BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, December 11, 2014

DR AZMAN IBRAHIM - AJK PP / AIK PAS TERENGGANU


PAS Bukan Parti ‘Kluk Klek’

http://buletinonline.net/v6/images/stories/berita52/dr%20azman%20ibrahim.jpg
Proses untuk PAS membatalkan tahaluf dengan DAP atau PKR bermula dengan usul di Mesyuarat Agong Cawangan. Kemudian usul dibawa ke Mesyuarat Agong Kawasan.

Selepas diterima di peringkat kawasan, usul akan dihantar ke Jawatankuasa Usul Muktamar Tahunan PAS Pusat. Usul yang diluluskan oleh Jawatankuasa Usul akan dibentangkan dan dibahaskan dalam Muktamar PAS Pusat.

Lulus dalam Muktamar, usul akan diangkat pula untuk penelitian Majlis Syura Ulama PAS (MSU).
Sekadar makluman, antara Ahli Majlis Syura Ulama PAS ialah guru kepada beberapa orang Mufti di Malaysia sekarang. Dengan istilah lain, ada mufti yang pernah menjadi anak murid kepada Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Itulah gambaran tahap keilmuan mereka yang menganggotai MSU.

Keputusan Mesyuarat MSU akan diserahkan pula kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dibincangkan tindakan dan langkah politik selanjutnya.

Beginilah telitinya proses membuat keputusan dalam PAS samada untuk mengadakan tahaluf atau membatalkan tahaluf dengan mana-mana parti lain. Sebab itu anda perhatikan PAS tak ‘kluk klek’ dalam membuat keputusan besar. Sebab itu juga anda akan dapati PAS tidak buat U-turn selepas memutuskan suatu keputusan besar.

Ia adalah kerana kita ada proses yang amat teliti dalam membuat keputusan. Bukan keputusan ikut emosi dan ikut terlintas.

Kerana itu janganlah buat persepsi dan janganlah viral macam-macam info yang tak betul bila Azmin dan Wan Azizah pergi ziarah Tuan Guru Presiden PAS.

Bila kita faham bagaimana proses membuat keputusan besar dalam PAS, kita akan tenang dan meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pimpinan untuk memutuskan yang terbaik bagi perjuangan ini.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
20 Ogos 2017

Sumber BO - 20-8-2017


Isu Isa Samad: Peneroka Felda dapat hampas











MASA untuk warga Felda membuka mata dan minda. Betapa jerit perih warga peneroka memberikan sumbangan selama ini untuk memajukan Felda dan negara dibalas dengan sebaliknya oleh mereka yang berkuasa di atas sana. Bunga yang diberi peneroka, tahi yang mereka balas. 
Ketika peneroka mengerah keringat di ladang, sipeneraju Felda bermewah-mewah dengan gaya tokoh konglomerat hebat. Ketika peneroka menanggung hutang tanam semula berjumlah ratusan ribu, orang besar Felda di atas sana melabur ratusan juta untuk projek yang entah apa-apa. Jika dengan peneroka sendiri, Felda sangat berkira walaupun hanya sebilah sabit dan sebuah kereta sorong semuanya masuk dalam penyata, tapi Felda tak berkira untuk 'buang duit' sehingga puluhan juta ke luar negara.
Misi dan visi Tun Abdul Razak ketika menubuhkan Felda telah semakin dilupakan. 
Felda atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan adalah idea Tun Razak bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Bermula dengan rancangan tanah yang pertama dibuka di Lembah Bilut pada tahun 1957, Felda kini telah berkembang menjadi sebuah organisasi raksasa yang gah dan hebat. 
Zaman Tun Razak dulu, mungkin tak ramai orang yang berminat nak jadi Pengerusi Felda, sekadar sebuah organisasi kemajuan tanah yang berurusan dengan orang kampung untuk buka tanah baru. Sekarang dengan imej sebuah syarikat konglomerat bertaraf global, tak ramai yang mampu menolak bila ditawarkan untuk duduk di kerusi empuk Pengerusi Felda. 
Isa Samad sepatutnya selepas bebas dari hukuman rasuah oleh parti sendiri, sudah boleh tidur lena dan hidup sebagai orang awam. Harta yang beliau miliki dah tak habis untuk dimakan sehingga beberapa keturunan. Bukan hanya orang Negeri Sembilan malah orang luar Negeri Sembilan pun tahu Isa Samad sudah kaya-raya. 
Beliau sepatutnya sedar bahawa dirinya tak mempunyai kekuatan bila berhadapan dengan godaan wang apabila diberikan kuasa. Mata beliau cepat kelabu bila tengok wang. Apa yang telah dimiliki tak pernah cukup. 
Lalu akhirnya ketika umur sepertinya, amat tragis untuk beliau disarungkan baju lokap warna oren tertulis SPRM. Tragis juga untuk saya bagitahu bahawa ketika minum pagi dengan anak-anak peneroka Felda Selasih Jabi, mereka tersenyum sinis apabila cerita Isa Samad kena tahan oleh SPRM dibuka di kedai kopi. Senyum sinis seribu makna. – HARAKAHDAILY 17/8/2017 
Penulis ialah AJK PAS Pusat
Swumber HD - 17-8-2017 




PAS telah jauh tinggal semua pesaing politik











WALAU dimomokkan dengan pelbagai tuduhan, fitnah dan persepsi negatif, fakta dan realitinya jelas menunjukkan bahawa PAS telah jauh meninggalkan semua pesaing politik dalam membudayakan politik matang dan sejahtera. 
Ketika perhimpunan anjuran parti lain seperti DAP, PKR, MIC, MCA, Bersatu, PAN dan Umno masih diselitkan dengan tentatif selingan acara baling kerusi, terbalik meja, baling kasut, baling mikrofon dan sebagainya, seingat saya sejak mula mengenali politik PAS dari tahun 80-an lagi, tak pernah kedengaran dalam PAS berlakunya insiden sebegini. 
Bukti yang nyata bahawa politik Islam yang dibawa PAS berjaya mengasuh dan mendidik ahli serta penyokong berfikiran dengan cara yang bertamadun berbanding dengan parti lain. Kalau ada insiden baling membaling yang pernah berlaku sebelum dari tahun 80-an, mereka yang lebih lama dalam politik boleh menceritakannya. 
Yang biasa saya dengar dan alami sendiri ialah peristiwa orang PAS kena baling. Penceramah PAS dibaling dengan telur busuk, dibaling batu dan kayu, dibaling dengan kapak, dibaling bom asap malah ada yang pernah terkena balingan najis. 
Itupun parti PAN belum lagi berjaya mengadakan perhimpunan agung parti mereka walau cakapnya berdegar-degar. Kalau berjaya buat, kita tak tahu apa yang akan mereka baling sebab jika seorang presiden parti yang berucap di atas pentas boleh baling mikrofon, bagaimana pula dengan pengikut? 
PAS dengan budaya politik bertamadun yang penuh kematangan dan kesejahteraan menolak sepenuhnya budaya politik kasar, beremosi tanpa didasari dengan hujah dan fakta. Bagi PAS hujah perlu dibalas hujah. Di sini bukan medan untuk kita beradu kekerasan fizikal. 
Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tubuhnya tak besar kalau dibandingkan dengan orang lain, tetapi telah berjaya memimpin Kelantan selama 23 tahun. Sebabnya Almarhum Tok Guru memimpin bukannya dengan cara nak ajak Umno berlawan gusti! Kekuatan Almarhum Tok Guru adalah akal yang dipandu dengan pertunjuk wahyu.
PAS berada di medan ini untuk merubah masa depan negara dengan politik aman serta bertujuan bagi mengajak rakyat mencari kesejahteraan bersama Islam.  Berlakunya acara baling membaling, pukul memukul, tumbuk menumbuk, kejar mengejar serta yang sewaktu dengannya dalam sebarang program politik adalah reflek dan cerminan kepada  cara berfikir yang masih ketinggalan. Kita menuntut budaya politik primitif sebegini dihentikan segera walau dengan apa alasan sekalipun. 
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
15 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 15/8/2017
Sumber HD - 15-8-2017






Ugut mengugut sudah tak laku













UGUT mengugut rakyat adalah kerja Umno. Dari JKKK, Wakil Rakyat, Ketua Jabatan, Menteri sampai kepada boss Umno yang besar sekali. 
Tapi mereka terlupa bahawa kita sekarang duduk di era milenium. Bukan lagi tahun 80-an. Dulu bolehlah nak ugut sebab ramai yang pegang aqidah, kita boleh makan nasi kerana Umno. Boleh sekolah pun kerana Umno. Boleh kerja kerajaan kerana Umno. Boleh lalu atas jalan raya kerana Umno. Rumah masuk api elektrik kerana Umno. Anak-anak boleh biasiswa kerana Umno. Boleh sembahyang di masjid yang dibina Umno. Bila sakit boleh masuk hospital kerana Umno. Cuma tak ada orang yang kata kita boleh bernyawa kerana Umno. 
Bagaikan negara yang tak ada Umno maka rakyatnya tak ada air, api, sekolah, hospital, masjid dan jalan raya. 
Saya mula mengajar dan berkuliah dari zaman sekolah lagi. Dah ada orang tegur, "mung sikit lagi dok leh nak kerja kerajaan!" 
Bila balik dari Baghdad pada bulan September tahun 1999, gendang Pilihan raya Umum ke-10 sedang rancak dipalu. Lepas daftar di Malaysian Dental Council dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sementara tunggu interviu, saya mengabdikan diri kepada kerja perjuangan. Buat macam-macam kerja sebagai petugas parti nak hadap PRU10. Ada lagi orang kata, "gelap gambar demo nak dapat kerja kerajaan lepas ni." 
Bagaikan kita nak masuk kerja hasil surat sokongan dari JKKK. 
Bila jadi calon PAS PRU 12, Umno bawa modal atas pentas mereka, calon PAS tak kenang jasa. 
Belajar dengan biaya kerajaan tapi lawan kerajaan! Mereka tak tahu, pengajian ambe di Baghdad tak ambil satu sen pun duit kerajaan. Kalau ambil duit kerajaan pun apa salahnya. Saya bukan lawan kerajaan tapi lawan Umno. Cuma pesen Umno yang anggap duit kerajaan adalah duit Umno. Ini 'aqidah salah' yang dipegang oleh Umno sampai sekarang. 
Politik ugut ini masih berlaku dalam masyarakat. Saya ada banyak bukti dan contoh. Ugut kalau tak undi BN maka tak akan dapat wang ehsan. Kalau tak undi BN, tak dapat duit raya. Tak undi BN, kena tukar kerja jauh. Tak sokong Umno, gelap gambar nak naik pangkat. Tak sokong Umno, borang bantuan pengajian anak-anak tak ditandatangan oleh JKKK. Tak sokong Umno maka tak dapat duit zakat dan macam-macam lagi. Semua ugutan ini bersifat duniawi belaka. 
Tapi realitinya taraf kehidupan orang PAS dalam masyarakat jauh lebih baik dari orang Umno. Saya ambil contoh, Haji Yaakob Ibrahim Ketua PAS Cawangan Kuala Kubang, Jabi. Sebuah kampung kecil di Jabi. Kalau di Kuala Kubang, dialah tauke getah skrap. Dialah pemilik kebun getah dan sawit. Ramai orang kampung kerja ambil upah menoreh dengan dia. Di halaman rumah dia ada lori, ada pickup, ada backhoe dan ada kereta. Padahal Haji Yaakob yang mesra saya panggil Abang Kob adalah Ketua Cawangan PAS. Ok je hidup dan makan serupa orang lain. 
Saya ada 13 adik beradik. Orang selalu anggap ukuran masuk U adalah anak-anak yang berjaya. Saya tak anggap begitu kerana setiap anak ada bakat masing-masing. Yang masuk U dia berjaya. Yang tak masuk U pun berjaya juga. Tak apalah kita ikut rentak orang sekejap. Kalau ukuran masuk U dikira berjaya, maka 9 dari 13 adik beradik saya masuk U. Padalah ayah saya seorang ahli PAS sejati yang terus istiqamah sampai sekarang. Alhamdulillah... 
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
8 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 8/8/2017
Sumber HD- 8-8-2017 








Syabas Pasukan Penerangan Dan Hubungan Media Muslimat PAS Terengganu

Sebagai Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas usaha ‘team’ Penerangan dan Hubungan Media Muslimat PAS Terengganu meninjau Kompleks Bebas Cukai Pulau Bayas Tasik Kenyir supaya dapat melihat sendiri bagaimana ‘indahnya’ projek Pulau Bebas Cukai yang telah menelan ratusan juta wang rakyat Terengganu.

Dari segi media, ini dinamakan usaha untuk mendapatkan ‘first hand info’. Bukan sekadar dengar cakap, tapi tengok dengan mata sendiri agar laporan yang dipaparkan ada integriti dan mempunyai nilai kebertanggungjawaban yang tinggi menepati etika media Islam.

Saya nafikan muslimat ke Pulau Bayas untuk bersuka ria. Nak bersuka ria dengan apa? Bukannya ada tempat shoping pinggan mangkuk di Pulau Bayas! Yang ada hanya 6 orang pekerja Bangladesh.

Nampaknya Umno terkesima dengan pendedahan media muslimat. Mereka ingat muslimat PAS yang bertudung labuh tak berani meredah Tasik Kenyir bagi membongkar penyewengan Umno. Sebab itu mereka bagaikan terkejut dari mimpi.

Sebagai Pengerusi KAMI, kita bersedia untuk terus membantu gerak kerja media Muslimat bagi menyampaikan mesej yang benar, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Jangan pedulikan mereka yang mencela.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)
7 Ogos 2017

Sumber BO - 7-8-2017










Kita bawa politik damai penuh kasih sayang

"KITA terima kasih banyak-banyak. Orang PAS memang pemurah termasuk pemurah untuk derma darah. Hadir buat program kempen derma darah di mana-mana event anjuran PAS memang tak pernah mengecewakan. Kita tak kisah, ke mana dijemput kita pergi sebab kita buat kerja. Bukan kita nak berpolitik dengan darah," komen yang diberikan oleh seorang kakitangan Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu yang hadir menyertai kempen derma darah sempena Karnival Dun Jabi. 
"Alhamdulillah... saya tengok semua darah yang didermakan warna merah. Tak ada yang colour hijau," jawab saya sambil bergurau. 
Warna darah sama merah adalah bukti bahawa secara fitrahnya kita semua sama. Walau ada perbezaan, manusia tetap mempunyai titik pertemuan dan persamaan. Mungkin kita ada berbeza pendapat, sikap dan pendirian atas sesuatu perkara, tapi kita boleh bersama atas nama Islam. Islam boleh menyatukan kita. Kerana itu PAS mengajak mari bersama kita mencari kesejahteraan bersama Islam. 
Karnival Dun Jabi yang berlangsung selama 3 hari 3 malam bermula 2-5 Ogos 2017 disasarkan untuk menjadi medan bertemu mata dan menghubungkan silaturrahim bagi masyarakat Jabi dari segenap lapisan masyarakat. 
Kita terjemahkan budaya politik matang dan sejahtera dengan penganjuran satu program kemasyarakatan bersepadu di bawah satu bumbung karnival di mana di sini ada lontaran ilmu dengan Program Bicara Ilmu oleh Kiyai Dr Haji Ahmad Najib Afandi dari Pesantren al-Hikmah Jawa Tengah. Diteruskan lagi dengan program santai tapi sarat dengan ilmu oleh Ustaz Azhar Idrus dalam Program Santai Petang yang menyaksikan Dataran PGU Jabi dipenuhi oleh ribuan pengunjung. 
Saya sangat menghargai kerjasama Jabatan Kerajaan seperti JPJ, Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah dan SPR yang sudi hadir memberikan khidmat. Juga kepada Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina (Papisma). 
Pentas Karnival Dun Jabi juga dibuka sebagai medan  pengajian ilmu politik dengan penampilan pimpinan utama parti antaranya Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Haji Hussain Awang dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyampaikan ceramah. Kita sediakan pentas untuk masyarakat mendapat maklumat dan penjelasan langsung dari pimpinan parti dengan harapan ada kekeliruan yang dapat dirungkai. 
Tak terkecuali acara kanak-kanak, muslimat, pemuda serta acara santai sukan rakyat. Islam tak melarang kita berhibur. 
Lebih 50 gerai jualan dengan pelbagai produk dan barangan disediakan. Peminat seni hiburan Islam juga tak dihampakan. 
Saya melihat kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan lapisan masyarakat ke program anjuran PAS adalah signal bahawa tembok yang memisahkan PAS dengan masyarakat sudah semakin menipis. Jurang pemisah sudah semakin mengecil. PAS sudah berjaya membawa budaya politik damai penuh kasih sayang dalam masyarakat walau cuba dibayangi dengan politik persepsi penuh prasangka dari lawan-lawan politik. 
Dr Azman Ibrahim
Pengarah MTD Jabi merangkap AJK PAS Pusat
   
                  











Sumber HD - 6-8-2017












Peluang Belajar Ke Luar Negeri Anak Terengganu Hanya Tinggal Kenangan!














DCIM100MEDIADJI_0032.JPG
Kebijaksanaan seseorang pemimpin ialah bila dia dapat memanfaatkan sebaiknya sumber yang dimiliki sepadan dengan keupayaan dan bukannya merancang sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata.

Ketika era Kerajaan PAS Kelantan sebelum 1978, pimpinan PAS Kelantan menyedari bahawa adalah mustahil Kelantan mampu bersaing dengan negeri-negeri lain dari segi ekonomi.

Kelantan tak ada lebuhraya, tak ada pelabuhan dan tak ada lapangan terbang antarabangsa. Berusaha untuk menyaingi negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor dari segi ekonomi adalah tidak realistik.

Lantas kepimpinan PAS Kelantan yang menerajui kerajaan negeri membuat perancangan untuk menjadikan pendidikan sebagai tumpuan utama. Orang Kelantan mesti diberikan peluang untuk belajar setinggi dan seluas yang boleh.
Keterbatasan ketika itu ialah jumlah peruntukan biasiswa pengajian di universiti oleh Kerajaan Pusat pimpinan Tun Razak kepada rakyat Kelantan yang agak terhad. Lalu Kerajaan Kelantan mencari inisiatif lain dengan memperuntukan biasiswa kerajaan negeri kepada anak-anak Kelantan untuk belajar di universiti. Bajet yang besar diperuntukan untuk pemberian biasiswa kerajaan negeri. Kerajaan Pusat cuma perlu sediakan tempat di universiti.

Inilah antara faktor kenapa kita tengok anak Kelantan ramai yang berjaya dalam pengajian dan menjawat pelbagai jawatan tinggi di pelbagai sektor.

Antara yang belajar dengan biasiswa Kerajaan Kelantan ialah Ketua Wanita MCA, Dr Ng Yen Yen. Sebab itu sehingga sekarang dia tak masuk Umno! Sekadar MCA sahaja. Mungkin ingat jasa Kerajaan PAS Kelantan kot.
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Dr Abdul Latif Ahmad juga belajar dengan biasiswa Kerajaan Kelantan. Rezeki dia dapat jawatan dalam Kerajaan Umno.

Hebatnya orang Kelantan kerana mereka sedar keupayaan ekonomi yang terbatas. Lalu bertindak secara berpijak di bumi nyata.

Kita orang Terengganu, masalah kemiskinan rakyat nak diselesaikan dengan cara buat jambatan boleh buka tutup di Seberang Takir. Buka kedai bebas cukai di tasik kenyir. Buat Pulau Bebas Cukai di Pulau Bayas Tasik Kenyir. Buat Taman Ilmu yang jadi Taman Hantu tak berpenghuni di Tembila. Buat Projek Kambing Kaprima yang hanya tinggal kandang. Tanam strawberry dan anggur yang pokoknya pun tak dapat dilihat apatah lagi buahnya. Habiskan berjuta ringgit untuk penyelidikan Projek Ubi Gadong. Buat zoo yang tak berapa ada haiwan di Kemaman. Projek Kelapa Mantaq yang tinggal nama dan pelbagai lagi tindakan yang mengambarkan kemampuan berfikir pemimpin Umno Terengganu.

Dalam masa yang sama, bantuan pengajian untuk anak-anak Terengganu menyambung pengajian ke luar negara sudah tinggal kenangan. Sepatutnya bila sedar kita masih ketinggalan jauh dari segi ekonomi, sekurang-kurangnya kita berusaha keras agar rakyat kita berilmu.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
2 Ogos 2017

Sumber BO - 2-8-2017
















Kita tengok anak Kelantan berjaya dalam pengajian

KEBIJAKSANAAN seseorang pemimpin ialah bila dia dapat memanfaatkan sebaiknya sumber yang dimiliki sepadan dengan keupayaan dan bukannya merancang sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata. 
Ketika era Kerajaan PAS Kelantan sebelum 1978, pimpinan PAS Kelantan menyedari bahawa adalah mustahil Kelantan mampu bersaing dengan negeri-negeri lain dari segi ekonomi. 
Kelantan tak ada lebuh raya, tak ada pelabuhan dan tak ada lapangan terbang antarabangsa. Berusaha untuk menyaingi negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor dari segi ekonomi adalah tidak realistik. 
Lantas kepimpinan PAS Kelantan yang menerajui kerajaan negeri membuat perancangan untuk menjadikan pendidikan sebagai tumpuan utama. Orang Kelantan mesti diberikan peluang untuk belajar setinggi dan seluas yang boleh. 
Keterbatasan ketika itu ialah jumlah peruntukan biasiswa pengajian di universiti oleh Kerajaan Pusat pimpinan Tun Razak kepada rakyat Kelantan yang agak terhad. Lalu Kerajaan Kelantan mencari inisiatif lain dengan memperuntukkan biasiswa kerajaan negeri kepada anak-anak Kelantan untuk belajar di universiti. Bajet yang besar diperuntukkan untuk pemberian biasiswa kerajaan negeri. Kerajaan Pusat cuma perlu sediakan tempat di universiti. 
Inilah antara faktor kenapa kita tengok anak Kelantan ramai yang berjaya dalam pengajian dan menjawat pelbagai jawatan tinggi di pelbagai sektor.
Antara yang belajar dengan biasiswa Kerajaan Kelantan ialah Ketua Wanita MCA, Dr Ng Yen Yen. Sebab itu sehingga sekarang dia tak masuk Umno! 
Sekadar MCA sahaja. Mungkin ingat jasa Kerajaan PAS Kelantan kot.
Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Dr Abdul Latif Ahmad juga belajar dengan biasiswa Kerajaan Kelantan. Rezeki dia dapat jawatan dalam Kerajaan Umno.
Hebatnya orang Kelantan kerana mereka sedar keupayaan ekonomi yang terbatas. Lalu bertindak secara berpijak di bumi nyata. 
Kita orang Terengganu, masalah kemiskinan rakyat nak diselesaikan dengan cara buat jambatan boleh buka tutup di Seberang Takir. Buka kedai bebas cukai di Tasik Kenyir. Buat Pulau Bebas Cukai di Pulau Bayas, Tasik Kenyir. Buat Taman Ilmu yang jadi 'Taman Hantu' tak berpenghuni di Tembila, Besut. Buat Projek Kambing Kaprima yang hanya tinggal kandang. Tanam strawberry dan anggur yang pokoknya pun tak dapat dilihat apatah lagi buahnya. Habiskan berjuta ringgit untuk penyelidikan Projek Ubi Gadong. Buat zoo yang tak berapa ada haiwan di Kemaman. Projek Kelapa Mantaq yang tinggal nama dan pelbagai lagi tindakan yang menggambarkan kemampuan berfikir pemimpin Umno Terengganu. 
Dalam masa yang sama, bantuan pengajian untuk anak-anak Terengganu menyambung pengajian ke luar negara sudah tinggal kenangan. Sepatutnya bila sedar kita masih ketinggalan jauh dari segi ekonomi, sekurang-kurangnya kita berusaha keras agar rakyat kita berilmu. 
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
2 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD - 2-8-2017 
















Jangan Lupa Diskriminasi Dan Kerja Jahat Pemimpin Umno!


Bila bercakap tentang zaman pertembungan keras PAS-Umno, majoriti akan menunding jari dan menyalahkan PAS atas apa yang telah berlaku. Mereka terlupa bahawa dizaman itu pimpinan, ahli dan penyokong PAS adalah mangsa keadaan serta menjadi sasaran tekanan dan tindakan keras lagi zalim Umno yang merasakan diri mereka berkuasa.

Petugas pilihanraya PAS diserang, dipukul dan dicederakan sehingga mengakibatkan seorang terkorban semasa Pilihanraya Kecil Lubuk Merbau. As Syahid Ustaz Ibrahim Libya bersama murid-muridnya diserang oleh pasukan keselamatan bagaikan mereka adalah segerombolan pengganas dalam peristiwa Memali sehingga 14 orang terkorban. Ramai pemimpin PAS yang merengkok dalam tahanan ISA.

Diskriminasi kerana perbezaan politik berleluasa dan mereka yang berkuasa menindas yang lemah. Orang kampung yang menyokong PAS dinafikan pelbagai bantuan yang mereka berhak. Baja subsidi padi pun orang PAS tak dapat. Saya tahu sebab ayah saya seorang pesawah. Agihan bantuan seperti zakat dan JKM tak sampai kepada orang PAS sebab JKKK enggan tandatangan borang permohonan.

Malah nak ‘sign’ borang persekolahan anak-anak dengan JKKK juga menjadi satu masalah bagi ibu bapa yang menyokong PAS. Guru-guru yang dicop sebagai penyokong PAS ditukar ke sana ke mari bagaikan bola. Orang PAS di jabatan kerajaan dinafikan naik pangkat walau prestasi mereka jauh lebih baik dari orang Umno.

Media perdana milik Umno/BN menjadi juara politik fitnah dan kebencian yang penuh dengan putar belit. PAS pula tidak diberikan sebarang ruang untuk memberikan penjelasan balas. Ceramah PAS diganggu oleh pemuda tahan lasak Umno. Penceramah dibaling telur busuk, enjin motosikal dibunyikan dengan kuat, jalan untuk ke lokasi ceramah dihalang dan disekat.

Pokok kayu diterbalikkan atas jalan menuju ke tempat ceramah. Jambatan dirosakkan serta penceramah diugut dengan kekerasan fizikal. Tak cukup dengan itu, gas pemedih mata dari FRU juga biasa menjadi habuan pengunjung ceramah PAS. Orang-orang lama di Besut masih ingat peristiwa gas pemedih mata ketika ceramah di Kampung Keluang, Besut.

Tindakan tak bertamadun pemuda tahan lasak Umno seperti merosakkan bendera dan poster pilihanraya PAS adalah perkara yang sedia dimaklumi semua.

Imam dan Ustaz-Ustaz PAS yang mengajar di surau-surau ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengajar tanpa tauliah. Sedangkan ketika itu adalah suatu yang mustahil bagi Imam atau Ustaz PAS nak dapat tauliah.

Memang lumrah alam, setiap tindakan keras juga akan mengundang reaksi keras walaupun ahli dan penyokong PAS berada di pihak yang lemah lalu menjadi mangsa. Inilah yang dilupakan oleh majoriti yang ghairah menunding jari menyalahkan PAS atas pertembungan keras yang telah berlaku.

Bila PAS yang selama ini menjadi mangsa penindasan dan kezaliman bersedia untuk melakukan anjakan dari politik penuh kebencian kepada politik matang dan sejahtera, ia mengambarkan jiwa besar yang dimiliki oleh pimpinan, ahli serta penyokong PAS.

Kita dizalimi dan kita berlapang dada untuk memaafkan dan mengajak orang yang pernah menzalimi kita untuk bersama mencari kesejahteraan bersama Islam. Inilah kehebatan PAS!

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
31 Julai 2017

Sumber BO - 31-7-2017


















Inilah kehebatan PAS

BILA bercakap tentang zaman pertembungan keras PAS-Umno, majoriti akan menuding jari dan menyalahkan PAS atas apa yang telah berlaku. Mereka terlupa bahawa di zaman itu pimpinan, ahli dan penyokong PAS adalah mangsa keadaan serta menjadi sasaran tekanan dan tindakan keras lagi zalim Umno yang merasakan diri mereka berkuasa. 
Petugas pilihan raya PAS diserang, dipukul dan dicederakan sehingga mengakibatkan seorang terkorban semasa Pilihan raya Kecil Lubuk Merbau. As Syahid Ustaz Ibrahim Libya bersama murid-muridnya diserang oleh pasukan keselamatan bagaikan mereka adalah segerombolan pengganas dalam peristiwa Memali sehingga 14 orang terkorban. Ramai pemimpin PAS yang meringkuk dalam tahanan ISA. 
Diskriminasi kerana perbezaan politik berleluasa dan mereka yang berkuasa menindas yang lemah. Orang kampung yang menyokong PAS dinafikan pelbagai bantuan yang mereka berhak. Baja subsidi padi pun orang PAS tak dapat. Saya tahu sebab ayah saya seorang pesawah. Agihan bantuan seperti zakat dan JKM tak sampai kepada orang PAS sebab JKKK enggan tandatangan borang permohonan. 
Malah nak sign borang persekolahan anak-anak dengan JKKK juga menjadi satu masalah bagi ibu bapa yang menyokong PAS. Guru-guru yang dicop sebagai penyokong PAS ditukar ke sana ke mari bagaikan bola. Orang PAS di jabatan kerajaan dinafikan naik pangkat walau prestasi mereka jauh lebih baik dari orang Umno. 
Media perdana milik Umno/BN menjadi juara politik fitnah dan kebencian yang penuh dengan putar belit. PAS pula tidak diberikan sebarang ruang untuk memberikan penjelasan balas. Ceramah PAS diganggu oleh pemuda tahan lasak Umno. Penceramah dibaling telur busuk, enjin motosikal dibunyikan dengan kuat, jalan untuk ke lokasi ceramah dihalang dan disekat. Pokok kayu diterbalikkan atas jalan menuju ke tempat ceramah. Jambatan dirosakkan serta penceramah diugut dengan kekerasan fizikal. Tak cukup dengan itu, gas pemedih mata dari FRU juga biasa menjadi habuan pengunjung ceramah PAS. Orang-orang lama di Besut masih ingat peristiwa gas pemedih mata ketika ceramah di Kampung Keluang, Besut. 
Tindakan tak bertamadun pemuda tahan lasak Umno seperti merosakkan bendera dan poster pilihan raya PAS adalah perkara yang sedia dimaklumi semua. 
Imam dan Ustaz-Ustaz PAS yang mengajar di surau-surau ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengajar tanpa tauliah. Sedangkan ketika itu adalah suatu yang mustahil bagi Imam atau Ustaz PAS nak dapat tauliah. 
Memang lumrah alam, setiap tindakan keras juga akan mengundang reaksi keras walaupun ahli dan penyokong PAS berada di pihak yang lemah lalu menjadi mangsa. Inilah yang dilupakan oleh majoriti yang ghairah menuding jari menyalahkan PAS atas pertembungan keras yang telah berlaku. 
Bila PAS yang selama ini menjadi mangsa penindasan dan kezaliman bersedia untuk melakukan anjakan dari politik penuh kebencian kepada politik matang dan sejahtera, ia menggambarkan jiwa besar yang dimiliki oleh pimpinan, ahli serta penyokong PAS. Kita dizalimi dan kita berlapang dada untuk memaafkan dan mengajak orang yang pernah menzalimi kita untuk bersama mencari kesejahteraan bersama Islam. Inilah kehebatan PAS! 
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
31 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 31/7/2017
Sumber HD - 31-7-2017 




















PAS tak pernah kata siapa...

PAS tak pernah kata siapa yang tak ikut PAS maka dia munafik.
PAS tak pernah kata siapa yang tak sokong RUU 355, bila mati kena tanam di jirat Cina. 
PAS tak pernah arah ahli dia tak makan sembelihan orang Umno.
PAS tak pernah kata siapa tak ikut PAS maka dia tak masuk syurga.
PAS tak pernah arahkan ahlinya boikot dan pulau orang yang tak bersama dengan PAS.
PAS tak pernah arahkan ahlinya supaya jangan pergi ke masjid yang imamnya orang Umno. 
PAS tak pernah arahkan ahlinya supaya jangan kahwin dengan orang Umno.
Kita perlu bezakan antara pendirian dan keputusan parti dengan tindakan beberapa orang individu yang bermasalah dalam parti. Malah beberapa individu dalam parti yang menjadi juara isu kafir mengkafir suatu ketika dulu, mereka akhirnya masuk Umno dan mati sebagai ahli Umno. 
Ada antara individu ini yang sebut dalam ceramah, Umno kafir sampai underware dia pun kafir! 
Akhirnya dia mati dalam Umno. Ada juga yang kata, orang Umno bila mati, kita tanam di kubur orang Islam, malam nanti dia akan merangkak pergi ke jirat Cina. Individu ini juga akhirnya mati dalam Umno. 
Tindak tanduk dan perlakuan segelintir individu bermasalah dalam parti tidak boleh sama sekali dinisbahkan kepada parti. PAS sebuah parti besar yang menerima keahlian dari pelbagai peringkat dan latar belakang masyarakat. Sebahagian dari mereka tak mampu menghadam dengan baik segala dasar dan strategi parti. Mereka ini akan terus ditarbiyah kerana PAS bukan hanya sebuah parti politik tetapi juga sebuah gerakan dakwah dan tarbiyah. 
Dr Azman Ibrahim
27 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 27/7/2017     
Sumber HD - 27-7-2017 






















Masyarakat Felda makin sedar apa hak mereka

TAHNIAH peneroka Felda atas agihan 'durian runtuh'. Harap dahan pokok durian yang runtuh itu akan menumbuhkan tunas baru dan berbuah semula. Kalau runtuh dan tak tumbuh tunas baru, bimbang tahun depan durian tak berbuah lagi. 
Sepanjang saya survey tanya khabar dengan peneroka Felda Selasih di Jabi, tak ada peneroka yang tanya "Felda bagi 5k, apa yang PAS boleh bagi?" Sebab mereka dah cukup faham bahawa PAS bukan kerajaan. Malah kata mereka sepatutnya hak kami untuk dapat lebih banyak lagi. 
Seorang tua peneroka asal Felda Selasih berkata, "Apa yang kami dapat dari Felda selama ini, semua kami bayar. Tak ada yang diberi percuma oleh Felda. Walau hanya sebuah kereta sorong dan sebilah sabit yang Felda bagi kepada kami, semua masuk dalam penyata dan kami bayar." 
Saya yang bukan anak peneroka boleh memahami apa yang ingin disampaikan oleh peneroka tua tersebut. Walau Felda dah berimejkan sebuah syarikat konglomerat, ia tak dapat lari dari jasa dan bakti seorang peneroka tua seperti beliau. 
Masyarakat Felda dah semakin sedar apa hak mereka. Apatah lagi dalam konteks Felda Selasih, di dalam Dewan Undangan Negeri Jabi,  Terengganu. Sebahagian besar geran tanah mereka bertarikh tahun 2003. Mungkin ada orang terlupa bahawa tahun 2003 ialah zaman Kerajaan PAS Terengganu. Kot ada orang yang tak tahu maka sukacita saya maklumkan bahawa walau siapapun yang duduk di Negeri Terengganu atau di mana-mana negeri, kuasa untuk bagi geran hak milik tanah ialah kuasa kerajaan negeri. 
Kalau Perdana Menteri Malaysia atau Presiden Donald Trump sekalipun mari duduk di Terengganu, kuasa untuk bagi geran hak milik tanah tetap kuasa Kerajaan Terengganu. Jangan ingat geran tanah Felda diberi oleh Felda dan atas geran tersebut ada logo Felda.
Durian runtuh RM5k pemberian Felda perlu disyukuri dan diucapkan terima kasih. Tapi jangan lupa juga jasa Kerajaan PAS Terengganu memberikan hak milik tanah kepada lebih 150 keluarga peneroka di Felda Selasih. Biarlah kita jadi insan yang tahu berterima kasih. 
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
24 Julai 2017
Sumber HD - 24-7-2017 
























Bisa tulisan Pak Subky tak luntur

KESEMPATAN berbual dengan Tuan Haji Subky Latif yang mesra dipanggil Pak Subky pada malam ini adalah detik paling berharga bagi saya sepanjang 3 hari program IjtimaK Antarabangsa Perpaduan Ummah berlangsung. 
Otai dan sifu saya dalam bidang penulisan politik. Saya secara tak langsung berguru dengan Pak Subky dalam keadaan beliau tak mengenali saya secara dekat. Tak apa kerana yang penting saya kenal Pak Subky. 
Kolum beliau dalam Akhbar HARAKAH 'Min Aina Ila Aina' suatu ketika dulu adalah favourite saya. Saya kagum dengan ulasan santai, tajam menikam, bahasa yang mudah dan sindiran yang tepat mengena ke sasaran. 
Pak Subky tanya dengan ramah, "Anak ni nama siapa? Minta maaflah saya ni orang tua dah tak berapa kenal orang." 
"Allah... saya nak perkenal diri pun segan. Saya bukanlah siapa-siapa. Nama orang panggil Dr Azman." 
"Ooo... saya selalu baca tulisan dalam HARAKAH. Duk tanya juga siapa Dr Azman ni," Kata Pak Subky sambil mengenggam erat tangan saya. 
"Tulisan biasa-biasa saja Pak Subky. Jauh sangat lagi kalau nak duduk dekat dengan Pak Subky." 
"Teruskan menulis untuk Islam!" Kata Pak Subky. Suatu pesanan yang insya Allah akan saya pegang kemas-kemas. 
"Anak sekarang apa jawatan dalam parti?" 
"Baru saja nak belajar jadi AJK PAS Pusat." 
Sekali lagi Pak Subky pegang kemas tangan saya. 
"Tahniah! Saya akhir sekali jadi AJK PAS Pusat tahun 2006. Sekarang dah uzur..."
Bila saya imbas kembali memori Pak Subky pernah datang melawat ke Baghdad pada tahun 1995 ketika saya masih belajar di sana, bersama Almarhum Dato' Fadzil Noor, Almarhum Ustaz Hassan Shukri, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Muhamad Daud Iraqi, Pak Subky masih ingat memori lawatan tersebut. 
Walau dalam keuzuran, bisa tulisan Pak Subky tak luntur. Penanya terus gagah mencoret dan mengulas isu. Daya pemikiran dan seni tari penulisan 'orang tua ini' masih tiada tandingan. 
Andai ditakdirkan Pak Subky pergi dulu sebelum saya, biarlah dengan penuh kekurangan, saya bertekad untuk meneruskan jihad penulisan yang diperjuangkan Pak Subky sebegitu lama. Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada hamba yang lemah ini. 
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
22 Julai 2017                    
Sumber HD - 22-7-2017 


























Dia sendiri tak pergi masjid

ORANG yang tengok Islam setakat kampung dia saja akan kata bahawa wujudnya lebih dari satu masjid dan surau dalam satu kampung adalah punca perpecahan masyarakat 
Sebelum nak cerita hal di negara luar, di Putrajaya sendiri, setiap Presint ada surau. Malah dalam Presint yang sama, wujud beberapa buah surau di setiap fasa yang berbeza. Masjid besar ada 2 buah. Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 
Saya biasa kuliah di Putrajaya. Kita sedia maklum bila jemaah tak berapa ramai sebab di Putrajaya ini ada banyak surau. Belum lagi dikira 2 masjid besar tersebut. Padahal di Putrajaya tak ada surau atau markas PAS. Tetapi tetap wujud banyak surau. 
Kalau di Iraq, selang beberapa ratus meter sahaja ada masjid. Di Mesir lagi banyak masjid dan musolla. Pandangan yang menyatakan dalam satu kampung hanya boleh didirikan satu masjid sahaja adalah pandangan yang tak berpijak di alam realiti. 
Masjid dan surau dibina sebagai tempat ummat Islam menyembah Allah serta membina ukhuwwah dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Bagaimana boleh jadi bila bina masjid maka masyarakat jadi berpecah. Kecuali kalau masjid itu seumpama Masjid Dhirar. 
Satu kes di Dungun bila sebuah masjid yang telah diadakan solat Jumaat sejak turun temurun gagal untuk dikuasai oleh orang-orang Umno, maka Kerajaan Umno Terengganu telah membina sebuah masjid baru bagi tujuan untuk mematikan masjid lama. Lebih teruk, selepas itu orang PAS pula yang dituduh mendirikan 2 Jumaat dalam satu mukim. YB Ustaz Wan Hassan, Ahli Parlimen Dungun ada fakta tentang isu ini. 
Cuma biasanya orang yang suka bising tentang isu wujudnya beberapa surau dan masjid dalam satu kampung ini, dia sendiri tak pergi masjid pun. Mungkin bila ada banyak masjid dan surau, dia jadi pening tak tahu nak pergi yang mana satu. Akhirnya kira tak pergi semua! 
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
19 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 19/7/2017
Sumber HD - 19-7-2017 




























Ratib UG Umno-PAS masih kekal jadi ilusi politik

RATIB UG Umno-PAS masih kekal menjadi ilusi politik yang tak zahir di alam hakiki. Tapi budaya politik matang dan sejahtera telah berjaya menerobos sempadan jalan dakwah dari suatu visi menjadi realiti. Maaf, bahasa sedikit bersastera. 
Apabila langkah perjalanan gerak kerja kita dicemburui dan dimusuhi, itulah antara tandanya kita sedang mengorak langkah yang tepat menuju ke destinasi. Lawan kita tak akan menghalang andai langkah perjalanan kita sedang menuju ke dalam gaung. Kerana itulah sebenarnya yang mereka nak tengok. Tapi mereka akan cukup gelisah bila melihat kita sedang menapak menuju ke puncak. Maka perjalanan ini perlu dihalang dengan apa cara sekalipun. 
Kita tak perlu berhenti dan mengalah hanya kerana halangan. Sikit sebanyak semak-samun yang ada, kita tebas sambil berjalan saja. Menebas semak-samun bukan matlamat perjalanan kita, tapi lebih bersifat membersihkan halangan dalam perjalanan. Di puncak sana nanti, akan kita letakkan syariat Allah di tempat tertinggi. 
Semak-samun ada macam-macam pesen dan rupa. Ada yang berduri, berakar, berselirat, bergayutan sehingga nampak seram malah ada pohon tua yang telah berusia lebih 90 tahun menghalang perjalanan. Orang kata, pohon tua itu berhantu. Tapi kita lalu buat tak tahu saja. Nampak ada banyak pohon dedalu yang sedang menumpang di dahan pokok tua tersebut. Kita lama dah kenal perangai dedalu. Sebab itu tak perlu tebang pokok tua tersebut. Ia akan mati dengan sendirinya lalu menjadi sejarah untuk kita tunjuk kepada anak cucu nanti. 
Dalam perjalanan, kita kekal fokus dengan memandang ke hadapan. Sekali-sekala menoleh ke belakang itu biasa. Tapi kalau kita asyik memandang ke belakang dan cuma sekali-sekala memandang ke hadapan, maka itu luar biasa! Berjalan pesen lagu ni, saya bimbang boleh jatuh ke dalam gaung. 
Teruskan melangkah sahabatku. Hati-hati jangan sampai kaki tersadung akar yang berselirat lalu tergolek jatuh ke dalam gaung. 
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
18 Julai 2017
Sumber HD - 18-7-2017 
































Perjuangan Ini Gabung Jalin Bersama Dalam Satu Pasukan

CAMERON HIGHLAND – Pelbagai sumber dan kepakaran digarap dalam PAS, membentuk satu perjuangan dalam pasukan, untuk menegakkan perintah Allah di muka bumi ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, semua sifat dan keupayaan yang ada pada ahli PAS dan penyokong digabung jalin dalam melaksanakan amanah yang uukup besar.

“Gabungan antara semangat, tenaga dan keupayaan yang dimiliki orang muda perlu digabungkan dengan kematangan,

“kesabaran serta kecerdikan orang lama untuk kita membentuk satu kemantapan dalam saf perjuangan. Setiap dari kita adalah penting dan tidak ada istilah melukut dalam perjuangan Islam,” jelasnya.

 Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jaulah Tarbawi Alternative Riding Club (ARC) DUN Permaisuri Setiu di Tanah Rata, Cameron Highland pada Jumaat 14 Julai.

Menurutnya, program yang diadakan buat julung kalinya ini berjaya menghimpunkan seramai lebih 30 orang ahli ARC DUN tersebut yang menyertai konvoi bermotosikal bertolak awal pagi dari Setiu melalui jalan Tasik Kenyir – Felda Aring – Ciku- Gua Musang – Lojing dan seterusnya Cameron Highland.
Justeru itu setiap anggota dalam jamaah, kata beliau, perlu sentiasa memberikan idea dan melakukan tindakan, agar perjuamgan PAS sentiasa releva.

“Kita berada di tempat sejuk ini untuk memanaskan semangat perjuangan! Semua kit adalah batu-bata yang membentuk binaan perjuangan ini lalu diikat dengan konkrit ukhuwwah Islamiyyah.” Tegas beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu.

Turut hadir menyertai konvoi ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Setiu, Ramdan Mat Jusoh, Wan Hasan Basari Omar, Arman Nulamir Abdul Wahab dan Mohd Nor Hamid serta Ketua Pemuda PAS Permaisuri, Muhaimin Muhammad.















































Sumber BO - 16-7-2017

































PRU14: Lawan Umno bukan bermakna...

JUMPA dengan seorang kawan pimpinan dari Parti Bersatu pada satu Majlis Jamuan Aidilfitri. Berkali-kali dia duduk ulang bahawa PAS perlu fokus lawan Umno dalam PRU14. 
Saya jawab, PAS memang fokus untuk lawan Umno/BN dalam PRU. Fokus bukan hanya dengan kata-kata, tapi dengan tindakan. Fokus ini tak pernah beralih arah sehingga ke saat ini. Semakin hari semakin fokus dan semakin fokus. 
Lawan Umno dalam PRU bukan bermakna setiap hari kita perlu maki Umno dalam kedai kopi. Lawan Umno bukan bermakna kita kena buat seteru dengan semua orang Umno di sekeliling kita. Lawan Umno bukan bermakna pemimpin PAS langsung tak boleh duduk satu majlis dengan pemimpin Umno. Lawan Umno bukan bermakna haram sama sekali pakai baju warna yang sama dipakai oleh orang Umno. Lawan Umno bukan bermakna sakit, demam dan mati orang Umno kita jangan pergi ziarah. Lawan Umno bukan bermakna kita perlu bertegang urat leher dan berbeza pendapat 24 jam sehari. Lawan Umno juga bukan bermakna antara kita tiada langsung titik persamaan yang membolehkan kita duduk berbincang demi kepentingan rakyat dan negara. 
Kesempitan pemahaman politik menyebabkan ramai yang gagal memahami keperluan seorang Menteri Besar dari PAS berjumpa dan berunding dengan Perdana Menteri dari Umno. Jumudnya pemikiran politik sehingga apabila Presiden PAS berada sepentas dengan Presiden Umno demi memperjuangkan isu ummat Islam sejagat maka bergegarlah gema UG. Terkongkongnya minda dan IQ sehingga berbaju melayu warna sedondon juga menjadi modal yang dijaja bertahun-tahun. Betapa tak ada modal politik sehingga pergi letak tukun tiruan dalam laut sebagai rumah ikan pun berdepan dengan fitnah UG. 
Lawan Umno bermakna lawan untuk mengalahkan Umno dalam PRU. Bukan kita lawan untuk belasah dan halau orang Umno. Tapi kita nak jemput orang Umno berpindah dari kapal Umno yang sedang mereput dan hampir karam untuk menaiki kapal PAS yang teguh belayar. Kerosakan yang menimpa kapal Umno sudah terlalu parah. Enjin sudah tak boleh dibuat overhaul lagi dan kemudinya juga sudah patah. Pelayarannya bersimpang siur tanpa tujuan yang jelas. Anak-anak kapal sudah sedar sebenarnya akan hakikat yang menimpa kapal mereka. Tapi mereka kekal berada di atas kapal ini kerana  masih ada simpanan harta karun dalam perut kapal yang boleh direbut sebagai habuan. Demi habuan ini, mereka pejamkan mata seketika. 
Kita perlu ajak mereka untuk buka mata dan berfikir lebih jauh ke depan. Berfikir akan nasib anak cucu nanti. Berfikir tentang survival tanah air dan negara tercinta. Paling penting kita wajib berfikir dan berpolitik tanpa melupakan apa yang akan kita hadapi dalam kubur kelak. 
DR AZMAN IBRAHIM
AJK PAS Pusat
Sumber HD-12-7-2017


































Berfikir Lebih Jauh Ke Depan…….

Jumpa dengan seorang kawan pimpinan dari Parti Bersatu di satu Majlis Jamuan Aidilfitri. Berkali-kali dia duduk ulang bahawa PAS perlu fokus lawan Umno dalam PRU 14.

Saya jawab, PAS memang fokus untuk lawan Umno/BN dalam PRU. Fokus bukan hanya dengan kata-kata, tapi dengan tindakan. Fokus ini tak pernah beralih arah sehingga ke saat ini. Semakin hari semakin fokus dan semakin fokus.

Lawan Umno dalam PRU bukan bermakna setiap hari kita perlu maki Umno dalam kedai kopi. Lawan Umno bukan bermakna kita kena buat seteru dengan semua orang Umno di sekeliling kita. Lawan Umno bukan bermakna pemimpin PAS langsung tak boleh duduk satu majlis dengan pemimpin Umno. Lawan Umno bukan bermakna haram sama sekali pakai baju warna yang sama dipakai oleh orang Umno. Lawan Umno bukan bermakna sakit, demam dan mati orang Umno kita jangan pergi ziarah. Lawan Umno bukan bermakna kita perlu bertegang urat leher dan berbeza pendapat 24 jam sehari. Lawan Umno juga bukan bermakna antara kita tiada langsung titik persamaan yang membolehkan kita duduk berbincang demi kepentingan rakyat dan negara.

Kesempitan pemahaman politik menyebabkan ramai yang gagal memahami keperluan seorang Menteri Besar dari PAS berjumpa dan berunding dengan Perdana Menteri dari Umno. Jumudnya pemikiran politik sehingga apabila Presiden PAS berada sepentas dengan Presiden Umno demi memperjuangkan isu ummat Islam sejagat maka bergegarlah gema UG. Terkongkongnya minda dan IQ sehingga berbaju melayu warna sedondong juga menjadi modal yang dijaja bertahun-tahun. Betapa tak ada modal politik sehingga pergi letak tukun tiruan dalam laut sebagai rumah ikan pun berdepan dengan fitnah UG.

Lawan Umno bermakna lawan untuk mengalahkan Umno dalam PRU. Bukan kita lawan untuk belasah dan halau orang Umno. Tapi kita nak jemput orang Umno berpindah dari kapal Umno yang sedang mereput dan hampir karam untuk menaiki kapal PAS yang teguh belayar. Kerosakkan yang menimpa kapal Umno sudah terlalu parah. Enjin sudah tak boleh dibuat overhaul lagi dan kemudinya juga sudah patah. Pelayarannya bersimpang siur tanpa tujuan yang jelas. Anak-anak kapal sudah sedar sebenarnya akan hakikat yang menimpa kapal mereka. Tapi mereka kekal berada di atas kapal ini kerana masih ada simpanan harta karun dalam perut kapal yang boleh direbut sebagai habuan. Demi habuan ini, mereka pejamkan mata seketika.
Kita perlu ajak mereka untuk buka mata dan berfikir lebih jauh ke depan. Berfikir akan nasib anak cucu nanti. Berfikir tentang ‘survival’ tanahair dan negara tercinta. Paling penting kita wajib berfikir dan berpolitik tanpa melupakan apa yang akan kita hadapi dalam kubur kelak.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
11 Julai 2017

Sumber BO - 11-7-2017




































Salah lalu Mahathir adalah salah laku Umno

KALAU Dr Mahathir terus tak jaga mulut, Zahid ugut nak dedahkan salah laku Mahathir sepanjang 22 tahun memerintah negara. 
Saya yakin kedua-dua mereka masing-masing ada simpan rahsia antara mereka. Zahid pernah jadi anak buah Mahathir dan Mahathir pernah jadi boss Zahid. 
Tiada siapa yang boleh mendabik dada bahawa dia lebih bersih. 
Cuma yang membezakan sekarang ialah seorang berkuasa dan seorang lagi sudah tiada gigi. 
PAS tak pernah jemu menentang salah laku Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahannya sehingga ramai pemimpin PAS merengkok dalam tahanan ISA malah ada yang dibunuh kejam di Memali. 
Bila Zahid ugut nak dedah salah laku Mahathir, ia menguatkan lagi dalil bahawa Mahathir banyak melakukan salah laku yang ditentang oleh PAS selama ini tapi didiamkan saja oleh pemimpin Umno lain. Sekarang baru mereka ugut nak dedahkan salah laku Mahathir. Salah laku selama berpuluh tahun ini telah meninggalkan kesan parut kekal yang hodoh kepada negara. Bukan hanya nasi telah menjadi bubur, tapi buburnya juga telah basi dan berbau. 
Salah laku Mahathir bukan atas kapasiti nama dia Mahathir, tapi atas kapasiti dia seorang Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia. Umno adalah parti di mana sekarang Zahid menjadi Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden. 
Tanggungjawab atas kerosakan lantaran salah laku Mahathir selama berpuluh tahun ini wajib dipikul bersama oleh semua pemimpin Umno yang pernah bersama Mahathir. 
Bukan hanya Mahathir seorang diri. Ajaibnya kalau mereka yang pernah menyokong segala tindakan Mahathir selama ini, sekarang mula berlagak suci. 
Ketika Mahathir berkuasa dia disanjung, sudah tak ada kuasa dia diperlekehkan oleh bekas anak buah sendiri yang suatu ketika dulu pernah mencium tangannya sehingga ke siku. Itulah resam dunia. Tapi Mahathir seorang tokoh yang sentiasa ingin menjadi pemimpin dan akan memaksa orang lain untuk tunduk di bawah telunjuknya. Bila nak buat apa-apa, dia tak hiraukan apa orang nak kata kerana dialah yang kata Melayu mudah lupa. 
Salah seorang Melayu yang mudah lupa ialah Mahathir sendiri 
Antara yang mudah lupa juga ialah mereka yang sekarang ini berada sepentas dengan Mahathir bagaikan terlupa bahawa asbab parti mereka ditubuhkan dulu adalah untuk membela pemimpin besar mereka yang dipecat oleh Mahathir. 
Zahid adalah salah seorang pemimpin muda Umno yang bersama Anwar sebelum membuat U-turn untuk kembali menumpahkan ketaatan kepada Mahathir. Barangkali ada juga unsur-unsur kelupaan. - HARAKAHDAILY 9/7/2017
Sumber HD -9-7-2017 






































Tanggungjawab PAS Mendedahkan Kesusahan Sebenar Rakyat

(Kemiskinan bergenerasi masih lagi berlaku pada masyarakat Terengganu, dimana masih wujud dikalangan keluarga terperangkap dalam kepompong kemiskinan)

Perdana Menteri dipetik berkata bahawa kejayaan membanggakan dicapai oleh negara pada separuh tahun ini dengan ekonomi negara berkembang 5.6 peratus dan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada 17 bilion.

Banyak pengiktirafan antarabangsa telah diterima dengan Agensi Antarabangsa Pricewater House Coopers telah meletakkan Malaysia pada tangga ke 25 kuasa besar ekonomi dunia.

Bank dunia turut mengiktiraf ekonomi Malaysia dengan memberi semakan unjuran pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.9 peratus bagi tahun 2017.

Begitulah dengan bangganya PM mengistiharkan ‘kejayaan’ negara sambil dalam masa yang sama menyalahkan pembangkang kononnya beriya-iya memburukkan ekonomi negara untuk kepentingan politik peribadi.

Angka-angka yang dibentangkan oleh PM memang sangat menarik dan indah di atas kertas, tapi sayangnya rakyat bawahan tak akan kenyang dengan makan kertas.

Kertas laporan prestasi ekonomi negara ini juga tak laku untuk dibuat beli beras, lauk pauk dan keperluan harian rakyat marhaen.

Tak ramai pun rakyat yang berminat untuk nak tahu apa itu FDI. Apa yang ingin dilihat dan dikecapi oleh rakyat ialah bagaimana kerajaan mampu mengambil langkah untuk menurunkan harga barangan serta keperluan harian seterusnya mengurangkan beban hidup mereka.

Segenap daya dan upaya rakyat marhaen sudah dicurahkan untuk mereka meneruskan hidup dengan penuh kepayahan. Ketua keluarga ada yang terpaksa melakukan sehingga dua atau tiga kerja sehari demi menyara keluarga.

Saya pernah jumpa seorang ibu tunggal yang menyara empat orang anak bekerja sebagai pelayan kedai makan dari jam tiga petang hingga dua pagi setiap hari. Pagi esoknya selepas subuh sebelum cerah tanah lagi sudah berada dalam kebun getah mengambil upah menoreh.

Kerajaan jangan terkesima kerana kononnya pertumbuhan ekonomi negara mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sehingga tak nampak realiti pahit yang sedang dilalui rakyat di alam nyata.

Pembangkang seperti PAS bukan bekerja untuk memburukkan nama negara apatah lagi melakukan tindakan yang mensabotaj ekonomi negara sebagaimana yang didakwa oleh PM, tetapi menjadi bertanggungjawab kita untuk mengenengahkan isu sebenar kehidupan rakyat.

Pembangkang ada sumbangan kita sendiri kepada pembangunan ekonomi negara. Silap kalau dianggap peranan pembangkang adalah untuk meruntuhkan dan mensabotaj.

Kita juga melakukan banyak usaha untuk menyantuni kesukaran hidup rakyat walau tanpa sebarang peruntukan dari mana-mana pihak. PM tak sepatutnya skeptikal dalam hal ini. Sebagaimana Umno/BN mendakwa mereka sayangkan negara, begitu jugalah pihak pembangkang.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
4 Julai 2017.

Sumber BO - 4-7-2017








































Luaskan takrif dakwah

"SAYA perhatikan sekarang ini orang PAS dan Umno bukan macam dulu lagi. Boleh duduk sekali dalam 1 majlis. Boleh hadir kenduri, boleh sembahyang 1 masjid. Ini menguatkan lagi persepsi PAS dengan Umno ada sesuatu." 
Ya! memang ada sesuatu! Dalam dunia dakwah dan politik demokrasi, kita bukan nak perambat orang pergi jauh-jauh tapi kita nak ajak orang mari bersama Islam. Berbeza dengan peperangan bersenjata, tujuan kita adalah untuk nak kalahkan dan halau musuh. 
Silap besar bila orang Umno dilihat sebagai musuh, bukannya mad'u atau sasaran dakwah. Kalau kita faham bahawa orang Umno adalah sasaran dakwah, automatik kita akan tahu bahawa mereka perlu didekati dan dibuat kawan. Mana ada orang yang nak berdakwah tapi duduk jauh-jauh. Setiap hari kita buat musuh dengan mereka kemudian bila tiba masa pilihanraya, kita nak pergi rayu dia supaya undi PAS. Kalau selalu diperlakukan sebagai musuh lalu dipukul dan disakiti, bukan setakat orang malah kambing pun akan terkam dan tanduk kita balik! 
Kenyataan ini orang Umno akan bantah apatah lagi PAN. Biasa saja kita dengar ungkapan, "Nak dakwah orang konon, PAS bukannya baik sangat." Setakat kena perlekeh seperti ini, kecil sangat saja ujian dakwah. 
Jangan persempitkan takrif dakwah dengan makna ceramah dan kuliah sahaja. Menyantuni orang dalam kesusahan adalah dakwah. Hadir ketika mereka memerlukan adalah dakwah. Singgah tempat pemuda Umno jual burger dan beli burger mereka adalah dakwah. Bagi duit RM10 untuk sebiji burger, tak payahlah ambil balik baki. 
Ziarah orang Umno sakit di hospital adalah dakwah. Ajak mereka mari makan kenduri rumah kita adalah dakwah. Tolong bayar air dan nasi berlauk JKKK dalam kedai kopi adalah dakwah. Bawa doktor pergi ziarah rumah orang Umno sakit adalah dakwah. Menziarahi jenazah dan hantar jenazah orang Umno ke kubur adalah dakwah. 
Bagi hadiah penghargaan untuk anak-anak orang Umno yang berjaya dalam peperiksaan adalah dakwah. Main bola sekali di padang bola dengan orang Umno adalah dakwah. Ajak anak-anak muda Umno ikut sekali dalam ekspedisi bermotosikal adalah dakwah. Masuk waktu kita ajak mereka solat berjamaah. 
Dalam banyak-banyak cabang dan lorong dakwah, saya melihat lorong dakwah melalui kebajikan adalah yang paling sukar untuk ditolak. Bertindak lebih berkesan dari bercakap. Manusia adalah hamba kepada budi. 
Dakwah pula perlu diulang-ulang dan jangan mudah rasa jemu. Ingat Almarhum Dato' Omar Mohamad cerita dia beli buah nangka putik atas pokok rumah orang Umno. Setiap minggu dia singgah rumah orang Umno tersebut untuk nak tengok buah nangka dia. Begitulah berulang-ulang sehingga buah nangka masak dan akhirnya tuan rumah Umno masuk PAS. 
Dalam dunia demokrasi setiap undi adalah dikira dan setiap undi sangat bernilai. Apatah lagi apabila bilangan ahli dan penyokong yang kita miliki belum cukup untuk memenangkan kita. Maka aktiviti yang sekadar berlegar dalam kalangan kita sesama kita adalah tidak mencukupi. 
Kisah Arwah Tok Guru Nik Aziz nak dakwah seorang Umno gedeber di Bachok lebih menarik diceritakan oleh Ustaz Dr Nik Zawawi. Saya tak sebut nama orang gedeber di sini. Suatu petang lepas solat asar, Tok Guru ajak pemandu dia pergi cari rumah hamba Allah tersebut. Bila sampai di kampung kawan tu, Tok Guru singgah di kedai kopi dan tanya orang di situ, "Mano rumoh Sipolan ni?" Orang di kedai kopi bagi tahu jalan dan nak pergi rumah kawan tu. Tok Guru naik kereta dan berhenti di sebuah lagi kedai kopi lalu tanya soalan yang sama. Bila diberitahu arah jalan, Tok Guru naik kereta dan singgah di kedai kopi yang ketiga dengan soalan yang sama. Lepas tu Tok Guru naik kereta dan ajak pemandu dia balik. 
Hairan pemandu Tok Guru. Kata nak pergi cari hamba Allah orang gedeber tersebut. Tapi ajak balik pula. Tok Guru kata, "Tak apa... dia akan mari jupo kito." 
Kebetulan hamba Allah yang Tok Guru buat acah-acah cari petang tersebut keluar ke kedai kopi yang Tok Guru singgah tadi. Orang ramai bagitahu, "Tok Guru Nik Aziz ada mari cari demo takdi. Jupo ko dok?" Terkejut besar kawan ni bila Tok Guru merangkap Menteri Besar Kelantan mari cari dia. Ada kerja apa? 
Esoknya belum subuh lagi dia dah sampai masjid Pulau Melaka. Sembahyang subuh dan nak jumpa Tok Guru. Lepas sembahyang, dia pergi salam dengan Tok Guru tanya sebab apa Tok Guru cari dia petang kelmarin. Tok Guru jawab, "Saja cari nak tanyo khabar, nak buat saing..." 
"Allah... Tok Guru nak buat saing dengan ambo. Ambo ni bukan orang baik Tok Guru." jawab kawan tu. 
"Tak apa... ambo buleh bersaing belako dengan sapo-sapo pun." jawab Tok Guru. 
Menangis kawan tu dengar kata-kata Tok Guru. "Selama ni orang kampung pandang ambo ni jahat, pakat tak sir buat saing belako ngan ambo. Tapi Tok Guru nak buat saing. Kalu gini ambo nak masuk PAS Tok Guru!" – HARAKAHDAILY 3/7/2017
Sumber HD - 3-7-2017 










































1MDB: DAP, PAN, PKR mencelarukan keadaan

TUAN Guru Presiden PAS telah menulis dalam surat terbuka dengan nada seorang negarawan dengan ungkapan yang sangat jelas dan nyata: 
"Kejayaan penjajah menjatuhkan kerajaan Melayu Islam Melaka apabila adanya sekelompok tertentu yang menjemput penjajah supaya menjatuhkan kerajaan..."
"Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh. Tiba-tiba mahu menjemput sekali lagi bekas penjajah itu atau mebuka pintu supaya datang menyelesaikan masalah kita." 
"Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing untuk mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihan raya, moral mereka paling tidak beriman dan budiman, kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman." 
Saya tertanya-tanya, maksud dari perenggan mana merujuk kepada surat terbuka Presiden PAS yang didakwa oleh pihak Pakatan Harapan telah menunjukkan PAS bersekongkol dengan penyelewengan 1MDB serta ada sesuatu kepentingan PAS dalam 1MDB yang ingin disembunyikan bersama Umno! 
Apabila Tuan Guru telah meletakkan asas pendirian PAS dengan begitu jelas dan cantik, maka tugas kepimpinan PAS yang lain terutama pimpinan PAS Pusat adalah untuk mempertahankan pendirian PAS dan memberikan penjelasan kepada khalayak dari pelbagai sudut yang berbeza. Saya tak nampak kecelaruan di kalangan pimpinan PAS dalam isu ini. 
Yang mencelarukan keadaan ialah DAP, PAN, PKR dan yang sewaktu dengannya. Kita jangan terperangkap dalam kecelaruan mereka apabila menulis secara terbuka di media maya kononnya pimpinan PAS tak sepakat dalam isu 1MDB dan DOJ padahal kita sendiri adalah seorang aktivis dan juga ahli PAS yang sepatutnya bersama mengambil peranan untuk hadam sebaiknya kenyataan Presiden dan seterusnya bersama mempertahankannya. Jangan jadi terlalu rapuh pendirian sehingga jatuh terperangkap dengan rentak dan gendang tari PH. Ada juga yang menulis dengan nada mengeluh. Kenapa perlu jadi lemah dan mengeluh? Teruskan istiqamah dengan rentak kita. Bukan kita tak tahu bahawa hobi pusing dan spin adalah kerja PH. 
Pendirian PAS sangat jelas dalam isu penyelewengan, salah laku, rasuah, pembaziran, penipuan dan pengubahan wang haram termasuk isu dalam 1MDB. 
Dari awal lagi PAS mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan salahlaku 1MDB secara menyeluruh dan telus. 
Tiada siapa yang boleh dilindungi dan pesalah wajib diheret ke muka pengadilan. Kita ada BNM, SPRM, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan institusi kehakiman sendiri untuk melaksanakan fungsi menegakkan keadilan dan undang-undang supaya negara dibersihkan dari dakwaan skandal kewangan terbesar ini.
Dari dulu lagi PAS diburukkan dengan tohmahan dan fitnah menerima dana dari 1MDB. Ini adalah wirid harian pimpinan PH untuk menyerang PAS. Apa saja ruang yang boleh spin serta pusing, mereka akan guna. 
Mereka dengan  kerja mereka. Kita tetap berdiri teguh mempertahankan pendirian Presiden PAS. 
Dr Azman Ibrahim
2 Julai 2017
Sumber HD - 2-7-2017 












































Tolong Tunjuk, Dimana PAS Bersekongkol?

Tuan Guru Presiden PAS telah menulis dalam surat terbuka dengan nada seorang negarawan dengan ungkapan yang sangat jelas dan nyata;

“Kejayaan penjajah menjatuhkan kerajaan Melayu Islam Melaka apabila adanya sekelompok tertentu yang menjemput penjajah supaya menjatuhkan kerajaan…”

“Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh. Tiba-tiba mahu menjemput sekali lagi bekas penjajah itu atau mebuka pintu supaya datang menyelesaikan masalah kita.”
“Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing untuk mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihanraya, moral mereka paling tidak beriman dan budiman, kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman.”

Saya tertanya-tanya, maksud dari perenggan mana merujuk kepada surat terbuka Presiden PAS yang didakwa oleh pihak Pakatan Harapan telah menunjukkan PAS bersekongkol dengan penyelewengan 1MDB serta ada sesuatu kepentingan PAS dalam 1MBD yang ingin disembunyikan bersama Umno!

Apabila Tuan Guru telah meletakkan asas pendirian PAS dengan begitu jelas dan cantik, maka tugas kepimpinan PAS yang lain terutama Pimpinan PAS Pusat adalah untuk mempertahankan pendirian PAS dan memberikan penjelasan kepada khalayak dari pelbagai sudut yang berbeza. Saya tak nampak kecelaruan di kalangan pimpinan PAS dalam isu ini.

Yang mencelarukan keadaan ialah DAP, PAN, PKR dan yang sewaktu dengannya. Kita jangan terperangkap dalam kecelaruan mereka apabila menulis secara terbuka di media maya kononnya pimpinan PAS tak sepakat dalam isu 1MDB dan DOJ padahal kita sendiri adalah seorang aktivis dan juga ahli PAS yang sepatutnya bersama mengambil peranan untuk hadam sebaiknya kenyataan Presiden dan seterusnya bersama mempertahankannya. Jangan jadi terlalu rapuh pendirian sehingga jatuh terperangkap dengan rentak dan gendang tari PH. Ada juga yang menulis dengan nada mengeluh. Kenapa perlu jadi lemah dan mengeluh? Teruskan istiqamah dengan rentak kita. Bukan kita tak tahu bahawa hobi pusing dan spin adalah kerja PH.
Pendirian PAS sangat jelas dalam isu penyelewengan, salah laku, rasuah, pembaziran, penipuan dan pengubahan wang haram termasuk isu dalam 1MDB.

Dari awal lagi PAS mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan salahlaku 1MDB secara menyeluruh dan telus.

Tiada siapa yang boleh dilindungi dan pesalah wajib diheret ke muka pengadilan. Kita ada BNM, SPRM, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Institusi Kehakiman sendiri untuk melaksanakan fungsi menegakkan keadilan dan undang-undang supaya negara dibersihkan dari dakwaan skandal kewangan terbesar ini.

Dari dulu lagi PAS diburukkan dengan tohmahan dan fitnah menerima dana dari 1MDB. Ini adalah wirid harian pimpinan PH untuk menyerang PAS. Apa saja ruang yang boleh spin serta pusing, mereka akan guna.
Mereka dengan kerja mereka. Kita tetap berdiri teguh mempertahankan pendirian Presiden PAS.

Dr Azman Ibrahim.
2 Julai 2017

Sumber BO - 2-7-2017














































Penyamun nak tangkap perompak?

BILA Amerika Syarikat (US) nak campur tangan hal urusan negara lain, alasan klasik mereka ialah untuk menegakkan hak asasi manusia, keadilan, kebebasan dan mengembalikan hak rakyat. 
Bila mereka masuk, maka Iraq adalah contoh nyata di depan mata. Apa yang berlaku ialah kemusnahan, pembunuhan, pencabulan dan perogolan serta perompakan khazanah minyak Iraq. 
Penjara Abu Gharib, Baghdad berubah menjadi neraka mirip Guatanamo. Tahanan dibogel, dibelengu, diseret dengan tali anjing, dikencing mayat mereka. Penyeksaan dalam penjara Abu Gharib usah diceritakan lagi. Inilah hak asasi gaya US! 
Kitab al Quran dijadikan sasaran menembak Tentera US dan muslimat Iraq dirogol. Kes rogol yang berlaku tak terkira lagi. Malah ada kes tentera Amerika merogol seorang gadis dalam rumah yang diserbu dan semua ahli keluarga gadis tersebut ditembak mati. 
Fallujah, sebuah bandar Muslim Sunni yang sangat indah dengan penduduknya yang taat beragama sehingga Fallujah digelar ‘Madinatul Masaajid’ atau Bandar Masjid disebabkan bandar ini mempunyai begitu banyak masjid dibumi hanguskan oleh US. Ratusan ribu penduduknya terpaksa meninggalkan Fallujah menjadi pelarian di negera sendiri. 
Apakah kebebasan bagi US bermakna merobohkan patung Saddam Hussein? Apakah hak asasi manusia telah berjaya ditegakkan apabila Saddam maut di tali gantung? Kebebasan apa yang diperjuangkan oleh US sehingga sekarang ini rakyat hidup ‘di bawah bayangan maut’ setiap hari? Sekarang rakyat Iraq mengeluh, “kalaulah Saddam masih ada tentu kehidupan kami akan lebih baik…” 
Iraq yang asalnya sebuah negara terkaya dengan nilai matawang Dinar Iraq adalah yang tertinggi di dunia, sekarang tersenarai dalam kumpulan negara miskin di dunia. Bayangkan dulu 1 Dinar Iraq bersamaan USD3.30. 
Kemakmuran apa yang dijanjikan oleh US dengan menjatuhkan Saddam kalau rakyat terpaksa keluar dari negara sendiri untuk mencari peluang pekerjaan. Kata kawan-kawan Iraq yang datang mencari rezeki di Malaysia, “Azman! Iraq bumi tempat awak belajar dulu sudah tiada hari esok!” 
Saya tak pernah percaya, tidak percaya dan tak akan percaya dengan sebarang kata manis US walaupun atas nama menegakkan undang-undang dan keadilan dan nak tangkap perompak. 
Hakikatnya mereka adalah kepala penyamun! Mana mungkin kita boleh percaya kepada kepala penyamun untuk tangkap perompak. 
Dr Azman Ibrahim
1 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 1/7/2017
Sumber  HD - 1-7-2017 


















































Nasib Kita; Bayar Tol Setaraf PLUS, Tapi Kualiti LPT2……

Lumrahnya pengguna membayar untuk menikmati faedah dari bayaran yang dikeluarkan. Tapi di negara kita, rakyat bayar tol di lebuhraya untuk terperangkap dalam kesesakan. Bukan sebarangan kesesakan dimusim perayaan sebegini. Ada ketikanya bukan setakat kenderaan hanya mampu merayap, malah sesaknya sehingga pengguna lebuhraya boleh berhenti, tarik handbrake dan matikan enjin kalau nak jimat minyak.

Dengan segala kesukaran yang dilalui ketika terperangkap dalam kesesakan, rakyat akan dipaksa bersesak sekali lagi malah berkali-kali ketika nak membayar tol yang tak dikurangkan bayarannya walau 1 sen sekalipun lebuhraya sesak gila!

Sesak dalam perjalanan sampai lenguh serta sakit-sakit habis segala anggota badan dan akhirnya isi dompet wajib dikeluarkan bila tiba di Plaza Tol.

Sebahagian Plaza Tol seperti Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Gombak tidak lagi menerima bayaran tunai. Tak ada kad TnG, boleh tambah nilai dalam Kad Pengenalan! Begitulah rakyat ‘dipermudahkan’ dalam urusan nak bagi duit kepada pemegang konsensi lebuhraya. Tapi paling minima nak tambah nilai dalam kad Pengenalan, saya pernah kena bayar RM10! Tak tahulah kalau sekarang dah boleh tambah dengan nilai kurang dari jumlah RM10. Walaupun keperluan yang pengguna nak bayar jumlahnya tak sampai RM10, tetap RM10 juga kena bayar! Ini dinamakan berniaga ambil duit orang dulu.

Ditakdirkan pula berlaku kemalangan, pengguna lebuhraya akan mengalami kesesakan yang biasa saja melebihi 5 km. Kadang-kadang boleh sampai berbelas kilometer. Ia gambaran bagaimana lemahnya sistem penyuraian trafik di lebuhraya kita ketika berhadapan dengan insiden kecemasan. Tapi perlu diingat, sesaklah berapa puluh kilometer sekalipun, bayaran tol anda tetap tiada diskaun walaupun 1 sen. Jangan nak buat muka sedih minta diskaun. Anda tak akan dilayan.

Fenomena yang lebih tragis bagi pengguna yang melalui 184 km perjalanan melalui LPT2. Walau dengan kadar tol yang perlu dibayar setaraf dengan kadar tol PLUS, kualiti jalan dan kemudahan di hentian di LPT2 sama sekali tak sepadan.

Sehingga sekarang masih belum kelihatan lagi sebarang tanda sebuah stesen minyak akan dibina di LPT2. Melalui jarak 184 km, hanya stesen minyak mini di Hentian Kijal boleh menjadi penyelamat sekiranya anda kehabisan minyak. Penunggang motor kapcai wajib bawa botol untuk isi minyak spare kalau tak nak kekeringan minyak dalam perjalanan. Biasa kita bawa minyak spare dalam botol kalau nak pergi jalan off road melalui kawasan yang tak ada manusia tinggal.

Sesak, permukaan lebuhraya tinggi rendah serta beralun, stesen minyak tak ada, kemudahan dan perkhidmatan di hentian sangat menyedihkan tetapi jangan buat muka tak malu nak minta diskaun ketika tiba di Plaza Tol. Anda tak akan dilayan!

Sekalipun melalui semua kesukaran ini, demi keluarga dan kampung halaman tercinta, perantau tetap akan balik. Kita bayar tol, kita sesak dan kita juga yang sakit badan tetapi pihak konsensi lebuhraya tersenyum lebar. Rakyat tak ada pilihan lain. Sesaknya pengguna yang berbaris panjang di Plaza Tol adalah yang rezeki melimpah bagi mereka. Inilah kita…

Dr Azman Ibrahim
29 Jun 2017

Sumber BO - 29-6-2017


















































Kita Tadah Tin Milo, Dia Tadah Beg ‘James Bond’

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Perhatikan siapa yang jadi agen Sarawak Report untuk tadah beg James Bond kutip ‘crowdfunding’ di Malaysia bagi mencari dana untuk lawan Presiden PAS di Mahkamah London.

Yang bantu itulah mereka yang manusia sehati dan sejiwa dengan Sarawak Report untuk berkonfrantasi dengan perjuangan Islam yang didokong PAS di Malaysia.

Angka £30,000 tak sukar untuk dikumpulkan oleh Sarawak Report kerana kufar dan yang sewaktu dengannya akan bersatu hati bagi menentang Islam dan perjuangan Islam. Kalau tak cukup, boleh minta dengan deretan nama-nama besar taukey barat dan Yahudi yang kaya raya. Angka sebanyak itu sekadar celah gigi saja.

Mereka yang sayangkan Islam perlu melihat bahawa fitnah 90 juta ini bukan ditujukan kepada batang tubuh Presiden PAS seorang diri dan bukan juga kepada parti PAS kerana namanya PAS tetapi kerana peranan yang dimainkan oleh PAS sebagai benteng Islam di bumi Malaysia. Maka kerana itu imej PAS perlu dirosakkan. Fitnah ini ditujukan kepada PAS kerana perjuangan Islam. Berjaya merosakkan imej PAS bermakna berjaya merobohkan sebahagian dari benteng Islam yang berdiri teguh di Malaysia. Kalau PAS sebuah parti sekular, pastinya PAS tak akan berhadapan dengan fitnah yang jijik ini.

Tapi begitulah sunnah Allah. Dalam perjuangan getir ini, kalau kita merasa sakit maka musuh kita juga merasa sakit. Lebihnya di pihak PAS kerana kita ada Allah sebagai tempat berharap, apa yang mereka tak harapkan.

Kalau kita disindir tadah tin Milo, mereka pula tadah beg James Bond! Pokoknya kutip derma dari publik juga. Maknanya mereka pun sakit juga. Kalau kita tak tidur malam, apa kurangnya mereka.

Jangan ingat PAS ini parti Tok Lebai yang ahlinya ‘orang darat’ kilas kain pelikat berselipar Jepun. Bunyi Mahkamah London pun dah kecut perut. Nak jijak kaki di London pun sesat kebarat, apatah lagi nak failkan saman!

Untuk Rekod Presiden PAS pernah menang kes saman lawan Daily Mirror, sebuah akhbar berpengkalan di London pada tahun 2007 apabila akhbar yang berpengkalan di London tersebut menyiarkan gambar Presiden PAS dan mengaitkan Tuan Guru Presiden dengan beberapa siri keganasan dan pengeboman di United Kingdom. Akhirnya Daily Mirror terpaksa bayar ganti rugi dan mengemukakan permohonan maaf. Mungkin Sarawak Report miss dengan rekod ini.

Smberr BO - 26-6-2017






















































Dengan duit yang ada, usahalah untuk membeli pahala

ALHAMDULILLAH, kita telah menyempurnakan Ramadhan. Pejuang-pejuang Islam sangat beruntung kerana di bulan Ramadhan, al Quran yang kita tadarus merupakan dasar kita sendiri. Ini bermakna kita sedang membaca dasar-dasar perjuangan kita yang termaktub dalam Al Quran. Pejuang-pejuang sekular teramat rugi kerana mereka tidak mempunyai kitab untuk mereka tadarus. Jika mereka tadarus Al Quran sekalipun, kitab itu tidak mereka jadikan sebagai dasar. Sebab itu menjadi seorang pejuang Islam benar-benar suatu tuah yang diberikan oleh Allah Taala. 
Ramadhan mengajar kita untuk cakna kepada orang yang tidak berkemampuan. Allah Taala menciptakan di dunia ini orang-orang kurang berkemampuan untuk menjadi ujian kepada orang-orang yang mampu. Di akhirat nanti akan ditanya, setakat mana orang-orang yang mampu ini menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang kurang mampu. Sebab itu saudara-saudara kita yang kurang mampu sedikit untung sebab terlepas soalan ini di akhirat nanti. Manakala yang berkemampuan perlu pastikan duit kita pada hari ini kita peruntukan untuk beli pahala selain beli pakaian, laut pauk, 
beras dan keperluan hidup. Bila kita membeli belah di kedai, kita tukar duit dengan barang, sebab itu kita tidak sayang belanjakan duit kerana nampak barang di depan mata. Namun sedarkah kita bila kita laburkan duit untuk kebaikan, seperti kita beli pahala dengan duit kita. Walaupun pahala ini benda tak nampak, tapi itulah saham kita di akhirat. 
Sahabat-sahabat Nabi Radiallahuanhum, juga hadir dari pelbagai latar belakang. Antara mereka golonggan Ahlus Suffah yang tak memiliki apa-apa. Menjadikan bilik-bilik berhampiran Masjid Nabi di Madinah sebagai tempat tinggal. Antaranya Abu Hurairah r.a. sahabat Nabi yang banyak meriwayatkan hadis, Tetapi kekurangan dan kemiskinan tidak sama sekali dijadikan alasan untuk meminggirkan diri dari perjuangan. Mereka adalah pejuang-pejuang saf hadapan di medan jihad, hafal Al Quran serta tinggi ilmu pengetahuan. 
Ada sahabat yang dianugerahkan kekayaan seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf radiallahuanhuma. Kekayaan mereka berdua adalah rahmat bagi golongan fakir dan miskin. 
Sungguh murni ajaran agama Allah. Islam telah mengajar kita, rezeki yang mengalir ke kantung kita, bukan milik kita seorang. Ianya juga adalah milik orang lain yang diamanahkan melalui poket kita. Dari sinilah lahirlah sebuah masyarakat yang hebat, penuh rahmat dan kasih sayang antara sesama hamba Allah. 
Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): 
Bila tiba malam idul fitri yang dipanggil malam pembahagian hadiah maka pada pagi harinya diutuskan para malaikat yang berdiri di persimpangan jalan sambil berseru dengan suara lantang yang didengar oleh semua kecuali jin dan manusia. Hai manusia! Keluarlah kamu kepada Tuhan kamu yang pemurah, memberi yang besar dan mengampunkan dosa-dosa besar. Maka apabila mereka telah keluar untuk menunaikan solat Idul fitri, Allah berfirman kepada para Malaikat. 
Hai Malaikatku, bagaimana upah untuk seorang buruh bila dia telah selesai melakukan pekerjaannya? 
Jawab para Malaikat; Upahnya mesti dilunaskan segera. 
Maka Allah berfirman; Saksikanlah wahai Malaikat bahawa pahala puasa dan bangun malam Ramadhan itu keredhaanku dan keampunanku. 
Kemudian Allah berfirman; Mintalah wahai hambaku. Demi kemulianku dan kebesaranku tiadalah kamu minta urusan dunia dan agama melainkan aku berikan kepadamu. 
Allah tidak pernah menghalang fitrah manusia yang mahukan kegembiraan. Fitrah ini perlu disalurkan mengikut kehendak Allah. Semasa berada selama 13 tahun di Mekah, umat Islam susah nak bergembira dan mengamalkan agama kerana penindasan  kerajaan Mushrikin Mekah. 
Nikmat kebebasan beragama dan berhari raya hanya mulai dirasai setelah berhijrah ke Madinah. Kesimpulannya hari raya yang disambut umat Islam bukan hanya sambutan anjuran kerajaan tetapi ia adalah anjuran Allah Penguasa Alam, sehingga puasa pada hari ni pun diharamkan sama sekali. Bahkan sesiapa yang cuba berpuasa pada hari itu akan berdosa.  
Sambutan hari raya yang disertai takbir adalah manifestasi syukur kepada Allah yang telah mengurniakan hidayahNya kepada kita. Ini difahami dari firman Allah:  
 يُريدُ اللَّهُ بِكُمُ اليُسرَ وَلا يُريدُ بِكُمُ العُسرَ وَلِتُكمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلىٰ ما هَدىٰكُم وَلَعَلَّكُم تَشكُرونَ
Ertinya: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
Hidayah itu pula bukan menjadi milik kita yang boleh diambil atau dibuang dengan mudah seperti kita menekan atau menutup suis lampu di rumah kita. Ia adalah milik mutlak Allah, namun tingkah laku kita juga memainkan peranan untuk memudahkan hidayah Allah menjengah masuk ke hati kita. Ini berdasarkan firman Allah:  
وَالَّذينَ اهتَدَوا زادَهُم هُدًى وَءاتىٰهُم تَقوىٰهُم \ 
Ertinya: Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayat petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertakwa (Muhammad[47:17]).  
Bulan Ramadhan yang baru berlalu adalah bulan puja al-Quran. Selain hari raya yang menjadi sambutan tahunan, umat Islam juga perlu mendengar khutbah mingguan pada hari Jumaat. 
Antara rukun yang perlu dilaksanakan dalam khutbah mingguan atau tahunan ini adalah untuk mendengar bacaan ayat al-Quran tanpa mengira jenis ayatnya. Rukun ini bertujuan mengajar umat Islam untuk menghayati al-Quran secara konsisten.
Dengan ini, umat Islam akan sedar fungsi al-Quran kepada kehidupan mereka.
Islam wajib diamalkan secara penuh sebagaimana firman Allah:  
Ertinya: Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu (al-Baqarah 2:208).  
Para pemimpin yang hanya mengambil ajaran Islam secara terpilih samalah seperti seorang pemimpin yang melonggarkan skru pada tayar kereta. Akibatnya rakyat bawahan yang lebih jahil akan terus membuang skru yang sudah sedia dilonggarkan oleh para pemimpin yang jahil. Atau tayar tersebut yang digunakan oleh rakyat jelata akan senang tercabut apabila bergerak. Ini analogi bagaimana rakyat secara jelas meninggalkan agama yang berpunca daripada kejahilan dan kelonggaran pemimpin. 
Sumber HD - 25-6-2017 






















































Biar ada sempadan agar tak jadi 'profesor' serba tahu

DALAM dunia perubatan tak ada orang yang mendabik dada bahawa dia pakar semua bidang. 
Bila ada pembedahan yang memerlukan gabungan pelbagai kepakaran, kita buat join OT. 
Biasa dahulu semasa di HUSM, dalam kes oral cancer yang memerlukan reconstruktif surgery, kami team maxillo-facial surgery bergabung dengan team plastic surgery untuk melakukan pembedahan. Tentu sekali pakar bius ada bersama. 
Antara kita pengamal perubatan saling merujuk antara satu sama lain dari pelbagai kepakaran yang berbeza. 
Pakar Kanak-Kanak rujuk kepada Pakar Pergigian, pakar ORL rujuk kepada Pakar Onkologi, Pakar Bedah rujuk kepada Pakar Radiologi dan pelbagai lagi rujukan yang biasa berlaku dengan sangat harmoni dengan makna antara kita saling mengiktiraf kepakaran orang lain serta saling memerlukan. 
Inilah adab dan disiplin dalam dunia profesional perubatan. Hasilnya adalah untuk kebaikan pesakit dan masyarakat. Adalah menyalahi etika perubatan jika kita merawat pesakit di luar dari bidang kepakaran kita. Contohnya pakar mata gatal tangan nak buat pembedahan gigi. Dia boleh didakwa. 
Dalam bidang agama sepatutnya kita lebih beradab, beretika dan berdisiplin dengan ilmu kita. Jangan kita berlagak tahu semua bidang dan semua benda kita nak campur belaka. Hasilnya akan jadi haru-biru dan celaru. 
Belajar hadis tak menjadikan kita pakar dalam bidang siyasah syar'iyyah. Belajar syariah belum tentu kita pakar dalam tasawuf. Belajar usuluddin belum tentu kita pakar dalam bidang perundangan Islam. Pakar ilmu faraid mungkin tak pakar bab ilmu qiraat. 
Biar ada sedikit sempadan agar kita tak jadi 'profesor' serba tahu. Semua soalan kita nak jawab belaka. Semua isu kita nak ulas. Akhirnya memeningkan orang awam. 
Dr Azman Ibrahim
22 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 22/6/2017
Sumber HD - 22-6-2017 

























































Isa ke SPAD: Apa akan berlaku selepas ini

ERAT sekali hubungan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Isa Samad. Dalam keadaan Felda berhadapan dengan pelbagai konflik yang memangsakan peneroka sebagai mangsa utama, PM terus mempertahankan Isa Samad dengan pelbagai hujah dan fakta. Fakta-fakta yang dikemukakan kelihatan mengkagumkan di atas kertas, tapi realiti sebenarnya jauh berbeza. 
Terus mempertahankan Isa Samad bermakna PM berpuas hati dengan apa yang melanda Felda dan merelakan Felda terus bergolak. Mesej yang jelas bahawa PM akan terus mempertahankan kredibilitinya ketika melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda pada tahun 2011 walau berhadapan dengan pelbagai kecaman dari luar.
Akhirnya PM terpaksa mengalah juga. Isa perlu berundur dari Felda. Keluar dari FGV, kini Isa masuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula. Mustahil dengan mudah Isa dikeluarkan dari FGV kalau bukan kerana kegagalan beliau walau didakwa Isa berundur dari FGV secara sukarela. 
dr azman1Saya tak percaya proses pengunduran berlaku secara sukarela. Ia hanya kenyataan untuk memelihara air muka.
Apa perlunya diberi jawatan sebagai Pemangku Pengerusi SPAD yang menurut Najib jawatan untuk menghargai pengunduran sukarela Isa dari FGV? Kenapa tak dibersarakan terus? 
Memang setiap insan yang pernah disabitkan bersalah berhak diberikan peluang kedua dalam hidup. Tetapi peluang yang diberi perlu berpada-pada. Isa bukan setakat diberikan peluang kedua, malah ketiga dan keempat dan entah berapa peluang lagi.
Imbas kembali, tahun 2005, Isa Samad adalah seorang individu yang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa pemilihan parti 2004 lalu digantung keahlian selama 6 tahun oleh Lembaga Disiplin Umno sehingga akhirnya dipendekkan kepada 3 tahun selepas mengemukakan rayuan. 
Kesalahan ini menyebabkan beliau kehilangan jawatan Naib Presiden Umno dan kedudukan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dalam kabinet. 
Walau beliau mendakwa dirinya tak pernah melakukan kesalahan jenayah serta tak pernah didakwa di mahkamah, hakikatnya rasuah adalah jenayah sama ada didakwa di mahkamah atau tidak. Jenayah yang besar sehingga dirinya kehilangan jawatan besar Naib Presiden Umno dan Menteri Kabinet. 
Pilihan raya Kecil Bagan Pinang 2009 adalah proses 'mensucikan' semula Isa Samad apabila beliau dipilih sebagai calon BN dan menang. 
Tak sampai 2 tahun kemudiannya, berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, Isa Samad dikira telah cukup bersih apabila mengambil alih jawatan Pengerusi Felda dari Tan Sri Yusof Noor. 
Bukan hanya warga Felda yang terkejut, malah ramai rakyat yang tak pernah pegang sabit pengait sawit pun terkejut. Felda dengan aset berbilion ringgit diperjudikan untuk dipengerusikan oleh seorang perasuah. Sama ada dia dah bertaubat atau tidak, itu urusan dia dengan Allah. Selagi hayat masih berbaki, dia berhak diberikan peluang. Tapi bukan peluang yang merisikokan ratusan ribu peneroka dan keluarga peneroka. Merisikokan ratusan ribu hektar tanah Felda. Merisikokan jumlah aset yang begitu besar. 
Ternyata telahan kita tak lari jauh. Pelbagai isu yang tak enak mula kedengaran dari Menara  Felda. Pelbagai isu berbangkit peneroka tak diselesaikan. Peneroka adalah kelompok yang paling terkesan dengan kepimpinan Isa Samad. Felda dah jadi satu badan konglomerat yang kelihatan begitu gah dengan imejnya tapi asetnya menyusut dengan lajunya. Berbilion ringgit pelaburan hilang begitu sahaja. 
Kegagalan Isa sebagai Pengerusi Felda terbukti bila beliau turun pangkat sebagai Pengerusi FGV walau warga Felda berharap tiada lagi namanya di Felda.
Kini setelah beliau mencetuskan pelbagai drama di FGV, dengan terhormatnya beliau dipersilakan ke SPAD. 
Apakah negara kita begitu ketandusan mereka yang mempunyai rekod bersih dan berintegriti untuk mentadbir? Bagaimana moral dan semangat kerja kakitangan SPAD bila mereka perlu bekerja di bawah seorang pengerusi seperti Isa? 
Tengoklah lepas ni apa pula yang akan berlaku kepada SPAD! - HARAKAHDAILY 20/6/2017 
Penulis ialah AJK Kerja PAS Pusat.              
Sumber HD - 20-6-2017 



























































DAP anti Islam, Umno tak bersungguh dengan Islam

KETIKA berucap dalam Majlis Berbuka Puasa di Jitra kelmarin 19 Jun, Perdana Menteri Dato' Seri Najib mendakwa sebab PAS telah meninggalkan pakatan pembangkang ialah kerana dibuli oleh DAP. 
Suatu kenyataan yang bunyinya agak lucu dari seorang Presiden Umno yang gagal untuk memahami isu sebenar yang menyebabkan PAS membatalkan tahaluf dengan DAP. 
Umum mengetahui PAS adalah sebuah parti yang telah begitu lama berjuang di persada politik tanahair. Kewujudannya telah menjangkau usia 66 tahun. Kematangan dan ketahanan PAS melalui jatuh bangun serta kalah menang dalam perjalanan yang panjang ini usah dipertikaikan lagi. 
Malah PAS adalah sebuah parti yang jauh lebih kukuh berbanding parti-parti lain dalam pakatan pembangkang dari segi aspek jentera parti, jumlah cawangan serta keahlian di peringkat akar umbi. 
Selama 66 tahun PAS teguh mempertahankan prinsip perjuangan dengan meletakkan Islam sebagai dasar. Ketika berpakat atau berpisah dengan mana-mana parti lain, syarat utama PAS ialah Islam. 
Tidak ada kompromi dan tolak ansur dalam mempertahankan prinsip Islam walau dengan siapa sekalipun PAS membuat kerjasama. 
DAP bukan setakat tidak mahu melaksanakan Islam malah memusuhi Islam. DAP adalah sebuah parti anti Islam walaupun di dalamnya ada beberapa orang pemimpin Melayu. 
Ibarat seorang kawan yang naik satu kereta bermusafir bersama kita, bila masuk waktu solat, kalau pun mereka tak mahu solat, sekurang-kurangnya mereka bersetuju untuk berhenti dan tunggu sehingga kita selesai solat. Bukan kita nak paksa mereka solat. Tapi ternyata DAP bukan setakat tak mahu solat, malah mereka juga menentang keras untuk kita berhenti seketika bagi menunaikan solat. Maka DAP tak layak lagi dibuat kawan. 
Orang yang tak faham Sirah Nabi akan mengatakan bahawa Rasulullah dan para Sahabat telah berhijrah meninggalkan Kota Mekah ke Madinah kerana ditindas, dizalimi dan disiksa oleh musyrikin Quraisy. Lalu Rasulullah berhijrah untuk menyelamatkan diri. 
Tetapi mereka yang faham akan mengerti bahawa sebab Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah adalah untuk berpindah dari satu tempat dimana Islam tak diizinkan berdiri sebagai satu sistem lengkap lalu berpindah ke satu tempat baru dimana Islam boleh berdiri sebagai sistem lengkap sehingga membentuk dan mentadbir sebuah negara. Perlaksanaan Islam yang menjadi sebab hijrah, bukannya kerana takut dan bukan juga kerana dibuli oleh musyrikin Quraisy. 
Mereka yang tak faham akan mengatakan PAS telah meninggalkan pakatan pembangkang kerana dibuli, tapi mereka yang faham akan melihat dengan jelas bahawa halangan dan penentangan DAP terhadap Islam adalah punca PAS meninggalkan rakan tahaluf dalam pakatan pembangkang. Tahaluf bukannya dilaksanakan semata-mata kerana nak menang ke Putrajaya tanpa menghiraukan soal bagaimana dan dimana nanti syariat Allah mengambil peranan dalam mengisi kemenangan. 
Kalau DAP menghalang dan menentang syariat Allah, kenapa PAS tak bersama Umno? Sebuah parti orang Melayu beragama Islam! 
Jawabnya DAP menentang Islam manakala Umno pula tak bersungguh dan tak serius nak melaksanakan Islam. Islam bagi Umno cuma dizahirkan ketika terdesak dan terhimpit untuk meraih sokongan. Masa senang Umno lupa Islam, bila tersepit Umno ingat Islam. Pemimpin Umno bertakbir dalam Perhimpunan Agong Umno, dalam masa yang sama kerajaan Umno jugalah yang memberi lesen kepada pelbagai maksiat dan judi dihalalkan dalam negara. 
Pemimpin Umno bercakap tentang Islam. Mereka jugalah juara penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, kroni, nepotisme, salah tadbir urus, pembaziran harta negara serta kemewahan melampau pemimpin negara. 
Islam dalam Umno hanyalah satu biro, bukannya dasar dan matlamat perjuangan.
Memang PAS dan Umno sama-sama orang Melayu, tetapi sangat berbeza kerana Melayu Umno berjuang atas dasar kebangsaan sementara Melayu PAS meletakkan Islam sebagai dasar. 
Pemimpin Umno dan PAS sama-sama Islam. Tapi belum ada lagi pemimpin PAS yang ditahan dan dibicarakan kerana rasuah. Pemimpin Umno pula ramai yang merengkok dalam penjara kerana rasuah. 
Pemisah antara PAS dan Umno ialah Islam! Terima Islam sebagai dasar perjuangan lalu berkerja untuk melaksanakan Islam, maka kita boleh bersama. 
DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
20 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 20/6/2017




























































Sumber HD - 20-6-2017































































‘Intim’ Sekali Hubungan Dato’ Seri Najib Dan Tan Sri Isa Samad

Dalam keadaan Felda berhadapan dengan pelbagai konflik yang memangsakan peneroka sebagai mangsa utama, PM terus mempertahankan Isa Samad dengan pelbagai hujah dan fakta. Fakta-fakta yang dikemukakan kelihatan mengkagumkan di atas kertas, tapi realiti sebenarnya jauh berbeza.

Terus mempertahankan Isa Samad bermakna PM berpuas hati dengan apa yang melanda Felda dan merelakan Felda terus bergolak. Mesej yang jelas bahawa PM akan terus mempertahankan kredibilitinya ketika melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda pada tahun 2011 walau berhadapan dengan pelbagai kecaman dari luar.

Akhirnya PM terpaksa mengalah juga. Isa perlu berundur dari Felda. Keluar dari FGV, kini Isa masuk SPAD pula. Mustahil dengan mudah Isa dikeluarkan dari FGV kalau bukan kerana kegagalan beliau walau didakwa Isa berundur dari FGV secara sukarela. Saya tak percaya proses pengunduran berlaku secara sukarela. Ia hanya kenyataan untuk memelihara air muka.

Apa perlunya diberi jawatan sebagai Pemangku Pengerusi SPAD yang menurut Najib jawatan untuk menghargai pengunduran sukarela Isa dari FGV? Kenapa tak dibersarakan terus?

Memang setiap insan yang pernah disabitkan bersalah berhak diberikan peluang kedua dalam hidup. Tetapi peluang yang diberi perlu berpada-pada. Isa bukan setakat diberikan peluang kedua, malah ketiga dan keempat dan entah berapa peluang lagi.

Imbas kembali, tahun 2005, Isa Samad adalah seorang individu yang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa pemilihan parti 2004 lalu digantung keahlian selama 6 tahun oleh Lembaga Disiplin Umno sehingga akhirnya dipendekkan kepada 3 tahun selepas mengemukakan rayuan.

Kesalahan ini menyebabkan beliau kehilangan jawatan Naib Presiden Umno dan kedudukan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dalam kabinet.

Walau beliau mendakwa dirinya tak pernah melakukan kesalahan jenayah serta tak pernah didakwa di mahkamah, hakikatnya rasuah adalah jenayah samada didakwa di mahkamah atau tidak. Jenayah yang besar sehingga dirinya kehilangan jawatan besar Naib Presiden Umno dan Menteri Kabinet.

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang 2009 adalah proses ‘mensucikan’ semula Isa Samad apabila beliau dipilih sebagai calon BN dan menang.

Tak sampai 2 tahun kemudiannya, berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, Isa Samad dikira telah cukup bersih apabila mengambil alih jawatan Pengerusi Felda dari Tan Sri Yusof Noor.

Bukan hanya warga Felda yang terkejut, malah ramai rakyat yang tak pernah pegang sabit pengait sawit pun terkejut. Felda dengan aset berbilion ringgit diperjudikan untuk dipengerusikan oleh seorang perasuah. Samada dia dah bertaubat atau tidak, itu urusan dia dengan Allah. Selagi hayat masih berbaki, dia berhak diberikan peluang. Tapi bukan peluang yang merisikokan ratusan ribu peneroka dan keluarga peneroka. Merisikokan ratusan ribu hektar tanah Felda. Merisikokan jumlah aset yang begitu besar.

Ternyata telahan kita tak lari jauh. Pelbagai isu yang tak enak mula kedengaran dari Menara Felda. Pelbagai isu berbangkit peneroka tak diselesaikan. Peneroka adalah kelompok yang paling terkesan dengan kepimpinan Isa Samad. Felda dah jadi satu badan konglomerat yang kelihatan begitu gah dengan imejnya tapi asetnya menyusut dengan lajunya. Berbilion ringgit pelaburan hilang begitu sahaja.

Kegagalan Isa sebagai Pengerusi Felda terbukti bila beliau turun pangkat sebagai Pengerusi FGV walau warga Felda berharap tiada lagi namanya di Felda.

Kini setelah beliau mencetuskan pelbagai drama di FGV, dengan terhormatnya beliau dipersilakan ke SPAD.
Apakah negara kita begitu ketandusan mereka yang mempunyai rekod bersih dan berintegriti untuk mentadbir? Bagaimana moral dan semangat kerja kakitangan SPAD bila mereka perlu bekerja di bawah seorang Pengerusi seperti Isa?

Tengoklah lepas ni apa pula yang akan berlaku kepada SPAD!

Dr Azman Ibrahim
19 Jun 2017

Sumber BO - 19-6-2017






























































Penyakit ‘Bawaan Umno’ Sudah Tak Boleh Diubati

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Umno/BN pandai mencipta pelbagai penyakit untuk rakyat. Bila rakyat mengeluh dan mengadu kesakitan, lantas mereka sediakan ubat penahan sakit (pain killer) untuk meredakan kesakitan seketika. Rakyat yang sedang kesakitan berterima kasih atas ubat yang diberi.

Bagusnya kerajaan yang prihatin dengan aduan rakyat. Selepas itu Umno datangkan pula penyakit baru. Sekali lagi rakyat mengeluh dan sekali lagi pain killer dihulur lalu sekali lagi kerajaan menerima ucapan terima kasih. Bukan setakat tangan pemimpin yang memberi ubat dicium, malah dicium sampai ke siku.
Penyakit bawaan Umno/BN terlalu banyak malah sebahagiannya sudah membarah sehingga tak mampu lagi diubati.

Rasuah, penyelewengan, kelemahan tadbir urus, kronisme dan nepotisme, pemborosan, hutang luar negara yang terus meningkat, kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, pelbagai beban cukai mengelilingi rakyat, pemimpin hidup dengan kemewahan melampau dan pelbagai lagi wabak penyakit-penyakit yang pelik.

Mangsa utama kepada wabak yang merebak ini adalah rakyat bawahan. Merekalah yang paling terkesan dengan pelbagai ‘sign and symptom’ penyakit. Tubuh rakyat yang lemah diserang wabak penyakit hampir tak berdaya lagi untuk melangkah. Tapi mereka terus berusaha untuk melangkah walau dalam kepayahan.
Orang sakit majoritinya akan merintih dan mengeluh. Kalau tak mampu sembuh, sekurang-kurangnya ada ubat yang mampu meredakan sedikit kesakitan.

Situasi rakyat yang menagih ubat penahan sakit inilah yang amat digemari oleh Umno/BN. Lantas mereka datang dengan pelbagai bentuk dan aneka warna pain killer.

Ada pain killer yang namanya BR1M, bantuan hari raya, bantuan awal persekolahan, bantuan sara hidup nelayan, bantuan sara hidup penoreh getah, bonus setengah bulan gaji menjelang hari raya, dana bakti remaja, sedepa dua projek menurap jalan kampung, turunkan harga minyak 7 sen walaupun ketika naiknya 20 sen dan pelbagai lagi jenis pain killer.

Maka selepas diambil pain killer, kesakitan yang ditanggung akan rasa lega untuk satu dua jam. Hilang kesan ubat, rasa sakit akan kembali menyerang. Lalu ubat tahan sakit ditagih lagi dan pemberi ubat datang lagi. Begitulah seterusnya. Jangan bagi orang sakit ini sembuh. Bila sembuh maka situasi ini bahaya bagi Umno/BN kerana rakyat tidak lagi bergantung kepada pain killer.

Tapi kita perlu tahu, pengambilan ubat penahan sakit untuk secara berterusan untuk jangka waktu yang lama akan mendatangkan kesan sampingan kepada tubuh badan lalu menjejaskan kesihatan untuk tempoh jangka panjang. Paling bahaya bila jadi ketagih ubat penahan sakit.

PAS datang dengan membawa ubat alternatif untuk menyembuhkan dan mengajak rakyat untuk membina kesejahteraan hidup dengan ‘ubat Islam’. Memang diakui, bila seseorang dah terlalu biasa dengan pain killer, agak sukar juga pesakit nak percaya bahawa penyakit mereka itu ada penyembuhnya. Sangkaan mereka derita ini akan ditanggung sampai mati berbekalkan ubat penahan sakit sahaja.

Kita perlu yakinkan mereka akan keberkesanan ‘ubat Islam’ ini dalam merawat wabak bahaya bawaan Umno. Kalu lok jadi koho paroh!

Sumber BO - 16-6-2017
































































Antara 'pain killer' Umno dengan 'ubat Islam' PAS

UMNO BN pandai mencipta pelbagai penyakit untuk rakyat. Bila rakyat mengeluh dan mengadu kesakitan, lantas mereka sediakan ubat penahan sakit (pain killer) untuk meredakan kesakitan seketika. Rakyat yang sedang kesakitan berterima kasih atas ubat yang diberi. Bagusnya kerajaan yang prihatin dengan aduan rakyat. Selepas itu Umno datangkan pula penyakit baru. Sekali lagi rakyat mengeluh dan sekali lagi pain killer dihulur lalu sekali lagi kerajaan menerima ucapan terima kasih. Bukan setakat tangan pemimpin yang memberi ubat dicium, malah dicium sampai ke siku. 
DRAzmanPenyakit bawaan Umno BN terlalu banyak malah sebahagiannya sudah membarah sehingga tak mampu lagi diubati. 
Rasuah, penyelewengan, kelemahan tadbir urus, kronisme dan nepotisme, pemborosan, hutang luar negara yang terus meningkat, kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, pelbagai beban cukai mengelilingi rakyat, pemimpin hidup dengan kemewahan melampau dan pelbagai lagi wabak penyakit-penyakit yang pelik.
Mangsa utama kepada wabak yang merebak ini adalah rakyat bawahan. Merekalah yang paling terkesan dengan pelbagai 'sign and symptom' penyakit. Tubuh rakyat yang lemah diserang wabak penyakit hampir tak berdaya lagi untuk melangkah. Tapi mereka terus berusaha untuk melangkah walau dalam kepayahan. 
Orang sakit majoritinya akan merintih dan mengeluh. Kalau tak mampu sembuh, sekurang-kurangnya ada ubat yang mampu meredakan sedikit kesakitan. 
Situasi rakyat yang menagih ubat penahan sakit inilah yang amat digemari oleh Umno BN. Lantas mereka datang dengan pelbagai bentuk dan aneka warna pain killer.
Ada pain killer yang namanya BR1M, bantuan hari raya, bantuan awal persekolahan, bantuan sara hidup nelayan, bantuan sara hidup penoreh getah, bonus setengah bulan gaji menjelang hari raya, dana bakti remaja, sedepa dua projek menurap jalan kampung, turunkan harga minyak 7 sen walaupun ketika naiknya 20 sen dan pelbagai lagi jenis pain killer. 
Maka selepas diambil pain killer, kesakitan yang ditanggung akan rasa lega untuk satu dua jam. Hilang kesan ubat, rasa sakit akan kembali menyerang. Lalu ubat tahan sakit ditagih lagi dan pemberi ubat datang lagi. Begitulah seterusnya. Jangan bagi orang sakit ini sembuh. Bila sembuh maka situasi ini bahaya bagi Umno BN  kerana rakyat tidak lagi bergantung kepada pain killer. 
Tapi kita perlu tahu, pengambilan ubat penahan sakit untuk secara berterusan untuk jangka waktu yang lama akan mendatangkan kesan sampingan kepada tubuh badan lalu menjejaskan kesihatan untuk tempoh jangka panjang. Paling bahaya bila jadi ketagih ubat penahan sakit. 
PAS datang dengan membawa ubat alternatif untuk menyembuhkan dan mengajak rakyat untuk membina kesejahteraan hidup dengan 'ubat Islam'. Memang diakui, bila seseorang dah terlalu biasa dengan pain killer, agak sukar juga pesakit nak percaya bahawa penyakit mereka itu ada penyembuhnya. Sangkaan mereka derita ini akan ditanggung sampai mati berbekalkan ubat penahan sakit sahaja. Kita perlu yakinkan mereka akan keberkesanan 'ubat Islam' ini dalam merawat wabak bahaya bawaan Umno. Kalu lok jadi koho paroh!\ 
Dr Azman Ibrahim
16 Jun 2017
Sumber HD - 16-6-2017 


































































Negara mana main mercun sambut raya selain Malaysia

KAWAN-KAWAN yang biasa merantau ke negara lain, cuba bagi info, negara mana lagi selain Malaysia yang main mercun masa sambut hari raya. 
Kalau di Iraq tak ada mercun sama sekali. Kami dah muak dengan bunyi bom dan peluru berpandu. Setakat bunyi mercun orang Iraq tak pandang. Kelepeh je... 
Orang zaman dulu tak ada banyak hiburan buat menghilangkan sunyi. Boleh main bedil buluh dan bedil kopi, kira OK laa. Tapi zaman sekarang masih ramai lagi yang minat letupan. 
Sukar juga nak dihuraikan dari segi psikologi kenapa segelintir manusia minat kepada bunyi letupan sehingga sanggup mengorbankan jari tangan sendiri dan beraya di hospital. Dalam masa yang sama sebahagian lagi manusia terpaksa lari meninggalkan tanah air untuk menyelamatkan diri dari letupan. 
DRAzmanYang pasti di Malaysia tak lagi ada kilang mercun. Saya masih ingat bagaimana kemusnahan dahsyat yang berlaku semasa kebakaran sebuah kilang mercun dan bunga api di Sungai Buloh dulu. 
Bila tak ada kilang di Malaysia, maknanya ia dibawa masuk dari luar. Walau sempadan kita dijaga berlapis-lapis oleh pelbagai agensi penguatkuasaan, barang larangan ini masih boleh lepas masuk. 
Saya sangat-sangat berharap bahawa dakwaan liar yang mengatakan, mercun yang dirampas akhirnya dijual semula oleh kakitangan agensi penguatkuasaan undang-undang kepada orang ramai adalah palsu sama sekali. 
Yang jadi mangsa mercun bukan hanya budak-budak malah bapak budak-budak pun turut terlibat sama. Tak perlulah nak tunjuk kreativiti buat mercun. Sifat belerang, isilah dalam apa pun, cucuh api maka meletuplah ia. Tak ada apa-apa yang pelik dan ajaib pun.  
Sumber HD - 14-6-2017 






































































Cadangan Menaikkan 10 Peratus Tambang Bas Ekspress Perlu Diperhalusi Seadilnya

Bas ekspress adalah pengangkutan awam. Bila disebut pengangkutan awam, ia bermakna pengangkutan untuk orang awam. Inilah medium pengangkutan untuk rakyat bawahan dan masyarakat kebanyakkan.

 Pak Menteri dan golongan kenamaan kalau naik pun sekadar nak tangkap gambar untuk iklan politik sahaja.

Rakyat bawahan telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan kos kehidupan seharian ditambah lagi dengan pelbagai cukai sekeliling pinggang yang dipaksakan ke atas mereka. Sebahagian rakyat bawahan sudah mencapai peringkat buntu bagaimana untuk memikirkan kos kehidupan diri dan keluarga serta aneka ragam komitmen lain yang memerlukan duit. Janganlah ditambah lagi kebuntuan mereka.

Kerana itu saya melihat cadangan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspress yang mencadangkan kenaikan tambang 10 peratus mulai 22 Jun 2017 perlu diperhalusi sebaiknya demi kebaikan semua pihak.
Pihak kerajaan perlu memberikan keutamaan dengan melihat kepentingan pengguna awam dalam membuat pertimbangan samada nak meluluskan cadangan ini atau tidak.

Saya percaya dengan kadar tambang sedia ada sekarang, pengusaha bas ekspress sudah boleh membuat keuntungan. Besar atau kecil keuntungan itu adalah perkara kedua. Tapi yang pasti dengan kadar tambang sekarang, syarikat bas ekspress tak rugi. Kalau tidak masakan syarikat-syarikat bas boleh berlumba-lumba tampil dengan pelbagai bas model terbaru. Kalau rugi, maka sebab-sebab lain perlu dilihat terutamanya dari aspek pengurusan operasi.

10 peratus cadangan kenaikan adalah terlalu tinggi. Tambahan pula ia dicadangkan untuk dikuatkuasakan sempena musim perayaan ketika masyarakat awam amat memerlukan perkhidmatan bas ekspress untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Amat tak sepatutnya pengusaha mengambil kesempatan ketika pengguna dalam keadaan memerlukan.

Masyarakat awam memerlukan bas ekspress dan syarikat-syarikat bas pula memerlukan penumpang. Tanpa penumpang maka tak akan wujud syarikat bas.

Dr Azman Ibrahim
AJK KERJA PAS Pusat
13 Jun 2017

Sumber BO - 13-6-2017







































































Tuduhan UG jadi senjata untuk menyerang

SETAKAT bergiat dalam politik, saya belum pernah lagi kena tahan, kena gari atau kena reman. Makan asap dan mandi dengan air kimia itu biasa. 
Seboleh-bolehnya kita cuba untuk bergerak berdasarkan peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa. Nak buat ceramah atau himpunan, kita hantar surat dan pergi bincang dengan polis. Nak konvoi juga kita maklumkan kepada polis dan mendapat nasihat serta pandangan mereka. Biasa juga polis menawarkan anggotanya untuk mengiringi konvoi bagi memastikan keselamatan. 
Setakat yang mampu, kita jadikan Polis sebagai kawan kerana sebenarnya antara kita saling memerlukan. Ada majlis di pihak PAS, kita jemput mereka hadir. Pernah Majlis Program Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Jabi dihadiri oleh OCPD Besut bersama pegawai-pegawai kanan IPD Besut. Bila dijemput juga kita cuba untuk hadir. Ketika sambutan hari polis, kita pergi hantar cenderahati tanda ingatan. Malah kita turut duduk bersama polis berbincang dan memberikan pandangan berkaitan dengan masalah jenayah dan sosial setempat. 
Ada ketikanya bila program kita tak dibenarkan, pandai-pandailah kita 'ambil line'. Program Pra-Himpunan Bersih 2.0 yang kita adakan di Masjid Jabi tak dibenarkan oleh polis walaupun tak ada sebarang surat hitam putih dari mereka. Tapi kita tetap dengan keputusan untuk nak teruskan juga kerana mengikut pertimbangan kita, ia hanya satu himpunan skala kecil selepas solat Jumaat untuk mengajak orang ramai hadir ke Bersih 2.0 di Kuala Lumpur yang dijadualkan diadakan kira-kira seminggu selepas itu. Malah kita sangat yakin tak akan ada sebarang ketegangan atau kekecohan. 
Pagi Jumaat tersebut, kita terkejut juga dengan kehadiran beberapa buah trak dan land rover merah FRU berhampiran Pondok Polis Jabi. Bagi saya kehadiran FRU dari Kuala Terengganu ini melebihi keperluan atau mungkin mereka mendapat maklumat yang kurang tepat. Saya kenal beberapa orang anggota polis hadir solat Jumaat bersama kita di masjid, dengar saya berkhutbah dan turut mengaminkan doa. Selepas solat Jumaat, kita berhimpun sekitar 15 minit di depan masjid dan kemudiannya bersurai. Itu sahaja. 
Bersurai dari himpunan, kami pergi minum di sebuah warung berhampiran masjid. Anggota Polis yang bertugas di Pondok Polis Jabi datang minum bersama dan berbual mesra macam biasa sambil berbisik minta maaf kepada saya atas kehadiran anggota FRU tadi. Tak ada apa-apa. Kita faham bahawa Polis menerima arahan untuk menjalankan tugas. 
Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur memang kita tahu tak ada permit Polis. Kita tetap patuh kepada arahan pimpinan untuk hadir malah  sebuah bas disewa untuk peserta dari Jabi ke Kuala Lumpur. Bila dah tahu perhimpunan ini tak ada permit, persedian yang sepatutnya perlu untuk berhadapan sebarang kemungkinan yang tak dijangka. Janganlah datang dengan kain pelikat berselipar Jepun. 
Kesudahannya semasa Bersih 2.0, memang kita kenyang makan asap dan dimandikan dengan air pedih dan gatal dari water canon FRU! Semasa drama kejar mengejar, saya dikejar oleh seorang anggota Polis berpakaian preman dengan gari plastik di tangan. 
Kita memang dah siap ready dengan kasut sukan. Tambahan pula Pak Lebai ini memang  seorang atlit di sekolah dulu dan sehingga sekarang masih sentiasa berjoging sekitar 4 km sehari kecuali kalau ada program lain. Polis tersebut kejar dan terkam saya sehingga dia jatuh tertiarap, tapi ternyata stamina larian dia perlu dipertingkatkan sedikit lagi. Mungkin dia ambil mudah sebab menyangka Pak Lebai ini mampu dicekup dengan mudah. Hahaha... 
Kembara Oren Selamatkan Felda pada tahun 2012 disekat oleh Umno Jabi dari memasuki Felda Selasih. Kita runding yang terbaik dengan pihak Polis demi kepentingan semua pihak walau ada kawan-kawan yang nak rempuh saja sekatan tersebut. Syukur kepada Allah kerana perhimpunan selesai aman dengan bacaan doa yang turut diaminkan oleh anggota Polis. Dari asalnya kita disekat untuk memasuki Felda Selasih, sekarang PAS Jabi telah berjaya membuka Cawangan PAS di Felda Selasih yang kini berusia 2 tahun. Kalau sekatan tersebut kita rempuh dulu lalu berlakunya perkara yang tak diingini seperti pergaduhan dan kecederaan, mungkin sampai sekarang kita akan terus bermusuhan dengan orang Felda. 
Ketika Dun Jabi menjadi tuan rumah Himpunan Mega PGU 5.0 pada tahun 2012 yang dijadualkan dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, saya hadir mewakili panitia program berunding dan berbincang dengan Polis Besut bagi menyelaraskan beberapa perkara berkaitan lalu-lintas dan ketenteraman serta keselamatan. Kebetulan satu dari acara perasmian program ialah konvoi mengiringi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz ke tapak program di Dataran PGU Jabi. Polis Besut menawarkan diri untuk menyediakan kereta peronda bagi mengiringi Tok Guru dari sempadan Kelantan-Terengganu di Bukit Yong sehingga ke tapak program. Tapi Timbalan OCPD Besut kata, Tok Guru biasanya menolak untuk diiringi. 
BPMS memang melonjakkan perjuangan PAS ke satu tahap baru yang dicemburui pesaing kita. Sebolehnya musuh politik PAS akan terus berusaha untuk membina tembok pemisah antara PAS dan masyarakat yang menjadi mad'u kita sehingga PAS berterusan dimusuhi dan dimomokkan dengan pelbagai tohmahan palsu. 
Robohnya tembok pemisah ini membuatkan mereka tak mampu tidur lena. Lantas tuduhan UG menjadi senjata untuk menyerang. Kita hadir ke majlis kerajaan dituduh UG. Kita berunding dengan Polis dituduh UG. Kita bekerjasama dengan SPR ditohmah UG. UG! UG! dan UG! 
Bagi mereka, wira sebenar adalah mereka yang ditangkap dan digari Polis! Kalau tak kena gari pun, berlakonlah macam kena gari. Lalu isytiharkan kepada dunia bahawa akulah wira rakyat sejati! 
Dr Azman Ibrahim
12 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 12/6/2017
Sumber HD - 12-6-2017 


Sekarang muncul ulama segera suka dabik dada
Posted on Sunday, June 11 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35384



KETIKA ummat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk melemahkan ummah, jauhilah kita dari perkara dalaman yang merenggangkan ukhuwwah serta merosakkan kesatuan sesama saudara seaqidah.

Di Malaysia, ancaman kristianisasi tengah melata mencari mangsa dan di pentas dunia, zionis bersama kuasa barat sedang mencatur dengan penuh bernafsu untuk meratah ummat Islam seumpama mengadap hidangan yang lazat.

Usah dijadikan soal khilafiah sebagai alasan untuk label melabel dan saling menuduh. Berbalah dalam soal khilafiah tak akan selesai sampai kiamat. Kenapa akhlak ulama-ulama silam yang saling meraikan perbezaan pendapat dan pandangan dalam perkara furu' sudah semakin pupus.

Dari sikap berlapang dada ulama terdahulu, sekarang muncul pula ulama segera yang suka mendabik dada bahawa pendapat akulah yang terbaik. Berbeza pendapat dengan aku, kamu mesti dilabel!

Saya respect dengan semangat untuk berhujah dan menegakkan pendapat masing-masing. Sayangnya semangat ini disalurkan pada tempat yang salah. Dalam masa yang sama, kemungkaran serta penyelewengan yang jelas di depan mata serta tidak ada khilaf padanya, boleh pula didiamkan malah bersekongkol mempertahankan tuan besar mereka yang korup.

Atas alasan kononnya nak jaga kemurnian aqidah, kamu terjebak pula dalam dosa
memecahbelahkan serta mewujudkan perbalahan dalam masyarakat seaqidah. Beginikah yang kita mahu?

Di Iraq saya pernah tengok saf sembahyang yang putus di tengah kerana perbalahan wahabi dan sufi. Ketika nak sembah Allah, masih sempat lagi berbalah! Bila saya pergi memenuhi ruang saf yang kosong, kita pula yang dimarahi.

Sentimen perbezaan mazhab dalam perkara khilaf telah dimanipulasikan oleh musuh untuk memecahkan kesatuan lalu merenggangkan antara hati-hati kita. Kenapa kita terlalu naif untuk masuk perangkap musuh?

Dr Azman Ibrahim
10 Jun 2017


Sumber TKO - 10-6-2017










































































Hati-hati Berkhilaf!

Ketika ummat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk melemahkan ummah, jauhilah kita dari perkara dalaman yang merenggangkan ukhuwwah serta merosakkan kesatuan sesama saudara seaqidah.

Di Malaysia, ancaman kristianisasi tengah melata mencari mangsa dan di pentas dunia, zionis bersama kuasa barat sedang mencatur dengan penuh bernafsu untuk meratah ummat Islam seumpama mengadap hidangan yang lazat.

Usah dijadikan soal khilafiah sebagai alasan untuk label melabel dan saling menuduh. Berbalah dalam soal khilafiah tak akan selesai sampai kiamat. Kenapa akhlak ulama-ulama silam yang saling meraikan perbezaan pendapat dan pandangan dalam perkara furu’ sudah semakin pupus.

Dari sikap berlapang dada ulama terdahulu, sekarang muncul pula ulama segera yang suka mendabik dada bahawa pendapat akulah yang terbaik. Berbeza pendapat dengan aku, kamu mesti dilabel!

Saya ‘respect’ dengan semangat untuk berhujah dan menegakkan pendapat masing-masing. Sayangnya semangat ini disalurkan pada tempat yang salah. Dalam masa yang sama, kemungkaran serta penyelewengan yang jelas di depan mata serta tidak ada khilaf padanya, boleh pula didiamkan malah bersekongkol mempertahankan tuan besar mereka yang korup.

Atas alasan kononnya nak jaga kemurnian aqidah, kamu terjebak pula dalam dosa memecahbelahkan serta mewujudkan perbalahan dalam masyarakat seaqidah. Beginikah yang kita mahu?

Di Iraq saya pernah tengok saf sembahyang yang putus di tengah kerana perbalahan wahabi dan sufi. Ketika nak sembah Allah, masih sempat lagi berbalah! Bila saya pergi memenuhi ruang saf yang kosong, kita pula yang dimarahi.

Sentimen perbezaan mazhab dalam perkara khilaf telah dimanipulasikan oleh musuh untuk memecahkan kesatuan lalu merenggangkan antara hati-hati kita. Kenapa kita terlalu naif untuk masuk perangkap musuh?

Dr Azman Ibrahim
10 Jun 2017

Sumber BO - 10-6-2017











































































Sekarang muncul ulama segera suka dabik dada

KETIKA ummat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk melemahkan ummah, jauhilah kita dari perkara dalaman yang merenggangkan ukhuwwah serta merosakkan kesatuan sesama saudara seaqidah. 
Di Malaysia, ancaman kristianisasi tengah melata mencari mangsa dan di pentas dunia, zionis bersama kuasa barat sedang mencatur dengan penuh bernafsu untuk meratah ummat Islam seumpama mengadap hidangan yang lazat. 
Usah dijadikan soal khilafiah sebagai alasan untuk label melabel dan saling menuduh. Berbalah dalam soal khilafiah tak akan selesai sampai kiamat. Kenapa akhlak ulama-ulama silam yang saling meraikan perbezaan pendapat dan pandangan dalam perkara furu' sudah semakin pupus. 
Dari sikap berlapang dada ulama terdahulu, sekarang muncul pula ulama segera yang suka mendabik dada bahawa pendapat akulah yang terbaik. Berbeza pendapat dengan aku, kamu mesti dilabel! 
Saya respect dengan semangat untuk berhujah dan menegakkan pendapat masing-masing. Sayangnya semangat ini disalurkan pada tempat yang salah. Dalam masa yang sama, kemungkaran serta penyelewengan yang jelas di depan mata serta tidak ada khilaf padanya, boleh pula didiamkan malah bersekongkol mempertahankan tuan besar mereka yang korup. 
Atas alasan kononnya nak jaga kemurnian aqidah, kamu terjebak pula dalam dosa memecahbelahkan serta mewujudkan perbalahan dalam masyarakat seaqidah. Beginikah yang kita mahu? 
Di Iraq saya pernah tengok saf sembahyang yang putus di tengah kerana perbalahan wahabi dan sufi. Ketika nak sembah Allah, masih sempat lagi berbalah! Bila saya pergi memenuhi ruang saf yang kosong, kita pula yang dimarahi. 
Sentimen perbezaan mazhab dalam perkara khilaf telah dimanipulasikan oleh musuh untuk memecahkan kesatuan lalu merenggangkan antara hati-hati kita. Kenapa kita terlalu naif untuk masuk perangkap musuh? 
Dr Azman Ibrahim
10 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 10/6/2017
Sumber HD - 10-6-2017 













































































Palestin: Saddam, Gaddafi telah tiada, Qatar dipencil

SADDAM  bukan seorang pemimpin Islamik. Tapi dia sangat mengambil berat tentang Palestin. Ketika Perang Teluk 1990, peluru berpandu Iraq, Abbas dan Hussein telah sampai ke jantung Tel Aviv. 
Selepas Perang Teluk, orang Palestin yang menjadi pelarian di Kuwait telah dihalau keluar dari Kuwait. Saddam menerima mereka untuk tinggal di Iraq. Ada di kalangan orang Palestin yang dihalau dari Kuwait dan menetap di Iraq menjadi teman sekelas saya di University Baghdad. 
Isu Palestin sentiasa meniti di bibir Saddam dalam ucapan-ucapan beliau. Sekarang Saddam telah tiada... 
Muamar Gaddafi juga antara pemimpin yang mengambil berat tentang ummat Islam yang ditindas termasuk Palestin. Saya pergi ke Selatan Fiilipina. Nama Gaddafi disebut di sana sebagai pemimpin yang banyak membantu ummat Islam yang tertindas di Selatan Philipina. Sekarang Gaddafi telah tiada... 
Dr Mohamad Morsi telah membuka seluas-luasnya sempadan Mesir-Gaza untuk membolehkan bantuan dihantar ke Gaza ketika era pemerintahan singkat beliau. Malah Morsi pernah menyebut dalam ucapannya bahawa kita akan membebaskan Palestin dan solat di Masjidil Aqsa. Sekarang Morsi sedang dipenjara. 
Qatar adalah negara penyumbang terbesar dana pembangunan semula Palestin yang dimusnahkan Israel. Sekarang Qatar sedang cuba dipencilkan... 
Cubalah kita lihat dan fahami dengan mata hati krisis yang berlaku ini. 
Penuis ialah AJK Kerja PAS Pusat
Sumber HD - 7-6-2017 
















































































Kita hamba yang berniaga dengan Allah

1 Jun 2017, genaplah sebulan hamba Allah ini memikul amanah sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Sememangnya sejak hari pertama lagi, tiada tempoh bulan madu bagi seseorang yang memikul tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah gerakan Islam. Tempoh khidmat sebulan pertama adalah neraca awal untuk menilai setiap kelebihan dan kekurangan bagi merancang perjalanan seterusnya. 
Sejak hari pertama lagi, saya berazam bahawa adanya nama Azman bin Ibrahim dalam saf kepimpinan PAS Pusat bukan sekadar sebegai pelengkap bilangan. Tetapi saya perlu bekerja keras untuk memberikan satu impak yang berkesan dalam membantu Tuan Guru Presiden mengemudi bahtera perjuangan ini. 
Bahtera besar ini adalah milik bersama semua pencinta perjuangan Islam. Untuk tempoh masa yang ada sekarang, Datuk Seri Tuan Guru Presiden adalah Nakhoda dan kami diamanahkan sebagai satu kumpulan kelasi yang berperanan di setiap sudut bahtera bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pelayarannya. Ada yang jaga enjin, ada yang jaga alat navigasi, ada yang jaga dapur penyedian makanan, ada yang jaga soal kebajikan penumpang, ada yang jaga bilik kawalan, ada tukang baca peta lalu merancang hala tuju pelayaran, ada yang jaga keselamatan dan ketenteraman serta pelbagai lagi tugasan. 
Pelayaran yang jauh meredah lautan luas terbentang serta kadang kala dipukul badai dan gelombang sememangnya bukan suatu tugasan mudah. Ia normal kerana kita berada di sini bukan untuk mencari yang mudah sahaja. Di sini juga bukan tempat untuk mereka yang nak mencari kemudahan bagi diri sendiri. Tapi kita sangat yakin bahawa jalan perjuangan ini akan dipermudahkan Allah untuk kita laluinya. 
Teman-teman seperjuangan di sekeliling menjadi faktor penyokong yang kuat. Mereka adalah sahabat yang memahami dan mengerti. Menghulurkan tangan ketika kita hampir jatuh, mengeluarkan isi poket ketika poket kita sendiri hampir kekeringan, dengan gagah memegang stereng memandu ke serata tanah air ketika kita yang berada di sebelah diberikan ruang untuk melelapkan mata seketika, teman berbual dan berbincang ketika suka dan duka. Sungguh indah persaudaraan yang diasaskan kerana Allah. Semua ini saya temui di sini, dalam sebuah jemaah Islam bernama PAS. 
Di peringkat mana pun kita ditugaskan, saya ingat selalu pesan orang lama dalam parti bahawa akar umbi gerakan kita ialah di peringkat bawah sama ada Cawangan, DUN dan Kawasan. Jangan tinggalkan akar sebab pohon yang berdiri tanpa akar akan mudah tumbang. Ahli, penyokong dan aktivis parti yang sejati berada di sini. Tanpa mereka maka tempanglah perjalanan ini. Lihatlah beberapa orang pimpinan parti di peringkat pusat yang akhirnya hanyut tak bertepi, saya perhatikan antara karakter mereka ialah terus naik ke atas tanpa melalui tangga hieraki parti dari bawah. 
Terus berada di atas tanpa berkesempatan bergelumang dengan lumpur di lapangan akan menjadikan kita pimpinan yang tak begitu tahu menghargai ahli dan penyokong bawahan. Nak buat apa-apa kepada parti, kita tak terbayang dan fikir akan lelehan keringat, jerit perih, air mata dan pengorbanan ahli bawahan untuk meletakkan perjuangan kita di persada seperti sekarang. Sejak dulu saya tak begitu dimotivasikan oleh ucapan bergegar pimpinan di atas pentas, tapi keringat di medan juang yang membasahi wajah sayu seorang tua buta huruf berjawatan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan lebih menyentuh hati dan memotivasikan diri ini. 
Tempoh sebulan pertama adalah fasa penyusunan lajnah-lajnah dan gerak kerja parti peringkat pusat. Saya diamanahkan dengan dua tugasan di Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat dan Lembaga Pengurusan Kecemasan dan Bencana PAS Pusat (KHIDMAT MALAYSIA). Agak kerap juga perlu berulang alik ke Ibu Kota. Dua kali seminggu ke Kuala Lumpur kerana urusan parti adalah lumrah. Orang kampung ada bersungut, mungkin terasa sikit keterbatasan masa bersama tidak seperti dulu. Tapi Azman sekarang sama saja dengan yang dulu. Melepasi fasa penyusunan ini, gerak kerja akan balik seperti biasa dengan izin Allah. 
Kudrat kita manusia terbatas berbanding dengan beban amanah yang dipikul. Lantaran itu kita perlu rapat dengan Allah. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selalu pesan; “Pimpinan mesti jaga hubungan dengan Allah. Jaga solat tahajud, al-Quran mesti baca dan mesti amalkan wirid dan zikir tertentu sebagai amalan harian.” 
Apabila kita rapat dengan Allah maka Allah akan bantu kita dengan kudratnya yang tidak terbatas. Almarhum Ustaz Hassan Shukri kata, “Islam yang kita perjuangkan ini adalah agama yang ada Tuan. Tuan bagi Islam ialah Allah. Macam mana kita nak perjuangkan sesuatu yang kita tak rapat dengan Tuannya?” 
Kawan-kawan menegur, “Nampak klinik semakin kerap tutup sekarang.” Saya hanya jawab dengan senyum. Senyum tak perlu kata apa-apa sebab mereka yang tegur sebenarnya sudah sangat faham akan situasi sebenar. Tapi biasalah kawan-kawan. 
Teguran dan sapaan kemesraan. Sikit sangat pengorbanan sekadar saya cagarkan operasi klinik untuk perjuangan. Orang lain berjuang sehingga meletakkan darah dan nyawa sebagai cagaran. Mereka adalah hamba yang berniaga dengan Allah. Suatu perniagaan yang pasti tak akan rugi. Buat kerja kerana Allah, kita tak runsing soal rezeki. Keluarga yang selalu ditinggalkan, kita yakin ada Allah yang menjaganya. Kita tidak berseorangan di medan ini. – HARAKAHDAILY 1/6/2017 
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Sumber HD - 1-6-2017 



































































































































































Ubi Stelo untuk PASTI

KETIKA Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Cawangan Bukit Tanah, Jabi diasaskan kira-kira 29 tahun yang lalu atau lebih tepatnya pada tahun 1987, saya berada di tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Maarif Kampung Raja Besut. Memang saya bukan anak PASTI dan bukan juga anak TADIKA sebab saya tak pernah melalui peringkat pendidikan pra sekolah. Terus masuk darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tembila, Besut. 
Buat permulaannya, PASTI Cawangan Bukit Tanah beroperasi di satu sudut dari binaan surau kayu yang juga merangkap Markas PAS Cawangan Bukit Tanah. Pelajarnya ada beberapa belas orang. Duduk belajar sambil bersila sebelum ada kerusi. Cikgu masak guna dapur minyak. Gaji guru saya tak pasti berapa yang mampu dibayar. Rasanya sekitar tak melebihi RM100. Yuran pelajar PASTI hanya RM5 sebulan. Itu pun ramai ibu-bapa yang tak mampu bayar. Tentunya dengan yuran hanya RM5 yang dikutip dari pelajar berjumlah beberapa belas orang, tiada apa yang mampu diharapkan dari sumber yuran untuk menampung perjalanan PASTI sama ada alatan belajar, makan minum serta gaji guru. 
Masih saya ingat bagaimana ibu bapa dan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan berpakat untuk secara bergilir-gilir bawa makanan semasa persekolahan anak-anak pelajar PASTI. Ada yang bawa nasi goreng, meehon goreng, roti cicah air teh o, mee goreng dan macam-macam lagi berdasarkan kemampuan. Yang penting anak-anak ada sesuatu untuk mengalas perut ketika rehat. 
Zaman 80-an, kehidupan orang kampung memang susah. Ketika itu kebergantungan utama pendapatan adalah tanaman tembakau. Selepas musim tembakau, orang kampung tanam sayur dan ubi stelo (ubi keledek). Begitulah juga kedua ibu-bapa saya. Harga ubi stelo hanya sekitar 20 sen – 30 sen sekilo. Jual 100 kg ubi stelo baru dapat RM30. 
Dari kampung Bukit Tanah nak ke Sekolah Menengah Agama Maarif di Kampung Raja dengan jarak sekitar 15 km, saya naik bas buruk yang sesaknya macam dalam tin sardin. Ibu hanya mampu bekalkan RM1 sehari duit belanja. Tambang bas 40 sen pergi dan 40 sen balik. Baki 20 sen boleh buat beli air sirap. Sekadar itu sahaja yang ada untuk isi perut sepanjang hari. Sedikit kisah untuk gambarkan kesukaran hidup orang kampung walau lari sikit dari tajuk. 
PASTI Cawangan Bukit Tanah walau dalam kedhaifan tetap meneruskan persekolahan seperti biasa. Guru-guru mengajar dengan penuh keihklasan dan ketabahan walau imbuhan yang diterima sama sekali tak munasabah. 
Ketika kedudukan kewangan PASTI hampir kosong, nak minta derma dari ahli PAS Cawangan, mereka pun tak ada duit. Masih segar diingatan, saya duduk bersila di tepi dinding papan Markas PAS Cawangan sambil dengar orang-orang tua bermesyuarat nak cari sumber kewangan. Masa itu kalau tak silap, Ayahanda adalah Bendahari PAS Cawangan. Bincang punya bincang, akhirnya keputusan diambil untuk usahakan sebidang tanah seluas kira-kira 1 ekar milik Ayahanda dengan tanaman ubi stelo. 
Gotong-royong adalah kekuatan kita. Pada hari yang ditetapkan, orang kampung ahli PAS Cawangan pakat keluar dengan senjata cangkul. Buat batas dan tanam ubi. Sampai masa bubuh baja, ubi stelo dibajai juga dengan gotong-royong. Akhirnya tanam ubi, maka akan berisi. Tibalah hari ‘pesta gali ubi’. Masa itu gali ubi cuma guna tangan sahaja. Rezeki dari Allah, ubi stelo PASTI cukup berisi. Hasil jualannya dapat menampung beberapa bulan perbelanjaan PASTI. Modal gotong-royong hanyalah bubur kacang dan tulang empat kerat sahaja. 
Ada suatu masa, Mesyuarat PAS Cawangan pernah buat keputusan untuk ahli menyumbang ayam kampung kepada PASTI. Bukan sumbang untuk sembelih buat gulai. Tapi tangkap ayam kampung yang berkeliaran bawah rumah dan bawa ke Markas. Ada peraih ayam kampung dengan motor Honda Cup ada raga rotan di belakang yang masuk kampung beli ayam. Hasil jualan ayam kampung dimasukkan dalam tabung PASTI. 
Malah pernah orang kampung pakat kumpul buah kelapa untuk diberi kepada PASTI. Kelapa dijual lalu hasilnya masuk tabung PASTI. Pendek kata dengan segala daya dan upaya ahli PAS Cawangan telah berusaha untuk memastikan kesinambungan persekolahan tidak tergendala. Mereka tak ada wang tapi mereka ada tenaga, semangat, kesungguhan dan cita-cita perjuangan tanpa batas sempadan ditunjangkan dengan keikhlasan dan kesabaran. 
Walau berdepan dengan pelbagai kesukaran, PASTI Cawangan Bukit Tanah yang sekarang ini dikenali dengan nama PASTI As-Syakirin telah memasuki usia ambang 30 tahun. Terus mendidik dan mendidik. Pelajarnya setiap tahun mencecah 50 orang. 
Malah ada orang Umno yang hantar anak untuk mendapat pendidikan PASTI. Bukan mereka tak tahu bahawa PASTI ialah institusi pendidikan PAS. Tapi mereka tetap hantar kerana kualiti yang dimiliki PASTI. Bilangan pelajar PASTI As-Syakirin jauh lebih ramai daripada TADIKA kemas. Bayangkan dalam tempoh hampir 30 tahun, betapa banyaknya PASTI As-Syakirin telah menabur jasa walau ia tak pernah meminta ucapan terima kasih. 
Apabila diingat kembali kesukaran lalu, tanpa disedari air jernih menitis di pipi. Betapa orang tua kita meletakkan asas perjuangan ini dengan segala susah payah, tenaga, pengorbanan dan air mata 
Mereka tak berpendidikan tinggi, tapi mereka punya kebijaksanaan dan kesabaran dalam mengatur langkah demi langkah perjuangan. Tanam ubi stelo untuk perjuangan jauh lebih mulia dari sekadar bertanam tebu di tepi bibir. – HARAKAHDAILY 31/5/2017 
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Sumber HD - 31-5-2017 




















































































The Star tahu hakikat sebenar, nak cari pasal


EDITOR akhbar The Star lahir di Malaysia, membesar di Malaysia dan memiliki warganegara Malaysia. Saya cukup yakin dia sedar bahawa gambar latar belakang di muka depan akhbar yang di bawah jagaannya dengan tajuk 'Malaysian Terrorist Leader' ialah gambar orang Islam sedang solat berjemaah. Adalah mustahil puluhan tahun dia hidup di Malaysia, dia tak tahu bahawa itu adalah gambar solat berjemaah.
Bila tahu hakikat sebenar tapi masih nak cari pasal juga, itu namanya sengaja nak cucuh api untuk membakar sentimen keagamaan. Kita duduk elok-elok, tiba-tiba dia mari tumbuk kita. Bila kita balas balik dengan penyepak, dia yang menangis nanti. Lepas tu kata kita jahat dan ganas. 
Baru saja Nanyang Siang Pau buat hal dengan orang Islam dan akhirnya terpaksa merayu minta maaf, kini The Star pula. Jangan marah bila pandangan umum kata, dua-dua yang buat hal ini akhbar orang Cina! 
Saya jumpa dengan seorang Cina di Kota Bharu yang pegang akhbar The Star. Dia sendiri pun marah. "Apa ini punya orang nak cari gaduh! Sorang dua orang Islam jadi pengganas, mana boleh letak gambar orang tengah sembahyang!" Marahnya yang mungkin ditujukan kepada editor akhbar. 
Tak ada siapa pun yang waras sengaja nak mengapi-apikan dan memanaskan suhu sentimen perkauman serta keagamaan. Kalau orang tak waras, dia tak layak jadi editor akhbar. Api fitnah jangan dikobarkan. Kelak membakar diri sendiri. 
Kita menuntut agar KDN bertindak segera mengikut lunas undamg-undang. Walau esok mungkin editor minta maaf, ia tak cukup. Kecuali kalau dia boleh kutip semula setiap naskhah akhbar yang telah terjual dan dia mampu padamkan semua yang telah disebar di alam maya. Fitnah yang telah merata tak mampu selesai dengan hanya permohonan maaf. 
Dr Azman Ibrahim
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Sumber HD - 29-5-2017 





















































































Jangan cantas dahan pohon ini

PAS ibarat sepohon kayu besar di tengah padang yang luas. Usia pohon yang berjasa ini telah mencecah 66 tahun. Teguh berdiri memberikan manfaat kepada manusia dengan naungan teduhan dan buahan yang dihasilkannya untuk dinikmati. Walau ditimpa kemarau, hujan, banjir, ribut petir dan serangan makhluk perosak, pohon ini terus gagah berdiri. Ada daun-daun lama yang gugur, diganti dengan pucuk baru yang segar. Ada dahan yang patah, tumbuh semula tunas baru yang menjadikan pohon ini lebih rendang.  Ada tangan-tangan jahat yang mencantas dahannya dengan sangkaan pohon ini akan mati. Tapi mereka silap kerana tindakan mencantas satu dahan akan menyebabkan tumbuhnya tiga atau empat tunas baru yang muda dan segar. 
Selama 66 tahun akarnya terpacak kukuh ke bumi dan pucuknya menjulang tinggi serta saiz batangnya semakin membesar, ramai yang memandangnya mula mengkagumi keperkasaan dan keteguhan pohon ini. Dulu dimomokkan supaya jangan dekat kerana kononnya pohon ini berhantu. Ramai juga yang percaya lalu memandangnya dengan penuh rasa cuak dan curiga. Sekarang ramai yang rasa rugi kerana tak singgah berteduh lebih awal di bawah bayangan pepohon rendang ini dan menikmati kemanisan buahnya. Bila dah singgah sendiri, baru mereka tahu rupanya realiti tidak begitu.  Silakan singgah dan makanlah buahnya. 
Dulu ada sekumpulan anai-anai yang cuba bersarang di dalam lubang yang dikorek pada batangnya. Sedikit demi sedikit dikorek lubang dengan sangkaan akhirnya pohon ini akan tumbang. Tapi akhirnya kumpulan anai-anai yang berangan-angan besar pergi dengan kehampaan dan mencari pepohon baru untuk dibuat sarang. Dah tabiat anai-anai, di mana bersarang maka di situlah ia akan merosakkan. 
Hari demi hari dan masa yang beredar, manusia sekeliling semakin melihat perlunya pohon ini dipertahankan kewujudannya agar terus teguh dan berkesinambungan memberikan kesejahteraan kepada manusia. Pantang diusik maka akan ada tangan-tangan yang tampil mempertahankannya. Silap kalau ada yang anggap pohon besar ini tak ada tuan. Kamu boleh singgah, boleh berteduh dan boleh makan buahnya, tapi awas! Jangan sekali-kali ganggu dan rosakkannya. 
Dr AzmanJangan bandingkan pohon besar ini dengan pokok bunga di dalam pasu. Memang pokok bunga di dalam pasu yang berbunga oren dan merah nampak cantik dipandang. Tapi usianya tak panjang. Cuba ambil pokok bunga ini dan tanam di tengah padang yang luas terdedah kepada panas, hujan kemarau, rebut petir dan serangan perosak. Tengok berapa lama ia boleh hidup. Yang indah di mata tak semestinya bagus. - HARAKAHDAILY 26/5/2017 
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Sumber HD - 26-5-2017 























































































Kerja Terdesak, Selamanya Kerja Umno!

http://buletinonline.net/v7/index.php/kerja-terdesak-selamanya-kerja-umno/



Salinan Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) tidak lagi diberi oleh SPR kepada parti politik samada dalam bentuk ‘hard copy’ atau ‘soft copy’ sebagaimana amalan sebelum ini.

Serentak dengan itu, Rang Daftar Pemilih Tambahan menyaksikan jumlah kemasukan pengundi pindah masuk yang luar biasa ke beberapa kawasan dan pengundi tegar PAS dipindah keluar.

Langkah tak bagi salinan Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan adalah untuk menyusahkan dan melambatkan kita pembangkang membuat proses semakan dan bantahan supaya kerja jahat Umno/BN buat pemindahan pengundi ini dengan kerjasama SPR berjaya.

Pengundi yang dipindah masuk siap ada surat sumpah menyatakan mereka adalah anak angkat tuan rumah tempat mereka didaftarkan walaupun ramai anak angkat berusia lebih dari ayah dan mak angkat masing-masing! Ada anak angkat yang dah tak ada gigi sementara ayah angkat masih muda.

Di Jabi kita kesan beberapa orang pengundi tegar kita dalam senarai pindah keluar walau mereka tak pernah memohon

SPR juga meluluskan pemindahan pengundi walaupun mereka tak menetap di kawasan tersebut dengan alasan mereka ada niat nak menetap di situ. Niat pun kira dah sah.

Ini adalah kerja terdesak Umno. Selamanya Umno adalah Umno!

Dr Azman Ibrahim
18/5/2017

Sumber BO - 18-5-2017





















































































Sempena Hari Guru; Ustaz Mat Li, Di mana Dihantar, Di situ PAS Diperjuangkan


Ustaz Rosli Abas atau mesra dipanggil Ustaz Mat Li dari Kampung Tanah Merah, Jabi. Baru melalui hari-hari persaraan sebagai seorang guru di Kementerian Pendidikan Malaysia. Sangat istiqamah dengan parti walau tak berjawatan tinggi. Sepanjang lebih 20 tahun dalam perkhidmatan perguruan, sebahagian besarnya beliau dihantar ke serata ceruk lantaran kerana pegangan politiknya berbeza dengan pihak kerajaan yang memerintah. Kalau nak dengar kisah seorang guru yang menjadi mangsa pertukaran ke sana-sini kerana politik, Ustaz Mat Li adalah antara saksi yang masih hidup. Isteri beliau yang juga merupakan Setiausaha Muslimat Pas Jabi pernah bergurau, “Sepanjang tempoh berumahtangga, berapa hari je Ustaz boleh duduk di rumah.”

Bekas ADUN Jabi, Ramlan Ali pernah sebut bahawa selagi dia jadi wakil rakyat, selagi itulah Ustaz Mat Li tak akan dapat balik kampung. Kebetulan Ramlan dan Ustaz Mat Li berasal dari kampung yang sama, Kampung Tanah Merah Jabi. Sampai begitu sekali kebencian ditunjukkan kepada hamba Allah ini.


Saya kenal Ustaz sebagai seorang sahabat dengan perwatakan yang sangat tenang. Walau ‘terpelanting’ ke merata tempat seperti Tengkawang, Hulu Terengganu, Pulau Perhentian, Jerangau dan perkhidmatan beliau yang terakhir di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Ada lagi beberapa tempat perkhidmatan beliau yang saya tak tahu. Berulang-alik setiap minggu dengan jarak ratusan kilometer untuk menyempurnakan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik, ayah dan suami. Isteri beliau yang mesra di panggil Kak Ani tinggal di kampung menjaga anak-anak dan seorang ibu tua yang meninggal beberapa tahun lalu.

Menarik juga untuk diceritakan, di mana tempat Ustaz Mat Li dihantar berkhidmat, maka di situ beliau akan menghidupkan surau dan masjid dengan kuliah agama sehingga susuk yang tawadu’ ini menjadi kesayangan masyarakat serta menjadi tempat rujukan mereka. Mudah sebut, mana tempat Ustaz Mat Li pergi, PAS akan mendapat khidmatnya. Pening kepala juga Umno nak tangani isu ini. Lagi jauh hantar, lagi PAS

berkembang! Saya tak pernah dengar dari mulutnya keluar ungkapan keluhan atas apa yang beliau lalui. Pasrah dan redha serta memanfaatkan setiap tempat beliau ‘dibuang’ untuk menyampaikan dakwah Islam. Hebatnya bila sentiasa berfikir positif dan mengubah suatu ‘hukuman’ menjadi anugerah bernilai.

Sambutan Hari Guru tahun ini, PAS Jabi mengambil pendekatan sedikit berbeza dengan mengunjungi bekas-bekas guru yang telah bersara. Mengalir air mata beliau menerima kunjungan dan penghargaan. “Ada lagi orang ingat ko kita…” Kata Ustaz Mat Li sayu.

Ya! Insan tabah berhati mulia seperti beliau akan sentiasa diingati.

Sumber BO - 17-5-2017





















































































Orang di hadapan kita kritik berapi-api

KALAU kita bersikap keras tak bertempat, manusia akan jauh hati dari kita. 
Hingus di pipi budak, memadai lap dengan tisu. Kereta yang kemek bekas accident, kalau lap dengan tisu juga, maka habis 40 kotak tisu pun tak berkesan apa-apa. Ia mesti diketuk dengan kuat. Tuan kereta jangan marah bila pomen ketuk kuat-kuat body kereta kerana memang itu caranya. 
Ayam yang curi padi di jemuran, memadai dihalau saja. Jangan pukul, itu zalim namanya. Tapi kalau yang datang bertandang depan rumah kita adalah seekor ular tedung selar, maka wajib dipukul. Memukul ketika ini adalah cara yang paling berhikmah. Jangan buat olok-olok nak halau, nanti kesudahannya kita yang masuk hospital. 
Satu pagi Umar Abdul Aziz masuk ke dalam masjid nak solat subuh. Dalam gelap kakinya tersepak seseorang yang sedang tidur dalam masjid. Kawan tu terkejut lalu menyergah, "awak gila ke?" Jawab Umar Abdul Aziz, "Tak! saya tak gila." Pengiring Umar Abdul Aziz minta izin nak pukul hamba Allah itu. Tapi kata Umar, "Kenapa nak pukul dia? Dia cuma tanya samaada aku gila atau tidak. Aku dah jawab, tak gila! Selesai, tak ada apa-apa masalah." 
Ada ketikanya orang di hadapan kita bercakap mengkritik berapi-api. Akhirnya selepas habis bercakap, dia tenang dan puas hati walaupun kita belum jawab sepatah pun kritikan dia. Sebenarnya dia cuma nak kita dengar luahan rasa hatinya sahaja. Seorang pemimpin ada ketikanya hanya perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan semua perkara kita mampu jawab dan selesaikan. Kalau ketika dia tengah berapi-api, kita pun jawab dengan berapi juga, maka api bertemu api akan menyebabkan kebakaran besar! 
Teringat ketika satu Muktamar PAS di Shah Alam, wakil dari Dewan Pemuda yang sekarang dah jadi Pemuda PAN berucap berapi-api sambil tangannya menghentak-hentak rostrum. Selesai dia berucap, Pengerusi Tetap PAS, Datuk Abu Kasim tegur dengan lembut. "Orang muda... bukan semua masalah dunia ini boleh selesai dengan peperangan. Ada ketikanya dengan sedikit senyuman sudah mampu menyelesaikan masalah." - HARAKAHDAILY 16/5/2017
Sumber HD - 16-5-2017 





















































































Exco Selangor: PAS akan buat keputusan terbaik

SELEPAS Majlis Syura Ulamak membuat ketetapan bahawa putusnya tahaluf siyasi dengan PKR, maka proses tindakan selanjutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk bermesyuarat dan membuat keputusan mengenai tindakan politik yang perlu dilakukan susulan putusnya tahaluf siyasi dengan PKR, ini termasuklah bagaimana kedudukan tiga Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor. 
Ini merupakan proses biasa cara PAS membuat keputusan. Majlis Syura Ulamak ada bidang kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat juga ada bidang kuasanya. 
Ia bukan satu keputusan peribadi Presiden PAS atau keputusan Mursyidul Am PAS seorang diri. Proses membuat keputusan ini bukannya mudah kerana segala hujah dan fakta telah dan akan diperhalusi semasak-masaknya. 
Putusnya tahaluf dengan PKR bukan sekadar keputusan ‘ikut terlintas depan mata’. Selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat nanti, kenyataan rasmi parti akan dikeluarkan dan saya yakin semua pihak tidak ada masalah untuk mematuhinya
Sepintas lalu tinjauan di peringkat ‘grass root’, ahli di cawangan sudah cukup faham kenapa putusnya tahaluf siyasi antara PAS dengan DAP dan PKR. 
Mereka tak memerlukan sebarang penjelasan lagi. Cuma yang mereka tunggu nak tahu ialah apa langkah politik seterusnya. Bila dimaklumkan supaya bersabar dan tunggu Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bermesyuarat Khamis ini, mereka akur dan diam.
Saya sangat yakin bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan membuat keputusan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak terutama dalam memastikan kebajikan rakyat Selangor terus terjaga dan terbela. 
Dalam masa yang sama PAS tidak akan mengorbankan soal prinsip dan dasar. (Buletin Online) 
Dr Azman ialah seorang pengamal pergigian yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Sumber HD - 15-7-2017 





















































































Biar tin Milo jadi saksi di hadapan Allah

"DR... sampai bila PAS nak bergantung kepada kutipan derma untuk biaya aktiviti parti?" Tanya seorang kawan yang tak terlibat dalam mana-mana organisasi parti.
Sampai kiamat Syeikh! Selagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini ada dan perjuangannya teguh atas dasar Islam, maka selagi itulah mereka yang cintakan perjuangan Islam akan terus menghulurkan derma selama mana ada bulan dan matahari. 
Walau PAS dah perintah Kelantan, ahli dan penyokong PAS Kelantan terus menderma. Ketika PAS perintah Terengganu dan Kedah, ahli PAS di kedua-dua negeri ini terus menderma. 
Saya tertarik bila dimaklumkan di Muktamar Alor Setar baru-baru ini bahawa PAS Kedah melancarkan kempen derma 50 sen sehari bagi setiap ahli PAS di Kedah untuk menyiapkan bangunan Kompleks PAS Kedah yang berharga sekitar RM2 juta. 
Dalam masa yang sama jangan ingat PAS debek sangat dan bergerak semata-mata dengan derma orang ramai. PAS juga ada aset-aset berharga yang menjadi sumber pendapatan. Kalau pergi beli belah di Mydin Kuala Ibai, Kuala Terengganu, cuba tanya bangunan pasar raya itu siapa pemiliknya. 
Derma antara sebab menjadikan ahli PAS rasa bahawa mereka adalah sebahagian dari parti. Ahli PAS majoritinya lebih berfikir untuk memberi dan bukannya untuk menerima. Jatuh bangun parti ini adalah hasil dari pengorbanan susah payah ahli. Malah saya biasa dengar ada ahli PAS yang hadir ke tempat ceramah bersungut hampa apabila dalam majlis tersebut tak dibuat kutipan derma. Mereka dah siap bawa duit untuk derma. 
Semasa Himpunan Fastaqim H60k di Kota Bharu tahun lepas, seorang sahabat hampa apabila pemungut derma tak sampai ke tempat dia berada. Lalu 'nak lepas geram' dia masukkan beberapa keping note RM50 ke dalam tabung sebuah masjid yang dia singgah solat dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke Dungun. 
Ibarat sebuah masjid yang siap dibina oleh kontraktor dengan peruntukan kerajaan dibandingkan sebuah masjid yang dibina secara gotong-royong melalui kutipan derma. Tentu sekali ikatan hati kita dengan masjid yang dibina hasil susah payah sendiri akan lebih dekat dan mempunyai nilai sentimental yang tersendiri. 
Malah derma bagi orang PAS bukan sekadar dengan duit. Mereka bagi sumbangan lembu, kerbau dan kambing untuk disembelih bila ada program besar. Mereka hulur beras, kelapa, sayur, rempah ratus untuk kenduri. Mereka wakafkan kereta untuk kegunaan parti. Mereka beli komputer dan perabut untuk pejabat parti. Mereka wakafkan tanah untuk dibina premis parti. Mereka hulur simen, pasir dan batu-bata bila PAS nak buat bangunan. Yang ada kemahiran, mereka hulurkan sumbangan tenaga secara percuma. Belum lagi dikira yang diberi pinjam untuk kegunaan program parti secara percuma. 
Bila kita nak buat jamuan laksa sambil menderma, ada tokey laksa yang marah sebab tak bagitahu dia. Sebabnya dia nak bagi 200 kg laksa secara percuma saja. Tokey ikan akan hulur ikan secara percuma untuk buat kuah laksa. 
Ada sahabat yang kerja jual tanah lot. Ada 4 lot tanah, 3 lot untuk dia dan baki 1 lot untuk parti. Ada sahabat kerja jual gas. Hasil jualan setiap tong gas, 10 sen dia peruntukan untuk parti. Ada sahabat yang buka car wash. RM1 bagi setiap kereta yang dicuci dia masukkan dalam tabung parti. Ada sahabat yang kerja doktor gigi. Paginya dia kerja doktor gigi, petangnya habis duit hasil cabut gigi dibelanjakan untuk parti.
Ada yang masukkan RM2 dalam tabung sebab dia cuma kerja NGO (Nnoreh Getah Orang). Ada pula seorang sahabat Jabi yang berkemampuan membelanjakan lebih 50k seorang diri untuk biaya pengundi luar Jabi ketika PRU 13. 
Biarlah orang hina kita dengan pelbagai gelaran termasuklah gelaran parti tin milo. Dengan izin Allah, tin milo tersebut akan jadi saksi di hadapan Allah nanti. 
Tak betul tuduhan ahli parti bagi derma untuk pemimpin bermewah-mewah. Saya dah diamanahkan pegang jawatan dalam parti dari peringkat DUN, Kawasan, Negeri dan sekarang di PAS Pusat. Kita tak dibayar elaun dari mana-mana sumber apatah lagi dari duit derma walau 1 sen. Kalau ada bukti pemimpin yang makan duit derma, tolong adukan secara rasmi untuk tindakan Lembaga Disiplin PAS. Jangan main serkap jarang begitu. – HARAKAHDAILY 15/5/2017
Sumber HD - 15-5-2017 

Harakah rentasi sempadan perkauman
Posted on Monday, May 08 @ 15:05:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34831


Oleh DR AZMAN IBRAHIM

KETIKA mahu membayar harga alat ganti motosikal di sebuah kedai motor di Taman Maju, Kota Bharu, kebetulan kosnya melebihi bajet yang disediakan dalam dompet saya.“Tokey tunggu sekejap, saya pergi cucuk duit kat mesin ATM”. Pinta saya kepada Uncle Cina yang mesra dipanggil Cina Uban.


“Tak apa doktor. Mari bayar semula lepas ni. Ambil barang dulu. Kita percaya doktor.” Jawab Tokey Cina tu.

Tapi jangan main-main. Walaupun dia kata boleh berhutang mari bayar lain kali, atas meja depan saya telah siap ditampal keratan Akbar Harakah keluaran Jumaat, 6 Februari 1998 dengan tajuknya: ‘Ustaz Nik Aziz Ingatkan LANGIT, BUMI TIDAK TERIMA ROH ORANG BERHUTANG’.

Keratan akhbar ini telah berusia hampir 20 tahun. Masih disimpan rapi oleh seorang Cina bukan Islam.

Ia memberi dua gambaran awal: Yang pertama, bagaimana dekatnya masyarakat Cina Kelantan dengan Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

Walau mereka bukan Islam, tapi nasihat Tok Guru yang bermanfaat tetap diambil menjadi pedoman hidup. Bagi mereka Almarhum bukan setakat seorang MB ketua kerajaan negeri, tetapi juga seorang Tok Guru.

Yang kedua, bagaimana Harakah telah menjadi sebuah akhbar yang melepasi sempadan kaum serta agama sejak awal penubuhannya lagi. Bukanlah suatu fenomena yang pelik kalau kita tengok orang Cina atau India pegang dan baca Harakah.

Tentunya ada sesuatu yang menarik minat mereka untuk bersama mengambil manfaat. Saya yakin atas dasar fitrah manusia yang inginkan kebaikan, nasihat-nasihat agama yang baik dari pimpinan PAS yang dimuatkan dalam akhbar Harakah telah menarik minat mereka.

Saya masih ingat dulu ada Khatib yang bawa akhbar Harakah naik mimbar hari Jumaat. Kolum ‘Dari Mimbar Masjid Rusila’ menjadi teks khutbah Tok Khatib pada hari Jumaat tersebut. Kebetulan mimbar masjid tak ada rostrum, maka Khatib ini pegang sehelai penuh muka surat Harakah sambil berkhutbah gaya Tuan Guru Abdul Hadi Awang! Di kampung-kampung suatu ketika dulu, ahli dan penyokong PAS yang beli Harakah kebanyakannya kerana nak baca kenyataan pimpinan parti dan artikel-artikel ilmiah di dalamnya.

Dimasa itu juga, beritaberita PAS memang jangan mimpi nak masuk dalam halaman akhbar media perdana. Walau agak lambat keluar kerana Harakah bukannya akhbar harian, tetapi ia memadai untuk mengubat hati ahli dan penyokong.

Ketika Harakah terbit buat pertama kalinya menemui pembaca pada tahun 1987, saya baru menuntut di tingkatan satu, Sekolah Menengah Agama Maarif, kampung Raja, Besut.

Seorang anak petani dengan bekal duit belanja RM1 sehari. 80 sen untuk tambang bas pergi balik dari kampung Bukit Tanah ke Kampung Raja.

Bakinya tinggal 20 sen untuk buat belanja. Memang saya tak mampu nak beli surat khabar termasuklah Harakah. Tapi lantaran kerana minat nak baca, di mana saja Harakah ditemui, saya akan pinjam baca.

Kadang-kadang jeling tengok tempat orang jual surat khabar sambil tunggu bas, kalau-kalau ada dijual akhbar Harakah. Boleh tengok tajuk muka depan dan belakang pun kira cukuplah.

Kini selepas 30 tahun, keadaan telah terlalu banyak berubah. Dari seorang anak remaja yang mencuricuri baca Harakah kerana tak berduit untuk membelinya, sekarang saya telah menjadi sebahagian dari keluarga besar Harakah.

Berada dalam satu keluarga besar yang dikelilingi sahabat-sahabat yang memahami dan ikhlas berjuang di medan jihad media. Para ‘Mujahid Media’ khususnya di Harakah adalah insan-insan berjiwa murni yang bekerja dengan ketulusan hati walau dengan imbuhan yang sama sekali tak setimpal.

Mereka bekerja untuk menampilkan gambar dan berita orang lain tanpa menonjolkan diri sendiri. Mereka bekerja untuk menyampaikan syiar dan mesej parti kepada masyarakat.

Mereka bekerja sebagai ejen pemasaran perjuangan Islam melalui lapangan media. Saya tahu sebahagian dari mereka tidur di pejabat untuk menyempurnakan ‘date line’.

Saya tahu seorang Ketua Pengarang di Harakah yang memiliki kelulusan Master gaji dan elaunnya setaraf dengan wartawan junior di akhbar lain.

Saya bertekad untuk menjadi sebahagian dari Mujahid Media yang membantu Harakah agar terus mampu ditatap oleh pembaca walau tanpa gaji dan elaun.

Bukan secara bersendirian. Malah Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu yang kami tubuhkan kira-kira enam tahun yang lalu bersama kita gandingkan untuk memperkasakan lagi agenda media yang kita perjuangkan.

Dengan tenaga dan kepakaran yang dimiliki KAMI seperti wartawan, penulis buku, juru video, jurugambar, pakar IT dan lain-lain lagi semuanya kita wakafkan untuk berganding bahu di medan ini.

Pernah saya ucapkan kepada teman- teman. “Andai suatu hari nanti apabila saya tak lagi diperlukan lagi di mana-mana jawatan parti, maka saya akan berada di sini sebagai seorang insan media. Menulis dan menulis dan menulis...”


Sumber TKO - 8-5-2017





















































































Kita pemain pro

DALAM satu pasukan bola dengan 25 pemain, biasa pemain digilirkan berdasarkan keperluan sesuatu perlawanan. Tak semua 25 pemain akan masuk padang kerana peraturan membenarkan hanya 11 pemain sahaja perlu berada dalam padang pada satu-satu masa. Tak ada pemain yang menjadi pemain utama untuk sepanjang musim dalam semua perlawanan. Pertukaran posisi juga biasa. Ada ketikanya seorang midfield akan ambil tugas striker. Seorang pemain bertaraf profesional tak akan merajuk jika tak diturunkan oleh jurulatih. Bila masing-masing bersikap profesional demi kejayaan pasukan, pastinya keharmonian dalam pasukan akan dapat dikekalkan. 
Ahli PAS berdaftar sekarang ada 890,000 lebih selepas pembersihan. Tentu sekali peranan dan posisi boleh diubah dan ditukar serta digilirkan demi kepentingan parti. Tak ada apa yang anehnya bila ada pemimpin yang masuk dan keluar serta ditukar posisi kerana perjuangan ini bukannya bersifat statik. Apatah lagi bila sifat perjuangan Islam adalah saling sambung-menyambung.  
Saya yakin orang PAS sudah cukup profesional dalam hal ini. Kalau pn ada sedikit sebanyak persoalan yang diajukan berkaitan susunan kepimpinan baru PAS Pusat, ia hanya bermaksud untuk pencerahan dan bukannya bantahan. Yang menyibuk hal urusan pasukan kita ialah mereka yang berada di luar pasukan dalam team lawan dan ahli kelab penyokong team lawan. Padahal team mereka sendiri lintang-pukang. Pemain yang ada masih berfikir setaraf amatur dalam liga kampung. Bila jurulatih tak senaraikan dalam kesebelasan utama, mereka rancang belot dengan team sendiri! Dalam padang bergocoh sesama sendiri. Itu pun masih nak menyibuk hal urusan team orang lain. 
Pelbagai respons dan maklum balas yang diterima terhadap susunan baru kabinet PAS Pusat, anggaplah ia lumrah biasa. Sesuatu yang baru akan mengundang perhatian khalayak. Apatah lagi sekarang ini PAS berada di kedudukan terhormat di persada politik tanah air. Ramai orang yang minat nak bercakap dan berkomentar tentang PAS. 
Tapi bukan semua kita perlu layan belaka. Cadangan dan komen yang membina ke arah kebaikan, ada alasan untuk kita ambil perhatian. Manakala komen murahan bernada provokasi, biarkan ia berlalu bersama tiupan angin lalu akhirnya hilang tanpa kesan. 
Kita tak boleh tutup mulut manusia. Biarkan mereka bercakap, tapi bukan semestinya kita perlu dengar kesemuanya. 
Siap siaga dan ambillah posisi untuk bekerja. Jaga pangkalan masing-masing supaya jangan diperkotak-katik oleh musuh. Kurangkan bercakap, banyakkan kerja. Posting murahan di alam maya, biarlah dilayan oleh mereka yang berkenaan sahaja. Pimpinan wajib fokus buat kerja. - HARAKAHDAILY 8/5/2017 
Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Sumber HD - 8-5-2017 





















































































Warga tertua di Jabi kembali ke rahmatullah

PADA dalam kad pengenalan, tercatat Deraman Semail dari Kampung Bukit Tanah, Jabi lahir pada tahun 1909. Beliau merupakan antara peneroka dan penduduk asal Kampung Bukit Tanah, Jabi bersama arwah datuk saya, Mat Saman Mamat yang telah meninggal dunia pada tahun 1995. 
deramanWalaupun mungkin tak begitu tepat tarikh kelahiran kerana selalunya rekod kelahiran pada zaman dulu sekadar agak-agak, tapi saya rasa usianya tak jauh lari dari yang tercatat. 
Apatah lagi ayahanda saya yang telah berusia 71 tahun memaklumkan, ketika ayahanda masih usia zaman kanak-kanak, beliau yang mesra dipanggail Tok Deroman telah berusia sekitar 30-an, berumahtangga dan telah mempunyai cahaya mata. 
Sepanjang pengetahuan saya, Tok Deroman adalah warga tertua di Jabi malah mungkin antara yang tertua di Negeri Terengganu. 
Dengan usia yang telah melebihi satu abad, Allah mengurniakan kepada Tok Deroman kesihatan yang baik. Boleh melihat, mendengar dan bertutur dengan baik. Diukur dengan usia, daya ingatannya juga baik. Orang lama dengan perjalanan melalui lurah kehidupan yang mencabar menjadikan tubuh mereka kuat dan sihat. Ketika saya mengunjunginya kira-kira dua bulan yang lalu, beliau masih mampu bercerita tentang kisah-kisah lama terutama bila saya tanya kenangan lalu bersama arwah datuk saya yang dipanggil Tok Chik. 
“Loni dok leh nak gi surau doh. Dok cekak...” kata Tok Deroman. 
Biasa kalau sihat, beliau antara yang selalu menjadi tetamu Allah di Surau as-Syakirin Kampung Bukit Tanah. Kadang-kadang naik basikal saja dengan jarak sekitar 1 km antara rumahnya menuju ke surau. 
Saya tak pasti tentang taraf pendidikannya serta apakah beliau mampu menulis dan membaca, tapi yang jelas beliau terus istiqamah bersama PAS sehingga akhir hayat. 
Sayangnya khazanah pengalaman dari insan sepertinya tidak didokumentasikan untuk tatapan generasi mendatang. 
Lima hari lepas, sekali lagi saya menziarahinya apabila mendapat khabar Tok Deroman kurang sihat. Di ruang tamu rumah, beliau terbaring lesu tanpa bercakap dan membuka mata tapi masih mampu menyedut beberapa teguk air susu menggunakan straw.  
Melihat keadaannya yang semakin tenat, keluarga membawa Tok Deroman ke Hospital Besut. Setelah lima malam berada di Hospital akhirnya semalam 25 April 2017, kira-kira jam 8.20 malam, tibalah masanya perjanjian Allah untuk setiap yang bernyawa berlaku. Innalillah wainna ilaihi raajiuunn... Setelah kira-kira 108 tahun menghirup udara di atas muka bumi Allah, Tok Deroman kembali ke pangkuan Yang Maha Pencipta. 
Bagi pihak Majlis Tindakan Dun Jabi saya merakamkan ucapan takziah dengan rasa kesedihan yang mendalam kepada isteri, anak-anak dan seluruh sanak-saudara Almarhum. Semoga Allah mengampuni dan merahmati serta menempatkan beliau bersama para solehin. - HARAKAHDAILY 26/4/2017
Sumber HD - 26-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





















































































Kisah Umar Abdul Aziz dengan wanita miskin

KEWAJIPAN bagi seseorang pemimpin untuk mengambil prihatin akan permasalahan rakyat bawahan walau serendah mana sekalipun taraf rakyat tersebut di mata manusia. Kebajikan itu bermakna kita hadir menyantuni ketika diperlukan. Saiz keperluan itu tak boleh diukur dari pandangan dan ukuran kita, tapi mesti diukur dari sisi penerimanya. Kecil bagi kita hakikatnya besar bagi orang lain. 
Umar Abdul Aziz sebagai khalifah membuka pintu seluas-luasnya untuk mendengar sendiri pengaduan rakyat Baginda tanpa melalui perantaraan pegawai bawahan. Beliau memiliki kotak surat sendiri yang tidak boleh dibuka oleh sesiapa kecuali beliau. 
Suatu hari Khalifah Umar menerima sepucuk surat daripada seorang wanita bernama Fartunah al-Sauda’. Fartunah hanyalah orang biasa yang tinggal di pendalaman Ghiza di Mesir. Sedangkan Khalifah Umar berada di Damsyik. Bayangkan jauhnya jarak antara Ghiza ke Damsyik serta kesukaran perhubungan ketika itu. Surat ini berisi keluhan tentang kebunnya yang kecil telah dimasuki pencuri sehingga ayam yang dimilikinya telah dicuri orang. 
Setelah membaca surat ini, Khalifah Umar segera menulis surat balasan yang isinya memberi jaminan bahawa masalahnya akan segera diselesaikan oleh wakil Khalifah yang berada di Daerah tersebut. Dalam masa yang sama Khalifah Umar mengutuskan surat kepada Ayub bin Syurahbil, Gabenor Mesir bagi menguruskan masalah yang dihadapi Fartunah ini. 
Ayub bin Syurahbil segera melaksanakan tugas setelah menerima surat tersebut. Dengan kudanya yang berlari kencang, beliau sampai di Ghiza lalu bertanyakan kepada orang ramai lokasi rumah Fartunah. Setelah berjaya ditemui, ternyata wanita ini seorang miskin yang wajib dibantu. Ayub bin Syurahbil menyampaikan pesan dan tugas dari Khalifah yang harus dilaksanakan. 
Untuk itu, kebun yang tidak begitu luas milik Fartunah dibina pagar di sekelilingnya sehingga ayam yang dipelihara dapat diselamatkan daripada dicuri. Beginilah prihatin yang begini besar dari seorang Khalifah kepada seorang rakyat biasa. 
Khalifah menerima pengaduan tanpa protokol, lantas arahan terus diberikan oleh Khalifah kepada Gabenor. Sebagaimana Khalifah, Gabenor Mesir juga menerima arahan tanpa protokol dan beliau sendiri yang bertindak melaksanakan arahan Khalifah dengan segera. 
Suatu gambaran bagaimana pemerintahan Umar Abdul Aziz memiliki sistem penyampaian maklumat kerajaan yang cekap dan efisien. Tentunya amat malang dalam dunia teknologi maklumat yang serba canggih ini, rakyat bawahan yang memerlukan bantuan terpaksa berulang kali mengadap pemimpin tetapi akhirnya tetap pulang dengan kehampaan. 
Bukan mudah nak jumpa dengan seorang pemimpin besar pada zaman serba moden ini. Kena lalu melalui orang bawah tiga empat lapis belum tentu boleh jumpa. Setakat terima surat dari seorang Mak Cik pelihara ayam di hujung kampung, tak ada pemimpin besar yang nak layan pun! – HARAKAHDAILY 20/4/2017
Sumber HD - 20-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Belajar Mengurus Ekonomi Negara Daripada Umar Abdul Aziz














Belajar dari Umar Abdul Aziz

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Penguasa di Madinah pernah membuat permohonan kepada Khalifah Umar Abdul Aziz untuk pembelian kertas. Setelah permohonan diluluskan, Umar berkata, “Persiapkan pena dan tulislah semua keperluan yang banyak sekali di atas satu kertas sahaja. Sungguh bukan menjadi keperluan kaum Muslimin untuk kamu mengutus surat kepadaku menggunakan banyak helaian sehingga membazirkan kertas milik Baitul Mal.”

Begitulah telitinya Umar Abdul Aziz mengarahkan para pegawai Baginda berusaha sekuat mungkin untuk berhemah dalam menggunakan dana negara. Sekeping kertas milik negara menjadi perkiraan kaedah penggunaannya oleh seorang khalifah. Kalau yang sekecil itu diperhatikan, maka apatah lagi urusan besar.

Di samping itu, Umar Abdul Aziz tidak pernah sama sekali menggunakan kemudahan milik negara untuk kepentingan peribadi. Pernah Baginda meminta pembantunya untuk dibelikan madu. Apabila diketahui madu tersebut dibeli menggunakan haiwan tunggangan milik awam, Umar memerintahkan supaya dijual madu tersebut dan hasil jualannya dikembalikan ke Baitul Mal.

Sistem yang diambil oleh Umar Abdul Aziz dalam isu penggunaan dana negara berasaskan keseimbangan pengagihan dana berdasarkan keperluan tanpa pemborosan dan perbelanjaan berlebihan yang tak masuk akal.

Sejarah menyaksikan bahawa keadilan kepimpinan Umar Abdul Aziz telah membuatkan situasi dalam negeri semakin aman dan stabil sehingga golongan penentang Khawarij berkata,

“Sesungguhnya tidak layak bagi kita untuk memerangi dan bermusuhan dengan Umar Abdul Aziz.”
Suasana aman dan tenteram pada asasnya adalah faktor penyokong penting terhadap pertumbuhan ekonomi negara serta bertambah baiknya taraf kehidupan masyarakat miskin.

Dekatnya seorang Khalifah orang miskin dan kasihnya Baginda kepada rakyatnya yang lemah digambarkan dalam satu peristiwa. Suatu ketika datang seorang miskin dan terus berdiri di hadapan Umar lalu berkata: “Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya aku memiliki keperluan yang amat mendesak sekali akan tetapi kemiskinananku telah menghalangku untuk memenuhi keperluan tersebut. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban darimu atas keadaanku di akhirat kelak.”

Umar yang sedang berdiri memegang tongkat tidak dapat menahan sebaknya mendengar pengaduan tersebut sehingga air matanya turut membasahi tongkat yang dipegangnya. Lalu orang miskin ini diberikan dana sebanyak 500 Dinar untuk kegunaan dirinya dan keluarganya.

Isteri Khalifah Umar bertanya sebab yang membuatkannya selalu tidak dapat menahan diri dari menangis. Umar berkata:

“Sekarang aku telah mengambil alih urusan ummat Nabi Muhammad s.a.w. Namun aku harus memikirkan keadaan ummat yang fakir, kelaparan, yang sakit, yang tidak memiliki pakaian, yang dizalimi, yang terasing, yang lanjut usia dan yang memiliki ramai tanggungan. Aku benar-benar sedar bahawa Tuhanku kelak akan meminta pertanggungjawaban dariku atas kewajipan yang aku pikul terhadap mereka semua. Sudah pasti Rasulullah akan menjadi musuhku andai terbukti aku tidak mampu bertanggungjawab di atas kewajipanku sebagai khalifah. Aku sangat takut sekiranya Rasulullah memusuhiku dihari akhirat kelak. Kerana itu aku menangis.”

Kesedaran seorang pemimpin akan besarnya beban tanggungjawab yang dibebankan atas bahunya adalah bersandarkan hadis Rasulullah s.a.w “… setiap penguasa akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak atas kewajipan yang dipikul terhadap rakyatnya.”

Umar berulang kali mengingatkan pegawai bawahannya. “Sudah seharusnya bagi setiap rakyat mereka berhak memiliki sebuah tempat tinggal sebagai tempat istirehat, seorang pembantu yang dapat membantu urusannya, seekor kuda sebagai kenderaan dan peralatan rumah sebagai keperluan di tempat tinggalnya. Tapi jika dia memiliki hutang dan denda yang tidak digunakan untuk kemaksiatan, maka lunaskanlah hutang dan dendanya dari harta Baitul Mal.”

Khalifah Umar menambah lagi, “Barangsiapa yang menikahi perempuan sedangkan dia tidak memiliki apa-apa untuk melunaskan mahar pengantin wanita, maka berikan kepadanya dana dari Baitul Mal.”

Penggunaan kewangan negara secara berhemat ditambah dengan keadilan payung Khalifah menzahirkan keberkatan dan kestabilan di seluruh daerah kekuasaan Islam Kerajaan Umayyah hinggakan orang yang layak menerima zakat amat terhad sehingga orang kaya menuntut jalan penyelesaian bagaimana zakat mereka nak disalurkan. Yahya bin Saad, seorang pegawai Umar Abdul Aziz berkata: “Umar mengutusku ke kawasan Afrika untuk menyalurkan zakat kepada para penduduknya. Aku melaksanakan tugasku dengan mencari penduduk di sana yang miskin dan benar-benar memerlukan sedekah. Namun seorang pun tidak dapat ku temui sehingga akhirnya aku menggunakan dana tersebut untuk memerdekakan para hamba sahaya dari tuannya.”

Umar Abdul Aziz memerintah hanya dalam tempoh kira-kira tiga puluh bulan atau dua tahun setengah sahaja. Tapi Umar telah membuatkan rakyatnya yang kaya tercari-cari orang miskin penerima untuk diagihkan zakat.

Lantaran itulah ketika Jenazah Umar Abdul Aziz diusung melewati Kota Qisrin di Damsyik, paderi dan pendeta tertunduk lesu sambil menangis. Lalu ditanya: “Kenapa kamu menangis? Umar bukanlah orang yang seagama dengan kamu.” Paderi menjawab: “Aku menangis bukan kerana agamanya, tapi aku menangis kerana setitik cahaya telah hilang dari bumi ini.”

Sumber BO - 18-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































'Buah kalu dok leh nak makan'












BUKAN semua benda Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz sempat buat dalam tempoh Tok Guru berada di Pejabat MB Kelantan. Apa yang Tok Guru tak sempat buat, maka diteruskan oleh pengganti. Kerana itulah selalu disebut bahawa kepimpinan sekarang adalah mewarisi kepimpinan terdahulu. 
Bila Kerajaan Kelantan memperkenalkan sesuatu langkah yang baru, adalah terlalu dangkal untuk kita terus persoal, "Bakpo zaman Tok Guru dulu tak buat?" atau dengan ungkapan "Kalu Tok Guru masih ada, Tok Guru pun tak akan buat gini!" 
Sekiranya kerajaan sekarang hanya perlu copy paste dan 'koyok tepek' segala keputusan Tok Guru dulu, maka tak perlulah untuk buat mesyuarat Exco dan segala perancangan negeri yang lain. Sekadar ambil minit mesyuarat zaman Tok Guru dan 'koyok tepek' saja. 
Ungkapan "Kalu Tok Guru masih ada..." diulang berkali-kali sebagai modal untuk terus menyerang Kerajaan Kelantan. Sedangkan orang Kelantan kata, "Buah kalu dok leh nak makan." 
Kenapa perlu bermain dengan perkataan 'kalu' kemudian membuat andaian sendiri. 
"Kalu Tok Guru masih ada, dia juga akan masuk PAN." "Kalu Tok Guru masih ada, dia tak akan buat gini." "Kalu Tok Guru masih ada, benda gini tak akan berlaku", "kalu... kalu..." 
Hakikatnya Dato' Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob dipilih sebagai Menteri Besar Kelantan ketika Tok Guru masih hidup. Ini adalah realiti dan bukannya 'kalu'. Sebab itu tak ada kedengaran lagi ungkapan, "Kalu Tok Guru masih hidup, tentu dia akan pilih Husam Musa sebagai MB." Bukankah Tok Guru sendiri yang pilih Dato' Ahmad Yaacob untuk meneruskan kesinambungan dasar 'Membangun Bersama Islam'?\ 
Kebun yang ditinggalkan Tok Guru sudah sangat baik. Sepatutnya sama-sama kena jaga supaya hasilnya terus boleh dipetik untuk dinikmati bersama rakyat Kelantan. 
Pagar kena perkukuhkan supaya tak masuk babi dan haiwan perosak yang lain. Baja pokok jangan lupa supaya pokok terus hidup subur. Ada dahan pokok yang mati dan pohon dedalu, kena cantas buang. Tengok ada keperluan untuk tambah tanam pokok lain, silakan tanam. Jangan pula ada yang bodoh larang, "Zaman Tok Guru dulu tak tanam pun pokok ni!" 
Dr Azman Ibrahim
18 April 2017
Sumber HD - 18-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





















































































Bertaubatlah……..Rafizi!













Rupanya yang dimaksudkan oleh Rafizi bersumberkan dari Dato’ Bahari bahawa orang yang ada kaitan dengan PAS dan terima dana dari 1MDB ialah Nasharuddin Mat Isa.

Kalau Nasharuddin yang dimaksudkan Rafizi, silakan selesai dengan Nasharuddin. Kenapa pula nak suruh Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS jawab?

Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS telah meninggalkan PAS sejak 2013 lagi dan tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti sejak dari itu walau tak pernah mengistiharkan keluar dari PAS.

PAS boleh declare bahawa Rafizi telah terkantoi dan kena check mate. Terlebih nafsu dan melulu nak burukkan PAS sehingga terbabas dan memalukan diri sendiri.

Benar atau tidak Nasharuddij Mat Isa ada terima 1MDB, biar Nasharuddin sendiri selesai dengan Rafizi. PAS berlepas diri dari sebarang kaitan dalam kes tuduhan ini.
Bertaubatlah Rafizi… sebagaimana saranan Tok Guru.

-Dr Azman Ibrahim
10 April 2017

Sumber BO - 11-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































KAMI Kesal Tindakan Nanyang Siang Pau Bermain Api














Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) mengutuk keras tindakan akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang menerbitkan karikatur mengumpamakan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Ketika KAMI memperjuangkan liputan media yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab ternyata Nanyang Siang Pau masih berada di takuk media primitif.

Lebih membimbangkan apabila isu yang diperolokkan serta dipersendakan ialah pindaan RUU Akta 355 yang menyentuh soal kepentingan penganut Islam di Malaysia.

Menyentuh soal sensitiviti penganut Islam oleh sebuah akhbar bukan Islam adalah tindakan bermain api yang sangat bahaya dan boleh menggugat keharmonian masyarakat pelbagai agama dalam negara.

Ternyata Nanyang Siang Pau terikut-ikut dengan gelagat ala sarkas sebahagian Ahli Parlimen ketika pembentangan Usul Pindaan RUU 355 pada Khamis lepas.

KAMI berharap agar pihak berkuasa Kementerian Dalam Negeri menggunakan peruntukan undang-undang yang ada bagi mengambil tindakan terhadap Nanyang Siang Pau yang kelihatan jelas melanggar syarat-syarat penerbitan akhbar.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)
10 April 2017.

Sumber BO - 10-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Gula oh gula!

HARGA gula naik lagi. JKKK duduk sembang dalam kedai kopi, kenaikan harga gula bagus untuk mengurangkan kencing manis. Walaupun dia sendiri minum kopi O lebih gula. 
Nak buat macam mana. Perdana Menteri yang bawa hujah ni setiap kali harga gula naik. Yang di bawah ini macam burung kakak tua saja tukang ikut. 
Diabetes atau kencing manis penyakit yang sangat sinonim dengan masyarakat umum. Semua orang biasa dengar perkataan kencing manis dan biasanya masyarakat umum mengaitkan dengan pengambilan gula. 
Saya bukannya pakar dalam bidang diabetes tetapi subjek General Medicine (Perubatan Am) antara subjek wajib semasa pengajian dulu. Antara yang dipelajari adalah berkenaan penyakit yang sering dijadikan kambing hitam setiap kali gula naik. 
Izinkan saya membuat sedikit huraian sambil berharap ada yang lebih pakar akan memberikan penjelasan lanjut. 
Diabetes atau kencing manis dibahagikan kepada 2 kategori (2 type), type 1 dan type 2.
Diabetes Type 1 
Diabetes Type 1 berlaku apabila badan  tidak lagi dapat memproses penghasilan insulin kerana sistem imune badan sendiri telah menyerang dan memusnahkan sel-sel di mana insulin dibuat. 
Punca hal ini berlaku tidak diketahui dengan jelas, tetapi ia mungkin disebabkan faktor-faktor risiko genetik dan faktor persekitaran. 
Terdapat satu teori yang menyatakan bahawa diabetes type 1 boleh berlaku selepas serangan virus tertentu. Orang yang mempunyai diabetes type 1 mesti mengambil insulin setiap hari untuk hidup. 
Tiada cara yang diketahui untuk mencegah atau mengubati diabetes type 1 , tetapi ia boleh dikawal dengan mengekalkan tahap  glukosa (gula) darah dalam julat yang normal.    
Diabetes Type 2 
Diabetes type 2 adalah yang paling biasa berlaku. 
Bagi diabetes type 2, puncanya sama ada badan tidak mampu memproses pengeluaran insulin dengan jumlah yang mencukupi atau badan tidak boleh menggunakan insulin yang dihasilkan sendiri dengan kadar yang sepatutnya. 
Risiko untuk mengidap diabetes type 2 ini meningkat dengan meningkatnya usia seseorang. 
Punca diabetes type 2 ini sebahagian besarnya tidak diketahui, tetapi genetik dan gaya hidup yang memainkan peranan. 
Diabetes type 2 dikaitkan dengan masalah obesiti , faktor-faktor genetik serta gaya hidup yang tidak aktif. 
Sesetengah kaum dan etnik yang berisiko tinggi untuk mengidap diabetes type 2 termasuklah kita orang Asia. 
Harapan saya, sebelum dari kita bercakap dengan membuat kesimpulan mudah, eloklah dan lebih manis bagi kita untuk meneliti sedikit fakta-fakta mudah supaya ulasan kita tidak tersasar. 
Tidak ada cara yang diketahui dengan tepat untuk mengubati diabetes jenis 2, tetapi ia boleh dikawal dengan menjaga tahap glukosa (gula ) dalam darah dalam julat yang normal. 
Kencing manis memang bahaya, tapi penyakit kencing rakyat memang berat nanang! - HARAKAHDAILY 2/3/2017
Sumber HD - 2-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 





















































































Caj rawatan gigi naik mendadak 1 Mac

DR AZMAN IBRAHIM | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44112-caj-rawatan-gigi-naik-mendadak-1-mac

CAJ RAWATAN GIGI KLINIK KERAJAAN NAIK MENDADAK MULAI 1 MAC 2017

Seiring dengan kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen dan diesel sebanyak 10 sen berkuatkuasa mulai esok, rakyat dikejutkan lagi dengan satu lagi beban tambahan.

Kenaikan caj rawatan pergigian yang pada mulanya dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Februari tapi dilewatkan kepada 1 Mac. Walau lewat sebulan, hakikatnya ia tetap naik.

Kenaikan caj rawatan pergigian di klinik-klinik kerajaan ini berlaku dengan sangat mendadak.

Merujuk kepada pekeliling dari Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 26 Januari 2017, caj cabutan gigi naik dari RM1 kepada RM15, caj cuci gigi naik dari RM2 kepada RM25 dan yang paling drastik kenaikannya caj cuci gigi naik dari RM2 kepada RM55.

Sebenarnya caj cuci gigi RM55 itu lebih mahal dari harga di klinik swasta sekitar RM50 sahaja.

Saya tidak pasti apakah rasionalnya di sebalik kenaikan mendadak ini kerana yang pastinya walaupun caj diambil dari pesakit, ianya tidak sama sekali mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menyalurkan peruntukan kepada Bahagian Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan.

Mudah disebut, saya pinjam istilah yang digunakan seorang kawan dari bahagian kewangan sebuah hospital kerajaan, "caj yang diambil dari pesakit tak lepas pun walau untuk bayar bil letrik klinik atau hospital".

Apatah lagi kalau nak guna untuk bayar gaji kakitangan atau beli bahan-bahan perubatan. Lalu untuk apa pesakit di caj sebegini?

Dr Azman Ibrahim
Ketua Kebajikan PAS Terengganu
31 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 31/1/2017

Sumber HD - 31-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Tak perlu muka tak mandi beritahu tiada air

DR AZMAN IBRAHIM | .















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43641-tak-perlu-muka-tak-mandi-beritahu-tiada-air

Saya bermastautin di Kubang Kerian dari tahun 2000 lagi. Setakat ini tak pernah lagi saya tak dapat mandi pagi sebab tak ada air. Klinik saya pun tak pernah lagi tak dapat beroperasi sebab ketiadaan air.

Kualiti bekalan air adalah relatif bergantung kepada dari mana sumber air itu datang sama ada dari telaga tiub atau loji pemprosesan yang bersumberkan air sungai. Sebagaimana langit tak selalunya cerah, begitulah juga air sungai tak selalunya jernih.

Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB), Ir Hanafi sahabat baik saya. Sekarang beliau berkhidmat di Bahagian Kejuruteraan MPKB. Darinya saya dapat sedikit maklumat berkenaan projek bekalan air Kelantan yang dibiayai dengan pinjaman dari Kerajaan Pusat.

Sebenarnya Kerajaan Pusat yang buat spesifikasi projek, Kerajaan Pusat yang pilih kontraktor, Kerajaan Pusat juga yang luluskan kerja-kerja projek. Bila siap kerja, Kerajaan Pusat akan masukkan duit dalam akaun AKSB untuk pembayaran kepada kontraktor yang berkenaan. Mudah sebut, duit pinjaman hanya lalu saja melalui AKSB untuk bayar kepada kontraktor tanpa pihak AKSB mempunyai autoriti untuk campur tangan dalam kerja-kerja yang dijalankan. Tanggungjawab AKSB seterusnya ialah untuk bayar balik pinjaman ini setiap bulan.

Lantaran itu, bila wujud masalah berkaitan kualiti atau tekanan air dan sebagainya, perlu tengok banyak faktor. Jangan terus menuding jari kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Apakah projek bekalan air yang dibuat oleh Kerajaan Pusat ini benar-benar menepati spesifikasi yang sepatutnya atau sebaliknya?

Kalau kita nak bercakap tentang kualiti air, dalam kawasan Parlimen Batang Sadong, tempat kami pernah bertugas semasa Pilihan raya Negeri Sarawak baru-baru ini letaknya bukannya jauh pun dari Bandaraya Kuching. Dalam 2 jam saja perjalanan Kuching-Batang Sadong. Tapi airnya lebih banyak warna teh uncang dari jernih. Setiap rumah ada tong buat tadah air hujan. Tadahan air hujan menjadi sumber bekalan air penduduk. Padahal alangkah luasnya Sungai Batang Sadong yang tak pernah kering. Ini pula negeri pure BN! Sepatutnya kualiti bekalan air bertaraf air mineral.

Kuala Terengganu negeri BN pun selalu terputus bekalan air. Pahang lagi teruk, terutama bekalan air di kawasan-kawasan Felda.

Lantaran itu bila kita bercakap soal masalah bekalan air, jangan cepat menuding jari kepada sesiapa. Ini adalah masalah bersama kita semua. Air adalah keperluan asas yang tak perlu dipolitikkan. Putusnya bekalan elektrik lebih ringan kerumitan bagi orang ramai berbanding putusnya bekalan air.

Pembangunan rancak berjalan, kawasan penempatan baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan lantaran pertambahan penduduk. Apakah pembangunan bekalan air juga berjalan seiring dengan keperluan pembangunan?

Tak perlulah nak letak berus gigi atas telinga, pakai towel, bawa pencedok air, berdiri tepi jalan dengan muka orang tak mandi kerana nak beritahu rumah dia tak ada air. Memalukan! - HARAKAHDAILY 22/12/2016

Sumber HD - 22-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tak Perlu Memalukan Diri Sendiri!

Oleh : Dr. Azman Ibrahim

Saya bermastautin di Kubang Kerian dari tahun 2000 lagi. Setakat ini tak pernah lagi saya tak dapat mandi pagi sebab tak ada air. Klinik saya pun tak pernah lagi tak dapat beroperasi sebab ketiadaan air.

Kualiti bekalan air adalah relatif bergantung kepada dari mana sumber air itu datang samada dari telaga tiub atau loji pemprosesan yang bersumberkan air sungai. Sebagaimana langit tak selalunya cerah, begitulah juga air sungai tak selalunya jernih.

Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB), Ir Hanafi sahabat baik saya.

Sekarang beliau berkhidmat di Bahagian Kejuruteraan MPKB. Darinya saya dapat sedikit maklumat berkenaan projek bekalan air Kelantan yang dibiayai dengan pinjaman dari Kerajaan Pusat.

Sebenarnya Kerajaan Pusat yang buat spesifikasi projek, Kerajaan Pusat yang pilih kontraktor, Kerajaan Pusat juga yang luluskan kerja-kerja projek. Bila siap kerja, Kerajaan Pusat akan masukkan duit dalam akaun AKSB untuk pembayaran kepada kontraktor yang berkenaan. Mudah sebut, duit pinjaman hanya lalu saja melalui AKSB untuk bayar kepada kontraktor tanpa pihak AKSB mempunyai autoriti untuk campur tangan dalam kerja-kerja yang dijalankan.

Tanggungjawab AKSB seterusnya ialah untuk bayar balik pinjaman ini setiap bulan.

Lantaran itu, bila wujud masalah berkaitan kualiti atau tekanan air dan sebagainya, perlu tengok banyak faktor. Jangan terus menunding jari kepada kerajaan negeri Kelantan. Apakah projek bekalan air yang dibuat oleh kerajaan Pusat ini benar-benar menepati spesifikasi yang sepatutnya atau sebaliknya?

Kalau kita nak bercakap tentang kualiti air, dalam kawasan Parlimen Batang Sadong, tempat kami pernah bertugas semasa Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini letaknya bukannya jauh pun dari Bandaraya Kuching. Dalam 2 jam saja perjalanan Kuching-Batang Sadong. Tapi airnya lebih banyak warna teh uncang dari jernih. Setiap rumah ada tong buat tadah air hujan. Tadahan air hujan menjadi sumber bekalan air penduduk. Padahal alangkah luasnya Sungai Batang Sadong yang tak pernah kering. Ini pula negeri pure BN! Sepatutnya kualiti bekalan air bertaraf air mineral.

Kuala Terengganu negeri BN pun selalu terputus bekalan air. Pahang lagi teruk, terutama bekalan air di kawasan-kawasan felda.

Lantaran itu bila kita bercakap soal masalah bekalan air, jangan cepat menunding jari kepada sesiapa. Ini adalah masalah bersama kita semua. Air adalah keperluan asas yang tak perlu dipolitikkan. Putusnya bekalan lektrik lebih ringan kerumitan bagi orang ramai berbanding putusnya bekalan air.

Pembangunan rancak berjalan, kawasan penempatan baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan lantaran pertambahan penduduk. Apakah pembangunan bekalan air juga berjalan seiring dengan keperluan pembangunan?

Tak perlulah nak letak berus gigi atas telinga, pakai towel, bawa pencedok air, berdiri tepi jalan dengan muka orang tak mandi kerana nak beritahu rumah dia tak ada air. Memalukan!

Sumber BO - 22-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Hanya satu pembentangan bajet setiap tahun

DR AZMAN IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43153-hanya-satu-pembentangan-bajet-setiap-tahun

HANYA ada satu pembentangan bajet setiap tahun di Dewan Rakyat dan satu pembentangan bajet setiap tahun bagi setiap negeri di Dewan Undangan Negeri.

Bajet adalah urusan kerajaan. Sesiapa yang memerintah maka merekalah yang bentang. Ustaz Datuk Ahmad Yakob bentang di Kelantan, LGE di Dun Pulau Pinang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Selangor, Datuk Idris Haron di Melaka dan Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat.

Kalau Datuk Seri Nizar bentang bajet di Perak, maka ia akan jadi bahan ketawa sebab itu kerja Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Begitu juga kalau Datuk Husam yang penuh idealis, strategis, ekonomis dan pelbagai lagi is bentang bajet di Dun Kelantan, dia juga akan diketawakan sebab itu kerja Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Dari bajet inilah duit negara dan duit negeri akan dibelanjakan. Kalau dikira bajet yang Najib bentang, memang tak adil dan banyak perlu diperbaiki. Di sinilah peranan pembangkang untuk bagi pandangan serta cadangan balas kepada kerajaan. Buat masa ini realitinya PAS, PKR dan DAP bukan kerajaan di peringkat persekutuan. Saya tak sebut PAN sebab bila buka balik laman web SPR untuk meneliti kembali keputusan PRU13, saya tak jumpa logo PAN. Tak munasabah SPR tertinggal.

Memang ia bajet yang menguntungkan Umno BN. Dalam masa yang sama, dari bajet inilah dibayar gaji penjawat awam, pembangunan negara dan peruntukan kepada negeri-negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Peruntukan yang diagihkan untuk negeri-negeri memang tak adil! Contoh mudah, tengoklah beza keadaan jalan persekutuan di Bukit Yong, Pasir Puteh dan bandingkan dengan jalan sempadan Terengganu-Kelantan menuju Bandar Jerteh. Padahal yang membinanya adalah Kerajaan Persekutuan yang sama.

Keadilan ini mesti diperjuangkan. Inilah peranan ahli dewan untuk bersuara. Akhirnya tak dapat semua, kita dapat sebahagian. LGE pun ada bercakap di Dewan Rakyat minta peruntukan untuk Pulau Pinang. Tak dapat semua, tapi dapatlah juga sebahagian.

Kita akui bajet yang Datuk Seri Najib bentang memang tak adil dan tak sempurna. Tapi apakah kita mempunyai alternatif lain selagi BN memerintah di Putrajaya? Jawabnya tiada!

Nak sokong memang bajet tak adil. Nak tolak kita tiada alternatif lain. Lantas apa pendirian terbaik yang boleh diambil?

Perkataan 'tolak' dalam Kamus Dewan bermakna tak terima. Orang bagi pun kita tak akan ambil.

Alangkah gentleman kalau kerajaan DAP Pulau Pinang menolak semua peruntukan Kerajaan Pusat untuk Pulau Pinang sebab DAP dah buat keputusan untuk mengundi bagi menolak Bajet 2017! - HARAKAHDAILY 9/11/2016

Sumber HD - 9-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAP Tolak Bajet, Tapi Terima Peruntukan!

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Hanya ada satu pembentangan bajet setiap tahun di Dewan Rakyat dan satu pembentangan bajet setiap tahun bagi setiap negeri di Dewan Undangan Negeri.

Bajet adalah urusan kerajaan. Sesiapa yang memerintah maka merekalah yang bentang. Dato’ Ahmad Yaakob bentang di Kelantan, LGE di Dun Penang, Dato Seri Azmin Ali di Selangor, Dato Idris Haron di Melaka dan Dato Seri Najib di Dewan Rakyat.

Kalau Dato Seri Nizar bentang bajet di Perak, maka ia akan jadi bahan ketawa sebab itu kerja Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Begitu juga kalau Dato Husam yang penuh idealis, strategis, ekonomis dan pelbagai lagi is bentang bajet di Dun Kelantan, dia juga akan diketawakan sebab itu kerja Dato Ahmad Yaakob.

Dari bajet inilah duit negara dan duit negeri akan dibelanjakan. Kalau dikira Bajet yang Najib bentang, memang tak adil dan banyak perlu diperbaiki. Di sinilah peranan pembangkang untuk bagi pandangan serta cadangan balas kepada kerajaan. Buat masa ini realitinya PAS, PKR dan DAP bukan kerajaan di peringkat persekutuan. Saya tak sebut PAN sebab bila buka balik laman web SPR untuk meneliti kembali keputusan PRU 13, saya tak jumpa logo PAN. Tak munasabah SPR tertinggal.

Memang ia bajet yang menguntungkan Umno/BN. Dalam masa yang sama, dari bajet inilah dibayar gaji penjawat awam, pembangunan negara dan peruntukan kepada negeri-negeri termasuk Selangor, Penang dan Kelantan.

Peruntukan yang diagihkan untuk negeri-negeri memang tak adil! Contoh mudah, tengoklah beza keadaan Jalan Persekutuan di Bukit Yong, Pasir Puteh dan bandingkan dengan jalan sempadan Terengganu – Kelantan menuju Bandar Jerteh. Padahal yang membinanya adalah Kerajaan Persekutuan yang sama.

Keadilan ini mesti diperjuangkan. Inilah peranan ahli dewan untuk bersuara. Akhirnya tak dapat semua, kita dapat sebahagian. LGE pun ada bercakap di Dewan Rakyat minta peruntukan untuk Penang. Tak dapat semua, tapi dapatlah juga sebahagian.

Kita akui Bajet yang Dato’ Seri Najib bentang memang tak adil dan tak sempurna. Tapi apakah kita mempunyai alternatif lain selagi BN memerintah di Putrajaya? Jawabnya tiada!

Nak sokong memang bajet tak adil. Nak tolak kita tiada alternatif lain. Lantas apa pendirian terbaik yang boleh diambil?

Perkataan ‘tolak’ dalam Kamus Dewan bermakna tak terima. Orang bagi pun kita tak akan ambil.
Alangkah gentleman kalau kerajaan DAP Pulau Pinang menolak semua peruntukan Kerajaan Pusat untuk Pulau Pinang sebab DAP dah buat keputusan untuk mengundi bagi menolak Bajet 2017!

***Dr Azman Ibrahim ialah Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) TerengganU
9 November 2016

Sumber BO - 9-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































PAS Jabi sumbang RM17,000 biaya pembedahan Remzi

DR AZMAN IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43137-pas-jabi-sumbang-rm17-000-biaya-pembedahan-remzi

Insiden malang tak berbau pada 17 Oktober 2016 menimpa seorang warga Dun Jabi, Remzi Husain, 44, dari Kampung Jebak Puyoh Kerandang.

Ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah bagi persiapan majlis perkahwinan anak perempuan sulungnya, beliau terjatuh dari bumbung rumah dengan ketinggian kira-kira 12 kaki.

Kecederaan yang dialami Remzi agak parah. Kecederaan di bahagian kepala, patah tulang rusuk, patah di kedua-dua belah lengan termasuk yang paling parah ialah patah pada bahagian tulang belakang yang turut melibatkan kecederaan pada saraf tunjang.

Beberapa hari beliau terlantar di Wad ICU Hospital Universiti Sains Malaysia sebelum dipindahkan ke Wad 2 Zamrud HUSM.

Kecederaan yang agak parah menimpa Remzi memerlukan kos yang agak besar bagi menampung biaya pembedahan terutamanya bagi pembedahan merawat kecederaan tulang belakang. Anggaran awalnya sebanyak RM24,000.

Kos RM24,000 adalah sangat besar bagi seorang tukang rumah dengan pendapatan yang tak seberapa seperti Remzi.

PAS Jabi telah mengambil tanggungjawab menubuhkan 'Tabung Perubatan Remzi' bagi tujuan mengumpulkan dana agar pembedahan boleh dilakukan dengan segera.

Untuk peringkat awal, sebanyak RM17,000 disalurkan dari Tabung Perubatan Remzi ini untuk membayar barangan perubatan yang dibekalkan oleh pembekal bagi membolehkan pembedahan dilakukan dengan seberapa segera di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Tentu sekali beliau akan melalui tempoh pemulihan yang panjang serta rawatan susulan yang memerlukan banyak lagi biaya.

Bagi pihak PAS Dun Jabi, saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati menghulurkan sumbangan dan derma. Semoga Allah mengganjari segala kebaikan ini.

Semoga Remzi dan seluruh keluarga bersabar atas musibah yang menimpa. PAS Jabi mengambil tanggungjawab untuk bersama menyantuni kebajikan keluarga Remzi sebaik mungkin.

Dalam masa yang sama kita berharap agar urusan rakyat yang ditimpa musibah seperti Remzi untuk memohon bantuan dari pihak Kerajaan Negeri Terengganu seperti Tabung Darul Iman dipermudahkan tanpa karenah birokrasi yang rumit.

Rakyat yang sedang menghadapi saat-saat sukar sebegini perlu disantuni dan dipermudahkan urusan mereka. Apatah lagi kecederaan parah sebegini memerlukan pembedahan segera. Kebajikan itu bermakna mempermudahkan.

DR AZMAN IBRAHIM
Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi
8 November 2016 - HARAKAHDAILY 8/11/2016

Sumber HD -8-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Ketabahan seorang ibu tua bernama Mok Jah

DR AZMAN IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43116-ketabahan-seorang-ibu-tua-bernama-mok-jah

“Mok Jah nak biar boleh bergerak gi ngaji Quran rumah sebelah jah... Terima kasih banyok laa wat mari kerusi ko Mok Jah. 8 tahun doh Mok Jah tak leh jalan.”

Hanya itu ungkapan yang dituturkan Mok Jah atau nama penuhnya Tijah Mat Saman, 78, dari Kampung Tok Dat, Jabi dengan linangan air mata saat dikunjungi oleh rombongan PAS Jabi dengan membawa sumbangan yang sangat bererti baginya, sebuah kerusi roda.

Dalam usia 78 tahun, tinggal berdua bersama seorang cucu, Mok Jah masih cuba mengerah tenaga yang bersisa untuk tidak menyusahkan orang lain bagi mengurus keperluan dirinya sendiri.

Memasak makanan sendiri dan mengesot ke sana ke mari bagi menggantikan fungsi kedua-dua kakinya yang telah kaku.

Anak-anak tinggal berdekatan memudahkan urusan ibu tua yang telah kematian suami kira-kira 30 tahun yang lalu.

Hasrat Mok Jah ingin memiliki sebuah kerusi roda baru disebabkan kerusi roda usang pusaka dari arwah abangnya dulu sudah lama tak boleh digunakan lagi. Hari Jumaat 4 November lepas, Setiausaha Muslimat PAS Dun Jabi menyampaikan hajat Mok Jah kepada kami. Tindakan segera diambil untuk mendapatkan sebuah kerusi roda dan semalam Ahad 6 November 2016, senyum lebar terukir di wajah Mok Jah menerima sumbangan yang tak seberapa dari PAS Jabi. Setiausaha Muslimat PAS Jabi memaklumkan, bila dia maklumkan kepada Mok Jah kami nak datang bawa kerusi roda, terus Mok Jah menangis. Lama rupanya dia menyimpan hajat untuk memilikinya. Terdetik rasa bersalah kerana saya lambat mendapat maklumat.

Kebajikan itu bermakna mempermudahkan. Jangan disusahkan seorang ibu tua untuk isi borang itu dan ini, kena dapatkan tandatangan orang itu dan orang ini serta segala macam karenah birokrasi hanya untuk mendapatkan sebuah kerusi roda.

Seorang ibu tua seperti Mok Jah tidak meminta-minta. Hidup ala kadar seadanya menghabiskan sisa usia yang berbaki. Senyum di wajah tuanya menyimpan seribu satu macam pengalaman hidup yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Masih berusaha untuk bercucuk tanam seadanya di sekeliling rumah sekadar untuk keperluan diri sendiri. Mengkagumkan bila dengan keadaan berkeuzuran begitu, masih menjadi rutin Mok Jah untuk pergi mengaji Quran di rumah anaknya dengan jarak kira-kira 100 meter lebih.

Tahun 2013, rumah yang didiaminya dijilat api. Dengan kudrat yang ada, ibu tua ini menyelamatkan diri sehelai sepinggang. Syukur kepada Allah, umurnya masih panjang. Semoga Allah terus melindungi dan merahmati Mok Jah di dunia ini dan digolongkan dalam kalangan hambanya yang solehah. - HARAKAHDAILY 7/11/2016

Penulis ialah Ketua Kebajikan PAS Terengganu merangkap Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi.

Sumber HD - 7-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan Jadi Duri Yang Melukakan Kaki Pejuang……

Oleh : Dr Azman Ibrahim

PAS bukan hanya parti politik malah lebih dari itu, PAS adalah sebuah Harakah Islamiyyah. Teras utamanya dakwah, tarbiyah dan siyasah.

Sumbangan PAS kepada Islam dan ummatnya mustahil kalau ada lagi orang tak nampak. Saya senaraikan secara santai dan mudah apa yang nampak tengok depan mata.

1. Di Jabi saja ada 24 surau dan masjid milik PAS di 24 buah kampung. Sentiasa dimakmurkan dengan solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu. Peranan masjid dan surau ini amat besar dalam pembangunan manusia dan masyarakat. Di Dun-Dun lain dan negeri lain ada banyak lagi. Jumlahnya di seluruh negara ada ribuan premis banyaknya. Betapa banyak jasa yang telah ditabur kepada masyarakat dengan kewujudan surau dan masjid ini.

2. Di Jabi saja ada 5 buah PASTI. Sebahagian kecil dari lebih 1000 buah PASTI yang ada di seluruh negara. Sejak kewujudannya lebih 30 tahun yang lalu, bayangkan berapa angka pelajar yang menjadi alumni PASTI. Saya tak ada angka tepat. Anak-anak dididik dengan asas agama dan tauhid. Tak pernah terbukti PAS terapkan ajaran sesat kepada anak-anak PASTI. Besar jasa PASTI kepada masyarakat dan pembangunannya.

3. Ada apa-apa bencana dan musibah yang menimpa rakyat, petugas PAS sentiasa di saf hadapan. Banjir, ribut, kebakaran, tanah runtuh dan orang lemas. Orang yang penglihatannya masih normal akan nampak petugas berbaju merah yang dipanggil Unit Amal. Tak kan kebaikan yang tulus ini pun nak dinafikan kerana bencikan PAS.


4. Keperitan rakyat marhaen, PAS sentiasa hadir bersama. PAS hadir bersama penoreh getah, nelayan, peneroka Felda, pekebun kecil dan golongan buruh serta pelbagai lagi kelompok rakyat tertindas. Bukan setakat bercakap dan menangani isu.

Dengan penuh rasa kebersamaan kita turut berkongsi rezeki kurnian Allah. Masuk kampung menyantuni rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kalau pun kita bencikan PAS, perlu diakui ini adalah suatu kebaikan.

5. Anak-anak yatim dan miskin sentiasa ada dalam agenda PAS. Suka duka mereka adalah sebahagian dari kehidupan kita. Uniform sekolah mereka, baju raya mereka kita sediakan sekadar yang termampu. Ini adalah kebaikan. Kita tak punya banyak wang tapi kita ada petugas dan kader yang tulus ikhlas bekerja. Besar ganjarannya sesiapa yang menyantuni anak-anak yang tak bernasib baik ini.

PAS sekarang ada lebih 1 juta ahli. Berjuta lagi penyokong dan mereka yang bersimpati dengan perjuangannya. Ada berjuta lagi anak-anak yang bakal mewarisi.

Kita boleh bermusuhan dengan orang PAS tapi mampukah kita bermusuhan dengan sebuah gerakan Islam yang bernama PAS. Melihat PAS dengan pandangan yang begitu negatif. Segala keburukan dikaitkan dengan PAS.

Islam bukan milik PAS. PAS adalah wadah yang memperjuangkan Islam. Tak nak bersama PAS tak apa. Tapi mari kita bersama-sama menegakkan Islam. Kalau Islam yang PAS bawa ini tak betul, silakan bawa Islam yang betul.

Kalau kita tak mampu tiang yang menyokong, maka jangan jadi duri yang melukakan kaki pejuang.
Jasa PAS dah berakar umbi dalam masyarakat. Kalau ibarat pokok durian, ini durian kampung yang Tok Ki kita tanam. Usianya dah lebih 60 tahun. Ramai anak cucu yang dah menikmatinya.

Janganlah kerana kita jumpa musang king yang kita rasa lebih sedap, maka kita nak tebang durian pusaka Tok Ki. Kamu nak makan musang king silakan. Durian Tok Ki jangan tebang. Anak cucu sedia mempertahankannya

Sumber BO - 30-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Karnival Dun Jabi 2016 catat rekod

DR AZMAN IBRAHIM | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42608-karnival-dun-jabi-2016-catat-rekod

Berlangsung selama 2 hari 3 malam, ternyata penganjuran buat julung kalinya ‘Karnival Dun Jabi 2016’ mencatat rekodnya yang tersendiri. Inilah program himpunan terbesar yang pernah dianjurkan dalam sejarah Dun Jabi.

Karnival membuka tirainya pada malam Jumaat 22 September 2016 dengan Program Bual Bicara yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus dan Ijam Medicine. Penampilan 2 selebriti terkenal tanah air ini berjaya mengundang kehadiran kira-kira 15,000 pengunjung yang memenuhi setiap sudut Dataran PGU jabi. Ijam terlebih dahulu menghangatkan suasana pentas sambil menggamit kembali kenangan peminatnya dengan lagu popular Kumpulan Medicine suatu ketika dahulu ‘Tika Dan Saat Ini’ dalam versi dakwah terbaru. Ribuan anak-anak muda yang mendominasi kehadiran di Dataran PGU Jabi mengikuti dengan penuh minat bait-bait nasihat agama secara santai yang dilantunkan oleh Ustaz Azhar Idrus selama sekitar 2 jam.

Pada pagi Jumaat, acara berjalan kaki ‘Langkah Karnival’ sejauh kira-kira 2 km turut diserta peserta paling tua, Mok Ngoh berusia 84 tahun dari Kampung Kerandang yang telah berjaya menamatkan misi berjalan kakinya tanpa sebarang masalah.

Selain dari pengunjung karnival berpeluang mengunjungi 70 buah gerai beraneka jualan yang disediakan, mereka juga telah memanfaatkan pelbagai khidmat kemasyarakatan yang disediakan seperti pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma, rawatan perubatan Islam, kempen derma darah, pameran serta ceramah anti dadah, pelbagai pameran serta banyak lagi.

Kuliah Maghrib Perdana oleh Kiyai Dr Haji Ahmad Najib Afandi yang diterbangkan khas dari Pesantren al Hikmah Jawa Tengah Indonesia berjaya memukau para hadirin dengan ceramah power beliau. Ternyata masyarakat sekitar Besut dan Setiu bisa memahami bahasa Indonesia dengan begitu baik. Solat hajat memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan pembentangan Pindaan RUU Akta 355 turut diadakan selepas Kuliah Maghrib Perdana.

Hidup ada ketikanya perlu bersantai. Acara santai ringan antaranya gusti lengan, boling kelapa, tarik tali, mengail ikan, dart, pertandingan gubahan berjaya mewujudkan suasana meriah dan menghiburkan pengunjung karnival. Dalam masa yang sama YB Hajah Siti Zailah Yusof mengiringi acara dengan slot ceramah motivasi muslimat.

Islam sama sekali tak memusuhi riburan. Kami tampilkan dalam slot Malam Kesenian Islam Kumpulan Qasidah Maahad Tahfiz Matlain Badrin, Kumpulan Nasyid ar Rasy, Kumpulan Nasyid Seedrain dan Zuar XPDC dengan petikan gitar akustik beliau.

Tentunya seni silat Melayu adalah juga antara acara wajib dipertontonkan. Warisan budaya yang perlu dikekalkan. 3 kumpulan silat telah memperlihatkan keindahan dan ketangkasan seni mempertahankan diri pusaka bangsa.

Akhirnya sekali lagi pada 24 September 2016, malam penutup Karnival Dun Jabi, Dataran PGU Jabi telah dibanjiri pengunjung untuk mengikuti Ceramah Perdana yang menampilkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Datuk Mohd Amar Abdullah, AJK PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat.

Rata-rata pengunjung yang hadir mengharapkan agar acara ini menjadi acara tahunan PAS Jabi malah sebahagian besar mereka berharap tempohnya boleh dilanjutkan melebihi daripada 3 hari.

Objektif untuk menjadikan Karnival Dun Jabi sebagai medan pertemuan semua lapisan masyarakat secara dasarnya telah berjaya. - HARAKAHDAILY 25/9/2016

Sumber HD - 25-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Persiapan Karnival Dun Jabi berjalan lancar

DR AZMAN IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/42543-persiapan-karnival-dun-jabi-berjalan-lancar

Dataran PGU Jabi merupakan satu kawasan tanah lapang seluas 4 ekar terletak di lokasi strategik di tengah-tengah Pekan Jabi di laluan jalan utama Jerteh - Kuala Terengganu.

Tanah milik keluarga Almarhum Haji Daud Samad, bekas Menteri Besar Terengganu di zaman Kerajaan PAS Terengganu tahun 1959 mula digunakan untuk penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) pada 2012 lalu yang menyaksikan puluhan ribu manusia berhimpun dalam satu program gilang gemilang yang telah dirasmikan oleh Almarhum Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Bersempena dengan penganjuran Program PGU tersebut, maka kawasan tanah lapang ini dinamakan DATARAN PGU JABI. Kini Dataran PGU Jabi dilengkapi dengan sebuah binaan pentas kekal, bekalan lektrik, bekalan air termasuk kemudahan tandas dan bilik air. Ia menjadi pusat untuk penganjuran program-program PAS Jabi dari 2012 sehingga sekarang.

Kini kenangan bagaimana Dataran PGU Jabi dikunjungi puluhan ribu manusia pada 2012 kita cuba gamit kembali dengan penganjuran KARNIVAL DUN JABI. Suatu acara yang julung kali akan diadakan. Persiapan ke arah itu sedang rancak dilakukan untuk menerima kehadiran pengunjung.

Bakal membuka tirai karnival pada hari Khamis 22 September 2016, jam 9.30 malam ialah program bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus & Ijam Medicine.

Sementara pagi Jumaat, 23 September 2016 akan diisi dengan acara sukan, langkah karnival, cabutan bertuah, sukaneka dan sumbangan kebajikan. Acara sukaneka dan persembahan silat akan bersambung pada petangnya.

Mengisi slot kuliah maghrib  pada malamnya ialah Kiyai Dr Hj Ahmad Najib Afendi yang diundang khas dari Pesantren al Hikmah Jawa Tengah, Indonesia. Pak Kiyai yang berkelulusan dari Baghdad dan memiliki ijazah PhD dari Morocco adalah teman sepengajian Pengarah Dun Jabi sendiri.

Selepas solat isyak, acara Malam Kesenian Islam akan memeriahkan tapak karnival. Nantikan penampilan Kumpulan Dikir dakwah, Xuar XPDC, Kumpulan Nasyid ar Rasy dan Kumpulan Sidrain.

Pagi Sabtu 24 September 2016 pula dikhususkan untuk acara muslimat dengan pelbagai acara menarik. Ahli Parlimen Rantau Panjang Kelantan, YB Hajah Siti Zailah Mohd Yusof akan menyampaikan ceramah motivasi.

Pada petang Sabtu 24 September, slot ceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan mengisi ruang program.

Pengunjung juga berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan dengan pasukan doktor yang akan berada di tapak karnival sepanjang program.

Bagi yang berminat dengan perubatan Islam, perawat as Syifa' juga akan menyumbangkan khidmat rawatan kepada anda.

Dalam masa yang sama, pengunjung berpeluang berbakti dalam kempen derma darah. Tabung Darah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akan berada di tapak karnival pada pagi Sabtu 24 September 2016. Bersama kita berbakti dengan menderma darah.

Akhir sekali pada malamnya, program ceramah penutup akan menutup tirai karnival. Ceramah ini menampilkan YB Dato' Nik Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pesuruhjaya PAS Terengganu dan  Ustaz Dr Riduan Mohd Noor, AJK PAS Pusat.

Program ini terbuka dan semua lapisan masyarakat dijemput hadir.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi
19 September 2016 - HARAKAHDAILY 19/9/2016

Sumber HD - 19-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































'Orang tua pangkah dacing sejak zaman kapal layar'

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42237-orang-tua-pangkah-dacing-sejak-zaman-kapal-layar

GOMBAK: Buat julung kalinya kira-kira 50 orang anak-anak Jabi di perantauan sekitar Lembah Kelang dihimpunkan dalam satu program ‘Jupo Mato Anok-Anok Dun Jabi’, semalam.

Pengarah program merangkap Ketua Unit Pengundi Luar dan Pos Jabatan Pilihanraya Dun Jabi, Mohd Rosdi Ibrahim menyatakan bahawa tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan silaturahim antara sesama anak Jabi yang berada di perantauan.

Tambah beliau lagi, program ‘Jupo Mato’ (bertemu mata) di Lembah Klang ini adalah siri yang kedua seumpamanya setelah sebelum ini pernah diadakan di Kuantan. Perancangan seterusnya ialah ke selatan tanah air di Johor Bharu.

Jamuan nasi dagang yang disediakan oleh tukang masak yang dibawa khas dari Jabi menjadi menu pembuka selera sambil beramah mesra antara perantau yang hadir.

Majlis berlangsung dengan agak meriah dalam suasana santai penuh kekeluargaan yang turut diserikan dengan kehadiran pimpinan Majlis Tindakan Dun Jabi, Ulamak, Pemuda dan Muslimat.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim ketika berucap meraikan anak-anak Jabi yang hadir menekankan tentang peri pentingnya peranan yang perlu dimainkan bersama demi untuk melihat kemenangan Islam.

“Setiap dari kita berada di suatu sudut yang berbeza di medan ini. Kita perlu jaga sudut masing-masing supaya tidak dicerobohi. Orang-orang tua kita telah meletakkan satu asas perjuangan yang kukuh di kampung halaman dengan segala susah payah dan pengorbanan.

"Tinggal kita generasi anak-anak meneruskan lagi kerja-kerja ini dengan matlamat yang paling tinggi untuk melihat syariat Allah didaulatkan,” tegas Dr Azman.

Anak-anak Jabi yang menyumbang bakti di sekitar Lembah Kelang terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan dan pekerjaan.

Dari yang berkelulusan PhD bertugas sebagai pensyarah universiti, calon sarjana, guru, anggota pasukan keselamatan, eksekutif syarikat swasta, peniaga dan pelbagai lagi.

Agak menarik apabila melihat sebahagian anak-anak Jabi yang hadir, sebenarnya ibu bapa dan orang-orang tua mereka di kampung masih merupakan penyokong tegar BN.

Walau berpendirian politik yang berbeza dengan ibu bapa, tekad mereka adalah untuk bersama menyumbang tenaga, buah fikiran dan wang ringgit demi kemenangan Islam.

“Nak buat lagu mana. Orang tua kita dah pangkah dacing sejak zaman kapal layar lagi. Payah nak ubah. Kita anak-anak pujuk slow-slow” ujar seorang perantau yang berasal dari Felda Selasih yang dikenali sebagai antara kubu kuat BN di Jabi.

Ketika mengajak anak-anak perantau Jabi merenung sejenak tentang hakikat kehidupan yang dilalui oleh saudara mara mereka di Jabi, Dr Azman menyatakan, “Jabi kampung halaman kita masih terlalu jauh ketinggalan. Sebuah mesin ATM pun tak ada di tempat kita. Bilangan rakyat miskin tegar yang memerlukan bantuan ada di segenap kampung walaupun pihak Kerajaan Negeri menyatakan bahawa bilangan rakyat miskin tegar di seluruh negeri Terengganu tak sampai 50 orang bilangannya tetapi realiti sebenar dalam masyarakat adalah berbeza. Semua ini menuntut keprihatinan kita bersama”. - HARAKAHDAILY 22/8/2016

Sumber HD - 22-8-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Tak Perlu Jadi Erdogan

Oleh: Dr Azman Ibrahim
Bila tengok rakyat Turki bangun mempertahankan kerajaan Erdogan dari kudeta tentera, maka ramailah yang bersuara supaya PAS juga berubah menjadi seperti parti AK pimpinan Erdogan. Dipertahankan oleh rakyat dengan darah dan nyawa. Katanya lebih baik jadi parti yang tidak bercakap Islam tetapi dipertahankan oleh rakyat daripada menjadi parti bernama Islam tetapi ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya.
Kalau ada lagi mana-mana kudeta yang berhasil ditumpaskan rakyat di mana-mana negara lain, orang seperti ini akan bercakap supaya PAS ikut stail parti yang memerintah negara tersebut pula.
Begitulah kelompok ini akan terus menjadi lalang tanpa identiti dan prinsip perjuangan. Pergi berjalan seminggu ke Turki, dia balik dengan berdegar-degar bawak idea orang Turki, pergi pula 5 hari ke Tunisia, dia balik dengan idea-idea made in Tunisia. Pergi ke Mesir, terpikat pula dengan cara Mesir!
Inilah antara ciri kegagalan kita memahami realiti perjuangan di bumi sendiri. Ianya munasabah kerana biasanya yang bersikap dan berpandangan sebegini ialah individu yang tak berpijak di alam nyata. Politik alam maya serta politik persepsi menjadi aqidah. Realiti masyarakat Turki nak diukur dengan orang Malaysia.
Dilaung-laungkan bahawa parti AK banyak mempelopori program-program kebajikan untuk rakyat maka kerana itu mereka disayangi rakyat. Saya sekadar nak test, “doh wat mari pitih sikit nak buat kebajikan dalam kampung. Ramai orang susah hok kita kena tolong. Demo gi bagi sendiri tak apa. Kita tolong susun program.” Kena buah ni dia terus diam.
Dikatakan PAS adalah parti slogan manakala parti AK tak berslogan pun, tapi berusaha untuk melaksanakan Islam. Haha… Hanya orang buta dan pekak saja yang kata PAS hanya berslogan tanpa perlaksanaan.
Mereka tak jumpa dengan fakta bahawa PAS adalah antara parti Islam yang paling berpengalaman dalam dunia dan menjadi rujukan gerakan-gerakan Islam dari seluruh dunia. Kalaulah mereka ada bersama ketika Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah di Rusila dulu dan melihat bagaimana pemimpin-pemimpin gerakan Islam dari seluruh dunia duduk di sekeliling Presiden PAS mengajukan persoalan tentang pelbagai permasalahan dunia lalu mendengar penjelasan Tuan Guru dengan penuh ketekunan.
PAS bukannya parti rigid yang menolak perubahan. Manusia memang perlu serta wajib berubah. Tetapi ada sesuatu yang tak mungkin diubah oleh PAS. Islam sebagai dasar perjuangan!                                                                                                                                                                                      Sumber BO - 18-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Pemimpin tak mahir interaksi dengan media akan tertinggal























































































AZMAN IBRAHIM | .


WEBSITE saya www.drazmanibrahim.com dah lama tak aktif. Sebabnya saya kaji kecenderungan pembaca sekarang agak kurang kepada website peribadi. Majoriti lebih gemar mendapatkan info dari media sosial.

Walaupun begitu saya masih mempunyai ruang dalam website untuk berkongsi pandangan dan berita seperti BuletinOnline Dotnet dan Harakahdaily. Azmi Yusof menyediakan saya satu Kolum dalam Harakahdaily walau agak jarang diisi.

Abang Aziz Muda di Harakah cetak adalah sahabat wartawan yang banyak membantu memaparkan tulisan-tulisan saya.

BuletinOnline Dotnet ialah media rasmi PAS Terengganu. Terima kasih kepada sahabat Sazali Mohd Noor yang mengendalikan Buletin Online dgn penuh komited.

Ada ketikanya Sinar Harian juga menjadi medan untuk saya menulis. Terima kasih kepada SH terutama wartawan Saidatul Fadzilah kerana selalu sudi menyiarkan tulisan-tulisan dan statement saya.

Media adalah komponen penting dalam dakwah dan politik. Pemimpin yang tak mahir berinteraksi dengan media akan tertinggal ke belakang. – HARAKAHDAILY 22/4/2016

Sumber HD - 22-4-2016

Pok Mat Nyior, Kak Dah Akok dan Pok Leh Pok

DR AZMAN IBRAHIM | .


TAHAP pendidikan rendah antara punca tekanan hidup tinggi. Begitulah maksud kata-kata Perdana Menteri ketika memberikan jawapan di Dewan Rakyat pada 30 Mac 2016. “Kalau setakat ada SPM sahaja, tiada diploma, sarjana dan kemahiran tertentu, kita tidak boleh dapat pekerjaan yang beri pendapatan yang baik.” Kata Najib.

Tanpa menafikan kepentingan pendidikan tinggi kepada rakyat kepada rakyat, saya nak mengajak pembaca menilai kenyataan PM ini dari pelbagai sudut berbeza.

Benarkah kerajaan telah menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat dengan jumlah tempat yang mencukupi berdasarkan keperluan rakyat?

Saya melihat kegagalan kerajaan bermula dari peringkat serendah pelajar lepasan UPSR yang mendapat keputusan cemerlang 5A tetapi terkial-kial serta terpaksa merayu ke sana ke mari hanya untuk mendapatkan tempat belajar di sekolah yang lebih baik sama ada di Sekolah Berasrama Penuh atau Sekolah-Sekolah Cluster, sepadan dengan penat lelah dan usaha mereka berusaha siang malam untuk mencapai keputusan cemerlang tersebut.

Kita seolah-olah mengemis untuk mendapatkan sesuatu yang kita berhak. Ini adalah pengalaman nyata diri sendiri dan ramai lagi para ibu-bapa.

Di antara banyak alasan yang diberikan oleh pihak berwajib bagi menjelaskan kegagalan pelajar-pelajar cemerlang ini mendapatkan tempat, bagi saya hanya satu yang boleh diterima iaitu tempat adalah terhad dan pelajar cemerlang sangat ramai.

Yang dapat 5A UPSR melebihi 30,000 pelajar sementara Sekolah Berasrama Penuh hanya mampu menyediakan tempat kepada kira-kira 9,000 pelajar sahaja.

Semua pihak berusaha untuk cemerlang, apabila cemerlang akhirnya tempat pula tak mampu menampung mereka atau dengan istilah lain kerajaan tak mampu menguruskan anak-anak bangsa yang cemerlang dengan baik. Tanpa kita menafikan sama sekali peranan sekolah-sekolah harian yang ada.

Pendidikan di peringkat tinggi pula di samping tempat dan peluang yang terhad jika dinisbahkan dengan bilangan pelajar, ia sangat membebankan walau sepatutnya bidang pendidikan wajib menjadi keperluan asasi rakyat yang boleh dilalui dengan kos yang paling minima kalau pun bukan percuma sepenuhnya.

Keluar dengan sekeping kertas yang dipanggil ijazah, jangan ingat laluan hari depan akan cerah. Yang lulusan perubatan dan pergigian pun sekarang terpaksa menunggu sehingga setahun lebih sebelum boleh mula berkhidmat dan menerima gaji pertama.

Ada adik-adik lepasan pergigian dari Mesir yang sudah menganggur sehingga dua tahun tapi belum lagi dipanggil untuk melaporkan diri bertugas. Puncanya ialah kerana perjawatan yang terhad atau dengan istilah mudah yang orang kampung boleh faham, kerjaan tak ada pitih untuk bayar gaji mereka!

Ini graduan bidang perubatan dan pergigian yang biasanya tak pernah bermasalah untuk memasuki lapangan pekerjaan. Apatah lagi bidang-bidang lain.

Seorang teman baik berkelulusan ijazah kejuruteraan dari Universiti Islam Antarabangsa, pelbagai kerja yang dia telah buat walau tak sepadan sama-sekali dengan kelulusannya dan akhirnya sekarang dia balik kerja di kampung jual getah skrap.

Saya tak tahu apakah kawan saya ini satu-satunya penjual getah skrap berkelulusan ijazah kejuruteraan.
Bila jual getah skrap maka faham-faham sendirilah dengan keadaan harga getah sekarang bagaimana kehidupan dia sekeluarga.

Saya juga boleh tunjukkan ada kawan-kawan yang berkelulusan kejuruteraan kerjanya jual kad prabayar telefon.

Sama ada percaya atau tidak kalau saya maklumkan, maklumat yang diperoleh dari seorang rakan di Bahagian Sumber Manusia sebuah Hospital Universiti tempatan, apabila dibuka iklan kekosongan beberapa jawatan atendan di hospital tersebut yang bilangan kekosongan tersebut tak sampai pun 10 orang, Masya-Allah!

Borang permohonan yang diterima mencecah ribuan orang. Maaf untuk dinyatakan bahawa ramai juga yang berkelulusan ijazah tetapi memohon untuk menjadi atendan hospital. Satu jawatan yang tak sepadan sama sekali dengan ijazah yang dimiliki.

Mereka ini menamatkan pengajian dengan beban hutang pinjaman pengajian berjumlah puluhan ribu malah mencecah ratusan ribu bagi yang belajar di luar negara. Kerja tak ada, macam mana nak sara diri, keluarga dan nak bayar hutang?

Bukankah ini semua mewujudkan tekanan walau sebenarnya mereka berpendidikan tinggi. Siapakah yang menjadi punca tekanan ini?

Menyalahkan orang kampung dan rakyat yang tak berpendidikan tinggi sebagai antara punca tekanan hidup bagi saya adalah kenyataan cetek maklumat dari seorang PM.

Datanya jelas. Banyak masalah negara dalam soal kewangan sama ada rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan yang sewaktu dengannya dicetuskan oleh kelompok manusia berpendidikan tinggi. Kenapa mereka rasuah dan menyeleweng kalau bukan kerana tekanan hidup?

Saya tak pernah tengok seorang bernama Mamat bin Salleh atau mesra dipanggil dikampung sebagai Pok Mat Nyior disebabkan kerjanya di kampung sebagai tukang kupas kelapa diheret ke mahkamah kerana pecah amanah wang syarikat sebanyak RM200 ribu.

Saya juga tak pernah dengar seorang bernama Midah binti Mamat atau mesra dipanggil di kampung sebagai Kak Dah Akok oleh kerana kerjanya jual kuih akok dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari kerana mengelapkan wang syarikat RM100 ribu.

Saya juga tak pernah dengar seorang yang bernama Salleh bin Jusoh atau dikenali sebagai Pok Leh Pok disebabkan kerjanya jual pok getah atau getah skrap dipanggil ke pejabat SPRM untuk membantu siasatan berkaitan satu kes salah guna kuasa di sebuah Kementerian di Putrajaya.

Insan-insan seperi Pok Mat Nyior, kak Dah Akok dan Pok Leh Pok adalah manusia biasa dalam masyarakat yang berusaha mencari kehidupan dengan tulang 4 kerat mereka. Mereka tak berkelulusan tinggi tapi mereka tak mencetuskan masalah kepada orang lain.

Tekanan hidup yang mereka lalui sekarang bukan kerana mereka dulu tak belajar tinggi tetapi kerana kesilapan keputusan-keputusan yang dibuat oleh mereka yang berkelulusan tinggi di Putrajaya sana.

Bukan Pok Mat Nyior yang tukang umum harga minyak naik. GST bukan idea dari Kak Dah Akok. Kak Dah Akok juga tak terlibat memansuhkan biasiswa kepada pelajar-pelajar universiti. Lektrik naik, tol naik, tambang bas naik, harga barang naik semuanya bukan kerja Pok Leh Pok yang tukang tanda tangan buat keputusan.

Yang buat keputusan tu semuanya ngaji tinggi belaka.

Yang songlap duit negara beratus juta semuanya ngaji tinggi. Yang rasuah ratusan ribu pun ngaji tinggi. Yang terima dana 2.6b pun ngaji tinggi. Yang suka joli sana-sini sampai tak sedar diri adalah bini orang ngaji tinggi.

Yang negara duduk tanggung makan pakai, rumah tempat tinggal, bil api, bil air, bil telefon, minyak kereta, bayaran tol, tiket kapal terbang, hotel, malah beli kapal terbang dengan pitih rakyat untuk dia adalah orang ngaji tinggi.

Pitih kutip dari orang kampung yang tak belajar tinggi. Orang cerdik yang tukang senang dan mewah.

Pok Mat Nyior, Kak Dah Akok dan Pok Leh Pok tak pernah tuntut bayaran apa-apa pun dalam hidup dia. Malah mereka yang selalu bayar macam-macam. Ada motor buruk sebuah pun di samping kena bayar cukai jalan, bayar lesen, ada ketika kena saman.

Tapi mereka tetap senyum dan senyum. Yang nampak berkerut muka adalah orang di Putrajaya sana. – HARAKAHDAILY 31/3/2016

Tulisan ini diambil daripada FB beliau.

Sumber HD - 31-3-2016

Memori Lalu……..

Posted on Tuesday, March 08 @ 20:21:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Oleh: Dr Azman Ibrahim 

Semalam saya merasmikan mesyuarat Agong PAS Cawangan Gong Nangka, Jabi untuk kali yang ke 5. Mesyuarat Agong Cawangan Gong Nangka ini mengingatkan saya pahit getir yang kita lalui sehingga akhirnya cawangan ini berjaya ditubuhkan sebagai ahli keluarga besar PAS DUN Jabi 5 tahun lalu.

Agak menarik kerana ceramah umum sempena penubuhan cawangan ini dihadiri oleh Mat Sabu yang ketika itu baru memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS. Dia dah janji dengan saya, lepas menang jawatan Timbalan Presiden, dia akan datang ke Jabi. Ketika itu Mat Sabu adalah antara penceramah yang mampu menarik ribuan audien untuk hadir.

Tragedi yang tak disangka ketika himpunan BERSIH kira-kira 2 minggu sebelum Mat Sabu dijadualkan datang ke Jabi, beliau terlibat dalam kemalangan sehingga terpaksa berkerusi roda.
Saya masih ingat, untuk memudahkan pergerakan beliau menggunakan kerusi roda dalam flight, saya beli tiket business class dari KL ke Kota Bharu untuk Mat Sabu dan isterinya dengan duit poket sendiri walau saya sendiri tak pernah sentuh seat business class dalam flight.

Hehehe… masa mesyuarat Gong Nangka semalam, jumpa dengan seorang anggota keselamatan PAS Jabi yang ditugaskan mengiringi Mat Sabu sepanjang program ceramah tersebut.
Dia kata…

“5 tahun dulu ambo angkat Mat Sabu dari tempat penginapan naik kereta, sampai tempat ceramah ambo angkat lagi turun dari kereta lepas tu angkat naik atas rumah untuk makan nasik. Lepas makan, ambo angkat pulok turun dari rumah dan angkat lagi naik kereta. Sampai dekat pentas ambo angkat pulok turun kereta dan angkat naik atas pentas. Lepas selesai ceramah, ambo angkat turun dari pentas dan angkat semula naik kereta!”

“Kalu ambo tahu dia nak jadi kuca lagu ni, masa tu lagi ambo rembah doh!!!”

Hahaha… ambo hanya senyum. Tapi inilah sebenarnya isi hati petugas PAS di peringkat bawah. Sayang mereka kepada pimpinan usah dipertikai. Tapi bila pimpinan khianat, maaf… tiada ampun bagimu.

***Dr Azman ialah Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi

Sumber TKO - 8-3-2016

Pak Do Barat dan Sisi Kehidupan Rakyat Marhaen

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Tragedi seorang wanita berusia 37 tahun yang maut dalam keadaan tragis dengan badannya hancur digilis kenderaan dalam kejadian langgar lari di Kampung Anak Ikan, Jabi pada dinihari 1 Mac, 2 hari lepas sangat menyedihkan.

Semalam PAS Dun Jabi mengunjungi bapa Allahyarhamah yang dikenali sebagai Jusoh Sulaiman atau mesra dipanggil Pak Do Barat berusia 76 tahun di Kampung Anak Ikan, Jabi. Kunjungan yang mengungkap sisi pilu kehidupan rakyat marhaen yang tak diketahui ramai.


Rumah Pak Do Barat, di Kampung Aanak Ikan Jabi, Besut, Terengganu

“Ambo duduk sorang loni, anak mati kena tepoh (langgar) mmaring…” Sayu luahan Pak Do Barat kepada kami.

Walaupun Allahyarhamah mangsa kemalangan maut tersebut dimaklumkan adalah insan istimewa yang mempunyai sedikit kurang upaya dari segi mental, tetapi sekurang-kurangnya dia menjadi peneman Pak Do Barat selama ini.

Dalam usia yang lanjut sebegitu, ditambah pula Pak Do Barat mempunyai kecacatan di bahagian mata serta tinggal bersedirian di rumah, kehidupan seharian yang dilalui Pak Do Barat sangat menyentuh hati kami. Rumah tempat tinggal beliau hanya cukup syarat untuk dipanggil rumah. Jauh untuk nak diistilahkan sebagai kediaman yang selesa.


“Ambo duduk sorang loni…….” Sayu luahan Pak Do Barat

Kerja beliau dari muda lagi mengambil upah mengupas kelapa atau ‘koyok nyior’ mengiku istilah orang Besut dengan pendapatan yang tak seberapa. Mudah untuk difahami akan kesukaran hidup yang dilalui Pak Do Barat.

Atas semangat bukan sekadar mata memandang, tapi biarlah sama bahu memikul, PAS Jabi mengambil inisiatif dengan bantuan para dermawan untuk menyediakan bantuan bulanan sekadar yang termampu kepada Pak Do Barat. Biarlah walaupun Pak Do Barat dikenali di Kampung Anak Ikan sebagai penyokong tegar parti dacing.

Simpati kita atas dasar kemanusian dan rasa bersama kita sesama manusia. Kebajikan tanpa sempadan politik amalan kita.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami.

*** Dr Azman Ibrahim
Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu
Merangkap Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi

Sumber BO - 3-3-2016


Kita bangga dengan Syeikh Ahmad Yassin, kenapa tidak dengan Almarhum Dato’ Harun


Posted on Tuesday, January 26 @ 11:26:36 MYT by paktam

Oleh: Dr Azman Ibrahim


“Dr… Minta maaf, ana nak menyusahkan doktor sikit.” Suara sahabat baik saya, Haji Hassan Wahid yang berkhidmat sebagai pembantu peribadi Almarhum Ustaz Dato’ Harun Taib kedengaran di hujung talian telefon sehari sebelum menjelang Muktamar Tahunan PAS ke 56 pada Jun 2010 yang berlangsung di Kota Bharu.

“Silakan Haji… kalau ana boleh tolong, insyaAllah ana bantu.” Jawab saya penuh rasa ukhuwwah dan persahabatan.


“Macam ni Dr, klinik Dr ada tak kerusi roda. Ustaz nak pinjam untuk guna masa Muktamar nanti. Kerusi roda yang guna di rumah sekarang dah rosak.” Pinta sahabat saya ini.

“Ooo…minta maaf, kerusi roda tu tak ada di klinik sekarang. Tapi Haji jangan bimbang. Serah pada ana, ana akan cari sampai dapat. Esok bila dah sampai di Kota Bharu, call ana dan mari ambik kerusi di klinik.”

Kalau tak silap saya, masa tu dah petang hari khamis. Esoknya Jumaat semua kedai tutup. Saya terus menelefon Dr Ramli Mamat, sahabat baik yang memiliki sebuah klinik di Wakaf Che Yeh untuk bertanya kalau-kalau beliau memiliki sebuah kerusi roda yang boleh dipinjamkan sementara. Sekarang YB Dr Ramli Mamat adalah EXCO Kerajaan Kelantan.

“Wheel chair tu, ambo ada Dr Man, tapi buruk sangat. Dok tergamok nak bagi pinjam ko Ustaz…” Jawab Dr Ramli.

“Ginilah…Dr Man tolong cari dengan supplier, kosnya biar ambo bayar.” Dr Ramli menawarkan khidmatnya bila saya maklumkan, yang nak guna wheel chair itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
“Tak apa Dr Li, terima kasih banyak-banyak. Bukan masalah kos. Cuma masa semput sangat, takut tak sempat nak cari.”

Lantas saya menelefon beberapa orang pembekal peralatan perubatan. Alhamdulillah, seorang daripadanya memiliki barang yang saya hajati ini. Ada lagi masalahnya, sekarang beliau berada di luar Kelantan dan hanya akan sampai balik ke Kota Bharu menjelang tengah malam. “Tak apa… tengah malam atau dinihari, bila sampai call saya, saya akan pergi ambik!”

Syukur kepada Allah, hajat seorang ulama yang sebenarnya terlalu murah nilainya dapat saya tunaikan. Apa sangat nilai kerusi roda RM300 untuk kegunaan seorang mujahid sejati yang sedang keuzuran ketika itu.

Sebenarnya Almarhum Ustaz Harun sudah lama uzur sebelum dari Muktamar PAS tahun 2010 lagi. Tapi beliau tetap menggagahkan diri untuk hadir walaupun ucapannya dibacakan oleh Timbalannya. Seingat saya yang masih agak baru di dalam saf kepimpinan PAS dan menjadi perwakilan ke Muktamar, hanya Almarhum seorang yang berada di atas pentas dalam keadaan berkerusi roda.

Pernah kedengaran di telinga saya orang yang merungut, “Ustaz Harun tu dah uzur, masih nak pegang jawatan lagi. Berilah kepada orang lain yang lebih sihat.”

Saya menjelaskan dengan rasa sedikit terkilan atas anggapan sebegitu. “Kita selalu bangga bila menceritakan perjuangan Syeikh Ahmad Yassin yang berkerusi roda dan memimpin HAMAS berhadapan dengan Israel sehingga syahid. Kenapa kita tidak boleh bangga dengan Ustaz Harun yang berkerusi roda tetapi masih sedia berjuang. Sepatutnya awak yang sihat malu dengan diri awak sendiri. Tubuh saja sihat, tetapi dengan kesihatan yang awak ada, mana bahagian untuk Islam?”

Bagi saya, insan hebat sepertinya, bukan setakat berkerusi roda, kalau terbaring di tempat tidur pun, kita masih perlukan buah fikirannya sekalipun jasadnya sudah tak berdaya. Lemahnya sekujur jasad seorang pejuang di jalan Allah adalah kerana tenaga yang telah dicurahkan demi untuk melihat syariat Allah ditinggikan.

Buat Almarhum Tuan Guru Dato’ Haji Harun Taib… Pulanglah kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Dengan rahmat Allah, kamu adalah di kalangan hamba yang soleh dan tempatmu adalah di syurga.

Sumber DD - 26-1-2016






















































































Tabahlah Adik Mohd Hasif, kami menyayangimu

DR AZMAN IBRAHIM | .


Ketika saya bersama Saudara Abdul Hadi Mohamad, Setiausaha Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu tiba di rumah Dr Siti Sabarian Samian dan Encik Mohd Azalan di Telok Panglima Garang, Selangor, kami disambut mesra oleh Encik Mohd Azalan.

Sambil berbual mesra dan bertanya khabar di anjung rumah yang dikelilingi ladang kelapa sawit sambil menunggu ketibaan Pesuruhjaya PAS Terengganu dan rombongan,  saya cepat merasa kagum dengan ketinggian peribadi, kemesraan ukhuwwah dan sifat kasih sayang yang dipamerkan di wajah Encik Mohd Azalan yang merupakan seorang jurutera elektrik di TNB.

Hari petang yang mula mendung dan gerimis mula menitik membasahi bumi Telok Panglima Garang. Muncul Adik Mohd Hasif Abdul Halim mengambil kasut sekolah miliknya dan 2 abang sepupunya dari jemuran untuk mengelakkan dari dibasahi hujan.

“Hasif… mari salam dengan doktor.” Dengan penuh kelembutan Encik Azalan memanggil anak saudaranya. Semasa memeluk tubuh kecil Hasif, hati saya sebak dan air mata menitis tanpa dipinta.

Tubuh kecil yang diuji Allah dengan ujian yang teramat berat. Ujian yang belum tentu mampu dipikul oleh kita yang telah berada dialam dewasa.

Kata Dr Siti Sabariah, semenjak dibawa balik ke rumahnya dari Kuala Terengganu, Hasif tak menangis. Ada ketikanya bila bersendirian, Hasif akan membelek-belek gambar kenangan bersama 5 ahli keluarganya di skrin telefon bimbit. Gambar kenangan ketika mereka sekeluarga bercuti di Melaka sebelum kejadian. Ayah, Ibu bersama 3 kakaknya yang telah pergi mengadap Ilahi dalam tragedi pilu di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu. Biasanya cepat-cepat Dr Siti Sabariah akan memeluk anak saudaranya yatim piatu ini. “Hasif sayangkan mereka, mama juga sayangkan mereka…”

Mengimbas apa yang telah berlaku, Dr Siti Sabariah menceritakan, jarak tempoh masa 5 ahli keluarganya tenggelam dengan waktu Hasif dijumpai oleh orang awam adalah kira-kira 1 jam.

Bermakna anak kecil ini telah melalui satu tempoh masa 1 jam bersendirian di tepi gigi air yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Tiada siapa yang menjadi saksi mata kejadian tragis itu kecuali Hasif seorang. Dr Siti Sabariah sekeluarga yang menerima berita pilu ini terus bertolak ke Terengganu dari Selangor.

Dalam perjalanan ke Terengganu, beliau menerima kiriman sekeping foto di skrin telefon bimbitnya yang memaparkan gambar jasad 5 ahli keluarganya yang terbaring kaku di tepi air terjun dengan budak baju merah (Hasif) terduduk  di atas pasir.

Foto pilu yang menyebabkannya menangis semahunya ketika dalam perjalanan sehingga suaminya berusaha untuk menenangkannya. “Kita bawak Hasif balik,” kata suaminya.

“5 ahli keluarga yang kami kasihi telah pergi tetapi Allah mengantikannya dengan beribu saudara lain yang menyayangi Hasif,” kata Dr Siti Sabariah dengan sayu.

Anak kecil ini agak pendiam tetapi terserlah kecerdikannya. Suatu hari terpancul soalan dari mulutnya diajukan kepada ibu saudaranya yang penyayang… “Orang dalam syurga tu macam mana ya? Pakai baju warna apa? Dia boleh rasa tak apa yang Hasif rasa? Boleh dengar tak apa yang Hasif cakap?”

Ketika anggota polis yang menyiasat kes datang ke rumahnya dari Terengganu untuk mengesahkan kertas siasatan yang mereka buat, Hasif membaca dengan teliti kertas siasatan yang mencatatkan baris demi baris kronologi peristiwa kejadian. Anak kecil ini mampu mengingat dengan jelas bagaimana seorang demi seorang insan-insan bertakhta di hatinya ditenggelami Air Terjun Belukar Bukit.

Kata Dr Siti Sabariah, “Arwah Abang Halim seorang yang kuat beragama, dia inginkan ruang privasi yang jauh dari orang ramai untuk berkelah bersama keluarganya. Mungkin sebab itu dia pergi ke tempat yang tak ramai orang…” Takdir menentukan Air Terjun Belukar Bukit menjadi lokasi Arwah Abdul Halim Samian sekeluarga dipanggil mengadap Allah. Innalillah wainna ilaihi raajiuunn…

Benar sebagaimana yang dikatakan oleh Dr Siti Sabariah, ayah, ibu dan 3 kakak Hasif telah pergi tetapi Hasif masih mempunyai beribu saudara yang mengasihinya di dunia ini. Kita adalah salah seorang dari mereka.

Pada Sabtu 9 Januari 2016, bagi menunaikan amanah orang ramai yang menyumbang melalui Tabung Adik Hasif yang diuruskan oleh PAS Terengganu maka sumbangan tersebut sebanyak RM15,000 telah diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat kepada Adik Hasif sendiri dalam majlis ringkas dan sederhana yang turut dihadiri oleh YB Dr Alias Razak, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Hj Muhyiddin Abdul Rashid, Setiausaha PAS Terengganu, Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin, Bendahari PAS Terengganu serta Abdul Hadi Mohamad, Setiausaha Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu. - HARAKAHDAILY 10/1/2016

Penulis ialah Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu.

Sumber HD - 10-1-2016

‘Boikot’ Media Putar Belit!

“PAS Sedia Lupakan Kesalahan Umno kata Setiausaha Agong PAS.” Begitulah bunyi laporan dalam portal The Malaysian Insider. Dato Setiausaha Agong PAS telah memberikan penjelasan terperinci terhadap berita yang telah di ‘spin’ oleh portal berita internet ini. Tafsiran sendiri yang memutar belit kenyataan pihak lain serta meletakkan tajuk yang direka sendiri untuk kelihatan sensasi dan mampu menarik pembaca adalah satu jenayah media yang tak beretika.

Ini juga bukanlah kali pertama The Malaysian Insider menyiarkan berita putar belit. Malah sudah banyak kali dan berulang-ulang kali. Yang selalu menjadi mangsa ialah PAS. Bermakna agenda tersembunyi The Malaysian Insider terhadap PAS sudah terang lagi bersuluh. Dulu saya juga pernah menulis artikel untuk The Malaysian Insider walau tak pernah dibayar apa-apa ketika TMI kelihatan membawa imej sebagai suatu media maya yang bebas, tapi tidak lagi sekarang. Syukur kepada Allah kerana saya tak pernah merasa walau satu sen duit dari TMI.

Kita sedia faham bahawa laman berita seperti The Malaysian Insider terlibat dalam bisnes media. Punca pendapatan utama mereka adalah dari sumber iklan syarikat-syarikat gergasi. Tarikan utama syarikat-syarikat gergasi untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka ialah kepada portal berita yang mendapat hit yang tinggi. Mereka mendapat hit yang tinggi kerana kita pembaca yang melawat laman mereka dan membaca berita yang disiarkan walau kita tahu itu bukan lagi satu media yang beretika.

Dalam tak sedar kita sebenarnya turut menyumbang kepada nama baik portal berita ini. Cuba kita semua pakat boikot dan jangan buang masa melawat laman seperti ini, boleh bayangkan apa akibat yang mereka akan tanggung. Kehilangan pelawat bermakna hit mereka menurun. Tak ada pelawat risikonya syarikat pengiklan akan lari. Syarikat pengiklan lari, mereka akan kehilangan sumber kewangan. Lepas tu boleh faham sendiri apa yang bakal berlaku. Nampak tak cara mudah untuk kita mengajar mereka?

Saya selalu mengingatkan kawan-kawan penulis serta pengiat media bahawa apa yang kita ketip pada papan kekunci komputer akan ada perhintungan dosa dan pahala di hadapan Allah. Kalau yang menulis tu bukan Islam, awak tetap ada tanggungjawab moral. Malah kalau tanya apa agama sekalipun samada kristian, budha, hindu dan agama-agama lain, saya yakin semua agama melarang fitnah dan putar belit. Mustahil yang menulis itu tak beragama sehingga mereka merasa bebas untuk melakukan apa sahaja.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu.
21 Disember 2015.

Sumber BO - 21-12-2015





















































































Tragedi lemas: Tabung Kebajikan Adik Mohd Hasif























































































HARAKAHDAILY | .


PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada semua keluarga serta saudara mara atas tragedi pilu yang menimpa Allahyarham Abdul Halim bin Samian dan Allahyarhamah Nurul Adila @ Salwati binti Awang serta 3 orang anak mereka.

Diiringi doa semoga Allah menempatkan mereka semua di bawah limpahan rahmat dan keredhaan-Nya.

Simpati kami yang tidak terhingga kepada anak yatim piatu Mohd Hasif Abdul Halim yang kehilangan ibu, ayah serta adik beradik dalam tragedi di Belukar Bukit pada pagi semalam (19 Disember 2015).

Demi kebajikan Adik Mohd Hasif di mana keluarganya berasal dari Kuala Nerus, Terengganu, maka PAS Terengganu telah menubuhkan TABUNG KEBAJIKAN ADIK MOHD HASIF bagi mengumpulkan sumbangan untuk disalurkan bagi tujuan kebajikan dan masa depan anak yatim piatu ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun CIMB 13010000056101 atas nama DANA KEBAJIKAN TERENGGANU.

Semoga segala sumbangan yang dihulurkan akan diganjari Allah sebaiknya.

Sebarang maklum balas berkaitan sila hubungi Ketua Lujnah Kebajikan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, 019-9421964.

Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
20 Disember 2015 - HARAKAHDAILY 20/12/2015

Sumber HD - 20-12-2015

Dakwah Islam di peringkat tertinggi

DR AZMAN IBRAHIM | .


Antara langkah-langkah penting yang diambil Rasulullah s.a.w selepas Perjanjian Hudaibiyah ialah Nabi s.a.w memerintahkan supaya dihantar surat-surat perutusan kepada Raja dan pemimpin di zaman itu untuk mengajak mereka kepada Islam.

Antara yang dikirimkan surat yang dibawa oleh beberapa orang sahabat terpilih ialah Raja Najasyi, Al Muqauqis Raja Mesir, Kisra Raja Parsi, Qaisar Raja Rom, Raja Oman dan lain-lain lagi.

Mesej penting yang terkandung dalam surat Rasulullah ialah, "Islamlah, nescaya kamu akan selamat."

Berjumpa dengan Raja-Raja besar seperti Raja Rom dan Parsi untuk mengajak mereka kepada Islam adalah satu misi yang sangat hebat dan penuh berisiko. Tetapi sahabat-sahabat Rasulullah r.a telah memikul amanah ini dengan penuh keberanian dan kemuliaan. Islam yang mereka bawa lebih tinggi dari keagungan empayar Rom dan Parsi.

Bila sahabat Nabi Dekyah Al-Kalbi yang membawa surat Rasulullah s.a.w bertemu Raja Rom, maka Raja Rom memerintahkan supaya dicari orang-orang Mekah yang sedang berniaga di Syam lalu dijemput mengadapnya untuk bertanyakan berita serta latar belakang Rasulullah dan kebetulan yang ada di Syam ketika itu adalah pemimpin Mekah, Abu Sufian bin Harb yang belum memeluk Islam.

Maka berlakulah dialog yang menarik antara Abu Sufian dan Raja Rom. Abu Sufian bercakap benar dan Raja Rom mengakui kebenaran tersebut walaupun akhirnya Raja Rom tidak menerima Islam.

Ini adalah sunnah. Ada ketikanya kebenaran diakui sekalipun tidak diterima.

Surat Rasulullah s.a.w kepada Raja Parsi dibawa oleh Sahabat Nabi Abdullah bin Hazafah as Sahmi. Bila melihat kandungan surat tersebut tertulis, "Dari Muhammad Rasulullah kepada Kisra pemerintah Parsi..."

Kisra dengan marahnya berkata, "Seorang hamba yang hina dari rakyatku menulis namanya lebih dahulu dari namaku!" Surat Rasulullah dikoyaknya dengan angkuh. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w., Nabi berdoa... "Allah mengoyak kerajaannya."

Ini adalah jalan dakwah yang pernah dirintis oleh Rasulullah s.a.w. Dakwah Islam disampaikan sehingga peringkat yang tertinggi. Ulama adalah pewaris tugas para Nabi. Kewajipan para ulama adalah menyambung perjuangan Rasulullah.

Kenapa kita pelik bila ulama berada satu pentas dengan pemimpin tertinggi negara untuk menyampaikan dakwah Islam? Yang mengkritik tu tak mengaji sirah ke? - HARAKAHDAILY 19/12/2015

Sumber HD - 19-12-2015


Wahai Saudaraku Ahli Jawatankuasa Lujnah Pengkritik Yang Dihormati

Posted on Monday, December 07 @ 20:10:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ketika saudara rancak menaip kritikan itu dan ini di hadapan skrin dalam bilik berhawa dingin, sahabat yang dikritik itu sebenarnya sedang berpeluh di medan.

2. Saudara tak perlu membelanjakan apa-apa untuk mengkritik. Sekadar pastikan bil telefon dibayar dan fb boleh online, maka kritikan boleh dihamburkan. Sahabat kita yang dikritik mereka mewakafkan masa, tenaga, buah fikiran dan membelanjakan wang dari poket sendiri demi perjuangan ini.

3. Ketika saudara AJK Lujnah pengkritik biasanya sedang tidur lena diwaktu dinihari, cubalah sesekali bangun dan mesej tanya orang yang dikritik di mana mereka ketika itu. Saya bimbang orang yang dikritik masih lagi di perjalanan demi tugasan perjuangan walau embun jantan telah turun membasahi bumi.

4. Ketika saudara mengkritik kononnya ketidak hadiran Presiden PAS ke Parlimen, cuba saudara check kehadiran saudara ke mesyuarat PAS cawangan. Saya risau kehadiran saudara ke mesyuarat PAS Cawangan pun tak lulus.

5. Ketika saudara yang mengkritik sedang seronok bercuti bersama anak dan isteri, cuba saudara tanya anak-anak sahabat yang dikritik, berapa hari seminggu mereka berpeluang duduk bersama bapa mereka.

6. Ketika saudara mengkritik kononnya kegagalan orang itu dan ini melaksanakan tanggungjawab, mampukah saudara andainya digalas dengan tanggungjawab tersebut untuk melaksanakan hanya ¼ daripadanya?

7. Saudaraku AJK Lujnah Pengkritik. Perjuangan Islam ini bukan maksum sehingga tak boleh ditegur. Tetapi relakah saudara untuk selamanya meletakkan diri di luar medan sebagai pemerhati dan pengkritik saja tanpa kita ingin bersama bergelumang di medan?

8. Saudaraku AJK Lujnah Pengkritik. Orang yang membuat kerja memang akan kelihatan kelemahan dan kekurangan. Ianya berbeza dengan orang yang tak melakukan apa-apa. Maka tak akan terlihat kecacatannya. Saudara memilih maqam terhormat untuk tak bekerja supaya saudara sentiasa kelihatan sempurna.

Dr Azman Ibrahim
Disember 2015

Catatan di Kuala Berang, Terengganu.

Sumber TKO - 7-12-2015





















































































Belajar Erti Ketabahan Dari Seorang Anak Muda

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Ada ketikanya kita perlu berdepan dengan seorang pemimpin besar untuk mendapat inspirasi dalam perjuangan. Mendengar ucapan seorang pemimpin yang bersemangat, mengambil contoh dari ketinggian peribadi dan kehebatan seorang pemimpin mengatur langkah-langkah perjuangan serta memetik butir-butir mutiara hikmah adalah suatu suntikan yang berharga.

Tapi ada ketikanya seorang pejuang kecil yang tak didendang mampu memberikan satu tusukan yang menikam jiwa walau dia tak perlu berkata-kata.

Anggota Unit Amal Kawasan Marang, Mat Ridwan bin Yah hanyalah seorang pemuda kampung anggota Unit Amal biasa. Mencari rezeki hanya dengan kerja memandu lori. Tak mempunyai sebarang kepentingan yang dicari apabila mewakafkan diri dalam perjuangan ini kecuali untuk mencari redha Allah. Di mana ada program yang melibatkan Unit Amal, Mat Ridwan jarang tercicir. Berdiri di tengah panas terik matahari serta basah kuyup ditimpa hujan ketika membantu mengawal lalu lintas di program-program parti sudah menjadi sebahagian dari rutin hidupnya. Tulang empat kerat yang dimilikinya, selain dari untuk mencari rezeki halal, juga untuk mencari saham akhirat dengan caranya yang tersendiri. Tabik hormat untuk anak muda ini.



Pada 9 dan 10 Oktober 2015, ketika Program Jambori Amal dan Himpunan Pemuda Islam Terengganu di Pantai Air Tawar Besut, pastinya Mat Ridwan turut hadir sebagai peserta bersama ribuan anggota Unit Amal dari seluruh Negeri Terengganu. Lori 1 tan yang menjadi teman setianya mencari rezeki adalah juga temannya ketika menghadiri program-program parti.

Malang tak berbau dan ia datang tanpa dipinta. Tanggal 10 Oktober 2015, ketika dalam perjalanan pulang dari Besut ke Marang, lori yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok di kawasan Batu Rakit. Bahagian hadapan lori remuk teruk mengakibatkan kaki kirinya yang tersepit cedera parah.

Allah telah mentakdirkan bahawa kakinya yang selama ini gagah berdiri menyempurnakan tugas-tugas perjuangan Islam ‘terlebih dahulu dihantar ke syurga menunggu tuannya.’ Kaki kiri Ridwan yang tersepit dan remuk teruk mengakibatkan doktor terpaksa mengambil keputusan untuk memotongnya.

Lebih 20 hari anak muda ini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Kebajikannya dijaga rapi oleh Jabatan Amal Terengganu. Semalam ketika diziarahi oleh wakil Lujnah Kebajikan PAS Terengganu, saya sangat kagum dengan ketenangan dan semangat tinggi yang dipamerkan. Tetap tersenyum mesra dan jauh sekali untuk mengeluh dan menangisi tragedi yang menimpanya. Kehilangan sebelah kaki sehingga paras lutuk adalah satu ujian yang besar. Tapi ternyata semangat dan ketabahan anak muda ini lebih besar dan hebat. Sekeping gambar yang dilampirkan mungkin boleh berbicara sendiri. Saya kagum dan terharu. Semoga digantikan oleh Allah dengan kaki yang lebih baik di syurga nanti.

Tentnya beliau memerlukan masa yang lama untuk pulih dan kembali bekerja. Sahabat-sahabat yang berhajat untuk berkongsi sedikit simpati boleh salurkan ke akaun BIMB 13017018282075 atas nama JABATAN AMAL NEGERI TERENGGANU.

***Penulis ialah Ketua Lujnah Kebajikan PAS Terengganu

Sumber BO - 3-11-2015

Alhamdulillah…tiada lagi rakyat miskin tegar

DR AZMAN IBRAHIM | .



Di Kampung Kepah, Telemong, Hulu Terengganu. Tuan rumah ini mesra dipanggil Pak Da Sudin atau nama penuhnya Shamsudin Husin menyambut mesra kunjungan kami dari Lajnah Kebajikan PAS Terengganu.

Berusia dalam lingkungan 70 tahun. Duduk di rumah pusaka yang uzur peninggalan arwah ibunya.

Tak ada bekalan air bersih kerana beliau sekeluarga tak mampu menyediakan wang berjumlah lebih kurang RM2,000 untuk mendapatkan bekalan air dari Syarikat Air Terenganu (Satu).

Bekalan air diambil dari telaga yang akan kering di musim kemarau. Telaga lama yang telah ditumbuhi semak samun di sekelilingnya. Airnya disedut keluar menggunakan pam yang agak uzur.

“Kalu musim kemarau, nak mandi pun payah,” kata Pak Da Sudin.

Anaknya seramai 5 orang semuanya belum berkahwin serta tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Bantuan bulanan dari  Jabatan Kebajikan Masyarakat diterima sebanyak RM200 sebulan. Itu saja bantuan yang diterima dan tidak ada sebarang bantuan zakat dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam). Sedangkan kita mendapat makluman, setiap tahun MAIDAM sentiasa mempunyai lebihan wang zakat dengan jumlah jutaan ringgit.

Rumah Pak Da Sudin pun bukannya jauh sangat dari jalan besar. Pelik juga kalau pegawai asnaf zakat tak dapat detect lokasinya.

Sepatah ungkapan Pak Da Sudin yang berasal dari Kelantan serta mula menetap di Kampung Kepah pada tahun 1968, “Ambo makan pun harap hok orang bagi…” Maknanya makan dengan mengharapkan ihsan orang lain.

Beliau sangat berharap untuk mendapat sebuah rumah baru yang lebih selesa bagi menghabiskan saki baki hayatnya.

Sememangnya beliau sangat layak untuk mendapatkan bantuan sebuah rumah sama ada dari Maidam atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Saya berjanji akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berwajib.

Oleh kerana PM ada menyebut semasa pembentangan Bajet 2016 bahawa angka miskin tegar ialah 0%, maka saya tak tahu nak kategorikan Pak Da Sudin dalam kategori mana.

Kategori rakyat miskin tegar disahkan oleh PM telah lenyap dari muka bumi Malaysia. Tak kan seorang PM mengemukakan fakta yang silap. Saya percaya dengan kesohehan data PM!

Sekadar makluman, Dun Telemong diwakili oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Rozi Mamat.

Dun Telemong antara Dun dalam Terengganu yang sentiasa dimenangi oleh BN dengan majoriti besar.

Ketika BN hampir ranap di Terengganu dalam Pilihan raya Umum 1999, Dun Telemong tetap kekal di bawah BN. - HARAKAHDAILY 31/10/2015

Penulis ialah Ketua Kebajikan PAS Terengganu.

Sumber HD - 31-10-2015

BR1M, Orang Bagi Kita Ambik…….

Oleh: Dr Azman Ibrahim

“Lagu mana Pok Cik kita, BR1M naik 50 riyal ni.” Sapa saya sambil bergurau dengan seorang tua di Kampung Renek, Jabi semalam.

“BR1M orang bagi kita ambik. Boleh laa wat belanja 4,5 hari. Zaman loni barang mahal belaka…” Jawab orang tua ni sayu.

“Ni naik 50 riyal pulok.” Saya mengajak Pak Cik ni berbual.

“50 riyal zaman loni Awe weehh! Habih buat belanja, tunggu pulok BR1M sekali lagi. Lepas tu tunggu pulok… Kita duduk lagu ni jugok. Naik BR1M 50 riyal saja. Gapo dia pulok nak naik lepas ni kita tak tahu lagi.”

“Pok Cik setuju tak kalau BR1M tak payah bagi. Tapi kerajaan kena buat turun harga minyak, turun lektrik, turun yuran ngaji anak-anak, masuk hospital tak payah bayar, harga getah sawit naik sikit dan polis pun jangan duduk bersungguh sangat nak saman rakyat?”

“Haaaaa… kalu lagu tu molek benar laa! Tak bui BR1M pun tak apa!”

Suatu keluhan yang berpijak di bumi nyata dari seorang tua kampung, tapi sangat tepat dengan realiti. BR1M, suatu pemberian yang ditunggu, tapi tak mengubah sesuatu apa pun dari taraf kehidupan rakyat. Suatu Ehsan yang meletakkan sebahagian besar penerimanya dalam keadaan tertunggu-tunggu bila tarikh pembahagian yang seterusnya. Ibu saya pernah cerita, ada orang tua kampung yang pagi-pagi lagi dah pergi tanya khabar di BSN Bandar Jerteh, Besut. “BR1M masuk doh ko?” Jawab kerani di kaunter bank, “BR1M tak bangun tidur lagi Mok Cik!”

Suatu strategi pemberian wang tunai yang berhasil mengikat rakyat untuk terus bergantung kepada ehsan kerajaan walaupun hakikatnya ia tak mengubah apa-apa. Lebih malang lagi apabila pemberian yang tak seberapa itu akan disusuli pula dengan pengambilan balik dalam pelbagai bentuk samada secara terang atau halus. Minyak naik, lektrik naik, tol naik, saman ekor merata-riti, roadblock polis, JPJ, insuran body kereta motor naik dan macam-macam lagi kaedah ‘pengambilan balik’ yang tak disedari.

Silap percaturan, dalam perjalanan balik dari terima BR1M, kena tahan polis. Motor Honda Cup buruk tak ada roadtax , lesen pun tak ada. Huh! Habis buat bayar saman je duit BR1M tu!
Kalau PM menyebut semasa ucapan pembentangan Bajet 2016 bahawa pemberian BR1M akan diteruskan kerana mendapat respon positif walau tak dinyatakan bahawa maklum balas positif itu dari mana, saya boleh bersetuju dengan PM. Duit tunai, ada orang tak nak terima? Semestinya semua yang terima akan suka.

Tetapi sebagai sebuah kerajaan, sepatutnya mentaliti dan cara berfikir pemimpin kita bukan hanya setakat bagi duit tunai ala kadar, dalam masa yang sama cuba tanya penerima BR1M beberapa soalan mudah seperti yang saya catatkan di atas. Saya yakin bahawa jawapan yang diterima adalah sama dari majoriti penerima. Malah kajian kesan pemberian BR1M kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat tak memerlukan kajian dari sebuah institusi pengajian tinggi. Di kampung pun kita boleh dapat jawapan dengan jujur.

Kecuali kalau hasrat kerajaan mewujudkan pemberian sebegini dengan tujuan untuk mewujudkan pergantungan berpanjangan serta berterusan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah kepada kerajaan maka saya berpendapat BR1M satu tindakan yang sangat tepat! Bila rayat berterusan bergantung dan berharap, maka mereka senang untuk nak ‘diuruskan’. Rakyat yang berjiwa bebas dan berdikari mungkin menjadi satu liabiliti kepada survival Umno/BN.

***Penulis ialah Ketua Kebajikan PAS Terengganu.

Sumber BO - 27-10-2015





















































































H60K: Alangkah ruginya mereka yang terjun dari bahtera ini

DR AZMAN IBRAHIM | .


“Himpunan Hijau di Kedah sebelum PRU13 pun ramai hadir. Bila pilihan raya kalah, Kedah jatuh! Orang PAS selalu merasa gah dengan jumlah kehadiran.”

Begitulah bunyinya komen seorang pengikut laman sosial apabila memberikan komentar kepada gambar-gambar Himpunan Fastaqim H60K yang saya siarkan di laman muka buku. Saya pasti dia bukanlah salah seorang hadirin semalam. Mungkin dia juga bukanlah salah seorang yang hadir dalam Himpunan Hijau di Kedah yang dimaksudkan itu. Bukan juga sebagai kader atau petugas parti.

Jawatan yang disandang hanyalah sebagai tukang komen dan tukang kritik tanpa tahu apa-apa.

Malah tak mustahil dia adalah salah seorang yang bersama kelompok pembuat onar dalam Kerajaan PAS Kedah sehingga akhirnya memberi saham BN untuk kembali berkuasa.

Melihat ratusan ribu pencinta dan pendokong perjuangan Islam hadir dari seluruh pelosok negara dengan mengabaikan segala kepayahan dan kesukaran, mengeluarkan belanja sendiri tanpa sebarang sponser, bermotosikal meredah Banjaran Titiwangsa, menjadikan masjid dan surau sebagai hotel disambut pula oleh sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Kelantan dengan penuh rasa ukhuwwah Islamiyyah adalah suatu hakikat kemanisan hidup berjemaah dan bersaudara yang sukar digambarkan dengan kata-kata dan bait-bait tulisan.

Bertemu dengan seorang teman anggota Unit Amal yang datang dari sebuah negeri utara tanah air.

“Allah… Syeikh! Enta sampai bila? Dah makan ke belum? Semalam enta tidur di mana? Sebab apa tak contact ana?” Soal saya bertalu-talu.

Teman baik saya ini hanya senyum sambil memeluk erat tubuh saya. Terasa kehangatan ukhuwwah yang telah lama kami bina walau jarang bertemu. “Sampai semalam akhie. Ana tidur Masjid Kubang Kerian. Hehe… derma darah kepada nyamuk sikit.”

Walau menempuh kepayahan dan kesukaran untuk menjadi sebahagian dari lautan manusia semalam, adakah anda perhatikan mereka yang hadir berwajah masam mencuka? Saya tak nak tulis panjang. Biarlah mereka yang hadir jawab. Yang tak hadir tak akan merasai roh berada dalam kehebatan dan semangat yang mengalir bersama keutuhan tautan ikatan berjamaah.

Apa yang dapat saya ungkapkan, satu dahan pokok yang dicantas maka akan bertunas kembali 3 atau lebih tunas baru yang segar. Alangkah silapnya mereka yang mengambil keputusan untuk terjun turun dari bahtera ini. Silap kerana terjun dari sebuah bahtera besar dengan memiliki daya tahan yang hebat untuk menempuh badai dan gelombang dalam pelayaran. Silap kerana mereka menyangka bahawa bahtera ini akan tenggelam dengan ketiadaan mereka. Silap kerana mereka menyangka bahawa selama ini bahtera mampu belayar hanya kerana mereka. Tanpa mereka maka pelayaran akan terhenti. Rupanya tidak sama sekali. Silap kerana mereka terjun bersama labu-labunya kerana menyangka bahawa labu itu adalah milik mutlak mereka. Sepatutnya kamu nak terjun, silakan terjun. Labu tu hak orang ramai. Jangan dibawa bersama.

Pastinya juga suara-suara yang bernada memperlekehkan kejayaan himpunan ini akan berkumandang paling kurang untuk tempoh berminggu-minggu. Orang yang hatinya penuh hasad dan kebencian, maka begitulah lagak dan perlakuan mereka. Kalau kita tanya balik, apakah himpunan ini menjadi kudis gatal kepada kamu? Apakah ada keamanan dan ketenteraman kamu telah diganggu? Apakah ada hak kamu yang telah dicerobohi? Apakah peserta himpunan mintak sedekah duit dari kamu? Apakah? Apakah? Banyak lagi soalan kalau kita nak ajukan untuk mengetahui akan kewajaran mereka menzahirkan segala kebencian tersebut. Pokoknya, busuk di dalam akan berbau di luar dalam bentuk ungkapan dan kata-kata negatif. Bagi mereka kalau kehadiran sedikit mereka pertikai, hadir ramai pun pertikai juga. Kepanasan tak tahu punca.

Tulis seorang pengikut dalam ruang komen muka buku saya. “Saya ni orang jahil, ngaji setakat sekolah rendah saja, kerja musim pilihanraya pun setakat pandai gantung bendera saja. Cari makan ala kadar. Himpun duit sebulan nak mari kat himpunan ni. Alhamdulillah… sampai juga saya di Kota Bharu.”

Seorang lagi menulis, “Kalaupun doa saya Allah tak pandang sebab saya bukannya orang baik, tapi tak kan dari puluhan ribu orang yang bermunajat di dalam stadium, tak ada seseorang hamba yang Allah sayang dan makbul doanya untuk saya tumpang”.

Apa yang pastinya semalam ramai orang tersenyum lebar. Saya tanya pekerja sebuah hotel besar yang baru saja dinaik taraf terletak berhampiran dengan Stadium Sultan Muhammad IV. “Ada lagi tak bilik kosong?” Jawabnya, “habis!” Katanya lagi, tak pernah sebelum ni sepanjang yang dia ingat, semua bilik hotel penuh.

Lihat senyuman peniaga bila kedai serta warung mereka penuh sesak. Tak cukup tangan melayan pelanggan. Pasaraya sekitar Kota Bharu juga dipenuhi pelanggan. Pasar Siti Khadijah dipenuhi pelanggan.

Bukankah ini namanya himpunan yang membawa rahmat? - HARAKAHDAILY 18/10/2015

Sumber HD - 18-10-2015

Ayuh…..Bantu Mereka!

Sewaktu ambe kunjungi keluarga ini semalam bersama Skuad Cakna Masyarakat (SCM) Hulu Terengganu, ayah budak-budak ini tak ada di rumah kerana menyertai Program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) di Besut.

Ayah anak-anak yang ada di sisi saya ini ialah anggota Unit Amal kita yang tiada kerja tetap tapi sangat istiqamah dengan jemaah, isterinya seorang Guru PASTI dengan pendapatan ala kadar. Anak yang masih kecil ada 5 orang. Banyak dinding rumah dari papan ‘plywood’ terbuang dan kayu yang dikutip.

Hati saya tersentuh sayu. Mereka sekeluarga adalah insan mulia yang layak untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Saya ingin membantu mereka dan nak mengajak kawan-kawan turut sama membantu. Insan yang sudi menghulurkan sedikit rezeki, tolong PM atau Whassap saya 0199421964.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun DANA KEBAJIKAN TERENGGANU, CIMB 13010000056101.

Jazaakumullah khairal jaza’.

Dr Azman Ibrahim
Ketua Kebajikan PAS Terengganu
Kampung Kuala Ping
09 Oktober, 2015

Sumber BO - 10-10-2015


Persediaan Awal PAS Terengganu Menghadapi Banjir

Semalam 6 Oktober 2015, mesyuarat pertama Jabatan Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia atau Malaysian Emergency and Disaster Management (MEDM) Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Yahaya Ali, Pengerusi MEDM PAS Terengganu merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Fokus utama menjelang setiap hujung tahun ialah persiapan menghadapi banjir. Walaupun belum ada tanda-tanda musim tengkujuh bakal melanda dalam waktu terdekat, tetapi Jentera Operasi Banjir perlu dipersiapkan dari awal dalam rangka untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tak dijangka.



Pengalaman menguruskan bencana banjir pada tahun lepas yang melibatkan 6 daerah dengan 3 gelombang banjir melanda dijadikan rencah pengalaman terbaik untuk kita menyiapkan persiapan dengan kadar yang paling optimum supaya masyarakat akan mendapat khidmat terbaik sedaya yang kita mampu.

Untuk tujuan tersebut, Bilik Gerakan Operasi Banjir Negeri akan dipersiapkan untuk dibuka bertempat di Pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu yang akan diaktifkan sebaik sahaja diperlukan. Operasi kita secara umum dibahagikan kepada 3 fasa iaitu fasa sebelum banjir, fasa semasa banjir dan fasa selepas banjir.

Setiap PAS Kawasan juga telah diarahkan untuk membentuk Jawatankuasa Operasi Banjir masing-masing selaras dengan apa yang telah disusun di peringkat negeri.

Melihat kepada kejayaan operasi pada tahun lepas, untuk operasi kali ini kita mengekalkan gerak kerja dengan sistem pengarahan berpusat (single command system) menggabungkan semua unit operasi yang terdiri dari Jabatan Amal, Terengganu Adventure Team (TAG), Kelab Radio Amatur, Ameerah, Briged Muslimat, Khairunnisa, Unit Perubatan dan Darus Syifa, Yayasan Amal, Unit Keselamatan, Rakan Khidmat serta Unit Media untuk saling berganding bahu menyumbang bakti kepada masyarakat.



Dalam masa yang sama, Jabatan Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (MEDM) Negeri Terengganu merancang untuk mengadakan kunjungan hormat kepada beberapa agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia dengan matlamat untuk membentuk gabung jaling bersama dalam bertindak menangani bencana banjir.

Seiring dengan kemajuan teknologi, Operasi Banjir MEDM Terengganu akan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi komunikasi radio amatur yang menjadi antara kunci keberkesanan operasi sebelum ini. Bilik Gerakan Banjir Negeri akan dipasang antena yang mampu menghubungkannya ke seluruh lokasi banjir di negeri Terengganu bagi memudahkan penerimaan maklumat, penyelarasan dan pengarahan.

Dr Azman Ibrahim
Pengarah Operasi MEDM Terengganu
7 Oktober 2015.

Sumber BO - 7-10-2015


Ke Mana Nak Bawa Malaysia
Posted on Friday, September 18 @ 11:42:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA TERENGGANU – Kerajaan dipersoalkan berhubung sejauh mana mahu membawa hala tuju Malaysia yang ada pada hari ini, apatah lagi apabila Hari Malaysia dicemari dengan himpunan berbaur perkauman.

Pengerusi Lajnah Kemasyarakatan dan Kebajikan Pas Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, Hari Malaysia sepatutnya disambut dengan unsur-unsur perpaduan seiring dengan kehidupan masyarakat majmuk di negara ini, bukannya dengan pengakuan pihak tertentu bahawa tanah Melayu milik orang Melayu.

Menurutnya, tidak wajar sama sekali perkara sedemikian dilaungkan, bukan hanya kerana berbaur perkauman tetapi seolah-olah menggambarkan bahawa bangsa lain adalah pendatang walaupun hakikatnya sudah tiada lagi tanah Melayu selepas Malaysia ditubuhkan.

“Di saat kita sambut Hari Malaysia, wajarnya mesej kenegaraan yang mesti kita zahir, bukan mesej perkauman dan istilah tanah Melayu sudah tidak wujud hingga wujudnya Malaysia, Persekutuan Tanah Melayu ini sebelum wujudnya Malaysia. Buat apa benda ini hendak dibangkitkan semula,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Azman yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Setiu menegaskan bahawa orang Melayu tidak sepatutnya marah atau kecewa sekiranya mereka ketinggalan dalam banyak perkara.

Hakikatnya beliau berkata, sejak merdeka sehingga kini, politik Malaysia masih dikuasai oleh Melayu Islam dan kegagalan untuk bersaing tidak sepatutnya dituding kepada bangsa-bangsa lain.

“Kita penduduk asal negara kita tetapi ketinggalan. Apabila kita ketinggalan, tidak boleh kita hendak salahkan orang lain atau melakukan tindakan dalam bentuk provokasi, pijak gambar dan bakar gambar. Ini menunjukkan (cara berfikir) tidak matang dan politik yang hendak mengapi-apikan perkauman,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pentadbiran negara, beliau bersetuju bahawa konteks politik Malaysia perlu didominasi orang Melayu.

Bagaimanapun katanya, ia bukan atas semangat perkauman kemelayuan, sebaliknya kerana agama Islam yang menjadi pegangan majoriti Melayu itu sendiri.

“Maknanya yang mesti menerajui Malaysia ini ialah Islam dan Islam ini sinonim dengan Melayu. Jadi apabila kita ambil Islam, dengan sendirinya keadilan akan menaungi seluruh bangsa-bangsa lain sebab Islam melihat apa sahaja bangsa sebagai hamba ALLAH,”

- SInar Harian

Sumber TKO - 18-9-2015


Kembara Jejak Berduri Seorang Murabbi; Tribut Untuk Al-Marhum Ustaz Abu Bakar Chik

Jejak langkah pejuang terdahulu adalah satu khazanah mahal yang perlu didokumentasikan buat tatapan generasi mendatang. Apatah lagi dengan ketabahan mereka melalui onak dan duri perjuangan maka kita yang mewarisi perjuangan pada hari ini dapat memetik buah-buah yang ditinggalkan mereka. Para pejuang tak minta dikenang. Mereka telah pergi meninggalkan keharuman jasa yang semerbak wangiannya setelah membuktikan kebenaran janji mereka kepada Allah.

Allahyarham Dato Ustaz Haji Abu Bakar Chik adalah salah seorang dari pemimpin, murabbi dan teman seperjuangan yang telah pergi meninggalkan kita lebih setahun yang lalu. Begitu jauh jejak langkah perjalanan yang telah beliau lalui dengan segala liku dan duri dalam perjalanan.

Saya adalah salah seorang ‘anak’ yang bertuah kerana berkesempatan untuk berada dekat dengan almarhum pergi ke serata tempat dalam negara. Mengendalikan pelbagai program dan tugasan parti. Sama-sama tidur atas kereta di hentian rehat lebuhraya. Ada ketikanya kami pernah berdiskusi tanpa tidur sepanjang malam ketika menunggu penerbangan di Terminal Tambang Murah LCCT.

Beliaulah yang selalu meletakkan saya di hadapan supaya saya kenal pimpinan-pimpinan parti.

Malah pernah beliau marahkan saya dalam satu Program Ijtima PAS Terengganu kerana tak hadir makan tengah hari bersama tetamu sebaliknya beratur untuk mendapatkan nasi bungkus di khemah peserta.



“Enta kena mari sini, duduk sekali dengan pimpinan.” Saya ketika itu yang hanya berjawatan AJK PAS Kawasan terasa tak layak untuk duduk sebaris dngan pimpinan.

Suatu malam ketika jarum jam menunjukkan puku 11 malam, telefon bimbit saya bersering. Terpapar nombor Almarhum pada skrin.
“Assalamualaikum ustaz…”

“Waalaikum mussalam doktor…” suaranya Almarhum kedengaran ramah. “Doktor apa khabar?” “Alhamdulillah… Ana sihat.”

“Begini doktor… Esok pukul 9 pagi ada satu persidangan tentang konflik Bangladesh di Pulau Pinang. Ana dah berjanji nak hadir. Tapi ada masyaqqah tak dapat hadir. Boleh tak enta hadir bagi pihak ana?”

“InsyaAllah… Ana hadir!” Jawab saya tanpa berfikir panjang.

“Jazaakallah doktor.” Ceria kedengaran suara Almarhum dengan kesanggupan saya.

Lantas saya yang sebenarnya bersiap untuk tidur bangun semula, memasukkan sehelai dua pakaian ke dalam beg lalu memandu seorang diri dari Kota Bharu ke Pulau Pinang sepanjang malam agar sempat sampai pada jam 9 pagi ke tempat persidangan.

Suatu malam ketika kami dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu melalui jalan Gua Musang, saya yang biasanya mengantuk memandu diwaktu malam tetapi pada malam tersebut menjadi ‘cerah mata’. Almarhum yang berada di sebelah saya tak henti-henti berceloteh tentang pelbagai kisah-kisah perjuangan. Saya menyampuk sekali sekala. Memasuki sempadan Pahang – Kelantan barulah Almarhum tertidur dan saya terus memandu. Kami singgah solat subuh di Masjid berhampiran Felda Chiku, Gua Musang. Tanpa sempat mandi pagi kami teruskan perjalanan ke Kota Bharu. Almarhum menawarkan diri untuk mengambil alih tugas memandu tapi saya tak benarkan walaupun sebenarnya tenaga saya hanya bersisa sedikit sahaja lagi.
“Kat mana kita nak minum air pagi ni?” Tanya Almarhum.

“Kita singgah di Ketereh, makan nasik kerabu daging bakar.” Jawab saya.
Sampai depan kedai nasik kerabu almarhum berseloroh, “kita ni belum mandi, lulus ke nak masuk kedai?”

“Hahaha… Setakat kedai nasik kerabu tak dok masalah. Kalu nak masuk restoran di hotel memang dok lulus!”



Saya mengenali Almarhum sebagai seorang pimpinan yang sentiasa membuka peluang untuk generasi muda naik ke atas dan mengmbil alih baton perjuangan. Malah beliau yang banyak memperkenalkan anak muda seperti saya kepada pimpinan kanan dalam parti. Saya sangat-sangat menghargai semua kesempatan ini. Tanpa beliau mungkin sekarang saya tak berada di tapuk ini.
Antara yang perlu diketahui oleh anak-anak muda kini ialah bagaimana pemimpin serta murabbi yang berjasa ini pernah menjadi buruan kerakusan sang penguasa ketika Operasi Lalang sehingga membawanya meninggalkan keluarga dan tanahair untuk beliau berlindung ke Selatan Thailand.

Untuk menyelami kembali segala jerit perih yang telah dilalui beliau dalam perjalanan dan kehidupan di Selatan Thai ketika tempoh tersebut, Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) menganjurkan satu Jaulah Tarbawi Media ‘Kembara Istiqamah: Jejak Berduri Seorang Murabbi’.
Ianya merupakan suatu Kembara Pengkisahan Perjalanan alMarhum Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, Ketika Diburu Pemerintah Operasi Lalang berrsama Balu al-Marhum Ustazah Zaiton Salleh dan Teman Seperjuangan YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut bermula dari Kuala Terengganu ke Narathiwat Selatan Thai pada tarikh 3, 4 dan 5hb September, 2015.

Akan disertai oleh seramai 40 orang peserta, kembara ini juga akan menemui beberapa orang rakan Allahyarham di Selatan Thai yang pernah berjasa memberikan perlindungan dan bantuan ketika Allahyarham menumpang tinggal di sana. Tentunya ia akan menjadi satu kembara yang penuh memori dan menyentuh hati. Saya yang mencoretkan secebis pengalaman ini bersama Allahyarham terasa kabur pandangan pada skrin tablet lantaran air jernih yang mengalir membasahi pipi. Terasa segalanya seolah baru semalam berlalu walau Almarhum sebenarnya telah pergi meninggalkan kita lebih setahun yang lalu.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi KAMI
Merangkap AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu

Sumber BO - 30-8-2015


Teringat pesanan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri

Posted on Wednesday, August 05 @ 13:13:39 MYT by paktam

Oleh DR AZMAN IBRAHIM

Arwah Ustaz Hassan Shukri saya anggap sebagai bapa saya. Beliau yang membantu mencarikan tempat pengajian untuk saya di bumi Baghdad sehingga saya berjaya memasuki Universiti Baghdad dengan biaya Kerajaan Iraq sepenuhnya tanpa 1 dinar pun bayaran yuran pengajian. Beliau juga yang hantar saya serta kawan-kawan sampai ke Baghdad dan dari masa ke semasa selalu datang menjenguk kami nun jauh di negara Iraq yang sedang dilanda sekatan ekonomi oleh PBB.


Bukannya ada flight direct ke Baghdad kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad ditutup selepas Perang Teluk 1991. Pintu masuk terdekat ialah Amman. Dari Amman ke Baghdad perlu melalui jalan darat selama 17 jam. Tapi Ustaz Hassan tetap datang menjenguk kami.

Arwah pernah pesan… “Azman, jangan takut nak berjuang Islam. Kita tak akan jadi papa kerana buat kerja Islam. Mungkin kita tak kaya tapi Allah akan pelihara orang yang menegakkan agamanya dari kehinaan dan kepapaan…”

Arwah Ustaz Hassan pernah menjawat jawatan nombor 2 dalam PAS dan pernah juga kalah dalam pemilihan parti apabila beliau bertanding sebagai Timbalan Presiden. Tapi beliau tetap kekal istiqamah. Malah beliau sendiri yang kerja sapu sampah dan mesin rumput di sekeliling Markaz Tarbiyah Taman Melewar.

Pernah beliau cerita kepada saya ketika datang melawat kami di Baghdad selepas Pilihan raya Umum 1995, “Ustaz Nakhaie tu duduk sebelah rumah ana, Abdul Malek Hussin (Calon PAS yang tarik diri dari pencalonan Parlimen Bandar Tun Razak PRU 1995 dan memberikan BN menang percuma) ana bagi tumpang tinggal di tingkat atas rumah ana. Dua-dua lari belaka dah. Tinggal ana sorang saja yang belum lari.”

Arwah Datuk Omar Mohamad, Bekas Exco Kerajaan Kelantan, bekas Ketua Penerangan PAS Pusat dan bekas Speaker Dun Kelantan. Pada 10 Mei 2014 ketika program Liqa Fikri PAS Pusat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Kebetulan saya sampai hampir serentak dengan Datuk Omar. Sama-sama parking kereta di luar pagar walaupun beliau sebagai VIP layak parking dalam pagar. Saya berjalan beriringan dengan arwah sambil pimpin tangan beliau yang kelihatan uzur. Langkahnya perlahan-lahan. Sempat Datuk Omar cakap… “Ginilah ana, berjuang dalam parti dari muda, sihat, loni sampai uzur doh. Man… Kalu enta nak jadi pemimpin parti, enta kena sedia jadi ppoyok (tempoyak) orang letak dalam budu. Kalu enta nak jadi pemimpin tapi kita nak jadi serupa hantaran orang letak atas par, baik tak payah jadi pemimpin!”

Datuk Mohamad Daud Iraqi, jiran saya di Kubang Kerian. Sama-sama semayang di Masjid Mardhiah di Kampung Demit, Kubang Kerian. Masjid tu di buat atas tanah Arwah Datuk Mohamad Nasir, bekas MB Kelantan yang juga mertua Ustaz Mad Iraq. Selepas semayang subuh, saya selalu duduk mengadap Ustaz Mad untuk mendengar kisah-kisah perjuangan. Tutur kata orang lama penuh kejernihan dan sarat dengan pengalaman.

Ustaz Mad Iraq selalu pesan, “Dalam berjuang ni kita akan jumpa belaka, ada pahit, ada manis. Pahit atau manis kita kena telan belaka. Kalau boleh kunyah sebelum telan, kunyah dulu. Kalau tak boleh kunyah sebab pahit, pakai telan gitu saja. Kehek  jangan sekali.”

Dah bertahun Ustaz Mad dalam keuzuran. Orang-orang lama dalam parti seorang demi seorang pergi meninggalkan kita dalam keadaan mereka istiqamah sampai akhir hayat. Meninggalkan kepada kita tugasan perjuangan yang belum selesai untuk disambung

Sumber DD - 5-8-2015        

Republik Besut?





















































































Oleh: Dr Azman Ibrahim

Asalnya ia hanya status fb biasa saja. Berbentuk komentar ringan bernada gurauan mengulas mengenai satu pihak yang nak mengadakan himpunan di Jerteh pada 31 Ogos baru-baru ini.
Ditulis pula dengan bahasa Ibunda orang Besut…

“Tengok poster napok ada orang nak mari ceramah di Besut 31 hb ni. Ambo nak pesan sikit saja. Besut tu Republik weeh! Tempat orang gedeber. Jangan kecek kokser kokdang. Ambo kenal orang kampung ambo. Bimbang ada hok balik ada telur atas dahi. Ambo tolong peringat jah. Jangan maroh.”

Orang Besut yang baca status ni hanya gelak saja. Kerana mereka faham apa maksud saya. Gurauan atau gelaran Republik Besut dah digunakan semenjak saya belum lahir lagi. Ianya bermaksud Orang Besut dengan kedudukan geografi mereka menyebabkan mereka ada karakter yang tersendiri, bukan Kelantan dan bukan juga Terengganu. Bukannya bermaksud nak tubuh sebuah Negara Republik yang ada Presiden sendiri!

Malah biasa saja orang-orang Besut sekitar KL yang tampal pada kereta mereka pelekat tertulis, GENG REPUBLIK BESUT. Kawan-kawan yang sama-sama duduk di asrama sekolah di Kuala Terengganu dulu biasa saja bergurau bila hari Khamis, “Hari ni ambo nak kelik ke Republik Rakyat Besut!” Ianya adalah open joke dan bukannya secret joke yang difahami oleh sesiapa sahaja di Besut.
Rupanya ramai juga yang tak tahu menahu perihal adat tempatan.

Saya menerima panggilan pada satu tengah malam dari seorang peguam yang bersama dengan pasukan yang sedang menjaja harapan baru lalu mengugut untuk membuat laporan polis. Katanya posting fb saya boleh dikategorikan sebagai ugutan jenayah. Lalu saya lampirkan posting tersebut kepada seorang rakan peguam di Kuala Terengganu yang berasal dari Besut untuk mendapatkan komentarnya. Loyar kawan saya ni kata, “Loyar korok kering lagu tu!” Satu jawapan yang cukup untuk mengambarkan bagaimana tahap pemikiran seorang loyar yang sedang menjaja harapan baru.
Ada seorang wartawan akhbar internet bertaraf arus perdana menghubungi saya untuk bertanya, “benarkah saya nak katok orang GHB bila mereka mari Besut?” Hehehe… saya jawab, “awak orang media, tak kan lah awak pun baca selapis macam orang lain juga. Ada saya sebut nak katok orang GHB? Saya pesan, Jangan kecek kokser kokdang! dengan makna dalam majlis ceramah nanti kena bercakap berhati-hati. Bimbang ada yang bercakap terlebih lajak dari laju, maka akan berlakulah tindak balas yang tak diingini dari masyarakat setempat.”

Saya juga dihubungi oleh pihak keselamatan bertanya berkenaan dengan apa maksud Republik Besut? Apakah ianya bermakna nak tubuh sebuah Republik di Besut???

Saya tanya balik anggota keselamatan tersebut, “Kalau awak bukan orang Besut, awak tolong cari mana-mana anggota keselamatan berasal dari Besut yang sepejabat dengan awak dan tolong tanyakan soalan yang sama yang awak tanya kepada saya. Mesti kawan awak tu akan tergelak besar!”

Saya sangkakan perkara sekecil ini dah berakhir. Rupa-rupanya masih ada lagi yang tak puas hati.
Semalam ketika sidang media YM Tengku Seri Paduka Raja untuk mengumumkan beliau keluar dari PAS di Kuala Terengganu, di samping 3 muka surat kenyataan akhbar yang diberi kepada wartawan, ada satu lagi lampirannya ialah gambar posting fb saya tersebut yang turut diedarkan kepada media. Digariskan dengan dakwat merah pada perkataan REPUBLIK. Dimaklumkan kepada media yang kebetulan dihadiri oleh ramai teman-teman media yang rapat dengan saya bahawa status fb ini antara punca beliau dan anakanda saudaranya Ahli Parlimen Kuala Terengganu keluar PAS!

Kononnya perkataan REPUBLIK menimbulkan rasa tidak senang keluarga Diraja. Ada seorang Umno yang berada di situ semasa sidang akhbar turut mencelah, “… nak tubuh Republik Besut maknanya nak lawan Sultan!” Sehingga ada rakan-rakan media yang hampir tergelak. YM Tengku Seri Paduka Raja juga mengesyorkan supaya pihak polis menyiasat isu Republik Besut ini!

Patik hanya seorang rakyat biasa Tengku. Pitih pun tak dok. Kuasa lagilah tak dok. Masakan seorang pacal yang hina seperti patik boleh menyebabkan YM seperti Tengku dan anakanda saudara Tengku keluar parti?

Umum mengetahui bahawa Ahli Parlimen Kuala Terengganu dah lama terlibat dengan program-program GHB. Status fb saya baru saja keluar. Tiba-tiba ia dijadikan antara sebab!

Saya menyedari bahawa Tengku yang hidup dalam istana yang tentunya ada batasan dengan masyarakat luar. Lebih menyedihkan bila saya menyedari ada pihak yang berkepentingan memperalatkan Tengku dengan mengelirukan Tengku dalam hal ini untuk memanaskan lagi keadaan.
Saya syorkan Tengku mari jalan-jalan ke Besut, jadi seorang rakyat biasa, pergi ke kedai-kedai kopi dan tanya mereka apa maksud gurauan Republik Besut. Tentu Tengku akan ketawa sendirian bila mengingatkan balik apa yang telah Tengku maklumkan kepada pihak media.

Soal Tengku nak keluar dari PAS, itu hak Tengku. Tetapi menjadikan posting fb saya sebagai antara sebab adalah terlalu boleh dipertikaikan. Maaf sekali lagi dari Patik.

Sumber BO - 4-8-2015

Harapan Baru!

DR AZMAN IBRAHIM | .


Sewaktu nekad membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dari USM pada Mac 2003, pada hari terakhir saya sebagai warga USM, saya telah serahkan segala kemudahan dan kelengkapan yang dibekalkan USM kepada saya.

Komputer, telefon, kad nama sehinggakan white coat (jubah putih doktor) yang sebenarnya memang diberikan milik kepada saya dan tukang jahit ukur pada tubuh saya pun saya pulangkan kerana saya faham white coat itu diberikan untuk kerja di USM bukannya untuk dibawa balik. Pelekat kenderaan pun saya pulangkan.

Saya juga check sekiranya ada sebarang hutang piutang dengan USM yang belum dijelaskan.

Apabila saya melihat di USM bukan lagi masa depan saya dan saya perlu membina satu harapan baru di tempat lain, I have to say goodbye dengan penuh gentleman. Sebab kenapa saya melihat masa depan saya bukan lagi di USM tentunya pelbagai. Tapi saya tak perlu nak memburukkan dan merosakkan USM kerana saya dah tak suka. Di situ masih ada ribuan pelajar dan ribuan orang lain yang menumpang mencari rezeki.

Walaupun tak banyak, sedikit sebanyak USM tetap berjasa kepada saya. Di sini tempat saya pernah mencari sesuap rezeki. Ada darah dan daging saya serta anak-anak dan isteri yang terbina dari makan sumber rezeki gaji yang diterima dari USM.

Di sini saya belajar banyak perkara dalam dunia akademik dan perubatan. Dengan berada di sini saya pernah bergelar Pensyarah Pelatih.

Selepas meletakkan jawatan, baru saya start urusan dari A hingga Z untuk membuka klinik sendiri. Bukannya ketika saya masih makan gaji dengan USM, masih memakai uniform USM tetapi setiap hari saya memperlekehkan USM dan menjaja ke sana-sini bahawa klinik saya nanti lebih baik dan lebih memberikan harapan! Itu namanya satu kebodohan.

Saya juga tak berminat untuk mengambil alih mana-mana klinik yang telah gagal sebelum ini lalu ditukar kepada nama saya. Biarlah saya bina jenama saya sendiri dari zero.

Hatta T-shirt yang dibeli dengan duit sendiri tertulis USM, saya tak lagi memakainya selepas meletakkan jawatan.  Sebarang urusan klinik saya yang baru dibuka, tak ada sikit pun nak guna nama USM atau tumpang populariti USM.

Saya juga bersedia menerima hakikat bahawa kawan-kawan di USM akan memutuskan hubungan dengan saya serta memburukkan saya. Terpulanglah…

Ini adalah suatu perjalanan kehidupan. - HARAKAHDAILY 2/8/2015

Sumber HD - 2-8-2015

Kisah Bai’ah

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Kali pertama saya mengenali apakah itu bai’ah calon pilihanraya ialah pada 20 Mac 2008.

Ketika tarikh itu, bertempat di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, saya yang berusia 34 tahun dan hanya menjawat jawatan dalam parti sebagai Ketua Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi selesai proses mengisi borang pencalonan PRU 12 dan menyerahkan dokumen yang berkaitan pada kira-kira jam 2 petang.

Setelah selesai disemak oleh panel peguam dan didapati semua dokumen telah sempurna, semua bakal calon dipersilakan ke Dewan Seminar, Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu untuk menyempurnakan proses bai’ah.

Majlis bai’ah dipengerusikan oleh YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang ketika itu berjawatan Bendahari PAS Negeri Terengganu.

Saya melalui detik pengalaman pertama ini dengan penuh debaran sambil menunggu ketibaan Tuan Guru Presiden bagi menerima bai’ah dari kami semua.

Mula-mula dipanggil ke hadapan Tok Guru Presiden ialah calon DUN N01 Kuala Besut, Ustaz Nik Zawawi Salleh. Menyusul seterusnya bakal calon yang kedua, Hj Hassan Salleh bagi DUN N02 Jerteh. N03 Kota Putera diwakili oleh calon PKR yang tak terlibat dalam proses bai’ah.

Seterusnya Ustaz Mohd Zain Hassan tampil ke hadapan berjabat tangan dengan Tok Guru mewakili DUN N04 Hulu Besut. Debaran saya semakin kencang. Sebelum N05 Jabi dipanggil, mendahului saya ialah Ustaz Husin Awang mewakili P033 Besut.

Lantas tibalah giliran saya mewakili N05 Jabi. Saya melangkah longlai ke hadapan dengan kaki yang gementar bagaikan tak berpijak di lantai. Memegang tangan lembut Tok Guru lalu saya ucapkan…
“Bismillahirrahmaanirrahim…”

setitik air jernih mengalir di pipi sebelum saya dapat meneruskan lafaz yang berikutnya.

“Wallaahi… wabillaahi… watallaahi… Saya Azman bin Ibrahim setelah dipilih oleh parti untuk bertanding bagi kawasan N05 Jabi dengan ini bersumpah dengan nama Allah bahawa samada saya menang atau saya kalah, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangannya. Sekiranya saya mengkhianati parti dan perjuangannya, maka saya akan dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan sekelian yang melaknat.”

Beratnya beban tanggungjawab dari bai’ah yang diucapkan menyebabkan tangan saya gementar saat menurunkan tandatangan ke atas dokumen bai’ah yang saya yakin masih disimpan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Sekali lagi saya bersalam dan mencium tangan Tok Guru sebelum kembali ke tempat duduk.

Bukan hanya kami yang diwajibkan berbai’ah, malah Tok Guru Presiden sendiri berbai’ah dengan memegang tangan Dato’Mustafa Ali (Cikgu Pa) yang berjawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika itu.



Cikgu Pa pula berbai’ah untuk bertanding di DUN Alor Limbat dengan memegang tangan Tok Guru Presiden.

Bai’ah adalah perjanjian dan ianya tak sama dengan sumpah yang boleh dikafarahkan andainya kita melanggar sumpah. Suatu perjanjian untuk kita tidak akan mengkhianati perjuangan suci ini sehingga ke akhir hayat walau apa pun yang berlaku.

Bai’ah tak ada tempoh ‘expired’ dan ianya berkuatkuasa sepanjang hayat.

Di Terengganu tak ada bai’ah dengan lafaz untuk mentalakkan isteri dengan talak 3. Saya tak pasti di negeri lain. Cuma saya mendapat maklumat ada bakal calon yang secara sukarela menambah…
“andainya saya mengkhianati parti dan perjuangannya, maka tertalaklah isteri saya dengan talak 3.”

Menghadapi PRU 13, sekali lagi saya dan calon-calon lain berbai’ah dengan lafaz yang sama di hadapan Tok Guru Presiden bertempat di Pejabat PAS Kawasan Marang dan pada malamnya ketika majlis pengistiharan calon di atas pentas Dewan Tok Guru Rusila, kami semua para bakal calon mengulangi melafazkan bai’ah secara beramai di atas pentas di hadapan umum supaya semua yang hadir dapat menjadi saksi.

***Dr Azman Ibrahim adalah Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu. Beliau bertanding mewakili PAS bagi DUN Jabi pada PRU 12 tahun 2008 dan PRU 13 tahun 2013

Sumber BO - 26-7-2015

Minyak naik lagi, tahun depan kita tak balik raya























































































DR AZMAN IBRAHIM | .


Adik Kakak ambo terutamanya orang Terengganu dan Kelantan yang memulakan perjalanan balik ke Kampung halaman masing-masing, selamat menempuh perjalanan semoga dilindungi Allah dan sampai dengan selamat.

Takziah saya ucapkan kerana perlu isi minyak mahal untuk balik kampung. Ianya angkara 47% pengundi yang masih menganggap sesuatu yang mahal itu berkualiti. Sebab itulah mereka masih tegar mengundi BN.

Walaupun mereka minoriti, kita yang majoriti turut sama memikul bebanan. Jangan kerana protes lantaran minyak naik, kita cancel pelan untuk balik kampung. Kasihan kepada ayah dan ibu tua yang sedang menunggu di desa dengan penuh pengharapan. Persetankan saranan dari orang yang tak pernah mengenal susah dan hidup dalam limpahan wang supaya jangan balik kampung sebagai langkah penjimatan. Memang dia tu tak ada kampung. Nak balik macam mana?

Pastikan adik kakak mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan. Walaupun kita tahu, tekanan dan beban hidup menyebabkan adik kakak perlu bekerja extra masa bagi memenuhi keperluan keluarga tanpa rehat yang mencukupi, tetapi soal keselamatan tak ada kompromi.

Pemandu yang memegang stereng, menekan minyak dan brek adalah memikul amanah besar bagi memastikan keselamatan penumpang. Apatah lagi penumpang tersebut adalah anak-anak dan isteri tersayang.

Para peniaga di pusat-pusat hentian rehat, barang perlu diingati bahawa mereka yang singgah di mana-mana hentian rehat adalah hamba Allah yang sedang bermusafir untuk suatu tujuan yang diharuskan.

Doa orang yang bermusafir adalah antara doa yang mustajab. Lantaran itu, mohon tolong jangan mengambil kesempatan ‘menyembelih’ mereka dengan caj dan harga yang berganda. Bimbang ada yang mulut masin mendoakan sesuatu yang tak baik untuk perniagaan anda dan akhirnya dari untung secupak anda rugi segantang. Berniagalah dengan mengharapkan rezeki yang berkat dari Allah sambil berniat untuk memudahkan urusan saudara kita yang sedang dalam perjalanan.

Paling penting dalam perjalanan, walau di mana pun kita, jangan sesekali mengabaikan suruhan Allah. Solat mampu mengembalikan semula kesegaran kepada tubuh badan dan ianya dibuktikan melalui kajian perubatan. Di tempat-tempat hentian, kenapa masing-masing solat secara berselerak?

Bukankah solat berjemaah itu satu syariat yang sangat dituntut walau di mana pun kita solat.

Orang Terengganu dan Kelantan yang nak menggunakan LPT2, perlu diambil perhatian bahawa jarak LPT2 sejauh 184 km dari Jabor ke Gemuruh, Kuala Terengganu, anda tak akan berjumpa dengan sebuah pun stesen minyak di sepanjang lebuh raya.

Jadi pastikan tangki minyak anda diisi dengan bahan bakar yang mencukupi untuk menempuh perjalanan dengan jarak tersebut dan perlu reserve jangkaan berlaku kesesakan. Sekali lagi saya ucapkan takziah kerana anda perlu isi minyak mahal hadiah dari kerajaan BN menjelang hari raya.

Memandu di LPT2 anda perlu extra berhati-hati. Jangan ingat bila ia lebuh raya, maka permukaan jalannya rata dan licin. Jangan! Jangan ingat bila ianya lebuh raya, maka tak ada binatang ternakan melintas. Jangan! Jangan ingat bila ianya bernama lebuh raya maka anda akan mendapati kawasan hentian rehat yang menyediakan kemudahan dan khidmat yang diperlukan dengan mencukupi.

Jangan! Hakikatnya LPT2 adalah lebuh raya yang sangat unik kebanggaan rakyat Terengganu dan anda tak akan mendapati lebuhraya lain yang sepertinya serta sewaktu dengannya di mana-mana pun!

Anak-anak yang bekerja di luar dan terdedah kepada dunia maklumat perlu balik untuk membawa sedikit perubahan. Saya kenal dan saya tahu bahawa ramai anak-anak orang kuat parti keris di kampung-kampung, mereka anak-anak yang bekerja di luar kampung tidak bersama pegangan dan ‘aqidah perjuangan’ yang dipegang kukuh oleh orang tua mereka.

Keris dulu, kini dan selamanya! Bila balik jumpa orang tua di kampung terutamanya orang tua yang istiqamah pangkah BN sejak zaman kapal layar lagi, di samping bawa duit belanja, buah tangan dan sebagainya, tolonglah pujuk mereka. Padan doh laaa 50 tahun lebih pangkah dacing. Hehe… boleh ugut sikit. “Kalau pangkah dacing lagi, tahun depan minyak, lektrik dan tol naik lagi, mungkin kita tak dapat nak balik raya di kampung lagi!” - HARAKAHDAILY 14/7/2015

Sumber HD - 14-7-2015

Kita semua worih blako























































































DR AZMAN IBRAHIM | .


Foto hiasan

Di antara keindahan Islam ialah, Islam mengajar kita bahawa semua manusia ada worih-waroh belaka. Worih-waroh dengan makna ada ikatan susur galur keturunan. Sebab apa saya kata semua manusia adalah worih-waroh belaka? Sebabnya, baik orang Melayu, Cina, Kadazan, Iban, Murut, Dayak, India, Jepun, Negro, Rusia, Mongolia, Vietnam, Uzbekistan, Kazakhastan, Arab Iraq, Syria hatta orang eskimo sekalipun, datuk dan nenek moyang kita ialah Adam dan Hawa. Bila kita berasal dari datuk dan nenek yang sama, maknanya kita ini worih. Bezanya mungkin worih jauh atau worih dekat. Adakah mungkin manusia yang berasal dari datuk dan nenek yang sama, tiba-tiba dia tak jadi worih? Ini pelik!

Ajaran Islam anti dengan perkauman, boikot itu dan ini lalu membenci atas nama bangsa. Semua bangsa adalah ciptaan Allah dan kita semua adalah makhluk Allah.

Ketika negara dilanda tragedi 13 Mei 1969, negeri-negeri Melayu yang rakyatnya kuat berpegang dengan agama seperti Kelantan dan Terengganu, tak ada sebarang rusuhan kaum yang berlaku. Orang Melayu, Cina dan bangsa-bangsa lain boleh hidup dengan harmoni.

Berkawan dengan orang-orang Cina di Kelantan menghadirkan pengalaman menarik…

Bersebelahan dengan klinik saya di Kubang Kerian Kelantan, saya berjiran dengan seorang peniaga Cina berusia lewat 50-an, saya panggil mereka Unti dan Uncle yang menjalankan perniagaan menjual pinggang mangkuk dan beberapa barangan lain. Anaknya pula menguruskan perniagaan menjual alat-alat besi grill pintu juga di premis yang bersebelahan.

Saya menilai mereka jiran yang sangat baik dan lebih prihatin berbanding dengan pemilik premis perniagaan berbangsa Melayu lain yang bersebelahan. Setiap pagi menyapa saya dengan senyuman. Ada ketikanya bila pembekal menghantar barangan dan saya tiada di klinik, saya selalu pesan supaya tinggalkan di kedai Cina tersebut.

Ada suatu hari ketika klinik ditutup lantaran saya menghadiri program parti, TNB datang nak buat operasi pemotongan bekalan elektrik. Nasib tak baik kerana ada sedikit tunggakan bayaran, klinik saya juga menjadi sasaran pekerja TNB. Memang tak beretika kerana datang nak potong elektrik kerana hanya tunggakan tak melebihi RM300. Datang pula ketika klinik tak beroperasi. Unti Cina itulah yang pergi halang pekerja TNB dari potong bekalan dan minta supaya pekerja TNB datang semula semasa saya ada di klinik.

Pernah motosikal milik seorang pekerja saya dicuri di hadapan klinik. Keesokan harinya, topik motor kena curi menjadi bualan orang ramai yang sedang minum di sebuah warung bawah pokok berhampiran klinik. Saya diam saja. Seorang daripada pelanggan yang sedang minum juga merupakan pemilik sebuah kedai tak jauh dari klinik saya bercakap… “Ambo tengok doh kelmarin ada budak nampak macam pelik duduk main kat motor tu, tapi ambo tengok saja jah! Mugo bukan motor ambo.” Hehehe… tak malu pula dia mengaku sikap ketidakprihatinannya dengan persekitaran. Untuk makluman, yang sedang minum itu semuanya Melayu.

Suatu malam klinik saya dipecah masuk pencuri. Kejadian ini disedari oleh Unti Cina jiran saya. Dialah yang menelefon saya di waktu dinihari dan mereka anak-beranak yang membantu mengawasi premis klinik saya sehinggalah saya sampai. Malah pernah ada ketikanya, saya amanahkan Unti Cina ini untuk simpan kunci klinik saya.

Tak pernah lekang dengan hadiah dan pemberian setiap kali menyambut Tahun Baru Cina. Ada ketika bila anak-anak mengikut saya ke klinik, selalu Unti Cina ini menghulurkan buah tangan kepada anak-anak saya.

Seorang kawan Cina, Mr Lee yang berniaga alat ganti kereta di Kota Bharu sekadar berseluar tiga suku dan berbaju T sahaja. Kedainya menjadi tumpuan orang ramai. Sepanjang saya berurusan bagi mendapatkan alat ganti kereta dengannya, tak pernah beliau kata alat ganti yang diminta tak ada dikedainya. Mesti dia akan ikhtiar cari sampai dapat. Begitu sekali dia menjaga hati pelanggan tetapnya.

Walaupun banyak lagi kedai alat ganti kereta lain yang lebih dekat, saya memilih untuk berurusan dengannya. Nampak saja saya muncul di depan kedainya, Mr Lee akan menyapa, “Hai Doktor! Apa Khabar? Macam mana keadaan politik sekarang?”

Agak menarik bila semua pekerja di kedainya memakai T-shirt hijau. Pernah saya terserempak dengan seorang pelanggan yang bermulut celupar menegur. “Bakpo pekerja kedai mung pakai baju hijau? Tak dok warna lain ko??”

Jawab tokey Cina ni, “Ikut suka akulah pekerja aku! Mung nak beli spare part ko nak beli baju??” Hahaha… berlalulah dengan tersipu-sipu pelanggan yang bermulut tak ada insuran tersebut.

Ketika mendapat tahu bahawa saya dicalonkan oleh parti untuk bertanding dalam PRU13 yang lepas, berkali-kali Mr Lee memberikan semangat sambil menghulurkan sedikit sumbangan buat belanja pilihanraya.

Saya pernah tanya, “Tokey dah berapa lama jual spare part?”

“Ooo.. lama sangat dah. Kalau nak kira jual secara kecil-kecilan dari akhir tahun 50-an lagi. Ada kedai sendiri dari tahun 70-an lagi.”

“Wah! Lama betul tokey berniaga spare part. Patut saya tengok expert betul dengan komponen kereta.”

Melihat pelanggan yang keluar masuk kedainya tak putus-putus, saya tahu beliau seorang peniaga berjaya. Antara kunci kejayaannya adalah kerana kepuasan pelanggan yang berurusan dengannya.

Tapi gaya beliau biasa-biasa saja. Tak ada pun nampak dia pakai jam Rolex atau Rado atau baju jenama mahal.

Suatu hari kira-kira 5 tahun dulu, pernah cermin hadapan kereta saya retak. Saya bawa kereta buruk saya itu ke sebuah kedai cermin milik seorang peniaga yang sebangsa dengan saya.

“Kos RM1,200 boh!” Wah! Boleh tahan jugok mahalnya.

Baru teringat, dulu ada seorang pelanggan klinik saya seorang Cina pemilik kedai cermin. Saya cari balik bisnes kad yang diberinya dulu dan menelefon Cina ini untuk temujanji. Ternyata mengejutkan, kosnya hanya RM650 dan cermin tersebut telah berkhidmat di kereta saya merentasi perjalanan ke seluruh Malaysia sejak dari 5 tahun lalu sehingga sekarang dan masih berkhidmat dengan sempurna.

Maknanya itu cermin ori!

Tulisan ini saya catatkan bukan untuk membela orang-orang Cina kerana saya Melayu dan masih Melayu sehingga sekarang serta tanpa menafikan akan kebaikan dan kejujuran orang-orang Melayu.

Tetapi saya berhasrat untuk menyiram air sejuk yang mampu mendinginkan panasnya bahang perkauman yang cuba dibakar sehari dua ini. - HARAKAHDAILY 13/7/2015

Sumber HD - 13-7-2015

Seorang pak cik tua berdiri di hadapan bank























































































DR AZMAN IBRAHIM | .


Dalam perjalanan balik dari Jabi ke Kota Bharu pagi ini, saya singgah singgah di sebuah bank di bandar Jerteh untuk mengambil sedikit duit buat belanja dalam perjalanan.

Kelihatan seorang pak cik tua berusia lewat 60-an sedang berdiri di hadapan bank. Saya ingatkan dia peminta sedekah lalu sedikit wang dihulurkan. Rupanya tidak. Pemberian saya ditolaknya dengan baik.

"Awe boleh tolong tengok pitih pok cik. Anak pok cik masuk ko dok lagi..." pintanya perlahan. Rupanya pak cik ni tak pandai nak guna mesin ATM.
"Ooo... boleh saja," jawab saya.

Kad ATM BSN miliknya saya masukkan di mesin ATM. Kali pertama dia tersalah bagi nombor PIN yang dicatatkan pada satu kertas. Alhamdulillah, kali kedua baru betul.

Muka pak cik ni berubah sayu bila tengok baki akaunnya hanya ada RM12.60.

"Dok masuk lagi.... hari ni 7 haribulan doh..." rungutnya dengan nada kesal.

Saya terkedu sambil bertanya sepatah, di mana tempat anaknya bekerja.
"Kuala Lumpur," jawabnya sayu.

Kepada mereka yang bernama anak. Apakah kita juga pernah membiarkan seorang insan yang bergelar ayah ternanti-nanti sebegini?

Sepatutnya sebelum kita peruntukan bajet bulanan untuk bayar kereta, bayar bil, bayar sewa rumah, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak dan sebagainya lagi, jangan kita lupa nun jauh di desa kelahiran kita ada seorang ayah atau ibu tua yang menunggu dan mengharap sedikit wang belanja dari anaknya. Kalau kita juga dalam kesempitan, apa salahnya telefon mereka sepatah. Cakap baik-baik...

“Mak... ayah... minta maaf banyak-banyak, bulan ni saya lewat sikit masukkan duit. Nanti dah masuk saya telefon mak, ayah...” Tentu sekali tiada orang lain yang memahami kesukaran seorang anak lebih dari seorang ibu atau ayah. Jangan biarkan mereka menunggu dalam kehampaan.

Kesukaran dan tekanan lantaran peningkatan kos hidup akibat kenaikan harga minyak yang berterusan, GST dan segala macam mak nenek lagi natijahnya boleh merenggankan hubungan keluarga dan ikatan kasih sayang.

Satu hari yang menginsafkan di klinik. Kehadiran seorang lelaki berusia 40-an membawa ibunya yang telah berusia 73 tahun ke klinik petang ini amat menyentuh hati.

Ibunya mengalami masalah mental sejak lebih 40 tahun lalu ketika melahirkan beliau, apa yang diistilahkan dalam masyarakat kita sebagai 'gila meroyan'. Penyakit yang menimpa ibu ini tak sembuh semenjak lebih 40 tahun lalu sehingga sekarang.Tahapnya agak kronik sehingga tak mampu menguruskan diri sendiri.

Lelaki budiman ini adalah anak yang terakhir dilahirkan oleh ibunya sebelum ditimpa tragedi yang menyedihkan ini.

Saya tersentuh bagaimana beliau melayan ibunya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang walau bagaimana sekalipun keadaan ibu tua ini.

Saya juga terfikir, bagaimana besarnya pengorbanan seseorang ibu untuk melahirkan seseorang zuriat sehingga terpaksa mengorbankan dirinya sendiri walaupun hakikatnya beliau masih bernyawa, tetapi keadaannya... Ya Allah!

Kita mungkin mempunyai ramai adik beradik, rakan dan teman. Tetapi kita hanya mempunyai seorang ibu dan bapa di dunia ini.

Amat malang bagi seseorang yang masih mempunyai ibu bapa yang telah menginjak usia tua tetapi ibu bapanya yang masih hidup itu tak mampu menjadi penyebab baginya untuk masuk syurga dengan makna dia tidak berbakti kepadanya. - HARAKAHDAILY 7/7/2015

Sumber HD - 7-7-2015

Bekas Perajurit Terabai

SETIU – Fokus utama Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS negeri Terengganu adalah untuk memberikan bantuan dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan, termasuk di kalangan warga tua dan uzur.

Pengerusi Lujnah tersebut Dr. Azman Ibrahim berkata, khidmat tersebut sebagaimana pada penggal sebelum ini, akan diberikan tanpa sebarang batasan, samada politik, agama atau pun bangsa.
Sehubungan itu, beliau kesal kerana pihak berwajib masih gagal melaksanakan amanah membantu rakyat bahkan kebajikan mereka yang pernah berkhidmat kepada negara juga, tidak diambil perhatian.

“orang lama seorang bekas tentera yang telah lama terlantar (kerana) diserang oleh ‘angin ahmar’ sejak berbulan-bulan yang lalu,

“menurut maklumat dari keluarganya (beliau) tidak menerima sebarang bantuan (dari pihak kerajaan) dan wakil rakyat, termasuk tidak ada (pihak) bertanya khabar dari Persatuan Bekas Tentera,”ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sebuah ‘kerusi roda’ kepada Ramli bin Omar, 62 tahun, di Kampung Bukit Jeruk, dekat sini pada petang Sabtu, 27 Jun.



Katanya, pemberian tersebut yang telah diselaraskan oleh Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Jabi adalah hasil sumbangan orang ramai yang prihatin.

Dengan itu, ia akan memberikan kemudahan kepada Ramli yang lebih di kenali sebagai ‘Abang Husin’ oleh penduduk sekitar, untuk bergerak.

Mengulas lanjut, Dr. Azman yang juga bekas penjawat awam negara berkata, adalah tidak sepatutnya, orang yang telah berkorban dan berbakti kepada negara selaku seorang perajurit, dibiarkan terabai dalam umur persaraan beliau.

“pihak wakil rakyat juga tidak bertanya khabar,”tambah beliau yang menyifatkan ADUN Jabi, hanya pandai bercakap dalam persidangan DUN dan sidang-sidang lain di ibu negara.

Sumber BO - 29-6-2015

E-Kasih Mari Doh Sapa ‘Lebut Jalan’…

Oleh : Dr Azman Ibrahim

“E-Kasih dengan Tok Ngulu mari doh sapa lebut (lunyai) jalan, tapi papan sekeping pun tak sapa…”

Begitulah keluhan seorang warga emas yang dikenali dengan panggilan Mok Teh Yam, 71 tahun.



“Tok Ngulu mari buat apa Mok Cik?” Tanya saya. “Mari ambik gambar jah, lepas tu kelik. Pah tu mari pulok ambik gambar, lepas tu kelik!” “Gelegar (lantai) rumoh Mok Cik ni, nak semayang pun bimbang takut jatuh.” Keluh warga emas ini yang telah mendiami rumah papan usang di Kampung Kerandang, Jabi sejak lebih 50 tahun yang lalu. Bermakna usia rumah ini dah melebihi usia saya.

Kemiskinan hidup mereka anak-beranak yang mendiami rumah ini menyebabkan mereka tak mampu berbuat apa-apa untuk untuk memperbaiki teratak usang yang menjadi tempat berteduh sejak sekian lama.



Sekadar meraih pendapatan dengan menanam sayur secara kecil-kecilan di sekeliling rumah, ianya hanya cukup untuk sesuap rezeki bagi mengisi perut.

Selain dari lantai rumah yang dah terlalu reput dan tak selamat lagi untuk diduduki, atap rumah juga sudah banyak yang bocor.

Keluhan warga emas ini telah diambil perhatian oleh PAS Jabi dengan kerjasama PAS Cawangan Kerandang.

Semalam, Jumaat 12 Jun 2015, Mok Teh Yam mampu tersenyum riang.

Tenaga khidmat PAS Jabi dibantu Unit Amal Dun Jabi telah mengadakan gotong-royong untuk membaik pulih teratak Mok Cik Yam terutamanya bahagian lantai dan atap yang perlu ditukar baru.



“Malam ni Mok Teh Yam buleh tido jenero, semayang pun khusyuk sikit, tak takut jatuh doh.” Saya sempat bergurau dengan warga emas yang peramah ini. Walaupun usianya dah lanjut, tapi masih sihat dan kuat daya ingatan.

Sebenarnya bukannya banyak pun belanja yang diperlukan. Lebih kurang RM4 ribu dah mencukupi untuk dibelikan barang-barang dan kelengkapan. Kerja boleh dilakukan secara gotong-royong tanpa satu sen pun belanja.

Tetapi kenapa selama Mok Teh Yam anak-beranak perlu melalui semua kepayahan ini bersendirian

Sumber BO - 13-6-2015


Rapatkan saf, mulakan kerja

Posted on Monday, June 08 @ 15:25:53 MYT by paktam

Oleh DR AZMAN IBRAHIM 

SAF kepimpinan yang akan menerajui derap langkah perjuangan bahtera PAS bagi tempoh dua tahun akan datang sudah diketahui.Perwakilan telah menzahirkan hasrat dan harapan mereka lalu meletakkan beban amanah di atas bahu sebahagian “sahabat yang kurang bernasib baik.”

Kurang bernasib baik kerana amanah adalah taklif (tanggungjawab) dan bukannya tasyrif (kemulian).

Semua pimpinan dan pendokong gerakan Islam telah cukup masak dengan istilah ini dan telah sedia menyedari akan beratnya beban taklif termasuk persoalan yang akan dipikul di hadapan manusia serta di hadapan Allah kelak. Kerana itulah tiada istilah honeymoon dalam perjuangan.
Tiada juga istilah tidur lena. Umum memaklumi, inilah dia saf kepimpinan sama ada Pemuda, Ulama dan Muslimat serta susunan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang cukup bersedia bersatu hati dan tekad di bawah kepimpinan ulama. Bersama mempertahankan prinsip perjuangan Islam dengan penuh izzah dan keyakinan.

Selepas berlalunya biduk, maka inilah masa untuk kiambang kembali bertaut. Episod kempen dan pertandingan atas dasar fastabiqul khairat telah berakhir.

Ada pimpinan dan calon yang kita sokong berjaya berada di atas pentas. Sebaliknya ada juga yang tidak berjaya.

Sebelum ini saya berpesan kepada kawan-kawan yang ghairah mempromosi calon-calon tertentu, “Akhie… selepas pemilihan nanti samada calon yang akhie dokong dipilih atau sebaliknya, marilah kita terus istiqamah!” Saya tak kisah dengan gelombang yang melanda dalam perjuangan. PAS adalah sebuah bahtera besar yang sedang belayar di lautan luas. Bukannya bersifat seperti perahu kolek sebagaimana sifat beberapa pertubuhan Islam yang banyak bergerak di tanah air.
Lautan luas yang bergelombang adalah lumrah.

Memanglah sebuah perahu kolek tak akan dibadai gelombang kerana tempat belayarnya ialah di sungai dan kolam. Tapi cuba bawa perahu kolek tersebut belayar di lautan dan tengok apa akan jadi.
Saya bimbang perahu kolek akan bertukar menjadi kapal selam! Seteru politik PAS yang berhasrat untuk merayakan pesta pecah belah yang bakal melanda PAS selepas muktamar diharap dapat segera melupakan hasrat mereka.

Mereka tak memahami bagaimana kebijaksanaan pimpinan PAS mengurus krisis serta keikhlasan dan sayangnya ahli dan penyokong PAS kepada perjuangan ini. Mari duduk bersama kami dan kamu akan mengenali kami!

Sumber DD - 8-6-2015

Duduk bersama kami, kamu akan kenal kami
























































































DR AZMAN IBRAHIM | .


Saf kepimpinan yang akan menerajui derap langkah perjuangan bahtera PAS bagi tempoh 2 tahun akan datang sudah diketahui.

Perwakilan telah menzahirkan hasrat dan harapan mereka lalu meletakkan beban amanah di atas bahu sebahagian ‘sahabat yang kurang bernasib baik’. Kurang bernasib baik kerana amanah adalah taklif (tanggungjawab) dan bukannya tasyrif (kemuliaan).

Semua pimpinan dan pendukung gerakan Islam telah cukup masak dengan istilah ini dan telah sedia menyedari akan beratnya beban taklif termasuk persoalan yang akan dipikul di hadapan manusia serta di hadapan Allah kelak. Kerana itulah tiada istilah honeymoon dalam perjuangan. Tiada juga istilah tidur lena.

Umum memaklumi, inilah dia saf kepimpinan samada Pemuda, Ulamak dan Muslimat serta susunan Jawatankuasa PAS Pusat yang cukup bersedia bersatu hati dan tekad di bawah kepimpinan ulama. Bersama mempertahankan prinsip perjuangan Islam dengan penuh izzah dan keyakinan.

Selepas berlalunya biduk, maka inilah masa untuk kiambang kembali bertaut. Episod kempen dan pertandingan atas dasar fastabiqul khairat telah berakhir.

Ada pimpinan dan calon yang kita sokong berjaya berada di atas pentas. Sebaliknya ada juga yang tidak berjaya.

Sebelum ini saya berpesan kepada kawan-kawan yang ghairah mempromosi calon-calon tertentu, “Akhie… Selepas pemilihan nanti samada calon yang akhie dokong dipilih atau sebaliknya, marilah kita terus istiqamah!”

Saya tak kisah dengan gelombang yang melanda dalam perjuangan. PAS adalah sebuah bahtera besar yang sedang belayar di lautan luas. Bukannya bersifat seperti perahu kolek sebagaimana sifat beberapa pertubuhan Islam yang banyak bergerak di tanah air. Lautan luas yang bergelombang adalah lumrah.

Memanglah sebuah perahu kolek tak akan dibadai gelombang kerana tempat belayarnya ialah di sungai dan kolam. Tapi cuba bawa perahu kolek tersebut belayar di lautan dan tengok apa akan jadi. Saya bimbang perahu kolek akan bertukar menjadi kapal selam!

Seteru politik PAS yang berhasrat untuk merayakan pesta pecah belah yang bakal melanda PAS selepas muktamar diharap dapat segera melupakan hasrat mereka.

Mereka tak memahami bagaimana kebijaksanaan pimpinan PAS mengurus krisis serta keikhlasan dan sayangnya ahli dan penyokong PAS kepada perjuangan ini. Mari duduk bersama kami dan kamu akan mengenali kami! - HARAKAHDAILY 5/6/2015

Sumber HD - 5-6-2015

Rompin, Langkah Kanan Yang Meyakinkan


Oleh: Dr Azman Ibrahim

Kita tak punya banyak sumber kebendaan dalam perjuangan. Yang kita bawa adalah Islam dan kebenaran dengan harapan ianya mampu menyentuh hati pengundi. Sentuhan ini boleh mengundang simpati yang dizahirkan dalam bentuk sokongan. Jangan simpulkan pengundi Rompin dengan sebarang kata-kata yang kesat dan menyakitkan ekoran majoriti mereka masih memilih BN.

Meneliti keputusan – keputusan yang tiba dari saluran-saluran mengundi, saya melihat perkembangan yang sangat memberangsangkan dari saluran pengundi muda. BN mampu mengekalkan kemenangan. Tetapi majoritinya berkurangan hampir separuh. Suatu pengurangan yang sangat ketara. Generasi muda yang celik maklumat mula memberikan isyarat jelas akan pendirian mereka terhadap isu-isu negara. Suatu kedudukan yang merimaskan bagi Umno.



Terlalu banyak yang masih perlu kita lakukan. Pulau Tioman masih kekal menjadi kubu kuat BN. Tetapi tahukah Tuan Puan bahawa Pulau Tioman sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa tidak mempunyai liputan 3G. Walaupun namanya pulau bebas cukai, yang murah adalah rokok dan arak. Kehidupan penghuninya masih terlalu jauh dari standard antarabangsa yang disandang Pulau Tioman.

Peneroka Felda yang diugut dan disogok biasanya menjadi simpanan tetap parti dacing. Mereka diugut akan dibuang dari menjadi peneroka dan pelbagai ugutan lagi. Kemampuan memenangi 4 peti undi termasuk satu peti undi di Muadzam dan 2 peti undi di Felda Keratong adalah pencapaian hebat di sebalik segala mehnah dan tribulasi. PAS kehilangan sebahagian undi masyarakat Cina, tetapi digantikan oleh Allah dengan peningkatan undi masyarakat Melayu Felda.

Orang asal yang masih ketandusan maklumat dan pelbagai lagi pembaikian yang perlu dibuat. Masih ramai masyarakat orang asal yang berstatus tak beragama. Usaha dakwah perlu diperkasakan.

Tentunya tanpa usaha dakwah dan mengajak mereka menganut agama kebenaran, mereka akan melihat nilai kehidupan ini dari sudut siapa yang banyak memberi. Banyak BN bagi, mereka akan pangkah BN.

Dalam pilihanraya, analisa mengambil kira kedua-dua data samada kita mampu meningkatkan undi parti kita atau mampu mengurangkan undi parti lawan. Dalam kes PRK Rompin, jumlah undi kepada PAS tak jauh berbeza berbanding dengan PRU 13, tetapi kita berjaya mengurangkan undi BN hampir 7,000. Ini sebenarnya satu pencapaian.

Kenapa BN hilang undi begitu banyak? Di sinilah perlunya analisa rapi. Padanya terdapat pelbagai kemungkinan kenapa pengundi BN dlm PRU 13 tidak mengundi BN dan tidak juga mengundi PAS.

Bagaimana pula kita mampu menukar hampir 7,000 tadi dari pengundi yang tidak mengundi BN dan tak juga mengundi PAS kepada pengundi PAS?

Sumber BO - 6-5-2015

Ada Sinar Kebangkitan Di Felda Gugusan Selendang Rompin


Oleh: Dr Azman Ibrahim

Semalam saya hadir menyampaikan ceramah bersama Pengerusi ANAK, Saudara Mazlan Aliman di Felda Gugusan Selendang, Rompin. Sebut saja kawasan Felda, saya gambarkan satu suasana lokasi ceramah yang tegang, mungkin cuma ada beberapa belas orang pendengar dan perjalanan majlis ceramah yang diganggu oleh samseng-samseng Umno Felda.

Tetapi ternyata semua tanggapan ini silap. Masuk sahaja melalui gerbang Felda, serta merta saya yang dalam keadaan letih dan mengantuk kerana dah masuk malam ketiga tak jumpa bantal bertukar menjadi ‘cerah mata’. Punca cerah mata ialah kerana melihat bendera bulan hijau putih yang menghiasi kiri dan kanan jalan masu kke Felda.

Wah! Ini sudah dikira hebat. Kalau dalam kawasan Felda, yang hijaunya bukan setakat daun kelapa sawit tetapi dihijaukan juga dengan bendera bulan, ini satu perkembangan yang menarik dan pemandangan yang menyegarkan mata. Dari segi kesihatan pun, memandang kepada pemandangan kehijauan adalah baik untuk mata.

Markas pilihanraya BN dan Markas PAS di dalam Felda ini terletak hanya bersebelahan antara satu sama lain. Tetapi markas yang berdekatan tak menjadi punca kepada ketegangan dan perbalahan. Nampak orang sini matang berpolitik.

Paling menarik apabila manusia kecik besar, tua muda, lelaki dan perempuan keluar beramai-ramai dengar ceramah. Kehadiran dalam 300 orang untuk satu ceramah umum pembangkang di kawasan Felda sudah boleh dikira sangat lumayan. Saya boleh mengesahkan bahawa yang hadir itu hampir keseluruhan mereka adalah masyarakat setempat Felda kerana tanah rancangan ini terletak jauh dari kawasan penempatan lain.

Saya menilai semua ini berdasarkan perbandingan dengan tanah rancangan Felda di kawasan saya. Huh! Nak pasang bendera dan nak buat ceramah umum pembangkang secara terbuka di Felda Selasih, Jabi? Mungkin peneroka Felda akan lari sembunyi dalam ladang kelapa sawit! Tak nak zahir bahawa mereka hadir dalam program pembangkang.

Kita juga jangan melupakan dengan fakta bahawa antara kawasan Felda yang menghalang ketibaan rombongan Kembara Oren Selamatkan Felda dulu ialah Felda Selasih! Elok juga kalau orang-orang Selasih buat rombongan mari jumpa dengan rakan sejawat mereka di sini dan belajar erti kemantangan serta meraikan perbezaan pegangan politik masing-masing.

Isu perumahan untuk generasi kedua Felda serta isu kejatuhan harga saham FGV ke paras yang sangat kritikal sehingga berdepan risiko akan dikeluarkan dari Papan Utama BSKL mendominasi isi ceramah Saudara Mazlan Aliman. Isu yang menyentuh kepentingan peneroka secara langsung ini diikuti mereka dengan penuh minat.

Sebenarnya mengikut seorang pimpinan PAS setempat, ada seramai 70 orang belia Felda Selendang yang akan mengistiharkan penyertaan mereka sebagai ahli PAS bersempena majlis ini. Tetapi pengistiharan ini ditangguhkan seketika kerana sedia dimaklumi akan kerakusan tindak balas Umno terhadap pengistiharan tersebut terutamanya dengan menggunakan kuasa duit bagi meraih semula sokongan pengundi memangkah dacing.

Saya bukanlah dilahirkan di tanah Felda sebagaimana Saudara Mazlan Aliman tetapi saya juga seorang anak tani yang menjiwai kehidupan masyarakat Felda. Mungkin saya lebih menyelami kehidupan sukar rakyat marhaen di Felda berbanding dengan Ahmad Maslan yang biasa berlakon menorah getah.

Sumber BO - 28-4-2015





















































































Rompin, udang galah sepit biru yang tak terlalu biru

DR AZMAN IBRAHIM | .


Mengetuai Kontinjen PAS Setiu bertugas membantu kempen PRK Rompin merupakan tugasan rasmi pertama yang saya laksanakan setelah diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Setiu dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Setiu kali ke-37 pada 18 April lepas.

Jentera PAS Setiu ini hadir ke Rompin dengan kekuatan 20 anggota terdiri dari pimpinan PAS Kawasan, Muslimat, Ameerah, petugas IT, petugas bilik gerakan serta termasuk juga petugas keselamatan.

Lokasinya di UPU Kuala Rompin, UPU Bandar Rompin dan UPU Sungai Puteri dalam Dun Tioman. Lain padang lain belalang, lain orang lain pendekatan.  Pekan Rompin yang terkenal dengan udang galah sepit biru ternyata sebenarnya ‘tak terlalu biru’ masyarakatnya. Antara buktinya, Walaupun calon PAS tewas dengan majoriti melebihi 15 ribu undi di Parlimen Rompin dalam PRU 13 yang lepas tetapi PAS masih mampu memenangi undi majoriti di UPU Bandar Rompin.

Pagi ini ketika mengadakan himpunan flash mob di simpang lampu isyarat utama di tengah-tengah Bandar Rompin dengan GST menjadi tema utama flash mob, saya memerhatikan sebahagian besar pemandu mengangkat tangan dan membunyikan hon tanda setuju. Ia sebenarnya satu isyarat sokongan secara halus yang sebenarnya  mampu diterjemahkan dalam bentuk undi pada hari mengundi  5 Mei nanti.

Begitu juga keadaannya ketika petugas mengagihkan bahan-bahan kempen kepada pengunjung dan peniaga di Pasar Tani Bandar Rompin. Kedatangan rombongan pasukan petugas kempen PAS Terengganu yang turut disertai kontingen PAS Setiu,  Hulu Terengganu, Kemaman, Besut dan Dewan Pemuda PAS Terengganu diterima dengan baik.

Ini semua memberikan isyarat bahawa masyarakat pengundi di sini sedia untuk berubah.  Tiada yang mustahil kerana politik sebenarnya adalah seni bagi segala kemungkinan.

Berkesempatan meninjau kehidupan sosio-ekonomi masyarakat setempat di sekitar Rompin sebagai satu kawasan tradisi BN, saya boleh nyatakan bahawa keadaan kehidupan mereka biasa-biasa saja.

Kalau saya bandingkan, Bandar Pasir Puteh Kelantan sebenarnya lebih besar dan lebih membangun dari Rompin. Sepatutnya sebagai sebuah kawasan pilihan raya yang telah enam penggal berturut-turut tak pernah terlepas ke tangan pembangkang, mata kita akan tersilau dengan kehebatan pembangunan di sini tetapi hakikatnya tidak.

Lantas apakah kebanggaan pemimpin dan pengundi parti dacing atas keupayaan mereka mengekalkan penguasaan dengan penuh bergaya di Rompin dengan wakil rakyat demi wakil rakyat silih berganti sehingga era millennium sekarang? Ditambah lagi dengan fakta bahawa allahyarham mantan ahli parlimen mereka adalah bekas menteri penuh kerajaan pusat.

Penduduk Parlimen Rompin dengan lebih 87% mereka adalah pengundi Melayu dengan punca pencarian utama sebagai nelayan, peneroka felda, petani, penternak, peniaga, pengusaha industri pelancongan dan pekerja kilang serta kakitangan awam sewajarnya layak menikmati lebih kemajuan dan pembangunan yang selalu menjadi slogan BN setiap kali pilihan raya.

Kita juga jangan melupakan fakta bahawa Calon BN bagi PRK Rompin ini pernah menjadi Adun Rompin ketika Rompin masih merupakan sebahagian dari Parlimen Pekan dari 1982-1990. Sejak dari tahun 1990, Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis mula memenangi kerusi Parlimen Rompin yang terus dimenanginya selama 6 penggal berturut-turut sehinggalah yang terakhirnya pada PRU13 lepas.

Saya juga melihat, BN akan menjaga bagai menantang minyak yang penuh pengundi anak emas mereka berjumlah lebih 7,000 orang dari kalangan pengundi masyarakat orang asli. Ini adalah pengundi simpanan tetap BN ditambah lagi dengan saham dari undi peneroka Felda!

Orang Melayu perlu bangun bagi menyuarakan pendirian mereka. Tak undi BN bagi Parlimen Rompin tak akan merubah kerajaan yang sedia ada. Umno/BN akan terus memerintah sekalipun mereka kalah di Rompin. Tetapi tindakan untuk tidak memangkah BN di Rompin adalah satu isyarat yang kuat dan jelas akan bantahan rakyat terhadap GST. Undi BN tanda anda sokong GST! - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26 - 4 - 2015

Pilihan Raya Kecil GST: Penerangan parti keris jadi bahan ketawa

Posted on Wednesday, April 22 @ 22:54:17 MYT by paktam

Oleh DR AZMAN IBRAHIM

Hari ini penamaan calon PRK Rompin. Siapa menang dan siapa kalah dalam PRK Rompin ini tak akan mengubah kerajaan yang memerintah. Tetapi sebenarnya PRK Rompin mempunyai manifestasi yang besar dalam arus politik negara.


Rompin adalah satu kawasan parlimen di negeri asal Perdana Menteri. Kedudukan Parlimen Rompin bersempadan dengan Parlimen Pekan yang diwakili PM. Allahyarham bekas Ahli Parlimen Rompin adalah sahabat baik Perdana Menteri yang sentiasa berada di belakang Ahli Parlimen Pekan tersebut dan salah seorang penasihat yang berperanan untuk memastikan kelangsungan kuasa beliau di Sri Perdana, Putrajaya. Kemalangan helikopter berlaku ketika dalam perjalanan balik dari kenduri kahwin anak Perdana Menteri. Rompin dan Pekan sama-sama kawasan majoriti pengundi Melayu dengan peratusan melebihi 87%.

Satu tagline yang paling jelas, inilah PRK yang pertama selepas perlaksanaan GST. Kita mendengar keluhan rakyat di pelbagai peringkat sampai Ahli Parlimen Umno pun turut mengeluh apabila anak Ahli Parlimen tersebut dimasukan ke hospital swasta dan kena GST walaupun beliau sendiri yang turut sokong untuk meluluskan GST! Kalau kata bodoh kan marah!

Benar sebagaimana yang dicanangkan oleh Pak Menteri bahawa rakyat akan semakin faham GST selepas perlaksanaannya. Memang sekarang rakyat dah faham termasuklah rakyat Umno.

Walaupun jentera penerangan parti keris ini cuba masuk kampung untuk menjelaskan bahawa punca harga barang naik bukan disebabkan GST tetapi kerana salah peniaga yang menaikkan harga barangan namun nampaknya usaha ini menjadi bahan ketawa orang ramai.

Setakat duduk berdegar-degar marahkan Umno dan GST dalam kedai kopi, ianya tak memberi banyak makna, kita buat himpunan bantah GST, Perdana Menteri jeling sebelah mata sahaja. Kita tulis macam-macam artikel penjelasan GST, Pak Menteri peduli apa!  Jadi kita nak bercakap dalam bahasa apa supaya Perdana Menteri faham akan rintihan rakyat? Inilah yang dinamakan bahasa undi. Dalam hal ini rakyat Rompin sangat bertuah kerana mereka akan diberi peluang untuk mengadili tindakan-tindakan kerajaan yang telah meletakkan kehidupan rakyat dalam suasana yang sukar.

Sekiranya mereka mengambil jalan terhormat untuk menyatakan kepada kerajaan bahawa kami bantah segala tindak-tanduk kamu dengan undi kami, keberanian rakyat Rompin ini akan dikenang sebagai wira dan diingati untuk satu tempoh yang panjang. Anak-anak mereka kelak akan menghargai keberanian ibu bapa mereka.

Angka majoriti kemenangan BN di Rompin dalam PRU13 dengan lebih 15 ribu undi sebenarnya tak terlalu banyak kerana setiap pengundi hanya mempunyai 1 undi. Kalau semua orang bertekad nak buat perubahan, masing-masing dengan kuasa 1 undi wajar mengambil tindakan untuk jangan undi BN!

Kalau rakyat Rompin sayang sangat dengan Najib dan Allahyarham Jamaludin Jarjis, jangan bimbang kerana dengan tak mengundi BN di Rompin, Najib tetap akan menjadi PM dan Rosmah tetap akan jadi first lady!

Tetapi satu undi anda kepada BN bermakna anda setuju dan sokong GST! Setuju dan sokong GST bermakna anda redha untuk menerima segala kesan dan akibat perlaksanaan GST         

Sumber DD - 22-4-2015

‘Telaga Tiub’ Untuk Rakyat


Oleh: Dr Azman Ibrahim

Peratusan penduduk yang mendapat bekalan air bersih di kawasan luar Bandar seperti di Jabi sebenarnya masih agak rendah. Saya banyak menerima permintaan bantuan daripada penduduk setempat untuk mendapatkan sumbangan kewangan bagi tujuan pembayaran kos penyaluran masuk bekalan air dari Syarikat Air Terengganu (SATU) ke rumah mereka terutamanya yang terletak agak jauh dari jalanraya. Kosnya mencecah sekitar RM2,000 lebih bagi sebuah rumah.

Tentunya kos RM2,000 bagi sebuah rumah adalah agak tinggi untuk kami tampung tanpa sebarang peruntukan dari mana-mana pihak. Ada juga rumah yang terletak di lokasi kedudukan yang agak tinggi sehingga menyukarkan proses penggalian telaga biasa. Telaga perlu digali dengan kedalaman sehingga lebih ‘20 kerek’ barulah mata air ditemui.



Sumber alternatif dengan kos yang lebih rendah perlu diusahakan. Dalam hal ini, pembinaan telaga tiub adalah kaedah alternatif yang terbaik.

Ungkapan yang menyebut ‘air adalah kehidupan’ adalah sangat tepat dan benar. Manusia mungkin boleh hidup secara ala kadar tanpa bekalan elektrik, tetapi adalah mustahil manusia boleh hidup tanpa bekalan air.

Masalah bekalan air ini bukan hanya terhad di sesuatu tempat sahaja. Apabila saya mengarahkan

Ketua Kebajikan PAS setiap kawasan supaya melakukan survey dan pengumpulan maklumat berkaitan hal ini, ternyata maklumat yang kita kumpulkan memberikan indikasi bahawa ketidak sempurnaan bekalan air ini adalah merupakan masalah menyeluruh di serata negeri.

Lantaran itulah Lujnah Kebajikan PAS Terengganu berkolaborasi bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu bagi memulakan jelajah pembinaan telaga tiub ke seluruh negeri Terengganu dengan mensasarkan keluarga miskin yang memerlukan serta prasarana kegunaan umum seperti surau dan madrasah. Dun Jabi menjadi lokasi perintis projek yang mula dilaksanakan pada Jumaat lepas.

.

Bagi tujuan penjimatan kos, projek ini dilaksanakan secara konsep gotong-royong dengan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mempelopori usaha pencarian dana sementara Kebajikan PAS Terengganu bertanggungjawab untuk menggerakkan jentera parti setempat bagi kerja-kerja perlaksanaan pembinaan telaga tiub ini.

Konsep gotong-royong ini mampu menjimatkan lebih dari separuh kos yang sepatutnya dibelanjakan berbanding kalau dilaksanakan secara memberi upah.

Bagi pihak Kebajikan PAS Terengganu saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu yang telah dan terus menyumbangkan sumber kewangan, tenaga dan peralatan bagi perlaksanaan program ini. Ianya projek untuk rakyat tanpa sempadan politik. Kita berbakti demi rakyat yang memerlukan.

***Penulis adalah Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu

Sumber BO - 29-3-2015

Tamatkan Hubungan Dengan ‘Hadi’???

Kalau Hadi yang dimaksudkan adalah Dato Seri Abdul Hadi Awang, maka hamba Allah yang bernama Hadi tersebut adalah Presiden PAS!

Apa makna tamatkan kerjasama dengan Hadi kalau bukan bermakna tamatkan kerjasama dengan PAS? Atau DAP akan berhubung dan membuat keputusan dengan individu lain bagi mewakili PAS?

Kalau betul begitu, siapakah individu itu dan atas kapasiti dan mandat apa dia akan berhubung dengan DAP bagi mewakili PAS?

Saya sejak dulu, kini dan akan datang insyaAllah teguh di belakang Hadi! Bukan kerana nama dia Hadi tetapi kerana dia memimpin gerakan Islam yang saya dokong dan mempertahankan kebenaran Islam sekalipun tak disukai oleh kawan dan lawan.

Kalau melihat kepada ratusan ribu hadirin yang hadir ke Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah, saya yakin bahawa pendirian saya ini adalah isi hati yang sama dengan ratusan ribu malah mungkin jutaan pencinta kebenaran di atas muka bumi Malaysia ini.

Saya belajar sirah dan sejarah jatuh bangun perjuangan Islam dengan agak mendalam. Di dalamnya saya temui fakta bahawa kebenaran ini tak disukai oleh orang-orang kafir dan mereka yang memiliki hati yang berpenyakit.

Kita tak boleh selamanya nak berkompromi dengan syariat Allah demi menjaga hati mereka yang tak beriman kepada Allah.

Memang nak menegakkan kebenaran adalah pahit. Saya bersedia untuk mendengar keputusan pimpinan tertinggi dalam hal ini dengan kepatuhan dan ketaatan sekalipun ianya pahit.

-Azman Ibrahim
24/3/2015
No. Ahli PAS: 0918900

Sumber BO - 24-3-2015

Yang ‘Duk Geger’ Seolah-olah Presiden PAS Dah Berganti Tu Bak Po?


Oleh: Dr Azman Ibrahim

PAS Kawasan Kota Bharu agak dekat di hati saya. Di samping saya menetap di Kota Bharu, sahabat-sahabat yang menggerakkan PAS Kota Bharu sebahagian mereka adalah sahabat rapat saya. Nama-nama seperti Ustaz Nor Azariza, Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Dr Ramli Mamat, ADUN Bunut Payong, Aidi Hassan, Setiausaha PAS Kota Bharu adalah sebahagian sahabat-sahabat yang bersama disaat suka dan duka dalam perjuangan. Orang Kelantan sebut, serupo adik-beradik. Saya juga pernah beberapa kali hadir bagi mengisi program anjuran PAS Kota Bharu. Antara yang masih saya ingati ialah Tamrin Qiadhi PAS Kawasan Kota Bharu di Danau Tok Uban Pasir Mas di mana saya telah bentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pengorbanan dan Ketaatan.’ Lebih tepatnya saya hadir mengisi program untuk saya belajar sesuatu dari mereka.

Sebagai sebuah kawasan yang kuat kalau nak dibandingkan dengan Setiu dan beberapa kali mencapai kemenangan dengan rekod bersih berserta majoriti besar di semua DUN dan Parlimen dalam PRU, saya banyak belajar kaedah-kaedah gerak kerja parti dari sahabat-sahabat Kota Bharu. Bolehlah saya istilahkan, Kota Bharu adalah kawasan hitam pekat bagi Umno dan Barisan Nasional. Orang Terengganu sebut, ‘gelap gambor’ Umno nak menang sini.

Sehari dua ini, mungkin PAS Kota Bharu akan jadi glamour seantero Malaysia. Rekodnya, PAS Kawasan Kota Bharu adalah kawasan yang pertama sekali mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan dan yang pertama sekali mengemukakan pencalonan untuk jawatan-jawatan di peringkat PAS Pusat. Tentunya pencalonan bagi jawatan Presiden mengamit tumpuan utama.

Isu sebenarnya biasa-biasa saja. Tak ada apa pun yang pelik atau luar biasa. Wartawan yang dijemput untuk menghadiri sidang media selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa PAS Kota Bharu semalam, bagi saya juga biasa-biasa saja. Pelik apa setakat panggil wartawan. Kalau ada PAS cawangan yang nak panggil wartawan untuk buat sidang media selepas mesyuarat mereka, silakan. Kita buat sidang media, bermakna kita nak maklum kepada dunia apa yang telah kita putuskan. Bila kita buat makluman, orang lain juga berhak untuk memberikan komentar termasuklah saya.

PAS Kota Bharu tak ada buat apa-apa tindakan yang melanggar perlembagaan dan menyalahi disiplin. Mereka nak calonkan nama lain sebagai Presiden PAS bagi mengantikan Tuan Guru Presiden sebagai penyandang, itu hak mereka. Perlembagaan PAS membenarkannya.
Ianya baru setakat pencalonan. Ramai yang suka sangat buat spekulasi dan buat bising tak tentu hala. Gambarannya macam seolah-olah Presiden PAS sudah bertukar tangan!

Untuk mencukupi syarat seseorang calon bagi bertanding apa-apa jawatan di peringkat PAS Pusat, pencalonan minima dari 2 kawasan mesti diperolehi. Sekarang baru hanya satu kawasan. Who’s next? Apabila cukup minima pencalonan dari 2 kawasan, Jawatankuasa Pemilih PAS akan mengeluarkan surat tawaran bertanding kepada calon-calon yang berkenaan. Sekiranya diterima, nama calon tersebut akan dimasukkan ke dalam kertas undi. Perwakilan yang hadir ke Muktamar Tahunan PAS nanti akan mengundi bagi menentukan siapa yang akan terpilih menduduki saf kepimpinan PAS untuk 2 tahun yang berikutnya.

Itulah gambaran ringkas bagaimana proses pemilihan berjalan. Yang duduk geger seolah-olah Presiden PAS dah berganti tu kenapa? PAS Kota Bharu mungkin ingin mencipta gema. Bagi saya ianya bukan gema. Ia sekadar suatu keputusan biasa dari mesyuarat Jawatankuasa PAS kawasan.

Saya juga sangat tidak berminat untuk membuat spekulasi bahawa akan ada lagi kawasan-kawasan lain yang mengikut jejak Kota Bharu. Juga saya tak berminat untuk membuat spekulasi samada Dato

Tuan Ibrahim Tuan Man akan menerima atau menolak pencalonan kerana sebenarnya pencalonan dari Kota Bharu sahaja belum pun lagi mencukupi syarat untuk Dato Tuan Ibrahim menjadi calon Presiden. Nak tarik diri atau terima macam mana, syaratnya pun belum cukup! Kalau tak ada kawasan lain yang mencalonkan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Presiden, maka pencalonan dari PAS Kota Bharu akan terbatal dengan sendirinya.

Saya cuba untuk selalu berfikir, mengolah dan menulis berdasarkan fakta. Paling penting saya inginkan setiap baris tinta mampu menjernihkan keadaan…

Sumber BO - 10-3-2015


7 KRITIKAN SEHARI BERBANDING 3 PUJIAN YANG DITERIMA - DR AZMAN


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33632-7-kritikan-sehari-berbanding-3-pujian-yang-diterima

Sumber HD - 3-2-2015





















































































Banjir: Antara kisah RM800 juta, E.Coli Atau 'E.Joli'

DR AZMAN IBRAHIM | .


MEMBACA berita Astro Awani bertarikh 6 Januari 2015 yang menyatakan bahawa Kementerian Kewangan telah memperuntukkan kepada MKN sebanyak RM800 juta untuk operasi banjir di seluruh negara bagi musim banjir tahun ini dan sebahagian besarnya telah dibelanjakan membuatkan saya terkedu seketika.

Ini bukanlah cerita RM500 juta yang dijanjikan Perdana Menteri ketika melawat Kelantan sebaik sahaja balik dari Hawaii. RM500 juta ini adalah drama dan kisah yang berbeza dari RM800 juta yang dimaksudkan.

Satu jumlah yang menyebabkan Pengerusi PAC, anakanda Allahyarham Datuk Mohamad Rahmat bercadang memanggil Kementerian Kewangan dan MKN bagi mendapatkan penjelasan.

Datuk Nur Jazlan, Pengerusi PAC dilaporkan sebagai berkata, walaupun RM800 juta telah dibelanjakan, operasi MKN dalam menguruskan bencana banjir sangat tidak sempurna dan kelam kabut.

Dengan tugas yang diamanahkan oleh parti kepada saya sebagai Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu, saya telah mengharungi air banjir sejak dari pertengahan November lagi sehinggalah banjir di Terengganu melabuhkan tirainya pada minggu pertama Januari 2015.

Dari air banjir di kawasan bandar, taman perumahan, kampung, desa, ladang getah, ladang sawit sehingga menongkah arus deras sungai untuk bertemu dengan mangsa-mangsa banjir, semuanya telah saya harungi.

Saya bertemu dengan mangsa banjir yang telah keputusan bekalan hampir seminggu di Hulu Dungun, saya mendapat maklumat pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di Gong Badak yang terperangkap tanpa bantuan dari agensi pihak berkuasa.

Saya tahu yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa banjir adalah Unit Amal PAS. Saya tahu yang menghantar bekalan dari rumah ke rumah mangsa banjir adalah petugas banjir PAS.

Saya tahu yang bertungkus lumus membersihkan rumah mangsa banjir selepas air surut ialah sukarelawan PAS. Saya tahu mangsa banjir tidur berselerakan di pusat-pusat pemindahan tanpa ada sedikit ruang privasi untuk mereka.

Saya tahu ramai mangsa banjir yang pulang ke rumah dalam keadaan terpinga-pinga melihat kerosakan segala peralatan rumah. Saya tahu ada anak-anak mangsa banjir yang tak mempunyai uniform untuk ke sekolah, saya tahu dan saya tahu…

Soalnya dengan peruntukan sebanyak RM800 juta yang dihabiskan tersebut, kenapa semua yang saya tahu ini berlaku? Ini baru cerita di negeri Terengganu.

Kalau kisah di Kelantan, tentu lebih tragis dan dahsyat. Sampai 4 hari, ada mangsa banjir terputus bekalan makanan.

Lepas air surut, mangsa banjir turun dalam keadaan terketar-ketar kelaparan dari bukit tempat berlindung untuk mencari makanan. Pada masa itu, ada bekalan makanan yang dibahagikan di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Kuala Krai.

Mangsa banjir yang basah kuyup, tubuh penuh berselut dan lumpur, lemah longlai dalam keadaan kelaparan datang ke tempat pengagihan makanan. Tiba-tiba bila ingin menagih sedikit makanan yang diagihkan di Pejabat JPN Kuala Krai, pegawai di situ minta ditunjukkan IC. Tak ada IC, makanan tak akan diberikan! Gila apakah ini? Ini bukan masa nak minta IC lah Tuan Pegawai! Nasib baik nyawa dapat diselamatkan pun syukur kepada Allah. Berlalulah mangsa banjir yang malang ini dengan hati yang pedih bagai ditusuk sembilu diperlakukan sebegitu. Ianya lebih pedih dari perut yang lapar.

Kisah sedih ini saya dengar sendiri daripada mangsa banjir yang mengalaminya bercerita kepada saya di Kuala Krai dengan titisan air mata. Sungguh hatinya terguris diperlakukan sebegitu ketika keadaannya sangat-sangat mengharapkan sesuap makanan.

Mana pergi RM800 juta? Operasi team banjir kami di Terengganu banyak dibantu dengan sumbangan dana dari NGO seperti Yayasan Amal Malaysia dan lain-lain NGO. Tak ada satu sen pun daripada kerajaan. Tapi kami mampu berkhidmat siang malam sepanjang tempoh banjir.

RM800 juta kalau campur dengan RM200 juta lagi, jadinya RM1 bilion. Apakah banjir ini musibah bagi rakyat tetapi rahmat bagi Umno? Rahmat untuk mereka ‘kerkoh’ duit peruntukan banjir!

Saya simpati bila PM kena wabak E.Coli (Escherichia coli). Mari berlakon sekejap dalam banjir pun dah kena E.Coli. Macam mana dengan rakyat yang kena banjir, duduk di pusat-pusat pemindahan dalam keadaan bersesak-sesak, minum air banjir, pakaian penuh lumpur, balik rumah cuma tinggal tapak, lektrik tak ada, bekalan air tak ada.

Apakah bakteria E-Coli cuma minat menyerang orang yang mari berlakon poligam dalam banjir? Poligam itu maknanya politik gambar!

Merenung kembali angka RM800 juta, saya mencadangkan saintis membuat kajian yang lebih teliti untuk mengenal pasti kewujudan bakteria selain E.Coli yang berbahaya di musim banjir ini. Saya rasa bakteria tersebut namanya E.Joli. Kalau kena jangkitan bakteria E.Joli, jawabnya berat menanang!! - HARAKAHDAILY 7/1/2015

JK Operasi Banjir PAS Terengganu ucap terima kasih

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Operasi Banjir Operasi Banjir PAS Terengganu merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala yang telah disumbangkan sama ada wang ringgit, barangan, tenaga, masa, buah fikiran, peralatan dan sebagainya sehingga kerja amal kemasyarakatan dapat berlangsung dengan lancar dan berjaya kerana Allah.

"Ianya adalah kejayaan semua yang terlibat dan telah melakukan banyak pengorbanan," ujar Pengarah Operasi Banjir PAS negeri, Dr Azman Ibrahim dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Musim tengkujuh di Terengganu telah hampir menutup tirainya. Syukur kepada Allah atas segala kemudahan dan pertolongan-Nya sepanjang kita bersama mengendalikan operasi banjir di semua peringkat parti samada ketika fasa sebelum banjir, semasa banjir dan selepas banjir.

Bagi pihak Jawatankuasa Operasi Banjir, kami merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala yang telah disumbangkan baik dari segi wang ringgit, barangan, tenaga, masa, buah fikiran, peralatan dan sebagainya sehingga kerja amal kemasyarakatan ini dapat berlangsung dengan lancar dan berjaya kerana Allah.

Ianya adalah kejayaan semua yang terlibat dan telah melakukan banyak pengorbanan.

Kita menyedari bahawa dalam menghadapi musim bencana seperti ini, ramai wira yang tak didendang telah menyumbang bakti yang tak ternilai harganya. Penghargaan khusus untuk semua mereka ini.

Sehingga waktu ini, masih tinggal Bilik Gerakan Banjir Kawasan Dungun yang kekal aktif untuk menyusun dan mengatur gerak kerja pembersihan pasca banjir sementara Bilik Gerakan Banjir Kawasan Kemaman akan ditamatkan operasi menjelang tengah malam ini setelah semua mangsa banjir pulang ke rumah dan kerja-kerja pembersihan pasca banjir disempurnakan.

Pihak Jawatankuasa Operasi Banjir juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu, Unit Amal, Yayasan Amal Malaysia, Papisma, Rakan Khidmat, Kelab 4x4, Radio Amatur, Ameerah, Khairunnisa, PAS Kawasan serta Dewan-Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat yang bersama berganding bahu menggembleng tenaga bagi memberikan khidmat yang terbaik.

Tak dilupakan juga kepada penyumbang-penyumbang dari luar Terengganu seperti Perantau, PAS Wilayah Persekutuan, Perhubungan PAS Johor melalui PAS Kawasan Pasir Gudang, Perhubungan PAS Negeri Selangor serta individu-indidu lain yang turut menghulurkan sumbangan.

Terima kasih juga kepada Jabatan Pengurusan Kecemasan dan Bencana (MEDM) PAS Pusat atas sokongan teknikal dan kewangan.

Akhirnya, sebagai tambahan khidmat pasca banjir, dalam rangka untuk menyantuni keluarga mangsa banjir yang kurang berkemampuan, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu bersama Persatuan Perubatan Ibnu Sina (Papisma) telah bersetuju untuk mengagihkan sumbangan uniform sekolah lengkap kepada 1,000 orang pelajar terpilih dari kalangan keluarga terlibat banjir seluruh Terengganu dalam program ‘Back To School’.

Penyelarasan dan pengagihan akan dilakukan segera melalui Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan-kawasan.

Kepada Allah kita berserah segalanya. - HARAKAHDAILY 5/1/2015

Buka sekolah: Penoreh ikhtiar cari duit

HARAKAHDAILY | .



SETIU: “Lama doh dok leh gi nnoreh, dekat buka sekolah banyak pitih nak guna, tapi kerana anak nak gi ngaji, kita ikhtiar carilah lagu mana pun…”

Itulah luahan sedih yang disampaikan ibu-bapa anak-anak Dun Jabi ketika menerima kunjungan rombongan pimpinan Majlis Tindakan Dun Jabi dalam program Jejak Anak-Anak Cemerlang UPSR semalam.

Kira-kira 20 orang anak-anak Dun Jabi yang berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini dikunjungi dari rumah ke rumah untuk diberikan sumbangan penghargaan dan ucapan tahniah atas kejayaan yang dicapai.

Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi yang juga Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim mengetuai kunjungan rumah ke rumah.

Tahun ini, kata beliau phaknya tidak mengadakan majlis penyampaian sumbangan sebagaimana biasa tetapi mengambil satu inisiatif baru untuk datang sendiri ke setiap rumah anak-anak cemerlang itu.

Menurutnya, inisiatif baru ini dibuat kerana beberapa tujuan iaitu, yang pertama, apabila pihakya tidak memiliki jumlah kewangan yang banyak untuk dihulurkan, nilai sumbangan akan menjadi mahal apabila datang sendiri ‘bertemu mata’.

"Yang kedua, kita ingin melihat sendiri keadaan kehidupan keluarga mereka di samping dapat memberi semangat kepada ahli keluarga yang lain," katanya.

Tambahnya, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, seboleh-bolehnya pihaknya tidak ingin menyusahkan para ibu bapa sehingga terpaksa datang ke majlis sumbangan dan terpaksa meninggalkan kerja-kerja harian mereka.

Katanya lagi, suatu yang menarik untuk diungkapkan, sebahagian besar anak-anak cemerlang ini datangnya dari keluarga berpendapatan rendah.

Beliau menambah, mereka adalah anak-anak kampung yang hidup dalam serba kekurangan, belajar di sekolah kampung yang tentunya tidak sebanding dengan sekolah di bandar tetapi juga mampu cemerlang sebagaimana orang lain.

Maknanya, kata beliau anak-anak ini adalah mereka yang hebat dan sangat berbakat.

Beliau turut melahirkan kesyukuran atas kejayaan anak-anak Dun Jabi yang cemerlang ini diterima meneruskan pengajian di sekolah-sekolah berasrama penuh di sebalik persaingan hebat untuk mendapatkan tempat sekarang ini. - HARAKAHDAILY 3/1/2015

Sumber HD - 3-1-2015





















































































Bersiap sedia hadapi banjir gelombang keempat

HARAKAHDAILY | .


KUALA TERENGGANU: Bilik Gerakan Banjir PAS Terengganu mengarahkan Bilik Gerakan Banjir Kawasan Dungun dan Kemaman untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir gelombang keempat.

Pengarah Operasi Banjir PAS negeri, Dr Azman Ibrahim menyatakan demikian merujuk kepada amaran hujan tahap merah yang dijangka melanda sekitar daerah Dungun dan Kemaman yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia.

"Persiapan ini merangkumi persiapan bilik operasi untuk terus diletakkan dalam keadaan siaga, persiapan aset dan peralatan, penyusunan petugas serta stok bekalan barangan makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.

Menurutnya, menghadapi musim tengkujuh yang berpanjangan dan belum sampai ke penghujungnya sehingga kini, memang tidak dinafikan menuntut banyak pengorbanan masa, tenaga, kos serta penggunaan aset yang banyak.

"Bagi pihak Bilik Gerakan Banjir PAS Terengganu, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala yang telah dilalui dan dicurahkan oleh semua petugas. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

"Komitmen kita adalah untuk terus memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat kerana Allah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya penduduk yang berada di kawasan rendah serta berisiko dinaiki air dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan berjaga-jaga serta memastikan keselamatan diri dan keluarga. - HARAKAHDAILY 30/12/2014

Sumber HD - 3-12-2014





















































































Tak perlu sekat nak bantu mangsa banjir

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: "Sepatutnya tak perlu wujud sekatan itu dan ini dalam nak membantu mangsa-mangsa banjir," ujar Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim.

Katanya ruang untuk menyumbang dan menghulurkan sumbangan perlu dibuka seluasnya.

"Bila dah kemarau sikit lagi, kalu tak puas lagi nak berpolitik, jom kita berpolitik sehabisnya," ujarnya.

Justeru, beliau tidak terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak Bilik Gerakan Banjir Kemaman bahawa pusat-pusat pemindahan berdaftar seperti sekolah-sekolah dan Dewan MPK 'dikawal' sepenuhnya oleh JKKK menyebabkan petugas bantuan PAS tidak dibenarkan menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

"Tak apa, kerja kita adalah menyelamatkan mangsa banjir ketika saat genting dan dalam situasi kritikal.

"Bila dah selamat duduk di pusat pemindahan, JKKK nak monopoli mungkin kerana nak qada kegagalan mereka berperanan di musim banjir tahun lepas, maka biarkan," ujarnya.

Baginya, mereka tidak bagi petugas PAS membawa tiada masalah asalkan kebajikan mangsa banjir terjaga.

Menurutnya, masih ada banyak lagi mangsa di pusat-pusat pemindahan yang tidak berdaftar seperti masjid, surau dan rumah saudara mara yang memerlukan bantuan.

"Mereka yang tak berdaftar dengan JKKK bermakna tak ada bantuan diterima. Ini sasaran kita untuk membantu," katanya.

Beliau menambah, ada ramai lagi mangsa banjir yang tidak berpindah walaupun mereka terputus hubungan dan terjejas kehidupan.

"JKKK tak akan pergi 'round' rumah ke rumah untuk bantu. Ini kerja susah dan 'memboringkan' bagi mereka. Kita perlu menyantuni mereka dari tangga ke tangga.

"Kita juga masih ada tanggungjawab yang berat pasca banjir. Proses pembersihan, pemulihan dan baik pulih," katanya lagi.

Proses itu, ujar beliau sangat berat dan memerlukan tenaga serta sumber yang bukan sedikit.

"Kerja-kerja berat seperti ini biasanya kita yang akan pikul.

"Biarlah JKKK nak ambik peranan jadi jaga pusat pemindahan yang menghalang orang lain nak masuk bantu kerana mereka memang tak ada kerja. Alhamdulillah... mereka dah dapat kerja," katanya sinis. - HARAKAHDAILY 26/12/2014

Sumber HD - 16-12-2014





















































































'Dapur Rakyat' sedia makanan kepada mangsa banjir

DR AZMAN IBRAHIM | .
BANJIR di negeri Terengganu berada pada peringkat gelombang ketiga dengan daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu terlibat.

Hujan yang turun secara berterusan melanda tiga daerah ini mengakibatkan kenaikan paras air di sungai-sungai utama seperti Sungai Kemaman di Air Putih, Sungai Dungun di Pasir Raja dan Sungai Berang di Kampung Menerong.

Keadaan menjadi lebih buruk dengan fenomena air pasang besar yang sedang berlaku dan diramalkan berterusan sehingga 27 Disember ini.

Sehubungan dengan itu, Bilik Gerakan Banjir PAS di kawasan-kawasan yang terlibat terus diletakkan dalam keadaan aktif serta berterusan menjalankan kerja-kerja menyelamat dan menguruskan mangsa-mangsa banjir.

Setakat tengah hari semalam, Kemaman antara daerah yang paling awal dilanda gelombang ketiga banjir.

Bilik Gerakan Banjir PAS Kemaman melaporkan dari Kampung Seberang Tayor, Air Putih kemaman bahawa hujan masih lagi berterusan dan kadang-kadang berhenti, kadang-kadang lebat.

Air semakin naik melimpahi keseluruhan Kampung Seberang Tayor Hilir, Kampung Seberang Tayor Hulu dan Felda Seberang Tayor. Air sungai memasuki kawasan kampung dengan arus yang sangat deras.

Tengah hari semalam, 25 keluarga telah dipindahkan sementara proses pemindahan masih dijalankan, namun hampir keseluruhan jalan utama untuk keluar dan masuk ke tiga-tiga kampung ini mula dinaiki air dengan paras yang agak tinggi.

Setakat ini unit rondaan dan pemindahan, Bilik Gerakan Banjir PAS Kemanan telah mula menjalankan pemindahan mangsa ke tempat selamat serta berada dalam keadaan dalam siap siaga untuk sebarang kemungkinan lanjut menyusul

Bilik Gerakan Banjir PAS Kemaman juga melaporkan bahawa paras kenaikan air kali ini adalah lebih tinggi berbanding tahap kenaikan air pada gelombang banjir yang melanda kali pertama dan kedua lalu.

Sementara itu di Hulu Terengganu, Bilik Gerakan Banjir PAS Hulu Terengganu melaporkan, gerakan pembersihan rumah-rumah mangsa banjir diteruskan di beberapa kawasan yang telah surut tetapi dalam masa yang sama hujan yang mula turun meningkatkan paras air di beberapa lokasi lain terutamanya di sekitar Dewan Undangan Negeri Telemong, antara yang paling teruk terjejas.

Bantuan keperluan harian juga diagihkan secara berterusan kepada mangsa-mangsa banjir dengan Bilik Gerakan Banjir PAS Kawasan Hulu Terengganu di Pejabat PAS Kawasan menjadi pusat pengumpulan barangan.

Sementara di Daerah Dungun, Bilik Gerakan Banjir PAS Dungun menumpukan operasi di bahagian Hulu Dungun dengan kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Besi paling teruk terjejas.

Sehubungan dengan perkembangan banjir yang berpanjangan ini, pihak Jawatankuasa Operasi Banjir bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu akan mengambil satu langkah segera untuk mewujudkan ‘Dapur Rakyat’ bagi menyediakan bekalan makanan sedia masak kepada mangsa-mangsa banjir.

Untuk peringkat pertama, satu ‘Dapur Rakyat’ akan diwujudkan di Bilik Gerakan Banjir PAS Hulu Terengganu.

Hal ini memandangkan dengan keadaan kehidupan penduduk terlibat banjir yang tidak teratur disebabkan kediaman yang masih ditenggelami air, sumbangan bekalan bahan-bahan mentah seperti beras, gula, sardin dan lain-lain lagi tidak banyak membantu meringankan beban kehidupan seharian mereka.

Walau dalam keadaan yang serba terbatas, kami akan terus memberikan khidmat terbaik sedaya yang mampu kepada rakyat.

Sumbangan juga diperlukan dan boleh disalurkan melalui akaun CIMB 13010000056101 atas nama Dana Kebajikan Terengganu.

Sebarang maklum balas boleh hubungi Pengarah Operasi Banjir Terengganu, Dr Azman Ibrahim 0199421964 atau Bendahari, Haji Zulkifli Mat Yakim 0199834436. - HARAKAHDAILY 23/12/2014

Penulis ialah Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu.



Sumber HD - 22-12-2014

Air mata mengalir ketika usung keranda Pak Su Weil

DR AZMAN IBRAHIM | .




SUATU hari di bulan Ramadhan dalam tahun 2007, ketika itu Tuan Guru Haji Mohammad Awang Teh atau mesra dipanggil Pak Su Haji Weil adalah Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi sementara saya memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah Dun merangkap Ketua Pemuda Dun.



Kami sedang dalam rangka program turun ke surau-surau dan masjid-masjid dalam Dun Jabi untuk bersolat tarawih bersama ahli qaryah dan kalau diizinkan dapatlah kami menyampaikan tazkirah sepatah dua selepas solat tarawih kepada jemaah dalam program yang dinamakan ‘Ihya Ramadhan’.

Kami berdua disertai beberapa orang lagi AJK PAS Jabi masuk kampung demi kampung hampir setiap malam dibulan Ramadhan. Rutin hariannya, pada jam 6 petang biasanya saya bertolak dari Kota Bharu menuju ke Jabi dan kerapnya tak sempat sampai di Jabi sebelum waktu iftar menyebabkan saya berbuka puasa di tepi jalan sahaja dengan bekal yang disediakan isteri.

Matlamat kami adalah untuk berkesempatan bersolat tarawih di seberapa banyak yang mungkin masjid dan surau. Biasalah kita bukan orang kerajaan. Tentunya bukan mudah nak masuk ke masjid-masjid kerajaan. Masuk sekadar nak jadi makmum, itu biasa. Tetapi masuk untuk berkongsi sepatah selidah ilmu dengan jemaah, ianya tak semudah itu.

Masjid Kampung Tok Dor Luar, Jabi antara masjid yang agak pekat kebiruannya. Kebetulan Pok Su Haji Weil mempunyai jadual kuliah mingguan di masjid ini yang diatur pada zaman kerajaan PAS Terengganu tahun 1999 – 2004 dulu dan masih berterusan sehingga tahun 2007. Pak Su Haji Weil tak ‘dihalau keluar’ walaupun BN kembali berkuasa di Terengganu.

Saya bincang dengan Pak Su Haji Weil, Masjid Tok Dor Luar ini kita perlu pergi walau pekat biru macam mana sekali pun. Maka pergilah kami di satu malam bulan Ramadhan tahun 2007. Selesai solat tarawih, Pak Su Haji Weil diizinkan menyampaikan tazkirah tarawih.

Saya masih ingat lagi, Pak Su Haji Weil ambil mikrofon dan beliau berucap sikit. Kemudian beliau memaklumkan “Malam ni ambo tak berapa sihat. Tapi ambo ada bawak anak jate mari sekali. Ambo nak mintak izin nak bagi speaker ni ko anak jate ambo untuk dia bagi tazkirah bagi pihak ambo…”

Tok Imam yang merupakan orang kuat JKKK Tok Dor Luar tak kata apa-apa. Saya pun apa lagi, terus pegang mikrofon dan bertazkirah dalam lingkungan 10 minit dengan topik Fadhilat Ramadhan serta sedikit kaitan hikmah puasa dari sudut perubatan. Nampak para jemaah mendengar dengan khusyuk. Mungkin belum pernah ada sebelum ini, orang bercakap hikmah puasa dari pandangan doktor di sini. 10 minit pun kira cukup. Bukannya kita nak berpolitik hentam kromo dalam masjid.

Lebih kurang sebulan dua selepas itu, Pak Su Haji Weil memaklumkan bahawa dia menerima surat dari Pengerusi Masjid Tok Dor Luar yang menyatakan bahawa beliau tak dibenarkan lagi berkuliah di Masjid tersebut. Tu dia! Walaupun sebabnya tak dinyatakan, sendiri fahamlah. Tahun 2007 sudah diambang kepanasan suhu PRU ke 12. PRU pertama di mana saya diamanahkan mewakili parti di Dun Jabi. Kesian Pak Su Haji Weil.

Sebab itulah, bila saya solat Jumaat di Masjid Anak Ikan suatu hari, pernah Imam masjid mempelawa saya untuk mengimamkan solat. Saya kata, “silakan Tok Imam, saya jadi makmum saja.” Bimbang saya naik jadi Imam sembahyang, Tok Imam pula yang kena turun! Bukan boleh buat kira dengan Umno.

Apa yang saya kisahkan di atas adalah sedikit gambaran tentang peranan yang selalu dimainkan oleh Pak Su Haji Weil sebagai pembuka jalan yang ‘tertutup’ untuk dilalui oleh orang lain. Bersandarkan kekuatan peribadinya yang dihormati ramai kalangan kawan dan lawan, Pak Su Haji Weil selalu menjadi peneman saya untuk ‘misi-misi sukar’ bertemu dengan ‘orang-orang bekeng’ dalam masyarakat. Bertemu pengundi sasar dari rumah ke rumah secara bertentang mata terutamanya dari kelompok kepala-kepala masyarakat dari pelbagai latarbelakang adalah antara syarat wajib apabila menjadi calon dalam pilihanraya.

Saya ketika itu hanyalah seorang anak muda yang baru bertatih dalam politik, belum dikenali apatah lagi nak dihormati. Dengan Pak Su Haji Weil saya bersandar. Beliau berdiri teguh di belakang saya. Pagi, petang, siang dan malam kami bersama-sama. Sama letih, sama lapar dan sama dahaga. Dia tak pernah merungut apa-apa. Tak pernah mengadu bahawa dia susah, tak ada duit dan sebagainya. Saya sendiri yang perlu bijak menilai untuk membantunya. Nak harapkan dia minta sesuatu adalah mustahil.

Bagi saya Pak Su Haji Weil adalah watak seorang ayah, seorang sahabat dan seorang teman dalam perjuangan yang bersama mengharungi suka dan duka, lapar dan dahaga, senyum dan ketawa, dimarahi dan disayangi dalam jalan dakwah ini. Teman ketika gagal dan berjaya juga teman ketika berada di atas dan di bawah.

Tuan rumah bila dengar Pak Su Haji Weil mari, tak pernah lagi tak buka pintu. Ada orang buta serta uzur yang kami kunjungi, dengar suara Pak Su Haji Weil bagi salam, dia dah kenal. “Allah… Pak Su… lamanya dok napok!” Kata sahabat ini walaupun sebenarnya dia memang tak nampak mata.

Ada rumah seorang orang kuat parti keris. Dalam perjalanan berkempen PRU12, Pak Su Haji Weil kata, “Mari kita singgah rumah ni.” Tetapi bila nampak saja saya datang dengan pakai lencana PAS, seorang wanita umur dalam 50-an, tuan rumah tersebut cepat-cepat menutup pintu.
Saya turun dari kereta lalu bagi salam, “Assalamualaikum… Assalamualaikum…”
Wanita tu tetap tak buka pintu. Sekejap kemudian dengar suara seorang lelaki.

“Sapo dio mari tuu??”

“Ni orang PAS mari nak ngepen!”

Keluarlah suami wanita tersebut dengan wajah serius, “Guano? Ada keja gapo?” soalnya kepada saya dengan agak kasar.

“Tak dok apa-apa Abe. Kebetulan lalu sakni Pak Su Haji Weil ajak singgah.” Jawab saya selamba.

Bila Pok Su Haji keluar dari kereta, wajah suami yang tadinya serius terus bertukar jadi mesra.

“Laaa… Pok Su Haji ruponya. Mok dia weehh… Pak Su Haji mari niihh!”

Hahahaa… bolehlah kami naik ke rumah, minum air teh O cicah biskut tawar.

Tak menang PRU 2008, tak ada apa yang melunturkan semangat kami dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kami terus bekerja dan bekerja. Teraju kepimpinan PAS Dun Jabi bertukar dengan saya mengambil alih jawatan Pengarah PAS Dun Jabi sementara Pak Su Haji Weil sebagai Timbalan Pengarah. Jarang orang yang pernah menjadi ketua dengan mudah bersedia untuk menjadi orang nombor dua. Tapi Pak Su Haji Weil adalah contoh seorang pejuang yang tak pernah ada sebarang kepentingan diri dalam kerja-kerja Harakah Islamiyah. Berada di kedudukan nombor satu atau nombor dua, beliau terus bekerja.

Masih tak menang lagi PRU 2013, kami teruskan kerja. Bagi kami orang-orang muda di Jabi, Pak Su Haji Weil yang diamanahkan pula sebagai Penasihat PAS Jabi adalah tempat untuk mendapatkan sepatah mutiara nasihat. Memang beliau tak ada kebolehan berkhutbah dan berpidato. Kebolehan beliau adalah mengajar dan mengajar. Beliau telah menghabiskan banyak usia di Pondok Pasir Tumboh seterusnya ke Mekah serta bermastautin di sana selama lebih kurang 11 tahun untuk menuntut ilmu. Bekalan ilmu yang dibawa balik adalah hujan rahmat bagi masyarakat Jabi yang masih mundur duniawi dan ukhrawi.

Pak Su Haji Weil sebenarnya tak menghadapi masalah kesihatan yang serius. Dalam usia 64 tahun, dengan masalah diabetes yang tidak terlalu kronik, beliau boleh dikatakan sihat. Hanya sekali sekala beliau perlu ke klinik untuk menyambung bekalan ubat kencing manis yang dihidapinya.

Pada hari Rabu 3 Disember 2014, mendengar berita beliau dimasukkan ke wad Hospital Besut, awal-awal pagi lagi saya telah tercegat di hadapan Wad 6 Hospital Besut yang pernah menjadi lokasi saya mencari rezeki pada tahun 2000 dulu.

Kami berbual pelbagai topik sehingga saya terlupa bahawa saya perlu balik segera semula ke Kota Bharu kerana mempunyai temujanji dengan pesakit di klinik. Beliau kelihatan sihat dan kami sempat bersarapan bersama ala kadar. Saya memeluknya erat ketika ingin berpisah keluar dari wad selepas melihat dah banyak kali nurse menjeling ke arah kami. Tambahan pula ketika itu bukan waktu melawat.

“InsyaAllah… Pak Su Haji akan sembuh dan boleh balik segera. Assalamualaikum…”

Tak diduga, inilah rupanya kata-kata terakhir saya kepadanya di dunia fana ini. Semoga kami dipertemukan semula di dalam syurga nanti.

Hari Khamis, 4 Disember 2014, saya balik lagi ke Jabi untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan PAS Dun Jabi. Sempat saya bertanya khabar tentang beliau dari ahli mesyuarat. Dimaklumkan bahawa Pak Su Haji Weil dah keluar dari wad. Alhamdulillah… maknanya dah sihat semula.

Hari Jumaat 5 Disember 2014, jadual harian saya agak padat menyebabkan niat nak menziarahi Pak Su Haji Weil di rumahnya tertangguh. Bermula dengan kuliah pagi Jumaat di Pondok Pasir Akar kemudian saya terus ke Kuala Terengganu untuk membentangkan kertas kerja di Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden peringkat Kawasan Kuala Terengganu. Program saya bersambung sehingga ke Kuala Lumpur.

Kira-kira jam 7.50 malam, Ahad 7 Disember 2014 ketika masih berada di Lembah Klang, badan terasa letih dan kebetulan malam tu tak ada apa-apa program, terdengar telefon bimbit saya berdering. Terpapar nama sahabat saya, Badli yang menetap di Matlain Badrin, sekampung dengan Pak Su Haji Weil. Suaranya terdengar cemas…

“Doktor! Doktor tahu doh Pak Su Haji meninggal?”

“Innalillah… dok tahu lagi Li, betul ko ni?? Acu Li soheh betul-betul!”

“Ok!” Jawab Badli ringkas.

Selang 3 minit, Badli menelefon lagi.

“Ya… memang betul doktor! Pak Su Haji meninggal! Ada di Spital Jerteh sekarang…”

Satu perkhabaran yang bagaikan seketul batu besar menghempap kepala saya. Dengan jari yang gementar, saya menekan skrin Samsung Note, mencari nombor Mak Su Haji, isteri Tok Guru Haji Weil dan terdengar suaranya sayu di hujung talian menjawab panggilan saya. Innalillah wainna ilaihi raajiuunn…

Terus saya minta isteri berkemas. Kita balik segera ke Jabi malam ni. Tapi cukupkah stamina saya untuk drive seorang diri sepanjang malam dari KL ke Jabi. Terasa badan terlalu letih dan saya tahu setakat mana kemampuan diri sendiri. Lantas saya mengambil keputusan untuk memaksa diri melelapkan mata barang sejam dua agar sedikit tenaga dapat dikumpulkan walaupun agak mustahil untuk mata dipejam dalam menghadapi situasi sebegini.

Kira-kira jam 12 tengah malam, saya memulakan pemanduan seorang diri dari KL menuju ke Jabi.

Dalam minda saya hanya fikir untuk sampai ke Jabi dengan selamat. Saya paksa mata dibuka seluas-luasnya. Memori ketika bersama beliau dalam saf perjuangan bagaikan video yang diulang tayang berkali-kali. Perjalanan melalui Lebuhraya Karak, Jalan Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan seterusnya Besut terasa begitu jauh. Suatu hakikat yang saya insafi sepanjang perjalanan bahawa Malaikat Maut datang berkunjung kepada sesiapa sahaja mengikut perintah dan ketentuan Allah. Pak Su Haji pergi ketika saya dan masyarakat masih teramat memerlukan kehadiran beliau.

Tiba di Jabi kira-kira jam 9 pagi, saya terus menuju ke kediaman Almarhum. Air mata saya menitis melihat jasad kaku Almarhum Tok Guru Haji Weil yang sedang dimandikan. Jasad yang telah mencurah segala keringat demi untuk melihat kemenangan dan ketinggian Islam. Sekarang Pak Su Haji Weil telah pergi untuk selamanya. Pergi dengan meninggalkan satu ruang kosong yang sukar diisi. Perginya seorang ayah, seorang teman dan sahabat dalam perjuangan. Semoga segala kepenatan selama ini dibalas oleh Allah dengan kerehatan di syurga yang kekal abadi.

Untuk Mak Su Haji dan keluarga… Takziah dengan rasa kesedihan yang mendalam saya sampaikan bagi pihak PAS Dun Jabi serta sedikit sumbangan wang khairat kematian.

Ketika mengusung keranda yang membawa jenazah Almarhum turun dari kediamannya untuk dibawa ke Masjid Matlain Badrin bagi menunaikan solat jenazah, air mata saya mengalir lagi membasahi pipi. Dulu dengan kereta buruk saya, saya selalu menjadi pemandu Almarhum, kami menjelajah ke sana-sini bersama-sama dalam menunaikan tanggungjawab jemaah. Pagi ini, Isnin, 8 Disember 2014, inilah bakti terakhir saya untuk jasad Almarhum di dunia fana ini…

Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Allah dalam keadaan redha dan meredhai.

Terima kasih bagi pihak PAS Dun Jabi kepada semua yang telah menziarahi membantu sehingga jenazah Almarhum selamat disemadikan di perkarangan Pondok Raudhatul Muhammadi, Kampung Bukit Jeruk, Jabi.

Penghargaan kepada Tuan Guru Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu serta rakan-rakan ahli-ahli Yang Berhormat kerana meluangkan masa dalam kesibukan jadual Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk menziarahi walau hanya sempat solat jenazah di perkuburan.
Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita akan dikembalikan. - HARAKAHDAILY 10/12/2014

Sumber HD - 10-12-2014

1 comment:

  1. Ini luar biasa saat saya mengira semua telah selesai dengan saya Ibu Iskandar datang untuk menyelamatkan saya. Saya sangat berhutang sejauh orang-orang yang saya pinjam uang dari geng melawan saya dan kemudian membuat saya ditangkap sebagai akibat dari hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan maka masa rahmat diberikan kepada saya saat saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan mencari uang untuk membayar semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahwa ada beberapa kreditur sah online sehingga saya harus mencari Karena melalui blog saya berualang kali tertipu tapi ketika saya menemukan Ibu Iskandar CEO ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM, Tuhan mengarahkAan saya ke iklannya melalui blog karena daya tarik saya terhadapnya adalah benar-benar mukjizat mungkin karena Tuhan telah melihat bahwa saya memiliki banyak menderita karena itulah dia mengarahkan saya kepadanya. Jadi saya menerapkannya dengan antusias setelah beberapa jam pinjaman saya disetujui oleh Dewan dan dalam dua hari saya dikreditkan dengana jumlah pasti yang saya berikaan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Kredit Tanpa Agunan (KTA) sama seperti saya berbicara dengan Anda sekarang saya telah dapat menghapus semua hutang saya dan sekarang saya memiliki supermarket sendiri, saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil keuangan apa pun keputusan saya tidak punya urusan dengan Polisi lagi saya sekarang adalah wanita merdeka. Anda ingin mengalami kemandirian finansial seperti saya silahkan hubungi Ibu melalui BBM-nya: {D8980E0B} atau melalui email perusahaan: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com) Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahwa di dunia kesulitan ini Anda memerlukan seseorang untuk membantu Anda mengatasi gejolak keuangan dalam hidup Anda dengan satu atau lain cara, jadi saya memberi Anda mandat untuk mencoba dan menghubungi Ibu Iskandar di alamat di atas sehingga bisa mengatasi kemerosotan keuangan dalam hidup Anda. Anda bisa menghubungi saya melalui email berikut: (anggaannisa1979@gmail.com)) selalu bersikap positif dengan Ibu Iskandar dia akan melihat Anda melalui semua tantangan finansial Anda dan kemudian memberi Anda sebuah tampilan baru finansial.

    Detail Kontak Penuh:

    Perusahaan: ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM (ISKANDAR LENDERS)
    Email: {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
    BBM INVITES: {D8980E0B}
                           : {4424AA}
    Alamat Facebook: {www.facebook.com/iskandar.lesteri.7}
    Website: {iskandarlestari.wordpress.com}

               TESTIMONI OLEH
    Penerima Manfaat: Angga Annisa
       Email: {anggaannisa1979@gmail.com}

    ReplyDelete