PETALING JAYA: Rakyat boleh menerima Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi perdana menteri walaupun usianya lebih tua daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.
Bekas menteri penerangan itu berkata ini kerana walaupun menjangkau usia 90-an, pemikiran Dr Mahathir jauh lebih segar, dinamik dan sezaman dengan harapan generasi baru.
“Rakyat melihat Najib lebih tua dan tidak relevan,” tulisnya, sambil berkata Dr Mahathir berjaya melakukan apa yang mustahil dilakukannya 20 tahun lalu.
Antaranya, kata Zainuddin ialah menjalinkan kerjasama dengan DAP melalui penggabungan parti terbaharunya PPBM dalam Pakatan Harapan (PH), dan menjalinkan semula persahabatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim “yang kini meringkuk di dalam penjara kerananya”.
Zam turut berkata Anwar juga tidak kurang licik seperti bekas bosnya itu.
“PAS yang pernah mengkafirkan Umno tiba-tiba bersekongkol dengan DAP yang sah kafirnya selepas menerima ‘petunjuk dan hidayah’ daripada Anwar,” katanya, menyorot kembali usaha Anwar menyatukan pembangkang dalam menghadapi Barisan Nasional.
“Anwar bertindak sebagai moderator untuk interaksi dan dialog antara pelampau agama dan perkauman,” tambah Zam.
Beliau berkata kejayaan Dr Mahathir di gelanggang pembangkang setakat ini menunjukkan tidak mustahil Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri atas tiket PH, sebelum diserahkan kepada Anwar.
Sumber TKO - 13-5-2017
AIDCNews– 09/05/17 –Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
dilihat berpihak kepada dua tokoh untuk menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia
sama ada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ataupun penasihat DAP, Lim Kit Siang.
“Bila Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan, dia juga diangkat sebagai calon PM.
“Kalau ikut “bertahun berjuang”, Lim Kit Siang patut jadi PM.
“Kemampuan over “seniority”,” kata Syed Saddiq dalam Twitter semalam.
Walaupun Syed Saddiq berpendapat Anwar lebih berkemampuan daripada Kit Siang
untuk menjadi PM, namun secara realitinya, Ketua Umum PKR itu masih berada
di Penjara Sungai Buloh dan tidak boleh bertanding pilihan raya sebelum lima tahun
selepas dibebaskan.
Kit Siang pula masih bebas bertanding di mana-mana parlimen yang diminatinya
dan beliau dilantik sebagai Ketua Ahli Parlimen DAP di Dewan Rakyat apabila
DAP memenangi kerusi majoriti di kalangan pembangkang selepas PRU 13.
Seorang peguam, Mohd Harris Abdullah pula berpendapat walaupun Pakatan
Harapan terdiri daripada empat parti, DAP, PKR, PAN dan PPBM, tetapi dari segi
kekuatan DAP mendominasi ketiga-tiga parti tersebut.
“DAP akan pegang Malaysia dengan dibantu oleh PKR, PPBM dan PAN …
“Itu tafsiran saya …,” katanya dalam Facebook.
Sumber TKO - 12-5-2017
Kajian yang dijalankan oleh beberapa anggota pengasas Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) mendapati PAS menjadi parti paling popular pada
pertengahan tahun lepas, malah mengatasi popularti BN.
Kaji selidik ke atas 3,000 responden itu mendapati 44.4 peratus menyatakan
sokongan kepada PAS, berbanding 36.2 peratus kepada BN dan 25.9 peratus
terhadap PKR.
Sementara itu, 16.7 peratus berkata mereka menentang PAS berbanding BN dan
PKR yang masing-masing menerima tentangan daripada 27.2 peratus responden.
Baki selebihnya berkata mereka tidak pasti.
Bagaimanapun, kajian itu juga mendapati pemimpin yang mengetuai BERSATU
menjadi pilihan utama bagi jawatan perdana menteri.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih digemari untuk jawatan
perdana menteri dengan sokongan 37.3 peratus daripada responden, diikuti
pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad (35.9 peratus) dan Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (34.3 peratus).
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin keenam paling
popular dengan 27.0 peratus sokongan, manakala Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak di tangga kesembilan paling popular (20.0 peratus) dengan sebahagian
besar daripada responden (52.0 peratus) menentang beliau.
Di kalangan pemimpin BN, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein
(26.4 peratus) adalah lebih popular daripada Najib dan juga Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (23.3 peratus).
Hanya 15.2 peratus responden bersetuju dengan kenyataan bahawa Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus menjadi perdana menteri.
Ini meletakkan kedudukan Zahid di bawah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang
(15.9 peratus), Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali (17.2 peratus) dan
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (17.6 peratus).
Sementara itu, 38.1 peratus responden bersetuju bahawa Umno perlu bekerjasama
dengan PAS dan 32.6 peratus juga bersetuju bahawa kedua-dua parti perlu
bergabung.
Apabila ditanya sama ada MIC atau MCA perlu keluar BN, hanya kira-kira 20
peratus daripada responden bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Kajian itu dijalankan pada bulan Julai dan Ogos tahun lepas, meliputi sampel yang
mewakili 30 kawasan parlimen di seluruh Malaysia.
Ia didahului oleh beberapa siri fokus perbincangan kumpulan dan kajian awal yang
bermula pada bulan April tahun yang sama. Hasil kaji seldiik itu telah disampaikan
oleh Ketua Biro Dasar dan Strategi BERSATU, Datuk Rais Hussin pada sidang
akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata sembilan pensyarah universiti turut membantu dalam menjalankan
kajian ini dan telah diberitahu untuk membongkar "kebenaran kejam" bagi
mengumpul maklumat yang tepat kepada strategi pilihan raya BERSATU.
Satu kajian susulan akan dijalankan pada bulan Ramadan yang akan datang.
Mengenai PAS pula, sebanyak 38.4 peratus daripada responden berkata parti Islam
itu perlu meletakkan ulama sebagai calon pilihan raya, berbanding 14.5 peratus
yang tidak bersetuju.
Apabila ditanya sama ada pelaksanaan hudud seharusnya berada di dalam manifesto
pilihan raya PAS, 35.2 peratus bersetuju manakala 17.6 peratus tidak bersetuju.
Hanya 14.8 peratus bersetuju bahawa PAS perlu menyertai Pakatan Harapan,
berbanding 29.5 peratus yang merasakan parti itu perlu berjuang bersendirian.
Sumber TKO - 10-5-2017
KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendedahkan parti itu mula dilanda badai perpecahan setelah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membawa masuk rakan-rakannya sebagai pemimpin parti.
Tanpa menyebut nama mana-mana individu, Kamarul Azman berkata, sejak perkara
itu berlaku ramai ahli, terutamanya pengasas parti itu, tidak senang dengan tindakan
Mukhriz.
“Ketika PPBM mula ditubuhkan kita tidak mempunyai masalah dalaman parti,
sehinggalah rakan-rakan pemimpin utama di dalam parti dibawa masuk, kemudian
dengan mudah mengatur kepimpinan bahagian. Ini menimbulkan rasa tak senang
di kalangan ahli,” ujar Kamarul Azman.
“Mukhriz kena jelas apakah yang beliau mahukan di dalam PPBM. Jika beliau
benar berhasrat untuk perjuangan di dalam parti, beliau perlu menjadi rasional,
jangan terlibat membawa masuk orang-orangnya,” katanya memetik laporan
Antarapos.
PPBM sebelum ini menerima tamparan hebat apabila Kamarul Azman yang juga
antara pengasas parti itu mengisytiharkan keluar parti dan melepaskan semua
jawatan, berkuatkuasa serta-merta pada Khamis lalu.
Tindakan itu diambil beliau apabila melihat perjuangan PPBM sudah terpesong,
malah banyak ahli yang hilang kepercayaan kepada kepemimpinan yang
memandang ahli-ahli parti mengikut ‘darjat’ dan ‘kasta’.
Mukhriz semalam mengesahkan wujud pihak menjual pangkat dan jawatan
peringkat bahagian parti sebagaimana yang didakwa Kamarul Azman.
Walaubagaimanapun Mukhriz berkata, tiada tindakan akan diambil ekoran individu
yang ‘menjual’ pangkat berkenaan sudah meninggalkan parti.
“Jika beliau (Mukhriz) tujukan kenyataan itu terhadap saya, beliau adalah seorang
yang paling tidak jujur di dalam perjuangan PPBM. Sedangkan Mukhriz merupakan
antara orang yang menimbulkan masalah dengan membawa masuk orang-orangnya,
kawan-kawan bermasalah di dalam parti.
“Mukhriz tidak perlu putar-belit. Mukhriz kena jelas siapakah yang dimaksudkan.
Dan saya mencabar Mukhriz dalam debat terbuka, jika beliau kata ada bukti, saya
pun ada bukti untuk mengatakan antara perkara yang merosakkan parti adalah
rakan-rakannya sendiri,” jawab beliau mengenai tuduhan Mukhriz.
Terdahulu, pemimpin kanan PPBM, Datuk Dr. Rais Hussin menafikan dakwaan
bahawa terdapat individu yang ditawarkan menjadi Ketua Bahagian PPBM di Johor
dengan syarat perlu membayar RM250,000.
Selain menyediakan pejabat kekal bagi tujuan operasi parti, mereka perlu
mengekalkan ahli jawatankuasa parti tertinggi sedia ada selain membayar elaun
bulanan serta gaji kepada setiausaha parti. – MalaysiaGazette.
Sumber TKO - 27-4-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata, mereka yang ingin meninggalkan parti itu dialu-alukan untuk berbuat
demikian.
"Ia kerana kita tidak mahu mereka (menyertai BERSATU) kerana mempunyai
dendam atau mahu kedudukan,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di ibu pejabat
parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata bahawa menjadi pemimpin bahagian BERSATU tidak secara automatik melayakkan seseorang itu menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita ingatkan semua sekali lagi - menjadi ketua bahagian tak bermakna tetap jadi calon.
“Calon akan diberikan kepada ‘winnable candidates’ dan orang ini mungkin daripada parti-parti gabungan atau BERSATU,” kata Mahathir.
Kenyataannya itu dibuat selepas salah seorang pengasas BERSATU, Kamarul
Azman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti minggu lalu.
Kamarul Azman berkata, beliau kecewa dengan hala tuju parti yang dilihat
terpesong serta mendakwa BERSATU kini mengamalkan kronisme dan 'kasta'.
Bagaimanapun ini dinafikan oleh stiausaha agung parti itu, Datuk Shahruddin Md
Salleh.
Mahathir, sebelum ini, mengakui bahawa terdapat beberapa masalah berhubung
dengan peraturan parti itu tetapi berkata, masalah berkenaan sedang diselesaikan.
“Sudah tentu ada orang yang tidak akan berpuas hati. Tetapi jika kita terima
penyelesaian mereka, akan ada orang (lain) yang tidak berpuas hati.
“Jadi kita akan kekal dengan keputusan kita,” katanya.
Mahathir berkata parti itu sedang menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan
pelantikan pemimpin parti.
“Didapati bahawa
sementara ada sikit
masalah dengan
BERSATU dewasa ini
di negeri tertentu tetapi
Armada (Pemuda) dah
selesaikan semua
pelantikan, Srikandi
(Wanita) ada sikit sahaj
masalah.
“Dari segi organisasi,
BERSATU adalah
teratur,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mahathir menafikan bahawa jawatan kepimpinan
bahagian parti itu boleh dijual-beli.
“Tidak timbul sama sekali. Ada orang nak bagi duit tak tahu la.
“Kalau dia nak jadi ketua bahagian, kita terima la duit(nya),” kata Mahathir secara
sinis.
Malah, bekas perdana menteri itu sempat berseloroh dan berkata untuk menyertai
BERSATU, ahlinya terpkasa membayar yuran keahlian sebanyak RM4.
“Bukan sahaja nak dapat jawatan, nak masuk parti pun kena bagi duit, RM4. Semua
kena bayar duit, dia masuk lepas itu nak jawatan dia punya hal la. Kita mengaku
parti kami miskin,” katanya.
Sumber TKO - 27-4-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Syed Saddiq Abdul Rahman menggesa orang ramai tidak mempercayai dakwaan kononnya jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPM) untuk dijual kepada ahli.
Beliau menjawab laporan Sinar Harian memetik seorang ahli PPBM yang tidak
dinamakan sebagai berkata seseorang menawarkan jawatan ketua bahagian di Johor
melalui WhatsApp.
Mereka yang berminat cuma perlu membayar RM250,000, menyediakan sebuah
ruang pejabat tetap, mengekalkan semua ahli jawatankuasa sedia ada dan elaun
bulanan mengikut pangkat, membayar gaji setiausaha dan meneruskan – serta
menambah – program di peringkat bahagian.
Ketua pemuda PPBM mengatakan pelantikan dirinya membuktikan tuntutan seperti
itu tidak berlaku.
“Saya pengasas bersama, ketua pemuda, dan naib presiden parti. Simpanan hidup
saya tidak mampu cecah RM250,000, tetapi saya diamanahkan jawatan-jawatan itu,
” katanya kepada FMT.
Beliau menepis dakwaan itu sebagai “mengarut dan tidak berasas” dan mendakwa
sumber cerita itu mempunyai motif lain.
“Ini tanda-tanda langkah terdesak melemahkan momentum PPBM.
“Tidak ada tuntutan seperti itu di mesyuarat majlis presiden dan majlis tertinggi
yang saya hadiri.”
Minggu lalu seorang pengasas bersama PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman,
meletakkan keahlian dan mendakwa parti itu “dirampas bekas ahli Umno yang
mahu mendapatkan kuasa dan kedudukan”.
Kamarulazman, yang sebelum ini mengetuai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia,
salah seorang daripada 7 pengasas PPBM.
Kamarulazman melepaskan jawatan setiausaha kerja PPBM pusat, ahli majlis
tertinggi PPBM pusat dan ketua PPBM bahagian Telok Kemang, dan menolak
tawaran jawatan pengerusi perhubungan PPBM Negeri Sembilan pada 19 April.
Sumber TKO - 24-4-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Mana Ezam Dapat Dana Beli Parti Bebas Rasuah – RPK
Posted on Monday, April 24 @ 14:37:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34671 |
Mohamad Ezam Mohd Nor kini menunggu masa dan mula mengira hari ajalnya. Bukan sahaja beliau kemungkinan besar tidak lagi akan menerima kira-kira RM100 juta dari penaja yang sepatutnya memberikan kepadanya tetapi dia akan menghadapi pertuduhan rasuah dan penipuan serta mungkin bakal didakwa dalam pengubahan wang haram juga.
Adakah ini bermakna partinya, Parti Bebas Rasuah, benar-benar tidak wujud dan
merupakan hanya penyamaran semata-mata, tiada lagi paluan gong untuk
mengalu-alukannya sebagai ahli Pakatan Harapan? Bagaimanapun, anda boleh
membaca lebih lanjut mengenai perkara itu di sini: Ezam scams his party sponsor, yet
again.
G. Kumaar Aaman, yang merupakan ketua Parti Generasi Baru (NewGen Party)
sebenar yang Ezam sepatutnya beli dan menukarkannya menjadi Parti Bebas
Rasuah, telah meminta SPRM untuk menyiasat dari siapa Ezam mendapat wang.
Seseorang memberi Ezam RM10 juta jadi Kumar mahu tahu siapa yang menderma
atau penajanya.
Menurut Ali, pemandu beliau, akhir-akhir ini Ezam telah bertemu Tun Daim beberapa kali jadi adakah ini boleh menjadikannya sebagai penaja beliau?
“Bagaimana beliau (Ezam), sebagai bekas kakitangan awam, mampu untuk
membayar untuk itu dan ini. SPRM perlu melihat kepada sumber pendapatannya,
sama ada ia datang dari ‘penaja’ atau daripada rasuah, “kata Kumaar.
Kumaar juga berkata, “Saya adalah presiden parti NewGen. Saya tidak tahu di mana
maruah Ezam ketika dia menyamar sebagai presiden parti. “Kumaar menambah
terdapat pihak tertentu (bermaksud orang dalam parti yang Ezam telah rasuahkan)
yang bersubahat dengan Ezam dan telah menggunakan alamat pejabat yang palsu,
tandatangan palsu dan ahli-ahli parti palsu untuk merampas atau ‘mencuri’ parti.
Ini adalah tuduhan yang amat serius sekali. Kumaar juga mendakwa bahawa Ezam,
yang kononnya sebagai presiden parti dan timbalannya, Khairuddin Abu Hassan,
telah menukar nama parti itu kepada Parti Bebas Rasuah tanpa kelulusan Pendaftar
Pertubuhan atau 300 ahli berdaftar parti. Tiada satu pun daripada 300 ahli telah
menghadiri sebarang EGM untuk meluluskan perubahan pemegang jawatan atau
pertukaran nama.
Ezam palsukan EGM, mereka Minit, memalsukan tandatangan dan menukar nama parti itu tanpa kelulusan
Untuk memburukkan lagi keadaan, tiada EGM pernah diadakan. Minit Mesyuarat
EGM telah dipalsukan dan alamat EGM yang sepatutnya telah diadakan sebenarnya
dibuat alamat kedai jubin. Dan kerana itulah lahirnya nama ‘Parti Kedai Jubin’.
Kalau mengikut Akta Pertubuhan, tidak ada sebab untuk Pendaftar Pertubuhan
boleh mengabaikan jenayah ini atau mengelak daripada mengambil tindakan
terhadap Ezam.
Satu laporan polis juga telah dibuat terhadap bekas setiausaha agung parti
sebelumnya, S. Gobi Krishnan, berhubung kehilangan RM105,000 wang parti. Gobi
juga orang yang telah disogok oleh Ezam dan yang bersekongkol untuk mereka
Minit EGM yang tidak pernah diadakan di kedai jubin dan senarai hadirin palsu
dengan tandatangan palsu.
Mohamad Zaini Jaafar, Huan Cheng Guan dan Kumaar Aaman menuduh Ezam mencuri parti melalui EGM palsu dan dokumen yang direka
Ezam boleh dengan mudah mengelakan semua masalah ini dengan menghabiskan
sedikit daripada RM10 juta mengadakan EGM sebenar dengan kehadiran ahli betul.
Walau bagaimanapun, kerana tamak, dia cuba untuk menyelamatkan wang dengan
memalsukan minit mesyuarat dan kehadirin palsu serta tandatangan palsu di alamat
kedai jubin.
Bak kata pepatah English “penny-wise-pound-foolish”? Hanya untuk
menyelamatkan beberapa ribu dari RM10 juta, Ezam mungkin baru sahaja
kehilangan baki RM90 juta, jumlah yang dia sepatutnya menerima. Sekarang dia
telah memperbodohkan diri sendiri dan mungkin perlu menghabiskan pilihan raya
umum akan datang dalam penjara, sekali lagi.
– Malaysia Today
Sumber TKO - 24-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia disiasat berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.
Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (PPBM) itu berkata setakat ini beliau belum
dipanggil oleh mana-mana pihak berhubung isu itu.
" Mereka (pasukan petugas khas) boleh menghubungi saya bila-bila masa...saya
sentiasa bersedia untuk pergi ke mahkamah atau mana-mana," katanya kepada
pemberita selepas Program Bual Bicara Tun M di Tasek Gelugor malam tadi yang
turut dihadiri Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa dan Naib
Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Febuari lepas, Kabinet bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas yang
dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menjalankan siasatan awal berhubung isu itu.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berhubung perkara itu berkata tindakan
kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.
Sementara itu, ditanya mengenai tindakan pemimpin dan anggota PPBM keluar
parti sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir berkata mereka bebas untuk keluar parti
sekiranya merasakan parti itu tidak lagi mempunyai hala tuju dan hilang keyakinan
terhadap kepimpinan parti.
"Dia nak keluar dia keluar lah...tiada paksaan tapi yang anehnya orang inilah yang
pertama marah kepada Datuk Seri Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) kononnya...
tapi la ni puji, marah kat kita (pula) pasal (kata) kita menjatuhkan ekonomi...,"
katanya.
Minggu lepas, Setiausaha PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman, yang juga
pengerusi Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mengumumkan keluar
parti bersama 821 anggota PPBM di seluruh negara.
Kamarul Azman, yang merupakan antara tujuh pengasas PPBM, dilapor berkata
mereka membuat keputusan itu kerana PPBM tiada hala tuju untuk membela rakyat
dan memartabatkan negara serta tiada agenda lain kecuali menjatuhkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
- Bernama
Sumber HD - 24-4-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Bekas Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Kamarulazman Habibur Rahman menyoal kembali Tun Dr Mahathir Mohamad
apabila Pengerusi parti berkenaan mendakwa perletakan jawatannya disebabkan
kroni.
Ujarnya, sungguhpun tidak kecewa dengan dakwaan oleh orang nombor satu PPBM
itu, Kamarulazman berkata, kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir adalah cubaan
untuk menyembunyikan krisis dalaman parti yang semakin kronik.
"Saya tak kecewa (dengan kenyataan Dr Mahathir) pun, kerana saya tahu mereka
akan buat kesimpulan begitu, saya berpendapat mereka tak berani menyatakan
perkara yang sebenar.
"Dalam apa-apa perkara pun kita akan dapati ada perbezaan pendapat dan kita kena
raikan perbezaan pendapat itu," ujarnya dipetik Antarapos.
Kamarulazman berkata demikian sebagai mengulas kenyataan ringkas Dr Mahathir
berhubung perletakan semua jawatannya dalam PPBM serta keahlian partinya.
“Kroni dia tak pilih dia kot,” kata Dr Mahathir ringkas selepas ceramah di Kampung
Pandan Dalam sebelum berlalu tanpa memberi penjelasan lanjut.
Justeru itu, Kamarulazman menyoal kembali kepada Dr Mahathir dengan bertanya,
"siapa yang mengamalkan kroni ini (sebenarnya)?".
Kamarul pada Selasa mengumumkan perletakan semua jawatannya dari PPBM
ekoran Presidan dan Timbalan Presiden PPBM - Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya melantik kroninya bagi jawatan dalaman parti.
Mengulas mengenai perletakan jawatannya kepada Antarapos, Kamarulazman
menegaskan bahawa beliau sangat kecewa dengan pentadbiran pemimpin utama
PPBM yang mengamalkan budaya berkenaan.
"Saya kecewa, sangat-sangat kecewa sebab mundurnya bangsa Melayu kerana
amalan berpolitik yang sukar ditegur. Dan saya sudah jangka bila saya tegur dan
buat keputusan ini, maka ada kata-kata sumbang seperti pemakan dedak.
"Kumpulan ini bila kita buat keputusan, mereka tak cuba menyelami mengapa
keputusan ini dibuat, tetapi mereka membuat andaian-andaian sebegini. Mereka tak
pernah menyelesaikan masalah, tetapi mengenepikan masalah," kata beliau lagi.
Tambahnya, ada dalam kalangan ahli parti cuba berbuat baik dengan pemimpin
utama PPBM demi meraih kedudukan dalam parti sekaligus mengenepikan ahli-ahli
dan pemimpin yang bekerja keras dan berkorban demi parti tetapi tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya.
Jelasnya, ramai lagi pemimpin yang masih bersama PPBM mengakui parti
berkenaan mengalami masalah kronisme kronik tetapi enggan bersuara.
Tanpa mendedahkan individu berkenaan, Kamarulazman menjelaskan bahawa akan
ada lebih ramai lagi pemimpin PPBM bakal mengikut jejaknya meninggalkan parti
teraju Dr Mahathir itu.
Sumber TKO - 21-4-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dek kerana gagal mendapat sebarang sumbangan, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menggunakan agensi kerajaan untuk menghalang orang ramai menderma kepada PPBM.
Bekas perdana menteri itu berkata, PPBM gagal mendapat sebarang sumbangan kononnya kerana penderma bimbang akan disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Masalah yang kami hadapi ialah Najib mahu mencapai kemenangan, jadi untuk mengalahkan pembangkang, khasnya PPBM, kami tak terima sebarang sumbangan.
“Sesiapa pun yang hendak menderma kepada Bersatu akan disiasat LHDN. Walaupun sudah bayar balik, mereka akan disiasat juga,” dakwa Mahathir.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Jelajah Semarak Kasih Felda Bersama Tun Dr Mahathir di Parlimen Sekijang, Segamat, Johor, pada Sabtu lalu.
Pengerusi PPBM itu mendakwa, ia adalah taktik perdana menteri untuk menggunakan agensi kerajaan bagi menghalang parti pembangkang beroperasi seperti biasa.
Mahathir juga berkata, jika Pakatan Harapan dipilih sebagai kerajaan persekutuan, negara termasuk ekonomi kononnya akan dipulihkan secepat mungkin, termasuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secara beransur-ansur.
Tak cukup dengan itu, bekas perdana menteri itu turut menyeru ahli UMNO untuk keluar parti kerana mendakwa ia kononnya bukan lagi parti yang diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman, sebaliknya ia adalah parti Najib.
“Saya berada dalam UMNO lebih lama daripada anda, saya sudah keluar parti, kamu semua pun keluarlah,” katanya.
Sumber TKO - 20-4-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Parti Bersatu menafikan dakwaan salah seorang bekas pengasas parti tersebut, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengatakan wujudnya amalan pilih kasih dalam pelantikan Ketua-Ketua Penaja Bahagian Bersatu yang menyebabkannya meninggalkan parti.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, Bersatu
pelantikan dibuat secara rundingan dengan pelbagai pihak yang terlibat dalam
menggerakkan parti di peringkat akar umbi berlandaskan prinsip musyawarah.
Menurutnya, ini memandangkan terdapat ramai pihak yang berminat dan bersedia
untuk menerajui pimpinan di peringkat bahagian parti di seluruh negara dan kata
sepakat perlu dicapai sebelum pelantikan dibuat.
“Pucuk pimpinan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik dalam pelantikan
Ketua-Ketua Penaja Bahagian dengan mengambil kira faktor sumbangan seseorang
calon yang hendak dilantik, pengalaman, bakat kepimpinan dan penerimaan oleh
masyarakat setempat.
“Setakat ini sebahagian besar ketua penaja bahagian parti telah dilantik dan hanya
beberapa bahagian sahaja yang memerlukan rundingan lanjut dengan beberapa
pihak di akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Kamarul Azman yang pernah menyandang Pengerusi Perhubungan
Bersatu Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Bersatu mengumumkan
peletakan semua jawatannya dalam parti kerana kabur dengan perjuangan Bersatu.
Shahruddin berkata, Kamarul Azman sendiri telah dilantik sebagai ketua penaja
parti Bahagian Teluk Kemang setelah rundingan lanjut dibuat dengan pelbagai
pihak di akar umbi.
“Pelantikan tersebut dibuat setelah pucuk pimpinan mengambil kira faktor
sumbangan beliau kepada parti dan penerimaan oleh ahli-ahli parti.
“Bagaimanapun, saya bagi pihak pimpinan tertinggi parti merakamkan ucapan
jutaan terima kasih di atas segala sumbangan dan pengorbanan beliau (Kamarul
Azman) selama ini serta mendoakan yang terbaik untuk beliau bagi masa hadapan,”
katanya.
Sumber TKO - 20-4-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anina adalah mangsa krisis politik PPBM - Kamarulazman
Posted on Wednesday, April 19 @ 22:04:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34612 |
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman mendakwa berlaku kepincangan dalam
pengurusan parti, lebih-lebih lagi ketika ia dilanda isu-isu dalaman.
Mengambil contoh pengguguran Anina Saaduddin daripada jawatan sementara
Ketua Srikandi PPBM yang menjadi kontroversi tidak lama dahulu, Kamarulazman menyifatkan wanita berkenaan menjadi mangsa kepada perebutan kuasa di dalam
PPBM.
"Anina merupakan orang pertama menjadi mangsa politik, perebutan kuasa dalam
PPBM. Malangnya nasibnya tidak terbela. Saya merasakan sepatutnya Ainina
ditangani secara baik, rasional, bermusyawarah, namun ia tak berlaku.
"Saya lihat banyak perkara diputuskan di dalam PPBM dibuat oleh beberapa orang
sahaja," ujarnya.
Sebelum ini 'pelucutan' jawatan Anina sebagai Ketua Srikandi PPBM menjadi
kontroversi apabila beliau didakwa disingkirkan daripada memegang jawatan itu
selepas dikaitkan dengan dakwaan mempunyai hubungan intim dengan bekas
pembantunya.
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan soal pengguguran
jawatan di dalam parti adalah satu perkara biasa, malah Presidennya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin mendakwa Anina gagal mencapai sasaran yang ditetapkan parti.
Anina kini kekal sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM.
Kamarulazman terlebih dahulu mengadakan sidang media mengumumkan
tindakannya keluar parti selepas kecewa dengan krisis dalaman yang membabitkan
PPBM, dan melepaskan kesemua jawatan yang dipegangnya dalam parti itu.
Beliau merupakan salah seorang daripada tujuh pengasas awal PPBM.
Sementara itu dalam masa yang sama, Kamarulazman juga hairan bagaimana
pimpinan parti seolah ambil mudah dalam soal rundingan kerjasama PPBM dengan pembangkang, termasuk Pakatan Harapan (PH).
"Saya sangat tidak berpuas hati apabila keputusan menghantar wakil daripada
PPBM untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti komponen PH, adalah
terdiri daripada mereka yang sama setiap kali dalam apa sahaja urusan.
"Sedangkan mereka yang dihantar itu adalah yang tidak mempunyai kebolehan
dalam perbincangan, diplomasi," tegasnya.
PPBM pada Mac lalu menyertai PH bagi menguatkan barisan pembangkang untuk
mendepani Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan
datang.
PPBM terlebih dahulu mengadakan rundingan bersama PAS bagi membentuk
kerjasama politik, namun ia menemui jalan buntu selepas parti pimpinan Datuk Seri
Abdul Hadi Awang itu tegas dengan pendirian enggan menjalin hubungan dengan
mana-mana parti yang berbaik dengan DAP dan Amanah.
Sumber TKO - 19-4-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Kamarulazman Habibur Rahman hari ini mengumumkan keluar parti.
Kamarulazman Habibur Rahman yang juga ahli majlis pemimpin tertinggi
BERSATU turut mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya.
"Hari ini saya ingin umumkan peletakan jawatan saya sebagai ketua penaja
bahagian BERSATU Teluk Kemang.
"Saya juga menolak tawaran sebagai pengerusi perhubungan BERSATU Negeri
Sembilan dan saya letak jawatan saya sebagai setiausaha kerja BERSATU pusat.
"Saya juga letak jawatan sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi BERSATU. Dan
akhir sekali saya undur diri dari jadi ahli BERSATU," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.
Sumber TKO - 19-4-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ezam & Khairuddin Dituduh ‘Mencuri’, Presiden New Gen Party Lapor Polis
Posted on Thursday, April 13 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34482 |
Dua bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Mohamad Ezam
Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dituduh ‘mencuri’ parti
menyebabkan Presiden New Gen Party, Dato G Kumar telah membuat laporan
polis.
Dalam laporan polis itu, G. Kumar memberitahu bahawa Setiausaha Agung parti pimpinannya, S Gobi Krisnan telah menjual parti New Gen Party kepada pihak
ketiga dan ditukar nama kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) yang diketuai oleh Ezam
dan Khairuddin.
Manakala S Gobi Krisnan pula telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PBR
.
G. Kumar turut menuduh S Gobi Krisnan seorang korup yang pernah memeras
ugutnya untuk mendapatkan sejumlah wang tertentu.
“Saya juga mendapati Encik Gobi cuba untuk menjual parti ini (New Gen Party)
kepada pihak ketiga untuk mengaut keuntungan bagi diri sendiri,” kenyataan
laporan polis G. Kumar dipetik.
Pendedahan ini dilakukan sendiri oleh G Kumar kepada Datuk Huan Cheng Guan,
Parti Cinta Malaysia (PCM).
“Minggu lepas Presiden sebenar New Gen Party telah berjumpa dengan saya dan
meluahkan keluhannya situasi yang sebenar berlaku dalam partinya.
“Presidennya Dato Kumar telah memberitahu saya, beliau sendiri pun tidak tahu
macam mana partinya telah boleh dipindah tangan kepada orang lain, sedangkan
tanpa ada apa-apa Mesyuarat Agung yang beliau sedia maklum.
“Beliau juga amat terkejut macam mana pihak luar boleh suka-suka mahu menukar
nama partinya (New Gen Party) kepada Parti Bebas Rasuah. Dia pun Pening.
“Susulan dari itu, satu laporan polis telah dibuat . Maka beliau berharap ROS dan
PDRM mengambil tindakan yang sewajarnya,” dedah Huan dalam Facebook.
Presiden New Gen Party, Dato G Kumar mengadu masalah partinya telah ‘dicuri’
kepada Datuk Huan
Sumber TKO - 13-4-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Seramai 500 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Rembau,
malam tadi mengisytiharkan keluar daripada parti berkenaan serta-merta.
Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin yang mengetuai
kumpulan berkenaan, berkata keputusan itu dibuat sebulat suara dalam satu
mesyuarat pada 28 Mac lepas ekoran mereka hilang keyakinan terhadap pucuk
pimpinan PPBM, yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan
Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain anggota jawatankuasa
yang dilantik masih anggota Umno serta hala tuju parti yang kabur.
"Berikutan keputusan keluar parti beramai-ramai ini, saya boleh katakan PPBM
Rembau lumpuh 99 peratus. Di Bahagian Rembau, ada 2,000 ahli dan 1,500 lagi
akan keluar parti dalam masa terdekat," katanya dalam satu sidang media di
Seremban.
Mohd Anas yang menyertai PPBM pada 10 Oktober 2016, berkata surat keluar
parti secara beramai-ramai itu, bagaimanapun akan diserahkan kepada Ibu Pejabat
PPBM selewat-lewatnya 15 April ini. - Bernama
Sumber TKO - 6-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dicadangkan supaya menjadi penasihat bersama Pakatan Harapan.
Menurut Timbalan Presiden Parti Generasi Baru, Datuk Khairuddin Abu Hassan, ini kerana Mahathir dilihat akan dapat membantu meringankan bebanan tanggungjawab Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mempunyai banyak komitmen.
"Saya amat simpati dengan bebanan kerja Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sekian lama berjuang menerajui barisan pembangkang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya lagi, begitu juga dengan bebanan tanggungjawab yang sedang dipikul oleh Mahathir selaku pengerusi parti Bersatu yang berkempen hampir setiap malam.
"Kita harus memberi banyak ruang kepada Mahathir dan Wan Azizah untuk tumpu pada perancangan strategik kerja-kerja Pakatan Harapan," katanya.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata langkah ini amat penting kerana semua parti-parti politik pembangkang akan bertanding di bawah Pakatan Harapan secara satu lawan satu dengan menggunakan satu logo pada PRU14 kelak.
"Minda dan tenaga harus diberikan secara lebih kepada Pakatan Harapan agar menjaminkan kejayaan cemerlang barisan pembangkang pada PRU14 yang akan datang," katanya.
Sumber TKO - 6-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini melantik bekas
exco Puteri Umno, Rina Mohd Harun, sebagai ketua sayap wanitanya, Srikandi.
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasssin turut mengumumkan Shamsilah Siru
sebagai timbalan Rina, di samping mengumumkan seramai 20 ahli jawatankuasa
pusat dan 7 ketua penaja negeri bagi sayap wanita parti itu.
Menurut Muhyiddin, perlantikan berkenaan merupakan langkah yang penting dalam usaha memantapkan PPBM.
“Kita mengiktiraf kepentingan wanita dalam PPBM untuk berjuang bersama barisan kepimpinan yang lain dengan satu agenda untuk menyelamatkan Malaysia,” kata
Muhyiddin.
Beliau berharap pemimpin wanita PPBM dapat menarik sokongan rakyat dan
menambah bilangan ahli parti sejak ia ditubuhkan 7 bulan lalu.
Rina yang merupakan bekas ketua Puteri Umno Sepang, berkata antara cabaran
pihaknya adalah menambah keahlian wanita.
“Kita mahu ahli wanita mengajak ahli keluarga lain bersama-sama menyokong
PPBM,” katanya.
Sebelum ini, isu mengenai ketua sayap Srikandi PPBM kecoh seketika apabila ahli
Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Anina Saadudin, mendakwa beliau disingkirkan
daripada jawatan itu.
Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor bagaimanapun berkata Anina
tidak “dipecat” daripada jawatan itu kerana parti itu tidak pernah melantik Anina
mengetuai sayap wanita secara rasmi.
Sumber TKO - 5-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Jahat sungguh polis Malaysia. Sementara menteri-menteri dan Najib sendiri tidak menghalang debat saya dengan Nazri, polis daerah pandai-pandai menyekat.
Kononnya sekolah tidak boleh guna; kononnnya ada kemungkinan rusuhan berlaku,
ada protes daripada rakyat dan bermacam-macam lagi.
Semua ini kerenah polis. IGP (Ketua Polis Negara) pun tidak ada halangan.
Katanya ini bukan business polis. Yang tidak beri kelulusan ialah ketua daerah
polis (OCPD).
Timbalan Menteri Dalam Negeri pun pegawai-pegawai polis tak hormat. Bukankah
YB Nur Jazlan sudah berfirman bahawa ia tidak ada halangan? Bahkan dia sokong
debat diadakan.
Tetapi itu pun tidak dihiraukan oleh
pegawai rendah polis. Ia tak beri atau
tarik balik kelulusan.
Sesungguhnya pegawai rendah polis
sudah mengambil alih negara ini.
Kerajaan, menteri-menteri dan Najib
begitu demokratik, hendak beri
kebebasan sepenuhnya kepada rakyat.
Tetapi polis ganggu. Jahat sungguhlah polis.
Sekarang IGP sendiri terpaksa ikut kehendak pegawai di bawahnya. IGP pula tidak
bersetuju supaya debat diadakan di Shah Alam.
Mujurlah Menteri Kewangan II, (Johari) Abdul Ghani mencadangkan supaya
debat diadakan di hotel.
Demikianlah minat kerajaan untuk melihat debat diadakan.
Syabas Malaysia
Penganjur belum sambut cadangan baik ini. Jika tidak sambut janganlah salahkan
kerajaan demokratik Najib debat tidak diadakan.
Jangan salahkan Nazri pun kerana menteri kerajaan ini menawarkan antartika dan
penguin yang penyokong saya tidak mampu pergi.
Saya tak dapat tinggal negara demokratik ini terlalu lama.
Saya kecewa kerana untuk wacana “Nothing to Hide” dahulu pun polis buat kacau.
Najib hilang peluang untuk menceritakan bagaimana kawan Arabnya memberi
kepadanya hanya AS$681 juta (RM2.6 bilion pada waktu itu) dan membisik
bahawa ia patut masuk ke dalam akaun peribadinya, belanja sesuka hatinya tanpa pengetahuan sesiapa.
Kerana IGP bebas menghalang Najib, PM Malaysia tidak dapat membersihkan
dirinya daripada tuduhan tak berasas.
Kata Nazri, Malaysia sudah jadi “police state”. Ya benar. Benang-benang halus
yang menggerak bibir dan lidah polis sebenarnya tidak ada walaupun ternampak
ada.
Syabas Malaysia, negara demokratik yang tidak ada tolok bandingnya.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Sumber TKO - 4-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU - Parti Bersatu Kelantan kini giat mengenal pasti calon di setiap
parlimen di negeri ini untuk bertanding pada PRU14.
Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, pemilihan
berkenaan memberi keutamaan kepada calon yang disenangi rakyat.
“Calon yang dipilih biarlah boleh diterima rakyat dan kita tawar calon popular
yang disenangi rakyat, malah calon berkenaan juga perlulah tidak ada rekod hitam.
“Bersatu menilai calon berkenaan mestilah memiliki kewibawaan, sensitif untuk
selesaikan masalah rakyat dan memiliki integriti tinggi,” katanya kepada media
selepas mesyuarat kali pertama di Kubang Kerian, semalam.
Beliau berkata, parti berkenaan mahu bertanding dalam PRU14 dengan menetapkan keutamaan bertanding di parlimen.
“Sudah pasti kita (Bersatu) bertanding, tetapi di mana, tempat mana, masih dalam
kajian dan dapati selepas berunding dengan anggota parti komponen Amanah dan
PKR.
“Kita bertanding bukan berdasarkan bilangan jumlah kerusi yang akan bertanding, sebaliknya bilangan kerusi yang akan menang. Semua ini penting kerana kita akan bertanding dalam kawasan parlimen yang diyakini berpotensi menang,” katanya.
Pada mesyuarat berkenaan, beliau mengumumkan mengenai pelancaran siri
ceramah seluruh Malaysia iaitu jelajah Selamat Malaysia, Selamat Rakyat
(Semarak) yang mana di Kelantan, ia akan diadakan pada malam 14 April ini
bertempat di Cherang Ruku, Semerak, Pasir Puteh.
“Program jelajah ini dilakukan di seluruh negara oleh pimpinan tertinggi parti;
Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Pada malam 14 April nanti, program Semarak ini, Presiden akan turun bagi memperkenalkan barisan pemimpin kepada rakyat dan pengundi di negeri ini,
malah pada hari tersebut beliau juga akan merasmikan pejabat Bersatu negeri dan
Ketereh,” katanya.
Mengulas mengenai keahlian terkini, pihaknya belum dapat perkiraan yang tepat
mengenai jumlah pendaftaran ahli, bagaimanapun menganggarkan sudah ada
sekitar 40,000 ahli.
Sumber TKO - 3-4-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam saya mendengar ceramah Tun Mahathir di Cheng, Melaka. Tun Mahathir mempersenda keputusan polis membatalkan kebenaran terhadap penganjuran debat
antara beliau dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.
Kata Mahathir "Petang tadi saya dapat maklumat, polis kata tak boleh, kononnya
ada orang-orang di situ buat laporan, takut jadi huru hara.
"Bukan ada siapa pun duduk di situ, yang ada kilang saja. Jadi sekali lagi dibatal.
Dibatal kerana apa, kerana takut," kata Mahathir.
Memetik pepatah Melayu dalam lirik lagu BERSATU, "Berani kerana benar, takut
kerana salah", Mahathir berkata kerajaan takut kerana tahu ia telah melakukan
kesilapan.
Manakala Datuk Zainuddin Maidin, kaki bodek dan merapu berkata Mahathir
sekali lagi mendapat kemenangan politik 'paling bermaruah dan bergaya' apabila
debatnya dengan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz
dibatalkan.
Apabila Mahathir kata orang takut sahaja yang cuba batalkan debat, lebai teringat
akan kisah silam debat antara UMNO-PAS zaman Tun Mahathir "kuku besi"
memerintah Malaysia dibatalkan.
Untuk makluman pembaca, oleh kerana ini kisah silam, lebai rasa ada baiknya
lebai memberi sedikit info tentang debat UMNO-PAS atas isu PAS mengkafirkan
UMNO.
Isu Debat Umno-PAS ini adalah lanjutan isu kafir-mengkafir yang berlaku sejak
awal 1980-an. Beberapa tindakan yang dikenakan ke atas pemimpinan PAS seperti pendakwaan di mahkamah, penahanan ISA dan tuduhan mengkafirkan Umno,
termasuk manipulasi isu Amanat Haji Hadi telah mewarnai hubungan politik
PAS-Umno selepas 1980.
Ekoran itu, Naib Yang Dipertua Agung PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
dalam satu interview dengan Asiaweek telah mendakwa Umno enggan bertemu
PAS untuk menyelesaikan masalah ini.
Ekoran itu, pada 25 Ogos 1984, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad telah menyatakan kesediaannya berdebat dengan PAS. Setiausaha
Agung PAS, Ustaz Haji Hassan Shukri pada hari sama juga telah menyatakan
kesediaan PAS untuk berdebat dengan Umno dengan bersyarat.
Syarat yang dikemukakan oleh PAS ialah perlu ada pertemuan pertama melibatkan
lima pemimpin tertinggi kedua-dua parti. Setiap orang daripada mereka mestilah
membaca dan menghuraikan makna Surah al-Fatihah dan ayat 1-16 Surah
al-Baqarah untuk menentukan kebenaran tuduhan Umno bahawa PAS
memutarbelitkan agama.
Syarat PAS ini telah menyebabkan Umno berdiam diri sehingga Datuk Seri
\Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan pada 15 September 1984 bahawa
Umno sedia berdebat dengan PAS dalam isu tuduhan PAS mengkafirkan Umno
dan hanya menunggu persetujuan PAS sahaja.
Pada 17 September 1984, PAS telah mengirimkan surat kepada Umno kerana
persetujuan debat ini, dan ia dijawab oleh Datuk Sanusi Junid, Setiausaha Agung
Umno pada 15 Oktober 1984 dengan mencadangkan debat ini atas tajuk "PAS
mendakwa ahli Umno kafir, dan menentangnya jika mati, adalah mati
syahid."
PAS yang bersetuju dengan cadangan tajuk oleh Umno itu telah bersepakat
supaya debat diadakan pada 11 November 1984. PAS telah melantik wakilnya
dalam debat tersebut terdiri dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz
Mohd Nakhaie Ahmad dan Ustaz Harun Taib, sedangkan Umno diwakili oleh
Dato' Wan Mokhtar Ahmad, Ustaz Ibrahim Azmi Hassan dan Anwar
Ibrahim.
Ketika PAS sedang membuat persiapan rapi tentang dalil dan hujah bagi
menghadapi Umno, pada 8 November 1984, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja,
Datuk Ahmad Zainal Abidin Yusof telah mengisyharkan bahawa Yang di-Pertua
Agong dengan perkenan Majlis Raja-raja telah mengarahkan pembatalan Debat
Umno-PAS atas alasan isu kafir-mengkafir ini hanya boleh diputuskan oleh Majlis
Raja-raja dan debat ini hanya boleh memecahkan umat Islam.
PAS percaya pembatalan ini dibuat dengan kehendak Umno. Kerana pembatalan
ini, Debat Umno-PAS yang dijadualkan pada 11 November 1984 ini tidak menjadi kenyataan.
Apa bezanya UMNO guna polis untuk batalkan debat Mahathir-Nazri dengan
Mahathir guna Penyimpan Mohor Besar Raja-raja batalkan debat UMNO-PAS
sehari sebelum debat?? Biasanya Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hanya keluar
nak puasa dan raya tiba-tiba terkeluar di TV 1984 hanya NAK BATAL DEBAT
UMNO-PAS.... itulah Mahathir yang mungkin orang baru tak kenal!
Kalau ikut logik Mahathir memang dia takut kerana bersalah dan membatalkan
debat isu kafir mengkafir. Ini jelas isu kafir mengkafir adalah TAJAAN UMNO
untuk menjauhkan orang UMNO dengan PAS.
Apa nak hairan Nazri itu adalah anak didik UMNO, anak didik Tun Mahathir
sendiri. Sama juga dengan Najib anak didik Mahathir. Mereka semuanya adalah
penyamum dan perompak wang rakyat.
Lebai menulis ini bukan nak sokong Nazri. Nazri dan Najib itu PEROMPAK
manakala Mahathir pula adalah PENYAMUN. Sekarang ini adalah isu KETUA PENYAMUN tak setuju dengan KETUA PEROMPAK.
Jangan kita lupa Mahathir 22 tahun menyamun duit kita sehingga kaya raya anak beranaknya, tak percaya tanya Rafizi, dia ada fakta bagainama anak Mahathir boleh
beli Petron dan kilang arak!
Takkan kerana kesatuan perompak bertelagah kita nak tolong ketua penyamun.
Dosa-dosanya terhadap Anwar sehingga lahirnya refromasi rakyat tidak boleh
dipadam hanya Mahathir berkata Najib kleptokrasi dan kita mesti jatuhkannya.
Jangan kita bodoh dan tertipu dengan politik licik Tun Mahathir!
Sumber TKO - 2-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------
BANDARAYA MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
melahirkan rasa kecewa apabila polis menarik balik kebenaran untuk beliau dan
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berdialog pada 7
April ini.
Penganjuran dialog oleh Sinar Harian itu sepatutnya diadakan di pejabat akhbar
Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam dibatalkan atas alasan
polis menerima bantahan daripada penduduk sekitar.
Dengan nada tidak berpuas hati sambil, Dr Mahathir berkata, alasan tersebut
bagaikan orang yang takut.
"Bukan ada siapa pun yang duduk di situ, yang ada cuma kilang sahaja. Berani
kerana benar, takut kerana salah," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira
4,000 hadirin di Program Bicara Rakyat Perdana anjuran Parti Bersatu di Taman
Paya Rumput Bestari, Melaka malam tadi.
Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Bersatu
Melaka, Mohd Redzuan Md Yusof, timbalannya Mohd Rafiq Naizamohideen serta
beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan negeri Melaka.
Sementara itu, ketika ditanya media mengenai pembatalan tersebut, Dr Mahathir
menjelaskan perkara itu memang sudah dijangkakan.
"Saya sudah jangka dia memang tidak berani, bagaimanapun saya tetap menunggu
sekiranya ada peluang lain," katanya.
Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin
Yaacob berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat.
Sumber TKO - 2-4-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR – Penaung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan sekitar September tahun ini sehingga Mac tahun depan berdasarkan beberapa petanda awal.
Dr Mahathir membuat ramalan itu berdasarkan pemerhatian melibatkan kekerapan
majlis dan program yang diadakan oleh kerajaan, selain cuti penjawat awam yang
sudah dibekukan berdasarkan daripada surat yang bocor di laman media sosial.
“Berdasarkan daripada jadual cuti yang dibekukan, majlis dan sambutan ulang-tahun, ia sepatutnya diadakan antara September tahun ini ke Mac tahun depan. Ia akan
diadakan sebelum berakhir tamat mandatnya,” kata Dr Mahathir semasa ditemui
di Parlimen selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini.
Mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal berakhir pada Jun 2018, selepas kali
terakhir PRU diadakan pada 2013.
BN dilihat berada pada landasan selesa susulan kejayaan pada Pilihan Raya Negeri
Sarawak 2016, di samping kemenangan selesa semasa Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Malah, semasa Perhimpunan Agung UMNO 2016 lalu, Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak menggesa para perwakilan untuk bersiap-sedia di medan juang
PRU14.
Terdahulu, Dr Mahathir berkata, mesyuarat dengan PH hari ini membincangkan
mengenai pembahagian kerusi secara prinsip dan bukan menentukan jumlah kerusi
yang akan ditandingi oleh parti dalam gabungan pembangkang itu.
Selain itu, mesyuarat juga membincangkan mengenai manifesto pembangkang
yang akan dibawa dalam PRU nanti. – MalaysiaGazette.
Sumber TKO - 27-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------Dr M: Orang kampung mungkin tak faham 1MDB tapi...
Posted on Saturday, March 25 @ 07:42:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34170
|
Masyarakat luar bandar mungkin tidak memahami isu-isu seperti skandal 1MDB, tetapi mereka merungut berkaitan kenaikan kos sara hidup di negara ini, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Dr Mahathir Mohamad.
"Ada beberapa isu yang sukar untuk mereka (penduduk luar bandar) fahami.
"Sebagai contoh, 1MDB dengan berbilion-bilion ringgit. Walaupun satu juta pun
sukar bagi mereka untuk faham.
"(Tetapi) ada beberapa isu yang mereka faham. GST mereka faham, kenaikan harga
barang mereka faham, kenaikan kos petrol mereka faham, anak-anak tidak
mendapat biasiswa mereka faham," kata Mahathir.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian pada sidang akhbar di Alor Star,
Kedah yang disiarkan di Facebook Live, hari ini.
Terdahulu, Mahathir berkata, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
kini lebih tidak menentu berbanding pilihan raya umum ke-13 dengan munculnya
isu-isu baru seperti 1MDB dan GST.
Semua ini adalah isu besar, jelasnya, yang akan menarik sokongan rakyat kepada
parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan.
"Saya yakin keadaan sekarang berbeza dan kita mempunyai peluang lebih besar
untuk menang," katanya.
Sumber TKO -25-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam keluar minum dengan rakan-rakan UMNO (betul-betul UMNO bukan Bersatu). Bukan bincang nak berUG dengan mereka tetapi sekadar bertukar pandangan dan pendapat tentang politik semasa.
Kami banyak berbual pasal kehebatan politik Tun Mahathir. Saya akui Tun bukan sebarangan orangnya dalam politik Malaysia. Dia sangat licik orangnya.
Pada tahun 1987 dahulu, Mahathir telah ditentang hebat oleh Ku Li dengan menyaksikan beliau cuma menang tipis 43 undi sahaja. Itupun undi tipu hasil dari perwakilan haram yang dieksploitasi oleh Sanusi Junid yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung UMNO.
Kemenangan dan kekuatan Mahathir pada tahun 1987 sebenarnya banyak dibantu oleh kelebihan pengaruh Anwar. Walaupun Anwar ketika itu cuma Pemuda Umno sahaja, tetapi beliau berjaya mengimbangi pengaruh Team B Kuli dan juak-juaknya dengan imej Islamiknya.
Tun Mahathir yang hanya menang 43 undi sahaja. Tengku Razaleigh dapat 718 undi berbanding Tun Mahathir mendapat 761 undi. Daripada mana mana 43 undi itu
datang? Menurut sumber sumber orang lama, undi itu datangnya daripada Pemuda
UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib pada waktu itu.
Ini bermakna, jika tidak mendapat pertolongan 43 undi tersebut, sudah tentu karier politik Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan bertahan selama 6 tahun sahaja (1981 – 1987).
Menyedari yang dirinya yang sudah begitu tersepit dan terhimpit oleh asakan Team B yang sudah menguasai 70 % UMNO, Mahathir sudah tiada pilihan untuk menyelamatkan dirinya. Maka DIHARAMKAN UMNO untuk menyingkir Kuli dan kunco-kunconya.
UMNO Baru di lahirkan.
Kuli dan kunconya terpaksa memnunbuhkan Semangat 46 dan mencari sokongan pembangkang, PAS ketika itu.
Mahathir berjaya dalam misinya.
Kini Mahathir nak singkirkan Najib. Tapi malangnya Mahathir tidak berada dalam UMNO kerana dia pencen. Mahathir tak berjaya menggunakan Muhyiddin untuk misi kali ini. Akhirnya Mahathir tubuh PPBM.
PPBM itu sebenarnya UMNO BAHARU Malaysian United Indigenous Party or Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Indigenous = Natives Malaysian United Natives Party (UMNO)
Untuk misi jatuhkan Najib diluar, Mahathir kena hijack PAKATAN HARAPAN.
Kalau kita kaji semua ucapan Mahathir dan corak dan cara gaya dia bercakap semuanya berpusat nak jatuhkan Najib tidak lebih daripada itu.
Persoalan timbul. Adakah Anwar tahu misi Mahathir ini. Adakah Mahathir perlukan Anwar dalam misi kali ini seperti dia perlukan Anwar dalam misi jatuhkan Kuli?
Artikel saya kali ini bersifat santai sekadar meleparkan idea dan pandangan untuk para pembaca berbincang.
Sumber TKO - 22-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam facebooknya memaklumkan dia telah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran diperingkat Sarjana dalam bidang Polisi Awan di Universiti Oxford.
Dia diura-urakan bakal meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM) dengan alasan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
“Ini merupakan satu keputusan yang sukar, membincangkang sama ada untuk
meninggalkan bidang politik buat sementara waktu di saat (parti) berdepan dengan
saat yang paling penting tahun ini. Atau menolak tawaran untuk melanjutkan
pelajaran ke Oxford,” tulisnya di status berkenaan.
Syed Saddiq mempunyai pemikiran politik yang berbeza dengan spesis yang lahir
daripada 'usus UMNO'. Politiknya matang berbanding mereka yang keluar daripada
UMNO kerana benci Najib.
Februari lalu Syed Saddiq, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), mencadangkan supaya pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mengatur pertemuan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediaman presiden Pas itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya "Bukan sekadar keluar kenyataan contohnya ajak mereka (Pas) datang ke sini (dewan The Clubs, Petaling Jaya). Pergi ke rumah dia sendiri ke rumah (Abdul) Hadi."
Pandangan Syed Saddiq dilihat tidak selari dengan Tun Mahathir oleh sesetengah mereka yang berada dalam parti BERSATU.
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=JK63j Whs8TU
Pada Februari lalu juga Syed Saddiq menyebut bahawa ada halangan dikalangan parti BERSATU dan juga PAKATAN HARAPAN untuk dia berceramah di Kelantan di atas pentas PAS.
Mengikut sumber dalaman BERSATU memang ada wujud percaturan politik untuk menukar Syed Saddiq kepada timbalannya Mohd Aizad Roslan untuk menerajui ARMADA.
Adakah BERSATU bakal mengalami krisis lagi selepas Khairuddin dan Ainina Saadudin? Kita lihat ajelah...
Sumber TKO - 22-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA - Penubuhan parti baharu akan memberi kesan kepada gabungan pembangkang sekiranya silap percaturan. Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir
Mohamad berpandangan, sekiranya sesebuah parti baharu itu bercita-cita
bertanding bukan atas tiket gabungan, ia seolah-olah sengaja memberi kemenangan
kepada BN.
Beberapa hari lalu, bekas Senator, Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor dan bekas
ahli Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan penubuhan
sebuah parti parti baharu yang memfokuskan kepada satu matlamat iaitu
memerangi rasuah.
"Saya tak pasti apa sebab dia (Khairuddin) nak tubuh parti baharu, kalau dia
bertanding bukan mewakili gabungan, dia seperti mensabotaj parti gabungan,"
katanya pada satu sidang media, di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.
Difahamkan, parti yang diasaskan oleh Mohamed Ezam dan Khairuddin itu akan
membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) dalam
masa terdekat. Sejurus pengumuman itu, mereka juga menyatakan pendirian untuk
menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan, yang kini dianggotai PKR, Amanah
dan Bersatu.
Khairuddin sebelum ini menafikan desas-desus yang mengaitkan tindakannya
keluar Bersatu disebabkan berlaku konflik bersama Presiden Bersatu, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, sebaliknya pengunduran itu bagi menyelesaikan kes Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Sementara itu, berhubung cadangan Bersatu untuk membuat beberapa
pembaharuan dalam gabungan pembangkang, Mahathir berkata, semua itu boleh dilaksanakan kerana apa-apa tiada larangan ke atasnya.
“Bersatu adalah anggota keempat, kita akan bertanding sebagai parti dalam
Pakatan Harapan dan sebab itu perlu ada satu logo. Kita perlu pastikan rakyat
kenal simbol atau logo yang digunakan,” katanya.
Bagaimanapun, Mahathir berkata, sekiranya, Pendaftar Pertubuhan tidak
membenarkannya, Bersatu sedia bertanding atas logo sendiri.
Sumber TKO - 22-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"Insya-Allah, dengan izin Allah sekiranya parti baru kami diluluskan pendaftaran oleh ROS maka perkara pertama yang Ezam serta saya lakukan adalah untuk memohon menjadi rakan 'coalition' dalam Pakatan Harapan,” Kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Khairuddin berkata beliau gembira melihat apa yang berlaku dalam pembangkang hari ini yang selaras dengan kehendak Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan penyatuan antara seluruh barisan pembangkang.
Betul ke ada usaha nak satukan pembangkang?
Kenapa PAKATAN HARAPAN ketepikan parti PSM? Sehingga merajuk mereka dengan sikap PAKATAN HARAPAN.
Sebelum Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan meramalkan PH yang terdiri daripada PKR, DAP serta PAN akan berunding dengan PSM pada saat-saat akhir “dan kemudian mengemukakan pelbagai permintaan”.“Kemudian ia akan kelihatan seolah-olah PSM adalah parti yang sukar,” kata Arutchelvan.
“Mereka tidak hantar surat rasmi atau mengadakan perbincangan rasmi dengan kami. Malah, pada pilihan raya sebelum ini, mereka mahu kami bertanding menggunakan logo mereka. Kami tidak fikir mereka memandang kami dengan serius,” kata Arutchelvan.
Akhirnya PSM merajuk dan bersendirian.
LIM KIT SIANG tak pula menasihatkan PSM macam nasihat PAS tak boleh bersendirian nanti tak boleh menang.
Nampak sangat PAKATAN HARAPAN adalah pakatan masing-masing nak tunjuk ego. Masing-masing nak tikam belakang kawan.
Sumber TKO - 21-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------
MINGGU lalu, bekas Senator, Datuk Ezam Mohd Nor membuat kejutan dengan mengumumkan bakal menubuhkan sebuah parti politik baharu bertujuan membongkar salah guna kuasa dan penyelewengan rasuah di negara ini.
Difahamkan, parti anti rasuah itu akan dipelopori Ezam bersama bekas anggota Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan beberapa orang lagi aktivis yang pernah masuk penjara dalam usaha memerangi rasuah.
Namun begitu, timbul desas-desus mengatakan parti baharu ditubuhkan kerana kekecewaan Ezam dan Khairuddin yang sebelum ini tidak mendapat tempat dalam Bersatu.
Bagi mendapatkan kesahihan berhubung perkara itu, Sinar Harian mendapatkan penjelasan Ezam dan Khairuddin berhubung isu berkenaan.
Ikuti wawancara khas yang dikendalikan oleh wartawan Noor Azura Shahril dan Asyraf Muhammad bersama jurufoto, Asril Aswandi Shukor, semalam.
Boleh jelaskan apakah asas penubuhan parti baru itu?
Ezam : Parti baru ini memang ramai yang terkejut dan kenapa saya tubuhkan parti baru? Saya pun terkejut. Saya pun tak rancang untuk tubuh parti baru. Memang lepas saya tinggalkan Kementerian Kewangan (MOF), saya tumpu kepada NGO Hisbah.
Tak timbul soal politik dan saya yakin bahawa saya akan menyumbang kepada negara melalui apa yang saya boleh lakukan berdasarkan pengalaman saya melalui Hisbah. (Bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad selepas itu, panggil saya dan ajak saya masuk Bersatu untuk bantu beliau. Saya sahut undangan beliau dan serah borang jadi ahli. Lepas tiga bulan, saya rasa itu bukan tempat saya.
Bersatu ini ditubuhkan sebagai sebuah parti besar yang akan memerintah dan memimpin negara. Itu OK tapi tak sesuai dengan saya kerana saya hanya nak fokus pada isu rasuah. Dan bila you masuk parti besar, you tak lari daripada percaturan politik, politiking, perebutan jawatan dan sebagainya. Kebanyakan ahli Bersatu datang daripada Umno dan mereka masih terbawa-bawa lagi cara dan budaya Umno.
Kalau tanya saya, hanya Tun Mahathir yang dah really transform dan reform. Memang dia macam (bekas Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun mereka lama memimpin Umno, sekali menjadi pembangkang, mereka pembangkang terus. Saya tengok ramai dalam Bersatu tak begitu, termasuk pimpinannya.
Mereka masih dalam kelompok dan kepompong Umno. Jadi susah dan saya rasa saya tak boleh bergerak banyak.
Maka saya buat keputusan untuk keluar dengan cara baik dan masih kekalkan hubungan dengan Bersatu dan tumpukan kepada NGO Hisbah. Sehinggalah Datuk Seri Khairudin dan beberapa kawan datang bertemu saya dan berbincang dengan saya dengan mengatakan saya tidak boleh hanya berada di pinggiran dengan NGO. Mereka kata, saya perlu adalam dalam mainstream.
Parti memang banyak tapi fokus kepada rasuah semakin lama semakin pudar disebabkan oleh persiapan-persiapan lain. Bila dekat PRU, fokus parti kepada kerusi, siapa nak bertanding, siapa calon perdana menteri dan disebabkan itu isu 1MDB dan SRC International semakin pudar.
Mereka (Khairuddin dan rakan-rakan) rasa perlu tubuhkan parti baru. Saya boleh bergerak bawah NGO Hisbah tapi impaknya minima. Media sendiri pun kalau parti politik minat nak dengar dan laporkan tapi kalau setakat NGO, impak dia adalah minima. Jadi ada beberapa opsyen. Opsyen pertama adalah saya boleh masuk mana-mana parti politik sedia ada dalam Pakatan Harapan, termasuk Bersatu.
Tapi bagi kami, untuk meneruskan agenda reform dengan Bersatu susah. Jadi, lebih selesa rasanya kalau agenda reform ini dimainkan dalam parti-parti Pakatan Harapan yang sedia ada dan dah lama dalam agenda reform. Kita mula bercakap dengan mereka.
Saya sendiri jumpa dengan semua pimpinan Pakatan Harapan dan bincang tentang idea macam mana nak memperkukuhkan dan peranan kami dalam ruang yang mereka ada. Tapi akhirnya kita buat keputusan lebih baik jika kita tubuhkan satu parti politik sendiri dan fokus kepada isu rasuah.
Kita dah mula menelaah semula sejarah. Parti anti rasuah terbaru ditubuhkan dalam dunia ini adalah di Bulgaria pada akhir Januari lalu, bagi menghadapi pilihan raya. Kami adalah orang yang pernah melalui perjuangan melawan pemerintah dalam isu rasuah ini.
Kita percaya bahawa kita kena berani melakukan sesuatu yang baru dengan menubuhkan parti ini yang tumpu kepada rasuah dan kekal sebagai single objective. Kami tak berminat selain daripada itu.
Kami kekal kecil. Sebab kalau besar kita hilang fokus. Kami tak berminat dengan kuasa tapi berminat dengan (memerangi) salah guna kuasa. Biar party lain yang besar tumpukan bagaimana mahu dapat kuasa.
Rasuah semakin membarah di negara ini. Kita ada masalah krisis keyakinan. Tidak pernah Malaysia menghadapi masalah krisis keyakinan sebegini berat. Ini masalah yang melibatkan seluruh ekonomi dan rakyat. Dan insya-ALLAH dalam minggu ini, kita akan selesaikan segala maklumat yang kita perlu hantar kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan serahkan pendaftaran kita dengan mereka.
Adakah parti baru ini didorong perasaan kecewa selepas tidak terpilih dalam kepimpinan Bersatu?
Ezam : Saya pun ketika masuk PKR, saya hanya sekali bertanding dalam pilihan raya. Saya bertanding pun di kawasan yang susah, iaitu Shah Alam.
Sekarang ini, Shah Alam kuat pembangkang. Masa saya bertanding, Shah Alam adalah kawasan paling kuat BN (dengan) 40,000 (kemenangan) majoriti. Saya ketua pemuda masa itu dan boleh pilih kawasan yang paling mudah untuk saya menang. Saya juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR. Tapi saya ambil kawasan yang paling susah nak menang kerana kampung saya adalah di Shah Alam.
Kedua kerana saya terpaksa buktikan untuk jadi ketua pada perjuangan ini, saya kena lawan yang paling susah. Selepas itu saya tidak bertanding. Tapi saya terus berjuang. Malah dokumen Akta Rahsia Rasmi pada waktu itu juga, dia kata saya tak boleh keluarkan tapi saya keluarkan juga. Sehingga hari ini, semuanya kerana perjuangan. Saya buat kerana perjuangan.
Saya tubuhkan parti baru kerana percaya antara jalan yang boleh bina momentum baru ke arah perjuangan untuk kita fokus tukar kepimpinan sedia ada. Kalau nak kata kecewa, saya sebenarnya kecewa dengan anak-anak muda sekarang ini yang serangan mereka pada kerajaan tiada apa-apa.
Serangan paling kuat hari ini adalah daripada orang-orang tua seperti Tun Mahathir sahaja.
Yang muda-muda ini saya tengok tak ada apa-apa. Kita tumpu kepada kuasa kerana orang yang berkuasa beri kesan besar pada rakyat. Dia boleh buat sesuatu yang beri kesan. Balik kepada soalan tadi, bukan sebab saya kecewa tapi parti baru ini mungkin salah satu cara kita kumpul momentum baru fokus jatuhkan kerajaan sedia ada.
Adakah parti baharu ini pelengkap kepada Pakatan Harapan?
Ezam : Kita hanya sebuah parti kecil. Kita bukan hebat sangat. Kita rasa kita mungkin akan lebih fokus kepada isu rasuah. Kerana isu rasuah ini crucial dalam negara kita. Bagi saya, isu-isu lain itu tidak apa, kita boleh tangani lagi. Tapi rasuah ini tak terkawal.
Masa saya di MOF pun saya nampak benda ini. RUU 355 itu juga tidak crucial sekarang. Yang lebih crucial adalah good governance dan masalah rasuah. Saya tengok dalam perolehan MOF, segala-galanya adalah tentang projek dan tender. Sebab itu kita fokus kepada MOF lepas ini.
Di mana sebenarnya Datuk letak diri Datuk?Pejuang rakyat atau puaskan diri?
Ezam : Memang sebagai manusia saya dah tutup buku dan tak mahu lagi terlibat dalam agenda masyarakat. Saya nak buat kerja antara saya dengan ALLAH sahaja. Sebab itu saya tubuhkan Hisbah. Secara am, saya memang boleh dikatakan kecewa dengan perjalanan saya dalam politik dan terpaksa menghadapi jalan-jalan sukar.
Politik adalah mengenai persepsi, bukan mengenai kebenaran. Kalau you terlalu berpegang pada prinsip, you akan susah sebab persepsi.
Sebelum ini, saya juga dah bina kehidupan baru di Indonesia. Tapi bila kawan-kawan datang dan Datuk Khairuddin sendiri pujuk saya, maka saya kata ini last call untuk saya sertai politik. Itu pun secara bersyarat. Syarat pertama saya tetapkan ialah parti itu mesti kecil. Dan syarat kedua ialah saya boleh berlawan dengan Najib secara berdepan.
Pakatan Harapan dilihat belum dapat momentum tambahan pula tanpa Pas. Macam mana peluang yang ada?
Ezam : Kita sekarang hidup dalam suasana pantas. Sebab itu, kalau dilihat pada pilihan raya di luar negara, perubahannya sangat cepat. Saya rasa dengan rencam manusia serta pendedahan kepada maklumat yang pelbagai, saya fikir proses membuat keputusan itu berlaku dalam keadaan yang saya tidak rasa sesiapa pun dapat fahami lagi. Kita tak tahu.
Kehadiran Tun Mahathir ini, saya rasa faktor penambah ke arah itu. Tun Mahathir adalah seorang yang very season dan telah menang banyak kali pilihan raya. Tun Mahathir adalah kapten yang telah memenangi pilihan raya sebanyak lima ke enam kali sebelum ini.
Kalau kali ini dia commander in chief dalam Pakatan Harapan, tentunya dia merupakan satu faktor luar biasa. Cara Tun Mahathir menggarap isu yang dimainkan, ini semua game beliau untuk dapat menggarap imaginasi rakyat.
Saya rasa masih ada peluang untuk Pakatan Harapan tukar kerajaan. Memang kalau Pas bersama, kita memang tak ada masalah. Saya dah lama dalam politik ini. Sampai di saat akhir pun boleh berlaku apa-apa. Masih lagi.
Sumber TKO - 21-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya setuju BERSATU sertai Pakatan Harapan
Posted on Saturday, March 18 @ 12:04:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34076 |
Apabila Tun Mahathir menyatakan parti Bersatu secara rasmi mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) saya sangat bergembira.
Apatah lagi bila Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya gabungan itu diberi beberapa pembaharuan. Katanya Bersatu mencadangkan agar gabungan menggunakan nama baharu, satu logo, satu simbol dan satu manifesto untuk menghadapi pilihan raya. Lagi baik jika simbol BERSATU jadi simbol PAKATAN HARAPAN. Ini baru dikatakan betul-betul 'hijack'.
Seperti kita maklum, Mahathir ni kalau dia bergaduh dia akan lanyak musuh sampai mati. Nak lanyak Najib dia sanggup buat apa sahaja. Sifat Mahathir mana boleh jadi boleh jadi 'kuli', dia mesti "bos". Orang lain mesti ikut dia. Semasa dia jadi PM berapa orang TPM dia lanyak. Bila dia pencen pun dia pun masih rasa dirinya bos, dia akan lanyak siapa lawan dia.
Jadi bila dia masuk PH sudah barang tentu parti PAN akan jadi kulinya dan akan dilanyak sampai longlai.
Dulu saya fikir Rafizi nak perkenakan PAN bila dia keluarkan keputusan kajian INVOKE. Apa taknya PAS dapat 21% Pakatan Harapan 24% dengan DAP 10%, PKR 8%, BERSATU 4% dan PAN hanya 2%.
Saya fikir Rafizi nak bolot kerusi untuk PKR dan nak kecilkan kerusi peruntukan untuk PAN dengan alasan PAN tak ada sokongan. Bekas ketua pengarang Harakah yang menulis dalam akhbar PAN pun sebut perkara yang sama PAN kena buli oleh rakan PH.
Tapi setelah saya menerima maklumat keahlian BERSATU pada akhir Februari lalu saya dapati fakta menunjukkan kajian INVOKE itu betul bahawa angka-angka kedudukan bilangan sokongan parti adalah seragam dengan angka-angka keahlian parti.
Saya ambil contoh Kedah negeri kuat Bersatu, BERSATU berjaya mendaftar ahli seramai 6,214 orang ahli berbanding dengan parti PAN hanya 2,356 orang ahli sahaja. Sedangkan PAN lebih awal daripada Bersatu.
Jadi dengan kemasukan Bersatu dalam PH, maka dengan tak langsung kedudukan parti PAN akan tersingkir secara perlahan-lahan. PKR dan DAP lebih mesra BERSATU berbanding dengan PAN yang hala tuju masih tak tentu hala,
Jadi kita tunggu masa bagaimana PKR, DAP dan BERSATU 'SEMBELIH' PAN sebagaimana pernah PKR dan DAP buli PAS semasa Pakatan Rakyat dahulu.
Itulah hukum KARMA.
Sumber TKO - 18-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Parti Bebas Rasuah - itu bayangan nama parti baru yang ditubuhkan oleh bekas
ketua pemuda PKR, Datuk Ezam Mohd Nor.
Tidak seperti parti politik lain, Ezam menyatakan, pertubuhan yang digagaskannya
itu bersifat sangat sederhana kerana mempunyai satu objektif saja, iaitu memerangi
rasuah habis-habisan.
Dan fokus parti baru itu adalah Kementerian Kewangan kerana, menurut Ezam,
di situlah "lubuk kejahatan" dan salah guna kuasa berlaku.
Memberikan contoh 1MDB dan SRC International, bekas senator itu berkata,
di kementerian berkenaan juga berlaku "kejahatan" lain seperti penyelewengan
tender kerajaan.
"Parti baru ini akan fokus dan membongkar lubuk kejahatan salah guna kuasa ini,"
katanya dalam kenyataan hari ini.
Ia adalah pengesahan pertama dibuat Ezam sejak khabar mengenainya
diperkatakan beberapa hari lalu. Antara pihak yang membayangkannya ialah
bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Ezam yang sebelum ini
menyertai Umno semula
pada Mei 2008 dan
berkhidmat dengan
kerajaan berkata, 'Parti
Bebas Rasuah' itu tidak
berminat untuk membentuk kuasa seperti parti politik lain.
Justeru, katanya, parti
itu akan kekal menjadi
parti kecil dan
berobjektif tunggal.
"Parti akan hilang tumpuan apabila ia menjadi besar. Parti yang besar juga akan menyebabkan ianya tertumpu kepada perebutan kuasa.
"Justeru, parti ini tidak boleh dan tidak akan menjadi parti besar," katanya.
Berapa perdana menteri gugur
Untuk rekod, perjalanan politik Ezam memang berwarna-warni.
Namanya mula menjadi perhatian ramai pada era reformasi selepas Anwar
digugurkan daripada jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan
presiden Umno.
Ketika mengetuai Gerakan Demokrasi dan Antikorupsi (GERAK), Ezam pernah
mendakwa memiliki enam kotak berisi dokumen sulit kerajaan.
Bagaimanapun pada Mei 2009 beliau menafikan perkara itu.
Selain Umno dan PKR, Ezam juga pernah memohon menyertai Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (BERSATU) walaupun ia dipimpin tokoh yang pernah
ditentangnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Borang permohonan itu diserahkan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri
Muhyiddin Yassin pada 12 Oktober 2016.
Bagaimanapun penghujung Disember tahun lalu - atau tiga bulan selepas
memohon menyertai BERSATU - Malaysiakini melaporkan Ezam meninggalkan
parti berkenaan.
Jawatan terakhirnya dalam kerajaan ialah Pengarah Komunikasi di Kementerian
Kewangan mulai 15 Mac 2014.
Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, sejarah
dunia banyak menyaksikan beberapa parti kecil berjaya dengan komited kepada
hanya satu objektif.
"Kejayaan parti seperti ini bukan diukur kepada berapa orang perdana menteri
yang dilahirkan, tetapi berapa perdana menteri yang gugur oleh kerana fokus
mereka kepada isu besar negara," katanya.
Kata Ezam, Khairudin dan beberapa aktivis lain yang pernah merengkok dalam
penjara akan mempelopori parti baru itu dan sedia bekerjasama dengan mana-mana
pihak yang mahu melawan rasuah.
"Maklumat khusus parti, nama, jawatankuasa penaja dan lain-lain akan kami
kongsikan setelah segala urusan berkaitan dengan Pendaftar Pertubuhan selesai,"
katanya
Sumber TKO - 17-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Sebuah parti politik baharu sedang dirancang, dan dipelopori bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Ezam Mohd Nor.
Bercakap kepada FMT, Khairuddin berkata parti yang belum diberi nama itu akan tertumpu kepada anak muda, terutamanya Generasi Y, membentuk mereka menjadi ahli politik masa depan, yang pertama sekali, menolak sebarang amalan rasuah.
“Kami sebuah parti dengan objektif tunggal memerangi rasuah,” kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu.
Beliau menambah Generasi Y (lahir 1980an hingga awal 1990an) pada masa ini nampaknya dipinggirkan dan diabaikan, tetapi parti yang akan ditubuhkan ini akan menjadikan Gen Y tumpuan mereka.
Khairuddin memberitahu FMT partinya tidak akan bersaing melawan pakatan pembangkang terbesar, Pakatan Harapan.
Sebaliknya, mereka mahu melengkapkan PH dan sekutu baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apa sahaja kelemahan PH, kami akan ambil tanggungjawab menutup kekurangan itu. Untuk pilihan raya umum ke-14 nanti, kami hanya minta diberi 2 kerusi,” katanya.
Dua kerusi itu adalah kerusi Parlimen Pekan, iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kerusi Titiwangsa, iaitu kawasan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Ezam menyasarkan Najib sementara Khairuddin mahu mencabar Johari.
“Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia meluluskan parti ini, kami akan buat permohonan rasmi kepada PH dan tanya bolehkah kami menjadi parti komponen.
“Kami juga memilih Pekan dan Titiwangsa kerana ahli Parlimen di situ mengetuai kementerian kewangan, yang menjadi lubuk kepada masalah kewangan negara.
“Kami mahu baiki masalah itu, kami mahu hentikan sebarang bentuk rasuah dalam kementerian itu.”
Khairuddin berkata beliau dan Ezam belum memaklumkan pimpinan PH dan Dr Mahathir tentang rancangan mereka, tetapi akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Ini kerana beliau rasa terhutang budi kepada mereka kerana membantu beliau dan aktivis lain menjayakan gerakan Deklarasi Rakyat.
“Kami tidak mahu pemimpin pembangkang yang lain salah faham objektif kami.
“Jadi kami akan bertemu mereka tidak lama lagi untuk menjelaskan perkara ini kepada mereka dan kami harap mereka akan bantu kita dalam pilihan raya umum akan datang.”
Menurut Khairuddin, sejak Ezam mengumumkan rancangan untuk membentuk parti baharu semalam, mereka menerima “ribuan panggilan” daripada anak muda dan aktivisi yang berminat menyertai mereka.
Walaupun anak muda tidak cukup pengalaman untuk bertanding pilihan raya umum akan datang, mereka boleh menjadi sebahagian daripada jentera pilihan raya PH dan belajar mengenai bagaimana dunia politik berfungsi.
Pada pilihan raya umum ke-15 nanti, mereka akan bersedia mengambil peranan sebagai pemimpin negara masa depan, tambah Khairuddin.
“Ini bukan lagi mengenai kami. Kami hanya mahu membentuk mereka menjadi pemimpin berwibawa yang akan mengambil tempat kita suatu hari nanti.
“Sebab itu kami tidak terburu-buru menjadi sebuah parti yang besar. Itu cerita kemudian hari, mungkin pada PRU-15.”
Sumber TKO - 15-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir setuju untuk berdebat dengan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan berharap
menteri berkenaan 'berani' muncul pada hari yang ditetapkan.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, walaupun terdapat
sedikit perubahan dibuat di mana format debat ditukar kepada format wacana,
beliau tetap akan menghadirkan diri.
"'Setakat ini yang kita tahu tak batal, 'confirm', sebelah kita saja...sebelah sana kita
tak tahulah.
"Saya percaya Nazri dia berani, dia akan pergi," katanya pada sidang media di ibu
pejabat PPBM di sini, Selasa.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau menerima kehadiran Nazri dalam
program tersebut walaupun atas kapasiti 'persendirian' dan tidak mewakili kerajaan.
"Tapi dia (Nazri) datang bukan atas tanggungjawab kerajaanlah sebab kerajaan dah
tolak awal-awal kata ia 'personal'. 'Personal' pun tak apa kita terima semua," katanya.
Dr Mahathir bagaimanapun berharap agar mereka yang hadir ke program tersebut
supaya tidak melakukan kekecohan sebaliknya mendengar apa yang disuarakan
oleh beliau dan Nazri.
"Harap mereka yang hadir akan tertib dan dengar apa yang disuarakan, nak tanya
soalan pun boleh juga," katanya.
Wacana yang melibatkan Dr Mahathir dan Nazri ini dijangka akan membincangkan
isu 1MDB dan beberapa isu lain dan bakal berlangsung pada 25 Mac ini di Padang
Rengas, Perak.
Sumber TKO - 15-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA - Parti Bersatu tidak akan menyatakan pendirian terhadap pindaan rang undang-undang (RUU) 355, sehingga kandungannya dibentangkan di Parlimen.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persetujuan hanya boleh dinyatakan setelah semua pihak jelas dengan perkara tersebut.
"Sebenarnya usul ini tidak begitu jelas, kita tak boleh buat apa-apa keputusan. Beberapa kenyataan yang dibuat sebelum ini oleh pihak lain, bukan daripada saya sendiri," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabatnya di sini, hari ini.
Beberapa hari lalu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Presiden Bersatu menyatakan sokongan terhadap pindaan.
"Kita sendiri tidak tahu sama ada kerajaan nak bentang atas nama kerajaan atau Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi ruang untuk membentangkannya.
"Dan lepas tu tentulah ada perbahasan-perbahasannya, selagi perkara itu belum sampai ke tahap itu, saya yakin tidak berapa tepat untuk Bersatu ambil pendirian dalam soal ini," katanya.
Tegas Muhyiddin, Bersatu tidak akan terburu-buru menyatakan sokongan kerana ia bukan perkara kecil.
"Saya perlukan satu waktu yang sesuai untuk buat keputusan muktamad," katanya.
Sumber TKO - 15-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengemukakan permohonan rasmi menyertai gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN), tetapi meminta nama itu ditukar.
"Kita (BERSATU) akan menyatakan pada mereka pendirian BERSATU untuk menyertai (HARAPAN) dengan tujuan mungkin menyesuaikan sedikit nama dia.
"(BERSATU) juga bersetuju bahawa polisi yang kita persetujui ialah, kita perlu - selain daripada mengadakan nama yang baru - kita juga ingin ada suatu logo dan simbol untuk (menghadapi) pilihan raya dan mempunyai satu manifesto," kata Tun Dr Mahathir Mohamad di Petaling Jaya hari ini.
Pengerusi BERSATU itu berkata, secara dasarnya BERSATU bersetuju selain nama pakatan baru, mereka juga ingin suatu logo bersama yang baru serta manifesto untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menurut Dr Mahahir, pemimpin HARAPAN sudah mengetahui niat BERSATU mahu menyertai gabungan berkenaan.
Justeru, katanya, beliau berharap, penyertaan rasmi parti berkenaan dalam HARAPAN dapat menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Dr Mahathir juga berkata, mereka belum lagi membincangkan isu pembahagian kerusi dengan HARAPAN.
"Kami belum sertai gabungan itu, macam mana kami nak berbincang mengenai pembahagian kerusi?" katanya.
Bagaimanapun bekas perdana menteri itu berkata, BERSATU bersetuju dengan prinsip bahawa formula satu lawan satu mesti direalisasikan bagi memastikan pembangkang dapat mencabar BN pada pilihan raya umum akan datang.
Dr Mahathir turut menyatakan keyakinannya bahawa HARAPAN akan menyokong cadangan BERSATU.
"Sebab mereka tahu kekalahan mereka dulu disebabkan pembangkang tidak cukup bersatu," katanya.
Sumber TKO - 15-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mungkin berdepan dengan masalah dengan rakan Pakatan Harapan sekiranya menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah atau RUU355 yang dibawa oleh Pas.
Bukan hanya Bersatu, kata Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rakan Pakatan lain seperti Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR juga sedang mempertimbangkan tentang RUU tersebut.
"Rakan dalam Pakatan Harapan seperti Amanah dan PKR pun sedang mempertimbangkan perkara sama (RUU355) sama ada mereka mahu menyokong atau tidak.
“Saya kira buat masa ini mereka juga sedang memperincikan kandungan yang terdapat dalam RUU tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong cadangan RUU355 yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tuan Ibrahim berkata Muhyiddin dalam suatu mesyuarat bersama Pas menyatakan beliau akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam isu yang berbangkit di Dewan Rakyat termasuk isu yang dikenali sebagai RUU 355 itu.
Sumber TKO - 13-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Armada Bersatu menyifatkan kebanyakan kes rasuah yang berlaku di negara ini adalah dari kalangan pemimpin.
Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, orang yang kononnya lantang memperjuangkan hak Melayu tetapi orang yang sama inilah menggadaikan hak-hak Melayu.
“Ini bukan kali pertama kes rasuah yang melibatkan individu-individu di dalam politik.
Sebelum ini kes-kes rasuah seperti penukaran status rumah Bumiputera.
“Kes-kes yang melibatkan hak-hak asas yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat untuk kesenangan dan kemudahan rakyat sendiri tetapi diselewengkan demi kepentingan duit poket sendiri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Syed Saddiq berkata demikian mengulas beberapa tangkapan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan beberapa pemimpin dan pegawai kerajaan.
Mengambil contoh bekalan air di Sabah, Syed Saddiq berkata, umum mengetahui betapa susahnya untuk mendapatkannya dan betapa sengsaranya anak-anak muda bergelut untuk membeli rumah mampu milik.
“Jika perkara-perkara asas seperti ini pun mampu diselewengkan, belum lagi projek-projek mahupun tender-tender besar yang berada di luar pengetahuan kita.
“Ini baru ikan kecil, belum yang besar lagi. Mahukah kita individu-individu yang sebati dengan budaya korupsi menjadi pemimpin kita pada masa hadapan?” katanya.
Sumber TKO - 10-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------
"SAYA bukan pelakon, saya cuma nyatakan pendirian dan pandangan saya seperti biasa," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penglibatan beliau dalam filem pendek bertajuk Sikap.
Menurutnya, pada mulanya beliau agak takut untuk mengambil bahagian dalam projek ini.
"Mula-mula takut nak terlibat tetapi melihatkan tujuan filem ini adalah untuk beri panduan pada generasi muda, saya sahut cabaran.
"Diharapkan bahawa mesej daripada filem pendek ini sampai ke golongan muda dan dapat dijadikan panduan, bagaimana mereka ingin mengatasi masalah yang ada kini," katanya ketika ditemui di Tayangan Perdana dan Bicara Filem Pendek, Sikap.
Sikap membicarakan tentang isu-isu semasa yang dihadapi anak muda masa kini seperti peningkatan kos sara hidup, kesukaran mendapat pekerjaan dan lain-lain.
Tambah Mahathir lagi, beliau menerangkan perbezaan seorang pelakon dengan dirinya.
"Pelakon akan menjadi seorang karakter lain yang bukan dirinya, buat sesuatu yang tidak neutral.
"Penglibatan saya dalam filem pendek ini, saya beritahu apa yang saya faham, penting untuk disuarakan dan mesej tersebut dapat disampaikan, sebab itu saya bukan pelakon,"katanya lagi.
Sumber TKO - 10-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan cadangan DAP supaya melantik Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.
“Bukan DAP sahaja yang boleh tentukan siapa (jadi perdana menteri). Kalau dia (DAP) dalam gabungan parti lawan, parti lain pun ada hak untuk suarakan pendapat mereka,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
“Kita tak tolak apa dicadangkan DAP. Keputusan satu sahaja anggota gabungan dalam parti lawan tak memadai,” katanya kepada wartawan di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Semalam, Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke berkata Wan Azizah, yang juga isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh menjadi perdana menteri wanita pertama jika Pakatan Harapan menang pilihan raya akan datang.
Loke berkata demikian selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengimpikan seorang perdana menteri wanita di Malaysia menjelang 2050, selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Kita bersedia menyokong Permatang Pauh (Wan Azizah) sebagai perdana menteri jika diberikan mandat. Tidak perlu tunggu 2050,” kata Loke ketika membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat.
Sumber TKO - 10-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------Hubungan BERSATU-PAS bertambah baik - Muhyiddin
Posted on Thursday, March 09 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33918 |
Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu telah mendapat jemputan daripada PAS untuk rundingan agihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
"(Hubungan kami dengan PAS) bertambah baik. Kami dijemput ke majlis (anjuran) PAS setiap hari... ini perkembangan baik.
"Sebelum ini, tiada tetapi mereka sekarang menjemput kami untuk membincangkan agihan kerusi.
"Ini satu kemajuan," kata Muhyiddin dalam satu sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini.
Sumber TKO - 9-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------
BANGI: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir Mohamad pula mencabar Datuk Seri Nazri Aziz supaya beliau bertanding di Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14.
“Saya ajak dia bertanding dengan saya di Langkawi dalam pilihan raya akan datang,” kata beliau pada sidang media.
Kata Dr Mahathir, Nazri seharusnya lebih tahu beliau berkhidmat untuk negara, bukan hanya kepada penyokongnya di Padang Rengas.
“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.
“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja.”
Semalam, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu mencabar bekas Dr. Mahathir selepas mendapat tahu bekas Perdana Menteri itu akan menyertai lawatan PPBM ke Padang Rengas lewat bulan ini.
Nazri berkata, cabaran itu akan diberikan kepada Presiden PPBM, Datuk Seri Muhyiddin Yassin jika Dr. Mahathir enggan berbuat demikian.
“Saya difahamkan Muhyiddin akan datang ke sini pada 23 Mac dan diikuti oleh Dr Mahathir pada 25 Mac.
“Lawatan itu melambangkan betapa hebatnya saya sebagai seorang ahli politik kerana mereka perlu datang ke sini untuk mengalahkan saya, maka lebih mudah untuk mereka menjatuhkan Umno.
“Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada mereka, tapi jangan datang saja tapi bertanding di Padang Rengas pada pilihan raya akan datang.”
Nazri berkata, adalah lebih baik jika Dr Mahathir yang bertanding, jika bekas Perdana Menteri itu tidak dapat maka terpaksalah beliau bertanding dengan Muhyiddin.
Bulan lalu, dr Mahathir dilantik sebagai Ketua Bahagian PPBM di Langkawi, Kedah.
Sepanjang tempoh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, beliau meletakkan tumpuan yang banyak kepada pembangunan Langkawi.
Beliau mengisytiharkan Langkawi sebagai pelabuhan bebas cukai untuk menggalakkan aktiviti perdagangan dan menubuhkan Lembaga Pembangunan Langkawi untuk membawa pembangunan di pulau itu.
Sumber TKO - 6-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------Saya pernah tolak tawaran jadi KM - Shafie
Posted on Saturday, March 04 @ 13:37:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33839 |
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menjadi ketua menteri Sabah dan beliau pernah menolak tawaran itu dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata beliau akan bertanding di kerusi negeri jika beliau mahu menjadi ketua menteri Sabah, dan bukan di kerusi parlimen.
"Siapa pernah dengar seorang ketua menteri bertanding di kerusi Parlimen?" tanya beliau.
Shafie yang juga presiden Parti Warisan Sabah menegaskan demikian di satu majlis parti itu di Sabah hari ini.
Semalam Najib berkata, seorang bekas menteri persekutuan, yang kini mengetuai sebuah parti pembangkang, telah meminta jawatan ketua menteri Sabah.
Najib menyifatkan permintaan itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri itu.
Walaupun beliau tidak menyebut nama, tapi Najib dipercayai merujuk kepada Shafie.
Sumber TKO - 4-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau membuat 'pusingan U' dengan menyebelahi pakatan pembangkang dan menggunakan analogi pemanduan untuk mewajarkan tindakan tersebut.
"Ya, saya membuat pusingan U. Hanya pemandu bodoh akan terus memandu apabila terlihat jalan raya telah diletupkan dan tidak lagi boleh dilalui.
"Untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dituduh mencuri berbilion-bilion ringgit dan Umno yang rasuah akan menjadikan saya pengkhianat kepada negara.
"Oleh itu, buat pusingan U," kata Dr Mahathir dalam catatan di blognya malam ini.
Tambah beliau, hanya orang 'bodoh atau rasuah' akan menyokong Najib dan mengabaikan kecaman antarabangsa berhubung dengan skandal 1MDB.
Mahathir turut memberi maklum balas kepada Pembantu Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menuduh bekas perdana menteri itu untuk merosakkan negara ini.
Mahathir menyenaraikan berjela-jela laporan berita antarabangsa yang menonjolkan rasuah yang serius di Malaysia sambil menekankan bukan beliau sahaja yang membangkitkan kebimbangan tersebut.
Tengku Sariffuddin sebelum ini dilaporkan berkata, Mahathir diibaratkan sebagai seekor 'harimau tua' yang digeruni selama 22 tahun sepanjang beliau berkuasa tetapi sekarang sering kali mengeluarkan kenyataan memalukan sama ada dengan niat berbohong untuk kepentingan politik atau nyanyuk.
Kata Tengku Sariffuddin, bekas perdana menteri sepatutnya bersara sepenuhnya kerana rakyat tidak mahu lagi mempercayai kata-katanya.
"Dulu ada 'harimau Asia' bernama Dr Mahathir yang digeruni semua orang, malah beliau sendiri mengakui dirinya seorang diktator sepanjang memegang tampuk kuasa selama 22 tahun.
"Harimau itu kini sudah tua sampai beliau suka sangat (pemimpin supremo DAP) Lim Kit Siang sehingga sanggup menerima individu yang dianggap sebagai pemimpin pembangkang untuk diangkat menjadi timbalan perdana menteri," kata beliau lagi.
Sumber TKO - 3-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------
Harap lawatan Raja Salman rungkai isu ‘derma'
Posted on Tuesday, February 28 @ 09:26:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33760 |
Oleh Roslinda Hashim
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa satu perjumpaan akan diadakan antara Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, setakat ini, tiada pertemuan rasmi diatur oleh kedua-dua pihak.
“Tiada permohonan daripada pihak Raja Salman untuk bertemu Mahathir atau sebaliknya,” katanya.
Mukhriz berkata, lawatan itu diharap dapat merungkai persoalan melibatkan wang derma AS$681 juta melibatkan 1MDB, namun bimbang lawatan itu disalahguna oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengaburi dakwaan yang menjadi krisis politik terbesar dalam negara.
“Sudah pasti kerajaan pimpinan Najib ambil kesempatan atas lawatan itu bukan untuk kepentingan Malaysia, namun kepentingan peribadi beliau dengan muslihat untuk mengiakan dakwaan AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi miliknya adalah derma seorang Putera Raja Arab Saudi,” katanya.
Menurutnya, rakyat mengharapkan agar isu berkenaan diperjelaskan Raja Salman supaya rakyat mengetahui kebenarannya.
“Betulkah itu wang derma kerana jumlahnya terlalu banyak. Jika ya, adakah wang itu untuk dana pilihan raya Umno? Atau untuk membiayai gerakan menentang ancaman Isis dan Yahudi seperti dikatakan beberapa Menteri Kabinet?,” katanya.
Katanya, rakyat masih tertanya-tanya sama ada sejumlah AS$620 juta dipulangkan kepada penderma kerabat diraja itu seperti diumumkan.
“Persoalan ini perlukan pengesahan Raja Salman sendiri. Isu ini perlu diselesaikan kerana Najib dan jentera propaganda beliau akan wujudkan gambaran kononnya tiada masalah dengan Arab Saudi, selain dapat mengesahkan dakwaan wang tunai itu sememangnya sumbangan ikhlas Kerabat Diraja Arab Saudi,” katanya.
Menurutnya, pengesahan itu amat perlu kerana turut melibatkan isu penyelewengan wang 1MDB.
“Demi nama baik Malaysia yang kini terpalit dengan skandal politik terburuk, Raja Salman perlu mengesahkan dakwaan, seorang Putera Raja Arab Saudi telah menderma wang kepada Najib.
Sekiranya tidak disahkan, isu itu akan berlarutan dan Najib terus menyalahgunakan kuasa walaupun kehilangan kepercayaan rakyat,” katanya.
Katanya, pihaknya tidak mahu Najib menyalah guna lawatan itu untuk menutup jenayah yang beliau lakukan dan sudah diketahui dunia.
“Saya harap isu itu diperjelaskan baginda kerana isu berkenaan turut jejaskan nama baik kerajaan Arab Saudi, kerana dikaitkan wang derma,” katanya.-S/H
Sumber TKO - 27-2-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------
The Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) wants an election pact with PAS to avoid three-cornered fights during the coming 14th General Election (GE14).
Its deputy president, Datuk Seri Mukhriz Mahathir said PPBM would hold talks with PAS to form an election pact.
“Like it or not, we (PPBM) need to have a date to finalise if we can have a pact with PAS, even if it is an electoral one,” he told reporters here today.
Mukhriz was here to attend the four-day PPBM retreat programme which began on Monday.
Also attending the programme were party chairman, Tun Dr Mahathir Mohamad and president, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang was reported saying that PAS would stick to its decision not to work with PPBM for as long as it collaborated with DAP and Parti Amanah Negara.
Meanwhile, Mukhriz said for the GE14, PPBM would concentrate on Malay-majority areas. — Bernama
Sumber BO - 24-2-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, boleh menjadi perdana menteri jika ia diingini masyarakat Melayu, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berucap di Balik Pulau malam tadi, bekas perdana menteri itu bagaimanapun berkata, buat masa ini Lim tidak dapat menjadi perdana menteri kerana DAP adalah "parti kecil".
"Dulu ada dengar (orang cakap), kalau Umno jatuh, Kit Siang akan jadi PM.
"DAP parti kecil, (ia) tak akan berlaku... lainlah kalau orang Melayu (yang) nak," kata Dr Mahathir di depan kira-kira 1,500 orang yang hadir di ceramah berkenaan.
Sejak akhir-akhir ini Umno mendakwa DAP akan menjadikan Malaysia sebuah negara sekular jika BN kalah pada pilihan raya umum akan datang.
Pilihan raya umum ke-14 mesti diadakan selewat-lewatnya suku ketiga tahun depan walaupun beberapa pihak menjangkakan ia boleh diadakan seawal tahun ini.
Lim menganggap tuduhan kepada DAP itu sebagai fitnah dan tidak pernah terfikir untuk menjadi perdana menteri sejak terlibat dalam politik lebih 50 tahun lalu.
Pada masa sama Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun menawarkan BERSATU sebagai alternatif kepada Umno.
"Kalau nak selamatkan Melayu, sokong parti Pribumi (BERSATU)," katanya lagi.
Sepanjang ucapannya selama kira-kira 40 minit itu, Dr Mahathir mengulangi kritikan kerasnya terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Perkataan seperti "pencuri", "penyanggak" dan "perompak" diucapkan beliau untuk merujuk kepada Najib dan sesekali hadirin bersorak mendengarnya.
Pada suatu ketika ada hadirin yang menjeritkan ungkapan "Tangkap dia!" selepas Dr Mahathir membuat kecaman kepada Najib.
Bagaimanapun Dr Mahathir membalas: "Macam mana kita nak tangkap dia? IGP (ketua polis negara) tak mau, peguam negara akan cakap dia tak buat salah apa-apa..."'
Beliau juga memberi jaminan pakatan pembangkang - melibatkan DAP, PKR, Parti Amanah Negara dan BERSATU mempunyai rancangan konkrit untuk menyelamatkan Malaysia.
Sumber TKO - 20-2-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk
Posted on Thursday, February 16 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33626 |
KOTA BHARU - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak bersikap 'sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk' dalam membincangkan kerjasama antara parti itu dengan Pas.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau melihat cara bekas Perdana Menteri itu tidak akan berjaya 'memujuk' Pas untuk kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan.
"Cara dan kenyataan Tun Dr Mahathir ini tak membantu. Kalau nak bincang buat cara nak bincang. Jangan dalam masa yang sama hulur (sebelah) tangan (untuk bersalam), masa sama (sebelah tangan lagi) tumbuk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Dr Mahathir sebelum ini memberi tempoh selama sebulan kepada Pas untuk menyertai Pakatan Harapan, namun Pas memutuskan untuk tidak menyertai pakatan berkenaan kerana ia turut disertai oleh DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Beliau kemudiannya menyelar tindakan Pas dan mendakwa parti itu tidak akan mampu bersendirian dalam menghadapi BN pada PRU14.
Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, jika Dr Mahathir merasakan PAS tidak efektif dan hanya membebankan Pakatan Harapan, maka cara terbaik adalah setiap parti membawa hala tuju masing-masing.
"Kita (Pas) dah lama duduk bersendirian dan kalau Tun (Mahathir) rasa Pas tak efektif, tak perlulah dia minta kita masuk dalam Pakatan Harapan.
"Sebab kalau kita masuk, kita akan menyusahkan dia pula kerana dia kata kita tak efektif, kita tak boleh bantu ahli... jadi kita bawa jalan masing-masing," katanya. - Bernama
Sumber TKO - 16-2-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberi tempoh sebulan dari hari ini kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai Pakatan Harapan ataupun tidak, kata pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan PAS susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Februari lepas, keputusan segera harus diperolehi bagi menentukan strategi seterusnya.
"Kalau PAS tak nak masuk (Pakatan Harapan) pun, terpulanglah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana BERSATU-DAP di Alor Setar hari ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan bertemu dengan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang mengenai perkara itu.
- Bernama
Sumber TKO - 12-2-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------
PMSP mahu Interpol beku aset Tun M
Posted on Saturday, February 11 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33554 |
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP) mahu Interpol membuka semula kes siasatan Allahyarham Jalil Ibrahim dan skandal BMF.
Pegawai Tugas Khas PMSP, Shafik Abdullah berkata, pembunuhan Jalil yang juga juruaudit BMF pada tahun 1983 itu ada kaitan dengan skandal BMF.
Selain itu, PMSP juga mahu Interpol siasat kes kerugian Bank Negara Malaysia akibat urusniaga mata wang sepanjang tahun 1991 hingga tahun 1993.
Siasatan semula perlu memandangkan ada perkembangan terbaharu seperti dilaporkan oleh CIA dan pengakuan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid baru-baru ini, katanya.
“PMSP juga mahu tindakan membekukan aset Perdana Menteri ketika itu (Tun Mahathir Mohamad) termasuk dakwaan beliau ada jongkong emas di Itali seperti tular di media sosial,” ujarnya ketika ditemui di Kedutaan Besar China di sini petang tadi.
Mahathir kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Menurut Shafik, proses menyita aset merupakan prosedur biasa dalam sesuatu kes siasatan.
Menurut Shafiq, dokumen dan surat desakan itu disampaikan kepada wakil kedutaan itu memandangkan Timbalan Menteri Keselamatan Awam China, Meng Hong Wei juga merupakan Presiden Interpol.-MalaysiaGazette
Sumber TKO - 11-2-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu selama 45 minit dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua mereka bersetuju mengenai keadaan politik semasa negara dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus berundur.
Ini adalah pertemuan kali kedua membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.
Mahathir ketika ditemui selepas pertemuan itu berkata, mereka komited untuk mengukuhkan pembangkang.
"Kita (BERSATU) komited untuk mengukuhkan pembangkang," kata Pengerusi BERSATU itu.
"Mengenai pertemuan kami, kami berdua bersetuju mengenai hal-ehwal politik semasa negara, dan bahawa PM Najib harus pergi kerana dia menjual negara ini," katanya.
Mahathir membuat kejutan dengan kehadiran beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 11.45 hari ini dan duduk di samping Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Kes di mahkamah itu berhubung saman Anwar terhadap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pertemuan tersebut berlangsung semasa mahkamah berhenti rehat.
Terdahulu sebelum prosiding mahkamah bermula presiden BERSATU yang juga bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertemu Anwar.
Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah memberitahu Hakim Azizul Azmi Adnan di mahkamah bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk memanggil Mahathir dan Muhyiddin sebagai saksi mereka.
"Kami sedang mempertimbangkan memanggil Mahathir dan Muhyiddin. Ini selain saksi lain (MB Selangor) Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail dan (bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang) Mansor Othman," katanya.
Dilaporkan sebelum ini bahawa Khairy dan tiga saksi beliau memberi keterangan bagaimana Anwar berusaha menjatuhkan Mahathir pada tahun 1998, di mana bekas ketua pembangkang itu menafikannya.
Hakim Azizul mengarahkan Sivarasa dan peguam Anwar yang lain memfailkan kenyataan saksi Mahathir dan Muhyiddin pada 16 Februari, jika mereka memilih untuk memberi keterangan pada tarikh perbicaraan akan datang pada 20 Februari.
Sumber TKO - 10-2-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Rakyat tak terbeban jika kerajaan jaga kebajikan
Posted on Friday, February 10 @ 07:44:01 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33535
|
SHAH ALAM - Rakyat tidak akan terbeban dengan kos sara hidup sekiranya masyarakat bernaung di bawah kerajaan yang telus menjaga kebajikan rakyat.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya kerajaan benar-benar prihatin dengan nasib rakyat, kerajaan akan lebih berhati-hati dalam menangani kos kenaikan harga minyak negara ini.
"Saya menerima maklum balas keluhan rakyat berkaitan kenaikan harga petrol pada awal bulan ini ketika kos barang-barang keperluan semakin meningkat.
Perkara ini mampu ditangani jika kerajaan lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.
"Sebaliknya, pentadbiran kerajaan dilihat tidak telus, pembaziran yang melampau dan pengurusan kewangan yang tidak efisien sehingga mengakibatkan ekonomi negara tidak menentu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Harga petrol dan diesel kini berada pada paras tertinggi sejak Januari 2016 ekoran kenaikan terbaru sebanyak 20 sen mulai 1 Februari lalu.
RON95 kini dijual pada harga RM2.30 seliter manakala RON97 RM2.60 seliter. Diesel pula berada pada harga RM2.15 seliter.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya berani bertekad serta bersatu hati melakukan perubahan yang sedang melanda dan merosakkan negara.
"Segala kemungkaran pula harus ditentang supaya kehidupan generasi akan datang lebih terjamin," katanya lagi
Sumber TKO - 10-2-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony menggesa Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) supaya membuat laporan terhadap semua syarikat Sabah yang dianugerahkan tender oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, dan bukan hanya memberi tumpuan kepada syarikatnya sahaja.
Peter berkata, syarikatnya, Asli Jati Engineering, telah mempunyai rekod prestasi yang baik sebagai kontraktor bagi kerajaan selama lebih satu dekad dan semua kontrak diperolehi melalui proses tender terbuka.
Beliau berkata laporan GAUM, yang mengaitkan syarikatnya, pada asasnya mempersoalkan proses yang diamalkan oleh kerajaan semasa BN.
GAUM telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 Februari terhadap presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana didakwa menganugerahkan kontrak kepada seorang sekutu rapat apabila beliau menjadi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Peter berkata terdapat banyak syarikat lain yang mendapat kontrak yang berkaitan dengan industri air apabila Mohd Shafie merupakan menteri dan mempersoalkan sama ada GAUM mengambil berat tentang mereka.
"Adakah (pengerusu GAUM Datuk) Zulkarnian (Mahdar) akan membuat laporan SPRM yang sama terhadap mereka?" tanya Peter dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata Asli Jati Engineering memperolehi dua kontrak apabila Mohd Shafie merupakan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah melalui proses tender terbuka.
"Jadi beritahu saya apa yang salahnya dianugerahkan projek oleh kementerian luar bandar dan wilayah? Saya lebih daripada bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana penyiasatan oleh SPRM.
"Jika mereka memerlukan bantuan saya, saya boleh beri setiap butiran termasuk dokumen tender jika diperlukan," kata Peter.
Sumber TKO - 8-2-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA - Bersatu masih berharap Pas akan dapat bekerjasama dengan parti itu bagi memastikan tujuan satu lawan satu menentang BN dapat direalisasikan.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, setakat ini perbincangan kedua-dua parti masih belum mencapai sebarang keputusan.
"Bagi Bersatu kita akan menyertai kerjasama dengan Pakatan Harapan lebih awal daripada Pas.
"Tetapi kita harap Pas akan bersama sekurang-kurangnya dengan Bersatu supaya kita dapat tentukan satu lawan satu. Namun kalau tak dapat, terpaksalah kita terima," katanya dalam sidang media selepas sesi meja bulat Selamatkan Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu, Mahathir mengakui inisiatif Selamatkan Malaysia yang dilancarkan itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan sokongan ahli Umno.
"Masalah kita adalah untuk bertemu dengan mereka. Mereka agak takut dengar penjelasan kita kerana masih kekal dengan tafsiran yang silap untuk memudahkan diri mereka.
"Mereka nak percaya sangat dengan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya tiada apa-apa perlu dilakukan mereka. Tetapi kalau mereka dengar penjelasan kita, mereka terpaksa berfikir dan proses pemikiran itu agak berat bagi sesetengah orang. Kalau boleh mereka tak nak fikir, nak ikut saja," katanya.
Sumber TKO - 8-2-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA - Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menyarankan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan melakukan kunjungan hormat ke rumah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Syed Saddiq berkata, perkara itu penting bagi memastikan hubungan personal terjalin antara pemimpin-pemimpin berkenaan.
"Saya rayu terutama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang bukan hanya keluar kenyataan untuk ajak mereka datang bersidang tetapi pergi ke rumah Hadi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin Pas yang lain lain dan cuba dekati mereka secara peribadi," katanya pada sidang meja bulat Selamatkan Malaysia di The Club, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, sekiranya pemimpin tertinggi Pakatan Harapan tidak bersedia untuk berbuat demikian, beliau sendiri akan melakukannya.
"Saya akan pergi sendiri kalau mereka tak nak," katanya.
Ujar Syed Saddiq, cadangannya itu mengambil contoh pendekatan yang digunakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya mendekati Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan cara tersebut.
"Anwar bukan senang hendak dekati Tok Guru tetapi dia hampir setiap minggu mengunjungi rumah Tok Guru," katanya lagi.
Sumber TKO - 8-2-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini memfailkan saman fitnah terhadap bekas timbalan pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Saman itu dibuat susulan kenyataan Tunku Aziz bahawa wujud pakatan sulit antara bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang untuk mengangkatnya sebagai perdana menteri.
Kenyataan Tunku Aziz itu disiarkan dalam sebuah blog bertarikh 30 Disember tahun lalu dan 1 Januari tahun ini.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui tetuan Haniff Khatri.
Dalam penyata tuntutannya, Mukhriz antaranya berkata dakwaan Tunku Aziz itu menggambarkan beliau tidak telus dan jujur dalam kerjaya politik, membelakangkan rakyat dan gila kuasa.
Kenyataan itu juga menggambarkan beliau mengamalkan politik licik dan kotor serata mengikut telunjuk bapanya.
Plaintif juga menegaskan telah memfailkan tindakan undang-undang kepada setiausaha akhbar perdana menteri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad atas dakwaan komplotnya bersama Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan.
Mukhriz telah membuat akuan berkanun dalam satu afidavit yang menafikan cita-cita menjadi perdana menteri dalam konteks komplot dan pakatan jahat yang diungkapkan.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi berterusan dan ganti rugi teladan dalam jumlah yang ditaksirkan oleh mahkamah.
Mukhriz, kini timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), juga memohon perintah menegah defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan senada atau serupa.
Sumber TKO - 7-2-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin PKR, Datuk Ezam Mohd. Noor menafikan dakwaan akan menyertai DAP sebaliknya mahu menumpukan sepenuh masa dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Hisbah Centre For Reform.
Katanya, keputusan tidak menyertai mana-mana parti itu kerana beliau memilih untuk terus mengekalkan jawatan selaku pengerusi dalam NGO berkenaan yang beribu pejabat di Indonesia.
“Tumpuan saya sekarang sepenuhnya kepada Hisbah Centre dalam isu rasuah negara.
“Buat masa ini, tidak timbul untuk menyertai mana-mana parti lain kerana saya telah mengambil keputusan untuk mengekalkan jawatan selaku Pengerusi Hisbah Centre,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Utusan Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan mahu menyertai parti DAP selepas kecewa dengan arah tuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang disertai pada 12 Oktober lalu.
Sumber TKO - 2-2-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bakal memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan terlibat dalam skandal dengan seorang wanita.
Perkara tersebut disahkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah dan berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dipanggil dalam masa terdekat oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIJ.
Ia setelah pihaknya berjaya menyerahkan semua dokumen yang lengkap melibatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berkaitan dengan kes berprofil tinggi berkenaan kepada pihak jabatan tersebut di sini Khamis.
“Saya difahamkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIJ, Shaiful Najib Hassan bahawa beliau akan panggil (Muhyiddin) kerana telah pun menerima beberapa dokumen dan bukti daripada pihak JMM sendiri.
“Ia sekali gus cukup syarat untuk memanggil Muhyiddin supaya dapat hadir. Fail berkaitan kes ini juga telah dibuka dan diteliti oleh JAIJ malah pihak kami akan membantu untuk menyalurkan segala dokumen dan bukti yang ada.
“Justeru, JAIJ akan panggil Muhyiddin untuk bantu siasatan dalam masa terdekat,” katanya yang hadir memberi keterangan dan menyerahkan dokumen dan bukti mengenai kes tersebut di Bahagian Penguatkuasaan JAIJ di sini.
Azwanddin kelihatan tiba di pejabat bahagian tersebut pada pukul 10.45 pagi dan meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Shaiful Najib berhubung kes skandal Muhyiddin dengan wanita bukan Muslim tersebut.
Pada 2 September tahun lalu, Azwanddin pernah menggesa Muhyiddin supaya segera tampil memfailkan saman malu terhadap seorang peguam terkenal, Stanley Clement Agustin dan bekas isterinya, Nika Gee Siew Yee.
Pasangan itu berkahwin pada 2007 sebelum Augustin memfailkan perceraian pada 2014. Beliau mempunyai tiga anak daripada perkahwinan terdahulu manakala Siew Yee pula dua anak hasil perkahwinan sebelum itu.
Kes perceraian berprofil tinggi pasangan itu menarik perhatian ramai kerana turut melibatkan dengan jelas nama Muhyddin sebagai alasan mantan timbalan pendakwa raya berkenaan mahu berpisah daripada pasanganya.
Terdahulu pada 2 Jun tahun lalu, penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin melalui portal Malaysia Today mendakwa, seorang lelaki membuat Akuan Bersumpah berhubung skandal antara Muhyiddin dan isterinya.
Ahli Parlimen PPBM Pagoh itu pernah menafikan dakwaan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut isu berkenaan apatah lagi bersumpah menjunjung al-Quran bagi membersihkan namanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 2-2-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerjasama antara PAS dan Parti Pribum Bersatu Malaysia (BERSATU) akan merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang, kata Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“BERSATU sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama ini akan diteruskan.
“Persefahaman yang dicapai dengan PAS ini akan melengkapkan usaha ke arah mewujudkan muafakat politik antara parti-parti pembangkang dan InsyaAllah akan memperkukuhkan lagi kedudukan parti-parti pembangkang menjelang PRU-14,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.
PAS dan BERSATU, semalam mengadakan mesyuarat tertutup di mana kedua-dua parti bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa induk bersama bagi merangka kerjasama bagi menghdapi pilihan raya akan datang.
“Saya berdoa semoga perjanjian BERSATU-PAS akan dapat dimeterai oleh saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, dalam tempoh beberapa hari akan datang,” katanya.
BERSATU sebelum ini berusaha keras bagi memujuk PAS supaya pada pilihan raya akan datang hanya menyaksikan pertanding satu penjuru di antara pembangkang dan BN.
Bagaimanapun, PAS tidak sehaluan dan mempunyai masalah dengan sekutu BERSATU dalam Pakatan Harapan, iaitu parti serpihannya, AMANAH dan DAP.
AMANAH dan PAS dikatakan berkemungkinan besar menentang satu sama lain.
Begitu juga, Mahathir menjadikan keadaan lebih tegang dengan PAS, dengan berkata pembangkang tidak memerlukan mereka.
Sumber TKO - 2-2-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Rakyat Malaysia begitu dibayangi dgn momentum kejayaan secara kolektif 22 tahun pentadbiran Tun M... momentum ini kemudiannya diambil dan dijadikan bench mark untuk dibuat perbandingan dengan keadaan semasa, iaitu senario 2015-2017...
Apa kata untuk kali ini, kita sebagai rakyat Malaysia bersikap bijak dan adil dlm membuat perbandingan... letakkan satu 'bench mark' yg lebih kukuh dan spesifik, sebagai contoh... perbandingan 7 tahun awal antara kepimpinan Tun M (1981-1988)
TUN MAHATHIR...
- Dari tahun 1981 hingga 1988, pada akhir 7 tahun pertama beliau berkuasa, Mahathir telah menggandakan kadar pengangguran kita...
- Mengharung defisit bajet tertinggi dalam sejarah Malaysia...
- Menggandakan hutang kita atas tahap 100% nisbah Hutang kepada KDNK...
- Menggandakan hutang luar negera kita, lebih dari dua kali ganda kadar pengangguran, menjunam negara kita ke dalam kemelesetan...
- Menyalahgunakan Maminco dan memusnahkan industri bijih timah - industri eksport utama kita...
- Salah urus kejadian tragis Memali yang mengakibatkan kematian 18 orang awam dan pegawai polis...
- Memaksa peletakan jawatan Timbalan PM beliau, Menteri Kewangan, memecat 3 Menteri kabinet lain dan 4 Timbalan Menteri semasa bulan Ramadhan...
- Memusnahkan sistem kehakiman...
- Menipu berbilion-bilion pemilikan Bumiputera dalam KWSP melalui Makuwasa...
- Membenarkan BMF lingkup dengan RM2.5 bilion hutang...
- Hampir membenarkan rusuhan kaum besar-besaran sebelum mencampak lebih daripada 100 orang ke dalam penjara di bawah ISA melalui Ops Lalang...
- Menutup 4 akhbar utama termasuk Sin Chew, Watan dan The Star...
- Memecahkan UMNO pada dua bahagian dan menyebabkan ia diisytiharkan haram.
Dan pada masa itu, bukan satu tetapi DUA bekas PM - Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn, Timbalan PM dan Menteri Kewangan beliau berkata dia tidak berguna.
Sumber TKO - 28-1-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Skandal BMF antara Mahathir dan Tengku Razaleigh (video)
Posted on Friday, January 27 @ 08:23:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=3334 |
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=88_WuB5N8h8
Luahan Tengku Razaleigh ketika di tuduh oleh Mahathir berkenaan skandal BMF... tapi sekarag skandal BMF memanggil² nama Mahathir pula...
Dalam Ucapan di Gua Musang pada 1987, Tengku Razaleigh Hamzah menjawab tuduhan rasuah & skandal BMF ketika beliau sebagai Menteri Kewangan.
Sekarang kita tahu mungkin disedari bahawa PENYANGAK WANG RAKYAT masih hidup dan akan menerajui rakyat untuk melawan PEROMPAK WANG RAKYAT.
Siapa pilihan anda? Anda mahu bersama siapa?
Sumber TKO - 27-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, sambil mengucapkan “Kong Hee Fatt Choy”, berkata beliau bukan anti-Cina.
Bekas perdana menteri dalam catatan blog terbaharu berkata ada usaha “pihak tertentu” yang mempunyai agenda politik mahu melabel beliau seorang anti-Cina.
Beliau berkata: “Saya tidak anti-Cina. Saya pro-rakyat dan Malaysia yang berbilang kaum.”
Dr Mahathir berkata pihak yang cuba menggambarkan beliau sebagai anti-Cina itu sebenarnya mahu orang Cina tidak menyokong DAP.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata pihak itu lupa beliau juga tidak menentang pelaburan langsung asing (FDI) dari China.
“Saya menentang penghijrahan besar-besaran dari mana-mana negara. Mana ada negara yang benarkan penghijrahan besar-besaran. Menjual tanah kepada orang asing supaya mereka boleh bina bandar untuk orang asing bukan FDI.”
Bekas perdana menteri menambah: “Rekod menunjukkan semua bangsa makmur semasa saya menjadi perdana menteri. Malah, Malaysia dikenali sebagai Harimau Asia.
“Saya dan isteri mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru’ kepada semua kawan berbangsa Cina, termasuklah mereka yang menegur kami di pusat beli belah dan majlis keramaian.”
Dr Mahathir mengucapkan terima kasih di atas sokongan kawan dan penyokong berbangsa Cina semasa dan selepas tempoh beliau sebagai perdana menteri.
Sumber TKO - 27-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------
Isu 1MDB jauh lebih serius berbanding dokumen Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mengandungi dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal kewangan Bumiputera Malaysia Finance Ltd (BMF), kata Lim Kit Siang.
Pemimpin veteran DAP itu memberitahu, dokumen CIA yang dibatalkan
kerahsiaannya itu tidak mengandungi sebarang maklumat baru.
Malah kata Lim, beliau sendiri sudah mendedahkan lebih banyak mengenai isu berkenaan berkenaan melalui kenyataan akhbar serta ucapan di parlimen.
"Laporan tu tidak menyatakan apa-apa yang belum pernah saya katakan sebelum ini," katanya pada sidang media di Pulau Pinang hari ini.
Melalui laporan CIA yang tidak lagi diletakkan di bawah kategori rahsia, skandal kewangan yang menyebabkan kerugian AS$1 bilion pada awal 1980-an lalu ada
kaitan dengan dengan Umno.
Dr Mahathir adalah presiden Umno dan perdana menteri ketika itu.
Ia menjadi isu besar kerana institusi kewangan itu adalah anak syarikat Bank
Bumiputra Malaysia Bhd yang dimiliki kerajaan.
Seorang juruaudit BMF, Jalil Ibrahim, ditemui mati dibunuh di Hong Kong ketika
dia menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.
Hari ini Dr Mahathir mendakwa maklumat yang terkandung dalam dokumen itu bertujuan untuk memburuk-burukkannya.
Lim yang juga anggota parlimen Gelang Patah berkata beliau sudah membahaskan laporan BMF itu namun berbeza keadaannya dengan 1MDB.
"Saya tak dibenarkan membangkitkan isu 1MDB di parlimen pun (dan) saya
mungkin tak dibenarkan menyebut perkataan kleptokrasi," katanya.
Sementara itu Naib Presiden DAP, Dr Ariffin Omar yang turut hadir pada sidang
media hari ini berkata kerajaan mendedahkan laporan skandal BMF berkenaan
kepada umum.
Katanya, keadaan berbeza dengan 1MDB yang diklasifikasikan di bawah Akta
Rahsia Rasmi.
"Laporan CIA itu juga tidak pernah mendakwa wang (BMF) berkenaan masuk ke
akaun persendirian Dr Mahathir, berbeza dengan skandal 1MDB," katanya.
Sumber TKO - 26-1-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------
"Apa salah saya? Adakah saya mencuri duit berbilion dan menjual tanah untuk mengadakan bandar kepada orang asing?", demikian mafhum kata-kata mantan PM, mujadid zaman ini, Dr Mahathir Mohamad.
Hebat mujadid ini mensucikan dirinya dari segala dosa.
Dia tuduh PAS makan dedak tapi dia juga melutut merayu PAS untuk bergabung. Dia mengajak PAS bergabung tetapi dia juga mahu menjadi juru arah dengan melatakkan syarat PAS jangan terlalu tegas dengan prinsip yang ada sekarang.
Penulis tidak hairan dengan perangai Dr Mahathir ini. Cakap berbelit-belit. Tak hairan kerana umurnya sudah sampai tahap extra. Sebab purata umur orang malaysia antara enam puluh ke enam puluh lima. Dr Mahathir sudah melebihi umur purata sebanyak tiga puluh tahun. Allah telah memberi umur extra supaya Dr Mahathir melihat sendiri kebobrokan yang dia cipta. Itupun masih tak sedar diri lagi.
Dalam hal skandal ini Dr Mahathir lebih baik dari Tok Najib. Syabash penulis katakan. Sebab skandal kewangan 1MDB Tok Najib melibatkan akaun peribadinya sedang skandal MBF Dr Mahathir tidak melibatkan akaun peribadinya. Ertinya skandal Tok Najib gred D dan skandal Dr Mahathir gred A. Dr Mahathir tidak terlibat dengan skandal MBF sebab ia tidak meliabtkan akaunnya. Maka bersihlah Dr Mahathir.
Namun harus ingat, pemimpin negara maju seperti Jepun, jika menteri kabinet terlibat skandal, PMnya mengambil tanggungjawab meletak jawatan, apa lagi jika yang terlibat akan dihumban rakyat ke dalam tong sampah. Dr Mahathir macam tidak punya rasa tanggungjawab apabila negara kerugian bernbilon ringgit akibat duit macam air dicurah ke Carrien group, kemudian hilang. Sampai sekarang Dr Mahathir seperti tercekik tulang ayam tidak mampu menjelaskan kemana wang itu dilesapkan.
Dosa Dr Mahathir yang paling besar ialah mencela hukum hudud. Tidak ada dosa yang paling besar selain mencela hukum Allah, selain murtad dan syirik. Dalam kes tajaan haji 1MDB, pandai pulak DR Mahathir berfatwa mabrur tak mabrurnya haji dengan wang curi. Cuma Dr ini malu-malu alah, malu-malu kucing untuk berkata "Sepatutnya tangan Tok Najib dikerat kerana mencuri wang rakyat". Dan harus Dr ini akan berkata demikian di masa depan, kerana walau Dr ini penentang hudud tegar tahap gaban, dia bukan ada rasa malu untuk spin 360 darjah demi memuaskan nafsu serakahnya untuk mencapai apa juga hajatnya.
DR Mahathir memang pandai bercakap. Ayatnya berbunga. Nadanya membuat orang terpesona. Dia boleh memutar kata hingga yang salah menjadi benar. Itulah kelebihanya. Namun orang yang kurang cerdik sahaja yang boleh dipukaunya, orang berakal tidak.
Wassalam.
Sumber HD - 26-1-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA – Masa depan hubungan antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal dimuktamad pada 2 Februari depan.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya telah mengemukakan draf rangka perjanjian itu kepada Pas dan sedang menungggu maklum balas.
Difahamkan, rundingan itu nanti yang hanya melibatkan Pas dan Bersatu akan diketuai Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mahathir bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi dan masa pertemuan tersebut.
“Bentuk kerjasama antara Pas dan Bersatu hanya lebih kurang sama dengan kerjasama yang kami (Bersatu) meteraikan dengan Pakatan Harapan.
“Rundingan yang akan berjalan antara Mukhriz dengan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini akan menentukan pendirian kami dengan Pas, ” jelas Tun Mahathir dalam sidang media di sini, hari ini.
Sumber TKO - 25-1-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa ada beberapa pimpinan PAS "mensabotaj" rundingan bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua parti.
Kata Dr Mahathir, antara pemimpin yang dimaksudkannya ialah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Menurut bekas perdana menteri itu, pemimpin PAS yang bertindak begitu "lebih teruk" daripada Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya tidak dikritik parti berkenaan atas pelbagai isu, termasuk skandal 1MDB.
"Bagi pemimpin itu - mungkin bukan pemimpin lain tetapi yang menyuarakan serangan terhadap saya - bagi dia, yang jahat adalah saya.
"Jadi saya nak tahu di mana saya jahat?
"(Adakah kerana) saya mencuri duit berbilion-bilion, ataupun saya tubuhkan syarikat berbilion-bilion, lepas itu duit hilang; ataupun saya jual negara ini kepada negara lain untuk mereka mengadakan bandar-bandar untuk orang asing ini?" katanya kepada media di Putrajaya hari ini.
Selain Mohd Zuhdi, Dr Mahathir tidak menamakan sebarang tokoh PAS yang dimaksudkannya cuba mensabotaj rundingan kerjasama antara parti itu dengan BERSATU.
Malaysiakini sudah menghubungi Mohd Zuhdi dan sedang menunggu reaksinya terhadap kenyataan Dr Matahir itu.
Pada 22 Januari lalu Mohd Zuhdi mendakwa kenyataan pernah dibuat Dr Mahathir mengeai PAS bukan disebabkan beliau memandang rendah kepada parti berkenaan.
Bertemu PAS awal Februari
Sebaliknya kata Mohd Zuhdi, Dr Mahathir bimbang terhadap pengaruh PAS dan ia adalah sebahagian daripada strategi politik bekas perdana menteri itu.
"Dr Mahathir adalah seorang diktator politik, dan atas sifat itulah beliau berkonfrontasi dengan semua perdana menteri yang berada di atasnya, daripada Tunku Abdul Rahman sehingga perdana menteri sekarang.
"Dengan sifat diktator politik inilah Dr Mahathir mencantas semua pimpinan Umno dan timbalan perdana menteri yang menggugat kedudukannya, daripada Tengku Razaliegh sehingga Anwar Ibrahim.
"Malah beliau juga pimpinan politik yang berani menyanggah raja-raja Melayu," katanya dalam kenyataan terbuka itu.
Sementara itu Dr Mahathir berkata, delegasi BERSATU diketuai timbalan presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bertemu wakil PAS untuk membincangkan pendirian parti berkenaan terhadap cadangan membentuk gabungan rasmi pembangkang.
Pertemuan itu, katanya, akan diadakan pada 2 Februari ini.
Mukhriz pula memberitahu BERSATU sudah menghantar draf rangka kerja persefahaman untuk diteliti dan menjangkakan reaksi mereka pada pertemuan akan datang.
Kata bekas menteri besar Kedah itu, draf berkenaan adalah sama seperti yang ditandatangani BERSATU dengan Pakatan Harapan.
Sumber TKO - 25-1-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Pencetus Deklarasi Rakyat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggunakan isu 1MDB bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan didakwa telah menggelapkan dana Bank Bumiputra sewaktu tempohnya sebagai Perdana Menteri pada era 1980-an.
Laporan Asian Correspondent memetik fail Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) Amerika Syarikat mendedahkan, Dr Mahathir terlibat secara langsung dengan spekulasi hartanah oleh anak syarikat Bank Bumiputra yang berpangkalan di Hong Kong - Bumiputra Malaysia Finance Ltd (B.M.F.).
Modus operandi jenayah kleptokrasi yang dikenali sebagai Skandal BMF itu menggunakan Carrian Investment Limited (Carrian Group) sebagai salah satu penilik hartanah di Hong Kong antara 1979 dan 1983.
Bank Bumiputra dan anak syarikatnya BMF membiayai berbilion ringgit kepada Carrian untuk membeli hartanah di negara berkenaan sebelum dana berkenaan lesap dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, George Tan mengumumkan status bankrap.
"Sewaktu BMF membiayai pinjaman dengan banyak kepada spekulator hartanah semasa peningkatan nilai hartanah Hong Kong lewat 70-an, BMF kata CIA - tidak seperti bank British lain - terus mengeluarkan pinjaman perumahan sungguhpun amaran pasaran lemah dikeluarkan," tulis laporan berkenaan.
"Hasilnya, Bank Malaysia yang awalnya ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup orang miskin Malaysia terutama dari komuniti Melayu telah kehilangan USD 1 bilion dan siasatan skandal berkenaan mengambil masa yang begitu panjang sekali".
Dokumen CIA bertajuk “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?” adalah antara 13 juta dokumen siasatan yang didedahkan badan penyiasat itu untuk rujukan umum.
Fail CIA: “The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”
Bekas Perdana Menteri itu menerusi sidang media pada 2015 menafikan terlibat dalam skandal berkenaan dengan berkata: "Saya tidak curi duit itu. Duit itu hilang dan ianya duit bank," katanya.
Ujarnya, tidak seperti Najib yang memegang jawatan sebagai Penasihat 1MDB, beliau tidak memegang jawatan dalam Bank Bumi.
"Saya bukan pengurus bank berkenaan, bukan juga penasihat".
Walaubagaiamanapun dokumen CIA menerangkan bahawa, sebagai syarikat berkaitan kerajaan, Bank Bumiputra melaporkan terus operasinya kepada Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemudian menyampaikan laporan berkenaan kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
"Tiada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan (Dr Mahathir).
"Tak mungkin kerajaan tidak mengetahui peningkatan had pinjaman Bank Bumi kepada cawangan luar negaranya bagi membenarkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong," kata dokumen berkenaan.
Jalil IbrahimKemelut skandal BMF juga didakwa menjadi punca kepada pembunuhan salah seorang Pegawai Bank Bumiputra, Jalil Ibrahim, 'yang tahu terlalu banyak' mengenai pelaburan antara Hong Kong, Malaysia dan Korea Selatan.
Portal citvasia.com berkata, Jalil ditemui mati pada Julai 1983 dengan kesan jerut dileher di salah satu ladang di Hong Kong, tanpa pengenalan diri kecuali beberapa duit syiling mata wang Malaysia didalam poket seluarnya.
"Pihak polis tidak mempunyai banyak maklumat untuk meneruskan siasatan, sehingga mereka menemui diari peribadi dan surat pegawai bank berkenaan. Mereka mendapati pegawai berkenaan menghadapi kecelaruan minda dan berpendapat bahawa beliau mengetahui sesuatu rahsia besar.
"Setelah polis mengkaji dokumen berkenaan, mereka mulai mengesyaki Jalil mungkin mengetahui rahsia besar - penyelewangan kewangan dan hubungan merbahaya yang bukan sahaja boleh mengancam nyawanya bahkan memusnahkan bank dan negaranya.
"Dan nampaknya, kebimbangangan Jalil menjadi kenyataan - pegawai bank itu disenyapkan sebelum beliau boleh mendedahkan perkara tersebut," kata portal berkenaan.
- Malaysian Digest
Sumber TKO - 25-1-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui sukar untuk pembangkang menawan kembali negeri yang pernah diterajuinya sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, usaha untuk menawan kembali Kedah akan diperkukuh dan dilipatgandakan bagi memastikan ia kembali ke tangan pembangkang.'
"Kedah bukan lagi negeri di bawah kuasa saya. Saya akui kita kini di pihak pembangkang, sentiasa berdepan kesukaran untuk berpolitik di negeri itu.
"Jadi pihak lawan ini (pembangkang) tidak mudah. Kita tahu yang kita sentiasa mempunyai kekurangan dan kelemahan berbanding dengan BN," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu dipetik sebagai berkata, Umno Kedah bekerja keras supaya negeri itu terus kekal di bawah pimpinan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, antara kesukaran yang terpaksa ditempuh Bersatu di negeri itu termasuklah sukar untuk mendapatkan tempat untuk berceramah dan berkempen.
"Saya ingat semua pihak tentu akan kerja kuat untuk meyakinkan rakyat supaya memihak kepada parti masing-masing pada pilihan raya nanti.
"BN ada kelebihan dengan memegang kerajaan sedia ada. Semua kemudahan kerajaan disediakan bagi kemudahan BN. Kita sebagai pembangkang perlu berusaha lebih gigih dalam menangani kelemahan yang ada. Nak cari tempat pun tidak mudah di sini (Kedah)," katanya lagi.
Sumber TKO - 23-1-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------
GUA MUSANG - Kerjasama antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, tidak boleh dipandang enteng kerana apa jua boleh berlaku dalam politik.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sama ada kerjasama itu berkesan atau tidak, ia satu perkara yang sukar untuk digambarkan.
"Semua kerjasama adalah bagus, namun berkesan atau tidak, kita tengoklah macam mana nanti. Saya bukan ahli nujum untuk meramalkannya.
"Namun, perlu ingat, itu Dr Mahathir, apa sahaja boleh berlaku," katanya selepas mengadakan Majlis Perjumpaan Bersama Warga Hospital Gua Musang, di sini.
Sebelum itu, Tengku Razaleigh juga sempat meninjau perjalanan pembinaan Masjid Razaleigh di Mukim Bandar Lama, di sini, yang dijangka siap sepenuhnya Mac tahun hadapan.
- Sinar Harian
Sumber TKO - 22-1-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43979-tapi-mahathir-bukan-peduli-semua-ini
DARIPADA baca dapatan gempak Rafizi yang dah terbukti beberapa kali meleset, baik baca dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Semalam Dr Zuhdi selaku CEO PPP merangkap AJK PAS Pusat membuat kesimpulan dari pendedahan tak sengaja Mahathir tentang persetujuan melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya merampas kerajaan.
PPP melihat laluan untuk PAS bekerjasama dengan parti Mahathir PPBM semakin sukar setelah pengakuan itu dibuat. Ini kerana keadaan tersebut sangat mengancam keharmonian negara sekarang. Tanpa menafikan ketempangan yang ada pada kerajaan sedia ada, dengan meletakkan sebuah parti Chauvinis dan Rasis Cina di posisi kerajaan sebuah negara majoriti Melayu akan membuatkan krisis perkauman sekali lagi akan meletus.
PAP Borek, DAP rintik
DAP sehingga kini masih lagi berideologikan PAP, parti pro-Israel yang kini mentadbir Singapura. Bukan sahaja hubungan antara mereka masih intim, bahkan Lim Kit Siang sendiri pernah cuba menghidupan semula kempen Malaysian Malaysia, sebuah gagasan PAP yang menyebabkan Singapura terkeluar dari Malaysia.
Lihatlah apa yang berlaku pada Singapura selepas 50 tahun di bawah pemerintahan PAP sekarang. Dahulu, populasi kaum Cna di Singapura hanya sekitar 50%. Tapi kini sudah sampai 77%! Ironinya, daripada ketiga-tiga bangsa utama di sana iaitu Melayu, Cina dan India, Cina merupakan bangsa paling sedikit melahirkan anak. Bagaimana boleh jadi ramai mendadak itu?
Politik di sana juga teruk. Walaupun mendakwa mengamalkan demokrasi, tetapi sebarang usaha untuk menyaingi pengaruh PAP akan disekat berbagai cara, sama sebagaimana Israel di peringkat antarabangsa. PAP didakwa menggunakan akta ala ISA bagi menyekat sebarang usaha yang menggugat kedudukan mereka Badan antarabangsa seperti Asian Legal Resource Centre dan Human Right Watch turut tidak terlepas dari belenggu akta ini.
Dahulu Singapura diperintah di bawah kesultan Johor. Selepas wilayah itu diserahkan kepada penjajah, cahaya Islam di Singapura kian kelam. Kini, umat Islam tinggal minoriti, kira-kira 15% sahaja di sana. Pendidikan Islam sangat terhad mengakibatkan ramai muslim tidak mengenal Islam, lebih terpengaruh dengan kehidupan barat.
Paling mengejutkan, Singapura kini menjadi pengkalan tentera dan risikan terbesar Israel di Asia Tenggara. Hubungan kedua negara tersebut sangat rapat, walaupun cuba disembunyikan sedaya upaya. Tahun lepas Presidennya telah ke Tel Aviv dan merakamkan penghargaan kepada Israel kerana menyelia pertahanan Singapura sejak kemerdekaan tahun 1965. Februari ini, Perdana Menteri Israel pula dijadualkan ke Singapura.
Taktik Singapura berulang di Malaysia
Bagaimana PAP boleh menukar Singapura sampai jadi begitu? Panjang ceritanya. Tetapi titik permulaannya seakan seperti apa yang sedang diusahakan DAP sekarang. Mereka tidak gelojoh. Mula-mula mereka berikan jawatan ketua pentadbir negara kepada orang Melayu Islam. Mereka cuma ambil posisi nombor dua.
Dahulu selepas Singapura ditubuhkan, orang pertama menjadi Presiden ialah Yusof Ishak. Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri sahaja.
Namun selepas sahaja Yusof Ishak meninggal, sehingga kini tiada lagi orang Islam yang diberikan jawatan tersebut. Bukan sahaja parti Islam sehingga kini tidak berjaya ditubuhkan, malah daripada 20 orang menteri kabinet, hanya dua orang melayu, tiga India manakala 15 selebihnya Cina.
Pasti anda dapat membaca apa permainan DAP daripada tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu. Oleh sebab itu amat wajar PAS menimbang semula kerjasama dengan PPBM, sebagai tekanan untuk mereka menilai semula perjanjiannya dengan parti Chauvinis Cina yang sangat rakus itu.
Di ambang ketengangan kaum
Jika DAP meneruskan sikap politiking dan cauvinisnya, tentu sekali umat Melayu tidak akan redha dengan DAP nanti. Oleh sebab negara ini diperintah begitu lama dengan ideologi nasionalisme, NGO yang memperjuangkan ketuanan Melayu pula bersepah-sepah kini, maka perlantikan Kit Siang tentu sekali akan mencetuskan ketegangan kaum. Seorang Melayu ditipu di Low Yatt sahaja, beribu anak muda Melayu mengepung bangunan tersebut!
Untuk sebuah kestabilan politik, sesebuah negara mesti diperintah oleh kaum yang paling berpengaruh. Menafikan hakikat ini ibarat menafikan fitrah manusiawi, juga bakal mengulang kesilapan sejarah.
Kerana itu Nabi bersabda dalam sebuah hadis, pemimpin mesti daripada kalangan Quraisy. Bukan kerana hanya kaum itu yang layak, tetapi kerana kaum itu adalah kaum paling berpengaruh pada zaman tersebut. Lalu dalam konteks Malaysia, kaum manakah yang anda fikir sebagai teras politik?
Tapi Mahathir bukan peduli semua ini. Asal saja keturunan dan kroni dia berkuasa, semua halal! – HARAKAHDAILY 21/1/2017
Sumber HD - 2-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------
Jawatan Timbalan PM, Mahathir atau Guan Eng Cakap Bohong?
Posted on Thursday, January 19 @ 23:01:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33239 |
Hari ini melalui lidah rasmi Malaysiakini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menafikan parti itu mahukan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.
Malah, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang itu menegaskan pihaknya tidak pernah berbincang mengenai perkara berkenaan.
"Kami tidak pernah bercakap tentang jawatan dalam kerajaan," kata Lim dalam sidang medianya di George Town hari ini.
Sebelum ini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata DAP ‘sedar diri’ dan tidak pernah meminta jawatan Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Ujarnya, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa DAP akan memerintah negara ini sekiranya pengundi memilih Pakatan Harapan (PH), adalah tindakan yang mahu menakut-nakutkan rakyat khususnya kaum Melayu.
“Kononnya kata Datuk Seri Najib, kalau Umno kalah, DAP menang, ia (DAP) akan jadi Perdana Menteri. Tak mungkin kerana kalau DAP nak menang, ia kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.
“Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.
“Tapi kalau timbalan itu, adalah.. Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu,” katanya dalam program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Saya tak ulas panjang. Salah seorang mesti bohong.
Tapi saya lebih suka dua-dua tak boleh percaya kaki bohong. Dulu Lim Guan Eng sebelum DAP menguasai Pulau Pinang cakap hudud itu adalah untuk perjuangan PAS, tapi kita bila DAP dah ada kuasa kemudia ada pula barua PAN dan sekutunya menyokong akhirnya mereka serang PAS sehingga PAS terpaksa keluar daripada Pakatan Rakyat.
Walaupun ada video Lim Guan Eng pun masih tak mengaku. Hanya puak PAN sahaja masih lembab untuk memahami politik DAP dan Mahathir.
Sumber TKO - 19-1-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA: DAP ‘sedar diri’ dan tidak pernah meminta jawatan Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak, dakwa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ujarnya, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa DAP akan memerintah negara ini sekiranya pengundi memilih Pakatan Harapan (PH), adalah tindakan yang mahu menakut-nakutkan rakyat khususnya kaum Melayu.
“Kononnya kata Datuk Seri Najib, kalau Umno kalah, DAP menang, ia (DAP) akan jadi Perdana Menteri. Tak mungkin kerana kalau DAP nak menang, ia kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.
“Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini…dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.
“Tapi kalau timbalan itu, adalah.. Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu,” katanya dalam program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, malam tadi.
Mantan Perdana Menteri itu berkata, gambaran yang diberikan terhadap parti pimpinan Lim Guan Eng itu begitu buruk dan ia seolah seperti ‘ditanam’ dalam diri orang Melayu.
Namun katanya, DAP tidak cauvinis sebagaimana yang ditanggapi pelbagai pihak.
“DAP ini bukanlah kuat sangat. Masa dalam Umno kita beri gambaran mereka ini sangat jahat, terlalu kecinaan dan sebagainya. Ia bukan parti Cina, ia parti pelbagai kaum.
“(Ketika hadiri satu majlis DAP), depan saya mereka berikrar menyokong Perlembagaan. Maknanya dia memperakui kedudukan raja Melayu, sokong bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan keistimewaan Melayu,” ujar beliau.
Semalam, Najib menyatakan bahawa DAP merupakan ketua sebenar yang menguasai pembangkang.
Kata beliau, menjadi lumrah politik apabila parti yang mendapat kerusi lebih di Parlimen berperanan menentukan hala tuju pakatan disertainya.
Ketika Perhimpunan Agung Umno 2016, Disember lalu, Najib berkata PRU akan datang bakal memberi pilihan kepada rakyat sama ada mengekalkan keindukan kerajaan pimpinan Umno atau keindukan kerajaan pimpinan DAP yang mempunyai perjuangan sempit dan mengancam survival Bumiputera.
Beliau berkata, hak dan keistimewaan orang Melayu serta peningkatan syiar Islam yang dipupuk dan dipertahankan Umno selama ini akan terhakis sekiranya pengundi memilih PH pimpinan DAP pada PRU14 – AP
Sumber TKO - 19-1-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, apa yang sedang dijalankan di Forest City sekarang bukanlah pelaburan asing seperti yang didakwa sesetengah pihak tetapi sebenarnya penjualan tanah kepada syarikat asing.
Beliau menjelaskan, pelaburan asing berlaku apabila syarikat luar negara datang menanam modal di negara kita.
Syarikat asing akan membuka kilang-kilang pembuatan di negara ini, menggunakan bahan-bahan mentah tempatan untuk menghasilkan produk-produk samada untuk dieksport atau dijual di pasaran tempatan dan menggaji pekerja-pekerja tempatan, katanya.
Manakala kerajaan pula menyediakan tanah untuk mereka mendirikan kilang-kilang tetapi tanah ini tidak dimiliki secara kekal oleh syarikat-syarikat asing ini.
"Tanah-tanah ini dimiliki secara sementara dan apabila tempoh pajakan tamat, ia mesti dikembalikan semula kepada kerajaan.
"Daripada pelaburan asing ini, rakyat mendapat manfaat dari segi peluang-peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan limpahan ekonomi di kawasan sekitar. Di samping itu, negara tidak kehilangan tanah kepada syarikat asing.
Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku di Forest City adalah sebaliknya.
"Syarikat asing tidak menanam modal, sebaliknya membeli tanah-tanah untuk dibangunkan dan dijual. Para pekerja terdiri daripada warga asing yang sebahagian besarnya didatangkan dari negara China dan bahan binaan juga dari negara China.
"Malah, para pembeli unit-unit kediaman berjumlah 700,000 unit kesemuanya juga sebahagian besarnya adalah warganegara China. Justeru, apa manfaatnya kepada rakyat dan negara Malaysia selain keuntungan yang diperolehi oleh syarikat-syarikat yang menjalin usahasama dengan syarikat China?," soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Muhyiddin berkata, apabila beliau mengkritik dasar tersebut beliau dituduh anti pelaburan asing, malah ada media tempatan yang melabel beliau sebagai anti-Cina.
Walhal, beliau arif mengenai maksud pelaburan asing kerana kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, beliau adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan asing ke Malaysia ketika beliau berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
"Malah, ketika saya menjadi Menteri Besar Johor, saya juga mengetuai banyak delegasi ke luar negara untuk membawa masuk pelaburan asing ke negeri Johor. Orang Johor pasti ingat negeri Johor membangun dengan pesat pada ketika itu.
"Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.
"Dasar kerajaan pada ketika itu ialah tanah-tanah yang dijual kepada pelabur asing mestilah tidak berstatus hak milik kekal. Ini penting supaya tanah-tanah ini tidak jatuh ke tangan pihak asing.
"Adakah dasar ini telah tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri Johor ketika meluluskan penjualan tanah-tanah di Forest City kepada syarikat asing? Atau adakah dasar mengenai pemilikan tanah oleh orang asing telah berubah? Persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor dan kerajaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, isu pokok di sini ialah keselamatan dan kedaulatan negeri dan negara kerana apa yang ditakuti ialah apabila pemimpin yang berkuasa menghadapi bebanan wang dan hutang yang berbilion sanggup menggadai tanah pusaka kepada orang asing untuk menyelesaikan tanggungannya.
"Maka hilanglah milik kita kepada orang lain! Apakah Bandar Malaysia milik Malaysia?
"Adalah menjadi suatu kewajiban, malahan ianya amanah yang saya dan PPBM harus pikul untuk mempertahankan bumi Johor dan Malaysia daripada jatuh dimiliki oleh orang asing.
"Apa jadi kepada negeri kita jika semakin banyak tanah kita terlepas ke tangan asing disebabkan kealpaan kita untuk mempertahankannya!
"Tanah Besar China mempunyai agenda tertentu untuk menawan ekonomi wilayah termasuk rantau ini menerusi Gagasan Laluan Suteranya. Itulah juga yang diperingat oleh Tun Mahathir," tegasnya.
Sumber TKO - 18-1-2017
[-------------------------------------------------------------------------------------------------
Biarlah jika saya dituduh derhaka, Dr Mahathir jawab Sultan Johor
Posted on Tuesday, January 17 @ 14:49:17 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33210 |
PETALING JAYA: The Star hari ini menerbitkan jawapan balas Tun Dr Mahathir Mohamad, sehari selepas dibidas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana cuba “menakutkan” rakyat berkenaan pelaburan China di negeri itu.
“Saya berharap dengan menjawab cabaran Sultan, saya tidak akan ditangkap atau dipenjara tanpa bicara. Sekiranya saya akan dibicarakan, saya mengalu-alukan ditangkap,” kata Dr Mahathir, yang sebelum ini mempersoalkan projek Forest City di Johor yang menurutnya akan menggadaikan Malaysia kepada China.
“Saya seorang rakyat Malaysia lahir di Kedah. Malaysia tanah air saya dan tumpuan taat setia saya. Sekiranya saya dituduh derhaka atas apa yang saya katakan, biarlah.”
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, yang bukan pertama kali berselisih pendapat dengan keluarga diraja dan pihak istana, berkata apa yang diutarakan beliau itu adalah berdasarkan laporan Bloomberg, yang antara lain melaporkan usaha giat mempromosikan hartanah di Forest City kepada beratus ribu warga China.
Menurut laporan itu, pembinaan Forest City di Johor Bahru akan menyaksikan kebanjiran rakyat China ke negeri itu yang membeli kebanyakan daripada hartanah yang ditawarkan.
“Saya tidak rasa Melayu atau Cina Johor membeli atau akan membeli pangsapuri itu. Tidak ramai rakyat Malaysia membeli semua hartanah ini,” katanya dalam suratnya kepada The Star.
Semalam, Sultan Ibrahim berkata Dr Mahathir cuba memainkan “politik perkauman” dalam kritikannya terhadap pelaburan China.
“Dia bermain dengan politik ketakutan dan kaum, yang tidak ada tempat di Johor kerana saya tidak percaya kepada politik perkauman.
“Dia menghina pelabur hartanah China yang kaya ini. Mereka bukannya mahu kerakyatan Malaysia. Ramai antara mereka ada hartanah di negara lain termasuk Australia dan United Kingdom,” katanya dalam wawancara bersama The Star.
Menurutnya, Dr Mahathir sudah lupa banyak perkara yang dilakukan sebelum ini.
“Dulu dia benci media barat tetapi sekarang dia pula memetik segala apa daripada media barat. Dia dah lupa banyak benda yang dia buat sebelum ini.”
Dr Mahathir bagaimanapun berkata beliau sudah biasa dituduh mengamalkan perkauman Melayu sempit.
“Sikap melabel, memburukkan saya hanya menyerlahkan kekurangan hujah berasas bagi menangkis tindakan dan kenyataan saya,” katanya
Pelaburan asing zaman saya
Dr Mahathir dalam jawapannya mempertahankan dasarnya membawa masuk pelaburan asing, dengan menambah ia bertujuan mengembangkan industri dan bukan mengenai hartanah.
“Pelaburan asing langsung (FDI) adalah mengenai pelaburan dalam industri pembuatan. Syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat Malaysia akan bekerja dalam industri. Mereka akan pelajari kepakaran dan memulakan kilang mereka sendiri,” kata Dr Mahathir, yang terkenal dengan Dasar Pandang ke Timur bagi mencontohi keusahawanan Jepun.
“Pandang ke Timur bukan menyuruh negara timur beli tanah di Malaysia, atau memajukannya dan menjualnya kepada rakyat mereka. Ya, kami menggalakkan orang asing menjadikan Malaysia rumah kedua mereka. Tetapi bilangan mereka amat sedikit,” kata Dr Mahathir.
Menurutnya, pemaju tempatan berkemampuan dalam bidang hartanah.
“Lihatlah Malaysia hari ini. 90% atau lebih daripada binaan dan pembangunan dilakukan syarikat Malaysia. Majoriti pembeli adalah rakyat Malaysia, dan mereka tinggal di situ.
“Tetapi apabila warga asing beli tanah, ia tidak mendatangkan modal. Sebahagian besar wang dipinjam dalam negeri, dan mereka pula berurusan dengan bank mereka sendiri,” kata Dr Mahathir.
Sumber TKO - 17-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - "Umno hanya tunggu masa untuk ditalkinkan sahaja," demikian ujar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, budaya politik dalam parti itulah yang merosakkan parti rumpun Melayu itu.
"Sebenarnya, Umno sedang berada di hujung nyawa. Roh dan jiwa perjuangan Umno yang memberi nafas kepada parti itu telah lama berkubur.
"Yang ada hanyalah jasad Umno yang layu, lemah dan longlai. Umno takkan pulih lagi dari sakitnya yang tenat. Hanya tunggu masa untuk ditalkinkan sahaja," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Stadium Malawati, di sini, hari ini.
Berbeza dengan Umno, menurutnya lagi, perjuangan Bersatu adalah bukan untuk kepentingan individu tetapi sebuah wadah politik baharu untuk orang Melayu, masyarakat pribumi dan rakyat Malaysia.
Jelasnya, Bersatu memperjuangkan keadilan sosial dan keadilan ekonomi.
"Kita berjuang untuk mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama serta mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan sempurna.
"Semua ini bukan sekadar pernyataan dasar atau harapan parti, tetapi matlamat perjuangan yang termaktub secara jelas di dalam Perlembagaan.
Jadi, selagi Bersatu wujud, inilah yang menjadi landasan perjuangan parti kita," katanya lagi
Katanya, Bersatu juga bukanlah serpihan mana-mana parti dan perasmian parti itu satu permulaan dan perjalanan masih jauh.
"Masih banyak ranjau, duri dan liku yang mesti kita tempuh. Akan ada ribut, taufan, ombak dan gelombang besar yang perlu kita redah.
"Tak kurang juga fitnah dan adu domba yang cuba memecahkan kesatuan kita. Yang irihati dengan pencapaian kita," katanya.
Sumber TKO - 15-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------
Yg benar tetap benar walau dari siapapun. Inilah prinsip yg diajar Islam. Yg tidak benar tidak akan menjadi benar hanya yg berkata itu agamawan sekalipun, walau diolah secantik manapun.
Dulu menteri agama berkata tidak siapapun boleh menentukan mabrur tidaknya haji seseorang, skrg mufti Johor pula. Dulu dr Wajdi, skrg Sahibul Fadhilah Noh Gadot. Ia mengulas dakwaan dr Mahathir bhw haji menggunakan wang tajaan 1MDB adalah tidak mabrur kerana wang tajaan itu diambil dari sumber yg dipertikaikan, dlm maksud dr Mahathir, dicuri dari 1MDB.
Pokoknya ialah bukan apalah benar wang tajaan itu diambil dari 1MDB tapi ialah sumber perbelanjaan haji dari wang haram. Ertinya kalau duit menang judi dibelanjakan utk pergi haji, bukan lg tak mabrur tapi haram terus. Mungkin sah jk rukun syarat haji dipenuhi tapi tak mabrur kerana perbelanjaan dari sumber haram.
Dan antara syarat haji ialah perbelanjaan mesti dari sumber yg halal. Sbb kalau dari sumber haram, hajinya mungkin sah tapi tak mabrur.
Jadi syarak dengan menyatakan dengan jelas hal ini.
Apa yg susah sgt nak memahami sampai muftipun mengatakan "Hanya Allah menentukan mabrur tidaknya haji"? Allah jg yg menetapkan syarak bab haji, perbelanjaan mesti dari sumber yg halal supaya hajinya mabrur.
Inilah yg dikatakan fatwa bergantung kpd pehak mana yg disokong, hingga bab rukun syarat yg jelas diabaikan. Mungkin esok ada yg memakai jubah dibuat dari kulit babi dan solat, bila dikatakan haram dia menjwb "Hanya Allah menentukan solat aku sah atau tidaknya".
Parah!
Sumber TKO - 13-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti telah memecat Anina Saaduddin sebagai Ketua Srikandi dan masih dikekalkan Ahli Majlis Tertinggi parti, namun terserah kepadanya untuk meletakkan jawatan tersebut.
Beliau juga turut membayangkan, parti tidak gentar jika Anina mengambil sikap drastik mengumumkan keluar parti, namun berharap perkara itu tidak berlaku.
“Namun beliau (Anina) adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, jawatan itu masih kekal, itu terserah kepada Anina sama ada untuk meneruskan (pegang jawatan Ahli Majlis pimpinan Tertinggi parti) atau sebaliknya.
“Kita harap, walaupun beliau tidak dilantik (Ketua Srikandi), kita harap beliau akan terus kekal (dalam parti),”katanya.
Muhyiddin menjelaskan Anina pada awalnya diberi tugas untuk membentuk sayap wanita parti itu, namun Anina tidak mencapai piawaian untuk terus kekal sebagai Ketua Srikandi.
“Keputusan ini telah dibuat oleh pucuk pimpinan parti. Ini bukan soal peribadi (Anina) tetapi soal berkaitan kepimpinan.
“Apabila kita mulakan dahulu, kita beri ruang untuk beliau (Anina) membantu supaya Srikandi dapat dibentuk.
“Tetapi kita tidak ada memutuskan (untuk menyambung) pelantikan (Anina) secara rasmi jawatan Ketua Srikandi.
“Kita dapati mungkin disebabkan keadaan tertentu, Puan Anina tidak mencapai sasaran yang kita harapkan. Keputusannya, dia tidak lagi dilantik menjadi Ketua Srikandi,”katanya lagi.
Sumber TKO - 10-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA - Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Anina Saadudin mengadakan pertemuan 'hati ke hati' dengan pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.
Difahamkan pertemuan itu diadakan selepas Mahathir memberi pesanan kepada Anina, supaya tidak patah semangat selepas beliau tidak dilantik menjawat jawatan Ketua Srikandi Bersatu.
"Saya baru selesai jumpa Tun (Mahathir).Pertemuan lebih sejam antara saya dan Tun berlangsung di YKP Putrajaya tadi.
"Saya akan menulis dari hati saya selepas ini. Izinkan saya uruskan beberapa hal dahulu," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Sebelum ini, Sinar Online melaporkan Mahathir meningatkan Anina supaya tidak patah hati dan mengutamakan perjuangan parti melebihi perkara lain.
Sementara itu, menurut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
keputusan untuk tidak melantik Anina sebagai ketua srikandi dibuat seluruh kepimpinan parti.
Menjelaskan perkara itu, Muhyiddin berkata, keputusan tersebut bukan dibuat atas sebab peribadi mana-mana pihak dalam parti.
Terdahulu, pada November lalu, nama Anina menjadi sebutan untuk menduduki jawatan Ketua Srikandi, namun menjelaskan perkara ini setiausahanya, Dr Shahruddin Md Salleh menegaskan, parti itu masih belum menubuhkan sayap Srikandi.
Oleh itu ujarnya, kedudukan Anina yang dirujuk pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi Bersatu tidak seharusnya timbul.
Sumber TKO - 9-1-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------
'Haji guna duit curi macam tahu makanan haram tapi makan juga'
Posted on Saturday, January 07 @ 22:46:41 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33127 |
Jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang haram daripada dana yang digunakan untuk menghantar mereka ke Makkah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kalau kamu pergi dan buat haji dengan duit curi, itu macam dah tahu pinggan penuh dengan makanan haram, you makan juga. Tapi kalau tak tahu, okeylah. Tapi sekarang kamu tahu duit ini dicuri," katanya.
Bekas perdana menteri itu akhir bulan lalu berkata jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana daripada sumber yang dicuri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu termasuk daripada kalangan mufti.
Bagaimanapun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) itu enggan memohon maaf atas kenyataannya.
"Mengapa saya perlu minta maaf? Semua orang yang mengatakan saya salah juga mesti berbuat demikian.
"Mereka kena 'ampu', mereka perlu 'bodek'. Mereka tidak bebas bersuara.
"Bila jadi mufti kerajaan, kena puji la kerajaan," katanya.
Kerajaan telah menaja ibadah haji untuk imam dan ketua kampung melalui Yayasan 1MDB sejak 2011.
Firma pelaburan negara itu menjadi subjek siasatan antarabangsa, termasuk Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika yang memfailkan saman sivil pelucuthakan dan mendakwa lebih AS$ 3.5 bilion disalahgunakan daripada 1MDB.
DOJ juga berkata seorang yang dinamakan Malaysian Offical 1 didakwa menerima AS$ 731 juta daripada wang yang diseleweng daripada 1MDB.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan menyalahgunakan dana berkenaan dan mendakwa ia sebahagian daripada plot menjatuhkannya.
Sumber TKO - 7-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------
Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin tidak dipilih sebagai ketua Srikandi (wanita) parti itu kerana prestasinya yang tidak memenuhi jangkaan, kata presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Apa yang berlaku ialah Anina tidak memenuhi sasaran yang kita harapkan, jadi keputusan itu adalah bahawa dia tidak akan dilantik sebagai Ketua Srikandi," kata Muhyiddin pada sidang akhbar di Shah Alam.
Anina bulan lalu mendakwa dia dilucutkan jawatan sebagai Ketua Wanita BERSATU dan percaya ia mungkin disebabkan dakwaan skandal seks terhadapnya.
Muhyiddin bagaimanapun berkata ia adalah perkara peribadi dan menegaskan bahawa Anina merupakan ahli pengasas penting yang masih dalam majlis tertinggi parti.
Beliau berharap Anina akan terus kekal dengan BERSATU.
Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Anina tidak sepatutnya kecewa dengan parti itu hanya kerana perkara kecil.
"Saya sendiri sudah biasa ditendang keluar daripada parti-parti politik, tetapi akhirnya saya menjadi Perdana Menteri.
"Jangan tinggalkan perjuangan parti hanya kerana kita kecewa," kata Mahathir.
Sumber TKO - 7-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Ahli Majlis Tertinggi parti, Anina Saadudin tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan parti.
Mahathir berkata, perjuangan parti sepatutnya perlu sentiasa menjadi keutamaan dan didahulukan melebihi perkara lain berkaitan parti.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan parti untuk tidak memberikan jawatan Ketua Srikandi Bersatu kepada Anina.
Anina sebaliknya hanya kekal dengan jawatan Ahli Majlis Tertinggi parti tersebut.
"Saya sendiri biasa dibuang daripada parti. Namun akhirnya saya juga yang jadi Perdana Menteri.
"Janganlah kerana sedikit dugaan yang berlaku kepada kita, kita begitu kecewa sehingga tidak mahu meneruskan perjuangan parti yang lebih utama," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Bersatu dalam kenyataan baru-baru ini menegaskan, parti itu masih belum menubuhkan sayap Srikandi.
Setiausahanya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata oleh itu, kedudukan Anina Saadudin yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi Bersatu tidak seharusnya timbul.
Sumber TKO - 7-1-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------
PPBM gesa Anina buat laporan dakwaan skandal mesej seks
Posted on Wednesday, January 04 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33081
|
PETALING JAYA: Anina Saadudin perlu membuat laporan polis berhubung dakwaan skandal mesej seks yang dikaitkan kepadanya, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tariq Ismail.
Tariq percaya hal peribadi tidak patut disiarkan kepada orang ramai, tetapi memandangkan dakwaan itu sudah tersebar, Anina perlu cuba mematikan semua spekulasi dengan mengambil tindakan undang-undang.
“Ia sudah tak terkawal. Dia perlu jawab dakwaan itu dan membuat laporan polis supaya pihak terbabit dipertanggungjawabkan,” katanya kepada FMT.
Skandal itu didakwa didedahkan oleh bekas pembantu Anina dan menurut Anina, ia menjadi sebab kepimpinan PPBM melucutkan jawatan ketua srikandi yang disandangnnya.
Tariq bagaimanapun menafikannya dan berkata sayap srikandi belum ditubuhkan.
Seorang lagi ahli MT, Kamarulazman Habibur Rahman tidak bersetuju dengan gesaan Tariq dan berkata Anina tidak perlu cari polis jika dia merasakan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian.
“Bergantung kepada dia, kalau dia mahu buat laporan polis atau tidak. Bagi saya, takkanlah saya perlu cari polis setiap kali ada orang bercakap buruk mengenai saya.
“Saya tak perlu beri perhatian kalau orang itu bercakap tanpa fakta,” katanya ketika dihubungi FMT.
Ketika ditanya tindakan PPBM seterusnya dalam menangani skandal yang mencetuskan perbalahan dalam kalangan ahli, dan adakah MT akan menyiasat siapa yang bertanggungjawab, Tariq berkata:
“Ramai pemimpin parti tiada di sini ketika ini. Sekembalinya semua ahli MT nanti, kami akan bersidang dan membincangkan perkara berbangkit.
“Saya nasihatkan ahli parti supaya bertenang dan biarkan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bantu kita selesaikan masalah ini.”
Beliau juga mendakwa ada desakan dalam kalangan aktivis parti, yang menyebabkan wujudnya puak dalam parti.
Sumber TKO - 4-1-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------
Nak kemana Ezam selepas ini?
Posted on Monday, January 02 @ 19:39:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33061
|
Dari UMNO pindah ke PKR. Dari PKR pindah ke Gerak. Dari Gerak pindah ke UMNO semula. Dari UMNO pindah ke Bersatu. Dan sekarang ke Hisbah pula.
Demikianlah perjalanan hidup politik Ezam Mohd Nor. Berpindah randah. Lebih kurang Ibrahim Ali juga.
Kemana hala tuju si Ezam Mohd Nor ini?
Dari UMNO masuk PKR kerana membela Anwar Ibrahim. Kemudian keluar PKR tubuhkan Gerak kerana kunun nak membenteras entah apa ke bendanya.
Dan kemudian menunjukkan sikap mesra UMNO, dan hasilnya diangkat jadi senator. Kemudian tak jadi juga dengan jawatan senator, tak taulah kenapa, mungkin senator tunggul kayu. Kemudian menyertai Bersatu mungkin kerana merasakan sesuai dengan karenah Dr Mahathir. Tapi tak lama, keluar juga.
Dan terkini menubuhkan pula Hisbah, kunun nak memperjuangkan keadilan, bagi Felda dan lain-lain, yang telah rosak teruk.
Berjayakah Hisbah Ezam ini? Penulis rasakan tidak. Sebab Geraknya dulupun terkubur, dan Hisbahpun lebih kurang Gerak juga, tak akan diperdulikan orang. Ezam akan bercakap sorang-sorang aja. Melalaklah sorang-sorang. Perkasa Ibrahim Alipun macam dah nak terkubur aja, walau disetiap negeri ada cawangannya.
Penulis katakan, buang masa ajalah Ezam. Sebab UMNO, Bersatu dan PKR tidak memenuhi citarasa Ezam, cuma tinggal PAS aja yang Ezam belum cuba masuk. Apa kata Ezam masuk PAS aja. Boleh mendengar tarbiah tuan-tuan guru dalam PAS. Jangan masuk PAN, nanti menghabiskan beras aja.
Hai! Parah Ezam ni.
Sumber TKO - 2-1-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------
IPOH: Parti Makkal Sakti Malaysia berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang, kata Presidennya, Datuk R S Thanenthiran.
Beliau berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memutuskan sama ada parti itu akan diberi peluang bertanding pada PRU14.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada parti itu memohon sebarang peruntukan kerusi pada PRU14 akan datang.
“Kalau diberi peluang kepada Makkal Sakti kami akan menerimanya tetapi jika tidak diberi kerusi pun kami tetap akan menyokong BN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2017 parti itu di sini hari ini yang turut dihadiri kira-kira 1,000 orang.
Thanenthiran berkata setakat ini parti itu mempunyai 123,000 anggota di seluruh negara dan 75% daripadanya adalah golongan belia.
Katanya 4,000 anggota parti itu yang terdiri daripada pemuda dan wanita menggerakkan jentera pilihan raya di seluruh negara demi memastikan BN mampu menang majoriti 2/3 dalam PRU-14.
“Kami tetap menyokong penuh gandingan pemimpin BN, walaupun sering dihimpit tohmahan dan fitnah, ia tidak mampu menggugat keyakinan masyarakat India,” katanya.
Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.
Sumber TKO -2-1-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Keluar parti: Ezam nafi ada konflik dalaman
Posted on Monday, January 02 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33054
|
SHAH ALAM - Pengerusi Hisbah Centre for Reform (Hisbah), Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor menafikan tindakannya keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah disebabkan oleh konflik dalaman.
Menurut beliau, tindakannya mengundur diri adalah untuk memberikan tumpuan terhadap gerak kerja Hisbah khususnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Felda pada tahun hadapan.
“Keputusan ini bukan dibuat saya seorang sahaja namun ia melibatkan ahli lembaga pengarah Hisbah yang lain melalui mesyuarat tahunan sebelum ini di mana mereka mahukan saya tumpu kepada dua isu tersebut pada tahun hadapan.
“Kalau saya terikat dengan parti (Bersatu), ia akan menyukarkan gerak kerja pada masa hadapan,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai pengundurannya itu, Ezam memaklumkan bahawa pihaknya juga telah menghantar surat kepada kepimpinan Bersatu pada minggu lalu bagi menyatakan hasratnya tersebut.
Menurut Ezam, walaupun beliau telah mengundurkan diri, pihaknya akan meneruskan sokongan kepada Bersatu khususnya pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohammad selepas ini.
“Hubungan saya dengan Tun Mahathir masih baik dan saya akan meneruskan sokongan kepada beliau selepas ini,”katanya.
Sebelum ini, Datuk Khairuddin Abu Hassan turut mengumumkan keluar daripada Bersatu pada 27 Oktober lalu
Sumber TKO - 2-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD) tidak akan mendapat haji yang mabrur.
Ia kerana katanya, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang didakwanya dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi, kita buat kerja haji, bagus ke tidak?
"Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur," katanya ketika berucap dalam program Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).
Video berdurasi 1.04 saat itu turut dikongsikan di blog http://www.azmykelanajaya.com/
Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan - melalui Yayasan 1MDB - akan menaja ketua-ketua kampung menunaikan rukun Islam kelima di Makkah.
Katanya penghulu terpilih juga akan diberi sumbangan berbentuk wang tunai untuk perbelanjaan mereka di Tanah Suci itu nanti.
Untuk makluman, pengumuman itu bukanlah yang pertama untuk Yayasan 1MDB menghantar orang terpilih mengerjakan haji.
Sejak tahun 2011, Yayasan 1MDB telah menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara telah dihantar untuk menunaikan ibadah haji. Jumlah itu ditingkatkan kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).
Bagi tahun 2016, seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih untuk menyertai program ini.
Sementara itu, Tun Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU turut berkata, dengan cara inilah Najib telah merosakkan negara.
"Inilah Najib dan dia telah rosakkan negara kita ini dengan cara yang cukup buruk sampai sekarang ini negara kekurangan duit. Sekarang ini kalau minta ubat dia suruh beli sendiri," katanya.
Sumber TKO - 1-1-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------
BR1M Rasuah, Mahathir Nyanyuk atau Lupa?
Posted on Saturday, December 31 @ 00:07:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33043 |
Hari ini Tun Mahathir mengatakan dia kecewa kerana ada orang masih menganggap BR1M bukan satu bentuk rasuah. Saya masih tegas mengatakan bahawa ia adalah sejenis bentuk rasuah katanya.
R1M adalah daripada wang negara. Ia jelas bertujuan untuk mendapatkan sokongan orang ramai supaya mengundi parti kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kerana manifesto BN bagi pilihan raya itu yang menjanjikan BR1M lebih besarj ika parti kerajaan menang.Ini secara nyata, membeli undi pengundi kata Mahathir.
Saya sama sependapat dengan Azmin bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir Mohamad bahawa BR1M adalah rasuah kerajaan UMNO untuk membeli undi dengan merasuah rakyat miskin.
Hanya saya tak pasti sama ada Mahathir ni NYANYUK atau LUPA?
Zaman dia duhulu semasa hendak menjatuhkan kerajaan pembangkang di Terengganu (PAS) dia khianat harta rakyat, dia tarik Royalti Petroleum kerajaan negeri, dia berikan kepada Perhubungan UMNO untuk urus duit berkenaan.
Dia dan Idris Jusoh RASUAH rakyat dengan WANG EHSAN. Bukan penyokong kerajaan tidak diberikan bantuan WANG EHSAN. Malah bukan itu sahaja, rakyat yang hantar anaknya di PASTI ditarikh WANG EHSAN sehingga nak ke Masjid atau surau pun ada yang takut di tarik WANG EHSAN.
Siapa punya ANGKARA kalau bukan MAHATHIR Presiden UMNO?
Tapi kini dia serang Najib seolah-olah dia adalah Makhluk SUCI yang tak ada dosa dan nista. Siapa Najib kalau bukan "dedak" Mahathir sebelum ini.
Saya hairan rakan-rakan pembangkang seolah-olah tidak mengambil kisah tentang prilaku Mahathir sebelum ini semata-mata dia menyerang Najib. Hilang rasional dan kewarasan dalam mengolah halatuju suara rakyat.
Kita sedang berada dalam situasi KETUA PENYAMUM menyerang KETUA PEROMPAK sama seperti Si Jamal Md. Yunos, Ketua Gengstar UMNO sedang menyerang dan membongkar pusat perjudian HARAM di Selangor.
Kenapa si Jamal menyerang rakan gengstarnya? Begitu Mahathir.
Sumber TKO - 31-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor mengesahkan beliau keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ia hanya berlaku selepas tiga bulan beliau memohon menyertai parti yang ditubuhkan itu setelah meninggalkan Umno.
“Ya, betul,” kata Ezam kepada Malaysiakini ketika diminta mengesahkan perkara itu hari ini.
Memetik sumber, Free Malaysia Today hari ini melaporkan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah memaklumkan pendiriannya kepada setiausaha agung BERSATU melalui sepucuk surat.
Ezam yang kedua berbuat demikian selepas bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 27 Oktober lalu.
FMT juga melaporkan sumber mendakwa Ezam sebagai kecewa dengan arah tuju parti itu, terutamanya selepas isu berkaitan jawatan Anina Saadudin dalam sayap Srikandi.
Sumber itu juga dilapor mempersoal tindakan Presiden BERSATU Tan Sri MuhyiddinYassin yang didakwa “bercuti di Eropah” ketika pembangkang berhempas pulas menarik anggota baru.
Ezam bagaimanapun menjelaskan bahawa laporan itu tidak tepat dan tidak timbul sama sekali soal masalah dalaman parti.
Beliau sebaliknya berkata mahu menumpukan perhatian kepada NGO antirasuah Hisbah yang dipengerusikannya.
Katanya, mesyuarat tahunan lembaga pengarah Hisbah juga memintanya menjadi tidak partisan dalam menumpukan perhatian kepada kemelut 1MDB dan dakwaan berkaitan Felda.
“Atas sebab itu saya secara rasmi hantar surat undur diri dari BERSATY kepada setiausaha agung.
“Tidak ada sama sekali soal masalah dalaman parti. Saya tidak pernah terlibat dalam pimpinan parti sama sekali dan saya tidak mahu dilibatkan,” katanya.
Untuk misi antirasuah melalui Hisbah itu, kata Ezam lagi, beliau akan bekerjasama dengan semua pihak, termasuk BERSATU.'
Ezam berkata telah menghantar surat pengundurannya seminggu lalu.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin BERSATU yang dihubungi Malaysia petang ini berkata mereka tidak tahu menahu berkaitan perkembangan itu.
Malah ada juga yang berkata belum menerima surat peletakan jawatan itu.
Sumber TKO - 30-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin memberi amaran agar tidak terlalu ghairah mempermainkan dirinya kerana beliau juga mempunyai rahsia dalaman yang tidak didedahkan kepada umum.
“Kepada mereka yang begitu ghairah bermain dengan kehidupan seorang ibu kepada 3 srikandi hidup saya ini, saya ingin berpesan.
“Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua.
“Jangan sampai saya fikir anda di atas sana lebih teruk dari apa yang ada di sebelah sinun,”katanya dalam Facebook hari ini.
Kenyataan ibu tunggal kepada tiga orang cahayamata itu dipercayai merujuk kepada isu mesej screenshot ‘skandal seks’ dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan yang tersebar kira-kira seminggu sebelum beliau digugurkan daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM.
“Saya sudah cukup baik selama ini. Saya tidak melayan isu sampah, namun pada masa yang sama anda masih sumbatkan sampah ke mulut rakyat.
“Jika benar saya mahu kebahagiaan, saya akan pilih lelaki budiman, bukan sampah yang bertaburan apabila tidak dapat apa yang dihajati. Ingatlah kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
“Manusia yang budiman tidak akan meroyan apabila bertepuk sebelah tangan.
Siang malam melalak kerana dendam hajat tak kesampaian, itu bukan manusia yang baik. Saya sendiri yang tentukan siapa raja yang ingin saya pilih untuk bertakhta di hati saya.
“Saya ingin menjadi permaisuri di hati lelaki budiman, bukan perempuan kepada lelaki bersifat peribadi seperti binatang yang mengamuk umpama serigala gila yang gagal mendapat bunga di taman larangan.
“Diam tidak beerti saya kalah. Kalah juga tidak beerti saya hilang semuanya. Begitu juga jika saya menang, tidak beerti saya dapat semuanya,”katanya.
Baru-baru ini, bekas pembantu peribadi Anina, Haiyan Uqba telah laporan satu laporan setebal 196 muka surat kepada pimpinan PPBM yang mendakwa bekas ketuanya itu seorang pemimpin yang tidak bersih.
Sumber TKO - 30-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhyiddin pilihan terbaik jadi PM, kata pemimpin BERSATU
Posted on Thursday, December 29 @ 16:41:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33020 |
Seorang pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berpendapat presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih merupakan calon terbaik untuk jawatan perdana menteri jika pembangkang menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya kenal rapat dengan Muhyiddin, saya percaya beliau layak jadi perdana menteri," katanya kepada Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Ini di sebalik dakwaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu terpalit dalam hubungan sulit dengan isteri seorang tokoh perniagaan.
"Saya tidak melihat ini sebagai satu skandal, hanya dakwaan. Saya tidak fikir ini akan menjadi masalah, "katanya.
Beliau diminta mengulas jika BERSATU sedia menerima Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri sementara, manakala ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat menjadi perdana menteri interim seperti yang dicadangkan oleh pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.
Beliau bagaimanapun, berkata parti itu tidak akan mendesak supaya Muhyiddin dipilih sebagai calon perdana menteri pada mesyuarat Pakatan Harapan.
Namun, menurutnya, BERSATU, hanya akan membincangkan perkara itu jika rakan-rakan dalam Pakatan Harapan membawa isu itu pada mesyuarat nanti.
"Berikan kami masa berbincang secara kolektif dahulu. Saya rasa kita boleh mencapai keputusan dengan cara yang baik," katanya.
Pemimpin kanan itu enggan mengulas apabila diajukan soalan jika BERSATU sedia menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara atas kesalahan meliwat sebagai calon perdana menteri.
Sumber TKO - 29-122-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------
BERSATU tidak akan membuat siasatan terhadap Ahli Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin yang didakwa terbabit dalam skandal seks.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Shahruddin Md Salleh ketika memberitahu Sin Chew Jit Poh, isu Anina kononnya dipecat sebagai ketua srikandi parti itu kerana terbabit dalam skandal seks adalah tidak benar, memandangkan majlis pimpinan tertingginya belum lagi menubuhkan sayap berkenaan.
Kata beliau, kedudukan Anina yang sering dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai ketua srikandi Bersatu tidak timbul sama sekali, sebaliknya beliau ketika ini hanya menyelaras aktiviti wanita dalam parti itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman turut yakin Anina bukan dipecat dan beliau masih salah seorang ahli Majlis Tertinggi Bersatu.
Syed Saddiq percaya, Anina telah menjadi mangsa fitnah dan beliau bersedia menentang taktik kotor yang dilakukan oleh orang-orang tertentu.
Sementara itu, dua hari lalu Sinar Online melaporkan, pembantu peribadi kepada Anina, Kasih Alyza Mohd meminta semua pihak memberikan masa kepada Anina untuk menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.'
Menurutnya, semua pihak perlu bertenang dan berikan masa kepada Anina sebagai Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mengatur sidang media untuk menjelaskan semua perkara kepada semua pihak.
Dalam perkembangan berkaitan, dua minggu lalu, Anina dilaporkan berkata, skandal seks yang dikaitkan dengannya sebagai lumrah kehidupan ahli politik.
Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kepercayaan orang sekeliling yang rapat dengannya sebelum bergelar ahli politik.
Sumber TKO - 29-12-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------
'MAIJ teliti dakwaan skandal seks Muhyiddin'
Posted on Wednesday, December 28 @ 07:53:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33004 |
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dikatakan berjanji akan meneliti 'bukti' berkaitan dakwaan skandal seks bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah berkata pihaknya sudah pun menerima surat daripada majlis itu menyatakan komitmen mereka.
“Menurut surat tersebut pihak MAIJ akan memperhalusi dan meneliti semua dokumen bukti laporan untuk tindakan selanjutnya berdasarkan laporan yang telah dikemukan oleh pihak JMM kepada MAIJ,” katanya dalam kenyataan.
Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi MAIJ berkaitan perkembangan itu.
JMM juga melaporkan dakwaan sama kepada Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) pada 16 November lalu.
Kes itu membabitkan akuan bersumpah (SD) bekas timbalan pendakwa raya Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya Nika Gee Siew Yee.
Stanley dan isterinya membubarkan perkahwinan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, September lalu.
Muhyiddin pada 1 September lalu berkata dakwaan kecurangannya dengan isteri orang itu membuktikan kem Datuk Seri Najib Razak hanya mampu boleh bergantung kepada “cerita seks” untuk mempertahankan perdana menteri.
Muhyiddin juga berkata pendukung Najib bankrap idea dengan membawa cerita seks “yang biasanya mereka yang berpemikiran seumpama itu mampu lakukan.”
Sumber TKO - 28-12-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan, parti itu masih belum menubuhkan sayap Srikandi.
Setiausahanya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata oleh itu, kedudukan Anina Saadudin yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi Bersatu tidak seharusnya timbul.
"Beliau (Anina) kekal sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras kegiatan Srikandi sehingga sayap parti ditubuhkan secara rasmi," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
Dalam pada itu, katanya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu akan menubuhkan sayap Srikandi dalam masa terdekat setelah segala proses dan prosedur dalaman parti dipatuhi.
"Srikandi adalah sayap parti yang penting dan oleh yang demikian pemilihan Ketua Srikandi hendaklah dibuat secara teliti setelah pandangan semua pihak diperolehi.
"Adalah diharapkan ahli-ahli Bersatu terutamanya Srikandi dapat bertenang, merapatkan barisan dan meneruskan usaha untuk mengukuhkan parti demi perjuangan menyelamatkan Malaysia," katanya.
Menurut Perkara 21 Perlembagaan Bersatu, penubuhan sayap-sayap parti di semua peringkat adalah di bawah bidang kuasa MPT.
Sumber TKO - 27-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------
BERSATU belum ada sayap Srikandi, kata SUA
Posted on Monday, December 26 @ 14:25:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32988 |
Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Shahruddin Md Salleh berkata, isu ketua Srikandi parti itu tidak seharusnya wujud kerana majlis pimpinan tertingginya belumpun menubuhkan sayap berkenaan.
Justeru, kata beliau, kedudukan Anina Saadudin yang sering dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai ketua srikandi BERSATU tidak timbul sama sekali.
"Berhubung isu kedudukan ketua srikandi BERSATU, ingin saya menjelaskan bahawa majlis pimpinan tertinggi masih belum menubuhkan sayap Srikandi.
"Menurut Perkara 21 Perlembagaan BERSATU, penubuhan sayap-sayap parti di semua peringkat adalah di bawah bidang kuasa MPT.
"Justeru, kedudukan Anina yang dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai Ketua Srikandi PPBM tidak seharusnya timbul," ujar beliau dalam kenyataannya.
Semalam, Anina yang merupakan antara pengasas BERSATU berkata, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi parti itu.
Ujar Anina, beliau dimaklumkan mengenai langkah itu beberapa hari lalu oleh Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agungnya, Datuk Shahruddin Md Salleh.
"Depa (mereka) kata saya tidak disyorkan oleh majlis presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi," katanya kepada Malaysiakini.
Pelantikan Anina dan pemimpin BERSATU yang lain dilaporkan pada 2 November.
Apabila disoal mengenai perkara itu, Anina berkata beliau dimaklumkan hanya dilantik sebagai penaja untuk sayap Srikandi, manakala jawatan pemimpin lain telah disahkan.
Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal seks.
Beliau dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara biasa dalam politik.
Ditanya perasaannya apabila dilucutkan jawatan, bekas anggota Wanita Umno Langkawi itu menjawab:
"Tanya perasaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz apabila dilucutkan jawatan oleh Umno. Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas tu saya jawab apa perasaan saya.
"Dulu ketika saya bela mereka, saya lupa nak bertanya perasaan mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang," tambah Anina.
Mengulas lanjut, Shahruddin berkata, Anina kekal sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras kegiatan Srikandi sehingga sayap parti ditubuhkan secara rasmi.
"Majlis pimpinan tertinggi akan menubuhkan sayap Srikandi dalam masa terdekat setelah segala proses dan prosedur dalaman parti dipatuhi.
"Srikandi adalah sayap parti yang penting dan oleh yang demikian, pemilihan ketua Srikandi hendaklah dibuat secara teliti setelah pandangan semua pihak diperolehi.
"Adalah diharapkan ahli-ahli BERSATU terutamanya Srikandi dapat bertenang, merapatkan barisan dan meneruskan usaha untuk mengukuhkan parti demi perjuangan menyelamatkan Malaysia," tambah beliau.
Sumber TKO - 26-12-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa 'membersihkan' namanya daripada dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan wanita berkahwin.
Bekas ahli BERSATU, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ia berdasarkan dakwaan ahli pengasas parti, Anina Saadudin yang dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi (wanita) kerana didakwa terbabit dalam skandal seks.
"Ia tidak harus dilihat sebagai isu remeh. BERSATU mesti mengambil langkah-langkah pro-aktif untuk mengatasi serangan Umno (berkenaan dakwaan skandal Muhyiddin) pada pilihan raya akan datang.
"BERSATU perlu dilihat sebagai bersih dan adil...untuk kebaikan parti, presiden perlu membersihkan namanya," kata Khairuddin dalam kenyataan, hari ini.
Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu merujuk kepada kes perceraian dengan bekas timbalan pendakwa raya mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin.
Sumber TKO - 26-12-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Anina dakwa dia dipecat jawatan ketua Srikandi BERSATU
Posted on Sunday, December 25 @ 23:26:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32985
|
Salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin, berkata beliau dilucutkan jawatan sebagai ketua Srikandi parti itu.
Anina berkata, beliau dimaklumkan mengenai langkah itu beberapa hari lalu oleh Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agungnya, Datuk Shahruddin Md Salleh.
"Depa (mereka) kata saya tidak disyorkan oleh majlis presiden untuk dilantik sebagai ketua Srikandi," katanya kepada Malaysiakini.
Pelantikan Anina dan pemimpin BERSATU yang lain dilaporkan pada 2 November.
Apabila disoal mengenai perkara itu, Anina berkata beliau dimaklumkan hanya dilantik sebagai penaja untuk sayap Srikandi, manakala jawatan pemimpin lain telah disahkan.
Ketua Penerangan BERSATU, Kamaruddin Md Noor bagaimanapun berkata Anina sejak awal tidak pernah menjadi ketua Srikandi.
"Dia tidak pernah dilantik, kerana sayap Srikandi tidak ditubuhkan secara rasmi," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata pelantikan empat pemimpin Srikandi lain awal bulan ini juga tidak sah.
Kekeliruan mengenai jawatan Anina sebagai ketua Srikandi berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal seks.
Beliau dilaporkan menolak dakwaan itu sebagai perkara biasa dalam politik.
Ditanya perasaannya apabila dilucutkan jawatan, bekas anggota Wanita Umno Langkawi itu menjawab:
"Tanya perasaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz apabila dilucutkan jawatan oleh Umno. Saya nak tahu jawapan mereka. Lepas tu saya jawab apa perasaan saya.
"Dulu ketika saya bela mereka, saya lupa nak bertanya perasaan mereka. Saya hanya bangun dan bela mereka tanpa berfikir panjang," katanya.
Katanya, dia tidak bercakap mengenai perkara itu dengan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengenai sama ada dia masih setia kepada parti, Anina berkata
beliau "setia kepada orang ramai."
Sumber TKO - 25-12-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
"Jika kita menamakan PM (sekarang), akan ada orang lain yang kecewa dan berlaku pertelingkahan antara kami. Pada masa ini, kita tidak boleh namakan PM," kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui Malaysiakini, malam tadi.
Beliau yang merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, calon PM pilihan pembangkang sepatutnya dinamakan ketika semakin hampir dengan pilihan raya umum.
"(PM) mesti (dipilih) dengan sokongan popular semua (pembangkang) parti, bukan hanya satu parti," kata bekas perdana menteri keempat itu.
Mahathir ditemui selepas forum anjuran kumpulan belia Challenger mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di pejabat Malaysiakini.
Baru-baru ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Harapan (HARAPAN) yang kini disekutui oleh BERSATU akan menamakan calon pilihan mereka untuk jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi.
Persetujuan di kalangan parti dalam HARAPAN iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) masih mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon terbaik untuk jawatan nombor satu negara itu.
Hari ini, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata, HARAPAN mesti membuat keputusan mengenai pilihan gabungan itu sebagai perdana menteri jika mereka memenangi pilihan raya bagi mengelakkan perebutan kuasa.
Tambahan pula, kata Ahli Parlimen Shah Alam itu, perkara berkenaan mempunyai kepentingan orang ramai.
"Ini lebih-lebih lagi bagi memastikan gabungan itu bertahan selepas pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, HARAPAN harus menghentikan cakap-cakap mengenai calon perdana menteri, dan sebaliknya, menumpukan kepada isu-isu lain.
Sumber TKO - 22-12-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah tidak cipta dunia hanya untuk orang Islam, kata Dr Mahathir
Posted on Saturday, December 10 @ 19:40:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32786 |
KUALA LUMPUR: Allah tidak menjadikan dunia hanya untuk orang Islam dan tidak menginginkan semua manusia menjadi orang Islam, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi penekanan akan keperluan pemahaman serta kerjasama lebih baik di kalangan penganut pelbagai agama.
“Ia bukan kehendak Allah agar seluruh penduduk dunia menjadi Islam. Jika Allah mahukannya, sudah pasti semua orang akan menjadi orang Islam. Bagi Allah ia mudah, Dia hanya berkata, ‘kun fa ya kun’ dan semuanya akan terjadi mengikut apa yang dimahukan
“Tetapi Allah tidak memberitahu semua orang untuk menjadi Islam. Terdapat mereka yang berbilang kaum dan agama. Semua orang boleh hidup bersama dengan aman dan mesra kepada semua,” katanya kepada pemberita semasa Konvensyen Kebangsaan Amanah 2016, hari ini.
Dr Mahathir berkata, mereka yang berdakwah tentang Islam perlu menggunakan pendekatan sederhana walaupun ramai orang Islam tidak akan bersetuju dengannya kerana kebanyakan cenderung dengan cara ekstremis.
Sebelum itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti itu mewakili semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan rakyat harus menolak sebarang bentuk ekstremisme.
Beliau berkata walaupun Amanah mempunyai kepimpinan yang majoriti beragama Islam, parti itu menggalakkan perpaduan di kalangan semua kaum.
Beliau juga berkata, semua parti politik perlu menjauhkan mentaliti berpuak.
“Apabila kita memilih untuk bersama-sama, kita harus mengelak daripada berfikiran secara berpuak dan jumud, memberikan kepentingan hanya kepada kumpulan sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan.
Beliau menambah yang perjuangan politik parti itu adalah untuk menggalakkan semangat perpaduan di kalangan semua orang.
Sumber TKO - 10-12-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat kerana Ketua Pemuda Umno itu tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion pada tahun lalu.
“Pada tahun lepas, salah seorang kenalan kita menjemput saya untuk berjumpa dengan KJ secara sulit di rumahnya, kira-kira jam 11.30 malam. Saya pergi sendiri ke rumah dia, berjumpa tiga orang sahaja dan ada saksi.
“Perjumpaan itu kononnya untuk menyatukan kami berdua kerana kami dilihat pemimpin-pemimpin muda dalam Umno yang walaupun nampak sebelum ini bertentangan, tapi dalam hal menyelamatkan Umno ketika itu dia ingat kami berdua mungkin boleh lakukan suatu menggerakkan ahli-ahli di peringkat akar umbi khususnya orang muda untuk menolak kepimpinan Najib,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ceramah perdana sempena majlis perasmian ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stargate, di sini, kelmarin.
Menurutnya, pengakuan daripada KJ itu dibuat dengan alasan tidak mempercayai langsung alasan yang diberikan perdana menteri mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
“Dia kata kepada saya, alasan-alasan yang diberikan langsung tak masuk akal dan macam memperbodohkan rakyat. Kemudian mengenai RM2.6 bilion, dia kata pak Arab ini bukan semuanya kaya termasuklah putera-putera raja pun. Jadi pilihlah yang mana tak kaya, bagi RM10 atau RM20 juta, suruh dia mengaku kononnya dia bagi RM2.6 bilion kepada Najib, selesailah.
“Itu kata-kata KJ kepada saya dan dia yakin perkara itu berlaku. Bukan setakat itu sahaja, dinyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk letak jawatan kerana sudah tak tahan membela seorang pemimpin yang dia tahu salah guna kuasa. Kami memang sependapat mengenai masalah yang dibawa ke dalam Umno oleh presiden sendiri,” katanya.
Mukhriz berkata, maklumat yang beliau terima akhirnya KJ memang sudah menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Belia dan Sukan kepada Najib dan mungkin melibatkan juga jawatan Ketua Pemuda Umno.
“Tetapi saya difahamkan Najib suruh (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi pujuk KJ dengan apa-apa tawaran yang saya tak pasti, sehingga akhirnya KJ tarik balik surat peletakan jawatan itu.
“Ini membuktikan bahawa apa yang dia sebut dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini kononnya dia sokong tak berbelah bahagi memang ayat Umno. Kononnya orang sangka dia itu jahat, tengok Mukhriz pun dah tinggal Umno. Hanya dia yang kekal, maka dia lah orang yang baik-baik kononnya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai PAU 2016, Mukhriz mengakui berasa janggal dan pelik apabila buat kali pertama tidak menghadirinya pada kali ini.
“Saya nak buat pengakuan memang benar dakwaan mereka bahawa ada musuh dalam selimut, dalam Umno sebab mereka sebenarnya orang-orang Bersatu. Saya nak sentuh mengenai PAU ini kerana kita nak balas balik apa yang mereka bangkitkan itu,” katanya.
Sumber TKO - 10-12-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr Mahathir, Muhyiddin gagal beri kelebihan kepada pembangkang
Posted on Monday, December 05 @ 00:11:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32712 |
Oleh Timmy Say
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamed and Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam blok pembangkang sepatutnya memberikan keuntungan politik yang besar kepada mereka.
Persoalannya, mengapa ini tidak berlaku?
Jawapannya mudah. Imej Dr Mahathir dan Muhyiddin dirosakkan dengan teruk oleh pembangkang, terutamanya DAP ketika mereka berada di dalam Umno.
Dr Mahathir dituduh sebagai punca kepada ketidakserataan kaum dan budaya rasuah yang punah di Malaysia.
Ketika Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku timbalan beliau, gelaran “Mahafiraun” diMahkotakan kepadanya.
Dr Mahathir juga dituduh sebagai seorang rasis dan pelampau ketika beliau menjadi penyokong utama kepada Perkasa.
Muhyiddin pula diserang teruk pembangkang ketika beliau mengaku beliau adalah “Malay First atau Melayu dulu, Malaysian second”.
Penasihat DAP Lim Kit Siang bertubi-tubi menekan Muhyiddin sehingga persepsi timbul di kalangan pengundi bukan Melayu yang Muhyiddin juga tergolong dalam kumpulan rasis.
Disebabkan serangan pembangkang terutamanya DAP begitu berkesan, kini pembangkang terpaksa menghabiskan masa mencuci dan menggilap semula imej Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk diterima rakyat dan penyokongnya.
Kemasukan Dr Mahathir dan Muhyiddin ke dalam blok pembangkang ketika ini masih membawa nilai defisit.
Begitu juga serangan efektif terhadap DAP dan himpunan Bersih yang dilakukan Dr Mahathir selama ini memaksa beliau menghabiskan masa menjelaskan kepada ahli Umno mengapa beliau kini boleh bersama DAP dan Bersih 2.0.
Pusingan “U” Dr Mahathir yang sebesar ini memudahkan lawannya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan.
Menggunakan video “skrew Melayu” dan “menggunakan kuda (Ma dalam bunyi bahasa Mandarin untuk membunuh ayam (Ji dalam bunyi bahasa Mandarin)”
penceramah kontroversi Superman, Hew Kuan Yew, bekas ahli DAP yang masih mengikuti aktiviti DAP, Najib secara efektifnya mematikan semua hasrat ahli Umno yang ingin bersama Dr Mahathir.
Apapun, terdapat satu pengajaran yang besar di dalam episod ini.
Janganlah ada sesiapa yang beriman dengan budaya “musuh kepada musuh ialah kawan” bersikap keterlaluan menghentam lawan politik kerana silap-silap kalian terpaksa menghabiskan masa mencuci tahi yang disapu di muka masing-masing tatkala musuh bersama kalian mengorak langkah mematikan langkah catur kalian.
Sumber TKO -5-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di mata Umno Datuk Seri Najib Razak adalah 'insan terpilih' oleh Allah untuk memimpin parti itu dan negara.
Namun pada tafsiran Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah berbeza sama sekali.
Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini kenyataan mengaitkan Najib dengan kehendak Allah serta sikap walak, Dr Mahathir berkata ia seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan nabi.
"Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB," katanya disambut ketawa orang ramai.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Shah Alam selepas menghadiri perhimpunan tahunan DAP hari ini.
Terdahulu bekas perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu mengejutkan orang ramai apabila hadir dan dibawa duduk bersama pimpinan tertinggi DAP di atas pentas.
Sebelum ini DAP mengesahkan mereka tidak menjemput wakil BERSATU ke program berkenaan kerana parti berkenaan belum menjadi anggota Pakatan Harapan (HARAPAN).
Turut hadir di majlis itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.
Sentimen takutkan Melayu
Perhimpunan tahunan Umno baru saja berakhir di PWTC semalam. Sepanjang tempoh persidangan berlangsung beberapa perwakilan menyatakan puji-pujian mereka kepada Najib sebagai perdana menteri dan presiden parti.
Ungkapan mengaitkan Najib sebagai "pilihan Allah" pernah diucapkan wakil dari Kedah, Datuk Othman Aziz pada perhimpunan agung Umno tahun lalu.
Semasa merasmikan persidangan tahunan pemuda, wanita dan puteri Umno pada 29 November lalu Ahmad Zahid berkata sekarang adalah waktu "Allah SWT meletakkan Datuk Seri Najib sebagai presiden" parti berkenaan.
"Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu. Justeru, saya menyeru kepada seluruh perwakilan agar jangan sesekali berwalak hanya di bibir. Walak saudara saudari sekalian haruslah juga pada perbuatan kerana itulah sebenarnya tuntutan dalam agama kita," katanya.
Dr Mahathir berkata Najib juga menyatakan jika Umno kalah pada pilihan raya umum akan datang, Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri.
"Inilah cara Najib gunakan sentimen perkauman untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu sedangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diubah (menjadikan) Cina (diletakkan dalam kawasan sama) dengan Cina, Melayu dengan Melayu, India dengan India," katanya.
Mengenai dakwaan DAP mengamalkan dasar liberal Dr Mahathir berkata tidak ada sesiapa yang akan membawa fahaman itu sama seperti di AS.
"Kita tidak akan lihat sama sekali Lim Guan Eng berkahwin dengan lelaki," katanya, disambut ketawa orang ramai sekali lagi.
Sumber TKO - 4-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan dengan menghadiri persidangan kebangsaan DAP hari ini.
Beliau tampil meskipun Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook sebelum ini mengumumkan Dr Mahathir dan parti baharunya tidak dijemput persidangan yang diadakan di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC).
Anthony menjelaskan PPBM tidak dijemput kerana parti itu belum memeterai perjanjian rasmi dengan Pakatan Harapan. Kesemua pimpinan perikatan itu dijemput menghadiri persidangan hari ini.
Turut membuat penampilan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya pagi ini berkata kehadiran Dr Mahathir merupakan petanda positif “musuh menjadi kawan demi kebaikan negara”.
Di Twitter, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkongsi gambar bekas presiden Umno itu berdiri ketika lagu rasmi DAP dimainkan, dengan ucapan: “Esok selangkah menghampiri kejatuhan rejim MO1 (Malaysian Official 1)”.
PPBM mahu bekerjasama dengan PH untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, ketidaktentuan masih menyelubungi pembentukan perikatan pembangkang baharu kerana Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin masih dalam rundingan dengan PAS.
Sumber TKO - 4-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM, 4 DIS: Persidangan Tahunan DAP 2016 yang berlangsung hari ini menerima kejutan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekitar pukul 10.15 pagi tadi.
Beliau ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan iaitu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.
Turut hadir adalah bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Tun Dr. Mahathir merupakan pengkritik terbesar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak Presiden UMNO itu didakwa mempunyai kaitan rapat dengan skandal syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
Sumber TKO -4-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Raja Petra dedah SD kaitkan Muhyiddin dengan skandal
Posted on Saturday, December 03 @ 07:27:33 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32690 |
Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dokumen akuan bersumpah (SD) seorang lelaki mendakwa wujud hubungan sulit antara isterinya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kata lelaki dikenali sebagai Stanley Clement Augustin itu isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin ketika tokoh berkenaan menjadi menteri besar Johor.
Dokumen berkenaan yang disiar Raja Petra pada blognya juga mendakwa isteri Muhyiddin menyedari hubungan berkenaan dan melarang wanita terbabit bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
SD berkenaan juga mendakwa Gee bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima pelbagai faedah daripada tokoh itu, termasuk dari aspek kewangan.
Justeru kata Raja Petra disebabkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata akan menyaman sebarang dakwaan tidak benar terhadap Muhyiddin, beliau perlu mengambil langkah itu untuk menafikan SD berkenaan tidak benar.
"Suami (Gee) memberitahu kita SD berkenaan dibuat berdasarkan pengakuan wanita terbabit
"Justeru jika Muhyiddin mahu menafikan hal ini dan mahu menyaman sesiapa yang menuduhnya menjalin hubungan dengan isteri orang, beliau mesti menyaman Nika Gee.
"Satu-satunya cara untuk Muhyiddin membersihkan namanya hanyalah dengan mengemukakan saman. Tidak ada cara lain," katanya.
Tulisan itu diterbitkan sehari selepas Muhyiddn mendakwa tuduhan berkaitan skandal dibuat Raja Petra tidak berasas dan berniat jahat.
Muhyiddin juga berkata ia sengaja dilemparkan kepadanya semata-mata untuk merosakkan integriti dan berbaur politik yang "cukup menjijikkan".
Dalam kenyataan terbukanya Semalam anggota parlimen Pagoh itu berkata tuduhan itu lebih tidak wajar kerana dibuat pada bulan Ramadan.
SD Augustin itu bertarikh 7 Disember 2015 dan dibuat ketika proses perceraiannya dengan Gee sedang berlangsung.
Bagaimanapun ketika dihubungi, Augustin menolak daripada memberikan sebarang komen.
Sumber TKO - 3-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah mendapat serangan puitis 'Melayu mudah lupa' dua hari berturut-turut, Dr Mahathir Mohamad ini tampil mengulas isu sama.
Berbeza dengan nada sajak popularnya sebelum ini, beliau hari ini mengecilkan skop Melayu yang dirujuknya kepada “Melayu Umno”.
“Melayu Umno mudah lupa, seperti saya nyatakan dalam perhimpunan agung Umno dahulu.
“Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan Umno di waktu ia ditubuh.
“Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit,” katanya.
Menulis di blognya hari ini, Mahathir mendakwa pilihan raya kali ini akan memperlihat “duit-duit yang dicuri” dikongsi bersama oleh mereka yang terus menyokong Najib.
“Dengan perkataan lain ahli Umno yang terus sokong Najib bersubahat dengannya dalam melesapkan duit kerajaan (duit rakyat) berbilion-bilion ringgit.
“Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanah air,” kata Mahathir yang terkenal dengan sindiran tajamnya itu.
Sumber TKO - 2-12-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tun Dr Mahathir Mohamad, yang semasa pentadbirannya sebagai perdana menteri dituduh sebagai dalang 'Projek IC', hari ini menuduh kerajaan semasa terbabit dalam skim memberi kerakyatan negara untuk ditukarkan dengan undi.
Beliau membuat dakwaan itu ketika mengulas mengenai bagaimana pilihan raya demokratik boleh disalahgunakan untuk mewujudkan diktator demokratik – atau lebih tepat lagi kleptokratik.
“Orang asing juga boleh diguna untuk mengundi parti yang berkuasa.
“Katakanlah terdapat ramai orang asing yang berada dalam negara kerana sebab-sebab tertentu, mereka ini boleh diberi kad pengenalan warganegara dan didaftar sebagai pengundi.
“Sudah pun dikesan orang asing yang memiliki pasport negara lain tetapi mempunyai kad pengenalan Malaysia,” katanya dalam blognya hari ini.
Sepanjang tempoh pemerintahan Mahathir, beliau dituduh memberikan kerakyatan sewenang-wenangnya kepada warga asing yang beragama Islam di Sabah sebagai pertukaran untuk undi mereka, yang sekali gus mengubah demografi negeri itu.
Ini dirujuk sebagai '' Projek IC 'dan mendorong Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan pada tahun 2012 selepas desakan oleh rakyat Sabah tempatan sejak sdekian lama.
Siasatan itu membuat kesimpulan bahawa 'Projek IC' "mungkin" wujud tetapi menyalahkannya kepada sindiket jenayah.
Kehadiran warga asing dalam daftar pemilih malah memaksa Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan keputusan pilihan raya di Likas sebagai batal dan tidak sah pada pilihan raya negeri 1999.
Berikutan keputusan itu, pentadbiran Mahathir meminda perlembagaan persekutuan untuk tidak membenarkan mahkamah daripada menyemak daftar pemilih.
Sumber TKO - 2-12-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sultan Johor bertemu pemimpin muda PPBM di istana unik
Posted on Monday, November 28 @ 17:05:18 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32627 |
PETALING JAYA: Selepas suratnya mempersoalkan larangan Sultan Johor mengadakan demonstrasi di negeri itu, pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abul Rahman semalam menerima nasihat daripada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas pertemuan di istana unik yang diinspirasikan daripada siri kartun Flinstone.
Saddiq yang mengetuai sayap pemuda PPBM itu turut memuat naik sekeping gambar menunjukkan Sultan Johor selesa berpakaian baju T sambil duduk di istana bertemakan zaman purba ala-Flinstone di Mersing, Johor.
“Sebelum patik tiba di Istana Flinstone secara jujurnya, patik cukup takut dan risau. Bukan kerana takut akan dikenakan tindakan berkenaan surat tempoh hari. Tapi risau sekiranya memang benar surat itu menyinggung perasaan DYMM Tuanku,” tulis Saddiq menceritakan pertemuannya.
“Namun, selepas berpeluang menghadap DYMM Tuanku, patik dapati bahawa Tuanku merupakan seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Sangat memahami diri kecil patik, rakyat biasa.”
Menurut Saddiq, pertemuan itu diatur oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Baginda Tunku mempunyai impian dan perancangan tentang segala apa yang dititahnya. Bola sepak, kesepakatan Bangsa Johor dan masa depan anak muda Johor,” tulis Saddiq dalam catatan menghargai keluarga diraja itu.
“Patik sejujurnya amat terharu dan berasa rendah diri apabila DYMM Tuanku bersama seisi keluarga diraja sudi bercemar duli berjumpa patik dan meluangkan masa hampir seharian bersama patik, rakyat biasa.
“Memang benar kata orang dulu-dulu, raja dan rakyat berpisah tiada,” katanya.
Saddiq sebelum ini disoal siasat polis selepas surat terbuka dimuat naik di laman Facebooknya, mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor.
Ia susulan laporan yang memetik kenyataan Sultan Johor sebagai tidak membenarkan sebarang tunjuk perasaan jalanan diadakan di Johor.
“Ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab bagi mereka untuk berkumpul di tempat awam dan menghina pemimpin dan individu tertentu.
“Saya ingin menegaskan yang beta tidak akan membenarkan sebarang jenis demonstrasi diadakan di Johor,” menurut laporan The Star.
Sumber TKO -28-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak bercadang memberi kad pengenalan kepada kira-kira 5,000 warga asing bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Ini adalah cerita menakutkan, saya dengar ada percubaan mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing untuk menyokong Najib pada pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu majlis di Kampung Krubong Tengah, Melaka, Sabtu lalu.
Acara yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dimuat naik ke Facebook Kelab Che Det.
Bekas perdana menteri itu mendakwa 5,000 pengundi itu akan diagihkan ke setiap kerusi marginal bagi memastikan kemenangan BN.
“Kerusi-kerusi ini boleh dimenangi dengan majoriti beberapa ratus undi tetapi 5,000 undi akan memberi kemenangan kepada Najib,” katanya sambil menambah Najib akan berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasanya susulan skandal 1MDB.
Dakwaan sama dibangkitkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kononnya ribuan warga asing dijadikan warganegara untuk membolehkan mereka mengundi pada 2013.
Pengerusi PPBM itu juga bimbang dengan pembinaan penempatan asing di Iskandar, Johor susulan laporan mendakwa pemaju China menyasarkan warga asing, khasnya dari Singapura membeli hartanah di negeri selatan itu.
“Kira-kira 700,000 rumah berharga RM1 juta hingga RM5 juta akan dibina di Forest City, Johor yang mungkin direbut warga asing. Orang tempatan tidak mampu membeli hartanah ini,” katanya.
Baru-baru ini, Bloomberg melaporkan syarikat China kini memfokuskan Johor untuk membina kompleks gergasi kediaman.
“Pemaju China ini membina beribu-ribu rumah pada satu masa dan mereka menakutkan semua orang,” kata Siva Shanker, bekas Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia kepada Bloomberg.
“Tuhan sahaja yang tahu siapa akan beli semua unit ini dan apabila ia siap nanti, soalan lebih besar ialah siapa yang akan tinggal di dalamnya?”
Sumber TKO - 28-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa Boleh Lupa? Melayu Tidak Lupa
Posted on Saturday, November 26 @ 22:02:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32603
|
Jika ditanya orang gila, apakah dia gila? Jawapan yang akan diberi sudah tentu tidak lain tidak bukan kamulah yang gila.
Jika ditanya kepada orang yang berak diatas jalan sudah pasti tidak ada pengakuan dibuat, begitulah juga mantan perdana menteri Malaysia yang kini bukan main lagi menghentam perdana menteri Datuk Seri Najib kerana sesuatu yang dihajati tidak tercapai.
Mengkritik Najib sesedap mungkin dengan dibantu oleh beberapa kereta kebal buruk,Mahathir terlupa semasa beliau masih sebagai perdana menteri banyak sejarah hitam berlaku antaranya peristiwa Memali dan juga kematian seorang juruaudit yang ada kaitan dengan isu skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) Jalil Ibrahim yang dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong. Dikala itu tidak pula mantan sebelum beliau membangkitkan soalan siapa arah bunuh bahkan lenyap begitu sahaja kisah tersebut.
Manakala bekas pengerusi BMF Lorrain Esma Osman dari Pulau Pinang yang meninggal dunia dalam buangan di Landon pula dikatakan sehingga masuk kubur membawa rahsia Mahathir.
Berlakunya peristiwa berdarah Memali juga menjadikan anak beranak Ibrahim Libya dan keturunanya juga keturunan pengikutnya sehingga hari ini membenci Barisan Nasional terutamanya Umno. Yang menjadi kambing hitam adalah Musa Hitam kononnya Tun tiada dalam negara. Fakta ini didedahkan oleh Musa Hitam sendiri dan tak berjawab oleh Tun Mahathir diwaktu itu beliau berada dalam negara. Inilah tindakan licik Tun Mahathir, segala masalah dibiarkan orang lain memikulnya dan beliau kekal sebagai orang yang bersih.
Musa Hitam mendedahkan,semasa berlaku peristiwa berdarah di Memali bahawa Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Jika Mahathir dan kuncu-kuncunya mahu Najib jawab masalah berkaitan 1MDB, Mahathir juga perlu jawab beberapa permasalahan yang timbul mengenai kematian Jalil Ibrahim, Juruaudit yang menyiasat skandal BMF. Arwah ditembak mati dan dalam poket beliau mengandungi duit siling Malaysia manakala dokumen lain tidak dijumpai.
Tun Musa telah bangkitkan sebelum ini bahawa Tun Mahatir membiarkan beliau dengan beban memikul segala kesalahan tersebut. Tun Mahatir juga perlu akui bahawa hubungan amat rapat beliau dengan Abdullah Ang yang mengetuai MOIC. Banduan ini mendapat layanan istimewa dan bebas keluar masuk walaupun sedang menjalani hukuman penjara akibat pecah amanah. Kenapa beliau diamkan tingkahlaku ini biarpun didedahkan oleh Zainuddin Maidin. .
Ramai lagi yang tidak nyanyuk ingat kepada UMBC yang ada kaitan dengan skandal BMF yang mana Mahathir tahu sejarah ini, Lorrain Esme Osman pula membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian dan pada masa itu seluruh dunia tahu siapa perdana menteri Malaysia.
RM 2.5billion pada waktu itu jumlahnya amat besar bagaimana boleh diambil dengan begitu mudah tanpa pengetahuan pemimpin yang dinobat sebagai seorang yang bijak dan pintar malah tidak pernah mengaku nyanyuk.
Semasa skandal 2.5 billion sedang hangat dibual oleh rakyat Malaysia, rata-rata mengatakan mustahil boleh berlaku tanpa pengelibatan pemimpin tinggi negara, cuma tiada bukti untuk dituju kepada sesiapa disebabkan pada waktu itu beliau mengawal media dengan ketat.
Rakyat takut berkata-kata dan membuat tuduhan secara terbuka. Operasi Lalang dan berpuluh lagi operasi untuk menutup mulut pengkritik beliau. Hari ini dengan dunia tanpa sempadan dan beliau tanpa rasa bersalah amat mudah menuduh kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan 1MDB. Beliau membuat tuduhan kepada Najib dengan tanpa menunggu laporan Ketua Audit Negara.
Tak cukup dengan itu dikaitkan juga anak tiri Najib bagi mengambarkan peribadi Najib amat buruk dan tidak boleh dipercayai.
Dikala Negara dihormati dan diberi pengiktirafan oleh banyak negara dunia beliau seolah memperkecilkan orang yang beliau sendiri pilih untuk memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri. Jika Najib begitu teruk maka orang yang memilih mungkin telah nyanyuk atau buta.
Biarpun 1MDB mencatat keuntungan pada 2010 sebanyak 424 juta, 2011 sebanyak 544 juta, 2012 sebanyak 44 juta, 2013 sebanyak 778 juta dan hanya rugi sekali sejak ditubuhkan iaitu pada 2014 sebanyak 665 juta.
Namun keburukan 1MDB juga yang dicari, antara sebabnya kerana Najib perdana menteri yang tidak lagi mahu mengikuti kehendak mereka. Akhir akhir ini banyak perjanjian konsesi zaman Tun Mahathir seperti IPP, Kontrak lebuhraya telah disemak semula dan diambil alih oleh 1MDB. Ianya menyekat laba keuntungan yang merugikan rakyat dan menguntungkan kroni beliau. Bayangkan jika Mahathir masih perdana menteri sudah pasti kembang hidung para kuncu-kuncunya mempertahankan beliau.
Ramai para pembenci Najib mintak diperjelaskan apa yang berlaku dalam 1MDB, Najib bukan tidak mahu memberi penjelasan dan jawapan,sebaliknya masih menunggu siasatan daripada audit forensik. Biarlah pihak Audit menjalankan tugas mereka tanpa gangguan dan membentangkan laporan mereka kepada Parlimen terlebih dahulu. Najib bukan Mahathir yang akan mengawal segalanya bagi menyelamatkan tengkuk sendiri.
Tengku Razaleigh yang pernah menjadi mangsa Mahatir kini berubah menjadi sahabat untuk mengkritik Najib. Tengku Razaleigh pernah dikaitkan dengan skandal BMF dan dituduh sebagai penyamun ditengah tengah masyarakat, tapi Tengku Razaleigh bersumpah demi Allah beliau tidak terlibat dengan BMF . Bolehkah Mahathir memberi tahu siapa sebenarnya terlibat dalam skandal BMF? yang melibatkan seorang juruaudit dibunuh.
Mahathir merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan masih lagi percaya bahawa, dengan mengguna pakai model ekonomi berasaskan mega, Malaysia bukan sahaja boleh menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 tetapi juga akan menjadi negara yang kukuh setanding dengan negara-negara Barat dari segi ekonomi dan politik.
Malahan Bank Negara di bawah pentadbiran Mahathir, telah terlibat dalam aktiviti spekulasi global sulit seawal tahun 1980-an untuk menguji pasaran. Pada tahun 1992, kadar pertukaran wang satu pound sterling British telah ditetapkan di bawah Mekanisme Kadar Pertukaran Eropah (ERM). Berbeza pula dengan krisis ekonomi Asia 1997-1998 yang teruk, mata wang Asia jatuh. Namun Pound sterling British tidak akan jatuh walaupun krisis ekonomi British merudum.
Seorang ahli politik yang tamak tidak akan lepaskan peluang yang baik ni. Mahathir telah mengarahkan Bank Negara untuk membuat spekulasi mengenai pound sterling British. Apabila kebenaran terbongkar pada 16 Sept, 1992 British pun keluar dari ERM akibat tak tahan dengan tekanan ekonomi dan pasaran terhadap pound yang dinilai terlalu tinggi, British tidak mengapungkan mata wang pound sebaliknya secara rasmi menurunkan nilai mata wangnya dan menyebabkan kejatuhan mata wang pound.
Kerugian yang dialami Bank Negara tidak pernah didedahkan. Mahathir telah rugi kira-kira AS $ 4 bilion. Pada tahun 1993 pula, Bank Negara sekali lagi mengalami kerugian sebanyak AS $ 2.2 bilion untuk aktiviti menspekulasikan matawang. Jumlah kerugian Malaysia pada masa ini berjumlah AS $ 6.2 bilion bersamaan dengan RM15.5 bilion (berdasarkan kadar pertukaran wang pada tahun 1992. September AS $ 1 = RM2.5). Walau bagaimanapun, angka sebenar kerugian Bank Negara tidak pernah didedahkan. Sebaliknya, bank pusat apabila ia diletakkan di bawah penelitian untuk aktiviti yang meragukan, memberikan data yang bercanggah dan mengelirukan, ianya sukar untuk pembangkang untuk mengetahui apa yang berlaku. Bank Negara telah menyalahgunakan rizab luar negara yang bertujuan untuk membiayai import, menstabilkan wang ringgit dan membayar hutang luar negara.
Mahathir orang yang kuat berjudi telah diam-diam melibatkan Bank Negara dan menggunakan rizab asing untuk perkara yang tidak beretika dan dilarang. Apa yang lebih serius adalah dia telah memperjudikan berbilion-bilion wang negara dengan aktiviti spekulasi global yang berisiko tinggi.
Seorang lelaki yang pandai menabur pembohongan dan andaian yang tidak masuk akal mengenai kerajaan, 1MDB dan juga Malaysia tanpa bukti yang kukuh. Mahathir, seorang yang dihormati sesuatu masa dahulu kini dirinya telah dilihat sebagai seorang yang nyanyuk.
Dengan tuduhan yang tak berkonsisten dan bercanggah setiap kali 1MDB keluar dari mulutnya mengenai RM 42 billion yang hilang, itu hanyalah fiksyen yang bermain di mindanya. Pinjaman Syarikat sebenarnya adalah sebahagian operasi perniagaan yang biasa dipraktikkan dan Mahathir sendiri sepatutnya arif mengenai perkara ini. Semasa Mahathir menjadi PM dia menepikan isu akauntabiliti dan menjelaskan bahawa pinjaman yang diberikan oleh Bank Bumiputra Finance (BMF) kepada Kumpulan Carrian dan 2 syarikat Hong Kong adalah sah kerana syarikat-syarikat tersebut adalah “amat terkemuka”.
Mahathir mungkin terlupa kerana umurnya, semasa dia PM negara ini Malaysia nyaris kekurangan wang akibat beberapa kes penipuan kewangan yang melibatkan Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan KWSP. Salah satu skandal terbesar yang pernah dilakukan oleh Mahathir dalam sejarah dunia perbankan ialah urusan BMF yang mengakibatkan Malaysia kehilangan AS $ 800 juta. Pinjaman lain yang berjumlah AS $ 163 juta telah dibuat oleh syarikat di Hong Kong. Ini adalah kerugian di awal tahun 80-an dan kerugian ini jika dinyatakan dalam nilai pasaran hari ini akan menjadi lebih daripada jumlah yang dikenakan 30 tahun yang lalu.
Mahathir lupa akan pepatah Inggeris: Kamu boleh menipu seseorarig dalam semua masa. Kamu boleh menipu semua orang dalam suatu masa. Tapi kamu tidak boleh menipu semua orang dalam semua masa.
Dia lupa zaman kuku besinya telah tamat. Dia tidak sedar bahawa akhbar di zaman sekarang lebih bebas. Ahli-ahli politik pembangkang tidak lagi dirantai. Adakah Mahathir lupa?
Mahathir mungkin terlupa kisah lamanya ketika mengatakan Najib terlalu tunduk kepada Singapura dan Amerika. Setiap kali Mahathir ulang pekara sama pasti ada yang memberi tepukan, jadi tidak hairanlah jika bersin pun ada yang sorak asalkan dari Mahathir.
Tidak kesemua rakyat pada masa Mahathir menjadi PM tahu kisah di sebalik pertemuan beliau dengan presiden Amerika George Bush pada masa itu. Media sosial tidak berkembang seperti sekarang malah internet juga tidak wujud di kampung-kampung.
Kisah Mahathir bersalaman degan Bush pada 2002 rakyat desa hanya tahu melalui penceramah politik bukan pro BN, sedangkan hal itu bukan pekara rahsia,namun keterbatasan maklumat tidak semua rakyat tahu. Mahathir menggunakan pelobi bernama Jack Abramoff. Abramoff adalah yahudi Orthodox dan penyokong kuat Isreal.
Abramoff telah mengatur perjumpaan itu melalui penasihat George Bush iaitu Karl Rove dan akhirnya Mahathir mendapat peluang bertemu Bush pada Mei 2002 dan pertemuan itu diadakan di ''Ovel office'', White House.
Ketika itu heboh rakyat bercerita dengan berbagai persepsi tetapi tidak sehebat sekarang hanya berputar dan hilang dalam sekelip mata kerana medium media sosial belum pun sehebat sekarang. Pada Februari 2006, Mahathir mendedahkan dia membayar $1.2 million kepada pelobi Israel di USA bagi tujuan bertemu Bush. Bukan kah duit yang dibayar tu juga duit rakyat?
Namun rakyat dibayangi bahawa Mahathir adalah pemimpin utama anti Israel dan seolah-olah dia juga musuh Bush yang suka membuli pemimpin negara Islam dan Dunia Ketiga. Mahathir telah menyelar Bush, USA, dan Israel di pentas dan forum antarabangsa. Ketika itu rakyat begitu bangga dengannya malah melihat beliau adalah satu-satunya pemimpin beragama Islam yang berani membela pemimpin-pemimpin yang dibuli oleh ketua polis dunia bernama Bush.
Mahathir lupa yang rakyat masih ingat beliau membenarkan pasukan kriket Israel datang menyertai pertandingan di Malaysia. Rakyat menuntut supaya menolak kehadiran pasukan Israel. Mahathir hanya pekakkan telinganya. Akhbar pula tidak membuat liputan sebagaimana berita-berita lain. Mahathir cuba menyorok berita itu dari rakyat.
Tidak puas hati dengan kedegilan Mahathir sekumpulan rakyat yang diketuai PAS telah berdemostrasi. Oleh kerana ISA adalah taring pembanteras semasa Mahathir sebagai PM, beberapa pemimpin aktivis PAS ditangkap.
Berkait dengan demonstrasi bantah pasukan kriket Israel, bapa saudara Hishamudin Rais bernama Jalaludin turut ditahan. Walaupun Mahathir merayu melutut sehingga menggunakan pelobi untuk bertemu presiden Amerika, sesedap mulut pula dia mengatakan Najib tunduk pada Singapura dan negara yang dia pernah guna pelobi untuk bertemu presidennya.
Ungkapan "Melayu Mudah Lupa" sebenarnya sudah lama bertampal di atas batang hidungnya sendiri.
Sumber TKO - 26-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin hari ini mendesak peguam Tun Dr. Mahathir Mohamad, Matthias Chang menafikan dakwaan beliau punca kekalahan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Presidennya, Ramesh Rao berkata, Mahathir melalui Matthias dikatakan membantu DAP mendapatkan sokongan Cina pada PRU-12 kerana mahu 'menjatuhkan' Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ramesh berkata, DAP kini sedang mengugut Mahathir supaya akur dengan mereka atau satu rahsia besar perbuatan bekas Presiden UMNO itu pada PRU-12 akan didedahkan.
"Jadi Matthias harus menafikannya. DAP kini ugut Mahathir untuk bocorkan rahsia jika enggan tunduk. Apa itu rahsia besar? Kumpulan Mahathir adalah dalang utama yang bantu DAP pada 2008 dalam kemenangan dan mengalihkan undi kaum Cina kepada DAP dan Pakatan," kata Ramesh lagi.
Ramesh berkata, semua perancangan bermula pada tahun 2006 apabila Abdullah enggan tunduk kepada permintaan Mahathir dalam pentadbiran.
"Sudah ada niat dalam diri Mahathir untuk memulakan perancangan untuk mendesak Abdullah meletakkan jawatan tetapi ia mesti berasaskan sesuatu sebab atau faktor.
"Segalanya bermula 2006, selepas Pak Lah (Abdullah) enggan tunduk kepada Mahathir. Mahathir rancang gulingkan Pak Lah dengan menafikan kemenangan dua pertiga kerusi Parlimen BN.
"Jika BN gagal raih dua pertiga, Mahathir mempunyai alasan kukuh untuk desak Pak Lah letak jawatan dan digantikan dengan Najib (Perdana Menteri kini) dengan harapan Najib akan tunduk dengan kehendak Mahathir," katanya dalam kenyataan yang sama.
Beliau berkata, perancangan berkenaan diaturkan dengan teliti melibatkan Matthias dan DAP.
"Matthias dan Tun Ling Liong Sik diberi tugas untuk bantu DAP bersama dana dan segala keperluan untuk menaikkan kebencian kaum Cina terhadap BN dan Khairy Jamaluddin (menantu Abdullah)," katanya.
"Misi nafikan dua pertiga BN berjaya dan gulingkan Pak Lah berjaya," kata Ramesh.--MalaysiaGazette
Sumber TKO - 26-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menegaskan jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah boleh menerima Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan agenda reformasi apa keperluan lagi mereka menubuhkan parti baharu, sepatutnya sudah cukup sekadar menyertai parti-parti yang sedia ada.
“Macam parti Bersatu (PPBM), kalau sudah boleh terima Kit Siang, boleh terima Anwar Ibrahim, boleh terima agenda reformasi, tubuh apa lagi parti (PPBM), masuk parti (yang sedia) ada lah,” soalnya dalam sidang media di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur, hari ini.
Ibrahim menjelaskan penolakan beliau terhadap DAP bukan suatu perkara yang baharu, malah katanya sebelum penubuhan PPBM lagi, beliau sudah memberitahu Tun Mahathir Mohamad bahawa jika parti baharu yang bakal ditubuhkan itu akan bekerjasama dengan DAP, beliau akan menarik diri daripada menyokong parti tersebut.
“Pada awal lagi saya beritahu kat Tun (Mahathir), belum lagi PPBM ditubuh.(Saya bercakap) di hadapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Afdal (sendiri) dengar (apa yang saya cakap) bahawasanya kalau tubuh parti (dan) bekerjasama dengan DAP tolong keluarkan saya. Saya tidak mahu bersama (dalam kumpulan parti baharu itu),” jelasnya.
Beliau mengibaratkan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR dan PAN sebagai sebuah kapal yang dipenuhi dengan musuh dalam selimut
“Saya tidak boleh menyertai kapal yang dalam kapal ini, ada musuh-musuh yang saya anggap musuh dalam selimut, musuh tradisi.
“Nanti kapal yang baharu buat ini pun belum apa-apa sudah nak tenggelam.”
Ibrahim turut menjelaskan kenapa beliau menolak DAP, sebuah parti serpihan parti Singapura, PAP yang mempunyai doktrin.
“DAP ini, ia ada doktrin. Doktrinnya Malaysian Malaysia (Malaysia untuk rakyat Malaysia).DAP adalah parti yang keluar daripada rusuk PAP, selepas Singapura keluar daripada Malaysia.
“Peringatan daripada Tun Tan Siew Sin (bekas Presiden MCA) sendiri…ucapan Lim Kit Siang di Bombay, Peristiwa 1987 Operasi Lalang, Isu Ketuanan Melayu, semua ini saya ingat dan saya tak (akan) lupa. Ini yang saya tidak boleh terima.”
Turut dijelaskan beliau berkenaan agenda reformasi yang bakal dilakukan DAP, PKR, PAN dan PPBM.
“Kata PKR. Kata DAP. Kita (PKR dan DAP) bekerjasama dengan Bersatu (PPBM) bukan sahaja setakat nak tukar Perdana Menteri tetapi juga mesti menerima aganda reformasi.
“Dan agenda reformasi (yang terkandung dalam PH) sebahagian besar, saya tak boleh terima. Kerana agenda reformasi ini juga ada menyentuh soal kedudukan pribumi.
“Dasar-dasar (hak istimewa pribumi) yang dahulu nak diubah. Kononnya dunia sudah berubah, tiada lagi pengenalan bumiputera dan tidak bumiputera.
“Jadi kalau saya masuk Bersatu (dan) Bersatu (pula) bekerjasama dengan DAP. Ia (PH) ada manifesto bersama, saya pula tengok (dalam) manifesto itu ada agenda reformasi (yang saya) tidak boleh terima. Saya (akan) gayang nanti.
“Akhirnya sekali akan menjejaskan mereka (PH dan PPBM). Patutnya saya tidak masuk (PPBM), mereka berterima kasih.” - AIDCNews
Sumber TKO - 24-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali membayangkan beliau mungkin kembali ke bertanding di kerusi tradisinya, Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, jika bukan kerusi Parlimen Pasir Mas, beliau akan memilih kawasan lain di Kelantan.
“Saya akan bertanding kembali di Pasir Mas, mungkin juga Rantau Panjang, di Kelantanlah (sebagai calon Bebas). Tiada ada kena-mengena dengan Perkasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Perkasa hari ini.
Ibrahim pernah memenangi kerusi Pasir Mas pada 1986 di bawah tiket Umno dan 1990 ketika bersama Semangat 46 pada 1995.
Beliau bagaimanapun tewas pada 1999 dan 2004, sebelum menang semula di kerusi sama pada 2008 di bawah tiket PAS dan kemudiannya bertanding sebagai calon bebas dan kalah di tangan muka baharu PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada 2013.
Ahad lalu, Ibrahim mengumumkan Perkasa akan menghantar 50 calon Bebas untuk bertanding pada PRU14 dan menyanggah kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang penyertaan Perkasa dalam PRU bakal memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada BN.
Beliau berkata, beberapa pihak mencadangkan Perkasa menyertai PRU14 selaku parti politik, tetapi beliau menolaknya.
Beliau berkata, calon Bebas tidak terikat dengan pendirian parti, sebaliknya bebas bersuara dan mengundi dalam Dewan Rakyat mengikut prinsip sendiri.
“Jika lawan anda akan dipecat. Malaysia tidak sama dengan Amerika Syarikat, di mana ahli kongres Parti Republican boleh bercanggah dan mengundi menentang keputusan partinya, begitu juga dengan Parti Democratic.
“Mana tahu jika berlaku Parlimen tergantung (tiada pihak boleh membentuk kerajaan secara sendiri), ahli Parlimen Bebas (dari Perkasa) akan menjadi penentu. Ketika itu, kita akan berunding tetapi bukan untuk jawatan, sebaliknya agenda kita,” katanya.
Sumber TKO - 24-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkasa letak 50 calon bebas untuk PRU14
Posted on Sunday, November 20 @ 16:33:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32484
|
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengumumkan akan meletakkan 50 calon bebas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata calon bebas memberi alternatif kepada pengundi untuk membuat pilihan, khususnya pengundi Melayu.
“Kita tidak tolak kemungkinan Perkasa akan membariskan sekumpulan calon-calon bebas yang kita namakan ‘calon barisan bebas Perkasa’ untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.
“Tumpuan kita ialah kerusi Parlimen majoriti Melayu, (yang) sudah tentu ditandingi barisan PAS dan Pakatan Harapan. Kita akan masuk,” katanya dalam satu sidang media di Stadium Titiwangsa.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan dasar dalam Persidangan Agung Tahunan Ke-7 Perkasa 2016 yang disertai oleh 2,000 orang ahlinya.
Mewajarkan rancangan itu kepada perwakilan Perkasa, Ibrahim yakin ia tidak akan menjejaskan kepentingan pengundi Melayu seluruhnya memandangkan semua parti akan meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.
“Kita percaya sesiapa yang menang di kawasan Melayu, ia tidak akan jejas orang Melayu.”
Terdapat 5 parti berteraskan Melayu-Islam popular ketika ini iaitu Umno, PAS, PKR, PPBM dan Amanah manakala parti lain seperti DAP juga mempunyai ahli berbangsa Melayu.
Ibrahim menjelaskan rasional disebalik rancangan Perkasa untuk menurunkan calon bebas.
“Pasal sistem di Malaysia ini bergantung kepada parti yang menang. Jika jadi ahli Parlimen…tak kira Umno, DAP atau PAS…anda tidak bebas. Anda boleh bercakap apa anda nak cakap, tetapi bercakap pun ditentukan oleh parti mereka,” katanya.
Tambahnya calon yang dipilih mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang meyakinkan.
“Bagi peluang kepada calon bebas, sebab barisan yang kita kenalpasti adalah mereka yang berkelayakan seperti bekas pegawai tinggi kerajaan, peguam pengalaman, golongan profesional dan tokoh agama,” katanya.
Sumber TKO - 20-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,, Terkejut dan tak percaya bila baca ayat Mahathir yang mahukan rakyat turun sokong demo Bersih 5.0 untuk dapatkan pilihanraya yang bersih.Sejak bila pulak Mahathir mahu pilihanraya yang bersih? Tak ingat ker dengan projek IC di Sabah dulu?
Siapa ketua pengangaknya? Ingat tak kisah Mahathir yang hantar rombongan ke USA untuk belajar menipu dalam pilihanraya dan pelajarannya digunapakai oleh Pak Lah dan kemudian Najib sampai hari ini? Mahathir nak pilihanraya yang bersih pulak, tak ada lagi laungan nak jatuhkan Najib yang menyangak duit rakyat dalam 1MDB, tak ada lagi laungan nak turunkan Najib menerusi pertolongan Bersih 5.0? Semuanya hilang, yang timbul pilihanraya yang bersih, cantiK Mahathir!
Lebih syok lagi bila baca pula kisah Mahathir mungkin tak akan sertai Bersih 5.0 kerana berada di luar negara pada tarikh itu tetapi Mahathir mahu rakyat hadir untuk dia.Macamlah Mahathir pejuang keadilan sejak awal penglibatan politiknya.Rakyat diminta melupakan apa saja yang Mahathir buat selama bertahun tahun, rakyat diminta melupakan kemusnahan yang diuruskannya selama bertahun tahun, melupakan kisah Memali, Lubuk Merbau, operasi lalang dan banyak lagi.
Yang hairannya ada juga ahli politik yang menjadi mangsa kepada operasi Lalangnya yang bodoh bodoh sokong Mahathir sekarang, malah ada pemimpin politik dilapurkan berkata dia bimbang Mahathir akan ke penjara, di mana pemimpin yang sama pernah berkata dia mahu Mahathir dipenjarakan satu ketika dulu.
Apa sudah jadi dengan perjuangan pemimpin pemimpin ini? Macam mana seorang bekas diktator yang menyebabkan banyak kemusnahan kepada negara sekarang boleh disokong sebegitu rupa? Malah masih sanggup dijual Mahathir dengan tindakan terbarunya, sokong Bersih tapi tak boleh hadir.
Macam mana mereka senang senang jer percaya Mahathir mahu piihanraya yang bersih? Pokoknya Mahathir yang berubah atau pemimpin politik yang sokong dia sesudah mengelarkannya dengan berbagai bagai gelaran jahat seperti Maha Firaun yang berubah?
Alahi benda senang kenapa nak susah susah..............
Sumber TKO - 18-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43219-kenapa-relakan-diri-diperbodohkan-mahathir
TARIKH 1 Mac 2016, untuk ke sekian kalinya, Tun Mahathir mengumumkan keluar parti. Taktik sama yang pernah dibuat semasa protes terhadap Tun Abdullah Badawi dahulu. Apa pula yang bakal dilakukan selepas ini, kita pun sukar untuk menjangka. Tapi keluar masuk parti bukanlah perkara besar bagi dirinya. Cuma bagi yang cetek jangkauan politiknya sahaja melihat ia satu tsunami gergasi.
Orang tua itu memang licik berpolitik. Tak padan dengan usianya yang hampir mencecah satu kurun. Langkahnya sentiasa mengejutkan dan kontroversial. Sampaikan yang muda pun boleh terkena 'serangan jantung' dan tersentak urat otak. Terus terpukau dengan gerak tarinya, dan terus lupa siapa diri dia sebenar.
Tun M perlu diakui sebagai antara pencatur utama politik negara. Walaupun tanpa kuasa politik, tetapi pengaruhnya berjaya menundukkan ramai pemegang kuasa. 22 tahun sebagai PM, pasti dimana-mana sahaja orang kuatnya wujud. Anwar, Najib, Mat Sabu, Lim Kit Siang mahupun siapa sahaja pasti tenggelam apabila Tun memainkan peranannya.
Siapa yang kenal Tun M sebenarnya, nescaya dia akan tahu apa matlamat beliau dalam politik. Walaupun lidahnya sentiasa mengungkap keprihatinan terhadap negara, tetapi di sebalik itu adalah cita-cita pengukuhan terhadap dinasti kroninya sendiri.
Sepanjang karier politik Tun M, sudah banyak kali Umno dipergunakannya. Tahun 1969, beliau pernah dipecat dari Umno atas surat protesnya terhadap Tunku Abdur Rahman. Namun tahun 1972 selepas Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau kembali menyertai Umno.
Atas percaturannya, pada tahun 1981 Tun Hussein Onn meletakkan jawatan Perdana Menteri menjadikannya PM paling singkat dalam sejarah iaitu tidak sampai 6 tahun. Tun Hussein menyerahkan jawatan PM kepada Mahathir.
Bermulalah era autokratiknya dengan kekebalan yang dicipta sendiri. Pada zamannya dipinda Akta AUKU, akta keselamatan dalam negeri, diaktifkan ISA, sekatan kebebasan akhbar, tangkapan politik besar-besaran, memansuhkan hak raja-raja Melayu hinggalah kepada tragedi pembunuhan musuh politiknya di Memali. Dengan tindakannya itu, beliau berjaya menyandang gelaran PM paling lama berkuasa.
Sepanjang tempoh itu, terbinalah empayarnya yang sangat besar. Berbagai jenis syarikat gergasi didaftarkan atas nama anak-beranak beliau. Berpuluh-puluh jawatan-jawatan penasihat anak syarikat kerajaan mahupun swasta disandang oleh keturunan beliau. Apa jua lapangan dan industri, tentu ada nama kaum kerabatnya yang tersenarai.
Antara peristiwa besar bagi Umno yang berlaku pada zamannya adalah pengharaman parti itu sendiri. Ini berlaku akibat protes penyokong Ku Li terhadap Mahathir yang didakwa menang jawatan Presiden secara tidak sah. Kes tersebut dibawa ke mahkamah lalu akhirnya Umno diharamkan.
Mahathir kemudiannya menubuhkan Umno baru beberapa bulan selepas itu dengan Mahathir berdaftar sebagai ahli yang pertama. Krisis dalaman Umno terus selesai selepas itu. Walaupun pengharaman Umno berpunca dari salah lakunya, tetapi beliau bijak memutar fakta sehingga ahli melihat dalang pengharaman tersebut adalah daripada sekumpulan 11 orang yang memprotes salah laku dalam pemilihan Umno waktu itu.
Walau bagaimanapun, kerana kebencian rakyat yang dibina begitu lama sepanjang 22 tahun sebagai PM, akhirnya tahun 2003 beliau terpaksa meletak jawatan dan diserahkan kepada Timbalannya Tun Abdullah. Tetapi sebelum menyerahkan jawatan, Tun M sudah memasang orangnya iaitu Najib Razak sebagai Timbalan Pak Lah.
Sejak Pak Lah menjadi PM, Tun M sentiasa mengganggu pentadbiran negara sehingga pada tahun 2008, beliau mengisytiharkan keluar Umno sebagai protes. Umno pada waktu itu sudah sangat tenat kerana 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang serentak. Tindakan keluar parti itu berjaya membuatkan ahli menyalahkan Pak Lah sehingga memaksa dirinya berundur.
Seperti dirancang, anak buah Mahathir iaitu Najib menjadi penggantinya. Mahathir kembali kepangkuan Umno. Selepas Pak Lah yang dikambinghitamkan sebagai perosak parti dijatuhkan, parti itu kembali stabil. Dua buah negeri yang sebelum ini diperintah pembangkang kembali dirampas parti tersebut.
Hari ini, setelah melihat kegagalan Najib Razak mengekalkan kepercayaan rakyat, ditambah sikap Najib yang lunak dengan rancangan Konsensus Nasional dari musuh utamanya iaitu Anwar Ibrahim, Mahathir menarik kembali sokongan terhadap Najib. Walau bagaimanapun Najib juga tidak mudah mengalah. Maka berlakulah apa yang kita lihat hari ini.
Setiap tindakan besar Mahathir terhadap Umno menjadi sangat popular. Dan selepas setiap tindakannya itu, Umno kembali stabil dan memiliki kekuatan yang padu untuk menarik kembali sokongan rakyat yang hilang. Walaupun beberapa kali melakukan hal sama, namun rakyat terutama ahli Umno mudah terperdaya.
Lebih kelakar, pihak yang selama ini mendabik dada sebagai penentang Umno turun-temurun pun turut terikut-ikut dengan tiupan seruling tipudayanya bagai ular tedung yang bergelek dengan tiupan seruling Punjabi. Mereka menjadi pihak yang mendokong penuh setiap rancangan Mahathir memulihkan sokongan terhadap Umno.
Segala kelakuan Mahathir selama ini begitu mudah dilupakan seolah-olah dipukau oleh orang tua tersebut, meletakkan kesalahan 100% ke atas musuh politik Mahathir sahaja dan lainnya terus bersih sesuci malaikat subuh.
Dalam bersih 4 yang menuntut keadilan pilihan raya, beliau hadir secara mengejut lalu diangkat sebagai wira sehingga menenggalamkan matlamat asal bersih 4. Padahal dalam ucapannya, secara jelas beliau menyatakan beliau hadir bukan untuk menyokong tuntutan bersih, tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap musuh politik semasanya iaitu Najib.
Kini team Mahathir merancang himpunan menjatuhkan Najib pula. Selepas gagal memobilisasi orang Melayu untuk turun bersama Bersih 4, sesetengah pembangkang yang gelojoh berkuasa lekas bergabung dengan team Mahathir dengan harapan pengaruh orang tua itu mampu meraih penglibatan Melayu yang selama ini ditagih.
Namun, mereka cukup kecewa apabila PAS tidak mahu bersekongkol dengan rancangan Mahathir menyelamatkan Umno. Mereka tahu, tentu sukar menyeru kehadiran orang Melayu tanpa PAS. Diserang bertubi-tubi Presiden PAS kononnya sayangkan Umno, walaupun sebenarnya merekalah yang jadi keldai penyelamat Umno tanpa sedar.
Sampai bila lagi mahu jadi boneka Mahathir? Selagi mana kebencian terhadap individu dijadikan sasaran politik, bukan kerana dasarnya atau pertubuhannya. Selagi kuasa jadi matlamat, bukan lagi nasib rakyat.
Tidak perlulah lagi layan Mahathir itu. Biarlah beliau berhempas pulas bersama ahli Umno menyelesaikan masalah mereka sendiri. Mahathir tidak akan mengalah. Najib juga nampaknya bukan seperti Tun Hussein dan Tun Abdullah.
Biarlah mereka terus bertelagah. Kita orang luar tidak perlu memihak kepada sesiapa. Tanpa penglibatan pihak luar, sudah tentu Umno lebih cepat runtuh dan binasa. Tapi bila orang luar masuk sekali ke gelanggang, pasti Mahathir gunakan mereka untuk ditunggang bagi menjimatkan tenaganya! – HARAKAHDAILY 16/11/2016
Sumber HD - 16-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muhyiddin berharap beliau tidak Dipenjara
Posted on Tuesday, November 15 @ 16:15:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32392 |
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sedang disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA), berharap dirinya tidak akan menerima nasib yang sama seperti Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli yang dihukum penjara, semalam.
"Walaupun saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Rafizi, saya harap saya tidak akan menerima nasib yang sama," katanya selepas menghabiskan dua jam di Bukit Aman untuk merakamkan kenyataannya.
"Ini kerana saya percaya apabila saya bercakap di Parlimen, saya mempunyai hak untuk bercakap dan saya mempunyai imuniti.
"Saya berharap pihak berkuasa memahami keseluruhan latar belakang apa yang saya katakan," katanya.
Beliau ditanya sama ada dirinya bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Rafizi, yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan di bawah OSA kerana mendedahkan halaman sembilan laporan Audit Negara mengenai sisatan 1MDB.
Muhyiddin sedang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta OSA dan Seksyen 4 Akta Hasutan kerana perbahasan bajet yang dibuatnya pada 26 Oktober yang menyentuh mengenai 1MDB.
Beberapa anggota parlimen pembangkang hadir untuk bersetiakawan dengan Muhyiddin. Antaranya termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Sumber TKO - 15-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR – “Biarlah Nik Abduh (Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz) pergi dengan PAS ke neraka! Kami tak mahu ikut malahan nak pilih ke jalan syurga firdausi!”
Itu kata-kata kesat dilemparkan oleh orang kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke atas Nik Mohamad Abduh dan PAS gara-gara berang `pemimpinnya’ itu ditempelak oleh Nik Mohamad Abduh hari ini.
Khairuddin mendakwa kononnya Nik Mohamad dan PAS melakukan banyak dosa kerana bersengkongkol dengan kerajaan, manakala Pakatan Harapan sedang melaksanakan kerja-kerja Tuhan.
“Nik Abduh banyak melakukan dosa kerana bersubahat dengan kerajaan dalam pelbagai kemungkaran serta salah laku. Nik Abduh dan PAS bersekongkol dengan jenayah.
Mahathir dan dan kami semua dalam Pakatan Harapan sedang melawan kemungkaran.
“Jadi saya nak tanya Nik Mohamad Abduh siapa yang lebih melakukan dosa? Beliau dengan PAS yang lebih berdosa dari kami semua yang menentang kemungkaran seperti yang dituntut oleh ajaran agama islam yang tulen,” dakwanya dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
Justeru, Khairuddin meminta Nik Mohamad Abduh supaya muhasabah diri serta cermin muka terlebih dahulu dan tidak mengajak orang ramai supaya memilih jalan ke neraka jahanam bersamanya.
“Apa Nik Abduh ingat dia lebih bertaqwa dari Mahathir? Siapa dia Nik Abduh nak nasihat Mahathir ke tikar sembahyang? Pada realitinya, Nik Abduh yang harus ke tikar sembahyang untuk anjurkan solat taubat nasuhah setiap hari,” katanya.
Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas hari ini menyindir Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri kerana mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pemerintahannya satu waktu dahulu.
Sehubungan dengan itu, Nik Mohamad Abduh menasihatkan supaya pemimpin berusia 91 tahun itu kembali kepada agama daripada mengambil tahu hal politik negara.
“Saya dah kata dari dulu Tun Mahathir ini lebih baik kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah dan banyak belajar ilmu agama. Itu lebih baik daripada dia ulangi politik yang sama.
“Bagi saya dia hanya mengulang apa yang dia tak pernah buat masa dia ada kuasa,ia hanya menyusahkan,” kata Nik Mohamad Abduh. -MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 15-11-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mampukah Mahathir Menyatukan Pembangkang?
Posted on Tuesday, November 15 @ 09:30:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32387 |
Beberapa orang kawan saya daripada PAN sangat teruja dengan kesungguhan Tun Mahathir bersama dengan pembangkang walaupun umurnya sudah masuk 92 tahun. Katanya Tun Mahathir akan menyatukan pembangkang sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Tambahnya UMNO akan tumbang dalam PRU-14 nanti kerana rakyat akan merasai suara reformasi.
Malas saya nak komen, buat habis tenaga aje. Tapi memandangkan ramai 'penganut' PAN mempercayai perkara ini saya rasa perlu saya berhujah untuk mencari kesahihah apa yang ada dalam 'kepala' mereka.
Sebelum Tun Mahathir nak satukan pembangkang mampukah Tun Mahathir sebelum ini satukan UMNO. Setahu saya UMNO beberapa kali pecah belah disebabkan oleh Mahathir. Sebelum dia menjadi PM dia pecahkan UMNO. Selepas dia menjadi PM pun di pecah UMNO kerana tiada Timbalan UMNO atau TPM yang disukainya.
Sejarah tak bohong Mahathir ni sebenar 'kaki pecah perintah' untuk kekalkan kuasa.
Itu kita bercakap pasal UMNO. Sekarang dia keluar UMNO tubuh BERSATU.
BERSATU ni bersatu ke?
Khairuddin Abu Hassan seorang penaja parti BERSATU dan dia memecah rekod menjadi penaja yang paling cepat keluar dari parti yang ditubuhkannya.
BERSATU juga tidak dapat menarik ahli PERKASA untuk bersama sedangkan pada awalnya PERKASAlah yang mengerakkan pendafataran BERSATU. Krisis ini bermula atas sikap dengan DAP yang mana PERKASA tidak setuju BERSATU rapat dengan DAP.
Tun Mahathir hadir dalam kumpulan pembangkang bukan untuk satukan pembangkang tapi untuk menjadi jaguh. Lihat sahaja Konvesyen Harapan beberapa hari lalu, dia jadikan konvensyen itu untuk medan menghentam sesiapa yang tak setuju dengannya termasuk PAS sedangkan dia tahu TS Muhyiddin sangat memerlukan PAS.
Dengarlah mana-mana ucapan, ceramah atau forum termasuk yang terbaru bersama dengan Husam kuasa 10 kuasa 15 beberapa kali TS Muhyiddin sebut BERSATU memerlukan PAS.
Saya tak tahu apa yang Pakatan Harapan nak pada orang tua ini? Adakah janji wang 500 juta untuk dana PRU-14 nanti sehingga ramai pemimpin Pakatan Harapan menjadi makin keliru dan celaru dengan perjuangan Reformasi.
Adakah dosa-dosa Mahathir boleh dihapuskan dengan begitu mudah kerana dia bercakap pasal Najib dan dedak sehingga kita lupa bagaimana dedak yang disebut-sebut itu sebenarnya Mahathirlah yang memulakannya. Tahukan kita bahawa Najib itu pun adalah sebahagian daripada dedak Mahathir yang tidak mendengar kata, lari daripada tuan dedak!
Sumber TKO - 15-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP saling mempergunakan sesama sendiri demi meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata bekas pemimpin DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim.
Ujar Tunku Aziz, PPBM dan DAP akan berbuat apa sahaja untuk meraih undi termasuk menjalin kerjasama dengan musuh ketat mereka suatu ketika dahulu.
"Memang, kerana mereka (sedang) bersama. (Ia) bukan kerana kekuatan prinsip, tetapi masing-masing saling mempergunakan sesama sendiri.
"Saya pergunakan kamu, kamu pergunakan saya. Apa yang mereka cari cuma undi, tidak kiralah mereka bekerjasama dengan siapa, asalkan dapat meraih undi. Jadi tiada asas untuk mereka bersama," katanya dalam satu sidang media di Petaling Jaya, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas jaminan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu bersetuju 'secara langsung' untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).
Dr Mahathir juga berkata permusuhannya dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang suatu ketika dahulu adalah 'terlalu kecil' jika dibandingkan dengan hasrat Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir berkata demikian ketika sidang media selepas ucaptamanya dalam Konvensyen PH hari ini.
Turut sama dalam sidang media itu, Kit Siang, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Mengulas lanjut, Tunku Aziz berkata biarpun Dr Mahathir dan Kit Siang cuba menggambarkan hubungan baik antara mereka, namun ianya kelihatan 'mencurigakan'.
"Sekarang pun, Kit Siang dan Mahathir menunjukkan kepada awam mereka bekerjasama, namun mencurigakan.
"Dalam hubungan mereka sejak berpuluh tahun, untuk bekerjasama memang susah, tapi untuk agenda politik, tiada masalah," tambahnya.
Sumber TKO - 13-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
SAYA TIDAK TERKEJUT DENGAN PENDIRIAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MOHON PENANGGUHAN TANDATANGAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DENGAN PAKATAN HARAPAN DI KONVENSYEN PAKATAN
Saya amat tidak terkejut dengan pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon penangguhan tandatangan perjanjian persefahaman di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan di Konvensyen Pakatan yang sepatutnya berlangsung esok di Shah Alam.
Bagi saya kemungkinannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai agenda serta strateginya yang tersendiri khususnya dalam daya-usaha untuk memenangi hati PAS mengadakan satu perikatan dengan Parti Bersatu (PPBM) terlebih dahulu.
Dari awal lagi saya nampak kecenderungan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke arah itu!!
Malahan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat di dalam gerakan Deklarasi Rakyat yang dianjurkan serta diterajui oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ujudnya Parti Bersatu.
Mungkin di atas faktor ini keserasian Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan parti-parti dari Pakatan Harapan agak dingin.
Deklarasi Rakyat walaupun ianya bukanlah satu pakatan politik tetapi merupakan gabungan perpaduan pertama yang cukup unik terdiri dari semua tokoh-tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan yang telah berlaku secara cemerlang lagi gemilang sebagai platform kerjasama ke arah mencapai matlamat untuk menjatuhkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling korup seterusnya berniat untuk melaksanakan ‘total reform’ di tanahair kita yang tercinta ini.
Pada waktu itu kami telah bekerjasama secara amat akrab dan mula mengenal hati budi masing-masing di bawah Deklarasi Rakyat dengan berbekalkan satu niat dan tekad bagi Selamatkan Malaysia.
Di kala itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kurang membabitkan dirinya dengan Deklarasi Rakyat dan sudah nampak kurang selesa dengan parti DAP.
Saya tidak pernah membantah untuk melipatgandakan daya-usaha bagi menarik PAS ke dalam perkumpulan Pakatan Harapan semula tetapi apa yang perlu dibuat pada masa ini ialah kita perlu menguatkan perpaduan sesama Parti Bersatu, PKR, Amanah serta DAP terlebih dahulu.
Tokoh-tokoh pemimpin dari parti-parti ini telah membuktikan kesetiaan bersama kita di peringkat awal menjayakan Deklarasi Rakyat!!
Segala daya usaha untuk membawa masuk PAS ke pangkuan Pakatan Harapan mesti ada had tarikh tempohnya!! Sekiranya PAS asyik main tarik-tarik tali; kemungkinannya ia akan menyukarkan Pakatan Harapan untuk memperkemaskan gerak-kerja mulai kini bagi menghadapi pru 14 kelak yang sudah tidak lama lagi.
Seandainya Parti Bersatu boleh memantapkan kedudukan dan hubungannya dalam Pakatan Harapan sehingga menampakkan blok pakatan begitu mantap; yakinilah pada waktu itu parti PAS dengan sendirinya akan memasuki gabungan pembangkang ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya teruskan dengan menandatangani perjanjian dengan semua parti-parti dari Pakatan Harapan terlebih dahulu esok bagi membuktikan kepada 30 juta rakyat Malaysia bahawa perpaduan sesama blok pakatan amat mantap kali ini.
Rakyat akan lebih yakin sekiranya dapat melihat satu perjanjian secara formal boleh ujud
di antara Parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP.
Permohonan dari Parti Bersatu untuk menangguhkan perjanjian di dalam konvensyen pakatan harapan esok di Shah Alam boleh meninggalkan sedikit kesan kurang yakin di kalangan rakyat jelata terhadap blok pakatan.
Parti Warisan yang diterajui oleh YB Dato Seri Shafei Apdal untuk tidak hadir kurang memberi kesan negatif kerana ianya sebuah parti berteraskan kenegerian dari Sabah dan bukannya ditubuhkan di Semenanjung Malaysia.
Pada pendapat peribadi saya selaku ahli akar umbi yang pernah menganggotai sekejap Parti Bersatu; situasi ini tidak harus berlaku pada konvensyen pakatan esok!!
Sesungguhnya, ia tidak memberi satu gambaran serta impak positif kepada blok pakatan di Semenanjung Malaysia khususnya.
Asasnya, blok pakatan di antara Parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP mesti dimantapkan secara sekukuh-kukuhnya terlebih dahulu dan kemudian baru secara kolektif pujuk PAS untuk balik ke pangkuan Pakatan Harapan.
Pendapat peribadi saya mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Harapan dapat membuktikan satu gabungan yang amat kuat yang boleh meyakini hati-nurani seluruh rakyat Malaysia menyokong blok pakatan pada waktu itu PAS dengan sendirinya akan balik ke pangkuan Pakatan Harapan.
KHAIRUDDIN ABU HASSAN 11 Nov 2016
Sumber TKO - 13-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Calon PM? Tun Mahathir Cuba Menyisih Anwar Secara Halus
Posted on Sunday, November 13 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32358 |
Belum masanya - itu pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).
Bercakap pada sidang media di Shah Alam hari ini bekas perdana menteri itu berkata calon perdana menteri mestilah datang daripada parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Kita tak boleh namakannya sekarang," katanya.
Sebelum itu Dr Mahathir ditanya mengenai calon perdana menteri daripada pakatan pembangkang itu jika mereka berjaya menumbangkan BN pada PRU ke-13 yang mesti diadakan selewat-lewatnya 2018.
Sebelum ini HARAPAN menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka. Bagaimanapun kedudukan bekas timbalan perdana menteri itu yang masih dipenjara tidak memungkinkan beliau dilantik ke jawatan berkenaan secepat mungkin.
Justeru dalam keadaan begitu seorang tokoh lain perlu dipilih untuk menggalas tanggungjawab berkenaan - sekurang-kurangnya secara sementara.
Dalam keadaan begitu beberapa nama telah disebut, termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
HARAPAN mengadakan konvensyen pertamanya di Shah Alam hari ini dan BERSATU hadir sebagai sekutu baru pakatan berkenaan.
Terdahulu Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata HARAPAN perlu menyediakan seorang tokoh perdana menteri sementara ekoran kekangan perundangan dihadapi Anwar.
"Dalam pilihan raya akan datang calon utama adalah Anwar. Ini perjanjian kita yang perlu dihormati tetapi nak bebaskan Anwar kita perlu pergi ke Putrajaya.
"... sebelum Anwar dibebaskan kita perlu ada seorang perdana menteri yang menunggu dulu, setuju?" soal Salahuddin disambut sorakan setuju dari perwakilan.
Mengulas lanjut Salahuddin berkata bagi tujuan tersebut konvensyen Pakatan Harapan hari ini boleh memutuskan siapa perdana menteri sementara itu.
"Tua atau muda, siapa mereka mungkin ada dalam dewan ini rakyat nak lihat, siapa dia sebelum Anwar bebas?
'Kita tegaskan perdana menteri kita adalah Anwar tetapi konvensyen ini boleh putuskan dalam apa cara sekalipun," kata Salahuddin.
Sumber TKO - 12-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan walaupun Pas tidak menyertai konvensyen Pakatan Harapan hari ini, namun beliau percaya bahawa parti itu 'bersama' dengan gabungan itu.
Ujarnya, ini kerana menerusi kenyataan Mursyidul Amnya, Hashim Jasin yang sebelum ini telah menawarkan kerjasama politik dengan mana-mana parti dalam gabungan itu bagi menentang BN.
"Kita memang jemput Pas...mereka pilih tak datang tapi saya baca kenyataan akhbar Mursyidul Am Pas untuk pilih satu lawan satu," katanya dalam sidang media konvensyen Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas ketidakhadiran Pas ke konvensyen Pakatan Harapan hari ini.
Sebelum ini, Pas menerusi kenyataan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang bertegas Pas tidak akan menghadiri konvensyen tersebut.
Menurut Tuan Ibrahim, Pas tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Sebelum itu, memetik kenyataan Hashim, Pas kini mempunyai sikap sangat terbuka untuk bekerjasama dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang.
Oleh itu ujar Hashim strategi satu lawan satu adalah strategi terbaik menewaskan BN, yang pengaruhnya semakin lemah.
“Kerjasama politik adalah pendekatan sangat penting dalam menjatuhkan kezaliman kerajaan BN pada PRU14.
"Justeru, Pas mempunyai sikap yang sangat terbuka dalam soal ini, dan sentiasa membuka pintu rundingan bagi mewujudkan kekuatan pembangkang,” katanya.
Sumber TKO - 12-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti hanya selangkah lagi untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN) namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meminta sedikit masa tambahan sebelum memuktamadkan penyertaan mereka ke dalam gabungan berkenaan. (Lihat aje LKS nampak macam tak mahu lihat muka TSMY pasal tak nak tt)
Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata masa itu diperlukan untuk mereka meneliti keseluruhan perjanjian berkenaan.
"Minta maaf, perjanjian ditangguhkan hari ini. Minta maaf," katanya semasa memberikan ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Kata bekas timbalan presiden Umno yang dipecat itu BERSATU berasakan masa secukupnya diperlukan terutama membabitkan hal sepenting itu.
"Dalam urusan dan hal-hal penting seperti perjanjian pertama yang kami akan tandatangani, saya dah minta tangguh untuk beri masa secukupnya kepada pemimpin BERSATU dan Pakatan Harapan berbincang dengan lebih lanjut," katanya.
Bagaimanapun mengulas lanjut, Muhyiddin berkata BERSATU secara dasarnya bersetuju dengan sebahagian perjanjian tersebut.
"Ada pihak kata, saya tarik diri daripada tandatangani perjanjian dengan HARAPAN, tetapi sebenarnya saya tidak berundur, saya amat serius.
"Pada dasarnya saya setuju dengan sebahagian besar perjanjian tersebut termasuk kedudukan Sabah dan Sarawak, hal kedudukan agama Islam dan agama kaum-kaum lain, bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kemuliaan dan institusi raja Melayu," kata Muhyiddin.
Sementara itu, mengulas apakah penangguhan pemeteraian perjanjian kerjasama dengan HARAPAN oleh BERSATU dibuat ekoran perbincangan mereka dengan PAS, ini jawab Muhyiddin: "Bukan kerana itu, tapi saya sengaja minta (lebih masa) kerana mahu beri peluang kepada kepimpinan BERSATU mengadakan pertemuan pertama kali dengan pucuk pimpinan HARAPAN yang belum dibuat sebelum ini."
Perlu pertemuan pakar
Awal November lalu PAS mengesahkan bahawa parti itu berbincang dengan Muhyiddin mengenai jalinan kerjasama untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Aziz menjelaskan bentuk kerjasama itu masih belum dimuktamadkan dan memerlukan masa serta penelitian daripada kedua-dua belah pihak.
Terdahulu semasa berucap dalam Konvensyen Pakatan harapan pagi tadi Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir berharap parti yang dinaunginya itu bersetuju untuk memeterai perjanjian kerjasama dengan HARAPAN.
Kata Dr Mahathir lagi adalah tidak benar Muhyiddin menentang penyertaan parti berkenaan ke dalam HARAPAN.
Sebaliknya kata Dr Mahathir, Muhyiddin dan beliau bersependapat untuk menyertai gagasan berkenaan secara langsung kerana berkongsi pandangan bahawa negara ini perlu dibebaskan daripada kepimpinan Najib.
Menurut Muhyiddin beliau juga turut mencadangkan satu perjumpaan bersama pakar mewakili kesemua parti kompenan HARAPAN.
"Saya mahu keputusan mengadakan kerjasama dibuat secara komprehensif (dan) ini memerlukan proses perbincangan yang luas.
"Saya juga telah meminta sekreteriat HARAPAN untuk tentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk perbincangan tersebut dan apabila semua capai (kata sepakat) baru kita akan tandatangani," kata Muhyiddin.
Sumber TKO - 12-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
BANGI, 11 Safar 1438H, Jumaat – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya perjanjian kerjasama antara pakatan harapan yang perlu ditandatangani pada konvensyen Sabtu ini (hari ini), ditangguhkan.
Memetik portal The Star sebagai berkata, Muhyiddin meminta penangguhan itu berikutan menginginkan tempoh untuk berfikir mengenai rancangan kerjasama tersebut.
Dilaporkan, keputusan penangguhan itu secara tidak langsung menjejaskan konvensyen kali pertama pakatan harapan ekoran majlis menandatangani perjanjian bagi mengalu-alukan BERSATU sepatutnya menjadi acara kemuncak.
Menurut sumber, Muhyiddin sebelum ini bersetuju dengan rancangan itu pada mesyuarat bersama pimpinan tertinggi pakatan harapan.
Bagaimanapun, dua hari selepas mesyuarat, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menghubungi pemimpin pakatan harapan bagi meminta penangguhan menandatangani perjanjian kerjasama.
Beliau juga menuntut banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pakatan harapan mengenai hubungan mereka dengan parti rasis dan cauvinis, DAP serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).
Beliau juga dilaporkan lebih berminat untuk membentuk pakatan pembangkangnya yang terdiri daripada BERSATU, PKR dan PAS, namun cadangan itu ditolak oleh pemimpin pakatan harapan.
Sumber TKO - 12-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akibat keputusan PPBM menangguh keputusan menyertai Pakatan Harapan (PH) yang sepatutnya ditandatangani dalam Konvensyen PH esok (hari ini), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah mengambil kesempatan menibai presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berikut merupakan kenyataan media Khairuddin yang disiarkan di Facebook Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew hari ini.
Saya amat tidak terkejut dengan pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon penangguhan tandatangan perjanjian persefahaman di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan di Konvensyen Pakatan yang sepatutnya berlangsung esok di Shah Alam.
Bagi saya kemungkinannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai agenda serta strateginya yang tersendiri khususnya dalam daya-usaha untuk memenangi hati PAS mengadakan satu perikatan dengan Parti Bersatu (PPBM) terlebih dahulu.
Dari awal lagi saya nampak kecenderungan Tan Sri Muhyiddin Yassin kearah itu!!
Malahan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat di dalam gerakan Deklarasi Rakyat yang dianjurkan serta diterajui oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ujudnya Parti Bersatu.
Mungkin di atas faktor ini keserasian Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan parti-parti dari Pakatan Harapan agak dingin.
Deklarasi Rakyat walaupun ianya bukanlah satu pakatan politik tetapi merupakan gabungan perpaduan pertama yang cukup unik terdiri dari semua tokoh-tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan yang telah berlaku secara cemerlang lagi gemilang sebagai platform kerjasama kearah mencapai matlamat untuk menjatuhkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling korup seterusnya berniat untuk melaksanakan ‘total reform’ di tanahair kita yang tercinta ini.
Pada waktu itu kami telah bekerjasama secara amat akrab dan mula mengenal hati budi masing-masing di bawah Deklarasi Rakyat dengan berbekalkan satu niat dan tekad bagi Selamatkan Malaysia.
Di kala itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kurang membabitkan dirinya dengan Deklarasi Rakyat dan sudah nampak kurang selesa dengan parti DAP.
Saya tidak pernah membantah untuk melipatgandakan daya-usaha bagi menarik PAS ke dalam perkumpulan Pakatan Harapan semula tetapi apa yang perlu dibuat pada masa ini ialah kita perlu menguatkan perpaduan sesama Parti Bersatu, PKR, Amanah serta DAP terlebih dahulu.
Tokoh-tokoh pemimpin dari parti-parti ini telah membuktikan kesetiaan bersama kita di peringkat awal menjayakan Deklarasi Rakyat!!
Segala daya usaha untuk membawa masuk PAS ke pangkuan Pakatan Harapan mesti ada had tarikh tempohnya!! Sekiranya PAS asyik main tarik-tarik tali; kemungkinannya ia akan menyukarkan Pakatan Harapan untuk memperkemaskan gerak-kerja mulai kini bagi menghadapi pru 14 kelak yang sudah tidak lama lagi.
Seandainya Parti Bersatu boleh memantapkan kedudukan dan hubungannya dalam Pakatan Harapan sehingga menampakkan blok pakatan begitu mantap; yakinilah pada waktu itu
parti PAS dengan sendirinya akan memasukki gabungan pembangkang ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya teruskan dengan menandatangani perjanjian dengan semua parti-parti dari Pakatan Harapan terlebih dahulu esok bagi membuktikan kepada 30 juta rakyat Malaysia bahawa perpaduan sesama blok pakatan amat mantap kali ini.
Rakyat akan lebih yakin sekiranya dapat melihat satu perjanjian secara formal boleh ujud di antara Parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP.
Permohonan dari Parti Bersatu untuk menangguhkan perjanjian di dalam konvensyen pakatan harapan esok di Shah Alam boleh meninggalkan sedikit kesan kurang yakin di kalangan rakyat jelata terhadap blok pakatan.
Parti Warisan yang diterajui oleh YB Dato Seri Shafei Apdal untuk tidak hadir kurang memberi kesan negatif kerana ianya sebuah parti berteraskan kenegerian dari Sabah dan bukannya ditubuhkan di Semenanjung Malaysia.
Pada pendapat peribadi saya selaku ahli akar umbi yang pernah menganggotai sekejap Parti Bersatu; situasi ini tidak harus berlaku pada konvensyen pakatan esok!!
Sesungguhnya, ia tidak memberi satu gambaran serta impak positif kepada blok pakatan di Semenanjung Malaysia khususnya.
Asasnya, blok pakatan di antara Parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP mesti dimantapkan secara sekukuh-kukuhnya terlebih dahulu dan kemudian baru secara kolektif pujuk PAS untuk balik ke pangkuan Pakatan Harapan.
Pendapat peribadi saya mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Harapan dapat membuktikan satu gabungan yang amat kuat yang boleh meyakini hati-nurani seluruh rakyat Malaysia menyokong blok pakatan pada waktu itu PAS dengan sendirinya akan balik ke pangkuan
Pakatan Harapan.
KHAIRUDDIN ABU HASSAN 11 Nov 2016
Sumber AIDCNews
Sumber TKO - 12-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
WARISAN tak sertai Konvensyen HARAPAN esok, Sama Seperti PAS
Posted on Friday, November 11 @ 13:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32333 |
Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengesahkan mereka tidak menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) di Shah Alam esok.
Keputusan itu menjadikan WARISAN sebuah lagi parti pembangkang yang mengambil langkah sama selepas PAS.
Timbalan Presiden WARISAN Darell Leiking berkata parti itu tidak dapat menyertai konvensyen berkenaan kerana dua pemimpin tertinggi parti berkenaan terpaksa menghadiri siri jelajah di Kudat dan Maruju.
"Kami dijemput tetapi malangnya Datuk Seri Shafie Apdal dan saya akan menghadiri majlis jelajah di Kudat dan Marudu yang sudah dirancang lebih awal," katanya melalui mesej pesanan ringkas.
Shafie - juga bekas naib presiden Umno - adalah presiden WARISAN.
Sementara itu semakan di akaun Facebook WARISAN menyatakan parti itu mempelawa orang ramai menghadiri Festival Gong yang akan dihadiri Shafie.
Semua pemimpin parti itu serta wakil rakyat masing-masing pula digerakkan untuk melawat pelbagai lokasi di Sabah.
Sementara itu Ketua Setiausaha Sekretariat HARAPAN Datuk Saifuddin Abdullah berkata gabungan pembangkang itu sudah dimaklumkan mengenai kedudukan WARISAN.
"HARAPAN mempelawa semua parti pembangkang. Saya sudah bercakap dengan Shafie
dan Darrel. Mereka mengucapkan terima kasih atas jemputan itu namun tidak dapat hadir," katanya.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan sebelum ini menyatakan parti itu tidak menyertai konvensyen berkenaan atas sebab ia turut membabitkan DAP.
Bekas perdana menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad serta presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengesahkan kehadiran mereka.
Menurut kenyataan dihantar Saifuddin, Dr Mahathir akan memberikan syarahan khas di majlis berkenaan, manakala Muhyiddin akan memberikan ucapan bersama pimpinan pembangkang lain.
Sumber TKO - 11-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Empat resolusi berjaya dirumuskan, hasil daripada mesyuarat bersama di antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan ahli parlimen pembangkang di bangunan sementara Parlimen semalam.
Resolusi yang dibentangkan oleh Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 30 ahli parlimen pembangkang yang hadir.
Empat resolusi itu adalah untuk meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghentikan tindakan memanggil dan mengambil keterangan dari mana-mana ahli parlimen yang berucap dalam Parlimen yang menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), DOJ dan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Resolusi kedua pula adalah meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghormati dan mempertahankan hak dan kebebasan Parlimen sepenuhnya seperti yang diiktiraf dalam doktrin pengasingan kuasa dan seperti yang diamalkan di semua parlimen-parlimen ala Westminister.
Ketiga, meminta YDP Dewan Rakyat mengkaji semula petua yang beliau keluarkan pada 31 Mac dan 20 Oktober 2016.
Bersandarkan kepada petua yang beliau keluarkan ini Ahli Parlimen tidak dibenarkan berbahas atas isu yang menyentuh 1MDB, DOJ dan wang RM2.6 bilion dan menteri-menteri juga tersekat dan terbatas dalam memberi jawapan kepada soalan-soalan berhubung dengan perkara tersebut.
Resolusi terakhir adalah mereka meminta semua pihak mengiktiraf dan kembalikan hak ahli parlimen sebagai wakil rakyat untuk berbahas dan menyuarakan masalahan rakyat dalam Dewan Rakyat dan jangan ada mana-mana pihak menyekat kebebasan ini agar rakyat dan negara mendapat faedah dari kegiatan ini dan kedudukan Parlimen Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.
Difahamkan, Mahathir berada di Parlimen bagi menyertai perbincangan bersama ahli-ahli parlimen pembangkang mengenai rasa tidak puas hati mereka terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dianggap memihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN).
Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Presiden Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit
Siang.
Sumber TKO - 10-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43124-1mdb-syarikat-bermasalah-di-china-dibawa-ke-sini
PASIR PUTEH: Mungkinkah kerana wang bagi membayar timbunan hutang 1MDB pemimpin negara tidak lagi memiliki keberanian bagi mempertahankan wilayah kepunyaan kita.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Datuk Kamaruddin Mohd Nor berkata kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah menyerah syarikat dari China membangun Bandar Malaysia.
“Kita perlu ingat syarikat dari China datang membawa segala peralatan mereka apabila datang ke sini.
“Bahkan tukang masak dan tukang cuci pun mereka akan bawa sekali ke Malaysia. Gaji pekerja di China lebih murah 5 kali ganda berbanding dengan kita di sini.
“Kalau syarikat China mengguna pekerja tempatan mereka terpaksa membayar lebih. Kerajaan pula benarkan mereka bawa semuanya,” katanya di sini.
Sebelum ini kerajaan dikatakan menjual 60 peratus saham projek Bandar Malaysia dengan harga RM7.41 bilion kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).
Dan baru-baru ini pula syarikat Malaysia dan China memanterai 14 perjanjian yang bernilai RM144 bilion semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Beijing.
Perjanjian berkaitan kejuruteraan dan pembinaan ditandatangani antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd, China Communications Construction Company Limited (CCCC) dan China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCCM).
Selain itu, China Construction Bank (Malaysia) Berhad diberikan lesen perbankan dengan modal berbayar awal USD200 juta bagi membiayai pembangunan prasarana Malaysia.
Kamaruddin berkata, rakyat Malaysia dijangka tidak mendapat banyak manfaat kerjaya daripada projek tersebut.
“Kerajaan BN beri lesen untuk tubuh bank lagi di Malaysia sedangkan lesen bank sudah beku. Namun kerana hutang 1MDB kerajaan sanggup beri lagi lesen bank.
“Bagaimana pula dengan bank yang sedia ada di negara kita. Lebih pelik lagi syarikat CCCC disenaraihitam semua institusi kewangan dunia termasuk Bank Dunia,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/11/2016
Sumber HD -7-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan ke Bukit Aman pagi Isnin untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen baru-baru ini.
Sumber terdekat dengan Ahli Parlimen Semporna itu berkata, pihak polis telah menghubungi bekas naib presiden Umno itu pada Rabu lalu.
"Selepas berbincang, kedua-dua pihak bersetuju untuk Datuk Seri Shafie ke Bukit Aman pada 10 pagi Isnin ini," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.
Sumber itu berkata, Shafie akan hadir bersama peguamnya untuk memastikan sesi merakamkan keterangan itu berjalan lancar.
Kata sumber itu lagi, pemimpin itu juga sedia memberi kerjasama bagi membantu pihak polis menyiasat kes berkenaan.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya mempunyai asas yang cukup untuk menyiasat tiga bekas menteri di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan.
Kata Khalid, kes 1MDB masih dalam siasatan dan mendedahkan beberapa perkara yang membabitkan dakwaan salah laku terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diklasifikasikan sebagai Akta Hasutan.
Tiga bekas menteri berkenaan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Bagaimana pun, sesi merakamkan keterangan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Isnin lalu telah ditangguhkan.
Dilaporkan, semasa perbahasan ucapan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sama ada jika sebarang tindakan diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana menyalurkan dana syarikat pelaburan negara itu ke "tempat yang salah".
Beliau juga menyoal mengapa kerajaan hanya akan dibayar pada 2020 bagi penjualan 60 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah syarikat Cina.
Ahmad Husni juga menyoal kerajaan sama ada imej Malaysia akan terjejas sekiranya 1MDB tewas dalam kes timbang tara di London berhubung tindakan International Petroleum Investment Co milik Abu Dhabi, yang menuntut lebih daripada AS$6.5 bilion daripada 1MDB.
Sumber TKO- 6-11-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk diambil keterangan dalam siasatan berhubung kandungan surat terbukanya yang ditujukan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Polis telah menerima beberapa laporan berhubung perkara itu, katanya.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam membuat sebarang komen terhadap raja dan institusi raja," katanya.
Dalam surat terbuka yang dimuat naik di laman Facebooknya, Syed Saddiq yang merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, antara lain dikatakan mengkritik larangan mengadakan demonstrasi di Johor yang dititahkan Sultan Johor pada Khamis lepas. - BERNAMA
Sumber TKO - 6-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mahathir Tak Peduli Dana Dari Soros
Posted on Sunday, November 06 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32256
|
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak peduli sumber dana yang diterima oleh BERSIH malah bertegas akan tetap menyertai perhimpunan haram itu pada 19 November ini.
Katanya, walaupun gerakan itu mengakui menerima dana sumbangan daripada penyangak matawang, George Soros, namun Mahathir berkata beliau dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan tetap menyertai perhimpunan itu.
Walaupun ketika menjadi Perdana Menteri, Mahathir amat sensitif terhadap Soros, namun kini penyangak matawang itu bagaikan tiada apa makna buat beliau.
“Saya tidak peduli mengenai punca kewangan BERSIH. Saya utamakan ialah tunjuk perasaan terhadap Najib.
“Saya yakin dia (Najib) nak batalkan tunjuk perasaan itu dengan buat macam-macam tuduhan,” katanya.'
Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau dan ahli PPBM akan menyertai BERSIH meskipun pengerusinya, Maria Chin Abdullah sebelum ini mengakui menerima dana daripada George Soros bagi tujuan mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Memetik laporan portal liberal, Maria mengakui menerima RM70,000 dari Open Society Institute – pertubuhan kelolaan Soros – antara tahun 2010 dan 2011.
Malah, laman web DC Leaks mendedahkan dokumen dalam bentuk minit mesyuarat Open Society Foundation (OSF), turut menaja Merdeka Center dan portal liberal, Malaysiakini.
Sumber TKO - 6-11-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Zaeinal
Abidin Omar hari ini mempersoalkan keputusan pucuk pimpinan parti yang melantik bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai naib presiden.
Beliau juga mempersoalkan pelantikan Datuk Abdul Rashid Asari sebagai
naib presiden dan separuh daripada mereka yang berada dalam senarai itu.
“Sejak bila mereka ini berjuang lawan Najib?
“Bila rumah (parti) dah siap mereka senang saja masuk dapat jawatan. Adakah mereka mempunyai rekod menentang Najib?” katanya kepada Malaysiakini.
Zaeinal Abidin berkata seperti beberapa pemimpin dalam BERSATU beliau mahu tahu sama ada Abdul Rashid mempunyai keberanian untuk berjuang.
“Adakah si Rashid ini ada jiwa politik berbanding kami yang sanggup pergi masuk hutan belantara dan berjuang menegakkan bangsa, agama dan negara?” soalnya.
Zaeinal Abidin berkata beliau pada tahun 2008 mencadangkan supaya Tengku Razaleigh mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan adalah antara yang paling lantang menentang Najib.
Beliau berharap pucuk pimpinan parti akan menerima kritikannya dengan hati yang terbuka.
Zaeinal Abidin berkata kritikan itu perlu kerana beliau tidak mahu BERSATU menjadi satu lagi Umno, di mana ahli hanya mengikut kerana itu adalah budaya Umno.
Sumber TKO - 2-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pertemuan pembangkang permulaan baik untuk Bersatu
Posted on Wednesday, November 02 @ 22:36:27 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32207
|
PUTRAJAYA - Parti Bersatu mengesahkan telah menerima jemputan untuk mengadakan perbincangan dengan Pas dan Pakatan Harapan dalam masa terdekat.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertemuan tersebut merupakan permulaan baik untuk Bersatu memulakan rundingan dengan parti-parti pembangkang lain mengenai bentuk kerjasama menjelang PRU14.
"Berita baik yang pertama, Pas telah menyatakan persetujuan untuk adakan perbincangan dengan kita. Tarikh pun telah ditetapkan dan bagi kami, itu satu langkah ke hadapan.
"Kedua, Pakatan Harapan sudah memberikan jemputan untuk kami hadir dalam satu mesyuarat antara pemimpin-pemimpin mereka dalam tempoh terdekat. Dari situ kita boleh dapat mengorak langkah bagi bentuk kerjasama yang sesuai dan boleh dijalinkan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam pertemuan tersebut, Bersatu akan memulakan proses rundingan bagi kerusi-kerusi yang boleh ditandinginya dalam PRU14.
"Bersatu dah teliti semua kerusi di negara ini yang berada di bawah Pakatan Harapan dan Pas. Jadi kita akan lihat kepada asas 'winnability'.
"Apa pun kita kena bincang dan ini mungkin ambil masa. Tetapi kita harap dapat penyelesaian yang dipersetuju oleh semua parti mengenai jumlah kerusi patut ditandingi Bersatu," katanya.
Menyentuh mengenai pertemuan dengan Pas, katanya, ia akan diadakan dengan pimpinan Pas secara beberapa peringkat.
"Ada beberapa pimpinan Pas yang telah diberikan amanah. Ada beberapa peringkat nanti, ini peringkat pertama. Kemudian disusuli peringkat tertinggi," katanya.
Ditanya sama ada Bersatu bersetuju dengan syarat Pas yang hanya ingin bekerjasama dengan pihak yang boleh menerima dasar Islam, beliau berkata, Bersatu tiada halangan.
"Saya fikir tak menjadi masalah jika mereka kata memperjuangkan Islam. Itu pun sebahagian yang penting dalam perjuangan Bersatu.
"Tetapi kita juga tahu dalam Perlembagaan, hak agama lain memang terjamin. Dengan pertemuan ini, banyak perkara boleh kita rungkai dan bincangkan dari segi bentuk kerjasama dan sebagainya," katanya.
Malah, Muhyiddin berkata, Pas juga secara prinsipnya telah bersetuju dengan strategi satu lawan satu.
"Jadi, kalau itu sudah dijadikan asas kerjasama, ia satu kemajuan. Kita harap itu dapat diputuskan apabila kita adakan pertemuan rasmi," katanya.
Sumber TKO - 2-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS kini bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU), kata presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, persetujuan itu bagi membincangkan soal kerjasama untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Berita baik bahawa PAS telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan perbincangan dengan kita (BERSATU), tarikh juga telah ditetapkan dan itu bagi bagi kami satu langkah ke hadapan.
"Ada beberapa pimpinan mereka yang telah diberikan amanah dan akan disusuli dengan peringkat kepimpinan tertinggi,” kata Muhyiddin pada sidang media BERSATU di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.
Muhyiddin berkata, Pakatan Harapan juga menjemput BERSATU untuk menyertai mesyuarat kepimpinan pakatan pembangkang itu.
"HARAPAN pula telah menyatakan jemputan untuk kita hadir dalam mesyuarat pimpinan mereka dalam tempoh beberapa hari ke hadapan dan di situ kita dapat mengorak langkah bagaimana bentuk kerjasama yang sesuai yang boleh kita jalinkan.
"Kita juga pada masa itu nak ambil kesempatan untuk memulakan proses rundingan untuk meletakkan kerusi yang mungkin boleh dijadikan kerusi BERSATU," kata Muhyiddin.
Sementara itu, beliau juga tidak melihat masalah bekerjasama dengan PAS sebagai parti Islam memandangkan BERSATU juga tidak berbeza.
"Saya fikir itu tidak menjadi masalah lebih lagi kalau mereka katakan mereka memperjuangkan Islam, sebab itu (Islam juga) sebahagian yang penting dalam parti kita.
"Tapi kita tahu dalam perlembagaan hak agama lain memang terjamin dan dengan ada pertemuan akan datang banyak perkara akan dirungkaikan, kerjasama yang bagaimana, bentuk seperti apa dan sejauh mana kita nak bekerjasama," kata Muhyiddin.
Bekas timbalan perdana menteri itu juga berharap kerjasama dengan PAS akan dapat diputuskan sewaktu pertemuan rasmi dalam tempoh terdekat.
"Jadi, kalau itu dah dijadikan asas kerjasama, itu satu kemajuan.
"Kita harap itu dapat diputuskan bila kita adakan pertemuan rasmi dalam tempoh terdekat.
Terbaru, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dilapor berkata mereka bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.
Hashim berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.
Sementara itu pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan kerjasama parti pembangkang amat penting bagi menjatuhkan kerajaan Umno-BN.
"Kita berharap ia dapat diselesaikan dan kita dapat isytiharkan dengan parti lawan.
“Mungkin ada parti lawan yang tidak ingin sertai, tapi kia harap kalau nak kalahkan Najib kita kena bersatu," tegas Mahathir.
Sumber TKO - 2-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas pengerusi SPR dilantik naib presiden BERSATU
Posted on Wednesday, November 02 @ 16:20:51 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32201
|
Bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilantik sebagai naib presiden Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU).
Selain itu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Abdul Kadir Jasin dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi.
Mursyidul Am NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) turut dilantik menganggotai majlis sama.
Sumber TKO - 2-11-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, hari ini.
Manakala, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman dan peguam, Datuk Abdul Rashid Asarin dipilih sebagai Naib Presiden.
Jawatan Ketua Srikandi dipegang oleh Anina Saadudin sementara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pemuda.
Sumber TKO - 2-11-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya Minta Maaf Tun M - Khairuddin
Posted on Tuesday, November 01 @ 11:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32188
|
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu berjumpa dan memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di atas keputusannya keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Bekas naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu mengakui tidak memaklumkan mengenai keputusan tersebut terlebih dahulu kepada Dr Mahathir selaku pengerusi parti.
"Saya dengan rendah diri nak minta maaf banyak-banyak kepada Tun M.
"Saya nak jumpa dengan Tun M dan bincang dari hati ke hati. Saya juga nak minta maaf kerana saya tak sangka bila umum keluar parti, ia viral sedemikian rupa, bukan niat saya untuk mencemarkan imej parti," katanya kepada pemberita di luar pekarangan Bukit Aman pada petang Isnin.
Khairuddin hadir di Bukit Aman bagi memberi sokongan kepada bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis berhubung kerana ucapan perbahasannya berkaitan 1MDB di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Bagaimanapun sesi itu ditangguhkan ke tarikh yang belum dimaklumkan.
Khairuddin dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, keputusan keluar parti itu terpaksa dibuat sebagai persediaannya untuk menghadapi beberapa kes di mahkamah.
Bagaimanapun Dr Mahathir pada Jumaat memberitahu pemberita beliau tidak tahu mengenai pengumuman Khairuddin itu.
Ditanya adakah beliau dihubungi Dr Mahathir selepas keluar parti, Khairuddin berkata: "Belum dihubungi setakat ini. Tak apalah, lebih tertib sekiranya saya yang bertemu Tun M."
Khairuddin berkata, antara sebab tidak memaklumkan mengenai keputusan itu terlebih dahulu kepada Dr Mahathir kerana beliau hanya sebagai ahli biasa dalam PPBM.
"Bila saya umum keluar parti, sepatutnya tidak ada impak (dalam parti). Kecuali kalau saya dalam majlis tertinggi parti, tentulah ada impak," katanya.
Dalam pada itu, Khairuddin mengulangi pendiriannya akan tetap memberi sokongan kepada PPBM walaupun bukan sebagai ahli parti.
"Saya akan membuat pertimbangan sama ada akan bertindak menggunakan platform politik atau tidak untuk meneruskan wadah perjuangan," katanya.
Awal Ogos lalu mStar Online pernah mengeluarkan kenyataan Khairuddin berhubung pendiriannya untuk tidak menyertai PPBM yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden.
Bagaimanapun Khairuddin memaklumkan bahawa beliau mengambil keputusan menyertai PPBM pada September lalu sebagai tanda sokongan kepada Dr Mahathir yang bertindak sebagai pengerusi parti berkenaan.
Sumber TKO - 1-11-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam ucapan Muhyiddin semalam dalam perjumpaan dengan sukarelawan Bersatu Kuala Lumpur, beliau ada menceritakan satu kisah yang menarik yang belum pernah saya dengar sebelum ini .... menarik sebab ia melibatkan Najib hehe
Menurut Muhyiddin, tahun lepas ketika masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau telah merasmikan Pavilion ( 'khemah' penyertaan ) Malaysia di Ekspo Dunia Milan 2015.
Katanya, di situ terpampang gambar YDP Agong dan juga gambar Najib .
Cerita yang saya terima sahih, daripada seorang kawan yang mana isterinya adalah seorang pegawai di Kementerian Perlancongan. Dia berkata bahawa gambar Najib itu diletakkan di hadapan.
Ketika pameran berlangsung, ramailah yang datang berkunjung ke Pavilion Malaysia yang sememangnya unik ( kena saksikan videonya, memang unik dan canggih ! ) Ramai juga pengunjung yang berhenti melihat gambar Najib sambil memberi komen ( yang didengar oleh pegawai itu ) -
I think i know this man. Dia kata dia kenal bukan kerana cerita baik tapi cerita soal rasuah yang telah dilakukan oleh Najib Razak ! Video-https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=05hd5OKSnCA
Bila dah ramai yang beri komen sebegitu, dia terpaksa menurunkan gambar itu dan simpan di tempat yang lain.
Ini gambar Perdana Menteri Malaysia. Nasib baik gambar saya takde kat situ .... Jadi, apa maknanya ini ? Ini cerita ringan tapi maknanya cukup mendalam.
Bahawa ' kehebatan ' Najib ni sudah menjadi seantero dunia ! Semua orang tahu. Dan ini suatu yang agak memalukan satu hal, tetapi ia mempunyai implikasi yang cukup besar kepada Malaysia.
Kesan daripada situasi dan keadaan yang negara sedang hadapi ini .... cukup buruk.
Jika benarlah seperti apa yang diceritakan oleh Muhyiddin di atas ..... tak tahulah di mana lagi nak letak muka kita sebagai rakyat Malaysia bila berdepan dengan orang luar !
DI MANA MARUAH KITA ? ?
Kalau dah SATU DUNIA duk menuduh PM kita terlibat dalam rasuah dan penggubahan wang haram yang nilainya merupakan satu rekod dunia peradaban manusia, kenapa kita sebagai rakyat Malaysia masih mengekalkan beliau sebagai PM ?
Begitu juga tatkala satu dunia mentertawakan alasan Derma Pak Arab yang mengikut logik akal manusia, ia sesuatu yang tidak mungkin berlaku tapi kita di Malaysia pula boleh percaya kepada cerita dongeng sebegitu .... agak2 apa pandangan orang luar terhadap rakyat Malaysia ?
Ini bukan kes dakwaan biasa ..... di mana kita boleh kata selagi tidak didapati bersalah oleh mahkamah maka Najib tidak perlu letak jawatan. Tapi ini kes yang diperkatakan seluruh dunia ! Dan pihak2 penyiasat luar ( yang berstatus pihak berkuasa negara2 tertentu ) pula telah menemui bukti salah laku dalam skandal 1MDB dan sedang dalam proses menyaman pihak2 yang terlibat dalam lingkungan kuasa mereka.
PALING TIDAK PUN ..... Najib, jika beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab, seharusnya meletakkan kepentingan negara dan maruah rakyat Malaysia di depan, mendahului kepentingan peribadinya. Antara caranya adalah dengan BERDEPAN dengan segala dakwaan itu dan BUKTIKAN bahawa semua dakwaan itu tidak benar.
Kalau mereka ada bukti seperti contohnya DOJ dengan money trailnya, maka Najib juga seharusnya tunjukkan money trailnya sebagai bukti yang dana yang beliau terima itu adalah dari sumber sah sebagaimana yang didakwa beliau. Juga membuktikan bahawa penderma Arab yang satu dunia percaya sebagai satu cerita dongeng itu sememangnya wujud !
Adalah tidak logik juga kalau difikirkan, jika niat pak Arab itu murni, demi membantu saudara se Islam, seharusnya ketika Najib selaku orang yang dibantunya sedang berdepan dengan cemuhan dan hinaan dari seluruh dunia, beliau tampil bagi membuktikan cerita dongeng itu adalah betul.
Tapi kenapa pak Arab itu masih bersembunyi ? Kalau dah mati sekalipun, takkan saudara mara terdekatnya tidak tahu apa2 ? Yang paling penting - tunjukkan BUKTI yang wang itu memang datang dari beliau,
Semuanya ada bukti dalam bentuk dokumen transaksi dan penyata bank. Yang ini tak boleh lari. So ...... DI MANA BUKTINYA DARI PIHAK NAJIB ?
Begitu juga dengan pihak 1MDB. Kenapa tidak tampil dengan bukti2 bagi menafikan dakwaan DOJ dan beberapa pihak lain lagi ?
ADA ATAU TIDAK BUKTI2 ITU ?
Najib mungkin sudah tidak ada maruah yang mahu dipertahankan lagi tapi kita rakyat Malaysia masih punya maruah ! - Sumber: dinturtleoriginal
Sumber TKO - 31-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tun M Pening Khairuddin Pula Tiba-Tiba Keluar PPBM
Posted on Saturday, October 29 @ 19:22:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32165 |
KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad sendiri pening tidak tahu ‘orang kuatnya' sendiri, Khairuddin Abu Hassan bertindak keluar parti itu.
Menurut bekas perdana menteri itu, beliau perlu berjumpa dan mendengar penjelasan terlebih dahulu, sebelum menjawab persoalan misteri mengapa Khairuddin tergamak bertindak sedemikian rupa secara tiba-tiba pula.
“Saya tidak tahu, saya tidak dengar lagi kenyataan dari dia. Tidak tahu, perkara itu betul atau tidak. Saya kena cakap dengan beliau dahulu,” kata Mahathir yang turut kelihatan terpinga-pinga apabila diajukan soalan cepumas itu.
Beliau yang juga mantan presiden UMNO dan Barisan Nasional selama 22 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran dua buku yang dihadirinya di Yayasan Al Bukhary di sini lewat Jumaat.
Semalam, Khairuddin dalam kenyataannya mengumumkan keluar daripada PPBM secara mengejut dan mendakwa konon terpaksa berbuat demikian untuk mempersiapkan dirinya menghadapi beberapa kes besar di mahkamah.
“Dalam masa yang sama saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat yang masih lagi berada bersama parti Bersatu (dibaca: PPBM) dan berharap mereka menggalaskan tanggungjawab secara beramanah.
“Saya kini perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting di mahkamah (kononnya) untuk melawan segala bentuk kemungkaran korupsi dan salah laku institusi-institusi kerajaan.
“Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin dan ahli parti tidak boleh berpuak dan jangan sama sekali tiru budaya serta amalan buruk UMNO ke dalam Bersatu (dibaca: PPBM),” kata Khairuddin dalam kenyataannya pada Khamis.
Tindakan itu turut mengejutkan pelbagai pihak memandangkan ‘tiada angin atau ribut’ membadai PPBM dan ia cetus spekulasi bahawa parti tersebut sebenarnya sedang menghadapi masalah dalaman yang cuba disorokkan.
Khairuddin hanya berani menyertai PPBM pimpinan Mahathir dengan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan lalu walhal sebelum itu beliau berulang kali menegaskan tidak akan sama sekali menyertai parti kecil tersebut.
PPBM diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 9 September namun setakat ini tidak menyertai Pakatan Harapan dianggotai DAP, PKR dan PAN atau Gagasan Sejahtera yang disertai PAS, Ikatan dan Berjasa.
Sebelum PPBM ditubuhkan, nama Khairuddin disebut-sebut sebagai bakal setiausaha agung parti namun akhirnya, ‘orang kuat’ Muhyiddin, Datuk Shahruddin Md. Salleh dilantik mengisi jawatan penting berkenaan awal bulan ini.
ADUN Jorak di Johor itu bertindak keluar UMNO setelah terdengar ura-ura beliau ditawarkan jawatan tersebut sebelum disingkirkan Kementerian Pendidikan sebagai Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
Ini kerana jawatan di ITBM itu dicadangkan Muhyiddin sewaktu menjadi Menteri Pendidikan dan kebetulan Shaharuddin dipecat susulan isu kontroversi institut tersebut di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 29-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOTA KINABALU - Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Datuk Seri Lajim Ukin kesal dengan aktiviti 'mencuri' ahli parti dalam kalangan sesama parti pembangkang tempatan di Sabah.
Lajim berkata sikap mencuri seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana parti-parti berkenaan adalah sama-sama parti pembangkang tempatan Sabah.
"Tapi maklumlah, masing-masing (parti-parti pembangkang baharu) sekarang mencari orang (ahli). Kita pun kesal sedikit kerana kita ini sama-sama pembangkang tetapi ada juga yang mencuri ahli kita.
"Ini satu sikap yang saya rasa tidak perlu dilakukan oleh mana-mana parti," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan barisan kepimpinan tertinggi parti itu di sini hari ini.
Parti Harapan Rakyat diluluskan pendafatrannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Oktober lalu.
Menurut Lajim, partinya itu tidak akan 'mencuri' ahli-ahli dari parti pembangkang tempatan namun berazam untuk mengajak ahli-ahli parti dari Semenanjung yang ada di Sabah untuk menyertai parti berkenaan.
Lajim berkata parti berkenaan juga sedia bekerjasama dengan semua parti-parti pembangkang tempatan di Sabah selagi mereka sanggup menerima perjuangan partinya untuk menuntut pelbagai hak rakyat Sabah.
Ditanya mengapa perlu ada parti Harapan Sabah sedangkan matlamat perjuangannya lebih kurang sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan), Lajim berkata "kita mempunyai strategi tersendiri. Tak perlulah saya 'highlight' strategi itu".
Dengan kelulusan parti Harapan Rakyat, Sabah kini mempunyai dua buah parti pembangkang baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak. - Bernama
Sumber TKO - 28-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
ROS lulus Parti Harapan Rakyat Sabah Lajim
Posted on Tuesday, October 25 @ 19:42:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32127 |
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di Putarajaya, hari ini, meluluskan pendaftaran penubuhan Parti Harapan Rakyat Sabah yang bakal diterajui bekas Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.
Lajim yang ditemui selepas kelulusan berkenaan, berkata parti itu juga akan menggunakan logo Gunung Kinabalu sebagai satu tanda rasa bangga rakyat Sabah dan Malaysia.
Menurutnya, permohonan menubuhkan parti baru itu sudah dibuat pada 14 September lalu dan diluluskan hari ini.
Lajim awal Oktober mengumumkan keputusannya keluar dari PKR bersama dua ADUN lain bagi memimpin sebuah pergerakan baru berasaskan Sabah.
Mereka ialah ADUN Moyog yang mewakili PKR dalam pilihan raya sebelum ini, Terrence Siambun dan Junz Wong (DAP - Likas).
Siambun bagaimanapun, menyatakan beliau akan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) pimpinan bekas menteri Umno Datuk Seri Shafie Apdal.
Manakala Wong belum membuat keputusan rasmi.
Lajim yang juga ADUN Klias dalam kenyataannya sebelum ini memberitahu Sabah perlu dibebaskan daripada belenggu 'simpanan tetap' kepada mana-mana kuasa politik yang "hanya mahukan sokongan rakyat Sabah untuk ke Putrajaya" tanpa menghormati sepenuhnya kedudukan negeri itu sebagai wilayah yang setaraf dengan negeri lain dalam Malaysia.
Keputusan pilihan raya Sarawak baru-baru ini juga dilihat menjadi faktor kepada Lajim serta pimpinan DAP dan PKR Sabah meninggalkan parti masing-masing.
Bercakap kepada media Lajim menjelaskan partinya itu kini dalam proses menyusun kepimpinan majlis tertingginya.
"Patrick Sadom sekarang presiden penaja (Parti Harapan Rakyat Sabah) saya dan akan ambil alih parti ini dalam masa terdekat dan akan menyusun majlis tertinggi," katanya.
Mengulas mengenai kerjasama dengan pakatan pembangkang Lajim yang sebelum ini menjadi ahli PKR berkata beliau tidak boleh menjanjikan apa-apa buat masa ini.
"Saya tidak boleh janjikan (kerjasama) buat masa kini kerana asas kami ialah memperjuangkan (kepentingan) Sabah terlebih dulu sebelum memikirkan membuat sebarang kerjasama dengan mana-mana parti yang berpusat di semenanjung," kata Lajim.
Sumber TKO - 25-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi memuatnaik 2 surat yang menyangkal cerita Tun Musa Husam berhubung sebab sebenar peletakan jawatannya.
Musa, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri dari 1981 hingga 1986, dalam bukunya Frankly Speaking (Terus Terang Saya Katakan) berkata peletakan jawatannya tiada kena-mengena dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
“Saya setuju peletakan jawatan Musa tidak ada kena mengenai dengan Tengku Razaleigh,” kata Dr Mahathir dalam blognya. Beliau juga secara sinis “bersetuju” dengan Musa yang dirinya seorang diktator.
“Bagi membuktikannya saya lampirkan 2 surat yang ditulis Musa kepada saya mengenai sokongannya kepada pelantikan Tengku Razaleigh ke jawatan Menteri Perdagangan dan Industri.”
“Saya tidak boleh lagi penuhi permintaannya untuk berahsia kerana beliau sekarang ini mahu berterus berterang.”
Salah satu surat itu, bertarikh 5 Julai 1984, mempunyai tanda PERIBADI dan RAHSIA PENTING. Dr Mahathir mencadangkan yang Musa sebenarnya membantah pelantikan Razaleigh atas sebab integriti politik.
Dr Mahathir turut menunjukkan yang Musa sendiri mahu menilai semula kedudukannya dalam kerajaan sekiranya pelantikan Razaleigh diteruskan.
Razaleigh dilantik ke portfolio itu pada 1984.
Dr Mahathir, melalui surat kedua yang bertulisan tangan dan bertarikh 31 Julai 1984, menunjukkan yang Musa sendiri bercadang untuk bersara daripada jawatan timbalan perdana menteri mulai 1 Ogos 1985.
Musa secara rasmi meletak jawatan pada 1986.
“Sayang sekali, sekiranya saya tewas di tangan Tengku Razaleigh, kita boleh saksikan betapa baik hubungan antara Tengku Razaleigh dan Musa dalam kerajaan,” kata Dr Mahathir.
Berkenaan tuduhan diktator yang dilemparkan terhadapnya, Dr Mahathir berkata hakikatnya beliau meletak jawatan secara sukarela, berbeza dengan nasib yang menimpa Adolf Hitler (Jerman), Benito Mussolini (Itali) dan Joseph Stalin (Rusia).
“Agak misteri bagaimana saya boleh terpilih lima kali. Sekarang kita tahu seorang perdana menteri yang terpilih juga boleh menjadi seorang diktator.”
Sumber TKO - 25-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerajaan sudah kekurangan dana - Tun Mahathir
Posted on Thursday, October 20 @ 15:51:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32083
|
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Bajet 2017 yang akan dibentang esok, tidak bermakna memandangkan kerajaan tidak mempunyai wang.
“Tidak syak lagi sejumlah besar wang akan diperuntukkan kepada kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Parlimen pasti akan meluluskan bajet itu kerana ia adalah bajet yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang mempunyai majoriti di Parlimen.
“Tetapi rakyat tahu bahawa kerajaan telah tidak mendapat wang untuk memenuhi bajet.
Mereka tahu bahawa kementerian dalam tempoh dua tahun yang lalu telah diberitahu bahawa wang itu tidak boleh didapati dan oleh itu mereka perlu membelanjakan kurang daripada apa yang diperuntukkan.
“Bajet ini sebenarnya tidak bermakna kerana kerajaan tahu ia tidak akan mempunyai wang,” katanya dalam status terbaru di blognya.
Dakwa Mahathir, kekurangan dana kerajaan itu adalah kerana wang yang ada tidak digunakan untuk tadbir urus yang baik, pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
“Wang itu digunakan untuk memenangi populariti untuk perdana menteri. Untuk ini perdana menteri telah mewujudkan peluang pekerjaan gaji buta untuk banyak pengikut setia. Kini terdapat sembilan menteri, tiga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Terdapat 51 jawatan di Jabatan Perdana Menteri. Peruntukan bajet untuk Jabatan Perdana Menteri telah meningkat daripada RM5.2 bilion pada tahun 2000 kepada RM20 bilion pada 2016, peningkatan empat kali ganda. Ia adalah 13 peratus daripada Bajet 2016 daripada RM267 bilion. Ia adalah kurang daripada empat peratus antara tahun 2000 dan 2008,” katanya.
Mahathir juga mendakwa sebahagian besar daripada dana Jabatan Perdana Menteri pergi kepada program yang ditentukan perdana menteri.
“Di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja boleh menyebabkan kos RM7 bilion oleh kerajaan,” katanya,
Sehubungan itu, beliau mencadangkan adalah lebih baik untuk memberi elaun bulanan yang mencukupi kepada mereka yang benar-benar layak untuk menyokong kehidupan.
Beliau menegaskan bahawa emolumen telah meningkat daripada RM26 bilion pada tahun 2003 kepada RM89 bilion pada 2016.
“Tetapi hasil persekutuan semakin berkurangan berbanding dengan KDNK (Kadar Dalam Negara Kasar). Kerana kerajaan percaya kepada berpendapatan tinggi sebagai penunjuk tahap pembangunan, gaji yang meningkat tanpa mengambil kira hasil atau produktiviti,” katanya.
Mahathir berkata, pendapatan per kapita bukanlah kriteria sebenar tahap pembangunan, namun apa yang penting ialah kuasa beli pendapatan.
“Peningkatan kos sara hidup telah menafikan manfaat berpendapatan tinggi. Bajet baru mungkin menyebabkan kos sara hidup meningkat. Ia akan memberi kesan kepada taraf hidup yang teruk. Ini akan menjadi lebih sukar jika kadar GST meningkat.
“Kejatuhan nilai dalam nilai ringgit juga akan memberi kesan kepada kuasa beli pendapatan. Oleh kerana kerajaan tidak percaya kepada industri tempatan yang boleh mendapat manfaat daripada ringgit yang lebih murah tetapi menggalakkan import, kos ini akan meningkat kerana menurunkan nilai ringgit. Akan ada aliran keluar yang lebih besar dana, mengakibatkan defisit perdagangan,” katanya.
Menurutnya, peningkatan gaji minimum akan meningkatkan kos pengeluaran, yang seterusnya akan meningkatkan kos menjalankan perniagaan di Malaysia.
Sumber TKO - 20-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kerajaan Kelantan hanya boleh menikmati hasil royalti minyak yang diperjuangkan selama ini sekiranya pembangkang menguasai Pusat.
Berucap dalam ceramah umun di Tunjung semalam, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, sekiranya kerajaan pusat gagal dikuasai, mereka yang menuntut hanya boleh 'memekik' dari luar tanpa mendapat ihsan daripada kerajaan pusat.
“Saya dengar kenyataan (Datuk) Husam mengenai royalti, saya tahu perasaan orang Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, selagi kita berada dalam parti lawan, orang kita hanya boleh menjerit dan mereka (kerajaan pusat) pekak, kalau nak buat sesuatu, kita kena ada dalam kerajaan Malaysia, bukan kerajaan kelantan saja," ucapnya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.
Ceramah tersebut dianjurkan bekas ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim yang dihadiri Penasihat Parti Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa dan Pengerusi PKR Negeri, Aziz Kadir.
Ucapan Tun Mahathir mengenai isu royalti menarik perhatian kerana beliau didakwa terlibat dalam pengstrukturan royalti dan pendaratan minyak semasa menjadi Perdana Menteri.
Berucap di majlis itu, Tun Mahathir menjelaskan semasa mengetuai BN, faktor memudahkan kerja beliau adalah sikap pembangkang yang tidak bersatu sekaligus menjadi penyebab utama BN tidak mampu ditewaskan sejak 60 tahun yang lalu.
“Selama saya memimpin kerajaan BN , saya selalu menang, bukan kerana kita menang, tetapi parti lawan kalah.
"Mereka berpecah, selagi tak menang, selagi itu dasar dan tuntutan tidak dapat dihasilkan, hanya dapat mendirikan kerajaan pusat kita dapat apa yang kita mahu termasuk dalam tuntutan royalti,
“BN menang kerana mereka guna satu simbol sahaja, satu menisfesto dan yang paling utama satu calon dan semua 14 parti sokong calon itu, dengan cara itu mereka mendapat undi terbanyak,” katanya.
Justeru itu, bekas Presiden Umno itu mengesa parti pembangkang supaya bersatu dan perlu membuat pengorbanan termasuk melihat kembali dasar dan hasrat yang diperjuangkan.
“Selama ini (pembangkang) menang di peringkat negeri termasuk di Kelantan Terenggangu, Pulau Pinang dan Sabah tetapi semua perlu bergantung kepada pusat, kalau kita jadi kerajaan pusat, kita tidak perlu minta orang lain, kita minta kepada diri(kumpulan) kita, takkan kita tak bagi.
“Dalam politik tidak semua berjaya, ada yang menang ada yang kalah, kalau nak menang, kita kena korban sedikit dasar dan hasrat supaya kita dapat bersatu dan kuat,” katanya.
Sumber TKO - 16-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam dua sesi bajet yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin duduk di barisan hadapan di sebelah kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua kerajaan pada masa itu.
Apabila Parlimen bersidang pada Oktober tahun lepas, tempat itu diambil alih oleh MP Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.
Pergeseran antara Muhyiddin dan Najib menyaksikan ahli Parlimen Pagoh itu dipecat daripada kerajaan.
Tanpa jawatan dalam kerajaan, Muhyiddin duduk bersama-sama dengan penyokong BN yang lain.
Muhyiddin menduduki kerusi ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN, yang telah dipindahkan satu barisan di belakang.
Di sebelahnya ialah Ahli Parlimen Keningau, Datuk Joseph Pairin Kitingan, pemimpin Parti Bersatu Sabah.
Bagaimanapun, landskap politik negara mengalami perubahan yang lebih drastik pada tahun lalu.
Muhyiddin, yang terus lantang mengkritik cara Najib pengendalikan isu 1MDB, telah dipecat dari Umno pada 24 Jun, menjadikannya wakil rakyat tanpa parti.
Pada 8 September, Muhyiddin menjadi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia selepas Pendaftar Pertubuhan diluluskan pendaftaran parti tersebut.
Bagaimanapun, Parlimen masih belum mengiktiraf parti yang baru didaftarkan itu dan Muhyiddin dianggap sebagai ahli Parlimen Bebas apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini untuk sesi Bajet 2017.
Beliau akan ditempatkan di sebelah belakang Dewan, bersebelahan dengan ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga ahli parlimen Bebas selepas dipecat daripada PKR.
Kerusi yang akan diisi oleh Muhyiddin itu kosong sejak awal sesi Parlimen selepas pilihan raya umum ke-13.
Kerusi di sebelah kiri Muhyiddin akan diisi oleh Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal, yang turut mengalami nasib yang sama dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu dipindahkan untuk duduk bersama-sama dengan penyokong BN yang lain selepas beliau disingkirkan daripada kerajaan kerana mengkritik penglibatan Najib dalam 1MDB.
Keahlian Shafie dalam Umno digantung pada 24 Jun, mendorongnya untuk keluar parti.
Beliau kini dalam proses menubuhkan sebuah parti berasaskan Sabah tetapi buat masa ini dianggap sebagai seorang ahli Parlimen Bebas, mengambil tempat di sebelah Muhyiddin di sebelah hujung Dewan.
Tempat duduknya itu, juga telah kosong sejak Parlimen bermula selepas pilihan raya umum ke-13.
Yang menariknya, tempat duduk MP Penampang Darell Leiking dalam Dewan tidak akan berubah, walaupun Leiking telah keluar PKR untuk bekerjasama dengan Shafie.
Parlimen kini mengiktiraf Leiking sebagai ahli Parlimen Bebas tetapi dia masih ditempatkan di barisan kedua kerusi pembangkang, di belakang Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.
Kedudukan kerusi untuk ahli-ahli Parlimen adalah seperti di atas berdasarkan pelan tempat duduk yang disediakan di laman web Parlimen pada 16 Oktober.
Sumber TKO - 15-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42841-kukuhkan-kelantan-bukan-cari-cacat-cela-bersatu
PASIR PUTEH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu pakatan pembangkang mengukuhkan kerajaan negeri yang ada sekarang dan bukannya mencari cacat cela di sana sini.
Ketua Penerangannya Datuk Kamaruddin Mohd Nor berkata kalau sengaja pembangkang lain mencari kelemahan kerajaan negeri tentunya ada.
“Kelemahan sedikit sebanyak kerajaan negeri memang tidak boleh hendak dinafikan kalau sengaja kita hendak cari.
“Sepatutnya kita tumpu perhatian bagi menggantikan urus tadbir negara di bawah BN yang begitu pincang sekarang kerana rakyat sedang berada dalam keadaan bahaya,” katanya selepas ceramah isu semasa di Cherang Ruku malam tadi.
Program itu dianjurkan Kelab Veteran Semerak yang menghimpunkan pemimpin PAS, Umno, Bersatu dan AKIM di satu pentas. Kelab itu dipengerusikan Awang Ismail.
Hadir sama Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, Timbalan Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Yuganu Yunus, Ketua Penerangan PAS kawasan Drs Zainuddin Awang Hamat, Setiausaha Agung AKIM Aslah Mamat, Penyelia Dun Semerak, Wan Hassan Wan Rahim dan bekas Adun Semerak Othman Wahab.
Bekas pemimpin PAS yang menyertai PAN kini dilihat berhempas pulas mencungkil kelemahan kerajaan negeri termasuk membongkarkan isu pembalakan di Gua Musang.
Kamaruddin juga berkata kerajaan Kelantan di bawah Ustaz Datuk Ahmad Yakob dianggap antara tokoh terbaik bagi meneruskan kepimpinan yang ditinggalkan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Katanya Menteri Besar seorang pemimpin yang jujur dan amanah dalam melaksanakan tugasnya.
“Saya sudah lama mengenali terutamanya ketika berkhidmat Adun Semerak selama dua penggal. Beliau seorang yang jujur. Saya amat menghargai sikapnya selama ini,” katanya. - HARAKAHDAILY 16/10/2016
Sumbere HD - 16-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERSATU Jangan buat Kerja bodoh Macam Parti PAN
Posted on Friday, October 14 @ 15:05:26 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32023 |
Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang juga Naib Presiden Bersatu berkata BERSATU mendapat sambutan menggalakan apabila penyertaan terhadap parti itu kini mencecah 500,000 ahli.
Kenyataan ini adalah susulan daripada kenyataan Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin yang berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengulang cetak borang keahlian berikutan sambutan keahlian parti luar biasa yang diterima pihaknya.
Pasal ahli setengah juta, saya rasa kita patut berpada-pada dan jangan keterlaluan dalam membuat kenyataan. Banyak parti-parti baru sebelum ini telah membuat kenyataan seperti ini tapi kesudahannya tak kemana pun.
Kita tidak lupa, dulu 1983 parti Hamim yang keluar daripada PAS mendakwa 10,000 borang habis dan terpaksa ulang cetak. Tapi sekarang mana perginya parti bernama HAMIM ini?
PAN pun sama, Mat Sabu buat kenyataan, Salahuddin Ayub buat kenyataan kononnya ahlinya telah mencapai 100,000 orang seluruh negara. Tapi hakikatnya ahli hanya meningkat daripada 17k kepada 20k sahaja itu ada arahan setiap ahli IKRAM diwajibkan menyertai parti PAN.
Pendedahan oleh Raja Petra dengan statistik parti PAN sangat mengaibkan Salahudin Ayub kerana berbohong dalam membuat kenyataan. (sila ruju di sini)
Oleh itu saya sangat berharap parti BERSATU jangan buat kerja bodoh macam parti PAN.
Sumber TKO - 14-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Setelah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia 3 minggu lepas (tanpa mengambil kira kenyataan terbaru dengan Malaysiakini), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menamakan pula Datuk Seri Shafie Afdal sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan pembangkang berjaya memerintah Malaysia selepas PRU14.
Menurut sumber Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun berpuas hati dengan pencapaian Shafie selama menjadi Menteri kabinet dan Naib Presiden UMNO Malaysia dulu dan jawatan ini juga setaraf dengan kedudukan Shafie sebagai Presiden parti baru tempatan Sabah yang bakal ditubuhkan kelak.
Begitu pun, perlantikan ini adalah dengan syarat Shafie tidak terbabit dengan skandal air Sabah yang hebat diperkatakan sekarang. Tun bagaimanapun dikatakan yakin Shafie adalah bersih dan tidak pernah membuat dosa, tak seperti Menteri-Menteri kabinet lain yang pernah beliau lantik/kenali.
Perkara ini juga disebut-sebut turut dimasukkan dalam wasiat Tun, sekiranya beliau tidak sempat menyaksikan kejayaan Pakatan Harapan dalam PRU14 kelak. Bila sudah dimasukkan dalam wasiat, nak tak nak, perkara ini mesti dilaksanakan juga tidak kira apa.
Sumber Pakatan Harapan pula menyebut, tidak dimaklumkan tentang penamaan Shafie sebagai Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu oleh Tun tapi menyatakan tidak ada sebarang masalah kerana dibawah pemerintahan Pakatan Harapan, Timbalan Perdana Menteri tak semesti seorang, boleh jadi 3 atau 5 atau lebih.
Kuota Timbalan Perdana Menteri mewakili Sabah dan Sarawak memang sudah diperjuangkan Pakatan Harapan sejak dulu lagi bagi mengiktiraf sumbangan kedua wilayah berkenaan kepada negara.
Seperti juga penamaan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, itu juga tidak ada masalah kerana sememangnya, seorang Perdana Menteri interim perlu dilantik sementara menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dan pengampunan diraja diperolehi beliau untuk membolehkannya aktif dalam politik semula.
Sumber TKO - 14-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keterbatasan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah faktor utama mengapa bekas ketua pembangkang itu tidak boleh menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
Menurut Dr Shahruddin yang juga ADUN Jorak berkata keterbatasan itu dilihat ekoran kekangan undang-undang untuk Anwar bertanding.
Sehubungan itu, katanya, calon berpotensi pakatan pembangkang untuk jawatan perdana menteri adalah presiden penaja BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Keterbatasan. Dia (Anwar) mempunyai beberapa keterbatasan yang mana banyak benda beliau lalui. (Anwar) kena tunggu lima tahun.
"Keadaan tidak bersama beliau setakat ini dan itu realistiknya.
"Kalau PRU akan diadakan tahun depan, yang layak bertanding dengan hukum undang-undang yang ada adalah Tan Sri Muhyiddin, walaupun Anwar layak dan saya tak nafikanya, tetapi ada kekangan undang-undang untuk Anwar bertanding," kata Shahruddin dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini.
Pengerusi parti serpihan Umno itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata Muhyiddin ialah pilihan utama sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya akan datang.
Bercakap di London beberapa minggu lalu, Mahathir bagaimanapun berkata ia bergantung sama ada ia dipersetujui barisan pembangkang.
Namun, Ketua Publisiti DAP Tony Pua menegaskan calon berpotensi Pakatan Harapan untuk jawatan perdana menteri kekal Anwar.
Mengulas lanjut,
Shahruddin berkata dalam BN Muhyiddin pernah menjawat jawatan kedua tertinggi dalam negara sebagai timbalan perdana menteri.
Oleh itu, adalah tidak menjadi masalah kepada Muhyiddin untuk dilantik sebagai perdana menteri, kata Shahruddin.
"Dia (Muhyiddin) telah lama mentadbir negara dan mempunyai pengalaman yang luas dalam parti, kementerian bahkan dia dikenali di dalam dan luar negara.
"Jadi, saya kira beliau mempunyai kebolehan dan ketokohan untuk menjadi PM. Saya juga rasa tidak ada orang dalam parti lain yang mempunyai ketokohan begitu," tegas Shahruddin.
Bahkan, beliau yakin 100 peratus dengan kemampuan dan kebolehan Muhyiddin untuk menyelesaikan segala krisis yang membelit negara hari ini.
"Sudah pasti boleh dan saya yakin 100 peratus," kata Shahruddin ketika diminta mengulas sejauhmana Muhyiddin mampu membawa Malaysia keluar dari krisis sedia ada.
Tambah Shahruddin, berdasarkan pemerhatian beliau, Muhyiddin adalah seorang pemimpin yang berjiwa kental dan tidak mudah mengalah meskipun seringkali dilihat bersikap tenang dan tidak melawan setiap kali berdepan kritikan.
"Saya sendiri tak terfikir Muhyiddin boleh menubuhkan parti dengan cara dia sebegitu, tapi dia mempunyai karekter yang tak pernah mengalah dan beliau juga seorang menteri yang paling menonjol," kata Shahruddin.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara selepas disabit atas tuduhan liwat. Beliau secara konsisten menafikan pertuduhan itu, dan mendakwa ia adalah konspirasi politik.
Sumber TKO - 14-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------Ezam tinggalkan Umno, sertai Bersatu
Posted on Thursday, October 13 @ 18:44:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32003
|
SHAH ALAM - Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor kini dilaporkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memetik laporan portal berita Astro Awani, Ezam telah mengadakan pertemuan dengan Mahathir dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyerahkan borang keahlian parti.
"Saya bertemu Mahathir pada Selasa dan menyerahkan borang keahlian kepada Muhyiddin pagi semalam (Rabu)," katanya.
Mohamad Ezam sebelum ini lantang menentang pentadbiran Mahathir sejak era reformasi pada 1998 selepas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
Beliau yang merupakan orang kanan kepada Anwar itu meninggalkan PKR dan menyertai Umno pada Mei 2008 untuk bersama-sama berkempen menentang pembangkang.
Namun, baru-baru ini beliau memilih untuk keluar Umno dengan alasan parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.
Katanya, keputusan berkenaan dibuat bagi mempertahankan prinsip perjuangannya sekaligus melakukan perubahan di negara ini.
Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Anwar ketika pemimpin pembangkang terbabit berada dalam kerajaan.
Ekoran penyingkiran Anwar, Mohamad Ezam menyertai gelombang reformasi dan pernah menjadi Ketua Pemuda PKR antara 1999 dan 2005.
Sumber TKO - 13-10-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tun Dr Mahathir Mohamed tetap positif untuk meneruskan perbincangan bersama PAS meskipun parti Islam itu menolak kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang yang menjalin hubungan dengan DAP.
Ini kerana, tegas Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, PAS sebelum ini telah sekian lama menjalin hubungan dengan parti-parti pembangkang itu.
Malah, bekas pemimpin veteran Umno itu berkata, kemenangan PAS di kebanyakan kerusi yang dimenangi parti Islam itu juga dibantu oleh rakan komponen Pakatan Harapan itu.
"Ini adalah sangat menyedihkan (penegasan PAS tolak kerjasama dengan pembangkang) tetapi seperti mana yang kita PAS sebelum bekerjasama dengan DAP dan PAS dipilih serta mendapat sokongan ahlinya juga kerana DAP dimana pengundi Cina membantu PAS untuk menang dikawasan majoriti pengundi Cina.
"Saya berharap kita akan dapat mengadakan pertemuan dengan PAS untuk menjelaskan jika mereka tidak bersama kita dalam pilihan raya mereka sebenarnya akan membantu kerajaan untuk menang sebab mereka akan kehilangan banyak kerusi," kata Mahathir ketika menghadiri sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia di Petaling Jaya, hari ini.
Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa parti-parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan PAS mesti meninggalkan DAP sebelum rundingan boleh diadakan.
"Realitinya adalah DAP masih menentang perjuangan Islam PAS.
"Oleh itu, dasar semasa PAS adalah untuk menolak DAP dan semua pihak yang bekerjasama dengan DAP," katanya dalam satu kenyataan, demikian menurut satu laporan dalam Harakah Daily.
Oleh itu, Nasruddin berkata persamaan yang mudah untuk pihak-pihak yang mahu bersama dengan PAS adalah untuk meninggalkan DAP dan mematuhi syarat yang mudah - menghormati perjuangan teokratik parti.
Bagaimanapun, ketika diminta mengulas apakah BERSATU akan meneruskan kerjasama itu sedangkan mereka menentang hudud, ini jawab Mahathir:
"Ada perbezaan antara kita, tetapi jika kita menekankan perbezaan, kita tidak akan boleh bekerja bersama-sama.
"Oleh itu, jika kita mahu bekerjasama untuk menukar kerajaan yang sangat kuku besi dan tidak liberal kita harus mengendalikan masalah ini bersama-sama," ujar Mahathir lagi.
Sumber TKO - 9-10-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------Datuk Dr Shahruddin dipecat serta merta sebagai pengerusi ITBM
Posted on Saturday, October 08 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31952
|
Anggota Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dipecat serta merta sebagai pengerusi lembaga pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) berkuatkuasa semalam.
Kementerian Pendidikan mengumumkan pemecatan itu dalam kenyataannya lewat malam tadi, kira-kira 24 jam selepas beliau dilantik sebagai setiausaha agung serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin.
Menurut kementerian, penamatan perkhidmatan beliau dibuat berdasarkan kuasa menteri pendidikan bawah Artikel 135(1) Tataurusan Syarikat ITBM.
“Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa YB Datuk Dr Shahruddin Md Salleh telah ditamatkan serta merta sebagai pengerusi Lembaga Penagrah ITBM,” kata kementerian.
Shahruddin pertama kali dilantik ke jawatan itu pada Februari 2010.
Pelantikan Shahruddin ke jawatan kanan BERSATU dipercayai secara automatik membuatkan beliau gugur keanggotaan Umno dan menjadi wakil pembangkang dalam dewan negeri.
Malah, lebih buruk bagi BN, ia menyebabkan parti itu hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menyukarkannya meminda undang-undang Johor.
Dengan itu, ADUN BN Johor berkurangan daripada 38 kepada 37, manakala pembangkang bertambah daripada 18 kepada 19 orang ADUN.
ITBM (sebelum ini dikenal sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di negara ini.
Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, modal asas ITBM dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) manakala pentadbirannya diselia oleh Kementerian Pendidikan.
Sumber TKO - 8-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar pakatan pembangkang mewujudkan barisan kabinet bayangan dan menamakan nama perdana menteri sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.
Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh berkata, hal itu penting untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa gagasan pembangkang telah bersedia menerajui negara sekiranya mereka dipilih.
"Soal calon PM saya tak patut sebut, pasal saya tak nak nanti menggegarkan banyak pihak,saya fikir perkara ini ada di sebut dalam Perlembagaan untuk menjadi perdana menteri mereka seorang yang mempunyai sokongan dan keyakinan daripada ahli-ahli Parlimen.
"Kalaulah katalah Barisan (pembangkang) sini menang maka kita kena fikirkan siapa yang paling sesuai ataupun mungkinkah sebelum pilihan raya...ini bukan kepada saya,kepada semua presiden pemimpin parti yang bersama-sama bergabung untuk memutuskan siapakah bakal (PM),” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, sudah sampai masa untuk pembangkang mengumumkan siapa yang akan menjadi perdana menteri jika BN berjaya dikalahkan.
"Saya sebut ini bukan atas keghairahan saya atau apa...pasal kalau sudah sampai masa kita boleh tawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kerajaan baharu, persoalan yang orang akan tanya siapa bakal PM.
"Maka isu soal kabinet bayangan bagaimana berlaku di negara lain akan timbul, siapa dia? BN kita tahu tapi, barisan pembangkang siapa dia? Kalau tak terjawab rakyat akan kurang pasti...tiada muafakat," katanya.
Katanya, oleh itu pemimpin dalam barisan pembangkang perlu menyelesaikan perkara ini seawal yang mungkin.
"Pimpinan dalam muafakat baharu yang kita hendak bentuk ini mestilah menyelesaikan dan memutuskan seawal mungkin sebelum pilihan raya supaya rakyat tidak tertanya-tanya.
"Ia akan membantu kita dan rakyat agar lebih yakin daripada kita berunding selepas pilihan raya (sudah menang) itu tidak membantu untuk memberi keyakinan pengundi yang menyokong kita," katanya.
Sumber TKO - 7-10-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bekas setpol Muhyiddin dilantik Setiausaha Agung PPBM
Posted on Thursday, October 06 @ 23:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31929 |
PETALING JAYA: Bekas setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin Datuk Shahruddin Md Salleh dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Presiden PPBM mengumumkan pelantikan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Perlantikan Shahruddin yang merupakan Adun Jorak menjadikan PPBM memiliki tiga kerusi, selepas Parlimen Pagoh (Muhyiddin) dan DUN Ayer Hitam (Datuk Seri Mukhriz Mahathir).
Jawatan terakhir beliau adalah Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh. Beliau meletak jawatan pada 4 Julai lepas sebagai membantah pemecatan Muhyiddin dalam Umno.
Shahruddin pernah menjadi setiausaha politik Muhyiddin semasa beliau memegang portfolio Kementerian Belia dan Sukan (1998-1999), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009).
Selain Shahruddin, turut dilantik memegang jawatan kanan parti itu adalah Datuk Kamarudin Md Nor sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung.
Kamarudin merupakan bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh dan Adun Semarak bagi tempoh 1997-1999 dan 2004-2008.
Salleh pula sebelum ini terlibat dalam beberapa badan bukan kerajaan dan pernah menjadi pemegang amanah untuk Yayasan Kebajikan SDARA dan Tabung Anak-anak Melayu Pontian.
Sumber TKO - 6-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertemuan beliau bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, merupakan satu pertemuan bersejarah.
Muhyiddin berkata, pertemuan itu merupakan perjumpaan pertama kali beliau sejak puluhan tahun lalu, dengan bekas ketua pembangkang itu.
"Mungkin inilah pertemuan pertama kali sejak puluhan tahun saya harus berjumpa, saya berjumpa bagi memberi sokongan moral dan untuk merapatkan semula perhubungan saya kerana beliau (Anwar) adalah de facto PKR.
"Kini saya sudah tubuh parti baharu...pada peringkat awal walaupun tidak melibatkan Anwar, tetapi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan lain-lain kami menyatakan hendak bekerjasama jadi saya fikir sudah sampai masa setidak-tidaknya kita (Bersatu) hendak bekerjasama," katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif bersama beliau di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Katanya lagi, pertemuan itu telah membibitkan momentum positif antara partinya dengan PKR dan Anwar secara peribadi.
"Adalah sedikit masa di berikan tadi untuk menyatakan beberapa perkara yang saya fikir tidak perlu saya nyatakan, tetapi pertemuan itu agak bersejarah, dan mempunyai pengertian yang besar serta memberikan satu prospek yang agak baik untuk bagaimana kita boleh jalin kerjasama yang subjektif.
"Jadi apa-apa tindakan selepas ini bolehlah kita (Bersatu) mulakan termasuk kerjasama dalam soal pembahagian kerusi;persempadanan (contoh sahajalah saya tidak kata di situ ada perbincangan, tetapi ini satu lebaran baru dalam perhubungan ini)," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Muhyiddin bertemu Anwar di bilik saksi pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kira-kira 30 minit.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah mengadakan pertemuan bersama Anwar, pertemuan yang dianggap bersejarah itu turut disulami dengan tautan salam daripada kedua-dua pemimpin yang dikhabarkan sudah 18 tahun 'bermusuh'.
Sumber TKO - 6-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah dilabelkan sebagai rasis, kini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga seorang rasis.
"Dia memecah belahkan umat Islam daripada Islam dan Islam daripada bukan Islam.
"Pada mulanya dia tidak peduli tentang orang Melayu, tetapi hari ini menjadi rasis dan juga Islami, itu ditulis dalam The Economist, bukan (kata) saya," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Beliau mengulas kenyataan di blog Najib pada Jumaat lalu yang mendakwa seorang ‘pemimpin lama’ yang telah bersara memecah-belahkan umat Islam di negara ini.
Tidak jelas artikel Economist mana yang dirujuk oleh Mahathir, tetapi laporan April 2015 oleh majalah perniagaan itu berkata kerajaan menggalakkan PAS untuk melaksanakan hudud yang sekali gus "menyemarakkan perbezaan kaum dan agama."
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Dr Mahathir berkata pilihan raya akan datang akan berteraskan perkauman kerana "gerrymandering" beberapa kawasan pilihan raya.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menafikan tuduhan ini.
Ditanya sama ada helah sama digunakan semasa beliau adalah perdana menteri, Mahathir berkata ketika itu kawasan pilihan raya memberi perwakilan lebih besar kepada kawasan luar bandar.
"Pada masa saya, saya harus mengakui kami memberikan wajaran kepada kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar tidak diwakili dengan sewajarnya.
"Kami terpaksa mengimbangkan antara pengaruh kawasan bandar dan luar bandar," katanya.
Mengenai persiapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menghadapi pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata: "Bukan BERSATU seorang diri, tapi kita akan bekerjasama dengan parti lain yang merasakan bahawa kerajaan sedia ada perlu diganti."
Mahathir bagaimanapun berkata, beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Kamu tahu, saya sudah tua, ma... ma ..," katanya sambil berpura-pura gagap.
"Najib kata saya sudah lama. Dia tidak pernah memanggil saya Tun atau Dr M. Dia panggil saya orang tua," katanya.
Sumber TKO - 6-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mendedahkan butiran berhubung pertemuan empat matanya dengan Yang di-Pertuan Agong pada 15 September lalu tetapi mengakui bahawa beliau gagal untuk meyakinkan Seri Paduka.
Menjawab soalan mengenai pertemuan berkenaan, bekas perdana menteri itu berkata, Seri Paduka dan beliau berbincang panjang lebar apabila dirinya mengemukakan 1.2 juta tandatangan Deklarasi Rakyat yang menggesa tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Baginda menyoal saya mengenai peruntukan undang-undang. Pada akhirnya, saya tidak berjaya meyakinkannya ... Baginda tidak berkata apa-apa, baginda cuma berkata bahawa baginda belum bersedia," katanya kepada pemberita.
Mahathir enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dititahkan oleh Seri Paduka kerana pertemuan itu adalah sulit, tetapi mengulangi bahawa baginda tidak dapat memenuhi tuntutan mereka.
"Apa yang kita tuntut tidak dapat dilaksanakan ... mungkin baginda fikir dirinya tidak mempunyai kuasa," katanya.
Ditanya jika Yang di-Pertuan Agong ada menasihatkannys supaya menjaga tingkah-lakunya, Mahathir menjawab: "Tidak, tidak ada nasihat."
"Dia tidak beritahu saya untuk tutup mulut atau sesuatu seperti itu," katanya.
Mahathir juga mendakwa bahawa Seri Paduka tidak mempersoalkan kesahihan Deklarasi Rakyat itu dan tidak berkata bahawa ia adalah satu tindakan yang tidak mengikut perlembagaan.
Bekas perdana menteri itu juga menolak dakwaan Najib bahawa beliau bertindak di luar batasan undang-undang.
"Apa yang saya lakukan tidak salah, baginda tidak perlu hanya mendengar kepada PM sahaja. Tidak seperti apa yang Najib kata bahawa saya bertindak melampaui undang-undang ... Agong mempunyai hak untuk melantik PM... kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk memecat.
"Apa yang saya lakukan bukan di luar perlembagaan (persekutuan). Adalah jelas bahawa raja-raja mempunyai kuasa, sebab itu kami merayu kepada mereka.
"Malangnya, kami gagal mendapatkan jawapan positif tetapi kita perlu teruskannya," katanya.
Sambil menekankan bahawa raja-raja bertanggungjawab terhadap nasib rakyat, Mahathir mendedahkan bahawa salinan surat juga dihantar kepada semua Raja-raja Melayu supaya mempertimbangkan rayuan mereka untuk bertindak terhadap Najib.
"Kami mahu tahu pendapat Raja-raja mengenai 1MDB dan saman DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat),” katanya.
Sumber TKO - 6-10-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------Bersatu dedah jumlah ahli dua minggu lagi
Posted on Wednesday, October 05 @ 07:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31898
|
SHAH ALAM – Jumlah sebenar penyertaan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan didedah dalam masa dua minggu lagi.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, buat masa ini pihaknya tidak dapat mendedahkan jumlah penyertaan sebenar memandangkan borang secara manual masih belum dapat dikumpul di setiap negeri.
"Secara jujurnya saya agak terkejut dengan penyertaan golongan anak muda bawah 30 tahun ke dalam parti ini.
"Selalunya orang kata anak muda tak ambil kisah tentang parti politik, tetapi majoriti yang daftar masuk (ke dalam parti Bersatu) datang dari golongan anak muda," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Menurut Syed Saddiq lagi, kebanyakan ahli Bersatu didapati tidak pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.
"Setakat ini pihak kami sudah edarkan sehingga 200,000 borang dan kami masih terima pendaftaran secara atas talian.
"Bila semua borang sudah dikumpulkan kami akan umumkan jumlah sebenar ahli," katanya lagi.
Sumber TKO - 5-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERA, 2 OKT : Program Jelajah Penerangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Pahang sebentar tadi didakwa berlakunya sentimen sabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ia susulan bunyi siren yang menyamai siren polis ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil berucap pada sesi ceramah.
Bagaimanapun, Tun Mahathir tenang dengan insiden berkenaan dan tetap meneruskan ucapan beliau berhubung pendedahan skandal kewangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka nak buat bunyi apa pun, saya tetap teruskan,” katanya mendapat tepukan meriah hadirin.
Siren yang dibunyikan selama 15 saat itu berakhir tanpa berlakunya sebarang insiden tidak diingini.
Namun, tiada sebarang maklumat lanjut berhubung sumber bunyi siren berkenaan.
Dalam perkembangan itu, penganjuran siri jelajah kali ini berjaya menghimpunkan hampir 5,000 hadirin walaupun ia diadakan di salah satu kubu kuat Umno Barisan Nasional.
Perkembangan positif ini diyakini mampu meruntuhkan legasi Umno BN di Pahang sebagai negeri yang sinonim dengan Perdana Menteri.
Komen: Hanya teringat semasa ceramah PAS zaman dulu yang selalu diganggu oleh UMNO zaman Tun Mahathir Jadi Bos UMNO. Sekarang apa yang disebut oleh Ustaz Fadhil Nor telah dirasai oleh Tun sendiri.
-nR-
Sumber TKO - 4-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zaid Ibrahim Mungkin Minta Insan bertanding atas tiket DAP atau PAN
Posted on Tuesday, October 04 @ 17:07:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31893 |
Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendedahkan beliau mempunyai peluang 50 peratus untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Perkiraan itu, ujar beliau, berdasarkan kepada beberapa sebab.
"Satu, saya mempunyai kes jenayah yang belum selesai, didakwa kerana menghina perdana menteri apabila saya kata beliau berbahaya dan perlu berundur.
"Walaupun peguam saya dikalangan yang terbaik, saya masih mempunyai peluang 50 peratus untuk didapati bersalah dan hilang kelayakan untuk bertanding," katanya.
Jika itu tidak berlaku, tambah Zaid, beliau akan mempunyai peluang 50 peratus untuk menyertai sama ada DAP atau Parti Amanah Negara (PAN).
"Saya harap mereka akan terima saya dan memberikan kerusi jika saya memohon untuk menyertai mereka," katanya.
Akhirnya, Zaid menambah, walaupun beliau mahu bertanding, hanya ada peluang 50 peratus untuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk membiayai pilihan raya.
"Sekarang terdapat cadangan di bawah undang-undang baru yang menetapkan tiada had kepada berapa banyak calon boleh menghabiskan semasa pilihan raya, cadangan yang membawa bencana kepada calon-calon pembangkang dengan sedikit wang," jelasnya.
Sumber TKO - 4-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ALOR SETAR - Bersatu tidak berhasrat menuntut penjelasan daripada Istana Negara mahupun Jabatan Perdana Menteri berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkaitan Deklarasi Rakyat yang diserah Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, 16 September lalu.
Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya enggan mencampuri urusan melibatkan pihak istana kerana menganggap pertemuan empat mata itu sebagai perbincangan sulit antara Mahathir dengan Tuanku Abdul Halim.
“Kami hormati institusi istana dan ia adalah perbincangan tertutup, inti patinya tidak perlu didedah kepada umum. Biarlah setakat itu sahaja, Bersatu tidak mohon sebarang penjelasan, namun terkilan kerana kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai titah baginda tidak tepat,” katanya.
Menurutnya, terdapat banyak kesilapan pada kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 21 September itu, di mana bercanggah dengan fakta sebenar.
“Antara kesalahan ketara ialah lokasi pertemuan, jawatan Mahathir dan parti diwakili. Malah Gerakan Selamatkan Malaysia diasaskan sebelum Bersatu diwujudkan. Saya juga hairan bagaimana individu yang menjadi tajuk perbincangan sulit itu boleh mengeluarkan kenyataan media dengan menegaskan baginda menolak Deklarasi Rakyat,” katanya.
Mukhriz berkata, sebarang kenyataan rasmi Tuanku Abdul Halim sepatutnya dikeluarkan oleh Istana Negara, Istana Anak Bukit atau melalui Setiausaha Sulit baginda.
“Mahathir sendiri tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan apabila Tuanku Abdul Halim tidak mendedahkan intipati perbincangan untuk pengetahuan umum.
Menurutnya, pihaknya kesal wujud cubaan mengheret pihak istana bagi meredakan kemelut melibatkan Najib.
“Sekiranya pendirian Yang di-Pertuan Agong dianggap penting dan perlu diambil serius, kenapa dua kenyataan rasmi Majlis Raja-Raja sebelum ini tidak diendahkan? Teguran terhadap 1MDB (6 Oktober 2015) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (17 Februari 2016) telah dibuat Majlis Raja-Raja namun tiada respons daripada Najib dan kerajaan BN sebagai menunjukkan ketaatan kepada titah Tuanku,” katanya.
Mukhriz berkata, sebaliknya Najib pantas mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai titah baginda terhadap usaha Mahathir yang mewakili suara rakyat itu.
“Jika benar Najib menghormati pendirian baginda, kenapa tiada satu permohonan maaf dipersembahkan oleh beliau selaku Presiden Umno apabila seorang Ahli Parlimen membuat kenyataan melulu bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan, Malaysian Official 1 (MO1) adalah Agong,” katanya.
Pada 16 September, Mahathir menghadap Tuanku Abdul Halim bagi menyerahkan memorandum Deklarasi Rakyat mengandungi 1.3 juta tandatangan rakyat Malaysia, di Istana Anak Bukit, Kedah, yang berlangsung selama satu jam 15 minit.
Jabatan Perdana Menteri pada 21 September, mengeluarkan kenyataan dengan memetik Najib sebagai berkata, Tuanku Abdul Halim telah menjelaskan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Deklarasi Rakyat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Baginda juga bertitah tidak boleh mencampuri usaha dijalankan Bersatu dan sebarang tindakan seharusnya menerusi Parlimen atau pilihan raya.
Sumber TKO - 4-10-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEMAMAN - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pernah bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang wang dalam akaun peribadi pemimpin nombor satu negara itu.
Ini dinyatakan Muhyiddin sewaktu berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek, di sini, malam kelmarin namun tidak menyatakan tarikh pertemuan yang didakwa itu.
Muhyiddin berkata, , Abdul Gani bertanya berhubung wang RM42 juta dalam dua akaun persendirian yang ada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kejadian itu berlaku sewaktu Abdul Gani masih lagi dalam perkhidmatan. Saya diberitahu, peguam negara berjumpa PM (perdana menteri) dan maklumkan kepada Najib dalam siasatan dibuat SPRM didapati wang dengan kadar jumlah itu ada dalam akaun PM.
“Saya juga dimaklumkan, apabila perkara itu diberitahu kepada PM, beliau nafikannya dengan memaklumkan tidak ada, sedangkan telah disahkan ada oleh peguam negara. Terbukti wang itu ada di situ kerana beliau membelanjakan wang itu,” katanya.
Muhyiddin mendakwa, bekas peguam negara itu pernah menjelaskan wang bernilai RM42 juta itu disuntik ke akaun persendirian perdana menteri melalui dua syarikat seperti dilaporkan, iaitu ada beberapa deposit wang dibuat ke akaun perdana menteri.
Katanya, SPRM ketika itu hanya menumpukan siasatan menjurus kepada dana daripada bekas anak syarikat seperti SRC International serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sinar Harian telah menghubungi Abdul Gani untuk mendapat komen lanjut, tetapi tiada respons.
Ceramah anjuran Pas Terengganu itu dibanjiri lebih 3,500 orang.Turut menyampaikan ceramah ialah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.
Sumber TKO - 3-10-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PKR Sabah Sudah Lama Bermasalah - Datuk Seri Lajim Ukin
Posted on Monday, October 03 @ 17:11:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31883
|
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua tidak mendapat gambaran sebenar tentang apa yang berlaku dalam PKR Sabah, kata Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.
Menurut Lajim, apa yang didengar Tian Chua hanya mengenai kestabilan parti yang dimomokkan walaupun sebenarnya pada hakikatnya ramai telah meninggalkan parti itu di negeri tersebut.
“Tian Chua tidak dapat gambaran sebenar. Dia hanya dengar yang pimpinan di Sabah mengatakan parti masih berada di tahap stabil sedangkan pada saya memang sudah ramai yang keluar parti.
“Malah dari semasa ke semasa, pasti akan ramai yang akan keluar meninggalkan parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Lajim juga yakin ramai akan mengikut jejaknya selepas beliau mengumumkan untuk keluar parti secara parti semalam.
Untuk langkah seterusnya, kata Lajim, beliau akan turun padang mengadakan siri jelajah memberikan penjelasan kepada rakyat Sabah tentang kepentingan penyertaan rakyat Sabah dalam parti tempatan.
Katanya lagi, siri jelajahnya yang akan merangkumi kawasan-kawasan di seluruh Sabah.
Ujar Lajim lagi, beliau tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang sekiranya berjaya membentuk parti tempatan di Sabah.
Bagaimanapun kerjasama dengan PKR hanya akan diputuskan selepas rundingan diadakan dengan Pakatan Harapan.
“Kami akan rundingkan tentang hasrat rakyat Sabah, peluang ekonomi dan pekerjaan rakyat Sabah serta pengambilalihan jawatan-jawatan dalam kerajaan di Sabah.
“Seharusnya rakyat Sabah juga diberi peluang memegang jawatan peringkat tertinggi Persekutuan,” katanya lagi.
Sumber TKO - 3-10-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Tan Sri Gani Patail semasa menjadi peguam negara menemui perdana menteri untuk bertanyakan tentang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat dakwaan itu di satu majlis ceramah anjuran PAS di Kemaman, Terengganu malam tadi.
FMT masih dalam usaha mengesahkan dakwaan itu dengan Gani.
“Saya juga diberitahu oleh peguam negara (Gani) mengenai wang sejumlah RM42 juta yang masuk dalam akaun perdana menteri. Jumlah itu hasil daripada suntik yang masuk ke dalam akaun perdana menteri menerusi 2 buah syarikat, dan ia masuk ke dalam akaun berasingan perdana menteri dan disahkan oleh peguam negara.
“Diberitahu pada saya, peguam negara berjumpa dengan perdana menteri dan beritahu dalam siasatan oleh pihak SPRM, wang sejumlah itu ada dalam akaun (Najib),” kata Muhyiddin.
Seterusnya Muhyddin berkata Najib nafi wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
“Apabila diberitahu kepada perdana menteri, dia kata: Dak (tidak), tak ada. Tapi disahkan oleh peguam negara, Tan Sri Gani Patail ada.
“The money is in your account sir (Wang itu ada dalam akaun tuan), tapi dia (Najib) masih berkata: Tak ada. Terbukti wang itu ada di situ kerana beliau (perdana menteri) membelanjakan wang itu,” kata Muhyiddin.
Presiden PPBM itu tidak menyatakan secara jelas bila dan di mana pertemuan antara Gani dan Najib itu berlaku.
Sebelum ini, Gani dilaporkan tidak mencabar penamatan khidmatnya kerana terikat dengan Perintah Am. Menurut beliau, jawatan peguam negara dianggap sebagai penjawat awam.
Gani berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun sejak 2003 dan perkhidmatannya ditamatkan secara mendadak pada 27 Julai tahun lalu.
Pada masa itu beliau terbabit dalam pasukan bertindak khas pelbagai agensi yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sumber TKO - 3-10-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lajim tinggalkan PKR dan Junz Wong tinggalkan DAP untuk Sabah
Posted on Sunday, October 02 @ 16:46:47 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31878
|
Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan keluar dari parti itu bersama dua ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Terrence Siambun (PKR) serta Junz Wong (DAP).
Siambun adalah ADUN Moyog manakala Wong mewakili DUN Likas.
Kata Lajim keputusan itu dibuat dengan rasa berat hati selepas kira-kira tiga tahun memimpin PKR di Sabah.
Berucap di sebuah majlis di Kota Kinabalu Lajim berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah bersatu di bawah parti tempatan.
"Walaupun kita dianggap sebagai sebuah rumah kecil, tetapi kita berkuasa untuk membesarkan rumah itu.
"Kita juga berkuasa sendiri, tidak perlu lagi meminta kebenaran daripada orang lain. Itulah suara rakyat Sabah sekarang," katanya semasa menyampaikan ucapan dan mengumumkan pengundurannya daripada PKR sebentar tadi.
Lajim yang juga ADUN Klias memberitahu Sabah perlu dibebaskan daripada belenggu 'simpanan tetap' kepada mana-mana kuasa politik yang "hanya mahukan sokongan rakyat Sabah untuk ke Putrajaya" tanpa menghormati sepenuhnya kedudukan negeri itu sebagai wilayah yang setaraf dengan negeri lain dalam Malaysia.
Keputusan pilihan raya Sarawak baru-baru ini juga dilihat menjadi faktor kepada Lajim serta pimpinan DAP Sabah meninggalkan parti masing-masing.
Menurut bekas timbalan menteri itu beliau serta beberapa pimpinan parti pembangkang berada di Sarawak ketika pilihan raya negeri diadakan pada Mei lalu.
Katanya pilihan raya itu menunjukkan parti-parti tempatan mendapat kemenangan besar, manakala PKR hanya mampu mempertahankan tiga kerusi sedia ada.
DAP pula katanya kehilangan separuh daripada apa yang pernah mereka kuasai sebelum pilihan raya negeri berkenaan.
"Parti-parti tempatan seperti PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), PRS (Parti Rakyat Sarawak) dan SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak dianggap wira oleh rakyat Sarawak walaupun mereka berada dalam BN.
"Ketegasan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang juga presiden PBB memberikan keyakinan dan harapan kepada rakyat Sarawak. Oleh itu mereka mendapat kemenangan besar," katanya.
Di akhir ucapannya Lajim turut mengumumkan 11 pimpinan PKR peringkat cabang yang menyertainya meninggalkan parti berkenaan, termasuk dari Kota Marudu, Tuaran, Putatan, Kimanis dan Keningau.
Sumber TKO - 2-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEMAMAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta PAS menyerahkan beberapa kerusi tradisi parti itu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), akan datang.
Bagaimanapun kerusi yang dituntut PPBM adalah kerusi yang gagal dimenangi PAS pada pilihan raya umum yang lepas.
"Lepas ini saya nak beri amaran pada PAS, kalau ada kerusi-kerusi PAS...boleh bagi pada BERSATU (PPBM) berilah. Bukan bagi yang dah ada (menang), yang dah menang itu, menanglah tak usah kacau.
"Tapi bagi yang mana PAS tanding tapi kalah, Umno menang. Yang itu bagi kita cabar. Kalau letak BERSATU (PPBM), InsyaAllah, boleh menang," ujarnya ketika berceramah di Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno (PGU) HARAP 3.4, di Kemensik, Kemaman, Terengganu, malam tadi.
Muhyiddin malam tadi buat pertama kalinya tampil di atas pentas ceramah PAS memberitahu, dirinya mewakili PPBM sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin PAS dan berbincang mengenai usaha ke arah kerjasama dengan parti itu pada pilihan raya akan datang.
Ujarnya, pertemuan itu amat positif dan tidak menolak hasrat untuk pakatan pembangkang menjamin pertandingan satu lawan satu pilihan raya akan datang, akan menjadi kenyataan.
"Sebelum saya gerakkan BERSATU (PPBM), saya runding dua kali dengan Datuk Mustafa Ali (Pengarah Pilihan Raya PAS). Saya jumpa dengan (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presien PAS) dan saya juga berunding Tuan Guru Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beberapa minggu lepas.
"Saya rasa peringkat pertama pertemuan antara BERSATU (PPBM) dengan PAS jelas terbukti minat untuk bersama-sama bergabung dalam satu pakatan untuk tentukan banyak kawasan yang bakal kita tandingi adalah 'satu lawan satu'," Ujar Muhyiddin.
PPBM boleh jadi orang tengah
Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri berkata beliau yakin, PPBM boleh memainkan peranannya membantu PAS dan Pakatan Harapan (PH), agar bekerjasama menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.
"Saya nak alu-alukan kerjasama (antara PAS) dengan parti-parti pembangkang termasuklah BERSATU (PPBM), kami bersedia untuk duduk bersama-sama.
"BERSATU (PPBM) bersedia untuk bersama-sama dalam apa jua keadaan sekalipun. BERSATU (PPBM) mengharapkan kerjasama PAS, adalah kerjasam antara dua hubungan parti yang paling kami hargai," katanya.
Muhyiddin dalam ucapannya berkali-kali menyatakan penghargaannya apabila dijemput untuk berceramah dalam program PAS, yang suatu ketika dahulu menjadi musuh politiknya.
Malah penampilan sulungnya ini dikatakan banyak pihak sebagai usaha bekas timbalan presiden Umno itu untuk meraih sokongan PAS terhadap penubuhan PPBM, bulan lalu.
"Saya berada disini buat pertama kali, saya duduk dengan kawan-kawan yang pakai baju hijau, saya pakai merah, tapi matlamat kita sama.
Dalam sejarah hidup saya tak pernah saya mimpikan berada dalam suatu himpunan bersama pimpinan PAS. Selama lebih 45 tahun saya berada politik Umno, PAS adalah parti yang saya tentang," ujarnya disambut laungan takbir oleh hadirin yang hadir.
PAS sebelum ini dilihat menjarakkan diri daripada mengulas kerjasamanya dengan PPBM, selepas parti tajaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berikrar mahu menjatuhkan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Najib Razak.
PAS berulang kali menegaskan, menerusi slogan terbarunya, Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS), parti itu tidak menyokong usaha menjatuhkan kerajaan pemerintah melalui cara yang tidak demokratik.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam sidang medianya berkata, kenyataan Muhyiddin bahawa pertemuan PPBM dengan PAS ke arah kerjasama politik, cukup positif adalah pandangan peribadinya.
PAS masih bincang kerjasama dengan pembangkang
Ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, sehingga kini proses rundingan masih berlaku, malah katanya, keputusan berhubung isu ini tidak akan dicapai dalam masa terdekat.
"Sebenarnya kita belum ada keputusan lagi berkenaan isu ini. Saya tidak boleh beri kenyataan peribadi (dalam isu ini). Ini babitkan polisi dan strategi politik pilihan raya.
"Berkenaan satu lawan satu (pada pilihan raya umum), memang kita (PAS) berkehendak macam itulah. Cuma jangan orang pula datang dengan tanpa minta izin dan sebagainya. Konsep kita konsisten," ujarnya kepada pemberita.
Sumber TKO - 2-10-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pekung UMNO: Mahathir Dakwa Najib Berperanan Singkir Pak Lah
Posted on Friday, September 30 @ 19:42:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31843 |
SHAH ALAM - Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara demokratik sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih memegang tampuk pemerintahan.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan Najib sebelum ini yang mengatakan bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan menyingkirkan beliau merupakan amalan menolak demokrasi dianggap sebgai satu kenyataan tidak berasas sama sekali.
“Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara.
“Di mana-mana sahaja dalam negara demokratik pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya,” katanya menerusi kemas kini di blog chedet.cc hari ini.
Dalam pada itu, Mahathir yang juga merupakan bekas Perdana Menteri turut mendakwa bahawa sebelum ini, Najib juga berperanan dalam menyingkirkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau tamat edah.
Beliau berkata, terdapat banyak bukti menunjukkan bahawa Najib sendiri sebagai Perdana Menteri telah menolak amalan demokrasi di negara ini.
“Yang pertama perpisahan kuasa antara pihak pembuat undang-undang (legislative) , eksekutif (pentadbir, polis dan tentera) dan penghakiman (judiciary) setelah menguasai jabatan Pendakwa Raya sudah tidak ada lagi.
“Najib telah menguasai ketiga-tiga badan ini dan ia adalah sesuatu yang bercanggah dengan amalam demokrasi,” katanya.
Selain daripada itu, Mahathir memaklumkan bahawa ahli Parlimen BN juga tidak bebas dan turut dipaksa melalui berbagai-bagai cara supaya menyokong dan meluluskan apa sahaja yang dikemukakan oleh beliau (Najib).
Tambah Mahathir, undi tak percaya juga tidak boleh dilaksanakan terhadap Najib berikutan atas sebab yang sama.
“Selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia selama itulah Malaysia tidak demokratik.
“Lebih dari itu Malaysia akan diperintah oleh pemerintahan kuku besi yang tidak pegang kepada undang-undang,” katanya.
- Sinar Harian
Sumber TKO - 30-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Tapi pada masa ini kita belum buat keputusan, kecuali jika pembangkang menang, besar kemungkinan Perdana Menteri adalah Muhyiddin.
"Tetapi ia bergantung kepada parti dan ia juga bergantung kepada rakan pakatan yang lain mengenai siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri," katanya menerusi satu ceramah di London minggu lalu.
Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan mengenainya tidak akan dibuat sekarang kerana "sesetengah orang akan kecewa dan akan menyebabkan parti berpecah".
Dr Mahathir juga bercakap mengenai kuasa bakal Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14.
"Perdana Menteri masa depan tidak akan terlalu bebas kerana dalam parti baharu (PPBM), kita mempunyai bukan sahaja presiden tetapi juga pengerusi," katanya.
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM berkata, pengerusi parti itu perlu berunding mengenai urusan kerajaan untuk memastikan bahawa Perdana Menteri tidak membuat keputusan dengan sendiri.
"Sudah tentu beliau mempunyai kabinet. Tetapi kabinet kadang-kadang menjadi terlalu patuh kepada Perdana Menteri kerana beliau melantik mereka, (maka) mereka tidak akan menentang.
"Parti baru (PPBM), kami memastikan kuasa presiden akan tertakluk kepada perjanjian dengan sekumpulan AJK di dalam parti," katanya.
Sumber HD - 27-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Presiden PERKASA Bakal Dilantik Timbalan Presiden PPBM ?
Posted on Tuesday, September 27 @ 17:38:37 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31825 |
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali dikhabarkan bakal dilantik sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengukuhkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perlantikan Ibrahim itu dibuat bagi mengimbangi pengaruh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dikatakan tidak berpihak kepada Muhyiddin.
“Segala kerja keras Ibrahim bakal dibalas dengan dianugerahkan jawatan paling tinggi di dalam parti Pribumi. Semua anak buahnya di dalam PERKASA dikerahkannya untuk mendaftar masuk parti baru ciptaan Mahathir. Akan tetapi hanya Ibrahim sahaja yang masih tidak membuka mulut kemana hala tuju perjuangannya selepas ini. Namun, orang di luar sudah tahu habuan Ibrahim adalah bakal dilantik sebagai Timbalan Presiden PPBM.
“Dengan kehadirannya di dalam kem Muhyiddin, maka Presiden Pribumi itu cukup lega dan berpuas hati kerana penasihat Mahathir iaitu Khairuddin Abu Hassan akan melopong apabila Muhyiddin akan menjadi seorang Presiden yang angkuh dan totok berbanding Khairuddin yang bertindak hanya di luar parti dan tidak mempunyai sebarang jawatan tertinggi di dalam PPBM,”dakwa Malaysian Patriots.
Semalam, satu kisah yang bersumberkan Md Kamal Hj Salleh dari Batang Kali Selangor menceritakan Ibrahim pada mulanya merajuk dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menggunakan platform PERKASA sebagai sebuah parti politik.
Kisah lengkap Md Kamal Hj Salleh adalah seperti berikut :
Semalam saya sempat berkomunikasi agak panjang dengan Umi Hafilda Ali berhubung situasi politik semasa. Hasil perbualan kami, berikut yang saya dapat perkata dan rumuskan untuk bacaan rakan-rakan saya.
Belum sebulan hayat usianya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah pun menunjuk bibik-bibik menuju jalan kehancuran.
Bermula dari ketidakpuasan hati kepimpinan Perkasa dan para pengikut mereka, dibawa kepada perebutan jawatan peringkat pusat dan negeri hinggalah kepada para pejuang maya mereka merungut tidak dibayar upah sepertimana yang dijanjikan.
Ibrahim Ali dan Syed Hassan menyimpan impian yang tinggi terhadap Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin agar dapat menukar Perkasa menjadi sebuah parti. Satu rundingan telah diadakan antara Syed Hassan dengan parti serpihan PAS, iaitu Berjasa. Perkasa berhajat untuk mengambil alih parti berkenaan dan seterusnya menjadi platform kepada mereka untuk berjuang menjatuhkan Datuk Seri Najib.
Dari kiri: Robin Tan ( Anak Jutawan Vincent Tan ) dan Tooi Kooi Ong ( Proksi YTL )
Bagaimanapun perkara tersebut tidak dipersetujui Mukhriz, Azmin Ali, Robin Tan (anak Vincent Tan) dan Tong Kooi Ong (Proksi YTL dalam misi menjatuhkan PM). Individu-individu tersebut adalah orang yang selama ini menyalurkan dana untuk gerakan menjatuhkan PM.
Akhirnya mereka mengambil keputusan menubuhkan sebuah parti baru. Ini menimbulkan kemarahan Ibrahim Ali dan barisan kepimpinan Perkasa. Semasa parti tersebut dalam proses menunggu kelulusan, Ibrahim Ali dan beberapa orangnya telah berusaha beberapa cara untuk mensabotaj agar parti itu tidak diluluskan ROS. Termasuklah cuba mempengaruhi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri. Bagaimanapun usaha itu tidak berjaya.
Selepas pendaftaran diluluskan, timbul pula satu lagi masalah baru. Iaitu mengenai perlantikan barisan kepimpinan peringkat pusat dan negeri. Ramai yang mengharap dan melobi TSMY agar mereka dilantik. Sebenarnya usaha melobi telah bermula sejak parti dalam proses permohonan lagi. Untuk mengelak konflik yang lebih teruk, TSMY meminta Tun Mahathir agar mengambil alih jawatan pengerusi dengan segera.
Di Kedah Ainina sedang bergasak dengan Sanusi Junid. Di Langkawi, Ainina juga sedang bergasak dengan anak Sanusi, Akhramsyah. Di Perak Hamidah Osman dan adiknya Hamizura Osman serta adik iparnya mahu menguasai PPBM seperti parti ahli keluarga mereka. Di Johor Datuk Baharom Gelang Patah sedang bergasak dengan abang TSMY. Di Kelantan proksi Mukhriz, Sazmi Miah mahu memastikan beliau dilantik sebagai pengerusi negeri. Di Terengganu , blogger Din Turtle pun menyimpan impian tinggi menggunung agar beliau dapat mengetuai negeri itu. Di Melaka Zahid Mat Arip sedang berhempas pulas untuk mengangkat dirinya sebagai pengerusi negeri. Di Sabah pula Shafie Afdal tidak berpuas hati dengan rakan-rakannya yang di semenanjung. Lantas beliau mengambil keputusan untuk bergerak berasingan.
Manakala di peringkat pusat pula hubungan tegang antara Khairuddin Abu Hassan dengan TSMY dan Mukhriz semakin hari semakin nazak.
Di peringkat media maya, Hanizam Yunus meminta pemain-pemain media maya mereka agar mengurangkan atau menghentikan kempen keahlian PPBM dan promosi kerana duit tidak turun sepertimana yang dijanjikan. Beliau menuduh Datuk Ainon, bekas setiausaha akhbar TSMY dan Firdaus Abdullah (blogger apa nama) melesapkan peruntukan untuk pemain-pemain media maya. Yang masih aktif adalah beberapa budak-budak Kedah yang dibayar gaji bulanan oleh Mukhriz melalui Sazmi Miah.
Tun Mahathir semakin tertekan dengan keadaan dan membawa diri ke London untuk beberapa ketika. Difahamkan setelah segala usaha menumbangkan PM gagal, terbaru (semalam) Tun M meminta PM kekal tetapi melepaskan jawatan Menteri Kewangan. Dalam situasi hari ini dikhabarkan Tun akan memilih jalan berdamai dengan Datuk Seri Najib dengan syarat Mukhriz diletakkan di Kementerian Kewangan melalui lantikan sebagai senator sementara menunggu PRU 14.
Akhir kalam, benarlah kata ramai orang. Yang UMNO akan tetap ke UMNO. Nampaknya itulah yang akan berlaku kepada PPBM. Dari UMNO mereka datang dn kpd umno mereka akn kembali
Md Kamal Hj Salleh
Btg Kali sgor
Sumber AIDCNews
Sumber TKO - 27-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu perkataan merumuskan syarahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kota London pada 21 September lalu - ‘menyedihkan’.
Tidak ada yang terlalu menghentam, meskipun masa depan negara yang menjadi pertaruhan.
Rakyat Malaysia yang datang hanya mahu mendengar satu perkara dari mulut Mahathir - harapannya - namun terlalu sedikit yang diperkatakannya. Syarahannya meliputi banyak perkara, namun tidak ada yang baru.
Sesi itu tidak mencerminkan keupayaan atau standard tinggi Mahathir seperti lazimnya. Untuk berlaku adil, ia bukan salah Mahathir. Beliau seperti biasa, tangkas, cekap dan bersahaja. Staminanya ibarat orang yang 30 tahun lebih muda daripada dirinya.
Kelesuan berpunca daripada kualiti soalan yang diajukan. Peserta tidak mencabar dan tidak mengemukakan soalan yang sukar mahupun tajam.
Analogi acara Mahathir di London adalah mudah. Rakyat Malaysia yang menjangkakan hidangan masakan rumah yang enak terpaksa berpuas hati dengan sandwic malam semalam. Rotinya kering dan lembik. Tidak menarik, tidak sedap.
Adakah budaya Asia bagi menghormati golongan berusia membantutkan hasrat rakyat Malaysia daripada mengasaknya di depan khalayak dengan soalan-soalan berhubung pembahruan negara ini yang mahu diperkenalkannya?
Sumber TKO - 27-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Shafie Apdal beli parti Kebangsaan Sabah PKS?
Posted on Sunday, September 25 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31806 |
Tun Mahathir tidak berjaya mengambil alih parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) setelah usaha pihak Tun untuk mempengaruhi Presiden BERJASA, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut tidak berjaya. Akhirnya parti BERJASA bersama dengan PAS untuk gabungan block ke-3.
Akhirnya mereka tubuh PPBM (BERSATU).
Dulu PAN pun nak ambil parti KITA melalui Zaid Ibrahim tetapi ditentang oleh ramai dikalangan ahli jawatankuasa KITA, akhirnya mereka beli parti PERKEJA dan tukar kepada AMANAH (PAN).
Parti KEADILAN juga begitu, mengambil Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) daripada Haji Wahab Yunos yang menubuh parti ini setelah keluar daripada PAS bersama dengan Dato' Asri bersama parti HAMIM dan kemudian kalah pemilihan HAMIM maka ditubuhnya IKATAN.
Di Sabah sahaja ada 11 parti, siapa banyak duit boleh beli dulu buat pelaburan, mana tahu jika ada perpecahan pula, misalnya Husam Musa jatuhkan Mat Sabu. Mat Sabu dan gengnya nak buat parti baru, boleh kita offer.
11 Parti Politik Baru yang diluluskan di Sabah iaitu
1. Parti Kebangsaan Sabah (PKS).
2. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru.
3. Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA).
4. Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN).
5. Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN).
6. Parti Bersatu Bugis Sabah.
7. Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS).
8. Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party.
9. Parti Cinta Sabah (PCS).
10. Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU).
11. Parti Damai Sabah (PARTI SPP).
Dikatakan Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dibeli dengan harga RM3 juta dan akan ditukar kepada Parti Kebangsaan Rakyat Sabah (PKRS).
PKS telah diluluskan pendaftarannya pada 2 Ogos 2013 dan telah dilancar pada 18 April 2015 di Keningau. Presidennya ialah Thomas Anggan.
Mengikut sumber Datuk Peter Anthony adalah proksinya yang akan membiayai dana parti baru ini RM200 juta. Sel;ain digunakan untuk membeli dan 'setup' parti baru duit ini dikatakan untuk membeli pimpinan PKR yang mana ada diantara mereka terikat dengan aku janji PKR yang tidak membenarkan ahli keluar parti.
Nampaknya PRU-14 sangat menarik.
Sumber TKO - 25-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anggota parlimen Penampang Darell Leiking menafikan dakwaan bahawa dia membayar atau menerima RM5 juta untuk meninggalkan PKR.
"Saya menafikan semua tuduhan itu dan saya mencabar penyebar khabar angin itu supaya menunjukkan bukti," kata Leiking kepada Malaysiakini.
Leiking kelmarin mengumumkan keluar dari PKR untuk bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dalam sebuah "platform Sabah" yang anti-BN.
Beliau juga hadir ke pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya bersama Shafie dalam usaha mereka mengambil alih sebuah parti sedia ada di Sabah.
Kata Leiking beliau tertanya-tanya bagaimana tuduhan tersebut boleh tersebar.
"Saya mencabar sayangsabah.com menunjukkan bukti dan bersedia menjelaskan (dakwaan berkenaan)," katanya merujuk kepada sebuah portal yang mendakwa seseorang wakil rakyat PKR mesti membayar RM5 juta jika keluar dari parti berkenaan.
Portal itu memetik bekas orang kuat PKR Badrul Hisham Shaharin yang membuat kenyataan di Facebook kelmarin, bagaimana PKR pernah menyatakan bahawa ADUN dan ahli Parlimennya perlu membayar RM5 juta jika mereka meninggalkan parti..
"Hari ini seorang lagi melompat parti. Berapa banyak dipungut PKR sejak pilihan raya umum ke-13?" soalnya yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard.
Sumber TKO - 24-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seorang lagi wakil rakyat PKR di Sabah dijangka menyertai parti diketuai bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Selepas Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking mengesahkan meninggalkan PKR untuk bersama Mohd Shafie, timbul desas-desus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terrence Siambun, bakal mengikut jejaknya.
Bagaimanapun, Terrence ketika dihubungi hari ini, enggan mengesahkan khabar itu tetapi memberitahu akan membuat pengumuman berhubung masa depan politiknya dalam masa terdekat.
“Saya simpan dulu komen ini (menyertai parti Mohd Shafie). Saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan. Saya akan buat pengumuman bila tiba masanya,” katanya. Difahamkan, Terence akan membuat pengumuman berhubung kedudukannya dalam PKR selewat-lewatnya minggu depan.
Semalam, Darrel yang menjadi Ahli Parlimen Penampang sejak tahun 2013, mengesahkan meninggalkan PKR untuk menyertai Mohd Shafie yang menghidupkan semula sebuah parti politik sedia ada di Sabah. – BH Online
Sumber TKO - 23-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerajaan Rugi Kerana Saya Tapi Saya Tak Lesap Duit Rakyat - Tun Mahathir
Posted on Friday, September 23 @ 07:20:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31777
|
Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam negara amat tidak baik.
Khususnya mereka tentu tahu bahawa perdana menteri telah dituduh melesapkan beribu juta ringgit duit kerajaan (rakyat).
Berita ini tidak boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir semua rakyat dapat ikuti perkembangan.
Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih AS$3.5 bilion sudah dilesapkan oleh Datuk Seri Najib Razak,
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1” (yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ialah Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB sebanyak lebih dari AS$3.5 bilion.
Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat saman malu terhadap mereka.
Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti kerajaan tahu akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.
Miliki 24 kereta
Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih negara bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan oleh Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih keadaan.
Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa saya jadi perdana menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.
Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi perdana menteri saya dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit kerajaan (duit rakyat) berbilion ringgit.
Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan lain-lain. Semasa saya perdana menteri saya anggap sebagai orang politik tuduhan ini adalah perkara biasa.
Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi perdana menteri.
Bahkan selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan negara.
Jika ada saya yakin sudah lama saya diheret ke mahkamah.
Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada kerajaan termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.
Saya berpendapat gaji saya sebagai menteri, timbalan perdana menteri dan perdana menteri lebih dari mencukupi.
Kerugian akibat Mahathir
Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan.
Gaji saya selama 29 tahun dalam kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau.
Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.
Saya akui ada kala kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.
Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih timah yang dijual oleh pedagang.
Saya tahu mereka tidak ada stok bijih yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli diwaktu harga tinggi.
Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya mereka akan rugi.
Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba “corner the market”.
Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka telah jual. Kita rugi.
Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.
Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.
Mahathir: Saya tuduh Najib lesapkan wang
Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian kerajaan disebabkan saya masukkan duit kerajaan dalam akaun peribadi saya?
Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi RM2.6 bilion untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya dan dibelanja sesuka hatinya. Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.
Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh Najib tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja mengkritik Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk menyingkirnya.
Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara.
Apakah sebabnya yang laporan polis terhadapnya tidak disiasat oleh polis, tetapi pembuat laporan dan peguamnya disoal, ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.
Apakah sebabnya yang Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara, diberhentikan dan diganti dengan Tan Sri Mohamad Apandi Ali?
Kenapakah undang-undang negara tidak dipatuhi? Sekarang tidak ada Rule of Law. Kenapakah rakyat diugut dengan Akta Keselamatan baru yang memberi kuasa untuk tangkapan tanpa dibicara.
Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya, jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong dan pegawai.
Jangan guna jabatan kerajaan untuk ugut, untuk mencipta kesalahan cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib seperti dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.
Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat.
Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat. Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap perbicaraan mahkamah keadilan.
TUN DR MAHATHIR MOHMAD Bekas perdana menteri dan presiden Umno.
Sumber TKO - 23-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Naib Ppesiden PKR Darell Leiking meninggalkan parti itu untuk bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membentuk pertubuhan baru untuk Sabah.
"Peletakan jawatan saya tidak perlu menjadi perhatian. Tumpuan sebenar ialah kita kini membentuk sebuah parti bagi mengubah Sabah," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Darell yang kini berkhidmat sebagai anggota parlimen Penampang dilihat hadir bersama Shafie di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya pagi tadi.
Mereka hadir dalam usaha mengambil alih sebuah parti sedia ada dan mengemukakan cadangan perubahan nama, logo dan dasar parti untuk didaftarkan ROS.
Sebelum ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil alih sebuah parti dan membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam usaha mereka menghadapi BN dalam pilihan raya.
Dr Mahathir dan Muhyiddin berada dalam kem sama dengan Shafie dalam usaha mereka menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak ketika mereka masih berada dalam Umno.
Muhyiddin dipecat daripada parti itu pada Jun lalu bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir, manakala Shafie digantung keahliannya. Beliau kemudian mengumumkan keluar dari parti itu pada Julai 2016.
Dr Mahathir lebih awal mengumumkan keluar dari parti yang pernah diketuainya.
Beliau yang menjadi peguam sejak 1994 memenangi kerusi Penampang pada pilihan raya umum ke-13 lalu mengalahkan dua calon lain, Tan Sri Bernard Dompok (BN) dan Melania Annol (STAR) dengan majoriti 10,216 undi.
Darell juga menjadi satu-satunya anggota parlimen PKR mewakili Sabah.
Ditanya mengenai parti baru itu Darell, 45, enggan memberikan sebarang maklumat mengenainya.
Beliau juga tidak menjelaskan sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan walaupun menegaskan perjuangannya menentang BN akan diteruskan.
"Sesiapa yang melawan kerajaan (BN) boleh menjadi sekutu," katanya.
Sumber TKO - 22-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini hadir di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Putrajaya bagi memperbaharui sebuah parti yang ditubuhkan pada 2013 di Sabah untuk didaftarkan menjadi parti politik barunya.
Mohd Shafie yang juga merupakan Ahli Parlimen Semporna berkata, kehadirannya di ROS hari ini bukan untuk menubuhkan parti baharu sebaliknya hanya mengemas kini sebuah parti untuk ditubuhkan semula menjadi partinya.
"Hari ini alhamdullillah saya berkesempatan ke ROS... bukan pendaftaran parti baharu sebenarnya kerana ia sudah didaftarkan... cuma ada perubahan dari segi nama dan beberapa kandungannya,
sekarang ini parti itu sudah ada cuma hendak ambil alih parti itu dan kita telah serah kepada pihak ROS dan kita yakin kita mematuhi segala kehendak dan peraturan Jabatan itu," katanya.
Mohd Shafie tiba di ROS sekitar jam 9.35 pagi dan kelihatan terus memasuki bangunan tersebut.
Terdahulu, susulan daripada tindakan penggantungan jawatan beliau sebagai Naib Presiden Umno pada Julai lalu, Mohd Shafie bertindak keluar daripada Umno.
Ogos lalu, Mohd Shafie telah memberi bayangan beliau bakal menubuhkan parti tempatan baharu yang berpangkalan di Sabah.
Sementara itu, Mohd Shafie yang ditemui media hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai parti yang diperbaharui itu sehingga urusan dengan ROS selesai.
"Nama parti ini nantilah saya umum waktunya, memang sudah ada di Sabah ia didaftarkan berteraskan konsep pelbagai kaum," katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengapa tidak menubuhkan parti baharu sahaja, Mohd Shafie berkata, perkara itu akan mengambil masa.
"Parti baharu ambil masa, jadi sekarang ini mudah sedikit," katanya.
Sumber TKO - 2-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA: Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal tiba di pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) di sini pagi Khamis, difahamkan bagi menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran parti baharu.
Ahli Parlimen Semporna itu memasuki pejabat RoS bersama empat lagi individu pada pukul 9.35 pagi.
Beliau yang mengumumkan keluar Umno pada Julai lalu susulan keputusan Majlis Tertinggi parti itu yang menggantung keahliannya.
Susulan itu, Shafie turut memaklumkan beliau bakal menubuhkan parti baharu yang berpangkalan di Sabah.
Selain hukuman terhadap Shafie, MT Umno telah memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah mengumumkan untuk keluar Umno.
Bagaimanapun, Dr Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz kini bersama dalam perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diluluskan RoS baru-baru ini.
Sumber TKO - 22-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Tun M Hanya Serah 45 Tandatangan Kepada Agong, Kata Raja Petra
Posted on Wednesday, September 21 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31763 |
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hanya membawa Deklarasi Rakyat asal mengandungi 45 tandatangan ke Istana Anak Bukit, Khamis lalu, kata Raja Petra Kamarudin.
Blogger itu menerusi artikelnya di Malaysia Today mempersoalkan apa yang berlaku kepada lebih sejuta tandatangan diuar-uarkan diperolehi daripada rakyat.
Bekas Perdana Menteri itu gagal menemui Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk mengemukakan deklarasi itu yang mahu campur tangan Agong untuk menyingkirkan Perdana Menteri.
“Tiba-tiba, dua hari lalu, Mahathir akhirnya dibenarkan mengadap baginda. Dan Mahathir bawa satu salinan asal Deklarasi Rakyat dengan 45 tandatangan dalam satu sampul kecil untuk diserahkan kepada Agong,” tulisnya semalam dalam artikel bertajuk ‘Bagaimana Agong Mengakali Mahathir’.
“Tetapi, kenapa Deklarasi Rakyat dengan 45 tandatangan asal, ada di antaranya seperti Datuk Tamrin Ghafar yang sejak itu mengumumkan mereka tarik diri? Apa berlaku kepada baki 1.3 juta atau 1.4 juta tandatangan? Kenapa ia tidak diserahkan kepada Agong?” soalnya.
Raja Petra berkata, Dr Mahathir hanya menyerahkan “satu sampul kecil tidak mengandungi 1.4 juta tandatangan seperti didakwa” yang mungkin menjadikannya satu dokumen “setebal sebuah dan mungkin beberapa jilid ensiklopedia”.
Jumaat lalu, Raja Petra menyifatkan pertemuan dengan Agong yang dinanti-nantikan itu sebagai “satu bencana” buat Dr Mahathir, apabila Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mempersoalkan kesahihan 1.3 juta atau 1.4 juta tandatangan diperolehi daripada orang ramai seperti diumumkannya.
Beliau memulakan Deklarasi Rakyat pada Mac lalu dan ia ditandatangani secara terbuka oleh 45 individu terdiri daripada beberapa penyokong Dr Mahathir yang kebanyakannya ahli politik pembangkang dan beberapa aktivis sosial.
Sebuah kempen dilancarkan untuk mendapatkan tandatangan orang ramai yang kemudiannya mencetuskan kontroversi di mana kempen itu didakwa membeli sebuah pangkalan data nama dan butiran peribadi daripada seorang pengaturcara komputer, menyebabkan kesahihan senarai itu diragui.
Raja Petra berkata, penyerahan kononnya deklarasi itu kepada Agong hanyalah publisiti untuk Dr Mahathir dan kekurangan gambar publisiti adalah tanda kegagalan bekas Perdana Menteri itu.
Beliau berkata, tujuan pertemuan itu dibenarkan adalah untuk menyangkal dakwaan Dr Mahathir pada Mei lalu yang Agong “diletakkan di bawah tahanan rumah” oleh kerajaan persekutuan.
Raja Petra memetik Dr Mahathir sebagai berkata: “Kami sudah dapat 1.4 juta tandatangan dan kami cuba tunjukkan kepada Agong. Tetapi, setakat ini, saya tidak dapat bertemu Agong kerana kemungkinan baginda diletakkan di bawah tahanan rumah. Raja-raja Melayu mungkin dihadkan di istana mereka.”
Beliau berkata, dalam pertemuan Khamis lalu, “Mahathir sedar ia bukan misi berjaya, tetapi misi gagal” – FMT
Sumber TKO - 221-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Awal September lalu, dua musuh politik, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bersalaman selepas 18 tahun dan ini semenangnya satu perkara yang menggemparkan.
Sekali lagi, negara dapat melihat kesungguhan dua musuh politik ini apabila membuat kenyataan bersama menolak pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (Akta MKN) yang ditubuhkan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak .
Kenyataan empat perenggan yang ditandatangani secara bersama oleh kedua-dua pemimpin itu mendakwa akta tersebut mengancam sistem demokrasi dalam negara.
“Akta ini telah mengenepikan secara langsung kuasa secara langsung kuasa serta peranan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu kepentingan keselamatan dan kebebasan rakyat negara ini.
“Oleh kerana krisis negara inilah, kami bersama dengan rakyat menentang akta ini dan membawa perubahan dan reformasi demi menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat dan memajukan semula negara tercinta kita ini,” kata kenyataan bersama tersebut hari ini.
Agak pelik juga apabila Tun Mahathir bercakap mengenai mengenepikan kuasa raja dan agong. Kelihatan agak terdesak juga untuk mengherat institusi beraja dalam matlamat politik kedua mereka.
Tun Mahathir dan Anwar yang selama ini menjadi musuh politik dilihat berbaik dan bekerjasama semula setelah Tun Mahathir hadir ke mahkamah baru-baru ini untuk memberi sokongan terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta MKN 2016. -MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 20-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) menawarkan lapan calon untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mustapa Kamal Maulut berkata kesemua lapan calon tersebut dikenalpasti untuk bertanding di lapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Menurut beliau lapan kawasan tersebut meliputi DUN Batang Kali, Kota Damansara, Semenyeh, Jeram, Pelabuhan Klang, Dengkil, Kuang dan Hulu Bernam.
"Sebagai sebuah parti koperasi BERJASA bersedia memberi pilihan baru kepada rakyat di samping parti-parti lain sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.
"BERJASA dengan ini ingin memberi keyakinan kepada rakyat bahawa di tangan mereka mempunyai kuasa memilih pemimpin terbaik sebagai wakil mereka," katanya pada sidang media di Batu Caves hari ini.
Ditanya mengapa lapan DUN tersebut menjadi pilihan, Mustapa berkata pihaknya telah mengkaji dan mengenalpasti peluang meraih kemenangan di kawasan itu.
"Kita memilih bertanding di kawasan yang kita boleh menang berdasar pemerhatian dan dikaji oleh ahli strategi kita.
"Dengan kemenangan itulah membolehkan BERJASA memberi sumbangan sebagai pembela rakyat," jelasnya.
Sehubungan itu tambah beliau, BERJASA menyeru kepada parti-parti dalam kalangan Pakatan Harapan khususnya supaya memberi laluan.
"Ini susulan kenyataan beberapa pemimpin parti pembangkang turut menyeru supaya rundingan supaya mewujudkan bertanding satu lawan satu untuk melawan Barisan Nasional pada PRU14.
"Kita juga bersedia untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak ke arah tujuan tersebut," katanya.
Pada PRU13, BERJASA digunakan sebagai tiket oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) untuk bertanding di tujuh Parlimen dan dua DUN.
Bagaimanapun penyertaan Isma pada pilihan raya lalu tewas di kesemua kerusi yang dipertaruhkan.
Sumber TKO - 18-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BANGI, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat.
Memetik laporan The Star Online, Pembantu khas kepada bekas Perdana Menteri itu, Sufi Yusuf sebagai berkata, pertemuan di antara Tuanku Abdul Halim dan Dr Mahathir berlangsung semalam di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Bagaimanapun Sufi berkata, setakat ini Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendedahkan apa yang dibincangkan dengan baginda.
Dr Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat itu pada 4 Mac lalu yang turut mendapat sokongan pemimpin pembangkang bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatannya berikutan terpalit pelbagai skandal.
Ia juga termasuk menyingkirkan ke semua individu yang terlibat dengan Najib dan memansuhkan semua undang-undang serta perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Deklarasi itu juga menuntut supaya pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan oleh pimpinan Datuk Seri Najib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Sumber TKO - 16-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan masanya belum tiba untuk membincangkan perjuangan membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas perdana menteri itu berkata agenda yang dinyatakan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini tidak dapat dijanjikan dan hanya akan dipertimbang sekiranya parti itu menakluki kerajaan.
"Segala rancangan yang ingin dibuat oleh semua parti itu akan datang kemudian. Pada masa ini kita tidak boleh janji kerana kita tidak ada kuasa.
"Kalau itu kehendak semua takkan kita nak kata tidak boleh pula. Kita akan lihat kemudian mengenai perjuangan (bebaskan Anwar) itu," kata Dr Mahathir di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau bercakap kepada pemberita di luar Mesyuarat Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat kebangsaan kali ke-55.
Dr Mahathir juga berkata beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri perhimpunan Bersih 5 dan tiada rancangan untuk berucap pada perhimpunan yang dijangka diadakan pada 19 Nov.
Sementara itu mesyuarat dua hari Perkim itu yang berakhir hari ini memilih calon Ahli Majlis Kebangsaan.
Dr Mahathir menang tanpa bertanding mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Perkim bagi sesi 2016-2019 dan Datuk Dr Abu Bakar Shaari kekal sebagai pengerusi tetap menewaskan calon dari cawangan Kuala Langat, Husain Anjang Pulau.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjadi Naib Yang Dipertua Perkim Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata 'Bebaskan
Anwar' tidak patut dijadikan agenda perjuangan dan jika ia dilaksanakan, maka pembangkang juga perlu memperjuangkan pembebasan tahanan lain di negara ini.
"Kalau nak bebaskan Anwar, kena bebaskan semua. Jika perjuangan nak bebaskan individu tertentu sahaja bagaimana pula nasib ramai lagi tahanan lain.
"Mungkin mereka (tahanan lain) kecil jadi mereka tidak dilihat," katanya.
-Bernama
Sumber TKO - 15-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan terpinga-pinga ketika diajukan soalan berhubung permintaan anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha yang mahu bekas perdana menteri itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Malah, Dr Mahathir yang kelihatan letih turut berkata, beliau tidak tahu tentang perkara berkenaan.
"Tak tahu," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di ibu negara, malam tadi.
Malaysiakini memetik laporan portal The Malay Mail Online yang melaporkan Nurul Nuha mahu Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan lampau terhadap bapanya yang kini meringkuk di penjara.
Menurut Nurul Nuha, Mahathir mesti bertanggungjawab terhadap dakwaan rasuah dan liwat terhadap Anwar pada tahun 1998 sebelum berfikir tentang membentuk sebarang pakatan dengan PKR melalui parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Sementara itu, mengulas mengenai jumlah keahlian parti barunya itu, bekas pemimpin selama 22 tahun itu berkata masih terlalu awal untuk mengetahui bilangan ahli BERSATU.
Bagaimanapun beliau berkata, sokongan dan penerimaan masyarakat terhadap parti baru tersebut memberangsangkan.
"Borang-borang pun kita tak dapat edar banyak lagi. Jadi terlalu awal nak jumlah bilangan (ahli BERSATU).
"Penerimaan, di mana-mana saya pergi semua sokong (BERSATU)," katanya lagi.
Selepas diluluskan 8 September lalu, parti BERSATU mula mengedarkan borang keanggotaan mereka hari ini.
Mahathir turut menjadi anggota terawal mendaftar sebagai anggota seumur hidup dan membayar yuran RM100.
BERSATU juga mendapat anggota bukan bumiputera pertama mereka hari ini.
Sumber TKO - 15-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada Umno semalam.
Beliau mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam Program Jelajah selamatkan Malaysia 'Bicara Rakyat Bersatu' anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di padang berhampiran Surau Al Mustofa Ampangan, Negeri Sembilan dihadapan 3,000 penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia, (PPBM) semalam.
PPBM telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (Ros) pada 9 September lalu dalam siri jelajah kali pertama diadakan di Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Pada malam bersejarah ini dihadapan ribuan rakyat Ampangan sebagai ahli Umno dan Ketua Cawangan malam ini saya mengumumkan keluar daripada parti Umno.
"Saya mengumumkan untuk jadi ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia," ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Rushdan adalah ahli Umno Cawangan Rista Villa, Bahagian Sepang itu telah dipanggil membela diri oleh Lembaga Disiplin Umno pada 26 Jun lalu kerana, tindakannya membakar buku perlembagaan Umno di Rumah Kelab Universiti Malaya.
Beliau dianggap telah bersekongkol dengan parti pembangkang dalam sidang akhbar Deklarasi Rakyat yang mendesak Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak meletakkan jawatan.
Beliau juga didapati melakukan kesalahan yang dianggap berat dan serius kerana secara terbuka telah membakar Buku Perlembagaan Umno yang kemudiannya menjadi viral di internet kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan parti.
Bagaimanapun sehingga kini tindakan tata tertib tidak dikenakan ke atas beliau walaupun beliau telah memberikan keterangan bela diri kepada Lembaga Disiplin Umno pada 26 Jun lalu.
Mengulas mengenai tiadanya sebarang tindakan dikenakan oleh parti terhadapnya setelah dipanggil membela diri, Rushdan berkata mungkin Umno kini semakin gentar kerana ramai ahli Umno yang mahu bertindak keluar parti.
"Saya rasa mungkin Umno takut...saya rasa mereka takut kekurangan satu ahli, jika mereka buang saya jadi tidak sampai 3juta jadi 2,999,999 ahli Umno sahaja.
"Jadi pada tarikh bersejarah pada malam ni (semalam) untuk keluar daripada Umno dan jadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia seumur hidup," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Malah Rushdan berkata, dengan tertubuhnya PPBM, akan lebih ramai ahli Umno dijangka akan meninggalkan parti keramat orang Melayu itu.
"Saya rasa mereka akan ambil keputusan yang sama akan keluar daripada Umno dalam masa terdekat," dakwanya.
Tindakan Rushdan membakar buku perlembagaan itu kerana kegagalan parti itu mematuhi perlembagaannya ketika memecat bekas timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tanpa dipanggil membela diri padahal ia termaktub dalam perlembagaan parti itu.
Tindakan membakar buku perlembagaan oleh Rushdan adalah dianggap selari dengan tindakan Umno yang tidak lagi mematuhi buku perlembagaan Umno
Sumber TKO - 15-9-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Muhyiddin Setuju Bebaskan Anwar Selepas Gulingkan BN
Posted on Tuesday, September 13 @ 14:15:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh Editor
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31647
|
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk meletakkan agenda pembebesan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sebagai agenda bersamanya bersama pakatan pembangkang.
Bercakap sewaktu ceramah di Kampung Geylang Simpang Pertang, Muhyiddin berkata, beliau akan bersama-sama memikirkan cara untuk membebaskan Anwar sekiranya mendapat mandat daripada penyokong pembangkang.
“Ada yang minta (tanya) saya boleh ke bebaskan Anwar?
“Saya lihat slogan ‘Bebas rakyat bebas Anwar’ dilaungkan. Bebaskan rakyat menerusi sistem pilihan raya maka jika ada pimpinan baharu daripada kita, kita bersama akan fikirkan nasib Datuk Seri Anwar.
“Nak harapkan Najib bebaskan Anwar?” katanya dipetik portal The Malaysian Mirror.
Berucap dihadapan kira-kira 200 penduduk sempena Jelajah Selamatkan Malaysia anjuran PKR kawasan berkenaan, Muhyiddin menyatakan simpatinya terhadap pemenjaraan Anwar.
“Saya rasa amat kasihan apa yang ditangung Anwar sama ada betul atau tidak betul terserah pada Allah. Kita terkilan beliau merengkuk dalam penjara.
“Jika kita bersetuju itu pra syarat pentingnya, tidak sukar untuk kita bersama membentuk kerajaan baharu kelak,” ujarnya.
Ucapan Muhyiddin dihadapan penyokong pembangkang itu dilihat cubaannya untuk meraih sokongan pembangkang sedangkan agenda berkenaan ditentang bekas Timbalan Presiden UMNO itu sewaktu menjadi sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).
Lantas, bekas Timbalan Perdana Menteri itu meminta pembangkang menyokong parti baru PPBM terajunya bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertindak sebagai Pengerusi PPBM.
“Nak selesaikan masalah kena tukar kerajaan dan semua pemimpin BN perlu diturunkan," ujarnya lagi.
Beliau dalam pada itu turut menegaskan dirinya tidak akan kembali menyertai UMNO yang disifatkan beliau dipenuhi "budaya tidak elok, korupsi, sekatan sana sini …buat rakyat takut."
- Malaysian Digest
Sumber TKO - 13-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, pembangkang dan juga parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedia menimbang kerjasama dengan MCA jika parti Cina itu meninggalkan BN.
Ini susulan tindakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang membidas MCA dan mencabarnya meninggalkan BN.
“Mungkin jika MCA bertindak sebagai sebuah parti bebas, parti-parti pembangkang dan mungkin juga parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad akan berminat untuk bekerjasama dengan mereka untuk menewaskan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata MCA harus menerima cadangan Nazri dan meninggalkan BN serta juga melepaskan semua jawatan kerajaan termasuk sebagai menteri, exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan dan jawatan lain.
“Mereka yang enggan berbuat demikian wajar dilihat sebagai pengkhianat terhadap perjuangan MCA dan hanya mementingkan poket dan tembolok sendiri,” katanya.
Lim berkata, bidasan Nazri ke atas MCA mengesahkan persepsi bahawa MCA adalah budak suruhan Umno.
“MCA akan mendiamkan diri ketika Umno mengeluarkan arahan, kerana inilah caranya BN beroperasi. MCA akan ditendang keluar sekiranya ia tidak lagi berperanan sebagai ‘khadam’ kepada Umno.
“MCA adalah parti yang kecil dan langsung tidak penting di mata Umno. Ia juga tidak relevan di mata pengundi Cina dan MCA hanya menang dalam pilihan raya kerana ia diselamatkan oleh Umno dengan membenarkannya bertanding di beberapa kerusi majoriti Melayu.
“Justeru, MCA bukanlah berada di kedudukan untuk membuat sebarang permintaan terhadap Umno. Pimpinan MCA hanya boleh bertanya ‘berapa tinggi?’ apabila diarah Umno supaya melompat,” katanya.
Semalam, Nazri berkata adalah lebih baik bagi Umno menjadi jaguh kampung yang memiliki 88 kerusi parlimen berbanding MCA, yang hanya mempunyai tujuh kerusi.
Beliau mengulas gesaan Ti supaya Umno mengubah strategi dan mengutamakan survival BN dan bukan hanya parti itu sendiri.
Ti berhujah retorik Umno itu membantu parti Melayu berkenaan memenangi undi di kawasan luar bandar tetapi taktik seumpamanya menghakis sokongan pengundi bandar di kawasan majoriti Melayu dan mengorbankan rakan-rakan gabungan BN.
Nazri bertindak dengan menjawap mendakwa “Umno bongkak pun kita menang” pilihan raya dan mencabar MCA untuk keluar daripada BN.
Sumber TKO - 12-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah untuk menentang kemungkaran dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Malah, naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata perbuatan Dr Mahathir melawan kejahatan Najib untuk selamatkan Malaysia disuruh Islam.
“Tun Mahathir pada usia 91 tahun sedang bangun melawan kemungkaran, korupsi serta salah guna kuasa Najib, serta Umno, demi selamatkan Malaysia.
“Tindakan Tun Mahathir disuruh oleh agama Islam. Islam suruh kita tentang kemungkaran, rasuah, serta salah guna kuasa.
“Tetapi malangnya pemimpin Umno macam Rahman Dahlan yang tidak waras serta gila, demi pertahan poket, pangkat dan perut kalangan kaki bodek, mereka sanggup bersekongkol dengan kemungkaran yang bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada FMT.
Kem Dr Mahathir hari ini mengutuk Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan apabila menyifatkan bekas perdana menteri itu seorang yang tidak waras apabila sanggup bekerjasama dengan musuhnya, Anwar.
Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata kenyataan Rahman itu biadab.
“Kesian kerana menteri Najib hari ini bukan setakat biadab dan kurang ajar tapi bebal dan dungu.
“Teruskanlah sebelum kamu semua ditalkinkan oleh rakyat jelata yang sudah jemu, muak, menyampah dengan perangai menteri kaki jilat dan ampu ini,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Rahman yang juga ahli Majlis Tertinggi berkata tindakan Dr Mahathir ketika ini sudah sampai ke tahap tiada kewarasannya.
Beliau berkata apa saja tindakan yang dilakukan bekas perdana menteri itu, termasuk tidak menolak untuk bekerjasama dengan Anwar, sudah menjadi sesuatu yang bukan luar biasa lagi.
Sumber TKO - 12-9-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tanpa meletakkan sasaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yakin Parti Pribumi Bumiputera Malaysia, PPBM dapat mendaftar ramai ahli apabila kempen pendaftaran mula digerakkan di seluruh negeri dan kawasan Parlimen. Presiden penaja PPBM, memberitahu mereka yang berminat boleh mendaftar dengan menggunakan borang disediakan atau secara 'on-line'.
Katanya lagi dengan bayaran RM2 ramai orang akan menyertainya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan oleh golongan kecewa, sama seperti parti PAN dan hanya parti serpihan daripada UMNO kerana kegagalan mendesak Najib turun daripada PM.
Asas penubuhan parti PPBM ini tidak boleh dijadikan sandaran oleh rakyat untuk pembelaan nasib mereka kerana PPBM lebih bersifat peribadi dan hanya menguntungkan atau memenuhi hasrat segelintir ahlinya sahaja.
PPBM dianggotai pemimpin kecewa itu dijangka bersifat sementara dan akan berdepan masalah diantaranya mereka akan ditekan dengan pelbagai skandal.Lihat sahaja TSMY yang telah teraib dengan skandal perempuan Cina.
Saya melihat hala tuju dan objektif parti PPBM ini masih bercelaru, ini akan menjadikan gerak kerja pakatan pembangkang semakin kabur. Memecah undi di kawasan Melayu yang kini didominasi oleh PAS. Jika wujud pecahan PPBM, PAS dan PAN sudah pasti akan memberikan kelebihan kepada UMNO/BN.
Satu yang saya nampak paling jelas kewujudan PPBM ini bukan melemahkan UMNO tetapi akan membunuh PARTI PAN. PAN akan tersempit dengan PKR, PAS dan PPBM sebagai parti pembangkang,
Kalau yuran PPBM free lagi cepat parti PAN akan mampus (bahasa kasar untuk dewasa sahaja).
Sumber TKO - 11-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengerusi tetap Umno bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengisytiharkan keluar parti dalam persidangan perwakilan bahagian berkenaan pagi ini.
Beliau adalah bekas ketua Umno bahagian Gelang Patah dan bekas Exco kerajaan negeri Johor.
"Umno bahagian Gelang Patah yang ku tubuhkan selaku Ketua Penaja 1994 dan sebagai Adun 1995-2004... ku isytihar keluar dari menjadi ahli semasa berucap sebagai Pengerusi Tetap di mesyuarat perwakilan Umno Gelang Patah 10 Sep 2016," tulis Datuk Baharom pada satatus facebooknya.
Beliau yang kini amat kecewa dengan kepimpinan Umno menganggap Umno telah rosak di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang.
"Umno sekarang bukan lagi parti orang Melayu tapi sudah jadi parti milik Datuk Seri Najib yang tidak boleh diselamatkan lagi," katanya.
Sumber TKO - 10-9-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA - "Kalau saya boleh bekerjasama dengan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kenapa pula tidak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim (bekas Ketua Pmbangkang)" demikian kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, parti-parti pembangkang perlu bergabung dalam satu bentuk kerjasama bagi mengalahkan BN.
"Daripada pengalaman saya dulu iaitu, kalau parti pembangkang ini tidak bersatu dan bekerjasama, mereka akan kalah seperti yang berlaku kepada mereka sejak 59 tahun lalu.
"Jadi sekiranya mahu menukar kerajaan sekarang atau menetukan kepimpinan baharu, mereka perlu bekerjasama rapat," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pendaftar pertubuhan (ROS), hari ini.
Beliau berkata demikian selepas diajukan soalan adakah beliau berbincang dengan Anwar mengenai kerjasama antara PKR dengan parti baharu itu ketika bertemu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Mahathir mendakwa sekiranya ada parti pembangkang tidak bekerjasama sehingga berlaku pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya, parti itu sebenarnya berjuang untuk BN.
"Besar kemungkinan BN akan menang. Sebab itu mana-mana parti yang tidak mahu bergabung atau bekerjasama dengan gabungan parti pembangkang mereka sebenarnya berjuang untuk BN dan mahu mengekalkan BN memerintah.
"Sebab itu kita akan berusaha memastikan parti-parti pembangkang bekerjasama dan bergabung menentang BN," katanya.
Beliau turut menyarankan Pas agar turut serta bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain bagi mengalahkan BN.
Sumber TKO - 9-9-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lampu hijau diberikan kepada parti itu pada Khamis.
“Bagaimanapun, parti itu tidak boleh menggunakan akronim Bersatu, tetapi dikenali sebagai PPBM,” katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis.
Menurut Ahmad Zahid, perkara itu disebabkan terdapat enam lagi parti politik dan organisasi mempunyai perkataan “Bersatu” pada nama pertubuhan mereka.
Bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan permohonan bagi mendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 5 Ogos lalu.
Muhyiddin merupakan presiden parti itu manakala bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi PPBM – Mstar
Sumber TKO - 8-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mahathir; Dari Bapa Pembangunan Kepada ‘Bapa Pengkhianat’!
Tun Dr Mahathir Mohamad dahulunya digelas sebagai ‘BapaPembangunan’ oleh kerajaan Umno tetapi kini dianggap sebagai ‘Bapa Pengkahanat’.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang menulis dalam blognya berkata, Mahathir komited kepada pengkhianatan utama Malaysia apabila beliau meminta kuasa-kuasa asing untuk campur tangan dan menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia
Semua ini, katanya, adalah kerana kepentingan politik yang mementingkan diri sendiri bekas perdana menteri itu.
“Malaysia di bawah kerajaan ini tidak akan membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman kita. Semua mereka percubaan telah gagal, dan akan terus gagal, “katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di beliau sskeruak.blogspot.my blog.
Dr. Mahathir digelar “Bapa Pemodenan Malaysia” dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.
Dalam tulisan bertajuk ‘Gangguan Asing, Sabotaj sengaja dan Bermuka Dua’ (Foreign Interference, Deliberate Sabotage And Double Standards) beliau berkata: “Ia mesti menjadi sangat
mengecewakan bagi WSJ (Wall Street Journal) dan orang-orang di belakang mereka bahawa dengan setiap serangan, Malaysia, kerajaan, Barisan Nasional dan Perdana Menteri menjadi lebih kuat. ”
Salleh berkata selama lebih setahun, akhbar Amerika telah melancarkan serangan demi serangan terhadap Malaysia.
“Tetapi tidak dalam satu pun serangan ini telah Wall Street Journal telah dapat menyediakan dokumen, bukti kukuh atau menamakan orang-orang yang membuat dakwaan ia melaporkan. Jadi bagaimana kita boleh percaya apa-apa yang mereka tulis? “katanya.
Salleh berkata, WSJ kini telah mengakui bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merancang Tawaran Awam Permulaan (IPO) tidak meneruskan disebabkan laporan negatif.
“Yang benar adalah bahawa IPO sengaja disabotaj. media tertentu seperti WSJ menjalankan kempen global, yang bertindak sebagai kenderaan sanggup tentera bermotifkan politik seperti Tun Mahathir Mohamad.
“Mereka tahu IPO disabotaj akan membawa kepada masalah kewangan 1MDB. Jika syarikat itu dibiarkan sahaja untuk meneruskan program rasionalisasi, ia akan berjaya, “kata menteri itu.
Salleh berkata ironinya adalah bahawa kempen menentang Malaysia datang pada satu masa apabila soalan serius telah dibangkitkan tentang hubungan antara perniagaan dan politik di negara ini WSJ sendiri.
“Adakah kita untuk mempercayai bahawa Jabatan siasatan hanya Kehakiman daripada berkaitan dengan Malaysia? Berapa banyak individu dan entiti AS Jabatan Kehakiman menyiasat? Mengapa tidak WSJ mempunyai pasukan khusus untuk melaporkan ini dengan obsesi yang sama? “Fikirnya.
Semua ini, beliau membuat kesimpulan, mengkhianati hakikat bahawa terdapat ‘double standard’ – satu set peraturan bagi Barat dan satu lagi untuk negara-negara membangun seperti Malaysia yang enggan tunduk.
Sumber BO - 6-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SABAK BERNAM: Barisan Nasional tidak sekuat yang dilihat kerana ia boleh kehilangan 45 kerusi dengan mudah pada pilihan raya umum akan datang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas timbalan perdana menteri itu mendakwa, apa yang diperlukan ialah sebilangan kecil pengundi beralih angin kepada pembangkang.
“Kajian saya menunjukkan BN mempunyai 67 kerusi goyah.
“Satu kajian dijalankan pakar yang saya lantik mendedahkan anjakan 4% peratus undi akan menyaksikan 45 kerusi BN jatuh ke tangan pembangkang,” katanya dalam jerayawara anti-1MDB anjuran PKR yang dihadiri kira-kira 500 orang, malam tadi.
Sehubungan itu, presiden sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyeru semua parti pembangkang supaya bersatu bagi memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam siri jelajah memfokuskan 1MDB yang dilabelkan “1Malaysia Dalam Bahaya” itu, Muhyiddin turut menjawab persoalan beberapa pihak berhubung kesahihan dakwaannya yang Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun peribadinya sebelum menerima RM2.6 bilion.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mahu bukti mengenai dakwaan Muhyiddin itu yang dikatakan diberikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Tidak perlu tanya dari mana saya dapat maklumat itu. Saya beritahu anda ia datang daripada bekas peguam negara. Jika mahu tahu lebih banyak, pergi tanya beliau,” kata ahli Parlimen Pagoh itu.
Ini adalah pusingan pertama siri jelajah seluruh negara yang bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk di pinggir dan luar bandar mengenai skandal 1MDB serta kesannya kepada kehidupan rakyat.
Ia turut dihadiri ketua pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sumber TKO - 3-9-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar bekas bos beliau Datuk Seri Najib Razak menyamannya.
Muhyiddin berkata Najib harus bertindak demikian jika dakwaan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya tidak benar.
“Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.
“Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu.
“Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber TKO - 1-9-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf atas pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.
Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, pindaan tersebut tidak meliputi semua undang-undang kerana terdapat Akta Parlimen yang masih perlu mendapat persetujuan dan tandatangan baginda.
“Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran berbeza. Pindaan itu tidak melucutkan lebih 30 perkara lain di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
“Sebenarnya terdapat lebih 30 prosiding yang tersenarai dalam perlembagaan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, sebahagian daripadanya tanpa mendapatkan nasihat perdana menteri,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan, semalam.
Mahathir berkata, hak dan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk isytiharkan darurat tidak terjejas dan keistimewaan itu dikekalkan kerana implikasinya amat serius.
“Fasal (1) Perkara 150, Proklamasi Darurat menyatakan ‘Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
“Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir akan berlaku,” katanya.
Katanya, perkara dan fasal itu menyatakan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk isytihar darurat kekal terletak hanya pada baginda dan tidak boleh dipertikaikan.
“Tiada disebut dalam kes ini, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh memasyhurkan ordinan yang mempunyai kuasa sama dengan Akta Parlimen.
“Dengan kuasa ini yang kekal di tangan Yang di-Pertuan Agong tidak terdapat apa-apa keperluan bagi mana-mana undang-undang lain untuk membolehkan kerajaan menggantung undang-undang bagi menangani masalah keselamatan,” tegasnya.
Menurut Mahathir, Akta MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat itu telah menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
“Jelas sekali Akta MKN ini menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang.
Katanya, di bawah Fasal (3) Perkara 40, baginda boleh bertindak selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang bukan daripada jemaah menteri untuk jalankan mana-mana fungsinya, selain menurut budi bicaranya.
“Pengisytiharan darurat adalah perkara yang ditentukan perlembagaan sebagai atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Apabila Akta MKN pindahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada perdana menteri sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan, keperluan baginda laksanakan hak untuk memutuskan darurat tidak lagi bermakna.
“Secara dasarnya MKN telah merampas kuasa dan hak Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan perkara ini, sedangkan persetujuan baginda dan Majlis Raja-Raja perlu diperolehi dahulu.
“Apabila kerajaan ketepikan permintaan raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong supaya Akta MKN diperhalusi dan disemak semula, maka jelas pindaan tersebut tidak mematuhi perlembagaan. Oleh itu Akta MKN tidak boleh dimeterai sebagai undang-undang,” jelasnya.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai bidang kuasa untuk menasihati Mahkamah Persekutuan tentang apa-apa soal dan kesan mana-mana peruntukan perlembagaan yang berbangkit atau mungkin berbangkit.
“Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.
“Peruntukan ini memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan jika terdapat kesangsian terhadap kesahihan ataupun ketidaksahihan Akta MKN yang tidak pun mendapat persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong,” ulasnya.
Katanya, pelantikan perdana menteri juga merupakan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang individu yang mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, namun calon itu tidak semestinya diterima oleh baginda.
“Berdasarkan peruntukan sama di Terengganu, Perlis dan Selangor, calon yang dikemukakan parti menang ditolak dan raja-raja membuat keputusan menerima calon lain. Mereka ini dilantik sebagai menteri besar dan diterima Majlis Mesyuarat Negeri.
“Jelas, baginda mempunyai hak melantik perdana menteri atas budi bicara. Jika semasa persidangan, Dewan Rakyat menolak lantikan itu, calon tersebut terpaksa berhenti daripada jadi perdana menteri. Yang di-Pertuan Agong akan menamakan calon baharu,” ujarnya.
Pelantikan Ketua Audit Negara juga merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
“Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan berhubung dengan akaun bagi persekutuan dan negeri-negeri.
“Manakala berhubung dengan akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam lain dan badan yang dinyatakan melalui perintah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Beliau berkata lagi, Ketua Audit Negara perlu mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong supaya ia boleh dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
“Perdana Menteri, Datuk Sri Najib telah memerintahkan Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Laporan yang sepatutnya dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebaliknya dihantar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” jelasnya.
Beliau berkata, tindakan kepimpinan Najib yang menyerahkan laporan PAC dan Ketua Audit Negara kepada Peguam Negara yang kemudiannya diisytiharkan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi bertentangan dengan peruntukan perlembagaan
“Amat jelas kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bukan sahaja mengabaikan peruntukan perlembagaan, tetapi bertindak bertentangan dengannya, dengan memberi laporan tersebut kepada Peguam Negara. Ia kemudian diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi,” katanya.
Sumber TKO - 25-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anina tarik balik tiga kes mahkamah
Posted on Wednesday, August 24 @ 22:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31449
|
PETALING JAYA - Ahli jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin menarik balik tiga kes mahkamah berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dibuat dahulu atas kapasiti sebagai ahli Umno.
"Semua kes itu dibuat ketika saya bergelar ahli Umno. Tapi sekarang saya bersama parti baharu dan perjuangan saya telah melalui fasa baharu yang lebih serius. Saya mahu pastikan parti Najib tumbang," katanya dalam satu sidang media di firma guaman Tetuan Haniff Khatri, di Kota Damansara, hari ini.
Anina melalui peguamnya akan mengambil langkah menghentikan kesemua tindakan yang wujud sama ada ada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, mahupun Mahkamah Tinggi berhubung isu yang berbangkit ketika zaman keahliannya dalam Umno.
Bekas ahli Wanita Umno Langkawi itu akan menarik tiga kes yang telah difailkan terhadap Najib Razak berhubung dengan pengembalian wang derma RM2.6 bilion kepada Umno.
Kedua, berhubung pemecatan keahlian Anina yang kini rujuk pada Mahkamah Persekutuan dan permohonan untuk kebenaran merayu kepada mahkamah persekutuan telah ditetapkan pada 14 September 2016.
Ketiga, kes di Mahkamah tinggi yang baru difailkan selepas keputusan mahkamah rayuan berhubung rayuan terhadap pemecatan tersebut, iaitu permohonan untuk deklarasi membatalkan kesahihan Seksyen 18 (C ) Akta Pertubuhan 1966.
Tarikh yang ditetapkan adalah 22 Oktober 2016 untuk permohonan pihak responden membatalkan permohonan tersebut.
Peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata, selewat-lewatnya minggu depan beliau akan berhubung dengan peguam cara Najib atau responden lain dan juga pejabat peguam negara berhubung kes 18 (C) sebelum tarikh kes tersebut melalui prosedur undang-undang, bagi tujuan menarik balik ketiga-tiga kes tersebut.
"Dalam tindakan undang-undang, mahkamah akan meneruskan kes dan pihak dalam pertikaian perlu teruskan sekiranya kes atau isu itu masih hidup, memandangkan Anina mengumumkan untuk bersama landasan parti baharu (Bersatu), adalah tidak wajar kes ini diperdengarkan lagi di mahkamah.
"Sebagai peguam, kami perlu menepati prinsip-prinsip kemahkamahan walaupun bagi saya ada isu undang-undang yang boleh diperdebatkan lagi,"katanya.
Sumber TKO - 24-8-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Individu yang akan menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mesti bersumpah untuk membanteras rasuah.
Seiring dengan pelembagaan parti, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ahli yang membuat pengakuan sumpah itu perlu membuktikan mereka bukan sahaja menolak rasuah malah sanggup berjuang menangani masalah rasuah dalam negara.
"Sekarang ini pengakuan sumpah hanya sekadar kata-kata, hanya sekadar pengakuan. Hakikatnya, ramai yang ambil ringan tentang sumpah.
"Perdana menteri sendiri bersumpah tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan pelembagaan negara tetapi beliau sendiri yang mengingkarinya," katanya dalam sidang media hari ini.
9 Ogos lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), di Putrajaya.
Beliau turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja parti itu iaitu bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin, Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman, pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.
Permohonan parti baharu tersebut diserahkan kepada Penolong Pengarah RoS, Rosliza Mahidi.
Sumber TKO - 21-8-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dXPm8ZAVLz8
Rundiang pembahagian kerusi antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan pembangkang lain akan dimulakan sebaik saja pendaftaran parti itu diluluskan Pendaftar Pertubuhan.
Presiden penaja BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia adalah antara agenda utama parti berkenaan sebaik saja pendaftarannya diterima.
"Untuk itu mesti diadakan proses perbincangan bagi menentukan kerusi mana yang akan ditandingi BERSATU," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Sidang media itu diadakan di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya.
Menurut Muhyiddin bertujuan untuk membentuk gabungan bersatu pembangkang bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya 2018.
Berdasarkan maklumat dan data diperoleh, kata bekas timbalan perdana menteri itu, ada beberapa kawana yang dikenal pasti sesuai untuk diletakkan calon BERSATU.
"Mungkin beberapa kerusi sudah diperuntukkan kepada PAS dan PKR namun jika mereka memahami matlamat kita ialah bekerjasama, justeru atas dasar itu kita akan berunding," katanya.
Menurut beliau mana-mana parti yang mempunyai peluang paling cerah untuk menang wajar diberikan kerusi berkenaan untuk ditandingi.
Ia juga bergantung kepada sokongan dan populariti Umno yang semakin merosot walaupun di kawasan dianggap kubu kuat parti berkenaan.
"Kita perlu selesaikan apa saja perbezaan yang ada. Kita boleh duduk (dan berbincang)," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mencabar Datuk Seri Najib Razak di kerusi Pekan, Muhyiddin yang kini anggota parlimen bebas mewakili Pagoh berkata: "Insya-Allah, sama ada BERSATU atau mana-mana sekutu (akan diturunkan bertanding di kawasan itu)."
Sumber TKO - 21-8-2016
-------------------------------------------------------------------------------
Mukhriz: PM Minta Saya Tanah Di Kedah
Posted on Sunday, August 21 @ 19:16:25 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31433 |
Video : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XHlhzlt6wDM Ahli Jawatankuasa Parti Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada meminta tanah di negeri itu untuk bangunkan projek, katanya di sidang media Barisan Penaja Bersatu di Bangsar, hari ini.
Kredit: Sinar Harian TV
Sumber TKO -21-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SELAYANG: Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) menegaskan pihaknya menolak 'pinangan' Persatuan Pribumi Perkasa dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mahu mengambil alih parti itu bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
Pemangku Presidennya, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut, berkata BERJASA juga tidak berminat untuk meneruskan sebarang bentuk perbincangan atau rundingan dengan PERKASA dan parti yang sedang menunggu pengesahan penubuhannya dari Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Orang hendak rampas 'rumah' kita, mestilah kita tentang habis-habisan. Kami tidak berminat untuk meneruskan perbincangan dengan PERKASA dan Parti Pribumi.
"Saya menyeru mereka supaya berhenti 'merisik' BERJASA kerana tindakan mereka secara berterusan mahu memujuk ini sudah sampai peringkat merimaskan," katanya pada sidang media sebentar tadi.
Mustapa Kamal berkata, alasan utama BERJASA menolak hasrat kedua-dua pihak itu kerana mereka mahu mengubah 90 peratus Perlembagaan parti selain mahu meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.
"Usaha mereka ini tidak demokratik dan tidak menghormati ahli BERJASA," katanya.
Sumber TKO - 21-8-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tun M nafi pernah buang pemimpin
Posted on Saturday, August 20 @ 07:11:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31402
|
SHAH ALAM – Ada beberapa pemimpin yang menentang semasa pemerintahannya, namun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak membuang mereka.
Sebaliknya menurut Mahathir, beliau melantik pemimpin-pemimpin tersebut menyertai kabinetnya.
“Dalam tempoh kempen untuk presiden dan timbalan presiden, ramai menteri-menteri saya dan timbalan menteri menentang saya. Mereka termasuklah (Tun) Abdullah Badawi, (Tan Sri) Rais Yatim dan (Tan Sri) Syed Hamid (Albar).
“Rekod menunjukkan bahawa saya melantik semula mereka dalam kabinet. Adakah ini cara seseorang yang tidak boleh bertolak ansur bertindak terhadap mereka yang jelas tidak setia?,” katanya dalam catatan terbaharu di blognya.
Dalam pada itu, beliau sempat mengaitkan perkara itu dengan situasi yang berlaku hari ini di mana dakwanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak menurunkan pangkat dan membuang pemimpin yang tidak sehaluan dengannya.
“Sesiapa yang tidak menyokong beliau sepenuhnya, sama ada menteri-menteri atau penjawat awam telah dikeluarkan atau dipindahkan atau terpaksa bersara atas alasan kesihatan. Beliau tidak bertolak ansur seperti saya.
“Kesetiaan kepada pemimpin adalah penting bagi sesuatu organisasi untuk berfungsi tetapi apabila pemimpin menyimpang atau melakukan jenayah, tindakan terus berpaut padanya adalah salah. Malahan menjadi kewajipan pengikut yang setia untuk menasihati dan mengkritik pemimpin itu dan jika pemimpin berkenaan tidak mengendahkan nasihat, mereka harus berhenti menjadi setia kepadanya,” katanya. Sumber TKO - 20-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Bercakap terus terang tidak bermakna bercakap benar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada buku oleh bekas timbalannya Tun Musa Hitam.
Musa yang menjadi timbalan perdana menteri dari tahun 1981 hingga 1986 di bawah Dr Mahathir, mengkhususkan keseluruhan bab dalam bukunya 'Frankly Speaking' kepada pentadbiran bekas perdana menteri itu, memanggilnya sebagai 'kegagalan sendiri' apabila tidak dapat melahirkan pengganti yang sesuai.
Dr Mahathir membidas buku itu, yang dikatakan telah meletakkan seluruh kesalahan terhadap dirinya berhubung apa yang berlaku dalam Umno dan kerajaan.
"Musa secara semula jadi tidak menyalahkan dirinya untuk apa-apa. Dia seperti bayi baru lahir tanpa kesalahan. Yang menjelaskan mengapa dia begitu popular," tulisnya di blog, chedet.cc .
Menurut Dr Mahathir, Musa telah bertanding jawatan timbalan presiden Umno menentang Tengku Razaleigh.
"Musa datang berjumpa saya bagi mendapatkan sokongan saya untuk usahanya. Saya sedia bersumpah dengan al-Quran bahawa dia melakukannya," katanya.
Dr Mahathir juga membalas dakwaan Musa bahawa beliau menuntut 'kesetiaan mutlak', memetik banyak peristiwa yang membawa kepada peletakan jawatan Musa sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
"Saya marah kerana saya fikir dia adalah orang yang akhirnya tepat untuk menggantikan saya sebagai PM. Saya tidak mengharapkan untuk menjadi perdana menteri selama 22 tahun pada masa itu. Tiada siapa melakukannya. Sudah tentu tidak Musa," katanya.
Walaupun Musa 'jelas tidak setia' kepadanya sama sekali, Dr Mahathir berkata beliau menerima keputusan Musa untuk hanya kembali sebagai timbalan presiden parti.
Beliau juga akhirnya menjadi 'lebih tidak setia', seperti tindakan Musa memujuk Tengku Razaleigh untuk bertanding bagi jawatan presiden Umno pada pemilihan parti seterusnya dan beliau sendiri bertanding jawatan timbalan presiden.
"Dalam erti kata lain jika mereka menang dia akan menjadi timbalan perdana menteri dan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri.
"Walaupun begitu saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya. Apabila dia tidak menyertai Tengku Razaleigh dalam Semangat 46, saya melantiknya sebagai duta khas ke PBB dengan taraf menteri.
"Adakah ini membuatkan saya dikatakan seorang lelaki yang tidak boleh dan tidak mahu bertolak ansur dengan apa-apa melainkan kesetiaan peribadi mutlak seperti yang didakwa oleh Musa?" katanya.
Menurut Dr Mahathir, beliau 'tidak pernah berkelakuan seperti Najib yang menurunkan pangkat, memindahkan dan memecat pemimpin walaupun hanya dengan mempersoalkan tentang 1MDB kepadanya'.
"Najib kini bercakap tentang kesetiaan kepada institusi presiden Umno. Beliau tidak membiarkan pertandingan untuk pemilihan presiden seperti yang saya lakukan apabila Musa dan Tengku Razaleigh mencabar saya dan Tun Ghafar Baba.
"Sesiapa yang tidak memberi sokongan penuh kepadanya, sama ada menteri-menteri atau penjawat awam, mereka telah dikeluarkan atau dipindahkan atau bersara perubatan. Beliau tidak bertolak ansur seperti saya dulu. Saya mempunyai hak untuk mengkritik sikap tidak bertoleransinya terhadap pembangkang," katanya.
Dr Mahathir berkata Musa sepatutnya memetik peristiwa atau merujuk kepada dokumen, termasuk laporan berita pada masa itu, jika dia mahu berterus-terang.
Sumber TKO - 19-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Kami, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah mewakili pihak pembangkang, amat terkejut dengan dakwaan Ahli Parlimen Langkawi, YB Dato' Ir Nawawi Ahmad di laman Facebook miliknya bahawa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) adalah sebenarnya Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, dan bukannya Dato' Seri Najib Tun Razak.
2. Beliau telah membuat kesimpulan ini kononnya setelah mentafsir Perlembagaan Persekutuan.
3. Ini adalah satu dakwaan yang sangat tidak bertanggungjawab, tidak rasional sama sekali, dan tidak sepatutnya diungkap oleh seorang anak Kedah yang bergelar "Yang Berhormat Ahli Parlimen". Tidak ada seorang pun Rakyat Malaysia yang mempercayai dakwaan yang tidak lojik itu.
4. Kami dengan tegas menuntut agar Nawawi segera insaf dan memohon sembah keampunan daripada Yang DiPertuan Agong atas tuduhan itu kerana ianya telah mencemar nama baik Kebawah Duli Tuanku dengan mengaitkan Baginda dengan skandal mega 1MDB seperti yang diumum oleh pihak DOJ.
5. Selain itu, kami mendesak agar Nawawi juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah berusaha untuk menipu Rakyat bahawa kononnya Najib Razak bukannya MO1 yang dimaksudkan oleh DOJ. Segala butiran serta sifat-sifat yang dikaitkan dengan MO1 seperti yang disenaraikan oleh DOJ mengukuhkan dakwaan bahawa Najib Razak adalah MO1. Tiada putar belit konco-konco dan jentera propaganda Najib, termasuk kenyataan Nawawi tersebut, boleh meyakinkan Rakyat bahawa Najib bukan MO1 yang dimaksudkan.
6. Kami mendesak agar Najib Razak menghentikan semua penipuan yang menjelekkan, segera undur sebagai Perdana Menteri, sekaligus menamatkan kemelut dan krisis yang membelenggu negara.
Tarikh : Rabu, 17 Ogos 2016 Sumber TKO - 17-8-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai timbalan perdana menteri kerana Tun Abdullah Ahmad Badawi, orang yang sama didesaknya untuk melepaskan jawatan perdana menteri, dedah veteran politik, Tun Musa Hitam.
Dalam bukunya 'Frankly Speaking', Musa berkata pelantikan Muhyiddin sebagai orang nombor dua adalah antara syarat-syarat Abdullah sebelum beliau menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak.
"Apabila Abdullah bercadang untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, saya menjadi orang tengah antara beliau dan Najib semasa perbincangan berkaitan pemindahan kuasa.
"Abdullah mempunyai beberapa syarat, yang utama adalah supaya Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai timbalan perdana menteri.
"Najib segera bersetuju, perkara yang perdana menteri baru itu kini menyesali," tulis Musa.
Najib dan Muhyiddin menerajui negara dari tahun 2009 hingga 2015. Tahun lalu, Najib menggugurkan Muhyiddin dalam rombakan kabinet, berikutan kritikan lantang timbalannya terhadap 1MDB.
Muhyiddin kemudiannya dipecat daripada Umno, dan kini bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menentang Najib dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Sebelum pemecatannya, Muhyiddin berulang-kali mempersoalkan mengapa Umno bertindak terhadapnya kerana menentang Najib, tetapi tidak berbuat apa-apa apabila beliau bertindak ke atas Abdullah.
Abdullah meletakkan jawatan pada tahun 2009 berikutan tekanan dari Umno kerana prestasi hambar BN pada pilihan raya umum 2008, dengan pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiga di Parlimen.
BN juga hilang lima negeri pada pilihan raya itu. Sumber TKO - 16-8-2016 -
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan keupayaan parti itu membela nasib orang Melayu kerana mempunyai hubungan dengan DAP adalah sesuatu yang aneh.
Menurut beliau, selepas mengemukakan permohonan kepada pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), serangan terhadap Bersatu yang belum lagi ditubuhkan datang secara bertalu-talu daripada pemimpin Umno.
“Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari Najib malah parti ini belum ada ahli dan cawangan. Ia hanyalah parti serpihan umpama parti nyamuk.
“Bagaimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP?
“Malah beliau mengandaikan bahawa kerjasama ini tidak akan menguntungkan orang Melayu dan ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab serta pra-matang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Najib menyelar parti Bersatu berikutan cadangan untuk bekerjasama dengan DAP, yang sama sekali tidak pernah menyokong perjuangan atas nama pribumi dan hak Bumiputera.
Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa kenyataan berkenaan merupakan taktik kotor yang digunakan bagi menakut-nakutkan orang Melayu di negara ini.
“DAP bakal dijadikan 'hantu' paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib.
“Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu,” katanya.
Selain daripada itu, Muhyiddin menyarankan Najib untuk berhubung dengan ROS bagi mendapatkan naskhah Perlembagaan Bersatu yang diserahkan semasa proses pendaftaran parti sekiranya beliau meragui perjuangan parti itu.
Beliau berkata, daripada 13 matlamat dan tujuan Bersatu, tiga daripadanya ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut serta mengamalkan agama masing-masing secara aman harmoni.
“Selain itu, matlamat Bersatu adalah bagi menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di samping mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri Sabah serta Sarawak dan hak-hak sah untuk semua kaum,”katanya.
Tambah beliau, sekiranya Najib seorang pemimpin yang berani dan ingin membersihkan namanya, beliau seharusnya menyahut cabaran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk berdebat.
“Tidak perlulah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak lain. Usah berselindung dan berdolak-dalik lagi," katanya. - Sh
Sumber TKO - 16-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KETIKA tulisan ini disiarkan, tidak pasti sama ada Tun Dr. Mahathir masih di IJN ataupun sudah pulang. Apa yang hampir pasti ialah dia akan dapat kenderaan baharu untuk menggerakkan kempen menumbang Najib – Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau nama pendeknya, Bersatu.
Saya yakin, meskipun dilantik pengerusi parti itu, Dr. Mahathir tidak akan bertanding pada PRU14, jauh sekali untuk kembali ke Sri Perdana. Apa yang jadi matlamatnya adalah menggantikan PM Najib dengan pemimpin lain. Najib pada pandangannya sudah melakukan banyak kerosakan dan tidak boleh dibiarkan.
Ketika memilih Pak Lah untuk menggantikannya, Dr. Mahathir sebenarnya lebih berminat kepada Najib. Pada masa itu, hubungan Najib – Pak Lah tidak begitu jernih dan dikatakan, Dr. Mahathir terpaksa mendapatkan jaminan Pak Lah untuk memastikan Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila dia (Pak Lah) dinamakan sebagai Perdana Menteri. Tujuannya adalah supaya selepas Pak Lah, Najib yang akan naik.
Mahathir bukan jenis lupa jasa orang kepadanya. Ada cerita, Tun Razak berpesan kepada birasnya, Tun Hussein Onn supaya melantik Dr. Mahathir jadi timbalannya setelah dia (Hussein) dilantik Perdana Menteri. Jika cerita ini benar, ia adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir.
Hussein memang tidak menggemari Mahathir sejak awal. Dia yang jadi Perdana Menteri selepas kematian mengejut Tun Razak di London akibat kanser pada 1976, lebih mahukan Tun Ghazali Shafie yang dianggap antara orang Melayu paling pintar dan berpengetahuan (hingga dilantik menganggotai Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan) untuk jadi timbalannya.
Bagaimanapun Ghazali bukan Naib Presiden Umno. Mengikut tradisi dan berdasarkan senioriti, Hussein seharusnya melantik seorang daripada tiga naib presiden iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ghafar Baba atau Dr. Mahathir sebagai timbalannya.
Kata dua
Tengku Razaleigh adalah Naib Presiden Umno yang paling popular ketika itu. Dia mendapat undi tertinggi dalam pemilihan parti, diikuti Ghafar dan Dr. Mahathir.
Bagaimanapun menurut Sanusi Junid, Hussein tidak berkenan untuk melantik Ku Li barang kali disebabkan status bujangnya ketika itu manakala Ghafar pula kerana Ghafar menyokong Tunku Abdul Rahman ketika krisisnya dengan bapa Hussein, Onn Jaafar pada 1951.
Berikutan ura-ura Hussein mahu melantik Ghazali sebagai timbalannya, ketiga-tiga naib presiden itu menemuinya dan memberi kata dua: “Lantik salah seorang daripada kami ataupun kami bertiga akan boikot Kabinet!”
Lantaran itu, Hussein akhirnya memilih Dr. Mahathir meskipun Dr. Mahathir ketika itu adalah naib presiden yang ketiga dari segi kedudukan dalam parti yang berasaskan pungutan undi. Yang membantu Hussein membuat keputusan itu ialah Abdul Kadir Yusuf, Menteri Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Abdul Kadir sahabat karib Hussein sejak sama-sama menuntut di London.
Perihal keruhnya hubungan Hussein – Dr. Mahathir berlarutan hinggalah Dr. Mahathir dilantik Timbalan Perdana Menteri.
Tokoh wartawan, A.R. Kamaludin yang juga anggota Exco Pemuda Umno ketika era Suhaimi Kamaruddin pernah menceritakan hal keluhan Dr. Mahathir mengenai hubungannya dengan Hussein.
Menurut Kamaludin, ketika dia bersama beberapa anggota Exco Pemuda Umno menunggu giliran untuk menghadap Perdana Menteri di pejabatnya, mereka terserempak dengan Dr. Mahathir yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Dia menyapa mereka.
Apabila diberitahu tujuan mereka adalah mahu menghadap Perdana Menteri, Dr. Mahathir berkata: “Lagi untung jadi Exco Pemuda daripada Timbalan Perdana Menteri. Saya dah dua minggu buat appointment nak jumpa PM, tak dapat-dapat lagi.”
Pada penghujung pentadbirannya, Hussein dikatakan memanggil Tengku Razaleigh. Hussein beritahu Ku Li dia mahu letak jawatan dan Ku Li dipilih untuk menggantikannya.
Memanglah tiada peruntukan dalam Perlembagaan hanya Timbalan Perdana Menteri yang boleh menggantikan jika Perdana Menteri meletak jawatan namun secara tradisi, seharusnyalah begitu. Dr. Mahathir adalah Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno, juga Timbalan Pengerusi BN.
Ku Li bagaimanapun dikatakan menolak tawaran itu, Dia yakin masa untuknya (jadi Perdana Menteri) akan tiba jua memandangkan usianya yang jauh muda berbanding Dr. Mahathir.
Apabila Ku Li menolak, Hussein memanggil pertemuan enam mata – Hussein, Dr. Mahathir dan Ku Li – untuk membincangkan perkara itu. Dia mahukan jaminan daripada Dr. Mahathir untuk melantik Ku Li sebagai timbalannya apabila dia dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri.
Benar atau tidak kenyataan ini tidak dapat dipastikan namun apa yang berlaku kemudiannya bukanlah begitu. Apabila Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dipilih sebagai gandingannya.
Retak
Kemudian daripada itu, berlaku keretakan dalam hubungan Ku Li dengan Musa, dan kemudian Ku Li dengan Mahathir dan Musa. Bagaimanapun selepas Musa meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1986, dia bergabung dengan Ku Li pula untuk menentang gandingan Mahathir - Ghafar yang menggantikan tempatnya.
Kemuncaknya, pada pemilihan 1987, kedua-dua regu itu bertembung yang menyaksikan kekalahan tipis Ku Li di tangan Dr. Mahathir dalam perebutan kerusi Presiden Umno manakala Musa tumpas kepada Ghafar bagi kerusi Timbalan Presiden.
Bagaimanapun dalam pemilihan pada 1993, Ghafar membuat keputusan menarik diri daripada mempertahankan jawatan apabila pencalonan untuk Anwar Ibrahim jauh mengatasi pencalonan untuk dirinya.
Sejak itu, Ghafar dikatakan menyimpan rasa terkilan terhadap Dr. Mahathir yang dikatakan terang-terangan menyokong Anwar. Hal rasa terkilannya itu disampaikan kepada beberapa rakannya.
Daripada empat individu yang pernah jadi timbalan Dr. Mahathir, hanya Pak Lah yang lepas naik ke kerusi Perdana Menteri. Itu pun, selepas beberapa tahun memegang jawatan, Pak Lah turut hadapi tekanan daripada Dr. Mahathir kerana dianggap tidak berkeupayaan untuk terus memikul tanggungjawab memimpin negara.
Sebagaimana sekarang, yang seiring dan sejalan dengan Dr. Mahathir adalah Muhyiddin Yassin. Najib – yang diangkat menggantikan Pak Lah – meskipun awalnya dilihat sebagai pilihan Dr. Mahathir, kini didesak oleh dia sendiri untuk melepaskan jawatan!
Rekod politiknya mencatatkan; Mahathir berperanan dalam mendesak Tunku Abdul Rahman meletak jawatan. Ketika Hussein Onn, pun dia dikatakan ada peranan juga meskipun tidak begitu terbuka. Perdana Menteri yang tidak disentuh langsung oleh Dr. Mahathir hanyalah Tun Razak.
Apa yang berlaku selepas Dr. Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya selama 22 tahun, dia digantikan oleh pemimpin yang bermasalah. Kaliber dan karismatik Pak Lah, juga Najib jauh rendah berbanding kesemua Perdana Menteri yang terdahulu, termasuk dirinya sendiri.
Di mana silapnya, dan apa punca yang menyebabkan hal ini berlaku? Ada pihak menyifatkan puncanya adalah Dr. Mahathir sendiri. Dia dianggap tidak berusaha melahirkan pelapis yang berkelayakan untuk mengambil alih kemudi negara selepasnya.
Kalaupun ada, mungkin Anwar tetapi Anwar sendiri telah melakukan kesilapan besar tatkala laluan sudah dibentang luas untuknya. Itulah satu-satunya anak didik yang dibenihkan oleh Dr. Mahathir meskipun kesudahannya tidak berakhir seperti apa yang diharapkan!
Tun Razak telah mendidik Ku Li dan Musa untuk menyambung legasinya selepas giliran Dr. Mahathir, namun tempoh pemerintahan Dr. Mahathir yang begitu lama telah 'mengorbankan' mereka.
Saya teringat kata-kata seorang bekas menteri dalam Kabinet Dr. Mahathir ketika kami bertemu di rumahnya beberapa tahun lalu: "Lama memerintah itu bagus, tetapi terlalu lama, tidak bagus!"
Dia merujuk pada tempoh pemerintahan Dr. Mahathir yang menurutnya telah membawa nasib yang kurang baik kepada negara apabila tokoh seperti Ku Li terpaksa dikorbankan.
"Ku Li antara ahli politik terbaik pernah dilahirkan di negara kita. Saya tidak kata pemerintahan Dr. Mahathir tidak bagus. Dia meninggalkan legasi yang begitu besar namun tempoh pemerintahannya yang terlalu lama telah menyebabkan ada lompang dari segi pelapis dalam kepimpinan negara untuk menyambung apa yang telah dibawanya," katanya.
Jika umurnya panjang, dan jika pembangkang menang PRU14, apakah Muhyiddin akan jadi satu-satunya Perdana Menteri selepasnya yang dapat diterima oleh Dr. Mahathir?Muhamad Mat Yakim Sumber TKO - 12-8-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak suka dengan gaya hidup suaminya yang sangat aktif dan tertekan. Beliau merasakan bahawa pada usia Mahathir sekarang ini, beliau tidak seharusnya “burn his candle from both ends”. Dan apa yang dia paling takuti berlaku pagi semalam pada jam 9 pagi. Mahathir dimasukkan ke IJN dan dilaporkan sakit dada atau jangkitan dada.
Siti Hasmah tahu bahawa Mahathir menolak tuah dan tekanan memang boleh membunuh beliau. Menurut Siti Hasmah, sejak 26 Julai 2016 ketika mereka masih di Jakarta, Mahathir sangat gelisah dengan keadaan huru-hara terutama apabila sidang akhbar yang sepatutnya diadakan pada hari yang sama perlu dibatalkan. Sejak itu Mahathir resah dan tidak tidur dengan baik.
Serangan jantung pertama Mahathir berlaku pada tahun 1989 apabila beliau mengalami tekanan yang melampau dan hampir disingkirkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan ‘Team B’. Kemudian dia mengalami serangan jantung kedua semasa Hari Raya tahun 2006. Pada masa itu Mahathir sedang giat berkempen habis-habisan seluruh Malaysia untuk menggulingkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pada petang hari tersebut beliau membincangkan sama ada Tengku Razaleigh Hamzah telah bersedia untuk mengambil alih jawatan daripada Abdullah dan yang lebih penting, sama ada beliau akan akur, apabila pada jam 3 pagi Mahathir mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke hospital.
Para doktor memutuskan beliau perlu menjalani pembedahan jika Mahathir mahu terus hidup. Tetapi Mahathir mengalami komplikasi selepas pembedahan dan jangkitan serius, oleh kerana itu mereka terpaksa membedah beliau lagi. Kali ini, bagaimanapun, mereka memberi Mahathir peluang kurang daripada 50% untuk hidup dan keluarga bersiap sedia untuk perkara yang terburuk.
Namun Mahathir terselamat walaupun ramai meramalkan beliau tidak akan terus hidup. Sejak serangan jantung pada tahun 2006, Mahathir mendapat banyak tanda-tanda amaran serangan jantung. Ini menurut salah seorang Blogger Umno, ‘Big Dog’, dalam artikel pada September 2007.
Sejak 8 November tahun lepas (2006), Tun Dr. Mahathir telah mengalami tiga serangan jantung dan dimasukkan ke hospital di IJN. Beliau telah dimasukkan ke IJN selepas pulang dari Johor Bahru pada 10 Februari 2007, di mana beliau telah menyeru pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak takut kepada perubahan kepimpinan dan sekali lagi pada 15 Mei 2007, semasa lawatan peribadi ke Langkawi. Serangan jantung yang terakhir agak serius dan dia telah diterbangkan pulang ke Kuala Lumpur dan dimasukkan segera ke IJN selepas pakar IJN yang diterbangkan ke Langkawi merawat beliau, berjaya menstabilkan Mahathir dan dia boleh diterbangkan.
Itu adalah apa yang dilaporkan pada tahun 2007. Sejak itu Mahathir dimasukkan ke hospital di Australia pada tahun 2010 dan sekali lagi pada 2013 kerana sakit dada – dan sekali lagi semalam pada jam 9 pagi atas sebab yang sama. Ada yang mengatakan ia mungkin lebih daripada sekadar sakit dada berdasarkan beberapa peristiwa sebelum mereka terpaksa menghantar Mahathir ke hospital.
Pagi semalam, Mokhzani, sarapan bersama Mahathir pada awal pagi di mana beliau memberitahu bapanya dia mungkin menghadapi tuduhan”insider trading”. Pada 29 Julai 2016, bekas rakan kongsi beliau, Datuk Yeow Kheng Chew dan dua yang lain – Paulene Chee Yuet Fang dan Tan Yee Chee, remisier beliau – didakwa kerana “insider trading”. Ketiga-tiga mereka bertindak atas arahan beliau, jadi ini bermakna dia juga menghadapi risiko nasib yang sama.
Ketika itu Mahathir “blew his top” dan merungut pada Mokhzani mengapa dia melakukan perkara yang bodoh seperti itu mengetahui yang mereka bergantung kepada mereka yang berkuasa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pasti tidak akan melepaskan mereka dengan mudah memandangkan apa yang mereka telah lakukan terhadap beliau. Hukuman terhadap dakwaan tersebut adalah maksimum penjara sepuluh tahun dan jika Mokhzani dihantar ke penjara selama sepuluh tahun Mahathir tidak akan dapat melihat hari Mokhzani dibebaskan.
Perbincangan Mokhzani Mahathir bertukar panas dan anak menyalahkan bapa atas masalah tersebut. Jika Mahathir tidak begitu beria-ia menyingkirkan Najib, maka Mokhzani tidak akan menghadapi masalah ini. Mokhzani kemudian berlalu dalam keadaan marah. Kemudian Mahathir menelefon Tun Daim Zainuddin dan merungut mengenai langkah bodoh yang Kadir Jasin lakukan hingga menyebabkan sidang akhbar yang dirancang – yang sepatutnya telah diadakan ekoran pengumuman oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat – terpaksa dibatalkan. Mahathir berkata jika pelan pada 26 Julai tidak dirosakkan maka Mokhzani tidak terjerumus dalam masalah tersebut.
Malaysia Today telah mengeluarkan artikel berkenaan perkara ini, anda boleh baca di bawah:
I am no moron, says Kadir Jasin
Khairul’s brilliant pre-emptive strike against the three Tan Sri
Mahathir’s near heart attack in Jakarta
The trap that Khairul set up for Abu Kassim, Gani and Zeti
Are Abu Kassim, Gani and Zeti going to face charges of treason?
Abu Kassim caught in his own web of deceit
Mahathir juga memberitahu Daim dia telah cuba menghubungi bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz tetapi ketiga-tiga mereka tidak menjawab panggilan beliau. Mereka nampaknya telah menghentikan semua komunikasi dengan beliau dan Mahathir terlampau marah kerana ini bermakna dia tidak boleh melaksanakan rancangan dan disekat.
Semua perkara dilihat tidak memihak kepada beliau. Semalam Muhyiddin Yassin pergi ke pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan parti baru mereka. Nampaknya penerimaan parti baru ini adalah suam-suam kuku dan tidak mendapat sambutan seperti yang beliau jangkakan. Malah nama yang dicadangkan parti baru mungkin tidak diluluskan kerana mereka menggunakan nama ‘Bersatu’ pada nama, yang juga digunakan oleh Umno. Jika ‘Bersatu’ dalam nama itu tidak dibenarkan maka hanya tinggal ‘Pribumi’.
Mahathir “juggling too many balls in the air” pada masa yang sama dan dia menjadi sangat gelisah. Daim tidak membantu kerana dia tidak begitu yakin dan agak negatif. Malah, Daim seolah-olah mentertawakan orang tua itu memandangkan bantahan tidak akan ke mana-mana.
Ketika itulah Mahathir mula berasa tidak sihat dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Pada mulanya mereka menyangka dia mengalami satu lagi serangan jantung atau strok. Berita rasmi adalah bahawa dia sakit dada. Sumber dalaman mengatakan dia berada di hospital hanya untuk pemeriksaan rutin. Tetapi mengapa menjalani pemeriksaan rutin kesihatan pada hari parti barunya didaftarkan?
Berita Mahathir telah dikejarkan ke IJN pada mulanya mengundang panik. Masanya amat tidak sesuai. Mereka mahu fokus pada pendaftaran parti baru Mahathir dan tidak kepada berita Mahathir dikejarkan ke hospital. OrangCina yang percaya pada feng shui mengatakan bahawa ini bukanlah satu petanda yang tidak baik untuk parti baru Mahathir.
Saya masih ingat pada tahun 1999 apabila Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad, tergelincir dan jatuh ketika dia melangkah untuk memasuki pusat penamaan calon di Kemaman bagi memfailkan kertas pencalonannya. Orang Cina berkata ia adalah petanda yang tidak baik dan feng shui yang buruk. Ini bermakna Wan Mokhtar akan jatuh. Benar bagai dikata, bukan sahaja dia jatuh tetapi seluruh negeri itu pun tumbang juga.
Apa yang lebih menarik tentang semua ini adalah Mahathir benar-benar marah pada Mokhzani. Beliau dikatakan menyalahkan Mokhzani kerana bertindak bodoh dan tertangkap atas kesalahan “insider trading” ketika mereka perlu menyerang Najib habis-habisan dalam cubaan menggulingkan beliau.
Pendek kata, tindak balas Mahathir seolah-olah mempercayai bahawa Mokhzani bersalah. Tindakannya menunjukkan tuduhan ke atas Mokhzani bukan palsu dan bukan direka tetapi Mokhzani sebenarnya melakukan jenayah “insider trading”. Dan kerana itu dia kini beliau merosakkan apa yang mereka cuba lakukan dengan mendedahkan kelemahan mereka yang membolehkan mereka diserang.
Kemungkinan yang mencetuskan serangan jantung Mahathir semalam adalah bila Mokhzani menyalahkan Mahathir atas masalah tersebut. Jika Mahathir tidak cuba “membunuh” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka tidak perlu takut. Jadi ia merupakan kesalahan Mahathir menyerang Najib dan bukan salah Mokhzani kerana melakukan jenayah “insider trading”. Saya rasa walaupun hati yang kuat seperti Mahathir pun tidak boleh menerima dakwaan tersebut.
– Malaysia Today
Sumber TKO - 12-8-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam percaya terdapat tiga cara bagi rakyat negara ini boleh menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Pertama, adalah menerusi Umno, yang hampir mustahil,” tulis Musa dalam buku terbarunya bertajuk ‘Frankly Speaking’.
Menurut penganalisis politik, kedudukan Najib dalam Umno adalah selamat selepas menyingkirkan penentangnya seperti bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau dijangka akan kekal sebagai pemimpin parti itu sehingga survival politiknya sendiri terancam.
Kaedah kedua, untuk menyingkirkan Najib, kata Musa adalah melalui campur tangan asing.
“Ini nampaknya jalan yang dipilih oleh ‘pergerakan’ itu (Selamatkan Malaysia).
“Pilihan ini mempunyai kemungkinan, walaupun agak pencil.”
Bagaimanapun tidak jelas ‘pergerakan’ yang dirujuk oleh Musa itu, tetapi Mahathir sebelum ini dipetik oleh akhbar The Australian sebagai berkata bahawa Malaysia kini terpaksa “membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal tempatan” kerana semua saluran di negara ini telah ditutup.
Mahathir bagaimanapun menafikan bahawa beliau menggesa negara lain supaya campur tangan untuk menggulingkan Najib.
Bagi pilihan ketiga, Musa berkata adalah membiarkan rakyat membuat keputusan sendiri sama ada mereka mahu Najib berundur, melalui pilihan raya umum akan datang.
Najib kini di bawah tekanan hebat supaya meninggalkan pejabat perdana menteri berikutan dirinya terpalit dengan pelbagai skandal.
Terbaru, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika memfailkan saman sivil dan mendakwa dana bernilai lebih AS$ 3.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB.
Ia juga dinamakan “Malaysian Official 1” mendapat manfaat daripada firma itu, dan pembangkang menuding jari kepada perdana menteri.
Najib menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa komplot itu didalangi oleh mereka yang ingin menggulingkannya.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
Musa juga dalam bukunya mendedahkan apabila isu 1MDB pertama muncul, beliau adalah antara mereka yang secara terbuka menggesa perdana menteri supaya mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.“Kira-kira seminggu selepas itu, dalam perbualan telefon, Najib secara lawak memberitahu, ‘Saya masih belum bercuti’,” katanya. – Malaysiakini Sumber TKO - 12-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
The Polls Will Be Held Soon
The newly-formed Parti Pribumi Bersatu Malaysia must align itself with the Opposition if it aims to win the next general election, which should be “very soon”, said Tun Musa Hitam.
He predicted that the elections will come “very soon”, before the new could get a foothold in the country.
“I think BN will call for election very soon. If it is true, then this is one of the biggest challenges for those who want to oppose the Government – to get together and become a cohesive force.
“Whether this party is going to stand alone or together with Opposition, I don’t know yet. I would have to assume that if they want to be successful, they have to be together with the Opposition,” he told reporters after the launch of his new book Frankly Speaking here yesterday.
Musa said past experiences had shown that attempts to become a cohesive force was a challenge on its own as there were bound to be arguments on seat allocation.
“They must be unanimous in their allocation of seats. Most of the time in the past, it never worked. They may allocate certain seat numbers for Party A and a certain number for Party B but each individual party will always say it is the most qualified to contest for that seat.”
He said some people saw the removal of the sitting Prime Minister as the only way to solve the problems in the country.-thestaronline
“The Bersih (rally) is coming up, you could mess it up or you could make it a success. As long as you allow people to express their views, as long as you don’t look for excuses to lock people up,” he said.
On the problems faced by the country, Musa said he was fearful about security. He said Malaysia was going downhill and could end up like the Philippines, which was almost lawless for some time.
He said there were big scandals and shootings in broad daylight.
“I think the country is moving downhill. The speed is slow, but it could develop into a fast slide.
“I was witnessing the Philippines in the past. It was going towards a failed state … I used to say, ‘My God, security, arms, in any settlement of grouses … this did not happen in our country,” he said, adding that it was now becoming “normal” in Malaysia too. Sumber BO - 12-8-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad di Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN).
Najib dan Rosmah meluangkan masa lebih 30 minit bersama Dr Mahathir yang ditemani Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Dr Mahathir berada dalam keadaan riang.
Bekas perdana menteri itu memberi respons baik kepada rawatan sejak dimasukkan ke IJN Sabtu lepas kerana jangkitan dada.
"Pasukan perubatan puas hati dengan kemajuan beliau," kata satu kenyataan dari pejabat Dr Mahathir hari ini.
Kenyataan itu menjelaskan bekas perdana menteri kini menjalani rawatan dan fisioterapi dada serta senaman. - Bernama
........... Gambar di atas adalah gambar lama
Sumber TKO - 11-8-2016 ---------------------------------------------------------------------------- Dari katil hospital, Tun M tulis surat buat Najib
Posted on Thursday, August 11 @ 21:05:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31329
|
No comments:
Post a Comment