BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, December 24, 2014

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM - BEKAS KETUA PEMBANGKANG / KETUA UMUM PKR

Blog Terdahulu - http://pascawangantsr.blogspot.com 

Anwar hargai pengorbanan Mahathir
Posted on Tuesday, April 03 @ 19:53:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38938



Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyatakan pujian terhadap bekas seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu kenyataan media hari ini tokoh yang disebut-sebut sepatutnya menjadi perdana menteri ketujuh Malaysia itu berkata, Dr Mahathir kini sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk bersama sebahagian besar pembangkang demi menjala perubahan dalam negara.

"Saya ulangi penghargaan saya terhadap kesediaan Tun Dr Mahathir mengorbankan masa dan tenaga bersama Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menjana perubahan di dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14," katanya yang membuat kenyataan itu semasa hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bekas timbalan perdana menteri dan orang kepercayaan Dr Mahathir itu berada di mahkamah bagi menghadiri saman beliau terhadap TV3.

Anwar menyaman stesen televisyen berkenaan berhubung laporan mereka mengenai insiden pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu pada 2013.

HARAPAN menamakan Dr Mahathir, 92, sebagai calon perdana menteri jika mereka dapat mengetepikan BN daripada kerajaan pada PRU akan datang.

Untuk tempoh berbelas tahun Dr Mahathir dan Anwar menjadi seteru ketat ekoran penyingkiran tokoh dari Cheruk Tok Kun, Pulau Pinang itu pada 1998.

Bersama selamatkan negara
Bagaimanapun kedua-dua mereka kembali berdamai atas dasar pakatan politik bagi menghadapi BN.
Dr Mahathir ialah pengerusi Part Pribumi Bersatu Malaysia yang baru ditubuhkan pada Sept 2016 dan menjadi pertubuhan paling bongsu dalam HARAPAN.

Sebelum ini Anwar adalah calon perdana menteri di kalangan hampir semua parti pembangkang. Ekoran pemilihan Dr Mahathir, HARAPAN turut menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Kata Anwar HARAPAN menonjolkan Dr Mahathir sebagai pemimpin selepas mengambil kira pengalaman dan sumbangan beliau kepada negara.

Lebih daripada itu kata Anwar Dr Mahathir dipilih kerana kesediaan beliau menerima agenda perubahan yang dibawa HARAPAN.

"Selamatkan Malaysia daripada cengkaman pemerintahan autoktratik Umno dan BN," katanya.
Anwar juga menjelaskan peluang yang ada kini adalah ruang paling baik untuk semua pihak bergabung dengan rakyat bagi mengubah kerajaan.


"PRU ke-14 adalah kesempatan terbaik untuk semua kekuatan rakyat digabung bagi meletakkan pemerintahan yang komited menentang rasuah, penyelewangan dan meletakkan Malaysia sebagai negara demokratik dan adil," katanya.

Sumber TKO - 3-4-2018

Persempadanan baru, RUU antiberita palsu jijik, kata Anwar
Posted on Sunday, April 01 @ 10:43:34 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38885



PETALING JAYA: Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana “tergopoh-gapah” meluluskan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar berasa amat jijik dengan tindakan BN meluluskan usul itu dengan cukup tergesa-gesa kerana usul untuk meminda kawasan pilihan raya adalah perkara serius yang perlu diberi masa yang mencukupi untuk dibincangkan dan dibahaskan.

“Sebaliknya ia dipaksa lulus dalam tempoh hanya 2 jam,” kata beliau.

“Ini bukanlah proses persempadanan semula yang betul dan mengikut lunas undang-undang, sebaliknya adalah persempadanan yang jelas melanggar semangat perlembagaan.

“Ia adalah pengakuan bahawa BN akan kalah dalam pilihan raya akan datang sekiranya sempadan sedia ada digunakan,” kata Anwar yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di penjara Sungai Buloh.

Rabu lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul persempadanan baru kawasan pilihan raya dengan 129 Ahli Parlimen menyokong dan 80 Ahli Parlimen menentang usul tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, membentangkan usul berkenaan selepas protes terhadapnya yang diadakan di luar kawasan Parlimen oleh Ahli Parlimen pembangkang, Bersih 2.0 dan aktivis lain.

Anwar juga menyelar Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar dengan menyifatkannya sebagai “tindakan yang cukup desperado” di pihak kerajaan.

“BN juga tergopoh-gapah memaksakan undang-undang antiberita palsu melalui Parlimen. Mereka mahu ia lulus bagi mengongkong dan menghalang orang ramai membincangkan skandal 1MDB, skandal rasuah lain dan pelbagai kesalahan kerajaan BN.

“Dengan meluluskan RUU antiberita palsu itu, jelas kerajaan menyerang golongan muda, yang rata-rata bakal menjadi mangsa utama undang-undang zalim ini,” kata beliau.

Anwar berkata, telah sedia ada undang-undang seperti Akta Fitnah dan Akta Komunikasi dan Multimedia untu menangani masalah berita palsu atau tidak benar.

Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan di Parlimen Isnin lepas.

Di bawah undang-undang ini adalah menjadi kesalahan untuk membuat, menawarkan, menerbitkan dan menyebarkan berita palsu.

Ia juga menjadi kesalahan untuk memberikan sokongan kewangan secara langsung atau tidak langsung bagi membantu menyebarkan berita palsu atau bersubahahat dalam kesalahan itu.

RUU itu mentakrifkan berita tidak benar sebagai apa-apa berita, maklumat, data atau laporan yang sepenuh atau sebahagiannya tidak benar, sama ada dalam bentuk tulisan, visual, rakaman audio atau apa-apa bentuk lain yang berupaya mencadangkan perkataan atau idea.


Anwar berkata, Pakatan Harapan (PH) akan mewujudkan sebuah suruhanjaya pilihan raya yang benar-benar bebas dan memansuhkan undang-undang antiberita tidak benar yang “tidak benar” itu.

Sumber TKO - 1-4-2018

Anwar dimasukkan ke CCU HKL
Posted on Monday, March 05 @ 10:47:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38508



KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 1 pagi tadi, selepas didapati mengalami reaksi negatif terhadap suntikan steroid di kawasan sekitar bahu kanan beliau.


Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataannya hari ini berkata, suntikan steroid itu telah diberi Sabtu lalu, setelah Anwar mengalami kesakitan berpanjangan pada bahu kanan selepas pembedahan beberapa bulan lalu.

Menurutnya, kadar denyutan jantung Anwar rendah dan membimbangkan, namun keadaannya dilaporkan stabil.

"Maklumat tahap kesihatan Anwar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Kami memohon kepada semua untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan buat Anwar," katanya.

Sumber TKO - 5-3-2018
Peluang Anwar berkempen pada PRU14 samar
Posted on Monday, February 05 @ 20:14:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38116



SHAH ALAM - Peluang Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan) berkempen dilihat samar kerana penganalisis dan ahli politik berpandangan PRU14 berlangsung sebelum Jun.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menunggu tempoh lebih lama kerana Parlimen secara automatik terbubar pada 24 Jun.

“Saya percaya PRU14 akan diadakan sebelum pembebasan beliau (Anwar) kerana ia juga antara salah satu faktor diambil kira BN.

“Walaupun Anwar tidak boleh bertanding, tapi beliau masih bebas terlibat dalam kempen dan sebagainya,” katanya, semalam.

Beliau turut menjangkakan, PRU14 berkemungkinan diadakan dalam tempoh April hingga Mei ini

Sumber TKO - 5-2-2018

Surat misteri tentang Anwar tidak disahkan kata Wartawan TV3
Posted on Thursday, January 25 @ 22:26:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37909



Seorang wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia (TV3) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kajian dan penyelidikan tidak dilakukan berhubung laporan berita yang disiarkan lima tahun lalu yang mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendiang Karpal Singh telah menyoggok badan kehakiman dan pejabat peguam negara.

Selwam Arjunan, 35, yang bertugas sebagai Koresponden TV3 Bahagian Utara, juga memberi tahu bahawa dia tidak mengesahkan kandungan surat misteri yang membuat pertuduhan itu terhadap kedua-dua bekas pemimpin pembangkang itu.

"Tidak ada keperluan segera untuk mendapatkan komen atau ulasan Anwar atau untuk mengesahkan fakta sebelum menyiarkan laporan itu pada 2 Ogos 2013.

"Sebaik risalah atau surat misteri ini diterima oleh Anwar, adalah tanggungjawab mereka untuk menghubungi kami atau media untuk menyatakan ulasan mereka dengan sewajarnya.

"Laporan berita ini khusus untuk laporan sidang akhbar yang dibuat oleh Datuk Mazlan Ismail (bekas calon BN Permatang Pauh).

"Memandangkan nada, gaya dan cara keseluruhan laporan itu, saya tidak merasakan perlunya mendapatkan pengesahan atau ulasan dari Anwar," katanya ketika menjawab soalan dari peguamnya TH Liew.

Selwam menambah bahawa TV3, yang dimiliki dan dikendalikan oleh Syarikat Televisyen (M) Bhd, mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab dari penyediaan berita sehingga ia disiarkan melalui Buletin Utama.

[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan saksi pertama TV3 itu berkata beliau menerima panggilan daripada Mazlan pada 1 Ogos 2013, sehari sebelum laporan berita itu disiarkan dan Mazlan memaklumkan kepadanya bahawa beliau ingin membuat sidang media berhubung 6,000 surat yang didakwa telah dihantar ke rumahnya melalui pos dan sebahagian daripada surat diletakkan di hadapan rumahnya.

“Dalam sidang media itu, Mazlan menjelaskan bahawa beliau tidak mahu terlibat dengan perkara itu dan ingin mengembalikan semula surat berkenaan dan tidak tahu mengapa surat tersebut dihantar kepadanya,” katanya.

Menjawab soalan peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Anwar, Selwam mengaku bahawa beliau tidak membuat sebarang pengesahan daripada Anwar atau peguam Karpal Singh sama ada maklumat yang diterima daripada Mazlan betul ataupun tidak.

Disoal peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili Mazlan sama ada beliau mempunyai niat untuk menyiarkan kandungan surat itu, saksi itu berkata beliau sama sekali tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

“Dalam sidang media itu, Mazlan tidak mengedarkan salinan surat dan tidak membaca keseluruhan kandungan surat berkenaan kepada pihak media,” kata Selwam yang turut memaklumkan Mazlan hanya menyebut mengenai “Bank Leak Anwar Karpal”.

Pada 15 Okt 2015, Anwar, selaku plaintif memfailkan saman selepas mendakwa Mazlan telah menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah yang disiarkan menerusi Buletin Utama pada 8 malam, 2 Ogos 2013 dan mendakwa Mazlan juga menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Beliau mendakwa Mazlan mengadakan persidangan media yang mengandungi perkataan fitnah yang serius dan berniat jahat membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin bersambung 2 Mei.

Sumber TKO - 25-1-2018

Peguam AS desak Anwar dibebaskan segera
Posted on Tuesday, December 12 @ 06:50:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37272



PETALING JAYA: Peguam hak asasi manusia dan penasihat undang-undang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kimberley Motley, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkaji pembebasan segera pemimpin pembangkang yang dipenjarakan itu.

Beliau berharap akan dapat bertemu Najib dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi semasa beliau berada di Malaysia dalam beberapa hari ini.

“Najib boleh menyeru Anwar dibebaskan segera dan terdapat beberapa cara yang boleh diambil bagi membolehkan pembebasan Anwar.

“Beliau boleh lakukannya. Beliau juga boleh benarkan Anwar teruskan rawatan di rumah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

“Saya mahu bercakap dengan Najib mengenai pemenjaraan Anwar yang tidak adil dan beliau masih seorang tahanan nurani.

“Perdana Menteri Najib sangat prihatin hinggakan beliau melawat Anwar di hospital, jadi pada pandangan saya, beliau nampaknya peduli dan mahu ambil tahu rawatan apa yang Anwar jalani, dia patut berminat untuk tahu rawatan apa sekarang ini.

“Saya teringin duduk semeja dengannya dan memberitahu beliau tentang keadaan kesihatan Anwar dan mohon pembebasan segera.”

Motley juga berharap dapat bertemu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya difahamkan beliau bersependapat dengan saya kerana saya menyeru Anwar dibebaskan segera dan saya juga ingin berbincang dengan beliau dan memberitahu perkembangan terkini rawatan Anwar yang dimaklumkan pihak keluarga kepada saya.”

Beliau mengkritik pemenjaraan Anwar, menggelarnya “kekotoran pada rekod hak asasi manusia Malaysia.”

“Setiap hari beliau dalam penjara mencemar rekod hak asasi manusia Malaysia.
“Memohon beliau dibebaskan segera ialah permohonan yang wajar.

“Dari segi undang-undang, saya percaya banyak perkara yang berlaku dalam perbicaraan ini bertentangan dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa serta undang-undang di Malaysia.

“Ini termasuk hak mengemukakan bukti; antara isu yang berbangkit ialah terdapat bukti tertentu yang dibuang mahkamah.

“Sejak Anwar dipenjarakan atas pertuduhan yang meragukan, pemenjaraannya mencabul undang-undang Malaysia dan perjanjian hak asasi manusia antarabangsa, yang ditandangani Malaysia.”
Motley mewakili Anwar sejak 7 September secara pro bono.

Anwar mengalami kesakitan di bahu kanan, yang memburuk selepas satu kemalangan pada 22 September semasa beliau dibawa dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh.
Kendereaan pengiring penjara terlanggar kenderaan yang dinaikinya dari belakang.

Anwar, 70, dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara keranaa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Beliau sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh.

Sumber TKO -12-12-2017

Papagomo bayar RM951k pada Anwar
Posted on Monday, December 04 @ 13:45:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37145


Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau lebih dikenali sebagai Papagomo hari ini membayar RM951,260.30 kepada peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diperintahkan untuk berbuat demikian oleh mahkamah, atau berisiko diisytiharkan sebagai muflis.


Ini berikutan kekalahan dalam saman fitnah yang difailkan oleh bekas ketua pembangkang itu terhadapnya.

Wan Azri membayar jumlah tersebut dengan cek sebanyak RM950,000 dan RM1,260.30 dalam nota RM1 dan tiga 10 sen kepada peguam Anwar, Latheefa Koya dan J Leela.

Blogger itu berkata beliau mengambil masa tiga bulan untuk mengumpul dana dari kebanyakan ahli Umno bagi membayar jumlah tersebut.

"Ini adalah satu kes saman fitnah terbesar yang dibayar di negara ini. Ia sepatutnya menjadi RM951,260.27 tetapi saya mendermakan baki tiga sen," katanya kepada pemberita selepas membayar jumlah itu.

Wan Azri diwakili peguamnya, Irna Shahana Shamsudin.

Sumber TKO - 4-12-2017

Kesihatan Anwar Makin Baik – Jabatan Penjara
Posted on Wednesday, November 29 @ 21:10:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37062




PETALING JAYA: Tahap kesihatan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin baik, demikian disahkan Jabatan Penjara pada Rabu.


Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Anwar kini ditempatkan di Hospital Rehabilitasi Cheras.

“Kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mana laporan oleh pakar-pakar adalah semakin baik,” katanya secara ringkas.


Guan Eng (kiri) melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Terdahulu, Anwar menerima rawatan di HKL selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahu kanan pada 12 November lalu.

Dalam pada itu, Supri berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras pada Rabu.

“Pada 27 November, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali turut menziarahi Anwar yang ketika itu masih ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara sejak Februari 2015 selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Sumber TKO - 30-11-2017


Pembedahan baru Anwar berjaya, kata keluarga
Posted on Monday, November 13 @ 01:49:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36671



PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjalani pembedahan bahu kanan, menurut kenyataan daripada keluarganya malam tadi.

Pembedahan “arthroskopik” itu dijalankan di Hospital Kuala Lumpur. Menurut kenyataan itu, Anwar dibawa ke dewan pembedahan pada 9.00 pagi dan selesai pada 1.30 petang.

“Beliau kini telah sedar sepenuhnya walaupun masih dalam keadaan sakit, namun responsif dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

“Teman-teman yang prihatin beserta cucu cucu ayah harap bersabar kerana para doktor menasihatkan agar tiada pelawat lain dibenarkan untuk mengelakkan jangkitan,” kata kenyataan itu.

Keluarga Anwar berkata pemenjaraan Anwar dan kemalangan baru-baru ini memburukkan keadaan bahunya. Mereka berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kejayaan pembedahan itu dan harap akan terus mendoakan Anwar pulih.

Kecederaan bahu Anwar pada asalnya kerana kemalangan pada 2014 di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Beliau berjaya menjalani fisioterapi tetapi kesakitan itu semakin teruk.

Keadaan Anwar merosot selepas kemalangan pada 22 September, apabila kenderaan pengiring melanggar bahagian belakang kenderaan penjara yang membawa beliau dari Hospital Kuala Lumpur ke penjara.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabitkan kesalahan liwat. Beliau bertegas dirinya tidak bersalah dan mendakwa tuduhan terhadapnya bermotifkan politik.

Sumber TKO -12-11-2017


Perarakan 1,000 hari pemenjaraan Anwar
Posted on Tuesday, November 07 @ 06:36:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36509


Sempena 1,000 hari pemenjaraan pemimpin de facto Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahi, atas pensabitan liwat kedua, pemimpin dan penyokong pembangkang berarak dari Parlimen ke Dataran Merdeka.


Kira-kira 200 berkumpul di hadapan bangunan Parlimen memegang plakad dengan slogan “1,000 hari pengorbanan” seawal pukul lapan malam sebelum mereka berarak ke Dataran Merdeka yang terletak 2km dari situ.

Sambil bersorak “bebas Anwar”, “hidup rakyat” dan “reformasi”, semakin ramai menyertai perarakan itu sebaik tiba di Dataran Merdeka.

Polis yang kelihatan di sepanjang jalan tidak menghalang kumpulan itu daripada berarak dan berkumpul di Dataran Merdeka.

Antara yang hadir malam tadi ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Saifuddin Abdullaj, Fuziah Salleh, Tian Chua, R Sivarasa, Zuraida Kamaruddin dan Johari Abdul.
Pemimpin DAP Lim Kit Siang, Anthony Loke dan Teng Chang Khim, selain pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad serta anggota parlimen PAS Mahfuz Omar turut hadir memberikan sokongan.

Dalam acara itu, lilin disusun membentuk perkataan “Anwar 1,000 hari di penjara” dan dinyalakan sebagai memperingati tokoh pakatan pembangkang itu.

Wan Azizah dalam ucapannya memberitahu kesakitan fizikal Anwar yang terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit susulan kemalangan konvoi penjara Anwar September lalu.

“Ia satu penyeksaan namun beliau sanggup menempuhnya demi negara kita.
“Kita tidak harus lupa sumbangan, bukan saja Anwar tapi semua yang pernah berkorban,” katanya.
Malam ini, tambah Wan Azizah adalah malam untuk mengenang Anwar.

“Pengorbanannya ada sebab. Jangan lupa bahawa ini adalah demi generasi masa depan.”

Selain Wan Azizah, pemimpin Pakatan Harapan lain turut mengambil peluang menyampaikan ucapan ringkas memperingati Anwar.

Hadirin bersurai selepas bacaan doa yang antara lain agar Anwar dibebaskan.

Pada Mac 2014, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan membebaskan Anwar dari tuduhan liwat. Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 menegaskan pensabitan Anwar atas tuduhan liwat.

Sumber TKO - 7-11-2017

Anwar Ibrahim Kecewa..Nurul Nuha Jadi Penyelamat
Posted on Sunday, October 29 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36280



1. DS Anwar kini mencecah 71 tahun, manakala Tun Dr. Mahathir pula mencecah 93 tahun. Saya masih ingat, ketika krisis Anwar-Mahathir dalam bulan September 1998, saya berada di USM Pulau Pinang. Setiap hari Anwar dan ribuan pengikutnya membuat demonstrasi. Anwar sendiri terpaksa menaiki motorsikal ketika rally terbesar di Kuala Lumpur tidak silap pada 27 September 1998.


Dengan motor itu Anwar berjaya keluar dari tangkapan pihak berkuasa. Namun begitu, Anwar ditangkap juga di rumahnya oleh pasukan khas. Kemudian, mata lebam Anwar menjadi picture of the year.
2. Hari ini, ramai orang Anwar lupa kekejaman itu. Anwar, Nurul Izzah, Dr. Wan Azizah terutama Nurul Nuha tidak mungkin bisa melupakan kekejaman itu. Namun, hari ini ramai orang Anwar alpa kerana mereka terpesona dengan politik Tun M.

3. Tun M seorang artis politik. Tun M sanggup makan masakan Mat Sabu seolah-olah tiada apa berlaku sejak sekian lama. Itulah cara Tun M meyakinkan Mat Sabu supaya bersamanya. Malah Tun M sanggup merendahkan ego duduk dan bersama-sama dengan musuh politiknya yang pernah dihumban di dalam penjara Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, tetapi tiada suara memohon maaf keluar dari mulut Tun M akan kekejaman politik suatu ketika dahulu.

4. Hari ini, ramai pemimpin PKR terpedaya. Ada di antara mereka sudah lembek dan berkata kekejaman Tun M yang lama lupakanlah, walhal mereka tidak tahu keluarga Anwar tidak pernah melupakan itu. Ada yang sudah mampu berfikir dan berkata maafkanlah kekejaman Tun M dahulu, walhal nama baik Anwar tidak pernah dibersihkan atas apa jua tuduhan liwat dan salahguna kuasa 1998. Mereka mudah terpesona, walaupun Tun M tidak mahu mengangkat plakad Anwar Ibrahim Perdana Menteri.

5. Hari ini, sudah luntur malah hilang sudah cita-cita mereka mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana sebilangan mereka terpesona dengan politik Tun M.

6. Tiada siapa keluarga Anwar menjemput Tun M hadir di mahkamah bertemu Anwar Ibrahim tempoh hari. Namun itulah kebijaksanaan politik Tun M. Sebabnya mudah, mereka tidak membaca buku Karl Marx, Winston Churchill, Martin Luther, Willy Brandt, Joseph Stalin dan sejarah Nabi Muhammad SAW. Mereka juga tidak membaca buku-buku pemikir moden seperti Francis
*****uyama, Chomsky, Huntington atau yang lebih junior seperti Allan Bloom dan Syed Naquib Al Attas. Kebanyakannya hanya membaca whatsapp sahaja.

7. Di Malaysia, hanya DS Najib dan Anwar Ibrahim sahaja yang mampu menutup tol bukan Tun M. Hanya Najib sahaja mampu membina lebuhraya tanpa tol (PAN Boneo) tatkala tol lebuhraya PLUS dan lain-lain lebuhraya bertol yang diluluskan Azmin Ali di Selangor juga sukar untuk dihapuskan.

8. Najib jenis tidak banyak bercakap tetapi kerajaan persekutuan melalui agensinya membantu Azmin Ali memberikan sewa Bas Percuma Selangor pada harga murah.

9. Begitu juga di Pulau Pinang, dalam Bajet 2018 kerajaan Pulau Pinang menerima bajet terbesar dan bacaan politik sesetengah pemimpin PKR ialah Najib mempunyai engagement yang luar biasa dengan LGE. Memang ada pemimpin PKR yang membaca politik itu.

10. PRU14 ini merupakan yang terakhir kepada Tun M sebab itulah Tun M bersungguh-sungguh mahu menubuhkan PH bermodelkan BN dan mahu mengetuainya.

11. Kepada Nurul Nuha, saya mencadangkan supaya Anwar Ibrahim kembali bersama Najib Razak. Saya diberitahu, Anwar Ibrahim tidak mempercayai Tun Mahathir.

12. Saya tahu Anwar tidak akan berkompromi isu integriti, rasuah dan campurtangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan. Anwar juga tahu, Tun M hanya mahu menjatuhkan Najib bukan menjatuhkan UMNO dan BN. Dan Tun M hanya mahu menjatuhkan Najib bukan menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

13. Sudah pasti ada mekanisme dan indikator yang sesuai. Win-win.

Selamat Berhujung Minggu.
KLIA.

Azharri Siddiq

Sumber TKO - 29-10-2017

Permohonan Anwar hadir prosiding ditolak
Posted on Friday, October 27 @ 18:07:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36231



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara untuk hadir prosiding pendengaran permohonannya bagi kebenaran untuk merayu berhubung hak mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Mei 2015.

Panel 3 hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin semasa menolak permohonan Anwar itu, memutuskan tiada keterangan pada ketika ini menunjukkan kehadirannya diperlukan dalam permohonannya bagi kebenaran untuk merayu.

“Kami mendapati pemohon seorang banduan dan tertakluk kepada Seksyen 30 (1) Akta Penjara 1995,” katanya dan menurutnya tiada keperluan untuk mahkamah melaksanakan budi bicaranya untuk membenarkan Anwar hadir pada pendengaran itu.

Seksyen 30 (1) menetapkan apabila kehadiran seorang banduan diperlukan di mahkamah mengikut kuasa sivil atau jenayah, mahkamah mungkin mengeluarkan perintah dalam bentuk tulisan dialamatkan kepada pegawai bertugas, memerlukan kehadiran banduan di tempat dan masa ditetapkan dalam perintah.

Dua lagi hakim bersidang dalam panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Anwar, 69, sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh bagi kesalahan meliwat, memohon untuk menghadiri pendengaran permohonannya bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan yang ditetapkan pada 15 Disember.

Peguam mewakili Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram berhujah anak guamnya itu mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk hadir pada mana-mana prosiding litigasi di mana dirinya adalah pihak.

Beliau berkata Anwar mengekalkan hak sivil litigasinya walaupun beliau berada dalam penjara dan patut diberikan akses memberi arahan kepada peguam belanya semasa perkara itu didengar.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh berkata hak Anwar untuk hadir di mahkamah bergantung kepada budi bicara mahkamah untuk memutuskan sama ada kehadiran banduan diperlukan di mahkamah.

Beliau berkata dalam kes ini, permohonan Anwar bagi kebenaran untuk merayu akan didengar sepenuhnya berdasarkan dokumen yang tidak memerlukan kehadirannya.

Beliau berkata permohonan itu memerlukan perintah untuk hadir (OTP) dikeluarkan untuk membolehkan Anwar menghadiri pendengaran permohonan bagi kebenaran untuk merayu dan keputusan pendaftar mahkamah menolaknya adalah betul.

Pada 13 Jun tahun ini, Anwar kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi pengisytiharan bahawa beliau berhak mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei 2015.

Pada 15 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai bidang kuasa membawa Anwar ke pusat pengundian untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

Ia memutuskan seorang banduan yang telah berdaftar sebagai pemilih sebelum disabitkan mempunyai hak untuk mengundi tetapi SPR tidak mempunyai bidang kuasa membawanya ke pusat pengundian untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.


Mahkamah Tinggi memutuskan banduan terbabit perlu memohon kepada ketua pengarah Jabatan Penjara untuk mengambil langkah perlu bagi membenarkan seseorang banduan mengundi.

Sumber TKO - 27-10-2017

Anwar dilapor tak mampu gerakkan bahu
Posted on Tuesday, October 24 @ 15:07:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36132


Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak mampu menggerak bahunya dan mengalami kesakitan teruk ketika menulis.


Menurut laman Facebook Bebas Anwar yang dikongsi oleh laman Facebook rasminya, kehidupan seharian ketua umum PKR itu terjejas berikutan kecederaan bahunya yang semakin teruk selepas satu kemalangan pada 22 September lalu.

Menurut catatan bertarikh 20 Oktober itu, keluarga Anwar pada minggu lalu menerima suatu panggilan kecemasan dari Anwar.

“Pakar ortopedik sebelum ini pernah menyarankan pembedahan segera akibat kekoyakan bahagian bahu (rotator cuff), namun beliau berwas-was mengenai pembedahan yang sebegitu invasif.

“Kemusyikilan Anwar disebabkan oleh ketidaklengkapan kemudahan rawatan susulan di penjara, khususnya dalam tempoh pemuliharaan yang begitu genting sekali, ditambah lagi dengan suasana politik Malaysia yang begitu tegang.

“Namun, melihat pada keadaan kecederaannya kini, beliau telah memohon untuk memulakan pembedahan secepat mungkin,” petik kenyataan di Facebook itu.

Menurut catatan itu, ahli keluarga Anwar sedang dalam proses berunding dengan pihak berkuasa penjara dan kerajaan Malaysia agar pemimpin pembangkang itu diberi pembedahan serta rawatan susulan yang terbaik supaya proses pemuliharaannya tidak terjejas.

“Anwar adalah mangsa sebuah sistem politik yang tidak adil dan beliau telah dinafikan hak asasinya.
“Ahli keluarganya sedih melihatnya dikurung seorang, tanpa kasih sayang mahupun dorongan ahli keluarga tersayang,” katanya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan liwat sejak 10 Februari 2015 - suatu tuduhan yang didakwa pembangkang sebagai bermotif politik - dan dijangka dibebaskan pada pertengahan tahun depan.

Anwar, 70, kali terakhir ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 19 Septermber lalu akibat masalah tekanan darah kurang stabil.

Bagaimanapun selepas menjalani rawatan selama empat hari, konvoi kereta dan van yang membawa pegawai penjara serta Anwar terlibat dalam kemalangan, sewaktu dalam perjalanan ke Penjara Sungai Buloh.

Sumber TKO - 24-10-2017

Laporan Lahad Datu TV3 fitnah serius - Anwar
Posted on Tuesday, July 11 @ 15:26:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35670



Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap, laporan mengaitkan beliau dengan serangan pengganas di Lahad Datu oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai suatu tuduhan serius dan bersifat fitnah.

Kata bekas timbalan perdana menteri itu, laporan disiarkan oleh stesen teelvisyen berkenaan melalui slot berita perdana pada 5 Mac 2013 menjejaskan beliau serta Pakatan Rakyat.

Hal itu kerana, kata Anwar, 69, ia menyebabkan orang ramai keliru dan diracuni propaganda ketika negara semakin menghampiri tempoh pilihan raya.

"Laporan itu menunjukkan seolah-olah saya seorang pengkhianat negara dan bersedia membenarkan pencerobohan ke atas negara saya sendiri.

"Laporan itu mencemar imej dan kredibiliti saya sebagai seorang pemimpin pembangkang.
"Mereka (TV3) tidak memberi saya sebarang peluang untuk menjawab sebaliknya terus menyerang saya.

"TV3 telah melanggar etika media, kesopanan, kebudayaan dan Islam," katanya.

Anwar - yang kini menjalani hukuman penjara - memberi keterangan itu dalam samannya terhadap TV3.

Bekas anggota parlimen Permatang Pauh itu menyaman stesen televisyen berkenaan sebanyak RM100 juta ekoran laporan Buletin Utama yang memetik berita Utusan Malaysia mendakwa beliau menjadi antara dalang di sebalik serangan pengganas di Sabah lebih empat tahun lalu.


Akhbar harian berkenaan sudah memohon maaf dan menarik balik laporan itu selepas Anwar memfailkan saman terhadap mereka pada Oktober tahun lalu.

Sumber TKO - 11-7-2017

Anwar mahu Najib jelaskan jika Shafee terlibat
Posted on Tuesday, July 11 @ 08:08:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35656



Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan jika peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terbabit dalam penyambungan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Makinudin.

Sehubungan itu, belia berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu pada kadar segera mengesahkan sama ada perkara ini adalah benar atau tidak.

“Saya telah difahamkan bahawa peguam Tan Sri Shafee Abdullah terlibat di dalam menyediakan pandangan perundangan serta asas untuk memutuskan perkara berkenaan penyambungan perkhidmatan Md Raus dan Zulkefli.
“Sekiranya benar, maka perkara tersebut perlu dimaklum kepada umum secara telus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar berkata lanjutan perkhidmatan selama untuk tiga tahun dan dua tahun masing-masing untuk Md Raus dan Zulkefli mengundang reaksi cukup negatif oleh umum kerana melibatkan persoalan pelanggaran perlembagaan.

Malah katanya, beberapa bekas hakim mahkamah persekutuan dan Majlis Peguam telah menyatakan penafsiran mereka bahawa penyambungan itu adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara ini amat kritikal kerana melibatkan hak rakyat untuk menikmati institusi kehakiman yang bebas,” katanya.

Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Md Raus (foto, bawah, kiri) akan menyandang jawatan Ketua Hakim Negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang juga hakim tambahan, dibuat mengikut Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja yang bersidang pada 24 dan 25 Mei tahun ini, telah memperkenankan kedua-dua pelantikan itu.
Sabtu lalu, Badan Peguam Malaysia melabelkan pelantikan dua jawatan tertinggi kehakiman sebagai "terang-terangan menyalahi perlembagaan".

Bagaimanapun, Muhammad Shafee mempunyai pandangan berbeza dan berkata hampir semua orang menyangka Md Raus melantik dirinya sendiri dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menjadi hakim tambahan.

Namun katanya, bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria adalah orang yang melantik Md Raus sebelum beliau bersara pada 30 Mac 2017.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Muhammad Shafee untuk ulasannya.

Pada Mei lalu, Muhammad Shafee mencuri tumpuan selepas laman web Sarawak Report yang berpangkalan di London mendakwa bahawa Najib membayarnya sebanyak RM9.5 juta melalui dua tahap.

Muhammad Shafee dilantik pendakwa raya oleh bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail ketika kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Berikutan dakwaan Sarawak Report itu, Anwar memfailkan saman pada 9 Jun dengan menamakan kerajaan sebagai defendan untuk mengketepikan sabitannya berdasarkan pembayaran RM9.5 juta yang dilaporkan itu.


Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sumber TKO - 11-7-2017

Kawan lama’ harap Anwar kembali kepada Umno
Posted on Sunday, June 25 @ 20:26:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35552



PETALING JAYA: Bekas rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri S. Nallakaruppan menasihatkan Anwar menyertai semula Umno demi perpaduan Melayu, menyifatkan parti itu lebih baik daripada gabungan Pakatan Harapan yang disertai Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah memecatnya pada 1998.

“Ini nasihat untuk kawan lama saya. Saya lihat Melayu kini berpecah. Lupakan mengenai masa lalu. Melayu akan menerima manfaat daripada kerjasama ini,” kata Nallakaruppan kepada Utusan Malaysia.

“Melayu adalah majoriti dalam negara dan perlu bersatu. Jika mereka berminat mereka boleh beritahu dan saya sanggup membantu.”

Nallakaruppan, yang kini mengetuai Parti Bersatu India Malaysia, berkata Anwar perlu lebih bijak untuk mengetahui agenda Dr Mahathir yang menurutnya mahu menjadi perdana menteri sekali lagi.

Nallakaruppan yang pernah terlibat dalam syarikat judi Magnum, terkenal sebagai rakan tenis Anwar, dan ditangkap 4 minggu sebelum pemecatan Anwar pada September 2, 1998.

Beliau kemudian disabitkan kesalahan memiliki peluru hidup di bawah Akta Senjata Api 1971 dan menjalani hukuman penjara setahun.

Beliau muncul semula pada 2006 dengan menyertai PKR, tetapi keluar pada tahun berikutnya selepas kecewa tidak dilantik menjadi calon pilihan raya kecil Ijok.

Selepas beralih sokongan kepada kerajaan, Nallakaruppan dilantik menjadi senator pada 2011.
Nallakaruppan berkata beliau sanggup memainkan peranan orang tengah untuk menyatukan Anwar semula ke dalam Umno.

Katanya ia bukan sesuatu yang mustahil memandangkan Anwar pernah memimpin Umno.

“Bila Anwar kembali, beliau boleh melakukan sesuatu yang baik kepada rakyat dan Umno. Saya tidak mahu mereka (Melayu) berpecah.”


Sumber TKO - 26-6-2017

Anwar dihadapkan ke pasukan khas siasat skandal Forex
Posted on Friday, April 21 @ 06:45:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34631



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa menghadap pasukan petugas khas Putrajaya bagi menyiasat kerugian pertukaran asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an hari ini.

Menurut anak sulungnya Nurul Izzah Anwar, keluarganya telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pegawai-pegawai penjara.

Berikutan itu, keluarganya telah bergegas ke Putrajaya tetapi tidak berjaya mendapatkan maklumat lanjut.

"Kami tidak dibenarkan untuk berjumpa beliau dan juga peguam R Sivarasa tidak dibenarkan untuk mewakili bapa saya semasa perbicaraan itu," kata Nurul kepada Malaysiakini.

Anwar menjadi menteri kewangan antara tahun 1991 dan 1998.

Beliau juga merupakan timbalan perdana menteri antara 1993 dan 1998 sebelum dipecat akibat tuduhan salahgunakuasa dan salahlaku seks.

Nurul mengulangi pendirian bapanyanya bahawa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan untuk menyiasat skandal berkenaan.

"Dan sesungguhnya tidak hanya memberi tumpuan kepada skandal sebelumnya, tetapi skandal berterusan (1MDB) yang mana Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) mendapati kos kerugian sekurang-kurangnya RM39 bilion.

"RCI akan boleh diakses oleh orang ramai dan akan menjadi lebih telus dan terbuka. Kita pasti boleh belajar sebagai sebuah negara untuk memastikan skandal ​​itu tidak berulang pada masa akan datang," katanya.

Naib Presiden PKR itu menegaskan bahawa adalah penting untuk memahami kuasa pasukan petugas terbabit dan hasil daripada siasatan yang dijalankan.

Pasukan petugas berkenaan diketuai bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Sidek Hassan dan terdiri daripada wakil-wakil daripada pelbagai agensi kerajaan, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Suruhanjaya Sekuriti.

Pasukan itu ditubuhkan untuk menyiasat kerugian daripada spekulasi mata wang oleh Bank Negara sekitar 1990-an.

Selain itu, ia juga akan menjalankan siasatan jsekiranya terdapat cubaan untuk menutup kerugian dan mengelirukan parlimen dengan mencadangkan tindakan selanjutnya diambil, jika perlu.

Sidek mengesahkan bahawa pasukan petugas itu akan menentukan sama ada Bank Negara telah mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan transaksi.

Ia juga akan meneliti organisasi serta individu yang dikaitkan dengan pengurusan transaksi itu dan sekiranya terdapat aktiviti yang tidak diingini berlaku.

Skandal forex Bank Negara berlaku ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri apabila bank pusat itu didakwa mengalami kerugian besar akibat spekulasi mata wang asing.


Pengkritik menyifatkan penubuhan pasukan petugas itu sebagai langkah politik di pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi memberi tekanan kepada Mahathir, yang telah mendesak pengunduran beliau.

Sumber TKO - 21-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keadaan kesihatan Anwar dalam pemantauan
Posted on Saturday, April 15 @ 23:28:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34547



SEREMBAN – Keadaan kesihatan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam pemantauan berikutan tekanan darahnya dilaporkan tidak stabil.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tekanan darah Anwar kini dalam pemantauan pihak hospital kerana sering berlaku keadaan turun naik yang tidak menentu sehingga memerlukan pemerhatian berterusan.


"Tekanan darahnya kadang kala naik sangat tinggi, selepas di beri ubat barulah turun kemudian naik semula (tekanan darah).

"Tekanan darahnya (Anwar) mesti dikawal dan kini dalam pemantauan di hospital, dia perlu di monitor secara berterusan sehingga keadaannya kembali pulih.

"Walau bagaimana pun tiada perkara yang membimbangkan berlaku, semuanya terkawal,"katanya ketika ditemui pada Konvensyen PKR Negeri Sembilan yang diadakan di Restoran S2 City Park, di sini hari ini.

Wan Azizah sebelum itu merasmikan Konvensyen PKR Negeri Sembilan yang dihadiri lebih kurang 300 orang perwakilan dari semua peringkat termasuk cabang dan ranting negeri ini.

Pada konvensyen ini, beliau mengingatkan kepada akar umbi agar terus bersemangat dan sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi PRU ke14 ini.

Katanya, tahun 2017 merupakan tahun yang paling mencabar dan penuh bebanan apabila banyak kenaikan harga telah berlaku sehingga menyebabkan rakyat terbeban.
-Sinar Harian

Sumber TKO - 15--2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rafizi Kawan Anwar Yang Jumpa Saiful?
Posted on Friday, January 27 @ 22:56:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33356



Saiful Bukhari Azlan mendakwa didatangi seorang kenalan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuannya bagi pihak keluarga bekas ketua pembangkang itu.

Saiful mendakwa, keluarga Anwar minta beliau memohon pengampunan diraja bagi Anwar tanpa menukar pengakuan beliau diliwat oleh bekas majikannya itu.

Saiful, 31 dalam tulisan di Facebooknya mendakwa individu itu turut memohon supaya beliau memaafkan Anwar yang kini mungkin sudah insaf atas perbuatannya.

Katanya lagi, Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan kepada Anwar berdasarkan peruntukan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Dan jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan meritnya ada, kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi.

“Kata beliau (teman Anwar), dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan,” kata Saiful.

Dalam tulisan itu, Saiful turut berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan.

“Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti,” kata Saiful.

Saiful dalam facebooknya berkata "maaf xdpt sebut nama di sini".

Sebelum ini Nurul Nuha menafikan dan kemudian diikuti dengan Nurul Izzah. Tapi kedua-dua bukan kenalan Anwar.

Saya dimaklumkan daripada kenalan rapat PKR bahawa individu yang dimaksudkan ialah Rafizi Ramli kerana dialah pakar langkah Kajang yang menjadi 'mastermind' untuk menjadikan Anwar MB Besar Selangor untuk mengambil 'kekebalan' hukuman yang bakal dikenakan kepada Anwar selain menguasai 'harta' di Selangor yang dipegang kemas oleh TS Khalid Ibrahim.

Walau bagaimanapun sumber PKR ini tidak dapat memberikan bukti kukuh untuk menyokong pertemuan tersebut.

Haji Hassan Omar @ Lebai Hassan
http://hajihassanomar.blogspot.com

SumberTKO - 27-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kenalan keluarga Anwar minta tolong - Saiful
Posted on Thursday, January 26 @ 21:12:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33337



Saiful Bukhari Azlan mendakwa didatangi seorang kenalan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuannya bagi pihak keluarga bekas ketua pembangkang itu.

Saiful mendakwa, keluarga Anwar minta beliau memohon pengampunan diraja bagi Anwar tanpa menukar pengakuan beliau diliwat oleh bekas majikannya itu.

Bagaimanapun anak kedua Anwar, Nurul Nuha menafikan perkara itu.

“Oh satu lagi fitnah, keluarga kami tidak pernah hubungi Saiful,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Saiful, 31 dalam tulisan di Facebooknya mendakwa individu itu turut memohon supaya beliau memaafkan Anwar yang kini mungkin sudah insaf atas perbuatannya.

Katanya lagi, Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan kepada Anwar berdasarkan peruntukan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Dan jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan meritnya ada, kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi.

“Kata beliau (teman Anwar), dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan,” kata Saiful.

Dalam tulisan itu, Saiful turut berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan.

“Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti,” kata Saiful.

Anwar, 68, menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara padanya.

Beliau bagaimanapun secara konsisten menafikan dakwaan itu dan mendakwa menjadi mangsa konspirasi politik.

Sumber TKO - 26-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Peluang Anwar Untuk Bebas Ditentukan 5 Hakim Esok
Posted on Tuesday, December 13 @ 14:58:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32819



KUALA LUMPUR:
Peluang untuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas dari penjara Kajang akan diketahui esok bila Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan mengenai permohonan semakan yang dibuat oleh bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu berhubung sabitan Liwat II.

Ia merupakan peluang terakhir Anwar menggunakan saluran undang-undang untuk mencabar keputusan sebelum ini yang dibuat Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan lapan tahun lepas.


Keputusan Mahkamah Persekutuan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dengan mengetepikan pembebasannya.

Keputusan semakan kehakiman itu akan disampaikan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Selain Zulkefli, empat hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Hakim Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Tan Sri Hasan Lah, Hakim Tan Sri Abu Samah Nordin dan Hakim Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Manakala Anwar pula diwakili bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram,yang mendakwa terdapat konspirasi politik terhadap anak guamnya.

Bagi menunjukkan solidariti terhadap Anwar, PKR dijadualkan mengadakan himpunan di luar Istana Kehakiman esok.

- Awani

Sumber  TKO - 13-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Ini Anwar Ibrahim Terkena Bahana Kelemahan Mahkamah Syariah Malaysia
Posted on Monday, December 05 @ 19:32:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32723



Mahkamah Syariah Perlu diPerkasakan demi untuk kebaikan umat Islam bersama.


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal untuk memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Syariah.

Ini berikutan panel 3 hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh menolak rayuan dan semakan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 April 2010, yang menolak permohonannya bagi memulakan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari.

Mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa 4 saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Hakim Md Yusup dalam keputusan sebulat suara bersama Hakim-hakim Datuk Yusof Musa dan Mohd Amran Mat Zain berkata mahkamah itu terikat dengan undang-undang negara ini mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 bahawa liwat tidak tergolong dalam pertuduhan qazaf.

“Qazaf hanya untuk kes pertuduhan zina sahaja dan kami terikat dengan Seksyen 41 itu. Oleh itu kami tidak mempunyai pilihan lain, perlu mengikut undang-undang di negara ini bagi pertuduhan qazaf,” katanya.

Beliau juga berkata mahkamah juga tidak boleh campur tangan terhadap kuasa ketua pendakwa Syarie berhubung sesuatu pendakwaan kerana itu kuasa eksklusifnya yang tidak boleh dipaksa untuk memulakan pendakwaan.


Katanya oleh yang demikian, mahkamah itu tidak mempunyai alasan untuk campur tangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut seterusnya mengekalkan keputusan itu.

Beliau berkata Anwar selaku perayu juga gagal mengemukakan hujahan bertulis untuk menyokong rayuannya sebaliknya hanya membangkitkannya dalam hujahan lisan.

“Rayuan perayu (Anwar) ditolak dengan kos RM5,000,” kata Md Yusup.

Pada 7 Januari 2010, Anwar menfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari atas tuduhan qazaf.

Beliau menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai responden.
Jamil Khir hadir pada prosiding hari ini. Anwar juga hadir di mahkamah.

Peguam Dr Rafie Mohd Shafie yang mewakili Anwar ketika ditemui berkata pihaknya akan memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Syariah itu kepada Yang di-Pertuan Agong secepat mungkin.

Anwar, 69, kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan selepas dia didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari.

Sumber TKO - 5-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar Kalah Saman Tawaran Beliau Kepada Anifah Sebagai Timbalan Perdana Menteri
Posted on Monday, October 24 @ 20:10:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32111



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuntutan samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, sebaliknya mengarahkan bekas ketua pembangkang itu membayar kos RM100,000.

Panel hakim diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid berkata kes Anwar tidak mempunyai merit.

Panel turut disertai Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Sebelum ini, saman Anwar menuntut RM100 juta daripada Anifah ditolak Mahkamah Tinggi pada tahun lalu, dengan menganugerahkan kos RM20,000 kepada ahli politik Sabah itu.

Ia memutuskan mahkamah tempatan tidak ada kuasa membicarakan perkara yang berlaku di luar Malaysia.

Saman fitnah Anwar berkisar sidang media Anifah di Washington pada 2009.

Anwar menuduh menteri berkenaan cuba menggambarkan beliau seorang yang tidak layak memegang apa-apa jawatan dan ancaman kepada masyarakat Malaysia.

Dalam sidang media itu, Anifah dilaporkan mendakwa pernah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya mendapatkan sokongan wakil rakyat Sabah bagi menjatuhkan kerajaan BN.

Pada 2008, Anwar mengumumkan berjaya meyakinkan majoriti ahli Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak supaya tidak menyokong kerajaan pimpinan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Usaha itu bagaimanapun gagal.

Anwar diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli dan J. Leela, manakala Tan Sri Shafee Abdullah mewakili Anifah.

Razlan berkata Mahkamah Tinggi silap keputusan memihak Anifah dengan berdasarkan kenyataan penafian pada sidang media itu.

Anifah dilaporkan berkata sidang media itu yang ucapannya adalah hanya untuk pengetahuan mereka yang hadir.


Menurut Razlan, sebagai seorang menteri, Anifah tidak patut membuat ucapan sedemikian sekiranya sedar ia akan diterbitkan.

Sumber TKO - 24-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saman Anwar untuk cabar Akta MKN ditolak
Posted on Saturday, October 15 @ 08:37:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32034&mode=thread&order=0&thold=0


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman difailkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh, mewakili kerajaan Malaysia dan MKN selaku responden.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam N. Surendran dan Latheefa Koya yang bertindak bagi pihak Anwar.

Amarjeet ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menolak saman itu atas alasan tiada bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan kerana ia membabitkan kompetensi legislatif oleh Parlimen untuk menggubal undang-undang.

Surendran pula berkata mahkamah juga bersetuju dengan hujahan Amarjeet bahawa Anwar sepatutnya mengemukakan saman dengan mendapatkan kebenaran di Mahkamah Persekutuan mengikut Artikel 4 (3) Perlembagaan Persekutuan. 

Katanya Artikel 4 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah untuk mencabar kuasa legislatif Parlimen dalam meluluskan undang-undang.

Bagaimanapun, Surendran berkata beliau pula berhujah bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman itu mengikut Artikel 4 (1) Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Akta MKN yang dikatakan tidak konsisten dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Mahkamah memerintahkan kos sebanyak RM3,000 dibayar kepada responden," katanya yang turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan hari ini.

Pada 2 Ogos lalu, Anwar memfailkan saman itu selepas mendakwa pelaksanaan Akta MKN 2016, yang berkuat kuasa pada 1 Ogos, adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Dalam saman itu, Anwar turut memohon deklarasi Seksyen 12 Akta Perlembagaan, Perkara 66 (4) dan Perkara 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berperlembagaan, batal dan tidak sah selain turut memohon injunksi bagi menghalang MKN daripada mengambil sebarang tindakan mengikut akta itu. - Bernama 

Sumber TKO - 15-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semakan liwat II: Mahkamah tangguh penghakiman
Posted on Thursday, October 13 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32002



Presiden PKR, Wan Azizah berucap kepada orang ramai sebelum meminta mereka bersurai.

Beliau berkongsi bahawa Anwar sebelum ini berkata, apa yang paling penting adalah bagi rakyat untuk menukar kerajaan sedia ada dan sistem yang menindas.

"Tidak penting sama ada Anwar bertanding dalam PRU14 atau tidak. Tidak penting jika Anwar menjadi Perdana Menteri atau tidak.

"Tidak penting sama ada beliau akan mendapat apa-apa ganjaran. Anwar berkata, apa yang paling penting adalah negara ini," kata Wan Azizah.

3.30pm: Di luar Mahkamah Persekutuan, bilangan penyokong mula berkurangan kepada kira-kira 100 orang.

Mereka menunggu Wan Azizah untuk keluar dan berucap.

Anggota Parlimen Subang, Sivarasa mengingatkan orang ramai untuk teruskan perjuangan menentang ketidak adilan sambil menekankan hanya kuasa rakyat yang boleh akhirnya membebaskan Anwar.

2.30pm: Hakim Zulkefli tidak membuat sebarang penghakiman. Mahkamah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

2.25pm: Sri Ram menjawab bahawa jika Mahkamah Persekutuan melanggar peraturan keadilan asasi, semakan harus dibenarkan.

Beliau berkata kata kunci harus berpaksikan "ketidakadilan atau mengelakkan ketidakadilan".
"Ini untuk membetulkan apa jua ketidakadilan jika terdapat prosedur yang tidak adil. Ini sememangnya selaras dengan keadilan prosedur.

"Adakah ia demi kepentingan keadilan untuk membenarkan pihak yang disabitkan dipertahankan?" kata Sri Ram ketika membuat kesimpulan.

2.20 pm: Timbalan Pendakwa Raya berkata mahkamah tidak sepatutnya mengambil pendekatan liberal ke atas Peraturan 137, seperti di India.

Ahmad Kamal berkata, pihak berkuasa kes yang disebut pemohon ialah bagi perkara-perkara mengenai rayuan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan semakan.

"Keputusan untuk meminta semakan adalah tidak sesuai," tambah beliau.

2.05pm: Selepas membaca afidavit Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, DPP menafikan bahawa terdapat plot untuk menentang Anwar.

Beliau menegaskan bahawa PMO telah menyediakan dua kenyataan berkenaan.

Dalam mempertahankan pelakuan Shafee mengadakan pameran bergerak, Ahmad Kamal berkata, pihak pembelaan telah gagal untuk menunjukkan bagaimana kelakuan itu mempengaruhi penghakiman mahkamah.

Beliau berkata, keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi harus diterima.

Apa pendakwa yang dilantik lakukan semasa pameran bergerak adalah berdasarkan bukti didedahkan di mahkamah, Ahmad Kamal menambah.

1.55pm: Mahkamah bersidang semula.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Kamal memberi tumpuan kepada kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri. Beliau berkata, PMO atau pembantu Najib membuat afidavit untuk menjelaskan keadaan.

"Ia tidak menunjukkan mereka (PMO) mempunyai kepentingan dalam kes ini," katanya.

12.55pm: Sri Ram kemudian merujuk kepada afidavit setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.

"Pembantu itu berkata dia menyediakan dua kenyataan, satu mengenai sabitan bersalah dan satu lagi mengenai pembebasan.

"Tetapi di mana kenyataan yang lain. Afidavit ini (oleh setiausaha akhbar perdana menteri) adalah kenyataan partisan," katanya.

Sri Ram berhujah bahawa ia bukan amalan untuk Pejabat Perdana Menteri mengulas mengenai kes jenayah.

"Ia menunjukkan PMO mempunyai kepentingan peribadi dalam kes ini.

"Ia menguatkan konspirasi politik," katanya.

Mahkamah berhenti rehat selama setengah jam.

12.50pm: Memasuki hujah terakhir dalam isu konspirasi politik, Sri Ram berkata, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri ke atas sabitan Anwar.

Beliau mahu mahkamah mengambil perhatian bahawa Saiful pernah bertemu timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak (kini perdana menteri).

Sri Ram kemudian membaca kenyataan penuh berkenaan dan berkata ia telah dikeluarkan sebelum hukuman terhadap Anwar dijatuhkan.

"Ia telah dikeluarkan 15 minit selepas penghakiman. Mengapa mengeluarkan kenyataan itu apabila tidak ada kenyataan seperti itu dalam kes liwat 1. Pengadu mempunyai keakraban dengan PM," katanya.

12.45pm:  Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin memberitahu orang ramai bahawa Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyampaikan salam dan maaf kerana tidak hadir di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Zuraida berkata Azmin mengiringi ibunya yang sedang menjalani pembedahan otak.

Di luar, sukarelawan PKR mengedarkan makan tengah hari yang dibungkus percuma kepada orang ramai.

12.35pm: Sri Ram menunjukkan kepada hujah konspirasi politik dan sama ada mahkamah menyedari keakraban Shafee dengan parti (Umno).

"Dia menyembunyikan maklumat itu dan bahawa dia bukannya seorang pendakwa raya yang bebas dengan sendirinya. Beliau membincangkan bukti yang diadakan secara tertutup."

Ini bukan acara oleh Majlis Peguam tetapi sebuah parti politik, beliau berhujah.

"Tingkah lakunya dengan ahli-ahli parti politik. Beliau adalah boneka dan tuan boneka berada di tempat lain. Siri jelajah itu menunjukkannya. Ia adalah bukti sokongan," kata Sri Ram.

12:30pm: Sri Ram mengkritik Shafee kerana mengadakan siri jelajah  selepas memenangi kes itu.
Beliau berkata, DPP di Jabatan Peguam Negara adalah profesional kerana mereka tidak mengadakan siri jelajah.

Hakim Zulkefli meminta Sri Ram perkaitan hujah itu.

Sri Ram menjelaskan bahawa Saiful bertemu dengan seorang pemimpin Umno dan Shafee juga berada di rumah yang sama.

"Roadshow itu dianjurkan oleh Khairy Jamaluddin, ketua Pemuda Umno," tambah beliau.

12.20pm:  Sri Ram sekarang memberi tumpuan kepada sampel yang diambil dari Saiful selepas 56 jam kejadian didakwa berlaku.

Katanya, sampel telah degradasi (direndahkan), tetapi pihak pendakwaan berhujah tidak ada degradasi.

"Kes kami adalah ia degradasi dan kami berhujah dalam segala kemungkinan bahawa ini bukan sampel yang diuji oleh PW5 (ahli kimia Dr Seah Lay Hoong)"

Beliau menambah bahawa kedua-dua saksi pakar daripada pihak pendakwaan dan pembelaan dipanggil memberi keterangan menyatakan terdapat degradasi tetapi mahkamah meletakkan beban kepada Anwar untuk membuktikan terdapat degradasi.

Sri Ram memuji ketua pendakwaan di peringkat Mahkamah Tinggi kerana menjalankan kes itu secara profesional tetapi ia menjadi berbeza apabila Shafee mengambil alih.

12.10pm: Naib Presiden PKR  yang juga anak perempuan Anwar, Nurul Izzah, mencuri masa untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai berhubung prosiding di dalam mahkamah.

Beliau berkata Anwar semasa rehat 15 minit tadi turut mengambil peluang untuk bertemu cucunya.

Katanya, beliau memberi keutamaan untuk menyantuni penyokong setia Anwar sejak 18 tahun lalu dan berkata tanpa sokongan rakyat, adalah mustahil Anwar akan dibebaskan.

Tambahnya, perhimpunan hari ini juga membawa harapan kepada Anwar yang telah dipenjarakan selama 609 hari dan menghabiskan lebih daripada 10 tahun hidupnya di penjara

Nurul Izzah juga mengumumkan pelancaran petisyen dalam talian di freeAnwarnow.com.

Beliau berkata rakyat harus berbangga kerana Anwar dipenjarakan untuk mempertahankan prinsip-prinsip moral.

Orang ramai masih bersemangat walaupun hujan renyai.

12.05pm: Sri Ram berkata keputusan Mahkamah Persekutuan berlainan daripada undang-undang yang menetapkan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Tidak ada permaidani di 11-5-1, maka kesalahan itu tidak pernah berlaku," katanya.

Peguam kanan itu mempersoalkan sama ada kesalahan yang dikatakan itu benar-benar berlaku.

11.45am: Sri Ram menunjukkan kesilapan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan yang berkata Saiful membawa jeli KY kerana pengalaman yang menyakitkan pada masa lalu.

Beliau berkata ia tidak ada dalam keterangan Saiful bahawa Anwar didakwa mengarahkan Saiful membawa jeli KY.

Sri Ram berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan menerima kenyataan pendakwa raya ketika itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah apabila tiada cadangan ia ditulis dalam penghakiman hakim Arifin.

Beliau kemudian berhujah terhadap integriti tempat kejadian yang sangat penting.

"Tempat itu tidak mempunyai permaidani kerana permaidani adalah di bilik (unit) bersebelahan. Insiden liwat di 11-5-1 tetapi permaidani itu ditemui di 11-5-2."

Sri Ram berhujah bahawa tiada bukti positif yang terdapat pada permaidani atau tuala.

"Integriti tempat kejadian adalah bukti yang paling mendesak jika dia menyifatkan ia berlaku di atas permaidani," tambah beliau.

11.40am: Mahkamah meneruskan prosiding.

Hakim Zulkefli bertanya sama ada peguam menyampaikan hujah-hujah mereka di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Sri Ram menjawab bahawa peringkat Mahkamah Rayuan adalah rayuan oleh pihak pendakwaan.
"Perkara ini tidak dibuat oleh pihak pendakwaan. Saya menyampaikannya di Mahkamah Persekutuan," katanya.

Ia adalah satu pelanggaran serius terhadap peraturan keadilan asasi, tambah beliau.

11.05am: Mahkamah berhenti rehat selama 15 minit.

10:55am: Sri Ram berkata jika kejadian-kejadian liwat yang sebelumnya diterima, mesti ada bukti yang meyakinkan bahawa episod lain berlaku.

"Menggunakan peristiwa-peristiwa sebelumnya harus dikecualikan kerana ia adalah satu pelanggaran peraturan asas keadilan asasi.

"Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menggunakannya untuk mendapati Saiful boleh dipercayai," katanya.

Ia adalah prosedur tidak adil bagi mahkamah untuk mempertimbangkan ini, peguam kanan itu menambah.

10.40am:  Sri Ram berhujah bahawa mahkamah ini perlu memastikan tidak ada kezaliman yang dilakukan kepada tertuduh dan tidak ada pelanggaran dalam keadilan asasi.

Jika pemohon berjaya menunjukkan salah laksana keadilan, Peraturan 137 akan membolehkan semakan semula kes itu, hujahnya.
Sri Ram menyatakan bahawa di Mahkamah Tinggi telah dikemukakan keterangan laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di mana beliau mendakwa perbuatan-perbuatan liwat berlaku sebelumya tanpa persetujuannya pada masa lalu.

Beliau menambah bahawa Saiful berkata kali terakhir ia berlaku ialah pada 26 Jun 2008.
"(Mendiang) Karpal membuat suatu bantahan bahawa terdapat hanya satu pertuduhan.

"Anak guam saya berharap bahawa dakwaan liwat sebelumnya tidak dipertimbangkan tetapi penghakiman Mahkamah Tinggi menerima bukti rujukan lain insiden berikutan kesaksian oleh doktor Hospital Kuala Lumpur. Walaupun begitu, pelanggan saya telah dibebaskan,"katanya.

Bagaimanapun, Sri Ram menunjukkan penghakiman Hakim Arifin yang menyatakan pertemuan-pertemuan sebelumnya (perbuatan liwat).

"Pertemuan sebelumnya telah digunakan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk mengatakan bahawa Saiful adalah boleh dipercayai. Dalam mana-mana kes jenayah, fakta keterangan tidak boleh diterima kecuali Seksyen 14 dan 15 Akta Keterangan akan dipertimbangkan,"katanya.

10.30am:  Sekumpulan kira-kira 50 orang berkumpul di kompleks Mahkamah Persekutuan untuk memberikan sokongan kepada Saiful Bukhari Azlan.

Salleh Ismail, yang mendakwa mewakili NGO 'Keadilan untuk Saiful' mengetuai kumpulan itu melaungkan "Hancur PKR" dan "Mati PKR".
Beliau mengatakan penyokong Anwar hanya memainkan isu bahawa dakwaan liwat itu dipolitikkan.

Beliau juga mendakwa peguam gagal untuk menjelaskan bagaimana sperma Anwar ditemui pada Saiful.

10.25am:  Sri Ram sekali lagi menyatakan Peraturan 137, memetik kes Asean Paper Mills Sdn Bhd di mana mahkamah menggunakan bidang kuasa yang ada padanya bagi melaksanakan keadilan dan mencegah kezaliman.

Beliau mengimbas penghakiman sebelum ini oleh Hakim Zulkelfi bahawa Peraturan 137 harus digunakan dengan berhati-hati.

Hakim Zulkefli bertanya sama ada perlu ada perbezaan di antara kes-kes sivil dan jenayah yang dikemukakan Sri Ram dengan mengatakan bahawa kes jenayah melibatkan kehidupan dan kebebasan seseorang, dan sama ada sabitan itu selamat.

10.15am: Selepas perbincangan 30 minit dengan hakim-hakim yang lain, Hakim Zulkefli berkata mahkamah mendapati tiada merit dalam mencabar diri mereka.

"Kami tidak fikir dua perenggan mencerminkan bahawa kami berat sebelah terhadap tertuduh dalam kes itu.
"Dua perenggan yang disebut adalah berdasarkan permohonan dibuat. Kami telah memberi satu aku janji memberi pemohon satu perbicaraan adil," katanya.
Sri Ram akur tetapi membaca Peraturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Beliau mengingatkan hakim dalam mencegah satu ketidakadilan yang sedang dilaksanakan oleh mahkamah itu.

Beliau berkata pihak pendakwa adalah produk benefisiari daripada rancangan diatur melibatkan anggota-anggota kerajaan di peringkat tertinggi.

9.32am:  Peguam Anwar, Gopal Sri Ram merujuk keputusan mahkamah di mana panel Mahkamah tertinggi sebelum ini menolak untuk memanggil bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusof sebagai saksi pembelaan.

Beliau berkata panel lima anggota yang sama ini tidak boleh mendengar semakan hari ini kerana mereka sudah meneliti rekod perbicaraan.

"Kami akan pertikai prinsip keadilan semula jadi dan mendapatkan panel hakim yang berbeza,"katanya.

Anwar sebelum ini membuat permohonan seramai 13 hakim tidak harus mengambil bahagian dalam prosiding hari ini termasuk hakim-hakim sedia ada.

Hakim Zulkefli berkata panel hakim itu tidak menyentuh merit kes berkenaan tetapi penghakiman dibuat dalam konteks Ramli sepatutnya dipanggil sebagai saksi sebelum ini.

Sri Ram berkata mahkamah persekutuan dalam penghakimannya mengatakan ia telah meneliti rekod mahkamah rayuan dan membuat kesimpulan ia perbicaraan yang adil dan peguam Anwar bimbang tertuduh tidak akan diberi semakan yang adil.

Secara ringkasnya, Sri Ram berkata panel ini sebelum ini telah memutuskan berdasarkan kepada merit kes itu dengan menolak permohonan pihak pembelaan untuk memanggil Ramli kerana mahkamah tertinggi memutuskan mereka telah meneliti rekod prosiding perbicaraan, dan membuat kesimpulan bahawa ia adalah adil.

Oleh itu, Sri Ram berkata panel hakim telah pergi kepada merit kes itu dan terdapat kebimbangan bahawa Anwar tidak akan diberikan semakan perbicaraan yang adil.

Peguam kanan itu bagaimanapun berkata, tidak mengapa jika panel hakim memberikan aku janji bahawa anak guamnya diberikan perbicaraan yang adil dalam semakan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Kamal berkata tiada merit dalam kes ini yang perlu dipertimbangkan dalam keputusan oleh panel hakim yang lepas.

"Tidak ada kenyataan berat sebelah dan panel ini perlu mendengar semakan semula," katanya.
Hakim Zulkefli membuat penangguhan singkat untuk berunding dengan hakim-hakim lain.

9.30am:  Prosiding mahkamah bermula dengan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetuai panel lima anggota.
Sri Ram memperkenalkan pihaknya.

9.24am: Apabila Anwar melangkah masuk ke kandang tertuduh, beliau berjenaka "dinaik taraf kelas pertama", merujuk kepada kerusi baru di situ.

Beliau bertanya mengenai Paul Ryan, ahli politik Republikan yang baru-baru ini telah menarik balik sokongannya kepada calon presiden Amerika Donald Trump.

Antara ahli-ahli politik di mahkamah adalah pemimpin PKR Datuk Fauzi Abdul Rahman, Saifuddin Nasution, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Laksamana Pertama (B) Mohd Imran Abdul Hamid.

9:20am: Di luar mahkamah, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata keputusan yang memihak kepada Anwar akan menjadi dorongan kepada "satu lagi gelombang kebangkitan rakyat".

Beliau memberitahu Malaysiakini ini ditambah lagi dengan perdamaian di antara Anwar dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin lain dilihat dengan beliau termasuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Kapar G Manivanan.

9.00am: Anwar Ibrahim berjalan ke mahkamah diiringi oleh pengawal Jabatan Penjara. Beliau dilihat berunding dengan peguam bela utama Gopal Sri Ram di meja depan di sebelah kiri mahkamah, kawasan yang diperuntukkan untuk peguam.

Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan masuk. Anwar mencium dahi isterinya dan juga anak sulung Nurul Izzah. Beliau berjabat tangan dengan peguam beliau dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley dan seorang wakil dari Kesatuan Antara Parlimen dan Lawasia, Mark Trowell.

Wan Azizah berkata kepada pemberita, yang duduk di belakang meja polis dalam mahkamah bahawa "ini adalah satu-satunya kes mendapat banyak perhatian di Malaysia".

8.35am:  Panel yang akan mendengar semakan terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Tiga hakim lain adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Ketua Bahagian Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Ahmad Kamal Md Shahid bersama-sama dengan Awang Armadaya Awang Mahmud (timbalan ketua bahagian rayuan), Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Wan Shaharuddin Wan Laden.

Mereka dalam pasukan pembelaan Anwar adalah Sangeet Kaur, N Surendran, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya, Melissa Sasidaran dan Shahid Adli Kamaruddin. Pasukan itu akan diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

8.30am:  Di luar kompleks mahkamah, pemimpin PKR bergilir-gilir memimpin beratus-ratus penyokong Anwar. Antara lain, mereka termasuk naib presiden Tian Chua, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Ketua Pemuda, Dr Afif Bahardin.

Afif memberitahu orang ramai untuk tidak membuat sebarang provokasi. Zuraida berkata PKR Selangor juga telah menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari untuk penyokong.

7.46am: Sebuah bas yang dipenuhi penyokong Anwar tiba dan mereka berkumpul di hadapan Istana Kehakiman membawa bendera PKR dan Selangor.
Polis menahan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said daripada memasuki bangunan mahkamah.

7.34am: Semua mata kini tertumpu terhadap keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini berhubung permohonan semakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan sabitan dan hukuman kes liwat 2.

Ia adalah satu tahun lapan bulan sejak Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 68.
Jarang sekali berlaku apabila Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada Hakim Arifin, yang menulis keputusan sebulat suara, telah terkhilaf dalam membuat keputusan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman itu.

Jika panel baru hari ini memutuskan bahawa panel hakim terdahulu tersasar, ia boleh memerintahkan Anwar dibebaskan dan dengan itu membenarkan Ketua Umum PKR itu bertanding pada pilihan raya umum ke-14, yang dijangka diadakan pada tahun depan.

Atau ia juga boleh mengekalkan hukuman penjara lima tahun sedia ada kerana pihak pendakwaan tidak memfailkan semakan semula hukuman itu.

Anwar menegaskan bahawa pertuduhan liwat adalah satu konspirasi politik terhadapnya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan beliau pada 9 Januari 2012.

Bagaimanapun, tiga hakim Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan mensabitkan beliau bersalah pada 7 Mac 2013, sebelum Anwar bertanding kerusi DUN Kajang untuk membolehkannya menjadi menteri besar Selangor.

Mahkamah Rayuan memutuskan dengan serta merta selepas hujahan daripada peguam pada malam penamaan calon Anwar di kerusi berkenaan.

Anwar berkata penghakiman tergesa-gesa oleh Mahkamah Rayuan adalah untuk menghalangnya daripada bertanding pilihan raya kecil itu.

Keputusan kontroversi Mahkamah Rayuan dikekalkan oleh Hakim Arifin pada 10 Februari 2015.

Malam tadi, keluarga Anwar mengadakan solat hajat di rumah keluarganya di Bukit Segambut. Turut hadir isteri beliau yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Kawalan keselamatan di mahkamah diperketat dengan bilangan kerusi terhad di mahkamah disediakan, manakala di luar, penyokong Anwar dijangka berkumpul untuk memberi sokongan kepada bekas ketua pembangkang itu. Malaysiakini membawa prosiding hari ini secara langsung.

Sumber TKO - 13-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keluarga, penyokong Anwar solat hajat sebelum semakan mahkamah
Posted on Wednesday, October 12 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31994



Keluarga bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin sebelum semakan mahkamah yang dijadualkan esok berhubung pemenjaraannya kerana kes liwat.

Majlis bertempat di kediaman Anwar di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur itu dihadiri seramai 150 orang bermula pada jam 6.30 petang dan berakhir pada 11 malam tadi.

Dalam ucapan anak sulung Anwar, Nurul Izzah berkata usaha untuk membebaskan Anwar tidak akan terhenti selepas menyemak semakan mahkamah esok.

Katanya, pelbagai cara akan digunakan bagi mencapai matlamat utama yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Selain itu katanya, pihaknya akan memperluaskan lagi petisyen antarabangsa atas talian dan menggesa seluruh negara untuk menandatanganinya sebelum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Esok kita akan lancarkan petisyen antarabangsa, kerana tokoh seperti Anwar bukan sahaja rakyat Malaysia yang desak, tapi seluruh dunia desak pembebasan beliau.

“Mungkin ramai yang akan tandatangan kerana di bawah artikal 42 perlembagaan persekutuan Yang di-Pertuan Agong boleh sahaja melepaskan sesiapa sahaja.

“Tapi akibat undang-undang dipinggirkan dalam kes yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar, tapi ini usaha kita,” katanya.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut menyeru kepada semua penyokong Anwar untuk berkumpul di mahkamah sebagai tanda solidariti kepada Ketua Umum PKR itu.

Turut hadir pada majlis malam ini adalah bekas presiden ABIM, Amidi Abd Manan, Presiden ABIM Raimi Abd Rahim, Presiden WADAH, Ahmad Azam Abdul Rahman.

Sebelum solat hajat bermula, mereka turut berbuka puasa sempena 10 Muharam dan selepas Maghrib, kuliah khas disampaikan oleh ustaz Zamri Zainal Abidin dengan tajuk Qazaf: Menginsafi Cabaran, Mensyukuri Nikmat Perjuangan.

Selepas menjalani hukuman penjara selama setahun lapan bulan, esok Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan Anwar sebagai usaha akhirnya menggunakan saluran perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun itu.
http://www.malaysiakini.com/news/358704

Beliau memohon dibebaskan daripada pemenjaraan.

Anwar juga mahu Mahkamah Persekutuan menggunapakai Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Anwar, 68, menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac, 2014.
Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan atas alasan bahawa mahkamah tidak 100 peratus yakin mengenai integriti sampel yang diambil daripada mangsa bagi ujian DNA.

Anwar dikatakan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31 di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.


Beliau bagaimanapun secara konsisten menafikan dakwaan itu dan menuduh pemimpin Umno dan kerajaan mendalangi konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan pihak pembangkang.

Sumber TKO - 12-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semakan kes liwat II Anwar, ini respon Tun Mahathir
Posted on Sunday, October 09 @ 04:55:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31958


Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mendapatkan mana-mana sokongan daripada penyokongnya bagi mempengaruhi badan kehakiman negara menjelang semakan sabitan kes liwat kedua beliau Rabu depan.

Ini kerana, menurut bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahkamah mesti mempunyai keputusannya sendiri tanpa perlu mengambil kira populariti individu yang berdepan dengan kesalahan jenayah.

"Semua orang hendaklah sama sisi undang-undang. Bagaimana jika esok kita mempunyai seseorang yang menghadapi keadaan yang sama, (tetapi) yang tidak mempunyai sokongan orang ramai seperti Anwar?," kata Tun Mahathir dalam Sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia di Petaling Jaya, hari ini.

Tun Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan daripada salah seorang hadirin yang meminta pemimpin veteran itu mengulas apakah tindakan yang diperlukan menjelang permohonan semakan kes liwat Anwar.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada bulan Februari 2015 selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.


Sumber TKO - 9-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar kirim salam pada Abdul Hadi
Posted on Thursday, October 06 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31925


Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pembangkang, termasuk PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan parti-parti dalam Pakatan Harapan membincangkan pembentukan sebuah gabungan yang mantap.
Bercakap selepas pendengaran kes qazaf beliau di Mahkamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur, Anwar berkata semua pihak mesti bersedia ke arah itu.

“Kena ada kesediaan untuk berunding.

“Itu permulaannya,” kata bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan kerana kes liwat itu.

Anwar semalam berkata beliau bersetuju rundingan dibuat antara HARAPAN, BERSATU dan PAS bagi mengukuhkan pembangkang.

Ditanya sama ada PAS akan dimasukkan dalam 'pakatan pembangkang baru', Anwar berkata ia bergantung kepada rundingan dan persetujuan bersama.

Beliau juga mengambil kesempatan mengirimkan salam dan doa buat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja keluar selepas mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya juga kirim salam pada Hadi dan doa untuk dia...,” katanya.

Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.


Setiausaha sulit anggota parlimen Marang, Zaihan Mohd Daud berkata Hadi dimasukkan ke IJN untuk rawatan susulan biasa yang dijadualkan sebelum ini tertangguh kerana jadual padat, selain keletihan.

Sumber TKO - 6-10-20116

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Utusan nyatakan kesal dan bayar Saman kepada Anwar
Posted on Thursday, October 06 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31913



Saman fitnah RM100 juta Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Melayu hari ini diselesaikan secara baik selepas syarikat akhbar milik Umno itu membaca kenyataan kesalnya.

Ia berhubung laporan yang mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan isu pencerobohan oleh sekumpulan lelaki asing bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Mac, 2013.

Sehubungan itu, kenyataan kesal itu perlu diterbitkan di muka surat dua atau tiga akhbar Utusan Malaysia dalam masa dua minggu dari tarikh hari ini.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Hakim Datuk Noraini Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar diwakili oleh peguam Datuk S Ambiga manakala Utusan oleh Wan Aziz Wan Majid.
Pada 8 Mac 2013, selain menamakan Utusan dan Abdul Aziz sebagai defendan pertama dan kedua, Anwar selaku plaintif turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd, Datuk Shaharudin Abd Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar menyatakan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 di muka hadapannya menyiarkan artikel bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan di muka surat sembilan pula bertajuk 'Tiga kumpulan jadi dalang'.

Menurut tuntutan itu, defendan ketiga hingga kelima antara jam 8 dan 9 malam hari yang sama menerusi Buletin Utama, TV3 menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu.
Beliau mendakwa berita di rangkaian televisyen swasta itu adalah berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan kedua.

Sehubungan itu, Utusan dan Abdul Aziz akan membayar RM50,000 kepada Anwar bagi menyelesaikan saman fitnah berkenaan.

Bagaimanapun bagi TV3 pula, Ambiga memberitahu saluran televisyen swasta itu akan melalui perbicaraan lain bagi menyelesaikan kes saman berkenaan.

"TV3 akan ada trial lain. Mereka tidak keluar kenyataan kesal," katanya.

Sumber TKO - 6-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar mahu HARAPAN, BERSATU berunding dengan PAS (bersama video)
Posted on Wednesday, October 05 @ 18:13:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31905



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau setuju supaya rundingan dilakukan antara Pakatan Harapan (HARAPAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS bagi mengukuhkan pembangkang di negara ini.

Malah, beliau berkata, perbincangan bersama Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini juga menjurus kepada peningkatan usaha kerjasama antara BERSATU dan HARAPAN.
"Ya, ya kita setuju ada rundingan dengan PAS.

Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=mG8NNtrV1WQ


"Saya alu-alukan kehadiran dia (Muhyiddin) dan kita akan tingkatkan kerjasama dan kita minta PKR dan Pakatan Harapan berbincang dengan dia untuk adakan kerjasama.

"Kita bincang usaha tingkatkan kerjasama bersama Pakatan Harapan dan BERSATU dan supaya dapat berunding dengan semua parti-parti pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perbicaraan kes fitnahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selain itu, ketika ditanya sama ada PAS akan dimasukkan dalam 'pakatan pembangkang baru' berkenaan, Anwar berkata rundingan perlu dilakukan terlebih dahulu.

"Runding dulu kemudian kita tengok persetujuan bersama," katanya.

Sumber TKO - 5-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Anwar tetap jadi pilihan tadbir negara - Kajian
Posted on Wednesday, September 28 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31831


SHAH ALAM - Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih popular dan menjadi pilihan pengundi di negeri ini untuk menjadi pemimpin negara.

Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, hasil kajian itu menunjukkan Anwar tetap menjadi pilihan pengundi walaupun beliau sedang dipenjara.

"Ini menunjukkan pengaruh dan aura beliau masih ada dalam masyarakat termasuk di Selangor," katanya ketika sesi pembentangan penyelidikan survei IDE : Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, di sini, hari ini.

Dalam kajian itu, lima pemimpin pembangkang disenaraikan sebagai tokoh yang mampu menjadi pemimpin negara.

Anwar (30 peratus); Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad (24 peratus); Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (17 peratus), Penasihat DAP, Lim Kit Siang (15 peratus) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (14 peratus).

Dalam kajian sama, Anwar turut dipilih untuk menerajui kepimpinan negara bagi mengembalikan keseimbangan kecemerlangan negara.

Sebanyak 40 peratus pengundi bersetuju Anwar perlu menerajui Malaysia untuk mengembalikan keseimbangan negara manakala 29 peratus akui tidak pasti.

Melalui pecahan kaum, 39 peratus kaum Melayu menolak Anwar namun kaum Cina dan India bersetuju Anwar menerajui negara dengan masing-masing 43 peratus dan 46 peratus.

Menurut Mohamad Redzuan, setiap kali kajian dijalankan, soalan berkaitan Anwar akan tetap ditanya untuk melihat penerimaan rakyat negeri itu terhadap Anwar yang sedang menjalani hukuman.
Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Februari tahun lalu.

Sumberr TKO - 28-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maafkan Dr M? Saya hargai sokongan dia, kata Anwar
Posted on Monday, September 19 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31734



Selepas jabat salam bersejarah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka berdua hari ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimanapun, adakah Anwar sudah memaafkan musuh politik 18 tahunnya itu yang 'mencantas' masa depan politiknya hampir dua dekad lalu?

Tambahan lagi ketika berdepan gesaan mohon maaf terbuka anak perempuannya Nurul Nuha.

Berdepan soalan itu hari ini, Anwar kelihatan keberatan mengeluarkan kenyataan pasti bahawa beliau telah memaafkan bekas mentor yang membawa beliau menyertai politik pada era 70-an itu.
Pemberita: Susulan anak perempuan kamu buat kenyataan, kamu masih mahu beliau minta maaf?

Anwar: Saya sudah jelaskan. Masalahnya ia terjadi tiba-tiba; saya tiada peluang bercakap dengan anak-anak saya sebelum ini, tetapi sekarang oleh kerana saya sudah jelaskan keadaan pada mereka, cukuplah.

“Sudah tentu kami menderita...”

Jadi kamu sudah maafkan beliau?
[…] sangat hargai, sudah tentu saya terima kasih pada beliau dan beliau beri sokongan bukan saja pada (isu) MKN tetapi juga reformasi. Ini yang penting.

Boleh kami kata kamu sudah maafkan beliau?
Saya sudah banyak kali maafkan banyak orang, tetapi yang saya bimbangkan adalah keadaan sekarang ini, kerana masyarakat pada masa ini harus hentikan gangguan dan ketidakadilan.
Anwar berkata demikian ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau memberi keterangan dalam saman melawan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sumber TKO - 19-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Anwar Akan Mohon Tahanan Rumah Jika Pembebasan Gagal
Posted on Monday, September 19 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31724


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon perintah tahanan rumah sebagai langkah terakhir jika kajian semula sabitan liwat keduanya gagal, demikian menurut The Weekend Australia.

Peguam Amerika Syarikat, Kimberly Motley memberitahu akhbar itu bahawa pasukan peguam Anwar akan memberi tumpuan mengenai kekurangan bukti DNA dan percanggahan dalam keterangan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

"Sudah tentu kita mahu untuk mendapatkan pembebasannya.

"Jika ia tidak berfungsi, kami akan cuba untuk memohon tahanan rumah yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia," kata Motley yang baru dilantik sebagai penasihat undang-undang antarabangsa untuk Anwar.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat selepas dia didapati bersalah pada Mac 2014.

Motley berkata kes itu "penuh dengan masalah" dan salah satu yang paling kritikal adalah isu bukti yang diganggu oleh polis. 


Sumber TKO - 19-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahathir Perlu Minta Maaf ‘Reka’ Tuduhan Liwat Terhadap Anwar, Kata Anak
Posted on Thursday, September 15 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31661


KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad perlu meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar secara terbuka dan mengakui salah laku yang dibuatnya terhadap pemimpin pembangkang itu, mengikut puteri beliau.

Nurul Nuha Anwar berkata, Dr Mahathir perlu mengakui kesalahannya "mereka-reka" Anwar terlibat dalam liwat dan rasuah pada tahun 1998 sebelum berfikir tentang membentuk sebarang pakatan dengan ketua umum PKR yang sedang dipenjarakan itu.


"Sebagai anak yang menyaksikan pelbagai seksaan yang dihadapi ayah saya sejak 18 tahun lalu, saya berharap agar Dr M meminta maaf secara terbuka dan mengakui beliau mereka-reka dakwaan itu.

"Saya rasa itu dapat mengurangkan sedikit beban yang kami sekeluarga lalui. Ia bukannya mudah tetapi anda perlu lebih kuat," kata Nurul Nuha ketika dihubungi Malay Mail Online.

Dr Mahathir muncul di mahkamah pada 5 September lalu mendengar kes Anwar yang memfailkan bantahan awal terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara di Mahkamah Tinggi.

Namun kedua-duanya masih membisu samada pertemuan itu merupakan satu permulaan untuk mereka berdamai. - MalayMail


Sumber TKO - 15-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahathir sokong agenda perubahan masa kini - Anwar
Posted on Tuesday, September 06 @ 09:46:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31570



Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di mahkamah hari ini membuktikan sokongan bekas perdana menteri itu kepada agenda pembaharuan.

Justeru, ini menyediakan mereka ruang untuk terus berunding, katanya ketika ditemui di mahkamah di Kuala Lumpur dalam usahanya untuk menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Ketua Umum PKR itu yang kini meringkuk di penjara disoal sama ada beliau mempercayai Mahathir sekarang berbanding semasa dirinya mengutus surat kepada ahli-ahli PKR, Mei lalu, mengingatkan mereka terhadap kerjasama dengan bekas perdana menteri itu.

Wartawan: Adakah kamu mempercayai Mahathir?

Anwar: Saya hargainya... hakikat bahawa beliau cukup baik hati dan menyokong permohonan ini, (beliau) ucapkan selamat berjaya dan sentiasa sihat.

Wartawan: Adakah kamu mempercayai beliau sekarang?

Anwar: Tidak, kami akan terus berunding ....

Wartawan: Kamu percayainya sekarang berbanding waktu kamu menulis surat amaran kepada ahli supaya berhati-hati?

Anwar: Pendirian saya, nombor satu, (adalah) kebajikan rakyat paling utama, ini bermaksud sesiapa yang ingin berunding, mesti menerima agenda perubahan kami. ..

Ini bukan mengenai mempercayai atau tidak. Sesiapa yang menyokong agenda reformasi mesti diberi peluang untuk bersama.

Wartawan: Beliau telah dapat kepercayaan kamu?

Anwar: Beliau bersedia datang ke mari dan menyatakan sokongannya dengan permohonan (mahkamah) ini dan mengucapkan saya supaya sentiasa sihat dan dengan itu saya anggap beliau menyokong agenda reformasi.

Kami membincangkan isu lain hanya secara umum. Tumpuan kami kepada permohonan (halang Akta MKN) tetapi kami juga membincangkan isu-isu lain, tetapi kami akan mengumumkannya.

Sumber TKO - 6-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mahathir-Anwar bersalam dan tangan kiri bergenggam setelah 18 tahun bergaduh
Posted on Monday, September 05 @ 16:46:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31561



Jarang-jarang berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.



Bekas perdana menteri pernah memecat Anwar pada 1998, ketika itu timbalannya, diiringi oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Langkah itu dilihat sebagai sokongan moral terhadap Anwar kerana kedua-dua pemimpin itu kini senada menentang akta itu dan menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Anwar, yang juga bekas ketua pembangkang, memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN bertentangan dengan perlembagaan.

Mahathir setakat ini enggan mengulas kehadirannya di mahkamah itu hari ini.
Mereka malah bertegur sapa dan bersalaman dalam mahkamah ketika tiada sidang, sambil diperhatikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir.

Tangan kiri Anwar juga kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar.

Kedua-dua mereka tiba di mahkamah hampir jam 3 petang ini.

Pertemuan hari ini dipercayai yang pertama dirakam sejak pemecatan Anwar pada 18 tahun lalu.
Mahathir memecat Anwar pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes liwat, yang kemudian membawa kepada kes mahkamah.


Ia menyebabkan perpecahan besar Umno yang membawa kepada gerakan reformasi dan penubuhan Parti Keadilan Nasional (kemudian bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia, membentuk Parti Keadilan Rakyat atau PKR).

Selepas Anwar dimasukkan dalam penjara selepas disabitkan kes Liwat II, Mahathir memainkan peranan penting sebagai pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir, kini penasihat serpihan Umno Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), malah mengimpikan pembentukan sebuah gabungan pembangkang besar.

Sumber TKO - 5-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                      
Anwar Sambut Baik Parti BERSATU
Posted on Thursday, August 11 @ 15:56:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                            

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31325

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik penubuhan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bekas ketua pembangkang itu berharap pemimpinnya Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan peranan menggerakkan parti baru itu.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan kes liwat, berkata beliau akan mendengar berkaitan pembentukan parti baru itu.

“Sekarang beliau harus gerakkannya,” katanya ketika diiring keluar daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas memberi keterangan dalam aduan qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau diminta mengulas berkaitan parti itu yang dipimpin Muhyiddin sebagai presiden dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya.

Didaftarkan Selasa lalu, parti itu dilihat menyasarkan penyertaan anggota Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Najib Razak. BERSATU dilihat akan bekerjasama dengan pembangkang lain untuk menjatuhkan Najib dalam pilihan raya umum akan datang.                                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber TKO - 11-8-2016                                                                                                                         -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                               

Mahkamah Rayuan Syariah tolak rayuan Anwar
Posted on Monday, August 08 @ 15:16:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                                               

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31293



Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meneruskan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 atas alasan dokumen tidak lengkap.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Datuk Seri Md Yusup Che Teh yang berkata pihaknya tidak menerima dokumen yang difailkan oleh pihak Anwar pada 21 Februari 2012.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Anwar, Rafiie Mohd Shafie berkata pihaknya akan membawa perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan rayuan qazaf itu diteruskan kerana pihaknya telah mastuhi segala syarat demikian.
Katanya, Anwar akan mengemukakan permohonan semakan semula dan membatalkan bantahan yang dibuat.
“Dalam masa dua minggu kita akan jumpa Yang di-Pertuan Agong dan memasukkan dua perkara iaitu menyemak semula dan membatalkan kenyatan yang telah dibuat,” katanya kepada pemberita selepas prosiding itu.
Terdahulu Rafiie berkata pihaknya telah mengemukakan dokumen berkaitan melalui Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Muhammad Khairul Nizzam Kassim bagaimanapun telah dihalang berbuat demikian.
Menurut semakan Malaysiakini ke atas dokumen yang dimiliki oleh Rafiie menunjukkan mereka mempunyai dokumen yang dicop oleh pihak pendaftar bagaimanapun dokumen yang sama tidak sampai kepada hakim.
Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita turut mempersoalkan mengenai dokumen yang tidak sampai ke tangan hakim itu.
“(Kita) gagal di mahkamah syariah, cara dia hanya merayu pada Agong kerana kita daftar pada pendaftar tapi record pendaftar tak ada,” soalnya.
Anwar kini berhadapan hukuman lima tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat Saiful Bukari setelah mahkamah persekutuan mengekalkan keputusan mahkamah rayuan.
Anwar mengemukakan tuntutan qazaf terhadap Saiful Bukhari yang gagal mengemukakan empat orang saksi dalam sabitan pertuduhan kes liwat pada 2008 itu.                                                                                                                                                                                                                                     Sumber TKO - 8-8-2016                                                                                                                            ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                           

Dato Seri Anwar Ibrahim melawat Bondanya
Posted on Thursday, August 04 @ 20:09:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor                                                                                                                          

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31245



Dato Seri Anwar Ibrahim ketika beliau di beri kesempatan melawat Bondanya di Al Islam Medical Centre Kg.Baru hari ini.

Kredit
Hashim Omar

                                                                                                                                                                     Sumber TKO -  4-8-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                              
Biar P Pinang bincang pilihan raya negeri, kata Anwar
Posted on Wednesday, July 20 @ 14:32:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh ketambatu                                                                                                     

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31083



Ketua Umum PKR yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melahirkan rasa simpatinya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang didakwa menghadapi penganiayaan politik berhubung dua pertuduhan rasuah.

"Saya meluahkan sokongan simpati kepada Lim.                                                                                                    
"Kalau (di) Pulau Pinang itu mereka sedang meneruskan perbincangan tentang masa depan, biarkan mereka bincang diadakan pilihan raya atau tidak," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.                                                                                                                                  
Anwar, yang kemudian memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes hasutan Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi pilihan raya negeri di Pulau Pinang.                                                                                                                                            
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka bertemu Lim di Pulau Pinang petang ini.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Sumber TKO - 20-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar tunggu langkah Muhyiddin
Posted on Wednesday, July 20 @ 14:29:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh ketambatu                                                                                                                   

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31082



PKR sedang menunggu bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan sebuah parti politik baru, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tunggu pengumuman Muhyiddin Yassin.

"Dan kalau program dan agenda itu yang (memanfaatkan) rakyat,” kata pemimpin pembangkang yang dipenjarakan itu kepada Malaysiakini.

Anwar ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Bekas ketua pembangkang itu diminta mengulas rancangan pembentukan parti baru dan “pembangkang besar” oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin, yang dipecat Umno baru-baru ini, telah menyatakan kemungkinan membentuk parti baru atau menyertai parti sedia ada.

Anwar berkata pihaknya boleh bekerjasama memandangkan pembangkang perlu menunjukkan kerjasama untuk menghadapi BN.

“Tetapi dalam keadaan sekarang terlalu awal kita belum dapat mendapat penjelasan tentang apa dasar, mengenai kebaikan dan faedah kepada rakyat keseluruhannya dalam ekonomi, reformasi politik dan sebagainya,” katanya.

Sumber TKO - 20-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr M: Saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar
Posted on Friday, June 24 @ 07:41:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak lagi bermusuh dengan bekas anak didik dan seteru ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini sedang menjalani hukuman lima tahun penjara.
“Saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar. Itu semua di masa lalu,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu temubual dengan Mehdi Hassan, pengacara program UpFront di Al Jazeera.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai Anwar, dan menambah tidak punyai kuasa untuk membebaskan mereka yang sedang dipenjarakan.

Pernah dinamakan sebagai pengganti perdana menteri paling lama di Malaysia, Anwar – pada ketika itu timbalan perdana menteri – dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan seks luar tabii.
Ramai penyokong Anwar hari ini meletakkan tanggungjawab ke atas bahu Dr Mahathir di atas pemenjaraan ketua umum PKR itu.

Bekas wakil rakyat Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya.

“Dia sekarang ditahan bukan kerana saya, tetapi kerana Najib,” kata Mahathir, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Meskipun negarawan ini mendakwa tidak lagi bermusuh dengan Anwar, pemimpin PKR itu masih berwaspada dengan bekas gurunya.


Pada Mei lalu, Anwar mengutuskan surat amaran kepada kepimpinan partinya supaya berwaspada dengan muslihat Dr Mahathir susulan pelancaran Deklarasi Rakyat, yang menuntut perletakan jawatan Najib dan perlaksanaan reformasi institusi di negara ini.

Sumber TKO - 24-6-2016


Pengorbanan Anwar Ibrahim dan hilangnya fokus pembangkang

Posted on Sunday, June 19 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30602



Di saat Ramadan dan bakal menyambut Hari Raya, Anwar Ibrahim kini dikurung di balik jeriji besi di Sungai Buloh sehingga tahun 2020. Sepanjang perjuangannya, telah lebih sembilan tahun beliau mendekam dipenjara. (1972-1974, 1999-2004, dan kini 2015 -?).
Anwar dipenjara kerana kerana satu sebab: Sikap tegasnya membanteras rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno/BN. Lalu fitnah direkayasa dan polis, hakim, penguasa agama serta Peguam Negara diguna sebagai pekakas bagi merelisasikan skrip pemerintah. Bukti yang tiada, diadakan dan kebenaran dipadamkan.

Akibatnya di negara Malaysia, di negara yang umatnya melaung-laungkan nama Islam, Allah,Nabi Muhammad, fitnah terbesar dicipta dan dihalalkan. Besarnya dosa pereka-pereka fitnah, penyebar, penyokong dan orang yang berdiam serta merelakannya tidak pernah dibincang dalam forum-forum agama di pentas atau di TV.

Di University Curtin, Perth saya bertemu dengan seorang pelajar Malaysia yang memberitahu bahawa pensyarah beliau yang berbangsa Australia sudah mengambil keputusan enggan datang ke Malaysia lagi kerana membantah fitnah dan pemenjaraan Anwar pada februari 2015. Pensyarah tersebut dulunya sering ke Malaysia atas urusan akedemik dan pertukaran mahasiswa.

Tindakan seorang Mat Saleh tidak banyak membantu merubah keadaan, tatapi ia merupakan tamparan hebat kepada kita kepada rakyat Malaysia yang kebanyakannya kelihatan pasrah dan tidak melakukan apa-apa melihat fitnah dan kerakusan kuasa di depan mata. Kita boleh tidak bersetuju dengan cara politik Anwar, tetapi kita tidak boleh berdiam diri melihat kezaliman.

Dalam perjalanan sebagai seorang ahli politik, Anwar lebih mementingkan kesejahteraan rakyat berbanding diri sendiri.

Sebagai contoh, sejurus selepas PRU 13, Najib cuba mendekati Anwar di Jakarta untuk menawarkan jawatan tinggi dalam kabinet, tetapi Anwar menolak. Terdahulu, beberapa bulan sebelum dipenjarakan pada 10 Februari 2015, beliau ditawar oleh sebuah negara untuk perlindungan politik, tetapi juga menolak. Ini semua atas satu prinsip, semua tawaran jawatan dan perlindungan politik hanya mampu menyelematkan diri beliau sendiri, tetapi tidak menyelamatkan rakyat dan negara Malaysia.

Sekarang di Sungai Buloh keadaan kesihatan Anwar juga merosot. Menurut maklumat keluarga terdekat, bahu kanan beliau mengalami masalah saraf, sering kekebasan dan adakalanya tangan tidak dapat digerakkan dan berkemungkinan boleh menyebabkan kelumpuhan jika dibiarkan berlarutan.

Selama lebih setahun beliau dinafikan rawatan perubatan oleh doktor pilihan beliau sendiri. Doktor yang dihantar untuk merawat Anwar sekarang tidak boleh dipercayai kerana beliau adalah juga doktor peribadi Najib. Sekali sekala KDN di bawah perintah Zahid Hamidi membenar Anwar ke hospital hanya untuk sehari dua sebelum dengan tergesa-gesa menghantar semula ke penjara tanpa menunggu keputusan ujian kesihatan dan rawatan lanjut di hospital.

Bukankah sekarang menjadi tanggungjawab kita di luar untuk bekerja keras bagi membebaskan Anwar dari belenggu fitnah dan penyeksaan ini? Untuk itu juga saya menyeru (jika seruan ini layak didengar) supaya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan khususnya dalam PKR supaya mengenepikan perselisihan terbuka dan kembali fokus. Perbezaan pendapat dibenarkan, tetapi kita harus bersama dalam agenda besar termasuk menekan kerajaan Najib membebaskan Anwar.

Pembebasan ini penting bagi membukan jalan supaya Anwar dapat memperjuangkan nasib rakyat Malaysia yang ditekan di bawah pemerintahan Najib.

Oleh Zunar

Sumber TKO - 19-6-2016



Hakim tarik diri daripada mendengar kes Anwar

Posted on Thursday, June 02 @ 15:18:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menarik diri dari mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri, anak-anak dan empat cucunya bagi mencabar keputusan penjara yang tidak membenarkan anggota keluarganya melakukan sentuhan fizikal ketika melawatnya di penjara. 
Hakim Datuk Hanipah Farikullah mengumumkan keputusan itu hari ini dalam kamarnya yang dihadiri peguam Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar dan keluarganya dan Peguam  Kanan Persekutuan, Maisarah Johari bagi pihak Jabatan Penjara.

Ketika ditemui pemberita, Maisarah memberitahu, Hanipah membuat keputusan itu dengan alasan bahawa anak perempuannya belajar di sekolah yang sama dengan anak perempuan Anwar iaitu Nurul Nuha.

Menurut beliau Nurul Nuha merupakan salah seorang daripada pemohon yang memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

Hanipah juga menetapkan 15 Julai ini untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, untuk menentukan hakim lain bagi mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

Dalam permohonan yang difailkan pada 18 Mei lalu, Anwar,  68, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 63, dan empat anak perempuan mereka Nurul Izzah, 35, Nurul Nuha dan empat cucu selaku pemohon menamakan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri selaku responden.

Mereka mendakwa penafian sentuhan fizikal ketika lawatan di penjara oleh responden adalah tidak munasabah, tidak sah dan melanggar Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000 serta Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar melalui surat peguamnya bertarikh 2 Mac 2016 telah memohon kepada kesemua responden untuk membenarkan sentuhan fizikal semasa lawatan keluarganya sebaliknya permintaan itu ditolak melalui surat bertarikh 14 Mac 2016.


Sehubungan itu mereka memohon perintah mahkamah bahawa keputusan Pengarah Penjara Sungai Buloh (Responden Pertama) dibatalkan melalui satu perintah certiorari; serta perintah mandamus yang mewajibkan responden untuk membenarkan sentuhan fizikal antara  Anwar dengan ahli keluarganya setiap kali sesi lawatan di penjara.

Sumber TKO - 2-6-2016



Dendam siapa lebih mudarat: Mahathir atau Anwar?

Posted on Wednesday, May 25 @ 07:15:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Benar dan wajarkah surat Anwar Ibrahim yang ditujukan kepada barisan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap khusus untuk pemahaman dan tindakan pemimpin dan ahli-ahli parti itu sahaja?

Pemimpin-pemimpin PKR nampaknya tidak mahu teguran Anwar itu menjadi bahan perbincangan umum kerana  mungkin khuatir ia menerbitkan persepsi kurang baik berhubung soal kerukunan dan kesejahteraan dalam parti itu.
Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Beliau menganggap mesej yang terkandung dalam warkah bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “hal rumah tangga PKR”.
Mungkinkah beliau bimbang jika pendirian Anwar itu menjadi perbincangan awam atau agenda Pakatan Harapan, ia akan merencatkan gerak kerja pakatan itu kerana perlu menilai semula pembabitannya dengan Mahathir?
Paling tegar menafikan campurtangan “orang luar” ialah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, dan Naib Presiden, Shamsul Iskandar Akin. Mereka menyifatkan ehwal PKR tidak perlu dikongsi pihak lain, termasuk media.
Dengan serius Azmin menggambarkan kerengsaannya menjawab soalan wartawan meminta komen beliau mengenai peringatan Anwar tentang taktik Mahathir yang dianggap elit politik berbahaya pada perjuangan reformasi PKR.
Shamsul pula merumuskan bahawa warkah Anwar itu bukan arahan supaya PKR menjarakkan diri dari kempen Deklarasi Rakyat mantan Perdana Menteri itu.
Katanya, intipati surat  Anwar cuma satu peringatan pada pucuk pimpinan PKR supaya berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan Tun Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. Ia bukan bermaksud melarang.
Jadi jika surat Anwar itu adalah soal rumahtangga PKR yang mahu reformasi ditegakkan dalam setiap sendi pentadbiran negara mengapakah pihak luar, terutama rakyat dan media, dilarang daripada terbabit dalam wacana Anwar itu?
Bukankah Anwar dengan terang mengingatkan bahawa gerakan reformasi semakin malap dan keghairahan PKR sendiri  semakin luntur kerana “dikerdilkan” oleh agenda Mahathir yang juga mahu “menyelamatkan negara”?
Mahathir mungkin punca reformasi Anwar terkubur
Mahathir mensasarkan usaha menurunkan Datuk Seri Najib daripada kerusi Perdana Menteri Malaysia. Mahathir juga tidak berselindung untuk menewas dan mengaibkan Umno-BN dalam dua pilihanraya kecil bulan depan.
Anwar mungkin khuatir jika “kemenangan-kemenangan kecil” Mahathir jadi kenyataan, ia akan melalaikan pimpinan PKR dan menjalar kepada pimpinan Pakatan Harapan dan akhirnya menyebabkan idealisme reformasi terkubur.
Setakat ini Parti Amanah Negara (PAN) tidak menunjukkan minat mengambil ibrah daripada surat Anwar. Ia sibuk meletakkan calon dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar untuk menjadi dalil ia adalah pengganti PAS sebagai parti Islam.
Soal bahaya pemikiran dan strategi politik Mahathir bukan perkara utama bagi PAN. PAS juga tidak berselera mengulas mesej surat Anwar itu kerana turut leka mempertahankan “haknya” meletakkan calon dalam kedua-dua PRK itu.
Kalau sikap tidak acuh parti-parti komponen Pakatan Harapan dan PAS ini berlarutan sudah tentu ia akan membawa maksud bahawa kebimbangan Anwar berasas. Parti-parti berkenaan memang terpukau dengan taktik Mahathir.
Sekaligus ia juga boleh dibaca bahawa pengaruh Anwar semakin susut dek jeriji besi penjara Sungai Buloh yang menghalang karismanya merangsang perjuangan reformasi yang digerakkan sejak 1998.
Ia juga boleh dibaca sebagai petunjuk kegesitan ilmu politik Mahathir. Selain itu, ia ia turut menggambarkan bahawa baik pimpinan PKR, mahupun DAP, PAN dan juga PAS sendiri mahu bersikap badan siasah yang elitis.
Rakyat dihalang dan dinafikan hak untuk membincang dan mengambil bahagian membentuk dinamika politik negara. Sesungguhnya ini sesuatu yang malang bagi politik pembangkang dan pembangunan wacana politik sihat.
Bukankah faktor politik Mahathir dan Anwar ini menjadi salah satu anak kunci pada perkembangan politik negara. Anwar mengingatkan PKR dan akhirnya rakyat tentang bahaya politik elitis Mahathir?
Anwar masih dendam Mahathir? 
Bagaimanapun Mahathir pula tidak segan silu menyatakan bahawa isu yang mendasari saingan beliau dan Anwar kini ialah soal dendam.
“Memang la, dia (Anwar) pun dendam pada saya. Sama-sama berdendam,” kata Mahathir seraya mengakui tidak mustahil masih wujud dendam di antara beliau dengan Anwar Ibrahim ketika mereka menerajui negara.
Bagaimanapun beliau menegaskan tuduhan Anwar dalam suratnya yang mendakwa beliau (Mahathir) menggunakan pentas Deklarasi Rakyat sebagai membalas dendam adalah tidak tepat.
Yang muktamad jika mengikut bacaan Mahathir ialah, masih ada saling dendam di antara beliau dengan Anwar. Kesumat mereka ini tentu mempunyai unsur yang boleh mencorakkan politik negara dan nasib rakyat.
Lantas sikap dingin DAP, PAS dan PAN berhubung isu ini agak menggusarkan. PKR tidak boleh menganggap pendirian Anwar itu sebagai rahsia dan tidak perlu membabitkan rakyat.
Perihal persaingan merebut kuasa dan pengaruh dalam PKR adalah satu persoalan yang ada kesan pada rakyat. Menafikan hakikat itu bererti menafikan hak rakyat dan tidak demokratik.
Sikap membisu untuk “jaga tepi kain sendiri” oleh parti-parti pembangkang ini agak mengecewakan. Belumpun diberi mandat memerintah, mereka sudah meracik hak partisipasi rakyat dalam politik.
Jika sikap ini berterusan, ia bukan sahaja akan menggencatkan peluang mereka menakluki Putrajaya kerana persepsi rakyat bahawa pembangkang berwibawa menjadi alternatif Umno-BN mungkin pudar.
Rakyat mesti diajak menyertai wacana saingan Anwar-Mahathir ini kerana rakyat perlu memilih dendam siapa yang lebih berbahaya kepada keharmonian hidup anak cucu mereka di kemudian hari.
Sebelum rakyat membuat pilihan, PKR dan parti-parti pembangkang lain wajib memutuskan siapa yang wajar mereka pilih sebagai nakhoda pembangkang – Anwar atau Mahathir.

  Ini kerana di antara kedua politikus veteran ini ialah dendam.

Oleh
Zainal Salleh
AntaraPos

Sumber TKO - 25-5-2916


Anwar beri penghormatan terakhir pada jenazah adik

Posted on Thursday, May 12 @ 20:03:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara, dibenarkan memberikan penghormatan terakhir kepada adiknya yang meninggal dunia di Bangi malam tadi.

Beliau dibawa dari Hospital Kuala Lumpur, selepas dimasukkan ke wad baru-baru ini selepas mengalami masalah tekanan darah.

“DSAI (Anwar) dibawa menziarahi jenazah adik beliau yang meninggal dunia semalam di Teras Jernang pagi ini.

“Sedih mengenangkan pemergian ramai orang tersayang, tanpa beliau dapat berada disisi, kerana terpaksa dipisahkan oleh tirai besi penjara,” tulis isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail di Facebook.

Jenazah dijadual disemadikan selepas solat zohor hari ini.

Anwar hadir memakai baju Melayu putih dan songkok hitam.


Sumber TKO - 12-5-2016



Anwar berjaya teruskan rayuan qazaf

Posted on Friday, April 29 @ 12:48:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh meneruskan kesemua prosiding rayuan berkaitan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukari Azlan.

Ini susulan Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi membatalkan kesemua semakan dan notis rayuan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Md Yusuf Che Teh memutuskan, kekhilafan Anwar selaku responden dalam menamakan bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali sebagai responden dalam rayuannya boleh diperbetulkan.

Korum yang turut dianggotai Hakim Datuk Yusof Musa dan Hakim Mohd Amran Mat Zain juga memutuskan, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang mensabitkan Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari tidak menjadikan Mahkhamah Syariah terikat kerana kedua-dua mahkamah berbeza.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki.

Jamil Khir, Shamsudin dan Che Mat mengemukakan permohonan bagi membatalkan kesemua notis rayuan yang difailkan Anwar atas alasan mereka tidak lagi memegang jawatan seperti yang dinamakan dalam rayuan.

Mereka juga mengemukakan alasan, bahawa Mahkamah persekutuan telah mensabitkan Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari.


Sumber TKO - 29-4-2016



Tun M Tegas Enggan Maafkan ‘Dosa Besar’ Liwat Anwar

Posted on Friday, April 15 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Hadirin program “PAC 1MDB, Najib Bersubahat atau Tidak Bersalah” mendesak Tun Mahathir menjelaskan pendirian bahawa Deklarasi Rakyat yang digerakkan turut memperjuangkan pembebasan Anwar.

“Kalau betullah kita nak selamatkan Malaysia menerusi Deklarasi Rakyat bersama PKR, DAP dan PAN, Tun kena keluarkan satu kenyataan, pertama, keluarkan terlebih dahulu Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara.

“Dan kedua, Tun kena buat satu deklarasi bahawasanya perbuatan Tun pada tempoh hari ke atas Anwar Ibrahim adalah jelas salah. Itu yang kita mahu,” tegas salah seorang hadirin dalam forum itu pada lewat Khamis.
anwar-ibrahim_mahathir-mohamad
Mahathir yang juga peneraju kempen Gerakan Selamatkan Malaysia bagaimanapun berkeras tetap enggan memberi persetujuan menyokong pembebasan Anwar seperti yang dituntut oleh pemimpin Pakatan Harapan.

Malah bekas Perdana Menteri itu berkata, permuafakatan dan persekongkolan beliau dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat tidak harus dibelenggui dengan isu tuntutan balas “hendak itu dan hendak ini”.

Nyatanya, Mahathir tetap memilih untuk berkecuali sekalipun didesak menyatakan pendiriannya mengenai pembebasan Anwar daripada dosa liwat melalui forum anjuran Gerakan Anti-Najib yang diterajuinya itu.

Mahathir berdalih: “Kita kena ada pemikiran yang waras, yang berasaskan kepada perhitungan yang bijak supaya kita menang dalam perjuangan kita. Kalau kita ikut selera, nafsu, percayalah kita tidak akan berjaya.

“Untuk mendapat sokongan ramai, kita perkecilkan matlamat atau perjuangan kita kepada yang boleh diterima semua. Dengan itu kita akan berjaya. Kalau bangkitkan soal hendak itu dan ini, maaf… kita akan gagal.”

Beliau juga sebelum ini pernah diasak oleh penyokong tegar Pakatan Harapan dengan beberapa soalan serupa ketika pertama kali muncul dengan tokoh pembangkang untuk melancarkan Deklarasi Rakyat akhir Mac lalu.
** FILE ** Anwar Ibrahim, left, stands next to Malaysia's Prime Minister Mahathir Mohamad during the UMNO Annual Meeting in Kuala Lumpur, Malaysia, in this June 20, 1998 file photo. A Malaysian judge on Wednesday, July 4, 2007 rejected opposition politician Anwar Ibrahim's bid to take Mahathir Mohamad to court for accusing him of being a homosexual. (AP Photo/Vincent Thian, File)
Mahathir bagaimanapun menegaskan bahawa matlamat utama Deklarasi Rakyat adalah konon demi menjatuhkan Najib seorang sahaja dan sebarang pembaharuan lain, kata beliau hanya perlu menyusul kemudian.

Awal minggu ini, beliau dilaporkan memberitahu media Australia bahawa Anwar langsung tidak sesuai menjadi Perdana Menteri kerana faktor usia bekas timbalannya itu yang sudah lanjut berbanding umur Najib sendiri.

Sehinga kini, hubungan Mahathir dan keluarga Anwar dilihat masih rapuh dengan isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden PKR dan anaknya, Nurul Izzah masih tetap enggan berkongsi pentas sama dengan beliau.

Ini termasuk ketika demonstrasi haram Bantah GST di Dataran Merdeka, ibu negara pada 2 April dan Muafakat Selamatkan Malaysia anjuran Pakatan Harapan di Padang MPAJ, Pandan dekat Kuala Lumpur sebelumnya.

Dua perhimpunan itu menampilkan Mahathir sebagai penceramah utama cuma dihadiri 1,000 orang serta diboikot secara senyap Wan Azizah dan Nurul Izzah yang enggan bersama-sama ‘diktator zalim mahafiraun’ itu.

Anwar juga sebelum ini dilaporkan turut membidas keras Deklarasi Rakyat yang dakwanya konon sebagai gagal mempamerkan pembaharuan-pembaharuan yang diinginkan oleh rakyat jelata.


Sumber TKO - 15-4-2016



Anwar layak mengundi walaupun dalam penjara – Peguam

Posted on Wednesday, April 13 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihan raya walaupun dihukum penjara lima tahun sejak Februari tahun lalu.

Peguamnya, N Surendren berkata, bukan Anwar sahaja malah semua banduan rakyat Malaysia mempunyai hak mengundi seperti diperuntukkan mengikut Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, penafian daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap hak banduan untuk mengundi akan memberi impak yang besar kepada Perlembagaan.

"Kes ini akan memberi impak kepada Perlembagaan terutamanya hak orang yang di penjara kerana perlu ingat mereka yang di penjara, hak mereka tidak hilang, mereka hanya hilang hak pergerakan. Hak-hak lain seperti hak sivil dan semua hak ‘constitutional' masih sama," katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Mahkamah Tinggi menetapkan awal Mei untuk membuat keputusan permohonan Anwar menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendapatkan deklarasi bahawa beliau layak mengundi.

Anwar memfailkan saman itu pada 6 Mei tahun lalu selepas SPR tidak membenarkannya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang diadakan 7 Mei 2015.

Dalam afidavit saman itu, Anwar berkata, beliau telah mendaftar sebagai pengundi yang sah bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh sebelum dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Persekutuan dan telah mengundi di kawasan itu pada PRU ke-13.

Sumber TKO - 123-4-2016



Anwar terlalu tua untuk jadi PM, kata Mahathir
Posted on Monday, April 11 @ 15:34:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini di penjara sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya rasa dia sudah terlalu tua," kata Mahathir kepada The Australian dalam satu wawancara yang mendakwa bahawa Anwar kini berusia 74 tahun. Anwar sebenarnya berusia 68 tahun.

"Apabila saya berumur dalam 70-an, saya buat pengumuman bahawa saya tidak lagi boleh jadi PM pada usia 80, jadi saya nyatakan bahawa saya akan letak jawatan dan saya lakukannya sebelum saya berumur 80 tahun," kata pemimpin yang sekarang berusia 91 tahun itu.

Mahathir bagaimanapun berkata, "Jika orang menyokongnya, tiada apa yang boleh saya katakan."

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri akan datang jika usaha untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjaya.

Anwar menyokong pergerakan Selamatkan Malaysia yang diterajui oleh Mahathir untuk mencapai matlamat itu.

Sumber TKO - 11-4-2016


DSAI sudah dilupakan?

Posted on Wednesday, April 06 @ 19:14:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Asaalamualaikum,,,
Kerana sibuk dengan jelajah selamatkan Malaysia bersama Mahathir, DSAI nampaknya sudah dilupakan.Mat Sabu yang lempar mic ketika perhimpunan bebaskan DSAI sudah lupa kepada mic yang dilempar itu kerana sibuk mengekori pantat Mahathir.

Rafizi Ramli yang dikatakan anak didik DSAI juga macam tu, sanggup minta maaf kepada Mahathir kerana doa laknat Dr. Badrulamin yang nampaknya satu satu pemimpin PH yang masih teguh berdiri sebagai penyokong  DSAI. DSWA yang menolak untuk bersama Mahathir dalam jelajah selamatkan Malaysia juga dipinggirkan bukan sahaja oleh PH malah oleh pemimpin kanan PKR sendiri.

DSAI sudah menyatakan pendirian tentang kempen selamatkan Malaysia bersama Mahathir, tetapi nampaknya ianya tidak dihiraukan oleh parti  rakan dan rakan rakan dalam parti sendiri,malah para macai macai pun tak endahkannya.Kesian DSAI!

LKS sudah membelakangi DSAI, Azmin Ali juga sudah membelakangi DSAI malah seorang penyokong kuat DSAI yang semakin usang bersama PAS juga tidak endah dengan apa yang DSAI kata.Tindakan DSWA memulaukan jelajah selamatkan Malaysia juga tidak dihiraukan.Apa yang penting kepada pemimpin pemimpin pejuang rakyat ini ialah Mahathir.Segala kekejaman lampau Mahathir termasuk kepada DSAI sudah dilupakan, malah DSAI sendiri turut dilupakan dan mungkin akan mereput dalam penjara walaupun PH dibentuk untuk menjadikan DSAI sebagai PM apabila menang PRU nanti.


Apa guna jawatan PM untuk DSAI, kalau awal awal lagi sudah memekakkan telinga kepada apa yang dia kata, malah usaha untuk menjatuhkan Najib juga tidak membantu DSAI dalam apa apa bentuk pun.Mungkin pengakhiran DSAI menjadi pengakhiran  yang sedih, tidak dihiraukan lagi dan mungkin sudah tiada jawatan PM untuk DSAI.

Sumber TKO - 6-4-2016



Anwar Ibrahim kritik pakatan Dr.M-Kit Siang

Posted on Wednesday, March 30 @ 22:56:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR 29 Mac - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sebagai tidak memberi penekanan kepada kuasa rakyat.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Anwar menyifatkan gerakan pakatan itu tidak memberi sebarang perubahan kepada institusi penting di negara ini selain mengurangkan kuasa rakyat.

Kata Anwar kepada pembe­rita di luar mahkamah Jalan Duta di sini semalam, apa yang dilakukan Dr. Mahathir dan Kit Siang tidak mencukupi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Kamu tidak boleh menggunakan golong­an elit untuk menentukan hala tuju negara. Ia mesti menerusi pilihan demo­krasi rakyat. Jadi, kembali kepada tadbir urus institusi dan demokrasi. Itu yang didapati kurangnya dalam deklarasi yang dibawa oleh mereka," katanya.

Tambah Anwar, badan kehakiman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan antara institusi yang perlu diubah.

Ditanya siapa yang oleh menggantikan Perdana Menteri, Anwar berkata, itu tertakluk kepada rakyat untuk menentukannya, bukan UMNO.


"Mesti ada pilihan raya yang demokrasi dan adil," katanya.

Sumber TKO - 30-3-2016



Anwar diberi peluang berjumpa pelbagai pihak

Posted on Tuesday, March 22 @ 08:34:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan mengadakan 360 perjumpaan dengan pelbagai pihak sehingga 13 Mac, sejak menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh pada Februari 2015.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata sebanyak 152 perjumpaan yang melibatkan tujuan rawatan kesihatan telah diadakan di Penjara Sungai Buloh.

Sembilan lagi rawatan telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur.

Anwar juga dibenarkan mengadakan perjumpaan dengan keluarganya sebanyak 19 kali di penjara dan 13 kali di hospital, 18 perjumpaan dengan peguam serta 33 dengan pakar psikologi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata bekas timbalan Perdana Menteri itu juga telah berjumpa dengan peguamnya sebanyak 85 kali di luar mahkamah, menghadiri perbicaraan makhamah sebanyak 24 kali, menghubungi keluarga menggunakan telefon sebanyak 38 kali,

menggunakan perpustakaan penjara sebanyak 52 kali dan menggunakan Seksyen 31 Akta Penjara selama lima kali termasuk menghadiri pengebumian bapa beliau April tahun lepas dan menemui Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam pada Jun lepas.

"Walaupun beliau tidak diberikan keistimewaan, tetapi langkah-langkah yang dilakukan oleh Jabatan Penjara adalah langkah-langkah yang terdapat dalam Akta Penjara," katanya.

Ahmad Zahid berkata selain itu, Anwar juga dibekalkan dengan beberapa keperluan yang disyorkan oleh pakar perubatan seperti katil hospital yang berspesifikasikan khas, kerusi dan meja, fasiliti mandi air panas dan sejuk, tandas duduk dan kipas di dinding.

Makanan yang dibekalkan ialah seperti bijirin, susu rendah lemak, buah kismis, kurma, madu dan minuman protein, katanya.

"Ini harus dilihat sebagai mematuhi peraturan dan pada masa yang sama diterjemahkan sebagai rasa perikemanusiaan yang tinggi oleh pihak penjara," katanya.

Ahmad Zahid juga memberitahu dewan bahawa walaupun Anwar, sebagai seorang banduan tidak dibenarkan untuk menjalani rawatan perubatan di luar negara, beliau dibenarkan untuk memilih dan membawa masuk pasukan perubatan pilihan iaitu dari George Washington University dan peralatan perubatan ke dalam negara bagi menjalankan rawatan di hospital kerajaan yang dipilih.

Katanya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semasa menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-27 di sini November lepas, juga ada membangkitkan isu rawatan kesihatan Anwar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perdana menteri telah memberikan penjelasan terhadap pendirian dan tawaran kerajaan kepada Anwar, dan Presiden Obama telah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri terhadap keputusan yang dibuat kerajaan Malaysia itu," katanya.


Anwar menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Bernama

SumberTKO - 22-3-2016



Betul ke Tun Mahathir Sampaikan Salam Kepada Anwar?? (bersama video)
Posted on Monday, March 14 @ 20:46:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ZzmA2fIFsJ0


Sedutan video daripada majlis deklarasi Anti Najib telah menyebutkan Sampaikan Salam Saya Pada Anwar - Tun Mahathir

Sumber


Anwar sokong Dr Mahathir, pembangkang bersatu guling Najib

Posted on Friday, March 04 @ 10:27:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti pembangkang dan pertubuhan sivil‎ berganding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas ketua pembangkang itu berkata, usaha mendesak Najib meletak jawatan perlu disusuli dengan reformasi institusi di Malaysia dan perselisihan peribadi haruslah diketepikan.


"Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-individu​ termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan ketua pembangkang baru-baru ini.

"Persefahaman bersama ini ​akan​ menumpukan untuk menuntut peletakan jawatan Najib selaku perdana menteri yang nyata gagal mentadbir negara," kata bekas timbalan perdana menteri yang dipecat Dr Mahathir pada 1998.

Anwar berkata, Najib bertanggungjawab meneruskan tindakan politik rakus, merosakkan institusi pemerintahan dan membebankan rakyat dengan kegawatan ekonomi yang berterusan.

"Tuntas dengan kesedaran ini maka hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihan raya yang bersih serta badan kehakiman dan media yang bebas.

"Dasar ekonomi harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama," katanya.

Anwar menyifatkan skandal yang dihadapi Najib ketika ini sebagai paling parah dalam sejarah negara dan menyebabkan imej negara terjejas di mata dunia.

"Skandal 1MDB yang melibatkan perdana menteri adalah skandal terparah dalam sejarah dan turut menjejaskan imej negara.

"Ini hanya mungkin berlaku apabila terdapat pemusatan kuasa kepada seorang perdana menteri serta kegagalan institusi kewangan, keadilan dan penguatkuasaan menjalankan tugas dengan bebas," katanya.

Anwar juga menggesa supaya perubahan kuasa perlu diambil serius dan mahu supaya agenda menjatuhkan Najib sebagai agenda utama.

"Kita juga sudah belajar dari pengalaman sejarah peralihan kuasa yang bermakna ​bukanlah peralihan tokoh semata tetapi perubahan sistem.

"Justeru itu saya tegas menggesa rakan-rakan dan rakyat bersama dalam usaha ini tanpa membataskan ia sebagai agenda peribadi mahupun permusuhan peribadi.

"Kita harus merangka halatuju baru bagi menyelamatkan negara," katanya.

Kenyataan Anwar hadir selepas Muhyiddin menyatakan kesediaan untuk menyertai himpunan pada 27 Mac ini bagi mendesak peletakan jawatan Najib sebagai perdana menteri.

Bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim pada Februari lalu mencadangkan kepada orang ramai untuk mengadakan "perhimpunan menyokong Dr Mahathir" dan permintaan peletakan jawatan terhadap Najib, dan juga peguam negara serta ketua polis negara, pada 27 Mac.


Rancangan itu mendapat sokongan daripada bekas perdana menteri Dr Mahathir dan Muhyiddin yang sudah menyatakan kesediaan untuk turut serta dalam himpunan tersebut.

Sumber TKO - 4-3-2016
















































































Kes Anwar saman SPR didengar 12 Apr

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 12 April untuk mendengar kes saman bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua lagi kerana tidak membenarkannya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei tahun lepas.
  
Timbalan Pendaftar Nor Hasniah Ab Razak menetapkan tarikh itu semasa prosiding dalam kamar dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad dan Natra Idris yang bertindak bagi pihak SPR, bekas pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan Malaysia selaku defendan.
  
Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri peguam Melissa Sasidaran mewakili Anwar.
Azizan ketika ditemui pemberita berkata kes saman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.
  
Pada 6 Mei tahun lepas, Anwar, yang juga bekas anggota Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula bagi memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi seperti diperuntukkan di bawah Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.

Selain menuntut pampasan dan kos, Anwar turut menuntut defendan-defendan mengambil tindakan susulan untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi.
  
Anwar, 69, dalam afidavit sokongan untuk menyokong tuntutannya mendakwa pada 30 April tahun lepas, peguamnya menghantar surat tuntutan kepada SPR dan Abdul Aziz untuk mengesahkan bahawa beliau layak mengundi.
  
Beliau berkata sehingga hari ini tiada jawapan daripada SPR dan Abdul Aziz, oleh itu tindakan mereka telah menafikan haknya sebagai pengundi dan ia bertentangan dengan Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.   
  
Anwar berkata deklarasi yang dipohon itu adalah untuk menegakkan haknya untuk mengundi pada PRK Permatang Pauh dan pada mana-mana pilihan raya umum (PRU) nanti.
  
Beliau mendakwa telah mendaftar sebagai pengundi yang sah bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh sebelum dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb tahun lepas dan telah mengundi di kawasan itu pada PRU ke-13, tiga tahun lepas.
  
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008. - Bernama

Sumber HD - 17-2-2016



Saya bukan manusiakah, tanya Saiful

Posted on Thursday, February 11 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Setahun selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan bekas pembantunya tampil dengan soalan: "Adakah saya ini bukan manusia" sehingga haknya sebagai "mangsa" dinafikan?

"Pada hemat saya, agaknya realiti dunia sekarang sudah terbalik.

"Manusia akan membela individu yang berkepentingan pada mereka, berkuasa, berpengaruh, berduit kaya-raya," kata Saiful Bukhari Azlan yang disabitkan mahkamah sebagai mangsa liwat bekas timbalan perdana menteri itu.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh setelah diputuskan bersalah meliwat Saiful.

Menurut Saiful, dalam masa setahun ini beliau sedia maklum dengan gerakan mahu pun kempen oleh keluarga, penyokong serta pihak-pihak tertentu untuk membebaskan bekas ketua pembangkang itu dari penjara.

Namun, beliau mengambil pendekatan untuk tidak memberi reaksi dan membiarkannya begitu sahaja.

“Pada hemat saya, sudah cukup apabila aduan saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan beliau pun telah dijatuhi hukuman. Saya mahu terus ke hadapan, tutup buku,” kata Saiful.

Beliau bagaimanapun menyelar kenyataan dalam kes itu yang didakwanya berunsur penipuan dan mengelirukan dalam kes itu.

“Antara penipuan dan spin (putar belit) yang mereka (pembangkang) lakukan adalah seperti "tuduhan palsu", "tahanan politik", perbicaraan berat sebelah, tidak dapat membela diri dan sebagainya,” ujar Saiful.

Malah, menurut Saiful penipuan yang dilakukan bukan sahaja pada rakyat Malaysia tetapi pada dunia.

“Amat malang lagi, tanpa rasa bersalah atau malu, penipuan ini disalurkan pada negara dan kerajaan di luar negara sehingga ada mereka mempercayainya dan mengambil beberapa tindakan seperti memberi "derma jutaan dolar" untuk kempen pembebasan Anwar,” katanya.

Justeru, Saiful mahu pihak yang terlibat berhenti dari terus menipu rakyat.

“Cukup-cukuplah berdusta. Dari tahun 1998 hingga kini, tak habis-habis lagi. Jika tidak takut pada manusia, takutlah pada Allah. Kasihanilah pada mereka yang kamu tipu itu,” pinta Saiful.

Sumber TKO - 11-2-2016


Perjuangan secara aman pilihan Anwar

Posted on Thursday, December 17 @ 08:01:32 MYT by paktam

Oleh Lanh 

MENGINSAFI bahawa Kongres Nasional PKR (KEADILAN) kali ke-11 pada 27-29 November lalu adalah yang pertama diadakan tanpa kehadiran Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya teringat apa yang pernah saya tulis mengenasi perjuangan beliau termasuk tuduhan kes liwatnya.

Ingatan itu semakin segar ketika menekuni kuliah Maghrib-Isyak di sebuah masjid di kampung saya di mana sang ustaz ketika membicarakan bab Fiqh Jinayah (Jenayah), mengingatkan jemaah bahawa antara kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud adalah menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.


Sang ustaz menegaskan bahawa empat orang saksi itu mesti melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan perzinaan itu dengan beliau menggambarkannya bagaikan melihat 'gincu masuk ke dalam bekasnya' - kalau gincu 'terkeluar' dari bekasnya itu pun tidak boleh, kata sang ustaz membuatkan jemaah ketawa.

Demikian bukan mudah untuk menuduh atau mempersabitkan orang melakukan zina atau liwat; bagi penuduh yang gagal mengemukakan empat orang saksi itu, dia sudah melakukan kesalahan qazaf, dia boleh dikenakan sebatan 80 kali.

Anwar kini 'terpenjara' lima tahun di Sungai Buloh di atas tuduhan liwat, namun auranya tetap dirasakan ketika Kongres dan salah seorang pemimpin yang tanpa segan meluahkannya adalah Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau ketika Kongres AMK, berkata Anwar sentiasa prihatin akan AMK dan kerajaan negeri Selangor yang kini 'bermenteri-besarkan' pemimpin KEADILAN iaitu Azmin Ali. Namun Anwar langsung tidak mengadu tentang keadaan dirinya di penjara.

"Langsung beliau tidak berkongsi apa yang dilalui oleh dirinya. Langsung tidak dikongsi penderitaan yang dilaluinya. Ini yang kita kata tokoh ketua umum kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau tidak gentar, walau jasadnya di dalam penjara, memikirkan tentang kita semua, memikirkan tentang parti yang kita cintai, memikirkan tentang rakyat yang ramai," kata Nik Nazmi.

Bagi diri penulis pula, masih ternyiang-nyiang dan terbayang peristiwa di rumah keluarga Anwar di Bukit Damansara pada 31 Oktober 2004 selepas beliau kembali dari Makkah dan Jerman.

Jam 11 pagi, di pekarangan rumahnya, Anwar disambut dengan tarian singa, bunyi-bunyian gong dan gendang. Keadaan amat sesak. Sukar untuk penulis memasuki pekarangan rumah berkenaan.

Tetapi apabila berada di dalam, keadaan amat terkawal dengan khemah dan kerusi disediakan. Kebanyakan kerusi sudah diduduki, sebahagian besarnya wanita. Mungkin mereka sudah bersedia lebih awal untuk menyambut Anwar.

Sejumlah tokoh diberi peluang berucap. Kini di kalangan mereka ada yang sudah meninggal dunia, ada yang meninggalkan parti masing-masing dan ada yang sudah berada di kemuncak kuasa. Mereka termasuklah Karpal Singh, Mahfuz Omar, Dr Hasan Ali, Lim Guan Eng dan Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar.

Apabila tiba gilirannya, Anwar yang tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih kepada supaya pihak yang mendoakan beliau, berkata beliau turut berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan mereka di depan Kaabah.

Ketika Anwar berucap, penyokongnya menjunjung sekotak besar berisi jambangan bunga untuk disampaikan kepada Anwar dan sempat juga bekas Perdana Menteri itu berlawak - mereka membawa bunga dan bukannya peluru, jadi tidak ada apa yang hendak ditakutkan.

Katanya, perjuangan beliau dan rakyat adalah secara 'aman' dan itulah yang akan diperjuangkan oleh beliau, parti politik sealiran dan NGO bagi mencorak landskap baru politik Malaysia! Ya, Anwar memilih berjuang secara aman, jauh daripada konfrontasi - harga yang perlu dibayarnya tersangat tinggi termasuklah dihumbankan ke dalam penjara!

Sumber DD - 17-12-2015



Berjayakah kita pertahan idealisme?

Posted on Monday, November 30 @ 12:44:21 MYT by paktam

Oleh Anwar Ibrahim 

Presiden yang dicintai, timbalan presiden dan pimpinan semua peringkat yang dikasihi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sering kali dalam keheningan, fikiran melayang menembusi tembok ke Segambut bersama Azizah dan keluarga. Dengan segara saya pastinya merayau menyapa teman dan pejuang yang terpaksa berhempas pulas di luar, serta kepasrahan rakyat yang diselubungi kesempitan hidup dan tekanan sistem "istibdat".


Dalam bingkisan sempena kongres kali ini, saya cenderung memberikan tumpuan ke arah penjanaan kekuatan jemaah; dengan mengajak saudara saudari berbaiah dengan khitah asas perjuangan. Dengan sendirinya landasan tersebut menolak faham kabilah; kesetiaan peribadi kepada Anwar dan tokoh lainnya.

Maka amat menyegarkan manakala membaca kenyataan tokoh-tokoh baharu dan pimpinan muda yang menyertai PKR baru-baru ini. Mereka menekankan dasar perjuangan ke arah pemerkasaan rakyat; memperjuangkan keadilan dan kemanusiaan!

Peringatan al-Quranul kareem agar menyerahkan amanah kepada ahlinya; terikat dengan akhlak dan etika serta apa yang kini diungkapkan sebagai "democratic accountability". Seharusnya pimpinan semua peringkat yang arif dengan saranan “taklif wala tasyri". Tanggungjawab bukan keistimewaan wajar menghayatinya sekali gus memaknai inti pati perjuangan.

Menyingkap teori Ibnu Khaldun mengenai pasang surut perjuangan dari tahap "umran badawi" ke "umran hadari", perjuangan kebangsaan; malah sejak gejolak reformasi sendiri – tahap awal lebih diwarnai dengan kegigihan dan keberanian tanpa sebarang habuan.

Masa beredar dan kita kini tercabar untuk menguji kekuatan dan bermuhasabah selepas merasai sedikit nikmat dan kedudukan, ditambah dengan gelaran. Justeru, saya anjurkan supaya kita kembali kepada "khitah".

W.S Rendra melontarkan mutiara kata:
      "Kesedaran adalah matahari
      Kesabaran adalah bumi
      Keberanian menjadi cakerawala
      Dan perjuangan adalah pelaksanaan
      Kata-kata."

Saya gariskan perkataan "pelaksanaan kata-kata" dengan mengajukan pertanyaan:
Apakah benar kita setia berbaiah dengan perjuangan dan tidak khayal dengan mantra pujian staf sekeliling atau kroni?

Sejauh manakah kita mengamalkan musyawarah dalam memutuskan isu dasar?

Apakah terdapat bisikan sehingga yakin dengan keegoan diri, kehandalan dan populariti peribadi mengatasi jemaah?

Tidak terjebak kah kita dengan amalan "clientehism" sepertimana yang dilontarkan penulis Francis *****uyama dalam karyanya “Political order” menjelaskan sebagai satu penyakit yang menghampiri rasuah, menganugerahkan jabatan atau habuan kepada kelompok kecil dengan mengetepikan kelayakkan dan prestasi?

Dan persoalan asas – berhasilkah kita dengan tekad mempertahankan idealisme perjuangan serta menghindari ketamakan dan kebejatan?

Tanpa kecuali, persoalan tersebut ditujukan kepada semua pimpinan di semua peringkat.
Membina ketahanan diri, membenamkan rasa iri hati dan cemburu, mengelak fitnah senang dibicarakan namun ukuran akhir adalah "pelaksanaan kata-kata!!"

Kesenjangan di antara idealisme dan kenyataan perlu dirapatkan dan dengan sendirinya terungkai permasalahan kesenjangan pendapatan golongan maha kaya dan yang miskin papa kedana.
Politik negara kian terapung, ibarat hanyut tanpa berhaluan. Keretakan kian ketara. Malangnya, rakyat terhimpit dengan tekanan hidup akibat kebijakan ekonomi yang tersasul, memelihara kepentingan kelompok maha kaya dan mendera majoriti rakyat miskin.

Justeru, saudara-saudaraku, bangunlah dengan yakin dalam saf yang kukuh – "ban yanun massus" seperti dilakar A. Samad Said:

"Berdiri kita setegap
Berdiri kita sederap,
Meragut cengkaman kawat.
Inilah tekad generasi baru
Akarnya keadilan syahda."
Reformasi! Reformasi! Reformasi! – 29 November, 2015.

* Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas ketua pembangkang.

* Ucapan ini dibaca Nurul Izzah Anwar pada Kongres Nasional PKR pada 29 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kembali-kepada-khitah-anwar-ibrahim#sthash.3EDXZ5qA.dpuf
Sumber DD - 30-11-2015
        

Obama kepada Najib: Bebaskan Anwar

Posted on Monday, November 23 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Saya dengar daripada lima orang - rakyat Malaysia dan juga rakyat Amerika Syarikat serta mereka yang dalam kedudukan untuk tahu, bahawa pada pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Razak pada 20 November lalu, Presiden Barack Obama menggesa perdana menteri Malaysia untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Permintaan itu dilaporkan atas dasar kemanusiaan, kerana kesihatan Anwar yang semakin merosot. Bagiamanapun pendirian kerajaan Amerika adalah bahawa perbicaraan Anwar adalah pincang dan bermotifkan politik, dan bahawa Anwar adalah tahanan politik.

Seorang sumber memberitahu saya bahawa jawapan Najib adalah beliau terpaksa mematuhi sistem undang-undang Malaysia. Bagi saya, ia adalah ironis bahawa Najib mahu bersembunyi di sebalik sistem undang-undang Malaysia, sedangkan dirinya sendiri tidak teragak-agak untuk menggunakan dan menyalahgunakannya untuk kepentingan politik peribadi.

Dan ia bukan hanya digunakan ke atas pembangkang sahaja lagi. Sekarang Najib menggunakannya terhadap pengkritik dalam parti sendiri, dan juga penyiasat yang semakin hampir menemui kebenaran.

Banyak yang telah berlaku sejak permainan golf terkenal pada Disember lalu. Bermula dengan Anwar yang dadapati bersalah pada Februari lalu, muka depan utama akhbar New York Times memperincikan semua dakwaan rasuah sekitar Najib dan keluarganya.

Poortal Sarawak Report pula mendedahkan lebih banyak dokumen mengenai 1MDB dan berbilion-bilion ringgit yang hilang. Semua laporan 1MDB adalah sangat rumit dan sukar difahami. Tetapi The Wall Street Journal kemudiannya menerbitkan sebuah artikel yang semua orang boleh faham. Sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) didakwa berakhir di akaun bank peribadi Najib, dan berminggu-minggu, beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana wang itu berada di akaunnnya.
Dan kemudian, secara tiba-tiba, sebahagian besar wang didakwa dibawa keluar negara lagi - tetapi tiada siapa yang tahu di mana, dan Najib tidak bercakap. Semua orang dapat memahami cerita ini - anda tidak perlu mempunyai MBA dalam kewangan antarabangsa. Kemudian New York Times melaporkan bahawa Najib dan keluarganya sedang disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi. Apa punya nama!

Bagihak-hak asasi manusia dan demokrasi, tindakan keras Najib ke atas pembangkang telah dilaporkan secara meluas oleh media barat. Pemerhati Hak Asasi Manusia baru-baru ini mengeluarkan laporan 151 muka surat berhubung "suasana ketakutan" yang dicipta oleh Najib. Tak pernah sebelum ini - 151 muka surat! Kemudian ada kumpulan Bangsa-Bangsa Bersatu yang baru-baru ini menggesa pembebasan Anwar.

Obama adalah seorang peguam. Beliau sedar bahawa keterangan dan bukti adalah mencukupi dan Najib bukanlah manusia seperti yang difikirkannya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, Obama bukannya satu-satunya pemimpin dunia yang percaya dengan retorik pembaharuan Najib.

Tetapi apabila meletakkan semuanya bersama, dan dengan berita-berita tahun ini, ia mencapai tahap di mana Obama akhirnya mengiktiraf realiti mengenai Malaysia dan Najib.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

JOHN MALOTT adalah bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia.

Sumber  TKO - 23-11-2015



Imbas kembali perbicaraan Anwar

Posted on Sunday, November 15 @ 14:07:02 MYT by paktam

Oleh Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar

Perayu di Mahkamah Rayuan diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah ketika beliau menjadi peguambela sepanjang 38 tahun sebagai peguam tidak pernah beliau menasihatkan anak guamnya memberikan kenyataan dari kandang saksi kecuali cuma jika anak guamnya, “is of low mental capacity”.

Lantas mendiang Karpal Singh menjawab dari kerusi rodanya yang mungkin rakan bijaksananya itu Shafee, “suffered from a lapse of memory”, sekalipun sudah 38 tahun menjadi peguam.

Karpal lalu mengingatkan Shafee kira-kira 20 tahun lepas, Shafee pernah mengendalikan kes DP Vijandran, bekas timbalan speaker Dewan Rakyat di mana Shafee menasihatkan anak guamnya memberikan keterangan dari kandang saksi. Lalu Karpal seterusnya bertanya kepada Shafee , adakah ini bermakna bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu , “of low mental capacity”?


Shafee juga di Mahkamah Rayuan menegaskan Jude Pereira adalah saksi yang mempunyai kredibilti dan boleh dipercayai. Lalu, bangun anak Karpal, Ram Karpal Singh yang berhujah iaitu ketika Shafee menjadi pengerusi panel kes lain di Suhakam, Shafee sendiri membuat keputusan jelas yang Pereira adalah saksi yang tidak mempunyai kredibiliti dan tidak boleh dipercayai.

Kedua-dua situasi di Mahkamah Rayuan ini dengan jelas mendedahkan pembohongan Shafee di hadapan hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang sepatutnya disusuli tindakan menghina mahkamah kerana gagal membantu mendapatkan fakta yang benar dan adil untuk membolehkan Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang adil.

Tindak tanduk Shafee di hari terakhir Mahkamah Rayuan  tidak perlu dijelaskan di sini, gagal menggambarkan profesionalisme Pejabat Peguam Megara yang diwakilinya. Sila rujuk nota dan salinan rakaman prosiding. Malah Pejabat Peguam Negara patut mengesahkan sama ada tindakan Shafee di hari terakhir prosiding Mahkamah Rayuan adalah dengan persetujuan mereka.

Seterusnya di Mahkamah Persekutuan, prosiding diteruskan ketiga-tiga anak mendiang Karpal Singh dengan amat baik sekali iaitu Gobind, Ram dan Sanjeet di mana pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram kini sebagai perayu kepada keputusan Mahkamah Rayuan.

Beliau mengejutkan semua bila mempertikaikan kredibilti Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana jika Saiful dipaksa tentunya ada kesan koyakan pada bahagian dalam dubur namun, yang peliknya Saiful membawa gel pula seolah-olah bersedia dan bersetuju diliwat. Seterusnya karpet yang dikatakan ada kesan tumpahan gel dan sebagainya didapati tidak wujud dalam unit kondominium berkenaan yang dirujuk dengan meluas sebagai, “flying carpet”.

Malah rakaman CCTV pada hari berkenaan menunjukkan Saiful masuk ke kawasan kondominium berkenaan untuk pergi ke unit lain yang tidak ada kena mengena dengan unit yang menjadi subjek tuduhan dan kemudiannya keluar dari kawasan kondominium namun tiada rakaman CCTV Saiful di lokasi unit yang menjadi subjek tuduhan pada hari dan masa berkenaan.

Justeru, jelas rakaman CCTV masuk dan keluar kawasan kondominium sengaja dibuat untuk tujuan cuba membuktikan Saiful berada di kawasan kondominium namun bukannya unit berkenaan pada tarikh dan masa yang menjadi subjek tuduhan.

Malah begitu ramai saksi saksi yang hadir bermesyuarat mengesahkan tidak melihat Saiful pada tarikh dan masa tuduhan dan anehnya pihak pendakwa tidak jadi memanggil para saksi ini ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Setiap hari pasukan perayu, berhujah dengan baik dan terperinci mengenai kes anak guam mereka, namun Shafee bukan sahaja gagal berhujah tetapi setiap hari selepas prosiding memberikan kenyataan kepada media seolah-olah setiap hari kesnya menjadi semakin kuat walhal majoriti yang hadir dalam prosiding Mahkamah Persekutuan mengetahui hakikat sebaliknya berlaku.

Shafee berhujah Pereira seorang pegawai penyiasat boleh dipercayai dan perbuatan Pereira menggunting plastik bahan bukti kononnya untuk dilabel semula walhal peguam Gobind mempertikaikan keperluan melabelkan semula bahan bukti kerana ia dilabel Jabatan Kimia.

Gobind juga mendedahkan perbuatan Pereira yang enggan mengikut arahan Jabatan Kimia untuk menyimpan bahan bukti dalam peti sejuk tetapi sebaliknya menyimpan dalam kabinet besi fail pejabatnya dengan memasang penghawa dingin pejabat 24 jam. Ini sudah jelas perbuatan tidak jujur tetapi Shafee tetap mempertahankannya.

Ram Karpal Singh mengambil masa berhari-hari berhujah isu DNA di Mahkamah Rayuan dan berjaya membuktikan DNA asal yang ada adalah pada tahap sudah rosak dan tidak dapat membantu menunjukkan apa-apa keputusan kecuali tiba-tiba selepas plastik bahan bukti digunting dan dibuka Pereira, kualitinya menjadi baik.

Ini menunjukkan ada kemungkinan besar bahan bukti  diusik dengan menggantikan DNA baharu yang diperoleh daripada tuala dan berus gigi lokap.

Shafee yang berjanji pada panel Mahkamah Persekutuan akan mengambil masa lama untuk berhujah isu teknikal DNA namun ia cuma beberapa jam kerana beliau sendiri tidak faham apa yang dicakapnya. Ini buktinya, Shafee berhujah dengan membawa graf DNA diwarnakan.

Menurut Shafee, sebenarnya graf tersebut lebih panjang tetapi ruang kertas yang sudah begitu panjang masih dikatakan terhad. Selepas Shafee menjawab beberapa soalan panel Mahkamah Persekutuan termasuk ketua hakim mengenai DNA yang Shafee dilihat menjawab dengan penuh yakin, tiba-tiba beliau berpusing ke belakang dan bertanya kepada peguam-peguam muda yang membantunya dengan berbisik agak kuat, “is that correct aah?”

Penulis berada dalam mahkamah dapat mendengarnya dengan jelas, begitu juga dengan ramai yang lain. Ini bermaksud, Shafee sendiri sebenarnya tidak yakin dengan jawapan kepada panel Mahkamah Persekutuan sekalipun sebelum itu menjawab dengan cara amat yakin.

Shafee mengejutkan semua dengan berhujah DNA boleh bertahan sehingga 60 ribu tahun dan ketua hakim negara mencelah apa sumber rujukannya, dijawab Shafee ia baru diperoleh daripada Internet semalam. Ramai yang hadir ketawa dan panel Mahkamah Persekutuan mengingatkan Shafee tentang bahan-bahan yang diambil daripada Internet tanpa sumber rujukan yang sahih.

Di sini, peguam Ram Karpal Singh bangun dan memaklumkan mahkamah benar DNA boleh bertahan sehingga 60 ribu tahun cuma, sekiranya ia DNA seekor dinasour. Sekali lagi kesemua dalam mahkamah ketawa. Selepas prosiding hari berkenaan, Shafee berterusan menyakinkan media dengan kekuatan kesnya sedangkan sebenarnya beliau dimalukan dalam mahkamah berkali-kali.
Sila rujuk nota prosiding dan juga salinan rakaman prosiding.

Shafee juga cuba menerangkan kehadiran beberapa DNA berbeza dalam dubur Saiful. Ia disebabkan 2 kemungkinan kata Shafee.

Pertama, mungkin kerana Saiful menggunakan tandas awam apabila membuang air besar dan kedua, kemungkinan doktor Pusrawi yang memeriksa dubur Saiful tidak memakai sarung tangan.

Lalu pasukan peguam perayu yang diketuai Sri Ram, berhujah balas iaitu untuk membolehkan DNA beberapa orang lelaki lain ada dalam anus Saiful apabila beliau menggunakan tandas awam untuk membuang air besar, maka dubur Saiful mestilah kena pada lantai mangkuk tandas, bolehkah air besar keluar apabila dubur melekat pada mangkuk tandas? Mahkamah riuh rendah dengan ketawa sekali lagi.

Keduanya, amat mustahil seorang doktor profesional di Pusrawi memeriksa dubur pesakit tanpa menggunakan sarung tangan melainkan doktor berkenaan seorang pengotor. Justeru, pihak doktor dan Pusrawi digesa menyaman Shafee kerana menuduh mereka memeriksa dubur Saiful tanpa memakai sarung tangan. Sekali lagi mahkamah riuh-rendah dengan ketawa.

Pada hari terakhir prosiding Mahkamah Persekutuan, Shafee gagal mendapat keizinan berhujah lagi kerana kesnya ditutup dengan sukarela olehnya sebelum itu.

Namun tiba-tiba satu drama berlaku, Shafee terbelek-belek kiri kanan serta bertanya kepada para peguam yang membantu kononnya ada satu lagi volume hujahan bertulis baharu difailkan di Mahkamah Persekutuan, lalu dijawab kesemua 5 panel hakim Mahkamah Persekutuan termasuk presiden Mahkamah Rayuan, mereka tidak menerimanya, begitu juga tiada salinan volume tambahan diterima pasukan peguambela Anwar.

Malah peguam peguam muda yang membantu Shafee juga gagal menyerahkan volume tambahan hujahan yang didakwanya pada ketika itu sekalipun membawa bertroli bahan ke mahkamah. Ketua hakim negara kemudian mengarahkan memfailkannya kemudian yang kesemua hakim akan membacanya sebelum membuat keputusan.

Kes perayu Anwar ditutup dengan percaya ia patut terus dibuang sejak mula atas pelbagai sebab yang dihujahkan termasuklah bila wujudnya DNA beberapa orang lain dalam dubur Saiful maka ia secara automatik gagal memenuhi prinsip pendakwa mesti membuktikan, “beyond reasonable doubt” dan keraguan munasabah sebenarnya berjaya ditimbulkan pasukan peguam Anwar.

Insya Allah dengan kekuasaan Allah SWT akhirnya kebenaran akan terungkai jua. Keadilan akan tertegak jua jika kita takutkan balasan Allah, api neraka di akhirat manakala di dunia biasanya doa orang yang dizalimi dimakbulkan Allah.

Malah jika semua pihak kembali memulihkan hubungan berbaik baik dengan membuang yang keruh, mengambil yang jernih dan membuat keputusan terbaik untuk negara, insya Allah segala apa yang  lepas mungkin dapat dimaafkan dan dihormati majoriti rakyat. Sedangkan nabi ampunkan umatnya, malah Nabi Muhammad SAW tetap mahu menyelamatkan umat Islam daripada api neraka dengan memberi syafaat pula. Wallahualam. – 15 November, 2015.

* Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar adalah peguambela dan peguamcara.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/imbas-kembali-perbicaraan-anwar-syed-iskandar-syed-jaafar-al-mahdzar#sthash.KWwFglVy.dpuf
Sumber DD - 15-11-2015        


Kisah sebenar Anwar di sebalik tirai besi

Posted on Friday, November 13 @ 19:34:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PUTRAJAYA – Di satu sudut, terletak sebuah katil hospital bernilai RM5,000, dan di sudut yang lain terdapat pancuran mandi air panas dan sejuk, yang dilitupi langsir untuk memastikan privasi selain menutupi tandas duduk. Sebuah kipas dinding pula menghadap ke sebuah meja tulis.

Inilah sel Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh, dan beliau tidak dikurung di dalamnya. Beliau dibenarkan bergerak bebas di koridor sepanjang  50 meter. Dan di luarnya pula, terletak kawasan yang boleh dikunjungi Anwar pada waktu petang.

Pihak berkuasa tidak melanggar sebarang peraturan untuk menempatkan Anwar, yang mengalami kecederaan bahu yang kronik tetapi tidak mengancam nyawa, akibat kemalangan jalan raya.

"Tetapi kita longgarkan banyak peraturan," kata seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan, yang memberi gambaran tentang sel Anwar.

Beliau berkata, pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh juga mengesahkan bahawa sel Anwar dicuci setiap hari bagi memastikan ia sentiasa bersih.

Pegawai itu berkata demikian bagi menjawab tuduhan para penyokong Anwar yang mendakwa pemimpin mereka dikurung di dalam sel yang kotor.

Bagi rawatan perubatannya pula, seramai 17 pakar telah merawat Anwar, yang pada masa ini mempunyai panel perubatan enam pakar untuk memantau keadaan fizikalnya.  

Enam pakar itu – tiga  dari Hospital Kuala Lumpur, dua dari Kementerian Kesihatan dan seorang dari sektor swasta – terkandung dalam tiga syor yang dikemukakan kepada Anwar pada 28 Ogos lepas.

Syor pertama ialah meneruskan rawatan konservatif,  syor kedua melakukan pembedahan Artroskopik yang memerlukan invasif yang minimum dan syor ketiga melakukan pembedahan menggantikan sendi bahu.

Pada 28 September, seorang pakar pilihan Anwar telah memeriksa bekas ketua pembangkang berusia 68 tahun itu dan bersetuju dengan tiga syor yang dikemukakan itu serta memintanya membuat pilihan. 

Berdasarkan rekod, Anwar telah bertemu doktor di Penjara Sungai Buloh sebanyak 78 kali, doktor pakar panel di Penjara Sungai Buloh sebanyak 27 kali dan mengadakan pertemuan fisioterapi di Penjara Sungai Buloh sebanyak 12 kali.

Dari Februari hingga 28 Oktober lepas, Anwar telah berjumpa dengan keluarganya di Penjara Sungai Buloh sebanyak 13 kali, di hospital (10 kali) dan di mahkamah (10 kali). 

Sementara itu,  isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR dilaporkan telah mendesak supaya Anwar dirawat di luar negara.

Tetapi pegawai berkenaan berkata, Anwar tidak perlu mendapatkan rawatan di luar negara.

Menurutnya Akta Penjara 1995 tidak membenarkan banduan dirawat di kemudahan bukan kerajaan atau mendapat rawatan di luar negara kerana segala keperluan rawatan sedia wujud di  negara ini.

"Kita mempunyai peralatan dan kepakaran untuk melakukan pembedahan Artroskopik atau pembedahan menggantikan sendi bahu - tidak kira mana satu yang dipilihnya. 

"Kita terkenal dengan pembedahan ini. Malah, ramai orang dari seluruh rantau ini datang ke negara kita untuk melakukan kedua-dua pembedahan ini," kata pegawai itu. 

"Terutamanya pembedahan Artroskopik yang senang dilakukan dan selalu dilakukan,” katanya.  
Beliau berkata, Anwar boleh ditempatkan di hospital selama tiga hingga empat minggu selepas pembedahan sehingga semua jahitan dikeluarkan dan tiada bahaya jangkitan. 

Jika Anwar masih mahukan pakar asing merawatnya di sini, "kita akan permudahkannya. Tiada masalah," kata pegawai itu.

Beliau juga berkata, Anwar dilayan dengan penuh hormat  pada setiap masa. 

"Malah, kami memberi diet khas kepada beliau termasuk bijirin, madu, kismis dan kurma dengan mengambil kira keadaannya, " kata beliau. 

Pakar-pakar perubatan juga berharap Anwar dapat membuat keputusannya dengan lebih awal bagi membolehkan mereka melakukan pembedahan pada 1 November lepas. 

"Kami berharap beliau dapat membuat keputusan dengan secepat mungkin,” kata pegawai itu.
Anwar dihukum penjara lima tahun pada Februari lepas kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan  yang berusia 23 tahun ketika kesalahan itu dilakukan pada 2008. - Bernama

Sumber TKO - 13-11-2015


Anwar nafi terima RM60 juta wang syarikat judi

Posted on Friday, November 13 @ 12:49:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menafikan menerima RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation Bhd melalui orang tengah.

“Ini semua bohong dengan niat jahat serta tidak benar,” kata Anwar.

Beliau membuat penafian itu semasa sesi soal balas yang dikendalikan oleh peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili senator Datuk S Nallakaruppan.

Shafee menamakan orang tengah itu sebagai isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, adik angkat Sukma Darmawan Saasmitadja, senator Mohd Ezam Md Noor dan isteri menteri besar Selangor Shamsidar Taharin.

Shafee mendakwa wang itu diserahkan di rumahnya di Bukit Damansara, kediaman rasmi timbalan perdana menteri dan gelanggang tenis di kondominium Tivoli Villa di ibu negara.

Anwar memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta terhadap Nallakaruppan kerana mendakwa wang itu diberikan padanya ketika menjadi timbalan perdana menteri dan kementerian kewangan.


Kenyataan itu diucapkan ketika Anwar bertanding dalam pilihan raya Permatang Pauh pada 2008. - MK

Sumber TKO - 13-11-2015



Anwar pertahan Dr Mahathir, tak salah kritik 1MDB
Posted on Saturday, November 07 @ 12:07:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melakukan sebarang kesalahan apabila bertanya soalan dan mengkritik perdana menteri berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata bekas musuh politik beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu perutusan yang disampaikan melalui peguamnya hari ini, bekas ketua pembangkang yang dipenjara kerana sabitan kes liwat itu berkata beliau bimbang mendengar Dr Mahathir disoal siasat polis semalam.


"Saya amat bimbang dengan berita yang bekas perdana menteri Malaysia Dr Mahathir menjadi subjek penyiasatan polis dalam kes fitnah jenayah dan disoal pihak polis pada 6 November," katanya.
"Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanya soalan dan menyuarakan kritikan terhadap perdana menteri mengenai krisis 1MDB," katanya.


Anwar, yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Dr Mahathir pada 1998, berkata beliau bimbang dengan siasatan polis terhadap bekas bosnya yang disiasat kerana kenyataannya mengenai 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak.

Sumber TKO - 7-11-2015



Rawatan istimewa tetapi kesihatan Anwar terus merosot?

Posted on Wednesday, November 04 @ 12:49:36 MYT by paktam

Oleh Syed Ibrahim Syed Noh

Kenyataan Timbalan Menteri dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan menerima rawatan istimewa yang tidak diberi kepada banduan yang lain tidak berasas kerana keadaan kesihatan Anwar bukan bertambah baik tetapi bertambah merosot.

Ini pada pendapat saya kerana tafsiran 'rawatan istimewa' yang berbeza yang dilaporkan kepada Nur Jazlan.


Bagi Nur Jazlan fisioterapi sebanyak 10 kali di penjara dalam tempoh 8 bulan mungkin sudah dianggap istimewa sedangkan hakikatnya rawatan berkenaan sangat sedikit dan tanpa kelengkapan yang sempurna seperti di hospital untuk memastikan kesihatan Anwar terjamin.


Beliau perlu diberi hak rawatan yang sempurna untuk merawat kesakitan saraf pada bahu kanannya dan mungkin pada tengkuknya.

Yang diminta bukan rawatan istimewa tetapi rawatan sempurna.

Kerajaan perlu bertanggungjawab jika keadaan kesihatan Anwar bertambah buruk. – 3 November,

* Penulis merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat.

Sumber DD - 4-11-2015

Harapan seorang anak

Posted on Monday, November 02 @ 14:30:53 MYT by paktam

Oleh Nurul Nuha Anwar

2 November, 2015, hari ke 267, Papa kami, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.Papa diambil daripada kami dengan cara yang tidak berperi kemanusiaan, beliau diambil daripada majoriti rakyat yang mendukung perjuangannya, dengan segala manipulasi dan helah politik yang didalangi kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

Papa diambil daripada keluarga dan rakyat, kerana beliau berjaya menggabungkan parti pembangkang, menyatukan rakyat yang berjaya menggugat pemerintahan kerajaan BN.


Justeru BN tidak mempunyai cara lain selain menghentikan gerakan politik Anwar. Jelas, penahanan beliau bermotifkan politik dan "jenayah" sebenar beliau adalah kerana BN hampir kehilangan kuasa.

 Justeru, saya mewakili Mama saya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan adik beradik,  merakamkan rasa hiba kami, memikirkan bagaimana keadaan Papa di penjara.

Pada usianya yang sudah menjangkau 68 tahun, yang sepatutnya digunakan untuk berehat dan beriadah bersama keluarga.

Namun,  kebahagian dan ketenangan itu dikorbankan demi sebuah perjuangan yang panjang. Papa, seorang sosok pemimpin yang amat kental jiwanya. Sentiasa merasai denyut nadi kesusahan rakyat, sentiasa "dahaga" untuk terus memperjuangkan reformasi dalam negara.

Papa sentiasa meletakkan kepentingan rakyat terbanyak lebih utama daripada dirinya sendiri, dengan memegang prinsip, sentiasa membela golongan yang teraniaya.

Akibat perjuangan beliau, Papa menjadi ancaman kepada "sang penguasa" yang rakus. Sewaktu menjadi pemimpin pelajar serta pemimpin ABIM, beliau dipenjarakan selama 18 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerana memimpin demonstrasi aman memperjuangkan hak rakyat miskin di Baling, Kedah.

Pada 1998, sekali lagi Papa dipenjarakan selama enam tahun, dipukul dan dianiaya kejam dalam tahanan polis. Walaupun ini merupakan kali ketiga Papa dipenjarakan, pemenjaraan ini masih tidak mudah bagi kami kerana kami tahu Papa tidak bersalah.

Juga bagi rakyat Malaysia, secara majoritinya yakin Anwar tidak bersalah.

Walau apa pun yang berlaku, Papa tetap relevan dalam politik Malaysia.

Antara berita baik yang kami terima pada bulan September lepas, sebuah organisasi, Working Group for Arbitrary Detention di bawah Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB), mengeluarkan kenyataan hasil analisis mereka pemenjaraan Anwar melanggar hak hak asasi manusia.
Seterusnya, badan itu  menggesa Kerajaan Malaysia membebaskan beliau segera.

Alhamdulillah, ini merupakan satu pengiktirafan ke atas kepercayaan kami selama ini, iaitu Papa tidak bersalah dan pemenjaraan beliau merupakan suatu konspirasi politik.

Kerana itu, kami menggesa, Malaysia yang menduduki kerusi di Majlis Keselamatan PBB, untuk segera mengiktiraf keputusan ini dan membebaskan Papa.

Gesaan badan organisasi PBB ini amat bertepatan dengan keadaan papa ketika ini.

Pada tahap ini, kami sekeluarga amat risaukan kesihatan Papa, dalam beberapa perjumpaan di mahkamah, beliau sering mengadu sakit di bahu, kesakitan yang amat sangat dirasai sejak bulan Mac 2015 lagi.

Walaupun pihak penjara kini sudah membenarkan beliau mendapatkan rawatan dan pembedahan, keluarga kami masih amat resah dan gelisah memikirkan kesan sampingan yang akan dialami beliau, pasca pembedahan.

Kami sekeluarga amat bimbang, proses pemulihan akibat pembedahan akan terganggu jika beliau terus diheret ke dalam penjara, dalam keadaan bekalan dan peralatan perubatan yang tidak mencukupi. Jika keadaan ini berlaku, sudah tentu papa tidak akan pulih sepenuhnya.

Keadaan Papa sebeginilah yang sering menyentuh minda dan jiwa kami. Papa sering menyebutkan, "Tiada perjuangan tanpa pengorbanan".

Ternyata ujian yang keluarga kami lalui serta mahalnya harga yang keluarga kami terpaksa bayar, untuk perjuangan beliau. Mesej beliau kepada kami, setiap kali kami menziarahinya ialah rapatkan silaturahim antara keluarga, istiqamah dan terus gigih berjuang.

Dengan kekuatan yang Allah berikan, walaupun ianya dalam keadaan yang amat sukar, kami akan terus berjuang hingga Papa dibebaskan. Saya percaya, jika keadilan tidak dapat dikecapi di dunia ini, kita akan dapat menghitung kembali di neraca keadilan Allah di akhirat kelak, insya Allah.
Selaku rakyat Malaysia yang prihatin, visi saya jelas.

Saya mahukan masa hadapan untuk rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama, hidup  harmoni, menikmati hasil bumi tanah air ini yang kaya dan penuh berkat, dengan sistem pemerintahan yang adil dapat menjamin keselamatan semua rakyat yang diketuai pemimpin-pemimpin yang jujur dan pedulikan rakyat. – 2 November, 2015.

* Nurul Nuha Anwar ialah anak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/harapan-seorang-anak-nurul-nuha-anwar#sthash.7528pGUp.dpuf
Sumber DD - 2-11-2015        

Anwar gagal saman terhadap Anifah Aman

Posted on Thursday, October 29 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR -  Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi gagal dalam tuntutan saman terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berhubung kenyataan menteri itu dalam satu sidang akhbar di Washington lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid menolak saman itu selepas mendapati Anwar selaku plaintif gagal membuktikan tuntutan terhadap defendan.

"Selepas merujuk kesemua keterangan dan menggunakan imbangan kebarangkalian, plaintif gagal membuktikan tuntutan.

"Mahkamah menolak tuntutan saman plaintif,"katanya

Mahkamah turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM20,000.

Peguam Razlan Hadri Zulkifli  mewakili Anwar manakala Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Anifah.

Dalam saman yang difailkan 27 Mei 2009, Anwar mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington, ketika Setiausaha Negara AS Hillary Clinton hadir telah mencemar imej beliau.

Anwar mendakwa Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak memegang jawatan politik dan sebarang jawatan lain, dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan Anifah, yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah merosakkan keperibadiannya dan secara langsung atau tidak, menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup. - SH


Sumber TKO - 29-10-2015


Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung tuduhan tentang Bersih 3.0
Posted on Wednesday, October 28 @ 18:09:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012, kerana mendapati rayuan beliau tidak mempunyai asas.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim berkata rayuan Anwar tidak dapat dipertahankan dan didapati tidak berasas berikutan keadaan yang wujud bagi tiga tuduhan yang dikenakan terhadap beliau di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA).


Beliau merujuk kepada fakta bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan tetapi tidak dilepaskan Mahkamah Sesyen pada 10 Januari tahun lepas, daripada kesemua tiga tuduhan berkaitan perhimpunan berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 28 April 2012.

Menurut undang-undang, seseorang yang dibebaskan tetapi tidak dilepaskan, tidak bebas sepenuhnya kerana boleh dikenakan semula pertuduhan.

Pada perbicaraan hari ini, peguam Ram Karpal Singh memberitahu mahkamah pihak pendakwa tidak meneruskan pertuduhan terhadap anak guamnya (Anwar) kerana perintah mahkamah yang menjadi asas bagi pertuduhan itu diketepikan.

Pada 26 April 2012, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah melarang perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, perintah itu dibatalkan Mahkamah Rayuan pada 6 Jun tahun lepas setelah memutuskan perintah itu tidak sah.

Anwar, 68, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak rujukan yang dibuatnya terhadap kesalahan Seksyen 4(1) (c) dan Seksyen (2) (c) PAA, yang melarang diadakan protes jalanan dalam cubaan mengetepikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya mengikut akta itu.

Pada 22 Mei 2012, Anwar dituduh bersama-sama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan bekas ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin menyertai satu protes jalanan pada 28 April 2012.

Mereka juga dikenakan pertuduhan kedua, iaitu bersubahat dengan timbalan ketua PKR Rasah, Tangam Raju, peguam Rajesh Kumar Gejinder dan pemandu van, Farhan Ibrahim dengan menghasut mereka supaya mengalihkan besi pengadang di Jalan Raja, Kuala Lumpur, pada hari sama.

Pada 2 Julai 2012, ketiga-tiga mereka dikenakan pertuduhan ketiga iaitu berkomplot dengan Tangam, Rajesh, Farhan dan lima penyokong lain Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) untuk mengingkari perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April 2012 yang melarang diadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei 2012.

Pada 10 Januari tahun lepas, Mahkamah Sesyen mengeluarkan perintah membebaskan tetapi tidak melepaskan Anwar, Mohamed Azmin, Badrul Hisham, Tangam, Rajesh dan Farhan setelah memutuskan tuduhan terhadap mereka tidak berasas dan tidak lengkap, berikutan keputusan Mahkamah Rayuan perintah Mahkamah Majistret melarang perhimpunan itu diadakan tidak sah.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah rayuan akhirnya pada 10 Februari tahun ini untuk mengetepikan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ditolak.

Terdahulu, Ram Karpal memohon mahkamah mengambil langkah sewajarnya kerana kata beliau, perkara itu sudah sampai ke penghujungnya apabila Anwar dibebaskan tetapi tidak dilepaskan Mahkamah Majistret.

"Oleh kerana tiada lagi tuduhan yang dikenakan di mahkamah dan perintah majistret sudah menjadi tidak sah, maka tiada apa lagi yang perlu kita hujahkan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamed Hanafiah Zakaria berkata perkara itu sudah bersifat akademik dan rayuan Anwar perlu diketepikan.


Anwar, yang memakai sut biru gelap, hadir di mahkamah dengan diiringi para pegawai penjara. Hadir sama, isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak dan cucu mereka. - Bernama

Sumber TKO - 28-10-2015


Anwar saman Dr Mazlan, Utusan dan TV3

Posted on Friday, October 16 @ 07:02:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap bekas calon BN Permatang Pauh dan dua lagi atas dakwaan mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara, dua tahun lalu.

Anwar, 64, memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil dengan menamakan Dr Mazlan Ismail, Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam saman yang difailkan melalui firma Guaman Tetuan Karpal Singh & Co itu, Anwar mendakwa Mazlan telah menyebabkan TV3 menyiarkan perkataan fitnah yang disiarkan di Buletin Utama pada 8 malam 2 Ogos 2013.

Anwar juga mendakwa Mazlan menyebabkan perkataan fitnah itu diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.

Dia mendakwa Mazlan mengadakan persidangan media yang didakwa mengandungi perkataan fitnah itu.

Anwar mendakwa perkataan fitnah itu merupakan fitnah serius dan berniat jahat oleh defendan yang membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah, melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.

Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan semula perkataan fitnah itu.

- Bernama

Sumber TKO - 16-10-2015


Anwar gembira Saifuddin sertai PKR

Posted on Thursday, October 15 @ 12:47:33 MYT by paktam

Walaupun sakit, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa gembira apabila dimaklumkan bahawa bekas anggota majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyertai parti itu.

Berita itu dikongsikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur ketika Anwar membuat permohonan qazaf berhubung tuduhan liwat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

"Anwar kurang sihat sikit tapi dia nampak gembira apabila mengetahui (Datuk) Saifuddin Abdullah menyertai PKR hari ini.

"Anwar harap lebih ramai lagi yang akan menyertai PKR," katanya.-Mkini

Sumber DD - 15-10-2015

Kasihan Anwar Ibrahim

Posted on Wednesday, October 07 @ 10:34:22 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta berhubung kes samannya terhadap Utusan Malaysia.Namun, bukan kes samannya itu yang menarik perhatian, tetapi keadaannya yang ketika ini jelas begitu uzur dan memerlukan rawatan, lebih menggamit perasaan.

Anwar (gambar, kanan) kelihatan lebih kurus, cengkung dan rambutnya juga mulai gugur. Walaupun ketika beliau tersenyum, rasanya seperti ingin menitis air mata menatap wajahnya.

Apa yang diminta Anwar hanyalah rawatan kesihatan. Beliau tidak minta lebih daripada itu.

Walau bagaimana sekalipun persepsi dan penilaian kita terhadapnya, melihat keadaan terbarunya ini, pasti setidak-tidaknya menerbitkan secebis rasa simpati dan kasihan dengannya.

Tidak lama sebelum ini, seorang bekas ahli Parlimen yang berkesempatan melawat Anwar di Penjara Sungai Buloh ada menyampaikan keluhan keadaan bekas timbalan perdana menteri itu di penjara sekarang lebih "teruk" walaupun yang menjadi menteri dalam negeri adalah kenalan baiknya suatu ketika dahulu.

Menurut bekas ahli Parlimen itu lagi, Anwar mengeluh kerana beberapa permintaannya yang di bawah bidang kuasa menteri dalam negeri ditolak begitu saja dan ia berbeza ketika beliau dipenjara kali pertama di mana Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi menteri dalam negeri pada waktu itu.

Kata beliau, Anwar berseloroh, "Tun Mahathir pun tak buat aku macam ni."

Kepada menteri dalam negeri yang sudah menjadi timbalan perdana menteri sekarang, tidak memercikkah titis simpati, walaupun sedikit pun, melihat keadaan Anwar ini? – shahbudindotcom.blogspot.my


Sumber DD - 7-10-2015         

Komplot PKR wujud bila Anwar tiada
Posted on Wednesday, October 07 @ 16:09:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Dakwaan wujud komplot untuk menggulingkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkait rapat dengan kuasa.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, ketiadaan bekas Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara langsung menyebabkan kedudukan tersebut terancam.

“Masalah kuasa dalam mana-mana parti di dunia ini sama sahaja kerana ia merupakan subjek kepada kepimpinan seseorang ketua itu.

“Sekiranya ketua itu kuat dari segi kepimpinannya maka mereka mempunyai kuasa untuk mempertahankan kedudukan mereka. Perkara ini sedang dihadapi oleh PKR buat masa sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin menerusi blognya mendakwa wujud pihak dipercayai didalangi beberapa pemimpin parti yang kurang senang dengan tindakan Wan Azizah mengenai penyertaan PKR dalam Pakatan Harapan pada 22 September lalu.

Selain itu, beliau turut mendedahkan pengumuman Wan Azizah itu tidak disenangi 25 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang sekali gus membawa kepada wujudnya satu petisyen mendesak supaya menarik balik kerjasama tersebut.

Mengulas lanjut, Samsul Adabi berkata, dalam sosiologi politik, individu yang mengelilingi kuasa itu mempunyai kepentingan tersendiri.

Menurutnya, kejayaan PR sebelum ini berkait rapat dengan kepimpinan karismatik Anwar sewaktu menjadi ketua pembangkang.

“Ini adalah salah satu faktor kejayaan parti-parti pembangkang yang disumbangkan oleh Anwar.

“Anwar merupakan aset besar kepada momentum PR sebelum ini dan perpecahan berlaku apabila beliau tidak berada secara langsung,” katanya.

Ditanya mengenai keutuhan dan kelangsungan perjalanan Pakatan Harapan yang baharu ditubuhkan, Samsu Adabi berkata, selagi parti-parti pembangkang mempunyai hasrat bersama untuk menumbangkan BN dan menakluki Putrajaya, mereka akan terus bersama.

Katanya, pergolakan dalam PKR sedikit sebanyak sudah pasti akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan. - Sinar


Sumber TKO - 7-10-2015


DSAI kata nak bersara, kenapa pilih dia jadi PM lagi?

Posted on Wednesday, September 23 @ 06:03:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Assalamualaikum,, 

Macam dah tak ada orang lain! itulah persepsi yang hadir bila mana  DSAI diumum sebagai PM kalau PH menang pilihanraya.Kenapa DSAI? Bukankah sejurus selepas PRU 13 DSAI kata dia akan bersara dari politik selepas membetulkan politik negara yang tidak betul? Selepas Kajang Move pula DSAI dipenjara oleh penangan Saifol satu kelab dengan pelanggar bai'ah PAN yang bersama membentuk Pakatan Harapan (PH) hari ini.PH masih menaruh harapan kepada DSAI yang sedang merengkuk di sebalik pagar besi di penjara Sungai Buluh.
Betul ker DSAI mahu bersara? atau hanya acahan keanak anakan, sebab Kajang Move menampakkan cita citanya nak jadi orang nombor satu kalau tak di negara di negeripun cukup. Mungkin DSAI tidak bermaksud mahu bersara, dia cuma berkata untuk memperdayakan orang orang yang mahu dia bersara.

DSAI masih menyimpan cita cita jadi PM walaupun dia ditewaskan oleh Saifol dan Pakatan Harapan ialah harapan barunya ke PutraJaya.Ini agenda DSAI, sebab itu nampak sangat orang yang bersungguh sungguh menjayakan agenda ini ialah isterinya DSWA.PH membawa cita cita DSAI untuk jadi PM dan dalam proses itu nampaknya ramai yang terpedaya terutama yang pernah jadi jebon semasa dalam PAS.Maaf Dr Badrulamin, Jebon  bukan menghukum orang yang berbeza pendapat, tetapi kumpulan manusia yang berpakat dalam gelap untuk menjatuhkan presiden PAS.

Tapi jangan lupa satu perkara, agenda DAP, mereka bukanlah jenis mudah diperdaya, jadi menjadi sebab yang kuat untuk percaya DAP ada misinya tersendiri kerana bersetuju dengan PH.

Sumber TKO - 23-9-2015


Kalau Rundingan Meja Bulat Bukan Setakat Muafakat Politik Kenapa Sebelum Ini Anwar Diam Dalam Isu DAP-PAS?
Posted on Monday, September 21 @ 21:43:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Saya ingin mengulas sedikit mengenai kenyataan Anwar Ibrahim. Semenjak kebelakangan ini isu-isu Anwar tidak lagi menjadi perhatian kepada rakyat, malah kepada ahli PKR sendiri. Berita mengenai Anwar semacam terpencil. Misal berita Anwar perlukan rawatan pembedahan tidak disarkan oleh Malaysiakini dan Malaysian Insider sebagai tajuk besar.

Anwar ada membuat kenyataan berkenaan Rundingan Meja Bulat. Saya pun telah mengulas sebelum ini pasal rundingan meja bulat (sila baca di sini).

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru parti pembangkang termasuk NGO supaya mengetepikan perbezaan bagi mewujudkan muafakat politik baru demi membawa perubahan kepada negara.

Menurutnya lagi, usaha rundingan meja bulat sebagai langkah untuk menyelamatkan Malaysia dengan menggembleng tenaga semua pihak yang komited kepada reformasi, keadilan dan kedaulatan undang-undang.

Katanya "Walau saya di penjara, saya tetap dapat merasai kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang ringgit, penggunaan retorik perkauman yang semakin meningkat dan skandal 1MDB yang tidak berkesudahan.

"Dalam keadaan genting ini, kita perlu mengetepikan perbezaan dan maju ke hadapan untuk membentuk alternatif yang berdaya maju, adil dan demokratik berbanding kerajaan sedia ada"


Saya terfikir, jika benar Anwar prihatin nasib rakyat, kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat sudah tentu Anwar tidak akan bersetuju dengan "Kajang Move".


Sampai sekarang saya masih tidak boleh menerima hanya kerana mahu menyelesaiakan krisis dalam PKR, Kajang Move diadakan. Rakyat dibohongi dengan pelbagai alasan kononnya UMNO @ BN akan menawan Selangor kerana kedudukan TS Khalid Ibrahim. Malah macam-macam perkara berkenaan TS Khalid Ibrahim telah diada-adakan sehingga akhirnya sekarang terbukti tidak benar sama sekali.

Rakyat tidak memaafkan perkara ini.

Saya juga tidak faham kenapa Anwar Ibrahim perlu menjadi Menteri Besar Selangor dalam projek Kajang move? Lagi saya tidak faham perkara di sorot kepada pengetahuan rakyat dengan pelbagai alasan, sedangkan semasa perjumpaan dengan PAS telah dijelaskan Anwar perlu menjadi Menteri Besar?

Sehingga terfikir dalam fikiran saya, adakah ini kerana harta kerajaan negeri Selangor yang begitu banyak sekali melebih 40 billion? (rizab sahaja 3.2 bliion. Tapi saya tak kisah rizab sebab itu bukan mudah nak dikeluarkan tapi saya sangat bimbang harta dalam bentuk GLC)

Saya juga melihat dan meneliti peranan Anwar Ibrahim dalam isu DAP-PAS bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat. Jika benar Pakatan Rakyat penting untuk maufakat bagi menanggani kerisauan dan kebimbangan rakyat terhadap isu ekonomi, kehormonian dan hak bersuara sudah tentu Anwar tidak membiarkan DAP menyerang PAS setiap hari lebih dari sebulan sedangkan itu adalah rakan pakatan rakyat.







(sumber https://albangikuching.wordpress.com)

Terfikir saya di mana Anwar Ibrahim ketika DAP menyerang PAS dan mempelekehkan Presiden PAS? Adakah Anwar bersama dengan kumpulan GHB yang ingin menguasai PAS dalam Muktamar PAS ke-61?

Minta maaf jika saya kata sikap Anwar berubah selepas Perhimpunan BERSIH 4. Anwar mula sedar PKR perlukan PAS bukan GHB (AMANAH) yang didokong selama ini.

Apa yang boleh saya kata, Anwar sudah silap perhitungan. Persidangan meja bulat akan diadakan esok di Hotel Empire, Subang Jaya bermula jam 10 pagi. Sama-sama kita lihat politik cari makan dengan politik yang Islam ajar. Semoga ALlah kekal kita dengan perjuanganNya.


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 21-9-2015


Anwar Tenggelam Dalam Bersih 4
Posted on Monday, August 31 @ 23:15:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sebelum Bersih 4, seorang kawan rapat saya membuat teori bahawa PKR akan "hijack" himpunan Bersih ini dengan agenda parti mereka. Menurut kawan saya, untuk merealisasikan strategi ini PKR telah menempatkan orang-orang mereka lima lokasi perhimpunan ke Dataran Merdeka iaitu Brickfields, Pasar Seni, Masjid Negara, Sogo dan Menara Maybank.

Katanya lagi PKR kerahkan semua MP dan macai-macai mereka disetiap checkpoint, kemudian mereka akan supply 700 crowd controller.

Mula-mula saya fikir ada logik juga, macam nak menulis perkara di blog ini, tapi 2 kali fikir rasa malas pula.

Bila Bersih 4 berlaku, bukan sahaja crowd controller tak ada, MP dan bos PKR pun tenggelam macam budak-budak biasa datang himpunan bersih aje.


Azmin Ali duduk bersila dengan air mineral sebotol sekadar datang tunjuk muka. Kalau tak datang macam-macam gossip keluar dalam whatsapp atau facebook.


Saifuddin Nasution pula macam remaja nakal yang ponteng sekolah dengan gelagat kononnya cool.


Manakala Rafizi pun sama dengan beg galas, macam budak sekolah. Yang lain saya tak larat nak post di sini. Semuanya datang tanpa agenda yang mantap.

Saya pun nampak Bersih 4 tak ada hala tuju yang jitu sekadar nampak hadir dan kesungguhan bermalam di jalan raya.

Dengan 2 banner untuk bebas Anwar dalam perhimpunan yang kononnya hadir  ½ juta manusia, saya rasa PKR gagal mengumpul ahli terutama Melayu untuk menunjukkan sikap yang jelas terhadap Anwar Ibrahim. Ketua AMK rasanya tak mampu untuk menambat hati pemuda perlu diganti.

Bukan Melayu, terutama Cina hadir lebih 90% menunjukkan DAP telah berjaya mendominasi perhimpunan ini. Mereka sedar akan kepentingan ekonomi sebab perhimpunan kali ini adalah kerana masalah ekonomi negara makin teruk.

Cina datang dengan tujuan memberikan sokongan kepada DAP untuk memastikan pemerintah BN menjalankan amanah dan memulihkan ekonomi. Itu teras mereka. Sebab itu berkali-kali Lim Kit Sing bersedia berUG dengan BN asalkan mereka turunkan Najib dan pulihkan ekonomi. Lim Kit Siang jelas halatujunya berUG dengan BN tak apa, asalkan ekonomi negara pulih.

Anwar sekadar tempelan sahaja. Tak lebih daripada itu.


Manakala Wan Azizah datang seperti menonton bola dengan bendera di tangan menggantikan kipas tanpa suatu tujuan yang khusus melainkan hadir sebagai bos PKR yang mungkin akan berucap di pentas jika di minta.



Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
 


Sumber TKO - 31-8-2015

Kita harus bertindak dan selamatkan Malaysia tercinta!

Posted on Friday, August 28 @ 12:32:53 MYT by paklang

Oleh DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Gegaran Merdeka menandakan berakhirnya pemerintahan penjajahan curang kerana penindasan dan kezaliman.

Merdeka juga mengusung gagasan besar dan keyakinan baru; menegak keadilan dan negara hukum serta memacu pertumbuhan dengan jaminan pengagihan saksama. Walhasil, Merdeka 2015 dinodai keserakahan dan ketamakan; ekonomi meruncing dan kehidupan rakyat terus melarat.


 Terdapat ketimpangan luar biasa diantara cita-cita luhur kemerdekaan dan sekatan ke atas kebebasan rakyat. Institusi hukum tercemar dan kesenjangan pendapatan terus melebar. Kita harus bertindak dan selamatkan Malaysia tercinta!

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
27 Ogos 2015

Sumber DD - 28-8-2015

Jangan dera keluarga saya, Anwar rayu kepada Zahid
Posted on Wednesday, August 19 @ 17:45:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara merayu menteri dalam negeri supaya membenarkan keluarganya dan peguam berjumpa dengannya.

Dalam satu pesanan lisan ringkas selepas muncul di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini, Anwar meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak "mendera" ahli keluarganya dengan menyekat akses mereka kepadanya.
"Saya minta pertimbangan Zahid berkaitan urusan keluarga dan peguam. Semuanya terlalu ketat. Nak dera Anwar, faham. Saya faham. Itu saya tak ada masalah.
"Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah... bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh.
"Saya minta Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam," kata Anwar.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Ogos, 2015Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Ogos, 2015 Terdahulu hari ini, anak Anwar, Naib Presiden PKR Nurul Izzah memberitahu media pihak penjara mengenakan sekatan kepada bapanya daripada dilawati ahli keluarga, doktor dan peguam sejak seminggu lalu.

Beliau berkata, ia bermula pada hari Zahid mendedahkan wujud satu plot melibatkan ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui suatu akuan berkanun.

Zahid ialah timbalan perdana menteri. Pada masa sama beliau juga menteri dalam negeri yang menyelia Jabatan Penjara.

Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul juga berkata, Anwar dinafikan rawatan perubatan yang diperlukan untuk pelbagai penyakit dihidapi beliau, walaupun Najib pada Jun mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan memberikan rawatan kepada pemimpin PKR itu.

Anwar di mahkamah hari ini berkata, anak lelakinya yang akan pergi ke luar negara tidak lama lagi dihalang daripada melawatnya.

Bekas ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan liwat selepas gagal membatalkan sabitan itu pada Februari.

Sumber TKO - 19-8-2015


Putrajaya sekat akses kepada Anwar selepas teori jatuhkan Najib - Nurul Izzah
Posted on Wednesday, August 19 @ 14:54:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PKR mendakwa Putrajaya mengambil tindakan menyekat akses kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas wujud teori terdapat usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pihak penjara mengenakan sekatan kepada bapanya daripada dilawati ahli keluarga, doktor dan peguam sejak seminggu lalu ketika Najib berdepan dengan kemelut dalaman Umno.


"Sejak seminggu lalu, terutamanya selepas khabar angin beberapa ahli Umno cuba membeli atau menyiapkan kenyataan Akuan Bersumpah (SD), pihak berkuasa penjara menyekat akses ke atas Anwar.

"Maksudnya daripada segi lawatan ke atas keluarga, akses kepada doktor dan peguam. Ini semua seolah-olah bermotifkan politik," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Najib ketika ini menghadapi kemelut dalaman Umno susulan beberapa kontroversi dan skandal yang terpalit pada dirinya.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan wujud plot untuk menjatuhkan Najib yang sedang dirancang pemimpin Umno sendiri.

Zahid mendedahkan pemimpin Umno itu sedang mengetuai plot dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.

Beliau berkata mereka sedang mendapatkan tandatangan kedua-dua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang untuk SD bagi menukar kerajaan.

Nurul Izzah berkata, pada hari pendedahan dibuat Zahid, pihak penjara membatalkan lawatan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bertemu Anwar yang masih lagi penasihat ekonomi negeri Selangor.

"Malah lawatan Azmin atas kapasiti Anwar yang masih penasihat ekonomi negeri Selangor juga dibatalkan serta-merta.

"Ia hari sama kenyataan pelbagai teori yang dikeluarkan oleh Zahid," katanya.

Selain itu, sekatan juga dibuat melibatkan pemimpin pembangkang, peguam dan keluarga, malah Anwar juga disekat daripada ke perpustakaan dalam penjara, kata Izzah.

"Mereka cuba menghalang pemimpin pembangkang, sama ada Lim Kit Siang, Rafizi Ramli atau Azmin daripada bersalam dengan beliau semasa di mahkamah.

"Mereka mengurangkan masa pertemuan dengan peguam daripada 2 jam kebiasaannya kepada kurang 45 minit, kurangkan akses ke perpustakaan di mana Anwar berada dalam penjara kebanyakan masa dan masa lawatan keluarga juga dikurangkan," katanya.

Pada sidang media sama, Ketua Whip Parlimen PKR Datuk Johari menyatakan bantahan penafian rawatan perubatan kerajaan kepada Anwar yang ketika ini berdepan masalah kecederaan bahu.
"Kami pimpinan PKR membantah keras penafian rawatan perubatan kerajaan untuk Anwar.

"Kecederaan serius yang dialami Anwar diketahui Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara dan hospital. Kecederaan ini menyebabkan kesakitan berterusan kepada Anwar yang mendesak keperluan pembedahan dibuat ke atas kecederaan bahunya dengan kadar segera," kata Johari.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu juga membidas tindakan kerajaan yang tidak mengendahkan permintaan mereka walaupun Najib sendiri sebelum ini memberi jaminan akan memberi rawatan sebaiknya kepada Anwar.

"Kami sudah memohon dan merayu rawatan untuk penyelesaian masalah tersebut secara terus dan melalui peguam kami.

"Rayuan kami setakat ini tidak diendahkan pihak berkuasa," katanya.

Johari menggesa Anwar dibenarkan diperiksa doktor yang dipilih keluarganya dan jika perlu dimasukkan ke wad ia mesti dilakukan dengan kadar segera.

"Menteri dalam negeri, pengarah Jabatan Penjara dan kerajaan bertanggungjawab penuh atas keperluan perubatan untuk Anwar dan akibat kepada tahap kesihatannya jika permintaan kami hari ini masih tidak lagi diendahkan," katanya.

Bulan lalu, Anwar dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan ke atas kecederaan bahunya yang serius kesan kemalangan kereta tahun lalu.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun sejak 10 Februari lalu kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sumber TKO - 19-8-2015


Tolong benarkan Anwar dibedah - Nurul Izzah
Posted on Wednesday, August 19 @ 14:34:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA - PKR mendesak kerajaan agar prihatin dengan keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin serius.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata,  Kementerian Dalam Negeri ( KDN ),  Jabatan Penjara dan pihak hospital sudah maklum mengenai kecederaan bahu yang dialami bapanya itu.

Menurut beliau, kecederaan itu sudah bertambah buruk, menyebabkan ketidak selesaan dan kesakitan kepada Anwar.

"Kecederaan ini menyebabkan kesakitan berterusan kepada Datuk Seri Anwar dan mendesak untuk dilakukan pembedahan dalam kadar segera.

"Kami telah memohon dan merayu rawatan dan penyelesaian untuk masalah tersebut secara terus dan juga melalui peguam kami. (Bagaimanapun ) rayuan kami setakat ini tidak diendahkan oleh pihak berkuasa, " katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan sebentar tadi.

Pada Julai lalu Anwar sekali lagi di masukkan ke Hospital Kuala Lumpur susulan kecederaan bahu yang dialaminya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tweetnya meminta pihak bertanggungjawab memberikan rawatan yang terbaik kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Nurul Izzah berharap, perdana menteri mengotakan janjinya dan segera memberikan rawatan sewajarnya kepada bapanya.

Ahli Parlimen Kuala Langat,  Abdullah Sani berkata, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi rawatan kepada penghuni penjara.

"Tolonglah ini rayuan kami. Tolonglah (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi ada sikap perikemanusiaan pada Datuk Seri Anwar," katanya.

Bekas Ketua Pembangkang itu dimasukkan ke penjara Februari lalu setelah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap beliau. - Sinar


Sumber TKO - 19-8-2015















































































































Apabila Anwar dikencing sekencing-kencingnya oleh DAP
Posted on Monday, August 17 @ 19:40:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Akhirnya dalang tercetusnya Langkah Kajang terbongkar.Saifuddin Nasution akhirnya melutut minta maaf kepada TS Khalid Ibrahim atas tuduhan fitnahnya kepada TSKI.

Selama berminggu-minggu TSKI dan Presiden PAS TG Haji Hadi dimaki hamun,difitnah akhirnya semua rakyat tahu siapa punya angkara dalam kes MB Selangor.

Rupa-rupanya dalam PKR juga ada GHB.Dalam kes ini Wan Azizah dan DS Anwar Ibrahim telah "dikencing sekencing-kencingnya" oleh GHB PKR Saifuddin dan Rafizi.

Yang pasti DAP paling gembira.Pertama, kerana Presiden PAS dihina dan dimaki oleh ahlinya sendiri(GHB PAS) dan yang kedua,TSKI dapat diturunkan.

Cumanya,harapan DAP mahu angkat Wan Azizah sebagai MB tidak kesampaian hasil kebijaksanaan TG Haji Hadi memintas rancangan jahat DAP.

Rupanya dalam PKR pun ada GHB macam dalam PAS.Kedua GHB samada dalam PAS dan PKR dibiayai oleh DAP.

Apabila Anwar dikencing sekencing-kencingnya oleh DAP"

Sumber TKO - 17-8-2015

Anwar mahu hakim tarik diri alasan 'bahaya berat sebelah'

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar permohonannya supaya diberikan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang menolak petisyennya bagi sabitan meliwat.

Peguam mewakili Anwar, Latheefa Koya, memberitahu pemberita pihak pembelaan mengemukakan permohonan supaya hakim menarik diri atas alasan wujud "bahaya berat sebelah" sekiranya Hakim Datuk Asmabi Mohamad mendengar permohonan Anwar bagi semakan kehakiman.

"Kami mendapati Datuk Asmabi ialah peguam kanan persekutuan yang mewakili kerajaan dalam saman difailkan oleh Datuk Seri Anwar terhadap Perdana Menteri berhubung pemecatannya daripada Kabinet pada 1998. Jika beliau mendengar permohonan itu, wujud bahaya berat sebelah," katanya selepas berjumpa dengan hakim di dalam kamar.

Latheefa berkata Asmabi menetapkan 1 Sept untuk mendengar permohonan bagi hakim menarik diri. Pendengaran permohonan bagi kebenaran itu yang sebelum ini dijadual hari ini telah ditangguh ke tarikh yang akan ditetapkan.

Pada 24 Jun, Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua anaknya Nurul Izzah dan Nurul Nuha memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk membatalkan keputusan lembaga itu pada 16 Mac serta mempersembahkan nasihat sewajarnya kepada Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan dan membebaskan Anwar.

Mereka juga memohon perintah mandamus agar lembaga itu mengadakan semula mesyuaratnya dan menimbang semua perkara berhubung petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonannya, Anwar, 67, mendakwa keputusan lembaga itu melanggar peraturan keadilan hak asasi dan oleh itu, adalah tidak sah.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. - Bernama

Sumber HD - 17-8-2015


Anwar akui ‘makan hati’
Posted on Sunday, August 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ‘makan hati’ sepanjang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.

Kenyataan itu diberikan beliau ketika ditanya wartawan mengenai perubahan fizikalnya.
“Kurus bukan kerana lapar tapi kerana menahan hati ,” katanya ketika ditanya sekumpulan pemberita apabila keluar dari Mahkamah Tinggi hari ini.

Sebelum itu, Ketua Umum PKR itu dibawa sebagai saksi dalam kes saman fitnah bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap parti itu.


Anwar terpaksa merengkok selama lima tahun dalam penjara selepas didapati bersalah meliwat pembantunya, Saiful Azlan Bukhari. - FMT

Sumber TKO - 16-8-2015


Najib dan Mahathir lebih terpenjara daripada saudara

Posted on Wednesday, August 12 @ 14:01:27 MYT by paktam

SELAMAT HARI JADI

Ybhg Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Umum,
Parti KEADILAN Rakyat Malaysia,
D/A Penjara Sungai Buloh,
Selangor.

Assalamualaikum wbh wbt.

Saudara, pertamanya saya mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran saudara yang jatuh pada hari semalam, 10 Ogos dengan harapan dan doa semoga saudara diberikan kesejahteraan serta keberkatan oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat.


Usia saudara kini sudah merangkak ke - 68 tahun dimana bagi sesetengah orang dianggap sudah lanjut usia dan tidak "rak" (berdaya) lagi untuk berjuang. Tempoh usia Nabi Muhamad S.A.W. dijadikan sakatan untuk hidup. Itu tanggapan daripada luar, apa lagi oleh mereka yang tidak memahami erti dan falsafah perjuangan.

Perjuangan bukan bermula semalam, tetapi ia baharu bermula esok. Semalam adalah pemasangan niat manakala esok dan hari-hari seterusnya adalah hari pelaksanaan niat.

Sebenarnya bagi saya, saudara baru semalam memijak medan perjuangan. Persumbatan saudara ke penjara Sungai Buloh pada 10 Februari 2015 yang kini sudah 184 hari, merupakan permulaan tahap ketiga perjuangan saudara setelah saudara melalui dengan jaya pada dua tahap sebelum ini.

Tahap pertama ialah pada tahun 1974 - 1976, apabila saudara ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala tahap kedua ialah pada tahun  2000 hingga 2004 menerusi dakwaan liwat. Dimana dalam kedua tahap itu saudara terpelihara dalam penjara selama enam atau tujuh tahun dan telah lulus dengan cemerlang.

Tahap-tahap atau tempoh itu, dan kini adalah ujian penting bagi saudara dan ia calang-calang orang dapat digagahinya. Saya berkata begitu kerana saudara disumbat ke dalam penjara bukan kerana saudara melakukan jenayah seperti dilalui narapidana biasa, atau kerana saudara mencuri sehelai seluar sendor bersais XL, tetapi saudara dibawa ke penjara menerusi projek jahat yang maha hebat - menerusi satu konspirasi licit.

Saudara dipenjara kerana penguasa yang pengecut dibayangi ketakutan dengan pengaruh dan sokongan rakyat kepada saudara yang menggila.

Toh, begitu saudara tegal berada dalam penjara. Utuh bersama prinsip diri. Justeru bagi saya, saudara dibawa masuk ke dalam penjara bukan untuk membekukan saudara, jauh sekali mematikan jihad bangsa saudara. Bukan! Ini kerana api perjuangan saudara tidak pernah terpadam dalam penjara. Sebaliknya penjara adalah bagaikan sebuah makmal buat saudara memproseskan diri dan jiwa menjadi pejuang yang tulen dan hakiki. Saudara berjaya menukar penjara dari suatu keadaan menekankan menjadi sebaliknya.

Saya telah bilang di Malaysia ini selepas penahanan tokoh-tokoh nasional agamis tulen seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestman dan lain-lain, maka saudaralah pemimpin pasca merdeka yang mewarisi jejak mereka. Mengungguli keberanian dan kegigihan daya juang para nasionalis dan agamis itu. Yang mempunyai keulitan dan keberanian dalam perjuangan. Yang sanggup mengharungi lautan api dan "merukah" gunung berduri. Yang sanggup dan rela meniarap makan pasir dan menentang makan embun.

Selama beberapa tahun dan setelah tiga kali saudara di penjara, namun ia tidak melemahkan semangat saudara. Hari ini dalam usia yang dianggap senja, tidak ada desah dan ah, daripada saudara bagi menunjukkan rasa jengkil dan cemuh dengan mehnah perjuangan. Saudara tidak pernah merungut kekesalan atas apa yang berlaku. Bahkan, penjara itu tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada saudara kalau tujuannya untuk mematikan langkah saudara di situ agar saudara berputus asa.

Kandati dalam penjara saudara masih boleh berkokok dan bernyanyi dengan irama memberi harapan dan membina impian murni buat rakyat. Suara dan irama saudara tidak pernah teralat. Kenyataan, seruan dan pandangan menggerakkan langkah perjuangan terus dikeluarkan. Kemampuan dan kelangsungan ini sekaligus menunjukkan sudah tidak mudah dimatikan. Sebab itu saya tidak menganggap penjara adalah pusara buat saudara. Ini pun dapat dihayati oleh pejuang yang tulen sahaja.

Dengan pemenjaraan saudara kini yang terseksanya ialah bukan saudara, tetapi konspirator itu sendiri. Merekalah yang resah gelisah kesal dan sebal.  Perhatikan sahaja kepada apa yang berlaku dan menimpa kepada ketua konspirator mahu menghancurkan saudara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohd Najib Razak. Tidakkah hari ini mereka sedang menerima hukum karma dan balasan Allah atas perbuatan mereka? Apakah keadaan kini mereka berdua lebih senang dan aman dari saudara?

Dr Mahathir sangat kecewa dengan Najib, manakala Najib sangat resah dengan serangan rakyat terhadapnya. Keadaan Najib kini bagaikan kera kehujanan berada didahan tinggi yang pokoknya "direnyut" goncang oleh rakyat dan Mahathir. Mahathir yang dulu meletakkan Najib dipanggung kekuasaan dengan mengharap sesuatu balasan kini sangat kecewa dengan tingkah laku dan perangai Najib. Mahathir mungkin merintih nasibnya, menyesal kerana dia tidak sempat menyangak harta negara lebih besar dari Najib.

Ironi melihat Dr Mahathir kini sudah mula menyedari kuasa rakyat perlu digunakan untuk menjatuhkan Najib apabila beliau juga bersetuju perarakan jalan raya perlu dilakukan untuk menyembamkan Najib. Penerimaan Dr Mahathir terhadap mekanisme menjatuhkan diktator ini merupakan satu kekalahan buat egoisme politik Dr Mahathir Mohamad.

Kegagahan dan keutuhan jiwa saudara juga terbukti apabila sebaik sahaja kaki saudara terpijak di bumi terbuka, saudara terus melaungkan semboyan perang melawan kezaliman dan penganiayaan ke atas rakyat. Ini terbukti apabila saudara keluar dari jeriji besi tahun 2004 setelah menjalani empat tahun penjara, perjuangan rakyat terus semarak. Bahkan rakyat makin menjadi berani dan bersemangat.

Ia juga memberi kekuatan dan mematangkan saudara. Sedar atau tidak keberanian itu menyebabkan saudara menjadi ikonik perjuangan bangsa yang tidak tahu erti menyerah dan mengaku kalah kepada paksaan bersalutkan kepalsuan. Kehadiran saudara tidak sia-sia untuk negara ini kerana saudara setanding dengan pejuang bangsa lain seperti Seokarno di Indonesia, Jose Rizal di Filipina atau pun Nelson Mandela di Afrika Selatan dan lain-lain wirabangsa. Saudara tetap akan dikenang begitu.

Mungkin penahanan pertama tahun 1974-1976, sebagai ujian dan disambut dengan rasa megah dan sorak sorai oleh saudara, kerana itulah yang diingini oleh seorang pejuang. Pejuang akan berasa megah dan bangga apabila dia ditahan kerana penahanan adalah sijil pengesahan bagi seseorang pejuang. Boleh dikatakan semua pejuang dunia dipenjara, bahkan ada yang syahid di balik tembok batu.

Bagaimana pun penahanan pertama itu bagi sesetengah orang sudah pun cukup untuk mereka berfikir dan surut ke belakang kemudian rebah kembali menjadi pengampu dan pemakan upah. Tetapi tidak dengan saudara. Semangat membela rakyat dan sedia menentang ketidakadilan, kezaliman terus menyelinap ke dalam pembuluh darah saudara. Malahan penjara tahun 1974 itu memberi kekuatan dan membakar jiwa saudara ia juga adalah bibit untuk saudara betah dalam tahanan.

Namun penjara kali kedua, tahun 2000 sesuatu yang bukan mudah untuk diatasi. Saudara bukan dibawa masuk kerana tertangkap apabila tersadung dijalan, setelah dikejar FRU atau apa, tetapi ia dirancang demkian jahat dan kejam sekali. Ia melibatkan satu konspirasi peringkat tertinggi, yang membabitkan semua aparat kerajaan, dari Perdana Menteri kepada budak pejabat. Konspirasi itu juga memerlukan wang bukan sedikit, kalau pun tidak sampai RM2.6 billion.

Projek memenjarakan saudara terlebih dahulu dilakukan penganiayaan dan pemaluan (pengaiban) dengan menyalahgunakan kuasa dan undang-undang. Yang terkena dengan kesadisan itu bukan sahaja diri saudara secara peribadi tetapi ia juga membabitkan semua anggota keluarga saudara, isteri dan anak-anak yang masih kecil. Konspirasi itu satu tindakan paling busuk dalam sejarah negara ini.

Serentak itu juga, saudara bukan diganggu mental, tetapi fizikal saudara juga diusik dan dicederakan. Saudara diterajang dan ditumbuk dalam keadaan mata tertutup oleh orang berjawatan Ketua Polis Negara. Jeritan sakit saudara tidak terlantas ke luar, malahan ia disembunyikan dengan kata-kata "safe and sound", bagaimana pun lebam dimata saudara memberi pemahaman yang memilukan. Lebam itu menjawab sebuah kesakitan dan kekejaman.

Pun begitu segala perlakuan jahat dan laknat itu tidak sedikit juga menggetarkan hati dan jiwa saudara, ia bercahaya sampai ke saat ini. Benar dan tepatlah ayahanda dan bonda saudara memberi nama itu, "Anwar" kepada saudara yang membawa maksud "bercahaya" kerana saudara memang mampu memancarkan cahaya.

Tidak terhitung berapa banyak cahaya atau sinar kesedaran yang dikeluar dan dipancarkan oleh saudara untuk kehidupan rakyat dan negara ini. Lantaran cahaya keberanian dan "lawan tetap lawan", "lawan sampai menang" itu menyebabkan beberapa agenda besar untuk menjahamkan negara menerusi perkosaan kuasa rakyat gagal. Paling ketara sekali ialah apabila jatuhnya diktator demokrasi bernama Dr Mahathir Mohamad.

Tidak dapat siapa nafikan, terburainya regim Mahathir yang kini disisai oleh Najib Razak yang kian mengganas, adalah hasil daripada perjuangan saudara. Atas idea, iltizam dan kebijaksanaan saudara membentuk barisan Pakatan Rakyat, telah berjaya menafikan hegemoni UBN sejak tahun 2008. Bahkan Dr Mahathir yang laksana persis "Hitler demokrasi" terpaksa berundur dan tumbang lebih awal daripada itu sepatutnya.

Demikian juga kejayaan Pakatan Rakyat menafikan kuasa dua pertiga UBN di Parlimen adalah atas inisiatif dan kekuatan pengaruh saudara. Tanpa kebijaksanaan dan ketabahan saudara ia tidak mungkin terjadi. Beberapa kejayaan besar pembangkang itu adalah kerana cahaya prinsip dan kedaulatan diri yang saudara pancarkan.

Di sini saya tidak mahu membicarakan keresahan jiwa saudara dalam melihat nasib Pakatan Rakyat hari ini. Cuma saya hendak menyebutkan bahawa keretakan itu berlaku kerana saudara berada dalam penjara. Rancangan pemerintah untuk meretak dan melemahkan Pakatan Rakyat berjaya. Saya percaya kalau saudara berada diluar nasib Pakatan Rakyat tidak seburuk hari ini. Saudara memiliki daya diplomasi paling tinggi hatta boleh tersenyum kepada orang yang mengherdik dan menghalau saudara saat menjadi tamunya.

Ini menjelaskan orang lain tidak sehebat saudara membangun jiwa dan membangkit semangat untuk menumbangkan UBN. Orang lain walaupun mereka mengaku mempunyai saham, sebenarnya adalah pengikut yang pandir sahaja. Lebih tepat sebagai perasan sedangkan mereka tidak ada buah fikiran dan keazaman langsung untuk menumbangkan kerajaan UBN. Mereka adalah pengutip ikan selepas air kering atau pun membaca doa saat hidangan hendak dijamah.

Saudara cukup setakat ini warkah bicara saya sempena hari jadi saudara. Saya tahu saudara tidak pernah ralat dan tetap tabah. Percaya dan yakinlah rakyat sedang menunggu saudara untuk memimpin negara bangsa ini.

Salam hormat,
MOHD SAYUTI OMAR.

http://msomelayu.blogspot.com/

Sumber DD - 12-8-2015

Seruan Sejagat untuk Pembebasan Anwar Ibrahim

Posted on Tuesday, August 11 @ 21:45:08 MYT by paktam

Kami yang bertandatangan di bawah, bersolidariti dengan Anwar Ibrahim dan mengutuk tuduhan bermotifkan politik yang membawa kepada hukuman lima tahun penjara terhadap beliau.

10 Ogos 2015, menandakan ulang tahun ke-68 hari lahir Anwar Ibrahim dan hari ke 182 beliau sebagai tahanan politik.

Sebelum dipenjarakan, Anwar Ibrahim adalah ketua kepada pakatan pembangkang yang menambat sokongan besar di Malaysia, dan seorang pemimpin Islam terkemuka yang sederhna yang mempertahankan demokrasi, menegakkan kedaulatan undang-undang dan sentiasa berusaha ke arah keadilan sosial untuk semua.

  Perbicaraan terhadap Anwar Ibrahim dilakukan selepas pakatan pembangkang yang beliau ketuai memenangi buat pertama kalinya dalam pilihanraya umum ke-13, 51% undi popular. Ramai yang percaya bahawa perkara itu memberikan gugatan kepada Kerajaan sekarang sehingga mendorong kepada pendakwaan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim. Perbicaraan yang akhirnya membawa kepada sabitan kesalahan itu dilihat sebagai berat sebelah dan tidak adil oleh pemerhati bebas yang menghadiri prosiding itu. Perbicaraan yang tidak adil itu, ditambah dengan motivasi politik di belakangnya menyebabkan Amnesty International mengisytiharkan Anwar Ibrahim sebagai tahanan nurani (prisoner of conscience).

Sebagai penyokong sistem kehakiman yang bebas dan adil, kami mengutuk pendakwaan bermotifkan politik oleh mereka yang berkuasa.

Komplot politik di sebalik pendakwaan Anwar Ibrahim ini semakin jelas apabila rakyat Malaysia yang berani mengkritik pendakwaan ini telah disiasat dan/atau didakwa di bawah Akta Hasutan yang zalim. Ramai melihat pendakwaan Anwar Ibrahim sebagai permulaan satu tindakan keras untuk mengekang kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman di negara ini. Pembanterasan yang sedang berlangsung sekarang juga telah dipanjangkan ke media sosial. Banyak siasatan polis telah dilakukan ke atas kiriman media sosial yang dilihat sebagai mengkritik kerajaan.

Sebagai pendokong hak kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman, kami menyeru kerajaan Malaysia untuk menegakkan kedaulatan undang-undang, dan menghormati hak asasi manusia dan kebebasan asasi rakyatnya.

Kami juga maklum dengan kemerosotan kesihatan Anwar Ibrahim, dan kesukaran yang beliau hadapi untuk menerima rawatan yang sewajarnya. Layanan terhadap rawatan Anwar Ibrahim dalam penjara itu menunjukkan masalah yang lebih luas dalam sistem penjara Malaysia. Kami dengan tegas menggesa kerajaan Malaysia yang mengatakannya sebagai sebuah negara demokratik untuk segera membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara dan menegakkan prinsip-prinsip demokrasi.

John L Esposito

Georgetown University

Tariq Ramadan

Oxford University


Richard Falk

Princeton University


Noam Chomsky

Massachusetts Institute of Technology


Slavoj Žižek

University of London
Alfred Stepan

Colombia University


Francis *****uyama

Stanford University


Larry Diamond

Stanford University


Nader Hashemi

Denver University


Avi Shlaim

Oxford University


Shahrough Akhavi

Columbia University


Charles Butterworth

University of Maryland


Louay Safi

Georgetown University

Emad El-Din Shahin

Georgetown University


Abdelwahab El-Affendi

University of Westminster


Saad Eddin Ibrahim

Egyptian Activist


Mohammad Fadel

University of Toronto


Ziauddin Sardar

Muslim Institute

Karen Armstrong
Author

Tariq ModoodUniversity of Bristol
Farid Esack
University of Johannesburg
Christos Giannou
War Surgeon
James Reardon-Anderson

Georgetown University


Tamara Sonn

Georgetown University


Mohsen Kadivar

Duke University


Harry L. Roque

Center for International Law Philippines

Augusto N. Miclat Jr.
Initiatives for International Dialogue
Philippines


Herherson “Sonny” T. Alvarez

Phillipines Politician

Ricardo G. Recto
Philippines Politician

Luziminda C. IlaganPhilippines Politician
Silvestre Bello III

Philippines Politician

General Jose T. Almonte
Philippines

Amado D. Valdez
Philippine Association of Law Schools

Fernando O. Peña
Ninoy Aquino Movement
Ferdinand S. Topacio

Lawyer Philippines

Margoux Salcedo
Philippines Journalist


Jarius and Marisa Bondoc

Columnist Philippines

Muslim Youth
Movement of
Malaysia (ABIM)

Networks Of
Democrats in the
Arab World

Center for Citizen’s
Alliance


Diterjemah oleh oleh Ammar Gazali

Sumber DD - 12-8-2015

Anwar berhak terima layanan lebih baik

Posted on Tuesday, August 11 @ 13:58:03 MYT by paktam

Oleh Eric Paulsen

Hari ini merupakan hari lahir ulangtahun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke 68 dan juga hari ke 182 beliau sebagai tahanan politik di Penjara Sungai Buloh. Pada 10 Febuari 2015, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan lima tahun hukuman penjara ke atas dakwaan yang cukup tidak munasabah iaitu sodomi, selepas satu perbicaraan dan proses rayuan yang dikecam sejagat antarabangsa.


Semenjak Anwar dipecat daripada jawatannya iaitu timbalan perdana menteri pada 1998, kerajaan tidak pernah berhenti menggunakan institusi awam untuk menganiayai beliau daripada memegang jawatan politik dan melaksanakan tugasan beliau sebagai ahli Parlimen yang dipilih rakyat dan juga ketua Pembangkang Malaysia.

Anwar dipukul hampir separuh mati bekas ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dalam keadaan bergari dan matanya ditutup, dan selepas siri perbicaraan yang diragukan, beliau akhirnya menjalani hukuman selama enam tahun di dalam penjara sebelum ini.


Secara jelasnya, Anwar adalah merupakan seorang tahanan politik dan beliau layak untuk mendapat layanan yang sewajarnya jika dibandingkan dengan apa yang diterima sekarang. Adalah sesuatu yang memeranjatkan dan amat dikesali, bagaimana pihak-pihak berkuasa kelihatannya bertekad untuk sebolehnya menyusahkan perjalanan hidup Anwar dan ahli keluarga beliau dengan mengenakan peraturan-peraturan penjara yang paling ketat dan keterlaluan. Walhal sebenarnya terdapat banyak ruang budi bicara untuk memudahkan urusan dengan lebih berperikemanusiaan dan pendekatan yang lebih bertamadun.

Sebagai contoh, ahli keluarga beliau tidak dibenarkan untuk bersentuhan secara fizikal dengan beliau semasa lawatan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dan mereka juga tidak dibenarkan untuk membawa makanan dari luar kepada beliau. Terdapat juga larangan terhadap bilangan para ahli keluarga yang boleh melawat beliau – abang, kakak dan ibu tiri beliau yang berkerusi roda – tidak dibenarkan melawat selepas lama menunggu.

Adakah layanan kejam dan tidak berperikemanusiaan sebegitu diperlukan? Apakah kemudaratan yang dibimbangkan jika Anwar dibenarkan untuk berjumpa dan bersentuhan dengan ahli keluarga beliau dan menjamah sedikit juadah hari raya?

Anwar juga diasingkan daripada banduan-banduan yang lain dan boleh dikatakan berada dalam kurungan berasingan. Beliau sentiasa bermasalah dalam mengakses rawatan perubatan yang sewajarnya serta bertepatan dengan masa kerana pihak-pihak berwajib sentiasa melengahkan atau tidak mengendahkan aduan-aduan beliau. Ini melemahkan keadaan beliau kerana kecederaan serius yang dialami di bahu kanan yang mana didiagnosis dengan chronic rotator cuff injury di bahu kanan.

Hanya beberapa kali sebelum ini Anwar dibawa ke hospital selepas penangguhan yang lama, beliau menjalani ujian perubatan dan rawatan dengan tergesa-gesa, dan setelah itu segera dikembalikan ke penjara. Beliau sekarang bergantung kepada ubat penahan sakit dan tidak mendapat sebarang akses untuk rawatan fisioterapi sebagaimana yang diperlukan. Ini kerana tidak ada sebarang kemudahan sedemikian di dalam penjara dan beliau juga tidak dibawa ke hospital untuk menerima rawatan secara berkala.

Justeru itu, kami menyeru pihak berkuasa supaya membebaskan Anwar untuk menjalani tahanan dalam rumah agar beliau dapat menghabiskan baki hukuman beliau dalam kemudahan pemulihan yang bersekuriti minimum sepertimana tahanan politik lain seperti Aung Sang Suu Kyi dan Nelson Mandela (dalam 18 bulan terakhir masa penahanannya). –

* Eric Paulsen merupakan pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty.

Sumber DD - 111-8-2015
























































































































Qazaf: Anwar lantik enam peguam baharu

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melantik enam peguam baharu syarie untuk mewakilinya dalam kes tuduhan qazaf.

Anwar melantik peguam baharu itu dalam permohonan bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan yang dikemukakan Anwar dalam kes itu.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie dan Mohd Reza Mohd Rafie antara barisan peguam yang dilantik Anwar di hadapan Pendaftar Syarie Mahkamah Rayuan Syariah di sini.

Anwar yang dibawa dari Penjara Sungai Buloh hadir ke mahkamah bagi membaca surat pelantikan peguam baharu itu.

Ketika ditemui pemberita, Kamar Ainiah berkata anak guamnya (Anwar) hanya membaca surat pelantikan peguam itu yang berlaku lebih setengah jam dengan dihadiri peguam-peguam.

"Prosiding hari ini hanya membaca surat pelantikan peguam oleh Anwar. Tiada arahan lanjut diperoleh dari Anwar memandangkan pihak mahkamah tidak membenarkan peguam mengambil apa-apa arahan lanjut," kata Kamar Ainiah.

Dalam permohonan untuk mengetepikan semakan dan rayuan Anwar itu, selain Shamsuddin, dua lagi pemohon ialah bekas Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mereka memfailkan permohonan itu pada 13 Mei lalu untuk memohon mengetepikan dan/atau membatalkan notis rayuan yang dikemukakan Anwar pada 23 April 2010 dan 21 Feb 2012.

Kedua-dua notis itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan supaya pihak pendakwaan syarie meneruskan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketiga-tiga mereka mendakwa permohonan Anwar itu bersifat cacat.

Selain itu, mereka turut memohon kos tindakan ditanggung oleh responden dan perintah-perintah dan/atau relief-relief lain yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh mahkamah.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Sumber HD - 27-7-2015


Anwar Restu Gerakan Harapan Baru (GHB)
Posted on Wednesday, July 22 @ 11:29:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Sebuah pakatan baharu pembangkang yang termasuk kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa rakyat Malaysia menyertainya dalam menyelamatkan negara.

Dalam perutusan dikeluarkan melalui peguamnya semalam, ketua umum PKR yang dipenjarakan itu menyuarakan kebimbangan mengenai situasi negara yang disifatkannya sedang melalui "krisis semakin teruk" akibat skandal rasuah dan kewangan, juga kejatuhan nilai ringgit.


Malaysia dicengkam skandal dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta memberi kesan ke atas nilai ringgit yang ketika ini mencecah paras terendah dalam tempoh 16 tahun.

"Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.

"Tindakan bersama pelbagai kumpulan ini, yang komited terhadap pembaharuan dan perubahan, akan menawarkan demokrasi tulen dan satu alternatif yang adil kepada rakyat.

"Marilah kita mengenepikan segala pertimbangan dan perbezaan lain, dan memberi tumpuan kepada perjuangan yang hebat ini untuk menyelamatkan Malaysia," kata Anwar dalam perutusan itu.
Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR dan sekutunya DAP serta PAS, tidak lagi wujud katanya.

Sumber TKO - 22-7-2015


Kumpulan Pro Gerakan Harapan Baru (GHB) Serang Pimpinan PAS Dalam Isu Anwar
Posted on Saturday, July 18 @ 20:01:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Serangan kepada pimpinan PAS di bawah kepimpinan DS Abdul Hadi Awang makin rancak oleh kumpulan Pro Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam whatsapp dan facebook menjelang road show yang dijadual serentak esok 19 Julai 2015 di Perlis dan Kelantan.

Yang terkini kumpulan Pro GHB telah mempersoalkan Hadi dan Tuan Ibrahim dalam isu prihatin di penjara. Katanya Hadi dan Tuan Ibrahim tidak melawat Anwar macam mana nak bercakap persaudaraan dalam Islam.

Kalau bab mereka dizalimi pun tidak dipratikal bagaimana PAS nak bawa Islam?



Bagi pihak pemerhati serangan di whatsapp dan facebook sengaja direka untuk memburuk-burukkan kepimpinan PAS. Soal prihatin Anwar sepatutnya kumpulan Pro Gerakan Harapan Baru jangan bertanya kepada pimpinan PAS, tanyalah kepada pimpinan PKR sendiri sejauh mana mereka menyertai aktiviti-aktiviti untuk memperingati Anwar Ibrahim.

Katanya lagi Kalau pimpinan PKR sendiri tak hadir kenapa nak salahkan Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim.

Oleh itu bagi pemerhati sikap menyerang dengan isu remeh yang sengaja dicari adalah kerja yang tak bertamadun. Mereka mengharap kumpulan Pro Gerakan Harapan Baru berhentilah buat kerja sia-sia untuk rosakan kepimpinan PAS.

Adalah lebih baik mereka menerangkan kepada masyarakat kenapa mereka tubuh parti baru bukan mencari dan mencipta kesalahan pimpinan PAS yang sedia ada.



Masej Aidil Fitri 2015 untuk Anwar Ibrahim yang kini berada di dalam penjara Sungai Buloh hanya dihadiri oleh kaum keluarga serta sahabat handai terdekat sahaja tanpa kepimpinan utama PKR.


Sumber HD - 19-7-2015
Usaha Mahathir Jatuhkan Najib Sia-Sia - Anwar
Posted on Tuesday, July 14 @ 23:24:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Usaha menukar kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sia-sia jika tidak disusuli proses perubahan yang menyeluruh, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anwar, beliau yakin gerakan yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib gagal membawa perubahan yang sebenar.

"Usaha menukar Datuk Seri Najib yang dikepalai Tun Mahathir tanpa reformasi sebenar, hanya akan memuaskan kelompok-kelompok kroni mereka. Ia tidak akan membawa perubahan sebenar buat rakyat.

"Perubahan yang menyeluruh dalam kerajaan dan pentadbiran negara amat diperlukan. Kita pernah lalui proses yang sia-sia di mana pimpinan ditukar, tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak berubah.

"Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitmen serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah," katanya.

Melalui perutusan melalui peguamnya pada Selasa, Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun berkata perubahan menyeluruh perlu dilaksanakan di agensi utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan polis bagi membanteras amalan rasuah.

"Dari sebalik tembok besi ini, saya berasa amat bimbang dan risau buat tanah air kita.

"BN mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keadaan yang kita hadapi sekarang ini. Amalan rasuah, salahguna kuasa, keangkuhan dan tatakelola yang teramat teruk telah menyebabkan Malaysia jadi begini," katanya.

Selain itu bekas Ketua Pembangkang tersebut turut menggesa supaya kerajaan melakukan reformasi terhadap sistem pilihanraya dan memansuhkan Akta Hasutan.  - Mstar 


Sumber TKO - 14-7-2015




























































































































Keputusan kes Anwar saman Anifah ditangguh

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan keputusan kes saman malu RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, bagi pihak Anifah.

Razlan memberitahu pemberita bahawa hakim menangguhkan keputusan itu setelah Muhammad Shafee memohon untuk membuat hujahan lanjut berkaitan kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan 30 Julai untuk hujahan.

Anwar memfailkan saman terhadap Anifah dan kerajaan Malaysia pada 27 Mei 2009 dengan mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington, ketika Setiausaha Negara AS Hillary Clinton hadir telah mencemar imej beliau.

Anwar menuduh Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak memegang jawatan politik dan sebarang jawatan lain, dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan Anifah, yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah merosakkan keperibadiannya dan secara langsung atau tidak, menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup. - Bernama

Sumber HD -10-7-2015


Anwar dimasukkan ke HKL Lagi
Posted on Wednesday, July 08 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi satu kenyataan hari ini berkata, Anwar sudah dibawa ke HKL petang tadi.
"Difahamkan bahawa beliau telah ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL untuk beberapa hari. 
"Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau," katanya. 
Difahamkan, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga dibenarkan untuk bertemu Anwar petang tadi. 
Bulan lalu, Anwar dimasukkan ke HKL untuk menjalani beberapa pemeriksaan berjadual. 

  Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 10 Februari lalu kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.  - Sinar

Sumber TKO - 8-7-2015

Kesihatan makin teruk, keluarga pohon Anwar dipindah ke tahanan kediaman

Pasukan peguam antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melaporkan bahawa tahap kesihatan Datuk Seri Anwar semakin teruk dan amat membimbangkan kerana beliau dinafikan akses kepada rawatan-rawatan yang amat beliau perlukan.

Amatlah penting beliau dipindahkan segera ke tahanan kediaman (house arrest) di mana beliau boleh dibenarkan menemui doktor-doktor beliau sendiri untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Anwar-mahkamah

Pada 2 Jun 2015, selepas kelewatan lebih empat minggu dari waktu penjara meminta Datuk Seri Anwar dipindahkan ke hospital, tahap kesihatan beliau akhirnya telah dinilai Hospital Kuala Lumpur dalam masa dua hari.

Para doktor melaporkan secara lisan bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut berkaitan beberapa isu kesihatan termasuk tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan 4 cm di buah pinggang yang memerlukan CT scan, gastritis yang memerlukan diet tanpa gluten, dan otot bahu yang koyak serta artritis kronik yang memerlukan fisioterapi intensif. Datuk Seri Anwar juga telah kehilangan 6 kg sejak beliau dipenjarakan.

Pihak penjara berkata ia masih belum menerima sebarang laporan kesihatan (medical report) dari pihak hospital yang meminta ujian lanjut – dan penjara tiada kemudahan untuk ujian atau rawatan bagi keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar sekarang.

Datuk Seri Anwar ditempatkan dalam kurungan bersendirian dalam satu sel kosong, dengan baldi untuk mandi, tandas cangkung, dan dalam keadaan panas dan lembap dengan pengudaraan minimum yang memburukkan lagi masalah-masalah kesihatan beliau.

Tambahan pula, beliau jarang dibenarkan bertemu keluarga di penjara, walaupun doktor telah mengsyorkan agar beliau dibenarkan bertemu keluarga setiap minggu. Pertemuan dengan para peguam juga seringkali dinafikan.

“Kezaliman yang dikenakan terhadap saudara Anwar berterusan,” jelas Sivarasa Rasiah, peguam
Datuk Seri Anwar.

“Masyarakat antarabangsa patut risau dengan tahap kesihatan Anwar yang semakin teruk, yang diburukkan lagi dengan penafian akses kepada rawatan dan kemudahan pada kala beliau ditahan dengan salah.”

Penahanan Datuk Seri Anwar adalah dibawah arahan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 selepas mahkamah tersebut mengesahkan hukuman lima tahun di atas dakwaan liwat palsu.

Amnesty International telah menetapkan Datuk Seri Anwar sebagai seorang tahanan politik (prisoner of conscience) pada 17 Februari 2015 dan berkata bahawa keputusan mahkamah tersebut adalah “penghakiman yang amat buruk, dan hanya merupakan lembaran terbaru dalam usaha pihak kerajaan Malaysian untuk mendiamkan pengkritik kerajaan.”

Datuk Seri Anwar sebenarnya telah dipenjara kerana beliau merupakan ancaman demokratik dan ancaman tanpa kekerasan (non-violent threat) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini kali kedua Datuk Seri Anwar telah dihukum sebegini oleh rejim yang sama. Dan penahanan ini berlaku di dalam konteks tangkapan, pendakwaan, malah penahanan begitu ramai pimpinan

Pembangkang, wartawan, dan aktivis termasuklah anak Datuk Seri Anwar sendiri iaitu Nurul Izzah Anwar, di bawah Akta Hasutan dan undang-undang kuku besi yang lain.

Sivarasa Rasiah
Peguam Anwar

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67021

Sumber KD - 2-7-2015

Anwar cabar keputusan Lembaga Pengampunan esok, tuntut dibebas

KUALA LUMPUR 23 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim akan memfailkan permohonan bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan kerana tidak membebaskan beliau yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan politik.

Anwar-mahkamah

Anwar selaku pemohon bakal memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 11 pagi esok, 24 Jun melalui peguam N Surendran dan Latheefa Koya.

Ia difailkan bagi menuntut pembebasannya.

Penolakan petisyen Pengampunan Diraja oleh Lembaga Pengampunan dalam kes Fitnah II terhadap Anwar menyebabkan beliau kini hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Petisyen untuk mendapatkan pengampunan Diraja tersebut juga dilupuskan pada 16 Mac oleh Lembaga Pengampunan.

Dengan ini, Anwar kekal dipenjarakan.

Keluarga Anwar menghantar permohonan pengampunan Diraja itu pada 24 Februari lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, KEADILAN meneruskan usaha untuk membebaskan Anwar yang kini 134 hari dipenjarakan sebagai tahanan politik.

Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar memberitahu, KEADILAN memfailkan permohonan petisyen menuntut pembebasan Anwar secara rasmi kepada Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebelum itu, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali pada 17 Jun lalu menyerahkan satu notis permohonan petisyen (rayuan) sebagai usaha menuntut pembebasan Anwar kepada pejabat Speaker Dewan rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=66944

Sumber KD - 24-6-2015
































































































































Pembangkang akan muncul bersatu, lebih kuat - Anwar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan perutusan berikut melalui peguam beliau hari ini.

“Saya mulai dengan mengucapkan Ramadhan Kareem buat semua.

Saya sedar walaupun beberapa perkara telah berlaku akhir-akhir ini, niat dan semangat pembangkang dalam perjuangan menyelamatkan Malaysia dari kepincangan tatakelola dan autoritarianisme Barisan Nasional, terus utuh.

Kita sekarang sedang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat dapat diberi khidmat yang lebih baik.

Pada masa yang sama, walau apa pun, pembangkang masih berfungsi dan teguh di peringkat kerajaan-kerajaan negeri dan parlimen.

Tekanan dan ketegangan seperti yang kita saksikan ini adalah fitrah sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik seperti Pakatan Rakyat; ianya tidak bermakna kita tidak boleh menyelesaikan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.

Saya percaya bahawa pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.

Dari sebalik tirai besi ini, saya menggesa teman-teman seperjuangan di dalam parti-parti pembangkang dan juga rakyat Malaysia untuk terus bergerak dalam perjuangan ini hinggalah kemenangan dikecapi dan Malaysia diselamatkan.

Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan." - HARAKAHDAILY 23/6/2015

Sumber HD - 23-6-2015

































































































































Lantik peguam: Anwar mohon hadir mahkamah

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon Mahkamah Rayuan Syariah untuk membenarkan beliau hadir di mahkamah itu bagi membolehkannya membaca surat pelantikan peguam baharu yang akan mewakilinya.

Anwar mahu melantik peguam baharu itu dalam permohonan bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan dua yang lain untuk mengetepikan semakan dan notis rayuan yang dikemukakan Anwar berhubung kes tuduhan qazaf.

Mahkamah menetapkan 6 Julai untuk keputusan sama ada Anwar dibenarkan hadir atau tidak.
Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman dan Dr Mohd Rafie Shafie hadir bagi pihak Anwar ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Ketua Pendaftar Mohd Khairul Nizam Kassim.

Ketika ditemui pemberita, Kamar Ainiah berkata Anwar perlu hadir ke mahkamah bagi membolehkannya (Anwar) untuk memilih peguam yang bakal mewakilinya dalam kes itu.

"Surat permohonan itu dibuat pada 11 Jun lalu dan dihantar ke mahkamah melalui penguasa Penjara Sungai Buloh pada 15 Jun," katanya.

Dalam permohonan untuk mengetepikan semakan dan rayuan Anwar dalam kes qazaf itu, selain Shamsuddin, dua lagi pemohon ialah bekas Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mereka menfailkan permohonan itu pada 13 Mei lalu melalui Tetuan Nailah Ramli & Partners melalui peguam Roslizam Rahim.

Ketiga-tiga mereka memfailkan permohonan interlokutori dengan memohon untuk mengetepikan dan/atau membatalkan notis rayuan yang dikemukakan Anwar pada 23 April 2010.

Notis itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan supaya pihak pendakwaan syarie meneruskan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mereka turut memohon untuk mengetepikan dan/atau membatalkan semakan yang dibuat Anwar pada 21 Feb 2012 berhubung keputusan mahkamah itu yang menolak permohonannya (Anwar) untuk meneruskan prosiding qazaf itu terhadap Mohd Saiful.

Ketiga-tiga mereka mendakwa permohonan Anwar itu bersifat cacat. Selain itu, mereka turut memohon kos tindakan ditanggung oleh responden dan perintah-perintah dan/atau relief-relief lain yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh mahkamah.

Dalam afidavit yang turut dikemukakan, Shamsuddin dan Che Mat mendakwa mereka tidak lagi memegang jawatan terdahulu iaitu ketika pemfailan kes rayuan dan permohonan semakan dibuat oleh Anwar.

Shamsuddin dipindahkan pada 3 Nov 2014 ke Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, manakala Che Mat kini sebagai pengerusi di Pusat Zakat Wilayah Persekutuan dan tidak lagi memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sejak 6 Ogos 2013.

Jamil Khir yang dinamakan pemohon ketiga turut mendakwa Anwar sepatutnya menamakan jawatan dan/atau institusi tersebut sebagai pihak-pihak dan bukannya secara peribadi di dalam kesnya itu.

Beliau juga mendakwa permohonan Anwar itu tidak lagi relevan dan bersifat akademik memandangkan Anwar telah disabitkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Sumber HD - 22-6-2015

Anwar: Kerjasama negeri, parlimen diteruskan

 

KUALA LUMPUR, 18 JUN- Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menggesa KEADILAN, DAP dan Pas supaya menumpukan perhatian kepada tiga negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dalam  perutusannya hari ini, Anwar berkata kerjasama itu perlu diteruskan di peringkat kerajaan negeri dan parlimen, meskipun Pakatan tidak lagi berfungsi secara formal.

“Saya mengikuti perkembangan terkini yang telah menjejaskan gabungan formal Pakatan Rakyat.
“Namun secara (substance) hakikat, kerjasama di antara ketiga-tiga parti diperingkat kerajaan-kerajaan negeri, dan di Parlimen demi menentang kerakusan dan ketidakdilan secara tegas terhadap kerajaan Barisan Nasional masih kekal diteruskan.

“Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Anwar yang kini dijatuhi hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh mengirimkan pesanan itu menerusi Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah.

“Rakyat kini menanggung beban kenaikan harga barang dan perlaksanaan GST.

“Pemimpin parti bersama dengan NGO-NGO perlu berganding bahu menuntut perubahan dan menolak kerakusan kuasa dan rasuah kerajaan BN,” tegasnya.

DAP pada 16 Jun lalu mengumumkan Pakatan tidak lagi wujud berikutan keputusan muktamar PAS meluluskan usul tanpa bahas bagi memutuskan hubungan dengan parti itu.

Keputusan untuk membubarkan Pakatan itu disambut dengan reaksi pelbagai termasuk daripada pemimpin Pas sendiri yang menganggap ia merupakan pandangan DAP.

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali pula yakin Pakatan masih boleh diselamatkan meskipun adanya perbezaan antara ketiga-tiga parti terutama antara DAP dan PAS.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=66908

Sumber KD - 18-6-2015

Kes liwat: Anwar pohon keterangan bekas Pengarah JSJK digunakan 

ANWAR IBRAHIM

PUTRAJAYA, 10 Jun: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan hari ini supaya keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff digunakan dalam semakan terhadap sabitan kes liwatnya.

Notis usul dan afidavit sokongan Anwar difailkan di pusat setempat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini oleh peguam beliau, N. Surendran dan Latheefa Koya.

Anwar, 67, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memfailkan permohonan pada 30 April tahun ini supaya Mahkamah Persekutuan menyemak keputusannya sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadap beliau.

Dalam notis usul itu, Anwar mahu keterangan lisan Ramli diterima Mahkamah Persekutuan dan seterusnya digunakan sebagai keterangan dalam pendengaran permohonan semakannya, lapor Bernama.

Beliau berkata pada 27 Mei tahun ini, Ramli memberi keterangan bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam saman sivil yang menyokong pembelaan Anwar bahawa beliau adalah mangsa konspirasi politik dan keterangan yang direka-reka.

Anwar berkata keterangan Ramli adalah penting bagi mengesahkan bahawa wujudnya konspirasi politik terhadap beliau yang membawa kepada pertuduhan liwat terhadapnya.

Ramli memberi keterangan dalam saman sivil oleh seorang peguam, Rosli Dahlan terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan. Keterangan beliau itu mempunyai kaitan dengan insiden ‘mata lebam’ Anwar yang berlaku pada 20 Sept, 1998.

Pada 10 Feb tahun ini, panel hakim Makamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan ke atasnya kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan.

Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan meminda keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar selepas memerintahkannya membela diri.

Berikutan sabitan itu, Anwar hilang kelayakannya sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh.
Surendran memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Persekutuan perlu mendengar permohonan ini terlebih dahulu sebelum mendengar permohonan semakan oleh Anwar.

Beliau berkata sekiranya keterangan ini dibenarkan, ia akan digunakan untuk menyokong permohonan Anwar bagi semakan semula sabitan kes liwatnya itu, dan menambah, satu daripada pembelaan utama Anwar adalah konspirasi politik.

Dalam pada itu, Latheefa berkata tarikh pendengaran semakan semula itu belum ditetapkan.
Beliau berkata Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak pembelaan Anwar berkaitan konspirasi politik.

Sumber Bernama / TMT / HD - 10-6-2015



Anwar dibenar keluar dari HKL
Posted on Saturday, June 06 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Pemeriksaan perubatan terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar, kanan) tidak menemukan bukti beliau mengalami sebarang keadaan kesihatan akut, kata Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam kenyataannya, hospital itu berkata, Anwar dibenarkan keluar hari ini selepas menjalani semua pemeriksaan perubatan yang dijadualkan.

"Memandangkan keadaan kesihatannya adalah stabil, maka keadaan beliau akan dikaji dari semasa ke semasa untuk memastikan beliau sentiasa berada dalam keadaan baik," kata kenyataan itu.


HKL berkata panel pakar perunding yang merawat Anwar sering mengadakan pertemuan dengan beliau dan keluarganya serta sentiasa memaklumkan kepada mereka tentang dapatan dan pelan pengurusan berkenaan.

Bekas ketua pembangkang itu dimasukkan ke HKL pada Selasa untuk menjalani satu siri pemeriksaan perubatan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat. – Bernama 

Sumber TKO - 6-6-2015






































































































































Malaysia's Anwar in hospital with "serious" health problems: wife







































































































































Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim denies both sodomy convictions
.


Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim denies both sodomy convictions (AFP Photo/Manan Vatsyayana)

Wan Azizah Wan Ismail also criticised the prison authorities for allegedly delaying Anwar's request for treatment and tests for his medical problems.

"His blood pressure goes up and down and is erratic. He also suffers from other serious health problems," she told AFP.

"But he is in (a) stable condition," she said, adding that the family expected to visit him later Tuesday.

Referring to his other illnesses, Wan Azizah said that Anwar was experiencing pain in his right shoulder and had been requesting a scan since February when he was jailed for five years.
"I think they are scheduling a scan for him at the hospital," she said.

Meanwhile, Anwar's lawyer N. Surendran told AFP the 68-year-old politician had blood in his stools.
Surendran said Anwar's legal team also hoped to visit him in hospital.

Anwar was convicted last year of sodomising a former male aide, which he denies, calling the prosecution a "political conspiracy" by Malaysia's long-ruling government to destroy his political career.

The case is the second disputed sodomy conviction for Anwar.

On Monday US President Barack Obama said Malaysia must be careful that the high profile prosecution does not have a "chilling effect" on democracy while other countries and international human rights groups have also raised concerns.

Anwar helped transform Malaysia's previously divided opposition into a formidable alliance that pushed the country's 58-year-old regime to the brink of electoral defeat in 2013.

Sumber Yahoo / HD - 2-6-2015

Anwar masuk wad di HKL
Posted on Tuesday, June 02 @ 15:34:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan dari Penjara Sungai Buloh ke Hospital Kuala Lumpur hari ini untuk menerima rawatan.

Beliau dipindahkan susulan aduan daripada anggota keluarganya berhubung rawatan yang lewat diberikan pada Anwar.

"Beliau dibawa dari Penjara Sungai Buloh ke HKL untuk rawatan. Beliau kini di Wad 28,” kata pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Difahamkan, paras tekanan darahnya tidak menentu dan darah turut ditemui dalam tinjanya.

Menurut Fahmi, anggota keluarga Anwar akan menemui bekas ketua pembangkang itu pada jam 7 petang.

Menurut MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang melawat Anwar tiga hari lalu, tahap kesihatan bekas MP Permatang Pauh merosot teruk.

Menurutnya, berat badan Anwar susut 6 kilogram sejak dipenjara pada Februari lalu.

Selain itu, Anwar juga masih menderita akibat kecederaan lama di bahu kanan dan sudah lama memohon agar bahagian badannya itu diperiksa dengan imbasan MRI.

Sementara itu, seorang anak perempuan Anwar, Nurul Nuha berkata bapanya itu tiba di hospital pada jam 11.20 pagi ini. - Mkini


Sumber TKO - 3-6-2015








































































































































Saiful tarik balik saman ke atas Anwar

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik saman RM50 juta ke atas Anwar berhubung kes liwat II.
  
Peguam Anwar, Latheefa Koya memberitahu media bahawa tiada sebab diberikan Zamri Idrus, peguam Mohd Saiful mengenai penarikan balik saman itu dengan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan merakam arahan tersebut.
  
Beliau berkata mahkamah meminda tarikh perbicaraan kepada 25 Ogos daripada 10 Ogos tahun ini.
  
Latheefa berkata hari ini kes ditetapkan untuk pengurusan dengan Zamri memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamannya mahu menarik balik saman.
  
"Mohd Saiful tidak hadir hari ini," katanya kepada media selepas kes disebut di dalam kamar.
  
Pada 23 Jun tahun lalu, Mohd Saiful, 30, memfail saman ganti rugi RM50 juta kerana mendakwa telah mengalami trauma dan penderitaan sejak 2008 akibat diliwat oleh Anwar.
  
Dalam tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar telah menuduhnya sebagai memfitnah dan berkonspirasi terhadap Anwar dalam laporan polis pada 28 Jun 2008.
  
Mohd Saiful berkata beliau tidak pernah berbohong dalam laporan polis itu dan kejadian liwat berlaku pada 26 Jun 2008 di sebuah unit di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih di sini.
  
Plaintif mendakwa beliau dipandang rendah oleh masyarakat yang percaya dengan dakwaan Anwar dan beliau telah dipersenda di laman-laman web.
  
Pada 21 Jan tahun ini, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Mohd Saiful untuk meminda kenyataan tuntutannya untuk menambah lebih banyak butiran berhubung dakwaan Anwar terhadap laporan polis yang dibuatnya (Mohd Saiful) berhubung kejadian liwat.
  
Anwar dalam kenyataan pembelaannya yang difail pada 8 Okt tahun lalu menafikan telah meliwat Mohd Saiful dan berkata dakwaan tersebut tidak benar.
  
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas gagal mendapat pengampunan diraja.
  
Pada 10 Feb, Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya dan mengekalkan kesalahan dan hukuman ke atasnya kerana meliwat Mohd Saiful. - BERNAMA

Sumber HD - 1-6-2015



110 hari Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan

Posted on Sunday, May 31 @ 10:17:20 MYT by paktam

Oleh Dato’ Johari Abdul

Telah 110 hari Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas fitnah jahat yang dilontarkan ke atas beliau. Amnesty International telah mengisytiharkan bahawa beliau merupakan seorang tahanan politik sejak 17 Februari 2015, iaitu kira-kira 7 hari selepas beliau didapati bersalah dalam sebuah fitnah yang didalangi oleh musuh-musuh politik beliau.


Walaupun semangat juang beliau tidak pernah luntur, selama beberapa lama beliau di dalam penjara, dapat diperhatikan penurunan berat badan beliau secara mendadak. Kebimbangan kami meningkat apabila diberitahu yang keadaan kesihatan beliau semakin menurun dalam masa beberapa bulan yang lepas.

Semenjak beliau dipenjarakan, kami diberitahu beliau kehilangan berat badan kira-kira 6 kg yang sungguh membimbangkan sekiranya ini berterusan. Terdapat juga simptom kesan darah dalam sampel najis beliau, yang memerlukan pemeriksaan perubatan secara lebih dekat. Beliau juga direkodkan mempunyai tekanan darah yang tidak menentu, dan bacaannya setinggi 163/108 walaupun beliau sedang menjalani rawatan ubatan.

Beliau juga mempunyai kecederaan yang teruk di bahu kanan beliau (dalam sebuah kejadian setahun lepas), yang masih meletakkan beliau dalam keadaan kesakitan. Kecederaan ini memerlukan pemeriksaan MRI, rawatan dan berkemungkinan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Kami mendapat maklumat bahawa Dato’ Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan kemasukan ke dalam hospital. Amat dikesali sekali atas kelewatan kerajaan dalam memenuhi permintaan ini. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan MRI ke atas bahu beliau juga tidak endahkan untuk beberapa minggu.

Kami dimaklumkan juga bahawa Dato’ Seri Anwar telah dilawati oleh doktor-doktor yang dihantar oleh Kementerian Kesihatan yang sedang memerhatikan keadaan beliau.

Bagaimanapun, kami dimaklumkan oleh peguam Dato’ Seri Anwar yang telah menemui beliau untuk tempoh dua hari yang lepas, yang beliau akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada hari Selasa, 2 Jun 2015, untuk pemeriksaan, permerhatian dan rawatan perubatan.

KEADILAN dan keluarga Dato’ Seri Anwar sangat mengesali kelewatan bertindak oleh kerajaan untuk memberikan rawatan perubatan kepada Dato’ Seri Anwar. Kami menuntut agar beliau diberikan penjagaan kesihatan secara menyeluruh yang diperlukan oleh beliau. Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi mestilah memberikan jaminan bahawa Dato’ Seri Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana yang diperlukan untuk penilaian kesihatan beliau dilakukan dan rawatan yang diperlukan diberikan sehingga keadaan beliau pulih.

Kegagalan kerajaan untuk memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah pencabulan hak asasi Dato’ Seri Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil dan saksama.

KEADILAN akan terus mendapatkan maklumat terkini berkenaan kesihatan beliau daripada keluarga Dato’ Seri Anwar dan juga barisan peguam beliau yang mesti diberikan akses sepenuhnya kepada beliau sepanjang tempoh beliau berada di hospital.

Dato’ Johari Abdul
Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Ahli Parlimen Sungai Petani
Ketua Whip KEADILAN

Nurul Nuha Anwar
March2Freedom

Sumber DD - 31-5-2015


































































































































Kesihatan Anwar makin menurun, hilang berat badan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Walaupun semangat juang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah luntur, selama beberapa lama beliau di dalam penjara, dapat diperhatikan penurunan berat badan beliau secara mendadak.

"Kebimbangan kami meningkat apabila diberitahu yang keadaan kesihatan beliau semakin menurun dalam masa beberapa bulan yang lepas," ujar Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul dan Nurul Nuha Anwar (March2Freedom) dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh mereka.

Telah 110 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas fitnah jahat yang dilontarkan ke atas beliau. Amnesty International telah mengisytiharkan bahawa beliau merupakan seorang tahanan politik sejak 17 Februari 2015, iaitu kira-kira 7 hari selepas beliau didapati bersalah dalam sebuah fitnah yang didalangi oleh musuh-musuh politik beliau.

Walaupun semangat juang beliau tidak pernah luntur, selama beberapa lama beliau di dalam penjara, dapat diperhatikan penurunan berat badan beliau secara mendadak.

Kebimbangan kami meningkat apabila diberitahu yang keadaan kesihatan beliau semakin menurun dalam masa beberapa bulan yang lepas.

Semenjak beliau dipenjarakan, kami diberitahu beliau kehilangan berat badan kira-kira 6 kg yang sungguh membimbangkan sekiranya ini berterusan. Terdapat juga symptom kesan darah dalam sampel najis, yang memerlukan pemeriksaan perubatan secara lebih dekat.

Beliau juga direkodkan mempunyai tekanan darah yang tidak menentu, dan bacaannya setinggi 163/108 walaupun beliau sedang menjalani rawatan ubatan.

Beliau juga mempunyai kecederaan yang teruk di bahu kanan beliau (dalam sebuah kejadian kemalangan kecil setahun lepas), yang masih menyebabkan beliau dalam keadaan kesakitan.

Kecederaan ini memerlukan pemeriksaan MRI, rawatan dan berkemungkinan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Kami mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan kemasukan ke dalam hospital. Amat dikesali sekali atas kelewatan kerajaan dalam memenuhi permintaan ini. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan MRI ke atas bahu beliau juga tidak diendahkan untuk beberapa minggu.

Kami dimaklumkan juga bahawa Datuk Seri Anwar telah dilawati oleh doktor-doktor yang dihantar oleh Kementerian Kesihatan yang sedang memerhatikan keadaan beliau.

Bagaimanapun, kami dimaklumkan oleh peguam Datuk Seri Anwar yang telah menemui beliau untuk tempoh dua hari yang lepas, yang beliau akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada hari Selasa, 2 Jun 2015, untuk pemeriksaan, permerhatian dan rawatan perubatan.

Keadilan dan keluarga Datuk Seri Anwar sangat menyesali kelewatan bertindak oleh kerajaan untuk memberikan rawatan perubatan kepada Datuk Seri Anwar. Kami menuntut agar beliau diberikan penjagaan kesihatan secara menyeluruh yang diperlukan oleh beliau.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi mestilah memberikan jaminan bahawa Datuk Seri Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana yang diperlukan untuk penilaian kesihatan beliau dilakukan dan rawatan yang diperlukan diberikan sehingga keadaan beliau pulih.

Kegagalan kerajaan untuk memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah pencabulan hak asasi Datuk Seri Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil dan saksama.

Keadilan akan terus mendapatkan maklumat terkini berkenaan kesihatan beliau daripada keluarga Datuk Seri Anwar dan juga barisan peguam beliau yang mesti diberikan akses sepenuhnya kepada beliau sepanjang tempoh beliau berada di hospital. - HARAKAHDAILY 30/5/2015

Sumber HD - 30-5-2015


































































































































Saman Nalla: Mahkamah benar rayuan Anwar

BERNAMA | .

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya penghakiman kes liwat pada 1998 tidak diguna pakai sebagai pembelaan Senator Datuk S. Nallakaruppan dan dua lagi dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadap mereka.
  
Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mengetuai panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara setelah mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi.
  
Pada 26 Dis 2012, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd serta Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu Datuk Abdul Aziz Ishak untuk mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaan bagi kes saman tersebut.
  
Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.
  
Peguam Muhammad Asmirul Asraf Fadli, mewakili Utusan, memberitahu pemberita bahawa keputusan tersebut dibuat berdasarkan Seksyen 43 Akta Keterangan yang menghalang sabitan jenayah lampau diguna pakai di dalam kes saman sivil.

Dalam kes liwat I, iaitu dakwaan meliwat pemandu peribadi, Azizan Abu Bakar, penghakiman bertulis yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad ada menyatakan bahawa 'Anwar mempunyai kecenderungan homoseksual'.
  
Selain itu, mahkamah yang sama turut menolak rayuan balas yang difailkan Nallakaruppan, Utusan dan Abdul Aziz serta memerintahkan mereka membayar kos sebanyak RM15,000 kepada Anwar.
  
Pada 26 Mac 2012, Anwar memfailkan saman terhadap ketiga-tiga defendan berhubung perkataan Nallakaruppan, yang didakwa fitnah dan mencemar nama baiknya, yang disiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac 2012 bertajuk "Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla".
  
Penyataan tuntutan Anwar mendakwa perkataan berunsur fitnah yang terkandung dalam artikel itu adalah palsu, tidak berasas dan disiar dengan niat jahat.
  
Selain ganti rugi am sebanyak RM100 juta, Anwar menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
  
Kesemua defendan mengemukakan pembelaan justifikasi, perlindungan bersyarat serta komen yang adil, dan mereka bergantung kepada pendapat majoriti dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan bagi kes liwat Anwar pada 1998. - Bernama

Sumber HD - 29-5-2015


Anwar Kelihatan Makin Kurus
Posted on Saturday, May 16 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





 


Sumber TKO - 16-5-2015


Anwar saman SPR tak benar undi di Pmtg Pauh

Posted on Wednesday, May 06 @ 17:19:55 MYT

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua pihak lagi kerana tidak membenarkannya mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh esok.

Anwar, bekas Anggota Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lupur melalui Tetuan Daim & Gamany dan menamakan SPR, pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.
    
Dalam permohonannya, Anwar memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi seperti diperuntukkan di bawah Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan, selain menuntut pampasan dan kos.
    
Oleh itu Anwar, 68, menuntut defendan-defendan mengambil tindakan susulan untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi.
    
Anwar dalam afidavit sokongan untuk menyokong tuntutannya mendakwa pada 30 April lepas, peguamnya menghantar surat tuntutan kepada SPR dan Abdul Aziz untuk mengesahkan bahawa beliau layak mengundi.

Beliau berkata sehingga hari ini tiada jawapan daripada kedua-dua defendan, oleh itu tindakan mereka telah menafikan haknya sebagai pengundi dan bertentangan dengan Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan juga mencabuli haknya di bawah Perlembagaan.
    
Anwar berkata deklarasi yang dipohon itu adalah untuk menegakkan haknya untuk mengundi pada PRK Permatang Pauh dan pada mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
    
Beliau mendakwa telah mendaftar sebagai pengundi yang sah bagi kawasan Permatang Pauh sebelum dijatuhin hukuman oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas dan pada PRU ke-13 dua tahun lepas beliau telah mengundi di kawasan itu.
    
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008.
    
Peguam Anwar, N.Surendran memberitahu media bahawa anak guamnya memfailkan saman itu kerana SPR tidak membenarkannya mengundi di PRK Permatang Pauh esok dan pihaknya akan cuba mendapatkan tarikh pendengaran secepat mungkin.

Ditanya sama ada Anwar juga membuat permohonan untuk mengundi kepada SPR semasa menjalani hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan menyalahgunakan kuasa pada PRU 1999 dan 2004, Surendran berkata Anwar tidak membuat permohonan itu.
    
Seorang lagi peguamnya Latheefa Koya berkata kes itu akan menjadi kes ujian kerana mengikut Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan seseorang banduan yang telah berdaftar sebagai pengundi sebelum disabitkan kesalahan adalah layak mengundi.
    
Anak perempuan keempat Anwar, Nurul Ilham turut hadir di mahkamah bersama suaminya Reza Mohd Rafie.
    

-Bernama

Sumber TKO - 6-5-2015


Kematian bapa: PAS harap Anwar, keluarga bersabar
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga di atas pemergian bapanya.

"Saya mewakili seluruh ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga beliau di atas pemergian bapa beliau Datuk Ibrahim Abd Rahman pada awal pagi ini (semalam)," ujar beliau menerusi facebook.

PAS, kata beliau mendoakan agar ruh beliau dirahmati dan mendapat keampunan Allah SWT jua.

"Kami berharap agar Datuk Seri Anwar dan ahli keluarga beliau sabar dan tabah dalam menghadapi ketentuan Allah SWT ini," katanya lagi.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan bahawa bapa mertuanya itu meninggal pada 1.45 pagi ini menerusi laman Facebook dan Twitter. - HARAKAHDAILY 5/4/2015




Sumber PP - 6-4-2015


Takziah buat Anwar Ibrahim sekeluarga
Posted on Sunday, April 05 @ 15:55:29 MYT by paktam

Saya utuskan ucapan takziah kepada DS Anwar Ibrahim dan DS Dr Wan Azizah Wan Ismail sekeluarga atas pemergian ayahanda DS Anwar, Dato' Haji Ibrahim Abdul Rahman pagi tadi.

Sudah tentu berita ini sangat menyedihkan DS Anwar yang sudahpun derita dipenjara. Bersabarlah diatas ujian tersebut kerana Allah bersama golongan yang sabar.

Saya mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama para hamba Allah yang diredhai:



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB

Menteri Besar Kelantan
15 Jamadil Akhir 1436


Sumber DD - 5-4-2015

Anwar ziarah jenazah ayah

Posted on Sunday, April 05 @ 14:23:42 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri pengebumian bapanya di Country Heights, Kajang, selepas diberi kebenaran oleh Jabatan Penjara.

Beliau disambut anak perempuannya, Nurul Nuha setibanya di rumah pada 10.40 pagi bersama pegawai Penjara Sungai Buloh.


Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata jabatan penjara memberi izin untuk menziarahi jenazah Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi hari ini.

"Anwar InsyaAllah akan diberi keizinan oleh penjara jam 11 pagi ini untuk ziarah Allahyarham ayahanda DSAI di Kajang," tulis Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR di akaun Facebooknya.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, Ibrahim meninggal dunia kerana mengalami sesak nafas.

Beliau berusia 96 tahun.

Antara yang turut hadir menziarahi jenazah Ibrahim hari ini ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, peguam Latheefa Koya serta bekas Naib Presiden PKR N Surendran.

Ibrahim merupakan ahli Parlimen Seberang Perai Tengah dari 1959 hingga 1969. Beliau juga pernah menjawat jawatan setiausaha Parlimen.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

-----

Bapa kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia awal pagi ini, demikian menurut Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau dibenarkan keluar daripada penjara Sungai Buloh untuk menghadiri pengebumian itu.

Malaysiakini membawakan laporan terkini mengenainya.


1.30pm: Jemaah mendirikan solat Zohor yang dimamkan oleh bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Amin Bahron.

Anwar yang bersongkok hitam berada di saf pertama. Jenazah Ibrahim berada di sebelahnya.

Malaysiakini dimaklumkan oleh anggota keluarga Anwar bahawa jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan selepas ini.

1.00pm: Anwar bersama kira-kira 80 hadirin lain menyempurnakan solat jenazah buat kali pertama. 


Solat kali pertama diimamkan oleh bekas presiden NGO ABIM, Razali Nawawi.

Oleh kerana ruang yang terhad, jemaah lain pula mengadakan solat jenazah buat kali kedua, yang diimamkan oleh pendakwah bebas, Abdullah Yassin.

Menurut ahli keluarga Anwar, ketua pembangkang itu dijangka menjadi imam solat Zohor.

12.40pm Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Husam Musa turut hadir.

Sekalipun ramai tetamu mengambil kesempatan bertemu dengan Anwar, ketua pembangkang itu dikawal ketat oleh pengawal penjara.

12.35pm: Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengucap ribuan terima kasih kepada pihak penjara dan menteri dalam negeri yang membenarkan Anwar keluar daripada penjara.

"Anwar tidak bernasib baik apabila melihat kedua-dua ibu bapanya meninggal sewaktu dalam penjara.

"Ketika ibu beliau meninggal dunia, beliau berada dalam penjara sebelum ini, dan dibenar keluar untuk memberi penghormatan terakhir.

"Jadi inilah tindakan yang betul dan kami berterima kasih kepada pihak penjara dan menteri dalam negeri," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir.

12.24pm: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tiba bersama suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Tidak lama selepas itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula sampai.

12.10pm:  Sesudah doa dibacakan, Anwar yang memakai baju melayu putih, dilihat memeluk anak-anaknya.

Anwar kelihatan sedikit kurus namun tenang. Manakala Wan Azizah yang turut berada di situ dilihat mengalirkan air mata.

11:50am: Seramai 60 tetamu berada dalam rumah bapa Anwar sedang membacakan doa. Jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Ramal selepas Zohor.

11.40pagi: Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon tiba di kediaman bapa Anwar bagi memberikan penghormatan terakhir.

"Saya mengenai beliau (Ibrahim) sejak saya menuntut di universiti kerana beliau (ketika itu) adalah anggota parlimen.

"Saya mengenali beliau sebelum saya mengenali Anwar. Sudah 40 tahun," katanya.

Ibrahim pernah menjadi ahli parlimen Seberang Perai Tengah antara tahun 1959 dan 1969.

11.13am: Turut hadir memberi penghormatan Ketua Pegawai eksekutif AirAsia Tony Fenandes.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi sebarang komen. Sementara itu, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib tiba untuk mengunjungi dan memberi penghormatan kepada Allahyarham.

Beliau pernah menjadi orang kuat dalam Umno dan juga rapat dengan Anwar.

Beberapa pemimpin PKR turut hadir antaranya Datuk Johari Abdul, N Surendran dan Latheefa Koya.

10.49am: Dr Mahathir telah beredar tetapi isterinya Tun Hasmah Ali masih berada di situ.

Hasmah menyifatkan bapa Anwar seorang yang baik.

"Kami mengenali Pak Ibrahim sejak sekian lama, sebelum Azizah (berkahwin dengan Anwar)," katanya kepada Malaysiakini.

10:46am: Wajah sedih kelihatan pada Anwar Ibrahim yang tiba di kediaman ayahnya di Kajang.

Beliau diapit oleh lebih sepuluh pengawal penjara, antaranya bersenjatakan semi-automatik.

Anwar memasuki rumah itu dan ada beberapa individu yang berkabung berjabat tangan dengannya malah ada yang memeluknya.

Dua pengawal penjara yang bersenjata berdiri di luar rumah manakala yang lain mengiringi Anwar masuk.

Terdahulu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba untuk memberi penghormatan terakhir.

9.02am: Dr Wan Azizah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar dibenarkan untuk menghadiri pengebumian bapanya di Kajang hari ini.

"Menteri Dalam Negeri memberi keizinan, tetapi kami tidak pasti pukul berapa beliau dibenarkan keluar (dari penjara)," katanya.

"Para peguam sedang mengurus perinciannya," katanya lagi.

Dr Wan Azizah memendekkan urusan beliau di Pulau Pinang dan sedang dalam perjalanan ke Kajang ketika ini bagi membuat persediaan majlis pengebumian itu.

ADUN Kajang itu berkata beliau dimaklumkan bahawa bapa mertuanya Ibrahim Abdul Rahman kira-kira jam 2 pagi, selepas disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi di Hospital Kajang.

Jenazah Ibrahim akan dibawa ke rumah di Country Heights, Kajang hari ini untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam di Sungai Ramal selepas Zohor.

Menurut maklumat terbaru daripada pihak yang dekat dengan Anwar, beliau akan tiba sebelum tengahari.

Anwar dihukum penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk memihak kepada rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam kes liwat II.

Keluarga beliau memohon pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan sedang menunggu keputusan akhir mengenai petisyen itu.

Bagaimanapun, kerusi Permatang Pauh diisytihar kosong pada Rabu selepas Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa permohonan pengampunan diraja ditolak sekalipun peguam Anwar mempertikaikannya.


Sumber TKO - 5-4-2015


KEMATIAN BAPA : PAS HARAP ANWAR, KELUARGA BERSABAR - DS TG HH



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/34724-kematian-bapa-pas-harap-anwar-keluarga-bersabar


Sumber HD - 5-4-2015















































































































































Bapa DS Anwar meninggal, kebumi di Kajang

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya bahawa bapa mertuanya iaitu bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah  meninggal dunia pada 1.45 pagi tadi.

Jenazah Datuk Ibrahim Abdul Rahman akan dibawa pulang ke rumahnya di Country Heights, Kajang dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, selepas Zohor.
  
Dr Wan Azizah juga memaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar dijangka akan diberi keizinan oleh penjara jam 11 pagi ini untuk menziarahi Allahyarham bapanya.
  
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan hampir tujuh tahun lepas. – HARAKAHDAILY 5/4/2015


Sumber HD - 5-4-2015

Ayah Anwar Ibrahim meninggal dunia

Posted on Sunday, April 05 @ 09:47:23 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Ayah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abd Rahman meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi tadi. Menurut makluman di akaun Facebook isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jenazah Ibrahim dibawa pulang ke rumahnya di Kajang.

"Kali pertama Anwar dipenjara, beliau diuji dengan pemergian ibunda beliau dan juga pemergian Ustaz Fadhil Noor," tulis makluman di Facebook Dr Wan Azizah merujuk kepada Anwar dan bekas presiden PAS Datuk Fadhil Noor.

"Kali ni diuji pula dengan pemergian Nik Aziz dan kini, ayahanda beliau," tulis makluman itu merujuk kepada pemergian bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) melawat rumah ayah Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. - 5 April, 2015.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) melawat rumah ayah Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini. - 5 April, 2015.

Jenazah Ibrahim dijangkakan akan dikebumikan selepas waktu Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang.

"Kak Wan terpaksa batalkan semua program di Pulau Pinang hari ini, bergegas pulang ke Kajang," tulis makluman di Facebook Dr Wan Azizah yang juga merupakan presiden PKR.

Ibrahim merupakan ahli Parlimen Seberang Perai Tengah dari 1959 hingga 1969. Beliau juga pernah menjawat jawatan setiausaha Parlimen.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas menolak rayuan akhir beliau terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.



Sumber TKO - 5-4-2015


LEMBAGA PENGAMPUNAN TOLAK PETISYEN ANWAR -  PEGUAM KANAN PERSEKUTUAN




http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34654-lembaga-pengampunan-tolak-petisyen-anwar

Sumber HD - 1-4-2015















































































































































Lembaga Pengampunan sudah putuskan petisyen Anwar

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan telah membuat keputusan terhadap petisyen bagi pengampunan diraja dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disabitkan kesalahan meliwat, dan pengumuman akan dibuat pada Rabu, menurut peguam mewakili Anwar.

N. Surendran memberitahu pemberita pengumuman itu akan dibuat apabila Mahkamah Tinggi mendengar permohonan Anwar bagi kebenaran untuk mencabar keputusan Komisioner Jeneral Penjara melarangnya menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Peguam itu, bersama-sama Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara, telah berjumpa dengan Hakim Datuk Asmabi Mohamad di dalam kamar.

"Keputusan telah dibuat, seperti dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan (di dalam kamar). Mahkamah menetapkan Rabu untuk mengesahkan status petisyen pengampunan," kata Surendran.

Sementara itu, Amarjeet Singh berkata Surendran telah meminta sedikit masa untuk mengesahkan fakta dalam afidavit yang diperakui oleh Ketua Pengarah Hal Ehwal Perundangan yang juga Sekretariat Lembaga Pengampunan.

"Mereka meminta masa. Sebaik sahaja keputusan dibuat, perlembagaan yang menentukannya. Apabila Anggota Parlimen (MP) lucut kelayakan; hakim memberikan masa kepada mereka untuk mengesahkannya," katanya.

Anwar, MP Permatang Pauh, memfailkan permohonan itu pada 18 Mac dan menamakan Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara, masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Menerusi afidavit sokongan, Anwar, 67, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, mendakwa beliau masih anggota Dewan Rakyat dan Ketua Pembangkang berikutan petisyen bagi pengampunan diraja masih belum diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau memgemukakan permohonan bagi pengampunan diraja pada 24 Feb selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar mendakwa keputusan kedua-dua responden tidak membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat adalah salah di sini perlembagaan, tidak sah dan batal.

Anwar memohon perintah supaya keputusan Komisioner Jeneral Penjara bertarikh 4 Mac dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan dibatalkan di bawah perintah certiorari.

Beliau juga memohon perintah mandamus bagi mengarahkan Komisioner Jeneral Penjara membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat dan mengisytiharkan bahawa beliau ada hak untuk menghadiri sidang itu. - Bernama

Sumber HD - 27-3-2015





























































































































































Tian Chua ditahan kerana sertai #Kitalawan

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan tanpa permit #KitaLawan di sini pada 7 Mac lepas.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Batu tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, pukul 11.53 pagi dengan diiringi peguamnya Eric Paulsen.

Paulsen berkata Tian Chua dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan itu dan kemudian ditahan dan akan dibawa ke Balai Polis Jinjang sebelah petang.

"Tindakan lanjut polis sama ada ingin membebaskan atau meneruskan siasatan terhadap Tian Chua hanya dapat diketahui esok," kata peguam itu ketika ditemui pemberita di perkarangan balai polis Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan penahanan tersebut. - Bernama

Sumber HD - 20-3-2015

POLICE ARREST DAUGHTER OF JAILED OPPOSITION LEADER - AP


YB NURUL IZZAH ANWAR DITAHAN


Sumber HD - 16-3-2015































































































































































Apa sebab polis perlu tahan Nurul Izzah

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: DAP mengutuk sekeras-kerasnya salah guna kuasa oleh pihak polis dalam soal penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; serta menggesa supaya beliau dilepaskan dengan serta merta.

"Ketika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu disoal siasat oleh pihak polis, tidak pula menteri Umno itu ditahan reman semalaman oleh pihak polis," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Malah, katanya pihak polis pula menyatakan bahawa Ismail seorang yang ‘sibuk’ dan tidak mempunyai masa untuk disiasat.

"Tetapi kini ketika Dewan Rakyat sedang bersidang, pihak polis bertindak menangkap Nurul Izzah, seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, untuk disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran apa yang diucapkannya di dalam Dewan?" ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya tidak ada sebab untuk menahan Nurul Izzah kerana beliau bukannya seorang perompak atau penjenayah yang telah membunuh sesiapa.

"Beliau tidak akan melarikan diri. Apa sebab pihak polis perlu menahan Nurul Izzah semalaman?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Tegasnya, DAP akan tetap setia bersolidariti dan menyokong Nurul Izzah, walau apa pun yang terjadi dan menggesa kerajaan pusat berhenti menjadikan pihak polis budak suruhan mereka untuk menahan, mengganggu dan memangsakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. - HARAKAHDAILY 16/3/2015


Sumber HD - 16-3-2015


































































































































































Botak kepala tanda solidariti kepada Anwar

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Sebagai tanda simbolik melahirkan protes tindakan kerajaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  beberapa orang Ahli Parlimen tanpa keberatan membotakkan kepala mereka.

Antara yang terlibat membotakkan kepala adalah Ahli Parlimen Pasir Puteh (PAS), Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Ahli Parlimen Kota Kinabalu (DAP),  Jimmy Wong Sze Phin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubok (KeADILan) Lee Khai Loon.

Protes tersebut diadakan kira-kira jam 9.15 pagi di hadapan pintu utama Parlimen.

Masing-masing memegang kad yang tertera lukisan Anwar dan perkataan bertulis 'Free Anwar White House Petition- we need you to show your support.'

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang turut menyertai protes berkenaan  berkata ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkumpul di hadapan Parlimen sebagai tanda sokongan terhadap usaha-usaha membebaskan Anwar.

Beliau juga kesal apabila pihak penjara enggan membenarkan Anwar hadir ke Parlimen sedangkan Anwar telah membuat rayuan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid  Yusuf Rawa meminta ruang diberikan kepada Anwar untuk hadir sepanjang sesi Parlimen berlangsung kerana tiada halangan daripada segi undang-undang untuk Anwar melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang turut berbuat demikian sempat mengumpul rambutnya yang telah dicukur dan akan menyimpan rambutnya sebagai bukti.

"Tindakan kami membotakkan kepala untuk memberitahu dunia bahawa ketua pembangkang perlu bebas dan juga perlu dibenarkan terlibat dalam perbahasan di Parlimen," katanya yang juga Ketua Whip PKR.

Bagi Jimmy pula tindakannya membotakkan kepala bukan sahaja simbolik untuk pembebasan Anwar tetapi juga tuntutan membersihkan Sabah daripada pendatang asing.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad melaungkan 'Bebas Anwar' serta diikuti Ahli-Ahli Parlimen lain dengan penuh semangat dengan penuh semangat sambil turut melaungkan 'Reformasi'. – HARAKAHDAILY 10/3/2015

Sumber HD - 10-3-2015




































































































































































Permohonan Anwar ditolak berdasar Seksyen 31(1)(a)

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara tidak meluluskan permohonan bagi membolehkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13.
  
Komisioner Jeneral Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar berkata ia diputuskan selepas pertimbangan dibuat, dan berdasarkan Seksyen 31(1)(a) Akta Penjara 1995.
  
"Saya dengan ini mengesahkan surat penolakan telah dihantar kepada pemohon pada Rabu, 4 Mac 2015," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Zulkifli berkata bahawa Jabatan Penjara sebelum ini telah menerima permohonan daripada Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dan Tetuan Daim & Gamany bagi membolehkan Anwar, Anggota Parlimen Permatang Pauh, menghadiri sesi pertama sidang Parlimen tahun ini dari 9 Mac hingga 9 April.
  
Seksyen 31(1)(a) Akta Penjara 1995 memperuntukkan bahawa Komisioner Jeneral Penjara boleh mengarahkan supaya banduan dibawa ke mana-mana tempat di Malaysia melalui perintah bertulis, setelah berpuas hati terdapat alasan munasabah yang menghendaki kehadiran seseorang banduan di tempat itu.
  
Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas menolak rayuan terakhirnya dan mengekalkan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. - BERNAMA

Sumber HD - 9-3-2015

#KitaLawan bukti anak muda tidak rela diperalat BN

HARAKAHDAILY | .






KUALA LUMPUR: Perhimpunan #KitaLawan yang disertai lebih daripada 10,000 orang petang semalam membuktikan rakyat khususnya anak muda bersama menuntut keadilan.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata himpunan itu juga membuktikan golongan anak muda tidak rela diperalat oleh pemerintah BN.

Menurutnya, BN terancam dengan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan raya Umum ke-13 lalu, maka mereka memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempastikan BN terus berkuasa.

"BN akan terus membuli PR dan memujuk PAS bersama mereka," ujarnya kepada Harakahdaily.
Ini, ujar beliau merupakan konsep pecah dan perintah BN.

Selain beliau, turut serta pada perhimpunan semalam ialah Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan AJK PAS Pusat, Khalid Samad.

Himpunan dan perarakan #KitaLawan anjuran Pemuda PKR itu diadakan bagi mendesak Anwar yang dikini menjalani hukuman penjara lima tahun dibebaskan. - HARAKAHDAILY 8/3/2015


Sumber HD - 8-3-2015


KERJASAMA YANG BAIK DARI PAS DAN DAP - ZAKRI ALI


YB DR MOHD HATTA RAMLI (AJK PAS) DAN YB NIK NAZMI NIK AHMAD (KETUA AMK)


http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/34218-kerjasama-yang-baik-dari-pas-dan-dap

Sumber HD - 8-3-2015

Sumber Asal - http://atsixty-zakriali.blogspot.com/


DEMONSTRATORS DEMAND ANWAR IBRAHIM'S RELEASE - WARTAWAN AFP



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34213-demonstrators-demand-anwar-ibrahim-s-release

Sumber HD - 7-3-2015


TERKEJUT PENJARA TIDAK BENARKAN ANWAR KE PARLIMEN - JOHARI



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34178-terkejut-penjara-tidak-benarkan-anwar-ke-parlimen

Sumber HD - 5-3-2015


PAS SOKONG PENGAMPUNAN KEPADA ANWAR - DATO' MAHFUZ



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34071-pas-sokong-pengampunan-kepada-anwar

Sumber HD - 26-2-2015


Anwar wajar dibenar hadir Parlimen Mac ini

KUALA LUMPUR 25 FEB: Selaku Ketua Pembangkang, Saudara Anwar Ibrahim wajar dibenarkan hadir ke sidang Parlimen bulan depan, kata Rafizi Ramli.

rafizi_pkrHQ_Mosti

Jelas Setiausaha Agung KEADILAN itu, ia ekoran kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan Diraja selesai.

“(Bermakna) persoalan Ketua Pembangkang dan pilihan raya kecil juga tidak timbul.

“Sebagai Ketua Pembangkang, Anwar wajar dibenarkan hadir sidang Parlimen bermula 9 Mac 2015 ini,” kata Rafizi dalam kenyataan.

Menurut Naib Presiden itu lagi, Sekretariat Parlimen KEADILAN bersama pasukan peguam Anwar akan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65394

Sumber KD - 26-2-2015



Status Anwar Sebagai MP Ditentukan Selepas Petisyen Pengampunan Diputuskan Agong

Posted on Tuesday, February 24 @ 23:01:46 MYT

Dilulus untuk paparan oleh memo

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) - Status Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh akan hanya ditentukan selepas petisyen pengampunan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin berkata beliau hanya boleh mengemukakan pemberitahuan selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja kehilangan kelayakan anggota Parlimen Permatang Pauh mula berkuat kuasa mengikut perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh kerana petisyen pengampunan diraja oleh keluarga Anwar itu telah difailkan di bawah perenggan (c), Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, maka sesuatu kehilangan kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan oleh Yang di-Pertuan Agong, katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Pandikar Amin mengesahkan telah menerima sesalinan petisyen bagi suatu pengampunan pada hari ini yang difailkan isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, bagi pihak Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Petisyen pengampunan itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Feb lepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Anwar, 67, setelah menolak rayuan akhirnya terhadap hukuman yang dijatuhi Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, kini berumur 30 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.-bernama


Sumber TKO - 24-2-2015


Keluarga Anwar muncul di Istana Negara

Posted on Tuesday, February 24 @ 17:02:46 MYT by paktam

Anggota keluarga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Liwat II.

Laporan portal themalaymailonline.com menyebut, anggota keluarga Anwar muncul di Istana Negara hari ini bagi mengemukakan permohonan itu.


Menurut laporan itu, isteri Anwar, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seorang anak perempuan mereka, Nurul Nuha Anwar tampil untuk mengemukakan permohonan itu.

Laporan itu memetik kenyataan anak sulung mereka, Nurul Izzah yang membangkitkan bahawa langkah sama pernah dibuat oleh penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

Kit Siang dan Guan Eng memohon pengampunan ketika dipenjara sebelum ini.

Sementara itu, pengarah komunikasi parti, Fahmi Fadzil berkata parti itu tahu menahu mengenai perkembangan mengejutkan itu.

Tambahnya, keputusan untuk memohon pengampunan itu mungkin keputusan oleh keluarga Anwar.-Mkini

Sumber DD -  24-2-2015

TUDUHAN LIWAT  :  JAIS MESTI SIASAT PEGUAM SHAFEE - USTAZ WAN JI


USTAZ WAN JI WAN HUSSIN - PENDAKWAH BEBAS

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34019-tuduhan-liwat-jais-mesti-siasat-peguam-shafee

Sumber HD - 24-2-2015


NIK NAZMI DITAHAN POLIS DIBAWA KE LOKAP JINJANG - SELANGOKINI


YB NIK NAZMI NIK AHMAD BERUCAP PADA FREE 4 ANWAR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33987-nik-nazmi-ditahan-polis-dibawa-ke-lokap-jinjang

Sumber HD - 22-2-2015



BANTAH SHAFEE : AMK BERTEMBUNG PEMUDA UMNO - KETUA AMK KEPALA BATAS


TAN SRI MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH - KETUA PENDAKWA KES LIWAT II

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33980-bantah-shafee-amk-bertembung-pemuda-umno

Sumber HD - 22-2-2015


AKTIVIS ADAM, FARIZ DITAHAN SERTAI PERHIMPUNAN AMAN - MALAYSIAKINI


ADAM ADLI DAN FARIZ MUSA DITAHAN POLIS

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33975-aktivis-adam-fariz-ditahan-sertai-perhimpunan-aman

Sumber HD - 21-2-2015




5 Jun Keputusan Berhubung Saman Anwar Terhadap Anifah
Posted on Wednesday, February 18 @ 12:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 5 Jun bagi keputusannya berhubung saman malu RM100 juta yang dikemukakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 5 Jun bagi keputusannya berhubung saman malu RM100 juta yang dikemukakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S. Hassan Badjenid menetapkan tarikh itu selepas Anwar memberi keterangan pada pendengaran saman itu.

Anwar dipanggil semula ke mahkamah pada Selasa selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Anifah untuk meminda kenyataan pembelaannya.

Dalam kenyataan pembelaan yang dipinda, Anifah berkata beliau telah didatangi bekas timbalan pengerusi KFC Holdings (M) Bhd Datuk Ishak Ismail pada satu masa sebelum 16 September, 2008, ketika beliau berada bersama beberapa orang Anggota Parlimen (MP) lain di Cigar Lounge Kuala Lumpur Hilton.



Anifah berkata Ishak membuat tawaran RM100 juta untuk beliau dan beberapa MP Barisan Nasional (BN) lain dari Sabah yang rapat dengan beliau untuk melompat dari gabungan BN menyertai gabungan Pakatan Rakyat.

Anwar memberitahu mahkamah beliau tidak pernah menyuruh Ishak menjadi agennya untuk menemui Anifah supaya menteri itu melompat ke pihak pembangkang.

Anwar juga berkata hubungan terakhirnya dengan Ishak ialah pada 2004 bila Ishak melawatnya di Munich.

"Saya tidak lagi rapat dengannya sejak 1998 dan hanya sekali, pada 2004, beliau muncul di Munich dan kami berbual ringkas ketika itu," kata beliau semasa disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Anifah.

Muhammad Shafee: "Anda kenal siapa Ishak Ismail?"

Anwar: "Saya kenal beliau sejak awal 80an. Beliau dari Pulau Pinang seperti anda; bila saya jadi menteri, beliau menemui saya seperti anda lakukan.

Muhammad Shafee: "Ini bukan tempat untuk bersenda. Jawab saja! Anda kenal Ishak Ismail?"

Anwar: "Ya. Beliau berkhidmat di bahagian (UMNO) Permatang Pauh pada 1994-1995. Saya jadi ketua Permatang Pauh sejak 1982. Saya tahu beliau seorang ahli perniagaan dan terlibat dengan KFC dan Idris Hydraulic."

Muhammad Shafee: "Adakah anda gunakan Ishak sebagai seorang agen untuk mengadakan perjanjian dengan Anifah supaya 16 September, 2008 menjadi kenyataan? (Merujuk kepada hari pembangkang dilaporkan merancang mengambl alih Putrajaya berikutan dakwaan berlaku tindakan beberapa MP BN melompat ke pihak pembangkang.Rancangan itu gagal).

Anwar: "Tidak. Saya tidak hubungi Ishak."

Anwar juga berkata dakwaan Anifah mengenai tawaran RM100-juta (kepada beliau) untuk melompat ke pembangkang adalah 'jahat dan keji'.
Beliau berkata dakwaan itu juga langsung tidak benar dan sesuatu yang hanya terlintas kemudian di fikiran.

Sementara itu, ketika disoal semula oleh peguamnya Razlan Hadri Zulkifli, Anwar berkata beliau tidak rapat dengan Ishak sekarang dan mengesahkan bahawa Ishak tidak menjadi agennya dari 2004 hingga sekarang.

Anwar memfail saman terhadap Anifah dan kerajaan Malaysia pada 27 Mei 2009, dengan mendakwa kenyataan menteri itu pada sidang media di Washington, ketika Setiausaha Negara AS Hillary Clinton hadir telah mencemar imej beliau.

Anwar menuduh Anifah menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak layak memegang jawatan politik dan sebarang jawatan lain, dan berbahaya kepada masyarakat Malaysia.

Anwar juga mendakwa bahawa kenyataan Anifah, yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan asing, telah merosakkan keperibadiannya dan secara langsung atau tidak, menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup. 


Sumber TKO - 18-2-2015



ANWAR DITAWAR JADI TPM, MUHYUDDIN NAK TAHU JUGA - MENTERI UMNO

 

PERDANA MENTERI MINUM BERSAMA KETUA PEMBANGKANG

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33920-anwar-ditawar-jadi-tpm-muhyiddin-nak-tahu-juga

Sumber HD - 17-2-2015


PERMOHONAN DSAI ZIARAH DBS TG NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DITOLAK:


Sumber T/SAMM - 13-2-2015


ANWAR HILANG KELAYAKAN MP SELEPAS 14 HARI DISABITKAN - SPEAKER DR


TAN SRI  PENDIKAR AMIN MULIA - SPEAKER DEWAN RAKYAT


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33819-anwar-hilang-kelayakan-mp-selepas-14-hari-disabitkan

Sumber HD - 12-2-2015






HAKIM TINGGALKAN KAMAR MASA ANWAR BERUCAP, PERTAMA KALI DALAM SEJARAH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33805-hakim-tinggalkan-kamar-masa-anwar-berucap-pertama-kali-dalam-sejarah

Sumber HD - 11-2-2015


PERJUANGAN UNTUK MEMBEBASKAN AYAHANDA KAMI - NUHA


NURUL NUHA DAN NURUL IZZAH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33804-perjuangan-untuk-bebaskan-ayahanda-kami

Sumber HD - 11-2-2015


ANWAR DIANIAYA KERANA ANCAMAN NOMBOR SATU UMNO - NURUL IZZAH


YB NURUL IZZAH ANWAR - NAIB PRESIDEN PKR / AP LEMBAH PANTAI

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33792-anwar-dianiaya-kerana-ancaman-nombor-satu-umno

Sumber HD - 11-2-2015


UCAPAN ANWAR DALAM KAMAR PERBICARAAN SEMALAM


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33790-ucapan-anwar-dalam-kamar-perbicaraan-semalam

Sumber HD - 11-2-2015


KES ANWAR : KITA LEBIH SELESA DENGAN HUKUMAN SYARAK - AHMAD YAAKOB


YAB DATO' USTAZ AHMAD YAAKOB - MENTERI BESAR KELANTAN / PEMANGKU KETUA ULAMAK DUPP

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33787-kes-anwar-kita-lebih-selesa-dengan-hukuman-syarak

Sumber HD - 11-2-2015

Kenyataan Ikhwanul Muslimin 


I WILL FIGHT ON FOR FREEDOM AND JUSTICE - ANWAR


DSAI - DIPENJARA SUNGAI BULOH

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/33780-i-will-fight-on-for-freedom-and-justice

Sumber HD - 10-2-2015

TRAK FRU MERIAM AIR DI BELAKANG ISTANA KEHAKIMAN


FRU DI TEMPATKAN DI BELAKANG I.K.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33771-trak-fru-meriam-air-di-belakang-istana-kehakiman

Sumber HD - 10-2-2015

UCAPAN AKHIR DSAI SEBELUM DIBAWA KE SG BULOH



https://www.facebook.com/Kamibencisaifulbukhari/videos?fref=photo

Sumber RP - 10-2-2015
http://bm.therakyatpost.com/


ANWAR MOHON DITAHAN DI PENJARA SUNGAI BULOH - KETUM PKR

 

DSAI - MSBA 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33779-anwar-mohon-ditahan-di-penjara-sungai-buloh

Sumber HD - 10-2-2015


TRAK FRU MERIAM AIR DI BLAKANG ISTANA KEHAKIMAN


ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33771-trak-fru-meriam-air-di-belakang-istana-kehakiman

Sumber HD - 10-2-2015


RAYUAN ANWAR DITOLAK KEKAL PJARA 5 TAHUN - HAKIM


DSAI - MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN 

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33768-rayuan-anwar-ditolak-kekal-penjara-5-tahun

Sumber HD - 10-2-2015


MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK RAYUAN ANWAR - HAKIM


YA TUN ARIFFIN ZAKARIA - KETUA PANEL LIMA HAKIM 

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33768-mahkamah-persekutuan-tolak-rayuan-anwar

Sumber HD - 10-2-2015

ANWAR MASUK BILIK BICARA 1 MAHKAMAH PERSEKUTUAN


PENYOKONG ANWAR BERKUMPUL DI LUAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN 

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33762-anwar-masuk-bilik-bicara-1-mahkamah-persekutuan

Sumber HD - 10-2-2015



PERSONALITI PENTING DALAM PERBICARAAN ANWAR


ISTANA KEHAKIMAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33764-personaliti-penting-dalam-perbicaraan-kes-anwar

Sumber HD - 10-2-2015


SUASANA TENANG, 'LAUNGAN BEBAS' ANWAR KEDENGARAN:


PANEL 5 HAKIM DIKETUAI YA HAKIM TUN ARIFFIN ZAKARIA

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33761-suasana-tenang-laungan-bebas-anwar-kedengaran

Sumber HD - 10-2-2015


Tokoh pemikir Islam Tunisia iringi Anwar dengan doa

(Oleh Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 3 FEB: Tokoh pemikir Islam, Sheikh Rashid al-Ghannushi antara tokoh antarabangsa yang dilapor mengikuti kes Fitnah II terhadap Saudara Anwar Ibrahim.

gan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi melalui laman sosial mikro Tweeter berkata, Pengasas Hizb Al-Nahdah (Parti Pembaharuaan Tunisia) itu menyampaikan salam kepada keluarga Anwar.
Malah beliau dilapor turut mendoakan kesejahteraan Anwar yang kini bakal berhadapan dengan keputusan kes Fitnah II.

“Sheikh Ghanoushi ikuti kes DS @anwaribrahim dgn iringan Doa & sallam beliau kpd DS & keluarga,” tulis Syed Azman pada 31 Januari lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65071

Sumber KD - 3-2-2015

(MENGINGATKAN JIKA TERLUPA MAHUPUN TIDAK TAHU) 

RAHSIA ANWAR IBRAHIM TERBONGKAR, RAMAI ORANG TIDAK TAHU - SAIFUDIN


DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL - PENGARAH PILIHANRAYA PKR

http://www.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/27893-rahsia-anwar-ibrahim-terbongkar-ramai-orang-tidak-tahu

Sumber HD - 15-0502014


Jangan Risau, Anwar Tak Mungkin Melarikan Diri!!

Posted on Tuesday, January 27 @ 23:09:32 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin
Menjelang tarikh penghakiman kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim pada 10 Februari depan, sudah mulai kedengaran cakap-cakap mengenai kemungkinan beliau turut melarikan diri ke luar negara sebagaimana yang dilakukan oleh Sirul Azhar Umar, pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang tiba-tiba menghilangkan diri ke Australia.

Mereka yang berandaian demikian yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah pada 10 Februari nanti dan satu-satunya cara untuk mengelak daripada dipenjarakan ialah dengan melarikan diri ke luar negara.

Kata mereka yang arif lagi bijaksana itu, dalam usianya sekarang, Anwar tidak sanggup menghuni penjara sekali lagi dan melarikan diri ke luar negara adalah pilihan terbaik baginya.

Lagi pula, tambah mereka, banyak negara sedia menerima dan memberi perlindungan politik kepadanya.

Di luar negara nanti, kata mereka, Anwar secara perlahan-lahan akan memohon perlindungan politik serta terus melakukan serangan politiknya daripada jauh.

Sehubungan itu, sebagai langkah awal mengelakkan ianya berlaku, adalah dijangka beberapa NGO pro UMNO akan tampil bersuara dalam beberapa hari ini untuk mendesak polis dan Imigresen melakukan pemantauan yang lebih ketat terhadap Anwar.

Desakan yang sama juga dijangka akan dilakukah ke atas Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi agar melakukan sesuatu yang lebih proaktif bagi memastikan Anwar tidak meninggalkan negara sebelum 10 Februari dan seterusnya berada di mahkamah pada tarikh tersebut.

Soalnya, benarkah Anwar akan melarikan diri sebagaimana Sirul?

Mengikuti perjalanan politik Anwar sejak zaman mahasiswa sehinggalah sekarang, beliau bukanlah seorang yang penakut. Selain pernah dipenjara kerana ISA ketika berusia awal dua puluhan, Anwar juga dipenjarakan sekali lagi sebaik dipecat daripada kerajaan pada 1998.

Beliau juga pernah diaibkan dengan pelbagai dakwaan yang kemudian tidak dapat disahkan, menjalani proses mahkamah yang panjang lagi memalukan, tetapi semangat "lawan tetap lawan" kekal menjadi pegangannya sehingga ke hari ini.

Jika ingin melarikan diri dan meninggalkan perjuangannya, Anwar sebenarnya lebih berpeluang melakukannya sebelum ini lagi tetapi tidak tercuit sedikit pun untuk melakukannya kerana ia bukanlah darah sejatinya sebagai pemimpin dan ahli politik.

Anwar bukan saja mempamerkan jiwa berani dan cekalnya selama ini, bahkan dalam ucapannya juga kerapkali mengingatkan bahawa menjadi pemimpin mestilah disertai dengan keberanian.

Lebih dari itu, dalam kes liwat ini pula, selain dibarisi peguam-peguam yang handal, Anwar juga tidak pernah luntur dengan keyakinah bahawa beliau akan dibebaskan pada 10 Februari nanti.

Dengan keyakinan tersebut, tentulah tidak mungkin beliau melarikan diri semata-mata untuk mengelak daripada hukuman penjara terhadapnya. Kebimbangan bahawa Anwar akan melarikan diri sebenarnya hanyalah igauan semata-mata jika dilihat berdasarkan sejarah panjang perjuangannya selama ini.

Anwar akan terus melawan, sama ada dibebas atau dipenjarakan. Jika dibebaskan, beliau akan melawan sebagai pemimpin yang bebas dan merdeka dan jika dipenjarakan pula, beliau tetap ada cara meneruskan perjuangannya dari celah-celah tiang besi yang memenjarakannya.

Sumber DD - 27-1-2015

ANWAR BERDOA AGAR DIBEBASKAN 10 FEB - DSAI


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33476-anwar-berdoa-agar-dibebaskan-10-feb

Sumber HD - 26-1-2015


MAHKAMAH BENAR SAIFUL MOHON PINDA TUNTUTAN SAMAN - HAKIM MAHKAMAH TINGGI


DSAI - MSBA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33429-mahkamah-benar-saiful-mohon-pinda-tuntutan-saman

Sumber HD - 23-1-2015


ISU PEMBALAKAN HARAM BUKAN BARU SEHARI DUA - ANWAR



DATUK SERI ANWAR IBRAHIM - KETUA UMUM PKR / KETUA PEMBANGKANG

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33402-isu-pembalakan-haram-bukan-baru-sehari-dua-anwar

Sumber HD - 22-1-2015











































































































































































Penahanan Paulsen dan kerajaan yang paranoia

Posted on Saturday, January 17 @ 00:09:17 MYT by paktam

Oleh Anwar Ibrahim Perbezaan pendapat dan idea awam adalah aspek yang penting di dalam sebuah demokrasi yang berkembang.

Tatkala kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak, kedaulatan undang-undang harus bersifat luhur dan setiap pihak berwajib mesti memelihara prinsip demokrasi berparlimen secara tersurat mahu tersirat.


Kegagalan perkara ini dijamin, mendorong sebuah Negara menghadapi risiko yang parah.


Justeru, penahanan sewenang-wenang, pendakwaan terpilih dan penghakiman mahkamah yang tersasar nyata sekali bercanggah dengan doktrin ini dan sekaligus mencalar maruah rakyat. 


Pelanggaran seumpama ini bukan sesuatu yang remeh dalam praktis tatakekola tetapi pasti dilihat sebagai jenayah terbesar ke atas rakyat sebuah Negara yang bertamadun, yang seharusnya berbangga dengan sebuah perlembagaan yang menjamin kebebasan asasi agar dilindungi melalui kedaulatan undang-undang.

Pelanggaran terkini dapat dirujuk kepada penahanan Eric Paulsen pada malam Isnin dan reman selama dua hari berikutan ‘tweet’ beliau menuduh Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia) mempromosikan keganasan melalui khutbah Jumaat.

Penahanan termasuklah kaedah beliau ditahan adalah manifestasi jelas betapa kedaulatan undang-undang diperlekeh dan kerajaan berada dalam keadaan paranoia.

Apa lagi yang boleh dijelaskan melalui pengerahan lebih daripada 20 pegawai polis untuk menahan seorang individu, tanpa mempertimbangkan individu tersebut merupakan seorang peguam hak asasi terkemuka?

Jika ini sekadar mahu menunjukkan intimitasi secara terang-terangan, ia berjaya mempamerkan ketidakseimbangan antara kekuasaan besar sebuah Negara dengan rakyat yang tidak berdaya.

Di mata sang penguasa zalim, kebebasan asasi nyata sekali boleh dinyah pergi. ‘Tweet’ seseorang boleh menjadi racun kepada orang lain.

Memandangkan beliau tidak didakwa, masih samar atas kesalahan apakah Eric Paulsen akan disabitkan tetapi memandangkan Ketua Polis Negara sendiri menyatakan melalui ‘tweet’ beliau bahawa Paulsen disiasat di bawah Akta Hasutan, peninggalan lapuk era kolonial British.

Tidak lama selepas mengambil alih tampuk pemerintahan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lama selepas mengambil alih jawatan, Perdana Menteri Najib berikrar di atas altar demokratik bahawa beliau akan menghapuskan undang-undang lapuk ini, sayangnya bukan sekadar beliau mengingkar janji, mezbah reformasi demokratik dia akan menghapuskan sekeping undang-undang ini tetapi bukan sahaja beliau mengingkari janji ini, beliau melangkaui pemimpin terdahulu dengan mengubah undang-undang tersebut menjadi “weapon of mass persecution” demi mengekang pimpinan pembangkang dan sekalian yang kritikal ke atas pemerintah.

Selain daripada lompongnya kedaulatan undang-undang, reaksi berlebihan ke atas tweet Paulsen juga melambangkan maraknya sikap tidak bertoleransi terhadap agama yang hadir untuk memasung Negara kita yang berbilang bangsa dan agama.

Melalui penyemarakan api perkauman melalui syak wasangka, kebencian dan permusuhan menjadi pertaruhan kalangan mereka yang berada di bawah politik naungan.

Ramai yang terjun ke kancah pertelagahan dengan menggesa tindakan ke atas Paulsen secara tegas atas pendirian mempertahankan maruah umat Islam. Sementelahan ia dilihat hipokrit dan melucukan tatkala kalangan mereka yang teruja ini kononnya maruah mereka tercalar, adalah mereka yang juga terkenal dengan lontaran penghinaan bersifat perkauman dan ancaman keganasan.

Islam telah wujud lebih daripada 1,500 tahun tanpa kalangan mereka yang menggelar diri sendiri sebagai pembela keimanan.

Sudah pasti Islam mampu bertahan ribuan tahun malah selamanya tanpa mereka. Islam mendorong toleransi dan persefahaman, tatkala mereka mengamalkan permusuhan dan ketaksuban.

Islam menyantuni dakwah dan perdamaian, tatkala mereka menggesa perselisihan dan perseteruan. Kedua-dua ini, tidak mungkin bersatu.

Bagi sesetengah pihak, ‘tweet’ Paulsen dilihat melangkaui batasan dan khilaf. Bagi sesetengah pihak yang lain, ia mungkin dilihat kritikan yang berasas.

Dalam apa jua keadaan, Jakim tidak sinonim dengan Islam. Sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dianggotai oleh manusia biasa, Jakim tidak sempurna sepenuhnya.

Untuk menyatakan kritikan ke atas Jakim harus ditafsir sebagai serangan ke atas Islam adalah kemuncak keberanian yang nyata satu penghinaan ke atas Islam itu sendiri.

Hatta jika Paulsen tidak menyebut Jakim melalui ‘tweet’ beliau, hakikatnya umat Islam di Negara ini tahu betapa khutbah Jumaat yang disampaikan mempunyai kecenderungan politik dan campur tangan pihak tertentu.

Namun menjadi pengetahuan umum bahawa khutbah yang diselaras Jakim beberapa kali melakukan serangan yang tidak munasabah meskipun pelik dan serong, ke atas pembangkang dan pimpinan pembangkang.

Menyeru kesederhanaan dan persefahaman kalangan komuniti dan kumpulan agama yang pelbagai di Negara ini tidak menjadi amalan Jakim.

Tetapi di saat mereka melaksanakan perkara tersebut, saya menjadi antara yang pertama memuji mereka kerana melakukan perkara yang benar – sebagaimana yang saya lakukan dalam satu majlis tahun lepas atas khutbah yang menginspirasikan perihal keperluan komuniti yang pelbagai untuk mendekati dan mengenali antara satu sama lain.

Untuk melabel bahawa Islam bukanlah agama yang ekstrem tetapi dalam masa yang sama menggesa tindakan tegas ke atas Paulsen atas ‘tweet’ beliau merupakan satu kontradiksi.

Hanya mengisytiharkan “Islam adalah agama yang paling sederhana” tidak mencukupi. Kita mesti melaksanakannya.

Kendatipun khutbah Jumaat turut menyentuh perihal masyarakat dan kemanusiaan dan jika – sebagaimana didakwa sesetengah pihak – ini tidak disedari Paulsen, maka menjadi kewajiban umat Islam untuk mencerahkan beliau mengenai perkara ini, bukan mengasak beliau dengan kekerasan undang-undang.

* Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang Malaysia.

Sumber DD - 17-1-2015

Program Meet Anwar Selangor 18 Jan (Masuk percuma)

KUALA LUMPUR 16 JAN: Kelab Anwar Ibrahim (AIC) akan menganjurkan program ‘Meet Anwar Selangor’ pada Ahad ini, 18 Januari.

Meet

Program itu akan berlangsung di Topaz Ballroom, Level G, One World Hotel Bandar Utama Petaling Jaya.

Ia dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang hingga 5 petang dan kemasukan adalah percuma.

Aktiviti yang akan diadakan adalah Dialog Anak Muda dan sidang media oleh Anwar.

Sesiapa yang berminat untuk hadir boleh mendaftarkan diri di laman web www.ANWARIBRAHIMCLUB.com.

Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 019-3688606/017-6881865 atau boleh menghantarkan emel di: aic.msia@gmail.com.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64816

Sumber KD - 16-1-2015

Jakim tak tegur punca gejala pelukan menular – Anwar

KUALA LUMPUR 14 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim mengusulkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya memberi nasihat dan teguran menerusi dakwah dengan cara bijaksana dalam menangani permasalahan moral dan sosial golongan muda.
anwar1

Jakim hari ini dilaporkan mengancam untuk menangkap tiga remaja bertudung yang dilaporkan dipeluk dan dikucup anggota kumpulan artis K-Pop dalam satu konsert
baru-baru ini.

“(Kepada) Jakim: (Saya) usulkan nasihat dan teguran kepada anak-anak muda – da’wah bilhikmah,” saran Anwar ringkas di twitter.

Kata Anwar, gejala pelukan seperti itu menular di kalangan penguasa dan artis ekoran tiada teguran di atas perlakuan itu.

“Gejala pelukan menular di kalangan penguasa dan artis tetapi tidak ditegur,” katanya lagi.

Aksi gadis bertudung yang dilapor berpelukan dengan kumpulan artis lelaki Korea B1A4 di atas pentas mencetuskan cemuhan banyak pihak.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64801

Sumber KD - 14-1-2015


 TUN ABDUL RAHMAN YAAKOB NEGARAWAN BERJIWA BESAR - DSAI


AL MARHUM TUN ABDUL RAHMAN YAKOB MANTAN MENTERI PELAJARAN / YDP NEGERI SARAWAK
  

Sumber HD - 10-1-2015

Banjir: Pusat perlu luluskan geran bantu Kelantan, T'ganu

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam kepada negeri Kelantan dan Terengganu secepat mungkin.

Ini, katanya bagi membantu kerajaan-kerajaan negeri itu mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat pada waktu ini.

Menurut laporan Bernama, jumlah mangsa banjir sehingga tengah hari tadi di Kelantan mencecah 26,137 orang berbanding 24,765 yang dicatat pagi tadi sementara di Terengganu, jumlah keseluruhan mangsa banjir 22,326 orang berbanding 21,606 pagi tadi.

"Ini merupakan antara bencana banjir yang paling teruk pernah dialami, hingga buat pertama kali sejak beberapa tahun yang lalu Kota Baru sendiri dinaiki air hari ini," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam satu kenyataan.

Katanya, sudah pasti perubahan iklim dunia serta musim hujan merupakan antara faktor penyebab bencana banjir ini cukup dahsyat kali ini.

"Saya dan Azizah turut berdukacita serta memanjang doa semoga Allah SWT meringankan beban yang dialami semua yang terkesan akibat banjir ini," kata beliau. - HARAKAHDAILY 24/12/2014

ANWAR : MANUSIA BERBAGAI WAJAH

https://www.youtube.com/watch?v=LmJTB-7yx0s

Sumber Malaysiannews - 12-4-2013

No comments:

Post a Comment