BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, December 8, 2014

SIDANG DEWAN NEGARA (MULA 8-12-2014)


Khairiah hargai sambung khidmat Ahli Dewan Negara

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Senator Khairiah Mohamed merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyambung perkhidmatan beliau sebagai Ahli Dewan Negara mewakili kerajaan negeri itu bagi penggal kedua tahun 2015-2018.

"Saya beriltizam akan meneruskan agenda memperjuangkan beberapa aspek penting seperti penerapan nilai hidup beragama sebagai aspek teras mendasari bidang pendidikan, sosial dan ekonomi," ujarnya menerusi laman facebook.

Katanya, ia sama sekali tidak boleh diambil mudah memandangkan melalui Wawasan 2020 dan RMK11 negara mensasarkan menjadi negara maju dalam acuannya sendiri.

Di samping itu, ujar beliau perlu lonjakan usaha peningkatan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah B40 bagi memastikan mereka bersama-sama mengecap kemajuan.

Tambahnya, pembangunan wanita, kanak-kanak dan keluarga juga perlu seiring.

"Tidak dapat tidak, saya akan sentiasa menekankan hak dan kedudukan negeri Kelantan dalam setiap aspek pembangunan dan perancangan Kerajaan Persekutuan," ujarnya lagi.

Menurut beliau lagi, tanggungjwab yang dipikul itu adalah satu amanah yang sangat berat.

Justeru, ujar Khairiah ia memerlukan kerjasama semua pihak agar ia dapat ditunaikan dengan pencapaian membanggakan.

"Justeru, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberi kerjasama sepanjang tempoh saya memegang jawatan Ahli Dewan Negara semenjak Julai 2012," katanya.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, pagi ini. - HARAKAHDAILY 1/7/2015

Sumber HD - 1-7-2015

Khairiah angkat sumpah senator penggal kedua

| .



KUALA LUMPUR: Khairiah Mohamed yang dilantik semula sebagai senator bagi mewakili Kerajaan Negeri Kelantan, hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Abu Zahar mengucapkan tahniah kepada Khairiah di atas lantikan untuk penggal kedua bagi tahun 2015 hingga 2018 itu.

"Tahniah di atas prestasi yang baik dan terus memberikan khidmat bakti demi kebaikan kerajaan Malaysia," katanya.

Sementara itu, Khairiah melalui laman Facebooknya berkata beliau beriltizam untuk meneruskan agenda memperjuangkan beberapa aspek penting seperti penerapan nilai hidup beragama sebagai teras mendasari bidang pendidikan, sosial dan ekonomi.

"Tanggungjwab yang dipikul ini adalah satu amanah sangat berat, justeru saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan memberi kerjasama sepanjang tempoh saya memegang jawatan Ahli Dewan Negara sejak Julai 2012," katanya. - Bernama

Sumber HD - 1-7-2015

Hina institusi raja: Tiada hasrat gubal undang-undang baharu

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat menggubal undang-undang baharu bagi mengekang perbuatan menghina institusi Raja, persidangan Dewan Negara diberitahu, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata ini kerana undang-undang sedia ada adalah mencukupi untuk melindungi kemuliaan institusi berkenaan.

"Pada masa ini undang-undang sedia ada bagi melindungi kemuliaan institusi Raja, Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong adalah mencukupi.

"Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan istimewa institusi Raja, Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong, antaranya dalam Perkara 32, Perkara 38 dan Perkara 71," katanya menjawab pertanyaan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah.

Raja Roopiah ingin tahu apakah tindakan yang diambil terhadap mereka yang menghina pemimpin dan institusi Raja dan apakah undang-undang yang ada kini harus diperketat atau perlu digubal satu akta baharu.

Nancy berkata terdapat beberapa undang-undang yang diperuntukkan kepada sesiapa yang menghina atau mengeluarkan kenyataan menghina institusi Raja, Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong, antaranya subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

Selain itu Seksyen 425 Kanun Keseksaan (Akta 547) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) juga terpakai bagi perbuatan menghina pemimpin negara, katanya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Nancy berkata kerajaan juga tidak bercadang untuk meminda Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166) bagi membolehkan penubuhan suatu badan kawal selia lain, selain Majlis Peguam, bagi profesion undang-undang.

"Pada masa sama juga, sehingga kini masih tiada perancangan untuk meneruskan cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang," katanya. - BERNAMA

Sumber HD - 8-12-2014

No comments:

Post a Comment