PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Thursday, October 15, 2015
PAS PUSAT DAN MAJLIS SYURA ULAMAK (JILID 2)
Menghadapi cabaran zaman fitnah
Posted on Monday, November 09 @ 08:52:39 MYT by paktam
Oleh Penulis Khas Pelbagai persepsi buruk terhadap PAS timbul kebelakangan ini akibat dakwaan-dakwaan dan laporan-laporan berita yang palsu, sebagai sebahagian daripada perang berterusan terhadap gerakan Islam yang sedang semakin kuat dan kukuh ini.
Secara sengaja, isu yang biasa dalam politik dan pentadbiran negara diselewengkan dan dikemukakan sebagai satu agenda berkepentingan sempit PAS dalam usaha mengaut kuasa, seperti mahu mencapai perjanjian politik demi kuasa dengan Umno.
Kerjasama dan usaha memberi nasihat dan teguran yang merupakan satu peranan penting yang perlu dilaksanakan oleh semua termasuk parti pembangkang disalah ertikan secara sengaja untuk mengelirukan orang ramai.
Lebih memburukkan keadaan, ada kalangan tentera siber kepada pemain-pemain politik tertentu menyebarkan maklumat-maklumat palsu dengan tujuan memburukkan pemimpin-pemimpin tertentu dalam PAS.
Inilah realiti politik yang telah berlangsung sejak beberapa tahun ini, dan menjadi semakin buruk dari hari ke hari, ekoran keghairahan untuk mendapatkan kuasa dan dendam kesumat terhadap pihak yang tidak mahu terlibat dengan agenda hawa nafsu mereka.
PAS berdepan dengan cabaran ini sejak penubuhannya lagi, berdepan cabaran fitnah pelbagai bentuk dan rupa, sehingga mengorbankan nyawa ahli-ahlinya, seperti yang terakam dalam sejarah sebagai Peristiwa Memali di Baling, Kedah.
Cabaran yang dilalui PAS ini, diserang oleh musuh dari segenap sudut, dapat dilihat sebagai satu petanda kebenaran perjuangan PAS sebagai sebuah jemaah yang berusaha melaksanakan syariat Islam dengan lebih sempurna.
Ini juga menunjukkan yang PAS bukan seperti didakwa sesetengah pihak sebagai parti yang mengutamakan kuasa lebih daripada kepentingan yang lain melibatkan masa depan negara.
PAS tegas dengan pendirian mengutamakan keredaan Allah lebih daripada kemenangan dalam politik semata-mata, yang bermakna keredaan Allah ialah matlamat paling utama, dan bukan bermakna tidak mahukan kemenangan dalam politik.
Tindakan jahat DAP terhadap PAS termasuk tuduhan-tuduhan buruk daripada pemimpin parti itu menunjukkan yang PAS tetap dengan dasar perjuangannya dan tidak akan berkompromi demi satu strategi kerjasama politik dan untuk mendapatkan kuasa.
Agenda DAP yang sekadar untuk memenuhi kepentingannya sendiri telah menyebabkannya berusaha memburukkan PAS dan menjalin kerjasama dengan pihak tertentu untuk bersama-sama melakukannya.
Fitnah dihadapi PAS kini, selepas melalui pengalaman bersama-sama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat dan berdepan dengan musuh dalaman, menjadi ujian yang Insya Allah akan dapat lebih mematangkan dan menguatkan PAS.-Editorial Harakah
Sumber DD - 9-11-2015
------------------------------------------------------------------------------- Ini sebenarnya punca kekalahan PAS Posted on Monday, November 09 @ 07:51:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"
Bersemangat tapi malas. Bersemangat tapi takut. Bersemangat tapi kedekut. Bercakap bukan calang-calang. Marahkan UMNO/BN. Kutuk kerajaan. Depend PAS. Kuatnya syarah isu semasa politik. Nampak frust bila PAS kalah bukan main. Tetapi…..
Mari bermuhasabah. Giliran buat kerja tak nampak muka takut bos pejabat. Yang kerja swasta takut diberhentikan. Yang kerja kerajaan takut kena tukar. Yang kerja sendiri takut tidak sempat cari makan. Itu baru bahagian takut. Tak apa-apa lagi sudah takut-takut. Ada juga yang kerja kerajaan boleh bantu parti sikit-sikit. Ada juga yang tolong parti sembunyi-sembunyi. Ada yang pakai nama samaran. Mereka boleh buat, kenapa ramai jadi penakut sampai tahap takut bayang-bayang?
Kata hendak lihat PAS menang. Hendak kongsilah sedikit. Aku sudah berkhidmat di tiga cawangan sebab kena tukar tadi. Aku juga dapat maklumat daripada kawan-kawan di cawangan lain di sekitar Lipis dan kampung halaman aku sendiri. Hanya 30% ahli cawangan aktif di cawangan masing-masing. 70% lagi, betul-betul jadi ahli. Mari mesyuarat malas. Usrah lagi diambil mudah. Bila ada program parti, bukan sahaja yang buat OT, yang bini demam pun tak boleh datang bantu. Inilah secebis masalah di cawangan?
Yang berani aktif di cawangan ialah 50% ahli yang bekerja sendiri 40% pekerja swasta dan 10% adalah surirumah. Terlalu jarang kakitangan kerajaan bergerak di cawangan-cawangan. Mereka ini orang-orang yang berkebolehan dan aset parti sebenarnya tetapi mereka memilih untuk meleset. Mereka sepatutnya ada kaedah untuk menolong cawangan tetapi sayangnya mereka berada dalam sindrom takutkan bayang-bayang yang melampau sehingga lupa janji-janji Allah. Tak ada roh jihad langsung. Entahlah.
Era sekarang ialah era gajet. PAS mintalah derma melalui facebook, telegram,whatsap dan pelbagai aplikasi. Masuk grup ini. Hantar ke grup itu. Ada grup pejabat. Ada grup komuniti. Ada grup NGO. Macam-macam grup. Nak tengok respon? Masya Allah. Kedekut pahit. Semuanya terpaksa pergi hulur kopun depan muka. Tersengih-sengih. Baru hulur sepuluh ringgit. Kalau tak pergi mengadap begitu, harap tak bergeraklah program. Kenapa jadi begitu? Nak respon whatsapp pun malas tahap gaban kata budak-budak.
Duduk ranking ke berapa kerja-kerja Islam ini dalam kehidupan harian kita? Kalau takut sangat kerana kerja kerajaan, tolonglah kawan-kawan kita yang buat kerja di cawangan-cawangan itu sekadar yang mampu. Beri duit tidak perlu nampak muka dekat JKKK pun. Beri maklumat, tak perlu nampak muka pun. Ini anak yang sudah layak mengundi pun tak diambil tahu. Entah-entah diri sendiri yang sangat kuat bercakap kutuk kerajaan pun belum berdaftar mengundi? Waduh! Nak Islam menang.
PAS tidaklah suruh sampai tidak sempat cari rezeki. Tidaklah sampai kena tukar macam bola ke sana ke sini. Kalau takut buatlah cara kita sendiri. Bantulah petugas-petugas di cawangan itu dari segi kewangan dan kerjasama yang patut. Sekarang ini zaman media sosial bercambah. Responlah terhadap keperluan petugas-petugas parti tadi. Berikan semangat kepada pekerja-pekerja parti itu.
Sudah lama kami berkongsi senario ini dalam kalangan petugas parti. Di ketiga-tiga lokasi aku berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan dan pekerja cawangan, begitulah situasinya. Patutlah PAS tak menang-menang.Kan ditanya pula kenapa tak menang-menang. Faktor takut, kedekut, malas dan ambil enteng adalah jawapannya. Sekali lagi aku ulang: pada ranking ke berapa perjuangan Islam di hati kita?
Harap-harap secebis perkongsian muhasabah ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan penyokong PAS. Objektif sebenarnyaialah diharapkan ada perubahan sikap demi menyahut seruan jihad dan janji Allah. Apabila kita telah menyumbangkan keberanian, kewangan, tenaga dan idea untuk perjuangan ini barulah kita layak; layak bergembira apabila PAS menang dan layak berairmata apabila PAS ketewasan.
Sumber TKO - 9-11-2015 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MENYEBAR DAKWAAN YANG TIDAK BENAR DAN MENGELIRUKAN DILARANG
DALAM ISLAM
Oleh: Asri ed-Diwanie
1. Islam menentang perbuatan menyebarkan dakwaan yang tidak betul dan boleh mengelirukan orang
ramai serta mendatangkan fitnah di kalangan masyarakat. Sekiranya apa yang disebarkan tersebut dinyatakan dalam ucapan atau penulisan yang terbuka, maka ia menjadi lebih parah, lebih-lebih lagi
jika diselewengkan dan disebarkan dengan niat jahat.
2. Islam melarang membangkitkan fitnah serta meyebarluas perkara yang mengelirukan masyarakat
dengan tujuan menjatuhkan individu dan pihak tertentu yang tidak berdosa apatah lagi jika ia bersabit dengan sebuah kerajaan yang telah dan sedang mendaulatkan Islam.
3. Orang yang suka bersumpah dengan kebenaran tetapi perilakunya tidak menunjukkan berada
diatas kebenaran apatah lagi suka mempersoalkan kesalahan dan keaiban orang secara terbuka
sangat ditegah oleh Agama. Allah Taala berfirman dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11:
Maksudnya: Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya). Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan
(untuk memecah belahkan orang ramai).
4. Orang yang menyebarkan dakwaan serta berita tidak benar berkaitan pimpinan dan kerajaan Islam
yang utuh melaksanakan tuntutan Islam adalah termasuk dalam kategori namimah. Dalam sebuah
hadis, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Dan seburuk-buruk hamba Allah adalah mereka yang berjalan ke sana ke mari
menyebarkan fitnah, yang memecah-belahkan di antara orang-orang yang saling mengasihi dan
orang yang sentiasa berusaha mencari kesalahan orang-orang yang tidak bersalah. (Riwayat Imam
Ahmad)
5. Imam Al-Ghazali menegaskan di dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin:
Maksudnya: Wabak yang kedua belas: menyebar rahsia.
(Menyebar Rahsia) adalah terlarang kerana padanya menyakiti dan memperlekeh hak rakan taulan,
maka menyebarkan rahsia adalah khianat. Ianya haram jika padanya memudharatkan dan tercela
sekalipun ia tidak memudaratkan.
6. Seseorang Anggota Pentadbir Kerajaan mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri/Dewan Rakyat/
Dewan Negara tidak boleh menyebarkan hal-ehwal dalaman kerajaan secara semberono kepada orang
ramai. Begitulah juga bagi anggota Jama'ah Islam yang mendaulatkan Islam kerana hal tersebut dikira
pecah amanah dan satu pengkhianatan. Setiap pemimpin khasnya sudah berjanji untuk menjaga
keutuhan kerajaan juga Jama'ah Islam yang didukungi bersama. Sudah tentu hal pentadbiran dan
pengurusan Kerajaan atau Jama'ah mempunyai maklumat serta dokumen yang tidak semuanya boleh didedah bagi mengelak kekeliruan masyarakat.
7. Bahkan hukum membongkar serta menyebarluas rahsia sesebuah Jama’ah Islam atau Kerajaan
Islam ini sangat berat hukumannya dan pembongkarnya adalah munafik. Kisah seorang sahabat Nabi,
Hatib Bin Abi Balta’ah yang membongkarkan rahsia pembukaan Kota Mekah boleh menjadi
pengiktibaran. Rasulullah SAW menyuruh Saidina Ali Ibn Abi Thalib, Zubair Ibn Awwam dan
Miqdad Ibn Amru agar segera mengejar seorang perempuan yang telah membawa satu surat tertulis
padanya rahsia Fathu Makkah. Antara dialog yang berlaku dalam kisah ini setelah perempuan tadi diketemui:
Maksudnya: Lalu kami berkata: “Di manakah surat?” Lalu perempuan tersebut menjawab: “Aku tidak
bawa apa-apa surat.” Kami berkata: “Kamu keluarkan surat itu atau kamu tanggalkan pakaian!” maka
dia terus mengeluarkan surat tersebut dari sanggul rambutnya.
Setelah surat tersebut dibawa kepada Rasulullah SAW ternyata terkandung satu pembongkaraan
rahsia Rasulullah:
Maksudnya: Kami bergegas membawa surat itu kepada Rasulullah S.A.W. Tenyata kandungan surat
itu berbunyi: “Daripada Hatib bin Abi Balta’ah, ditujukan kepada orang-orang musyrik di Mekah..menceritakan tentang sebahagian daripada arahan (yang menjadi rahsia) Rasulullah S.A.W.
Setelah Hatib dipanggil untuk tindakan disiplin dan ketika beliau memberi penjelasan kepada
Rasulullah terhadap perbuatan yang telah dilakukan, Saidina Umar dengan tegas berkata:
Kata Saidina Umar: “Serahkan urusannya kepadaku wahai Rasulullah, aku penggal sahaja leher si
munafik ini!”. Rasulullah S.A.W menjawab: Sesungguhnya dia terlibat dengan peperangan Badar.
Apa yang kamu ketahui wahai Umar (tentang kelebihannya), Mudah-mudahan Allah memberi
kelebihan kepada Ahli Badar dengan kataNya “ Lakulah apa sahaja yang kamu suka (wahai Ahli
Badar), sesungguhnya Aku telah memaafkan kalian.”
8. Betapa dahsyatnya hukuman di dunia bagi mereka yang suka membongkar dan merungkai rahsia kekuatan Jama'ah Islam. Begitulah juga keadaannya bagi penagih namimah yang tidak kira setiap
ketika hanya suka mencari kesalahan orang lain. Kembalilah!
Dalam sebuah negara mengamalkan demokrasi dan pilihan raya, semua parti berhak bertanding tanpa batasan, asalkan mengikut lunas undang-undang yang ada. Oleh kerana itu, mana-mana parti bebas untuk bertanding di mana-mana kerusi.
Namum perkiraan menang kalah biasanya akan bergantung kepada ketentuan strategi bertanding.
Sekiranya bertanding di satu-satu kerusi dengan misi mencuba nasib di kawasan bukan popular bagi parti itu, maka akan dibaca sebagai taktik untuk memecah undi. Kesannya parti yang tidak kuat akan kalah. Malah parti yang mencuba pun akan kalah.
Dalam kes, DAP mahu bertanding di Lapan DUN yang di menangi PAS, adalah dilihat sebagai taktik memecah belah undi PAS. Maka yang tersirat, boleh d baca ia satu taktik DAP untuk mengembalikan UMNO (BN) di kerusi yang komposisi pengundinya 20-30% bukan Melayu.
Ia kerana difahami PAS menang pada PRU lalu adalah sumbangan pengundi bukan Melayu. Jika Dap bertanding di situ, bacaan DAP mereka akan dapat undi itu, dan bagi Dap pengundi bukan Melayu tak akan undi BN, sebaliknya akan undi DAP. Maknanya PAS akan peroleh undi Melayu sahaja.
* Pandangan untuk PAS Selangor, bagi berdepan dengan taktik DAP itu, harus lah PAS melaksanakan pendekatan yang mesra dan berkebajikan kepada pengundi tanpa batasan kaum.
Peranan Dewan Himpunan PAS (DHPP) hendaklah aktif bagi menawan hati budi pengundi bukan Melayu.
Dr Wan Nik Wan Yussoff:
Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.
Sumber PP -8-11-2015
----------------------------------------------------------------------------- Beranikah Amanah bertanding di 8 DUN Selangor?
Posted on Sunday, November 08 @ 21:16:20 MYT by tokdalang
PETALING JAYA, Pas mencabar Parti Amanah Negara (Amanah) supaya bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dikuasainya.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, mempersoalkan pendirian parti itu yang dikatakan tidak membantah hasrat DAP untuk bertanding di kawasan berkenaan.
“Kami yakin, insya-Allah, Pas mampu kekalkan kerusi tersebut, yang penting semua sayap bergabung dan kuatkan saf untuk hadapi PRU14,” katanya yang dipetik daripada portal Sinar Harian.
Jelas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan itu, dakwaan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bahawa keputusan DAP untuk bertanding di kawasan berkenaan kerana parti itu telah hilang keyakinan menjadi tanda tanya.
Katanya, jika ia benar sepatutnya DAP memberi laluan kepada rakannya dalam Pakatan Harapan untuk bertanding, bukannya parti itu.
“Kalau hilang keyakinan, dia (DAP) patut bagi laluan kepada Amanah”, ulasnya.-FMT
KUALA LUMPUR: Peluru yang paling mudah untuk menghakis kepercayaan orang ramai dan memecah belah dalam kalangan ahli ialah menuduh PAS hendak bekerjasama dengan Umno.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata jika tengok pemimpin PAS minum kopi bersama pemimpin Umno, terus dituduh sedang berbincang untuk bersama dengan Umno.
"Pada hal kita telah jelaskan jika ada di kalangan individu hendak dengan Umno, dia seorang sahaja akan pergi," jelasnya menerusi laman facebook.
Beliau berkata, PAS membuat keputusan dasar melalui mesyuarat.
Justeru, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu orang yang tidak hadir mesyuarat tidak tahu apa yang PAS bincang dan putus.
"Sebab itu kita wajib hadir mesyuarat yang penting," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 8/11/2015 Sumber HD - 8-11-2015
Husam Patut Dengar Kenyataan Hadi Dengan Teliti Baru Komen - Idris Posted on Saturday, November 07 @ 18:37:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SHAH ALAM - Murah sangatkah harga diri pemimpin Pas? Demikian persoalan yang dibangkitkan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang dipercayai ditujukan kepada Adun Salor, Datuk Husam Musa.
Ia berikutan semalam, Husam yang juga bekas naib presiden Pas dilaporkan mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhasrat untuk menjadi penasihat kepada kerajaan yang bertaraf menteri.
Beliau juga mendakwa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
"Janganlah marah dengan Pas sehingga sanggup membuat tuduhan yang tidak berasas.
"Murah sangatkah harga diri pemimpin Pas?," katanya melalui kemaskini status di Facebooknya, hari ini.
Akui terkejut dengan dakwaan itu, Idris meminta Husam mendengar kembali rakaman kenyataan Abdul Hadi dengan teliti.
"Saya terkejut apabila bekas pemimpin tertinggi Pas menyatakan Pas akan dilantik sebagai penasihat yang bergaji menteri.
"Kalau boleh tolong dengar dengan telinga dan hati yang terbuka apa yang dimaksudkan oleh Presiden. Kenyataan Presiden boleh didengari melalui rakaman penuh," katanya.
Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaan parti itu untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk BN dalam perkara-perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat.
“Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya Umno ubah dasar pemerintahan. Kita bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya. Sekiranya mereka enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita akan ambil pendekatan lain iaitu ‘ambil alih’ pemerintahan.
“Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikut kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa,” kata Abdul Hadi.
Namun tegasnya, tawaran itu bukan bermaksud Pas mahu bekerjasama dari segi politik dengan BN. - SH
Nasihat dan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar Adalah Tanggungjawab PAS
Berasaskan prinsip ;
” الدِّينُ النَّصِيحَةُ ”
“Agama adalah Nasihat” antaranya “kepada pemerintah muslim” sebagaimana disebut dalam Hadis sahih, PAS akan terus menjalankan tugas beragama dan bernegaranya iaitu MENASIHATI kerajaan untuk sentiasa menegakkan keadilan dan meninggalkan kezaliman, berhemah dalam perbelanjaan negara dan meninggalkan pembaziran, mengamalkan ketelusan dan meninggalkan kepincangan pengurusan.
2. Berasaskan prinsip yang diimani oleh PAS sejak dulu iaitu AMAR MAKRUF dan NAHI MUNGKAR, PAS terus konsisten menyuruh kerajaan melakukan perkara-perkara baik untuk rakyat dan menegur serta mencegah kerajaan melakukan sebarang bentuk kezaliman dan kemungkaran.
3. Sebagai satu-satunya Parti Islam di negara ini, PAS akan terus memberikan idea-idea pengurusan dan pentadbiran berdasarkan prinsip Islam kepada kerajaan pusat semasa pimpinan UMNO BN agar rakyat sentiasa menikmati hak berwarganegara mereka.
4. PAS bersedia menerima kemasukkan ahli UMNO beramai-ramai ke dalam PAS di saat krisis keyakinan terhadap UMNO dan BN semakin merosot.
5. Ketika UMNO BN berhadapan dengan pelbagai isu melibatkan ketelusan seperti 1MDB, skandal derma politik RM 2.6 bilion, kenaikan kos hidup disebabkan percukaian GST, kejatuhan mata wang ringgit, kemerosotan hasil negara, belanjawan defisit, hutang negara yang memuncak, hutang isi rumah yang tinggi, susut nilai pendapatan maka PAS telah sangat bersedia untuk menjadi payung pemerintah kepada rakyat menggantikan UMNO dengan moto PAS GANTI UMNO.
*** Kenyataan Media Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri, Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber BO - 7-11-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fitnah 'PAS mahu menyertai Umno' terus diratib
NASRUDIN HASSAN | .
'PAS mahu menyertai Umno' adalah lafaz atau kalimah yang diratib sejak lebih 5 atau 6 tahun yang lalu. Ia terus diratib dengan agenda tersendiri oleh pihak desprado sama ada luar PAS atau yang masih berada di tepian gelanggang.
Tiga kali muktamar berturut-turut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden parti menafikan fitnah tersebut dan menegaskan betapa PAS tidak pernah berhasrat untuk menyertai Umno selama mana Umno masih berdiri di atas dasar nasionalisme mereka, malah memperteguhkan lagi bahawa PAS tetap dengan membawa prinsip dan dasar perjuangan Islam yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Mengambil kesempatan atas kemudahan media baru yang pantas mengalirkan racun fitnah, mereka terus meratib saban waktu bahawa PAS mahu menyertai Umno. Sementelah mereka menyedari bahawa sebahagian rakyat di negara ini mudah terpedaya dengan fitnah yang disebar.
Tidak memadai penegasan Tuan Guru Presiden di beberapa siri muktamar tahunan, penafian demi penafian telah dibuat khasnya oleh Setiausaha Politik Presiden Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Namun fitnah serupa terus diratib.
Saya yakin, mereka sudah kehabisan modal dan kekeringan idea untuk memburukkan PAS dan menjatuhkan reputasi Presiden PAS. Maka mereka terus mengulang sebut dan terus menabur fitnah yang serupa sementara mereka menyedari bahawa masih ada orang mahu mempercayai fitnah mereka.
Ironinya, setelah lebih 5 atau 6 tahun api fitnah ini ditiup dan dihidupkan, PAS masih kental dengan dasar dan prinsip perjuangannya untuk menegakkan Islam di bumi bertuah ini. Ternyata gabungan PAS dan Umno itu tidak pernah menjadi kenyataan.
Justeru itu memadailah jika saya menyebut bahawa ia bukan sahaja tidak benar malah merupakan fitnah yang jahat.
Kedudukan PAS hari ini yang terus istiqamah dengan dasar perjuangannya menjadi jawapan secara praktis betapa PAS tidak pernah menyertai Umno dan BN.
Sementara perbincangan, pertemuan atau apa jua tindakan yang mungkin dilihat duduk bersama antara PAS dan Umno seperti isu pembentukan Jawatankuasa Teknikal Perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang turut melibatkan mesyuarat bersama dengan pihak kerajaan pusat pimpinan Umno dan BN adalah bermaksud tindakan ta'awun a'lal birri wat taqwa iaitu berkerjasama atas nama kebajikan dan taqwa demi kepentingan bersama ummat Islam. Lantaran inilah yang diajar oleh Islam.
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Surah Al Maaidah: 2)
Sebelum ini, atas nama membela ummat Islam Palestin, al Marhum Tuan Guru Datuk Fadzil Mohd Nor pernah berucap sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tindakan itu adalah bijak dan murni berasaskan ta'awun a'lal birri wat taqwa.
Malah terlalu banyak lapangan dan ruang yang boleh membentuk ta'awun a'lal birri wat taqwa atau kerjasama berasaskan kebajikan dan taqwa kepada Allah swt antara PAS, Umno dan parti-parti politik lain demi kepentingan agama Islam dan ummatnya.
Selain isu pelaksanaan syariah dan membela ummat Islam Palestin, ruang ta'awun itu terus terbuka untuk menangani isu pengaruh dan kuasa ekonomi mahupun politik ummat Islam di negara tercinta ini agar tidak terus terhakis dan luntur.
Pasti sahaja kepentingan Islam itu melewati sempadan bangsa, warna kulit, bahasa lidah, parti politik, NGO, individu dan sebagainya.
Justeru sempadan Islam ialah kalimah tauhid Laa iLaa ha iLLallah / لا إله إلا الله. Kerananya, seluruh umat Islam mesti bersatu mempertahankan kemurnian syariat dan kesucian syiarnya. - HARAKAHDAILY 7/11/2015
Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh. Sumber HD - 7-11-2015
Selepas Pergolakan PAS lebih realistik dan Matang - Pemerhati Politik Posted on Saturday, November 07 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Penganalisis politik berpandangan Pas bakal menjadi parti pembangkang yang memainkan peranan lebih besar berbanding parti lain di negara ini meskipun sekarang parti Islam itu dilihat agak berkecamuk.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, apa yang dilalui Pas hari ini hanya sementara sebagai proses peralihan.
"Apa yang berlaku sekarang dalam Pakatan Harapan meletakkan Pas di luar kerjasama itu. Situasi ini dinamakan sebagai peralihan dan ia memang seolah-olah menampakkan peranan yang berkecamuk tetapi Pas itu sendiri mempunyai dasar parti dan hala tuju yang jelas, jadi, tidak menjadi masalah kepada proses sementara ini.
"Kerana pada masa akan datang itu, kita dapat lihat Pas yang 'moderate' ini akan dapat memainkan peranan yang lebih besar kepada negara.
"Ketika peralihan ini, kita akan nampak tindakan Pas itu kadang-kadang bercelaru namun masih jelas dasar partinya," katanya kepada Sinar Online.
Menurutnya lagi, Pas hari ini dilihat lebih bersederhana dan jauh berbeza dengan sejarah parti itu.
"Kita lihat perkembangan Pas hari ini yang bergerak ke arah lebih 'moderate'... lebih bersederhana. Ini berbeza dengan sejarah Pas yang terdahulu.
"Ini satu proses evolusi parti yang baik untuk Pas itu sendiri dan juga perkembangan politik negara," katanya.
Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, Pas kini dilihat lebih melihat isu berbanding hala tuju parti.
"Jika Pas mahu berperanan begitu (seperti pembangkang di luar negara), saya tak tahu sama ada boleh dikatakan Pas itu sudah matang ataupun tidak tapi nampak sekarang ini Pas lebih melihat kepada isu berbanding dengan parti itu ke arah mana dia nak bawa.
"Mungkin itu dasar yang Pas ambil tapi realistik atau tidak keputusan Pas itu, kita belum nampak lagi. Jadi kita nak tengoklah apa yang Pas nak buat seterusnya," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, konsep kerajaan dan pembangkang di negara ini perlu diubah segera bagi memastikan kita mampu mencapai kematangan berpolitik.
"Pembangkang ini tidak sepatutnya membangkang semua perkara. Kena lihat isu atau dasar yang dibawa kerajaan yang difikirkan elok, tiada masalah sekiranya dia menyokong. Jika mengkritik pun, mengkritik secara konstruktif untuk menambah baik dasar tersebut.
"Tapi di Malaysia, nampak banyak isu yang dibawa kerajaan itu dikritik, dibantah oleh pembangkang tanpa hujah yang rasional tapi kadang-kadang ada juga yan rasional cuma banyak yang tak rasional lah.
"Jadi, konsep kerajaan dan pembangkang di Malaysia kena ubah bagi menunjukkan kematangan yang perlu ada dalam membincangkan isu-isu tertentu. Jika tidak, sampai bila pun kita tidak sampai ke tahap kematangan berpolitik dalam negara," katanya.
Menyebut tentang konsep pembangkang di luar negara termasuk Amerik Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), Azizuddin berkata, ahli parti kerajaan tidak semestinya menyokong semua dasar kerajaan manakala pembangkang juga tidak membangkang semua perkara.
"Seperti di AS, ahli parti kerajaan pun ada yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan. Walaupun berjuang duduk dalam parti politik, tapi mereka tengok isu. Kemungkinan juga ahli dalam parti pemerintah boleh menyerang, tidak semestinya pembangkang yang menyerang.
"Di UK pun begitu juga. Bergantung kepada isu, dasar yang nak dibentuk. Dalam konteks demokrasi matang, ia tidak melihat kesetiaan buta (blind loyalty) kepada parti. Mereka boleh menyerang dan mempertahankan dasar-dasar yang dibuat. Kadang-kadang pembangkang pula yang bersetuju dengan dasar kerajaan. Pendekatan itu berbeza dengan negara kita," katanya.
Tambahnya, di Malaysia, konsepnya lebih kepada 'party oriented' berbanding 'issue oriented'. - Sinar Harian
Sumber TKO - 7-11-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kenapa Azmin dan Iskandar Samad Tak Tahu Rancangan Hadi Seperti Tuduhan Husam Musa? Posted on Saturday, November 07 @ 12:27:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SHAH ALAM: Menteri Besar Mohamed Azmin Ali memberitahu beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bahawa wujudnya usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di negeri ini.
Sebaliknya Azmin meminta pemberita bertanyakan perkara itu kepada Husam sendiri.
“Saya tak campurlah. Itu politik parti lain.
“Dimana ada kerajaan perpaduan?
“Kena tanya Datuk Husam lah, saya tidak tahu. Saya tidak didedahkan kepada maklumat itu. Jadi, kamu kena tanya Datuk Husam," katanya ketika ditemui media di Bangunan SUK, tengah hari tadi.
Memetik laporan sebuah portal online, Husam sebagai berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui ada usaha ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
Meskipun tidak dinyatakan tempoh masa, dakwaan Husam itu berkemungkinan merujuk semasa Pakatan Rakyat (PR) berdepan dengan krisis pertukaran menteri besar, daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Azmin, pada tahun lalu.
Dakwa Husam, Hadi sering mengakui usaha gabungan itu, malah dikatakan mengajak beberapa ADUN PKR di Selangor untuk menyertai PAS bagi membolehkan kerajaan perpaduan wujud di Selangor.
Usaha Hadi itu dikatakan menjadi punca perpecahan PAS sehingga menyebabkan wujudnya parti serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang diajukan hal yang sama juga mendakwa tidak tahu sebarang perancangan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
“Saya tak tahu selama ini, tetapi seperti mana yang sebelum ini masa krisis Menteri Besar pun, kita tidak pernah bincang mengenai kerjasama dengan Umno.
“Itu saya tak tahu, sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, saya tidak tahu itu berlaku..kena tanya Datuk Husam lah.
“Saya tak tahu apa dia (Hadi) punya (kenyataan). Sebab selalunya kenyataan yang dikeluarkan dalam portal atau surat khabar, banyak yang sudah di... saya nak cakap pusing nanti orang marah pula," katanya kepada pemberita.
Bagaimanapun, Iskandar yang juga ADUN Chempaka menolak kerjasama dengan Umno dalam soal urus tadbir kerajaan negeri dan mendakwa parti itu tidak lagi mempunyai sokongan rakyat.
“Apa perlu kita tubuh kerajaan perpaduan dengan Umno. Dan Umno pun orang dah tak mahu dengan Umno.
“Umno sekarang berada dalam keadaan tertekan, buat apa kita tubuhkan perpaduan dengan satu kerajaan dan sebuah parti yang tidak diterima lagi oleh orang," katanya.
Dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas baru-baru ini, Husam yang juga ADUN Salor berkata perancangan kerjasama dengan Umno itu tidak berhenti setakat itu saja gagal selepas ditolak akar umbi PAS.
Cadangan PAS untuk menjadi penasihat kepada kerajaan disifatkan Husam sebagai satu lagi idea baru Hadi untuk mewujudkan kesinambungan kerjasama itu.
Hadi baru-baru ini berkata partinya bersedia untuk menjadi penasihat kerajaan Umno-BN dalam menyelesaikan beberapa masalah negara seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kejatuhan nilai wang. - AntaraPos
Sumber TKO - 7-11-2015 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Murah sangatkah harga diri pemimpin PAS?
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Saya terkejut apabila bekas pemimpin tertinggi PAS mengatakan PAS akan dilantik sebagai penasihat yang bergaji menteri," ujar Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.
Jugteru, katanya kalau boleh tolong dengar dengan telinga dan hati yang terbuka apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS.
Beliau berkata, kenyataan Presiden PAS boleh didengari melalui rakaman penuh.
"Janganlah marah dengan PAS sehingga sanggup membuat tuduhan yang tidak berasas.
"Murah sangatkah harga diri pemimpin PAS?" tanya beliau lagi menerusi laman facebook.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, apabila hati sudah benci apa sahaja yang dibuat semua tidak kena.
Sebaliknya, kata beliau apabila hati sudah sayang, yang salah pun akan diperbetulkan dan berusaha untuk mencari hujah.
Menurutnya lagi, memang sukar untuk mendidik diri supaya menjadi manusia yang boleh berlaku adil kepada orang lain. - HARAKAHDAILY 7/11/2015 Sumber HD - 7-11-2015 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MP PAS akan sokong undi tidak percaya kepada PM
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Penjelasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti mengambil sikap berkecuali dalam Bajet 2016 dengan alasan-alasan yang dinyatakan, tetapi, akan menyokong usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno adalah tepat dan selari dengan keputusan parti.
Ketua Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berata, seperti yang disebut Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak, masalah 1MDB dan isu-isu berkaitan telah menyebabkan susah untuk mempromosikan Malaysia.
Menurutnya, semua masalah itu berkait dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak termasuk derma RM2.6 bilion yang sudah menjadi jenaka dunia.
"Saya yakin ahli Parlimen PAS akan melaksanakan keputusan parti yang telah dibuat," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 6/11/2015 Sumber HD - 6-11-2015
------------------------------------------------------------------------------- Husam & Media Main dan Putar Isu UG dengan UMNO Posted on Friday, November 06 @ 17:00:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Tiada sebarang perbincangan antara PAS dan Umno mengenai penubuhan kerajaan perpaduan seperti yang didedahkan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa di ceramahnya semalam, kata Datuk Iskandar Abdul Samad.
Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, tidak ada keperluan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana situasi sedia ada parti Islam itu masih dalam keadaan terkawal.
"Apa perlu kita tubuh kerajaan perpaduan dengan Umno? Umno pun orang dah tak mahu," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.
Beliau sebaliknya berkata, dakwaan Husam presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor kemungkinan diputarbelitkan media.
"Umno sekarang berada dalam keadaan tertekan, buat apa kita tubuhkan perpaduan dengan kerajaan dan parti yang tidak diterima lagi oleh orang," katanya.
Semalam, Husam mendedahkan dalam ceramah beliau di Kota Baru, Kelantan, Hadi mengaku pernah merancang kerjasama tersebut dengan Umno pada tahun lepas ketika krisis pertukaran menteri besar di Selangor.
Katanya, "konspirasi" antara 2 parti Melayu itu menjadi punca perpecahan dalam PAS sebelum ini sehingga melahirkan kumpulan serpihan yang membentuk parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).
Iskandar yang juga naib presiden PAS berkata, beliau tidak tahu-menahu sekiranya benar terdapat konspirasi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan antara parti itu dengan Umno/Barisan Nasional (BN) dan tidak akan bersetuju jika ia berlaku.
Sementara itu, timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pula lebih selesa bersikap "kunci mulut" dengan mengelak daripada mengulas berkenaan perkara itu.
"Saya tak campurlah. Itu politik parti lain. Tidak ada sebarang perbincangan ke arah itu," katanya ringkas.
Kalau benar PAS nak berUG dengan UMNO, apa masalahnya? Posted on Friday, November 06 @ 16:54:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"Assalamualaikum,,,
Menuding jari kepada PAS itu kerja siapa sebenarnysa? Kenapa kalut sangat sangat? Apakah kerana takut PAS benar benar berUG dengan UMNO atau apa? Kalau dah fikir PH dengan gabungan mantap DAP,PAN dan PKR sudah memadai untuk merampas Malaysia dari UMNO/BN kenapa kalut kalau PAS berUG dengan UMNO? Ini tidak perkara yang remehpun nak dikaitkan dengan UG PAS-UMNO, persoalan kebaikan rakyat pun tidak boleh dilihat dengan waras, semuanya kerana fobia UG PAS-UMNO.
TGHH nak jadi penasihat kepada kerajaan pun takut, PAS nak bekerjasama dengan UMNO dalam hal hal kebaikan rakyat pun takut, PAS berkecuali dengan bajetpun kalut, apa kejadahnya?
Katakan saja semua ini akan membawa kepada UG PAS-UMNO, apa ada kena mengena dengan parti PH atau pengkritik UG? Kalau pengkritik UG itu terdiri dari penyokong PH, maka lawanlah UG PAS-UMNO secara anak jantan dalam pilihanraya dan biarkan rakyat menentukannya. Ini tidak asyik melolong lolong marahkan TGHH nak jadi penasihatlah, kondem PAS lah kerana RUU Hudud tidiak dibentangkan lagilah dan entah apa apa lagi.
Kita negara demokrasi dan PAS didaftarkan sebagai parti politik, jadi tidak menjadi kesalahan sebagai sebuah parti politik untuk berpakat dengan parti politik lain, sama seperti PH yang tidak menyalahi demokrasi, begitu jugalah PAS kalau bergabung dengan UMNO pun bukan kesalahan.Kenapa nak dilaungkan kritikan yang melampau kalau ianya bukan kesalahan.
PAS sudah menegaskan hala tujunya dan menyatakan tidak akan berUG dengan UMNO tetapi tetap menawarkan kerjasama dengan kerajaan atas isu isu yang melibatkan rakyat,begitu juga dalam soal bajet, keputusan PAS lebih kepada untuk kepentingan rakyat.Tapi malangnya pengkritik PAS terus menerus cuba membangkitkan kemarahan dengan komen komen orang tidak matang jadi suka saya bertanya di sini kalau betullah PAS nak berUG dengan UMNO, apa masalah kau orang?
Sumber TKO - 6-11-2015 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tren baru, putar terbalik tungging langgang kata kata TGHH Posted on Friday, November 06 @ 16:50:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"Assalamualaikum,,,
Semakin rancak aktiviti memutar terbalikkan kata kata TGHH nampaknya.Kita boleh lihat ianya berlaku di Malaysiakini, Malaysia insider, blog blog pro PAN dan oleh cybertrooper upahan mereka.Banyak dari kata kata TGHH baik yang baru atau yang sudah lama diolah semula semuanya untuk satu tujuan, membuktikan adanya UG PAS dengan UMNO.
Strategi mereka ialah untuk menarik sokongan dan sekaligus mahu melihat PAS ditolak rakyat kerana sudah lari dari dasar asal perjuangannya.Tidak cukup dengan itu, kata kata TGNA yang menentang UG dicetak kembali dan apa apa berita mengenai penolakan UG oleh TGNA akan disiarkan semula.
Cukup mendalam kerjarumah yang mereka lakukkan semata mata untuk mencari bukti tentang UG ini, malah kerja cybertrooper upahan mereka cukup mirip dengan kerja cybertooper UMNO era PRU 13 lalu.Mengupas dan mengulas kata kata TGHH, kemudiannya spin berkali kali barangkali bertujuan mencari sokongan.
Barang diingat kerja cybertrooper UMNO era PRU 13 lalu tidak banyak mendatangkan kelebihan kepada UMNO. Yang ada ialah kebencian yang bertambah kerana sikap mereka yang suka mencipta isu. memutar belit kata kata pembangkang dan amat gemar spin benda yang sama berulang ulang.Apa yang sebenarnya dibuat oleh UMNO untuk melindungi kebobrokan cybertrooper mereka adalah penipuan pilihanraya semata mata, itulah sebenarnya yang memberi kemenangan kepada mereka bukannya cybertrooper mereka.
Persoalannya sekarang apakah tujuan cybertrooper PAN yang meniru hiduo hidup gaya cybertrooper UMNO?Apakah PAN dengan pemandu arah mereka,DAP juga ada strategi seperti UMNO yang banyak menggunakan otak geliga mereka untuk menipu pilihanraya? Kalau PAN ada bermakna mereka mempunyai kawalan keatas SPR dan agensi kerajaan yang berkaitan pilihanraya.Dan kalau mereka ada kawalan bermakna mereka juga mendapat lampu hijau dari UMNO atau dengan kata kata lain Mereka mendapat kerjasama dari UMNO untuk menjalankan strategi penghapusan PAS.
Sumber TKO - 6-11-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cukup-cukuplah fitnah Pas mahu bersama Umno – Tuan Ibrahim Posted on Friday, November 06 @ 14:16:52 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Matlamat perjuangan Pas ialah memperjuangkan negara yang melaksanakan nilai hidup Islam seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Pas dan gerak kerja Pas bertujuan mencapai hasrat tersebut bagi menegakkan agama Allah di atas muka bumi.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerana itu Pas berusaha membuang Umno daripada tampuk pemerintahan kerana kerosakan yang dibawanya dan juga budaya rasuah yang sudah berakar tunjang di seluruh pentadbiran negara.
“Maka, bila Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang ) menjelaskan Pas akan terus menasihati kerajaan, ia bukan sesuatu yang asing dalam sistem politik Islam. Perkataan nasihat sebenarnya satu adab rendah diri keperibadian Presiden Pas sebagai salah seorang ulama terkemuka di dunia dan beliau tidak meletak darjat dirinya lebih tinggi daripada orang lain.
“Apa yang lebih penting ialah matlamat perjuangan bagi menegakkan sebuah masyarakat dengan nilai Islamnya dicapai melalui apa jua kaedah yang tindak bercanggah dengan syariat Islam,” katanya seperti yang dipetik dari Harakahdaily.
Menurutnya, perkara itu ditegaskan berulang-ulang kali oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa jika Umno mengubah dasar perjuangan daripada kebangsaan kepada Islam, maka Pas sanggup dibubarka“Ini bermakna dalam perjuangan Pas, soal mendapatkan kekuasaan tidak menjadi matlamat, ia hanya alat bagi mencapai matlamat pembentukan negara Islam. Maka Pas akan terus istiqamah di atas prinsip menyertai pilihan raya bagi menjadikan kekuasaan sebagai wasilah menegakkan syariat Islam“Pada masa sama Pas akan terus menegur, menasihati dan mempelbagaikan wadah bagi menyelamatkan negara dan ummah daripada kemurkaan Allah dan keburukan sistem urus tadbir negara.
“Pas bertembung dengan Umno hampir 70 kerusi dan hanya 20 kerusi berjaya dimiliki Pas daripada enam itu kini beralih kepada Parti Amanah Negara (Amanah). Jika benar Umno dan Pas berniat mengadakan kerjasama politik, berapa kerusi daripada 50 kerusi Umno yang menang itu akan dibahagikan kepada Pas? Pas sudah tentu tidak akan melepaskan mana-mana kerusi yang pernah dimenanginya. Oleh itu, cukup-cukuplah dengan fitnah Pas mahu bersama Umno,” katanya.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa, Pas percaya Bajet 2016 adalah pembuka laluan kepada kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang lebih tinggi pada belanjawan akan datang, tetapi Pas juga menerima hakikat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) masih jauh.
Kerana itu, katanya, Pas mengambil sikap berkecuali dalam mengundi tidak percaya pada Bajet 2016 kerana ada elemen di dalam bajet itu yang diperlukan oleh rakyat.
“Mereka tidak perlu menjadi mangsa politik dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kredibiliti negara terus dipersoal kerana skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Perdana Menteri dan juga pembangkang yang masih jauh daripada mencapai kata sepakat.
“Pas tidak mahu menghantar mesej bahawa kami membantah gaji kakitangan dan pencen pegawai kerajaan dinaikkan dan begitu juga bonus yang diharapkan mereka untuk mengurangkan beban masa ini yang terdapat dalam Bajet 2016. Begitu jua dengan hasrat golongan berpendapatan rendah yang kini boleh menikmati gaji minima dan manfaat yang bakal diperoleh warga penoreh getah dan Felda melalui Bajet 2016,” katanya.
Beliau berkata, Pas tidak bersetuju dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) namun, Pas dan pembangkang lain tiada kuasa untuk menghalang kenaikan tol dan sebagainya, meskipun ia di negeri yang ditadbir pembangkang dan rakyat yang kesempitan memerlukan bantuan sehingga ada alternatif lain pada PRU-14 nanti.
“Sekiranya pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya pada Bajet 2016, apakah yang akan berlaku selepas ini? Pengalaman Amerika Syarikat bila mana berlaku ‘government shutdown’ selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya- namun Obama terus berkuasa.
“‘Government shutdown’ menyebabkan 800,000 kakitangan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat terpaksa mengambil cuti sementara manakala 1.3 juta lagi terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bila gaji mereka akan dibayar. Akhirnya, rakyat Amerika menyalahkan pembangkang,” katanya.
Tambahnya, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia menyukarkan urusan harian rakyat termasuk gaji kakitangannya tidak boleh dibayar, sedangkan ia tidak mengancam kedudukan Perdana Menteri atau BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah.
“Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak.
“Keadaan ini berbeza dengan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri. Pas telah mengambil pendirian menyokongnya sekiranya ia dibawa untuk dibahas di Parlimen,” katanya.
Akhirnya, satu per satu tukang fitnah keluar Pas Posted on Friday, November 06 @ 12:45:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mendakwa tukang fitnah dalam Pas akhirnya telah keluar parti selepas melemparkan fitnah setiap hari.
Menurutnya, meskipun dilanda fitnah terutama melibatkan dakwaan menyertai Umno, Pas masih tetap bertahan hingga hari ini di bawah kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Ratib Pas nak masuk Umno 33 kali, Pas nak bergabung dengan Umno 33 kali, Tuan Guru Haji Hadi nak bawa Pas masuk Umno 33 kali, Pas bekerjasama dengan Umno 99 kali, setiap kali selepas sarapan pagi dan makan malam.
"Kesannya, seorang demi seorang peratib ini keluar Pas namun Pas kekal dengan prinsip perjuangan Islamnya dan Tuan Guru selaku Presiden Pas terus konsisten dengan wibawanya sebagai pemimpin Pas," tulisnya dalam kemaskini status di Facebook, hari ini.
Terbaharu, Pas dikaitkan mahu kerjasama bersama Umno susulan keputusan parti itu yang mengambil sikap berkecuali daripada menyertai cadangan menolak usul Bajet 2016 di Parlimen.
Keputusan itu nyata menjadi satu lagi alasan ketegangan hubungan antara Pas dengan DAP apabila parti bekas rakan sekutunya itu mendakwa keputusan itu membuktikan Pas bekerjasama dengan BN.
Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad dilapor berkata Pas tidak boleh bertindak berkecuali sebaliknya perlu memutuskan menyokong atau tidak Bajet 2016 itu.
Abdul Hadi dalam kenyataan sebelum ini menegaskan pendekatan itu diambil Pas bukan bermaksud parti itu akan menjalankan kerjasama politik dengan BN kerana Pas lebih selesa duduk di luar BN malah beliau sekali lagi sempat menegaskan tidak akan bergabung dengan Umno. - SH
Sumber TKO - 6-11-2015 ------------------------------------------------------------------------- Kenapa tidak boleh guna "kalau" Posted on Friday, November 06 @ 10:13:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Assalamualaikum,, Ada orang kata menggunakan perkataan "kalau" sebagai syarat untuk mengambil satu satu tindakan itu menggambarkan kecelaruan pemikiran dan kekaburan hala tuju.Ianya ditujukan kepada kata kata TGHH berhubung dengan kesediaan PAS menasihati dan bekerjasama dengan kerajaan atau lebih tepat UMNO.Syarat yang TGHH letakkan disandar kepada perkataan "kalau" yang menurut kritikan ini tidak wajar kecuali bermaksud untuk UG dengan UMNO.Katakan saja kritikan ini benar bagaimana pula kata kata TGNA yang pernah berkata "kalau" UMNO terima Islam kita pakat masuk UMNO dan bubar PAS yang juga disandarkan kepada kepada syarat "kalau"?
Melihat kepada situasi di mana kedua dua kenyataan ini dibuat penggunaan perkataan "kalau" sebenarnya tepat dan wajar untuk menunjukkan hala tuju PAS yang sebenarnya.Tiada salahpun perkataan "kalau" tetapi yang hendak dipersoalkan ialah apakah sebenarnya tujuan kritikan itu dilemparkan kepada TGHH dan PAS? Apakah agenda sebenar pengkritik?
Kalau kritikan tersebut hanya mahu mengarahkan PAS supaya tunduk kepada desakan untuk bekerjasama dan betoleransi dengan PAN, parti serpihannya, rasanya kritikan ini tidak berkesan kerana sudah jelas kedudukan PAN di persada politik negara.Tidak bijak bagi PAS dalam apa jua keadaan sekalipun untuk berunding dengan PAN.
Berunding dengan PAN bermakna juga berunding dengan DAP.Di akar umbi sekarang ini, DAP sudah disahkan sebagai musuh Islam nombor satu dan tiada perundingan atas dasar apa sekalipun.Lagipun sekarang inipun DAP sudah menggerakkan strategi menghapuskan PAS untuk menaikkan parti harapannya PAN.Tiada keraguan tentang itu sebanyak mana sekalipun kenyataan yang diputar terbalikkan.
Artikal ini juga menggunakan perkataan "kalau" ketika mengulas mengenai keikhlasan kritikan yang ditujukan kepada TGHH dan PAS kerana saya percaya perkataan "kalau" dapat menyampaikan maksud dan mesej dengan lebih jelas bukannya menggambarkan kecelaruan pemikiran dan kekaburan hala tuju, begitu juga kepada pengkritik hala tuju mereka juga cukup jelas, mahukan TGHH dan PAS menerima PAN sebagai rakan!
MATLAMAT perjuangan PAS ialah memperjuangkan sebuah negara yang terlaksana di dalamnya nilai hidup Islam. Inilah matlamat sebagaimana yang dinyatakan dalam Perlembagaan PAS. Maka apa jua gerak kerja PAS ialah bagi mencapai hasrat tersebut.
Di atas asas inilah, PAS menyertai pilihan raya kerana dengan kekuasaan akan memudahkan pelaksanaan segala sistem dan dasar yang menepati matlamat tersebut.
Di atas dasar itulah juga, PAS menubuhkan Pasti, kerja Amal dan pelbagai program parti. Semuanya usaha dan jihad bagi menegakkan agama Allah di atas muka bumi. Di atas inilah PAS berusaha membuang Umno daripada tampuk pemerintahan kerana kerosakan yang dibawanya dan juga budaya rasuah yang sudah berakar tunjang di setiap pelosok pentadbiran negara.
Di samping menyertai pilihan raya, PAS juga membantah melalui demonstrasi, menyerahkan memorandum, mengadakan dialog dan berhujah sama ada di dalam dan luar parlimen dan dewan undangan negeri. Maka inilah kaedah berpolitik dalam Islam. Ketika perang, kita berperang dengan beradab - tempat ibadah, wanita dan kanak-kanak tetap dijaga. Pada waktu kita tidak berperang, kita menggunakan kaedah lain termasuklah mendesak, menasihat, berdemonstrasi dan juga berhujah. Ini kerana Islam dibina di atas asas nasihat sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:
"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku, dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu." (Surah al-A’raf: 68).
عن تميم بن أوس رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( الدين النصيحة ، قلنا : لمن يا رسول الله ؟ قال : لله ، ولكتابه ، ولرسوله ، ولأئمة المسلمين وعامتهم ) رواه البخاري ومسلم
Dari Tamim bin Aus radiallah anhu: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Agama adalah nasihat, kami berkata: Kepada siapa? Beliau bersabda: Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menasihat boleh dalam bentuk menegur tindakan kerajaan yang bertentangan dengan syarak atau mengemukakan cadangan penyelesaian dari kaca mata Islam. Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab yang telah dijalankan oleh hampir semua parti politik.
Nasihat dan teguran yang berpandukan al-Quran, Hadis dan pandangan para ulama adalah sebahagian dari tanggungjawab syarak yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Maka bilamana Presiden menjelaskan PAS akan terus menasihati kerajaan ia bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem politik Islam. Perkataan nasihat sebenarnya satu adab rendah diri keperibadian Presiden PAS sebagai salah seorang ulama terkemuka di dunia. Beliau tidak meletak darjat dirinya lebih tinggi daripada orang lain.
Apa yang lebih penting ialah matlamat perjuangan bagi menegakkan sebuah masyarakat yang terlaksana nilai-nilai Islam dapat dicapai melalui apa jua kaedah yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Inilah yang ditegaskan berulang-ulang kali oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kalau Umno mengubah dasar perjuangan dari kebangsaan kepada Islam, maka kita akan sanggup bubar PAS. Ini bermakna dalam perjuangan PAS, soal mendapatkan kekuasaan tidak menjadi matlamat, ia hanya alat bagi mencapai matlamat bagi pembentukan negara Islam.
Maka, PAS akan terus istiqamah di atas prinsip menyertai pilihan raya bagi menjadikan kekuasaan sebagai wasilah bagi menegakkan syariat islam, dan di waktu yang sama PAS akan terus menegur, menasihati dan mempelbagaikan wadah bagi menyelamatkan negara dan ummah dari kemurkaan Allah dan kebobrokan sistem urus tadbir negara.
PAS bertembung dengan Umno hampir 70 kerusi. Hanya 20 kerusi yang berjaya dimiliki PAS dan 6 daripada itu kini beralih kepada Amanah. Jika benar Umno dan PAS berniat mengadakan kerjasama politik, berapa kerusi daripada 50 kerusi Umno yang menang itu akan dibahagikan kepada PAS? PAS sudah tentu tidak akan melepaskan mana-mana kerusi yang pernah dimenanginya.
Oleh itu cukup-cukuplah dengan fitnah PAS mahu bersama Umno.
Dalam pada itu, sebagaimana yang pernah saya tegaskan, PAS tetap percaya Bajet 2016 adalah pembuka laluan kepada kadar GST yang lebih tinggi pada bajet-bajet akan datang. Tapi, PAS juga menerima hakikat PRU14 masih jauh. PAS mengambil sikap berkecuali dalam mengundi tidak percaya pada Bajet 2016 kerana ada elemen di dalam bajet itu yang diperlukan oleh rakyat marhaen yang kian susah kehidupan mereka. Mereka tidak perlu menjadi mangsa politik dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kredibiliti negara terus dipersoal kerana skandal kewangan 1MDB dan juga Perdana Menteri dan juga pembangkang yang masih jauh dari mencapai kata sepakat.
PAS tidak mahu menghantar mesej bahawa kami membantah gaji kakitangan dan pencen pegawai kerajaan dinaikkan dan begitu juga bonus yang diharapkan mereka untuk mengurangkan beban masa ini yang terdapat di dalam Bajet 2016.
Begitu juga hasrat golongan berpendapatan rendah yang kini boleh menikmati gaji minima dan manfaat yang bakal diperoleh warga penoreh getah dan Felda melalui Bajet 2016. PAS tidak bersetuju dengan BR1M, tapi pada masa yang sama, PAS dan pembangkang lain tiada kuasa untuk menghalang kenaikan tol dan sebagainya meskipun ia di negeri yang ditadbir pembangkang dan rakyat yang kesempitan memerlukan bantuan ini sehinggalah ada alternatif yang lain di PRU14 nanti.
Dan sekiranya pembangkang mendapat cukup sokongan untuk menang usul tidak percaya pada Bajet 2016, apakah yang akan berlaku selepas itu? Pengalaman Amerika Syarikat bilamana berlaku "goverment shutdown", selepas bajet Obama ditolak sehingga menyusahkan rakyat serta kakitangan kerajaannya - namun Obama terus berkuasa.
"Government shutdown" menyebabkan 800,000 kakitangan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat terpaksa mengambil cuti sementara manakala 1.3 juta lagi terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa diberitahu bila gaji mereka akan dibayar. Akhirnya, rakyat Amerika menyalahkan pembangkang.
Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya yang tidak boleh dibayar akibat tindakan itu, akan tetapi langsung tidak mengancam kedudukan Perdana Menteri mahupun BN yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah. Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak.
Keadaan ini berbeza dengan usul undi tidak percaya kepada perdana menteri. Kerana PAS telah mengambil pendirian menyokongnya sekiranya ia dibawa untuk dibahas di Parlimen. - HARAKAHDAILY 6/11/2015 Sumber HD - 6-11-2015
------------------------------------------------------------------------- Kenapa DAP Begitu Galak Isytihar Rampas 8 Kawasan Dari PAS? Posted on Thursday, November 05 @ 20:01:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Hasrat DAP mahu bertanding di 8 kawasan PAS dalam DUN Selangor boleh dibaca beberapa sudut:
1. DAP mahu berkuasa di Selangor. Mereka sangat berhasrat mahukan jawatan MB. Penambahan 8 DUN sekiranya ditakdirkan menang, mereka akan jadi parti memiliki kerusi terbanyak. Tidak hairanlah mereka pelawa ramai orang melayu untuk sertai DAP, sebagai calon-calon MB jika Selangor menang.
DAP adalah klon PAP Singapura. Taktik import melayu ini diasaskan oleh PAP dan mereka berjaya di Singapura. Seawal pemisahan dari Tanah Melayu, PAP meletakkan melayu sebagai Presiden (dulu dikenali sebagai Yang Di Pertuan) pertama Republik, tetapi selepas itu terus diwarisi oleh bukan melayu.Kehilangan kuasa politik orang melayu akhirnya membawa melayu Singapura hampir lenyap sekarang. Secara tidak langsung Singapura yang berasal dari sebuah pemerintahan Islam yang aman bertukar menjadi proksi negara penjenayah perang terbesar dunia; Amerika.
2. Bukti parti Pan dipergunakan DAP. Sekiranya benar DAP hanya tidak bersetuju dengan PAS kerana beberapa individu yang memimpin sekarang, maka sepatutnya masalah itu selesai setelah tertubuhnya Pan. DAP hanya perlu menganggap Pan sebagai ganti Pas dan Pan mengambil alih peranan dan hak PAS sewaktu dalam PR dahulu.
Tetapi DAP tetap tidak memberi kepercayaan kepada Pan. Dari awal lagi mereka mengumumkan untuk melanggar kerusi yang telah PAS menangi tanpa memberi laluan kepada Pan. Jadi Pan hanyalah alat untuk memecahbelahkan undi melayu Islam dan cubaan melemahkan PAS. Tidak lebih sekadar lampin pakai buang, hanya digunakan dalam tempoh menuju PRU14 sahaja sebagaimana BN menggunakan parti serpihan PAS untuk merampas kembali Kelantan suatu masa dahulu.
3. Pengumuman DAP sekarang walaupun tarikh PRU masih jauh, sebenarnya berniat mahu mempengaruhi undi PRN Sarawak yang akan berlaku bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Mereka mahu menunjukkan kepada orang-orang gereja di sana bahawa DAP adalah parti yang boleh diharap oleh dalam menundukkan dan mengucar kacirkan kuasa politik umat Islam.
Sarawak mempunyai bilangan pengundi majoriti non muslim. Pihak paling berpengaruh adalah gereja. Ini kerana gereja memiliki dana asing yang besar dan Sarawak memiliki populasi kemiskinan yang tinggi. Kristianisasi memang berkembang pesat di sana. Beberapa tokoh DAP turut mempunyai hubungan cukup baik dengan gerakan Evangelist.
Tidak hairanlah Anwar sebelum PRU13 mengumumkan calon kristian, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak jika PR memerintah. Sebelum ini Ketua Menteri Sarawak adalah orang Islam.
4. DAP menonjolkan sikap gilakuasanya yang sebenar. Apabila PAS tiada dalam PH, tiada lagi pihak yang berani membantah DAP. Presiden DAP adalah strategis yang licik berbanding Presiden Pkr dan Pan sekarang. Mudahlah DAP mencatur muslihat dalam mesyuarat majlis Presiden tanpa mampu dikesan Mat Sabu atau Wan Azizah.
Kalau dulu Anwar dilihat lebih terkehadapan dalam mempergunakan PR, hari ini pimpinan DAP lebih mendahului. Kalau dulu Anwar berani mengumumkan itu ini tanpa mendapat konsensus PR terlebih dahulu, maka pengumuman bertanding 8 kerusi daripada DAP itu sebagai bukti penguasaannya dalam PH.
Walaupun undi teras DAP adalah kaum Cina yang membentuk hanya sekitar 30% populasi negara sekarang, Boleh kita bayangkan siapa yang akan berkuasa sekiranya ditakdirkan PH memerintah?
5. DAP sebenarnya lebih takutkan PAS dari UMNO. Mereka tidak kisah kalau UMNO terus memerintah kerana UMNO tidak serius dalam melaksakan syariat Islam.
Amat bahaya bagi DAP kalau syariat Islam terlaksana. Apabila keadilan Islam berjaya dipraktikkan dan dilihat rakyat, maka sudah tentu berduyun-duyun non-muslim mengisytiharkan syahadah atau setidaknya mahukan parti berteraskan Islam mengurustadbir tanahair mereka. Ini telah dibuktikan melalui sejarah-sejarah pembukaan Islam yang panjang. Maka undi bukan melayu yang didominasi DAP akan beralih kepada parti Islam.
Umum mengetahui UMNO hanya bergantung kepada undi melayu sahaja sebelum ini. 8 kerusi tersebut adalah kerusi campuran etnik dengan komposisi Cina sekitar 20-30%. Sekiranya mereka bertanding, belum tentu akan menang kerana sukar mendapat undi teras iaitu melayu, tetapi setidaknya PAS tidak akan beroleh undi dari non-muslim. Walaupun keadaan ini akan memberi kelebihan buat Umno, mereka tidak kisah.
6. DAP mengharapkan undi melayu kepada Umno masih tidak menurun. Ini supaya undi tersebut tidak beralih kepada PAS. Penyokong Umno memang mustahil memilih DAP yang begitu bertentangan dengan jiwa kemelayuan mereka. Oleh itu sekiranya Umno hilang sokongan, PASlah yang beroleh keuntungan.
Sebab itu DAP begitu beria mahu menukar PM. Ini supaya sokongan akar umbi Umno pulih. Dengan Presiden Pkr yang sangat mudah diperkudakan sekarang, mudah untuk DAP merealisasikan usaha merawat Umno ini.
Dengan undi Umno yang masih kekal, ditambah sekitar 10% daripada undi PAS berjaya diraih hasil penubuhan Pan, campur undi Cina yang sememangnya diharapkan DAP, maka mungkin juga DAP mampu menang dengan formula divide and rule ini.
7. DAP dilihat lebih mengharapkan penggabungan selepas pilihanraya (Post-Election Coalition) sebagaimana berlaku di beberapa negara contohnya Turki dan Tunsia. Maka targetnya sudah tentu dengan Umno.
Dalam percaturan DAP, sekiranya PAS berjaya dilemahkan maka DAP akan jadi parti kedua terbesar selepas UMNO. Ini memudahkan agenda mereka untuk menjadi parti kepercayaan UMNO menggantikan MCA yang telah ditolak orang Cina.
Sebelum ini lagi DAP sebenarnya cukup intim dengan kerajaan pusat. Pembangunan di Penang tidak diganggu oleh Pusat sebagaimana di negeri diperintah PAS. Penang berjaya mendapat kelulusan kerajaan membina jambatan kedua dalam beberapa tahun sahaja sedangkan Kelantan berpuluh tahun masih tidak mendapat lebuhraya. Belum selesai Terengganu diperintah PAS, royalti Petronas telah dinafikan.
Hari ini TGHH menerima kunjungan Ketua Polis Negeri Terengganu, Timbalan Ketua Polis Negeri, OCPD Marang serta rombongannya di Pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Rusila, Marang. APABILA Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) kata perjuangan kita untuk betulkan kerajaan, bukan perjuangan kejar kuasa semata-mata, ramai melenting dan ramai yang memperlekeh. Suara-suara fitnah PAS mahu UG dengan Umno semakin rancak ke udara. Desakan PAS tidak perlu lagi bertanding PRU juga kedengaran.
Sebagai politikus, tentunya nada TGHH itu tidak digemari mereka. Tetapi sekiranya kita memahami dengan hati yang lapang dan minda yang terbuka jauh daripada perspektif sempit politik, segala latahan tersebut akan bertukar ketenangan. TGHH menggambarkan sikap seorang negarawan yang sebenar.
Jiwa seorang negarawan amat berbeza dengan minda seorang politikus. Pemikir dan penulis barat kurun ke 19, James Freeman Clarke pernah menyatakan:
"The difference between a politician and a statesman is that a politician thinks about the next election while the statesman think about the next generation."
(Beza antara politikus dan negarawan ialah; politikus sentiasa memikirkan tentang pilihanraya akan datang. Negarawan pula sentiasa memikirkan tentang generasi akan datang)
Inilah hakikatnya! TGHH berfikir dalam kerangka seorang penyelamat negara. Politikus pula hanya fikir nasib mereka menjelang PRU14. Tentunya ia akan bertembung sama sekali. Membetulkan kepincangan negara masa ini boleh menyebabkan pemerintahan negara jadi stabil, dan rakyat mungkin akan merasakan tiada keperluan menukar pemerintah jika negara pulih. Sebaliknya membiarkan negara terus rosak, adalah peluang untuk mengutip seberapa banyak isu untuk dijadikan bahan kempen dan syarahan.
Hakikatnya, pilihan raya hanya 5 tahun sekali. Tetapi bebanan rakyat bertimpa-timpa setiap hari. Mungkin benar kerajaan mudah jatuh kalau keburukan mereka hari ini berlanjutan hingga ke PRU14, tetapi siapa yang perlu tanggung sisa najis dalam kerajaan lepas PRU14 kalau ia tidak dibersihkan sekarang?
Mengambil pemerintahan dalam keadaan yang tenat bukan sesuatu yang mudah. Kita mesti ingat kuasa-kuasa dunia juga sentiasa mengintai-intai peluang menkucar-kacirkan negara ini. Sekiranya kita membiarkan kerajaan hari ini runtuh dengan niat supaya dapat mengambil kuasa dari mereka, pasti banyak tangan-tangan tak bertanggungjawab mengambil peluang campurtangan dalam ketidakstabilan negara.
Bukan kita tidak mahu menang dalam PRU, tetapi usaha kita membetulkan negara tidak hanya terfokus kepada PRU sahaja. Menuju pilihan raya akan datang, kerosakan negara perlu dikekang seberapa boleh agar mudah apabila tiba masa mengambil alih.
Analogi yang cukup mudah; katakanlah kita bakal mewarisi sebuah kereta dari bapa yang sudah tua. Adakah kerana kita mahu mewarisinya cepat, kita biarkan bapa tua pandu kereta itu semberono, bertujuan supaya dia kemalangan dan terus mati? Pastinya tidak kerana kita akan terpaksa menanggung kos baikpulih kereta yang tinggi, itupun jika tidak total lost.
Sebuah lagi analogi. Katakan kita bercadang mengambil alih sebuah syarikat daripada seorang CEO kerana mutu pentadbirannya yang lemah. Adakah kita sanggup untuk biarkan sahaja dia terus mentadbir sehingga bangkrap, bertujuan untuk membuktikan kepada pemegang syer bahawa CEO ini benar-benar gagal? Orang gila sahaja yang sanggup bangkrupkan syarikat semata-mata mahu ambil alih!
Contoh yang kita boleh ambil, adalah isu TPPA yang dikatakan bakal dibentang dalam parlimen sebelum diluluskan. Dengan BN masih memiliki majoriti di parlimen, tentunya tidak sukar bagi mereka untuk merealisasikannya. Tetapi sehingga sekarang, kerajaan masih berkira-kira untuk untuk membentangkannya. Ini menunjukkan BN masih bermasalah dalam memungut persetujuan dari orang kerajaan sendiri.
Perkara ini perlu diurus. Semua kenal perangai orang BN. Walaupun pada dasarnya ada MP yang mungkin tidak bersetuju sekarang, tetapi pendirian mereka mudah dibeli dengan sedikit wang saguhati.
Sekiranya tiada pihak memainkan peranan berunding sama ada dengan politikus kerajaan atau pegawai besar kerajaan dalam menangani masalah ekonomi negara, lambat laun TPPA akan diterima juga.
Seandainya TPPA termeterai sekarang dengan segala tanda tanya mengenai terma-terma perjanjian, kesannya bukan sahaja ditanggung kerajaan sekarang, tetapi kerajaan lepas PRU14 juga terpaksa memikul perjanjian ini. Bukan mudah membatalkan TPPA selepas termeterai kerana ia melibatkan kepentingan negara lain. Segala gantirugi yang dipersetujui oleh kerajaan sekarang perlu ditanggung kerajaan akan datang sekiranya mahu membatalkan TPPA.
Dengan keadaan pemerintah sekarang yang cukup tenat dari segi sokongan rakyat, kedudukan kita ibarat telah sampai ke perkarangan Putrajaya. Menunggu masa sahaja untuk melangkah masuk ke dalam. Justeru kita sudah tidak boleh lagi memecut seperti masih berada di Lebuhraya dahulu. Sudah sampai peringkat kita matikan enjin, dan melangkah kaki dengan tenang sambil menyapa mesra pegawai yang ada.
Kalau kita terus memecut sama seperti di Lebuhraya, alamatnya kita akan melanggar pejalan-pejalan kaki di perkarangan Putrajaya, melanggar Bangunan Wisma Persekutuan, malah kenderaan kita juga akan binasa.
Selaju mana bahtera belayar sekalipun, apabila hampir dengan pelabuhan pasti dia akan perlahan dan mengubah posisi. Sepantas manapun pesawat terbang, pasti ia akan perlahan dan berhati-hati mengambil sudut untuk mendarat.
Apapun, kenyataan TGHH menunjukkan pandangan beliau tidak dibatasi dinding pilihan raya 14 sahaja malah melangkau jauh memikirkan nasib negara puluhan tahun akan datang. Jiwa TGHH tidak hanya merisaukan nasib kehidupan beliau sekarang sahaja, tetapi demi masa depan anak bangsa generasi akan datang.
TGHH juga seorang pakar politik antarabangsa. Beliau tahu segala pro dan kontra ketidakseimbangan politik negara di mata dunia. Beliau bukan sahaja menasihat kerajaan Malaysia, malah beliau turut diusung ke segenap pelusuk dunia yang menagihkan khidmat nasihat dan rundingan beliau.
Hidupnya telah diabadikan untuk membantu umat sedunia, bukan sekadar memikirkan bagaimana nak merampas kuasa di sini sahaja.
Tidak keterlaluan jika saya menyatakan TGHH bukan sekadar ahli politik, bukan juga seorang negarawan. Tetapi beliau adalah antarabangsawan! – HARAKAHDAILY 4/11/2015 Sumber HD - 4-11-2015
RIUH juga rupanya apabila Pan menerima dana 50k daripada seorang pemimpin DAP.
Dalam majlis penyerahan itu, beliau berpesan supaya Pan bekerja lebih bersungguh dan tidak mustahil suntikan dana yang lebih besar akan diberikan sekiranya memuaskan hati mereka.
Ada yang respon mengkritik Pan atas berbagai sebab. Lalu ramai pimpinan Pan bangkit mempertahankan tindakan dengan berbagai hujah. Saya pula tidak begitu berminat dengan isu ini. Biarkan sahaja. Itu parti orang. Insya-Allah, tuhan tak tanya kita apa mereka buat.
Rasanya ia berbeza dengan isu derma 2.6b yang masuk ke akaun PM.
Cuma saya suka berkongsi suatu perkara dengan ahli PAS. Kita juga ada kekuatan tersendiri dengan derma. Walaupun jarang kita menerima derma sebesar itu daripada mana-mana individu secara terbuka, tetapi kita juga terkenal dengan parti yang bergerak melalui derma.
Walaupun derma yang kita peroleh lebih banyak dalam not RM1 daripada replika cek dan majlis bagai, tapi dengan sumbangan-sumbangan kecil inilah bahtera kita terus belayar megah.
Untuk membiayai gerakerja mempersada parti baru agar mampu bersaing dalam kancah politik semasa, mereka mungkin lebih perlu untuk bergantung kepada derma dari orang-orang 'atas' dengan jumlah-jumlah yang besar.
Tetapi kita sejak dulu bergerak dari poket rakyat marhaenis bawahan. Kerana parti kita adalah parti marhaenis. Walaupun sedikit, yang derma pastinya mereka yang dokong aspirasi parti kita. Yang derma pasti mahu kita memimpin mereka. Yang derma tentunya rakyat jelata kita!
Jangan malu menerima derma. Sebaliknya banggalah dan hargailah kuasa derma yang kita ada. Kerana dengan derma yang tidak putus inilah kita berjaya mengikat istiqamah ahli dengan perjuangan.
Apabila ahli melihat parti ini membangun selangkah demi selangkah seiring derma yang diberi, ahli akan jatuh sayang pada parti. Mereka akan anggap PAS milik mereka bersama. Perasaan kekitaan akan timbul. Jiwa mereka akan bertaut kepada PAS.
Masakan tidak, mereka bela parti ini dengan titik keringat sendiri, ibarat bapa yang membesarkan anaknya. Daripada bertatih kini sudah tersangat matang!
Mereka yang menyumbang untuk membina markas, apabila siap mereka pasti tak akan duduk senang jika markas tidak beraktiviti. Lalu merekalah jua yang akan hidupkan markas.
Mereka yang menyumbang kenderaan kepada PAS, pasti gusar jika kenderaannya terbiar di bangsal.
Merekalah jua yang akan mengusahakan aktiviti agar kenderaan itu diguna. Orang-orang inilah yang tuhan letakkan di hati mereka ikatan dengan perjuangan untuk terus membangunkan parti.
Fenomena ini lebih kurang sama dengan tradisi pembinaan surau dalam sesebuah komuniti.
Generasi yang pertama menyumbang untuk menubuhkan surau, merekalah jua yang akan memakmurkan surau apabila siap.
Mereka tidak senang melihat keringat dan harta yang telah dihabiskan untuk surau, sia-sia begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti. Sebab itu kita lihat surau-surau baru lebih hidup berbanding surau-surau lama yang kebanyakan penderma asasnya telah mati.
Cuma PAS sedikit berbeza. PAS tidak sama seperti surau yang terhenti pembinaannya apabila siap surau. PAS perlu terus dibina dan dipertingkatkan. Oleh itu, sumbangan kepada PAS makin hari makin meningkat seiring pertumbuhan cawangan-cawangan dan markas baru.
Sampai hari ini saya masih menyimpan sebuah kisah yang sangat inspiratif. Ketika seorang pimpinan dijemput berceramah ke sebuah perkampungan, beliau dijamu di salah sebuah rumah ahli di sana.
Rumah papannya sangat usang dan daif, sebagaimana kehidupan daif orang-orang kampung biasa. Tuan rumah adalah seorang penoreh getah.
Semasa makan, pemimpin itu melihat ada dua sudut rumah dijadikan tempat jemuran getah. Hairan dengan keadaan itu, beliau bertanya kepada tuan rumah.
"Kenapa ada dua tempat jemur getah. Bukan getah ni sama belaka?"
Jawab tuan rumah:
"Ya memang sama. Tapi saya asingkan sebab hasil jualannya tak sama. Salah satunya saya khususkan untuk sara kehidupan kami. Satu lagi saya khususkan untuk perjuangan Islam."
Berderai airmata pemimpin itu. Sedaif marhaen inipun, masih meletakkan Islam melebihi hidupnya. Benarlah kata-kata Almarhum Ustaz Harun Taib;
"Siapa kata PAS tak ada duit? PAS banyak duit. Tapi duit PAS ada dalam poket ahli-ahlinya."
Semoga kita terus menderma. Aku bangga dengan not RM1. – HARAKAHDAILY 3/11/2015 Sumber HD - 3-11-2015
TG Haji Haji Ceritakan Isu Luar Dan Dalam Negara Posted on Tuesday, November 03 @ 00:19:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Ustaz Azam, Tengahari tadi bertemu Tuan Guru Presiden di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Banyak perkongsian isu dalam dan luar negara yang diceritakan oleh Tuan Guru.
Amat luas pandangan dan bacaan politik beliau. Semoga Allah berikan kesihatan dan a'afiah untuk beliau terus memimpin ummah.
Tajuk awal perbincangan adalah program 30 tahun memperingati syuhadak Memali yang akan diadakan pada 19hb dan 20hb November, pasti luar negara, sehinggalah isu politik dalam dan luar negara.
Alhamdulillah, cukup beruntung dan bermakna pertemuan hari ini. "Beristiqamah Hingga Kemenangan"
Sumber TKO - 3-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memberi Nasihat Adalah Tanggungjawab Agama
PAS adalah parti yang mendokong perjuangan agama di medan dakwah dan juga siasah.
Bila Presiden PAS menegaskan PAS akan memberi nasihat kepada kerajaan. Itu tanggungjawab agama.
Jika kerajaan berterusan melanggar perintah agama, PAS sentiasa konsisten bersedia memposisikan diri ambil alih tanggungjawab memimpin.
Sebab itu kita masuk pilihanraya dari dulu lagi. Bukan baru fikir sehari dua ini untuk masuk politik atau tidak.
Menegakkan yang hak, meruntuhkan yang batil itu juga tanggungjawab agama.
Rasulullah SAW bersabda bahawa “Agama itu Nasihat” dalam hadisnya,
عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ .رواه ومسلم . الراوي: تميم الداري المحدث: مسلم المصدر:صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 55 خلاصة حكم المحدث: صحيح
Hukum hadis diatas: Shahih
Maksud hadis,
Dari Tamim Ad Dariy, katanya Nabi saw. bersabda: “Agama itu ialah nasihat.” Tanya kami: “Nasihat bagi siapa, ya Rasulullah?” Jawab beliau, “Bagi Allah, bagi KitabNya, bagi RasulNya, bagi para pemimpin kaum muslimin, dan bagi orang ramai.”
Rujuk juga dalam Kitab Hadis Arba’in oleh Imam An-Nawawi, Hadis ke-7. Bab: Nasihat adalah Tiang Agama.
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
2 NOV 2015
Sumber BO - 2-11-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bajet 2016: PAS tidak terikat arahan parti lain
SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: PAS mempunyai pendekatan tersendiri dan tidak terikat dengan sesiapa serta bebas untuk berbahas di parlimen, demikian tegas Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan.
Katanya, PAS akan menyokong perkara yang baik dan memberi respons positif walau dari mana sekalipun ia datang.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah sebulat suara bersetuju untuk tidak menyertai usul penolakan Bajet 2016.
Bahkan beliau menolak dakwaan DAP bahawa sikap berkecuali PAS itu kononya PAS bersama BN.
"Tidak, kita ambil pendekatan ini untuk beri teguran kepada kesalahan yang berlaku seperti dalam Bajet 2016. Sebelum ini di dalam dewan kita bantah parkara yang memudaratkan rakyat seperti GST," katanya.
Jelasnya, PAS tidak boleh menafikan BN mempunyai unsur-unsur negatif tetapi tidak semua terma-terma di dalam Bajet 2016 adalah tidak betul.
"Bajet 2016 bukanlah 100 peratus tidak betul. Apa yang bagi kebaikan kepada rakyat kita kena akui kita akan sokong dari sudut itu. Tetapi perkara yang merugikan seperti membazir dan tidak menguntungkan rakyat kita akan tegur," ujarnya kepada Harakahdaily.
Namun katanya, jika nasihat PAS kepada kerajaan tidak diendahkan maka selayaknya PAS harus bangkit mengubah dan mengambil alih kerajaan.
PAS akan mengambil langkah berkecuali serta tidak akan menyokong usul penolakan Bajet 2016.
Menurut TG Abdul Hadi, kesemua Ahli Parlimen PAS juga telah sebulat suara bersetuju untuk tidak menyertai usul menolak Bajet 2016.
Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, meminta kesemua wakil rakyat pembangkang menolak usul Bajet 2016. – HARAKAHDAILY 2/11/2015 Sumber HD - 2-11-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAP angkuh desak Azmin gugur exco PAS
SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan DAP terlalu angkuh apabila bertindak mahu mendesak Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali agar menggugurkan tiga Exco negeri daripada PAS.
Ketua Penerangan PAS Pusat Nasruddin Hassan berkata, PAS tidak akan tergugat dengan apa yang cuba dilakukan oleh DAP mutakhir ini.
Beliau berkata, kenyataan DAP itu secara tidak langsung memperlihatkan sejauh mana kematangan mereka berpolitik.
"Kalau dia matang dan bijaksana berpolitik pasti kenyataan seperti itu tidak dikeluarkan.
"Tapi oleh kerana lebih kepada kemaruk kuasa akhirnya ia tidak menunjukkan kematangan parti itu," tegas Nasrudin kepada Harakahdaily di Lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan DAP Selangor yang telah membuat keputusan untuk mendesak Azmin mengugurkan tiga Exco PAS.
DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu.
Sekiranya Azmin gagal mengambil tindakan, DAP akan bertindak keluar daripada pentabdiran Negeri Selangor.
Desakan itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor baru-baru ini.
Tiga Exco PAS itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib. – HARAKAHDAILY 2/11/2015 Sumber HD - 2-11-2015 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ubah keadaan: Kenyataan sebenar Presiden PAS
HARAKAHDAILY | .
Tuan Guru Abdul Hadi: Ulasan saya, perjuangan kita ialah perjuangan untuk mengubah keadaan, bukan berebut jadi pemimpin. Sebab itu kita menerima sebarang perubahan yang positif. Dan kita lebih selesa duduk di luar Barisan Nasional, bukan duduk Barisan Nasional. Tapi kalau dia tak ubah, tanggungjawab kitalah kena ubah kerajaan.
Wartawan: Tadi maksud Datuk Seri memberi nasihat dan membantu tu maksudnya bukan bergabung dengan Barisan Nasional?
Tidak, tidak, tidak, tidak. Maksudnya kita bersedia untuk menghantar pasukan kita untuk berbincang dengan kerajaan, tentang GST sebagai contoh, tentang perumahan, tentang kejatuhan nilai ringgit, apa pendekatan yg hendak kita hadapi. Sebab kita ada penyelesaian kita. Ada pandangan kita.
Wartawan: Jadi bukan kerjasama parti politik?
Tidak, bukan bukan. Kerjasama politik dengan kita tidak masuk kerajaan.
------------------------------------------------------------------------ Jika TGHH berbicara! Posted on Monday, November 02 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Assalamualaikum,,,
Akhir ahkir ini setiap TGHH buka mulut, pasti ada yang terlepas pandang pada setengah orang.kenapa? Mungkin benar kata seorang penulis TKO kerana emosi yang tinggi, emosi yang sering melepaskan bahagian penting isi kata kata TGHH, akibatnya UG juga tohmahan.Lihat saja apabila TGHH berkata bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO untuk kepentingan rakyat, maka semacam katak di musim hujanlah suara suara menuduh TGHH mahu UG dengan UMNO,TGHH sayangkan UMNO tetapi peliknya, mereka boleh terlepas pandang kata kata TGHH bahawa tiada kerjasama politik dengan UMNO.
Pada mereka kerjasama politik itu bukan bermaksud tiada UG, pada mereka kerjasama politik tidak mempunyai apa apa erti.Yang penting ialah TGHH mahu berkerjasama dengan UMNO itu sudah cukup membuktikan adanya UG dengan UMNO.Dasar pemikiran sehala dan tidak membangun serta dipengaruhi oleh emosi yang tinggi.Akibatnya orang orang yang mula menuding jari kepada TGHH dan PAS sikit demi sikit mengalihkan sokongannya kepada DAP menerusi proxynya PAN.Mereka ini akan terus hanyut sehingga satu hari ada yang sedar tetapi mungkin hari itu sudah terlambat.
Begitu juga bila mana TGHH berkata akan menolong UMNO kalau mereka ikut Islam.TGHH kata , kita tidak mahu merebut kuasa tetapi mahu bantu kalau Islam dijadikan ikutan.Ungkapan mudah dari TGHH yang mana seorang murid darjag 6 pun boleh faham tetapi ada ramai juga yang berpelajaran tinggi gagal memahaminya.Pada mereka, apa yang TGHH mahukan ialah bantu UMNO dalam erti mengujudkan UG dengan UMNO, mereka sudah terlepas pandang tentang syarat Islam yang TGHH berikan.
Sedar atau tidak setiap kali TGHH berkata kata pasti ada perkataan akan terlepas pandang dan kata kata TGHH diarahkan kepada UG.
Sumber TKO - 2-11-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukankah DAP Sudah Lama Bekerjasama Dengan Barisan Nasional?
Oleh : SMN
Terima kasih kepada petugas Buletinonline yang menerbitkan segera video sidang media Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas program ‘Dailog Rakyat’ pada Sabtu lalu.
Dengan penerbitan segera melalui laman buletinonline channel di you tube, dapat memberitahu kebenaran kepada rakyat Malaysia, kecuali mereka yang ‘sudah hitam’ hatinya.
Dengan jelas Ustaz Hadi menjawab soalan wartawan dan menafikan PAS tidak akan bersama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Bahkan berkali-kali perkataan ‘tidak…..tidak…..tidak’ yang keluar dari mulut Naib Pengerusi Kesatuan Ulamak Sedunia itu, namun berkali-kali juga tohmah dan fitnah yang dipaparkan, samada secara ‘spin’ oleh media atau secara ‘totok’ oleh mereka yang sudah memang menjadi musuh PAS.
Mari kita lihat dan dengar sekali lagi dan berkali-kali video tersebut seperti dibawah;
Adakah tiak jelas lagi apa yang beliau nyatakan?
Kalau belum jelas, saya akan tuliskan di sini supaya dapat dibaca dengan jelas.
DSAH : Ulasan saya…..perjuangan kita adalah perjuangan untuk mengubah keadaan. Bukan berebut jadi pemimpin. Dengan sebab itu kita……..menerima sebarang perubahan yang positif.
Dan kita lebih selesa duduk diluar Barisan Nasional, bukan duduk (dalam) Barisan Nasional…….tapi kalau dia tak (ber)ubah, (menjadi) tanggungjawab kitalah kena ubah kerajaan.
Wartawan : Jadi maksud Dato’ Seri, memberi nasihat dan membantu itu maksudnya….tak masuk…..bukan bergabung dengan Umno?
DSAH : Tidak, tidak, tidak, tidak (bersama Umno dan Barisan Nasional)………maksudnya kita bersedia untuk hantar pasukan kita untuk berbincang dengan pihak kerajaan tentang GST sebagai contoh, tentang perumahan dan tentang kejatuhan nilai ringgit.
Apa pendekatan kita nak hadapi. Sebab kita ada (cara) penyelesaian kita…..ada pandangan kita.
Wartawan : Jadi bukan kerjasama dari segi politik?
DSAH : Tidak….bukan, bukan (kerjasama politik) kerjasama politik dengan kita tak masuk kerajaan….
Jadi apa masalahnya, yang sampai buat Lim Guan yang ‘kononnya bijak dan cerdik’ membuat kenyataan bodoh, bahawa keputusan PAS untuk tidak menyokong Pakatan Harapan menolak Bajet 2016 membuktikan parti Islam itu bekerjsama dengan Barisan Nasional (BN).
Sedangkan, tak lama dulu dan kita tidak nyanyuk lagi untuk lupa, pada 7 Februari, 2015 media rasmi DAP sendiri menyiarkan berita yang bertajuk “DAP sedia kerjasama dengan semua pihak, termasuk BN, demi perpaduan nasional,”
Biar saya salin dan tempek di sini, seperti dibawah, supaya kita semua jelas dan tidak diresapi oleh sikap gelojoh dan hasutan mana-mana pihak ;
KUALA LUMPUR, 7 FEB: Usaha ke arah perpaduan nasional sudah lama dibawakan oleh DAP tetapi sering mendapat halangan akibat amalan politik perkauman dan keagamaan yang sempit. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata DAP yang berteraskan kepada prinsip kepelbagai kaum dan agama telah berkali-kali meminta kepimpinan negara, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk duduk bersama bagi membincangkan isu-isu bersama. Katanya, sudah beberapa kali DAP mengajak penatdbiran Najib untuk bersama-sama tanpa mengira parti politik duduk semeja membincangkan isu-isu besar seperti perpaduan kaum dan banjir di Pantai Timur Semenanjung.
Sehubungan dengan itu, apabila aktivis hak asasi dan kedaulatan undang-undang, Datuk Ambiga Sreenivasan mencadangkan ‘Projek Rakyat’ sebagai langkah ke arah perpaduan nasional, Kit Siang dengan tangan terbuka menyokong usaha tersebut. Ketika ditanya wartawan apakah DAP akan mulakan langkah mendekati Najib, pemimpin veteran DAP itu menjelaskan usaha membawa kebaikan kepada rakyat tanpa berpihak kepada mana-mana parti telah lama menjadi agenda DAP. “Kita sambut baik seruan Ambiga tentang cadangan ‘Projek Rakyat’ yang mahu perpaduan nasional (atas isu-isu bersama) di antara kerajaan dan pembangkang. “Namun, Kerajaan Najib mesti respon seruan kita dahulu. Barulah kita mulakan langkah seterusnya. Jika Najib tidak mahu respon, kita tidak boleh gerakkan usaha ini,” ujar beliau. Dalam forum bertajuk ‘Tunku dan Pak Samad; Mengenang Negarawan, Meraikan Sasterawan’ anjuran Roketkini.com di sini hari ini, Ambiga sebagai salah seorang panelis telah menyeru seluruh pimpinan negara, baik kerajaan mahupun pembangkang, untuk memulakan langkah perpaduan nasional. “Ada empat isu utama harus jadi perhatian kerajaan dan pembangkang dalam ‘Projek Rakyat’ ia adalah isu bencana banjir, ekonomi, isu perkauman dan agama, dan demam denggi. “Jika kita boleh ambil empat perkara ini sebagai langkah pertama perpaduan nasional, itu sudah menjadi satu kejayaan,” katanya. – Roketkini.com
Bukankah DAP pun sudah bekerjasama dengan Barisan Nasional?
Bukankah kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP bekerjasama dengan kerajaan Pusat yang dikuasai oleh Barisan Nasional?
Bukankah Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Petaling Jaya Utara yang juga Setiausaha Publisiti Dap Tony Pua memberikan kerjasama dan duduk dalam Jawatankuasa Kira-kira Awan Negara (Public Accounts Committee – PAC) bagi kerajaan yang dikuasai oleh Umno dan Barisan Nasional?
Cukuplah itu bukti, DAP menjalinkan kerjasama, dan mengapa dipersoalkan apabila PAS menyatakan pendiriannya?
Kepada pemain media perdana, berhati-hatilah. Ramai kawan-kawan wartawan yang saya kenali dan mereka menulis dengan betul dan baik. Tetapi para ‘editor’ di Kuala Lumpur mestilah beringat, supaya berita yang dikeluarkan, tidak menjadi fitnah.
Atas apa jua tujuan pemberitaan dan kewartawanan itu, ia adalah kerja yang mulia, kerja memberitahu tentang kebenaran dan memperbetulkan keadaan, sebagaimana yang disebutkan dengan jelas oleh Presiden PAS.
Dan kepada media yang sudah tidak mengira tentang ‘dosa dan pahala’, buatlah apa yang kamu suka, pesonglah pemikiran rakyat, tulislah untuk memuaskan nafsu masing-masing!
Kalau sudah tidak percaya dengan Allah dan hari akhirat, hiduplah diatas dunia ini, dan lihatlah kerosakan yang akan berlaku!
Sumber BO - 2-11-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semoga Allah mudahkan jawab soalan SPM
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Muhammad mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM 2015 kepada semua calon, yang bermula hari ini
"Kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM. Semoga Allah memudahkan urusan untuk menjawab soalan peperiksaan," tulisnya menerusi laman facebook dewan itu.
Seramai 440,682 calon berdaftar menduduki peperiksaan itu yang berlangsung di 3,501 pusat peperiksaan seluruh negara sehingga 8 Disember depan.
Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 29,799 lagi adalah calon persendirian. - HARAKAHDAILY 2/11/2015 Sumber HD - 2-11-2015
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di atas kejayaan menjuarai Piala AFC 2015.
"Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemain, pengurusan dan peminat Johor Darul Takzim (JDT) di atas kejayaan menjuarai Piala AFC 2015," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau mengucapkan tahniah kerana berjaya mengibarkan bendera Malaysia di arena bola sepak antarabangsa.
"Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat kepada kebangkitan sukan bola sepak di Malaysia dan seterusnya mengembalikan kegemilangan bola sepak negara di persada antarabangsa sebagaimana yang pernah dikecapi sebelum ini, insya Allah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Pasukan JDT berjaya menjuarai Piala AFC buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara selepas menewaskan FC Istiklol 1-0 di Dushanbe, Tajikistan malam tadi.
Gol tunggal pada perlawanan akhir di Stadium Republican Central itu dijaringkan oleh pemain dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22.
JDT membawa pulang trofi Piala AFC yang disampaikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, selain wang tunai US$350,000 (RM1.502 juta), manakala Istiklol FC menerima US$250,000 (RM1.072 juta) selaku naib juara. - HARAKAHDAILY 1/11/2015 Sumber HD - 1-11-2015 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan tutup masalah negara dengan asap vape
IDRIS AHMAD | .
Kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape sebagai memahami aspirasi anak muda adalah sangat wan mengecewakan.
Ia menyimpang jauh dari cita-cita sebenar negara dan ibu bapa mereka untuk melihat modal insan yang bakal menjadi pemimpin masa depan negara.
Saya menyeru supaya kerajaan meneliti beberapa fakta berikut untuk dijadikan rujukan:
1. Kajian terkini oleh Public Health England bertajuk ‘E-cigarettes: a new foundation for evidence-based policy and practice’ menunjukkan bahawa vape mempunyai potensi untuk menolong perokok supaya berhenti merokok. Namun, ia bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan bahawa vape digunakan untuk tujuan berhenti merokok sahaja dan tidak mendedahkan budaya vape kepada bukan perokok dan kanak-kanak.
Adakah kerajaan sudah bersedia dengan akta kawalan untuk melindungi golongan tersebut dan kawasan bebas asap rokok?
2. Laporan tersebut turut menekankan bahawa setiap klinik berhenti merokok perlu digiatkan secara aktif untuk memastikan perokok yang bertukar kepada vape akhirnya berhenti merokok. Mohon jemaah menteri periksa berapa bilangan klinik berhenti merokok yang aktif di seluruh negara dan berapa bilangan kakitangan yang mahir dan bersedia untuk menggerakkannya.
3. Kajian di United Kingdom (UK) menganggarkan bahawa kandungan vape adalah 95% kurang berbahaya. Namun, perlu ada piawaian dan pemantauan oleh badan bertanggungjawab terhadap kandungan bahan kimia vape di pasaran. Sedangkan, hari ini kedai vape tumbuh bagai cendawan selepas hujan, siapa yang kawal selia?
4. Kajian tersebut juga adalah berasaskan perokok yang bertukar kepada vape di mana penggunaannya hanya meningkat naik sejak tahun 2012 di UK. Ini bermakna kita belum tahu kesan vape kepada pengguna baru serta kesan jangka masa panjang penggunaannya. Adakah benar kerajaan ingin memenuhi aspirasi anak muda dengan sesuatu yang belum pasti?
5. Public Health England telah menzahirkan keazaman untuk melahirkan generasi bebas tembakau menjelang 2025. Oleh itu, pelbagai langkah diambil termasuklah untuk memantau secara berterusan kesan penggunaan vape kepada individu dan masyarakat serta menjalankan kajian ke atas keselamatan dan keberkesanannya. Adakah jemaah kabinet telah meletakkan sebarang matlamat dan apakah langkah yang dirancang bagi menjamin vape benar-benar selamat dan dapat menyelesaikan masalah ketagihan rokok? Sedangkan kajian ada menunjukkan wujud perokok yang ketagih vape pula.
Oleh itu, kerajaan mengambil pendekatan yang berkesan dengan melihat kepada gambaran yang lebih besar bahawa ketagihan sebenarnya adalah masalah utama. Sedangkan kawalan diri adalah intipati taqwa.
Janganlah kerana ketagihan sokongan anak muda sehinggakan lupa bahawa Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengenai penggunaannya.
Mana mungkin asap vape boleh mengaburi kebejatan sosioekonomi yang melanda negara. - HARAKAHDAILY 1/11/2015 Penulis ialah Naib Presiden PAS juga Ahli Parlimen Bukit Gantang Sumber HD - 1-11-2015 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Guna media sosial untuk naikkan imej PAS
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ahli PAS mesti menggunakan media sosial sebagai salah satu medium yang boleh digunakan untuk menaikkan imej PAS di alam maya supaya orang ramai mengetahui perjuangannya.
Oleh itu, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad media sosial harus berperanan membawa kebaikan bukan sebaliknya.
"Ia mesti menjadi alat menyebarkan fikrah perjuangan pada skala yang lebih besar dan luas," ujarnya menerusi laman facebook.
Beliau juga berkata, tidak ada seorang pun yang mukallaf terlepas daripada tanggungjawab untuk membawa risalah agama Allah SWT.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, ia merupakan kesinambungan kerja Rasul-Rasul yang terdahulu.
Katanya lagi, mereka boleh memberi beribu alasan di atas dunia kerana takut kepada manusia.
"Berilah alasan itu sementara mulut masih boleh berbicara tetapi apabila mulut sudah kelu di hadapan Allah, alasan apa pula yang akan diberi. Nauzubillah," katanya. - HARAKAHDAILY 1/11/2015 Sumber 1-11-2015
-------------------------------------------------------------------------- Pas dan perpaduan Melayu
Posted on Saturday, October 31 @ 22:47:42 MYT by paktam
Oleh Zulkiflee Bakar APABILA Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam perkara berkaitan kepentingan rakyat serta negara, pelbagai reaksi diterima dan pelbagai tafsiran dibuat.
Ada yang awal-awal lagi menuduh ini ada kaitan dengan usaha Pas untuk menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO dan dakwaan songsang itu diperkukuhkan lagi dengan mengaitkannya dengan pelantikan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF).
Hakikatnya apa yang hendak dilakukan oleh Pas bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat 2 yang bermaksud; ”Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-Nya.”
Sepatutnya, tidak ada mana-mana pihak apatah lagi yang bernama orang Melayu mempertikaikan keikhlasan Pas dalam soal bekerjasama tersebut. Walaupun Pas sebuah parti pembangkang, itu tidak bermakna ia tidak boleh bekerjasama dengan UMNO khususnya dalam melibatkan soal kepentingan orang Melayu dan Islam.
Kenapakah perlu kerjasama yang dihasratkan oleh Pas dilihat dari sudut politik semata-mata? Sejak dulu lagi, UMNO sendiri terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi membangunkan orang Melayu dan memperkukuhkan agama Islam.
Oleh itu, jika ada mana-mana pihak yang memandang serong hasrat Pas, biarkanlah sahaja, apa yang penting orang Melayu perlu menerima keterbukaan dan perubahan sikap Pas itu dengan penuh kelegaan.
Dalam situasi politik sekarang, orang Melayu tidak mampu lagi terus berpecah belah. Mereka yang takut wujudnya kerjasama antara parti-parti atau organisasi Melayu hakikatnya tidak mahu melihat orang Melayu bersatu waima dalam soal menjaga kepentingan kelompok tersebut.
Mereka bimbang kalau orang Melayu bersatu, ia akan mengukuhkan kembali kuasa orang Melayu dalam memastikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan tidak diganggu gugat oleh sesiapa.
Jika sebelum ini pertemuan Pas dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dijadikan isu sekarang hasrat Pas untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk UMNO pula dipertikaikan.
Keadaan itu seolah-olah menampakkan ada pihak yang sama sekali tidak akan berasa selesa jika wujud sebarang gerakan bagi memperkukuhkan perpaduan antara orang Melayu.
Segalanya kerana mereka mentafsirkan ia dari segi politik.
Tetapi yang anehnya golongan tersebut tidak pula mahu bersuara apabila hak-hak orang Melayu digugat atau cuba digugat oleh pihak-pihak tertentu, biarpun mereka tahu apabila terlalu banyak gangguan dilakukan ke atas orang Melayu ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram kepada negara.
Bagaimanapun tidak kira sama ada UMNO, Pas mahupun Perkasa, ketiga-tiga pihak ini tidak perlu terganggu dengan sebarang pandangan, tohmahan atau kritikan dalam soal mewujudkan kerjasama sesama mereka.
Sebaliknya, usaha perlu dilakukan bagi memastikan orang Melayu mencapai kata sepakat dalam memperjuangkan kepentingan mereka dan mempertahankan kesucian Islam.
Kesepakatan dan perpaduan yang kukuh antara orang Melayu bukanlah ancaman kepada kaum lain sebaliknya mampu memberi rahmat kepada mereka.
Justeru biarlah pihak-pihak tertentu termasuklah dalam kalangan ahli politik mentafsirkan apa sahaja terhadap kenyataan Abdul Hadi. Apa yang penting sekurang-kurangnya ia menunjukkan bahawa orang Melayu tidak mahu berpecah selama-lamanya kerana berbeza fahaman politik.
Pegangan politik adalah hak peribadi masing-masing dan orang Melayu juga mempunyai amalan demokrasi untuk memilih parti mana yang mereka suka tetapi dalam soal memastikan kedudukan dan hak orang Melayu tidak tergugat, mereka mesti bersatu dan bekerjasama. Tidak perlu apologetik atau berkompromi lagi dalam soal tersebut.- utusan.com.my
Perjuangan PAS Untuk Ubah Keadaan, Bukan Berebut Jawatan
OLeh : AFY
KUALA TERENGGANU – PAS hari ini menegaskan, perjuangan yang di bawa oleh Parti itu adalah untuk mengubah keadaan negara ini dan bukannya berebut untuk jawatan menjadi pemimpin.
Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika diminta untuk mengulas kenyataan beliau di Parlimen beberapa hari lalu, menegaskan kesediaan untuk membantu dan memberi nasihat kepada kerajaan, tetapi bukannya bersama Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Perjuangan kita adalah perjuangan untuk mengubah keadaan bukan berebut jadi pemimpin (jawatan), dengan sebab itu kita menerima sebarang perubahan yang positif,”jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas Program Dailog Rakyat anjuran Lujnah Dakwah di sebuah hotel di sini, hari ini Sabtu 31 Oktober.
Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduh PAS mahu bergabung dengan Umno dan Barisan Nasional.
“Tidak, tidak, tidak, maksudnya kita bersedia untuk hantar pasukan kita untuk berbincang dengan pihak kerajaan tentang GST sebagai contohnya,
“tentang perumahan (rakyat) termasuklah tentang kejatuhan nilai ringgit, apa pendekatan kita kena hadapi sebab kita ada penyelesaian kita, (kita) ada pandangan kita,”katanya kepada wartawan.
Katanya, PAS lebih selesa untuk berada di luar dari kerajaan Barisan Nasional selaku pembangkang.
Namun begitu, beliau menambah, sekiranya kerajaan yang sedia ada tidak besedia untuk berubah, maka telah menjadi tangungjawab PAS untuk memperbtulkan keadaan dengan menukar kerajaan yang ada pada hari ini.
“Dan kita lebih selesa duduk di luar Barisan Nasional, bukan duduk (bersama) Barisan Nasional. Tapi oleh kerana dia tak ubah, tanggungjawab kitalah (PAS) kena tukar kerajaan,”tambah beliau.
Sumber BO - 31-10-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAP mahu Umno yang menang
AHMAD AMZAD HASHIM | .
KITA berharap orang orang Islam celik mata. DAP hanya mempergunakan orang Islam untuk tujuan politik mereka.
Mereka kata mahu ke Putrajaya. Benarkah?
Hakikatnya mereka cuma pentingkan bilangan kerusi yang mereka berkuasa dan membuat sasaran negeri yang boleh mereka berkuasa agar menurut kehendak mereka.
Selain kerusi mereka, atau kerusi pihak yang taat pada mereka, mereka tidak kisah jika Umno atau BN yang menang asalkan apapun pakatan politik, mereka yang paling banyak kerusi dan berkuasa.
Jika ada negeri yang berjaya tewaskan BN. Kena DAP yang berkuasa dan boleh tentukan itu ini, begitu dan begini. Parti komponen kena ikut kehendak mereka.
Chauvinisme dalam kalangan pemimpin tertinggi DAP ini hanya akan merosakkan perpaduan rakyat dan menimbulkan keresahan dan curiga tentang cita cita sebenar mereka.
Sudah banyak kalangan kaum Cina yang mula berfikir kembali adakah sikap begini baik dalam jangka panjang untuk Malaysia.
Adakah politik ala kiasu ini boleh menjaga kepentingan dan kemakmuran kaum Cina dan India untuk jangka panjang apabila jurang prasangka semakin melebar? Untuk perniagaan ini tidak bagus. Hubungan seharian sesama rakyat Malaysia yang majmuk pun tidak bagus.
Apapun gagasan politik alternatif untuk menggantikan Barisan Nasional perlu mendapat dokongan peratus yang besar dari kelompok pengundi Melayu yang majoriti bilangannya. Barulah kerajaan yang terbentuk adalah stabil dan mampu bertahan lama.
Kerajaan yang terbentuk dengan dokongan massa. Dokongan rakyat yang padu. Bukan terbentuk hasil daripada strategi muslihat pecah perintah dengan memecahkan undi orang Melayu. Kerana sebaik sahaja orang Melayu bangkit dan sedar permainan ini, kuasa yang dipegang mereka akan pasti untuk sekejap sahaja.
Dalam negara ini pertarungan untuk undi orang Melayu cuma antara dua parti sahaja. Umno atau PAS.
Jika DAP terlalu bersungguh dengan dokongannya kepada PAN, orang Melayu dengan segera dapat membaca bahawa dengan memecahkan undi orang Melayu, DAP sebenarnya mahu menggagalkan kemaraan PAS agar bilangan kerusi mereka yang paling besar.
Tidak boleh bilangan kerusi PAS lebih besar daripada bilangan kerusi milik DAP.
Cubalah secara jujur renung dan fikir logiknya. Jika PAS tidak menang adakah PAN yang akan menang jika berlaku tiga penjuru dengan Umno? DAP pun tahu tidak mungkin. Maknanya DAP mahu Umno yang menang.
Yang sedang cedera dengan politik rakus, gopoh dan gelojoh DAP ini bukan sahaja PAS, tetapi PKR juga yang sejak asal penubuhannya dibantu dan digerakkan oleh PAS.
PAS yang baru beberapa bulan yang lalu (Jun 2015) bermuktamar dan membuat keputusan penting memutuskan hubungan politik dengan DAP demi masa depan perjuangan Islam untuk mensejahterakan Malaysia yang majmuk, telah berjaya memulihkan keyakinan masyarakat bila tidak lagi dilihat keterlaluan dalam memberi muka kepada DAP.
Kini PKR pula berdepan realiti ini. PAS yang masih menghargai tahaluf siyasi dengan PKR berharap pelajaran penting ini dilalui oleh PKR dengan baik demi harapan rakyat.
Mereka boleh mencongak di atas kertas. Tetapi Allah Maha Berkuasa mengatasi segala perancangan.
Seperti disebut Pengarah Jabatan Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki, PAS sudah mula menggerakkan kalangan profesionalnya yang begitu ramai yang telah melalui sistem pendidikan dan tarbiyah pelbagai peringkat yang terbina begitu lama sejak 30 tahun dalam PAS untuk berperanan penting sebagai persediaan memikul tanggungjawab besar pada masa akan datang setelah sebelum ini memberi laluan untuk 'rakan' baru mengisi kebanyakan kuota profesional ketika era reformasi.
Bukan sedikit kalangan mereka sudahpun berada pada kedudukan strategik di jawatan jawatan yang penting di dalam organisasi kerajaan mahupun swasta.
Ada pula yang cetek pemikiran terus melulu menuduh UG apabila ada ahli PAS memegang jawatan penting dalam kerajaan.
Tidakkah mereka tahu berapa ramai dalam kalangan pegawai tinggi kerajaan kini bersama dengan PAS. Berapa banyak program yang dilaksanakan oleh kerajaan datang dari pemikiran teknokrat PAS yang berada dalam kerajaan? – HARAKAHDAILY 31/10/2015
Penulis ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat Sumber HD - 31-10-2015 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS ingatkan AMANAH: Jaga urusan sendiri Posted on Friday, October 30 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PAS hari ini menasihatkan parti serpihannya, AMANAH supaya tidak mencampuri urusannya. "Jaga urusan sendiri. Kamu jaga ahli parti kamu, kita jaga ahli kita.
"Jangan buat bising, kuatkan parti dulu," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mahu penjelasan sama ada PAS bersama BN ataupun tidak.
Ini adalah susulan selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan BN, walaupun bukan dalam hal-hal politik.
"Tak perlu (Khalid) bimbang. Kita ada cara sendiri. Lebih baik bekerjasama dengan musuh daripada bekas rakan.
"Bekas rakan lebih mengetahui semua rahsia kita," kata Takiyuddin.
Beliau juga mengulangi bahawa PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan BN atau Umno.
"Kami tidak akan bekerjasama dengan BN pada pilihan raya umum akan datang. Itu sangat jelas," katanya.
Sumber TKO - 30-10-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bukan Cybertropper AMANAH sahaja bodoh untuk mengerti tapi UMNO pun sama tak faham kesediaan PAS kerjasama dengan BN Posted on Friday, October 30 @ 05:41:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz salah faham apabila Presiden PAS menyebut mengenai kesediaaan untuk bekerjasama dengan BN,.
Bercakap kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini, katanya, kerjassama yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bukan satu kerjasama politik tetapi membabitkan isu dan kepentingan rakyat.
"Kenyataan presiden bukan bererti PAS hendak bekerjasama dengan BN, apatah lagi kalau nak masuk BN, itu tidak pernah timbul.
"Kita masih berpendirian akan kekal sebagai pembangkang, dan kita kerjasama dengan semua parti, termasuk kerajaan persekutuan, DAP, untuk kebaikan. Tapi bukan kami sertai BN.
“Dia (Nazri) salah tafsir. PAS tak mahu kerjasama politik dengan bertanding bersama. Kita kerjasama dalam isu," katanya.
Nazri semalam berkata pakatan Umno-PAS tidak akan berjaya kerana mereka akan berebut kerusi pada pilihan raya umum.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang menimbulkan kemungkinan pakatan Umno-PAS.
Tajuddin berkata, kerjasama itu akan menimbulkan ancaman yang serius kepada gabungan pembangkang Pakatan Harapan.
Sebelum ini, Hadi dilaporkan berkata PAS terbuka untuk bekerjasama dengan Umno tetapi menolak kemungkinan gabungan politik.
Takiyuddin, yang mengesahkan pendirian itu, menegaskan bahawa PAS akan kekal sebagai pembangkang dan juga akan bekerjasama dengan DAP mengenai perkara-perkara yang berkepentingan bersama.
"Kami tidak akan kerjasama dengan BN di pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kami akan tetap menjadi pembangkang.
"Yakin tidak yakin, kalau perlu, kita bersendirian, kita akan bersendirian. Kita pernah bersendirian," katanya. - MK
Sumber TKO - 30-10-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS berunding dengan parti lain berhadapan PRU-14 - Takiyuddin Posted on Thursday, October 29 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR: PAS terus mencetuskan spekulasi apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menyatakan parti itu sedang berunding dengan parti lain dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14, PRU-14 akan datang.
Malah, Takiyuddin juga enggan mengumumkan parti yang sedang dirunding sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang.
"Tidak semestinya kita tidak ada rakan kongsi. Kita mungkin ada rakan kongsi baru. Siapa? Tunggu dan lihat. Kalau bukan parti, mungkin individu yang akan sertai kita. Itu terbuka untuk spekulasi.
"Masih dalam rundingan. Semestinya daripada parti lain. Baik kami simpan untuk pengumuman seterusnya," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Selain itu, Takiyuddin turut membidas Parti Amanah Negara ( Amanah) dengan menasihatkan parti itu agar fokus kepada usaha memperkukuhkan parti terlebih dahulu.
"Buatlah kerja sendiri. Kamu uruskan ahli parti kamu, kamu uruskan parti kamu. Jangan bising lah.
"Kukuhkan parti kamu dulu. Kami ada cara kami iaitu lebih baik bekerjasama dengan musuh berbanding dengan bekas rakan seperjuangan. Bekas rakan seperjuangan tahu rahsia kamu," katanya.
Beliau pada masa sama menegaskan PAS masih kekal sebagai pembangkang dan hanya akan bekerjasama dengan parti-parti lain dalam soal kebajikan rakyat. - Astro
Sumber TKO - 29-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengambil Teladan Perpecahan Gerakan Politik Islam Indonesia (Siri 1)
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor
Indonesia mempunyai sejarah yang panjang dijajah oleh kuasa Belanda selama 350 tahun sehinggalah merdeka pada tahun 1945. Penjajahan dan perompakan hasil bumi Indonesia mendapat tentangan sengit daripada rakyat Indonesia seperti yang diterjemahkan melalui peristiwa Perang Jawa (1825-1830) yang dipimpin oleh ulama’ iaitu Imam Diponegoro malah di Acheh juga penjajah kafir Belanda mendapat tentangan sengit daripada para santri dan para ‘alim ulama’. Ribuan madrasah atau pesantren yang wujud di seluruh Indonesia telah menjadi benteng pertahanan aqidah yang cukup ampuh bagi mempertahankan Islam dan melahirkan para pejuang Islam.
Di Indonesia, pertubuhan sosial keagamaan yang paling besar keanggotaannya adalah Nahdatul Ulama’ (NU) yang dianggarkan mempunyai seramai 35 juta orang ahli di seluruh negara. NU ditubuhkan di Surabaya pada 31 Januari 1926 dengan kepimpinan awalnya ialah Kiai Abdul Wahab Hasbullah dan Kiai Muhamad Hasyim. Penubuhan gerakan ini dilatari kebimbangan tentang kemaraan yang digelar Wahabi (juga digelar kaum muda atau salafi).
Pada masa itu, pengikut Wahabi berjaya menguasai Hijaz dan Raja Abdul Aziz Ibnu Saud ingin mengadakan muktamar antarabangsa di Mekah. NU sehingga sekarang masih mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam sektor sosio politik di Indonesia.
Sebahagian besar umat Islam di Indonesia mempunyai tradisi membaca doa mengikut mazhab, membaca qunut, membaca talqin. Beberapa amalan dan adat yang telah berakar umbi ini telah ditentang oleh gerakan pembaharuan Wahabi dan ulama’-ulama’ tradisi pula merasakan ini merupakan satu ancaman, maka Nahdatul Ulama’ (NU) telah menjadi wadah penyatuan mereka. Semasa penguasaan NU, ulama’-ulama’nya telah menggariskan matlamat NU yang dipanggil Khitbah 1926 yang menegaskan NU ialah sebuah pertubuhan sosial keagamaan yang bebas daripada pengaruh politik kepartian, slogannya ialah ‘Izzul Islam Wal Muslimin’ (Kemuliaan Islam dan Umat Islam). Orientasi perjuangannya terarah kepada masalah ubudiyah, sosial, dakwah, keilmuan dan kemasyarakatan.
Di Indonesia satu mercu tanda penyatuan umat Islam di zaman pendudukan Jepun ialah penubuhan Masyumi (Majlis Syura Muslimin Indonesia) yang dipimpin oleh seorang tokoh besar iaitu Mohamad Natsir. Ditubuhkan dalam kongres Umat Islam Indonesia yang diadakan di Yogjakarta pada 7 dan 8 November 1945 yang dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan Islam di Indonesia. Kejerihan dan kepayahan hidup di zaman penjajahan Jepun telah memungkinkan umat Islam mencari forum perpaduan malah tapak politik kekuasaan untuk membela Islam. Masyumi telah mengikat pelbagai pertubuhan Islam di Indonesia seperti Nahdatul Ulama’, Muhammadiah, Persatuan Ulama’ Seluruh Acheh, Nahdatul Watan, Al-Irsyad, Persatuan Islam Bandung, Perikatan Umat Islam, Sarekat Tani Islam, Sarekat Nelayan Islam dan pelbagai lagi. Masyumi juga diundang ke Malaya untuk pelancaran Hizbul Muslimin pada Mac 1948.
Kesatuan Aqidah dan disertai lagi dengan kepimpinan Mohamad Natsir yang berwibawa membolehkan parti ini meraih undi kedua terbesar dalam Pilihanraya Umum Pertama yang dipimpin oleh Soekarno. Gerakan Islam ini akhirnya dikhianati oleh puak sekular Indonesia apabila Masyumi telah dituduh terlibat dalam pemberontakan di Sumatera dan Sulawesi, malah ramai pimpinan serta pendokongnya dihumban dan mendekam dalam penjara.
Masyumi telah diharamkan pada 17 Ogos 1960, namun para ahlinya tetap memberikan sumbangan kepada Islam melalui pelbagai kegiatan yang lain seperti menghidupkan majlis-majlis Ta’lim, menyebar risalah dan buku seperti yang dilakukan oleh Mohamad Natsir, Omar, HAMKA dan Mohamad Roem. Indonesia terus melalui jalan yang berliku untuk aktivis Islam di zaman pemerintahan Soekarno dan juga Soeharto. Di zaman Soekarno berlakunya peristiwa pembantaian di Tanjung Periuk dan Tragedi Talangsari serta sekatan melampau terhadap gerakan Islam. Zaman gelap ini berakhir dengan berlakunya ‘reformasi 1998’, tumbangnya Jeneral Soeharto dalam gerakan massa yang dipicu dengan kebangkitan anak muda.
Penulis adalah AJK PAS Pusat, Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan Pusat
Dato’ Seri Presiden PAS, menyebut kalau nak ke Kuantan kenalah naik bas ekspres ke Kuantan. Salah naik bas makin tak sampai (disebut Kuala Lipis).
Nak ke Putrajaya perlukan sokongan rakyat. Jika mahu sokongan rakyat kena pastikan rakyat bersama kita.
Kerana itu jangan gugurkan rakyat dari tema perjuangan.
Mengutamakan harapan individu dan kelompok tertentu sehingga ketepikan kepentingan rakyat yang lebih besar bukan caranya jika mahu ke Putrajaya.
Mengambil mudah peranan PAS yang berakar umbi kuat di kalangan masyarakat Islam khususnya orang orang melayu hanya menatijahkan sokongan seperti di perhimpunan BERSIH 4 yang cuma disertai 5% orang Melayu, manakala yang paling ramai dari kaum Cina lebih 90%.
Itu sehabis baik yang boleh dicapai walaupun menerima tajaan dan sumbangan lebih RM1juta, dengan pelbagai seruan dan kempen seluruh negara dari tokoh tokoh melayu yang dianggap paling hebat yang berada dalam PKR, DAP dan PAN.
Ia tenyata gagal menarik sokongan melayu ke BERSIH 4.0.
Bandingkan penyertaan pecah panggung ke Kongres Rakyat yang disokong PAS sehingga terpaksa memenuhi setiap ceruk kaki lima di Auditorium di Shah Alam kerana seluruh Auditorium telah penuh.
Juga kehadiran lebih 100,000 di FASTAQIM di Kota Bharu yang penganjurannya cuma berkos sekitar RM100,000.00 tanpa tajaan yang mewah sehingga mencecah nilai jutaan ringgit seperti yang diterima oleh BERSIH 4.0 atau himpunan perkauman merah yang didalangi UMNO.
Rakyat memerhati pihak mana yang akan jadi pemimpin sebenar yang menentukan kerajaan yang bakal dibentuk selepas PRU14.
Jika gabungan parti dalam Barisan Nasional dilihat de facto leadernya adalah UMNO, dan mereka sudah sejak berpuluh tahun merdeka merasa tiada yang menggugat asas penting tiang seri kestabilan negara yang perlukan dokongan orang orang melayu yang menjadi kaum terbesar dalam masyarakat majmuk Malaysia, maka apa apa gabungan baru yang mahu dijadikan pilihan, orang mahu tahu siapa sebenarnya menentukan dasar dan prinsip?
Adakah pemimpin dari PKR atau PAS Atau dari DAP?
Dengan segala tingkah laku dan pendirian yang ditunjuk oleh DAP dalam isu isu yang sensitif kepada kesucian Agama Islam dan kepentingan orang melayu, persepsi yang ada sukar meyakinkan rakyat bahawa DAP boleh menerima sokongan orang melayu.
Pakatan Harapan dilihat rakyat terlalu tunduk kepada DAP. Rakyat melihat semua yang dibuat oleh pakatan tersebut adalah datang dari DAP. Yang lain sekadar menurut. Tidak sesekali akan membantah.
Ini tidak bagus. Bukan formula kemenangan ke Putrajaya. Mungkin boleh membantu mengekalkan kepentingan DAP di Pulau Pinang dan beberapa negeri sahaja.
Rakyat melihat ketegasan PAS dalam berdepan PKR dan DAP setelah masalah campurtangan dalaman urusan PAS semakin reda dengan terbentuk kepimpinan baru selepas Muktamar Agong PAS bulan Jun yang lalu.
PAS kini berjiwa merdeka dan tidak tunduk pada kemahuan sesiapa. PAS kini fokus perjuangannya dengan dasar Islam menjadi pegangan yang tiada tolak ansur lagi dengan iltizam menterjemahkan konsep rahmat untuk semua tak kira kaum dan agama, kaya atau miskin, kawasan bandar atau pendalaman.
Kerana itu nama nama besar seperti Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato’ Seri Zakaria (bekas timbalan Ketua Pengarah SPRM), Dato Menteri Besar Selangor Azmin Ali, Saudara Tian Chua Naib Presiden PKR, Tn Hj Mustafa Kamil Ayub Mantan Naib Presiden PKR, Ambiga dan Maria Chin menegaskan perlunya mendapat sokongan PAS bagi jayakan agenda memulihkan negara.
Sudah tiba masa Pas lebih agresif Posted on Wednesday, October 28 @ 14:43:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Seperti ada yang tidak kena dengan Pas..
Perkembangan politik mutakhir yang melibatkan parti tersebut amat jelas menunjukkan bahawa Pas menjadi “kambing hitam” bagi parti-parti yang dahulunya rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) yang sudah pun berkubur.
Tidak cukup dengan kejian, kata nista dan tuduhan palsu yang dilemparkan kepada Presidennya, Tuan Guru Haji Hadi dan barisan pimpinan yang lain, malah ahli mereka “dicuri” serta harta mereka dirampas.
Namun ramai yang terkesima dengan reaksi yang diberi oleh Pas, kelihatan seolah-olah redha menjadi “bahan” politik. Kepimpinan Pas bagi penggal 2015-2017 tidak langsung menunjukkan mereka barisan yang berjaya menumpaskan puak “duri dalam daging” yang gagal mendapat mandat daripada ahli akar umbi.
Kelesuan dan respon pasif terhadap fitnah, penghinaan dan ketidakadilan oleh “rakan-rakan” mereka dalam PKR dan DAP menggambarkan seakan-akan merekalah yang kalah pada muktamar baru-baru ini.
Lebih aneh dan tidak masuk akal lagi, masih ada di kalangan mereka yang menaruh harapan dengan PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang sebenarnya telah “mati” dan digantikan dengan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini.
Kenyataan bercanggah oleh segelintir pemimpin tidak membantu langsung memulihkan reputasi malah memberi gambaran seolah-olah kepimpinan tidak berdisiplin atau sependapat malah keliru dengan pendirian dan hala tuju.
Situasi ini semakin meruncing sehinggakan tahap keyakinan barisan kepimpinan pelapis dan ahli biasa yang masih setia bukan sedikit terjejas. Cakap-cakap di kalangan mereka dalam pentadbiran negeri Selangor, EXCO Pas dikatakan sudah bersiap sedia untuk “dipancung” dan diusir keluar dari kerajaan negeri. Ia bukan rahsia lagi.
Siapa tidak tahu janji-janji manis yang disajikan oleh Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor, kononnya akan terus bersama Pas namun semata-mata tindakan membeli masa untuk meredakan kemarahan pihak istana sehingga pilihan raya yang akan datang.
Bila tiba masanya, Pas pasti akan ditendang keluar. Namun, reaksi Pas Selangor setakat ini adalah diam seribu bahasa, menanti kepala mereka “disembelih”.
Reaksi agresif wajar
Walaupun Pas memang dikenali sebagai sebuah parti yang mempunyai adab dan tata susila tinggi di kalangan pemimpin dan ahli dalam menyuarakan pandangan, namun keadaan sekarang mewajarkan mereka bertindak lebih agresif.
Pas perlu menerima hakikat bahawa parti itu akan menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) dan pilihanraya lain dalam masa terdekat secara bersendirian.
Hentikanlah retorik yang tidak bermakna malah mengaibkan untuk terus bersama Pakatan Rakyat yang sudah lenyap atau komitmen terhadap PKR yang terang-terangan tiada niat dan keikhlasan yang setara terhadap Pas.
Retorik sebegini hanya akan melengahkan timbulnya kesedaran dan penerimaan hakikat di peringkat akar umbi yang sepatutnya mempertingkatkan persiapan, mengukuhkan jentera dan menguatkan istiqamah dalam menghadapi sebarang pilihanraya secara solo terutama PRU14 yang dijangka dalam tempoh dua atau tiga tahun sahaja lagi.
Bersendirian tidak semestinya hanya akan membuahkan hasil negatif. Sebaliknya, pulangan lumayan boleh dituai sekiranya strategi yang dipilih sesuai serta menepati citarasa dan mood pengundi kebanyakan. Sebenarnya, ada rahmat yang terselindung di sebalik tipu helah dan pengkhianatan peringkat tertinggi.
Bukan sahaja terlepas daripada belenggu tuntutan tidak munasabah dan kerenah bekas rakan sekutu yang jelas hanya mahu mengerah tenaga akar umbi dan memeras jentera Pas tanpa sokongan timbal balas dan setiakawan yang wajar, malah Pas sekarang bebas untuk merangka hala tuju dan strategi untuk meningkatkan sokongan rakyat terutama di kalangan masyarakat Muslim dan/atau Melayu/Bumiputera.
Meskipun ada kemungkinan sokongan bukan Muslim/Melayu akan menunjukkan sedikit kemerosotan buat masa sekarang, ini tidak sepatutnya mematahkan semangat Pas kerana ia masih berpeluang mengukuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas iaitu sayap bukan Islam yang boleh disandarkan harapan untuk meraih undi bukan Islam dan menjadi satu “pool” para calon berkaliber di bawah tiket Pas untuk bertanding di kerusi “campuran” malah di kerusi yang disifatkan sebagai bukan Melayu/Bumiputera.
Ketiadaan DAP yang terpalit persepsi anti-Islam dan bersifat rasis terhadap Melayu/Bumiputera dijangka akan memudahkan Pas mengorak langkah memulakan rundingan demi mencari titik persamaan dengan mana-mana parti politik atau NGO yang menyokong atau paling kurang, tidak akan sekali-kali menentang agenda menerapkan tata cara hidup patuh Syariah dan hukum syarak bagi mereka yang beragama Islam tanpa menafikan hak-hak bukan Islam.
Kini, Pas tiada sebarang sekatan untuk mula berbincang dengan mana-mana pihak yang mempunyai aspirasi yang sama ke arah kesejahteraan masyarakat Malaysia yang pelbagai tetapi bertunjangkan Islam. Sebagai contoh, melainkan DAP, PKR dan Amanah, Pas kini boleh mengintai peluang merungkai satu hubungan atau kerjasama strategik (tetapi jelas bentuk dan batasannya) dengan mana-mana parti politik baik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak termasuk komponen Barisan Nasional (BN).
Musuh ketat tradisi
Kolaborasi UMNO-Pas mungkin kelihatan agak “agresif” memandangkan UMNO adalah musuh ketat tradisi bagi Pas. Namun, idea seumpama ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja tanpa penelitian yang mendalam dan menyeluruh memandangkan DAP dan PKR bukan lagi rakan kongsi yang Pas boleh bergantung harap atau dipercayai khususnya apabila sebarang kerjasama dengan DAP dilihat bakal merencat proses pengukuhan sokongan pengundi Muslim/Melayu.
Kerjasama yang dipertimbangkan ini tidak perlulah dalam bentuk yang mengikat (binding) sehingga boleh memberi implikasi terhadap pembentukan kerajaan di peringkat negeri dan/atau persekutuan. Cukuplah dengan menjalin satu persefahaman khusus untuk pilihanraya yang tidak terarah kepada gabungan dalam kerajaan yang bakal dibentuk. Pada masa yang sama, satu persefahaman “hibrid” yang menggabungkan beberapa karakteristik kerjasama longgar dan lebih kekal terutama demi menjamin hak dan manfaat bagi masyarakat Muslim/Bumiputera di Malaysia juga boleh diperhalusi.
Bentuk kerjasama sedemikian bukanlah sesuatu yang baharu malah sudah lama menjadi topik perdebatan atau perbincangan oleh pelbagai pihak yang jelak melihat perbalahan antara parti-parti politik berteraskan Melayu/Bumiputera.
Berikut merupakan cebisan nukilan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin dalam blognya bertarikh 24 Februari 2015:
“Seeloknya langkah kerjasama tersebut (UMNO dan Pas) dimulakan secepat mungkin demi kebaikan rakyat negara ini. Kerjasama itu jika dengan maksud tolong menolong ke arah kebaikan dan taqwa, maka ia merupakan suruhan agama.
Impian rakyat untuk melihat persaingan sihat antara kerajaan dan pembangkang akan lebur jika Pas terus berkrisis seperti sekarang yang boleh membawa pertandingan tiga penjuru dalam pilihanraya akan datang, yang akan melemahkan persaingan sihat dan menjadikan suatu pihak akan begitu dominan.
Banyak persamaan antara Pas dan UMNO selama ini, terutama di sudut aliran kefahaman Islam kedua parti itu. Hanya bahasa yang berbeza, tapi isi mereka banyak yang sama.
Golongan Islam yang lebih progresif mungkin akan mempunyai ruang baru yang jelas di medan siyasah dengan hilangnya bayangan Islam Pas yang selama ini dilihat pelbagai versi.
Rakyat akan dapat melihat sejauh manakah kejujuran politik antara kedua parti melayu Islam itu apabila mereka bergabung dalam pentadbiran. Penilaian matang akan dapat dibuat.”
Idea seumpama ini boleh diuji kebolehlaksanaannya apabila Pas diterajang keluar dari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di mana kematangan politik baharu akan menyaksikan semua ADUN UMNO dan sekumpulan ADUN lain memberi sokongan tanpa syarat di Dewan Negeri seterusnya membolehkan Pas membentuk kerajaan baharu di Selangor. Pas juga boleh merangka kerjasama hampir serupa dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), satu lagi parti politik didominasi Muslim/Bumiputera sebagai persiapan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak yang mesti dilangsungkan selewat-lewatnya tahun hadapan.
Gagasan pemikiran di luar kotak
Selain daripada strategi memperkukuh tapak sokongan di kalangan masyarakat Muslim/Bumiputera yang dikira paling berasas dan pragmatik, ada kewajarannya jika Pas menerajui inisiatif membentuk Kuasa Ketiga sebagai alternatif kepada dua koalisi sedia ada, BN dan PH. Sebagai parti politik kedua terbesar di Malaysia, secara semulajadi Pas bakal menjadi parti teras bagi koalisi alternatif ini di mana sebarang parti bukan komponen BN atau PH di Semenanjung dan Malaysia Timur di samping mana-mana parti komponen BN yang cenderung beralih angin sepatutnya berunding mencapai kesepakatan untuk memberi saingan sengit kepada BN dan PH dengan memanfaatkan kekuatan akar umbi dan jentera Pas.
Idea ini bukanlah sesuatu yang sangat asing atau mustahil bagi Pas memandangkan di bawah kepimpinan Dr Burhanuddin Helmy sebagai Presiden (1956-1969), falsafah sosio-ekonomi Pas condong ke kiri. Ini bukti jelas bahawa “political Islam” dan ideologi “centre-left” boleh bergerak seiring. Sekiranya strategi ini yang dipilih, bentuk kerjasama yang paling sesuai dan berdaya saing adalah satu koalisi mengikat (binding) dengan implikasi pada pembentukan kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.
Pandang ke hadapan
Apa pun, amat jelas bahawa Pas perlu menjauhkan dan memisahkan diri daripada mana-mana parti komponen PH.
Amat menyedihkan sekali sekiranya Pas membiarkan maruah tergadai dan agenda menegakkan syariat Islam terbantut dengan menyokong Pakatan Harapan sekaligus mensia-siakan kejayaan yang telah dicapai oleh “Geng Ulamak” dalam hierarki kepimpinan parti.
Hakikatnya, Pas perlu melangkah ke hadapan dengan penuh yakin bahawa ia mampu mempertahankan kekuatan dengan keutuhan kepimpinan yang sedia ada.
Kekuatan Pas terletak pada pegangan dan ajaran Islam berpandukan al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai rujukan dalam menetapkan hala tuju dan gerak kerja Pas.
Pemimpin dan ahli boleh datang dan pergi, namun parti berasaskan Islam yang membawa cahaya kebenaran akan terus bersinar menerangi persada politik tanahair.
Oleh Nazuri Ismail Sumber TKO - 28-10-2015 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan berita tepat berhubung PAS di media PAS
AHMAD AMZAD HASHIM | .
SUDAH beberapa kali rakyat dikelirukan dengan pelaporan tidak tepat tentang PAS dan kenyataan pemimpin-pemimpin PAS khususnya Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Malah ada media yang sengaja memalsukan foto bagi memfitnah PAS.
Untuk berita berkait pendirian, ucapan, peristiwa melibatkan PAS, cara yang betul adalah merujuk kepada media rasmi PAS iaitulah Harakah sama ada Harakahdaily yang boleh di akses online atau Harakah Elektronik yg mamaparkan imej Harakah versi cetak yang perlu dilanggan. Juga boleh dirujuk pada blog atau facebook rasmi PAS.
Harakahdaily dikemaskini setiap hari manakala Harakah cetak diterbitkan dua kali seminggu edisi Isnin dan Jumaat.
Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS supaya jayakan kempen BELI, BACA DAN BERI Harakah sebagai medium penerangan yang boleh memperjelaskan isu isu yang berbangkit. HARAKAH sendiri kini telah banyak kemajuan pelaporan beritanya dan dengan adanya sokongan semua akan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti persembahannya.
Jika berita berkaitan PAS datang dari media lain khususnya The Malaysia Insider, Malaysiakini, kumpulan Berita Harian dan Utusan, TV3, maka orang ramai perlu hati-hati gaya penulisan khususnya tajuk berita serta pilihan foto yang digunakan yang selalu menimbulkan keliru dan persepsi buruk kepada PAS.
Malang sungguh ada juga penyokong PAS yang menjadikan media berkenaan sebagai sumber berita mereka.
Lebih malang ada juga yang menggunakan posting media saraf Umno sebagai bahan rujukan.
Saya ambil kesempatan untuk umumkan adanya dikesan laman Parti Islam Semalaysia yang telah dipalsukan seperti imej laman palsu yang disertakan. Ini pernah terjadi sebelum ini di beberapa PAS Kawasan. – HARAKAHDAILY 28/10/2015
Pengarah, Jabatan Penerangan PAS Pusat Sumber HD - 28-10-2015
TELUK INTAN: Ahli PAS diingat agar tidak ragu-ragu dengan perjuangan PAS selagi dasarnya ialah Islam, demikian tegas Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim semalam.
Jelasnya, dasar Islam yang termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 3 membuktikan perjuangan PAS berada di atas landasan Islam sebenar, sekaligus berbeza dengan parti yang lain.
Beliau berucap demikian pada Kuliah Politik di Dewan Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI), Kampung Padang Tembak, di sini 26 Oktober.
Katanya, PAS memperjuangkan Islam sepertimana perjuangan Rasulullah SAW yang sentiasa diuji dengan tribulasi musuh.
"Semua peringkat pimpinan dan ahli perlu terus yakin serta istiqamah bersama perjuangan ini, jangan sekali melawan arus," nasihatnya.
Beliau juga berkongsi landskap semasa politik yang berlaku di Selangor untuk perkongsian bersama dalam kuliah tersebut.
Turut digandingkan bersama beliau ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Mohd. Azhar Rafiei.
Mohd Azhar menyifatkan rakyat perlu celik politik Islam dapat membuka minda serta membuat pertimbangan antara yang haq dan batil.
"Isu 1MDB merupakan isu besar negara sepatutnya bukan sahaja dilihat dari sudut pembaziran semata-mata tetapi juga kepada sikap amanah dan integriti pengurusan kepada rakyat," ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/10/2015 Sumber HD - 27-10-2015
--------------------------------------------------------------------------- Pakatan Harapan ibarat bas yang tidak sampai ke destinasi Posted on Tuesday, October 27 @ 17:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KUALA LUMPUR: Pas mengibaratkan gabungan Pakatan Harapan sebagai sebuah bas yang tidak akan sampai ke destinasi dan tidak ada masa depan.
Oleh itu, tiada sebarang sebab yang kukuh untuk Pas bergabung dengan Pakatan Harapan malah parti itu lebih rela bergerak sendirian.
"Kita tidak ada harapan dengan Pakatan Harapan yang diibarat sebagai bas yang tidak sampai ke destinasi. Bas ekpress hendak pergi Kuantan, tetapi tersekat di Jalan Kuala Lipis," kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di lobi Parlimen pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang menjelaskan, Pas mampu bergerak bersendirian malah selama ini parti pembangkang lain yang banyak bergantung kepada parti Islam itu.
"Bukan sahaja boleh bersendirian tetapi kita memang sudah lama bergerak secara bersendirian dan percaya parti lain yang banyak bergantung kepada kita selama ini.
"Kamu saksikan sendiri sewaktu berdemonstrasi jika Pas tidak turun, maka tidak ada orang. Ini kekuatan yang ada pada kita.
"Kita bukan hendak menunjuk-nunjuk dengan kekuatan itu," tegasnya
Sumber TKO - 27-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
K’jaan perpaduan dengan Umno adalah sejarah, kata Hadi Posted on Tuesday, October 27 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
PARLIMEN l Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan partinya membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.
"UG (kerajaan perpaduan) adalah sejarah," katanya kepada wartawan di luar Dewan Rakyat.Hadi juga berkata PAS bersedia berjumpa anggota kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk menimbulkan kebimbangan parti itu berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), nilai ringgit yang merudum serta masalah perumahan.
"Jadi kita perlu sedia bertemu dengan kerajaan bersemuka siapa sahaja untuk kemuka cadangan perkara yang kita tidak setuju. Contoh cukai barang dan perkhidmatan (GST) PAS ingin cadangkan alternatif tampung hasil kerajaan.
"Kita sedia temu kerajaan. Ini sikap kita sebagai parti pembangkang kerana kita mahu pelihara hubungan dengan rakyat bukan dengan Ahli Parlimen sahaja," katanya.
Menurut Hadi, pertemuan yang dilakukan bersama pemimpin BN sebelum ini adalah berkisarkan masalah-masalah rakyat dan bukan mengenai kerjasama politik.
"PAS ambil langkah untuk menerang bukannya menyerang.
"Itu pendekatan yang kita ambil. Sebarang perubahan yang hendak dilakukan mestilah berteraskan Islam yang menjadi dasar, konsep dan matlamat perjuangan PAS. PAS tak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat.
"Kerana kita tidak mungkin naik bas ekspres yang tak sampai ke destinasi kita pergi lepas tu kena jalan kaki jauh. Kita mahu proses demokrasi yang berakhlak dan beradab dan tidak boleh lupakan konsep raja berperlembagaan. Pada masa sama mesti memelihara hubungan masyarakat majmuk," katanya.
Hadi sebelum ini sering-kali didakwa mahu meujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno dan dilihat sebagai penyokong Najib.
Mengulas soalan sama ada PAS akan menyertai Pakatan Harapan atau tidak, Hadi berkata perkara itu tidak akan berlaku.
"Kita tidak punyai (harapan) dengan Harapan, kita akan sampai ke destinasi yang kita mahukan.
"PAS tidak bergantung mana-mana parti, yang bergantung itu parti lain," katanya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat boleh wujud bersama-sama, sebagaimana kerjasama politik yang pernah wujud suatu ketika dulu apabila PAS bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46.
Katanya, pada era 1990-an PAS berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan pada masa sama Semangat 46 bekerjasama dengan DAP, Parti Bersatu Sabah dan Parti Rakyat Malaysia melalui Gagasan Rakyat.
“Perkara yang sama boleh berlaku sekarang. Satu Pakatan Harapan PKR, DAP dan PAN serta satu lagi Pakatan (Rakyat) dengan PAS dan PKR”.
“Kami masih bersama. Tanpa kami (PAS) tiada kerajaan (di Selangor) selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memecat semua exco DAP dan PKR,” katanya ketika ditemui media di parlimen hari ini, Isnin 26hb Oktober.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata demikian merujuk kepada Menteri Besar di negeri Selangor sebelum ini.
Takiyuddin berkata, keadaan sama juga dihadapi DAP yang memerlukan PKR sebagai sekutu politik. Jadi PKR telah membentuk kerjasama dengan DAP di Pulau Pinang.
“Tengok di Pulau Pinang. Tanpa PKR bolehkah DAP mentadbir negeri?,”jelasnya.
“Sekarang Menteri Besar Selangor, Azmin Ali telah berulang kali sebut PAS adalah sebahagian daripada kerajaan Selangor.
“Kerajaan Selangor boleh mempunyai 2 pakatan pembangkang serentak, kata Setiausaha Agong PAS menegaskan pendirian PAS meneruskan kerjasama dengan PKR dalam mentadbir negeri itu,”tambah beliau
Sehubungan itu beliau menegaskan, PAS masih menganggap kerjasama parti itu dengan PKR berterusan membuktikan Pakatan (Rakyat) masih wujud.
Beliau menyokong kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini yang menyatakan Pakatan Rakyat masih wujud dalam bentuk hubungan kerjasama antara PAS dan PKR, tanpa DAP.
Sumber BO - 27-10-2015
-------------------------------------------------------------------------- Langkah Rawang: Cubaan hancur Pakatan Rakyat Pas-PKR Posted on Sunday, October 25 @ 15:12:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
PETALING JAYA: PAS akan memperkasakan Pakatan Rakyat (PR) dengan penyusunan semula kekuatan antara parti PAS dan PKR di samping beberapa buah parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat bersama PKR yang diadakan minggu lepas bersetuju untuk mengukuhkan muafakat melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan.
Beliau menegaskan PR tanpa DAP adalah satu platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini.
“Pakatan Rakyat masih lagi wujud dan ini dibuktikan melalui sokongan dan kerjasama politik di Selangor dan Kelantan. Keadaan ini menyebabkan ada pihak yang iri hati lalu menimbulkan spekulasi seperti Langkah Rawang sebagai cubaan menghuru-harakan politik Selangor.
“Realitinya di Malaysia, paksi politik dan perubahan total negara hanya akan berlaku bila paksi politik Melayu / Bumiputera membuat perubahan. Tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP dilihat sebagai satu anjakan besar perubahan di kalangan pengundi Melayu, apabila ‘bebanan’ PAS dituduh sebagai alat DAP tercabut dari pundak politik PAS,”katanya dalam kenyataan di Facebook.
Menurut Tuan Ibrahim, anjakan besar juga dijangka berlaku di kalangan pengundi Melayu apabila kos dan kualiti kehidupan mereka terus dihimpit oleh polisi-polisi dan penyelewengan pentadbiran kerajaan.
Keadaan it u diburukkan dengan kontroversi membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung dana derma RM2.6 bilion dan 1MDB. - FMT
Sumber TKO - 25-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS The Real King Maker In Malaysian Politics Posted on Friday, October 23 @ 06:20:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Semenjak PAS ditubuhkan pada tahun 1951, PAS terus gagah sebagai sebuah parti yang bukan sahaja berjaya mencorak landskap politik Malaysia, bahkan turut mencorakkan budaya masyarakat Malaysia. Berkaitan perkara ini, Erical Miller dari Tufts University dalam kajiannya Democratic Islamist; A Case Study of the Pan Malaysia Islamic Party menyimpulkan:
"PAS sebuah organisasi yang rencam, sebuah parti politik sophisticated yang berkembang untuk menghadapi cabaran-cabaran baru dan berjaya dalam 'permainan demokrasi'. Ia telah berjaya melakukan kesemua ini bukan dengan menang besar dalam pilihanraya, tetapi dengan berterusan menjadi kuasa pendesak selama lebih 50 tahun walaupun menghadapi tekanan sebagai sebuah parti pembangkang dalam demokrasi tempang di Malaysia."
Kesimpulan yang diberikan Miller cukup jelas menunjukkan pendirian dan kegiatan PAS yang konsisten telah meletakkan PAS sebagai satu parti yang cukup berpengaruh dalam mencorak halatuju politik Malaysia. Malah seorang strategis MCA, Fui K. Soong dalam The Star pernah menyebut "PAS the Real Kingmaker in Malaysian Politics."
PAS sejak awal penubuhan telah memperkenalkan tema-tema perjuangan seperti 'Negara Islam', Kedaulatan syariah, Pembasmian Munkar, Keadilan Ekonomi Islam dan lain-lain. Kini tema-tema ini telah mempengaruhi dasar dan kegiatan negara dan telah diterima ramau meskipun dulunya sangat asing bagi mereka.
Di samping itu, peranan PAS memimpin isu-isu rakyat pelbagai peringkat turut membantu menaikkan PAS sebagai sebuah harapan alternatif kepada kerajaan sedia ada. Sikapnya profesional yang bukan sekadar mengkritik tetapi turut mengemukakan penyelesaian amat menarik hati rakyat secara berterusan untuk menaruh keyakinan kepada parti ini.
Perkara ini dinyatakan bukan untuk dijadikan kebanggaan, tetapi untuk menunjukkan PAS berada di landasan yang benar tentang penyertaannya dalam politik Malaysia. Semua ini mendidik kita supaya terus beristiqamah dengan perjuangan asas parti sejak dari dulu.
Maka PAS perlu terus menumpukan agenda penerangan Islam dan istiqamah dengan dasar dan prinsip Islamnya. Tentangan akan terus datang tetapi selari dengan itu, ruang-ruang baru dakwah sedang terus terbuka bagi mempersada Islam secara progresif dan berperingkat dalam negara saban hari.
Hari ini juga ramai telah mengakui kekuatan PAS dalam mendepani konflik politik yang ada. Walau berbagai pihak cuba menguasai landskap politik Malaysia dek kelemahan pemerintah, realiti telah menunjukkan PAS masih utuh sebagai parti teras alternatif kepada negara Malaysia.
Ini diakui oleh bekas Menteri dari Umno, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir dalam Kongres Rakyat dan diulang dalam himpunan Istiqamah, bahawa tidak ada parti lain yang lebih kukuh dari PAS ketika ini. Perkara ini turut disokong oleh Bekas Naib Presiden PKR, Mustafa Kamal, strategis PKR Tian Chua dan lain-lain.
Kita boleh melihat realitinya. UMNO sedang bergolak teruk di bawah kepimpinan Najib sehingga bekas PM terpaksa turun padang lagi dalam menyelamatkan Umno. PKR turut mengalami kecamuk yang dahsayt apabila 25 orang nama kepimpinan mereka tidak bersetuju dengan keputusan Presiden Wan Azizah menyertai Pakatan Harapan. Tetapi PAS melalui perwakilan seluruh Malaysia berjaya memperkukuh kepimpinannya pasca Muktamar lepas dalam keadaan yang sangat dramatik.
Cukup beberapa fakta ini sebagai pemangkin semangat untuk kita tidak lagi menoleh ke belakang. Tidak perlu lagi bermain dengan kemuncut-kemuncut kecil yang cuba memperlahankan langkah. Jika dulu dalam keadaan PAS dilihat lemah dan parti lawan dalam keadaan yang sangat selesa pun kita masih mampu mencorak politik negara, maka tidak mustahil seandainya kita terus istiqamah dalam situasi sekarang, PAS mampu meluncur tenang ke Putrajaya dan mengambil alih kuasa politik Malaysia.
Fastaqim!!
(Alang Ibn Shukrimun)
Sumber TKO - 23-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan akan menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai mewakili PAS di dalam jawatankuasa itu.
Sebelum ini PAS diwakili oleh Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar namun beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai ahli PKR baru-baru ini.
Takiyuddin yang juga dipilih berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Dewan Harian PAS Pusat.
Perkara ini dimaklumkan Takiyuddin sendiri merangkap sebagai Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.
Pemilihan juga dibuat ekoran berlakunya pelantikan Pengerusi PAC yang baru iaitu Ahli Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin pada 19 Oktober lalu.
Pelantikan ahli jawatankuasa PAC mestilah terdiri daripada enam Ahli Parlimen daripada BN dan Pembangkang.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed meletakkan jawatannya pada 29 Julai 2015 setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri sekaligus siasatan terhadap kes 1MDB terpaksa ditangguhkan.
Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen Ketiga Belas sebelum ini, yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bertanggungjawab melantik Ahli Jawatankuasa PAC.
PAC yang baharu ini akan memulakan kembali siasatan terhadap 1MDB selepas laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai syarikat pelaburan negara itu disiapkan untuk diteliti oleh PAC.
Sumber PP - 21-10-2015
----------------------------------------------------------------------------- Kalau PAS betul, kenapa ada yang keluar?
Posted on Tuesday, October 20 @ 15:15:24 MYT by paktam
Oleh USTAZ ROSLI ABDUL JABAR GEMA laungan takbir daripada lebih 100 ribu hadirin Himpunan Fastaqim H60K menggegarkan Stadium Sultan Muhammad, Kota Baru. Lautan manusia hijau memenuhi setiap pelusuk ruang Stadium, suasana ini menggamit kenangan ketika himpunan pertama di Stadium yang sama, selepas PAS menang di Negeri Kelantan.
Ketika itu saya masih lagi belajar di Pondok, sanggup merentas ratusan batu dengan menaiki motorsikal lampu bulat seorang diri, dek semangat yang sangat membara untuk bersama menjayakan perhimpunan tersebut.
Masa tu duit cukup-cukup je, kalau tak silap saya cuma ada RM20. Masa tu minyak masih murah, perjalanan dari Terengganu ke Kelantan minyaknya hanya habis sekitar RM10 sahaja, yang selebihnya buat makan, namun seronoknya terasa hingga sekarang.
Berada dalam PAS yang dipenuhi dengan program Tarbiyyah sangat mendidik dan membentuk jiwa agar sentiasa sedia berkorban demi Islam, sama ada dalam keadaan susah dan senang, kedua situasi tersebut tidak pernah menjadi penghalang untuk menjadi penolong kepada agama Allah SWT.
Himpunan FASTAQIM kali ini saya hadir lagi bersama keluarga, bersesak-sesak seramai 16 orang dalam sebuah MPV, membelah jalan raya dan lebuh raya untuk sampai ke Kota Baru, anak-anak begitu teruja melihat lautan manusia, jarang-jarang mereka tidak tidur sebelum jam 11.00 malam.
Namun di himpunan FASTAQIM tiada seorang pun yang tidur termasuklah yang paling kecil, gembira sangat dia tengok orang ramai, dah lah tu terpaksa pula berjalan kaki sejauh 1.6 KM, kerana kami tinggal di Homestay Pelangi Mall, berderet kami anak beranak menapak pergi dan balik, penat tapi sangat berbaloi, kegembiraan kami mengatasi kepenatan.
Kami berada di tengah lautan manusia di dalam Stadium, mendengar setiap patah ucapan, pesanan dan taujihad pimpinan PAS yang pastinya semakin menyuntik semangat untuk terus bekerja bagi memenangkan PAS.
Betapa dapat saya rasakan, para amilin PAS seperti saya begitu bersemangat untuk hadir dengan harapan agar program ini berjaya dan juga sebagai tanda sokongan kepada PAS dan kepimpinannya tanpa berbelah bagi. Tiada manusia yang sanggup berpenat lelah secara percuma, melainkan jika ada impaknya, sama ada dunia mahupun Akhirat.
Mereka datang tanpa dibayar, malahan merekalah yang membayar, sejak dulu sehingga kini, itu lah PAS, yang telah berjaya mendidik ahlinya untuk berkorban demi Islam, tiada lain yang diharapkan kecuali untuk melihat PAS terus berkembang dan terus berkembang sehingga satu tahap yang melayakkan PAS untuk memerintah dengan hukum Allah SWT, apabila masanya, hanya Allah SWT yang tahu.
Namun apa yang dapat dilihat, PAS kini telah menjadi sebuah jamaah yang kuat dan ramai dan memiliki pengikut yang tegar berjuang demi dasar Islamnya, sukar untuk digugat oleh segala bentuk fitnah yang cuba untuk meruntuhkannya, FASTAQIM H60K adalah buktinya.
Seorang yang dianggap pakar oreantalis barat dari Belanda, Dr Snouck Hurgronje yang lahir pada 1857, ketika mana tanah jajahan Belanda iaitu Hindia Belanda ataupun Indonesia sering mendapat tentangan daripada pejuang dari Acheh.
Acheh yang terkenal sebagai Serambi Mekah, yang ramai para ulama dan ketumbuhan serambi ilmunya dipelosok bumi Acheh, mereka bangun menentang penjajahan Belanda, kesukaran tunduk kepada penjajah ini dicetuskan oleh semangat jihad yang dicetuskan oleh para ulama dan ilmunya.
Dr Snouck Hurgronje yang mahir dengan Ilmu Islam telah menulis, "Kekuatan yang ada pada umat Islam di Acheh adalah kerana al-Quran yang berada di dalam dada mereka, itu adalah senjata paling tajam yang dimiliki mereka, jika senjata itu hilang daripada dada mereka, nescaya mereka akan menjadi seorang Belanda".
Begitulah juga dengan PAS, kebanyakan orang menyokong PAS kerana Islam, dalil perjuangan ini diambil daripada al-Quran dan Hadis, juga dari kalam para ulama, setiap inci perjalanan parti dan juga sebarang keputusan semuanya disandarkan kepada al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias para Ulama.
Nak buang semua ni dari dada orang PAS yang telah terdidik sejak dulu, bukannya semudah menukar warna pakaian, walaupun ada yang keluar, ia digantikan oleh Allah SWT dengan lebih ramai. Ada yang bertanya, "Ustaz, kalau PAS betul, kenapa ada orang keluar PAS?" Saya menjawab dalam bentuk pertanyaan, "Apakah kita boleh menganggap Islam itu tidak betul, apabila ada orang yang keluar dari Islam?" Dia tidak menjawabnya.
Tidak betul kita menghukum Islam itu tidak betul, jika ada penganutnya berbuat salah, begitulah juga dengan PAS, tidak betul tindakan menghukum PAS jika kita tidak bersetuju dengan individu di dalam PAS.
Selagi Islam menjadi dasar PAS, selagi para ulama bersama PAS, selagi al-Quran dan Hadis mengalir di dalam jiwa ahli dan penyong PAS, selagi ahli PAS terus mendapat tarbiyyah, selagi ahli PAS sentiasa berada di dalam majlis ilmu, selagi ada manusia yang mencintai Islam, selagi itulah mereka yang cinta kepada Islam akan terus mencintai perjuangan PAS.
Insya-Allah, selagi itulah juga bahtera PAS akan terus berlayar di lautan persada dakwah dan politik Malaysia dan sanggup meredah gelombang fitnah dan Istiqamah hingga kemenangan, sama ada di dunia mahupun Akhirat.
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang Sumber DD - 20-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------Putar Alam Kenyataan Qaradawi Posted on Tuesday, October 20 @ 18:31:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Ramai yang tidak mempercayai fatwa Dr Yusof Qardawi berhubung pengharaman PAN yang disampaikan oleh timbalannya, TGHH. Dalilnya disandarkan kepada kenyataan-kenyataan lama beliau menerusi kitab fiqh daulah dan beberapa sumber lain yang mengharuskan taadud jemaah.
Beberapa perkara harus diperhati.:
1. SALAH FAHAM FATWA SEBELUM INI
Perkara pertama yang perlu difahami daripada fatwa Dr Qardawi adalah huraian fatwanya yang sebenar. Mengambil maksud wasatiyah yang menjadi neraca pemikiran beliau, maka kita boleh menyatakan secara mutlak bahawa beliau mengharuskan berbilang jemaah.
Mengikut teks artikel yang ditulis dalam webnya qaradawi.net bertarikh 13 Mac 2015 menyatakan:
وأن تعدد الأحزاب في النظام الإسلامي، أمر مشروع في إطار أصول الإسلام وأحكامه القطعية، وكذلك تعدد الجماعات والحركات العاملة للإسلام، مادام تعددها تعدد تنوع وتخصص، لا تعدد تضاد وتناقض، تعدد تكامل وتعاون، لا تعدد تنافر وتشاحن، ومادامت تقف صفا واحدا،
"Berbilang parti dan jemaah Islam adalah perkara yang dibenarkan syarak SELAGI kewujudan mereka bersifat menambah cabang dan pengkhususan fokus, saling menyempurnakan dan membantu dan BUKAN bersifat berlawanan, bertentangan dan saling bertelagah dan menyerang. Ianya dibenarkan selagi masih berada di dalam satu SAF.."
Daripada teks ini, fatwa Qardawi terbahagi kepada iaitu HARUS dan HARAM. Harus selagi cukup syaratnya dan haram apabila melanggar syaratnya. Yang paling penting ialah ia masih berada dalam saf kekuatan umat Islam, dan tidak menyebabkan kiasa Islam terpecah-pecah.
Inilah yang dikatakan wasatiyyah. Tetapi sekiranya difahami terus sebagai harus, ia bukan wasatiyyah tetapi tasahul iaitu memudah-memudahkan syarak yang terlarang.
2. BEZA JEMAAH BIASA DAN PARTI POLITIK
Ramai cuba menidakkan fatwa Dr Qardawi kerana menganggap fatwanya bermaksud haram semua jemaah Islam. Tidak sedikit pendokong jemaah lain yang lambat faham kenyataan beliau, mengecam kenyataan TGHH kononnya mereka terlibat sama.
Cuba amati sedikit teks fatwanya sebagaimana yang diriwayatkan TGHH. Yang disebut adalah jemaah berbentuk parti, bukan jemaah biasa. Maka yang bukan parti tidak perlu melenting.
Maslahah daripada fatwa Dr Qardawi cukup jelas. Apabila menjenamakan jemaah sebagai parti, maka disana perlu turut difikirkan maslahah politik, bukan maslahah dakwah dan tarbiyah semata.
Banyak jemaah dakwah mungkin meningkatkan prestasi dakwah kerana masing-masing menambah kepelbagaian cara dan isi dakwah kepada mad'u. Begitu juga dalam konteks tarbiyah, ia akan bersifat membahagikan tugas memfokuskan kepada individu-individu tertentu asalkan tidak berlaku jatuh menjatuh atau buruk memburukkan antara satu sama lain.
Tetapi dalam ruang politik, membanyakkam parti akan merugikan Islam. Sekiranya di sebuah kawasan ada dua parti Islam dan satu parti bukan Islam bertanding, sudah tentu undi akan pecah. Lihatlah bagaimana di wilayah Kalimantan. Majoritinya adalah muslim tetapi parti yang berkuasa sekarang adalah parti Kristian. Ini kerana parti Islam lebih 40 buah di sana. Kalau umat Islam seramai 40 juta orang sekalipun berbanding Kristian yang hanya 2 juta, yang menang pilihanraya tetap Kristian apabila setiap 1 juta muslim masing-masing memilih satu parti berlainan.
Hilangnya kuasa Islam menyebabkan baru-baru ini, parti Kristian tersebut menetapkan undang-undang tidak membenarkan korban diadakan di tempat terbuka sebagaimana amalan Islam. Ini salah satu akibat buruk yang kita perlu faham.
3. SIFAT UMUM DAN KHUSUS
Sebenarnya tiada pertentangan antara fatwa beliau sebelum ini dan apa fatwa terbarunya mengharamkan pan. Jika kita memahami ke'wasatiyyah'an beliau sebagaimana yang dinyatakan di atas, maka ia sudahpun terjawab!
Kenyataan Qardawi dalam buku-bukunya adalah bersifat umum. Sememangnya nas umum al-Quran dan syarak sendiri mengharuskannya. Ini berpandukan kepada kaedah setiap sesuatu asalnya harus. Tetapi perlu difahami hukum setiap sesuatu juga ada dua iaitu hukum asal dan hukum mendatang.
Sebagai contoh, hukum asal tahi merpati umumnya adalah najis, tetapi khusus di Masjid Umawi Damsyik ulama berfatwa najisnya dimaafkan kerana terlalu banyak dan sukar dielak.
Begitulah fatwa Dr Qardawi. Umumnya penubuhan parti-parti Islam semuanya harus sebelum dilihat isu mendatang. Tetapi setelah diamati Pan mendatangkan kerugian buat Islam, secara khusus beliau menyatakan ia haram. Kerana itu sebelum berfatwa beliau meminta penjelasan terlebih dahulu dari orang kepercayaannya iaitu TGHH.
4. KAEDAH NASIKH DAN MANSUKH
Menjadi perkara biasa dari seorang mufti atau mujtahid menarik kembali fatwanya. Apabila berlaku perbezaan antara fatwa lama dan baru, maka yang dikira adalah fatwa baru dan yang lama dianggap ternasakh atau dikecualikan dari kes baru.
Contohnya dalam mazhab Syafie, Imam Syafie terkenal dengan dua pendapat iaitu pendapat lama dan pendapat baru. Pendapat lama sewaktu beliau berada di semenanjung Arab dan pendapat baru setelah beliau berhijrah ke Mesir. Para Ulama mengambil kira pendapat barunya sahaja. Selain beralasan waqi di dua tempat berbeza, ia juga kerana Imam Syafie baru mempelajari dalil-dalil baru dari guru di Mesir.
Ayat al-Quran dan hadis melalui method yang sama. Seandainya sesuatu hukum dilihat bertentangan, antara peringkat yang perlu dilalui dalam proses tarjih adalah menentukan tarikh ayat turun atau hadis disabdakan. Setelah ditentukan, maka dengan sendiri yang terkini menasakhkan yang terdahulu.
Sementalah Dr Yusof Qardawi sendiri direkodkan pernah menarik balik beberapa fatwanya seperti fatwa muslim Amerika menyertai pasukan tentera negara, fatwa berkaitan situasi Iraq dan juga fatwa tentang alat muzik. Maka tidak menjadi perkara yang pelik sekiranya Dr Qaradawi mengharamkan Pan.
5. FATWA QARADAWI BERSIFAT IJTIHADI
Jangan terlalu obses dan takut dengan kalam Dr Qaradawi. Beliau hanya manusia biasa yang juga mengambil hukum dari al-Quran dan Hadis. Pengharaman dan penghalalan beliau bukanlah suatu yang mesti diterima. Sebaiknya kita perlu mempunyai kepakaran sendiri untuk menentukan hukum dari sumber syarak kerana kita lebih faham situasi di Malaysia berbanding ulama yang berada jauh di negara teluk.
Maka sepatutnya fatwa Dr Qaradawi tidak perlulah sebuah parti yang didakwa 'unggul' gelabah hingga mengeluarkan kenyataan segera menafikannya. Ia hanya menunjukkan parti tersebut lebih takut dengan pengaruh Dr Qaradawi berbanding kehebatan ulama luar biasa yang mereka miliki.
Ucapan TGHH pula menunjukkan sikapnya yang tidak menganggap fatwa itu satu kejutan besar. Ia disebut dihujung-hujung ceramah sahaja mengambil masa tidak sampai dua minit. Beliau turut berpesan agar tidak perlu perbesarkannya. Tetapi pihak pan pula yang memandangnya terlalu serius sehingga dilihat tidak mempercayai kebolehan ulama luar biasa mereka.
6. KELAYAKAN PERJAWATAN TGHH
Perkara ini tidak perlu disangsikan lagi. TGHH adalah orang kepercayaan Dr Qaradawi. Dengan jawatan yang disandangnya, segala kenyataannya ibarat mewakili Qaradawi walaupun tidak menyebut namanya. Qaradawi bukan mengenali TGHH sehari dua sebaliknya telah terlibat diperingkat antarabangsa sejak sekian lama.
Qaradawi sebelum ini memilih TGHH dalam sebuah kumpulan perunding di bawah OIC dalam isu Palestin. Qaradawi juga pernah melantik TGHH sebagai diplomat mewakili badan taqrib mazhab dalam isu sunni-syiah. Penglibatan beliau dalam gerakan Islam antarabangsa juga tidak perlu dipertikaikan lagi. Sejak bangku Universiti TGHH telah bergelumang bersama rakan-rakan gerakan antarabangsa seperti Gulbudin Hekmatiyar, Qazi Hussain dan Syeikh Majid Zindani.
Hari ini beliau masih diberi kepercayaan menjadi timbalan Qaradawi dalam Kesatuan Ulama Sedunia (IUMS). Walaupun TGHH lebih aktif dalam dunia gerakan berbanding akademik, Qaradawi siap menelefon sendiri sebelum mencalonkan TGHH dan diterima sebulat suara oleh anggota IUMS. Ketika uzur, Dr Qaradawi pernah meminta TGHH mempengerusikan mesyuarat sekretariat IUMS walaupun diketahui TGHH masih belum pulih sepenuhnya sejak menerima rawatan di Turki.
Adalah tidak munasabah kita boleh mempertikaikan apa yang diceritakan TGHH hanya dengan kenyataan seorang Timb Presiden parti baru yang begitu jauh dengan Qaradawi apatah lagi di peringkat antarabangsa. Kecualilah hati kita begitu skeptikal dan penuh keraguan sehingga yang terangpun masih dilihat samar. Itu bukan lagi masalah fakta, tapi itu masalah hati.
Jaga-jaga kepada yang selalu menidakkan kebenaran kerana Allah berfirman:
وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ حَتَّىٰ إِذَا خَرَجُوا مِنْ عِنْدِكَ قَالُوا لِلَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مَاذَا قَالَ آنِفًا ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ
"Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu, sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu: "Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?" Mereka itu ialah orang-orang yang telah dimaterikan Allah hati mereka, dan merekalah orang-orang yang mengikut hawa nafsunya.
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk, Allah menambahi mereka dengan hidayah, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa."
[Muhammad:15&16]
Semoga kita terpelihara daru ditutup hati oleh Allah..
(Alang Ibn Shukrimun)
Sheikh Yusof Qardhawi adalah Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (DS TGHH) pula adalah Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia yang sama.
Kedua-dua ulama besar ini saling mengenali dan akrab dalam melaksanakan tugas dan fungsi masing masing.
Jika berbangkit isu di Malaysia, misalnya apabila ada yang bertemu Sheikh Yusuf Qardhawi yang membawa khabar yang luar biasa. Sudah tentu tindakan yang munasabah adalah mendapatkan gambaran yang jelas. Itu tindakan yang adil dan wajar.
Ada 3 orang pembantu Presiden dari kalangan Naib Presiden. Untuk mengetahui urusan di Malaysia, sudah tentu perlu bertanya pada yang tahu keadaan di Malaysia. Takkanlah nak tanya kepada yang dari Timur Tengah pula?
Maka tindakan Sheikh Yusuf memanggil DS TGHH ke Turki bertemu Gerakan Islam dan tindakan memberi penjelasan secara bertulis oleh DS TGHH adalah sangat munasabah.
Adapun fatwa yang dinyatakan Sheikh Yusuf Qardhawi dinyatakan ada dicatat oleh setiausaha kpd beliau. Fatwa itu menyatakan tidak boleh (haram) membiarkan ada parti politik Islam kedua jika sudah sedia ada parti Islam di Malaysia yang tidak tersasar landasan syariahnya.
Maslahahnya jelas. Mempertahankan kesatuan ummah dari dipecah pecahkan sehingga merugikan Islam dan membuka peluang kepada yang memusuhi perjuangan Islam mengambil peluang dan kesempatan dari undi yang berpecah.
Di Malaysia, memang munasabah berita ini disampaikan oleh DS TGHH kerana beliau adalah pembantu terkanan Sheikh Yusuf dlm Kesatuan Ulama Sedunia di rantau sebelah sini.
Ada yang cuba mempertikaikan.
Apakah mereka sangka DS TGHH mereka reka cerita?
Sedangkan setakat ini yang memang sudah jelas mereka-reka cerita adalah pihak yang terpaksa menandatangan pengakuan membuat fitnah pada setiap muka surat dalam dokumen fitnah setebal 90 muka surat yang mereka jaja ke seluruh negara demi kepentingan politik peribadi mengenepikan pandangan rakyat. Ini direkod di mahkamah.
Juga mereka yang ditegur berbohong sebagai saksi dalam mahkamah dalam kes saman fitnah pil kuda.
Juga mereka yang telah diputuskan mahkamah kerana memfitnah Pesuruhjaya PAS Perak.
Saya tidak fikir DS TGHH pada kedudukan beliau sekarang sengaja mengada adakan cerita tentang pandangan Sheikh Yusuf Qardhawi ini kerana ia tidak mendatangkan apa apa keuntungan kepada PAS dan beliau malah berisiko tinggi jika ianya tidak betul.
Ia bukan cara DS TGHH. Perhatikan dalam video yang tersebar ketika beliau mendedahkan perkara ini. Beliau tidak begitu teruja hingga menyebutnya di awal ucapan. Tetapi hanya diminitpminit terakhir ucapannya seolah olah hanya satu sisipan berita sahaja. Beliau tidak memanjangkan cerita. Malah beliau menegaskan supaya tak perlu dipanjangkan kerana ia masalah ‘kecil’.
Turutan peristiwa yang beliau nyatakan adalah munasabah.
Yang tak munasabah adalah percubaan memujuk pemimpin pemimpin Gerakan Islam Dunia untuk menerima DAP sebagai sahabat kepada perjuangan Islam ketika seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dapat melihat dengan jelas karenah dan gelagat DAP dalam isu isu berkaitan kepentingan Islam, malah sehingga mendorong mufti -mufti tertentu melabelkan DAP sebagai memusuhi Islam.
Zairil Khir yang dibawa bertemu pemimpin gerakan Islam adalah pendokong gerakan liberalisma dan sekularisma yang JAKIM sendiripun menulis pelbagai artikel berhubung kesesatan fahaman demikian. Belum lagi perkaitan dengan dokongan kuat DAP kepada Baru Bian yang mahu ditabal sebagai Ketua Menteri Sarawak. Baru Bian mempertikaikan Putrajaya kerana tumpuan kepada dasar ‘Islamisasi’. Orang tak lupa gelagat Theresa Kok dalam isu pesta arak Octoberfest dan isu kod berpakaian sopan di pejabat awam. Ancaman Kristianisasi.
***HJ AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
20hb Oktober 2015
Sumber BO - 20-10-2015
---------------------------------------------------------------------------- Usul undi tak percaya: Pas tunggu 'undangan' Posted on Monday, October 19 @ 21:24:42 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Pas masih menunggu 'undangan' Pakatan Harapan bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada persidangan parlimen, kali ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum diajak berbincang meskipun parti Islam itu secara dasarnya bersetuju dengan usul tersebut.
"Kita masih dalam pembangkang, terutamanya PKR, kita masih lagi ada hubungan, sepatutnya bila nak bawa usul itu, maklum kepada kita dulu.
"Kita tunggu daripada ketua pembangkang, bagi tahu kita akan buat keputusan, kita tengok dulu apa yang dia nak bawa itu," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini sebulat suara bersetuju untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau sendiri akan membawa usul tersebut dalam masa terdekat selepas DAP menolak usul yang dibawakan oleh Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan).
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, usul itu tidak harus dikemuka oleh ahli parlimen biasa kerana ia perkara penting dan “bukan main guli”.
Dalam pada itu, Takiyuddin juga berkata, Pas tiada halangan untuk menyokong usul tersebut sebagai sebahagian daripada persepakatan pembangkang.
"Usul tidak percaya ini sebahagian daripada proses demokrasi dalam parlimen yang dibenarkan di bawah peraturan, jadi tiada apa yang salah," ujarnya.
Ditanya tentang sama ada ahli parlimen Pas akan sebulat suara menyokong usul tersebut, beliau bagaimana pun berkata, mereka tertakluk kepada keputusan parti Islam itu.
"Itu bergantung kepada keputusan parti, bila parti membuat keputusan, mereka wajib kena sokong, kita ada 14 orang ahli parlimen," katanya lagi. _ sinar harian
Sumber TKO - 19-10-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petikan Ucapan Ayah Chik Haram Tubuh Parti Islam Selagi Pas Masih Ada - Dr Qardawi Posted on Monday, October 19 @ 19:55:25 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PAS Ditubuhkan tahun 1951 oleh para alim ulama dan pemikir Islam selepas parti-parti lain diharamkan. Sebelumnya ada Sarekat Islam. Apabila diharamkan, tubuh pula PKMM. Apabila PKMM haram, Hizbul Muslimin pula ditubuhkan. Selepas Hizbul Muslimin diharamkan barulah PAS ditubuhkan.
Sekarang ini ada pula pihak lain mahu tubuhkan parti Islam lain dalam keadaan PAS masih ada. Ini tidak betul dan tidak kena. Penubuhan sebagai menyambung mata rantai tidak mengapa, tetapi tubuh parti Islam baru tidak pasal-pasal memang tidak dibenarkan.
Saya dapat berita mereka (parti Islam baru) telah menjelajah ke seluruh dunia berjumpa gerakan Islam. Pergi ke Tunisia, Jordan, Qatar, Turki. Rombongan mereka turut disertai DAP. Tujuannya untuk belajar tentang hudud dari mereka yang tak laksanakan hudud.
Mereka turut berjumpa Dr Yusof Qardawi. Kebetulan saya dijemput ke Persidangan Gerakan Islam di Turki. Beberapa pemimpin gerakan Islam berjumpa saya bertanyakan perihal parti Islam baru di Malaysia. Saya terangkan keadaan sebenar kepada mereka.
Kembalinya saya dari Turki, mereka sampai ke rumah Dr Qardawi. Lantas Qardawi menghubungi saya untuk mendengar sendiri apa pendapat kita. Saya pun menulis surat menerangkan tentang parti baru ini. Selepas surat itu sampai kepadanya, Dr Qardawi menyatakan haram menubuhkan parti baru kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis oleh setiausahanya.
Umur Dr Qardawi kini melebih 90 tahun. Lebih tua dari Tok Guru Nik Aziz. Fizikalnya sangat uzur, tetapi semangatnya masih kuat. Fikirannya juga masih baik. Jangan pula bila mendengar fatwa Qardawi ini, mereka katakan pendapat Qardawi tidak boleh diterima kerana sudah nyanyuk. Nauzubillah.
Alhamdulillah. Rasanya tak perlulah lagi kita besarkan-besarkan perkara ini. Nanti ia dianggap besar pula. Padahal perkara ini hanya kecil dan (parti tersebut) hanya serpihan sahaja. InsyaAllah bahtera ini akan terus belayar dengan baik.
Kehadiran semalam menunjukkan perubahan anak muda dan sokongan orang lama masih utuh bersama PAS. Malah yang lebih mengejutkan, orang bukan Islam turut bersama mahu membantu perjuangan Islam. Ini semua adalah tanda-tanda awal kemenangan buat Islam.
MORAK, TUMPAT, KELANTAN 18 OKTOBER 2015/5 MUHARRAM 1437
Sumber TKO - 19-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dendam: Serangan DAP pada PAS
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Serangan Lim Kit Siang terhadap PAS menggambarkan dendam DAP yang tidak pernah padam terhadap PAS yang kini dianggapnya sebagai musuh nombor satu DAP.
"Seorang pemimpin politik yang rasional betapa tinggi pun kemarahannya terhadap sesuatu mesti menyemak dulu fakta sebelum melontarkannya," kata Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.
Kalau tidak, tegas beliau ia akan mendedahkan kejahilan diri sendiri dan sikap suka memfitnah terhadap orang lain.
Terbaru, katanya ialah kenyataan Lim untuk menangani persepsi bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
"Dari mana sumbernya yang Lim ambil menganggap PAS itu Islam dan Islam itu PAS?" tanya beliau.
Mustafa menambah, Lim tidak perlu pergi jauh.
"Beliau hanya perlu bertanya saja kepada kawan-kawan beliau pemimpin Amanah yang berasal dari PAS - apakah selama mereka bersama PAS, mereka juga turut berpersepsi PAS itu islam, dan Islam itu PAS sebagaimana yang dicanang oleh Lim," ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, apa yang dinyatakan oleh pimpinan PAS ialah PAS adalah satu-satunya wadah Islam yang memperjuangkan Islam yang syumul yang mencakupi politik dakwah, ekonomi tarbiah, pendidikan perundangan dan kemasyarakatan serta prinsip-prinsip keadilan yang menyeluruh.
"Saya menasihatkan Lim supaya lebih berhati-hati dalam kenyataannya yang berkait dengan Islam.
"Janganlah beliau merasakan beliau sudah memahami Islam sesudah menemui beberapa orang tokoh Islam dunia," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 19/10/2015 Sumber HD - 19-10-2015
TUMPAT: Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Qardhawi menjelaskan tidak perlu diwujudkan sebuah lagi parti berorientasikan Islam di Malaysia.
Naib pengerusi badan itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata reaksi itu dibuat tokoh ulama terkenal tersebut ketika menerima kunjungan rombongan dari Malaysia baru-baru ini.
“Alasannya kerana di Malaysia sudah ada PAS. Jadi beliau kata tidak wajar tubuh parti baru yang juga berpaksikan Islam,” katanya ketika merasmikan Wisma I'badurr Rahman di Kampug Morak malam tadi.
Wisma tersebut setinggi dua tingkat akan menempatkan pejabat Majlis Tindakan Dun Pasir Pekan dan markas tarbiah. Ia baru siap dibina membabitkan kos kira-kira RM800,000.
Perletakan batu asas dilakukan bekas Mursyidul Am Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2013.
Hadir sama pada program berkenaan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, Naib Presiden Datuk Mohd Amar Abdullah, Pesuruhjaya PAS Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS N Bala Subramanian.
Selain itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.
Pada program itu juga Ustaz Ahmad yang Menteri Besar menyerah 1,000 borang permohonan menyertai PAS kepada Presiden.
Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata beliau diminta Dr Yusof Qardhawi hadir pada persidangan Islam di Turki baru-baru ini bagi menjelaskan situasi yang berlaku di Malaysia sekarang.
Dr Harun pula menjelaskan Majlis Syura Ulama akan terus mempertahankan dasar PAS sampai bila-bila.
“Kita buat kerja dan kemenangan adalah hak Allah Taala untuk memberinya selepas kita bekerja memenangkan perjuangan Islam.
“Kita tidak mahu kemenangan diraih tanpa mendapat keredhaan Allah Taala,” ujarnya.
Bala Subramanian berkata PAS tidak pernah meminggirkan orang bukan Islam dan situasi seperti itu tidak berlaku dalam Barisan Nasional. – HARAKAHDAILY 19/10/2015 Sumber HD - 19-10-2015
------------------------------------------------------------------------------ Orang jahat boleh tolong PAS? Posted on Monday, October 19 @ 10:18:11 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Penulis pernah mendengar perkataan sepertiman tajuk rencana ini. Kata kata itu mungkin keluar dari mulut para pemimpin PAS. Sebab itu kata kata itu sudah jadi mulut kemulut sehingga ke akar umbi.
Bagaimana orang yang jahat boleh tolong PAS. Pelik juga ya. Sangat tidak munasabah. Bayangkan, orang yang jahat boleh tolong orang baik.Kini Nampak jelas ulama pula jadi sasaran penghinaan.
Tolong ada dua jenis tolong. Pertama, sokong membawa rebah. Sokong membawa rebah juga boleh kita katakana itu adalah jenis pertolongan yang di sifat sebagai pengkhianatan.
Tolong menolong disebut oleh Allah SWT. Tolong menolonglah dalam kebaikan dan jangan tolong menolong dalam kejahatan.
Bermakna Allah melarang manusia tolong menolong dalam kejahatan dan diperintah tolong menolong dalam kebaikan.
Persoalan sekarang, munasabahkah orang jahat boleh tolong PAS. Tolong membawa rebah kemungkinan ada realitinya.Jauh sekali untuk menolong membangunkan parti islam yang berusaha bersungguh sungguh untuk membentang hudud di parlimen.
Kerana kini PAS berhadepan dengan pelbagai masalah dek angkara golongan yang mahu menghancurkan parti Islam itu dari dalam.termasuk di saman empat orang yang mengaku masih beragama Islam .
Dr Harun Din pernah menyatakan, AWAS , musuh dalam selimut, duri dalam daging dan api dalam sekam suatu ketika dahulu.
Kata kata itu dituju khusus kepada pucuk kepimpinan parti agar waspada dan berhati hati dengan golongan yang tak mushail masih ada didalam parti Islam Semalaysia itu.
Kini terbukti bahawa memang ada sungguh musuh dalam selimut, duri dalam daging dan api dalam sekam dalam parti Islam semlaysia apabila gen 18 menubuhkan parti amanah dan berusaha bersungguh sunguh untuk berhadepan dalam musim PRU 14 nanti.
Jika dalam kerajaan Madiah ada munafik yang berusaha bersungguh sungguh mengagalkan kerajaan Islam yang diterajui Nabi Mohammad SAW, tak mustahil parti pas berhadepan dengan isu yang sama.
Lebih lebih lagi, Rasulullah SAW pernah menyatakan, suatu hari nanti masyarakat duinia akan lebih buruk lagi berbanding masyarakat dizamannya.
Orang jahat boleh dikatakan mustahil akan menolong parti PAS menjadi sebuah parti yang akan mendaulatkan undang undang Islam di Malaysia ini.Kerana mereka faham apabila hudud dilaksanakan susah buat mereka.
Akan tetapi mereka boleh tolong menghancurkan parti Islam semalaysia dengan serang empat penjuru melabelkan pas sudah tidak relevan lagi.
Disamping menubuhkan lain parti yang parti baru ini lebih islamik kerana kononnya parti Amanah berlogo semacam piramid adalah inklusif, progersif dan professional .
Mat Sabu pernah menyatakan bahawa dia tidak berjiwa islam dan beliau adalah orang yang akan menyokong undi menentang perlaksanaan hudud di Malaysia yang akan diadakan di parlimen nanti.
Sumber TKO - 19-10-2015
----------------------------------------------------------------------------- PAS bukan parti kenegerian atau perkauman Posted on Sunday, October 18 @ 19:57:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PAS menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.
"Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh negara... belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu, malam tadi.
Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan tiga penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata satu-satunya cara ialah PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.
Ditanya mengenai ancaman Amanah terhadap parti itu selepas kebanyakan anggota PAS beralih arah kepada parti serpihan itu, Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang menganggap perkara berkenaan hanya perkara kecil.
"Kepada kita, Amanah ini tidak ada apa-apa cabaran yang besar kepada PAS. PAS pernah menghadapi cabaran lebih besar daripada ini terutama pada tahun 1978 yang menyebabkan rakyat Kelantan buat demonstrasi sehingga menyebabkan kerajaan Kelantan jatuh.
"Namun demikian kita dapat melangsungkan perjuangan kita dengan cara yang baik dan kita dapat meningkatkan bukan sahaja anggota parti, bahkan meningkatkan pengurusan parti," katanya. -Bernama Sumber TKO - 18-10-2015 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada perdamaian bagi PAS dan Amanah Posted on Sunday, October 18 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Amat sukar membayangkan bagaimana atas nama Islam, PAS dan juga Parti Amanah Negara (Amanah) boleh bekerjasama demi memperjuangkan Islam dan ummatnya di negara ini dalam tempoh yang terdekat.
Nampaknya kedua-dua pihak belum bersedia duduk semeja untuk merintis jalan perdamaian dan kerjasama. Yang lebih ketara ialah, masing-masing lebih rajin mencari perbezaan di antara mereka daripada persamaan.
PAS Perak, misalnya, masih sukar menerima hakikat bahawa parti Amanah yang mendakwa berteraskan ajaran Islam itu kini sudahpun wujud dan hampir menjadi entiti politik yang sah.
Justeru itu, ia masih mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof, meletak jawatan sebagai wakil rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata desakan itu dibuat selaras dengan lafaz baiah atau perjanjian dibuat mereka dengan PAS yang menyatakan akan mengosongkan kerusi mereka jika lompat parti.
Katanya, keputusan mendesak mereka mengosongkan kerusi wakil rakyat itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak kelmarin.
"Kegagalan kedua-duanya yang kini menjadi tonggak Amanah mematuhi ba’iah menunjukkan mereka sebagai tidak amanah dalam menunaikan janji yang dibuat tanpa paksaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu," katanya.
Sehubungan itu Razman berkata, PAS Perak sudah mengenalpasti calon sekiranya berlaku pertarungan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu.
Di samping itu, kepimpinan Pemuda Amanah juga tidak berdiam diri. Ia turut menyindir dan menyakat PAS supaya “hilang sabar dan pengaruh” di mata awam.
Secara langsung Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil, “mencabar” PKR supaya berhenti memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan.
Beliau berkata, PAS mengkhianati PKR apabila ia meletakkan calon di lima kerusi yang ditandingi PKR dalam pilihanraya umum lalu.
Faiz mendakwa bahawa PAS juga mengkhianati PKR tahun lalu apabila ia menolak pencalonan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Beliau juga mengungkit hakikat bahawa PAS enggan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.
"Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi oleh PAS? Apakah jaminan PAS akan komited mengelak pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi PKR?
"Adakah PAS bersetuju menerima Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri walaupun sedar mereka sendiri tidak mampu mencadangkan calon yang setanding Anwar Ibrahim?
"Adakah PAS juga akan menjunjung persetujuan dan berpegang kepada dasar bersama yang akan dirangka?," sindir Faiz.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang menyatakan keyakinan partinya akan terus mendapat kerjasama daripada PAS walaupun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan.
"PKR mahu bekerjasama dengan PAS, Amanah, DAP dan saya percaya DAP, PAS dan Amanah boleh menjalin kerjasama kelak,” kata Azmin.
Namun kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu memburukkan lagi keadaan apabila beliau meminta pihak tertentu supaya berhenti menggelar partinya sebagai parti 'kafir' dan menyimpang.
Menurutnya, tindakan itu dikhuatiri menyebabkan perbalahan sesama masyarakat Islam berbeza fahaman politik di negara ini.
"Seperti yang kita lihat di Iraq, Afghanistan dan Somalia, kesemua penindasan dan peperangan adalah berpunca daripada perang saudara yang kemudiannya ada campur tangan pihak Barat.
“Jika mahu mengelak daripada terjadinya perkara tersebut, kedua-dua pihak haruslah memainkan peranan yang penting dan bersikap lebih positif,” katanya.
Bagaimanapun kenyataan Mat Sabu itu dipertikaikan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang menganggap tuduhan itu serius.
Menerusi status Facebooknya, Ahli Parlimen Temerloh itu menulis bahawa isu yang dibangkitkan oleh Mat Sabu itu menuntut jawapan.
“Pas kata ahli Amanah kafir? Siapa? Bila? Di mana? Tuduhan serius ini!” tulisnya.
Nasrudin juga mempersoalkan kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang mendakwa 60 peratus daripada 50,000 ahli Amanah adalah bekas pemimpin Pas.
“Enam puluh peratus daripada 50,000 ahli Amanah adalah bekas pimpinan Pas? Ini bersamaan 30,000 orang. Pas ada 193 kawasan dan ini bermakna Pas kehilangan 30,000 pimpinan.
“Ini juga bermaksud secara purata, setiap kawasan kehilangan 155 pimpinan. Kalau berdasarkan dakwaan itu, semua kawasan Pas telah ditutup seluruh negara. Suatu kenyataan yang tidak munasabah,” katanya.
PAS sebelum ini telah beberapa kali mengulangi pendirian tidak mahu menjalin kerjasama dengan Amanah dan DAP.
Sesungguhnya gelagat PAS mahupun Amanah ini dilihat tidak mungkin membantu menyemai bibit persaudaraan dan kasih sayang sesama ummat seperti yang dianjurkan Islam.
Malah sebaliknya, pertembungan orientasi dan pendekatan kedua-dua parti ini hanya menjanjikan kedudukan Islam akan semakin parah di negara ini.
Jika PAS dan Amanah sibuk melebarkan perbezaan pendekatan dan uslub dakwah mereka, masyarakat Islam akan bertambah keliru dan mendorong kedua-duanya mengalami kekalahan mudah di tangan BN. Oleh Lokman Ramlee
Sumber TKO - 18-10-2015 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pas komited tukar sistem pemerintahan negara Posted on Sunday, October 18 @ 14:22:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KOTA BHARU – Pas masih tetap dengan pendirian dan cita-cita membawa sistem pemerintahan Islam ke Putrajaya bagi menukar sistem sedia ada yang sudah tidak boleh dipertahankan lagi, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, Pas telah mengemukakan satu gagasan politik Islam yang mahukan perubahan berlaku dalam sistem pemerintahan negara walaupun negara kini berdepan dengan pelbagai kemelut dan beberapa isu yang masih tidak selesai.
“Tidak mungkin kita berjaya lakukan sebarang perubahan tanpa istiqamah dan komitmen semua, perubahan yang kita hendak bawa ialah perubahan yang mengajak masyarakat seluruhnya untuk kembali kepada satu sistem yang menyelamatkan kita ke jalan yang benar di sisi ALLAH SWT,”katanya semasa menyampaikan ucapan di Himpunan Fastaqim (H60K).
Menurutnya, belum pernah dalam sejarah Malaysia berdepan dengan keadaan sebegini teruk apabila kini tidak mampu lagi berdaya saing dengan negara-negara jiran yang lain terutamanya dari sudut ekonomi.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pengerusi Lembaga Pemerkasaan Parti itu juga berkata, sudah tiba masanya kini rakyat mula bangkit untuk mengemukakan satu gagasan alternatif bagi berdepan dengan cabaran yang sedang berlaku dalam konteks kemajuan negara kini.
“52 peratus generasi yang akan mengundi pada PRU 14 adalah anak muda 40 tahun ke bawah, inilah generasi pengubah kita. Kita mesti ubah mengikut sistem yang di suruh Allah . kita tidak mahu menukar sistem jahiliah ke sistem jahiliah yang baru, lalu kita gagaskan sistem Islam yang akan kita bawa ke Putrajaya,”katanya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut memberitahu Himpunan Fastaqim yang diadakan kelmarin membuktikan Pas bukanlah parti yang boleh ‘diusik’ tanpa sebab kerana usikan tersebut bukannya akan melemahkan parti namun mewujudkan sokongan lebih luar biasa dalam parti itu. - Sinar Harian
PAS tolak formula agih kerusi cadangan DAP dan AMANAH Posted on Sunday, October 18 @ 14:20:25 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
PAS menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.
"Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh negara... belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Baru, malam tadi.
Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan 3 penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata satu-satunya cara ialah PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.
Ditanya mengenai ancaman Amanah terhadap parti itu selepas kebanyakan anggota PAS beralih arah kepada parti serpihan itu, Hadi yang juga anggota Parlimen Marang menganggap perkara berkenaan hanya perkara kecil.
"Kepada kita, Amanah ini tidak ada apa-apa cabaran yang besar kepada PAS. PAS pernah menghadapi cabaran lebih besar daripada ini terutama pada 1978 yang menyebabkan rakyat Kelantan buat demonstrasi sehingga menyebabkan kerajaan Kelantan jatuh.
"Namun demikian kita dapat melangsungkan perjuangan kita dengan cara yang baik dan kita dapat meningkatkan bukan sahaja anggota parti, bahkan meningkatkan pengurusan parti," katanya. - Bernama
AMANAH, cabaran terlalu kecil buat PAS Posted on Sunday, October 18 @ 14:13:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap kewujudan parti Islam baru - Parti Amanah Negara (AMANAH) - tidak membawa sebarang ancaman kepada PAS.
Anggota parlimen Marang itu berkata, PAS sebelum ini pernah menghadapi pelbagai masalah dan ia dapat ditangani dengan baik.
"Bagi kita, parti AMANAH ini tak ada apa-apa cabaran yang besar pada PAS. PAS pernah hadapi cabaran yang lebih besar.
"Oleh itu kita menganggap apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat kecil," kata Abdul Hadi.
Beliau turut mengimbau kembali beberapa peristiwa sebelum ini yang melibatkan masalah dalaman parti itu sehingga tertubuhnya parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA).
Hadi berkata demikian dalam sidang media selepas Himpunan Fastaqim (H60K) di Kota Bharu, Kelantan malam tadi.
Ditanya bagaimana PAS berdepan dengan AMANAH memandangkan parti itu kini membentuk Pakatan Harapan dengan DAP dan PKR, tokoh PAS itu berkata, ia hanyalah cabaran kecil memandangkan parti itu sering berhadapan dengan BN.
"Dengan AMANAH atau (Pakatan) Harapan ini terlalu kecil. Dengan Umno, BN kita pernah lawan.
"Kita nanti bukan sahaja akan tambah kerusi (dalam pilihan raya umum), tetapi insya-Allah akan menambah kemenangan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pembentangan Rang Undang-undang hudud di Parlimen, Abdul Hadi berkata perkara itu tidak dapat dilakukan pada sidang ini kerana terdapat proses mahkamah yang sedang berjalan.
"Hudud, kita tunggu proses mahkamah yang sedang berjalan. Belum lagi (boleh bentang) kerana masih ada perkara di mahkamah," katanya.
Sumber TKO - 18-10-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS lebih minat tukar kerajaan melalui pilihan raya bukan gulingkan PM Posted on Sunday, October 18 @ 10:46:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata parti itu lebih berminat melakukan perubahan menerusi pilihan raya umum daripada menyokong percubaan jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
PKR dan DAP sebelum ini diuar-uarkan mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Najib pada persidangan Parlimen yang akan bermula minggu depan.
Bagaimanapun usul itu tidak mendapat sokongan PAS.
Nasrudin berkata, masalah sama tetap akan berulang dalam pemerintahan negara meskipun perdana menteri ditukar jika corak pemerintahan asas tidak diubah.
"Saya mempunyai pandangan yang tersendiri dalam isu ini, bagi menyelesaikan masalah saya lihat isunya bukan pada perdana menteri tapi pada sistem dan juga dasar yang diamalkan kerajaan," katanya kepada Antarapos.
Nasrudin menegaskan tindakan menukar perdana menteri yang kini disandang Datuk Seri Najib bukan pilihan terbaik selagi dasar negara tidak dirombak.
"Kalau dijatuhkan sekalipun perdana menteri yang ada sekarang ini Datuk Seri Najib dengan apa caralah sama ada undi tak percaya atau beliau meletakkan jawatan nantinya akan naik orang lain yang juga daripada Umno.
Justeru Ahli Parlimen Temerloh berkata, ini adalah lebih wajar untuk rakyat menggunakan mandat memilih demi melakukan perubahan bersifat total dengan menukar parti pemerintah pada pilihan raya umum akan datang.
"Jadi perubahan itu adalah perubahan yang bersifat ranting ataupun bersifat cabang yang tak menyelesaikan masalah.
"Kita sebenarnya perlu pergi kepada penyelesaian yang bersifat total dan asas. Maknanya kena ubah dasar dan juga sistem iaitu dasar ekonomi atau sistem ekonomi itu mesti diubah," katanya.
"Saya bimbang kalau mood yang ada pada hari ini hanya sekadar terhenti nak tukar Najib, naik orang baru ia akan beri kesan kepada potensi kita berdepan pilihanraya akan datang," katanya.
"Sebab setiap kali berlaku pertukaran perdana menteri seketika ia akan memberi kekuatan dan nafas baru kepada Umno sebagai contoh 20 tahun lebih Tun Mahathir memimpin orang benci macam kata orang sekarang tahap gaban.
"Akhirnya terpaksa letak jawatan dan diganti dengan Pak Lah. Kemudian orang memberi harapan baru Umno dan berubah dengan kepimpinan baru...Jadi diberilah peluang kepada Pak Lah yang datang dengan Islam Hadhari, kuat seketika dan kita kalah dalam pilihan raya," katanya. - ANtaraPOST
Sumber TKO - 18-10-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini telah meluluskan seramai 8,292 orang ahli baru untuk bulan Oktober 2015.
"Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung di JKR 10 hari ini telah meluluskan seramai 8,292 orang ahli baru untuk bulan Oktober 2015," tulis Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi laman facebook.
Mesyuarat diadakan di JKR 10, Kota Bharu bersempena Himpunan Fastaqim (H60K) yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.
Himpunan yang bermula jam 3.00 petang tadi dengn aktiviti pemuda di dataran stadium berakhir tengah malam ini.
TAIPING: Mereka yang berniat meninggalkan perjuangan Islam mesti memikirkan jawapan akan
di bawa ke hadapan Allah SWT kelak, demikian aju Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan
Ibrahim Tuan Man.
Hal itu katanya, sebagaimana saban hari setiap hamba memohon kepada Allah SWT agar
ditunjukkan jalan lurus ketika dalam solat.
"Sehari lima waktu kita solat memohon kepada Allah SWT untuk sentiasa berada atas landasan
sebenar. Namun apabila kita memilih untuk meninggalkan perjuangan ini, bagaimana jawapan kita tatkala berhadapan dengan Allah SWT kelak?" soalnya mengajak renungan.
Beliau berkata demikian pada majlis Pra-Himpunan Fastaqim Peringkat Negeri Perak di Pejabat PAS Kawasan Taiping , kelmarin.
Menurutnya, apabila seseorang memilih Islam sebagai dasar perjuangannya, bermakna segala tindakannya sentiasa diredai Allah SWT dengan syarat dilakukan secara ikhlas.
Terangnya, tidak semua kehebatan itu menjadi kemuliaan sebagaimana Firaun yang berkuasa, tetapi dia jauh dari Allah SWT.
"Jika ekonomi kita kuat, tetapi kita leka kewajipan kepada Allah, sudah pasti murka Allah sedia menanti.
"Islam tidak akan mati dengan kekangan, bahkan sebaliknya terus subur walau dimana sahaja ia berada.
"Kejayaan Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah membuktikan kepada kita Islam terus mekar dan berkembang menerusi mata rantai pewaris perjuangan Baginda," tambahnya.
Antara nasihat lainnya kepada hadirin, adalah supaya terus istiqamah atas perjuangan Islam sebenar walaupun diuji dengan pelbagai ragam dan wajah.
Kerana ujarnya, hanya perjuangan ini menjanjikan keindahan di akhir kehidupan manusia.
Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Presiden PAS; YB Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak; Haji Razman Zakaria, Setiausaha Perhubungan PAS Perak; YB Ustaz Zawawi Abu Hassan, Ustaz Wan Moh Tarmizi Abdul Aziz; Ketua Lajnah Mobilisasi PAS Perak, Ustaz Fakaruddin Abdul Aziz; Yang Dipertua PAS Kawasan Taiping, serta beberapa pimpinan negeri dan kawasan. – HARAKAHDAILY 17/10/2015
Sumber PP - 17-10-2015 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pasal PKR Berkerjasama dengan DAP Posted on Saturday, October 17 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Dulu 1990.PAS pernah tahaluf dengan beberapa parti spt Semangat 46,Hamim,berjasa Di bawah pakatan ANGKATAN PERPADUAN UMMAH(APU). dalam masa yang sama Semangat 46 berkerjasama dengan Dap Dan PBS dengan nama Gagasan Rakyat...
Sama spt isu sekarang PAS masih bertahaluf dgn PKR tidak dengan Dap.Pada masa yg sama PKR berada Di bawah pakatan baru iaitu Pakatan Harapan....
So..tiada masalah
Antara ucapan Cg Pa di Majlis Makan Malam Di Batu 6
Sumber TKO - 17-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS alu-alukan Saifuddin sertai PKR
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan kemasukan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS percaya penyertaan Saifuddin akan menguatkan lagi barisan pembangkang dalam negara ini.
"Sebagai seorang tokoh berfikiran kritis serta berprinsip yang berasal dari parti pemerintah, saya yakin Datuk Saifuddin akan mampu menggemblengkan tenaganya bersama parti-parti pembangkang dalam rangka memperbetulkan segala kepincangan dan permasalahan negara yang membebani rakyat sekarang ini," ujarnya dalam satu kenyataan.
Sebagai sahabat lama sejak dalam kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya tahun 1980-an, Takiyuddin sekali lagi mengucapkan selamat terus berjuang dengan penuh istiqamah kepada Saifuddin demi negara dan rakyat seluruhnya. - HARAKAHDAILY 16/10/2015 Sumber HD - 16-10-2015
SYEIKHUL Azhar, Dr. Ali Jumuah yang terkenal menghalalkan darah pejuang rabaah, pernah menggelarkan Ikhwanul Muslimin sebagai jemaah takfiri. Beliau adalah orang harapan kerajaan Mesir zaman Hosni Mubarak dan Abdul Fatah Sisi.
Begitu juga di Syria. Badrudin Hasun, mufti Syria yang mengiyakan setiap pembunuhan kejam Bashar Asad, sejak dahulu lagi beranggapan Ikhwanul Muslimin Syria adalah ekstremis dan takfiri.
Golongan Ahbash yang diasaskan di Lubnan, terkenal dengan penentangan hebatnya terhadap golongan salafi. Walaupun terdapat salafi yang hanya memperbetulkan amalan-amalan songsang dalam masyarakat, mereka terus dituduh Ahbash sebagai golongan takfiri.
PAS sejak awal penubuhannya tidak pernah lekang dari tuduhan yang sama. Sebelum timbul Amanat Haji Hadi lagi, telah banyak tuduhan pemerintah menggunakan agamawannya menuduh PAS takfir. Apabila ditubuhkan kumpulan Ulama Muda Umno, sekali lagi isu PAS-takfiri diulang.
Kini, Presiden Parti Pekerja/PAN pula mewarisi perangai mereka. Mat Sabu yang pernah diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS terus sahaja menuduh parti ini takfiri sebaik melangkah keluar dari PAS.
Malangnya tuduhan-tuduhan ini hanya diulang-ulang di media. Pantang wartawan sua mikrofon, laju sahaja mulutnya menuduh PAS takfiri berkali-kali. Tetapi tiada satu pun tindakan undang-undang diambil terhadap PAS. Andai benar PAS tuduh mereka kafir, kenapa sehingga kini hanya berani berkhabar angin sahaja?
PAS boleh dikatakan gerakan Islam paling cermat dalam bab kafir-mengkafir. Di bawah kepimpinan Tuan Guru Presiden, beliau pernah menegur beberapa ulama arab yang menyatakan secara umum bahawa syiah itu kafir. Tanpa menafikan memang ada syiah yng terkeluar dari akidah Islam, bagi Tuan Guru kata-kata sebegitu tidak selari dengan disiplin agama. Sedangkan dalam perutusan Amman 2003, ulama Islam seluruh dunia telah bersidang dan mengiktiraf dua mazhab syiah (Zaidiah dan Imamiyah) adalah termasuk daripada lapan mazhab ahli kiblat.
Tuan Guru selalu mengulang kenyataan Imam Malik, bahawa andai ada 100 bukti kekufuran seseorang, 99 daripadanya sabit manakala hanya 1 sahaja meragukan, orang tersebut tidak boleh dituduh kufur. Tambahan pula dalam keadaan umat Islam sedang dilaga-lagakan oleh barat sekarang ini, amat perlu untuk sarjana Islam untuk lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. – HARAKAHDAILY 12/10/2015 Sumber HD - 12-102015
No comments:
Post a Comment