Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh penggerak utama GHB, tidak ada satu sebab kukuh pun justifikasi penubuhan parti politik Harapan Baru (GHB) melainkan hanya kerana kecewa dengan keputusan pemilihan Muktamar PAS yang lalu. Mereka mendakwa PAS tidak inklusif, cenderung untuk bergabung dengan UMNO, konservatif dan tidak relevan dengan arus politik semasa. Namun, semua tuduhan tersebut meleset dan mengelirukan. Malah, mereka dan DAP telah menganggap PAS sebagai seteru politik yang baharu. Tindakan tersebut hanya mengundang konflik dan memberikan kekuatan baru kepada Barisan Nasional. Krisis yang timbul boleh diurus dengan baik sekiranya kita kukuh bersatu dan memberikan kepercayaan penuh di bawah kepimpinan sedia ada. Sebaliknya, mereka cenderung untuk membawa agenda tersendiri. Ini dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada PAS. Malah, sebahagian penggerak utama GHB masih lagi merupakan Ahli Parlimen dan ADUN yang mewakili PAS. Apakah pendirian mereka terhadap status tersebut? Atas faktor itu juga, DPPM menyokong kenyataan Timbalan Mursyidul Am kelmarin dan kami bersedia untuk bersaing dengan calon-calon mereka dalam PRU Ke-14 nanti. Jentera pemuda sentiasa diingatkan untuk bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan yang akan datang. DPPM yakin PAS masih terus relevan. Malah, parti ini telah mengalami fasa evolusi yang ketara sesuai dengan realiti semasa tanpa menggadaikan prinsip perjuangannya. Seluruh pemuda mesti terus beristiqamah hingga menggapai kemenangan sebenar. Sekian, terima kasih. MOHD KHALIL ABDUL HADI TIMBALAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA Sumber TKO - 22-7-2015
Kemuncak pesta ibadah di bulan RamadanKita sekarang berada antara 10 hari terakhir daripada bulan Ramadan. Ianya adalah kemuncak kepada umat Islam untuk meningkatkan amal ibadah mereka kepada Allah. Terdapat padanya satu malam jika dilaksanakan ibadah, maka pahalanya sama dengan 1,000 bulan atau 83 tahun empat bulan. Kadang-kadang kita umat hari ini merasa irihati dengan umat-umat zaman dahulu kerana mereka dikurniakan oleh Allah dengan umur yang panjang. Bagi kita umat ini, umurnya sekitar 60 tahun sahaja, bahkan di zaman ini berapa ramai yang mati seawal usia remaja dan muda kerana penyakit, kemalangan dan bencana alam. Umat zaman dahulu umur mereka panjang, contohnya umat Nabi Nuh a.s. yang dikurniakan umur ratusan bahkan ribuan tahun. Kita berfikir alangkah beruntungnya mereka kerana mempunyai masa yang panjang untuk melakukan ibadah kepada Allah. Akan tetapi Allah itu Maha Adil khususnya kepada umat Nabi Muhammad SAW yang menjadi semulia-mulia umat yang dikeluarkan kepada manusia. Allah mengurniakan kepada umat ini masa-masa, hari-hari, bulan-bulan dan malam yang dilipat kali gandakan pahalanya di sisi Allah. Sudah tentulah kemuncaknya ialah Malam Qadar yang disebut kelebihannya oleh Allah khusus di dalam surah al-Qadr. Pada 10 malam yang terakhir ini Rasulullah SAW adalah contoh dan teladan yang terbaik. Baginda adalah manusia yang paling banyak mendekatkan diri kepada Allah pada malam-malam ini walaupun baginda adalah Nabi yang maksum daripada segala dosa. Bermujahadah mencari Malam Qadar bukan bersungguh-sungguh mencari tanda-tanda pelik yang berlaku pada malamnya seperti pokok kelapa tunduk ke bumi sebagaimana difahami oleh segelintir masyarakat. Hanya mencari tanda-tandanya, tetapi tidak menghidupkannya dengan amal ibadah, maka tidak ada guna. Maksud mencarinya ialah dengan dihidupkan amal ibadah kepada Allah, barulah memperoleh fadhilatnya. Saya tertarik dengan nota yang diviralkan di alam maya sehari dua ini; iaitu pesanan Imam Masjid Al-Haram, Syeikh Mahir Mu'aqili kepada umat Islam. Kata beliau, umat Islam paling kurang mestilah melakukan tiga perkara pada setiap malam 10 yang terakhir ini. Pertama; solat sunat dua rakaat, kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti solat 83 tahun. Kedua; menderma satu Riyal/ringgit, kerana jika bertepatan dengan Malam Qadar, maka pahalanya sama seperti menderma 83 tahun. Dan yang ketiganya ialah membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, pahala membacanya sekali sama seperti membaca satu pertiga Al-Quran, kalau dibaca tiga kali, maka pahalanya sama seperti membaca seluruh Al-Quran. Ayuh sahabat-sahabat sekalian kita sama-sama bermujahadah mencari malam yang mulia untuk memperolehi fadhilatnya yang sangat besar ini. - HARAKAHDAILY 9/7/2015 MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Sumber HD - 9-7-2015 LPT2: Kenapa tak sabar sangat nak kutip tol? Posted on Tuesday, July 07 @ 19:48:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
SHAH ALAM - Belum pun siap sepenuhnya lebuh raya yang dimaksudkan namun Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mendakwa pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bakal dikenakan bayaran tol tidak lama lagi.
Katanya lagi, tindakan mengenakan tol yang sebelum ini dilaporkan pada Ogos depan itu meskipun kemudahan-kemudahan masih belum siap sebagai tidak sabar mengutip wang rakyat.
“...sudahlah naik lebuh raya macam naik bot masa laut bergelora kerana struktur jalannya bergelombang. Tiap-tiap malam pula lembu-lembu 'berjoging' ke hulu hilir. R&R (Kawasan Rehat dan Rawat) tidak siap sepenuhnya untuk kemudahan pengguna dan pam minyak pun tidak ada lagi.
“Segala-galanya belum lengkap, tapi sudah ura-ura kedengaran tol akan dikutip tidak lama lagi. Tidak sabar sungguh hendak kutip tol daripada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
LPT2 sepanjang 184 km dengan kos pembinaan RM3.7 bilion itu dijadualkan mula mengenakan tol pada bulan lalu namun terpaksa ditunda atas beberapa faktor dan difahamkan tol bakal dikenakan selepas sambutan hari raya ini.
Dalam pada itu, Muhammad Khalil berpendapat, lebuh raya tidak sepatutnya diswastakan kerana ia membebankan rakyat.
“Dapat lebuh raya pun diswastakan, rakyat yang kena tanggung. Inilah dasar kerajaan yang berniaga dengan rakyat. Hendak pakai kenderaan kena cukai, naik atas kenderaan pun kena cukai, tambah satu lagi berjalan atas lebuh raya pun kena bayar tol.
“Menyediakan lebuh raya adalah tanggungjawab kerajaan untuk kemudahan rakyat, tidak payahlah diswastakan untuk dibebankan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan berbagai-bagai bebanan.
“Adakah betul polisi sebegini? Ya, rakyat selalu didendangkan Malaysia menuju negara maju, oleh itu kerajaan kena buat bangunan tinggi, jalan raya besar dan selesa, hospital canggih dan lain-lain lagi. Walhal mengikut pengamatan saya, ianya tidak betul,” katanya.
Beliau turut menyebut United Kingdom sebagai contoh sebuah negara maju yang memudahkan rakyat.
“Kefahaman negara maju sebenar ialah negara yang memudahkan rakyat, bukan negara menyusahkan rakyat. Saya pernah melawat United Kingdom yang merupakan antara contoh negara maju. Tidak banyak bangunan-bangunan tinggi macam Malaysia.
“Lebuh rayanya selesa dan tidak dikenakan tol, sistem jalan rayanya memudahkan rakyat, masuk M3 keluar Junction 10 kemudian masuk A11, ikut nama jalan dan nombor rumah yang hendak dituju.
“Sesiapa yang pernah ke UK kalau beli peta jalannya di kedai dan hendak pergi ke mana-mana Insya-ALLAH sampai ke destinasinya. Asas yang saya hendak beritahu ialah ianya memudahkan rakyat,” katanya. - Sinar Harian
Sumber TKO - 7-7-2015
Seruan baru, berhari rayalah di rumah sahaja
SEMALAM saya lalu di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang menjadi kemudahan laluan terpantas setakat ini.
Dalam benak fikiran mula terbayang, tidak lama lagi LPT2 ini juga akan dikenakan bayaran tol, macam yang selalu saya alami apabila ke Lembah Klang atau menyusur negeri-negeri Pantai Barat. Rasa macam 'tidak sedap' lagi hendak memandu mengenang apabila kena bayar tol nanti.
Sudahlah naik lebuh raya macam naik bot masa laut bergelora kerana struktur jalannya bergelombang. Tiap-tiap malam pula lembu-lembu 'berjoging' ke hulu hilir. R&R tidak siap sepenuhnya untuk kemudahan pengguna dan pam minyak pun tidak ada lagi.
Segala-galanya belum lengkap, tapi sudah ura-ura kedengaran tol akan dikutip tidak lama lagi. Tidak sabar-sabar sungguh hendak kutip tol daripada rakyat; barangkali wang negara sudah banyak dipindah ke akaun-akaun peribadi.
Lepas ini mesti ada orang komen; "Kalau tidak suka tidak payah naik lebuh raya, lebih baik jalan kaki saja." Ataupun "Tak apa, kami ada duit BR1M yang Umno-BN bagi, kami boleh bayar. Peduli apa!"
Rakyat Pantai Timur (khususnya Terengganu dan Kelantan) sudah sekian lama menunggu kemudahan lebuh raya seperti ini. Selepas 58 tahun Merdeka baru dapat, padahal daripada negeri-negeri inilah antara sumber yang paling banyak dikaut oleh Kerajaan Pusat. Itupun dirampas dan dinafikan hak royalti. Kelantan lagi teruk, dari awal lagi tidak dapat.
Ini di Semenanjung Malaysia, kalau di Sabah dan Sarawak lagi dahsyat. Bukan setakat lebuh raya, elektrik dan air bersih pun masih banyak kampung-kampung yang tidak ada kemudahan-kemudahan asas ini. Masih banyak suasana penempatan, binaan rumah dan kehidupan rakyat di sana yang seolah-olah berada di zaman sebelum merdeka.
Dapat lebuh raya pun diswastakan, rakyat yang kena tanggung. Inilah dasar kerajaan yang berniaga dengan rakyat. Hendak pakai kenderaan kena cukai, naik atas kenderaan pun kena cukai, tambah satu lagi berjalan atas lebuh raya pun kena bayar tol. Pemurah betul rakyat Malaysia, sedia membayar segalanya.
Menyediakan lebuh raya adalah tanggungjawab kerajaan untuk kemudahan rakyat, tidak payahlah diswastakan untuk dibebankan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan berbagai-bagai bebanan.
Adakah betul polisi sebegini? Ya, rakyat selalu didendangkan Malaysia menuju negara maju; oleh itu kerajaan kena buat bangunan tinggi, jalan raya besar dan selesa, hospital canggih dan lain-lain lagi. Walhal mengikut pengamatan saya; ia tidak betul.
Kefahaman negara maju sebenar ialah negara yang memudahkan rakyat, bukan negara menyusahkan rakyat. Saya pernah melawat United Kingdom yang merupakan antara contoh negara maju. Tidak banyak bangunan-bangunan tinggi macam Malaysia. Lebuh rayanya selesa dan tidak dikenakan tol, sistem jalan rayanya memudahkan rakyat; masuk M3 keluar Junction 10 kemudian masuk A11, ikut nama jalan dan nombor rumah yang hendak dituju.
Sesiapa yang pernah ke UK kalau beli peta jalannya di kedai dan hendak pergi ke mana-mana insya-Allah sampai ke destinasinya. Asas yang saya hendak beritahu ialah ia memudahkan rakyat.
Hanya tinggal lagi beberapa hari umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramai yang akan membeli keperluan hari raya dan pulang ke kampung, kecuali yang ikut nasihat 'profesor' dalam tv. Mesti dalam kepala fikir macam-macam hendak buat; ziarah sanak saudara, jumpa kawan-kawan lama dan bersuka ria. Tetapi mengenang banyak sangat cukai dan tol yang mesti dikeluarkan rasa seperti segala hasrat tidak akan tercapai, rasa terbantut.
Hal ini kerana apabila difikir-fikir semula, petrol pun sudah naik baru-baru ni. Pihak konsesi tol berkali telah membayangkan di media tol akan naik, walaupun Menteri rutinnya tetap menafikan. Pengusaha bas pula mendesak-desak kerajaan menaikkan tambang bas. Harga barangan, naik, naik dan naik biarpun Menteri 'rajin' turun memantau dengan media.
Sudahnya mungkin akan ada seruan baru untuk rakyat Malaysia. Berhari rayalah di rumah sahaja bersama keluarga melayani siaran televisyen yang akan sajikan aneka hiburan. Khuatir nanti kalau keluar, kereta tersadai tepi lebuh raya gara-gara kehabisan minyak dan poket pula haus. – HARAKAHDAILY 7/7/2015
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua DPPM
Sumber HD - 7-7-2015
Bibit-bibit keruntuhan ekonomi sebuah negara
ISLAM menggariskan tiga faktor utama yang menjadi punca keruntuhan sesebuah ekonomi iaitulah riba, tipu dan makan harta orang lain secara jalan batil.
Hari ini telah disaksikan, keruntuhan ekonomi berskala besar telah berlaku ke atas sebuah negara Eropah, Greece dari akibat riba yang diharamkan Allah SWT. Bibit-bibit keruntuhan ekonomi jahiliyah kini sedang bermula sebagaimana jatuhnya kuasa kapitalis, sosialis dan komunis.
Tidak mustahil esok dan lusa perkara sama boleh berlaku ke atas negara kita sekiranya kerajaan yang memerintah tidak berpegang kepada sistem ekonomi Islam digariskan Allah SWT.
Kerana ketiga-tiga faktor keruntuhan dan kezaliman ekonomi tersebut sememangnya lengkap menjadi amalan Malaysia sejak sekian lama. Riba, penipuan dan mengambil harta rakyat di atas jalan yang batil berlaku secara berleluasa.
Hari ini satu lagi malang menimpa rakyat negara ini apabila bahan bakar utama yakni petrol dinaikkan 10 sen dan 20 sen seliter. Kenaikan harga minyak ini bakal mencekik leher rakyat atas kesan berangkai peningkatan harga barangan yang pasti berlaku selepas ini.
Rakyat kekal menjadi mangsa yang dibebankan setelah pelaksanaan GST menghimpit kehidupan mereka. Kerajaan yang terperuk oleh pemikiran jahiliyah melihat kaedah seperti itu sebagai usaha menyelamatkan ekonomi. Walhal itulah keruntuhan diperingkat dasar yakni rakyat, sebelum ia merudumkan seluruh ekonomi negara.
Perkara yang berlaku ini tidak ubah umpama mengharapkan serigala menjaga biri-biri. Sumber dan hasil mahsul negara ini melimpah ruah tidak pernah berkurangan. Tetapi kerajaan yang diamanahkan rakyat untuk menguruskannya curang dan khianat.
Kekayaan negara menjadi milik peribadi dan kroni yang menyenangkan tembolok nafsu pemimpin haloba. Ia beredar hanya dalam kalangan mereka tertentu yang berkuasa dan mengampu.
Sedangkan rakyat, digula-gulakan pemberian berkala senilai hanya ratusan ringgit demi menutup mulut berbicara kerakusan pemerintah durjana. – HARAKAHDAILY 1/7/2015
Sumber HD - 1-7-2015
Bukan mudah parti serpihan PAS mahu kekal - Mohamad Khalil Posted on Sunday, June 28 @ 04:05:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi 'menasihatkan' bekas pemimpin utama pada penggal lalu agar patuh pada arahan presiden yang meminta tidak meninggalkan wadah perjuangan hanya untuk menubuhkan parti baru.
Beliau memberitahu sebagai anggota parti mereka perlu patuh segala arahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dengan tidak sesekali melanggar ketetapan berkenaan.
Anak sulung kepada Presiden PAS juga memberitahu ahli serta barisan pimpinan parti perlu istiqamah dan meneruskan perjuangan menegakkan Islam.
"Dari sudut ahli PAS dia kena ikut arahan partilah, kena istiqamah dengan parti," katanya kepada Antarapos.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan parti baru akan ditubuhkan susulan selepas beberapa kepimpinan tertinggi utama yang membantu mencorakkan perjuangan pas sebelum ini ditolak ketika muktamar parti itu, bulan lepas.
Susulan perkembangan terbaru itu, Abdul Hadi menerusi surat terbuka kepada ahli PAS pada Selasa lalu mengingatkan semua pemimpin dan ahli parti bahawa sejarah menunjukkan mereka yang keluar parti itu dan bersama parti baharu akan tenggelam.
Beliau berkata, setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang diwujudkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah teguh bersama konsep pendekatannya dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.
Mana-mana pihak boleh tubuhkan parti baru tapi perlu ambil kira banyak perkara
Mengulas lanjut, Mohamad Khalil berkata parti berteraskan Islam itu tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baru memandangkan amalan demokasi dalam negara.
"Yang pertamanya kita sebagai rakyat dalam negara yang demokrasi iaitu Malaysia, soal kita nak menghalang orang menubuhkan parti itu bukan masalah bahkan ia diizinkan oleh perlembagaan negara.
"Dalam ini kalau dia nak tubuh parti atas dialah," katanya berhubung cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan beberapa bekas pimpinan untuk menubuhkan parti politik baru bagi menggantikan PAS.
Namun menurut beliau, banyak perkara serta kajian perlu dilakukan pihak berkenaan kerana bukan mudah untuk memastikan parti yang ditubuhkan itu kekal sekaligus bersaing dalam arena politik negara.
"Cuma dalam konteks politik di Malaysia ini perlu diambil banyak pertimbangan dan juga dari sudut sosio-politik, sejarah politik, geografi politik.
"Jadi mana-mana pihak yang nak tubuhkan parti kena melihat sudut-sudut tersebut," katanya.
Mohamad Khalil juga menegaskan walaupun mengamalkan demokrasi namun ia melaksanakan ciri-ciri yang demokratik bagi memastikan kelangsungan ketelusan negara.
"Maknanya kita tak boleh nak bandingkan Malaysia dengan negara-negara lain contohnya Turki yang demokrasinya bebas, pilihan rayanya telus.
"Jadi kita di Malaysia ini walaupun perlembagaan mengizinkan untuk ditubuhkan parti baru tapi demokrasi di Malaysia terhad seperti pilihan raya dikekang dengan pelbagai peraturan dan akta.
"Masalah kita di sini namanya sahaja negara demokrasi tapi sebenarnya tidak demokratik," katanya. - AntaraPos
Sumber TKO - 28-6-2015
Tidak ada kumpulan seperti ini dalam PAS - Khalil
KUALA LUMPUR: Muhammad Khalil Abdul Hadi mengingatkan pendukung parti supaya berwaspada dengan perancangan musuh Islam yang sentiasa mahu memecahbelahkan saf Gerakan Islam PAS.
"Dari dahulu sehingga sekarang kita dengar bermacam-macam istilah yang digunakan untuk membantutkan perjuangan Islam.
"Kita pernah dengar istilah golongan pondok vs golongan universiti, kemudian geng ketayap vs geng songkok, kemudian golongan ulama vs golongan profesional dan aktivis, kemudian golongan kolot vs golongan moderat," ujar Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu menerusi facebook.
Katanya, sekarang timbul pula istilah baru golongan konservatif vs golongan progresif.
Menurutnya, tidak ada kumpulan-kumpulan seperti itu di dalam PAS.
Beliau menjelaskan yang ada hanyalah para amilin sama ada dari kalangan pondok atau universiti, ulama, profesional atau aktivis, kaya atau miskin, muda atau tua.
"Inilah rahsia kekuatan PAS sehingga ianya mampu bertahan sehingga ke hari ini.
"Para amilin ini yang ditarbiyah untuk berintima' di dalam PAS dan bekerja dengan penuh keikhlasan kepada Allah," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 24/6/2015
Sumber HD - 24-6-2015
Mesir khianati umat Islam buka kedutaan di Tel Aviv
KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Kudeta Mesir di bawah rejim pimpinan Presiden Abdel Fattah as-Sisi untuk membuka kembali pejabat Kedutaan Mesir di Tel Aviv merupakan satu petaka malang pada Ramadhan yang mulia ini dan pengkhianatan ke atas seluruh umat Islam.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, keputusan itu membuktikan karektor sebenar rejim Mesir bahawa mereka selama ini adalah tali barut kepada negara pengganas dunia dan bersekongkol dengan Zionis Israel untuk menggulingkan pemerintahan Kerajaan Mesir pilihan rakyat di bawah pimpinan Dr Mohamed Mursi.
"Saat dunia dan masyarakat antarabangsa mengutuk penjajahan Israel ke atas kedaulatan Palestin dan kezaliman serta pembunuhan terhadap kaum Muslimin di Tanah Suci umat Islam itu, rejim Mesir menghulur tangan menjabat hubungan diplomatik," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat hubungan tersebut sebagai usaha pengukuhan geostrategik Israel sekaligus untuk mengarus dan menguasai kepentingan politik dunia.
Menurutnya, ia bakal mengundang tragedi hitam ke atas kemanusiaan sejagat amnya dan Islam secara khususnya akan terus dikambinghitamkan dengan pelbagai tuduhan terorisme.
Situasi itu, ujar beliau kelak akan dimanipulasi untuk menjadikan Mesir sebagai jambatan menghubungkan Israel dengan negara-negara umat Islam dirantau Asia Barat dan Timur Tengah khususnya.
Katanya, dengan rekod buruk dimiliki negara pergerakan Freemason itu, mereka akan memperkudakan pihak lain sebagai boneka hingga mengundang pelbagai ketidakstabilan politik, bencana ekonomi dan gugatan keselamatan dunia.
Sehubungan itu, ujar beliau Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menggantung keanggotaan Mesir.
"Kami juga menyeru kepada seluruh umat Islam agar bangun menyatakan bantahan dan menyelar keputusan memalukan umat Islam itu," tegasnya. - HARAKAHDAILY 23/6/2015
Sumber HD - 23-6-2015
Menghidupkan Ramadhan sebagai pesta ibadah
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan daripada petunjuk yang membezakan antara hak dan batil”.
Menyambut bulan Ramadhan bermakna kita menjadi tetamu Allah SWT. Kita mestilah menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh persediaan, kerana dalam masyarakat kita telah menjadi budaya apabila masuk Ramadhan, sudah dibuat persiapan untuk sambut raya, beli baju baru, beli langsir baru, siapkan sofa baru di rumah kita. Tak jadi masalah, bagus kalau kita ada kemampuan, menunjukkan kasih dan cinta kita pada Ramadhan.
Tetapi persediaan yang paling penting untuk kita menyambut Ramadhan ini adalah persediaan dari sudut ilmu pengetahuan kerana setiap amalan mestilah diasaskan atas ilmu. Barulah akan mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah dengan melimpah ruah. Jangan kita buat sesuatu hanya sekadar ikut-ikutan.
Oleh kerana itu kena buat persediaan dari sudut imu pengetahuan. Walaupun kita selalu dengar ceramah dan forum, kuliah, kita baca dalam kitab, buku, majalah, tapi kita selalu lupa. Kita mestilah sentiasa ulang kaji untuk mengingat kembali persediaan ilmu kita menyambut Ramadhan, kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan. Berkaitan ibadah puasa, syarat dan rukun-rukun, adab dan sunat-sunat, perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa dan perkara-perkara lain untuk hias menjadikan Ramadhan ini penuh bermakna.
Tak kena maka tak cinta, jadi kena kenal Ramadhan baru datang perasaan cinta. Bila mari perasan cinta kepada Ramadhan kita sayang nak tinggal bulan Ramadhan. Beginilah yang berlaku kepada salafussoleh setiap kali Ramadhan meninggal mereka, mereka sedih berdukacita, mereka berkata sesama mereka mudah-mudahan Allah panjangkan umur kita semua supaya sempat dengan bulan Ramdahan yang akan datang.
Maknanya Ramadhan ini pesta untuk umat Islam, berpesta untuk dapat duit. Kita atas muka dunia bila kita berpesta keluar duit, kita peroleh apa yang kita nak dapat. Tapi dalam bulan Ramadhan kita berpesta kita dapat duit, duit ni untuk apa untuk akhirat kelak, yang dinamakan sebagai pahala dan ganjaran. Atas dunia ni kita nak hidup kita perlukan duit nak beli gulanya, berasnya, pakaian dan lain-lain. Dihari akhirat nanti bila kita mati kita juga perlukan duit, duit akhirat bukan lagi namanya Ringgit atau Yen, tetapi pahala dan ganjaran.
Sebab itu penting persediaan ilmu dan pengetahuan supaya bila kita masuk bulan Ramadhan, kita melaksanakan ibadah puasa kita dapat pahala. Masalah kita masyarakat kita asyik kira nak sah sahaja, solat nak sah, haji nak sah. Kita jangan kira nak sah sahaja, kita mestilah juga mengira adakah amalan kita yang kita buat itu dapat mengumpul pahala sebanyak mungkin atau tidak. Sebab itulah Nabi Muhammad SAW mengajar kita dalam ibadah sembahyang kita bukan sahaja buat benda-benda wajib. Kalau kita sembahyang buat yang wajib ni sah dah, tapi Nabi ajar juga kepada kita buat juga amalan sunat. Kerana apa kerana nak tambah pahala dan ganjaran. Kerana itu matlamat, kalau kita mati itu yang memeberi manfaat dan faedah bagi kita.
Dalam ibadah puasa pun juga begitu, kita puasa tak makan tak minum dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Selepas subuh tidur terus, tak bangun dah sampai berbuka, sah puasa kita tapi dapat pahala tak? Mungkin dapat tapi sikit. Jadi bila kita buat ibadah kita nak pahala semaksima mungkin. Sebab tu kita tahu ilmu yang berkaitan dengan ibadah puasa. Nabi ajar “tasahharu faiina fi sahuri barakah”, bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat. Padahal sahur ini hanya sunat sahaja tapi Nabi anjurkan supaya kita sentiasa ‘topup’ pahala kita dalam melaksanakan ibadah.
Nabi menghidupkan malam-malamnya, Nabi adalah merupakan orang yang paling dermawan, bila datang Ramadhan dan Nabi melakukan amal-amal soleh yang lain. Kebajikan pada masyarakat, tolong bantu-membantu antara satu sama lain. Sebab itulah kita nak dapat pahala, nak dapat syurga disisi Allah SWT sangat mudah, tapi kita sahaja yang memayahkan.
Dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut “Sesungguhnya dua perkara yang dijamin apabila seseorang melakukannya dapat syurga di sisi Allah, sebarkan salam diantara kamu dan berilah makan pada orang miskin”. Sama ada kita siap makanan bagi pada fakir miskin atau kita sediakan makanan bagi pada fakir miskin orang yang berhajat supaya mereka gembira walaupun sumbangan kita beri tidaklah sebanyak mana.
Di antara keistimewaan bulan Ramdhan adalah bulan kemenangan kepada umat Islam. Bagi kita orang yang duduk dalam Jemaah Islam PAS, kita berjuang kita nak mencapai kemenangan sama ada atas dunia ni atau kemenangan paling besar ialah kita dapat pahala dan syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT. Sebab tulah kita ahli-ahli PAS duduk dalam PAS tujuannya apa, tujuannya kita yakin kita duduk dalam PAS ini dapat pahala di sisi Allah SWT.
(Disunting dari Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Markas PAS Tedong, Sabtu 13 Jun 2015 sempena Liqa Fikri Pelancaran Kit Ramadhan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin. Suntingan oleh izwan@harakah.net.my )
Sumber HD - 20-6-2015
KENYATAAN KHAS
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
20 Sya'ban 1436 / 7 Jun 2015
"Muktamar PAS: Hakikatnya Islam Yang Menang"
1. Semua calon yang bertanding dalam pemilihan Muktamar PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor kelmarin hakikatnya memperolehi kemenangan.
2. Mereka yang telah terpilih itu mendapat kepercayaan para perwakilan mewakili ahli PAS dari seluruh negara bagi memikul amanah untuk memenangkan Islam.
3. Manakala mereka yang tidak terpilih pula tetap menjadi harapan agar terus istiqamah menggalas amanah membantu parti hingga mencapai kemenangan perjuangan.
4. Kerana hakikatnya, kekalahan hanyalah untuk golongan yang merasa tidak senang dan tidak mahu melihat kejayaan serta kemenangan Islam.
5. Pada ketika ini yang tidak senang dengan agenda dan perjuangan Islam dibawa PAS adalah DAP. Setiap hari pimpinannya menyerang PAS, termasuk masuk campur hal ehwal pemilihan PAS.
6. DAP semakin angkuh dan hanya mahu melihat PAS seperti 'lembu dicucuk hidung'. Insya-Allah kepimpinan baru PAS akan terus melangsungkan amanah perjuangan Islam.
7. PAS akan kekal beristiqamah menegakkan syariah Islam di bumi Malaysia selaras Perlembagaan Persekutuan hingga mencapai kemenangan menumbangkan kezaliman Umno-BN.
8. PAS juga komited berpegang kepada janji diikat dalam tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat dan menghormati perbezaan yang wujud serta mengakui realiti kemajmukan rakyat negara ini.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Pemuda PAS Malaysia
See More2. Mereka yang telah terpilih itu mendapat kepercayaan para perwakilan mewakili ahli PAS dari seluruh negara bagi memikul amanah untuk memenangkan Islam.
3. Manakala mereka yang tidak terpilih pula tetap menjadi harapan agar terus istiqamah menggalas amanah membantu parti hingga mencapai kemenangan perjuangan.
4. Kerana hakikatnya, kekalahan hanyalah untuk golongan yang merasa tidak senang dan tidak mahu melihat kejayaan serta kemenangan Islam.
5. Pada ketika ini yang tidak senang dengan agenda dan perjuangan Islam dibawa PAS adalah DAP. Setiap hari pimpinannya menyerang PAS, termasuk masuk campur hal ehwal pemilihan PAS.
6. DAP semakin angkuh dan hanya mahu melihat PAS seperti 'lembu dicucuk hidung'. Insya-Allah kepimpinan baru PAS akan terus melangsungkan amanah perjuangan Islam.
7. PAS akan kekal beristiqamah menegakkan syariah Islam di bumi Malaysia selaras Perlembagaan Persekutuan hingga mencapai kemenangan menumbangkan kezaliman Umno-BN.
8. PAS juga komited berpegang kepada janji diikat dalam tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat dan menghormati perbezaan yang wujud serta mengakui realiti kemajmukan rakyat negara ini.
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Pemuda PAS Malaysia
Mempertahankan Jawatan Kerana Sokongan Dari Bawah
“Saya hargai pencalonan daripada akar umbi yang masih memberikan kepercayaan dan harapan kepada saya untuk terus mempertahankan amanah ini.
“Saya yakin, para perwakilan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesion dan kelayakan bijak memilih yang terbaik berdasarkan ilmu dan kemampuan, bukan kerana faktor keturunan ataupun secara spontan tanpa soal selidik” ujar beliau lagi.
Muhammad Khalil, 38 tahun mempertahankan kerusi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat yakin para perwakilan bijak memilih, walaupun tidak menolak faktor anak Presiden Parti juga sedikit sebanyak memberi kelebihan kepadanya.
Beliau merupakan anak sulung kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berkecimpung di dalam perjuangan ini sejak kecil lagi.
Walaupun ayahanda beliau tidak pernah memaksa anak-anak untuk terlibat di dalam PAS, tetapi berkat tarbiyyah ayahanda, pemahaman dan kesedaran diri sendiri yang mahu terlibat di dalam PAS ini untuk sama-sama berjuang dan berlumba-lumba di dalam kebaikan.
Menurut Muhammad Khalil, Dewan Pemuda merupakan dewan yang sangat penting dan merupakan sayap kepada perjuangan PAS itu sendiri.
Dewan pemuda perlu kepada pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip Islam.
Para pemuda juga merupakan kader-kader yang perlu dijana sebaiknya mengikut acuan Islam supaya faham akan perjuangan PAS sebagai gerakan Islam.
Dalam pada itu, beliau juga menegaskan akan tetap berpegang teguh dengan visi dan misi pemuda itu sendiri yang akan memastikan masyarakat dan pemuda akan terus mendekati dan memartabatkan Islam hingga ke akhir hayat mereka.
Turut akan diperjuangkan pemuda adalah keharmonian dan perjuangan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
Sementara itu, ketika ditanya berkaitan perhatian ramai menjelang Muktamar PAS yang akan berlangsung pada 4-6 Jun nanti di Kuala Selangor, Muhammad Khalil sedar bahawa begitu banyak perhatian yang diberikan ini merupakan suatu perkara positif yang menunjukkan bahawa PAS ini merupakan parti yang penting, yang mana kesinambungan perjuangan PAS itu akan mencorakkan warna-warni politik di tanahair ini.
Beliau juga menegaskan bahawa tiada salah pertandingan di dalam PAS, kerana PAS mengamalkan demokrasi serta parti itu mempunyai kaedah yang tersendiri mengikut acuan Islam di dalam memilih pemimpin yang benar-benar menghayati akidah perjuangan yang sebenar.
Ketika ditanya pertembungan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat di antara Suhaizan Kaiyat dan Ustaz Nik Mohamad Abduh, Muhammad Khalil secara terbukanya memberi sokongan kepada Ustaz Nik Mohamad Abduh agar dipilih oleh para perwakilan pemuda nanti.
“Tiada masalah isu umur jika mahu dibangkitkan. Kerana hampir majoriti Ketua Pemuda PAS yang lepas berumur 40 tahun ke atas. Saya berharap agar para perwakilan akan memilih Ustaz Nik Abduh kerana pengalaman luas beliau di dalam pemuda sebelum ini.
“Beliau juga dekat dengan jiwa pemuda kerana sentiasa aktif berprogram bersama pemuda selain bijak dan mesra di alam maya. Namun yang penting, saya mengharapkan pemuda memilih pemimpin yang akan berjuang mempertahankan prinsip Islam serta kepimpinan PAS itu sendiri”, ujar Muhammad Khalil lagi.
Di akhir pertemuan, Muhammad Khalil sekali menegaskan bahawa PAS bukan sahaja parti politik tetapi merupakan gerakan Islam. Dewan pemuda akan tetap teguh menyokong kepimpinan parti yang berpegang teguh dengan prinsip perjuangan.
Dewan pemuda akan memastikan kesinambungan kepimpinan dewan itu bagi melahirkan pemuda yang wasatiyyah menurut acuan Islam yang sebenar, serta berakhlak dan taat kepada kepimpinan.
Sumber BO - 30-5-2015
Tuduhan PAS Akan Bergabung Dengan Umno Adalah ‘Bisikan Syaitan’
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan PAS dan Umno tidak boleh bergabung sama sekali, kerana dasar perjuangan kedua-dua parti itu sangat jauh berbeza.
“Keputusan kalau (samada) PAS ini bergabung dengan Umno (atau tidak), bukan keputusan individu, bukan keputusan presiden, (bukan) pemuda dan seumpamanya.
“(Kerana) PAS ini sebuah parti, yang mana kita ada sistem kita sendiri, (setiap tindakan) diputuskan oleh jemaah, oleh jawatankuasa, oleh (majlis) syura, oleh muktamar dan seumpamanya,”jelas beliau.
Contohnya, kata beliau, dalam sejarah PAS yang lalu, keputusan PAS duduk dalam kerajaan perikatan pada masa tersebut selepas krisis perkauman 13 Mei 1969, adalah satu keputusan yang dibuat dalam muktamar PAS.
“Jadi sebab itulah suara-suara yang (ber)kata PAS, orang ini hendak bersama dengan Umno, orang ini hendak bergabung dalam Umno,
“ini suara-suara syaitan yang mana tidak berasaskan hujah dan fakta tetapi semata-mata untuk memburukkan pihak-pihak tertentu,” katanya kepada dalam satu wawancara dengan pihak media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini pada Khamis 28 Mei.
Beliau tidak menolak, isu yang cuba dihangatkan semula itu bertujuan memberikan imej yang buruk kepada PAS
Apatah lagi, kata beliau, tuduhan itu mengaitkan PAS, Presiden PAS dan keputusan muktamar yang akan berlangsung beberapa hari lagi .
Beliau turut menempelak DAP kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpinnya adalah tidak mesra Pakatan dan tidak langsung menjaga rakan-rakan gabungan tersebut.
Kata beliau, kenyataan terbuka pemimpin DAP itu turut menyinggung perasaan ahli-ahli PAS.
Muhammad Khalil yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu berkata, PAS sejak dulu sehingga kini masih tetap bersama-sama PR dan pendirian itu juga selari dengan kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ia bukan sebagaimana didakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa hati Ustaz Abdul Hadi telah bersama-sama Umno, yang jelas sekali telah ‘meleburkan’ semangat setia kawan dalam PR.
“Saya tidak tahulah apa yang berlaku kepada DAP ini sebab kita PAS kita tidak masuk campur urusan parti dia tetapi kenapa dia hendak masuk campur urusan parti kita.
“Dia komen macam-macam, bukan sekali komen (tetapi) beberapa kali komen pasal kepimpinan parti secara umumnya, presiden secara khususnya dan muktamar secara umumnya. Macam-macam komen diberikan,” katanya kesal.
Sumber BO - 28-5-2015
Tabung Haji: Jangan ulangi pegawai kena, 'jerung' lepas
KUALA LUMPUR: Krisis yang berlaku terhadap Tabung Haji (TH) tidak boleh dituding jari kepada individu-individu tertentu sahaja tetapi ia adalah kesilapan kerajaan Umno dan BN yang memerintah.
Justeru, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi bersimpati dengan musibah yang menimpa terhadap TH khususnya kepada para kakitangannya yang bertungkus lumus untuk menjaga amanah itu.
Bagaimanapun, kata beliau malangnya ia diburukkan oleh tangan-tangan kotor pemimpin politik yang tamak haloba.
"Kita sangat bimbang sejarah akan berulang apabila berlakunya krisis-krisis dalam negara yang dipersalahkan ialah kakitangan atau pegawai kerajaan adapun 'jerung-jerung' besar terselamat," tulis beliau menerusi facebook.
Beliau masih ingat cerita orang-orang dahulu yang nak pergi ke Mekah menunaikan ibadah haji sampai kumpul duit syiling dalam tempayan di bawah rumah semata-mata untuk merealisasikan rukun Islam yang kelima itu.
"Besarnya kesungguhan mereka. Alhamdulillah negara kita mempunyai Tabung Haji yang memainkan peranan di atas," katanya.
Baginya, besar jasa mereka yang memberikan idea sehingga ia menjadi realiti. - HARAKAHDAILY 11/5/2015
Sumber HD - 11-5-2015
Ini bukan cerita baru, tunggu masa sahaja meletup
KUALA LUMPUR: Di beberapa buah negara, apabila berlaku aduan salah guna kuasa terhadap presiden, perdana menteri atau mana-mana pimpinan kerajaan disiasat, dibawa ke mahkamah dan dihukum.
"Begitu juga dengan negara jiran kita, Thailand," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Di Malaysia, ujarnya banyak mana wang rakyat telah dikebas dan dana awam dilesapkan seperti Perwaja, MAS, PKFZ yang terbaru sekarang ialah 1MDB dan Tabung Haji.
"Kalau rakyat terlambat bayar bil elektrik kena potong, tidak bayar saman diburu macam penjenayah tetapi apabila pimpinan Umno dan BN seleweng duit rakyat diam membisu," katanya menerusi facebook.
Justeru, ujarnya pendedahan berkait dengan salah guna Tabung Haji untuk IMDB bukan silap Datuk Seri Najib seorang sahaja sebagai Perdana Menteri tetapi ia adalah kesilapan Umno sebagai parti teras dalam Kerajaan BN.
"Ini bukan cerita baru, tunggu masa sahaja meletup," katanya lagi.
Menurutnya, saban tahun Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewangan, boros, membazir, rasuah yang melibatkan ratusan juta dana awam.
Rakyat, katanya bukan sahaja mahu Najib letak jawatan bahkan Umno juga wajib ditukar daripada menerajui tampuk pemerintahan negara. - HARAKAHDAILY 10/5/2015
Sumber HD - 10-5-2015
DAP bukan penghalang besar - Khalil Abdul Hadi Posted on Sunday, March 29 @ 17:18:49 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
KUANTAN - Pemuda Pas Pusat berkata, DAP bukan halangan untuk Pas melaksanakan hudud, sebaliknya halangan utama parti Islam itu adalah Umno dan BN.
Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, persoalannya adakah Umno selaku Kerajaan Persekutuan bersedia melaksanakan hukum itu apabila ia diluluskan kerajaan Kelantan.
“Kita bimbang halangan daripada Umno kerana tidak luluskan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (hukum hudud) walaupun ia diluluskan 20 tahun lalu.
“Ini yang kita takut sebenarnya, jika dibandingkan desakan DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan itu di Kelantan biarpun ia hanya melibatkan orang Islam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kuantan di Tanjung Lumpur, semalam.
“DAP dan PKR harus hormati apa yang diperjuangkan Pas kerana dasar ini telah lama dimulakan. Malah kita sedaya-upaya menjaga kepentingan Islam walaupun perkara ini (hudud) sepatutnya dimulakan lebih awal oleh Umno.
“Jika Umno memperjuangkan Islam, saya percaya hudud telah lama diwujudkan, namun sehingga sekarang Umno tidak melaksanakan tanggungjawab itu sejak mengambil alih negara ini,” katanya.
Muhammad Khalil berkata, bagaimanapun beliau yakin Pas menggunakan saluran demokrasi yang betul dan berharap perkara ini dapat dilaksanakan segera di Kelantan.
Dalam pada itu, katanya, sekiranya hudud berjaya dilaksanakan di Kelantan, beliau tidak menolak kemungkinan negeri lain akan mencontohinya. - SH
Sumber TKO - 29-3-2015
Pemuda PAS Alor Gajah Calon Khalil Sebagai Ketua Pemuda Posted on Saturday, March 28 @ 16:37:07 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu |
"
Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah Melaka yang bermesyuarat pada 28 Mac 2015 sebulat suara sepakat mencalonkan kepimpinan bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana berikut:
Ketua Pemuda : Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timb. Ketua Pemuda : Khairil Nizam Khiruddin
Naib Ketua Pemuda : Afnan Hamimi Taib AzamuddenDewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah juga menyatakan sokongan padu kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS serta berjanji untuk taat setia selagi mana tidak bercanggah dengan Islam.
Emransyah Ismail
Ketua
Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah
Melaka
27 Mac 2015
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: akhtarsyaheed
Posted on Saturday, March 28 @ 16:37:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Sumber TKO - 28-3-2015
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata musuh-musuh Islam dan sekutu Amerika Syarikat amat takut jika undang-undang syariat Islam dilaksanakan.
“Musuh-musuh Islam, Amerika Syarikat dan konco-konconya amat gerun jika syariat dan hukum Islam dilaksanakan di dalam sistem pemerintahan……. apabila undang-undang Islam dilaksanakan, maka seluruh aspek pemeritahan,
“ekonomi, pendidikan dan seluruhnya akan menzahirkan keindahan Islam. Mereka takut masyarakat akan lihat sendiri keadilan Islam yang syumul,”ujarnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau kali ke-27 pada Ahad, 1 Mac.
Oleh itu, beliau menegaskan, melaksanakan syariah adalah menjadi strategi untuk menghadapi pilihanraya.
Beliau turut mendakwa, bahawa -musuh-musuh tersebut akan bertindak menimbulkan keraguan dan syubhat kepada hukum Islam itu sendiri.
“Laksanakan Islam akan jadi mundur, Islam itu ganas malah hukum Islam tidak sesuai dengan zaman ini. Itulah yang sering dimomokkan bagi menakutkan dan memberi imej buruk terhadap Islam.
“Kita harus faham, hukum Islam itu sangat luas dan bukan hanya sekadar hudud dan qisas sahaja”, ujar beliau lagi.
Dengan semangat membara, Khalil yang juga Penolong Setiausaha Pemuda PAS Terengganu menyeru para pemuda untuk terus istiqomah dengan perjuangan Islam dan menjadi tonggak penting kepada jemaah Islam.
“Saya menyeru dan mengharapkan agar pemuda sekalian menjadi pendokong serta memastikan dasar Islam terus dijaga di dalam jemaah kita. Ini kerana kita sayang kepada parti kita. Kita mahu perjuangan kita ini mendapat pahala dari Allah SWT,”jelasnya.
Harus difahami bahawa perjuangan Islam yang ikhlas, kata beliau, pasti akan diganjari pahala dan ganjaran besar dari Allah. Sudah tentu orang yang inginkan pahala akan meneruskan kerja-kerja untuk membantu kemenangan Islam tanpa lelah.
“Kemenangan itu dari Allah. Itulah yang kita yakini. Tahaluf kita di dalam Pakatan Rakyat merupakan strategi untuk meraih kemenangan. Kemenangan itu pasti akan tiba kelak kepada kita apabila tiba saatnya.
“Namun yang pasti, kita akan terus kukuh berpegang dengan dasar Islam ini yang menjadi tonggak perlembagaan parti kita demi meraih kemenangan di sisi Allah,”ucap Khalil mengakhiri ucapannya
Sumber TKO - 3-3-20125
KONFLIK DI YAMAN KE ARAH PEMETAAN SEMULA DUNIA ISLAM - KHALIL
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34012-konflik-di-yaman-ke-arah-pemetaan-semula-dunia-islam
Sumber HD - 24-2-2015
BENCANA KEHILANGAN ULAMA KEPADA UMAT MANUSIA - TKPPM
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33963-bencana-kehilangan-ulama-kepada-umat-manusia
Sumber HD - 20-2-2015
MALAYSIA ADA PELUANG SUARAKAN HASRAT UMAT ISLAM - TIMBALAN KPPPM
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33433-malaysia-ada-peluang-suarakan-hasrat-umat-islam
Sumber HD - 23-1-2015
HUDUDPHOBIA: APA PENDIRIAN ANDA?
- Butiran
- Diterbitkan: 26 Mac 2015
- Ditulis oleh MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI
- Hududophobia ialah sebahagian daripada Islamophobia yang melanda masyarakat dunia hari ini.
- Ada yang mengecam Hudud dengan alasan ianya adalah undang-undang barbaric dan melanggar hak asasi manusia. Peliknya mereka boleh menerima pula hukuman mati di atas kerusi elektrik dan gantung sampai mati.
- Ada yang mempertikaikan isu hudud tidak perlu diberikan keutamaan kerana khuatir pengundi tak akan memberikan undi kepada PAS dalam pilihanraya nanti. Akan tetapi peningkatan keahlian PAS mutakhir ini sehingga sudah menjangkau 1 juta ahli menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia menghormati PAS kerana tegas dengan prinsip Islamnya dalam masa yang sama menghormati kedudukan masyarakat non Muslim di dalam negara.
- Ada yang mengecam Hudud dengan alasan ianya adalah undang-undang barbaric dan melanggar hak asasi manusia. Peliknya mereka boleh menerima pula hukuman mati di atas kerusi elektrik dan gantung sampai mati.
- Ada yang mempertikaikan isu hudud tidak perlu diberikan keutamaan kerana khuatir pengundi tak akan memberikan undi kepada PAS dalam pilihanraya nanti. Akan tetapi peningkatan keahlian PAS mutakhir ini sehingga sudah menjangkau 1 juta ahli menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia menghormati PAS kerana tegas dengan prinsip Islamnya dalam masa yang sama menghormati kedudukan masyarakat non Muslim di dalam negara.
- Ada yang tidak bersetuju dgn hudud kerana masanya tidak sesuai. Soalnya bilakah masa yang sesuai untuk diketengahkan?
-Dan macam-macam lagilah alasanya. Apa yang penting ini adalah fenomena Hududophobia yang melanda Malaysia sekarang. Bagaimana ia akan berakhir? Kita tunggu dan lihat. DAP sudah menyatakan sikapnya. PKR masih malu-malu. Bagaimana pula sikap UMNO dan rakan-rakan kompenanya nanti? Rakyat melihat dan menilai.
MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI [ Muhammad Khalil Abdul Hadi ]
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
26 Mac 2015
-Dan macam-macam lagilah alasanya. Apa yang penting ini adalah fenomena Hududophobia yang melanda Malaysia sekarang. Bagaimana ia akan berakhir? Kita tunggu dan lihat. DAP sudah menyatakan sikapnya. PKR masih malu-malu. Bagaimana pula sikap UMNO dan rakan-rakan kompenanya nanti? Rakyat melihat dan menilai.
MUHAMMAD KHALIL BIN ABDUL HADI [ Muhammad Khalil Abdul Hadi ]
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
26 Mac 2015
Sumber PP - 26-3-2015
Pemuda PAS Mesti Teguh Dengan Prinsip Islam
“Musuh-musuh Islam, Amerika Syarikat dan konco-konconya amat gerun jika syariat dan hukum Islam dilaksanakan di dalam sistem pemerintahan……. apabila undang-undang Islam dilaksanakan, maka seluruh aspek pemeritahan,
“ekonomi, pendidikan dan seluruhnya akan menzahirkan keindahan Islam. Mereka takut masyarakat akan lihat sendiri keadilan Islam yang syumul,”ujarnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau kali ke-27 pada Ahad, 1 Mac.
Oleh itu, beliau menegaskan, melaksanakan syariah adalah menjadi strategi untuk menghadapi pilihanraya.
Beliau turut mendakwa, bahawa -musuh-musuh tersebut akan bertindak menimbulkan keraguan dan syubhat kepada hukum Islam itu sendiri.
“Laksanakan Islam akan jadi mundur, Islam itu ganas malah hukum Islam tidak sesuai dengan zaman ini. Itulah yang sering dimomokkan bagi menakutkan dan memberi imej buruk terhadap Islam.
“Kita harus faham, hukum Islam itu sangat luas dan bukan hanya sekadar hudud dan qisas sahaja”, ujar beliau lagi.
Dengan semangat membara, Khalil yang juga Penolong Setiausaha Pemuda PAS Terengganu menyeru para pemuda untuk terus istiqomah dengan perjuangan Islam dan menjadi tonggak penting kepada jemaah Islam.
“Saya menyeru dan mengharapkan agar pemuda sekalian menjadi pendokong serta memastikan dasar Islam terus dijaga di dalam jemaah kita. Ini kerana kita sayang kepada parti kita. Kita mahu perjuangan kita ini mendapat pahala dari Allah SWT,”jelasnya.
Harus difahami bahawa perjuangan Islam yang ikhlas, kata beliau, pasti akan diganjari pahala dan ganjaran besar dari Allah. Sudah tentu orang yang inginkan pahala akan meneruskan kerja-kerja untuk membantu kemenangan Islam tanpa lelah.
“Kemenangan itu dari Allah. Itulah yang kita yakini. Tahaluf kita di dalam Pakatan Rakyat merupakan strategi untuk meraih kemenangan. Kemenangan itu pasti akan tiba kelak kepada kita apabila tiba saatnya.
“Namun yang pasti, kita akan terus kukuh berpegang dengan dasar Islam ini yang menjadi tonggak perlembagaan parti kita demi meraih kemenangan di sisi Allah,”ucap Khalil mengakhiri ucapannya
Sumber TKO - 3-3-20125
KONFLIK DI YAMAN KE ARAH PEMETAAN SEMULA DUNIA ISLAM - KHALIL
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34012-konflik-di-yaman-ke-arah-pemetaan-semula-dunia-islam
Sumber HD - 24-2-2015
BENCANA KEHILANGAN ULAMA KEPADA UMAT MANUSIA - TKPPM
AL MARHUM DBS TG HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - MANTAN AL MURSYIDUL AM PAS
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33963-bencana-kehilangan-ulama-kepada-umat-manusia
Sumber HD - 20-2-2015
MALAYSIA ADA PELUANG SUARAKAN HASRAT UMAT ISLAM - TIMBALAN KPPPM
USTAZ MOHD KHALIL ABDUL HADI - TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33433-malaysia-ada-peluang-suarakan-hasrat-umat-islam
Sumber HD - 23-1-2015
Malaysia disaran aktif dalam UNSC |
Posted on Tuesday, January 20 @ 13:25:26 MYT by paktam
Oleh MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI MALAYSIA telah dipilih sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Oktober 2014 dengan mandat majoriti undian yang besar. Seharusnya, pemilihan dan sokongan yang kuat tersebut harus dimanfaatkan untuk menyuarakan bantahan lebih efektif bagi mengurangkan tekanan terhadap umat Islam yang sedang berlaku di dunia pada hari ini. Kebanyakan negara Barat telah memberikan pandangan yang prejudis setelah insiden yang berlaku di Sydney pada 15 Disember 2014 (Sydney Hostage Crisis) dan yang terbaru di Paris pada 7 Januari 2015 (Charlie Hebdo). Kebanyakan mereka terus melabelkan tindakan-tindakan tersebut sebagai ‘Islamic terrorism’ tanpa justifikasi yang adil. Perkara ini dilaungkan seiring dengan ancaman militan Islamic State yang didakwa telah meluas di Eropah. Secara tidak langsung, persepsi tersebut telah meningkatkan sentimen Islamophobia dan terus memalitkan imej negatif terhadap umat Islam khususnya yang menetap di Eropah. Pihak-pihak tertentu telah mengambil kesempatan dan melancarkan tindakan reaksionari terhadap institusi Islam seperti masjid, kawasan umum, premis komersial dan residen orang Islam. Perkara ini akan terus menjejaskan perkembangan Islam dan dibimbangi akan menjadi asbab untuk terus mengancam populasi masyarakat minoriti Islam di negara tersebut. Di Dresdan Jerman, hampir 20,000 rakyat berdemonstarasi dan melaungkan anti imigran dan anti Islam. Mereka bersatu atas slogan Patriotische Europäer gegen die Islamisierung des Abendlandes (Pegida) atau Patriotic Europeans Against the Islamization of the West. Pada masa yang sama, novelis Perancis telah menulis sebuah buku bercorak distopia bagi menggambarkan ekstremisme terhadap umat Islam. Malah, pada masa yang sama, dunia tidak mengutuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin ketika Benjamin Netanyahu turut sama menghadiri perhimpunan anti keganasan di Grand Synagogue, Paris yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dunia yang lain. Terbaru, dia mendakwa ‘wave of Islamization’ telah melanda Eropah Barat dan akan mengancam masyarakat Yahudi di benua tersebut. Dalam hal ini, saya menyeru seluruh rakyat dan pemimpin negara untuk bersolidariti dan memberi sokongan terbuka kepada Palestin yang akan mengheret Israel ke muka pengadilan di International Criminal Court (ICC) di The Hague bermula 1 April 2015 ini. Israel telah melakukan pembunuhan terhadap lebih 2,000 rakyat awam Palestin dalam peperangan yang berlangsung sekitar 50 hari tahun lalu. Malaysia harus menonjolkan peranan yang aktif ketika keberadaannya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini peluang yang harus dioptimakan sementara tekanan terhadap umat Islam khususnya di Eropah semakin memuncak. Dalam hal tertentu, Malaysia juga harus berani menjelaskan pendiriannya terhadap sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat. - Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sumber DD - 20-1-2015 |
Allah yang tentukan bagaimana Islam menang
1. Antara tujuan Ijtima’ Tarbawi Pemuda PAS 4.0 adalah untuk para pemuda memahami tentang Fiqh Nasr wal Intisaar (Fiqh Pertolongan dan Kemenangan daripada Allah) yang merupakan di antara Fiqh al-Jihad.
2. Surah al-Fath dipilih sebagai tema bagi menerangkan mengenai erti kemenangan dalam Islam dan cara-cara untuk mendapat pertolongan daripada Allah bagi mencapai kemenangan di dalam perjuangan Islam.
3. Banyak cerita dan pengalaman orang lama perlu diambil oleh para pemuda untuk mencapai kemenangan iaitu perlu digabungjalinkan hamasatus syabab wa hikmatus syuyukh (semangat anak muda dan kebijaksanaan orang lama).
4. Walaupun kita tidak pernah menang secara mutlak (menang dalam PRU sehingga boleh menguasai kerajaan pusat), akan tetapi kita tetap menang di sisi Allah kerana erti kemenangan yang sebenar ialah kemenangan menegakkan kebenaran agama-Nya yang dijanjikan oleh Allah dengan pahala dan syurga di akhirat. Inilah yang menjadi akidah perjuangan kepada pemuda-pemuda PAS.
5. Kemenangan kepada perjuangan Islam bukan boleh dibeli dengan harga yang murah. Permata yang mahal untuk mendapatkannya memerlukan kepada pengorbanan apatah lagi untuk memperoleh kemenangan kepada perjuangan Islam, ia memerlukan pengorbanan nyawa, harta dan tenaga semaksima mungkin. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang beriman jiwa dan harta mereka bahawa bagi mereka syurga... "
6. Kita memilih jalan pilihan raya sebagai pendekatan untuk memenangkan Islam. Walaupun kita tahu pilihan raya yang diadakan di negara kita penuh dengan penipuan, rasuah dan salahguna kuasa.
7. Saya percaya dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita, tidak mungkin untuk PAS memenangi pilihan raya tetapi kita bertegas untuk terus istiqamah dengan pendekatan ini kerana inilah pendekatan yang mengikut manhaj anbiya yang berdepan dengan golongan pemerintah zalim pada zaman masing-masing dan bagi melaksanakan tuntutan menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar.
8. Kita selalu berfikir bahawa kemenangan itu akan dicapai mengikut acuan yang kita tentukan. Tetapi hakikat yang sebenar kemenangan itu ditentukan oleh Allah. Kita menjangka Namrud akan dikalahkan oleh Nabi Ibrahim a.s setelah orang ramai mengikutnya akan tetapi Namrud yang angkuh itu tersungkur dengan hanya seekor nyamuk. Kita memikirkan bahawa Nabi Muhammad SAW akan menang dan menakluk Mekah dengan peperangan akan tetapi ketentuan Allah Mekah dibuka dengan jalan damai. Kemenangan umat Islam menawan kota Konstantinople dijanjikan oleh Rasulullah SAW pada zamannya tetapi hanya menjadi kenyataan ratusan tahun selepas baginda wafat.
9. Begitulah juga dengan Umno/BN; kita memikirkan PAS akan menang dalam PRU menumbangkan Umno/BN akan tetapi apa yang dirancang oleh Allah kita tidak mengetahuinya. Apa yang penting kita mestilah istiqamah berjuang di atas jalan yang benar.
10. Hari ini kita melihat Umno/BN menuju ke jalan kemusnahan. Setiap perjuangan mempunyai rohnya. Roh perjuangan Umno ialah kebendaan dan wang ringgit; apabila ia susut dan berkurangan akan lenyaplah Umno dan BN. Adapun roh perjuangan PAS ialah Islam yang sentiasa hidup selagi mana PAS istiqamah dengan Islamnya maka kita terus kuat dan gagah.
11. Semakin kita ditekan dan diasak semakin kita perlu untuk terus berpegang dengan prinsip Islam dan pasti kita akan semakin kuat dengan pertolongan Allah
12. Kita pernah menegaskan bahawa kita akan menang dalam PRU13 tetapi kita belum lagi diberikan kemenangan oleh Allah. Pada kali ini kita juga menegaskan bahawa kita melangkah menuju kemenangan dalam PRU14. Jika sekiranya kita ditakdirkan tidak mencapai kemenangan juga kita sentiasa menegaskan bahawa kita akan menang dalam PRU15, 16, 17 dan seterusnya kerana kemenangan Islam itu adalah pasti sama ada dekat ataupun jauh. Firman Allah yang bermaksud;
"Dan adalah wajib ke atas kami menolong orang-orang yang beriman. "
13. Persiapan yang perlu kita lakukan untuk memacu kemenangan PRU14:-
a. Kita mestilah istiqamah dan berpegang teguh di dalam memperjuangkan isu-isu yang berkait dengan Islam dan hak-hak orang Islam dan mestilah kehadapan menegakkannya.
b. Fokus yang lebih kepada pengundi Melayu khususnya anak muda.
14. Akhirnya kita mestilah yakin kemenangan Islam adalah suatu perkara yang pasti, jangan kita persoalkan bila dan bagaimana kerana ia adalah rahsia Allah. Tanggungjawab kita adalah terus istiqamah memperjuangkan agama-Nya. – HARAKAHDAILY 9/12/2014
2. Surah al-Fath dipilih sebagai tema bagi menerangkan mengenai erti kemenangan dalam Islam dan cara-cara untuk mendapat pertolongan daripada Allah bagi mencapai kemenangan di dalam perjuangan Islam.
3. Banyak cerita dan pengalaman orang lama perlu diambil oleh para pemuda untuk mencapai kemenangan iaitu perlu digabungjalinkan hamasatus syabab wa hikmatus syuyukh (semangat anak muda dan kebijaksanaan orang lama).
4. Walaupun kita tidak pernah menang secara mutlak (menang dalam PRU sehingga boleh menguasai kerajaan pusat), akan tetapi kita tetap menang di sisi Allah kerana erti kemenangan yang sebenar ialah kemenangan menegakkan kebenaran agama-Nya yang dijanjikan oleh Allah dengan pahala dan syurga di akhirat. Inilah yang menjadi akidah perjuangan kepada pemuda-pemuda PAS.
5. Kemenangan kepada perjuangan Islam bukan boleh dibeli dengan harga yang murah. Permata yang mahal untuk mendapatkannya memerlukan kepada pengorbanan apatah lagi untuk memperoleh kemenangan kepada perjuangan Islam, ia memerlukan pengorbanan nyawa, harta dan tenaga semaksima mungkin. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang beriman jiwa dan harta mereka bahawa bagi mereka syurga... "
6. Kita memilih jalan pilihan raya sebagai pendekatan untuk memenangkan Islam. Walaupun kita tahu pilihan raya yang diadakan di negara kita penuh dengan penipuan, rasuah dan salahguna kuasa.
7. Saya percaya dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita, tidak mungkin untuk PAS memenangi pilihan raya tetapi kita bertegas untuk terus istiqamah dengan pendekatan ini kerana inilah pendekatan yang mengikut manhaj anbiya yang berdepan dengan golongan pemerintah zalim pada zaman masing-masing dan bagi melaksanakan tuntutan menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar.
8. Kita selalu berfikir bahawa kemenangan itu akan dicapai mengikut acuan yang kita tentukan. Tetapi hakikat yang sebenar kemenangan itu ditentukan oleh Allah. Kita menjangka Namrud akan dikalahkan oleh Nabi Ibrahim a.s setelah orang ramai mengikutnya akan tetapi Namrud yang angkuh itu tersungkur dengan hanya seekor nyamuk. Kita memikirkan bahawa Nabi Muhammad SAW akan menang dan menakluk Mekah dengan peperangan akan tetapi ketentuan Allah Mekah dibuka dengan jalan damai. Kemenangan umat Islam menawan kota Konstantinople dijanjikan oleh Rasulullah SAW pada zamannya tetapi hanya menjadi kenyataan ratusan tahun selepas baginda wafat.
9. Begitulah juga dengan Umno/BN; kita memikirkan PAS akan menang dalam PRU menumbangkan Umno/BN akan tetapi apa yang dirancang oleh Allah kita tidak mengetahuinya. Apa yang penting kita mestilah istiqamah berjuang di atas jalan yang benar.
10. Hari ini kita melihat Umno/BN menuju ke jalan kemusnahan. Setiap perjuangan mempunyai rohnya. Roh perjuangan Umno ialah kebendaan dan wang ringgit; apabila ia susut dan berkurangan akan lenyaplah Umno dan BN. Adapun roh perjuangan PAS ialah Islam yang sentiasa hidup selagi mana PAS istiqamah dengan Islamnya maka kita terus kuat dan gagah.
11. Semakin kita ditekan dan diasak semakin kita perlu untuk terus berpegang dengan prinsip Islam dan pasti kita akan semakin kuat dengan pertolongan Allah
12. Kita pernah menegaskan bahawa kita akan menang dalam PRU13 tetapi kita belum lagi diberikan kemenangan oleh Allah. Pada kali ini kita juga menegaskan bahawa kita melangkah menuju kemenangan dalam PRU14. Jika sekiranya kita ditakdirkan tidak mencapai kemenangan juga kita sentiasa menegaskan bahawa kita akan menang dalam PRU15, 16, 17 dan seterusnya kerana kemenangan Islam itu adalah pasti sama ada dekat ataupun jauh. Firman Allah yang bermaksud;
"Dan adalah wajib ke atas kami menolong orang-orang yang beriman. "
13. Persiapan yang perlu kita lakukan untuk memacu kemenangan PRU14:-
a. Kita mestilah istiqamah dan berpegang teguh di dalam memperjuangkan isu-isu yang berkait dengan Islam dan hak-hak orang Islam dan mestilah kehadapan menegakkannya.
b. Fokus yang lebih kepada pengundi Melayu khususnya anak muda.
14. Akhirnya kita mestilah yakin kemenangan Islam adalah suatu perkara yang pasti, jangan kita persoalkan bila dan bagaimana kerana ia adalah rahsia Allah. Tanggungjawab kita adalah terus istiqamah memperjuangkan agama-Nya. – HARAKAHDAILY 9/12/2014
No comments:
Post a Comment