http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30850 Perarakan sempena Hari Al-Quds yang disambut pada Jumaat terakhir setiap Ramadan merupakan idea pemimpin revolusi Iran pada tahun 1980-an. KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan Islam hari ini berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang hari ini sempena Hari Antarabangsa Al-Quds, yang diadakan bagi menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin setiap Jumaat terakhir Ramadan. Turut hadir ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Tian Chua dan aktivis Hishamuddin Rais. Namun tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kelibat penyokong dan pemimpin PAS, yang sering mengadakan demonstrasi anti-Zionis, tidak kelihatan pada acara hari ini. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang merupakan salah satu badan penganjur, pihaknya memberikan hebahan dan jemputan terbuka berhubung perarakan hari ini. “Kami buat hebahan dan menganggap semua sudah dijemput. Kami tidak boleh menghantar jemputan khusus kepada setiap badan. Lagipun memang umum mengetahui hari ini adalah sambutan Al-Quds,” kata Pengerusi Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid. Ditanya mengapa PAS tidak menyahut jemputan itu, Azmi sekadar berkata: “Itu kena tanya mereka sendiri.” Perarakan disertai lebih 200 hadirin dan bermula dari Masjid Tabung Haji, sebaik sahaja selesai solat Jumaat kira-kira jam 2.30 petang. ‘Semua mazhab perlu bersatu’ Hari Al-Quds, merujuk Masjid Quds di Baitul Maqdis, Palestin, diadakan pada Jumaat terakhir setiap Ramadan dan diasaskan pemimpin revolusi Islam Iran, Ayatullah Khomeini. Bagi Abdul Ghani, hakikat ia diasaskan pemimpin Islam beraliran Shiah tidak sepatutnya menghalang rakyat Malaysia bermazhab Sunnah untuk sama-sama menyertai perayaan itu. Beliau berkata, isu pembebasan Palestin daripada penjajahan Israel bukan sahaja perlu merentasi mazhab, tetapi juga warna kulit. “Tanpa mengira mazhab apa, saya harap isu pembebasan Masjid Al-Aqsa ini dilihat sebagai isu teras,” katanya lagi. Sementara itu, Azmi menyatakan komitmen melakukan apa sahaja yang termampu bagi memastikan memorandum itu sampai ke tangan Presiden AS, Barack Obama. “Kalau boleh telefon, saya akan telefon dia. Masanya sebagai presiden semakin sampai ke penghujung, inilah masanya untuk dia berbuat sesuatu untuk Palestin,” katanya lagi. Negara Arab membisu Turut menarik perhatian adalah dua peserta wanita – Sharifah Hauta dan Sharifah Umara – yang menutup mulut mereka dengan kertas yang tertera ungkapan “silent”. Sharifah Umara berkata, ia adalah kritikan khusus mereka buat negara Arab terutama Arab Saudi yang berdiam diri dalam membela nasib Palestin, wilayah yang tidak jauh dari mereka. “Ini untuk Arab Saudi dan juga negara Arab lain. Mereka bukan sahaja tidak bela Palestin, tapi beri sokongan kepada Amerika Syarikat yang menyokong Israel,” katanya lagi. - FMT Sumber TKO - 1-7-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keadaan cuaca yang panas terik tidak menghalang lebih daripada 1,000 peserta daripada membanjiri jalan-jalan dari kompleks beli-belah Sogo menuju ke Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan membantah Cukai dan Perkhidmatan (GST). Peserta juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Suasana yang seolah-olah suatu karnival itu menyaksikan peserta datang dalam baju -T hitam sambil membawa plakad yang mempamerkan bantahan mereka terhadap GST dan Najib. Gerai jualan barangan anti-GST dan 'Undur Najib' berderetan sepanjang jalan dengan tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk menjual air botol dan makanan ringan. Berbeza dengan perhimpunan sebelum ini yang bergema dengan slogan 'Bebas Anwar' dan 'Reformasi, kali ini peserta melaungkan 'Mansuh GST' dan juga 'Najib pui!'. Ketika ini, peserta perhimpunan sedang berlegar-legar di hadapan Dataran Merdeka kerana akses dan laluan mereka telah disekat oleh polis. Sumber TKO - 2-4-2016 Ali Tinju akan dipecat dari Persatuan Veteran
IPOH: Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju akan dipecat keanggotaannya daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) ekoran tindakannya yang sering menimbulkan kontroversi.
Naib Presiden PVATM, Leftenan Komander (B) Jayah Said berkata keputusan itu akan dibuat kerana tindakan atau kenyataan Ali Tinju sejak kebelakangan ini dilihat menjatuhkan imej persatuan. "Kami telah mengumpul bukti kukuh untuk mengambil tindakan terhadap Ali Tinju dalam masa terdekat. Ini kerana kami tidak mahu nama baik persatuan ini tercemar akibat daripada tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh Ali Tinju selain ia melanggar perlembagaan dan peraturan pentadbiran persatuan," katanya pada sidang media di sini Rabu. Beliau yang juga Yang Dipertua PVATM Perak berkata Ali Tinju melakukan perkara yang bercanggah dengan budaya, etika dan nilai murni yang wujud dalam PVATM. Mohd Ali turut direman dua hari mulai semalam kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui aplikasi WhatApps susulan kekecohan yang berlaku di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur pada Ahad lepas. Beliau dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. - Bernama Sumber HD - 23-12-2015
KUALA LUMPUR: Susulan insiden kekecohan di Kompleks Kota Raya di ibu negara pada Ahad, kini lebih ramai mangsa penipuan tampil untuk menuntut hak mereka.
Mereka dibantu kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mula bertugas di kaunter khas kompleks itu.
Tinjauan kami juga mendapati sebanyak tujuh premis penjualan telefon bimbit di tingkat bawah kompleks ini telah ditutup.
Manakala, jumlah pengunjung juga semakin berkurangan.
Beberapa mangsa penipuan yang ditemui mengadu modus operandi jurujual terbabit ialah menawarkan telefon bimbit bernilai RM300 kepada mereka.
Menurut mangsa penipuan yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, 53, beliau membayar RM300 bagi telefon bimbit namun harga itu terus meningkat.
"Lepas daftar nama saya, jurujual itu memberi saya satu resit dengan harga RM899 jenis Android tambah lagi dengan pelbagai alasan dengan jumlah RM1999 dan jumlah penuh perlu saya bayar ialah RM2,738.
"Saya memang terkejut daripada RM300 menjadi RM2,000. Jurujual itu menerangkan harga itu hanya bagi housing (sarung) telefon dan harga lain ialah bagi telefon itu. Saya terus jelaskan tidak ada wang namun RM300 tidak dikembalikan," katanya ketika ditemui di sini.
Seorang lagi mangsa warga Indonesia yang dikenali sebagai Vivienne, 43, berkata dirinya seringkali ditipu apabila menghantar telefon bimbitnya untuk menuntut sijil jaminannya.
"Saya kena tipu kerana jurujual itu cakap telefon saya tidak dapat diperbaiki lagi padahal ia masih mempunyai warantinya selama dua tahun.
"Jurujual itu berkata sekiranya saya perlu memperbaiki telefon bimbit itu perlu membayar semula RM300 namun saya tak mampu dan saya hanya perlu bayar RM100. Telefon bimbit itu masih tidak dapat dipakai dan saya ditipu lagi sampai saya menangis," katanya.
Manakala seorang lagi mangsa, Redowan, 22 tahun warga Bangladesh yang telah berkerja di sini dua bulan berkata beliau membayar RM600 dan diberi resit namun telefon bimbitnya hanya boleh diambil tiga bulan kemudian.
"Kerana masalah bahasa saya ditipu dan hari ini saya datang semula menuntut telefon bimbit saya namun kedai itu sudah ditutup. Saya terus membuat aduan di kaunter khas KPDNKK dan memohon agar tindakan diambil kepada mereka," katanya di sini.
Kaunter khas KPDNKK telah dibuka di kompleks ini yang beroperasi sehingga jam 11 malam setiap hari bagi membantu mangsa terbabit membuat aduan mereka.
--Astro Awani
Sumber TKO - 22-12-2015
Demo di Kota Raya, Ali Tinju ditahan polis Posted on Tuesday, December 22 @ 06:47:16 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Polis menahan Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju ekoran demontrasi yang diadakan untuk memboikot peniaga di Kompleks Kota Raya Jumaat lalu.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superitendan Habibi Manjiji, Ali ditahan di IPD berkenaan kira-kira jam 7 malam, lapor New Straits Times.
Habibi berkata satu laporan polis dibuat terhadap Ali yang mengetuai demonstrasi di pusat membeli-belah itu Jumaat lepas.
Pergaduhan kecil berlaku antara sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengan peniaga berkenaan hingga menimbulkan kebimbangan berulangnya kejadian seperti berlaku di Plaza Low Yat Plaza Julai lalu.
Ali bagaimanapun menafikan penglibatan dalam pergaduhan itu.
Ali mengetuai tunjuk perasaan selepas ada pembeli mendakwa dikurung oleh seorang peniaga selama empat jam kerana enggan membeli beberapa telefon bimbit.
Pembeli itu mendakwa peniaga di kompleks itu meminta bayaran RM10,000 bagi empat telefon bimbit walaupun harga asalnya hanya RM800. Individu tersebut hanya dibebaskan selepas membayar RM5,000.
Tribunal pengguna berpihak kepada pembeli berkenaan dan mengarahkan peniaga terbabit memulangkan wang kepadanya. - MK
Sumber TKO - 21-12-2015
Seorang ditahan, 14 diburu bergaduh di Kota Raya
KUALA LUMPUR: Seorang suspek kes pergaduhan di kompleks beli-belah Kota Raya ditahan polis semalam manakala 14 lagi suspek yang terbabit dalam kes itu masih diburu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji berkata suspek yang diburu itu melibatkan sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan dan jurujual telefon bimbit di kompleks berkenaan.
"Suspek yang ditahan 5 petang selepas kejadian semalam ialah seorang lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penjaga parkir di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau berkata pergaduhan itu berlaku selepas sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan, tidak berpuas hati dan mendakwa mereka ditipu oleh jurujual telefon bimbit terbabit.
"Polis akan mengeluarkan imej beberapa suspek yang terbabit dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata polis akan memohon reman terhadap suspek lelaki yang ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan.
Semalam, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah Kota Raya di sini.
Klip video pergaduhan itu, yang berdurasi dua minit dan 30 saat, telah dimuat naik dalam YouTube.
Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit, dan ada yang membaling kerusi ke dalam kedai berkenaan. - Bernama
Sumber HD - 21-12-2015
Dua cedera bergaduh di Kompleks Kota Raya Posted on Sunday, December 20 @ 23:14:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Dua individu dilaporkan cedera dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah kedai telefon, Kompleks Kota raya, Kuala Lumpur hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu berlaku apabila sekumpulan pelanggan dengan sebahagiannya bersenjatakan parang kembali ke kompleks itu untuk menuntut bayaran balik atas pembelian telefon, lapor Mstar Online.
Portal itu difahamkan, pihak pengurusan kompleks mengambil keputusan menutup bangunan itu bagi mengelakkan insiden berlanjutan sebelum pihak polis dilihat mengawal dan membuat pemantauan di kawasan sekitar.
Terdahulu, seorang pelanggan didakwa dikurung pekedai di kompleks beli-belah tersebut dengan tujuan memaksa mangsa membeli telefon bimbit.
Mangsa didakwa dikurung selama empat jam selepas dia mengubah fikiran daripada membeli empat telefon bimbit.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, polis masih menyiasat insiden tersebut.
Kejadian itu mendapat perhatian Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom yang menganjurkan satu bantahan sebagai tindak balas kejadian penahanan pelanggan tersebut.
Bagaimanapun perhimpunan itu tidak menjadi seperti dirancang apabila hanya kira-kira 20 orang sahaja daripada Gerakan Merah yang hadir dan ia bertukar menjadi satu sidang media.
Sumber TKO - 20-12-2015
Dua Pemilik Kedai Telefon Bimbit Di Plaza Kota Raya Bertukar Pemilik Posted on Saturday, December 19 @ 18:10:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Sehari selepas serbuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pemilik dua kedai telefon bimbit nampaknya bertukar tangan pada Khamis.
Tinjauan di kompleks beli-belah pada Khamis malam mendapati dua premis di tingkat bawah itu menampak notis mengatakan kedua-dua kedai itu dimiliki pemilik baharu bermula 17 Disember.
Notis itu seterusnya menyatakan pembeli yang mempunyai pertikaian berhubung pembelian telefon bimbit supaya menghubungi pengurusan lama. Bagaimanapun, butiran untuk menghubungi pemilik lama tidak disertakan.
Kakitangan di salah satu kedai itu mengesahkan notis itu ditampal pada Sabtu, dan dia tidak mengenali siapa pemilik lama dan baharu serta tidak berhubungan dengan mereka.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki ‘dikurung’ dalam sebuah bilik kerana enggan membeli empat telefon bimbit, selepas diminta membayar RM10,000 dan bukan RM800 seperti yang dipersetujui sebelum ini.
Mangsa, Dipres Nasution Mohd Arifin yang berumur 28 tahun, dibebaskan selepas menyerahkan RM5,000 dan kemudian membuat laporan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum membuat laporan ke PPIM, tetapi mendakwa tiada tindakan diambil.
Beliau kemudiannya menemui PPIM, yang kemudiannya menyerbu kompleks itu dan mengambil semula wang tunai berjumlah RM11,900 dari beberapa kedai, yang didakwa telah menipu tujuh lagi pelanggan.
KPDNKK sebelum ini berkata badan bukan kerajaan supaya jangan bertindak secara bersendirian, dan bekerjasama dengan pihak kementerian untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang disyaki menipu pelanggan.
Ketua Setiausaha KPDNKK Alias Ahmad berkata beliau tidak faham mengapa Dipres mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan.
Alias menjelaskan Dipres telah membuat laporan dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di ibu negara pada 24 November.
“Pada 15 Disember, Tribunal Tuntutan Pengguna mengarahkan kedai telefon bimbit itu memulangkan RM5,000 kepada Dipres. Keesokan harinya, dia memberitahu media bahawa pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan,” katanya.
Ketua Setiausaha itu menjelaskan bahawa pada 2015, KPDNKK menjalankan lapan serbuan di Kompleks Kota Raya keatas kedai-kedai telefon bimbit yang menjual barangan tiruan, dan merampas barangan bernilai RM9,037.
Sumber TKO - 19-12-2015
Ali Tinju rosak imej PVATM, mungkin kena tindakan
KUALA LUMPUR: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.
Menurut Majlis Eksekutif PVATM, ini memandangkan Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom sering membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman yang dilihat boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.
Tindak tanduk Ali Tinju itu juga disifatkan telah memberi imej yang tidak baik terhadap Veteran ATM secara menyeluruh selain bercanggah dengan prinsip dan amalan Veteran ATM di negara ini.
"Sentimen perkauman yang dilaung-laungkan Ali Tinju boleh menjejaskan usaha pucuk pimpinan negara dan kerajaan untuk terus menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik dan agama di negara ini.
"Tindakan tidak bertanggungjawab Ali Tinju perlu dibendung dan dihentikan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," menurut PVATM dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Ali sebelum ini pernah mencetus kontrovesi melalui beberapa tindakannya termasuk insiden 'senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S.Ambiga dan demonstrasi jalanan sewaktu insiden Low Yatt.
Menurut PVATM, Mohd Ali pernah berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) selama lapan tahun dan merupakan anggota persatuan itu yang berdaftar di cawangan Petaling, Selangor, namun tidak aktif.
Persatuan itu turut menegaskan Persatuan Veteran Tentera Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor (PVTM) yang ditubuhkan Mohd Ali tidak lagi wujud.
"PVTM telah dibubarkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 April 2014 kerana gagal mematuhi beberapa syarat dan peraturan yang dikenakan ke atas setiap persatuan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
"Oleh itu kami berharap pihak media tidak lagi menyebut dan mengaitkan Ali Tinju sebagai Presiden PVTM kerana persatuan itu tidak lagi wujud," kata kenyataan itu.
PVATM merupakan persatuan terbesar veteran ATM dengan 160,000 anggota dan kini diterajui Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia selaku presiden. - Bernama
Sumber HD - 19-12-2015
Menurut Majlis Eksekutif PVATM, ini memandangkan Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom sering membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman yang dilihat boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.
Tindak tanduk Ali Tinju itu juga disifatkan telah memberi imej yang tidak baik terhadap Veteran ATM secara menyeluruh selain bercanggah dengan prinsip dan amalan Veteran ATM di negara ini.
"Sentimen perkauman yang dilaung-laungkan Ali Tinju boleh menjejaskan usaha pucuk pimpinan negara dan kerajaan untuk terus menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik dan agama di negara ini.
"Tindakan tidak bertanggungjawab Ali Tinju perlu dibendung dan dihentikan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," menurut PVATM dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Ali sebelum ini pernah mencetus kontrovesi melalui beberapa tindakannya termasuk insiden 'senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S.Ambiga dan demonstrasi jalanan sewaktu insiden Low Yatt.
Menurut PVATM, Mohd Ali pernah berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) selama lapan tahun dan merupakan anggota persatuan itu yang berdaftar di cawangan Petaling, Selangor, namun tidak aktif.
Persatuan itu turut menegaskan Persatuan Veteran Tentera Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor (PVTM) yang ditubuhkan Mohd Ali tidak lagi wujud.
"PVTM telah dibubarkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 April 2014 kerana gagal mematuhi beberapa syarat dan peraturan yang dikenakan ke atas setiap persatuan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
"Oleh itu kami berharap pihak media tidak lagi menyebut dan mengaitkan Ali Tinju sebagai Presiden PVTM kerana persatuan itu tidak lagi wujud," kata kenyataan itu.
PVATM merupakan persatuan terbesar veteran ATM dengan 160,000 anggota dan kini diterajui Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia selaku presiden. - Bernama
Sumber HD - 19-12-2015
Selamatkan Aqsa !
Dato Dr Mahfodz : Selamatkan Aqsa !
Oleh wartawan ulamabot@news
Kuala Lumpur, 2hb Oktober 2015. Umat Islam diseru secara berterusan melaksanakan solat hajat di mana-mana sahaja mereka berada. Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato Dr Mahfodz Mohamed sebentar tadi.
Beliau menegaskan demikian dalam pidato beliau dihadapan lebih seribu umat Islam yang menyertai Himpunan Bantah Kezaliman Zionis di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Menurut beliau lagi umat Islam wajib mempertahankan Masjidul Aqsa daripada dicemari Zionis memandangkan ianya merupakan kiblat pertama umat Islam.
Penetapan sebagai kiblat pertama umat Islam meletakkan masjid Aqsa sebagai suatu tempat yang mulia yang sama sekali haram membiarkannya dicerobohi secara zalim oleh Zionis.
Setiap ruang diperkarangan Masjid Jamek dibanjiri oleh Umat Islam yang sama turut serta dalam himpunan tersebut dengan diakhiri laungan takbir oleh para peserta.
Sumber PP - 3-10-2015
Tatkala Rakyat Membantah Pencerobohan Al-Aqsa, Najib Tayang Hubungan Akrab Dengan AmerikaPerhimpunan terbesar anjuran PAS berlangsung sebaik selesai solat jumaat berhampiran Masjid Jamek Kuala Lumpur. Di Kuala Terengganu juga berlangsung termasuk di Masjid Jamek Pengadang Baru. Rakyat diminta berwaspada dengan agenda zionis dan proksi mereka seperti Amerika Syarikat yang mendatangkan musibah ke seluruh dunia. Kekacauan, perang dan keganasan berlarutan di negara negara Islam di Asia Barat didalangi Amerika. Kejatuhan harga minyak dunia yang merudum sehingga menekan negara negara pengeluar minyak yang banyak terdiri dari negara Islam bertujuan menyerang ekonomi negara Islam. Kejatuhan matawang ringgit diambil kesempatan penjajahan sedikit demi sedikit dengan kemasukan warga asing membeli hartanah hartanah dalam negara yang kini lebih murah harganya ekoran nilai tukaran wang ringgit yang sangat rendah. Penyelewengan, salahlaku oleh pemimpin pemimpin tertinggi negara termasuk kegiatan bermewah berbelanja besar membeli hartanah luar negara menggunakan wang yang begitu banyak menjadi umpan pengumpulan bukti oleh agensi risikan Amerika seperti FBI yg sudah beberapa kali dilaporkan di media arus perdana mereka menyiasat salah laku perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini belum lagi urusan derma akaun peribadi sebanyak RM2.6billion, isu pembelian hartanah oleh MARA di Melbourne, Australia, 1MDB, Tabung Haji dan lain lain lagi. Pemimpin negara dikhuatiri ditekan, diugut dan dirasuah dengan manfaat manfaat tertentu bagi tujuan memaksa Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan bebas TPPA yang bakal membahayakan kemerdekaan negara Malaysia. Semua ini ada permainannya oleh Amerika Syarikat, proksi zionist Israel yang utama di dunia. Sedang umat Islam mengecam Israel dan proksinya, kita dikejutkan dengan gambar lama Datin Seri Rosmah Mansor, dicium ala barat oleh Barack Obama Presiden Amerika Syarikat dengan diperhatikan oleh suaminya Datuk Seri Najib di East Asia Summit 2014 di Myanmar. Walau jarak masa yang jauh ia membayangkan hubungan intim DS Najib dengan Amerika yang member isyarat jelas kenapa Menteri Kabinet Malaysia begitu bersungguh cuba meyakinkan rakyat agar tidak bimbang dengan Amerika Syarikat. HJ AHMAD AMZAD HASHIM Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat 2hb. Oktober 2015 Sumber BO - 2-10-2015 Boikot Produk Yahudi, Jangan Benar Mereka Padamkan Bumi Al-AqsaKUALA TERENGGANU – 1000 orang hadir bersolidariti bersama Dewan Pemuda PAS Terengganu yang menganjurkan himpunan secara aman membantah pencerobohan pelampau Yahudi keatas masjid al-Aqsa dan kezaliman Israel terhadap umat Islam di Palestin. Mereka berhimpun di hadapan masjid Pengadang Baru, sebaik usai solat Jumaat hari ini dengan semangat berkorban berikrar mempertahankan ‘kiblat pertama’ umat Islam itu. Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menegaskan, dengan asakan dan ancaman ke atas umat Islam Palestin menandakan kemenangan Islam semakin hampir. “Orang yang benci kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi. Kini, puncak keimanan kepada rakyat Palestin. Sekarang ini, orang Yahudi bakar sebahagian dari Masjid Al-Aqsa di Palestin. “Mereka (Yahudi) mahu jadikan Masjid Aqsa itu milik Yahudi dan cuba dibakar sedikit demi sedikit untuk digantikan dengan bangunan lain. “Ada orang Palestin yang sedang solat di masjid itu dibakar hidup-hidup. Ini bumi yang subur dengan darah syuhada, bukan subur kerana air hujan tetapi subur dengan darah para syuhada yang gugur syahid. “Sebenarnya, kemenangan Islam semakin hampir di bumi Palestin dan yakinlah dengan kekuatan iman,” tegasnya ketika berucap pada himpunan tersebut. Justeru, kata beliau, umat Islam tidak boleh alpa dan terus berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan serta kemenangan tersebut. “Tugas kita sekarang ini pertama usah alpa dengan berdoa kepada Allah SWT. Kedua, kena jaga ahli keluarga kita supaya tidak makan produk keluaran Yahudi yang memberi saham bagi membunuh umat Islam Palestin. “Kita berikrar tidak akan benarkan Yahudi memadamkan bumi Aqsa daripada umat Islam untuk beribadat, Insya’Allah,” ujarnya. Dalam himpunan itu juga, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman mengingatkan umat Islam tentang bahaya Yahudi yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran. Bahkan, katanya sekutu Yahudi kini berada semakin dekat dengan Malaysia yang menjadikan Singapura sebagai pengkalan. “Sekutu Yahudi bukan sahaja berada di Israel atau di Amerika tetapi sekutu Yahudi itu berada di seluruh dunia. “Sekarang ini sekutu Yahudi telah berada dekat dengan kita (Malaysia). Jika dahulunya, Amerika berada di negara Filipina tetapi sekarang mereka telah berada di Singapura. “Partai Aksi Rakyat (PAP) Singapura membenarkan tentera Amerika berpengkalan di Singapura,” jelasnya di hadapan peserta demontrasi tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim mengingatkan umat Islam tentang peranan Apco yang berada dalam negara ini. “Kita kena berhati-hati dengan agenda Yahudi. Di seluruh dunia hari ini Yahudi memainkan agendanya dalam permusuhannya dengan Islam. Kelam-kabut di seluruh dunia sekarang ini khususnya dunia Islam adalah angkara Yahudi dibelakangnya. “Apa yang berlaku di Asia Barat seperti Syria, Yaman dan sebagainya ada ‘tangan’ Yahudi dibelakangnya. Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku di negara kita, Malaysia. “Parti yang menang dan memerintah Israel itu penasihatnya Apco yang menggunakan slogan 1Israel ketika berkempen pilihan raya. Dan, penasihat yang sama diambil oleh pemimpin Umno untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia,” tegasnya. Katanya, di mana sahaja kewujudan peranan Yahudi akan membawa kemusnahan serta ancaman kepada negara tersebut. Pelbagai kata-kata solidariti dipamerkan oleh peserta himpunan aman tersebut antaranya “Terus Istiqomah Bersama Aqsa”, “Tegakkan Jihad Runtuhkan Kebatilan”, “Kami Bersamamu Aqsa”, “Penjenayah No.1 Israel, Boikot Sekutu” dan banyak lagi. Turut hadir dan berucap pada perhimpunan solidariti itu wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Cawangan Terengganu. Sumber BO - 2-10-2015 Bersatu bebaskan Masjid Al-Aqsa - Nik AbduhKUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Nabi Muhammad SAW untuk bersatu membebaskan Masjid Al-Aqsa. Kata beliau, Israel menceroboh Palestin sejak puluhan tahun lamanya dengan membunuh umat Islam di sana dan merampas tanah selain Masjid Al-Aqsa dirampas sedikit demi sedikit. Beliau menyatakan demikian pada Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa anjuran PAS yang disertai kira kira 1,000 di hadapan Masjid Jamek dekat sini usai solat Jumaat tadi. Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyeru rakan-rakan di seluruh Malaysia mengadakan bantahan ke atas pencerobohan Al-Aqsa. Beliau juga menyentuh tentang sirah kewujudan Bani Israel. Sebelum himpunan ditutup, Pengarah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad menjemput Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad membacakan doa. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan pihak keselamatan yang mengawal lalu lintas. - HARAKAHDAILY 2/10/2015 Sumber HD - 2-10-2015 Masjid Al-Aqsa: PAS bersama rakyat Malaysia bersolidaritiKUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata Masjid Al-Aqsa disebut Allah kerana kemuliaan Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam. Di sini, kata beliau PAS bersama dengan rakyat Malaysia bersolidariti dengan umat Islam di Palestin. Beliau menyatakan demikian pada Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa anjuran PAS yang disertai kira kira 1,000 di hadapan Masjid Jamek dekat sini usai solat Jumaat tadi. Katanya, Masjidil Aqsa diceroboh Israel laknatullah dan beliau meminta semua peserta himpunan bersolat hajat memohon pertolongan Allah dalam menyelamatkan Aqsa. Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh pula memulakan ucapan dengan menyebut sejarah Islam membuktikan Islam memberi keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam. Namun, katanya pemerintah bukan Islam tidak pernah adil kepada Islam malah isu di Palestin membuktikan bahawa umat Islam ditindas. Kata beliau, kesengsaraan umat Islam Palestin adalah luka umat Islam di negara ini juga. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyampaikan amanat. "Hari ini Masjidil Aqsa dalam bahaya, apa yang berlaku di serata dunia Islam tetapi isu atau ibu kepada dunia Islam adalah isu Palestin. "Himpunan pada hari ini saksi kepada Allah bahawa kita bersama dengan saudara di Palestin," sambil menyifatkan kebersamaan membebaskan Palestin. - HARAKAHDAILY 2/10/2015 Sumber HD - 2-10-2015 1,000 berhimpun kutuk kebiadapan IsraelKUALA LUMPUR: Kira kira 1,000 peserta berhimpun di hadapan Masjid Jamek dekat sini sejak jam 2 petang tadi usai solat Jumaat dalam satu Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa anjuran PAS. Bermula dengan laungan takbir, himpunan yang dipengerusikan oleh Pengarah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Kamaruzzaman Mohamad menjemput Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad berucap. Dalam ucapannya, Naib Presiden PAS itu mengecam tindakan jahat Israel laknatullah berterusan menceroboh Masjid Al-Aqsa. Turut senada mengecam tindakan itu President Muslim Care, Zulkifli Wahijan yang mahu negara antarabangsa dan pertubuhan dunia segera mengambil tindakan ke atas Israel. Lebih menambah seri himpunan, pengarah filem dan perlakon terkenal Adam Hamid diberi kesempatan berucap. Dalam ucapannya beliau mahu seluruh umat Islam bersatu menyelamatkan kiblat pertama umat Islam itu. Sambil menitiskan airmata, beliau mengecam sikap membisu negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat yang masih berdiam diri terhadap kebiadaban Israel itu. Himpunan masih berlangsung dengan ucapan Presiden Geng Ustaz, Ustaz Norazli Musa dan disambung oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Wan Hasrina Wan Hassan. - HARAKAHDAILY 2/10/2015 Sumber HD - 2-10-2015 Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa
TARIKH: 2 Oktober 2015
HARI: ESOK, Jumaat MASA: Selepas Solat Jumaat. TEMPAT: Perkarangan MASJID JAMEK Jalan Tun Perak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Sebelah Stesen LRT Masjid Jamek). ANJURAN: Parti Islam Se Malaysia (PAS) Pusat. Semua NGO dan orang ramai dijemput hadhir.
Sumber PP - 1-10-2015
Himpunan Selamatkan Masjid Al-Aqsa di Masjid Jamek esok
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata himpunan bersebelahan stesen LRT Masjid Jamek itu bermula selepas solat Jumaat. Sehubungan itu, beliau menjemput semua NGO dan orang ramai hadir pada himpunan itu. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut memaklumkan tentang perubahan tempat himpunan itu. Sebelum ini, himpunan Membantah Pencerobohan Masjid Al-Aqsa anjuran Pemuda PAS dijadual diadakan di hadapan Kedutaan Amerika. Sumber PP - 1-10-2015 Khairuddin Abu Hassan - pengkhianat negara atau pembela demokrasi? |
Posted on Sunday, September 27 @ 13:26:38 MYT by paktam
Kalau untuk menjatuhkan seseorang perdana menteri perlukan tindakan daripada sistem pengadilan negara asing, kerana sistem pengadilan negara sendiri tidak boleh dipercayai, apakah itu pengkhianatan kepada negara? Soalan inilah yang kita harus tanya bila ingin memutuskan sama ada penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan) oleh polis itu munasabah. Beliau pada mulanya ditahan pada 18 September mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan (cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen). Sebaik saja beliau melangkah keluar Mahkamah Majistret yang membebaskannya, beliau ditahan semula oleh polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana kesalahan Seksyen 124K (sabotaj) dan 124L Kanun Keseksaan (cubaan melakukan sabotaj). Sosma membenarkan penahanan tanpa bicara selama 28 hari. Apakah Khairuddin lakukan yang "memudaratkan demokrasi berparlimen" dan boleh diklasifikasikan sebagai "sabotaj" dan "cubaan untuk melakukan sabotaj"? Jawapan diberi Ketua Polis Negara Tan Sri Tan Sri Khalid Abu Bakar:”Khairuddin seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).” "Namun, beliau tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia." Sememangnya Khairuddin ditahan sebelum berlepas ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Tiada undang-undang di Malaysia yang mengharamkan atau menghukum rakyat Malaysia menggunakan sistem penguatkuasaan negara asing, sama ada untuk kes sivil atau kes jenayah. Kalau kita dirompak di New York, takkan kita nak lapor kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan bukan New York Police Department (NYPD)? Tak kan PDRM nak rasa cemburu pada NYPD kerana rakyat Malaysia itu seolah-olah tidak percayakan PDRM. Sebaliknya, kalau seorang pelancong dari New York dirompak di Bukit Bintang, sudah tentu beliau membuat laporan kepada PDRM dan bukan NYPD. NYPD juga tidak akan cemburu pada PDRM kerana pelancong New York itu membuat laporan di Kuala Lumpur. Ini cara dunia moden beroperasi. Badan-badan penguatkuasa tidak berlagak macam kekasih yang suka-suka naik cemburu. Bagaimana penyalahgunaan praktis ini dapat dielakkan? Jawapannya mudah sekali: kerelevanan, atau, dalam cakap orang biasa "kena ada kes". Kalau dirompak di New York, buat laporan di Los Angeles Police Department (LAPD) pun tidak akan terima kerana jenayah itu tidak jatuh dalam lingkungan kuasa LAPD. Sebaliknya, jika sesuatu kes itu melibatkan 2 sistem pengadilan, maka kedua-duanya mempunyai kuasa untuk mengadili kes itu. Satu contoh yang lazim ialah kes perebutan hak penjagaan anak apabila suami isteri yang berlainan kewarganegaraannya berpisah. Maka, Khairuddin tidak dapat "menyalahgunakan" - jika ada pihak yang ingin membuat tuduhan sebegitu - sistem penguatkuasaan negara asing jika "tiada kes". Maka, jika Khairuddin memang ada kes yang boleh menarik kepedulian sistem penguatkuasaan negara asing, apakah salahnya? Daripada kenyataan ketua polis negara, nampaknya kesalahan pertama Khariuddin adalah kerana ia tidak mempercayakan agensi penguatkuasa tempatan. Kalau begitu, agaknya berapa orang Malaysia yang turut bersalah kerana tidak percayakan Jabatan Peguam Negara yang ketuanya boleh dipecat tiba-tiba, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pegawai kanannya boleh dipindah tiba-tiba ke agensi di bawah orang disiasat yakni Jabatan Perdana Menteri, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen yang boleh dilumpuhkan dengan pelantikan ahlinya sebagai menteri dan timbalan menteri, dan polis yang tidak seganbsilu menunjukkan dwi-piawaian dalam penguatkuasaan? Apa sudah terjadi kepada negara kita kalau rakyat terpaksa dihukum untuk mengelakkan ketidakpercayaannya terhadap badan penguatkuasa kita ditunjukkan? Kepercayaan adalah kata kekunci di sini. Demokrasi berparlimen yang pihak pemerintah sentiasa sebutkan berdasarkan kepercayaan. Di bawah demokrasi berparlimen, ketua pemerintah iaitu perdana menteri tidak mempunyai jaminan kerja dan boleh "dipecat" oleh Parlimen pada bila-bila masa jika kepercayaan Parlimen terhadap perdana menteri berjaya digoncangkan. Kerana itu, demokrasi berparlimen tidak dapat berfungsi jika rakyat tidak bebas mempersoalkan kebolehpercayaan perdana menteri dan Parlimen tidak bebas menentukan sama ada kepercayaan kepada perdana menteri harus ditarik balik. Malangnya, itu yang berlaku di Malaysia sejak 27 dan 28 Julai, bermula dengan pemecatan tergempar peguam negara dan rombakan Kabinet. Najib yang tidak segan silu gelar dirinya "wira Bugis" takut sekali untuk menyahut cabaran yang dibuat Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah pada 19 Ogos iaitu mengemukakan usul undi percaya di Parlimen. Jika Najib berjaya memenangi undi percaya di Parlimen, maka beliau berhak terus berkuasa. Najib bukan saja larikan diri daripada cabaran Maria, malah beliau sekarang gunakan Sosma - yang dijanjkan hanya untuk pengganas - untuk menahan Khairuddin tanpa bicara. Apakah Khairuddin ini pengganas? Adakah beliau pengkhianat negara? Tidak, beliau cuba sedaya upaya mempersoalkan kebolehpercayaan Najib sebagai perdana menteri. Kerana beliau tidak percaya badan penguatkuasaan kita, maka beliau ingin membawa bukti kepada badan penguatkuasaan negara asing. Sesiapapun boleh tidak setuju dengan dakwaan Khairuddin, Najib melakukan jenayah dalam skandal 1MDB. Muktamadnya, selagi Najib tidak diheret ke penjara negara asing, Parlimen boleh menyatakan kepercayaan kepada Najib. Sama ada ingin percaya pada Najib adalah hak Parlimen. Sama ada ingin buktikan kesalahan Najib adalah hak Khairuddin. Sesiapa yang cuba menyekat hak Parlimen untuk mengambil ketetapan untuk sama ada percaya atau tidak percaya kepada perdana menteri, merekalah yang melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen dan melakukan sabotaj kepada negara. Bukan Khairuddin. Sesiapa yang cuba menyekat hak Khairuddin atau mana-mana warga negara untuk membuktikan atau menidakkan kebolehpercayaan perdana menteri, merekalah yang melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen dan melakukan sabotaj kepada negara. Bukan Khairuddin. Khairuddin membantu demokrasi berparlimen di Malaysia berfungsi dengan mengemukakan soalan terpenting kepada mana-mana pemerintah di bawah demokrasi berparlimen: Bolehkah Parlimen percaya kepada perdana menteri? Tak kira apa niatnya dan agendanya, Khairuddin pembela demokrasi. Bebas! Bebas! Bebas Khairuddin! Sumber DD - 27-9-2015 |
Kedutaan China pertahan 'lawatan muhibbah' duta ke Jln Petaling Posted on Sunday, September 27 @ 13:30:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar |
Kedutaan China di Malaysia mempertahankan lawatan dutanya Dr Huang Hui Kang ke Jalan Petaling, menyatakan bahawa ia semata-mata "lawatan muhibbah" sempena perayaan pertengahan musim luruh.
Lawatan pada Jumaat itu mengejutkan kerana ia dilakukan diambang perhimpunan baju merah yang dianggap berbaur perkauman.
Dalam satu kenyataan Kedutaan China semalam bahawa Dr Huang meraikan perayaan yang penting bagi tradisional orang Cina dengan masyarakat tempatan, lapor Sin Chew Daily.
Huang telah mengadakan lawatan sama semasa Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali, kata kedutaan lagi.
Tambahan pula, kedutaan itu berkata, ramai pelancong dari China merancang untuk melancong ke luar negara semasa cuti panjang tetapi berita tentang Jalan Petaling mengundang kebimbangan mengenai keselamatan di Malaysia.
"Duta itu berharap untuk menunjukkan Jalan Petaling masih selamat dan tempat yang menarik di Malaysia," kata kedutaan itu.
Pada Jumaat lalu, Huang mengedarkan kuih bulan kepada peniaga di kawasan itu sempena perayaan pertengahan musim luruh yang jatuh pada hari ini.
Bagaimanapun, kenyataan beliau bahawa kerajaan China menentang diskriminasi kaum dan ekstremisme, yang merujuk secara halus kepada protes berbaur perkauman di Jalan Petaling yang diketuai tokoh yang dikaitkan dengan kerajaan, telah mengejutkan Putrajaya.
Wisma Putra dilaporkan memanggil Dr Huang atas kenyataan beliau dan beliau dijangka memberi penerangan kepada pegawai-pegawai Malaysia esok. - MK
Sumber TKO - 27-9-2015
No comments:
Post a Comment