PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Tuesday, October 20, 2015
BAJET 2016
Pengubahsuaian Bajet: Patut potong belanja pembangunan
HARAKAHDAILY | .
Sekalipun tidak menafikan keperluan untuk melakukan pengubahsuaian terhadap bajet dan ia juga biasa diamalkan, namun ia tetap menunjukkan kelemahan Kerajaan khususnya pada aspek kajian dan perancangan sehingga menghasilkan sebuah bajet yang tidak sensitif dan tidak mampu berakomodasi terhadap perubahan meskipun untuk jangka masa yang singkat.
Bajet 2015 dan Bajet 2016 mengalami pengubahsuaian selepas hanya beberapa bulan ia diluluskan di Parlimen.
Pengurangan potongan caruman KWSP kepada 3% pula tidak menyelesaikan masalah sama ada kepada pendapatan negara atau perbelanjaan rakyat.
Sebaliknya ia adalah suatu ancaman terhadap simpanan masa depan rakyat serta berpotensi menggalakkan rakyat berbelanja lebih dalam suasana ekonomi yang tidak baik seperti hari ini sedangkan yang dituntut dalam situasi ini adalah berjimat-cermat.
Sepatutnya kerajaan perlu lebih banyak membuat pemotongan pada perbelanjaan pembangunan kerana selalunya ketirisan berlaku menerusi pembinaan projek-projek mega kerana ia sering menjadi saluran mengagih-agihkan kekayaan negara kepada korporat-korporat tertentu yang "berbudi" kepada Kerajaan atau pemimpin-pemimpin tertentu.
Pemotongan perbelanjaan pembangunan juga jika dibuat seoptimumnya akan dapat menjimatkan lebih banyak pendapatan negara.
Mekanisma pengagihan beras menerusi Program MyBeras perlu diperincikan segera kerana bimbang ia menjadi medium kepada pihak tertentu untuk "menyedut" perolehan negara atas nama projek kebajikan rakyat.
Semua pihak yang terlibat dalam rantaian perbekalan beras ini sehingga sampai kepada penerima yang layak mesti disenaraikan serta diumumkan dan harga beras yang ditawarkan mesti pada harga patut sebagaimana harga pemborong. Jangan pula ada yang menangguk dengan harga perbekalan yang melebihi harga pasaran.
Mekanisma pengagihan mestilah dibuat melalui pejabat kebajikan masyarakat dengan kerjasama setiap ahli parlimen di kawasan tersebut sama ada ahli parlimen daripada parti pemerintah atau pembangkang. Senarai penerima pula tidak boleh didiskriminasikan hanya kerana perbezaan politik seseorang.
Akhirnya, ingatan saya kepada kerajaan agar memberikan lebih perhatian terhadap aspek halal dan haram dalam pengurusan pendapatan dan perbelanjaan negara.
Perkara-perkara yang haram inilah sebenarnya menjadi punca tidak berkatnya pendapatan yang negara miliki dan ditarik banyak nikmat oleh Allah SWT.
Saya masih berpegang bahawa percukaian GST adalah bercanggah dengan Islam kerana ia dikenakan juga kepada golongan yang tidak berkemampuan apabila berbelanja malah terbukti secara praktikalnya GST adalah punca kepada kenaikan harga barang.
Kerajaan perlu membatalkan percukaian GST dan meningkatkan pencapaian kutipan cukai korporat dan boleh memperkenalkan cukai baru seperti cukai berdasarkan simpanan sebagai alternatif kepada percukaian GST.
Saya bimbang cukai yang bercanggah dengan Islam menjadi punca sumber rezeki yang halal oleh kerajaan ditarik oleh Allah.
DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Jumaat 29 Januari 2016 | 19 Rabi’ul Akhir 1437 - HARAKAHDAILY 29/1/2016 Sumber HD - 29-1-2016
Bajet: Tinggalkan lebihan wang dalam poket rakyat
SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengharapkan agar semakan Bajet 2016 yang akan diumumkan pada 28 Januari ini dapat meninggalkan lebihan wang di dalam poket rakyat dengan meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Katanya, jika kerajaan sendiri dengan segala sumber hasil pendapatan menghadapi masalah menguruskan negara kerana kekurangan pendapatan sudah tentu rakyat lebih lagi bermasalah kerana sejak sekian lama menghadapi kekurangan pendapatan boleh guna akibat kenaikan kos sara hidup yang tinggi.
"Bayangkan bagaimana pekebun kecil dan penoreh getah dengan bergantung pendapatan pada harga getah kini RM1.80 untuk 1kg dan pesawah padi yang bergantung pendapatan pada harga padi bersama subsidi RM1.50; 1kg. Sedangkan harga beras RM2.20; 1kg dan ikan kembung RM14.00; 1kg. Pengubahsuaian bajet 2016 tidak bermakna kalau poket rakyat tak ada wang," katanya kepada Harakahdaily.
Mahfuz turut mencadangkan jumlah anggota "Kabinet Dapur" Najib dikecikan dari 35 kepada 15 hingga 19 orang sahaja.
Misalnya, kata beliau, mansuhkan penasihat dan Duta khas Perdana Menteri yang bertaraf Menteri serta kurangkan jawatan lantikan politik yang tidak menyumbang kepada pengukuhan kewangan dan ekonomi negara.
Selain itu tegasnya, membatalkan cadangan projek yang belum ditender dan menangguh projek yang belum ditandatangan serta pertingkatkan kawalan perbelanjaan seperti mana yang sering ditegur oleh ketua audit negara dan pertingkatkan usaha membanteras rasuah di sektor awam.
Tegas Mahfuz, penjimatan dalam pengurusan kewangan negara serta perbelanjaan tanpa ketirisan dan rasuah akan dapat membantu mengembalikan subsidi barangan keperluan rakyat yang telah dimansuhkan dan dikurangkan oleh kerajaan sebelum ini.
Kerajaan juga, jelas beliau sewajarnya mempertimbangkan tuntutan rakyat ekoran menerima beban akibat dari GST dengan paling tidaknya mengurangkan kadar GST dari 6% kepada 3 atau 4%.
"Ekoran harga minyak mentah berada pada harga USD28 satu tong atau 1 liter USD 0.177 bersamaan RM 0.78 1 liter, sewajarnya harga minyak runcit di pam diturunkan dan ini memberi peluang untuk rakyat merasai nikmat dari harga minyak dunia yang rendah.
"Bagi golongan pekerja, Kerajaan juga sewajarnya mempertimbangkan pengurangan 2% caruman individu pekerja dalam KWSP sehingga keadaan ekonomi pulih, serta mempertimbangkan pengurangan 2% cukai pendapatan individu untuk membolehkan lebihan wang dalam poket pekerja untuk menguruskan kehidupan rakyat yang sempit dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi," tambah beliau.
Namun, Mahfuz turut melahirkan rasa bimbang sama ada pengubahsuaian Bajet 2016 akan dapat meringankan beban hidup rakyat atau meringankan beban kerajaan dan pemimpin negara.
Katanya, apa yang dapat dilihat pengubahsuaian ini akan lebih menyelesaikan beban kerajaan untuk menampung kekurangan pendapatan negara.
"Semakan bajet ini juga akan meringankan beban sakit kepala PM Najib dan anggota kabinet dapur dari menanggung beban berfikir untuk mencari sumber pendapatan bagi menguruskan negara.
"Rakyat memerlukan kepimpinan negara yang cekap, bijak, bersih dan beramanah dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan negara. Rakyat tak mahu PM Najib dan kabinet dapur yang kotor dan busuk dengan bangkai lipas dan tikus munduk," katanya. – HARAKAHDAILY 20/1/2016 Sumber HD - 20-1-2016
Pengubahsuaian Bajet 2016, apa harapan rakyat?
HARAKAHDAILY | .
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengambil maklum berkenaan pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Januari 2016.
Kami berpandangan langkah Kerajaan ini agak terlewat kerana sepatutnya penilaian dan anggaran yang lebih menepati realiti perlu diambil kira ketika proses menyiapkan Bajet 2016 ini dahulu.
Trend kejatuhan harga minyak global dan penyusutan nilai Ringgit berbanding dolar Amerika sudah pun berlaku secara konsisten sebelum, semasa dan selepas Bajet 2016 dibentangkan.
Pada tahun 2013, PM Najib sudah pun mengumumkan 11 Langkah Penjimatan Belanja Kerajaan berkuatkuasa 1 Januari 2014, kemudian PM Najib mengumumkan Penstrukturan Bajet 2015 pada 20 Januari 2015.
Pada Januari 2016 ini, PM Najib akan mengumumkan Pengubahsuaian Bajet 2016 pula.
Kerajaan Persekutuan terpaksa menyemak semula Bajet asal yang mengunjurkan anggaran perbelanjaan RM267.2 bilion dengan RM215.2 bilion darinya untuk mengurus (81%) dan RM52 bilion lagi untuk pembangunan (19%) dengan anggaran defisit fiskal 3.1%.
Akibat daripada kejatuhan harga minyak global, penyusutan pendapatan Kerajaan dijangka melebihi RM 30 billion.
Justeru, DPPM menggesa pihak kerajaan untuk memastikan Pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan diumumkan itu nanti perlulah selaras dengan tema Bajet asal iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”.
Sebelum rakyat yang dijadikan mangsa, Kerajaan sendiri sepatutnya terlebih dahulu menjadikan amalan berjimat-cermat sebagai langkah tauladan yang perlu diikuti.
Rakyat sudah cukup muak apabila setiapkali Laporan Audit Negara dibentangkan pastinya terdedah segala macam bentuk penyelewengan, kebocoran, dan pembaziran wang dana awam.
Kerajaan sering berbelanja besar dalam perbelanjaan mengurus sedangkan perbelanjaan pembangunan untuk rakyat hanya pada kadar 19% daripada Bajet 2016.
Antara lain harapan rakyat dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 ialah kerajaan perlu menilai kembali dan menangguhkan sementara projek mega yang kurang memberi manfaat secara terus kepada rakyat.
Wang yang dijimatkan itu boleh disalurkan dalam mekanisme yang lebih efektif kepada golongan sasaran yang memerlukan.
DPPM dengan tegas mengingatkan Kerajaan agar tidak sesekali menaikkan kadar cukai GST.
Hal ini kerana, pada kadar 6% GST sekarang pun ia sudah begitu membebankan rakyat maka usahlah ditambah lagi derita sengsara rakyat.
Sungguhpun kerajaan amat berbangga dengan pelaksanaan GST yang dikatakan bermanfaat dan membantu mengisi kantung pendapatan negara bagi berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia, tetapi pada hakikatnya rakyat lah yang menjadi mangsa terbeban dengan GST ini.
Amatlah besar harapan rakyat kepada kerajaan untuk turut mengambil kira rintihan dan luahan hati mereka dalam berhadapan situasi ekonomi yang kian mencabar ini.
Usah sesekali menjadikan rakyat sebagai mangsa dalam sebarang langkah Pengubahsuaian Bajet 2016 kelak.
KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 19/1/2016 Sumber HD - 19-1-2016
Najib akan bentang pengubahsuaian Bajet 2016
BERNAMA | .
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 tidak lama lagi supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun 2016.
Perdana Menteri berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016.
Berucap pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di sini hari ini, beliau berkata ia antara lain akan melibatkan langkah-langkah tambahan penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.
"Pembentangan ini akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata bagi menangani cabaran pada 2016, tindakan lebih responsif dan tegas perlu diberi perhatian bukan sahaja oleh Kementerian Kewangan tetapi juga oleh kerajaan, GLC dan juga rakyat keseluruhannya.
"Tahun ini merupakan tahun yang begitu mencabar dan kita perlu menguruskan sumber-sumber dengan cekap dan mencapai tahap optimum.
"Kita perlu bersiap sedia dan memikirkan cara terbaik untuk memastikan keadaan ekonomi kita mampan," katanya. - Bernama Sumber HD - 8-1-2016
2016: Subsidi LPG akan terhapus?
HARAKAHDAILY | .
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mahu skim subsidi Gas Petroleum Cecair (LPG) mesti dikekalkan walaupun Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah membongkarkan ketirisan yang berlaku dalam skim tersebut yang menjangkau kira-kira RM800 juta pada tahun lalu.
Masalah tersebut tidak boleh menjadi justifikasi utama untuk menghapuskan skim subsidi LPG kepada sektor domestik (penggunaan kediaman). Kementerian harus melihat kepada akar masalah dan membuat pertimbangan sewajarnya jika terdapat mana-mana pihak yang melakukan penyelewengan terhadap skim subsidi berkenaan termasuk penyeludupan ke negara-negara jiran.
Jika merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha tersebut, kemungkinan besar skim subsidi LPG akan dihapuskan sepenuhnya oleh pihak kerajaan pada tahun 2016. PAS mendapati cadangan untuk mengkaji semula subsidi LPG ini telah disuarakan sejak awal tahun 2015 atas faktor margin keuntungan yang sedikit. Namun, cadangan tersebut telah ditangguhkan.
PAS berharap agar kerajaan turut memberikan perhatian kepada golongan pertengahan (M40) yang mungkin akan terjejas lebih teruk sekiranya kerajaan mengambil langkah melaksanakan subsidi bersasar khusus kepada golongan bawahan (B40).
Di kawasan bandar, golongan M40 sangat terkesan dengan pelbagai pakej kenaikan harga dan kadar baru bagi barang dan perkhidmatan sejak awal tahun 2015 lagi.
NASRUDIN HASSAN Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 6/1/2015 Sumber HD - 6-1-2016
Wujud mekanisme pantau perbelanjaan bajet 2016
HARAKAHDAILY | .
Berdasarkan kepada cabaran getir yang diunjurkan pada tahun 2016, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa kerajaan menyediakan satu mekanisme pemantauan khas perbelanjaan bajet.
Hal ini juga bagi memastikan setiap butiran yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Bajet Persekutuan 2016 dapat diikuti dengan cermat oleh rakyat.
Mekanisme ini juga penting kerana ia dapat meningkatkan ketelusan dan integriti kerajaan dalam membelanjakan hasil pendapatannya.
Antara isu utama juga yang berlaku pada hari ini adalah kekurangan data mengenai butiran perbelanjaan yang telah digunakan oleh kerajaan.
Hal tersebut akan menyebabkan pelbagai isu serta keraguan yang timbul terhadap tahap keberkesanan pengurusan kerajaan.
Tambahan pula, menurut anggaran pada tahun 2016, kebanyakan hasil kerajaan adalah secara langsung daripada rakyat. Contohnya, cukai pendapatan (RM30 bilion): cukai syarikat (RM 74 bilion) dan cukai barang dan perkhidmatan (RM39 bilion).
Ini satu justifikasi yang kukuh supaya mekanisme pemantauan bajet ini mesti dilakukan untuk meningkatkan partisipasi rakyat dalam pembangunan negara.
Contohnya, berdasarkan laporan media, rakyat sering kali dimaklumkan bahawa hasil daripada pengurangan subsidi petrol akan dimanfaatkan bagi meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam.
Adakah ia benar dilakukan? Peruntukan-peruntukan untuk membina infrastruktur awam seperti hospital dan sekolah, adakah ia telah dilakukan mengikut bajet?
Oleh itu, satu mekanisme pemantauan khas mesti diwujudkan bagi meningkatkan aksesibiliti terhadap maklumat-maklumat perbelanjaan yang telah digunakan bagi membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat.
Kita tidak mahu sebarang ketirisan, pembaziran dan korupsi diselindung dan tidak dipertanggungjawabkan walhal hasil pendapatan kerajaan sebahagian besarnya adalah daripada poket rakyat sendiri.
NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
24 Rabiul Awwal 1437 / 5 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 5/1/2016 Sumber HD - 5-1-2016
Cabaran kritikal ekonomi Malaysia tahun 2016
NASRUDIN HASSAN | .
Sepuluh hari menuju tahun baru 2016, negara di ambang kebimbangan kritikal ekoran harga minyak global terus menjunam di bawah anggaran semasa.
Dua indikator kontrak hadapan minyak global iaitu Brent dan West Texas Intermediate (WTI) menunjukkan paras harga berlegar sekitar AS$36 dan AS$34 setong pada tahun ini.
Ia akan mengulangi masalah yang sama seperti tahun lalu apabila unjuran purata tahunan yang dianggarkan oleh kerajaan meleset terlalu jauh.
Bajet 2016 yang dirangka berdasarkan anggaran purata harga minyak AS$48 setong (Brent) pada tahun hadapan. Hal ini menunjukkan julat perbezaan projeksi tersebut adalah melebihi AS$10.
Penurunan harga minyak sudah tentu akan terus menjejaskan hasil kerajaan daripada sumber petroleum yang kini dianggarkan kira-kira RM31.7 bilion pada tahun 2016 berbanding RM43.8 bilion pada tahun 2015. Ia sudah tentu akan memberikan tekanan kepada hasil cukai pendapatan dan Cukai Barang dan Perkhidmatan.
Dampak ini juga sejajar dengan kejatuhan berterusan kadar Ringgit Malaysia ekoran daripada pengumuman kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS.
Sedikit sebanyak ia akan turut memburukkan keadaan ekonomi negara khususnya pertukaran mata ringgit berbanding dolar yang dijangka akan berada sehingga paras RM4.35 hingga hujung tahun ini.
Kebergantungan berterusan ekonomi negara kepada perkembangan global terus memberi kesan langsung kepada rakyat.
Kerajaan akan menggunakan pilihan utamanya iaitu terus menaikkan kadar cukai samada cukai pendapatan, cukai korporat dan yang paling teruk adalah kenaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun hadapan.
Rakyat telah menderita dengan segala pakej kenaikan harga pada tahun 2015 terutamanya yang melibatkan pengangkutan awam dan tol.
Kini, kerajaan berkemungkinan besar akan terus menghapuskan subsidi kepada rakyat bagi menampung perbelanjaan pengurusan dan pembangunan yang bernilai kira-kira RM 265 bilion.
Jika trend ini berterusan, maka tahun 2016 dan 2017 akan lebih teruk lagi sebelum kerajaan memfokuskan kepada pemberian ‘goodies’ pilihan raya menjelang tahun 2018. - HARAKAHDAILY 21/12/2015 Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh. Sumber HD - 21-12-2015
2016: Enam megatren utama di Malaysia
HARAKAHDAILY | .
“YANG benar tidak terikat dengan waktu” – Hamka
Kita hidup di dunia yang sentiasa berubah, dan perubahan berlalu begitu pantas tanpa kita sedari.
Megatren, yang boleh ditakrifkan sebagai “large, transformative global forces that define the future by having a far-reaching impact on business, economies, societies, and individuals” (Earnst & Young), merupakan unjuran tren masa hadapan yang mampu memberi kesan dalam bentuk menggugat (disruptive) atau mengubah (reshaping) corak kehidupan setiap organisasi dan individu dalam keadaan yang tidak disangka.
Malaysia pastinya tidak terkecuali daripada arus perubahan global ini, dan enam megatren yang dijangka akan memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang adalah peranan media sosial, kadar urbanisasi, daya keusahawanan, kos sara hidup, ancaman kedaulatan, dan kesedaran rakyat.
1. Peranan media sosial. Frost & Sullivan menjangkakan pengguna media sosial di Malaysia akan bertambah dua kali ganda kepada 25.6 juta menjelang 2020, dengan penghubungan 125 juta gajet mudah-alih menjelang 2025, di mana 95% daripada netizen adalah pengguna aktif media sosial.
Tren evolusi digital ini akan menyaksikan peningkatan aplikasi media sosial, big data, cloud-computing, crowd-sourcing, crowd-funding dan seumpamanya, di samping mengundang cabaran baru dalam bentuk persaingan, transparensi dan keselamatan siber, yang pastinya memberi potensi besar kepada sektor ekonomi serta corak sosial dan politik di Malaysia, khususnya di kalangan gen-Y.
2. Kadar urbanisasi. Kadar urbanisasi Malaysia dijangka akan mencecah 75% pada tahun 2020 dan terus meningkat kepada 80% menjelang tahun 2030 (RMK11). Kewujudan golongan menengah yang besar dalam kawasan konurbasi ini (Lembah Klang, Georgetown, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu) bakal menyediakan pasaran barangan dan pekerjaan yang lebih luas.
Di samping itu, segmen penting ini akan membentuk pola kecenderungan politik yang baru mengikut tahap pendidikan dan sosio-ekonomi mereka, manakala segmen luar bandar akan turut mendapat tempias bergantung kepada tahap jaringan infrastruktur dan hubungan bandar – luar bandar.
3. Daya keusahawanan. Teknologi mengubah cara manusia bekerja, dan turut mengubah daya kreativiti dan inovasi yang melahirkan golongan usahawan generasi baru. Di seluruh dunia, wajah usahawan juga semakin berubah, dengan lebih ramai anak muda dan wanita menceburi bidang penuh risiko ini.
Akses kepada bimbingan dan dana merupakan penghalang utama kepada usahawan, dan insentif yang disediakan pihak kerajaan dan swasta perlu diperluaskan bagi mewjudkan ekosistem yang mesra usahawan muda, supaya bidang ini dapat menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi dan menjadi kerjaya pilihan generasi muda.
4. Kos sara hidup. Tahun 2016 bakal menyaksikan peningkatan harga hampir setiap barangan dan perkhidmatan. Kutipan GST dianggarkan berjumlah RM27 bilion pada tahun 2015 dan akan mencecah RM39 bilion pada 2016, yang disumbangkan secara terus oleh poket rakyat.
Subsidi pula akan dikurangkan daripada RM39 bilion pada 2014 kepada RM26 bilion pada 2016, menyumbang kepada kenaikan harga petrol, diesel, gula, minyak masak, tarif elektrik, kadar tol, tambang pengangkutan awam dan sebagainya.
Sebagai imbuhan, jumlah bantuan BR1M dinaikkan pada 2016 dengan peruntukan RM5.9 bilion, yang akan memanfaatkan 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.
Secara tidak langsung, peningkatan harga rumah dan kereta, di samping kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, akan menyumbang kepada kenaikan kadar hutang isi rumah Malaysia yang telah mencecah 88% KDNK (RM940 bilion), antara yang tertinggi di rantau ini, berbanding hanya 16% KDNK (RM70 bilion) pada 1998.
5. Ancaman kedaulatan. Pasca 2020, Malaysia akan kekal sebagai sebuah ekonomi terbuka dan lebih berintegrasi dengan ekonomi serantau dan global. Pertumbuhan ekonomi global akan dipacu oleh kemunculan kuasa ekonomi baru, dan pusat perdagangan dunia dijangka beralih ke rantau Asia Pasifik.
Perjanjian TPPA yang akan disertai oleh Malaysia bukan sahaja bakal membentuk blok ekonomi terpenting di rantau ini, malah turut memberi impak kepada geopolitik dan kedaulatan negara, dan dilihat lebih menguntungkan syarikat multinasional gergasi berbanding nasib yang bakal menimpa industri kecil dan sederhana dalam negara.
Di samping itu, konflik pertindihan wilayah di Laut China Selatan yang melibatkan tuntutan Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam dan China terhadap Kepulauan Spratlys dan Paracels, bakal menggugat kestabilan diplomatik di rantau ini, dengan China dilihat semakin agresif dalam tuntutan wilayah tersebut dan Amerika mula mencampuri urusan ketenteraan di rantau ini, meletakkan Malaysia di kedudukan yang sangat rumit dan perlu ditangani dengan cermat.
6. Kesedaran rakyat. Pasca PRU13, Malaysia menyaksikan gelombang kesedaran rakyat yang tinggi terhadap politik negara, khususnya apabila pembangkang berjaya menafikan penguasaan undi popular yang diperolehi BN apabila memenangi 52% daripada keseluruhan undi yang diterima berbanding BN yang hanya menerima 48% undi.
Momentum kebangkitan rakyat untuk melakukan perubahan, khususnya di kalangan generasi muda pasca-merdeka dan pasca-reformasi, dilihat lebih menekankan aspek kelangsungan hidup dan integriti kerajaan, dan memilih untuk menyuarakan kritikan di dunia siber dan media sosial.
Kajian persepsi yang dijalankan pihak UMCEDEL dan Merdeka Centre sejak PRU13 menyerlahkan hipotesis bahawa populariti kerajaan berada di tahap terendah, namun penerimaan terhadap pembangkang sebagai alternatif masih di tahap yang belum meyakinkan, khususnya dalam menilai ‘kejujuran’ setiap parti politik untuk memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat, menjelang PRU14 yang bakal berlangsung sebelum Malaysia menempuh realiti Wawasan 2020.
Dalam merencana fasa perubahan ini, kita bakal berhadapan dengan cabaran baharu yang perlu diharungi, peluang baharu untuk diterokai dan ufuk baharu untuk dijelajahi. Malaysia perlu kekal progresif dan inklusif, selaras dengan aspirasi rakyat yang mengharapkan sebuah kehidupan yang lebih sejahtera.
2016, fajar untuk negara berkebajikan, insya-Allah.
SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi DPPM – HARAKAHDAILY 17/12/2015 Sumber HD - 17-12-2015
Kerajaan wajar iktiraf Jabatan Amal Malaysia
NASRUDIN HASSAN | .
MERUJUK kepada precedent yang telah dilakukan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Perak memberi pingat dan pengiktirafan kepada Allahyarham Dr Burhanudin Al Helmy meskipun Allahyarham adalah mantan pimpinan PAS.
Apakah Kerajaan boleh melakukan langkah serupa dengan memberi pengiktirafan kepada Jabatan Amal Malaysia di bawah Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Jabatan Amal Malaysia terlibat dalam banyak operasi sama ada melibatkan operasi bencana alam dan sebagainya.
Jabatan Amal Malaysia adalah sukarelawan yang aktif dan sering sampai dulu ke tempat musibah atau bencana seperti banjir, tanah runtuh dan lainnya. Terbaru kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Karak. Mereka konsisten membantu pihak yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik dan kaum.
Saya ingin mendapatkan pandangan pihak kementerian atau kerajaan adakah Jabatan Amal Malaysia boleh diiktiraf sebagai salah satu NGO sukarelawan negara kerana jasanya, kekuatannya di seluruh negara. Justeru pengiktirafannya, akan membawa Jabatan Amal Malaysia ini berfungsi lebih jauh. – HARAKAHDAILY 4/11/2015
Perbahasan Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa. Kementerian Dalam Negeri, Butiran 080000 Jabatan Sukarelawan Malaysia oleh Ahli Parlimen Temerloh. Sumber HD - 4-12-2015
10% rakyat percaya jenayah turun, di mana silapnya?
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS menyokong pelbagai langkah yang dilaksanakan bagi mengurangkan kadar jenayah antaranya menambahkan jumlah pegawai yang bertugas, juga pertambahan cctv.
"Secara statistiknya, PDRM mengesahkan kadar jenayah menurun," ujar Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan ketika membahaskan Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, semalam.
Namun, katanya kajian yang dijalankan Frost and Sullivan, sebuah agensi yang dilantik kerajaan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan berhubung perkhidmatan yang diberikan pihak berkuasa dan keselamatan negara pada 2013, membuktikan sebaliknya.
Menurutnya, kajian itu menunjukkan hanya 10 peratus sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia percaya kadar jenayah menurun.
Tambahan pula, kata beliau indeks rasa selamat juga hanya 29 peratus pada 2014.
Beliau mengambil sampel kes di kawasan Parlimen Temerloh.
"Saban minggu kita mendengar berita pecah rumah, samun dan sebagainya di taman-taman perumahan," ujarnya yang juga Ketua Penerngan PAS Pusat.
Demikian juga, katanya di Taman Pelindung Perdana Beserah Kuantan sehingga penduduk setempat terpaksa mengupah pihak swasta untuk buat kawalan dari jam 12 tengah malam hingga jam 5 pagi.
"Jadi, saya mohon respons daripada kementerian terhadap perkara ini. Di mana silapnya?" ujar beliau lagi
Beliau juga mempersoalkan adakah penguatkuasaan masih belum benar mencegah jenayah daripada berlaku.
"Atau lompongnya terletak pada undang-undang yang sedia ada gagal menggerunkan penjenayah dan menghadirkan rasa selamat di kalangan rakyat Malaysia?" tanya beliau. - HARAKAHDAILY 2/12/2015 Sumber HD - 2-12-2015
Perangkap laju: Keselamatan atau tambah pendapatan?
USTAZ IDRIS AHMAD | .
B62 020100 Pengurusan polis
Peruntukan tahun 2015 RM3,399,150,000
Peruntukan tahun 2016 RM3,192,501,000
Perangkap laju
Apakah piawai perangkap laju polis yang diletak sesuatu tempat?
Hendak jaga keselamatan atau hendak mendapat pendapatan kerana tempat yang dipasang oleh pihak polis dengan had kelajuan 60 km sejam.
Saya sebut mana ada kereta yang naik 60 kmj, kereta lembu pun 63 kmj.
Contoh tempat saya Selepas lampu isyarat Pekan Bukit Gantang dan selepas lampu isyarat Pekan Simpang 4.
Saya mengatakan sebab itu kemalangan berlaku di negara kita tidak dapat dikurangkan, kerana perangkap laju dipasang bukan kerana keselamatan tetapi kerana pendapatan.
Report kemalangan
Sepatutnya report kemalangan boleh dilapor dekat dengan tempat kemalangan, bukan di tempat yang jauh dan menyukarkan pihak yang terlibat.
Bukankah zaman hari ini zaman IT?
Saya sebut pengalaman saya, apabila berlaku dekat Teluk Intan, tetapi kena report di Balai Polis Seri Iskandar, kerana tempat kemalangan masuk di bawah balai polis Bandar Seri Iskandar sedangkan balai polis Teluk Intan begitu dekat.
Sepatutnya zaman IT, di mana sahaja boleh report.
Begitu juga lambat pula hendak dapat report kadang-kadang memakan masa 1 bulan. Ini menyukarkan pihak yang terlibat untuk urusan insurans.
Sekatan jalan raya
Di Malaysia ini pelik. Apabila buat sekatan jalan raya, jalan sesak daripada 3 lorong jadi 1 lorong.
Pengalaman saya apabila sekatan jalan raya buat selepas tol Jalan Duta menjadi sesak walau pun waktu malam. Kenapa tidak memudahkan orang ramai?
Akhirnya polis dimarah oleh orang ramai, kerana kesesakan akibat sekatan jalan raya.
Bagus dan baik kerana mendapat peruntukan lebih pada tahun 2016. Sesuai dengan keselamatan negara semakin terancam.
Saya harapkan SB tumpukan kepada kegiatan kongsi gelap, pengganas, perompak.
Saya melahirkan rasa sedih ada SB yang datang dalam program tertutup parti. Ertinya polis sudah hilang fokus sepatutnya tumpu pada jenayah.
B62 080100 Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela)
2015 RM109,056,000
2016 RM 112, 891,000
Oleh kerana kehidupan masyarakat semakin mencabar. Kadar jenayah semakin meningkat sudah pasti skill Rela dan kebajikan mesti ditingkat.
Saya minta supaya Pengkalan Rela diadakan di kawasan BKT Gantang. Baru-baru ini anggota Rela Bukit Gantang datang berjumpa saya untuk memohon pangkalan Rela. Saya harapkan Menteri tolong ambil perhatian dan tindakan. - HARAKAHDAILY 1/12/2015
Petikan ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 1 Disember 2015. Sumber HD - 1-12-2015
Kita bayar tol tujuan hendak laju
USTAZ IDRIS AHMAD | .
Saya hendak bicara berkenaan dengan B.27 Butiran 080100 – Bayaran Pampasan Tol sebanyak RM593,321,000.
Saya hendak minta penjelasan daripada pihak menteri. Ini mungkin perjanjian yang dibuat di dalam konsesi tol yang lalu pada zaman rejim yang lalu dan adakah perjanjian yang sama dibuat terhadap kepada pemegang-pemegang konsesi tol sehinggakan kadang-kadang ini membebankan negara dan juga membebankan penggunaan dana awam. Terutama lebuh raya-lebuh raya yang baru dibuka nanti adakah perjanjian ini perjanjian yang kita anggap perjanjian yang membebankan kepada negara dan juga rakyat satu.
Keduanya, apa SOP yang dilakukan oleh pihak konsesi lebuh raya macam PLUS. Misal katakan iaitu apabila berlakunya kemalangan di highway atau jalan raya.
Kita bayar tol ini tujuannya hendak laju, hendak cepat malangnya apabila berlaku kemalangan kadang-kadang memakan masa sampai 2 jam ini pengalaman bukan orang lain pun sama kalau ditanya Yang Berhormat Gerik dan juga rakan-rakan yang lain.
Kalau berlakunya kemalangan antara Jelapang dengan Kuala Kangsar itu memakan masa sampai 2 jam. Sedangkan petrol kita kena bayar, tol kita kena bayar, masa kita terbuang. Jadi saya hendak supaya ada satu SOP yang jelas yang dibuat.
Kalau PLUS gagal melakukan benda ini patutnya kena ada satu clause yang kita kena penalti dia, yang kita kena denda kepada dia untuk kesenangan kepada pengguna.
Isu yang ketiga juga melibatkan soal PLUS mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin gelak isu ini yang selalu saya bangkit berkenaan dengan bayaran 3% yang dikenakan kepada peniaga R&R.
Saya merayu sangatsangatlah supaya pihak kementerian meminta kepada pihak PLUS supaya bayaran 3% yang dikenakan kepada peniaga ini dimansuhkan.
Kalau ikut daripada segi jawapan daripada kementerian kepada saya dulu tahun 2013, pendapatan daripada 3% daripada yang diambil bayaran daripada peniaga-peniaga ini sebanyak RM2.3 juta, tahun 2014 sebanyak RM2.4 juta.
Jadi saya harapkan supaya merayu sangat-sangat supaya bayaran ini dimansuhkan kerana ini untuk membantu peniaga-peniaga yang meniaga di sana dan juga mungkin ini kesan daripada segi sudut harga kepada pengguna yang melalui jalan raya dan singgah di R&R.
Kemudian P.27 iaitu 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan.
Saya minta supaya untuk kementerian memperbaiki untuk jalan raya antara Changkat Jering sampai ke Beruas.
Ini kerana jalan itu jalan yang sekarang ini sudah pun banyak kenderaan yang lalu situ kerana untuk mengelak daripada tol dan juga untuk pergi ke pesisiran mengikut jalan pantai untuk pergi ke Kuala Lumpur. - HARAKAHDAILY 25/11/2015
Ucapan AhLi Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad ketika membahaskan Anggaran Pembangunan 2016 Maksud B.27 dan Maksud P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat pada 23 November 2015. Sumber HD - 25-11-2015
Saya ingin merujuk kepada beberapa perkara yang berkenaan dengan hubungan perdagangan dan juga ekonomi antarabangsa. Saya tidak mahulah untuk memperincikan ataupun bahas mengenai Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) kerana pihak kementerian telah pun berjanji untuk memberikan ruang seluasnya kepada Ahli Parlimen dan juga dikemukakan di Dewan Rakyat ini untuk dibahaskan pada awal tahun hadapan.
Namun apa yang saya hendak bangkitkan di sini ialah supaya tidak berlaku sebarang promosi secara langsung ataupun tidak oleh pihak Perdana Menteri dan juga pihak Kerajaan Malaysia yang menggambarkan seolah-olah perjanjian ini telah pun dipersetujui ataupun perjanjian ini telah pun ditandatangani, sedangkan ia masih lagi belum dibahas dan juga dibentang di Parlimen ini.
Ini kerana bagi kami, ingin mengulangi pendekatan ataupun pendirian PAS juga bersama dengan NGO-NGO yang bergabung dalam satu gabungan NGO Kongres Rakyat, yang mana setakat ini konsisten kita untuk menolak TPPA ini adalah kerana kita menganggap ini adalah satu imperialisme baru yang mungkin bertujuan untuk memeras rakyat juga negara kita.
Kerajaan seharusnya juga memahami bahawa pemodenan dan juga kemajuan yang diperjuangkan oleh barat ini boleh menghakis pegangan agama dan juga tradisi rakyat dalam negara kita.
Tuan Pengerusi, selain itu saya juga ingin mendapatkan penjelasan secara khusus berkait dengan perkembangan semasa perjanjian yang disebut sebagai agreement on Trade Preferential System of OIC (TPS-OIC).
Sejauh mana ia telah membantu negara-negara Islam setakat ini terutamanya negara-negara Islam yang kurang membangun. Mengapa hubungan dagang Malaysia dan juga negara-negara OIC telah merosot sehingga 20% pada tahun ini iaitu daripada RM83.3 bilion awal tahun lepas kepada RM69.9 bilion pada awal tahun ini.
Jadi kenapa kedudukan itu boleh berlaku, kemerosotan ini berlaku. Apa perjanjian ini tidak memberi kesan apa-apa kepada hubungan dagang Malaysia dengan negara-negara OIC. Kerjasama ekonomi dan juga perdagangan bilateral dan juga multilateral antara negara-negara OIC juga masih lemah dan tidak ada anjakan yang ketara yang mana ini satu perkara yang perlu dilihat secara serius kerana setakat ini Malaysia hanya mempunyai...
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas]: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya Yang Berhormat Pasir Mas bangun.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas]: Sedikit Yang Berhormat Temerloh, terima kasih. Bolehkah Yang Berhormat Temerloh bersetuju bahawa sekarang ini kita dilihat hubungan dua hala terutama perdagangan dengan negara-negara OIC ini kelihatan agak merudum disebabkan oleh kesungguhan kerajaan untuk mengadakan perjanjian-perjanjian dengan negara-negara yang lebih besar, mengetepikan hubungan dua hala terutama dalam perdagangan dengan negara-negara Islam.
Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh]: Ya Tuan Pengerusi, ini juga antara kebimbangan kita kerana apabila hubungan ataupun perjanjian yang dimeterai antara kuasa-kuasa besar ekonomi khususnya Amerika, ia sedikit sebanyak akan memberi satu tekanan dan juga kekangan kepada negaranegara membangun dan juga negara-negara Islam.
Ini antara kebimbangan yang telah kita suarakan sekian lama dan saya bersetuju dengan apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi. Untuk diberikan perhatian oleh pihak kerajaan supaya langkah-langkah itu dapat diambil tindakan secara berkesan. Setakat ini, saya sambung balik apa yang saya kemukakan sebentar tadi.
Setakat ini Malaysia Tuan Pengerusi, hanya mempunyai hubungan dengan Pakistan dan Turki sahaja. Jadi bagaimana hubungan dagang dengan negara-negara umat Islam yang lain khususnya di Timur Tengah. Ini untuk menambahkan lagi hubungan dagang antara Malaysia dengan negara-negara OIC yang lain.
Keadaan ini akan menyebabkan negara Malaysia dan juga negara umat Islam secara umumnya akan terus bergantung pada negara barat jika Malaysia tidak mempunyai hubungan yang erat dengan negaranegara OIC sendiri, negara-negara umat Islam yang lain untuk meningkatkan usaha dagang yang kita bincangkan tadi.
Tuan Pengerusi, yang kedua, saya ingin merujuk kepada Butiran 080100 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia.
Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi perhatian secara spesifik kepada perusahaan kecil dan sederhana dalam peruntukan Bajet 2016 yang lalu di mana kebanyakannya menerima tempias daripada kelembapan ekonomi dan juga kenaikan kos input produktiviti ini. Jadi dengan perhatian yang diberikan ini, sedikit sebanyak akan memberi kekuatan kepada PKS ini.
Saya juga difahamkan ramai PKS yang terjejas dan juga sukar untuk mendapatkan dana pemulihan daripada SME Corporation akibat daripada pengaliran wang perniagaan yang kurang baik. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan.
Keduanya, siapa pihak yang sebenarnya menawarkan skim dana pembiayaan PKS yang patuh syariat yang diumumkan dalam Bajet 2016 yang lalu. Berapakah kadar peratus keuntungan yang telah ditetapkan ke atas pembiayaan tersebut?
Saya harap supaya kadar peratus keuntungan dalam apa jua dana pembiayaan patuh syariat itu tidak membebankan pemohon pembiayaan terutamanya yang kita tahu sekarang ini dalam ekonomi yang tidak memberangsangkan.
Ketiga, saya juga meminta supaya pihak kementerian dan juga SME Corporation ini supaya dapat menyediakan pelan yang bersepadu untuk meningkatkan kapasiti PKS bersaing di peringkat antarabangsa. Terutamanya daripada aspek inovasi produk dan juga perkhidmatan serta pencapaian kualiti sebab ramai pihak bimbang dengan wujudnya AEC ataupun Asean Economic Community dengan izin. Kemungkinan juga dengan TPPA ini, maka ia akan terus menyisih PKS dalam persaingan global. Jadi perkara ini perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 100200. Hampir sama dan serupa dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kelana Jaya sebentar tadi berkait dengan sewaan bangunan baru di bawah Butiran 100000 yang mana saya difahamkan ibu pejabat MITI ini dipindahkan ke Menara MITI, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah di Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Apa yang saya ingin dapatkan penjelasan ialah apa maksud dan tujuan sebenar bangunan baru ini. Kalau itulah bangunannya, kenapa pihak MITI menyewa bangunan tersebut kerana setakat yang saya maklum, MITI adalah satu-satunya kementerian yang tidak beroperasi di Putrajaya. Kenapa begitu sedangkan kita telah memusatkan pentadbiran dan segala kementerian di Putrajaya. Jadi mohon penjelasan daripada pihak kementerian. - HARAKAHDAILY 24/11/2015
Ucapan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan ketika membahaskan Bajet 2016 untuk Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri (MITI) di Dewan Rakyat pada 23 November 2015. Sumber HD - 24-11-2015
Adakah pelajar MRSM terjejas kerana bajet kurang?
Posted on Sunday, November 22 @ 12:22:38 MYT by paktam
Oleh USTAZ IDRIS AHMAD
Saya hendak menyentuh berkenaan dengan B.22 Butiran 010700 – Kesejahteraan Rakyat. Jadi di sini dipaparkan berkenaan dengan program bantuan rumah sebanyak 23,217 buah rumah. Saya hendak mendapat penjelasan, berapa ramaikah bantuan untuk rumah di kawasan Parlimen Bukit Gantang pada tahun 2014?
Keduanya ialah berkenaan dengan hendak beri bantuan rumah rakyat ini, kebanyakan yang kita lihat ialah masalah rakyat ini memang tidak ada tanah. Memang tidak ada tanah.
Jadi apabila kita pergi jumpa Baitulmal, Baitulmal kata boleh beri tetapi tidak ada tanah.
Jadi kita harapkan supaya pihak PLB ini dapat memudahkan dengan hendak pastikan melalui proaktif daripada kerajaan negeri, untuk pastikan supaya menyediakan tanah, tapak rumah bagi diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan rumah. Kadang-kadang pihak kementerian boleh beri, sedangkan hendak bina rumahnya tidak boleh. Itu nombor satu.
Keduanya ialah B.22 Butiran 020500 – Pendidikan Awal Kanak-kanak. Berlakunya kekurangan yang amat mendadak, lebih kurang dekat RM13 juta kurang berbeza dengan tahun 2015.
Saya agak terkejut apabila yang dilaporkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong yang mengatakan bahawasanya pembantu elaun guru-guru di kalangan guru Kemas hanyalah RM400 sahaja.
Saya agak simpati kerana tidak sepatutnya berlaku. Ini bukan di bawah paras miskin, ini sudah sampai kepada tahap yang agak daif.
Kalau berlaku RM400 itu agak sedih, sepatutnya tidak berlaku begitu. Macam mana mereka hendak menumpukan kepada pendidikan awal, kelas kepada kanak-kanak. Lebih lagi pula tahun ini kurang sebanyak RM13 juta yang melibatkan untuk pendidikan awal kanak-kanak.
Begitu juga saya juga hendak menyentuh berkenaan dengan soal sejauh manakah kajian yang telah dibuat terhadap pelajar-pelajar yang keluar daripada pendidikan Kemas ini.
Ini kerana di sana ada sedikit kemusykilan ataupun tahap pencapaian aras di kalangan pencapaian kanak-kanak yang belajar di sini dilaporkan tidak berapa memberangsangkan.
Jadi, kita minta supaya ada satu kajian yang dibuat sama ada benar ataupun tidak.
Akhir sekali ialah berkenaan dengan B.22 Butiran 090000 – Majlis Amanah Rakyat (Mara). Ini juga berlaku sedikit kekurangan bajetnya.
Saya hendak tanya ialah, adakah kekurangan bajet ini satunya menjejaskan juga daripada segi soal bantuan untuk mereka yang hendak mengambil pinjaman Mara sama ada dalam bentuk pinjaman kecil.
Keduanya ialah berkenaan dengan pinjaman pelajaran dan yang ketiganya ialah berkenaan dengan kualiti makanan pelajar-pelajar di bawah MRSM.
Adakah dengan kekurangan bajet ini yang menyebabkan terjejasnya pelajar-pelajar kita belajar di sana?
Ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad semasa membahas Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dewan Rakyat pada 19 November 2015. Sumber DD - 22-11-2015
Undian Bajet 2016; Tindakan DAP Menyalahkan PAS Adalah ‘Bodoh’
Penganalisis politik bersetuju dengan pemimpin PAS, bahawa DAP bertindak tidak logik dalam menyalahkan PAS kerana kegagalan Pakatan Harapan untuk menyekat Bajet 2016 daripada diluluskan pada bacaan pertama di Dewan Rakyat awal minggu ini.
Mereka berkata, sebarang percubaan untuk menolak Bajet kerajaan hanya akan menjadi sia-sia tanpa kerjasama Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN).
DAP cuba untuk mengalihkan kebenaran dengan menyalahkan PAS dalam satu langkah yang mustahil ke melaksanakan.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Faizal Hazis berkata, pihak pembangkang telah kehilangan arah mengenal pasti musuh sebenar iaitu BN.
“Ini adalah kesan limpahan daripada persengketaan antara DAP dan PAS yang telah berlaku untuk jangka masa yang panjang, dan juga merupakan manifestasi bagaimana dibahagikan pembangkang berpecah belah.
“Bagi DAP untuk menyalahkan rakan kongsi pembangkang dalam kes ini adalah hanya (tindakan) kosong bodoh kerana ia adalah jelas tidak apa-apa boleh dilakukan jika mereka tidak boleh meyakinkan ahli Parlimen BN untuk menolak Bajet,”kata profesor bersekutu dengan Institut Pengajian Malaysia dan antarabangsa itu.
Ketua eksekutif untuk pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Wan Saiful Wan Jan berkata DAP perlu bertindak sebagai orang dewasa dan bukannya menyalahkan pihak lain.
“Tetapi DAP juga benar-benar perlu berkelakuan seperti orang dewasa, dan bukannya cuba untukmencari salah PAS hakikatnya bajet akan diluluskan melainkan jika (AP) Umno menolaknya,” katanya dipetik oleh sebuah akhbar ‘online’
PAS menegaskan cubaan menolak bajet hanyalah sesuatu yangbsia-sia kerana jumlah ahli parlimen pembangkang yang tidak mencukupi.
“DAP, Lim Guan Eng membuat kenyataan peribadi dengan menyerang PAS, menyalahkan PAS untuk segala-galanya.
“Secara logiknya, bagaimana pembangkan akan berjaya dalam menyekat bajet tanpa Umno-BN? kamu masih tidak mempunyai angka yang cukup, jadi jangan cuba dan menyalahkan kami, “kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik Malay Mail.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata,
serangan terbaru DAP menunjukkan bahawa parti sekular itu bersedia untuk menggunakan “helah politik murahan” untuk menjatuhkan lawan mereka.
“Rakyat Malaysia tidak boleh bergantung kepada parti jenis ini untuk memerintah Malaysia. Saya yakin pengundi akan mengajar DAP pada pilihan raya umum akan datang kerana mereka telah menjadi sombong, “kata Ahli Parlimen Kuala Nerus kepada Malay Mail Online.
Ketua Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, DAP sepatutnya lebih matang dan menghormati keputusan PAS untuk tidak mengundi terhadap Bajet 2016.
“DAP tidak mempunyai hubungan dengan PAS lagi. Jadi DAP tidak mempunyai hak untuk menyalahkan PAS kerana PAS mempunyai pendirian sendiri mengenai perkara-perkara tertentu, “katanya.
Sumber BO - 20-11-2015
Cukai berdasar pendapatan bukan perbelanjaan
DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .
BAJET 2016 mengunjuran kutipan GST ialah sebanyak RM39 bilion pada 2016 iaitu pertambahan sebanyak RM12 bilion berbanding pada 2015.
Malangnya sistem percukaian yang tidak patuh syariah ini dianggap sebagai penyelamat kepada negara daripada berhadapan dengan peningkatan defisit sehingga 4.8% jika masih diteruskan dengan SST. Ungkapan “Nasib baik ada GST!” oleh YAB Perdana Menteri adalah amat tidak wajar untuk disebut oleh orang-orang yang beriman.
Pada hemat saya, cukai tidak patut syariah ini menjadi asbab Allah SWT menarik pendapatan halal yang diperoleh oleh Kerajaan sebelum ini menerusi dividen PETRONAS dan hasil cukai petroleum.
Pada 2015, dividen PETRONAS dan hasil cukai petroleum kepada negara berjumlah RM44 bilion tetapi pada 2016, ia dianggarkan hanya berjumlah RM31.7 bilion atau penyusutan pendapatan kerajaan lebih RM30 bilion akibat penurunan harga minyak mentah dunia.
Suka untuk saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi bahawa pendirian PAS adalah tidak bersetuju serta menolak pelaksanaan GST ini disebabkan sistem cukai ini sendiri; bukannya semata-mata faktor kesesuaian masa dan keadaan.
Sistem percukaian menurut Islam mestilah menepati konsep zakat yang dikutip berdasarkan pendapatan (income); bukannya perbelanjaan (expenditure). Islam juga melarang cukai dikutip daripada perbelanjaan.
Dengan kutipan berdasarkan pendapatan, barulah dapat dibezakan diantara golongan yang mempunyai lebihan pendapatan yang boleh dicukai dengan golongan yang tidak mempunyai lebihan pendapatan atau langsung tidak mempunyai pendapatan. Perbezaan ini tidak dapat ditentukan jika cukai dikutip daripada perbelanjaan.
Hujah kononnya GST bagus kerana dapat mendidik orang miskin supaya berbelanja sedikit juga adalah mengarut kerana (i) orang miskin juga layak berbelanja untuk memenuhi semua keperluan (basic needs) dirinya serta tanggungannya dan (ii) Islam menegah cukai dikutip daripada orang miskin walaupun hanya sedikit. Inilah keindahan dan keadilan syariat Islam.
Pelaksanaan polisi ekonomi tidak patuh syariah hanya akan membawa kepada kemusnahan ekonomi kerana adalah mustahil Allah memberkati sesuatu yang ditegah oleh-Nya. – HARAKAHDAILY 19/11/2015 Sumber HD - 19-11-2015
VEP: Bayaran apakah ini?
USTAZ IDRIS AHMAD | .
Pertama: Mengenai Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin Yang diperkenal sejak 2003.
Pada tahun 2015 kerajaan memperuntukkan RM200 juta, sedangkan tahun 2016 kerajaan peruntukkan RM10 juta, bererti kurang sebanyak RM190 juta untuk tahun ini sedangkan penerima BR1M meningkat setiap tahun.
Kenapa berlaku kekurangan yang begitu ketara?
Kedua: Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam
Pada tahun 2015 hanya RM10 juta, sedangkan tahun 2016 sebanyak RM100 juta.
Tujuan ditubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam mempunyai 3 tujuan:
1. Meningkatkan mutu perkhidmatan bas terutama dari aspek liputan dan kekerapan perkhidmatan.
2. Menambah baik sistem integrasi pengangkutan awam antaranya bas, LRT, monorel dan komuter.
3. Memperluaskan jaringan sistem monorel atau LRT.
Persoalannya, apakah peningkatan peruntukan kepada Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam dapat atasi masalah kesesakan jalan raya.
Saya mencadangkan supaya bas atau pengangkutan bas atau van yang kerap antara taman perumahan dan stesen LRT dan komuter.
Kalau tidak selesai masalah ini, tidak ada makna.
Pada 2 Disember 2015, tambang Komuter naik 4 sen satu kilometer dengan maksimum RM7.10 pada laluan Tanjung Malim ke Sg Gadut, Negeri Sembilan dan Bt Caves ke Pelabuhan Klang.
Kenapa berlaku kenaikan ini?
Ketiga: Vehicle Entry Permit (VEP)
Tahun 2016 ini diperuntukkan RM50 juta sedangkan tahun lepas tidak ada. Pertanyaan saya, bayaran apakah VEP ini? - HARAKAHDAILY 18/11/2015
Petikan perbahasan Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa (Kementerian Kewangan) oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad pada 18 November 2015. Sumber HD - 18-11-2015
Empat pelajaran daripada Bajet 2016
SYAHIR SULAIMAN | .
“JIKALAU sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)
Bajet yang sukar.
Bajet 2016 adalah sangat rumit untuk Malaysia. Ia dirangka dalam keadaan yang sangat mencabar, dilatari ketidaktentuan ekonomi global serta kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit, di samping kesempitan defisit dan hutang kerajaan yang memuncak, demi memenuhi agenda mensejahtera kehidupan rakyat.
Mengikuti perbincangan dan perdebatan Bajet 2016 mengajar kita beberapa pelajaran, antaranya:
Pelajaran Pertama: Matematik
Matlamat utama perbelanjaan kerajaan adalah untuk memberi nilai tambah (value-added) dan impak berganda (multiplier-effect) dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara, supaya kek ekonomi terus berkembang untuk dinikmati oleh segenap lapisan rakyat dengan seadilnya.
Formula nilai tambah ini dapat dihasilkan melalui empat kaedah. Pertama, pertambahan melalui penambahan, antaranya dengan meningkatkan mutu modal insan dengan peningkatan kualiti pendidikan dan kesihatan rakyat.
Kedua, pertambahan melalui penolakan, antaranya dengan menghentikan segala bentuk pembaziran, rasuah dan ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan, sebagaimana yang kerap dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dan SPRM.
Ketiga, pertambahan melalui penggandaan, antaranya dengan melipatgandakan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta budaya inovasi dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan untuk menjadikan Malaysia mampu bersaing di tahap yang lebih tinggi di peringkat global.
Keempat, pertambahan melalui pembahagian, antaranya dengan memastikan agihan kekayaan negara tidak hanya dimonopoli oleh golongan T20, tetapi turut diagih secara adil kepada golongan M40 dan B40 mengikut keperluan semasa.
Formula menambah-nilai ini adalah elemen utama dalam prinsip keberkatan, yang ditakrifkan sebagai ziyadatul-khayr (bertambah-tambah kebaikan), yang merupakan kunci utama kesejahteraan hidup rakyat dalam sesebuah negara yang adil dan berkebajikan.
Pelajaran Kedua: Pengurusan Kewangan
Bajet adalah satu pilihan sama ada mahu berbelanja atau berjimat daripada setiap ringgit yang diperoleh. Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira sama ada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan atau seorang bapa yang mengetuai sebuah keluarga, iaitu “Berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan, bukan mengikut kemahuan”.
Namun, apa yang yang dikesali, kerajaan masih berpegang kepada prinsip belanjawan yang ‘membelanjakan RM120 daripada setiap RM100 yang diperoleh’, mengakibatkan Malaysia terus terperangkap di dalam kitaran defisit dan hutang yang sama, sejak tahun 1998.
Inilah pengajaran yang dapat diambil daripada jawapan Nabi Yusof a.s. kepada mimpi Raja Mesir, “..Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa.. biarkanlah sedikit di tangkai kecuali untuk dimakan.. selepas itu adakan datang tujuh tahun kemarau.. tiadalah makanan kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan..” (Yusuf: 47–49).
Pelajaran Ketiga: Geografi
Malaysia adalah sebuah bumi yang bertuah, dilimpahi dengan sumber alam dan kesuburan tanah, kaya dengan hasil petroleum, sawit dan getah, di samping keunikan biodiversitinya yang wajar diurus secara mampan agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Kekayaan hasil bumi ini perlu diagih secara adil dan seimbang di antara bandar dan luar bandar, serta dibahagi kepada negeri-negeri agar nikmat pembangunan dapat dikecapi bersama. Tidaklah wajar Kelantan terus dipinggirkan, sebagaimana nasib yang sama turut menimpa Sabah dan Sarawak yang masih ketinggalan dalam arus pembangunan dan pemodenan.
Di peringkat global, dengan kedudukan yang sangat strategik di pertengahan laluan dagangan timur dan barat, ia menjadikan negara kecil ini mempunyai peranan besar dalam pentas geo-politik antarabangsa dan serantau, khususnya di peringkat ASEAN, OIC, dan NAM, serta yang terkini, perdebatan sama ada Malaysia wajar menyertai pakatan 12 negara di dalam perjanjian TPPA yang bakal dimeterai tahun hadapan ataupun sebaliknya.
Pelajaran Keempat: Akhlak
Di sebalik angka berbilion ini, Bajet 2016 memperlihatkan tiada mekanisma baru diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan tahap integriti, disiplin fiskal dan langkah penjimatan, malah masih terdedah kepada elemen salah urustadbir yang sering dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, di samping kecenderungan untuk memohon bajet tambahan setiap tahun.
Inilah satu pelajaran yang ditinggalkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mentadbir Kerajaan Negeri Kelantan berteraskan agenda ‘Membangun Bersama Islam’, berpaksikan kepada prinsip ‘Ubudiah, Mas’uliah dan Itqan (U.M.I). ‘Ubudiah merujuk kepada penyerahan diri manusia sebagai hamba Allah SWT, Mas’uliah pula berkait rapat dengan kebertanggungjawaban dalam melaksanakan amanah selaras dengan tuntutan syariat, manakala Itqan merujuk kepada etika kerja berkualiti tinggi.
Besarlah harapan agar Malaysia dilimpahi dengan ekonomi yang memberi kehidupan dan politik yang mewujudkan keamanan, dalam keadaan tunduk dan patuh kepada Allah SWT. – HARAKAHDAILY 17/11/2015
Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM Sumber HD - 17-11-2015
Bajet 2016: Saya Undi Bagi Pihak Pengundi Saya- Khalid Posted on Tuesday, November 17 @ 18:44:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan bahawa beliau telah mengkhianati pengundinya apabila mengundi untuk Bajet 2016. Khalid berkata, mengundi Bajet yang telah pun diluluskan di peringkat dasar pada malam Isnin adalah perkara yang betul untuk dilakukan.
"Kawasan saya (Bandar Tun Razak) mengundi saya untuk melakukan perkara yang betul jadi saya melakukan perkara yang betul, dari perspektif saya.
"Saya boleh jumpa penduduk di kawasan saya dan memberitahu mereka bahawa ini adalah apa yang saya rasakan betul.
"Saya tidak melakukan sesuatu bagi pihak orang lain. Saya melakukan sesuatu bagi pihak mereka (pengundi)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Selasa.
Khalid dipecat daripada PKR pada tahun lepas dan kini menjadi ahli Parlimen bebas di Dewan Rakyat.
Beliau berpendapat terdapat terdapat banyak langkah pembangunan yang akan dilakukan oleh kerajaan dalam Bajet itu, sambil menambah beliau merasakan bahawa perubahan kecil perlu dibuat untuk mengukuhkannya.
Dalam ucapan bajet beliau, ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata terdapat keperluan untuk mengkaji semula amalan penswastaan sebelum ini untuk membetulkan masalah yang dihadapi oleh rakyat kerana syarikat konsesi memperoleh keuntungan besar.
"Oleh itu, sebagai seorang ahli Parlimen, saya tidak melihat keperluan untuk menentang Bajet itu," katanya. - Mstar
Sumber TKO - 17-11-2015 Terima kasih kerana tolak Bajet 2016
Posted on Tuesday, November 17 @ 16:09:30 MYT by paklang
Oleh Bersih 2.0 Tiga ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Nik Mazian Nik Mohamed (Pasir Puteh) dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) mengundi menolak Bajet 2016, bersama 71 lagi ahli Parlimen daripada PKR, DAP dan Amanah.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada 74 orang wakil rakyat ini yang menyatakan pendirian mereka dengan tegas untuk bukan sahaja menolak bajet yang membebankan rakyat, malah menyatakan pendirian tidak percaya mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bersih 2.0 bagaimanapun kesal dan kecewa dengan pendirian dan sokongan 128 Ahli-ahli Parlimen yang melalui sokongan mereka terhadap Belanjawan 2016, menyatakan sikap tidak ada terhadap permasalahan akauntabiliti dan korupsi yang melibatkan perdana menteri.
128 orang ini termasuklah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang kedua-duanya begitu lantang mengkritik perdana menteri akhir-akhir ini.
Sikap dan pendirian mereka menjadi petunjuk sokongan terhadap kepimpinan perdana menteri meskipun selama beberapa bulan akhir-akhir ini berhadapan begitu banyak skandal kewangan, termasuk dakwaan aliran tunai terkait syarikat bermasalah 1MDB ke akaun peribadinya yang turut menjadi tajuk utama laporan akhbar antarabangsa.
Walaupun Bajet 2016 diterima, namun kami masih berharap supaya usul undi tidak percaya yang dikemukakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dapat dibahaskan dalam sidang kali ini.
Bersih 2.0 justeru menyeru dan berharap supaya semua ahli-ahli Parlimen akan menyokong usul tersebut.
Dikeluarkan jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada:
Pengerusi: Maria Chin Abdullah
Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan
Bendahari: Masjaliza Hamzah
Wakil Kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim Yusof, Farhana Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew
Naib Pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad Awang Ali (Sarawak), Abd Halim Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Datuk Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).
Posted on Tuesday, November 17 @ 08:33:54 MYT by paktam
OLEH MD IZWAN
Putrajaya hari ini berjaya meluluskan bacaan pertama Bajet 2016 apabila mendapat undi majoriti menerusi pengundian belah bahagi (blok) yang dijalankan di Dewan Rakyat.Sebanyak 128 ahli Parlimen menyokong Bajet 2016 untuk dibacakan buat kali ke-2, sementara 74 menentang, sekali gus menggagalkan usaha pembangkang untuk melakukan undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Yang bersetuju supaya rang undang-undang ini dibaca kali ke-2 adalah sebanyak 128 orang, dan bagi yang tidak bersetuju adalah 74 orang.
"Dengan keputusan ini, saya umumkan rang undang-undang ini dibaca untuk buat kali ke-2," umum Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas selesai pengundian.
Ahli Parlimen pembangkang terdiri daripada 88 orang, namun PAS sebelum ini sudah membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu.
Untuk pembangkang berjaya bagi menolak bajet itu, mereka perlu mempunyai sekurang kurangnya 112 undi daripada 222 ahli Parlimen.
Barisan Nasional (BN) memiliki 134 ahli Parlimen di Dewan Rakyat, bagaimanapun keputusan pengundian menunjukkan mereka kurang 6 ahli tidak mengundi.
Sesi pengundian hari ini merupakan ujian pertama kepada gabungan pembangkang baharu, Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan baharu pembangkang yang dibentuk tanpa kerjasama dengan PAS, susulan tindakan sekumpulan pemimpinnya menyertai parti baharu, Parti Amanah Negara (Amanah) dan bersama dalam gabungan itu.
Bajet kali ini dilihat penting pada ketika Najib berdepan dengan kemelut syarikat pelaburan dinaunginya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal derma RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Pembangkang sebelum ini beberapa kali membawa usul undi tidak percaya kepada Najib, bagaimanapun ditolak Pandikar.
Pandikar bagaimanapun berkata mereka yang tidak bersetuju dengan Najib boleh mengundi semasa pengundian bajet kerana sekiranya gagal diluluskan ia menunjukkan perdana menteri tidak lagi diberi kepercayaan.
Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan wujud usaha untuk mengumpulkan ahli Parlimen BN untuk tidak menyokong bajet dibentang Najib.
Pembangkang gagal tolak Bajet 2016 Posted on Tuesday, November 17 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR : Usaha ahli parlimen pembangkang untuk menolak Rang Undang-Undang Pembekalan 2016 untuk bacaan kali kedua ditolak di Parlimen.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan, seramai 128 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong rang undang-undang berkenaan dan 74 tidak bersetuju selepas undian dibuat.
Pandikar Amin berkata, rang undang-undang itu akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan pada Selasa jam 10 pagi.
Sebelum ini pembangkang menyatakan niat untuk menolak Rang Undang-Undang tersebut sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Pas mengambil sikap berkecuali dalam undian itu namun tiga Ahli Parlimen bertindak menyertai ahli parlimen pembangkang lain membantah rang undang-undang itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan bahawa beliau dan dua Ahli Parlimen Pas yang lain mengundi untuk tidak bersetuju.
Katanya, dua yang lain adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad.
“Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat. Saya taknak bajet yang membebankan rakyat,” katanya.
Beliau turut diminta mengulas mengenai adakah tindakannya itu akan menyebabkannya dikenakan tindakan disiplin oleh Pas.
“Saya tak risau pasal saya tidak berbeza dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya bajet ini sangat tidak memberi kebaikan sepenuhnya kepada masyarakat dan rakyat negara kita,” jelasnya. - FMT
Sumber TKO - 17-11-2015
Pas usul tiga cadangan kemaskini Bajet 2016 Posted on Monday, November 16 @ 15:54:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Pas mengusulkan tiga cadangan kepada kerajaan yang boleh digunakan pakai bagi mengemaskini Bajet 2016 dengan tujuan mengelak daripada berlakunya pelanggaran prinsip-prinsip syariat dalam Islam.
Menerusi kenyataan pada Isnin, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, cadangan-cadangan itu adalah penyelesaian kepada tiga masalah utama yang dikemukakan menerusi pengumuman bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan lepas.
“Pertama, kerajaan perlu menyelesaikan masalah kejatuhan harga petroleum dan kesilapan kerajaan Malaysia bergantung kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai sumber alternatif pendapatan negara.
“Ia termasuk cukai di atas simpanan syarikat dan korporat serta cukai perdagangan saham di bursa Malaysia,” katanya.
Abdul Hadi memberitahu, langkah kedua pula adalah bertindak menyelesaikan masalah kejatuhan matawang Ringgit dan menilai kesan kejatuhan itu kepada negara dan rakyat.
Kerajaan juga katanya, perlu melihat semula penggantian import untuk tempoh terhad dan meneliti semula kontrak-kontrak kerajaan.
Jelas Abdul Hadi lagi, langkah ketiga yang tidak boleh dipandang remeh adalah penyelesaian kepada masalah kenaikan kos hidup rakyat yang harus dilihat secara khusus terutama dalam kemelut pemilikan rumah.
Katanya, langkah berkenaan perlu dititik beratkan kerana ia dihadapi oleh sebahagian besar masyarakat pada masa ini.
Sumber TKO - 16-11-2015
Bajet Menyusahkan Rakyat, Menyenangkan Kerajaan
PAS telah meneliti Bajet 2016 seperti yang telah dibentang oleh YAB Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015 baru-baru ini. Berikutan dengan itu, sebuah jawatankuasa terdiri dari kalangan pakar yang mempunyai kepelbagaian latar belakang telah dibentuk oleh Lajnah Ekonomi dan Pengurusan Harta PAS serta Pusat Penyelidikan PAS (PPP) untuk meneliti kandungan bajet tersebut.
Penelitian PAS terhadap bajet tersebut adalah dengan objektif paling utama, iaitu untuk memastikan agar perancangan dalam bajet tersebut tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam seterusnya kepentingan rakyat diberi keutamaan dalam kesemua aspek.
PAS juga meletakkan objektif penelitian bajet tersebut dengan hasrat agar dapat memberi cadangan dan penambahbaikan yang difikirkan perlu, khasnya dalam konteks membawa kesejahteraan serta mengurangkan bebanan rakyat.
Ke arah mencapai hasrat tersebut, PAS telah menyediakan sebuah dokumen bagi menjelaskan cadangan-cadangan PAS secara lebih spesifik berteraskan kepada prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam. Dokumen ini akan diserahkan kepada Kerajaan Malaysia dalam tempoh terdekat dan akan disebarkan kepada umum selepas itu.
PAS berharap agar pihak kerajaan dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada cadangan-cadangan ini, serta memberi pertimbangan secara professional demi kepentingan negara dan rakyat.
Kenyataan Media ini bertujuan memberi makluman awal, secara ringkas kepada pihak media berkaitan maklumbalas PAS terhadap bajet 2016.
PRINSIP-PRINSIP ISLAM BERKAITAN BELANJAWAN NEGARA
Dalam menguruskan ekonomi termasuk berkaitan belanjawan oleh sesebuah pemerintah, PAS ingin menegaskan beberapa prinsip-prinsip penting yang dilihat tidak dijadikan panduan di dalam menyediakan belanjawan negara kali ini:
1. Harta negara tidak boleh berlegar dalam kalangan golongan kaya sahaja
Prinsip ini jelas dinaskan di dalam al-Quran al-Karim pada ayat 7 surah al-Hasyr yang bermaksud:
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
2. Cukai diambil daripada lebihan golongan kaya untuk diagihkan kepada golongan miskin
Prinsip ini adalah berdalilkan kepada sabda Rasulullah SAW kepada Muaz Bin Jabal r.a. ketika baginda menghantarnya sebagai Gabenor di Yaman. Sabda Baginda SAW:
Beritahulah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah telah mewajibkan mereka membayar zakat (cukai Islam) pada harta-harta mereka, ia diambil daripada golongan kaya mereka untuk diagihkan kepada golongan miskin mereka. (Riwayat al-Bukhari).
3. Golongan fakir dan miskin adalah dua sasaran utama sistem ekonomi islam
Prinsip ini adalah berdalilkan ayat al-Quran surah al-Taubah ayat 60 di samping hadith di atas.
MAKLUMBALAS PAS SECARA UMUM TERHADAP BAJET 2016
Secara keseluruhannya PAS melihat kandungan Bajet 2016 ini merangkumi kesemua elemen penting bagi pembangunan negara. PAS memperakui terdapat beberapa elemen bajet yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Walau bagaimanapun, PAS melihat terdapat ketidakpatuhan kepada Prinsip Syariat Islam yang agak ketara terutamanya dalam pelaksanaan GST yang telah mengenakan cukai kepada golongan faqir dan miskin, justeru bajet ini dilihat sebagai “bajet menyenangkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat”.
PAS juga mendapati wujud sekurang-kurangnya dua aspek besar pengurusan ekonomi negara yang sebenarnya boleh ditangani secara lebih berkesan, iaitu aspek Kejatuhan Nilai Ringgit, dan aspek Kos Sara Hidup Rakyat.
RINGKASAN CADANGAN-CADANGAN BALAS PAS TERHADAP BAJET 2016
Bagi tujuan mengelakkan perlanggaran prinsip-prinsip syariat Islam di dalam Bajet 2016, PAS sebagai sebuah parti Islam yang bertanggungjawab, mengusulkan cadangan-cadangan penyelesaian kepada tiga masalah utama yang dikemukakan oleh Bajet 2016 seperti berikut:
1. Penyelesaian kepada masalah kejatuhan harga petroleum dan kesilapan Kerajaan Malaysia bergantung kepada GST sebagai sumber alternatif pendapatan negara.
Cukai Atas Simpanan Syarikat dan Korporat (Tax on Saving)
Cukai Perdagangan Saham Di Bursa Saham Malaysia (Tax On Share Trading)
2. Penyelesaian kepada masalah kejatuhan matawang ringgit dan kesannya kepada perbelanjaaan negara dan rakyat.
Penggantian Import (Import Substitution) untuk Tempoh Terhad
Penelitian Semula Kontrak Kerajaan (Value Enginering)
3. Penyelesaian kepada masalah kenaikan kos hidup rakyat, iaitu secara lebih khusus kemelut berkaitan pemilikan rumah yang dihadapi oleh sebahagian besar masyarakat.
Pemberian Elaun Kos Sara Hidup (COLA) oleh Majikan Swasta
Projek ‘Mampu Memiliki Rumah’ (Affordable Home Ownership)
Butiran lebih terperinci pelaksanaan cadangan-cadangan ini terdapat dalam dokumen yang akan diserahkan kepada Kerajaan Malaysia dan diumumkan kemudiannya kepada rakyat.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Sumber BO - 16-11-2015
Pengangkutan awam: Masalah atau penyelesaian?
Posted on Sunday, November 15 @ 22:55:24 MYT by tokdalang
Oleh LIEW CHIN TONG
\
APABILA Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan baru-baru ini menasihati pengguna jalan raya untuk ‘bangun lebih awal dan elakkan jalan bertol’ nyatalah, beliau benar-benar tidak memahami rungutan rakyat.
Adakah beliau wajar meletakkan kesalahan di bahu rakyat tetapi tidak mahu mengakui kegagalan kerajaan dalam membuat perancangan yang cekap untuk sektor pengangkutan awam.
Tak ubah seperti cerita rakyat di Perancis tentang seorang permaisuri yang tidak faham akan kesusahan rakyatnya. Semasa dalam era kekurangan bekalan makanan, rakyat memberontak dan merungut kerana tidak ada roti untuk dimakan, dan permaisuri itu membalas rungutan mereka dengan berkata: “Jika tidak ada roti, makanlah kek.”
Kenyataan tidak masuk akal itu kemudian menyebabkan revolusi anti-monarki yang menyaksikan kebangkitan rakyat besar-besaran melawan kelas aristokratik yang mementingkan diri dan tidak mengerti kesusahan rakyat biasa.
Hari ini, cerita rakyat dalam versi moden itu nampaknya berlaku di Malaysia. Kenyataan tak berhati perut dari Ahli Parlimen Kota Belud menunjukkan betapa kurangnya rasa peduli terhadap beban kewangan yang dihadapi rakyat biasa.
Dengan kejatuhan ekonomi, nilai ringgit yang susut dan kadar inflasi yang semakin tinggi, rakyat terpaksa menjalani hidup yang serba susah.
Malah, kerajaan mengumumkan kadar tol di 18 lebuh raya di sekitar Lembah Klang naik antara 10 sen hingga RM3 atas alasan kerajaan harus mengikut persetujuan konsesi dengan syarikat tol.
Pengumuman itu menyebabkan keributan reaksi pengguna jalan raya yang merungut bahawa mereka terpaksa menanggung kenaikan tol sedangkan tiada usaha memperbaiki situasi kesesakan lalu lintas di semua jalan sekitar Kuala Lumpur.
Sementara keengganan kerajaan untuk masuk campur pula membolehkan syarikat konsesi mengaut keuntungan walaupun kos pembinaan lebuhraya sudah lama langsai.
Kenapa bayar lebih?
Soalan yang ditanya oleh semua orang ialah: ‘Kenapa kami perlu bayar lebih sedangkan tidak ada penambahbaikan?’
Kesesakan lalu lintas di lebuh raya Lembah Klang berlaku setiap masa dan ia bertambah parah pada waktu puncak ataupun ketika banjir kilat.
Berbeza dengan fikiran Ahli Parlimen Kota Belud, kebanyakan pengguna tiada pilihan selain menggunakan lebuh raya kerana tidak ada langsung laluan alternatif. Dan, kalaupun ada laluan lain, itu tidak menjanjikan pengguna tidak berhadapan kesesakan.
Ketika pengguna jalan raya menangisi nasib mereka, beliau dengan mudah melepaskan tanggungjawab dan menyebut ia sebagai ‘pilihan yang memerlukan pengorbanan’.
Ya, memang ia sebuah pilihan.
Bagi kerajaan, ia sebuah pilihan antara memberi subsidi pengangkutan awam atau membina lebih banyak lebuh raya – antara memotong peruntukan hal yang tidak memberi keuntungan besar atau melebihkan peruntukan untuk sektor lebih ‘penting’ seperti peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang melonjak sebaliknya mengurangkan peruntukan sektor pendidikan dan pengangkutan.
Bagi pengguna pula, ia sebuah pilihan antara membayar tol atau pulang awal ke rumah untuk makan malam bersama keluarga atau tiba tepat di rumah jagaan untuk mengambil anak atau pulang lewat dan makan malam di pejabat atau berpindah ke tempat lebih dekat untuk mengurangkan masa perjalanan yang mungkin mencecah dua jam atau menggunakan pengangkutan awam.
Bagaimanapun, pilihan untuk menggunakan pengangkutan awam juga tidak relevan memandangkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga mengumumkan kenaikan kadar tambang untuk perkhidmatan KTMB Komuter.
Dengan kadar baru itu, pengguna yang mahu mengelak membayar tol juga tiada pilihan lain. Kenaikan kadar tambang KTMB sebanyak 36 peratus itu pasti menambahkan beban pengguna komuter. Untuk perjalanan dari stesen Mid Valley ke KL Sentral (satu stesen dengan jarak 6.2 kilometer) menelan kos RM1.50 berbanding RM1 sebelumnya.
Rakyat tanggung kerugian KTMB?
Pengarah KTMB, Sarbini Tijan ada menyatakan Putrajaya tidak meluluskan jumlah penuh subsidi yang dimohon dan kenaikan kadar tambang menjadi jalan terakhir untuk menampung kerugian.
Mengikut Sarbini, syarikat pengangkutan itu juga terkesan dengan kejatuhan ringgit memandangkan alat ganti dibeli melalui transaksi dolar Amerika.
Dalam situasi ekonomi negara yang merudum, peningkatan kos pengangkutan tidak harus diletakkan di bahu pengguna. Kerajaan patut menyediakan khidmat pengangkutan awam yang lebih baik dan mampu untuk membantu rakyat biasa menghadapi beban inflasi akibat situasi ekonomi tidak menentu.
Tanggungjawab sosial kerajaan dalam memastikan kesediaan khidmat pengangkutan awam yang mencukupi untuk rakyat harus ditanggung oleh kerajaan, dan rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan kerugian yang dialami KTMB.
Kerajaan mesti memberi lebih banyak peruntukan untuk perkhidmatan awam seperti yang diperuntuk untuk sektor kesihatan dan pendidikan. Inilah keperluan awam yang asas yang diperlukan rakyat untuk menjalani kehidupan lebih baik.
Kos kereta dan pengangkutan awam yang semakin tinggi menyebabkan rakyat terpaksa memilih menggunakan motorsikal dan ia mendorong kadar kematian jalan raya yang lebih tinggi.
Setiap kali harga minyak naik, kadar kematian penunggang motorsikal meningkat kerana rakyat dari kalangan berpendapatan rendah terpaksa beralih daripada menggunakan kereta kepada motorsikal.
Inilah masa terbaik untuk mengurangkan kadar tambang pengangkutan awam sebagai cara menggalakkan rakyat bertukar daripada mod pengangkutan persendirian kepada bas dan kereta api.
Namun, tanpa visi ke arah khidmat pengangkutan yang komprehensif dan lestari, kita akan terperangkap dengan lebih banyak lebuh raya mahal dan lebih banyak tol yang perlu dibayar.
Malah, masalah kesesakan lalu lintas dan keperluan terhadap pengangkutan awam tidak akan selesai-selesai.
* Liew Chin Tong ialag Ahli Parlimen Kluang Sumber DD - 16-11-2015
Kisah dongeng tentang ‘Government Shutdown’
Posted on Sunday, November 15 @ 22:49:59 MYT by tokdalang
Oleh Ahmad Anwar Asyraf PANDANGAN kononnya undi tidak percaya atau penolakan terhadap Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat hanya menyusahkan rakyat, adalah kisah dongeng yang bertebaran kebelakangan ini.
Timbul juga kisah dongeng lain, kononnya ia akan mengakibatkan ‘Government Shutdown’ sehingga boleh mengganggu urusan harian rakyat termasuk gaji penjawat awam tidak boleh dibayar.
Dongeng seterusnya, jika Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 ditolak, kononnya bermaksud menolak atau membantah kenaikan gaji penjawat awam dan pencen pesara kerajaan, bonus, kenaikan had gaji minimum dan beberapa lagi manfaat dalam bajet itu.
Secara peribadi terkejut dengan kisah dongeng itu. Lebih terkejut apabila ia dilontar oleh seorang timbalan presiden sebuah parti politik yang memerintah sebuah negeri selama lebih 20 tahun.
Mengapa terkejut? Pastilah, kerana seorang timbalan presiden sebuah parti politik tidak memahami proses perjalanan demokrasi berparlimen sehingga melontar pandangan yang mengelirukan rakyat.
Sedangkan, dalam Demokrasi Berparlimen ala Sistem Westminster, jika Dewan Rakyat hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri sama ada melalui undi tidak percaya ataupun gagal meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan, beliau perlu sama ada meletak jawatan atau memohon kepada Yang Di-pertuan Agong untuk dibubar Parlimen.
Jika Yang Di-pertuan Agong menolak pembubaran Parlimen, Kabinet harus meletak jawatan dan Yang Di-Pertuan Agong akan melantik seorang Perdana Menteri baharu.
Andai situasi itu berlaku dan Najib memilih meletak jawatan, Kabinet baharu perlu mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 sekali lagi.
Jika berlaku pilihan raya umum ekoran Bajet 2016 ditolak, timbalan presiden itu patut belajar daripada bekas ketua penerangan partinya yang mengulas mengenai situasi Rang Undang-Undang Perbekalan 2000.
Justeru, menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bukan bererti hari kiamat bagi Malaysia.
Ia tidak akan mengakibatkan ‘Government Shutdown’.
Penjawat awam tidak perlu dicutikan atau tidak dibayar gaji. Ia tidak juga bermaksud menolak manfaat kepada rakyat yang disediakan di dalam dokumen itu.
Menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bererti memberi sedikit nafas baru kepada Malaysia. Jikalau Najib memilih untuk tidak meletak jawatan sekalipun, Yang Di-Pertuan Agong harus bubarkan Parlimen.
Mandat akan dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan pemerintah selepas itu.
Menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 adalah jalan yang boleh diambil memandangkan kebarangkalian yang sangat tipis untuk usul undi tidak percaya dibahas dan pengundian dibuat.
Usul undi tidak percaya tidak mungkin dapat mengatasi Urusan Mesyuarat Kerajaan dalam keadaan Parlimen yang bias dan tidak mempunyai peraturan spesifik untuk memastikan usul sedemikian dibahas.
Bagaimana timbalan presiden dan partinya boleh memilih untuk menyokong undi tidak percaya dalam keadaan yang mustahil ia boleh dilakukan tetapi bukan menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016?
Oh terlupa, timbalan presiden dan seluruh jemaah tartinya sekarang sedang bersiap-siap untuk menjadi penasihat kepada Barisan Nasional (BN).
Mungkin antara tugasan penasihat ‘Kassim Patalon’ itu ialah untuk menjadi agen memperbodoh rakyat hingga terlupa tanggungjawab moral untuk memberi pencerahan politik kepada rakyat khususnya orang Melayu.
Persoalannya, adakah timbalan presiden itu lebih senang untuk memilih membiarkan rakyat menanggung kesengsaraan akibat pemerintahan yang lemah dan tidak diurus tadbir dengan baik ketika ini? http://www.roketkini.com
* Ahmad Anwar Asyraf ialah Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Johor
KUALA LUMPUR: Pada masa sekarang, pergantungan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada kerajaan adalah pada kadar 85-90 peratus.
Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, sasaran kerajaan adalah menurunkan pergantungan IPTA kepada kerajaan sehingga 70% sahaja menjelang 2020.
"Maka, kita boleh menjangkakan bahawa pemotongan bajet IPTA akan berterusan pada tahun-tahun hadapan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah
.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berjanji akan meningkatkan dana IPTA pada masa akan datang sekiranya institusi IPTA mampu menghasilkan kebolehpasaran yang tinggi di kalangan graduan mereka.
Kenyataan beliau seolah-olah mengatakan IPTA sekarang tidak memenuhi KPI yang ditetapkan.
Pada hakikatnya Universiti Malaya mengalami pemotongan bajet terbesar iaitu 27.3% dalam bajet 2016.
Adakah UM telah gagal menunjukkan kebolehpasaran yang tinggi? Adakah kerajaan mempertikaikan UM sebagai universiti terulung di Malaysia? Maka, kenyataan Perdana Menteri adalah "misleading".
Dalam sesi parlimen ini juga, Menteri Pelajaran Tinggi telah memberi ketetapan (confirmation) bahawa pemotongan bajet IPTA sememangnya adalah dasar kerajaan untuk menurunkan pergantungan IPTA kepada kerajaan.
Pada masa sekarang, pergantungan IPTA kepada kerajaan adalah pada kadar 85-90%. Sasaran kerajaan adalah menurunkan pergantungan IPTA kepada kerajaan sehingga 70% sahaja menjelang 2020. Maka, kita boleh menjangkakan bahawa pemotongan bajet IPTA akan berterusan pada tahun-tahun hadapan.
Isu sebenar pemotongan bajet IPTA sebanyak RM1.4 billion adalah isu salah prioriti (wrong priority) dalam bajet 2016. Kerajaan seharusnya meletakkan pendidikan anak muda pada tempat pertama.
Malangnya, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membuat keputusan memotong bajet RM1.4 billion daripada IPTA tetapi meningkatkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM1 bilion. Ini, pada pendapat saya adalah salah meletakkan prioriti.
Parti Keadilan membantah pemotongan bajet IPTA kerana ia merupakan satu tanggungjawab Negara dan juga pelaburan yang bijak.
Mengikut kajian OECD, pelaburan ke dalam pendidikan tinggi akan membawa pulangan yang tinggi kepada kerajaan.
Secara purata, setiap ringgit kerajaan melabur dalam pelajaran tinggi, kerajaan akan mendapat 6 ringgit dalam bentuk cukai. Pelaburan dalam pendidikan tinggi juga akan mendapat Mutiplier effect yang tinggi.
Dengan pemotongan teruk ke atas IPTA, kerajaan Perdana Menteri mungkin kehilangan sokongan mahasiswa.
Dalam PRU13 yang lepas, Umno BN hanya mendapat 46% sokongan orang muda dalam kategori umur 21-25. Pemotongan bajet IPTA dua tahun berturut-turut akan menyebabkan kesangsian kalangan mahasiswa.
Adakah Umno BN telah “give up” cuba mendapat sokongan orang muda terutamanya golongan mahasiswa yang kebanyakan berpendidikan tinggi dan pandai berfikir?
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri masih ada peluang memperbetulkan bajet IPTA 2016.
Saya menyeru Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengemukakan usul dalam peringkat jawatankuasa Parlimen minggu depan dengan memotong RM1.4 bilion daripada Jabatan Perdana Menteri, kemudiannya ditambahkan ke dalam peruntukan bajet IPTA 2016. Ini adalah peluang untuk memperbetulkan perbelanjaan demi mahasiswa dan masa depan negara. - HARAKAHDAILY 12/11/2015 Sumber HD - 12-11-2015
Bajet 2016: Royalti Kelantan mesti disebut
HARAKAHDAILY | .
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya berucap untuk memperdebatkan Bajet 2016 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 Oktober 2015 bersamaan 10 Muharram 1437 Hijrah. Saya petik ayat yang dibaca oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan maknanya... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Surah An-Nisa’, ayat ke-58, yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha mendengar dan Maha melihat”. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana memetik ayat ini untuk dimulakan ucapan bajet yang telah dibacakan oleh beliau.
Tuan Yang di-Pertua, setelah kita merdeka, kerajaan kita Malaysia telah mentadbir urus negara sehingga ke hari ini. Berbagai-bagai-bagai cabaran, turun naik yang dirasai dan pada hari ini kita merancang lagi untuk meneruskan pembangunan negara dan memakmurkan kehidupan rakyat Malaysia semuanya.
Dalam ucapan Bajet Perdana Menteri dan buku-buku yang diedarkan mengenai perincian pendapatan anggaran perbelanjaan, laporan ekonomi dan lain-lain lagi banyak yang saya sendiri belajar dan kita boleh pelajari bagaimana ekonomi negara sekarang sedang diurus oleh kerajaan. Jadi terangkan bahawa pengurusan mikro ekonomi negara ialah tujuannya untuk mengukuhkan daya tahan ekonomi, menguruskan impak ketidaktentuan luaran yang berlaku dan seterusnya untuk menjamin kesejahteraan kehidupan rakyat dan ekonomi negara yang terbuka menyebabkan negara ini dipengaruhi oleh perkembangan-perkembangan yang berlaku di dunia dan juga di dalam negara kita Malaysia.
Kita tahu masalah-masalah yang dihadapi dunia sekarang seperti kelembapan di negara China, Jepun dan Eropah. Kita tahu juga akan penurunan harga minyak dan harga-harga komoditi penting dalam negara dan kita tahu bahawa Amerika Syarikat tidak pasti sama ada mereka akan mengadakan dasar yang baru kepada pentadbiran monetari mereka. Mungkin akan menyebabkan mereka batuk di sana, kita di sini demam dan banyak lagi keadaan yang sedang berlaku sekarang yang pada keseluruhannya bacaan pakar-pakar ekonomi memberikan gambaran bahawa kita sedang berhadapan dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Ini akan memberi kesan yang besar kepada negara kita.
GST
Tuan Yang di-Pertua, antara pembaharuan fiskal yang dilakukan oleh kerajaan beberapa tahun ini pertama ialah rasionalisasi subsidi dan perbelanjaan. Kedua ialah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan iaitu GST.
Saya ingin bercakap sedikit tentang GST ini. Dijangkakan bahawa hasil daripada GST pada tahun 2016 ialah sebanyak lebih kurang RM39 bilion, dengan izin. Ia sedikit-sebanyak akan menampung kekurangan daripada ketidakhasilan hasil daripada industri minyak dan gas dan juga disebabkan oleh harga dan lain-lain masalah yang menyebabkan kekurangan hasil negara yang dijangka pada tahun hadapan. Sebagaimana yang kita tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan inilah yang menyelamatkan kita dalam kita merancang fiskal kita pada tahun depan, yang menyelamatkan kita ialah GST. Dijangka inshaaAllah, defisit negara akan boleh dikurangkan sedikit kepada 3.1% atau 3.2% daripada KDNK negara.
Saya masih ingat ketika Parlimen meluluskan pelaksanaan GST kita. Kita difahamkan bahawa GST sesuai dilaksanakan ketika ekonomi negara berkembang dengan baik. Dan pada masa itu, itulah yang diberitahu oleh Timbalan Menteri Kewangan kepada kita.
Dalam keadaan ekonomi yang berkembang dengan baik, rakyat makmur, pendapatan yang banyak maka ketika itulah masa yang paling baik untuk kita laksanakan GST. Akan tetapi dalam masa tidak sampai satu tahun setelah pelaksanaan GST dimulakan keadaan berubah menjadi keadaan gawat dengan masalah-masalah ekonomi yang ada sekarang.
Ini menyebabkan GST itu menambah beban kepada rakyat. Ini dirasai oleh semua. Saya tanya semua orang, semua kata GST membawa beban kepada rakyat, membebankan mereka. Saya tidak pernah jumpa lagi seorang kecuali dia itu orang kaya, dia tidak cara perbelanjaan dia itu, harian dia itu bebas. Dia tidak perlu berfikir berapa senkah dia belanja? Dia tidak berkira berapa banyak dia habis hari ini dan esok. Bagi manusia macam itu kita letak di tepi tetapi kebanyakan orang-orang yang berpendapatan rendah dan sederhana mereka merasai beban GST ini.
Jadi, dengan kenaikan harga barang dan kenaikan harga perkhidmatan ini menyusahkan rakyat. Oleh sebab itu, seboleh-bolehnya kita kena tangguhkan dahulu pelaksanaan GST atau kita kenakan GST ini pada kadar sifar ke atas barang-barang atau servis-servis yang diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Saya tidak sampailah mengatakan bahawa kadar sifar kepada semua tetapi kalau boleh kepada semua barang-barang yang kita perlukan...
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Pasir Puteh.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: ...Atau servis-servis yang diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bagan Serai bangun.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Bagan Serai.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Yang Berhormat Bagan Serai sudah lima jam bercakap. Saya baru lima minit tidak sampai. Ada 15 minit lagi, tidak sempat. Minta maaf.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Seminit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Tidak bagi jalan lah itu Yang Berhormat.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Banyak lagi. Masa, masa nanti Tuan Yang di-Pertua marah saya. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Lepas ini, lepas ini. Lepas habis tanya insya Allah. Itu tentang GST.
Saya ingin membaca satu ayat lagi daripada Al-Quran. Ini menerangkan tentang Nabi Daud. Kalau Nabi Daud kita tahu diangkat menjadi Raja. Di satu zaman dahulu dia diangkat menjadi Raja. Allah berfirman... [Membaca ayat Al-Quran] Bermaksud, “Wahai Daud, sesungguhnya kami telah menjadikan mu khalifah di muka bumi ini. Maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan yang benar yakni hukum yang diwahyukan kepadamu, hukum Allah, syariat Allah. Dan jangan engkau menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu”.
Ayat ini memperingatkan sesiapa yang diangkat menjadi pemimpin, pemerintah, menjadi khalifah dan Allah menjadikan kita sebenarnya semua khalifah... [Bercakap dalam bahasa Arab] Dan kalau dia menjadi khalifah, Raja, pemimpin, Perdana Menteri maka dia mesti ingat ayat ini. Ini nasihat kepada pemimpin supaya menghukum di antara manusia ini dengan kebenaran dan kebenaran itu adalah... [Bercakap dalam bahasa Arab] “Kebenaran itu daripada tuan engkau iaitu daripada Al-Quran dan hadis. Jangan sekali-kali engkau mengikut hawa nafsu mu. Memang hawa nafsu mu tidak akan puas”. Kalau kita membuat kenduri kahwin anak kita dengan harga RM100,000 kenapa kita perlu buat dengan harga berjuta-juta? Tidak perlu. Misalnya, contoh.
Jangan mengikut hawa nafsu kita, tidak cukup. Kalau boleh hendak besar lagi. Tidak cukup ikut nafsu ini kerana mengikut nafsu itu akan menyesatkan kita dari jalan yang benar...
Seorang Ahli: GST benar, cubalah.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Firman Allah lagi untuk memperingatkan kita sebagaimana Yang Berhormat Ketereh memberitahu bahawa sebenarnya siapa yang memerintah ini sudah ditentukan oleh Allah. Selama ini Allah menentukan bahawa Barisan Nasional memerintah sampai ke hari ini tetapi esok kita tidak tahu. Allah yang menentukan. Allah berfirman... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, katakanlah Allah yang memiliki segala kerajaan. Dia memberi kerajaan kepada orang yang dikehendaki dan Dia menarik kerajaan itu daripada orang yang dikehendaki hingga ke akhir hayat.
Ini semua kita baca selepas solat, kita kena sedar, jangan angkuh. Sesiapa yang diangkat menjadi pemerintah bahawa dia diangkat untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini bukan untuk bermegah-megah dan hendak berkuasa mahu tunjuk hebat dia. Dia kena bertanggungjawab kepada Allah SWT, dia kena bertanggungjawab kepada Rasulullah dan dia kena bertanggungjawab kepada Muslimin, kepada rakyatnya yang diperintahnya... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Beramallah...” “Qul”- katakan, beramallah kamu, buatlah kerja sebanyak mana, sebaik-baiknya.
Sekarang kita bekerja kita hendak merancang untuk mengurus kewangan negara dan membawa kemakmuran kepada negara kita. Kita buat betul-betul. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan yang menyediakan bajet ini. Kepada kerajaan juga terima kasih kerana tahu inilah tanggungjawab dan tugas. Kalau kita menjadi kerajaan kita juga akan menyediakan bajet ini. Kemudian kita akan bincangkan bajet ini dan kita akan berbincang untuk meluluskannya atau tidak.
Saya di pihak pembangkang mesti kita akan mencari di mana kelemahan-kelemahannya supaya kita boleh baiki, ditolak dahulu, kita baiki insya Allah, boleh tiada masalah. Kalau majoriti setuju dengan bajet ini kita teruskan, tidak apa dan kita lihatlah kesannya kepada kita pada tahun yang akan datang.
Kelantan
Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi, saya ada beberapa isu. Kerana masa singkat saya straight kepada masalah dalam kawasan saya dan di negeri saya Kelantan. Saya dengar di sini bermacam-macam-macam kompelin, aduan dari Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.
Saya pergi ke Sabah dan Sarawak dan jika saya bandingkan dengan keadaan di Sabah dan Sarawak dengan Kelantan, kasihan Kelantan. Akan tetapi orang Kelantan ini kita menerima dengan terima kasih dengan wahab, dengan sabar apa sahaja yang kita ada alhamdulillah. Ini ketentuan Allah SWT. Kita tidak banyak kompelin tetapi kita memilih pembangkang, itu sahaja di Kelantan. Kita menunjukkan bahawa kita tidak suka apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada kita, kita pilih pembangkang.
Kalaulah apa dilakukan oleh Kerajaan Pusat itu seperti mana dilakukan di negeri Pantai Barat saya rasa mungkin Kerajaan Kelantan bukan PAS. Mungkin lain, mungkin Kerajaan Pusat, tidak tahu tetapi kerana kezaliman, ketidakadilan yang dilakukan oleh Barisan Nasional inilah, maka kita rakyat Kelantan memilih PAS, pilih pembangkang...
Tuan Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Minta penjelasan sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Macam mana- saya pun tidak kacau...
Tuan Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor]: Saya cuma hendak tanya orang Kelantan. Orang Kelantan ramai dekat Pulau Pinang, dekat Shah Alam, dekat- tempat-tempat lain macam mana?
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Sebab itu kita berterima kasih juga kerana kita sebenarnya terus teranglah kita orang Kelantan ini kita boleh cari rezeki di mana-mana.
Kita mempunyai fikiran, kita mempunyai tenaga dan kita bebas untuk bergerak di seluruh Malaysia ini untuk mencari rezeki di bumi Allah ini dan alhamdulillah disebabkan ditindas di Kelantan, kita tersebar di seluruh Malaysia. Kita menguasai banyak tempat di Malaysia ini, alhamdulillah.
Walau bagaimanapun, saya ingin menyebut jugalah keadaan di Kelantan yang ketinggalan. Ada beberapa perkara di kawasan saya di Pasir Puteh, kawasan Tok Bali. Kita di Kelantan amat memerlukan pelabuhan tetapi sampai ke hari ini kita tidak dibenarkan di bawah kuasa Kerajaan Pusat untuk membina pelabuhan di sana. Kalau ada pelabuhan di sana, sudah tentu perniagaan, sudah tentu pembangunan akan pesat di negeri Kelantan. Kemakmuran ini akan sampai ke negeri Kelantan tetapi tidak dibenarkan.
Sekali lagi saya menyeru, saya merayu kepada Kerajaan Pusat, berilah kepada rakyat Kelantan sebuah pelabuhan di Tok Bali, kecil saja tidak apa asal kita boleh berniaga ke luar. Orang Kelantan ini orang yang pandai berniaga, insya Allah.
Kita boleh pergi ke Vietnam, boleh pergi Kemboja, dan akan membawa kekayaan ke Malaysia ini, dan itu yang diperlukan, membawa kemakmuran pada Malaysia. Itulah yang boleh kita sumbangkan melalui pelabuhan di Kelantan itu.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, jalan-jalan. Di Kelantan ini jalan-jalannya teruk. Kita datang dari Terengganu atau dari Pahang, masuk saja Kelantan jalan sudah berubah, lain, ini bukan Malaysia ini. Ini lain, negeri lain ini. Jalannya berliku-liku, berlubang-lubang dan macam-macam lagi. Jadi, adakah Kelantan ini negeri di dalam Malaysia atau tidak?
Lebuh raya
Kalau saya di Sabah, kerajaan kita di Sabah sudah lama saya minta kemerdekaan, biar kita urus sendiri kekayaan kita dan kita bina jalan-jalan, lebuh-lebuh raya yang cantik insya Allah untuk rakyat tetapi kerana kita ini sayang pada Malaysia. Ini tanah air kita, ini tempat kita hidup, kita akan mati dan akan pertahankan Malaysia, maka kita bersabar dan kita percaya satu hari nanti insya Allah jalanjalan di Kelantan ini akan diperbaiki.
Jalan dari Kota Bharu ke Pasir Puteh, tembus pada dua carriageway terlalu sibuk dan sempit. Ada sedikit tempat sudah dibaiki, jambatan di Beluk ada dibaiki tetapi kita perlukan sepanjang jalan dan menyambung sampai ke Jerteh, ke Terengganu. Maka itu insya Allah akan memudahkan perjalanan dan memberikan kesenangan kepada rakyat Kelantan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Yang Berhormat, sedikit.
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: Baiklah Yang Berhormat Ketereh. Sila.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh]: Terima kasih, saya ucapkan. Tahniah atas ucapan Yang Berhormat Pasir Puteh. Nampak ada banyak perubahan daripada sebelumnya, alhamdulillah. Saya cuma nak tanya Yang Berhormat, saya setuju sangat sebenarnya Kelantan sangat-sangat tertinggal dan saya harap kita sama-sama berjuang. Soalan saya, adakah dengan signal yang diberikan oleh Presiden PAS tentang hendak bekerjasama dengan kerajaan itu akan membawa harapan baru kepada kita di Kelantan? Satu. Keduanya, saya terbaca sebuah poster yang disebarkan di Kelantan. Yang Berhormat ini disenaraikan di bawah PAN tetapi sekarang ini duduk di bawah PAS. Sebenarnya Yang Berhormat hendak ke mana?
Dato' Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh]: [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Ketereh.
Sebenarnya ketika saya menjadi Exco di Kelantan dahulu, kita cukup rapat dengan Kerajaan Pusat. Kita datang berjumpa dengan Menteri dan meminta keperluan-keperluan kita. Akan tetapi disebabkan oleh orang-orang UMNO di Kelantan ini dia berdendam dengan kita. Dia kata jangan bagi. Menteri nak bagi dah, Menteri kata nak bagi tetapi minta maaflah Yang Berhormat, UMNO Kelantan jahat sangat [Ketawa]
Saya harap UMNO Kelantan akan berubah, insya Allah, menjadi orang lain insya Allah. Kalau kita berbaik sebagaimana Islam menyarankan kita supaya... [Membaca sepotong ayat AlQuran] Maka insya Allah kita akan bekerjasama untuk membawa kemakmuran dan kebaikan kepada rakyat kita.
Tuan Yang di-Pertua, ada dua tiga perkara lagi. Saya minta sedikit lagi. Kemudian kita perlu pada jalan Kota Baharu-Kuala Krai itu, lebuh raya itu pada pendapat sayalah, kita negeri Kelantan ini miskin. Hasil kita tidak banyak. Kita akan banyak bergantung pada yang kayalah seperti Selangor dan lain-lain. Akan tetapi Kerajaan Pusat kita mempunyai bajet yang cukup banyak. Saya minta supaya jalan Kota Baharu-Kuala Krai ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat. Kasihan kepada kerajaan negeri, kasihan kepada kita yang meminta sedekah pada orang lain. Dikatakan lebuh raya rakyat, rakyat yang mengeluarkan RM1, RM2 ini, tidak cukup Tuan Yang di-Pertua.
Jadi oleh sebab itu saya ingin minta supaya Kerajaan Persekutuan mengambil alih pembangunan lebuh raya ini dan membiayai sepenuhnya dari Kota Bharu sampai ke Gua Musang sampailah ke Central Spine. itu pun dalam perancangan kita, central spine ini penting, ini tulang belakang negara kita. Kalau patah tulang belakang, mati kita, mundur kita.
Oleh sebab itu saya harap insya Allah Kerajaan Pusat memberikan tumpuan supaya Central Spine ini disempurnakan secepat mungkin dengan sebaik-baiknya. Kemudian hubungan kereta api ke luar dari negeri Kelantan, hubungan kereta api. Sampai hari ini tidak bergerak kereta api kita, sudah setahun setelah banjir. Saya tidak tahu apa jadi. Katanya dalam enam bulan boleh siap tetapi tidak siap-siap. Tidak boleh berjalan lagi dari Tumpat ke Kuala Lumpur. Jadi saya harap inshaaAllah pihak kerajaan akan berusaha secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah rel-rel ini supaya insya Allah perhubungan di antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur ini akan dapat disiapkan secepat mungkin.
Di Bandar Pasir Puteh Tuan Yang di-Pertua, perparitan di sana bermasalah. Kita tahu orang Kelantan ini miskin. Saya mengakulah kita miskin, baik kita mengaku miskin supaya orang kaya boleh bantu kita, supaya orang kaya boleh bersedekah dan mendapat pahala. Kalau kita tidak beritahu, bagaimana orang kaya hendak tahu, dia belanja tempat lain. Dia belanja untuk benda-benda yang tidak penting, benda-benda kemewahan, ini perkara darurat. Perkara darurat, parit saja untuk mengalirkan air tetapi kita tidak mampu untuk menyelesaikannya. Saya dengar-dengar ada juga peruntukan kata tetapi bila? Sepuluh tahun lagi, dua puluh tahun lagi.
Saya harap insya Allah secepat mungkin Kerajaan Pusat boleh membantu kawasan saya ini menyelesaikan masalah banjir sebab tempat-tempat lain banjir kilat dan sebagainya. Hujan sikit mula banjir di dalam bandar itu.
Perumahan
Perkara yang seterusnya sedikit sahaja tentang perumahan. Di negeri Kelantan ini saya tidak tahulah berapa buah rumah yang disediakan oleh kerajaan. Projek PR1MA misalnya, kita ada 175,000 unit rumah yang akan dibina dan diharapkan insya Allah tahun depan ada 10,000 buah akan dibina tetapi berapa banyak di Kelantan. Saya pun tengok kiri kanan, tidak nampak, dalam Pasir Puteh tidak nampak. Juga rumah-rumah lain seperti rumah-rumah mesra rakyat, dikatakan 10,000 buah akan dibina tetapi di mana? Berapa buahkah di Kelantan?
Rumah perumahan Penjawat Awam 1Malaysia banyak akan dibina tetapi berapa di Kelantan. Program Perumahan Rakyat, Rumah Generasi Kedua FELDA, FELCRA, beratus-ratus juta atau berbilion-bilion dibelanjakan untuk semua projek ini tetapi berapa buah rumah yang dibina di Kelantan.
Saya minta penjelasan daripada kerajaan supaya boleh beritahulah di Kelantan ada beberapa buah yang akan dibina pada tahun hadapan mengikut perancangan-perancangan ini dan berapakah yang sedang dibina. Khususnya pada tahun hadapan, berapa banyak yang akan dibina. Lebih-lebih lagi di dalam kawasan saya Pasir Puteh, saya tidak tahu, rakyat Pasir Puteh pun tidak tahu. Minta penjelasan daripada Menteri.
Royalti Kelantan
Seterusnya mungkin yang kedua terakhir. Tuntutan royalti. Ini mesti disebut, tempat-tempat lain dapat, negeri-negeri lain dapat royalti. Di Kelantan saya rasa tidak banyak royalti Kelantan itu, sedikit saja tetapi sedikit sebanyak insya Allah, ia boleh membantu kerajaan negeri untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat, membantu program-program orang miskin, membantu program Al-It’aam. Al-It’aam ini program kita memberikan beras kepada orang miskin e-Tegar dalam kawasan kita, 100 orang satu DUN tidak mengira parti, tidak mengira bangsa, kalau mereka ini e-Tegar kita pilih 100 orang, kita beri beras sekampit sebulan.
Kita minta daripada Kerajaan Pusat supaya memberikan kepada kita supaya membeli daripada Kerajaan Pusat beras ST15 tetapi sedihnya tidak dibenarkan. Kita terpaksa beli beras ST10 atau ST5, terpaksa beli dengan harga yang lebih mahal. Sedangkan ini adalah untuk orang miskin tetapi tidak diberikan. Itulah nasib kita di Kelantan. Tidak apa walau bagaimanapun kita diberitahu bahawa ST15 ini akan dihapuskan sepenuhnya.
Saya berterima kasih kerana memang subsidi yang diberikan oleh kerajaan ini bukan sampai kepada rakyat, tidak sampai kepada rakyat tetapi sampai kepada pengilang-pengilang, tidak menguntungkan rakyat. Terima kasih kepada kerajaan atas kebijaksanaan rasionalisasi subsidi ini penuh tepat pada masa masanya.
Maqasid syariah
Kemudian saya hendak sebut juga tentang maqasid syariah. Ini mungkin penutup saya. Saya percaya bahawa syariat itu undang-undang daripada Allah SWT. Perintah Allah yang kita orang Islam wajib, bukan sunat, bukan ada pilihan untuk kita tidak melaksanakan, wajib kita laksanakan. Akan tetapi kita tahu bahawa banyak urusan kita termasuklah bajet kita ini yang kita rancang ini, mungkin tidak ada rupa-rupa yang jelas daripada syariat itu sendiri. Yang ada hanyalah hukum-hukum yang umum tetapi yang kita boleh dapat daripada Islam ialah maksud hukum syariah itu sendiri yang kita mesti laksanakan dalam setiap aktiviti kehidupan kita termasuklah aktiviti kerajaan untuk mentadbir negara ini, mestilah bertepatan dengan maqasid syar’iah.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mula menggerakkan maqasid ini dan menilai segala kewajipan kerajaan dengan mengutamakan semua kewajipan itu mestilah bertepatan dengan objektif utama dengan syariah itu sendiri iaitu maqasid syar’iah iaitu untuk menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta. Menjaga harta ini- inilah yang kita rancang agar jangan ada di sana itu penyalahgunaan kuasa, untuk merampas harta orang lain.
Kita mesti memberikan hak kepada orang itu, orang itu mempunyai hak atas harta mereka maka kita mesti memberikan kebebasan pada dia untuk menikmati hartanya, untuk dia mengusahakan hartanya, untuk dia mengembangkan hartanya. Inilah yang kita mesti galakan, jangan pula kita mengambil harta mereka dan kita masuk dalam poket kita dan kita menggunakan harta ini dengan cara yang salah di sisi agama.
Saya berharap, insya Allah apa sahaja yang kita lakukan, saya minta kita di pihak Kerajaan atau di pihak pembangkang, kita menegur, kita menasihati, dan kita akan terus melihat di mana sahaja kekurangan yang ada pada kerajaan kita akan tegur dengan niat yang baik supaya kerajaan memperbaiki insya Allah. Kalau kerajaan tidak mahu membaiki, kita tukar kerajaan. Kalau kerajaan tidak mahu membaiki dirinya, kita tukar kerajaan.
Kita ada pembangkang insya Allah, yang padu insya Allah, yang lebih kuat insya Allah untuk mengimbangi- check and balance Kerajaan Pusat ini, Kerajaan Malaysia ini, supaya tidak beraku penyelewengan, tidak berlaku sesuatu yang bercanggah dengan maqasid syar’iah itu sendiri. Itulah matlamat dia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas masa yang diberikan. - HARAKAHDAILY 5/11/2015
Ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad semasa membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 3 November 2015. Sumber HD - 5-11-2015
Apa nasib pelajar Kolej Vokasional tanpa SPM
HARAKAHDAILY | .
TERIMA kasih, Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya bersama-sama terlibat dalam perbincangan Bajet 2016.
Dalam Laporan Ekonomi 2015 menyebut bahawa sehingga 2020 sekurang-kurangnya 60% dari 1.5 perjawatan baru memerlukan kelulusan teknikal dan vokasional. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan memberi penekanan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk menaik taraf sekolah vokasional kepada kolej vokasional.
Sehingga Ogos 2015, 80 buah sekolah vokasional dinaik taraf dengan peruntukan RM8.7 juta. Permintaan kepada program TVET meningkat melalui strategi lautan biru kerajaan mendapat kerjasama dari Pusat Latihan Awam beberapa kementerian dan swasta dengan memberi tempat, kemudahan, peralatan, sumber manusia termasuk tenaga pengajar.
Sehingga Ogos 2015 jumlah pengambilan pelajar program TVET berjumlah 8,585 orang pelajar dengan kos RM49.8 juta. Dalam Bajet 2016 sebanyak RM4.5 bilion diperuntukkan kepada 545 buah institusi TVET dan peruntukan pembangunan pendidikan teknik dan vokasional sebanyak 255,222,400.
Persoalan saya adakah benar pelajar-pelajar yang tamat pengajian di kolej vokasional diberi tahap diploma tetapi tidak perlu mempunyai SPM yang mungkin nanti menjadi masalah untuk mendapatkan kerja nanti.
Saya juga ingin mendapat penjelasan adakah pengiktirafan pendidikan TVET oleh MQA diselesaikan. Sejauh mana kerajaan sudah dapat memastikan peluang lulusan teknikal dan vokasional mempunyai peluang pekerjaan di masa akan datang sekurang-kurangnya sehingga 2020.
Adakah syarikat-syarikat elektronik dan elektrik serta syarikat-syarikat perabot bersedia menukar dari label intensif kepada automasi yang lebih memerlukan pekerja teknikal kerana ia melibatkan kos atau mereka lebih suka mendapatkan perkhidmatan buruh murah daripada buruh asing yang dibawa masuk ke negara ini.
Saya berharap jangan jadi seperti siswazah universiti dalam bidang kejuruteraan, akauntan dan profesional lain yang mempunyai peluang pekerjaan yang luas suatu masa dahulu tetapi mereka sekarang banyak menganggur, difahamkan lebih 50,000 orang siswazah yang masih menganggur ataupun terpaksa menukar bidang umpamanya sebagai guru Bahasa Inggeris atau bekerja di kilang-kilang elektronik sebagai technician.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usaha kerajaan mengkomersialkan hasil penyelidikan dan inovasi dengan memberi peruntukan khas kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berjumlah RM1.5 bilion. Saya mengucapkan tahniah kepada pencapaian yang baik oleh penyelidik-penyelidik negara sama ada dari universiti dan institusi penyelidikan yang mungkin dimanfaatkan oleh industri dalam negara ini terutama melalui Program Rangkaian Penyelidikan Awam-Swasta yang diperkenalkan bulan Mei 2014.
Hakikatnya dalam 5 ke-10 tahun ini dari 27,449 hasil R&D, dari 15 buah universiti awam hanya 2% sahaja dikomersialkan. Kenapakah perkara ini berlaku? Adakah ia tidak mencapai tahap yang diperlukan oleh industri atau lebih banyak R&D dalam bidang sains sosial.
Apa yang saya pandang yang perlu diberi penekanan juga, masyarakat perlu mendapat maklumat mengenai pencapaian R&D dalam negara ini. Apa langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam usaha memasyarakatkan sains dan teknologi supaya rakyat sentiasa berfikiran positif dan menghargai manfaat yang diperoleh daripada sumber negara dan ketinggian intelek rakyat kita?
Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2016 ini juga ada diperuntukkan bayaran pampasan tol sebanyak RM593,321,000 tetapi saya hairan kenapa pula kadar tol pula dinaikkan secara mendadak umpamanya di tempat saya Lebuhraya SILK meningkat dari RM1 ke RM1.80.
Sepatutnya kadar tol meningkat secara perlahan sebagai contoh mungkin kita mula dengan RM1.20 kemudian naik berperingkat. Secara peribadi saya setuju membayar tol sebagai timbal balas servis yang diberi oleh konsesi tol tetapi janganlah kadarnya menekan dan dinaikkan secara mendadak seperti sekarang yang terlalu membebankan pengguna jalan raya yang sedang menghadapi kenaikan kos sara hidup dan beban cukai GST.
Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Bandar Tun Razak supaya menyemak balik perjanjian konsesi tol mengambil kira untung yang terkumpul dan berusaha memendekkan tempoh konsesi yang ada dan hasrat sama juga diminta oleh Pemuda PAS Selangor yang datang ke Parlimen baru-baru ini supaya konsesi tol itu disemak semula agar tempoh konsesi dapat dipendekkan.
Saya berharap kementerian dapat menjelaskan pengagihan sebanyak RM593.3 juta yang dibuat kepada konsesi-konsesi tol bagi mengelak persepsi buruk oleh masyarakat. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia yang mengambil tindakan cepat melaksanakan secara menyeluruh kutipan tol secara elektronik untuk menghuraikan kenderaan yang melalui rumah tol dengan cepat.
Malangnya apabila berlaku masalah teknikal atau dalam perkataan yang lain kad tidak dapat dikesan akibatnya berlaku kesesakan kerana tidak ada pembantu teknik yang mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya mendapat peruntukan sebanyak RM19,824,600 untuk infra atau membina jalan dan RM440 juta untuk menyelenggarakan jalan di Semenanjung maka saya berharap ada juga peruntukan ke kawasan saya Hulu Langat terutama Jalan Dusun Tua yang juga kampung Yang Berhormat Menteri.
Memandangkan Jalan Dusun Tua dari Batu 9, ke Batu 18 yang mengalami kesesakan yang teruk setiap hari agar jalan ini dapat dibesarkan bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya yang dapat menyelesaikan pembesaran tiga buah pembetung di Sungai Serai melalui Jalan Dusun Tua dalam usaha mengurangkan risiko banjir. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kementerian dari segi kelemahan penjagaan keselamatan pengguna jalan raya terutama oleh kontraktor-kontraktor yang membina jalan atau membaik pulih jalan atau menyelenggarakan landskap kerana mereka tidak memberi notis yang cukup jaraknya bahawa kerja-kerja baik pulih atau penyelenggaraan sedang berlaku di hadapan yang boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada keselamatan dan ketenteraman awam dalam negeri yang berhasrat untuk terus mengurangkan jenayah dengan peruntukkan RM13.1 bilion. Terima kasih dan tahniah kepada PDRM yang berusaha gigih membanteras jenayah. Merujuk inisiatif kelima iaitu dengan pertambahan 500 unit rondaan bermotosikal PDRM, 500 unit kereta peronda dengan peruntukan RM35 juta. Saya sangat berharap pihak polis dapat menyelesaikan jenayah ragut yang menggunakan modus operandi yang sama iaitu dua orang naik sebuah motor bawa parang meragut suri rumah yang berada di halaman rumah.
Sekiranya lambat diberi barang-barang kemas, maka senjata parang yang digunakan. Ini berlaku sebagai contoh suri rumah di Bandar Teknologi Semenyih. Kes-kes ragut ini berulang-ulang dan menakutkan rakyat.
Begitu juga yang diperkatakan kes culik yang berlaku berleluasa di beberapa buah tempat. Pihak polis perlu mengambil tindakan segera sebelum mereka bermaharajalela menculik anak-anak kita. Contohnya seorang kanak-kanak di Sungai Chua yang diculik tetapi berjaya diambil tindakan oleh pihak polis.
Bagaimana pula dengan yang berlaku di beberapa buah tempat lain. Contohnya di Bangi, di Seremban katanya kerana ada aktiviti jual organ. Ibu bapa terlalu resah dan risau tentang keselamatan anak mereka ketika mereka berulang alik ke sekolah atau tinggal di rumah semasa ketiadaan ibu bapa.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya menyokong usaha mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) sehingga 40% KDNK pada tahun 2020. Saya faham insentif-insentif yang digariskan seperti audit tenaga, penggunaan sel fotovoltaik, skim pembiayaan teknologi hijau. Saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian langkah-langkah yang mudah difahami dan mudah dilaksanakan yang akan diambil oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam memastikan hasrat mengurangkan pelepasan GHG menjadi realiti. Sekian, terima kasih. – HARAKAHDAILY 5/11/2015
Ucapan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat ketika membahaskan bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 3 November 2015. Sumber HD - 5-11-2015
Nik Abduh perjelas kenapa tak akan undi tolak bajet Posted on Monday, November 02 @ 22:46:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Seramai 14 orang anggota parlimen PAS tidak akan terlibat dalam undian penerimaan belanjawan 2016 susulan pendekatan baru kerjasama parti itu dengan BN, kata Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ketua pemuda PAS itu berkata walaupun PAS menentang beberapa perkara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), belanjawan itu masih mempunyai kebaikan untuk rakyat.
"PAS berbuat keputusan untuk berkecuali. Kita mengkritik beberapa perkara yang besar dalam bajet tersebut.
"Dan kita juga menyokong beberapa benda baru yang dibawa oleh kerajaan.
"Bajet ini memang asalnya dibuat untuk kebaikan rakyat Malaysia. Jadi kita berkecualilah," katanya.
Nik Abduh bagaimanapun berkata wakil PAS akan terlibat membahaskan belanjawan itu.
Beliau juga bersetuju dengan pandangan pembangkang lain bahawa belanjawan itu menguntungkan Najib dan kerajaan BN.
Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS berkecuali dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan Najib pada 23 Oktober lalu.
Hadi dilapor berkata PAS tidak "tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak" kerana mereka menyokong perkara-perkara positif untuk rakyat.
[MK]
Sumber TKO - 2-11-2015
Pas: Bukan semua Bajet 2016 tidak betul Posted on Monday, November 02 @ 20:40:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan menegaskan parti itu akan menyokong mana-mana perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat dan begitu juga sebaliknya walau ia datang daripada kerajaan.
"Maksud berkecuali itu ialah kita mempunyai pendekatan sendiri. Perkara yang baik, daripada mana sahaja dia datang, kita beri sokongan dan respons yang positif.
"Kepada perkara negatif, dari mana sahaja dia datang, kita pasti akan tolak dan memberi teguran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal keputusan Pas yang mengambil sikap berkecuali daripada menyertai cadangan penolakan usul Bajet 2016.
Menurutnya, semua pihak harus mengakui bahawa tidak semua kandungan Bajet 2016 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perkara negatif atau merugikan rakyat.
"Sebelum ini pun diluar dewan kita bantah kelemahan-kelemahan dan juga perkara-perkara yang memudaratkan rakyat seperti GST dan sebagainya. Tapi kita juga tidak boleh nafikan bahawa disana juga ada unsur-unsur positif.
"Kita kena berlaku adillah. Jika kita teliti terma-terma, peruntukan-peruntukan yang ada dalam bajet itu bukanlah 100 peratus tidak betul. Apa yang memberi kebaikan kepada rakyat kita kena akuilah...kena sokonglah.
"Tapi untuk perkara-perkara yang merugikan rakyat, seperti projek yang membazir dan tidak menguntungkan rakyat, kita akan beri teguran dan laksanakan beberapa tindakan," katanya.
Menurutnya lagi, Pas mempunyai pendekatan tersendiri dalam menyatakan pendapat dan tidak terikat dengan mana-mana pihak dalam menyatakan pandangan.
Sabtu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, ahli Parlimen parti itu tidak akan menyertai saranan menolak usul bajet.
Dalam pada itu, mengulas soal hasrat Pas untuk mencari sekutu baharu dalam kalangan NGO dan individu, Nasrudin berkata, bukan hanya parti politik yang berhak melakukan perubahan dalam negara ini.
"Kita sedang melihat satu gelombang daripada 'third force' walaupun dia bukan parti politik tetapi dia mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat dan dia juga turut mampu untuk membina 'mindset' rakyat kerana perjuangan kita adalah untuk merubah pemikiran masyarakat dan kita mahu kebaikan untuk semua.
"Jadi, bukan hanya parti politik yang berhak melakukan perubahan. Malah NGO termasuk individu-individu, tokoh-tokoh, aktivis sosial, ahli-ahli akademik...mereka juga memberi input yang baik kepada Pas dan di belakang mereka ada pengaruh yang tidak sedikit," katanya.-sh
Sumber TKO - 2-11-2015
Gesa had kelayakan pendapatan OKU dinaikan
MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta agar kerajaan menaikan had kelayakan pendapatan bulanan Orang Kurang Upaya (OKU) dinaikan daripada RM1200 kepada RM3000 sebulan.
Beliau ketika perbahasan Bajet 2016 berkata kenaikan ini akan memberi peluang kepada golongan OKU yang berpendapatan RM3000 sebulan turut mendapat Elaun Pekerja Cacat yang disediakan kerajaan.
"Pembangunan OKU yang pelbagai kategori pada hari ini adalah suatu hak yang telah diiktiraf dan dijamin oleh perundangan antarabangsa dan domestik.
"Atas dasar keperihatinan kita, kerajaan digesa menaikan had pendapatan bulanan daripada RM1200 kepada RM3000 sebulan dan ini memberi peluang kepada golongan OKU yang lain," katanya.
Menurut beliau, kenaikan ini disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat dan pendapatan RM3000 sebulan masih dikategorikan sebagai miskin, apatah lagi jika berada di kawasan bandar.
"Saya juga menggesa agar kerajaan turut menaikan elaun pekerja cacat (EPC) kepada RM500 sebulan daripada RM300 yang diterima sekarang.
"Apa yang saya lihat di dalam bajet yang dibentangkan sebelum ini kerajaan mencadangkan kenaikan hanya RM350 sebulan, ini perlu diteliti semula," katanya lagi.
Zailah turut mencadangkan bagi meringankan beban ibu bapa yang menjaga anak-anak OKU ini turut dinaikan elaun daripada RM300 kepada RM500 sebulan dan ini bagi membantu bebanan perbelanjaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga.
Katanya, ia dapat menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada anak-anak OKU dan juga pesakit kronik yang terlantar. – HARAKAHDAILY 2/11/2015 Sumber HD - 2-11-2015
Belanjawan Smart harus smart
Posted on Monday, November 02 @ 14:34:49 MYT by paktam
Oleh A’adiroh Abdullah Dasar, proses dan keberhasilan adalah seiring dalam menentukan pentadbiran dan penguasa mencapai apa yang dihebahkan dan diwar-warkannya kepada umum.Ia mencorak integriti dan keyakinan terhadap pentadbir dan penguasa. Keyakinan itu akan menerbitkan kepercayaan dalam hati rakyat yang memberi mandat kepada pentadbir dan penguasa untuk mengurus hal ehwal rakyat.
Di antara mekanisme yang boleh mencapai tahap keyakinan sedemikian ialah dengan membudayakan amalan kebebasan maklumat.
Dasar dan pengoperasian kebebasan maklumat atau freeedom of information (FOI) adalah suatu nilai yang memungkinkan rakyat memperoleh maklumat yang diperlukan dan menilai pembentangan suatu belanjawan itu sebagai keberhasilan yang melalui proses yang berteraskan apa yang ditegaskan:
"Prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban amat penting dalam pentadbiran sesebuah negeri. Seperti kata hikmah; 'we must draw back the curtains and let the sunshine in because sunshine is the best disinfectant'."
Ketegasan itu sangat bermakna apabila diiringi kemudahan akses rakyat kepada perincian terhadap Belanjawan 2016 Negeri Selangor seperti apa yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk Belanjawan Negara 2016, Maklumat Bajet Kerajaan Persekutuan, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2016,
Maklumat tentang anggaran dan perbelanjaan sebenar bagi sekurang-kurangnya 3 tahun kebelakangan amat wajar disertakan agar rakyat boleh membuat perbandingan dengan cadangan belanjawan semasa.
Dokongan prinsip kompentensi, ketelusan dan pertanggungjawaban akan terserlah apabila rakyat mempunyai akses yang mudah dan komprehensif terhadap maklumat yang diperlukan untuk menilai belanjawan yang diumumkan.
Tentunya proses interaktif bersama rakyat menjadi satu ciri penting sistem demokrasi yang mendokong penglibatan rakyat dalam proses mengolah belanjawan atau participatory budgeting.
Bahkan, jika ada "talian belanjawan" selepas setiap pembentangan belanjawan, ia menjadi suatu perkhidmatan yang amat dialu-alukan rakyat.
Hasrat FOI adalah supaya permohonan maklumat yang dikehendaki rakyat prihatin, khususnya dalam pengurusan kewangan dilayani dengan baik. Persidangan mengenai belanjawan dalam dewan yang dihadiri ahli Yang Berhormat perlu difahami rakyat kerana ia mengesani kehidupan sosial, ekonomi, pendidikan, kesihatan, keselamatan dan kualiti hidup mereka, keluarga mereka dan masa depan mereka.
Belanjawan kerajaan juga memberi isyarat tentang apa yang menjadi kepentingan kerajaan yang mengurus kewangan, sama ada ia sekufu dengan apa yang menjadi kepentingan rakyat jelata. Berbagai soalan yang perlu dijawab, yang mungkin berjumlah ribuan semuanya boleh dipenuhi dengan memuat naik butiran belanjawan ke laman web yang berkenaan.
Birokrasi paling minima dituntut. Birokrasi paling minima menjadi antara ciri kerajaan yang ikhlas dalam ucapan dokongannya terhadap kompentensi, ketelusan dan pertanggungjawaban.
Data dan informasi hanyalah bernilai dan berguna jika dihebahkan tepat pada masanya.
Syabas kepada kerajaan persekutuan yang sentiasa mengemaskinikan aturan mesyuarat dan hansard dalam tempoh 24 jam, ketika parlimen bersidang, untuk diakses rakyat dengan mudah.
Belanjawan adalah alat setiap kerajaan untuk mengimplementasikan janji kepada rakyat.
Pada setiap pengumuman belanjawan, rakyat digesa meneliti keseluruhan belanjawan yang dibentangkan dan mempersoalkan apakah rancangan kewangan yang dirancang dan wang yang akan dibelanjakan itu sebenarnya melalui proses yang wajar dalam menetapkan kepentingan yang tepat untuk kesejahteraan rakyat?
Apakah setiap golongan rakyat dirapati dan ditanyai keperluan mereka? Apakah mereka akan terbela dan dibantu belanjawan yang dibentangkan untuk mengatasi cabaran dalam kehidupan seharian mereka? Apakah anak mereka akan dilindungi daripada keganasan, eksploitasi dan penganiayaan? Adakah anak meraka akan mendapat segala peluang dalam mengembang dan mencapai potensi mereka? Adakah jentera dan kakitangan kerajaan kompeten dan ghairah (passionate) untuk memastikan anak dijamin keselamatan dan pembangunannya?
Bagaimana peruntukan untuk wanita, ibu tunggal, Orang Asal, OKU dan lain-lain lagi dalam mempertingkatkan status ekonomi, kualiti hidup mereka dan jaminan keadilan dan kesaksamaan dalam sistem mahkamah, sivil dan syariah?
Sejauh manakah golongan miskin berjaya dikeluarkan daripada lingkaran kemiskinan?
Apakah prestasi implementasi mewujudkan golongan pertengahan yang menjadi tumpukan dalam belanjawan yang lalu?
Siapakah yang akan memperoleh sebahagian besar peruntukan yang diberi? Rakyat jelata atau hanya beberapa individu atau organisasi? Apakah usaha membasmi korupsi dan kronisme?
Apakah perbelanjaan pembangunan yang diumumkan semuanya akan dialirkan kepada rakyat? Bagaimana menentukannya? Bagaimana mengukur kesahihan kenyataan ini:
"Dewan ini juga meluluskan corak perbelanjaan 2015 dengan mengurangkan belanja mengurus kepada 53% dan meningkatkan belanja pembangunan kepada 47%. Ini merupakan iltizam pengurusan kewangan berhemah yang tidak dapat dilakukan kerajaan Persekutuan."
Adakah akan berlaku pembaziran atau kesilapan dalam menentukan prioriti belanjawan? Bagaimana prestasi peruntukan tahun lepas? Adakah butiran atau perincian mengenainya dimaklumkan kepada rakyat menerusi laman web kerajaan?
Kenapa tidak belanjawan berimbang?
Adakah benar untuk mengungkapkan belanjawan defisit tahun lalu yang menjadi surplus mempamerkan anggaran yang sangat jauh daripada sasaran sebenar sebanyak lebih dari RM890 juta?
Angka mode yang paling mudah untuk mempamerkan amalan tatakelola baik (good governance) dan sama ada maqasid syariah itu digunapakai dalam proses pengolahannya. Maqasid syariah diterima pakai sebagai metodologi dalam proses pembuatan keputusan kerajaan negeri dalam sidang dewan 30 Mac 2015 lalu. Belanjawan yang dibentangkan juga memperlihatkan hala tuju sesebuah pentadbiran, fokus dan golongan rakyat yang diberi tumpuan.
Sekiranya semua soalan yang diajukan dalam sidang dewan dan di luar dewan mampu dijawab dengan tulus, telus dan disertai fakta yang boleh disahkan(verify), maka integriti dan keyakinan terhadap barisan pentadbir dan legislatif tersebut adalah utuh (intact). Jika usaha timbang tara (check and balance) itu dianggap sebagai suatu kacau ganggu (nuisance), dengan serta-merta keyakinan terhadap ketulusan dan ketelusan dalam merealisasi pertanggungjawaban itu akan terhapus atau menjadi tandus sama sekali.
Kehebatan kepimpinan sesebuah kerajaan terletak pada sejauh manakah para pemimpinnya mampu memberikan respons kepada penelitian terhadap prestasi dan amalan pengurusan kewangan dalam pentadbiran dan pengagihan pendapatan yang berhak diperoleh rakyat. Dengan status sebahagian para legislator yang juga adalah barisan eksekutif, penelitian itu tentunya menjadi lebih intensif.
Akhirnya, sama ada belanjawan itu pintar (smart) atau tidak bergantung pada kemesraan sistem, jentera dan kakitangan kerajaan serta para pemimpin kerajaan kepada kehendak rakyat dan keperluan rakyat mengakses data dan informasi supaya boleh menilai dengan adil dan tepat apa saja yang terkandung dalam belanjawan yang dibentangkan.
Kepayahan dan kelewatan yang disengajakan untuk mengakses data dan informasi adalah taktik yang lazim digunakan untuk menghalang akses kepada unjuran dan angka-angka yang aktual bertujuan mengelirukan rakyat yang tidak mendapat gambaran sebenar mengenai hasrat belanjawan yang diajukan.
Amalan itu wajar dihapuskan daripad apemikiran para legislator dan para eksekutif serta seluruh jentera pentadbiran kerajaan yang mengawal data dan informasi tersebut.
Belanjawan smart perlu membuktikan kepintaran dan keunggulannya bukan pada titipan angka dalam unjurannya, tetapi mampu mengemukakan secara telus prestasi dan pencapaian sebenar perancangan belanjawan lalu dengan diiringi mekanisme yang mesra rakyat bagi melayani keperluan rakyat mengakses informasi yang dikehendaki dalam memahami belanjawan smart. Ia amanah yang menjadi keutamaan maqasid syariah.
KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia melahirkan rasa kecewa apabila tuntutan dari sesi Bajet 2015 masih belum dipenuhi oleh kerajaan.
Pengerusinya Mohamad Faizal Che Yusof berkata, tuntutan yang belum dipenuhi itu antaranya kenaikan elaun kepada pekerja cacat dari RM350 kepada RM550 yang mana telah dipersetujui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Kita mendesak Kementerian Kewangan untuk memberi perhatian kepada kenaikan elaun ini.
"Manifesto 2013 parti pembangkang memang bersedia ke arah kenaikan dan manifesto BN memberi perhatian tetapi pelaksanaan itu perlu disegerakan," katannya.
Jelas beliau, pihaknya mempunyai 15 tuntutan secara khusus yang mana ia ke arah pengupayaan OKU di negara ini.
Katanya, OKU bukan sahaja berkisar kepada kebajikan tetapi lebih kepada pengiktirafan hak sebagaimana menteri sendiri akui iaitu 15 peratus populasi negara adalah OKU.
"30 juta rakyat Malaysia, 4.5 peratus adalah OKU, unjuran ini diterima pakai pada WHO. Atas dasar ini kita tuntut kesungguhan kerajaan di atas pengupayaan OKU pelbagai katagori," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyerahkan Memorandum Pengupayaan Orang Kurang Upaya kepada Ahli Parlimen PAS yang diwakili oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad.
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Rosni Adam yang mengiringi rombongan itu berkata PAS cuba untuk memahami keperluan OKU iaitu memperjuangkan hak mereka khususnya kesedaran orang awam kepada OKU.
"Kepedulian dan cakna orang awam kepada OKU, bagaimana orang awam perlu melihat isu OKU bersama bukan melepaskan kepada OKU semata-mata," katanya ketika ditemui.
Ini kerana katanya, masyarakat sekarang dilihat kurang cakna terhadap OKU.
"Kalau kita lihat orang awam ramai yang tidak prihatin, OKU terpaksa tunggu saudara mara untuk menyantuni mereka. PAS mahu memelihara kesejahteraan OKU ini agar mereka hidup dengan lebih mudah," katanya.
Turut bersama Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan, Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat. – HARAKAHDAILY 2/11/2015 Sumber HD - 2-11-2015
PAS berkecuali cadangan tolak Bajet 2016 Posted on Monday, November 02 @ 02:29:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh memo
PAS mengambil langkah berkecuali daripada rakan pembangkang yang lain dalam cadangan penolakan usul Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kesemua ahli parlimen PAS sebulat suara bersetuju dengan langkah tersebut, lapor Sinar Harian hari ini.
"Dalam soal tolak usul bajet, kita berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan akan membantah perkara-perkara negatif.
“Ada benda yang kita tidak setuju tetapi tidak mungkin kita akan sertai saranan untuk saranan bantah usul Belanjawan (Bajet) 2016,” kata Hadi seperti dilaporkan akhbar itu.
Hadi mengulas kenyataan MP Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyarankan kesemua ahli parlimen pembangkang menolak usul bajet sebagai salah satu protes menolak kepimpinan Najib.
Dalam pertentangan bajet bulan lalu, MP pembangkang menyambut pembentangan belanjawan 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis "Mana 2.6 bilion?"
Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.
Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa anggota parlimen dari PAS tidak mengangkat plakad itu.-mk
Sumber TKO -2-11-2015
Gaji Minimum RM900 Untuk Pembantu Rumah Indonesia Posted on Saturday, October 31 @ 15:08:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
PETALING JAYA: Indonesia menetapkan gaji bulanan minimum untuk pembantu rumah di Malaysia pada RM900 dan merancang untuk menaikkan ia kepada sekurang-kurangnya RM1,000.
Timbalan Duta Besar Indonesia Ke Malaysia, Hermono berkata gaji minimum RM900 akan berkuatkuasa pada 20 Oktober ini dan melibatkan semua pembantu rumah Indonesia yang baharu datang ke Malaysia selepas tarikh itu.
"Ia mungkin naik lagi berdasarkan gaji minimum di Malaysia yang ditetapkan pada RM1,000," katanya kepada The Star.
Beliau tidak menyatakan tempoh untuk kenaikan tersebut tetapi mengesahkan sebuah agensi kerajaan Indonesia telah menulis surat kepada kedutaan meminta gaji dinaikkan kepada RM1,000.
Surat daripada Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Di Luar Negeri - salinan yang turut dilihat The Star - meminta agar kedutaan melaksanakan gaji minimum RM1,000.
Surat bertarikh 15 Oktober itu turut meminta kedutaan untuk tidak membenarkan majikan membuat potongan dari gaji pembantu rumah mereka.
Buat masa ini, majikan dibenarkan membuat potongan RM1,800 daripada gaji pembantu rumah dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
Jumlah tersebut adalah wang pendahuluan yang dibayar oleh majikan untuk menampung sebahagian kos yang perlu ditanggung pembantu rumah mereka termasuk latihan.
Ketika ditanya mengenai surat tersebut, Hermono berkata perkara itu dan beberapa butiran lain sedang diperingkat perbincangan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata pegawai kanan dari kedua-dua negara masih belum membuat keputusan mengenai gaji minimum pada Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) kali ke-11 di Jakarta pada 15 Oktober lalu.
"Ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada mesyuarat JWG kali ke-12 yang akan diadakan di Putrajaya dalam masa terdekat," katanya.
Pada minggu lalu, Richard berkata Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk menaikkan sedikit gaji pembantu rumah dan beliau akan membuat pengumuman mengenai kadar baharu itu apabila keputusan dicapai.
Pada Mei lalu, Indonesia menghantar satu memorandum kepada kerajaan meminta agar gaji minimum pembantu rumah dari negara itu dinaikkan kepada RM1,200.
Walaupun mendapat bantahan di kalangan rakyat Malaysia, cadangan itu juga dikritik pakar ekonomi tempatan yang berkata Malaysia sudah berdepan aliran keluar tahunan sebanyak RM5 bilion ke Indonesia berdasarkan gaji minimum itu.
Daripada 320,000 pembantu rumah warga asing di negara ini, seramai 230,000 merupakan warga Indonesia.
Memorandum Persefahaman mengenai pengambilan rumah warga Indonesia yang ditandatangani pada Mei 2011 meliputi tempoh lima tahun dan membenarkan gaji minimum ditentukan kuasa pasaran.
Pada masa lalu, majikan di Malaysia biasanya membayar gaji sebanyak RM800.
Ucapan Perbahasan Bajet 2016 di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Khamis 29 Oktober 2015
Watch "Ucapan Perbahasan Bajet 2016 MP Kuala Nerus" on YouTube - https://youtu.be/UzOShJRThdc
MUQADDIMAH
Allah SWT berfirman, Surah Al-Baqarah ayat 2-3:
“Kitab itu tiada keraguan lagi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib, menegakkan solat, dan sebahagian apa yang Kami rezekikan, mereka belanjakan.”
Ayat ini berada di awal surah Al-Baqarah, yang turun selepas Nabi SAW berhijrah ke Madinah, dan hijrahnya Nabi ke Madinah adalah satu Hijrah untuk membina sebuah negara, seolah gambarannya adalah ia menjelaskan dasar-dasar bernegara bagi mereka yang beriman kepada Allah.
Asasnya ialah dominasi orang-orang yang bertaqwa bagi sebuah negara, yang orang-orang bertaqwa itu pertamanya dia beriman dengan perkara ghaib, dia menegakkan Solat, yang ketiganya dari sudut harta, rezeki yang Allah taala beri, mereka membelanjakan sebahagiannya.
Ini adalah satu dasar berbelanja dalam Islam.
Hari ini kita bentang, kita bincang tentang bajet.
Bajet ialah perbentangan untuk menjelaskan hasil kerajaan dan juga cara berbelanja kerajaan.
Dan dasar berbelanja dalam Islam seperti yang saya bacakan ayat tadi ialah berbelanja sebahagian rezeki. Dan saya nampak itulah yang gagal untuk diikuti oleh kerajaan sampai hari ini, untuk 19 tahun berturut-turut membentangkan Bajet defisit.
AMBIL MAQASID TINGGALKAN SYARIAT???
Di kala mana kerajaan sedang berusaha untuk memperkenalkan Maqasid Syariah, Indeks Syariah Malaysia yang bukunya diagihkan pada minggu lepas, maka sangat wajar untuk kerajaan juga merujuk kepada cara Islam untuk kita menguruskan Bajet.
Yang saya bimbang nanti, kita hanya memperkenalkan Maqasid Syariah yang bermaksud matlamat-matlamat daripada perlaksanaan Syarak, hanya kita ambil Maqasidnya sahaja, matlamatnya kita ambil tetapi kita tinggalkan Syariat, sedangkan Maqasid tidak akan tercapai melainkan menerusi perlaksanaan Syariat itu sendiri.
DASAR PERBELANJAAN ISLAM
Allah taala menyatakan dalam banyak ayat, antaranya berbelanja,
Surah Al-Furqan ayat 67
Sifat orang yang baik ialah,
"bila berbelanja tidak boros dan juga tidak kedekut, tetapi pertengahan antara keduanya.”
HUTANG NEGARA
Kesan daripada berbelanja yang tidak betul ini ialah kita menanggung hutang pada hari ini.
Walaupun saya mendengar ucapan ramai rakan-rakan daripada sebelah kerajaan menjawab ataupun menegaskan bahawa hutang tidak ada masalah, yang penting ialah kita berhutang untuk perkara yang baik dan juga kita berhutang yang juga kita boleh bayar.
Persoalan yang saya nak sebut ialah adakah kita mampu bayar dan kita bayar? Kalau hutang itu kita bayar, tentulah ia makin berkurang, tetapi yang berlaku ialah ia makin bertambah.
Kita boleh melihat laporan yang dibentangkan dan buku yang diedarkan kepada kita, "Penyata Kewangan 2014", menjelaskan bahawa "hutang awam merupakan salah satu sumber yang membantu dalam menjana pembangunan negara, dalam persekitaran defisit fiskal".
Ertinya, hutang telah menjadi sumber pula kepada negara, sebabnya kerana defisit fiskal yang berlaku dan kita lihat peningkatan hutang daripada tahun 2010 RM407 billion, 2011 RM456 billion, 2012 RM501 billion, 2013 RM539 billion, dan 2014 RM582 billion, dan terakhir RM624 billion.
Peningkatan itu berlaku, kalau kita bayar hutang, sepatutnya ia berlaku penurunan, tetapi kita bayar, bayar tidak sama jumlah kita hutang, lebih sedikit, dan kita buat hutang lagi pula.
Cuba kita lihat dalam laporan Penyata Kewangan menyatakan bahawa, "aspek yang sentiasa diberi perhatian seiring dengan peningkatan jumlah hutang adalah PERTAMBAHAN KOS PINJAMAN yang perlu ditanggung oleh kerajaan".
Ini diakui sendiri.
"Kawalan dan pemantauan terhadap perbelanjaan kerana hutang sentiasa dilaksanakan".
Ertinya usaha itu ada, tetapi adakah ianya mencapai matlamat?
Cuba kita lihat perbelanjaan yang diguna yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk membayar hutang ini.
Kita lihat sebagai contoh, carta membelanjakan hutang daripada buku yang saya sebutkan tadi juga, 2010 kita belanja kerana hutang sahaja 15 billion, 2011 17 biliion, 2012 19 billion, 2013 20 biliion, 2014 22 billion.
Ini perbelanjaan kerana hutang yang kalau kita dapat kutip cukai GST sampai 30 billion sekalipun, ini yang kita akan bayar, bayar kerana kita buat hutang.
Saya bimbang, hutang ini menjadi satu dasar kita, dasar bernegara, berhutang menjadi dasar, sedangkan konsep Islam ialah hutang itu sesuatu yang mendatang kerana kita perlukan, dan jangan kita terbelenggu dengan hutang.
Saya bacakan satu hadis, doa yang diajar oleh Nabi SAW, antaranya ialah
“Aku (memohon) melindung daripada hutang yang menguasai kita" ataupun hutang keliling pinggang.
Kalau kita lihat umpamanya sebagai contoh pada tahun 2013, bayaran hutang, kita buat hutang 65 billion kita bayar hanya 42 billion, 2013 hutang 73 billion, kita bayar 38 billion sahaja, ini yang berlaku.
Sebab itulah saya mengharapkan untuk kerajaan, sesuai dengan konsep Maqasid Syariah ini untuk kita kembali membetulkan perkara yang seumpama ini pada masa akan datang.
(YAB) Pekan pernah menyebut, bahawa kerajaan pernah mengharapkan pada tahun 2020 kita akan bentangkan bajet berimbang, tetapi dengan cara perbelanjaan kerajaan ini, saya masih meragui ia akan berjaya 2020 nanti.
PINJAMAN RIBA
Dan isu yang lagi besar, yang perlu kita sebut ialah, hutang negara yang kita buat, sama ada pinjaman dalam negeri ataupun luar negeri, ia adalah pinjaman sebahagian besarnya berasaskan riba. Sedangkan Allah menyatakan;
Surah Al-Baqarah ayat 279
“Sekiranya kamu tidak mahu berhenti daripada riba, maka isytiharlah perang daripada Allah dan juga Rasul-Nya.”
Dan konsep kita ini, menerima konsep riba ini, itu yang berlaku pada 1MDB, yang berhutang cara riba dan terpaksa membayar bunga hingga 2 billion. Sampai bila kita mahu meletakkan rakyat dan negara kita dalam kemurkaan Allah SWT?
Maka saya menyeru atas nama kita hari ini mencadangkan konsep Maqasid Syariah, yang dalam bukunya, dalam muka surat 25, menyebut antara ukuran pematuhan indeks Syariah Malaysia ini adalah berkaitan ekonomi. Ini antaranya. Dan muka surat 34 menyebut antara ekonominya ialah antaranya pegangan harta negara, penjenaan ekonomi dan juga percukaian. Ini saya akan sebut kejap lagi.
Maka itu, harapan saya besar untuk kerajaan segera melihat dasar-dasar ini, dasar yang lebih Islamik, terutamanya dalam urusan kewangan melibatkan harta, melibatkan ekonomi.
AKAN BERSAMBUNG SIRI 2
# Transkrip ucapan ini diusahakan oleh Izwan Abdul Halim - Wartawan Harakah
Bajet 2016; JITP Kesal Tiada Pengecualian GST Menyeluruh Dalam ICT
Pertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia menyifatkan Bajet 2016 yang dibentang Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak minggu lalu tidak mesra pengguna komunikasi dan teknologi maklumat di negara ini.
Pengerusinya, Shuhaimi Embong kesal kerana hanya kerajaan hanya mengecualikan cukai GST hanya kepada khidmat prabayar (prepaid) sahaja sedangkan pihak JITP menuntut GST juga dihapuskan dalam khidmat pascabayar (postpaid).
“Sebelum bajet tersebut dibentangkan kami mengambil pendirian menyokong tuntutan Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM) bagi mengecualikan GST kepada produk-produk ICT,
“kami juga memohon kerajaan segera membatalkan ‘charge GST’ yang dikenakan kepada panggilan yang dibuat sama ada ‘prepaid’ atau ‘post paid’,
“(tapi) dalam bajet 2016 baru ni hanya prepaid sahaja yang diberikan pengecualian GST tersebut dengan memberikan rebat,”ujarnya kesal.
Begitu juga, kata beliau, GST terus dikenakan ketas barangan-barangan ICT yang lain seperti gajet telefon, komputer dan sebagainya yang perlu dimasukkan dalam senarai yang dikecualikan GST.
Beliau menggesa semua ahli parlimen agar membahaskan perkara terbabit pada sidang yang sedang berlangsung sekarang kerana, jelasnya, ia penting untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang terkesan dengan perlaksanaan GST.
Sehubungan itu, Shuhaimi berpendapat, peruntukan sebanyak RM 1.2 bilion kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menambahkan telekomunikasi Negara pada tahun hadapan, mungkin tidak mencukupi.
“Peruntukan itu antara lain difahamkan untuk menambahkan kelajuan internet luar bandar kepada empat kali ganda daripada 5 megabits sesaat (Mbps) kepada 20Mbps, membangunkan Infrastruktur Tulang Belakang Fiber Negara, jalur lebar berkelajiuan tinggi dan system kabel dasar laut.
“sedangkan pengguna internet yang aktif di negara kita kini melebihi 20.1 juta orang terutamanya golongan muda bagi medan sosial, media baru,”tegasnya.
Oleh itu, belau turut menyarankan agar ia dikaji semula dan menambah kepada peruntukan yang lebih besar.
Dengan itu, kata beliau, kerajaan dapat menumpukan pembangunan ICT setaraf dengan pembangunan infrastruktur lain yang sedang berlaku dengan begitu pesat.
“infrastruktur telekomunikasi kawasan-kawasan luar bandar terutama yang menjadi tempat tumpuan pelancongan seperti Tasek Kenyir, Gunung Kinabalu, Taman Negara dan sebagainya supaya komunikasi mestilah ditingkatkan supaya kawasan ini boleh dihubungi dengan lebih baik.
“Dalam masa yang singkat ini, pihak kerajaan perlu menggandakan usaha mereka untuk memodenkan negara, bukan sahaja dari segi infrastruktur tetapi juga dari segi aplikasi dan penggunaan setiap warga rakyat,”katanya
Sumber BO - 29-10-2015
Bajet 2016: Wow, alangkah cantiknya bunga api
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk sama-sama dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa hari yang lepas. Kalau boleh saya letakkan tema perbahasan saya dalam masa yang agak singkat ini, saya akan tumpukan kepada satu perkataan iaitu perkataan sejahtera yang menjadi tema bajet kita “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”.
Izinkan saya mulakan dengan membawa dan membacakan sepotong ayat al-Quranul Karim. Semoga memberkati Dewan yang mulia ini daripada Surah Ar-Ra’d, juzuk ke-13, ayat yang ke-11. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Firman Allah SWT yang bermaksud, “Bagi setiap manusia masing-masing ada malaikat yang silih berganti menjaganya daripada hadapan dan daripada belakangnya, mengawasi dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah mereka sendiri mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Apabila Allah menghendaki untuk menimpakan bencana ke atas sesuatu kaum, maka tiada siapa pun yang mampu untuk menolaknya lagi dan tiada siapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya”. [Berucap dalam bahasa Arab]
Tuan Yang di-Pertua, negara kita Malaysia begitu bercita-cita besar untuk berubah dengan Wawasan 2020 yang kita canangkan semenjak lebih 20 tahun. Kita impikan untuk bergerak menganjak diri kita daripada sebuah negara membangun menuju sebuah negara maju. Di awalnya kita nampak sinar itu begitu cerah tetapi di pertengahannya kita mula melihat tandatanda yang agak samar. Pada hari ini dengan berbaki lima tahun, kita semakin tidak yakin. Di hadapan kita kabur, di hadapan kita jerebu dan saya yakin Dewan ini sendiri mula sangsi dengan keupayaan kita untuk mencapai taraf negara maju.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ayat di atas ada memberikan beberapa jawapan. Ayatnya pendek, saya akan bawa tiga pengajaran yang dibawa oleh para ulama kita.
Perubahan
Pertama, perubahan mestilah bermula dari dalam diri sendiri. Kalau saya buruk, saya mesti berubah dari dalam, barulah Allah Taala mengubah diri saya menjadi baik. Kalau saya baik, saya kena kekal diri saya dalam keadaan baik, barulah kebaikan itu akan kekal. Begitulah sebuah kerajaan yang menjadi petunjuk kepada ayat ini yang menyebut perubahan sesuatu kaum. Jika kerajaan ingin berubah, ingin beranjak dengan begitu besar, maka tidak dapat tidak, kerajaan mestilah melakukan perubahan daripada diri kerajaan sendiri, barulah kita akan melihat kejayaan itu dalam negara, dalam kehidupan rakyat di hadapan kita.
Kedua, ayat ini mengisyaratkan perubahan yang begitu diperhatikan oleh Allah Taala dalam diri kita. Allah Taala memulakan ayat ini dengan menyebut bahawa Allah Taala mengutus para malaikat Allah bersilih ganti untuk melihat tubuh setiap manusia berlaku atau tidak perubahan di dalam diri mereka.
Ketiga ialah peringatan di akhir ayat ini yang disebut oleh para ulama tafsir yang menyebut bahawa hendaklah kita beringat bahawa kita tidak boleh kekal di atas perkara yang dibenci oleh Allah Taala, bimbang kelak nanti datang hukuman Allah Taala, bencana yang kita tak boleh hendak tolak lagi apabila Allah Taala murka kepada kita.
Tuan Yang di-Pertua, tugas kita Ahli Dewan yang mulia ini terutama sekali pihak kerajaan adalah memegang amanah, kuasa dan amanah kekayaan negara untuk kita cari bagaimana kita hendak memperolehinya, bagaimana untuk menyusunnya dan bagaimana untuk mengagihkannya kepada rakyat.
Fakir dan miskin
Apabila kita menyebut rakyat, kita mesti menyebut dua yang utama iaitu golongan fakir dan miskin yang menjadi tunjang apa yang Allah Taala sebutkan di dalam Al-Quran Nur Karim apabila membicarakan mengenai sesebuah kaum ataupun sesebuah negara.
Perlu kita ingat bahawa hubungan negara adalah hubungan di antara orang-orang yang kuat dengan orang-orang yang lemah. Negara adalah hubungan di antara orang kaya dengan orang-orang yang miskin. Wujud mereka adalah menjadi sunnah Allah Taala di muka bumi. Tidak ada negara yang tidak ada orang miskin dan tidak ada negara yang tidak ada orang kaya. Justeru, apabila kita bercakap mengenai sesebuah negara, kita mesti bercakap mengenai kekayaan dan kemiskinan dan hubungan di antara keduanya.
Lebih menarik Tuan Yang di-Pertua, kemiskinan adalah satu kemuliaan. Oleh sebab itulah Allah SWT telah melahirkan Rasulullah SAW dalam keadaan baginda menjadi anak yatim, dan dalam tempoh yang sekejap, baginda menjadi anak yatim piatu.
Juga, Allah Taala menyebut rahmat ini apabila Allah Taala menukar Rasulullah SAW daripada miskin kepada kekayaan. Kekayaan jiwa dan kekayaan apabila baginda memperoleh sebuah kerajaan untuk menyusun kehidupan rakyat di dunia sampailah hari akhirat. [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan Dia dapati engkau wahai Muhammad dalam keadaan miskin, dalam keadaan fakir, lalu Dia telah mengayakan kamu wahai Muhammad.”
Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah dalam perbincangan buku-buku ekonomi oleh para pakar ekonomi, antara yang menariknya disebut ialah sesebuah negara akan menjadi bahagia dan berjaya apabila pengurusan politik terutama sekali pengurusan ekonominya diuruskan dengan cara berfikir orang miskin. Apabila orang kaya menguruskan sebuah negara, maka dia tidak akan mampu membawa negara tersebut kepada kejayaan dan kebahagiaan. Itulah nilai kemiskinan yang ada pada sesebuah negara yang perlu kita tatang, yang perlu kita bincang dalam perbincangan kita dalam bajet negara kita.
Saya rasa adalah betul kalau kerajaan meletakkan golongan 40 peratus terbawah menjadi tumpuan. Sekarang mari kita melihat adakah kerajaan telah berjaya untuk menghubungkan kekayaan kepada kemiskinan, menghubungkan kekuatan kepada kelemahan golongan 40 peratus terbawah ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara umat Islam, negara kita Malaysia, yang berketuakan seorang Perdana Menteri Muslim, adalah wajar dan sebenarnya mudah untuk kita memimpin ke arah perubahan yang kita impikan. Sebab yang utama ialah kerana kita adalah umat yang memiliki contoh 1,400 tahun yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang, membina tamadun yang menjadi rujukan kepada seluruh manusia.
Percukaian Islam
Dalam bercakap mengenai sistem percukaian Islam, Imam Syatibi, seorang ulama besar, semua orang kenal dia, Al-Imam As-Syatibi, dia menyebut bahawa perbincangan mengenai percukaian ini tidak disebut oleh ulama-ulama di peringkat awal kerana tidak ada cukai di awal kerajaan-kerajaan Islam pada masa itu disebabkan oleh kekayaan Baitulmal yang mencukupi diambil daripada sumber-sumber asas sesebuah negara iaitu sumber zakat, sumber jizyah, kharaj dan sebagainya.
Akan tetapi, perbincangan itu berlaku kemudiannya dan dibahaskan oleh para ulama apabila negara semakin membesar dan kewajipan-kewajipan sesebuah negara mula membesar, barulah perbincangan mengenai cukai itu dibincangkan oleh para ulama dan juga dilaksanakan di dalam negara-negara Islam.
Yang saya hendak sebut ialah, inilah wujudnya contoh yang besar dalam sejarah Islam bagaimana menguruskan sebuah negara yang telah mencapai satu tahap kesejahteraan rakyat yang dahsyat yang begitu besar sehingga sebuah negara itu tidak lagi memerlukan cukai tambahan selepas dilaksanakan sistem Islam yang lebih mudah iaitu mengambil zakat daripada orang-orang kaya dan juga jizyah daripada orang-orang bukan Islam pada masa itu.
Saya sebut sejarah lepas. Jadi, tinggal lagi ialah adakah kita bersedia, adakah kerajaan hari ini bersedia untuk beriman, untuk yakin, untuk melihat kepada sistem Islam yang baik ataupun kita masih lagi waswas, masih lagi dalam keadaan keliru sama ada untuk menoleh ke depan kepada Islam ataupun kita menoleh kepada Barat ataupun Timur?
Bajet 2016 walaupun saya tidak kata bajet yang buruk, ada positif, dan saya tidak akan sebut kerana pihak kerajaan telah banyak menyebut mengenai perkara-perkara positif, tetapi saya hanya ingin menyebut bahawa saya masih kekal berkeyakinan bahawa ia bukanlah satu perubahan yang akan membawa kejayaan kepada negara kita hari ini.
Bagi saya, Bajet 2016 tidak lebih daripada seperti permainan kerajaan menghadiahkan rakyat dengan bunga api, satu majlis bunga api besar-besaran di sebelah malam sehingga apabila dilancarkan bunga api tersebut, semua rakyat akan berkata, “Wow, alangkah cantiknya bunga api tersebut”, tetapi di dalam beberapa minit sahaja, apa yang dia tengok adalah kegelapan di sebelah malam. Langit gelap dan yang ada hanyalah bintang-bintang yang jauh untuk dicapai. Inilah bajet, bajet bunga api atau bajet panadol kalau saya buat satu perumpamaan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk bercakap mengenai sejahtera, ia adalah satu perbincangan yang menarik dalam dunia ekonomi hari ini yang melihat keruntuhan negara-negara maju, melihat kepada keruntuhan negara-negara kaya yang sentiasa bercakap untuk mendapat pendapatan yang paling tinggi sebuah negara. Semua itu telah berakhir. Ahli-ahli ekonomi mula bercakap bahawa negara yang benar bukanlah negara yang berpendapatan tinggi. Negara yang benar adalah sebuah negara yang menjadikan kehidupan negara tersebut adalah sebuah kehidupan yang makmur, sejahtera dan bahagia rakyatnya.
Maka, kita tidak boleh mengukur kejayaan pada pendapatan negara yang tinggi. Bahkan, pada pendapatan per kapita pun kita tak boleh ukur kerana ia cukup mengelirukan. Jika tidak, kita akan melihat perbelanjaan yang besar- Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut mengenai kejayaan GST dapat mengimbangi hasil kesan daripada turunnya harga minyak, nampak gembira, tetapi berbelanjalah banyak mana pun tetapi kita akan terus melihat rakyat semakin hari semakin tertekan hidup mereka dan dalam kesempitan yang meragut kebahagiaan hidup mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut mengenai beberapa ukuran atau indikator yang disebut oleh para ulama ataupun para sarjana ekonomi bagaimana untuk menjadi sebuah negara yang sejahtera, sebuah negara yang mampu membahagiakan rakyat.
Kadar pengangguran
Pertama ialah mesti dilihat pada kadar pengangguran. Ia adalah sebagai petunjuk sebuah negara yang berjaya mempelbagaikan sumber rezeki yang luas untuk rakyatnya. Kita ada bincang banyak mengenai kadar pengangguran di negara kita.
Kedua ialah jurang atau pun kesenjangan pendapatan ekonomi antara golongan kaya dan golongan miskin. Ia adalah sebagai petunjuk wujudnya ihsan dan wujudnya agihan yang adil dalam sumber pendapatan negara.
Ketiga adalah tahap kuasa beli, purchasing power atau pun pendapatan boleh guna rakyat. Ia menjadi petunjuk kebebasan rakyat untuk berbelanja apa yang mereka mahu tanpa bebanan hutang dan ikatan. Yang terakhir yang keempat ialah kadar jenayah dalam negara yang boleh kita sebut sebagai dua.
Pertama, jenayah dalam masyarakat dan yang kedua, jenayah di kalangan kolar putih atau pun di kalangan pemimpin di peringkat atas. Ia sebagai petunjuk benarnya atau pun betulnya pekerjaan atau pun sumber rezeki, halalnya sumber rezeki yang dijana oleh rakyat. Ini termasuklah jenayah kolar putih, corruptcy yang melanda pegawai atasan dan pemimpin politik.
Apa yang saya ingin sentuh Tuan Yang di-Pertua ialah kerajaan kita Malaysia gagal dan agak teruk dalam memenuhi dan menepati indicator petunjuk di atas. Saya boleh sebut kalau kita baca surah yang pendek dalam al-Quran Allah Taala menyebut keempat-empat indicator ini dalam surah yang pendek iaitu surat Quraisy. Izinkan saya membaca. [Membaca ayat al-Quran]
Ayat ini menyebut bagaimana nikmat Allah ke atas negara Makkah di atas Kota Mekah, pada masa itu Quraisy sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Allah Taala mengungkitkan nikmat-Nya iaitu keupayaan untuk berbelanja, keupayaan untuk mencari rezeki. Walaupun musim panas mereka boleh berniaga. Walaupun datang musim sejuk, mereka boleh berniaga, pergi ke Yaman, naik ke Syam dan Allah Taala berfirman bahawa keupayaan mereka untuk membeli untuk mendapatkan sumber makanan. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Hendaklah kamu, mereka menyembah Tuhan Kaabah ini kerana Allah Taala telah menyediakan mereka makanan dan yang kedua, Allah Taala mensejahterakan mereka dengan keamanan di Kota Makkah.
Semua ini telah disebut oleh al-Quran dan diulang balik oleh para sarjana ekonomi untuk membuat ukuran bagaimana kejayaan sesebuah negara tersebut. Pertama, saya hendak sebut ialah mengenai angka kadar pengangguran yang walaupun disebut oleh kerajaan agak rendah di negara kita tetapi kajian yang lebih mendalam menunjukkan bahawa anak muda negara kita berhadapan dengan isu pengangguran yang agak rumit. 50,000 penganggur...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Batu Gajah berminat untuk mendapatkan pencerahan. Sila.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya agak tertarik dengan hujahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi, terutamanya berdekatan dengan empat indicator yang menentukan kesejahteraan rakyat. Saya juga terpanggil untuk mendapatkan pandangan Yang Berhormat berkaitan dengan indicator ketiga iaitu berkaitan dengan pendapatan boleh guna. Pendapatan boleh guna ini adalah pendapatan yang diterima oleh seseorang itu selepas menolak semua perbelanjaan yang penting. Pendapatan boleh guna ini adalah wang yang boleh digunakan oleh seseorang itu untuk perkara-perkara lain selepas ditolak cukai dan sebagainyalah. Pada pandangan saya, kalau pendapatan boleh guna ini kalau jumlahnya besar, maka kayalah dia. Kalau pendapatan boleh guna itu rendah, maka miskinlah dia itu. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Batu Gajah teruskan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah]: Saya hendak tanya, dalam ucapan pembentangan bajet Perdana Menteri, dia mengatakan bahawa negara kita kadar kemiskinan adalah pada tahap 0.6% sahaja dan kadar kemiskinan tegar adalah hampir 0%. Saya tidak tahu sama ada ini adalah benar atau pun tidak. Angka-angka ini adalah benar atau pun tidak? Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Mas sebab saya rasa ini tidak realistik jumlah ini.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas]: Ya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Pasir Mas, panjang sangat Yang Berhormat Batu Gajah. Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Tiga minit sahaja lagi Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas]: Saya cuba insya-Allah. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Batu Gajah dan saya sambung. Saya juga akan menyebut beberapa poin berkaitan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah.
Saya sebut tadi mengenai pengangguran. Isu kita ialah kita saling bertengkar mengenai angka yang disebut oleh kerajaan dengan kajian-kajian yang dibuat di peringkat rakyat yang menunjukkan sebaliknya. Kita ada penganggur berjumlah 50,000 dengan 70% daripadanya adalah pemegang ijazah. Itu satu isu.
Kedua ialah yang sudah dapat kerja, anak muda berijazah terpaksa bekerja dengan gaji yang lebih rendah berbanding dengan kelulusan mereka. Maknanya, tawaran pekerjaan adalah cukup sedikit walaupun kepada para anak muda kita yang mendapat ijazah yang tinggi. Kemudian, yang kedua ialah mengenai jurang yang disebut oleh Yang Berhormat Batu Gajah tadi.
Kita ada jurang yang agak dahsyat. Disebut di rantau kita ini, di peringkat Asia kita berada pada jurang kaya miskin yang paling teruk. Dalam negara kita, kita berhadapan dengan jurang kajian yang menyebutkan jurang di antara orang Cina dengan orang Melayu teruk. Orang Melayu dengan India pun teruk. Orang India dengan Cina pun teruk. Maknanya, pengagihan sumber rezeki yang gagal ditangani oleh pihak kerajaan.
Kemudian mengenai pendapatan boleh guna kita berhadapan dengan kenaikan harga barang yang mencekik pengguna hari ini. Kerajaan tidak mampu untuk memberikan sebarang solusi bagaimana untuk menyelesaikan kenaikan harga barang. Begitu juga hutang isi rumah yang besar. Bukan sahaja mereka payah, agak sukar untuk membayar rumah yang mereka beli, bahkan agak sukar sekarang ini untuk anak muda mendapatkan sebuah rumah sehingga mereka terpaksa hidup dalam rumah kotak yang sempit.
Terakhir mengenai indicator ini, saya ingin menyebut mengenai kajian yang dibawa oleh Frost & Sullivan yang dilantik oleh pihak kerajaan sendiri menunjukkan bahawa indeks rasa selamat negara hanyalah berada pada tahap 39%. Yang lebih malang lagi hanya 10% orang awam percaya kadar jenayah di Malaysia menurun. Maknanya, walaupun pihak keselamatan mengunjurkan turunnya jenayah tetapi di sisi rakyat, kajian menunjukkan hanya 10% rakyat percaya apa yang disebut oleh pihak kerajaan tersebut.
Perkara ini berlaku, saya hendak sebut beberapa perkara. Ini gagal kerana kerajaan melakukan banyak kesalahan besar. Yang pertama yang saya hendak sebut mengenai perjanjian yang dibuat oleh kerajaan dengan pihak syarikat-syarikat besar. Malang, kita sebagai kerajaan, syarikat-syarikat ini sebagai anak. Akan tetapi apabila perjanjian diadakan, anak mengikat ayah. Bukan ayah mengikat anak.
Konsesi lebuh raya
Isu yang pertama ialah konsesi lebuh raya yang sampai hari ini hari-hari rakyat bercakap mengenai kenaikan harga tol. Baru ini tol naik lagi dan ia menggambarkan janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah gagal bahawa kerajaan akan menyelesaikan isu tol. Begitu juga perjanjian dengan syarikat IPP yang menyebabkan kenaikan harga elektrik isi rumah yang tinggi. Hari ini yang terakhir mengenai perjanjian yang akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia. Perjanjian yang lebih besar, TPPA yang ditakuti akan terus mengikat negara kita dan bahang panas itu pasti akan dirasai oleh rakyat nanti.
GST
Saya ingin menyebut mengenai cukai GST. Sedikit lagi. Saya akan sebut GST dan saya akan masukkan isu Kelantan. Saya ingat saya sempat 20 minit, rupanya tidak sempat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: 20 minit ini.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas]: Ya, ya faham.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tetapi...
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Pasir Mas]: Tuan Yang di-Pertua, dalam Islam apa yang menarik kita bercakap pasal cukai ini, apabila sebuah kerajaan mengenakan cukai, orang yang paling gembira ialah orang miskin. Ini dalam Islam kerana apabila cukai dikutip, bermakna kerajaan ingin memenuhkan Perbendaharaan mereka kerana tidak cukup. Mereka yakin Perbendaharaan itu, hasil itu akan dihantar balik kepada orang miskin. Akan tetapi di negara kita sebaliknya.
Hari Jumaat lepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu gembira dengan pelaksanaan GST. Akan tetapi adakah kegembiraan dia dikongsi oleh rakyat? Saya yakin 80% tidak gembira dengan kegembiraan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Asas dalam Islam ialah... [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Diambil cukai itu daripada orang kaya dan dihantar balik kepada orang miskin”.
Jadi sebab itulah GST ini adalah tidak dibenarkan oleh Islam dan ia lebih teruk daripada SST yang juga mempunyai konsep yang hampir sama.
Kelantan
Akhir sekali saya hendak sebut fasal Kelantan. Allah! Kena langkau banyak ini. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah semakin mengurangkan tekanan politik ke atas negeri Kelantan yang seharusnya tidak boleh diwarisi lagi daripada politik dendam lama oleh kepimpinan terdahulu.
Walau bagaimanapun, rakyat Kelantan masih lagi menunggu sesuatu yang lebih besar bagi melihat pertumbuhan ekonomi Kelantan yang lebih pesat. Rakyat Kelantan sudah bersedia dengan ilmu, skil dan kekuatan untuk menjadikan Kelantan sebagai titik ekonomi penting dalam negara kita. Maju Kelantan, insya-Allah, majulah negara Malaysia.
Rakyat Kelantan menuntut hari ini Tuan Yang di-Pertua, pertama, lebuh raya yang selesa di antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Kedua, naik taraf lapangan terbang ke peringkat international. Ketiga, pembinaan pelabuhan.
Saya dimaklumkan oleh seorang pegawai bank yang terlibat bahawa kajian telah dibuat oleh pihak kerajaan zaman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum Yang Amat Berhormat Pekan, telah ada kajian bagi projek pembinaan kereta api laju di antara Kelantan-Kuala Lumpur melalui Terengganu dan Pahang. Walaupun kosnya disebut mungkin lebih besar daripada kereta api laju Kuala Lumpur dan Singapura, saya mengharapkan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Saya hendak sebut, rakyat Kelantan terus yakin bahawa royalti minyak ialah hak rakyat Kelantan dan kami akan terus berjuang untuk mendapatkan royalti minyak tersebut. Akhir sekali untuk Pasir Mas, saya ucapkan terima kasih. Hari ini jambatan kedua yang saya sebut dalam Parlimen sebelum ini, dalam Dewan yang sebelum ini, jambatan kedua Pasir Mas-Salor telah dalam pelaksanaan. Terima kasih kepada Perdana Menteri. Janji jalan raya empat lane, Pasir Mas–Rantau Panjang yang merupakan laluan pelancongan, dijanjikan oleh Perdana Menteri dan akhir sekali, saya mohon supaya Stadium Mini Pasir Mas macam Jerantut tadi supaya dapat upgrade sama stadium ini, Pasir Mas stadium kedua di negeri Kelantan. Terima kasih. - HARAKAHDAILY 29/10/2015 Ucapan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz semasa membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 28 Oktober 2015. Video
Sumber HD - 29-10-2015
Bajet 2016: Rakyat keliru wang RM2.6 bilion
IDRIS AHMAD | .
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. [Membaca beberapa potong ayat Al-Quran] Maksudnya, ‘Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut. Kemudian, apa yang kamu ketam, biarkanlah dia pada tangkaitangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu tujuh tahun kemarau yang besar yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih’.
Saya mulakan dengan surah Yusuf, ayat 47 hingga 48. Alangkah baiknya jika kerajaan berhemah ketika kita kaya. Sepatutnya waktu kaya, kita beringat. Maka rakyat tidaklah susah. Konsep jimat ini merupakan arahan daripada Allah dan juga semua agama.
Malangnya apabila miskin dan tidak ada wang, GST diperkenalkan yang disokong kuat oleh rakan saya dari Bagan Serai. Tahun 2015, GST memungut sebanyak RM27 bilion. Tahun 2016, dijangka sebanyak RM39 bilion. Walaupun Perdana Menteri kita dengan penuh megah menganggap ekonomi kita seimbang, rizab antarabangsa kita kekal tinggi sebanyak RM418 bilion. Pelabur masih ramai datang tetapi realiti di bawahnya macam mana?
Rakyat resah dan semput dada apabila matahari menyingsing. Cerah sahaja matahari, harga barang keperluan sentiasa naik akibat kejatuhan mata wang. Bermula dengan minum pagi, terasa harga barang sudah naik. Ia ditambah dengan masalah yang sedia ada iaitu cukai GST. Tambah pula dengan kenaikan tol. Pendek kata Bismillah sahaja, start kereta, melalui lebuh raya, awal amal, awal kalam, bayar tol dahulu. Minum belum, tol sudah minum dulu. Pekerja di sektor swasta sentiasa resah memikirkan syarikat mereka. Terpaksa mengurangkan pekerja. Takut apabila sampai di pejabat, ada notis pemberhentian kerja.
Pemberhentian kerja
Terbaru, pekerja kilang Naza di Gurun, Kedah yang diberhentikan seramai 300 orang. Awal Julai 2015, Kilang GVC di Seksyen 20 Shah Alam ditutup. Sebelumnya pula, 6,000 orang pekerja MAS telah dibuang.
Saya mendapat maklumat, Tuan Yang di-Pertua, selepas ini bank pula akan membuang beberapa orang pekerja. Sudah mula, kata Yang Berhormat Batu. Begitu juga syarikat oil and gas akan membuang pekerja. Kita bimbang fenomena ini akan menimbulkan kesan sosial seperti perceraian, penyakit mental akan meningkat apabila memikirkan ke mana mereka hendak bekerja untuk menyelesaikan masalah hutang rumah, kereta dan sebagainya terutama bagi pekerja yang sudah lanjut usianya.
Selepas ini pula, kadar faedah pinjaman akan dinaikkan. Ini lumrah dalam dunia perniagaan kapitalis, menaikkan kadar faedah sebagai usaha menampung kos operasi apabila suasana gawat. Dengan itu sudah tentu akan meningkatkan kadar inflasi negara. Kenapa ini terjadi? Sudah tentu gara-gara daripada apabila amanah tidak dilaksanakan dengan baik, maka akhirnya berbelanja dengan boros, rakyatlah yang akan terkena. Panda
Tuan Yang di-Pertua, ini contoh pembaziran yang tak patut projek dibuat. Contohnya dalam isu dua ekor panda, Fu Wa jantan, Feng Yi betina yang tinggal di Malaysia atas dasar setia kawan serta pinjaman. Ia turut membabitkan kos kepada Malaysia. Untuk tempoh 10 tahun Malaysia perlu membayar kepada negara China sekitar RM3 juta setiap tahun. Ertinya dalam jangka 10 tahun Malaysia terpaksa menanggung sebanyak RM30 juta untuk diberikan kepada negara China untuk menempatkan pasangan panda yang dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara.
Kita tidak faham apa nilai tambah kepada negara apabila kerajaan sanggup membayar dengan harga yang begitu mahal. Adakah panda dengan adanya panda, berlakunya peningkatan kadar pelancong di negara kita? Kita minta Menteri Pelancong tolong jawab. Saya bimbang takut projek beruang panda ini hanya akan menambahkan dana orang yang berwang sahaja. Bukan beruang, berwang.
Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, yang pelik lagi apabila anak panda yang baru dilahirkan baru-baru ini, Kerajaan Malaysia terpaksa membayar RM2.5 juta dan anak yang dilahirkan ini pula kena serah kepada negara China apabila meningkat umur dua tahun. Kalau anak itu menjadi milik kepada negara kita berbaloi juga. Ini tidak, kena beri RM2.5 juta, dua tahun dihantar ke negara China balik. Tak tahulah apa perjanjian yang dibuat. Selain Perjanjian Pangkor, ini perjanjian panda. Rumah mampu milik
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan rumah mampu milik. Hak memiliki rumah merupakan hak asasi pengguna. Walau bagaimanapun, harga rumah di Malaysia ini terlalu tinggi hinggakan tidak mampu untuk dibeli oleh pengguna khususnya. Jika mengikut daripada taraf yang diletakkan oleh Bank Dunia, harga rumah sekurang-kurangnya untuk setiap rakyat ialah 30 kali gaji, ertinya 30 bulan gaji maka itu merupakan kelayakan ataupun harga yang patut dapat dimiliki oleh setiap rakyat.
Cuba bayangkan kalau rumah mampu milik pun RM300,000. RM300,000 ini bukan mampu milik, mampu tengok. Andaian kalau gaji RM2,500 bererti 120 bulan gaji sedangkan Bank Dunia meletakkan hanyalah 30 bulan gaji tetapi di Malaysia yang memiliki rumah mampu milik harganya sebanyak RM300,000. Ini kalau hendak pinjam mesti ada di dalam pay-slip dengan izin, sekurang-kurangnya gaji ialah RM8,000 sebulan, baru layak untuk bank memberi kita pinjam untuk mendapat rumah sebanyak RM300,000.
Cuba bayangkan kalau kawasan di Parlimen saya sendiri, harga rumah dua tingkat sendiri pun RM350,000. Kalau di Gombak, rumah dua tingkat sudah meningkat hampir dekat dengan RM1 juta. Ha, rakan saya senyum sahaja, rumah burung pun RM300,000 Yang Berhormat Bagan Serai hoi. Walaupun bajet telah memperuntukkan RM1.6 bilion untuk 135,000 buah rumah PR1MA, dijangka 10,000 unit akan siap tahun depan.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soal kemiskinan. Setiap kaji bajet ada sahaja macam mana untuk meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah. Peruntukan TEKUN RM600 juta. RM500 juta ialah untuk bumiputera. RM100 juta ialah untuk orang India. Cara menyelamatkan B40, yakni kebanyakannya B40 ini ialah terdiri dari kalangan orang-orang Melayu yang pendapatan mereka ialah berada di tahap miskin dengan membuatkan mereka bergantung kepada kerajaan. BR1M
Mereka ini untuk menunggu duit jatuh sekali-sekala seperti mana BR1M. Hasilnya 58 tahun kita merdeka masih lagi gagal untuk mengatasi masalah kemiskinan. Buktinya penerima BR1M meningkat dari setahun ke setahun. Tahun 2012, penerima BR1M seramai 4.2 juta dan meningkat sebanyak 4.7 juta. Sepatutnya 58 tahun kita merdeka supaya soal kemiskinan ini tidak dapat kita atasi merupakan satu perkara amat malang.
Kita tak hendak soal kemiskinan ini dijadikan sebagai bahan politik semata-mata untuk hendak meraih sokongan ketika pilihan raya. Kita tidak mahu ini ialah satu bentuk penindasan ataupun bentuk ketidakadilan terutama kepada rakyat. Kita hendak supaya rakyat hidup dengan selesa dan baik. Ini tugas kepada kerajaan kena memikirkan.
Kita tak hendak kerana yang miskin ini kebanyakannya Melayu. Kabinet pula hampir 70% daripada kalangan orang Melayu, Exco sebahagian besar 80% orang Melayu. Pegawai tinggi kerajaan pula hampir 90% orang Melayu. Tiba-tiba kita melihat kemiskinannya ialah dihadapi oleh orang-orang Melayu sendiri. Maka dengan sebab itu dalam pemberian BR1M ini bukan tak baik, baik. Akan tetapi ini bukan penyelesaian kepada jangka panjang. Kita memberi kail, bukannya ikan. Kita beri kepada mereka bukan suruh goyang kaki. Sepatutnya mereka ini suruh kita berikan modal.
Contohnya yang selalu saya buat ialah seperti mana Amanah Ikhtiar. Ini projek yang cukup baik yang saya rasakan projek ini walaupun kita daripada kalangan pembangkang, kita bersetuju tentang apa yang kerajaan buat.
Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Bukit Gantang. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Sebut Bagan Serai tiga, empat kali, kena bangunlah. Yang pertamanya tadi, tentang rumah tadi, saya undur sikit. Saya hendak tanya Yang Berhormat Bukit Gantang. Kerajaan menyediakan pelbagai agensi untuk menolong rakyat mendapat rumah. Jadi, kita kena “ukur baju di badan sendiri”. Jangan kita gaji kecil, kita pergi beli rumah yang mahal. Ada rumah untuk pertengahan, ada rumah untuk bawah. Kita ada PR1MA, kita ada SPNB, kita ada PPA untuk golongan awam, kita ada rumah mesra rakyat dan sebagainya untuk menolong dan kerajaan memang menolong. Bukan kerajaan bagi semua. Kita bukan hendak bagi ikan, kita hendak bagi kail. Kita bukan bagi BR1M untuk dia kaya, kita bukan. BR1M ini kerajaan bagi untuk pertolongan semasa, acute, acutely dan kerajaan dalam bajet yang kita tengok yang dibentangkan telah menyediakan berbagai-bagai agensi, berbagai-bagai cara untuk supaya rakyat dapat keluar dari kepompong yang menerima BR1M keluar daripada garis kemiskinan dan untuk hidup berjaya supaya negara hendak pergi negara maju Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Bukit Gantang, adakah bajet yang dibuat ini menepati apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gantang tadi iaitu kerajaan memberikan BR1M. Yang Berhormat Bukit Gantang sendiri kata BR1M itu bukan tak baik, baik. BR1M itu baiklah dan diberikan peluang-peluang ini. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Sebab itu saya sebut BR1M ini bukan penyelesaian untuk jangka panjang. Itu maksud saya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai. Felda
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkit tadi jam 11 pagi, kami mendapat kunjungan daripada 30 orang bekas pekerja Kilang Getah FELDA Lembah Bilut yang sudah bekerja selama 20 tahun di Kilang Getah FELDA Rubber Industry Sdn. Bhd. Lurah Bilut, Pahang. Ada daripada kalangan mereka ini yang cacat anggota dia. Mereka sudah mendapat notis kena pindah dari rumah yang mereka duduk hampir 20 tahun.
Persoalannya mereka ini ialah anak generasi kedua, anak FELDA. Keduanya pula mereka ini bekerja di kilang sudah hampir 20 tahun. Ketiganya mereka sanggup untuk hendak membayar kalau pihak FELDA hendak rumah yang mereka duduk itu. Rumah yang mereka duduk termasuk lagi mereka bawa kepada saya gambar dengan izin Tuan Yang di-Pertua. [Sambil menunjukkan beberapa keping gambar] Gambar-gambar rumah mereka yang kita harapkan daripada pihak kerajaan tolong ambil perhatian berkenaan dengan ini. Esok dua rumah akan diroboh. Daripada 30 buah rumah itu, dua rumah akan diroboh.
Saya harapkan juga sahabat saya daripada Yang Berhormat Jerantut mungkin ini diletak di kawasan Parlimen Bentong. Mungkin boleh ambil perhatian sedikit, esok dua rumah akan diroboh. Kononnya sebagai persediaan untuk lawatan Perdana Menteri untuk hendak merasmikan tapak rumah generasi kedua di FELDA tersebut. Lainnya akan diroboh setelah notis tamat duduk iaitu pada 31 Januari 2016 nanti. Tapak rumah mereka ini yang dibina untuk generasi kedua ini sebanyak 70 buah rumah. Malangnya pihak FELDA hanya berjanji untuk hendak beri di kalangan 30 rumah yang hendak diroboh itu hanya 10 sahaja. Apa salah berikan kepada mereka. Mereka sudah tua hendak pergi mana. Tanah di Pahang ini luas, banyak dunia dekat Pahang luas lagi, tanah itu yang hendak diambil.
Inilah yang kita amat kesal sebab itu kita harapkan sangat supaya campur tangan daripada pihak kerajaan supaya janganlah merobohkan ataupun rundinglah atau berikan keutamaan kepada mereka ini yang sudah tua yang kita rasakan untuk hendak pergi ke tempat lain pun mereka tidak mampu. Paling penting mereka itu ialah merupakan anak kepada peneroka FELDA. Isu RM2.6 bilion
Tuan Yang di-Pertua, satu ialah berkenaan isu RM2.6 bilion yang menjadi perbincangan hangat sama ada dalam Parlimen ataupun di luar Parlimen. Rakyat sebenarnya keliru mengenai kedudukan wang ini. Ada yang menjawab wang ini digunakan untuk parti, ada dijawab wang ini hanya untuk hendak lawan zionis dan DAP. Ada pula yang jawab pula daripada Yang Berhormat Bagan Datok jawab dia sudah jumpa kenal sudah dermawan itu.
Tiga sebab fasal apa dia bagi RM2.6 bilion. Pertama ialah kerana Malaysia ini mengamalkan akidah Ahli Sunah Waljamaah. Kedua, kerana Malaysia ini mengamalkan konsep kesederhanaan dan yang ketiganya kerana Malaysia ini ialah melawan golongan terrorist ataupun golongan pelampau. Tidak apalah, kita terima benda itu baik kalau itulah. Persoalannya kenapa dimasukkan ke dalam akaun peribadi, inilah yang menjadi musykilnya.
Sepatutnya wang ini kalau hendak bercakap soal berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan hal memperkukuhkan Ahli Sunah Waljamaah saya bersetuju diberikan kepada JAKIM. Ini untuk hendak mengembangkan tentang akidah Ahli Sunah Waljamaah. Kalau untuk hendak melawan golongan terrorist kita berikan kepada Kementerian dalam Negeri (KDN) ataupun Kementerian Pertahanan. Ini kerana mereka itulah yang bergerak ke sana ke mari. Polis ini kalau boleh kita hendak suruh pakai BMW, kita tidak suruh pakailah Viva ataupun Persona, koman sangat. Fasal apa kita tengok perompak dia pakai... [Disampuk] Okey saya tarik baliklah, saya tarik balik. Okey selain daripada itu kita pakailah kereta yang agak hebat sedikit supaya polis dapat untuk hendak kejar penjenayah. Hendak kejar penjenayah, kita hendak ini yang sepatutnya kita lihat.
Tuan Yang di-Pertua, supaya perkara ini selesai dengan baik kerana kita tidak hendak dunia melihat kita. Dunia menyebabkan ia memberikan kesan terutama kepada pelabur-pelabur luar dalam konteks ini. Tuan Yang di-Pertua iaitu saya hendak membangkitkan berkenaan dengan kepentingan orang kurang upaya.
Berdasarkan pembentangan Bajet 2016 berlaku pengurangan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu RM2.2 bilion dahulunya kepada RM2 bilion dalam Bajet 2016. Timbul persoalan di mana kesungguhan kerajaan untuk membangunkan masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Walaupun saya lelaki, isteri saya itu perempuan, jadi saya kena cakap abang inilah. Ini suami yang baik ini Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Kuala Kangsar ini suami yang baik. Komuniti OKU
Amat aneh dalam Belanjawan 2016 bilangan individu OKU yang akan mendapat faedahnya adalah seramai 150,000 berbanding tahun 2015 hanya 110,000. Ertinya peningkatan sebanyak 40,000 sedangkan peruntukan kepada KPWKM ini merosot. Oleh sebab itu ini yang kita harapkan supaya perkara-perkara ini perlu diambil perhatian.
Suka saya menarik perhatian Dewan ini berkenaan dengan elaun dan bantuan kendiri kepada golongan orang-orang cacat. Mencadangkan elaun agar pekerja cacat yang sedia ada pada hari ini dinaikkan daripada RM350 sebulan kepada RM550 sebulan. Jika kita selak kembali dialogdialog yang dianjurkan oleh pihak KPWKM dan Komuniti OKU kenaikan tersebut telah pun dipersetujui oleh KPWKM dan seharusnya diterima pakai oleh pihak Kabinet dan juga kerajaan. Cuma desakan ini sejak tahun 2014 diberikan perhatian dalam Bajet 2015, namun tidak diberikan perhatian sewajarnya kenaikan pada tahun 2015 yang lalu hanyalah daripada RM300 kepada RM350 dan RM150 kepada RM200 sahaja. Kita harapkan supaya naik terutamanya daripada RM350 kepada RM550 untuk OKU yang bekerja.
Tuan Yang di-Pertua, kerana kita sering melaungkan Malaysia mempunyai pendidikan taraf dunia., namun perlu diinsaf masih banyak pendidikan yang boleh diikuti oleh kumpulan kumpulan OKU di luar negara tidak dapat dinikmati oleh OKU di negara ini.
Saya mencadangkan pihak kerajaan iaitu mengambil perhatian hal-hal berikut amalan educable yang dihapuskan dalam Peraturan 2013 telus dan tidak bersembunyi di pelbagai peruntukan secara tersirat.
Peruntukan 2013 masih mengekalkan penilaian sekolah terhadap murid-murid keperluan khas sekali gus mendedahkan anak-anak OKU dalam amalan educable dalam Peraturan 1997. Dicadangkan pihak Kementerian Pendidikan benar-benar merangka program bagi memastikan tiada keciciran dalam aspek pendidikan asas kepada anak-anak OKU daripada pelbagai kategori. Dicadangkan juga agar sejumlah peruntukan bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan OKU di IPTA seluruh Malaysia. Memperuntukkan sejumlah dana bagi mewujudkan dan meningkatkan kelompok intelektual, akademik, dan profesional dalam kalangan OKU termasuk pengkhususan dalam bidang disability. Kajian-kajian dibuat oleh pelbagai pihak di peringkat IPTA, IPTS berkaitan dengan OKU perlulah melibatkan golongan OKU sendiri.
Akhir sekali ialah mengembangkan bidang-bidang kemahiran bagi golongan OKU tanpa mengira kategori kecacatan khususnya dalam bidang sains pengkomputeran, sains perubatan, pertanian dan sebagainya yang berpotensi diteroka oleh golongan OKU yang selama ini kurang diambil perhatian. Kepahlawanan negara
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap berkenaan dengan aspek kepahlawanan negara. Menteri Kewangan mencadangkan bagi pesara kadar pencen minimum dinaikkan kepada RM950.
Ini satu langkah yang baru, namun demikian ingin saya mencadangkan satu projek khas kepada kelompok kecil mereka yang telah menaburkan jasa yang sangat bernilai untuk keamanan negara.
Saya baca satu tulisan yang disebut oleh bekas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Khoo Ah See pernah berkhidmat selama 20 tahun dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) yang kini dikenal sebagai Pasukan Gerakan Am (PGA).
Pada bulan September lalu beliau telah menulis dalam harian The Star meminta supaya pihak kerajaan memberi perhatian kepada pembelaan kepada bekas anggota PPH khasnya yang pernah terlibat di sekitar tahun 60-an ke 80-an yang bertempur dengan pengganas komunis demi mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam.
Kelompok ini telah bersara lebih 10 tahun dahulu, ada yang lebih lama lagi. Masingmasing dalam usia yang lanjut. Pihak kerajaan dicadangkan agar memberikan keistimewaan kepada mereka dengan mewujudkan pakej persaraan yang lebih komprehensif dan melegakan setimpal dengan jasa mereka. Kenaikan 2% setiap tahun bagi mereka sangat kecil terutama di saat usia mereka yang memerlukan belanja yang lebih besar.
Menurut Datuk Khoo, mereka ini kebanyakan ditimpa pelbagai penyakit di usaha tua lantaran terdedah dengan pelbagai risiko sewaktu mereka muda dulu berjuang untuk negara kita. Berada dalam hutan belantara sepanjang masa, kadang-kadang terpaksa tidur dengan pakaian seragam, sarung kaki dan kasut yang basah memberikan kesan kepada mereka.
Saya bersetuju dengan cadangan Datuk Khoo agar pencen ini di kelompok kecil dinaikkan sekurang-kurangnya 50%. Satu angka kenaikan yang kecil dalam perbelanjaan negara kita. Contohnya, dalam hal sama iaitu wira-wira negara ini, saya ingin menarik perhatian penerima-penerima anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa atau SP yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
SP ini merupakan anugerah tertinggi dalam negara dan menurut protokolnya lebih tinggi daripada darjat Kerabat Diraja Malaysia. Ia telah diperkenalkan 29 Julai 1960 dan digazet pada 11 Ogos 1969. Ia dianugerahkan kepada mereka yang telah menunjukkan keberanian. Hari ini, cuma ada lapan penerima anugerah sahaja Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang masih hidup.
Enam daripadanya ialah Polis Diraja dan dua daripada Angkatan Tentera Malaysia. Mereka ialah; (i) Datuk Syed Mokhtar Syed Barakbah; (ii) Datuk Paul Kiong; (iii) Datuk Sia Boon Chee; (iv) Ngalinuh Bala dari Miri, Sarawak; (v) Etim Bijam dari Miri, Sarawak; (vi) ACP Razak Mohd Yusoff, satu-satunya masih berkhidmat di PDRM; Dua daripada angkatan tentera iaitu; (i) Kapten Bersara Datuk Hamid Awang; dan (ii) Leftenen Jeneral Bersara Dato’ Seri Zaini Mohamad Said.
Tuan Yang di-Pertua, penerima SP ini memperoleh elaun sekarang ini RM2,000 sebulan manakala Pingat Gagah Berani, RM1,500 sebulan. Maka saya mencadangkan supaya demi membuktikan kerajaan yang peka akan nasib mereka dan meletakkan mereka sebagai ikon kepahlawanan negara agar dinaikkan SP RM2,000 kepada RM5,000 sebulan dan PGB daripada RM1,500 kepada RM3,000 sebulan. TPPA
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bercakap sedikit berkenaan dengan TPPA. TPPA ini satu bentuk penjajahan moden kalau kita buat dan kalau kita laksanakan. Memang ada baik tetapi mudaratnya lebih besar daripada manfaat. Maka dengan sebab itu kita mengharapkan supaya kerajaan kalau boleh tolak TPPA ini kerana kita anggap ini merupakan satu bentuk perjanjian kalau kita setuju bererti maruah negara dan juga rakyat negara kita akan terjajah maka tidak ada makna 58 tahun kita merdeka tetapi sebaliknya berlakunya penjajahan ekonomi yang lebih berat. Maka kita harapkan supaya dalam hal ini, daripada sebelah sini dan juga sebelah sana bersetuju untuk kita menolak TPPA ini.
Pertama, kita lihat kesan kepada automotif. Kita tahu sebagaimana yang kita maklum, antara yang memberi kesan ialah kenderaan Proton kita yang mana automobil kita yang tak mampu untuk bersaing terutama daripada keluaran-keluaran produk daripada negara-negara yang maju seperti mana Amerika yang lebih banyak untuk menghantar ke negara kita seperti Jepun. Kedua...
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Masa hendak habis sudah.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Kejap sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, Yang Berhormat Setiawangsa.
Dato’ Ahmad Fauzi Zahari [Setiawangsa]: Mengenai kereta ini, adakah Yang Berhormat Bukit Gantang sedar bahawa di AFTA ini atau ASEAN Free Trade Area, kereta-kereta yang datang daripada negara ASEAN ini pun sebenarnya pun sudah mula kurang dalam erti kata tax nya, bukan kerana TPPA ini.
Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Kalau Asia pun kita nampak sudah berat, cuba bayangkan esok Amerika.
Okey, yang keduanya ialah berkenaan dengan piawaian halal juga akan diganggu kerana kita tahu esok dia akan ikut senarai hak dia. Hak yang JAKIM pakai, kalau kita banyak-banyak sangat songeh, kalau banyak-banyak sangat meragam maka ia boleh untuk ambil tindakan daripada segi undang-undang.
Ketiganya, kita lihat nasib golongan pekerja kita. Mereka boleh menentukan hendak ambil pekerja-pekerja asing dan kita tak ada lagi syarat untuk hendak mengambil pekerja-pekerja dari dalam. Keempatnya soal alam sekitar juga. Esok mungkin ada bahan-bahan baru setelah mereka buka 20 tahun kilang di sini, dia letakkan bahan-bahan yang menyebabkan alam sekitar rosak, kita saman, kita tak benarkan maka mereka juga boleh saman kerajaan kita kerana kita mengganggu apa yang mereka lakukan.
Akhir sekali ialah berkenaan dengan keselamatan makanan dalam negeri juga akan berlaku terutama berkenaan dengan masuknya bahan-bahan pertanian dari luar. Lambakan yang begitu banyak, maka sudah tentu yang akan memberi kesannya ialah kepada rakyat kita dan juga sektor pemakanan kita. Kawasan saya
Akhirnya sedikit Tuan Yang di-Pertua, iaitu saya hendak mengadu hal berkenaan dengan apa yang berlaku di kawasan saya. Pertama ialah untuk hendak meminta berkenaan supaya Menteri Pelancongan, kebetulan Padang Rengas ini sempadan dengan Bukit Gantang sahaja. Cuba pergi tengok, jenguk jeti dekat Kuala Sepetang. Jeti ini yang agak daif, tandas pun tak ada di jeti itu. Tempat pelancongan dan juga nelayan-nelayan. Kalau hujung minggu, kita boleh tengok beratus orang pergi ke situ dengan keadaan yang cukup daif.
Saya telah meminta dahulu, tahun lepas tetapi dia kata bajet tidak ada dan kita harapkan tahun ini dapat diberikan untuk kepada prasarana di Jeti Kuala Sepetang kerana di situ terdapatnya kelip-kelip, ikan dolphin, hutan bakau, gua arang. Jadi itu yang saya pohon. Keduanya berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan hidupan kelip-kelip juga di Kampung Dew yang sekarang ini telah berlakunya pencerobohan.
Baru-baru ini ada kilang di sebelahnya, dia telah menceroboh di tanah yang berdekatan dengan tempat yang menjadikan pembiakan kepada kelip-kelip di situ telah diganggu sehinggakan ini menyebabkan habitat ini terganggu dan kita harapkan supaya untuk demi memelihara alam habitat yang payah hendak dapat kecuali di Parlimen Bukit Gantang dan juga di Parlimen Kuala Selangor yang ada kelip-kelip ini tetapi yang di Bukit Gantang lebih cantik daripada Kuala Selangor pasal wakil rakyat dia orang PAS. Sekian, terima kasih.
Teks ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad semasa membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 27 Oktober 2015. Sumber HD - 28-10-2015
Bajet 2016; Pak Menteri Bangga ‘Memerah Keringat Rakyat’!
Pernah tak kita, ketika berjalan di tengah kota raya, datang seorang miskin yang gelandangan, menghulurkan tangannya memohon simpati dan sumbangan? Kita pun beri RM1, dan dengan duit sebanyak itu dahulunya, si miskin yang gelandangan itu, boleh mengisi perutnya dengan cara mudah, pergi ke kedai serbaneka, membeli roti dengan harga 70 sen dan menyimpan 30 sen atau membeli teh ‘o’ dari mana-mana warung, dengan harga 30 sen. Maka, beirisilah perut si miskin yang gelandangan itu, dan ia boleh tidur tanpa kelaparan. Namun sekarang, sekiranya kita beri RM1 kepada si miskin dan gelandangan itu, yang hina dan papa kedana, mereka tidak lagi boleh menyimpan 30 sen dan hanya mencari pili paip, untuk meneguk air sejuk. Roti yang berharga 70 sen dulu, sudah naik harga menjadi 85 sen kerana cukai GST! Si miskin yang gelandangan dan papa kedana itu, dipaksa oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional untuk membayar cukai, walaupun dia tidak punya apa-apa di dunia ini! Bajet 2016 mengesahkan kerajaan Umno-BN sebagai zalim kerana melaksanakan cukai GST bahkan Perdana Menteri berbangga kerana ‘memerah keringat rakyat’ dengan undang-undang. Lalu dengan bangganya seorang lagi Pak Menteri menyatakan, GST dapat menyelamatkan negara, dengan lain perkataan, beliau yang dipilih oleh wakil rakyat dan dilantik menjadi menjadi menteri, berbangga memerah keringat rakyat. Penguatkuasaan GST adalah memaksa rakyat termasuk yang miskin dan fakir membayar cukai apabila mereka berbelanja walaupun untuk memenuhi keperluan yang asasi seperti membeli makanan, pakaian dan tempat tinggal. PAS menolak GST kerana ia adalah cukai yang zalim dan bertentangan dengan ajaran Islam. Sistem cukai GST itu adalah cukai berdasarkan perbelanjaan, sedangkan Islam menegaskan konsep percukaian menerusi konsep Zakat ialah cukai mestilah berdasarkan pendapatan bukannya perbelanjaan. Di situlah kita boleh membezakan, Islam yang adil hanya mengenakan cukai kepada rakyat yang hanya mempunyai lebihan pendapatan sahaja. Mereka yang tidak mempunyai lebihan pendapatan atau langsung tiada pendapatan, tidak dikenakan dicukai. Sebelum ini rakyat biasa yang bekerja dan mempunyai pendapatan sederhana hanya dikenakan cukai pendapatan sahaja. Majoriti golongan pertengahan dan rendah tidak perlu membayar cukai jualan dan perkhidmatan sekiranya mereka tidak menggunakan perkhidmatan yang eksklusif atau makan di restoran besar dan membeli di gedung-gedung besar. Tetapi kini, majoriti rakyat pertengahan dan rendah dikenakan cukai dua kali, selain cukai pendapatan, mereka dikenakan cukai pada setiap pembelian semua barangan dan perkhidmatan pada setiap hari dan masa, kecuali hanya sedikit sahaja yang dikecualikan Pendapatan yang dikenakan cukai hanyalah sepatutnya pendapatan yang diperolehi oleh orang-orang kaya yang melebihi daripada keperluan asas kehidupan. Orang-orang miskin yang mempunyai pendapatan yang cukup untuk menguruskan kos kehidupan seharian atau fakir yang tiada pendapatan tidak sepatutnya dikenakan cukai. Bahkan dari sudut Islam, adalah satu perbuatan haram mengenakan cukai kepada orang miskin dannfakir. Perbelanjaan harian rakyat untuk memenuhi keperluan asas sepatutnya tidak dikenakan cukai, sebaliknya GST memaksa rakyat membayar cukai walaupun untuk sesuap makanan bagi mengelakan dari kelaparan! Sumber BO - 28-10-2015
Bajet 2016: PAS cadang Elaun OKU dinaikkan
MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad mencadangkan agar elaun Orang Kurang Upaya (OKU) dinaikkan agar dapat menampung kehidupan mereka. Beliau yang turut mempersoalkan peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Bajet 2016 hanya RM2 bilion berbanding 2015 iaitu RM2.2 bilion. "Kenapa peruntukan yang diberikan kepada KPWKM dikurangkan berbanding tahun lepas, sepatutnya peruntukan kerana ia melibatkan banyak golongan terutamanya golongan OKU. "Keutamaan sepatutnya diberikan kepada golongan OKU seperti penambahbaikan pendidikan, kemahiran mahupun memberi peluang pendidikan di luar negara," ucap beliau pada perbahasan Bajet 2016 di Parlimen semalam. Naib Presiden PAS itu juga mencadangkan agar elaun pekerja cacat dinaikkan daripada RM350 kepada RM550 sebulan. Sebelum itu, Presiden Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia (POKUAM), Suhairi Abdullah dalam kenyataan beliau berkata agar peruntukan khas diwujudkan bagi pembangunan kemahiran OKU pada bajet kali ini. Katanya, peruntukan khas tersebut berperanan sebagai medium pembangunan perniagaan yang dijalankan OKU dan ini kerana golongan OKU yang menjalankan perniagaan berdasarkan kemahiran mereka gagal untuk meningkatkan perniagaan kerana latihan kemahiran asas yang diberikan adalah tidak berdaya saing pada masa kini. – HARAKAHDAILY 28/10/2015 Sumber HD - 28-10-2015
Bajet 2016: Bertaubat dan maaf tidak menghukum
DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .
Teks ucapan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, petang semalam. Firman Allah: وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا(29) إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا(30) سورة الإسراء: 29-30
“Dan Janganlah jadikan tanganmu terbelenggu dileher (bakhil) dan jangan pula terhulur seluas-luasnya (boros). Nanti kamu menjadi terduduk dalam keadaan tercela dan menyesal. Sesungguhnya Allah melimpahkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan menentukan kadarnya. Sesungguhnya Allah berlaku terhadap hamba-Nya dalam keadaan Maha Mengetahui lagi Maha Melihat” (Surah al-Isra’: ayat 29-30) Inilah petunjuk Allah yang mengajar manusia cara-cara berbelanja dengan betul (istiqamah) dan menjadi panduan untuk individu sehinggalah dalam urusan negara. Allah menyifatkan sebagai salah satu daripada ciri-ciri kebijaksanaan (hikmah) bagi manusia. Sudah menjadi kebiasaan pembentangan bajet akan dikemukakan jumlah hasil dan pendapatan. Dan dikemukakan juga peruntukan dan perbelanjaan yang besar bagi menjana ekonomi negara demi kemajuan, keselesaan kehidupan rakyat dalam segala aspek dan melancarkan perjalanan jentera kerajaan. Ukuran kejayaan bajet yang sebenar adalah memastikan semua pihak dalam keadaan selesa. Bajet tidak mencapai matlamat kalau pihak kerajaan sahaja yang selesa, sedangkan rakyat masih menderita dengan masalah mereka yang belum selesai atau mendatangkan masalah baru yang menimpa kehidupan seperti masalah kemiskinan yang masih ada, kemudahan asas belum dipenuhi dan ditambah dengan masalah inflasi yang membebankan kehidupan dalam segala aspeknya, di antaranya; kenaikan harga barangan keperluan harian yang tidak boleh ditampung dengan pendapatan yang tidak mencukupi. Dan juga keamanan hidup yang tidak terjamin dengan kadar jenayah yang meningkat atau tidak di atasi serta kemalangan yang sering berlaku. Parlimen menjadi tempat bermuhasabah samada membahaskan yang telah berlangsung untuk menjadi iktibar atau bakal dilaksanakan supaya lebih berhemat dan berhikmah. Bagi penganut Islam diajar agar beriman bukan sekadar Wawasan 2020 yang sudah hampir tiba bahkan lebih mencabar lagi menghadapi wawasan akhirat dengan adanya perhitungan dosa dan pahala dalam segala aspek urusan hidup bermasyarakat yang tidak dipisahkan daripada Islam yang lebih luas maknanya daripada perkataan agama yang difahami pihak yang lain termasuk dalam aspek politik, ekonomi dan pengurusannya. Dalam aspek ekonomi pula lebih menjadi penekanan dalam kehidupan duniawi apabila menjadikan ekonomi seperti berhala yang dipuji oleh semua ideologi dan teori ciptaan manusia seperti kiblat yang dihadap ketika beribadat. Islam menegaskan bahawa aspek ekonomi merupakan sebahagian daripada perkara amanah yang besar tanggungjawabnya. Firman Allah: إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu (secara wajib) supaya menunaikan amanah kepada ahlinya yang layak dan apabila menghukum atau memerintah kalangan manusia hendaklah berlaku adil. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” Rasulullah SAW memberi amaran apabila amanah dijadikan peluang untuk mendapatkan habuan diri, keluarga dan kroni sebagai tanda berlakunya kemusnahan umat Dalam aspek ekonomi, setiap orang akan ditanya daripada mana diambil hartanya, bagaimana dan kemanakah harta itu dibelanjakan. Maka dalam aspek pemerintahan negara ianya lebih besar amanah dalam persoalan ini. Dalam perkara hasil dan pendapatan wajib diambil kira bukan sahaja zat barangannya, bahkan diambil kira juga cara mendapatkannya. Adakah ianya halal dan harus diambil daripada hasil bumi atau percukaian atau hutang? Adakah ianya diambil dengan cara yang betul tanpa zalim atau menipu atau hasil rasuah atau terdapatnya salah laku cara mendapatkan hasilnya? Dan dipersoalkan juga kemanakah harta tersebut dibelanjakan dan bagaimana? Adakah mengenai sasarannya yang betul dengan kadar yang tepat atau melebihi sehingga boros? Maka Allah berfirman: وَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا(26) إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا (27) “Tunaikan terhadap kalangan yang ada hubungan keluarga akan haknya yang sepatut dan orang yang miskin dan musafir yang terputus bekalan dan jangan sekali berlaku boros terlampau boros. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu menjadi saudara-saudara syaitan dan syaitan itu terlalu kufur (ingkar dan melawan) terhadap Tuhannya ” ( Surah al-Isra’: ayat 26-27) Bermula dengan cara mendapatkan hasil yang tidak betul atau salah akan tetap diambil kira kerana cara yang tidak betul tiada keberkatannya walaupun terlalu banyak jumlahnya. Al-quran menegaskan konsep keberkatan: وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (96) أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ (97) أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ (98) أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ (99)
“Dan kalaulah penduduk negeri beriman dan bertaqwa nescaya kami bukakan untuk mereka keberkatan-keberkatan yang banyak, yang datang daripada langit dan yang keluar daripada bumi tetapi mereka membohonginya, lalu kami mengambil tindakan menghukum dengan sebab apa-apa yang telah dilakikan oleh mereka. Adakah penduduk negeri merasa aman selamat apabila tibanya hukuman kami diwaktu malam ketika mereka nyenak tidur. Adakah penduduk negeri merasa aman selamat apabila tibanya hukum kami diwaktu dhuha (pagi) ketika mereka bermain. Dan tidaklah mereka selamat daripada langkah hukuman kami itu melainkan orang yang rugi” (Surah al-A’Araf: 96-99) Perkataan berkat tidak ada dalam istilah teori politik, ekonomi dan kemasyarakatan ciptaan manusia, hanya ada dalam Al-Quran. Tanpa keberkatan berlakunya bencana alam sekeliling seperti gempa bumi, banjir, termasuk jerebu. Bukan sahaja jerebu cuaca, termasuk juga jerebu politik, ekonomi dan sebagainya kerana kerakusan tanpa batas seperti tiada mesra dengan alam sekeliling sehingga boleh merosakkan alam sekitar kerana rakus mendapat hasil dan kerosakan secara langsung dilakukan oleh tangan manusia menyebabkan berlakunya inflasi dan kejatuhan matawang. Berlaku juga kerana tiada kesaksamaan diantara pengeluaran dan kuasa membeli atau pengedaran wang palsu yang boleh berlaku diperingkat antarabangsa. Saya percaya banyak negara dalam ketakutan untuk menyiasat atau mengkaji USD yang menjadi sandaran kewangan dunia itu. Adakah kertas kosong yang dicetak sebanyak-banyaknya tanpa sandaran emas atau barang yang bernilai tinggi kerana pencetaknya negara kuasa besar. Semua kesilapan atau kezaliman dan salahlaku boleh menjadi bencana alam yang nyata. HISBAH Dalam sistem pemerintahan Islam disebut tentang hisbah. Hisbah dilakukan bukan sahaja terhadap hasil pendapatan, bahkan dilakukan juga terhadap manusia yang mengurusnya. Di atas konsep hisbah tersebut berlaku peristiwa kepimpinan menjadi teladan secara kenyataan bukannya teori dan slogan. Di zaman Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A apabila Islam telah berjaya membebaskan tanah jajahan dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Walaupun dianggap negara paling besar, maju dan kaya dizamannya. Namun dia kuasa besar yang kuat dan kaya itu dianggap jahiliah kerana pelaksanan konsep federalism yang memperhambakan rakyat dan menjajah negara dan kaum lain. Walau pun kekayaanya melimpah ruah namun ramai rakyatnya menderita, kerana sekadar menjadi hamba kepada golongan atasan yang memerintah dan memiliki secara monopoli. Para petaninya tidak ada pemilikan tanah dan berlapis generasi hanya layak menjadi laksana hamba abdi kepada tuan-tuan tanah. Para peniaga dikenakan cukai yang membebankan dan diambil cukai seperti menyamun tanpa timbangrasa kemanusiaan. Islam telah membawa perubahan dengan kebebasan ekonomi yang tidak menindas dan tidak memperhambakan rakyat serta menjana kewangan negara yang melimpah ruah. Bukan sahaja kemudahan asas rakyat yang sempurna mengikut zamannya bahkan kewangan negara yang melebihi keperluan tanpa kekurangan. Sabda Rasulullah SAW: وليبذلن المال حتى لا يقبله أحد “akan tiba masanya Islam mencapai kejayaan sehingga harta melimpah ruah tidak ada penerimanya” Peristiwa menarik berlaku dizaman Khalifah Umar R.A. apabila datangnya longgakan kain di Madinah untuk dibuat pakaian dan kain merupakan bahan paling sukar didapati dizamannya, lalu dibahagikan secara percuma kepada penduduk Madinah. Setelah beberapa hari Khalifah Umar R.A datang menemui rakyat di masjid dengan berpakaian baru. Sebaik sahaja memulakan ucapannya: “Tuan-tuan dan puan-puan. Sila dengar dan taat ”. Tiba tiba ada yang menyampuk : “ Kami tidak mahu dengar dan taat sehinggalah amir mukminin atau tuan khalifah memberi tahu daripada mana datangnya kain baju baru yang dipakai ini kerana mengikut bahagianya tidak mencukupi badanmu yang besar, sudah pasti diambil kain dari pintu belakang?” Alasannya kerana mengikut pembahagian yang diberi kepada masing-masing secara saksama tidak boleh mencukupi saiz pakaian Khalifah Umar yang besar badannya. Sehinggalah anak khalifah, Abdullah Bin Umar memaklumkan bahawa dia menghadiahkan bahagiannya kepada ayahnya. Sebaik sahaja penjelasan diberikan dengan cara yang boleh dipercayai maka si pengkritik menegaskan “Sila teruskan ucapan, sekarang kami sedia mendengar dan mematuhinya”. KRISIS KEYAKINAN Kita sedang mengalami krisis keyakinan yang lebih besar daripada sehelai kain, berjuta kali ganda daripada kepunyaan Khalifah Umar Bin Al-Khattab R.A. Krisis keyakinan yang berlaku diseluruh pelusuk dunia, kita menerima limpahan dan tempiasnya. Berulang kali berlakunya salah laku dalam hasil, perbelanjaan dan pengurusan. Walaupun berlaku juga dibanyak negara lain yang dilanda krisis yang melemahkan keyakinan dan kepercayaan kerana tidak amanah. Namun kita jangan sekali-kali berpegang kepada falsafah Pak Pandir yang memijak sebatang kayu buruk bagi menyeberangi parit kerana melihat semut yang banyak jumlahnya dapat meniti dengan selesa menyebabkan Pak Pandir basah kuyup jatuh ke dalam parit kerana meniti kayu buruk bersama semut itu. Atau jangan sekali-kali menyalahkan orang lain tanpa mencermin diri sendiri. Marilah kita menjadikan iktibar secara ikhlas mengambil manfaat daripada hasil bumi negara kita yang melimpah ruah, tenaga manusia berbilang kepakaran, kemampuan daripada masyarakat majmuk yang sama kemanusiaanya walau berbeza bangsa, agama dan budaya. Dengan semangat masyarakat madani yang bersumberkan bahasa al-Quran daripada perkataan tamadun (kemajuan) dan al-Deen (agama dan cara hidup tanpa pemisahan daripada agama). Ibnu Khaldun menegaskan bahawa manusia itu bermasyarakat madani mengikut fitrahnya. Dengan syarat dibangunkan insannya ( sifat dan ciri manusianya ) dengan betul, aspek jasad, ruh, akal, individu, masyarakat sehingga mampu membina negara dalam segala aspeknya, bukan sahaja politik yang paling banyak dicaturkan sehingga mencelarukan. Bahkan termasuk juga ekonomi, keamanan dan keselamatan disemua peringkat merangkumi semua aspek kejadian manusia dan urusan kehidupannya daripada individu, keluarga, kelompok kecil sehinggalah sebuah negara masyarakat majmuk dan masyarakat antarabangsa. Percayalah bahawa kegagalan terus berulang sehingga lebih setengah abad walaupun sudah memerintah sendiri tapi masih tetap naik turun dan pasang surut tanpa mencapai ke tahap negara maju dan kuat. Wawasan 2020 sudah hampir pencetusnya masih hidup dan sangat berusia, namun tahap pencapaiannya secara menyeluruh belum hampir mencecah harapan. Maka kaum bumiputera yang sudah kebelakang menjadikannya tetap menjadi lebih maju. Konsep perlumbaan dalam teori liberal kapitalisma menjadikan kekayaan berpusing dikalangan tertentu sahaja menyebabkan terus melakukan perkara yang ddilarang oleh al-Quran. كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ “Diagih dengan betul supaya harta itu tidak berpusing dikalangan orang-orang kaya tertentu dikalangan kamu sahaja. Apa-apa ajaran yang dibawa rasul ambilah pengajarannya secara amali dan apa-apa yang dilarang tinggalkanlah, dan bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha keras balasannya” (Surah al-Hasyr: ayat 7) Allah mencipta manusia dengan sifat kemampuanya untuk mentadbir dan mengurus. Firmannya: أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً “Adakah kamu tidak dapat melihat betapa Allah menciptakan untuk kamu segala apa yang ada dilangit dan bumi, lalu Dia melimpahkan kepada kamu segala nikmat yang zahir dan tersembunyi ” Allah mencipta manusia dengan sifat kemampuan dari sudut jasad, roh dan akal. Kalau diolah dengan tarbiah pendidikan dan pelajaran yang baik merangkumi semua sifat kemanusiaannya nescaya manusia dapat mengurusnya dengan kebaikan yang berkatnya akan membawa pulangan yang melimpah ruah. Seseorang ulama zaman salaf terdahulu dizaman keemasan Islam mengesahkan dia menyaksikan dua zaman dalam era kerajaan Umawiyyah. Katanya: “Saya menyaksiakan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik meninggalkan harta pusaka berjuta dinar dan Khalifah Umar bin Abdul Aziz meninggalkan harta pusaka sejumlah hanya dua puluh dinar. Tiba-tiba saya menyaksikan anak kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz menjadi hartawan dan dermawan yang mampu menyumbang beratus ribu dinar.” Menunjukkan betapa peranan manusia adalah pertama dan utama, peruntukan sumber modalnya hanyalah bahan dan alat yang dirancang dan urusan bagi melaksanakan pelaburan secara istiqamah. Tanpa bakhil dan boros yang dimasukkan dalam perkara kebijaksanaan (alhikmah) daripada petunjuk Allah. Bermakna perlukan belanjawan yang konsisten tanpa bakhil dan tanpa boros. Bakhil menyusahkan rakyat sehingga menjadikan rakyat tidak menyumbang kepada negara maka negara tidak maju. Boros pula merosakkan harta negara sehingga tidak maju. Inilah makna al-Wasatiyyah dalam aspek ekonomi yang menjana ekonomi negara. Negara memerlukan pengurusan yang bijaksana, perbelanjaan yang betul dan adil. Tanpa kebijaksanaan ini hasil yang banyak tidak mendatangkan apa-apa faedah. Berlakunya perbahasan bajet tambahan setiap kali selepas adanya persidangan bajet umum menunjukkan adanya lubang yang membocorkan, menjadikan kewangan yang diperuntukkan tidak konsisten atau pengurusan yang salah. Adanya surplus (lebihan) menandakan kebijaksanaannya. Berlaku defisit (kekurangan) menandakan tidak bijak atau berlaku penyelewengan. Muhasabah sahaja terhadap bajet tidak mencukupi. Kita juga memerlukan pembetulan terhadap kesilapan dan tindakan yang adil terhadap penyelewengan. Seringkali berlakunya kehilangan wang negara dengan berbagai-bagai peristiwa yang ditinggalkan zaman tanpa penyelesaian dan ditutup puncanya dibawah karpet untuk dilupakan sehingga tidak menjadi iktibar. Undang-undang dan penguatkuasaannya laksana sarang labah-labah yang hanya memerangkap nyamuk dan lalat, meloloskan helang dan jerung yang besar. Peristiwa terkini yang diwar-warkan 1MDB hanyalah mengulangi drama BMF, PERWAJA, KPFZ, Maika Holding dan lain-lain. Tidak habis-habis menyalahkan di antara satu sama lain dan silih berganti tanpa keinsafan. Nampaknya kemampuan kita sekadar meminta supaya bertaubat, insaf dan jangan ulang lagi. Namun Islam mencipta sejarah apabila Nabi Muhammad SAW bertindak memaafkan kepada yang bersalah semasa Fathul Makkah dengan keinsafan selepasnya telah berjaya mencipta tamadun baru. Apabila mereka yang istiqamah (betul) sepanjang masa bergabung tenaga dengan mereka yang insaf menebus kesalahan yang lalu dengan khidmat yang sangat cemerlang sebelum meninggal dunia. Allah sentiasa menguji kita dengan cabaran dalaman dan di luar kita. Firman Allah: وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ(25) وَيَسْتَجِيبُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَيَزِيدُهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ وَالْكَافِرُونَ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ (26) وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ(27)
“Dialah yang menerima taubat hamba-hambaNya dan memaafkan mereka daripada dosa-dosa pada hal Dia mengetahui apa-apa sahaja yang kamu lakukan. Dia menerima orang-orang yang beriman dan menambahkan kurniaanya dan bagi orang-orang yang kufur (melawan) hukuman azan yang sangat dahsyat. Kalau Allah melimpah ruahkan rezekinya tanpa batas nescaya mereka jadi melampau, namun dikurniakan mengikut kadar yang Dia kehendaki. Sesungguhnya dia maha mengetahui berkenaan hamba-hambanya lagi maha melihat." (Surah As-Syura: ayat 25-27) Sangat menakjubkan kerana Allah menurunkan ayat ini dalam Surah Al-Syura yang bermakna mesyuarat. Menunjukkan diberi peluang untuk bermesyuarat dan bertaubat bukan sekadar mendesak supaya menghukum yang tidak boleh menyelesaikan masalah. TPPA TIDAK BERMASYARAKAT MADANI Manusia bermasyarakat madani bukan sahaja dalam aspek masyarakat yang sempit, bahkan Al-Quran meluaskan skopnya dengan makna yang luas mencakupi seluruh dunia dan semua aspek kehidupan manusia yang bermasyarakat termasuk aspek ekonomi. Penegasan Al-Quran meletakkan manusia semuanya adalah satu keluarga. Firmah Allah: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ “Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu berasal daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang wanita (Hawa), dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku kaum supaya kamu bertaaruf diantara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia kalangan kamu disisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui berkenaan diri kamu dan Maha Mengetahui juga berkenaan urusan kamu” Di sini ditegaskan bahawa manusia itu pada hakikatnya berkeluarga besar berasal daripada bapa dan ibu yang sama, kemudiaanya berkembang ke seluruh pelusuk bumi, ditempatkan dengan cuaca yang berbeza, menjadikan mereka pula berbagai bangsa, bahasa, warna kulit dan sumber berlainan. Namun tetap menjadi keperluan semua manusia mewajibkan mereka bertaaruf bukan sahaja maknanya dari segi bahasa sekadar berkenalan wajah bahkan juga saling berhajat di antara satu sama lain dalam semua aspek. Ibnu Khaldun (Bapa Ilmu Sosiologi) menegaskan keperluan manusia dalam semua keperluan hidup, termasuk dalam aspek ekonomi mewajibkan bermasyarakat madani (bertamadun dengan ilmu, iman dan akhlak yang semuanya daripada perkara al-Deen) Mewajibkan kerjasama yang adil dengan penuh saksama dikalangan manusia samada dalam kelompok kecil sehinggalah paling besar diperingkat antarabangsa dan alam sejagat. Inilah hikmatnya Al-Quran menegaskan manusia seluruhnya pada hakikatnya adalah satu keluarga walaupun berbeza bangsa, agama, budaya dan lain-lain. Namun memerlukan percampuran bahan, kebolehan, kepakaran, dan tenaga, pertukaran dan bertolong menolong dalam perbezaan tersebut serta kemajuan masing-masing. Ada negara yang kaya dengan sumber pertanian, ada pula yang kaya dengan sumber galian, ada pula yang kaya dengan kemahiran dan keparakan, ada yang kaya dengan tenaga rakyat. Pada dasarnya adalah tidak mungkin seorang manusia atau satu bangsa atau negara mempunyai segala-galanya. Maka dalam aspek ekonomi juga mewajibkan adanya hubungan kerjasama dan pembahagiaan kekayaan atau pendapatan yang adil dan saksama. Al-Quran yang menjadi mukjizat memaparkan kisah terdahulu yang berulang dengan situasi dan reality terkini. Allah mendedahkan ada kalangan para rasul a.s yang menentang jahiliah ekonomi. Firman Allah mengesahkan kerasulan Nabi Syuaib A.S وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا ۗ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ قَدْ جَاءَتْكُمْ بَيِّنَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ فَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ (85) وَلَا تَقْعُدُوا بِكُلِّ صِرَاطٍ تُوعِدُونَ وَتَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِهِ وَتَبْغُونَهَا عِوَجًا ۚ وَاذْكُرُوا إِذْ كُنْتُمْ قَلِيلًا فَكَثَّرَكُمْ ۖ وَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ (86) “Dan kepada penduduk Madyan diutuskan saudara mereka Nabi Syuaib menjadi rasul. Dia berkata “ Wahai kaumku, abdikan diri kepada Allah, tiada lagi tuhan selain daripada-Nya. Telah datang kepada kamu keterangan daripada Tuhan kamu. Maka tunaikan sukatan dan timbangan dengan betul. Jangan sekali-kali mengambil sesuatu harta manusia secara jahat, dan jangan melakukan kejahatan dibumi selepas dilakukan pembaikan. Itulah yang lebih baik kepada kamu sekiranya kamu beriman. Jangan duduk dijalanan untuk melakukan ancaman bagi merampas harta orang yang lalu dan menghalang manusia daripada jalan Allah kerana mahu berlaku menyeleweng. Ingatlah nikmat Allah dimana kamu dahulunya sedikit (lemah dan susah) lalu Allah membanyakkan kamu dari segi bilangan kaum dan kemewahan hidup. Lihatlah apa-apa bencana yang telah menimpa ke atas mereka yang melakukan kejahatan.” Paparan daripada Al-Quran menunjukkan para rasul juga ditugaskan menentang jahiliyah ekonomi apabila manusia yang bertuhankan harta menjadikannya matlamat hidup yang dipuja selain Allah, mempersucikannya secara kotor sehingga berlaku zalim terhadap sesama manusia sehingga melupai sifat kemanusiaan. Gejala ini mencetuskan era kezaliman di masa lampau, sehingga merampas bumi dan hasilnya, serta memperhambakan sesama manusia. Kalau dizaman dahulu kuasa barat yang maju dengan kuat selepas Revolusi Industry, demi menjana kemajuannya maka dibentuk armada untuk merompak dilautan luas, selepasnya sanggup menjajah bumi, merampas hasil bumi dan menawan penduduk yang lemah serta dijadikan hamba abdi yang diperniagakan. Selagi gejala tersebut berterusan, maka keadaannya mengikut perkembangan zaman, sehingga serba boleh, maka diwujudkan masalah ekonomi bagi negara besar demi kepentingannya sahaja, dengan mempergunakan negara sederhana dan kecil di atas konsep ekonomi bebas mengikut sistem liberalisme, kapitalisme atau sosialisme mengikut agenda globalisasi yang menjadikannya lebih moder dan canggih. TPPA ini adalah agendanya, bagi menghapuskan sempadan bumi dan perairan negara, bersamanya dihilangkan sempadan bumi dan perairan negara, bersamanya dihilangkan sifat kemanusiaan sejagat dan hak asasi yang adil sesama manusia yang berkeluarga secara masyarakat madani. Kalau penjajahan purba merompak tanpa undang-undang, maka penjajahan baru diadakan undang-undang melindungi rompakan global disebalik perjanjian yang dimeteraikan laksana cacing–cacing kerdil yang menumpang dalam perut ular yang lebih besar atau ikan kecil menumpang jerung yang lebih besar lagi ganas. Begitulah betapa jadinya petani di negara yang sedang membangun sejak lebih setengah abad masih belum terbangun dengan sendirinya, terus bernaung di bawah ketiak-ketiak bekas penjajah yang masih berpeluh dengan semangat penjajahannya, dimana petaninya yang memiliki tanah sekangkang kera yang majunya membajak dengan trekter kobota paling kecil ditolak, ada yang membajak dengan kerbau, menandingi petani negara besar yang memiliki ladang beribu-ribu hektar dengan jenteranya yang besar dan canggih, di samping kemajuan sains dan teknologinya. Begitulah juga nasib nelayan kecil yang bersampan menandingi kapal-kapal armada nelayan meredah lautan, sama sahaja nasibnya para kontraktor tempatan akan bersaing dengan kontraktor gergasi yang masuk kerana perjanjian yang merobekkan sempadan ekonomi negara. Belum lagi dikira USD yang tidak diketahui cagarannya tetap perkasa mungkin dengan kertas kosong kerana kuasa besar bersemangat penjajah melindunginya dengan kadar ringgit yang tidak mampu dipertahankan. Sepatutnya zaman pemimpin rakyat yang berjoli dengan umpan kereta Rolls Royce teksi terpakai daripada England diberi menjadi kereta rasmi sudah cukup bagi menjadikannya tanpa peduli rakyat yang masih berkaki ayam sudah berlalu dalam lipatan sejarah kerana kita dikatakan sudah merdeka dan berulang kali menyambut hari kemerdekaan. Akhirnya, selamatkan keadaaan secara bermasyarakat madani dikalangan negara serantau (Asean), negara satu umat dan seagama (OIC) dan juga satu kemanusiaan (NAM) dengan adil dan kesaksamaan kemanusiaan yang bermoral, bukannya negara rimba dengan kemajuan sains dan teknologi yang menjadikannya lebih ganas daripada binatang paling buas, kerana berakal dan berilmu yang disalahgunakan. Itulah namanya jahiliyyah walaupun sudah berada dalam abad yang baharu. Benarlah firman Allah: ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ “Telah zahirlah keburukan di darat dan laut dengan sebab apa yang telah diusahakan oleh tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, mudah – mudahan mereka kembali kepada kebenaran”. (Ar Rum: 41) TPPA bukannya penyelesaian ekonomi global, bahkan lebih bersifat penjajahan baru dalam aspek ekonomi kerana tidak mewujudkan kerjasama yang saksama dan adil. Adalah lebih baik bagi negara kita mengadakan kerjasama serantau dan negara yang yang terdekat diutamakan. Kerjasama ASEAN, OIC, China, Jepun, Rusia selepasnya diikuti Eropah dan Amerika tanpa bermusuh dengan sesiapa dengan menggunakan bahan bersama secara adil sama ada sumber bumi, kepakaran dan tenaga kerja yang bersifat kerjasama yang adil. Bebaskan daripada bergantung dengan US dollar kepada Dinar, mata wang asia dan sebagainya degan membebaskan diri daripada mata wang negara yang juga mengalami krisis ekonomi dengan menjadikan kita pelampung penyelamat yang ditinggalkan selepas mereka selamat. KRISIS KEAMANAN DAN KESELAMATAN Allah berfirman: وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ “Allah berjanji kepada orang – orang beriman dan beramal soleh daripada kalangan kamu, bahawa Dia akan menjadikan mereka kalangan yang memerintah dimuka bumi, sebagaimana dijadikan kepada kalangan umat terdahulu. Dia menjadikan Din (Islam) berkuasa memerintah, lalu Dia menukar keadaan daripada ketakutan kepada keamanan. Mereka boleh beribadat kepada Ku (Allah) dalam keadaan tidak melakukan syirik terhadapaKu dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu, nescaya mereka menjadi orang – orang yang fasik”. (An Nur: 55) Allah menjanjikan bahawa keamanan akan wujud apabila syariat Islam yang ada kehebatan menggerunkan penjenayah dimana proses kehakimannya sukar dihukum dengan syarat-syarat yang ketat kepada institusi kehakiman yang melibatkan para hakim, saksi dan keterangan. Dengan segelintir yang sangat kecil dijatuhkan hukuman Qisas, Hudud, dan Takzir akan mengatasi jenayah yang menggugat keamanan masyarakat yang sehingga kini menjadi masalah global apabila kadar jenayah naik mendadak di negara yang paling maju dan kaya di dunia. Sudah tiba masanya kita kembali kepada syariat Islam yang adil daripada rahmat Allah. Cukuplah dengan kadar peningkatan jenayah memberi keinsafan kpada kita terhadap kelemahan undang-undang ciptaan manusia. KEAMANAN NEGARA Keamanan dunia juga terancam oleh pertarungan yang menumpahkan darah di sana sini. Mengapa umat Islam dipersalahkn sehingga mencetuskan Islamofobia yang sengaja dicetuskan oleh media barat yang dikuasai oleh zionis. Semua kekacauan khususnya di Asia Barat adalah agenda penjajah. Negara kuasa besar yang pernah menjajah sejak beberapa abad, mereka telah mencetuskan dua perang dunia yang dasyat. Kajian yang adil dilakukan, bukan sahaja mereka menjadi punca dua peperrangan yang dasyat itu, bahkan paling ramai mangsa korban adalah anak-anak negeri yang dijajah khususnya umat Islam sama ada yang dikerah secara paksa menjadi tentera atau terpaksa berperang kerana tanah air dijadikan medang peperangan. Secara kebetulan negeri umat Islam kaya dengan sumber alam dan secara kebetulan kedudukan geografi peta dunia islam, menjadi laluan strategik, laluan sumber tenaga dan perjalanan perdagangan. Daripada selat Melaka terletak di antara Malaysia dan Indonesia sehinggalah Bab Mandab pintu Laut Merah melalui Terusan Suez berada dalam bumi Mesir sehingga selat Posporos pintu ke Laut Hitam dan juga pintu Laut Meditarenian adalah tanah air umat Islam. Maka kawasan ini seringkali menjadi mangsa peperangan. Langkah kuasa besar menubuhkan negara haram Zionis Israel dengan merampas dan menjadikan penduduk asalnya sehingga menjadi pelarian adalah jenayah perang yang paling besar dalam sejarah. Semata-mata bagi menjaga kepentingan mereka daripada sumber tenaga paling kaya di rantau itu, sehingga dilakukan apa sahaja walaupun mengorbankan manusia yang dibunuh atau menjadi pelarian. Konflik yang berlaku di rantau itu sekarang adalah agenda serampang yang lebih daripada dua mata bagi menyelamatkan Israel dan peperangan yang menjana ekonomi mereka dengan permainan harga minyak dan perniagaan senjata dengan mencetuskan peperangan secara proksi di atas kejahilan agama dan semangat perkauman yang sempit. Semua pihak dibekalkan senjata dan logistik yang dianggap boleh digunakan dengan membunuh sesama sendiri dan membayar duit sendiri kepada pihak yang melagakan mereka dengan menggunakan kesilapan yang berlaku seperti kezaliman pemerintah terhadap rakyat atau perbezaan agama diantara islam dan Kristian atau mazhab dalam satu agama atau kaum (etnik) yang berbeza. Sebenarnya Islam sudah di rantau itu beribu tahun dan Islam telah menyatukan mereka. Bukannya Islam yang salah, tetapi kejahilan setempat, kezaliman pemerintah dan musuh luar. Islam mewajibkan kita bersabar dalam kesilapan dalam negara umat dan negara sendiri, walaupun terpaksa mengorbankan diri dan harta bukannya merosak umat dan negara daripada dalam. Wajib membezakan di antara menentang musuh luar yang menceroboh dan menghadapi kesilapan dalam negara sendiri. Diatas konsep ini maka PAS sangggup bertahan kalah teruk dan sedikit kemenangan walaupun kemenangan yang dikejar kelihatan terlalu jauh. Kerana kami berpegang kepada janji Allah dengan dua kemenangan, iaitu dunia dan akhirat. Bahkan kita berjanji tetap bersama menentang musuh luar dan sesiapa sahaja yang mahu mengganggu urusan negara kita, walaupun dalam perkara masalah yang wajib kita betulkan. Biar kita sendiri dan kebijaksanaan kita sendiri. Jangan sekali-sekali menjemput musuh datang ke sini. Kita mahu mengharamkan peristiwa penjajahan berulang lagi, kerana Nabi kita Muhammad SAW bersabda, لا يلدغ مؤمن مرتين من حجر واحد “Tidak seharusnya seorang yang beriman itu disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang”. ISU AL AQSA Kita berpendapat langkah penyelesaian secara mewujudkan dua negara Palestin adalah mustahil dan tidak lebih daripada mengiktiraf negara rompakan terhadap bumi Palestin dan menubuhkan negara haram Israel yang menjaga kepentingan kuasa besar di kawasan Asia barat. Sejarah bangsa Yahudi sejak beribu tahun tidak boleh menjadi alasan dan bukan bangsa Yahudi yang menjadi penduduk asal Palestin tanpa dinafikan bangsa Yahudi yang berada di situ berhak menjadi rakyat, beribadat dan menjadikannya tanah suci mereka. Kalau sejarah itu dipakai maka bangsa Red Indian lebih berhak memerintah Amerika dan orang asal di Australia dan New Zeland lebih berhak daripada bangsa kulit putih yang telah menjajahnya, tetapi kita membaca peta terkini dan Islam menegaskan bahawa bumi adalah kepunyaan Allah dan menjadikan manusia sebagai satu keluarga yang wajib bermasyarakat madani secara bersaudara. Sepatutnya satu negara Palestin mengandungi masyarakat majmuk. Al Quran telah menjelaskan penyelesaiannya. Firman Allah swt: الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ “Dan kalau Allah tidak menjadikanmanusia bertolak menolak (diantara benar dan salah) nescaya dibinasakanlah kuil penganut yahudi, gejera Kristian, sembahyang – sembahyang dan masjid – masjid yang disebut didalamnya nama Allah sebanyak – banyaknya”. (Al Hajj: 40) Sejarah membuktikan betapa Yahudi dan Kristian tidak mengizinkan di antara satu sama lain dan saling berbunuh-bunuhan serta memusnahkan rumah ibadat silih berganti sehinggalah Islam mengambil alih dan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai tanah suci kepada tiga penganut agama samawi iaitu, Islam, Kristian dan Yahudi. Kalangan pelampau Yahudi yang bergerak dengan pertubuhan zionis berjuang untuk menguasai Baitul Maqdis hanya bagi penganut Yahudi sahaja. Bahkan yang lebih pelampau lagi mahu meroboh Masjid Al Aqsa supaya diganti dengan kuil Yahudi yang dinamakan sebagai Haikal Sulaiman. Seterusnya menggali untuk mencabut Tabut (peti keramat) yang memberi kekuatan berperang bagi manakluk dunia seluruhnya dengan mencetuskan peperangan terhadap semua bangsa dan agama. Bersama semangat cerita dongeng yang direka oleh pendeta-pendeta mereka yang menyeleweng daripada ajaran Nabi Musa AS dan Harun AS. Namun Mazhab Ortodok (Naturi Karta) pula berpegang bahawa usaha menubuhkan negara Israel adalah menggali kubur mereka bagi menghapuskan bangsa Yahudi kerana menyeleweng daripada ajaran yang sebenar. Saya berharap supaya kerajaaan kita tidak terpengaruh dengan cadangan penyelesaian dua negara yang ditaja oleh kuasa besar yang dipengaruhi zionis. ISU PELARIAN Isu politik zalim, dalam negeri dan antara bangsa dan isu ekonomi yang zalim meminggirkan sesama manusia mencetuskan wujudnya pelarian yang merebak keseluruh pelosok dunia, sehinggalah setiausaha PBB mengaku sudah menjadi isu global. Al Quran telah menyatakan penyelesaian terhadap isu ini sejak lima belas abad yang lalu. Apabila Allah menurunkan wahyunya di dalam Al-Quran. Firman Allah: وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ “Dan jika seorang bukan Islam (musyrik) datang meminta perlindungan, maka berilah perlindungan kepadanya, sehinga mendengar kalam Allah. Kemudian sampaikan ketempat yang aman”. (At Taubah: 6) Walaupun pendatang yang zalim yang dizalimi itu kalangan penganut bukan Islam wajid diberi perlindungan, menunjukkan Islam memberi jaminan hak kemanusiaan sehingga merentasi sempadan agama yang berbeza. Walaupun diwajibkan berdakwah, Islam melarang paksaan supaya menerima Islam. Sekiranya mereka tidak menerima Islam hendaklah diberi keamanan sama ada dibenarkan berada dalam negeri umat Islam itu atau ke negeri yang aman kepadanya. Tidak diizinkan dipaksa pulang ke negeri yang yang menzaliminya. Diatas semangat ini, masyarakat pantai timur majoriti Islam menerima pendatang mangsa peperangan Vietnam dan Kemboja di tahun ketujuh puluhan. Sehingga kini nelayan-nelayan kita yang hanyut ke perairan mereka dilayan dengan baik. Konsep Islam inilah yang menjadi panduan undang-undang antara bangsa dan piagam Geneva yang berkait dengan isu pelarian. Kita sepatutnya merasa kecewa dengan negara-negara jiran yang kaya raya dalam menangani masalah Asia Barat dan merasa kecewa dengan agenda memaksa terhadap panganut Islam secara halus di negara-negara barat dan mengutamakan kalangan profesional demi kepentingan ekonomi sehingga mengatasi masalah kemanusiaan. PENUTUP Akhirnya saya ulangi ayat tema ucapan bajet sebelum ini. Firman Allah: فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَٰذَا الْبَيْتِ(3) الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ(4) سورة قريش: 3-4 “Konsep beribadah, ekonomi yang memberi kehidupan dan politik yang mewujudkan keamanan”. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS Video ucapan Sumber HD - 27-10-2015
PAS cadang elaun penerima SP dinaikkan
MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mencadangkan agar kerajaan menaikkan elaun wira-wira negara yang menerima anugerah pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ketika sesi perbahasan Bajet 2016 berkata, SP merupakan anugerah tertinggi dalam negara dan lebih tinggi dari Darjah Kerabat Diraja Malaysia yang diperkenalkan pada 29 Julai 1960 dan digazetkan pada 11 Ogos 1968.
"Ia dianugerahkan kepada mereka yang telah menunjukkan keberanian yang luar biasa dalam situasi yang sangat berbahaya demi negara tercinta.
"Hari ini kita cuma ada lapan penerima anugerah SP ini yang masih hidup iaitu enam dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," kata beliau.
Menurut beliau, elaun terakhir yang disemak dan dinaikkan adalah pada bulan Oktober 2009 iaitu enam tahun lalu.
Katanya, pindaan itu dibuat ke atas Rang Undang-Undang Pangloma Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar elaun dinaikkan iaitu SP dari RM2,000 kepada RM5,000 sebulan dan bagi Panglima Gagah Berani (PGB) dari RM1,500 kepada RM3,000 sebulan.
Penerima SP adalah Datuk Syed Mokhtar Syed Barakbah (PDRM), Datuk Paul Kiong (PDRM), Datuk Sia Boon Chee (PDRM), Ngalinuh Bala (PDRM), Itam Bijan (PDRM) dan ACP Abd Razak Mohd Yusoff (PDRM) yang satu-satunya masih berkhidmat.
Sementara itu dari ATM adalah Kepten (B) Datuk Hamid Awang dan Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said. - HARAKAHDAILY 27/10/2015 Video bahas bajet
“Dan Janganlah jadikan tanganmu terbelenggu dileher (bakhil) dan jangan pula terhulur seluas-luasnya (boros). Nanti kamu menjadi terduduk dalam keadaan tercela dan menyesal. Sesungguhnya Allah melimpahkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan menentukan kadarnya. Sesungguhnya Allah berlaku terhadap hamba-Nya dalam keadaan Maha Mengetahui lagi Maha Melihat” (Surah al-Isra’: ayat 29-30)
Inilah petunjuk Allah yang mengajar manusia cara-cara berbelanja dengan betul (istiqamah) dan menjadi panduan untuk individu sehinggalah dalam urusan negara. Allah menyifatkan sebagai salah satu daripada ciri-ciri kebijaksanaan (hikmah) bagi manusia.
Sudah menjadi kebiasaan pembentangan bajet akan dikemukakan jumlah hasil dan pendapatan. Dan dikemukakan juga peruntukan dan perbelanjaan yang besar bagi menjana ekonomi negara demi kemajuan, keselesaan kehidupan rakyat dalam segala aspek dan melancarkan perjalanan jentera kerajaan.
Ukuran kejayaan bajet yang sebenar adalah memastikan semua pihak dalam keadaan selesa.
Bajet tidak mencapai matlamat kalau pihak kerajaan sahaja yang selesa, sedangkan rakyat masih menderita dengan masalah mereka yang belum selesai atau mendatangkan masalah baru yang menimpa kehidupan seperti masalah kemiskinan yang masih ada, kemudahan asas belum dipenuhi dan ditambah dengan masalah inflasi yang membebankan kehidupan dalam segala aspeknya, di antaranya; kenaikan harga barangan keperluan harian yang tidak boleh ditampung dengan pendapatan yang tidak mencukupi. Dan juga keamanan hidup yang tidak terjamin dengan kadar jenayah yang meningkat atau tidak di atasi serta kemalangan yang sering berlaku.
Parlimen menjadi tempat bermuhasabah samada membahaskan yang telah berlangsung untuk menjadi iktibar atau bakal dilaksanakan supaya lebih berhemat dan berhikmah.
Bagi penganut Islam diajar agar beriman bukan sekadar Wawasan 2020 yang sudah hampir tiba bahkan lebih mencabar lagi menghadapi wawasan akhirat dengan adanya perhitungan dosa dan pahala dalam segala aspek urusan hidup bermasyarakat yang tidak dipisahkan daripada Islam yang lebih luas maknanya daripada perkataan agama yang difahami pihak yang lain termasuk dalam aspek politik, ekonomi dan pengurusannya.
Dalam aspek ekonomi pula lebih menjadi penekanan dalam kehidupan duniawi apabila menjadikan ekonomi seperti berhala yang dipuji oleh semua ideologi dan teori ciptaan manusia seperti kiblat yang dihadap ketika beribadat.
Islam menegaskan bahawa aspek ekonomi merupakan sebahagian daripada perkara amanah yang besar tanggungjawabnya.
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengkaji belanjawan terperinci bagi tahun 2016 dan membandingkannya dengan Rancangan Malaysia ke-9, ke-10 dan ke-11.
Komen-komen terperinci kami adalah seperti berikut:
1. Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara (PSIPAN)
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah melewatkan pelaksanaan NWSIR sejak berakhirnya Rancangan Malaysia ke-9. Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Labuan masih belum menyempurnakan proses penstrukturan semula industri manakala Selangor hanya menyiapkan sebahagian daripada proses penstrukturan semula. Indah Water Konsortium (IWK) yang berada di bawah Kementerian Kewangan juga adalah sebahagian daripada PSIPAN dan masih belum menyempurnakan penstrukturan semula dan membatalkan perjanjian konsesinya. Kini, IWK juga sedang memohon semakan semula tarif. AWER tidak bersetuju dengan sebarang semakan semula tarif bagi IWK sebelum IWK menyempurnakan penstrukturan semula dan audit terperinci ke atas kos-kos IWK dilakukan. Kami telah berulang kali mengutarakan isu ini kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Tambahan pula, usaha untuk memastikan Sarawak dan Sabah menyertai PSIPAN bagi menambah baik pelaksanaan PSIPAN juga sangat lembab. Melalui PSIPAN, perkhidmatan air berkualiti tinggi dengan tarif yang berpatutan dan saksama dapat dicapai. Banyak langkah-langkah untuk menambah baik industri perkhidmatan air tidak tercapai disebabkan oleh kelewatan-kelewatan sebegini. Kami menyeru menteri KeTTHA dan pegawai-pegawai kanannya mengambil tanggungjawab atas kelewatan ini dan meletak jawatan. Kelewatan sebegini juga akan menyebabkan peningkatan kos perbelanjaan modal yang akan menyebabkan kos yang tidak perlu disalurkan kepada tarif air di mana objektif-objektif asal PSIPAN mungkin akan terpesong.
Di samping itu, rancangan-rancangan dalam Rancangan Malaysia ke-11 bagi sektor perkhidmatan air berkaitan dengan pengurusan permintaan air, pelan induk sektor pembentungan dan pengurangan kadar air tidak terhasil (NRW) tidak dibentangkan dalam ucapan belanjawan dan juga tidak tercatat dalam belanjawan terperinci.
2. Sektor Pengangkutan
Sektor pengangkutan di Malaysia menggunakan 43.34% daripada jumlah tenaga akhir (final energy use) pada 2013 dan ia adalah lebih tinggi daripada sektor industri. Bagaimana penggunaan tenaga yang tinggi di sektor pengangkutan dapat dikurangkan?
Pembinaan lebih banyak lebuhraya bukanlah penyelesaiannya. Adakah lebuhraya-lebuhraya ini akan menambahkan atau mengurangkan kesesakan trafik? Apakah jaminan yang boleh diberikan kepada pengguna-pengguna bahawa lebuhraya-lebuhraya baru ini dapat mengurangkan kesesakan lalulintas semasa waktu puncak? Adakah Kajian Impak Trafik (Traffic Impact Assessment-TIA) yang menggambarkan keadaan sebenar aliran trafik telah dilaksanakan?
Sambungan LRT dari Ampang telah hampir siap dan boleh digunakan di beberapa lokasi di Puchong minggu ini. Malangnya, jalan-jalan yang menghala ke lokasi stesen-stesen ini di Lebuhraya Bukit Jalil (juga dikenali Lebuhraya Puchong-Sg Besi) sangat tidak memuaskan. Kerja-kerja penurapan semula jalan yang teruk, laluan-laluan pejalan kaki yang telah musnah serta kekurangan sistem saliran air hujan hanya menunjukkan lebih banyak masalah bakal timbul. Dalam kajian peringkat kebangsaan yang telah dijalankan oleh AWER (menggunakan methodologi pesampelan Jabatan Perangkaan), 52.78% rakyat Malaysia berkata mereka akan beralih kepada pengangkutan awam jika perkhidmatan pengangkutan awam ditambahbaik untuk menjadi lebih berkesan. Ketersambungan (connectivity) dan juga capaian kepada hub-hub pengangkutan awam memainkan peranan yang penting. Kami menyeru agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan untuk meneliti perkara ini kerana sejumlah besar kewangan telah dibelanjakan untuk projek-projek sebegini dan ia sepatutnya tidak menyebabkan kesulitan kepada orang awam. Bagi projek-projek baru, kami menyeru ketersambungan dan capaian dikaji dengan teliti untuk memastikan aliran trafik yang lancar dan menggalakkan lebih banyak pengguna menggunakan pengangkutan awam.
Di samping itu, tindakan kerajaan untuk memberi subsidi bagi perjalanan-perjalanan bas yang tidak menguntungkan di kawasan luar bandar adalah satu tindakan yang baik. Ini adalah langkah yang tepat untuk memastikan ketersambungan ke lokasi terakhir (last mile connectivity) di antara sistem-sistem pengangkutan bandar-luar bandar.
Kerajaan juga tidak memberikan sebarang komitmen dalam kenderaan cekap tenaga (energy efficient vehicle) serta Piawaian Minima Pencapaian Tenaga (Minimum Energy Performance Standard-MEPS) bagi semua kategori kenderaan. Kedua-dua langkah ini berserta pengangkutan awam dapat mengurangkan kebergantungan tenaga yang tinggi bagi sektor pengangkutan.
3. Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar
Bagi lima tahun akan datang, bekalan elektrik luar bandar diperuntukkan RM 3.321 Billion dan RM 0.878 Billion telah diluluskan untuk tahun 2016. Begitu juga dengan bekalan air luar bandar yang telah diperuntukkan RM 10.027 Billion bagi lima tahun yang akan datang dengan RM 0.568 billion telah diluluskan untuk tahun 2016. Persoalannya, bilakah kerajaan akan mencapai sasaran 100% bekalan air dan elektrik untuk rakyat Malaysia? Berbilion-bilion Ringgit telah dibelanjakan setiap tahun tetapi masih ramai hidup tanpa bekalan air dan elektrik di luar bandar. Maka, kami menggesa kerajaan untuk menyeneraikan jumlah penduduk tanpa bekalan elektrik dan air serta jenis penyelesaian yang terpilih untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut bagi memastikan keberkesanan penyelesaian-penyelesaian dan kos-kos terbabit. Sebagai contoh, memberikan sistem penuaian air hujan bukanlah penyelesaian yang sesuai berbanding dengan sistem bekalan air komunal bagi kawasan luar bandar. Di samping itu, kualiti air bekalan air luar bandar juga mesti tertakluk kepada Piawaian Kualiti Air Minuman Kebangsaan (National Drinking Water Quality Standard) yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan air terawat yang dibekalkan itu mematuhi piawaian KKM.
4. Bekalan Air bagi Sektor Pertanian
Infrastruktur bekalan air untuk kegunaan pertanian mesti selari dengan penggunaan air yang cekap dalam bidang pertanian. Satu set perangkaan asas penggunaan air bagi setiap hektar atau setiap tan produk boleh dibangunkan. Kecekapan air boleh dicapai dengan mengurangkan penggunaan air setiap hektar atau setiap tan produk melalui pengurusan holistik. Setelah kaedah kecekapan air dioptimumkan, ini boleh ditetapkan sebagai piawaian baru untuk aktiviti pertanian. Ganjaran boleh diberikan melalui insentif untuk aktiviti pertanian yang paling menjimatkan air berdasarkan kategori produk.
5. Tebatan Banjir
Sejumlah RM730 Juta telah diperuntukkan bagi projek tebatan banjir bagi seluruh negara. AWER menyeru Ketua Audit Negara menjalankan audit terperinci bagi projek-projek tebatan banjir dan saliran yang telah dirancang dan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-8, ke-9 dan ke-10. Skop audit juga perlu merangkumi keberkesanan setiap projek. Perlu juga ditekankan bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan ke atas penyelesaian-penyelesaian ini. Apabila penyelesaian ini disarankan, ia adalah terpulang kepada Kerajaan Tempatan di bawah kerajaan-kerajaan negeri untuk melaksanakan saranan-saranan ini. Kebanyakan kali saranan-saranan ini diberikan tetapi tidak dikuatkuasakan oleh kerajaan tempatan. Untuk menyelesaiakan masalah banjir, projek-projek tebatan mesti berfungsi dengan saranan-saranan yang diberikan. Bolehkah JPS diberikan kuasa penguatkuasaan untuk memastikan projek tebatan banjir mempunyai keberkesanan yang lebih tinggi?
6. KeTTHA Perlu Menutup Agensi-Agensi yang Mempunyai Fungsi Bertindih supaya Sehaluan dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11)
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) mempunyai fungsi bertindih dengan PAAB, SPAN dan Indah Water Konsortium. Jabatan Bekalan Air (JBA) mempunyai fungsi bertindih dengan PAAB, SPAN dan operator-operator air. Sepatutnya juga tidak ada sebarang percubaan untuk mengurangkan fungsi PAAB, SPAN, Indah Water Konsortium atau operator-operator air.
Kedua-dua JBA dan JPP perlu ditutup dan kakitangannya boleh diserap oleh SPAN, PAAB, Indah Water Konsortium, operator-operator air atau kekosongan jawatan kerajaan yang lain. Jika ini dapat dilakukan, kerajaan akan menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan janji-janji dalam RMK11. Begitu juga, ia adalah diketahui oleh banyak pihak bahawa JPP sedang mencuba untuk membentuk Syarikat Pembetungan Negara (NaSCo) yang memainkan peranan yang sama seperti PAAB bagi industri pembetungan. Manipulasi dan penyelewengan dari model Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) seperti ini mesti dihentikan. Percubaan JPP untuk menubuhkan NaSCo akan menghancurkan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara melalui model WSIA.
Untuk sektor tenaga dan teknologi hijau, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan Yayasan Hijau boleh ditutup. Fungsi SEDA boleh dijalankan oleh Suruhanjaya Tenaga. Sementara itu, fungsi Yayasan Hijau boleh dijalankan oleh GreenTech Corporation Malaysia. SEDA diilhamkan kerana politik pejabat dan bukannya keperluan dasar negara yang sebenar. Yayasan Hijau pada dasarnya melakukan beberapa kerja yang sebelum ini dilakukan oleh GreenTech Corporation Malaysia. Kami menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memimpin melalui teladan untuk menutup agensi-agensi bertindih ini yang di bawah KeTTHA. - HARAKAHDAILY 26/10/2015
Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Sumber HD - 26-10-2015
Bajet duit melayang
Posted on Monday, October 26 @ 22:10:44 MYT by paktam
Oleh Kuo Yong Kooi "Mensejahterakan kehidupan rakyat" merupakan tema Belanjawan 2016
kesemuaannya dilapis dengan gula-gula secara terus terang
Apabila pengucapan bajet perdana menteri Datuk Seri Najib Razak habis dibentang
pembangkang membantah menghulurkan sepanduk "di mana RM2.6 billion" itu hilang?
Timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui bajet digunakan supaya piliha raya Sarawak dapat dimenang
PM begitu bermurah hati meningkatkan BR1M 2015 sebanyak 50 ringgit seorang
Apa yang ditambahkan itu semuanya sudah ditengelam
dibakar dalam enjin kereta dengan begitu senang
Lampu-lampu hiasan di Sri Perdana terus menyala terang
Rakyat miskin terpaksa mengikat perut selama setahun dengan tambahan RM50 seorang
Jet peribadi pemimpin terbang seperti biasa walaupun negara kekurangan wang
Banyak wang perlu digunakkan untuk serviskannya supaya tidak menjunam bila terbang
Kesihatan rakyat merosot dari udara yang dicemari jerebu yang berulang-ulang
kesihatan rakyat digadai kerana pemimpin kita sebagai pengerusi Asean berdiam
Perdana menteri sepatutnya jualkan sahaja dua kapal selama untuk membeli banyak helikopter pengebom air supaya api kebakaran dapat dipadam
Yang kaya dengan miskin jauhnya jurang
Rakyat yang miskin terpaksa ke jalan raya berdemo teriak melantang
Belanjaan yang ditingkatkan itu terpaksa dipinjam jika harga petroleum menjunam
keadaan kewangan negara kita turut terkekang
Gabungan Pakatan Rakyat pun tertengelam
PAS dan DAP masih tidak berhenti serang-menyerang
Bilakah kita dapat lihat kekukuhan gabungan pembangkang?
Supaya dapat mengambil alih Putrajaya dengan senang
Nasib negara bagai jerebu di waktu siang
kitalah yang memilih wakil rakyat yang kuat temberang
mengapalah kita senang ditipu berulang-ulang?
satu hari nanti kita mungkin akan faham
Senarai nama rakyat yang bermuflis begitu panjang
pemimpin mengunakan wang rakyat dengan begitu senang
rakyat akan menderita nanti dengan pembayaran faedah hutang
senang meminjam sekarang nanti keadaan negara terkekang – 26 Oktober, 2015.
Posted on Monday, October 26 @ 15:08:04 MYT by paktam
Oleh Syahir Sulaiman "Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (bakhil), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya (boros), kerana akibatnya akan tinggal engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkannya; Sesungguhnya dia maha mendalam pengetahuanNya, lagi maha melihat akan hambaNya.” (Al-Isra’: 29-30).
Defisit fiskal Sebagai permulaan kepada tempoh Rancangan Malaysia ke-11(RMK11), 2016-2020 yang bertemakan ‘Pembangunan Berpaksikan Rakyat’, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membentangkan sebuah bajet yang lebih besar dengan tema ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’.
Bagi tahun 2016, Kerajaan Persekutuan mengunjurkan pendapatan RM225 bilion dengan anggaran perbelanjaan RM267 bilion; peruntukan RM215 bilion untuk mengurus (81%) dan RM52 bilion untuk pembangunan (19%), suatu nisbah 80:20 yang tidak mampan untuk sebuah negara yang berhasrat mahu mencapai status negara maju 2020.
Natijahnya, kerajaan dijangka akan menanggung defisit sekitar RM38 bilion (3.1% KDNK) dan situasi ini berlarutan sejak tahun 1998 (tahun ke-19), mengakibatkan kerajaan tiada lebihan atau simpanan, dan terpaksa bergantung kepada hutang yang mencecah 54% KDNK.
Selagi kerajaan terus berpegang pada prinsip bajet yang “membelanjakan RM120 daripada setiap RM100 yang diberi”, selagi itulah Malaysia akan terperangkap di dalam kitaran defisit dan hutang yang sama.
Defisit keyakinan
Kerajaan mengambil jalan mudah bagi menampung defisit ini, iaitu dengan melebarkan jaringan cukai (cukai pendapatan, GST) dan mengurangkan pemberian subsidi (petrol, pampasan tol), yang mengakibatkan poket dan simpanan rakyat semakin menipis.
GST menjadi senjata utama kerajaan, atau dalam erti kata lain, poket rakyat menjadi mangsa utama. Bagi setiap perbelanjaan rakyat – tanpa mengira kaya atau miskin, sejumlah 6% daripada nilai transaksi akan diserahkan kepada Putrajaya untuk dibelanjakan.
Menariknya, unjuran hasil GST bagi tahun 2016 sebanyak RM39 bilion (2015: RM27 bilion), suatu jumlah yang sangat besar dan berkebetulan hampir sama nilai dengan jumlah defisit Bajet 2016 iaitu RM38 bilion. Perkiraan mudah, jika kerajaan berbelanja dengan berhemah tanpa defisit, maka rakyat tidak perlu dibebankan dengan GST, namun realiti adalah sebaliknya.
Perbelanjaan subsidi, termasuk bantuan dan insentif, dijangka berkurangan kepada RM26bilion bagi tahun 2016, disebabkan pembayaran subsidi yang lebih rendah berikutan pelaksanaan mekanisma pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel. Menariknya, kerajaan meluluskan kenaikan kadar tol untuk mengelakkan pembayaran pampasan ratusan juta ringgit kepada syarikat konsesi lebuh raya, dan pengumuman ini dibuat seminggu lebih awal daripada pembentangan bajet, supaya kemarahan rakyat dapat dilupakan dengan segala bentuk pemberian di dalam bajet 2016 yang bertujuan untuk ‘mensejahterakan’ rakyat.
Kegagalan kerajaan menunjukkan komitmen untuk menangani skandal yang melanda 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), khususnya berkenaan hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysua (SPRM) terhadap transaksi pelaburan 1MDB di dalam dan luar negara serta penerimaan derma RM2.6 bilion Perdana Menteri, terus menghakis keyakinan rakyat dan pelabur kepada kerajaan, menyebabkan Malaysia terus berdepan dengan situasi defisit berkembar - defisit-fiskal (fiscal deficit) dan defisit-keyakinan (trust deficit).
Disiplin fiskal
Kerajaan cuba meyakinkan rakyat Malaysia tidak akan terjerumus ke lembah kemelesetan ekonomi. Namun, lanskap ekonomi global yang tidak menentu serta kejatuhan harga minyak (-45% y-o-y) dan nilai ringgit (-25% y-o-y) dijangka akan merencatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Kadar pengangguran juga dijangka terus meningkat, ditambah pula dengan trend pemberhentian pekerja dalam sektor minyak dan gas, perkilangan, perbankan, dan perkhidmatan. Kesempitan fiskal dan hutang kerajaan yang tinggi akan menyukarkan usaha kerajaan untuk mengimbangi risiko kemelesetan ekonomi domestik dalam masa terdekat.
Di sebalik angka berbilion ini, Bajet 2016 memperlihatkan tiada mekanisma diambil kerajaan bagi meningkatkan tahap integriti, disiplin fiskal dan langkah penjimatan secara optima, malah masih terdedah kepada elemen salah urus tadbir yang sering dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, di samping kemungkinan pembentangan bajet tambahan setiap tahun.
Melihat kepada corak belanjawan ini pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia( BRIM) dalam keadaan GST diperluaskan dan subsidi dikurangkan; dapat disimpulkan kerajaan terpaksa mengambil tempoh 2 tahun bagi mengurus persepsi dan kritikan rakyat demi mempertahankan survival politik dalam PRU14 nanti.
Inilah sebuah bajet yang menyenangkan kerajaan, tetapi tidak menyenangkan rakyat.
Sumber DD - 26-10-2015
Bajet 2016: Ini puncanya kerajaan laksana GST
Posted on Monday, October 26 @ 15:05:08 MYT by paktam
Oleh ZAHARUDIN MUHAMAD SAYA dan group PPP yang diketuai oleh Dr Zuhdi akan cuba merungkai permasalahan dasar perbajetan negara dari segi sumber dan agihan dan apa cadangan dan alternatif PAS kepada rakyat dan negara. Tulisan ini akan bagi mukadimah awal tentang permasalah sumber negara atau sumber kepada bajet itu sendiri.
Sebagai intro awal, antara masalah yang ditimbulkan dalam pembentangan bajet pada tahun ini ialah kelemahan sumber akibat kejatuhan minyak antarabangsa. Fakta ini seterusnya menjadi alasan kepada kerajaan untuk mewajarkan kutipan GST.
PM dipetik sebagai berkata: "Jika dihalusi lagi, kalaulah kita kekal dengan SST, kutipan hanyalah sekadar 18 bilion ringgit berbanding GST iaitu sebanyak 39 bilion ringgit”.
Beliau berkata lagi: "Harga minyak ini pula, dijangka akan kekal rendah pada 2016, dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggar 31.7 bilion ringgit, atau penyusutan pendapatan Kerajaan lebih 30 bilion ringgit. Tetapi, disebabkan oleh kekurangan kutipan hasil petroleum, kutipan GST-lah yang terpaksa menjadi tampungan sebahagian besar daripadanya."
Saya berpandangan bahawa, kenaikan kutipan GST bukan sesuatu yang gembira jika diihat dilihat dari dua sudut, kesan kerajaan dan kesan kepada rakyat. Peningkatan perolehan kerajaan dalam belanjawan kali ini dikatakan meningkat adalah positif dari satu sudut tetapi negatif dari sudut yang lain. Positif dari segi pendapatan kerajaan yang meningkat tetapi negatif dari segi kuasa beli rakyat semakin lemah serta pendapatan boleh guna (disposable income) yang semakin menguncup.
Ia sama seperti seseorang yang menfokuskan peluang pekerjaan sebagai jaga@pengawal keselamatan (security guard) yang semakin meningkat dari satu sudut positif penyediaan peluang pekerjaan, tetapi dari sudut negatif pula ia menggambarkan jenayah yang semakin meningkat.
Oleh itu, sesuatu perkara tidak boleh dilihat hanya sebelah sudut positif sahaja, tetapi ia juga perlu dilihat dari sudut yang negatif. Seterusnya kedua-dua sudut itu perlu diimbang mana yang lebih besar kesannya.
Dari segi kami yang beriman, besar atau kecil kesan bukan diukur dengan akal, tetapi apabila ia diharamkan oleh Islam, maka sepastinya sudut negatifnya lebih besar sekalipun akal kita tidak dapat melihat sudut tersebut.
Dari segi muamalat Islam antara rakyat dan kerajaan, kedua-duanya mestilah mendapat manfaat. Sama macam transaksi jual beli. Semakin banyak pembuat menjual barang dari satu sudut, maka semakin banyak pembeli mendapat barang dari sudut yang lain. Kedua-dua sudut adalah positif.
Sama juga dengan sistem cukai Islam, bertambahnya cukai menunjukkan bertambahnya pendapatan rakyat justeru cukai Islam dikira pada hujung pendapatan dan hujung perniagaan yang diambil daripada lebihan pendapatan. Apabila semakin banyak dikutip, maka semakin banyak pula ia akan diagihkan kepada orang miskin. Maka bacaaan dalam sistem Islam akan positif dari segala sudut.
Tetapi sistem hari ini, jika positif dari satu sudut, maka ia tidak semestinya positif dari sudut pandang yang lain. Dari satu sudut, semakin banyak cukai GST yang dikutip oleh kerajaan tidak bermakna positif untuk rakyat kerana dari sudut lain menunjukkan semakin banyak wang rakyat diambil seterusnya memberikan kesan negatif seperti hilangnya kuasa beli dan kuasa modal. Bahkan lebih parah, rakyat terpaksa berhutang untuk membayar cukai kepada kerajaan. Di sini bezanya Islam dan konvensional dari segi sudut pandang percukaian.
Masalah dalam sistem percukaian sekarang, cukai dikenakan bukan atas lebihan atau keuntungan, bahkan sebaliknya dikenakan ke atas transaksi yang majoritinya melibatkan orang miskin. Manakala keuntungan orang kaya, banyak sudut yang tidak dikenakan cukai. Sudut tersebut Insya-Allah akan dibahaskan oleh MP-MP PAS dalam masa terdekat.
Saya melihat PM membawa rakyat berfikiran sempit apabila hanya berfikir seolah-olah pendapatan negara perlu ditingkatkan hanya melalui dua pilihan, petroleum atau GST. Sedangkan di sana banyak alternatif khususnya apabila kita melihat perkara yang dikenakan cukai dalam Islam tetapi tidak dikenakan cukai di dalam sistem konvensional.
Apakah cukai yang dikenakan di dalam Islam yang tidak dikenakan di dalam sistem konvensional? Tunggu MP kita bahas dan cadang dalam parlimen. Semoga perbahasan di parlimen lebih matang dan lebih berhemah, bukan bergaduh macam kedai kopi dengan provokasi dan cuba halang-menghalang perwakilan rakyat bercakap dan mengemukakan idea mereka.
Sama-sama tunggu dan lihat.
Penulis ialah Timbalan Pengarah PPP dan juga AJK PAS Pusat.
Sumber DD - 26-10-2015
Gaji minimum naik untuk kurangkan pekerja asing Posted on Monday, October 26 @ 07:16:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PORT DICKSON - Kerajaan meningkatkan gaji minimum pekerja tempatan dalam Bajet 2016 bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata dengan peningkatan gaji minimum itu, kerajaan berharap lebih ramai rakyat dapat memperoleh pekerjaan dalam pelbagai industri di negara ini.
"Langkah ini juga selaras dengan usaha kerajaan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020... kita harap lebih ramai rakyat kita dapat mengambil alih pekerjaan yang kini dilakukan pekerja asing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat MCA Telok Kemang di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Seri Dr Lim Chin Fui.
Beliau diminta mengulas mengenai permintaan Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) supaya kenaikan kadar gaji minimum itu, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai tahun depan, ditangguhkan sehingga keadaan ekonomi stabil.
Dalam Bajet 2016, kerajaan menggariskan bahawa gaji minimum untuk pekerja sektor swasta di Semenanjung dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan dan daripada RM800 kepada RM920 bagi mereka di Sabah, Sarawak dan Labuan dengan gaji minimum itu tidak terpakai kepada pekerja domestik.
Liow berkata kerajaan telah memberikan tempoh yang lama kepada pengusaha-pengusaha kilang supaya mengurangkan bilangan pekerja asing sebaliknya menggunakan khidmat tenaga kerja tempatan.
"Kita sudah beritahu jangan terlalu bergantung kepada pekerja asing tetapi nampaknya bilangan mereka terus meningkat... ini tak boleh berterusan, kerana kita rasa ini perkara yang serius,"jelasnya.
Selain meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji minimum, FMM turut memohon kerajaan mengkaji peningkatan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial daripada RM3,000 kepada RM4,000 kerana ia akan meningkatkan lagi kos perniagaan terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana. - Bernama
Sumber TKO - 26-10-2015
Bajet 2016: Tiada bonus buat kakitangan kerajaan Posted on Sunday, October 25 @ 18:49:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Tiada bonus untuk 1.6 juta kakitangan awam seluruh negara dalam Bajet 2016 selain wang pemberian khas RM500 kali ini. Bajet 2015 dahulu menawarkan bonus setengah bulan gaji atau bayaran minima RM500 untuk kakitangan awam, kali ini tiada bonus.
Dalam pada itu kerajaan mengumumkan akan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred, yang akan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam dengan peruntukan RM1.1 bilion.
Kenaikkan gaji tahunan yang terakhir difahamkan dibuat pada 2007.
Mungkin kerajaan memikirkan setelah memberikan satu kenaikkan gaji tahunan ini, tidak perlulah lagi diberikan bonus sebagaimana dahulu, itulah rasionalnya barangkali.
Namun demikian ketiadaan bonus kali ini walaupun diubati dengan kenaikkan gaji tahunan dipercayai akan memberi kesan besar terhadap kehidupan 1.6 juta kakitangan awam yang dimaksudkan.
Suka tidak suka mereka terpaksa meredah kenaikkan kos hidup yang semakin menjadi-jadi. GST telah bersubahat dalam menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, kenaikkan harga minyak dan kini tol langsung tidak membantu.
Tiba-tiba tiada bonus pula!
Sesungguhnya yang besar terkesan akibat kenaikkan kos hidup hari ini adalah 1.6 juta kakitangan awam selain mereka di kelas menengah dan rendah.
Biasanya bonus yang diberikan diguna untuk menampung belanja anak-anak sekolah di awal tahun, yang kosnya tidak pernah turun-turun. Malangnya kali ini tiada selain RM500.
Tiba-tiba dalam menentukan gaji dan bonus kakitangan awam ini kerajaan begitu teliti mengambil kira pendapatan dan keupayaan negara. Anehnya bila 1MDB terdedah pada hutang lebih RM40bilion, tidak pula perkara seumpama ini diambil kira.
Bila terjebak dalam projek mega dan mewah, tiada pula ketelitian diambil terhadap kemampuan negara. Bila berbelanja boros tiada pula peduli pada kewangan negara.
Kita bersimpati pada 1.6juta kakitangan awam yang terlibat tapi inilah nasib kita di bawah pentadbiran dan pengurusan kerajaan BN. Kecelaruan dan ketempangannya terlalu ketara dan tidak langsung membantu malah makin membebankan semua.
Kakitangan awam disarankan agar berani membuat perubahan. Masanya sudah tiba bagi kita mengambil keputusan merihatkan Umno dan BN yang ketara tiada lagi tenaga dan keupayaan untuk meneraju dan mengemudi negara apalagi membela kebajikan 1.6juta kakitangan awam.
Kita kembali kepada Islam yang telah lama kita pinggirkan.
Ayuh kita rihatkan Umno dan ganti dengan PAS demi nasib dan masadepan yang lebih terjamin di bawah panji-panji Islam insyallah.
Oleh ROSLAN SMS
Sumber TKO - 25-10-2015
Bajet Kementerian Pendidikan Tinggi kurang RM2.4 bilion, adakah yuran IPTA akan Naik? Posted on Sunday, October 25 @ 18:26:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Memanglah Kementerian Pendidikan Tinggi tak terjejas. Tetapi adakah pelajar di IPTA akan terjejas? Pengajian di IPTA akan terjejas? Adakah yuran IPTA akan naik? Pengambilan pelajar akan dikurangkan? Elaun pensyarah akan berkurangan?
Berapa IPTA ada di Malaysia? Kalau ada 20 IPTA, pukul rata 1 IPTA akan kurang RM120 Juta peruntukan untuk tahun depan. Kalau nak naik yuran IPTA tahun depan, maklum awal, biar senang yang tak mampu tak perlu belajar, biar mereka bekerja. Hentikan pengambilan pekerja asing, agar lepasan SPM, Sijil, Diploma yang tak mampu sambung belajar, galakkan mereka bekerja di ladang sawit, menjadi buruh binaan, pekerja kilang, pencuci kereta dan sebagainya.
PENGURANGAN PERUNTUKAN TIDAK JEJAS KPT: IDRIS
24 Oktober 2015 - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengurangan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion untuk kementerian itu tidak akan menjejaskan usaha memajukan sektor pendidikan tinggi negara.
Beliau berkata, "Memang agak berkurangan sedikit tetapi pengurangan ini untuk melatih supaya pihak universiti lebih efisien dalam pelaksanaan programnya."
Idris mengulas mengenai Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat semalam yang memperuntukkan RM13.378 bilion untuk Kementerian Pendidikan Tinggi berbanding RM15.785 bilion dalam Bajet 2015.
Did Budget 2016 is Typical for Sarawak State Election?
YAB Dato ‘Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Prime Minister and Minister of Finance has tabled budget 2016 on 23 October 2015 in Parliament with the theme “Wellbeing of the people’s lives.”
Budget 2016 proposes for allocate 29.2 billion for development in Sabah and Sarawak with some additional provisions, such as the construction of the Pan Borneo Highway (LPB) toll-free along the 1,090 km is expected to be completed in 2021 with an allocation of RM 16.1 billion.
Among others are economy class domestic air services exempt from the GST, a new program, 70 million is provided through Bank Simpanan National for interest-free loans for the purpose of building longhouses with a loan limit of 50 thousand ringgit for each unit in the longhouse, 70 million ringgit as Huma paddy fertilizer subsidy are provided to increase food supplies and paddy farmers income.
Although it looks good for the rural population but is rather on the provision for snaking sweet-talk the rural population that are still marginalized from the mainstream of development in Sarawak. This seems to be a budget for Sarawak State Election to be held in early 2016.
In the last 2015 budget the Ministry of Finance pledged to remain committed to providing and upgrading of facilities and rural infrastructure in Sabah and Sarawak. A total of 4.5 billion allocated in the last 2015 budget, especially in Sabah and Sarawak to implement these programs. Among these provisions have yet to be fully implemented include:
– The rural roads along 635 kilometres, including former logging roads in Sabah and Sarawak with an allocation of 943 million ringgit.
– Implementing a program of electricity supply to more than 15 thousand houses with a total allocation of 1.1 billion ringgit,
– Program of rural clean water supply to 7,500 houses with an allocation of 394 million ringgit,
– Program for building and repairing dilapidated houses, involving 9,500 houses with an allocation of 200 million ringgit,
– Improving the quality of rural air services in Sabah and Sarawak through maintenance and rental of new aircraft with an allocation of 160 million ringgit,
– Implement programs of economic development, infrastructure facilities and improvement of the living standards of indigenous people with an allocation of 352 million ringgit and
– Adding 10 lights poles making it 20 light poles in every village throughout the country involving more than 22 thousand villages with an allocation of 26 million ringgit. This brings the total number of 56 million to provide street lighting in villages.
The question now is whether the National Audit made a report on the allocation of expenses reaches its intended target. What about the action against those who abuse the provisions reported by the Auditor General before. What action has been taken by the government on these?
We found that there are still villages and longhouses in Sarawak that is still lagging behind in terms of infrastructure and communication routes are still bad. There are many more roads that have not been repaired or fully paved, especially in rural areas.
We want to know whether the budget and the allocation given for Sarawak as mentioned above has been fully utilized or there is more unused balance for the project.
We urge the government to issue a National Audit report in particular the provisions that have been approved for Sarawak either fully utilized or otherwise so that each annual allocation can be channelled to the target group for avoid any leakages and misuse of the provision.
We do not want the existing provision used for fishing the vote exclusively when almost the General Election. The rights of citizens must be given to all regardless of race, religion and political affiliation so that the government’s intention for Wellbeing of people’s lives achieves success.
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief
Malay Version
Adakah Bajet 2016 khas untuk Pilihan Raya Sarawak?
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 di Parlimen dengan tema “Mensejahtera kehidupan rakyat”.
Bajet 2016 mencadangkan untuk memperuntukkan sebanyak 29.2 bilion ringgit untuk pembangunan di Sabah dan Sarawak dengan beberapa peruntukan tambahan seperti pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) yang bebas tol sepanjang 1,090 km dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dengan peruntukan RM 16.1 bilion.
Antara lain ialah perkhidmatan kelas ekonomi udara domestik dikecuali daripada GST, satu program baru, 70 juta ringgit disediakan melalui Bank Simpanan Nasional bagi pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah-rumah panjang dengan had pinjaman 50 ribu ringgit untuk setiap unit di rumah panjang, 70 juta ringgit sebagai subsidi baja padi huma disediakan untuk meningkatkan bekalan makanan dan pendapatan penanam padi.
Walaupun ianya nampak baik untuk penduduk di luar bandar tetapi ianya lebih pada peruntukan untuk mengula-gulakan penduduk luar bandar yang masih lagi terpinggir dari arus pembangunan di Sarawak. Ini seolah-olah bajet untuk Pilihan Raya umum Sarawak yang akan diadakan pada awal tahun 2016.
Pada bajet 2015 yang lalu Kementerian Kewangan berjanji untuk terus komited menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak. Sejumlah 4.5 billion ringgit diperuntukkan pada bajet 2015 yang lalu terutamanya di Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan program berikut. Diantaranya peruntukan yang masih lagi belum dilaksanakan sepenuhnya ialah :
– Projek jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak 943 juta ringgit.
– Melaksanakan program penyambungan bekalan elektrik kepada lebih 15 ribu buah rumah dengan peruntukan sebanyak 1.1 bilion ringgit,
– Program bekalan air bersih luar bandar kepada 7,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak 394 juta ringgit,
– program membina dan membaik pulih rumah usang melibatkan 9,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak 200 juta ringgit,
– Meningkatkan mutu perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak melalui penyelenggaraan dan sewaan pesawat baru dengan peruntukan sebanyak 160 juta ringgit,
– melaksanakan program pembangunan ekonomi,kemudahan infrastruktur dan penambahbaikan taraf hidup masyarakat orang asli dengan peruntukan sebanyak 352 juta ringgit dan
– Menambah 10 batang tiang lampu menjadikannya 20 batang tiang lampu di setiap kampung di seluruh negara yang melibatkan lebih 22 ribu kampung dengan peruntukan sebanyak 26 juta ringgit . Ini menjadikan jumlah keseluruhan 56 juta ringgit bagi menyediakan lampu jalan kampung.
Persoalannya sekarang adakah pihak Audit Negara telah membuat laporan tentang perbelanjaan keatas peruntukan tersebut sampai kepada sasarannya. Bagaimana dengan tindakan keatas mereka yang menyalahgunakan peruntukan yang dilaporkan oleh Audit Negara sebelum ini. Apa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan keatas mereka ini?
Kita dapati masih lagi terdapat kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di Sarawak yang masih lagi ketinggalan dari segi infrastruktur dan jalan perhubungan pun masih teruk. Banyak lagi jalan yang belum dibaik pulih atau diturap sepenuhnya terutama di kawasan luar bandar.
Kita ingin tahu sama ada bajet dan peruntukan yang telah disalurkan untuk Sarawak seperti yang tersebut diatas telah digunakan sepenuhnya atau masih ada lagi baki yang masih belum digunakan untuk projek tersebut.
Kita mengesa pihak kerajaan mengeluarkan laporan Audit Negara khususnya peruntukan yang telah diluluskan untuk Sarawak sama ada telah digunakan sepenuhnya atau sebaliknya supaya setiap peruntukan tahunan dapat disalurkan kepada golongan sasaran untuk mengelak sebarang ketirisan dan penyalahgunaan peruntukan.
Kita tidak mahu peruntukan yang sedia ada digunakan untuk tujuan memacing undi semata-mata ketika hampir Pilihan Raya umum. Hak-hak rakyat perlu diberi kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik supaya hasrat kerajaan untuk mensejahtera kehidupan rakyat mencapai kejayaan.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
Sumber BO - 25-10-2015
Belanjawan 2016 lembabkan ekonomi - Azmin Ali Posted on Sunday, October 25 @ 08:25:55 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam benar-benar akan melembapkan pertumbuhan ekonomi, bukan merangsang, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
"Bajet 2016 sangat mengecewakan dalam erti kata bahawa ia gagal menyediakan rangsangan dalam keadaan ekonomi hari ini yang sangat memerlukan penambahbaikan.
"Daripada merangsang pertumbuhan ekonomi, bajet itu mungkin menjejaskan," kata Azmin dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Azmin berkata kedua-dua sumber utama pertumbuhan ekonomi di Malaysia adalah melalui pelaburan dan perbelanjaan pengguna.
Azmin mendakwa keyakinan pelabur terjejas teruk ekoran skandal kewangan terbesar yang berterusan di negara ini, manakala sentimen pengguna mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan peningkatan kadar cukai pendapatan adalah negatif.
"Bajet 2016 gagal menangani 'krisis keyakinan' serta tidak banyak langkah untuk merangsang keyakinan pelabur atau menimbulkan sentimen pengguna,” katanya.
Bukan sesuatu yang gah
Apa yang diperlukan dalam penambahbaikan ekonomi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu, adalah rangsangan dalam bentuk perbelanjaan sektor swasta yang lebih besar melalui peningkatan perbelanjaan pelaburan dan perbelanjaan pengguna.
"Malangnya, bajet yang dibentangkan adalah sebaliknya. Bajet kali ini adalah belanjawan gula-gula," keluh beliau.
Azmin juga mengkritik kenyataan Perdana Menteri mengenai GST dalam ucapan Bajet 2016 semalam.
Najib berkata, GST telah menunjukkan peningkatan hasil kerajaan sebanyak RM21 bilion dan ia tak akan berlaku sekiranya kerajaan tetap melaksanakan cukai perkhidmatan jualan (SST).
Azmin berkata kutipan itu bukanlah satu pencapaian yang gah.
"Sudah tentu pendapatan akan meningkat. Anda mengenakan cukai ke atas rakyat melaluinya. Pelaksanaan GST di Malaysia tidak selaras dengan negara lain," katanya.
Kata Ahli Parlimen Gombak itu kebanyakan negara, mengurangkan pendapatan dan cukai korporat secara serentak dengan pelaksanaan GST, tetapi tidak di Malaysia.
"Ia merupakan satu tamparan hebat kepada rakyat Malaysia kerana mereka perlu membayar cukai yang lebih daripada sebelum ini.
"Malah, kerajaan Najib telah gagal dalam pentadbirannya apabila menganggap GST adalah satu kejayaan," katanya.
Sebaliknya kata Azmin, masalah asas inflasi juga tidak dinyatakan di dalam bajet kali ini.
"Tema Bajet 2016 Mensejahterakan Rakyat kedengaran baik di atas kertas tetapi seperti yang kita lihat dalam kes bajet tahun lalu, pentadbiran Najib akan gagal untuk menyampaikan pada akhirnya," ujar Azmin. - MK
Sumber TKO - 25-10-2015
BAJET 2016: Benarkah akan mensejahterakan rakyat dan negara?
Posted on Saturday, October 24 @ 14:28:43 MYT by paktam
Oleh Siti Zailah Mohd Yusoff
Beban negara hari ini akibat pemborosan masa lampau... Rakyat tidak terbeban dengan hutang negara yang banyak seperti sekarang jika jika negara diurus secara berhemat sejak awal lagi
Rakyat tidak menyaksikan defisit bajet sudah 18 tahun berturut turut jika negara ditadbir tanpa rasuah,tanpa ketirisan ,tanpa keborosan dan penyalahgunaan kuasa dan pelbagai skandal yaang merugikan negara seperti 1MDB,PKFZ,Perwaja steel,BMF dan lain lain yg menelan berbilion duit rakyat selama ini.
Bajet 2016 memperuntukkan RM267 bilion untuk belanja mengurus dan RM52 bilon untuk belanja Pembangunan berbanding dgn bajet 2015 dimana RM223.4 bilion belanja mengurus dan RM50.5 bilion belanja pembangunan..jelas beban pengurusan negara semakin bertambah..Berbeza dengan negara maju dimana dinegara maju bajet membangunnya lebih besar dari bajet mengurus...dimana silapnya kita...?
Bajet 2016 juga bajet defisit ..sudah 18 tahun berturut turut negara mengalami bajet defisit...bermakna perbelanjaan negara melebihi pendapatan dan hutang negara semakin bertambah..
Kedudukan hutang negara terkini RM627 bilion iaitu 54 % dari KDNK negara,dan hutang yang diJamin kerajaan ,maknanya kerajaan sebagai penjamin sudah mencecah RM175 bilion...kalau dicampur berjumlah RM802 bilion iaitu sudah mencecah 60% dari KDNK negara.Sesebuah negara dianggap tenat ekonominya jika hutang mencecah 55% dari KDNK !.Dalam lapuran bajet 2016..kerajaan memperuntukkan RM27 bilion untuk bayaran balik hutang negara..
Walaupun PM membentangkan bajet defisit anggaran hanya 3.2% ...namun perlu diingat setiap tahun dan setiap kali persidangan parlimen akan ada mohon bajet Tambahan 3 atau 4 kali setahun dimana tahun lepas saja bajet tambahan dipohon melebihi RM20 bilion...!.
Bajet 2016..menyaksikan penyusutan pendapatan negara dari pendapatan hasil petroleum akibat dari penurunan harga minyak dipasaran antara bangsa..
Kini pendapatan kerajaan bergantung besar dari sumber kutipan cukai GST dari poket rakyat yang dijangka perolehan tahun 2016 hasil kutipan cukai GST hampir RM30 bilion!..
Jadi apalah yaang rakyat nak kagum dengan bantuan BRIM,KRIM,KWAM dan dll ini semua pusingan duit yang sebenarnya asal dari poket rakyat sendiri...
Walaupun nilai BRIM akan dinaikkan ..ini duit rakyat dah sebenarnya.
Bebaan kos hidup yang tinggi...beban toll yang semakin mahal...beban kos rumah yang mahal...penganguran siswazah yang semakin ramai...masaalah pembuangan pekerja..sebelum ini oleh MAS..bank bank dan banyak lagi akan terus menekan kehidupan rakyat bawahan...
Dinegara kita 70% rakyat berpendapatan bawah RM3000 sebulan..
Kebanjiran pekerja asing dalam negara terus menjadi saingan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan terutama di stesen minyak..supermarket...hotel...restoran dikuasai oleh pekerja asing....
Ketidak seimbangan pencapaian ekonomi....Melayu terus tercorot...dasar DEB masih gagal walaupun dah hampir ke tahun 2020...dimana target kerajaan untuk capai negara maju berpendapatan tinggi..
Pencapaian ekonomi kaum cina diMalaysia 38 % mengatasi kaum Melayu dan kaum India 16% mengatasi kaum Melayu dari segi penguasaannya...tidak wujud keseimbangan...
Golongan surirumah diantara yang sangat terkesan dengan bajet...
Kos hidup ysng semakin tinggi
Harga rumah semakin mahal
Sewa rumah semakiin mahal
Tol semakin mahal
Hutang isi rumah diMalaysia diantara yang tertinggi didunia iaitu 88% dari KDNK
Kos barangan harian dengan GST
Apakah bajet 2016 mensejahterakan rakyat ?
Peruntukkan untuk pembangunan dan kemudahan asas untuk negeri sebelah Pantai Timur terutama Kelantan tidak ketara perubahan, namun bajet 2016 menyaksikan peruntukan yang istimewa untuk Sarawak ...Apakah ini bajet election untuk Sarawak..dan kemungkinan pilihanraya Sarawak ada diadakan seawal tahun 2016 ...
Siti Zailah Mohd Yusoff
Ahli Parlimen Rantau Panjang
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan
Sumber DD - 24-10-2015
Bajet Gali Lubang………Timbus Lubang
Oleh: Dr Azman Ibrahim
Semasa pembentangan Bajet 2016 semalam, saya berada di Putrajaya untuk menghadiri program kuliah yang telah disusun sebelum ini di Presint 9. Bukannya datang Putrajaya untuk nak jumpa PM. Biasanya ketika pembentangan Bajet padatahun-tahun yang lepas, saya ada di kampung melihat dan mendengar reaksi orang kampung. Kali ini agak menarik sebab saya berpeluang mendengar dan mendapatkan reaksi dari penghuni penempatan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Pandangan pertama yang saya nampak, tak ada keghairahan dari orang-orang di sini untuk nak mengikuti siaran langsung pembentangan bajet walaupun PM menyusun bait-bait ucapan dengan penuh slogan serta bait-bait bahasa bernada puitis dan kritis.
Pemandangan di sebuah kafeteria, pengunjung buat-buat tak tahu saja PM dengan baju melayu ungu sedang beraksi di kaca TV. Saya sekadar bergurau dengan suara sikit tinggi, “Eh!! Ada bajet petang ni…” Seorang dari yang sedang makan menyampuk, “bajet gali lubang timbus lubang!”
Bajet gali lubang timbus lubang! Suatu istilah yang agak menarik dan penuh makna tersirat. Biasa kita dengar istilah bajet gula-gula atau bajet pilihanraya. Kalau kita gali satu lubang, kemudian kita timbus kemudian gali lagi satu lubang lain, kemudian timbus semula, maka walau peluh menitik menandakan kita dah lelah bekerja tetapi hasilnya tak ada apa-apa. Kalau gali lubang untuk menanam sesuatu yang boleh dinikmati hasilnya oleh anak cucu kelak, itu sudah dikira berhasil. Kita lebih bimbang kalau gali lubang untuk timbus bangkai busuk.
Biasanya ucapan bajet adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat. Tapi entah mengapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini ianya menjadi hambar. Khususnya ketika era Najib berdiri sebagai Menteri Kewangan. Walau segala jentera dan media milik kerajaan sudah berusaha dengan semaksimun untuk mengambarkan kehebatan pasukan pimpinan Najib mengemukakan satu bajet yang sangat prihatin dan bakal mensejahterakan rakyat, ternyata rakyat tak mampu dibohongi lagi.
Hari ini saya balik kampung. “Guano bajet kelmarin? Ada apa-apa bahagian kita? Harap semua sejahtera belaka pagi ni.” Saya menyapa beberapa orang pengunjung yang sedang minum di sebuah kedai kopi di Jabi. “Sejahtera sokmo kito doktor. Lepas makan nasik berlauk sepinggan, masuk kebun nnoreh. Harga getah duduk lagu tu jugok.” Satu jawapan spontan ringkas yang memberikan gambaran mudah bahawa orang-orang kampung tak mengharapkan apa-apa bahagian untuk mereka dari bajet baru. Mungkin lantaran mereka dah selalu berharap tapi akhirnya tertiarap. Walau bagaimana pun kehidupan tetap diteruskan.
Seimbas lalu saya dengar kelmarin, PM berkali-kali mengulangi ungkapan, “Selepas mendapatkan maklum balas yang baik dari segenap lapisan rakyat, maka kita memutuskan untuk meneruskan…” Seorang kawan yang merupakan kakitangan awam gred 44 di sebuah jabatan kerajaan Putrajaya memberikan komentarnya, “Maklum balas dari siapa yang dia dapat? Dari orang sekeliling dia yang sukamengampu dan memberikan selalu laporan bahawa semua beres boss!”
Nak mensejahterakan rakyat, kita perlu dengar rintihan rakyat dari peringkat yang paling bawah. Slogan dan bahasa puitis tak akan mampu mengenyangkan mereka. Anak-anak orang kampung tak akan dapat beli uniform sekolah berbekalkan komentar penuh ampu ahli-ahli akademik yang mengulas bajet. Mereka boleh ulas itu dan ini kerana setiap bulan belasan ribu gaji dan elaun yang diterima. Kereta kerajaan sedia, petrol percuma, ada pemandu dan macam-macam lagi kemudahan di depan mata. Kalaulah maklum balas dari kelompok ini yang Najib dengar maka kesian seribu kali kesian kepada rakyat.
Rakyat awam kehidupan mereka simple dan mudah. Tangungan bulanan mereka petrol, lektrik, barangan keperluan asas makanan dan pakaian, belanja pengajian anak-anak, hospital serta beberapa perkara lagi perlu diseimbangkan dengan pendapatan mereka. Diseimbangkan dengan harga getah dan sawit. Pendapatan mereka pula tak ada tangga kenaikan gaji dan tak ada bonus tahunan.
Walau PM sebut dalam pembentangan bajet kelmarin bahawa rakyat miskin tegar dalam negara mencapai tahap 0%, saya tak terkesima.
Sebagai Ketua Kebajikan PAS Terengganu, sudah banyak tempat yang saya jelajahi. Saya boleh tunjukkan kepada PM di mana lokasi rumah rakyat miskin tegar dalam masyarakat. Walau kita tahu pasti mereka akan kata, “kerajaan dah sediakan macam-macam kemudahan, itu salah orang miskin kerana tak nak berusaha!”
Sekadar PM tengok di sekeliling Seri Perdana, memanglah tak ada orang miskin tegar.
****Penulis ialah Ketua Kebajikan PAS Terengganu
Sumber BO - 24-10-2015
Bajet 2016 Gagal Sentuh Aspek Penting
PAS menyifatkan bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak semalam gagal memberikan tumpuan kepada beberapa aspek penting ekonomi negara, terutamanya soal keberkatan hasil yang tidak menurut syariah.
Menurut Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad, soal pelaburan dalam dan luar negara dan pengangguran tidak diberikan perhatian oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“(yang pertama) soal pelabur-pelabur luar dan dalam negeri (yang berkurangan) tidak disentuh………. yang kedua soal pengangguran,
“walaupun disebut pengangguran semakin berkurang tetapi realitinya (tidak) apa yang kita dapat lihat pada hari ini hampir 50,000 orang pengangguran (tidak mempunyai pekerjaan,”ujarnya
Katanya, lebih teruk lagi 70% daripada jumlah penganggur adalah mereka yang memiliki ijazah dari universiti tempatan dan luar negara.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian ketika ditemui media di luar parlimen selepas pembentangan bajet petang semalam.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Dr Khairuddin Aman Razali menyifatkan bajet gagal mematuhi syariah apabila kerajaan bergantung kepada cukai GST yang zalim sebagai sumber pendapatan.
“Kerajaan berkata nasib baik ada GST!…….. hakikatnya, jangan dilupakan isu pokok iaitu GST adalah cukai tidak patuh syariah kerana dikenakan berdasarkan perbelanjaan dan dikenakan kepada semua barang,
“Bagi saya cukai tidak patuh syariah yang didambakan oleh kerajaan menjadi sebab untuk Allah menarik nikmat pendapatan yang halal menerusi minyak,”komen beliau.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, pelaksanaan polisi ekonomi tidak patuh syariah membawa kepada kemusnahan ekonomi kerana adalah mustahil Allah memberkati sesuatu yang ditegah olehNya.
Menurutnya lagi, bajet 2016 dengan anggaran perbelanjaan RM267.2 bilion dan pendapatan RM225.7 bilion sekali lagi adalah bajet defisit menjadikan ia bajet defisit tahun ke 19 berturut-turut sejak 1998.
Beliau mempersoalkan dimanakah janji kerajaan BN yang sebelum mahu membina bajet yang berimbang.
“Adakah kerajaan mampu mencapai bajet berimbang pada tahun 2020 sebagaimana sasaran kerajaan?
“Saya sangat meraguinya,”tegas beliau.
Sumber BO - 24-10-2015
Bajet Islam Mengikut Kemampuan, Bukan Ikut Perbelanjaan
Oleh : Khairuddin Aman Razali
Berikut adalah beberapa respon awal saya terhadap Bajet 2016 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak semalam di Dewan Rakyat pada Jumaat 23hb Oktober 2014:
1. Bajet 2016 dengan anggaran perbelanjaan RM267.2 bilion dan pendapatan RM225.7 bilion sekali lagi adalah bajet defisit menjadikan ia bajet defisit tahun ke 19 berturut-turut sejak 1998. Adakah kerajaan mampu mencapai bajet berimbang pada tahun 2020 sebagaimana sasaran kerajaan? Saya sangat meraguinya.
2. Rakyat juga tidak boleh terpedaya dengan bajet defisit ini kerana nanti akan disusuli lagi beberapa bajet tambahan yang akan menambahkan lagi defisit sebenar perbelanjaan kerajaan. Bajet tambahan sehingga 3 kali setahun telah menjadi amalan kerajaan akhir-akhir ini.
3. Ini belum diambil kira bajet yang tidak dilaporkan sepertimana berlaku menerusi penubuhan syarikat milik kerajaan seperti 1MDB yang berhutang sehingga RM42 bilion dengan jaminan kerajaan.
4. Sekalipun defisit fiskal dijangka menguncup kepada 3.1% pada 2016, isunya ialah bajet berasaskan perbelanjaan (expenditure-based budget) masih menjadi amalan Kerajaan sedangkan Islam mengajar supaya berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan sebagaimana saya sentuh dalam kenyataan-kenyataan saya sebelum ini.
5. Bajet defisit akan meningkatkan hutang negara yang sudah sedia tinggi melebihi RM600 bilion. Dan ia akan diburukkan lagi dengan beberapa bajet tambahan yang sudah menjadi amalan kerajaan setiap tahun akhir-akhir ini.
6. Penyelesaian kepada bajet defisit ialah penjimatan. Namun, saya tidak melihat ianya tercerna dalam bajet kali ini.
7. Ini antara bukti tidak berlaku anjakan mentaliti dan ‘political will’ pada Kerajaan dalam menguruskan ekonomi dan kewangan negara.
8. Perbelanjaan mengurus sehingga 80.5% berbanding hanya 19.5% untuk pembangunan daripada jumlah perbelanjaan adalah tidak seimbang serta tidak selari dengan ‘benchmark’ negara-negara maju yang berada pada nisbah sekitar 60:40.
9. Peruntukkan sebanyak RM70.5 bilion atau 32.8% daripada jumlah perbelanjaan mengurus untuk emolumen pula menunjukkan sepatutnya penjawatan dalam kerajaan harus disemak semula untuk mengurangkan perbelanjaan bagi tujuan itu pada masa depan justeru dapat mengurangkan birokrasi dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan. Bukan untuk mengurangkan perjawatan sedia ada tetapi untuk ditingkatkan tahap kecekapannya agar tidak berlaku pertambahan perjawatan pada masa depan.
10. GST dengan unjuran kutipan sebanyak RM39 bilion pada 2016 dianggap sebagai penyelamat oleh kerajaan apabila negara berhadapan penyusutan hasil akibat penurunan harga minyak dunia. Kerajaan berkata “nasib baik ada GST”!!!
Hakikatnya, jangan dilupakan isu pokok iaitu GST adalah cukai tidak patuh syariah kerana dikenakan berdasarkan perbelanjaan dan dikenakan kepada semua barang melainkan yang dikecualikan serta dikenakan kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaya dan miskin. Bagi saya cukai tidak patuh syariah yang didambakan oleh kerajaan menjadi sebab untuk Allah menarik nikmat pendapatan yang halal menerusi minyak. Pelaksanaan polisi ekonomi tidak patuh syariah membawa kepada kemusnahan ekonomi kerana adalah mustahil Allah memberkati sesuatu yang ditegah olehNya.
11. Komitmen Kerajaan untuk membina sehingga 351,500 unit rumah termasuk sebanyak 20,000, 2,000 dan 2,000 unit rumah masing-masing untuk FELDA, FELCRA dan RISDA adalah suatu yang baik tujuannya dan saya secara peribadi memberikan pujian untuk itu. Namun, ia tidak menyelesaikan isu pokok harga rumah yang masih tinggi. Kerajaan memberikan potongan harga berdasarkan harga pasaran yang masih lagi didominasi oleh harga spekulasi.
12. Usaha untuk menstrukturkan semula industri perumahan dalam negara kita melibatkan kementerian, agensi dan jabatan berkenaan, pemaju dan persatuan berkaitan serta guaman mesti dilakukan. Langkah mengekang kenaikan harga hartanah juga mesti dibuat bagi menyelesaikan isu pemilikan rumah ini secara berkesan dan jangka panjang. Langkah-langkah ke arah itu tidak tercerna menerusi bajet kali ini.
13. Kegembiraan rakyat yang digula-gulakan dengan kenaikan BRIM tidak akan melupakan mereka dengan isu pokok iaitu kenaikan harga barang, kemerosotan nilai ringgit dan kemerosotan nilai berbelanja bagi pendapatan yang akan menelan kembali BRIM yang diterima. Ia juga bukan penyelesaian jangka panjang bagi isu kemerosotan ekonomi kerana ia ibarat memberi ikan dan bukannya kail.
Jika diizinkan Tuhan, saya akan memberikan komentar yang lebih lanjut dalam sesi perbahasan nanti insyallah.
***DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI Ahli Parlimen Kuala Nerus yang juga adalah Ahli Majlis Syura Ulamak, AJK PAS Pusat dan Ketua Penerangan DUPP. Sumber BO - 24-10-2015
1. Tiada Inspirasi Baharu Dalam Bajet 2016. Meskipun iklim ekonomi yang semakin mencabar dengan ketidaktentuan elemen pasaran sebagaimana diakui oleh Perdana Menteri sendiri, kerangka dan inisiatif Bajet 2016 masih mengikut naratif lama.
2. Lihat sahaja bajet Jabatan Perdana Menteri sehingga melebihi RM 14 billion. Ianya sudah menjadi suatu kelaziman bajet JPM menjadi sebegitu besar hatta mengatasi peruntukan pendidikan dan pertahanan!
3. Perdana Menteri pula tidak menyentuh untuk apa jumlah yang sebegitu besar diperlukan oleh portfolionya di dalam ucapan bajet. Fenomena sebeginilah yang disifatkan oleh kebanyakan kapten industri seperti yang diungkapkan CEO Air Asia Tony Fernandes akan tiadanya ketelusan dalam perbelanjaan kutipan cukai.
4. Malah jika dirujuk kepada kenyataan Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Kewangan seperti yang dilaporkan Bernama bahawa kerajaan akan memperincikan pendapatan dan perbelanjaan dari hasil GST menerusi pembentangan Bajet 2016, hakikatnya bajet yang telah dibentang tidak benar - benar diperincikan. Khasnya perincian pada aliran belanja dari hasil GST tersebut.
5. Menteri Kewangan terus menabur janji bahawa Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan dimuktamadkan oleh Parlimen namun hakikatnya termanya terus menjadi rahsia. Malah para Ahli Parlimen yang sepatutnya mewakili suara rakyat terus dinafikan akses kepada dokumen TPPA berbanding PriceWaterhouseCoopers, sebuah firma perunding asing yang diberikan layanan istimewa untuk menilai dokumen TPPA.
6. Soalnya mengapa? Sekali lagi Bajet 2016 tidak memberikan sebarang jawapan. Jangan pula salahkan rakyat kalau agenda Bajet 2016 penuh keraguan. Dengan gah Perdana Menteri mengumumkan 10,000 rumah akan dibina bagi merancakkan pemilikan hartanah kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
7. Namun lihat sahaja rekod kerajaan pusat membina rumah kekal baru bagi mangsa-mangsa banjir besar tahun lepas. Meskipun kononnya RM 500 juta diperuntukkan untuk Kelantan, hanya 50 buah rumah yang mampu dibina kerajaan pusat sehingga akhir Julai 2015. Sekarang kerajaan berani pula menjanjikan 175 ribu unit kediaman mampu milik untuk rakyat?!
8. Bajet 2016 hanyalah suatu bajet kitar semula tanpa sebarang inspirasi baru. Dengan tanggungan hutang kerajaan hampir RM 800 billion dan tanggungan hutang isirumah tertinggi di Asia, ruang untuk negara mengembangkan ekonomi semakin terhad. Apakah Bajet 2016 mengakui hambatan besar ini dan apa pula penyelesaian yang diberikan? Jawapannya tiada.
9. Tetapi sekiranya penjawat awam tercari-cari jawapan mengapa terus menerus tiada bonus untuk mereka (yang ada cuma imbuhan khas RM 500) maka jawapannya bukanlah kerana produktiviti perkhidmatan awam merudum tetapi kerana hutang kerajaan yang melampau telah menghambat keupayaannya untuk menjaga kebajikan kakitangannya sendiri.
10. Hakikatnya Bajet 2016 tidak memberi inspirasi dan menyuntik keyakinan rakyat akan ketahanan dayaupaya ekonomi negara. Telah jelas kini bahawa pemerintah masih tandus modal dan idea untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Beristiqamah Hingga Kemenangan.
Sekian.
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh
Sumber PP - 24-10-2015
Rakyat tidak pantas hanya menjadi penonton pembentangan belanjawan
Posted on Friday, October 23 @ 23:08:41 MYT by paktam
Oleh Rodziah Ismail
Rakyat digesa untuk meneliti Belanjawan Negara sebagai satu amanah bertujuan untuk memberdaya (empowering) rakyat, menjana pertumbuhan ekonomi negara dan meratakan keadilan dan kesaksamaan dalam pengagihan pendapatan dan khazanah negara.
Kemudahan akses rakyat terhadap informasi pasca pembentangan Belanjawan Negara hari ini wajar diutamakan. Perlu disediakan talian hotline atau perhubungan menerusi internet supaya rakyat boleh mendapatkan maklumat tepat mengenai makna dan implikasi Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri ke atas kehidupan rakyat jelata.
Dengan itu, pengetahuan dan kefahaman menyeluruh dan terperinci tentang Belanjawan Negara tidak hanya terbatas kepada golongan tertentu sahaja.
Dalam realiti masakini yang diselubungi berbagai ketidaktentuan suasana ekonomi – kejatuhan nilai ringgit yang belum reda, keruduman ekonomi global yang mengesani ekonomi Malaysia, isu 1MDB yang belum selesai, bebanan hutang negara yang menghampiri had 55% daripada GDP yang ditentukan perlembagaan Malaysia (RM582.8bil or 54.5% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar[GDP]), peningkatan kadar pengangguran (3.3%) dan kos sara hidup yang tinggi yang membebani rakyat – Belanjawan Negara 2016 dikehendaki mempamerkan kemampuan Perdana Menteri dan kabinetnya mengutamakan kepentingan rakyat secara langsung mengatasi yang lain-lainnya. Ia melibatkan kepentingan semasa, jangka pendek dan panjang.
Ia bukan sesuatu tidak boleh diutarakan atau mustahil dilaksanakan. Persoalannya ialah sama ada Kerajaan Malaysia berkehendak yang sama dengan kehendak rakyatnya.
Pengunggulan dalam pembinaan akhlak insan adalah asas keunggulan sesebuah masyarakat yang bertamadun. Peruntukan untuk tujuan tersebut menjadi imperatif. Tetapi usaha-usaha membina masyarakat Malaysia perlu dirobah dari cara sedia ada kepada yang benar-benar mengutamakan nilai dan menghasilkan warga negara yang unggul – yang mendengar, memahami, beramal dan bertindak serta menatijahkan keharmoniaan dan kecemerlangan dengan hasrat bersedia membantu orang lain dengan penuh kasih sayang dan passion.
Sememangnya, norma budaya rakyat adalah cerminan kepada pendidikan yang dicontohkan para pemimpin negara terhadap rakyatnya.
Pemimpin yang amanah, jujur, telus dan bersifat mendengar akan mendapati rakyat yang amanah, jujur, telus dan mendengari para pemimpin juga. Sebaliknya yang tidak amanah, curang, bersikap kediktatoran akan menemukan berbagai negativiti di kalangan masyarakat yang boleh menghancurkan diri dan golongan pemimpin serta negara.
Belanjawan Negara 2016 kali ini dikehendaki untuk mendepani reformasi pengolahan belanjawan yang menitikberatkan perkongsian di antara enterpreneurs dengan pekerja dan dalam masa yang sama boleh memenuhi keperluan sosial rakyat dan meminimakan kepentingan golongan yang sedia memenuhi, bahkan melebihi segala keperluan asas dan sosial mereka.
Punca jurang kedua golongan itu – yang berada dan kurang berada – ialah disebabkan jurang pendidikan dan kemahiran yang dimiliki. Kajian juga menunjukkan, kejayaan sebahagian golongan enterpreneurs di Malaysia ini ialah kerana budaya patronagenya – di mana jika dikenali dan diselesai golongan elit pemerintah, maka kontrak perniagaan akan mudah diperolehi dan boleh segera menjadi kaya-raya.
Sektor perdagangan pula perlulah mengutamakan peluang-peluang pekerjaan yang boleh diraih rakyat Malaysia, bukan pekerja asing.
Dasar kerajaan yang mengkhususkan free trade zone dan bebas cukai, sehingga untuk dua dekad, kepada syarikat-syarikat asing yang beroperasi adalah bertujuan untuk mengambil pekerja tempatan dan membina kemahiran mereka dalam jangka masa panjang. Kemasukan jutaan pekerja asing ke Malaysia mencerminkan kegagalan kerajaan Malaysia dalam mengurus sumber manusia negara ini.
Di samping itu, Malaysia tiada dasar yang jelas dan penguatkuasaan yang telus dan berkesan mengenai pengambilan pekerja warga asing, dalam masa yang sama memelihara hak dan kebajikan mereka sebagai pekerja dan insan.
Dalam konteks wanita, belanjawan yang meneliti keperluan wanita menerusi pendekatan outcome-based budgeting kerajaan Malaysia wajarlah tiada perbezaannya dengan kehendak yang ingin dicapai Belanjawan Responsif Gender – yang menekankan keperluan khusus wanita dan lelaki di setiap peringkat dan sektor.
Asasnya ialah pembudayaan kebebasan maklumat atau freedom of information bagi akses terhadap informasi berkaitan semua data mengikut pecahan seks atau sex-disaggregated data dalam pentadbiran negara dan sektor swasta. Ia sewajarnya dikuatkuasakan sebagai tuntutan dalam laporan-laporan semua jabatan dan agensi kerajaan dan agensi swasta yang releven.
Belanjawan 2016 akan dilihat sama ada memberi perhatian kepada sebelas golongan wanita yang dikenalpasti ini: Suri rumah, ibu tunggal, wanita muda, wanita orang asal, remaja perempuan, warga emas, wanita OKU, wanita bekerja & dalam sektor pekerjaan informal, pekerja ladang dan di luar bandar, wanita intelektual dan profesional.
Wanita merupakan hampir setengah daripada bilangan penduduk di Malaysia (49.3%).
Peratus itu adalah suatu penegasan terhadap keberdayaan wanita dalam mempengaruhi dan mengesani status ekonomi, sosial dan politik negara. Justeru itu, keseriusan dalam membangunkan wanita secara berstruktur, telus dan tulus adalah lebih diingini daripada hanya pemberian material dan latihan serta bimbingan yang one-off atau untuk hanya menghabiskan belanjawan sekadar untuk membuat program-program spontan atau yang berpada-pada sahaja.
Di antara ukuran kejayaan usaha latihan dan bimbingan serta program-program pemberdayaan wanita ialah kenaggotaan minimum 30% wanita dalam proses-proses pembuatan keputusan di peringkat legislatif – Parlimen, Dewan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
* Penulis merupakan Pengasas-Pemimpin Pertubuhan Inisiatif Pemberdayaan Wanita (Women’s Empowerment Initiative Society[WE Initiative]).
Sumber DD - 23-10-2015
Tiada lagi bantuan persekolahan RM100 kepada semua Posted on Friday, October 23 @ 22:59:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bermula tahun depan, bantuan awal persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 yang diberikan kepada setiap murid sebelum ini, akan hanya diberi kepada mereka yang ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 petang ini.
Najib juga mengumumkan pelepasan cukai bagi penjaga yang anak mereka belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000 bermula 2016.
Sumber TKO - 23-10-2015 Bajet 2016: Khairy jadi bahan pojok blog UMNO Posted on Friday, October 23 @ 21:05:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjadi bahan jenaka blog pro UMNO sendiri apabila memberikan persepsi menyokong pembangkang untuk menggagalkan Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut artikel yang disiarkan di MyKMU.net, tidak mengejutkan jika persepsi seperti Khairy itu diluahkan oleh pembangkang atau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Yang penulis tak faham, dari penyokong kerajaan macam Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaludin pun bagi persepsi yang sama ni apa pulak? Dah sah sah jumlah kerusi BN dalam Parlimen lebih banyak dari pembangkang, jadi kerisauan (Bajet 2016 tak lulus) ini datang dari mana dan untuk apa?,” kata penulis artikel itu.
Penulis itu juga turut membidas Khairy yang membuat teguran ke atas Najib, seolah-olah menteri yang baru berusia 39 tahun itu mahu mengajar ketuanya.
“Gaya dan cara Khairy bercakap macam Najib ini baru masuk politik sebulan. Sedarkah Khairy bahawa Najib dah jadi ahli parlimen masa umur dia belum pun cecah 2 bulan, nak gebang apa?
“Tahulah Najib macam mana nak kendali segala ancaman untuk mengagalkan pentadbirannya termasuk Bajet 2016 ni,” ujarnya.
Khairy sebelum ini dilapor menyatakan, bahawa Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menolak Bajet 2016. - FMT
Sumber TKO - 23-10-2015
TPM: Bajet 2016 antaranya untuk p'raya Sarawak Posted on Friday, October 23 @ 21:02:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengakui bahawa bajet 2016 yang dibentangkan hari ini merupakan belanjawan antaranya bagi memenangi pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.
"(Kita mendapat) komen positif dari mereka (penduduk Sarawak). Ya memang (untuk menang pilihan raya negeri Sarawak)," katanya dalam sidang media selepas pembentangan Bajet 2016 di lobi Parlimen hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita sama ada bajet yang dibentangkan hari ini adalah untuk memenangi pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.
Dalam pembentangan Belanjawan 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini, beliau meluluskan sebanyak RM29.2 bilion peruntukan untuk Sabah dan Sarawak.
Peruntukan yang diberikan ialah bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, projek perparitan bagi mencegah berlakunya banjir, penubuhan Institut Latihan Perindustrian Serian Sarawak serta pinjamaan tanpa faedah melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan kerjasama kerajaan negeri bagi tujuan membina rumah-rumah panjang.
Malah, kerajaan juga memperuntukkan 30 peratus daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia sebagai dana terkumpul bagi melaksanakan program latihan mengikut keperluan industri setempat di Sabah dan Sarawak
Agenda untuk memperkasa bumiputera yang merangkumi pembangunan masyarakat di Sabah dan Sarawak juga akan dilakukan. Ia termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang bebas daripada sebarang tol.
Selain itu, dalam belanjawan yang bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat', sebanyak RM260 juta juga disediakan untuk Program 1Harga 1Sarawak dan Program 1Harga 1Sabah bagi memastikan keseragaman harga barangan terpilih.
"Pokoknya, bagi kerajaan ini rakyat adalah segala-galanya. Khabar bahagia sudah pun tiba. Maka, ingin saya umumkan, berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 bagi Semenanjung dan daripada RM800 kepada RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Gaji minimum ini melibatkan semua sektor kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah," kata Najib lagi.
Sumber TKO - 23-10-2015
Bajet Harapan 2016
Posted on Friday, October 23 @ 12:52:18 MYT by paktam
Oleh DR. BAAYAH BABA BAJET 2016 pastinya dinanti-nantikan oleh semua orang tidak kira penjawat awam, tenaga kerja swasta dan juga rakyat jelata keseluruhannya. Kita semua tahu Bajet 2016 adalah mukadimah kepada bajet yang akan dirumus melibatkan Rancangan Malaysia Ke-11.
Dalam Bajet 2013, kumpulan sasaran ialah golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Antaranya pengurangan cukai pendapatan satu peratus diberikan kepada mereka yang mempunyai pendapatan kena cukai sehingga RM50,000; bantuan tunai RM500 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah; RM250 kepada orang bujang, 21 tahun ke atas, yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah. Seterusnya diskaun 50 peratus tambang Keretapi Tanah Melayu (KTM) diberikan kepada semua rakyat yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
Untuk belia yang sedang menuntut RM250 diberi untuk baucar buku, manakala RM200 untuk rebat telefon pintar bagi yang berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Untuk meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak masih belajar, kerajaan memberi RM100 untuk setiap pelajar, manakala RM200 juta dibelanjakan bagi membantu para siswazah. Diskaun pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut diberikan kepada peminjam mengikut kategori bayaran penuh dan pembayaran yang konsisten. Seterusnya pelepasan cukai RM6,000 diberi untuk pendidikan tinggi anak-anak di dalam negara.
Turut mendapat manfaat daripada Bajet 2013 ialah golongan usahawan muda yang mendapat pinjaman mudah pada kadar faedah dua peratus dan usahawan teknologi yang disediakan dana RM50 juta di bawah New Entrepreneur Foundation (NEF) di samping pengusaha perusahaan kecil dan sedehana (PKS) serta penjaja.
Bagi usahawan wanita pula, seramai 500 orang dilatih sebagai Ahli Lembaga Pengarah di bawah Program Pengarah Wanita. Golongan wanita terus diberi perhatian menerusi pemeriksaan mamogram percuma untuk mereka berumur 40 tahun ke atas. Seterusnya geran RM1,000 melalui program Get Malaysian Business Online (GMBO) untuk 50,000 usahawan Internet, terutamanya usahawan wanita.
Bajet 2014 sekali lagi menyasarkan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana apabila kerajaan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bagi meringankan beban cukai, pelepasan RM2,000 diberikan untuk individu yang berpendapatan RM8,000 dan ke bawah. Penjawat awam dan swasta pula, kerajaan memberi pengurangan sebanyak satu hingga tiga peratus ke atas cukai pendapatan peribadi.
Bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar diteruskan malah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terus menerima RM250 untuk baucar buku. Bagi menjadikan Malaysia hub pembelajaran tersohor di rantau Asia, kerajaan menyediakan RM110 juta untuk program MyBrain15 yang membiayai yuran pengajian pada tahap pascasiswazah.
PKS terus mendapat perhatian apabila RM50 juta dibelanjakan untuk bantuan ke atas integrasi pangkalan data bersepadu, menyediakan pusat inkubator, pendaftaran dan paten harta intelek serta latihan. Program 1Malaysia Entrepreneurs (1MeT) diwujudkan untuk membantu 5,000 belia dalam bidang keusahawanan. Pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus turut disediakan di samping program Green Lane Policy dan Skim Usahawan Pasar Malam.
Kerajaan juga memberi pengurangan sebanyak satu peratus ke atas cukai pendapatan korporat dan PKS.
Sebanyak RM2.2 bilion disediakan untuk Program Pengarah Wanita, Program Keusahawanan Purple DNA dan sebagainya. Seterusnya bagi meringankan kos penjagaan kanak-kanak kerajaan memberi RM250 sebulan untuk yuran nurseri bagi ibu bapa yang berpendapatan bulanan di bawah RM900. Untuk kesihatan pula RM9 juta dibelanjakan untuk servis imunisasi Virus Human Papilloma dan pemeriksaan ujian mamogram untuk wanita.
Kerajaan terus prihatin terhadap mereka yang telah menyumbang kepada negara. Sumbangan tambahan untuk Skim Persaraan 1Malaysia (SP1M) dari lima peratus kepada 10 peratus atau nilai maksimum sebanyak RM60 kepada RM120 setahun. Kerajaan juga memberi RM30 elaun harian untuk warga emas dan RM250 bantuan kewangan khas untuk pesara.
Bajet 2015 seterusnya menjurus kepada menyejahterakan rakyat. Sebanyak RM950 BR1M diberi untuk isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000. Manakala RM750 BR1M diberi untuk isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan RM4,000. Seterusnya RM350 untuk individu yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah. Skim Khairat Kematian diperkenalkan kepada penerima BR1M bagi menggantikan insurans kelompok. Waris penerima BR1M mendapat RM1000 jika berlaku kematian.
Untuk meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, bantuan RM100 diteruskan. Pelajar IPT pula terus mendapat baucar buku bernilai RM250. Bagi meneruskan cita-cita menjadikan Malaysia hub pembelajaran tersohor di rantau Asia, RM112 juta diperuntukkan bagi program MyBrain15 yang membiayai yuran pengajian pada tahap pascasiswazah.
Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion untuk membantu memperkasakan PKS. Seterusnya RM2.26 bilion disediakan untuk Program Pengarah Wanita.
Untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat, sebanyak 290 klinik 1Malaysia menyediakan rawatan pada kadar RM1 untuk semua rakyat terutamanya di luar bandar.
Dengan penurunan kadar cukai pendapatan pula, seramai 300,000 orang tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan.
Bajet 2016 tentunya akan terus memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. BR1M terus menjadi harapan bagi golongan ini. Menjadi harapan mereka agar BR1M naik lagi mungkin kali ini RM1,200 bagi keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000.
Saya cadangkan pemberian BR1M tidak semuanya dalam bentuk wang tunai. Untuk memastikan wang BR1M mencapai tujuannya iaitu meringankan kos sara hidup rakyat, kupon BR1M boleh diberi untuk menebus barang-barang keperluan di Kedai Rakyat 1 Malaysia.
Tentunya ibu bapa yang mempunyai anak-anak masih bersekolah mengharapkan bantuan persekolahan dinaikkan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Begitu juga pelajar IPT mengharapkan baucar buku diberi juga pada tahun 2016.
Program MyBrain15 perlu diteruskan bagi menjayakan harapan negara untuk menjadi hub pendidikan yang tersohor di rantau ini. Lebih ramai pensyarah yang berkelulusan doktor falsafah diperlukan untuk menaik taraf pendidikan negara.
Tentunya PKS akan terus mendapat perhatian kerajaan memandangkan krisis ekonomi dunia memperlahankan pertumbuhan ekonomi kita. Juga dengan wujudnya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) nanti PKS perlu dibantu agar dapat mengeluarkan produk yang lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, komitmen kerajaan dalam memperkasakan wanita perlu diteruskan agar lebih ramai wanita menceburi bidang keusahawanan dan menjadi pengarah di peringkat swasta.
Dengan adanya GST, rakyat mengharapkan habuan daripada kerajaan dalam bentuk rebat GST selain pengurangan kadar cukai pendapatan individu satu hingga tiga peratus lagi.
Seterusnya dasar-dasar pembangunan prasarana dan servis perlu diteruskan demi memacu Malaysia ke arah negara maju. Untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula skim gaji kerajaan. Semoga Malaysia terus maju dan berada di landasan yang betul bagi mencapai aspirasi rakyat untuk sejahtera dan terbela.
DR. BAAYAH BABA ialah Penganalisis Ekonomi, Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Ucapan Penuh Pembentangan Bajet 2016 (kalau sanggup baca) Posted on Friday, October 23 @ 19:23:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Berikut adalah teks ucapan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Jumaat:
"MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT"
Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.
MUKADIMAH
Tuan Yang Dipertua,
1. Saya mulai, dengan menyebut BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil A'iamin, Wa bihi Nastai'n.
2. Segala puji-puji bagi Allah Hu Ta'ala, yang telah menjadikan Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi, ... juga,... yang telah mewujudkan keadaan gelap-gulita, ke alam terang benderang.
3. Demikian juga, limpahan salawat, ke atas Nabi Muhammad, Rasul Pilihan,... Pembuka bagi sesuatu yang terkunci, Penutup bagi yang terdahulu, penolak yang batil, pembela hak dan kebenaran.
Tuan Yang Dipertua,
4. Sejak Mac tahun 2009, saya telah membentangkan lebih 11 dokumen besar berkait ekonomi negara.
5. Termasuklah, Pakej Rangsangan Pertama, Pakej Rangsangan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-lO dan Rancangan Malaysia Ke-ll, seterusnya Bajet 2010, hinggalah pada hari ini, akan dipersembahkan pula Bajet 2016. 6. InsyaAllah, jika diberi izin oleh Tuhan yang Maha Menyimpan segala Tahu dan rahsia setiap sesuatu, kita berdoa serta berharap agar terus berpeluang lagi, dapat membentangkan Bajet-Bajet pada tahun-tahun selanjutnya, ... Amin.
7. Sesungguhnya, Bajet yang diangkat kali ini,... merupakan bagian daripada terjemahan Rancangan Malaysia Ke-ll. Bajet ini adalah yang pertama, dalam rantaian 5 Bajet, sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah watan, High Income Advanced Economy. InsyaAllah.
8. Sebelum itu, sebagai hamba-hambaNya yang beringat lagi bersyukur, marilah bersama, dengan rasa kerendahan hati, mengambil sempena dan iktibar daripada sejarah dan sirah, berasaskan Al-Quran, melalui mafhum pengertian surah An- Nisa' ayat 58, seperti yang ditafsir oleh antaranya Imam Qurtubi, pabila menjadi pemimpin dan pemerintah, maka terserulah kepada kita, bagi menjaga hak-hak dan menghukum dengan saksama terhadap keperluan rakyat.
Tuan Yang Dipertua,
9. Lantaran itu, sebelum diteruskan penyampaian ini, walau apa sekalipun diwajahkan di mana-mana, meski apa yang dilaparkan dalam media, berkait letak duduk dan keadaan Malaysia, kanannya, negara ini diambang mullis, berada dalam krisis ekonomi, nilal ringgit terjejas teruk, ekoran persepsi ketidakcekapan tadbir urus kewangan negara, serta pula dipertikai tentang tatacara perbelanjaan Kerajaan yang katanya tidak berhemah. Makanya, berdasarkan ehwal yang dihebah-hebahkan itu, moleklah kiranya saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, untuk memperjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya, serta rakyat Malaysia, yang sedang menonton dan mendengar di luar sana supaya mendapat gambaran yang benar serta tepat.
Tuan Yang Dipertua,
10. Semenjak tabun 2009, janganlah sesekali kita lupa, satu persatu datangnya dugaan terhadap ekonomi negara. Kita telah berdepan dengan pelbagai ketidakkeruan ekonomi global dan pastinya kemelut iktisad domestik.
11. Alhamdulillah, meskipun telah ditantang dengan segala aral dan rintangan itu, Kerajaan terbukti mampu menangani dan mengatasinya dengan begitu berkesan.
Tuan Yang Dipertua,
12. Jika hendak disimpulkan, antaranya terdapat 6 pencapaian utama sebagai penanda kejayaan yang boleh diperbanggakan dalam mengangkat kembali kedudukan ekonomi negara, dari mana ia berada separuh dekad lalu.
Tuan Yang Dipertua,
13. Pencapaian pertama: Jika ditinjau situasi ekonomi semasa Malaysia, ia mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh tahun pertama 2015, dan dianggarkan mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun, meskipun, ekonomi dunia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan iaitu 3.1 peratus pada tahun ini.
14. Dalam perkara ini, perlu kita ingat baik-baik, keadaan ekonomi sekarang, bak kata dalam bahasa Inggeris, 'there is no comparison whatsoever', berbanding tahun 1998. Nyatanya, pada ketika itu, telah berlaku krisis kewangan peringkat Asia, sehinggakan ekonomi negara menguncup kepada negatif 7.4 peratus.
15. Sungguhpun begitu, kita sedar, bahawa kita tidak dapat lari dengan mudah atau dalam sekelip mata. la menuntut daripada menghadapi kelembapan ekonomi global, kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa.
16. Justeru, pertumbuhan KDNK negara dijangka dapat berkembang pada kadar 4 hingga 5 peratus pada tahun 2016. Pertumbuhan ini, akan dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.
17. Eksport pula, tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus. Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
18. Pencapaian Kedua: Secara konsisten kita telah dapat mengurangkan defisit fiskal Kerajaan, daripada paras 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.
Tuan Yang Dipertua,
19. Pencapaian Ketiga: Melalui Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang bermula pada tahun 2010, Kerajaan ini, telah meneruskan mujahadah pembasmian kemiskinan.
20. Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun, kadar kemiskinan berkurang daripada 3.8 peratus pada tahun 2009, kepada kini 0.6 peratus pada tahun 2014. Malah, sebenarnya kemiskinan tegar telah hampir disifarkan.
21. Pencapaian Keempat: Kalau dikaji, statistik pengangguran pada tahun 1999 adalah 3.4 peratus.
22. Dengan kehendak Allah jua, hasil daripada pengurnsan ekonomi negara yang berkesan, kita telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9 peratus dan Kerajaan telah berjaya mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan.
Tuan Yang Dipertua,
23. Pencapaian Kelima: Seramai 5 juta rakyat di kawasan luar bandar telah berjaya mendapat manfaat kemudahan asas, seperti bekalan elektrik dan air bersih.
24. Akhir sekali, Pencapaian Keenam: Rakyat telah mendapat pelbagai kemudahan seperti BRIM, Klinik 1Malaysia, UTC, RTC dan Kedai Rakyat 1Malaysia, demi meringankan kos sara hidup rakyat.
Tuan Yang Dipertua,
25. Pada sudut lain, kemasukan pelaburan asing pula terus kukuh pada 22.4 bilion ringgit pada separuh pertama tahun ini, manakala,indeks Bursa Kuala Lumpur mencatat 1,705 mata bersamaan nilai pasaran 1.675 trilion ringgit menjelang penutup bursa pada 22 Oktober 2015.
26. Walaupun ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa kekal tinggi sebanyak 418 bilion ringgit pada 15 Oktober 2015 yang mampu sebenarnya membiayai selama 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.
27. Laginya, pada tahun hadapan, negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal, di antara 2 hingga 3 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
28. Ini menunjukkan bahawa realitinya, Malaysia, negara kita yang tercinta bukanlah negara yang gagal atau bankrap, sebaliknya kita masih stabil, masih kukuh dengan economic fundamental dan terus berdaya saing.
29. Sebelum bingkisan Bajet tahun ini diteruskan, terdapat dua perkara mustahak yang wajar diberi penjelasan. Perkara pertama, adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST, yang hangat diperkatakan oleh orang ramai terutamanya sejak awal tahn ini.
30. Dalam isu GST, Kerajaan berterima kasih kerana pematuhan dalam pendaftaran dan pengisytiharannya amat tinggi dan membanggakan.
31. Suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia, setakat ini, jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST adalah hampir 400 ribu buah semuanya, dengan kadar patuh serahan atau submission mencapai lebih 90 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
32. Alhamdulillah, sesungguhnya keputusan Kerajaan melaksanakan GST adalah tepat, lebih-lebih lagi berikutan kejatuhan harga minyak kepada lebih 50 peratus daripada paras 100 dolar Amerika sebelum ini.
33. Faktanya, Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS menyumbang sejumlah dividen kepada Perbendaharaan pada setiap tahun. Jumlah sumbangan dividen ini, bergantung kepada naik turunnya harga minyak dunia.
34. Misalannya, dalam tempoh setahun di mana harga minyak adalah pada purata 100 dolar Amerika setong, pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah 62 bilion ringgit.
35. Akan tetapi, senarionya berbeza, pabila harga minyak telah turun kepada paras sekitar 50 dolar Amerika setong. Pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah 44 bilion ringgit pada 2015.
36. Harga minyak ini pula, dijangka akan kekal rendah pada 2016, dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggar 31.7 bition ringgit, atau penyusutan pendapatan Kerajaan lebih 30 bilion ringgit.
37. Jadinya, jika sebelum ini, dalam beberapa pengumuman rasmi, saya, bagi pihak Kerajaan ada menyebut bahawa rakyat usahlah bimbang, kerana hasil kutipan GST dikembalikan semula demi manfaat ramai, malah, dimaklumkan pula bagaimana ia dibelanjakan. lni adalah benar apa yang Kerajaan hasratkan dan tidak ada apa-apa agenda yang terselindung.
38. Namun, keadaan telah berubah. Hasrat ini perlu diimbangi dengan realiti kedudukan kewangan negara, berdasarkan perkembangan harga minyak dunia yang tidak menentu seperti yang saya sampaikan tadi. Tetapi, disebabkan oleh kekurangan kutipan hasil petroliam, kutipan GST-lah yang terpaksa menjadi tampungan sebahagian besar daripadanya.
Tuan Yang Dipertua,
39. Sehubungan itu, pada tahun 2016, dalam perkiraan Kerajaan, sekira dan seandainya GST tidak dilaksanakan, dan kita masih dengan sistem SST seperti yang sebelumnya, hasil negara akan berkurangan sebanyak 21 bilion ringgit.
40. Jika dihalusi lagi, kalaulah kita kekal dengan SST, kutipan hanyalah sekadar 18 bilion ringgit berbanding GST iaitu sebanyak 39 bilion ringgit.
41. Akibatnya, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus, dan bukan lagi 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016.
42. Andai kata ini berlaku, Kerajaan terpaksa meminjam termasuk untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua, seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman perumahan, pastinya meningkat. Tuan Yang Dipertua,
43. Di atas segalanya, bersyukurlah kita kepada Allah, kerana Kerajaan yang ada tetap bertegas dengan pendirian, mempunyai dengan izin, political will atau keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GST...sekalipun, ...sekalipun... keputusan ini ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular.
44. Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula dalam dokumen bajet mereka.
45. lni jelas menunjukkan, pendirian pembangkang yang sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten.
Tuan Yang Dipertua,
46. Oleh itu, berdiri atas pendirian sedemikian, Kerajaan yang bertanggungjawab ini, akan terus melakukan keputusan-keputusan yang betul, waima tidak bersifat populis, demi,... mendahulukan rakyat dan kepentingan negara. Tuan Yang Dipertua dan Rakyat Malaysia sekalian,
47. Oleh yang demikian, ternyatalah, GST ini sebetulnya merupakan satu sistem percukaian yang efisien. Maka sebab itulah, telah dilaksanakan di lebih 160 buah negara.
48. Tampaknya juga, meskipun keadaan kewangan negara terkekang, kita terus mendengar denyut nadi dan rintihan rakyat.
49. Kerana itu, setelah menerima maklum balas daripada pelbagai golongan masyarakat, termasuklah pihak NGO, dengan ini, sukalah saya mengumumkan bahawa, Kerajaan bersedia, melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap, beberapa barangan asas kehidupan seharian rakyat.
50. Tujuh langkah penambahbaikan layanan GST, berkuatkuasa menjelang 1 Januari 2016, adalah seperti berikut:
51. Pertama, pengenaan GST pada kadar sifar ke atas semua jenis Ubat Terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A, E, C dan D, serta tambahan sebanyak 95 jenama ubat over the counter, meliputi ubat bagi 30 jenis penyakit seperti ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ini melibatkan peningkatan dua kali ganda, dari 4,215 kepada 8,630 jenama ubat.
52. Kedua: pengenaan GST pada kadar sifar ke atas barangan makanan berikut: Susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik; Dhal, atau kata orang utara kacang 'parpu', berasaskan kekacang daripada kacang kuda, kacang hijau dan kacang putih; Akar teratai atau lotus root dan sengkuang air atau water chestnut;Biji sawi;Gula merah; dan Untuk orang Sarawak,...mee kolok kering
53. Ketiga: Bagi membolehkan petani berskala kecil mendapat manfaat dari Skim Kadar Rata di bawah GST, Kerajaan mencadangkan supaya, threshold jualan tahunan untuk tujuan pendaftaran di bawah skim ini diturunkan daripada 100 ribu ringgit kepada 50 ribu ringgit;
54. Dengan penurunan threshold, ia bererti, lebih ramai petani kecil boleh mendaftar di bawah skim ini dan mengenakan tambahan 2 peratus ke atas nilai jualannya, dan amaunnya boleh disimpan untuk menampung sebarang GST yang telah dibayar ke atas inputnya.
55. Keempat: Bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih di dalam industri aeroangkasa pula akan dibenarkan menyertai Approved Trader Scheme dan diberi pelepasan GST ke atas pengimportan barang-barang;
56. Kelima: Pelepasan GST juga diberikan ke atas pengimportan semula barangan yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran;
57. Keenam: Kini, bagi industri minyak dan gas pula, pelepasan GST diberikan kepada pengimportan semula peralatan yang dieksport secara sementara, bagi tujuan sewaan dan pajakan seperti peralatan pelantar minyak juga platform terapung; serta
58. Ketujuhnya: Pelepasan GST juga diberi untuk perolehan bahan dan peralatan mengajar, kepada penyedia latihan kemahiran dan vokasional yang menjalankan program diluluskan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006.
Tuan Yang Dipertua,
59. Kerajaan menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya daripada golongan belia, bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar atau prepaid card.
60. Berhubung ini, para pengguna warga Malaysia, akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka. Langkah ini, adalah mulai 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.
61. Seterusnya, bagi memantapkan struktur cukai supaya lebih kompetitif dan progresif, banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan daripada 25 peratus, kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara 600 ribu ringgit dan 1 juta ringgit.
62. Sementara itu, mereka yang berpendapatan melebihi 1 juta ringgit, kadar cukai akan dinaikkan daripada 25 peratus kepada 28 peratus.
Tuan Yang Dipertua,
PERUNTUKAN BAJET 2016
63. Bajet 2016 memperuntukkan 267.2 bilion ringgit berbanding 260.7 bilion ringgit peruntukan dipinda 2015. Daripada jumlah tersebut, 215.2 bilion ringgit adalah untuk perbelanjaan mengurus dan 52 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.
64. Di bawab peruntukan mengurus, 70.5 bilion ringgit adalah untuk Emolumen dan 36.3 bilion ringgit bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala sebanyak 106.6 bilion ringgit adalah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula diperuntukkan sebanyak 761 juta ringgit dan 1 bilion ringgit kepada perbelanjaan lain.
65. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 30.1 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 13.1 bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat.
66. Manakala, sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 5.2 bilion ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am ialtu sebanyak 1.6 bilion ringgit. dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.
67. Bagi tahun 2016, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak 225.7 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 3.2 bilion ringgit berbanding 2015.
68. Dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan Kerajaan, defisit fiskal Kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
69. Bajet ini dan bajet-bajet seterusnya akan berteraskan keseimbangan diantara Capital Economy dan People Economy. Disamping itu, kita perlu mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable dan membina sebuah negara yang kompetitif, progresif, bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu.
Tuan Yang Dipertua,
70. Lantaran demikian, saya pohon membentangkan sebuah Bajet yang bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat" bertunjangkan 5 Keutamaan.
Tuan Yang Dipertua,
71. KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA.
72. Langkah satu: Aktiviti pelaburan domestik akan terus dirancakkan dengan jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi 2016. lni akan dipacu oleh pelaburan swasta yang meningkat sebanyak 218.6 bilion ringgit serta disokong oleh pelaburan awam sebanyak 112.2 bilion ringgit.
73. Dalam langkah ini, terdapat sembilan projek dan inisiatif yang akan dilaksanakan:
Pertama: Membangun Malaysian Vision Valley meliputi keluasan tanah seluas 108,000 hektar dari Nilai ke Port Dickson seperti yang telah dibentangkan pada RMK-ll, dengan unjuran pelaburan permulaan 5 bilion ringgit pada tahun 2016;
Kedua: Melaksana Cyber City Centre di Cyberjaya' dengan nilai pembangunan hampir 11 bilion ringgit dalam tempoh 5 tahun;
Ketiga: Membangun Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas 1,300 ekar dan dijangka menarik pelaburan sebanyak 7 bilion ringgit;
Keempat: Pelaburan 6.7 bilion ringgit oleh Khazanah Nasional Berhad, dalam 9 projek domestik berimpak tinggi seperti dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perisian dan infrastruktur komunikasi;
Kelima: Khazanah Nasional juga memperuntukkan 500 juta ringgit untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan sebanyak 50 juta ringgit;
Keenam: Pelaburan seterusnya dianggarkan 19 bilion ringgit untuk tahun 2016, bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor;
Ketujuh: Untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta, antara projek yang sedang dilaksanakan adalah pembangunan Rubber City di Kedah dengan peruntukan 320 juta ringgit, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak sebanyak 142 juta ringgit dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah sebanyak 20 juta ringgit; dan
Kelapan: Tumpuan turut diberi kepada pembangunan industri Kimia, Elektronik dan Elektrikal, Mesin dan Peralatan, Aeroangkasa, Peranti Perubatan dan Perkhidmatan. Untuk itu, 730 juta ringgit disediakan kepada dana-dana di bawah MIDA, dan
Kesembilan: Bagi terus menggalakkan pelaburan semula oleh syarikat sedia ada dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih yang telah tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula atau Reinvestment Allowance, insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan. Kadar tuntutan adalah 60 peratus daripada perbelanjaan modal yang layak dan dibenarkan ditolak daripada 70 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.
75.Langkah 2: Dalam mempergiatkan pasaran modal pula, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan beberapa inisiatif termasuk potongan cukai diberi ke atas kos penerbitan sukuk Sustainable and Responsible Investments dan Pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah.
76.Langkah 3: Sememangnya, PKS memainkan peranan penting dalam membangunkan rantaian nilai perniagaan. Ia dijangka menyumbang kepada 41 peratus KDNK menjelang 2020. Untuk itu, lima tindakan berikut akan diambil:
Pertama:Tambahan satu bilion ringgit bagi Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Disember 2017, dengan Kerajaan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan;
Kedua:107 juta ringgit untuk Pelan Induk PKS bagi pemberian dana di pelbagai peringkat perniagaan;
Ketiga:60 juta ringgit untuk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS; Keempat:Menubuhkan dana pinjaman mudah SME Technology Transformation Fund sejumlah 200 juta ringgit, di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus; dan
Kelima:18 juta ringgit untuk memperluas Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR, dan Projek Automative Workshop Modernisation atau ATOM.
77.Langkah 4: Seperti yang kita tahu, infrastruktur merupakan pemangkin kepada keseluruhan pembangunan ekonomi dan sosial negara.
78.Terkini, ingin saya maklumkan, bahawa, Malaysia menduduki tangga ke25 di antara 160 negara yang disenaraikan dalam Laporan Indeks Pencapaian Logistik Bank Dunia 2014.
79.Sehubungan itu, Kerajaan akan terus menambahbaik infrastruktur logistik, termasuklah membina dan menambahbaik jaringan pengangkutan rel, serta lebuhraya pada 2016. Ini termasuk, Lebuhraya Damansara Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi Ulu Klang, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Central Spine Road.
80.Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibukota pula, 900 juta ringgit diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak, yang akan dilaksanakan secara kerjasama strategik awam-swasta.
81.Kerajaan juga akan mengkaji pembinaan lebuhraya pesisiran pantai Masjid Tanah ke Klebang dan dari Klebang ke Jambatan Syed Abdul Aziz, di Melaka.
82.Seterusnya, sebanyak 42 juta ringgit disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu. Kajian akan turut dilaksanakan, bagi pembesaran landasan di lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka.
Tuan Yang Dipertua,
83.Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem Pengangkutan Awam yang efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar.
84.Izinkan saya memberi sedikit status terkini, tentang antara projek terbesar dalam sejarah negara, iaitu projek pengangkutan awam bersepadu MRT-LRT.
85.Bagi projek sambungan LRT Laluan Ampang, dengan jarak 18.1 kilometer, akan boleh kita naiki pada Mac 2016. Manakala, bagi projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sehingga Putra Heights, dengan jarak 17.4 kilometer pula, akan boleh dinaiki pertengahan tahun 2016. Kedua-dua projek sambungan ini, bernilai 10 bilion ringgit.
86.Projek MRT jajaran Sungai Buloh Semantan pula, juga dapat digunakan pada tahun 2016, pada bulan Disember. Manakala, Fasa 2 Semantan Kajang dijangka siap pertengahan 2017. Projek ini, dengan jarak 51 kilometer sedang dilaksanakan dengan kos 32 bilion ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
87.Hasil daripada permintaan ramai, Kerajaan juga telah memulakan rangkaian perhubungan awam lain seperti berikut:
Pertama:Projek MRT II dari Sungai Buloh Serdang- Putrajaya dengan jarak 52 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan 28 bilion ringgit. Kerja pembinaan direncana bermula dalam suku kedua 2016 dan dijangka siap menjelang 2022;
Kedua:Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara- Johan Setia, Klang dengan jarak 36 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan 10 bilion ringgit. Ia mula dibina 2016 dan siap pada 2020. Disamping itu, Kerajaan juga akan meneruskan rundingan High Speed Rail dengan Kerajaan Singapura; dan
Ketiga:Bagi perkhidmatan awam bas, projek Bus Rapid Transit atau BRT KL-Klang pada kos melebihi 1.5 bilion ringgit, dan BRT Kota Kinabalu pada kos hampir 1 bilion ringgit akan dilaksanakan.
Tuan Yang Dipertua,
88.Untuk menambahbaik infrastruktur telekomunikasi pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyediakan 1.2 bilion ringgit, antara lain, untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar 4 kali ganda dari sehingga 5 Megabit sesaat, kepada 20 Megabit sesaat,. National Fiber Backbone Infrastructure, Jalur lebar berkelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut.
89.Selain itu, 250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi meningkatkan kualiti audio visual dan memberi nilai tambah kepada kandungan TV serta transaksi data interaktif.
Tuan Yang Dipertua,
90.Memang dari dahulu lagi, semenjak merdeka, kesejahteraan penduduk luar bandar, menjadi keutamaan kita. Mana mungkin kita meminggirkan mereka. Liputan jalan luar bandar telah meningkat daripada 46 ribu pada 2009 kepada 51 ribu kilometer, 98 peratus kawasan luar bandar telah mendapat bekalan elektrik, dan hampir 95 peratus mendapat bekalan air.
91.Kerajaan akan terus melaksanakan usaha pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar seperti berikut:
Pertama:1.4 bilion ringgit bagi membina serta menaik taraf jalan luar bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh negara. Selain itu, 200 juta ringgit lagi disediakan bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan FELDA;
Kedua:878 juta ringgit untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, yang membabitkan 10 ribu buah rumah. 568 juta ringgit bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar untuk 3 ribu buah rumah;
Ketiga: 60 juta ringgit untuk Program Ameniti Sosial, terutamanya projek perparitan bagi mencegah berlakunya banjir. Tumpuan diberikan kepada negeri-negeri yang terlibat banjir seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak;
Keempat:Sebagai pemangkin keusahawanan di kawasan luar bandar dan komuniti desa, 70 juta ringgit untuk meneruskan Program Rural Business Challenge dan Program Desa Lestari; serta
Kelima:67 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Kenderaan Bas MARA, untuk pengendalian pengangkutan bas di laluan yang tidak ekonomik di luar bandar.
Tuan Yang Dipertua,
92.Langkah Kelima: Sektor pelancongan merupakan sektor yang paling berpotensi untuk menjana ekonomi negara dalam keadaan kini. Untuk 2016, Kerajaan mensasarkan 30.5 juta pelancong yang dijangka menyumbang sebanyak 103 bilion ringgit kepada ekonomi negara. 1.2 bilion ringgit pula diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan untuk tujuan ini.
Tuan Yang Dipertua,
93.Tambahan lagi, permohonan visa secara atas talian atau online application, akan dilaksanakan bermula dengan negara China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada.
94.Di samping itu, untuk memudahkan pelancong dan pelawat untuk berkunjung ke Malaysia, Kerajaan akan melaksanakan e-Visa menjelang pertengahan 2016.
95.Seterusnya, bagi mengambil peluang atas kedudukan Ringgit, kini, dan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong, pengecualian cukai pendapatan sedia ada sebanyak 100 peratus daripada pendapatan berkanun diberikan kepada pengusaha pelancongan dilanjutkan mulai tahun taksiran 2016 sehingga tahun taksiran 2018.
Tuan Yang Dipertua,
96.Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian, adalah sumber makanan negara dan merupakan tempat pergantungan pendapatan bagi petani, pesawah dan nelayan.
97.Sehubungan ini, 5.3 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara program yang akan dilaksanakan:
Pertama:450 juta ringgit bagi pelbagai program berimpak tinggi seperti program penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta geran pemadanan dan penyelidikan produk herba dan penternakan ikan dalam sangkar;
Kedua:180 juta ringgit bagi menaiktaraf infrastruktur saliran dan pengairan di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu;
Ketiga:190 juta ringgit kepada FAMA, bagi tujuan Program Penurunan Harga, dengan menambah 50 buah lagi Pasar Tani dan mewujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia atau ABR1M yang baru. 40 peratus daripada barang jualan ABR1M, adalah barang-barang basah seperti ikan dan sayur yang harganya, dianggarkan 5 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran; dan
Keempat:90 juta ringgit diperuntukkan untuk Program Pembangunan Agropreneur Muda dalam bentuk geran in-kind, Dana Pembiayaan Usahawan, penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan; serta pelaksanaan Projek Ladang Pengganda untuk penternakan lembu dan ladang ayam kampung.
98.Dalam mengolah dasar sesuai dengan keadaan ekonomi terkini, Kerajaan mencadangkan galakan cukai bagi aktiviti pengeluaran bahan makanan dilanjutkan sehingga 2020. Insentif yang disediakan adalah seperti berikut:
Pertama: Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan, akan diberi potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan yang dibuat;
Kedua: Syarikat yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan pula diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama 10 tahun; dan
Ketiga: Syarikat sedia ada yang menjalankan projek pembesaran pula, juga diberikan insentif yang sama untuk tempoh 5 tahun.
99.Skop insentif juga akan diperluas kepada ternakan rusa, tanaman cendawan, kelapa, rumpai laut, lebah madu dan kelulut serta tanaman makanan ternakan seperti ubi keledek dan ubi kayu.
Tuan Yang Dipertua,
100.Sehubungan dengan tindakan-tindakan tadi, Kerajaan akan melipat-gandakan sokongan untuk memperkukuhkan eksport negara.
101. Dengan itu, 235 juta ringgit diperuntukkan kepada MATRADE, untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport.
102.MATRADE dan SME Corp juga akan meningkatkan keupayaan PKS dan syarikat peringkat pertengahan atau mid-tier, untuk mengeksport barangan dan perkhidmatan ke luar negara.
103.Seterusnya, bagi mempelbagaikan penggunaan matawang asing untuk urusan perdagangan pula, Bank Negara Malaysia menyediakan kemudahan credit swap Ringgit-Renminbi kepada bank tempatan.
104.Pada masa ini, PKS boleh menuntut pengecualian cukai pendapatan sebanyak 10 atau 15 peratus daripada nilai peningkatan eksport. Untuk terus meningkatkan eksport, PKS diberi kelonggaran mematuhi syarat nilai tambah iaitu 30 peratus kepada 20 peratus, dan 50 peratus kepada 40 peratus bagi produk perkilangan. Kelonggaran ini akan diberikan bagi tahun taksiran 2016 hingga 2018.
105.Bagi menggalakkan perkhidmatan penilaian dan pematuhan piawaian antarabangsa dilakukan di dalam negara, Kerajaan akan memberi galakan untuk penubuhan Independent Conformity Assessment Bodies atau ICAB.
Tuan Yang Dipertua,
106.Setakat hari ini, Malaysia telah menandatangani 13 perjanjian perdagangan bebas atau FTA iaitu 6 secara serantau melalui ASEAN dan 7 secara dua hala.
107.Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, di mana jumlah dagangan adalah sekitar 150 peratus melebihi KDNK, Kerajaan telah menerima secara prinsipnya, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPP. Walaubagaimanapun, pertimbangan secara muktamad akan dibuat di Parlimen kelak.
Tuan Yang Dipertua,
108.KEUTAMAAN KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU.
Lonjakan inovasi dan kreativiti adalah kritikal untuk meningkatkan produktiviti kita. Penggunaan teknologi hijau akan turut membantu melestarikan sumber-sumber asli negara.
109.Oleh yang demikian, Kerajaan mensasarkan pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.7 peratus setahun melalui:
110.Langkah Satu: Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, 1.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
111.Lantaran, 2016 akan diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersilan Malaysia, dalam melonjakkan hasil produk R and D oleh institusi penyelidikan tempatan. Maka, inisiatif- inisiatif berikut akan dilaksanakan:
Pertama:PKS yang membuat perbelanjaan untuk projek R and D sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran, layak menuntut potongan cukai dua kali secara automatik. Kemudahan ini diberikan bagi tahun taksiran 2016 sehingga 2018;
Kedua:100 juta ringgit kepada Agensi Inovasi Malaysia;
Ketiga:200 juta ringgit di bawah Skim Dana Lonjakan Teknologi dan Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd;
Keempat:35 juta ringgit kepada MaGIC, sebagai Peneraju Hab Keusahawanan dan Inovasi Serantau, termasuk 10 juta ringgit sebagai dana permulaan untuk Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund;
Kelima:30 juta ringgit untuk pelbagai program keusahawanan generasi muda seperti Global Entrepreneurship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, National Innovation Competition serta Projek Perintis Coding di sekolah; dan
Keenam: Bagi menggiatkan aktiviti demand driven innovation, pada tahun 2016, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit untuk Public-Private Research Network.
Tuan Yang Dipertua,
112.Langkah Dua: Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan, Kerajaan akan menggalakkan lagi penggunaan teknologi Industrialised Building System atau IBS. Sehubungan itu, Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat menggunapakai teknologi IBS.
113.Bagi tujuan ini, dana khas IBS Promotion Fund sebanyak 500 juta ringgit disediakan melalui SME Bank, sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah.
114.Langkah Tiga: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan melaksanakan pelbagai usaha teknologi hijau termasuk penyediaan bekalan air bersih, melalui pembinaan loji rawatan air, dengan peruntukan 877 juta ringgit. 515 juta ringgit pula, diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah.
115.Kerajaan turut mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus KDNK pada tahun 2020, melalui:
Pertama: Pelaksanaan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik termasuk proses audit tenaga dengan peruntukan 45 juta ringgit;
Kedua:Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau SEDA melaksanakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih, dengan kuota 100 MW setahun, dalam menggalakkan penggunaan solar photovoltaic; dan
Ketiga: Melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sehingga 31 Disember 2017, dengan dana sebanyak 1.2 bilion ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
116.KEUTAMAAN KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN.
Perkara ini amat kritikal untuk masa depan negara. Justeru Kerajaan akan mengambil langkah-langkah seperti:
117.Langkah 1: Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebanyak 41.3 bilion ringgit akan diperuntukkan pada 2016.
118.Antara lain, Kerajaan akan membina:30 sekolah rendah;27 sekolah menengah;4 buah MRSM di Sik, Kedah, serta Ketereh, Tanah Merah, Kelantan, Bagan Datoh, Perak; dan 5 buah Sekolah Berasrama Penuh di Alor Gajah, Melaka, Pendang, Kedah,Segamat dan Ledang di Johor dan Jerantut, Pahang.
119.Untuk peringkat kelas prasekolah pula, 44.6 juta ringgit diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
120.Untuk meningkatkan Penguasaaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, 135 juta ringgit diperuntukkan bagi program Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris.
121.Oleh kerana, Bahasa Inggeris amat penting dalam persaingan global semasa, maka dua lagi inisiatif, iaitu Dual Language Programme dan Highly Immersive Programme akan dilaksanakan secara optional dengan kos 38.5 juta ringgit. Dalam hal ini, 300 buah sekolah telah dikenal pasti sebagai projek perintis.
122.Bagi meringankan tanggungan ibubapa untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak, bantuan 100 ringgit akan diteruskan. Mulai Januari 2016, ia hanya dikhususkan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan 3 ribu ringgit ke bawah. Ini memanfaatkan 3.5 juta pelajar dengan peruntukan 350 juta ringgit.
123.Selain itu, program rancangan makanan tambahan yang melibatkan 550 ribu pelajar dari keluarga miskin yang tersenarai dalam eKasih akan ditambah baik.
124.Program ini, yang sebelumnya hanya tertakluk kepada makanan waktu rehat, akan diperluaskan dengan kos tambahan 173 juta ringgit untuk sarapan pagi. Kos keseluruhan program ini sebanyak 423 juta ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
125.Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan juga terus menyediakan peruntukan untuk membangunkan dan menyelenggara Fasiliti Pendidikan untuk Sekolah Kebangsaan; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; Sekolah Mubaligh; Sekolah Berasrama Penuh; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; MRSM; Sekolah Pondok yang berdaftar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau Conforming School yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan. Peruntukan bagi tujuan ini, keseluruhannya berjumlah 500 juta ringgit.
126.Langkah Dua: Pembiayaan biasiswa diteruskan dengan agihan, antaranya seperti berikut:
1.65 bilion ringgit melalui Jabatan Perkhidmatan Awam; 288 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan; 250 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan Tinggi; dan 258 juta ringgit melalui Kementerian Kesihatan.
127.Selanjutnya, dalam menggalakkan lagi pendidikan tinggi, sukacita saya umumkan, had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi bagi pembayar cukai individu, dinaikkan kepada 7 ribu ringgit daripada 5 ribu ringgit setahun.
128.Ini dilengkapkan lagi dengan penerusan Program Baucar Buku 1Malaysia yang bernilai 250 ringgit, bagi 1.2 juta pelajar. Untuk mengelakkan salah guna baucar ini, kaedah penebusan akan diperkemaskan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf.
Tuan Yang Dipertua,
129.Langkah Tiga: Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan pekerja, kita mensasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu, adalah pekerja berkemahiran TVET menjelang 2020. Sejumlah 4.8 bilion ringgit diperuntukkan kepada 545 Institusi TVET di bawah Bajet ini.
130.Dalam usaha ini juga, MITI akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kemahiran Industri bagi menyelaras program TVET dengan kerjasama pihak industri.
131.Selain daripada itu, lebih 330 ribu pelatih akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini melalui antaranya program-program berikut: Pertama:585 juta ringgit untuk peralatan latihan TVET di Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, GiatMARA dan Kolej Vokasional; Kedua:350 juta ringgit untuk membiayai program di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran; dan Ketiga:80 juta ringgit untuk penubuhan Akademi Pelancongan di Kolej Komuniti Kota Kinabalu, Kolej Vokasional Sandakan serta Institut Latihan Perindustrian Serian, Sarawak.
Tuan Yang Dipertua,
132.Langkah Empat pula, berkenaan Memperkasa Belia, Komuniti dan NGO. Bagi langkah ini, Bajet 2016 memperuntukkan 930 juta ringgit kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi inisiatif berikut:
Pertama:280 juta ringgit untuk latihan teknikal dan vokasional di Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara;
Kedua:50 juta ringgit untuk meningkatkan aktiviti pembangunan belia dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan;
Ketiga:145 juta ringgit untuk mempersiapkan atlet negara untuk menghadapi cabaran Sukan SEA ke 29, dan Sukan Para ASEAN ke 9 pada tahun 2017 di Kuala Lumpur;
Keempat:75 juta ringgit untuk terus melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia melalui Program Pembangunan Podium Sukan Elit;
Kelima:22 juta ringgit untuk membina 2 Kompleks Sukan di Bagan Datoh dan Kuantan; dan
Keenam:360 juta ringgit untuk menambahbaik Program Latihan Khidmat Negara bagi 20 ribu pelatih. Ia melibatkan kurikulum baru seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran teknikal.
133.Akhir sekali, 160 juta ringgit disediakan untuk NGO-NGO, bagi melaksanakan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kesihatan dan keselamatan.
Tuan Yang Dipertua,
134.Langkah Lima, memfokus kepada Kualiti Tenaga Kerja.Bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja, program seperti berikut akan dilaksanakan:
Pertama:Memperuntukkan 30 peratus daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, sebagai dana terkumpul bagi melaksanakan program latihan mengikut keperluan industri setempat di Sabah dan Sarawak, serta Outplacement Centre bagi melatih semula pekerja yang telah diberhentikan; dan
Kedua:Melatih 15 ribu peserta melalui program Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M dengan kos 250 juta ringgit yang akan dibiayai sepenuhnya oleh GLC.
Tuan Yang Dipertua,
135.Untuk Menambahbaik Pengurusan Tenaga Kerja Asing pula, sebanyak 77 juta ringgit akan diperuntukkan oleh PSMB bagi menjalankan program seperti Train and Replace dalam bidang terpilih seperti hospitaliti, perkapalan dan pengangkutan.
Tuan Yang Dipertua,
136.Kerajaan terus komited dengan hasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam dan swasta. Ini termasuklah di peringkat Lembaga Pengarah; dan Kerajaan akan sentiasa memantau pencapaian dasar ini.
Tuan Yang Dipertua,
137.KEUTAMAAN KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA. Perlu saya tegaskan, bahawa pemerkasaan Bumiputera adalah agenda nasional dan ini tentunya, merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
138.Sebanyak 150 juta ringgit disalurkan kepada TERAJU untuk pelaksanaan pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi
139.150 juta ringgit diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk melaksanakan program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam.
140.Manakala, kepada MARA pula, diperuntukkan 3.7 bilion ringgit, termasuk menaja pengajian 72 ribu pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi.
141.Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera, peruntukan akan diberikan seperti berikut:
Pertama:400 juta ringgit kepada Dana Ekuiti Nasional Berhad atau EKUINAS;
Kedua:250 juta ringgit kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad;
Ketiga:150 juta ringgit kepada Pelaburan Hartanah Berhad; dan
Keempat :100 juta ringgit sebagai pinjaman kepada UDA Holdings untuk tujuan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur.
Tuan Yang Dipertua,
142.Manakala, untuk agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:
Pertama:Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang meliputi jajaran sepanjang 1,090 km, dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dengan anggaran kos sebanyak 16.1 bilion ringgit. Di Sabah pula, fasa 1 lebuhraya ini, akan mula dibina pada 2016 meliputi 706 kilometer, bermula dari Sindumin ke Tawau, dengan anggaran kos 12.8 bilion ringgit. Sukacitanya saya berkongsi sekali lagi, Lebuhraya Pan Borneo ini akan bebas daripada sebarang bayaran tol;
Kedua: Pengangkutan penumpang udara merupakan antara mod utama pengangkutan bagi penduduk pedalaman, di Sabah dan Sarawak serta Labuan. Maka, perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik kelas ekonomi bagi laluan Rural Air Services dikecualikan daripada GST;
Ketiga:Sebagai satu program baru, 70 juta ringgit disediakan melalui Bank Simpanan Nasional dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, bagi pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah-rumah panjang dengan had pinjaman 50 ribu ringgit untuk setiap unit di rumah panjang;
Keempat:70 juta ringgit sebagai subsidi baja padi huma disediakan untuk meningkatkan bekalan makanan dan pendapatan penanam padi huma, yang meliputi kawasan seluas 65 ribu hektar di Sarawak, dan 11 ribu hektar di Sabah;
Kelima: 260 juta ringgit disediakan untuk Program 1Harga 1Sarawak dan Program 1Harga 1Sabah bagi memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara;
Keenam: 115 juta ringgit disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti untuk projek native customary rights, yang merangkumi prosedur-prosedur pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat, serta melibatkan kos membina native courts, atau mahkamah-mahkamah adat. Bagi projek native customary rights, 20 juta daripada jumlah tersebut untuk pemetaan tanah di Sabah, dan 30 juta ringgit pula, untuk tujuan yang sama di Sarawak; dan
Ketujuh:Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru.
Tuan Yang Dipertua,
143.KEUTAMAAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT. Hal ini, adalah amat dekat di hati saya dan Kerajaan. Makanya, pelbagai inisiatif akan dilakukan melalui:
144.Langkah Satu: Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40, di mana:
Pertama:TEKUN akan menyediakan 600 juta ringgit yang meliputi 500 juta ringgit untuk usahawan Bumiputera, dan 100 juta ringgit untuk 10 ribu usahawan India, melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India. Selain itu, 50 juta ringgit disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India;
Kedua:Tambahan 200 juta ringgit kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40;
Ketiga:100 juta ringgit disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang melibatkan kerjasama NGO dengan Institut Latihan Kemahiran Swasta;
Keempat:Tambahan 90 juta ringgit sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina yang termasuk 50 juta ringgit untuk KOJADI. Seterusnya, 40 juta ringgit bagi melaksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung-kampung baru Cina bagi pembayaran premium tanah dan membaik pulih rumah;
Kelima:50 juta ringgit kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, untuk Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya serta Program Peningkatan Pendapatan. Melalui kedua-dua program ini, peserta akan mendapat manfaat latihan kemahiran dan juga bantuan berbentuk aset serta bahan mentah; dan
Keenam:Menyediakan 100 juta ringgit kepada Institusi Latihan Kemahiran Swasta dan NGO bagi meningkatkan kemahiran B40 untuk mereka mendapat pekerjaan atau memulakan perniagaan.
Tuan Yang Dipertua,
145.Sejak dulu lagi, Kerajaan ini sungguh prihatin terhadap kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli. Untuk ini, sebanyak 300 juta ringgit disediakan bagi melaksanakan:
Pertama:Pembangunan Perkampungan Bersepadu antaranya di Sungai Siput, Perak yang merangkumi pembinaan jalan perhubungan, penyediaan bekalan elektrik dan air terawat dengan peruntukan 80 juta ringgit;
Kedua:Bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah sebanyak 45 juta ringgit; dan
Ketiga:Projek pembangunan ladang getah dan kelapa sawit serta tanaman kontan, menerusi Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli sebanyak 25 juta ringgit.
146.Untuk golongan B40 lagi, program eRezeki dan eUsahawan akan diperluaskan ke seluruh negara, untuk menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan mensasarkan 100 ribu dari kalangan B40 mendapat manfaat dengan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit, yang disediakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
147.Untuk Golongan Pesawah, Pekebun Kecil dan Penoreh Getah pula, Bajet kali ini menyediakan 852 juta ringgit kepada RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan pendapatan dan produktiviti.
148.Kerajaan bercadang menambahbaik Insentif Pengeluaran Getah atau IPG. Untuk ini, sukacita saya umumkan, paras pengaktifan IPG dinaikkan daripada 4 ringgit 60 sen, kepada 5 ringgit 50 sen sekilogram, bagi getah SMR20 Freight On Board. Bagi getah skrap atau cuplumps di peringkat ladang pula, dinaikkan daripada 1 ringgit 75 sen, kepada 2 ringgit 20 sen sekilogram.
149.Sebagai ilustrasi, berdasarkan purata pengeluaran 250 kilogram sebulan bagi setiap hektar, pemilik kebun seluas 2 hektar dijangka mampu meraih pendapatan seribu ringgit sebulan. Ini adalah pada harga pasaran getah skrap 2 ringgit sekilogram.
150.Kini, dengan bayaran tambahan IPG sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram, pendapatan keseluruhan pemilik kebun tersebut akan meningkat kepada 1,100 ringgit sebulan.
151. Dengan penambahbaikan IPG ini juga Tuan Yang Dipertua, jikalau senario tadi hanya merujuk kepada seorang pemilik kebun, secara keseluruhannya pula, melalui Bajet ini seramai 300 ribu pekebun getah akan menerima manfaat tambahan daripada Kerajaan. Jumlah peruntukan yang dianggarkan adalah sebanyak 200 juta ringgit.
152.Selanjutnya, bagi menggalakkan petani meningkatkan mutu padi dan hasil tuaian mereka, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif Pemutuan Sebenar Padi dan menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi, mulai 1 Januari 2016.
153.Pemutuan Sebenar Padi adalah berasaskan penyeragaman harga padi pada paras 1,200 ringgit setiap tan metrik. Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, Kerajaan juga meningkatkan kadar SSHP dari 248 ringgit 10 sen, kepada 300 ringgit bagi setiap tan metrik.
154.Maksudnya, sekiranya seseorang petani itu menghasilkan 6 tan metrik padi, yang menepati kualiti pemutuan 20 peratus pemotongan, beliau layak mendapat bayaran hasil jualan sebanyak 5,760 ringgit.
155.Bukan itu sahaja, petani tersebut juga akan menerima penambahan menerusi peningkatan kadar SSHP, menjadikan jumlah pendapatannya meningkat daripada 1,190 ringgit kepada 1,440 ringgit.
156.Maka, secara keseluruhannya, setelah ini, petani tersebut akan mendapat 7,200 ringgit, pada setiap kali penuaian. Suka saya menyatakan di sini, seramai 155 ribu pesawah akan menikmati penambahbaikan skim ini.
157.Langkah Dua: Seperti kita tahu, isu pemilikan rumah adalah isu yang sering dibangkitkan semenjak beberapa tahun ini. Pelaksanaannya memerlukan penglibatan pelbagai agensi.
Tuan Yang Dipertua,
158.Bajet 2016, meneruskan pelbagai program pemilikan rumah bagi segenap lapisan pendapatan seperti berikut:
Pertama:Membina 175 ribu unit rumah oleh PR1MA, yang dijual 20 peratus di bawah harga pasaran, dengan peruntukan 1.6 bilion ringgit. Sebanyak 10 ribu unit dijangka siap tahun hadapan;
Kedua:Membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, dengan pemberian subsidi 20 ribu ringgit bagi seunit rumah dengan peruntukan 200 juta ringgit;
Ketiga:Membina 100 ribu unit rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M, menjelang tahun 2018, dengan harga di antara 90 hingga 300 ribu ringgit. Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos pembangunan disediakan;
Keempat:Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT dengan peruntukan 863 juta ringgit;
Kelima:Menyediakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah KPKT, sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit. Untuk ini, 200 juta ringgit diperuntukan;
Keenam:Membina 5 ribu unit rumah PR1MA dan PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT serta monorel, antaranya di Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa;
Ketujuh:Memperuntukkan 60 juta ringgit kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli;
Kelapan:Membina rumah untuk generasi kedua peneroka, iaitu 20 ribu unit rumah oleh FELDA, 2 ribu unit rumah oleh FELCRA dan 2 ribu unit rumah oleh RISDA. Bagi rumah FELDA, harga maksima kini diturunkan kepada 70 ribu ringgit berbanding 90 ribu ringgit sebelum ini;
Kesembilan:Membina 800 unit rumah mampu milik oleh GLC berhampiran stesen MRT dalam Kawasan Pusat Bandar Kwasa Damansara oleh Kwasa Land milik KWSP, dan 4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime Darby Property; dan
Kesepuluh:Memperuntukkan 40 juta ringgit di bawah KPKT, bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai. Selain itu, pengecualian duti setem diberikan ke atas surat cara pembiayaan pinjaman kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai.
Tuan Yang Dipertua,
159.Seterusnya, bagi menyediakan persekitaran penduduk yang selesa, langkah berikut akan dilaksanakan:
Pertama:150 juta ringgit bagi membina dan membaik pulih 11 ribu rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW; dan
Kedua:155 juta ringgit bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah, dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT. Antara lain, tabung ini membolehkan pembiayaan 100 peratus untuk pembaikan lif, railing, serta pendawaian semula.
Tuan Yang Dipertua,
160.Langkah Tiga: Sememangnya, negara mana yang tidak mahu kualiti perkhidmatan kesihatan terbaik dan bertaraf dunia. Inilah yang sentiasa diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu, kini dan selamanya. Antara projek yang akan dilaksanakan adalah:
Pertama:Membina 5 hospital baru di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan di Cyberjaya;
Kedua:Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur, yang bernilai 848 juta ringgit pada Oktober 2016;
Ketiga: Projek Pembangunan Semula Hospital Kajang;
Keempat: 260 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian, berserta kuarters di seluruh negara;
Kelima: 52 juta ringgit bagi operasi 328 klinik 1Malaysia sedia ada, dan pembukaan 33 klinik 1Malaysia baharu;
Keenam:72 juta ringgit untuk bantuan perubatan, termasuk hemodialisis, yang memanfaatkan hampir 10 ribu pesakit kurang berkemampuan; dan
Ketujuh:4.6 bilion ringgit untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan reagents kepada semua hospital dan klinik Kerajaan.
161.Bermula 1 Januari 2016 juga, Kerajaan akan mengenakan caj penuh rawatan kepada pesakit bukan warganegara Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
162.Langkah Empat: Kerajaan akan terus memperkukuh sistem jaringan perlindungan sosial dengan peruntukan hampir 2 bilion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin. Untuk tujuan ini, antara program yang akan dilaksanakan adalah:
Pertama:445 juta ringgit bagi meneruskan pemberian 350 ringgit sebulan kepada OKU bekerja dan 200 ringgit sebulan kepada OKU yang tidak bekerja serta untuk penjagaan OKU terlantar sebanyak 300 ringgit sebulan. Kesemuanya ini, akan memanfaatkan hampir 150 ribu OKU;
Kedua:100 juta ringgit disediakan termasuk untuk menambah 20 lagi buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti; dan
Ketiga:Bantuan 662 juta ringgit untuk anak daripada keluarga miskin berjumlah 100 hingga 450 ringgit sebulan, serta warga emas miskin sebanyak 300 ringgit sebulan.
Tuan Yang Dipertua,
163.Dalam setahun yang lepas, negara telah dilanda dua bencana yang besar, iaitu banjir besar pada penghujung 2014, dan gempa bumi di Ranau, Sabah. Musibah dan tragedi ini, jika tidak diambil langkah yang proaktif, boleh menyebabkan kerugian berbilion ringgit dan lebih penting lagi, kehilangan nyawa dan anggota.
164.Maka, bagi memperkukuh pengurusan bencana alam, 180 juta ringgit disediakan termasuk untuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara di bawah JPM.
165.Seterusnya, 730 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara. Manakala, 60 juta ringgit untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara serta membangunkan Sub-Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional di Sabah.
Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Dewan yang mulia serta Rakyat Malaysia Sekalian,
166.Jelasnya, apa yang pentadbiran Kerajaan sedia ada selama ini, sedang lakukan dan laksanakan, dengan sehabis baik ini,Sebetulnya, merupakan tali-temali, sambung menyambung dasar serta perancangan pimpinan negara, sejak dekad-berdekad.
167.Lantas, ingin saya ulangi,.. Bajet ini,satu antara langkah dalam rantaian langkah-langkah besar terakhir,yang hanya tinggal sedikit masa lagi sebelum mentari sebagai negara maju, menzahirkan cahayanya.
168.Pucuk pangkalnya, sebagaimana baik pun perancangan yang dibuat, sedemikian apapun rencana yang disusun, hukum hakam dan resmi bernegara, seperti tercatat dalam tawarikh kehidupan, membuktikan bahawa, hatta sebuah tamadun pun akan gagal jikamana kerukunan, kestabilan dan kebersatuan negara tidak diperkekalkan.
Tuan Yang Dipertua,
169.Oleh sebab itulah, tatkala membicarakan tentang ketenteraman tanahair, tiada kalimah sebagai ibarat, tiada kata sebagai umpama, yang dapat menunjukkan betapa kita berterima kasih dan menghargai jasa serta pengorbanan anggota keselamatan, mahupun para perajurit dalam menjamin keamanan pertiwi.
170.Oleh yang demikian, Kerajaan komited untuk melaksanakan pelan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia atau ATM secara berperingkat.
171.Sehubungan itu, sebanyak 17.3 bilion ringgit disediakan untuk Kementerian Pertahanan. Antaranya, bagi perolehan 6 buah Littoral Combatant Ship, sistem persenjataan Very Short Range Air Defence, kereta berperisai dan pesawat Airbus A-400M.
172.Tambahan lagi, ATM akan diperlengkapkan dengan teknologi terkini, termasuk penggunaan Unmanned Airborne System untuk meningkatkan keupayaan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance.
173.Sejumlah 523 juta ringgit pula, diperuntukkan untuk pembangunan kem tentera darat ESSCOM di FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah.
174.Seterusnya, bagi mengenang jasa dan khidmat bakti wira-wira kita, sebanyak, 160 juta ringgit diperuntuk bagi membina 4 ribu unit lagi kuarters anggota Angkatan Tentera Malaysia.
175.Tidak cukup sekadar itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, sedang merancang untuk membina tambahan 2 ribu unit lagi rumah mampu milik, kepada anggotanya bermula tahun hadapan.
176.Di samping itu, Kerajaan bersetuju supaya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, diperuntukkan sejumlah 864 juta ringgit, bertujuan antaranya, perolehan Offshore Patrol Vessel dan kapal peronda.
177.Manakala, bagi mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam dalam negeri, untuk terus mengurangkan kadar jenayah, sejumlah 13.1 bilion ringgit disediakan. Inisiatif-inisiatif berikut akan dilaksanakan:
Pertama:155 juta ringgit untuk pembinaan 2 buah Ibu Pejabat Polis Daerah atau IPD baharu, iaitu di Lawas, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah, serta 10 buah IPD dan 5 buah balai polis yang masih dalam pembinaan;
Kedua:Merancang untuk membina 2 ribu unit lagi rumah mampu milik bagi anggota Polis Diraja Malaysia atau PDRM, antaranya di Rawang dan kawasan-kawasan yang sedang dikenalpasti;
Ketiga:36 juta ringgit untuk membina pejabat, kuarters dan menaiktaraf depoh tahanan imigresen;
Keempat:50 juta ringgit bagi mempertingkatkan langkah keselamatan penjara; dan
Kelima:20 juta ringgit untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam, antaranya melalui pengasingan laluan pejalan kaki dan pencahayaan di kawasan tersebut. Sukacita saya mengumumkan, penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM lagi, dan 500 unit lagi kereta peronda, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak 35 juta ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
178.Bagi menguatkan lagi usaha integriti dan mengurangkan ketirisan serta rasuah, SPRM akan terus dimantapkan dengan program-program serta latihan yang relevan. Dengan ini, bilangan pegawai SPRM akan turut ditambah mengikut keperluan.
179.Merujuk kepada falsafah Rancangan Malaysia Kesebelas lagi, Tuan Yang Dipertua, sepertimana yang telah saya nyatakan di awal ucapan tadi, tentang rupawajah dan warna-warna kemajuan negara serta sahsiah rakyat yang kita dambakan, ketikamana memasuki gelanggang negara maju kelak, dalam apa jua yang direncanakan, seperti dokumen Bajet ini, perihal kebajikan dan kepentingan rakyat, menjadi keutamaan.
180.Sepertimana ramai makrufi, Malaysia kontemporari ini, sudah pun dikenali sebagai sebuah negara Islam yang progresif lagi dinamik, sehingga disegani di seantero dunia. Sejak tahun-tahun kebelakangan, Kerajaan sedang menuju maksud dalam usaha menepati kerangka Maqasid Syariah dan pengertian wasatiyyah.
181.Walau apapun, untuk memenuhi tuntutan maqasid syariah, bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi, berkait ciri kemajmukan rakyat di negara ini.
182.Sememangnya pun, tanpa disedari, sejak meraih kemerdekaan, kita telah mengamalkan objektif tersebut dengan prinsip kesederhanaan yang begitu tersendiri.
183.Berdiri di atas asas ini, kita telah berjaya membina sebuah negara yang makmur, aman dan sentosa.
184.Di sudut ini, tidak ada sesiapa yang dapat menafikan bahawa tunjang dan tonggak kepada urusan pentadbiran negara adalah para kakitangan awam.
185.Oleh itu, marilah kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada lebih 1.6 juta mereka yang berjasa ini.
186.Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:
Pertama :Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1 bilion ringgit;
Kedua :Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;
Ketiga :Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada 1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam;
Keempat :Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan, yang akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan
Kelima : Melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ini akan memanfaatkan lebih 10 ribu pegawai kontrak.
187.Pelaksanaan kesemua langkah ini Tuan Yang Dipertua, akan berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak 1.4 bilion ringgit.
Sumber TKO - 23-10-2015
1.6 Juta Penjawat Awam Terima 'Bonus' RM500 Posted on Friday, October 23 @ 19:20:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak 700,000 pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM250.
"Kedua-dua bayaran ini yang berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016," katanya ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat Jumaat.
Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan bersetuju menambah baik beberapa perkara bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti kakitangan perkhidmatan awam.
Ini termasuk menetapkan gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam, selain menambah baik 252 skim perkhidmatan yang bermanfaat kepada 406,000 penjawat awam.
"Kerajaan juga bersetuju menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan yang melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan," katanya.
Selain itu, Najib berkata kerajaan akan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred, yang akan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam dengan peruntukan RM1.1 bilion.
Tambah beliau, pegawai lantikan 'Perkhidmatan Kontrak" yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan awam juga akan dilantik secara tetap.
Kesemua pelaksanaan itu dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion akan berkuat kuasa 1 Julai 2016, katanya.
Sumber TKO - 23-10-2015
Pemberian BR1M 2016 akan dinaikkan Posted on Friday, October 23 @ 18:56:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di sini hari ini, berkata pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 akan ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.
Beliau berkata satu kategori baharu akan diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,050 manakala bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian RM1,000 akan diteruskan.
"Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dengan memperuntukkan 5.9 bilion ringgit," katanya.
Najib berkata bagi merealisasikan harapan, seperti yang dijanjikan, dalam ikhtiar meringankan kos sara hidup rakyat pula, BR1M akan diteruskan.
"Saya tahu benar, ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak perlu diteruskan. Namun, melalui maklum balas yang diterima, mereka sangat bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan kerajaan ini, kerana terbukti, bantuan Rakyat 1Malaysia tersebut telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban hidup mereka.
"Sehubungan yang demikian, selaras dengan Aku Janji Kerajaan Barisan Nasional juga, sukacitanya saya umumkan, jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan," katanya.
BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
Pada 2014 BR1M 3.0, bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
BR1M 3.0 diperluas kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
Dalam Bajet 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M 4.0 kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000; kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750 manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350. - Bernama
Sumber TKO - 23-10-2015
Pembangkang sambut bajet dengan soalan 'mana 2.6 bilion?' Posted on Friday, October 23 @ 18:52:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Anggota parlimen pembangkang hari ini menyambut pembentangan belanjawan 2016 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis “mana 2.6 bilion?”
Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.
Tulisan itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini, kira-kira jam 5.45 petang tadi.
Najib hari ini membetangkang belanjawan bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat'.
Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa anggota parlimen bagaimanapun tidak mengangkat plakad itu.
Isu dana itu pada mulanya didedahkan oleh akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana itu sebagai "derma".
Najib menafikan sebarang salah saku dalam isu itu. - MK
Sumber TKO - 23-10-2015
Intipati Bajet 2016 Posted on Friday, October 23 @ 18:47:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, hari ini.
Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
* Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.
* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.
* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion
* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).
* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.
* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.
* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.
* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.
* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.
* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.
* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.
* Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).
* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.
* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.
* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.
* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi
* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.
* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)
* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).
* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.
* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.
* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.
* Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.
* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.
* Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.
* Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.
* RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.
* Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.
* RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik
* Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela.
* Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.
* RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
* RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.
* Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan Sabah (727 km) dengan kos pembinaan RM27 bilion.
* RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).
* Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.
* RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.
* Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
* Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.
* Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.
* RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.
* RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.
* RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .
* RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.
* 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.
* Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.
* Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.
* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.
* Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.
* RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak RM804 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.
* Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
* Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.
* Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250
.- Bernama - Sumber TKO - 23-10-2015
Bajet: Jangan hanya turun harga tetapi siapkan segera
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2016 hari ini bahawa harga rumah generasi kedua Felda diturunkan dari RM90,000 kepada RM70,000 disambut baik.
"Ia mampu mengurangkan beban kepada anak peneroka Felda yang mahu memiliki rumah di bawah skim ini," kata Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi), Roslan Md Esa dalam satu kenyataan.
Katanya, kebanyakan anak Felda yang memohon skim perumahan ini adalah dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan.
Menurutnya, pengumuman itu suatu khabar gembira, namun ia harus dilaksanakan tanpa ada perubahan selepas ini dengan alasan pelbagai.
"Kami NGO Generasi mengharapkan kerajaan khasnya Felda bukan sekadar mengumumkan pengurangan harga, sebaliknya harus memastikan rumah yang dibina berkualiti dan memenuhi specifikasi yang ditetapkan sebelum ini.
"Kami mendesak dengan pengumuman ini, kerajaan khasnya Felda segera mengarahkan kontraktor menyiapkan projek-projek yang terbengkalai sebelum ini khasnya di kawasan yang telah kami kenalpasti antaranya Jengka 11 Pahang, Pasir Besar Negeri Sembilan, beberapa Felda di Terengganu dan di Selangor," ujarnya lagi.
Dengan pengumuman itu juga, katanya ia membawa makna bahawa kerajaan boleh membina lebih banyak rumah berbanding yang dijanjikan 20,000 unit seperti sebelum ini dengan hanya 8,750 sahaja yang siap.
Beliau berkata, Generasi mengharapkan kerajaan tidak memungkiri janji dan dana RM1.4 bilion yang diumumkan sebelum ini oleh Tan Sri Isa Samad digunakan untuk memperbanyakkan lagi unit rumah agar lebih ramai yang dapat memiliki rumah itu. HARAKAHDAILY 23/10/2015 Sumber HD - 23-10-2015
Bajet 2016 sedia habuan untuk semua, kata pegawai MOF Posted on Thursday, October 22 @ 18:07:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PUTRAJAYA: Semua orang akan memperoleh manfaat tertentu dalam Bajet 2016, terutama kumpulan berpendapatan rendah, selain kelas pertengahan, namun rakyat tidak wajar mengharapkan habuan yang tidak realistik, kata seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan, hari ini.
Ini selari dengan 'kedudukan ekonomi yang sangat mencabar dan di luar kawalan' yang menyebabkan ketidaktentuan seperti penurunan mendadak harga minyak mentah dan gas serta penyusutan ringgit, katanya.
Walaupun satu pertiga pendapatan negara disumbangkan oleh minyak yang harganya susut sehingga 50 peratus, pegawai berkenaan memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menghentikan projek yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Meskipun sukar, kerajaan mempunyai visi, pelan dan sumber untuk menyampaikan manfaat kepada rakyat," katanya pada taklimat mengenai teras Bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat esok.
Pegawai berkenaan juga menerangkan bagaimana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikritik hebat oleh pelbagai pihak, terutama Pembangkang, sebenarnya muncul sebagi penyelamat dalam menyumbang kepada hasil kerajaan.
GST membantu menampung impak penurunan ketara harga minyak mentah yang kini sekitar US$51 setong. "Tanpa GST, kita akan berhadapan masalah yang besar," katanya.
Beliau berkata dalam ucapan bajet, Perdana Menteri akan menjelaskan pentingnya GST dan bagaimana hasil daripada sistem percukaian secara meluas itu akan digunakan untuk rakyat.
Pegawai berkenaan berkata insentif akan terus diberikan kepada sektor swasta bagi meningkatkan pelaburan swasta dalam bidang utama serta merangsang aktiviti perniagaan termasuk perkhidmatan dan pelancongan," katanya.
"Usaha menarik pelancong dari China, yang merupakan sumber besar tunai segera, boleh ditingkatkan selain pelancongan perubatan bagi menarik pelancong Arab," katanya.
"Kerajaan juga akan meluaskan manfaat (GST) kepada sebanyak mungkin sektor manakala kemudahan perumahan terutama untuk golongan muda akan terus disediakan dalam bajet.
"Fokus Bajet 2016 adalah ke atas usaha melaksanakan perkara perlu, terutama menjaga kebajikan rakyat.
"Tidak ada masalah dalam meneruskan projek infrastruktur seperti Transit Aliran Ringan dan Mass Rapid Transit, serta Lebuh Raya Pan Borneo," katanya.
Ditanya sama ada cukai pendapatan akan dikurangkan, beliau berkata berkemungkinan ada pelarasan bagi memberi pelepasan, namun malangnya harga minyak mentah yang turun naik tidak membolehkan pengurangan dalam keadaan semasa.
Menerusi GST, dan andaian harga minyak kekal sekitar US$80-US90 setong, kerajaan akan mempunyai kedudukan kewangan yang baik untuk menimbang pengurangan cukai pendapatan, namun dalam senario semasa, opsyen itu terhad.
Ekonomi domestik terjejas akibat penurunan luar jangka ekonomi China dan kemungkinan peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan US yang memihak kepada dolar US yang akan terus menekan ringgit. - Astro
Sumber TKO - 22-10-2015
Ku Li: MP BN berhak tolak bajet jika mahu singkir PM Posted on Thursday, October 22 @ 18:01:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Ahli Parlimen BN berhak mengundi menolak Bajet 2016 jika mereka berpendirian ia perlu untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
"Pada kebiasaannya, saya tidak fikir mereka akan mengundi menolak bajet.
"Tetapi berdasarkan isu-isu substantif dan jika mereka berfikiran perlu bagi menentang perdana menteri tetapi bukan bajet, maka mereka berhak melakukannya," katanya kepada pemberita di luar Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Gua Musang yang mesra dengan panggilan Ku Li berkata demikian ketika ditanya cadangan pembangkang supaya penyokong BN menolak Najib dengan mengundi tidak menyokong bajet.
Speaker Pandikar Amin Mulia juga mencadangkan perkara yang sama daripada mengusulkan pembentangan undi tidak percaya.
Ditanya mengenai pendirian peribadinya, Tengku Razaleigh berkata, beliau akan berfikiran terbuka.
"Dengar dulu, apa kata mereka. Kita datang ke Parlimen dengan fikiran terbuka dan lihat hujah yang mahu mereka bentangkan," katanya.
Najib dijadual membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat esok.
Sumber TKO - 22-10-2015 Bersih selar Pakatan Harapan, gesa semua ahli Parlimen jangan sokong Bajet 2016 Posted on Wednesday, October 21 @ 22:55:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyelar gabungan pembangkang Pakatan Harapan kerana gagal menjalankan tugas membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menggesa semua ahli Parlimen agar tidak menyokong Bajet 2016 Jumaat ini untuk menggulingkannya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menyelar Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah dan juga PAS, kerana gagal menyelaraskan usaha untuk membawa usul itu.
Beliau mempertikaikan langkah yang dibuat blok pembangkang yang menarik balik usul undi tidak percaya oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian pada saat-saat akhir dan kemudian dikemukakan semula Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi ditolak Speaker atas alasan teknikal.
Maria berkata apa yang mengecewakan adalah ketidaktentuan sama ada PAS akan menyokong usul itu jika dibentangkan.
"Rakyat Malaysia sudah menyatakan ketidakyakinan mereka terhadap PM Najib melalui penyertaan penuh bersemangat semasa kedua-dua perhimpunan aman Bersih 4 dan pasca Bersih 'kempen Undi Tidak Percaya' melalui www.dearYB.my di mana setakat ini, 12,000 surat sudah diterima manakala 20,000 poskad sudah diedarkan ke seluruh negara," katanya.
Disebabkan itu beliau menggesa Pakatan Harapan dan PAS untuk mengarahkan semua ahli Parlimen mereka menghadiri Dewan Rakyat semasa perbahasan Bajet 2016 dan tidak mengundinya jika terdapat peluang.
Maria juga menggesa semua ahli Parlimen Barisan Nasional untuk tidak mengundi memihak kepada Bajet 2016 yang dibentangkan.
"Ahli Parlimen hendaklah terlebih dahulu bertindak demi kepentingan negara dan 'pemberontakan kumpulan penyokong' - penyokong kerajaan mengundi membangkang kerajaan - adalah sebahagian daripada permainan dalam demokrasi berparlimen.
"Mungkin arahan atau amaran daripada Ketua Whip, tetapi mereka harus bertindak berdasarkan aspirasi rakyat.
"Dan jika mereka tidak mempunyai keberanian untuk memberontak, tidak hadir mengundi boleh menjadi pilihan mereka," kata Maria.
Tambahnya, jika Bajet 2016 Najib ditolak Parlimen, ia menandakan beliau hilang keyakinan di Dewan Rakyat.
"Dalam keadaan itu, Najib kemudiannya mesti meletak jawatan, bersama-sama dengan Kabinetnya agar Yang di-Pertuan Agong dapat melantik perdana menteri baharu atau meminta supaya Parlimen dibubarkan," katanya.
Sumber TKO - 21-10-2015
JITP Sokong Pikom Gesa ‘Kadar Sifar’ Produk ICT Dalam Bajet 2016
Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia (JITP Malaysia) menyokong tuntutan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) agar kerajaan melaksanakan kadar sifar bagi perkhidmatan dan produk teknologi maklumat dan komunikasi dalam Bajet 2016.
Pengerusi JITP, Shuhaimi Embong berkata ia termasuk membatalkan ‘caj’ yang dikenakan kepada para pengguna telefon dan multimedia samada yang menggunakan khidmat pascabayar atau pun prabayar.
“kita menyokong tuntutan Pikom supaya kerajaan mengecualikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada semua produk-produk teknologi maklumat dan komunikasi.
“kita juga menggesa kerajaan segera membatalkan cukai ‘GST’ yang dikenakan kepada panggilan yang dibuat sama ada melalui ‘prepaid’ atau ‘post paid’ yang dikenakan oleh pihak telco (syarikat telekomunikasi) sekarang ini,”ujarnya.
Shuhaimi berkata demikian ketika mengulas kenyataan PIKOM berhubung bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak di parlimen pada 23hb Oktober nanti.
Katanya, dengan menghapuskan GST kepada khidmat telekomunikasi tersebut apat membantu para peniaga, khususnya peniaga kecil dalam terus bersaingan mengahadapi tekanan ekonomi dan kejatuhan mata wang negara.
“(para) peniaga yang kita ditemui khususnya peniaga kecil tidak meminta agar prasarana besar-besaran diberikan oleh pemerintah,
“sebaliknya mereka menggesa kerajaan menghapuskan GST kerana dianggap membebankan,”jelasnya.
Kata beliau, dengan menghapuskan GST, pendapatan yang mereka terima seperti tahun-tahun sebelum ini, dapat diraih tanpa memikirkan kerugian berterusan,” katanya ketika dihubungi.
Pikom dalam satu kenyataannya pada 19 Oktober berkata, langkah ‘kadar sifar’ itu akan membantu memastikan harga kekal berpatutan untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia walaupun dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kelemahan ringgit.
“Berikutan Akta GST 2014 mula berkuat kuasa pada 1 April tahun ini, purata harga komputer dan barangan berkaitan telah meningkat, menyebabkan anggaran sehingga 30 peratus penurunan dalam permintaan bagi produk dan perkhidmatan ICT,”menurut kenyataan Pikom itu.
Sumber BO - 21-10-2015
OKU tuntut pelepasan GST dalam belanjawan
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pembentangan belanjawan 2016 ini ditunggu dengan serius oleh banyak pihak termasuk OKU. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU Malaysia, Mohammad Faizal Che Yusof.
“Pembentangan belanjawan 2016 adalah masa terbaik untuk pihak kerajaan mengkaji kesan dan penambahbaikan kepada perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan “GST” yang dikenakan khusus kepada warga Negara orang kurang upaya “OKU”.
“Kami penuh yakin bahawa kerajaan amat sedar kesan kenaikan barang sebaik GST dilaksanakan. Sesungguhnya ia amat membebankan OKU dan juga ibu bapa / penjaga anak-anak OKU,” kata Faizal yang juga Ahli Jawatankuasa, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.
Menurut beliau, pelaksanaan GST memberi kesan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berteraskan perkhidmatan kepada OKU.
Dengan pelbagai keperluan khusus bagi OKU yang mahal selain barang-barangan umum, kenaikan akibat GST perlu ditangani sewajarnya.
Justeru, pihaknya mencadangkan pihak kerajaan mengadakan satu mekanisme khusus bagi mengatasi permasalahan tersebut:
1. OKU dan NGO berkaitan OKU diberikan pengecualian pembayaran GST terhadap barangan keperluan harian dan barangan khusus yang diperlukan OKU.
2. Mekanisme pengecualian khusus yang disebut sebagai (0 rated) diberikan kepada NGO berkaitan OKU bagi membolehkan NGO tersebut menikmati kemudahan tuntutan semula terhadap kos GST yang terpaksa dibayar.
3. Pendaftaran NGO berkaitan OKU dalam GST tanpa dibebankan kaedah perakaunan biasa yang tentunya menyulitkan operasi NGO berkaitan OKU.
“Amatlah kami menaruh harapan kepada pihak Kementerian Kewangan untuk memberi pertimbangan khusus dalam isu GST ini selain isu-isu khusus lain yang menyentuh hal-ehwal OKU dalam pembentangan belanjawan terdekat ini,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 21/10/2015 Sumber HD - 21-10-2015
Belanjawan harapan rakyat?
Posted on Tuesday, October 20 @ 12:22:42 MYT by tokdalang
Oleh Adeeba Adni Komitmen untuk rakyat mencapai kesejahteraan, yang acapkali disebut dalam ucapan para pemimpin di atas pentas, TV, radio, media sosial seharusnya jelas ditintakan dan mudah dilihat dalam Belanjawan Negara – belanjawan tahunan yang berfungsi memberi harapan kepada rakyat terbanyak.
Asasnya ialah rakyat ingin berkemampuan untuk menyediakan dengan terbaik untuk keperluan diri dan anggota keluarganya – kediaman, makan minum, rekreasi, pengangkutan, pakaian, persekolahan dan pendidikan anak-anak mereka.
Usaha dan mekanisme agar rakyat boleh mencapai kemampuan itu haruslah terserlah dalam Belanjawan 2016 nanti – dan tanpa birokrasi yang melengahkan implementasi.
Rakyat juga ingin berada dalam tahap kesihatan yang baik, boleh meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka ke arah menikmati kualiti hidup yang lebih baik dari masa ke semasa agar tercapai jaminan keselamatan kewangan yang berpanjangan.
Fenomena jerebu beberapa bulan ini telah mengakibatkan kesihatan rakyat terjejas dan memerlukan kos yang bertambah untuk berada di tahap sihat.
Sewajarnya pertambahan pelepasan cukai diberi untuk tahun hadapan bagi sejumlah ringgit untuk perbelanjaan rawatan, ubatan dan penawar pilihan rakyat bagi tujuan memelihara kesihatan mereka.
Hanya rakyat yang sihat saja boleh menghasilkan produktiviti yang disasarkan.
Peruntukan dan mekanisme untuk seramai mungkin rakyat yang ingin meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran mereka wajar terus diwujudkan, bahkan ditingkatkan lagi agar berterusan memberi harapan kepada rakyat untuk memiliki kehidupan dan masa depan yang lebih baik.
Juga, mempermudahkan permohonan-permohonan yang tulin (genuine) untuk mendapatkan peruntukan tersebut.
Di zaman ini, peralatan kontemporari sudah menjadi keperluan – seperti televisyen, telefon pintar, komputer riba dan lain-lain.
Wajarlah ia tidak dikenakan sebarang cukai.
Turut dikehendaki ialah kos kehidupan yang berpada – tidak tinggi. Kos kehidupan yang tinggi akan mengurangkan kemampuan membeli dan berbelanja yang diperlukan oleh rakyat.
Jika rakyat terpaksa mengurangkan perbelanjaan, ia boleh merencatkan antara lainnya, pemakanan biasa yang seimbang dan berkhasiat kerana terpaksa bertukar kepada yang lebih rendah kualitinya yang lebih murah.
Jika tiada kenaikan gaji, maka kos sara hidup dan kos-kos kehidupan yang lain perlulah dikurangkan.
Boleh juga berlaku, rakyat yang ingin menjimatkan kos kegunaan petrol untuk kenderaan akan mengurangkan aktiviti ziarah mereka.
Jika biasa pulang ziarah ibubapa di kampung setiap minggu, kini hanya balik kampung 2 kali sebulan.
Ia telah mengurangkan hubungan langsung di antara anggota-anggota keluarga.
Harga buku-buku teks keperluan para penuntut di institusi pengajian tinggi untuk 3 tahun boleh mencecah sehingga minimum RM3,500.
Ia juga wajar mendapat pelepasan cukai atau dikurangkan harganya secara berpatutan.
Tabung-tabung kewangan untuk meringankan kesulitan para isteri/bekas isteri dalam menuntut hak mereka dalam sistem mahkamah syariah semestinya diwujudkan kerana ramai wanita tidak mampu untuk membayar kos-kos dan yuran mahkamah serta peguam syari’e.
Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem mahkamah syariah, peruntukan yang secukupnya diperuntukan untuk menampung gaji kakitangan mahkamah syariah yang diperlukan secara tetap (permanent).
Walaupun sistem mahkamah syariah itu adalah dalam bidang kuasa negeri, tiada halangan untuk kerajaan persekutuan membantu rakyat yang memerlukan di mana saja mereka berada.
Hendak seribu daya… yang utama ialah akhirnya rakyat terbela dan mendapat keadilan, terutamanya bila kerajaan-kerajaan negeri masih belum menganggapnya sebagai suatu keutamaan amanah yang sepantasnya dipenuhi tanpa lengah.
Bebanan perbelanjaan bagi mereka yang telah berhenti kerja kerana menjaga anggota keluarga yang sakit atau mengalami kecacatan semestinya diambil perhatian.
Apakah bantuan-bantuan praktikal yang boleh diberikan kepada golongan sedemikian?
Pembangunan insan dalam komuniti adalah suatu kepentingan yang patut diutamakan.
Ia juga memerlukan perbelanjaan. Hasilnya adalah insan-insan yang berakhlak dan bertanggungjawab yang bersedia membantu anggota-anggota komunitinya ketika diperlukan.
Golongan insan sedemikian berdaya mengurus komuniti masing-masing dengan baik. Insentif kerajaan ke arah itu bererti rakyat bersama-sama, saling membantu kerajaan untuk mencapai kesejahteraan yang diinginkan.
Pada jangkamasa panjangnya akan mengelakkan kerajaan daripada dibebani dengan kos-kos kebajikan yang berterusan kerana rakyat yang berdaya akan berinovasi dan kreatif mencari penyelesaian permasalahan yang timbul dalam komunitinya.
Korupsi, kecuaian, keborosan dan budaya bermewah-mewah dalam pentadbiran negara mesti ditangani dengan bijaksana agar aliran keluar wang yang bukan bertujuan untuk kepentingan rakyat itu dapat ditamatkan.
Untuk menanganinya tentunya memerlukan perbelanjaan penyiasatan, penyelidikan, latihan kemahiran para penyiasat dan para pegawai penguatkuasa, mahkamah dan para hakim.
Belanjawan untuk sistem pemantauan dan penilaian terhadap sistem perkhidmatan untuk rakyat yang adil, cekap dan berkesan juga amatlah diperlukan.
Ia perlu dinaiktarafkan ke peringkat perkhidmatan bertaraf dunia. Ia termasuk sistem menerima aduan dari rakyat dan tindakan terhadapnya yang wajar dilaksanakan dengan segera.
Dalam menuju menjadi negara maju, penubuhan pusat-pusat hubungan keluarga, seumpama Family Relationship Centres di Australia sangatlah dinanti-nantikan.
Dasar pengambilan pekerja asing diperkemas untuk dikurangkan pergantungan terhadapnya agar rakyat Malaysia lebih berpeluang untuk mendapat pekerjaan.
Tentunya ada banyak lagi yang ingin diutarakan oleh rakyat Malaysia.
Dan apakah usaha untuk memastikan maklumat yang menyeluruh diperolehi dari rakyat, lelaki dan wanita, dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang agar keputusan-keputusan untuk Belanjawan 2016 nanti adalah suatu belanjawan yang adil dan saksama dan dirasai keadilan dan kesaksamaannya oleh rakyat Malaysia keseluruhannya?
Belanjawan Malaysia 2016 hendaknya mencerminkan segala kehendak rakyat itu.
* Adeeba Adni ialah penulis bebas dan aktivis dalam memasyarakatkan kebajikan dan politik. Sumber DD -20-10-2015
Bajet 2016: Mahu berjimat atau berbelanja?
SYAHIR SULAIMAN | .
“Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan. Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil.” (Surah Yusuf: 47-49)
Bajet Adalah Pilihan
Bajet adalah instrumen penting kerajaan dalam memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun mendatang.
Komponen utama sesebuah bajet adalah sumber hasil (cukai, bukan cukai, pinjaman) dan agihan perbelanjaan (pengurusan, pembangunan, pembayaran hutang), demi mencapai objektif utama dasar ekonomi iaitu memacu pertumbuhan secara mampan dan inklusif, mengawal kadar inflasi dan kos sara hidup, serta menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di segenap peringkat.
Justeru, setiap peruntukan di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat sosio-ekonomi negara, dengan mengambil kira keperluan dan pertimbangan faktor dalaman dan luaran semasa.
Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira samada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan atau seorang bapa yang mengetuai sebuah keluarga, iaitu “Berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan, bukan mengikut kemahuan”.
Bajet 2015 – Defisit Berkembar
Di dalam pembentangan bajet untuk tahun 2015, kerajaan Persekutuan mengunjurkan pendapatan sekitar RM235 bilion dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM274 bilion.
Kerajaan dijangka akan menanggung defisit sekitar RM36 bilion (3% kepada KDNK) dan situasi ini telah berlarutan sejak tahun 1998 (18 tahun berturut-turut), mengakibatkan kerajaan tiada lebihan dan simpanan malah terpaksa bergantung kepada hutang.
Pihak kerajaan menyedari bahawa paras hutang Persekutuan telah menghampiri paras siling 55% kepada KDNK dan tiada pilihan selain mengurangkan perbelanjaan dengan cara paling mudah iaitu mengurangkan subsidi di samping mencari sumber pendapatan baru dengan melaksanakan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.
Natijahnya, Bajet 2015 sedikit tersasar daripada unjuran awal, khususnya dalam aspek pertumbuhan ekonomi, kos sara hidup / inflasi, dan peluang pekerjaan. Pertumbuhan KDNK 2015 diunjur malar pada 4%-5%, inflasi terus menjalar sekitar 3%, defisit kian melebar ke paras 3.5%, hutang kerajaan makin mengakar ke paras 53%, tabungan rakyat semakin sukar, dan nilai Ringgit jatuh berbanding USD pada kadar 20%.
Skandal yang melanda 1MDB, khususnya berkenaan hasil siasatan PAC, Bank Negara dan SPRM terhadap transaksi pelaburan 1MDB di dalam dan luar negara, di samping sumbangan derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri, terus menghakis keyakinan rakyat dan pelabur kepada kerajaan, menyebabkan Malaysia berdepan dengan situasi defisit berkembar - defisit-fiskal (fiscal deficit) dan defisit-keyakinan (trust deficit).
Cabaran Bajet 2016
Sebagaimana disebut oleh Perdana Menteri, tugas merangka Bajet 2016 adalah sangat mencabar, dengan tekanan dari dalam dan luar negara. Lanskap ekonomi global yang tidak menentu serta kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit akan mencorak unjuran utama bajet, manakala kesempitan defisit dan hutang kerajaan akan menyukarkan usaha kerajaan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi, di samping fokus perlu diberi untuk agenda pembangunan modal insan dan generasi belia, meningkatkan tahap pendidikan dan kesihatan rakyat, penyediaan lebih rumah mampu milik, dan memperkasa dayatahan kuasa beli rakyat yang dibebani kos sara hidup, khususnya di kalangan kelompok B40 yang menjadi sasaran utama RMK11 yang bertemakan ‘pertumbuhan berpaksikan rakyat’.
Ironisnya, falsafah kerajaan dalam merangka bajet adalah, “Kerajaan akan membelanjakan RM12 daripada setiap RM10 yang diperolehi, dan akan membelanjakan RM120 daripada setiap RM100 yang diperolehi, menyebabkan kerajaan bukan sahaja defisit dan tiada simpanan, malah terpaksa menambah hutang setiap tahun’. Inilah punca permasalahan negara ini, dan tidaklah sukar untuk membaikinya. - HARAKAHDAILY 20/10/2015
Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM. Sumber HD - 20-10-2015
KAMI MEMBERIKAN PINJAMAN UNTUK PAKET AKHIR TAHUN DENGAN TINGKAT SANGAT RENDAH. Halo, saya Magret Spencer, pemberi pinjaman uang pribadi, apakah Anda berhutang? Anda membutuhkan dorongan finansial? Saya sudah terdaftar dan disetujui. Saya meminjamkan ke reputasi dan tingkat individu Tersedia dalam 2%. Saya pinjamkan secara lokal dan internasional untuk semua yang membutuhkan pinjaman, dan dapat membayar kembali pinjaman, di seluruh dunia. Saya memberikan pinjaman melalui transfer rekening atau cek bank juga mendukung. Tidak membutuhkan banyak dokumen. Jika Anda ingin mendapatkan pinjaman dari reputasi kami. Anda dapat menghubungi kami melalui Email: magretspencerloancompany@gmail.com
KAMI MEMBERIKAN PINJAMAN UNTUK PAKET AKHIR TAHUN DENGAN TINGKAT SANGAT RENDAH.
ReplyDeleteHalo, saya Magret Spencer, pemberi pinjaman uang pribadi, apakah Anda berhutang? Anda membutuhkan dorongan finansial? Saya sudah terdaftar dan disetujui. Saya meminjamkan ke reputasi dan tingkat individu Tersedia dalam 2%. Saya pinjamkan secara lokal dan internasional untuk semua yang membutuhkan pinjaman, dan dapat membayar kembali pinjaman, di seluruh dunia. Saya memberikan pinjaman melalui transfer rekening atau cek bank juga mendukung. Tidak membutuhkan banyak dokumen. Jika Anda ingin mendapatkan pinjaman dari reputasi kami.
Anda dapat menghubungi kami melalui Email: magretspencerloancompany@gmail.com