperti beliau mempunyai agenda tersendiri untuk mempolitikkan ‘Maqasid As-Syariah’ semata-mata?

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Konvensyen Al-Islam Rahmatun Lil Alamin 2 dan pada satu forum Wong Chin Huat telah dilantik sebagai moderator.

Masalahnya dia telah dilihat cuba memaksa masuk naratifnya sendiri dengan lambakan soalan dan tambahan maklumat hanya kerana naratif selewengnya gagal diketengahkan. Sikapnya pada hari itu yang degil bertegas mahu mewar-warkan kefahaman mengenai perundangan syariah Islam versinya yang tersendiri adalah amat mencurigakan. Apakah niatnya yang sebenar?

Begitu juga kumpulan G25 yang aktif membincangkan mengenai Maqasid asy-Syariah sedangkan mereka bukanlah orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam bidang tersebut. Kejahilan mereka terserlah apabila salah seorang ahli G25, mendakwa kesalahan khalwat tidak perlu didakwa memandangkan kesalahan itu tidak lebih hanyalah sebagai ‘personal sin’ sahaja.

Pandangan itu mungkin disebabkan natijah pengaruh budaya dan kefahaman orang Barat memandangkan dia pernah bertugas sebagai Duta Malaysia di Belanda. Mungkin dalam keghairahan mereka yang kononnya cuba mengekang ‘creeping Islamization’, tanpa disedari mereka sebaliknya membawa ‘creeping westernization’ di dalam masyarakat negara ini.

wo1wo2wongwong1wong3








Sumber TKO - 12-3-2017



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS lahirkan pemimpin Islam, bukan kaki kelab malam, Jawab Zuhdi kepada Tulisan Zairil, DAP
Posted on Saturday, March 11 @ 19:52:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33965



PETALING JAYA: PAS mengakui perjuangan mereka selaras dengan apa yang dilakukan jemaah tabligh dalam melahirkan ahli dan pemimpin yang bersih, kata Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu berkata, pendekatan Islam yang dibawa PAS dapat menghindari pemimpin daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti mengunjungi kelab malam dan kaki perempuan.

“Dalam PAS memang sudah ada kegiatan menyucikan diri dan mengukuhkan kerohanian seperti yang dilakukan oleh jamaah tabligh.

“PAS memang mementingkan usaha seperti itu supaya pimpinan politik yang dilahirkan oleh PAS tidak kaki kelab malam, berpeleseran dengan wanita bukan mahram dan lain-lain,” kata beliau kepada FMT.

Zuhdi berkata demikian susulan pandangan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang, Zairil Khir Johari yang menyifatkan PAS umpama jemaah tabligh kerana tidak berminat memenangi pilihan raya.

Katanya, Zairil sepatutnya mencontohi perjuangan yang dibawa PAS dan jemaah tabligh sekali gus dapat melahirkan pemimpin yang berakhlak tinggi.

“Pemimpin yang berakhlak tinggi dan berintegriti sebenarnya lahir dari kegiatan penyucian diri dan pengukuhan kerohanian seperti yang ada dalam PAS serta jamaah tabligh.

“Dengan menawarkan pimpinan seperti ini, PAS yakin rakyat Malaysia akan menolak pimpinan politik sekular dan chauvinis seperti yang dilahirkan oleh DAP,” katanya.

Semalam, Zairil dalam penulisannya mempersoalkan haluan perjuangan PAS yang kini lebih mementingkan perjuangan agama berbanding meraih sokongan politik dan menuduh PAS lari daripada perjuangan arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Zuhdi pada masa sama turut mengingatkan Zairil supaya tidak memandang rendah kepada jemaah tabligh kerana kumpulan itu mampu menumbangkan kerajaan DAP Pulau Pinang.


“Jumlah mereka yang ramai di Pulau Pinang dan pengaruh mereka yang tidak sedikit, di samping kerjasama dengan PAS dan NGO Islam yang lain, jika digembleng akan mewujudkan tsunami Islam yang akan menumbangkan DAP di negeri tersebut,” katanya.

Sumber TKO - 11-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengaku Saja Lah: Tunku Aziz Nasihat Zairil
Posted on Saturday, March 11 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33961



BEKAS NAIB pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim berpendapat Zairil Khir Johari perlu berterus-terang jika benar individu miripnya dalam sebuah video kontroversi memang benar dirinya.

“Zairil harus bertanggungjawab ke atas perilakunya dan tidak takut untuk mengaku kesalahannya jika benar memang video tersebut memaparkan dirinya,” katanya dalam satu wawancara melalui telefon dengan Mynewshub lewat petang tadi.

Kata Tunku Abdul Aziz lagi, beliau yakin reputasi Ahli Parlimen Bukit Bendera itu tidak akan terjejas jika beliau mengaku kesilapannya kepada umum.

Sebelum ini, Zairil menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat di dalam rakaman tersebut.

Seterusnya, ahli politik veteran itu turut berpandangan bahawa isu ini tidak boleh dibiarkan tanpa diberi apa-apa penjelasan kerana status Zairil sebagai public figure yang dihormati masyarakat.

“Sebagai seorang ahli parlimen yang dilantik oleh rakyat, Zairil perlulah menjaga tata tertibnya di mata masyarakat.

“Bahkan, sebagai seseorang yang  menerima gelaran ‘Yang Berhormat’, jadi ianya hanyalah logik untuk dia berkelakuan secara baik dan terhormat,” ulas bekas Panel Penasihat Program Pembangunan di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu lagi.

Apabila ditanya adakah kontroversi ini menjejaskan hubungan Zairil dengan ahli-ahli tertinggi parti pembangkang itu, Tunku Abdul Aziz menafikan ada sebarang pergeseran berlaku.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa beliau tidak mahu masuk campur urusan peribadi ahli Parlimen tersebut namun beliau memberi pendapat di atas kapasiti Zairil sebagai wakil rakyat.

“Zairil sudah besar, dia tahu kesan akibat perbuatan dia.

“Dia bukan budak kecil untuk dimarahi atau diberi nasihat itu-ini,” katanya lagi menutup perbualan.

Semalam, dua rakaman video yang dikaitkan dengan Zairil yang memaparkan aksinya menari manja dengan penuh mesra dan ghairah bersama-sama seorang wanita.

Video berdurasi 11 saat itu jelas memaparkan wajah lelaki itu yang kelihatan seiras dengan Zairil.

Wajah wanita itu pula mirip dengan seorang bekas calon DAP pada pilihan raya kecil Teluk Intan, tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka kelihatan intim berpelukan dan menari sambil menghayati lagu di dalam sebuah kelab malam.-MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 11-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Selepas Video Berpelukan, Zairil Serang PAS dengan Artikel PAS Parti politik atau Jamaah Tabligh?
Posted on Friday, March 10 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33955


P. Ramlee pernah menggunakan ungkapan “pelik bin ajaib” bagi menggambarkan keadaan yang amat menghairankan. Begitulah yang saya rasa apabila melihat kenyataan pemimpin PAS kebelakangan ini.

Apakah PAS kini hilang arah tujuannya?


Ambil sebagai contoh kata-kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin yang baru-baru ini menegaskan parti tersebut tidak meletakkan kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat utama perjuangan.

Beliau dipetik sebagai berkata: “Mencapai kemenangan yang dihitung semata-mata dengan memenangi pilihan raya ertinya matlamat perjuangan kita sangat singkat dan terhenti di pelabuhan dunia… Kita tidak akan mencapai apa-apa kejayaan atau kemenangan sekiranya kita tidak dapat melaksanakan dasar dan tujuan sebenar kewujudan parti kita, apatah lagi tujuan penciptaan kita!”

Hashim turut menambah, “Untuk apa sesebuah parti politik menguasai Putrajaya jika mereka tidak dapat menegakkan ideologi yang menjadi dasar mereka?”

Kenyataan ini sangat membingungkan, kerana bagaimanakah sesebuah parti ingin menegakkan ideologi dan menterjemahkannya kepada dasar kerajaan jika tidak memenangi pilihan raya terlebih dahulu? Pada masa yang sama, ia juga tidak mencerminkan realiti sejarah dan perjuangan PAS selama ini.

Kerjasama dengan parti ‘liberal dan sekular’

Hashim juga menyatakan PAS tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menegakkan dasar liberal dan sekular. Walaupun tidak disebut, jelas kenyataan itu merujuk kepada parti-parti pembangkang lain yang pernah menjadi rakan kongsi PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat dan sebelumnya dalam Barisan Alternatif.

Kenyataan ini juga menimbulkan banyak persoalan dan kekeliruan kerana jika DAP dengan prinsip sekular dan demokrasi sosial begitu jijik, kenapa boleh PAS berganding bahu dengan DAP, bukan seketika tetapi selama 10 tahun dalam dua gabungan berbeza? Kenapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri boleh memuji dan pertahankan DAP pada ketika itu?

Sudah lupakah Hadi dengan kenyataannya dalam Muktamar PAS ke-59 pada 2013 yang mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP serta memuji kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang ketika itu yang sentiasa memberi ruang kepada PAS meskipun PAS hanya menang satu kerusi di negeri itu.

Malah, sebelum itu lagi, Hadi sendiri beberapa kali membangkitkan fakta bahawa DAP sentiasa konsisten untuk berdialog dan bermuzakarah dengan PAS dalam semua isu berbanding Umno yang jelas menolak untuk berunding? Kini, Umno dipuji dan DAP pula yang dimomokkan.

Nik Aziz sendiri ketika hayatnya berkali-kali mempertahankan kerjasama dengan DAP. Kini, setelah pemergian Nik Aziz, Hadi menjadi penghadang paling keras terhadap permuafakatan dengan DAP kononnya atas alasan prinsip – apakah prinsipnya berbeza dengan Nik Aziz? Atau mungkin soalan yang lebih tepat, siapa sebenarnya yang lebih mengutamakan permainan politik berbanding prinsip?


Bagaimana pula PAS boleh mempertahankan keputusan tidak mahu bekerjasama dengan parti sekular dan liberal atas dasar prinsip apabila PAS sehingga kini masih kekal dalam kerajaan negeri Selangor yang turut dianggotai DAP?

Pada masa yang sama, ahli tunggal PAS Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pula lantang menyuarakan sokongannya terhadap kerajaan Pakatan Harapan di negeri tersebut. Adakah pendirian ini juga atas dasar prinsip?

Apakah benar menegakkan Islam?

Lebih mencurigakan lagi, jika benar mahu berpegang kepada prinsip Islam, mengapa Hadi melindungi dan mempertahankan Najib dalam skandal kewangan 1MDB apabila sudah sah berlaku penyelewengan berskala besar? Sedangkan umum mengetahui rasuah adalah salah satu perlakuan yang paling keji dalam Islam.

Dalam isu hudud pula, Hadi sendiri maklum Umno selama ini tidak pernah berminat untuk menyokong agenda tersebut dan hanya baru-baru ini sahaja bersetuju apabila keadaan sudah terdesak dan sokongannya berkurangan.

Namun, Hadi pula dengan pantas membela Umno kononnya bukan hak kita untuk mengukur tahap keikhlasan seseorang. Apakah Hadi terlalu naif atau tidak mahu mengiktiraf realiti? Sememangnya keikhlasan itu bukan hak kita untuk tentukan tetapi kita boleh menilai berdasarkan sikap seseorang itu.

Umpamanya, jika Umno ikhlas untuk memperjuangkan amal makruf dan mencegah kemungkaran, mengapa UMNO menolak sebarang cadangan untuk mencegah kemungkaran amalan rasuah dan salahguna kuasa?

Ambil sebagai contoh penolakan saranan Laporan Tun Dzaidin 2005 untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis sebagai badan pemantau agensi penguatkuasa yang bebas dan bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen. Mana keikhlasan Umno apabila mereka menolak cadangan sebuah Suruhanjaya Diraja dengan sewenang-wenangnya?

Sebelum ini, cadangan amalan pengisytiharan harta sebagaimana dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Harapan juga ditolak oleh Umno atas alasan khuatir rumah mereka akan dirompak atau keluarga mereka diculik, sepertimana jawapan beberapa menteri Umno.
Jelas, Umno tidak berminat untuk menegakkan prinsip amal makruf dan nahi mungkar yang menjadi dasar kepada syiar Islam. Walaupun demikian, tidak pula menjadi masalah bagi kepimpinan PAS untuk bekerjasama, malah menjadi ‘penasihat’ kepada kerajaan Umno-BN.

Parti politik atau jemaah tabligh?

PAS sebagai antara parti utama negara dengan sejarah perjuangan yang mulia tidak harus berpuas hati dengan peranan sampingan kepada Umno semata-mata. Adalah sesuatu yang menyedihkan untuk melihat arah tuju PAS di bawah kepimpinan terkini, lagi-lagilah apabila mereka seolah-olah bersedia untuk mengorbankan prinsip yang lama dipegang.

Apabila PAS bercakap soal mendapat keredhaan Allah dan pembalasan akhirat yang lebih baik dan menolak kemenangan pilihan raya sebagai pertimbangan strategi, mengapa PAS tidak meninggalkan sahaja perjuangan melalui pilihan raya dan menjadi jemaah tabligh atau tarekat sufisme sahaja?

Sesungguhnya, sebuah parti politik harus bermatlamat untuk memberi impak terhadap dasar negara.

Sementara kita tidak pernah menolak perlunya perubahan jati diri dan pembangunan masyarakat, namun bagi parti politik, jalannya adalah dengan mengubah dasar negara ke arah yang lebih insani, manusiawi dan adil kepada semua.

Jika PAS tidak lagi memiliki wawasan ini, maka apa gunanya menggelarkan diri sebagai parti politik?

Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang.

Sumber TKO - 10-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas Nafi, Muncul Pula Video Kedua Zairil Menari
Posted on Friday, March 10 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33946


BELUM reda dengan penyebaran video pertama yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, muncul pula video kedua yang memaparkan aksi menari dengan ghairah dipercayai wakil rakyat itu dengan seorang wanita.

Video berdurasi 11 saat itu jelas memaparkan wajah lelaki itu yang kelihatan seiras dengan Zairil.

Berita

Wajah wanita itu pula mirip dengan seorang bekas calon DAP pada pilihan raya kecil Teluk Intan, tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka kelihatan intim berpelukan dan menari sambil menghayati lagu di dalam sebuah kelab malam.

Sebelum ini, timbul video bahagian pertama di mana Zairil menafikan individu di dalam video berkenaan adalah dirinya dan menganggap ia adalah tuduhan karut.

Jelas Zairil, kisah mengenainya tidak pernah berhenti dan setiap hari pasti ada sahaja ‘gosip' mengenai dirinya.

‘Gosip' mengenai Zairil ini bukan pertama kali dilaporkan kerana pada Oktober 2014, Ahli Parlimen itu pernah dikaitkan dengan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud selepas gambar bercium dan berpeluk mereka tersebar di media sosial.


Bagaimanapun, kedua-dua individu berkenaan menafikan gambar berkenaan ada kaitan dengan mereka. - MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 10-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



DAP Kesal PAS Lebih Pentingkan Islam!
Posted on Thursday, March 09 @ 21:50:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33929



KUALA LUMPUR - DAP beranggapan adalah sukar untuk Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO jika ada parti pembangkang masih berpegang kepada pendirian Islam.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, parti politik yang berpegang kepada dasar Islam akan berpandangan perihal jawatan Perdana Menteri Malaysia perlu disandang oleh seorang muslim jauh lebih penting daripada isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan.

“Saya bersetuju adalah sangat sukar untuk menyingkirkan UMNO dan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya.

“Ini terutama apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) seorang muslim kekal sebagai Perdana Menteri jauh lebih penting berbanding isu lain dalam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Bagaimanapun, kata Kit Siang, UMNO dan kerajaan BN akan dapat ditumbangkan jika setiap rakyat Malaysia memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dan PPBM dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang patriotik tanpa mengira kaum, agama atau politik untuk bersatu dalam PRU14 untuk mencipta sejarah,” katanya.

Pakatan Harapan yang turut disertai Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada pakatan pembangkang.

PAS disingkirkan kerana enggan tunduk kepada desakan DAP dan PKR dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan pembangkang.

Pakatan Harapan kemudian dipelawa oleh PPBM yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bekerjasama menumbangkang UMNO dan kerajaan BN.

Mahathir mewujudkan PPBM selepas meletak jawatan sebagai ahli UMNO kerana kecewa hasrat beliau mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ditolak parti itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 9-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


'Bukan Saya' - Zairil Khir, MP DAP
Posted on Thursday, March 09 @ 21:38:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33927


GEORGETOWN: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menafikan beliau merupakan individu yang berpelukan dengan seorang wanita seperti dalam rakaman video yang tersebar menerusi laman sosial.

Video berdurasi 15 saat itu, menular dalam laman sosial, menunjukkan seorang wanita yang sedang menari memeluk seorang lelaki dalam lokasi yang dipercayai sebuah kelab malam.
Ramai netizen terkejut dan mendakwa lelaki itu menyerupai Zairil.

Video itu juga menunjukkan lelaki berkenaan tidak menolak wanita tersebut apabila dipeluk dan juga tidak menari.


"Bukan saya dan ia mengarut, setiap hari pasti ada cerita tentang saya. Tidak pernah berhenti," kata Zairil ketika dihubungi wartawan menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Mior Faridlatrash Wahid berkata, pihaknya tidak perlu melakukan siasatan berhubung perkara tersebut.
"Ia hanya sebuah video yang menunjukkan seseorang menari dengan seorang wanita," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow gagal dihubungi untuk mengulas perkara tersebut.

Sumber TKO - 9-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU355: DAP Minta Menteri Bukan Islam Letak Jawatan
Posted on Wednesday, March 08 @ 10:21:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33908



KUALA LUMPUR - DAP meminta anggota Kabinet bukan Islam meletak jawatan jika Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah diluluskan di Parlimen.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Menteri bukan beragama Islam wajar meletakkan jawatan bagi menunjukkan bantahan mereka jika usul yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu diluluskan.

“Jika 15 Menteri bukan daripada UMNO (bukan Islam) meletakkan jawatan maka krisis Perlembagaan boleh berlaku,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

RUU355 dibentangkan oleh Presiden PAS bertujuan meminda Akta 355 sekali gus mempertingkatkan hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah syariah di negara ini termasuk mereka yang berzina dan minum arak.


Usaha PAS itu bagaimanapun ditentang hebat oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

DAP mendakwa RUU355 taktik halus PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang bersifat kuno, zalim, menindas dan bias, manakala PKR dan PAN mendakwa RUU355 menimbulkan kebimbangan bukan Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut membantah usaha PAS tersebut kerana mendakwa Islam melarang menangkap dan menghukum mereka yang berzina jika mereka melakukan perbuatan itu secara sembunyi atau dalam rumah yang berkunci. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 8-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Walaupun Sertai PH & PPBM, Dasar ‘Malaysian Malaysia DAP Tidak Berubah – Tan Kok Wai
Posted on Tuesday, March 07 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33888



DAP menegaskan prinsip parti itu tidak akan berubah walaupun berjaya memerintah negara ini dengan bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, DAP akan tetap dengan dasar parti itu iaitu sebuah parti demoktarik sosial yang mahukan hak sama rata untuk setiap agama dan kaum di Malaysia.

“Ia tidak bermakna kita mengorbankan prinsip-prinsip kita apabila bekerjasama dengan pihak lain. DAP masih parti “Malaysian Malaysia”. Kami masih sebuah parti demokratik sosial.

“Kami bersama-sama dengan pihak lain bagi membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan DAP Pusat hari ini.

Kok Wai dalam pada itu menegaskan DAP akan tetap menentang sebarang usaha untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia selepas berjaya menguasai negara ini.
Jelas beliau, DAP menentang hukum hudud bukan kerana isu peribadi atau sentimen agama tetapi kerana ia menyalahi Perlembagaan Negara.

Konsep “Malaysian Malaysia” bermaksud Malaysia untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa, kali pertama diungkapkan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang juga Setiausaha Agung PAP pada tahun 1964 ketika mengkritik Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak-hak keistimewaan kepada kaum Melayu.

Kuan Yew telah mempertikaikan kontrak sosial itu yang disifatkannya sebagai mendiskriminasi kaum bukan Melayu.

Selepas PAP diharamkan di Malaysia ekoran pemisahan Singapura pada tahun 1965, slogan ‘Malaysian Malaysia’ telah diwarisi parti baharu, DAP, yang ditubuhkan pada 1966.

Roh pejuangan ‘Malaysian Malaysia’ DAP dimaktubkan dalam Deklarasi Setapak yang diikrarkan pimpinan parti itu pada tahun 1967.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan jika kita hendak memperbetulkan prinsip pembangunan negara di sebuah masyarakat berbilang kaum adalah menjauhi apa-apa idea hegemoni kaum oleh satu komuniti. Usaha yang sedemikian mesti ditumpaskan dan disingkirkan sama sekali..”

Asas DAP melalui ikrar Deklarasi Setapak itu bercanggah dengan Wasiat Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 yang mahu hak istimewa kaum Melayu diperkukuhkan;

“Kami amanahkan dan pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)”.

Jelas sekali, ikrar DAP untuk menumpaskan dan menyingkirkan hegemoni kaum yang disebutkan dalam Deklarasi Setapak itu adalah satu bentuk penderhakaan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan menyalahi Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sumber TKO - 7-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh Percaya Ke DAP Nak Bangunkan Felda Nak Tolong Orang Melayu
Posted on Sunday, March 05 @ 17:43:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33860



Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan ditamatkan operasinya jika Pakatan Harapan (HARAPAN) dan sekutunya membentuk kerajaan Persekutuan pasca pilihan raya umum akan datang.

Dalam memberi jaminan tersebut, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sebaliknya, gabungan itu berhasrat untuk menjadikan Felda lebih baik daripada hari ini.

"DAP tidak mahu Felda ditutup tetapi sebaliknya, kita mahu satu program khas untuk mengukuhkan Felda supaya peneroka Felda dan generasi baru di Felda mendapat keadilan dan kemakmuran di Malaysia," kata Lim.

Lim berkata demikian semasa berucap di Bangi, Selangor malam tadi dalam acara pengumpulan dana untuk Mazlan Aliman, aktivis Parti Amanah Negara (AMANAH) yang pakar dalam isu-isu Felda.

Mazlan kini berhutang RM350,000 dengan Felda ekoran saman fitnah ke atas beliau.

Lim berkata politik perkauman, kebencian dan pembohongan telah mencapai tahap yang baru, memetik bagaimana Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan tiga "pembohongan besar ala Nazi".

Sumber TKO -5-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


RUU 355 Undang-undang Taliban kata Ahli DAP Baru
Posted on Friday, March 03 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33818



Ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim secara lantang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) 355 bagi meminda akta berkaitan hukuman jenayah syariah bukan bersifat Islam.

Tak cukup dengan itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan Hal Ehwal Undang-Undang itu mendakwa usul yang dikemukakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bersifat politik semata-mata.

Malah Zaid cuba menegaskan bahawa undang-undang ini tidak ada di negara Islam lain yang moden.


“Undang-undang ini tidak ada di negara Islam lain yang moden. Jangan ambil kira negara Taliban.


“Saya sebagai pengamal undang-undang, saya tahu di negara kita tidak ada peguam yang cukup untuk melaksanakan hukuman bagi undang-undang hudud ini,” katanya.


Zaid berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ‘Himpunan Rakyat Tolak Usul Hadi’ yang diadakan di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, pada Sabtu lalu.

Himpunan tersebut diadakan pada tarikh sama dengan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok.


Bagaimanapun himpunan tersebut hanya dihadiri 150 orang berbanding sambutan puluhan ribu penyokong Himpunan RUU 355.


Kenyataan Zaid mencela RUU 355 memperlihatkan bekas peguam itu seolah-olah enggan memahami usul berkenaan.


Hadir sama bersama Zaid di Petaling Jaya adalah peguam dan aktivis anti RUU355, Siti Kasim yang mendakwa “Hudud ini bukan undang-undang Tuhan, ini undang-undang manusia, ini undang-undang PAS”.


Dengan alasan itu, Siti Kasim cuba menegaskan bahawa mereka kononnya terpaksa menentang RUU355.


“Kami terpaksa menentang RUU355 kerana ini bukan undang-undang Tuhan, ini undang-undang Hadi,” dakwanya.


Sementara itu, penganalisis politik Raja Petra Kamaruddin menyifatkan ucapan Zaid mengkritik RUU355 adalah cubaan Zaid meraih populariti di dalam parti politik barunya yang majoritinya menolak pelaksanaan hukuman Syariah.


Ini kerana kata beliau, kritikan Zaid terhadap hukum kanun Islam bukan kali pertama ekoran bekas Presiden parti KITA itu juga pernah mendakwa masyarakat muslim membayar cukai pendapatan lebih rendah berbanding bukan Islam yang tidak membayar zakat.


“Orang Islam yang membayar zakat boleh mendapat kekurangan bayaran bil cukai pendapatan jadi mereka membayar cukai pendapatan lebih rendah,” kata Zaid sebagai respon terhadap kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad.


Justeru, Raja Petra menyifatkan kenyataan seumpama ini akan mendapat sambutan hangat dari ahli-ahli DAP lain sekali gus membuka peluang lebih cerah kepada Zaid untuk menduduki kerusi Perdana Menteri dibawah payung DAP.


“Jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang dan DAP mendapat jumlah kerusi terbanyak dalam kalangan pembangkang, 70% ahli DAP pasti akan mengundi Zaid sebagai calon Perdana Menteri daripada parti mereka,” ujarnya.


Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Selangor Datuk Abdul Shukur Idrus menggesa Zaid mengimbau kembali tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang dicetuskan DAP.

“Kita orang Melayu membaca sejarah. Sejarah DAP pada 13 Mei 1969 masih dalam ingatan orang-orang Melayu. Ketika itu orang Melayu tak perlu dipujuk atau diajak untuk menyertai (DAP). Sejarah itu sudah cukup untuk memberi kesan mendalam kepada orang Melayu.


“Zaid tak mengenang dan mengingati sejarah 13 Mei 1969 yang dicetuskan DAP sedangkan ia sentiasa dalam ingatan orang Melayu,” katanya.


Tambah Shukur lagi, beliau menyifatkan dakwaan Zaid mengatakan orang Melayu tidak berfikiran rasional dalam pelbagai isu sebenarnya berbalik kepada diri Zaid yang tidak berfikiran wajar dengan menyertai DAP.


“Amatlah rugi bangsa saya jika mereka rela diperbodohkan oleh pemimpin mereka. Dimana maruah mereka?

“Sekurang-kurangnya saya cuba untuk mengatasi penyakit yang dialami oleh orang Melayu hari ini. Memberi ruang yang sihat untuk Melayu berfikir secara kritis dan rasional ini menjangkau politik,” katanya.



Sumber TKO - 3-3-2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP membuat siri risalah serangan RUU 355
Posted on Saturday, February 25 @ 20:02:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33720



Ada yang berpendapat DAP lebih memahami RUU 355 daripada Mufti Perlis Dr. Maza dan puak IKRAM kerana DAP memahami ini adalah jalan nak ke pelaksanaan Hudud. 

Oleh itu demi menyelamat 'penyumbang' DAP yang terdiri daripada tokei judi dan maksiat maka DAP menyerang PAS dalam isu RUU 355 sehingga mereka campur tangan dalam urusan agama Islam.

Sikap DAP yang nyata menyerang pelaksanaan Islam dan campur tangan dalam urusan Islam memberikan gambaran kepada kita DAP adalah parti penentang Islam. Maka menjadi kesalahan untuk kita menyokong dan bekerjasama dengan DAP apatah lagi mendapat bantuan daripada DAP seperti parti PAN.


Sumber TKO - 25-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Dua lagi pemimpin kanan DAP akan keluar parti
Posted on Wednesday, February 15 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33607



KUALA LUMPUR - Dua lagi pemimpin kanan DAP dijangka bertindak keluar parti dalam masa terdekat, tidak sampai 48 jam selepas empat pemimpin DAP Melaka berbuat demikian, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

"Seorang dari Selangor dan seorang lagi dari Johor. Kedua-duanya pemimpin kanan. Bila? Dalam masa terdekat. Cakap-cakap mahu keluar parti ini sudah lama kedengaran. Ini permulaan kejatuhan DAP.
"Saya percaya bilangan akan bertambah. Orang sudah mula membuka mata. Mereka sangat marah dengan perubahan hala tuju yang mendadak selepas bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dulunya musuh ketat.


"Bayangkan, semasa pentadbiran Mahathir, ramai anggota DAP ditahan di Pusat Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan tiba-tiba anda bentuk kerjasama dengannya. Mereka tidak boleh terima perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Empat pemimpin DAP Melaka termasuk tiga anggota dewan undangan negeri iaitu Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choon Seong  (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong), serta Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him bersama-sama mengumumkan keluar parti pada Ahad.

Mereka mendakwa telah hilang keyakinan terhadap parti selain kecewa dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan hubungan rapat parti dengan Dr Mahathir.



Tunku Abdul Aziz berkata, tindakan keluar DAP itu dilihat sebagai virus yang akan berkembang dan menjadi penyakit yang pada akhirnya akan menjejaskan kekepimpinan parti, pakatan pembangkang seta persediaan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Dalaman DAP sangat lemah sekarang. Kepimpinan parti atau kononnya 'Dinasti Lim' akan jatuh. Tindakan keluar parti di Melaka hanya permulaan, sesuatu mencetuskannya. DAP kini goyah.

"Inilah sebabnya anda tidak harus sentiasa menyalahkan orang lain dan patut terima kesalahan sendiri. Rakyat, anggota, penyokong tidak gembira. Anda tidak pernah peduli dan dengar akan mereka walaupun anda dakwa 'ada ruang untuk semua pandangan', yang jelas sekali sekadar retorik. Tiba masanya untuk anda terima hukuman," katanya.

Perkara sama turut dibayangkan bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor bahawa DAP kini di ambang kehancuran dengan lebih ramai lagi anggota dan pemimpin dijangka meninggalkan parti itu tidak lama lagi.

Beliau berkata, ini kerana kumpulan yang diibarat api dalam sekam itu sudah lama bersabar dengan kepimpinan tertinggi parti yang dilihat tidak lagi relevan dalam perjuangan termasuk membuat pelbagai keputusan demi kepentingan peribadi dan bukannya agenda parti seperti diperjuangkan selama ini.

"Mereka ingin menegur parti tetapi dikenakan tindakan. Jadi mereka ini boleh nampak, boleh dengar tetapi tidak boleh cakap atau tegur. Mereka ini harapkan perubahan selepas kejayaan DAP pada pilihan raya umum 2008 dengan menguasai Pulau Pinang dan membentuk pakatan kuat di negeri lain tetapi perjuangan DAP sudah berubah.   

"Maka kebakaran kecil mulai berlaku dan sekam mula merebak. Kita tidak tahu berapa banyak sekam (anggota yang tidak berpuas hati) yang ada sekarang tapi ia akan merebak.

"Walaupun sekarang baru empat orang, harus diingat mereka ini sangat berkaliber dan mempunyai pengalaman yang cukup tentang DAP dan tulang belakang perjuangan DAP di Melaka," katanya.

Zulkifli yang juga Presiden Parti Alternatif Rakyat, berkata apa yang berlaku di Melaka bakal memberi mimpi buruk kepada persiapan DAP menjelang pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi. - Bernama

Sumber TKO - 15-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MP Kota Melaka: Barah tumbuh dari dalam DAP
Posted on Tuesday, February 14 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33598



DAP mungkin memiliki lebih banyak barah tersembunyi dari dalam parti itu, kata ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang baru-baru ini mengumumkan keluar parti.

Sim merujuk komen Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai yang mengalu-alukan perletakan jawatan empat wakil rakyat daripada parti itu kerana telah berubah dan menganggapnya "sebagai barah dalam parti".

Sim bersama ADUN Duyong, Goh Leong San, ADUN Bachang Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong mengumumkan keluar parti itu Ahad lalu.

Sim berkata keputusan itu dibuat beberapa bulan lalu tetapi mereka memutuskan untuk mengumumkannya seminggu selepas penggantungan selama setahun berakhir supaya tidak mengganggu sambutan Tahun Baru Cina.

Katanya, beliau meletak jawatan kerana pendirian oportunis DAP mengenai isu-isu utama baru-baru ini dan bukannya kalah dalam pemilihan parti seperti didakwa beberapa pemimpin.

Menjawab tuduhan Tan, Sim berkata barah tumbuh dari dalam parti itu.

"Jangan panggil kami barah. Kami tidak digunakan oleh orang luar, tetapi tumbuh daripada badan. Kami tidak keluar parti, tetapi berhenti sendiri.

"Jika ini berlaku, adakah tidak perlu DAP lakukan pemeriksaan tubuh untuk lihat berapa banyak barah tersembunyi dalam badan?

"Setelah barah meletus, ia boleh membawa maut," katanya kepada Malaysiakini dalam satu temu bual di pejabatnya di Melaka, sehari selepas beliau meletakkan jawatan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui kesilapannya dalam mempercayai kesetiaan Sim dan tiga yang lain kepada DAP serta kempen untuk Selamatkan Malaysia.


Dalam wawancara selama sejam itu, Sim menyifatkan orang-orang seperti Lim sebagai "munafik" dan menggelar kenyataannya sebagai "tidak bertanggungjawab".

Sumber TKO - 14-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Elak Krisis Merebak: Kit Siang 'turun' Melaka esok
Posted on Tuesday, February 14 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33589



Susulan tindakan empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti semalam, pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dijadualkan melawat Melaka sepanjang hari esok.

Lokasi-lokasi yang bakal dilawati beliau ialah kesemua kawasan yang membabitkan empat bekas wakil rakyat DAP berkenaan iaitu Duyong, Bachang, Kesidang dan Kota Melaka.
Dipercayai lawatan yang bermula seawal jam 7 pagi itu dan disertai sidang akhbar semasa majlis makan tengahari bertujuan meredakan kontroversi yang melanda.

"Kit Siang akan meninjau pandangan akar umbi terutama ahli-ahli DAP mengenai tindakan empat wakil rakyat DAP itu dan membuat segala yang perlu untuk menjernihkan semula keadaan terutama menjelang pilihan raya umum ke-14," kata ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Liew Chin Tong kepada Malaysiakini.

Sejurus selepas lawatan ke empat kawasan terbabit, Lim akan mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli DAP pada jam 8.30 malam.

Semalam, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka, Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choong Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) serta Anggota Parlimen DAP Kota Melaka, Sim Tong Him mengumumkan keluar daripada parti.

Sebab berbuat demikian, kata Tong Him, kerana sudah tidak boleh menerima dan tidak sependapat dengan pendirian baru serta hala tuju politik terkini DAP.

“Saya amat kecewa DAP kini telah menyimpang daripada perjuangan sebenarnya dan hanya sekadar memuaskan nafsu sesetengah individu yang bertentangan dengan prinsip asal parti 'Malaysia Untuk Malaysia',” ujar beliau.

Sementara itu, Jack Wong pula berkata, keputusan keluar parti dibuat selepas membuat pertimbangan sewajarnya dan bukannya dibuat secara terburu-buru.

“Saya percaya keputusan ini akan membuatkan timbul pelbagai andaian dan membawa kepada pelbagai reaksi, namun saya tidak akan menyalahkan mereka kerana mereka tidak faham apa perasaan sebenar kami.

“Jika dahulu orang mengkritik DAP saya akan cuba mempertahankan imej DAP, tetapi hari ini saya sudah membuat keputusan untuk keluar parti tanpa perlu rasa sakit hati lagi,” jelasnya yang menjadi ahli DAP sejak tahun 1997.

Mengulas mengenai tindakan keluar parti itu, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengalu-alukannya kerana mereka berempat telah berubah.

"Saya alu-alukan mereka keluar parti kerana telah berubah dan saya anggap mereka barah dalam parti. Sejak mereka keluar parti atas inisiatif sendiri, saya alu-alukannya," jelas Tan.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas tindakan keluar parti itu sebagai 'hadiah' buat BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, BN menerima 'hadiah' walaupun terperangkap dalam skandal rasuah besar-besaran membabitkan 1MDB (RM52 bilion) dan RM4.3 bilion dana milik Felda.

Sumber TKO - 14-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti
Posted on Sunday, February 12 @ 16:28:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33564



Empat wakil rakyat DAP Melaka hari ini bertindak keluar dari parti itu, menurut laporan portal Oriental Daily Online hari ini.

Mereka yang terdiri daripada Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong, dilaporkan mengumumkan keputusan mereka pada sidang media.
Satu klip video sidang akhbar itu disiarkan oleh Oriental Daily.

Mereka berkata tindakan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta kerana kecewa dengan pemimpin parti berkenaan dengan mendakwa DAP telah menyimpang daripada matlamat asal.

Sim turut memohon maaf kerana menyokong PAS, bekas rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum ke-13 yang didakwanya telah mempercepatkan 'Islamisasi di Malaysia'.

Februari lalu, Sim dan Goh digantung selama setahun kerana berulang kali membuat kenyataan yang didakwa merosakkan reputasi parti itu.

Tindakan mereka yang berkenaan keluar parti menyebabkan DAP hanya memiliki baki tiga kerusi di dewan undangan negeri iaitu Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh manakala tiada kerusi parlimen.

Sumber TKO - 12-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



DAP Mula Berubah Nada, Sedar Kekuatan Diri
Posted on Saturday, February 11 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33553




SABAK BERNAM - Formula satu lawan satu di negeri ini mesti dimuktamadkan bukan saja bagi mengekalkan pemerintahan kerajaan negeri, malah mampu merampas kerusi BN di Selangor.

Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, muafakat antara pakatan harapan dan blok ketiga pembangkang menerusi formula satu lawan satu perlu diputuskan sebelum menjelangnya PRU14.

"Saya jamin kemungkinan kita akan menang lebih besar dan menambah lagi kerusi daripada pilihan raya yang lalu," katanya kepada Sinar Harian.


Terdahulu Suee Lim menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima pada Program SmartSelangor Food Stamp di Balai Raya Parit 7, di sini.

Suee Lim yang juga Adun Sekinchan berkata, beliau mengambil pendekatan positif berhubung formula itu bagi menewaskan BN, meskipun di peringkat Pusat terdapat perbezaan pendapat dan pertelingkahan dari segi pendirian masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, di Selangor, kebijaksanaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dapat menyatukan pemimpin Pakatan Harapan dan blok ketiga untuk bermuafakat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya yakin formula satu lawan satu di negeri Selangor akan tercapai kerana kerjasama dan muafakat yang baik di kalangan pimpinan politik di negeri ini.

"Kita lebih matang di negeri Selangor, walaupun ada pemimpin Pas...kita masih sebahagian daripada kerajaan negeri," katanya.

Beliau turut menaruh harapaan tinggi terhadap parti Bersatu yang disifatkannya mampu melonjakkan sokongan di negeri ini.

"Peluang untuk kita kekal di negeri ini cukup baik dan yakin BN tidak berpeluang untuk rampas Selangor," katanya.

Beliau berkata, sokongan rakyat juga semakin meningkat terutama dengan prestasi cemerlang ditunjukkan kerajaan negeri yang menjaga kebajikan rakyat.

"Kemarahan rakyat begitu tinggi terutama dengan beberapa isu nasional seperti 1MDB, kenaikan harga minyak dan tekanan kos sara hidup," katanya.

Sumber TKO - 11-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak Sampai 72 Jam Masuk DAP, MP DAP tegur kenyataan Zaid
Posted on Friday, February 10 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33544



Tidak sampai 72 jam selepas menyertai DAP, kenyataan Datuk Zaid Ibrahim telah mencetuskan kocakan dalam parti itu.

Dalam satu kenyataan media hari ini, ahli parlimen DAP Gobind Singh Deo menafikan kenyataan bekas menteri undang-undang itu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang adalah pemimpin de facto pembangkang.

Zaid bercakap kepada Malay Mail Online berkata terdapat "persetujuan senyap" di kalangan pakatan pembangkang mengenai perkara ini.

“Kita sudah ada pemimpin. Ia cuma tidak diperkatakan dan diisytihar. Tetapi Mahathir pemimpin umumnya dan saya gembira," beliau dipetik sebagai berkata.

Zaid juga berkata Mahathir, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), adalah satu-satunya tokoh berkaliber untuk menyatukan pembangkang dalam ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Gobind menafikan "persetujuan senyap" itu.

"Tidak ada perkara seperti itu yang pernah dibincangkan atau dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

"Saya merasa pelik bila Zaid memilih untuk membuat apa-apa pengumuman sebagai ahli DAP tanpa terlebih dahulu berunding dengan kepimpinan parti. Beliau sepatutnya lebih tahu.

"Ia adalah CEC yang memutuskan bagi pihak DAP dan tidak pernah ada apa-apa keputusan dibuat," tambah ahli parlimen Puchong itu.

Sumber TKO - 10-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingat Semula: DAP Taja RM15 juta Untuk Bina Sekolah Agama Milik IKRAM
Posted on Thursday, February 09 @ 23:52:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33534



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan rancangan pembesaran Pusat Pendidikan Al- Itqan di Teluk Kumbar bernilai RM15 juta. Lim berkata, projek yang melibatkan para pelajar sekolah rendah dan menengah itu adalah langkah yang tepat pada masanya, sejajar bulan suci Ramadhan.

Tahukah anda bahawa Pusat Pendidikan Al-Itqan adalah milik IKRAM. Dulunya JIM atau IRC. IKRAM ini terbabit cuba menguasai PAS. Mereka menghuru-hara PAS bila cuba membuat Jamaah dalam Jamaah. Bila operasi mereka tak berjaya menguasai PAS dalam Muktamar 2015 atas kesedaran ahli PAS yang tidak lagi mengundi mereka. Mereka keluar ramai-ramai membina Parti AMANAH @ PAN yang berkiblatkan DAP.

Tujuan mereka adalah cuba mengambil alih semua yang PAS buat termasuk aset PAS seperti bangunan dan sebagainya. Mereka buat PASTI, Mereka Buat UNIT AMAL, Mereka buat NISA'. Mereka buat akhbar sendiri.

Mereka masuk dalam PAS untuk mendapatkan semua kepentingan bagi merangka parti baru untuk MELUMPUH dan MEMATIKAN Pas.

Itu kerja jahat puak IKRAM.

Selepas dapat peruntukkan RM15 juta apa yang anda fikir?

Mereka akan Jaja DAP Tak anti Islam. Lihat peruntukkan diberikan untuk Islam lebih baik daripada UMNO.

Memang tak dinafikan DAP meningkatkan peruntukan kepada KAFA. Tapi tahukan anda bahawa DAP juga meningkat berkali-kali ganda untuk peruntukkan sekolah mubaligh KRISTIAN.

Cuba kita bayangkan 5 SJKC menerima 1.5 juta,19  SAR menerima hanya 1.3 juta pada tahun 2009.

Manakalah 2011 pula sekolah agama rakyat hanya menerima peruntukan sebanyak RM1.8 juta berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina menerima peruntukan sebanyak RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000)

Tapi malangnya blogger PAN mewar-warkan kononnya DAP bukan ANTI-ISLAM. Memang orang Melayu bodoh semenjak penjajah british lagi. Melayu macam PAN @ AMANAH yang buta mata hati.

Anda tahu apa akan terjadi bila IKRAM yang menguasai parti PAN dapat pruntukkan sekolah agama?

Mereka akan jadi kuda DAP untuk mempertahankan apa sahaja yang DAP buat termasuk menolak hukum Hudud dan menolak undi RUU Memperkasa Undang-undang Syariah yang bakal dibahaskan nanti.

Ahli IKRAM akan menguatkan parti PAN @ AMANAH untuk memastikan PAS akan hancur.

Jangan hairan nanti pelajar Islam di sekolah IKRAM akan mendaulatkan DAP sebagai wira!!


Sumber TKO - 9-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kit Siang Diminta Hormat Wartawan (bersama video)
Posted on Thursday, February 09 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33516


PETALING JAYA: Pemantau media, Gerakan Media Marah (Geramm) menggesa Lim Kit Siang supaya menghormati kebebasan akhbar selepas berlaku pertikaian antara veteran DAP itu dengan seorang wartawan TV3.

Perbalahan berlaku pada sidang media yang diadakan di rumah bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim pada Selasa, di mana Kit Siang dilihat marah dengan wartawan itu yang mengajukan soalan kepadanya.

Ketika kejadian, Kit Siang jelas hilang sabar apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil 'nada berbeza' dalam isu skandal Bumiputra Malaysia Finance Ltd (BMF) dan pertukaran asing sekiranya tidak menjalankan kerjasama politik dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kit Siang berulang kali menuduh wartawan berkenaan membuat 'tuduhan tidak berasas' diiringi ejekan oleh tetamu yang hadir apabila mengetahui bahawa wartawan berkenaan adalah dari TV3.
Kit Siang juga tidak memberi peluang untuk wartawan itu mempertahankan dirinya.



Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7VWwZDTaTR0



"Geramm dengan ini menegaskan bahawa setiap wartawan mempunyai hak untuk bertanya dan menjalankan tugas tanpa diganggu," kata Geramm dalam satu kenyataan, Selasa.

"Sebagai ahli politik veteran, Lim seharusnya memberi contoh yang baik dengan tidak bersikap kasar terhadap petugas media yang hanya menjalankan tugas mereka," katanya.

Dalam pada itu Geramm juga menggesa semua pihak supaya tidak bersikap prejudis terhadap semua wartawan daripada media berkenaan.
Ini susulan tindak balas Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga anak Kit Siang, Lim Guan Eng, yang mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar News Straits Times dan Berita Harian yang didakwa sebagai fitnah.
"Geramm menghormati hak mana-mana ahli politik untuk menuntut keadilan dari pihak media melalui proses undang-undang.
"Pada masa yang sama, kami turut ingin mengingatkan agar tidak bersikap prejudis terhadap semua wartawan dari media yang berkenaan," katanya.

Geramm juga menggesa pihak sidang pengarang syarikat penerbitan mematuhi etika kewartawanan dan melaporkan dengan tepat, telus dan jelas agar kredibiliti mereka tidak terus terhakis dalam era pembaca yang lebih bijak mencari maklumat.

Geramm adalah perikatan longgar wartawan, wakil dan aktivis media yang memperjuangkan kebebasan media dan pengamalnya.

"Geramm sekali-kali tidak berpihak kepada mana-mana parti politik tetapi berusaha bersama mereka yang giat mahu menjadikan kewartawanan Malaysia boleh dibanggakan demi kebaikan rakyat dan negara," katanya.



Sumber TKO - 9-2-2017



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zaid secara rasmi sertai DAP
Posted on Tuesday, February 07 @ 12:05:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33484



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini secara rasmi menyertai DAP.

"Saya ingin mengumumkan bahawa saya telah menyertai DAP," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau diapit oleh pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai, pemimpin supremo  DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini adalah penyertaan ketiga Zaid dalam parti politik sejak meninggalkan Umno pada 2008.

Beliau pernah menyertai PKR pada Jun 2009 tetapi meninggalkan parti itu pada November 2010 atas alasan tidak berpuas hati dengan penipuan dan pembelian undi dalam pemilihan parti yang enyaksikan Datuk Seri Azmin Ali dipilih sebagai timbalan presiden.


Pada tahun yang sama, beliau mengambil-alih KITA dan menjadi presiden tetapi melepaskan jawatannya pada 2012.

Sumber TKO - 7-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Guan Eng Dicabar Keluarkan Data Sebenar Bantuan Kepada Pembangunan Bukan Islam
Posted on Saturday, February 04 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33461



Oleh kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng sering mencanang peningkatan bantuan kepada pembangunan Islam di negeri itu telah menimbulkan satu misteri berapakah bantuan sebenar diberikan kepada pembangunan bukan Islam di Pulau Pinang.

“Namun amat jarang beliau (Guan Eng) menunjukkan fakta bantuan kepada sekolah-sekolah mubaligh bukan Islam di Pulau Pinang.

“Apatah lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah membuat perbandingan jumlah bantuan kepada sekolah-sekolah Islam dengan sekolah-sekolah mubaligh bukan Islam di Pulau Pinang,” dedah AIDCNews semalam.

Taktik sengaja mencanang data berkaitan pembangunan Islam dan dalam masa sama menyembunyikan data pembangunan bukan Islam pernah didedahkan oleh peguam dan aktivis ISMA, Mohd Luttfi Abdul Khalid.

Mohd Luttfi membandingkan taktik mencanang data-data pembangunan Islam di Pulau Pinang oleh Guan Eng dengan taktik menyembunyikan data-data pembangunan bukan Islam di Perak oleh Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin, ketika menjadi Menteri Besar negeri itu :
Geran 1000 Hektar Untuk 9 Sekolah Cina Perak Dan Dana RM15 Juta Untuk Sebuah Sekolah Ugama Pulau Pinang.
Sama ada secara kebetulan atau tidak, pendedahan pimpinan PAN negeri Perak Nizar Jamaluddin bahawa Kerajaan negeri Perak telah meng“anugerah”kan 1000 hektar (2471.05 ekar) tanah kepada 9 buah sekolah vernakular Cina swasta semasa beliau menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 berlaku hampir serentak dengan berita persetujuan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menaja dan menanggung sepenuhnya kos berjumlah RM15 juta untuk projek pembangunan Pusat Pendidikan Al Itqan milik IKRAM (Itqan) di Teluk Kumbar Pulau Pinang.
Kerajaan negeri Perak pada ketika itu dikuasai oleh pihak DAP dan dipimpin oleh seorang Menteri Besar dari PAS yang lebih cenderung kepada DAP serta dianggap sebagai proksi kepada parti rasis cauvinis DAP di Perak.

Diberitakan bahawa bekas Menteri Besar ini juga mempunyai pertalian melalui silsilah kekeluargaan dengan beberapa pemimpin DAP.

Manakala kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini diperintah dan dikuasai oleh parti rasis cauvinis yang sama.

Satu perbandingan yang sangat ketara ialah 9 buah sekolah vernakular Cina swasta tersebut mendapat tanah manakala Itqan mendapat peruntukan kewangan.


(http://misabah.blogspot.my/…/tanah-untuk-sekolah-cina-diken…).
Isu penganugerahan tanah yang begitu luas kepada sekolah vernakular Cina tidak mendapat liputan yang meluas pada masa itu. Bagaimanapun, oleh kerana Nizar Jamaluddin mengungkitkannya kembali di dalam satu ceramah kepada para pengundi Cina baru-baru ini, kita rasa terpanggil untuk

menyentuhnya bilamana Nizar menyatakan bahawa sekiranya parti pembangkang menang, mereka akan meneruskan dasar tersebut.
(https://www.youtube.com/watch?v=xoKs7LtVHg8).

Ada beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Nizar Jamaluddin dalam isu ini:

Adakah sekolah-sekolah ugama rakyat swasta di Perak juga diberikan tanah 1000 hektar untuk diusahakan dengan tanaman kelapa sawit bagi menampung kos operasi sekolah masing-masing?

Adakah pemimpin PAN yang sangat pro-DAP tersebut berani mengulangi kembali isu pemberian tanah 1000 hektar ini di hadapan audiens dan pengundi Melayu di Kuala Kangsar hari ini?

[Mungkin secara kebetulan, kerajaan China juga memohon tanah seluas 1000 ekar daripada kerajaan Sri Lanka untuk dijadikan zon pelaburan di daerah Hambantota pada awal tahun 2016. Sambil merujuk kepada pemberian satu blok tanah seluas 10,000 ekar kepada kerajaan China oleh kerajaan negeri Andhra Pradesh, Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe berkata bahawa Sri Langka akan kehilangan para pelabur sekiranya peluang ini tidak diambil.


(http://www.dailymirror.lk/105740/China-wants-acres-in-H-tota).]

Mari kita beralih pula ke isu dana/pembiayaan berjumlah RM15 juta kepada Itqan. Ramai Netizen telah menyentuh isu ini, termasuk Naib Presiden PAN sendiri, Ustaz Hasanudin Yunus (yang mempertahankan pemberian dana itu). Bagi para pemimpin Ikram atau bekas pemimpin mahupun ahli-ahli Ikram sendiri, tidak ada apa yang pelik tentang “niat suci” dan “ikhlas” dari kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai parti rasis cauvinis DAP untuk membantu sebuah sekolah agama di bawah kelolaan rangkaian sekolah-sekolah Ikram (Musleh) di bulan Ramadhan ini. 
Ada di kalangan ahli-ahli Ikram yang menyambut berita ini dengan laungan Takbir di dalam sesetengah grup Whatsapp mereka). Malah ada yang cuba mengungkit upacara penyampaian “mock cheque” berjumlah RM200.000 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Joseph Lim Guan Eng kepada wakil Aman Palestin Pulau Pinang (AP).


(Saya difahamkan bahawa sumbangan itu telah ditarik balik sebelum cek tersebut sempat dimasukkan ke dalam bank.Maksudnya, pemberian “mock cheque” di majlis rasmi benar-benar bertukar menjadi cek kosong. Menurut beberapa sumber, terdapat pihak yang telah menghasut Ketua Menteri supaya membatalkan pemberian tersebut dengan satu fitnah bahawa AP adalah milik ISMA yang kononnya baik dengan UMNO).

Seorang Netizen dan warga Singapura menyimpulkan dengan baik sekali:
“Rakyat Singapura sudah biasa dengan gula-gula sebegini. Diharap Rakyat Melayu-Muslim Malaysia berwaspada.”

Umat Islam dan bangsa Melayu Malaysia sudah lama mengenali sepak terajang, tipu muslihat, kelicikan, semangat anti-Islam, agenda rasis cauvinis sekular parti DAP. Musang berbulu ayam di satu ketika dan harimau pemangsa di ketika yang, mengikut keperluan dan strategi politik. Bisa mengkhadamkan, menggula-gulakan, mengadu domba, mencaturkan langkah-langkah politik pihak lain, mencampakkan bibit-bibit perpecahan hatta di kalangan teman-teman politik dan tidak segan silu dengan amalan baling batu sembunyi tangan.

Posing menarik yang kononnya mempamerkan sikap prihatin terhadap orang-orang Melayu yang ditimpa bencana (dengan posing menceduk nasi beriyani di bawah lantunan flash para pemberita), “membantu” seorang gadis Melayu Melaka, menyimpulkan muka serius dan ambil berat terhadap ugama Islam ketika mengumumkan “pemberian” bernilai RM15 juta … adalah satu skrip drama yang gagal meyakinkan umat Islam dan bangsa Melayu bahawa DAP bukan anti-Islam.

Pemimpin DAP yang telah memperdaya sebahagian umat Islam satu ketika dahulu dengan kenyataan ingin “mencontohi” Khalifah Umar Abdul Aziz adalah orang yang sama menyeru supaya kalimah Allah digunakan di dalam Bible.

Kumpulan yang pertama dan bersemangat sekali membantah Usul Presiden PAS di Parlimen untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah Malaysia adalah pihak yang sama yang berikrar untuk meraikan kemenangan calon-calon PAN proksi-DAP dengan julangan arak.

Mereka sanggup “menggadaikan” ribuan ekar tanah kepada sekolah-sekolah vernakular (yang tidak ada peruntukan mengenainya di dalam Perlembagaan) akan tetapi memberikan saguhati segenggam tangan sahaja kepada sekolah-sekolah ugama rakyat. Malah ada di kalangan pemimpin parti rasis cauvinis DAP yang menggelarkan sekolah-sekolah ugama rakyat ini sebagai bersifat perkauman.

Cuba tanya para penceramah dan pendakwah bebas di Pulau Pinang tentang masjid-masjid dan surau-surau yang memboikot dan melarang mereka dari memberi ceramah atau kuliah di dalamnya sekiranya mereka dikenal pasti sebagai tidak sehaluan atau tidak bersetuju dengan parti rasis cauvinis DAP.

Umat Islam dan bangsa Melayu harus sentiasa perlu diberi peringatan bahawa DAP (termasuk juga MCA dan Gerakan) sama sekali tidak boleh diharapkan untuk mendaulatkan Islam. DAP sentiasa terkehadapan mewakili suara penentangan di setiap kesempatan atau isu yang melibatkan kepentingan umat Islam atau usaha mendaulatkan Islam di negara ini.

Justeru itu, ahli-ahli Ikram janganlah terasa teruja sangat dengan pemberian dana kepada Itqan Pulau Pinang. Liputan-liputan surat khabar beberapa hari sesudah itu hanya menampilkan agenda politik DAP semata-mata yang cuba menolak “persepsi” anti-Islam DAP, bukan lagi tentang Itqan.


Gambar beramai-ramai tentang persetujuan mendanai kos pembangunan bangunan baru Itqan hanyalah satu “publicity stunt” DAP yang berjaya.
Di Perak, sembilan buah sekolah swasta Cina telahpun mendapat 2471.05 ekar tanah ketika DAP memerintah Perak, manakala RM15 juta akan disalurkan melalui kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek pembangunan Itqan di atas tanah milik individu.


Dan dana ini hanya untuk sebuah sekolah ugama swasta sedangkan sekolah-sekolah ugama rakyat lain di Pulau Pinang hanya boleh bermimpi sahaja untuk mendapat perhatian (apatah lagi peruntukan sebanyak itu) dari kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini.

Parti rasis cauvinis DAP sedang tenat sekarang ini setelah PAS memisahkan diri dari gabungan parti-parti pembangkang. Mereka perlukan satu “proksi” baru untuk menjadi alat “buffer” (penampan) DAP dengan dwi-fungsi – mempertahankan serangan terhadap DAP dan menjadi “jurubicara” baru dalam perkara-perkara yang menyentuh Islam atau umat Islam.

Mereka juga perlu kepada “pembela” DAP setelah gagal menundukkan PAS dan memastikan tidak ada sebarang penentangan dari kumpulan Islamis, atau setidak-tidaknya mengurangkan tekanan dari kumpulan-kumpulan ini.

Apa yang DAP telah berjaya lakukan adalah menyediakan laluan (dan mungkin dana) bagi pembentukan parti politik baru yang dapat meneruskan agenda mereka secara tidak langsung.


Kemunculan PAN (yang digerakkan sebahagian besar oleh ahli-ahli Ikram) telah memenuhi dan menyempurnakan strategi besar DAP.


Kebetulan pula, pembentukan sebuah parti politik baru untuk membawa imej Islam (versi non-PAS) merupakan perancangan IRC/JIM/Ikram yang didokumentasi dengan nama Grand Design, yang bukti bercetaknya dikantoikan oleh salah seorang pimpinan Ikram (JIM) sendiri satu masa dahulu.

Bagaimanapun, “nothing comes free. Everything has a price”, kata orang puteh.

Ikram (dan PAN) selepas ini tidak akan dapat melepaskan diri dari persepsi kuat di kalangan masyarakat bahawa mereka adalah “proksi” kepada DAP walau bagaimana kuat dan bersungguh-sungguh sekali ahli-ahli Ikram cuba menafikan atau memadamkannya.

Dan DAP sendiri akan tetap dengan ideologinya. Memperjuangkan kepentingan umat Islam pastinya tidak termasuk di dalam kerangka ideologi tersebut.

Justeru itu, DAP mesti dihalang dari menjejakkan diri di Putrajaya. Sama ada menolak mereka di peti undi (termasuk menolak calon-calon proksi mereka) ataupun memberi perlawanan sengit terhadap agenda anti-Islam DAP disetiap kesempatan, medan, media dan perancangan.


Tidak ada pilihan lain.

#tolakDAP
#tolakPAN
#tolakproksiDAP
- AIDCNews

Sumber TKO - 4-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pertemuan PPBM & PAS : Mukhriz Sudah Lapor 
Kepada Saya, Kata Guan Eng
Posted on Saturday, February 04 @ 13:44:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33456



Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah melaporkan kepadanya berhubung dengan PAS pada Rabu.

Guan Eng berkata Mukhriz berjumpa dengannya semasa menghadiri di Rumah Terbuka Pakatan Harapan di Alor Setar, Kedah malam semalam dan menjelaskan berkenaan pertemuan dengan PAS itu kepadanya.
Mukhriz didakwa telah memberitahu Guan Eng bahawa beliau keliru dengan percanggahan kenyataan di antara Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengetuai delegasi PAS bertemu dengan PPBM dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak hadir dalam pertemuan tersebut.
“Mukhriz seolah-olah keliru berhubung perkara itu, kita (Pakatan Harapan + PPBM) akan membincangkannya pada 7 Februari apabila kita berjumpa di Kuala Lumpur,” katanya kepada portal Malaysiakini.
Guan Eng berkata kekeliruan timbul apabila Abdul Hadi dipetik dalam akhbar New Straits Times sebagai berkata, “Sebarang keputusan rasmi perlu secara kolektif dibuat oleh jawatankuasa pusat PAS dan bukan oleh seorang individu”.
Sedangkan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Tuan Ibrahim dan Mukhriz menyebut kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membentuk satu “jawatankuasa induk” bagi membincangkan kerjasama dalam PRU14.
Justeru itu, Guan Eng agar sesuatu keputusan muktamad dibuat secepat mungkin, sama ada PAS mahu bekerjasama dengan PPBM atau tidak.
“Kami berharap untuk mendengar keputusan itu pada kadar segera, dan bukan hanya melalui media, kerana kita adalah sekutu, dan ini menjadi amalan Pakatan Harapan,” katanya lagi. - AIDCNews

Videom1 - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Dy5TsGIK1-E

Video 2 - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=x2fh-7-No2U 

Sumber TKO - 4-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DAP persoal pendirian PAS berhubung kerjasama dengan PPBM
Posted on Saturday, February 04 @ 07:55:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33452



SHAH ALAM: DAP mempersoalkan pendirian PAS berhubung rundingan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang dipetik Malaysiakini berkata, ini kerana kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bercanggah dengan keputusan mesyuarat pada Rabu lalu antara PPBM-PAS.
Mesyuarat antara dua parti itu berlangsung secara rahsia dua hari lalu yang mana PPBM diwakil Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, manakala PAS turut diwakili Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Guan Eng berkata Mukhriz berjumpa dengan beliau semasa menghadiri di Rumah Terbuka Pakatan Harapan di Alor Setar, Kedah malam semalam dan menjelaskan perkara itu kepadanya.
"Mukhriz seolah-olah keliru berhubung perkara itu, kita akan membincangkannya pada 7 Februari apabila kita berjumpa di Kuala Lumpur," katanya.
Guan Eng berkata demikian mengulas soalan mengenai pendirian DAP berhubung pertemuan PAS dan PPBM untuk membentuk satu jawatankuasa induk untuk membincangkan kerjasama dalam PRU14.
Hadi semalam dilaporkan berkata, pertemuan antara partinya dengan PPBM pada Rabu lalu, belum membawa ke arah kerjasama antara kedua-dua parti. 
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, pertemuan berkenaan adalah pertemuan biasa atas permintaan PPBM, dan bukan suatu perundingan khusus.
Kenyataan Hadi itu muncul ketika mana pemimpin pembangkang lain menyambut baik perkembangan daripada pertemuan PAS-PPBM yang pada mereka memberi satu 'harapan' baru.
Justeru Guan Eng melahirkan harapan bahawa keputusan untuk bekerjasama atau sebaliknya antara kedua-dua parti akan dibuat secepat mungkin.

  "Kami berharap untuk mendengar keputusan itu pada kadar segera, dan bukan hanya melalui media, kerana kita adalah sekutu, dan ini menjadi amalan Pakatan Harapan (PH)," katanya.

Sumber TKO - 4-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP Janji Beri Kerusi, Zaid Ibrahim Dijangka Masuk DAP
Posted on Friday, February 03 @ 10:32:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33446



Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim dilihat sudah bersedia untuk kembali aktif dalam politik - bagi kali ketiga - sejak meninggalkan Umno.

Walaupun bekas ahli parlimen Kota Bharu itu 'tutup mulut' mengenainya, tetapi sumber-sumber mendakwa beliau akan menyertai DAP.

Zaid dijangka membuat pengumuman mengenainya Selasa depan dalam satu majlis di Petaling Jaya yang juga akan menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan veteran DAP Lim Kit Siang.
Bagaimanapun, Zaid enggan mengesahkan perkara itu.

"Saya akan menjawab pertanyaan anda pada hari Selasa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, sumber-sumber DAP memberitahu Malaysiakini bahawa parti itu telah pun menerima Zaid ke dalam parti itu.

DAP dikatakan akan memanfaatkan imej berprofil tinggi Zaid untuk mengikis tuduhan bahawa ia sebuah parti yang didominasi kaum Cina.

Difahamkan bahawa DAP berhasrat untuk meletakkan bekas penasihat undang-undang Umno yang berusia 66 tahun itu, bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Zaid menyertai kabinet Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Mac 2008 tetapi meletak jawatan enam bulan kemudian sebagai membantah penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; wartawan Tan Hoon Cheng dan penulis blog Raja Petra Kamaruddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Pada bulan Jun 2009, Zaid menyertai PKR dan bertanding di Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil 2010 yang menyaksikan beliau kalah tipis kepada calon BN, P Kamalanathan.

Kemudian beliau bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR tetapi menarik diri di pertengahan jalan, kerana mendakwa berlaku penipuan dan bertindak keluar parti.

Pada Disember 2010, beliau menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Bagaimanapun, beliau meletak jawatan sebagai pemimpin KITA dua tahun kemudian dan sejak itu, tidak terlibat secara aktif dalam politik kepartian.

Sumber TKO - 3-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah Sampai Masa DAP Saman Tunku Aziz !
Posted on Sunday, January 29 @ 07:24:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33376



Sebelum ini Tunku Aziz bekas Naib Pengerusi DAP sudah pun mendedahkan bahawa pemimpin DAP punya perjanjian sulit dengan Tun Mahathir berkenaan kedudukan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pendedahan yang dibuat oleh Tunku Aziz itu adalah berkaitan perjanjian menetapkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Kit Siang masing-masing diangkat sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah katanya, tindakan Kit Siang menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementara hanyalah satu cubaan ‘political red herring’ (politik mengalih tumpuan).

Ini kerana, katanya, Kit Siang percaya pengundi Melayu tidak akan mengundi pakatan pembangkang jika mengetahui pemimpin itu berhasrat menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Sebagai orang yang pernah berada dalam barisan kepemimpinan DAP sebelum ini, saya tahu mengenai perkara ini dan tahu perancangan Kit Siang sebenarnya”.

Sebelum ini pun Tunku Aziz sewaktu mengambil keputusan meninggalkan parti DAP turut mendedahkan bahawa parti DAP mengamalkan rasuah yang cukup teruk dan bersikap rasis.

Yang menghairankan sehingga ke hari ini DAP langsung tidak pernah berani menyentuh bekas Naib Pengerusinya apatah lagi mengambil apa-apa tindakan.

Terkini Tunku Aziz tampil lagi dengan mendedahkan sikap Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini sedang menantikan hari perbicaraan bagi pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah yang dihadapinya.

Berdasarkan rujukan wawancara beliau bersama wartawan Utusan , Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendedahkan sikap sebenar Lim Guan Eng iaitu seorang ‘kaki putar alam’.

“Guan Eng memang pandai pusing memusing. Saya kata dengan beliau, saya tidak dapat menerima jika sesuatu perkara itu melanggar undang-undang.

“Tapi beliau kata lain kepada umum, tukar cerita kata Tunku Aziz sebenarnya menentang Bersih. Perkara sebenar beliau senyapkan. Orang ingat saya anti hak asasi manusia. Itu tidak benar. Guan Eng telah putar belit cerita demi kepentingan beliau berhubung perhimpunan Bersih.

“Tidak cukup dengan itu, apabila akhirnya saya membuat keputusan muktamad keluar DAP, Guan Eng mempergunakan orang lain untuk berhubung dengan saya.

“Beliau mahu saya menarik kata-kata saya berhubung isu Bersih, manusia apa dia ni?

Saya tidak akan sesekali menjatuhkan maruah diri sendiri untuk manusia seperti itu.”

Sifat yang sinonim dengan Guan Eng dedah Tunku Aziz adalah bongkak, mementingkan diri sendiri, suka dipuji, tidak boleh menerima kritikan dan suka menyalahkan orang lain.

“Guan Eng adalah seorang manusia yang bukan sahaja bongkak dan sombong malah merupakan seorang yang suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain tanpa sedikit pun perasaan bersalah.

“Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Beliau mengaku dan menerima pujian untuk kemajuan yang berlaku di sana. Dengan perbuatan sebegitu, apakah beliau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang sudah tentu melibatkan warga Pulau Pinang sendiri?

“Apakah Pulau Pinang hanya maju di bawah DAP dan Guan Eng? Pulau Pinang memang sudah lama maju sebelum zaman Guan Eng lagi. Apa yang ironinya, Guan Eng sendiri bukan dari Pulau Pinang tapi bercakap seolah-olah dia lahir dan membesar di sana.

“Kemudian dia menggambarkan apabila menjadi Ketua Menteri, barulah Pulau Pinang itu wujud dan mula maju. Tapi adalah menjadi amalan beliau untuk mengambil semua pujian manakala kesilapan pula melibatkan orang lain. Itu bukan sesuatu yang bijaksana tetapi hanya mementingkan diri sendiri.

“Beliau juga jenis yang tidak boleh menerima kritikan dan suka menyalahkan orang lain. Sehingga hari ini, sekiranya ada perkara yang tidak disenangi oleh masyarakat Pulau Pinang, dengan segera beliau menyalahkan Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Koh Tsu Koon.

“Jika tidak menyalahkan seseorang, maka beliau bukan Guan Eng. Adalah sudah menjadi kebiasaan, untuk menyaman dan mengkritik orang lain.”

Melihat kepada pendedahan demi pendedahan yang dibuat secara terus terhadap pimpinan tertinggi DAP ini , rasanya amat wajar sekali DAP khususnya Kit Siang mahupun Guan Eng segera mengambil tindakan terhadap Tunku Aziz.

Tanpa tindakan saman itu maka DAP harus menerima hakikat bahawa apa yang dilontarkan oleh Tunku Aziz itu adalah benar sama sekali.

Dan mana-mana pemimpin DAP sekalipun haruslah menerima kenyataan ini betapa DAP sebenarnya adalah parti yang mengamalkan rasis , rasuah selain mempunyai pemimpin yang suka putar alam.

Sumber - AIDCNews

Sumber TKO - 29-1-017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Negara Islam Zalim Dan Rasuah – Lim Kit Siang
Posted on Saturday, January 28 @ 19:01:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33369



KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang memaklumkan beliau selaku pemimpin Pakatan Harapan yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) tidak boleh menyokong visi Islam yang tidak bertoleransi.

Beliau memetik kenyataan seorang profesor di Universiti George Washington, Amerika Syarikat (AS) bagi menjustifikasikan pendiriannya iaitu ‘Negara Islam’ mempergunakan agama sebagai alat kawalan kerajaan

“Profesor itu berkata kita mesti menekankan bahawa banyak negara yang beragama Islam dan Islamik zalim, rasuah, dan mundur sebenarnya bukan Islam.

“Ketelusan (TI) Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa 2016 juga menunjukkan sembilan daripada 10 negara yang paling korup di dunia adalah anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang berkata, ulama besar pada abad ke-19, Muhammad Abduh pernah menulis dalam kiasan beliau pergi ke Barat dan melihat Islam, tetapi tiada orang Islam di situ.

Menurutnya, Muhamad Abduh seterusnya menulis apabila beliau pulang ke Timur melihat ramai muslim, tetapi mereka bukan beragama Islam.

“Ajaran al-Quran adalah lebih baik dalam masyarakat Barat daripada di negara-negara Islam yang telah gagal untuk memeluk nilai-nilai iman mereka sendiri,” sindirnya.

Justeru, beliau mendakwa sangat menyedihkan terdapat pemimpin Islam di Malaysia enggan mengakui bahawa nilai-nilai teras seperti integriti, kebebasan, hak asasi manusia dan keadilan (walaupun bukan sebuah negara Islam) sebenarnya juzuk penting dalam ajaran Islam.

Beliau berpendapat mungkin kerana itu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kisah jika Malaysia dilanda rasuah dibawah konsep Negara Islamnya.

“Saya tidak fikir ahli PAS sendiri boleh menerima konsep seperti itu,” katanya.

Mynewshub.cc semalam melaporkan Abdul Hadi selaku Presidan PAS melahirkan rasa kecewa ke atas sikap sebilangan umat Islam negara ini kerana bersedia menerima pemabuk dan pengamal seks bebas menjadi pemimpin Malaysia.

Menurut Abdul Hadi, umat Islam terbabit sanggup dipimpin mereka yang kaki mabuk, mengamal seks bebas dan melakukan lain-lain kemungkaran di sisi Allah S.W.T kerana mendakwa mahukan negara bebas rasuah sedangkan dosa berkenaan lebih besar daripada rasuah.

“Mereka juga boleh menerima pemimpin yang bercakap benar dalam mengerjakan maksiat kerana bagi mereka itu adalah pemimpin yang berani berterus terang.

“PAS tidak boleh terpengaruh dengan mereka yang terperangkap dalam krisis nilai ini, apa lagi Islam berbeza menentukan nilai kemanusiaannya,” jelas Abdul Hadi.

Abdul Hadi seterusnya menerangkan Islam meletakkan sifat yang menyeluruh terhadap fitrah manusia daripada segi nilai baik buruk merangkumi jasad, akal, roh, individu, keluarga, masyarakat, hubungan dengan Tuhan dan alam sekeliling.


Tambah beliau, sifat yang digariskan Islam itu tidak ada dalam teori Barat yang mengalami krisis nilai yang diagung-agungkan oleh segelintir umat Islam Malaysia terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 28-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Setelah Hadi Tolak Kerjasama, Lim Kit Siang Bercadang Nak Saman Hadi
Posted on Saturday, January 28 @ 18:57:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33368



GEORGE TOWN: Penasihat DAP Lim Kit Siang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa memfitnahnya sebagai seorang yang anti-Islam.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata beliau meminta peguamnya meneliti perkara itu.
Lim berkata beliau bukanlah seorang yang anti-Islam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang di Spice Arena, dekat sini, hari ini.

Mengulas mengenai pendirian teguh PAS yang tetap menolak untuk bekerjasama dengan DAP, Lim berkata ia adalah hak Hadi untuk menolak apa-apa kemungkinan bekerjasama dengan DAP.

Semalam Hadi dilaporkan berkata PAS mengulangi pendirian untuk tidak menerima pelawaan Lim untuk bekerjasama dengan DAP bagi memastikan kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.


SumberTKO - 28-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Selepas Kit Siang, Teresa pula pujuk Pas berdamai
Posted on Wednesday, January 25 @ 21:36:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33322



Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok hari ini menyarankan agar Pas tidak terus dibuai emosi sehingga mengetepikan agenda yang lebih penting, iaitu menyelamatkan Malaysia.
“Soal perasaan, tidak kira sepahit manapun, tidak wajar menjadi penghalang kepada agenda yang lebih besar, iaitu kepentingan negara dan rakyat.

“Seperti Pakatan Harapan dan parti Bersatu, Pas juga perlu menyelamatkan Malaysia dari terus menjadi kleptokrasi global atau lebih teruk lagi, sebuah negara gagal,” ujarnya seperti dipetik Roketkini.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, kesudian Kit Siang untuk berdamai dengan Pas walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengingkari perjanjian antara mereka semasa Pakatan Rakyat dulu adalah semata-mata demi kepentingan rakyat.

“Tak dinafikan apabila Hadi Awang gagal mematuhi Dasar Bersama Pakatan Rakyat dulu dan menyebabkan Pakatan berpecah, ia mengecewakan kita dan semua penyokong parti pembangkang.

“Tapi, tidak kiralah sekecewa mana pun DAP dengan Hadi Awang, semua parti pembangkang mesti bersatu,” katanya.

Semalam Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dipetik berkata, parti itu bersedia menghulurkan salam perdamaian dengan Pas jika parti itu berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Baginya, sebarang perbezaan pendapat tidak patut menghalang penyatuan semua parti pembangkang tanpa mengira kaum dan agama dalam menewaskan kerajaan rasuah.

Sumber TKO - 25-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kata MCA Nak Jawatan TPM, Tapi DAP Yang Nafi??
Posted on Tuesday, January 24 @ 14:33:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33297



DAP menafikan parti itu ada meminta jawatan timbalan perdana namun ia tidak bermakna mereka menafikan hak orang bukan Melayu berada pada posisi itu.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata kenyataan Lim Kit Siang berkaitan permohonan untuk mendapatkan jawatan timbalan perdana menteri bukan bermakna mereka mengabaikan pendirian mengenai hak semua rakyat Malaysia menjawat tugas berkenaan.

Menjawab komen Ketua Publisiti MCA, Chai Kim Sen (gambar), Teo berkata tokoh terbabit perlu dihantar menghadiri kelas pembelajaran logik bagi membolehkannya memahami dengan baik kenyataan Lim.

Teo juga bertanya sama ada Chai dan MCA percaya semua rakyat Malaysia mempunyai hak bermimpi menjadi perdana menteri.

"Seratus empat puluh tiga tahun selepas Perang Saudara AS dan amalan hamba abdi di AS berakhir, negara itu melantik Barack Obama sebagai presiden.

"Bolehkan Chai Kim Sen memberikan kita suatu contoh mudah mengapa anak-anak kita tidak berhak bermimpi begitu?

"Adakah dia tidak percaya bahawa, jika kita benar-benar rakyat Malaysia suatu hari nanti kita mungkin ada seorang perdana menteri bukan Melayu?

"Perdana menteri itu tidak semestinya seorang Cina, tetapi mungkin India, Iban, Kadazan atau Dayak," katanya.

Sebelum ini Chai berkata Lim kelihatan tidak lagi percaya seseorang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri di Malaysia.

Katanya, Lim pernah menyatakan keyakinan itu ketika ditemu bual dan kenyataan itu diterbitkan akhbar Nanyang Siang Pau pada 6 November 2008.

Teo berkata, walaupun DAP tidak pernah meminta atau membincangkan isu jawatan timbalan perdana menteri, ia bukan bermakna parti itu menafikan hak orang bukan Melayu menduduki jawatan tinggi dalam kerajaan.

"Tetapi jika memang tidak boleh dibayangkan seorang individu bukan Melayu menjadi perdana menteri negara ini, mungkin Chai wajar bertanya kepada dirinya sendiri - dan memberikan jawatan jujur - siapa yang perlu dipersalahkan?" katanya.

Rabu lalu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberitahu DAP pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun bekas perdana menteri itu kemudian mengakui tersilap dan menegaskan, permintaan itu dibuat MCA.

Sumber TKO - 24-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Salam perdamaian kepada Hadi bukan hiprokrasi - Kit Siang
Posted on Monday, January 23 @ 19:54:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33287



Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menegaskan salam perdamaian yang dihulurkan kepada PAS adalah ikhlas dan bukan hanya sekadar tindakan berpura-pura.

Lim berkata keutamaan bagi Malaysia sekarang adalah untuk menangani masalah kleptokrasi.

"Berhubung dakwaan DAP bersikap hipokrit sekiranya kami kembali bekerjasama dengan PAS, saya serahkan kepada orang ramai untuk menilainya.

"Kita boleh berbeza pendapat, tetapi isu terbesar besar sekarang ialah sama ada kita boleh membebaskan diri daripada cengkaman kleptokrasi.

"Paling utama adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi dan setiap rakyat seharusnya bersatu dalam isu ini, tanpa mengira kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP di Pulau Pinang.

Semalam, Lim menyuarakan pendapat peribadinya bahawa dirinya sedia bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika beliau berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Katanya, isu itu akan menjadi agenda negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang dan menyoal jika Abdul Hadi sanggup membuat sebarang komitmen.

Ini, menurut Lim hari ini, adalah hanya pandangan peribadinya yang belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Pusat DAP.
Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dalam temu bual dengan sebuah akhbar di Singapura, semalam berkata, partinya memilih untuk melupakan PAS dan sebaliknya mahu mengukuhkan kerjasama dengan DAP bagi menghadapi PRU.

Muktamar PAS pada tahun 2014, sebulat suara bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Ini susulan DAP menuduh PAS mahu mencapai matlamat teokratik, yang bertentangan dengan rangka perjanjian kerjasama Pakatan Rakyat yang tumbang selepas itu.

Berikutan itu, Pakatan Harapan (HARAPAN) ditubuhkan di antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang adalah kumpulan serpihan PAS.

HARAPAN juga secara rasmi menjalankan hubungan kerja dengan satu lagi kumpulan serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sumber TKO - 23-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Nampaknya bulan masih mengambang di hati DAP
Posted on Monday, January 23 @ 19:48:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33285

Pemuda MCA mendakwa kesediaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang untuk menghulurkan salam perdamaian kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan bahawa parti itu sedia mengabaikan hak masyarakat bukan Islam.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata kesediaan Lim untuk sekali lagi bekerjasama dengan PAS menyerlahkan tembelang sebenar DAP untuk merampas Putrajaya dengan apa cara sekalipun.
"DAP akan menyatakan dan melakukan apa sahaja demi untuk merampas kuasa, terutamanya dengan menarik sokongan pelampau agama dan dengan menjual hak serta kepentingan masyarakat bukan Islam.
"Slogan DAP ini adalah tidak lain daripada menjual kepentingan bukan Islam yang pada dasarnya, DAP sanggup bekerjasama dengan PAS sekali lagi," kata Chong dalam satu kenyataan hari ini.
Buat masa ini, Chong berkata, hakikatnya adalah bahawa DAP mempunyai hubungan kerja dengan PAS di Selangor, memandangkan kedua-dua parti mempunyai wakil dalam kabinet negeri.
Perkembangan terbaru menunjukkan bahawa Lim pada asasnya sedang menyanyi "bulan mengambang di hatiku" sekali lagi, kata Chong dalam nada menyindir.
Chong merujuk kepada sebuah lagu pop Mandarin yang dipopularkan oleh penyanyi Taiwan Teresa Teng pada 1970-an.

Semalam, Lim menyuarakan pendapat peribadinya bahawa dirinya sedia bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika beliau berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Katanya, isu itu akan menjadi agenda negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang dan menyoal jika Abdul Hadi sanggup membuat sebarang komitmen.
Muktamar PAS pada tahun 2014, sebulat suara bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Ini susulan DAP menuduh PAS mahu mencapai matlamat teokratik, yang bertentangan dengan rangka perjanjian kerjasama Pakatan Rakyat yang tumbang selepas itu.

Sumber TKO - 23-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



Khairuddin Akan Calon Parlimen PRU-14 Atas Tiket DAP?
Posted on Saturday, January 14 @ 06:34:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33190




ORANG kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan bakal menyertai DAP? Menurut sumber dalaman DAP, terdapat ura-ura mengatakan bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bakal menyertai DAP dalam masa terdekat bagi membolehkannya menjadi calon untuk parti itu di kerusi Parlimen Batu Kawan pada pilihanraya umum yang akan datang.
Jika ura-ura ini benar, maka ia berkemungkinan besar akan menimbulkan pergolakan dalaman kepada DAP memandangkan Batu Kawan adalah kerusi tradisi DAP. Justeru akan timbul persoalan mengenai kewajaran seseorang seperti Khairuddin yang kesetiaannya boleh dipertikaikan diletak menjadi calon kepada DAP.

Khairuddin adalah bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan. Kerusi parlimen Batu Kawan ketika ini disandang oleh Kasthuriraani A/P Patto daripada DAP.
Kasthuriraani pada pilihanraya umum yang lalu menang dengan majoriti sebanyak 25,962.

Khairuddin sebelum ini pernah menyerang Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menggesa bekas Timbalan Perdana Menteri itu ‘membersihkan’ namanya daripada dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan wanita berkahwin.

Khairuddin berkata, ia berdasarkan dakwaan ahli pengasas parti, Anina Saadudin yang dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi (wanita) kerana didakwa terbabit dalam skandal seks.

Sebelum ini juga pernah timbul desas-desus yang sama mengenai penyertaan Khairuddin ke dalam DAP berikutan kekecewaannya terhadap Muhyiddin yang didakwa mengenepikan ‘orang Mahathir’ dalam PPBM.

Sekiranya DAP memilih untuk menerima Khairuddin sebagai ahli dan seterusnya meletakkan beliau sebagai calon mereka pada pilihanraya umum akan datang, secara tidak langsung ia menunjukkan yang parti tersebut benar-benar berada dalam kedudukan terdesak serta ketandusan calon yang berwibawa untuk diketengahkan.

Sumber TKO- 14-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Polis siasat Guan Eng kerana laporan dibuat remaja 13 tahun
Posted on Friday, January 13 @ 15:08:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33188



GEORGE TOWN: Polis hari ini mengambil keterangan ketua menteri Pulau Pinang berdasarkan laporan polis dibuat seorang remaja berusia 13 tahun berhubung kenyataan Lim Guan Eng yang dimuat naik ke blognya, November lalu.

Dua anggota polis berpakaian biasa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang tiba di pejabatnya di Komtar, kira-kira jam 11 pagi tadi untuk merekodkan keterangan Lim yang ditemani peguamnya, R S N Rayer.

Menurut laporan polis itu, pelajar tingkatan 1 dari Ampang itu membuat laporan kerana merasakan Lim menentang rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan PAS di Dewan Rakyat.

Setiausaha agung DAP itu melalui kenyataan yang turut dimuat naik ke blog dan Facebooknya pada 23 November lalu, meminta MCA, MIC, Gerakan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) keluar dari BN kerana menyokong RUU 355.


RUU 355 pertama kali diusulkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei lalu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dengan lebih banyak kuasa.

Pada 24 November lalu, Hadi meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan RUU 355 ke sidang seterusnya untuk memberi laluan kepada pindaan yang mencadangkan hukuman “penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan”.

Lim akan mengadakan sidang akhbar hari ini berhubung siasatan polis itu.

Sumber TKO - 13-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


DAP adalah Kit Siang dan anak Sdn Bhd, kata MCA
Posted on Friday, January 06 @ 16:12:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33102



MALAYSIAKINI : Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini melabelkan DAP sebagai sebuah syarikat milik persendirian dan bukan parti politik kerana jawatan tertinggi dipegang oleh individu yang sama.

“DAP bukan parti tapi parti Sdn Bhd. Kalau tengok presiden parti MCA dah tukar 10 orang, dia (DAP) seorang sampai sekarang bila jadi pengerusi, dia paling berkuasa.

“Jadi setiausaha publisiti dia juga paling berkuasa, itulah DAP punya legasi,” katanya.

Liow mengulas kemungkinan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, yang juga ahli parlimen Gelang Patah, bertanding di kerusi lain pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden MCA itu berkata rakyat boleh menilai perbezaan perkhidmatan yang disediakan oleh MCA dan DAP.

“Kalau penasihat mereka sendiri pun boleh lari tinggalkan tanggungjawab, apa maknanyalah DAP?” katanya yang dipetik oleh portal Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC).

Tambahan pula, Liow berkata ia adalah perkara lazim bagi Lim untuk melompat dari satu kerusi ke kerusi lain.

“Lari dari kawasan ke kawasan memang cara dia (Kit Siang) mengelak dari tanggungjawab beliau dari Melaka ke Penang, Ipoh ke Johor.


“Rakyat dah lihat siapa Kit Siang sebenar dan saya juga kata DAP tak ada prinsip, boleh jual apa sahaja prinsip yang ada, rebut kuasa dan dalam parti DAP tidak ada operasi kerana kita tahu DAP merupakan Kit Siang dan anak Sdn Bhd,” kata Liow merujuk kepada anak Lim, iaitu Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung parti.

Semalam, Bernama melaporkan bahawa Kit Siang menyerahkan kepada pucuk pimpinan DAP untuk membuat keputusan di kerusi mana yang beliau perlu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli politik veteran itu berkata buat masa ini beliau tidak mengetahui sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah yang diwakilinya atau bertanding di kawasan lain.

Beliau juga enggan mengulas sama ada akan bertanding di Pulau Pinang, di mana anaknya Lim Guan Eng adalah ketua menteri.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim berkemungkinan akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Kit Siang bertanya, "Adakah itu betul atau hanya khabar angin?"

Beliau mula dipilih sebagai wakil rakyat pada 1969 selepas memenangi kerusi Parlimen Bandar Melaka dan sejak itu, beliau bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur dan Johor.

Pada pilihan raya 2013, beliau mengalahkan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Gani Othman di parlimen Gelang Patah.

Sumber TKO - 6-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya bukan sepupu Chin Peng: Kit Siang
Posted on Thursday, January 05 @ 19:45:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33098



GEORGETOWN - ‘Saya bukan sepupu Chin Peng’. Itulah yang dikatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang apabila dikaitkan sebagai salah seorang sepupu kepada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga menafikan beliau adalah sepupu kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

“Saya menjawab tuduhan ini berdasarkan ‘tweet’ fitnah yang dilemparkan individu yang berkongsi carta salasilah keluarga kononnya mengatakan kami bersaudara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Wisma DAP Jalan Ranggon, hadir sama beberapa pemimpin DAP Pulau Pinang.

Selain Kit Siang, turut didakwa kononnya sebagai ahli keluarga Chin Peng dan juga Kuan Yew ialah anaknya, Lim Guan Eng yang turut dikatakan anak saudara kepada kedua-dua pemimpin berkenaan.

Tidak ketinggalan, melalui carta keluarga yang didedahkan tersebut, beberapa pemimpin DAP yang lain termasuk Tony Pua, Anthony Loke, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming juga dikatakan anak saudara kepada Chin Peng dan Kuan Yew.
Sementara itu Ahli Parlimen DAP Seputih, Teresa Kok pula dikatakan sepupu isteri Lim Kit Siang.

Kit Siang turut tidak mengetahui bagaimana namanya terpalit dengan kedua-dua pemimpin tersebut.

Beliau menegaskan Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang dilahirkan di Sitiawan, Perak adalah berketurunan Hockchia.

Sementara itu Kuan Yew yang dilahirkan di Singapura adalah berketurunan Hakka.
“Saya pula berketurunan Hokkien dan dilahirkan di Batu Pahat,” jelasnya.

Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama pemimpin-pemimpin dari DAP dikaitkan dengan tuduhan liar tersebut.


  Sejak tahun lalu, dakwaan berhubung pertalian darah itu mula tersebar di kalangan blogger.

Sumber TKO - 5-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------



DAP nak bawa BABI ke Restoran McDonald's Protest Polisi ISLAM
Posted on Friday, December 30 @ 22:38:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33041



McDonald's menjelaskan kenapa rangkaian makanan segera itu mensyaratkan kek hari jadi yang dibawa masuk ke restoran mereka mesti diperakukan halal ialah bagi mengekalkan integriti sijil halal yang diperolehi.

McDonald menjelaskan mereka melaksanakan dasar tiada makanan luar bagi memastikan semua produk yang disediakan dan dinikmati di restoran mereka halal. Bagaimanapun ada sedikit kelonggaran kepada kek hari jadi yang dibawa pelanggan, dengan syarat ia mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malasia (Jakim).

Tapi malang polisi ini telah di'viral'kan (tular) oleh kumpulan anti Islam. Lagi malang ada orang Islam bersama mempersoalkan polisi ini dan menjadi penyokong kumpulan bukan Islam ini.


Seorang bekas pemimpin kontroversi DAP Hew Kuan Yau menyeru orang ramai memboikot McDonald's.

Gesaan itu dibuat susulan tidak puas hati dengan dasar yang hanya membenarkan kek diperakui halal dibawa masuk ke restoran rangkaian makanan segera itu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Superman' mengaitkan langkah itu dengan “hagemoni Islam”.

“Kita mesti boikot sampai (polisi ini) terbatal dan mereka memohon maaf. Kalau setuju sila share,” tulisnya di Facebook pagi ini.

Yang pelik puak DAP ni tak pula memboikot RESTORAN VEGETARIAN? Sedangkan  restoran berkenaan tidak membenarkan membawa babi panggang ke dalam restoran mereka.

Sumber TKO - 30-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Parti serpihan DAP bertanding di Selangor pada PRU14
Posted on Saturday, December 17 @ 19:35:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32875



SEPANG: Parti Alternatif Rakyat (PAP) mengesahkan akan bertanding di sekurang-kurangnya 8 kerusi Parlimen dan 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor berkata parti berbilang kaum itu sudah mengenal pasti pemimpin berkaliber termasuk dalam kalangan generasi muda dan wanita untuk diletakkan sebagai calon.

“PAP mahu menampilkan kepimpinan yang sederhana dan cara berkempen yang bersih dengan kedudukan kewangan yang seimbang dan kita juga tidak mahu terlalu yakin.

“Isu yang akan difokuskan pada PRU14 nanti termasuk isu di peringkat nasional dan tempatan antaranya isu perumahan dan pendidikan,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

PAP yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 30 Okt 2015, ditubuhkan bekas anggota DAP susulan krisis dalaman dan kepimpinan parti itu.

Sebelum ini, PAP turut mengumumkan akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Pulau Pinang pada PRU14 nanti.

Dalam pada itu, Zulkifli yang juga bekas naib pengerusi DAP berkata partinya menjangkakan Pakatan Harapan akan berkubur sebelum PRU14 kerana isu pembahagian kerusi.

“Kerjasama DAP dengan Amanah hanyalah sebahagian usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kerana DAP tidak lagi mendapat sokongan apabila menganaktirikan anggota kaum Melayu.

“Kerusi mana yang DAP nak beri kepada Amanah? Saya sebagai naib pengerusi dulu pun tak dapat jadi calon sebaliknya diberikan kepada calon kaum Cina yang tidak berpengalaman,” katanya.

Selain itu, katanya jika DAP bertanding pada PRU14, ia boleh dicabar dari sudut perundangan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP masih belum diiktiraf RoS.

Sumber TKO - 17-122-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa Kit Siang Membisu Bila Tunku Aziz Kata DAP Penuh Rasuah
Posted on Friday, December 16 @ 10:59:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32862




KUALA LUMPUR: Kelantangan DAP menuduh kerajaan mengamalkan rasuah kini terkedu apabila bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa parti teraju Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu penuh dengan rasuah.

Kit Siang disifatkan sudah nyanyuk kerana tidak mengambil tindakan terhadap amalan rasuah yang bermaharajalela dalam partinya secara terang-terangan.


"DAP selama ini memang terkenal dengan sikap suka mengambil tindakan saman tetapi apabila Tunku Aziz terang-terangan menuduh parti DAP penuh rasuah, mengapa tiada sebarang tindakan diambil," katanya menyarankan Kit Siang mengemukakan saman fitnah terhadap Tunku Aziz.

"Jadi, jika Kit Siang mahu bercakap pasal rasuah, lebih baik dia saman dulu Tunku Aziz. Jika tidak, memang benarlah dakwaan yang dibuat bahawa DAP adalah parti penuh rasuah," katanya


Tunku Aziz sebelum ini menyatakan tindakannya keluar parti pada 2012 disebabkan amalan rasuah yang teruk berlaku dalam parti berkenaan.

"Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu", ujarnya.

Beliau yang juga bekas Naib Pengerusi Trasparency International hanya kekal selama empat tahun selepas dijemput menyertai DAP oleh Kit Siang pada 2008.

Dalam pada itu, sebagai individu yang kononnya menentang amalan rasuah dan ingin menegakkan keadilan, Kit Siang kata Razak harus mendesak anaknya Guan Eng melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jelas Razak, ini kerana Guan Eng kini terpalit dengan dua tuduhan menerima rasuah berbentuk diskaun pembelian rumah banglo miliknya serta skandal tender tanah di negeri berkenaan.

"Kit Siang sepatutnya malu bercakap soal rasuah kerana parti integriti parti DAP tercalar teruk akibat rasuah. Tetapi tidak seorangpun pemimpin DAP yang berani untuk menafikan atau membuktikan mereka tidak terlibat dengan rasuah," tegasnya.

"Setiap kali diajukan persoalan ataupun dituntut memberi jawapan berkaitan skandal rasuah yang terpalit, mereka akan menuding jari kepada orang lain ataupun memburukkan kerajaan pusat.

"Nasihat saya kepada Kit Siang, bersihkan parti sendiri sebelum sibuk mahu mencampuri urusan kerajaan pusat," katanya lagi.
- Malaysian Digest


............
Yang peliknya puak PAN bila ada manusia mana tulis kononnya Presiden PAS ada buat janji 10 juta terus sebar tanpa usul periksa, bila kena pada DAP terus membisu. Kalau orang kata PAN khadam DAP dia orang marah tapi perangaimenunjukkan memang sah Khadam memilih-milih berita dan tak ikut ajaran Islam sebar fitnah.


Sumber TKO - 16-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin Ramasamy sedang alami gangguan emosi
Posted on Tuesday, December 13 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32814



SHAH ALAM - Setiausaha politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menasihati Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, agar tidak masuk campur tangan dalam urusan Pas.

Ujarnya dalam nada sinis, Ahmad Samsuri menyeru Ramasamy supaya menjaga diri terlebih dahulu sebelum sibuk 'menjaga tepi kain orang lain'.

"Nampaknya sejak nama beliau tidak menjadi pilihan utama sebagai pengganti Ketua Menteri Pulau Pinang, minda dia mungkin sedang mengalami gangguan emosi dan kecelaruan jiwa yang melampau sehingga sanggup membuat fitnah kepada Pas.

"Tidak perlulah beliau campurtangan dalam bagaimana Pas ingin mengemudi politik dalam satu sistem demokrasi ini. Jaga lah diri sendiri dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Samsuri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ramasamy dalam sebuah portal hari ini yang menyatakan Pas kini cuba memecahkan sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan.

Ini adalah selepas Pas telah menjemput semua parti-parti pembangkang, kecuali DAP dan Amanah, dalam "ceramah mega" dijadualkan berlangsung malam ini.

Dalam pada itu, Ramasamy juga mendakwa Pas kini 'makan dedak' Umno berdasarkan senario semasa.

Sumber TKO - 13-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pakatan baharu PAS pecahkan sokongan Melayu pembangkang kata DAP
Posted on Monday, December 12 @ 19:48:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32808



GEORGE TOWN: Usaha PAS mewujudkan pakatan pembangkang baharu di Selangor cubaan untuk memecahkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan, kata DAP hari ini.
Kenyataan itu reaksi kepada jemputan PAS kepada semua parti pembangkang yang bersekutu dengannya, kecuali DAP dan Amanah, ke satu ceramah mega malam ini.

Timbalan Setiausaha Agung DAP P Ramasamy percaya blok baharu itu diadakan atas permintaan Umno.

“PAS cuba memecahkan orang Melayu. Parti Islam itu buat begitu sebab banyak makan ‘dedak’ Umno.

“Saya harap PKR, PPBM dan yang lain tak termakan umpan perangkap itu.

“Jika kamu masih mahu bekerjasama dengan PAS selepas apa yang berlaku, saya rasa kita mengalami masalah yang besar,” kata Ramasamy.

“PAS buat kerja kotor Umno, mengikut arahan supaya pisahkan PKR dan PPBM daripada DAP dan Amanah.


“Malah pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat PAS sudah keliru. Saya harap parti lain tidak keliru,” katanya.

Sumber TKO - 12-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ramai Perwakilan DAP Tak Tahu Bahasa Kebangsaan, Terpaksa Sediakan Alat Penterjemah – Anthony
Posted on Thursday, December 08 @ 11:41:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32754



Walaupun sudah 59 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, namun masih ramai lagi dari kalangan perwakilan DAP tidak faham dan tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu sehingga memaksa parti itu menyediakan alat penterjemah semasa berlangsung Persidangan Kebangsaan parti itu pada Ahad.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata parti telah membelanjakan RM20,000 bagi menyediakan perkhidmatan menterjemah untuk mengatasi permasalahan tersebut

“Walaupun semua debat hari ini menggunakan bahasa kebangsaan, tapi pada persidangan kebangsaan kali ini parti telah membelanjakan RM20,000 untuk menyediakan alat menterjemah kepada perwakilan yang memerlukannya.

“Ciri ini akan digunakan pada setiap persidangan kebangsaan bermula dari tahun ini. Jika ada keperluan, kita akan tambah lagi,” katanya.

Walau bagaimanapun kenyataan Anthony berkenaan perbelanjaan RM20,000 itu telah dipadamkan untuk mengelak parti dipalit dengan imej negatif.

Dalam rakaman di bawah, kenyataan Anthony telah dipadamkan selama 1 minit dari minit 4:41 sehingga ke minit 5:19 untuk mengelakkan aib parti berkenaan penggunaan bahasa Kebangsaan tersebut.  - AIDCNews

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=OT_SOiM3FzI

Dalam video di atas minit 6 ada menyebut DAP menggunakan alat pentajmah.

Sumber TKO - 8-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wujud Kebimbangan Hubungan DAP-MAHATHIR Kepada Penyokong Bawahan DAP
Posted on Thursday, December 08 @ 11:23:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32750



Walaupun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat tepukan gemuruh semasa penampilan bersejarahnya di konvensyen kebangsaan DAP, namun beberapa pemimpin parti itu bimbang ia mungkin membawa kesan sebaliknya, terutama bagi masyarakat Cina di Semenanjung dan masyarakat Kadazan.

Ini disuarakan oleh wakil rakyat DAP, Sim Tong Him dan Chan Foong Hin yang masing-masing berasal dari Melaka dan Sabah.

Sebagai veteran DAP, Sim berpendapat parti itu tidak sepatutnya menjemput Mahathir ke konvensyen berkenaan.

Pesimis terhadap keupayaan Mahathir menarik undi Melayu kepada DAP, beliau mengingatkan bahawa langkah itu sebaliknya mungkin boleh menakutkan pengundi tradisional Cina parti itu, terutamanya disebabkan oleh rasa tidak puas hati berhubung tanggapan terhadap bekas PM itu sewaktu pentadbirannya.

"Saya tidak fikir ianya perlu, ini memberi tanggapan yang kedua-dua pihak menggunakan satu sama lain... Sebanyak manakah beliau (Mahathir) boleh membantu mengurangkan prejudis orang Melayu terhadap DAP?

"Saya rasa, memandangkan BERSATU bukan dalam Pakatan Harapan, maka ia menjadi ganjil jika kita membenarkan Mahathir dan (presiden BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri (Konvensyen DAP)," kata ahli Parlimen Kota Melaka itu.
Sim berkata, parti itu tidak boleh hanya melihat pada manfaat yang dibawa oleh Mahathir, tetapi mengabaikan akibatnya.

"Kita tidak boleh mengambil mudah penyokong Cina bandar. Kita tidak boleh terlalu optimistik, adalah penting untuk menstabilkan asas pengundi tradisional kita. "

Menurut maklum balas yang diterima, beliau berkata kerjasama Mahathir dengan DAP membimbangkan penyokong Cina.

"Ramai yang bimbang tentang Mahathir. Ini mengecewakan mereka dan mereka mungkin jadi pengundi atas pagar. Parti patut beri perhatian terhadap perkara ini."

Reaksi akar umbi Kadazan

Chan, yang merupakan ADUN Sri Tanjong, mengakui beliau berasa hairan dengan kehadiran bekas perdana menteri itu di konvensyen DAP.

Ini, katanya, adalah kerana DAP tempatan mengekalkan hubungan yang 'suam-suam' dengan BERSATU.

Apabila Chan pulang ke negeri di bawah bayu itu, beliau berdepan dengan banyak soalan dari akar umbi tempatan, terutama dari masyarakat Kadazan.

Menurutnya, pemimpin tempatan Kadazan tidak dapat memahami mengapa Mahathir sedang bekerjasama dengan DAP kerana bekas PM itu dilihat sebagai mendalangi projek IC, walaupun mereka percaya dengan 'kebijaksanaan' Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

"Di segi rasional, DAP mesti bekerjasama dengan Mahathir. Tetapi orang ini (Mahathir) telah menyakitkan kita sebelum ini terutama bagi masyarakat Kadazan... terima kasih kepada 'projek' Dr M," tambahnya.

Juga dikenali sebagai projek 'M' untuk huruf pangkal namanya, Mahathir didakwa terlibat dalam kontroversi Projek IC, yang memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing, kebanyakannya Muslim, dan menjadikan mereka pengundi dan membolehkan penguasaan berterusan Umno Sabah sejak 1994.

Tetapi Mahathir menafikan sebarang pengetahuan mengenai projek seumpama itu.
Menurut Chan, orang Kadazan melihat Mahathir sebagai dalang di sebalik projek IC yang mereka percaya membawa kepada penghakisan kuasa politik masyarakat tersebut.

'Pembangkang yang kuat'

Bagaimanapun, dua lagi pemimpin DAP bersetuju dengan kehadiran Mahathir di konvensyen parti itu.

ADUN Bilut, Chow Yu Hui berkata kehadiran Mahathir di konvensyen parti yang pernah menjadi musuh ketatnya itu, membuktikan keazaman bekas PM itu untuk bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Najib.

Walaupun tindakan keras Mahathir terhadap hak asasi manusia sebelum ini, Chow percaya bekas PM masih boleh menebus dirinya.

Walaupun Mahathir tidak memohon maaf di atas kesilapannya di masa lalu, Chow berkata, anggota DAP masih boleh bekerja dengannya walaupun mereka tidak boleh melupakan masa lalu.

Namun begitu, beliau berpandangan bahawa adalah baik bagi Mahathir memohon maaf bagi mengukuhkan pakatan pembangkang, katanya.beliau mencadangkan.

"Jika beliau boleh memohon maaf atas kesilapan masa lalu, ini akan menjadi baik untuk pilihan raya akan datang... walaupun kita tidak pernah lupa masa lalunya," kata sambil menambah bahawa penyertaan Mahathir boleh membawa kepada pembangkang yang kuat.

Sementara itu, Bendahari DAP Johor, George Poh Eng Guan menghargai kehadiran Mahathir di konvensyen DAP.

Poh berkata langkah itu merupakan satu isyarat yang baik dari Mahathir untuk menunjukkan keikhlasannya untuk bekerjasama dengan pembangkang.

"Beliau secara terbuka mengakui kesilapannya (mengenai tanggapan terdahulunya terhadap DAP), ini adalah baik... Saya rasa ini boleh menyenangkan rasa tidak puas hati di peringkat akar umbi," katanya, walaupun mengakui bahawa beliau sendiri mempunyai perasaan yang bercampur-campur.

Poh percayai penyokong tegar DAP tidak bimbang dengan pakatan Mahathir-DAP.
"Saya tidak fikir ia akan membawa kepada sebarang tindak balas. DAP tidak menyimpang dari prinsipnya, kita masih menegakkan keadilan."

Sumber TKO - 8-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perlembagaan Tidak Halang Bukan Melayu Jadi PM – DAP
Posted on Thursday, December 08 @ 05:20:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32749



KUALA LUMPUR - DAP menegaskan bahawa parti itu akan memilih Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kaum Melayu sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya merampas pemerintahan negara ini.

Parti itu bagaimanapun menjelaskan Anwar dipilih bukan kerana beliau seorang Melayu, sebaliknya kerana bekas Ketua Pembangkang yang dihukum penjara atas kesalahan meliwat lelaki lain itu kononnya layak memegang jawatan tersebut.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari turut mengingatkan semua pihak bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang mana-mana rakyat Malaysia (termasuk bukan Melayu) untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa DAP bagaimanapun kononnya memahami fabrik sejarah dan sosio-politik negara Malaysia, maka adalah naïf untuk parti itu mengidamkan jawatan Perdana Menteri di negara ini.


“DAP komited terhadap pembaharuan sistem dan bukan hanya mengejar jawatan-jawatan tertentu.

“Apa yang lebih bermanfaat kepada rakyat bukan sekadar penentuan Perdana Menteri tetapi reformasi keseluruhan struktur dan sistem politik negara,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan Zairil Khir itu secara tidak langsung membayangkan DAP tidak bimbang kaum mana yang akan menjadi Perdana Menteri andai Pakatan Harapan memerintah kerana Perdana Menteri pilihan mereka akan mematuhi setiap sistem yang ditetapkan DAP untuk Malaysia.

Zairil Khir dalam pada itu mengingatkan UMNO bahawa orang Melayu tahun 2017 sudah tidak peduli mengenai retorik bukan Melayu menjadi Perdana Menteri lagi. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO -m8-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP Patut Buka Kelas Ajar Ahli Dan Perwakilan Berbahasa Kebangsaan
Posted on Wednesday, December 07 @ 19:58:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32746



KUALA LUMPUR: Dalam kesibukan DAP berusaha untuk menggulingkan kerajaan, parti tersebut meminggirkan perkara terpenting dalam meneraju Malaysia iaitu fasi bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Pengerusi NGO Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim berkata, amat memalukan bagi DAP ekoran ramai dari kalangan ahli serta perwakilan partinya tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan sehingga memaksa menggunakan penterjemah semasa debat Kovensyen Kebangsaan DAP, baru-baru ini.

“Apa ertinya menjadi warganegara Malaysia jika tidak tahu berbahasa kebangsaan
"Di beberapa negara lain jika tidak tahu berbahasa kebangsaan negara tersebut maka seseorang itu mungkin tidak layak diberi keistimewaan menjadi warganegara," tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fok bahawa partinya menghabiskan anggaran RM20,000 bagi menyediakan lebih 100 alat menterjemah kepada perwakilan parti.

Katanya, alat tersebut menterjemah debat yang berlansung dalam bahasa kebangsaan kepada bahasa Mandarin dan Tamil.

“Oleh itu saya cadangkan agar Dap buka kelas bahasa kebangsaan daripada berhabis duit beli alat terjemah bahasa,” kata Azrinizam dipetik UMNO Online.

Tambahnya lagi, tiada guna juga jika lagu rasmi DAP dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan sekiranya ahli partinya sendiri tidak tahu bertutur dalam bahasa tersebut.
“Bagi saya, lagu parti itu dibuat dalam bahasa Malaysia hanya sebagai satu propaganda untuk mendapat undi.

“Dap patut sedar kegagalan ahli dan pemimpin mereka menguasai bahasa kebangsaan adalah perkara yang amat serius. Lihatlah apa jadi dalam dewan rakyat bila bila pemimpin Dap berhujah dalam bahasa Malaysia yang tunggang langgang.

“Jika menguasai bahasa kebangsaan pun mereka gagal maka bagaimana mereka mahu menjadi seorang pemimpin yang baik,” katanya lagi.

- Malaysian Digest

Sumber TKO - 7-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa Chen Man Hin, Penasihat DAP
Posted on Monday, December 05 @ 21:29:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32726



Dr Chen Man Hin merupakan ahli politik DAP. Beliau menang bertanding dalam pilihan raya kecil Rahang 1965 . Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Seremban, negeri Negeri Sembilan. Beliau bertanding atas tiket DAP menentang parti Barisan Nasional. Sejak 1965 , beliau berkecimpong dalam politik DAP dan perjuangan DAP.

Politik beliau turun naik. Pada 1999, Chen Man Hin, Karpal Singh dan Lim Kit Siang tewas di kawasan masing-masing.[1] Ketika itu, DAP melancarkan Projek Pangkor dan membentuk Barisan Alternatif bersama PAS dan Keadilan.

Chen Man hin dilahirkan di China dan belayar ke Tanah Melayu pada usia muda, sebelum Perang Dunia Kedua . Pada 1946, beliau belajar di King Edward VII Medical College di Singapura dan lulus pada 1952. Selepas itu bekerja sebagai pegawai perubatan / doktor di Singapura dan kemudian Hospital Seremban sehingga tahun 1956, apabila membuka klinik sendiri.

Chen Man Hin menjadi pengasas DAP di Seremban bersama pemimpin lain seperti Lim Kit Siang, Dr. Tan Seng Giaw, peguam Karpal Singh (CEC) dan Hu Sepang. Kemudian, beliau dilantik sebagai Penasihat Seumur Hidup DAP. Ibu pejabat DAP ketika itu terletak di Bangunan Choo Teik, Seremban. Era 1980-an, Negeri Sembilan pernah menjadi kubu kuat DAP.[2] Negeri Sembilan mempunyai 7 kerusi parlimen dan 32 kerusi Adun.

Pemimpin awal DAP ialah Chan Tech Chan , Dr Liew Ji Sheng , peguam Lim Koon Jie , Chan Kok Kit , Wang Rui Ai , Walter Loh (Setapak) , Devan Nair (Setiausaha , kemudian Presiden Singapura) , peguam Lee Ming Chang dan Goh Hock Guan. Pemimpin lain ialah Lai Teo Kuan, Mahdevan Nair ,Ibrahim Sengel (Adun), Richard Ho (parlimen Setiawan), Fadzlan Yahya dan Nor Jetty sebagai Timbalan Pengerusi DAP . Dr Siva sebagai Bendahari.

Adun DAP di Negeri Sembilan, Datuk Lee Yuen Fong (Temiang) dan Yip Chee Keong (Lobak) menyertai MCA. Pada 2004, Setiausaha Agung DAP , Kerk Kim Hock pernah bertanding di Lukut. Chen Man Hin selaku penasihat DAP turut bertindak terhadap Lim Fui Ming (Adun Bahau) yang mahu keluar parti pada 2007.[3]

Ekoran kematian Adun MCA di Rahang,Negeri Sembilan, Chen Man Hin telah bertanding sebagai calon Bebas dan beliau menang.Pilihan raya kecil Rahang diadakan pada 9 Disember 1965. Beliau menggunakan lambang bunga 'cherry blossom'. Ketika itu DAP dalam proses penubuhan dan berjaya didaftarkan pada 18 Mac 1966.

Kemenangan itu membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi kebangsaan DAP. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964, pembangkang kalah teruk kerana perpecahan Parti Rakyat dan Parti Buruh. Namun parti DAP bangkit . Parti Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam yang masih di dalam penjara , membantah tindakan Parti Buruh yang mempersoalkan kedudukan bahasa Melayu.[4] Pengerusi Parti Buruh, Lim Kean Siew , ahli parlimen Datuk Keramat dan Adun Air Hitam, Pulau Pinang mempersoalkan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di Malaysia.

Seterusnya beliau menang dalam Pilihan raya 1978 dan 1986. Tahun 1986, DAP menang 24 kerusi Parlimen dan 56 kerusi negeri.

Tahun 1999, beliau kalah bertanding di P118 Rasah, Negeri Sembilan kepada Datuk Goh Siow Huat (BN).[5] . Tahun 1999, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas mengejut di Pulau Pinang tetapi PAS menang besar di Terengganu dan membentuk kerajaan.

Ramai hulubalang UMNO tewas, antaranya ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ; Tan Sri Abdul Hamid Othman ; Yusof Noor ; Datuk Dr. Ibrahim Saad ; Datuk Ibrahim Ali; Datuk Idris Jusoh; Datuk Abu Bakar Daud; Datuk Tengku Mansor Mahmud; Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub (Parit); Menteri Kewangan Kedua, Datuk Mustapa Mohamed (Jeli) dan ; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa (Peringat).[6]

Chen Man Hin yang merupakan antara penasihat agung DAP, dikatakan telah menerima lebih RM1 bilion daripada FGV menerusi ladangnya di Johor. Antara orang kaya dalam DAP.

Sumber TKO - 5-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Risalah misteri selit surat khabar cuba pengaruhi ahli DAP
Posted on Monday, December 05 @ 19:37:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32724



PETALING JAYA: Beberapa risalah misteri ditemui diselitkan dalam setimbun surat khabar Cina yang diletakkan di luar dewan Persidangan Kebangsaan DAP semalam.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng dilaporkan menemui beberapa risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina di tepi lif luar dewan.

Beliau yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, risalah itu ternyata bukan diedarkan ahli DAP, sebaliknya ada pihak yang cuba merosakkan hubungan sesama parti komponen dalam Pakatan Harapan.


Antara risalah itu adalah “Tamatkan familisme, selamat tinggal dinasti Lim” dan laporan mengenai kenyataan perkauman dan tuduhan terhadap DAP oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, beberapa tahun lalu.

Satu lagi risalah bertajuk “Katakan tidak kepada PAS” dan kandungannya mengenai bantahan terhadap RUU 355, kerjasama PKR-PAS, kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)-PAS.

Satu lagi risalah menuding jari ke arah PKR yang mendakwa terlalu banyak DNA Umno dalam parti itu dan pasukan dikuasai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengubah hubungan kerjasama Pakatan Harapan kerana beliau mempunyai agenda peribadi, taktik kotor dan tidak lagi bersama Pakatan Harapan, sebaliknya sanggup bekerjasama dengan Umno demi kepentingan sendiri.

Sumber TKO - 5-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP stupid to make an enemy of PAS, says Lina Soo
Posted on Monday, December 05 @ 00:16:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32716



KUCHING: The DAP is “stupid” to have made an enemy of PAS since it will likely result in Pakatan Harapan, the coalition to which they belong, losing seats that the Islamist party helped them win in previous general elections.

In an interview with FMT, state Reform party president Lina Soo said, “By going at loggerheads with PAS, Pakatan (Harapan) will lose seats where DAP had been dependent upon the goodwill of PAS members to win.”

She also said Umno was courting PAS because the ruling party knew it was the latter that could provide the “numerical support the Pakatan political machinery needed” to win
“This is why the opposition all along needed PAS to win Putrajaya. DAP is stupid to have made an enemy out of PAS.


“In the past they (DAP) were able to co-operate with PAS, saying Islamic laws were only meant for Muslims. Once DAP got a bit of the taste of power, they turned around and buang (threw) PAS out, saying they’re against hudud (Islamic law),” Soo said.

“They are now slapping themselves. The reality is, without PAS and the seats they bring to the table, the opposition cannot take over Putrajaya. With the latest political developments with Umno, the opposition now can eat their hearts out,” she said, of Umno’s friendly ties with PAS.

Soo also told FMT the opposition was in disarray and would not be able to mount a serious challenge to Umno rule.

“The opposition has lost the golden opportunity of a lifetime. When Umno was at its weakest, they decided to go against one another.”

Soo added that voters in Sabah and Sarawak were also less enamoured with national parties, claiming local parties were favoured instead.

In the 2013 election, there were 125 rural seats and 54 semi-urban ones, of a total of 222.
PAS won 21 seats, but seven MPs have since left, mostly to form Parti Amanah Negara. Out of the 133 seats won by BN, Umno controls 88.

Sumber TKO - 5-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak Karpal Singh gesa DAP waspada dengan sekutu baharu
Posted on Monday, December 05 @ 00:15:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32715



SHAH ALAM: DAP perlu berhati-hati dengan bakal sekutunya dan memastikan matlamat mereka benar-benar jujur, amaran Sangeet Kaur Deo, anak perempuan mendiang Karpal Singh.

Walaupun bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng “tiada kawan kekal dan tiada musuh yang kekal dalam politik”, apa yang harus tetap kekal adalah prinsip parti politik, katanya.

“Saya menggesa pemimpin kita berhati-hati apabila memilih sekutu. Kita mesti memastikan prinsip mereka selaras dengan kita,” katanya pada Persidangan Kebangsaan DAP di sini hari ini.

Sangeet merujuk kepada pakatan yang baru ditubuhkan DAP dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti politik barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Perwakilan dari cawangan USJ Subang Jaya itu juga menekankan sikap hipokrasi pemimpin berusia 91 tahun itu, mengingatkan parti bagaimana Dr Mahathir bertanggungjawab terhadap penggunaan sewenang-wenangnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini dimansuhkan.

Beliau berkata adalah menarik untuk melihat Dr Mahathir kini berjuang menentang penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), apabila beliau sendiri memainkan “peranan penting dalam penguatkuasaan ISA” ketika menjadi perdana menteri.


“Sosma adalah akta yang zalim, sama seperti ISA. Tetapi ia kini dikuatkuasakan kerajaan yang kehilangan hati nurani mereka.

“Kita kini di bawah ihsan Sosma, ihsan kerajaan yang kejam.”

Ucapan beliau itu datang hanya beberapa jam selepas Dr Mahathir membuat penampilan kejutan dan “sejarah” pada persidangan tahunan ke-50 parti itu.

Lim kemudian menangani perkara dibangkitkan Sangeet dengan mengatakan, walaupun DAP dan Dr Mahathir pernah bermusuh, mereka kini berkongsi matlamat bersama untuk mengalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang “rasuah”.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Lim berkata Pakatan Harapan bersama-sama Dr Mahathir hanya cuba menjamin masa depan negara dan rakyatnya.

“Mereka (BN) memusnahkan masa depan generasi saya. Apa yang kami mahu lakukan sekarang adalah untuk menyelamatkan masa depan anda, masa depan generasi kini,” katanya.

Sumber TKO - 5-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perwakilan DAP letak jawatan, hilang kepercayaan kepada parti
Posted on Monday, December 05 @ 00:12:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32713



PETALING JAYA: Seorang pemimpin akar umbi DAP mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti, terutama Lim Kit Siang.

Shamsher Singh Thind, perwakilan cawangan Taman Chai Leng berkata, Lim Kit Siang tidak lagi boleh dipercayai kerana kini bersedia bekerjasama dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya boleh menulis tesis berkenaan sifat dan tahap dakwaan Kit Siang dan pemimpin pembangkang terkemuka lain yang dibuat terhadap Dr Mahathir dan Muhyiddin pada masa lalu.

“Daripada apa yang saya lihat, sama ada Kit Siang berbohong mengenai Dr Mahathir dan Muhyiddin, atau beliau tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan orang yang menyalahgunakan kuasa mereka, dan rasuah pada masa lalu.

“Apa sahaja pandangan yang dipilih, faktor yang saya mahu buktikan ialah Kit Siang sudah kehilangan kredibilitinya,” katanya dan bertanya jika Lim suatu hari nanti akan bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Razak juga untuk menjatuhkan seorang lagi perdana menteri.

“Jika ia boleh diterima bekerja dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib maka saya pasti Kit Siang tidak akan mempunyai masalah bekerjasama dengan Najib untuk menjatuhkan perdana menteri akan datang.”

Beliau juga menyelar PKR dan DAP kerana kurang memberi kerjasama semasa pilihan raya Sarawak yang diadakan awal tahun ini.


“Menurut Fasal 5 Perjanjian Pakatan Harapan, Majlis Presiden diberi kuasa membuat keputusan muktamad untuk membuat keputusan calon yang akan bertanding di mana-mana kawasan tertentu semasa pilihan raya, sekiranya pihak tidak dapat mencapai persetujuan.

“Bagaimanapun, Majlis Presiden gagal membuat keputusan muktamad dan akibatnya kedua-dua PKR dan DAP bertanding menentang antara satu sama lain di 6 kerusi negeri pada pilihan raya Sarawak.

“Jika pemimpin Pakatan tidak dapat membuat keputusan mudah, yang dalam bidang kuasa mereka, maka apa yang boleh mereka lakukan untuk Malaysia?”

Dalam persidangan perwakilan tahunan DAP Pulau Pinang bulan lepas, Shamsher mempersoalkan pemimpin DAP mengenai kerjasama mereka dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Beliau juga memetik cerita dongeng Aesop “Petani dan ular”, tentang petani digigit ular yang dibantunya. Shamsher kemudian menyamakan ular itu dengan Dr Mahathir.

“Respons yang saya dapat adalah dalam bentuk soalan pelik. Saya ditanya jika Kit Siang, yang begitu banyak menderita di tangan Dr Mahathir, bersedia mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk kebaikan negara, jadi apa masalah saya?

“Saya terperanjat mendengar soalan ini. Dr Mahathir tidak melakukan apa-apa kepada saya secara peribadi, jadi mengapa saya perlu bersusah payah?

“Begitu juga, Najib tidak melakukan apa-apa kepada saya secara peribadi, mengapa perlu saya juga bersusah payah?”

Sumber TKO - 5-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Najib Hadir Sandiwara Mahathir Hadir Macam Mana?
Posted on Sunday, December 04 @ 22:53:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32711



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan kehadiran Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di himpunan Solidariti Rohingya di Stadium Titiwangsa hari ini hanyalah satu sandiwara.

Lim Guang Eng  hairan apabila Najib secara tiba-tiba menunjukan sifat prihatinnya terhadap etnik itu. Ini semua hanyalah satu 'wayang' bagi mereka." katanya ketika memberi ucapan sewaktu Konvensyen 2016 di sini, hari ini.

Bagaimana pula dengan Tun Mahathir? Tak komen sama ke En. Lim Guan Eng?

Setiausaha organisasinya, Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan sebelum ini mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dipelawa ke Persidangan Kebangsaan DAP kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan parti komponen Pakatan Harapan.

Bukan sahaja tak dijemput, tapi DAP Pulau Pinang mengecam dan menghina Mahathir dalam Konvesyen Negeri beberapa hari lalu.

The Star, telah membuat laporan wakil DAP Bahagian Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind mempersoalkan adakah veteran DAP Lim Kit Siang tidak berasa malu ketika bersama Dr. Mahathir.

“Kenapa beliau datang kepada DAP dan Bersih sekarang? Kerana beliau takut bahawa jika pembangkang menang  dalam pilihan raya nanti, kita akan mendedahkan segala-galanya.

“Ia seperti mahu menyelamatkan pelacur, tetapi beliau adalah bapa ayam yang menjadikan wanita itu sebagai pelacur,”
Kenyataan penghinaan Shamsher ketika konvensyen DAP Pulau Pinang mendapat tepukan gemuruh perwakilan DAP.

Hari ini Tun Mahathir menebalkan muka datang pukul 10.15 pagi ke Konvesyen DAP di IDDC. Dia duduk di celah kerusi Ketua Parlimen dan Penasihat DAP.


Kalau Lim Guan Eng boleh kata Najib SANDIWARA, agaknya Lim Guan Eng boleh kata Mahathir ini apa? Kaki "HIJACK" majlis Pakatan Harapan?

Pada Konvensyen PAKATAN HARAPAN dia datang dia membuat ucapan penutup. Malah sidang media dialah yang menjawab soalan seolah-olah dia ketua Pakatan Harapan. Pada Himpunan BERSIH5 pun sama dia balik awal daripada luar negara terus ke perhimpunan BERSIH. Dia juga membuat ucapan dan mengakhiri himpunan BERSIH5.

Apa yang saya boleh simpul ialah Tun Mahathir memang bijak, sehingga semua pimpinan PAKATAN HARAPAN di'bodoh'kannya termasuk Anwar sekali.

Kesian kepada Anwar, dia (Mahathir) menuduh, dia memenjara dan akhir sekali dia ambil REFORMASI perjuangan Anwar. Anwar diketepi secara tak sedar secara hina oleh Mahathir.

Rakyat lupa tentang MAHAZALIM dan MAHAFIRAUN kerana kelicikkan Mahathir dan  "MELAYU YANG MUDAH LUPA" memang benar dan kini CINA DAP pula kena auta.


Sumber TKO - 4-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



DAP Tak Mahu Jawatan PM, Hanya Mahu Jadi “PuppetMaster” aje!
Posted on Sunday, December 04 @ 20:50:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32708



"Kami tidak pernah minta supaya seorang yang berbangsa Cina menjadi Perdana Menteri tetapi menyokong seorang Melayu" kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika Konvensyen DAP 2016 di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, parti itu juga tidak berhasrat menguasai kerajaan sekiranya mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Kami tidak akan menguasai kerajaan sekiranya pembangkang memenangi kuasa tetapi akan menjadi rakan kongsi" Katanya lagi.

Saya setuju dengan kenyataan Lim Guan Eng ini. DAP pun tak minta jadi ketua pembangkang walaupun mendapat kerusi yang lebih.

Kerana DAP hanya mahu jadi "Puppet Master" aje yang akan mempuppetkan parti-parti Pakatan Harapan lain. Paling mudah lihat, tengok macam jadi kepada parti PAN, sekadar balaci untuk bersetuju dengan apa yang DAP kata walaupun melibatkan agama Islam.


Saya akan menulis dalam hal ini dengan tajuk "DAP tanding 60 kerusi takkan boleh kuasai Malaysia" dalam artikel berasingan.

Untuk kali ini suka saya bawa petikan daripada AIDCNews.

Dalam amalan PH sekarang, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dan ketua PH, walaupun pada hakikatnya, DAP mendominasi dalam gabungan pembangkang itu, di mana DAP mempunyai 37 Ahli Parlimen berbanding dengan PKR, 28 Ahli Parlimen sahaja.

Keadaan sama juga berlaku ketika mentadbir Kerajaan Negeri Selangor, DAP yang mempunyai 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah bersetuju melantik ADUN dari PKR sebagai Menteri Besar, walaupun PKR hanya mempunyai 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja.

“Ramai sudah mengetahui bahawa dominasi atau dominan dalam PH dari segi kerusi Parlimen dan pengaruh ialah DAP jadi ini akan menyebabkan ketuanan DAP itu akan mempengaruhi parti yang memerintah.
Anda boleh fikir sendiri, jika anda memahami politik Malaysia. Yang ini puak-puak PAN dan IKRAM buta mata hati untuk memhaminya, sebab mereka sekarang dah jadi PUPPET!



Sumber TKO - 4-12-2016



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teori Baru DAP: Umno, Pas capai sepakat
Posted on Saturday, December 03 @ 11:56:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32692



UMNO dan Pas diramal akan mencapai kata sepakat untuk menghadapi PRU14, demikian dinyatakan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ketika ditemu bual Sin Chew Jit Poh.
Beliau berpendapat, Umno mungkin tidak akan menumpukan sepenuh perhatian di Dun Kelantan dan Terengganu, dan sebagai balasannya, Umno akan meminta Pas memberi kemenangan mudah kepada calon-calonnya di kawasan parlimen.

"Umno harap boleh menang kira-kira 20 kerusi parlimen di Kelantan dan Terengganu bagi mengisi kerusi-kerusi yang mereka kalah terutama di kawasan bandar.

"Pas dijangka bertanding di kawasan-kawasan pantai barat semenanjung, sekali gus menyebabkan berlaku tiga penjuru antara BN, Amanah dan Pas. Sekiranya ini berlaku, pastinya pihak yang akan mendapat kelebihan ialah BN," kata Chin Tong.

Beliau yang membuat analisa turut berkata, sokongan pengundi Cina kepada pembangkang kini telah merosot sedikit sejak kebelakangan ini.

"Pada PRU 2013, pembangkang memperoleh sokongan kira-kira 85 peratus daripada pengundi Cina, namun ia agak menurun kepada 65 peratus, iaitu lebih kurang apa yang diperoleh pada PRU 2008.

"Oleh itu, bagi parti-parti pembangkang sekiranya ingin mendapatkan balik sokongan yang kuat seperti PRU 2013, sokongan Melayu turut memainkan peranan penting," katanya. 

Sumber TKO - 3-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tahu Marah DAP Bila Akta 164 Orang Nak Ganggu
Posted on Tuesday, November 29 @ 17:09:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32637



Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok hari ini membidas Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kerana memberi amaran akan menentang Akta 164 jika Akta 355 diganggu.

Beliau yang juga anggota Parlimen Seputeh berkata, kenyataan Takiyuddin itu sama sekali mengejutkan, melampau, tidak boleh diterima dan tidak bertanggungjawab.

"Kenyataannya itu juga menunjukkan bahawa PAS telah melupuskan slogannya 'PAS Untuk Semua'.

"Sehingga hari ini, ternyata PAS masih tidak faham mengapa orang bukan Islam tidak menyokong Rang Undang-undang yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS bertekad mahu bermain politik dalam isu keagamaan demi kepentingannya," ujar beliau dalam kenyataan.

Baru-baru ini, Takiyuddin berkata, PAS berasa bimbang terhadap bantahan berterusan masyarakat bukan Islam terhadap usul untuk menambah hukuman Mahkamah Syariah.
Ujar Takiyuddin, jika usaha itu diganggu, mungkin berlaku akan menyebabkan perkara sama berlaku terhadap undang-undang melibatkan bukan Islam.

“Saya bagi contoh Akta 164 – Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian). Itu satu undang-undang yang ada kaitan dengan orang bukan Islam dari segi perkahwinan, penceraian dan hak penjagaan.

“Jadi kalau RUU355 diganggu, kita bimbang orang Islam tidak akan bersetuju dengan pembaharuan undang-undang, yang juga ada kaitan dengan orang Islam, terutamanya apabila pasangan itu masuk Islam dan sebagainya.

“Jadi kita minta, we must play a fair game. Jangan ganggu hak orang Islam dan kita harap orang Islam tidak akan menyusahkan orang bukan Islam.

“Kalau nak main macam itu kita pun boleh tentang pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian),” tambah beliau.

Mengulas lanjut, Kok berkata, DAP bertegas tidak akan berkompromi dalam mempertahan dan menegakkan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan yang sekular dengan Islam adalah agama rasmi negara ini.

"Takiyuddin mungkin terlupa apa yang Abdul Hadi pernah katakan mengenai undang-undang Islam yang akhirnya memberi kesan kepada bukan Islam tetapi ramai rakyat Malaysia tidak lupakan itu," katanya.

Sumber TKO - 29-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Mahathir tidak dijemput ke Persidangan Kebangsaan DAP
Posted on Friday, November 25 @ 18:36:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32583&mode=thread&order=0&thold=0



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dipelawa ke Persidangan Kebangsaan DAP minggu depan kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan parti komponen Pakatan Harapan, kata setiausaha organisasinya, Anthony Loke Siew Fook.

“PPBM belum membentuk pakatan rasmi dengan Harapan. Ia adalah tradisi kami hanya mempelawa parti komponen pakatan kami ke persidangan kebangsaan.”

Persidangan kebangsaan DAP dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal di Shah Alam pada 4 Disember ini.

Loke berkata, antara pemimpin Pakatan Harapan yang dijemput ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Amanah, Mohamad Sabu serta timbalannya, Salahuddin Ayub.

“Kami sudah menjemput veteran parti kami dan turut menjemput pucuk pimpinan 2 parti komponen dalam PH, iaitu PKR dan Amanah.”

Beliau berkata, hanya 2 pemimpin DAP akan menyampaikan ucapan di persidangan itu, iaitu pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

“Tiada ucapan daripada pemimpin parti lain. Hanya 2 pemimpin DAP akan berucap pada persidangan itu dan akan ada perbahasan di kalangan perwakilan kami.”

Katanya, seramai 2,732 perwakilan dari seluruh negara dijangka menghadiri persidangan kebangsaan itu yang bakal meraikan ulang tahun ke-50 parti itu.


“Parti dijangka menerima pakai pengisytiharan ‘DAP pada 50’, di mana ia akan memperbaharui asas perjuangan parti untuk 50 tahun akan datang.”

Sumber TKO - 26-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ADUN DAP Gesa Guan Eng Henti Pengerusikan Jawatankuasa Perancangan Negeri
Posted on Thursday, November 24 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32557



GEORGE TOWN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menarik diri daripada mempengerusikan Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) atau Jawatankuasa Tanah sementara menunggu perbicaraan dakwaan rasuah terhadap dirinya.

“Kebiasaannya, kami menggesa ahli politik mengambil cuti sementara membolehkan siasatan terhadapnya dilengkapkan. Jika cadangan seperti ini susah untuk diterima, maka langkah lebih progresif boleh diambil di mana-mana demi keadilan, pemimpin itu dinasihatkan untuk tidak mempengerusikan dan menguruskan perkara dalam SPC atau Jawatankuasa Tanah buat masa ini sehingga keputusan akhir mahkamah,” kata Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah), merujuk kepada perbicaraan kes rasuah Guan Eng.

Teh yang membahaskan Bajet 2017 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa turut berkata jika mempunyai peluang, beliau akan membuat perubahan terhadap perlembagaan negeri bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan ketua menteri kepada dua penggal.

“Kita dalam sistem Westminster yang menjalankan fungsi pemisahan kuasa yang terdiri daripada perundangan, eksekutif dan kehakiman.

“Dan sekarang kita berada dalam krisis di mana badan kehakiman sedang dalam proses menyiasat eksekutif berkaitan beberapa pertuduhan.

“Dalam sistem kita, salah satu struktur adalah tanggungjawab. Seorang pemimpin perlu mengamalkan tanggungjawab bersama ketika berdepan kontroversi supaya kepentingan awam selamat dan tadbir urus dipertahankan,” katanya.

Lim tidak hadir pada persidangan DUN ketika Teh menyampaikan ucapannya.

Dalam perkembangan berasingan, Teh berkata jawatankuasa transgender yang dibentuk juga melaksanakan dua simposium pada tahun ini.

“Simposium ini dimasukkan dalam bentuk laporan yang dibentangkan dalam dewan,” katanya.


“Kalau boleh, saya juga akan membentangkan laporan itu kepada exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk diterima dan dibentangkan di DUN sebagai satu kenyataan dalam mesyuarat pada tahun depan,” katanya – Mstar

Sumber TKO - 24-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Adik Guan Eng Bakal Ketua Menteri Pulau Pinang ?
Posted on Saturday, November 12 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32351



Pengumuman DAP Pulau Pinang menggunakan alasan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) bagi melantik adik perempuan Lim Guan Eng sebagai Ketua Jawatankuasa Kempen Pilihanraya adalah muslihat bagi menyediakan wanita itu sebagai pengganti Ketua Menteri.

Guan Eng yang sudah didakwa di mahkamah kerana jenayah rasuah mengenepikan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, seorang anak tempatan bagi menjadi penggantinya.

Biarpun pengumuman dibuat Kon Yeow ketika Konvensyen DAP Pulau Pinang dan bukannya Guan Eng sendiri, menurut sumber DAP yang turut hadir di perhimpunan itu, ia adalah alasan bagi mengelak spekulasi di kalangan perwakilan.

“Perlantikan adik Guan Eng itu sebagai persiapan bagi menyediakan wanita itu menggantikan Guan Eng kerana tidak mahu teraju pentadbiran Pulau Pinang digantikan oleh ‘orang luar.’

“Kon Yeow tahu kedudukannya biarpun sebagai Pengerusi DAP negeri, ia tetap tidak menjamin laluannya ke Komtar (pejabat Ketua Menteri),” kata sumber itu kepada My Nation News.

Katanya, apabila adik perempuan Guan Eng lebih kerap turun padang bertemu jentera berbanding Kon Yeow melalui perlantikan jawatankuasa itu, ia akan dijadikan alasan untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri.

Adik perempuan Guan Eng dilantik mengetuai satu jawatankuasa bagi jentera sosial media atau dikenali sebagai RBA.

DAP akan turut menyalurkan lebih banyak sumber ke dalam ‘jawatankuasa’ itu, kata Kon Yeow seperti dipetik The Star Online baru-baru ini.

Sumber AIDCNews

Sumber TKO - 12-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majoriti ahli DAP bersama saya tolak Dr Mahathir, kata Shamsher
Posted on Thursday, November 10 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32321



GEORGE TOWN: Shamsher Singh Thind yang mencetuskan gempar di konvensyen DAP baru-baru ini apabila membidas kerjasama partinya dengan Tun Dr Mahathir mendakwa beliau disokong majoriti ahli.

Wakil DAP Bahagian Taman Chai Leng itu berkata pandangan pengkritiknya yang mendakwa hanya segelintir menolak kerjasama itu adalah tidak berasas.

Shamsher dalam ucapannya kepada perwakilan DAP Ahad lepas menggesa parti supaya menjarakkan diri daripada Dr Mahathir, yang diumpamakan seperti ular dan bapa ayam.

Beliau menarik balik kenyataan itu selepas diminta berbuat demikian oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Menyangkal salah seorang pengkritiknya, Shamsher berkata penganalisis politik Azman Awang Pawi sewajarnya mengkaji sentimen dalam kalangan ahli DAP.

“Azman sepatutnya tidak berganjak daripada ketetatan perkaedahan, bukannya membuat kenyataan sewenangnya dan berbohong kononnya pemimpin DAP dan ahli tidak sependapat dengan saya,” kata pensyarah kriminologi dan undang-undang itu kepada FMT.

Shamsher kemudian menunjukkan 3 peristiwa pemimpin dan ahli DAP mencemuh kerjasama dengan Dr Mahathir.

“Pada 11 Ogos, pengarah pendidikan politik Pemuda Sosialis DAP Chiong Yoke Kong menggelar PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) klon Umno dan parti baharu yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan ‘Selamatkan Malaysia’.

“Pada 19 April tahun lepas, Ahli Parlimen Bukit Gelugor (Ramkarpal Singh) dilaporkan berkata kerjasama dengan Dr Mahathir mengundang bencana.

“Tambahan pula, selepas ucapan saya di konvensyen tahunan DAP negeri pada Ahad, beberapa ahli veteran menemui saya dan menjabat tangan, menandakan mereka menyokong kenyataan saya.”

Sumber TKO - 10-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP, ketua menteri dan Ramasamy
Posted on Tuesday, November 08 @ 16:03:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32293



Oleh Edwin Michael Saya merujuk tulisan Shamsher Singh Thind, “Ini sebabnya Ramasamy bukan pengganti Guan Eng” diterbitkan dalam FMT hari ini.


Saya mengucapkan terima kasih kepada penulis kerana menerangkan secara terperinci daripada sudut perundangan dan komplikasi yang bakal dihadapi sekiranya Lim Guan Eng tidak menamakan penggantinya, andai kata didapati bersalah atas 2 tuduhan rasuah terhadapnya.

Apa yang penulis lupa menerangkan secara terperinci ialah bagaimana seorang ketua menteri dengan jelas mengenepikan timbalannya (dari parti yang sama) sebagai pengganti kerusi beliau.

Benar, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Koon Yeow masih perlu untuk mendapatkan sokongan adun Pakatan Harapan lain, namun bukankah Timbalan Ketua Menteri II P.
Ramasamy sekiranya dinamakan pengganti juga harus mendapatkan sokongan daripada adun lain? Proses yang sama tetapi amat prejudis!

Atau apakah penulis cuba menerangkan bahawa restu Lim Guan Eng lebih penting berbanding restu adun lain untuk menjadi penggantinya?


Jika diikutkan logik sistem politik di negara ini, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad berundur sebagai perdana menteri, jawatannya diambil alih timbalannnya dan perkara yang sama berlaku apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan jawatannya kepada timbalan beliau ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Maka proses peralihan kuasa dilakukan dengan adil serta mengambil kira sentimen parti.
Namun dalam konteks kerajaan negeri Pulau Pinang, seorang exco dinamakan pengganti sedangkan timbalan ketua menteri pula dibelakangkan.

DAP sering megah sebagai parti yang berbilang kaum dan berjuang untuk semua, namun dalam soal peralihan kuasa, jelas kelihatan hanya satu pihak sahaja yang mendominasi, sementara yang lain hanya berfungsi sebagai tukang sokong.

Dengan mengusulkan satu dua nama bukan Cina untuk menunjukkan DAP bebas daripada elemen perkauman bukanlah satu tindakan yang matang dalam berpolitik.

Jika mendiang Karpal Singh pernah menjawat jawatan pengerusi DAP dan beliau bukan berbangsa Cina, apa salahnya Ramasamy memegang jawatan ketua menteri Pulau Pinang. Ingat, beliau juga bukan berbangsa Cina!

..............
Edwin Michael ialah pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampus Perak.

Sumber TKO -8-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa Guan Eng tak pilih Ramasamy?
Posted on Monday, November 07 @ 21:27:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32281



Oleh Timmy Say

Kaum bukan faktor. Kami semua rakyat Malaysia. Begitulah laungan DAP selama ini.


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng baru-baru ini berharap DAP menerima Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggantikan beliau sebagai ketua menteri sekiranya beliau dipenjara.

Lim tidak menamakan kedua-dua timbalan ketua menterinya, Mohd Rashid Hasnon dari PKR dan P. Ramasamy, dari DAP.

Tindakan Lim melangkau Rashid boleh difahami, kerana beliau daripada PKR. Sememangnya di sini tiada faktor kaum, lagipun DAP tidak mengamalkan perkauman.

Tetapi mengapa Lim tidak tergamak pilih Ramasamy sebagai penggantinya?

Apakah Ramasamy tidak layak? Sekiranya Lim uzur hari ini, yang menjalankan urusan ketua menteri Pulau Pinang sebagai pemangkunya adalah Rashid dan Ramasamy, bukannya Chow.

Sekiranya Chow layak menjadi ketua menteri, mengapa pula dia tidak diambil sebagai timbalan ketua menteri?

Rasanya, Lim perlu memberi justifikasi mengapa Chow harus dipilih berbanding Ramasamy sebagai ketua menteri.

Selepas itu, beliau wajib menjawab mengapa Ramasamy diangkat timbalan ketua menteri, bukannya Chow, sekiranya benar Chow lebih layak daripada Ramasamy.

Dari sudut satu, bukankah ia akan menggembirakan para pejuang “Kami adalah rakyat Malaysia” sekiranya Ramasamy diangkat menjadi ketua menteri?

Bukankah ia memberikan harapan setiap ahli dalam DAP mempunyai peluang sama-rata memegang jawatan tertinggi?

Kalau tidak, apa lagi faktornya? Ingat, jangan terfikir pesong ke arah faktor perkauman. Di dalam DAP, semua orang dianggap rakyat Malaysia dan kaum bukannya faktor penentu.'

Cuma terfikir, apakah Lim juga akan menggesa DAP menerima calon pilihannya untuk menggantikannya sebagai setiausaha agung DAP?

Ini demokrasi, dan DAP merupakan pejuang demokrasi.

Kan?

Sumber TKO - 7-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DAP akui kes rasuah Guan Eng cabaran besar
Posted on Monday, November 07 @ 14:22:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32274



GEORGETOWN - DAP mengakui pendakwaan dua kes rasuah Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng adalah cabaran besar bagi parti demokratik itu.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, walaupun kes itu sudah dibawa ke mahkamah, parti akan terus berjuang dalam memastikan parti tidak terjejas dengan dakwaan kes Guan Eng yang juga Ketua Menteri itu.

Menurutnya, selain menghadapi kes itu, parti turut memberi tumpuan terhadap kerja politik dan meneruskan perjuangan parti yang bermula sejak 50 tahun lalu.

"Di peringkat negeri, penahanan dan pendakwaan Guan Eng kerana rasuah adalah satu cabaran besar terhadap parti dan kerajaan negeri. Namun, ia tidak mematahkan semangat DAP untuk terus berjuang yang bermula sejak 50 tahun lalu.

"Dalam menghadapi situasi yang tidak menentu, DAP Pulau Pinang tetap yakin dalam kerja-kerja politik dan mengalu-alukan mandat baharu daripada rakyat dalam pilihan raya umum akan datang," katanya ketika berucap di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2016 di sini, hari ini.
Dalam konvensyen itu, seramai 328 daripada 1,027 delegasi hadir dengan 80 daripada mereka adalah ahli veteran DAP Pulau Pinang.
Antara pemimpin tertinggi DAP yang hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Mohd Taufek Abd Rahman dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Kon Yeow turut mengakui tahun ini adalah tahun paling mencabar untuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Parti juga menggerakkan jentera untuk melancarkan kempen “Simpati, Solidariti dan Sokongan kepada Guan Eng” apabila beliau ditahan dan didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30 Jun lalu. Parti merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli, penyokong dan mereka yang mengambil berat dengan isu ini.

"Kita menghargai mandat dan aspirasi rakyat untuk menggerakkan parti ke hadapan dan mencapai kejayaan lebih besar dalam misi politik kita. Pada masa ini, Pakatan Harapan masih cuba untuk bertindak bersama ketika berhadapan senario politik yang pantas berubah," katanya.

Menurutnya, pembentukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin telah meningkatkan ketegangan politik dalam kalangan masyarakat Melayu.

"Negara ini juga dicengkam keresahan akibat ketidaktentuan sikap Pas dalam keadaan politik semasa. Mereka juga dilihat bergerak seiring dengan Umno dalam agenda Islam.

"Ketegaran mereka dalam mendesak pelaksanaan undang-undang Hudud di Parlimen telah menimbulkan banyak ketegangan dalam kalangan parti-parti politik sama ada dari BN atau barisan pembangkang," katanya.

Kon Yeow berkata, sebagai parti utama dalam Kerajaan Pulau Pinang, DAP perlu bekerja keras dalam menunjukkan kepimpinan politik dalam memimpin negeri ke hadapan walaupun berdepan dengan sumber dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang terbatas.

"Parti perlu kuat dalam menghadapi cabaran politik dari parti komponen BN dan organisasi masyarakat awam yang semakin lantang menyerang prestasi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

"Sehubungan itu, parti kini bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan membentuk sebuah jawatankuasa kempen pilihan raya yang diketuai Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying," katanya. - Sinar

Sumber TKO -7-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perwakilan Konvensyen Bantah DAP Kerjasama Dengan PPBM
Posted on Sunday, November 06 @ 21:39:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32269



GEORGE TOWN: Seorang anggota perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 di sini Ahad membantah kerjasama di antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Perwakilan dari Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind berkata, DAP tidak seharusnya bekerjasama dengan mana-mana individu yang pernah menjadi musuh parti semata-mata untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau menyelar Dr Mahathir kerana sanggup berkerjasama dengan mana-mana pihak demi mencapai matlamat untuk menjatuhkan kerajaan.

"Orang-orang DAP tak malukah nak berjabat tangan dengan musuh Tun M? Dia harus memohon maaf dahulu dengan DAP sebelum nak bekerjasama," katanya dalam sesi perbahasan konvensyen itu.

Ekoran itu, tercetus suasana panas apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bangkit dan meminta Shamser menarik balik gelaran yang ditujukan kepada Dr Mahathir, sambil menegaskan DAP menuntut ahlinya supaya tidak menuding jari kepada mana-mana pihak ekoran kesalahan lampau mereka.

Pada mulanya, Shamsher enggan menarik balik kerana itu bukan arahan daripada speaker konvensyen namun akhirnya beliau akur dengan permintaan para ahli jawatankuasa negeri.

Shamsher turut mempersoalkan di manakah hala tuju parti dan mendakwa Pakatan Harapan tidak mempunyai persefahaman sesama anggota-anggotanya.

Katanya, Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membukti perkara itu kerana terdapat enam kerusi di mana PKR dan DAP sama-sama menurunkan calon untuk bertanding.

"Mengikut persetujuan dalam Pakatan, Majlis Mesyuarat Presiden harus menentukan satu calon yang akan turun bertanding sekiranya tiada keputusan dibuat di kalangan anggotanya. Tetapi dalam hal di Sarawak, mana Majlis Presiden?," katanya.

Sementara itu, konvesyen DAP yang bermula dengan 287 perwakilan pada sesi pagi, bertukar hambar apabila tidak sampai 50 orang berada dalam dewan ketika sesi penggulungan pada jam lebih kurang 4.00 petang. - Bernama


Sumber TKO - 6-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Guan Eng Mahu Chow Kon Yeow Sebagai Pengganti
Posted on Sunday, November 06 @ 18:09:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32264



GEORGE TOWN: Lim Guan Eng menggesa ahli DAP untuk menyokong cadangan beliau menamakan pengerusi parti negeri itu, Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu.

"Saya meminta konvensyen, ahli-ahli dan pemimpin untuk menyokong cadangan agar Chow mengambil alih jawatan saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan Nasional (BN) berjaya dalam serangan mereka terhadap saya.

"Kita harus mempertahankan DAP dan Pulau Pinang daripada BN bersama-sama sebagai satu pasukan, satu semangat dan satu parti.

"DAP bukan tentang kepimpinan individu tetapi kepimpinan kolektif.


"Pulau Pinang dan DAP akan meneruskan perjuangan tidak kira apa yang akan berlaku kepada saya," kata Lim yang juga Setiausaha Agung DAP pada Konvensyen DAP Pulau Pinang di Hotel Vistana pada Ahad.

Dua kes dakwaan rasuah ke atas Lim kini masih lagi dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Sumber  TKO - 6-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MCA, MIC Masih Diam Tapi DAP Dah mengamuk pasal RUU Hadi dibentangkan di Parlimen lagi
Posted on Thursday, October 13 @ 19:13:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32006



Rang undang-undang (RUU) ahli persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditetapkan untuk pembentangan di Parlimen lagi apabila Dewan Rakyat kembali bersidang mulai hari Isnin depan.
Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, beliau terkejut apabila kertas aturan mesyuarat yang diterimanya untuk sesi 17 Oktober 2016 hingga 24 November 2016 menunjukkan RUU tersebut menjadi perkara keempat dalam senarai.

"Dalam keadaan ini, kemungkinan RUU Hadi akan diperdebat dan diundi sama ada pada Selasa, malah pada hari Isnin, tidak boleh ditolak," kata Lim dalam kenyataan, hari ini.

Antara perkara lain yang terdahulu daripada RUU Hadi itu ialah usul ucapan tahniah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada atlet Olimpik dan Paralimpik Malaysia dan usul Perbendaharaan bagi menukar pinjaman RM500 juta kepada SME Bank ke dalam ekuiti.

RUU ahli persendirian biasanya diletakkan di bahagian terbawah senarai dan hanya boleh dipindahkan ke atas dengan sokongan kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada RUU Hadi walaupun amaran yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada bulan lalu untuk BN tidak membenarkannya dibentangkan.

Lim mempersoalkan jika parti-parti komponen BN telah dapat membuat penegasan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi BN mengenai akibat jika Umno secara bersendirian dan sewenang-wenangnya menyokong RUU Hadi.

"Dalam keadaan ini, sikap berdiam diri secara berterusan oleh Presiden MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen Sabah dan Sarawak daripada Barisan Nasional sama ada mereka bersetuju atau tidak dalam konsensus BN untuk RUU Hadi tidak dapat dipertahankan.


"Masanya telah tiba untuk semua parti komponen BN untuk bersuara mengenai RUU Hadi," jelas beliau.

Sumber TKO - 13-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dendam DAP Terpercik Ke Muka Sendiri
Posted on Tuesday, October 04 @ 22:42:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31894



Ketika PAS mendakwa dikhianati oleh bekas wakil rakyatnya yang  melarikan kerusi dan meminta mereka meletakkan jawatan, pelbagai alasan diberikan oleh mereka yang berseteru dengan PAS. Golongan pro-DAP dan PKR  sanggup pula bersekongkol dengan golongan politikus durjana yang akhirnya membentuk PAN.

Begitu juga apabila PAS menegaskan untuk mengambil (bertanding)  kembali  kerusi-kerusi yang dipinjamkan kepada rakan sekutu Pakatan Rakyat, mereka mendakwa tiada kerusi tradisi bagi satu-satu parti. Tiada istilah kerusi pinjam.



Kini, DAP dan PKR rasa yang PAS pernah alami. Wakil rakyat DAP bagi kerusi Likas, Junz Wong keluar parti.   DAP minta beliau agar letak jawatan. Manakala Adun Klias Datuk Seri Lajim Ukim serta Adun Moyog Terrence Siambun – kedua-duanya daripada PKR mengumumkan keluar parti dalam satu majlis bersama di Kota Kinabalu.



Marah benar DAP dengan pengkhianatan oleh wakil rakyat mereka. Tetapi bukankah dulu, DAP tidak mengganggap pemimpin yang melarikan kerusi PAS sebagai pengkhianat? DAP ketawa dan meraikan pula manusia yang  tidak bermaruah itu. Malah akhirnya mereka  mengajak pula golongan itu menubuhkan Pakatan Harapan.



Begitu juga apabila DAP dan PKR hendak bertanding semula di Sungai Siput pada PRU14 nanti. Naib Pengerusi DAP Perak menyatakan hasrat untuk bertanding semula di kerusi yang diberi pinjam kepada PSM. Bukankah semasa PAS guna istilah  “ kerusi pinjam”, kamu kata tiada istilah kerusi pinjam. Kena kepada kamu, ada pula istilah kerusi pinjam. Kan haprak tu.



Inilah sebahagian sandiwara politik oleh golongan oportunis. Golongan ini mendakwa dengan seribu hujah bertaraf ‘akademik longkang’. Mereka boleh membentang dokumen dengan fakta palsu demi menegakkan benang basah. Mereka megah dengan title professional, pintar berbahas, istilah rahmatan lil ‘alamin, CAT (competency, accountability, transparency dan kerajaan Khalifah Umar Abdul Aziz. Rakyat menjadi keliru lantas membantai PAS dari kiri dan kanan.



Kesimpulannya, motif tulisanku ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat wajah-wajah sebenar pelakon opera yang mementaskan politik palsu dan jelek. Saksikanlah. 



Sumber TKO - 4-10-2016



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



DAP Johor Cadang Letak Semua Calon Yang Ditandingi oleh PAS dan UMNO
Posted on Monday, October 03 @ 22:32:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31890



Saya ingin menyuntik pandangan berkaitan garis politik parti pembangkang dengan memberi satu mesej lebih jelas kepada rakyat supaya meletakkan calon di semua kerusi ditandingi Umno dan PAS di Johor, sama ada di peringkat kawasan dewan undangan negeri atau parlimen.

Garis politik ini bertujuan untuk menjelaskan lagi pendirian pembangkang kepada rakyat Johor.Jika berjaya, mesej ini juga akan memberi kesan di peringkat nasional.

Cadangan persempadanan semula dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cukup cacamerba dan tidak akan memberi apa-apa keadilan kepada sistem sedia ada, lebih-lebih lagi di Johor yang menyaksikan sokongan serta pengaruh kepada parti pembangkang - sama ada DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH), PKR atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedang berkembang baik.

Potensi kejatuhan Barisan Najib di negeri Johor, kini kelihatan.

Oleh yang demikian, saranan saya supaya semua kerusi ditandingi Umno dan PAS diletakkan Pakatan Harapan akan membolehkan satu penjajaran garis politik berlaku dengan lebih cepat.
Ini akan melicin dan meluruskan lagi usaha membina keyakinkan rakyat kepada parti-parti pembangkang berkaitan kesiagaan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN menerusi pilihan raya umum akan datang.

PAS tidak akan mampu membuat pendirian yang tetap dan jelas dalam aspek ini, sebaliknya terus berdolak-dalik dengan pelbagai ragam politik yang dimainkan bersama Umno, PKR dan BERSATU.

Garis politik PAS yang kabur, tidak konsisten dan berbolak-balik hanya akan mengelirukan rakyat. Malah, PAS sendiri tidak menginginkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil apabila mengambil pendirian untuk tidak menyokong BERSIH 5 pada 19 November nanti. Bangsa Johor punya garis politik yang tuntas, bukan begini.

Selain itu, pandangan saya ini juga adalah mengambil saranan penulis veteran politik, Subky Latif dalam satu rencana beliau yang disiarkan di Harakahdaily pada 28 September 2016.

Subky menyarankan kepada pihak pembangkang agar mengambil keputusan bergabung lawan BN dan tidak perlu membuang masa menunggu PAS untuk bersama.

Justeru, mana-mana pihak di kalangan pembangkang terbuka untuk memberi cadangan dan harus tampil mengemukakan idea demi menumpukan usaha kerja memantapkan gerakan menewaskan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Sikap tunggu dan lihat, ada hadnya.

MAHDZIR IBRAHIM
Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor


Sumber TKO - 3-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak akan kosongkan kerusi DAP Likas - Junz Wong
Posted on Monday, October 03 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGeta


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31889



KUALA LUMPUR: Adun Likas berkata beliau tidak akan mengosongkan kerusi DUN itu selepas meninggalkan DAP, meskipun menerima desakan daripada parti lamanya.

Junz Wong berkata ini kerana beliau masih kekal sebagai pembangkang dan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarangnya bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika berbuat demikian.
“Dengan penuh hormat kepada parti lama, saya tidak akan mengosongkan kerusi Likas. Jika tidak dapat bertanding pada pilihan raya akan datang, bagaimana untuk terus berjuang bagi orang Sabah?
“Saya juga bukan keluar untuk ‘lompat’ kepada BN. Jika begitu, saya akan letak jawatan tanpa perlu diberitahu. Saya akan menyertai pembangkang tempatan untuk terus melawan BN,” katanya.
Wong dan Adun Klias Datuk Seri Lajim Ukim serta Adun Moyog Terrence Siambun – kedua-duanya daripada PKR mengumumkan keluar parti dalam satu majlis bersama di Kota Kinabalu, semalam.
Tindakannya itu mencetuskan kecaman daripada DAP, dengan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong melabelnya sebagai pengkhianat dan Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh mendesaknya melepaskan kerusi DUN yang dimenanginya atas tiket DAP.
Wong yang juga bekas setiausaha DAP Sabah itu berkata beliau memahami kemarahan pemimpin dan penyokong DAP atas tindakannya, namun berharap mereka dapat cuba memahami tindakan itu.

Beliau mendakwa masyarakat Sabah hilang harapan kepada politik nasional dan pembangkang yang berpecah, maka mereka mahukan pemimpin daripada parti politik tempatan – seperti di Sarawak.

Yang peliknya DAP meminta ADUN keluar parti letak jawatan kerana hak kerusi itu adalah hak asal DAP tetapi DAP membisu soal ADUN daripada PAS yang menyertai PAN melarikan kerusi masing-masing.

Sikap DAP double standard dalam banyak isu menunjukkan DAP hanya penting diri sendiri.

Sumber TKO - 3-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aziz Bari Kena 'Check Mate' Dengan Anak Muda Bernama Fariz Hadi
Posted on Friday, September 30 @ 20:17:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31852



MALAM tadi bertempat di 'Ruang' Seksyen 16, Shah Alam telah diadakan satu dialog 'Diskusi Kesetiaan kepada Raja dan Keluhuran Perlembagaan' anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Antara panelis yang dijemput adalah Dr. Aziz Bari (DAP), Hanif Khairi (Peguam Kanan), dan Adnan Seman (Peguam Kanan).

Dialog malam tadi lebih menjurus kepada kuasa eksekutif YDP Agong dalam melantik dan memecat Perdana Menteri atas desakan deklarasi rakyat yang dibuat oleh Tun Mahathir.


  Panelis menyokong supaya kuasa eksekutif YDP Agong dikembalikan semula selepas diubah oleh Tun M berpuluh tahun dahulu. Namun perkara yang tidak disangka berlaku apabila seorang hadirin yang hadir, Fariz Hadi mengajukan soalan kepada Dr. Aziz Bari berkenaan perlembagaan DAP yang langsung bertentangan dengan perlembagaan negara sedia ada.

Akibat tekanan dengan asakan soalan-soalan, Aziz Bari terus membuat kesimpulan bahawa Perlembagaan DAP sama seperti perlembagaan Persatuan Penduduk.

Jika DAP berjaya memerintah Malaysia, mereka MUNGKIN akan mengubah isi kandungan perlembagaan parti mereka namun buat setakat ini tidak diubah kerana tiada keperluan yang mendesak.

Dalam perlembagaan DAP, mereka tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia yang ini bertentangan dengan perlembagaan rasmi negara. Persoalan ini yang tidak dapat dihurai secara langsung oleh Aziz Bari kerana mungkin cuba untuk mempertahankan partinya bagi memastikan orang Melayu terus menyokong DAP

Sumber TKO - 30-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kes Guan Eng tangguh 6 Disember
Posted on Friday, September 30 @ 19:53:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31847



GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 6 Disember ini untuk pengurusan kes lanjut  kes rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Khoon berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas pihak pembelaan memohon tempoh tambahan untuk meneliti dokumen pendakwaan setebal 13,000 muka surat.

Hadhariah berkata, tempoh dua bulan adalah mencukupi selain turut mengingatkan kes berkenaan tidak boleh ditangguhkan.

Salah seorang peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo berkata, penangguhan itu dibuat bagi membenarkan pihak pendakwaan dan pembelaan menyelaraskan dokumen kes setebal lebih 13,000 muka surat.

Menurutnya, proses penyelarasan itu perlu dibuat bagi prosiding perbicaraan dijalankan dengan lancar.

"Ia satu prosedur biasa dalam kes mahkamah. Penyelarasan ini perlu untuk menyeragamkan dokumen kedua-dua pihak.

"Jika kita teruskan tanpa dilakukan penyelarasan indeks, maka prosiding perbicaraan akan mengambil masa yang panjang dan menimbulkan masalah," katanya kepada media semalam.
Terdahulu, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.


Sementara itu, Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng bagi mendapatkan untuk diri Guan Eng lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Sumber TKO - 30-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Hina mahkamah: Guan Eng mungkin hilang kelayakan wakil rakyat
Posted on Tuesday, September 27 @ 16:29:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31823



KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang mungkin hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, jika mahkamah mendapati dia bersalah dan mengenakan hukuman berat terhadapnya kerana menghina mahkamah.
Peguam, M Visvanathan berkata, tidak menghormati pentadbiran keadilan adalah satu jenayah dan tiada undang-undang bertulis mengenai hukuman minimum mahupun maksimum.

“Mahkamah boleh mengenakan denda atau penjara atau melepaskan tertuduh dengan teguran, berdasarkan budi bicara mereka,” katanya kepada FMT.

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen akan hilang kelayakan selama 5 tahun, jika dia sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

Peruntukan sama juga terkandung dalam undang-undang semua negeri.

“Lim mungkin hilang haknya sebagai ahli Parlimen dan adun jika mahkamah mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman berat,” katanya sebagai menjawab tindakan setiausaha agung DAP itu menghina mahkamah.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada peguam negara untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Lim.

Peguam negara berkata, Lim mengeluarkan kenyataan media walaupun mengetahui tindakannya akan mengganggu pentadbiran keadilan, menghakis keyakinan awam terhadap badan kehakiman dan menghina maruah serta integriti mahkamah di negara ini.

Adun Air Puteh itu mendakwa 2 tuduhan rasuah adalah “konspirasi” terhadapnya dan juga “direka-reka”.

Jun lalu, ahli Parlimen Bagan itu bersama ahli perniagaan, Phang Li Koon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi George Town.

Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk menerima suapan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew.

Dia juga didakwa meluluskan permohonan Magnificent Emblem menukar status tanah pertanian bagi tujuan membina kediaman dan tuduhan ke-2 menggunakan kedudukannya membeli sebuah banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta – jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Visvanathan berkata, dahulu ada 1 kes di mana bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Wee Choo Keong hilang kelayakan kerana menghina mahkamah, kira-kira 20 tahun lalu.

Pada 14 April 1995, Mahkamah Agung ketika itu menjatuhkan denda RM7,000 kepada Wee kerana melanggar perintah menghalangnya mencetak, mengedar atau menerbitkan sebarang dakwaan tidak wajar terhadap MBf Holdings dan anak syarikatnya.

Wee bertanding pada Pilihan Raya Umum 1995 dan memenangi kerusi Bukit Bintang atas tiket DAP, tetapi calon BN, Lee Chong Meng memfailkan bantahan.

Hakim pilihan raya, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim membatalkan kemenangan Wee, memandangkan tindakannya menghina mahkamah adalah satu kesalahan jenayah.

Ahmad Fairuz kemudiannya mengumumkan Lee dipilih sebagai ahli Parlimen Bukit Bintang.

Sumber TKO - 27-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Setelah Gagal Cadang Pilihanraya Awal di Selangor Lim Kit Siang Pergi Tangkap Pokemon Terrakion di Indonasia
Posted on Wednesday, September 21 @ 19:13:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31764



Isnin lalu, penasihat DAP, Lim Kit Siang mencadangkan supaya kerajaan Selangor mempertimbangkan pilihan raya awal bagi menghalang usaha memberi kemenangan kepada Umno Barisan Nasional (BN) dalam isu persempadanan semula beberapa kawasan di Selangor.

Setelah gagal mendesak PKR, pengerusi DAP Selangor, Tony Pua pula berkata pilihan raya negeri perlu dilaksanakan lebih awal sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelesaikan proses persempadanan semula.

Kata Pua, 'adalah bodoh jika mengadakan pilihan raya selepas persempadanan semula selesai'.

Tapi malangnya Azmin Ali berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Setelah gagal mendesak Azmin dan PKR, Lim Kit Siang dipercayai kini berada di Indonasia untuk menangkap Pokemon.

Dalam game Pokemon Go tersedia 151 jenis Pokemon yang boleh ditangkap di berbagai tempat dan ada diantaranya tidak ada di Malaysia.

Ada diantara binatang pokemon ini termasuk dalam jenis Pokemon spesial, dan misterius.

Ada 11 pokemon menjadi lagenda negara Indonasia antaranya Moltres (Anak Gunung Krakatu, Lampung Selatan)
Pokemon Langka Registeel

Montres merupakan pokemon burung api, mungkin karena pernah terjadinya salah satu letusan gunung berapi yang paling dahsyat di dunia maka pokemon ini disebut-sebut berada di Anak Gunung Krakatau, Lampung Indonasia

Terrakion ialah legenda daripada badak bersumbu satunya hampir menyerupai badak bersumbu satu di taman nasional ujung kulon, Indonasia.

 Terrakion

Mengikut sumber Indonasia, Lim Kit Siang juga nampaknya tidak mahu ketinggalan, malah kini berada di tahap 23 dalam permainan tersebut.
Gambar di atas menunjukkan Lim Kit Siang sedang berjalan di lapangan terbang Jakarta sambil menggenggam telefonnya yang memaparkan antaramuka permainan pokemon.



Sumber TKO - 21-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Isu Pilihanraya Negeri Awal: DAP Selangor Kata Tindakan Azmin Bodoh
Posted on Wednesday, September 21 @ 15:51:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31757



DAP Selangor menuntut supaya pilihan raya negeri diadakan lebih awal sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelesaikan proses persempadanan semula yang sedang berterusan.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Ketua DAP Selangor Tony Pua berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar, malam semalam.

"Jika kamu buat tinjauan rambang, ramai akan menyatakan perkara yang sama.

"Adalah bodoh jika kamu berkata kita harus mengadakan pilihan raya selepas persempadanan semula selesai," kata Pua.

Keputusan itu, katanya, dibuat berdasarkan jangkaan keputusan hasil analisis DAP Selangor selepas persempadanan semula selesai.

Pua berkata, DAP Selangor akan mencadangkan perkara itu kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan untuk keputusan muktamad.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali pada Isnin lalu menolak cadangan itu dengan berkata kerajaan negeri tidak boleh mengkhianat mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu.


Exco Selangor dijangka membincangkan langkah seterusnya tindakan berhubung cadangan persempadanan semula hari ini.

Sumber TKO - 21-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jeff Ooi Janji Akan Serah Diri Esok
Posted on Tuesday, September 20 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31738



GEORGE TOWN - Anggota Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun akan hadir di Balai Polis Jalan Patani di sini esok untuk membantu siasatan berhubung komen beliau mengenai kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Peguamnya RSN Rayer ketika dihubungi Bernama hari ini berkata anak guamnya akan hadir di balai polis itu, tengah hari esok.


"Ooi akan memberi keterangan dan akan memberi kerjasama kepada polis berhubung kes itu," katanya.

Ooi akan diwakili peguam Rayer, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan Lim Lip Eng dalam kes itu.

Anggota Parlimen DAP itu dikritik sejak Jumaat lalu selepas didakwa memuat naik status, "Adios Harun Din. Let There Be Peace" dalam akaun twitternya dan berikutan insiden itu, beliau telah menukar akaunnya daripada awam kepada peribadi.

Ooi kemudian menafikan catatan di twitternya kerana beliau berkata imej yang diedarkan telah dimanipulasi melalui Photoshop dan menegaskan dia mempunyai kuasa penuh ke atas akaun media sosialnya.

Awal hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa Ooi untuk menyerah diri kepada polis jika beliau mahu proses itu berjalan lancar.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan umat Islam. - BERNAMA

Sumber TKO - 20-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































DAP digesa ambil tindakan terhadap Jeff Ooi

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42542-dap-digesa-ambil-tindakan-terhadap-jeff-ooi

ALOR SETAR: DAP digesa mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi kerana mengeluarkan kenyataan yang menyakiti hati umat Islam berhubungan tweetnya mempersendakan kematian Datuk Dr Haron Din.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini selaras dengan gesaan pemimpin DAP kepada Umno sebelum ini supaya mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpinnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

"Saya menyambut baik tindakan segera polis menyiasat Jeff Ooi mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di atas kenyataannya yang menyinggung perasaan umat Islam itu.

"Saya berharap tindakan tegas akan diambil terhadap beliau kerana kedudukan Jeff Ooi selaku pemimpin DAP dan Ahli Parlimen akan mempengaruhi pengikut beliau untuk membuat perkara sama jika perlakuan beliau dibiarkan.

"Perlakuan Jeff Ooi ini jika dibiarkan boleh menimbulkan huru-hara dalam masyarakat berbilang agama kerana ia boleh menimbulkan tindak balas negatif dari pihak yang tersinggung dengan kenyataannya," ujar beliau.

Kamarul Zaman berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini yang meminta Jeff Ooi menyerah diri kepada polis untuk diambil keterangan berhubung muat naik oleh Ahli Parlimen itu.

Katanya, pada masa sama, DAP sendiri perlu mengambil tindakan disiplin terhadap Jeff Ooi bagi membuktikan kenyataan itu benar-benar tidak mewakili pendirian DAP.

"Kenyataan Setiausaha Agung DAP menyatakan kesal tidak mencukupi kerana pernyataan kesal bukan pengakuan bersalah secara ikhlas dan tidak menyamai permohonan maaf.

"Pada bulan Julai 2014, bila Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii menyebut ungkapan ‘balik Tongsan (Cina)’ kepada isteri Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik. Pemimpin DAP, Dr Ong Kian Ming cepat saja mendesak Umno mengambil tindakan disiplin terhadap beliau.

"Kini pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan yang lebih teruk dan jika DAP sebuah parti berprinsip, maka ia tanpa didesak akan terus mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin tersebut supaya tidak dilihat bersikap hipokrit.

"Jika ini gagal dibuat oleh DAP, maka terbuktilah DAP hanyalah kaki temberang yang cakap tidak serupa bikin, apabila kena ke atas orang lain cepat saja diminta ambil tindakan, tetapi apabila kena ke atas diri sendiri boleh pula didiamkan," bidasnya.

Dr Kamarul turut melahirkan rasa hormat kepada pemimpin Dewan Pemuda PAS Malaysia atas tindakan segera mereka memberi maklum balas dan membuat laporan polis atas keceluparan dan kebiadaban Jeff Ooi itu.

Katanya, sikap berani dalam mempertahankan martabat Islam yang dipunyai mereka menunjukkan PAS tidak kekurangan pemimpin pelapis berwibawa untuk menggalas tugas kepimpinan apabila pemimpin tertinggi berundur kelak.

Dewan Pemuda PAS Malaysia diketuai Timbalannya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi telah membuat laporan tersebut di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang semalam. – HARAKAHDAILY 19/9/2016

Sumber HD - 19-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































































































DAP mesti henti kebiadapan terhadap hal ehwal Islam

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42535-dap-mesti-henti-kebiadapan-terhadap-hal-ehwal-islam

KEBIADAPAN Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi memuat naik ungkapan sinikal berhubung kematian Tuan Guru Datuk Dr Haron Din semakin mencerminkan lagi sikap permusuhan DAP terhadap Islam.

DAP kebelakangan ini semakin nyata menyerang, menghina dan memperlekeh perkara yang berkaitan dengan Islam. Sama ada mengenai ajaran, tuntutan dan kewajipan atau penguatkuasaan undang-undang, institusi mahupun tokoh.

Jelas, sikap seperti ini menunjukkan keangkuhan dan tidak menghormati hak serta perbezaan yang ada dalam negara ini. Apa yang paling dibimbangi, ia berpotensi mencetuskan sentimen keagamaan terutama Islam sebagai agama persekutuan.

Ia tentunya mencetuskan rasa kurang senang dan mengundang kemarahan yang sepatutnya boleh dielakkan. Oleh itu, kami menggesa semua pihak berkenaan menghentikan serta-merta sikap tersebut dan menyusuli permohonan maaf.

Kematian adalah satu kehilangan dan kesedihan bukan sahaja buat keluarga, tetapi mungkin juga pihak kebanyakan yang ada hubungan peribadi atau kepentingan awam.

Sebagai masyarakat bertamadun, jika pun tidak bersolidariti dan bersimpati, setidak-tidaknya rasa hormat iaitu dengan tidak menunjukkan sesuatu yang boleh mengguris atau menambah kedukaan.

Apatah lagi penghinaan, lebih perlu dijauhi. Kami yakin, keharmonian dikecapi dalam kepelbagaian Malaysia mesti terus dipertahankan. Tidak perlu mengundang kemungkinan lebih parah yang boleh mengancam dan membimbangkan banyak pihak.

JUWAHIR AMIN
Pemangku Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 19/9/2016

Sumber HD - 19-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PKR P Pinang kata Jeff Ooi sebagai bebal, rasis
Posted on Saturday, September 17 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31699



Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menyelar sikap biadap dan tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi yang mempersenda kematian allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din semalam.

Mansor yang juga anggota parlimen Nibong Tebal berkata, justeru, PKR Pulau Pinang tidak bersekongkol dan akan menjarakkan diri dengan tindakan Jeff Ooi itu.

"PKR sentiasa percaya bahawa manusia itu dilahirkan mulia dan kita seharusnya meletakan kemuliaan insan sebagai satu asas penting dalam etika kita berpolitik.

"Perbezaan politik tidak seharusnya menjadikan kita hilang sifat kemanusiaan dengan mempersenda-sendakan kematian sesiapa pun," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mansor merujuk kepada tindakan Jeff Ooi yang menulis 'Adios Harun Din. Let there be peace' di twitternya mengenai kematian arwah Haron Din semalam.

Jeff Ooi kemudian menjelaskan di twitter itu bahawa maksud 'Adios' dalam bahasa Sepanyol ialah 'farewell' dan dalam Bahasa Malaysia sebagai 'selamat jalan'.

Pada masa yang sama, Mansor berkata, pihaknya juga ingin menyatakan rasa kehilangan dan berdoa semoga diberikan keteguhan dan kesabaran kepada keluarga allahyarham dalam menempuh suasana sedih ini.

"Saya bagi pihak PKR Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allayarham Haron Din yang telah kembali ke rahmatullah semalam.

"Kita semua milik Allah Taala dan kepadaNya kita akan kembali. Kami mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang soleh.

"Sesungguhnya kehilangan almarhum adalah satu kehilangan yang sangat besar bukan sahaja dalam dunia politik malah juga dunia ilmu. Karya almarhum seperti "Manusia dan Islam" adalah antara sebahagian daripada sumbangan almarhum kepada dunia ilmu," tambah beliau.


Jeff Ooi Biadap, Digesa Padam Kenyataan Di Twitter
Posted on Friday, September 16 @ 22:34:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31690



GEORGETOWN – Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun didesak supaya memadamkan kenyataan (posting) biadap di Twitternya berhubung pemergian tokoh agama terkenal, Datuk Dr Haron Din.

Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Noordin berkata, kenyataan biadap dan rasis Chuan Aun atau lebih dikenali sebagai Jeff Ooi itu jelas menunjukkan sikap sebenar pemimpin DAP itu.

Menurutnya, tindakan Jeff Ooi menulis ‘Adios Harun Din. Let there be peace’ turut menunjukkan beliau seorang ahli parlimen yang tidak waras.

“Dalam keadaan negara sedang bersedih apabila menerima berita kematian seorang tokoh agama yang dihormati, saya rasa tidak patut seorang ahli parlimen seperti Jeff Ooi menulis di Twitternya seperti itu.

“Saya amat marah dan terkilan dengan kenyataan main-main oleh Jeff Ooi itu. Beliau seolah-olah tidak ada perasaan dan tidak langsung mempamerkan sifat kemanusiaan.

“Bagi saya, beliau amat biadap, kurang ajar dan rasis. Adakah “adios” sesuai untuk diucapkan kepada orang yang sudah meninggal dunia? Budaya biadap beginilah yang terus memisahkan dan membeza-bezakan rakyat Malaysia. Saya mengenali arwah secara peribadi ketika arwah anak saya sakit satu ketika dahulu. Arwah Haron seorang yang baik dan berbudi pekerti. Oleh itu, saya desak Jeff Ooi padam postingnya itu dengan segera,” katanya kepada Sinar Harian.

Haron, 76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

Pengasas pusat rawatan Islam Darussyifa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak semalam ketika menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan.

Haron berlepas ke AS sejak 10 September lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Sehubungan itu, Jasmin berkata, tidak mustahil ahli DAP yang lain akan terpengaruh dengan tingkah laku biadap Jeff Ooi itu.

“Jika seorang ahli parlimen sebijak beliau berperangai seperti orang hilang kewarasan, maka tidak hairan lah jika ahli dibawah pimpinannya turut terpengaruh dan berkelakuan seperti beliau. Sekarang saya sudah tahu, kenapa ahli DAP tidak mempunyai perasaan dan banyak menulis mengenai anti Islam.

“Saya sarankan ahli parlimen Jelutong turun ke kawasan dan bantu akar umbi , kerana masyarakat Melayu di Jelutong sudah lupa wajah beliau. Saya mewakili Pemuda Umno Bahagian Jelutong mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Haron dan kami berdoa agar arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman disisi ALLAH SWT,” katanya – SH

Sumber TKO - 16-9-20116

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tentera RBA biadab! Tergamak mereka kutuk Dr Haron Din
Posted on Friday, September 16 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31688


BANGI, Jumaat – Di saat umat Islam bersedih di atas kehilangan Datuk Dr Haron Din, ada pula pihak yang biadab mengambil kesempatan mengutuk Allahyarham.

Di ruangan komen laman Facebook portal liberal, Free Malaysia Today, pemilik-pemilik akaun yang biadab itu mempertikaikan rawatan yang diberikan kepada Allahyarham di luar negara sedangkan Allahyarham telah mendapat rawatan awal di Institut Jantung Negara (IJN) terlebih dahulu sebelum dirujuk ke Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat.

Berikut adalah antara puluhan komen negatif yang disiarkan dan kebanyakan akaun tersebut adalah akaun palsu yang dipercayai digunakan oleh tentera maya parti rasis dan cauvinis DAP iaitu Red Bean Army (RBA).

Kit Choo Correct me if I’m wrong. Isn’t true that Malaysia has the best educational system, hence producing quality specialists? Can’t you trust your own people? Who is paying the American dollars?

Kalliegan Anthony What happen to Halal & Haram. Don’t trust own local “Malay Doctors” but have to opt to get treatment at a country that supports Israel. Moral of the story is that Halal n Haram doesn’t matter and one can bend the rule just for him/her to live😂😂

James Teoh We or the rich still depend on US for medical etc and on the other hand we go against them

Y ? Us letnus know the thieves who had stolen money & we dont blive or catch them. Igp ag doing nothing & let Us do the dirty things. We shd bring them to justice bt arnt we doing anything abt it? 


Our gvt has failed in its duty to take care of its ppl money safety etc. We hav let others do it & say tat its interference.

Jaya Kumar wah finally has to beg for life from kafir and the infidel country, during lifetime make money by attacking and insulting US – this is the life story of sick in the head people

Will Tan Amerika? Penyokongnya hospital Malaysia pun tak mampu ada kalanya… Mana dia dapat duit sebanyak tu? PAS lagi tu….. Wah, speechless…. Kena jawap nanti tu….







Sumber TKO - 16-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ADUN DAP Mengaku Bapa Minta Rasuah Sejak Tahun Lepas
Posted on Monday, September 05 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31563


ADUN DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim mengakui mengetahui isu berkaitan rasuah membabitkan bapanya, Lim Keat Seong, bagi permohonan rumah mampu milik projek kerajaan negeri Pulau Pinang.

Siew Khim mengakui perkara tersebut selepas sebuah lagi video didedahkan laman sosial Facebook Penang Kini mempamerkan perbualan telefon antara seorang individu dengan ADUN berkenaan.

Kata Siew Khim, beliau mengetahui bapanya menuntut wang dan menjalankan 'urusniaga' diatas peruntukan rumah mampu milik kerajaan negeri sejak tahun lepas.

"Walaubagaimanapun, ayah saya menafikan terlibat dan perkara tersebut tidak timbul lagi," katanya dipetik portal Malaysia Outlook.

Halaman Facebook sama sebelum ini turut berkongsi sebuah video Keat Seong bersama abang angkat Siew Khim, Ong Hock Hin berbincang bersama beberapa mangsa bapa ADUN berkenaan

Mangsa berkenaan mendesak Keat Seong memulangkan semula wang yang telah diberikan sebelum ini sebagai pendahuluan untuk dimasukkan dalam senarai pemilik perumahan projek kerajaan negeri.
Video kedua Penang Kini yang dimuat naik Jumaat lalu dalam pada itu menunjukkan bukti Siew Khim dihibungi oleh orang tengah mewakili mangsa skandal berkenaan disamping membuat aduan terhadap perilaku bapanya.

ADUN Sungai Pinang dalam pada itu memberitahu China Press mengakui dihubungi orang tengah berkenaan yang merupakan pemimpin Parti Cinta Malaysia (PCM) berpangkalan di Pulau Pinang.
Lapor media Cina berkenaan, Siew Khim mendakwa pendedahan skandal berkenaan merupakan konspirasi untuk menjatuhkan kariernya disamping menyifatkan dirinya malang serta tidak lagi berdaya untuk menasihati bapanya.

"Apa saya boleh buat? Apa kamu mahu saya buat?" katanya berang.

- Malaysian Digest

Sumber TKO - 5-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bapa ADUN DAP direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah
Posted on Friday, September 02 @ 16:27:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31529


GEORGETOWN: Mahkamah hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas bapa seorang ADUN berhubung kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.
Lelaki berusia 68 tahun itu direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah) Muna Maria Azmi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.
Lelaki itu tiba di Bahagian Reman pada 11.20 pagi dan keluar kira-kira 50 minit kemudian.
Tahanan reman itu akan berakhir pada 8 September ini dan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Semalam SPRM menahan lelaki itu bagi membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

  Isu urusan 'rasuah untuk rumah' itu terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.

Sumber TKO - 2-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Status Agama Dalam MyKad Satu Diskriminasi – DAP
Posted on Saturday, August 20 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31407


KUALA LUMPUR – Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari menyarankan supaya status agama rakyat Malaysia dalam MyKad mereka dimansuhkan.
Beliau berkata, pengenalan identiti agama dalam kad pengenalan rakyat Malaysia konon merupakan satu diskriminasi yang perlu dielakkan.
“Kita perlu mengambil iktibar daripada keputusan progresif yang dibuat oleh beberapa negara Islam lain.
“Ini adalah dalam pematuhan kepada kedudukan dasar yang menjamin setiap warganegara kesaksamaan di bawah undang-undang dan juga untuk mengelakkan diskriminasi atas alasan agama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Zairil berkata, agama adalah urusan kepercayaan seseorang individu yang tidak boleh diputuskan oleh birokrasi.
Katanya, adalah tidak masuk akal seseorang itu disahkan sebagai Muslim jika mereka tidak lagi beriman dengan Islam.
“Lebih-lebih lagi jika mereka sudah menganut agama yang berbeza. Pandangan ini selaras dengan hak kebebasan beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Negara,” katanya. – Mynewshub.cc

SumbernTKO - 20-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                                                                                   
Terima Dana Israel, DAP Perlu Segera Kemuka Saman
Posted on Wednesday, August 17 @ 19:23:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                               

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31377



Penasihat DAP, Lim Kit Siang didesak mengemukan saman bagi membuktikan partinya tidak pernah menerima dana RM1.2 bilion dari Israel untuk pilihan raya umum lalu seperti didedahkan bekas Pegawai Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman, lapor sebuah portal berita.

Menurut portal berita berkenaan, desakan tersebut semakin kuat setelah poster kenyataan Kit Siang awal tahun ini disebarkan melalui media sosial.
Kit Siang, Januari lalu, berjanji akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan Razali, namun setelah lebih lapan bulan, kepimpinan DAP dilihat masih membisu.
Tindakan kepimpinan parti tersebut yang terus menyepi menimbulkan tanda tanya dan seolah mengiyakan kenyataan Razali mengenai dana dari Israel itu.
Razali, bekas pegawai khas KM Pulau Pinang, mendedahkan bahawa parti DAP menerima USD 300 juta (RM1.2 bilion) dari kerajaan Israel secara bersyarat pada pilihan raya umum lalu, melalui kedutaan negara itu di Singapura. - AIDCNews                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber TKO - 17-8-2016                                                                                                                         -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
DAP Tolak BERSATU kata RASIS
Posted on Thursday, August 11 @ 16:01:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31326



Pemuda DAP menolak untuk bekerjasama dengan sebarang parti politik yang mengamalkan dasar perkauman seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang baru ditubuhkan.

Menurut Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Kebangsaan, Chiong Yoke Kong, parti yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu, pasti gagal dan tidak akan disokong oleh pengundi yang progresif hari ini.
“Dasar perkauman yang diamalkan BERSATU merupakan percaturan politik silam yang tidak harus digunapakai lagi.
“Langkah sedemikian bukan sahaja tidak akan disokong oleh pengundi bandar yang progresif, malah pengundi luar bandar turut tidak dapat membezakan antara Umno dengan BERSATU dan sudah pasti mereka tidak akan mengundi parti sebegini yang hanya ditubuhkan untuk menumpaskan rejim Najib,” katanya dalam satu kenyataan media, malam semalam.
Chiong juga membidas BERSATU kerana meneruskan amalan diskriminasi berdasarkan bangsa dan warna kulit.
Beliau berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku presiden pro-tem BERSATU, menyatakan dengan jelas bahawa bukan bumiputera hanya boleh menjadi ahli bersekutu dan memegang jawatan yang dilantik.
Muhyiddin berkata demikian selepas memfailkan pendaftaran parti itu pada Selasa lalu dengan beberapa bekas pemimpin Umno.
“Usaha untuk menjadikan ahli bukan Melayu sebagai ahli bersekutu (sekunder) serta melarang ahli-ahli tersebut daripada mengundi serta menyertai pemilihan parti adalah salah satu bentuk politik perkauman.
“Sesebuah parti politik yang membezakan ahli mengikut kaum dan warna kulit jelas merupakan diskriminasi kaum,” katanya.
Chiong berkata Muhyiddin mungkin berfikir BERSATU tidak perlu menampilkan unsur kepelbagaian kerana hanya akan bertanding di kawasan Umno.
Namun, katanya, tindakan terus mengamalkan diskriminasi kaum seperti mana politik lama yang diamalkan Umno pastinya tidak akan mendapat sokongan rakyat kerana amalan politik perkauman tidak mampu membawa mesej perubahan dan reformasi yang diinginkan rakyat.
“Akhirnya gelombang perubahan tidak akan wujud lagi dan rakyat khususnya pengundi Melayu luar bandar tidak akan mengundi BERSATU disebabkan kurangnya keyakinan terhadap BERSATU.
“Parti politik baharu yang terus mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia dan sebaliknya hanya akan menjadikan wabak perkauman terus bermaharajalela di tanah air ini.
“DAPSY dengan tegasnya menolak untuk bekerjasama dengan sebarang parti politik yang mengamalkan dasar perkauman seperti BERSATU yang tiada bezanya dengan Umno,” katanya.
BERSATU menerima kecaman pelbagai pihak apabila parti itu mengumumkan keahliannya hanya dibuka kepada masyarakat bumiputera dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun penyokong mempertahankan parti itu dengan berkata imej sedemikian penting untuknya berdepan dengan Umno di kubu majoriti Melayu.                                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber TKO - 11-8-2016                                                                                                                           ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Memahami Dap
Posted on Wednesday, August 10 @ 15:54:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                  

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31318



Diantara Umno dan Pas yang mana lebih disukai Dap?

Sudah tentu semua sudah mengetahui jawapan bagi persoalan diatas, Dap sememangnya lebih menyukai Umno berbanding Pas. Sebagai bukti, cuba perhatikan statement terbaru oleh pimpinan Dap P.pinang yang menyatakan Pakatan Harapan perlu bersedia menghadapi 3 penjuru.                                                                                                                                                                                 Pertandingan 3 penjuru akan memberikan kemenangan mudah kepada BN. Ini bukti pertama yang Dap lebih menyukai Umno berbanding Pas.

Sebenarnya tidak perlukan bukti pun untuk menunjukkan Dap lebih sayangkan umno. Secara logiknya memang begitu. Aliran pemikiran umno lebih dekat dengan mereka tengoklah gaya anak-anak pimpinan umno.So tak timbul persoalan kenapa Dap lebih sukakan umno kerana logiknya begitu.

Lim Kit Siang sendiri pun pernah mengajak BN untuk bergabung dalam gerakan selamatkan Malaysia yang dipeloporinya sewaktu isu hudud heboh dahulu. Waktu tu isu 1Mdb telah pun meletop. Gambaran mudahnya begini walaupun umno terpalit scandal berbillion sekalipun, bagi dap umno tetap lebih baik dari Pas. Jika terdapat 1 trillion scandal pun Umno tetap lebih baik dari Pas.
Kenapa?Kenapa jadi begitu? sebabnya Pas menjadikan Islam sebagai agenda perjuangan. Sebab itu Pas tetap jahat di mata mereka.                                                                                                                                  
“Dap tak mahu umno mati cukuplah mampu muhasabah dan berubah”ini kata-kata Lim Kit Siang setelah Demo “duit neraka” oleh orang  umno. Manakala Nga Kor Ming pula “ Semangat raya, Nga maafkan demo “duit neraka”. Rupa-rupanya dalam diam Dap ada menyimpan perasaan terhadap umno.                                                                                                                                                                            
Setelah orang rapat mereka keluar dari Pas, serangan pertama dari Dap hadir dari Setiausaha agung mereka iaitu anak Lim Kit Siang “ Dap perlu ada untuk halang Pas buat JAHAT’’. Berdasarkan article Malaysiakini 3 kali anak Lim Kit Siang ni sebut perkataan Jahat kepada Pas. Apa yang jahat sangat Pas ni?                                                                                                                                                        
Pas ada terpalit dengan scandal berbillion?Takde pun. Pas jahat kerana ingin memartabatkan Islam. Pas jahat kerana memperjuangkan undang-undang Islam.                                                                                
Mengikut kaca mata mereka Pas ini Jahat. Sejahat-jahat Pas, Pas tidak pernah berdemo dengan “duit neraka”. P Ramasamy!..Sejahat-jahat Pas, Pas tidak pernah berdemo dengan membawa kepala Lembu. Ada dikalangan pemimpin Dap mengatakan ia perbuatan ektrimis. Adakah demostrasi tersebut daripada Pas?                                                                                                                        
Dulu Pas mengadakan perhimpunan menyerahkan memorandum kepada kedutaan Myamar untuk menyatakan bantahan orang islam Malaysia diatas kekajaman dan kezaliman puak Rakhine yang membunuh orang islam di sana. Jika kami ini seperti apa yang kamu bayangkan sudah tentu kami merempuh pagar kedutaan tetapi sebiji batu pun tidak melintasi pagar kedutaan Myammar.                                          
Walau diberi seribu bukti pun Pas tetap jahat pada pandangan mata kamu. Walaupun kebanyakan ahli dan pimpinan kami ramai berkopiah dan berserban manakala wanitanya bertudung labuh dan berjubah kami bukan Taliban.                                                                                                                                        
Dalam Pas ada ahlinya yang engineer, doctor, peguam, akauntan dan bilangannya bukan sedikit malah pakar penerbangan pun ada Dr. Ahmad Samsuri. Jika kamu berbangga ada ahli kamu yang mendapat A dalam subjek Calculus. Untuk pengetahuan kamu dalam Pas ada yang dapat A+.
Walaupun kulit kami tidak seputih kamu Dap, kami juga tetap mampu berfikir secara rational. Malah pimpinan kami lebih rational daripada kamu.                                                                                                    

Jika kita tanya kepada Dap diantara Umno dan Pas yang mana lebih baik? Jawapannya tetap umno, Dan Pan dijadikan senjata untuk jatuhkan Pas.Tapi Pas takkan jatuh malah akan semakin kukuh                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Sumber  TKO  - 10-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                          
PAS Terima RM90 Juta Daripada Najib
Posted on Wednesday, August 10 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                         

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31314

“Raja Petra Kamaruddin, dedahkan Anwar Ibrahim terima dana RM600 juta pada PRU13 daripada NGO Yahudi di Amerika Syarikat untuk merampas Putrajaya.
Bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohd Ezam Mohd Noor, dedahkan Pakatan Rakyat dan PKR terima dana ratusan juta daripada yayasan milik Zionis, pro-Israel seperti Al Gore Foundation, National Endowment for Democracy (NED) dan National Democratic Institute(NDI).


Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman dedahkan, Anwar pernah memohon dana daripada Yahudi melalui syarikat milik Anwar sendiri yang berpangkalan di US iaitu Anwar Ibrahim & Associate. Surat dihantar kepada NED, AccountAbility dan Soros Fund Management.

Bekas Pengarah Strategik DAP, Mohamed Razali bin Abd Rahman dedahkan, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak USD300 juta untuk PRU13 kepada DAP melalui wakil Duta Israel di Singapura.
Dedah Razali lagi, sumber kewangan terbesar DAP di Selangor adalah daripada ‘black economy’ seperti rumah urut, tempat pelacuran dan penyeludupan di mana ‘cukai’ dibayar kepada DAP.
Singapura mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
Perhubungan Singapura dan Israel bagai adik beradik malah doktrin ketenteraan dan polis mereka diasaskan daripada rejim Zionis itu berikutan kedudukannya dikelilingi negara Islam dan Singapura mengambil langkah yang sama.
Bayangkan, jika Malaysia jatuh kepada tangan PKR dan DAP. Tentu sekali si penghutang budi terpaksa akur dengan si pemberi budi. Lihat apa yang sudah terjadi di beberapa negara di Timur Tengah sehingga sukar dibendung hingga ke hari ini.
Tentu sekali ada pihak yang mahu kepentingan Islam dipelihara agar tidak jatuh ke tangan boneka Yahudi.

Kredit
Mohd Zubit Lebai                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber TKO - 10-8-2016                                                                                                                        ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                
Pakatan Harapan Perlu Hadapi Realiti Pertandingan Tiga Penjuru – Chow
Posted on Sunday, August 07 @ 07:43:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                   

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31280



Pakatan Harapan perlu menghadapi realiti pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, dan bukan berusaha mahu mengelakkannya kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Chow berkata keadaan pada masa lalu, DAP tidak mengetuai kerajaan negeri dan menjalinkan hubungan dengan PAS.
Namun, hari ini, DAP telah mengetuai kerajaan negeri dan hubungan dengan PAS telah putus, justeru DAP dan Pakatan Harapan perlu menerima realiti bahawa pertembungan pelbagai penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) tidak dapat dielakkan, kata Chow.
Bagaimanapun, Chow tidak terganggu dengan kebimbangan parti sekutu DAP iaitu PKR dan PAN berkenaan kerusi majoriti campuran dan Melayu, tanpa kehadiran PAS dalam Pakatan Harapan.
“Kadang-kadang kami menang kerusi itu, kadang-kadang kita kalah, tetapi pihak ketiga juga terkorban dalam proses itu,” kata Chow, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di pejabatnya di tingkat 52 Komtar Pulau Pinang.
langit biru
Sebelum ini Malaysiakini membuka forum YOURSAY untuk mendapatkan pandangan pembaca berkenaan ketakutan PKR untuk menyokong Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang disebabkan faktor PAS yang menyumbang kepada pertandingan tiga penjuru.
Rata-rata pandangan pembaca yang majoritinya bukan Melayu mempunyai pendapat yang bercampur baur, ada yang bersetuju DAP menjalinkan semula hubungan dengan PAS dan juga yang mengkritik PKR kerana tidak memiliki kekuatan sendiri untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru.
jebon


Sumber AIDCNews

 Sumber TKO - 7-8-2016                                                                                  -------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                 DAP Batal Hasrat Adakan PRN Mengejut
Posted on Sunday, July 31 @ 17:10:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31200



PULAU PINANG: Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan tidak akan meneruskan cadangan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut di negeri ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat selepas PKR tidak bersetuju dengan cadangan PRN tersebut selepas beberapa pertemuan dengan DAP sebelum ini.                                                        
“Dalam pertemuan bersama PKR sebelum ini, mereka menyatakan kebimbangan akan kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP sekiranya PRN diadakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


...........

Sila baca kenyataan Lajnah Pilihanraya PAS

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/07/24/pas-tidak-yakin-pilihan-raya-tergempar-pulau-pinang/                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 31-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                          
DAP Negeri Pula Desak PKR
Posted on Friday, July 29 @ 16:27:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                               

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31181
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kata sepakat mengenai pilihan raya mengejut Pulau Pinang perlu dicapai terlebih dahulu sebelum Pakatan Harapan boleh berbincang isu 'sampingan' lain.

Ahli dewan undangan negeri Padang Kota itu berkata, kesepakatan mengenai pilihan raya berkenaan adalah isu utama dan bukan kaedah yang akan digunakan untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut.
Chow berkata demikian ketika sebagai mengulas pandangan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengenai kemenangan bersama pakatan pembangkang dalam pilihan raya yang dirancangkan itu.
Semalam, Azmin yang juga menteri besar Selangor dipetik sebagai berkata, PKR mahu mengekalkan keharmonian dalam hubungannya dengan PAS bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
"Keputusan utama - kesepakatan pilihan raya mengejut - belum dibuat lagi," ujar Chow kepada pemberita di George Town, hari ini.
"Sehingga mencapai kata sepakat, kita tidak perlu menangani isu-isu sampingan lain, " tegas beliau yang juga exco kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Saya lebih berminat mengenai mencapai kata sepakat terlebih dahulu kerana perkara-perkara lain boleh menyusul kemudiannya," tambahnya.
Mengenai rancangan PKR dalam memastikan pertandingan satu lawan satu dalam pilihan raya tersebut, jelas Chow, perkara itu perlu dibincangkan di meja rundingan dan bukan 'di luar'.                                                                                                                                                                                        Sumber TKO - 29-7-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------      

PRN Pulau Pinang: Guan Eng Beri Kata Dua Kepada PKR ?
Posted on Thursday, July 28 @ 18:23:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                                 

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31171



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat seolah-olah memberi kata dua kepada PKR dengan mendesak parti Keadilan itu untuk bersetuju mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara mengejut di Pulau Pinang pada tahun ini juga dan bukannya ‘menggantung’ keputusan tanpa memberi tempoh masa.

“Biarlah rasional. Kalau kita cakap tahun depan, ia memang tidak munasabah.
“Anda tidak boleh tetapkan tempoh masa, tetapi jika anda cakap mengenai tahun depan, maka adalah mustahil ketika ini.
“Bila kita bercakap tentang pilihan raya, ia perlu dilakukan dengan segera. (Ia) tidak boleh dilambatkan melainkan keadaan baharu yang terjadi atau terdapat perubahan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
Guan Eng berkata sedemikian ketika mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR malam tadi memutuskan bahawa parti itu masih belum bersetuju dengan cadangan DAP mengadakan PRN itu.                                                                                                                                  Video -  https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=USLbEm8Dklc                                                                                                                                                                                                
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu mempunyai beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan PRN mengejut di negeri berkenaan.
“Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.
“Walau bagaimanapun dalam semangat setiakawan, PKR tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin mengulas lanjut berkaitan keputusan parti Keadilan yang tidak begitu bersetuju dengan PRN mengejut di Pulau Pinang itu.
Menurutnya, PRN mengejut itu lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan untuk Pakatan Harapan (PH).
“Antara pro dan kontra, terlalu banyak kontra, benda negatif yang timbul dari PRN ini. Kita akan berjumpa dengan DAP untuk beritahu sebabnya (ketidakyakinan),” katanya.


Beliau berkata DAP mempunyai hak untuk mendesak PKR memberikan persetujuan berhubung cadangan mengadakan PRN mengejut di Pulau Pinang pada tahun ini.
Bagaimanapun DAP juga perlu memahami pendirian parti yang masih belum yakin dengan keperluan mengadakan pilihan raya tersebut, ujarnya.
“Masing-masing boleh mendesak, tetapi pada parti kena memikirkan buruk dan baiknya, terutamanya dalam aspek PKR.
“Apa yang kita putuskan, buruk baiknya bukan pada PKR sahaja, tetapi kepada kerajaan Pulau Pinang dan PH, serta semua,” katanya kepada Antarapos, hari ini.
Sambil menolak saranan DAP, Shaharuddin berkata PKR tidak perlu menetapkan sebarang jangka masa tertentu dalam membuat keputusan.
“Jangka masa apa? Kita sebutkan bahawa kita masih tak yakin dengan PRN. Jika tak yakin, maknanya tak yakinlah. DAP kena yakinkan kita lagi alasan mengadakan PRN. - AIDC News                                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber TKO - 28-7-2016                                                                                                                          ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                              
Angin Bertiup Dalam DAP, Teresa Kok Bakal Jadi Ketua Menteri P.Pinang
Posted on Thursday, July 28 @ 15:33:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31168
KUALA LUMPUR: Belum pun bubar DUN apalagi dipersetujui kesemua parti komponen Pakatan Harapan berkaitan cadangan DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, parti tersebut kini sudah mula 'shopping' individu bagi jawatan Ketua Menteri.

Penyandang jawatan tersebut, Lim Guan Eng, pastinya tersenarai walaubagaimanapun tersebar di media sosial calon 'back-up' dari DAP sekiranya Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu gagal pada PRN berkenaan.Tidak mengejutkan, calon sandaran bagi jawatan Ketua Menteri bukan orang Pulau Pinang sendiri sepertimana Guan Eng yang sebenarnya anak Melaka.
Sumber DAP berkata, Anthony Loke merupakan calon pilihan utama parti berkenaan namun tumpuan turut diberikan kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Anthony dan Teresa yang merupakan saudara rapat Guan Eng dipilih demi menyelamatkan Dinasti Lim kekal berkuasa di Pulau Pinang.
Sumber tersebut turut mendakwa, Guan Eng kini menyusun 'orang-orangnya' sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara akibat dua pertuduhan menerima rasuah.
DAP walaubagaimanapun enggan mengesahkan perkara yang sudah bocor di media sosial ini.
Anthony yang merupakan Ahli Parlimen Seremban menafikan telah menukar alamat kad pengenalannya ke Pulau Pinang berkata beliau bersetuju untuk mengadakan PRN sebagai tindak balas terhadap pendakwaan Guan Eng.
Katanya antara pilihan meminta Guan Eng bercuti, mengekalkan status quo atau membiarkan rakyat Pulau Pinang memilih (pilihan raya) - beliau memilih untuk mengadakan pilihan raya.
"Kami (DAP) merasakan adalah lebih baik untuk biar rakyat buat keputusan, samaada mereka masih menyokong kerajaan pimpinan Lim Guan Eng," katanya.
- Malaysian Digest                                                                                                                                                                                                       Sumber TKO - 28-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                
Pua kesal rakan-rakan tinggalkan dalam telanjang
Posted on Wednesday, July 27 @ 20:44:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                            

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31156











Pengerusi DAP Selangor Tony Pua kecewa dengan rakan-rakan yang gagal bersama seperti yang dijangkakan. "Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.

"Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.
"Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami," katanya dalam laman Facebook petang ini.
Sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa Pua yang juga adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara merujuk kepada pendirian PKR mengenai cadangan DAP yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri pulau Pinang dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
DAP pada tahun 2014, berdiri teguh dan menyokong PKR semasa krisis menteri besar di Selangor.
Bagaimanapun, Pua memilih untuk tidak mengulas lanjut apabila dihubungi.
"Tiada komen," katanya menjawab mesej teks Malaysiakini ketika ditanya mengenai posting kaburnya itu.
Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu masih tidak yakin mengenai keperluan untuk mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR, yang menurutnya juga mengambil kira pandangan daripada masyarakat sivil.
DAP mempunyai 18 kerusi, manakala PKR 10 dan PAS 1 di Pulau Pinang.
Sesetengah pemerhati politik mendakwa PKR berdepan risiko kehilangan beberapa kerusi di kawasan majoriti Melayu jika pilihan raya negeri diadakan sekarang.                                                                                                                  
Sumber TKO - 27-7-2016                                                                                                                                                                                              -------------------------------------------------------------------------------------            
Diamlah Guan Eng Atau Saya Dedah Bukti Rasuah - Ugut Peguam Negara                                                                                                         Posted on Sunday, July 24 @ 20:26:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31130














KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya.

Beliau berkata ini merupakan peringatan terakhir kepada Lim berikutan tindakan setiausaha agung DAP yang berbuat demikian sejak pada hari beliau dihadapkan ke mahkamah di sebalik telah diingatkan untuk tidak berbuat demikian menerusi akhbar berbahasa Inggeris The Star dan melalui peguam mewakili Lim."Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen terbarunya sama seperti ‘menyerang' integriti saya sebagai pendakwa raya.
"Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya.
"Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Lim)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Apandi yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan Lim berkata kebanyakan bukti terhadap Lim adalah dalam bentuk dokumen dan semua dokumen itu ada dalam milikannya.
Lim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 29 Jun dan esoknya (30 Jun) dihadapkan di Mahkamah Tinggi terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
- Bernama                                                                                                                                                                                                                  Sumber TKO - 24-7-2016                                                                            --------------------------------------------------------------------------------            


                                                                                                                                         "Saya Mungkin Dipenjara" - Guan Eng
Posted on Sunday, July 24 @ 06:24:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                             

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31125



GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau mungkin dipenjarakan atas pertuduhan rasuah.

Beliau mendakwa pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah satu konspirasi politik Barisan Nasional (BN).
"Semua orang tahu bahawa Lim tidak boleh diselamatkan. Walaupun Lim tidak dapat diselamatkan, negeri masih boleh diselamatkan, jadi itulah sebabnya kita perlu adakan pilihan raya negeri mengejut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan simposium di Institut Pulau Pinang pada pagi Sabtu.
Guan Eng mendakwa pertuduhan itu adalah satu cara untuk membunuh karakternya.
"Sebab itu kita perlukan pilihan raya negeri... biar rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin mereka," katanya.                                                                                                                                                     Sumber TKO - 24-7-2016                                                                                                                                                                               --------------------------------------------------------------------------

                                                                        P' raya negeri: DAP tunggu kata putus PKR, PAN Tidak DiSebut
Posted on Sunday, July 24 @ 06:10:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                   

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31123

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu sedang menunggu persetujuan daripada PKR berhubung cadangan mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.
Bercakap kepada media hari ini Lim membayangkan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat apabila kedua-dua pihak mencapai persefahaman mengenainya.
"DAP berpendapat kami perlu mengadakan pilihan raya negeri.
"Seperti yang saya katakan ia bukan untuk menyelamatkan Lim Guan Eng. Lim Guan Eng tak boleh diselamatkan.
"Tetapi ia adalah untuk menyelamatkan Malaysia, dan menyelamatkan Pulau Pinang," katanya di George Town, hari ini.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang sedang berdepan pendakwaan kes rasuah di mahkamah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan tuduhan pengezonan semula sebidang tanah pertanian menjadi komersial.
ADUN Air Puteh itu juga didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn yang dikatakan lebih rendah daripada nilai pasaran.
Penjual banglo itu Phang Li Khoon juga didakwa di mahkamah. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sendiri mengendalikan kes Lim.
Ada dua pilihan
Menurut Lim dia menjangkakan akan dipenjara selepas disabitkan kesalahan di mahkamah.
"DAP bersikap jelas berhubung isu pilihan raya negeri dan apa yang diperlukan kini adalah persetujuan bersama daripada PKR (serta Parti Amanah Negara).
"Kami mengadakan mesyuarat para Ahad. Kita tunggu pengumuman mengenainya," kata Lim dilapor Bernama selepas majlis perasmian sebuah simposium.
Ditanya sama ada pengumuman pilihan raya akan dibuat Lim berkata ada kemungkinan ia akan dilakukan bagi memberitahu keputusan pihaknya.
Rabu lalu Lim berkata DAP tidak akan membuat keputusan sepihak berhubung cadangan mengadakan pilihan raya negeri sebaliknya terus berbincang dengan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy, dilaporkan berkata DAP menyenarai pendek dua pilihan sebagai tindak balas terhadap pertuduhan rasuah ke atas Lim.
Satu daripadanya, kata Ramasamy, adalah mengadakan pilihan raya negeri untuk mengukur sokongan rakyat terhadap pendakwaan berkenaan.
Satu lagi pilihan adalah menunggu pilihan raya umum diputuskan Pusat. Mengikut penggal sekarang pilihan raya umum ke-14 mesti diadakan menjelang Ogos 2018.

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 daripadanya, manakala 10 lagi dimiliki PKR dan PAS satu. Selebihnya adalah milik BN.                                                                                                                                                                                              Sumbeer TKO - 24-7-2016                                                                                                                                                                              --------------------------------------------------------------------------------
Mana Datangnya Cadangan DAP Mahu Anjur Pilihan Raya Mengejut?
Posted on Wednesday, July 20 @ 16:40:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh ketambatu                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31085
KUALA LUMPUR: PKR nyata resah dengan keputusan DAP Pulau Pinang ingin menganjurkan pilihan raya mengejut ekoran Ketua Menterinya Lim Guan Eng kini berhadapan pertuduhan menerima rasuah diatas pembelian banglo dibawah harga pasaran.

Guan Eng yang sepatutnya bertemu dengan Biro Politik PKR malam tadi tidak hadir pada pertemuan tersebut dan apabila ditanya samaada PKR bersetuju dengan cadangan DAP, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya berkata "Kena tanya dia (Guan Eng)".Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali juga enggan mengulas panjang kepada media namun menyatakan tidak membantah cadangan rakan Pakatan Harapannya itu.
"Kita sudah bicang isu ini, kita tidak bantah tetapi kita perlukan penjelasan lanjut daripada kerajaan negeri (Pulau Pinang).
"Biar proses tersebut berjalan dan beri kami pulang dan berehat. Sudah jam 11 malam ni," kata Ahli Parlimen Gombak itu di Ibu Pejabat PKR, malam tadi.
Cadangan untuk menganjurkan pilihan raya jelas berpunca disebabkan Guan Eng pada 30 Jun lepas dihadapkan ke mahkamah Pulau Pinang diatas dua pertuduhan iaitu; meluluskan permohonan menukar dua lot tanah pertanian kepada kawasan perumahan, dan membeli sebuah kediaman banglo dibawah harga pasaran.
Oleh sebab Ketua Menteri itu kini berdepan pertuduhan jenayah, pelbagai pihak mendesak Guan Eng untuk meletakkan jawatan atau bercuti sehingga kes tersebut selesai.
The Star melaporkan, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP membuat keputusan pada 1 Julai bahawa Guan Eng tidak perlu melepaskan jawatan dan mengemukakan cadangan untuk menganjurkan pilihan raya mengejut .
Seterusnya, pada tarikh 11 Julai, Timbalan Ketua Menteri Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Dr P Ramasamy mengesahkan pernah berbincang mengenai perkara berkenaan.
Katanya, penganjuran pilihan raya mengejut adalah untuk menguji sentimen rakyat terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap Guan Eng namun menegaskan tiada keputusan dibuat oleh parti atau kerajaan negeri.
Walaubagaimanapun, penganjuran pilihan raya berkenaan boleh dihentikan Yang di-Pertuan Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas mengikut peruntukan Perlembagaan Pulau Pinang dibawah Artikel 19(2).
"Ianya dibawah kuasa budi bicara Yang di-Pertua Negeri," kata Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz sambil menambah keputusan tersebut juga tidak boleh dicabar.
- Malaysian Digest                                                                                                                          Sumber TKO - 20-7-2016                                                                                                                                                                               ---------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                            Syed Saddiq 'Belasah' DAP, Gesa Guan Eng Berudur
Posted on Wednesday, July 20 @ 14:35:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh ketambatu                                                             

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31084
PETALING JAYA: Lim Guan Eng yang diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah terus didesak untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi tidak mengganggu proses siasatan terhadapnya.

Kali ini gesaan itu muncul daripada aktivis belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana menurutnya keengganan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP untuk berbuat demikian dilihat akan mengganggu tugas pihak berkuasa.

"Walaupun penting untuk tidak menghakimi Lim dan membenarkan proses undang-undang dilaksanakan, kami tetap dengan pendirian bahawa beliau seharusnya memimpin melalui teladan dan meletak jawatan sebagai ketua menteri buat sementara waktu sehingga namanya dibersihkan.

"Jika tidak, beliau berada dalam kedudukannya yang mampu menyekat proses siasatan ke atasnya dan penjawat awam dalam kerajaan Pulau Pinang," katanya yang juga Presiden dan jurucakap Challenger.

Malah menurut Syed Saddiq yang juga Pendebat Terbaik Asia, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua juga perlu berpegang dengan pendiriannya sebelum ini apabila mengatakan bahawa Guan Eng hanya perlu berundur apabila didakwa di mahkamah.

Selain itu, Syed Saddiq yang terlibat dalam gerakan Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyelar tindakan DAP menangguhkan pemilihan parti itu tahun ini.

Katanya, walaupun langkah berkenaan selari dengan perlembangaan DAP namun ia dianggap sebagai sesuatu yang "mengejutkan" kepada amalan demokrasi.

"Kami melihat keputusan DAP sebagai satu percubaan untuk melenturkan semangat demokrasi untuk melindungi kerjaya politik Guan Eng," katanya.

Pemimpin berusia 56 tahun itu dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi tuduhan kedua, Setiausaha Agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta oleh seorang penjamin. - Mstar                                                                                     

Sumber TKO - 20-7-2016                                                                                                                                                                                    ----------------------------------------------------------------------------------
Guan Eng tak muncul beri penjelasan pada PKR
Posted on Wednesday, July 20 @ 10:42:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh ketambatu                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31081



Mesyuarat biro politik PKR malam ini berlangsung tanpa kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sepatutnya hadir bagi memberi taklimat kepada pemimpin PKR mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut.

Laporan media sebelum ini mengatakan Lim bersama rombongan pemimpin DAP itu akan hadir pada mesyuarat itu yang bermula sekitar jam 8.30 malam bagi memberi taklimat berkenaan.                                              
Setakat laporan ditulis, Lim atau mana-mana pemimpin DAP belum muncul lagi.                                                                                          
Dilihat memasuki bangunan ibu pejabat berkenaan sebentar tadi ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.                                                        
Para pemimpin PKR lain yang kelihatan ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Timbalan Ketua Pemuda PKR yang juga exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin dan Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin.                                                                                                      
Sementara itu, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) menggesa DAP agar mempertimbangkan semula rancangan untuk mengadakan pilihan raya mengejut Pulau Pinang, jika khabar angin yang kian bertiup kencang itu adalah benar.                                                                        
Kata BERSIH, pihaknya 'amat bimbang' dengan khabar angin itu dan menuntut parti itu menjelaskan tujuan dan keperluan untuk pilihan raya negeri lebih awal.                                                                                                                            Sumber TKO - 20-7-2016                                                 ------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                             DAP tangguh pemilihan parti
Posted on Tuesday, July 19 @ 19:54:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
                                                                  http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31079                                                       


SHAH ALAM - DAP menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini bagi memberi tumpuan kepada persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).                                

Setiausaha Organisasi Kebangsaan parti itu, Anthony Loke berkata ahli majlis eksekutif pusat parti (CEC) perlu melakukan pemilihan semula pada 29 September ini, tetapi perlembagaan parti membolehkan pemilihan dalaman itu ditangguhkan sehingga 18 bulan jika pilihanraya umum perlu dilaksanakan dalam masa dua tahun.                                                      
"Walaupun tidak akan ada pemilihan parti tahun ini, persidangan kebangsaan dijadualkan akan diadakan pada 4 Disember depan," kata Loke dalam kenyataannya hari ini.                                                            
Sebelum ini, Umno dan MCA turut menangguhkan pemilihan parti masing-masing sehingga pilihanraya umum ke-14 yang perlu diadakan menjelang Ogos 2018.
                                                                                                           Sumber TKO - 19-7-2016                                                                        ---------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                        
Lim Guan Eng akan berikan penjelasan kepada PKR berkenaan pilihan raya mengejut Pulau Pinang
Posted on Tuesday, July 19 @ 19:09:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                    
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31076


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka memberi taklimat kepada pemimpin PKR malam ini mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.

PKR dijadual mengadakan mesyuarat biro politik di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pemimpin PKR yang enggan namanya disiarkan mengesahkan bahawa Lim akan menghadiri mesyuarat itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, The Star Online yang juga melaporkan Lim akan menghadiri mesyuarat malam ini dan  mendakwa pemimpin PKR tidak berminat dengan pilihan raya mengejut.
"DAP perlu meyakinkan kami keperluan untuk berbuat demikian. Mereka perlu menunjukkan angka kepada kami," kata seorang pemimpin tertinggi PKR yang dipetik akhbar itu.
Laporan itu juga mendakwa wakil enam anggota DAP yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin tertinggi telah bertemu dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam semalam berhubung perkara itu.
Menurut laporan itu, Wan Azizah juga tidak berminat pilihan raya diadakan dan pemimpin PKR dari Pulau Pinang diminta menghadiri mesyuarat untuk memberikan maklum balas mereka.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa jawatankuasa eksekutif pusat DAP membincangkan pilihanraya negeri semasa mesyuarat malam tadi dan memohon pandangan sekutunya mengenai perkara itu.
Pilihanraya negeri itu dilihat sebagai satu percubaan untuk mewujudkan semula kedudukan Lim memandangkan tuduhan rasuah terhadapnya.
Gabungan diketuai DAP telah berkuasa di Pulau Pinang sejak 2008 dengan Lim sebagai ketua menterinya. Berikutan pilihan raya negeri 2013, DAP memiliki 19 kerusi, PKR 10 kerusi dan PAS 1 kerusi. BN pula mempunyai 10 kerusi.
Penganalisis politik bersetuju bahawa jika pilihanraya negeri diadakan, Lim dan DAP boleh meraih undi simpati tetapi mempersoalkan jika ia adalah perkara betul.
Sementara itu, disoal wartawan di luar prosiding mahkamah di Kuala Lumpur, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata: "Insya-Allah, Lim akan hadiri mesyuarat itu."                                                                                                                                                  Sumber TKO - 19-7-2016                                                                                                                                                                                   ---------------------------------------------------------------------------------  
‘Superman’ DAP keluar parti
Posted on Friday, July 15 @ 07:45:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31017


PETALING JAYA: Ahli DAP yang terkenal dengan jolokan ‘Superman’ hari ini mengumumkan keluar parti, susulan kenyataannya menyokong Beijing menuntut Laut China Selatan yang dikecam pelbagai pihak.

Hew Kuan Yau menjelaskan, demi ‘gambaran besar’ DAP, beliau memutuskan keluar parti dan keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri, bukan paksaan atau tekanan mana-mana pihak dalam parti.
“Saya berpendapat ini adalah satu kelegaan (untuk diri saya),” tulisnya dalam catatan terbaru di Facebooknya malam ini.
Tegasnya, beliau menolak tawaran parti untuk menurunkan beliau sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan pada Mei 2014.
Sebaliknya, beliau memilih untuk membantu calon DAP melalui ceramah sebagai cara paling berkesan bagi menyumbang ke arah kempen perubahan demokrasi di Malaysia.

Kuan Yau berkata, masalah timbul apabila musuh politik sering memutar belit kenyataannya dan menjadikan pandangan peribadinya sebagai pendirian DAP.
Tambahnya, desakan musuh politik supaya jawatankuasa disiplin parti mengambil tindakan terhadapnya turut menimbulkan masalah kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pemimpin yang tidak bersetuju dengan pandangan politik serta cara beliau berceramah.
“Untuk menyelesaikan masalah ini sekali harung, saya percaya keluar parti adalah pilihan terbaik,” katanya yang berterima kasih kepada kesabaran dan bimbingan Kit Siang sejak beliau menyertai DAP pada usia 19 tahun.
Kuan Yau diserang pengguna-pengguna Facebook selepas memuat naik status Laut China Selatan adalah milik China dan melabelkan penentang tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan sebagai anti-komunis di Facebooknya semalam.
Ini bukan kali pertama beliau terlibat dalam kontroversi.
Beliau pernah menjadi tumpuan media pada pilihan raya negeri Sarawak selepas videonya yang menggesa pengundi Cina di Batu Kitang menyokong calon DAP, Abdul Aziz Isa agar mereka boleh “skru orang Melayu” dan “skru pegawai-pegawai Melayu yang mengamalkan rasuah” dimuat naik ke laman sosial.                                                                                                                                                                                                     Sumber TKO - 15-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                         Kalau Inilah Kehendak DAP, Kali Ini Aku Setuju Politik Kotor Ini
Posted on Tuesday, July 12 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol













http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30985

Tetiba tersembur muntah DAP. Keluar habis isi perut yang busuk. Khabarnya, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kata DAP kaji untuk buat PRN mengejut. Konon nak ukur sokongan rakyat pada Lim Guan Eng atas dakwaan rasuah. Juga kunun-kunun sebagai anda protes. Inilah perangai DAP yang mudah dibaca kalau diteliti.

DAP tahu PRN bukan mahkamah yag boleh memberi keadilan kepada LGE. Tak ada kerajaan dunia buat pilihanraya untuk menyucikan seseorang pemimpin. Sekolot-kolot Papua New Guinea pun tak terfikir politik ala-DAP. Habis boleh korang baca niat DAP?
Bukankah DAP mencari ‘political mileage’ dari isu rasuah LGE? DAP sudah buat roadshow di Pulau Pinang. DAP telah jual konon LGE jadi mangsa pendakwaan politik. Dah jadi kes mahkamah tapi DAP begitu berani membicarakan di khalayak. Nampak sangat DAP cuba mengaut simpati masyarakat khususnya masyarakat Cina.
DAP dah nampak bahawa pada PRU14 nanti, dia akan kalah. LGE akan terkangkang di dalam sel sempit. Sebahagian undi Cina terbukti telah beralih kepada BN. Sokongan Melayu tiada harapan lagi kecuali dari Mat Sabu dan Mujahid dengan ahli PAN yang berdaftar seramai berbelas orang itu. Maka untuk mengelak petaka itu, dicari idea untuk buat PRN awal.
Masa inilah DAP rasa cukup sesuai. Konon masyarakat Cina sedang menangis dan bersimpati pada LGE. Mereka bersolidariti. Roadshow mesti diteruskan agar momentum berkekalan hingga PRN mengejut itu. Akhirnya mudahlah DAP memukat undi. Kotor bukan?
Nanti ditambah dengan RUU Mahkamah Syariah pada Oktober. Satu lagi modal DAP untuk mengaut 100% undi masyarakat Cina dan bukan muslim. Jaja fitnah dalam Roket. Jaja fitnah dalam Malaysiakini. Manipulasi isu dalam akhbar Cina. Wah, lagi banyak DAP dapat undi simpati. Kunun dengan itu, DAP boleh menang besar. Kunun DAP boleh ajar BN. DAP boleh ajar sama PAS. PAN tentu ketawa besar.
Kalau begitulah cara DAP berpolitik, silakan. Kamu merancang. Allah juga merancang. Sedangkan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Motif tulisanku adalah untuk mengajak jentera, pemimpin, ahli dan penyokong PAS bersedia dengan permainan kotor ini. Mereka nak buat kejutan. Ada kita terkejut?

                                                                                                                                                                                                                         Facebook Salam Muhammad @ BayangDiAir                                                                                                                                                                                                                                                                         Sumber TKO - 12-7-2016                                                                                                                                                                                        -----------------------------------------------------------------------------------                          
Kor Ming alih perhatian kes rasuah pemimpin DAP?
Posted on Monday, July 11 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30979












KUALA LUMPUR 10 Julai - Kekecohan dan ketegangan sentimen perkauman yang ditimbulkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dilihat bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada kes rasuah melibatkan pemimpin DAP.

Presiden Jaringan Melayu Ma­laysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan dangkal Kor Ming bermain isu perkauman demi kepentingan politik adalah langkah yang salah dan telah mengundang kebencian semua kaum terhadap parti itu."Jika pemimpin Melayu mengeluarkan kenyataan untuk melin­dungi kaum Melayu tanpa menyentuh kaum lain sudah tentu dituduh rasis dan ektremis kaum, tetapi mereka lebih melampau.
"Dalam pelbagai perkara yang boleh dijadikan isu, saya pelik mengapa beliau mahu menyentuh agama dan kaum yang merupakan isu sensitif untuk mengalihkan pandangan orang lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sele­pas Kor Ming memuat naik gambar tertera bendera Amerika Sya­rikat dan rumah api untuk mengucapkan selamat hari raya kepada penduduk Islam negara ini di laman Facebooknya 5 Julai lalu, Kor Ming sekali lagi cetus kontroversi de­ngan muat naik gambar ka­rikatur umat Islam me­minta derma dedak daripada UMNO.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Sementara itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berkata, keangkuhan pemimpin DAP itu yang mempermainkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hari kebesaran bagi umat Islam adalah satu tindakan yang tidak dapat diterima.
"Semua agama termasuk Kristian tidak mengajar umatnya melakukan kejahatan lebih-lebih lagi yang melibatkan pergaduhan. Dalam kes beliau menghina Aidilfitri ini, kita dapat lihat kaum Cina dan India juga melahirkan rasa kesal dan marah kepadanya," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, isu penghinaan sudah menjadi semakin serius kerana ada pe­mimpin yang seolah-olah menggugat Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan beragama.
"Aidilfitri adalah antara elemen keagamaan umat Islam dan merupakan medium bermaaf-bermaafan, te­tapi pemimpin yang tidak matang ini muncul menimbulkan provokasi dan mempolitikkan perkara itu," ujarnya.
Bagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Ismail Sualman pula, tindakan Kor Ming itu sengaja direka untuk mewujudkan ‘ha­voc' dan sudah pasti mempunyai agenda tersendiri bagi meraih perhatian masyarakat.
"Kita pasti Kor Ming faham tentang sensitiviti masyarakat tetapi beliau sengaja lakukan semua itu untuk tunjukkan bahawa DAP masih relevan dengan cuba me­nimbulkan polemik," kata­nya.                                                                                                            Sumber TKO - 11-7-2016                                           --------------------------------------------------                                                                                                                                                       Nga Khor Ming Enggan Mohon Maaf
Posted on Sunday, July 10 @ 02:46:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30961
                                                                                                          Ahli Parlimen Taiping dari DAP Nga Kor Ming nampaknya terus melanjutkan drama provokasi ke atas umat Islam di negara ini apabila enggan memohon maaf di atas kemaskini laman Facebooknya yang mencetuskan kontroversi.

Dalam status itu, beliau menghina amalan bersedekah melalui pemberian duit raya kepada anak-anak dengan menyamakan pemberian itu seperti ‘dedak’ yang pada dia bermaksud rasuah.
Ia disampaikan melalui satu karikatur yang mencetuskan kemarahan rakyat Islam di negara ini.

Hari ini, beliau terus berdegil dan enggan meminta maaf di atas perkara itu dan menyifatkan ia bukan bertujuan menghina.

Banyak pihak berpendapat Kor Ming memang sengaja melakukan perkara itu di negara yang majoriti rakyatnya adalah beragama Islam dan ia dilakukan pada ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sememangnya meriah dengan pemberian duit raya.


Dia sepatutnya tahu apakah reaksi dan tindak balas yang bakal diterimanya jika melakukan perkara sedemikian.
Ketika dihubungi media tempatan, Kor Ming berkata status Facebook itu bukan ditujukan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Adakah beliau menganggap rakyat Malaysia terlalu bodoh untuk menilai perkara berkenaan tambahan pula watak di dalam karikatur itu memakai Baju Melayu siap bersampin lagi sambil meminta apa yang dikatakan oleh Kor Ming sebagai ‘dedak’.

Dalam permainan drama ini, dia pada satu masa akan meminta maaf secara terbuka selepas kontroversi ini sudah memberi kesan atau membuatkan situasi antara kaum agak tegang atau mungkin ketika beliau sudah hampir ditahan polis.

Kini, pihak polis sudah mengumumkan membuka kertas siasatan untuk menyiasat perbuatan ini dan banyak pihak berharap Kor Ming akan didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina agama Islam dalam amalan bersedekah.

Satu perkara yang pasti, beliau sudah takut menerima akibat yang lebih buruk kerana bertindak memadam status berkenaan dari terus berada di Facebook. Kor Ming tidak mahu perasaan marah akibat status berkenaan semakin meluap-luap kerana dia sendiri tahu apa yang orang Melayu boleh lakukan jika perkara sensitif berkaitan umat Islam dihina.


Ada beberapa penganalisis politik yang berbangsa Cina juga sudah melihat tindakan yang dilakukan oleh Kor Ming sebagai bodoh dan ia hanya akan menjauhkan lagi sokongan orang Melayu kepada DAP.
 Sumber TKO - 10-7-2016                                                ------------------------------------------------                                                                         PAN Tak Ong... DAP Cari Melayu Baru
Posted on Saturday, July 09 @ 21:13:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30959



DAP berjaya dan boleh tawan Pulau Pinang kerana bantuan undi Melayu yang terdiri daripada undi sebahagian besarnya adalah pengundi PAS. Tapi perkara ini ditutup dan seolah-olah bila wujud Pakatan Rakyat PAS mendapat manafaat sedang apa yang berlaku sebenarnya PR mendapat undi 50% daripada PAS dan 50% lagi daripada DAP dan PKR.

Kenyataan ini terbukti apabila PAS keluar PR dan bertanding sendiri di 2 PRK baru-baru ini statistik menunjukkan undi PAS adalah sekitar 47.5 - 53.5% daripada undi yang diperolehi oleh pembangkang. (sila rujuk di sini)

Keputusan 2 PRK baru-baru ini telah membuka mata DAP bahawa selama ini parti PAN tidak membantu mereka untuk mendapat pengundi Melayu. Malah analisis secara terperinci menunjukkan salah satu faktor undi Cina 30% pergi ke BN kerana mereka (Cina) tidak percaya dengan pimpinan parti PAN yang mempunyai rekod pengkhianatan dan tidak mustahil mereka juga boleh mengkhianti DAP. (sila rujuk di sini)

DAP juga mengetahui bahawa parti PAN tidak mendapat sokongan 'grassrood' dikalangan ahli PAS dan Melayu. Malah PAN juga tidak dapat sokongan daripada pecahan UMNO. Lagi buruk ramai pimpinan PAN keluar parti telah masuk PKR dan DAP.

Tidak ada cara lain melainkan DAP perlu mencari jalan baru untuk mendapatkan sokongan Melayu.

Ramai mengetahui kawasan yang majoriti masyarakat Cina atau bukan Islam hanya ada 22 sahaja. Yang lain semuanya kawasan bercampur. DAP yang sebelum ini bertanding 60 kerusi boleh menang banyak kerana sokongan Melayu. Setelah PAS keluar Pakatan Rakyat kedudukan DAP akan kembali kepada kedudukan lama dan ini membuatkan DAP risau.

Alternatinya DAP terpaksa mendekati veteran UMNO. Mencari simpati dan belas ihsan!



Semalam, YB Lim Kit Siang, Liew Chin Tong, Lim Lip Eng, Ronnie Liu dan Teresa Kok menziarahi beberapa bekas veteran UMNO dan menyampaikan salam Hari Raya kepada mereka.

Mereka juga pergi ke rumah Datuk A. kadir Jasin yang juga merupakan bekas ketua penyunting New Straits Times; diikuti dengan rumah Tan Sri Sanusi Junid (bekas Menteri kabinet) dan Tun Musa Hitam (bekas Timbalan Perdana Menteri).


 DAP terpaksa menjilat ludah mereka demi untuk servival parti mereka untuk hadapi PRU-14 nanti. Manakala parti PAN pula terpaksa menjilat punggung DAP demi untuk mendapat bantuan kewangan dan sokongan masyarakat Cina.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com -                                            Sumber TKO - 9-7-2016                                                 ----------------------------------------------------                                                                       Kefahaman Masyarakat Bukan Islam Tentang Rasuah Masih Rendah
Posted on Saturday, July 09 @ 11:52:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30953


Facebook saya terpapar komen Nga Kor Ming berkenaan dengan pemberian duit raya yang dipostkan oleh kawan-kawan di kalangan parti AMANAH. Saya cuba mendapat kesahihan banner yang dihantar dengan ucapan yang disebutkan.

Semalam beberapa akhbar telah membuat pemberitaan yang silap mengenai ucapan Presiden PAS perihal saksi rasuah.

Hari ini masyarakat bukan Islam cuba membandingkan pemberian duit raya oleh pemerintah sebagai rasuah. Mungkin kita boleh bersetuju bahawa kerajaan menjadikan wang raya sebagai menambat hati.

Menghukum duit raya sebagai 'rasuah' oleh sestengah pimpinan bukan Islam menunjukkan kefahaman Islam mereka masih dangkal.

Sepatutnya pimpinan Islam bersama mereka membetulkan perkara ini.

Sangat celupar dan perkara ini sudah menjadi-jadi apabila masyarakat bukan Islam berani membuat komen tentang umat Islam termasuk menghalang RUU 355.

Perbuatan mereka berani kerana mereka selesa wujud orang Islam bersama mereka yang membiarkan keceluparan ini berlaku. Malang jika ada pimpinan Islam menjadi alat untuk umat Islam di hina di negara kita."


Sumber TKO - 9-7-2016

---------------------------------------------------------------------------------

Nga Kor Ming padam poster hina umat Islam

Posted on Saturday, July 09 @ 06:42:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30947

BANGI, Jumaat – Pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, Nga Kor Ming telah memadamkan poster provokasi menghina agama Islam di laman Facebook miliknya ekoran kecaman teruk oleh netizen.

Berdasarkan pemerhatian Ismaweb.net hari ini, poster dan kenyataan provokasi itu telah dipadamkan oleh Ahli Parlimen Taiping itu.

Nga telah memuat naik poster ucapan Hari Raya Aidilfitri bertemakan Amerika apabila ia berlatarbelakangkan bendera negara itu serta gambar rumah api yang diambil menerusi laman web DrJamesDobson.org, pengasas organisasi konservatif Kristian Amerika.

Malah poster yang dimuat naik pada 5 Julai lalu itu turut diselitkan perkataan ‘In God We Trust’ serta ‘Lord Guide Our Nation Back To You’ dan simbol tangan berdoa.

“We serve to bless others, we are from the people, by the people & for the people. Selamat Hari Raya,” kata Nga dalam kenyataan yang dimuat naik bersama poster berkenaan.

Netizen berang dengan poster itu dan menyifatkan tindakannya sebagai menghina Islam dan umatnya dan langsung tidak menghormati perayaan Aidilfitri.




Sumber TKO - 9-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------

Hina Aidilfitri: Polis siasat status FB Kor Ming

Posted on Friday, July 08 @ 21:51:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30944

KEPALA BATAS - Dua wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini meminta polis menyiasat Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Setiausaha Agung Kelab Warisan Malaysia (Keris) Azman Hassan berkata status Facebook milik Nga telah memuatkan satu gambar karikatur mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan tetamu ketika Hari Raya sebagai rasuah.

Azman berkata, pemberian duit raya adalah satu amalan yang mulia kerana memberikan sedekah dan perkara itu telah dipolitikkan oleh Nga.

"Perbuatan Nga ini jelas menghina dan merendah-rendahkan amalan mulia ketika umat Islam menyambut Aidilfitri," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis di sini hari ini.

Katanya, beliau berharap polis akan menyiasat kes ini termasuk pelukis karikatur, pemilik akuan facebook dan pentadbir akaun terbabit yang didakwanya cuba menghasut.

Azman berkata, Kor Ming sebagai seorang wakil rakyat sepatutnya lebih sensitif dan tidak mengaitkan sambutan Aidilfitri ini dengan sebarang unsur-unsur politik.


"Kami meminta Nga untuk mengeluarkan status tersebut dan memohon maaf secara terbuka dalam akaun facebook miliknya," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Saiful Anuar turut hadir bersama Azman untuk membuat laporan polis dengan jumlah empat laporan dibuat oleh wakil kedua-dua NGO tersebut.

Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga KorMing, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, yang bertajuk "Hanya di Malaysia di bawah Umno, Selamat Hari Raya", satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.


  Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak telah bercakap "Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma.."
manakala seorang lagi menjawab "Tak dapat derma, dedak pun ok..." dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin". - Bernama

Sumber TKO - 8-7-2016

-----------------------------------------------------------------------------------



Wan Saiful Wan Jan Lebih Suka Lim Guan Eng Baca Khutbah Raya!

Posted on Thursday, July 07 @ 16:40:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30932


Hari ini Wan Saiful Wan Jan buat komen kepada isi khutbah raya (aidilfitri) di Selangor. Dia komen isu khutbah berkenaan kumpulan Sistem In Islam dan usul Pindaan RUU 355 oleh Presiden PAS. Katanya 'kebodohan apa yang melaksanakan umat Islam" kerana membicara isu ini.

Saya tak pasti sejauh mana Wan Saiful ini telah menjadi leberal dalam soal-soal Islam sehingga boleh menghina umat Islam khususnya di Selangor.




Wan Saiful membela Sister in islam walaupun tahu kumpulan ini merosakkan pemikiran rakyat dengan menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah swt dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah swt serta mereka menyebarkan dakyah-dakyah songsang dalam fitrah kehidupan manusia. Oleh itu menjadi tanggungjawab kepada umat Islam memberi peringatan kepada seluruh manusia tentang bahaya sister in islam ini.

Wan Saiful mungkin tak tahu atau tak faham tentang pindaan RUU 355, dia bukan cerdik sangat tentang perkara ini tak hairanlah semasa belajar di UK ambil medic tapi tak lulus kemudian tukar kursus yang mudah untuk dapatkan sijil... kononnya lulusan luar negara!

Dia tak faham bertapa pentingnya RUU 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah bagi memastikan kedaulatan undang-undang Islam menepati perlembangaan Malaysia dan titah Agong.

Malang bagi orang Islam seperti Wan Saiful tidak faham antara membaca teks khutbah dengan memberi peringatan kepada umat Islam.

Ini penyakit dikalangan kita merasai diri macam profesional dan bergiat dengan kumpulan Islam liberal atau Islam Progresif yang ditaja oleh kumpulan PAN @ AMANAH mereka tidak melihat lagi undang-undang Islam itu suatu kewajipan yang perlu ditunai.

Mereka tak boleh beza antara kewajipan puasa dengan kewajipan menegakkan undang-undang Islam. Susah kita nak cakap dengan manusia setelah diri mereka dirasuk dengan fahaman sesat yang BERWAJAH ISLAM.

Mungkin Wan Saiful lebih suka Lim Guan Eng membaca khutbah yang akan mencerita bahawa DAP sayang Islam kerana itu DAP memberikan sumbangan yang lebih kepada sekolah agama berbanding dengan UMNO. DAP juga berbuka puasa setiap hari dengan umat Islam, ini tak dibuat zaman UMNO.


Sumber TKO - 7-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------


Lim Guan Eng Hina Mahkamah – Tan Tuan Tat

Posted on Monday, July 04 @ 20:13:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah













http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30891

KAJANG - Lim Guan Eng perlu segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang susulan beberapa tuduhan rasuah dan kesalahan lain membabitkan pemimpin pembangkang itu.
Bekas Pengerusi DAP Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, Guan Eng seolah-olah ‘kebal’ apabila berani menjalankan program awam yang terang-terang suatu tindakan menghina pihak mahkamah.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=6kzcFibEQ2A


Satu sesi penerangan Ketua Menteri bersama rakyat telah diadakan di Pulau Pinang semalam dan program sebegini sebenarnya jelas merupakan satu penghinaan terhadap institusi mahkamah.

“Saya berharap pihak berwajib ambil tindakan memandangkan kes yang dibawa ke mahkamah tidak boleh dibincang menggunakan platform lain,” ujar Tuan Tat pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Tuan Tat, kepimpinan Guan Eng turut disifatnya sebagai gila kuasa kerana menggunakan status sebagai Ketua Menteri dan Setiausaha Agong DAP dijadikan alasan berlindung di sebalik tuduhan peribadi ke atasnya.

Jawatan di dalam kerajaan dan di dalam parti tidak boleh disalahgunakan demi kepentingan diri.

Kes ini merupakan satu kes peribadi, oleh itu Guan Eng patut menjawab pertuduhan dihadapinya di dalam mahkamah bukannya menganjurkan perhimpunan di jalanan,” katanya.

Tuan Tat menambah, hakikat Guan Eng perlu segera meletak jawatan adalah wajar disebabkan pertuduhan rasuah yang dikenakan oleh mahkamah terhadapanya masih lagi di bawah siasatan.

“Saranan melepaskan jawatan adalah wajar kerana setakat yang umum ketahui tidak ada seorang pun penjawat awam yang terus menjawat jawatan semasa kes dibawa ke mahkamah.

“Contohnya, kes rasuah melibatkan seorang Ketua Pengarah tidak lama dahulu, beliau meletakkan jawatan setelah kes dibawa ke mahkamah, dan setelah terbukti tidak bersalah, jawatan itu diberi semula kepada beliau,” katanya.

Khamis lalu, Guan Eng didakwa atas dua tuduhan rasuah berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn yang dibelinya di bawah nilai pasaran dan menggunakan kedudukannya bagi meluluskan permohonan pengezonan semula lot pertanian kepada lot perumahan – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 4-7-2016


--------------------------------------------------------------------------------------

Dari Ikat Jamin Kepada kempen Solidariti - Wang Derma 1j Utk Kempen Pula Kata DAP

Posted on Sunday, July 03 @ 22:32:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30880













Dan Steven Sim menulis ;

Kenapa nak kutip RM1 juta untuk wang jamin LGE? Bukankah Phee Boon Poh sudah bayar? Buat apa sudah jadi kerajaan negeri masih selalu kutip derma?


Ini antara soalan-soalan yang berlegar di ruang maya. Yang cybertrooper saya tak layan. Tapi ada penyoal ikhlas seperti aktivis Sdr Fahmi Reza.

Pertama wang jamin memang sudah dibayar, kalau tidak Ketua Menteri tidak akan dibebaskan. Tapi ianya bukan wang Sdr Phee Boon Poh. Sdr Chow Kon Yeow, pengerusi DAP Pulau Pinang telahpun memberi penerangan dari mula, wang jamin RM1 juta dibayar oleh DAP Pulau Pinang sebanyak RM890,000 dan selebihnya oleh DAP Kebangsaan sebanyak RM110,000.

Berikutan itu, ramai orang awam telah menyatakan hasrat untuk menderma ke arah itu. (Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/347272) Bagi sebuah parti yang bergantung kepada sumbangan dan derma untuk beroperasi, RM1 juta yang terbeku bukan jumlah kecil. Walaupun sudah jadi parti kerajaan negeri sejak 2008, DAP masih lagi "parti kutip derma" kerana parti tidak salahguna kuasa dan sumber kerajaan negeri untuk kepentingan parti. Wang kerajaan wang rakyat, bukan wang parti, itu pendirian tegas DAP.

Sebarang kos operasi dan program parti tidak guna satu sen sekalipun wang atau sumber kerajaan. DAP juga tiada penderma Arab yang boleh derma RM2.6 billion. Derma kami datang dari rakyat Malaysia yang percaya kepada perjuangan parti. Justeru biar pemimpin dan ahli-ahli DAP terus diketawakan oleh Barisan Nasional kerana masih perlu ambil tin milo untuk kutip derma dari orang awam, ini tetap prinsip parti.

Jumlah RM1 juta ini yang bersamaan dengan jumlah wang jamin Sdr Lim Guan Eng menjadi simbol kezaliman rejim terhadap pembangkang. Bukan sahaja Lim Guan Eng malah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang menentang Najib Razak seperti Dr. Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dll.

Paling penting sekali, tokoh Reformasi, Anwar Ibrahim yang kini sudah lebih 500 hari dalam penjara rejim. Melalui derma ke arah RM1 juta ini, rakyat memberi mesej "I'm in!" (Saya turut serta perjuangan ini!) bersama tokoh-tokoh yang melawan rejim.

Wang derma telah disumbangkan oleh rakyat Pulau Pinang dan rakyat Malaysia pelbagai kaum, agama, dan pandangan politik. Walaupun ramai yang menderma RM10 (Contoh: https://www.facebook.com/StevenSimCK/posts/1095875720483542:0), namun dalam tempoh 21 jam sahaja jumlah derma sudah mencecah RM1,009,000 menunjukkan kuasa rakyat bersolidariti dengan pemimpin mereka.

Wang yang dikutip akan disalurkan kepada kempen Solidariti Bersama Guan Eng termasuk sesi-sesi penerangan dan persiapan menghadapi PRU ke-14. (Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/347352)

Harap soalan saudara saudari terjawab.

Tapi sebelum itu ;





Sedikit pendapat ;

1. Pada awalnya DAP kutip derma atas tujuan nak bailout Lim Guan Eng.

2. Tetapi netizens mempersoalkan kewajaran kutipan berkenaan apabila Lim Guan Eng
telah pun selamat diikat jamin pada hari kutipan derma.

3. Tambahan pula gaji Lim Guan Eng bukannya rendah. Paling2 koman dia berkeupayaan untuk sediakan 500k wang ikat jamin dari poket sendiri.

4. Selain itu, DAP turut dipersoalkan meminta derma sedangkan wang ikat jamin akan dipulangkan semula.

5. Tak pasal-pasal kantung simpanan DAP bertambah dari sejuta ke dua juta dalam tempoh 24 jam.

6. 1juta yg di bayar awal untuk ikat jamin walau tak bertambah hasil pelaburan kat bank of PDRM tu tetapi juga tidak akan luak sedikit pun. DAP akan dapat kembali selepas perbicaraan selesai.

7. Dan kini selepas diasak bertubi2 soal kewajarannya, Steven Sim tampil menjelaskan bahawa wang hasil kutipan akan digunakan untuk berkempen solidariti Lim Guan Eng. Aik. Sudah tukar ka?

8. Peguam dah dilantik. Kes dah berjalan. Mahkamah sebagai kuasa pemutus. Tinggal lagi kita tunggu kedua2 pihak saling berbaling bukti & hujah. Semua tu akan ditentukan dalam kamar mahkamah. LGE high profile. Media pasti beri liputan. Itu secara tak langsung dah bersolidariti dengan LGE bila media laporkan hujah masing2. Ini siap nak buat roadshow bagai. 


Kenapa? Tak yakin ke dengan diri sendiri yang beria kata bersih & bebas dari sebarang perbuatan salahlaku dalam urusniaga tersebut yang sampai nak berkempen mencari simpati, sokongan & kepercayaan umum neh? 

9. Tapi tak aneh juga. Bercuti pun dia taknak. Takut sangat hilang jawatan ke.

10. Duit tu bagi kat pihak yang lagi memerlukan lagi bagus. Buat kempen solidari pada pemilik banglo bagi aku karut. Apa guna ko lantik peguam hebat2 kalau akhirnya ko tetap perlu turun ground untuk yakinkan masyarakat yang ko tak bersalah. Tapi eh, ko tak bersalah ke? Dari segi undang2 aku taknak komen tapi sejak kau amek tapak tanah org miskin dan beri kepada kapitalis ko dah pun bersalah dalam kanun undang2 pemikiran aku aku. Setiap yang membuli orang miskin ialah penjenayah berdasarkan hukum marhaen yang aku guna pakai.

Kbai.
AMNO WORLD


Sumber TKO - 3-7-2016 

--------------------------------------------------------------------------------

Be A Gentleman, Step Aside During Graft Trial



Lim Guan Eng should be a gentleman and take a leave of absence as Penang chief minister until his corruption trial is concluded, PAS spiritual advisor Datuk Dr Ustaz Haron Din has said.

In an interview with Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia’s weekend edition, Haron said such a move was customary in many countries throughout the world.

“As a gentleman, he (Guan Eng) should take leave,” the PAS leader reportedly said.

Ustaz Haron added that Lim should emulate CIMB Group Holdings Bhd Chairman Datuk Seri Nazir Razak, who took a 30-day voluntary leave of absence while the bank conducted an internal investigation over the latter’s handling of US$7 million (RM28.6 million) on behalf of his brother, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Following his leave, the bank appointed an external audit firm, Messrs Ernst & Young to assist with the review, which eventually concluded that Nazir did not misuse his position as the then group chief executive nor was there any inappropriate use of the bank’s resources.

“It has become a common practice in the modern world especially in Malaysia where a civil servant faced with a heavy charge like corruption, abuse of power, usually takes voluntary leave.

“The last case we heard was CIMB Group Holdings Bhd Chairman Datuk Seri Nazir Razak, who took temporary leave, even though it was not an official charge and just in the news,”Ustaz Haron explained

Sumber BO - 3-7-2016

-----------------------------------------------------


Guan Eng terharu dipeluk lelaki berkopiah

Posted on Sunday, July 03 @ 19:03:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30875



Saya banyak menerima posting (share) daripada facebooker geng PAN dan IKRAM berkenaan Lim Guan Eng terharu dipeluk lelaki berkupiah serta menangis.

Berita mengenai perkara ini ada disiarkan oleh laman Roketkini (Anda boleh dapati di sini)

Saya cuba menjawab posting berkenaan dengan jawapan yang boleh dianggap sebagai 'hiburan' sebelum berbuka puasa. Jangan ambil hati sangat dengan jawapan ini.


Kalau kita masih ingat kes Mona Affandi, pembunuhan Datuk Mazlan, kita tidak lupa Juraimi pembantu Mona Affandi yang mengerat tubuh Datuk Mazlan kepada 18 kerat.

Sepanjang di mahkamah dan penjara, Juraimi berkupiah sehinggalah dia dihukum gantung sampai mati.

Saya kata kepada facebooker yang buat posting kepada saya bahawa lelaki yang berkupiah itu menangis sebenarnya dia tahu nasib Lim Guan Eng dan berharap kalaulah LGE ini Islam (atau mungkin dia sempat Islam jika Lim Kit Siang mati menurut cerita daripada Mat Sabu LGE akan masuk Islam hanya tunggu bapanya mati) bolehlah LGE perkenakan kupiah macam persalah-persalah lain.


 Kita juga tidak lupa bagaimana Muhammad Taib menjadi insan yang baik mendekati masjid setelah dia di hukum.


 Banyak kes-kes jenayah dan rogol persalah yang ditangkap datang ke mahkamah dengan memakai kupiah.

Kata saya lagi. Mereka yang ta'asud kepada DAP ini jika sudah mengetahui sifat sebenar DAP mereka akan lari dan menentang. Banyak contoh boleh di tunjukkan.


 Lelaki berkupiah dengan keluarganya sangat ta'asud kepada DAP. Lim Guan Eng adalah 'Khalifah Omar Abdul Aziz' Kita cerita apa pun dia akan kata Lim Guan Eng 'The Best'.

Tapi bila tanah kampugnya di rampas oleh karajaan DAP dengan zalim baru dia kena siapa sebenarnya DAP.


 Kini dia tahu siapa LGE dan DAP setelah Kampung Pemantang Tok Subuh sudah lenyap dibumi Pulau Pinang.

Saya kata lagi. Yang berkupiah tu mingkin ahli DAP. Apa nak dihairankan. 'Mungkin' itu pun strategi DAP nak tarik pengundi Melayu yang berfikir tak 'panjang'.


Saya tunjukkan gambar perhimpunan DAP dengan gambar seorang tua berkupiah.

Jadi apa nak dihairankan dengan lelaki berkupiah memeluk LGE. Tak ada apa istimewa di sini yang perlu sehingga ada orang bersusah payah nak sharekan kesemua facebook termasuk kepada saya.


Sumber TKO - 3-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------


T-Shirt Free Untuk Walk With Guan Eng pagi ini

Posted on Sunday, July 03 @ 14:37:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30872

Tak pasti berapa banyak duit dibelanjakan untuk print baju segera untuk program Walk With Guan Eng. Semua yang hadir dapat baju free selain pelekat dan poster.

















Ini dipenggil perang persepsi yang mana PAS masih lemah lagi sehingga dalam banyak keadaan PAS sentiasa dilihat sebagai orang salah dan DAP berjaya begubah orang salah politik kotornya nampak bersih dimata rakyat.

Sumber TKO - 3-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------

Saya dah letak jawatan kalau jadi Guan Eng, kata Tok Him

Posted on Sunday, July 03 @ 06:29:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30866


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menyerahkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk memutuskan sama ada ingin meletakkan jawatannya sebagai pemimpin negeri itu atau sebaliknya selepas didakwa dibawah Akta Pencegahan Rasuah.
Malah, Presidennya Datuk Ibrahim Ali yang popular dengan panggilan Tok Him turut mengandaikan sekiranya memegang jawatan ketua menteri, beliau tidak akan menunggu sehingga didesak untuk meletakkan jawatan.

"Terpulang pada dia selaku ketua menteri. Kalau saya yang kena, tak perlu tanya orang lain. Tak perlu tunggu orang desak. Saya sendiri (akan letak jawatan) sama ada tuduhan terhadap saya bermotifkan politik atau tidak, itu tidak penting.

"Yang penting ialah kesedaran diri sendiri. Dan rakyat akan menilai. Kalau letak jawatan rakyat akan nilai dan kalau tak letak jawatan rakyat juga akan nilai," tambahnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.

Selain itu, ditanya sama ada anggota parlimen Bagan itu wajar meletakkan jawatan atau tidak, Ibrahim hanya memberitahu, beliau bukan orang yang layak untuk memberikan komen mengenai isu berkenaan.

"Siapa saya untuk kata dia patut atau tak patut letak jawatan. Biarlah rakyat yang menilai," katanya lagi.

Khamis lalu, Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial.

Setiausaha Agung DAP itu juga akan didakwa di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Sementara itu, dalam sidang media sama, bekas anggota parlimen Pasir Mas itu memberitahu bahawa pihaknya akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja berhubung cadangan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara.

Menurut Ibrahim, memorandum yang akan diserahkan selepas hari raya itu nanti bertujuan memohon perkenan Baginda bagi mewujudkan institusi yang membincangkan isu berkaitan agama Islam.

"Dalam memorandum ini, kita berhujah dan mengambil kira perkembangan semasa dan sebelumnya. Dan antara perkara berbangkit ialah banyak berlakunya perpecahan (berkaitan agama Islam).

"Jadi kita tak nampak jalan lain untuk cari titik pertemuan dan persefahaman kecuali dengan sebuah institusi yang mendapat restu dan perkenan dari Majlis Raja-raja Melayu," katanya.


Ibrahim turut mencadangkan supaya institusi berkenaan dianggotai oleh NGO Islam serta diwakili oleh parti politik di negara ini seperti Umno, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN).

Sumber TKO - 3-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------


Tangkap LGE Strategi UMNO Nak Satu Melayu?

Posted on Sunday, July 03 @ 06:19:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30862



Apakah penangkapan lim guan eng satu strategi unmno untuk memenangi hati rakyat?  Bagi penulis jawabannya boleh ya dan juga boleh tidak.
Ia bukanlah strategi untuk memenangi hati kaum cina untuk menerima kembali mca. Kerana umno sedar majority kaum cina menyokong dap. Kaum cina akan melihat penangkapan lge hanyalah kerana politik iaitu untuk membunuh karier politik lge. Namun ia akan menyemarakkan lagu sokongan kaum cina pulau pinang kepada dap. Sokongan kepada dap akan meningkat di seluruh kawasan majority cina seluruh negara kerana simpati keoada lge.

Dan apabila kaum cina bersatu atas lambang dap, barulah umno melancarkan slogan "bersatulah melayu kerana cina telah bersekongkol dengan dap untuk menawan malaysia" dengan lebih lantang.
inilah strategi sebenar umno.


Bukan sukar nak faham.

Sumber TKO - 3-7-2016

-----------------------------------------------------------------------------------


Selepas PAS, PKR dan Kini DAP Pula Pecah Dua!

Posted on Saturday, July 02 @ 23:12:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30859



Kita masih tidak lupa semasa Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang November 2015 dicemari oleh sekumpulan lebih kurang 20 lelaki yang membuat demonstrasi di hadapan sebuah hotel di Bukit Jambul di tempat konvensyen berkenaan sedang berlangsung.

Kumpulan memberi sokongan kepada Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow supaya menggantikan jawatan Ketua Menteri yang disandang oleh Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng.

Mereka berkumpul dengan memegang sepanduk yang menyokong Chow antaranya bertulis 'Chow Kon Yeow Chief Minister of Penang, We Want You', 'Anak Negeri Pulau Pinang Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang' dan 'Lim Guan Eng Balik Melaka.'

Kumpulan yang sama dipercayai juga berkumpul di Kompleks Tun Razak petang Sabtu sebelum itu untuk memberi sokongan kepada Chow dan membantah kepimpinan Guan Eng.

Bagaimanapun, Chow dalam ucapan konvensyen pada hari itu menyatakan sokongan parti DAP kepada Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang memimpin Pulau Pinang sejak 2008.

Bibit awal bantahan kepada  2 Lim makin ketara, bila mereka dikatakan cuba mengawal DAP seolah-olah parti anak beranak. Kawalan ini makin ketara mengikut sumber setelah Karpal Singh meninggal dunia.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai wujud gerakan terancang dalam DAP Pulau Pinang yang ingin menyingkirkan Lim Guan Eng dari Pulau Pinang.

Jadi tidak hairanlah maklumat sulit mengenai pembelian banglo di jalan PinHorn dan beberapa maklumat rahsia lain telah dibocorkan kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng.

Dulu 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Lim Guan Eng semasa mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Chow Kon Yeow dengan beberapa penjajian antaranya Lim akan menjawat selama sepenggal sahaja.

Selepas penggal pertama, Lim Guan Eng masih juga tidak menyerah jawapan kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang maka menyebab ramai pimpinan DAP P. Pinang tak puas hati.

Teh Yee Cheu Adun DAP Tanjung Bunga antara pimpinan DAP Pulau Pinang yang lantang menyerang Lim Guan Eng dan dia telah membuat satu cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja pada perhimpunan DAP tahun lalu.

Akibat cadangan itu, Teh mendapat tekanan daripada 2 Lim dan ramai mengetahui Teh Yee Cheu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang 3 hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.

Sebab itu apabila isu patut atau tidak Lim Guan Eng melepas jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, DAP berkocak lagi. DAP seluruh negara terbahagi kepada 2 satu sokong Lim Guan Eng dan satu kelompok lagi sokong kumpulan yang menentang Lim Guan Eng.

Hari ini Lim Kit Siang berkata, beliau sendiri akan menjelajah ke seluruh negara bagi meninjau pendapat sama ada Lim Guan Eng patut bercuti atau meletakkan jawatan selaku ketua menteri Pulau Pinang susulan proses pendakwaan yang didepani pada masa ini.

"Saya akan mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk mendengar pandangan sama ada Guan Eng perlu meletak jawatan atau atau mengambil cuti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang." Katanya.

Walaupun Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dan DAP Pulau Pinang telah membuat keputusan bahawa Guan tidak perlu meletakkan jawatan, beliau masih mahu mendengar pandangan luar, ujar Kit Siang.

Tapi sebenarnya Lim Kit Siang cuba turun ke seluruh negara untuk membuat tinjauan sejauh mana "PEMBERONTAKAN" dalam DAP. Memang 2 Lim ini hebat dalam manipulasi keadaan supaya semua orang nampak DAP hebat sedangkan DAP kini menuju kehancuran.


Sumber TKO - 2-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------


Poetic Justice Buat DAP
Posted on Saturday, July 02 @ 22:31:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30858


1. Sungguhpun saya tidak mengulas apa-apa mengenai kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng, saya tidak boleh menghalang pelbagai pihak membuat perbandingan dan kenyataan.

2. Namun apabila En Lim Guan Eng sendiri membuat kenyataan membandingkan kes beliau dengan kes saya, maka saya berasakan perlu membetulkan kenyataan beliau.

3. LGE membuat kenyataan, “Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang tidak rugi RM 5 juta, malah memperoleh keuntungan kecil sebanyak RM 300 ribu daripada harga asal RM 2.5 juta. Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang bukanlah pemaju perumahan yang harus bergantung kepada kerajaan negeri untuk meneruskan perniagaannya.”

4.  Jawapan saya, "tidak seperti beliau membeli rumah yang lengkap dan sedia diduduki,  LGE meninggalkan fakta bahawa saya membeli sebuah rumah separuh siap tanpa CF dengan harga RM 3.5 juta."

5. Harga ini mengikut penilaian penilai hartanah yang berwibawa dan bank antarabangsa.

6. Harga asal RM 6.5 juta merupakan sebuah rumah lengkap sekali dengan perabot (fully furnished). Ia sudah merupakan dua entiti yang berbeza.

7. Saya suka mengingatkan LGE keputusan Mahkamah ke atas saya langsung tidak mengambil kira hakikat penjual rumah saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari Kerajaan Negeri Selangor pimpinan saya.

8. Malah permohonan syarikat Shamsudin yang disokong oleh saya juga ditolak oleh PNSB.

9. Saya bersalah kerana dalam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan bukanlah kerana mengambil rasuah, tetapi kerana menyalahguna kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan sesuatu barangan berharga dengan balasan tidak mencukupi (lebih murah dari nilai sebenar) dari seseorang yang mempunyai urusan rasmi dengan saya.

10. Dalam kes saya, Mahkamah mendapati saya bersalah kerana saksi Pendakwa, Shamsuddin Haryoni, memberitahu Mahkamah beliau tidak setuju dengan harga RM 3.5 juta tetapi terpaksa menjualnya kerana bimbang perniagaan beliau di Selangor terjejas.

11. Justeru, saya nasihatkan Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes beliau dengan kes saya.

12. Malah kes saya tidak sama dengan beliau kerana beliau turut didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan lebih serius.

13. Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Justeru, sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng, saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, - “Padan Muka”.

14. Bagi saya pendakwaan ini adalah "Poetic Justice"!

Dr Mohamad Khir Toyo
2 Julai 2016


Sumber TKO - 2-7-2016


------------------------------------------------------------------------------------

Kalau ikut prinsip CAT, Guan Eng kena bercuti

Posted on Saturday, July 02 @ 11:36:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar









GEORGE TOWN: Berdasarkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) diamalkan kerajaan DAP Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah semalam seharusnya mengambil cuti daripada pentadbiran kerajaan negeri.



Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai walaupun mahkamah membenarkan ikat jamin.


“Jadi sebagai seorang yang bermoral dan mempunyai sikap akauntabiliti, Lim harus melepaskan jawatannya atau bercuti sehingga namanya bersih daripada sebarang tuduhan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Beliau berkata walaupun Lim bukan seorang penjawat awam yang dilantik melalui Jabatan Perkhidmatan Awam yang tertakluk kepada Perintah Am, Lim harus faham bahawa pertuduhan itu dibuat berasaskan kedudukannya sebagai seorang penjawat awam selepas siasatan dijalankan.



Jahara, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Ayer Tawar, berkata beliau percaya Lim akan mempunyai ruang dan peluang yang sepenuhnya untuk membuat pembelaan di mahkamah.



“Bagaimana pentadbiran kerajaan dapat berjalan lancar sekiranya ketuanya dibayangi tuduhan penyelewengan,” katanya.



Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya Betty Chew Gek Cheng dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.



Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.



 Sumber TKO - 2-7-2016

-----------------------------------------------------

CHOW KON YEOW khianati LIM GUAN ENG???

Posted on Friday, July 01 @ 16:01:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah










http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30847

Pergolakan dalaman DAP di Pulau Pinang semakin memuncak. Mengikut sumber tertentu ada gerakan terancang dalam DAP Pulau Pinang yang ingin menyingkirkan CM Lim Guan Eng dari Pulau Pinang.

Antara rancangan tersebut adalah membongkar isu pembelian banglo di jalan PinHorn dan maklumat rahsia tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng setelah desakan dari DAP Pulau Pinang agar Lim Guan Eng kembali ke Melaka tidak diendahkan.

Pada 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Lim Guan Eng telah mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Chow Kon Yeow. Antara perjanjian tersebut mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama sepenggal dan akan menyerahkan kepada Chow Kon Yeow. Tetapi Lim Guan Eng telah mengkhianati perjanjian tersebut.

Ramai ahli parti kanan DAP percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Teh Yee Cheu Adun DAP-Tanjung Bunga seorang org kuat Chow Kon Yeow yang mendapat sokongan kuat di akar umbi DAP Pulau Pinang turut menyerang Lim Guan Eng dan membuat cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja tahun lalu.

Umum mengetahui Teh Yee Cheu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang 3 hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.

Lim Guan Eng tidak bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, mungkin kerana beliau sudah menjadi Setiausaha Agong DAP Nasional... the supreme leader of DAP. Ini adalah penggal terakhir Lim Guan Eng boleh menjawat jawatan Setiausaha Agong DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Ia akan berakhir sebelum penggal Parlimen ke-13 tamat tempoh.

Ini bermakna Lim Guan Eng bukan lagi Setiausaha Agong DAP menjelang PRU ke 14 nanti. Lim Guan Eng juga tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin DAP Pulau Pinang yang melihat Lim Guan Eng sebagai "pemain impot" dalam politik Pulau Pinang.

Nampaknya agenda untuk menamatkan karier politik Lim Guan Eng telah berjaya.

Selamat Tinggal Lim Guan Eng.
Ditulis oleh :
Ahli DAP dan penganalisis politik Penang.

Sumber TKO - 1-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------


DAP: Tidak perlu letak jawatan ketua menteri

Posted on Friday, July 01 @ 08:53:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah












http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30838


GEORGETOWN - Tidak perlu letak jawatan, demikian tegas Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berhubung teka-teki jawatan ketua menteri yang kini disandang Lim Guan Eng.
Jelasnya, walaupun terdapat dua pertuduhan dilemparkan kepada Setiausaha Agung DAP itu, namun DAP Pulau Pinang menganggap Guan Eng masih tidak bersalah.

"Atas sebab itu, jawatankuasa DAP negeri memutuskan bahawa tidak ada keperluan untuk Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang atau mengambil cuti daripada tanggungjawab sebagai ketua eksekutif negeri.

"Kami ingin memberi jaminan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa urus tadbir dalam kerajaan negeri akan berlangsung seperti biasa dan tidak akan terjejas dengan tuduhan rasuah," katanya.


  Dalam masa yang sama Kon Yeow mengumumkan satu lagi mesyuarat tergempar akan diadakan esok (Jumaat) di Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur pada jam kira-kira 11 pagi.

Sumber TKO - 1-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------


Biar mati berdiri dari hidup melutut - LGE

Posted on Friday, July 01 @ 07:48:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30836



Pagi tadi ada kawan saya bertanya, tak ulas ke mengenai isu Lim Guan Eng (maksud penangkapannya)? Nak ulas juga, tapi dah ramai yang mengulas sehingga ramai pula menjadi hakim sebelum lagi pembicaaraan bermula. 

Lim Guang Eng menegaskan kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan kerana perbuatan rasuah adalah jelas penganiayaan atau pendakwaan politik yang semata-mata untuk menghancurkan saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang.

"Saya lebih rela mati daripada hidup melutut", mengakhiri kenyataan rasminya selepas dia ditahan semalaman oleh pihak SPRM.

Dalam isu LGE, saya berpegang kepada kenyataan  Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan rasmi parti PAS berkata parti itu tetap berpegang pada pendirian presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.

Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan. Elak daripada kita menjadi hakim kepada pembicaraan media.

LGE adalah antara mereka yang lantang menentang hukum Islam, termasuk hukum hudud. Jika dia bersama PAS memperjuangkan kebaikan hukum Islam, rasanya ada banyak perkara LGE akan dapat manafaat daripada hukum Islam kerana hukum ini lebih adil terutama dalam isu yang melanda dirinya sekarang.

Saya kira LGE memilih peradaban China kuno bila dia menyebut  "Saya lebih rela mati daripada hidup melutut".


Saya pelik juga LGE menolak hukum Islam sedangkan ada beberapa hukuman China kuno ada persamaan dengan hukum hudud. Misalnya rogol berat dikenakan 100 sebatan dengan kayu berat.

Tapi mungkin LGE lebih suka memilih hukum China kuno (falsafahnya) sesetengahnya lebih kejam daripada hukum Islam.

Cuba kita rujuk kepada mati berdiri.



Ini adalah contoh hukuman mati berdiri zaman China kuno Dinasti Tang. Kalau kita sorot kembali sejarah kerajaan China sekitar 1900an kita dapati bahawa ada hukuman yang keras untuk mengawal selia masyarakat china yang begitu ramai serta terdapat pula pegawai yang rasuah.

Jika kita menonton filem klasik China kita akan dapati banyak perkara tentang pegawai tinggi yang korup dan wujud juga hakim yang adil dan saksama seperti kisah Hakim Bao.





Terpulanglah kepada LGE nak mati berdiri atau nak mati duduk, tetapi selagi dia dan DAP menentang hukum Hudud dan RUU 355 Private Bill memperkasakan Mahkamah Syariah yang khusus untuk orang Islam dia akan berhadapan dengan pegawai yang korupsi kerana undang-undang ini sahaja mampu membenterasnya.


Jangan mengharap bayangan atau inspirasi keadilan dari Judge Bao Zheng, Zhong Kim Nam, atau Ahok kerana bayangan dan roh keadilan itu ada bersama dengan PERJUANGAN PAS.


Sumber TKO - 1-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------

DAP enggan tarik balik gelaran 'bodoh' kepada penonton BN

Posted on Friday, July 01 @ 05:32:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30834

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menarik balik semula perkataan kesat yang dikeluarkan terhadap penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir pada sesi debat terbuka di sini, malam tadi.

Pendirian itu dinyatakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, sebentar tadi.


Guan Eng berkata, pihaknya tidak akan menarik balik perkataan kesat seperti 'bodoh' dan 'samseng' yang digunakan Exco Kerja Raya, Pengangkutan Awam dan Utiliti negeri, Lim Hock Seng pada sesi debat berkenaan.  


"Tak payah cakap lagi (mengenai penggunaan kata kesat pada sesi debat terbuka). Kita ada perkara lebih besar yang perlu difikirkan," katanya kepada pemberita.  


Terdahulu, Hock Seng yang hadir pada sidang media sama dihalang Guan Eng daripada menjawab soalan sama ada akan menarik balik kenyataannya pada sesi debat berkenaan.


Semalam, sesi debat terbuka berhubung isu terowong dasar laut dan tiga jalan utama menjadi tegang selepas Hock Seng gagal mengawal emosi dan mengeluarkan pelbagai perkataan kesat sehingga menyebabkan pasukan keselamatan campur tangan.


Debat terbuka kira-kira dua jam di antara Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng itu diadakan di Dewan Kompleks Penyayang bagi membincangkan isu berhubung pembinaan projek terowong dasar laut yang dirangka kerajaan negeri.



Sumber TKO - 1-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------

Tolong jangan sebut jemputan berbuka puasa kepada pemimpin DAP itu dakwah...

Posted on Thursday, June 30 @ 17:27:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30822

Asssalamualaikum,,,Menjemput untuk berbuka puasa, kemudian duduk menghadap makanan sambil menunggu waktu berbuka dan meningggalkan majlis sambil sendawa kekenyangan itu dakwah kepada pemimpin DAP? rasanya tidak, sebaliknya majlis sebegitu lebih kepada majlis untuk bersuka ria, berseronok sambil menjamu makanan percuma kerana majlis berbuka puasa yang menjadi sebahagian uslub dakwah tidak begitu halnya.

Pertamanya majlis berbuka puasa itu sendiri perlu serdehana dan makan makan di majlis itu juga serderhana di mana mukmin yang hadir turut berbondong bondong untuk menunaikan solat fardu maghrib selepas berbuka.Mukmin yang hadir tidak sesekali akan over eating kerana kelaparan dan turut dikongsi bersama kafir DAP yang hadir,yang patut dikongsi ialah bagaimana mukmin meletakkan solat maghrib dalam majlis berbuka tersebut.

Kalau kafir DAP yang hadir tidak dapat melihat bagaiaman mukmin yang berpuasa sehari suntuk makan ala kadar ketika berbuka dan bergegas untuk berjemaah maghrib maka jangan kata majlis berbuka puasa itu adalah dakwah kerana sebenarnya ianya hanyalah satu majlis untuk menunjuk nunjuk sahaja.Jangan mudah gunakan perkataan dakwah di sini.

Dakwah juga bermakna kafir kafir DAP akan  dibawa kepada situasi yang lebih hampir untuk memahami undang undang Islam atau lebih mudah disebut Hudud hari ini.Kafir DAP seharusnya ditunjukkan dengan segala perkara yang boleh memahamkan mereka kepada Hudud tapi kalau tidak ada langsung inisiatif untuk menunjukkan Hudud kepada kafir DAP maka jangan mudah sebut majlis berbuka puasa itu dakwah.

Lebih melucukan lagi apabila ada yang mendakwa kritikan yang dilemparkan kepada pengajur majlis berbuka puasa ini, dilihat sebagai dakwah bentuk baru, Hudud dulu baru buka puasa, peliknya komen yang sebegini kerana dakwah sepatutnya tidak ada bentuk.Selagi ianya merupakan kerja mengajak orang kepada kebaikan dan kebenaran, itu adalah dakwah, tak ada bentuk lama atau baru.Jadi ajak orang buka puasa dulu kemudian Hudud atau Hudud dulu sebelum buka puasa, kedua duanya tiada masalah, asal yang dibuat itu adalah kedua duanya sekali.

Yang jadi masalahnya, yang ada pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan hari ni kepada kafir DAP tidak ada usaha untuk menjelaskan Hudud, yang ada hanyal berbuka puasa sampai sendawa dan kekenyangan.Pandailah mereka bermain dengan kata kata hanya untuk memperlekehkan teguran yang kita sampaikan berkaitan ugama yang seharusnya diambil serius sebagai orang Islam, bukan kerana mereka orang PANgang atau kerana kita orang PAS, tetapi kita semua orang Islam yang perlu ingat mengingati sesuaai dengan firman ALLAH dalam surah Al Asr'.

Tapi agak malang, masih ramai juga orang Islam yang tak mahu faham pengajaran al Quran sebaliknya dengan mudah dan rapuh hanya menggunakan akal mereka sahaja dalam membuat kesimpulan atas apa yang berlaku, sebab itu dalam kes majlis berbuka puasa ini, mereka datang dengan dakwaan dakwah cara baru dan lama............

Sumber TKO - 30-6-2016

--------------------------------------------------------------------

'Bebas Guan Eng, Tangkap Najib' bergema di himpunan nyalaan lilin
Posted on Thursday, June 30 @ 16:28:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30817

Pemimpin dan ahli DAP berkumpul di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang malam tadi untuk menuntut pembebasan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditahan di premis itu bersama dengan Phang Li Khoon, pemilik sebelumnya banglonya di Jalan Pinhorn pada pukul 6 petang semalam.

Pemimpin utama DAP Pulau Pinang termasuk Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy dan Exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng, Danny Law dan Chong Eng dilihat di kalangan orang ramai.

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mujahid Yusof Rawa tiba selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Bukit Gelugor, yang sepatutnya turut dihadiri Guan Eng.

Laungan "Bebaskan Guan Eng" dan "Hidup Guan Eng" kedengaran di kalangan orang ramai.

Mereka juga melaungkan "Tangkap Najib, tangkap Jho Low", merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan keluarganya, anak kelahiran Pulau Pinang yang dikaitkan dengan isu 1MDB, Low Taek-Jho.

Orang ramai seramai kira-kira 1,000 orang terus melaungkan slogan 'bebaskan Guan Eng' apabila salah sebuah kereta rasmi kerajaan negeri, Toyota hitam dengan nombor pendaftaran PCM 1, dilihat meninggalkan perkarangan bangunan itu.

Lim tidak berada di dalam kereta.

Dia akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang terhadap dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana dikatakan berkaitan dengan pengezonan semula tanah pertanian kepada lot komersial.

Dia juga akan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana didakwa membeli banglonya di bawah nilai pasaran, satu kesalahan bagi seorang pegawai awam.

Sumber TKO - 30-6-2016

------------------------------------------------------


Lim Guang Eng Tak Bersalah Selagi Belum Dibukti Bersalah - Hadi

Posted on Wednesday, June 29 @ 22:33:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30809



Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya pada 21 Mac lalu berkata selagi Mahkamah tidak memutuskan Lim Guan Eng bersalah, maka Lim Guan Tidak Bersalah. Sikap Presiden PAS sentiasa istiqamah dalam pegangannya terhadap DAP mahunpun UMNO. Itu sikap Islam dan beliau tidak berdendam walaupun hampir setiap hari Lim Guan Eng menyerang beliau.

Dlm keadaan macam nie pun, TGHH masih tak mengambil kesempatan menyerang lawannnya biarpun lawannya kekal menhentam beliau.. Prinsip beliau cukup mudah, TAK BERSALAH SELAGI BELUM DI DAPATI BERSALAH..

PAS membentuk politik matang dan sejahtera denga JIWA BESAR yang kini pudar apabila Pakatan harapan telah merosakkan cara dan cora berpolitik dengan membentuk persepsi jahat dan buruk kepada musuh yang tak bersama mereka termasuk kepada PAS sendiri.


Sumber TKO - 29-6-2016

--------------------------------------------------------------------



Infografik perbandingan kes Khir Toyo dan CM Lim Guan Eng
Posted on Wednesday, June 29 @ 22:23:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30808



Terlalu banyak persamaan kes Lim Guan Eng dengan Khir Toyo. Apakah yang menyebabkan Lim Guan Eng mendapat diskaun yang sebegitu besar? Ini akan dibicarakan pada esok hari melalui2 pertuduhan.



Sumber TKO - 29-6-2016

--------------------------------------------------------------------------------


Guan Eng suruh saya kuat semangat
Posted on Wednesday, June 29 @ 22:10:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30807

"Pesanan Lim Guan Eng kepada saya adalah menguatkan semangat menghadapi krisis politik ini dan memastikan parti dan kerajaan negeri tetap kukuh," demikian dedah Chow Kon Yeow ekoran penahanan ketua menteri Pulau Pinang itu petang tadi.

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai bermotifkan politik demi mematikan kerjaya politik Guan Eng, Chow yang merupakan pengerusi DAP Pulau Pinang menambah, pihaknya akan bermesyuarat esok.

"DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa negeri tergempar esok dan sementara itu, meminta semua penyokong agar bertenang dan menunggu arahan parti selanjutnya," jelas Chow lagi.

Sementara itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menegaskan parti itu memberi sokongan dan dokongan kepada kepimpinan Lim Guan Eng, justeru, akan terus berdiri teguh di belakang beliau.

"Sejak dari awal lagi serang demi serangan dilancarkan kepada Guan Eng mengenai isu banglow tersebut.

"Media arus perdana tidak terlepas memainkan isu tersebut hari demi hari seolah-olah mengambarkan pemerintah begitu tekad sekali dengan kes ini," katanya dalam kenyataan.

PKR Pulau Pinang berharap dan percaya sistem yang bebas tanpa pengaruh dan cengkaman politik akan mampu memberikan jaminan keadilan pada semua.

Pada masa yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyatakan kelegaan ekoran penahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Guan Eng.

Abdul Rahman dan Guan Eng sering bertikam lidah sejak kebelakangan ini dalam pelbagai isu sehingga mahu berdebat di kaca televisyen.

"Jelas sekali, slogan DAP sebagai parti politik yang paling bersih di Malaysia adalah tidak benar sama sekali selepas penahanan Guan Eng hari ini.

"Ketelusan dan akauntabiliti harus diamalkan, bukan sekadar di bibir sahaja," katanya dalam kenyataan.

Sumber TKO - 29-6-2016


----------------------------------------------------
Guan Eng Hadapi Dua Dakwaan Rasuah

Posted on Wednesday, June 29 @ 20:32:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

















GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Rabu.

Setiausaha Agung DAP itu telah ditangkap sebaik sahaja beliau keluar dari bilik mesyuarat kira-kira pukul 6.20 petang selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Komtar.

Lima hingga lapan pegawai lelaki berpakaian biasa dilihat mengiringi Lim memasuki lif peribadi dari Aras 28.

Exco negeri, Chow Kon Yeow memberitahu pemberita bahawa Lim akan dibawa ke pejabat SPRM dan beliau akan diberikan waran tangkap berhubung dua pertuduhan.

"Dakwaan adalah mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 165 Akta Pencegahan Rasuah.

"Pertuduhan pertama adalah mengenai kelulusan permohonan Magnificent Emblem untuk menukar tanah pertanian kepada kediaman.

"Tetapi seperti yang kita tahu, ia telah ditolak oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

"Yang kedua adalah berkaitan dengan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran.

"Beliau akan didakwa pagi esok di Mahkamah Sesyen," kata Chow.

Ditanya sama ada Lim berkata apa-apa kepada anggota exco sebelum dibawa pergi, Chow berkata: “Not much. Just be strong.”

Beliau berkata DAP Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Khamis selepas Lim didakwa di mahkamah.

"Kami percaya beliau akan dibenarkan untuk ikat jamin. Exco negeri juga akan mengadakan mesyuarat tergempar." - Mstar



Sumber TKO - 29-6-2016


-------------------------------------------------------------------


Penjual Banglo Guan Eng Ditangkap

Posted on Wednesday, June 29 @ 19:49:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30803



GEORGE TOWN: Phang Li Khoon, pemilik asal banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dipercayai telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun tidak diketahui di mana dan bila Phang ditahan tetapi seorang pegawai kanan kerajaan negeri mengesahkan penangkapan itu.

Menerusi kenyataan pada 25 Mei, SPRM berkata pihaknya telah menyelesaikan siasatan berhubung pembelian banglo Lim dan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

SPRM juga berkata tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil jika Peguam Negara berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh badan anti rasuah itu.

Sumber TKO - 29-6-2016


---------------------------------------------------------------------

Kit Siang sahkan SPRM tahan Guan Eng
Posted on Wednesday, June 29 @ 19:47:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30802

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengesahkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Dalam satu tweet, katanya, setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.

Lim dilaporkan sedang dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan akan bermalam di sana sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Georgetown esok.
Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Pertuduhan pertama berkaitan dengan dakwaan salah menggunakan kuasa dengan menukar status tanah Taman Manggis daripada pertanian kepada komersial, dan dakwaan kedua pula berhubung memperolehi banglo berkenaan di bawah harga pasaran.

Menurut exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menolak permohonan untuk menukar status tanah tersebut.

Laporan media juga mendakwa ahli perniagaan Phang Li Khoon, yang menjual rumah di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta itu juga telah ditangkap.

Sejak petang tadi, beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan.

Penyokong dan pemimpin DAP mula berkumpul di tingkat 28 manakala aktivis PERKASA menunggu di tingkat bawah.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Lim bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.


Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama.

Lim telah menafikan sekeras-kerasnya berhubung sebarang salah laku.

Sumber TKO - 29-6-2016


---------------------------------------------------------------------


Guan Eng Akan Didakwa?

Posted on Wednesday, June 29 @ 18:09:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30800



GEORGE TOWN: Suasana pejabat kerajaan di Komtar bertukar gempar apabila sekumpulan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam kejadian sekitar 4.50 petang tadi, empat anggota SPRM memasuki Bilik Gerakan di tingkat 28 bangunan, yang menempatkan pejabat Lim Guan Eng.

FMT belum dapat mengesahkan tujuan kedatangan mereka setakat ini.

Beberapa minit sebelum itu, tiga anggota polis berpakaian biasa daripada balai polis Komtar menempatkan diri mereka di pintu masuk alternatif pejabat itu yang telah di bahagian timur bangunan. Beberapa individu dipercayai anggota Cawangan Khas dikesan berlegar di ruang legar berhampiran lif.

Sementara itu, lebih ramai polis bermotor dan berkereta dikerah ke kawasan sekitar seolah-olah mengepung Komtar.

------------
Spekulasi bertiup kencang bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan ditahan berhubung siasatan pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Buat masa ini, wartawan serta jurugambar sedang berkumpul di bangunan Komtar kerana menjangkakan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menangkapnya pada bila-bila masa.

Mereka juga menunggu di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah.
Lim dikatakan sedang mempengerusi mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Lim bagaimanapun sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama.

Lim telah menafikan sekeras-kerasnya berhubung sebarang salah laku.
Katanya, beliau membeli rumah atas dasar kerelaan kedua-dua pihak dan pemilik banglo itu yang juga adalah seorang ahli perniagaan Phang Li Khoon tidak pernah menerima sebarang kontrak daripada kerajaan negeri.

Sumber TKO - 29-6-2016

--------------------------------------------------------

DAP boleh pilih nak jadi kafir apa: harbi, mu’ahad, zimmi, musta’man?

Posted on Monday, June 27 @ 19:58:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30763



DAP sengaja cari pasal nak jadi hero orang Tionghua da pengundi Tionghua dengan cara tunjuk berani serang Islam, serang undang-undang Islam, dan serang ulamak Islam. Kita tahu tujuan mereka nak tunjuk belang pada MCA dan Gerakan bahawa DAP sahaja boleh jadi fighter untuk orang Cina di Malaysia, dengan harapan dalam PRU nanti, pengundi Cina akan undi DAP termasuk pengundi dari MCA dan Gerakan. Tapi tektik ini macam bermain dengan api, silap haribulan ia akan bawa huru hara dan rusuhan agama dan rusuhan kaum dalam negara.
DAP terutama golongan Evangelis Kristian dalam DAP perlu belajar hormati ugama orang lain. Walaupun Islam agama rasmi, Malaysia tak pernah halang penganut agama Buddha bina patung Buddha terbesar di Asia Tenggara di Kelantan, mahupun patung tuhan penganut Hindu terbesar dalam dunia di Batu Caves Gombak.

Kerajaan PAS Kelantan tak pernah haramkan babi dan arak di Kelantan hingga hari ini selepas PAS ambil alih Kelantan. PAS cuma haramkan judi dan pelacuran sebab dua benda ini bukan ajaran agama Buddha, Hindu, Kristian, atau Islam. Apa lagi DAP mahu?

RUU355 untuk orang Islam, di Kelantan sahaja, dan untuk Mahkamah syariah Islam, bukan untuk orang kafir, bukan di Pulau Pinang atau Sabah atau Sarawak, dan bukan untuk Mahkamah Sivil? Jadi kenapa DAP nak dengki, nak campur tangan urusan agama orang Islam? DAP dah jadi wakil Israel di Malaysia ke?

..........
https://albangikuching.wordpress.com

Sumber TKO - 27-6-2016

No comments:

Post a Comment