PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Monday, October 5, 2015
PERBEZAAN PANDANGAN DAN PENDEKATAN PEMIMPIN UMNO DAN BN (JILID 3)
Satu Lagi Tanda UMNO makin Nazak, Hanya presiden akan buat penggulungan Posted on Thursday, December 10 @ 09:57:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) khas Umno malam ini memutuskan hanya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan melakukan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2015 Sabtu ini.
Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perasmian dan penggulungan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti itu hari ini hanya dilakukan ketua pergerakan masing-masing.
"Ucapan penggulungan seperti yang diputuskan tadi, apa yang berlaku pada perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri tadi, hanya ketua sahaja yang menggulung.
"Maka keputusan telah dibuat penggulungan akan dilakukan oleh presiden parti sahaja,"
katanya kepada pemberita selepas tamat mesyuarat itu di Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Mesyuarat selama sejam itu dipengerusikan oleh Najib. Turut hadir Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketiga-tiga naib presiden - Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta semua ahli MT.
Perhimpunan Agung Umno akan bermula esok dengan majlis perasmian dilakukan Presiden parti di Dewan Merdeka, PWTC di sini.
Ketika ditanya agenda mesyuarat MT khas itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat MT juga tidak membincangkan mengenai tindakan disiplin atau tatatertib, sebaliknya menegaskan semua pemimpin utama parti masih kekal memegang jawatan mereka.
"Jadi tidak timbul mengenai masalah spekulasi yang berada di luar sana. Maka janganlah membuat spekulasi yang agak negatif....apa yang telah diputuskan, itulah yang akan dilaksanakan," katanya.
Ahmad Zahid menjelaskan mesyuarat malam ini membincangkan dua agenda sahaja, iaitu laporan anggota Majlis Tertinggi tentang persidangan yang diadakan ketiga-tiga sayap parti dan usul yang dibentangkan, iaitu ucapan dasar, ekonomi, agama dan pendidikan..
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata mesyuarat MT khas itu turut membincangkan persiapan terakhir perhimpunan yang akan berlangsung esok.
Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan mesyuarat yang bermula 8.30 malam itu berjalan lancar, dalam situasi normal dan Umno telah bersedia untuk memulakan persidangan.
Sementara itu, Muhyiddin dan Mohd Shafie ketika ditemui pemberita turut mengesahkan mereka akan hadir ke perhimpunan itu esok.
Perhimpunan agung kali ini berlangsung selama lima hari bermula semalam.
Majlis perasmian esok akan dimulai dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera Umno di Dataran Putra pada pukul 9 pagi, diikuti dengan penyampaian ucapan dasar oleh Najib di Dewan Merdeka, di hadapan 2,762 perwakilan.
Sebanyak 5,738 perwakilan terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung Umno serta 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri perhimpunan kali ini. - Bernama
Sumber TKO - 10-12-2015 Sabotage
Posted on Monday, November 02 @ 16:53:11 MYT by paktam
By Tun Mahathir Mohamad
1. I am confused by the AG’s statement that Dato Seri Khairuddin and Matthias Chang are being charged with sabotage of the nation’s banking and financial system.
2. I assume that their reports to the police authorities in the UK, Switzerland and Hong Kong, where the transactions took place, are the basis of these sabotage charges which if convicted may land them in jail for up to 15 years.
3. But the publication by the foreign press of the shenanigans in the investments by 1MDB came out long before Khairuddin reported. These news reports were not casual reports but were very detailed descriptions of what and who were involved. They were reporting on what is well known to the whole world.
4. Why were these newspaper reports not satisfactorily rebutted by 1MDB or the MOF since the impression created about Malaysia’s alleged abuses of the financial and banking systems could result ultimately in the loss of confidence in Malaysia’s political and economic health and its financials?
5. But had there been no 1MDB and no 42 billion Ringgit being borrowed, the press would not report nor would there be any police reports. Wouldn’t these press reports then be considered as sabotage?
6. 1MDB may sell the 60 Ringgit p.s.f. land that it bought from the Government at 5000% above the purchase price and repay the loans. But the fact remains that had 1MDB not been created, the huge sum of borrowed money would not have disappeared. For this 1MDB and those responsible must still be charged for abuses of the banking and financial system, repayment of the loans notwithstanding. The creators of 1MDB and the managers are the people who sabotaged this country, which before this had a good record for financial management and a sound banking system. They are the people who should be charged in court for sabotage of the Malaysian banking and financial systems. Since it was Najib who created 1MDB, borrow 42 billion Ringgit and invested the money and losing it, Najib should also be charged with sabotage.
7. Alternatively everyone, from the initial set-up of 1MDB to the borrowing, to the newspaper reporters and the reports to the police should all be charged with sabotage of Malaysia’s financial and banking systems.-http://chedet.cc
Sumber DD - 2-11-2015
Terketar-ketar saya salam Dr Mahathir
Posted on Monday, November 02 @ 14:39:00 MYT by paktam
Oleh Anina SaadudinDua puluh empat tahun lalu, saya sebagai budak kampung yang tidak mengenal erti kemodenan dan kesenangan bersalam dengan Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) di Padang Matsirat, Langkawi.
Saya terketar-ketar bersalam dengan Mahathir ketika itu kerana pertama kali berjumpa perdana menteri.Saya ucap terima kasih kepada Tun ketika itu sebagai penghargaan yang cukup tinggi kerana Dr Mahathir nak majukan pulau saya.
Sebelum itu, rumah saya guna gasolin dan kami mandi dari perigi.
Dr Mahathir bekalkan elektrik dan air ke seluruh Langkawi dan jadikannya pulau bebas cukai.
Sebelum itu, kami orang Langkawi adalah orang pedalaman, rumah saya tiada TV (televisyen) kerana tiada elektrik.
Kami makan hasil tangkapan laut nelayan kampung dan tanam sendiri sayur di belakang rumah.
Mak saya juga bela ayam di belakang rumah, beberapa bulan sekali mak akan sembelih ayam dan dapatlah kami makan ayam.
Segalanya berubah selepas Dr Mahathir majukan Langkawi, ayah saya berniaga batik jawa dan jual minyak gamat.
Kemudian ayah saya buka chalet dan restoran makanan laut.
Saya yang tidak pernah menonton TV ketika kecil akhirnya mampu naik kapal terbang setiap kali pulang bercuti semester dari UiTM (Universiti Teknologi Mara) Shah Alam.
Oleh kerana ekonomi meningkat, ayah belikan saya Proton Saga ketika belajar di universiti pada 1994.
Orang ulu dah mula naik kapal terbang dan memandu kereta di Kuala Lumpur! (Hahahahaha)
Saya tidak malu bercerita. Itu kisah saya. Semua orang Langkawi juga menyimpan kisah masing-masing tentang jasa Dr Mahathir.
Pagi ini saya menangis ketika melihat gambar ini.
Dua puluh empat tahun kemudian Dr Mahathir yang berjasa besar terhadap orang Langkawi melahirkan penghargaan atas keberanian saya untuk bercakap benar.
Tun Mahathir tidak pernah mengenal nama saya dan sudah pasti Tun tidak mengingati budak hidung penyet yang bersalam dengannya 24 tahun lalu.
Saya hanya melakukan perkara yang betul untuk negara.
Ia bukan untuk Tun tetapi untuk generasi anak Malaysia yang akan datang. Kita tidak menongkat langit.
Kita semua akan pergi dan meninggalkan negara ini untuk anak cucu kita. Segalanya akan kita tinggalkan dan hanya sekujur tubuh akan bersemadi di liang lahat.
Negara yang bagaimanakah akan kita wariskan kepada generasi selepas kita? Saya tidak mungkin dapat membalas jasa Tun M.
Bagi saya, hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan Tun M bukan hanya kepada orang Langkawi, tetapi 30 juta rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia. – Facebook Anina Saadudin
Sumber DD - 2-11-2015
Siapa yang bakal selamatkan Najib dan UMNO? Posted on Monday, November 02 @ 06:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Assalamualaikum,,,
strategi perang parti PAN dan DAP, gabungan mantap dalam PH sudah dimulakan dan diberitakan akan dirancakkan bermula november ini.Targetnya, ialah PAS, mahu hancurkan PAS, mahu lenyapkan PAS dari peta politik tanah air.Baik DAP atau PAN, kedua duanya berkongsi tujuan yang sama, menghancurkan PAS dan menyelamatkan UMNO sebagai tujuan sampingannya.Najib dan UMNO boleh tarik nfas lega kerana gabungan PAN/DAP akan meneyediakan talian hayat yang mereka perlukan.
Sejak sekian lama, pemuka pemuka PAN dan DAP menuding jari kepada TGHH dan PAS kerana menyokong Najib dan kerana menerima kemenangan UMNO/BN walaupuan kemenangan itu diperolehi dengan cara yang kotor, pada pemuka pemuka ini penerimaan TGHH dan PAS adalah kerana UG yang diwar warkan oleh mereka.TGHH dituduh menerima tawaran jawatan dan berbagai bagai tuduhan lagi kerana dikatakan mahu berUG dengan UMNO sekaligus mahu menyelamatkan Najib dan UMNO dari pupus.TGHH dan PAS dituduh sedemikian rupa kerana dikatakan menjadi penghalang atau pembela UMNO yang sedang diserang hebat oleh parti parti dari kumpulan PH.
Tanpa sedar mungkin, PAN dan DAP sedang menjalankan satu strategi yang menguntungkan UMNO.Strategi mereka bukan akan menghapuskan UMNO tetapi menyelamatkan UMNO dari kepupusan dalam situasi sekarang yang sedang nazak.PAN dan DAP bukan mahu menghapuskan UMNO tetapi PAS. PAN dan DAP mahu PAS jatuh di Kelantan seperti di Kedah dan Terengganu.Kalau pada tahun 2004, PAS mampu bertahan dari serangan kotor UMNO, tapi kali ini PAN dan DAP mahu pastikan PAS tidak ada peluang, HM digunakan sepenuhnya dalam strategi ini.
UMNO boleh bertepuk tangan.Teruskan PAN, teruskan bersengkongkol dengan DAP untuk lenyapkan PAS.Teruskan PAN, beri talian hayat kepada UMNO, dan lepas ini jangan kata TGHH dan PAS yang mahu selamatkan Najib dan UMNO.
Sumber TKO - 2-111-2015 Pilihan Muhyiddin jika digantung keahlian
Posted on Sunday, November 01 @ 12:37:29 MYT by paktam
Oleh Wong Chin Huat Selain kekurangan sumber melawan Datuk Seri Najib Razak, kem Mahathir-Muhyiddin juga kekurangan diagnosis yang menyeluruh dan cadangan rawatan yang menyakinkan kepada penyakit Umno.Kuat akhbar angin sekarang, pemimpin akar umbi Umno di peringkat bahagian ingin menjatuhkan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kononnya sindiran beliau yang pemimpin Umno pengecut membarakan kemarahan kumpulan ini.
Soalan menarik bukanlah sama ada Muhyiddin yang dikatakan disiasat Jawatankuasa Disiplin Umno bersama 6 orang pemimpin lain akan digantung keahliannya, tetapi apa yang akan dan boleh Muhyiddin buat jika ia berlaku. Beliau mempunyai 3 pilihan.
Pilihan pertama: Pengecut
Pertama, Muhyiddin boleh tunduk menerima keputusan jawatankuasa disiplin. Ini akan menjadikan beliau sendiri “pengecut”.
Jika ini pilihan Muhyiddin, maka perbandingan terlalu ketara bila ditimbangkan bersama 2 orang bekas tmbalan perdana menteri/timbalan presiden yang juga pernah berlawan perdana menteri/presidenUmno, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Musa Hitam.
Anwar memilih tidak tunduk kepada tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau meletak jawatan dan bersara daripada politik. Untuk keputusan itu, Anwar bukan sahaja dipecat daripada kedua-dua jawatan timbalan, malah diaibkan di media dan di mahkamah, dan akhirnya dipenjarakan.
Musa juga melawan balik. Pada 1986, beliau meletak jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, lalu membawa diri ke London.
Majlis Tertinggi Umno yang terkejut dengan keputusan Musa menghantar rombongan ke London memujuk beliau. Akhirnya, Musa bersetuju mengekalkan jawatan timbalan presiden sahaja.
Ini sudah pun menjadi perbandingan besar kepada Muhyiddin yang tidak berani meletak jawatan timbalan perdana menteri sampailah hanya mendapat tahu pemecatannya sejam dua sebelumnya.
Pilihan kedua: Lawan tetap lawan, lawan Umno
Kedua, Muhyiddin juga boleh memilih melawan balik dari luar parti.
Ini bermakna, Muhyddin terpaksa menubuhkan atau menyertai parti pembangkang, dan melawan Umno/BN.
Tiga orang pemimpin kanan Umno pernah berbuat demikian.
Pada 1951, Dato' Onn Jaafar, presiden pertama dan pengasas Umno, meninggalkan partinya apabila 2 kali cadangan beliau membuka keahlian Umno kepada bukan Melayu ditolak.
Dato’ Onn kemudian menubuhkan 2 parti baru, Independence of Malaya Party (IMP) yang bersifat anekaethnik, dan Parti Negara yang lebih pro-Melayu daripada Umno, tetapi kedua-duanya gagal.
Pada 1988, Tengku Razaleigh berpakat dengan Musa dalam Team B untuk mencabar Team A yang dipimpin oleh Dr Mahathir dan timbalan baharu, Tun Ghafar Baba. Mereka kedua-duanya kalah dengan tipis.
Setahun kemudian, Umno diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah dan Umno Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir menyisihkan Razaleigh dan penyokongnya.
Razaleigh terpaksa membentuk Parti Semangat 46 (S46) untuk melawan Umno dalam pilihan raya umum. Kerana 2 pembangkang utama PAS dan DAP terlalu beza ideologinya dan tidak dapat bekerjasama, maka S46 menjadi pemimpin kepada 2 parti itu.
Akan tetapi, S46 memenangi cuma 7-8 kerusi Parlimen dalam PRU 1990 dan 1995. Pada 1996, Razaleigh membubarkan S46 dan membawa ahlinya kembali kepada Umno.
Jalan diambil Anwar agaklah sama dengan jalan Razeleigh. Penyokong beliau turut membentuk parti baharu, PKN, kini PKR.
PKN turut diterima oleh kedua-dua PAS dan DAP sebega parti pemimpin dalam gabungan pembangkang Barisan Alternatif (BA), pada pilihanraya 1999.
Sungguhpun BA berkubur 2 tahun kemudiannya, Anwar dan partinya tetap diterima sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya 2008.
Berlainan daripada Razaleigh dan Anwar, jika Muhyiddin ingin membentuk parti pembangkang baharu, beliau tidak akan diangkat sebagai pemimpin pembangkang atau pun calon perdana menteri secara automatik.
Kerana pembangkang (DAP, PAS dan Amanah) jauh lebih kuat daripada masa dahulu, Muhyiddin perlu membawa keluar lebih kurang 20 orang ahli Parlimen Umno untuk memimpin parti pembangkang yang sedia ada.
Pilihan ketiga: Lawan tetap lawan, lawan dalam Umno
Muhyiddin juga boleh memilih jalan baharu yang tidak pernah diambil oleh Razaleigh atau Anwar, iaitu melawan perdana menteri dari dalam parti.
Beliau dan sekutunya seperti Dr Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal boleh berjelajah ke seluruh negara untuk meraih simpati dan seterusnya menghasut akar umbi Umno dan orang Melayu mencabar kepimpinan Najib dan keputusan penggantungan keahlian.
Namun, peluang kejayaannya tipis sekali. Nyata sekali, Muhyiddin, malah Dr Mahathir, tidak mendapat sokongan daripada pemimpin kanan Umno, seperti Razaleigh pada 1988, atau pun sokongan daripada orang Melayu biasa, seperti Anwar pada 1998.
Apakah diagnosis untuk Umno yang tenat?
Bagi ramai penganalisa, kelemahan kem Mahathir-Muhyiddin ialah kekurangan sumber penaungan (patronage) untuk membeli sokongan dalam Umno, daripada pemimpin kebangsaan sampailah ke pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan.
Bagi saya, kekurangan besar yang kurang mendapat tumpuan ialah rasional perjuangan, yang diperlukan, kecuali Muhyiddin memilih menjadi pengecut.
Mahathir-Muhyiddin tidak mungkin menguasai Umno sebelum parti ini berpecah. Akan tetapi, perpecahan Umno perlukan justifikasi kerana orang Melayu yang biasa dengan dominasi dan naungan Umno merasa gelisah dengan persaingan antara elit politik.
Apakah justifikasi untuk Umno berpecah dahulu untuk mendetokskan dirinya?
Kalau Umno dikatakan sakit, maka doktor tidak boleh merawat sahaja tanpa memberikan diagnosis.
Bagi doktor yang bernama Dr Mahathir, diagnosis itu mudah sahaja: Najib adalah barah kepada Umno. Kekalkan Najib, Umno mati. Singkirkan Najib, Umno sihat dan kuat sampai hari kiamat.
Persoalannya: apakah sebab kepala Umno itu boleh tumbuh barah? Apa yang boleh menjamin kepala baharu Umno tidak juga tumbuh barah?
Panglima perang dalam Umno yang merupakan parasit kepada parti itu tidak berminat dengan soalan ini. Tetapi jawapan jujur dan berani kepada soalan ini perlu supaya akar-umbi Melayu menyokong cabaran kepada pimpinan Umno, yang semestinya membawa kepada perpecahan.
Pencabar presiden Umno yang lepas, Razaleigh dan Anwar, berjaya memobilisasikan akar-umbi Melayu kerana mereka berani memberikan diagnosis yang lebih menyakinkan dan menawarkan rawatan yang lebih menyeluruh.
Hari ini, kem Mahathir-Muhyiddin cuma menyalahkan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa kepada Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan kaki pengampu mereka, seolah-olah struktur dan operasi Umno yang berjaya mengekalkan kuasa dengan penekanan dan penaungan itu bukan masalah pokoknya.
Dr Mahathir dan Muhyiddin cuma “bermain selamat”, tetapi itu mungkin strategi yang paling bahaya kerana rakyat lebih pandai berfikir daripada era Razeleigh dan Anwar.-http://www.themalaysianinsider.com
Sumber DD - 1-11-2015
Rindu Obama pada Najib
Posted on Sunday, November 01 @ 12:09:22 MYT by paktam
Oleh Amirrul Jeffery Igai Presiden Barack Obama datang lagi ke Malaysia pada November 2015, jika tiada arah melintang.
Tidak cukup hanya pada pertemuan di Kuala Lumpur pada 2014, kerinduan Obama pada Datuk Seri Najib Razak disambung pula di padang golf pada bulan Disember di kala negeri Kelantan dilanda banjir teruk pada tahun sama.
November ini, Obama datang lagi menjeguk Najib bagi melepaskan berahi kerinduan. Najib tahu apa yang Obama mahu. Rakyat Malaysia juga tahu apa yang Obama inginkan.
Julian Assange dan Wikileaks pun sudah membuka surah. Joseph Eugene Stiglitz, seorang ahli ekonomi dan professor di Columbia University, sudah membuka kuliah.
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) sudah memberikan hujah. Adam Hersh, ahli ekonomi kanan yang berpusat di Roosevelt Institute, memberikan dialog pencerah.
Di samping menjalankan intipati dasar dan cabang polisi kepada slogan "Change" yang menjadi tagline Obama semasa kempen kerusi presiden dahulu, menakluk dan mengikat ekonomi Asia melalui Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) di mana butir perjanjian yang penuh gelap serta kerahsiaan merupakan kesempatan dan pecutan akhir untuk mengemaskini tangga KPI sebelum penggal beliau tamat 2 tahun lagi semenjak Januari 2009.
Kejayaan TPPA begitu penting sebagai bukti kesetiaan untuk dipersembahkan kepada kaum pemodal antarabangsa yang berabad lamanya menjerut leher White House.
Pendahulu Obama, George Bush, terkenal dengan perang di Iraq untuk melakukan pecutan yang terakhir bagi mengemaskini KPInya, semasa menjawat jawatan presiden sebelum penggal beliau tamat. Di mana menjahanamkan negara Timur Tengah tersebut secara total dari segenap penjuru – kononnya atas nama memerangi keganasan oleh puak pengganas selepas tragedi 11 September.
Politik, sosial, ekonomi dan budaya rakyat Iraq berdepan dengan kehancuran dan ketidaktentuan. Adapun pemilik kilang pesawat tempur, kilang senjata, kilang minyak, kilang peluru, pemilik institusi kewangan antarabangsa di antara yang menguntum senyum kepuasan sambil mengira berbilion di tangan.
Najib juga mahu KPInya kelihatan menarik. Najib mempunyai impian besar. Kalau boleh, Najib ingin dilihat rakyat negara ini dan dunia di mana nama beliau nampak sebaris dengan Nelson Mandela, Mahatma Gandhi, Martin Luther King Jr., Abraham Lincoln, Mao Zedong, George Washington, Franklin D Roosevelt, Julius Caesar – walaupun latar belakang, garis politik dan perjuangan kesemua individu ini dan beliau jauh berbeza. Apa yang penting, nama Najib sekali terikat, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
Semahunya, kalau Tun Dr Mahathir Mohamad menamatkan karier beliau sebagai ketua nagara ini selama 22 tahun pemerintahan sebagai orang yang berpengaruh dan popular di Malaysia dan dunia, Najib juga kalau boleh ingin memerintah negara ini selama mana yang boleh untuk memecahkan rekod Dr Mahathir sebagai ketua pemerintah yang paling lama berkhidmat. Andai boleh, biar sampai kiamat.
Bukti awal: Najib mengupah Apco Worldwide sedari awal pentadbirannya bagi menggilap imej dan perwatakan beliau di mata rakyat negara ini dan juga dunia. Najib ingin dilihat bergetah, kacak dan macho.
Kadangkala untuk dilihat kacak, bergetah dan macho, kalau silap langkah boleh dilihat sumbang dan bangang. Ini digagalkan lagi dengan sikap yang suka berdolak dalih, sekejap mahu sekejap tidak.
Untuk kelihatan demokratik, Najib bertindak menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) pada 15 September 2011. Tapi malangnya, langkah ini walaupun popular di kalangan para pembangkang, aktivis kiri dan anak muda, ia melahirkan bibit pertama serangan Dr Mahathir ke atas pentadbiran Najib sehingga ke hari ini.
Dengan bahasa yang lebih mudah, Najib dilihat lembik dan layu oleh Dr Mahathir, mudah tunduk kepada tekanan.
Apa yang Apco dan gerombolan penasihat yang membelit beliau tidak sedar ialah Najib ini seorang yang penakut. Ketakutan Najib ini membabi buta. Salah satu ketakutan Najib paling ketara sepanjang pentadbirannya ialah ketakutannya kepada Singapura, apabila kerajaan menjual dan menggadai berbidang-bidang tanah warisan negara yang dimiliki Keretapi Tanah Melayu (KTMB).
Dr Mahathir popular dengan Wawasan 2020 beliau, membina Menara Petronas (KLCC), litar lumba di Sepang, lapangan terbang KLIA dan pembangunan di Putrajaya untuk KPInya. Najib pun mahu dilihat begitu.
Najib menjual slogan 1Malaysia. Najib menggilap produk dan perkhidmatan 1Malaysia dari BR1M ke KR1M, BB1M ke LM1M dan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berakhir dengan 1M di belakangnya.
Najib mendirikan 1MDM dan MRT serta projek berimpak tinggi. Ini bertujuan membina imej dan KPI. Jangan salah faham, setakat ini membina imej tidak ditakrifkan sebagai jenayah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib, juga tidak mahu ketinggalan. Rosmah menjadi penaung Permata, yang menerima jutaan ringgit setahun.
Rosmah juga penaung Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia.
Untuk kelihan lebih bergetah, kalau suaminya Najib bermain golf, Rosmah ingin dilihat sebagai jaguh badminton. Definisi jaguh badminton di sini ialah apabila Rosmah menjadi penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Bagi menggilap jiwa sasteranya, Rosmah mendeklamasikan sajak sehingga menitiskan air mata. Ini kerana Rosmah ingin dipandang popular sebaris dengan nama-nama wanita seperti Indra Nooyi, Christiane Amanpour, Yoani Sanchez, Mia Farrow, Barbara Walters dan Nancy Brinker. Walaupun pentas perjuangan kesemua individu ini tidak sama dengan beliau.
Sekiranya menurut pembayang yang diberi oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed iaitu menteri yang bertanggungjawab menurunkan tandatangan di atas kertas perjanjian TPPA. Ini adalah suatu kepastian.
Minyak pelincir kepada semua ini adalah senario Najib yang diselubungi skandal besar di mana kita semua sedia maklum.
Namun keputusan akhir ditentukan oleh Najib sebagai perdana menteri Malaysia. Najib yang takut kepada Amerika sangat sungguh senang diramal.
Persoalan yang paling penting ialah: Apa pandangan Pakatan Harapan atau PAS mengenai TPPA dan jika berjaya mengambil alih Putrajaya pada PRU14, apakah dasar dan polisi yang diajukan berdepan dengan situasi seumpama TPPA atau yang sewaktu dengannya?
Sumber DD - 1-11-2015
Umno intai peluang kerjasama dengan PAS
Posted on Saturday, October 31 @ 22:58:02 MYT by paktam
Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) dipelopori beberapa bekas pemimpin PAS secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada Umno mencari titik persefahaman dengan parti Islam itu, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menteri besar dan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata, tindakan pemimpin PAS "melompat" ke Amanah merupakan peluang kepada menghidupkan semula usaha mencari titik persefahaman dengan parti Islam itu.
"Saya selalu sebut antara Umno dengan PAS ini begitu banyak sekali persamaan berbanding dengan perbezaan, (tetapi) malangnya, biasalah manusia yang perbezaan itulah kita ungkit, tetapi persamaan yang begitu banyak itu kita tidak sebut," katanya kepada pemberita selepas melawat daerah Yan di Kedah hari ini.
Peluang melihat kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu katanya, wujud selepas "unsur-unsur" tidak bersetuju terhadap permuafakatan antara Umno-PAS menyertai Amanah.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali semalam mencadangkan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (Mui) dianggotai Umno dan PAS selain pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam.
Mukhriz berkata, usaha mewujudkan kerjasama di antara Umno dan PAS berjalan sejak sekian lama, tetapi tergendala atas sebab-sebab tertentu.
"Jadi di pihak kami terbuka (terhadap cadangan Ibrahim)," katanya.
Berhubung kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini tentang 7 pemimpin parti sedang disiasat kerana membuat kenyataan secara terbuka, beliau berkata parti Melayu itu merupakan sebuah parti terbuka dalam menerima teguran.
Semua pihak katanya, perlu memahami teguran dan kritikan terhadap parti bertujuan memperkuatkannya dan bukan merupakan satu tindakan pengkhianatan terhadap Umno.
"Ia bukan satu unsur pengkhianatan terhadap parti, jadi ia amat penting untuk kita fahami.
Kadang-kadang kita mengkritik atas niat untuk memperkukuhkan, hendak menguatkan parti," katanya. – Bernama
Sumber dedahkan Muhyiddin bakal digantung sebelum perhimpunan agung Umno Posted on Friday, October 30 @ 12:28:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Umno bakal menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum perhimpunan agung pada Disember, kata sumber, disebabkan serangan berterusannya terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi presiden parti Melayu itu.
Sumber parti mendedahkan, Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang menyiapkan kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin dengan bukti-bukti kesalahan dilakukan Muhyiddin.
Langkah ini diambil bagi mengelakkan Muhyiddin daripada terus menyerang kepimpinan Umno semasa perasmian melibatkan sayap parti Disember nanti.
Difahamkan, keputusan penangguhan kali kedua mesyuarat MT pada 30 Oktober juga
dikatakan bagi membuat persediaan menyingkir Muhyiddin.
Antara kesalahan dikatakan dilakukan Muhyiddin ialah mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB dan berterusan mempersoalkan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib walaupun penjelasan sudah diberi.
"Muhyiddin akan digantung sebelum perhimpunan Disember nanti, terdapat kebimbangan di kalangan pimpinan tertinggi parti beliau akan terus mengkritik semasa perasmian sayap nanti.
"Kertas pertuduhan untuk dibawa ke Lembaga Disiplin sedang disiapkan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Dengan penggantungan ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memangku jawatan timbalan presiden sehingga pemilihan pada 2018 nanti, kata sumber.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata tindakan Muhyiddin membelakangkan keputusan MT sebagai tidak beretika.
"Tan Sri Muhyiddin bangkitkan isu RM2.6 bilion dan isu 1MDB, perkara itu sudah dijawab semasa mesyuarat MT lepas, malah beliau sudah perjelaskan dan bersetuju untuk bersama dengan kepimpinan tapi selepas keluar mesyuarat lain pula yang dikatanya.
"Orang sebegini tidak beretika dan pembohong, depan cakap lain, belakang cakap lain,"
katanya kepada The Malaysian Insider, mengulas mengenai mesyuarat MT terakhir 9 September lepas.
Jamal juga mendakwa, majoriti ketua Umno Bahagian dalam kumpulan perbualan Telegram termasuk Bagan Datoh, berada dalam perbincangan mengenai sama ada wajar tindakan
diambil terhadap Muhyiddin atau tidak.
"Memang kita ada kumpulkan pandangan daripada ketua bahagian, jadi sewajarnya mereka yang berada dalam parti dan menjadi ‘gunting dalam lipatan’ seperti dalam ucapan perdana menteri semasa pembentangan bajet lalu perlulah diambil tindakan.
"Majoriti, semua minta yang dikatakan gunting dalam lipatan ini diambil tindakan, dipecat, gantung dari jawatan kerana ia akan merosakan parti," kata Jamal merujuk kepada kenyataan Najib semasa pembentangan Bajet 2016 lalu.
Bagaimanapun, Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (gambar, kanan) menggesa isu "gunting dalam lipatan" dijelaskan dan didedahkan supaya ahli tahu siapa dimaksudkan Najib.
"Kita tidak tahu siapa gunting dalam lipatan, keputusannya kita memang tidak mahu ada gunting dalam lipatan dalam Umno.
"Kita tidak tahu yang dimaksudkan, jadi perdana menteri kena jelaskan betul-betul siapa yang dimaksudkan terutamanya dengan kenyataan yang hebat semasa bajet, semasa dalam Parlimen,” kata Aziz yang juga ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.
Rabu lepas, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata 7 pemimpin itu berisiko digantung kerana memecah belahkan parti.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, sebaik sahaja siasatan selesai, ia akan dibentang kepada Majlis Presiden sebelum lembaga presiden Umno membuat sebarang keputusan.
"Sepanjang tempoh itu kita akan gantung keahlian mereka," katanya.
Selain Muhyiddin, Aziz juga dikatakan berada dalam senarai 7 nama diwar-warkan Ku Nan itu.
"Tengku Adnan perlu segera ambil tindakan jika benar ada 7 orang pemimpin itu," kata Aziz.
Aziz berkata, langkah itu adalah yang terbaik jika Umno merasakan ia dapat menggembalikan kestabilan kepada parti.
Bagaimanapun Aziz menjelaskan, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu jika mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin dan mana-mana daripada 7 pemimpin itu.
"Pertama, kenal pasti kesalahan dan kedua, bawa ke Lembaga Disiplin. Kemudian MT perlu membuat keputusan sama ada menyokong tindakan diambil atau tidak... tidak kisah sama ada pecat, gantung atau diberi amaran," terangnya.
Sementara Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar tidak melihat langkah mengambil tindakan ke atas Muhyiddin satu tindakan yang dapat memberi kelebihan kepada parti Melayu itu.
Hamidi sebaliknya mencadangkan Umno mengadakan pemilihan semula jika benar-benar
mahu menyelesaikan kemelut tanpa menyebabkan kesan lebih buruk.
"Adakan saja pemilihan tahun depan, kalau akar umbi tidak suka, kita boleh tolak Muhyiddin dan ganti dengan yang lain.
"Rasanya akar umbi akan akur dengan cara macam itu. Kalau kita merasakan yang lama bagus, kita pilih, tapi kalau rasa tidak bagus kita ganti dengan orang lain," katanya.
Pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim mengatakan tidak tahu mengenai 7 orang dimaksudkan Ku Nan.
"Saya tidak ada dengar mengenai itu. Saya tidak mempunyai sebarang info walaupun
setiausaha agung adalah kawan baik saya.
"Ada orang cakap-cakap mengenainya (7 orang digantung), tapi saya tidak tahu," kata
Shahidan semasa ditemui di Parlimen pada Khamis.
Najib ketika ini berdepan cabaran paling besar sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, diserang dalam isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.
Beliau merombak Kabinet pada Julai lalu, langkah dilihat meneutralkan pengkritik dalam kerajaan, akan tetapi, Muhyiddin kini meneruskan kritikan terhadap Najib dari dalam Umno.
Sumber TKO - 30-10-2015
Hanya pemimpin lemah mahu kawal orang lain, kata Ku Li Posted on Thursday, October 29 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau sedia menghadapi sebarang tindakan disiplin daripada partinya, sambil menyifatkan pemimpin yang lemah sentiasa memberi tekanan supaya orang lain mengikut telunjuk mereka.
Ahli Parlimen Umno Gua Musang itu mengakui, dalam mana-mana organisasi terdapat peraturan yang ditetapkan, tetapi pemimpin yang lemah sentiasa mahu setiap gerak-geri ahlinya dipantau dan dikawal.
"Semua organisasi dikekang dengan peraturan dan undang-undang.
"Organisasi seperti kesatuan pekerja dan juga parti komunis, mereka mempunyai
undang-undang sedemikian untuk siasat, jejak pergerakan, terutamanya organisasi dengan pemimpin yang lemah.
"Mereka mahu pastikan ahli parti mengikut mereka," kata Tengku Razaleigh atau dikenali sebagai Ku Li kepada wartawan di Parlimen hari ini.
Ku Li mengulas mengenai langkah Umno yang sedang menyiasat 7 pemimpinnya yang dikatakan setiausaha agungnya bakal berdepan dengan tindakan penggantungan daripada parti.
Beliau antara yang dikatakan berada dalam senarai 7 pemimpin tersebut kerana kenyataan kritikalnya terhadap kepimpinan Umno dan kerajaan.
Malah, kira-kira dua minggu lepas, beliau turut menghadiri satu sidang media bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sering lantang mengkritik pentadbiran Putrajaya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mereka, serta 4 lagi bekas pemimpin Barisan Nasional lain mengecam tindakan Putrajaya yang dikatakan menyalahgunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
atau Sosma.
Ku Li berkata, beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk tindakan disiplin.
"Saya sedia hadapi segalanya. Saya berada dalam parti lebih lama dari mereka semua ini di sini (Parlimen)," katanya.
Ku Li berkata, bagi menjadikan Umno sebuah parti yang kukuh, ia perlu bertoleransi dengan pandangan yang berbeza.
"Kita perlukan semua orang bagi mengukuhkan parti. Kamu perlu bertoleransi dengan mereka yang berbeza pandangan. Itu cara Umno mendapat kekuatan.
"Semua jenis orang dalam Umno, mereka mempunyai pelbagai bentuk pandangan," katanya.
Semalam, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, 7 pemimpin Umno sedang dipantau dan tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka kerana mengeluarkan kenyataan hingga menjejaskan kekuatan parti.
Individu tersebut dikatakan banyak mengkritik dan membidas pentadbiran Najib, khususnya membabitkan isu syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.
Sumber TKO - 29-10-2015
Saya menunggu penuh sabar saman Najib – Liong Sik Posted on Wednesday, October 28 @ 20:04:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PUTRAJAYA: Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik mengakui beliau menunggu
penuh sabar saman yang mahu difailkan Perdana Menteri terhadap dirinya.
Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menghantar notis meminta Liong Sik menarik balik atau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.
“Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar. Tak Perlu kelam kabut, hanya perlu tunggu” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian anugerah Kiwanis di Putrajaya, lapor The Star Online.
Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau terkejut mengapa Perdana Menteri mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan itu.
“Saya juga terkejut mengapa mengambil masa lama tetapi saya akan terus bersabar,” katanya.
Liong Sik berkata, beliau akan terus mendesak Najib meletak jawatan dan sudah bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.
Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dilaporkan berkata pada Selasa, beliau akan
mengadakan pertemuan dengan Najib bagi membincangkan saman terhadap Liong Sik. - FMT
Sumber TKO - 28-10-2015
Ku Li tidak tahu sama ada beliau antara 7 yang disiasat
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Tujuh pemimpin UMNO yang kini sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti mungkin berhadapan tindakan digantung parti
dan digugurkan daripada jawatan.
Enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebuah jawatankuasa khas kini sedang menyiasat perkara itu dan
keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden UMNO
sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.
"Sebaik sahaja proses berjalan, kami akan menggantung keahlian mereka dan menggantung apa jua jawatan yang mereka pegang," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini, Rabu.
Menegaskan UMNO mempunyai perlembagaan dan kod etika yang harus dipatuhi setiap anggotanya, Tengku Adnan berkata: "Kami
tidak boleh terima apa-apa yang karut lagi...bagi kami jika anda tidak percaya kepada perjuangan parti, anda boleh tinggalkan parti.
"Kami tidak mahu individu yang menjadi 'gunting dalam lipatan', 'duri dalam daging' dalam parti, kami tidak boleh terima," katanya.
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan pada awal bulan ini mengumumkan UMNO sedang memantau serius tujuh pemimpin parti itu yang dikatakan melanggar disiplin parti untuk diambil tindakan.
Kebelakangan ini, beberapa pemimpin UMNO, dilaporkan menyertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota Parlimen
Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Tengku Razaleigh yang ditemui di Dewan Rakyat berkata beliau tidak mengetahui sama ada dirinya merupakan antara tujuh pemimpin yang sedang disiasat.
Bagaimanapun, katanya jawatankuasa tersebut berhak menyiasat sesiapa sahaja yang dikehendaki mereka: "Tapi setakat ini saya tidak ada dengar apa-apa pun lagi". - Bernama Sumber HD - 28-10-2015
Sah wujud gerakan singkir Muhyiddin Posted on Wednesday, October 28 @ 14:46:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus mengesahkan wujud gerakan menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kelompok gunting dalam lipatan dalam Umno.
Beliau tegas menyatakan lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.
“Pendapat peribadi saya, Tan Sri Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.
“Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu berlemah-lembut dan tidak sampai hati telah menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu agresif menentang pentadbirannya.
Jamal bagaimanapun tidak menyangka gerakan senyap ketua Umno bahagian ini telah pecah kepada media.
“Saya sudah lama mendesak Muhyiddin untuk dipecat daripada kerajaan mahupun parti.
“Lihat sekarang gelagat beliau, sebab itu kita cuba kumpul sokongan untuk keluarkan Muhyiddin daripada parti dan posisi itu diganti,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hanya menyarankan agar pucuk pimpinan Umno mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin berdasarkan kepada tindak tanduk beliau sejak kebelakangan ini.
Difahamkan, beberapa laman sosial telah diviralkan mengenai kempen ini yang dikatakan dilakukan melalui aplikasi Telegram.
Laman sosial Johor Bangkit, misalnya telah mendakwa terdapat 140 ketua bahagian bersetuju untuk melakukan tindakan menyingkir bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk mendapat lima sokongan di Johor, sementara dua lagi tidak melayan kempen berkenaan.
Dalam kenyataan laman sosial itu turut mendakwa punca mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini terpaksa dibatalkan untuk membolehkan mereka mempunyai masa kumpulkan nama ketua-ketua bahagian yang lebih banyak bagi menjayakan komplot tersebut. - SH
Sumber TKO - 28-10-2015 Tun Mahathir keluar UMNO hari ini? Posted on Wednesday, October 28 @ 10:27:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa akan mengisytiharkan keluar UMNO selepas segala usahanya untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menemui kegagalan.
Dakwaan itu disebarkan menerusi blog Papa Gomo yang yang mendakwa mantan Perdana Menteri itu akan membuat pengumuman tersebut jam lima petang ini di kediaman beliau.
“Tun Mahathir akan mengumumkan keluar parti UMNO pada petang ini jam lima petang di kediaman rasmi beliau,” dakwa Papa Gomo.
Seorang pegawai khas Dr Mahathir ketika dihubungi FMT menafikan dakwaan Papa Gomo itu.
“Tidak,” jawab pegawai itu apabila ditanya adakah benar Dr Mahathir akan keluar UMNO
petang ini.
Dr Mahathir pernah mengumumkan keluar UMNO pada 19 Mei 2008 kerana tidak yakin
dengan kepimpinan penggantinya pada masa itu, Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi dan masuk semula UMNO setahun selepas itu. - FMT
Sumber TKO - 28-10-2015
Najib anak didik Dr M - Punca Permasalahan? Posted on Wednesday, October 28 @ 07:22:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Daripada segi pelanggaran terhadap hak asasi manusia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah anak didik Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik nombor satunya kini.
“Taktik itu cukup sistematik, undang-undang yang sudah tertulis tersedia untuk digunakan bila sampai masanya,” kata Pengarah Asia, Human Rights Watch (HRW), Brad Adams.
Beliau berkata demikian dalam majlis mengumumkan laporan terkini badan antarabangsa itu bertajuk ”Mewujudkan budaya ketakutan: Penjenayahan hak bersuara secara aman di Malaysia” di Kuala Lumpur.
Adams berkata, Mahathir mengamalkan pelanggaran hak asasi manusia sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri Malaysia.
“Mahathir bapa kepada masalah ini di Malaysia.
Dan langkahnya bangkit di khalayak umum mengaduk tentang kurangnya hak bersuara amat
tidak dapat diterima.
“Dia patut berdiam sahaja dan minta maaf atas apa yang telah dilakukannya,” katanya.
Sejak tahun lalu, Mahathir sentiasa lantang mengkritik Najib dan kontroversi sekitar 1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri.
Beliau bagaimanapun akhir-akir ini membangkitkan penggunaan undang-undang seperti Akta Pencegahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) bagi mengekang pengkritik 1MDB, serta penggantungan akhbar.
Sementara itu, perunding undang-undang HRW Linda Lakhdhir berkata dapatan mereka mendapati kerajaan semakin kreatif bertindak terhadap pengkritiknya.
“Kerajaan apabila tidak dapat gunakan suatu undang-undang, mereka akan cari undang-undang lain untuk digunakan,” katanya lagi. - MK
Sumber TKO - 28-10-2015 Najib buat keputusan tak lama lagi tindakan saman Ling, kata peguam Posted on Tuesday, October 27 @ 23:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat keputusan tidak lama lagi sama ada untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik atas kenyataan beliau berhubung cara perdana menteri mengendalikan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata peguamnya hari ini.
Datuk Hafarizam Harun berkata, beliau menjangkakan untuk memfailkan saman itu pada minggu ini jika mendapat lampu hijau dari perdana menteri.
"Saya akan meminta satu tarikh temujanji hari ini dan berharap untuk mendapatkannya dalam
satu atau dua hari lagi bagi mendapatkan arahan sama ada untuk meneruskan atau tidak.
"Dan saya berharap untuk memfailkannya minggu ini, dan biasanya selepas itu, saya akan mengemukakannya kepada Dr Ling atau peguamnya," Hafarizam berkata kepada pemberita
di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Terdahulu bulan ini, Dr Ling dilaporkan bersetuju dengan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun
peribadi beliau".
Berikutan kenyataan itu, firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengeluarkan surat tuntutan bagi pihak Najib kepada Dr Ling di kediamannya.
Surat bertarikh 5 Oktober itu menuntut permohonan maaf dan pampasan dalam masa 7 hari, jika tidak tindakan undang-undang akan dimulakan.
Bagaimanapun, peguam Dr Ling berkata, pelanggan mereka tetap mempertahankan
kenyataannya.
Najib disiasat selepas akhbar The Wall Street Journal yang berpangkalan di Amerika Syarikat
melaporkan awal Julai lalu, kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke dalam bank akaun peribadi beliau 2 bulan sebelum pilihan raya umum 2013.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), wang itu adalah sumbangan
daripada individu di Timur Tengah.
Perdana menteri juga menafikan menggunakan wang awam, termasuk daripada 1MDB, untuk kepentingan peribadi, tetapi timbul persoalan berhubung sumber dan tujuan sumbangan itu
dibuat.
Sumber TKO - 27-10-2015
Ali Rustam, belajarlah dari semangat Jebat
Posted on Tuesday, October 27 @ 20:26:31 MYT by paktam
Oleh Izmil Amri ‘Ali Rustam belajar silat apa?’ Ini persoalan yang berjejeran dari mulut kawan-kawan ketika bekas ketua menteri Melaka itu melaungkan kesediaan para pesilat untuk berperang sekiranya dicabar.
Banyak persoalan lain timbul, antaranya termasuklah ‘mahu berperang dengan siapa’ dan ‘nak bersilat lawan machine gun?’ tetapi saya lebih sukar soalan yang pertama.
Sebagai bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam sewajarnya lebih mengerti bumi peninggalan Hang Tuah lima bersaudara itu bukan setakat merakam jejak langkah bunga buah bermacam ilmu persilatan, bahkan menjadi rekod keberanian dan kesanggupan seorang wira
yang menderhaka demi melawan kezaliman dan menegakkan keadilan.
Bukan sekali dua kita dipertontonkan filem Hang Jebat lakonan seniman Nordin Ahmad pada tahun 1961.
Dalam satu babak di istana yang menampilkan si Jebat memberi makan fakir miskin dan mengembalikan harta kerajaan kepada rakyatnya, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu berulang kali menyebut dia hanya mahukan keadilan, keadilan, keadilan.
Dua watak ini sering timbul dalam naratif politik Melayu, terutamanya dalam wacana taat-derhaka orang Melayu terhadap penguasa atau pemerintahnya.
Tuah sering digambarkan sebagai si gagah perkasa yang taat beraja; manakala si Jebat digambarkan sentiasa beperwatakan antagonistik, baran dan derhaka.
Namun kita dilupakan Jebat barangkali adalah sosok demokrat pertama di bumi Melaka yang menggunakan hak membantahnya terhadap sebuah sistem yang melonggokkan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman pada satu batang tubuh bergelar sultan.
Dan Jebat juga tidak derhaka secara membabi-buta, malah bersebabkan kezaliman yang
menimpa saudara seperguruannya.
Kezaliman yang menimpa Tuah lantaran fitnah Patih Kerma Wijaya barangkali menjadi
jerami mematahkan belakang unta, yang akhirnya mencetuskan amukan si Jebat demi mempertahankan bukan sahaja nasib Tuah, tetapi juga nasib orang kebanyakan.
Semangat Jebat, yang menghargai persaudaraan, keadilan serta melawan kezaliman adalah semangat yang wajar dicontohi terutamanya dalam keadaan sekarang di mana umat Malaysia berada di bawah pentadbiran yang begitu bobrok dan selayaknya dilawan.
Derhaka si Jebat demi semangat setiakawan serta menumpaskan kezaliman menjadikan Jebat tokoh demokrat Melayu yang merintis semangat melawan. Pastinya, melawan kezaliman
bukan satu kesalahan.
Aneh sekali bagaimana Ali Rustam gagal memahami konsep semangat Jebat ini, seraya
menyeru supaya sekalian pengamal seni silat bersedia untuk bertempur demi maruah Melayu kononnya.
Barangkali Ali Rustam sebenarnya tidak belajar silat, justeru tidak faham semangat Jebat.
Kita tidak bodoh. Kita tahu apabila Ali Rustam menyebut maruah Melayu, apa yang
dimaksudkan sebenarnya ialah maruah Umno. Maruah sebuah parti yang sepanjang lebih 50 tahun lampau gagal membela nasib umat Melayu, kecuali sanak saudara terdekat yang dijamin tembolok mereka sentiasa mendapat habuan.
Kita kesal apabila seni silat mahu dipergunakan sesetengah pihak untuk kepentingan politik
dan ekonomi poket mereka sendiri.
Walhal, seni silat mendidik rohani dan jasmani agar hidup teratur dan berdisiplin, hormat-menghormati antara satu sama lain, serta membela mereka yang ditindas ketimbang
mengacukan buku lima sebagai tanda mengacah perseteruan.
Kesiapsagaan yang diajar dalam seni silat cekak contohnya, mendidik si pengamal supaya
berdiri lurus dan bertenang; hanya bertindak balas apabila penumbuk cecah ke tubuh badan.
Ia tidak menganjur supaya si pengamal silat sentiasa berada dalam kedudukan menyerang
dan memperlihatkan diri seolah-olah begitu paranoid dan menanti serangan.
Minda tertawan seperti yang cuba diajarkan Ali Rustam bukan daripada didikan dan latihan pengamal seni silat.
Pesilat bukan kerjanya mencari gaduh, bahkan berfungsi sebagai ikhtiar menjaga diri daripada kejahatan mereka yang mahu berbuat jahat.
Percubaan proksi-proksi Umno untuk mempergunakan para pesilat sebagai benteng mempertahankan kuasa adalah suatu langkah yang amat sumbang dan sewajarnya diketawakan.
Apakah tidak cukup lagi mereka mempergunakan pihak keselamatan yang lengkap bersenjata untuk menakut-nakutkan orang ramai daripada menyuarakan bantahan masing-masing?
Nah sekarang mahu diajak berkeris pula?
Kalaulah dengan berkeris maka persoalan skandal ribuan juta yang merundung negara
dapat dilunaskan alangkah baiknya.
Silat dan keris punya kedudukan tinggi dalam memberi erti kepada nilai dan tatasusila orang Melayu.
Janganlah ia dipergunakan tangan-tangan kotor para ahli politik sebagai perisai daripada serangan-serangan minda yang sudah tidak mampu dipatahkan
Sumber DD - 27-10-2015
Beri ahli Parlimen Umno kuasa pecat PM Posted on Tuesday, October 27 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"Semakan dan imbangan" dalam demokrasi berparlimen, bergantung kepada bukan istana atau pembangkang, tetapi "ahli Parlimen bangku belakang" (backbenchers) parti pemerintah.
Tun Dr Mahathir Muhamad baru-baru ini membincang tentang "pengasingan kuasa" di blognya chedet.cc pada 20 Oktober.
Selain menyokong kenyataan Majlis Raja-raja Melayu tentang penyiasatan 1MDB, rencana Dr Mahathir mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melanggar "prinsip pengasingan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman" kerana mencampuri urusan penyiasatan 1MDB oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menukar peguam negara.
Campur tangan Najib dalam penyiasatan SPRM dan peguam negara, kemudiannya
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan juga Bank Negara Malaysia sememangnya
harus dikutuk.
Akan tetapi, "prinsip pengasingan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman"
di bawah demokrasi berparlimen sebenarnya satu mitos, yang dikongsi oleh ramai pemimpin,
bukan sahaja Dr Mahathir.
Idea pengasingan kuasa dipelopori oleh ahli pemikir agung Perancis Montesquieu dalam
bukunya "Semangat Undang-undang" yang diterbitkan pada 1748 dan menjadi realiti dengan penubuhan Amerika Syarikat 3 dekad kemudian.
Antara 3 cabang pemerintah, kehakiman sememangnya harus dijamin kebebasannya supaya undang-undang melindungi rakyat dan bukan menjadi alat pemerintah menzalimi rakyat.
Yang menjadi persoalan ialah pengasingan kuasa antara eksekutif dan perundangan.
Demokrasi berpresiden - pengasingan kuasa
Demokrasi berpresiden menyelesaikan masalah ini dengan memilih ketua eksekutif (presiden)
dan badan perundangan (kongres).
Presiden dan kedua-dua dewan kongres bukan sahaja mempunyai tempoh jawatan yang
berasingan, malah mereka tidak menguasai sesama lain.
Presiden tidak boleh membubarkan kongres. Sungguhpun sebaliknya presiden boleh dipecat
oleh kongres, ini hanya boleh berlaku apabila presiden melakukan kesalahan besar dan jarang
sekali berlaku.
Pendek kata, demokrasi berpresiden memberikan jaminan pekerjaan kepada presiden dan satu implikasinya ialah pertembungan presiden dan kongres boleh berterusan.
Malah, operasi biasa pemerintah Persekutuan boleh diberhentikan jika kongres enggan
meluluskan perbelanjaan pemerintah.
Demokrasi berparlimen - percampuran kuasa
Demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh Malaysia pada teorinya berbeza sekali.
Kita cuma mempunyai satu pilihan raya untuk badan perundangan - Parlimen yang seterusnya
memberikan mandat kepada pemimpin parti terbesar dalam Parlimen untuk memegang kuasa eksekutif sebagai perdana menteri dan melantik ahli Kabinetnya.
Maka, tiada pengasingan kuasa sepenuhnya dalam demokrasi berparlimen. Apa yang wujud sebenarnya ialah percampuran kuasa antara perundangan dan eksekutif.
Tanpa pengasingan kuasa, "semakan dan imbangan" dalam demokrasi berparlimen beroperasi dengan memberikan kedua-dua badan eksekutif dan perundangan untuk menamatkan riwayat
badan yang lain.
Parlimen boleh memecat perdana menteri, dan Kabinet, pada bila-bila masa dengan menarik
balik kepercayaan kepada beliau.
Ini boleh berlaku dengan 3 cara: pertama, Parlimen meluluskan usul tidak percaya kepada
perdana menteri; ke-2, Parlimen menolak usul percaya kepada perdana menteri; dan ke-3,
Parlimen menolak rang undang-undang yang sangat penting kepada eksekutif terutamanya belanjawan.
Sebaliknya, perdana menteri juga berkuasa untuk memohon pembubaran Parlimen sebelum
tempoh tamat. Ini menjadi senjata perlindungan diri untuk perdana menteri yang "dipecat" oleh
Parlimen.
Akan tetapi, sama ada permohonan itu diluluskan mengikut budi bicara ketua negara, iaitu
Raja atau Presiden bukan eksekutif yang seharusnya bebas daripada politik kepartian.
Mengapakah krisis politik berterusan?
Berbanding dengan demokrasi berpresiden, demokrasi berparlimen sebenarnya lebih baik
dalam menyelesaikan krisis politik kerana ketua eksekutif (perdana menteri) boleh dipecat
pada bila-bila masa tanpa jaminan kerja dan pilihan raya baharu boleh diadakan jika perlu.
Kalau begitu, mengapakah krisis politik di Malaysia berterusan? Apakah yang tidak kena
dengan demokrasi berparlimen kita?
Apa yang tidak kena bukan Raja tidak campur tangan, bukan pembangkang berpecah malah
bukan speaker tidak mengangkat demokrasi, tetapi kerana struktur parti politik kita.
Semakan dan imbangan demokrasi berparlimen tidak bergantung kepada pembangkang kerana mereka tidak ada bilangan ahli Parlimen yang cukup untuk menjatuhkan eksekutif. Eksekutif
cuma boleh dijatuhkan apabila ahli parti pemerintah sanggup memberontak.
Ahli Parlimen parti pemerintah dibahagikan kepada mereka yang memegang jawatan eksekutif seperti menteri atau timbalan menteri, yang dinamakan "ahli bangku depan" dan selainnya yang dinamakan "ahli bangku belakang".
Penterjemahan lazim "government backbenchers" sebagai "penyokong kerajaan" itu sebenarnya kurang tepat kerana ia mengandaikan mereka mesti menyokong pemerintah.
Ahli bangku belakang parti pemerintah boleh menyokong usul tidak percaya atau menolak belanjawan. Tindakan ini dipanggil "pemberontakan bangku belakang".
Sebaliknya, menteri dan timbalan menteri tidak boleh berbuat begitu sebelum meletak jawatan seperti apa yang dilakukan oleh Robin Cook yang meletak jawatan sebagai menteri luar United Kingdom kerana membantah penyertaan negara itu dalam perang Iraq.
Pemberontakan bangku belakang yang menjatuhkan eksekutif sebenarnya jarang berlaku di
negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala "Westminster".
Ini kerana perdana menteri memerlukan sokongan ahli Parlimen separti untuk kekal berkuasa,
maka pemimpin untuk parti seperti Konservatif di United Kingdom dan parti Liberal di
Australia dipilih, bukan oleh kongres perwakilan parti, tetapi oleh ahli Parlimen parti itu yang biasanya dinamakan sebagai parti Parlimen atau kaukus Parlimen.
Maka, dengan mekanisme ini, peletakan jawatan oleh menteri kanan sering menjadi isyarat
untuk cabaran kepada perdana menteri.
Apabila perdana menteri dapat ditukar di dalam parti, maka tiada keperluan untuk ahli bangku belakang parti pemerintah untuk memberontak dan bekerjasama dengan pembangkang.
Sebagai contoh, Perdana Menteri United Kingdom Margaret Thatcher menjadi tidak popular
kerana "cukai kepala" pada November 1990.
Beliau menghadapi cabaran kepimpinan daripada bekas menteri pertahanan Michael Heseltine
dan juga usul tidak percaya oleh Parti Buruh di Parlimen.
Beliau mendapat 204 undi melawan 152 undi kepada Heseltine di kalangan ahli Parlimen Konservatif. mengikut peraturan parti, kemenangan tipis itu tidak dapat mengelakkan cabaran baharu.
Ini mendorong Thatcher untuk berundur secara sukarela dan membuka jalan untuk John Major dinamakan calon dan akhirnya menang untuk memimpin parti dan pemerintah.
Akan tetapi, di Parlimen, usul tidak percaya Parti Buruh itu berjaya dikalahkan dengan 367
kepada 247, tiada seorang ahli Konservatif yang berpaling tadah.
Maka, Parti Konservatif berjaya menukar perdana menteri daripada Thatcher ke Major sebagai
isu dalaman parti.
Baru-baru ini, Parti Liberal juga berjaya menukar Perdana Menteri Tony Abbott melalui
pemilihan di kaukus Parlimen.
Dalam kedua-dua kes ini, cabaran kepada Thatcher dan Abbott berlaku kerana mereka
menjadi tidak popular di kalangan pengundi dan ahli-ahli parlimen separti takutkan kekalahan.
Najib juga tidak popular di kalangan pengundi dan ahli Parlimen Umno bukan tidak tahu bahayanya.
Akan tetapi, Umno tidak berani menjatuhkannya kerana tiada mekanisme dalaman yang
berkesan. Pemilihan Umno sudah pun ditangguhkan untuk 18 bulan.
Daripada mengharapkan pihak istana, Dr Mahathir seharusnya memperjuangkan idea "kaukus Parlimen" sebagai mekanisme untuk menukar perdana menteri.
"Kaukus Parlimen" Umno mungkin berbaur "elitis" kerana perdana menteri akan ditentukan
oleh 88 ahli Parlimen Umno, dan bukan lagi ratus ribu ahli Umno.
Akan tetapi, apabila parti lebih berfungsi sebagai mesin penaungan daripada wadah demokrasi, maka demokrasi Umno dan Malaysia perlukan institusi "kaukus parti" untuk mengurangkan pemusatan kuasa di tangan perdana menteri dan menambahkan kuasa ahli Parlimen Umno.
Saya berharap Dr Mahathir akan mempertimbangkan cadangan reformasi institusi yang
"radikal" ini.
Oleh Wong Chin Huat Sumber TKO - 27-10-2015
Mesyuarat MT Umno pada 30 Oktober batal lagi
Posted on Tuesday, October 27 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini dibatalkan, kali kedua selepas Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal disingkirkan daripada Kabinet.
Bagaimanapun, alasan pembatalan mesyuarat MT itu tidak dinyatakan dalam surat ditandatangani Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sudah pun diedarkan ke semua bahagian parti.
"Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul," kata surat yang dilihat The
Malaysian Insider.
Kali terakhir mesyuarat MT dibatalkan pada 29 Julai lalu, 2 hari selepas Muhyiddin
digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan sementara
Shafie pula digugurkan daripada jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dalam rombakan Kabinet.
Mesyuarat berkenaan sepatutnya berlangsung ketika tekanan terhadap Datuk Seri Najib Razak
selaku presiden Umno semakin memuncak selepas 2 pemimpin tertinggi parti itu dilihat
bersekutu dengan pengkritik nombor satu perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Muhyiddin dan Shafie mengadakan sidang media bersama Dr Mahathir, Tan Sri Tengku
Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Ong Tee Keat mengutuk penggunaan
Akta Keselamatan dan Langkah-langkah Khas (Sosma) 2012 ke atas Datuk Seri Khairuddin
Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang yang membuat siri laporan polis terhadap
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sidang media itu dianggap pengamat politik sebagai isyarat daripada Muhyiddin dan Shafie
secara terbuka ingkar terhadap Najib yang memecat mereka daripada Kabinet pada 27 Julai lalu.
Mesyuarat yang dibatalkan ini juga sepatutnya berlangsung selepas 13 ketua cawangan Umno Teluk Kemang mengadakan sidang media mendesak Najib meletak jawatan selaku perdana
menteri.
Sumber TKO - 27-10-2015 Muhyiddin boleh buat apa dia suka - Kuli Posted on Tuesday, October 27 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas buat atau bercakap apa sahaja tentang Umno memandangkan beliau masih memegang jawatan Timbalan Presiden Umno, demikian menurut pendapat bekas menteri Kabinet, Tengku Razaleigh Hamzah ketika diminta mengulas mengenai tindakan Muhyiddin yang lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Muhyiddin yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri menggesa mana-mana pimpinan Umno untuk tampil menolak Najib sekiranya tidak bersetuju dengan kepimpinan perdana menteri itu.
"Beliau (Muhyiddin) bebas untuk buat apa sahaja yang beliau suka dan apa sahaja yang beliau fikir. Terpulang kepada orang lain untuk mempertimbang sama ada apa yang dilakukan itu betul atau salah.
"Beliau sebagai timbalan presiden parti lebih tahu apa yang beliau katakan," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau juga berkata, Muhyiddin berhak menyatakan pandangannya di atas dasar demokrasi negara ini.
"Saya rasa beliau berhak bercakap tentang apa saja. Kita kan hidup dalam masyarakat majmuk dan terbuka.
"Masalah (zaman sekarang) adalah, kita sangat terhubung dengan dunia. Apa sahaja yang kita sampaikan boleh jadi viral dalam masa yang singkat," katanya. - SInar
Sumber TKO - 27-10-2015
Siapa khianat parti, soal Ku Li
Posted on Monday, October 26 @ 21:54:44 MYT by paktam
OLEH DIYANA IBRAHIM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mempertahankan
tindakannya menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa
bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam mengutuk penahanan
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.
"Siapa yang mengkhianati parti?," soal ahli Parlimen veteran itu ketika ditemui pemberita di depan lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li itu bertegas menafikan tindakannya itu satu perbuatan mengkhianati parti.
Sebaliknya, beliau berkata, ia bertujuan mengutuk tindakan Putrajaya yang menyalahgunakan
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Sosma.
Ku Li berkata, perkara itu berkaitan dengan soal kebebasan kerana tindakan kerajaan itu
tersasar daripada matlamat akta tersebut yang kononnya digubal bagi menangani pengganas.
"Saya hadir bukan kerana perkara lain (mengkhianati parti), namun kerana hak kebebasan yang
kini disekat.
"Kita menyokong pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dan ini juga perkara
sama.
"Apabila di Parlimen, mereka menjamin undang-undang ini akan digunakan hanya untuk
pengganas dan bukan menyekat kebebasan. Ini soal kebebasan," katanya.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir dan Ku Li mencatatkan sejarah dalam politik Malaysia
apabila duduk semeja mengadakan sidang media bersama dengan 4 pemimpin lain iaitu Tan
Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Tan Sri Ong Tee Keat dan Tan Sri
Sanusi Junid mengecam penahanan Khairuddin dan Mathtias.
Khairuddin, yang merupakan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan dan peguamnya itu, ditahan di bawah Sosma kerana disiasat mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan.
Mereka pada 12 Oktober didakwa di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana membuat laporan berkaitan kemelut syarikat milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara.
Sumber DD - 26-10-2015
Beri ahli Parlimen Umno kuasa pecat PM
Posted on Monday, October 26 @ 12:10:05 MYT by paktam
Oleh Wong Chin Huat Semakan dan imbangan” dalam demokrasi berparlimen, bergantung kepada bukan istana atau pembangkang, tetapi “ahli Parlimen bangku belakang” (backbenchers)
parti pemerintah.Tun Dr Mahathir Muhamad baru-baru ini membincang tentang “pengasingan kuasa” di blognya chedet.cc pada 20 Oktober.
Selain menyokong kenyataan Majlis Raja-raja Melayu tentang
penyiasatan 1MDB, rencana Dr Mahathir mengutuk Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak melanggar “prinsip pengasingan kuasa antara perundangan, eksekutif
dan kehakiman” kerana mencampuri urusan penyiasatan 1MDB oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menukar peguam negara.
Campur tangan Najib dalam penyiasatan SPRM dan peguam negara, kemudiannya
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan juga Bank Negara Malaysia sememangnya
harus dikutuk.
Akan tetapi, “prinsip pengasingan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman” di
bawah demokrasi berparlimen sebenarnya satu mitos, yang dikongsi oleh ramai pemimpin,
bukan sahaja Dr Mahathir.
Idea pengasingan kuasa dipelopori oleh ahli pemikir agung Perancis Montesquieu dalam
bukunya “Semangat Undang-undang” yang diterbitkan pada 1748 dan menjadi realiti dengan penubuhan Amerika Syarikat 3 dekad kemudian.
Antara 3 cabang pemerintah, kehakiman sememangnya harus dijamin kebebasannya supaya undang-undang melindungi rakyat dan bukan menjadi alat pemerintah menzalimi rakyat.
Yang menjadi persoalan ialah pengasingan kuasa antara eksekutif dan perundangan.
Demokrasi berpresiden – pengasingan kuasa
Demokrasi berpresiden menyelesaikan masalah ini dengan memilih ketua eksekutif (presiden)
dan badan perundangan (kongres).
Presiden dan kedua-dua dewan kongres bukan sahaja mempunyai tempoh jawatan yang
berasingan, malah mereka tidak menguasai sesama lain.
Presiden tidak boleh membubarkan kongres. Sungguhpun sebaliknya presiden boleh dipecat
oleh kongres, ini hanya boleh berlaku apabila presiden melakukan kesalahan besar dan jarang
sekali berlaku.
Pendek kata, demokrasi berpresiden memberikan jaminan pekerjaan kepada presiden dan satu implikasinya ialah pertembungan presiden dan kongres boleh berterusan.
Malah, operasi biasa pemerintah Persekutuan boleh diberhentikan jika kongres enggan
meluluskan perbelanjaan pemerintah.
Demokrasi berparlimen – percampuran kuasa
Demokrasi berparlimen seperti yang diamalkan oleh Malaysia pada teorinya berbeza sekali.
Kita cuma mempunyai satu pilihan raya untuk badan perundangan – Parlimen yang seterusnya memberikan mandat kepada pemimpin parti terbesar dalam Parlimen untuk memegang kuasa eksekutif sebagai perdana menteri dan melantik ahli Kabinetnya.
Maka, tiada pengasingan kuasa sepenuhnya dalam demokrasi berparlimen. Apa yang wujud sebenarnya ialah percampuran kuasa antara perundangan dan eksekutif.
Tanpa pengasingan kuasa, “semakan dan imbangan” dalam demokrasi berparlimen beroperasi dengan memberikan kedua-dua badan eksekutif dan perundangan untuk menamatkan riwayat
badan yang lain.
Parlimen boleh memecat perdana menteri, dan Kabinet, pada bila-bila masa dengan menarik
balik kepercayaan kepada beliau.
Ini boleh berlaku dengan 3 cara: pertama, Parlimen meluluskan usul tidak percaya kepada
perdana menteri; ke-2, Parlimen menolak usul percaya kepada perdana menteri; dan ke-3,
Parlimen menolak rang undang-undang yang sangat penting kepada eksekutif terutamanya belanjawan.
Sebaliknya, perdana menteri juga berkuasa untuk memohon pembubaran Parlimen sebelum
tempoh tamat. Ini menjadi senjata perlindungan diri untuk perdana menteri yang “dipecat” oleh Parlimen.
Akan tetapi, sama ada permohonan itu diluluskan mengikut budi bicara ketua negara, iaitu
Raja atau Presiden bukan eksekutif yang seharusnya bebas daripada politik kepartian. Mengapakah krisis politik berterusan?
Berbanding dengan demokrasi berpresiden, demokrasi berparlimen sebenarnya lebih baik dalam menyelesaikan krisis politik kerana ketua eksekutif (perdana menteri) boleh dipecat pada
bila-bila masa tanpa jaminan kerja dan pilihan raya baharu boleh diadakan jika perlu.
Kalau begitu, mengapakah krisis politik di Malaysia berterusan? Apakah yang tidak kena
dengan demokrasi berparlimen kita?
Apa yang tidak kena bukan Raja tidak campur tangan, bukan pembangkang berpecah malah
bukan speaker tidak mengangkat demokrasi, tetapi kerana struktur parti politik kita.
Semakan dan imbangan demokrasi berparlimen tidak bergantung kepada pembangkang kerana mereka tidak ada bilangan ahli Parlimen yang cukup untuk menjatuhkan eksekutif. Eksekutif
cuma boleh dijatuhkan apabila ahli parti pemerintah sanggup memberontak.
Ahli Parlimen parti pemerintah dibahagikan kepada mereka yang memegang jawatan eksekutif seperti menteri atau timbalan menteri, yang dinamakan “ahli bangku depan” dan selainnya yang dinamakan “ahli bangku belakang”.
Penterjemahan lazim “government backbenchers” sebagai “penyokong kerajaan” itu
sebenarnya kurang tepat kerana ia mengandaikan mereka mesti menyokong pemerintah.
Ahli bangku belakang parti pemerintah boleh menyokong usul tidak percaya atau menolak belanjawan. Tindakan ini dipanggil “pemberontakan bangku belakang”.
Sebaliknya, menteri dan timbalan menteri tidak boleh berbuat begitu sebelum meletak jawatan seperti apa yang dilakukan oleh Robin Cook yang meletak jawatan sebagai menteri luar
United Kingdom kerana membantah penyertaan negara itu dalam perang Iraq.
Pemberontakan bangku belakang yang menjatuhkan eksekutif sebenarnya jarang berlaku di
negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala “Westminster”.
Ini kerana perdana menteri memerlukan sokongan ahli Parlimen separti untuk kekal berkuasa,
maka pemimpin untuk parti seperti Konservatif di United Kingdom dan parti Liberal di
Australia dipilih, bukan oleh kongres perwakilan parti, tetapi oleh ahli Parlimen parti itu yang biasanya dinamakan sebagai parti Parlimen atau kaukus Parlimen.
Maka, dengan mekanisme ini, peletakan jawatan oleh menteri kanan sering menjadi isyarat
untuk cabaran kepada perdana menteri.
Apabila perdana menteri dapat ditukar di dalam parti, maka tiada keperluan untuk ahli bangku belakang parti pemerintah untuk memberontak dan bekerjasama dengan pembangkang.
Sebagai contoh, Perdana Menteri United Kingdom Margaret Thatcher menjadi tidak popular
kerana “cukai kepala” pada November 1990.
Beliau menghadapi cabaran kepimpinan daripada bekas menteri pertahanan Michael Heseltine
dan juga usul tidak percaya oleh Parti Buruh di Parlimen.
Beliau mendapat 204 undi melawan 152 undi kepada Heseltine di kalangan ahli Parlimen Konservatif. mengikut peraturan parti, kemenangan tipis itu tidak dapat mengelakkan cabaran baharu.
Ini mendorong Thatcher untuk berundur secara sukarela dan membuka jalan untuk John Major dinamakan calon dan akhirnya menang untuk memimpin parti dan pemerintah.
Akan tetapi, di Parlimen, usul tidak percaya Parti Buruh itu berjaya dikalahkan dengan 367
kepada 247, tiada seorang ahli Konservatif yang berpaling tadah.
Maka, Parti Konservatif berjaya menukar perdana menteri daripada Thatcher ke Major sebagai
isu dalaman parti.
Baru-baru ini, Parti Liberal juga berjaya menukar Perdana Menteri Tony Abbott melalui
pemilihan di kaukus Parlimen.
Dalam kedua-dua kes ini, cabaran kepada Thatcher dan Abbott berlaku kerana mereka menjadi tidak popular di kalangan pengundi dan ahli-ahli parlimen separti takutkan kekalahan.
Najib juga tidak popular di kalangan pengundi dan ahli Parlimen Umno bukan tidak tahu bahayanya.
Akan tetapi, Umno tidak berani menjatuhkannya kerana tiada mekanisme dalaman yang
berkesan. Pemilihan Umno sudah pun ditangguhkan untuk 18 bulan.
Daripada mengharapkan pihak istana, Dr Mahathir seharusnya memperjuangkan idea “kaukus Parlimen” sebagai mekanisme untuk menukar perdana menteri.
“Kaukus Parlimen” Umno mungkin berbaur “elitis” kerana perdana menteri akan ditentukan
oleh 88 ahli Parlimen Umno, dan bukan lagi ratus ribu ahli Umno.
Akan tetapi, apabila parti lebih berfungsi sebagai mesin penaungan daripada wadah demokrasi, maka demokrasi Umno dan Malaysia perlukan institusi “kaukus parti” untuk mengurangkan pemusatan kuasa di tangan perdana menteri dan menambahkan kuasa ahli Parlimen Umno.
Saya berharap Dr Mahathir akan mempertimbangkan cadangan reformasi institusi yang
“radikal” ini.
Sumber DD -26-10-2015
Pegawai Rosmah siar gambar dalang krisis UMNO
Posted on Sunday, October 25 @ 18:45:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor memberi jawapan dalang sebenar yang mencetuskan krisis dalam UMNO.
Dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya, beliau memuat naik keping gambar yang dikaitkan dengan kenyataannya.
“Siapakah yang mencipta krisis sehingga borang UMNO dibuat bungkus nasi lemak?
Jawapan ada dalam gambar kedua,” tulisnya.
Ia merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama beberapa tokoh UMNO yang lain yang mengkritik dan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib
meletak berundur baru-baru ini.
Bagaimanapun, di ruangan komen, Rizal tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dimuat naiknya.
Saya pengarah pilihan raya 18 kali tapi tak tahu pasal duit Posted on Sunday, October 25 @ 13:06:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
JOHOR BAHRU - Walaupun pernah menjadi pengarah pilihan raya sebanyak 18 kali, namun dakwa Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tidak pernah mengetahui tentang soal pembiayaan politik parti Melayu itu.
Muhyiddin berkata, beliau tidak mengetahui soal duit kerana seluruh kepimpinan parti memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya pengarah saja, duit pun saya tak tengok (sebab) Presiden ini ada kelebihannya, kita percaya pada dia, sebab itu saya tidak mengetahui soal duit ini, kalau nak, saya pun nak tahu juga. "Bila sudah terdedah, dan terburai, maka apa jadinya? Saya pun tak tahu, ya ALLAH banyaknya duit," katanya pada program Bicara Minda anjuran Sinar Harian bertajuk 'Berani Kerana Benar' di Hotel Bluewave, di sini, semalam. Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas pendedahan Wall Street Journal (WSJ) berhubung derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi milik Perdana Menteri. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau hanya bertanyakan soal derma tersebut selepas pendedahan yang dibuat WSJ. "Bila saya bertanya? Bila Wall Street Journal keluar berita RM2.6 bilion dalam akaun bank Perdana Menteri. "Pagi itu saya masih ingat saya teks Najib dengan telefon bimbit murah saya Nokia, saya beritahu dia, ini satu cerita yang menggemparkan, besar dan kita tak boleh biarkan begitu," katanya lagi.
- Sinar
Sumber TKO - 25-10-2015
13 cawangan Umno tuntut Najib undur Posted on Saturday, October 24 @ 18:30:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Tiga belas cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya presiden mereka Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat untuk menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.
Namun, katanya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.
"Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.
"Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," katanya dalam sidang media di Teluk Kemang hari ini.
Berat mata memandang
Ketika ditanya sama ada Umno cawangan lain di bahagian Teluk Kemang turut sependapat dengan mereka, Kamarul Azman berkata pihaknya tidak berunding dengan ketua cawangan lain.
"Kita tak hubungi yang lain. Kita hanya mengadakan perbincangan antara kami, dan itu untuk permulaan," katanya sebelum menambah, bagi keseluruhan Umno di Teluk Kemang mempunyai 54 buah cawangan bernaung di bahagian berkenaan.
Selain itu, Kamarul Azman juga berkata, perubahan perlu dilakukan terhadap Umno dan ia bermula dari presiden sendiri untuk memastikan Umno kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14.
"Masanya telah tiba untuk Umno menerima perubahan. Perubahan kali ini perlu bermula dengan presiden parti yang kita kasihi.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
"Namun jika perpisahan ini adalah yang terbaik untuk Umno dan generasi bangsa Melayu, kita perlu menerima hakikat ini," katanya lagi.
Tiga belas cawangan Umno yang membuat desakan itu ialah Umno cawangan Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Datuk Abdul Samad, Taman Suwa Betung, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pacitan, Bunga Raya dan Taman Politeknik.
Recommended
Sumber TKO - 24-10-2015
Ramai orang marah Najib - Tun Mahathir Posted on Saturday, October 24 @ 07:58:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
SHAH ALAM - "Kita sudah mempunyai lima perdana menteri tetapi tidak pernah dikecam kerana rasuah seperti ini dan semua orang berkata sebegitu," demikian kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara bersama media asing baru-baru ini.
Dalam wawancara yang dipetik The Guardian, Mahathir mengambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan jawatannya dengan apa cara sekalipun.
"Najib mengawal media arus perdana. Mereka tidak dapat berkata apa-apa, mereka menapis diri mereka secara sukarela.
"Mereka boleh dipindahkan, mereka boleh dipecat, akhbar mereka boleh dihentikan dari penerbitan.
"Terdapat semua jenis perkara-perkara yang dia boleh lakukan. Dia boleh memanggil editor untuk disoal siasat, di mana ia agak tidak menyenangkan, jadi orang cuba untuk mengelakkan itu," katanya.
Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu juga berkata, cara untuk menyingkirkan Najib adalah melalui undi tidak percaya
"Atau beberapa demonstrasi kepada pemerintah bahawa perdana menteri telah hilang keyakinan dan sokongan majoriti ahli Parlimen." ujarnya.
Menurut Dr Mahathir lagi, hubungan keruh dengan Najib berlaku secara beransur-ansur.
"Saya cuba pada mulanya bercakap dengan perdana menteri, namun dia (Najib) tidak berbuat apa-apa pun untuk menerima nasihat itu," katanya.
Tambahnya lagi, dia pernah memberitahu Najib secara peribadi bahawa tidak lagi menyokongnya yang juga tidak mempunyai apa-apa kesan.
"Kemudian saya memberitahu orang ramai saya tidak menyokong beliau.
"Itu yang menyebabkan saya terpaksa melalui media alternatif kerana dia telah disekat daripada apa-apa yang saya perkatakan di media arus perdana.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, ramai orang membaca blog saya dan mereka telah memberi komen di terhadap Najib.
"Orang ramai sangat marah tetapi mereka tidak mempunyai cara untuk menyuarakan perasaan mereka," katanya dalam temu bual dengan Guardian.
Katanya, beliau berasa terpanggil untuk bersuara di blog beliau terhadap Najib.
"Ia bukan sesuatu yang saya sukakan (menulis blog).
"Saya dapati saya perlu lakukan sesuatu kerana ramai orang datang berjumpa dengan saya, mengadu tentang kerajaan dan meminta saya melakukan sesuatu." katanya lagi - SInar
Sumber TKO - 24-10-2015 Polis Tunggu Masa Siasat Tun M Posted on Friday, October 23 @ 21:10:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Polis mengesahkan masih belum memanggil bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan pihaknya menunggu masa untuk
melakukan proses itu.
“Saya tidak pernah kata kami sedang atur untuk menemubual beliau, saya kata kami belum ada
masa untuk menemui beliau.
“Jangan fikir kami belum memanggil Tun Mahathir untuk merakamkan keterangannya atau
menemubualnya, kami tidak menjalankan siasatan terhadap beliau.
“Siasatan masih diteruskan. Jika ada keperluan untuk memanggil beliau, kami akan lakukan,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.
Khalid sekali lagi menjelaskan, Dr Mahathir tidak disiasat berhubung kehadirannya pada perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos, tetapi berkaitan kenyataannya terhadap pemimpin UMNO ketika berucap pada program itu.
Ia dibuat susulan laporan polis yang dibuat terhadap beliau berikutan kenyataannya.
Menurut Khalid Dr Mahathir disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah. - FMT
Sumber TKO - 23-10-2015
Buat apa jelajah Selangor, lantik ketua pembangkang
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Umno Selangor disarankan melantik Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi menyuarakan ketidakpuasan terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
Speaker DNS, Hannah Yeoh, berkata langkah itu jauh lebih baik daripada menyuarakan pandangan di jalanan menerusi demonstrasi seperti dianjurkan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.
Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan suara pembangkang bagi menambah baik pentadbiran demi manfaat rakyat.
“Malangnya sehingga kini, kita tidak terima nama Ketua Pembangkang lagi. Sebab itu saya fikir lebih baik mereka letak nama ketua untuk bersuara dalam DNS, buat apa susah-susah jelajah Selangor,” katanya dipetik Selangor Kini.
Beliau diminta mengulas kekosongan kerusi Ketua Pembangkang selepas Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias melepaskan jawatan kerana menolak pelantikannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor.
Sumber HD - 23-10-2015
Peluang Tipis Singkir Najib - Tun M Posted on Friday, October 23 @ 06:18:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis mengakui bahawa peluang untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatannya sebelum pilihan raya 2018 adalah tipis.
Negarawan berusia 90 tahun itu yang memimpin Malaysia selama 22 tahun telah menggesa Najib meletak jawatan berikutan dakwaan rasuah dan salah urus dana milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tetapi Dr Mahathir mendakwa ahli Parlimen Umno melindungi pemimpin mereka, dan mengecam mereka kerana tidak bersuara.
"Kesemua mereka takut dan mereka menjaga keselamatan mereka sendiri. Mereka tidak menjaga parti, negara. Semuanya tentang diri mereka sendiri.
"Dia mungkin akan kekal sehingga tamat penggal. Umno menerima caranya kerana mereka mendapati dia selesa untuk bersama, saya fikir dia boleh bertahan sehingga tamat penggal," katanya ketika ditemubual oleh Reuters di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.
Dr Mahathir pernah menyokong Najib tetapi mengubah pendiriannya pada tahun 2013 dengan mengkritik dasar-dasar ekonomi Kerajaan dan keramahan dengan Barat.
Bekas pemimpin itu menuntut Najib berundur selepas laporan penyiasat pada bulan Julai mendakwa terdapat salah laku dalam 1MDB dengan pengesanan bayaran sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) masuk ke akaun bank peribadi Perdana Menteri.
Najib menafikan mengambil apa-apa wang untuk kepentingan peribadi dan Reuters belum mengesahkan laporan tersebut.
Pemimpin pembangkang telah menggesa semua ahli Parlimen supaya menolak bajet tahunan yang akan dibentangkan Najib kepada Parlimen pada Jumaat sebagai tanda hilang keyakinan terhadap beliau.
Mereka juga cuba mengemukakan undi tidak percaya secara rasmi terhadap Perdana Menteri.
Tetapi Dr Mahathir berkata langkah-langkah itu akan gagal kerana pembangkang tidak mempunyai angka untuk mencabar parti pemerintah.
"Hakikatnya ialah, pembangkang tidak mampu untuk mengumpul orang yang cukup untuk menyokong usul itu. Oleh itu, kerajaan yang mempunyai lebih banyak sokongan di Parlimen, akan menolaknya."
Beliau mendakwa ahli Parlimen Umno takut Najib mengambil tindakan terhadap mereka, sementara ada juga yang berasa sudah 'selesa'.
Najib sebelum ini telah bertindak keras terhadap pembelot dalam kerajaan yang dipimpinnya apabila menyingkirkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri lain yang kritikal terhadap pentadbirannya.
Dr Mahathir juga berkata beliau bimbang berikutan laporan bahawa polis sedang menyiasat beliau kerana didakwa membuat komen berunsur fitnah semasa perhimpunan membantah kepimpinan Najib.
"Saya takut, bukan kerana apa, tetapi kerana manipulasi keadilan, manipulasi undang-undang. Sedangkan mengikut undang-undang, saya tidak berbuat sesuatu yang salah," katanya. - Mstar
Sumber TKO - 23-10-2015 Pengasingan kuasa
Posted on Wednesday, October 21 @ 16:21:53 MYT by paklang
Oleh Dr Mahathir Mohamad Timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merujuk kepada pengasingan kuasa apabila mengulas kenyataan Raja-Raja mengenai keperluan mempercepatkan penyiasatan ke atas 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak. Adakah ini satu pelanggaran pengasingan kuasa yang diandaikan antara Raja-Raja dan kerajaan?
Ianya benar, Agong dan Raja-Raja Melayu adalah raja berperlembagaan. Tetapi itu tidak bermakna mereka adalah pak turut semata-mata untuk mengesahkan semua tindakan kerajaan.
Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan Negeri mengikuti Perlembagaan Persekutuan) menyatakan dengan jelas “Kuasa Eksekutif Persekutuan hendaklah terletak kepada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana Undang-Undang Persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, dijalankannya atau mana-mana menteri yang diberi kuasa Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada individu lain.”
Perkara 40 menyatakan dengan jelas Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat segala maklumat yang ada kepada Kabinet.
Kedua-dua bahagian ini jelas memberikan Yang di-Pertuan Agong beberapa peranan eksekutif.
Perkara 40 Peranggan (2) jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi:
a) melantik seorang perdana menteri
b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen
c) Undang-Undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Agong bertindak selepas berunding dengan atau atas cadangan mana-mana individu atau sekumpulan individu.
Pada kebelakangan ini, kita melihat Raja-Raja menolak pencalonan parti majoriti bagi jawatan menteri besar.
Sekiranya perdana menteri meminta untuk membubarkan Parlimen, Agong boleh menolak.
Sekali lagi kita lihat di sini, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja boleh bertindak atas budi bicara mereka sendiri. Mereka juga boleh berunding dan menerima cadangan daripada mana-mana individu atau kumpulan individu.
Jelas sekali jika petisyen dibuat atau ada suara desakan ramai, Raja-Raja tidak perlu hanya mendengar Kabinet.
Seksyen 41 tanpa ragu-ragu menyatakan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Jelas sekali ini bukan sahaja hak istimewa untuk pemakaian seragam tersebut.
Apa yang jelas ialah tiada apa jua dalam Perlembagaan yang bercakap mengenai pengasingan kuasa di antara kerajaan dan Agong. Malah dalam kebanyakkan keadaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara sendiri.
Dan Agong boleh mendengar individu selain daripada Kabinet. Inilah sebenar hakikat yang diharapkan kerana kegagalan Kabinet untuk menangani aduan rakyat memerlukan Agong dan Raja-Raja menggesa kerajaan untuk bertindak balas.
Dalam membuat kenyataan mereka, Raja-Raja tidak berada dalam keadaan melebihi had peruntukan Perlembagaan. Mereka sebenarnya mematuhi peruntukan perlembagaan.
Sebaliknya, yang sama tidak boleh dikatakan mengenai prinsip pengasingan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman.
Pada masa ini, perdana menteri, sebagai ketua penggubal undang-undang yang dipilih, secara jelas tidak menghormati prinsip-prinsip ini.
Sebagai contoh pegawai-pegawai pentadbiran yang sedang menyiasat 1MDB dan akaun RM2.6 bilion dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menyebabkan pemberhentian kerja mereka. Penggantian mereka adalah ketara dengan kelulusan perdana menteri.
Pegawai-pegawai SPRM diberi layanan yang sama, sekali lagi menyebabkan siasatan terhalang.
Peguam negara, seorang ahli badan kehakiman disingkirkan ketika beliau menjalankan tugas menyediakan kes tersebut untuk mahkamah. Di tempat beliau seorang hakim dipindahkan untuk mengambil alih tugas sebagai peguam negara. Ini sebenarnya perampasan kuasa badan kehakiman.
Peguam negara dikatakan sakit, tetapi dia menafikan dirinya sakit. Setakat yang diketahui, tiada sijil perubatan yang mengesahkan dia sakit dikeluarkan.
Semua ini adalah pengetahuan umum. Raja-Raja mungkin pernah mendengar dan mungkin juga menerima petisyen mengenai sikap pengabaian secara authoritarian undang-undang dan peraturan kerajaan.
Rakyat negara ini adalah subjek Raja-Raja. Sebagai Raja-Raja mereka perlu menjaga kebajikan rakyat.
Jika pada pendapat mereka, kerajaan perlu membenarkan siasatan cepat dan cekap dijalankan ke atas isu-isu yang penting kepada rakyat dan negara ini, adalah kewajipan Raja untuk memaklumkan kepada kerajaan rasa tidak puas hati rakyat dengan isu ini dan meminta perkara ini diberi perhatian. – chedet.cc,
* Penulis merupakan bekas perdana menteri Malaysia. Sumber DD - 21-10-2015
Dr Mahathir anggap gesaan Raja Melayu segerakan siasatan 1MDB selaras Perlembagaan Posted on Wednesday, October 21 @ 06:54:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gesaan Raja Melayu agar Putrajaya menyegerakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah selaras dengan Perlembagaan.
Beliau berkata, gesaan berkenaan dibuat susulan kegagalan Putrajaya menyelesaikan rungutan orang ramai berhubung perkara itu.
"Raja-raja Melayu tidak melangkaui peruntukan Perlembagaan apabila mengeluarkan kenyataan itu.
"Malah, mereka sebenarnya mematuhi peruntukan Perlembagaan," kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya www.chedet.cc.
Beliau mengulas kenyataan Majlis Raja-raja Melayu pada 6 Oktober lalu yang menyeru kerajaan menyegerakan siasatan 1MDB.
Dr Mahathir berkata, ucapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat semalam seolah-olah memberi peringatan kepada Raja-raja Melayu mengenai prinsip pemisahan kuasa.
Katanya, Seksyen 40 Perlembagaan Persekutuan menetapkan Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik perdana menteri serta memohon maklumat berkaitan pentadbiran negara daripada kerajaan.
Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, Perlembagaan tidak menyebut tentang pengasingan kuasa di antara Raja Melayu dan pentadbiran kerajaan.
"Apa yang jelas, tiada apa-apa dalam Perlembagaan menyebut tentang pemisahan kuasa di antara kerajaan dan Agong.
"Malah dalam banyak perkara, Agong boleh bertindak berdasarkan budi bicaranya sendiri," katanya.
Sumber TKO - 21-10-2015
Anak Samy Vellu tarik diri tanding jawatan naib presiden
Posted on Tuesday, October 20 @ 07:41:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Perebutan bagi jawatan naib presiden MIC menyaksikan perubahan apabila Pengerusi MIC Bahagian Kepong Datuk Seri S Vell Paari sekali lagi menarik diri daripada pertandingan itu.
Sebaliknya, anak lelaki bekas presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu berkata, beliau akan bertanding bagi jawatan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada 6 November.
Dalam kenyataan di Putrajaya hari ini, Vell Paari berkata beliau membuat keputusan itu selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti dan menyifatkan bukan mudah untuk mengambil keputusan itu.
"Saya sudah turun padang ke seluruh negara untuk berkempen sebagai calon bagi naib presiden. Majoritinya berkata selain khidmat saya, memilih saya merupakan cara mereka untuk membalas pengorbanan bapa saya terhadap MIC.
"Tetapi demi kesepaduan dan perpaduan parti, keperluan diri saya tidak mengatasi keperluan MIC dan masyarakat. Dengan itu saya menawarkan diri sebagai calon CWC," katanya.
Vell Paari menawarkan diri untuk bertanding jawatan sama pada pemilihan parti pada 2009 dan 2013 tetapi kemudiannya menarik diri atas pelbagai isu yang membelenggu dirinya.
Beliau berjanji untuk tidak mengulangi tindakan itu pada kali ini semasa mengumumkan hasrat bertanding jawatan naib presiden, kira-kira 2 minggu lepas.
Bagi jawatan naib presiden, kini ia menjadi rebutan 4 pemimpin - 2 bekas Ketua Pemuda Datuk T Mohan dan Datuk S A Vigneswaran, anak bekas timbalan presiden MIC Tan Sri S Subramaniam, S Sunther dan Ketua Penerangan MIC pusat Datuk V S Mogan.
Kira-kira 1,500 perwakilan akan mengundi 3 naib presiden dan 23 ahli CWC pada pemilihan parti dijadual pada 6 November di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps). - Bernama
Sumber TKO - 20-10-2015 Khaled, giliran rakyat ‘sekolahkan’ Umno
Posted on Sunday, October 18 @ 13:44:38 MYT by paktam
Oleh Sheikh Omar Ali Tahniah kepada menteri besar Johor - Datuk Seri Khaled Nordin atas cadangan agar Umno didukung pemimpin yang baik, boleh diteladani dan profesional.Dengan kata lain, Umno sekarang ini didukung pemimpin yang rosak, tidak berakhlak dan tidak profesional.
Persoalan saya, apakah Umno mampu merealisasikan hasrat diutarakan MB Johor ini? Menyinggung soal kepimpinan yang baik dan boleh diteladani, rakyat sendiri sudah dapat melihat, kepimpinan tertinggi Umno sendiri pada hari ini dipalitkan dengan pelbagai skandal dan permasalahan.
Dalam isu 1MDB misalnya, pemimpin nombor satu Umno sendiri tidak dapat menangkis pelbagai tuduhan dan kritikan dikemukakan pelbagai pihak terhadap dirinya. Keadaan ini dikhuatiri meruntuhkan keyakinan rakyat dan bakal menggadaikan masa hadapan negara.
Lihat sahaja dari persoalan dikemukakan pihak pembangkang, kemudian munculnya tokoh-tokoh veteran Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ling Liong Sik dan Tan Sri Ong Tee Kiat. Tidak lupa juga peringatan dari Majlis Raja-raja Melayu pada 6 Oktober 2015 lalu berkaitan isu 1MDB dan ketidaktentuan arah politik, ekonomi dan sosial negara; memperlihatkan kerosakan Umno sudah benar-benar ranum membarah.
Dalam keadaan begini pun, majoriti para pemimpin Umno masih mengambil sikap berdiam diri seakan-akan bersekongkol dengan kepimpinan yang tidak amanah.
Dari sisi lain, saya mengambil contoh langkah yang diambil bekas timbalan menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR minggu lalu.
Beliau seorang yang dikenali bersih dan profesional semasa berada dalam Umno. Saya sendiri mengenali beliau secara dekat semasa keterlibatan saya dalam aktivisme kampus. Dalam konteks itu, antara jasa beliau adalah meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan diberikan ruang aktivisme yang lebih wajar kepada mahasiswa.
Namun beliau akhirnya meninggalkan Umno dengan satu mesej yang jelas; Umno enggan berubah!
Kritikan akar umbi enggan didengari dan tiada pembaharuan dalam pucuk pimpinan. Perjuangan beliau yang ingin membawa perubahan besar dalam politik dan reformasi institusi tidak disambut baik Umno.
Dalam keadaan begini, saya lontarkan semula persoalan kepada MB Johor; apakah lagi harapan yang boleh diberikan kepada Umno apabila saranan agar parti tersebut didukung pemimpin yang baik, boleh diteladani dan professional dibuat?
Ianya bagi saya tidak lebih sekadar harapan palsu yang ingin diperlihatkan kepada rakyat agar terus memberikan kepercayaan kepada Umno sedangkan Umno itu sendiri ibarat penghidap barah yang sedang menunggu mati.
Ia juga seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi.
Menurut kajian Merdeka Centre yang dilaporkan akhbar Straits Times Singapura, tahap sokongan pengundi Melayu dan Cina terhadap kerajaan hari ini menurun kepada masing-masing 31% dan 5% berbanding 52% dan 11% pada Januari lalu.
Manakala keseluruhan tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan hanyalah pada angka 23% di samping hanya 17% sahaja rakyat yang berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan ekonomi negara.
Saya amat pasti, atas faktor-faktor sebeginilah menyebabkan Khaled mula memikirkan suatu saranan drastik perlu dibuat untuk menyelamatkan Umno.
Saya tiada masalah dengan itu.
Namun bagi saya, Khaled sepatutnya melontarkan saranan tersebut sejak awal-awal dahulu lagi. Bukan selepas Umno dan pemimpinnya terjerut dengan ketamakkan dan salahguna kuasa yang mereka lakukan sendiri sehingga menghakis keyakinan rakyat.
Sepatutnya kali ini ialah giliran rakyat pula untuk 'sekolahkan' Khaled dan Umno dengan menolak mereka daripada terus memimpin dan memusnahkan masa hadapan Malaysia.
* Sheikh Omar Ali merupakan pegawai khas kepada pengerusi DAP Johor / Ahli Parlimen Kluang - Liew Chin Tong
Sumber DD - 18-10-2015
Himpunan baju merah 'Selamatkan Selangor' gagal Posted on Sunday, October 18 @ 20:38:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Kurang daripada 200 peserta hadir dalam perhimpunan 'Selamatkan Selangor' yang dirancang Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunos hari ini, berada di ibu pejabat Umno Ampang.
Bagaimanapun Jamal, yang enggan mengakui bahawa ia menemui kegagalan, berkata beliau mendapat mesej kepada sekurang-kurangnya 15 orang di sana.
Hadirin, kebanyakannya remaja, juga enggan mengambil risiko menghabiskan malam dalam lokap, memberikan maklum balas suam apabila Jamal cuba untuk meransang mereka berarak ke pusat membeli-belah Spectrum di Ampang, lokasi asal permulaan perhimpunan.
Bagaimanapun ini telah dibatalkan kerana pihak berkuasa melarang perhimpunan itu diadakan di tempat itu.
Bercakap kepada pemberita, Jamal secara sarkastik menjawab hanya 15 peserta hadir dalam perhimpunan tersebut.
"Hari ini hanya 15 orang yang datang, saya tahu kamu akan kata hanya 10 yang datang. Dan ia akan jadi 5,000 jika ia akan diadakan di Spectrum.
Menurutnya lagi, sebelum itu polis telah mengeluarkan permit bagaimanapun polis berkuasa itu tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan dua hari lalu.
Perhimpunan itu berlangsung pada 3.30 petang dan berakhir sejam kemudian selepas enam pemimpin Umno dan NGO termasuk Ketua Umno Ampang Datuk Ismail Kijo dan Exco Pemuda Umno Armand Abu Hanifah berucap. - MK
Sumber TKO - 18-10-2015 Tidak Saman Ling, Najib Keluk Kelik! Posted on Sunday, October 18 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Datuk Seri Najib Razak tidak lagi akan dianggap serius jika beliau ragu-ragu untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan yang dianggap memfitnah selepas mengancam akan menyaman bekas menteri Kabinet itu.
Peguam berkata, perdana menteri perlu bertindak serta merta kerana dakwaan terhadap reputasi beliau itu dibuat bekas presiden MCA yang juga bekas menteri kanan Kabinet.
Mereka juga bertanya kenapa, sebagai perbandingan, Najib begitu cepat memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming dan portal berita Mediarakyat serta akhbar Harakah.
Peguam SN Nair berkata, tiadanya tindakan terhadap Dr Ling bermakna Najib hanya membuat ancaman kosong apabila peguamnya menghantar surat tuntutan itu.
"Surat tuntutan tidak seharusnya dihantar sekiranya beliau tidak serius hendak melindungi reputasinya," kata Nair.
Peguam itu berkata, dalam membuat saman fitnah, seorang yang reputasinya dicederakan tidak seharusnya menunggu walaupun tempoh masa untuk memfailkan saman berkenaan selama 6 tahun.
Nair berkata demikian mengulas kenyataan peguam Najib yang mengatakan mereka akan
menunggu arahan daripada perdana menteri sebelum membuat keputusan sama ada untuk memfailkan saman terhadap Dr Ling berhubung kenyataannya mengenai cara beliau
mengendalikan syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Ling dilaporkan Malaysiakini pada 3 Oktober sebagai berkata, beliau bersetuju dengan bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".
Pada 5 Oktober, Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib, menghantar surat tuntutan kepada Dr Ling, menuntut permohonan maaf, penarikan balik kenyataan dan ganti rugi dalam masa 7 hari, jika tidak, tindakan undang-undang akan dimulakan.
Bagaimanapun, peguam Dr Ling secara rasmi menulis kepada Hafarizam pada 9 Oktober, mengatakan yang anak guamnya sedia mempertahankan kenyataannya.
Peguam Fahri Azzat berkata, rakyat akan tertanya-tanya mengapa Najib teragak-agak untuk membersihkan namanya selepas ia dicemari Dr Ling.
"Dakwaan itu bukan dibuat seorang rakyat biasa tetapi seorang bekas pemimpin kanan parti komponen (MCA) dan menteri Kabinet yang lama berkhidmat," katanya.
Fahri berkata, beliau menjangkakan saman itu akan difailkan dengan serta-merta selepas syarat-syarat yang digariskan dalam surat tuntutan itu tidak dipenuhi.
"Peguam beliau sepatutnya sudah memfailkan dokumen mahkamah kerana ia satu perkara yang mudah dan jelas," katanya.
Beliau berkata, keengganan Najib bertindak hanya menunjukkan perdana menteri hanya bercakap tetapi tidak bertindak.
Najib terlibat dalam siasatan rasuah ke atas 1MDB selepas akhbar The Wall Street Journal (WSJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan pada Julai sejumlah AS$700 juta dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi beliau menjelang pilihan raya umum 2013.
Perdana menteri menafikan menggunakan wang awam, termasuk dari 1MDB, untuk kepentingan peribadi, walaupun timbul persoalan mengenai sumber dan tujuan dana itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang RM2.6 bilion itu adalah sumbangan seorang penderma dari Timur Tengah.
Najib juga tidak memfailkan saman terhadap penerbit WSJ, Dow Jones & Company walaupun ia mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai dan 6 Julai itu.
Sumber TKO - 18-10-2015
Kenduri Shafie Apdal jadi majlis orang pencen Posted on Friday, October 16 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Kemeriahan majlis perkahwinan itu memang tetap terasa. Dengan persediaan di pintu masuknya, penyambut tetamunya, laluan ke dewan utamanya, hiasan dalamannya.
Ketika kedua mempelai tiba, kemeriahan semakin terasa. Pengacara membacakan skrip yang disusun sebaik mungkin. Maklumlah, tetamu yang datang bukan calang-calang orangnya.
Ada yang berdarah raja, ada yang dipertua negeri, menteri dan bekas menteri.
Di hujung waktu menjamu selera Datuk Jamal Abdillah memperdengarkan suaranya dengan
lagu Azura. Hadirin jadi semakin teruja apabila beliau menyampaikan lagu Seroja sebelum berundur dari pentas.
Ketika orang ramai masih terngiang-ngiang akan suara Raja Pop Malaysia itu, tiba-tiba bergema lagi suaranya membawakan lagu Kekasih Awal Dan Akhir.
Rupanya ia membayangkan bahawa majlis memang akan berakhir. Sejurus kemudian pasangan pengantin baru itu ditemani Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib
di pintu utama dewan menunggu tetamu berangkat pulang – seorang demi seorang.
Maka kelihatan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail bersama Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berangkat pulang. Kemudian ada pula Tun Abdul Taib Mahmud bersama Toh Puan Ragad Waleed Alkurdi serta Tun Sakaran Dandai dan isteri.
Memang ada beberapa menteri yang hadir, tetapi boleh dikatakan mereka adalah kalangan
anggota kabinet yang ‘berhaluan sederhana’ kerana kurang mendapat tempat di media massa berhubung isu panas semasa dalam negara.
Tidak kelihatan – misalnya – Datuk Abdul Rahman Dahlan yang gigih mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak daripada serangan luar dan dalam BN, atau Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Kesibukan masing-masing
Pemimpin utama Wanita Umno juga rasanya tidak kelihatan.
Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin melangkah keluar perlahan-lahan, ramai tetamu bersalaman
dan tidak kurang pula meminta beliau bergambar bersama. Permintaan itu tidak dihampakan Timbalan Presiden Umno itu.
Di sebalik kemeriahan berkenaan, seseorang mungkin boleh terlintas di fikirannya bahawa
kenduri kahwin anak lelaki naib Presiden Umno itu tidak lebih daripada majlis ramah mesra ‘
orang pencen’.
Najib yang juga presiden Umno tidak hadir, begitu juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Kita memahami kesibukan masing-masing,” kata seorang pegawai Mohd Shafie sambil tersenyum.
Menurut beliau, jemputan sudah dihantar kepada semua menteri dan timbalan menteri ketika
majlis meraikan perkahwinan Mohd Shazwi Mohd Shafie dengan Siti Aimira Sulaiman dirancang.
Sesetengah menteri atau timbalan menteri, katanya, memberikan jawapan bahawa mereka tidak dapat hadir, manakala sesetengahnya pula tidak memberikan sebarang pengesahan.
Namun apa yang lebih menarik, ada beberapa menteri yang sudah mengesahkan kehadiran pada peringkat awal, tiba-tiba membatalkannya di saat-saat akhir.
Kecewa, kecil hati? Tidak
Tanpa mahu membuat tuduhan, sumber memberitahu, kemungkinan ada arahan daripada mana-mana pihak supaya menteri terbabit jangan hadir ke majlis berkenaan.
“Sebagai pihak yang pernah berada di posisi mereka sebelum ini, kami memahami.
“Mungkin juga kerana kegawatan ekonomi sekarang yang memerlukan mereka bermesyuarat bagi mencari penyelesaian,” katanya.
Adakah pihak Mohd Shafie kecewa atau berkecil hati?
“Tidak,” kata pegawainya, sambil mengulangi kata-kata bahawa mereka “memahami” apa yang menyebabkan sebahagian anggota kabinet gagal hadir meraikan majlis di Hotel Shangri-La
Kuala Lumpur itu.
Kata beliau, majlis yang diadakan itu dibuat sebagai acara santai dan bersosial sesama kenalan Mohd Shafie dan bukannya berbentuk politik.
“Tapi itulah,” katanya.
Menurut beliau, bukan semua pemimpin Umno kelihatan menjarakkan diri daripada Mohd Shafie yang digugurkan daripada kabinet Najib pada 28 Julai lalu.
Umno Selangor, katanya, menunjukkan sikap yang baik apabila semua pemimpin atasan parti berkenaan – termasuk ketua perhubungan dan setiausaha – hadir. Malah, katanya, kebanyakan ketua bahagian di Selangor juga hadir.
Bagaimanapun, Mohd Shafie adalah tokoh dari Semporna, Sabah.
Kehadiran lebih sasaran
“Datuk (Mohd Shafie) rileks saja. Beliau berpesan kepada pegawainya supaya jangan mendesak atau memaksa sesiapa untuk datang.
“Kalau menteri yang dijemput tidak memberi respons, biarlah,” katanya.
Ditanya mengenai jemputan yang dibuat, pegawai bekas Menteri kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata seramai 800 orang disasarkan.
Namun kehadiran malam tadi ternyata lebih daripada itu apabila dianggarkan kira-kira 1,100
orang yang hadir.
Selain Mohd Shafie, dua lagi Naib Presiden Umno ketika ini ialah Ahmad Zahid dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Mohd Shafie diketepikan daripada kabinet bersama Muhyiddin dalam rombakan kabinet lalu kerana kelantangan mereka membangkitkan cara perdana menteri menguruskan isu 1MDB serta “wang derma” bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Najib.
Mereka menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media bekas perdana menteri itu ketika beliau menyatakan rasa tidak senang terhadap cara kerajaan menahan pengkritik kerajaan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma.
Turut hadir dalam sidang media itu veteran Umno yang juga anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat dan bekas menteri Besar kedah yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid.
Sanusi turut hadir dalam kenduri Mohd Shafie malam tadi. Seorang lagi veteran Umno yang hadir ialah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. - MK
Sumber TKO - 16-10-2015 Tiada maaf bagi Saifuddin, kata pengerusi disiplin Umno Posted on Friday, October 16 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Umno tidak akan sesekali memaafkan perbuatan Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan parti dan menyertai PKR, kata Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.
Pengerusi lembaga displin Umno itu kesal dengan keputusan Saifuddin yang bukan sahaja keluar parti namun bertindak mengumumkannya secara terbuka.
"Bukan sahaja keluar parti tetapi tindakan ini dibuat cara umum dan di hadapan media. Dia nak keluar, keluarlah," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.
Katanya, dengan tindakan Saifuddin itu secara automatik keahlian beliau sebagai ahli Umno terlucut berdasarkan perlembagaan parti.
Saifuddin semalam mengumumkan meninggalkan Umno dan menyertai PKR, mengatakan cara Putrajaya mengendalikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai punca membuat keputusan itu.
Saifuddin juga mengatakan, kurangnya kesungguhan Umno melaksanakan perubahan politik dan pembaharuan institusi - 2 perkara yang dekat di hatinya.
Katanya, walaupun ada parti lain yang turut mempunyai platform pelbagai kaum, Saifuddin berkata beliau tertarik dengan PKR.
Selain itu katanya, pakatan pembangkang berkongsi matlamat dan cita-cita sama iaitu memperjuangkan Malaysia yang lebih baik.
Dengan langkah terbaru ini, bekas ahli Parlimen Temerloh itu akan melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif di Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).
Sumber TKO - 16-10-2015
Dakwaan Tun M buat laporan polis, palsu Posted on Friday, October 16 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
PETALING JAYA: Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dua lagi pemimpin UMNO akan membuat laporan Polis secara berasingan terhadap 1MDB, pada Jumaat disahkan palsu.
Penafian itu dibuat, Pegawai Media beliau, Sufi Mohd Yusof.
“Berita itu tidak benar,’ katanya ringkas ketika dihubungi FMT.
Dua pemimpin UMNO yang dikatakan akan membuat laporan itu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sementara itu, Muhyiddin menerusi kenyataan di Facebooknya turut menafikan perkara sama.
“Whatsapp yang tersebar mengenai laporan polis oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah PALSU,” katanya.
Berdasarkan, maklumat yang dihantar menerusi aplikasi itu, laporan polis akan dibuat secara serentak di tiga lokasi berbeza yang akan diwakili pemimpin berkenaan. - FMT
Sumber TKO - 16-10-2015
Zam jangka lebih ramai tinggalkan ‘kapal’ Najib Posted on Thursday, October 15 @ 21:52:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menjangkakan lebih ramai ahli Umno akan menjejaki langkah Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan parti itu kerana tidak mahu ‘karam’ bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak .
"Saifuddin nampak pengaruh Najib semakin terhakis, jadi beliau melompat sebelum kapal tenggelam. Saya berpendapat lebih ramai akan melompat sebelum kapal Umno karam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Zainuddin berkata imej kesederhanaan Najib semakin terhakis kerana perdana menteri gagal menyatakan pendiriannya berhubung beberapa isu.
"Sebagai contoh, sekolah satu aliran yang diperjuangkan oleh Utusan (Malaysia), jika beliau tidak bersetuju, beliau harus beritahu Utusan (akhbar milik Umno) supaya henti menyiarkan isu itu.
"Sama juga dengan (demo) baju merah, beliau membiarkan perhimpunan itu dan kemudian membidasnya,” kata Zainuddin yang mesra dengan panggilan Zam dan juga pernah menerajui Utusan.
Beliau juga mendakwa tindakan Saifuddin meninggalkan Umno memberi kesan lebih buruk kepada Najib berbanding Umno.
"Umno tidak rugi tetapi ini akan menjejaskan imej kesederhanaan Najib,” katanya lagi.
Menurut Zainuddin, tindakan ahli beramai-ramai meninggalkan Umno akan menjejaskan parti tetapi pada masa yang sama beliau yakin tindakan itu bakal menyaksikan mereka bersatu pada kemudian hari.
Saifuddin mengetuai Gerakan Moderate Global sebuah badan keamanan dunia yang diilhamkan oleh Najib ketika ucapannya pada sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 2010.
Beliau meninggalkan Umno hari ini dan menyertai PKR dengan alasan tidak puas hati dengan cara kerajaan mengendalikan skandal 1MDB.-MK
Sumber TKO - 15-10-2015 Serang Muhyiddin tidak akan selesaikan apa-apa
Posted on Thursday, October 15 @ 08:34:03 MYT by paktam
Oleh Sheikh Hussein Firzada Jika air memang pada asalnya sudah keruh, tiada siapa yang dapat dituduh menyebabkan kekeruhan atau dipersalahkan kerana menangguk ikan di sana, kata penulis dan bekas aktivis Umno Shahbudin Husin.
Kerajaan harus menjernihkannya dan bukan menuduh sesiapa mengeruhkan air yang sedia keruh, katanya lagi.Dengan kata lain, kata Shahbudin dalam posting di blognya, kenyataan yang dikeluarkan Majlis Raja-raja tentang 1MDB perlu diambil berat.
Katanya lagi, tiada siapa boleh dituduh menggunakan kenyataan tersebut sebagai bukti yang agensi menyiasat 1MDB tidak berminat untuk menyelesaikannya, atau meneruskan pendakwaan jika ada salah laku.
“Ketulusan saranan daripada Majlis Raja-Raja tidak seharusnya ditangguk di air keruh yang seharusnya dijernihkan agar terpancar keikhlasan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan,” katanya.
Menurut Shahbudin lagi, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi patut dapat melihat dengan jelas punca “air menjadi keruh”.
“Zahid seharusnya melihat punca air menjadi keruh itu. Kalau beliau ada kekuatan dan benar-benar ingin melihat parti serta kerajaan menjadi lebih baik, Zahid seharusnya menghalau penyebab air keruh itu terlebih dahulu sebelum marahkan mereka yang menjadi penangguk.”
Shahbudin mengulas tindakan Zahid yang menuding jari kepada mereka yang mengkritik 1MDB dari pelbagai sudut.
Bekas aktivis Umno itu berkata bahawa kenyataan Zahid tentang “kelakuan provokatif” kemungkinan besar ditujukan kepada bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin.
“Lebih jelas kenyataan Zahid itu barangkali ditujukan kepada Muhyiddin apabila beliau turut menyebut, ‘tindakan dendam dan memburukkan keadaan akhirnya menyumbang kepada menang sorak kampung tergadai’ yang seolah-olah Timbalan Presiden UMNO itu masih berdendam atas pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Katanya lagi, Muhyiddin adalah ahli politik dan sebagai ahli politik, tidak akan melepaskan peluang untuk mendapat sokongan dan kekal relevan.
“Orang politik dan penangguk ikan lebih kurang saja sifat dan perangainya. Pantang ada peluang dan kesempatan, pasti akan direbutnya. Semua ada sifat begitu.
“Bahkan kalau air sudah keruh dan diketahui pula ada ikannya, tidak berapa cerdik pula jika sekadar membiarkan saja dan tidak melakukan apa-apa tanggukan.”
“Kata orang, rezeki jangan ditolak.”
Katanya lagi, sesiapa yang cuba menangguk di air jenih hanya akan menjadi bahan lawak dan diketawakan orang ramai.
“malah kalau pun ada ikannya, ia lebih awal melarikan diri sebaik melihat bayang tangguk mencecah permukaan air.
“Jernihkan air terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang yang menangguk di air keruh. Jika air sudah jernih, tiada sesiapa pun mahu jadi penangguk lagi,” katanya lagi.
Sumber DD - 15-10-2015
Saya hanya menentang salahguna Sosma,‎ Muhyiddin jawab kritikan
Posted on Thursday, October 15 @ 06:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hari ini, beliau tidak pernah menentang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tetapi hanya tidak bersetuju dengan tindakan Putrajaya menggunakan akta itu bagi kes yang tidak mengancam keselamatan negara seperti yang melibatkan bekas anggota Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya.
Timbalan presiden Umno itu berkata pendirian beliau selari dengan jaminan kerajaan ketika akta tersebut digubal iaitu ia tidak akan disalah gunakan untuk tujuan lain, terutamanya yang bermotif politik termasuk mendiamkan pengkritik dan menyekat kebebasan rakyat bersuara dan memberikan pandangan.
"Yang saya tidak bersetuju ialah penyalahgunaan Sosma yang bercanggah dengan tujuan asal akta ini digubal sepertimana yang berlaku dalam kes penahanan Khairuddin dan Matthias Chang.
"Tindakan mereka membuat laporan mengenai dakwaan salah laku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan luar negara tidaklah boleh dikatakan sebagai satu tindakan sabotaj di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan Sosma.
"Bukankah mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin?" kata bekas timbalan perdana menteri itu dalam satu posting di Facebook rasmi beliau hari ini.
Muhyiddin, yang digugurkan daripada Kabinet hujung Julai lalu, dikritik kerana menyertai barisan bekas pemimpin dan veteran Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam satu sidang media pada Isnin, mengecam penggunaan Sosma oleh Putrajaya terhadap pengkritik kerajaan.
Berikutan itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan "mengingatkan" Muhyiddin beliau yang berperanan memastikan semua wakil rakyat mengundi untuk Sosma semasa ia diluluskan di Parlimen, atas kapasitinya sebagai ketua whip.
Muhyiddin berkata, beliau membaca beberapa kenyataan yang dibuat segelintir pihak yang mendakwa beliau membantah Sosma menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin itu.
"Kononnya ia bercanggah dengan pendirian saya menyokong Sosma semasa di dalam Kabinet dan ketika Rang Undang-Undang Sosma dibentangkan di Parlimen.
"Pendirian saya tidak pernah berubah. Saya menyokong Sosma untuk menangani kesalahan-kesalahan keselamatan yang menggugat keamanan dan ketenteraman awam."
Dalam kenyataannya hari ini, beliau turut mempertahankan Khairuddin dan Chang, mengatakan mereka sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin.
"Adakah 1MDB terlalu kebal sehinggakan pihak yang mengkritik dan membuat laporan terhadapnya didakwa di mahkamah?
"Seorang yang berfikiran waras pastinya akan bertanya siapakah yang sebenarnya mensabotaj sistem perbankan dan perkhidmatan kewangan negara?
"Orang yang membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan salah laku 1MDB atau orang yang mengakibatkan berbillion ringgit wang rakyat dalam 1MDB lesap?" soalnya dalam posting Facebook itu.
Khairuddin dan Chang didakwa di mahkamah pada Isnin kerana tindakan mereka membuat laporan dengan pihak berkuasa luar negara, mendesak siasatan dilakukan terhadap 1MDB, dianggap satu bentuk sabotaj kepada negara.
Muhyiddin dalam postingnya bertanya, adakah pemimpin Umno harus berdiam diri dalam hal tersebut dan "bersekongkol dengan para petualang".
"Janganlah dibiarkan jiwa perjuangan yang mengalir dalam darah setiap pejuang Umno dibeli dengan harga yang murah.
"Adalah menjadi tanggungjawab setiap pejuang Umno untuk bangkit menentang penyelewengan dan perompakan harta negara oleh pihak-pihak tertentu.
"Barulah Umno akan disegani dan dihormati oleh rakyat seluruhnya dan diberkati perjuangannya oleh Allah," tulisnya.
Sumber TKO - 15-10-2015 Anda semua masih boleh main golf...Kami makan ubi kayu ! Posted on Wednesday, October 14 @ 07:33:47 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"
Perkembangan terakhir suasana gawat negara samada politik maupun ekonomi semakin meruncing. Kita melihat setiap kali mantan PM Dr Mahathir berbunyi,akan ada yang membalasnya semula.
Pertamanya,tentang penahanan Khairuddin Abu Hasan dan Matthias Chang.Apabila Mahathir pertikai penahanannya di bawah akta SOSMA yang mana kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan kini ditahan di bawah SOSMA, yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.
Jawab Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak,dulunya Mahathir juga begitu bahkan lebih kejam lagi dengan ISA yang tiada ruang untuk masuk mahkamah dan bela diri. Apa Mahathir mau jawab?
Tentu kita masih ingat kes Ezam dengan kotak-kotak ajaibnya yang penuh skandal rasuah menteri-menteri Mahathir.Akhirnya Ezam di sumbat dalam penjara.
Macamana kata-kata Mahathir sekarang mahu dipercayai dan diyakini?Mungkin betul kata-kata Mahathir.Tetapi lihatlah seperti kata Datuk Dr Salleh Keruak.
Maknanya,jika engkau boleh buat dulu,mengapa kini kami tidak boleh buat? Bukankah kita sama-sama UMNO dan BN?
Keduanya, tentang kenaikan tol sehingga 200% menjelang Khamis ini.Hujah pro kerajaan,ini semua salah Dr Mahathir.Sebabnya,di zaman Mahathir lah segala syarat konsesi perjanjian dibuat.Kerajaan selepasnya hanya meneruskan perjanjian tersebut.
Setakat ini Dr Mahathir masih membisu tentang kenaikan tol.Sebabnya mungkin bakal terkena hidungnya sendiri.
Satu sudut kita melihat bagus dan beraninya Dr.Mahathir menegur PMNajib dan kerajaannya tentang pelbagai kes skandal seperti 1MDB,RM2.6billion,GST dan SOSMA.
Sudut lain pula kita melihat Dr Mahathir juga sama sahaja 2x5 bahkan adakalanya nampak lebih teruk dan zalim daripada PMNajib seperti kes Memali,Petronas,dasar penswastaan,Hakim Negara,penarikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dan krisis Perlembagaan.
Betullah kata-kata arwah Ustaz Fadhil Nor bahawa Dr Mahathir dipanjangkan umur oleh Tuhan untuk melihat kesan-kesan yang terjadi hasil pemerintahannya selama 22 tahun.Ada yang terkena batang hidungnya sendiri dan paling banyak kesan buruknya ditanggung oleh rakyat yang tiada kepentingan pollitik.
Samada Mahathir tegur atau tidak,rakyatlah menanggung akibat azabnya sekarang.
PMNajib,Muhyiddin,Mahathir,Ku Li,Sanusi masih boleh main golf berhari-hari,berjam-jam tetapi rakyat tetap menanggung azab akibat perbuatan mereka semua samada yang masih pegang kekuasaan politik maupun yang sudah pencen.
I'll see you in court! Lawak juga abg jib ni. Posted on Tuesday, October 13 @ 19:10:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
"Berapa banyak kisah lawak MLM yang rakyat Malaysia tonton selama ini sehingga menaikkan rangking rancangan tersebut di negara kita. Rakyat melawak dengan cara lawak mereka yang difahami oleh kebanyakan orang ramai. Ana juga tidak terlepas dari menonton lawak MLM ini.
Tapi sejak dua menjak ni ada kelainan lawak di Malaysia ini. Bukan rakyat marhain sahaja yang berlawak, kini para menteri kabinet juga sudah pandai buat lawak yang kebanyakan diketuai oleh saudara Ahmad. Sekarang carta lawak saudara Ahmad sudah merudum. Siapa pula yang memintas saudara Ahmad sekarang?
Baru-baru ini bekas presiden MCA iaitu Tun Ling liong sik (TLLS) disaman oleh DSN kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah kepadanya iaitu TLLS menyatakan DSN tidak baik kerana mengambil duit dan simpan duit itu di dalam akauan persendiriannya.
Ini mengundang kemarahan DSN yang semakin kalut untuk membersihkan dirinya dari pelbagai jenis tuduhan yang dilemparkan baik dari dalam UMNO mahupun yang diluar UMNO.
Surat mohon maaf dari peguam DSN kepada TTLS diajukan untuk menutup mulut TTLS dari membuat kenyataan yang mungkin menghina DSN.
Kelihatan surat dari DSN kepada TTLS itu amat serius dan menunjukkan bahawa DSN amat 'marah' sehingga menyaman TTLS dalam hal ini. Sudah tentu DSN rasa strategi menyaman TTLS ini memberi kesan maksima kepada musuh politiknya itu sehingga akan menimbulkan ketakutan buat TTLS.
Tapi keadaan tidak seperti yang dirancang, sebaliknya TTLS pula berkata ' I will see you in court".
'Aduh! Aku gertak dia , dia pulak gertak aku.' Mungkin itu yang terlintas dalam fikiran DSN.
Tak semena-mena peguam DSN 'berpatah' balik dan menanyakan macamana? Nak lawan ke nak diam?
DSN pun naik pening memikirkannya. Semua strategi oleh 'penasihat-penasihatnya' memakan diri dia pula.
Dulu nak saman WSJ pasal kes 1MDB, bila WSJ kata dia bersedia untuk mencabarnya, terus peguam yang sama yang mewakili DSN berdolak dalik. Kesana pun tak kena kesini pun tak kena.
'Kita penaikkan harga tol, baru dorang tahu siapa kita'. Mungkin itu antara nasihat para penasihat DSN minggu ini.
Tang mana yang lawaknya?
Yang lawaknya adalah 'eehhhh kau nak mapus yea untuk engkau, eehhhh kau nak mampus yea untuk aku'
Apa nak jadi dengan negara kita ini kan.
Jom lepak @mylibrary .
wallahuaklam
modayu73
Sumber TKO - 13-10-2015
Fraksi Mahathir VS Rejim Najib
WAN NORDIN WAN YAACOB | .
TANGGAL 12 Oktober, terhimpunnya 'koloni' yang bernaung di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk bekas musuhnya, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno, Dato' Seri Shafie Apdal, bekas Menteri Pegangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat, Tan Sri Ling Liong Sik, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Sanusi Junid dan beberapa yang lain.
Semuanya membincangkan satu topik paling besar yang tidak kunjung selesainya, isu skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sejak dahulu menghantui negara. Seorang demi seorang gugur akibat menentang tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dalam isu 1MDB ini.
Selepas bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Jelutong, Dato' Khairudin Abu Hassan ditahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Khas (Langkah-langkah Khas) SOSMA 2012, peguam yang mengiringi beliau, Mathias Chang pula ditahan di bawah akta yang sama.
Isunya satu, kerana lantang melaporkan kesalahan berhubung isu 1MDB dan mengheret Najib untuk menjawab isu berkenaan secara tuntas. Perang kali ini lebih besar, jumlah yang berfraksi dengan Tun Mahathir lebih ramai.
Musuhnya suatu masa lalu iaitu Tengku Razaleigh sudah mula mendekatinya, duduk semeja berbicara mengenai masa depan negara selepas melihat Najib kian 'beku' melaksanakan amanah menjadi seorang Perdana Menteri. Dalam pada itu, Najib pula semakin cakna dengan strategi musuhnya, beliau turun padang bersama fraksinya membina semacam satu momentum kekuatan baharu bersama Timbalannya, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Satu kementerian yang sangat penting dan penuh strategi jika mahu menghalang segala usaha pihak yang menyebelahi Dr Mahathir dalam pertembungan ini, ini kekuatan yang Najib ada dan perlu dikekalkan demi survival politiknya. Mahu tidak mahu, Najib harus terus menjadikan Zahid sebagai orang kepercayaannya, menjalankan apa sahaja pelan strategisnya demi survival politiknya, dan mempertahan kedudukan nombor satunya.
Zahid Hamidi sebelum ini adalah orang kanan Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Anwar ditahan pada tahun 1998 akibat menyertai semacam satu gerakan bersama Anwar. Namun pasca penahanan, Zahid berpaling untuk bersama kem Mahathir menentang semula bekas sahabatnya itu.
Demikian juga sejarah bekas Menteri Kewangan paling senior, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang suatu masa lalu berseteru dengan Mahathir hingga bertindak menentang Presiden Umno itu sekitar hujung 80-an.
Ku Li memiliki kekuatan grass roots di Kelantan khasnya di Gua Musang selain mereka yang tidak suka akan Dr Mahathir sepanjang bekas PM itu menerajui kerajaan. Kini 'kontradiksi' itu dikendurkan untuk duduk bersama Mahathir membina satu momentum besar mendobrak politik Najib.
Percubaan berulang kali Mahathir yang dibantu tekanan dalaman oleh Muhyiddin sebelum ini tampak gagal hingga Muhyiddin terpelanting keluar dari Kabinet Najib.
Lantas selepas keluar dan penuh akur, Muhyiddin mendiamkan diri, tidak seperti Anwar semasa terpelanting dari Kabinet Mahathir tahun 1998, gegak gempita seluruh negara menyaksikan reformasi berkumandang, dan hasilnya beberapa negeri tumbang kepada ikatan Barisan Alternatif ketika itu. Seluruh undi Melayu nyata menyebelahi pembangkang pada masa itu, dan BN hanya selamat dengan undi bukan Islam yang mempertahankan kerajaannya ketika itu.
Kini percaturan perang antara bekas PM itu dengan Najib nampak 'melewati' masa, jika dizaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mahathir mudah sahaja menumbangkan pemimpin yang digelar Mr Clean itu, kali ini percaturan Mahathir semacam masih tidak mengena.
Najib sendiri dikatakan memiliki think tank yang menumpukan kepada bagaimana cara untuk mendepani serangan bekas PM itu hingga pelbagai usaha yang dilakukan bekas PM menemui jalan buntu. Apakah azimat lain harus diguna Mahathir untuk memastikan Najib meletak jawatan bagi menyelamatkan survival Umno menerajui kerajaan akan berjaya kali ini dengan segala bala tenteranya kini sudah mula dihimpunkan bersatu membina gelombang?
Usah dilupakan bahawa Najib sudah semestinya menyediakan senjata yang ampuh untuk menentang koloni Mahathir yang semakin ramai. Mahathir pastinya tidak boleh mengelak bahawa banyak juga kemungkaran yang dilakukan dizamannya dalam pengetahuan Najib. Tidak mustahil, jika Najib terpaksa nanti membebaskan Anwar yang sebelum ini seteru politiknya untuk bersamanya demi menentang seteru yang satu iaitu Tun Mahathir.
Inilah rewang politik Umno-BN, membedal, membelasah, menghentam antara satu sama lain kerana masing-masing ada masalah dan skandal yang terpaksa dilindungi demi survival politik.
Rakyat pula dibiarkan semakin lama dalam kawah panas menghirup kesempitan hidup akibat dasar ekonomi 'jahiliyah' ciptaan BN.
Dengan kenaikan kadar Tol berkuatkuasa 15 Oktober, penurunan nilai Ringgit menjejaskan, selain skandal-skandal besar yang menghimpit, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan, rakyat dihadapkan pula dengan pertembungan politik antara dua fraksi yang masing-masing mahu menyelamatkan fraksi masing-masing, bukannya survival rakyat.
Sudah cukuplah rakyat ditipu rejim BN yang sejak dahulu tidak memperdulikan rakyat. Apa yang penting, rakyat harus memikirkan survival mereka pula demi kelangsungan generasi akan datang.
Buang sahaja politik ala Machiavelli, politik fraksi, politik kronisme, politik bejat yang hanya akan memusnahkan hidup rakyat.
Kembalikan sinar gemilang politik Islam yang dalamnya terkandung pengajaran dan pendidikan menjadikan rakyat hidup saling toleransi. Memetik kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, PAS adalah pilihan 'mass base party' yang ada selepas Umno tidak lagi membela rakyat. Maka PAS adalah harapan yang harus menjadi sandaran kepada seluruh masyarakat, bukan sahaja Melayu, sebaliknya bukan Melayu sekalipun untuk bernaung.
Rasailah pemerintahan politik Islam yang jauh lebih baik. Terimalah pelaksanaan hukum-hukum Islam yang diagendakan PAS sejak dahulu, dan rasailah faedah bersama pemerintahan Islam khasnya menerima penuh pelaksanaan Hudud sepertimana yang disebutkan Dr Balachandran Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), untuk kehidupan yang lebih berkebajikan dan makmur.
Perang antara Najib dan Mahathir sebenarnya tidak menjanjikan Malaysia semakin makmur andai salah satu kumpulan menang. Sudah lama kita memberi mereka 'nafas' untuk menyentap semula nafas kita. Maka perubahan harus berlaku dalam PRU14. HARAKAHDAILY 13/10/2015. Sumber HD - 13-10-2015
Tukar Najib - Muhyiddin, Ku Li perlu mulakan, kata penganalis Posted on Tuesday, October 13 @ 13:14:43 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah perlu mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara terbuka jika ingin membawa perubahan, kata seorang penganalisis.
Bercakap kepada Malaysiakini, Pengarah Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata jika tidak, tiada apa yang akan berlaku di negara ini.
"Muhyiddin atau Ku Li perlu tampil bagi menyatakan sama ada mereka mahu mencabar Najib.
"Jika mereka tidak melakukannya, ia tidak akan bermula," katanya.
Beliau mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bergandingan dengan Muhyiddin, Razaleigh, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan Tan Sri Ong Tee Keat membidas Najib pada satu majlis bersama semalam. - MK
Sumber TKO - 13-10-2015 Selepas gesaan Muhyiddin, Anina mahu lebih ramai ahli Umno bersuara Posted on Tuesday, October 13 @ 08:17:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Anina Saadudin hari ini menggesa supaya ahli Umno menyambut gesaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melihat lebih ramai berani menyatakan pendirian, serta mendesak perubahan pucuk pimpinan parti dilakukan segera.
Bekas ahli Wanita Umno bahagian Langkawi itu berkata, tiada jalan lain untuk menyelesaikan kemelut dalaman yang dihadapi sekarang ini melainkan perubahan dibuat segera.
"Umno wajib menukar kepimpinannya yang sedia ada dan segera melakukan langkah strategik untuk melakukan modifikasi terhadap bagaimana parti tersebut ditadbir supaya sesuai dengan perkembangan persekitaran.
"Dalam usaha tersebut, Umno perlu berani berubah," katanya kepada The Malaysian Insider.
Anina berkata, Umno sekarang dipimpin oleh pemimpin yang angkuh kerana enggan mendengar suara akar umbi.
"Berbalik kepada Umno, apabila ianya melepasi fasa tepu, pemimpinnya bagai tidak sedar diri dan masih angkuh dengan sifat pekak dan tuli.
"Mereka bagaikan lupa jumlah undi yang diperoleh parti itu dalam PRU12 dan PRU13 bukan lagi tepu malah sudah menurun dalam graf yang bukan landai malah menjunam," katanya.
Anina berkata keadaan Umno sekarang kritikal, apabila bukan sahaja ahli biasa ditekan malah pemimpin tertinggi juga terkena tempias, sebagai contoh pemecatan Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.
"Umno sudah menjadi lebih kritikal apabila bukan sahaja ahli biasa yang ditekan dan ditakut-takutkan dengan risiko tindakan disiplin atau pemecatan keahlian, malah pemimpin daripada kumpulan tertinggi seperti Muhyiddin dan Shafie juga di 'cold storage' (peti sejuk) dengan tindakan menggugurkan mereka dalam Kabinet hanya kerana mengkritik beberapa isu dalam pentadbiran negara," katanya.
Muhyiddin dan Shafie disingkir daripada Kabinet pada Julai lalu kerana kelantangan mereka membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
Anina berkata ahli Umno lain perlu bersuara lebih tegas dalam isu membabitkan pentadbiran negara dan mencari jalan menyelamatkan parti.
"Masa depan Umno kini bergantung kepada ahlinya. Mereka sudah tidak lagi boleh mengharap kepada barisan kepimpinan yang dilihat seperti kumpulan 'lunatic fringe' (tidak waras) yang sering bertindak dan membuat keputusan aneh sehingga menjadi bahan ketawa rakyat.
Sumber TKO - 13-10-2015
"Kita Lapor, Tapi Kita Kena Tangkap" - Tun M
Posted on Monday, October 12 @ 21:02:56 MYT by tokdalang
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penahanan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang adalah satu penyalahgunaan kuasa dan tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik.
Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia bernasib malang apabila pihak berkuasa memberi ‘mesej’ bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang melaporkan sesuatu kesalahan mengenai pemimpin tertinggi negara.
"Mereka guna perkataan ‘sabotaj’ dari sudut pandangan mereka sendiri. Mereka ketepikan suara dan protes rakyat, kerajaan tidak berfungsi seperti sepatutnya.
"Ini perkara biasa... kita lihat kesalahan kita lapor, tapi sebaliknya pihak berkuasa tangkap kita. Undang-undang untuk kebaikan rakyat bukan untuk untuk kerajaan sahaja…Khairuddin terpaksa buat laporan di luar negara kerana Peguam Negara tak ambil tindakan. Lapor saja, bukan dia pergi pasang bom atau guna senjata,” katanya pada sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.
Sidang media yang berlangsung selama lebih satu jam itu turut dihadiri Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat.
Kesemua mereka hadir bagi menyatakan sokongan dan persamaan pendapat bahawa penahanan Khairuddin dan Matthias adalah satu penyalahgunaan undang-undang dan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya mereka dibebaskan.
Dr Mahathir berkata, sidang media melibatkan pemimpin dan bekas pemimpin negara ini adalah bagi menunjukkan negara berada pada tahap kritikal dari segi kepimpinan, ekonomi dan perpaduan.
"Kami setuju bahawa kerajaan telah menyalahgunakan kuasa. Rakyat perlu tahu dan kerajaan perlu respons…bebaskan mereka serta-merta (Khairuddin dan Matthias), jangan tahan orang di bawah Sosma. Sosma berkaitan keganasan.
"Sebagai warga emas yang pernah berkhidmat kepada negara, kami rasa perlu datang bersama dan berbuat sesuatu," tegas beliau.
Mengenai kemungkinan ditahan atau dikenakan tindakan oleh parti, Tun M berkata semua mereka berdepan risiko.
"Seseorang harus mengambil risiko untuk suarakan perasaan dan pandangan tentang kerajaan yang tidak mengambil kira kepentingan rakyat.
"Saya juga seperti orang biasa, mungkin ditahan cuma saya harap kerajaan gunalah undang-undang dengan betul, jangan salah gunakannya," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir juga menegaskan bahawa tindakan untuk menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa yang berlaku di mana-mana negara demokrasi pada setiap masa, justeru itu tidak wajar ia dikaitkan dengan keganasan.~Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN MSTAR Sumber DD - 12-10-2015
Ku Li Rahsiakan Alternatif Terakhir Desak Najib Turun
Posted on Monday, October 12 @ 20:49:02 MYT by paklang
Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN PUTRAJAYA: Krisis kepimpinan yang didakwa berlaku di negara ini boleh diselesaikan dengan mengadakan undi tidak percaya di Parlimen, tetapi langkah itu juga mempunyai beberapa halangan.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun setiap ahli Parlimen mempunyai hak untuk mengusulkan supaya undi tidak percaya dibuat bagi menunjukkan bahawa keyakinan rakyat telah hilang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi langkah itu tetap mempunyai masalah.
“Hak untuk kita bawa usul ke Dewan Rakyat seperti undi tidak percaya kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan atau kerajaan memang ada tetapi ada beberapa masalah.
“Kita jelas diberitahu bahawa Speaker Dewan Rakyat berhak menolak apa sahaja usul kerana ia tak disebut dalam Standing Order yang diguna di Dewan Rakyat,” katanya yang hadir pada sidang media khas bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tentang isu semasa dan krisis yang berlaku dalam negara.
Hadir sama, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal; veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat.
Menurut beliau, jika usul itu ditolak, terdapat satu lagi cara untuk menunjukkan rakyat telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri tetapi enggan memberitahu pemberita tentang langkah alternatif itu.
“Jika awal-awal lagi sebarang usaha untuk mengemukakan usul sedemikian rupa tidak diizin oleh Speaker, tak akan berhasil usaha kita untuk bawa usul sedemikian rupa.
“Tapi ada satu lagi cara lain yang kita kena fikir untuk kepentingan rakyat…apa cara itu...itu kena cakap di forum berbeza,” katanya.
Senada dengan beliau adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk ‘menurunkan’ Najib ialah dengan undi tidak percaya.
Katanya, setiap ahli Parlimen perlu mempunyai kebimbangan ketika mereka berada di posisi untuk membolehkan perubahan kepimpinan di Malaysia dibuat.
Jelasnya, rasa tidak puas hati terhadap pemimpin atau kerajaan sering berlaku di seluruh dunia, justeru itu diperuntukkan undi tidak percaya dalam perlembagaan.
“Tapi sudah tentu banyak perkara yang orang berkuasa boleh lakukan untuk halang ia daripada berlaku.
“Seperti ugutan, mendapat sesuatu…kita tak tahu,” katanya.
Namun, dari segi politik, beliau berkata rakyat perlu diberitahu tentang isu-isu sebenar yang berlaku dalam negara.-Mstar
Sumber DD - 12-10-2015
Selamatkan Umno sebelum rakyat sendiri kuburkan Umno
Posted on Monday, October 12 @ 20:40:16 MYT by paklang
Oleh Anina Saadudin Sebagai sebuah parti yang berusia 69 tahun, Umno seharusnya menjadi parti yang matang dan berwibawa untuk menjadi contoh teladan kepada parti lain bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.
Jika Umno itu seorang manusia, usia 69 tahun adalah tempoh bonus yang diberikan Allah untuk hidup. Maka dia perlu memperbanyakkan kebaikan dan menggelakkan dosa.
Ketika usia inilah banyak penyakit akan dihadapinya. Jadi, dia perlu memperbanyakkan makanan yang berkhasiat tinggi. Tidak lagi boleh menyapu apa sahaja yang terhidang di atas meja.
Ketika inilah dia perlu pandai memainkan peranannya terhadap cucu, anak dan menantu. Segala masalah keluarga akan ditangani dengan berhemah supaya anak cucunya akan melalui hidup dengan penuh teladan.
Sebagai seorang ahli Umno yang kononnya dilucutkan keahlian, saya dukacita dengan cara pemimpin Umno menjaga parti tersebut hari ini.
Jika dilihat dalam konteks "product life cycle" (kitaran hidup), Umno sedang melalui fasa di mana grafnya sedang sloping down (menjunam) ke arah declining stage (peringkat bawah).
Dalam prinsip pemasaran apabila produk tersebut mencecah "saturation stage" (tepu), yakni fasa sebelum "declining stage", produk tersebut perlulah bersedia dengan keputusan strategik sama ada melakukan modifikasi produk, menamatkan pengeluaran atau strategi lain untuk kelangsungan produk.
Contohnya Perodua memperkenalkan model baru Myvi dengan modifikasi lampu dan aksesori selepas model asalnya mengalami tahap tepu dalam jumlah jualan.
Ini membolehkan Perodua terus menikmati jualan yang sentiasa meningkat dan seterusnya syarikat akan terus bertahan dan membangun dalam pasaran automatif.
Berbalik kepada Umno, apabila ianya melepasi fasa tepu, pemimpinnya bagai tidak sedar diri dan masih angkuh dengan sifat pekak dan tuli.
Mereka bagaikan lupa jumlah undi yang diperoleh parti itu dalam PRU12 dan PRU13 bukan lagi tepu malah sudah menurun dalam graf yang bukan landai malah menjunam.
Umno wajib menukar kepimpinannya yang sedia ada dan segera melakukan langkah strategik untuk melakukan modifikasi terhadap bagaimana parti tersebut ditadbir supaya sesuai dengan perkembangan persekitaran. Dalam usaha tersebut, Umno perlulah berani berubah.
Ahli ialah aset penting parti. Mereka adalah "intangible asset" (aset bukan ketara) kepada parti. Ini adalah kerana ahli partilah yang akan berusaha keras di semua peringkat untuk menguatkan parti.
Namun, hari ini Umno menganggap ahli-ahlinya yang lantang bersuara mengkritik parti sebagai liabiliti kepada parti.
Umno sudah menjadi lebih kritikal apabila bukan sahaja ahli biasa yang ditekan dan ditakut-takutkan dengan risiko tindakan disiplin atau pemecatan keahlian, malah pemimpin dari kumpulan tertinggi seperti Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal juga di"cold storage" (sejuk beku) kan dengan tindakan menggugurkan keahlian mereka dalam Kabinet hanya kerana mengkritik beberapa isu dalam pentadbiran negara.
Terkini, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang dikenakan pertuduhan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Penggunaan Akta Sosma ini bertentangan dengan pembentangannya di Dewan Rakyat yang secara terang menyatakan akta tersebut hanya akan diguna pakai kepada kumpulan pengganas.
Tindakan ini mampu menakut-nakutkan ahli Umno daripada terus mengkritik kepimpinan parti. Begitulah lapuknya kepimpinan Umno yang tidak cuba mengatasi isu dalamannya secara demokratik. Umno sudah dilihat sebagai parti tua yang ketinggalan zaman oleh Gen Y hanya kerana sifatnya yang tidak terbuka terhadap kritikan.
Harus kita sedar bahawa Gen Y ialah generasi yang hanya mempercayai apa yang mereka lihat, bukan apa yang mereka dengar. Mereka sentiasa mahukan "reasoning" (alasan kukuh) di sebalik sesuatu pelaksanaan.
Mereka berani bersuara dan mereka benci dan memberontak apabila mereka tidak diberi peluang untuk bersuara serta didengari. Mereka mahukan bukan sahaja pemimpin yang bersih, malah pemimpin yang memang kelihatan bersih.
Masa depan Umno kini bergantung kepada ahlinya. Mereka sudah tidak lagi boleh mengharap kepada barisan kepimpinan yang dilihat seperti kumpulan "lunatic fringe" (terpinggir) yang sering bertindak dan membuat keputusan aneh sehingga menjadi bahan ketawa rakyat. Ada pemimpin Umno yang digelar Pak Pandir oleh anak muda. Ini sungguh memalukan pengundi Barisan Nasional.
Ramai ahli Umno yang sangat menyayangi parti. Mereka perlu lebih giat berfikir mencari jalan bagaimana parti tersebut boleh diselamatkan.
Selain itu, pemimpin-pemimpin tertinggi parti yang dipecat dari kabinet juga perlu terus bersuara dengan lebih terang dan lantang bagi membantu membawa suara rintihan dan kesayuan ahli akar umbi untuk menghasilkan gelombang perubahan yang diperlukan parti tersebut.
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Sumber DD - 12-10-2015
Kenyataan Media Bersama - Muhyiddin Yasin, Tun Dr Mahathir , Ling Liong Sik, Tengku Razaliegh , Sanusi Junid , Shafie Apdal , Ong Tee Keat
Posted on Monday, October 12 @ 19:19:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.
Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.
Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.
Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.
Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.
SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:
1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
atau
(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.
Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.
Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.
Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.
Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd YABhg Tun Ling Liong Sik YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin YB Datuk Seri Shafie Apdal YBM Tengku Razaleigh Hamzah YBhg Tan Sri Ong Tee Keat YBhg Tan Sri Sanusi Junid
12 Oktober 2015
Sumber TKO - 12-10-2015
Muhyiddin tidak akan dipecat seperti Anwar
Posted on Monday, October 12 @ 11:42:40 MYT by paktam
OLEH MD IZWAN Tidak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkemungkinan tidak akan dipecat sebagai orang nombor dua Umno
kerana beliau tidak mengikut jejak langkah pemimpin pembangkang itu
17 tahun lalu.
Pemerhati berkata, sejak disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri 3
bulan lalu, Muhyiddin tidak menjelajah ke seluruh negara untuk
membangkitkan penentangan terhadap bekas majikannya dalam Kabinet,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin merupakan pengkritik lantang cara Najib menguruskan skandal kewangan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi
perdana menteri, tetapi pemerhati berkata ini belum cukup untuk memecatnya daripada Umno.
"Muhyiddin tidak bergerak dan bertemu akar umbi untuk menjelaskan apa yang berlaku. Pergerakan
nya terlalu perlahan dan tidak mahu melabur untuk memperkukuhkan sokongan kepada dirinya,
beliau tidak boleh mengharapkan orang lain bersungguh-sungguh berjuang untuknya," kata bekas
ketua Pemuda Umno Wangsa Maju Shahbudin Husin.
Shahbudin tidak menafikan Muhyiddin banyak mengkritik Najib, tetapi kebanyakan langkahnya
sekadar mewujudkan “situasi panas sementara” tetapi gagal mengerakkan akar umbi untuk
menyatakan pendirian terhadap presiden Umno itu.
"Muhyiddin banyak mengkritik, tapi ia tidak meninggalkan impak mendalam kepada akar umbi.
Akar umbi pun tidak nampak bersungguh-sungguh jika Muhyiddin sendiri tidak menunjukkan
kesungguhannya," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sebelum ini spekulasi bertiup kencang Muhyiddin akan dipecat daripada Umno dalam mesyuarat
Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas selepas disingkirkan daripada Kabinet.
Bagaimanapun tiada pemecatan berlaku dalam mesyuarat MT dan Muhyiddin menyatakan
sokongannya kepada Najib untuk terus memimpin Umno.
Anwar kehilangan jawatan timbalan presiden Umno pada 3 September, 1998 sehari selepas dipecat
sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan oleh perdana menteri pada ketika itu, Tun
Dr Mahathir Mohamad.
Selepas dipecat daripada Kabinet dan parti pada 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan gerakan menggulingkan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2015.Selepas disingkirkan daripada Kabinet, Anwar memulakan gerakan untuk menggulingkan Dr Mahathir.
Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata pengaruh Muhyiddin dalam parti
secara perlahan-lahan berjaya dineutralkan selepas tidak lagi memegang jawatan Kabinet, diburukkan lagi dengan timbalan presiden Umno itu sendiri tidak bertemu akar umbi.
"Perhitungan dibuat Najib ialah beliau tidak perlu pecat timbalan presiden tetapi boleh bunuh saja
Muhyiddin dengan tidak lagi menjadikannya penaung kerana tidak boleh lagi memberi duit kepada orang, projek. Walaupun menjadi timbalan presiden, apa yang beliau boleh lakukan," kata Zainuddin.
Bagaimanapun, bekas menteri penerangan itu berkata, Najib membuat perhitungan tidak mahu mengeruhkan lagi suasana selepas kontroversi rombakan Kabinet, di mana Muhyiddin dan seorang
lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal tersingkir.
"Jika buat juga, ia akan mengeruhkan lagi suasana dan beliau akan dilihat lebih kejam,” katanya.
Muhyiddin dan Anwar melalui keadaan berbeza di mana beliau menang dalam pemilihan Umno sebanyak dua kali, pada 2009 menang dengan menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan pada 2013 menang tanpa dicabar.
"Najib tidak pecat kerana Muhyiddin dipilih perwakilan berbeza dengan Anwar yang menang tidak
bertanding.
"Lagipun, apa kesalahan besar Muhyiddin lakukan untuk Najib memecatnya daripada Umno?" kata Zainuddin.
Naib Ketua Bahagian Umno Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar berkata Muhyiddin tidak melakukan kesalahan yang melanggar disiplin parti atau terlibat dalam gerakan menjatuhkan Najib sehingga menyebabkannya boleh dipecat.
"Ia berbeza dengan zaman Anwar kerana nampak kesalahan, tapi dalam kes Muhyiddin apa kesalahan beliau lakukan? Jika pecat juga, Umno akan berpecah dua," katanya.
Hamidi berkata, faktor tekanan daripada akar umbi yang memberontak sejak pemecatan Muhyiddin juga menyebabkan Najib lebih berhati-hati, malah Istana Johor sudah memberi isyarat.
Sementara itu, bekas ahli Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin menyifatkan Najib takut dengan akar umbi yang sudah berani bersuara dan melawannya.
"Kalau pecat, beliau boleh jangka apa yang lebih buruk berlaku kepada parti," kata Anina yang dipecat Umno kerana memfailkan saman kepada Najib berhubung isu wang derma RM2.6 bilion.
Penganalisis politik Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menyifatkan Najib mengambil langkah berhati-hati kerana sekiranya Muhyiddin dibuang ia akan menimbulkan lebih banyak lagi masalah.
"Jadi, untuk tidak buat perkara lebih buruk supaya tidak dilihat sebagai tidak demokratik kerana Muhyiddin dipilih perwakilan, saya rasa biarkan saja.
"Kalau buang itu, persoalan akan timbul banyak, mengapa terdesak nak buang, apa kesalahan besar Muhyiddin, kenapa tidak menghormati hak suara perwakilan," katanya.-TMI
Sumber DD - 12-10-2015
Ku Li: Undi tak percaya pada k'jaan tak akan berjaya Posted on Monday, October 12 @ 14:29:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Walaupun ada pihak mengatakan bahawa usul undi tidak percaya perlu dibuat pada sidang Parlimen akan datang, namun Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat tindakan itu tidak akan berjaya.
Katanya, walaupun ahli parlimen boleh membawa usul tersebut terhadap kerajaan yang memerintah, tetapi Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa menolak sebarang usul yang tidak disebut dalam Perintah Tetap Parlimen.
Sehubungan itu, bekas menteri kewangan itu berkata usaha untuk membawa usul undi tidak percaya tidak akan berjaya kerana ia akan ditolak oleh speaker Dewan Rakyat.
"Kita ada hak kita untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap kerajaan yang memerintah.
"Tetapi kita juga diberitahu bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat berhak menolak apa jua usul kerana ia tidak disebut dalam Perintah Tetap yang dipakai dalam Dewan Rakyat.
"Jika awal-awal lagi sebarang usaha untuk kemukakan usul tidak diluluskan speaker jadi... Tetapi ada cara lain yang boleh dibuat," katanya dalam sidang media.
Turut hadir bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Shafie Apdal dan Tan Sri Ong Tee Keat di Putrajaya.
Ditanya cara lain yang boleh dibuat untuk menggesa Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan, beliau berkata:
"Itu kita akan cakap di forum yang lain," katanya tersenyum.
Tengku Razaleigh menjawab soalan pemberita mengenai apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh ahli parlimen mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. - Malaysiakini
Sumber TKO - 12-10-2015
Veteran BN sertai perjuangan Dr Mahathir dalam kemelut 1MDB Posted on Monday, October 12 @ 11:50:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini untuk bersuara menentang penahanan 2 individu yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu dalam kempen terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Antara yang hadir pada sidang media hari ini ialah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.
Dr Mahathir sedang mengadakan sidang akhbar pada masa ini di Yayasan Kepimpinan Perdana berhubung nasib bekas setiausahanya, peguam Matthias Chang dan bekas pemimpin cawangan Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Kedua-dua individu itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan cubaan mensabotaj ekonomi, kewangan dan sistem perbankan Malaysia.
Sumber TKO - 12-10-2015 Waktu terbaik perkasakan undi Melayu
Posted on Sunday, October 11 @ 22:32:15 MYT by paktam
Oleh Zulkifli Yahaya
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata, Umno menang besar BBdalam Pilihan Raya Umum ke-13 bukan disebabkan perpaduan parti itu, sebaliknya disebabkan orang Melayu takut negara ini ditadbir oleh gabungan politik yang mempunyai DAP di dalamnya.
“Kemenangan Umno kali ini bukan kerana kekuatan Umno atau perpaduan dalam Umno, kemenangan Umno kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutama kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh (Dato’ Seri) Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.
“Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu, mereka memberi sokongan kepada Umno,” katanya. Pandangan Tun itu ada benarnya. Momokan bahawa Melayu bakal hilang kuasa jika DAP bersama Pakatan Rakyat berjaya jatuhkan BN, diasak kukuh dalam pemikiran orang Melayu. Ia tidak berjaya mempengaruhi kesemua orang Melayu tetapi majoriti Melayu bersetuju dengan andaian itu lalu menolak Pakatan dalam PRU 13.
Hasilnya Umno menang 109 dari 120 kerusi Parlimen yang ditandingi parti itu atas nama BN. Jumlah keseluruhan kerusi BN ialah 133, bermakna hanya 13 kerusi yang dimenangi BN selain dari tiket Umno.
Pada PRU12, Umno menang hanya 79 dari 117 kerusi yang ditandingi. Hakikatnya, peningkatan 30 kerusi adalah tinggi. Secara teori ia berlaku begini: Gabungan rasmi Pakatan Rakyat, yang di dalamnya terdapat PAS, DAP dan PKR hanya terbentuk selepas PRU 12. Sebelum PRU 12, PAS hanya bersama PKR.
Manakala kerjasama tidak rasmi dengan DAP hanya untuk mempastikan berlaku pertandingan satu lawan satu pembangkang-BN.
Kerana tiada gabungan PAS-DAP, kuranglah momokan oleh BN bahawa “undi PAS, bermakna angkat DAP” pada PRU12.
Bermakna Umno menerima kesan buruk apabila PAS tidak bersama DAP, dari aspek sokongan undi Melayu.
Sekarang, situasi sebelum PRU 12 berulang. PAS kini kembali tidak bersama DAP. Malahan “berita baik” untuk para penyokong “terpaksa” Umno bahawa PAS bukan setakat tidak bersama tetapi telah berpatah arang dengan DAP. Apa lagi hujah Umno untuk mengaitkan bahawa, 1 undi untuk PAS bermakna satu undi untuk DAP seperti yang dicanangkan dalam PRU13?
Apabila PAS sudah tidak ditakuti oleh orang-orang Melayu maka ia menjadi fenomena yang menakutkan Umno. Malah Umno lebih takut kini kerana mereka juga sedang menghadapi perpecahan dalaman yang amat parah.
Dalam Umno terdapat dua kelompok besar, iaitu yang pro-Najib dan anti-Najib. Di peringkat bahagian dan cawangan, perpecahan antara kelompok menjadi lebih rencam.
Semuanya gara-gara perebutan kuasa yang berakar umbi dan semakin parah dari hari ke hari.
Dalam kalangan masyarakat Melayu yang merupakan undi teras Umno juga sudah hilang kepercayaan terhadap Umno. Skandal kewangan yang berlaku satu demi satu, bala besar yang datang bertimpa- timpa, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai matawang, tekanan GST yang mengakibatkan kenaikan kos sara hidup yang melampau; semua itu membeli kesan mendalam terhadap orang Melayu yang majoritinya adalah masyarakat pengguna.
Melayu kini bukan lagi Melayu tradisi zaman Hang Tuah yang hanya tahu menumpahkan taat setia secara membuta tuli kepada kerajaan yang memerintah. Melayu kini sudah kenal hak dan kepentingan diri. Mudah saja bagi mereka untuk menolak Umno, jika mempercayai bahawa Umno gagal membela kepentingan mereka. Apatah lagi jika alternatifnya PAS, juga orang Melayu/ Islam yang tidak lagi dilihat bersama DAP yang ditakuti mereka.
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang acapkali menekankan kepada para pendokong perjuangan agar menjayakan matlamat untuk mendominasi sokongan pengundi Melayu/Islam.
Ia sebagai jawapan terhadap persoalan yang sering ditimbulkan mengenai kebimbangan terhadap sokongan oleh bukan Melayu, ekoran perpisahan dengan DAP.
Presiden mahu PAS bangun dengan kekuatan sendiri yang lebih mantap dan tidak menumpang kekuatan pihak lain.
Mampukah PAS menguasai majoriti undi Melayu, mengatasi Umno? PAS telah membuktikannya selama 24 tahun di Kelantan.
PAS juga telah membuktikannya di Terengganu pada pilihan raya umum tahun 1999 dengan menjatuhkan BN serta hampir-hampir memenanginya PRU 13.
Di Kedah, majoriti undi Melayu pernah berpihak kepada PAS pada pilihan raya 1999. PAS menang 12 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri. Jika tidak kerana undi bukan Melayu berpihak pada BN di kala itu, PAS sudah berjaya tubuhkan kerajaan lebih awal dari 2008.
Apapun pada PRU 13 lalu, undi Melayu tidak memihak kepada PAS. Tanpa sokongan undi bukan Melayu, PAS hanya mampu menang tiga kerusi Dun di Kedah, bukan sembilan seperti yang diraih kini.
Cuma persoalannya, apakah strategi PAS kali ini untuk menguasai majoriti undi Melayu berbanding Umno?
Syarat utama yang pasti ialah PAS mesti dilihat sebagai hero Melayu/ Islam di negara ini, dalam kalangan masyarakat Melayu.
Fokuskan kepada persoalan asas yang menjadi keperluan Melayu/ Islam yang menyentuh hati nurani rakyat. Para profesional dalam PAS lebih arif untuk menyenaraikan agenda berindaknya.
Di samping mengenal pasti keutamaan, kenal pasti juga isu-isu nadiran yang sewajarnya dipinggirkan saja. Berkonfrontasi secara keterlaluan dan berpanjangan dengan parti serpihan, tidak membantu PAS meningkatkan sokongan pengundi Melayu. Masyarakat Melayu tidak gemar kepada kepimpinan yang dilihat asyik berbalah tak sudah-sudah. Maka mengelakkan perbalahan juga satu cara meningkatkan sokongan.
Sumber DD - 12-10-2015
Perwakilan MCA gesa Najib berundur berhubung skandal RM2.6b Posted on Monday, October 12 @ 09:47:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Pemuda MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan skandal RM2.6 bilion sekali lagi menjadi isu panas di AGM MCA.
Seorang perwakilan menggesa kepimpinan MCA untuk secara terbuka menggesa peletakan jawatan Najib, manakala seorang lagi bertanya sama ada MCA mendapat bahagiannya dari "dana politik" RM2.6 bilion itu.
Perwakilan Cheras, Heng Sinn Yee berhujah bahawa MCA perlu mengambil tindakan untuk mengetahui sama ada Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri menutup isu 1MDB dan skandal RM2.6 bilion skandal.
"(Najib) telah menerima berbilion-bilion ringgit, tetapi tidak mengisytiharkan, dan malah beliau memindahkan dana itu ke dalam akaun bank peribadinya," katanya.
Selain itu, dakwanya, berlaku salah guna kuasa satu lepas satu; penggantian timbalan perdana menteri dan peguam negara; rombakan kabinet dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Menurutnya, sesiapa sahaja akan percaya bahawa terdapat perkara-perkara yang mencurigakan berlaku.
Menurut Heng lagi, bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berdepan dengan kemungkinan disaman selepas selepas secara terbuka menuntut perletakan jawatan Najib, tetapi Ling telah mencabar Najib berjumpanya di mahkamah.
Bagaimanapun, MCA berkata ia adalah "kenyataan peribadi" Ling dan menjauhkan diri dari bekas presiden MCA itu.
Pendirian itu, tegas Heng, telah mengecewakan rakyat.
Oleh itu, beliau menggesa MCA supaya mengikut tuntutan rakyat dan secara terbuka menuntut penjelasan Najib mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion skandal.
MCA, tambahnya, perlu menjadi parti politik yang bertanggungjawab dan meminta Najib menjelaskan isu 1MDB dan dana yang tidak diketahui yang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.
Menurutnya lagi, MCA sepatutnya meminta beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan membiarkan SPRM, Bank Negara dan pihak polis untuk menjalankan tugas mereka secara bebas dan tanpa gangguan.
'Berapa banyak MCA dapat?'
Sementara semua perwakilan mensasarkan Najib dan skandal RM2.6 bilion, perwakilan Pulai, Tan Man Lee mengemukakan satu soalan yang menarik kepada kepimpinan MCA.
Najib, katanya, telah mendakwa bahawa RM2.6 bilion itu adalah "sumbangan politik" untuk pilihan raya umum ke-13.
"Saya ingin mengemukakan satu soalan kepada pemimpin di atas pentas, yang juga merupakan soalan yang membingungkan satu juta ahli MCA.
"PM pernah berkata RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik dan sumbangan ini telah dibelanjakan untuk PRU13.
"Menurut PM, RM2.6 bilion telah diperuntukkan kepada ahli parti masing-masing. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kepimpinan kita? Berapa banyak yang anda dapat," tanya Tan. - Malaysiakini
Sumber TKO - 12-10-2015
Saya tidak akan buat laporan polis terhadap Najib, kata Dr Mahathir Posted on Sunday, October 11 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Meskipun banyak kritikan lantang dibuat terhadap Datuk Seri Najib Razak, terutamanya mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan membuat sebarang laporan polis terhadap pemimpin itu.
Bekas perdana menteri itu menegaskan, beliau tidak akan membuat laporan polis terhadap mana-mana individu atau kes tanpa bukti mencukupi.
"Cara untuk menjatuhkan Najib adalah daripada undi tidak percaya, tetapi ia memerlukan jumlah undi yang mencukupi.
"Saya tidak akan buat laporan polis menentang sesiapa.
"Saya tidak punya cukup bukti. Walaupun saya tahu duit itu hilang, tetapi saya tidak tahu ke mana duit itu," katanya merujuk kepada dana yang didakwanya hilang dari firma pelaburan milik Kementerian Kewangan itu.
Beliau berkata demikian kepada wartawan di Kuala Lumpur malam ini selepas ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis menentang Najib berhubung skandal kewangan 1MDB.
Terdahulu, Dr Mahathir menerima Anugerah Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) sebagai penghargaan atas sumbangan beliau kepada pembangunan seni bina di Malaysia.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu sebelum ini lantang mengkritik Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB dan isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Pelbagai kenyataan dikeluarkan mendesak Najib berundur sebagai perdana menteri termasuk menggesa pengundi Najib di Pekan, Pahang tidak mengundinya pada pilihan raya akan datang.
Sumber TKO - 11-10-2015 Kepercayaan rakyat musnah akibat BN yang mungkir janji
Posted on Saturday, October 10 @ 16:41:52 MYT by paktam
Oleh Alyaa Alhadjri Jelas bahawa rakyat semakin hilang keyakinan dan kepercayaan kepada pentadbiran, apabila begitu banyak janji yang dimungkiri kerajaan Barisan Nasional.
Tempat teratas dalam senarai ini tentunya janji Perdana Menteri Najib Razak untuk memulakan reformasi sivil dan ikrarnya bahawa undang-undang lapuk seperti Akta Hasutan 1948 tidak akan disalahguna.
Tangkapan terhadap bekas ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Bakar di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) juga mencetuskan kebimbangan sejumlah 38 pertubuhan masyarakat sivil, yang undang-undang itu telah disalahgunakan untuk menjaga kepentingan pihak tertentu.
“Sosma pada asalnya dibentangkan oleh kerajaan sebagai langkah anti-keganasan dan keselamatan negara, dan ia membenarkan tahanan tanpa bicara selama 28 hari. Tiada tuduhan atau bukti yang menunjukkan Khairuddin memiliki latar belakang keganasan.
“Sebaliknya Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata dengan jelas bahawa Khairuddin ditahan kerana membuat laporan di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom berhubung skandal kewangan melibatkan 1MDB,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Dalam sidang media 7 Oktober lalu, presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Ambiga Sreenevasan berkata, walaupun ketika Akta Keselamatan Dalam Negeri digubal dahulu, ia dengan janji bahawa hanya digunakan terhadap pemberontak komunis.
“Janji ini juga termaktub di bawah Seksyen 4(3) Sosma, yang menyatakan tiada siapa yang akan ditahan hanya kerana kegiatan dan pegangan politik mereka,” katanya lagi.
Ambiga berkata lagi, sebab penahanan Khairuddin juga tidak jelas.
CEO Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Saifuddin Abdullah berkata, beliau percaya tindakan itu diambil bagi menakut-nakutkan ahli Umno yang lain.
“Pemimpin tertinggi Umno mahu memastikan beliau (Khairuddin) menutup mulut, pada masa sama menimbulkan ketakutan pada ahli Umno agar turut menutup mulut mereka.
“Pimpinan tertinggi faham bahawa secara praktikalnya, Umno-lah yang boleh menjatuhkan perdana menteri,” kata ahli Umno tersebut.
Beliau kini berhadapan kemungkinan tindakan disiplin kerana menghadiri majlis pelancaran Pakatan Harapan.
Saifuddin berkata lagi, kini masa untuk melihat jika kerajaan mengamalkan dwi-piawai dalam menggunakan Sosma.
“Saya tidak takut (untuk ditangkap) tetapi adakah mereka berani menahan Dr Mahathir Mohamad?” katanya lagi.
Khairuddin dikenali sebagai penyokong Mahathir. Beliau ditahan pada 23 September lalu selama 28 hari di bawah Sosma selepas ke beberapa negara untuk meminta pihak berkuasa luar menyiasat 1MDB.
Ini berikutan siri laporan akhbar US, Wall Street Journal yang berhubung kegiatan meragukan melibatkan syarikat pelaburan milik negara tersebut.
Sementara itu pengarah eksekutif Institut Rakyat Yin Shao-Loong berkata, tiada keperluan untuk menahan mana-mana individu tanpa bicara jika ada bukti cukup untuk mendakwanya di mahkamah dengan undang-undang sedia ada.
Tambahnya lagi, pada masa ini, satu-satunya cara yang boleh digunakan untuk menyingkirkan Najib adalah melalui Umno sendiri.
“Semua mekanisme kebertanggungjawaban yang boleh digunakan terhadap perdana menteri telah diruntuhkan. Malah langkah undi tidak percaya di Parlimen juga telah ditolak Speaker, walaupun tindakannya itu boleh diperdebatkan.
“Satu-satunya proses yang tinggal adalah untuk Umno – parti pemerintah – menyingkirkan pemimpin mereka,” katanya lagi.
Setiausaha agung Umno Tengku Adnan Mansor sebelum ini menimbulkan tanda tanya ketika berkata Umno memantau “tujuh pemimpin” yang mungkin melanggar peraturan parti.
Antara nama yang disyaki adalah Saifuddin sendiri dan tokoh veteran Umno Sanusi Junid. Kedua-duanya secara terbuka berkata yang mereka tidak takut untuk bersuara.
Berbanding menimbulkan ketakutan terhadap ahli Umno, barangkali tindakan terbaru itu hanya menguatkan persepsi bahawa Najib seorang pemimpin yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri. - theantdaily.com
Sumber DD - 10-10-2015
Mahathir: Malaysia sudah jadi negara paria Posted on Friday, October 09 @ 20:28:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol
Selepas seorang lagi ditahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam isu berkaitan 1MDB, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluarkan kenyataan kerasnya.
“Di mata dunia, Malaysia sudah menjadi negara paria, negara yang sesiapa sahaja boleh diheret dan disoal siasat oleh polis, ditahan dan didakwa melalui undang-undang yang disalah guna dalam negara ini,” katanya.
Mahathir membangkitkan penahanan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan terbaru peguamnya Matthias Chang bawah Sosma.
Mereka dikaitkan dengan dakwaan cuba mensabotaj negara ini selepas Khairuddin membuat laporan berkaitan isu 1MDB di luar negara, termasuk biro siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.
Katanya, ramai orang yang tahu berkaitan dakwaan salah laku dalam kes 1MDN tidak akan tampil kerana bimbang ditahan bawah Sosma. - MK
Sumber TKO - 9-10-2015
Negara Menanti Pengganti Najib, Anwar "Come Back"
Posted on Friday, October 09 @ 12:31:56 MYT by paktam
oleh WFAUZDIN NS NAJIB tidak perlu lagi bertahan dengan kuasa. Apabila sampai ke tahap institusi Raja pun sudah mula bersuara, tokoh-tokoh profesional, ahli-ahli perniagaan, apatah lagi tokoh-tokoh politik, dan paling jelas rakyat mahu Najib berundur, beliau tiada pilihan.
Samada Najib takut untuk bersara, beliau mesti turun dari pejabatnya di Putrajaya. Rakyat tidak mempersoalkan sangat siapa akan menggantikannya, yang penting Najib kena turun.
Peluang telah diberikan kepadanya untuk menjadi PM yang paling tidak pun lebih baik sedikit dari Pak Lah. Malangnya, Najib lebih teruk dari Pak Lah.
Negara merasa malu ada PM seperti Najib yang merupakan satu-satunya PM yang suka tabur wang tunai kepada rakyat melalui BRIM untuk mengatasi masalah rakyat. Nama negara begitu tercemar di luar negara.
Tiada negara di luar sana yang tidak tahu isu 1 MDB atau wang RM 2.6 Bilion di dalam akaunnya. Kisah pembunuhan Altantuya juga begitu hangat diperkatakan di dalam media-media asing. Sehingga kini tiada siapa boleh menjawab bagaimana Sirul, salah seorang yang didapati bersalah terlibat di dalam pembunuhan Altantuya boleh berada di luar negara.
Siapa tahu, siapa yang arahkan Altantuya dibunuh dengan begitu kejam? Tiada siapa yang tahu bahkan mahkamah juga tidak pernah diberitahu tentang itu.
Terlalu banyak yang boleh kita sebut sebagai bukti untuk menyatakan betapa pentingnya Najib turun dari takhta.
Jika kita benar-benar sayang kepada negara tercinta ini melebihi kasih sayang kita kepada Najib atau Rosmah, kita mesti bersedia untuk mendesak Najib dan Rosmah balik ke Pekan dan bersara. Negara ini bukan ditentukan oleh rakyat atau ahli-ahli Umno di Pekan sahaja.
Jika Tun Mahathir yang terkenal dengan kezalimannya di penghujung pemerintahannya pun menyebut Najib zalim, adakah kita mahu katakan Najib adalah PM terbaik?
Siapa patut ganti Najib? Jika ditanya kepada penyokong-penyokong Umno sekarang, sudah pasti masih ramai yang mahu Najib atas sebab-sebab ada kepentingan atau kejahilannya tentang berbagai isu di dalam negara ini.
Tidak kurang juga ada di antara mereka yang mahu Muhyiddin, mantan Timbalan Presiden Umno yang juga mantan TPM diangkat sebagai PM.
Bagi kami di dalam Pakatan Harapan, pilihan terbaik kami adalah DS Anwar Ibrahim dan kami yakin Anwar akan membuat 'come back' secepat mungkin.~http://wfauzdin.blogspot.my/
Sumber DD - 9-10-2015
Gerakan veteran Umno bakal cetus gelombang
Posted on Friday, October 09 @ 12:10:02 MYT by paktam
Oleh Mohd Azhar Abd Rahman Satu demi satu personaliti Umno yang menyinar karier politik mereka satu masa dahlu bangkit bersuara lanjutan daripada serangan bertubi-tubi Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak terutamanya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma 2.6 bilion.
Nama-nama yang pada anggapan ramai sudah boleh disemadikan dalam “Muzium Umno” tidak semena-mena muncul membawa keris masing-masing menghunus ke arah Najib atas kelemahan beliau menguruskan hal ehwal pentadbiran dalam negara.
Bermula dengan Dr Mahathir, rakan sekutunya, Tan Sri Sanusi Junid turut menyatakan desakan sama meminta Najib berundur.
Sebelum itu, Tan Sri Zainudin Maidin turut membuat desakan yang sama apabila melihat Najib seakan-akan tidak menghiraukan gesaan bekas perdana menteri Dr Mahathir.
Tan Sri Rafidah Aziz, yang satu ketika dahulu turut pernah dikritik Dr Mahathir juga bersuara mengkritik cara Najib menguruskan ekonomi negara yang kian tenat.
Tidak ketinggalan, Tun Daim Zainudin apabila beliau menyatakan keraguannya terhadap sokongan Umno kepada Najib pada ketika ini.
Tan Sri Sabbaruddin Chik juga antara veteran Umno yang pernah memegang jawatan setiausaha agung menyokong tindakan Dr Mahathir yang mahu Najib meninggalkan kerusi perdana menteri bagi memperbaiki keadaan yang semakin meruncing.
Dipercayai ramai lagi yang akan mengikut jejak langkah mereka kerana Umno dikatakan boleh ranap seandainya Najib terus berada di takhta.
Kesemua bekas pemimpin Umno ini merupakan penggerak parti dan menteri Kabinet satu masa dahulu dan mereka juga tahu ruang-ruang yang ada dalam kerajaan untuk merompak.
Atas sebab itu mereka melihat “rompakan” yang dibuat Najib ternyata begitu melampau sehingga memberi kesan kepada keadaan ekonomi negara.
Mungkin kerana sudah dimamah usia, kesedaran kepada mencegah kemungkaran mula timbul dalam kehidupan mereka.
Tidak mustahil, dengan kemunculan tokoh-tokoh veteran Umno ini, satu gelombang besar akan melanda Umno dengan gerakan yang dilihat semakin membesar. Najib yang masih mengharapkan Kabinetnya bertahan dengan serangan dari luar dan dalam dilihat semakin hilang upaya.
Terbaru gesaan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu isu 1MDB diselesaikan secepat mungkin memberi mesej yang sangat jelas apa yang diperkatakan ramai pihak sebelum ini berasas.
Lalu timbul pula kalimah “derhaka” seandainya tindakan tidak dibuat mengikut saranan majlis itu mengikut tafsiran Datuk A Kadir Jasin.
Benar-benar menghimpit. Itulah keadaan Najib ketika ini.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada awal pelantikannya sebagai timbalan perdana menteri dilihat gagah, sejak akhir-akhir ini juga kian hilang arah untuk mempertahankan bosnya itu.
Dalam suasana ketika ini, tidak mustahil, seandainya kesemua pengkritik yang memegang status veteran Umno ini bersepakat membawa suara dan pandangan mereka secara bersama dan mengenepikan cerita lama, meletakkan gesaan Majlis Raja-raja sebagai asas kebersamaaan, tsunami besar dalam Umno akan berlaku.
Sekiranya tsunami ini berlaku dalam masa terdekat, Umno kembali berpeluang menyusun kekuatan untuk berdepan dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Jika tidak, bersedialah untuk mengambil alih peranan sebagai pembangkang di Parlimen.
Posted on Friday, October 09 @ 11:59:06 MYT by paktam
Oleh Mohsin Abdullah Serba tidak kena nampaknya Datuk Seri Najib Razak. Daripada serangan keras berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad, reaksi Wall Street Journal dan Tun Ling Liong Sik terhadap gertaknya menyaman mereka, tindakan undang-undang Anina Saaduddin ke atas dirinya sendiri sehingga kepada gambar bersalaman mesra dengan Benjamin Nentayahu.
Banyak lagi sebenarnya. Tetapi masalah utama terkini tentulah titah raja-raja Melayu berhubung 1MDB.
Ada yang melihat itu sebagai "tanda" raja-raja Melayu sudah hilang keyakinan terhadap perdana menteri. Walaupun bahasa yang digunakan tidak keras (tapi tegas) dan tanpa menuding jari.
Media pro Umno tidak memberi keutamaan terhadap titah berkenaan. Tetapi umum tahu juga raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan siasatan 1MDB secepat mungkin dan ambil tindakan ke atas pihak yang terlibat.
Sebelum ini beberapa pihak menuduh kerajaan khususnya Najib, "sengaja melengahkan" siasatan. Malah ada yang mendakwa Najib "membantutkan" siasatan dengan mengambil beberapa langkah termasuk memindah atau menghentikan khidmat penyiasat dan mengambil tindakan udang-undang ke atas pengadu.
John Pang, fellow kanan di S Rajaratnam School of International Studies di Singapura berpendapat Najib kini kelihatan semakin terpinggir. Isolated, katanya.
"Kenyataan raja-raja Melayu itu menggambarkan beliau (Najib ) sudah hilang keyakinan raja,” menurut Pang seperti dipetik akhbar The New York Times.
Sambil mengambil kira raja-raja "tidak pernah menyentuh secara spesifik urusan kerajaan" (sebelum ini), Pang percaya kenyataan mereka sekarang memberi semangat kepada perkhidmatan awam dan kumpulan masyarakat sivil yang sememangnya selama ini tidak senang dengan skandal 1MDB.
Bagi Datuk Mahfuz Omar daripada PAS, raja-raja Melayu seterusnya mesti "paksa" Najib berundur.
Namun rakannya, Salahuddin Ayub daripada Parti Amanah Negara berkata Najib mesti berbuat demikian dengan sendiri kerana titah raja-raja Melayu dilihat sebagai isyarat jelas Najib "mesti letak jawatan serta merta".
Katanya, Najib gagal meyakinkan semua pihak termasuk raja-raja Melayu mengenai 1MDB dan isu peribadi.
"Kenyataan raja-raja boleh diinterpretasikan sebagai nasihat kepada Najib letak jawatan perdana menteri kerana beliau tidak mampu selesaikan isu 1MDB yang mempunyai kesan ke atas ekonomi negara.”
Itu pandangan Salahuddin.
Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno sudah mula "tightening the screws" ke atas Najib.
Muhyiddin syak ada "tangan tersembunyi yang melindungi" 1MDB kerana siasatan "nampak macam terganggu".
"Seolah-olah ada tangan tersembunyi yang mahu tutup perbuatan salah pihak tertentu", kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.
Menurut Muhyiddin, apabila raja-raja bertitah mengenai 1MDB baginda sekalian percaya 1MDB satu isu yang besar. Lantas beliau mahu Najib menjunjung titah raja-raja dengan segera.
"Orang yang patut melaksanakan perintah raja ialah perdana menteri selaku ketua kerajaan,” katanya.
Pelbagai pihak sebelum ini menggesa Najib akur dengan titah raja sementara bekas orang nombor satu NSTP, Datuk Kadir Jasin menyifatkan sebarang keengganan Najib melaksanakan titah berkenaan sebagai "satu penghinaan terhadap raja-raja Melayu".
Kata seorang bekas aktivis Umno:"Cari Panadollah Najib."
Kita semua tahu apa itu "Panadol" dan untuk apa.
Sumber DD - 9-10-2015
Ling belum jawab tuntutan Najib secara rasmi
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik masih belum menjawab secara rasmi tuntutan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap perdana menteri.
Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata Ling masih mempunyai masa untuk berbuat demikian sehingga Isnin ini kerana tempoh yang diberi adalah selama tujuh hari.
Katanya Ling berkemungkinan telah berunding dengan peguam dan pihaknya hanya akan melakukan tindakan seterusnya selepas tempoh tersebut.
"Kita tunggu sehingga tujuh hari. Kita tunggu hitam putih (secara rasmi). Kita hantar secara rasmi, kita tunggu jawapan rasmi. Saya yakin Ling akan balas. Sehingga kini saya masih belum memperoleh apa-apa jawapan," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Pada 5 Okt lalu, firma guaman Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak diarahkan oleh perdana menteri supaya mengambil tindakan dan menuntut penarikan balik, permohonan maaf dan ganti rugi berhubung kenyataan yang diterbitkan menerusi artikel bertajuk 'MCA's Liong Sik Joins Call For Najib's Ouster For allegedly Putting People's Money in His Own Pocket'.
Artikel itu disiarkan Malay Mail online pada 3 Okt lepas dan masih boleh dilayari masyarakat umum menerusi jaringan sejagat.
Najib memfailkan tindakan tersebut atas kapasiti peribadi dan surat tuntutan itu diserahkan di rumah Ling di Bukit Damansara. - Bernama Sumber HD - 9-10-2015
Adakah Umno masih disokong ahli-ahli pengasasnya?
Posted on Thursday, October 08 @ 14:27:41 MYT by paktam
Oleh Lokman Mustafa
Semasa kanak-kanak, setiap kali saya melawat arwah datuk, saya sentiasa melihat sijil keahlian Umno yang tergantung di dinding rumah kayunya.Sebagai ketua kampung dalam kawasan Kuala Lipis, Pahang, datuk saya mungkin antara salah seorang ahli pengasas parti politik tersebut di kampung kami.
Berdasarkan sejarah penentangan pejuang Melayu terhadap sistem residen British di negeri itu, saya merasakan yang datuk saya berkemungkinan besar menyertai Umno kerana perjuangan anti penjajahnya semasa tahun-tahun menjelang kemerdekaan.
Selain itu, terdapat juga sekeping gambar datuk bersama Najib Razak yang diambil di stesyen keretapi Kampung Mela pada awal 1980-an, ketika Najib menjadi menteri besar Pahang.
Sebelum 1990-an, penduduk di Pahang jarang sekali menyertai parti politik lain, termasuklah PAS.
Umno dilihat sebagai satu-satunya organisasi politik yang memperjuangkan orang Melayu dan mempertahankan pemerintah Melayu.
Hari ini, sekiranya datuk saya masih hidup- dia meninggal pada awal 1990-an- saya tidak pasti samada dia masih akan menyokong Umno atau Najib.
Setahu saya, tiada seorangpun anaknya merupakan ahli berdaftar parti.
Dalam media arus perdana, Najib disanjung sebagai pemimpin berkaliber yang menghadiri Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York baru-baru ini, sebelum berlepas ke Itali untuk lawatan rasmi.
Dia juga seringkali digambarkan sebagai pemimpin yang disayangi oleh pengundi di Pekan, yang kebetulan merupakan tempat lahirnya.
Tetapi selain daripada itu, saya tidak berapa pasti sejauh manakah penduduk Pahang kini menyokong presiden Umno sekarang.
Di Temerloh misalnya, ada beberapa orang lagi pemimpin yang dihormati seperti Saifuddin Abdullah (Umno) dan Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
Sebaliknya di Raub, menyaksikan kebangkitan Mohd Ariff Sabri (DAP), sementara di Kuantan pula, ada Fuziah Salleh (PKR).
Malah hakikat yang wujud, populariti Najib di Pekan mengalami ujian berat sewaktu pilihanraya umum 1999.
Ketika itu, dia hanya mampu meraih 13,148 undi berbanding calon PAS Ramli Mohamed, dengan 12,907 undi.
Bagaimanapun, selepas bekerja keras untuk mengubah nasibnya, Najib berjaya memperolehi majoriti 22,922 undi dalam pilihanraya umum 2004.
Dalam PRU 13, Fariz Musa dari PKR berjaya mendapatkan 15,665 undi menentang Najib yang memperolehi 51,287 undi.
Maka, kemenangan besar dengan majoriti 35,613 untuk perdana menteri.
Bagaimanapun pada Feb 2015, laman berita Selangorku melaporkan Kajian Bebas Merdeka Centre yang mengatakan penerimaan rakyat Malaysia kepada Najib menurun kepada 44 peratus, berbanding 48 peratus pada Oktober 2014.
Kajian itu juga mendapati yang tahap penerima Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib kekal pada tahap 38 peratus.
“Sekiranya anda lihat tahun 1999, situasi yang sangat pelik. Majoriti undi untuk saya jatuh mendadak, saya rasa, sehingga 214 undi,” Najib dipetik berkata dalam laporan berita pada tahun 2010, bertajuk “PRU 1999: Saya mangsa konflik Mahathir-Anwar”.
“Hayat dalam politik boleh menjadi singkat sekiranya anda berada dalam kumpulan yang salah,” katanya dalam laporan The Malaysia Insider.
Arwah datuk saya Ahmad Bek meninggal pada usia 77 tahun. Walaupun pengikut Umno yang setia, dia tidak pernah terlibat langsung dalam politik.
Rumah di kampung yang saya lawati semasa kecil sudah lama ditinggalkan. Sijil Umno yang tergantung di dinding mungkin sudah menjadi debu.
Selain itu, kenangan saya tentang kampung kecil di Kuala Lipis juga menjadi semakin kabur.
Tetapi buat saya, ianya bukanlah tragedi sebenar.
Kerana tragedi sebenar ialah ketika Umno tidak lagi menerima sokongan, walaupun daripada ahli-ahli terawalnya sendiri.
Sumber DD - 8-10-2015
Siapa lebih demokratik Dr Mahathir atau Najib?
Posted on Thursday, October 08 @ 14:23:01 MYT by paktam
Oleh Syed Rosli Jamalullail Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menghalang penentangnya yang secara terbuka mencabarnya ketika masih menduduki kerusi presiden Umno, dalam satu posting di blognya semalam yang ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya bertindak secara tidak demokratik.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau membiarkan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam, yang pada akhir 1980-an cuba bertanding merebut jawatan presiden dan timbalan presiden, berkempen melawannya.
"Mereka berhajat menjatuhkan saya. (Tetapi) Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli Umno dan ahli Umno tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka.
"Bahagian-bahagian Umno menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan pada masa-masa lain," kata negarawan itu dalam tulisannya.
Katanya, tindakan kerajaan hari ini yang mengugut bertindak terhadap rakyat dan melarang ahli Umno daripada mendengar syarahan politik menunjukkan ia tidak lagi demokratik.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada lawatannya ke Tawau pada Isnin, yang menurutnya tidak dapat dihadiri ahli Umno Sabah.
Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan berjaya menempuhi beberapa percubaan untuk mencabar kepimpinan beliau dalam Umno berkata beberapa bahagian parti malah mencalonkan Tengku Razaleigh dan Musa untuk kedua-dua jawatan tertinggi parti.
Tetapi katanya, beliau tidak menganggap mereka "musuh yang perlu diambil tindakan".
"Tidak ada larangan terhadap pencalonan oleh mereka kerana ini memang cara demokrasi," katanya.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata Najib kini berkelakuan seolah-olah kedudukannya sebagai presiden Umno sedang diancam, seperti dapat dilihat melalui tindakan diambil terhadap ahli dan pemimpin parti yang mengkritik perdana menteri dan firma pelaburan negara hasil ilham beliau, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Tetapi sekarang, presiden Umno belum pun dicabar secara rasmi sudah tidak benar saya berjumpa dengan pemimpin dan ahli Umno," tulis beliau.
Benarkah Najib tidak demokratik? Siapa yang tidak demokratik? Najib atau Dr Mahathir?
Kumpulan 11 mencabar keputusan pemilihan presiden Umno pada 24 April 1987 kerana ada perwakilan yang tidak sah menjadi pengundi.
Sebaliknya Dr Mahathir yang takut dicabar kali kedua oleh Ku Li rela lihat Umno yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 diharamkan oleh mahkamah.
Beliau menubuhkan Umno (baharu) pada 1988 dan kemudiannya menipu rakyat kononnya Umno baharu itu adalah kesinambungan Umno yang dilahirkan pada 11 Mei 1946.
Dr Mahathir sanggup menipu sejarah. Untuk mengelakkan Umno baharu tidak diganggu gugat, Dr Mahathir tidak membenarkan Ku Li dan Musa menyertai Umno (baharu).
Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri besar Johor terpaksa membuat Perhimpunan Melayu Johor untuk membawa masuk Musa semula ke dalam Umno.
Ku Li tiada pilihan terpaksa menggunakan Parti Semangat 46 untuk menghidupkan semula Umno lama.
Selepas gagal dalam 2 pilihan raya umum 1990 dan 1995, akhirnya Ku Li kembali ke dalam Umno dan membubarkan Semangat 46.
Apabila Dr Mahathir menubuhkan Umno (baharu), Dr Mahathir tidak membenarkan orang menentangnya bagi jawatan presiden Umno.
Maka beliau perkenalkan sistem kuota. Nak bertanding jawatan presiden, kena ada pencalonan mencukupi.
Begitu juga jawatan timbalan, naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Sebaliknya Umno lama memerlukan 2 pencalonan sahaja. Adakah cara Dr Mahathir ini demokratik?
Apabila Najib mengetuai Umno pada 2009 maka Najib hapuskan sistem kuota ini dan sesiapa sahaja boleh bertanding jawatan.
Kalau benar Muhyiddin rasa kuat, tentanglah Najib pada pemilihan Umno pada 2018 nanti.
Dr Mahathir yang merosakkan tradisi pemilihan Umno 3 tahun sekali. Dahulu pemilihan Umno setiap 3 tahun 1981, 1984,1987, 1990, 1993 dan 1996.
Kemudian beliau ubah selepas pilihan raya umum 1999. Tun Abdullah Badawi mengikut langkah Dr Mahathir membuat pemilihan selepas pilihan raya umum 2004 dan 2009.
Najib teruskan tradisi ini selepas pilihan raya umum 2013.
Sekarang Dr Mahathir marah kerana kononnya ahli Umno disekat mendengar ucapannya di Tawau.
Itu hak ahli Umno nak pergi dengar atau tidak. Tetapi kalau Dr Mahathir terus jual temberangnya siapa lagi nak dengar ucapannya kerana beliau terlalu emosi mahu menjatuhkan Najib
Sepatutnya beliau bersyukur Najib melantik anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri walaupun kalah bertanding ketua Pemuda Umno pada 2009.
Sebaliknya Khairy Jamaluddin yang menang ketua Pemuda tidak dapat menjadi menteri. Tetapi Pak Lah tidak menghentam Najib walaupun menantunya tidak jadi menteri.
Kalau Dr Mahathir masih perdana menteri, sudah ramai pembangkang yang mengkritiknya disumbat dalam ISA tetapi Najib menghapuskan ISA.
Walaupun Sosma dianggap sebagai lebih zalim daripada ISA tetapi Najib tidak menyalahgunakan Sosma untuk kepentingan peribadi.
Sosma digunakan untuk menahan orang gila macam Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang sanggup menjaja isu 1MDB ke luar negara.
Jadi siapa yang lebih demokratik, Dr Mahathir atau Najib? – 8 Oktober, 2015.
* Penulis adalah penolong setiausaha Pemuda Umno, Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor.
Sumber DD - 8-10-2015
Muhyiddin dakwa seolah ada 'tangan ghaib' tutup kesalahan isu 1MDB Posted on Wednesday, October 07 @ 22:54:19 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata titah Majlis Raja-Raja Melayu semalam yang mahu kerajaan menyelesaikan segera siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas, menunjukkan keprihatinan baginda sekalian terhadap kemelut yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat pada kerajaan.
"DYMM Raja-Raja, pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ia melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara," bekas timbalan perdana menteri itu dalam satu kenyataan.
"Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara," kata lagi.
Dalam kenyataannya juga, timbalan presiden Umno itu mendakwa seolah-olah terdapat "tangan ghaib" yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak tertentu berhubung perkembangan siasatan dan pendakwaan skandal itu yang dianggapnya "amat mendukacitakan".
"Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala.
"Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali," katanya.
Berikut adalah kenyataan penuh Muhyiddin:
Saya amat menyambut baik dan menjunjung kasih titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap piha-pihak yang terlibat.
Titah yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad semalam menunjukkan keprihatinan DYMM Raja-Raja terhadap kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
DYMM Raja-Raja, pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ia melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.
Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara.
Titah DYMM Raja-Raja dalam hal ini amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.
Oleh kerana DYMM Raja-Raja telah bertitah menggesa kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan kemelut 1MDB, maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah YAB perdana menteri selaku Ketua Kerajaan.
Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu YAB perdana menteri sendiri.
Beliau mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi-agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak.
Lebih penting lagi, jika hasil siasatian mendapati terdapat pihak-pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan undang-undang perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.
Sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berhubung skandal 1MDB.
Sepertimana yang dilaporkan oleh media, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah membuat kenyataan bahawa BNM telah pun menyelesaikan siasatan berhubung transaksi 1MDB dan hasil siasatan telah diserahkan kepada peguam negara pada Ogos yang lalu.
Jika hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.
Saya khuatir, oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis.
Adalah wajar bagi peguam negara tampil dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini.
Mengambil semangat titah DYMM Raja-Raja berhubung kemelut 1MDB, agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya terlibat dalam Pasukan Petugas Khas siasatan terhadap 1MDB mesti diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk meneruskan siasatan terhadap syarikat ini hingga selesai dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Begitu juga dengan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Keanggotaan PAC mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa ini meneruskan siasatan mereka terhadap 1MDB.
Amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.
Masyarakat umum juga tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Laporan awal mengenainya telah pun diserahkan kepada PAC.
Dengan siasatan oleh PAC yang tergendala setakat ini, masyarakat umum pastinya ingin mengetahui status laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
Pada hemat saya, perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan. Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala.
Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Saya juga berasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB.
Yang terbaharu ialah penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 semata-mata kerana tindakan beliau membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa di luar negara berhubung transaksi 1MDB.
Seingat saya SOSMA adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan atau terrorisme.
Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan?
Adakah 1MDB kini telah menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita? Saya tidak fikir begitu.
Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal. 1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara.
Memandangkan DYMM Raja-Raja telahpun bertitah menggesa kerajaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit, maka pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali.
Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya. Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berasaskan perlembagaan dan undang-undang negara dalam menyelesaikan kemelut 1MDB bukan sahaja akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis malah mencemarkan nama Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.
Dalam beberapa lawatan saya ke luar negara yang mutakhir ini, saya sering ditanya oleh pemimpin negara luar tentang isu 1MDB. Mereka berasa amat hairan dengan apa yang terjadi kepada negara kita.
Mereka tidak percaya sebuah syarikat pelaburan strategik negara menanggung hutang berbillion ringgit dan menghadapi masalah aliran tunai yang kronik sehingga tidak mampu untuk membayar hutang-piutang syarikat. Lebih malang jika wang dalam kantung syarikat ini juga telah lesap.
Malaysia adalah sebuah negara yang amat dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan diyakini oleh para pelabur dan pedagang di seluruh dunia. Janganlah kita biarkan kemelut 1MDB mencemarkan nama baik Malaysia. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi kerajaan dan pihak berkuasa negara kita menjunjung sepenuhnya titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Sumber TKO - 7-10-2015
Sanusi Junid Antara 7 Pemimpin Dipantau Umno? Posted on Wednesday, October 07 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Kemunculan semula veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid yang dilihat mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak akhir-akhir ini mencetuskan persoalan antara tujuh pemimpin yang berada dalam pemantauan parti itu.
Sinar Harian melaporkan spekulasi bertiup kencang apabila nama Sanusi dikatakan sebagai salah seorang daripada tujuh pemimpin Umno yang dipantau.
Sanusi berkata, beliau sanggup memberi keterangan bila-bila masa sahaja kepada Jawatankuasa Disiplin Umno sekiranya namanya dikaitkan dengan tujuh pemimpin Umno yang dipantau kerana dikatakan melanggar parti.
Namun katanya, beliau masih belum menerima sebarang panggilan daripada Jawatankuasa Disiplin parti sehingga hari ini.
“Saya memang suka orang hendak bersyarah ini, saya boleh beri penerangan bila-bila masa sahaja, awak panggil saya datang, masalahnya Umno tidak mahu panggil,” katanya ketika sidang media selepas berakhirnya Program Bicara Minda dan sesi dialong bersamanya, di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Kelmarin, Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencetuskan tanda tanya selepas mendedahkan tujuh pemimpin Umno dipantau kerana dikatakan melanggar disiplin parti.
Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan bagaimanapun tidak mendedahkan individu yang terlibat dan sebabnya.
- The Rakyat Post
Sumber TKO - 7-10-2015
Semua ini menakutkan ahli Umno, kata
Mahathir
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan menuduh sesiapa yang mendedah kesalahan Najib sebagai percubaan mengguling kerajaan secara tidak demokratik.
Demikian tulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya, hari ini.
"Sebenarnya kerajaanlah yang dengan mengugut bertindak terhadap rakyat, melarang ahli Umno dari mendengar syarahan politik, kerajaan sudah tidak demokratik lagi," ujarnya lagi.
Berikut tulisan penuh beliau yang bertajuk Tawau.
1. Saya berada di Tawau pada 5 Oktober di atas jemputan dari seorang bekas calon parti lawan.
2. Ramai ahli UMNO di Sabah tidak dapat hadir bicara negarawan yang diadakan kerana dianjur oleh bukan UMNO. Kata mereka SUA UMNO amat marah jika ada ahli atau pemimpin yang hadir diperhimpunan ini.
3. Sesungguhnya saya sudah 15 tahun tidak ke Tawau. Sebab itu walaupun jemputan datang dari musuh UMNO saya terima kerana saya ingin lihat perubahan di Tawau. Kalau nak tunggu UMNO jemput, sampai bila pun saya tidak dapat lihat Tawau. Saya ini, walaupun masih ahli UMNO dan biasa menjadi Presiden UMNO, dianggap oleh kepimpinan UMNO sekarang sebagai musuh parti yang saya pimpin selama 22 tahun.
4. Ya lah. Saya tidak bersetuju dengan Dato Seri Najib, Presiden UMNO dan saya desak supaya dia disingkir. Tetapi dahulu saya juga cuba dijatuhkan oleh Tengku Razaleigh dan Musa Hitam. Tujuan mereka apabila mereka bertanding melawan saya dan Ghaffar ialah supaya saya tidak jadi Presiden lagi dan tidak jadi Perdana Menteri. Mereka berhajat menjatuhkan saya.
5. Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka. Bahagian-bahagian UMNO menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat Bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan dimasa-masa lain.
6. Ada Bahagian yang mencalon Tengku Razaleigh dan Musa Hitam sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Saya tidak anggap mereka musuh saya dan perlu diambil tindakan. Tidak ada larangan terhadap pencalonan oleh mereka kerana ini memang cara demokrasi. Diwaktu ini calon-calon untuk Presiden Amerika Syarikat sibuk berkempen dimana-mana sahaja, kerana inilah cara demokrasi.
7. Tetapi sekarang Presiden UMNO belum pun dicabar secara rasmi sudah tidak benar saya berjumpa dengan pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Ada unsur ugutan dalam arahan ini. Akan diambil tindakan, akan dibuang dari parti, akan disiasat. Masa depan dalam parti akan menjadi gelap. Tidak boleh jadi pemimpin lagi; tidak akan dijadikan calon lagi.
8. Dimasa yang sama sesiapa yang menegur Presiden dituduh cuba sabotaj, cuba menggugat demokrasi, menjatuhkan Presiden yang dipilih secara demokratik. Mereka yang membuat laporan polis kerana kehilangan duit Kerajaan disoal dan disiasat, dijadikan muflis. Dan seterusnya ditahan. Apabila dibebas oleh mahkamah ditangkap semula bawah undang-undang baru Sosma, undang-undang kononnya untuk terrorist pengganas.
9. Apakah orang yang melapor kepada polis berkenaan jenayah yang berlaku boleh dituduh jadi pengganas.
10. Sambil melaung-laungkan demokrasi peguam pihak yang dituduh pun disoal siasat. Peguam pun hendak ditakutkan.
11. Semua ini menakutkan rakyat, terutama ahli UMNO dan pemimpin kerdilnya. Mereka tahu ada perkara yang salah yang sedang berlaku. Tetapi mulut mereka ditutup. Telinga juga ditutup.
12. Kebebasan bersurat khabar yang kononnya didokong oleh Kerajaan ditutup kerana melapor berkenaan jenayah 1MDB dan lain-lain.
13. Imej negara ini sudah bertukar dari demokrasi kepada seakan-akan police state dimana undang-undang disalahguna untuk menakutkan rakyat. Kesalahan Kerajaan dan Perdana Menteri tidak boleh disebut pun. Perjumpaan rakyat dihalang dengan berbagai cara, dituduh rasis dan Kerajaan menggalakkan demonstrasi rasis diadakan kerana kononnya perhimpunan bersih yang bertujuan meminta Najib berhenti didakwa adalah rasis, satu percubaan orang Cina menjatuhkan Kerajaan Melayu.
14. Kerajaan menuduh sesiapa yang mendedah kesalahan Najib sebagai percubaan mengguling Kerajaan secara tidak demokratik.
15. Sebenarnya Kerajaanlah yang dengan mengugut bertindak terhadap rakyat, melarang ahli UMNO dari mendengar syarahan politik, Kerajaan sudah tidak demokratik lagi. Tidak ada demokrasi untuk diruntuh oleh rakyat, kerana demokrasi sudah pun dimusnah oleh Kerajaan.
16. Alhamdulillah, ada beribu orang Sabah yang tidak gentar dengan ugutan dan mereka hadir di perhimpunan di Tawau.
Sumber HD - 7-10-2015
Dakwaan fitnah Najib, Leong Sik pertahan kenyataan
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Leong Sik berkata beliau sangat terkejut menerima surat yang mendakwanya memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan meminta beliau memohon maaf.
Bagaimanapun, Ling berkata beliau akan mempertahankan kenyataannya dan jika disaman akan mempertahankan dirinya.
Surat daripada firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Perdana Menteri merujuk kepada kenyataan Dr Ling dalam artikel "MCA's Liong Sik Joins Call for Najib's Ouster for Allegedly Putting People's Money in His Own Pocket" di dalam Malay Mail Online pada Sabtu.
Dr Ling diberi tempoh tujuh hari untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya atau berhadapan tindakan undang-undang.
Dalam kenyataan balasnya kepada Perdana Menteri hari ini, Dr Ling berkata:"Jika kamu memilih untuk menyaman saya, saya akan membela diri. Saya ingin menekankan bahawa saya berpegang teguh terhadap apa yang saya katakan. Saya tidak akan meminta maaf." - Bernama Sumber HD - 7-10-2015
Anak2 orang UMNO ramai tidak dirikan solat Posted on Wednesday, October 07 @ 16:07:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
"Tajuk yang ana pilih ini bukanlah bermaksud ana ni sorang yang hebat mendirikan solat sampai menafikan kebaikkan orang lain. Cuma tajuk itu dipilih atas kerasa sayangnya ana dan kita semua pada generasi akan datang yang kebanyakkan terbiar dan diabaikan agama mereka.
Apa yang ana hendak kupaskan disini adalah berdasarkan pemerhatian ana kepada anak-anak kampong ana yang cukup ramai itu. Dari 10 orang anak kampong yang ana tanya , kesemuanya tidak bersolat 5 waktu secara konsisten.....Siapa ayah mereka ?
pabila diperhalusi keluarga mereka, rupanya ayah juga tidak bersolat, ibu jarang-jarang bersolat apatah lagi anak-anak hendak bersolat.
Apabila diperhalusi lagi keluarga mereka, kesemuanya adalah penyokong-penyokong tegar umno. Mereka mempunyai pelbagai jawatan didalam umno cawangan dan juga bahagian..
Mereka melaungkan perpaduan melayu dan juga melaungkan kebangkita islam di tanah air akan tetapi solat tiang agama tidak menjadi keutamaan dalam kehidupan mereka.
Siapakah yang bersalah dalam hal ini.
Bagi ana adalah 95% adalah kerana pemimpin puak mereka. Apakah yang diajar oleh pemimpin mereka sehingga solat bukan keutamaan dalam perjuangan mereka? Pemimpin mereka berkata kita berjaya mendirikan masjid dengan cantik dan berhawa dingin. Tapi apakah pemimpin mereka isi jiwa anak-anak bangsa dengan ilmu agama? Berapa ramai jemaah didalam masjid yang tersergam inda itu terutama di kawasan hilir perak.
Ana pernah tersinggah disatu surau di sekitar perak utara. Jam ditangan sudah menunjukkan waktu maghrib. Tiada sorang pun jemaah tempatan hadir untuk melaungkan azan.
Dimanakah orang-orang kampong yg dikuasai UMNO itu untuk melaungkan azan?
Umno kena ubah pendekatan mereka. BUkan gula-gulakan pengikut mereka dengan duit lagi.
Berilah mereka agama dan ubahlah amalan mereka. Anak-anak pemangkah UMNO ni lah yang memberi pening kepada orang kampong. Bawalah mereka kembali kepada Allah wahai Zahid Hamidi.
Kesianlah kami pemangkah undi yang dikhianati.
Mungkin video ini mengundang rasa ingat kepada pemimpin yang sering lupa
Sumber TKO - 7-10-2015 Mahathir dicabar lawan Najib di Pekan Posted on Wednesday, October 07 @ 15:56:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Baharom mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding kerusi Pekan dalam pilihan raya umum akan datang.
Mohd Ali membuat cabaran itu selepas Dr Mahahtir yang juga bekas presiden Umno, meminta rakyat di Parlimen Pekan tidak lagi mengundi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam pilihan raya umum akan datang.
Parlimen Pekan diwakili Najib yang merupakan antara kubu kuat BN di Pahang.
"Saya cabar Tun M bertanding (dalam pilihan raya) di parlimen Pekan," kata Mohd Ali lebih dikenali 'Ali Tinju' .
"Kalau Tun M anak jantan turunlah," katanya lagi dalam sidang medianya di Ampang hari ini.
Mendakwa Najib sebagai pencuri, Dr Mahathir pada Sabtu lalu menggesa pengundi Pekan memastikan Najib kalah dalam pilihan raya akan datang.
Bercakap dalam sesi soal jawab di majlis minum petang di Hotel De Palma Ampang, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata Najib sebenarnya enggan meletak jawatan kerana "takut". - MK
Sumber TKO - 7-10-2015
Ling Liong Sik’s debt to Dr Mahathir and vice versa
Posted on Tuesday, October 06 @ 19:48:47 MYT by Mujahid
ByRaja Petra KamarudinTo understand why Ling Liong Sik joined Tun Dr Mahathir Mohamad’s team in asking for the removal of Prime Minister Najib Tun Razak you need to go back to 1983, the year when their relationship first began.
In March 1983, Lee San Choon suddenly resigned as the MCA President and Neo Yee Pan took over as Acting President.
In March 1984, Tan Koon Swan, Lee Kim Sai, Liong Sik, and about a dozen other MCA leaders were sacked from the party.
Dr Mahathir then stepped in and instructed Yee Pan to reinstate the sacked leaders…or else. Yee Pan had no choice but to allow them back into the party two months later.
In November 1985, Koon Swan won the MCA Presidency with the largest majority in MCA history with Liong Sik as his running mate.
Soon after that, the Singapore government arrested and charged Koon Swan for the Pan-Electric Industries (Pan-El) scandal. To do that Singapore had to get Dr Mahathir’s blessing, which he gave, and Liong Sik took over as the President.
The first problem that Liong Sik had to resolve on taking office was the RM3.6 billion (now worth RM10 billion) Chinese cooperatives losses. Dr Mahathir instructed the banks to step in and provide RM2 billion financing or about two-thirds of the amount to help bail out the cooperatives.
And that more or less solved MCA’s major problem — because the Chinese had threatened to vote for DAP if MCA did not solve the problem of the RM3.6 billion.
In 1988, Umno got deregistered and Liong Sik took over as the Barisan Nasional Chairman. However, he allowed Dr Mahathir to stay on as Prime Minister although MCA was now the leader of Barisan Nasional.
Liong Sik actually helped keep Dr Mahathir in power when at that time he was party-less and an independent Member of Parliament.
When Umno Baru was formed Liong Sik called for a Barisan Nasional meeting to approve Umno Baru’s application to join Barisan Nasional, which must be unanimously agreed by all parties. And Liong Sik made sure that the vote was unanimous…or else.
Of course, later Dr Mahathir repaid Liong Sik by making sure that he did not go to jail regarding the PKFZ scandal, just like he did for Eric Chia regarding the Perwaja scandal.
Sumber DD - 6-10-2015
Dilema Umno, tiada seorangpun yang benar-benar selamat
Posted on Tuesday, October 06 @ 15:00:04 MYT by paktam
Oleh Hazlan Zakaria Walaupun mereka mungkin merasa gembira dengan apa sahaja ganjaran yang diberikan kepada mereka oleh kepimpinan parti yang terdesak terus memegang kuasa, pemimpin BN seharusnya tahu kalau bekas TPM Muhyiddin Yassin pun boleh jatuh, apatah lagi mereka.
Pemimpin yang boleh menyingkirkan orang bawahan hanya kerana-kerana pentingkan diri dan mengabaikan kebajikan pengikut mereka merupakan pemimpin yang tidak boleh diharap apatah lagi dihormati, kerana mereka boleh menggunakan sesiapa sahaja untuk melindungi kepentingan mereka sendiri.
Ini ialah pengajaran yang ramai dalam BN perlu sedari ketika mereka terus tidak berbuat apa-apa sedangkan ada antara mereka yang bertanyakan soalan yang sah kepada mereka yang berkuasa terus dipinggirkan dan yang lebih buruk, menjadi mangsa.
Ramai pemimpin BN terus mendiamkan diri apabila ada antara mereka yang dipancung dan disingkirkan daripada struktur parti hanya kerana ‘jenayah’ mempersoalkan orang atasan mereka, walaupun mempunyai sebab baik yang kukuh untuk bertanyakan soalan-soalan itu.
Sebab sah yang bukan hanya menyentuh tadbir urus parti tetapi juga ada kemungkinan salah urus dana parti dan salah guna kedudukan rasmi.
Ramai yang dibayar dan berdiamnya mereka adalah balasan bayaran tu tetapi ada juga yang mungkin masih berharap yang sekiranya mereka menjauhkan diri daripada kekecohan ini, mereka akan terus kekal selamat dalam kedudukan mereka dan terus dapat makan daripada pemberi dalaman parti.
Walaupun benar, hakikat yang kepimpinan tidak teragak-agak memberikan ganjaran kepada mereka yang setia malah kesetiaan yang diminta oleh parti tanpa keseimbangan periksa dan betulkan, bermakna mereka tidak akan teragak-agak juga untuk menyingkirkan sesiapa sahaja.
Bagi pemimpin yang mengabaikan soalan sah dari pengikut mereka dan mereka yang hanya menjaga kepentingan ahli selagi mana kepentingan mereka turut terjaga dan tidak teragak-agak untuk membuang orang sekiranya mereka percaya tindakan itu dapat mengekalkan kekuasaan mereka.
Mereka tidak lagi punya maruah dan tiada lagi layak dihormati.
Dan kerana itu mereka yang mendiamkan diri dan telah dibayar untuk mendiamkan diri mungkin akan menemui diri mereka satu hari nanti menerima balasan.
Kerana mereka yang tiada maruah tidak lagi boleh diharap akan bertindak bermaruah dan akan melakukan apa sahaja untuk melindungi diri mereka sendiri.
Perlu diingati yang Muhyiddin dahulunya pernah setia kepada Perdana Menteri Najib Razak dan merupakan orang kanannya dalam usaha menjatuhkan bekas presiden Umno Abdullah Badawi.
Muhyiddin yang bertanggungjawab membantu menyingkirkan Abdullah dan Najib nampaknya tidak teragak-agak melakukan perkara yang sama kepada bekas TPM itu.
Sekiranya Najib boleh berbuat demikian kerana orang kanan yang paling dipercayainya, dia boleh berbuat demikian kepada sesiapa sahaja dan dia akan melakukannya, ketika dia menjadi semakin terdesak. Inilah dilema yang dihadapi oleh Umno kini.
Tetapi akan sentiasa ada mereka yang rela menerima bayaran dan ganjaran jangka pendek untuk terus menyokong pemimpin mereka dan mungkin inilah amaran terakhir kematian kepada parti.
Apa sahaja harapan untuk menyelematkan parti hanya boleh dilakukan dengan niat yang baik dan integriti.
Posted on Tuesday, October 06 @ 13:38:49 MYT by paktam
Oleh TAN SRI SANUSI JUNID
Konsep penjara yang sering kita ketahui ialah tempat tahanan yang dikelilingi oleh dinding dan pagar yang menghalang kebebasan banduan untuk keluar dari kawasannya.
Seseorang banduan dipenjara setelah didapati bersalah kerana telah mengerjakan jenayah sivil atau jenayah dan telah dihukum oleh mahkamah, kecuali tahanan di bawah ISA. Ganti kepada ISA ialah SOSMA yang kelihatan lebih membebankan daripada ISA.
Apabila seseorang itu berada di dalam penjara maka perhubungannya dengan masyarakat luar terputus kecuali dengan pelawat tertentu pada waktu yang diizinkan.
Yang paling menyeksakan banduan ialah perhubungan yang terbatas dengan pihak luar – jika tidak disekat sama sekali.
Dengan adanya telefon bimbit di zaman ini ada kalanya saya menerima laporan mengatakan banduan masa kini, secara rasmi atau tidak rasmi, boleh berhubung melalui SMS, WhatsApp dan Instagram dengan rakan di seluruh dunia.
Saya kurang pasti dengan peraturan di dalam penjara pada masa kini.
Perhubungan intim dengan isteri atau suami juga terhalang, kecuali di sesetengah penjara di negara lain yang menyediakan kemudahan untuk tujuan itu, ataupun apabila si banduan itu berada di rumah sakit.
Tidak kiralah jika sakitnya itu ialah sakit biasa atau sakit yang diada-adakan.
Walaupun suasana dalam penjara berbeza-beza, sesetengah penjara di negara maju adalah lebih selesa dari rumah setinggan yang didiami seharian di negara membangun..
Waktu saya ditahan dalam lokap di sebuah balai polis di Perak pada tahun 1962, saya dapati makanan yang diberi kepada banduan lebih sedap dari yang saya perolehi di asrama sekolah.
Waktu menjadi timbalan menteri dalam negeri saya pernah melawat penjara di Bath, United Kingdom. Ketua wardennya bernama Wilson, yang saya kenal waktu saya menjadi pelajar di UK.
Beliau sering memastikan agar makanan untuk banduan akan dinikmati oleh seorang warden yang bertugas terlebih dahulu untuk mengelak dari banduan membuat aduan mengenai mutu makanan.
Bila selesai warden makan barulah semua banduan berbaris untuk mendapat makanan yang sama. Slogannya ialah, “apa yang baik untuk warden juga baik untuk banduan”.
Inilah cara untuk menjamin mutu makanan untuk banduan. Agak lumayan rasanya kerana ianya juga menjadi makanan untuk warden.
Pernah berlaku di Malaysia seorang jutawan telah berjaya, atas daya usahanya sendiri, membiaya usaha untuk melengkapkan bilik penjaranya dengan kemudahan pendingin hawa, sehinggalah diketahui oleh pihak atasan.
Persepsi mereka yang tidak pernah melawat penjara, atau bekerja di penjara atau berada di dalamnya sebagai banduan agak berbeza.
Pernah berlaku seorang kawan saya tidak mahu tidur di atas katil atau tilam sebagai tanda solidariti dengan seorang rakannya yang ditahan di penjara ekoran peristiwa demonstrasi pelajar.
Setelah beberapa bulan kawan saya ini tidur di atas lantai simen dan hidup secara sederhana, namun kemudian sikap kawan saya ini berubah dan mula tidur di atas katil.
Ini berlaku setelah beliau melawat kawannya di penjara Kemunting dan melihat rakannya hidup dengan agak selesa dan tidurnya juga di atas katil dengan tilam yang berlapik dengan kain cadar.
Keadaan ini berbeza sama sekali dengan dengan situasi yang dibayangkannya. Rakannya yang menjadi tahanan itu dapat makan nasi lemak yang dibeli oleh warden dan juga dapat membaca suratkhabar setiap hari.
Ada juga banduan yang lulus peperiksaan kerana berpeluang masuk ke dalam penjara. Saya katakan “peluang” kerana besar kemungkinan banduan yang saya kenali ini tidak mungkin lulus peperiksaannya jika berada di luar penjara kerana beliau terlalu aktif dalam berbagai kegiatan sosial.
Malah ada seorang banduan yang saya kenali akhirnya menjadi profesor setelah lulus peperiksaannya semasa dalam penjara.
Tahanan dalam penjara luar negara itu mendakwa bahawa beliau dipenjarakan secara salah kerana beliau sebenarnya cukup berkaliber untuk menjadi seorang profesor.
Saya menegur beliau dan menjelaskan bahawa waktu beliau dipenjarakan beliau belum menjadi profesor. Itu bermakna ada beza antara statusnya sebagai profesor dengan status dahulunya sebagai banduan.
Bukan profesor yang dipenjarakan tetapi bantuan yang pernah bersalah telah menjadi seorang profesor.
Penjara bahasa
Tanpa kita sedari, ada satu jenis penjara lagi yang semua manusia berada di dalamnya. Iaitu penjara bahasa.
Oleh kerana konsep penjara itu melibatkan putus komunikasi maka konsep bahasa sebagai penjara ialah dari sudut terpisahnya kita dari ilmu yang tidak ada dalam bahasa yang kita mahir di dalamnya.
Waktu di Sekolah Melayu Yan saya kenal tiga orang India dari suku Tamil. Nama asal Talib ialah Thanjimalai dan beliau menjadi operator alat tayangan filem di pawagam Yan Talkies.
Seorang lagi bernama Salim yang nama asalnya tidak kami ketahui. Dia hanya dikenali sebagai Tambi yang bererti adik di dalam bahasa Tamil. Iaitu panggilan dirinya apabila bercakap dengan Thangimalai. Tambi jadi pelayan dalam Yan Talkies kerana syarikat sarkis yang menjadi majikan terdahulunya telah muflis setelah membuat pertunjukan di Yan.
Waktu di Sekolah Ibrahim Sungai Petani saya kenal dengan Cikgu Fernandez dan rakan wanitanya Cikgu Pooninapathy. Walaupun namanya Fernandez cikgu ini dari suku Tamil. Cikgu Veerasingam juga Tamil tetapi wajahnya seperti Eurasian. Rakan karib saya ialah Sathiasegaran dan Dato' Saravanan yang jadi Exco Kedah waktu saya jadi Menteri Besar.
Waktu di MCKK saya berkawan dengan pelayan dewan makan bernama Auli dan Madhavan. Guru bersuku Tamil pula ada yang bernama Mr Naidu
Waktu di hospital pada tahun 1960, semasa saya di Tingkatan 4 di MCKK, doktor dan jururawat serta pembantu hospital di Hospital Besar Ipoh semuanya dari suku Tamil belaka.
Oleh itu saya pun belajar bahasa Tamil.
Tetapi, semua mereka sepakat menyatakan bahawa saya tidak akan ke mana jika saya fasih dalam bahasa Tamil sekalipun. Bagi mereka yang hanya mengerti bahasa Tamil mereka sebenarnya berada dalam penjara bahasa Tamil.
Ini bererti mereka tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa lain dan tidak bolah menimba ilmu sains dan teknologi dalam bahasa Tamil. Penjara di sini membawa maksud pemutusan dari sumber ilmu yang banyak dalam bahasa yang banyak ilmu di dalamnya.
Bagaimana pula dengan mereka yang hanya mengetahui, mempelajari dan fasih dalam bahasa Inggeris? Dia juga sebenarnya berada dalam penjara bahasa Inggeris, tetapi, oleh kerana ilmu yang ada dalam bahasa Inggeris itu banyak sekali maka penjaranya terlalu besar dan penuh dengan ilmu pengetahuan di dalamnya sehingga dia tidak merasa terperangkap.
Malahan orang seperti ini tidak mengetahui bahawa beliau terperangkap kerana berada dalam penjara bahasa Inggeris. Beliau tidak merasa kerugian kerana ilmu di dalam bahasa Inggeris begitu banyak dan tidak mungkin dapat dipelajari sepanjang umurnya.
Oleh kerana penjara bahasa Inggeris itu begitu luas, hilanglah perasaan terputus hubungan dengan ilmu pengetahuan yang ada dalam bahasa lain. Hampir semua ilmu ada dalam bahasa Inggeris.
Hampir semua ilmu yang ditulis dalam bahasa lain telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Sebagaimana juga buku dalam bahasa Yunani dan Latin yang bermutu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab untuk membolehkan umat Islam yang fasih dalam bahasa Arab mempelajari ilmu dari bahasa asing itu.
Oleh kerana itu, bangsa yang maju seperti Jerman dan Jepun sekalipun terpaksa mengajar sebanyak mungkin rakyatnya, jika tidak semua sekalipun, untuk belajar bahasa Inggeris.
Jerman dan Jepun terpaksa berbuat demikian walaupun dalam bahasa mereka itu sendiri banyak ilmu, termasuk hasil terjemahan dari bahasa lain selain ilmu hasil dari penyelidikan yang mereka jalankan sendiri.
Arab ialah bahasa untuk ugama Islam. Setelah perintah “Iqra'' diturunkan, cerdik pandai Islam telah membaca bukan saja al-Quran yang baru diturunkan dengan ayat pertama itu, tetapi juga membaca buku ilmu dalam bahasa Yunani dan Latin yang telah diterjemahkan.
Begitu juga halnya dengan proses menterjemahkan buku dari bahasa lain ke dalam bahasa Melayu boleh dianggap sebagai kerja memperkayakan bahasa Melayu.
Bahasa ialah gudang ilmu yang ada dalam bahasa berkenaan. Bahasa itu dianggap kaya jika banyak ilmu di dalamnya sebagaimana seorang itu dianggap kaya kerana ada harta dan wang yang banyak. .
Penjara kawan
Yang jarang kita dengar ialah penjara kawan kerana tawanan budi dan bahasa. Semua insan mempunyai kalangan sahabat dengan pengalaman yang sama yang menjadi gam atau simen yang mengikat atau mencantumkan sesama mereka.
Kawan yang ada di sekelililing seseorang tokoh itu boleh menjadi jambatan yang berguna yang membuka jalan, fikiran dan pandangan kepada apa yang berlaku di persekitaran dan di dalam media cetak dan elektronik.
Kawan itu juga boleh menjadikan diri mereka sebagai dinding atau benteng untuk menghalang seseorang tokoh itu dari berhubungan dengan orang orang lain yang mungkin mempunyai pendapat yang berbeza atau yang bertentangan.
Kawakan-kawan ini ingin menghalang tokong itu mengetahui perkara tersebut, demi kepentingan peribadi.
Jika di bangku sekolah kita berkawan kerana persekitaran yang sama tetapi apabila sudah bekerja dan mendirikan rumahtangga maka kerana pengalaman, pendedahan dan persekitaran yang berbeza, yang kita lalui, membuat kita renggang dengan kawan-kawan persekolahan.
Tetapi, apabila sudah tua dan kerana batasan kegiatan maka kita kembali kepada sahabat sepersekolahan untuk mengenang kembali waktu bersama sahabat sedarjah di waktu kecil.
Begitulah pengalaman saya dengan kawan-kawan sedarjah waktu di MCKK dari tahun 1957 hingga tahun 1963. Yang anehnya ingatan yang mendekatkan hubungan kami yang sedarjah ialah di waktu kami dirotan oleh guru besar NJ Ryan pada tahun 1961.
Hukuman ini dijalankan kerana kami melakukan perarakan tradisi oleh pelajar tingkatan lima pada malam terakhir sebelum peperiksaan bermula pada keesokan harinya. Perarakan tradisi ini dinamakan Tari Naga.
Itulah puncanya sehingga hari ini kami yang berumur purata 71 tahun ke atas membentuk kumpulan pengguna WhatsApp dengan nama Naga Taqwa.
Pengalaman saya waktu bekerja di bank, kemudiannya, tidak meninggal impak yang mendalam dari segi hubungan persahabatan tetapi sangat mempengaruhi daya bekerja. Lebih-lebih lagi kebanyakan pelanggan di bank tempat saya bekerja terdiri dari kaum bukan Melayu yang terlibat dalam perniagaan yang besar-besar.
Saya tidak membina hubungan persahabatan melalui kelab golf dan rekreasi atau badan sosial seperti Rotary Club atau NGO lain.
Dalam dunia politik pula hubungan persahabatan tidak begitu akrab mungkin kerana saya terlalu awal menduduki jawatan dalam kabinet. Oleh kerana bebanan kerja yang berat maka di luar pejabat saya lebih menumpukan perhatian kepada keluarga kerana saya dianugerahkan amanah tujuh orang anak oleh Allah.
Saya perhatikan di peringkat apa jua seseorang itu berada dalam politik maka rakan atau sahabat yang terdekat dengan seseorang tokoh politik itu mempunyai pengaruh besar ke atasnya.
Ada juga tokoh politik yang dipenjarakan oleh isteri dan mertua kerana cemburu atau harta.
Biasanya seseorang yang sedang dalam proses mendaki tangga politik banyak pengaruh sahabatnya yang membantu atas kenaikannya.
Apabila sudah naik ke atas maka tokoh ini, tanpa disedarinya, akan menghadapi masalah yang besar kerana pengaruh kawan dan kenalan baru. Golongan ini akan cuba mendekati tokoh berkenaan dengan terlebih dahulu mempelajari kelemahan dan minat tokoh berkenaan.
Ada kenalan saya yang berwatak playboy mempunyai ramai sahabat yang memiliki kecenderungan yang sama sebagai playboy. Rakan-rakan beginilah yang saya gelarkan sebagai rakan atau sahabat seperdosaan.
Oleh kerana banyak rahsia peribadi yang tersimpan dalam ingatan kawan-kawan, susah bagi seseorang bersikap tegas terhadap kawan sedemikian untuk mengelak dari kebocoran rahsia yang boleh merugikan.
Ikatan budi antara sahabat seperdosaan adalah satu bentuk penjara jika kebebasan tokoh untuk bertindak menjadi terbatas kerana menjaga hubungan persahabatan.
Oleh kerana usaha untuk memastikan rahsia peribadi tidak terdedah maka seseorang tokoh akan berusaha menanam budi, dengan menambah kekayaan kepada rakan sekelilingnya.
Maka dengan itu hubungan persahabatan, kerana ikatan budi dan jasa, akan lebih menebal dan ianya boleh menjadi perisai kepada tokoh agar dilindungi oleh penjara persahabatan supaya kekal bermaustautin di lembah dosa. TAN SRI SANUSI JUNID seorang veteran Umno dan juga penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad. Tulisan ini pertama kali terbit dalam blognya, sanusijunid.blogspot.my. Sumber DD - 6-10-2015
Chua: Ling gesa PM undur kerana kes PKFZ Posted on Tuesday, October 06 @ 16:09:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Tun Dr Ling Liong Sik ada sebab untuk menyokong gesaan supaya perdana menteri berundur, kata seorang lagi bekas presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek.
“Sebagai ahli politik veteran, Ling berhak beri pandangan. Saya boleh faham kenapa semua ini timbul. Dia tidak puas hati kerana didakwa,” kata Chua.
Chua merujuk kepada kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ling, bekas menteri pengangkutan, didakwa pada 2010 – tahun Najib menjadi perdana menteri – atas dakwaan memperdaya kerajaan.
Beliau dibebaskan pada 2013.
Chua berkata Ling tidak boleh menafikan bahawa keterangan Mahathir dalam kes itu membantunya selamat dan dibebaskan.
“Tambahan pula, mengambil kira hubungan lama Ling dan Mahathir, dia (Ling) lebih terhutang budi pada Mahathir berbanding Najib.
“Dan apabila Mahathir mahu menjatuhkan Najib, Ling akan cuba membantunya,” kata Chua.
Ling pada 3 Oktober menyambut gesaan Mahathir, bekas ketuanya dalam kabinet, supaya Najib meletakkan jawatan kerana "mengambil duit orang lain" dan memasukkannya ke akaun peribadi.
Dua hari kemudian, Najib menuntut bekas Ling menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah itu.
Surat tuntutan itu dihantar kepada Ling, yang turut menuntut ganti rugi berikutan artikel dalam The Malay Mail Online bertajuk “MCA's Liong Sik joins call for Najib's ouster for allegedly putting people's money in his own pocket” pada 3 Oktober.
Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Ling mempunyai tujuh hari untuk menjawab tuntutan itu atau menghadapi tindakan undang-undang kerana didakwa mencemarkan reputasi perdana menteri. - MK
Sumber TKO - 6-10-2015
Saman: PM Najib Beri Tempoh 7 Hari Pada Ling Liong Sik Mohon Maaf Posted on Tuesday, October 06 @ 07:17:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti peribadi hari ini memberikan tempoh selama tujuh hari kepada bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik untuk memohon maaf atas kenyataannya berhubung artikel `MCA’s Liong Sik joins call for Najib’s ouster for allegedly putting people’s money in his own pocket” yang disiarkan oleh Malay Mail online pada 3 Oktober lalu.
Gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil ke atas Liong Sik.
Bertindak bagi pihak Perdana Menteri ialah Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. Difahamkan surat peguam akan dihantar kepada Liong Sik hari ini.
Dalam surat tersebut, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili tetuan berkenaan menyatakan kenyataan Liong Sik yang juga bekas Menteri Pengangkutan itu sekali gus membawa maksud bahawa Najib telah menyalahguna dana pelaburan kerajaan ke dalam akaun peribadi beliau untuk kepentingan sendiri.
“Kenyataan itu juga membawa maksud bahawa pelanggan kami menyalahguna amanah yang diberikan oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi syarikat pelaburan negara (1MDB) dan sebagai pemimpin negara.
“Ia juga membawa maksud bahawa pelanggan kami tidak cekap, terlibat dalam skandal kewangan untuk menipu rakyat Malaysia dan tidak layak menjadi pengerusi Barisan Nasional (BN) yang mengandungi 13 parti politik termasuk MCA,” kata peguam tersebut.
Kenyataan itu, katanya adalah satu fitnah dan telah merosakkan reputasi Perdana Menteri, selain cenderung untuk merendahkan beliau dalam pemikiran masyarakat.
“Ia adalah arahan pelanggan kami bahawa anda dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan tidak benar dan fitnah, hingga mencemarkan reputasi pelanggan kami di dalam dan luar negara,” katanya.
Susulan itu, Hafarizam berkata, pihaknya telah diarahkan oleh anak guam mereka untuk mengambil tindakan dan menuntut penarikan balik kenyataan, permohonan maaf tidak berbelah bagi dan pampasan yang munasabah terhadap apa yang dinyatakan di atas kenyataan fitnah terhadap pelanggannya.
Sumber TKO - 6-10-2015 Dr Mahathir bangkit dakwaan 'curi duit' sekali lagi Posted on Monday, October 05 @ 22:42:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Tun Dr Mahahtir Mohamad sekali lagi membangkitkan mengenai dakwaan mencuri terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ini nak bagi duit, konon nak bagi sokongan, bila duit tak cukup nak bagi berjuta-juta, apa kita nak buat?
"Curi la, curi duit," kata bekas presiden Umno itu, yang mengundang tepukan gemuruh hadirin.
Satu video ucapan yang disampaikannya di Tawau, Sabah petang ini telah dimuat naik oleh penulis blog Din Turtle.
Bekas perdana menteri itu yang disiasat polis berhubung kenyataannya berkaitan Najib pada himpunan BERISH 4, dilihat tidak kisah jika beliau ditangkap.
"Kalau kena tangkap, saya nak cakap terang-terang di sini, kena tangkap, tangkaplah, tapi saya nak cakap Najib curi duit," katanya.
Dr Mahathir berkata perkara itu dengan merujuk dakwaan bahawa dana dari 1MDB berjaya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Najib dan penyokongnya menyifatkan dana RM2.6 bilion adalah sumbangan politik dari sumber Timur Tengah.
Perdana menteri juga menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi. - MK
Sumber TKO - 5-10-2015
7 pemimpin Umno dipantau untuk tindakan disiplin Posted on Monday, October 05 @ 18:53:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Umno sedang memantau tujuh pemimpinnya yang berpotensi dituduh melanggar disiplin, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata demikian ketika ditanya kenapa tiada tindakan diambil terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara terbuka menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, berkata kertas siasatan akan dikemukakan ke lembaga disiplin jika tindakan perlu diambil.
Beliau tidak menyenaraikan nama tujuh individu itu. - MK
Sumber TKO - 5-10-2015 Kenapa Ku Nan mempertahankan Tajuddin yang ‘sukar dikawal’?
Posted on Monday, October 05 @ 16:47:06 MYT by paktam
Oleh Alyaa Alhadjri Adakah Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor cuba untuk membayangkan yang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman tidak begitu bijak?
Setiausaha Agung Umno itu telah dilaporkan berkata bahawa parti itu tidak akan meminta Tajuddin untuk meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana mengancam untuk menampar mereka, kerana beliau dikatakan telah terkeliru oleh media sosial dan seterusnya bertindak dalam kemarahan.
Tengku Adnan berkata punca kemarahan Tajuddin berkemungkinan salah faham yang telah membuatkan beliau berfikir bahawa orang Cina tempatan telah meminta bantuan dari China.“Saya faham perasaan dia. Perkara yang sama turut berlaku, apabila saya pada awalnya salah faham kenyataan duta besar China (ke Malaysia) Huang Huikang, dan saya begitu marah.
“Kenyataan Huang telah diputar belit oleh pemimpin DAP Ronnie Liu. Duta itu tidak pernah menyebut Cina Malaysia tetapi rakyat China. Kenyataan itu telah diputar belit kepada barisan diplomatik,” kata Tengku Adnan yang dipetik oleh Sin Chew Daily pada 3 Oktober.
Huan telah melawat Jalan Petaling di ambang perhimpunan kontroversi yang dirancang, yang telah dibatalkan. Ketika tinjauan mesra, duta itu berkata China menolak sebarang bentuk keganasan, perkauman dan ekstrimisme.
Jelas sekali Tajuddin tidak mengikut ‘nasihat’ oleh pemimpin Umno sendiri yang telah menggesa rakyat supaya sentiasa berwaspada terhadap Internet dan tidak percaya semua yang mereka baca di atas talian.
Ahli majlis tertinggi Umno itu telah memberitahu orang Cina Malaysia supaya berhenti berangan yang ‘Godfather’ dari China akan datang membantu mereka.
Beliau kemudian mengeluarkan amaran ‘melempang’ orang Cina Malaysia yang mengadu terlalu banyak.
Tajuddin telah menolak untuk meminta maaf kepada masyarakat Cina, menafikan beliau telah mengancam untuk melempang mereka, walaupun rakaman audio oleh Malaysiakini telah membuktikan sebaliknya.
Tengku Adnan, bagaimanapun, menegaskan bahawa keseluruhan situasi telah diputar belit oleh Pembangkang - lebih tepat lagi DAP - untuk mengubah debat itu kepada isu perkauman.
Ini walaupun Tajuddin sendiri telah cuba yang terbaik untuk mengelak penjelasan terus atau setidak-tidaknya mengaku yang beliau telah membuat kesilapan.
Menurut Malaysiakini, dalam tempoh hanya 24 jam, penjelasan Tajuddin berubah-ubah daripada penafian terus kepada mendakwa yang beliau disalah petik, kepada berkata bahawa ia “hanya peringatan” dan mengatakan ia hanya sekadar satu “jenaka”.
Pertamanya, ia tidak akan mungkin buat Tajuddin terkeliru jika beliau telah mengambil masa untuk mengesahkan apa yang sebenarnya dikatakan atau dimaksudkan oleh duta besar China itu.
Tetapi walaupun begitu, apa saja keadaan sekarang, Umno harus setidak-tidaknya cuba untuk meneggur Tajuddin yang sering bercakap tanpa berfikir - daripada dilihat mempertahankan orang yang sukar dikawal.
Sebarang komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com
Ridhuan Tee saran MCA letak calon Cina Islam Posted on Monday, October 05 @ 16:39:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: MCA disaran melakukan perubahan demi kesinambungan politik Barisan Nasional (BN) ekoran kegagalan parti itu mengekalkan kerusinya di kawasan majoriti Cina selain ahli politik yang terlalu kecinaan.
Pendakwah bebas dan pensyarah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan MCA menubuhkan Biro Agama Islam, meletakkan calon Cina Islam di kawasan yang ditandingi majoriti Melayu selain mencadangkan agar Perdana Menteri memilih wakil Cina daripada kalangan ahli perniagaan atau ahli akademik, menggantikan calon MCA yang gagal menunjukkan prestasi mereka.
“Saya fikir, orang Melayu tidak mempunyai masalah untuk memberi sokongan kepada MCA jika MCA tidak terlalu celupar.
“Selama MCA kalah banyak kerusi, kerusi menteri dan timbalan menteri masih diberikan kepada mereka mengikut kuota yang disediakan walaupun sebenarnya MCA tidak layak menduduki kerusi tersebut berdasarkan kepada kerusi yang dimenangi dalam PRU,” tulisnya di akhbar Sinar Harian.
Ridhuan Tee berkata, MCA juga tidak boleh mengharapkan untuk dilantik menjadi senator bagi menduduki kerusi menteri atau timbalan menteri pada masa akan datang sekiranya gagal membuktikan kekuatan parti itu.
Malah, Ridhuan juga percaya cadangannya mengenai penubuhan Biro Agama Islam boleh menjadi jambatan kepada MCA agar bertindak secara berhemah terutama ketika berhadapan dengan orang Melayu.
“Maaf cakap, ramai calon MCA yang BM (Bahasa Malaysia) mereka tunggang-langgang. Apatah lagi untuk memahami selok belok adat dan budaya melayu. Calon sebegini menempah tiket untuk kalah,” katanya. - Free Malaysia Today
Sumber TKO - 5-10-2015 Pertemuan tertutup Zahid dengan pemimpin Umno negeri bukan tujuan peralihan kuasa Posted on Monday, October 05 @ 07:10:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Perjumpaan tertutup antara pemimpin tertinggi Umno antaranya Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang tiada kaitan dengan peralihan kuasa dalam parti itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata perjumpaan pada Jumaat lepas itu adalah untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa dan strategi mengukuhkan parti itu.
"Dalam perjumpaan dengan Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, itu, kami langsung tidak membincangkan mengenai peralihan kuasa dalam Umno.
"Perjumpaan tertutup itu bukan sahaja diadakan di Pulau Pinang sebaliknya di seluruh negara kerana pemimpin tertinggi parti mahu memberi penjelasan mengenai perkara-perkara berbangkit dan isu semasa kepada pemimpin peringkat negeri agar dapat diperjelaskan kepada rakyat," katanya kepada pemberita di Nibong Tebal hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Program MyRezekiFest 2015 peringkat Pulau Pinang di Dataran Dewan Perda, Sungai Acheh, di Nibong Tebal hari ini.
Perjumpaan yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai itu turut dihadiri Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Zainal Abidin berkata sekarang ini bukan masanya untuk membincangkan mengenai peralihan kuasa kerana Umno sedang menghadapi waktu sukar dan banyak perkara terutama isu-isu semasa perlu dijawab serta dijelaskan kepada rakyat.
Selain itu, katanya mereka turut membincangkan hala tuju parti dan strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Program gerak kerja untuk PRU14 perlu bermula dari sekarang dan kita perlu fokus serta memperhalusi teknik dan strategi yang digunakan bagi meningkatkan kepercayaan pengundi," katanya.
Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata Umno negeri yakin angka pengundi berdaftar di Pulau Pinang akan bertambah sebelum PRU14 yang dijangka diadakan dalam tempoh 2 tahun lagi.
Ketika ini, ada 880,000 pengundi berdaftar di Pulau Pinang dan kami yakin dengan beberapa strategi yang dirangka jumlah itu akan bertambah dari masa ke semasa," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment