BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, December 2, 2014

TETAMU LUAR NEGERI SINGGAH BERTANDANG

Gerakan Islam dan ulama harapan sejagat

IZWAN ABDUL HALIM | .

KUALA LUMPUR: Gerakan Islam dan para ulama perlu terus mengukuhkan peranan menangani isu umat serta membawa penyelesaian syarak dalam masyarakat dunia.

Demikian antara intipati perbincangan dan harapan dizahirkan Timbalan Presiden Pertubuhan Ulama Muslimin Lubnan, Syeikh Dr Abdul Nasser Jabri dalam pertemuan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di sini semalam.

Beliau yang juga Presiden Harakah Al-Ummah Lubnan itu turut disertai Anggota Jawatan Kuasa Pertubuhan Ulama Muslimin Lubnan, Syeikh Mohamad El-Khoder.

Dalam pertemuan tersebut, ketiga-tiga ulama ini berbincang serius isu perpecahan umat Islam akibat kegagalan menangani sesuatu isu secara mendalam, selain berdepan campur tangan asing.

Pun begitu, Dr Abdul Nasser dan Syeikh Mohamad merakamkan penghargaan terima kasih kepada Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Naib Ketua Pertubuhan Ulama Muslimin Sedunia atas peranan beliau dan juga PAS.

Mereka berharap agar peranan sewajarnya terus dilangsungkan oleh Gerakan Islam dan para ulama demi kepentingan sejagat. – HARAKAHDAILY 29/3/16

Sumber HD - 29-3-2016




Presiden PAS terima kunjungan kedutaan Jerman


HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan Jan Hendrik Van Thiel, Minister Counsellor dari Kedutaan Jerman, semalam.

Beliau disambut oleh beberapa pegawai Presiden PAS, antaranya Zaihan Mohd Daud, Kamaruzaman Mohamad dan Mohd Faizal Nawi.

Pertemuan yang berlangsung hampir sejam di Pejabat Agung PAS itu membincangkan berkisar kepada perkembangan politik semasa negara dan Pilihan raya Umum ke-14.

Pertemuan berlangsung dalam suasana santai, mesra dan sempat bertukar-tukar maklumat mengenai sejarah dan hubungan baik kerajaan Jerman dan khilafah Usmaniah Turki.

Selepas itu, Presiden PAS ada dua temu janji dengan badan bukan kerajaan (NGO) dari Afghanistan. - HARAKAHDAILY 24/11/2015

Sumber HD - 24-11-2015

Saya tak redha anda derma RM90

USTAZ NIK MUHAMMAD NASRI | .


SHEIKHULQURRA’ Kurayyim Rajih berkuliah Maghrib di Surau Kampung Jaya pada hari Sabtu 5 Sept 2015 dalam siri jelajahnya bagi membantu umat Islam Syria. Kuliah berkisar sekitar keadaan yang sangat dahsyat yang sedang melanda Syria sekarang. Suasana seakan-akan ‘kiamat’ katanya.

Keadaan sebenar jauh dari semua bentuk ucapan dan ungkapan. Beliau juga memberi amaran dan peringatan kepada mereka yang ada wang tetapi tidak mahu membantu umat Islam Syria. Dibacakan ayat al-Quran, hadis Nabi mengenai amaran tersebut. Balasan neraka dengan pelbagai siksa terhadap mereka yang tidak menunaikan hak harta dan hak saudara seIslam.

Demikian juga dibaca ayat al-Quran dan hadis tentang kelebihan mereka yang berjihad membantu umat Islam Syria. “Bandingan mereka yang membelanjakan harta mereka di jalan Allah seperti satu biji yang menumbuhkan tujuh tangkai. Dari setiap tangkai, tumbuh 100 biji. Dan Allah menggandakan ganjaran kepada mereka yang Allah kehendaki. Dan Allah Maha Luas Kurnianya Lagi Maha Mengetahui.’

Sheikh menyebut: “Syria sedang bergolak. Sesiapa sahaja yang memberi bantuan kepada masyarakat akan ditangkap dan dipukul. Beri roti dianggap jenayah. Beri air dianggap jenayah. Harga sekilo daging mungkin mencapai RM300, sekilo roti di sana juga mungkin bersamaan dengan RM300. Air, elektrik, makanan, tempat tinggal sudah tidak ada. Jika ada bantuan makanan, kami terpaksa menebuk dinding di rumah jiran sebelah hanya untuk menghulurkan satu atau dua keping roti dan sedikit air. Rumah sebelah menebuk dinding untuk membantu rumah sebelahnya.”

Tambahnya: “Syria sedang terbakar tapi kami tidak ada air untuk memadamkan api. Bangunan sudah tidak ada. Yang tinggal hanya debu-debu kesan dari runtuhan bangunan. Apa yang saya cerita itu hanyalah gambaran kecil sahaja. Kerana keadaan sebenar lebih dasyat dari itu. Jika anda ada wang tolong dan bantulah kami. Jika anda ada RM100, saya tidak redha anda sedekahkan RM90 kerana anda mampu untuk menderma lebih dari itu.  Semoga Allah SWT merahmati anda semua.”

Di antaranya beliau menyebut: “Saya berharap kerajaan Malaysia memperuntukkan walau sekejap slot masa di TV untuk menunjukkan penderitaan rakyat Syria kepada rakyat Malaysia agar mereka insaf dan membantu rakyat Syria.” – HARAKAHDAILY 10/9/2015

(Gambar: Saya beritahu kepada Sheikh: Saya sempat belajar dengan almarhum Sheikh Nuh, Qadhi al-Qudha dan Mufti Jordan. Sheikh Kurayyim jawab: ‘Kaana indana’ (Beliau iaitu Sheikh Nuh pernah berada bersama kami iaitu di Damsyiq, lalu Sheikh Kurayyim tersenyum).

Sumber HD - 10-9-2015





Kunjungan Syaikhul Qurra, Syeikh Kurayyim Rajih, Ketua Ulama Qiraat, Syria
Posted on Saturday, September 05 @ 09:50:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



kuliah Jumaat semalam TGHH menerima kunjungan Syaikhul Qurra, Syeikh Kurayyim Rajih, Ketua Ulama Qiraat, Syria.






Sumber TKO - 5-2015

Presiden PAS temui pimpinan Solidariti Hak Rohingya





HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama wakil pimpinan Pertubuhan Solidariti Hak Rohingya, Saifullah telah diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan ialah Mohd Faiz Mohd Nawi, Setiausaha Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS.

Pertubuhan Solidariti Hak Rohingya atau Rohingya Solidarity Organization for Rights (RSOR) adalah salah satu pertubuhan berdaftar yang memperjuangkan nasib rakyat Rohingya dan mempunyai rangkaian di seluruh dunia.

Antara usaha yang dilakukan oleh RSOR adalah berjumpa dengan ahli parlimen negara umat Islam bagi mendapatkan bantuan, keprihatinan dan memberikan tekanan terhadap kerajaan Myanmar.

Pertemuan empat mata ini adalah usaha untuk mengukuhkan kebersamaan dalam memperjuangkan isu hak kemanusiaan rakyat Rohingya di Myanmar.

Presiden PAS telah memaklumkan bahawa PAS melalui Yayasan Amal Malaysia telah menghantar delegasi ke Acheh untuk berbincang dan bekerjasama bagi menyelesaikan isu Rohingya.

Dalam pertemuan itu juga, pimpinan RSOR berkongsi situasi terkini yang berlaku di Arakan.

Kerajaan Myanmar memberi dua pilihan kepada rakyat Rohingya, samada mahu hidup dan mati atau meninggalkan negara tersebut.

Rakyat Rohingya juga tidak diiktiraf dan dinafikan hak sebagai warganegara Myanmar sedangkan mereka penduduk asal negara itu.

Mereka tidak dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya umum yang akan berlangsung pada November akan datang.

Selain itu, RSOR turut memohon bantuan untuk membiayai kos sara hidup anak yatim di sempadan Myanmar dengan anggaran RM75,000 setiap bulan.

Mereka juga menagih simpati dan mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk mengadakan ibadat qurban di sana.

Pimpinan RSOR juga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Presiden PAS yang membantu pelarian Rohingya yang berada di Malaysia dan mengambil langkah proaktif untuk membantu rakyat Rohingya di sana.

Mereka mengharapkan rakyat Malaysia berusaha untuk memberikan pendidikan kepada pelarian yang berada di negara ini.

Presiden PAS telah meraikan masyarakat Rohingya dalam Majlis Hari Raya Aidilfitri di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila minggu lepas.

Hampir 300 orang telah mendapat sumbangan dan bantuan bagi meringankan bebanan mereka. - HARAKAHDAILY 10/8/2015

Sumber HD - 10-8-2015

Presiden PAS bertemu pemimpin PPP Indonesia

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Satu pertemuan antara Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama Ketua Umum Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Ir HM Romahurmuziy dan pimpinan PPP telah diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini semalam.

Turut hadir bersama dalam pertemuan ini ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Mohamad Abduh, Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri dan Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Pertemuan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara parti-parti Islam di rantau Asia Tenggara dan saling berkongsi pengalaman berpencak di pentas politik negara masing-masing.

Di samping itu, pertemuan itu juga sebagai undangan awal daripada pihak PPP menjemput Presiden PAS untuk menghadiri Kongres Parti-parti Agama Sedunia pada Januari 2016 sekaligus memperingati ulang tahun ke-43 PPP.

Perbincangan dua hala yang bertumpukan isu politik kedua-dua negara dan juga politik antarabangsa.
Turut dibincangkan adalah isu isu dalam negara islam.

Wakil PPP juga banyak bertanyakan pengalaman PAS dalam mentadbir negeri dan kerajaan.
Di samping itu, perbincangan hangat berlaku apabila isu masa depan dunia Islam khususnya melihat perkembangan di Asia Barat.

Presiden PAS memberikan pandangan, bahawa dalam arus kebangkitan Islam hari ini, wujudnya golongan tasyaddud dan golongan tasahul.

Golongan tasyadud yang bersikap keras tanpa bepandukan ajaran Islam yang sebenar dan golongan tasahul yang bermudah-mudah dalam pelaksanaan syariat Islam.

Kedua-dua golongan itu dibiayai dan disokong oleh barat.

Pandangan tentang keterlibatan orang bukan Islam dalam perjuangan Islam menjadi topik perbualan juga.

Presiden PAS menceritakan hadis perang Badar, pembukaan kota Mekah dan hadis Rasulullah SAW yang mengizinkan Hakim bin Hiza’ yang memiliki senjata perang untuk menyertai Perang Hunain, menjadi dalil dan hujah untuk menerima dan menolak.

Selain itu, berdasarkan sirah Nabi SAW, baginda melakukan tahaluf siasi di waktu umat Islam kuat dengan tujuan untuk menyampaikan mesej dakwah Islam.

Nabi SAW tidak mengizinkan bukan Islam untuk menyertai peperangan pada perang Badar kerana di waktu itu, umat Islam belum cukup kuat dan hadis perang Badar dinasakhkan dengan hadis Fathul Mekah dan Perang Hunain. - HARAKAHDAILY 30/5/2015

Sumber HD - 30-7-2015






Harakah visited by Palestinians delegates

Saadon Aksah | .

KUALA LUMPUR - Harakah Managing Director Rosli Yaakop Dec 2, receives a visit from Palestine International Forum for Media and Communication led by its chairman Hisham Qasem.



The two sides agreed to work together to highlight issues affecting the Palestinians and to ensure that Palestinians issues remain a priority in the media, during a brief meeting here.

Hisham said after the first annual forum that was held in Istanbul in April this year,

Attended by some 400 media practitioners, the forum had decided to come up with an award, a media Institute and a drive for fund to support media works.

The Forum is a coordinative group connecting various media organisations that are supportive of national Palestinians rights and work toward supporting Palestinian cause.

The forum had also carried out a variety of media campaigns and productions. Apart from visiting Harakah, Hisham would also be visiting other media outlets in the country during his five day visit.

In a response Rosli said Palestinians issues were always close to the hearts of Malaysians and that Malaysians would always be symphathetics to the Palestinian cause.

"Our hearts will always be with the Palestinian people,"he said.

He said Harakah would always be ready to provide the necessary coverage for Palestinian causes.

Sumber HD - 3-12-2014

Harakah dikunjungi NGO Forum Media Palestine

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: NGO Forum Media dan Komunikasi Antarabangsa Palestin mengadakan kunjungan hormat ke Harakah sebagai platform menjalinkan kerjasama menyiarkan perkembangan Palestin dari semasa ke semasa.

Menurut Pengerusinya, Hisham Qasem, kerjasama dengan akhbar Harakah perlu diwujudkan terutama dalam isu-isu yang mengancam kedudukan rakyat Palestin oleh tentera Zionis.

"Peranan media di seluruh dunia amat penting dalam menonjolkan isu-isu Palestin. Hubungan ini juga sebagai usaha menggabungkan media Malaysia dengan media Palestin," katanya.

Bahkan katanya, hubungan ini penting apatah lagi Malaysia telah dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB Oktober lalu sebagai kekuatan Malaysia untuk bersuara dalam isu Palestin.

Tambahnya, hubungan ini juga sebagai usaha menggalakkan generasi muda Palestin untuk berinteraksi dengan media antarabangsa misalnya dengan mengadakan persidangan pertama di Istanbul pada April 2014.

Beliau berkata, persidangan yang dihadiri 400 pengamal media dan penulis di seluruh dunia telah mencapai tiga resolusi iaitu memberi anugerah untuk media Palestin, melancarkan dana untuk menyokong Palestin dan menubuhkan institut perfileman.

Malah katanya, beberapa kempen media yang telah dilakukan termasuklah mengutuk peperangan di Gaza dan ancaman terhadap Masjid al-Aqsa serta mengadakan hubungan dengan mana-mana organisasi media.

Sementara itu, Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob yang menerima delegasi ini menyambut baik perkembangan usaha NGO Forum Media Palestin dan bersedia untuk mengadakan kerjasama bersama mereka.

"Kita sudah lama sedia membantu menyebarkan maklumat mengenai Palestin, dengan kehadiran NGO ini kita mendapat banyak sumber sahih untuk diberitakan dalam akhbar Harakah.

"Malah kita sentiasa menyiarkan perkembangan semasa apa yang berlaku di Palestin melalui sumber yang kita peroleh daripada Lajnah Antarabangsa PAS Pusat," katanya dalam pertemuan itu. – HARAKAHDAILY 2/12/2014

Sumber HD - 2-12-2014

No comments:

Post a Comment