BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, September 1, 2015

HUBUNGAN NGO

SESI 2013 - 2017

Pengerusi: YBhg. Hj Zainal Abidin Kidam
Timbalan : YBhg. Mukhtar Suhaili



Makan lembu qurban kena bunuh

Posted on Monday, November 09 @ 07:59:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – Sekumpulan 23 wakil NGO Islam mendesak kerajaan India mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam siri keganasan hingga membawa pembunuhan ke atas komuniti minoriti Islam di negara itu.

Kumpulan ini menegaskan pembunuhan seseorang hanya kerana dasar tidak selaras dengan kepercayaan adalah amalan yang tidak beradab dan bersifat perkauman.

“Kerajaan India tidak patut bersekongkol dengan kempen kebencian keagamaan dan mensasarkan umat Islam dalam satu serangan yang tidak munasabah demi kepentingan politiknya. Kerajaan India tidak boleh membenarkan kebencian penduduk majaroti terhadap minoriti Islam berlarutan.

“Insiden pembunuhan itu dilihat lebih bermotifkan politik dan bukannya semata-mata kerana rusuhan kaum. Kini masa depan 170 juta umat Islam di India terancam dan menjadi tanda tanya,” kata NGO itu dalam satu kenyataan dan memorandum bantahan yang dihantar kepada kedutaan India di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Antara NGO Islam Malaysia yang menyokong bantahan itu ialah Inspirasi Muhibah India Muslim Malaysia (IMIM), Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim), Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia, Persatuan Teras Pendidikan dan Kebajikan Melayu Malaysia, Jaringan Muafakat NGO Islam Perak, Wadah Permuafakatan Ngo Islam Kedah dan Penang Tanjung Tamil Association (Pelita).

Sebelum ini, penganut Hindu dan pemimpin kanan parti yang memerintah India, Bharatiya Janata Party (BJP) mendorong gelombang baharu tunjuk perasaan di kalangan penduduk minoriti selepas mencadangkan umat Islam meninggalkan negara itu jika gagal mematuhi budaya Hindu.

Ketua Menteri Negeri Haryana, Manohar Lal Khattar, yang mewakili BJP berkata, umat Islam boleh tinggal di negara itu dengan syarat mereka perlu berhenti memakan daging lembu.

Khattar juga mempertahankan kumpulan lelaki yang memukul sehingga mati seorang petani Muslim bulan lalu kerana disyaki memakan daging lembu di rumahnya.

Komen Khattar terhadap umat Islam yang mewakili 14 peratus daripada populasi penduduk India, adalah perkembangan terbaru dalam siri kenyataan provokasi dan tindakan oleh penyokong dan sekutu kerajaan Narendra Modi yang menimbulkan kemarahan pemimpin Islam, liberal dan pendukung moderat dalam BJP.

Dalam pada itu, kumpulan NGO Islam itu turut menuntut kerajaan India menghentikan konflik mazhab yang telah dicetuskan oleh pelampau keagamaan dan India tidak boleh bertukar menjadi sebuah negara tidak toleran kepada agama lain.

“Kami kesal dengan beberapa pemimpin dalam kerajaan India yang diketuai oleh Perdana Menteri mengeluarkan kenyatan-kenyataan kebencian yang melampau terhadap umat Islam, dan membenarkan konflik mazhab keagamaan merebak.

“Sepatutnya kerajaan India menghormati hak umat Islam dan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi semua warganegara India tanpa mengira agama seperti yang termaktub dalam Perlembangan India,” tegasnya.

Mengulas lanjut, kumpulan NGO Islam itu berkata lagi, keganasan terhadap umat Islam di negara itu didakwa adalah sebahagian daripada strategi pilihan raya.

Kami mengutuk sebarang tindakan keganasan yang mendapat sokongan dan bantuan, dari parti-parti politik dan organisasi yang berhubung kait dengan pertubuhan sukarela nasionalis Hindu, Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) yang mempunyai hubungan dengan  BJP dalam bersubahat dalam melancarkan keganasan.

“Tindakan serangan dan pembunuhan yang dirancang ke atas umat Islam jelas sekali dianjurkan dengan usaha dan bantuan kuasa politik untuk menghapuskan umat Islam minoriti,” katanya lagi. - SH

Sumber TKO - 9-11-2015




23 NGO Islam hantar memorandum di kedutaan India

Posted on Monday, November 09 @ 07:49:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Kami rakyat dan organisasi bukan kerajaan Malaysia menyatakan kebimbangan kami terhadap keganasan komunal yang telah mengancam hak-hak agama Islam minoriti di India.

Kami merasa bimbang dengan  hubungan Hindu dan Muslim di India.



Keganasan terhadap umat Islam di India semakin kerap dalam bentuk serangan berkumpulan oleh pelampau Hindu. Kami juga kesal dengan rusuhan kaum yang telah menjadi perkara biasa di India dan dilihat sebagai sebahagian daripada corak keganasan sporadis mazhab antara Hindu dan masyarakat Islam.

Kerajaan India yang memerintah sekarang seperti mengalakkan Islamophobia dan menyemarakkan sentimen perkauman yang membawa kepada ketegangan dan keganasan kaum.

Dengan keganasan yang lebih kerap mensasarkan minoriti Islam menjadikan kebencian sektarian yang dicipta oleh pelampau Hindu dan didorong oleh ahli-ahli politik sayap kanan, kini masa depan 170 Juta umat Islam di India terancamdan menjadi tanda tanya.

Kami  mengutuk keras kejadian pembunuhan seorang peladang Islam yang telah diheret dari rumahnya di sebuah kampung diIndia dan dipukul hingga mati oleh perusuh yang marah.

Pembunuhan itu menurut rakyat kampung tersebut, telah berlaku hasil pengumuman oleh kuil tempatan bahawa keluarganya telah makan daging lembu dan menyimpan daging di dalam rumah mereka.Ini telah membangkitkan kemarahan perusuh-perusuh ini.

Serangan ini yang berlaku hanya 45km dari New Delhi juga telah mengakibatkan anak lelaki peladang ini yang berusia 22 tahun cedera parah . Ini adalah siri serangan terancang dan terbaru terhadap orang islam di India yang disyaki terbabit dalam pengangkutan dan penyembelihan lembu .

Kami, menyatakan bantahan kami yang keras terhadap penindasan dan penafian hak-hak minoriti Islam di India. Baru-baru ini, beberapa negeri mengambil tindakan drastik untuk mengharamkan penyembelihan lembu untuk sambutan Aidil Adha sedangkan India merupakan pengeksport kedua terbesar lembu di dunia

Sumber TKO - 9-11-2015


Amanah dipersia, ekonomi makin parah

Posted on Tuesday, September 01 @ 11:12:28 MYT by paklang

Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD KUALA LUMPUR: Biarpun hampir 60 tahun Umno-BN memerintah negara kemajuan di Malaysia masih tidak setanding dengan negara- negara jiran yang lain.Baik dari segi pendidikan, perubatan, ekonomi dan nilai matawang khususnya, Malaysia tetap masih ketinggalan.

Saban hari, Malaysia dilihat semakin lemah keadaannya apabila rakyat makin tersiksa dengan rejim pemerintahan kerajaan atas nama Umno yang semakin menekan rakyat dengan pelbagai cukai dan kenaikan harga barang, pemberhentian kerja dan sebagainya.


Menurut bekas Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zainal Abidin Kidam, beliau tidak menafikan bahawa segala perancangan kerajaan yang dibawa ke parlimen untuk pembangunan dan kebaikan negara adalah sesuatu yang boleh diterima dan tidak perlu dipersoalkan lagi.

Namun, beliau menyifatkan soal integriti dan amanah dalam melaksanakan sesuatu tindakan adalah penting terutama integriti seorang pemimpin negara.

“Isu yang utama dan paling serius ialah dari segi integriti mengurus ekonomi itu sendiri. Dari setahun ke setahun, amanah yang diberikan tidak dilaksanakan dengan baik. Ketirisan, penyalahgunaan kuasa dari segi dana kerajaan misalnya kes dana 1MDB itu diibaratkannya seperti the tip of the iceberg yang memberi maksud masalah ekonomi yang melanda negara sekarang ini sebenarnya adalah lebih luas dan serius dari itu.

Hutang negara yang semakin bertambah jelasnya lagi, jika pengurusan belanjawan negara diuruskan dengan baik dan amanah maka tidak sekali memungkinkan Malaysia terjebak dalam keadaan ringgit yang semakin teruk merundum.

Kata beliau, Umno seolah- olah tidak mengambil serius pandangan kerajaan terhadap masalah ketirisan yang dibawa sebelum ini dan ianya makin terserlah apabila keadaan ekonomi kian teruk pada hari ini.

“Terserlah isu itu, memang terserlah. Itupun nyaris ada orang luar yang beritahu kita. Orang luar terpaksa beritahu kita disekalikan dengan bukti.

Soal-soal dari segi ketirisan ini yang memberi masalah dan beban dalam kedudukan ekonomi. Kalau ianya berterusan begini, maka keadaan ekonomi kita akan menjadi lebih parah.” katanya

Beliau yang mengambil contoh Syarikat NAZA yang memberhentikan 300 pekerjanya membuktikan walau sebagai sebuah syarikat yang kukuh itu pun turut mula merasai kesan daripada kos import yang begitu tinggi.

“Bahan-bahan untuk pembuatannya dalam kos yang tinggi. Jadi, keadaan ini nanti semuanya kos pengeluaran eksport kita lebih murah dan kompetitif, tapi bagaimana barang keluaran kita nak kompetitif kalau kos pengeluaran makin meningkat? Ini persoalan, kos meningkat dan walaupun kita ada kelebihan dari segi tukaran asing di mana barang kita lebih kompetitif berbanding US Dollar, namun kos penghasilan barang tersebut meningkat.”

Sumber DD - 1-9-2015

No comments:

Post a Comment