BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, October 3, 2015

SIMPOSIUM HIMPUNAN PROFESIONAL PERUBATAN DAN KESIHATAN ISTIQAMAH - SHIFFA

                                                                                                            


Pelbagai Isu Perubatan Kontemporari Mewarnai Persidangan Nusantara

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Pelbagai isu kontemporari seperti Bank Susu, Kejuruteraan Genetik, Isu kecuaian Perawat dan lain-lain isu semasa perubatan telah dibincangkan dalam Persidangan Nusantara Isu-Isu Perubatan Menurut Perspektif Islam Kali Kedua.

Pengerusi Persidangan Dr Awisul Islah Ghazali berkata, persidangan kali ini telah berjaya menghimpunkan seramai 360 orang peserta dari negara-negara Malaysia,Thailand,Indonesia,Filipina dan Brunei dengan penyertaan berserta Bengkel Pra-Persidangan melebihi 500 orang.

“Persidangan kali ini turut membincangkan isu-isu seperti Kaedah Pemutusan Fatwa Di Dalam Islam, Sejarah Cendekiawan Perubatan Islam, Langkah-Langkah Menjayakan Hospital Patuh Syariah dan juga Aplikasi Maqasid Syariah Di Dalam Perubatan,

“Dan satu mesyuarat WMHU (World Muslim Health Union) peringkat Asia Tenggara turut diadakan dan laporannya akan diangkat ke Persidangan Antarabangsa yang akan diadakan di Istanbul pada penghujung tahun 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di TH Hotel & Convention Centre Terengganu, Sabtu, 16 September, di sini.

Menurutnya, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Azman Abu Bakar telah diberi penghormatan untuk melancarkan PACe , iaitu satu modul Pertolongan Asas Bantuan Kecemasan bagi guru-guru pra-sekolah di Malaysia dan seterusnya merasmikan Persidangan Nusantara Isu2 Perubatan Menurut Perspektif Islam kali ke – 2.

“Kita kerap mendengar pada hari ini kejadian-kejadian kemalangan kepada kanak-kanak pra sekolah seperti tercekik, melecur, patah dan lain-lain kecederaan yang boleh memberi komplikasi yang serius,

“Kami merasakan komplikasi yang serius tersebut adakalanya dapat diatasi segera sekiranya guru-guru pra sekolah mempunyai asas pengetahuan dan amali yang baik di dalam Pertolongan Asas bantuan Kecemasan. Kami meyakini PACe adalah suatu modul yang dapat memberi input dan latihan ke arah itu,” ujar Dr Awisul.

Jelasnya lagi, ucaptama yang disampaikan oleh Dato Dr Azman adalah sangat informatif dan memberikan keyakinan bahawa Malaysia telah berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan tahap kesihatan penduduk di negara ini adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara dengan kos yang munasabah bagi rakyatnya.

“Saya mewakili pihak jawatankuasa penganjur mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan persidangan kali ini terutamanya para AJK dan sukarelawan yang bertungkus lumus berusaha bagi memastikan setiap peserta dapat diberi perkhidmatan yang sebaik mungkin,

“Setinggi terima kasih juga kepada pihak media yang menjadi lidah sebaran kami dan di akhirnya kami mengharapkan para peserta akan mendapat ilmu yang bermenafaat daripada persidangan yang dianjurkan ini,”ucap beliau.

Sumber BO - 20-9-2017


PAPISMA bantah, ‘kiddie pack’ rosakkan generasi

DENGAN ini Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) mengambil ketetapan untuk membantah cadangan daripada pihak-pihak tertentu untuk meluluskan penjualan bungkusan rokok bersaiz kecil (kiddie pack). Kami bersama dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan yang lain akan terus memberi desakan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak agar tidak melayan cadangan dari beberapa persatuan pengusaha kedai kopi dan restoran pada Ogos lalu.
drsuhainiKesan-kesan buruk amat banyak telah dibuktikan melalui kajian saintifik dan kajian sosial berkaitan dengan tabiat merokok ini. Penjualan rokok secara bungkusan kecil ini akan menambahkan lagi peluang kepada kanak-kanak dan wanita untuk mendapatkannya dengan mudah. Sedangkan pihak Kerajaan Malaysia sejak dari 2010 lagi telah mengharamkan penjualan rokok ‘kiddie pack’ ini. Hasil dari Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS 2015) oleh dari Institut Kesihatan Umum (IKU) memberi mesej jelas kepada kita bahawa 1 dari 10 kanak-kanak belasan tahun dalam negera kita terjebak dalam ketagihan merokok. Amat membimbangkan lagi bahawa 71% dikalangan kanak-kanak yang belum mencapai umur 14 tahun berjinak-jinak dengan rokok. Jika ‘kiddie pack’ ini diluluskan, boleh kita bayangkan jumlah kanak-kanak yang akan bergelumang dengan kebejatan rokok ini akan bertambah. 
Adakah kerajaan ingin merungkai semula perjanjian yang telah termeterai bersama dengan Framework Convention on Tobacco Control (FCTC)? Sehingga kini Malaysia masih lagi utuh mempertahankan perjanjian tersebut, setaraf dengan negara-negara maju lain seperti Australia, New Zealand dan lain-lain. Kajian antarabangsa yang telah dijalankan oleh FCTC juga menyebut bahawa "Mana-mana organisasi yang memperkenalkan semula polisi serta penjualan semula rokok bungkus bersaiz kecil ini sebagai tindakan terkebelakang dan melemahkan polisi kawalan tembakau". Seterusnya boleh menimbulkan polemik kesihatan yang berlarutan di dalam sesebuah negara. 
Kami menggesa Kerajaan Malaysia dan semua pihak yang cintakan kesejahteraan negara yang ingin hidup dalam suasana bebas dari asap rokok agar: 
1) Hentikan segera segala bentuk promosi, iklan atau pemberitaan yang mengandungi unsur-unsur menghidupkan semula penjualan rokok samada bungkusan bersaiz kecil ataupun besar. 
2) Menggandakan lagi langkah tegas penguatkuasaan di pintu-pintu masuk negara agar rokok tidak sewenang-wenangnya diseludup masuk. 
3) Memberi kuasa yang lebih luas kepada pihak yang berwajib bagi menjalankan penguatkuasaan akta larangan morokok dan segala bentuk aktiviti berkaitan dengannya. 
4) Menambah lagi kawasan-kawasan yang digazet sebagai Bebas Asap Rokok sebagaimana contoh Melaka Bebas Asap Rokok, Kelantan Bebas Asap Rokok, Terengganu Bebas Asap Rokok dan lain-lain lagi. 
5) Pihak kerajaan tempatan digesa supaya serius dalam melaksanakan kempen-kempen gaya hidup sihat dan bebas dari asap rokok di kalangan rakyat. 
Dengan ini sekali lagi PAPISMA akan terus menjalankan tanggungjawab kami sebagai sebuah NGO yang efektif bagi menyedarkan masyarakat agar senantiasa berada dalam keadaan sihat dan jauhi gaya hidup yang boleh merosakkan diri. 
#BantahKiddiePack 
Dato' Dr Suhaini Kadiman
Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA
Sumber HD - 20-9-2017 




PAPISMA Lancar Buku Panduan Pertolongan Cemas Untuk Prasekolah

[Gambar atas – Prof. Harmy (dua dari kanan bersama Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Azman Abu Bakar, dan Presiden PAPISMA Dato Dr Suhaini Kadiman {dua dari kanan) serta Dr Awisul (Pengarah Persidangan Nusantara)]

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) melancarkan satu modul Pertolongan Asas Bantuan Kecemasan (PACe) bagi guru-guru prasekolah dan sekolah.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Harmy Mohamed Yusoff berkata, PACe akan disertakan dengan pakej program latihan kepada guru-guru berkenaan.

“Kita kerap mendengar pada hari ini kejadian kemalangan kepada kanak-kanak prasekolah seperti tercekik, melecur, patah dan lain-lain kecederaan yang boleh memberi komplikasi yang serius,

“dan merasakan komplikasi yang serius tersebut adakalanya dapat diatasi segera sekiranya guru-guru mempunyai asas pengetahuan dan amali yang baik,

“dalam Pertolongan Asas Bantuan Kecemasan dan kami yakin PACe adalah suatu modul yang dapat memberi input dan latihan ke arah itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan Dari Perspektif Islam Kali Kedua di TH Hotel & Convention Centre, di sini pada Jumaat, 15 September.
Menurutnya, ia merupakan modul latihan yang telah diadakan beberapa program sebelum ini di mana ahli-ahli PAPISMA yang juga merupakan doktor-doktor pakar dalam bidang kecemasan.

“(juga untuk) Paramedik mengendalikan latihan yang dah kita buat dan beberapa latihan sebelum ini dan sudah hasilkan buku dan yang ini adalah versi yang telah ditambah baikkan,

“maksudnya kita dah baiki supaya ia boleh menjadi sebagai satu bentuk latihan kepada guru-guru khususnya prasekolah tapi boleh juga digunakan untuk sekolah rendah dan sebagainya,” ujar beliau.

Timbalan Presiden PAPISMA Pusat itu mensasarkan negeri Terengganu sebagai tapak permulaan bagi melatih para jurulatih sebelum diperluaskan di seluruh negara.

“Kita turut bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin mengadakan sesuatu ‘event’ termasuk juga Kementerian Kesihatan sebab kita rasa ini antara ruang,

“sebagai NGO yang kita boleh bantu masyarakat bagi memastikan bahawa guru-guru yang kerjayanya terdedah dengan dunia kanak-kanak dan sebagainya yang mungkin berisiko,

“Jadi sekurang-kurangnya dia ada pengetahuan asas tapi bukanlah bermaksud menggantikan rawatan di hospital sebaliknya mereka masih perlu panggil ambulans dan sebagainya,” jelasnya lagi.

Sebagai contoh, kata beliau, kalau seseorang tercekik, otak manusia hanya berapa minit sahaja boleh hidup tanpa oksigen.

Oleh itu katanya, sementara menunggu bantuan hospital atau klinik yang mungkin dekat jaraknya km, namun ia mengambil masa dalam proses menghantar mereka untulk rawatan.

“Jadi sekurang-kurangnya kalau PACe ada boleh buat sesuatu untuk menyelamatkan keadaan dan ianya juga boleh digunakan untuk diri sendiri dirumah yang mempunyai anak-anak kecil….. mungkin boleh berlaku kemalangan, tercekik dan sebagainya,

“kita akan jual buku ini kepada umum tetapi dengan pakej……hanya orang yang ada pengetahuan asas dalam perubatan sahaja boleh faham tetapi kalau orang yang biasa baca, faham tapi dia tak boleh nak buat. Sebab itulah kita akan pakejkan dia dengan latihan,” kata Prof Harmy.

Sumber BO - 19-9-2017






Kerajaan Akui Kekurangan Katil Di Hospital

KUALA TERENGGANU – Kementerian Kesihatan Malaysia mengakui, bukan sahaja hospital di Terengganu yang kekurangan katil bahkan juga berlaku di semua hospital seluruh negara.

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Haji Azman Abu Bakar berkata, cara yang paling sesuai menyelesaikan masalah tersebut, bukannya menambahkan pembangunan tetapi menghalang orang ramai daripada mendapat penyakit.
“kalau kita boleh menghalang dia (rakyat) daripada mendapat penyakit, maka berkuranglah kita perlukan katil,

“Jika ditambah bilangan katil samalah seperti ‘parking’ kereta, semakin banyak kenderaan yang dikeluarkan maka semakin bertambahlah tempat meletak kenderaan,katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas selesai merasmikan Persidangan Nusantara Isu-isu Perubatan Dari Perspektif Islam Kedua di TH Hotel & Convention Center Terengganu, disini pada Sabtu, 16 September.

Menurutnya, Asia Tenggara merupakan kadar ‘obesiti’ yang paling tinggi yang boleh membawa pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung serta penyakit buah pinggang.

“Kita tidak boleh menyelesaikan masalah tetapi boleh mengurangkan dengan cara menghalang daripada penyakit contohnya kurangkan gula untuk mengelakkan kegemukkan,

“Usaha untuk menambahkan katil itu ada tetapi ianya takkan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kita cuba sedaya upaya (tambah katil), (tapi) buat masa sekarang saya tak katakan tak boleh, katakan tak cukup katil,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau, yang menjadi isu sekarang, bagaimana pihak kesihatan merancang strategi supaya orang ramai menggunakan hospital-hospital sedia ada.

Beliau barkata, dalam lawatannya ke Hospital Setiu mendapati bahawa hospital tersebut mempunyai lebihan katil berbanding dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Salah satu cara adalah menghantar pakar daripada HSNZ untuk turun memberi perkhidmatan ke hospital lain,

“Kalau gula kita hantar ke bawah, semut akan pergi kesana……macam itulah kita katakana,”jelas beliau.

Usaha untuk mengujudkan ‘hospital cluster’ yang akan memberikan khidmat setaraf hospital pakar sudah dilaksanaka.

Namun begitu, kata beliau, banyak lagi tindakan yang perlu dibuat bagi memastikan inisiatif tersebut yang akan menjadikan HSNZ sebagai bapa angkat kepada hospital lain menjadi realiti.

Sumber BO - 17-9-2017








Papisma anjur seminar isu perubatan Islam

PERTUBUHAN Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) cawangan Terengganu menganjur persidangan Nusantara Isu-Isu Perubatan Menurut Perspektif Islam 2017.
Persidangan Nusantara 2.0 merupakan kesinambungan siri penganjuran pertama di Kota Bharu, Kelantan pada 2015. 
Seramai 500 peserta menyertai sesi prapersidangan nusantara dan bermula hari ini hingga 17 September. 
Pengerusi Persidangannya, Awisul Islah Ghazali berkata bengkel prapersidangan nusantara diadakan di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak.
Manakala persidangan utama pula diadakan di Dewan Konvensyen Hotel Tabung Haji, Kuala Terengganu. 
“Bengkel prapersidangan nusantara membincangkan mengenai khitan dan tahnik, fikah wanita dan teori serta praktis akupuntur. 
“Pada sebelah malam diadakan Forum Bicara Mufti dengan tajuk ‘Perubatan Merentasi Zaman’ di Masjid UniSZA, Gong Badak,” ujarnya pada sidang media hari ini. 
Katanya, penganjuran persidangan yang itu berkonsepkan kerjasama antara NGO Kesihatan termasuk Papisma, universiti, Jabatan Agama dan Persatuan Perawatan Komplementeri. 
Awisul Islah juga berkata, matlamat utama persidangan itu mewujudkan kesedaran dan kefahaman menyeluruh kaedah perubatan yang selaras dengan syariat Islam. – HARAKAHDAILY 15/9/2017











Sumber HD - 15-9-2017



















Persidangan Nusantara Suntik Kefahaman Bersyariat Dalam Perubatan
Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Persidangan Nusantara Isu-Isu Perubatan Menurut Perspektif Islam bermatlamat mewujudkan kesedaran dan kefahaman yang menyeluruh tentang keluasan makna dan kaedah perubatan yang diterima pakai atau yang selaras dengan syariat Islam yang dijunjung.

Pengerusinya, Dr Awisul Islah Ghazali berkata, ia bertujuan untuk menyuburkan budaya ilmu di kalangan kakitangan kesihatan dan anggota masyarakat.

Katanya, Persidangan itu akan mengetengahkan pakar dan ilmuan yang berpengalaman untuk menjelaskan pelbagai isu perubatan terkini serta pandangan Islam mengenainya dan mengharmonikan sudut pandang antara perubatan moden komplementari.

“Tema Persidangan kali ini adalah Perubatan Islam Merentasi Zaman yang akan mengupas peradaban perubatan Islam seawal kerasulan Nabi Muhammad SAW sehinggalah zaman kemuncak kegemilangan Islam,

“dan seterusnya membincangkan keupayaan syariat Islam di dalam menyesuaikan teknologi sains moden pada masa kini agar sentiasa berada di dalam lingkungan perintah dan larangan Allah SWT dan tidak terpesong daripada landasan yang telah di gariskan oleh Al-Quran dan As Sunnah,
“Inilah antara keistimewaan persidangan yang menggabungjalin disiplin yang saling berkait rapat,” jelasnya.

Beliau berkata, sasaran peserta Persidangan Nusantara pada 16 dan 17hb September tersebut adalah terbuka kepada kelompok kakitangan kesihatan dan agamawan serta masyarakat awam dalam negeri dan luar negara negara terutamanya di Asia Tenggara.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pra-Persidangan itu di Dewan Intan 2, TH Hotel dan Convention Centre, Jumaat 8 September, disini.

Menurut beliau, pihaknya mengambil kesempatan atas kedatangan delegasi luar negara ini dengan mengadakan satu mesyuarat WMHU (World Muslim Health Union) peringkat Asia Tenggara Kali Pertama.

Katanya, laporan mesyuarat itu akan diangkat ke persidangan antarabangsa yang akan diadakan di Istanbul pada hujung tahun ini.

“kita telah pun mencapai sasaran penyertaan bagi kedua-dua bengkel pra-persidangan dan juga persidangan utama dan kita telah mencapai melebihi 150 orang untuk bengkel pra-persidangan,
“Manakala untuk persidangan utama, penyertaan melebihi 350 orang termasuklah daripada negara Thailand, Indonesia, Filiphina dan Brunei cukup menggalakkan,” ujarnya.

Oleh itu kata beliau, persidangan ini akan dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato Dr Haji Azman Abu Bakar yang mana turut mengumpulkan ilmuan agama seperti Dato Mufti Kelantan dan Terengganu.

Antara panel persidangan, katanya ialah, pakar perubatan daripada pelbagai bidang seperti Pakar Bedah Neurosurgeri merangkap Naib Canselor UniSZA, Dato’ Prof Dr Zubaidi Abd Latif, Pakar Perunding Anesthesiologi IJN Pakar merangkap Pengerusi PAPISMA, Dato Dr Suhaini Kadiman, Timbalan Dekan Perubatan UNISZA dan Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Prof Dr Harmy Mohd Yusoff (Gambar bawah) dan Pengarah Hospital Sungai Buluh, Dato Dr Khalid Ibrahim.

Justeru itu katanya, antara perkara menarik yang akan dibincangkan dalam Bengkel Pra-Persidangan kali ini adalah Khitan Anak Perempuan dan Tahnik, Fekah Wanita dan Praktikal Akupunktur.

Sehubungan itu kata Awisul, pada malam tersebut akan diadakan Forum Bicara Mufti dengan tajuk Perubatan Merentasi Zaman bertempat di Masjid UNISZA Gong Badak yang menampilkan Mufti negeri Terengganu dan juga Profeser Dr Armi mewakili UniSZA.

“Manakala pada 16-17 September iaitu pada hari Sabtu dan Ahad persidangan utama akan berlangsung bertempat di Hotel dan Pusat Konvensyen TH Kuala Terengganu,

“Konsep (Persidangan ini adalah) kerjasama antara NGO kesihatan iaitu PAPISMA, Universiti terutamanya Universiti yang mempunyai kampus perubatan, Jabatan Agama dan Persatuan Perubatan Komplementari adalah kaedah penganjuran yang diguna pakai pada masa ini,” jelas beliau lagi.

Hadir sama pada Sidang Media itu ialah Pakar Resperatori daripada Sultanah Nur Zahirah yang merupakan Pengerusi Saintifik, Dr Tarmizi Hassan dan Timbalan Dekan Universiti Sultan Zainal Abidin yang juga mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Profesor Dr Harmy Mohd Yusof yang juga merangkap Timbalan Presiden PAPISMA.

Turut tidak ketinggalan ialah Pakar Kanak-kanak Hospital Nur Zahirah yang juga Timbalan Pengerusi Persidangan ini, Dr Mohd Zuraizi Jaafar dan Dr Wan Mohd Razin Wan Hassan yang merupakan Timbalan Pengarah 2 bagi Persidangan Nusantara kali ini.

Sumber BO - 10-9-2017












'Road show': Majoriti rakyat sokong RUU 355

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44141-road-show-majoriti-rakyat-sokong-ruu-355

KUALA LUMPUR: Golongan profesional beragama Islam terpaksa mengeluarkan kenyataan versinya sendiri untuk menyatakan tentangan terhadap RUU 355 demi menjaga kepentingan politik mereka, demikian menurut Pengerusi Gabungan Pembela Islam (Pembela) Aminuddin Yahaya.

Kata beliau, hakikatnya golongan ini faham RUU 355 tetapi atas dasar kepentingan politik dan mahu mendapat sokongan pihak tertentu mereka terpaksa memberi kenyataan yang sebaliknya tentang RUU itu.

"Golongan hanya segelintir ini perlu ditangani secara berasingan. Logik yang dapat memahamkan mereka," katanya di dalam  program Bicara Harakah yang berlangsung di MyHarakah Bazaar, di sini petang ini.

Tambahnya, walaupun segelintir tetapi mereka telah menguasai media sekali gus dapat mempengaruhi minda rakyat sehingga menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya sama ada perlu menyokong atau tidak RUU tersebut.

"Akhirnya isu ini menjadi polemik dan menjadi luar biasa padahal ianya sangat mudah untuk difahami. Tetapi kesungguhan umat Islam perlu istiqamah berada di belakang isu ini," katanya.

Beliau yang dijemput sebagai penalis menyenaraikan dua lagi golongan yang menentang RUU 355 antaranya, golongan bukan Islam yang tentang Islam, dan golongan orang Islam tetapi pemikiran liberal yang melihat seolah-olah RUU itu menyekat hak kebebasan asasi.

Bercakap di dalam dialog yang bertajuk Himpunan RUU 355: Syariah Perkasa Rakyat Sejahtera turut mengakui sepanjang mengadakan 'road show' majoriti rakyat memberi sokongan padu kepada RUU itu. - HARAKAHDAILY 2/2/2017

Sumber HD - 2-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Golongan profesional bersama PAS?                     http://m.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/42053-golongan-profesional-bersama-pas

IZWAN ABDUL HALIM | .

PASCA pemilihan Muktamar Tahunan PAS yang lalu, berlegar dakwaan bahawa tiada tempat untuk golongan profesional di dalam PAS. Ia dikatakan mengakhiri dikotomi yang kononnya wujud sejak sekian lama antara profesional dengan ulama.

Ledakan yang sengaja dipersepsi dan diapi-apikan, sedang ia bermotif mensekularkan PAS dan agenda penguasaan strategik pihak-pihak berangkara. Hakikatnya, dari awal penubuhan tahun 1951 lagi PAS telah menarik penglibatan aktif golongan profesional untuk bersama dalam perjuangan Islam.

Kini, dalam dengungan hiruk pikuk politik dan masalah negara, PAS tetap menjadi sandaran dan harapan golongan profesional. Ikuti liputan khas Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM yang mendapatkan sisi pandangan semasa golongan profesional terhadap PAS.

Pandangan Terhadap PAS


Pensyarah Unisel, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata, secara umumnya dilihat golongan profesional agak skeptikal terhadap PAS sekarang ini, namun semakin ramai yang terlibat aktif dalam gerak kerja PAS.

“Cuma mereka tidak mahu menonjolkan diri. Saya mengenali puluhan jika pun tidak ratusan sama ada memegang jawatan ketiga dalam PAS Negeri atau Kawasan, atau jawatan-jawatan lain. Juga ramai yang menganggotai Lajnah atau Jawatankuasa yang PAS tubuhkan.

“Golongan profesional akan terus ke depan dengan momentum yang ada. Saya yakin, beberapa orang lagi akan ditonjolkan dalam muktamar akan datang untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa PAS memangnya menghargai mereka,” ujar beliau.

Bagi jurutera awam, Ir Hamdzah Abdul Rahman, golongan profesional Islam seharusnya bersama membantu PAS untuk menyumbang kepakaran mengikut bidang masing-masing sesuai PAS sebagai wadah politik Islam.

Menurut beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Kelantan Perantauan (Perakan) Malaysia, pengalaman di Kelantan menunjukkan PAS mempunyai masa depan yang baik.

“Selepas 25 tahun, dapat mentadbir secara gandingan mantap antara agamawan dengan profesional. Maka masa depannya baik untuk rakyat,” katanya yang pakar dalam bidang struktur.

Manakala Pakar Perunding Perubatan Bius, Datuk Dr Suhaini Kadiman menyifatkan PAS sebagai parti yang mempunyai integriti dan perlu menggerakkan pimpinan serta jenteranya untuk menguasai isu-isu nasional hingga dekat dengan jiwa rakyat majoriti, di mana mungkin ada isu-isu dibangkitkan tetapi tidak sampai kepada rakyat.

“Golongan profesional percaya dengan integriti kepimpinan sedia ada dan yakin dengan potensi PAS yang perlu digilap supaya dilihat menjuarai isu nasional dan antarabangsa. Prinsip perjuangan PAS yang jelas perlu diharmonikan dengan pendekatan yang membina dan menyeluruh ke setiap lapisan masyarakat,” ujarnya melontar pandangan.

Kini katanya, para asatizah dalam PAS lebih mudah menerima pandangan daripada golongan profesional berbanding sebelum krisis dalam parti itu.

Namun nasihatnya, perlu lebih banyak diskusi untuk meningkatkan persefahaman serta melakukan pengurusan sumber manusia mengikut bidang-bidang kepakaran yang dilihat masih lemah.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) melihat PAS banyak melaksanakan agenda tapi promosi masih lemah, seperti mengadakan projek bersifat ‘one-off’ dan tidak berterusan, contohnya kempen anti polisterin.

Bagaimanapun katanya, PAS berpotensi besar untuk memimpin negara, maka pengurusan bidang profesional sangat penting.

Turut berkongsi pandangan ialah Ahli Majlis Industri Pertahanan Negara, Ahmad Amzad Hashim di mana menurutnya, PAS sejak ditubuhkan dilihat mengumpulkan pengaruh dari kalangan masyarakat kampung di luar bandar dan digerakkan oleh para ulama atau guru agama, tetapi kini menjadi parti yang menjadi pilihan lebih ramai profesional Muslim.

“Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun pernah sebut pada 2013 bahawa lebih ramai kalangan doktor, peguam, jurutera memilih menyertai PAS berbanding Umno. Begitu juga Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa memangku Sultan Perak tahun 2013 pernah menitahkan pandangan mengenai PAS.

“Dalam Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, baginda menyebut PAS adalah parti yang terdiri dari ulama, profesional, teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang setanding Umno, malah punya kelebihan ketinggian peribadi.

“Kongres Profesional Muslim pada 18 April 2015 di Auditorium MPAJ, Ampang yang disertai lebih 300 profesional pelbagai bidang telah membuat resolusi penting berkait halatuju dalam proses pembinaan negara yang maju, adil, aman dan harmoni, mesti menjadikan Islam sebagai asasnya,” ulas beliau yang juga Pengarah Urusan MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd.

Maklumnya, lebih banyak forum profesional menyatakan dokongan terbuka kepada PAS selain sambutan positif para NGO kepada pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera diperkenalkan PAS.

Secara umum ujar Amzad, profesional hilang keyakinan kepada Umno dan lebih yakin kepada PAS untuk menjaga amanah kepimpinan negara pada masa hadapan.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Sightech Sdn Bhd, Prof Dr Mohamad Khazani Abdullah menyatakan bahawa golongan profesional melihat kepada kemampuan PAS.

PAS menurutnya, dilihat sebagai badan yang mampu menggalas cabaran dan membawa perubahan negara di masa depan atas kosistensi dan ketegasan menjadikan Islam sebagai dasar.

Jelasnya, perbezaan pertimbangan fundamental antara PAS dengan parti lain merupakan elemen penting keyakinan profesional Islam terhadap PAS.

Perkara itu jelasnya, dapat dilihat pada integriti pentadbiran kerajaan diketuai PAS tidak terjadi kes salah laku berbanding parti lain yang terpalitskandal dan keraguan luar biasa. – HARAKAHDAILY 4/8/2016

#Rencana penuh dalam harakah cetak. Dapatkannya di pasaran                                                                                                                    Sumber HD - 4-8-2016                                                                                      --------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    PAS Tidak Ketandusan Golongan Profesional

KUALA TERENGGANU – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak ketandusan golongan profesional di kalangan ahlinya seperti ditohmah oleh musuh politiknya.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata masa depan PAS semakin cerah dan cemerlang dengan penyertaan golongan profesional.

Menurutnya, golongan profesional di kalangan anak-anak muda hari lebih memberi keyakinan kepada PAS.

Bahkan, katanya dua bulan lalu parti telah meluluskan penubuhan Jabatan Kesihatan PAS yang melibatkan penyertaan 800 orang doktor.



“Masa depan PAS semakin cerah dan cemerlang. Dua bulan lepas kita (PAS) luluskan penubuhan Jabatan Kesihatan PAS.

“Ianya dianggotai oleh 800 orang doktor dan 200 orang adalah doktor pakar iaitu pakar jantung, pakar bedah, pakar bius dan sebagainya. Saya ingat 20 orang mulanya tetapi 200 orang doktor pakar.
“Mereka (doktor) beritahu, mereka hendak tunjuk dan buktikan yang orang kata golongan profesional telah lari dari PAS itu tidak benar. Itu tidak termasuk lagi akauntan, ingineer (jurutera) dan ramai lagi golongan profesional lain di kalangan anak-anak muda kita yang memberikan keyakinan kepada PAS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan pada Majlis Dialog Rakyat bertajuk “Apa Nasib Kami?” di Dataran KoKhidmat Kuala Ibai, Kuala Terengganu, 17 Februari lalu.

Antara ahli panel lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr Bala Chandran GK dan moderatornya Ustaz Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Latif.

Ustaz Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyarankan kepada ahli dan pendukung PAS agar mempergiatkan penerangan parti kepada masyarakat umum.

Menurutnya, dalam suasana perkembangan politik semasa hari ini hanya PAS yang boleh menyelamatkan keadaan itu.



“Tugas kita (ahli) hari ini menerangkan kepada masyarakat. Menarik untuk memberi kepercayaan kepada masyarakat. Dalam keadaan Umno dan Barisan Nasional (BN) hari ini yang bermasalah.

“Nampak macam mereka (Umno) bersatu tetapi hakikat di dalamnya berpecah-belah di kalangan mereka. Maka, yang boleh menyelamatkan mereka adalah PAS.

“PAS yang akan menyelamatkan orang-orang Melayu yang menyertai Umno untuk kembali bersama-sama dengan PAS. Dan banyak (ramai) di kalangan mereka yang bekas menteri, bekas wakil rakyat (Umno) untuk menyertai PAS. Walau pun mereka itu bekas Umno tetapi mempunyai keinginan untuk bersama-sama dengan PAS,” jelasnya.

Katanya, negara mesti diselamatkan dengan Islam bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan kepada semua kaum.

Menurut Ustaz Idris, dengan Islam akan menyelamatkan semua kaum orang Cina, India, Melayu, Kadazan, Dayak dan sebagainya.

Sumber BO  - 18-2-2016























Lebih Seribu Profesional Ikrar Pertahankan Pas

Lebih Seribu Profesional Ikrar Pertahankan Pas
SIMPOSIUM HIMPUNAN PROFESIONAL : LEBIH SERIBU PROFESIONAL IKRAR PERTAHAN PAS

Pengkalan Chepa, 17 Oktober 2015 - Seramai lebih seribu orang profesional bidang perubatan dan kesihatan termasuk para doktor, jururawat, pembantu perubatan, pegawai farmasi dan dan lain-lain profesion dalam bidang perubatan & kesihatan telah bersama dalam menjayakan Simposium Himpunan Professional Perubatan & Kesihatan Istiqamah 2015 yang di adakan di Kompleks Purnama di sini hari ini.

Simposium yang julung-julang kali dianjurkan ini diadakan sempena Himpunan 60K Fastaqim.

Antara objektif yang digariskan dalam simposium ini adalah untuk memperkasa semangat ahli PAS dalam bidang perubatan dan kesihatan. Memberi kefahaman kepada profesional perubatan terhadap PAS dan perjuangannya serta bagi menghubungkan jentera amal kebajikan dan PAS.

Ternyata simposium ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada golongan profesional sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa golongan profesional tidak lagi bersama parti Pas.

Antara pemimpinan Pas bersama adalah YB Ustaz Idris Ahmad, YB Dato' Ir Iskandar, YB Dr Halimah, dan ramai lagi.

"Simposium ini telah berjaya mengumpulkan ribuan profesional dalam bidang perubatan dan kesihatan yang masih istiqamah dengan perjuangan Pas. Kami sangat teruja denga kehadiran yang sangat menggalakkan" kata Dr Airifin, salah seorang ahli jawatan kuasa program.
Simposium ini telah menghasilkan empat resolusi iaitu :

1. Profesion perubatan dan kesihatan istiqamah perlu bergerak aktif bersama Pas kerana prinsip perjuangannya yang jelas disamping sejarahnya yang panjang.

2. Memperkasakan Pas dalam memperjuangkan agenda kebajikan dan kesihatan rakyat sebagai satu cabang dakwahnya.

3. Membentuk kerjasama yang lebih erat dalam kalangan saf istiqamah bagi melancarkan gerak kerja jemaah.

4. Menubuhkan sebuah badan pemikir untuk membantu Pas berkaitan dengan dasar kesihatan dan perubatan negara.

Sumber PP - 19-10-2015

Simposium bukti profesional istiqamah bersama PAS

HARAKAHDAILY | .




SERAMAI lebih seribu orang profesional bidang perubatan dan kesihatan termasuk para doktor, jururawat, pembantu perubatan, pegawai farmasi dan dan lain-lain profesion dalam bidang perubatan dan kesihatan telah bersama dalam menjayakan Simposium Himpunan Profesional Perubatan dan Kesihatan Istiqamah 2015 yang diadakan di Kompleks Purnama Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.

Simposium yang julung-julang kali dianjurkan ini diadakan sempena Himpunan 60K Fastaqim. Antara objektif yang digariskan dalam simposium ini adalah untuk memperkasa semangat ahli PAS dalam bidang perubatan dan kesihatan. Memberi kefahaman kepada profesional perubatan terhadap PAS dan perjuangannya serta bagi menghubungkan jentera amal kebajikan dan PAS.

Ternyata simposium ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada golongan profesional sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa golongan profesional tidak lagi bersama PAS.

Antara pemimpinan PAS bersama adalah Ustaz Idris Ahmad, Datuk Iskandar A Samad, Dr Halimah Ali, Dr Alias Abdul Razak, Dr Izani, Dr Ramli, Dr Azman Ibrahim, Dr Che Faridah dan ramai lagi.

"Simposium ini telah berjaya mengumpulkan ribuan profesional dalam bidang perubatan dan kesihatan yang masih istiqamah dengan perjuangan PAS. Kami sangat teruja denga kehadiran yang sangat menggalakkan," kata Dr Arifin, salah seorang ahli jawatan kuasa program.

Simposium ini telah menghasilkan empat resolusi iaitu:

1. Profesion perubatan dan kesihatan istiqamah perlu bergerak aktif bersama PAS kerana prinsip perjuangannya yang jelas di samping sejarahnya yang panjang.

2. Memperkasakan PAS dalam memperjuangkan agenda kebajikan dan kesihatan rakyat sebagai satu cabang dakwahnya.

3. Membentuk kerjasama yang lebih erat dalam kalangan saf istiqamah bagi melancarkan gerak kerja jemaah.

4. Menubuhkan sebuah badan pemikir untuk membantu PAS berkaitan dengan dasar kesihatan dan perubatan negara. - HARAKAHDAILY 18/10/2015

DR MD ARIFF IBRAHIM
Pengarah Shifa 2015

Sumber HD - 18-10-2015






















Simposium Himpunan Profesional 'Kesihatan Pemangkin Istiqamah'

HARAKAHDAILY | .


Meneliti dan menyusuri sejarah perjuangan PAS, sesiapa pun tidak boleh menafikan penglibatan secara aktif para profesional termasuk profesional perubatan dan kesihatan yang bergandingan dengan para ulama dalam memacu gerak kerja perjuangan Islam melalui wadah PAS. Ini terbukti secara jelas apabila lahirnya tokoh-tokoh pemimpin tertinggi PAS sejak peringkat awal penubuhan PAS lagi seperti  Dr Haji Abbas, Dr Burhanuddin Al Helmy dan lain- lain.

Gandingan mantap ini sebenarnya berterusan hingga ke hari ini, yang mana tujuannya  adalah sangat jelas iaitu untuk mencapai matlamat seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan PAS Perkara 5(1): "Memperjuangkan wujudnya didalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai2 hidup Islam dan hukumnya menuju keredhaan Allah".  Secara ringkasnya, gandingan ini sentiasa bergerak secara sinergi dengan menggemblengkan usaha dan tenaga untuk memastikan syariat Allah terlaksana di negara tercinta ini.

Walaupun ada yang berpandangan bahawa syariat Islam itu luas dan tidak tertumpu kepada hukum hudud sahaja, namun yang pasti ialah sikap meremehkan hudud sebagai juzuk penting dalam syariat Islam bahkan meremehkan usaha untuk meletakkannya di tempat yang betul adalah sikap yang tercela juga.

Isu yang terbaru apabila usaha Presiden PAS yang ingin mengemukakan 'Private Bill' (PB)mengikut saluran demokrasi yang sah ke parlimen bagi mengusulkan pindaan beberapa perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah, sebagai suatu usaha murni untuk meningkatkan taraf Mahkamah Syariah di Malaysia telah dihalang dengan saman yang dikemukakan oleh empat orang peguam berketurunan Melayu. Sudah tentu perkara ini amat membimbangkan dan menyedihkan kita sebagai muslim yang berada dalam negara yang telah 58 tahun mencapai kemerdekaan. Tambahan pula  agama Islam itu sendiri telah termaktub dalam perlembagaan negara sebagai agama rasmi. Sepatutnya  menjadi kewajipan serta tanggungjawab setiap muslim dari pemimpin hingga kepada rakyat untuk menyokong usaha yang sangat baik ini tanpa mengira latar belakang politik.

Sabda Nabi SAW:

8/8, 16:12 عن أبي أمامة - رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال : " لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة ، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها ، فأولهن نقضا الحكم ، واّخرهن الصلاة "
[8/8, 16:12]  رواه الحاكم وابن حبان وصححه الالباني

Pasti simpulan-simpulan Islam akan terungkai satu persatu, maka setiap kali ianya terungkai orang akan bergantung kepada simpulan yg berikutnya. Pertama sekali terungkai ialah hukum-hakam (peraturan, undang-undang dan pemerintahan) dan yang paling akhir ialah solat. (Riwayat Al Hakim dan Ibnu Hibban, di sahihkan oleh Al Bani)

Di atas rasa tanggungjawab untuk meneruskan usaha-usaha murni  inilah, maka kami merasa terpanggil untuk mengadakan satu simposium yang dinamakan "Simposium Himpunan Profesional Perubatan Dan Kesihatan (SHIFA 2015)", yang  bertujuan  menghimpunkan profesional dalam bidang ini bagi memantapkan gerak kerja perjuangan Islam melalui PAS mengikut kepakaran dan kemahiran yang ada pada kami.

Simposium yang bertemakan "Kesihatan Pemangkin Istiqamah" telah menggariskan tiga objektif penting iaitu:

1. Memperkasa semangat ahli PAS  dalam bidang perubatan dan kesihatan.

2. Memberi kefahaman kepada profesional perubatan dan kesihatan terhadap PAS dan perjuangannya.

3. Menghubungkan jentera amal kebajikan dalam PAS.

Untuk menjayakan SHIFA 2015 yang juga akan diisi dengan slot wacana ini, maka kami menyeru agar para profesional perubatan dan kesihatan yang prihatin dengan usaha-usaha untuk meninggikan kalimah Allah ini agar segera mendaftarkan diri untuk menyertainya, bukan setakat sebagai peserta tetapi juga dapat memberi sumbangan idea, cadangan dan lain-lain yang berkaitan sepanjang program tersebut berlangsung.

Mudah-mudahan usaha yang kecil ini diberkati oleh Allah dan dinilai sebagai jihad di sisNya.

Firman Allah, mafhumnya: Wahai orang -orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah(dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran: 200) - HARAKAHDAILY 4/10/2015

DR MD ARIFF IBRAHIM
Pengarah SHIFA 2015

1. Borang Pendaftaran
http://tinyurl.com/shifa2015


3. QR Event shifa
http://tinyurl.com/qrshifa


Sumber HD - 4-10-2015

Simposium Himpunan Profesional Perubatan Dan Kesihatan 2015

Meneliti dan menyusuri sejarah perjuangan PAS, sesiapa pun tidak boleh menafikan penglibatan secara aktif para profesional termasuk profesional perubatan dan kesihatan yang bergandingan dengan para ulama dalam memacu gerak kerja perjuangan Islam melalui wadah PAS. Ini terbukti secara jelas apabila lahirnya tokoh-tokoh pemimpin tertinggi PAS sejak peringkat awal penubuhan PAS lagi seperti Dr. Haji Abbas, Dr. Burhanuddin Al Helmy dan lain- lain.

Gandingan mantap ini sebenarnya berterusan hingga ke hari ini, yang mana tujuannya adalah sangat jelas iaitu untuk mencapai matlamat seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan PAS Perkara 5(1): “Memperjuangkan wujudnya didalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai2 hidup Islam dan hukumnya menuju keredhaan Allah”. Secara ringkasnya, gandingan ini sentiasa bergerak secara sinergi dengan menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memastikan syariat Allah terlaksana di negara tercinta ini.

Walaupun ada yang berpandangan bahawa syariat Islam itu luas dan tidak tertumpu kepada hukum Hudud sahaja, namun yang pasti ialah sikap meremehkan Hudud sebagai juzuk penting dalam syariat Islam bahkan meremehkan usaha untuk meletakkannya ditempat yang betul adalah sikap yang tercela juga.



Isu yang terbaru apabila usaha Presiden PAS yang ingin mengemukakan “Private Bill(PB)” mengikut saluran demokrasi yang sah ke parlimen bagi mengusulkan pindaan beberapa perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah, sebagai suatu usaha murni untuk meningkatkan taraf Mahkamah Syariah di Malaysia telah dihalang dengan saman yang dikemukakan oleh empat orang peguam berketurunan Melayu. Sudah tentu perkara ini amat membimbangkan dan menyedihkan kita sebagai muslim yang berada dalam negara yang telah 58 tahun mencapai kemerdekaan. Tambahan pula Agama Islam itu sendiri telah termaktub dalam perlembagaan negara sebagai agama rasmi. Sepatutnya menjadi kewajipan serta tanggungjawab setiap muslim dari pemimpin hingga kepada rakyat untuk menyokong usaha yang sangat baik ini tanpa mengira latar belakang politik.
Sabda Nabi SAW:

8/8, 16:12 عن أبي أمامة – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال : ” لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة ، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها ، فأولهن نقضا الحكم ، واّخرهن الصلاة ”
[8/8, 16:12] رواه الحاكم وابن حبان وصححه الالباني

Pasti simpulan-simpulan Islam akan terungkai satu persatu, maka setiap kali ianya terungkai orang akan bergantung kepada simpulan yg berikutnya. Pertama sekali terungkai ialah hukum-hakam ( peraturan, undang2 dan pemerintahan ) dan yg paling akhir ialah solat ”

Riwayat Al Hakim dan Ibnu Hibban, di sahihkan oleh Al Bani.

Di atas rasa tanggungjawab untuk meneruskan usaha-usaha murni inilah, maka kami merasa terpanggil untuk mengadakan satu simposium yang dinamakan “SIMPOSIUM HIMPUNAN PROFESIONAL PERUBATAN DAN KESIHATAN (SHIFA 2015)”, yang bertujuan menghimpunkan profesional dalam bidang ini bagi memantapkan gerak kerja perjuangan Islam melalui PAS mengikut kepakaran dan kemahiran yang ada pada kami.

Simposium yang bertemakan “Kesihatan Pemangkin Istiqamah” telah menggariskan tiga objektif penting iaitu:

1. Memperkasa semangat ahli PAS dalam bidang perubatan dan kesihatan.

2. Memberi kefahaman kepada profesional perubatan dan kesihatan terhadap PAS dan perjuangannya.

3. Menghubungkan jentera amal kebajikan dalam PAS.

Untuk menjayakan SHIFA 2015 yang juga akan diisi dengan slot wacana ini, maka kami menyeru agar para profesional perubatan dan kesihatan yang prihatin dengan usaha2 untuk meninggikan kalimah Allah ini agar segera mendaftarkan diri untuk menyertainya, bukan setakat sebagai peserta tetapi juga dapat memberi sumbangan idea2, cadangan2 dan lain-lain yang berkaitan sepanjang program tersebut berlangsung.

Mudah- mudahan usaha yang kecil ini diberkati oleh Allah dan dinilai sebagai jihad disisiNya. Amin
Firman Allah, mafhumNya:

“Wahai orang -orang yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah(dengan melaksanakan tugas masing2) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)” : Ali Imran:200

Dr Md Ariff Ibrahim
Pengarah SHIFA 2015

Sumber BO - 3-10-2015

No comments:

Post a Comment