US tech giant Apple has previewed forthcoming emojis, including one that depicts a woman wearing a hijab.
More than 12 animated symbols were unveiled on Monday to celebrate World Emoji Day and will be released on Apple devices later this year, the company said.
“The new Emoji make it easier for users to express themselves with greater diversity, additional animals and creatures, new smiley faces and more,” Apple said in a statement.
The headscarf-wearing character was approved by Unicode, a non-profit international consortium, in November last year after a Saudi teen living in Germany campaigned for its inclusion.
Fifteen-year-old Rayouf Alhumedhi submitted a proposal to Unicode in September 2016, pointing out that there was no image that represented her.
Her online campaign, the Hijab Emoji Project, noted that some Christian and Jewish women also wear headscarves, along with hundreds of millions of Muslims.
The hijab is a headscarf worn by many Muslim women who feel it is part of their religion.
Apple’s preview of the hijab emoji sparked some negative reaction online, with one Twitter user calling it a sign of “creeping Sharia” law.
Other new symbols include a woman breastfeeding and a man meditating in what appears to be the traditional yoga lotus pose.
Apple also revealed less political inclusions such a dinosaur, zebra, elf, zombie, genie, sandwich and coconut emoji.
The standards for all emojis is set by the Unicode, which dictates the characters available for computer programming.
Unicode announced in May its next version would include 69 new emojis.
What Apple unveiled Monday was its interpretation of several characters that will be available for its smartphones, watches and laptops in the coming months.
People in the United States, Mexico, Brazil, Indonesia, Thailand, UK, Spain, France, Italy and Germany are among the world’s biggest emoji-users on Facebook.
The social media company said that 5 billion emoji are sent worldwide via Facebook Messenger each day – AJE
Sumber BO - 18-7-2017
Dah jadi mak-mak ni, bila bab nak mengemas dan susun baju anak-anak untuk bawa balik kampung, memang part yang paling 'bercinta' nak hadap.Lebih-lebih lagi bila anak pun dah ramai.
Rumit tau nak fikirkan baju-baju apa yang sesuai nak pakai untuk raya pertama, kedua, ketiga dan lain-lain.Belum campur lagi bahagian, nak bawa macam-macam barang, contohnya kuih raya, kerepek, buaian, kasut, toto, beg-beg baju dan lain-lain. Memang penuh sesak dalam kereta, selalu terlebih muatan.
Ada cara mudah, menarik dan agak praktikal yang mak-mak boleh ikut melalui perkongsian daripada Puan Ellie Rahman ini.
Beliau berkongsi cara dia kemas baju anak-anak untuk balik, sekaligus membantu menjimatkan ruang dalam kereta. Malah 'masalah' anak-anak nak pakai baju apa tak perlu difikirkan lagi, kerana dah diuruskan lebih awal. Tak perlu pening-pening lagi. Waktu raya nanti, tinggal capai dan pakai, mudah!'
Berikut antara tip perkongsian tersebut yang sesuai untuk dilakukan bagi keluarga yang sederhana besar;
Ok meh kakak nak cerita sikit. Ni cara kakak pack baju untuk balik raya. Idea cousin jugak ni. Tq che ani Wan Rosnita Junoh.
1.Bungkus Ikut Tarikh Baju-baju ni dibungkus mengikut tarikh & siang atau malam. Tujuannya untuk menjimatkan ruang simpanan dalam kereta. Kat sini ada bungkusan :
22hb siang
22hb malam
23hb siang
23hb malam
24hb siang
24hb malam (malam raya)
25hb siang (hari raya)
25hb malam
26hb siang
Baju seluar extra Alya
Baju seluar extra Auni Naufa & Najlaa
Cara-Caranya: 1.Tetap kena bawa sebuah beg kecik sebab nanti perlukan beg tersebut untuk angkut bungkusan ke dalam rumah / hotel / homestay ikut tarikh baju yang nak pakai.
2.Letak bungkusan bawah setiap seat, dalam tempat simpan tayar spare & kat mana je kakak boleh selit.Yang penting tak nampak kat mata, semak.
3.Susun pun kena ikut tarikh. Supaya tak tercari-cari.
4.Jika guna kereta MPV, boleh baringkan seat dan letak segala macam comforter untuk keselesaan anak-anak waktu dalam perjalanan nanti.
Comforter, bantal dan selimut yang dibawa boleh juga digunakan waktu kat kampung nanti.Iyalah bila dah ramai-ramai kat kampung, mesti ada yang tak cukup.
5.Baju ibu kat mana? Baju ibu dalam beg sebab baju ibu besar, susah nak bungkus-bungkus. Tapi tetap jugak menjimatkan ruang. Yang penting bawa baju nak pakai, tetap ikut tarikh tu.
6.Jangan bawa almari, memang tak muat kereta la. Beg untuk barang-barang mandian, beg mekap, accessories tu buat seminima yang mungkin. Biar apa yangg kita bawa tu berguna, jangan yang tak berguna pun bawa jugak. Semoga bermanfaat.
Nota kaki : Bungkusan tu kecik je sebenarnya tau. Jangan pakai plastik besar. Sebab anak 4 orang, dalam sebungkus tu ada 4 pasang pakaian je la.
Sumber Facebook: Ellie Rahman
Sumber TKO - 24-6-2017
9 Julai 2016, Terima Kasih Kerana Ceraikan Saya
Posted on Saturday, June 24 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35525
|
Salam, saya sudah bercerai. Ini nukilan khas buat suami saya dan pada semua untuk ambil ikhtibar.
Pada Ramadan dan Syawal tahun ini, saya dihadiahkan ujian yang amat berat dari Allah.
Alhamdulillah saya berjaya melaluinya. Suami saya dirampas oleh perempuan Indonesia. Kawan-kawan cakap, dia dah terkena.
Saya tak tahan lagi. Memang dia mudah terkena. Dia tidak pernah menunaikan kewajiban dia sebagai muslim. Solat mahupun puasa tak pernah dibuat. Salah saya kerana memilih dia tanpa mengetahui hati budinya.
Saya redha, saya pergi kerena tahu dia tidak akan mampu menyara saya dan bakal madu. Saya diceraikan tetapi Alhamdulillah Allah hadirkan perasaan yang tenang dan bahagia. Dalam istikharah juga saya nampak dia bukan jodoh saya.
Di sini, nukilan saya supaya semua mengambil ikhtibar. Kepada papa, terima kasih di atas hadiahmu di hari raya tahun ini. Terima kasih di atas 1,000 pengkhianatan dan penipuan mu.
Jika mampu ku cerita bagaimana peritnya hidup dengan orang yang tidak mengenang budi, betapa peritnya hidup bersama pengkhianat/penipu, betapa pertinya hidup bersama lelaki yang mengabaikan tuhannya. Salah aku kerana memilih dia. Bongkak, riak, takbur.
Aku ringkaskan tragedi tiga tahun dalam hidupku bersama si dayus. Tiga tahun usia perkahwinan kami dan akhirnya gagal begitu sahaja kerana orang ketiga. 6 kali hidup berpindah randa bersama, dia tidak pernah melelahkan aku kerana saya. Dikurniakan seorang anak yang amat comel dan solehah. Baru berusia 2 tahun, namun sudah kehilangan ayahnya.
Adakalanya kami terpaksa mencatu makanan. Orang lain seekor ayam tahan seminggu, kami, seekor ayam tahan sebulan. Ya, aku hanya makan nasi bersama sayur. Ayam disimpan untuknya, bimbang dia tidak puas makan.
Pada hujung bulan, susu semakin berkurangan. Terpaksa aku gantikan dengan air barli buat anakku sementara menunggu suami menerima gajinya. Aku punya hanya makan barli sebagai gantian pada nasi. Ya, beras pun sudah habis. Tak apa, aku rela.
Barang kemas semua telah aku gadaikan untuk memenuhi keinginannya. Walau sebulan tiada sesen pun nafkah buatku, aku rela juga. Rumah kosong tiada apa-apa, aku redha. Bukan mudah mahu bermula dari bawah.
Rezeki, televisyen orang sedekah, itu ini orang sedekah. Terpaksa pakaikan anak lampin kerana tak mampu beli pampers. Siang pakai lampin, malam pakai pampers.
Apatah lagi nak jalan-jalan seperti orang lain. Honeymoon sekali pun tak pernah, apatah lagi nak belikan emas. Digadainya barang kemas yang sedia ada, lagi ada.
Aku beri kepercayaan, tiada pun aku semak WhatsApp dan WeChatnya kerana aku tahu Allah ada. Tetapi selepas aku bersalin dan berpantang, aku belek Facebooknya. Ya Allah, bersepah mesej dia kepada betina lain dengan alasan mahu berkenalan. Namun tiada seorang pun yang melayan kerana dia tidak kacak.
Aku mendiamkan diri, malas mahu mencari pasal. Tetapi dia, boleh siap bawa bekas teman wanita datang ke rumah, tidur di sebelah aku. Aku relaks lagi sebab aku tahu Allah ada.
Kemudian dia kantoi pula bermesej dengan bekas teman wanita minta kiss-kiss. Namun dia berjanji lagi, berjanji takkan buat lagi.
Bila suami dah dapat kerja, barulah kehidupan kami senang sedikit. Tetapi itu pun banyak berhutang dengan boss baru. Jadi lembu sampai mati sebab berhutang. Ada hati nak kaya, memang takkan kaya kalau miskin adab.
Aku telan, segala apa perbuatan dia yang menyakitkan hati aku. Aku telan dan pujuk hati diri sendiri kerana aku tahu tanggungjawab dan tugas aku sebagai seorang isteri. Malangnya berbeza bagi dia yang keras hati. Dia tidak pernah mahu menjaga hati aku, apatah lagi meminta maaf. Langsung tidak pernah.
Dia juga tidak pernah membantu aku melaksanakan tugas di rumah, tidak pernah ada waktu untuk kami. Dia bongkak, tidak pernah mengimamkan solat. Adakalanya kami dibentak-bentaknya, tetapi jika dengan sundal lain, berbeza pula layanannya. Lemah lembut saja orangnya dan sanggup menghabiskan wang ringgit demi mereka berbanding aku dan anak.
Sampailah satu saat dia jatuh terngadah. Aku membawa diri ke kampung kerana bimbang dia tidak mempunyai wang untuk menanggung kami. Bimbang kami hanya akan membebankannya.
Dua bulan aku berada di kampung, dia berjanji mahu mengambil aku. Bulan seterusnya dia beri alasan mahu mencari rumah sewa yang lebih baik. Bulan seterusnya tiada duit, seterusnya majikan tak bagi cuti dan bulan seterusnya ada hal kerja yang tidak dapat dielakkan.
Setelah 7 bulan di kampung, akhirnya setelah dipaksa barulah dia datang mengambil kami. Aku gembira kerana dapat pulang ke pangkuannya dan aku dapat menjaganya.
Bila Ramadhan tiba, segalanya semakin aneh. Aku menemui instruction condom dan getah rambut wanita di dalam biliknya. Aku diam dan bersangka baik. Seminggu pertama aku berbuka dengan gembira dia berada di sisi. Minggu seterusnya tidak lagi bila mana dia mula pulang lewat setiap hari menggunakan alasan sibuk bekerja. Aku diam.
Keadaan semakin aneh tetapi aku seperti biasa, bersangka baik. Menjadi lebih aneh bila dia mengelak melalui sebuah kawasan. Acap kali mengelak menggunakan jalan tersebut.
Tiba-tiba dia kuat berdandan. Dia tahu aku suka lelaki berjanggut, tetapi dia buang. Tiba-tiba dia mahu putih, aku masih bersangka baik. Hingga anak sudah tidak mahu lagi padanya.
Penghujung Ramadhan kemarahan aku menggunung dengan 1,000 persoalan kenapa, kenapa dan kenapa aku diabaikan. Aku meletus, aku beritahunya jika dia sudah membenci aku, lepaskan saja aku.
Tetapi dia? Dia call mak ayah aku, kononnya aku yang jahat mencari pasal. Sampai mak dan ayah pun menyalahkan aku. Aku mengalah lagi, pujuk hati dan rendahkan ego aku. Aku minta maaf, minta ampun walaupun bukan salah aku.
Dia tak nak, dia nak buang aku dan anak. Aku redha, dia hantar kami ke kampung. Bila aku dah redha, esoknya dia minta maaf dan mahu datang kembali mengambil kami. Kerana nasihat mak dan ayah serta tidak mahu anak kehilangan ayahnya, aku turutkan.
Namun sekali lagi dia beri alasan, tiada duit. Aku suruh dia datang mengambil kami bila dia sudah menerima gaji. 8 hari sudah berlalu, dia datang mengambil kami. Lusa dah nak raya, aku gembira. Selepas sahur, kami bergerak pulang ke bandar. Sampai saja di rumah, aku tidurkan anak. Dia keluar bekerja. Runsing aku bila melihat rumah yang bersepah mengingatkan esok raya. Aku kemas, cabut cadar yang lusuh dan basuh. Belum sempat aku duduk, jauh sekali mahu tidur, dia WhatsApp. Katanya mahu membuat pengakuan.
Aku bertanya kenapa, dia kata dia sudah ada orang lain. Hati aku remuk. Aku fikir dan hanya bergurau tetapi aku silap. Dia mengakui dia sudah terlanjur berkali-kali. Jijik aku membaca mesejnya itu. Lebih jijik lagi bila dia memberitahu bahawa perempuan sundal itu bukan orang Malaysia.
Padanlah tak pernah ada masa, tak pernah ada duit, selalu sibuk. Akhirnya aku pasrah. Malamnya aku tetap pulang ke kampung dia untuk beraya. Tak lalu lagi aku nak menjamah makanan.
Malam belum jam 10 malam, dia ajak balik dengan alasan esok kerja. Mak dan ayah percaya. Rupanya tak, dia buat maksiat di pusat rekreasi. Aku serang tetapi dia menghalau aku dan sanggup dia pertahankan sundal bermuka berlubang-lubang itu.
Akhirnya aku selamat sampai ke kampung aku sendiri. Penipuan di atas kebaikan, perkhianatan di atas kepercayaan. Aku tak tahu mengapa mudah sahaja Allah menarik rasa cinta dan sayangku padanya. Aku benci dan jijik pada dia.
Berkali-kali aku mengajaknya bertaubat, tetapi dia enggan. Kini aku sudah bebas, biarkan saja dia terjun ke neraka bersama dosa-dosanya. Aku kuat kerana anak bersamaku, Allah bersamaku.
Saban hari menunggu dia pulang kerja, menunggu dia mengimamkan solat, tetapi dia gagal. Dia permainkan hukum Allah, malah dia salahkan aku.
Kini aku mulakan hidup baru dengan sokongan dari semua orang. Aku tak perlu tunggu dia, jaga dia, hormat dia lagi. Aku takkan mati tanpa lelaki yang miskin adab, miskin duit seperti dia.
Betul kata orang, perempuan diuji di saat susah. Aku berjaya melaluinya. Lelaki diuji di saat senang dan dia gagal. Malahan dia takkan hidup senang kerana gajinya tak pernah berkat. Dia kedekut, malah dengan mak dan ayahnya sendiri pun kedekut. Dia pengotor, pemalas tetapi aku menerimanya seadanya. Malangnya dia mensia-siakan aku dan anak.
Sekiranya kau baca, aku mahu kau tahu bahawa aku haramkan kau kembali pada hatiku selama-lamanya. Aku haramkan segala penipuan, pengkhianatan kau pada aku. Hidup dan mati kau bukan hal aku lagi. Aku takkan ampunkan segala dosa dan pengkhianatan kau pada aku.
Melainkan kau taubat dan pulang pada Allah, mungkin aku akan memaafkan kau.
Kepada semua isteri di luar sana, hiduplah untuk Allah. Fikirlah, jika amal ibadat dia tidak mampu jaga, sekiranya hubungan dengan Tuhan sendiri dia tak mampu jaga, bagaimana nak menjaga kita?
9 Julai 2016, berakhir segala kesengsaraan. ini balasan kau pada segala budi dan kasih sayang aku pada kau? Ini jalan yang kau pilih?Ini cinta yang kau agung-agungkan?
Ini jalan hidupku, hidup sebagai isteri terbiar. Tetapi aku masih utuh menjaga maruah aku, maruah kau, maruah keluarga kita. Sayangnya kau berzina, kau suami yang gagal. Mati itu pasti, kita jumpa di padang masyhar wahai anak adam. –
Sumber : Pixel
Sumber TKO - 24-6-2017
1. Masalah hiperaktif di kenal dalam psikologi sebagai Attention Deficit Disorder (ADD).
2. Biasanya berlaku pd anak2 kecil. Baiknya, dia sangat aktif. Masalahnya sukar utk konsentrasi, suka ikut kata hati dan sulit diaturkan.
3. Lazimnya ditandai semasa masih bayi lagi. Dia selalu menangis panjang dan kuat. Tidurnya pendek dan sukar berehat.
4. Dia juga sukar duduk diam, selalu mengganggu orang lain, susah tidur dan agresif.
5. Puncanya belum dikenalpasti. Boleh jadi faktor keturunan, ibu yg stres, elergi, asma, eksim atau migrane. Juga jika berlaku komplikasi masa melahirkan. Jadi, para ibu muda, rajin2lah jaga kesihatan diri.
6. Biasanya, anak ADD ini, lebih cerdas dari tahap biasa. Namun, kerana tidak tahu, ibu bapa selalu terlalu keras menghukum atau terlalu manjakan.0 Akhirnya hiperaktif anak itu semakin parah.
7. Hakikatnya, cara didik anak2 ADD berbeza dgn anak2 yg normal. Memang perlu tegas utk membentuk disiplin tetapi jangan hukum berlebihan jika dia lakukan kesalahan.
8. Ibu bapa dan guru memang lebih tertekan. Jadi perlu bersabar tinggi, beri kasih sayang, selalu curahkan perhatian, agar tingkahlakunya terkawal.
9. Seringkali amarah dan tidak sabar ibubapa buatkan mereka hiba dan sedih. Jadi, bantulah mereka agar sentiasa ceria dan boleh melakukan apa yg dia minat. Disinilah bakatnya boleh mula dilihat.
10. Saat paling kritikal adalah di awal persekolahan. Pilihlah sekolah yg punyai situasi terbaik dan pelajar2 cerdas tinggi agar bakatnya turut berkembang. Jika pelajarnya nakal, anak ini mungkin semakin parah.
11. Makanan anak hiperaktif hendaklah dikawal. Makanan manis hendaklah dikurangkan. Gula adalah sumber energi. Jika berlebih dia akan menjadi lasak dan agresif.
12. Sebaiknya nasi juga dari beras perang. Ini lebih banyak khasiat dan zatnya masih terpelihara.
13. Dapatkan nasihat doktor bagi senarai makanan yg terbaik boleh ambil.
14. Kerapkan berjumpa guru besar dan guru, jelaskan masalah anak dan dapatkan nasihat mereka.
15. Seorang guru, Cikgu Anum pernah mengajar anak hiperaktif ini. Dia mendidik anak hiperaktif dgn kasih sayang & sabar meski ada guru lain yg tidak setuju dgnnya. Mereka tak mahu anak hiperaktif itu terlalu dimanjakan.
16. Akhirnya anak hiperaktif itu mampu belajar dan terus berjaya sehinggalah dewasa. Sekarang dia sudah jadi jururawat lelaki yg profesional.
17. Doa ibu bapa amatlah makbul. Sentiasalah dirikan solat dan berdoa kepadaNya. Dia Maha Pelindung, Maha Pendidik dan Maha Penolong.
18. Semoga catatan ini dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa yg anaknya bermasalah hiperaktif atau ADD. Bi iznillah. InsyaAllah.
Sumber TKO - 15-4-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Negara Malaysia hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama. Jadi, perkahwinan campur sudah menjadi perkara biasa dan semakin diterima baik oleh semua orang.
Jika anda dapat lihat trend sekaran, lelaki Melayu lebih sukakan gadis berbangsa Cina. Apa sebabnya? Tapi memang gadis Cina ni hot-hot!
Jom lihat 8 sebab yang membuatkan lelaki Melayu lebih sukakan Amoi!
1. Berkulit putih
Gadis-gadis Cina memiliki kulit yang putih dan menawan macam gadis Korea. Tak dapat awek Korea, awek Cina pun jadi. Sekarang ni lelaki lebih berminat dengan gadis berkulit putih.
2. Memiliki badan yang langsing
Kebanyakan gadis Cina berbadan petite dan memiliki badan yang langsing. Memang lemak tu tak wujud. Lelaki mana yang tak nak pasangan berbadan langsing? Memang bangga bila jalan bersama Amoi cantik.
3. Pandai berpakaian cantik
Kebanyakan gadis Cina di Malaysia banyak di pengaruhi cara fesyen orang Korea dan juga barat. Jika mereka berbaju kurung pun namp[ak sesuai.
4. Rambut yang lurus & cantik
Jika anda dapat lihat, gadis Cina memiliki rambut yang lurus dan halus. Memang kebanyakan lelaki sukakan gadis berambut lurus. Lagi satu, gadis Cina bijak menggayakan rambut mereka.
5. Boleh bertutur tiga bahasa
Gadis-gadis Cina di Malaysia boleh bertutur dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, dan juga Mandarin. Jadi, untuk lelaki Melayu tak perlu risau jika ke kedai motor towkey Cina sebab awek anda boleh runding harga murah.
6. Pandai matematik
Ketika di sekolah, dalam subjek Matematik je mesti yang terer tu kebanyakannya kaum Cina. Ini kerana bahasa mereka memudahkan lagi subjek tersebut.
7. Bijak mengurus kewangan
Kabanyakan keluarga Cina banyak menceburi bidang perniagaan dan selalunya akan diwarisi turun-temurun. Jadi, gadis-gadis Cina ni mempunyai kelebihan di mana mereka mampu menguruskan kewangan dengan baik.
8. Kurang membebel & menggedik
Ini fakta okay! Kebanyakan lelaki Melayu berpendapat, gadis Melayu kuat membebel dan suka menggedik. Berbeza dengan gadis Cina yang lebih mudah untuk dilayan dan sentiasa happy go lucky.
Sumber TKO - 14-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fesyen muslimah menurut Islam
ADAKAH berfesyen dibenarkan dalam Islam? Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya untuk mengenakan sesuatu fesyen sama ada dalam bentuk pakaian ataupun aksesori kecantikan.
Jelas disini, Islam telah memberi kebenaran kepada umatnya supaya berhias. Hadis daripada Abdullah Ibnu Masu’d r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat sombong walaupun sebesar zarah. Maka telah berkata seorang lelaki kepada baginda SAW: Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan.” (Riwayat Imam Muslim).
Daripada hadis ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW tidak melarang seseorang manusia itu untuk berfesyen malah baginda menerangkan bahawa Allah itu sifat-Nya cantik dan suka akan kecantikan. Namun Rasulullah SAW melarang jika seseorang itu berfesyen dalam keadaan angkuh dan sombong kepada masyarakat sekeliling.
Seperti yang kita ketahui pakaian menjadi salah satu keperluan asas sejak zaman-berzaman. Jika diteliti, dunia fesyen sekarang semakin berkembang sehingga mempengaruhi pemakaian penampilan menerusi pemakaian hijab mahupun pakaian itu sendiri.
Kini, perkembangan pelbagai teknologi media sama ada dalam bentuk percetakan mahupun elektronik telah menyebarkan maklumat tentang perkembangan dan perubahan imej fesyen Islam yang semakin popular. Kepelbagaian bahan media ini telah memberi ruang kepada muslimah untuk mencuba sesuatu fesyen baru.
Dunia fesyen berkembang luas dan semakin ramai pihak menceburi bidang ini.
Bukan itu sahaja, malah masyarakat kini lebih gemar berfesyen berbanding masyarakat dahulu yang menggunakan pakaian hanya sebagai penutup aurat. Persoalannya, adakah pakaian berfungsi sebagai fesyen atau penutup aurat? Husna Hassan, kolumnis majalah Solusi, ada menyatakan dalam penulisannya bahawa majoriti setiap helaian pakaian yang direka dan dipertontonkan oleh muslimah kini antara wanita muslimah dan yang lain. Namun, apa yang menyedihkan, kebanyakan fesyen yang ditonjolkan tidak mengikut cara pemakaian yang sebenar dalam Islam.
Sebagai seorang muslimah, saya melihat ramai dikalangan wanita kini berfesyen tanpa menjaga etika pemakaian cara Islam yang betul. Sebagai contoh, memakai tudung tetapi berbaju ketat dan berseluar ketat. Bagi mereka, dengan menutup kepala sudah dianggap menutup aurat.
Walaupun kita diberikan kebebasan dalam memperagakan sesuatu fesyen, tidak bermakna kita boleh memakai apa sahaja pakaian tanpa perlu menghiraukan adab dan tata susila. Islam telah menggariskan beberapa panduan bagi seseorang muslimah dalam pemakaian. Antara perkara yang perlu diambil perhatian dalam berfesyen ialah:
-Memastikan pakaian tersebut menutup aurat.
-Pakaian hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan.
-Pakaian tidak menyerupai lelaki.
-Pakaian itu mestilah diperbuat daripada kain yang tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
-Bertudung sehingga paras dada.
-Tidak memakai pakaian atau aksesori yang menyerupai ciri-ciri budaya orang bukan Islam
Firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:
“Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah turunkan kepadamu pakaian untuk melindungi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Oleh yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raf: 26)
Penurunan ayat ini, adalah sebahagian daripada perintah Allah SWT supaya wanita muslimah wajib menutup aurat mereka kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, wajiblah bagi muslimah itu bertudung.
Kesimpulannya, Islam tidak melarang seseorang itu untuk berfesyen namun perlulah mengikut sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat Islam. Malah kita digalakkan untuk menghias diri kita secara kemas, cantik dan bersederhana supaya agama lain dapat melihat bahawa Islam itu agama yang indah. Bagi saya, tuntutan berfesyen terpulang kepada si pemakai sama ada pakaian itu sekadar berfesyen atau sebaliknya. – HARAKAHDAILY 8/4/2017
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 8-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Khatam al-Quran setiap minggu
Posted on Monday, March 27 @ 16:46:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34212 |
Selama: Seorang warga emas berusia 96 tahun mendakwa hanya mengamalkan bacaan surah-surah dalam al-Quran pada waktu lapang di rumahnya di Kampung Batu 6 Bukit Bertam, di sini, sebagai petua kelihatan sihat selain mampu bergerak dan memiliki penglihatan yang masih jelas.
Selain itu, dia turut mengamalkan pengambilan makanan ulam-ulam kampung dan pemakanan sihat.
Che Dah Ibrahim atau dikenali Hajah Che Dah bersyukur kerana diberi kesempatan, malah dirinya masih kuat dan boleh melakukan pekerjaan seperti biasa termasuk mengangkat barang tidak terlalu berat.
Katanya, pemeriksaan ujian darah di hospital juga mendapati dia hanya menghidap darah tinggi dan masalah jantung yang tidak serius.
“Mak cik mempunyai hobi yang sangat menarik sejak usia muda lagi iaitu suka anyam tikar mengkuang.
“Pada waktu lapang pula, mak cik suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran. Boleh dikatakan setiap minggu mak cik khatam al-Quran,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Che Dah berkata, keunikan hasil daripada kekerapan membaca al-Quran itu juga membuatkan penglihatan dia masih jelas.
“Saya pakai cermin mata tapi jarang-jarang ada kalanya ketika baca al-Quran saja.
Malah, mak cik kenal setiap gambar dipaparkan khususnya tokoh politik,” katanya.
Menurutnya, pada usianya itu Che Dah turut dikagumi jiran dan masyarakat setempat yang mengenalinya.
“Ramai juga jiran dan saudara-mara datang ke rumah melawat dan saya bersyukur kerana usia hampir mencecah 100 tahun, malah saya berharap terus dipanjangkan umur,” katanya.
Mengulas lanjut, Che Dah berkata, ketika masih muda, dia mengusahakan sawah padi.
“Mereka dah biasa buat kerja berat dan keadaan itu menjadi faktor tubuh badan mereka sentiasa sihat dan bertenaga,” katanya.
Bercakap mengenai pengambilan makanan setiap hari pula, Che Dah berkata, dia sering mengamalkan pemakanan sihat begitupun dengan keadaan gusi yang tiada gigi dia masih mampu makan makanan yang rapuh, malah kuih muih tetap menjadi hidangan pilihannya setiap pagi.
Masih ingat ketika zaman penjajah suatu masa dulu, dalam fikiran Che Jah tetap segar beberapa peristiwa ketika zaman jajahan British dan Jepun di tanah air.
Katanya, antara yang tidak dapat dilupakan pada usia 16 tahun terutama penduduk kampung wanita terpaksa tinggal di dalam hutan Pasung Batu 6 ketika itu kerana bimbang di ambil tentera Jepun.
“Ketika itu, mak cik setiap hari kami makan pisang rebus dan juga ubi kayu.
“Hasil tanaman ubi kayu di rumah, kami bersembunyi untuk dapatkan ubi kayu,” katanya yang juga pejuang politik ketika dahulu.
Hasil perkahwinannya dengan arwah suami, Saat Sulaiman dikurniakan lapan cahaya mata, empat lelaki dan empat perempuan selain mempunyai lebih 62 cucu serta 83 cicit.-Metro
Sumber TKO - 27-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:
- Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
- Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
- Isteri (atau ada juga suami) berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
- Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
- Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
- Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
- Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
- Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
- Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
Sekiranya ada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.
Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat.
Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:
1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.
2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.
Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.
3. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.
4. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari.
Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya.
Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan.
Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis.
Tak percaya? Cubalah buat. Mengapa jadi begitu? Antaranya kerana kita sedang berada di bawah naungan sayap para malaikat dan kerana turunnya sakinah. Mood untuk bertengkar dan meninggikan suara jarang berlaku dalam majlis taklim. Wallahu a'lam.
5. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.
6. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.
7. Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.
Sumber : sentiasapanas.com
Sumber TKO - 20-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salahkah saya sebagai seorang isteri untuk hilang rasa kepercayaan kepada suami setelah beberapa kali dikhianati?
Setelah hampir sebelas tahun kami mendirikan rumahtangga bersama, saya sungguh tidak sangka suami akan curang dengan saya. Sedangkn saya sepenuhnya memberikan kepercayaan pada dia bila keluar bekerja.
Tidak dapat dinafikan suami saya seorang suami yang bertanggungjawab, tidak kira dari segi nafkah zahir atau batin dan sebagai seorang ayah kepada anak-anak saya, dia merupakan seorang ayah yang penyayang.
Tetapi kenapa harus ada orang ketiga di dalam rumahtangga kita? Sedang saya tengah sarat mengandung, sedang saya sentiasa sibuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga, abang ambil kesempatan di atas kepercayan saya untuk keluar seronok, bercinta dan bercuti dengan perempuan lain.
Memang sudah lama hati saya mengatakan ada sesuatu yang suami sembunyikan di sebalik password telefon dia. Bila suami menghadap telefon sampai pukul 2 hingga 3 pagi. Bila suami asyik balik lewat pagi dan kadang-kadang tidak balik langsung.
Saya minta pada Allah SWT supaya ditunjukkan kebenaran disebalik apa yang saya rasakan selama ini. Akhirnya, Allah SWT makbulkan juga. Betapa hancur dan luluhnya hati saya bila baca perbualan suami dengan perempuan itu dan hati ini lebih hancur lagi bila lihat gambar-gambar suami bersama perempuan itu. Apa yang paling mengecewakan bila melihat gambar maruah perempuan itu untuk suami.
Hanya Allah SWT saja yang tahu. Suami mungkin sudah tidak sayangkan saya tetapi tergamak dia lakukan semua ini di belakang saya. Betullah apa yang orang kata, jika suami menyakiti hati isteri, rezeki dia akan tersekat. Patutlah segala apa yang suami buat selama ini tidak pernah menjadi. Suami ingat selama ini saya tidak pernah mendokan kebaikan dia.
Kini, saya tahu kenapa suami selalu berasa rimas dengan segala tindak tanduk saya yang sentiasa mencurigai suami, yang sentiasi memantau telefon suami. Saya sudah fobia. Saya harap sangat suami akan berikan komitmen sepenuhnya kepada saya dan anak-anak serta bayi yang bakal lahir ini dan pada perempuan itu, diharapkan insaflah. Jangan ganggu rumah tangga kami, cukup-cukuplah menyakiti hati perempuan lain. Kifarah itu ada tuhan mendengar setiap dia hambanya yang teraniaya.
Sumber TKO - 15-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anak-anak,
Nikmatilah hidup berkeluarga
Kerana kini kita telah semakin matang dan dewasa
Jadilah anak yang ikut nasihat dan dengar kata
Walaupun bercanggah dengan fikiran dan keinginan kita.
Nasihat ayah dan ibu besar nilainya semasa hidupnya
Dan semakin tak ternilai bila matinya
Anak-anak,
Janganlah berbahasa dan bersikap kasar
Nanti ia akan menjadi kenangan pahit di hari kematian
Janganlah degil dan suka melawan
Nanti sesal jadinya di hari berkain kafan
Janganlah sibuk berkawan ayah ibu rasa dipinggirkan
Nanti sunyi segala di hari pengkebumian
Janganlah buat kami rungsing dan kesepian
Nanti ia mengharukan perasaan ketika jasad kaku di perbaringan.
Anak-anak,
Kalian hanya ingat peristiwa kini dan beberapa tahun kebelakangan
Mungkin semuanya tak terjangkau kisah silam
Saat dilahirkan, di dalam buaian dan di atas dukungan
Ibu menyusu dan membasuh najismu,
Ayah mendidik dan membesarkan,
Petang-petang mengajak semua bermain dan berjalan-jalan
Membeli mainan, mencari makanan dan menyiapkan pakaian
Ayah ajar mengaji, ajar agama dan ajar kehidupan
Dan ibumu siang dan malam
Membasuh pakaian dan menyediakan makanan.
Kini ketika anak-anak sudah besar, matang dan dewasa
Ayah ibu nak lihat anak-anak yang beriman, berjaya dan berbahagia
Bukan diukur dengan kecantikan, pekerjaan, wang dan harta
Tetapi yang kami dambakan ialah
Sejauh manakah anak-anak menjadi orang beriman
Sempurnakah amalan wajib suruhan tuhan
Berakhlak muliakah dan dihormati saudara dan jiran?
Anak-anak,
Yang sudah kahwin, binalah keluarga beriman
Yang sudah patut berkahwin, berkahwinlah selagi sempat ayah ibu uruskan
Yang masih remaja, binalah halatuju yang murni dari sekarang
Nanti semuanya akan jadi kenangan
Saat kematian hanya kata nasihat terngiang-ngiang
Sesal tak sudah rumah besar menjadi sunyi
Tanpa ayah ibu, perkahwinan pun tak berseri
Adik-beradik yang tinggal masing-masing membawa diri
Anak-anak,
Hargailah apa yang masih ada
Nikmatilah hidup bekerluarga
Ceria, mesra, hormat-menghormati,
sayang-menyayangi, tolong-menolong,
saling berkomunikasi kebahagiaan dikongsi
inilah kenangan terindah hidup bekeluarga
ketika menumpang di muka bumi.
Sumber TKO - 16-2-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MELAKA: Seorang remaja perempuan di sini mengaku telah melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki di sekolah, rumah dan beberapa lokasi lain tahun lalu.
Kegiatan tidak bermoral pelajar Tingkatan Dua itu terbongkar apabila salah seorang rakan sekelasnya mendedahkan perkara itu kepada guru kaunseling.
Pada Rabu, guru berkenaan bertindak menyoal pelajar berusia 14 tahun itu.
Hasilnya, pelajar itu mengaku telah melakukan hubungan seks sejak Tingkatan Satu dengan beberapa lelaki di pelbagai lokasi termasuk di kelas, bawah tangga, bilik solat, rumah terbiar dan juga kediamannya.
Pelajar perempuan itu juga mengaku ia berlaku atas kerelaan dan persetujuan kedua pihak, malahan dia tidak pernah meminta wang selepas melakukan hubungan seks itu.
Selain rakan lelaki sekolah sama, pelajar itu mengakui pernah tidur dengan beberapa pelajar lelaki dari dua sekolah menengah dan lelaki lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pelajar berkenaan telah dipindahkan ke sekolah di Ayer Keroh pada Jun 2016 kerana masalah disiplin.
"Sebaik mendapat maklumat terperinci mengenai kegiatan seksual pelajar itu, guru berkenaan telah membawa pelajar itu untuk membuat laporan polis," katanya.
Pada Jumaat, polis telah menahan 11 pelajar sekolah berusia antara 13 dan 16 tahun dari tiga sekolah menengah dan dua lagi suspek berusia 21 tahun.
Semua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana merogol dan melakukan persetubuhan di luar aturan tabii.
"Pelajar perempuan itu telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani ujian kesihatan dan seterusnya disarankan supaya melalui penilaian psikiatrik.
"Kami akan melengkapkan siasatan sebelum menyerahkannya kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.
Sumber TKO - 12-2-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maduku Ke Syurga Teragung
Posted on Friday, January 27 @ 16:03:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33348 |
Assalamualaikum wrbt buat anak-anak pembaca budiman semua.
Saya berusia 55 tahun jadinya saya tak pandai nak berkias ayat. Tapi saya nak berkongsi dgn pembaca kisah madu saya yg saya doakan agar dia dikurniakan Syurga Teragung setelah apa yg dilaluinya selama ini. Amin.. Moga sama-sama kita ambil iktibar ye.
Pada tahun 1988 saya bernikah dgn seorang lelaki yg sama profesion dgn saya sebagai seorang pegawai perubatan. Pada ketika itu saya tidak mengetahui latar belakang lanjut tntg suami saya. Yg saya tahu, dia seorang lelaki bujang dan keluarganya dtg melamar saya.
Kehidupan kami serba serbi sempurna. Saya dan dia bekerja di hospital berbeza tapi apabila pulang ke rumah, kami berkongsi cerita yg sama. Cerita tentang pesakit kami di hospital masing-masing. Tiada perubahan pada suami, bahkan tiada apa yg saya nampak pelik pada dia. Hari-hari dia ada dgn saya. Ada masa brrsama keluarga apabila waktu cuti sekolah.
Hinggalah saya ditukarkan ke PPUM, saya agak berjauhan dgn suami yg bekerja di utara semenanjung.
Tapi masih, tiada perubahan yg saya nampak pada dia. Namun suami selalu berpesan, andai ada pelajar perubatan bernama Aisy (Bukan nama sebenar) dan Asyraff (bukan nama sebenar), dimintanya ajar betul-betul dua pelajar ini seperti anak kandung sendiri.
Saya sebagai doktor dan ibu sememangnya bersikap profesional dan beranggapan setiap pelajar perubatan adalah anak saya sendiri tanpa membezakan mereka. Anak-anak saya juga merupakan pelajar perubatan maka haruslah saya mengajar pelajar lain sama seperti saya mengajar anak saya.
Hinggalah satu hari, suami jatuh sakit. Terlantar lama di hospital. Dia acap kali menyebut, tengok-tengokkan Aisy dan Asyraff. Ajar mereka sampai jadi doktor yg berguna.
Saya masih sama. Tidak merasa pelik kerana suami saya memang seorang yg prihatin. Saya iyakan sahaja apa yg dikatakan. Hinggalah ketika suami semakin tenat dan dia berhajat berjumpa dgn kedua pelajar perubatan tadi.
Ketika sesi pertemuan, saya hanya melihat mereka berdua. Bercakap seperti biasa hinggalah akhirnya, suami saya berkata, “Jaga ibu dan sampaikan maaf saya pada ibu.”
Saya mulanya agak pelik tapi masih positif kerana beranggapan mungkin dia sayang dua pelajar ini. Petang itu juga selepas solat asar, suami saya menghembuskan nafas yg terakhir. Saya redha dgn pemergiannya namun ada sesuatu yg lebih menarik perhatian saya. Aisy dan Asyraff hadir ke pengebumian suami saya bersama seorang wanita tua dlm linkungan usia lewat 50-an. Wanita itu buta dan hanya duduk di kerusi roda. Tapi mereka tidak dtg dekat. Hanya sekadar melihat dari jauh.
Saya cuba utk menuju ke arah mereka utk bertanya namun mereka sudah berlalu dan majlis pengebumian belum selesai doanya lagi.
Selang beberapa hari, saya dan anak-anak dipanggil ke pejabat peguam utk mendengarkan wasiat arwah suami. Saya dan 2 org anak sudah hadir utk mendengarkan wasiat tersebut namun peguam mengatakan harus menunggu lagi pemegang wasiat lain.
Sekali lagi saya diam dan hanya menunggu. Hinggalah datang dua orang anak muda bersama seorang wanita yg saya kenal amat. Aisy dan Asyraff bersama wanita tua yg saya nampak di kubur haritu. Ketika itu, hati saya berbolak balik. Kenapa Aisy dan Asyraff selalu ada dan disebut-sebut oleh arwah. Kini ketika mendengarkan wasiat juga mereka ada bersama.
2 org anak saya, Amira dan Adhlina juga bagaikan senang dgn kehadiran Aisy dan Asyraff kerana mereka sekawan di PPUM.
Peguam mulakan pembacaan wasiat dan alangkah terkejutnya saya apabila perkataan pertama yg keluar dari mulut peguam ialah, “Pemegang wasiat pertama ialah isteri pertama iaitu Puan Hasidah..”
Allah… Berderau jantung saya. Kenapa nama itu bukan nama saya. Terus saya menoleh ke arah perempuan buta yg disorong kerusinya oleh Aisy dan Asyraff. Saya cuba utk bertenang dan mendengarkan dahulu segala apa amanat suami saya yg ditinggalkan. Saya tak boleh terburu-buru.
Suami saya hanya meninggalkan sejumlah wang utk Puan Hasidah dan juga sebuah pondok di kawasan yg saya sendiri tak pernah tahu. Selebihnya, rumah yg kami duduki, kereta, aset lain semuanya utk saya dan anak-anak.
Selesai pembacaan wasiat, saya menurunkan tandatangan sbgai tanda penerimaan. Begitu juga Puan Hasidah yg menggunakan cop jari.
Selesai semuanya, saya mendekati Aisy dan Asyraff bersama ibunya. Cuba utk bertanya macammana boleh semua ini terjadi.
Lama kami duduk berbual hinggakan basah kuyup baju saya kerana air mata yg melimpah keluar mendengarkan kisah madu saya.
Kisahnya, pada tahun sama perkahwinan saya dan suami, arwah suami saya sudah pun terlebih dahulu bernikah dgn Puan Hasidah. Jarak lebih kurang 6 bulan beza perkahwinan kami. Ketika suami menikahi saya, dia sedang hamil 4 bulan dan anak dlm kandungannya kembar iaitu Aisy dan Asyraff.
Perkahwinan Puan Hasidah tidak diterima ibu mertua saya kerana Puan Hasidah seorang gadis yatim piatu dan tidak bersaudara. Makanya ibu mentua saya menghinanya sebagai perempuan tidak sah taraf. Ibu mentua saya yg juga ibu kepada arwah suami turut mengancam Puan Hasidah utk tidak mengganggu keluarga baru anaknya jika mahu berteduh di pondok tersebut. Makanya Puan Hasidah merelakan kata-kata ibu mertuanya dan sama sekali tidak mengganggu kami. Kerana itu saya tidak mengetahui apa-apa selama lebih 30 tahun.
Saya bertanya kenapa dan macam mana Puan Hasidah boleh menjadi buta. Dan jawapannya tersangat merundum hati saya. Ketika ibu mertua saya hilang penglihatan kerana terjatuh dari tangga rumahnya, saya dan suami puas mencari penderma mata hinggalah suami mengatakan dia telah berjumpa dgn seorang penderma iaitu seorang perempuan. Ketika itu saya bersyukur kerana ada yg sudi menderma kerana saya tidak mengetahui apa-apa. Rupanya penderma tersebut ialah Puan Hasidah yg juga menantu paling dibenci dihina oleh ibu mentua sendiri !! Ketika mendengarkan kisah itu, saya terbakar dan mendidih hati serta kebencian saya terhadap ibu mentua menjadi-jadi. Mujur orang tua itu sudah 3 tahun meninggalkan kami. Jika tidak, akan saya suruh dia melutut maaf di hadapan Puan Hasidah.
Namun Puan Hasidah tenang dan menjawab, “Saya tiada ibu, puan. Saya lakukan semua ini demi mendapatkan rahmat seorang ibu.”
Allah.. Berderai lagi air mata saya. Sambung Puan Hasidah,
“Saya anggap semua ini takdir hidup saya. Saya tidak mengeluh bahkan saya bersyukur. Saya mempunyai suami walaupun hanya 3 bulan. Paling tidak saya terlepas dari fitnah manusia. Saya dikurniakan anak lelaki. Bukan seorang tapi dua. Yg boleh jagakan saya. Saya tiada saudara mara, puan. Ini sahaja harta saya. Dan saya sama sekali tidak mengharapkan harta dari arwah suami. Cukuplah dikekalkan pondok kami sebagai tempat berteduh.”
Saya rasakan bagai tersepuk ke lantai mendengarkan kata-katanya. Bagaimana seorang isteri mampu hidup sendirian begitu tanpa suami. Saya pandang wajah Aisy dan Asyraff, tertanya juga saya samada mereka tahu atau tidak Doktor Ahmad (bukan nama sebenar) adalah ayah mereka.
Jawapan mereka, “Ya.. Kami kenal ayah kami. Tapi kami tak boleh panggil ‘ayah’ kerana arwah nenek akan hukum ibu kalau tahu panggil ‘ayah’.”
Sekali lagi saya terdiam. Ya Allah, kenapa kejam sangat orang tua ni masa hidupnya?!
Saya bertanya lagi samada mereka berdendam atau tidak dgn arwah nenek dan arwah ayahnya, jawab mereka,
“Ibu tak pernah didik kami membenci. Kerana disetiap perbuatan arwah nenek dan arwah ayah, ada sedikit kebaikan mereka yg harus dilihat.”
Saya? Bermandi air mata melihat mereka. Berjayanya Puan Hasidah mendidik anaknya utk tidak membenci selepas semua perkara ini terjadi.
Tenang sangat saya lihat wajah Puan Hasidah. Seolah-olah dia tidak mempunyai masalah sekalipun dia kini buta.
Memadailah pembaca tahu, saya jatuh cinta dgn sikap madu saya yg teramat mulia hatinya. Saya selalu fikir, bermadu ini seperti anjing dan kucing. Bercakaran dan berlawan. Tapi alhamdulillah syukur Ya Allah.. Madu saya teramat baik dan saya doakan syurga teragung utk dia dan anak-anak kerana keikhlasan hatinya.
Hingga ke saat ini, Puan Hasidah enggan utk memijak rumah agam kami kerana katanya, ibu mentuanya dulu pernah mengharamkan kakinya menjejak ke rumah suami. Andai dia melakukannya, ibu mentua akan menidakkan dia sebagai anak.
Andai saya ditempatnya, mungkin saya akan bantah sekerasnya perilaku ibu mertua. Tapi tidak pada Puan Hasidah. Dia mengagungkan dan memuliakan ibu mertua sama seperti ibu kandungnya sendiri. Kerana itu, dia hanya menurut.
Pada pembaca budiman, saya harap kita sama-sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yg kita lupa. Sebagaimana saya sedang belajar utk ikhlas seperti madu saya, anak-anak pembaca budiman juga belajarlah utk ikhlas. Inshaa Allah, syurga untuk kita semua.
Amin.
– Dr. Fauziah Ahmad
Sumber TKO - 27-1-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cuba ruqyah rahim sang ibu
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43843-cuba-ruqyah-rahim-sang-ibu
Sebelum Operasi Caesar, Cuba Ruqyah Rahim Sang Ibu, Boleh Jadi Ada Gangguan Jin
Pernahkah anda merasa ada gangguan jin dalam diri anda? Setiap manusia pasti telah diganggu oleh jin. Bahkan, meski dia beriman sekali pun. Sebab, setan telah berjanji akan merosakkan keimanan seseorang. Sehingga, kita tidak lagi taat dan patuh pada perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan berada di jalan yang salah.
Hanya saja, gangguan jin ini tidak dapat dirasai oleh kebanyakan orang. Sebab, jin mengganggu bukan cara merasuki tubuh manusia saja, sehingga ia kerasukan. Tetapi, ia akan mengganggu melalui hal-hal penting dalam tubuh manusia, sehingga manusia mengalami sakit di raga dan jiwanya.
Dilansir dalam ummi-online.com bahawa Ustaz Zulkifli Muhammad Ali, LC, MA dalam salah satu ceramahnya mengingatkan para muslimah mengenai gangguan setan ini. Bahkan salah satunya adalah di saat seorang wanita akan bersalin, gangguan kerap dijumpai.
Sering kali para wanita merasa kesulitan pada masa akan bersalin. Entah kerana keadaan bayi songsang, terlilit tali pusat, terasa sakit yang luar biasa dahsyat. Sehingga banyak yang menyerah untuk melahirkan normal dan lebih memilih untuk operasi caesar.
Padahal ternyata, sebelum memutuskan caesar, ada baiknya cuba meruqyah perut / rahim sang ibu terlebih dahulu. Banyak yang mendapatkan kemudahan setelah diruqyah. Sehingga tak perlu mengalami operasi caesar yang pemulihannya tentu lebih lama dan lebih sakit daripada persalinan normal.
Bukankah banyak ibu yang pasca caesar mengalami kesakitan luar biasa di bekas luka pembedahan? Atau stres yang lebih lama berbanding mereka yang melahirkan normal. Bahkan rasa sakit dan tekanan tersebut boleh mempengaruhi 'kasih sayang' yang diberikan sang ibu pada bayinya.
Oleh sebab itu, sebelum memutuskan untuk operasi caesar, cuba mengusahakan agar meminta bantuan Allah melalui ruqyah syar'iyah. Caranya mudah, cukup membacakan ayat-ayat Quran sambil mengelus-elus bahagian perut tempat janin berada. Niatkan untuk meruqyah dan mengusir gangguan jin yang mungkin ada dalam rahim kita.
Ustaz Zulkifli menceritakan banyak muslimah yang awalnya dinyatakan bayinya kedudukan songsang, air ketuban sudah keruh, bayi stres, tekanan darah ibunya tinggi. Namun begitu dibacakan ayat-ayat ruqyah (Al Fatihah, Ayat Kursi, Al Ikhlas, Al Falaq, An Naas, dengan niat untuk meruqyah), alhamdulillah dengan izin Allah posisi bayi menjadi siap di jalan lahir, air ketuban menjadi jernih, tekanan darah ibu normal dan bayi tidak lagi stres.
Sumber HD - 8-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masalah Sosial Melibatkan Wanita
1. Gejala Kemiskinan
Statistik menunjukkan bahawa wanita lebih mudah menjadi miskinberbanding lelaki dan berisiko mendapat masalah kelaparan dan kebuluran kerana diskriminasi sistematik yang mereka hadapi dalam pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan dan kawalan aset.
Implikasi kemiskinan sangat luas bagi wanita, ianya meninggalkan banyak tekanan. Hak-hak dasar seperti akses terhadap air minum bersih, sanitasi, rawatan perubatan dan pekerjaan yang layak juga sering ditidakkan kepada kaum wanita. Menjadi miskin juga boleh bererti mereka mempunyai sedikit perlindungan dari kekerasan dan tidak mempunyaiperanan dalam membuat keputusan
Beberapa contoh golongan wanita miskin ialah wanita kurang upaya, wanita ketua isi rumah,
wanita yang suaminya dalam tahanan, wanita yang terabai, pekerja seks, mangsa keganasan rumah tangga, wanita pengidap HIV, dan wanita warga emas.
Apakah yang dimaksudkan Dengan Kemiskinan;
I. ‘Miskin Tegar’
Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah
h adalah di bawah RM580 sebulan dengan pendapatan perkapita di bawah RM140 ke bawah.
II. ‘Miskin’
Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah adalah di bawah RM940 sebulan dengan pendapatan perkapita di bawah RM240 ke bawah.
III. ‘Mudah Miskin’
Sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan melebihi PGK atau threshold di bawah RM1,500.00 bagi kawasan bandar.
IV. Golongan Berpendapatan 40% Terendah (Golongan B40)
Sesebuah isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,860.00 sebulan.
V. PGK
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2014 yang digunapakai mulai 1 September 2015 adalah seperti berikut :
Insiden kemiskinan sama ada secara relatif atau mutlak adalah tinggi di kalangan wanita terutama bagi wanita yang menjadi ketua isi rumah. Bagi wanita yang bercerai hidup atau mati, mereka boleh menjadi miskin serta merta sekiranya terpaksa menanggung anak tanpa sebarang nafkah atau harta yang ditinggalkan. Justeru, kemiskinan di kalangan ibu tunggal antara aspek yang menjadi perhatian pihak kerajaan dalam penggubalan strategi pembasmian kemiskinan.
Kemiskinan di kalangan ibu tunggal perlu diberi perhatian memandangkan ianya boleh memberi implikasi sosial jika tidak ditangani secara berkesan. Kajian mengenai kemiskinan bandar menunjukkan Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Alor Star merupakan bandar yang mempunyai jumlah ibu tunggal miskin yang ramai.
Ianya berlaku disebabkan ibu tunggal yang dikaji mempunyai bilangan tanggungan yang ramai, terlibat dalam sektor tidak formal yang menjana pendapatan yang kecil, tidak bekerja, tidak melakukan kerjakerjasampingan, tingkat pendidikan dan kemahiran yang rendah dan faktro umur yang tua .
2. Gejala Negatif
I. Moral Remaja
Kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan remaja di negara ini semakin menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana meningkat sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun.
Berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,816 kes dicatatkan pada 2013 berbanding hanya 3,700 kes pada 2012 iaitu membabitkan peningkatan sebanyak 4,116 kes
Malah, angka kegiatan jenayah berat golongan remaja yang tamat persekolahan pula mencatatkan peningkatan ketara sehingga 137 peratus kepada 2,011 kes berbanding hanya 849 kes dicatatkan pada 2012.
Kategori jenayah berat ini turut dikaitkan dengan remaja bawah umur berusia antara 12 hingga 17 tahun. Angka direkodkan turut meningkat kira-kira 47 peratus di seluruh negara dan ada daripada mereka terlibat dengan kes bunuh dan juga rogol.
(i) Aktiviti Seksual – Kadar aktiviti seksual dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di negara ini sepanjang dua dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada 1994 kepada 8.3 peratus pada 2012. Statistik itu diperoleh daripada kaji selidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum nikah bermula 1994 hingga 2012.
Sementara itu, data direkod daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat keempat daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun.
(ii) Lari Rumah – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan statistik pada 2010 yang menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat sebanyak 4,097 remaja terbabit dengan kegiatan ini seawal usia 13 hingga 17 tahun. Difahamkan, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kebanyakan kes ini membabitkan remaja.
Selain itu, remaja berumur 14 hingga 17 tahun adalah golongan yang paling banyak dilaporkan hilang di negara ini. Remaja perempuan kaum Melayu pula mencatatkan statistik tertinggi hilang berbanding kaum lain, tetapi kelompok itu juga tersenarai dalam kadar tertinggi mangsa yang mudah dijumpai semula.
Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan, Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, secara kiraan rawak, dua daripada tiga laporan kes orang hilang membabitkan wanita.
(iii) Anak Luar Nikah – Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan 81,000 anak luar nikah didaftarkan sehingga 2011. Manakala kajian penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) pula mendapati 300 remaja Melayu berusia 13 hingga 25 tahun terbabit dengan salah laku seksual dan seks bebas.
Dinyatakan, 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu langsung tidak menyesal, malu atau takut malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.
Statistik Polis Diraja Malaysia pula mencatatkan kes pembuangan bayi yang dilaporkan antara 2000 sehingga 2006 ialah 580 orang, majoriti sebanyak 92 peratus adalah bayi baru dilahirkan, manakala lapan peratus adalah janin. Di Lembah Klang saja hasil laporan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 mendedahkan seorang bayi dibuang setiap 10 hari.
(iv) Gejala seks dalam kalangan pelajar di era modenisasi ini amat membimbangkan dan semakin berleluasa. Menurut satu laporan yang dibuat mengenai fenomena remaja Malaysia dan seks telah didedahkan oleh Healthcare Malaysia Sdn Bhd yang dibuat oleh Durex pada tahun 2002 ke atas 2500 responden lelaki dan wanita yang berumur lingkungan 18–30 tahun tanpa mengira bangsa.
Dapatan kajian mendapati bahawa, remaja yang berumur lingkungan 18 hingga 24 tahun paling kerap melakukan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah. Purata mereka melakukan hubungan seks sebanyak 121 kali setahun atau tiga kali seminggu dan percintaan merupakan faktor utama responden melakukan seks bebas (Mohammad, 2003).
II. Anak Tak Sah Taraf/ Anak Luar Nikah
Secara purata kira-kira 140 bayi luar nikah dilahirkan setiap hari oleh ibu yang beragama Islam pada tahun lalu. Statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sejumlah 159,725 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam sejak 2013. (Berita Harian)
Semua kelahiran itu hanya membabitkan wanita Islam, kerana tiada status sedemikian untuk bukan Islam. Statistik itu merekodkan 2014 sebagai tahun paling ramai anak luar nikah dalam tempoh berkenaan, iaitu 54,614 orang, 672 kelahiran lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Bilangan anak tidak sah taraf direkodkan JPN pada tahun 2013 adalah 53,492 orang, berdasarkan kepada jumlah pendaftaran yang dibuat di jabatan berkenaan.
Bagaimanapun, pendaftaran anak tidak sah taraf yang direkodkan tahun lalu menunjukkan penurunan sebanyak 3,445 kelahiran, berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun lalu, JPN merekodkan 51,169 pendaftaran membabitkan anak tidak sah taraf, menjadikan ia jumlah terendah bagi tempoh tiga tahun itu.
III. Jenayah Di Kalangan Wanita
A. Wanita Melakukan Jenayah
Pada 31 Januari tahun 2002 keseluruhannya terdapat 1,346 banduan dan tahanan reman wanita di seluruh negara atas pelbagai jenis kesalahan. Daripada jumlah itu 905 banduan adalah wanita warga asing dan 441 lagi warga tempatan.
Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sejak tiga tahun lalu, di mana pada 1999 hanya terdapat 1,242 banduan wanita dan meningkat kepada 1,335 banduan wanita sepanjang tahun 2000 dan 1,398 orang pada 2001.
Pengarah Penjara Wanita Kajang Zainah Pardi berkata pada 28 Mei, 2009 terdapat seramai 1,779 banduan wanita yang berada dalam penjara tersebut.
Pengarah Penjara Wanita Kajang, Penolong Kanan Komisioner Jamilah Abu Hassan berkata pada 27 Jun 2015, terdapat 1,153 banduan wanita ditempatkan di sel penjara tersebut.
B. Wanita Mangsa Jenayah
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Rusli Ahmad, Indeks jenayah melibatkan kaum wanita di negara ini dilaporkan menunjukkan penurunan dengan 28,252 kes direkodkan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September tahun ini berbanding 37,791 kes pada tahun lalu.
Daripada 28,252 kes yang dilaporkan tahun ini, kes tertinggi melibatkan wanita yang menjadi mangsa samun berkumpulan dengan menggunakan senjata iaitu 5,532 kes selain jenayah kekerasan dicederakan 1,748 kes dan jenayah rogol 1,444 kes.
IV. Wanita Dan Dadah
A . Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2009, 15,736 orang penagih telah dikesan di mana sejumlah 15,458 orang daripadanya adalah terdiri daripada penagih lelaki manakala selebihnya berjumlah 278 orang adalah penagih wanita.
Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Abdul Rahman Hamid berkata, pada tahun 2013, hanya 0.1 peratus daripada kira-kira 20,887 penagih dadah terdiri daripada kaum wanita, namun, angka itu terus meningkat sehingga 2015.
Penagih wanita lebih cenderung memilih dadah baharu jenis sintetik kerana ia lebih mudah didapati. Mereka mudah terpengaruh apabila ada yang mengatakan pil ekstasi mampu menjadikan seseorang itu kurus.
B. Keldai Dadah – Lebih 365 Wanita Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara.
Lebih 365 wanita rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana terbabit menjadi “keldai dadah” sejak hampir 20 tahun lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Luar Senator A Kohilan Pillay berkata, jumlah itu adalah lebih separuh daripada 729 rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan dadah di luar negara.
“Sejak 1991 hingga Mac 2010, sebanyak 1,560 kes dilaporkan membabitkan rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan jenayah, termasuk 729 kes kesalahan dadah,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar.
Kohilan berkata, sebuah Tabung Amanah Rakyat Malaysia diwujudkan bagi memberi bantuan guaman dan kewangan melalui perwakilan-perwakilan Malaysia serta membawa pulang rakyat Malaysia yang dibebaskan daripada tahanan.
Bagi menangani gejala “keldai dadah”, beliau menggesa agensi-agensi berkaitan seperti Kastam, Imigresen dan Polis supaya mengetatkan lagi kawalan keselamatan di semua pintu keluar masuk lapangan terbang antarabangsa di negara ini.
“Di pihak kementerian, Wisma Putra baru-baru ini menerusi siaran langsung RTM (Radio Televisyen Malaysia) dalam segmen dialog keldai dadah telah menasihati terutamanya ibu bapa dan wanita supaya tidak terjebak atau teraniaya dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan,” katanya.
Rujukan
Mohamad Shatar Sabran. (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia)
Program Pembasmian Kemiskinan Dalam Kalangan Ibu Tunggal:Analisis Penyertaan Dan Keberkesanan, Nor Aini Haji Idris, http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_1D7.pdf
Berita Harian, Selasa, 13 September 2016 @ 12:21 pm
Portal rasmi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan http://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/285
Statistik Remaja Kita – Harian Metro disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 8:39 AM http://www.hmetro.com.my/node/36116
Jenayah – Di kalangan wanita, Utusan Malaysia , arkib : 11/03/2002, http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2002&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm
Kes jenayah melibatkan wanita menurun, Kosmo 26/10/2016 6:46pm, http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2016&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm
Jumlah wanita terlibat dalam penyalahgunaan dadah meningkat, Utusan Malaysia, 17 Februari 2016 6:17 PM https://www.utusan.com.my/berita/nasional/jumlah-wanita-terlibat-dalam-penyalahgunaan-dadah-meningkat-aadk-1.191580#sthash.sYLIjT8T.dpuf
Lebih 365 Wanita Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pemerdagangan-orang/9984-lebih-365-wanita-rakyat-malaysia-ditahan-di-luar-negara.html
Sumber BO - 14-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hidang Pulut Kuning, Chef Muda Dari Malaysia Dinobatkan Juara Pertadingan Memasak Peringkat Dunia Di Kanada
Posted on Friday, November 11 @ 11:58:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32330 |
Siapa sangka, seorang demi seorang anak Malaysia berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, terbaru, kisah yang cukup mengharukan apabila seorang anak muda dari Sabah, Chef Safura Tawil telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Mana tidaknya, beliau telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan 'Embassy Chef Challenge 2016' di Ottawa, Kanada pada 3 November lalu.
Apa yang mengharukan, pada pertandingan akhir, beliau telah menyajikan masakan tradisi Malaysia, iaitu pulut kuning bersama rendang daging dan serunding, otak-otak bersama acar dan sambal udang dan sate ayam bersama kuah kacang sekaligus menewaskan juara bertahan dari Trinidad & Tobago yang menjuarainya tahun lalu.
Lebih mengagumkan, chef yang berkhidmat di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Ottawa ini merupakan peserta paling muda antara semua peserta lain yang bertanding di mana kebanyakkan mereka merupakan chef yang berpengalaman dalam dunia kulinari di mana ada peserta yang telah pun berjaya mengeluarkan buku masakan sendiri dan juga mempunyai rancangan masakan sendiri.
Beliau merupakan bekas penuntut pendidikan diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Kulinari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kemudian menjalani latihan industri di dua hotel terkemuka iaitu Pullman Hotel dan Marriot Hotel di Putrajaya.
Juri pertandingan adalah Mrs. Margaret Dickerson, seorang pakar makanan dan hiburan, Chef Tim Wasylko, chef kepada Perdana Menteri Kanada, dan Chef Marc Lepine, chef terkemuka di Kanada dan pemilik restoran ternama Atelier di Ottawa.
Disebalik kemenagan ini rupanya ada satu cerita yang menarik di mana terjadi satu kejadian yang menyebabkan beliau hampir tidak dibenarkan bertanding dalam pertandingan itu.
Jom kita baca apa yang terjadi di mana dia diceritakan sendiri oleh beliau.
Pukul 2 petang saya tiba di dewan pertandingan di Horticulture building, Landsdown Park dan bersiap sedia di booth Malaysia. Setiap peserta perlu menyimpan makanan di dalam warmer untuk memastikan makanan berada pada suhu yang betul. Pukul 4pm nanti, food inspector akan datang ke setiap booth untuk memeriksa suhu makanan.
Peraturan agak ketat sedikit di sini. Suhu makanan yang tidak tepat serta-merta boleh membatalkan penyertaan peserta. Ini satu perkara yang saya paling gementar sekali.
Dalam lingkungan jam 4.30 petang, food inspector pun tiba di booth Malaysia. Nak jadikan cerita, ketika itu jugalah suhu makanan saya jatuh pada suhu yang tidak tepat. Kemudian food inspector itu berkata,
"I will come back to check it again"
Hati saya memang sangat bergelora pada waktu itu, takut penyertaan saya dibatalkan. Tapi saya terpaksa redha jika perkara itu berlaku.
Kali kedua food inspector datang, suhu masih lagi tak naik. Manakala kali ketiga pula, skrip yang sama berulang. Apa yang saya fikir ketika ini hanyalah nak gulung tikar dan balik. Jam hampir pukul 6pm, semua chef negara lain dah mula sediakan makanan.
Chef dari Malaysia masih lagi menunggu nasib dan kebenaran dari food inspector. Saya tak boleh nak buat apa-apa selagi tak mendapat lampu hijau.
Walaubagaimanapun, mujur pihak penganjur sangat supportive dan tak menyalahkan saya.
Alhamdulillah, kali keempat mereka datang akhirnya saya dibenarkan untuk bertanding. Rasa macam nak nangis dan malu pada masa yang sama. Syukur sangat.
Tahniah anak Malaysia Safura Tawil, kami bangga dengan anda. - Siakapkeli.my
Sumber: Facebook Safura Tawil
Sumber TKO - 11-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Warna Darah Haid Mendedahkan Semua Perubahan Yang Merbahaya Dalam Badan. Kitaran haid berlaku setiap bulan untuk tempoh 6-7 hari. Pada hari ini, seorang wanita mungkin mempunyai senggugut yang luar biasa bersama-sama dengan beberapa kecil masalah lain, seperti sakit kepala dan gangguan perut.
Apabila darah haid mengalir dengan cepat dari badan, warna yang akan menjadi merah atau pink. Kadang-kadang, kebanyakan kaum wanita boleh perasan darah hitam atau coklat semasatempoh dan kemudian risau. Menurut pakar, darah yang gelap menunjukkan bahawa ia perlahan-lahan mengalir keluar dari badan.
Warna Darah Haid Mendedahkan Semua Perubahan Yang Merbahaya Dalam Badan
Sudah tentu sepanjang kitaran haid diperhatikan kerana warna darah adalah kadang-kadang lebih cerah, kadang-kadang lebih gelap, dan ramai wanita berhadapan dengan membingitkan pendarahan di luar kitaran. Apa kadang-kadang boleh menjadi tanda kebimbangan adalah warna darah haid dan ia adalah penting untuk tahu apa warna-warna tertentu nyatakan bila anda perlu menghubungi gynecologist yang.
Pink
Darah haid merah jambu adalah kitaran haid. Tetapi jika ia berlaku lebih awal, misalnya di tengah-tengah itu, ia mungkin tanda awal kehamilan, satu gangguan hormon atau lain-lain penyakit organ-organ reproduktif, jadi adalah terbaik untuk melawat gynecologist yang.
Terang
Aliran darah haid jenis ini sangat mudah dan sering berlaku selepas hari yang sibuk Bilakah darah dengan pantas berjalan keluar dari badan tanpa masa untuk gelap. Tidak perlu bimbang – ia adalah perkara biasa. Masalah berlaku apabila ada pendarahan berlangsung lebih daripada seminggu, dan darah menjadi pinkish dan tidak lenyap.
Merah gelap
Dan warna-warna merah darah adalah agak biasa, terutama dalam itu sedang kawan. Jika warna tidak pudar dan berdarah lebih daripada biasa, ia mungkin tanda keguguran spontan atau, paling teruk, untuk kehadiran tumor.
Oren-merah
Ini adalah benar-benar luar biasa apabila ia datang untuk kedatangan darah haid dan merujuk kepada sebarang jangkitan. Dengan warna ini biasanya pergi bau, tanda-tanda bahawa anda melawat gynecologist yang serta-merta. Warna ini dilihat apabila darah bercampur dengan cecair dari serviks. Tetapi juga mata kepada kewujudan sebarang jangkitan
Coklat – hitam
Darah ini telah lama berada dalam Rahim dan biasanya boleh dilihat pada waktu pagi. Walaupun mungkin bunyi yang buruk, darah coklat atau hitam lama darah ke belakang yang belum tamat tempoh, tetapi sebab-sebab tertentu yang kekal lebih lama di dalam rahim. Ia mungkin sedar apabila anda CASS haid beberapa hari. Secara umum ia adalah kira-kira normal, tetapi jika anda perhatikan di sebelah beliau warna kekuningan darah, ia boleh menjadi tanda jangkitan.
Berat pendarahan
K iPod kebanyakan wanita, sekurang-kurangnya sehari diikuti dengan sedalam-dalamnya pendarahan berbanding hari-hari lain kitaran. Memang biasanya hari kedua atau ketiga, dan ia adalah agak biasa.
Jika, Walau bagaimanapun, lihat masukkan membingitkan kesan darah, dan anda tidak mendapat masa untuk haid, segera hubungi gynecologist yang. Fenomena ini adalah disebabkan oleh awal kehamilan atau disebabkan oleh kekacauan hormon.
Sumber TKO - 4-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa wanita bekerjaya lambat kahwin?
Posted on Tuesday, September 13 @ 10:43:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31642 |
No comments:
Post a Comment