BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, December 30, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W.




Maulidur Rasul: Ambillah iktibar daripadanya

ANIS NAZRI | .
KUALA LUMPUR: Kedatangan tahun baru 2015 diharapkan lebih baik berbanding sebelumnya, lebih-lebih lagi ia datang bersama hari keputeraan Rasulullah SAW yang jatuh pada Sabtu, 3 Jan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Negeri Selangor Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi, berkata segala peristiwa dan peringatan-peringatan yang Allah berikan perlu diinsafi bersama agar dapat membaiki akhlak dan meneguhkan jati diri sebagai seorang muslim.

"Segala peristiwa dan peringatan yang telah Allah SWT datangkan kepada kita mutakhir ini dengan peristiwa kehilangan beberapa pesawat kapal terbang MAS dan Air Asia, kemarau yang menyukarkan kehidupan seharian serta peristiwa banjir besar sehingga mengakibatkan kemusnahan yang sangat besar kepada rakyat dan kerajaan di beberapa buah negeri di Malaysia," kata beliau dalam perutusan tahun baru 2015 dan Maulidir Rasul 1436 Hijrah, hari ini.

"Pada masa yang sama tahun baru 2015 datang bersama hari keputeraan Rasul tercinta iaitu Nabi Muhammad SAW. Kelahiran dan perutusan Baginda Nabi Muhammad SAW satu nikmat dan rahmat kepada seluruh alam. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam surah al-Anbiyak Ayat 107: “Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”, katanya lagi.

Justeru, tambah beliau sempena Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW ini wajarlah untuk kita sentiasa mengenang perjuang Baginda Rasullullah SAW dan pengorbanan sahabat-sahabat Baginda, dengan itu moga-moga kita semua dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam pada hari ini.

"Lantaran itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak kita semua merenungi ayat Al-Quran berikut: “Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan melarang yang mungkar dan beriman kepada Allah, dan kalau sekiranya ahlul kitab beriman, tentulah hal itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada orang-orang yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” Surah Ali-Imran ayat 110," kata beliau. – HARAKAHDAILY 2/1/2015

Ubah diri sempena sambutan maulidur rasul

SYED ABDULLAH SYED OSMAN | .

TIDAK lama lagi umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul yang jatuhnya pada 12 Rabiulawal 1436 atau 3 Januari,2015. Semua umat Islam teruja menantinya bagi menyambut secara besar-besaran walaupun dalam keadaan negara ketika ini dilanda banjir besar yang masih lagi berlaku dibeberapa negeri terutama sekali dinegeri-negeri disebelah pantai timur.

Berselawatlah dengan penuh kyusuk dan dan berzikirlah dengan nama Allah setiap hari dan dalam masa yang sama kita sama-sama panjatkan doa agar negara kita selamat daripada apa juga musibah yang kini melanda dan dalam masa yang sama mohon agar segala dosa kita terampun serta bernekad tidak akan lakukan lagi dosa-dosa yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah yang selama ini kita lakukan sama ada dalam sedar atau pun tidak atau kadangkala kita terlepas pandang dimana kita rasa dosa yang kita lakukan itu kecil sahaja tetapi pada Allah impaknya besar dan begitu juga sebaliknya.

Apabila kita berselawat dengan bersungguh-sungguh bermakna kita merasakan bahawa kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW dan Keluarga Baginda serta para sahabat terserlah tetapi kita perlu ingat bahawa rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti diiringi dengan mengerjakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang dan ikuti seluruh ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Tidak akan kemana kalau kita kuat berselawat dan begitu teruja untuk mendekatkan diri dengan Rasulullah SAW tetapi segala ajarannya kita abaikan atau ambil yang tertentu sahaja yang kita fikirkan sesuai untuk kehendak naluri kita.

Jangan kita syok sendiri atau menipu diri kita sendiri dengan berselawat bagai hendak rak tetapi segala yang Rasulullah SAW bawa kita abaikan dan ini akan mengecewakan Rasulullah SAW.

Oleh hal yang demikian hendaklah kita apabila membuat majlis berselawat dan bermaulid di sana-sini hendaklah jaga adab dan akhlak yang baik mencontohi Rasulullah SAW.

Buangkan segala sifat keji, tamak, sombong, dengki, ujub, bangga diri atau mereka daripada keturunan yang mulia tetapi tidak mencontohi datuk neneknya yang bersifat dan memegang akhlak sebagaimana yang diharapkan dan apa juga yang Islam larangkan tetapi sebaliknya sematkan rasa suka bantu membantu dan kuat berderma dan bersedekah terutama sekali sesama umat Islam dan berbaik sangka sesama kita serta memperbaiki akhlak supaya Islam terima kita sebagai umat yang taat segala suruhan yang ditetapkan oleh agama. – HARAKAHDAILY 30/12/2014

No comments:

Post a Comment