PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Tuesday, January 6, 2015
PAS DAN HALEHWAL PAHANG
Penggunaan kaedah diyat tepat
PAS merakamkan sepenuh penghargaan dan tahniah kepada Jemaah Pengampunan Pahang yang bercadang mengguna pakai kaedah diyat sebagai alternatif terhadap banduan yang berhadapan hukuman mati bagi sabitan membunuh sebagaimana yang telah diumumkan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Ibn Sultan Haji Ahmad Shah.
Kaedah ini bukan sahaja memberi hak kepada waris untuk menuntut ganti rugi atau memaafkan pesalah, sebaliknya ia memberi peluang kepada pesalah yang dihukum mati mendapatkan kemaafan atau gantirugi dari waris si mati.
Lebih penting daripada itu, kaedah ini membuka peluang kepada keluarga mangsa untuk menghapuskan dendam kepada penjenayah dan juga peluang kepada penjenayah untuk berubah.
PAS juga menyokong cadangan Tengku Abdullah agar kaedah diyat juga dipraktikkan kepada bangsa-bangsa lain, tidak tertakluk kepada orang Islam semata-mata.
PAS menggesa agar para mufti dapat bersatu untuk menyokong dan mengangkat cadangan Tengku Abdullah ini.
Sehubungan itu PAS berharap Majlis Pengampunan Negeri-Negeri lain turut melaksanakan kaedah yang sama, demi mengangkat sistem perundangan Islam di negara ini.
Kaedah diyat ini wajar disokong kerana ia dapat menunjukkan ketinggian dan kebaikan agama Islam.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
3 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 3/5/2017
Yang bermaksud : "Maka barangsiapa yang mendapat suatu permaafan dari saudaranya, hendaklah yang memaafkan mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah yang diberi maaf membayar diyat kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik pula" (Al-Baqarah : 178)
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPN Pahang) menyokong penuh hasrat Jemaah Pengampunan Pahang untuk merealisasikan kaedah pengampunan dengan pembayaran diyat yang selari dengan undang-undang Islam.
Bagi kesalahan membunuh khususnya, pembayaran diyat merupakan peluang kedua buat penjenayah untuk bertaubat dan menjadi insan yang berguna. Dari sisi yang lebih penting, diyat merupakan sejumlah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai ganti rugi, sekali gus mencerminkan pembelaan yang sewajarnya kepada waris mangsa.
Dalam sistem perundangan di Malaysia, kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman mati mandatori.
Dalam syariah, kesalahan ini dinamakan Qatlul `Amd (bunuh dengan sengaja). Sekali imbas seolah-olah hukuman ini sama seperti hukum Qisas dalam syariat Islam. Tetapi apabila didalami prinsip hukum Qisas, natijahnya amat berbeza dari segi hak dan keadilan.
Perlu diambil perhatian juga, pelaksanaan hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ini tidak meletakkan pembelaan yang sewajarnya kepada waris mangsa. Tiada pampasan, mahupun ganti rugi yang diwajibkan dibayar oleh penjenayah kepada waris mangsa.
Keadaan ini menyukarkan waris mangsa untuk meneruskan kehidupan sekiranya mangsa merupakan tonggak utama pencari nafkah dalam keluarga. Bertambah malang sekiranya waris mangsa merupakan anak yatim piatu, tempat pergantungan mereka hilang sekelip mata.
Oleh itu, DPPN Pahang merasakan ada ruang penambahbaikan yang perlu diusahakan bagi memberi keadilan dan peluang, bukan sahaja kepada penjenayah tetapi juga kepada waris mangsa. Kecenderungan mengutarakan cadangan diyat itu menunjukkan fitrah manusia mahukan pembelaan keadilan setimpal berbalas.
Titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak berkenaan ke arah mengangkat usaha menggubal perundangan yang berasaskan kerangka Islam itu secara lebih menyeluruh dalam pencegahan, penguatkuasaan, pendakwaan dan kehakiman.
Seperti yang dititahkan oleh baginda berkaitan kaedah pengampunan ini, "Ini pendekatan yang ada dalam undang-undang Islam dan cadangan ini apabila diputuskan adalah bertepatan dengan syariah Islam”. Baginda juga menyeru rakyat jelata supaya bersama-sama berfikir akan kebaikan undang-undang Islam tersebut.
USTAZ HAZMI DIBOK
Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang
6 Syaaban 1438H / 3 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 3/5/2017
PAS Pahang sedia untuk bertanding 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 10 kerusi parlimen pada Pilihan raya Umum ke-14 akan datang.
Berucap merasmikan Konvensyen PAS Pahang di Kuantan hari ini, Pesuruhjayanya, Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, sasaran ini bagi membolehkan PAS menerajui negeri selepas PRU akan datang.
Konvensyen PAS Pahang melibatkan kira-kira 700 jentera pilihan raya segenap peringkat berlangsung di Era Gemilang Event Village bermula pagi ini dengan tema 'PAS Teraju Pahang'.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu dalam pembentangannya berkata kerajaan negeri dalam keadaan tenat pada masa ini khususnya dari sudut kewangan, justeru negeri itu perlu diselamatkan.
"Tidak banyak hasil yang dapat dijana antaranya kegagalan memungut hasil balak, pasir, cukai tanah air dan lain-lain.
"Begitu juga kelemahan pentadbiran menyebabkan beberapa GLC kerajaan negeri yang rugi sehingga ada tanah-tanah rizab Melayu banyak yang sudah terlepas ke tangan asing.
"Pada masa ini keluasan negeri Pahang tidak dimanfaatkan sehingga satu juta hektar tanah terbiar gagal dimajukan, tidak efektif bagi membantu ekonomi negeri," katanya.
Andansura yang juga Adun Tanjung Lumpur berkata, paling menakutkan iaitu hutang kerajaan negeri pada masa ini menjangkau RM3.2 bilion.
Beliau selanjutnya menyebut, kerajaan yang ada juga gagal memanfaatkan kekayaan produk pelancongan sebagai sumber hasil. - HARAKAHDAILY 23/4/2017
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan bersandarkan rasional akal semata-mata tanpa merujuk kepada al-Quran dan sunnah khususnya membabitkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, langkah UMNO memberi laluan kepada Pas untuk membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat merupakan lambang penyatuan umat Islam dan bukannya perpecahan seperti yang didakwa Dr. Mahathir.
Malah, beliau menjelaskan, kebanyakan ahli Parlimen beragama Islam juga dilihat bersetuju dengan pembentangan pindaan akta itu di Dewan Rakyat.
“Saya nampak sendiri penyatuan UMNO dan Pas dalam isu ini. Dahulu mereka musuh tetapi kini bersatu dan ini bukan merupakan satu perkara yang pelik sebaliknya baik kepada umat Islam.
“Justeru, saya rasa Dr. Mahathir tidak perlu lagi membuat kenyataan bersifat rasional akal sahaja kerana kita perlu merujuk kepada al-Quran dan sunnah dalam isu berkaitan Islam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Semalam, Dr. Mahathir mendakwa UMNO telah memecah-belah umat Islam di negara ini dengan membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul untuk meminda RUU 355 di Dewan Rakyat.
“Sebenarnya ini bukan ada kaitan dengan agama Islam. Agama Islam tidak meminta kita buat sesuatu untuk pecah-belah orang Islam,” kata bekas Perdana Menteri itu seperti dipetik dalam sebuah portal berita.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman memberitahu, RUU 355 perlu disokong oleh semua orang Islam kerana ia akan meningkatkan martabat agama serta bidang kuasa mahkamah syariah.
“Malah, Dr. Mahathir sebagai seorang Islam sepatutnya menyokong usul tersebut kerana ia jelas merupakan satu usaha meningkatkan martabat agama Islam serta lambang penyatuan umat Islam di negara ini,” ujarnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang turut memberikan pandangan sama apabila menegaskan yang pembentangan RUU 355 telah menyatukan umat Islam secara keseluruhan.
“Saya nampak RUU 355 ini lebih menyatukan orang Islam dan pandangan bahawa pembentangan Pas itu telah memecah-belah orang Islam adalah mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan,” jelasnya.
MENELITI reaksi ahli parlimen PH sejurus selepas speaker Dewan Rakyat menangguhkan sidang dewan sehingga Julai, hati saya rasa syukur yang amat sangat. Bersyukur kerana sebahagian yang bertempik dan melolong itu sudah berada di luar PAS. Cuba bayang kalau manusia yang berfikrah songsang dan berakhlak sebegitu masih berada dalam barisan kepimpinan PAS. Allah Maha Merancang dan Allah adalah Wali kepada orang-orang mukmin dan jamaah Islam.
Dua tiga tahun lepas. Ketika mereka masih ditampuk kepimpinan saya dan teman-teman di bawah sudah terlihat kepincangan yang sedang melanda itu.
Namun apalah yang boleh kami buat. Hanya sekadar melihat dan meluahkan rasa di FB. Sakitnya hati melihat mereka yag berada di tampuk kepimpinan Parti Islam tapi berfikrah songsang libralisme senada dengan DAP. Sakitanya perasaan melihat mereka berada di kiri kanan Presiden namun kerap kali tersenyum puas melihat Presiden di tembak musuh tanpa mereka membelanya.
Waktu itu kami luahkan rasa hati di FB. Sehingga tidak sedikit ahli-ahli PAS yang kembali menyerang saya dan teman-teman yang bersama. Ahli-ahli yang terpengaruh dengan pendekatan ruhama' dan pendekatan "dakwah matang" ciptaan beberapa orang Ikram dalam PAS serta yag terpengaruh dengan "pendekatan politik berstrategi" golongan liberal, sibuk menyerang kami. Kami kononnya dicop pembela ulama yang ketinggalan dari arus politik terkini.
Banyak posting saya waktu itu membantah kenyataan Hanifa, Khalid, Mujahid dan Dr Zul. Yang dilihat mesra melampau dengan fikrah liberal DAP dan membisu apabila idea TG Presiden disanggah ganas oleh pimpinan dalam parti rakan PR. Ada yag kata bantahan saya itu keras, tidak matang dan berbagai lagi.
Saya dan teman-teman tidak kesah. Yang penting sebahagian ahli PAS perlu dikejutkan agar mengenali pimpinan mereka itu secara jelas dan dapat sama-sama menyelamatkan PAS dari diheret keluar dari kerangka dan wajah gerakan Islam. Waktu itu saya penuh yakin pimpinan yang berwajah keliru itu akan dapat dibuktikan kekeliruan fikrah mereka satu masa nanti.
Alhamdulillah. Menjelang muktamar PAS ke-61 di Kuala selangor perwakilan menolak mereka. Awalnya ramai juga ahli PAS yang ragu apakah tindakan perwakilan itu wajar dan menguntungkan masa depan PAS. Kerana pada mereka pimpinan yang ditolak itu masih dilihat figur hebat dan berhati mulia untuk memenangkan Islam.
Namun Allah memberikan masa yang cukup untuk ahli PAS mula mengenali wajah mereka yang sebenar. Kenyataan demi kenyataan keluar daripada mulut bekas pimpinan PAS itu. Semakin hari semakin menelanjangkan fikrah dan sikap mereka yang sebenar terhadap Islam dan halatuju perjuangan PAS.
Tindakan mereka saban hari semakin mendedahkan kemesraan mereka dengan fikrah Liberalisme. Petang semalam mereka menelanjangkan sepenuhnya sikap mereka dan akhlak mereka sejurus selepas pembentangan RUU 355 oleh TGHH, ucapan sokongan oleh MP Kota Bharu dan penangguhan yg dibuat oleh speaker.
Alhamdulillah mereka bukan lagi pimpinan saya dan bukan pimpinan PAS. Allah maha mengatur. Syukur ya Allah. – HARAKAHDAILY 7/4/2017
BUKAN setakat menawan Putrajaya matlamat perjuangan PAS, sebaliknya lebih jauh daripada destinasi itu, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik.
Katanya merealisasikan tuntutan Allah dan Rasul-Nya menjadi matlamat perjuangan PAS sejak ditubuh sehingga sekarang.
“Sebab itulah Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 tetap dibentang PAS di parlimen apabila diberi ruang.
“Biarpun sehari sebelum khiamat pun kita tentang bentang RUU 355 apabila mendapat peluang,” katanya pada ceramah di Kampung Talak, Chabang Empat Tumpat malam tadi.
Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ketua Penerangan PAS Negeri Datuk Nassurudin Daud dan Naib Yang Dipertua PAS Tumpat Wan Roslan Wan Hamat.
Ribuan penduduk tempatan hadir pada ceramah tersebut. Orang ramai memenuhi di kiri kanan jalan tempat berlangsung ceramah.\
Kelihatan juga ramai masyarakat bukan Islam yang tinggal berdekatan hadir. Mereka turut menghulur derma yang dikutip anggota Jabatan Amal.
Mokhtar juga berkata tidak berbangkit dakwaan yang mengatakan PAS ditipu Umno apabila kerajaan membuat keputusan tidak membawa usul 355 pada persidangan kali ini. – HARAKAHDAILY 6/4/2017
PAS diperli oleh Zairil DAP, beliau cadangkan agar PAS menyertai jamaah Tabligh. Marah benar Zairil dengan PAS yang mengajak rakyat kepada Islam sehingga merasakan PAS tidak layak untuk berada dimedan politik dan sarankan agar PAS menyertai jamaah tabligh. Perli Zairil ini sebenarnya bukan sahaja tujuan memburukkan PAS malahan mengheret sama memburukkan jamaah tabligh.
Tabligh itu maksudnya "menyampaikan", bukan "menyembunyikan". Ia adalah salah satu sifat wajib Rasulullah saw. Ia juga menjadi kewajipan keatas semua yang beriman terutama golongan yang berilmu. Haram bagi yang mengetahui menyembunyikan ilmu, berdosa jika menyembunyikan apa yang terkandung didalam Islam. Ia adalah sifat yang wajib ada kepada para pendakwah. PAS Parti Islam, maka tak dinamakan jamaah Islam kalau tidak berdakwah, tidak dinamakan pendakwah kalau tiada sifat tabligh padanya.
PAS dibenci oleh orang seumpama Zairil ini kerana sifat tabligh yang ada padanya, PAS mengajak rakyat Malaysia supaya beramal dengan ajaran Islam termasuk didalam urusan berpolitik dan memerintah, mahunya siZairil supaya PAS tidak beramal dengan politik beragama sebagaimana umno juga mahukan PAS begitu sejak dulu, mahunya mereka supaya PAS juga sama seperti mereka berpolitik tanpa agama.
PAS tak mungkin jadi begitu, kerana PAS parti Islam, kalau PAS pisahkan Islam dari politik, maka tiada bezanya PAS dengan mereka, PAS tak pernah buang prinsip perjuangannya, walaupun lumat PAS dihina dan difitnah sejak dulu kerana tablighnya. Islam itu berkembang dan membiak dengan 'tabligh', jika tiada yang menyampaikan maka tiadalah Islam, begitu juga PAS yang membiak dan menjalar dengan 'tabligh'. Tabligh adalah organ untuk PAS terus bernyawa, tanpa tabligh, tiadalah Parti Islam seperti PAS.
Lebih baik PAS sertai jamaah tabligh kata Zairil, pasti sahabat-sahabat saya dari jamaah tabligh akan mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar kalau sekira mereka membaca saranan Zairil. Mereka pasti gembira jika PAS menyertai mereka dan begitu juga kami pasti gembira jika mereka menyertai kami. Zairil lupa agaknya PAS dan jamaah tabligh adalah saudara kembar, kami seiras cuma ada sebutir tahi lalat pemanis sebagai pembeza, kami seperti tangan kanan dan kiri, saling membantu dan berdakwah demi Islam.
PAS tak kisah kalau dikatakan kami dari jamaah tabligh dan jamaah tabligh pun tak kisah kalau dikatakan mereka PAS sebab kami sejiwa, jiwa agama. Setiap kali kami berjamaah di Masjid atau surau, pasti kami berjumpa, solat berjamaah menyatukan hati kami, disini tempat kami saling bersenyum dan bersapa khabar, disinilah juga tempat jiwa kami bersatu untuk sama-sama membantu perjuangan Islam, perlu diingat jamaah tabligh bukan sahaja ada diseluruh Negara malahan dunia, sebahagian mereka telah mendaftar sebagai pengundi.
Jamaah PAS dan Tabligh sering berjamaah, kami tidak berjumpa lima tahun sekali, tetapi lima kali sehari. Kami bertemu dirumah Allah yang penuh barokah bukan dikelab malam sambil membotol, kami saling membesarkan Allah swt, mengajak sesama Islam supaya sentiasa sujud kepada Allah swt, InsyaAllah usaha kami pasti akan sampai kepada kemenangan yang dijanjikan Allah nanti, ketika sebahagian besar rakyat Malaysia sentiasa sujud kepada Allah sama ada ketika solat mahupun ketika berpolitik. "Benar" – HARAKAHDAILY 12/3/2017
Islam pasti akan menang kerana Allah SWT pasti akan menyempurnakan cahaya Islam walaupun seribu satu cabaran merintangi. Islam akan menang kerana Islam adalah dari Allah. Islam adalah cara hidup yang benar (ad-dinul haq) bersumberkan wahyu (hidayatud-din). Gagasan Islam adalah - menang mengatasi seluruh cara hidup (agama atau ideologi) yang lain. (rujuk surah As-Soff ayat 9)
Sebab itulah penting untuk kita istiqamah dengan Islam yang bersumberkan wahyu (Al-Quran dan As-Sunnah). Bukan Islam warisan semata-mata. Bukan juga Islam separuh-separuh (sekular). Bukan juga Islam liberal. Bermain-main dengan istilah dan matlamat yang muluk-muluk tetapi hakikatnya membelakangkan inti dan perincian syariat. Ingin mencapai matlamat (maqasid) dengan perincian sendiri. Al-Quran adalah hidayah dan bayyinah. Petunjuk dan perincian kepada petunjuk.
Sebab itulah penting mendapatkan bimbingan dan pimpinan ulama. Namun, ulama yang bagaimana? Ulama yang kita thiqah dengan ilmu dan amalnya. Ulama yang mewarisi Nabi Muhammad SAW yang merupakan Al-Quran yang hidup berjalan di atas muka bumi. Kerja buat Nabi SAW adalah terjemahan dan pelaksanaan daripada isi kandungan Al-Quran. Begitulah ulama yang wajib kita ikuti.
Ulama yang mengajar tentang solat dan dia mengimami solat. Ulama yang mengajar tentang dakwah dan kehidupannya dihabiskan dengan dakwah. Ulama yang mengajar tentang politik Islam lalu dia laksanakan malah memimpin gerakan politik Islam sebagaimana Rasulullah SAW memimpin politik. Ulama yang mengajar tentang kejerihan, keperitan, kesakitan, cemuhan dan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Nabi-nabi yang terdahulu termasuk Nabi Muhammad SAW, lalu dia juga melalui mehnah dan tribulasi sedemikian. Ulama yang diakui ilmunya serta dibuktikan dengan amalnya di lapangan.
Inilah ulama yang thiqah. Agar hati kita damai dan tenteram meneladaninya dan mengikut tunjuk ajarnya. Sementelah lagi jika mereka membimbing kita dengan ilmu dan pelaksanaan secara jamaie (kolektif). - HARAKAHDAILY 27/2/2017
Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Pahang. Sumber HD- 27-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUANTAN - Kehadiran dua jentera di tapak perlombongan bauksit Kampung Jeram, Beserah mula menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setempat.
entera berkenaan dikatakan memasuki kawasan itu petang semalam dan melakukan kerja-kerja mengorek di tapak lombong tersebut.
Bagi penduduk, Che Long Che Ali, 64, situasi itu menimbulkan persoalan memandangkan tempoh moratorium masih berjalan.
Menurutnya, jarak yang berdekatan dengan rumahnya membuatkan kehadiran dua jentera itu kurang disenangi.
“Jalan yang rosak akibat kegiatan bauksit yang dahulu pun masih belum dibaiki, di tambah pula dengan adanya kerja-kerja yang dilakukan di tapak berkenaan sekarang membuatkan kita rasa tidak puas hati.
“Saya ada bertanya kepada pihak kontraktor berkenaan, dan dia mendakwa mempunyai surat kebenaran untuk beroperasi dan mengeluarkan lebihan bauksit di kawasan itu,”katanya ketika ditemui di tapak perlombongan bauksit di Kampung Jeram, hari ini.
Sementara itu, bagi, Nin Chin Wan, 64, berkata, sejak kawasan itu dikuasai dengan aktiviti perlombongan bauksit, jalan ke kawasan kebun seluas lapan hektar yang dijaganya turut rosak teruk.
Katanya, dia tidak mahu aktiviti berkenaan kembali beroperasi di kawasan berkenaan kerana sudah berdepan pelbagai masalah sejak empat tahun lalu.
“Dulu saya boleh ke kebun lima kali sehari, tapi sekarang hanya mampu pergi sekali sehari kerana jalan yang rosak teruk.
“Saya harap pihak bertanggungjawab boleh lihat keadaan di kawasan ini kerana aktiviti yang berlaku dekat dengan penempatan penduduk dan kebun,” katanya.
Tidak tahu kawasan lombong haram atau ada kebenaran
Sementara itu, Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, dia mendapat aduan daripada penduduk mengenai dua jentera terbabit pada petang semalam dan bergegas meninjau kawasan itu.
Beliau berkata, pihaknya juga hairan dengan dua jentera itu di kawasan berkenaan seolah-olah sedang melakukan kerja mengorek lombong.
“Persoalan di sini, adakah dalam tempoh moratorium yang sedang berjalan ini, ada pihak yang mendapat kebenaran untuk beroperasi atau sebaliknya.
“Saya berharap pihak berkuasa boleh memberi respons agar penduduk jelas dengan situasi yang berlaku sekarang,” katanya.
Jelasnya, pihaknya memerlukan pengesahan daripada pihak berwajib sama ada kawasan itu mempunyai lesen atau tidak.
Katanya, dia tidak mahu situasi sama berlaku di lokasi tiga kanak-kanak lemas di Taman Sungai Karang Jaya pada 4 Februari lalu berulang.
“Selepas kejadian baru dimaklumkan kawasan itu lombong haram,” katanya.
Dakwa ada surat kebenaran
Dalam pada itu, kontraktor yang dipercayai mengendalikan aktiviti di kawasan itu memberitahu bahawa syarikatnya memperoleh surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk mengangkut keluar lebihan bauksit di situ pada 20 Disember tahun lalu.
Dakwanya, jentera berkenaan dibawa masuk untuk melakukan kerja membuat jalan di kawasan itu.
“Kami ada surat untuk membawa keluar bauksit ini dan hanya tunggu permit untuk lori sahaja,” katanya.
Bagaimana pun, dia menafikan mengorek bauksit di kawasan terbabit sebaliknya hanya membuat jalan.
Tiga jam lebih awal dari waktu yang sepatutnya, orang ramai terutama peserta Terengganu berpakaian ungu mula memenuhi perkarangan SOGO.
Ia gambaran semangat berkobar-kobar para peserta yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda. Paling terharu apabila melihat sekumpulan Mat Rock dengan fesyen rambut gaya Alleycats turut berpakaian ungu menandakan hati mereka turut bersama untuk melihat syariat Islam diperkasakan.
Anak-anak kecil lena di atas dukungan dengan baju ungu.
Orang tua bertongkat juga tak ketinggalan.
Setakat ini kelihatan hanya Jefri Chua, Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu adalah peserta bukan Melayu tunggal yang hadir di hadapan SOGO. Yang lain adalah umat Melayu Islam menunjukkan kesatuan hati dan tubuh mereka untuk berada di sini demi satu matlamat. Menyokong pindaan Akta 355!
Dalam perjalanan dari Jabi melalui jalan Gua Musang-Bentong-KL malam tadi, ketika berhenti rehat di Hentian Gua Musang, limpahan manusia dapat disaksikan. Sepanjang saya menggunakan jalan raya Gua Musang-KL, sejujurnya inilah kali pertama saya melihat manusia ramai sejumlah ini.
Solat subuh di Masjid Bandar Bentong bagaikan solat Jumaat. Cuma beza kerana tidak ada khutbah Jumaat disampaikan. Saya yakin Tok Imam pun terkejut dengan bilangan makmum yang bersolat di belakang beliau pagi tadi.
Jam 3 petang nanti peserta Terengganu akan mula berarak secara santai dan aman menuju padang Merbok. – HARAKAHDAILY 18/2/2017 Sumber HD - 18-2-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apabila PAS terlibat sama dalam himpunan Bersih, Malaysia jadi kuning, bila PAS anjurkan himpunan Fastaqim, Malaysia jadi hijau, kini warna ungu@purple pula bakal mewarnai Malaysia. Kuala Lumpur pastinya ungu dengan warna tema himpunan menyokong RUU 355 pada 18 Februari 2017 ini.
Memilih warna ungu bukan hijau, tidaklah bermakna PAS telah hilang kehijauannya, PAS itu hijaunya sampai ke tulang, warna kegemaran Rasulullah SAW itu pastinya tetap menjadi warna rasmi PAS. Datanglah apa warna sekalipun PAS itu tetap hijau, makan hijau, minum hijau, tidur hijau, jaga hijau, duduk hijau berdiripun hijau, semuanya hijau.
Tapi PAS sebagai penganjur himpunan menyokong RUU 355 memilih warna ungu bukan hijau, kerana kalau hijau dikatakan himpunan PAS, macam Himpunan Fastaqim. Sedangkan himpunan ini bukan ahli PAS sahaja yang berkumpul, malahan umat Islam yang cintakan agamanya, walaupun bukan PAS juga turut hadir.
Himpunan ini adalah bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap pindaan akta Mahkamah Syariah, siapa sahaja boleh sokong malahan yang bukan Islam sekalipun. PAS buat himpunan untuk mengajak semua menyokong sokong pindaan RUU 355. Nanti apabila hijau orang kata himpunan PAS, yang bukan PAS takut untuk datang.
Hijau sinonim dengan PAS, asal pakai hijau sahaja orang kata ini orang PAS. Tidak semua orang boleh pakai, ada yang alergik dan ada yang tak berani pakai. Kalau ungu semua orang boleh pakai, orang PAS, BN, PKR, PAN, DAP dan takde parti sekalipun, asalkan dia sokong pindaan RUU 355.
Yang pasti apa sahaja warna tema himpunan melibatkan PAS, ia akan menjadi warna lukisan lautan manusia di mana sahaja tempat berhimpun. Rata-rata ahli dan penyokong PAS sudahpun memiliki baju ungu tema sokong RUU 355. Warna ungu Malaysia pasti akan mewarnai Malaysia.
Itulah kekuatan yang dimiliki PAS, insya Allah PAS mampu mengubah warna kehidupan rakyat Malaysia. PAS mampu menukar warna pemerintahan Malaysia sebagaimana kemampuan PAS mewarnakan Malaysia dengan warna tema himpunannya. Selamat berhimpun. Insya Allah kita berjumpa di sana, di sana, di sana...
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur. Sumber HD - 13-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LAJNAH Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pahang (LATAS) ingin merakamkan takziah kepada keluarga mangsa lemas yang terjatuh ke dalam kolam bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya Kuantan baru-baru ini.
Pengerusinya, YB Andansura Rabu yang dihubungi berkata, beliau sedih dan kecewa dengan tragedi itu yang melibatkan tiga nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa.
‘Rakyat terpaksa membayar dengan harga yang sangat tinggi dari industri perlombongan Bauksit ini. Ini bukan tragedi yang pertama,” ujar beliau yang merujuk kepada tragedi yang sama di Bukit Goh pada tahun yang lalu termasuk kematian seorang Guru Allahyarhamah Norhaili Ahmad Zabidi pada bulan Disember 2015 apabila sebiji tayar lori yang sedang membawa muatan bauksit tercabut dan terpelanting menghempap bumbung keretanya.
LATAS PAS Pahang juga ingin melahirkan kekecewaan kerana tiada tindakan konkrit dari pihak yang berwajib untuk memastikan peristiwa yang sama tidak berulang lagi walaupun pelbagai desakan telah diambil untuk mendesak pihak yang terlibat di dalam perlombongan Bauksit agar mengamalkan perlombongan yang beretika namun tidak diendahkan sehingga meragut nyawa Rakyat yang tidak berdosa.
Satu laporan Polis akan dibuat segera dan PAS akan mengambil tindakan yang bersesuaian termasuk tindakan undang-undang selepas berbincang dengan waris mangsa. Mudah-mudahan tragedi seperti ini tidak berulang lagi.
Pengerusi LATAS PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md. Nor ketika dihubungi melahirkan rasa sedih di atas tragedi yang berlaku.
“Tragedi yang boleh dielakkan jika pihak yang berwajib mengambil tindakan segera ke atas laporan Ketua Audit Negara semenjak tahun yang lalu untuk menutup ke semua lombong Bauksit yang terbiar,” ujar beliau dengan nada kecewa.
PAS ingin mendesak agar satu jawatankuasa siasatan ditubuhkan untuk menyiasat tragedi ini termasuk mengambil tindakan yang perlu ke atas semua pihak yang gagal dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab termasuklah terhadap Menteri sekalipun jika perlu dalam memastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaaan sihat dan selamat. – HARAKAHDAILY 7/2/2017 Sumber HD - 7-2-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiga Kanak-Kanak Lemas Di Lombong Bauksit Kuantan Posted on Sunday, February 05 @ 11:12:20 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KUANTAN: Gara-gara ingin mengambil seluar yang terjatuh di dalam kolam bekas lombong bauksit, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik mati lemas dalam kejadian di Taman Sungai Karang Jaya di Sungai Karang dekat sini petang Sabtu.
Mangsa ialah dua beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata sebelum kejadian kira-kira 5 petang itu ketiga-tiga mangsa bersama empat lagi rakan termasuk seorang lagi adik lelaki kepada Salsabila, Mohamad Aiman Hakimi, 10, pergi bermain di kawasan bukit bekas perlombongan bauksit berkenaan.
"Ketika bermain Aiman ini ternampak getah hitam di tepi kolam bauksit tersebut dan hendak pergi ambil getah itu, namun dia telah terjerlus masuk ke dalam kolam berkenaan.
"Waktu itu Aiman sendiri lemas, namun dapat menyelamatkan diri dan keluar dari dalam kolam itu.
"Ketika itulah seluarnya tertanggal menyebabkan kakaknya cuba untuk mengambilnya, " katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam Sabtu.
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah turut berangkat ke unit forensik hospital berkenaan bagi menziarahi keluarga kedua mangsa yang terlibat dan menyampaikan sumbangan peribadi baginda.
Abdul Aziz berkata sewaktu Salsabila hendak mengambil seluar, kanak-kanak malang itu telah terjerlus ke dalam kolam berkenaan dan lemas sebelum rakannya Nureen Ain dan adiknya Mahathir cuba menyelamatkannya.
Bagaimanapun mereka berdua turut lemas sebelum Mohamad Aiman dan tiga lagi rakannya pergi mendapatkan pertolongan daripada penduduk setempat.
Sebaik selesai bedah siasat, jenazah kedua beradik telah dibawa ke kampung halaman mereka di Taiping, Perak, manakala jenazah Nureen Ain akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Karang Darat, di sini. - BERNAMA
Mengambil ruang di dalam sistem demokrasi yang ada, menepati perlembagaan negara, membawa cita-cita Islam dengan menyertai pilihan raya dan dakwah. Matlamat PAS adalah Islam, apa sahaja tindakan, keputusan atau strategi ianya adalah bermatlamatkan Islam, PAS akan buat sesuatu bila sesuatu itu untuk Islam.
Biarpun sesuatu itu adalah sesuatu yang dibenci oleh sesiapa, PAS tidak berjuang untuk keutamaan memerintah tetapi yang lebih utamanya ialah (mendaulatkan) Islam. Sesiapa memerintah pun tidak mengapa asalkan ia meletakkan hukum Allah SWT sebagai dasar pentadbiran. Perjuangan Islam bukan tertegak secara pertembungan semata-mata tetapi juga dengan dakwah.
PAS menghampiri manusia tanpa mengira sesiapa untuk menyatakan kebaikan Islam, termasuklah Umno. Namun Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) dicemuh apabila sepentas dengan Najib walaupun TGHH tidak pernah pun memuji Umno atau pemimpin Umno, walaupun Allahyarham (Datuk) Ustaz Fadzil Noor juga pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir.
Mencanang bahasa "PAS beri tongkat kepada Umno", kononnya PAS nak selamatkan Umno. Mereka yang keluar PAS dan tubuhkan parti baru sebab tak puas hati dengan PAS putuskan hubungan tahaluf dengan DAP, barangkali lupa agaknya apa yang mereka perjuangkan dahulu. Jika dahulu merekalah yang bertempik umpama gajah liar marahkan Umno yang tidak mahu melaksanakan Islam.
PAS tidak pernah tunduk kepada Umno. Tidak pernah PAS sembunyikan hasratnya untuk melaksanakan Islam. PAS tidak bergabung dengan Umno sebab parti itu tidak bersedia untuk menegakkan Islam. PAS pun sanggup memutuskan tahaluf dengan DAP sebab parti itu terang-terang menentang hasrat PAS untuk memperjuangkan Islam.
Semua yang 'Pak Pandir' buat hasilnya pasti lebih buruk daripada sebelumnya. Anaknya yang busuk dimandikan sampai jadi bangkai. Politik PAS bukan begini, kalau buruk untuk Islam pasti PAS akan tolak, PAS akan buat sesuatu yang lebih baik untuk Islam dan umatnya.
Tiada maknanya perjuangan jika umpama "hilang kelam timbul gelap". Tiada maknanya perjuangan kalau hanya "nak beri nyawa kepada perjuangan untuk jatuhkan golongan yang tidak tegakkan hukum Islam kepada golongan yang juga secara jelas menyatakan untuk tidak tegakkan Islam". - HARAKAHDAILY 31/1/2017
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur. Sumber HD - 31-1-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengurusan Bencana Dan Kecemasan Malaysia (Khidmat Malaysia) sedang menguruskan operasi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang.
Oleh yang demikian bantuan berbentuk tenaga sukarelawan dan barangan adalah dialu-alukan.
Agensi-agensi di bawah Khidmat Malaysia, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai boleh menghubungi nombor-nombor berikut jika untuk membantu atau membuat sumbangan.
1) Pengarah Khidmat Malaysia Pahang
Haji Hasanuddin (012 611 5768)
Banjir yang melanda Pahang barat dan tengah menjelang raya Tahun Baru Cina, menghimpunkan pelbagai kisah menarik di sebalik kedukaan yang ditanggung.
Hujan lebat yang mencurah kira-kira empat hari di Ulu Pahang diikuti kawasan-kawasan lain yang terlibat menyebabkan bah berlaku di Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Pekan dan Rompin.
Pada satu ketika, lebih 6,000 mangsa ditempatkan ke pusat-pusat pemindahan.
Mujurlah bah yang melanda tidak sebesar 2014-2015, namun sudah cukup mencemaskan mereka yang pernah menjadi mangsa dua tahun lalu.
PAS Pahang seperti biasa menggerakkan operasi bantuan dengan pelarasan melalui Khidmat Malaysia, iaitu badan kebajikan PAS.
Unit Amal seperti biasa menjadi tenaga paling penting turun padang melaksanakan pelbagai operasi daripada menyelamat, memindah, menghantar bantuan hinggalah kepada mencuci rumah-rumah mangsa selepas banjir.
Lipis yang mula-mula dilanda banjir, maka yang terawal surut airnya dan operasi mencuci rumah pun bermula.
Di sebuah rumah, kerja-kerja mencuci dilakukan oleh Briged Amal dari Kuantan. Dari awal mula mencuci tuan rumah tidak tahu sebenarnya yang sedang bekerja mencuci rumah mereka ialah Pesuruhjaya PAS Pahang.
Dengan tanpa segan silu (oleh kerana tidak kenal) mereka mengarah untuk minta tolong cuci itu dan ini. YB (sebagaimana sifat low-profilnya) hanya buat biasa-biasa sahaja dan memenuhi segala (kemahuan) yang diminta oleh pemilik rumah. Dari dalam rumah sampai keluar rumah, bumbung, siling dan akhirnya minta tolong dibersihkan basikal anak mereka yang terkena lumpur banjir.
Walau tuan rumah memakai topi berlogo dacing, tapi YB Ustaz Rosli menolong tanpa mengira latar belakang politik demi nak membantu sesama islam.
Apabila dah selesai mencuci, YB tinggalkan (rumah berkenaan) untuk ke rumah hadapan dan saya memaklumkan yang tuan puan arahkan mencuci tadi adalah seorang YB merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang.
Dengan nada bersalah dan terharu mereka ungkapkan, "Ya Allah! Pesuruhjaya PAS Pahang ker tadi tu?" mereka ingatkan baju merah yang tertera nama Jabatan Amal Malaysia adalah jabatan kerajaan. Mereka sangat terharu dan meluahkan rasa betapa mereka terharu dan beruntung serta amat berterima kasih atas bantuan semua.
Lantas, mereka meminta untuk bergambar dengan YB dan PAS akan berputik di sini bermula hari ini. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka untuk sama-sama membantu perjuangan Islam walau di mana mereka berada.
Dipetik daripada tulisan seorang anggota Amal. Sumber HD- 30-1-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Negara ini sekali lagi digemparkan dengan isu panas dan kontroversi apabila media mendedahkan sekumpulan peserta kem motivasi yang diadakan di sebuah resort di Bentong, Pahang melakukan aksi bogel dan lucah.
Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP) kesal dan mengecam tindakan yang tidak bermoral ini. Motif kem yang berlaku hujung minggu lalu tersebut juga dipersoal kerana aktiviti seperti itu tidak mempunyai nilai yang baik dan tidak membina sahsiah peserta. Selain hanya menatijahkan keruntuhan moral di kalangan masyarakat.
BPPNP mengharapkan satu tindakan tegas daripada pihak berkuasa terhadap penganjur dan peserta terbabit sebagai pengajaran kepada semua agar isu yang memalukan ini tidak lagi berulang di negeri ini.
Tindakan yang tidak bermoral ini telah mencemarkan kempen Tahun Melawat Pahang yang baru sahaja bermula awal Januari 2017 lalu.
Justeru, BPPNP mahu beberapa perkara perlu diberi perhatian:
1) Kerajaan Negeri Pahang tidak hanya menjayakan kempen melawat Pahang dengan pelbagai aktiviti pelancongan, tetapi perlu memantau aktiviti yang diadakan agar unsur-unsur negatif tidak dibawa masuk ke negeri ini.
2) Orang ramai perlu sentiasa peka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka dan melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika melihat atau mendengar perkara yang mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat.
3) Penggiat industri pelancongan di negeri ini diingatkan agar tidak hanya memikirkan keuntungan wang ringgit, tetapi juga peka dengan isu-isu sensitif bagi menjaga keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.
NAZRI AHMAD
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang
Siang malam DAP, PAN dan sekutunya mencongak kira-kira, operasi matematik mereka sentiasa mendapat jawapan bahawa PAS akan kalah teruk pada PRU14 jika sekiranya PAS tidak bersedia menjadi nilai tambah kekuatan untuk bersama mereka dalam PH.
Ketegasan PAS untuk tidak bersama selagi adanya DAP dan PAN menjadikan setiap hari dan saat kantung perjuangan PAS sarat dengan caci maki, sindiran dan bermacam tambunan sampah-sarap yang meloyakan. PAS dianggap parti 'lebai' yang serba serbi bersalah bila jawapan congak matematik mereka ialah BN tetap menang jika PAS tidak bersama mereka.
PAS akan kalah di semua kerusi, inilah congakan mereka jika berlakunya tiga penjuru. Tiga penjuru dianggap mereka sebagai hantu paling seram untuk menakutkan PAS, sehingga berulang kali ugutan PAN nak bertanding dikerusi PAS bertanding supaya jadi tiga penjuru lalu PAS dianggap bersalah jika sekiranya berlaku tiga penjuru.
PAS bukan boleh dihantukan, Al-Qur'an yang menjadi dasar PAS adalah syifa’ paling mujarab untuk menghalau segala jenis hantu yang cuba menghalang perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam. Sekian lama PAS diugut dan ditakutkan oleh BN dengan segala macam perhantuan, semuanya tak pernah PAS peduli.
PAS tetap dengan cita-citanya untuk mendaulatkan Islam, walaupun jawapannya PAS dibenci oleh mereka yang bencikan hasrat PAS. Datanglah musuh dari segenap penjuru sekalipun atau datang untuk melutut supaya PAS tinggalkan dasarnya, tidak mungkin PAS akan tinggalkan dasarnya yang sentiasa sujud kepada Allah SWT. - HARAKAHDAILY 23/1/2017
Penulis adalah Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur. Sumber HD - 23-1-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rafizi dengan teori kajiannya terhadap keputusan atau senario politik Malaysia pada PRU14 telah meletakkan PAS mendapat keputusan yang amat sadis dengan kehilangan semua kerusi yang pernah dimenangi dan tidak mampu untuk menang walau satu pun kerusi.
Angka dan peratus yang dikemukakan, dapatannya adalah PAS kalah, lakaran sejarah perjuangan politik PAS kelihatan hitam di atas kanvas teori kajian Rafizi, saya menghormati beliau dan tidak berhajat untuk mencanggahi beliau berkaitan dapatannya itu.
Siapapun pun boleh membuat kajian dan kemukakan dapatannya, dapatan itu memerlukan solusi, kelihatan dapatan kajian Rafizi itu lebih nak menunjukkan kepada PAS bahawa inilah hasilnya jika "PAS tidak mahu bersama dengan PH". Solusinya, PAS mesti kembali menjilat ludahnya supaya kembali bersama DAP dan PAN di dalam PH.
Teori, kajian dan strategi adalah usaha manusia, ia sangat perlu di dalam batalion perjuangan apatah lagi perjuangan Islam yang sarat dengan pelbagai mehnah. Pergantungan kepada teori bukan menjadi syarat mutlak untuk mencapai kemenangan, ada sesuatu yang wajib ada dan di luar dari ilmu teori iaitu 'pertolongan dari Allah'.
Saya yakin 'langkah Kajang' adalah satu strategi yang bukan pengakhirannya dengan 'DS Anwar Ibrahim dipenjara', namun itulah hakikat yang mesti diterima, manusia merancang dan Allah sebaik-baik perancang, sesuatu yang berada di dalam ilmu Allah tidak mungkin diketahui oleh manusia.
Saya juga yakin bahawa keputusan PRN Sarawak bukan sahaja DAP tidak boleh menguasai Sarawak malahan hilang pula 5 kerusi yang pernah dimenanginya bukan keputusan strategi yang dikehendaki oleh DAP sehingga sanggup memutuskan hubungan dengan PAS Sarawak kerana berteori bahawa DAP sukar untuk menang di Sarawak jika bergabung dengan PAS.
Ketegasan PAS untuk tidak bersama dengan DAP dan PAN adalah ketetapan, meskipun ketetapan itu menghasilkan dapatan kajian seperti kajian Rafizi. PAS tidak beriman dengan dapatan kajian sehingga sanggup gadaikan prinsip perjuangan untuk menegakkan agama Allah SWT, PAS hanya akan menuai hasil dari penat lelah pengorbanannya untuk agama Allah, walau apa jua hasilnya. - HARAKAHDAILY 22/1/2017 Sumber HD - 22-1-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang Asli halang TNB ambil sampel air sungai Posted on Wednesday, January 18 @ 06:33:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Sekumpulan kira-kira 20 Orang Asli dari Kampung Rakoh dan Kampung Dayok dilaporkan menghalang beberapa kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada mengumpul sampel air untuk projek empangan di Sungai Ulu Jelai, Pahang Sabtu lalu.
Menurut aktivis Orang Asli, Norfini Ajik yang berada di tempat kejadian, kakitangan TNB itu mahu menyalurkan air dari Sungai Ulu Jelai ke Sungai Ulu Telom untuk pembinaan empangan.
Beliau melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Pahang, Shafie Dris, berkata, kelapan-lapan kakitangan TNB yang tidak memperkenalkan diri dan tujuan mereka itu hadir kira-kira dua jam di Kampung Rakoh, Sabtu lalu.
"Nak masuk kampung Orang Asli kena tahu adat Orang Asli, bukan orang luar saja ada adat.
"Kamu tidak boleh masuk sesuka ke sini tanpa kebenaran penduduk kampung dan Tok Batin.
"Sebab kami ingin jumpa MB (menteri besar) kena ikut peraturan polis, tapi kamu masuk kampung Orang Asli main redah saja,” katanya.'
Menurut Norfini, penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan tidak bersetuju dengan projek empangan berkenaan dan tidak mahu diganggu.
Beliau menjelaskan bahawa jika empangan dibina, kehidupan masyarakat Orang Asli akan terjejas kerana mereka sangat bergantung kepada sungai untuk makanan dan air, dan pembinaan empangan akan juga merosakkan kawasan tempat tinggal mereka.'
"Pada kami, sungai ini banyak kazanahnya, macam mana kamu nak musnahkanya, jangan ganggu kami dan air kami.
“Orang Asli di sekitar hutan ini memerlukan air, kerana air adalah sumber kehidupan kami,” katanya.
Terima kasih kepada semua pihak termasuk kelab Trackers Kuantan.
Maklumat terkini an-Nuur akan saya up date dari semasa ke semasa.
USTAZ MOKHTAR SENIK
Ketua dewan ulama PAS Pahang - HARAKAHDAILY 18/1/2017 Sumber HD- 18-1-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pusat pendidikan tersebut menempatkan seramai 110 orang pelajar berumur antara 12 hingga 20 tahun.
Menurut laporan rasmi pihak berkuasa, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan bangunan konkrit asrama pelajar lelaki di bahagian tingkat atas menempatkan seramai 60 orang pelajar manakala di tingkat bawah menempatkan 4 orang pelajar.
Semasa kejadian kesemua pelajar berada dalam masjid sedang menghadiri kuliah agama. Maklumat daripada Ustaz Zaki, pada mulanya dua orang pelajar mahu ke bilik air berdekatan dengan asrama dan pelajar tersebut ternampak api sedang marak di tingkat atas bangunan tersebut, seterusnya pelajar tersebut menghubungi Ustaz Zaki dan maklumkan kebakaran itu.
Seterusnya Ustaz Zaki terus menghubungi pihak bomba untuk bantuan memadamkan kebakaran.
Menurut saksi, api dikatakan bermula dari tingkat atas bangunan asrama tersebut dan berjaya dipadamkan oleh empat jentera Bomba Balai Kuantan terdiri daripada tiga pegawai serta 23 anggota.
Pihak bomba mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk memadam kebakaran dan api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 9.15 malam.
Siasatan terhadap kemusnahan akibat kejadian ini dapati bahagian tingkat atas serta bumbung asrama musnah sama sekali termasuk barangan perabot dan barangan pelajar serta dokumen-dokumen penting pelajar. Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan melibatkan pelajar.
Punca kejadian masih dalam siasatan pihak Forensik Bomba manakala anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan.
Sementara itu usaha awal bagi membantu dan meringankan beban mangsa sedang dalam tindakan pihak Jabatan Kebajikan masyarakat.
Berada di lokasi YAM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah yang berkenan mencemar duli berangkat melawat mangsa dan meninjau keadaan sekolah.
Atas Titah perintah KDYMM Pemangku Raja Pahang, pada hari ini jam 3.00 petang, bertempat di Pusat Pendidikan Islam Annur satu majlis ringkas akan diadakan iaitu penyerahan sumbangan peribadi dari KDYMM Pemangku Raja Pahang kepada semua mangsa yang akan disempurnakan oleh YAM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah.
Sementara itu Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik dalam kenyataannya, mengucapkan terima kasih kepada anggota Bomba yang bertindak cepat memadamkan kebakaran tingkat atas asrama lelaki An Nuur.
Begitu juga dengan kehadiran segera Unit Amal, PAS Kawasan Kuantan dan ibu bapa pelajar yang menghulurkan bantuan secara spontan.
Tambahnya, kerugian dianggarkan RM400,000 dan kini An Nuur memerlukan:
50 katil dua tingkat
100 tilam dan bantal
100 almari
100 kain selimut dalam kadar segera
Sumbangan boleh dibank in ke akaun An Nuur:
Maybank 556011018085 dan Bank Islam 06019010021868.
Sejak tiga tahun berkhidmat, sudah ribuan rumah kami bertandang dalam program ziarah rakyat, dan pagi ini untuk sekian kalinya saya coretkan sedikit cerita suka duka rakyat yang boleh kita ambil iktibar bersama.
Seperti pelangi yang pelbagai warna, setiap manusia ada warna kehidupannya tersendiri. Semua nama dan tempat saya rahsiakan, kerana cerita hanya iktibar.
Berulang kali saya ke rumahnya untuk menghantar bantuan, ada empat orang anak yang masih bersekolah. Kali pertama hadir ke rumahnya dua tahun lalu, dia masih belum boleh berjalan, tubuhnya penuh luka kerana kemalangan di tempat kerjanya.
Dua orang anak tinggal bersamanya dan dua lagi bersama bekas suaminya. Dalam keadaan yang sangat kesakitan dia sempat bercerita tentang bagaimana kemalangan boleh berlaku dan tentang kisah kehidupannya. Ditinggalkan suami sejak berkahwin dua kira-kira 6 bulan sebelum kemalangan berlaku.
"Saya ditinggalkan begitu sahaja, terpaksalah saya bekerja untuk cari nafkah, bekas suami tak tahu di mana dah, tak dapat khabar berita, pitih pun tak hantar, dia pun miskin juga," katanya sambil menangis.
Dia semakin sebak. "Sekarang ni tak tau nak kata apa, saya sakit, rumah sewa pun tak mampu bayar, anak-anak nak sekolah, pitih nak beli makanan pun tak cukup," katanya.
Ibu bapanya sudah tiada, adik beradiknya 3 orang sahaja dan semuanya susah.
"Saya adik beradik semuanya tak bersekolah, mak ayah miskin," sambungnya.
"Sekarang ni bila berlaku begini, takde tempat nak mengadu, ngadu ngan Allah swt jer," terkedu juga saya mendengar ceritanya. Saya dulu susah juga tapi saya ada mak yang sihat dan gigih, ada bapa dan ibu saudara yang prihatin, tetapi tidak dia.
Betapa sukarnya dia menjalani kehidupan, terutama selepas kemalangan, dia tidak layak mendapat bantuan JKM dan dari pusat zakat secara tetap kerana kad pengenalan merah walaupun dia tinggal di Malaysia sejak berusia 7 tahun dan semua anak-anaknya warga negara Malaysia.
Kini dia semakin sihat, namun masih belum kuat, tahun lepas dia ke rumah saya di malam hari, kerana mencari bantuan untuk persekolahan anaknya, datang naik motor dibawa anaknya, namun masih nampak kesakitan.
"Tak baik betul lagi Ustaz, masih ada luka yang belum sembuh", kasihan sungguh saya melihatnya.
Kini kesihatannya semakin baik, namun masih sakit lagi, tetapi wajahnya kelihatan ceria, ramai juga yang membantunya, namun bantuan mungkin hanya dapat membantu ringan bebanannya, tapi hati dan jiwanya hanya Allah SWT yang tahu.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana ibu yang cekal ini berperang dengan dukanya.
Namun cerita ini hanya sebelah pihak sahaja, saya tidak kenal suaminya dan tidak adil kita menghukum suaminya. Apa yang diharapkan ialah agar ia dapat memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah.
Mereka menggunakan modus operandi yang sama setiap kali pecah masuk rumah. Masuk ikut belakang rumah yang gelap, kemudian meletak parang di leher mangsa, ancam nyawa dan ikat keluarga tuan rumah.
Dua hari lepas berlaku lagi rompakan di Felda Jengka 11 sekitar jam 3 pagi. Namun kali ini perbuatan mereka disedari oleh jiran sebelah rumah iaitu saudara Fauzi Dolah dan adiknya.
Fauzi dengan sebatang kayu memberanikan diri pergi ke tempat kejadian dan memukul salah seorang dari mereka. Tetapi rakan perompak yang lain datang dan menetak kepala dan badan Fauzi.
Dalam keadaan berlumuran darah beliau memeluk seorang perompak tanpa melepaskannya, perompak tersebut merayu supaya dilepaskan. Namun Fauzi tidak melepaskannya. Pada saat getir itu rakan-rakannya datang menetak Fauzi dengan parang dan dia tersungkur lemah dek kerana kehilangan darah yang banyak.
Fauzi dikejarkan ke hospital dan menerima 42 jahitan di badan dan kepala.
Sedihnya pihak polis tiba agak lewat sehingga kumpulan perompak tersebut telah berjaya meloloskan diri. Jika tidak, masalah rompakan bersiri ‘enam jahanan’ mungkin boleh diselesaikan.
Pagi ini Cakne Rakyat berkesempatan menziarahi Fauzi di rumahnya bagi bertanyakan khabar dan menyampaikan sumbangan.
Marilah kita berdoa agar pihak polis berjaya menangkap perompak enam jahanam yang dikehendaki itu dengan segera.
Bagi penduduk kampung, nasihat Cakne Rakyat, pastikan kawasan belakang rumah anda cerah di waktu malam bagi memudahkan pihak lain jika berlaku sebarang kemungkinan.
Penulis ialah anggota Badan Perhubungan PAS Pahang yang juga Bendahari PAS Kuala Krau.
HARI ini menyambung kembali program ziarah di kawasan saya, program berjadual bukan sahaja bertujuan untuk membantu masyarakat malahan bertujuan untuk saya dapat bertemu masyarakat di kawasan saya seramai mungkin selain daripada program Raudhah iaitu kuliah bulanan kepada penerima bantuan bulanan di 11 buah Kampung.
Ziarah orang sakit, ziarah orang tua, bayi baru lahir dan ziarah fakir miskin di jadualkan secara bergilir-gilir, kadangkala 4 hari seminggu, kalau saya tidak sibuk dengan urusan lain di sebelah pagi, kadang-kadang setiap hari dalam seminggu. Jadual ini disusun oleh Pejabat Adun, saya cuma ikut sahaja jadual yang telah diaturkan. Alhamdulillah PAS Tanjung Lumpur memiliki aset amilin yang ramai dan sentiasa bersedia membantu setiap hari.
Sangat berbeza dengan situasi zaman muda saya yang agak sukar untuk mendapatkan amilin yang dapat membantu sentiasa, kadang-kadang menampal poster seorang diri. Paling ramai pun tiga orang itupun hanya sebelah malam, kalau nak berziarah setiap hari sebegini memang sukar, sesekali boleh lah, itupun tak ramai, namun suasana ini telah berubah dari semasa ke semasa.
Mereka bergilir-gilir membantu saya, sama ada muslimin, muslimat atau pemuda sentiasa bersemangat untuk membantu walaupun tanpa upah. Memang program ziarah memenatkan, namun ia adalah satu program terbaik untuk dapat bertemu masyarakat di samping kita dapat mengetahui permasalahan masyarakat secara jelas. Tapi sehingga kini saya lihat mereka macam tak pernah rasa penat untuk membantu.
Banyak kelebihan menziarahi ni, pernah diawal kemenangan dulu saya dan kawan-kawan saja merayau-rayau, meninjau di kawasan saya, saya lihat sebuah rumah yang sangat uzur, hampir keseluruhan atapnya bocor, saya ke rumah tersebut, penghuninya sepasang warga emas, dia agak kehairanan apabila lihat kami beramai-ramai kerumahnya dan dia seperti tidak dapat berkata-kata apabila saya katakan pihak Pejabat Adun akan menukarkan keseluruhan atap rumahnya.
Dalam tempoh seminggu atap rumahnya ditukar baru, rumah sederhana besar, tidaklah besar sangat kosnya, dia datang ke pejabat Adun, dengan nada sedih dan berterima kasih yang bersangatan katanya dia dah beberapa kali memohon agar dibantu, tapi tak dapat, "dengan orang yang saya minta tak pernah dapat, dengan orang yang saya tak minta dapat pulak," katanya sambil senyum tapi terharu.
Inilah antara kelebihan menziarahi, dengan keewangan yang terhad, kita tidak mungkin mampu membantu semua, tetapi dapatlah diusahakan untuk membantu serba sedikit, sekurang-kurangnya dapatlah meringankan sedikit bebanan mereka.
Hari ini selepas program raudhah kami akan menyambung lagi program ziarah dan akan terus menyambungnya selagi Allah SWT izinkan kaki kami melangkah, terima kasih para amilin. – HARAKAHDAILY 13/12/2016 Sumber HD - 13-12-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ZAMAN ketiadaan media maya, maklumat program atau ceramah disebarkan dengan cara tradisional, tampal poster dan bagitau dari mulut ke mulut, Masjid atau Surau memang tak berani nak hebahkan kepada jamaah. Nak pergi rumah ke rumah pun kena pilih rumah juga, masa tu memang puak Umno sangat anti kepada PAS.
Poster masih lagi gunakan tulisan tangan, tidak ramai yang ada komputer, saya adalah penulis versi rumi, yang versi jawi bagi kat orang-orang tua, kadang-kadang tu memang letih jari jemari, pernah masa TGHH datang, saya terpaksa menulis dikain rentang dan menulis lebih 50 keping poster manila kad, yang saiz A4 takpe, masa tu mesin fotostat dah ada. Dah siap tulis, kena pergi tampal sendiri.
Jauh sangat berbeza dengan sekarang yang serba serbi mudah, canggih dan cantik, juga medium sebarannya mudah, sambil duduk-duduk sahaja maklumat program telah tersebar seluruh negara. Zaman itu poster mainkan peranan paling penting untuk makluman ceramah, kehadiran orang ramai sangat bergantung melalui sebaran poster, tidak banyak kampung yang ada talian telefon.
Firman Allah SWT dalam surah as-Saff ayat 10 dan 11, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
Tafsir Surah as-Saff adalah antara teks usrah kami, rasanya hampir semua ahli PAS yang hadir usrah akan mengikuti tafsir surah ini. Naqib usrah selalu menyebut bahawa jihad diumpamakan oleh Allah seperti perniagaan, perlukan penjual, pembeli, barang perniagaan, strategi dan iklan. Iklan antara elemen penting untuk mengajak orang ramai datang mendengar ceramah.
Saya tanya juga orang-orang tua saya, masa zaman 60-an dan 70an macam mana? Seorang otai bercerita, masa zaman awal 70-an dulu dia pernah mengayuh basikal sejauh hampir 20 km semata-mata nak pergi sebuah rumah penyokong PAS untuk bagitau ada ceramah. Macam-macam cerita lagi yang menyayat hati bagaimana sukarnya orang terdahulu untuk sebarkan maklumat ceramah agar perjuangan PAS dapat difahami.
Mereka sanggup susah dan berpenat lelah demi membeli sebuah perjuangan untuk menegakkan syariaat Allah SWT, dengan keyakinan bahawa perjuangan itu pasti mendapat bayaran oleh Allah di akhirat walaupun secara percuma di dunia. Dengan pengorbanan penulis, penyebar, penampal iklan itulah juga antara sebab PAS menjadi sebuah parti yang begitu besar pada hari ini. – HARAKAHDAILY 9/12/2016 Sumber HD - 9-12-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jentera Pilihanraya PAS Tanjong Lumpur Pula Tolak Fauziah Posted on Thursday, December 08 @ 15:47:45 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUANTAN: Kedudukan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kini kian terancam apabila sokongan PAS terhadap kepimpinan beliau kini terus ditolak. Terdahulu, PDO mendedahkan dua UPU PAS berbuat demikian, akibat kecewa dengan pendirian Fuziah yang tidak berterima kasih atas sokongan mereka menaikkan pemimpin itu dalam dua pilihanraya umum sebelum ini.
Terkini, Jentera Pilihanraya Parti Islam SeMalaysia (PAS) DUN Tanjung Lumpur pula mengumumkan penangguhan segala bentuk program dan gerak kerja bersama PKR Kuantan menjelang pilihn raya umum ke-14 nanti. Perkara itu dimumkan dalam satu kenyataan rasmi oleh Sulong Jaafar, Setiausaha JPRD PAS DUN Tanjung Lumpur yang diedarkan semalam.
Cawangan PAS yang terlibat ialah Perkampungan Sg Isap 2, Perkampungan Sg Isap, Perkampoungan Sg Isap Fasa 2, Tanah Putih Baru, Kampung Peramu dan PAS Cawangan Berjaya Permai.
Menurut kenyataan tersebut, tindakan terpaksa diambil kerana kebiadapan Fuziah Salleh terutamanya kenyataan panas yang beliau tuijukan kepada PAS.
"Segala bentuk rundingan dengan PKR Kuantan ditutup, sehingga beliau meminta maaf secara terbuka kepada pihak PAS .. Kami bertanggungjawab untuk menjaga parti kami daripada kebiadapan sesiapa jua. Keputusan telah dibuat sebulat suara dalan mesyuarat MTD Tanjung Lumpur", kata kenyataan tersebut.
DUN Tanjung Lumpur berjaya dimenangi oleh PAS menerusi Ustaz Rosli Abdul Jabar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. Dengan perkembangan terbaru ini, ia pasti menyulitkan lagi keadaan Fuziah untuk mempertahankan kerusi tersebut sebenarnya. #PDONEWS
KERJA pilihan raya memang memenatkan apatah lagi pada hari-hari terakhir, masa zaman APU poster PAS ditampal bersama poster Semangat 46, masa zaman BA kami turut menampal poster DAP dan Adil sehinggalah zaman PR, poster PAS ditampal bersama dengan poster parti dalam Pakatan.
Namun tak pernah pula rasa sesal walaupun tidak mendapat upah, malahan abila habis bendera dan poster, pakat-pakat cari duit dan kutip sesama sendiri untuk beli bahan kempen. Tak pernah pulak rasa sia-sia apabila PAS kalah dalam pilihan raya, malahan apabila habis pilihan raya walaupun kalah sibuk pula cari duit untuk buat kenduri kesyukuran.
Begitulah PAS dari dulu hingga sekarang, apabila pilihan raya sibuk bekerja, habis pilihan raya sibuk pulak berkenduri walaupun kalah, orang pun jadi pelik tengok PAS, yang pelik tu biasanya orang tak faham dengan perjuangan PAS. Kalau menang takpe lah nak kenduri, kalah dengan majoriti besar pun kenduri juga.
Masa saya bertanding di Lepar dulu, saya kalah dengan majoriti 3887, keseluruhan cawangan PAS dalam Dun Lepar berkenduri sehingga 16 ekor lembu ditumbangkan. Dah lah tu, ahli-ahli yang datang kenduri pula ucapkan 'tahniah', kalah pun tahniah juga. Biasanya yang pelik dengan situasi itu ialah mereka yang tidak memahami prinsip perjuangan PAS.
Seorang ahli Umno di tempat saya, kami berkawan baik, saya belum kahwin lagi masa tu, saya turut hantar bil jemputan kenduri kesyukuran padanya, dia tanya saya "PAS menang ke?, saya kata "tak, PAS kalah", dia tanya lagi "habis tu, kenduri bakpe?", teringat lagi wajah kepelikan dia, tapi dia datang dan pengisian malam tu disampaikan oleh Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakob.
Ucapannya sangat menarik perhatian sahabat saya ni, baru dia faham kenapa PAS buat kenduri kesyukuran walaupun kalah. Kini dia dah masuk PAS, kini dia antara pembantu tegar saya terutama waktu pilihan raya dan dialah orang yang sentiasa sibuk memasak kenduri selepas pilihan raya walaupun PAS kalah.
Sesekali kami dapat berjumpa dan bersembang, ingat lagi saya ke dapur berjumpa dengan dia waktu dia memasak untuk kenduri selepas PAS kalah di DUN Tanjung Lumpur 2004, "takpelah kalah pun, akan datang kita lawan lagi, yang penting kita syukur pada Allah Ustaz, Allah jadikan hati kita sentiasa cenderung untuk berjuang dan berusaha agar hukum Allah dapat dilaksanakan, kalau tidak habislah penat lelah kita ni jadi sia-sia belaka," katanya.
"Syukur itu tidak tertentu kepada nikmat yang dapat dilihat secara jelas sahaja, ada juga perkara yang tidak jelas nikmatnya tetapi mengandungi hikmah, sihat itu nikmat, sakit itu mengandungi hikmah, keduanya adalah kebaikan apabila manusia melihat itu sebagai takdir dari Allah SWT yang mengandungi hikmah lalu tercetuslah rasa syukur kepada Allah SWT".
Begitu juga dengan kalah atau menang pilihan raya, menang adalah ujian kalah pun ujian Allah juga, apa yang sangat-sangat kita syukuri ialah kita dapat membantu perjuangan ini dan juga menang atau kalah tidak sedikitpun menjadikan kita lari daripada prinsip perjuangan kita iaitu al-Qur'an, Hadis, Ijma dan Qias", kerana itulah PAS berkenduri selepas pilihan raya walaupun kalah. – HARAKAHDAILY 8/12/2016 Sumber HD-8-12-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RAUB – 50 anak muda Kampung Sungai Chalik dekat sini menyerahkan borang keahlian PAS semasa ceramah Isu Felda, di Lembah Klau pada malam ini kepada Timbalan Presiden, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mewakili mereka, Mohd Firdaus Alias, 30, (Gambar kiri) berkata, beliau dan rakan-rakannya telah hilang kepercayaan kepada Umno khususnya kepada wakil rakyat DUN Dong, Dato’ Sri Hj Shahiruddin Ab. Moin.
“Saya masuk PAS kerana tanah orang tua kami tidak selesai…..YB adun Dong tidak serius menyelesaikan isu kami, Jadi kami kecewa dan bertekad untuk meninggalkan Umno,”ujarnya.
Beliau melahirkan rasa kecewa kerana tanah tersebut yang diserahkan jepada Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) sebaliknya mahu dimajukan oleh pihak lain.
“Kami nak tanah ini terus diurus LKPP bukanya memberi kepada ‘taukey’ besar,”tegas beliau yang sebelum ini difahankan adalah ‘orang kuat’ Pemuda Umno.
Apa yang menyedihkan, kata beliau, ADUN DONG yang juga Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang telah ‘memperlekehkan’ perjuangan beliau dan rakan-rakanya ke atas tanah itu.
Beliau berkata ADUN Dong tersebut hanya ‘gelak’ (perlekehkan) perjuangan kami, menujukkan beliau tidak prihati kepada perjuangan kami, apabila dimaklumkan tentang masalah tersebut.
Oleh itu, katanya,beliau dan rakan-rakannya telah melantik peguam bagi mengendalikan kes itu.
Turut sama dalam dalam pprogram Ceramah Isu Semasa dan RUU355 di Gelda Lembah Klau itu ialah Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat, Naraza Muda.
Jabatan Meteorologi, Sains dan Innovasi telah mengeluarkan amaran hujan yang dijangka melanda tanah air, terutama di Pantai Timur Semenanjung.
Menurut kenyataan laman sesawangnya, bagi Seksyen A iaitu Amaran Hujan Lebat (Peringkat Merah) yang dikeluarkan pada jam 5:00 pagi semalam, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Kelantan.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah, Jajahan Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas & Tumpat dan Terengganu, iaitu Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus & Kuala Terengganu.
Ia dijangka berterusan sehingga Sabtu, 3 Disember 2016.
Bagi seksyen B, kenyataan itu memberi amaran hujan Lebat Peringkat Jingga dijangka akan turun sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di negeri Pahang, diaderah-daerah Rompin, Pekan, Maran, Kuantan & Jerantut.
Di negeri Terengganu cuaca yang sama dijangka berlaku di Daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Manakalan di negeri Kelantan, kawasan yang tarbabit ialah Jajahan Kuala Krai dan Jeli, dan dijangka berterusan sehingga Sabtu, 3 Disember 2016.
Pada masa yang sama, Jabatan tersebut menyatakan pada Seksyen C iaitu amaran hujan lebat Peringkat Kuning dijangka berlaku di negeri Kelantan, di Jajahan Gua Musang dan Lojing.
Selain itu, negeri-negeri di pantai Barat, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara dijangka turut mrngalami keadaan yang sama dan berterusan sehingga Sabtu, 3 Disember 2016.
SEMALAM usrah bersama pemuda di Kampung Peramu. Gembira melihat anak-anak muda datang berusrah, pada usia memiliki jasad yang masih kuat dan sihat, akal yang cergas untuk mengharungi lautan dakwah serta perjuangan yang tiada nampak penghujungnya kecuali dengan keyakinan bahawa Islam itu pasti menang.
Kebetulan perbincangannya ialah tafsiran surah al-Asyr. “Demi masa, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. Ia adalah satu satu terjemahan realiti mehnah dakwah dan perjuangan.
Bukan mudah untuk mengajak manusia tentang kebenaran, ia mesti diiringi dengan tahap kesabaran yang sangat tinggi, setiap Intima pasti ada Ibtila, keadaan intima dalam ayat ini iaitu Intima Aqidi iaitu gabungan diri secara aqidah iaitu dengan menganut Islam itu sendiri dan melaksanakan seluruh tuntutan Allah kerana menuntut redha-Nya.
Intima Masyiri iaitu gabungan diri dengan masa hadapan perjuangan yang sangat jauh, sangat menuntut kepada kesabaran demi memelihara perjuangan supaya tidak tergelincir daripada landasan perjuangannya yang sebenar meskipun terpaksa berhadapan dengan ribuan jaringan ibtila.
Orang terdahulu daripada kita telah memelihara perjuangan PAS, kini kita pula yang memikulnya.
Mehnah dan Ibtila sentiasa ada, malahan semakin banyak, syaitan tidak mungkin berdiam diri, pasti ia bangun untuk menghalang segala usaha untuk meninggikan kalimah Allah SWT, kerana itu kita mesti bersedia dan berusaha disepanjang masa, jangan biarkan ruang-ruang kosong dalam kehidupan melainkan kita bekerja dan berfikir untuk Islam. Rugilah manusia itu apabila masanya dibiarkan percuma tanpa membantu dan diisi dengan agenda dakwah dan perjuangan.
PAS pada zaman ini tidak seperti zaman saya, terlalu sukar untuk mencari orang muda pada zaman saya, namun berlaku intifadhah hasil kerja kuat para ulama dan para amilin PAS yang terdahulu untuk memahamkan orang ramai tentang perjuangan PAS, hasilnya kini PAS disertai ramai pemuda-pemuda yang sanggup korbankan syahwat kepemudaannya demi perjuangan PAS.
Masa akan menjadikan kita tua. Jadilah orang tua yang berjasa untuk Islam dan jamaah, jadilah orang tua yang meninggalkan benih untuk terus meneruskan perjuangan. Berusahalah pada waktu kita kuat ini untuk melahirkan benih-benih pejuang, supaya setiap detik perjalanan usia kehari tua tidak sia-sia. PAS mungkin tidak menang pada zaman kita, tetapi buah kemenangan itu mungkin dituai pada zaman mereka. – HARAKAHDAILY 1/12/2016 Sumber HD - 1-122-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEBANYAKAN orang yang menyertai PAS pada masa itu adalah kerana kefahaman dan kesedaran agama, hampir semua pimpinan PAS pada semua peringkat beketerampilan seperti seorang Ustaz, termasuk golongan profesional, salah seorang amilin di tempat saya (sekarang telah kembali ke Rahmatullah), dia guru matematik dan sains, tetapi dipanggil Ustaz kerana keterampilannya yang sentiasa berkopiah, berjanggut dan sering berbaju melayu serta berserban.
Saya waktu itu remaja yang sentiasa berseluar jeans, berambut agak panjang, namun apabila dibawa bersama dalam usrah, sedikit demi sedikit mengubah keterampilan saya, masih ingat, masa itu antara teks usrah ialah kitab hadis Riadussolihin, antaranya membicarakan tentang pakaian Rasululullah SAW, naqib memberikan penekanan tentang cara berpakaian ahli PAS yang mesti sopan dan mengikut sunnah, ketika itulah mula berjinak dengan gamis.
Sehingga kini pun ahli PAS kelihatan begitu, tidak mengira apa latar pendidikannya, walaupun tidak memakai gamis atau jubah sepanjang masa, aurat tetap dipelihara. Agak asing apabila ahli PAS tidak menutup aurat, hampir tidak ditemui, kalau ada pun hanya sekadar penyokong atau pun mereka yang baru berjinak-jinak dengan PAS.
Namun saya ada terlihat gambar ahli-ahli PAS sekitar 70-an, saya lihat Ustazah PAS masa itu tidak bertudung, tapi tidaklah menghairankan sebab masa saya sekolah rendah pun saya lihat Ustazah-Ustazah saya pun tidak bertudung, hanya berbaju kurung dan berselendang, mungkin waktu itu, dengan berpakaian begitu sudah dianggap warak. Saya hanya kisahkan pada zaman saya, zaman sebelum itu saya tidak berapa tahu.
PAS membawa perubahan pada diri saya, semakin saya berada didalam PAS semakin menyebabkan saya membuang pakaian jahiliyyah saya. Sama juga dengan menuntut ilmu. Ada orang belajar dan menuntut Ilmu terlebih dahulu, dengan kefahaman agamanya ia menyertai PAS, saya pula berbeza, saya menyertai PAS terlebih dahulu, lalu saya dibawa ke majlis Usrah, ceramah, kuliah dan sentiasa dinasihati oleh orang-orang tua saya, akhirnya mendorong saya untuk menuntut ilmu.
Dalam sebuah tamrin di Terangganu sekitar 90-an, masa itu salah seorang pembentangnya ialah Allahyarham Murabbi Ustaz Yahya Othman, beliau seorang yang sangat menekankan soal keterampilan ahli PAS.
Katanya, pakaian adalah perhiasan, cantiknya sebuah rumah kerana perhiasannya, begitu juga PAS, antara sebab PAS kelihatan cantik ialah dengan pakaian ahli-ahlinya yang menutup aurat". Masa yang terbatas ini sempat saya membongkar khazanah ilmunya, telah kuning kertas tersebut, bergentayangan kembali wajah jernihnya, moga Rohnya dicucuri Rahmat. – HARAKAHDAILY 30/11/2016 Sumber HD- 20-11-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BUKAN mudah nak pengaruhi orang untuk menyertai PAS pada masa itu, apatah lagi nak ajak membantu kerja-kerja pilihan raya secara percuma. Terpaksalah tulang yang hanya beberapa kerat ini melakukan semuanya, kadang-kadang malu juga diejek orang-orang Umno, maklum mereka ramai, mereka angkut bahan pilihan raya dengan lori, sedangkan saya dan rakan-rakan hanya gunakan motosikal sahaja.
Mereka ada semuanya, kita kekurangan segalanya, "kita buat apa yang kita mampu", pesan otai-otai kepada saya. "Allah mengetahui kemampuan kita dan Allah akan menilai apa yang kita kerjakan, tidak ada sesuatu yang dimiliki oleh manusia akan kekal, sampai ketikanya ia akan lemah, begitulah juga Umno, sekarang mungkin mereka kuat, tapi sampai ketikanya dia akan lemah," katanya lagi.
Terfikir juga saya, apakah Umno akan menemui zaman lemahnya, sedangkan masa itu saya melihat Umno seperti gunung besar yang tidak mungkin boleh diruntuhkan oleh jentera PAS yang terlalu kecil. Namun itulah keyakinan orang PAS, "selagi dasar PAS itu Islam, maka PAS akan semakin kuat dan Allah akan memeliharanya sebagaimana Allah memelihara Islam," inilah antara kata-kata yang saya sering dengar ketika saya hadir usrah zaman 80-an dulu.
Allah lanjutkan usia saya sehingga kini untuk menyaksikan sendiri kebenaran kata-kata tersebut. Betapa Umno kini terpaksa berhempas pulas untuk melawan agar mautnya tidak datang dengan lebih awal kesan daripada kehilangan kepercayaan rakyat apabila pemimpinnya terpalit dengan pelbagai isu dan juga tindak balas daripada kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga barang, minyak, GST dan lain-lain yang sangat membebankan.
Beberapa negeri telah bertukar tangan kepimpinannya, sesuatu yang saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Namun sejarah juga telah membuktikan mana-mana parti atau jamaah jika berdasarkan Islam ia akan bertahan lama seperti Ikhwanul Muslimin walaupun diperlakukan dengan begitu rupa namun ia masih kekal sehingga kini, sudah ribuan pejuang HAMAS dibunuh, hampir semua pimpinan utamanya dibunuh, namun Islam yang sentiasa hidup melahirkan pemimpin-pemimpin baru menyambung semula delegasi perjuangan pemimpin terdahulu.
Begitulah janji Allah terhadap masa depan Islam yang pasti akan meraih kemenangan, kita cuma perlu bersabar dan istiqamah meniti masa dengan menggengam Islam seerat-eratnya, menggigitnya dengan geraham, jangan dibuang dasar dan prinsipnya meskipun peluru fitnah, caci maki dan sebagainya menghujani tanpa henti, kerana masa depan Islam yang dijanjikan kemenangan adalah juga masa depan bagi PAS jika sekiranya PAS cekal, tabah mempertahankan dasarnya iaitu al-Qur'an, Hadis, Ijma dan Qias. – HARAKAHDAILY 29/11/2016 Sumber HD - 29-11-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KALAU dulu panas juga hati, apabila orang keji pimpinan dan orang-orang PAS, saya sendiri pernah dikatakan bodoh kerana membantu PAS secara percuma, tak dapat sebarang upah, saya masih mentah lagi masa tu, ilmu pun tiada, banyak ikut perasaan, kadang-kadang membalas juga, apabila dah tak tahan dengar cacian.
Masa berlalu menumbuhkan kematangan, kehadiran dalam usrah membenihkan kefahaman, ilmu menyuburkan semangat untuk membantu perjuangan PAS meskipun diiringi dengan caci maki, duduk dalam kampung yang menjadi sarang Umno memang mencabar. Macam-macam jenis cacian terhadap amilin PAS ditembat saya, yang saya dengar, sangat menggegarkan dan memerahkan cuping telinga.
Masa itu PAS di kampung saya seperti 'bendasing', saya salah satunya bersama orang-orang tua saya sekitar tidak lebih lima orang. Kasihan juga melihat orang-orang tua saya dihina, tapi saya lihat mereka seperti tiada perasaan, tidak kisah pun, apabila saya ceritakan bahawa, saya dengar orang hina dia, dia pakat ketawa je, jawapannya "kalau takut kena hina, kena maki, jangan duduk dalam perjuangan Islam".
Roda kitaran waktu telah meletakkan saya pula berada ditempat mereka, hampir semua mereka kini sedang berada di alam barzakh. Namun kami bukan lagi 'bendasing', hasil sabar tahan maki dan cacian orang-orang tua saya membenihkan lebih ramai para amilin. Saya hanya menyambung kerja-kerja mereka, mereka telah mewariskan kefahaman dan kesabaran dalam perjuangan.
Caci maki hanya seperti najis, ia membusukkan tapi menjadi baja yang menyuburkan tumbuhan, Islam itu hidup subur ditengah caci maki musuh yang benci kepadanya, begitu juga PAS, semakin banyak baja cacian dan fitnah ditaburkan, semakin subur perjuangan PAS, semakin ia menghulurkan dahan dan rantingnya seterusnya menaungkan teduhan dan bergugusan buah kemanisannya.
Teringat kata seorang naqib usrah saya dulu "Islam ini agama fitrah, fitrah itu suci bersih, caci maki adalah kekotoran, teruskan bersama Islam kerana bersih dan kotor adalah sifat yang berlawanan, perbezaannya akan jelas apabila manusia memahami Islam, teruskan berdakwah untuk mencuci kekotoran ini, apabila manusia faham dan dapat membezakan antara suci dan kotor, Insya-Allah pada ketika itu Islam akan menang". – HARAKAHDAILY 28/11/2016 Sumber HD - 28-11-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PADA PRU7 saya mula membantu menampal poster PAS apabila diajak oleh jiran saya. Kawan-kawan saya ramai juga yang menampal poster BN, mereka dapat upah RM10 setiap malam. Saya pula hanya dapat makan, sekali sekala dibawa ke kedai, belanja makan, paling mewah yang saya ingat, saya dibawa makan satay.
Pernah ada orang Umno kata saya 'bodoh' sebab kerja tak dapat upah, "sia-sia", katanya.
"Takpe, bila kita buat kerja Islam, bila kita tolong agama Allah SWT, Allah akan balas dengan lebih banyak dari yang mereka dapat," begitulah kata ayah-ayah PAS saya, bila saya mengadu kat dia orang, selepas orang Umno kata saya bodoh kerana PAS tak bagi upah. Saya angguk je, bukan faham sangat masa tu.
Tapi saya dan kawan-kawan yang menampal poster BN tak pernah bergaduh, kadang kala minum sekali, bila berjumpa tak pernah sembang fasal politik, saya tak tahu apa sangat mereka pun sama, mereka tampal poster BN kerana nak cari duit, saya pulak nampal poster PAS sebab tolong jiran saya. Bila jumpa, sembang kami, fasal motor, wayang, fasal .........., maklum orang muda.
Berbeza pada PRU8, masa itu saya bekerja dengan kefahaman saya terhadap perjuangan PAS. PAS telah mula menjadi sebahagian daripada kehidupan saya, walaupun masih juga belum cukup umur. Masa itu saya dah mula marah kalau orang kutuk PAS dan agak agresif dalam tindak tanduk serta gerak kerja. Mungkin juga kerana pembawaan orang-orang di sekeliling saya.
Pernah orang Umno ugut nak buat laporan polis sebab saya bawah umur, apabila saya mengadu, seorang otai PAS yang memang dikenali sebagai orang 'gedebe' mengamuk dan hingga tercetus pergaduhan, polis datang untuk leraikan pergaduhan. Dia antara orang-orang PAS masa itu yang masih hidup kini, umur dah 80.
Orang Umno memang gitu, macam bumi ni, Allah buat untuk dia sahaja, kalau PAS semua tak boleh, kalau dia semua boleh, sedangkan budak-budak bawah umur ramai yang menampal poster BN, ada sorang tu, dia ambil upah tampal poster, dibawanya anak-anaknya yang sekolah rendah dan bininya menampal sekali, tak pernah pulak kami lapor polis.
Poster PAS pulak selalu sangat dicantas, hingga pernah saya mengendap nak tahu siapa yang buat kerja jahat, akhirnya dapat juga, berlaku lagi pergaduhan di kedai kopi esok paginya, sekali lagi polis datang. Saya tidak ada masa tu. Yang saya dengar polis bawa orang PAS yang menampar pencantas bendera PAS ke balai polis, katanya kes itu selesai apabila kedua pihak setuju untuk bermaafan.
Sejak peristiwa itu tiada lagi yang berani nak lapor melapor, saya menampal poster dalam keadaan aman tenteram dan bendera PAS pun tiada lagi yang dicantas, berkibarlah bendera PAS dengan lenggang lenggok mengikut tiupan angin tanpa sebarang gangguan sehingga tamat PRU8.
Peristiwa ini semakin mematangkan saya untuk terus mencurahkan bakti kepada parti kesayangan saya. Peristiwa ini juga memahamkan saya secara praktikal serta meyakinkan saya bahawa kebaikan itu tidak hanya datang bila kita sentiasa beralah dan mengalah, tetapi mesti juga dengan 'melawan'. – HARAKAHDAILY 18/11/2016 Sumber HD - 18-11-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
WATAK para Sahabat Nabi SAW adalah kesempurnaan bagi mencapai aspirasi perjuangan Islam. Ustazah Fatimah Abdul Rahman, salah seorang guru saya di SMKAA, saya menyukainya walaupun saya tergolong dari kalangan murid yang agak nakal, saya pernah dirotan kerana ponteng kelas, namun rotan tidak sedikitpun membekaskan dendam, hormat pada guru tidak pernah berkurang sedikit pun.
Dia bagitau, dia rotan saya kerana "kerana Ustazah sayangkan kamu", nilai kasih sayang pada seorang guru tidak terletak kepada pengorbanannya sahaja malahan juga pada hukumannya. Saya tidak pasti dia PAS atau tidak, saya pun remaja lagi yang tak berapa nak pandai beza antara orang PAS dan Umno, saya pasti dia bertudung labuh dan berwajah jernih dan sangat baik terhadap murid-muridnya.
Sewaktu beliau mengajar bab sirah, antara peristiwa yang terkandung dalam bab tersebut ialah perang Badar, perang Uhud, perjanjian Hudaibiyah dan lain-lain, tak banyak, tapi sedikit sebanyak, dapatlah juga pengetahuan tentang perjalanan perjuangan Rasulullah SAW. Di sana saya dapat pengetahuan bahawa Nabi SAW juga berperang dengan musuhnya.
Tujuan peperangan ialah untuk menyekat musuh daripada menguasai kita dan tujuannya juga untuk mengalahkan musuh, jika kita tidak bersedia berperang, maka musuh akan menang percuma. Sebagaimana rotan, tujuannya untuk mencegah kejahatan dari terus menerus menguasai diri, bukan semua kekerasan boleh dihapuskan dengan kelembutan ada juga hanya boleh dihapuskan dengan kekerasan yang lebih keras.
Kali pertama saya dibawa ke Usrah PAS, dengar Naqib menyebut, Allah SWT datangkan pejuang Islam dengan pelbagai watak, ada watak Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Osman dan lain-lain. Musuh Islam juga pelbagai watak ada yang terlalu keras permusuhannya, ada yang sedikit lembut dan ada juga golongan munafiq, pembenci Islam yang melakonkan watak Islam. Di sana saya memahami, kekasaran itu ada kalanya wajib.
"Nak luruskan besi yang bengkok, tak boleh pakai daun kelapa, tapi kena pakai tukul, lagi besar besi, lagi besarlah tukulnya," kata Pak Ngah, otai PAS kampung saya. Watak-watak otai PAS di kampung saya juga pelbagai, ada yang keras dan ada yang lembut, saya lihat keduanya mempunyai pengaruh, yang lembut disenangi dan yang keras ditakuti.
Samalah dengan orang Umno, ada yang sangat keras keumnoannya, macam bumi ni Allah SWT buatkan semata-mata untuk Umno, tak boleh nampak bendera PAS langsung, sikit-sikit nak tebang, tak boleh ada ceramah PAS, sikit-sikit nak suruh polis sekat, namun ada yang lunak, boleh berbincang, maka PAS pun mesti ada juga watak yang sepadan seperti "buku dengan ruas" untuk berhadapan dengan watak penentangnya. – HARAKAHDAILY 16/11/2016 Sumber HD - 16-11-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya mengenalinya dalam suatu program kuliah muslimat, mata saya tertumpu padanya, entahlah, hati saya rasa tenang memandangnya, dari ratusan muslimat dialah rasanya yang paling tua, masa itu rasanya dalam sekitar 65 tahun.
Kedatangan kali kedua ke Markas PAS di cawangannya, dia menjemput saya ke rumahnya untuk makan tengahari sebelum kuliah pada sebelah petangnya. Di sana sarat dilambakkan kepada saya nasihat-nasihat perjuangan.
Masa itu saya awal 40-an, dia nasihatkan saya "Perjuangan ini mesti ikhlas dan untuk ikhlas mestilah dilakukan semua apa yang kita buat bertepatan dengan agama," dia bacakan beberapa ayat Al-Qur'an, jarang-jarang seorang perempuan menasihati saya, tapi dia tidak begitu kerana katanya "saya lihat Ustaz macam anak-anak saya," anak dia pun susia saya, tapi semuanya perempuan.
"PAS kuat kerana Islam, bukan kerana harta, harta banyak macamana pun, akan hilang, tapi Islam sampai bila-bila pun takkan hancur," katanya. Bahasanya menarik kerana dia seorang Ustazah yang selalu berkuliah ke sana ke mari.
Namun dia membahasakan dirinya dengan panggilan Mok Cik, biasalah orang Terengganu. "Orang yang berjuang kerana Islam, Insya-Allah akan kekal bersama PAS, kalau ada niat lain selain Allah, orang macam ni boleh keluar bila-bila masa bila apa yang dihajati tidak kesampaian," katanya.
Dia tidak terkenal, hanya ketua muslimat PAS cawangan kerana tidak mampu untuk ke sana ke mari lantaran menjaga anak OKUnya. Sementelah suaminya telah meninggal dunia ketika usianya sekitar 55 tahun, anak-anaknya 6 orang, yang 5 orang lagi semuanya berjaya dalam bidang pelajaran.
Menziarahinya kali terakhir dua tahun lepas, pada waktu uzurnya, "Mok Cik nak ke Sabah minggu depan ni, anak nak mari ambil, nak duduk rumah anak kat sana, Mok Cik dah tak larat nak berjalan, lagi pun anak hok ni (OKU) Mok Cik dah tak larat nak jaga, kakak-kakak dia akan jaga," katanya.
Itulah kali terakhir berjumpa dengannya, satu bungkusan kecil kertas putih sebesar ibu jari kaki dihulurkan kepada saya "Ambiklah ni, buatlah apa yang patut, Ustaz jangan berhenti berjuang sampai mati, Ustaz doalah biar saya pergi dalam keadaan husnul khatimah, rasanya saya pun dah tak lama ni," katanya.
Saya membuka pemberiannya di dalam kereta di perjalanan pulang, sebentuk cincin dan seutas rantai usang, saya tukarkan di Kedai Emas Sri Kuantan, nilaiannya lebih 2k, segera saya belikan beras dan makanan untuk disedekahkan.
Dapat maklumat dari anaknya melalui mesenger FB pagi ini, dia telah kembali ke Rahmatullah sebulan yang lalu, hasrat anaknya nak balik ke semenanjung dan berjumpa dengan saya.
"Arwah mak ada pesan barang sikit kat Ustaz, bulan 12 nanti saya balik dan ke rumah Ustaz," kata anaknya.
Tersentuh hati dipagi ini, apabila dapat berita pemergiannya, kata anaknya, bahawa adiknya yang OKU juga dalam kritikal, selepas ibunya meninggal dunia, adiknya tidak mahu makan dan minum, sehingga kurus kering dan paru-paru berair, kini hidup dengan bantuan mesin. Mungkin dia rindu sangat kat mak, maaf sebab lambat maklum kat Ustaz, kata anaknya.
Sedih rasanya, apapun saya doakan roh insan yang pernah berjasa kepada Islam, PAS dan saya, sekaligus berjasa kepada DUN Tanjung Lumpur melalui sumbangan keewangannya, moga ditempatkan oleh Allah SWT bersama para anbiya, solihin dan sidiqqin. Ameen. – HARAKAHDAILY 10/11/2016 Sumber HD - 10-11-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUU 355: Perjuangan adil yang dizalimi
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR | .
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43064-ruu-355-perjuangan-adil-yang-dizalimi PAS dihentam, dikeronyok habis-habisan, saban hari juga menelan pahit seranah dari penentang hasrat untuk agar RUU 355 yang dibentangkan oleh PAS dapat dilaksanakan. Kadang-kadang sukar dimengertikan apa sebenarnya yang ditentang, sama ada RUU 355 itu ataupun PAS, atau juga kedua-duanya sekali.
Ada yang jujur dalam bahasa menentangnya dengan mengatakan ia menentang. Ada juga kata tidak menentang tapi tidak bersetuju, ada juga yang bersetuju untuk dibahaskan tetapi belum kata untuk bersetuju atau tidak bersetuju, mungkin nak mendengar dan menilai dulu isi perbahasannya, tak mengapa, semua yang akan datang pasti akan berlaku.
Alasan untuk tidak bersetuju tetap sama sejak dulu hingga sekarang, mungkin hingga kiamat, tidak sesuai dengan masyarakat berbilang kaum, PAS terburu-buru, ini hukum ciptaan PAS, ada juga yang mengatakan dia tidak boleh bersetuju kerana selari dengan keputusan partinya untuk tidak bersetuju.
Ada juga yang berhujah 'ia bukan sahaja mesti adil tapi mesti juga dilihat adil' kalau diterjemahkan maknanya ia mengatakan RUU 355 yang dicadangkan itu tidak adil dengan alasan kerana ianya tidak turut dilaksanakan kepada orang bukan Islam. Tapi tidak pula dikatakan hukuman sekarang ini kelihatan adil atau tidak adil walaupun tidak juga dilaksanakan kepada orang Islam.
Yang bukan Islam ada yang menentang, namun tidak semua, samalah seperti yang Islam pun begitu juga. Namun bukanlah bila ada penentangan kita mesti sembunyikan, kalau disembunyikan selama-lamanya ia akan tersembunyi. Bila agaknya orang nak tahu fasal undang-undang Islam kalau kita sembunyikan.
Adil itu dapat dilihat apabila ia dilaksanakan, kalau pakai teori semata tanpa disandarkan keyakinan terhadap Allah, bimbang manusia itu sama hujahnya seperti iblis yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam, alasannya tidak munasabah ia yang diciptakan dari api mesti sujud kepada Nabi Adam yang diciptakan dari tanah.
Logik perbezaan antara api dan tanah adalah penyebab ingkarnya iblis sehingga ia lupa penciptanya adalah Allah Yang Maha Adil ('Al-Adl'), walaupun nampaknya seperti berat sebelah namun orang yang bersifat adil ialah ia akan tetap lurus di atas landasan kebenaran dan tiadalah kebenaran itu melainkan apa yang dibenarkan oleh Allah SWT. Orang yang adil pada diri dan agamanya pasti akan membenarkan agamanya meskipun manusia membencinya.
Bagi PAS tiada satupun hukum dari syariat Allah itu melainkan ianya adil, walaupun makhluk tidak melihatnya sebagai adil, kerana adil Allah itu hanya boleh diterjemahkan melalui ilmu dan keyakinan kepada Allah SWT. Hanya dengan keyakinan bahawa Allah SWT itu adalah Rabb Yang Maha Adil sahaja akan mengheret perjuangan untuk meninggikan syariat Allah.
Keadilan Allah SWT bersifat mutlak, ia tidak dipengaruhi oleh apa dan sesiapa, keadilan Allah SWT juga didasari oleh ilmu-Nya Yang Maha Luas, maka siapalah kita untuk menidakkan keadilannya walaupun hanya satu hukum dari hukum-hukumnya, terjemahan dari yakin dengan keadilannya ialah dengan memperjuangkannya, biarlah PAS dihina daripada PAS bersikap seperti tidak yakin dengan keadilan Allah SWT. - HARAKAHDAILY 2/11/2016 Sumber HD- 2-11-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fitnah, keji dari musuhnya tak pernah sesaat pun berhenti, PAS juga melalui zaman terpaksa membayar harga perjuangannya dengan semburan darah ketika zaman Tun Mahathir, pemusuh PAS sehingga kini.
PAS melalui zaman menang dan kalah terutama di Negeri Pantai Timur, termasuk di zaman kerajaan campuran, PAS di Kelantan jatuh hasil perpecahan kepimpinan sehingga berlakunya penubuhan Berjasa, lalu PAS di Kelantan jatuh dan meninggalkan jolokan batu nisan apabila hanya mampu pertahankan dua kerusi sahaja di Kelantan.
PAS juga melalui paduan kekuatan dengan gabungan-gabungan bersama parti lain yang pernah menghasilkan APU, BA, PR dan kini Gagasan Sejahtera. Gabungan ini ada manisnya, tidak kurang juga pahitnya bukan setakat mengerutkan muka malahan berpulas perut.
Dasar PAS adalah tempat jatuh punca kebencian musuhnya. Matlamat perjuangan PAS menjadi kebencian, ketegasan PAS dalam mempertahankan prinsipnya menjadi ketegangan, bergabung dan berpecah PAS adalah dengan prinsipnya. Bergabung selagi orang menerimanya berpecah di kala orang menentangnya.
PAS dituduh punca perpecahan, PAS diugut akan kalah jika berpecah, walaupun punca berpecah bukan dengan satu sebab. Kaca akan pecah kalau jatuh ke batu. Pecahnya itu mungkin sebab kaca yang rapuh atau kerana batu yang keras.
PAS telah mentarbiyyah ahli-ahlinya, jika kerana Islam, apapun takpe, bukan setakat berpecah, tapi Islam mengajarkan kita sehingga sanggup mati kerananya. Kalau setakat diugut, diejek, difitnah itu dah menjadi lauk pauk PAS sejak dulu, tak jadi apa-apa.
Yang PAS dan ahlinya nak ialah setiap pengorbanannya mendapat keredhaan dan pahala di sisi Allah. Maka tiada suatu yang diredhai Allah kecuali Islam, dan tiada balasan pahala dari yang dilakukan oleh manusia melainkan dilaksanakan bersesuaian dengan Islam.
Jika nak suruh PAS buang prinsip Islamnya, memang PAS tak nak. Sebab berjuang ni penat, ahli PAS tak nak penatnya menjadi sia-sia, dari muda sampai tua, dari kaya sampai miskin, dari sihat sampai sakit, dari tegak sampai bongkok berjuang, tiba-tiba jadi sia-sia kerana buang perjuangan demi Islam.
PAS pertahankan prinsip Islamnya bukan sebab PAS ekstrem, tapi sebab PAS yakin ini adalah dasar yang akan memberikan keadilan kepada semua kaum dan agama. Itu jaminan Allah SWT, tiada sebab untuk PAS buang dasarnya kerana Islam adalah terbaik demi keadilan dan keamanan seluruh rakyat Malaysia.
Ugut PAS akan kalah, fitnah, caci maki dan sejarah kelam PAS, tak pernah menakutkan PAS untuk istiqamah dengan prinsipnya. Biar kita hilang sesuatu kerana Islam jangan kita kehilangan Islam kerana sesuatu. - HARAKAHDAILY 25/10/2016 Sumber HD - 25-10-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS menyambut baik usaha menaiktarafkan Hospital Kuala Lipis dengan pembinaan blok baharu yang kini berlangsung.
Cadangan membina blok baharu untuk pusat hemodialisis adalah suatu berita baik dan perlu disegerakan berikutan pertambahan pesakit.
Saya sendiri pernah melawat pusat hemodialisis sedia ada dan melihat sendiri ruangnya yang terhad berbanding pesakit yang ramai.
PAS mencadangkan selain usaha membina blok untuk perkhidmatan perubatan, pihak kerajaan juga perlu mengusahakan ruang letak kereta yang mencukupi bukan sahaja untuk pelawat tetapi untuk kemudahan pesakit dan kakitangan hospital.
Pada masa ini ruang letak kereta sangat sedikit berbanding pertambahan pesakit dan pelawat sementelahan hospital ini menjadi hospital rujukan bagi zon Pahang Barat.
Untuk perkembangan jangka panjang, kami mengesyorkan kerajaan negeri mempertimbangkan menyerahkan Dataran Lipis untuk kegunaan Hospital Kuala Lipis.
Hospital ini sesungguhnya memerlukan kawasan yang lebih besar berbanding sekarang untuk perkembangan masa depannya. Antaranya keperluan letak kereta dan kuarters kakitangan.
Sebagai gantinya, pihak kerajaan boleh menyediakan tapak baharu bukan sahaja sebagai dataran malah membina stadium pelbagai guna untuk zon Pahang Barat. Tapaknya boleh dipilih sama ada di kawasan Kuala Lanar, Bandar Baru Kuala Lipis atau Padang Tengku.
Kewujudan stadium moden boleh menjadi pemangkin perkembangan pesat sosioekonomi daerah Lipis.
ROSLAN ZAINAL AL-AHMADI
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang - HARAKAHDAILY 21/10/2016 Sumber HD - 21-10-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
APABILA ada dalam kalangan hamba Allah bangun untuk menegakkan agama-Nya, pasti pula akan bangun watak-watak penentangnya. Watak-watak ini akan muncul seiring dengan penegak agama Allah SWT mencetuskan tribulasi perjuangan sehingga ke akhir zaman.
Pembawa risalah Rasulullah SAW pasti akan berhadapan dengan watak-watak seperti Abu Lahab yang keras, watak licik pendusta yang melakonkan watak Islam seperti Abdullah bin Ubay juga watak pembawa dan pencipta agama palsu seperti Musailamah Al-Khazzab.
Serangan dari segenap penjuru, pembawa agama yang satu berhadapan tentangan ideologi yang pelbagai. Sosok tubuh penyambung tugasan Nabi dihujani peluru fitnah bagi memasungnya agar tidak dapat bergerak untuk terus menyebarkan Islam.
Namun Islam tidak memborak dengan jangkitan kudis fitnah yang dilontarkan kepadanya. Malah di celah-celah itulah dia bangun. Sedikit demi sedikit akhirnya pasti akan membukit longgokan hati-hati manusia yang menjadikannya sebagai wadah perjuangan.
Islam seumpama cahaya, cahaya itu sifatnya menerangi dan menyuburkan, tiada makhluk yang mampu mengubah sifatnya dan tiada seorang jua manusia yang mampu memadamkannya. Tidak mungkin terpadam cahaya Islam kerana ia adalah sinaran Ilahi.
Orang yang benci dan menjauhi sinar cahayanya pasti akan semakin layu. Orang yang cuba memadamkannya pasti akan putus asa dan kecewa, akhirnya dilanda dengan sakit jiwa, gila dalam sedar, tidak berjalan mengikut fitrah, mengundur kepada kehidupan jahiliyyah.
Islam adalah suluhan jalan ke akhirat, cahayanya menunjuki jalan ke syurga. Jangan berpatah dan lari daripada suluhannya, jangan memilih jalan yang tiada suluhan ilahi, kegelapan pasti menyesatkan.
Sentiasalah berada di lembayung suluhannya. Tiada sesat manusia yang menumpang cahaya-Nya. Ia adalah cahaya kebahagiaan dunia dan akhirat. Rempuh semua benteng dan watak penghalang, Istiqamahlah Hingga Kemenangan, sama ada kemenangan dunia mahupun akhirat. – HARAKAHDAILY 19/10/2016 Sumber HD - 19-10-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Jika matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, sekali-kali aku tidak akan meninggalkan usaha dakwah ini sehingga Allah berikan kemenangan atau aku binasa kerananya."
Begitulah ungkapan maksud Rasulullah SAW bilamana diminta untuk meninggalkan berdakwah demi menjaga hati kaum kerabatnya di Mekah. Menyakiti hati manusia bukanlah satu tujuan dakwah namun ia adalah anjalan dari hati manusia yang tidak bersetuju dengannya.
Kita tidak mampu menolaknya, kerana jika mampu, pastinya Rasulullah SAW juga mampu melakukannya, namun sehingga wafatnya Rasulullah SAW sekalipun masih ada golongan pembencinya.
Penegasan Rasulullah SAW adalah bertepatan dengan tujuan Allah SWT mengutuskannya di atas muka bumi sebagai utusan-Nya yang meletakkan Islam sebagai agenda yang lebih utama mengatasi dari memelihara hati manusia.
Prinsip dakwah sememangnya akan sentiasa tegang bila bertarikan dengan sesuatu yang mencanggahinya, ada ketikanya akan terputus hubungan sebagaimana putusnya hubungan Rasulullah SAW dengan kaum kerabatnya di Mekah.
Tegas bukan bererti sombong, sombong itu ialah apabila manusia mendustai nikmat yang Allah kurniakan padanya. Islam adalah antara nikmat terbesar dari Allah SWT kepada manusia.
Manusia yang bersyukur dengan nikmat Islam pasti akan meletakkan ia sebagai yang paling bernilai mengatasi segala bentuk kekayaan di atas muka bumi, sama sekali tidak boleh ditukar ganti.
Orang yang mensyukurinya pasti menjadikan ia sebagai matlamat perjuangannya. Semua dikorbankan sama ada tenaga, harta hingga nyawa sekalipun akan diserahkan demi Islam yang sangat berharga.
Rasulullah SAW menolak pelawaan dan tawaran, ini bukan bermaksud sombong. Tetapi inilah ketegasan di dalam memelihara amanah Allah SWT kepadanya dan inilah juga tanda kesyukuran atas nikmat terbesar kurniaan Allah iaitu Islam.
Inilah juga prinsip yang PAS perjuangkan, PAS menolak pelawaan bukan bererti sombong, tapi PAS tidak mahu berlaku sombong dengan Allah SWT. Di dalam hadis qudsi Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman (maksudnya): "Takabbur itu adalah selendang Ku dan kesombongan itu adalah kain Ku, barang siapa yang mengambil salah satu dari keduanya, Aku akan campakkan ia ke dalam neraka jahannam dan tiada Aku peduli".
Lagipun tukaran yang hendak diberikan kepada PAS tidak berpadanan, mana mungkin Islam boleh ditukar dengan sesuatu yang tidak seharganya, kalau tukar juga, rugi dunia dan rugi akhirat. - HARAKAHDAILY 17/10/2016 Sumber HD - 17-10-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS Pahang tidak akan menyerahkan walau satu pun kerusi yang ditandingi pada PRU13 yang lalu kepada mana-mana komponen Pakatan Harapan.
Kerusi yang ditandingi PAS pada PRU13 yang lalu adalah hasil muafakat dalam Pakatan Rakyat. Kini PAS dan PKR masih lagi berada di dalam Pakatan Rakyat, maka semua kerusi antara PAS dan PKR adalah berdasar kepada status quo.
Namun suasana politik terkini memungkinkan Pakatan Harapan akan bertanding di kerusi PAS melalui komponennya sama ada PAN atau DAP.
PAS Pahang menegaskan bahawa jika sekiranya Pakatan Harapan bertanding di kerusi PAS bertanding, PAS Pahang juga akan meletakkan calonnya termasuk di kerusi PKR bertanding.
Kerana PKR adalah komponen Pakatan Harapan, maka diharapkan PKR dapat berbincang sebaik mungkin untuk rakan-rakan Pakatannya tidak mengganggu kerusi PAS bertanding.
Keputusan ini telah dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri Pahang baru-baru ini, kerana jentera PAS telah bekerja di setiap Dun PAS bertanding sejak bertahun lalu dan lebih agresif lagi apabila hampir pilihan raya. Jika PAS menarik diri untuk memberi laluan kepada Pakatan Harapan pasti akan melemahkan jentera pilihan raya PAS yang kini sedang bersemangat untuk menghadapi PRU14.
PAS tidak mungkin akan menerima Pakatan Harapan selagi di dalamnya ada DAP dan PAN. Walaupun di dalamnya ada PKR yang sangat mesra dengan PAN, tapi masih bertahaluf dengan PAS, PAS tidak mungkin akan bertolak ansur untuk membenarkan Pakatan Harapan bertanding di kerusi PAS.
PKR dan DAP boleh berbincang sesama mereka untuk memberikan kerusi mereka kepada PAN, bukan ambil kerusi PAS, PAS tidak akan bertanding di kerusi PKR bertanding, namun PAS Pahang tegaskan sekali lagi bahawa PAS Pahang akan bertanding di mana-mana kerusi sekalipun termasuk kerusi yang ditandingi PKR jika ada salah satu kerusi PAS dicerobohi oleh Pakatan Harapan.
PAS bukan sahaja bersedia untuk bertanding 3 penjuru, malahan beberapa penjuru sekalipun dan inilah juga kesediaan di peringkat akar umbi PAS, PAS nekad untuk bertegas apatah lagi setelah pengerusi DAP Pahang mengeluarkan kenyataan menghina kepimpinan PAS dan menghalau PAS keluar dari bumi Pahang dalam ucapannya di Raub, baru-baru ini. Kenyataan ini sangat menghiris hati ahli PAS.
Keutamaan PAS ialah perjuangkan prinsip Islamnya demi kebaikan rakyat. PAS tetap akan menentang Umno dan BN dan sesiapa sahaja yang menghalang PAS dari perjuangkan prinsipnya. PAS tidak akan berganjak walau seinci pun, insya Allah PAS akan terus mengharungi cabaran politik negara bersama rakan di dalam "Gagasan Sejahtera". - HARAKAHDAILY 16/10/2016
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang. Sumber HD - 16-10-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa yang nak PAS tinggalkan prinsipnya, maka dia kena bersedia untuk ditinggalkan oleh PAS. Kalau dia tak bersedia tinggalkan PAS, lama-lama pasti ahli PAS akan keluarkan dia atau dia terkeluar dengan sendiri.
Dengan prinsip ini PAS membina ahli dan jenteranya, jentera PAS bergerak dan berkembang bukan dengan dedak tapi dengan prinsipnya.
Kalau PAS pertahankan prinsipnya, orang yang benci kepadanya akan meninggalkannya tapi kalau PAS khianati prinsipnya orang yang cinta padanya pula akan tinggalkannya.
Biar PAS kehilangan orang yang membenci, tapi jangan kehilangan orang yang mencintai.
Jentera inilah yang siang malam bersengkang mata, mencurahkan peluh, kosongkan poket untuk perjuangkan Islam yang menjadi prinsip perjuangannya.
Jentera yang cinta kepada perjuangan PAS inilah juga yang membantu rakan tahalufnya yang sekarang sedang menubi hinaan dan perlekeh prinsip yang dibawa oleh PAS.
Dengan prinsip ini juga PAS berpencak dihadapan musuh musuh tradisinya BN yang menghalang PAS dari perjuangkan prinsip Islamnya dari dulu hingga kini, tak pernah PAS undur dari pertahankan prinsipnya walaupun musuhnya semakin ramai.
Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang menyerang, menghina, menghalang PAS untuk kehadapan bersama prinsipnya. PAS akan rempuh dan hadapi semua halangan, penghinaan kepada PAS tidak sedikit pun mereputkan semangat perjuangan.
PAS tak reput dek hinaan, prinsip PAS adalah Islam, mana mungkin Islam itu akan reput, selagi PAS tidak khianati prinsipnya, selagi itu ia umpama pohon segar dan rendang yang meneduhkan. Semakin bertunas dan mengeluarkan buah yang manis. – HARAKAHDAILY 12/10/2016 Sumber HD - 12-10-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS disalahkan dengan sehabis kesalahan hingga sepertinya PAS itu telah tiada satu betulnya. Memulas apa yang sempat dipulas, tak sempat pulas kepala dipulasnya kaki supaya PAS sakit.
Yang mereka hendaknya apabila PAS sakit, akan ikut sahaja apa orang buat dan suruh. Nak suruh PAS ikut semua yang mereka mahu, jika tidak ikut mereka tetap pulas dan pulas, begitulah sikap jahat pembenci PAS.
Apabila PAS tak ikut, siang malam dok bersyair kata PAS lemah, PAS nak hancur, PAS tak berguna, tapi waktu yang sama, PAS diajak bersatu untuk tumbangkan BN. Kalau dah kata PH tu kuat, tak perlulah ajak PAS bersama.
PAS dari dulu lawan Umno kerana Umno tolak Islam, sekarang ini pun PAS tidak bersama PH kerana di dalamnya ada DAP yang jelas menolak RUU 355, juga di dalamnya ada PAN yang sokong apa sahaja DAP buat.
Dulu burukkan PAS kerana mahu berUG dengan Umno, bila sampai sekarang menunggu, sehingga tinggal tengkorak kering pun PAS masih tak berUG, PAS disalahkan pula kerana nak bentangkan RUU 355.
RUU 355 jadi kambing hitam untuk salahkan PAS.
Masa untuk menilai hampir tiba, ada yang dah jelas perdirian menolaknya, ada yang masih belum buat keputusan, dapat atau tidak majoritinya nanti, seluruh rakyat akan menilai ahli parlimen masing-masing.
Namun pasti jawapan bagi yang mengundi setuju, akan berkata ini adalah usaha untuk laksanakan sebahagian syariat Islam, yang tidak bersetuju pula akan kandang salahkan RUU 355 dengan pelbagai salahnya. Mencurahkan semua lauk kerana benci kepada yang memasaknya.
PAS hanya menunaikan janjinya dengan Allah, untuk tinggikan syiarnya, itu prinsip PAS. PAS tidak peduli lagi sidaun keladi, Insya-Allah RUU 355 pasti dibentangkan, ikut hati mati, tak ikut pun mati. Janji Allah adalah pasti. – HARAKAHDAILY 11/10/2016 Sumber HD - 11-10-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam kejadian kira-kira pada jam 7.15 petang semalam, dua buah rumah musnah dijilat api.
Menurut saksi, api marak begitu cepat sehingga mangsa gagal menyelamatkan barangan dan harta benda mereka.
Mangsa, Norafarizan Sharif 34, berkata semasa kejadian beliau tiada di rumah bagaimanapun bersyukur kepada Allah kerana semua keluarga dan jirannya selamat walaupun tinggal sehelai sepinggang.
Tiga buah jentera Bomba dari Temerloh dan Mentakab bagaimanapun berjaya mengawal api dari merebak ke rumah berhampiran.
“Bagi pihak PAS Temerloh dan sekteriat parlimen, kami merakamkan ucapan takziah dan berharap mangsa bersabar menerima ujian ini,” kata Hasanudin Salem, Timbalan Yang Dipertua PAS Temerloh yang mewakili Ahli Parlimen Temerloh menyampaikan sumbangan kepada mangsa.
Menurut Hasanuddin, mangsa kini menumpang di rumah jiran untuk sementara waktu sebelum berpindah ke kediaman lain.
Difahamkan sumbangan yang disampaikan berupa peralatan eletrik, barangan dapur dan wang tunai. – HARAKAHDAILY 20/9/2016 Sumber HD - 20-9-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dua Dun di Pahang berubah kawasan Posted on Friday, September 16 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KUANTAN - Dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pahang bakal diubah nama dan kawasannya menerusi persempadanan semula yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menerusi notis kajian persempadanan yang dipamerkan di pejabat SPR Pahang di Wisma Persekutuan di sini hari ini, Dun Kuala Sentul yang terletak di bawah kawasan Parlimen Maran sebelum ini bakal 'lenyap'.
Dua daripada lapan pusat daerah mengundinya (PDM) iaitu Jengka 1 dan Sungai Jerik akan dimasukkan ke Dun Jengka, manakala enam lagi PDM iaitu Felda Ulu Jempol, Jengka 2, Jengka 3, Jengka 4, Jengka 5 dan Kampung Kuala Sentul akan diletakkan di bawah Dun Luit Parlimen Maran.
Sebagai gantian, Dun Kuala Sentul akan digantikan dengan Dun Jengka yang sebelum ini terletak di bawah Parlimen Kuala Krau.
Untuk rekod, Dun Kuala Sentul kini disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Datuk Shahaniza Shamsuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang setelah menewaskan calon PKR pada pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti 3,293 undi.
Selain itu, sebahagian daripada Dun Kuala Semantan yang kini di bawah Parlimen Temerloh disyor menjadi Dun Paya Pulai dengan mempunyai sebanyak 11,229 pemilih berdaftar dan disyorkan diletakkan di bawah Parlimen Kuala Krau.
Jurucakap SPR Pahang juga memaklumkan tiada perubahan bilangan kawasan Parlimen dan DUN di negeri ini, manakala jumlah pengundi yang diwartakan di negeri ini sehingga 13 Mei lalu ialah sebanyak 740,023 orang.
Sementara itu, Shahaniza yang dihubungi malam ini enggan mengulas tentang syor persempadanan semula oleh SPR itu dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat penilaian nanti. - Bernama
SESUNGGUHNYA perjuangan Islam terlalu memerlukan pengorbanan. Perjalanan menuju matlamatnya tidak mungkin terhampar permaidani melainkan kerikil fitnah tajam yang ditaburkan diatasnya.
Sejarah membuktikan bahawa tidak pernah Islam itu sunyi dari peluru jahat dari musuhnya. Sentiasa ada manusia menyimpan kesumat, ada yang zahir menghalakan muncung laras kebenciannya dan ada pula menyorok senjata di belakang untuk bila-bila masa menikamnya dari penjuru yang tidak disedari.
Setiap saat ada sahaja suara memekakkan, memecahkan gegendang dan menipiskannya. Cuba merobek hati pejuang-pejuang Islam agar tersayat luka, kesakitan sehingga meninggalkannya. Betis-betis para amilin cuba dipatahkan dengan besi fitnah agar terjelepok lumpuh.
Aqidah menjadi pil yang sentiasa menyihatkan perjuangan, al-Qur'an dan Hadis adalah dos terbaik untuk diamalkan, ia menyihatkan hati dan menyerikan wajah pengambilnya, tidak tenang orang meninggalkannya dan tidak resah orang yang mengamalkannya.
Sehari dua ini, umat Islam di seluruh dunia berbicara tentang kekasih Allah SWT iaitu Nabi Ibrahim Alaihissalam. Ikon taqwa sepanjang zaman yang telah terjemahkan ketaqwaannya kepada Allah SWT melalui pengorbanannya yang sangat hebat dan menyayat hati.
Sehingga beliau dianugerahkan sebagai tokoh Imam kepada manusia untuk mengambil contoh-contoh pengorbanannya untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Tiada siapa yang mampu korbankan dunia yang disayangi termasuk insan yang menjadi pengarang jantung dan belahan jiwa. Ibu bapa, Isteri dan anak-anak tidak sedikitpun menjadi sebab penghalang baginya untuk mentaati Allah SWT. Di samping itu juga Nabi Ibrahim Alaihissalam juga terus memacu perjuangan berhadapan dengan kuasa pemerintah Namrud sehingga Nabi Ibrahim berhadapan dengan tindakan seberat dicampakkan ke dalam api.
Semua ini adalah contoh manifestasi keimanan kepada Allah SWT yang tidak boleh tidak mesti turut dilalui oleh manusia yang ingin mencapai darjat ketaqwaan kepada Allah SWT, seumpama memisahkan emas dari batunya, tiada cara untuk mencairkan emas supaya terpisah dari batu yang tidak berguna melainkan dibakar api, begitulah perjuangan.
PAS telah melalui detik-detik masa berliku ini sejak ia ditubuhkan. Hanya orang yang pernah bermusafir di jalannya tahu akan rasa bahang panas dan sakitnya. Semakin jauh perjalanannya semakin pula banyak warna warni fitnah yang timbul, dihias dengan bunga-bunga plastik yang palsu semata, ahli PAS terpaksa tegar menahan godaan dan persona musuh untuk mengajak para amilin meninggalkannya.
Namun al-Qur'an yang merupakan Kalamullah dan Hadis Nabi SAW yang menjadi dasar perjuangan PAS menjadikan ahli-ahli PAS yang ikhlas dalam berjuang tetap bertapak di jalan perjuangan. Kisah Nabi Ibrahim ini dijadikan Ibrah yang memberi erti sebuah "perjuangan kerana Allah". Kerana tiadalah perjuangan itu kerana Allah melainkan dengan tujuan untuk meninggikan agama Allah SWT.
PAS Pahang mengucapkan selamat menyambut hari raya Idul Adha kepada seluruh umat Islam didunia dan umat Islam di Malaysia khususnya. Semoga Idul Adha ini disambut dengan penuh penghayatan sehingga mencetuskan semangat dan kesediaan untuk berkorban demi Islam, sanggup berhadapan dengan ribuan jaringan ibtila yang menghalang dan "Istiqamah Hingga Kemenangan". – HARAKAHDAILY 9/9/2016 Sumber HD - 9-9-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Adat bersendikan hukum
Hukum bersendikan Kitabullah
Kuat adat tak gaduhkan hukum
Kuat hukum tak gaduhkan adat
Ikut hukum muafakat
Ikut adat muafakat'
Empat ratus tahun dahulu, Negeri Pahang pernah melaksanakan Hukum Kanun di dalam pemerintahannya yang dikenali sebagai Hukum Kanun Pahang. Pemerintah iaitu Sultan Abd Ghafur Mohayiddin Shah suatu masa dahulu meletakkan Al-Quran sebagai rujukan utama hukum pentadbirannya. Hukum Kanun Pahang menggunakan kaedah perundangan Islam mengikut Mazhab Syafie.
Kedatangan penjajah (Portugis, Belanda dan British) ke Melaka dan negeri-negeri lain telah melenyapkan hukum Islam dari pemerintahannya. Islam hanya diguna pakai untuk nikah kawin, pewarisan faraid. Manakala hukum jenayah Islam dan pentadbiran dicabut dan dibuang.
PAS ditubuhkan pada tahun 1951 di bawah kesedaran alim ulamak ketika itu menyedari kepentingan mengembalikan hukum Islam ini kepada masyarakat. Islam mesti diletakkan di tempat teratas. Justeru, PAS sejak penubuhannya sehingga kini:
1) PAS secara terang terangan mengisytiharkan Islam sebagai dasar perjuangannya.
2) PAS tahu jika RUU 355 dan hukum jenayah Islam djelaskan kepada masyarakat dengan cara yang terbaik, masyarakat akan menerima samada islam dan bukan Islam.
3) PAS merisikokan dirinya pada PRU akan datang bahawa ia kehilangan rakan politik dan mungkin undi non muslim, namun PAS yakin bahawa pertolongan Allah akan datang jua jika kita tolong agamanya.
4) PAS yakin bahawa rakan politik tetap akan muncul sekiranya PAS kekal dengan kebenaran (Islam) dan tidak bersifat retorik dalam memperjuangkan hak rakyat.
5) PAS sangat memahami dalam konteks Malaysia (budaya dan perlembagaannya) Islam mempunyai kedudukannya yang tersendiri dan tidak perlulah Gerakan Islam di negara ini menyembunyikan matlamat sebenar perjuangan mereka. Kelebihan itu perlu dimanfaatkan termasuk mendesak Kerajaan melaksanakannya.
6) PAS tidak bersetuju dengan cara menyembunyikan matlamat iaitu dengan cara dapatkan kuasa dahulu kemudian baru bincang atau biarlah orang lain buat, kerana ianya akan tetap berhadapan juga dengan masyarakat.
7) PAS ambil pendekatan untuk berhadapan dengan masyarakat dahulu atau dengan kata lain 'bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian'.
Saya percaya Siti dan Lim akan mengakui kebaikan hukum Islam jika berjaya dilaksanakan. - HARAKAHDAILY 8/9/2016
Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. Sumber HD - 8-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam program gilang gemilang itu seramai 15 pasangan dikahwinkan dan diraikan oleh Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan dan Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus selaku tuan rumah.
Setiap pasangan hanya dikenakan bayaran RM2,000 untuk menyertai program berkenaan, pihak penganjur menguruskan majlis akad nikah dan kenduri sebagai satu usaha membantu golongan muda berkahwin.
Program seumpama itu dapat memudahkan urusan perkahwinan dengan kos yang minimum tetapi meriah dengan kehadiran keluarga dan sahabat handai sama seperti perkahwinan biasa.
Nasruddin dalam ucapan ringkasnya meraikan pengantin baharu, berkata, program berkenaan adalah hasil idea Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar yang menganjurkan program ‘Kawin Perdana’ bagi kawasannya yang di wakilinya, Tanjung Lumpur dan kini telah disebarluaskan ke seluruh negeri Pahang.
“Ia adalah idea yang baik dan mula mendapat perhatian dari masyarakat,” katanya.
Sebelum itu, 15 pasangan pengantin baharu itu di arak sejauh 10 km oleh pasukan bermotosikal ARC ke tapak lokasi majlis di Bukit Bendera, Mentakab dari Masjid baharu Temerloh.
Nasrudin mengucapkan penghargaan kepada pasukan ARC, Unit Amal serta semua yang terlibat menjayakan program berkenaan.
Katanya, beliau difahamkan ada juga anggota ARC dari luar Pahang yang bergabung dengan pasukan ARC Pahang memeriahkan program berkenaan.
Difahamkan kira-kira 300 buah motosikal berbagai kuasa kuda menghijaukan perarakan tersebut dengan baju hijau ARC. - HARAKAHDAILY 4/9/2016 Sumber HD - 4-9-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SEJAK ditubuhkan tahun 1951 PAS telah melalui suka duka perjuangan. Travelognya amat panjang dan sangat berliku. Seumpama berjalan diatas bara api yang sentiasa membakar.
Episod fitnah terutama dari BN silih bertukar wajah, dakyah kuffar seluruh dunia diketuai Amerika Syarikat untuk memburukkan gerakan Islam seluruh dunia turut menjala perjuangan PAS.
PAS pernah dituduh pengganas, pemecah belah, rasis, ortodoks dan macam-macam lagi, apa sahaja label yang dirasakan dapat menjauhkan masyarakat daripada perjuangan PAS akan ditampal kepada perjuangan PAS.
Namun inilah PAS, perjuangannya diatas dasar Islam, perjuangan Islam itu sarat dengan ujian. Namun ini hakikat yang telah pun diterima oleh para ahli PAS, kerana orang tidak masuk PAS kerana duit tapi kerana Islam.
Rasanya sudah habis segala jenis dan warna stiker buruk untuk ditampal kepada perjuangan PAS, PAS tetap berkemilau tidak terjejas dengan label keji yang ditampal oleh musuhnya, tidak rebah walaupun betisnya sentiasa disepak musuh.
Dakyah berlarutan sehingga kini, daripada musuh tradisinya hingga lahir pula pembenci-pembenci baru dan terkini, membawa pelbagai persepsi kepada PAS dan juga kepimpinannya.
PAS meniti perjalanan sirah perjuangan Islam terdahulu, semua dijadikan pedoman, dos demi dos ilmu disuntik ke dalam jiwa ahli PAS, diambil setiap hari melalui program tarbiyyah menjadikan PAS sukar dijangkiti kuman yang akan mematikannya.
PAS pernah melalui zaman perpecahan ahli hingga melahirkan BERJASA, PAS digelar batu nisan kerana hanya tinggal 2 kerusi sahaja diKelantan, tapi hanya nisan tanpa jenazah didalamnya. PAS terus bangun dan bernadi mengubat luka dan melawan arus kuasa politik Malaysia.
Kini PAS ditimpa dengan gelombang yang hampir sama, perbagai andaian dan firasat karut terhadap PAS, nakal dan sinis, juga ada yang menggoda agar orang meninggalkan PAS, cakap-cakap bahawa PAS akan berkubur kini sunyi seperti suasana diperkuburan.
Namun PAS tetap terus bergaya dipentas politik Malaysia, mentarbiyyah ahlinya untuk menyedari ketegasan berprinsip akan berhadapan dengan ujian-ujian dalam bentuk terkini, dizaman kelajuan fitnah selaju tiupan angin, berdesup di gelombang maya.
Namun Islam adalah agama Allah SWT, tiada yang lebih tinggi dan hebat darinya, ia mampu menepis walau selaju mana pun fitnah yang datang, perisai kebal ini tidak mungkin boleh ditembusi. Berperisai dengannya akan selamat, ini janji Allah SWT.
"Setiap umat ada ajalnya", manusia adalah umat, tapi Islam bukan umat, ia adalah pelampung penyelamat, PAS jadikan Islam sebagai dasarnya dan mentarbiyyah ahlinya untuk memahami dan yakin dengannya. Dengan tarbiyyah inilah ahli PAS kenal mana yang terus selamat dan mana yang akan tenggelam.
"Aslim Taslam", ini keyakinan pimpinan dan ahli PAS, inilah tarbiyyah PAS, selagi pimpinan dan ahlinya yakin, Insya-Allah selagi itu PAS akan terus hidup, melainkan jika PAS buangkan dasar Islamnya dan ahlinya berjaya dijauhkan daripada tarbiyyah, pada ketika itu kita akan saksikan PAS rebah. – HARAKAHDAILY 25/8/2016 Sumber HD - 25-8-2016 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SESIAPA sahaja boleh memasukinya dan begitu juga sebaliknya. Pintunya sentiasa terbuka untuk masuk ke dalamnya, begitu juga untuk keluar sama ada keluar secara sukarela ataupun dikeluarkan.
PAS sebuah jamaah atau parti politik yang sangat mengharap orang masuk ke dalamnya, seramai-ramainya. Tapi kalau nak masuk biarlah masuk dengan sadar bahawa PAS bukan seperti kita baru membeli rumah yang bebas nak berbuat apa sahaja.
PAS ini sebuah jamaah atau parti, ada tanzimnya, ada sistemnya, tidak boleh buat ikut apa yang kita suka dan tidak boleh paksa orang ikut kehendak kita. Mana-mana parti pun begitu, kalau kita mahu suruh orang ikut kita, kena tubuh parti baru.
Dalam PAS ada kepimpinan, tapi PAS bukan milik pemimpin, pemimpin pun kena ikut tanzim juga, bukan boleh sesuka hatinya, kerana di dalam PAS ada ahlinya yang akan menghukum pemimpin yang bertindak sesuka hatinya.
Sebagaimana ahli, pemimpinnya juga serupa tidak boleh memimpin sesuka hatinya sebab tiada siapa yang menjadi 'tuan' di dalam PAS, tidak kira Presiden, Timbalan Presiden atau sesiapa sahaja termasuklah organisasi tertinggi iaitu Majlis Syura Ulamak.
Dalam PAS ada Majlis Syura Ulamak, sebab PAS parti Islam, maka PAS perlukan Majlis Syura Ulamak untuk tafsirkan dasar parti, tetapi Majlis Syura Ulamak pun mesti buat keputusan ikut Islam juga, tidak boleh sesuka hati.
Dasar PAS adalah Islam, semua perjalanan dan keputusan parti mesti ikut Islam, pemimpin buat keputusan mesti mengikut Islam dan ahli pula taat kepada arahan pimpinannya selagi ia tidak bercanggah dengan Islam.
Tiada sesuatu keputusan boleh dibuat melainkan sesuai dengan dasarnya iaitu Islam. Apabila semuanya wajib mengikut Islam maka tiada sesiapa pun yang menjadi tuan di dalam PAS, kerana Islam ini ada tuan-Nya iaitu Allah SWT.
Manusia pasti ada kekurangannya tapi Islam pastinya sempurna, maka setiap keputusan dari PAS berdasarkan pada Islam yang sempurna, PAS hanya menumpang kesempurnaan Islam yang diturunkan oleh Allah SWT, Rabb yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan. Suka atau tidak suka, inilah PAS. – HARAKAHDAILY 24/8/2016 Sumber HD - 24-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengapa gondol Hutan Rizab Kemasul?
ROSLAN ZAINAL | .
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42249-mengapa-gondol-hutan-rizab-kemasul SEMALAM, kami Jawatankuasa Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Rosli Abdul Jabar bersama kepimpinan PAS Kawasan Bentong telah menerjah sebuah kawasan Tanah Rizab Kemasul yang dahulunya adalah hutan rimba menghijau tetapi kini menjadi gondol umpama padang jarak padang tekukur.
Kawasan tersebut yang dipercayai seluas lebih daripada 13 ribu ekar didakwa oleh penduduk tempatan telah dikeluarkan hasil balak sejak beberapa tahun dahulu dan kemudiannya digondolkan dipercayai untuk tujuan pertanian skala besar.
Penduduk kampung juga mendakwa tanah tersebut kini diberikan hak pembangunan pertanian kepada tiga tauke daripada Pahang dan Johor.
Terjahan semalam mendapati seluar kira-kira 500 ekar telah dibersihkan sepenuhnya dan dibina teres serta ditanam anak durian penanti yang kemudiannya akan dicantumkan dengan benih durian musang king. Terdapat dua bangunan pekerja dan stor telah didirikan di kawasan tersebut yang telah dipugar dengan pagar elektrik.
Sementara baki tanah berkenaan kini tinggal terbiar tanpa produktiviti. Kawasan ini merupakan sebahagian daripada kawasan tadahan untuk lembangan Sungai Pertang dan kini aliran sungai tersebut terjejas teruk dengan kemerosotan kuantiti air dan ditambah buruk dengan mendapan pasir dan tanah susulan hakisan.
Pembukaan hutan ini yang kedudukannya terlindung daripada jalan raya utama Felda Kemasul - Karak, bukan sahaja menjejaskan sumber air malah merupakan malapetaka dan tragedi kepada sistem ekologi yang memusnahkan sepenuhnya santuari hidupan liar sekali gus ancaman besar kepada alam sekitar.
Tidak hairanlah sebahagian besar binatang liar kini menerjah kawasan kampung dan penempatan peneroka Felda untuk kelangsungan kehidupan mereka. Ternyata bahana tragedi ini ditanggung oleh rakyat sementara kapitalis dan pemimpin yang korup bersenang lenang dengan kemewahan yang diperoleh hasil pemerkosaan khazanah hutan negara.
Sangat menghairankan apabila generasi muda kampung dan Felda membuat permohonan untuk meneroka dan membangunkan tanah maka permohonan mereka ditolak dengan pelbagai alasan.
Kawasan bersebelahan hutan tersebut terletaknya Felda Plantation Mengkarak 1 dan 2 yang ketika awal pembukaannya dahulu telah siap dirancang untuk penempatan peneroka dan sebatang jalan berturap telah siap dibina menghubungkan Felda Chemomoi ke kawasan ladang Mengkarak yang dimiliki individu dan orang kampung.
Dipercayai jika Felda Mengkarak ditempatkan peneroka maka jalan tersebut akan disiapkan sepenuhnya secara rasmi menghubungkan Chemomoi dengan pekan Mengkarak. Namun Felda Mengkarak yang sepatutnya ditempatkan dengan peneroka diubah menjadi Felda Plantation sekali gus menutup peluang rakyat memperoleh pekerjaan dan pemilikan rumah serta ladang.
PAS Pahang menuntut penjelasan tuntas daripada pihak kerajaan:
1. Bagaimana hutan santuari tersebut boleh dijarah sewenang-wenangnya dan dibiarkan gondol umpama dilanda kancah perang.
2. Sejauh mana hasil daripada pembalakan di hutan tersebut memberikan manfaat kepada dana kerajaan negeri dan penduduk setempat.
3. Apakah status pemilikan terkini tanah tersebut dan cadangan pembangunannya untuk jangka pendek dan jangka panjang.
4. Jika ternyata pembukaan hutan tersebut adalah pencerobohan maka pihak kerajaan perlu serta merta mengambil tindakan tegas memberkas dan menghukum pihak terbabit sementalahan kawasan hutan ini terletak di dalam kawasan dun yang diwakili oleh Menteri Besar Pahang.
PAS Pahang juga menuntut supaya:
1. Kajian alam sekitar (EIA) dilakukan segera di kawasan berkenaan supaya langkah-langkah pemuliharaan Segera ke atas alam sekitar dapat dilakukan.
2. Projek penanaman semula hutan dilakukan secara telus yang bukan sahaja untuk mengembalikan sumber hasil mahsul hutan malah mengembalikan santuari rimba untuk hidupan liar supaya hidupan tersebut tidak berkonfrontasi dengan kawasan kediaman manusia. – HARAKAHDAILY 23/8/2016
Penulis ialah Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang Sumber HD - 23-8-2016 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perjuangan Islam pasti diiringi fitnah, itu adalah sifat wajibnya yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Habuan ruji ini telah mengenyangkan ahli PAS dengan cabaran perjuangan sejak mula ia ditubuhkan.
PAS telah mentarbiyah ahlinya untuk menyedari hakikat ini, ahli PAS sedar betapa besarnya ujian bila menelusuri perjuangan yang sarat dengan carut marut musuh yang membencinya sehingga ke akhir hayat.
Ahli PAS dan pemimpin sentiasa bersama, rasanya tiada parti yang paling kerap menganjurkan program kecuali PAS. Bukan setakat berceramah, di dalam majlis ilmu juga program dalaman seperti usrah, liqa fikri, ijtima tarbawi dan macam-macam lagi.
Ahli sentiasa ditarbiyah oleh pimpinan, pimpinan pula sentiasa diberikan sokongan oleh ahlinya. Ikat mengikat antara keduanya, menjadikan simpulan ukhuwwah kukuh untuk mengharungi fitnah perjuangan.
Madrasah tarbiyah PAS menjadi kilang pengeluar produk amilin yang tegar untuk pertahankan prinsip perjuangan PAS. Ia beroperasi di seluruh negara. Fitnah yang datang akan ditepis bersama, amilin PAS menjadi benteng kukuh pertahankan prinsip dan pimpinan.
Amilin telah ditarbiyah supaya tidak menelan terus pil fitnah musuh, pimpinan sentiasa bersama, boleh bertanya, Harakah sebagai portal rasmi sentiasa ditatap, Al-Quran yang merupakan dasar PAS menjadi penawar paling mujarab untuk berhadapan dengan penyakit fitnah.
Umno dah lama siram PAS dengan macam-macam racun fitnah, namum gagal, sebaliknya Umno yang tertelan fitnah mereka sendiri. Kini Umno bagaikan pokok tersiram racun, makin layu dan condong.
Fitnah ke atas pimpinan PAS juga gagal, serangan demi serangan keatas sosok tubuh TGHH, TITM dan lain-lain, termasuk pimpinan yang sebelum ini gagal, sebab ahli sangat mengenali pimpinannya, ahli boleh menilai sendiri siapa pimpinannya. Tak perlu orang lain, cukup dengan mata telinga ahlinya sahaja.
Ahli PAS tak makan fitnah, pimpinan yang bermasalah akan dihukum sendiri oleh ahlinya, medan mesyuarat agung dan muktamar adalah gelanggang penyingkiran pimpinan yang bermasalah melalui kuasa undi yang dimiliki oleh perwakilan.
Kalau nak perebah PAS, bukan dengan fitnah, sebab ahli kenal pemimpinnya, tak perlu orang lain yang singkirkan pemimpin yang bermasalah, ahli PAS sendiri yang akan singkirkannya, Islam tak pernah ajar kasihkan manusia melebihi kasihkan Allah, Rasul dan perjuangan Islam, ini menjadi pegangan ahli PAS.
Fitnah itu keji, tak mungkin kekejian boleh bercampur dengan kesucian. Yang keji pasti membusuk yang suci pasti mewangi. Al-Quran adalah Al-Furqan iaitu pembeda antara yang haq dan batil, yang keji dan yang mulia, inilah yang menjadi dasar perjuangan PAS, ahli PAS ditarbiyah dengannya, maka pastinya deria ahli PAS akan dapat menghidunya. - HARAKAHDAILY 23/8/2016 Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur. Sumber HD - 23-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Secara fitrah semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama inginkan kedamaian, tidak mahu peribadi mereka, sama ada jasad atau harta benda yang mereka miliki diceroboh oleh manusia yang jahat.
Allah SWT yang menciptakan alam serta isinya termasuk makhluk bernama manusia telah menyediakan sistem kehidupan, disediakan cara serta hukum bagi mentadbir sebuah negara, termasuk juga undang-undang jenayah Islam.
Tujuannya adalah agar manusia tidak hidup sewenang-wenangnya persis kumpulan 'babarian', melanggar dan menceroboh kehormatan dan hak orang lain tanpa rasa takut dan rakus.
Islam menawarkan perundangan yang adil, perundangan yang akan menghukum pencerobohan terhadap manusia meskipun jika pencerobohan itu dilakukan oleh orang Islam kepada orang bukan Islam.
PAS yakin orang Islam dan bukan Islam akan lebih aman dengan sistem ini, ia bersifat mencegah, menginsafkan, menakutkan manusia daripada melakukan kejahatan sesama manusia. Allah yang menciptakan manusia dan Allah mengetahui tahap ketakutan dan kegerunan manusia.
Tujuannya adalah untuk kita semua hidup aman damai, hukuman adalah pengawalnya, kegagalan sesuatu hukum yang mampu menakutkan dan menginsafkan manusia daripada terus melakukan kejahatan akan menjadikan sesebuah negara itu semakin dipenuhi penjenayah.
PAS tidak berganjak daripada hasratnya untuk tegakkan Islam sejak ia mula ditubuhkan, aspirasi PAS semakin difahami rakyat, meskipun masih ada yang menentang. PAS tetap berjuang dengan mengambil ruang demokrasi untuk tegakkan hukum Allah SWT, bukan dengan kekerasan.
Islam bukan sahaja agama yang diredhai oleh Allah, malahan "Islam adalah agama rasmi persekutuan". PAS akan terus memperjuangkannya dicelahan ruang yang ada. Dakwah dan terus berdakwah hingga yang tidak faham menjadi faham dan yang tidak bersetuju akan menjadi orang yang sangat bersetuju dengannya.
Sesiapapun boleh abaikan PAS jika tidak bersetuju dengan agenda Islam yang PAS bawa, tetapi PAS pasti bersetuju dengan sesiapapun jika yang dibawanya adalah agenda Islam. PAS tidak berjuang kerana manusia tetapi kerana Islam. – HARAKAHDAILY 18/8/2016 Sumber HD - 18-8-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa mengaku beriman tak senada perjuang RUU 355?
Kalau PAS nak bersatu, sama ada dalam bentuk tahaluf atau taawun, maka yang pertama-tamanya PAS melihat akan melihat kebolehannya dari sudut syarak, boleh atau tidak boleh, biar syarak tentukan, bukan pakai nafsu semata, kalau nafsu semua boleh asalkan untung dunia, tapi syarak tidak begitu, ada boleh dan ada tak boleh.
Kedua, PAS akan lihat keuntungannya, bukan duit, tapi Islam, kalau merugikan Islam, PAS tak sedia nak bersatu, yang dah bersatu pun PAS akan keluar kalau sekiranya ia menyebabkan Islam rugi, apatah lagi kalau Islam itu dihalang dan dihina.
Tak salah nak bersatu dalam perkara ketaqwaan, biar sesiapa pun dia. Islam ajar kita supaya tolong menolong dalam perkara ketaqwaan dan bersatu dalam perkara ketaatan dalam semua perkara. Jangan sampai benci sehingga menolak kebenaran dan menolak kerjasama dalam perkara ketaatan kepada Allah SWT.
RUU 355 adalah sebahagian dari agenda Islam. Walaupun tidak menyeluruh tetapi dapatlah dilaksanakan sebahagian dari perundangan Islam. Kalau orang bukan Islam senada dalam menolaknya kenapa pula kita yang mengaku beriman tidak boleh senada untuk perjuangkannya.
Kalau benci kat sesiapa, jangan sampai dustakan kebaikan yang dia buat dan nafikan kebenaran. Kalau suka jangan sampai benarkan kejahatan yang dia buat dan benarkan kesalahannya. Islam mengajar kita begitu, kerana kebenaran itu adalah haq dan yang haq itu datang dari Allah SWT, bukan datang dari keputusan manusia.
PAS hanya ingin bersatu dalam perkara yang haq sahaja, PAS tak nak apa-apa dari Umno, selama ini PAS berlawan dengan Umno kerana nak tegakkan Islam. Begitu juga bila PAS bertahaluf dengan sesiapa, tujuannya adalah untuk Islam, sebab itu dasar PAS.
PAS sentiasa akan mengambil ruang yang ada walau di manapun celahannya, jika ia adalah peluang untuk Islam dapat diamalkan dan kebaikan pada ummah. Kini ruang itu telah terbuka sebahagiannya, tunggu dibahaskan untuk mendapat sokongan.
Kalau MP Islam bersatu untuk berikan sokongan, Insya Allah akan berjaya. RUU 355 akan berjaya jika dapat majoriti dan apabila MP Islam bersatu berikan sokongan meskipun bukan atas nama parti, tak perlu bagi PAS untuk sertai Umno atau mana-mana parti untuk dapatkan sokongan, ini isu Islam, semua yang beriman bertanggungjawab, hanya memadai bersatu di atas nama iman dan Islam. - HARAKAHDAILY 17/8/2016 Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur. Sumber HD - 17-8-2016 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa sahaja boleh masuk PAS dan sesiapa sahaja boleh masuk parti mana yang dia hendak, bukan syarat benar Syahadah itu mesti masuk PAS dan bukan Syarat batal Syahadah itu apabila keluar PAS.
Banyak juga parti di Malaysia termasuk yang baharu ditubuhkan oleh Mahathir Mohamad dan Muhyidin Yassin. Dalam Negara yang beramal dengan demokrasi semua orang boleh memilih mana-mana parti yang dikehendaki.
Dasar parti terbentuk oleh ideologi orang atau kumpulan yang menubuhkannya. Orang yang menyertainya pula biasanya adalah orang yang memiliki fikrah atau pemikiran yang secocok atau cenderung dengan ideologi serta dasar parti yang dipilihnya.
Bagi ahli PAS, jika ditanya kenapa menyertai PAS, jawapannya adalah kerana PAS berjuang Islam dan kerana dasarnya. Orang yang cenderung memilih PAS biasanya orang yang cenderung pada agama.
Orang yang selalu ke Masjid, Surau dan Majlis ilmu inilah yang ramai menjadi amilin PAS, ini realiti.
Ada orang tanya dengan nada marah "Ingat Islam ni Allah turun untuk orang PAS sahaja?", pun saya menjawapnya 'tidak', kerana Islam untuk seluruh manusia di bumi, bukan Malaysia sahaja dan sedangkan PAS pula hanya ada di Malaysia tiada di Negara lain, mana mungkin tempat yang tidak ada PAS dikira tidak ada Islam.
Saya tidak menulis soal aqidah tapi soal kecenderungan, realitinya begitu, orang yang cenderung pada agama akan memilih agama dalam seluruh ruang kehidupannya termasuklah dalam soal memilih parti politik, kalau tidak semua, pasti ramainya begitu.
Orang yang bersama PAS suka bercakap soal agama, tidak kiralah dia profesional atau apa jua kerjayanya, apatah lagi ulama atau para asatizah, tua, muda, lelaki dan perempuan semuanya begitu. Orang berjiwa agama ini tidak peduli sangat pasal lain kecuali agama, kalau nak bagi alasan pun biar dengan alasan agama, orang PAS akan tolak alasan yang bukan agama, ini sikap ahli PAS.
Ahli PAS memilih PAS sebab yakin dengan Islam dan mereka pilih perjuangan PAS sebab prinsip perjuangan PAS yang tidak pernah tergadai daripada perjuangan untuk tinggikan syariat Islam. Ahli PAS yakin Islam yang diturunkan oleh Allah adalah sebaik-baik sistem untuk manusia.
Islam ini untuk semua, siapa sahaja dapat pahala apabila taat kepada Allah dan sesiapa sahaja berdosa apabila melanggar perintahnya, baik yang berparti atau tidak berparti. Dosa, pahala, salah dan benar bukan kita tentukan, tapi Allah SWT, dan Allah SWT dah bagi batasan dosa dan pahala itu, semuanya sudah terkandung dalam al-Qur'an dan Hadis Rasul-Nya.
Kalau tidak mahu salah, ikutlah al-Qur'an dan Hadis, itu yang semua kita faham dan kita sepakati. Bukannya dosa pahala itu macam cabutan nombor bertuah yang kita tidak tahu keputusannya, semuanya sudah tercatat di dalam al-Qur'an dan Hadis. Nak selamat Ikutlah perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW, bukan ikut nafsu semata.
Sebab itu kalau tanya ahli PAS mengapa masuk PAS? Jawapannya kerana dasar PAS adalah al-Qur'an, Hadis, Ijmak dan Qias. Orang tidak suka, itu terpulang pada orang, kalau cadangan hukum Allah yang PAS bawa untuk dilaksanakan ditentang, PAS tidak kisah, yang PAS kisah ialah kalau nanti disoal kenapa tidak berusaha untuk supaya ia terlaksana.
Terpulang, kewajipan Islam bukan untuk PAS sahaja malahan untuk semua. – HARAKAHDAILY 12/8/2016 Sumber HD - 12-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam PAS ada orang kaya dan ada orang miskin, orang yang kaya biasanya masuk PAS setelah dia kaya, bukan dia kaya kerana dapat keuntungan daripada PAS, malahan harta kekayaannya dihabiskan untuk perjuangan PAS.
Orang miskin pun begitu, bukan dia miskin setelah masuk PAS, biasanya memang dia dah sedia miskin, namun walaupun dia tahu masuk PAS tak jadi kaya, namun dia tetap juga berjuang dan berkorban apa yang mampu bersama PAS kerana dalam PAS banyak peluang untuk menabung bagi merebut kekayaan Akhirat.
Tidak berbaloi RM90 juta itu dengan pengorbanan ahli, RM90 juta itu bukan bandingan langsung, semua ahli PAS tak pandang semua itu, kecuali orang yang diresapi hatinya dengan hasutan syaitan supaya menjual perjuangannya.
PAS sudah membayar dengan harga yang tidak ternilai, demi membeli tawaran daripada Allah, bukan sahaja duit malahan nyawa demi perjuangan Islamnya dan kerana menuntut redha-Nya.
Apalah sangat RM90 juta dan Putrajaya jika dibandingkan dengan redha Allah.
PAS tidak terliur pun RM90 juta itu, sebagaimana PAS tidak terliur dengan Putrajaya yang tidak melaksanakan Islam. Kalau dapat duit tidak dapat redha Allah, semua tidak bernilai disisi Allah. Redha Allah bukan boleh jual beli, bukan boleh tebus dengan harta.
Redha Allah bukan boleh ditinggal kemudian, mesti didahulukan dalam semua urusan sebelum membuat keputusan dan wajib seiring dengan amalan, bodoh sangat kalau orang kata "kita cari Putrajaya dulu, redha kita cari kemudian", kerana amalan itu bernilai disisi Allah apabila tujuannya kerana menuntut Mardhatillah.
Jangan ingat redha itu boleh dibeli setelah ada duit banyak, redha bukan barangan di pasar raya, bila ada duit boleh beli, redha juga bukan macam kuasa, apabila memerintah baru dapatkan redha.
Redha itu mesti bersama dengan semua tindak tanduk kita, tidak kira kita sudah memerintah atau belum memerintah. Kalau dapat RM1 tapi bersama redha Allah jauh lebih bernilai daripada RM90 juta atau Putrajaya yang tiada bersamanya keredhaan Ilahi. Redha tidak boleh dibeli walaupun memiliki lebih daripada RM90 juta.
Sebab itu PAS tidak peduli semua fitnah cerca apabila pertahankan prinsipnya. Redha Allah itu bersama Islam, itulah prinsip perjuangan PAS, sejak dulu hingga kini, tidak ada nilai langsung RM90 juta itu jika mahu ditukarkan dengan prinsip yang PAS pertahankan selama ini. – HARAKAHDAILY 10/8/2016
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang dan Adun Tanjung Lumpur Sumber HD - 10-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tegak syariat: Orang kata PAS lambat kalahkan Umno BN
Bukan semestinya PAS memerintah baru disebut Islam menang, sesiapapun memerintah jika ia melaksanakan Islam secara keseluruhannya maka itulah kemenangan Islam.
Tanggungjawab PAS ialah berdakwah dan sebagai wadah politik Islam bagi tujuan menegakkan sistem Ilahi yang pastinya akan memberikan keadilan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
Islam itu agama, agama itu ilmu, ilmu perlukan kefahaman, untuk faham wajib belajar, maka dakwah itu ialah mengajar dan memberi faham kepada yang tidak faham.
Bila faham barulah timbulnya keyakinan pada Islam, bukan yakin kepada yang lain. Bila dah yakin maka ia akan mencetuskan semangat berkorban dan berjuang untuk menegakkan Islam. Bukan semangat kepada yang lain.
Pengorbanan akan sia-sia jika tiada diberikan pahala, dan tiadalah pahala jika tidak dilakukan kerana Allah swt dan tiadalah sesuatu itu dilakukan kerana Allah melainkan bertepatan dengan syariat-Nya. Syariaat itulah yang hendak ditinggikan, bukan dirinya.
Syariat itu yang mengawal PAS, bukan sebaliknya. Syariat itulah yang mengarahkan PAS berjuang, PAS hanya menjadi suruhan syariat untuk tegakkannya, PAS cuma menjadi alat untuk tegakkan syariat bukan syariat menjadi alat PAS untuk kekuasaan politik.
Hari ini ada orang marahkan PAS, ada orang rimas kerana PAS nak tegakkan syariat Allah, orang kata PAS lambatkan kemenangan untuk kalahkan Umno BN jika terus menerus pertahankan prinsipnya untuk tegakkan syariat Allah.
PAS tak peduli semua tu, sebab yang kawal PAS ialah syariat bukan manusia. PAS bukan berjuang untuk tegakkan sebuah negara yang serupa dengan kerajaan Umno BN yang tidak laksanakan syariat Allah. Teramat rugi perjuangan begitu.
Yang PAS nak ialah tertegaknya syariat Allah. Syariat perintahkan kita supaya menyokong sesiapa sahaja yang nak tegakkan syariat-Nya, jika ada yang berhasrat untuk laksanakannya, PAS pasti akan sokong, kerana yang diperjuangkan oleh PAS adalah syariat-Nya. - HARAKAHDAILY 9/8/2016 Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur. Sumber HD - 9-8-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bayar segera duit jualan buah sawit peneroka
YOHANIS AHMAD | .
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41900-bayar-segera-duit-jualan-buah-sawit-peneroka Peneroka Felda dan generasi pelapis yang menetap di tanah rancangan mulai bersungut disebabkan mereka belum menerima lagi bayaran hasil jualan buah sawit. Ramai kalangan peneroka yang menjual buah sawit pada 2 Julai 2016 masih belum menerima sebarang bayaran sehingga hari ini. Lebih malang lagi, ada yang mendapat separuh sahaja bayaran bagi hasil jualan sawit bagi bulan Jun yang lalu.
Saya melihat perkara ini melibatkan kaedah pengurusan bayaran (jauh sekali andaian nakal yang mengatakan Felda kurang kewangannya). Jika pengurusan Felda menukar sistem bayaran, saya mencadangkan:
Maklumkan terlebih dahulu tentang tarikh bayaran penerimaan jualan hasil. Sebagai contoh, bayaran akan dibuat pada setiap 2 kali sebulan, iaitu bayaran pertama pada 10 hb dan bayaran kedua pada 20 hb. Pemakluman ini secara bertulis kepada semua warga peneroka.
Ini akan memudahkan kalangan peneroka dan generasi muda untuk menguruskan bajet bulanan kewangan masing-masing seperti bayaran pinjaman kenderaan, bil-bil serta lain-lain komitmen.
Saya juga meminta supaya perkara ini diatasi segera kerana ramai kalangan anak anak peneroka yang mengambil upah mengusahakan lori memunggah hasil sawit ke kilang. Mereka terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk bayar upah 'loading' dan lain-lain.
Justeru itu, satu jawapan yang konkrit diperlukan dari pihak Felda bagi menyelesaikan perkara di atas. Usah biarkan nasib peneroka dan rakan-rakan generasi ke-2 (yang mengusahakan sawit di tanah rancangan) berlarutan lantaran sememangnya 'periuk nasi' mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan sawit.
Saya percaya, di atas kebijaksanaan pegawai pegawai Felda mampu menyelesaikan perkara ini secara profesional dan berhemah. - HARAKAHDAILY 20/7/2016
Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Hal Ehwal Felda PAS Pahang. Sumber HD - 20-7-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS dilabelkan dengan label yang menakutkan, bukan sahaja bangsa lain selain Melayu malahan Melayu sendiri pun masih ketakutan untuk memilih PAS dalam pilihan raya apatah lagi untuk menyertainya.
Namun PAS terus gigih mengharung cabaran dan halangan dakwah bersama keyakinan dan prinsip Islam, mengambil ruang didalam sistem demokrasi dan di dalam negara yang mempunyai berbagai komuniti kaum yang bebas untuk beramal dan berbudaya mengikut agama masing-masing.
Semua bangsa bebas beramal dengan agama masing-masing, tiada halangan, PAS tidak pernah meruntuhkan gereja, kuil atau tokong, malahan hubungan baik antara pimpinan PAS dan pemuka-pemuka pelbagai agama berterusan hingga kini.
PAS tidak pernah menghina agama lain sebagaimana penghinaan membawa kepala lembu yang pernah dilakukan oleh sebahagian penyokong parti lain. Jika ada yang menghina, yakinlah itu bukan PAS, ataupun mereka hanya mengaku penyokong yang masih belum faham dengan prinsip Islam secara keseluruhannya.
Islam sama sekali tidak mengizinkan penghinaan terhadap agama lain begitu juga kezaliman, PAS berada di medan politik dengan menawarkan satu sistem yang paling baik untuk keseluruhan masyarakat dalam sistem demokrasi yang rakyatnya boleh memilih atau tidak tanpa sebarang hukuman.
PAS sangat yakin dengan dasar yang dibawa dapat merangkumi kebaikannya kepada seluruh kaum dan agama kerana Islam menghukum pesalah meskipun pesalah itu melakukan kezaliman terhadap orang yang bukan Islam.
Kami tawarkan sistem yang akan menyebabkan semua bangsa dan agama akan merasa aman berada di sisi kami, sistem yang agar tiada umat Islam yang engkar kepada Tuhannya berani menzalimi orang-orang Cina, India, dan juga etnik-etnik yang lain di dalam masyarakat Malaysia.
Gagasan politik matang dan sejahtera adalah gagasan mewujudkan agar rakyat Malaysia dapat hidup secara aman dan bebas berbudaya dan beragama dalam sistem yang ada dan Islam yang kami perjuangkan adalah untuk memperindahkan situasi tersebut supaya tidak ada keberanian untuk melakukan kezaliman sesama manusia yang pasti akan memburukkan suasana Negara.
PAS tidak pernah membenci mana-mana kaum, apatah lagi nak melanggar hak asasi mereka. PAS sebagai sebuah parti Islam hanya mengajak untuk melaksanakan sistem yang diturunkan Allah SWT, tuhan yang menciptakan manusia dilaksanakan agar seluruh manusia mendapat keadilan dan keamanan dengannya.
Contohnya RUU 355 bukan untuk merombak sistem perundangan negara keseluruhannya, kerana Malaysia beramal dengan sistem dua mahkamah iaitu civil dan syariah, ia hanya membaikkan sistem yang sedia ada di dalam mahkamah syariah yang sebelum ini tiada kena mengena dengan civil dan masyarakat bukan Islam.
Tak perlu takut dan bimbang, kerana sistem ini hanya untuk menakutkan umat Islam yang gemar minum arak, orang Islam yang gemar berzina dan juga gemar melakukan pelanggaran terhadap Islam yang menyebabkan penghinaan dan kerosakan kepada dirinya sendiri dan masyarakat.
Kecintaan kami kepada Islam yang menjadi dasar parti kami adalah manifestasi kecintaan kami kepada Negara Malaysia yang berbilang kaum. Jalinan kasih sayang sesama manusia pasti akan terikat kemas apabila kecintaan kepada agama yang memerintahkan supaya saling bantu membantu dan berbaik sesama manusia menebal didalam hati hasil didikan agama.
Kami yakin keamanan, kedamaian, ketenangan dalam kehidupan bernegara berbilang kaum ini hanya diperolehi dengan rasa hormat menghormati dan bertoleransi dalam hak untuk hidup dalam agama masing-masing. Kami tegaskan orang Islam yang taatkan agamanya pasti tidak akan melakukan kezaliman terhadap sesama manusia meskipun berlainan agama.
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang. – HARAKAHDAILY 19/7/2016 Sumber HD - 19-7-2016 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, isu kesesakan melampau dan kemalangan maut di lebuh raya setiap kali musim perayaan adalah lebih penting ditangani supaya memberi keadilan kepada rakyat sebagai pengguna
“Sepatutnya selesaikan dulu pelbagai isu yang menyusahkan rakyat seperti kesesakan melampau dan keselamatan seperti peningkatan kes kemalangan maut.
“Isu kesesakan ini, dah bertahun-tahun masalahnya. Setiap kali perayaan ketika itulah berlaku kesesakan melampau umpamanya di Tol Bentong pengguna jalan raya tersekat sehingga lima jam, di Tol Gombak kesesakan sehingga dua jam.
“Apa kajian dan penyelesaian yang kerajaan dan pihak konsesi buat dalam tempoh tersebut?,” soalnya.
Rosli berkata demikian ketika ditanya media berkaitan kutipan tol yang akan dilaksanakan pada 15 Julai (esok) di majlis sambutan hari raya Eidulfitri di pejabat Perhubungan PAS Pahang di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Pesuruhjaya Andansura Rabu dan AJK Harian Negeri.
Kesesakan ini pula hanya akibat kenderaan terpaksa beratur menunggu giliran membayar tol, kata Rosli.
“Jadi apa salahnya jika dikecualikan bayaran umpamanya sehari sebelum raya dan sehari selepas raya, percuma supaya perjalanan tetap lancar dan kita percaya pihak konsesi tetap tidak rugi.
“Sepatutnya inilah yang kena difikirkan oleh kerajaan dan pihak konsesi daripada memikirkan keuntungan semata-mata.
“Lagipun laluan di LPT 2 masih kekurangan prasarana seperti pusat rawat dan rehat (R&R) yang tidak lengkap, tidak ada stesen minyak dan jalan yang bergelombang.
“Jadi ini sudah tentu menganiayai rakyat sebagai pengguna,” katanya.
Kelmarin, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh berkata keputusan kerajaan melaksanakan kutipan tol di LPT2 dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat.
Katanya, kutipan itu bagi membiayai kos penyenggaraan dan operasi termasuk penyediaan kemudahan seperti perkhidmatan peronda, kawasan rehat dan rawat serta lain-lain kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya berkenaan. – HARAKAHDAILY 14/7/2016 Sumber HD - 14-7-2016 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kafir harbi: Mereka salah faham kenyataan saya Posted on Wednesday, July 06 @ 19:58:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
PEKAN - Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menganggap sebarang isu berkaitan kenyataannya berhubung kafir harbi adalah salah faham kerana tidak memahami maksud sebenar.
Abdul Rahman berkata, walaupun umat Islam perlu menentang orang kafir harbi namun tidak bermakna kita menggunakan kekerasan dan berperang.
Sebaliknya, perlu berlawan dengan berhemah, hujah yang tepat, perangi dengan bijaksana dan berakhlak mulia.
“Justeru, saya anggap mereka yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya adalah mereka yang tidak faham maksud tersirat dan jangan sempitkan fikiran kita.
“Sebagai umat Islam, kita memperjuangkan agama, bukan mencari perbalahan dan memecahbelahkan antara satu sama lain,” katanya kepada media selepas perjumpaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Jabatan Mufti Pahang di sini, semalam.
Pada perjumpaan itu, sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Pahang menyatakan sokongan padu kepada beliau yang dikecam DAP ekoran kenyataan berhubung sesiapa yang berfikiran seperti DAP adalah tergolong dalam kafir harbi.
Yang Dipertua Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (Aswaja) Pahang , Yunan Abdul Samad yang mewakili NGO itu berkata, sokongan dibuat kerana kenyataan Mufti Pahang adalah benar.
“Itu adalah tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk menyampaikan agama Islam. Kami ucapkan syabas dan tahniah kepada mufti atas keprihatinan dan keberanian beliau dalam menyatakan pandangan,” katanya.
Selain Aswaja, NGO yang menyatakan sokongan berdiri teguh di belakang Abdul Rahman ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Angkatan Sukarelawan al-Quran Pahang, Persatuan Veteran Tentera Pahang, Persatuan Perubatan Islam Pahang, Majlis Ta’lim Pahang dan Institusi Pendidikan Islam Pahang.
Berdasarkan laporan media baru-baru ini, Abdul Rahman dipetik sebagai berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.
Abdul Rahman bagaimanapun menjelaskan kenyataannya itu tidak merujuk kepada DAP, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam.
Namun, kenyataan itu mendapatkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak.
Malah polis negeri telah mengambil keterangan daripada beliau berkaitan istilah kafir harbi. - Sinar Harian
Sumber TKO - 6-7-2016 ------------------------------------------------------------------------- Umat Islam wajib pertahan agama jika diusik
Posted on Tuesday, July 05 @ 06:12:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan meskipun tidak menggunakan kekerasan, umat Islam tidak boleh hanya berdiam diri apabila agama Islam diperlekehkan dan tidak dihormati.
"Isu yang timbul sebelum ini lebih kepada silap faham. Saya kata bahawa mana-mana orang bukan Islam termasuk DAP yang menentang sahaja, yang tidak menentang tak apa.
"Umat Islam patut menjawab atau mempertahankan Islam dengan cara bijaksana dan tidak semestinya menerusi pertumpahan darah dan merampas harta.
"Mereka ini perlu ditentang bukan diserang, ditentang dalam konteks ini ialah mempertahankan agama Islam dengan menjawab secara lisan dan tidak hanya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 20 badan bukan kerajaan untuk menyatakan solidariti di sini hari ini.
Abdul Rahman sekali lagi mengulangi tidak akan menarik balik sebarang kenyataannya sebelum ini kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesilapan disebabkan berhujah berdasarkan asas agama Islam.
"Saya sebagai mufti saya bercakap pada asas agama Islam, agama yang diredai Allah dan ini merupakan seruan yang perlu disampaikan kepada manusia di dunia.
"Saya berharap di bulan Ramadan yang mulia ini kita semua dapat hidup dalam suasana harmoni. "Oleh itu, masyarakat bukan Islam di negara ini diharap tidak mengusik agama Islam kerana umat Islam tidak akan berkecil hati kalau ia tidak menyentuh agama," katanya.
Baru-baru ini, Abdul Rahman dilaporkan berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.
Susulan itu, keterangan Abdul Rahman telah diambil polis dan siasatan dilakukan mengikut Akta Hasutan. Sumber TKO - 5-7-2016
Kit Siang, Guan Eng patut peluk Islam demi perpaduan
Posted on Monday, July 04 @ 23:30:59 MYT Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30895 PETALING JAYA : Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang mencetuskan kontroversi dengan istilah kafir harbi baru baru ini mahu menjemput Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memeluk agama Islam demi ‘perpaduan’.
Memetik laporan the Star Online, Rahman menegaskan beliau tidak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam sebaliknya memujuk mereka berbuat demikian supaya selamat di akhirat kelak.
“Tidak akan ada huru-hara dan kita juga boleh menumpukan kepada pembangunan,” katanya.
Baru-baru ini, Rahman berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan yang menunjukkan pemikiran kafir harbi.
Beluau menjelaskan walaupun kafir harbi patut ditentang, tetapi tidak bermakna penentangan secara kekerasan.
“Lawan mereka dengan hujah-hujah dengan cara bijaksana, bukan dengan senapang atau parang.
“Berjuang dengan niat yang murni,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang hadir menunjukkan sokongan kepadanya di Pekan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Andansura Rabu berkata, lanjutan tempoh moratorium itu mambolehkan semua stockpile perlu dikeluarkan dari kawasan pelabuhan serta kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan dengan sempurna.
Katanya, dalam masa yang sama, pihak kerajaan mesti mengumumkan langkah-langkah yang bakal diambil bagi mengelakkan sebarang gangguan berlaku selepas tempoh moratorium berakhir pada 14 Sept depan.
“Kerajaan juga mesti memaklumkam kepada orangramai lokasi penyimpanan yang dicadangkan serta laluan yang bakal diguna untuk membawa bouksit ke pelabuhan.
“Penduduk tidak mahu kejadian pencemaran alam sekitar serta gangguan lalulintas yang tidak terkawal berulang semula seperti sebelum moratorium dahulu," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS negeri.
.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kabinet bersetuju tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang yang berakhir pada 15 Julai ini dilanjutkan dua bulan lagi sehingga 14 September.
Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium kali ketiga itu adalah untuk membolehkan usaha mengosongkan stokpil bauksit yang masih berada di luar Pelabuhan Kuantan iaitu sekitar bandar Kuantan dan Bukit Goh dilakukan.
Katanya, jumlah bauksit dalam stokpil di luar Pelabuhan Kuantan dianggarkan sebanyak 5.4 juta tan meliputi 1.3 juta tan dalam stokpil di kawasan Gebeng, 2.3 juta di dalam kawasan lombong dan 1.8 juta tan di kawasan Felda. - HARAKAHDAILY 1/7/2016 Sumber HD - 1-7-2016
Saya tak rujuk kafir harbi pada DAP
Posted on Saturday, June 25 @ 17:32:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Menurutnya, istilah itu tidak menyentuh mana-mana individu dalam DAP, sebaliknya ia berkaitan dengan pemikiran DAP itu sendiri.
"Saya tak sebut individu tetapi DAP itu ada pemikiran yang boleh disifatkan sebagai kafir harbi. Pemikiran mereka jelas cuba memerangi atau meracuni cara hidup Islam daripada ditegakkan. Ini yang kita tentang," katanya.
Katanya, DAP adalah satu dasar politik yang ditentukan dasar mengetahui perjuangan menentang Islam.
"Kita dapat lihat perjuangannya (DAP) yang membangkang (menolak) Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah) 2016 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan usul itu di sokong kerajaan Malaysia (Umno).
"Mereka (DAP) seolah-olah tidak bersetuju dengan kehendak orang Islam untuk meminda RUU tersebut. Bila DAP menentang Islam ini yang kita istilah kafir harbi," katanya ketika ditemui di Masjid Sultan Ahmad Shah di Sungai Isap Damai di sini, petang tadi.
Abdul Rahman memberitahu dia tidak akan bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini kerana perkara yang penting ialah meletakkan Islam di atas.
Katanya, Islam perlu dipertahankan dengan sebaiknya dan meletakkan agama itu di tempat yang tertinggi supaya ia tidak difitnahkan.
Selain itu, tambahnya, beliau bukan mahu berpolitik, sebaliknya berhak untuk mengeluarkan kenyataan demi kepentingan agama.
"Kita umat Islam kena faham kenapa dahulu tak ada ( kenyataan daripada ahli agama) tapi sekarang saya bangkitkan isu ini dan saya rasa ada sebab untuk saya bercakap dalam hal ini.
"Masyarakat kena faham, saya bukan bercerita pasal politik, sebaliknya saya bercerita tentang hak kita sebagai orang Islam.
"Saya bukan bercakap cap ayam (cakap kosong) . saya bercakap ada asas agama dan saya tiada kepentingan dalam politik.
"Kalau kata saya hendak pertahankan jawatan sebagai mufti, jawatan ini dilantik atas perkenan Sultan Pahang," katanya.
Di samping itu, katanya, mufti juga merupakan individu yang menyebarkan agama dan ajaran Islam serta mengajar masyarakat kepada perpaduan.
"Kita hendaklah bersatu bukan sahaja pada umat Islam tetapi perlu bersama bangsa lain ke arah perpaduan dan kesejahteraan bersama," katanya.
Dalam pada itu, katanya, berjihad dalam Islam ini bukan hendak berperang tetapi hendak menolak perkara-perkara yang meruntuhkan atau yang cuba menyekat untuk kita menegakkan agama Islam ini.
Jelasnya, ini termasuklah menentang pemikiran harbi.
Beliau meminta agar masyarakat menghormati golongan ulama di negeri mereka.
Memetik kenyataan Abdul Rahman, dalam sebuah akhbar tempatan melaporkannya, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.
Beliau berkata, adalah haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.
Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap RUU dibawa Presiden Pas, Abdul Hadi.
Sumber TKO - 25-6-2016
PAS disindir sejak dahulu
USTAZ ROSLI ABD JABAR | .
SETENANG AIR -SIRI 10
APABILA pimpinan dan ahli PAS menyebut bahawa perjuangan kita yang pertamanya ialah untuk mencari keredhaan Allah, PAS menjadi bahan perli setengah pihak sejak dari mula ditubuhkan sehingga kini. Sinis dan sangat sinis sepertinya mereka tidak mengharapkan keredhaan Allah didalam perjuangan mereka.
Dulu saya mendengar pemimpin Umno kata, orang PAS tak usah pakai kereta, tak usah lalu jalan raya sebab dia cuma nak redha Allah, Baru-baru ni dengar seorang pemimpin berceramah, saya masih menyimpan videonya, dia kata apa guna PAS bertanding pilihan raya kalau hanya mengharap redha Allah, lebih baik PAS duduk di masjid, berzikir dan baca Qur'an.
Teringat kata seorang guru saya masa di Pondok dulu, "kalau mu nak selamat, mu jangan bagi Allah marah kat mu, kalau mu buat bende yang Allah tak redha sampai bila-bila mu tak selamat dunia dan akhirat". Dari pesanannya fahamlah saya bahawa nak dapat redha Allah mesti buat apa yang Allah redha bukan apa yang Allah benci.
Islam dah sempurna, tiada lagi yang diredhai Allah SWT kecuali Islam. Maka semua urusan kehidupan kita mesti berpandukan Islam kerana hanya dengan pada Islam itu ada redha-Nya.
Maka tanpa pedulikan sinis, PAS teruskan agenda perjuangannya dengan memelihara wadah dan dasar perjuangan agar tidak mendapat kemurkaan Allah meskipun dibenci dan tidak diredhai oleh sebahagian manusia.
Mana mungkin orang yang beriman tidak mahu keredhaan Allah SWT kerana tiket untuk ke syurga ialah "Raadiatan Mardhiyyah", kamu redha kepada Allah dan Allah meredhai kamu.
Untuk mendapatkan keredhaan Allah, kita mesti redha dengan apa yang diperintahkan oleh Allah, meskipun berat dan ringan, bukan setakat kena perli, kena apapun yang lebih dari itu wajib kita utamakan keredhaan Allah, apalah sangat sinis dan perli tu, kalau nak dibandingkan dengan keredhaan Allah SWT.
PAS tetap dengan politik Islamnya, berjuang untuk menegakkan hukum yang akan memelihara maslahah manusia tanpa mengira bangsa, suku dan agama, tidak mungkin Islam yang diredhai oleh Allah akan menzalimi manusia. PAS tetap akan menjadikan Islam yang diredhai Allah sebagai dasarnya demi mendapat keredhaan-Nya.
Dunia boleh diperoleh dengan apa cara sekalipun, dengan cara baik atau jahat, tetapi kebaikan Akhirat hanya diperoleh dengan redha Allah semata, setelah manusia melaksanakan apa yang diredhai oleh Allah.
PAS tetap berjuang untuk menang, iaitu kemenangan yang diredhai bukan kemenangan yang dimurkai yang hanya akan menyebabkan bertambahnya kezaliman terhadap manusia. – HARAKAHDAILY 7/6/2016 Sumber HD - 7-6-2016
Masuk PAS kerana dunia, kamu akan resah
USTAZ ROSLI ABD JABAR | .
SETENANG AIR -SIRI 11
KITA boleh menipu manusia tetapi mustahil boleh membohongi hati sendiri. Siapa yang tidak sukakan ketenangan, kegembiraan dan kepuasan dalam setiap perbuatan kita. Inilah yang dirasai sejak mula saya bersama PAS sehingga kini, walaupun ketikanya bahtera PAS dipukul dan dilambung gelombang besar yang bisa memabukkan.
Penat tapi tenang, kecanduan dan kerinduan apabila ketika berpisah dengannya, keseronokan memanjang bersamanya walaupun diterjah dengan perbagai mehnah dan tribulasi, semua ini adalah cetusan dari keyakinan bahawa bahtera ini tidak akan tenggelam dan tersasar dari tujuan perjalanannya.
Tidak akan berduka orang yang yakin dengan Allah dan Rasul-Nya. Tidak akan goyah orang yang bekemudikan al-Qur'an, Hadis, Ijma dan Qias. Jiwa yang meletakkan pergantungan diri kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa tidak mungkin akan dilanda kedukaan. Tidak akan rasa tersia orang yang yakin perjuangannya mendapat keredhaan Allah SWT.
Dari keyakinan itu ia mendorong jiwa untuk berjuang dijalan-Nya, menghabiskan harta dan masa kerana perjuangan, tidak kenal penat lelah, ada duit atau tiada, jiwa akan rasa begitu puas apabila dapat membantu perjuangan meskipun sedikit, sentiasa dilanda kecanduan dan kerinduan untuk membantu perjuangan PAS.
Siapa yang berada di dalamnya pasti akan merasai ini, siapa yang keluar darinya pasti akan merinduinya. Penat itu datangnya pengorbanan, pengorbanan itu lahir dari curahan semangat, semangat itu datangnya dari dorongan keyakinan, keyakinan itu sangat menenangkan, yakin dengan kekuasaan Allah SWT, yakin dengan janji Allah SWT dan yakin dengan kebenaran perjuangan.
Krisis keyakinan akan mencabut ketenangan, mencabut keseronokan berjamaah, mencabut rasa sanggup berkorban untuk berjuang. PAS tidak kuat dengan jamaahnya, dengan hartanya, dengan simbulnya tetapi PAS itu kuat kerana dasarnya yang sentiasa dipelihara Allah SWT Islam.
Kalau orang menerimanya kita gembira, jika orang membencinya kita juga gembira, tiada orang yang boleh mendukacitakan kita, kalau mereka kata kita akan berduka kerana ditinggalkan mereka, mereka sedang ditimpa perasan, kita berjuang bukan kerana mereka tetapi kerana Allah yang menciptakan kita. Walaupun ujian ini sepahit hempedu, namun kasih kita kepadanya semanis madu.
Kalau kita berada didalam PAS kerana Islam, sentiasalah akan merasai ketenangan dan kegembiraan. Tapi kalau duduk dalam PAS kerana nak genggam dunia, kamu akan keresahan kerana genggam benda yang rapuh dan binasa. Takkan gembira orang yang berpaut pada sesuatu yang rapuh kerana sentiasa akan rasa diri tidak selamat. Yakinlah kekuatan itu datang-Nya dari sisi Allah SWT, inilah sumber kekuatan. – HARAKAHDAILY 7/6/2016 Sumber HD - 7-6-2016
Pejuang PAS dulu-dulu macam makhluk asing
USTAZ ROSLI ABDD JABAR | .
SETENANG AIR - SIRI 8
BARA api jika terus digenggam pasti membakar tangan, ngeri dan sangat menyakitkan, jika tidak sanggup menahan kepanasannya, ia pasti akan dilepaskan. Begitulah gambarannya suasananya mereka yang berpegang dengan Islam diakhir zaman ini sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah SAW.
Hanya mereka yang kuat, mampu terus menerus mengharungi cabaran perjuangan sehingga keakhir hayat. Saya menziarahi seorang otai, dia ahli PAS sejak tahun 1964, waktu saya masih belum lahir di muka bumi. Katanya "cabaran sentiasa bertambah mengikut zaman, semakin PAS kuat dan ramai ahli serta penyokongnya maka semakin pula kuat tribulasinya".
Pada zamannya, PAS begitu asing dalam kalangan masyarakat, "orang seperti saya dianggap seperti makluk asing, apatah lagi di Negeri Pahang. Susah nak cari orang PAS, ada, tapi tak ramai. Kesedaran terlalu sedikit, doktrin barat telah berjaya membelah dua minda masyarakat Melayu pada masa itu, sehingga tegar kefahaman mereka bahawa agama dan politik adalah terpisah dan tiada kaitan lansung antara keduanya.
Sangat sukar untuk menghubungkan kembali saraf minda mereka agar menerima dan meyakini bahawa tiada suatu pun urusan dunia yang tidak bekait dengan akhirat dan tiada suatu pun urusan kehidupan kita yang tidak berkait dengan dosa dan pahala.
Siapa yang kaitkan politik dengan agama akan dianggap sebagai seorang saudagar agama, hanya seperti berniaga tanpa lesen yang bila-bila sahaja diangkut oleh penguatkuasa.
Media hanya milik kerajaan, tidak seperti sekarang. Masa-masa yang dilalui oleh ahli PAS dipenuhi dengan cabaran, Pahang bukan Negeri yang ramai para Ulama pada masa tu, tidak seperti Kelantan, Kedah, Terengganu dan lain-lain.
Kami sangat sedikit, dakwah dan penerangan sangat perlahan dan ruangnya sangat sempit, kami yang mengajak orang berpolitik dengan cara agama pada masa tu hanya dianggap golongan yang mengotorkan agama kerana dicampurkan dengan politik".
Katanya, "ada juga yang bersama PAS bukan kerana Islam, ada juga yang asalnya sertai PAS bukan kerana Islam, tetapi apabila mendapat tarbiyyah, mereka sedar tujuan perjuangan mereka, namun yang masuk PAS kerana politik semata-mata kebanyakan menyertai BERJASA dan ikut pemimpin-pemimpin kesayangan mereka yang keluar dari PAS." Katanya.
Kami bertukar cerita tentang cabaran perjuangan antara dua zaman, yang pasti cabaran terhadap perjuangan PAS semakin hebat, "Ustaz kena banyak bersabar, kerana dengan sabar itu kita dapat keampunan, rahmat dan juga petuntuk dari Allah", sambil ia bacakan sepotong ayat al-Qur'an sebagai sandaran nasihatnya. Saya angguk. Dia senyum sambil pandang saya.
Dia kata "masa zaman pulau memulau dulu, kami lawan musuh secara berdepan, tapi sekarang ni nampaknya musuh ada dari segenap penjuru, dulu musuh menjauhi kami, tapi sekarang musuh PAS duduk disekeliling dan dekat, parahlah sikit, musuh yang dekat mudah sampai senjata dan penumbuknya kemuka kita, apatah lagi kalau dia ada kat tepi, depan, belakang, atas dan bawah, teruklah sikit kita dibelasah, dan penatlah kena bersilat," katanya.
"Ustaz kena sabar, tiada satu keadaanpun yang menyebabkan kita dapat bertahan dengan ujian perjuangan melainkan apabila kita berbuat sesuatu itu kerana menuntut redha Allah dan tiada sesuatupun yang Allah redha melainkan kita berbuat sesuatu mengikut apa yang diperintahkan kepada kita, tiada suatu pun yang merupakan perintah Allah melainkan apa yang terkandung didalam Islam, maka genggamlah Islam tu, meskipun terbakar tangan," nasihatnya.
Berkata-kata itu lebih mudah dari menahan derita, semoga aku tabah seperti dirinya. – HARAKAHDAILY 29/5/2016 Sumber HD - 29-5-2016
Kisah guru besar kagum pengorbanan ahli PAS
USTAZ ROSLI ABD JABAR | .
SETENANG AIR - SIRI 7
SEORANG guru besar, masa tu dia masih belum memeluk Islam, dia datang ke rumah saya, selama dua jam kami bersembang, dia banyak bertanya tentang PAS, namun dia nampaknya banyak membaca dan faham aspirasi PAS yang berada di medan politik Malaysia. Dia juga banyak tahu tentang parti lain terutama Umno.
Dia kata, dia banyak kali pergi dengar ceramah PAS, dah lebih 30 kali sejak 3 tahun lalu, ada juga masa, dia dengar khutbah jumaat dan kuliah sambil duduk di dalam kereta. Dia boleh bezakan jika sekiranya khatib yang berkhutbah itu adalah pendokong PAS atau tidak. Dia kenal hampir semua tokoh-tokoh ulama yang menjadi kepimpinan di dalam PAS terutama di dalam negeri Pahang.
Satu perkara yang menjadikan dia teruja dengan PAS ialah semangat pengorbanan ahli PAS yang tiada pada parti lain. Soalan dia "mengapa ahli PAS sanggup keluar duit sendiri dan sanggup kerja untuk PAS walaupun tiada upah, saya banyak dengar tentang jihad, itu saya faham, katanya, cuma apa sebenarnya yang ada di dalam hati orang PAS sampai sanggup begitu?"
Saya menjawabnya "Ahli PAS tidak bekerja dan berhabis duit kerana dunia tetapi kerana Akhirat, kalau untuk dunia semata kami tak perlu berjuang di dalam PAS, lebih baik kami berjuang untuk cari duit, berniaga atau sebagainya, ataupun kami masuk je parti yang telah menang, tapi ahli PAS tetap juga berjuang walaupun kami berulangkali kalah.
Kami parti Islam, Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah dan kami diperintahkan oleh Allah untuk berjuang dijalan-Nya, kami diperintahkan untuk mengajak manusia kepada agama-Nya dan diperintah untuk mentadbir manusia dengan agama-Nya. Kami masuk politik bagi mencapai tujuan tersebut, kami bukan masuk politik saja suka-suka atau kerana nak kuasa semata-mata.
Kami ada matlamat perjuangan dan kami yakin perjuangan kami tidak sia-sia walaupun kalah atau kehabisan tenaga, masa dan harta. Sebab kami yakin semua pengorbanan kami untuk Islam, Allah akan berikan pahala dan akan mendapat balasan baik di Akhirat. Allah yang menciptakan langit, bumi dan sekelian yang ada antara keduanya, dialah juga yang menurunkan Islam untuk manusia.
Dialah yang menurunkan al-Qur'an sebagai tanzim atau sistem untuk manusia hidup baik dan sempurna di dunia dan akhirat. Kami yakin tiada sistem terbaik kecuali sistem yang diturunkan oleh Allah, sebagaimana kami yakin tiada penciptaan lain yang lebih baik dari penciptaan Allah, cikgu rasa ada tak manusia boleh ciptakan sesuatu yang lebih hebat dari ciptaan Allah sebagaimana langit, bumi, matahari dan apa yang kita lihat dialam ini? Dia senyum sambil gelengkan kepala.
Jika kita yakin tiada penciptaan terhebat melainkan ciptaan Allah, maka begitulah juga kami yakin tiada sistem yang paling hebat melainkan Islam yang diturunkan oleh Allah yang telah menciptakan alam ini, atas keyakinan itu kami berjuang dan sanggup berkorban meskipun tidak mendapat sebarang balasan dari pengorbanan kami.
Tetapi Allah janjikan balasan pahala dan kebaikan di Akhirat walaupun kami kalah dalam pilihan raya. Apa yang diperintahkan oleh Allah wajib dilaksanakan, kami tetap solat, walaupun kami tak dapat upah, begitu juga kami tetap berjuang walaupun masih belum diberikan kemenangan, kerana apa yang ada dalam hati orang PAS ialah "Kami berjuang bukan kerana lain, tetapi kerana ia adalah perintah dari Allah SWT."
Dia kini telah memeluk Islam dan memilih Kelantan Darul Naim sebagai negeri untuk dia melafazkan Syahadah. – HARAKAHDAILY 27/5/2016 Sumber HD - 27-5-2016
Difitnah kerana ajak manusia kepada Islam
USTAZ ROSLI ABD JABAR | .
SETENANG AIR - SIRI 6
HEBATNYA jiwa pejuang Islam begitulah ungkapan hati saya bila melihat ketegasan As-Syahid Sheikh Mariur Rahman Nizami pemimpin Jamiat Islami yang dihukum mati oleh kerajaan Bangladesh, diusia beliau 73 tahun, Allah anugerahkan kepadanya Syahid setelah sekian lama dia bersabar dan Istiqamah diatas perjuangan Islam.
Insan yang tua ini telahpun mengidap berbagai penyakit, tubuhnya juga begitu lemah, sama seperti As Syahid Sheikh Ahmad Yasin pemimpin HAMAS yang dibunuh dengan menggunakan helikopter Apache sehingga tubuh tua dan tidak bermaya itu hancur berkecai. Apakah yang mampu dilakukan oleh insan-insan tua tersebut, namun mereka sangat digeruni sehingga jalan untuk menghilangkan ketakutan mereka hanya dengan cara membunuhnya.
Pada usia awal remaja saya, negara kita dikejutkan dengan peristiwa Memali, As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya dibunuh, orang kampung yang tidak ada apa-apa ini diserang dengan menggunakan senjata api dan turut dilengkapi dengan kereta perisai. Mereka ditembak tanpa kasihan belas, sepertinya mereka adalah golongan komunis ataupun pengganas.
Pada masa itu berdetik dalam hati, salah apakah mereka? Begitu juga apabila sembang politik dengan orang kampung saya pada zaman usia remaja saya, pelbagai tuduhan dan nista dilemparkan kepada orang PAS, walhal orang PAS yang saya kenali dikampung saya adalah mereka yang jernih mukanya, sentiasa solat berjamaah, rajin menuntut ilmu dan baik akhlaknya.
Masa berlalu mencambahkan kecerdikan dan kematangan berfikir, mencari dan terus mencari punca, bongkar segala bentuk cerita dari orang-orang yang lebih tahu dan intima saya di dalam PAS memahamkan saya betapa perjuangan Islam itu sentiasa berhadapan dengan musuh yang cuba memadamkan cahayanya, bukan setakat dengan mulut-mulut mereka malahan dengan apa jua kekuatan yang mereka ada.
Namun PAS adalah sebuah parti tarbiyyah, ahlinya sangat memahami tentang ini, ahli PAS sangat memahami bahawa PAS dibenci bukan kerana batang tubuh seorang manusia, tetapi kerana Islam yang menjadi dasar kepada perjuangan PAS. Tubuh As-Syahid Matiur Rahman Nizami dan As-Syahid Ahmad Yasin terlalu tua, namun beliau sangat digeruni bukan kerana batang tubuhnya tetapi kerana Islam yang menjadi perjuangannya.
Begitulah juga PAS, walaupun PAS bukannya parti memerintah, bukan juga parti yang berduit, bukan juga sebuah armada tentera yang memiliki kelengkapan senjata, namun musuh siang malam memfitnah untuk jauhkan manusia dari PAS, tidak lain dan tidak bukan kerana PAS adalah sebuah parti yang mengajak manusia kepada Islam bukan sahaja kepada amalan Fardiyyah malahan PAS turut berada di medan politik untuk menyertai pilihan raya.
Politik adalah medan dakwah berskala tinggi, ia sebuah medan pertempuran untuk merebut kuasa pemerintahan. Semakin besar ruangnya, semakin besar semakin besar pula mehnahnya. Pengamal politik adalah manusia tegar dengan pertembungan sama ada pemerintah atau pembangkang, siapapun akan tersingkir jika tidak memiliki ketegaran untuk berjuang dan pertahankan dasar atau ideologi perjuangannya, keyakinan terhadap apa yang diperjuangkan menjadi menjadi teras yang paling kukuh untuk berterusan sehingga mati atas dasar perjuangannya. – HARAKAHDAILY 24/5/2016 Sumber HD - 24-5-2016
PAS Pahang bantah program luncur air
HARAKAHDAILY | .
Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang sangat kesal apabila mendapat maklumat bahawa satu program berbentuk riadah Slide The City atau luncur air akan diadakan di IM14 & 15, Kuantan pada 21 dan 22 Mei ini.
Program yang mendapat kebenaran pihak kerajaan negeri dan dipromosikan melalui sektor pelancongan itu dilihat bukan hanya menyebabkan kesesakan lalu lintas, terutama kepada penduduk berhampiran. Bahkan program tersebut jelas bertentangan dengan adab dan budaya ketimuran masyarakat di negara ini, apabila pihak penganjur meletakkan syarat kepada mereka yang ingin terlibat dalam aktiviti luncur air ini mesti mengenakan pakaian mandi. Selain akan berlaku percampuran lelaki dan wanita dengan bebas.
Lebih malang apabila program ini diadakan di saat umat Islam akan menyambut Nisfu Sya'ban dan tinggal beberapa hari sahaja lagi menunggu kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang mengecam tindakan pihak penganjur yang dilihat tidak peka dan tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam. Lebih-lebih lagi, apabila mereka menggunakan gambar masjid sebagai ikon untuk program mereka di negeri Pahang sedangkan ianya berunsur maksiat.
Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang juga melihat lebih banyak kesan negatif berbanding perkara yang baik daripada aktiviti yang diadakan ini. Selain ianya menjadi bukti bahawa kerajaan negeri ketandusan idea berkualiti dalam menjana ekonomi negeri melalui sektor pelancongan.
Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang juga mengharapkan kerajaan negeri mendengar bantahan yang telah disuarakan oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Mufti Pahang melalui surat yang ditujukan kepada YB Pengerusi Pelancongan & Kebudayaan Negeri, yang juga mewakili suara umat Islam di negeri ini.
Justeru, Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang mendesak agar program ini dihentikan dan mengharapkan agar pihak kerajaan negeri lebih cermat dalam memberi keizinan kepada mana-mana pihak yang ingin menganjurkan program di negeri pada masa akan datang. Bukan sekadar memikirkan keuntungan material semata-mata.
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"
Ustaz Rosli Abdul Jabbar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang
14 Sya'ban 1437 / 21 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 21/5/2016 Sumber HD - 21-5-2016
Akhirnya dia tahu kelebihan Markas PAS
HARAKAHDAILY | .
SETENANG AIR -SIRI 5
AHLI PAS ada pelbagai kerjaya, latar belakang pendidikan dan tahap kemampuan. Dari yang miskin hingga kepada golongan jutawan, dari penoreh getah hingga kepada golongan korporat, dari golongan agama hingga golongan profesional, dari golongan pondok hingga golongan universiti malahan yang pernah merengkok dalam penjara pun ramai saya jumpai, mereka menyertai PAS setelah insaf dan bertaubat termasuklah juga golongan artis.
Golongan inilah yang membangunkan markaz PAS di merata-rata sehingga aset PAS seluruh negara mungkin mencecah berbilion ringgit. Memberi ikut kemampuan, malahan ada juga markaz yang saya temui kos pimbinaan markaz PAS yang bernilai hampir 400 ribu tersebut hanya didermakan oleh seorang sahaja. Dia memiliki banyak tanah peninggalan orang tuanya, lalu dijual dan duitnya diwakafkan untuk membina markaz PAS.
Ada juga markaz PAS yang dibina dengan penuh kesusahan, mengumpulkan dana sedikit demi sedikit mengikut kemampuan cawangan, kerja pembinaan pula dilakukan secara bergotong-royong, sedikit demi sedikit akhirnya siap.
Kini rasanya ratusan lagi markaz PAS yang masih belum siap dibina dan juga banyak cawangan dan kawasan sedang berkira-kira untuk membina markaz PAS baru, termasuklah di Pahang yang sekarang kami sedang membina Kompleks PAS Al-Makmur di Kerdau yang bernilai 6 juta ringgit yang telah pun 60 peratus siap dan kami masih memerlukan lagi 2 juta untuk siapkan kompleks kami.
Lima tahun lalu seorang kontraktor mula berjinak dengan PAS, dia memang banyak duit, sokong PAS setelah mula berjinak dengan masjid, pernah dia ingin mengikuti saya bermusafir selama tiga hari, masa tu baru berjinak dan tak masuk PAS lagi.
"Saya tak tahu pun yang selama ini markaz PAS dibina melalui duit derma ahli-ahli", katanya, dia gambarkan bahawa PAS Pusat yang keluarkan belanja untuk cawangan dan kawasan membina markaz seperti pembinaan balai raya.
Saya kata "Bukan binaan markaz sahaja, malahan semua pergerakan parti termasuk belanja pilihan raya adalah sumbangan dari ahli dan penyokong.”
Dia menggelengkan kepala ‘teruja’.
“Banyak tu Ustaz, bukan sikit."
Waktu saya singgah di pejabat agung seketika bersamanya, dia sekali lagi teruja melihat pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut.
"Bangunan ni dibeli dengan sumbangan ahli dan penyokong PAS," kata saya, tak terkata dia hanya sepatah kalimah ‘hebat’ katanya.
"Kalau derma kat Masjid tu, saya tak hairan lah Ustaz, tapi kalau orang PAS sanggup derma berjuta-juta untuk Markaz, itu yang pelik tu, apa istimewa Markaz PAS ni Ustaz, sampai begitu sekali sumbangan orang PAS"?, tanya dia. Saya terpaksa bercerita tentang pergerakkan Rasulullah SAW pada awal Islam ketika Nabi SAW dan sahabat berkumpul di rumah Arqam bin Abi Arqam, bagi menjelaskan tentang Islam dan strategi dakwah. "Itulah antara fungsi Markaz", kata saya.
Markaz adalah bangunan kedua selepas Masjid bagi orang PAS, kehidupan sebahagian besar ahli PAS adalah adalah di Masjid dan Markaz. Di Masjid kita solat berjamaah, menuntut ilmu dan bermuamalat dengan masyarakat seluruhannya, di Markaz orang PAS berkumpul untuk bermesyuarat, berbincang soal strategi dakwah dan menuntut ilmu berkaitan perjuangan seperti Ijtima Tarbawi, Usrah, Liqa Fikri, ceramah dan bagai-bagai lagi.
Sekarang ni dia antara penyumbang besar di kawasannya, Pusat Tarbiyyah di kawasannya, dialah antara penyumbang terbesar. Sekarang dia faham fungsi Markaz PAS, insan kelahiran Markaz sangat hebat pengorbanannya untuk agama, Markaz PAS melahirkan ramai golongan tegar dalam berjuang untuk kemenangan PAS tanpa mengira masa dan keadaan, tak kira susah ataupun senang, tak kira sihat ataupun sakit.
Dia kini adalah penyumbang besar pembinaan Markaz kerana tarbiyyah yang diperolehi di Markaz PAS menjadikan ia meletakkan perjuangan Islam itu lebih berharga dari harta yang dia miliki." Itulah hebatnya Markaz PAS ni", kata saya.
Nak ukur kekuatan jamaah PAS di suatu tempat, lihatlah Markaznya dan nak tahu mengapa orang PAS sanggup berhabis harta kerana bina Markaz, jawapannya "Jom masuk PAS". – HARAKAHDAILY 18/5/2016 Sumber HD - 18-5-2016
Pahang perlu bertindak segera isu alam sekitar
BASIRON ABDUL WAHAB | .
KUANTAN: Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Andansura Rabu menggesa kerajaan negeri bertindak segera dalam isu alam sekitar.
Ini, katanya selaras dengan teguran Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam titahnya ketika perasmian sidang dewan undangan negeri (Dun), kelmarin.
Menurut Andansura, titah baginda menyentuh soal alam sekitar supaya dipelihara dengan baik untuk diwariskan kepada generasi akan datang.
“Ini sangat penting untuk diambil tindakan segera oleh kerajaan negeri memandangkan isu alam sekitar negeri Pahang yang belum diselesaikan. Isu bauksit contohnya masih belum ada SOP seperti yang dijanjikan.
.
“Begitu juga langkah-laangkah untuk memulihkan hutan-hutan yang telah ditebang tanpa dipulihara dengan berkesan,” katanya.
Katanya lagi, tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan negeri terhadap semua aktiviti perlombongan dan pembalakan sama ada yang tidak berlesen (haram) mahupun yang berlesen.
“Ini untuk mempastikan kejadian sungai yang keruh dan cetek, sumber air yg tercemar dan udara yang juga tercemar dapat dielakkan daripada berterusan berlaku.
“Penduduk di kawasan terlibat sudah merasa tersiksa dengan pencemarah udara, air dan sebagainya,” kata beliau yang juga Adun Beserah. - HARAKAHDAILY 18/5/2016 Sumber HD - 18-5-2016
Kisah markas tarbiyah macam buaian
USTAZ ROSLI ABD JABAR | .
SETENANG AIR - SIRI 4
MUNGKIN dah ratusan markas diseluruh pelosok negara saya berceramah, dari markas yang kecil hingga yang tersergam, yang mencecah puluhan ribu ringgit hingga kepada jutaan ringgit, ada bangunan markas yang disewa, beli dan dibina secara upah ataupun gotong-royong.
Begitu juga tanah yang dibina markas, ada yang dibeli dan ada juga yang diwakafkan kepada PAS. Dah tak terhitung banyaknya, rasanya dah berbilion ringgit duit dihabiskan untuk membina markas atau pusat tatbiyyah PAS di seluruh negara, malahan di cawangan pelosok kampung pun ada markas.
Pernah saya berusrah sekali disebuah markas yang sangat dhaif disebuah kampung terpencil, hanya boleh menaiki motorsikal di Kuala Lipis pada tahun 90-an. Dibuat dalam kebun getah seorang ahli, ahlinya hanya sekitar 25 orang termasuk muslimat. Semua ahli hanya kerja kampung sebahagian besarnya adalah penoreh getah. Bersyahadah saya apabila melangkah kaki menaiki tangga markas.
Mahunya tidak, bangunan markas kayu itu hanya bertiangkan kayu bulat, pokok hutan yang ditebang, dinding kayunya hanya baru sebahagian, atap zink buruk yang entah dari mana diperolehi dengan kekudanya juga dari kayu-kayu hutan. Bangunan markas itu menari-nari mengikut hayunan kaki saya walaupun saya ni bertubuh kecil, kurus kering pulak pada masa tu.
Sahabat di sana ketawa bila saya katakan 'macam naik buaian', ketua cawangan PAS kata 'jangan bimbang Ustaz, kalau roboh, kita syahid bersama', hihihi. Mereka bina secara gotong-royong, masa tu program lepas asar, tak boleh buat malam sebab tak ada elektrik. Yang duduk dalam markas sekitar 10 orang, muslimat semua duduk di bawah, bentang tikar atas tanah.
“Kami himpun getah 2 ‘pot’ seminggu setiap orang.” Masa tu harga getah sekitar 60 hingga 80 sen sekilo. "Yang takde getah bagi je apa sahaja. Yang bagi ikan sungai pun ada," kata ketua cawangan. Markas itu dibina secara bergotong-royong dengan kos dalam 3 ribu ringgit, upah orang cari dan angkat kayu juga beli sedikit papan dinding dan atap yang tidak mencukupi dicampur dengan atap terpakai.
Panas berasap rasanya nak habiskan usrah sekitar satu jam setengah. Macam dok dalam "sauna". Macam port kominis pun ada jugak, dok dalam kebun. Begitulah semangat ahli PAS dalam usaha membina markas atau pusat tarbiyyah harakiyyah ditempat masing-masing.
Betapa ahli PAS sanggup membina markas atau pusat tarbiyyah kerana mereka melihat kepentingan tarbiyyah sebagai nadi kepada jamaah.
Namun begitu, dari markas yang dhaif inilah lahirnya graduasi amilin ISTIQAMAH yang sanggup untuk berkorban apa sahaja demi perjuangan Islam. Tidak seindah universiti atau balai raya, namun kelahiran pusat tarbiyyah ini mampu membina ketamadunan dan pembangunan jiwa yang kental demi perjuangan untuk menegakkan agama Allah SWT melalui wadah PAS.
Esok saya sambung lagi cerita Markaz PAS, cuma nak bagitaunya, orang PAS sangat pentingkan tarbiyyah sebab itu bila adanya cawangan, maka pastinya akan ada markas yang menjadi pusat tarbiyyah dibina walaupun kecil, kalau kat bandar atau kawasan orang berduit tu, usah ceritalah, hingga ada markas yang dibina dengan kos jutaan ringgit. – HARAKAHDAILY 13/5/2016 Sumber HD - 13-5-2016
Ahli PAS memang macam ni, tak pernah berubah
USTAZ ROSLI ABD JABAR | .
SETENANG AIR - SIRI 3
BELUM pun hilang lelah diPRN Sarawak, Kuala Kangsar dan Sungai Besar pula memanggil. Dua kerusi PAS bertanding pada PRU13 lalu telah kosong kerana kematian dua penyandangnya yang nahas helikopter ketika PRN Sarawak beberapa hari lalu. Moga roh mereka dicucuri rahmat. Ameen.
PRK mungkin akan berlaku pada bulan ramadhan ini. PRK pada bulan ramadhan dah pernah berlaku di beberapa tempat. Bagi saya ia sangat menyeronokkan dan sangat memberikan ketenangan. Bulan apapun bagi ahli PAS tak kisah, apabila digamit panggilan bertugas, walaupun tulang belakang belum lurus, akan segera menyahut.
PAS Pahang diberi amanah bertugas di PRN Sarawak yang berakhir pada 7 Mei, 8 Mei pula program INFIRU 4K, Himpunan 4 ribu jentera pilihan raya seluruh negeri, kehadiran jentera hampir mencecah 6 ribu jentera. Ada yang baru pulang dari Sarawak terus ke sana, bersemangat untuk menjayakan program walaupun keletihan.
Untuk ke Sarawak ahli mengumpulkan duit sendiri dan juga daripada sumbangan ahli serta penyokong yang tidak pergi. Begitu juga dengan PRK yang sudah-sudah dan yang bakal berlaku.
Tenaga dan duit begitu cair bagi ahli dan penyokong PAS, ada yang tak mampu berikan tenaga mereka berikan harta, begitu juga yang tidak berharta mereka berikan tenaga, malahan ramai juga yang berikan keduanya sekali.
Kini ahli-ahli diperingkat akar umbi telah bertanya dimanakan mereka akan bertugas, kotak inbox dipenuhi dengan soalan itu, sabar... jawap saya, tiada sebarang arahan lagi. Yang bertanya pula tu, ada dalam kalangan mereka yang baru pulang dari Sarawak. Tak tahu erti penat, walaupun tak dapat walau satu kerusi pun di Sarawak, semangat ahli PAS seolah semua kerusi PAS menang.
Kerja mengumpul duit untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dah bermula. Ahli PAS dah mula bersiap, tunggu je panggilan. Seorang ahli PAS otai kata "Ahli PAS ni, tunggu panggilan bertugas macam tunggu panggilan Malaikat maut, asal panggil je, terus selalu", begitulah bandingan dia.
Tenaga, masa, duit semua dikorbankan untuk perjuangan. Walaupun pengorbanan itu bertali-tali, tiada putus, habis satu sambung lagi satu, baru lepas keluar, kena keluar lagi, baru lepas derma, kena derma pulak lagi, baru habis PRN sambung pulak INFIRU pastu sambung pulak PRK.
Tak pulak mengeluh, malahan nampak gembira dan sentiasa bersedia untuk bertugas. Begitulah ahli PAS, masa saya mula masuk PAS, ahli PAS dah memang macam ni, sejak dulu, tak pernah berubah sikapnya terhadap perjuangan. Ada yang bertanya "kenapa ahli PAS ni, tak reti penat ke?, jawapannya tak mampu nak saya katakan secara lisan mahupun bertulis, kalau nak tahu 'jom sertai PAS'. – HARAKAHDAILY 12/5/2016 Sumber HD - 12-5-2016
Aku, PAS dan PRN Sarawak
USTAZ ROSLI ABD JABAR | .
SETENANG AIR -SIRI 1
PADA awal penglibatan saya dalam PAS sekitar penghujung 80-an, pada usia belasan tahun, rakan-rakan saya dalam PAS cawangan hanyalah insan-insan tua yang kini telah pun mengadap ilahi, hanya seorang sahaja yang masih hidup kini berusia 79 tahun.
Kelantan masih belum menang lagi masa tu, Hanya beberapa kerusi sahaja di Kelantan. Ayahanda saya masa tu hanya bekerja dengan keyakinan bahawa Islam pasti menang dengan janji Allah. Kalau dilihat situasi, langsung tak kelihatan kemungkinan untuk PAS menang.
Empat kali saya ke Sarawak pada PRN baru-bari ini. Membaca situasi kemungkinan di sana sama sepertinya orang-orang tua saya membaca kemungkinan untuk PAS menang di Pahang ketika zaman 80-an. Bekerja dengan jiwa yang bersedia untuk kalah.
Ruang politik sangat sempit, kita bertarung dengan Umno, sebuah parti politik perdana yang derhaka kepada sistem demokrasi yang mereka perjuangkan. Kita tidak dapat untuk bertemu masyarakat dan berkempen di medan yang luas tanpa sekatan seperti mereka.
Namun Islam itu diumpamakan oleh Rasulullah SAW seperti air, kelembutannya mampu menembusi walaupun dilubang-lubang kecil dengan perlahan-lahan. Ia akan terhimpun apabila disekat dan akhirnya akan meruntuhkan empangan. Kini perjuangan PAS telah mengalir di bumi Sarawak, ia akan terus mengalir tanpa henti dan bertakung meskipun perlahan.
Pejuang PAS sangat faham tentang ini, yang sabar akan terus Istiqamah untuk mengalirkan dakwah Islamiyyah di ruang-ruang yang ada. Yang PAS mahu ialah Islam, tapi mereka tidak mahu, maka PAS pasti akan berjuang sehingga mereka mahu bukan ikut apa yang mereka mahu.
PAS tetap yakin pasti ketika nanti mereka mahu, fitrah manusia mahukan kebaikan, PAS tawarkan kepada mereka Islam, sistem yang diturunkan oleh Allah SWT. Mereka masih belum mahu, kerana mereka tidak tahu. PAS akan terus bagitahu sehingga mereka mahu.
Bilakah mereka mahu? Hanya Allah SWT sahaja yang tahu, tanggungjawap PAS ialah memberitahu, walaupun mereka tak ingin tahu atau buat tak tahu. Kerana dakwah itu wajib disampaikan walaupun orang tak mahu. Dakwah dan terus berdakwah agar mereka tahu, orang benci, orang hina, orang ejek cara PAS, biarkanlah, satu masa nanti kita semua akan tahu kerana Allah itu Maha Mengetahui. – HARAKAHDAILY 10/5/2016 Sumber HD - 10-5-2016
PAS tak boleh paksa orang suka
USTAZ ROSLI ABD JABAR | .
TAHUN 1973 PAS bergabung dengan Umno membentuk kerajaan perikatan. Masa itu zaman Tun Razak dan Datuk Asri. Saya pun masa tu baru sekolah darjah satu, masih pikun dengan suasana politik.
Orang kemudian seperti saya hanya menelusuri melalui cerita otai-otai PAS sahaja. Ramai juga pimpinan yang saya jumpai untuk tahu cerita itu, di samping saya banyak membaca.
PAS melalui zaman serik, berjalur belakang PAS dirembat pengkhianatan Umno, hingga PAS terkeluar, walaupun dah lama namun peritnya masih terasa. PAS pernah pernah digelar 'batu nisan', pada PRU 1978, apabila hanya dua kerusi sahaja dapat dipertahankan pasca penubuhan BERJASA oleh bekas ahli yang dipecat dan yang keluar parti, lalu bergabung dalam perikatan.
Terkeluar, dikeluarkan, mengeluarkan adalah sesuatu yang biasa apabila ada pintu masuk dan keluar. Tiada pintu yang boleh dimasuki tetapi tidak boleh keluar, kecuali pintu mati. Dah 8 kali PAS bergabung, 5 kali PAS bersendirian, ada parti keluar dari bergabung dengan PAS, ada masanya PAS keluar dari gabungan. Namun PAS terus berada di persada politik Malaysia.
Jalan keluar adalah jalan terbaik jika gagal untuk bersatu atau tidak boleh lagi bersetuju untuk tidak bersetuju ketika berada di dalamnya. Salah menyalah itu perkara biasa, dah jadi adat bercerai.
Setiap parti ada dasar masing-masing dan akan pertahan dasarnya. Dasar PAS adalah Islam, ada orang suka dan ada orang tak suka. PAS tak boleh paksa orang suka, sebagai mana orang tak boleh paksa PAS untuk suka kepada apa yang PAS tak suka.
Di Sarawak PAS bersendirian, 11 kerusi PAS bertanding, beberapa kerusi hilang deposit. Namun tidak ada pun kerusi yang PAS tak dapat walau satu undi pun, ertinya tetap ada orang yang ngundi PAS, walaupun baru kali pertama bertanding di beberapa kerusi. Maknanya PAS dah mula bertakung walaupun setitis demi setitis. Bagi PAS itu adalah wadi yang bakal menjadi sungai, itu sifatnya dakwah.
Dakwah itu ada prinsip, prinsip itu mesti dipertahankan, kalau hilang prinsip maka dasar itu tidak berguna, apa guna ada dasar kalau tidak pertahankan prinsipnya, dakwah itu antaranya ialah berperinsip untuk pertahankan dasarnya walaupun kalau kawan-kawan kita tak suka dengan dasar dan prinsip kita, biar orang tak suka dengan prinsip kita jangan sampai orang bertepuk kesukaan kerana telah berjaya gadaikan prinsip kita.
Prinsip dakwah wajib dipertahankan, walaupun lambat hasilnya, PAS pun tahu bukan senang nak tembusi pepejalan masyarakat yang jauh dengan ilmu dan masih dibelenggu dengan ketakutan dan kemiskinan, orang tak berilmu tak boleh buat pertimbangan, orang ketakutan tak berani nak buat perubahan, orang miskin bimbang kehilangan apa yang ada, bukan senang nak ubati penyakit ini, tapi dakwah tetap wajib meskipun entah bila agaknya mereka akan menerima kita, jadilah seperti air, menitis lembut dan tenang namun akhirnya melekukkan batu yang pejal. – HARAKAHDAILY 10/5/2016 Sumber HD - 10-5-2016
Himpunan Infiru peringkat Negeri Pahang
Posted on Sunday, May 08 @ 17:07:58 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
KERDAU, 8 Mei 2016: Sedang berlangsung Himpunan Infiru peringkat Negeri Pahang bertempat di Kompleks PAS Pahang Kerdau.
Sumber TKO - 8-5-2016
Ahli PAS Pahang diseru hadiri Infiru 4K esok
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Himpunan 4,000 tenaga Jentera Pilihan Raya PAS Pahang pada program Infiru 4K di Kompleks Al-Makmur esok (Ahad), adalah bertujuan ingin menyatakan kesiapsiagaan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 14.
Pengarah program Hasenan Harun berkata, melalui himpunan ini Jabatan pilihan raya (JPrN) PAS Pahang ingin menyatakan komitmen PAS untuk mempertahankan kerusi N.15 Dun Tanjung Lumpur, N.12 Beserah di samping akan mengembalikan kerusi N.32 Kuala Semantan yang telah dilarikan oleh parti serpihan.
Tambahnya, jentera yang hadir mewakili semua daerah mengundi yang PAS bertanding dan dengan itu pihaknya telah mengenal pasti beberapa lagi kerusi yang berpotensi untuk dimenangi.
“Kehadiran Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali, akan menyemarakkan lagi Himpunan Infiru 4K ini,” katanya.
Menurut Hasenan, majlis perasmian oleh Tuan Guru Presiden akan bermula jam 10 pagi diikuti ikrar jentera juga melibatkan Unit Amal, ARC, Briged Muslimat dan Kelab Veteran PAS.
Manakala pada sebelah petangnya akan berlangsung forum Politik Matang & Sejahtera melbatkan panel Ustaz Nasrudin Hassan dan Dr Muhamad Zuhdi Marzuki.
“Kemuncaknya pada sebelah malam ialah ceramah perdana melibatkan Tuan Guru Presiden, timbalannya, ketua penerangan dan Pengerusi DHPP Balasubramaniam.
“Dengan itu kita menyeru semua ahli dan penyokong PAS hadir untuk memberi suntikan semangat kepada himpunan jentera pilihan raya yang akan bergerak dan bekerja mulai sekarang hingga PRU 14 yang dijangkakan dalam tempoh setahun lebih sahaja daripada sekarang,” katanya. - HARAKAHDAILY 7/5/2016 Sumber HD - 7-5-2016
Kapal dagang British 'muncul' di Sungai Pahang
Posted on Wednesday, May 04 @ 22:19:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
PEKAN: Kapal dagang lama dipercayai milik British yang karam sekitar tahun 1815 di Sungai Pahang, dekat Kampung Tanjung, di sini, timbul di permukaan sungai itu berikutan paras air yang cetek.
Ketua Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, bangkai kapal itu mula disedari penduduk kampung kira-kira dua bulan lalu ketika mencari etak di kawasan sungai berkenaan.
"Ada penduduk yang nampak tiang dipercayai tempat layar kapal itu dan cerita mengenainya tersebar dalam kalangan penduduk kampung sekitar.
"Kawasan ini menjadi perhatian penduduk sejak paras air yang cetek dan penemuan bangkai kapal ini juga menjadikan kawasan sepanjang sungai ini perhatian orang dari kampung berdekatan," katanya.
Sumber TKO - 4-5-2016
Adakah Umno sudah baik, tanya Nik Abduh
BASIRON ABDUL WAHAB | .
TEMERLOH: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mengingatkan aktivis pemuda supaya memahami perubahan strategi politik yang sedang berlaku kepada PAS mahupun Umno dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS Pahang ke-34 di Darul Amin, Sungai Gau, kelmarin, beliau berkata Umno telah mengubah strategi politiknya. Hadir sama ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar.
Katanya, PAS juga sudah mengubah strategi dan pendekatan politik untuk berhadapan dengan Umno sesuai dengan perubahan iklim politik negara.
“Kalau dulu, Umno lawan kita, kita lawan Umno dengan keras juga. Adakah apabila Umno buat baik, kita nak pukul Umno? Tapi adakah Umno sudah baik?
"Kalau kita sepak Umno dalam keadaan Umno buat balik dengan kita, persepsi masyarakat terhadap PAS akan menjadi negatif. PAS digambarkan sebagai jahat, ini akan menghilangkan sokongan rakyat kepada PAS," ujarnya.
Justeru itu, kata beliau PAS memperkenalkan strategi 'Politik Matang dan Sejahtera'.
"Kita bertanding dalam pilihan raya di kawasan majoriti umat Islam, kawasan Felda dan sebagainya.
"Kawasan sama juga turut ditandingi oleh Umno, kena layan Umno, Umno nak buat baik dengan kita terima, jika DAP nak buat baik, saya percaya Tuan Guru Presiden pun akan jumpa DAP,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Beliau berkata, Umno memang ingin ‘berUG’ kerana Umno tahu mereka dalam keadaan lemah.
"Kita masuk gelanggang Umno, tapi bukan untuk 'berUG' tetapi untuk menyampaikan pandangan PAS kepada rakyat," ujarnya lagi.
“Kalau dahulu (Umno) menakutkan rakyat dengan ketakutan dan kelaparan, ditarik subsidi dan sebagainya, hari ini rakyat mendengar sendiri dari pimpinan PAS, kenal PAS bukannya mengenali PAS dari pemimpin Umno,” katanya. - HARAKAHDAILY 3/5/2016 Sumber HD - 3-5-2016
Kalau mati masa ni, mak tak runsing
USTAZ ROSLI ABD JABAR | .
13 April 1966 - 13 april 2016, Meniti jambatan usia bersama kebingitan suara mak.
Membesar dengan situasi kemiskinan dan sebagai anak yatim seusia 4 tahun. Namun bahagia dalam pelukan dan didikan ibuku yang miskin harta tetapi kaya dengan kasih sayangnya.
Masa berlalu tanpa cita-cita, mengikut arus masa, mungkin masa itu tiada yang menyalur dan menghulur di hati untuk genggam cita-cita kecuali dari seorang ibu yang mahunya hanya anaknya menjadi soleh.
Ingat lagi pesan Mak, "Mak tak kisah anak mak kerja apapun, asalkan halal, yang penting anak mak tak tinggal sembahyang, pandai baca al-Qur'an dan berdoa untuk ayah dalam kubur dan untuk mak bila mati.
Cita-cita begitu tiada value ekonomi, tapi itulah cita-cita mak saya, seorang ibu miskin yang sedaya upaya membesar saya dan adik-beradik, ketika meninggalnya ayah semuanya masih bersekolah dan kecil-kecil lagi.
Tak pernah jemu kejutkan saya untuk solat dan nasihatkan saya supaya jangan tinggal solat, tapi masa remaja, nasihat itu bingit bunyinya, selalunya saya menutup telinga. Tapi yang bingit itulah juga siang malam dilagukannya.
Tapi akhirnya yang bingit itulah juga yang meresap dijiwa, suara bingit itu akhirnya mampu mengalahkan semua suara-suara lain. Yang bingit itu rupanya menjadikan saya mengangkat kaki menjauhi kebingitan itu.
Dengan iringan kebingitan itu saya mencari tempat untuk memenuhi cita-cita mak supaya jadi anak yang soleh. Mungkin tidak sesempurna harapan mak, tapi cukuplah untuk dia tersenyum memandang saya, tak lah seperti saya yang dulu, hanya menyebabkan panadol dikedai berhampiran semakin laku.
Kini tiada lagi suara bingit, tiada lagi sebab untuk dia membingitkan saya, dia pun dah semakin lemah, suaranya sangat perlahan, lusuh tubuhnya.
Saya bagitau dia "Hari ini hari jadi saya ke-50",
"Alhamdulillah awak hidup lagi," katanya.
"Mak suka saya mati ke?” tanya saya.
"Kalau awak mati masa ni, mak tak runsing sangat, tapi kalau awak mati masa belasan tahun dulu", mmmmm sambil dia geleng kepala. Saya senyum jer, tahu sangat dah jawapan dia.
Sekarang saya faham rupanya cita-cita dia lebih hebat dan jauh ke hadapan, dia faham bahawa 'dunia akan mengiringi akhirat, tetapi akhirat tidak mengiringi dunia', bingitannya suruh saya mencari akhirat supaya saya juga akan memiliki dunia.
Umur saya dah 50 tahun, cita-cita mak nak tengok saya solat, solat, solat, Insya-Allah saya kerjakan, terserahlah pada Allah SWT untuk menilainya,saya lakukan dengan kadar mampu dan kadar ilmu sedikit ini.
Cita-cita saya sahaja belum tercapai iaitu:
1. Nak mati syahid
2. Nak tengok hukum Allah tertegak di Malaysia.
3. Nak tengok Ma'had Tahfiz Darul Fikri menjadi sekurang-kurangnya sebuah kolej universiti.
Yang akhirnya moga semua cita-cita saya tercapai walaupun usia kehidupan dah tak panjang.
Kini saya pula yang membingitkan telinga anak-anak, padan muka dia, biar dia rasa apa yang aku rasakan. "Pedih tapi bahagia". – HARAKAHDAILY 13/4/2016 Sumber HD - 13-4-2016
Jadi kuat apabila di posisi yang betul
IZWAN ABDUL HALIM | .
TUNTUTAN menunaikan amal ibadah dan perjuangan itu mesti diselaraskan dengan membina fikrah hamba yakni bergantung hanya semata-mata kepada Allah. Hakikat hamba itu, ia tidak mensyirikkan Allah baik pada iktiqad akidah, mahupun pegangan tasawuf dan amal ibadah.
Dari kehambaan yang murni itulah nanti akan menjelmakan ibadah dan perjuangan tulus ikhlas. Akan lahir objektif jihad sebenar dan akan terlaksana sistem ekonomi, politik dan pentadbiran yang tidak syirik, hingga ia benar-benar mensucikan Allah dan menjadi tauhid.
Demikian intipati syarahan haraki oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik dari kitab Hikam karangan Ibnu Ata’illah as-Sakandari.
Menurutnya, termasuk mensucikan iktiqad dan fikrah sebagai hamba itu adalah dengan tidak bersandarkan kepada amal ibadah dilakukan.
Kerana jelasnya, amal itu adalah makhluk, sedang hamba wajib bersandar langsung kepada Allah di mana hamba beramal kerana menunaikan tanggung jawab terhadap perintah Allah dan melaksanakan amal sebagai tanda atau lambang ubudiyah.
Adapun syurga itu terang beliau, hanya diperoleh atas rahmat daripada Allah, bukan kerana amal oleh hamba.
“Kalaulah ibadah itu menjadi syarat untuk masuk syurga, anak yang mati kecil, masuk syurga tak? Hadis Nabi kata masuk syurga, mereka menunggu ibu bapa di syurga, termasuk anak-anak orang kafir yang belum baligh.
“Dah tu, kalau anak umur kecil itu, apa amalan dia? Solat pun tak tahu, bersuci pun tidak, apa pun tidak. Tetapi mengapa masuk syurga? Menunjukkan syurga bukan kerana amal. Syurga itu adalah merupakan ketetapan rahmat daripada Allah,” ujarnya.
Dalam contoh lain dikemukakan beliau adalah kisah warga emas yang kafir, kemudian ia melafazkan syahadah pada Asarnya dan belum pun sempat Maghrib, muallaf itu meninggal dunia kerana kemalangan.
Maka menurutnya, sudah tentu muallaf itu tidak sempat beramal, tetapi layak untuknya syurga, sekali gus menunjukkan amalan tidak menjadi sandaran untuk mendapat syurga Allah.
Hakikatnya terang beliau, hamba dianugerahkan syurga hanyalah semata-mata kerana rahmat Allah, berbanding nilaian amal belum melayakkan untuk mendapatkan syurga.
Ujar Ustaz Mokhtar, kuantiti dan kualiti amalan hamba terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan kehebatan syurga.
“Macam kitalah, duduk rumah PPRT, lepas itu pergi tengok Ekspo Perumahan, semua rumah harga RM2 juta ke atas. Padan tak? Kita sendiri duduk rumah PPRT, terima BR1M, tiba-tiba nak pergi tengok, nak beli rumah RM2 juta ke atas, boleh tak? Maka begitu amalan,” misalan dikemukakannya.
Kata Ketua Ulama PAS Negeri Pahang itu, amalan hamba penuh dengan kekurangan dan kecacatan yang tidak setanding untuk nilaian mendapatkan syurga.
Termasuk Rasulullah SAW sendiri jelasnya, walaupun diimani sebagai paling banyak, kuat, ikhlas dan tulus beramal di kalangan umat dan para Nabi, namun mengakui bahawa Baginda dijamin syurga kerana rahmat Allah.
Oleh itu pimpinnya, manusia selaku hamba tidak bersandar kepada amal, sebaliknya bersungguh-sungguh melakukan amal sebagai tanda ubudiyah kepada Allah dan sentiasa memohon rahmat dari-Nya.
Tinggikan Ubudiyah
Seru beliau, hamba juga perlu meninggikan ubudiyahnya sebagaimana qudwah ditunjukkan Baginda Rasulullah SAW yang kuat mendirikan solat malam hingga terlihat bengkak pada kakinya oleh Saiyidatina Aisyah r.a.
Tatkala dipersoal Aisyah bahawa Baginda dijamin syurga dan maksum yakni terpelihara dosa dahulu, kini dan akan datang, namun dijawab Baginda bahawa amalannya itu sebagai hamba yang bersyukur.
Maka, fikrah seperti inilah perlu dibina hamba dalam kehidupan dan perjuangan dengan memaknai tanda ubudiyahnya kepada Allah.
“Apatah lagi janji dunia. Maknanya, perjuangan kita ini bukan setakat Putrajaya, kuasa, pangkat atau menang, tetapi perjuangan kita ini tanda ubudiyah kepada Allah. Menang atau kalah, berjaya atau gagal, kami tidak kisah ya Allah. Sampai atau tidak kaki ke Putrajaya, kami tidak kisah ya Allah.
“Yang kisahnya apa? Kisahnya kita nak membuktikan ubudiyah kita kepada Allah. Ini perkara yang perlu disucikan pada ibadah, perjuangan dan jihad kita. Bila nak menang? Itu jangan Tanya. Itu bukan soal kita, jangan masuk ‘kerja’ Allah,” syarahnya.
Jelas beliau, Allah telah meletakkan sempadan hamba dengan-Nya sebagaimana contoh pada firman ayat 60 surah Ghafir iaitu peranan hamba hanya berdoa, berikhtiar dan bersandar kepada-Nya, sedangkan yang akan mengabulkannya adalah Allah.
Menurutnya, apabila manusia melanggar sempadan hamba yakni berfikir dan mempersoal urusan Allah, maka cenderung menderhaka dan melakukan perkara diharamkan Allah.
Kerana itulah tegasnya, dalam beribadah dan berjuang perlulah istiqamah dijalur sebagai hamba dengan terus menerus mengabdikan diri kepada Allah dan tidak mengubah haluan atau terbabas di lorong yang melencong, termasuk menjadi syirik atau menyembah amalan diri sendiri.
Jelas Ustaz Mokhtar, peranan hamba hanyalah melaksanakan ikhtiar, sementara Allah dengan iradah-Nya menunaikan atau tidak ikhtiar hamba itu.
Berada Di Posisi Sebenar
Lanjutnya, hamba mesti berada dalam ruang lingkup ditetapkan ke atasnya dan posisi hamba itu bukanlah satu kelemahan atas manusia.
Hakikat kuat atau lemah manusia itu terangnya, terletak pada tempat atau kedudukan ia diposisikan.
Contohnya ujar beliau, wanita dilihat lemah, tetapi sekiranya diserahkan tugas memasak, tentunya dilihat hebat.
“Sebab duduk di posisi dia. Tapi cuba serah kepada dia tugas memandu lori balak, lemah tak dia? Memang lemah, sebab bukan tempat dia. Maka begitu juga orang kuat. Ambil juara gusti dunia; badan besar, gagah, lantik dia suruh jadi penjaga gol bola sepak, boleh tak?
“Walaupun dia kuat, tapi bukan posisi. Jadi, soalnya sekarang, manusia ini, bukan soal lemah ataupun kuat, tetapi soal di mana posisi dia berada. Maka begitulah kita. Soalnya, di mana kita letak diri kita sebagai hamba?
“Sebagai hamba, dalam ruang lingkup seorang hamba, maka kita hebat. Itulah sifat kemuliaan, manusia mulia,” jelasnya.
Jika sebaliknya, tegas beliau, manusia akan dilihat hina misalnya ulama yang berada di luar posisinya, walaupun menghafal dan mengajar banyak kitab, tetapi menyertai kumpulan penentang Islam, pasti dilihat hina.
Penting juga serunya, dalam konteks organisasi untuk meletakkan setiap individu pada posisinya agar ia dapat melaksanakan tugas secara kuat dan hebat selari kebolehannya, kerana jika sebaliknya akan menyebabkan berlakulah kelemahan.
Bimbingan Yang Benar
Ustaz Mokhtar turut membetulkan salah faham bahawa tasawuf itu adalah dengan berserah harap semata-mata tanpa melakukan sesuatu, sedangkan ruang hamba adalah ikhtiar.
“Bukan senang, kalau tak dibantu oleh para alim ulama dalam bidang tasawuf yang sudah melalui jalan-jalan menyucikan diri, kita tak tahu bahawa di sana kadang-kadang kita masih berbaur dengan kesyirikan kepada Allah dalam fikrah dan tanggapan.
“Apabila kita masih berbaur dengan perkara-perkara syirik, sebab itulah membawa sifat tadi, di dalam kerja kuat kita, dalam ibadat, solat, puasa, jihad, dalam perjuangan dan berorganisasi. Menyebabkan kita tidak tahu apakah objektif kita yang sebenar. Maka itu diletakkan di sana, sucikan Allah sebagai matlamat kita.
“Jadi kita ini, buat amal ibadah berjuang kerana apa? Sebagai orang awam tak apalah, kerana nak syurga, tapi kemuncak kita beribadah, berjuang ini “lillahi taala”. Dah Allah suruh, bukan soal apa Allah suruh.
“Apabila Allah suruh, kena buat, walaupun kita tak faham. Apabila Allah suruh berjuang, kena berjuang walaupun tak tahu bila nak menang,” nasihatnya lagi.
Atas keterbatasan itu katanya, maka manusia sebagai hamba wajib menunaikan perintah itu dengan mengikuti jalan syariat-Nya.
Memetik ayat 105 surah al-Anbiya’, beliau menjelaskan bahawa Allah telah meletakkan syarat kemenangan itu adalah dengan menyediakan diri sebagai hamba yang soleh, termasuk juga mensolehkan jamaah, jalan dakwah dan uslub digunakan.
Tegasnya, jangan sekali-kali terjebak dengan kegopohan untuk menang hingga menolak halal haram atau mengambil sistem demokrasi liberal, sekular dan seumpamanya, kerana pasti akhirnya menemui kegagalan.
“Jadi sebab itu, jangan kisah soal manusia, belum tentu ramainya manusia suka, maka kita bahagia, tidak. Belum tentu ramainya manusia benci, maka kita derita, tidak. Yang penting, kita berada atas jalan Allah, itu sahaja. Sebab apa?
“Apabila kita duduk atas jalan Allah, orang yang benci itu pun boleh Allah paut hati dia jadi kasih kepada kita. Kalau kita tak duduk atas jalan Allah, orang yang sayang itu pun Allah boleh pusing hati dia benci pada kita.
“Nak yakin begitu payah dalam perjuangan. Yakin kepada benda ghaib, yang kita tak nampak. Yang kita baca dengan akal saja setiap masa. Tapi kena keluar sedikit daripada kotak akal melihat kehidupan dan perjuangan daripada dimensi tauhid dan takwa kepada Allah,” ujarnya mengajak perkara itu diasuh dalam diri.
Beliau menancapkan keimanan dengan seruan untuk menolong agama Allah dengan meyakini amal dan perjuangan itu pasti mendapat pertolongan Allah. – HARAKAHDAILY 31/3/2016 Sumber HD - 31-3-2016
PJ, TPJ ziarah bekas pemain kebangsaan yang lumpuh Posted on Wednesday, March 30 @ 20:00:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUANTAN: Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar bersama timbalannya Hj Andansura Rabu, meluangkan masa mengunjungi bekas pemain kebangsaan dan Pahang, Muhammad Asyraf Anbalagan Abdullah, 49 di kediamannya di Lorong Bukit Setongkol Jaya, 27, di sini, kelmarin.
Bekas penyerang aktif itu, diserang angin ahmar ketika memandu kereta pada Januari tahun lalu menyebabkan pemain kelahiran Jerantut itu lumpuh separuh badan pada peringkat awal selain hilang pertuturan.
Menurut isterinya Hamli Razana Hamzah, 46, keadaan suami mula menunjukkan perkembangan positif namun tangan kanannya suaminya belum berfungsi, tetapi boleh berdiri menggunakan tongkat selepas menjalani fisioterapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan tiga kali sebulan selain pernah mendapatkan rawatan di Universiti Islam Antarabangsa.
Pasangan tersebut memiliki dua anak, Nadia Suhaila, 20, dan Muhammad Syamir, 14, masing-masing masih menuntut di Universiti Malaysia Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Putih, di sini.
Asyraf semasa zaman kegemilangannya terkenal dengan aksi gelecek dan antara pemain skuad emas negara terutama ketika membantu Malaysia merangkul pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 selain pernah beraksi menentang kelab terkenal Liga Inggeris, Everton dalam aksi perlawanan persahabatan.
Beliau juga pernah bergandingan bersama bintang dan bekas pengendali Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Yunus Aliff, Fandi Ahmad, V Sundramorty dan penyerang Thailand, Ronnchai Sayomchai dan Piya Pong Peun dalam skuad Pahang (1985-1992) dan kali terakhir menyarung jersi Negeri Sembilan pada 1993 sebelum bersara setahun kemudian.
Sumber TKO - 30-3-2016
Bauksit: PAS Pahang junjung kasih titah Tengku Mahkota
ANDANSURA RABU | .
PAS Pahang menjunjung kasih di atas titah KDYTM Tengku Mahkota yang mahukan isu bauksit di Pahang diselesaikan dengan baik dan mewujudkan suasana menang menang kepada semua pihak.
PAS Pahang telah lama mendesak pihak kerajaan supaya mencari satu kaedah yang baik serta berkesan bagi mengatasi masalah yang timbul akibat aktiviti perlombongan bauksit ini.
Namun pihak kerajaan gagal untuk bertindak segera sehingga masalah pencemaran sungai dan laut timbul dan tidak dapat untuk disembunyikan lagi barulah satu moratorium dilaksanakan.
Malangnya sepanjang tempoh moratorium ini berjalan bermula dari 15 Januari yang lalu, tidak ada sebarang pengumuman yang dibuat baik oleh kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan tentang apakah yang bakal dilakukan selepas tempoh moratorium ini tamat pada 14 April nanti.
Kebimbangan kami adalah sekiranya tidak ada langkah-langkah yang berkesan diambil dan dikuatkuasakan, segala masalah yang telah lalu akan berulang termasuklah perlombongan haram akan berleluasa semula.
Oleh itu, sekali lagi PAS Pahang menjunjung kasih ke atas keprihatinan KDYTM Tengku Mahkota Pahang di atas perkara ini serta mendesak pihak kerajaan supaya melanjutkan tempoh moratorium ini sehingga semua perkara berkaitan dengan aktiviti perlombongan bauksit ini benar-benar terjamin selamat dan tidak mengganggu keselesaan rakyat. - HARAKAHDAILY 29/3/2016 Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Pahang yang juga Adun Beserah. Sumber HD - 29-3-2016
Kisah pemandu lori 3 tan jaga mertua
USTAZ ROSLI ABD JABAR | .
SAYA ke rumahnya waktu dia bekerja, isterinya ada dirumah, "saya dah lama berhenti kerja", kata isterinya. Jaga Mak dan adik. Maknya terlantar strok 4 tahun lalu, adik perempuannya sakit mental selepas demam panas ketika usianya 4 tahun.
Anaknya 5 orang, 3 orang telah pun bersekolah, rumahnya agak sempit, namun agak tersusun rapi.
"Saya bersyukur sangat-sangat dapat suami yang bertimbang rasa, dulu adik saya bersama mak tinggal diKampung, setelah dia sakit saya minta izin bawa kerumah, Alhamdulillah suami saya izinkan".
"Pagi-pagi sebelum kerja, suami sayalah yang mengangkat mak ke bilik air, saya mandikan, lepas tu angkat semula ke katil, dah siap uruskan mak barulah dia pergi kerja, petang nanti dia juga yang uruskan mak, barulah dia ke masjid", ceritanya kepada saya.
"Pintu rumah ni sentiasa berkunci, kalau tak adik akan keluar merayau".
Suaminya bukanlah seorang berjawatan, kerja biasa je, pandu lori 3 tan, sewa pengangkutan, pendapatan sekadarnya sahaja, tapi dia taatkan Allah, sentiasa ke Masjid dan sering membantu kerja-kerja parti, cuma sejak mak mertua dan adik iparnya yang sakit tinggal di rumah dia sukar untuk hadir ke program PAS yang agak jauh dan terpaksa bermalam.
Bukan mudah untuk seorang suami untuk menanggung beban menjaga ibu mertua dan adik yang sakit. Sebab tu isterinya agak sebak apabila ceritakan kebaikannya "tak pernah dia berkasar, saya pula yang kadang-kadang mengeluh, tapi suami selalu nasihat agar jangan mengeluh agar penat lelah kita jaga mak dan adik dapat pahala." Cerita isterinya.
"Pernah dia marah kat saya, bila saya lambat sikit suapkan susu untuk mak dan tidak menukar pakaian adik saya". Begitu dia mengambil berat terhadap mak saya. "Duit kalau hilang boleh cari lagi, tapi mak kalau dah hilang nanti, takkan boleh diganti," begitulah kata suaminya kepadanya.
Suaminya jenis tak banyak bercakap tapi sering tersenyum, kalau kereta saya berselisih dengan lori 3 tannya sering dia bunyikan hon 3 kali, kod dia lah tu.
"Kalau isteri saya derhaka pada mak dia, saya juga yang berdosa", begitulah katanya bila saya memuji kebaikan dia.
Kekadang isterinya mengeluh juga sebab keluarganya tak seperti dulu, kalau dulu sering juga hujung-hujung bulan bawa keluarga berjalan-jalan, berkelah dan sebagainya, tapi sejak mak mertua dan adiknya yang kini berusia 28 tahun tinggal di rumah, semua kegembiraan itu terpaksa dikorbankan. Itulah yang menyebabkan isterinya kadang-kadang mengeluh. Tapi dialah yang tenangkan dan memujuk isterinya agar sabar dan redha dengan ujian Allah.
"Ustaz pernah ngajar dulu, saya ingat lagi, Ustaz kata, kalau kita kawin, bukan sahaja kita ambil apa yang seronok ketika bersama isteri, tapi kita juga kena ambil apa jua kesusahan dia," katanya ketika kami bersembang selepas kuliah. Saya mampu senyum je, betul itu ucapan saya, tapi saya tidak mengalami situasi seperti dia, tak tahulah, cuma saya berdoa, jika berlaku seperti dia, biarlah saya sekuat dan sebaik dia.
Kopiah hijau kat atas kepalanya macam melekat dengan gam, tak rajin cabut. Dari dulu sampai sekarang, itulah identitinya. T-shirt dia sokmo ada logo bulan, jarang-jarang baju lain kecuali pergi masjid, itupun kuliah maghrib kat tempat dia baru ni, dia pakai baju "Istiqamah Hingga Kemenangan", siap ada gambar TGHH lagi.
"Insya-Allah Ustaz, doakan saya moga sentiasa sabar dan istiqamah sebab mak mertua dan adik saya tu, kalau ikut adat, memang tak ada harapan sembuh, tak tahulah berapa lama lagi saya mesti menjaganya. Kalau boleh biarlah saya jaga sampai akhir hayatnya. Moga saya dan Isteri tak jadi derhaka, hidup di dunia ni dah lah tak senang macam orang lain, bimbang nanti azab pulak kat neraka," katanya.
"Insya-Allah" kata saya. Apa yang saya boleh katakan dia mungkin insan "satu dalam sejuta". Sabar, tabah, taat, lubuk hatinya dipenuhi oleh Allah dengan kasih sayang dan ihsan walaupun dia bukan seorang Ustaz apatah lagi seorang Ulama.
Namun dia seorang pemandu lori yang mampu memandu isteri dan keluarga ke jalan yang diredhai oleh Allah. – HARAKAHDAILY 23/3/2016 Sumber HD - 23-3-2016
Kisah banduan, akhirnya istiqamah
USTAZ ROSLI ABD JABAR | .
DAH lama sangat tak mencoret, hari ni saya belanja sebuah coretan.
Jumpa seorang jamaah masjid, selepas kuliah bersembang seketika dengannya, dia ajk masjid. Kami bersembang agak panjang, walaupun baru tu je kenal, seperti dia tak puas-puas nak bercerita tentang dirinya.
Oleh sebab saya ada program lain, dia ajak saya berjumpa minum pagi keesokannya. Saya memenuhi permintaannya, lelaki seusia saya, namun dia nampak lebih tua mungkin kerana cara pemakaiannya dan jambangnya yang agak terbiar.
"Ustaz boleh tulis kisah saya ni", katanya, saya kata, saya dah lama tak menulis, agak sibuk dan tak sempat nak menulis walaupun banyak kisah-kisah manusia di sekeliling saya yang boleh saya tulis untuk ambil pengajaran, namun bila dengar ceritanya saya gagahi untuk coretkan sedikit kisahnya untuk dijadikan iktibar kita bersama.
Dia anak lelaki tunggal, ayahnya hanya kerja kampung dan dah meninggal. Dia anak yang liar dan sering memeningkan kepala ayah dan ibunya. Masa umur 14 tahun dia dah mula mencuri, umur 16 tahun dia dah berhenti sekolah, ayah dan maknya dah tak larat nak memujuk dia untuk bersekolah.
Ayahnya seorang yang sangat lembut dan tak pernah putus asa menasihatinya. Pelbagai usaha dilakukan oleh ayahnya supaya dia jadi anak yang baik. Ayahnya sanggup lakukan apa sahaja untuknya. Dia mula sebak bila bercerita kisah ayahnya yang sangat baik.
Dia pernah tipu ayahnya, nakkan modal konon nak berniaga, ayahnya berusaha untuk dapatkan 2 ribu ringgit, kumpul dan sanggup berhutang, tapi dia guna buat berjudi, tapi ayahnya tetap berlembut dan menasihati dia. Bukan sekali dua tapi banyak kali dia perdaya ayahnya untuk dapatkan duit, namun ayahnya tetap juga tidak membencinya, "kalau marah pun seminggu jer Ustaz, pastu dia pujuk saya semula".
"Dua kali saya masuk penjara, saya mencuri dan pecah kedai orang", katanya. Kesalahan pertama dia dipenjara 3 tahun dan kedua 5 tahun. Dua kakaknya pun tak larat nak menasihati dia, maknya pun dah tak mampu berkata apa-apa lagi. Namun ayahnya tak pernah putus asa berusaha agar dia berubah.
Ayah jual kebun untuk jamin dia ketika dilokap kali pertama, tiada lagi harta ayah, kebun tiada geran berapa sen lah sangat dapatnya. Dia dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun. Hampir setiap bulan ayahnya datang ziarah dia dipenjara, bawa makanan.
"Bila hari raya dia dan mak serta kakak datang seawal pagi sambut raya bersama saya dipenjara".
Dipenjarakan kali kedua selang dua tahun selepas bebas dari penjara kali pertama. "Masa ikat jamin saya kali kedua, saya tak tahu ayah ambil duit dari mana". Masa dia dipenjara, ayahnya masih jugak seperti dulu tetap datang walaupun kali kedua dipenjara agak jauh dari tempat tinggalnya memerlukan 4 jam perjalanan.
Ayah tetap datang dengan bas, kadang-kadang berdua dengan mak, tapi biasanya dia seorang kerana jimatkan kos tambang bas, tapi makanan masakan ibunya tetap ada. Setahun sebelum keluar dari penjara, ayahnya meninggal "masa tu usia saya 35 tahun, ayah pula dah 60-an", katanya. Ayahnya mengidap strok otak.
Bila ayahnya meninggal, tiada lagi sesiapa datang menziarahinya, maknya tak pandai dan takut nak naik bas seorang diri, kakak-kakaknya dah bersuami, agak sukar untuk datang, dalam tempoh setahun tu hanya sekali sahaja seorang kakaknya datang, itupun hari raya, "saya tak salahkan mereka, sebab mereka pun orang susah juga".
"Mereka susahpun kerana saya, walaupun kakaknya pintar juga di sekolah, tapi keewangan sangat terhad, duit ayah habis kerana menampung kejahatan saya, kakak menjadi korban, tak dapat belajar", ceritanya. Hatinya mula terasa penyesalan bila ayahnya meninggal, apatah lagi bila tiada lagi orang datang menziarahinya, dia mula rasa bahawa tiada orang yang menyayanginya kecuali ayahnya.
"Lebih kurang sebulan sebelum keluar, saya rasa sebak sangat dan tak sabar nak balik, nak tengok basikal ayah, katil ayah, topi yang selalu ayah pakai dan semua yang selalu ayah guna, entah macamana perasaan saya begitu, saya rasa menyesal sangat hingga saya menangis je bila teringatkan ayah. Dia keluar penjara disambut oleh mak dan seorang kakaknya.
"Mak saya macam putus asa dengan saya, apa yang saya cakap, macam dia tak endah, saya tak salahkan dia, hati ibu mana yang tak kecewa, tapi tak kecil hati sebab semuanya salah saya". Dia nekad untuk berubah, dia kerja kontrak dan berkebun sikit-sikit untuk mencari pendapatan menampung diri dan ibunya.
Selepas dua tahun perubahannya barulah kelihatan maknya yakin dengannya dan mula bersikap seperti ayahnya yang sentiasa menasihatinya, dia nekad mengumpul duit untuk menunaikan umrah bersama ibunya. Di usianya 40 tahun hajatnya tercapai untuk menunaikan Umrah bersama ibunya, tidak dapat dibayangkan betapa gembira ibunya, kerana tak menyangka anaknya yang sebegini mampu membawa ia keMekah.
"Anak saya dah 6 orang", katanya, saya tanya dia bila dia kawin, dia kata masa umur dia 42 tahun, maknanya baru lapan tahun kawin, saya hairan jugak takkan usia perkahwinan begitu dapat anak dah 6 orang, "kembar ke?, tanya saya, dia ketawa tengok saya kehairanan "tak lah Ustaz, anak segera 4 orang, anak hasil usaha sendiri ada 2 orang", katanya.
Saya ketawa bila dia kata "anak hasil usaha sendiri", hahaha, dia pun ketawa jugak. Dia berkahwin dengan seorang guru janda anak 4, sekarang ni dia dah jadi kontraktor kelas F, "Alhamdulillah rezeki Allah bagi" katanya. Maknya meninggal 2 tahun lepas, "Alhamdulillah saya sempat minta maaf dengan mak dan sempat bawa dia gi umrah, cuma saya harap ayah maafkan saya", katanya sebak.
"Tapi ada arwah mak bagi tahu, masa ayah belum kena strok dia bersembang dengan mak, ayah kata dia sayang semua anak-anaknya dan maafkan semuanya dan ayah juga pesan supaya minta maaf dengan anak-anaknya jika kesalahan dia mendidik menjadikan anak-anak jadi jahat".
"Saya harap Allah ampunkan dosa saya, banyak sangat salah saya terutama dengan ayah", katanya.
Begitulah kasih ayah, tak mungkin seorang ayah sanggup melihat anaknya menderita, walau susah macamna sekalipun dia tetap berusaha agar anak-anaknya dapat bebas dari kesusahan walaupun dia sendiri menderita. Penat lelah ayah hanya dihabiskan untuk menyara anak, sakit pening ayah adalah kerana berhempas pulas tenaganya untuk anak-anak, ayah tak bersusah payah mencari duit melainkan untuk anak-anaknya, begitulah pengorbanan seorang ayah.
Dia mula berjinak dengan aktif kesurau dan masjid sejak berkahwin, sebelum ni jarang-jarang je, banyak solat kat rumah je katanya. Isterinya sentiasa mendorong. Dia juga aktif sebagai bendahari PAS cawangan di kampungnya. Pagi tu dia pakai baju FASTAQIM, "saya nak pakai baju ni, biar Ustaz tahu bahawa saya ni istiqamah hingga kemenangan," katanya. Dia masuk PAS sebelum gi umrah lagi.
Sejak dia bergaul dengan orang PAS, dia rajin belajar dan telahpun khatam al-Qur'an, "belajar ngaji dengan Ust ................,". Saya senyum bila dia sebut nama rakan seperjuangan saya. Lama jugak kami bertenggek di kedai kopi, matanya semakin jernih, mungkin air matanya tadi telah membersihkannya.
Dia bekalkan saya udang galah, "ni bawak balik", siap dengan tong dan air batunya sekali, bolehlah bertahan untuk dua hari lagi permusafiran saya. Kami berpisah kerana saya perlu meneruskan perjalanan seawal mungkin kerana berceramah di lokasi yang agak jauh dari tempatnya, dari utara akan keselatan.
"Jalan baik-baik Ustaz."
"Insya-Allah", kata saya.
Sepanjang perjalanan saya selama hampir 13 jam, jarang-jarang perkara lain bermain di otak dan hati saya, melainkan kisahnya, seperti menonton filem yang banyak anugerahnya. Saya tak sempat membesar bersama ayah kerana menjadi anak yatim pada usia 4 tahun tapi dapat saya rasakan betapa besarnya pengorbanan seorang ayah. Dunia kita berada dalam hati seorang ayah. – HARAKAHDAILY 21/3/2016 Penulis ialah Pesuruh Jaya PAS Pahang dan Adun Tanjung Lumpur Sumber HD - 21-3-2016
Pulihkan Sungai Pahang bela nasib nelayan sungai
NASRUDIN HASSAN | .
Terdahulu saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah meluluskan peruntukan RM56 juta bagi memastikan pemulihan Sungai Semantan dan Sungai Pahang di daerah Temerloh yang mengalami perubahan struktur yang teruk terutama kesan daripada lombong pasir, banjir besar, kemarau panjang dan sebagainya.
Saya telah bangkitkan isu ini beberapa kali ke Parlimen dan kali ini kerajaan memberi maklum balas yang sangat positif untuk menangani isu hakisan Sungai Semantan dan pencemaran Sungai Pahang.
Mudah-mudahan ia bukan sahaja memberi pulangan kepada kerajaan melalui pemulihan alam sekitar tetapi juga turut membantu dan meningkatkan ekonomi nelayan sungai selepas ini.
Sungguhpun begitu, saya harap peruntukkan yang telah diluluskan tidak alami ketirisan atau salah masuk poket, sebaliknya mestilah 100 peratus dicurah ke tempat yang sewajarnya untuk memulihkan Sungai Semantan dan Sungai Pahang tersebut.
Rakyat Temerloh pastinya akan memantau agar peruntukan itu dimanfaatkan selurus mungkin tanpa sebarang lencongan apalagi penyelewengan.
Sekian lama nelayan sungai di Temerloh dan sepanjang Sungai Pahang terpaksa bergelut untuk mendapatkan hasil kehidupan sedang usaha pencarian mereka hanya di Sungai Pahang.
Saya juga mengharapkan agar kerajaan memantau segala aktiviti yang boleh merosakkan Sungai Pahang seperti hakisan tebing dan limpahan lumpur ekoran penebangan balak, perlombongan pasir di samping mengusahakan pemeliharaan tebing sungai dan tahap kedalaman sungai tersebut.
Tidak ketinggalan saya turut mengharapkan agar kerajaan menyediakan itensif buat nelayan sungai yang mengalami kerugian teruk ekoran kemarau teruk sejak 3 bulan yang lalu sehingga menjejaskan penternakan ikan patin dan tilapia di Temerloh. - HARAKAHDAILY 22/3/2016 Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh. Sumber HD - 22-3-2016
Pemuda PAS Pahang bimbang hutang negeri kepada Pusat
BASIRON WAHAB | .
KUANTAN: Pemuda PAS Pahang menyatakan kebimbangan dengan fakta yang dilaporkan dalam persidangan Dewan rakyat baru-baru ini berkaitan hutang Kerajaan Pahang.
Ketuanya Hazmi Dobok berkata, Pahang mencatatkan hutang tertinggi kepada Kerajaan Persekutuan berbanding negeri-negeri lain sebanyak RM2.9 bilion.
Menurutnya, walaupun Perdana Menteri menyatakan pinjaman tersebut bertujuan membiayai projek kemudahan asas untuk faedah rakyat dan sebagainya, tetapi ia menimbulkan persoalan tentang kebijaksanaan kerajaan Umno/BN di kepimpinan Adnan Yaakob dalam mengurus sumber kewangan negeri.
“Kebijaksanaan mengimbangi pendapatan dan pembelanjaan dan mengurus sumber hasil negeri menimbulkan boleh dipertikaiankan.
“Rakyat berhak tahu adakah hasil pendapatan negeri memang tidak mencukupi? sampai bilakah kerajaan negeri akan terus dibelenggu hutang,” soal beliau.
Katanya rakyat Pahang harus didedahkan dengan data terperinci berkenaan hutang dan mekanisme kerajaan untuk melangsaikannya agar tiada keputusan-keputusan pelik yang dibuat berkaitan kepentingan dan keutamaan rakyat terjejas disebabkan oleh hutang.
Katanya lagi, fakta berkaitan hutang ini amat mengejutkan kerana Adnan Yaakob dilihat sering mewarwarkan kompetensi kepimpinan pentadbirannya. Dengan mewarwarkan kecekapan kepimpinan pentadbirannya.
Menurut Hazmi, peringatan Nabi sallallahu‘alaihi wasallam mengenai hutang adalah jelas;
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ، فَقَالَ قَائِلٌ؛ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ مِنَ الْمَغْرَمِ، قَالَ؛ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ
maksudnya, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya; Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab; Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.” (riwayat al-Bukhari, 1/214)
“Begitulah keburukan berhutang iaitu boleh membawa kepada pembohongan dan mungkir janji, keduanya adalah sifat orang munafik, itulah yang diajar oleh Islam kepada umatnya supaya berhati-hati dalam masalah hutang,” jelas Hazmi. – HARAKAHDAILY 19/3/2016 Sumber HD - 19-3-2016
Apa kesudahan operasi bauksit?
ANDANSURA RABU | .
HARI ini telah genap dua bulan tempoh moratorium berlalu, selepas rakyat dijanjikan dengan pelbagai perkara sebagai penyelesaian untuk mempastikan tiada lagi pencemaran dan keadaan yang tidak selesa, namun sehingga hari ini, semua itu masih kekal sebagai misteri.
Apakah yang bakal dihadapi oleh penduduk selepas tempoh moratorium tamat dalam masa sebulan dari sekarang?
Sehingga kini, pihak Kementerian Alam Sekitar mahupun kerajaan negeri masih membisu tentang apa yang bakal mereka laksanakan.
Kesungguhan rakyat/penduduk bagi membantu kerajaan dengan mengemukakan pelbagai cadangan dipandang sepi. Tidak ada sebarang maklumat atau perbincangan dengan penduduk (mangsa bauksit) diadakan, sehingga penduduk mengambil inisiatif untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan dengan berjalan kaki dari Kuantan ke Parlimen sejauh 200km.
Ini membuktikan isu ini adalah isu rakyat yang perlu dipandang serius oleh kerajaan demi kesejahteraan hidup mereka.
Oleh itu, saya mencadangkan tempoh moratorium ini dilanjutkan sehingga semua perkara yang dibangkitkan dipersetujui oleh orang ramai.
Sesi penerangan dan dialog perlu diadakan supaya input-input yang baik dapat dikemukakan oleh yang terkesan dengan isu pencemaran bauksit itu.
Kaedah melombong, mengangkut dan membersih bauksit perlu ada satu piawaian serta diwujudkan badan pemantau.
Laluan lori mengangkut bauksit perlulah diasingkan daripada laluan utama pengguna jalan raya lain.
Kaedah mengawal pencemaran dan efluen perlulah juga merujuk kepada Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 termasuk mewajibkan satu kajian impak alam sekitar dibuat.
Tempat penyimpanan berpusat (centrelised stockpile) juga masih belum ditentukan. Sekiranya telah ada, perlulah diumumkan lebih awal supaya orang ramai yang akan terkesan dapat faham dan bersedia.
Selain itu langkah-langkah pencegahan pencemaran di lokasi penyimpanan juga perlu ada satu piawaian dan pemantauan agar sungai dan laut yang berhampiran tidak akan terjejas.
Rakyat masih tertanya-tanya apakah kesudahan dengan operasi bauksit? Malahan sebahagian besar warga Kuantan akan merasa lega sekiranya operasi bauksit ini dihentikan terus. - HARAKAHDAILY 16/3/2016
Penulis ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang menrangkap Pengerusi Lajnah Alam. Sumber HD - 16-3-2016
Kancil tinggal terbakar bersama lalang
Posted on Sunday, March 13 @ 20:52:56 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
MARANG - Hasrat penduduk membakar lalang bagi membersihkan kawasan di Binjai Rendah kelmarin, bertukar cemas apabila sebuah kereta jenis Perodua Kancil diletakkan berhampiran lokasi itu turut terbakar.
Insiden itu berlaku sekitar jam 2 petang dan penduduk berhampiran yang menyedari kenderaan tersebut mula terbakar bertindak menghubungi pihak bomba dan penyelamat kerana bimbang keadaan menjadi tidak terkawal.
Berikutan itu, sepasukan tujuh anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zulkifli Md Akhir dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurut Zulkifli, kebakaran dapat dikawal daripada merebak, namun kereta Perodua Kancil yang didakwa penduduk sudah lama terbiar di situ tidak berjaya diselamatkan serta terbakar kira-kira 80 peratus.
“Pemilik kereta Perodua Kancil itu juga gagal dikesan,” katanya.
Zulkifli bersama anggota bertugas meninggalkan lokasi selepas kerja memadam kebakaran selesai dan kawasan berkenaan dipastikan selamat sepenuhnya.
Sumber TKO - 13-3-2016
Pengusaha bauksit akur arahan moratorium
BERNAMA | .
KUANTAN: Tidak ada sebarang pelanggaran arahan moratorium perlombongan bauksit yang dikesan berlaku di sini sejak ia dikuatkuasakan 15 Jan lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata hasil pemantauan yang dilakukan secara bersepadu bersama beberapa agensi penguat kuasa yang lain mendapati semua pihak termasuk pemandu lori akur dengan arahan penggantungan sementara aktiviti itu.
"Kami masih meneruskan pemantauan 24 jam di sembilan pusat pemeriksaan di daerah ini dan esok (12 Mac) kami akan membuat pertukaran 90 anggota dan pegawai PGA Hulu Kinta yang bertugas di situ sebelum ini dengan anggota Batalion 4 PGA, Semenyih," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Cawangan Khas Pahang antara DCP Datuk Riduan Hashim kepada SAC Mohd Shuhaily Mohd Zain di sini hari ini.
Sembilan lokasi yang terlibat ialah Bukit Kuantan, Tanjung Pasir, Kampung Padang, Taman Dato' Rashid, Shahpadu, berhadapan Pejabat Sirim di Jalan Pintasan Kuantan, Bukit Penggorak, Sungai Ular dan Jabor.
Pusat pemeriksaan itu diwujudkan sejak 9 Jan lepas bagi memantau sebarang pergerakan lori bauksit sepanjang tempoh moratorium itu dilaksanakan selama tiga bulan sehingga 15 April. - Bernama Sumber HD - 11-3-20216
PAS gesa kerajaan selesai isu padi elak petani rugi
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
ROMPIN: Kerajaan Negeri Pahang, khususnya Exco Pertanian digesa menangani segera masalah lambakan padi di kilang Lembaga Beras Nasional (Bernas) demi mengelakkan kerugian kepada petani.
Yang Di-Pertua Pas Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad berkata, ini disebabkan hasil padi yang sudah masak tidak dapat dituai mengikut jadual kerana lambakan di satu-satunya pusat belian padi iaitu kilang tunggal Bernas di Simpang Sepayang.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang menambah, keadaan ini menyebabkan petani mengalami kerugian sekali gus merencatkan sumber pendapatan mereka.
“PAS berpendapat tindakan pihak kerajaan menarik balik semua lesen membeli padi yang diberikan kepada pengusaha kecuali dimonopoli oleh Bernas, adalah tidak wajar.
“Sepatutnya, isu yang berbangkit di antara pengusaha dan pihak Bernas ditangani dengan sebaiknya, kerana yang akan menanggung kerugian ialah pihak ketiga iaitu para petani,” katanya.
Tambahnya, petani termasuk dalam kalangan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam negara ini namun sumbangan dan peranan mereka sangat besar dalam sektor pemakananan negara lebih-lebih lagi beras adalah makanan asasi bagi penduduk negara ini.
“Tindakan memberi monopoli kepada Bernas juga menjadikan agensi tersebut penentu harga pasaran padi, selain tindakan ini menyusahkan para petani dan menyekat pendapatan pengusaha padi yang telah menjadikan ia sebagai sumber pendapatan mereka selama ini.
“Justeru, pihak berkuasa termasuk Ahli Parlimen Rompin, diseru supaya tampil menyelesaikan isu ini yang dijangka akan berulang pada musim menuai akan datang jika tidak ditangani dengan baik, agar dilihat lebih cakna dan bertanggungjawab dengan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat marhaen selama ini,” ujarnya.
Media semalam menyiarkan rungutan petani di Setajam, Endau, Merchong dan Sepayang di sini yang berhadapan kerugian kerana lambakan hasil dan padi masak yang rosak akibat tidak dituai.
Difahamkan satu-satunya kilang Bernas itu terpaksa menghadkan pembelian harian kerana masalah tempat penyimpanan yang terhad berikutan musim menuai. – HARAKAHDAILY 9/3/2016 Sumber HD - 9-3-2016
PAS Pahang pertahan status quo pembahagian kerusi
BASIRON WAHAB | .
TEMERLOH: PAS Pahang akan mempertahankan ‘Status Quo’ dalam isu pembahagian kerusi dinegeri itu.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar berkata, sehingga ini tiada lagi sebarang perbincangan antara partinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu pembahagian kerusi.
Katanya, PAS memgambil sikap mempertahankan status quo dalam soal pembahagian kerusi dengan parti itu.
“Jika ada perbincangan dengan PKR ia tidak berkait langsung dengan rakannya dalam Pakatan Harapan (PKR, DAP dan PAN). Hal ini kerana PAS tidak menjadi anggota pakatan itu,” ujarnya.
Tegasnya PAS Pahang tidak bersedia untuk menyerahkan mana-mana kerusi milikinya untuk diserahkan kepada rakan PKR dalam Pakatan Harapan.
“PAS akan menolak semua bentuk perbincangan soal pembahagian kerusi dengan PAN atau DAP kerana mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan politik dengan kita,” tegas beliau.
Menurutnya, PAS bebas bertanding disemua kerusi yang ditandingi oleh DAP dan PAN.
“Buat masa ini PAS dan PKR belum lagi berbincang soal pembahagian kerusi dan PAS ketika ini bekerja dikawasan yang ditandingi oleh PAS pada status quo yang lalu dan juga di kawasan-kawasan yang dirasakan berpotensi walaupun kerusi tersebut milik DAP dalam PRU13 lalu,” jelas beliau.
Rosli berkata kemungkinan PAS Pahang akan bertanding lebih banyak kerusi dalam PRU-14 akan datang,
“Jika dulu 21 kerusi, pada PRU yang akan datang mungkin melebihi dari jumlah itu, mungkin 25 kerusi atau lebih lagi berdasarkan potensi untuk menang,” katanya.
Katanya, pihaknya juga mengambil kira kerusi yang telah ditandingi DAP dulu, jika ia berpotensi bagi PAS menang di situ.
Ditanya adakah PAS Pahang memutuskan akan bertanding di Dun Kuala Semantan, Beliau berkata, Dun Kuala Semantan bukan milik Syed Hamid, tapi milik sesiapa sahaja.
“Mana -mana parti yang hendak bertanding termasuk PAS, KeADILan, Umno dan PAN juga bebas boleh bertanding di situ, bagi PAS kita akan pertahankan kerusi itu dan tidak kisah mana-mana parti yang akan turut bertanding di kerusi Kuala Semantan,” ujarnya.
Dalam perkembanagan lain, Rosli berpuas hati dengan persiapan PAS Temerloh, untuk mempertahankan kerusi parlimen dan Dun Kuala Semantan.
Katanya, pihak PAS Kawasan sudah melakukan apa yang sepatutnya sebagai persiapan awal ke arah pilihan raya.
“Semua Kawasan perlu bersiap sedia mulai sekarang kerana kemungkinan pilihan raya lebih awal dari sepatutnya memandangkan situasi politik yang tidak menentu sekarang iaitu pergolakan dalam Umno semakin hebat.
“Pilihan raya adalah jalan penyelesaian terbaik sebagaimana di minta oleh PAS supaya rakyat dapat memilih kerajaan baharu yang stabil dan kuat,” katanya selepas meninjau persiapan dan melancarkan Jentera pilihan raya kawasan Temerloh, Maran dan Kuala Krau, baru-baru ini.
Katanya kali ini rakyat perlu membuat pilihan sama ada mahukan perubahan (kerajaan baharu) atau terus mengekalkan kerajaan lama dengan dasar yang ‘menekan dan mmembebankan rakyat’ .
Menurutnya dalam PRU-13, Umno /BN meminta rakyat memberi mereka kuasa lagi, namun setelah diberi kuasa Umno/BN melaksanakan beberapa tindakan yang menyusahkan rakayat.
“Saya percaya Umno/BN sekali lagi merayu untuk diberi kuasa lagi dan akan memungkiri janjinya sekali lagi apabila diberi mandat berkuasa,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/3/2016 Sumber HD - 8-3-2016
Ustaz Rosli: Pantang dengar anak buah uzur
BASIRON WAHAB dan MUHAMMAD ARIF | .
PESURUHJAYA PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar, memacu PAS Pahang dengan caranya tersendiri, tegas dan istiqamah dengan perjuangan Islam.
Beliau yang dilahirkan pada 13 April 1966 di Pekan merupakan wakil rakyat bagi Dun Tanjung Lumpur dan pengerusi sekolah pondok, Maahad Tahfiz Darul Fikri.
Kebajikan dan dakwah Islam diibaratkan bagai isi dengan kuku yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Justeru, bagi Ustaz Rosli, sebagai wakil rakyat, kebajikan perlu dijaga bagi menjamin kelangsungan dakwah Islam.
Maka tidak hairanlah, bapa kepada 12 orang cahaya mata itu memberikan khidmat yang terbaik kepada ‘anak buah’ yang memerlukan bantuan dan perhatian, walaupun aliran politik bertentangan dengan kerajaan negeri.
Beliau cukup 'pantang' apabila mendengar ada rakyat dalam Dun Tanjung Lumpur mengalami keuzuran dan ditimpa kesusahan. Malah kelahiran bayi baru sekalipun turut mendapat perhatiannya.
Dalam sebulan sahaja, pihak pengurusan Pejabat Khidmat Masyarakat Dun membelanjakan kira-kira RM60,000 bagi membantu rakyat termasuk daripada bukan Islam, India dan Cina yang memerlukan bantuannya. CERITA LANJUT DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2128 EDISI ISNIN DI PASARAN Sumber HD - 5-3-2016
Bauksit: Adun Pembangkang kesal undangan ditarik balik
BASIRON WAHAB | .
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan (Adun) pembangkang kesal dengan sikap kerajaan negeri dan pusat yang tidak melibatkan mereka di dalam taklimat berkenaan langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran bauksit di pelabuhan kuantan 26 Febuari lalu.
Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, beliau mengalu-alukan lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke Kuantan namun kesal kerana tidak diundang mengikuti taklimat berkenaan.
Katanya, seharusnya semua pihak berkaitan dengan isu bauksit perlulah dilibatkan secara langsung.
“Kami (adun pembangkang) sebenarnya telah bersedia untuk mendengar apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil dalam tempoh moratorium ini.
“Kami juga telah bersedia untuk memberikan pandangan serta cadangan penambahbaikan. Malangnya selepas permohonan untuk terlibat sama dalam taklimat tersebut dibenarkan, ia ditarik semula pada saat-saat akhir. Inilah amalan yang sangat tidak telus dan sekaligus menafikan kepentingan rakyat secara keseluruhanya,” ujar beliau kecewa.
Menurutnya, pengumuman menteri memberikan sedikit kelegaan kepada orang ramai tetapi masih tidak menjawab banyak persoalan berbangkit.
Katanya antara yang dibangkitkan di manakah lokasi penyimpanan bauksit berpusat yang dicadangkan?
Andasura juga pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang mempersoalkan tentang jarak jalan khas yang diumumkan oleh menteri berkenaan dari Bukit Goh ke pelabuhan Kuantan sejauh 5km. Ini kerana jarak berkenaan tidak tepat kerana jarak sebenar dari Bukit Goh ke pelabuhan melebihi 15km.
“Kerana jarak jalan yang disebutkan oleh menteri sejauh 5km sahaja, Jadi lokasi sebenar jalan khas itu di mana,” soal beliau.
Katanya lagi, Oleh sebab pihak berkuasa tahu kewujudan pelombong haram, apa pula tindakan terhadap lombong dan pelombong haram itu.
“Jika kerajaan negeri sendiri mengakui terdapat banyak lombong haram yang menjadi alasan sukar untuk diambil tindakan, apakah jaminan kerajaan negeri selepas ini, tiada lagi lombong haram,” soalnya.
Beliau ingin tahu bagaimana pula dengan persoalan amalan perlombongan yang bakal diperkenalkan? Adakah amalan itu nanti boleh menjamin tidak akan berlaku pencemaran udara, sungai dan laut?
Oleh itu, beliau menuntut pihak kerajaan supaya mengadakan satu taklimat dan dialog berkenaan aktiviti bauksit ini kepada semua yang berkepentingan termasuk penduduk yang bakal terdedah kepada kesan dari aktiviti ini.
Antara kawasan yang terlibat dengan isu bauksit ini ini ialah Dun Beserah diwakili oleh PAS manakala Parlimen Indera Mahkota diwakili oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman (KeADILan).
Pada 26 Febuari lalu, media melaporkan Kerajaan negeri Pahang akan membina jalan khas untuk mengangkut bauksit dari Bukit Goh ke pelabuhan Kuantan bagi mengelak pencemaran udara di kawasan perumahan, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi.
Beliau berkata pembinaan jalan sepanjang lebih lima kilometer itu telah dipersetujui oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Jabatan Kerja Raya.
Katanya, usaha pembersihan sedang giat dijalankan di Pelabuhan Kuantan tetapi ada bahagian masih belum bersih kerana lori-lori membawa bauksit masih menggunakan beberapa laluan untuk masuk ke pelabuhan.
Tempoh penggantungan aktiviti melombong bauksit selama tiga bulan akan berakhir pada 15 April depan. – HARAKAHDAILY 1/3/2016 Sumber HD - 1-3-2016
PAS yakin sokongan di Felda meningkat dalam PRU14
BASIRON WAHAB | .
TEMERLOH: PAS Pahang yakin sokongan masyarakat Felda kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang meningkat berdasarkan perkembangan terkini isu-isu membabaitkan agensi berkenaan.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang, Hasenan Harun berkata secara umumnya sokongan terhadap PAS semakin meningkat dan PAS sendiri mempunyai kekuatan asas di rancangan Felda.
Katanya, cawangan-cawangan PAS ada di semua rancangan Felda khususnya di Pahang dan sokongan terutamanya dari padaanak muda semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Menurutnya, peneroka dan generasi baharu Felda (generasai kedua dan ketiga) semakin ‘meluat’ dengan beberapa tindakan agensi berkenaan yang dilihat membelakangi kepentingan masyarakat peneroka melalui tranformasi yang dibuat oleh kerajaan Umno/BN.
Antara tranformasi yang dibuat oleh kerajaan Umno/BN ialah memajak tanah Felda kepada Felda Global Venture Holding (FGVH) dan menyenaraikannya di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Aset Koperasi Permodalan Felda (KPF) dipindah kepada FGVH merugikan peneroka yang melabur dalam Koperasi tersebut.
Difahamkan undi masyarakat Felda memainkan peranan besar untuk kemenangan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum di banyak kawasan parlimen dan Dun di seluruh negara.
Di Pahang, 12 daripada 14 kawasan parlimen mempunyai penempatan Felda, manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pula 27 daripada 42 kawasan mempunyai penempatan Felda.
“Selama ini undi peneroka dianggap hak mutlak Umno/BN kerana kemasukan peneroka ke rancangan sudah ditapis dengan teliti namun kehadiran generasi baharu sudah mengubah iklim poltik peneroka, keadaan itu menjadikan kawasan Felda tidak boleh dianggap hak mutlak Umno/BN lagi,” katanya.
Dalam PRU13 lalu, tiga Dun yang dimenangi PAS di Pahang iaitu Kuala Semantan, Beserah dan Tanjung Lumpur adalah kawasan yang tidak mempunyai penempatan Felda manakala parlimen Temerloh hanya mempunyai dua penempatan Felda di Dun Lancang iaitu Felda Lakum dan Bukit Damar.
Menurut Hasenan, antara sebab mengapa peneroka menjadi pengundi tetap Umno/BN, ia berpunca daripada kejayaan gerak saraf Umno menguasai pemikiran sehingga peneroka merasa terhutang budi kepada Umno/BN yang membina penempatan Felda yang mengubah kehidupan peneroka menjadi lebih baik.
Gerak saraf Umno memainkan isu tersebut dengan jayanya sehingga peneroka merasa bersalah jika tidak mengundi Umno, jurukempen Umno mengimbau masa silam peneroka sebelum menyertai Felda, mereka yang dahulunya hidup dalam kesusahan, tiada berharta dan tanah, kononya Umnolah yang memberi peneroka kesenangan hidup sehingga sampai ke tahap kehidupan sekarang. Jasa Umno perlu dibalas dengan menyokong parti itu.
“Itulah lagu dendangan Umno sejak zaman berzaman sehingga peneroka merasa bersalah jika tidak memenangkan parti itu,” ujar Hasenan.
Dalam PRU13 lalu, kekuatan paling menonjol bagi PAS di kawasan Felda dalam negeri Pahang adalah di Felda Seroja (Jengka 18) iaitu PAS menang di lokaliti berkenaan semenjak tahun 1999 lagi.
Umno gagal mempengaruhi majoriti pengundi di Felda berkenaan, calon PAS yang bertanding disitu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus mencapai kemenangan khususnya di peti undi Felda Seroja itu.
Bagaimanapun kata Hasenan, faktor kekalahan PAS di kebanyakan rancangan Felda berpunca dari sikap pengundi atas pagar yang terpengaruh dan mempercayai janji –janji yang ditabur oleh jentera Umno.
Selain itu, harga komoditi juga mempengaruhi sokongan peneroka terhadap Umno/BN.
Justeru, harga komoditi kepala sawit dan getah biasanya akan melambung tinggi semasa pilihan raya dan harga akan merudum tidak lama selepas pilihan raya.
Bagaimanapun untuk mengatakan Umno/BN memanipulasi harga pasaran agak sukar untuk di buktikan. Namun yang pasti, kerajaan Umno/BN akan mengadakan pilihan raya umum ketika harga komoditi berada pada paras tinggi.
Satu lagi faktor ialah peranan Felda semasa pilihana raya melalui kempen secara tidak langsung ia berkesan mempengaruhi sokongan peneroka kepada Umno/BN.
Antara yang dilakukan oleh agensi berkenaan ialah semasa kempen sedang berjalan rancak Felda akan membuat pembayaran kepada peneroka (contohnya wang lebihan baja, kayu getah dan lain-lain) akan dibuat pembayaran semasa kempen pilihan raya.
Menurut Hasenan lagi, jentera pilihan PAS perlu proaktif untuk mengubah persepsi peneroka terhadap pembangkang khususnya PAS, menjelang pilihan raya akan datang.
Katanya PAS perlu menambah sokongan kepada 51 peratus undi untuk menggantikan Umno disemua kawasan yang ditandinginya, kekuatan yang ada sekarang belum membolehkan PAS menang di kawasan Felda.
“Hanya dengan perubahan minda, generasi baharu Felda sahaja yang mampu mengubah menteliti ahli Umno berubah menyokong PAS dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya.
Jelas Hasenan, pihaknya sedang memperkemaskan jentera pilihan PAS di semua kawasan Felda supaya dalam PRU14 nanti, PAS mampu mengejutkan lawan dengan memenangi lebih banyak kerusi di kawasan Felda. – HARAKAHDAILY 1/3/2016 Sumber HD - 1-3-2016
Pengusaha masih keliru SOP bauksit selepas moratorium
SITI SALWA SHAARI | .
KUANTAN: Pengusaha dan pemandu lori bauksit mengakui mereka masih keliru berkenaan prosedur operasi standard (SOP) yang bakal digunakan selepas tempoh moratorium bahan mineral itu tamat pada 15 April ini.
Mereka mendakwa masih belum menerima sebarang maklumat rasmi atau diberikan taklimat berkaitan operasi pengangkutan bauksit selepas larangan melombong dan mengeksport bauksit tamat.
Malah, penggunaan lori paka untuk operasi bauksit selepas tamat tempoh moratorium seperti dinyatakan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liong Tiong Lai baru-baru ini juga masih belum jelas.
Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Bijih Besi Pahang Datuk Seri Tengku Zulkifli Tengku Ahmad berkata beliau secara peribadi berpendapat penggunaan lori paka, jenis tertutup keseluruhan seperti yang digunakan Alam Flora Sdn Bhd itu adalah tidak begitu praktikal.
"Jadi bagaimana mahu memunggah bauksit jika begitu? Jumlah lori jenis itu yang ada sekarang juga begitu sedikit kerana bukan semua pengusaha lori atau pemilik lori menggunakan lori jenis itu.
"Saya rasa lebih baik dikekalkan lori jenis tertutup sepenuhnya di bahagian belakang, namun diberikan syarat yang lebih ketat seperti had muatan dan penguatkuasaan berterusan," katanya.
Tengku Zulkifli menambah beliau percaya masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan kerajaan pusat, kerajaan negeri dan agensi terlibat sebelum moratorium berakhir.
Katanya, setakat ini para pengusaha juga belum dipanggil untuk menjelaskan bentuk SOP nanti oleh pihak berkaitan.
"Apa yang penting sekarang ini adalah semua pihak bersabar sehingga rumusan dan garis panduan dikeluarkan. Kita semua perlu sabar sehingga semua urusan ini sudah cukup kemas untuk diteruskan pada masa hadapan," katanya.
Isu pencemaran alam sekitar perlombongan bauksit itu menyebabkan Kabinet bersetuju untuk mengenakan moratorium selama tiga bulan bermula pada 15 Jan lepas.
Sementara itu, pengusaha lori bauksit yang hanya mahu dikenali sebagai Yap, 50, yang ternyata masih keliru dengan jenis lori paka yang dimaksudkan itu berkata dia beranggapan lori paka adalah lori yang bertutup sepenuhnya di bahagian belakang, sama seperti yang digunakan pihaknya selama ini.
"Lori saya tertutup sepenuhnya di belakang. Jenis besi bukan jenis kayu. Bauksit tidak boleh tumpah jika bahagian belakang lori diperbuat daripada besi, tidak seperti kayu yang memang akan meninggalkan kesan di atas jalan," katanya yang memiliki 30 buah lori.
Pemandu lori bauksit, Zul Ahmad, 41, pula berharap agensi berkaitan segera tampil dengan garis panduan yang perlu dipatuhi pihak terlibat dalam perlombongan bauksit.
"Ada yang kata kami (pengusaha dan pemandu lori) kena hadir kursus, ada jalan baharu untuk angkut (bauksit), ada peraturan baharulah dan ada juga dengar kononnya SOP keluar seminggu sebelum tamat moratorium," katanya. - Bernama Sumber HD - 28-2-2016
Pesalah jalan raya: PAS hantar surat mahu jumpa KPN
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya telahpun menghantar surat kepada Ketua Polis Negara (KPN) bagi memohon satu pertemuan.
Katanya, tindakan tersebut bagi mendapatkan penjelasan berkaitan kenyataan KPN untuk menaikkan denda kepada pesalah-pesalah jalan raya baru-baru ini.
"Ini memang merupakan pendekatan PAS yang bukan saja terus responsif tetapi juga bertemu dengan memberi cadangan penyelesaian.
"Tindakan ini samalah juga dengan PAS bertemu dengan pihak Tabung Haji dulu apabila timbul isu penyelewengan dan kemerosotan simpanannya," katanya ketika merasmikan Dialog Rakyat Bersama Pemimpin PAS di Hotel Seri Malaysia di sini, pagi ini.
Program anjuran Lajnah Dakwah PAS Pahang ini turut melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar. Turut hadir ialah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N Balasubramaniam.
Masyarakat bukan Islam turut menyertai majlis tersebut. - HARAKAHDAILY 20/2/2016 Sumber HD - 20-2-2016
Tabung kebajikan: Pemuda Maran kutip RM5,000
BASIRON WAHAB | .
MARAN: Pemuda PAS Maran berjaya mengumpul dana RM5,000 bagi mengisi Tabung Kebajikan perlindungan Takaful Amilin kawasan.
Setiausaha Pemudanya, Mohd Syamsudri Hussin berkata, dana berkenaan akan digunakan untuk kebajikan guru Pasti, pembantu guru Pasti, petugas amal dan sukarelawan PAS.
Katanya, kutipan itu dibuat melalui penganjuran majlis makan malam amilin yang menghimpunan kira-kira 300 orang ahli dan penyokong PAS.
Antara yang hadir termasuk Yang Dipertua PAS Maran, Hasenan Harun, ketua pemuda Mujahid Mohd Nor serta pemimpin Persatuan Anak-anak Pahang di Perantuan selain ahli dan pemimpin PAS cawangan dan kawasan.
“Melalui program sedemikian ia dapat merapatkan ukhuwwah antara pimpinan dengan para amilin serta penyokong dan ahli PAS khususnya di kawasan parlimen Maran.
“Ukhuwah adalah antara syarat penting dalam pejuangan Islam tanpa ukhuwah yang kuat tidak mungkin ujud rasa kasih sayang dan saling percaya mempercayai sesama ahli,” katanya.
Menurut Shamsuri, kekuatan PAS pada masa lalu dan akan datang berpunca daripada persefahaman pemikiran dan keyakinan terhadap Islam sebagai penyelamat ummah. Dan dasar yang perjuangkan.
Katanya, cabaran dalam perjuangan kini semakin mencabar dan kompleks kerana wujudnya pemikiran berbeza dalam kalangan ahli jika tidak dibendung akan merosakkan parti.
Justeru itu, pelbagai program dianjurkan oleh parti untuk memupuk kesatuan fikrah dalam kalangan ahli.
“PAS bukan sahaja berhadapan dengan musuh luar tetapi juga musuh dalaman iaitu perbezaan fikraah dikalangan ahli bawahan, itulah sebabnya ukhuwah sesama ahli perlu dipermantapkan,” tambahnya.
“Saya bagi pihak pemuda mengucapkan terima kasih kepada para penderma dan petugas yang menjayakan program makan malam amilin itu,” ujarnya yang juga pengarah program berkenaan. – HARAKAHDAILY 19/2/2016 Sumber HD - 19-2-2016
Bauksit: Masa panjang, kos tinggi untuk pulihkan tanah
BERNAMA | .
KUANTAN: Proses memulihkan tanah perlombongan bauksit untuk pertanian memerlukan kerja yang banyak dan kos yang tinggi, selain tidak menjanjikan pulangan hasil yang sama seperti sebelumnya.
Profesor Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Prof Dr Jalani Sukaimi berkata tanah berkenaan perlu dikambus semula dengan tanah yang subur memandangkan 'tanah atas' iaitu bahagian atas tanah asal, telah dikorek semasa perlombongan mineral itu.
Selepas proses itu, katanya baharulah tanah itu boleh ditanam semula dengan pokok-pokok lain, namun dalam masa yang sama tanaman penutup seperti kekacang juga perlu ada bertujuan mengikat struktur tanah dan memberi baja kepadanya.
"Jika peneroka terlibat masih mahu menanam sawit juga boleh, tetapi ia perlu dirawat dahulu dan tanah antara pokok juga perlu ditanam dengan tanaman penutup bumi, selain perlu dipastikan mendapat air secukupnya.
"Pokok sawit di tanah yang subur memerlukan tempoh selama 30 bulan sebelum boleh dikutip hasilnya. Jadi untuk tanah yang sudah diganggu sifatnya, tempoh untuk berbuah mengambil masa yang lebih lama," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, hasil tanaman yang dituai juga mungkin lebih kurang dan tidak sama kualitinya.
Sehubungan itu, Jalani berkata pemilik tanah yang terlibat perlu mencari alternatif tanaman lain untuk ditanam di tanah mereka dan antara spesis pokok yang didapati sesuai ialah tanaman hutan.
Ketua Unit Ladang Fakulti Pertanian dan Bioteknologi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Dr Mohd Noor Ghani bersetuju bahawa tanah perlombongan bauksit boleh dipulihkan, namun memerlukan jangka masa yang agak panjang sebelum boleh ditanam semula.
Justeru, beliau berpandangan tanah itu perlu dipulihkan segera bagi menjamin kesinambungan pendapatan peneroka terlibat untuk jangka masa panjang, memandangkan keuntungan hasil bauksit hanya bersifat sementara.
Sebelum ini, Bernama melaporkan Ketua Jabatan Kejuruteraaan Geoteknik dan Infrastruktur Fakulti Kejuteraan Awam Universiti Malaysia Pahang (UMP) Dr Muzamir Hasan berkata bekas tanah lombong bauksit bakal menjadi tanah gersang.
Ini kerana kawasan perlombongan mineral itu tidak lagi sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian mahupun penempatan berikutan sifat tanahnya yang telah diganggu.
Untuk pertanian, ia tidak boleh digunakan dalam tempoh terdekat memandangkan tanah itu tidak lagi subur dan proses pemulihan untuk mengembalikan galian atau zat mengambil masa lama.
Manakala bagi tujuan perumahan, Muzamir berkata ia turut memerlukan jangka masa panjang untuk membolehkan struktur tanah di kawasan berkenaan kembali kukuh dan benar-benar padat sebelum ia boleh dilakukan.
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaran Bertindak Bauksit Bukit Goh Datuk Dr Abdul Wahid Abdul Manaf sebelum ini dilaporkan berkata seramai 248 peneroka daripada 671 peneroka di Felda Bukit Goh, di sini terlibat dengan perlombongan bauksit, melibatkan kawasan seluas 80.9 hektar.
Sehubungan itu, beliau berharap supaya kerajaan negeri melibatkan penyertaan anggota jawatankuasa dilibatkan dalam penambahbaikan prosedur operasi standard bagi menangani isu perlombongan bauksit. - Bernama Sumber HD - 19-2-2016
Kemalangan maut: Segera besarkan jalan di Jengka
BASIRON WAHAB | .
TEMERLOH: Kerajaan didesak untuk segerakan menaiktaraf dan melebarkan Jalan Temerloh - Kampung Awah – Bandar Tun Razak, Jengka ekoran terlalu kerap berlaku kemalangan maut dijalan berkenaan.
Desakan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan selepas beliau menziarahi keluarga mangsa kemalangan maut pada semalam, Selasa 16 Febuari.
Ahad lalu 14 Febuari lalu, satu kemalangan maut membabitkan dua buah kereta dan sebuah lori di Km 23.5 Jalan Temerloh - Jengka berhampiran Felda Siantan, Jengka 19 yang mengorbankan dua mangsa.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, Mohd Rozi Mat Bani, 48, yang merupakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat dan anak bongsunya Adam Zikry, 11, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala seorang lagi anak mangsa Muhammad Afiq Zakwan, 18, yang memandu kereta Perodua Kelisa itu, cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) di Temerloh.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Muhammad Afiq Zakwan cuba untuk memotong beberapa kenderaan di hadapan namun gagal, lalu bertembung dengan sebuah kereta Waja yang datang dari arah bertentangan.
Akibat perlanggaran itu, kereta Waja berkenaan terbabas ke kiri jalan manakala kereta Kelisa tersebut berpusing sebelum dilanggar oleh sebuah lori yang berada di belakang kereta Waja.
Menurut Nasruddin, Isu pembesaran jalan tersebut telah lama dibangkitkan penduduk dan dijadikan isu dan janji dalam beberapa kali pilihan raya sebelum ini. Soalnya, bilakah projek menaiktaraf jalan berkenaan akan dilakukan?
Katanya, tidak cukup lagikah kemalangan demi kemalangan maut berlaku di jalan yang sama kerana faktor jalan yang sempit dan berbahaya.
Difahamkan, kelmarin (16 febuari) dilaporkan satu lagi kemalangan berlaku di lokasi yang sama meskipun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
“Penduduk secara berseloroh menyebut jalan Kampung Awah - Bandar Tun Razak ini sebagai jalan maut lantaran banyaknya kemalangan berlaku di jalan raya berkenaan setiap bulan.
“Apakah kerajaan masih bermain kata-kata dengan situasi yang melibatkan nyawa pengguna ini,” soal beliau.
Sementara itu, Nasruddin meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa di rumah mereka dekat Sungai Gau, Temerloh. – HARAKAHDAILY 17/2/2016 Sumber HD - 17-2-2016
Bauksit: Ramai hilang tanah dan ditipu
Cecilia Jeyanthi Victor dan Siti Shafiah Ariffin | .
KUALA LUMPUR: Ladang kelapa sawit di Felda Bukit Goh, Bukit Kuantan, Bukit Sago dan Bukit Nerang di Pahang berhadapan dengan masa depan suram berikutan perlombongan bauksit di kawasan itu.
Ini kerana tindakan beberapa peneroka yang menjadikan ladang sawit mereka sebagai kawasan perlombongan bijih itu telah menjejaskan tanah di kawasan tersebut.
Seorang pencinta alam sekitar berkata perlombongan bauksit di kawasan itu menghasilkan kromium yang beracun dan boleh merosakkan tanaman kelapa sawit di kawasan Felda terbabit.
"Justeru, sama ada kelapa sawit boleh tumbuh kembali dengan normal masih tidak dapat dipastikan kerana tanah itu sudah dicemari dengan racun," kata Profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Maketab Mohamed.
Beliau berkata dengan moratorium perlombongan bauksit selama tiga bulan di Pahang, "para peneroka sudah merasakan kerosakan yang dilakukan terhadap tanah kelapa sawit itu dan proses pemulihan sudah tentu sesuatu yang sukar."
Menurut Perpustakaan Kebangsaan mengenai Perubatan Amerika Syarikat, kesan toksik kromium terhadap pertumbuhan tanaman dan perkembangan termasuk perubahan dalam proses percambahan serta pertumbuhan akar, batang dan daun boleh memberi kesan kepada jumlah pengeluaran bahan kering dan hasil tumbuhan.
Ketika ditanya Bernama di luar acara forum 'Perlombongan Lestari Kajian Kes Perlombongan Bauksit di Pahang' di sini hari ini, mengenai hasil jangka panjang kemampanan kelapa sawit di negeri itu, Maketab melahirkan kebimbangannya terhadap peneroka Felda yang telah menawarkan tanah mereka bagi memperoleh keuntungan segera.
"Mereka yang menjual tanah mereka mendapat ganjaran berjuta ringgit daripada ahli perniagaan bauksit, tetapi wang itu tidak bertahan untuk generasi akan datang.
"Ramai yang kehilangan tanah mereka dan ditipu oleh ahli perniagaan bauksit, wang yang dijanjikan oleh pelombong bauksit haram kepada peneroka lesap dan ladang mereka mengalami kerugian besar," kata Maketab yang juga bekas Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).
Oleh itu, beliau menyeru kepada kerajaan agar melihat semula kaedah terbaik bagi membantu peneroka menggunakan tanah mereka. - Bernama Sumber HD - 16-2-2016
1.5 juta Bangla: Umno didik rakyat tempatan malas?
BASIRON WAHAB | .
TEMERLOH: Cadangan kerajaan Umno/BN untuk membawa 1.5 juta orang rakyat Bangladesh ke negara ini tidak disukai dan dibantah oleh PAS.
Bendahari PAS Pahang, Musanif Abdul Rahman berkata, beliau hairan kenapa pemimpin Umno/BN yang memerintah seperti kehilangan punca sehingga sanggup mencadangkan untuk membawa masuk lebih ramai rakyat negara asing bekerja disini.
Katanya, dalam keadaan warga asing atau pendatang dengan izin dan tanpa izin (haram) sudah ramai dan menguasai pelbagai bidang pekerjaan, kerajaan berhasrat untuk menambah bilangan warga asing.
“Ia sungguh menghairankan,” katanya.
Menurutnya, bagi menghalalkan tindakan itu, para pemimpin Umno/BN yang memerintah mula menghina bangsa sendiri kononnya orang Melayu malas, tak nak buat kerja mencuci longkang dan lain-lain sebagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.
“Untuk menghalalkan tindakan membawa warga asing itu, pemimpin Umno yang memerintah mula meghina bangsa sendiri dengan mengatakan warga negara (orang Melayu) malas untuk membuat kerja mencuci longkang dan sebagainya, terlalu memilih pekerjaan dan sebagainya,” ujarnya. .
Menurut Musanif, hakikat sebenarnya yang mendidik rakyat tempatan malas itu adalah Umno sendiri.
Katanya, remaja Melayu khususnya perlu menyedari pemimpin Umno sudah melakukan penghinaan kepada bangsanya sendiri.
Justeru, pemuda khususnya pemuda Melayu patut menjauhkan diri dari parti itu pemimpinnya. – HARAKAHDAILY 16/2/2016 Sumber HD - 16-2-2016
Isu bauksit: Persekitaran di lokasi beransur pulih
BASIRON WAHAB | .
KUANTAN: Selepas sebulan ‘moratorium’ bermula 15 Januari hingga 15 Febuari 2016 lalu, keadaan persekitaran di lokasi terlibat bauksit beransur pulih biarpun belum pulih sepenunya.
Pengerusi lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, pihaknya masih lagi menanti penjelasan kerajaan tentang langkah-langkah yang telah dibuat selain daripada membersihkan jalan raya yang terjejas.
Katanya, sehingga hari ini penduduk masih tertanya apakah pembaharuan yang bakal dilaksanakan sebelum tempoh pemberhentian sementara ini tamat, selain membersihkan jalan raya, masih banyak kawasan yang terjejas tidak dibaiki lagi.
Menurutnya, jalan luar bandar yang rosak teruk belum di baik pulih, pembahagi dan papan tanda jalan yang rosak masih belum diganti baharu.
“Pihak kerajaan juga masih belum mengumumkan lokasi sebenar yang dipilih untuk dijadikan kawasan "stockpile" setempat seperti yang dijanjikan.
“Pengumuman Menteri Pengangkutan semalam yang menyatakan jenis lori yg dibenarkan selepas ini juga menimbulkan tandatanya, adakah jenis lori Paka ini benar-benar boleh mengatasi masalah pencemaran?
“Bagaimana dengan laluan yang dikhaskan untuk pengangkutan bauksit ini dirancang supaya tidak menjejaskan orang ramai,” soal beliau.
“Saya mendesak pihak kerajaan supaya melibatkan semua pihak yang berkepentingan di dalam membincang dan menentukan kaedah yang bakal diperkenalkan termasuk NGO dan penduduk setempat.
“Kerajaan perlu telus dan berani untuk melanjutkan tempoh moratorium ini sekiranya semua perkara yg berkaitan dengan perlombongan bauksit ini tidak dapat selesai dalam tempoh itu,” katanya.
Sementara itu Pengerusi Gerakan Anti pencemaran Bauksit (Geram), Ali Akbar Othman berkata, penduduk sudah melihat kesanya positif hidup tanpa lori bauksit.
Katanya walaupun belum menyeluruh, tapi sudah nampak kesan positif. terutama kepada pengguna jalan raya,
“Pengguna merasa sudah aman dari kesesakan lori dan debu merah. Cuma beberapa lokasi masih dalam zon tak selesa iaitu kawasan laluan jalan Pembangunan Luar Bandar (PLB) terutama sekitar Taman Dato’ Rashid ke Kampung Kubang Badak, Jeram Beserah dan PLB kampung Padang Darat.
“Jalan persekutuan juga masih ada yang belum dibaiki iaitu laluan kuari Pengorak hingga ke laluan masuk pintu utara Pelabuhan Kuantan. Juga yang masih menjadi rungutan penduduk ialah keadaan anak-anak sungai yang telah di penuhi lumpur bauksit menjadikannya cetek dan masih keruh,” uajrnya.
.
Seorang peniaga Insuran di Felda Bukit Goh, Hamiruddin Yusof 58, berkata keadaan sekarang ini jauh lebih baik daripada dua tahun lalu.
Katanya, udara kembali segar, jalan raya tidak lagi berdebu dan selesa bagi pengguna.
Beliau berharap situasi ini berteusan sampai bila-bila.
“Penduduk tidak tahan lagi menanggung debu merah yang menyebabkan kualiti udara lebih buruk daripada jerebu asap dari Indonesia.
“Kalau boleh kerajaan perlu batalkan terus atau jangan keluarkan lesen perlpmbongan baharu kepada pengusaha bauksit,” katanya.
Beliau berkata semasa krisis bauksit memuncak dahulu, warna kenderaan bertukar menjadi merah sehingga sukar untuk dibersihkan.
“Cuci kereta pagi, petang merah semula, cuci lagi merah semula,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/2/2016 Sumber HD - 15-2-2016
Musuh PAS: Sama ada isytihar atau bawah selimut
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR | .
Golongan yang menentang Islam telah wujud sejak dulu, dari zaman para anbiya sehingga zaman Rasulullah SAW dan sehingga kini. Di dalam Al Qur'an pun, Allah SWT telah menjelaskan golongan Yahudi, Nasrani dan musyrik selama-lamanya akan memusuhi Islam.
Nabi SAW pun pernah bersabda (maksudnya): "Orang yang paling dahsyat ujiannya ialah para Nabi dan orang yang mengikutinya". Musuh itu bukan sahaja dari kalangan musyrik tapi dari kalangan munafiqin yang berwajah Islam juga dari kalangan mereka yang jahil.
Musuh Islam datang dari segenap penjuru, menceroboh masuk dari setiap arah untuk melemahkan Islam, memuntahkan kejian yang sangat memualkan, sadis dan kesat dan tidak berperi.
Namun semuanya semuanya menjadi ulaman santapan lazat perjuangan Islam. PAS dari awal penubuhannya melalui jalan ini, meluruskan tulang belakangnya di tengah-tengah hentakan fitnah dari musuh PAS terutama Umno.
PAS tetap jua berjuang dengan pelbagai strategi, 'rotan tak patah walau dilipat' itulah PAS, musuh tak pernah putus asa cuba untuk menghancurkan PAS dan PAS pun tak pernah putus asa menangkis dan melawan musuh.
Siapa sahaja boleh memusuhi PAS, sama ada yang mengisytiharkan diri sebagai musuh, ataupun yang berada di bawah selimut. Buatlah selagi mahu dan mahu, penuhilah kemahuan selagi bernafsu untuk memusnahkan PAS.
Selagi PAS masih mengenggam pada simpulan tali Islam, selagi itulah tidak akan terlucut perjuangan ini dengan sebab orang yang memusuhinya, tali Islam adalah tali Allah SWT, tiada siapa yang boleh memutuskannya, pada tali itulah PAS bergantung.
PAS dimusuhi kerana Islam, tapi kerana Islam jugalah PAS tegar berhadapan dengan musuh, kalau nak bermusuh dengan PAS kerana Islam, ingat!..Islam itu sangat mahal harganya, tak mungkin orang sayang kepadanya akan biarkan ia hilang.
PAS itu parti tarbiyyah, selagi ada tarbiyyah selagi itu PAS tak rebah, kalau nak rebahkan PAS kena rebahkan dulu ahlinya yang sentiasa ditarbiyyah, selagi ada ahlinya yang sentiasa ditarbiyyah, selagi itulah PAS bangun menentang musuhnya sampai bila-bila.
Siapa sahaja yang isytiharkan untuk memusuhi PAS, PAS pasti menentangnya, silalah!..bermusuh dengan PAS, sehingga mati sebagai musuh ataupun sehingga penat dan datang rasa sia-sia memusuhi PAS. - HARAKAHDAILY 14/2/2016
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang. Sumber HD - 14-21-2016
PAS anjur dialog rakyat perjelas isu semasa
BASIRON WAHAB | .
KUANTAN: PAS mengambil pendekatan menerang dan memperjelaskan segala isu kepada semua sasaran dakwah termasuk kepada yang bukan atau belum Islam.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu, sehubungan itu PAS Pahang dengan kerjasama PAS Pusat menganjurkan satu program Dialog Rakyat bagi memberi ruang seluas-luasnya kepada orang ramai memahami pendekatan dan halatuju perjuangan PAS.
Katanya, PAS percaya melalui dialog secara terus dengan pemimpin tertinggi parti, orang ramai akan dapat merungkaikan segala persoalan, masalah, kemusykilan dan keraguan tentang perjuangan PAS.
“Mereka yang hadir boleh mengemukakan persoalan berbangkit dan akan dijawab oleh pemimpin secara langsung,” katanya.
.
Menurut Andansura, usaha ini diharapkan dapat memupuk hubungan mesra PAS dengan masyarakat dan pada masa sama segala keraguan tentang Islam yang perjuangan PAS akan terjawab.
Selain ahli, peluang untuk berdialog ini dibuka kepada orang ramai termasuk bukan Islam.
Andansura menyarankan supaya ahli parti pro-aktif mengajak rakan-rakan bukan muslim serta rakan-rakan dari parti lain hadir ke program yang akan diadakan pada 20 Febuari 2016 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kuantan.
Katanya program anjuran Sekteriat Adun Beserah itu akan bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Menurutnya program itu akan dihadiri oleh Tuan Guru Presiden dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Man, setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS. Serta pengarah pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustapha Ali. – HARAKAHDAILY 11/2/2016 Sumber HD - 11-2-2016
LPT kawasan kerap berlaku kemalangan di Pahang
BERNAMA | .
KUANTAN: Polis mengenal pasti 30 kawasan yang sering berlaku kemalangan di negeri ini dengan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mencatat jumlah kawasan paling tinggi.
Berikutan itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani berkata sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, semua kawasan itu akan diberi tumpuan pada Op Selamat 8 yang bermula hari ini hingga 16 Feb depan, dalam usaha mengurangkan kemalangan melalui penguatkuasaan secara menyeluruh.
"Objektif operasi adalah bagi memberi kesedaran dan menanam nilai murni kepada pengguna jalan raya supaya mengutamakan aspek keselamatan termasuk ketika meninggalkan rumah untuk pulang bercuti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan Op Selamat 8 di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Pada Op Selamat 8 kali ini seramai 23 pegawai dan 254 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terlibat dalam menjalankan op sepadu bersama agensi penguat kuasa lain seperti Majlis Keselamatan Jalanraya (MKJR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Menurutnya antara tumpuan utama penguat kuasa pada operasi kali ini ialah kesalahan berkaitan had laju, memotong di dua garisan berkembar dan melanggar lampu isyarat, dengan kesemua kesalahan itu akan dikenakan kompaun maksimum RM300 dan tidak boleh dikurangkan.
Sharifuddin berkata statistik kemalangan dalam Op Selamat 4 (2014) dan Op Selamat 6 (2015) sempena Tahun Baru Cina lepas menunjukkan peningkatan kes kemalangan daripada 770 kes kepada 787 kes.
Katanya kes kemalangan maut juga meningkat daripada 12 kes melibatkan 13 kematian pada Op Selamat 4 kepada 14 kes dengan 15 kematian pada Op Selamat 6.
"Jumlah saman yang dikeluarkan turut meningkat kepada 18,373 kes (Op Selamat 6) berbanding 13,408 kes (Op Selamat 4)," katanya.
Sharifuddin berkata selain menurunkan kadar kemalangan, operasi kali ini juga diadakan dengan misi melancarkan pergerakan lalu lintas dan menurunkan kadar jenayah pecah rumah.
Sementara itu, katanya, di LPT tujuh kawasan direkodkan sering berlaku kemalangan iaitu di Kilometer (KM) 203 hingga 204, KM208 hingga 209, KM211.9, masing-masing di kawasan Kuantan, manakala di Maran ialah di KM182 hingga KM183 dan KM159 hingga KM162.
Di Temerloh pula, kawasan LPT yang terlibat ialah di KM95 hingga KM105 dan KM117 hingga 118.
Selain LPT, kawasan lain yang sering dicatatkan berlaku kemalangan ialah Kuantan, Rompin, Maran, Temerloh dan Jerantut masing-masing tiga kawasan, Pekan, Bentong dan Bera (dua) manakala Raub dan Lipis pula satu. - Bernama Sumber HD - 1-2-2016
Sungai dan laut merah di Kuantan kali ke-3
BASIRON WAHAB | .
KUANTAN: Fenomena air sungai dan laut merah berulang buat kali ketiga di Kuantan pada 21 Januari 2016, dipercayai berpunca daripada kesan perlombongan bauksit.
Pengerusi Gerakan Anti-Bauksit, Ali Akhbar Othman berkata, kejadian laut merah kali pertama berlaku sekitar Julai 2015, kejadian kedua pada penghujung Disember 2015 lalu dan ketiga pada 21 Januari 2016.
Beliau percaya kejadian laut merah berlaku akibat kesan perlombongan bauksit yang melampau dan kegagalan kerajaan menguatkuasakan EIA.
“Kejadian laut merah berlaku akibat aktiviti bauksit yang melampau. Dan kegagalan kerajaan menguatkuasakan EIA,” katanya, ketika di minta mengulas keadaaan laut merah kelmarin.
Menurutnya, tanpa penguatkuasaan EIA, pengusaha mengorek dan mengambil bauksit tanpa mengambil kira kesan kepada alam sekitar.
“Kali ini ia berlaku ketika tempoh moratarium, meskipun tiada aktiviti melombong pada masa ini. Namun, kawasan perlombongan yang ditinggal dalam keadaan gondol mengalirkan lumpur berwarna merah ke sungai dan laut apabila hujan melanda Kuantan kelmarin,” katanya.
Menurut Ali, pihak berkuasa perlu mencari jalan penyelesaian yang berkesan untuk merawat air lumpur sebelum dilepaskan ke sungai dan laut.
“Kita percaya apabila perlombongan bauksit ini dibuka semula nanti, kejadian sama akan berulang malah mungkin lebih buruk lagi jika tiada usaha untuk merawat air sebelum dilepaskan ke sungai dan laut,” ujarnya.
Antara lokasi terlibat ialah Sungai Pengorak, Sungai Balok dan jeti nelayan Balok. - HARAKAHDAILY 23/1/2016 Sumber HD - 23-1-2016
Perlombongan boksit: Bohong kalau tidak ada pemimpin kerajaan yang tidak rasuah! Posted on Saturday, January 23 @ 11:30:54 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"Assalamualaikum....
Setelah sekian lama melihat kemerahan dan perarakan lori lori di sekitar perlabuhan Kuantan dan setelah ada tindakan membendung aktiviti rasuah dalam kes perlombongan boksit di Bukit Goh, terasa benar ingin meluahkan perasan yang membuak buak ini apabila yang ditangkap kerana rasuah hanyalah pegawai PTG yang cuma tumpang cari makan sedangkan ikan ikan jerung masih tetap bebas dan menunggu hari untuk meneruskan perlombongan yang tertangguh.
Satu reaksi awal kepada usaha membenteras jenayah ini cukup mudah di kalangan rakyat yang sudah mendengar berbagai bagai cerita tentang perlombongan boksit ialah bohong kalau kata tiada pemimpin politik dari kerajaan yang tidak terlibat dengan rasuah.Itu pasti dan yang pasti lagi, mereka menunggu masa untuk meneruskan aktiviti perlombongan bersama sama kroni mereka yang membentuk kumpulan perlombong "haram" sepertimana diumumkan oleh SPRM.
Soalan yang sebenarnya tak pernah dijawab oleh sesiapa ialah bagaimana ujudnyya perlombong haram yang membeli surat kebenaran membawa keluar boksit dari PTG? Dan tidak ada seorangpun perlombong haram ini ditangkap dan didakwa, kenapa? Atau menjadi perlombong haram itu tidak salah? Kini perlombong haram sedang berehat dan akan kembali beraksi apabila keadaan kembali aman.Sekarang biarkan SPRM membersih ikan ikan bilis dan biarkan jerung berehat.
Apakah ini yang kita rakyat mahu lihat? penyelesaian kepada isu perlombongan boksit hanya kepada pelaku pelaku ikan bilis sahaja? Terus terang sahajalah wahai SPRM, siasatan tidak akan menyentuh ikan jerung dan ikan haruan tasek yang bersama mereka sementara ikan bilis yang sudah dicekup memadai untuk menutup kes.Rakyat tetap kena bersedai untuk terus menerima kesan kerakusan jerung jerung "great white" yang tidak segan segan akan menggunakan nama sultan Pahang dalam aktiviti boksit mereka.
Sumber TKO - 23-1-2016
Bauksit: Kerajaan negeri digesa baiki jalan, paip rosak
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang digesa membaik pulih kesan kerosakan kemudahan asas penduduk kampung-kampung yang terlibat dengan operasi pelombongan bauksit.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata, desakan tersebut disuarakan oleh penduduk dalam pertemuan dengan mereka di Kampung Kubang Badak, Beserah di sini.
“Perjumpaan dengan penduduk-penduduk sekitar Beserah yang berhampiran dengan lombong bauksit semalam merumuskan mereka mendesak pihak kerajaan membaiki jalan kampung yang rosak teruk dengan segera.
“Selain itu mereka juga minta saluran paip air ke rumah-rumah yang kebanyakannya telah pecah dan bocor akibat dilanggar lori-lori pengangkut bauksit dibaiki segera.
“Mereka juga menuntut supaya anak sungai yang telah tertimbus dibersih dan dikorek semula kerana ia merupakan sumber air,” katanya.
Andansura yang juga Adun Beserah berkata, semua kerja-kerja pemulihan perlu dilakukan sebelum sebarang aktiviti perlombongan diteruskan semula.
Kerajaan negeri pada ketika ini mengarahkan semua kerja-kerja pelombongan bauksit dihentikan selama tiga bulan.
Beberapa agensi awam seperti pasukan bomba dan penyelamat pada masa ini dikerahkan mencuci kesan-kesan habuk bauksit di longkang dan jalan raya yang kritik ramai kerana mencemarkan alam sekitar. – HARAKAHDAILY 22/1/2016 Sumber HD - 22-1-2016
PJ Pahang jawab dakwaan Adun DAP
BASIRON WAHAB | .
TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar mempersoalkan kenyataan Timbalan pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Saha Raja Puji kononya PAS memungkiri janji untuk bersama dalam pakatan rakyat yang akhinya merugikan PAS. (rujuk Sinar Harian 21 Januari muka surat 37).
Menurut Rosli kenyataan Adun Mentakab itu adalah tidak tepat kerana PAS hanya bertindak balas (memutuskan hubungan dengan DAP) selepas DAP membuat tiga tindakan awal iaitu DAP Sarawak memutus hubungan dengan PAS di Sarawak, pemuda DAP memutuskan hubungan dengan PAS dan akhirnya DAP memutuskan hubungan dengan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya ekoran ketiga-tiga tindakan DAP itulah akhinya PAS mengambil keputusan memutuskan Tahalus Siyasi dengan parti itu.
Rosli berkata, kenyataan Zulpuri kononnya PAS mungkir janji adalah kenyataan tidak berasas kerana PAS mempunyai perjanjian bertulis dengan DAP iaitu untuk ‘tidak bersetuju dalam perkara yang tidak dipersetujui’.
Justeru tidak timbul mungkir janji sebagaimana dakwaan Zulpuri.
Mengenai kenyataan kononnya PAS rugi kerana memutuskan hubungan dengan DAP, Rosli berkata ia tidak berbangkit sama sekali.
“PAS tidak rugi apa-apa kerana sikap tegas mempertahankan dasarnya (Islam) dan dasar itulah yang tidak disenangi oleh DAP yang berfahaman sosiolis sekular. Saya fikir, DAP pun tidak akan setuju jika diminta meninggalkan perjuangan sosiolisnya itu,” kata Rosli.
Jelas Rosli, dari sudut politik pula, DAP juga perlu melihat kerugiaan dipihaknya, apabila ketegasan parti itu menghalang dasar Islam hingga menentang PAS untuk membentangkan pindaan perlembagan, pada fasal 355.
“Saya percaya Parti itu akan kehilangan sokongan pengundi Islam yang bakal di lihat dalam PRU-14 akan datang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/1/2016 Sumber HD - 22-1-2016
Islam tidak bezakan bilis dan jerung Posted on Thursday, January 21 @ 09:03:10 MYT Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan
Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid
ISLAM dengan tegasnya tidak mengecualikan sesiapa pun daripada hukuman jika didapati bersalah. Islam diturunkan sebagai cara hidup berusaha melengkapkan akhlak manusia sebagai penghuni bumi yang lengkap dengan peraturannya.
Akhir-akhir ini, akibat kegilaan manusia tidak menghiraukan kelestarian alam kawasan kebun kelapa sawit di Bukit Goh, Kuantan berubah wajah. Daripada kehijauan daun kepada merah berdebu.
Perlombongan bauksit dilakukan tanpa kawalan manakala pihak yang bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan begitu ‘gelap mata’ membiarkan aktiviti itu berleluasa. Pabila manusia tidak mempedulikan kelestarian alam, musibah dan bencana menjadi balasannya.
Walaupun penguatkuasaan terhadap kegiatan itu dianggap sudah terlewat, kawasan tanaman kelapa sawit hampir gondol dan tanah-tanah berlubang, mudaratnya begitu besar sekali terpaksa ditanggung oleh penduduk setempat. Hal sebegini yang sentiasa diingatkan oleh Islam, apa pun yang hendaklah dilakukan oleh manusia mestilah memikirkan kelestarian alam, kerana alam itulah yang memberikan manusia sumber kehidupan.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Wahai sekalian manusia sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah, apabila orang terhormat (pembesar) mencuri, mereka membiarkannya (tidak menghukum), sementara jika orang yang lemah (rakyat biasa) mencuri, mereka menegakkan hukuman had. Demi Allah, sekiranya Fatimah Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya” (Hadis Riwayat Muslim).
Hadis itu memberikan pemahaman yang jelas, Nabi Muhammad SAW tidak akan melindungi sesiapa pun yang melakukan kesalahan hatta puteri kesayangan baginda. Baginda sendiri akan menghukumnya, yakni memotong tangan jika Fatimah didapati bersalah mencuri.
Sebagai seorang pemimpin, Nabi Muhammad SAW tidak akan memilih untuk menghukum, kerana menegakkan peraturan dan undang-undang adalah tanggungjawab pemimpin dalam menentukan keadilan. Seseorang pemimpin, akan dianggap bersalah dan tidak adil apabila menegakkan undang-undang (law enforcement) secara selektif.
Undang-undang dibentuk dan dikuatkuasakan untuk menjadikan manusia menghormati hak orang lain agar sifat tamak dapat dijauhi. Dalam kes musibah, seringkali ditemukan kerosakan sistem dan kehidupan manusia sebenarnya berpunca daripada manusia sendiri, bukan sahaja mengkhianati undang-undang bahkan kerakusan menguasai kekayaan tanpa memikirkan kesejahteraan orang lain. Manusia seperti ini kering moralnya, hilang rasa sayang, jiwanya gersang kerana menjadikan benda sebagai matlamat hidupnya.
Falsafah pembentukan dan penguatkuasaan undang-undang adalah membangunkan keadilan untuk setiap orang, mengikis perasaan tamak dan membanteras aktiviti haram. Kes penyeludupan minyak masak bersubsidi, menyeludup petrol, makanan bersubsidi bukan sahaja merugikan negara bahkan boleh menyebabkan rakyat merasai kesannya, kekurangan barangan keperluan harian. Mereka yang melakukan aktiviti sedemikian dikategorikan sebagai pengkhianat dan penjenayah.
Pihak yang berkuasa yang melakukan salah guna kuasa, tidak wajar diberikan ruang untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang, hatta ia berada dalam kedudukan yang tinggi. Saat ini, belum ada tindakan undang-undang ke atas penerokaan balak secara haram oleh kerajaan Kelantan, segelintir mereka mempunyai kepentingan dalam meneroka hasil hutan itu. Ertinya, pemimpin atau pihak berkuasa sendirilah yang mengkhianati peraturan, sepatutnya merekalah yang bertungkus-lumus menegakkan keadilan dan membangunkan kehidupan harmoni antara manusia dan alam, manusia dengan manusia.
Menegakkan keadilan adalah kemuncak kepada nilai ketakwaan yang kita miliki. Keadilan mesti ditegakkan dalam keadaan apa pun meskipun dalam perkara yang nyata kita benci. Kebencian kita kepada kaum atau kumpulan tertentu tidak boleh menghalang kita untuk berbuat keadilan untuk mereka yang kita benci. Perkara ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kebencian kalian terhadap suatu kaum menghalangi kalian berlaku adil. Berlaku adillah, kerana perbuatan adil itu lebih dekat kepada takwa” (Al Maidah: 8).
Persoalannya adakah ‘keindahan’ dan idealisme undang-undang itu hanya berlaku di atas kertas dan tersimpan rapi sebagai dokumen keramat? Adakah dapat diterapkan secara berkesan dalam konteks semasa yang menyaksikan berlakunya penyelewengan semakin berleluasa? Malangnya, dalam pembanterasan jenayah, yang terungkap kesalahan ialah si ikan bilis manakala si jerung terus bebas. Ikan bilis tidak mempunyai kecekapan mengelak, kerana si ikan bilis kebiasaannya menjadi runner kepada si jerung.
Ada banyak persoalan yang masih tidak mempunyai jawapan, kenapa perlombongan bauksit boleh dibenarkan walaupun beberapa bulan sebelumnya penduduk setempat merintih marah, persekitaran udara berdebu merah. Ramai pemerhati melihat, tindakan mendakwa ‘ikan bilis’ itu hanyalah sandiwara untuk mengikis persepsi dan kemarahan rakyat terhadap pemimpin atasan.
Tindakan membiarkan ‘ikan jerung’ masih berenang bebas di ‘samudera’ haloba cukup disesalkan.
Ini kerana ikan jerunglah pihak yang paling bertanggungjawab terhadap wilayah kekuasaannya dan sebarang polisi berkaitan dengan ketenteraman dan kesejahteraan rakyatnya. Ibarat sebilah pisau, tindakan pihak berkuasa bagi menunjukkan ‘kejantanannya’ dalam isu ini hanya tajam di bahagian bawah tapi tumpul di bahagian atas.
Kes bauksit adalah cerminan kepada corak dan gaya pentadbiran yang korup yang apabila tidak ditangani secara serius, akan menjejaskan keseluruhan imej pentadbiran negara secara keseluruhan.
Cara yang berkesan dalam memulihkan imej ini adalah dengan mengheret pelaku rasuah ke muka pengadilan. Jika tidak, kita mempertaruhkan kuasa ini akan hilang untuk selamanya.
Umat Islam juga harus berani menegur dan membongkar segala penyelewengan yang berunsur rasuah. Ini adalah jihad sosial yang amat dituntut bagi menegakkan keadilan dalam masyarakat.
Rasulullah SAW memberi amaran keras dalam sabda Baginda: “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dan mereka yang menjadi orang tengah (perantaraan) keduanya. Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya masuk neraka.”
Oleh itu, amat diperlukan batasan-batasan dalam rangka menjaga kekuasaan tersebut. Batasan itu bergantung juga pada budaya bangsa. Bagaimanapun kalau kita beranjak daripada Islam, tentu saja kita menekankan lebih kepada soal iman, soal Islam, dan soal ihsan.
Fikiran dan perbuatan haruslah disandarkan pada ajaran ini. Orang yang berkuasa itu boleh saja mempunyai ilmu apa lagi pada zaman serba canggih ini.
Dalam Islam dituntut bahawa ilmu itu juga disandarkan pada iman. Kita memang mempunyai akal, tetapi dalam Islam hendaknya kita menyedari bahawa akal pun harus ditundukkan pada Allah. Kepercayaan seperti ini mengajak kita menjaga kekuasaan.
Pemimpin itu adalah seorang yang ihsan, yang bukan sekadar berbuat baik, tetapi juga menyedari bahawa semua sikap, fikiran dan perbuatannya sentiasa diketahui atau diawasi Allah SWT.
Pemimpin itu hendaknya jangan membuat kerosakan di muka bumi ataupun bersifat munafik iaitu berkata yang baik-baik namun dari segi praktiknya, perbuatannya tidak baik. Mereka bukan seorang yang khianat. Maksudnya, kalau ia bersumpah untuk memajukan rakyat maka hendaknya jangan berbuat sesuatu yang terbalik, memiskinkan rakyat. Pemimpin juga jangan berlebihan dalam memiliki harta, dalam berkata-kata, ataupun mengeluarkan perintah yang tidak boleh dipatuhi oleh orang lain.
Bersolat tidak melambangkan seseorang itu tidak melakukan rasuah, tetapi rasa cinta kepada Allah SWT dalam mutiara ketakwaan akan membawa kepada terhindar daripada tragedi hidup oleh tangan kita sendiri, iaitu perangkap rasuah.
Negara boleh hancur apabila rasuah berleluasa sehingga masyarakatnya menganggap amalan itu sesuatu yang wajar kerana telah berjaya mendorong mendapatkan sesuatu kepada seseorang~.utusan.com.my/
PENULIS ialah Setiausaha Analisis Dan Pengurusan Isu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Sumber TKO - 21-1-2016
Pekerja didenda RM14,000 hina sultan di Facebook
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang elektronik didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Rabu selepas mengaku bersalah menghina Sultan Johor dan Sultan Pahang di laman sosial Facebook, tahun lepas.
Hakim Balqis Aini Mohd Ali turut memerintahkan tertuduh, Muhamad Hafzan Romli, 26, yang berasal dari Shah Alam, Selangor, dipenjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
"Kesalahan ini adalah serius yang mana kamu telah menghina institusi diraja negeri, secara tidak langsung mencemar prinsip Rukun Negara," kata Balqis Aini ketika membacakan penghakiman.
Peguam Zamani Mukhtar yang mewakili tertuduh memberitahu anggota keluarga Muhamad Hafzan membayar denda itu.
Muhamad Hafzan didakwa secara sedar membuat kenyataan jelik dengan niat menyakiti institusi Kesultanan Johor dan Pahang serta rakyat menggunakan aplikasi Facebook menggunakan nama profil 'Rashidah Rijal' iaitu nama bekas tunangnya yang juga merupakan seorang anggota polis.
Kesalahan itu dilakukan di Blok G-T03-U09 Pangsapuri Putra Damai, Presint 11, Putrajaya, pukul 4 petang pada 6 Jun tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan.
Terdahulu Zamani merayu supaya anak guamnya tidak dikenakan hukuman penjara atas alasan Muhamad Hafzan perlu menyara ibu dan dua adiknya yang masih bersekolah selain menyesal dan insaf dengan perbuatannya itu.
Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatan tertuduh itu telah melanggar prinsip kedua Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.
Keluarga tertuduh termasuk ibu dan adiknya hadir di mahkamah hari ini.
Mengikut fakta kes, bekas tunang tertuduh menerima pesanan daripada rakannya berhubung status yang dimuat naik ke laman Facebooknya (Rashidah Rijal).
Pengadu mengesyaki perbuatan itu dilakukan bekas tunangnya kerana kad memori telefon bimbit pengadu disimpan tertuduh dan pengadu kemudiannya membuat laporan polis. - Bernama Sumber HD - 20-1-2016
Perlombongan bauksit perlu sop ketat - pakar geologi
NOOR SHAMSIAH MOHAMED | .
KUANTAN: Kesempatan daripada tempoh moratorium dikuatkuasa terhadap perlombongan bauksit di daerah ini perlu digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengkaji dan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang benar-benar ketat bagi aktiviti itu pada masa depan.
Kerajaan hendaklah juga menentukan aktiviti itu dilakukan di kawasan jauh dari kawasan kediaman penduduk, demikian saranan pakar geologi dari Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Habibah Jamil.
Beliau berkata, kegiatan perlombongan bauksit di kawasan mempunyai penduduk seperti yang berlaku di sini sekarang boleh menjejas kesihatan mereka akibat penyerapan bahan-bahan kimia dari bauksit ke dalam tubuh sama ada secara terus mahupun melalui rantaian makanan.
Dr Habibah berkata bauksit mengandungi bahan kimia seperti aluminium hidroksida, besi oksida dan kromium yang sangat tinggi di samping tanah liat.
"Bahan-bahan tersebut terkandung dalam debu halus dan boleh menyerap melalui pernafasan.
"Apabila bahan-bahan tersebut memasuki sungai atau laut, ia boleh dimakan oleh ikan dan hidupan kecil di dasar sungai.
"Ia kemudian boleh masuk ke dalam tubuh manusia apabila mereka memakan hasil sungai atau laut yang tercemar itu," katanya kepada Bernama.
Menurutnya bauksit di Kuantan mengandungi 32 hingga 52 peratus kandungan aluminium hidroksida, manakala kandungan besi oksida pula adalah antara 14 hingga 32 peratus yang menyebabkan muncul suasana atau 'pemandangan seperti planet marikh' di Kuantan akibat aktiviti perlombongan galian itu baru-baru ini.
Beliau berkata, debu-debu merah yang mengandungi bahan-bahan kimia tersebut boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan dalam jangka masa panjang.
Jika seseorang terdedah kepada aluminium hidroksida pada tempoh lama boleh mendatangkan risiko penyakit Alzheimer.
Manakala besi oksida mampu menyerap ke dalam tubuh melalui pernafasan lalu memasuki tisu hati hingga boleh menjejas fungsi organ tersebut, katanya.
Beliau berkata bauksit di Kuantan mengandungi kromium yang tinggi berbanding tanah biasa iaitu antara 409 hingga 1227 bahagian per sejuta (ppm).
Bagaimanapun, beliau berkata tidak dapat dipastikan sama ada ia terdiri daripada kromium (III) yang tidak mendatangkan bahaya atau kromium (VI) yang boleh mendatangkan risiko barah kepada manusia jika terdedah dalam tempoh lama.
Dr Habibah menjelaskan, tumbuh-tumbuhan pula menunjukkan kesan berbeza terhadap bahan kimia, terutamanya logam berat.
"Jika dedahan sangat tinggi, daun menjadi kuning, pokok tidak berbuah atau cepat mati.
"Sesetengah tumbuh-tumbuhan pula menyimpan logam berat di dalam batang, daun atau buah.
"Buah-buahan yang telah tercemar ini akhirnya akan dimakan oleh manusia dan haiwan. Ini mewujudkan satu rantaian makanan tidak sihat yang kemudian akan meninggalkan kesan kepada kesihatan," katanya.
Beliau berkata keadaan sama berlaku apabila bahan logam mencemari air sungai dan air laut yang menjadi habitat untuk ikan dan makanan laut.
"Selut merah yang memasuki saliran akan menyebabkan air sungai atau air laut menjadi keruh sekaligus menyebabkan ikan mati kerana kekurangan oksigen.
"Ikan yang tahan dengan pencemaran pula akan menyimpan bahan logam ini di bahagian-bahan tubuh termasuk insang, kepala dan daging.
"Dalam masa yang sama bahan kimia ini juga akan dimakan oleh bentos atau dalam istilah umum, haiwan yang merayap di dasar sungai atau laut yang menjadi makanan ikan.
"Apabila kita tangkap dan makan ikan ini, bahan logam itu kemudian akan masuk ke dalam sistem tubuh kita," katanya.
Paling membimbangkan ialah apabila semakin panjang rantaian makanan yang terlibat, ia akan menjadikan bahan logam berat itu semakin pekat dan berbahaya kepada manusia.
"Kesan kepada kesihatan manusia hanya dapat dilihat pada jangka masa panjang iaitu selepas beberapa tahun.
"Memandangkan itu, perlombongan bauksit hanya sesuai dilakukan di kawasan yang jauh dari penempatan penduduk, atau dilakukan di kawasan yang belum diteroka.
"Di Kuantan, kita dapati perlombongan itu dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa untuk merebut peluang pasaran yang ditinggalkan oleh Indonesia tanpa kajian mendalam menyebabkan berlaku pencemaran.
Dr Habibah berharap tempoh bertenang (moratorium) ini membolehkan pihak berkuasa menyusun pelan tindakan rapi bagi menentukan penduduk Kuantan tidak berdepan dengan masalah kesihatan ekoran aktiviti perlombongan bauksit. - BERNAMA Sumber HD - 18-1-2016
Di mana Felda dalam isu bauksit?
BASIRON WAHAB | .
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (Adun) Beserah, Andansura Rabu meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci bagaimana pihak Felda boleh membenarkan ladang yang dimajukannya menjadi lombong bauksit dengan begitu mudah.
Menurutnya, beliau difahamkan, sebahagian lombong bauksit di Felda Bukit Goh melibatkan ladang yang diserahkan oleh peneroka kepada Felda untuk dimajukan dengan tanaman kelapa sawit.
Katanya, hanya dengan siasatan terperinci sahaja akan dapat membongkar isu berkenaan.
Hal ini kerana tidak mungkin semudah itu Felda boleh membenarkan ladang yang mereka majukan diserah kepada pihak tertentu untuk dijadikan lombong bauksit yang memusnahkan tanaman kelapa sawit.
“Jika Felda membenarkannya apakah agensi berkenaan juga menerima dan bayaran daripada pengusaha bauksit,” soalnya.
Andansura juga ingin tahun, apakah status tanah pertanian (kelapa sawit) boleh ditukar menjadi status kepada industri (perlombongan) yang dilihat begitu mudah.
Katanya pertukaran status tanah biasanya memakan masa, kerana pertukaran stautus tanah melibatkan kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Sebelum kelulusan diberi, pihak Pejabat Tanah dan Galian perlu menjalankan siasatan terlebih dahulu dan proses ini tentunya mengambil masa yang lama.
Katanya, apakah perlombongan bauksit ini tidak melibatkan pertukaran status tanah kerana dilihat ia begitu mudah seolah-olah tanpa melibatkan proses siasatan oleh PTG dan kelulusan exco. – HARAKAHDAILY 18/1/2015 Synber HD - 18-1-2016
Penduduk gembira operasi lombong bauksit digantung
BASIRON ABDUL WAHAB | .
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu berkata, penduduk yang terlibat dengan pencemaraan bauksit kini gembira seolah-olah ‘mati hidup semula’ apabila kedamaian hidup kembali semula apabila tiada lagi lori-lori bauksit bermaharajalela di kampung mereka.
Menurutnya, majoriti penduduk merasa amat gembira setelah hampir dua tahun diganggu oleh debu merah dan deruman kenderaan berat yang melalui jalan utama di penempatan mereka kini sudah tiada lagi mulai semalam.
Bagaimanapun keceriaan penduduk dijangka tidak lama kerana kerajaan hanya menggantung operasi perlombongan bauksit itu untuk tempoh tiga bulan sahaja, selepas itu penduduk pastinya akan diganggu semula.
Ini bergantung kepada bagaimana cara pihak berkuasa menyediakan pelan pengangkutan baharu yang bakal diumumkan sebelum perlombongan bauksit dibuka semula nanti.
Menurut Andansura rata-rata penduduk mahu kerajaan menutup terus operasi perlombongan itu.
Sebahagian penduduk lagi (tuan tanah bauksit) pula kecewa dengan penutup sementara perlombongan bauksit yang menjadi sumber pendapatan mereka.
Selain tuan tanah, broker dan mereka yang terlibat dalam industeri yang mencemar alam sekitar itu turut kecewa.
Sejak 14 Januari lalu, beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Bomba dan lain dikerah membersih (membasuh) jalan raya berwarna kuning supaya kembali kepada pemandangan biasa sebelum wujudnya lombong bauksit.
Ramai yang mempertikaikan kenapa agensi kerajaan dikerah untuk membersih sisa bauksit sedangkan masalah itu berpunca daripada syarikat perlombongan mineral itu.
Syarikat perlombongan yang sepatutnya dipaksa membersihkan jalan raya kerana mereka yang mencemarkannya. - HARAKAHDAILY 16/1/2016 Sumber HD - 16-1-2016
PAS dimusuhi kerana perjuangkan Islam
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR | .
GOLONGAN yang menentang Islam telah wujud sejak dulu, dari zaman para Anbiya sehingga zaman Rasulullah SAW dan sehingga kini. Dalam al-Quran pun, Allah SWT telah menjelaskan golongan Yahudi, Nasrani dan Musyrik selama-lamanya akan memusuhi Islam.
Nabi SAW pun pernah bersabda: "Orang yang paling dahsyat ujiannya ialah para Nabi dan orang yang mengikutinya". Musuh itu bukan sahaja daripada kalangan Musyrik tapi daripada kalangan munafiqin yang berwajah Islam juga daripada kalangan mereka yang jahil.
Musuh Islam datang dari segenap penjuru, menceroboh masuk dari setiap arah untuk melemahkan Islam, memuntahkan kejian yang sangat memualkan, sadis dan kesat dan tidak berperi.
Namun semuanya semuanya menjadi ulaman santapan lazat perjuangan Islam. PAS dari awal penubuhannya melalui jalan ini, meluruskan tulang belakangnya di tengah-tengah hentakan fitnah daripada musuh PAS terutama Umno.
PAS tetap jua berjuang dengan pelbagai strategi, 'rotan tak patah walau dilipat' itulah PAS, musuh tak pernah putus asa cuba untuk menghancurkan PAS dan PAS pun tak pernah putus asa menangkis dan melawan musuh.
Siapa sahaja boleh memusuhi PAS, sama ada yang mengisytiharkan diri sebagai musuh, ataupun yang berada di bawah selimut. Buatlah selagi mahu dan mahu, penuhilah kemahuan selagi bernafsu untuk memusnahkan PAS.
Selagi PAS masih mengenggam pada simpulan tali Islam, selagi itulah tidak akan terlucut perjuangan ini dengan sebab orang yang memusuhinya, tali Islam adalah tali Allah SWT, tiada siapa yang boleh memutuskannya, pada tali itulah PAS bergantung.
PAS dimusuhi kerana Islam, tapi kerana Islam jugalah PAS tegar berhadapan dengan musuh, kalau nak bermusuh dengan PAS kerana Islam, ingat! Islam itu sangat mahal harganya, tak mungkin orang sayang kepadanya akan biarkan ia hilang.
PAS itu parti Tarbiyyah, selagi ada Tarbiyyah selagi itu PAS tak rebah, kalau nak rebahkan PAS kena rebahkan dulu ahlinya yang sentiasa ditarbiyyah, selagi ada ahlinya yang sentiasa ditarbiyyah, selagi itulah PAS bangun menentang musuhnya sampai bila-bila.
Siapa sahaja yang isytiharkan untuk memusuhi PAS, PAS pasti menentangnya, silalah! Bermusuh dengan PAS, sehingga mati sebagai musuh ataupun sehingga penat dan datang rasa sia-sia memusuhi PAS. – HARAKAHDAILY 12/1/2016 Sumber HD - 12-1-2016
Isu Bauksit: Adakan sidang khas Dun Pahang
BASIRON WAHAB | .
KUANTAN: PAS Pahang mendesak diadakan sindang khas Dun Pahang bagi menjawab segala persoalan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu berkata, memandangkan isu perlombongan bauksit telah menjadi tajuk perbincangan hangat orang ramai termasuk ahli akademik, NGO dan media maka menjadi satu keperluan bagi kerajaan negeri menjawab segala persoalan yang dibangkitkan dengan baik serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan negeri.
Menurutnya, banyak pihak telah tampil dengan pelbagai pandangan terutamanya mengenai tahap pencemaran yang amat membimbangkan, sehingga keluar kenyataan daripada Menteri Kesihatan sendiri yang menasihatkan orang ramai di Kuantan khususnya tidak memakan ikan yang datang dari sungai sekitar Kuantan.
“Ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan orang ramai di Kuantan khasnya.
“Saya minta supaya satu sidang dewan khas diadakan bagi membolehkan pihak kerajaan menjelaskan kepada semua wakil rakyat tentang keadaan semasa berdasarkan hasil kajian dan analisis daripada pihak kerajaan,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang.
Di samping itu, semua wakil rakyat boleh memberikan pandangan, berbincang dan berbahas tentang apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan perkara serupa berulang apabila aktiviti perlombongan bauksit dijalankan semula.
Katanya lagi di dalam sidang dewan khas ini juga membolehkan pihak kerajaan menjelaskan apakah tindakan yang bakal diambil semasa tempoh moratorium ini berjalan, agensi dan pihak manakah yang bertanggungjawab menjalankan kajian keberkesanan prosedur baharu yang bakal dibuat.
“Semua perkara ini penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap cara kerajaan negeri mengendalikan aktiviti berkaitan dengan perlombongan bauksit ini,” kata Andansura yang juga Adun Beserah. – HARAKAHDAILY 12/1/2016 Sumber HD - 12-1-2016
PAS setuju asalkan Islam setuju
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR | .
BUKAN senang orang nak setuju dengan apa yang kita setuju begitu juga bukan senang kita nak setuju apa yang orang setuju, apatah lagi apabila kita nak bersetuju pada perkara yang sama-sama kita tak setuju.
Abu Lahab cadang kepada Nabi supaya bersetuju dengan cadangannya supaya Nabi SAW menyembah tuhan mereka dan kemudian mereka bersetuju untuk sembah Allah SWT secara bergilir-gilir, tapi Nabi SAW tak setuju sebab Allah SWT tak setuju.
Sebagai orang beriman, kita tak boleh bersetuju semata-mata kerana orang ramai bersetuju, Islam bukan agama ciptaan manusia, ia adalah Kalamullah, maka kita tak boleh bersetuju kepada perkara yang Allah SWT dan Rasulnya tak setuju dan jangan sekali-kali tidak bersetuju dengan apa yang Allah SWT dan Rasulnya bersetuju.
Dasar PAS adalah Islam, semua orang bersetuju dengan itu, parti lain yang pernah bertahaluf dengan PAS pun bersetuju sebab itu mereka sanggup bertahaluf dengan PAS. Maka PAS juga bersetuju bertahaluf dengan mereka atas dasar mereka sedia bersetuju untuk tidak bersetuju.
Mereka tak setuju dengan dasar PAS, tetapi mereka mesti bersetuju untuk PAS melaksanakan dasarnya sebagaimana PAS perlu bersetuju untuk mereka laksanakan dasar partinya walaupun PAS tidak bersetuju dengan dasarnya.
Bertahaluflah dengan sesiapa sahaja, dan bersetujulah dengan apa jua perkara yang dipersetujui, asalkan perkara yang persetujui itu tidak melibatkan sesuatu perkara yang tidak dipersetujui oleh Islam.
Bagi PAS kalau Islam setuju PAS akan setuju begitulah juga sebaliknya walaupun ada orang setuju.
Tak mengapa kalau orang tidak bersetuju dengan PAS dengan sebab PAS tidak setuju dengan apa yang Allah SWT tak setuju. PAS bukan ditubuhkan untuk jadi Parti yang bersetuju dengan semua manusia yang bersetuju tapi PAS adalah parti yang ditubuhkan kerana bersetuju dengan Islam.
PAS tak boleh nak bersetuju dalam semua perkara, kerana PAS ada dasarnya tersendiri, dasar PAS tak sama dengan dasar parti lain, jika orang setuju dengan dasar PAS mesti orang tu masuk PAS, orang yang tak setuju, mesti masuk parti lain.
PAS setuju kalau orang parti lain tak setuju dengan PAS, tapi mereka kena setuju bahawa PAS mesti laksanakan dasarnya, setiap parti bawa dasar masing-masing, tapi mesti bersetuju bahawa tidak semua perkara kita akan bersetuju.
Dasar PAS ialah al-Qur'an, Hadis, Ijma dan Qias, PAS boleh bersetuju atas titik kebersamaan yang dipersetujui Islam, kalau tak boleh terima itu, ertinya kena bersetuju bahawa antara kita tiadalah titik persetujuan, kalau nak terima PAS kena lah 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.- HARAKAHDAILY 11/1/2016 Sumber HD - 11-1-2016
KUANTAN: Seorang peneroka Felda Bukit Goh nekad untuk tidak memajak ladang sawitnya bagi dijadikan kawasan perlombongan bijih bauksit walaupun menerima tawaran mencecah RM1 juta.
Salwani Tajuddin, 37, berkata biarpun ramai peneroka yang menjadi jutawan segera kerana memajak tanah mereka, namun kini terdapat sebilangan mereka hidup seolah-olah merempat.
"Memang dulu ada yang hidup mewah kerana menerima deposit yang tinggi daripada pengusaha bauksit, tapi duit yang banyak itu hanya dapat bertahan untuk sementara waktu dan mereka harus menunggu pula tempoh yang lama untuk menerima pulangan hasil perlombongan bauksit.
"Ada peneroka yang kini terpaksa jadi jaga kerana wang sudah habis. Tanah ladang sawit pun habis digondol untuk mendapatkan bauksit," katanya kepada Bernama.
Salwani berkata pada awal 2015, beliau didatangi seorang lelaki yang menawarkan deposit RM500,000 untuk mengorek bauksit di ladang sawitnya seluas empat hektar.
Beliau berkata selepas tawaran itu ditolak, lelaki itu kembali semula beberapa hari kemudian dengan menjanjikan tawaran lebih tinggi yang mencecah RM1 juta.
"Selepas saya turut menolak tawaran RM1 juta itu, lelaki itu menjadi berang dan berkata saya bodoh kerana menolak wang sebanyak itu.
"Namun bagi saya, mereka yang memajak tanah sawit kepada pengusaha bauksit, itulah yang sebenarnya rugi kerana gelap mata dengan duit yang hanya dapat bertahan untuk beberapa ketika, tetapi tanah mereka tidak akan kembali seperti dahulu," katanya.
Salwani yang telah 18 tahun menjadi peneroka berkata beliau tidak mahu ladang sawitnya menjadi seperti padang jarak padang tekukur akibat digondol dengan rakus.
Menurutnya, individu yang sanggup memberi wang RM1 juta tersebut tidak mudah berputus asa kerana beberapa bulan kemudian beliau didatangi lelaki sama memohon supaya tanahnya dijadikan pula kawasan menyimpan lori dan bijih bauksit dengan bayaran RM5,000 sebulan, namun beliau tetap menolak tawaran itu.
"Untuk menjadikan tanah saya sebagai tempat simpanan pun saya tidak mahu. Memang pada mulanya mereka (pengusaha bauksit) hanya mahu meletak barang mereka, namun lama kelamaan mereka mahu pula mengorek tanah kita," kata Salwani.
Jelasnya, tanah ladangnya yang terletak di tepi jalan menarik minat beberapa pengusaha bauksit.
Sementara itu bapanya, Tajuddin Harun, 68, yang memiliki warung makan berkata pengusaha bauksit juga tidak mematuhi janji mereka untuk memberi pampasan pembersihan akibat pencemaran bauksit sebanyak RM1,000 sebulan kepada setiap peniaga makan terbabit dan RM500 kepada setiap pemilik rumah.
Beliau berkata beliau hanya menerima pampasan RM1,000 bagi satu bulan sahaja dan tidak lagi menerimanya selepas itu.
Beliau juga terpaksa melindungi warungnya dengan plastik bagi mengelak pencemaran bauksit yang diangkut dengan lori.
"Perniagaan saya juga terjejas kerana tidak ramai lagi pelanggan yang datang akibat pencemaran debu merah," katanya. - Bernama sumber HD - 10-1-2016
Kita cuma ajak orang untuk laksana hukum Allah
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR | .
PAS tak kisah kalau orang tolak cadangan PAS untuk laksanakan hukum Islam, sebab masa Rasulullah s.a.w. bawa Islam pun ada orang tolak. Bukan setakat kaum dia, keluarga terdekat Rasulullah s.a.w. pun tolak juga, tapi Rasulullah tetap juga berdakwah, sebab dakwah itu dapat pahala walaupun orang tak terima dan yang menolaknya tetap dapat dosa. Sebab bukan makna rugi kalau dakwah tak diterima, yang rugi ialah orang yang tak menerima, kita cuma ajak orang kepada Islam. Kita cuma ajak orang untuk laksanakan hukum Allah, hukum tu bukan kita punya, kalau kita punya barulah namanya rugi kalau orang tolak. Allah pun tak rugi kalau orang menolak hukumNya, Islam pun tak rugi kalau orang menolak syariatnya. Yang rugi ialah orang yang menolaknya, sebab dia menolak rahmat dan kebaikan dari Allah, siapa yang tolak kebaikan dialah yang rugi. Lawan kebaikan ialah keburukan, orang yang tolak Islam ialah orang yang buang kebaikan dan ambil keburukan. PAS sejak dulu ajak Umno kepada Islam, masa PAS bertahaluf dalam APU, BA dan PR pun, PAS ajak semuanya kepada hukum Allah, PAS tak rugi pun kalau mana-mana parti pun tolak hasrat PAS untuk laksana Islam. Sebab PAS cuma tukang bawa je, bukan PAS yang buat Islam. PAS bukan buat hukum, PAS cuma bawa hak Allah turunkan. Kalau orang tolak hukum Allah, bukan makna dia tolak PAS, tapi dia tolak hukum Allah. Kalau orang marah kat PAS kerana nak laksanakan hukum Allah, itu bukan makna dia marah PAS, tapi dia marah kat Allah. Lawan rugi adalah untung, orang tak suka rugi, maknanya dia suka untung, orang yang suka rugi maknanya dia tak suka untung. Manusia ni diuntungkan dengan Islam dan dirugikan dengan kekufuran, kalau orang tolak Islam, Allah kata itulah orang-orang yang rugi. Kalau tolak Islam itu rugi, maknanya terima Islam itu untung, orang yang rasa rugi bila ambil Islam dan rasa untung bila tolak Islam ialah orang yang tak sedar diuntung. - HARAKAHDAILY 10/1/2016 Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang juga Adun Tanjung Lumpur. Sumber HD - 10-1-2016
Apakah ada ‘lakonan’ di sebalik penguatkuasaan bauksit?
IZWAN ABDUL HALIM | .
MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob kelihatannya tidak begitu selesa dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengenakan moratorium selama tiga bulan ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang. Beliau memberi reaksi balas secara sinikal terhadap pihak yang mengajukan gesaan kepadanya, termasuk ketika menjawab pertanyaan media.
Ada nada keangkuhan tatkala dihadapkan ingatan kepadanya bahawa berlaku kematian dalam isu tersebut di mana mengaku beliau akan bertanggung jawab dan perlu mencontohi raja iaitu rapat dengan rakyat dan sekiranya tidak berbuat demikian tidak akan memenangi pilihan raya.
Malah, beliau mendakwa bahawa rakyat Pahang mahu perlombongan bauksit diteruskan dan seakan mengejek pihak tertentu apabila menyifatkan moratorium itu akan memberikan keuntungan yang lebih kepada syarikat perlombongan.
“Apabila bekalan berkurangan, barang akan naik. Ini satu rahmat kepada syarikat perlombongan dan kalau saya jadi mereka, saya akan ‘nikmati’ tempoh moratorium ini,” katanya 6 Januari lalu.
Sedangkan, beliau menyatakan bahawa 34 Lesen Melombong Bijih yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibatalkan berkuatkuasa 31 Julai tahun lalu selain turut mengeluarkan penegasan keras ke atas pemilik Lesen Melombong Tuanpunya dan Lesen Melombong dikeluarkan Pengarah Tanah dan Galian Negeri.
Menurut Adnan, pada asalnya pihak beliau mahu membatalkan lesen-lesen berkenaan berkuatkuasa 31 Ogos tetapi dipercepatkan kerana wujud desakan.
“Saya beritahu mereka, kalau rakyat ‘complaint’, kalau orang hantar memorandum sebagainya, maka jangan terkejut kalau Kerajaan Persekutuan pula haramkan pengeksportan bauksit sebagaimana Kerajaan Indonesia haramkan.
“Saya dapat ‘feedback’, mereka nampaknya sedang berusaha untuk membersihkan jalan sebagainya. Sebab, lori yang keluar tu, macam lori tepung, menggangu orang lain, jalan semua merah,” ujarnya merujuk pertemuan kali keempat bersama pengusaha-pengusaha bauksit 8 Julai di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur.
Selain itu katanya, tindakan penguatkuasaan bersepadu telah dijalankan 24 jam oleh agensi-agensi berkaitan.
Perkara itu diceritakannya kepada khalayak penduduk semasa Majlis Berbuka Puasa bersama-sama penduduk Dun Pelangai pada 11 Julai tahun lalu di Bentong.
Tetapi, suara yang dahulunya dilihat prorakyat, kini berubah dan seakan menyembunyi serta mempertahankan sesuatu.
Apakah kerana Kerajaan Negeri Pahang mengaut laba yang besar sebagaimana diumumkan Adnan iaitu royalti sebanyak RM46.7 juta pada 2015 berbanding hanya RM2.4 juta pada 2014.
Menurut laporan, Malaysia mengeksport lebih 20 juta tan bauksit ke China untuk tempoh 11 bulan pertama 2015 iaitu 700 peratus peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
Begitu juga pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serentak pengumuman Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada hari sama telah mengeluarkan kenyataan bahawa wujud unsur rasuah dalam isu bauksit itu.
Ia diikuti penahanan empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Pahang termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki menerima suapan dari pengusaha bauksit. Tiba-tiba dua hari selepas itu, pihak SPRM turut berubah nada menyatakan kebuntuan dan dilema dihadapi dalam menjalankan siasatan.
Sudah terasa riak-riak yang penuh mencurigakan terhadap isu ini semua akhirnya akan sekadar menjadi plot drama di atas lakonan dan hipokrit pihak berkepentingan. Rakyat jualah yang akan terus menjadi mangsa diselimuti segala masalah pencemaran air dan udara serta terjejasnya ekologi alam sekitar.
Ancaman terhadap keselamatan dan kesihatan di masa depan juga menjadi pertaruhan yang diabaikan demi memenuhi tembolok nafsu golongan tidak pernah puas. Ia menjadi keprihatinan seketika di media dan mungkin juga dipanaskan atas motif pertarungan atau perebutan tertentu pihak ‘di atas’ yang saling menjatuhkan untuk dominasi diri.
Kesudahan yang pasti adalah akan terbitnya sebuah kefasadan baru dan ia membenarkan kalam Allah sebagaimana terakam pada ayat 41 surah ar-Rum:
“Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” – HARAKAHDAILY 8/1/2016 Sumber HD - 8-1-2016
Bauksit: Pusat dan negeri perlu muhasabah
HARAKAHDAILY | .
PAS Pahang menyambut baik pengumuman Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam bahawa semua aktiviti berkaitan dengan bauksit dihentikan berkuatkuasa 15 Jan 2016 untuk tempoh 3 bulan.
Keputusan yang dibuat selepas banyak bantahan daripada penduduk dan selepas melihat tahap pencemaran yang amat teruk melibatkan alam sekitar seperti sungai dan laut dilihat agak terlewat, namun lebih baik lewat daripada tidak berbuat apa-apa.
PAS Pahang menggesa kerajaan persekutuan dan negeri menggunakan tempoh penangguhan ini untuk bermuhasabah dan mengkaji apakah kesilapan dan kelemahan yang ada dalam mengendalikan perkara berkaitan dengan bauksit selama ini.
Seterusnya pihak kerajaan perlu mempastikan segala kelemahan tersebut diatasi sebelum membenarkan semula semua aktiviti berkaitan bauksit diteruskan.
Kemusnahan alam sekitar yang telah berlaku perlu ada langkah-langkah aktif untuk mengembalikan semula kepada keadaan asal semaksima mungkin serta perlu wujud langkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang berkesan.
Keuntungan kewangan yang diperoleh oleh pihak-pihak yang terlibat termasuklah kerajaan negeri, tidak seharusnya menggadaikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat termasuklah alam sekitar.
Sekiranya didapati segala arahan dan peraturan tidak dipatuhi, maka kerajaan negeri harus proaktif dengan menghentikan serta merta semua aktiviti walaupun ada pihak yang bakal mengalami kerugian.
Rakyat perlulah menjadi keutamaan berbanding keuntungan kewangan, bersuaian dengan apa yang dituntut oleh Islam agar pemimpin itu sentiasa memelihara maslahah rakyat.
PAS Pahang berharap pihak kerajaan negeri harus juga melibatkan semua pihak yang berkepentingan di dalam menentukan langkah-langkah yang bakal diambil bagi mempastikan masalah yang sama tidak berulang selepas tempoh ini tamat kelak.
PAS Pahang menggesa agar pihak kerajaan mengutamakan rakyat didalam apa jua aktiviti sama ada melibatkan ekonomi atau sebagainya, mengutamakan 'menolak mudarat' daripada mengecapi keuntungan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam.
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang. – HARAKAHDAILY 7/1/2015 Sumber HD - 7-1-2016
Lama terdedah debu bauksit boleh sebabkan Alzheimer
NOOR SHAMSIAH MOHAMED | .
KUANTAN: Mereka yang terdedah dengan debu bauksit dalam tempoh yang panjang terutama pekerja di kawasan perlombongan dan penduduk yang berada di sepanjang laluan pengangkutan bauksit berisiko menghidap penyakit Alzheimer. Felo Penyelidik Kualiti Udara Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dr Azman Azid berkata bauksit mengandungi aluminium hidroksida dan debu bahan itu yang terbebas ke udara apabila dihidu dalam tempoh yang lama boleh menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekali gus ke sistem saraf. "Apabila otak kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko untuk menghidap penyakit Azheimer atau penyakit lupa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari Rabu. Menurutnya hasil kajian yang dijalankan institut berkenaan di beberapa lokasi terjejas dengan keadaan itu beberapa bulan lepas termasuk di Sekolah Tahfiz Bukit Goh, antara laluan utama kenderaan bauskit mendapati indeks pencemaran udaranya melebihi tahap berbahaya iaitu mencecah sehingga 468. Azman menyifatkan pencemaran udara di kawasan yang terlibat dengan aktiviti itu sebagai serius dan menganggarkan zarah terampai bawah 10 mikron (PM10) berada di tahap lebih 200ug/m3 (mikro gram per meter padu), melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Udara Ambien Malaysia, iaitu 150 ug/m3. Azman bimbang sikap sesetengah penduduk dan pekerja yang tidak mengendahkan kesihatan mereka kerana tidak memakai topeng keselamatan apabila berada di kawasan tercemar dengan aktiviti itu kerana mereka berdepan masalah pernafasan, batuk, alahan radang paru-paru serta gatal-gatal pada bahagian mata selain masalah kepada hati. "Manusia yang terdedah dengan tahap kualiti udara yang tidak sihat untuk tempoh yang lama juga boleh mengalami simptom kesukaran dan masalah pernafasan sebelum menjadi kronik apabila tidak dikawal. "Selain pekerja perlombongan, mereka yang berisiko untuk menghidapinya termasuk juga golongan bayi, kanak-kanak, dan warga emas kerana keperluan udara yang tinggi untuk pernafasan dan lemah imuniti tubuh badan melawan penyakit tersebut," katanya. Menurut Azman, masalah pencemaran dapat dikurangkan sekiranya agensi penguatkuasaan berkaitan mengambil tindakan sewajarnya sejak aktiviti itu mula berlaku di daerah ini. "Secara peribadi saya berpendapat agensi berkenaan termasuk Jabatan Alam Sekitar sepatutnya sejak awal memantau keadaan ini terutama aspek pelaksanaan dalam kerja-kerja perlombongan. "Debu yang terbebas di udara boleh dikurangkan sekiranya lori-lori bauksit ini menutup dengan rapi lori mereka semasa mengangkut bahan tersebut dan jalan-jalan yang dilalui pula disembur dengan air. "Dalam masa yang sama, penampan perlu dibina sepanjang laluan itu untuk menapis air berkenaan sebelum memasuki anak-anak sungai," katanya. Katanya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) juga perlu memainkan peranan memastikan semua pekerja yang terlibat dalam industri itu memakai topeng keselamatan bagi mengelakkan kesihatan mereka daripada terjejas untuk jangka masa panjang. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata memang terdapat teori mengatakan mereka yang mengalami keracunan aluminium menerusi air boleh terkena penyakit Alzheimer. "Bagaimanapun, setakat ini tidak ada bukti kukuh menyatakan keracunan aluminium melalui udara boleh menyebabkan penyakit itu. Ia sekadar teori tanpa bukti dalam bidang perubatan," katanya. Dalam masa yang sama beliau tidak menafikan berlaku pertambahan jumlah pesakit mendapatkan rawatan untuk penyakit yang berkaitan pernafasan seperti lelah, selsema dan batuk di klinik dan hospital kerajaan di negeri ini. - Bernama Sumber HD - 6-1-2016
Adun Beserah gesa JAS siasat ikan mati di Sungai Tonggek
BASIRON ABDUL WAHAB | .
Andansura di tepi Sungai Tonggek.
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Andansura Rabu meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat punca kematian beribu-ribu ekor ikan di Sungai Tonggek, dekat Beserah bagi mengetahui punca sebenar.
“Saya minta pihak Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar supaya menyiasat segera punca kejadian ribuan ikan mati di Sg Tonggek, Balok,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya segala hasil analisa dan kajian perlulah diumumkan kepada orang ramai dengan telus.
Ini adalah untuk mengelakkan daripada pelbagai spekulasi yang tidak berasas.
Difahamkan sungai itu di hulunya adalah kawasan perindustrian Gebeng serta terdapat juga kawasan penyimpanan bauksit di situ.
“Oleh itu, orang ramai perlu tahu punca sebenar, adakah ia berpunca dari sisa buangan toksit dari kilang di Gebeng atau dari sisa simpanam bauksit atau mungkin juga akibat aktiviti menuba ikan.
Beliau juga meminta pihak berkuasa mengeluarkan arahan supaya aktiviti menangkap ikan di sungai berkenaan dihentikan serta merta kerana bimbang akan memberikan kesan negatif kepada penduduk.
“Saya juga mendesak pihak berwajib supaya mengeluarkan arahan kepada orang ramai supaya tidak menjalankan aktiviti menangkap ikan disepanjang sungai ini sehingga ianya benar-benar disahkan selamat,” katanya. - HARAKAHDAILY 5/1/2016 Sumber HD - 5-1-2016
PAS Pahang desak dihenti perlombongan bauksit
BASIRON WAHAB | .
KUANTAN: PAS Pahang mendesak kerajaan negeri segera menghentikan kegiatan perlombongan bauksit kerana ia kini sudah sampai ke tahap serius dan berbahaya kepada penduduk.
Mengulas mengenai isu perubahan warna air laut dan sungai, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS negeri, Andansura Rabu berkata isu pencemaran sungai dan laut telah dibangkitkan oleh orang ramai sejak pertengahan tahun lagi.
Namun, pihak kerajaan sentiasa berada di dalam sindrom penafian dan tidak ada sebarang langkah pencegahan diambil untuk mengatasi masalah itu.
Akibatnya kini sungai dan laut sekitar pelabuhan, Balok dan Beserah telah bertukar warna menjadi merah.
Katanya, orang menyedari kejadian itu pada hari isnin lalu hinggga hari ini 30 Disember 2015 keadaanya semakin teruk akibat hujan turun beberapa hari lalu.
Menurutnya kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini, malahan banjir besar yg melanda Kuantan pada 2013 juga tidak menjadikan sungai dan laut menjadi merah sebegini. Ini menandakan berlakunya pencemarah yang begitu teruk.
Tegasnya, kerajaan negeri sepatutnya tidak lagi menafikan bahawa punca kejadian ini adalah akibat aktiviti perlombongan bauksit.
“Oleh itu, saya mendesak kerajaan negeri supaya bertindak segera dengan memberhentikan segala aktiviti bauksit bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk daripada berlaku,” katanya.
Menurutnya lagi, tinjauan ke tempat perlombongan mendapati ia berada dalam suasana yang membahayakan.
Penduduk mendakwa mereka berada dalam bahaya lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh ini kerana jalan raya menjadi berselut dan licin.
“Kemalangan maut boleh berlaku bila-bila masa sahaja kepada pengguna jalan raya,” kata Andansura,
Penduduk berkata, sekiranya tiada tindakan segera diambil Menteri Besar, maka kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi menangani masalah ini dan mempastikan nyawa rakyat serta alam sekitar tidak terancam seperti yang berlaku ini.
Katanya setakat ini penduduk sudah melakukan berbagai perkara termasuk menghantar memorendum meminta kerajaan negeri mengatasi isu berkenaan.
“Saya sendiri sudah membangkitkan isu berkenaan dalam setiap sidang Dun namun pihak kerajaan negeri tidak mengambil tindakan drastik untuk mengatasinya,” katanya.
Menurut Andansura, beliau berterima kasih kerana semakin ramai pihak yang menyuarakan isu berkenaan termasuk media proparti pemerintah yang turut menyiarkan berita mengenai pencemaran bauksit ini.
Katanya, beliau mengharapkan tindakan berani kerajaan negeri dalam menangani isu berkenaan.
“Saya merayu kepada perdana menteri supaya segera mengarahkan kerajaan negeri menghentikan aktiviti perlombongan bauksit ini sehingga satu peraturan baharu di adakan.
“Isu bauksit ini menjejaskan kehidupan rakyat, merosakkkan kemudahan asas termasuk jalan raya serta meningkatkan jumlah kemalangan maut, saya tidak tahu apa lagi yang menjadi penghalang kepada perdana menteri untuk masuk campur,” katanya. – HARAKAHDAILY 31/12/2015 Sumber HD - 31-12-2015
Bauksit: Sungai Balok bertukar merah selepas hujan
BERNAMA | .
KUANTAN: Hujan lebat sepanjang hari semalam, telah menyebabkan air Sungai Balok dan pantai berhampiran 'bertukar' warna seakan-akan merah dipercayai dicemari bahan galian bauksit.
Pengusaha bot bersebelahan Sungai Balok, Ibrahim Muhammad, 45, berkata beliau menyedari air sungai itu mula berwarna merah pada pagi ini, semasa hendak memulakan kerja membaiki bot.
"Biasanya air sungai ini berwarna kuning, bukan merah seperti ini. Di atas kawasan berbukit di sana ada berlaku aktiviti (galian) bauksit. Mungkin air hujan bercampur bauksit menyebabkan sungai bertukar warna.
"Air sungai merah juga menyebabkan bahagian bawah bot yang berwarna putih diletakkan di sungai menjadi merah," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Air sungai itu yang mengalir ke laut juga menyebabkan air di beberapa kawasan pantai termasuk Pantai Batu Hitam di sini, turut berwarna kemerah-merahan, seperti 'bercampur' air lumpur.
Aktiviti perlombongan bauksit juga menyebabkan penduduk berhampiran tidak senang duduk semasa hujan lebat, kerana bimbang berlaku runtuhan tanah bauksit atau banjir disebabkan longkang dipenuhi tanah.
Guru, Kamarul Ismail, 41, yang menetap di Taman Beserah Jaya di sini berkata beliau akan meninjau keadaan tanah dan longkang bersebelahan rumahnya sebaik sahaja hujan berhenti kerana pernah berlaku longkang dipenuhi tanah akibat 'dibawa' air.
"Kejadian sama berulang lagi apabila hujan lebat semalam. Saya bimbang jika berlaku banjir...kawasan ini mempunyai sejarah banjir pada tahun 2013.
"Yang paling dibimbangi jika banjir berlaku tahun ini, air mungkin naik lebih cepat disebabkan longkang semakin cetek akibat mendapan tanah bauksit yang terkumpul semasa hujan," katanya.
Pendapat sama disuarakan tukang kebun Madrasah Asyraful Madaris di Beserah di sini, Abdul Razak Abu Bakar, 48, yang berkata air longkang berhadapan madrasah itu semakin cepat naik selepas aktiviti perlombongan bauksit di situ, bermula tahun lalu.
Beliau bimbang dengan keselamatan 150 pelajar di madrasah itu yang akan kembali meneruskan pengajian pada 4 Jan ini jika berlaku banjir secara tiba-tiba.
Dalam pada itu, keadaan banjir di Kuantan malam ini, tidak berubah dari keadaan petang tadi dengan jumlah mangsa banjir kekal seramai 51 orang daripada 11 keluarga.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang Zainal Yusoff berkata mangsa dari Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kempadang, Berjaya Permai, dijangka boleh pulang ke rumah masing-masing esok, sekiranya cuaca tidak hujan malam ini.
Mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kempadang. - Bernama Sumber HD - 29-12-2015
Lori bauksit dibakar lagi, dengarlah rintihan rakyat
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang perlu mengambil tindakan segera memberhentikan semua aktiviti perlombongan bauksit jika tidak mahu perkara lebih buruk berulang. Ini berikutan kejadian sebuah lagi lori pengangkut bauksit dibakar kelmarin menjadikan jumlahnya enam setakat ini dipercayai dilakukan penduduk yang tidak tahan lagi dengan operasi lombong bauksit yang tidak terkawal. Timbalan Pesruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu meminta agar kerajaan mendengar suara rakyat demi kesejahteraan semua penduduk di daerah ini. Beliau yang juga Adun Beserah berkata, semua perkara itu seharusnya boleh dielakkan sekiranya segala rungutan penduduk didengari dan diambil serius oleh pihak berkuasa. “Saya telah kemukakan kemungkinan dan risiko-risiko ini di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri tempoh hari namun malangnya tiada sebarang tindakan bagi memperbetulkan keadaan diambil. “Saya bimbang kemarahan penduduk yang semakin memuncak bakal menyaksikan sesuatu yang lebih buruk berlaku dan ini akan memberikan imej buruk negeri ini di mata umum,” katanya dalam kenyataan media. Andansura berkata, selepas kejadian seorang guru maut akibat ditimpa tayar lori pengangkut bauksit yang tercabut kelmarin, orang ramai mula melihat kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi kepentingan penduduk selaku pembayar cukai. - HARAKAHDAILY 24/12/2015 Sumber HD - 24-12-2015
KP Kesihatan jawab isu kualiti air terawat di Kuantan
--BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Merujuk kepada keratan akhbar The New Strait Times (NST) pada 18 Disember 2015 bertajuk Toxins In Kuantan’s Treated Water Kementerian Kesihatan (KKM) ingin menjelaskan bahawa KKM mengambil berat terhadap kualiti air minum yang dibekalkan kepada pengguna di seluruh Malaysia dengan pelaksanaan pemantauan secara berjadual di bawah Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) yang turut melibatkan pemantauan parameter plumbum dan aluminium.
Kekerapan persampelan bagi parameter plumbum di treatment plant outlet (TPO) adalah sekali setiap 3 bulan manakala di service resevoir outlet (SRO) dan kawasan agihan adalah sekali setiap 6 bulan. Bagi parameter aluminium, kekerapan persampelan adalah sekali setiap 1 bulan di treatment plant outlet (TPO) dan service resevoir outlet (SRO) manakala di kawasan agihan adalah sekali setiap 6 bulan.
Terdapat sepuluh (10) buah loji rawatan air (LRA) yang terlibat dalam pembekalan air di Daerah Kuantan termasuk LRA Semambu, Bukit Sagu dan Bukit Goh yang terletak berhampiran kawasan pelombongan bauksit. Merujuk kepada persampelan parameter plumbum, pada tahun 2015, setakat ini sebanyak 62 sampel air terawat yang dibekalkan daripada LRA Semambu, Bukit Sagu dan Bukit Goh telah diambil oleh KKM. Sampel-sampel air dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia dan keputusan analisa menunjukkan bahawa semua sampel mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang ditetapkan oleh KKM iaitu 0.01mg/l.
Bagi parameter aluminium yang tidak dikategorikan sebagai logam berat, sebanyak 180 sampel air terawat daripada LRA yang sama telah dianalisa setakat ini pada 2015 dan didapati 89.6% sampel tersebut mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang ditetapkan oleh KKM. Secara keseluruhan, peratus pematuhan ini menunjukkan peratus penurunan pada pertengahan tahun namun meningkat 100% pada bulan Oktober dan November 2015.
Pematuhan piawaian parameter aluminium dalam air terawat bukan sahaja dipengaruhi oleh pencemaran aluminium dalam air mentah tetapi juga bergantung kepada keberkesanan proses rawatan air disebabkan penggunaan bahan kimia alum iaitu aluminium sulfat dalam proses rawatan air.
Piawaian yang ditetapkan oleh KKM bagi parameter aluminium dalam air terawat adalah 0.2mg/l. Paras ini ditetapkan demi mengambilkira kepentingan mengoptimumkan proses koagulasi yang menggunakan bahan koagulan berasaskan aluminium. Walau bagaimanapun Guidelines For Drinking-Water Quality, Fourth Edition yang dikeluarkan oleh World Health Organisation (WHO) pada tahun 2011 telah menyatakan bahawa nilai yang ditetapkan berdasarkan kesan kesihatan adalah 0.9mg/l (iaitu 350% lebih tinggi daripada nilai yang ditetapkan oleh KKM) yang diperolehi daripada The Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA) Provisional Tolerable Weekly Intake (PTWI).
Berdasarkan hasil pemantauan di atas, penduduk Kuantan tidak perlu khuatir mengenai kualiti air minuman yang dirawat di loji-loji berkenaan. KKM akan terus memantau kualiti air terawat yang dibekalkan oleh loji-loji tersebut dengan meningkatkan kekerapan persampelan di kawasan muka sauk (intake) dan TPO dengan kekerapan dua kali setiap satu bulan bagi parameter plumbum dan empat kali
setiap satu bulan bagi parameter aluminium. Jika sebarang ketidakpatuhan ke atas kualiti air minum dikesan, pihak pengurusan loji akan segera dimaklumkan untuk mengambil tindakan pemulihan yang sewajarnya.
Di samping itu, pihak yang bertanggungjawab juga perlu memastikan kawasan tadahan air adalah terkawal supaya air mentah yang digunakan oleh loji-loji rawatan air berada pada tahap yang baik.
DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NOR SUZAMAN BIN ABDUL RAHMAN)
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia
Emel :
n.suzaman@moh.gov.myThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
--BERNAMA Sumber HD - 23-12-2015
Guru wanita maut terkena tayar lori bauksit tercabut
BERNAMA | .
KUANTAN: Seorang guru wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini petang tadi.
Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Ahmad Nazri Zainal berkata mangsa Nohaili Ahmad Zabidi, 40, merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Balok.
"Kejadian berlaku pada pukul 3 petang apabila tayar tengah sebelah kanan lori yang dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan itu telah tercabut dan terpelanting ke bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.
"Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Namun pemandu kereta tersebut yang berusia 42 tahun tidak cedera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Isnin.
Ahmad Nazri berkata polis sedang mengesan pemandu lori berkenaan yang syarikatnya beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu berlaku.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu lori berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama Sumber HD - 21-12-2015
Warna itu mengikut sibghahnya
ROSLI ABDUL JABAR | .
Jalan dakwah itu sangat berliku, ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bersangatan. PAS telah mengharunginya sekian lama, penentangan habis-habisan dari musuh politik terutama Umno sejak ia ditubuhkan sehingga kini, begitu juga dengan parti-parti lain yang tidak bersetuju dengan PAS terus menerus memberikan tekanan kepada PAS sama ada terhadap dasar perjuangan PAS sehinggalah kepada perkara 'bengik'.
Hinggakan warna baju yang serupa dengan Presiden Umno, dipakai oleh Tuan Guru Presiden PAS pun menjadi sasaran politik kontra musuh PAS. Bingar satu Malaysia dengan wirid UG, hingga tidak mencukupi butir tasbih, dari pagi hingga malamnya, disambung lagi pada waktu tahajudnya.
Begitulah cabaran perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, sentiasa dicemburui sama ada perjuangannya mahupun penampilannya.
Dari hujung rambut hingga ke hujung jari kaki PAS cuba disakiti sejak sekian lama, namun PAS tetap bangun berdiri, tidak pernah rebah dengan kesakitan difitnah oleh musuh dari luar dan dalam. Sifat anjal dan elastik perjuangan Islam melantunkan kembali fitnah itu kepada musuhnya.
Begitulah sifatnya Islam yang diturunkan oleh Allah swt, memfitnah atau menghina orang yang membawanya hanya akan melantunkan kembali kehinaan itu kepadaNya.
PAS sebagai sebuah parti Islam, ia mula bergerak dan bernadi melalui sebaran dakwah, lalu ia membentuk sebuah tarbiyyah atau persediaan kekuatan dalaman kepada para amilin dan pendukungnya untuk berhadapan dengan sebarang ancaman perjuangannya. Kerana itu PAS tidak rebah meskipun musuhnya masuk beramai-ramai untuk menghancurkannya atau pun beramai-ramai pula keluar dari PAS dengan tujuan untuk melemahkannya.
Dengan tarbiyyah ianya melahirkan kekuatan aqidah perjuangan, kemudian lahir pula kekuatan penyatuan dari pendukungnya yang ikhlas bersatu mempertahankan dasarnya dari dirobek oleh musuhnya, ia juga mendorong untuk para amilin PAS berkorban untuk menyediakan kekuatan fizikal samaada dari sudut nyawa, tenaga dan harta benda, bersesuaian dengan firman Allah swt (maksudnya): "...dan buatlah persediaan untuk mereka dari apa yang terdaya dari kekuatan.." (Al Anfal: 60)
Dari kekuatan inilah kita melihat PAS berjaya memenuhi setiap ruang bidang dakwah yang diperlukan oleh sebuah parti Islam dan masyarakat Malaysia.
Dengan kekuatan ini PAS mampu melangkah ke dalam gerak kerja pelaksanaan dakwah seperti menubuhkan sekolah agama, sama ada dari peringkat pra sekolah hingga kepada pusat pendidikan bertaraf kolej universiti, menerbitkan Harakah, membina markas, menganjurkan seminar dan pelbagai lagi gerak kerja dakwah yang tidak terhitung banyaknya bagi memenuhi tuntutan parti dan dakwah.
Ini sangat dicemburui oleh musuhnya, PAS hidup dengan Islam, PAS bekerja untuk Islam, yang beza parti lain dengan PAS ialah Islam, bukan yang lain-lain.
PAS tidak rabun warna, sehinggakan tak kenal mana satu ideologi manusia dan yang mana satu syariat Allah yang pasti akan mencorakkan berbezaan warna kehidupan manusia yang menganut dan mengikutinya.
Setiap warna kehidupan dan perjuangan manusia akan mengikut 'sibghah' ataupun celupan, siapa yang mengambil 'sibghah' Allah maka Islamlah yang akan mewarnai kehidupannya, begitulah sebaliknya.
Amilin PAS ditarbiyyah agar sentiasa merendami diri di dalam 'sibghah' Allah, bagi membentuk sebuah jamaah yang didalamnya penuh dengan keberkatan, ahli PAS ditarbiyyah jangan sekali-kali mengambil 'sibghah' yang lain, biar serupa warna bajunya, jangan sekali serupa dari sudut aqidahnya dengan kekufuran, kerana satu masa nanti kita semuanya akan sedondon, memakai kafan yang putih, tak mengira apa fahaman politik, tapi yang membezakan kita nanti ialah siapa yang beriman dan siapa yang kufur. - HARAKAHDAILY 18/12/2015
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang juga Adun Tanjung Lumpur. Sumber HD - 18-12-2015
PAS tidak sanggup menjadi 'Pak Sanggup' Umno
ROSLI ABDUL JABAR | .
PAS adalah sebuah parti Islam, dasarnya adalah al-Qur'an, Hadis, Ijma dan Qias, bangun atas jalan Tarbiyyah, Dakwah dan Siyasah. PAS bergerak dan beroperasi untuk mendapat sokongan melalui prinsip dakwah yang jelas dan tegas, tidak dipengaruhi oleh sebarang faktor melainkan ia disandarkan kepada dasar PAS itu sendiri.
PAS boleh bertahaluf dengan sesiapa sahaja diatas titik perjuangan yang sama asalkan ia tidak merugikan Islam dan pasti akan memutuskannya jika ia merugikan Islam dan dasar parti. Semua parti boleh diterima PAS dan PAS juga boleh menerima semua huluran persahabatan dengan syarat terima atau hormati dasar yang diperjuangkan oleh PAS.
Diatas prinsip dakwah dan akidah, PAS sama sekali tidak akan menjuzuk-juzukkan kebenaran, kerana tiada lagi selepas kebenaran melainkan kesesatan, tiada tawar-menawar antara hak dan batil dalam menggunakan apa cara untuk mencapai matlamat perjuangan PAS, sekalipun dengan hanya satu perbuatan atau satu kalimah dari kebatilan.
Maksud Firman Allah SWT:
"Katakan (Wahai Muhammad) kebenaran itu dari Tuhanmu, maka barang siapa yang mahu (kepada keimanan) maka hendaklah ia beriman dan barang siapa yang mahu (kepada kufur) maka ia menjadi kafir". (Al-Kahfi : 29)
Kebenaran itu tetap dipertahankan dan PAS tidak akan tunduk dengan sebarang tawaran, ancaman dan caci maki manusia yang tidak bersetuju dengannya. Kita sambut huluran tangan sesiapa jua, dan kita lepaskan kembali diatas prinsip yang satu iaitu Islam, sesiapa yang sanggup menerima PAS, mesti sanggup untuk menerima dasar PAS sebagaimana PAS menerima huluran tangan sesiapa selagi ia tidak gelincirkan dasar perjuangan PAS.
Jika hubungan PAS dan DAP terputus, bukan makna PAS akan menyambut huluran tangan Umno, tangan pemimpin Umno pernah basah berlumuran dengan darah pemimpin dan amilin PAS, tangan pemimpin Umno pernah memberkas jasad pemimpin dan amilin PAS, PAS ingat semua tu. Namun atas prinsip Islam, PAS menolak untuk kerjasama dengan Umno bukanlah diatas sebab dendam, tetapi masih tetap diatas prinsip yang tegas iaitu Islam.
Lebih 50 tahun Umno memerintah Malaysia, peluru Umno sentiasa meluru kepada PAS dan selama lebih 50 tahun itulah juga Malaysia tidak pernah merasai tertegakkanya hukum Allah SWT secara menyeluruh, malahan diburukkan lagi dengan sikap buruk pemimpin Umno yang rakus.
Penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno bagaikan seperti perbuatan yang tanpa dosa dan bersalah, mereka bebas daripada hukuman tidak sebagaimana rakyat yang melakukan kesalahan.
Umno tidak memimpin rakyat Malaysia untuk menuju kepada Mardhatillah, begitu juga tidak berlakunya keadilan kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Umno sepertinya menjadi satu bangsa, dengan memandang PAS dan parti-parti lain sebagai satu bangsa yang lain.
Berlaku diskriminasi terhadap pembangkang, seperti merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan, negeri yang diperintah dan pernah diperintah oleh PAS dan diskriminasi ini berlaku dimana-mana hingga di peringkat bawahan.
Gabungan PAS dan Umno hanya akan membebankan PAS, PAS tidak sanggup menjadi 'Pak Sanggup' yang akan terpaksa menanggung beban untuk membela keburukan yang dilakukan pemimpin Umno, 'tak pasal pasal' pula nanti PAS kena membela Umno, untuk tolong jawap isu 1MDB, 2.6 bilion, GST dan pelbagai lagi isu yang sangat menyusahkan rakyat, PAS tak nak jadi tukang cuci longgokan najis Umno. Biar dia mencucinya sendiri atau tenggelam di dalam najis yang dilonggokkan sendiri.
Bagi PAS kita akan menyampaikan risalah dakwah kepada sesiapa pun, termasuk Umno, berbaik bukan bermakna hendak bergabung, "Allah perintahkan Nabi Musa pergi kepada firaun", pergi itu untuk menasihati, pergi itu untuk jelaskan Islam, mungkin mereka terima, jika tidak, selama-lamanya mereka menjadi mad'u yang mesti kita sampaikan risalah dakwah kepada mereka, jika mereka menentangnya selama itulah wajib kita pertahankannya, inilah prinsip Islam.
Jika mereka terima dakwah yang kita disampaikan, maka mereka akan menjadi kita, kita sama sekali tidak akan menjadi dia, kerana kita yang mengajak, bukan dia. Kalau Umno ajak PAS masuk kedalamnya, Umno nak tawar apa kepada PAS? Harta? Jawatan? Hampir semua ahli PAS masuk dalam PAS kerana Islam, kalau nak harta, jawatan atau Putrajaya dah lama mereka masuk Umno, kalau ada orang masuk PAS kerana niat begitu, lambat laun pastinya keluar PAS.
PAS Pahang sepenuhnya menyokong tegasan Presiden PAS, Datuk Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa PAS tidak akan bergabung atau kerjasama dengan Umno dalam urusan politik, kalau untuk kebaikan Islam dan rakyat, itu dengan sesiapapun boleh.
Kerana dasar PAS itu Islam, bukan bangsa atau kepartian, maka PAS akan buat, selagi Islam kata boleh buat, PAS bukannya parti yang 'buat-buat' Islam, mengaku parti Islam pastu jadi pembela kepada orang yang menentang perlaksanaan hukum Islam. – HARAKAHDAILY 17/12/2015
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang dan juga Adun Tanjung Lumpur Sumber HD - 17-12-2015
Bauksit: Solat hajat mohon kesejahteraan rakyat Sabtu ini
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: Setelah pelbagai cara dan usaha dilakukan bagi memohon pihak kerajaan menghentikan aktiviti perlombongan bauksit sejak dua tahun lalu menemui jalan buntu, satu program solat hajat akan diadakan Sabtu ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata, solat hajat dan munajat rakyat itu sebagai usaha terakhir berikutan sehingga ke hari ini tidak ada sebarang perubahan dilihat malahan keadaan semakin tidak terkawal dan mengundang risiko.
Katanya, PAS Pahang bersama dengan Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) dan jawatankuasa Taman Impianku, mengambil inisiatif menganjurkan program kerohanian bagi memohon kepada Allah supaya melindungi rakyat kawasan sekitar Kuantan daripada sebarang musibah.
“Di samping itu kita juga memohon agar Allah SWT membuka hati pihak berkuasa supaya memberhentikan segala kegiatan yang merosakkan alam sekitar dan mengheret orang ramai ke arah risiko.
“Pihak kami juga amat bimbang dengan keadaan cuaca hari ini yang boleh mendedahkan satu musibah besar akan berlaku jika projek ini tidak dihentikan segera.
“Justeru itu, kami menyeru semua penduduk sekitar Kuantan hadir beramai-ramai untuk bersama bermunajat dan berdoa ke hadrat Allah SWT. Usaha ini amat penting khususnya kepada orang Islam supaya banyak berdoa dan bergantung harapan hanya kepada Allah,” ujarnya.
Sehubungan itu beliau menyeru semua warga Kuantan dan orang ramai dapat hadir Sabtu ini di Surau Al Mukmin Taman Impianku bermula dari jam 7.30 malam sehingga 9.30 malam yang akan dipimpin oleh Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar.
Masalah bauksit telah menghantui penduduk Kuantan sejak dua tahun yang lalu. Tapak pelombongannya bermula di RTP Bukit Goh dan kini telah melarat ke beberapa lokasi di Sungai Karang dan Beserah. - HARAKAHDAILY 17/12/2015 Sumber HD - 17-12-2015
Tangguh cadangan MB Pahang beri geran tanah
MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOAP) hari ini bersetuju untuk menangguhkan sementara cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang ini memberi hak milik tanah tapak rumah seluas suku ekar.
Penyelaras JKOAP, Shafie Dris berkata penangguhan itu perlu sehingga Jawatankuasa Kabinet yang ditubuh oleh kerajaan mengenai Suhakam berkenaan Hak Tanah Adat Orang Asli, membincangkan perkara tersebut.
"Cadangan pemberian hak milik tanah telah diumumkan pada 20 November lalu, JKOAP bersama-sama batin-batin dan beberapa orang pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) bersetuju untuk menangguhkan sementara cadangan tersebut.
"Dalam masa yang sama JKOAP pada 23 November lalu telah membantah cadangan kerajaan untuk memberi geran tapak rumah serta menyerahkan cadangan penyelesaian melalui Geran Komunal mengikut komuniti yang sesuai untuk sistem tanah adat Orang Asli, kerana adat dan budaya Orang Asli berhubungkait dengan tanah," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, jika kerajaan berkeras mahu melaksanakan cadangan suku ekar tersebut, kerajaan harus memberi dua pilihan kepada Orang Asli iaitu geran suku ekar dan geran komunal.
"Sebagai wakil, JKOAP membawa suara Orang Asli akar umbi yang masih mengamal adat, menuntut kepada kerajaan Pahang agar geran komunal konsep komuniti dilaksanakan memastikan kawasan mereka masih selamat.
"Manakala untuk kampung-kampung yang sudah teruk terjejas, geran suku ekar boleh dilaksanakan kepada mereka," katanya.
Shafie yang melahirkan kekecewaan terhadap kenyataan Adnan, kononnya dasar suku ekar ini dilaksanakan adalah kerana Orang Asli tidak ada hak kerana kalah dalam mahkamah.
"Kenyataan Adnan itu tidak benar dan ia hanyalah alasan semata-mata. Pemberian geran suku ekar harus di tangguh bagi memberi masa kepada jawatankuasa kabinet membuat siasatan secara menyeluruh berkaitan tanah adat Orang Asli.
"Mengenai tuntutan suku ekar sebenarnya dituntut oleh beberapa individu, batin-batin dan Pengerusi JKKKOA Orang Asli Pahang serta Jabatan Kemajuan Orang Asli Pahang, bukan mewakili Orang Asli sepenuhnya.
"Sebenarnya mereka tak tahu bahawa isu hak tanah Orang Asli dalam siasatan kerajaan, sebab itu mereka terburu-buru membuat keputusan, tanpa mengambil kira dan menunggu keputusan pasukan petugas khas jawatankuasa kabinet yang belum pun bermesyuarat," kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 27/11/2015 Sumber HD - 27-11-2015
Bantah lombong bauksit, penduduk ke parlimen
MUHAMMAD FAIZAL | FOTO WAN ZAHARI | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat digesa campur tangan dalam menangani perlombongan bauksit di Kuantan yang menimbulkan masalah kepada kerosakan harta awam serta membahayakan orang ramai.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar ketika dihubungi berkata, kegagalan kerajaan negeri dalam menangani isu perlombongan bauksit amat mengecewakan dan kerajaan pusat perlu mencari jalan penyelesaian.
"Hari ini kita hadir ke parlimen bagi membawa suara rakyat Kuantan yang semakin hari terancam dengan debu-debu serta kekotoran dari perlombongan bauksit.
"Kita mahu kerajaan mendengar suara rakyat Kuantan, namun apa yang kita dapati suara kita yang dibawa Ahli Parlimen Kuantan di dalam parlimen tidak diterima oleh pihak kerajaan," katanya yang turut hadir pada penyerahan petisyen rakyat di bangunan parlimen hari ini.
Beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur turut melahirkan kerisauan akibat daripada perlombongan tanpa kawalan itu.
"Apa yang kita risaukan sekarang ini telah berlaku, kemalangan meragut yang nyawa, isu membakar lori juga telah berlaku dan ini kerana penduduk sekitar sudah tidak boleh sabar dengan pencemaran.
"Kita juga dapati banyak jalan telah rosak termasuk sungai-sungai yang telah bertukar warna, menyukarkan nelayan-nelayan sekitar untuk menangkap ikan," katanya lagi.
Rosli juga berkata, isu perlombongan bauksit telah dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, namun jawapan yang diterima kerajaan negeri tidak dapat menangani sepenuhnya.
"Jawapan dari Menteri Besar mengatakan beliau sudah habis ikhtiar serta tidak boleh menangani masalah bauksit ini.
"Malah beliau turut mengatakan tidak cukup kakitangan untuk berhadapan masalah tersebut termasuk isu tonto, begitu juga pihak-pihak berkuasa yang lain seperti SPAD dan JPJ yang kekurangan kakitangan," jelas beliau.
Beliau yang menegaskan walaupun apapun alasan diberikan, isu bauksit itu perlu diselesaikan dengan segera termasuk menghentikan sementara aktiviti perlombongan bagi memberi ruang kepada kerajaan membuat kajian dalam spesifikasi terutamanya melibatkan kesihatan rakyat dan pencemaran. - HARAKAHDAILY 25/11/2015 Sumber HD - 25-11-2015
Penduduk Bantah Lori Bauksit Masuk Laluan Taman Perumahan osted on Sunday, November 22 @ 18:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
KUANTAN – Kira-kira 150 penduduk di Taman Balok Baru di sini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan pemandu lori terutama yang membawa bauksit melalui jalan di dalam kawasan perumahan mereka.
Wakil penduduk, Che Alif Ismail berkata tindakan pemandu-pemandu lori terbabit membimbangkan para penghuni di situ kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan dan pelbagai kerosakan infrastruktur awam. “Lori-lori besar terutama yang membawa muatan bauksit menggunakan laluan sempit di dalam taman ini tanpa mengira waktu dan ia semakin banyak apabila pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan raya di laluan utama. “Sebagai penduduk, kami rasa amat tertekan dengan situasi ini kerana ia mengundang pelbagai masalah seperti pencemaran bunyi, habuk dan merosakkan infrastruktur jalan, longkang serta paip air. “Lebih merisaukan kami ialah keselamatan penduduk terutama kanak-kanak yang turut mengunakan laluan sama di mana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa apatah lagi sesetengah lori itu dipandu agak laju,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga taman itu berkata masalah yang bermula sejak awal tahun ini dilihat semakin berleluasa meskipun pernah ditegur oleh penduduk. “Kami bimbang jika masalah ini tidak ditangani segera, penduduk akan mengambil tindakan sendiri dan ia mungkin menimbulkan masalah lebih besar,” katanya.
Beliau berkata selain masalah itu, penduduk juga kurang senang dengan tindakan pemandu lori yang meletakkan kenderaan berat mereka di dalam kawasan taman.
“Kami syorkan agar kerajaan negeri menyediakan satu tempat khas untuk meletakkan lori-lori bauksit ini supaya ia tidak mengganggu laluan penduduk. Dengan itu ia juga tidak mengganggu ketenteraman penduduk sekitar taman ini dan kawasan berhampiran,” katanya. – BERNAMA
Sumber TKO 22 -16-2915
Bajet Pahang 2016 tiada yang mengujakan
BASIRON ABDUL WAHAB | .
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu menyifatkan Bajet Pahang 2016 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob semalam secara keseluruhanya tidak ada yang mengujakan atau sesuatu yang baharu.
Katanya, pendapatan negeri masih lagi bergantung kepada sumber pendapatan tradisi iaitu hasil tanah dan galian selain dari hasil perhutanan.
Ini ujarnya, kerana jumlah pendapatan negeri dianggarkan sebanyak RM728.90 juta yang mana 40 peratus datangnya dari hasil tanah dan galian, 31 peratus dari geran kerajaan persekutuan dan bakinya dari hutan, air dan lainlain sumber.
“Kerajaan negeri harus mencari pendekatan baru bagi mempastikan kesinambungan pembangunan negeri. Segala hasil tradisi akan semakin berkurangan dan dibimbangi sekiranya tidak ada langkah-langkah segera di ambil, negeri Pahang akan kehilangan sumber perolehan negeri untuk terus menanggung perbelanjaan," ujarnya.
Di sebalik pembentangan bajet, penduduk Kuantan terus tertekan dengan kesan pencemaran akibat perlombongan bauksit.
Andansura dan Lee Chean Chung (PKR-Semambu) yang prihatin dengan isu berkenaan meminta kerajaan negeri menghentikan perlombongan bauksit buat sementara.
Sebagai bantahan terhadap isu berkenaan Adun Semambu itu membawa kenderaan yang kotor ke Wisma Sri Pahang supaya dapat dilihat oleh semua pihak.
Beliau mendakwa melalui kawasan yang tercemar itu untuk mengetahui apa yang akan diperolehi oleh para pengguna yang melalui kawasan berkenaan yang teruk ialah Gebeng, Sungai Ular dan Bukit Goh. - HARAKAHDAILY 17/11/2015 Sumber HD - 17-11-2015
Almarhum TG Nik Aziz kata PAS bubar jika...
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR | .
PAS bukan sahaja parti politik, tapi jugak gerakan Islam, dari dulu PAS sudah bagitau rakyat Malaysia tentang ini. Sebab itu dalam PAS berpolitik di dalamnya ada dakwah, dalam dakwah PAS ada politiknya. Dua-dua ni bercampur dan bersatu, tidak boleh diasingkan, kalau diasingkan, jadilah dia politik tanpa Islam dan jadilah dia Islam tanpa politik.
Dua-duanya adalah dari rubu' Islam, kalau tidak ada salah satunya, macam otak tanpa perasaan dan macam perasaan tanpa otak. Kalau ada otak tiada perasaan, maka akal berfikir tanpa rasa takut, bimbang dan kasihan belas. Kalau ada perasaan tapi tiada otak, apapun tidak boleh buat, sekadar berasa-rasa sahaja, tapi tidak mampu berfikir untuk berbuat apa yang dirasa.
Politik tanpa Islam, adalah politik jahat, politik rasis, politik rakus, politik hawa nafsu, politik rasuah dan politik yang tidak takutkan Allah, politik yang berada di luar kawalan Islam juga politik yang jauh daripada redha Allah SWT. Dakwah tanpa politik atau tanpa cita-cita politik hanya seumpama bina rumah yang tidak sempurna, hanya sekadar tiang tapi tiada pula dinding dan atapnya.
Orang berdakwah kena berpolitik, orang berpolitik wajib berdakwah. Dakwah itu ialah cara dan jalan untuk mencapai matlamat, kalau matlamatnya Islam, maka jalan menuju matlamatnya ialah dakwah, kalau jalannya adalah dakwah, mestilah jalannya adalah jalan yang ditunjukkan oleh Allah dan Rasul-Nya, sebab kerja dakwah ni adalah perintah Allah dan jalan para Rasul.
Orang berpolitik tujuannya hendak berkuasa, kuasa memerintah, orang yang berdakwah untuk mendapatkan kuasa politik, tidak berdakwah untuk dia berkuasa, tetapi tujuannya agar Islam itu berkuasa. Biarlah sesiapapun yang memerintah asalkan Islam itu menjadi dasar pemerintahannya, siapapun berkuasa jika dasarnya sama maka semuanya adalah sama.
Almarhum Tuan Guru Dato Nik Aziz pernah sebut, kalau Umno laksanakan Islam keseluruhannya maka haram lagi ada PAS, inilah politik Islam yang dibina diatas jalan dakwah, sebab dakwah itu tujuannya adalah Islam, bukan diri kita, maka matlamat dakwah itu tercapai bila Islam itu tertegak bukan dengan sebab manusia idola kita jadi pemimpin.
Tidak perlu masuk Umno untuk dakwah kepada pemimpin Umno sebagaimana tidak perlu bersama DAP untuk dakwah kepada DAP, sebab dakwah ada prinsip dan tanzimnya sebagaimana politik ada dasarnya dan tidak perlu kecam Presiden PAS sampai kata dia mahu jadi "penasihat bertaraf menteri" kepada Umno, agama itu nasihat dan nasihat itu agama, di mana salahnya?.
Meleleh air liur sampai kering dok tuduh PAS mahu masuk Umno semata-semata kerana prinsip dakwah yang dibawa oleh PAS, ada yang bercakap mendahului keputusan Tuhan, "jangan haraplah Umno nak Islam", yang cakap pula tu orang yang memang tolak hukum Islam, dia sendiri pun tolak juga.
Kalau Umno tolak Islam dia kata salah, yang dia tolak Islam takkan kita nak kata betul, bila kita kata dia tak betul, meroyanlah pulak.
Dakwah itu jalannya sukar dan seni, abstrak sangat, kalau pandang dengan akal semata pasti dia akan kata Nabi Musa itu bodoh kerana menasihati Firaun, pasti juga dia akan kata Allah SWT sudah silap strategi kerana perintahnya kepada Musa "Pergilah kamu kepada Firaun, sesungguhnya ia adalah Taghut", Toghut-Toghut Firaun pun, Allah suruh sampaikan agama kepadanya.
Jalan Islam itu dibina diatas perbagai cara, ada masa kena perang, ada masa kena nasihat, bukan keras sepanjang masa, seperti mahu cantikkan rumah, bukan semua dengan kerja kasar, ada tempatnya perlu kepada kerja seni yang halus. PAS bukan nak berlembut sepanjang masa, sampai orang pijak kepala. Ada masanya PAS berkeras, bukan pula keras sepanjang masa sampai tiada lembutnya.
"Jangan kebencian kita kepada satu kaum, lalu kita bersifat zalim". Kalau lembut pun jangan sampai benda jahat dikatakan baik, kalau keras pun jangan sampai benda baik dikatakan jahat, kalau dakwah ajak orang kepada kebaikan itu baik, jangan sampai kata PAS bodoh kerana berdakwah. Kalau tak suka PAS jangan sampai kata PAS bodoh kerana mahu menasihati orang pada jalan agama, kerana jalan dakwah itu adalah jalan para Anbiya. – HARAKAHDAILY 9/11/2015 Sumber HD - 9-11-2015
PAS Pahang tolak kerjasama politik dengan Umno
ROSLI ABDUL JABAR | .
PAS Pahang menegaskan tiada kerjasama politik antara PAS dan Umno seperti sebahagian daripada tuduhan liar yang menuduh PAS dan Umno akan bergabung di dalam PRU14 yang akan datang. Semua tuduhan itu adalah bersifat fitnah politik yang cuba untuk memburukkan PAS dalam kalangan pengundi Melayu di kalamana rakyat telah semakin hilang keyakinan kepada Umno.
PAS tidak pernah melupakan segala bentuk tindakan yang pernah dilakukan oleh Umno terhadap PAS demi kepentingan politik mereka seperti Peristiwa Memali, Operasi Lalang dan berbagai bentuk serangan fitnah terhadap PAS sama ada melalui media ataupun secara langsung, PAS tidak pernah melupakan walau sedetik pun segala bentuk angkara Umno terhadap PAS.
PAS Pahang sangat bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa pun jua termasuk Umno asalkan ia adalah kerjasama khusus seperti memerangi gejala sosial atau sebagainya untuk kebaikan rakyat, tetapi bukan di dalam bentuk gabungan parti politik, ia adalah selari dengan kehendak Islam supaya bantu membantu di dalam perkara kebaikan.
PAS Pahang terus menerus komitmen untuk menumbangkan Umno di dalam pilihan raya yang akan datang, meskipun jika DAP atau PAN turut sama bertanding di kerusi yang PAS tandingi. PAS kini cuma bergabung dengan PKR di dalam PR dan tiada gabungan di dalam PH, maka segala bentuk halangan politik untuk PAS dalam merealisasikan dasarnya sama ada dari Umno, DAP, PAN atau apa jua parti politik lain akan dirempuh.
PAS Pahang akan tetap menghormati hasrat ahli, penyokong dan rakyat khususnya yang beragama Islam agar terus menerus memperjuangkan dasarnya iaitu Al-Qur'an, Hadis, Ijma dan Qias meskipun terpaksa berhadapan dengan jutaan halangan sama ada dari Umno atau sesiapa juga, kerana PAS yakin bahawa dasar perjuangan PAS adalah sentiasa relevan sepanjang masa dan bersifat adil kepada semua tanpa mengira kaum, bangsa atau agama.
PAS akan meneruskan agenda perjuangannya bersama rakan dari DHPP yang akan turut membantu untuk menjelaskan dasar perjuangan PAS kepada masyarakat bukan Islam, sekali gus memperkukuhkan lagi persepsi rakyat Malaysia bahawa PAS adalah untuk semua dan sama-sama memperindahkan lagi imej PAS sebagai sebuah parti terbaik untuk rakyat Malaysia.
PAS yakin mampu untuk menggantikan Umno bagi memerintah dan mentadbir negeri Pahang. Dengan pertolongan Allah swt serta dengan kekuatan dan komitmen ahli PAS yang tidak berbelah bagi, PAS Pahang akan terus mengorak langkah demi langkah untuk sedikit demi sedikit menggapai kemenangan dan menumbangkan Umno pada PRU yang akan datang.
PAS Pahang dengan penuh keyakinan bahawa perjuangan yang diiringi dengan keredhaan Allah swt pasti akan memberikan kemenangan yang dipenuhi dengan rahmat dan keampunan-Nya, ianya akan merealisasikan aspirasi PAS untuk memerintah Pahang melalui sistem pemerintahan yang telah digaris pandukan oleh Islam yang bersifat adil kerana Islam itu adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt, Rabb Yang Maha Adil. - HARAKAHDAILY 6/11/2015
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang. Sumber HD - 6-11-2015
Janji Muhammad SAW kepada Suraqah
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR | .
FAKTA matematik menunjukkan bahawa tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW untuk berhadapan dengan dengan tentera kafir Quraisy dalam peperangan Badar adalah sangat lemah. Bukan sahaja bilangannya sangat sedikit, berkurangan lebih kurang tiga kali ganda dengan tentera kafir Quraisy malahan tentera Islam juga tidak memiliki armada peperangan dan kelengkapan perang yang selayaknya untuk menang dalam pertempuran pertama dengan tentera kafir Quraisy yang serba lengkap.
Rasulullah SAW yang sedang melarikan diri bersama Abu Bakar As-Siddiq ketika arahan berhijrah oleh Allah SWT telah dikejar oleh Suraqah bin Malik, sehingga berlakunya perjanjian antara Rasulullah SAW dan Suraqah. Suraqah adalah penjejak yang sangat mahir, jika sekiranya Suraqah menyembunyikan laluan yang dilalui oleh Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW menjanjikan untuk memakaikannya mahkota dan pakaian "Kisra bin Hurmuz".
Satu perjanjian yang sukar untuk diterima akal dan membingungkan Suraqah, namun semuanya menjadi nyata pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, Suraqah dipakaikan oleh Umar pakaian tersebut. Pada ketika itu, Suraqah hanya mematung diam mengingati janji Rasulullah SAW kepadanya, meskipun sukar untuk diterima akal janji seorang manusia yang sedang melarikan diri daripada buruan, tanpa pengikut yang ramai dan harta yang banyak bersamanya.
Berjanji untuk menyerahkan kepadanya pakaian pemerintah empayar Rom dan Parsi yang merupakan empayar terbesar dan terkuat pada masa tersebut, seperti Amerika ketika ini. Begitulah Allah SWT mengaturkan perjalanan kehidupan mereka yang berjuang dijalan-Nya, sentiasa berada dalam situasi yang sangat menguji keimanan dan sentiasa bergantung harap kepada-Nya juga sentiasa yakin dengan keEsaan dan Kekuasaan-Nya.
Fakta tetap fakta, kiraannya bukan keputusan mutlak, kerana orang beriman wajib yakin bahawa tidak ada keputusan melainkan keputusan itu adalah datangnya dari Allah SWT, meskipun dari sudut faktanya ia adalah mustahil. Ada keputusan yang munasabah dengan kiraan fakta, ada juga yang sebaliknya, semua itu dengan kehendak Allah SWT, ini adalah Aqidah orang yang beriman, firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa,” (Al-Hajj ayat 40)
Ayat ini tidak menafikan fakta, tetapi menafikan keimanan bahawa sesuatu itu pasti berlaku dengan kiraan fakta, jika sedikit pasti kalah, jika ramai pasti menang. Agak mustahil untuk diyakinkan dalam pertembungan pilihan raya, tetapi tiada yang mustahil bagi Allah SWT.
Pertolongan Allah SWT itu berpihak kepada orang yang sentiasa berjuang untuk menegakkan agamanya, meskipun dibenci oleh musuh-musuhnya, cepat atau lambat itu adalah urusan Allah SWT, Dia Maha Mengetahui dan Bijaksana untuk memberikan keputusan tentang urusan hamba-Nya.
"Dia lah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." (As-Saff Ayat 9)
PAS sangat menyakini ini, kerana itu seruan untuk meninggikan agamanya tetap dijunjung sehingga kini, menolak segala bentuk pakatan, rayuan atau ancaman supaya meninggalkannya.
Meskipun ada manusia beriman dengan fakta bahawa Islam tidak menang jika masih ada golongan musyrik membencinya, namun Allah SWT telah menegaskan kemenangan Islam itu berada di tengah-tengah kebencian manusia yang mensyirikkan-Nya.
Allah SWT adalah Rabb Yang Berkuasa ke atas hati-hati manusia, Dialah yang membolak-balikkannya, hari ini mungkin manusia benci, tetapi mungkin tidak pada masa mendatang. Tidak mustahil mereka yang membenci kini, menjadi seperti Saidina Umar pada masa akan datang, itu janji Allah atau diutuskan para Malaikat-Nya untuk membantu sebagaimana para Malaikat membantu tentera Badar, perkara-perkara diluar kiraan fakta boleh berlaku dengan izin-Nya.
Yang penting para amilin PAS mestilah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan agar dapat meraih Rahmat dan pertolongan-Nya. Korbankanlah tenaga dan harta semaksimum mungkin, sebarkan salam dan kebaikan, syiarkan Islam di mana-mana jua, kerana itu antara syarat kemenangan, yakinlah kesungguhan itu akan merubah fakta dengan izin-Nya, namun jika fakta tidak berubah, teruskan dan Istiqamahlah berjuang pada jalan Allah SWT kerana janji-Nya pasti tidak berubah iaitu "Islam Pasti Menang". – HARAKAHDAILY 29/10/2015 Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Pahang dan Adun Tanjung Lumpur Sumber HD - 29-10-2015
Projek perumahan rakyat terbengkalai 17 tahun
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
Andansura menunjukkan papan tanda projek terbengkalai yang sepatutnya sudah didiami penduduk. BENTONG: PAS tidak mahu pihak kerajaan menggunakan projek-projek perumahan rakyat terbengkalai sekali lagi dijadikan ‘gula-gula’ pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Sehubungan itu, PAS Pahang mendesak pihak pemaju dan kerajaan negeri mengambil serius seterusnya menyelesaikan segera Projek Perumahan Rakyat Taman Desa Baris di sini yang terbengkalai hampir dua dekad lalu. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Andansura Rabu berkata, sehingga kini perumahan rakyat yang dimulakan pada 1998 itu hanya menjadi projek ‘gajah putih’ dan gagal dimanfaatkan meskipun jutaan ringgit wang rakyat sudah dihabiskan. “PAS Pahang menggesa projek yang dimulakan sejak 1998 ini diselesaikan dengan segera dan jangan lagi dijadikan gula-gula menjelang PRU akan datang dan rakyat menjadi mangsanya. “Penduduk setempat yang layak dan dijanjikan menduduki perumahan tersebut terus menunggu dan menunggu namun hingga ke hari ini masih belum diserahkan untuk didudukinya,” katanya ketika mengetuai rombongan Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar negeri ke sini susulan aduan rakyat. Andansura yang juga Adun Beserah berkata, lebih mengecewakan ialah perumahan tersebut berada dalam Dun Pelangai iaitu kawasan diwakili Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri. Terdapat 200 buah rumah yang sepatutnya diduduki oleh rakyat berpendapatan rendah namun gagal dilaksanakan. Penduduk mempersoalkan status pemohonan mereka sejak 1998 masih tiada jawapan hingga kini. Difahamkan telah beberapa kali projek tersebut bertukar kontraktor dan dibaik pulih sehinggalah akhirnya diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pertengahan tahun ini. “Persoalannya mengapakah pihak kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pemaju sekiranya ianya adalah kesan kegagalan mereka?” soalnya. Katanya, rakyat mengadu pada PRU yang lalu jentera PRU Umno telah membangkitkan isu jasa-jasa kerajaan termasuk kononnya menawarkan perumahan terbengkalai ini kepada penduduk dalam Dun berkenaan. - HARAKAHDAILY 23/10/2015 Sumber HD - 23-10-2015\
Entahlah, saya bukan PAN, saya tak tahu
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR | .
SAYA agak sukar untuk menerima undangan berceramah dari luar Negeri Pahang, sangat jarang-jarang, terutama di Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, maklum negeri ramai para Ulama, Tok Guru dan Asatizah, rasa takut, malu dan janggal nak berceramah di hadapan orang-orang alim dan lebih berilmu. Namun ceramah jugaklah 'hudoh-hudoh' pun, memenuhi hajat orang, walaupun tahu diri tak layak, menggeletar juga dibuatnya.
Baru-baru ni berceramah juga di Terengganu dan Kelantan dengan perasaan berat, sambil tu ambil kesempatan bertukar pandangan dan melihat rakan-rakan di sana menguruskan jamaah untuk dikutip, di bawa balik sebagai penambahbaikan dan memantapkan lagi pengurusan dan program PAS di kawasan saya, Alhamdulillah banyak juga yang dapat dipelajari. Begitu juga dengan pengurusan DUN, saya berjumpa dengan wakil-wakil rakyat disana, pelajari apa yang patut, maklum saya ini 'buah cempedak di luar pagar'.
Namun di mana sahaja saya pergi, soalan yang mesti saya jawap ialah 'macamana perkembangan PAN di Pahang?', biasanya saya jawap 'entahlah saya bukan PAN, saya tak tahu', saya bukan minat sangat nak bercerita tentang ini, bagi saya siapa sahaja bebas masuk dan keluar PAS, ini parti politik. Kalau tidak setuju dengan PAS maka masuklah mana-mana parti politik lain, banyak ada di Malaysia ini, rasanya melebihi 10 buah parti termasuklah parti-parti kecil yang tidak terkenal.
Namun, saya tidaklah meremehkan perkara ini, oleh sebab itu di peringkat Negeri Pahang, melalui seluruh organisasi, Ulama, Pemuda, Muslimat, Kawasan dan Cawangan-cawangan kita perkasakan program berbentuk Tarbiyyah supaya ahli, terutama ahli baru yang semakin ramai ini dapat memahami marhalah perjuangan PAS. Soal ada yang keluar daripada PAS dan menyertai PAN itu saya anggap perkara biasa, PAS sendiri telah berpengalaman dengan situasi tersebut satu ketika dulu sehingga tertubuhnya HAMIM dan BERJASA.
Soal siapa mati siapa kekal, itu terpulang kepada dasar dan gerak kerja parti masing-masing, pengurusan sebuah parti melibatkan jentera yang ramai dan kewangan yang besar, sejauh mana boleh bertahan terpulang kepada dua aset tersebut. Ideologi parti adalah sesuatu yang paling berpengaruh untuk menarik minat orang menyertainya, gerakerja melalui jentera dan kewangan adalah nadi yang akan meneruskan hidup gemuk atau kurusnya sebuah parti atau pun hidup segan mati tak mahu ataupun juga terus berkubur.
Setiap parti mesti bekerja dan mengatur strategi untuk menarik orang ramai menyertainya dan menerima ideologinya. Saya menolak pandangan yang mengatakan 'kita dan PAN hanya berbeza pandangan', sebab, jika kita berbeza pandangan, maka kita mesti berada di dalam parti yang sama, tiada parti yang sama dasarnya, mesti dasarnya berlainan, kaedahnyanya juga berbeza, jika hanya berbeza pandangan tidak perlu kepada menubuhkan parti lain, apabila menubuhkan parti lain, ini bererti kita bukan berbeza pandangan tetapi berbeza ideologi.
PAS berlawan dengan Umno sejak 1951 lagi. Masa saya budak-budak dulu pun saya kata bodohnya orang Melayu berbalah sesama sendiri kerana parti, apabila semakin dewasa dan belajar, baru saya faham bahawa ideologi sebuah parti itu ialah marhalah kepada sebuah perjuangan, ke mana halatuju perjuangan ditentukan oleh dasar partinya, kita boleh jadi mukmin, komunis, sosialis, liberal, sekular dan sebagainya apabila kita mengikuti ideologi dan hala tuju sesebuah parti, PAS bertembung dengan Umno sejak dulu adalah kerana ideologinya.
Kita boleh berbeza pendapat, tetapi tidak boleh berbeza ideologi, kita boleh berkawan dengan orang yang berbeza ideologi, malahan yang berbeza agama sekalipun, malahan untuk bersefahaman atas titik pertemuan dalam perkara-perkara yang sama, namun ideologi sesebuah parti tidak mungkin keseluruhannya akan sama, kerana itulah berlakunya berbilang-bilang parti, jika semuanya sama, maka tiadalah berbilang-bilang parti.
PAS adalah wadah yang berdasarkan kepada al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias, seruannya adalah ALLAHUAKBAR dan marhalah perjuangannya adalah untuk menegakkan hukum Allah SWT, maka inilah bahteraku. – HARAKAHDAILY 15/10/2015 Sumber HD - 15-10-2015
Menteri dedah pencemaran bauksit - Andansura
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: Pendedahan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri mengesahkan wujud pencemaran bauksit yang mengundang bahaya kepada rakyat di daerah ini.
Serentak dengan itu, Adun Beserah Andansura Rabu mendesak Kerajaan Negeri Pahang memberhentikan serta-merta semua aktiviti berkaitan perlombongan bauksit yang dilihat semakin tidak terkawal.
“Jadi, kami minta dan merayu agar kerajaan hentikan segera sehingga ada satu kajian kesan terhadap alam sekitar dilakukan demi kebaikan semua pihak,” katanya pada sidang media di Pejabat Adun Semambu di sini, semalam.
Sidang media itu diadakan khusus berhubung pendedahan oleh Wan Junaidi di sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris kelmarin mengenai wujudnya pencemaran alam sekitar disebabkan perlombongan bauksit.
“Sebelum ini kita sudah usahakan pelbagai cara termasuk bantahan, himpunan, dialog dengan pihak berkuasa, tindakan menyekat dan sebagainya dan kini pendedahan menteri sendiri menguatkan lagi desakan agar kerajaan segera hentikan perlombongan tersebut.
“Kita lebih pentingkan soal kesihatan rakyat. Namun kerajaan seolah-olah tidak mencari kaedah sesuai bagi menyelesaikan perkara ini meskipun pelbagai usaha dilakukan kami sebelum ini.
“Sampai bila kerajaan mahu membiarkan perkara ini berlarutan sebegini sedangkan pelbagai bantahan telah disuarakan oleh rakyat berhubung kesengsaraan mereka. Kerajaan seharusnya lebih bertanggungjawab,” katanya.
Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob perlu memberi kenyataan segera mengenai perkara ini demi mengelak kesan buruk kepada rakyat di daerah ini terutamanya di kawasan perlombongan.
“Saya cabar kerajaan supaya mendahulukan rakyat sebagaimana slogan yang dibawakan sebelum ini dan kerajaan perlu berani merealisasikan slogan yang diwujudkan itu,” katanya.
Andansura memberitahu, Adnan juga sebelum ini pernah memberi mengatakan bahawa mereka telah ada jalan penyelesaian bagi pengangkutan bauksit, malangnya sehingga kini tiada lagi kelihatan kaedah yang baru diguna pakai oleh syarikat pengangkutan terlibat.
“Apa yang saya lihat sama seperti dahulu dan ia langsung tidak berubah.
“Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku hari ini dan saya lihat kerajaan tidak mampu menangani dan menyelesaikan perkara tersebut. Kalau sudah tidak mampu rasanya lebih elok berhentikan sahaja semua aktiviti bauksit,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, pencemaran dari tapak perlombongan, sepanjang jalan hingga ke pelabuhan telah menjadi semakin buruk dan beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat mengenai kekesalan mereka terhadap pengawalan dan pemantauan pihak berwajib.
“Saya harap perkara ini turut diberi perhatian oleh kerajaan negeri kerana aktiviti ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan, alam sekitar malah kemalangan membabitkan lori bauksit turut terjadi.
“Oleh itu, kita mahu kerajaan ada keberanian dan iltizam menyelesaikan masalah ini serta-merta demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
Andansura memberitahu, sekiranya kerajaan gagal menyelesaikan masalah tersebut, beliau bersama badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) akan mengadakan bantahan secara besar-besaran di peringkat nasional.
“Sebelum bantahan ini diadakan, kita memberi ruang kepada kerajaan negeri terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut Pengerusi Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) Ali Akbar Othman dan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. – HARAKAHDAILY 10/10/2015 Sumber HD - 10-10-2015
Khutbaah Aidil Adha Pahang hanya untuk orang Islam, apasalah DAP pulak Heboh! Posted on Tuesday, September 29 @ 06:25:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Assalamualaikum,, Sudah dikatakan DAP memang parti yang mahu mengajar umat Islam macam mana nak menguruskan ugama mereka, DAP adalah parti liberal yang bertentangan dengan ajaran Islam yang perlu dijauhi oleh semua orang Islam terutama yang masih menjadi ahlinya.Inilah intipati khutbah Aidil Adha Pahang yang sepatutnya ditujukan khas kepada umat Islam sama seperti hudud yang nak dilaksanakan di Kelantan.DAP walaupun disentuh secara terus oleh khutbah tetapi ianya tetap untuk umat Islam, satu seruan dan nasihat agak umat Islam bersatu dalam satu jemaah yang besar dan kuat.
Ada dua perkara ekoran khutbah itu yang patut kita umat Islam dan yang mengaku Umat Islam ambil perhatian serius.Pertamanya, seruan untuk bersatu melampaui batas batas parti politik yang bermaksud dasar politik melayu Islam mesti ditinggalkan dan ideologi ideologi politik yang ada juga mesti ditinggalkan, termasuk ideologi liberal,progresif, sosialis dan seumpamanya.Oleh itu kalau kita usul semua parti politik yang ada cuma satu parti yang tidak ada ideologi ideologi ciptaan manusia, ia itu PAS.Orang Islam dan yang mengaku Islam semestinya mengakuinya dan semestinya memulakan langkah untuk bersatu dengan mendekati PAS.Ahli dan penyokong PAS yang sedia ada juga seharusnya berlapang dada dan sentiasa bersedia untuk membimbing tangan tangan saudara saudara seIslam yang ikhlas mahu bersatu.
Perkara kedua, ialah respon meraban DAP yang mahukan JAIP minta maaf menunjukkan DAP adalah parti yang tidak sepatutnya dibiarkan menang pilihanraya dan memerintah negara oleh umat Islam apatah lagi bergabung dan bersengkongkol dengan mereka.Kita patut merasa sedih dan patut menghulur tangan kepada pengerusi DAP Pahang kerana mengikut namanya dia ialah seorang Islam, kita merasa sedih sebab menunjukkan keangkuhan untuk menyaman JAIP kalau JAIP tidak mahu minta maaf.Syarat yang menunjukkan DAP masih tidak menerima hakikat bahawa mereka bukanlah parti Islam yang tidak sesuai dihuni oleh orang Islam.Itu merupakan mesej sebenar yang mahu disampaikan oleh khutbah tetapi DAP tetap mengganggap mereka pembela Islam sebenar dan disokong oleh orang Islam yang menyertai partinya dan orang Islam progresif yang pernah memenangkan PAS di kawasan separa bandar yang dipenuhi oleh orang Islam progresif.DAP mahu semua orang Islam menjadi progresif bagi memudahkan mereka menjadi peneraju dan sebarang usaha untuk menasihati umat Islam agar menjauhi mereka dianggap melakukan kesalahan terhadap mereka.
Itulah DAP yang sentiasa sombong dan masih mendapat sokongan segelintir orang Islam baik yang berilmu dan perasan berilmu!
Sumber TKO - 28-9-2015
JAIP tidak akan minta maaf kepada DAP – Mufti Pahang Posted on Monday, September 28 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tidak akan minta maaf atau menarik balik khutbah Aidiladha yang didakwa memfitnah DAP.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, kandungan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya merupakan nasihat kepada umat Islam supaya bersatu.
“Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah,” tegasnya.
“Kita tak akan tarik balik khutbah. Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam,” katanya, lapor portal Antarapos.
Abdul Rahman membidas DAP kerana memberikan kata dua kepada JAIP tanpa menghayati kandungan khutbah Aidiladha itu.
Katanya, DAP sepatutnya memohon maaf terlebih dahulu kerana campur tangan dalam hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan.
“Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar tentang Islam, misalnya hudud. Hudud sebahagian daripada Islam.
“Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf,” katanya.
Sebelum ini, pemimpin DAP negeri dan Pusat menyuarakan tidak puas hati dan bantahan dengan kandungan khutbah itu yang didakwa memburuk-burukkan parti itu.
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilaporkan berkata, pihaknya akan menyaman JAIP jika ia enggan memohon maaf dalam tempoh lima hari di atas kandungan khutbah Aidiladaha itu.
Menurut teks khutbah Jabatan Mufti Pahang itu, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.
“Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti UMNO, Pas, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.
“Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam,” menurut teks khutbah itu.
Dalam mempertahankan teks khutbah itu, Abdul Rahman membayangkan bahawa ahli DAP yang beragama Islam yang mempertahankan campur tangan parti itu dalam hal kepentingan Islam boleh dianggap sebagai syirik.
“Bila duduk dalam sebuah parti bukan Islam, mereka akan mempertahankan apa saja walaupun telah dinasihatkan yang baik. Kita nasihatkan orang Islam supaya bersatu. Apakah itu salah?,” katanya.
Abdul Rahman juga tidak gusar dengan ugutan DAP untuk mengambil tindakan undang-undang. “Kita ada satu peraturan (iaitu) apa-apa fatwa yang dikeluarkan mufti tidak boleh dibawa untuk tindakan undang-undang. Kalau sesuatu perkara itu menepati syarak, tak ada sebab (diambil tindakan) dan kita bersedia untuk menerima apa-apa tindakan,” tambah Abdul Rahman.
“Terpulanglah kalau mereka (ahli DAP beragama Islam) nak cuba cabar agama Islam sendiri, institusi agama Islam sendiri,” lapor portal itu lagi. - FMT
Sumber TKO - 28-9-2015
PAS Pahang bantu mangsa kebakaran di Damak
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
Tuan Ibrahim menyampaikan sumbangan PAS kepada wakil mangsa, disaksikan Rosli dan Yohanis.
JERANTUT: Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu agensi kerajaan mempermudahkan segala urusan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran besar di pekan Damak awal pagi kelmarin.
Beliau yang menziarahi mangsa di lokasi 21 buah kedai terbakar petang tadi, berkata semua dokumen penting seperti surat beranak, kad pengenalan, lesen memandu, geran tanah, buku bank dan lain-lain musnah sekelip mata dalam kebakaran tersebut.
“Justeru kita menyeru semua agensi terbabit agar dapat memudahkan segala urusan mangsa termasuk menyegerakan bantuan kewangan kepada mereka kerana di premis yang terbakar inilah tempat mereka bergantung sumber rezeki.
“Saya bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan sekali gus bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya yang pernah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Damak.
Beliau, juga mencadangkan Jabatan Kebajikan memberi bantuan kepada mangsa kebakaran seperti mangsa banjir yang kehilangan rumah, dibina bangunan baru sebagai ganti.
Beliau berkata demikian dalam majlis mewakili PAS menyampaikan bantuan awal kepada mangsa kebakaran paling besar yang pernah berlaku di daerah Jerantut.
Dalam kebakaran jam tiga pagi Jumaat lalu, 21 rumah terbakar dan 19 daripadanya rentung. Deretan kedai papan yang berusia hampir 60 tahun itu merupakan pusat perniagaan awal di pekan Damak dan diwariskan secara turun temurun dengan lebih 90 peratus berbangsa Cina.
Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku kerana semua 28 orang daripada 62 penghuni premis di situ berjaya menyelamatkan diri semasa api mulai marak, manakala yang lain berada di luar kawasan.
Berdasarkan maklumat saksi, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian atas kedai, yang terletak di bahagian tengah deretan bangunan yang disewakan sebagai asrama pekerja asing, sebelum merebak.
Antara premis yang terbabit dalam kebakaran itu ialah restoran, bengkel motosikal, kedai runcit, pasar raya mini dan kedai telefon bimbit dan gerai buah-buahan.
“Fikirkan supaya ada pasukan bomba kerana yang terdekat hanya ada di Jerantut yang memakan jarak 30 kilometer dan Benta yang juga jarak lebih kurang itu. Cadangan saya supaya diperkasakan bomba sukarela supaya cepat bertindak apabila berlaku kebakaran besar seperti ini,” kata Tuan Ibrahim.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar, Timbalan Pesuruhjaya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Jerantut Yohanis Ahmad serta pimpinan negeri yang lain.
Sementara itu Ustaz Rosli dalam ucapannya memberitahu akan membawa perkara berkenaan ke sidang Sewan Undangan Negeri Pahang bulan depan.
“Saya akan dapatkan maklumat daripada pemilik premis apakah sebenarnya kesukaran yang mereka hadapi selama ini dan akan membawanya ke pengetahuan kerajaan supaya mengambil berat serta meminta pihak terbabit mengganti kerugian mereka,” katanya. - HARAKAHDAILY 28/9/2015 Sumber HD - 28-9-2015
Ramai muntah dan pening kena gelombang
USTAZ ROSLI ABDUL JABBAR | .
APABILA kuat gelombang, maka ramailah yang muntah-muntah, pening-pening dan sebagainya, maklum mereka belum pernah mengalami gelombang sebegini. Ramai sangat yang datang berjumpa dan bertanya tentang perkara sebenar.
'Kenapa PAS dok bergaduh ni Ustaz', sampai saya pun naik pening juga, bukan fasal berbalah, tapi pening sebab ramai sangat sibuk bertanya. Kawasan dan cawangan pun sibuk menganjurkan program dialog untuk mendapatkan penjelasan daripada pimpinan, hinggakan dalam tempoh tiga bulan ni, sentiasa sibuk dengan program dalaman untuk memberikan penjelasan.
Ada juga yang pening, hingga terpaksa tarik brek tangan, letak jawatan dan berehat seketika, namun masa terakhir ini, kelihatan sudah hampir tiada yang pening. Sebenarnya ahli PAS tidak suka dengan perbalahan, selama ini masing-masing sibuk buat kerja parti, tidak pernah fikir bahawa situasi sebegini akan berlaku.
Mahunya semua baik-baik dari awal hingga akhirnya. Saya katakan bahawa ini adalah proses kematangan dalam berjuang, mungkin pada masa mendatang gelombangnya lebih hebat. Ia juga proses untuk kita belajar mengimbangi kedudukan kita supaya tidak tergelincir daripada dasar perjuangan.
Islam itu sangat cantik, pasti ramai yang cemburu padanya, apabila bangun seorang hamba kepada Tuhannya, maka akan bangun pula sekelian musuhnya dari segenap penjuru. Rasulullah SAW juga terpaksa berhadapan dengan musuh sama ada dari luar dan dalam, pertembungan pasti berlaku apabila dua kumpulan manusia datang dari satu lorong tetapi dari dua arah yang bertentangan.
Wadah yang sama tetapi citanya tidak sejalan, parti yang sama tetapi mauduknya bercabangan, pemimpin yang sama tetapi tsiqahnya berlainan. Apabila dah berlaku begini, tidak dapat tidak pasti bertembung dan terluka.
Akhir zaman ini siapa yang berpegang teguh dengan Islam, seumpama mengenggam bara api, sangat panas dan menyakitkan, itu pesan Nabi SAW, hanya mereka yang memahami maksud perjuangan dan sabar akan dapat bertahan dan Istiqamah dijalan-Nya.
Apabila gelombang terlalu kuat, maka kita mesti berpaut supaya tidak terjatuh, maka tempat berpaut yang paling kukuh ialah Islam. Pengikatnya adalah al-Qur'an dan as-Sunnah dan itulah dasar kepada perjuangan PAS. Kerana itu genggamlah Islam itu dengan kuat, biarpun panasnya membakar tangan, kerana ia adalah ujian yang membawa rahmat.
Panduan kita adalah al-Qur'an dan as-Sunnah, di situ tempat kita ambil pertimbangan, semua orang boleh berhujah, tapi tiada siapa boleh menipu Allah SWT dan tiada siapa pula boleh menipu hati sendiri, sendiri yang merasainya, sendiri yang mengetahui betapa meracaunya hati, kerana itu tiada wadah yang menenangkan apabila kita berada di dalamnya, kecuali apabila kita apabila kita berada di sebuah wadah yang yakin dengan Allah SWT.
Manusia akan tenang daripada rasa tertipu apabila yakin bahawa Allah pasti menunaikan janji-Nya, meskipun lambat, ia tetap sabar dan tenang kerana semuanya terletak kepada kebijaksanaan-Nya.
Orang yang lemah pasti tenang apabila ia bergantung kepada Allah yang Maha Kuat, orang yang miskin pasti tenang apabila ia bergantung kepada Allah Yang Maha Kaya, orang yang ditindas pasti tenang apabila ia bergantung kepada Allah Yang Maha Kuasa, orang yang teraniaya pasti tenang apabila ia bergantung kepada Allah Yang Maha Pembalas, orang yang difitnah pasti tenang apabila bergantung kepada Allah Yang Maha Mengetahui, orang yang dihina pasti tenang apabila bergantung kepada Allah Yang hanya disisi-Nya terletak kemuliaan.
"Tiada sebuah kemuliaan dan kekuatan kepada hamba yang berjuang, melainkan ia anugerah dari Rabb-Nya yang setiap saat dia bersamanya, pada saat senang dan susah dan menyebut serta menyeru nama-Nya." (As-Syahid Dr Abdullah Azam).
PAS telah melalui liku-liku dalam perjalanannya yang membawa hasrat untuk menegakkan Islam, memang sukar dan memenatkan, melawan kebejatan Umno dan sekutunya sehingga kini, tetap istiqamah membawa hasrat Islam, meskipun terpaksa berhadapan dengan sesiapa sahaja, memburu kemenangan bersama keredhaan-Nya.
Oleh itu apa jua yang berlaku kini, anggap sahaja ia adalah sebahagian daripada ujian perjuangan, ia adalah ujian untuk menguji keperkasaan jiwa sejauh mana kita Istiqamah di atas jalan Islam, Istiqamah untuk membawa hasrat Islam, Istiqamah berjuang sehingga tertegaknya hukum Allah SWT, maka... "Infiru". – HARAKAHDAILY 27/9/2015 Sumber HD - 27-9-2015
Pilihlah parti yang dasarnya sesuai dengan nafsu sendiri
USTAZ ROSLI ABDUL JABBAR | .
TADI seorang rakan menunjukkan gambar ditelefonnya kepada saya, "Ustaz, ni gambar kawan anta", saya melihatnya, gambar seorang rakan saya yang memakai pakaian rasmi PAN. Saya senyum sahaja, sebab saya pun sudah menduga yang dia akan ke sana, cuma tunggu masa sahaja, kini secara rasmi dia tinggalkan PAS.
Bukan semua orang yang tinggalkan kita, kita akan rasa sedih, mungkin ada orang yang kita rasa sedih dan mungkin ada orang yang kita lansung tidak rasa sedih, malahan ada orang yang kita suka jika dia meninggalkan kita. Namun Islam mengajar kita biarlah kita bertemu dan berpisah kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah untuk kebaikan.
Allah SWT sangat mengasihi hambanya yang berjuang dalam satu saf yang tersusun rapi seperti sebuah bangunan, sifatnya adalah kuat menguat antara satu sama lain, 'wehdatul fikr', adalah teras kepada kesatuan sebuah jemaah, kerana itu dalam PAS ada usrah, inilah tujuannya.
Oleh itu apabila berada dalam jemaah, kita bukan sahaja mesti korbankan harta, masa dan tenaga malahan bersedia untuk korbankan perasaan, kerana jemaah pastinya tidak boleh mengikut kehendak kita, tetapi kitalah yang mesti mengikut kehendak jemaah.
Namun ada ahli yang sifatnya begitu, mahunya PAS mesti mengikut pandangannya, jika tidak rajuknya panjang, marah lentingnya tiada ubatan. PAS adalah sebuah jemaah, PAS bukan syarikat perniagaan yang hanya berfikir tentang untung rugi dunia semata, tapi semua keputusan mesti mengambil kira tentang maslahah dan mudarat, sama ada di dunia dan akhirat.
PAS tidak boleh ambil kira tentang keuntungan dunia semata, tetapi mesti mengambil kira sama keuntungan akhirat, jika berlaku pertembungan hingga terpaksa memilih antara keduanya, maka pastinya akhirat adalah keutamaan.
Namun bukan semua fahamnya begitu, kerana ahli PAS tu ada pelbagai jenisnya, ada yang masuk PAS kerana fahaman agamanya, ada yang masuk PAS kerana suasananya, ada yang masuk PAS kerana keluarga atau sahabat andai, ada yang masuk PAS kerana isu, ada juga yang masuk PAS kerana semangat membangkangnya.
Baru-baru ni ada seorang minta borang PAS, saya tanya kenapa?, dia kata sebab dia tengok orang PAS di tempat dia baik-baik belaka. Katanya, selalu ke Masjid dan selalu menolong orang, macam-macamlah sebabnya lagi.
Oleh sebab itu apabila berada dalam PAS, kita kena belakangkan perasaan kita, kalau semuanya mesti ikut kita, maka jalan terbaik ialah tidak usah berada dalam jemaah, kalau mahu bersama jemaah, kenalah korbankan perasaan kita, jangan rasa kita sentiasa betul sehingga menolak keberkatan yang terhimpun dalam berjemaah.
Merasa diri sentiasa betul adalah tidak betul. Orang ego tidak mungkin boleh kekal berjemaah, tidak kiralah duduk dalam parti apa pun,apa bila tidak boleh ikut tanzim jemaah pasti akan berantakan atau dia lari meninggalkan jemaah. Orang begini mahunya Islam itu mengikutnya, bukan dia yang mesti ikut Islam.
Sedangkan PAS sebuah Parti Islam, dasarnya Islam, setiap orang masuk PAS mesti ikut dasar PAS, kalau tidak suka dasar PAS, pilihlah mana-mana parti yang dasarnya sesuai dengan nafsu sendiri. Tetapi ingat, sesebuah negara pasti akan runtuh jika dasar pemerintahannya adalah daripada nafsu seseorang pemimpin, begitulah juga sebuah jemaah.
Oleh sebab itulah apabila bersama PAS, tanggungjawap kita ialah menguatkan PAS. Kalau tidak mampu kuatkan PAS, sekurang-kurangnya jangan menyusahkan PAS. Antara perkara yang menguatkan PAS ialah tasamuh dengan sebarang keputusan jemaah, meskipun hati tidak bersetuju.
Akal manusia ini berbilang pemikirannya, jika akal bertemu akal semata tanpa diawasi Iman, pastinya tiada kesudahan, hanya melahirkan perbahasan yang panjang tanpa perhentian yang akhirnya kadang kala mendorong kepada caci maki, lekeh-memperlekeh, hina menghina yang membusukkan.
Kadang kala sehingga melafazkan perkara yang membawa syirik. Itulah sifatnya akal apabila tidak dikawal oleh Iman. Tidak mungkin kesatuan boleh wujud jika kita hendak meraikan semua pemikiran, maka Islam tawarkan 'wehdatul fikr' atas titik penyatuannya yang sangat hebat iaitu al-Qur'an dan as Sunnah dan inilah dasar PAS. – HARAKAHDAILY 20/9/2015 Sumber HD - 20-9-2015
167 anak muda sertai PAS dalam tempoh sehari
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
Hazmi menyerahkan borang kepada Hishamuddin sambil diperhatikan oleh Zawawi.
TEMERLOH: PAS terus menjadi pilihan anak muda apabila untuk tempoh satu hari program Himpunan Anak Muda Merdeka (Himmah) Pahang kelmarin sahaja, seramai 167 orang daripada golongan tersebut mengisi borang keahlian PAS.
Borang permohonan keahlian itu diserahkan oleh Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Hazmi Dibok kepada kepada Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang juga ahli jawatan kuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia pada program pidato perdana malam semalam.
Himmah dengan tema ‘Martabatkan Islam Selamatkan Malaysia’ anjuran Dewan Pemuda PAS (DPP) Pahang yang diadakan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau pada sebelah pagi disertai kira-kira 1,500 anak muda.
Hishamuddin dalam ceramahnya berkata negara kini sedang menghadapi krisis ekonomi yang dahsyat sehingga menyebabkan pendapatan rakyat kini terjejas.
“Orang menyebut pada masa ini musim jerebu, apa kesannya? Tapi kita tengok daripada berniaga tepi jalan hinggalah kepada industri penerbangan semuanya terjejas, sama ada kita sedar atau tidak.
“Nelayan di tempat saya mengeluh dulu hanya bulan November dan Disember sahaja tak boleh turun mencari rezeki di laut tapi sekarang musim biasa pun tak boleh ke laut. Kesemua ini menyumbang kepada kemelesetan ekonomi.
“Keadaan dijangka akan bertambah getir, jadi sepatutnya dalam suasana ini kita kembali kepada Allah tetapi ekonomi negara masih berasaskan riba,” katanya.
Katanya lagi, kemelesetan ekonomi menyebabkan rakyat hilang pendapatan.
Beliau berkata, bayangkan seorang pemegang ijazah pada masa ini tidak mampu untuk membeli tanah dan hanya mampu buat pinjaman untuk rumah berharga RM250,000 sedangkan rata-rata rumah teres dua tingkat kos sederhana sekarang ini berharga RM300,000.
Turut berceramah Adun Gunung Semanggol Ustaz Zawawi Hassan, wakil Hamas Palestin, Naji Assyarhi dan Hazmi Dibok. - HARAKAHDAILY 18/9/2015 Sumber HD - 18-9-2015
Ada orang perli PAS tak mahu menang
USTAZ ROSLI ABD. JABAR | .
SAYA tidak pernah mengalami situasi krisis begini, walaupun saya sempat bertentang mata dengan Allahyarham Tuan Guru Haji Yusof Rawa, Allahyarham Ustaz Fadhil Nor dan kini Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan berkesempatan menatap Harakah zaman keluaran tulisan jawi, mungkin masa itu saya remaja lagi, tidak ambil tahu sangat pasal krisis kepimpinan.
Apabila saya membaca tulisan Subky Latif saya dapati ada juga berlaku krisis namun itu semua berlaku ketika zaman yang saya tidak ambil tahu pasal kepimpinan, tahunya menampal poster, pasang bendera, panjat tiang letrik, pokok kelapa, dengar ceramah dan merutini kerja-kerja bertaraf kuli.
Sepanjang menyelusuri zaman tersebut saya melihat secara zahir keikhlasan para 'amilin PAS, bertungkus lumus bekerja tanpa balasan dunia, namun apa yang di dalam hati mereka, hanya Allah yang mengetahui. Mereka sanggup korbankan harta, tenaga dan masa demi perjuangan, malahan ada yang terkorban daripada kelangsungan rakusan kebencian hati Umno kepada PAS.
Semua ahli PAS jika ditanya, kenapa berada di dalam PAS, jawapannya hanya "kerana Islam", saya dewasa di dalam era kepimpinan ulama, teruja dihayun gelombang Tarbiyyah ketika usia belasan tahun dan ketika berlakunya 'Fenomena Haji Hadi'.
Ahli PAS itu mahunya hanya Islam, mahunya hanya dipimpin oleh ulama, kerana ulama itu pewaris Nabi. Kita sudah ketiadaan Nabi, maka mahunya ahli PAS, biarlah PAS ini dipimpin oleh waris-Nya iaitu ulama, tetapi bukan pula menolak yang bukan ulama, dari dulu pun, PAS dibangunkan bersama oleh golongan bukan ulama, sama ada golongan profesional hinggalah golongan penganggur sekalipun.
Yang ahli PAS mahu, kalau dia bukan ulama, biarlah dia golongan yang mencintai ulama. 'Kalau kamu tidak boleh menjadi ulama, jadilah orang yang belajar dengan ulama atau jadilah orang yang membantu ulama atau jadilah orang yang cinta pada ulama dan jangan kamu jadi golongan kelima', inilah pesan para ulama.
Jika mahu pisahkan Islam dan ulama dari PAS, seperti pisahkan nyawa dari badan, samalah juga sepertinya tidak boleh berpisah aqidah dan amalan, orang boleh berhujah macam-macam untuk keluar dari PAS, tetapi 'ahli tegar' PAS tak mungkin dipengaruhi, sebab mereka melihat Islam itu bukan sahaja dari sudut aqidah, tetapi juga amal, orang tidak nampak aqidah tetapi orang akan nampak terjemahannya iaitu amal.
Amal itu akan dinilai, sebab itu bukalah parti apapun, amal itulah akan menjadi panduan dan hujah, amalan pula bukannya boleh dijadikan lakonan, kalau berlakon pun tidak tahan lama, macam golongan munafik zaman Nabi, lama-lama zahir juga lakonannya.
Kita boleh buka parti lain, tetapi tidak boleh buka pintu syurga, semua parti tidak mampu membukanya termasuklah PAS, kerana itu milik Allah. Allah Ta'ala meletakkan syarat untuk orang yang mahu memasukinya iaitu "orang-orang yang beriman dan beramal soleh".
Bagi ahli PAS, kerja dalam parti itu adalah amal soleh, maka amal soleh itu mesti bertepatan dengan aqidah dan hukum syarak. Oleh sebab itu kalau berlaku krisis dalam PAS, isunya mesti agama, antaranya isu hudud. Matlamat perjuangan PAS ialah menang dengan redha Allah, walaupun ada orang perli 'PAS tidak mahu menang, tapi hendak redha Allah sahaja’, ada juga sebut 'lebih baik PAS tidak masuk politik, duduk di masjid sahaja untuk cari redha Allah.
PAS mahu menang dengan keredhaan Allah sebab itu di sepanjang jalan perjuangan kita kena pelihara aqidah dan pelihara amalan, Istiqamah dengan hukum syarak, kerana mati bila-bila sahaja, mungkin belum sempat menang kita mati dulu, kerana itu kena sabar dalam mempertahankan agama, tidak mengapa walaupun orang benci, sebab Allah hanya redha pada Islam. Maka kita mesti berada diatas jalan Islam meskipun orang benci kepada kita, sebab Islam itu tempat jatuhnya redha Allah.
Orang PAS sabar menunggu kemenangan bersama keyakinan bahawa 'Islam pasti menang', walaupun ada orang tidak suka kalimah ni, katanya kalimah ini adalah kalimah yang melambatkan kemenangan ditengah masyarakat majmuk sehingga ada yang menebas jalan pintas meskipun terpaksa "orait" kepada golongan yang tidak melihat hukum Islam itu sebagai hukum yang sangat adil.
Islam itu sifatnya sentiasa berkembang, cepat atau lambat bergantung kepada kesuburan tanahnya, kalau tanahnya subur dengan pusat pengajian, majlis ilmu dan ramainya ulama, maka cepatlah kelopaknya berkembang, kalau kurang subur maka lambat lah kembangnya, tetapi berkembang juga. Nak paksa kelopaknya terbuka sendiri tidak boleh, ia mesti melalui proses semaian, pembajaan dan penjagaan, suburkan tanah itu dengan ilmu, maka kelopaknya akan cepat berkembang. Lalu bagaimana mahu pisahkan Islam dan ulama'? Jawapannya, pastinya tidak boleh, sebab ulama itu penyubur kepada benih-benih Islam dan PAS itu berkembang dengan kesuburan Islam, iaitu tempat kuatnya majlis ilmu dan ramai ulamanya, maka di situlah 'kuatnya PAS'.
Umno sudah mencuba menghapuskan PAS sejak puluhan tahun lalu, tetapi tidak pernah berjaya langsung, malahan semakin lama semakin berkembang. Sebabnya sejarah telah membuktikan Islam itu sifatnya menjadi subur di tengah carut marut musuh. Ahli PAS pasti mati, tetapi Islam tetap hidup sebab yang kuat itu Islam, bukannya PAS. PAS hanya menumpang kekuatan Islam, jika PAS tetap berpegang dengan Islam, maka PAS akan terus kukuh, walau dibelasah setara mana sekalipun. Yang memukul keletihan, yang dipukul tidak mati-mati, itulah sifatnya Islam. – HARAKAHDAILY 17/9/2015
Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Sumber HD - 17-9-2015
Suntik semangat menerusi program Himmah
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Himpunan Anak Muda Merdeka Pahang (Himmah) dengan tema ‘Martabatkan Islam Selamatkan Malaysia’ hari ini, berjaya menyuntik semangat lebih 1,000 orang yang diisi pelbagai program.
Perhimpunan sehari suntuk anjuran Dewan Pemuda PAS (DPP) Pahang yang diadakan di Kompleks Almakmur Kerdau itu, turut dihadiri pimpinan daripada Pemuda PAS Malaysia dan Perhubungan PAS Pahang.
Program bermula seawal jam 8 pagi itu dengan perarakan konvoi bermotor ARC dari Masjid Bukit Kepayang yang mengiringi Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang ditugaskan merasmikan program tersebut.
Berucap sebelum itu ialah Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar, Ketua Pemuda DHPP Balandran Balasubramaniam dan Ketua Pemuda negeri, Hazmi Dibok.
Selepas itu Khalil diberi penghormatan menyampaikan anugerah Jasamu Dikenang kepada enam mantan ketua pemuda negeri iaitu Abdul Rahim Abdul Latif, Yusof Embong, Nasrudin Hassan, Suhaimi Md Saad, Shahril Azman Abdul Halim dan Nazri Ahmad.
Semua peserta selepas itu mengadakan flashmob ‘Selamatkan Malaysia’ berhadapan jalan raya berhampiran.
Bagi pengunjung-pengunjung pula disajikan dengan persembahan pelajar-pelajar Pasti, tarian singa, gendang India, persembahan silat kesenian Melayu dan konsert santai seni dengan persembahan Band XX-Taiji, Abang Hasan Chenor, Nasir Seedrain serta artis Hatta E-Junction.
Acara kemuncak pada sebelah malam ini diadakan Munajat Perdana Anak Muda dan diakhiri pidato oleh Ketua DPP Malaysia Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz, Adun Gunung Semanggol, Mohamad Zawawi Abu Hasan, Adun Tepoh Hishamuddin Abdul Karim dan Hazmi Dibok.
Sementara itu terdapat juga pameran sepanjang masa melibatkan arkib sejarah perkembangan PAS dan pejuang-pejuangnya, rawatan dan pemeriksaan percuma oleh Papisma, kaunter pendaftaran ahli dan semakan daftar pemilih serta gerai jualan. - HARAKAHDAILY 16/9/2015 Sumber HD - 16-9-2015
Kasih Allah ke syurga, kasih manusia...
USTAZ ROSLI ABDUL JABBAR | .
SEORANG rakan menghubungi, dia orang Johor, beliau akan menyertai GHB@PAN, dia selalu singgah di pejabat saya jika ada urusan di Kuantan, saya kata 'silakan', pintu PAS sentiasa terbuka untuk keluar dan masuk.
Saya cuma berpesan 'anta carilah apa yang anta kehendaki dan anta binalah apa yang anta hajati, jika anta tinggalkan PAS kerana nak cari kebenaran, anta binalah kebenaran yang anta maksudkan, tapi jangan lupa bahawa sesuatu yang benar itu bukan dari hati kita, tapi mesti datang dari Allah SWT'. Walaupun hati kita rasa puas apa yang kita buat, itu bukan bermakna kita benar, kerana "Yang benar itu adalah dari Tuhanmu".
Dia kata, dia akan datang bersama rakan-rakannya, saya kata 'datanglah, sesiapa pun boleh jadi tetamu saya, tak kiralah apa partinya, saya tetap akan melayani tetamu saya, pemimpin Umno datang pun saya layan dengan baik, inikan pula seorang yang pernah menjadi sahabat.
Kalau datang pagi saya bawa ke Restoran Nasi Kerabu Kamira, kalau datang tengah hari saya bawa ke Restoran MABIQ, kalau datang petang saya bawa ke Ikan celup tepung (ICT) Pok Su dan Moksu, kalau datang malam saya bawa ke restoran Ana Ikan Bakar Petai, semua tempat ini terkenal di Tanjung Lumpur, tapi, kalau datang kerumah, makan sahajalah apa-apa yang ada.
"Harap silaturrahim kita tidak terputus ye Ustaz", katanya, "Insya-Allah", kata saya "tidak ada sebab kita nak putus silaturrahim, hubungan jasad kita seperti biasa, datanglah, bila anta ada masa".
Saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, tak kira apa fahamannya, malahan walau berbeza agamanya sekalipun. Saya masih mencium pipi dan tangan ibu dan bapa saudara yang Umno, hubungan dan ikatan kasih sayang kekeluargaan tak pernah putus, Islam mengajar saya agar eratkan kasih sayang tetapi bertegas di dalam agama terutama berkaitan Aqidah. Aqidah bukan sesuatu yang boleh dijual beli dan boleh dibuat tukaran dengan kasih sayang, malahan harta sepenuh bumi pun jika ditukar dengan Aqidah masih tidak berpadanan.
Ada seorang rakan dalam FB komen dan menasihati saya, "Jadilah pendakwah bukan penghukum". Saya pun tak faham maksudnya, apakah pendakwah itu tidak boleh menyebutkan tentang hukum?
Dia lupa agaknya dakwah itu adalah kewajipan, dan kewajipan itu adalah hukum, dakwah itu juga bertujuan untuk menegakkan hukum, tiada tujuan dakwah itu melainkan untuk meninggikan hukum Allah SWT, mengajak manusia kepada hukum Allah, menjauhi yang haram dan melaksanakan yang halal, semua ini adalah hukum.
Tak mungkin sesuatu yang haram kita katakan halal atau kita hanya mendiamkan diri semata-mata kerana kita kasihkan manusia atau rakan kita dalam keadaan kita tahu hukumnya.
Kita semua yakin bahawa kita sedang menunggu hukuman daripada Allah SWT, "Nyatakan yang hak, walaupun ia pahit", "dan yang hak itu datangnya daripada Allah SWT", ini keluasan sempadan dalam berhukum, apabila kita membawa sesuatu yang datang daripada Allah, kita mesti membawanya walaupun terpaksa merentasi jaringan ibtila dan lautan cacian yang sangat menghinakan.
Kasih sayang terhadap manusia pun ada sempadan hukumnya, walau kasih kita kepada manusia setinggi awan sekalipun, jangan ia lebih tinggi dari kita kasihkan Allah, Rasul dan perjuangan Islam, itulah sempadan kasih kita sesama manusia. Dan akhirnya nanti di akhirat, hari yang tiada lagi hukuman melainkan hukuman daripada Allah semata, kita semua hanya mampu berteleku, pasrah menerima hukum daripada Allah SWT.
Semalam, kekanda saya YB Syed Hamid, ADUN Semantan isytihar keluar PAS, saya telah menjawapnya di hadapan wartawan semalam, pendirian PAS Pahang sama seperti PAS Pusat. Saya sayangkan dia, dia guru saya di dalam dewan undangan negeri, tapi kasih sayang saya padanya tidak mungkin melampaui kasih sayang saya kepada perjuangan PAS.
Saya hanya mampu berdoa untuknya, saya juga ditanya tentang bai'ahnya dengan PAS, saya dan dia sama-sama berbai'ah dengan nama Allah sewaktu diamanahkan menjadi calon PAS. Saya membaca lafaz bai'ah terlebih dahulu dan dia juga membacanya, saya rasa kami sama-sama faham dan bersetuju untuk melafazkannya. Dia telah menjawapnya di dalam sidang akhbarnya semalam, biarlah Allah SWT yang menghakimkannya. Saya takut.
Dunia juga ada sempadan, sempadannya adalah kematian. Matlamat kehidupan juga juga ada sempadan, sempadannya adalah akhirat. Jalan untuk mencapai matlamat juga ada sempadan, sempadannya adalah hukum, kita tidak boleh melalui jalan lain untuk mencapai matlamat kebahagiaan akhirat, melainkan melalui jalan yang telah dilalui oleh Rasulnya.
Jangan melewati atau terbabas daripada gigi-gigi jalan yang telah ditanda oleh Allah dan Rasul-Nya, ikuti arahan penunjuk jalan-Nya didalam al-Qur'an dan Hadis, jangan ambil jalan singkat yang kita tidak pasti entahkan betul atau tidak, berjalanlah pada laluan yang kita yakin dan petunjuk Allah juga Rasul-Nya adalah sebenar-benar tempat untuk kita meletakkan keyakinan.
"Moga Allah SWT tetapkan hatiku diatas jalan agamaNya". – HARAKAHDAILY 11/9/2015 Sumber HD - 11-9-2015
Syed Hamid perlu kosongkan kerusi Dun Kuala Semantan
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Syed Hamid Syed Mohamed, 63, yang memenangi kerusi Dun Kuala Semantan dalam pilihan raya umum (PRU) lalu atas tiket PAS diminta menyerahkan kembali kerusi tersebut dengan cara meletakkan jawatan.
Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, ia seiring dengan arahan PAS Pusat dan juga dari sudut moral di mana wakil rakyat PAS yang keluar parti seharusnya mengosongkan kerusi.
“PAS Pahang mengguna pakai pendirian PAS Pusat bahawa mana-mana wakil rakyat yang memenangi pilihan raya apabila keluar daripada PAS supaya mereka menyerahkan kembali jawatan mereka.
“Ini kerana sebelum bertanding dulu calon-calon PAS dikehendaki menandatangani borang watikah yang mengandungi tuntutan berkenaan,” katanya.
Rosli berkata demikian mengulas pengumuman Syed Hamid yang keluar daripada PAS dan menyertai parti pekerja dalam satu sidang media kelmarin sebaliknya mengekalkan kedudukannya sebagai Adun Kuala Semantan.
“Dari sudut moral juga beliau wajar meletak jawatan sebab kita telah berbaiah iaitu satu ikrar kalau sekiranya kita khianat akan mendapat laknat Allah dan segala makhluk yang melaknat,” ujarnya.
Pada PRU lalu PAS Pahang memenangi tiga kerusi Dun daripada 21 yang ditandingi di negeri ini.
Kerusi tersebut ialah Tanjung Lumpur (Rosli Abdul Jabar), Beserah (Andansura Rabu) dan Kuala Semantan (Syed Hamid Syed Mohamed).
Syed Hamid telah memenanginya untuk penggal kedua. Pada 2008, beliau juga memenangi kerusi tersebut. - HARAKAHDAILY 11/9/2015 Sumber HD - 11-9-2015
Tiga PRK Bersama, Akhirnya Kau Pergi Jua……….
Oleh: SMN
Menjadi ‘orang media’memang sentiasa mendampingi orang ramai, khususnya di kalangan peminpin yang menjadi sumber berita, dan menjadi kebiasaan, pemimpin kadang kala tidak berapa ‘perasan’ tentang kehadiran seorang aktivis media.
Apatah lagi dalam program dan aturcara yang padat, orang media yang bukan mahu menjadi ‘popular’ tidak dikenali oleh pemimpin, namun begitu orang media tidak mudah lupa.
Selaku kepimpinan PAS Pahang, Syed Hamid Syed Mohamed memang orang lama, yang dikenali oleh tua dan muda, kerana ‘aktivisme’nya dan mungkin juga kerana beliau seorang ‘Tok Syed’.
Saya mula mengenali beliau sejak pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanggang lagi pada tahun 2000, 15 tahun yang lalu.
Tetapi pada masa itu, saya belum menjadi penggiat media, hanya aktivis PAS dan kebetulannya membantu seorang Exco kerajaan PAS Terengganu, ketika itu.
Walaupun cuma ‘kenal jauh-jauh’ mungkin, Tok Syed Hamid ‘sekira-kiranya’ sudah matang, ketika itu sudah melepasi umur pemuda, 43 tahun dan pernah bersama=sama kepimpinan pemuda Pusat di era alMarhum Ustaz Abu Bakar Chik.
Pada tahun 2011, saya sekali lagi ke Sanggang yang telah ditukar menjadi DUN Kerdau, kerana kerusi N.28 Kerdau kosong ekoran kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, pada 12 Februari.
Kali kedua bertemu dengan Syed Hamid, lebih dekat dan agak mesra, kerana saya datang selaku orang media, bersama beberapa rakan aktivis media yang lain.
Rata juga DUN Kerdau saya pusing, dan oleh kerana yang menjadi calon Umno dan Barisan Nasional pada masa itu adalah juga seorang ‘Tok Syed’, saya dibawa oleh Syed Hamid ke perkampungan ‘Tok-tok Syed’ di Kuala Tekal.
Ketika itu barulah saya tahu, dalam negara kita yang mengamalkan Islam ini, tanah perkuburan di kampung Kuala Tekal hanya dikhususkan kepada golongan ‘Tok-tok Syed’ sahaja.
Kerana sokongan ‘Tok-tok Syed’ dan hormatnya orang-orang DUN Kerdau kepada calon Umno Syed Ibrahim Syed Ahmad, dilaporkan menjadi salah satu fator kemenangan BN pada PRK Kerdau.
Bila musim PRK datang lagi di negeri Pahang pada bulan Mei lalu, sekali lagi selaku ‘orang media’ saya turun memberikan khidmat kepada parti dan jamaah.
Pilihan raya kecil Rompin 2015 diadakan pada 5 Mei 2015 setelah kematian ahli parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam kemalangan helikopter di Semenyih Selangor.
Hubungan saya dengan Tok Syed Hamid menjadi lebih rapat, kerana secara kebetulan, saya dan kawan-kawan dari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) iaitu Zam zam dan Nazmi ditugaskan mengikuti calon ke Pulau Tioman.
Beliau masih ingat ketika kami bersama, menjalankan kerja-kerja kempen pada PRK DUN Kerdau.
Pada PRK Rompin, Syed Hamid pula diberikan tugas untuk menjaga peti undi Pulau Tioman.
Beliaulah yang menyambut rombongan calon PAS Ustaz Nazri Ahmad bersama-sama pemimpin lain termasuk Dato’ Timbalan Presiden PAS Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Muslimat Ustazah Nuridah Salleh.
Sambil-sambil berkempen di pulau Tioman itu, dalam sembang-sembang dengan ADUN Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohamed, terpacul juga dari mulutnya beberapa perkataan yang beliau ketika itu, tidak sealiran dengan apa yang dilabelkan sebagai ‘golongan ulamak’.
Nada percakapan beliau pun agak berbeza dari zaman kami bersama ke Kampung Kuala Tekal pada PRK DUN Kerdau, empat tahun sebelumnya.
Oleh itu, tidak hairanlah bagi saya, bila Tok Syed Hamid bertindak mengisytiharkan dirinya keluar PAS semalam, kerana rupanya belum matang berpolitik, kerana sudah ada ‘tanda-tanda kecewa’ yang beliau luahkan, di Pulau Tioman!
Sumber BO - 10-9-2015
Bekas ketua Umno, setiausaha pemuda sertai PAS
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
Zamri menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Rosli disaksikan pimpinan PAS Pahang. TEMERLOH: Bekas Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Maran dan Ketua Cawangan Umno Kampung Sekara, Chenor selama 16 tahun, Mohd Zamri Mohd Sham, 52, hari ini mengisytiharkan menyertai PAS.
Zamri, seorang usahawan, membuat pengisytiharan tersebut di hadapan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar serta ahli Dewan Harian Negeri di pejabat PAS Pahang di sini.
Dalam ucapannya di hadapan wakil media, Zamri yang diringi bapa saudaranya yang juga Ketua PAS Cawangan Kampung Sekara, berkata beliau menyertai PAS secara sukarela dan setelah mengambil masa yang lama membuat kajian.
“Saya telah membuat kajian terhadap perlembagaan tiga parti iaitu Umno, PAS dan PKR dan akhirnya saya tertarik dengan PAS melalui Fasal 5 perkara satu dan dua perlembagaan PAS iaitu asas perjuangannya adalah untuk memperjuangkan Islam, menegakkan hukum-hakamnya dan mencari keredhaan Allah.
“Saya juga mengambil keputusan ini kerana menemui Fasal 7 perkara satu iaitu hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata iaitu sumber hukum para Ahli al Sunnah wal Jama'ah.
“Yang kedua, saya perhatikan PAS konsisten dalam perjuangannya sejak ditubuhkan pada 1951 hingga kini. Kepimpinannya tegas dalam mempertahankan hala tuju perjuangan,” katanya.
Beliau juga memberitahu, kagum dengan akar umbi PAS yang ikhlas menyokong perjuangan parti dan mempertahankan kepimpinan ulama mahupun diasak dengan pelbagai karenah dan mehnah termasuk pergolakan mutakhir ini sehingga menyebabkan beberapa orang ahli mengambil keputusan keluar parti.
Zamri yang menyertai Umno sejak 1990, berkata beliau dipecat daripada parti itu pada Ogos tahun lalu setelah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri kerana kesalahan hadir dan berucap dalam satu majlis anjuran Pakatan Rakyat di bandar Maran.
Ditanya tentang perbezaan Umno dulu dan sekarang, beliau berkata ia terlalu jauh kerana pemimpin terdahulu boleh dilihat dan dirasai jasa mereka.
“Contohnya Tunku, walau apapun orang kata tentangnya tetapi jasa beliau tetap ada iaitu menuntut kemerdekaan sehingga kita merasa merdeka. Begitu juga Tun Razak, beliau menubuhkan Felda dan hampir dua juta warga Felda boleh merasai hasilnya hingga kini.
“Tetapi apa yang dibuat pemimpin Umno sekarang tidak dirasai. Saya sebagai rakyat Malaysia merasai kesukaran hidup dan semakin sukar dari hari ke hari,” katanya.
Katanya, isu 1MDB dan kes RM2.6 bilion adalah kemuncak kepada rasuah dalam negara ini.
Mengenai masa depannya, beliau ingin terus berada dalam PAS yang dianggap sebagai parti yang lengkap merangkumi dakwah dan siyasah.
“Saya ingin merubah diri sendiri agar esok lebih baik daripada hari ini, walaupun sedar kemasukan saya ke dalam PAS ini hanyalah umpama sebutir garam yang dicampakkan ke lautan luas.
“Sekurang-kurangnya saya mendapat kesedaran di penghujung usia yang ada. Inilah hikmah di sebalik pemecatan saya sebagai ahli Umno pada tahun lalu,” katanya dalam nada sebak.
Beliau selanjutnya yakin, selepas ini ramai lagi rakan-rakan dalam Umno dan atas pagar akan menurutinya kerana mempunyai cara tersendiri untuk ‘memujuk’ mereka. - HARAKAHDAILY 9/9/2015 Sumber HD - 9-9-2015
Saya temui segalanya di sini
HARAKAHDAILY | .
APABILA timbul isu Pasma, GHB dan PAN, saya mengikuti semua berita tentangnya, hampir tiada satu perkataan pun saya tertinggal untuk membacanya sehingga saya langsung tidak sempat menulis tentangnya kerana untuk membacanya sahaja pun sudah merapatkan otak.
Saya melihat rakan-rakan seperjuangan dan bekas pimpinan saya terutama pada zaman pemuda dan mereka yang saya kagumi menggalas sarat harapan baru mereka meninggalkan PAS. Mereka tegar untuk tinggalkan wadah yang pernah saya dan mereka berduka dan bersuka bersama.
Ada masa-masanya berkaca juga mata melihat mereka, bergentayangan kembali waktu sama-sama bermukhayyam, berjambori dan di dalam program PAS, taujihat dan nasihat mereka sering melalui corong telinga saya dan sehingga kini masih di dalam bekas hati saya.
Saya hanya boleh menghantar ke pintu sahaja, hanya melihat mereka melangkah, tidak munasabah saya tinggalkan PAS yang telah puluhan tahun saya berada di dalamnya kerana semuanya ada di sini, rasanya tiada sesuatu pun yang tidak ada di dalam PAS.
Saya sedih mereka pergi tapi saya gembira untuk kekal di dalam PAS. Di dalam PAS, ada semuanya yang saya idamkan dan perlukan dalam kehidupan saya sebagai seorang muslim. Semuanya mencukupi dan saya sangat tenang dan gembira berada di dalamnya.
Di dalam PAS saya selesa dan berasa selamat dengan dasarnya iaitu al-Qur'an, hadis, ijmak dan qias, juga ada ulama yang membimbing saya di samping pimpinan dan rakan-rakan yang bukan ulama dari golongan profesional sehinggalah golongan marhaen seperti saya.
Perjuangan itu dakwah, dakwah itu berterusan sama ada menang atau kalah dalam pilihan raya, destinasi dakwah ialah sehingga Islam dapat diletakkan di atas, sama ada dengan sebab musuh kalah atau musuh menerimanya. Saya yakin PAS adalah bahtera yang membawa saya kepada destinasi tersebut.
PAS istiqamah menentang kezaliman, Umno tetap menjadi musuh selagi ia tidak kembali kepada Islam dan zalim kepada rakyat, kita telah sepakati bahawa Islam itu "Rahmatan lil Alamin", kerana itu saya kekal dengan PAS yang tegar dengan dasar Islam dan hasratnya. Tiada jalan pintas melainkan kita mesti melalui jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW.
Jika kalian kata PAS lemah, kerana dipimpin oleh manusia yang lemah, kalian pergilah kepada manusia yang tiada kelemahan. Cuma nanti kalau kalian tidak berjumpa dengan apa yang dihajati, kembalilah. Pintu PAS sentiasa terbuka luas untuk dimasuki. Islam itu sentiasa tegas dengan kelembutan.
Pesanan saya yang lemah untuk abang-abang dan adik-adik saya yang telah melangkah meninggalkan PAS, pastikan yang baru itu lebih baik dari yang lama. PAS telah mengajar kalian bahawa kita berjuang untuk runtuhkan kezaliman dan gantikan dengan keadilan, bukan digantikan dengan sesuatu yang hampir sama.
Tiadalah keadilan melainkan sesuatu yang diturunkan oleh Allah SWT yang pasti akan membela seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama. – HARAKAHDAILY 4/9/2015
USTAZ ROSLI ABDUL JABAR, Pesuruhjaya PAS Pahang Adun Tanjung Lumpur Sumber HD - 4-9-2015
PAS Pahang gesa kerajaan tingkat kehidupan Orang Asal
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Nasib kaum Orang Asal yang kurang dipedulikan sebelum ini, perlu dibela terutama berkaitan sumber pendapatan dan pendidikan bagi mengangkat entiti tersebut setanding dengan masyarakat lain di negara ini.
Ini penting bagi meningkatkan taraf hidup golongan tersebut yang selama ini hanya digunakan untuk tujuan memperoleh sokongan politik sahaja.
Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, sepanjang dua hari beliau bersama Lajnah Perpaduan Nasional negeri dalam aktiviti kemasyarakatan di Kampung Dayak, Pos Lenjang dalam Parlimen Cameron Highlands, dapat diselami permasaalahan dan harapan mereka terhadap pihak kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Menurutnya, kampung tersebut didiami oleh 32 keluarga di mana empat daripadanya beragama Islam dan empat lagi beragama Kristian menakala selebihnya beragama Bahai.
“Dalam perbualan saya dengan Batin Kamal beliau memberitahu tiadanya pusat pendidikan awal sekolah seperti Tadika juga kelas pendidikan Islam seperti Kafa untuk anak-anak masyarakat umat Islam sedangkan jika digabungkan antara Kampung Dayak dan kampung-kampung sekitarnya jumlah anak-anak sangat ramai.
“Manakala kelas pendidikan Islam sangat minima, saya difahamkan terlalu jarang tenaga pengajar datang mengajar mereka sedangkan hampir semua mereka masih belum dapat menguasai ibadah solat dengan sempurna walaupun ada di antara mereka yang telah memeluk Islam lebih dua tahun,” katanya.
Ustaz Rosli berkata jika digabungkan dengan kampung-kampung berhampiran jumlah mereka melebihi 20 keluarga Islam justeru berharap pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dapat memainkan peranan kerana suasana ini akan terus mengekalkan mereka didalam keadaan jahil dan dibimbangi mereka keluar dari agama Islam.
Dalam pada itu, Rosli berkata ada kelas dewasa orang asli pribumi (Kedap) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa supaya pandai membaca dan dapat membantu anak-anak membuat kerja sekolah, juga gagal dilaksanakan dengan sempurna.
"Saya difahamkan telah beberapa bulan program tersebut tidak dilaksanakan walaupun sepatutnya ianya mesti berjalan dari bulan April hingga September," ujarnya.
Katanya, program tersebut melibatkan 22 buah sekolah di seluruh Pahang yang sepatutnya melibatkan 75 kali pertemuan selama dua jam untuk 30 peserta.
Bagi peserta mereka dibayar RM19 setiap kali menyertai kelas manakala guru-guru juga diberi elaun untuk menjayakan program tersebut dengan kos RM56,250 setahun bagi setiap sekolah sejak tahun 2014.
Rosli berkata, dari segi sumber pendapatan juga didapati sangat menyedihkan apabila keringat mereka tidak dibayar dengan bayaran setimpal.
“Kebanyakan penduduk di sini meraih pendapatan dengan menjual buluh, kesusahan mereka mendaki bukit untuk menebang buluh untuk dijual kepada pengusaha sayur dan lain-lain hanya dibayar 40 sen bagi setiap batang yang panjangnya 7 hingga 12 kaki.
“Bayangkan untuk memikulnya sahaja pun sudah tidak berbaloi, sebab itulah mereka mengharapkan pihak JHEOA memainkan peranan untuk membantu mereka agar tidak dimanipulasikan oleh pihak pembeli,” ujarnya.
Tambahnya, agensi kerajaan itu patut berbincang dengan pembeli agar Orang Asli dibayar dengan harga berpatutan dan selaraskan harga tersebut supaya mereka tidak dizalimi.
Sementara itu, PAS Pahang turut menyampaikan sumbangan kepada masyarakat berkenaan. Turut hadir Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS N Balasubramaniam. - HARAKAHDAILY 30/8/2015 Sumber HD - 30-8-2015
Himpunan Geram umum lima resolusi
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: Perhimpunan membantah pencemaran bauksit meluluskan lima resolusi dilaksanakan untuk kelestarian bandar ini. Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Andansura Rabu yang membaca resolusi tersebut, berkata ia bagi menjaga keseimbangan alam sekitar dan adil kepada rakyat. Beliau yang juga Adun Beserah menyebutkan, kegiatan pelombongan mestilah dijalankan secara lestari tanpa menjejaskan keselamatan dan kesihatan penduduk. Kedua, katanya kerajaan hendaklah mewajibkan kajian EIA bagi setiap projek pelombongan. Ketiga, ujarnya pihak penguatkuasa didesak memastikan pengangkutan hasil lombong tidak mengganggu penduduk, merosakkan kemudahan dan mencemar alan sekitar. Tambahnya, agensi-agensi kerajaan juga diminta memantau tahap pencemaran dan penguatkuasaan yang ketat selain memastikan tiada rasuah dalam kutipan hasil. Resolusi yang dibacakan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu turut memberi amaran, keingkaran kepada resolusi itu bakal berhadapan dengan kemarahan rakyat yang akan terus bangkit menuntut keadilan. - HARAKAHDAILY 23/8/2015 Sumber HD - 23-8-2015
Pengusaha bauksit dituntut tunai janji segera
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: Pengusaha bauksit dituntut segera menunaikan janji bagi menyelesaikan isu pencemaran bahan galian berkenaan sehingga mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk.
Tuntutan tersebut disampaikan dalam perhimpunan bantahan bauksit di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pagi tadi.
Kira-kira 3,000 orang hadir dalam himpunan NGO Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) itu.
Antara lain mereka didesak menggunakan kontena tertutup bagi mengelakan debu amang bertaburan sehingga mencemarkan alam sekitar.
Pengusaha juga digesa membersihkan lori pengangkut, menggunakan laluan dibenarkan serta tidak parkir di kawasan kampung atau perumahan.
Perhimpunan yang bermula jam 9 pagi itu diisi dengan pelbagai acara menarik seperti pidato, bacaan sajak dan mengedarkan petisyen bantahan.
Antara pemimpin PAS yang berucap ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khiruddin.
Manakala Adun Beserah yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang Andansura Rabu diberi penghormatan menyampaikan resolusi perhimpunan.
Sementara itu majlis turut dimeriahkan oleh para peserta yang menjerit kalimah "geram" beberapa kali sebagai tanda protes terhadap pengusaha lombong yang tidak mempedulikan tuntutan penduduk. - HARAKAHDAILY 22/8/2015 Sumber HD - 22-8-2015
PAS Pahang sokong peneroka mohon lesen bauksit
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: PAS Pahang tidak ada masalah jika kerajaan negeri meluluskan lesen perlombongan bauksit kepada peneroka asalkan kerajaan melakukan prosedur yang betul termasuk penguatkuasan operasi.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang, Andansura Rabu berkata pendirian PAS ialah tidak menyekat punca pendapatan dan ekonomi tuan tanah namun pada masa yang sama tidak mahu ada rakyat yang susah akibatnya.
Beliau yang juga Adun Beserah berkata demikian mengulas permohonan 268 peneroka dari Felda Bukit Goh dan Bukit Kuantan kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob semalam bagi melombong bauksit.
Media melaporkan, permohonan berbentuk memorandum tersebut diserahkan oleh wakil peneroka Datuk Abdul Wahid Ab Manap kepada Adnan di pejabatnya.
“Peneroka selaku tuan tanah berhak memohon lesen, kita tiada halangan sebab selama ini ada juga peneroka yang ditipu oleh pengusaha dan ada juga syarikat yang mengusahakan secara haram tanpa lesen.
“Cuma PAS minta kerajaan mesti melaksanakan prosedur dengan betul kemudian pada masa yang sama paling penting kita juga minta agensi-agensi melakukan penguatkuasaan mengikut undang-undang yang ada.
“Masalah yang diperjuangkan sekarang ialah orang ramai terganggu dengan pencemaran alam akibat pengangkutan tiada kawalan bahan logam itu sehingga menyebabkan jalan raya menjadi amat berdebu kotor sepanjang jalan Bukit Goh ke pelabuhan selain menjejaskan kesihatan ramai,” katanya.
Andansura berkata demikian kepada media selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Perhubungan PAS Pahang di sini.
Beliau yang juga pengerusi Gerakan Bertidak Anti Pencemaran Bauksit (Geram) berkata, akibat kurang penguatkuasaan sering menyebabkan berlaku kemalangan maut melibatkan lori pengangkut bauksit dan ini amat membimbangkan penduduk berkaitan.
Andansura berkata, pihaknya pernah memanggil agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan pengusaha duduk berdialog dalam satu majlis.
“Tetapi hanya tiga agensi saja yang datang Spad, JPJ dan Jabatan Kesihatan. PTD tak datang, Jabatan Alam Sekitar tak datang, pejabat daerah tak datang, JKR tak datang jadi bagaimana nak selesaikan masalah pencemaran yang sangat serius itu.
“Sebab itu kita kata kita tidak sekat sumber ekonomi sama ada peneroka, pengusaha mahupu kerajaan tetapi jangan susahkan rakyat, jangan cemar alam sekitar tetapi sehingga kini penguatkuasaan masih tak berkesan.
“Pihak kami pernah mengadu kepada Jabatan Alam Sekitar mereka kata tiada kuasa, pergi pada JPJ kata dia keluar lesen saja, pergi pada Spad dia kata itu kuasa MPK, jadi tak selesai,” ujarnya.
Andansura berkata, jika penguatkuasaan masih gagal pihaknya tidak ada pilihan melainkan terpaksa meminta solidariti rakyat, suara rakyat untuk membetulkan keadaan termasuk melakukan halangan atau protes secara berterusan.
Katanya, jika ini terjadi kedua-dua pihak pelombong dan kerajaan akan turut susah justeru untuk menyelesaikannya mestilah dipastikan semua pihak mestilah betul-betul bertanggungjawab terutama setiap agensi yang memantau. - HARAKAHDAILY 13/8/2015
Sumber HD - 13-8-2015
Gerak kerja mesti ditingkatkan, bukan semakin mengundur
Posted on Monday, August 10 @ 10:53:13 MYT by tokdalang
Oleh Ustaz Rosli Abd Jabbar Pesuruhjaya PAS Pahang.
Salam semua:
Istiqamah hingga kemenangan. Itulah tema muktamar kita pd tahun ni. TGHH memilih tema istiqamah selama dua tahun berturut-turut bagi menyatakan bahawa hanya Istiqamah sahaja yg menjadikan kita boleh mencapai kemenangan samaada didunia dan akhirat.
Terhimpun didalam kalimah Istiqamah itu ialah sabar dalam menghadapi sebarang mehnah perjuangan samaada mehnah dalam bentuk kesusahan atau kesenangan. Tidak menjadikan ia lemah bila ditimpa kesusahan dan tidak menjadikan ia lupa daratan bila dikurniakan kesenangan.
Sabar dalam menghadapi segala bentuk mehnah itulah yang menjadikan kita tsabat diatas jalan perjuangan yang semakin hari semakin mencabar dan semakin menuju kepuncak ujian yang pastinya lebih hebat dimasa mendatang.
Istiqamah ialah kamu berada diatas jalan yang benar, jalan yg telah diselusuri oleh para Nabi dan Nabi Muhammad saw dan para siddiqin hinggalah keakhir kehidupan, bukan terhenti kerana mendapat kemenangan didunia meskipun ianya amat sukar, sangat merobek hati dan memenat dan menyakitkan jasad.
Istiqamah bukan sahaja dalam mempertahan aqidah tetapi mesti juga didalam melaksanakan gerakerja perjuangan, Iman dan Amal tidak terpisah kerana amal adalah manifestasi atau terjemahan dari keimanan.
Sedikit usaha kita sedikitlah yang diperolehi, jangan ditanya kenapa kita lambat menang, tetapi bertanyalah pada diri kita, apakah kita telah melaksanakan amanah ini dengan sehabis2 kudrat dan harta yg kita miliki, sedikit yang dicurahkan maka sedikitlah takungannya.
Kemenangan terlalu mahal harganya, tidak akan diperolehi dengan angan2 dan berkata tentangnya sahaja, "sagu itu diperolehi hanya setelah memecahkan ruyungnya", begitulah juga kemenangan.
Secara teorinya "pengorbanan yg sedikit akan menghasilkan yang sedikit, begitulah juga sebaliknya", jangan mengharapkan balasan atau ganjaran yang luar biasa tanpa pengorbanan yang luar biasa.
Mengundur kebelakang pasti akan menjarakkan lagi kita dengan garis kemenangan. Muhasabah dengan Iman dan gerak kerja, pastikan sentiasa kita mentajdidkan Iman dan sentiasa menjadikan masa sekarang lebih baik dari masa berlalu.
Garis kemenangan itu tidak pernah berganjak, tetapi kitalah sebenarnya yang tidak bersungguh untuk berlari kepadanya dan undur daripadanya. Kesungguhan dan keikhlasan dalam pejuangan akan menghasilkan apa-apa yang sebelum darinya kita tidak mempunyai apa-apa.
Gerak kerja mesti ditingkatkan, bukan semakin mengundur, mungkin mengundur itu mengembirakan hati kita tetapi ia akan semakin jauh dari kemenangan, mungkin kehadapan itu sangat memeritkan hati tetapi ianya akan membawa kita semakin hampir kpd kemenangan.
Jangan pedulikan manusia yg menghalang kita dari berjuang, kerana mereka tidak sedikitpun mampu menghalang kita dari kemurkaan Allah kerana meninggalkan perjuangan, jangan menumpang labu mereka untuk terjun kedalam lautan murka Allah.
Kita ada Allah swt, kita ada Rasul, kita ada Al Qur'an, kita ada para Malaikat yg sentiasa mengiringi dan kita ada segala kekuatan, kerana apabila kita sandarkan perjuangan ini kepada Allah swt, maka ingat bahawa " Allah itu adalah Rabb Yang Maha Kuat ".
"Istiqamah Hingga Kemenangan"
Sumber DD - 10-8-2015
Laporan pakar bukti kesan bauksit bahaya
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
Rosli, Andansura, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Adun Teruntum, Sim Chon Siang pada satu majlis dialog mengenai bauksit.
KUANTAN: PAS Pahang memandang serius laporan akhbar New Straits Times (NST) yang mendedahkan berlaku pencemaran radiasi ke atas sumber air berikutan aktiviti perlombongan bauksit tanpa kawalan.
Dalam kenyataan media yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabbar dan timbalannya Andansura Rabu, memetik laporan muka depan akhbar NST yang bertajuk Radiation Poisoning.
Akbbar tersebut mendedahkan keputusan ujian makmal yang dibiayai oleh NST selepas berlaku fenomena air pasang merah (red tide) di Sungai dan Pantai Pengorak Kampung Selamat di sini, amat berbeda sekali dengan apa yang dianalisa oleh Jabatan Alam Sekitar (Jas).
Keputusan ujian makmal bebas ke atas sampel air dari muara sungai dicemari oleh logam berat dan juga pencemaran radiasi peringkat awalan.
Logam berat seperti thorium 230 dan 232 serta uranium 234 dan 238 dikesan dalam empat sampel yang diuji dari kawasan tersebut.Logam logam ini adalah jenis radioaktif yang boleh membahayakan kesihatan dan juga kehidupan laut.
Dalam artikel yang lain pula melarang penduduk supaya tidak memakan hasil laut dari kawasan yang tercemar itu berikutan tahap kimia arsenik yang tinggi.
“Ianya bercanggah sama sekali dengan kenyataan Exco Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak pada 26 Mei 2015 lalu bahawa kawasan tersebut bebas daripada pencemaran logam berat dan tidak merbahaya kepada manusia dan kehidupan lain,” kata Rosli.
Serentak dengan itu PAS Pahang melalui Lajnah Alam Sekitar menggesa Kerajaan Pahang bertindak segera atas laporan NST tersebut serta catatan pandangan pakar seperti yang dilaporkan diambil kira untuk tindakan selanjutnya.
“Ini termasuklah menghentikan serta merta aktiviti pelombongan tersebut,” kenyataan media tersebut dipetik.
Isu pelombongan bauksit di Bukit Goh dan kawasan sekitarnya menjadi panas dan menghantui penduduk ibu negeri ini sejak beberapa bulan kebelakangan termasuklah lori pengangkut yang kerap menyebabkan kemalangan hinggalah kesannya terhadap alam sekitar sehingga kesihatan penduduk terjejas. - HARAKAHDAILY 7/8/2015 Sumber HD - 7-8-2015
16 pasangan dinikahkan serentak Posted on Monday, August 03 @ 16:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
KUANTAN - Seramai 16 pasangan pengantin dinikahkan serentak di Masjid Al Fattah, Batu 3, Jalan Gambang di sini sempena Majlis Walimatulurus 2.0 Perdana anjuran Pejabat Adun Tanjung Lumpur.
Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar berkata, peruntukan sebanyak RM75,000 merupakan hasil sumbangan orang ramai bagi memastikan majlis tersebut berjalan lancar.
Menurutnya yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, sebanyak 10 ekor lembu ditumbangkan, dan 500 ekor ayam dimasak secara gotong-royong bersama penduduk di sekitar Dun Tanjung Lumpur.
“Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan, malah lebih meriah daripada majlis Walimatulurus Perdana yang pertama kali diadakan pada tahun lalu dengan 16 pasangan dinikahkan pada hari yang sama.
“Antara kebaikan majlis yang diadakan ini bukan sahaja menjimatkan belanja kahwin setiap pasangan, malah urusan perkahwinan mereka juga dimudahkan,” katanya.
Bagi pasangan, Mohd Norizwan Mohd Salleh, 27 dan Siti Musliha Matzin, 26 berkata, berkahwin beramai-ramai dalam satu majlis tidak pernah difikirkan sebelum ini tetapi merupakan sejarah dalam hidup mereka untuk dikongsi bersama anak cucu nanti.
“Terima kasih kepada pejabat Adun Tanjung Lumpur dan Ustaz Rosli kerana menganjurkan majlis seumpama ini. Urusan kami menjadi lebih mudah dan semuanya berjalan dengan lancar.
“Tidak dinafikan kos kahwin masa kini lebih tinggi dan dengan adanya majlis seperti ini, ia membantu pasangan untuk mendirikan rumah tangga,” kata Siti Musliha.
Bagi Ahmad Khaidir Mohd Amir Saripudin, 24 dan Nurul Ima Muhammad, 24 berkata, majlis perkahwinan beramai-ramai ini menjadi contoh tauladan yang baik seperti sunnah Rasulullah SAW.
“Konsep perkahwinan yang sebenar adalah mudah, namun dengan ada dan trend semasa kini menjadikan setiap pasangan terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka untuk menyimpan duit.
“Berkat sokongan, bantuan dan sumbangan semua pihak, perkara sukar seperti ini menjadi lebih mudah dan meriah kerana bukan semua pasangan pengantin dapat merasai detik-detik sejarah dalam hidup mereka bersama pasangan yang lain.
“Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk membantu lebih ramai pasangan mendirikan rumah tangga sebagaimana mengikut syarak,” katanya. - Sinar Harian
Sumber TKO - 3-8-2015
PAS terus terima penyertaan ahli baharu
HARAKAHDAILY | .
KUANTAN: PAS terus menerima kemasukan ahli baharu dalam suasana parti itu menghadapi cabaran selepas muktamar tahunan ke-61 pada Jun lalu.
Pada perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 3.0) peringkat negeri Pahang yang berlangsung di pekarangan Masjid Al-Fatah Batu 3, di sini malam tadi, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar menyerahkan borang penyertaan ahli baharu PAS seramai 400 orang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Selain Tuan Guru Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Puat, Sanusi Mohd Nor dan Pengerusi DHPP Pusat, Balasubramaniam.
Semalam, kira-kira 1,500 orang menyertai Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri yang diadakan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Kuala Krau.
Di samping Tuan Ibrahim selaku perasmi dan pembentang, Naib Presiden dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Nasrudin Hassan turut membentang kertas kerja dan menjawab pertanyaan para peserta. - HARAKAHDAILY 2/8/2015 Sumber HD - 2-8-2015
Peranan DHPP lebih besar selepas putus dengan DAP
HARAKAHDAILY | .
KUALA KRAU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan memainkan peranan lebih penting dalam menarik sokongan bukan Islam selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
Justeru, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti akan merangka program untuk memperkasakan DHPP agar dapat berperanan lebih besar dari masa-masa yang lepas.
Menurutnya, walaupun ada dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang dilaporkan tidak berpuas hati dengan PAS tetapi kebanyakannya melibatkan golongan politik daripada DAP, MCA dan Gerakan.
"Ada suara bukan Islam yang tak puas hati dengan PAS tapi masih ramai mereka yang sokong PAS, orang biasa masih sokong PAS," ujarnya ketika menjawab pertanyaan peserta pada sesi Dialog Bersama Pimpinan sempena Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Negeri Pahang di Kompleks Al-Makmur, Kerdau dekat sini petang ini.
Turut menjadi ahli panel ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan. Lebih 1,500 ahli PAS seluruh negeri menyertai program yang pertama kali diadakan di kompleks yang masih dalam pembinaan itu.
Kata Moh Amar, mereka masih menghormati PAS sebagai parti yang berprinsip dan tegas.
"Di Kelantan, secara mata kasar dan penilaian umum, sokongan mereka kepada PAS masih kekal," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Bahkan, kata beliau terdapat dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang tidak berpuas hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh DAP dalam hubungannya dengan PAS.
Sehubungan itu, jelasnya peranan DHPP menjadi lebih besar bukan sahaja untuk menarik sokongan bukan Islam tetapi untuk mengajak mereka bersama PAS. - HARAKAHDAILY 1/8/2015 Sumber HD - 1-8-2015
Pendirian rasmi Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP)
Posted on Thursday, July 30 @ 19:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Segala pujian yang tidak terhingga bagi Allah swt, Rabb yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w juga ke atas kaum kerabatnya serta mereka yang beriman dan beramal soleh di sepanjang zaman.
1. Perkembangan politik PAS selepas muktamar ke-61 baru-baru ini telah menyaksikan bagaimana berlakunya pergolakan dalaman PAS, hingga tertubuhnya GHB atau Gerakan Harapan baru telah dilancarkan oleh beberapa orang bekas pemimpin PAS yang tidak dipilih pada muktamar ke-61 yang lalu. 2. GHB kelihatan begitu giat membuat pelancaran di seluruh negara termasuklah di beberapa kawasan di negeri Pahang. BPPNP dengan ini menegaskan bahawa seluruh kepimpinannya tetap Istiqamah bersama PAS dan kepimpinan Ulama serta akan terus memperjuangkan dasar yang dibawa oleh PAS sejak ianya ditubuhkan iaitu yang berteraskan kepada Al-Qur'an, Hadis, Ijma dan Qias.
3. PAS Pahang akan tetap terus bertindak sebagai sebuah badan dakwah untuk mengajak manusia keseluruhannya kepada Islam yang Syumul dan juga sebagai sebuah parti politik untuk membela dan memperjuangkan isu-isu rakyat serta berusaha untuk menumbangkan rejim Barisan Nasional yang sekian lama memerintah Malaysia bukan di atas dasar Islam yang adil.
4. Berdasarkan laporan yang diterima dan juga bukti-bukti rakaman ceramah dan penerangan oleh pemimpin GHB yang sering memburukkan pemimpin PAS dan juga bahasa yang menunjukkan bahawa mereka tidak lagi bersedia untuk bersama dengan kepimpinan PAS, sehinggakan telah berkali-kali diwar-warkan untuk menubuhkan parti baru, maka PAS Pahang melihat ini sebagai suatu perkara yang memburukkan imej PAS.
5. Maka dengan ini PAS Pahang selaras dengan arahan daripada kepimpinan PAS pusat untuk tidak membenarkan sama sekali ahli-ahli PAS Pahang untuk terlibat dengan apa jua aktiviti GHB dan tidak membenarkan GHB menggunakan premis milik PAS untuk sebarang aktiviti mereka dan ianya dianggap sebagai melanggar etika parti serta adab-adab berjamaah.
6. PAS Pahang juga menyeru kepada ahli-ahli PAS supaya menjaga adab-adab berhujah, jaga ukhuwwah dan peliharalah adab-adab sebagai seorang muslim, "Tajamkan hujah dan jangan tajamkan lidah", kerana ianya membawa keburukan di dunia dan akhirat serta memburukkan syakhsiah sebagai seorang anggota jamaah Islam yang sedang mendokong gerakan Islam yang mulia.
7. PAS Pahang juga menyeru kepada ahli PAS agar tidak menyebarkan sebarang bentuk berita fitnah, keji mengeji, cela mencela yang akhirnya membawa kepada sengketa yang berpanjangan. Segala bentuk masalah mestilah diuruskan dengan sebaik-baiknya berserta sikap toleransi dan berakhlak agar terpancar syakhsiah Islamiyyah dikalangan ahli-ahli PAS.
8. PAS Pahang juga membuka seluas-luasnya pintu rundingan dan cadangan kepada sesiapa sahaja asalkan ianya bertujuan untuk kebaikan PAS, PAS Pahang juga meminta semua rakan-rakan pakatan menghormati pendirian PAS terhadap Islam kerana itu adalah dasar PAS yang tidak mungkin boleh diubah sehingga ke hari kiamat.
"Umat akhir zaman pasti akan mendapat kemuliaan jika sekiranya mereka mengambil sesuatu yang menyebabkan umat terdahulu mendapat kemuliaan iaitu Islam" ( Imam Malik)
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
YB Ustaz Rosli Abdul Jabar
Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.
Sumber TKO - 30-7-2015
Pembalakan ancam eko pelancongan Taman Negara
NOOR SHAMSIAH MOHAMED | .
JERANTUT: Kegiatan pembalakan yang agresif di Hutan Ulu Tembeling sejak tiga tahun lepas mengancam eko pelancongan Kuala Tahan khususnya Sungai Pengau dan Sungai Lau yang menjadi habitat pelbagai jenis ikan sungai.
Walaupun kegiatan pembalakan berhampiran Taman Negara itu difahamkan mempunyai lesen yang sah, namun ia telah menyebabkan sungai yang selama ini turut menjadi punca bekalan air bersih negeri Pahang tercemar teruk.
Warna air yang dahulunya jernih dan dalam, kini bertukar menjadi keruh seperti 'teh o' dan cetek sehingga kelibat ikan yang menghuni sungai berkenaan dan menjadi tarikan pelancong tidak lagi kelihatan.
Pembalakan di kawasan hutan yang kaya dengan kayu kayan bernilai tinggi dari jenis tualang, meranti, merbau dan keruing juga dikhuatiri mengganggu pelbagai hidupan liar seperti gajah dan burung enggang yang selama ini menghuni hutan berkenaan.
Tinjauan Bernama bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) hari ini mendapati tompokan najis gajah ditemui hampir di sepanjang jalan pengeluaran balak - jelas membuktikan hidupan berkenaan terganggu akibat sikap rakus manusia yang menceroboh habitat mereka.
Tinjauan juga mendapati beberapa kawasan di hutan itu telah 'dibersihkan' dipercayai untuk dijadikan tempat melonggok balak oleh sebuah syarikat kontraktor yang beralamat di Kuala Lumpur.
Lesen pembalakan itu dikeluarkan pada 15 Jun lepas untuk tempoh hingga 15 Mei tahun depan melibatkan kawasan seluas 216.5 hektar di hutan tersebut.
Pengerusi PEKA Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menggesa kegiatan pembalakan itu dihentikan segera kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang lebih serius terhadap kestabilan ekosistem di kawasan itu.
"Kita lihat sungai-sungai di kawasan ini sudah tercemar, air menjadi cetek dan keadaan ini akan memberikan kesan yang lebih teruk lagi terutama apabila menjelang musim tengkujuh.
"Ini kerana hutan yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air semakin berkurang dan kita lihat pembalakan ini lebih banyak membawa keburukan daripada keuntungan," katanya di sini.
Sehubungan, itu beliau menggesa kerajaan negeri supaya turun padang melihat sendiri keadaan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
Beliau khuatir pembalakan itu juga akan menjejas eko pelancongan di kawasan Taman Negara yang selama ini menjadi tumpuan pelancong dari luar negara.
Shariffa Sabrina berkata, PEKA merancang mengadakan persidangan Taman Negara dengan menjemput semua pihak yang berkenaan termasuk agensi pelancongan, kerajaan negeri dan penduduk setempat bagi membincangkan tentang masalah itu. - Bernama Sumber HD - 27-7-2015
PAS Pahang sokong penuh ketetapan MSU
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP) menyokong penuh ketetapan Majlis Syura Ulama' (MSU) PAS bertarikh 11 Julai lalu berhubung 'Tahaluf Siyasi' atau persepakatan politik dengan rakan parti dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.
Dalam kenyataan media yang ditandatangai Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar, menyatakan kewajaran MSU membuat keputusan yang besar ini setelah DAP dilihat tidak menghormati prinsip perjuangan PAS yang konsisten berusaha mendaulatkan syariat Islam sejak mula penubuhan parti Islam ini lagi.
Jelasnya, DAP sendiri telah melanggar ketetapan yang telah diambil bersama dalam Pakatan Rakyat, iaitu 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam beberapa perkara, termasuk isu hudud.
“Ini dilihat apabila terus menerus menyerang sebahagian kepimpinan PAS dan mencampuri urusan pemilihan kepimpinan PAS.
“Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang meyakini bahawa keputusan yang diambil demi menjaga kepentingan Islam adalah keputusan yang terbaik,” kenyataan tersebut dipetik.
Justeru, BPPNP ingin menegaskan kepada seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS agar sama-sama mendokong keputusan ini dan setiap tindakan yang akan diambil perlu dirujuk kepada kepimpinan tertinggi parti. – HARAKAHDAILY 14/7/2015 Sumber HD - 14-7-2015
Bauksit: PAS junjung kasih pada Tengku Mahkota
BASIRON WAHAB | .
KUANTAN: PAS Kawasan Indera Mahkota serta penduduk sekitar gugusan Balok, Gebeng, Beserah serta gugusan Bukit Goh, menjunjung kasih di atas titah dan keprihatinan KDYTM Tengku Mahkota Pahang berkenaan dengan aktiviti perlombongan bauksit di kawasan ini.
Teguran KDYTM mendapat reaksi segera kerajaan negeri apabila menteri besar mengumumkan pembatalan serta merta 34 lesen perlombongan bauksit di kawasan terbabit.
Yang Dipertuanya Andansura Rabu berkata, setelah bantahan demi bantahan dan laporan demi laporan di buat oleh penduduk setempat kepada pihak berkuasa, ia seperti tidak mendapat sebarang perhatian dan tindakan daripada pihak kerajaan negeri dan juga agensi-agensi penguatkuasa, maka titah KDYTM Tuanku diharapkan dapat diberi perhatian serius oleh semua pihak terutamanya kerajaan negeri.
“Kami terharu dengan perhatian dan keprihatinan KDYTM atas nasib malang yang menimpa rakyat sekitar, yang sehingga kini gagal mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri mahupun agensi penguatkuasa seperti SPAD, JPJ, PDRM, JAS, PTG dan MPK,” kata Andansura.
Penduduk, kata Andansura dihimpit dengan kerenah birokrasi melampau yang dapat dilihat melalui maklum balas oleh pihak yang teribat. Mereka menolak untuk mengambil tanggunggjawab dengan alasan tiada keupayaan ataupun perlu dirujuk kepada agensi lain.
“Menjelang sambutan hari raya dalam minggu ini, ramai perantau akan pulang untuk merayakan hari raya bersama keluarga masing-masing, untuk memberikan keselesaan kepada rakyat, kami mendesak agar semua aktiviti melibatkan bauksit diberhentikan serta merta untuk tempoh 14 hari. Kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar kampong dan jalanraya yang terlibat perlu dibuat seperti mana janji pihak kerajaan tempoh hari,” ujar Andansura.
Katanya, kesesakan lalu lintas juga dijangka akan berlaku bermula hari ini, oleh itu semua lori yang mengangkut bauksit mestilah diberhentikan operasi mereka juga dengan serta merta. Ini sangat penting bagi mengelakkan tragedi di jalan raya daripada berlaku. Pihak SPAD, JPJ dan PDRM harus bertindak tegas dalam perkara ini.
Memandangkan masalah ini telah berlarutan sekian lama tanpa ada jalan penyelesaian yang baik, sekumpulan penduduk setempat telah menubuhkan satu kumpulan yang dinamakan “Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM)”.
Mereka merancang untuk mengadakan satu himpunan yang dipanggil “Himpunan Rakyat GERAM” pada 22hb Ogos 2015 (sabtu) sekiranya sepanjang tempoh ini tiada sebarang perubahan dan tindakan diambil. Masa dan tempat himpunan akan dimaklumkan kemudian di dalam satu sidang media yang bakal diatur. – HARAKAHDAILY 13/7/2015 Sumber HD - 13-7-2015
Ketua Urusan Ulamak PAS Temerloh meninggal dunia
HARAKAHDAILY | .
TEMERLOH: Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Temerloh, Ustaz Abd Rahim Abd Latif, 52, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 5.20 pagi ini akibat serangan jantung.
Menurut Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan beberapa hari lepas beliau menziarahi allahyarham sewaktu mendapat rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
"Kelmarin beliau dibenarkan pulang. Awal pagi kembali ke rahmatillah. Jenazah sekarang berada d TJ 6 Taman Temerloh Jaya," ujar beliau kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat memaklumkan solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Temerloh Jaya, jam 10.45 pagi ini dan jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berhala Gantang.
Ustaz Abd Rahim pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pahang. - HARAKAHDAILY 11/7/2015 Sumber HD - 11-7-2015
NAIB KETUA PEMUDA PAS KUALA KRAU PERLU SUMBANGAN - ROSLAN
Naib Ketua Pemuda PAS Kuala Krau perlu sumbangan: TEMERLOH: Bermula dengan menghidap penyakit tekanan darah tinggi selama setahun, kini disahkan doktor sebagai pesakit
'Kabinet gerak kerja tawan Pahang' selesai dibentuk
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Pahang yang dipengerusikan Pesuruhjaya yang baharu Ustaz Rosli Abdul Jabar, hari ini selesai membentuk jawatankuasa 2015-2017.
Dengan menamakan ‘kabinet gerak kerja ke arah menawan Pahang’ ia menyaksikan pelantikan dua Timbalan PJ yang baru iaitu Andansura Rabu bagi Zon Timur dan Yohanis Ahmad bagi Barat.
Manakala Md Jusoh Darus yang sebelum ini TPJ zon tengah, kekal.
Kesemua mereka merupakan Yang Dipertua PAS kawasan masing-masing iaitu Indera Mahkota, Jerantut dan Temerloh.
Dua jawatan utama lain iaitu Setiausaha dan Bendahari, penyandangnya dikekalkan untuk Roslan Zainal dan Musaniff Abdul Rahman.
Ketua Penerangan kali ini diamanahkan kepada mantan Ketua Pemuda Ustaz Nazri Ahmad, manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) kekal disandang Hasenan Haron.
Tujuh ahli jawatankuasa dilantik pula ialah Ustaz Yusof Embong, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim, Mazlan Muhamad Yassin, Wan Mahadir Wan Mahmud, Mohd Fadzli Ramly, Alawiah Kasdan dan Ustaz Zuridan Daud.
Sementara itu dalam sidang media yang sama Ustaz Rosli berkata kabinet yang dibentuk hari ini dijangka kekal menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.
“Justeru kita akan bekerja ke arah kemenangan dengan memperkukuhkan dalaman parti juga bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat di Pahang.
“Oleh yang demikian kami tidak akan melayan sebarang perkara titik-bengik yang ditimbulkan kerana hasrat kita ialah bergerak bersama membawa ke arah Pahang baru di bawah Pakatan Rakyat,” jelasnya.
Mesyuarat dewan-dewan sebelum ini telahpun memilih Ustaz Moktar Senik (Ulamak), Mohamad Hazmi Dibok (Pemuda) dan Salamiah Mohd Nor (Muslimat). - HARAKAHDAILY 20/6/2015 Sumber HD - 20-6-2015
Pesuruhjaya PAS Pahang akui tugas berat
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: Pesuruhjaya PAS Pahang yang baru dilantik, Ustaz Rosli Abdul Jabar akui terpaksa memikul amanah dan tanggungjawab berat serta berhadapan cabaran besar.
Beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur berkata, beban sebagai pemimpin tertinggi peringkat negeri yang ditanggungnya itu ialah menerimanya dalam keadaan parti yang agak berkocak di dalam dan sesama rakan sekutu.
Tambahnya, pasukan yang akan dibentuknya nanti merupakan kabinet 2015-2017 yang dijangka berhadapan pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti.
Katanya lagi, cabaran ketiga ialah faktor negeri Pahang sendiri dari segi keluasan dan terdapat kawasan Felda paling luas yang selama ini dianggap kawasan simpanan tetap bagi BN.
Rosli juga mengaku dan sedar apabila menerima ‘baton’ daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bermakna ahli dan rakyat akan mengukur kemampuan beliau dengan piawaian tinggi.
“Langkah pertama kita akan bincang untuk tubuhkan kabinet yang baru badan Perhubungan PAS Pahang mungkin pada 21 haribulan ini, selepas penubuhan itulah baru kita atur strategi,” katanya pada temuramah pertama selepas dilantik pesuruhjaya.
Bagi beliau, tidak ada masalah untuk membentuk pasukan yang kukuh untuk menempuh tiga cabaran tadi tetapi sudah tentulah memerlukan komitmen tinggi daripada setiap anggota.
“Sebab itu saya harapkan nanti regu saya daripada kalangan timbalan-timbalan pesuruhjaya mestilah yang mampu untuk berinteraksi bukan saja dengan ahli tetapi juga dengan Pakatan Rakyat (PR).
“Saya amat sedar diamanahkan jawatan dalam keadaan krisis. Justeru agenda kita ialah sedaya upaya mendamaikan ahli ke arah perpaduan dan di Pahang ini perpecahan itu tidak ketara sangat.
“Satu lagi di Pahang hubungan sesama PR sekarang ini masih macam biasa. Setakat ini kita tidak ada masalah dengan DAP, PKR dan sedaya upaya kita akan cuba pelihara kecualilah jika Pusat memutuskan sebaliknya nanti,” katanya.
Beliau adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Kuantan dan juga pendakwah yang mempunyai jadual padat kuliah seluruh negara yang terpaksa dihadkannya selepas ini.
Mengenai pilihan raya, Rosli berpendapat dengan krisis dan tekanan Tun Dr Mahathir kepada Najib sekarang serta isu-isu besar yang mengundang kemarahan rakyat, tidak mustahil pilihanraya akan berlaku lebih awal.
“Sebab itu saya kata kita mesti membentuk kabinet yang mantap dan mampu menghadapi PRU14,” katanya.
Rosli yang juga pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengarah Tahfiz Darul Fikri, mengakui berhadapan tugas sukar kerana Pahang merupakan sebuah negeri yang luas.
Bayangkan, dalam satu-satu parlimen jaraknya jauh sehingga membolehkan sembahyang jamak dan qasar.
“Cabaran lain bagi PAS Pahang nanti ialah untuk meningkatkan jumlah undi Felda. Sebanyak 52 peratus kawasan Felda terletak di negeri Pahang. Dengan itu PAS mesti menguasai isu-isu Felda, masalah tanah dan orang Melayu kerana PAS bertanding di kawasan Melayu 70 peratus ke atas.
“Melihat kepada keputusan PRK Rompin baru-baru ini, memang kita nampak ada peningkatan sokongan orang Melayu jadi dengan anjakan kerja yang agak tinggi kita percaya PAS mampu untuk mara lebih jauh,” katanya.
Negeri Pahang kaya dengan sumber hasil semula jadi. Apa yang berlaku ialah pulangan tidak begitu banyak diperoleh kerajaan untuk diagih semula kepada rakyat.
Tepatnya pemilihan Rosli sebagai pesuruhjaya ialah beliau sendiri merupakan anggota dewan undangan negeri yang boleh menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan dalam menangani pelbagai isu yang melanda.
Kali terakhir Pesuruhjaya PAS Pahang berada di dewan undangan negeri ialah pada sesi 1999-2004 iaitu Ustaz Idris Omar. - HARAKAHDAILY 17/6/2015
Sumber HD - 17-6-2015
Pelajar tahfiz Pahang jadi imam tarawih di Amerika
BERNAMA | .
KUANTAN: Seramai lapan pelajar Maahad Tahfiz Pahang (MTNP) termasuk dua pelajar wanita dihantar ke Amerika Syarikat dan Australia untuk menjadi imam solat tarawih dan berdakwah sepanjang bulan Ramadan ini.
Enam pelajar lelaki akan menjadi imam di Sydney, Melbourne dan Perth, manakala dua pelajar wanita akan berada di Washington, Amerika Syarikat untuk berdakwah.
Mereka ialah Muhammad Fathullah Abdul Aziz, Norsyabani Al Amin Abdul Talib, Muhammad Shifaq Mohamed, Muhamad Hazim Shahrun, Muhammad Irfan Ishak, Muhammad Adam Faliq Abdul Ghani serta pelajar wanita Nurul Juwairah Mahassan dan Nur Sakinah Amir Hamzah.
Pengarah Maahad Tahfiz Pahang, Datuk Zulkifle Ali Al-Hafiz berkata penghantaran pelajar berkenaan merupakan sebahagian daripada program praktikal dan strategi memperkenalkan MTNP di negara ini dan peringkat global.
"Mereka akan menjadi imam tarawih, memberi tazkirah, mengajar al-Quran, membaca khutbah dan sebagainya kepada umat Islam di sana.
"Pelajar wanita akan lebih memfokus kepada kelas al-Quran dan pendidikan fardu ain kepada rakyat Malaysia di Washington," katanya. - BERNAMA
Sumber HD - 15-6-2015
Dakwa Pahang bakal gempa, tsunami tidak benar
BERNAMA | .
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin bahawa negeri Pahang akan dilanda gempa bumi dan tsunami dalam tempoh 36 jam.
Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini berkata khabar angin mengenai kejadian itu seperti yang tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.
"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada MetMalaysia," kata kenyataan itu.
Untuk pengesahan maklumat, orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Meteorologi Malaysia http://met.gov.my, mobile web rasmi m.met.gov.my atau melalui laman Facebook dan Twitter.
Selain itu, boleh juga hubungi MetMalaysia hotline di talian 1300 22 1MET (1638). - BERNAMA Sumber HD - 10-6-2015
KUALA LUMPUR 10 Jun - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin bahawa negeri Pahang akan dilanda gempa bumi dan tsunami dalam tempoh 36 jam. Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini berkata, khabar angin mengenai kejadian itu seperti yang tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali. “Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada MetMalaysia,” kata kenyataan itu.
Kompleks Al-Makmur PAS Pahang masuk peringkat akhir
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Pembinaan Kompleks Al-Makmur PAS Pahang kini masuk ke peringkat akhir bagi fasa satu dengan pemasangan atap dan bumbung rata konkrit, tetapi masih memerlukan sumbangan.
Bendahari PAS Pahang yang juga pengarah projek berkenaan Musaniff Abdul Rahman berkata, dengan itu bangunan mengandungi pusat pentadbiran, tarbiyah dan dewan berhimpun PAS Pahang itu dijangka siap sepenuhnya tahun depan.
Katanya, pada masa ini kerja-kerja ditumpukan kepada menyiapkan dewan dua tingkat berkeluasan 22,464 kaki persegi yang apabila siap mampu menempatkan 2,000 orang pada satu-satu masa.
“Kini kerja-kerja pembinaan telah masuk peringkat ketiga fasa satu. Projek mercu tanda PAS Pahang ini bermula tahun lalu dengan kerja-kerja tanah (ground work) dan tapak sehingga aras lantai, telah menelan kos sebanyak RM500.
“Peringkat kedua pula disempunakan kerja-kerja memasang kerangka struktur besi bangunan dewan utama juga menelan belanja RM500,000.
“Bagi peringkat ketiga ini sebanyak RM2 juta diperlukan sebelum akhirnya akan disempurnakan dengan kerja-kerja pendawaian elektrik, pendingin hawa dan bekalan air (MNE) dengan tambahan kos RM1 juta lagi,” katanya ketika ditemui di lokasi tapak pembinaan.
Musaniff dalam pada itu berkata, idea pembinaan Kompleks Al-Makmur dicetuskan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan beliau sendiri beberapa tahun lalu memandangkan kebanyakan PAS negeri-negeri lain sudah memiliki kompleks sendiri sehingga mampu diadakan Muktamar Tahunan PAS.
Tambahnya, sedangkan ahli dan pengaruh PAS di negeri ini telah berkembang pesat sejak ditubuhkan pada 1955 di Kerdau oleh Allahyarham Mohd Yasin Saleh.
“Kebetulan PAS Pahang mempunyai tanah yang diwakafkan ahli seluas lima ekar yang berkedudukan amat strategik di simpang empat Kerdau di pinggir jalan besar Temerloh-Jerantut dan hanya lima minit perjalanan keluar dari Plaza Tol Temerloh Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
“Walau bagaimanapun, PAS Pahang masih amat memerlukan sumbangan dan infak daripada semua pihak bagi menjayakan cita-cita besar ini,” ujarnya.
Tawaran ini dibuka kepada sesiapa yang sudi menghulur derma sebagai tukaran mendapat pahala sedekah jariah dan pelaburan saham akhirat. Bagi yang berhasrat menyahutnya, bolehlah memasukkan wang sumbangan ke akaun Maybank Islamik 5560 5750 4469 atas nama Pembangunan Komples Al Makmur.
Sebarang kemusykilan boleh hubungi pejabat PAS Pahang 09-2965143. - HARAKAHDAILY 28/5/2015
Sumber HD - 28-5-2015
INSINERATOR PULAU TIOMAN RM22.8 JUTA BELUM BERFUNGSI - ADUN PKR
KUANTAN: Sebanyak 43,278 lori yang membawa muatan bauksit telah diperiksa dalam tempoh 2 April hingga 23 Mei lepas dalam operasi bersepadu secara berperingkat oleh kerajaan negeri Pahang bagi memastikan para pengusaha dan kontraktor lombong bauksit mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 1,134 buah lori disita manakala jumlah kutipan kompaun terhadap mereka yang melanggar peraturan adalah sebanyak RM2.1 juta.
Katanya kerajaan negeri telah melakukan pelbagai inisiatif bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh orang awam terutama isu pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh debu bauksit daripada lori-lori yang melalui jalan raya di sekitar bandar ini.
"Kita telah mengambil pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah ini dan antaranya mengarahkan semua agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Alam Sekitar menjalankan penguatkuasaan siang dan malam terhadap lori-lori yang membawa bauksit ini.
"Mana-mana lori yang didapati gagal mematuhi arahan yang kita tetapkan sebelum ini, kita arahkan kepada JPJ agar jangan perbaharui lesen mereka selagi mereka tidak membayar kompaun yang dikenakan," katanyademikian menjawab isu yang dibangkitkan oleh Andansura Rabu (PAS-Beserah) semasa membahaskan titah pembukaan sidang dewan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, di persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.
Andansura ketika membangkitkan isu itu berkata kerajaan negeri perlu mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah debu kotor yang berpunca dari lori-lori yang mengangkut muatan bauksit sehingga menyebabkan pencemaran di jalan raya dan berlarutan sehingga ke sungai dan laut di bandar ini.
Sebelum ini kerajaan negeri hanya membenarkan lori-lori yang membawa muatan bauksit melalui jalan Bypass-Gebeng sahaja untuk ke Pelabuhan bagi mengurangkan masalah pencemaran debu bauksit di atas jalan raya.
Mengulas lanjut Adnan berkata satu peraturan baharu juga bakal dikenakan kepada pengusaha lombong bauksit yang mengangkut mineral berkenaan daripada tanah milik persendirian bagi memastikan pencemaran debu bauksit tidak terus berleluasa.
"Kita akan minta mereka bayar deposit sebanyak RM300,000 dan jika didapati mereka melanggar peraturan yang telah kita tetapkan, duit deposit itu kita akan ambil, mungkin ini kita boleh buat (bagi menyelesaikan masalah bauksit)," katanya. - Bernama Sumber HD - 25-5-2015
AIR SUNGAI KERUH PAS GESA JAS BERTINDAK - PAS PAHANG
EKJS: Jangan terpengaruh dakyah PAS keluar Pakatan
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: PAS Pahang dengan dukungan semua dewan dan 14 kawasan menegaskan pendirian menyokong penuh dan berdiri teguh di belakang Presiden dalam isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS).
Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, usaha memertabatkan hukum syariah dalam sistem perundangan negeri Kelantan, selaras dengan dasar dan matlamat PAS sejak belum wujud lagi Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, PAS Pahang mengalu-alukan semua pihak mengambil pendekatan bermaklumat dan berilmu apabila membahaskan isu berkenaan kerana tanpanya hanya akan mendedahkan rakyat kepada kekeliruan tanpa manfaat.
“Usaha tersebut telah bermula sejak sekian lama dalam bentuk taklimat, seminar, ceramah dan dialog kepada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan dalam PR.
“Justeru tuduhan bahawa Presiden PAS mengkhianati rakan PR bersabit isu hudud dan beberapa serangan peribadi adalah tidak berasas dan melampau.
“PAS menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS ekoran isu hudud ini sebagai melucukan dan menjatuhkan wibawa mereka sendiri sebagai sebuah parti politik yang matang,” katanya pada sidang media di bangunan PAS Pahang seusai mesyuarat PAS negeri, hari ini.
Turut hadir timbalan-timbalan pesuruhjaya, ketua-ketua dewan dan semua Yang Dipertua PAS kawasan.
Tambah Tuan Ibrahim, kepimpinan DAP seharusnya sedar bahawa hubungan politik dalam PR adalah hubungan yang bersifat parti dengan parti, bukan hubungan dengan individu.
Tegasnya, keputusan tersebut bermaksud DAP memutuskan hubungan dengan PAS keseluruhannya dan ini sekali gus menamatkan perjuangan rakyat untuk menamatkan hegemoni BN dalam politik Malaysia.
“PAS Pahang menggesa DAP supaya menarik balik tuduhan dan penghinaan terhadap Presiden PAS dan menghormati hak PAS dan umat Islam untuk mengamalkan ajaran agamanya secara menyeluruh seperti termaktub dalam perlembagaan negara,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.
Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang akan terus komited bersama PR dan tidak timbul sama sekali soal PAS keluar daripada pakatan itu.
Justeru, tambahnya warga Pakatan Rakyat serta seluruh rakyat tidak perlu terpengaruh dengan dakyah kononnya PAS meninggalkan PR. - HARAKAHDAILY 28/3/2015 Sumber HD - 28-3-2015
Henti projek ikan sturgeon bukti tuntutan PAS benar
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Pembatalan projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan, Jerantut kerana tidak diluluskan oleh Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) membuktikan tuntutan PAS dan penduduk betul, kata Andansura Rabu.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang itu berkata, memang dari awal bantahan penduduk adalah berkaitan lokasi yang tidak sesuai jadi hasil daripada kajian EIA membuktikan bantahan penduduk memang berasas.
“Kita sambut baik keputusan pihak kerajaan negeri untuk memindahkan tapak projek tersebut ke kawasan lain,” katanya.
Adun Beserah itu berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang tidak meneruskan projek kontroversi itu sebaliknya dipindahkan ke lokasi baharu yang akan dikenal pasti kemudian.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri dan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Datuk Abu Bakar Harun.
Abu Bakar berkata, susulan keputusan itu, Felda yang mengendali projek tersebut mengalami sedikit kerugian memandangkan kerja-kerja awal sudah dilakukan di tapak asal.
Sebelum ini PAS Pahang mendesak Kerajaan Negeri Pahang menangguh atau menghentikan segera projek penternakan ikan sturgeon yang diusahakan oleh Felda Global Venture Holding (FGV) bersama sebuah syarikat dari Korea Selatan berikutan tidak melalui prosedur yang sepatutnya iaitu proses penilaian impak alam sekitar (PDE).
Desakan tersebut turut diucapkan oleh Andansura ketika berbahas dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pahang, Disember lalu.
Sebelum daripada itu penduduk sekitar Kuala Tahan turut membantah projek tersebut kerana bimbang ia bakal menyebabkan kemusnahan alam sekitar, ekosistem serta flora dan fauna di kawasan yang telahpun diwartakan sebagai Taman Negara dan Pusat Biodiversiti Negara itu.
Projek berisiko ini turut mendapat bantahan keras daripada Sahabat Alam (SAM), Persatuan Pencinta Alam (MNS) dan Persatuan Operator Pelancongan Taman Negara Pahang.
Dalam pada itu Andansura berkata, meskipun projek itu dibatalkan, seluas 50 ekar balak di kawasan hutan tadahan itu telah pun ditebang dan dikeluarkan di sekitar Sungai Tabung. - HARAKAHDAILY 24/3/2015 Sumber HD - 24-3-2015
Murtad: PAS Pahang sokong cadangan Muip
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Pahang menyokong cadangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam
Melayu Pahang (Muip) membuat semakan semula undang-undang syariah berkaitan murtad sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian, semalam.
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini pelbagai isu berkaitan murtad berlaku sehingga boleh menimbulkan polemik antara keluarga saudara baru dan pihak Jabatan Agama khususnya.
"Polemik ini dilihat berpunca dari pelbagai perkara yang melibatkan aspek perundangan dan boleh mencetuskan polemik antara agama," ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, antara elemen penambahbaikan yang boleh dibuat ialah perisytiharan rasmi kepada pihak keluarga bilamana seseorang telah memeluk Islam.
"Dengan perisytiharan ini, pelbagai isu perlu diselesaikan seperti hak penjagaan anak, pembahagian harta, implikasi hubungan suami isteri, dan lain-lain yang melibatkan agama dapat dijelaskan," katanya lagi.
Di samping itu, ata beliau PAS Pahang menyarankan agar sebuah pusat bimbingan dan transit bagi saudara baru dapat diwujudkan di Pahang bagi memastikan saudara baru dapat dibimbing amalan dan penghayatan agama dan kerjaya setelah memeluk Islam.
Beliau berkata, dana zakat dan Baitulmal dapat dimanfaatkan bagi tujuan itu.
Sekadar maklumat, katanya di Pantai Timur hanya sebuah pusat bimbingan saudara baru yang beroperasi secara profesional di bawah Perkim, iaitu di Pengkalan Chepa, Kelantan.
"Keadaan ini tentulah tidak mencukupi," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.
Di samping itu, tambah beliau Pusat Bimbingan dan Kaunseling Khas bagi saudara baru juga akan dapat membantu mengatasi gejala murtad di kalangan saudara baru.
Beliau menambah, pelbagai tekanan, desakan dan kadangkala ada ugutan yang diterima oleh saudara baru memerlukan tindakan segera agar gejala murtad di kalangan saudara baru dapat diatasi serta kerjaya masa depannya dapat diwujudkan. - HARAKAHDAILY 13/3/2015
Sumber HD - 13-3-2015
PEMUDA PAS HARAP JENAYAH TIDAK MEREBAK DALAM SUKAN - NAZRI AHMAD
(Datuk Tuan Ibrahim Tuan bersalaman dengan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pahang diiringi oleh ketua Pemuda PAS Pahang ustaz Nazri Ahmad dan Timbalannya Fadhli Ibrahim) BANDAR JENGKA: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu pemuda bersikap seperti pemuda dalam mempertahankan dan memperkasakan parti.
Berucap merasmi Himpunan Pemuda PAS Pahang (H3P) di Dataran Masjid Lama Rantau Printis dekat sini, beliau menegaskan Pemuda adalah cermin kepada perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS kerana pemuda adalah tunggak kekuatan parti.
Menurutnya, pemuda PAS terdahulu sudah membuktikan semangat daya juang yang tinggi malah pemudalah yang mencadangkan Gagasan Kepimpinan Ulama beberapa dekad lalu setelah pemuda melihat PAS terumbang ambing sebagai sebuah parti politik semata-mata.
“Pemudalah yang mencadangkan Gagasan Kepimpinan Ulama bukanya Dewan Ulamak,” ujarnya.
Katanya pada waktu itu pemuda melihat PAS berada dalam keadaan lemah kerana ada antara pemimpinnya yang sanggup dijual beli dan menukar parti atau menyokong parti lawan (Umno) dan sebagainya lalu pemuda mencadangkan kepimpinan ulama.
Hasilnya, PAS mengalami perubahan besar apabila ulama menyusun sistem Tarbiah dengan mengadakan program dalaman seperti usrah, tamrin, mukhayam dan sebagainya.
Semua program itu menjadikan ahli dan kepimpinan PAS bertambah mantap dan tiada lagi pemimpinnya yang berkiblat atau sanggup meninggalkan parti untuk bersama dengan parti lawan.
Justeru, beliau meminta pemuda mempertahankan kepimpinan ulama sejajar dengan perjuangan PAS sebagai sebuah parti Islam apatah lagi Gagasan Kepimpinan Ulama adalah hasil pemikiran Pemuda sendiri.
Beliau berkata, mutaakhir ini ada suara-suara yang menyuarakan kononya perjuangan utama parti adalah untuk menguasai Putrajaya.
Menurut Tuan Ibrahim, tidak dinafikan menguasai Putrajaya itu adalah sebahagian daripada matlamat perjuangan PAS namun mesej perjuangan PAS adalah Islam.
“Matlamat kita ke Putrajaya dengan Islam, berkuasa di Putrajaya bersama dengan Islam.
“PAS berjuang untuk meruntuhkan Jahiliyah dan membina Islam diatas runtuhan Jahiliyah itu,” tegas beliau.
Dalam ucapan sama Tuan Ibrahim mengingatkan pemuda tentang cabaran media baharu yang begitu berkesan memecahbelahkan perpaduan ahli dan pemimpin parti- parti Islam di seluruh dunia.
Katanya, pemuda perlu berwaspada dengan cabaran bentuk baharu ini supaya Islam yang di perjuangkan tidak mampu di musnahkan oleh media propaganda lawan.
H3P kali ini dihadiri lebih 500 peserta termasuk Muslimat (Nisa) dengan pelbagai program diatur oleh penganjur, seperti program santai di Nadi Kota, kuliah, qiamulail, derma darah, pertandingan pidato, pertandingan motosikal lambat dan pertunjukan permainan ular.
Tuan Ibrahim mencadangkan H3P ini dijadi acara tahunan pemuda PAS Pahang yang dimulai dengan perhimpinan di kawasan-kawasan terlebih dahulu.
Perhimpunan H3P ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat dan timbalannya Mohd Khalil Hadi. – HARAKAHDAILY 10/3/2015 Sumber HD - 10-3-2015
PASCA BANJIR : BEZA KERAJAAN KELANTAN DENGAN PAHANG - TITM
‘Bagi saya kain baju boleh ditukar ganti, tapi...’
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Tiada apa dapat diungkapkan, hanya tergamam dan hampir pengsan melihat keadaan dalam rumahnya setelah 100 peratus barangan musnah akibat ditenggelami bah besar selama sembilan hari!
(Gambar atas: Keadaan hadapan rumah Hamidah dan barangan miliknya yang terpaksa dibuang) Demikian cerita Hamidah Said, 58, yang baru pulang ke rumah pusakanya di Kampung Paya Dalam dekat sini, selepas bersama sembilan ahli keluarganya berpindah menyelamatkan diri ke rumah anaknya di Taman Sri Semantan kira-kira empat kilometer dari kampungnya.
“Tapi yang paling saya sedih apabila satu almari besar koleksi kitab-kitab agama yang saya kumpul sejak dari muda, habis musnah dan terpaksa dihumban begitu saja. Bagi saya kain baju dan perabot boleh ditukar ganti, tapi kitab nak cari semula susahlah,” katanya sayu.
Kampung Paya Dalam yang terletak di pinggir jalan Temerloh ke Mentakab merupakan antara paling rendah dari aras sungai menyebabkan sekitar 49 buah rumah di situ lebih awal tenggelam dan paling lewat surut berbanding kawasan lain.
“Pada petang hari Jumaat (26 Disember) itu saya masih ingat, air naik dengan pantas. Pada mulanya kami sekeluarga cuba untuk bertahan tapi dalam tempoh beberapa jam saja air yang pada mulanya hanya melimpah di halaman mula memasuki rumah.
“Lalu kami mengambil keputusan untuk menyelamatkan nyawa bersama dokumen-dokumen penting dengan segera berpindah menggunakan bot ke rumah anak saya di Taman Sri Semantan,” katanya.
Hamidah berkata, seingatnya ini adalah banjir kedua terbesar di daerah ini selepas bah besar 1971. Rumahnya pernah dinaiki air pada bah 1988 tetapi tidak seperti baru-baru ini yang menenggelamkan kira-kira enam kaki dalam rumahnya.
Menurutnya, itupun air Sungai Semantan tidak besar kerana tiada banjir di Bentong.
“Jika tidak, saya percaya bah kali ini lebih besar daripada bah 1971,” katanya.
Temerloh merupakan daerah paling teruk terjejas setelah pusat bandarnya karam dalam bah besar baru-baru ini ekoran air banjir dari daerah Jerantut dan Lipis turun. Berikutan itu lebih 22,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat bantuan.
Kebanyakan penduduk terpaksa menanggung kerugian harta benda dan kerosakan kediaman masing-masing dalam bencana alam kali ini.
Pada ketika ini ramai sukarelawan dari luar selain petugas tempatan bertungkus-lumus membersihkan premis awam dan rumah penduduk. – HARAKAHDAILY 6/1/2014
Kedai dan pasar raya dipecah masuk ketika banjir
BERNAMA | .
TEMERLOH: Kedai, stesen minyak dan pasar raya besar di daerah ini dikatakan dipecah masuk ketika musim banjir. Individu berkenaan dikatakan menggunakan bot untuk melarikan pelbagai jenis barangan bukan sahaja makanan, tetapi juga barangan lain seperti peralatan elektrik, gitar dan mesin gerudi.
Beberapa kejadian di bandar ini dapat dirakam penduduk dan disiarkan menerusi Youtube.
Seorang pengurus pasar raya Teoh Hong Kean berkata premisnya dipecah masuk Sabtu lepas ketika penduduk sibuk menyelamatkan diri ke pusat pemindahan.
"Semasa banjir hari kedua, saya mengharung air untuk melihat pasar raya saya. Apabila sampai di seberang jalan, saya melihat sekumpulan orang menaiki bot sedang melarikan pelbagai barangan daripada premis saya termasuk peralatan elektrik dan periuk besar.
"Saya hanya mampu memerhati dan merakam gelagat mereka. Mereka juga menjerit menyuruh saya balik," katanya kepada Bernama dan menambah pekerjanya yang tinggal di belakang pasar rayanya turut disamun kumpulan berkenaan yang bersenjatakan parang panjang.
Teoh berkata kejadian samun menggunakan bot itu berlarutan beberapa hari dan melibatkan banyak kumpulan.
Sementara itu stesen Petronas di Jalan Tengku Ismail turut dipecah masuk yang dipercayai individu terbabit mahu melarikan wang daripada tiga mesin juruwang automatik (ATM).
Seorang pekerja Mohd Firdaus Mohd Nasir berkata kejadian berlaku malam Selasa lepas yang individu terbabit turut melarikan barangan lain.
Peniaga runcit di Taman Bahagia Makmur, Syed Khairi Anuar Syed Hussin berkata enam buah kedai lain yang berhampiran kedainya termasuk kedai gunting rambut turut dipecah masuk dan melarikan hampir kesemua barangan mereka.
Pihak polis yang dihubungi Bernama mengenai kejadian itu memberitahu satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi memantau premis perniagaan dan kawasan perumahan.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Anuwar Osman berkata tiga pasukan khas telah diarahkan untuk berkawal dan meronda terutama di sekitar bandar.
"Hari ini saya telah mengeluarkan arahan kepada anggota bertugas agar menunggu pemilik premis tiba di kedai masing-masing sekiranya terdapat kejadian pecah masuk," katanya.
Beliau berkata semasa banjir, anggota polis turut meronda dengan bot dan kini rondaan diteruskan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal dan unit kereta peronda.
Anuwar meminta pemilik premis terbabit agar membuat laporan dan sehingga kini pihaknya hanya menerima satu laporan. - Bernama Sumber HD - 3-1-2015
PAS Pahang aktifkan tabung banjir Prihatin Rakyat
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Berikutan bencana banjir melanda beberapa daerah di Pahang sejak tiga hari lalu, PAS Pahang melalui Lajnah Kebajikannya melancarkan tabung bantuan Prihatin Rakyat bagi membantu mangsa.
Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pahang Hassanuddin Salim berkata bantuan tersebut amat diperlukan bagi membantu mangsa-mangsa terlibat banjir yang sedang kritikal sekarang di daerah Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan.
Katanya, paling teruk ialah di daerah Kuantan dengan anggaran hampir 3,000 masih berada di pusat-pusat pemindahan dan banyak kawasan masih terputus hubungan.
“Memandangkan hujan masih berterusan di sebelah hulu pada masa ini, dijangkakan semua daerah termasuk Temerloh, Bera dan Rompin akan terlibat banjir.
“Ketika ini petugas-petugas PAS sedang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa dan kehidupan mangsa banjir yang sedang panik dan berdukacita. Paling tenat di Kuantan kerana kebanyakannya sudah ditimpa banjir kali kedua dalam tempoh seminggu ini.
“Bayangkan betapa sukarnya mereka, terutama menjelang beberapa hari lagi sesi persekolah baru dibuka. Jadi kepada sesiapa yang simpati dan prihatin hulurkanlah bantuan setakat mampu bagi meringankan beban mereka melalui Prihatin Rakyat,” rayunya.
Tabung mangsa banjir Prihatin Rakyat dibuka tahun lalu beroperasi di Darul Hikmah, Kerdau apabila hampir 50,000 orang terlibat dalam bencana tersebut dengan lebih 30,000 orang daripadanya dari daerah Kuantan.
Bagi sesiapa yang sudi menghulur sumbangan kepada mangsa banjir yang sedang menderita bolehlah memasukkan wang ke akaun: Prihatin Rakyat 5560 5720 3711 (Maybank Islamic). – HARAKAHDAILY 23/12/2014
Bantuan sekolah daripada PAS tidak diskriminasi kaum
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Seramai 102 pelajar kurang berkemampuan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau mampu menguntum senyum apabila diraikan dengan sumbangan set lengkap persekolahan sempena penggal baru persekolahan 2015.
Daripada jumlah tersebut, 18 daripadanya bangsa Cina dan 10 India dalam kategori keluarga miskin yang diraikan dalam majlis ‘Kembali ke Sekolah 2015’ di Darul Hikmah, dekat sini kelmarin.
Penyelaras PAS Dun Kerdau Ustaz Kamal Ashaari yang menyampaikan sumbangan tersebut, berkata sumbangan yang diberikan meliputi beg, pakaian lengkap, kasut dan alat tulis dengan kos kira-kira RM100 ringgit bagi seorang penerima.
“Ini merupakan acara tahunan bagi Dun Kerdau sejak tiga tahun bagi golongan kurang berkemampuan ini. Alhamdulillah, selain bantuan sempena pembukaan sesi baru persekolahan ini ini kita juga membantu mereka pada setiap kali menjelang sambutan puasa dan menyambut hari raya.
“Begitu juga apabila mereka ditimpa musibah seperti banjir, kebakaran dan kemalangan. Biasanya Dun Kerdau tidak melupakan golongan ini,” ujarnya.
Turut hadir Pengarah Dun berkenaan Ahmad Mat Yaman serta ahli jawatankuasanya.
Dun Kerdau berada dalam Parlimen Kuala Krau dan mempunyai 13 unit peti undi (UPU). – HARAKAHDAILY 23/12/2014
Pahang perlu kurangkan kerugian dalam FGVH
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: Adun Beserah, Andansura Rabu membuat beberapa cadangan bagi meningkatkan pendapatan dan menguruskan perbelanjaan negeri Pahang.
Ketika membahaskan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Andansura berkata pendapatan boleh ditingkatkan dengan menarik pelabur-pelabur dalam dan luar negara ke negeri ini.
“Bagaimanapun kerajaan mestilah menyiapkan suasana yang kondusif kepada pelabur dengan prasarana lengkap dan baik. Selain bekalan air dinaik taraf, jalan raya yang baik dan selamat terutama jalan raya di sekitar Kuantan ke pelabuhan melalui Kawasan Industri Gebeng yang dianggap teruk pada masa ini.
“Selain itu sistem komunikasi dan jalur lebar yang stabil juga amat perlu bagi menarik pelabur di samping bekalan elektrik tanpa gangguan. Barulah boleh menarik mereka melabur di negeri ini,” katanya.
Andansura membuat cadangan demikian berdasarkan peningkatan pendapatan kerajaan yang terlalu kecil iaitu hanya RM6.58 juta dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pahang, kelmarin.
Untuk tujuan itu, Andansura menyebutkan kerajaan negeri perlu mengurangkan kerugian dalam pelaburan yang disertai seperti dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
“Kerajaan Pahang memegang kepentingan lima peratus yang melibatkan pelaburan permulaan bernilai RM829 juta melalui pinjaman iaitu membeli RM4.55 bagi setiap unit saham. Tapi sekarang saham FGV jatuh di bawah RM2.40. Maknanya kerajaan sedang kerugian lebih RM300 juta.
“Jadi langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kerugian ialah perlu ada rombakan pada portfolio pelaburan dan menilai semula. Maksudnya kerajaan negeri perlu ada tindakan supaya mengelakkan daripada kerugian yang berterusan.
“Begitu juga dengan usaha mengurangkan kos dan perbelanjaan berhemat. Contohnya dua insinerator yang dah siap iaitu di Cameron Highlands dan Tioman yang mana kerajaan kena bayar sehingga RM300,000 setahun. Ini bermakna projek yang ada bukan saja tidak membantu menyelesaikan masalah sampah malah menjadi beban kepada kewangan kerajaan,” katanya.
Dalam pada itu, Andansura turut menyarankan supaya kerajaan negeri mempertimbangkan untuk melibatkan diri secara langsung dalam industri minyak dan gas serta petro kimia.
Ini disebabkan selama ini anak-anak syarikat kerajaan negeri hanya tertumpu kepada industri dan perusahaan tradisi iaitu pembalakan atau perkayuan, pembinaan, pelombongan dan peladangan.
“Dengan mengambil contoh kerajaan-kerajaan Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan, mereka ada syarikat yang melibatkan diri dalam industri tersebut sehingga mampu memberi pulangan yang besar kalau dibuat dengan cara tersusun.
“Dengan itu ia dapat membantu belia-belia negeri Pahang untuk berkidmat dan menyumbangkan kemahiran,” ujarnya.
Mengenai hasrat kerajaan yang mahu mengkaji semula yuran tanah negeri Pahang dan premium pindah milik bagi meningkatkan hasil dan pendapatan negeri, Andansura mengharapkan supaya ikhtiar itu mestilah menjadi menjadi pilihan terakhir.
Baginya, kerajaan seharusnya melakukan usaha-usaha lain terlebih dahulu termasuk beberapa cadangan yang digariskan oleh beliau.
Selain daripada itu, beliau turut menegur pemaju perumahan kos rendah seperti di kawasannya yang tidak diserahkan kepada kerajaan negeri sebaliknya ada yang bertindak menyewakan rumah tersebut sebagai homestay atau mengubahsuainya.
Katanya, ketirisan ini perlu dipantau dengan teliti supaya hasrat untuk memberi rumah kepada orang miskin dan sasaran dapat dicapai. - HARAKAHDAILY 19/12/2014
Pelancong ke Cameron Highlands turun 30 peratus
BERNAMA | .
KUANTAN: Jumlah kehadiran pelancong ke Cameron Highlands menurun hampir 30 peratus sejak kes tanah runtuh berlaku di Lembah Bertam sehingga mengorbankan lima nyawa pada 5 Nov lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, ditambah lagi dengan liputan meluas media mengenai kebanjiran pendatang tanpa izin di kawasan peranginan itu, tempahan bilik di hotel dan inap desa di tanah tinggi itu turut menurun hampir 50 peratus.
"Kita difahamkan oleh pemain industri pelancongan di Cameron Highlands bahawa jumlah kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara telah berkurangan sejak kejadian tanah runtuh tersebut.
"Ramai beranggapan Cameron Highlands tidak lagi selamat dikunjungi sedangkan kawasan peranginan itu sangat selamat kerana kejadian tanah runtuh itu hanya melibatkan Lembah Bertam sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar dewan selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang kali ke-13 di sini Isnin.
Katanya, mengikut statistik jumlah kehadiran pelancong ke kawasan tanah tinggi itu pada tahun lepas 728,121 orang, manakala sejak Januari hingga Jun lepas sebanyak 328,813 pelancong.
Dalam masa sama, Mohd Sharkar turut melahirkan rasa kecewa dengan laporan segelintir media Cina tempatan yang tersalah petik kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dikatakan mendakwa kawasan Cameron Highlands itu tidak selamat.
Katanya, keadaan itu menjejaskan pemain industri pelancongan bukan sahaja hotel tetapi juga peniaga sayur dan kraftangan, peniaga gerai makan serta peniaga kecil lain.
Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri dengan kerjasama agensi pelancongan akan mengambil langkah proaktif dengan mengatur lebih banyak program pelancongan di Cameron Highlands pada tahun depan untuk memulihkan dan menarik kembali pelancong berkunjung ke kawasan itu.
Katanya, kerajaan negeri juga akan memohon kepada kerajaan pusat untuk melebarkan lagi laluan menghala ke Cameron Highlands dari Tapah bagi keselesaan pengunjung.
Terdahulu semasa persidangan itu, Leong Ngah Ngah (DAP-Tanah Rata) mengajukan soalan kepada Mohd Sharkar sama ada benar Cameron Highlands tidak selamat untuk dikunjungi seperti laporan akhbar Cina tempatan.
"Saya ada ditanya wartawan mengenai laporan sebuah akhbar yang memetik kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (Mohamed Nazri) yang menyatakan bahawa Cameron Highlands tidak selamat.
"Saya terus menghubunginya dan beliau menafikan laporan itu. Beliau (Nazri) menyatakan kepada saya adalah tidak masuk akal untuknya membuat kenyataan seperti itu," katanya.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika mencelah bagi menjawab soalan tambahan Leong pula turut menafikan laporan akhbar yang mendakwa 30,000 pendatang asing bekerja di tanah tinggi itu.
"Berdasarkan maklumat kita ada seramai 11,000 pekerja asing yang berdaftar secara sah bekerja di Cameron Highlands manakala 2,000 pekerja adalah pendatang asing tanpa izin (Pati)," katanya. - Bernama Sumber HD - 15-12-2014
'Tahniah Ustaz Rosli, tonjolkan sesuatu yang baru'
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: “Tahniah Ustaz Rosli, paling kurangpun dapat tonjolkan sesuatu yang baru sebagai sebahagian daripada syiar Islam."
Demikianlah ucapan tahniah yang tidak putus-putus diterima oleh Adun PAS Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar yang mempelopor dan menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai atau Walimatulurus Perdana semalam.
Mereka terdiri daripada 9 pasangan dalam Dun berkenaan yang diijabkabulkan di Masjid Kampung Soi pada sebelah pagi sebelum diarak ke pantai Kempadang dekat sini untuk diraikan.
Lebih 10,000 tetamu hadir memeriahkan majlis kenduri besar di pinggir pantai itu dengan tujuh ekor lembu dan 500 ekor ayam dikorbankan bagi menjamu mereka.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata inisiatif mengadakan majlis yang julung-julung kalinya diadakan di daerah tersebut timbul apabila ada bakal pengantin lelaki yang mengadu dan merungut kos perkahwinan yang tinggi antara sehingga menjangkau RM20,000.
“Dengan mengadakan program Walimatulurus perdana ini pihak penganjur hanya mengambil RM1,500 daripada setiap pengantin atau RM13,500 semuanya.
“Sementara kos keseluruhan dibelanjakan RM50,000, jadi selebihnya ditampung oleh pejabat Adun
Tanjung Lumpur dan penderma,” katanya.
Rosli dalam pada itu merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pasangan pengantin yang memberi kepercayaan kepada pihaknya sebagai penganjur.
“Juga tidak lupa kepada Jabatan Agama Islam Pahang yang membantu dalam pengurusan akad nikah, pihak masjid Kampung Soi di mana majlis tersebut berlangsung, JKKK yang membenarkan majlis kenduri di pantai ini.
“Juga terima kasih kami kepada PAS Kawasan Kuantan, Amal Pahang, Sekretariat Dun Tanjung Lumpur yang bertungkus lumus dan akhirnya penyumbang-penyumbang yang ikhlas,” katanya.
Tetamu juga dihiburkan dengan alunan nasyid daripada pelajar-pelajar Darul Fikri. - HARAKAHDAILY 1/12/2014
Ustaz Rosli (tengah) bersama isteri meraikan 9 pasangan pengantin.
Sumber HD - 1-12-2014
Cameron Highlands: Amanah rakyat yang dinodai
ARMAN SIDDIQI | .
TRAGEDI yang berlaku di Cameron Highlands pada 5 November lalu harus dikecam oleh semua ahli masyarakat. Kejadian banjir lumpur yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa ini tidak harus berlaku, khususnya apabila Lembah Bertam dan Ringlet telah dilanda bencana serupa setahun lalu. Tanda-tanda peristiwa ini akan berulang telah diketahui oleh semua pihak yang sepatutnya melakukan sesuatu .
Sudah tentu apabila Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli ke kawasan yang terjejas, baginda sewajarnya murka dengan semua pihak yang bertanggungjawab untuk kawasan Lembah Bertam dan Ringlet.
Ahli Parlimen G Palanivel telah dikritik oleh Istana Pahang kerana jarang turun ke kawasan dan menyempurnakan tugasnya sebagai wakil rakyat. Sukar untuk presiden MIC Palanivel mengelak serangan bertubi-tubi semua pihak kerana beliau juga merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Alangkah malangnya apabila tragedi yang sama berulang dalam masa 13 bulan dan ahli parlimennya bukan berasal dari kawasan tersebut. Beliau hanya berhijrah ke Cameron Highlands semasa pilihan raya Umum 2013. Malang bagi Palanivel yang dalam masa 18 bulan sudah berhadapan dengan dua insiden banjir lumpur yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa.
Namun, tragedi yang berlaku di Lembah Bertam adalah disebabkan oleh pembangunan tidak terancang dan tanpa pemantauan awal mahupun berperingkat untuk mengelakkan banjir lumpur kali kedua.
Terdapat beberapa pihak yang berkaitan dan bertanggungjawab untuk segala perkembangan di Cameron sehingga menyebabkan tragedi menimpa kawasan Lembah Bertam.
Antaranya ialah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pertanian, Kementerian Alam Sekitar, Jabatan perangkaan, pihak berkuasa tempatan, RELA, Polis DiRaja Malaysia dan imigresen. Persoalannya, kenapa kelihatannya seperti mereka kurang peka kepada perkembangan di Lembah Bertam dan Ringlet?
Contohnya, Ketua Pengarah Imigresen yang baharu, Datuk Mustafa Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa kemasukan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) ke kawasan Cameron Highlands adalah tidak terkawal dan dilaporkan hampir 500 kebun sayur-sayuran dikawal selia oleh PATI. Malah dilaporkan oleh Utusan Malaysia bahawa seorang pemilik kebun warga Bangladesh di Lembah Bertam sudah bergelar jutawan hanya dengan menjalankan aktiviti pertanian mengusahakan sayur-sayuran.
Sekiranya pembaca menyoal bagaimana PATI boleh menguasai tanah, jawapannya mudah. Mereka menyewa daripada penduduk tempatan. Desas-desusnya, PATI sanggup membayar RM1,500 sebulan iaitu hampir dua kali ganda harga sewa yang sanggup dibayar oleh pengusaha-pengusaha tempatan.
Yang lebih menarik bukanlah bumi kita yang penuh dengan kekayaan ataupun mereka yang lahir di Dhaka dapat menyesuaikan diri dengan industri mengusahakan sayur-sayuran, tetapi mereka boleh meneruskan kegiatan mereka tanpa merasa takut disekat atau dihalang oleh undang-undang negara mahupun agensi-agensi kerajaan.
Ironinya, bagaimana setiap agensi kerajaan tidak berjaya menumpukan kegiatan masyarakat ini? Hal ini menimbulkan tanda tanya berkenaan ketulusan dan keberkesanan agensi kerajaan ini.
Mungkin silapnya bukan dibawah, tetapi di atas? Sekiranya isu pemantauan hanya boleh dijayakan melalui kerjasama pelbagai pihak dalam struktur kerajaan, maka Ketua Setiausaha Utama Kementerian seperti Dato' Sri Zoal Azha bin Yusof di kementerian sumber asli dan alam sekitar perlu disarankan untuk memainkan peranan strategik dalam isu ini.
Hal ini kerana, menteri yang bertanggungjawab untuk kementeriannya terlibat dengan perkembangan ini.
Situasi di Cameron menunjukkan yang banyak perkara negatif di Malaysia tidak terhad kepada penglibatan ahli-ahli politik. Mereka yang bertanggungjawab dengan perlaksanaan kerajaan telus adalah mereka yang menganggotai perkhidmatan awam, yang berjumlah hampir dua juta orang.
Perlaksanaan dan pemantauan sebenar adalah di tangan mereka. Apabila didapati yang tragedi Lembah Bertam dan Ringlet boleh berulang dalam masa setahun, bukan sahaja Palanivel harus memberi jawapan dan menerima tanggungjawab ini sepenuhnya. Malahan, Zoal Azha dan pegawai-pegawai tertingginya perlu turut serta memberi jawapan mereka.
Sekiranya tidak, lebih banyak soalan akan muncul. Yang lebih buruk, tidak mustahil tragedi Lembah Bertam dan Ringlet akan berulang. – HARAKAHDAILY 25/11/2014 Sumber HD - 25-11-2014
Seorang maut, 4 parah pergaduhan kongsi gelap
BERNAMA | .
TEMERLOH: Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap di Bukit Bendera, Mentakab dekat sini awal pagi ini, menurut polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang Datuk Zakaria Ahmad berkata dalam pergaduhan kira-kira 3.20 pagi itu, mangsa P.Arasu, 44, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
"Polis percaya sebuah motosikal diletakkan di atas badan mangsa yang cedera parah sebelum motosikal berkenaan dibakar," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh hari ini.
Pergaduhan di hadapan rumah Persatuan Kebajikan Sukan dan Rekreasi di Bukit Bendera itu melibatkan penggunaan senjata tajam seperti besi dan kayu, katanya.
Zakaria berkata, empat mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk rawatan dan akan ditahan untuk siasatan.
"Polis sedang memburu anggota kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta kesalahan merusuh," katanya. - Bernama Sumber HD - 22-11-2014
Aktivis PAS rayu bantuan anak gadis kanser
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
MARAN: “Saya tak pernah menduga anak bongsu kami yang dulunya begitu periang kini terlantar bagaikan menunggu malaikal maut.
“Dia telah menderita sejak tiga tahun yang lalu tetapi paling teruk sejak selepas hari raya Julai lalu,” kata aktivis PAS Abdul Rahim Awang Kenit, 66, dari Kampung Bukit Lada dekat sini.
Tambahnya, anak bongsu dari sembilan beradik itu, Jahirah berusia 23 tahun, disahkan menghidap sejenis kanser dengan ketumbuhan bersaiz besar di peha dan kepala oleh doktor Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (Hoshas).
Abdul Rahim menceritakan, pada peringkat awal, anaknya yang pada ketika itu bekerja di Kuantan, telah sedar ada ketumbuhan tetapi tidak menimbulkan rasa sakit dan dianggap normal memandangkan tubuh badan anaknya yang agak gempal.
Tiga tahun yang lalu ketumbuhan itu mulai membengkak dan memecah menyebabkan Jahirah hilang upaya berjalan dan susut berat badan secara mendadak.
Julai lalu, keadaan Jahirah makin tenat dan pernah ditemui terbaring di bilik mandi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlaku pertumpahan darah.
Abdul Rahim berkatanya, ketika ketumbuhan itu membesar, mereka pernah bawa Jahirah ke sebuah hospital pakar di Kuantan, namun kos rawatan mencecah RM10,000 dikenakan sekiranya mahu menjalani rawatan pengimbasan bagi mengetahui penyakit tersebut.
“Saya hanyalah seorang penoreh getah. Disebabkan tidak mampu, kami hanya bawa ke Hoshas sebelum dirujuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
“Pihak hospital hanya maklum ia sejenis kanser, namun tiada rawatan lanjut atau sebarang pembedahan dicadangkan,” katanya.
Abdul Rahim berkata, situasi itu menyebabkan dia sekeluarga buntu dan keadaan bertambah teruk. Tiada apa dapat dilakukan selain rawatan mencuci sementara tumor di kepala yang kadangkala membesar dan mengecut sehingga mengakibatkan penglihatan Jahirah semakin kabur.
“Kami hanya mampu berdoa kerana buntu berikutan tiada sebarang rawatan yang dicadangkan pihak hospital.
“Saya belum lagi menerima sebarang bantuan dari pihak berkuasa tetapi amat memerlukan bagi menampung belanja lampin pakai buang dan kos ulang-alik ke hospital.
“Paling mendesak sekarang ialah memerlukan katil mudah alih seperti hospital kerana keadaannya terbaring begitu menyebabkannya selalu tersedak apabila minum dan makan,” katanya.
Turut menziarahi keluarga Abdul Rahim ialah Ahli Harian Negeri PAS Pahang yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Hasnan Haron dan Ketua Muslimat Azizah Khatib Mat.
Sementara itu Pengerusi Prihatin PAS Pahang Hassanuddin Salim turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan derma kepada keluarga Abdul Rahim.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah memasukkan wang menerusi akaun Bank Islam Abdul Rahim, 0602802463137 atau menghubunginya di talian 019-9974637. - HARAKAHDAILY 19/11/2014 Sumber HD - 19-11-2014
Media baru: Anggap saluran terbaik tapi ancam PAS
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Teknologi komunikasi melalui media baru yang sebelum ini dianggap menjadi saluran terbaik untuk menyampaikan maklumat yang benar kepada rakyat, mulai menjadi ancaman berat kepada PAS.
Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Saleh berkata, ini kerana bukan media arus perdana sahaja yang menyerang PAS malahan ahli-ahli PAS turut menggunakan media baru untuk berbuat demikian.
“Sepatutnya media baru dimanfaatkan untuk tujuan dakwah dan tarbiyah bagi mendidik manusia ke jalan yang benar. Tetapi kemudahan dunia langit terbuka dengan pelbagai aplikasi media sosial ini diambil kesempatan sebaliknya,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri Pahang di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini.
Selain beliau, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menyampaikan kertas kerja kedua.
Di bawah tajuk ‘Istiqamah Untuk Membawa Kebaikan Menerusi Media Baru’ Nik Zawawi berkata, PAS terus istiqamah untuk menggunakan media baru sebagai saluran rasmi parti bagi menyampaikan maklumat yang tepat dan cepat.
Justeru, ujarnya pimpinan di segenap peringkat diseru memanfaatkan ICT dan media baru bagi tujuan menyampaikan maklumat parti. PAS negeri-negeri juga disaran menjadikannya sebagai alat rasmi parti bagi menyampaikan maklumat yang betul kepada ahli dan rakyat.
Bagaimanapun, katanya, saluran media baru hendaklah sentiasa dipantau demi mengurangkan mafsadah dan fitnah agar kandungannya menguntungkan perjuangan Islam itu sendiri.
“Hentikan kenyataan mencemuh atau kenyataan sensasi. Jangan perkecilkan ulama. Ingat, sesiapa membuka keaiban orang, Allah akan buka keaibannya.
“Media organ parti seperti Harakah, Harakahdaily dan radio internet hijau.fm hendaklah menjadi media yang sentiasa efektif dalam menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti dari masa ke semasa,” katanya.
Mengenai istiqamah terhadap disiplin ilmu dan tarbiyah, beliau mengingatkan agar ahli-ahli jangan kerja bermusim, jangan tiada mesyuarat dan program kerana merasakan jauhnya lagi pilihan raya.
“Keadaan ini akan membuatkan ahli-ahli pada waktu dia ada selera dia berjuang tapi apabila tiba waktu dia tak suka dia akan berhenti sehingga mengakibatkan ruginya parti,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 15/11/2014 Sumber HD - 15-11-2014
Penghuni risau rumah retak, tapak makin tenggelam
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Lebih 100 pembeli perumahan kos rendah Taman Saga Indah, Mentakab dekat sini merayu pihak berkenaan agar menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi mereka.
Paling dibimbangi penduduk ialah rumah yang sudah 10 tahun siap itu ialah hanya menanti masa menyembah bumi kerana kebanyakan rasuk konkrit sudah patah atau retak manakala tapak asas semakin tenggelam.
Penduduk mendakwa, keadaan ini terjadi kerana perumahan kos rendah sebanyak 9 blok mengandungi 100 rumah itu dibina tidak mengikut spesifikasi iaitu tidak menghentak tiang cerucuk sedangkan tapak asalnya adalah kawasan lombong yang ditambun.
Pemaju hanya membina ‘tapak gajah’ yang kini semakin tenggelam menyebabkan struktur lantai dan dinding berganjak dan hampir roboh.
Salah sebuah rumah yang paling teruk ialah milik pasangan Mohd Zin Mahmood, 59, yang kini lumpuh dan isterinya Zawidah Che Ibrahim 51. Keseluruhan dinding, siling dan rasuk rumahnya kelihatan retak teruk dan tidak selamat lagi diduduki. (Foto atas)
Zawidah yang hanya berniaga nasi lemak sebelah pagi berkata, kerosakan mulai dikesan sejak dua tahun lalu dan sejak itu beliau berempat beranak mulai berada dalam ketakutan sehingga waktu malam tidak berapa lena tidur.
“Tapi apakan daya terpaksa tinggal di rumah sendiri, sebab kalau keluar terpaksa bayar sewa, bayar bulanan rumah ini lagi. Tak mampu, mana ada duit kerana seorang mencari rezeki seorang.
“Suami saya bekas mekanik kereta tetapi kini terlantar akibat diserang strok. Seorang anak membantu saya berniaga nasi lemak dan adiknya sedang mengambil peperiksaan SPM,” katanya.
Zawidah berkata, mereka sekeluarga menduduki rumah berharga RM35,000 itu sejak tahun 2004 dengan membuat pinjaman bank selama 14 tahun dan membayar RM412 sebulan.
Katanya, beliau sudahpun menghantar surat kepada Adun Lanchang pada 15 September lalu selepas kawasan itu dilanda puting beliung termasuk menerbangkan bumbung rumahnya.
Namun setakat ini belum ada apa-apa respons daripada pejabat wakil rakyat itu.
Seorang lagi pemilik rumah yang turut mengalami nasib yang sama ialah Umar Mamat, 62, pesara Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang membeli rumahnya pada tahun 2000, juga menghadapi masalah yang sama.
Sebuah bilik dalam rumahnya sudah ditinggalkan kerana hanya menunggu masa dindingnya runtuh, meskipun sekadar ditolak dengan tangan.
“Kami sekarang ni tak tahu nak mengadu dengan siapa dan siapa yang dapat membantu. Buat masa ini kami bayar cukai pintu RM60, cukai tanah RM130 dan IWK RM12 setahun. Tetapi bab kerosakan rumah adakah masih boleh diadukan kepada pemaju sedangkan tempoh warranty sudah habis?” soalnya.
Sementara itu seorang penduduk berkata, seelok-eloknya semua bumbung rumah yang menempatkan kira-kira 400 orang itu dan kerangka kayu ditukar kerana kebanyakannya sudah reput.
Seorang penduduk lagi memberitahu, bukan saja rumah di situ teruk sehingga sudah ada yang ditinggalkan kosong oleh penghuni, tetapi juga sistem perparitan tidak mengikut spesifikasi.
Apabila hujan lebat penduduk biasanya dilanda ketakutan kerana mudah banjir dan air bertakung memasuki rumah.
Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Md Jusoh Darus yang turut menziarahi penduduk, menasihatkan mereka membuat memorandum kepada pihak berkuasa.
Terdahulu, Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan turut melawat kawasan perumahan bermasalah itu. - HARAKAHDAILY 6/11/2014
Md Jusoh (kiri) meneliti dokumen beli rumah di hadapan Zawidah dan suaminya. Sumber HD - 6-11-2014
Pahang cuti peristiwa esok hargai juara Piala Malaysia
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pahang mengumumkan cuti peristiwa Isnin, 3 November sebagai menghargai pasukan bola sepak negeri itu muncul juara Piala Malaysia 2014.
Bernama melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun berkata semua pegawai dan guru yang terlibat dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari itu hendaklah meneruskan tugas mereka seperti biasa.
"Semua pelajar yang terlibat dengan SPM juga mesti menduduki peperiksaan terbabit," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurutnya, pengumuman itu mengambil kira bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat dan menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun.
Pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, pasukan Tok Gajah itu mengalahkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2 selepas masa tambahan 30 minit.
Walaupun pasukan bimbingan jurulatih, Zainal Abidin Hassan itu bertarung dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan Saiful Nizam Miswan menerima kad merah pada minit ke-68, tidak menghalang untuk muncul juara dua tahun berturut-turut.
Pada kedudukan 4-3, Mohd. Hafiz Kamal berjaya menyempurnakan sepakan penalti terakhir pasukan itu yang sebelum itu sepakan pemain JDT, Norshahrul Idlan Talaha berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Khalid.
Kemenangan Piala Malaysia itu juga merupakan kejayaan berganda pasukan Pahang yang memulakan saingan Liga Malaysia musim ini dengan menewaskan Lions XII 1-0 pada perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah, diikuti menjulang Piala FA buat kali kedua selepas 2006 setelah mengalahkan Felda United FC 2-1.
Sumber HD - 2-11-2014
Projek ikan sturgeon tidak peduli bantahan
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
JERANTUT: Bantahan pelbagai pihak terhadap projek kontroversi penternakan ikan sturgeon berhampiran Taman Negara di Kuala Tahan dekat sini, ternyata tidak tidak diendahkan.
Ini terbukti apabila projek yang diusahakan oleh Felda Global Venture Holding (FGV) bersama sebuah syarikat dari Korea Selatan itu telah dimulakan secara 'senyap' tanpa papan tanda projek.
Dalam lawatan PAS Pahang yang diketuai Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang Andansura Rabu ke tapak projek semalam, didapati kawasan hutan terang-terangan telah digondolkan dan Sungai Tabung telah begitu keruh tidak seperti dulu lagi.
Turut mengiringi, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Pahang yang juga Yang Dipertua PAS Jerantut Yohanis Ahmad, Ketua Pemuda Zaquan Badardin serta anak-anak peneroka Sungai Retang.
Dalam responsnya Andan yang juga Adun Beserah berkata, kawasan Taman Negara merupakan kawasan ‘Environmental Sensitive Area’ (ESA) tahap satu manakala kawasan bersebelahannya pula adalah Zon Penampan yang dikategorikan sebagai ESA tahap dua.
“Dengan demikian, proses alam sekitar (EIA) adalah wajib dibuat tanpa mengira kawasan yang hendak dibangunkan, dan apabila ada penduduk setempat yang membantah, maka suara masyarakat setempat perlu diambil kira,” katanya.
Sebelum ini PAS Pahang pernah membantah projek berkenaan kerana ikan sturgeon yang berasal dari luar negara itu telah dilarang dibawa masuk mengikut Akta Perikanan kerana habitatnya memakan ikan-ikan lain sehingga lahir kebimbangan penduduk ialah jika ikan tersebut terlepas ke Sungai Tembeling dan Sungai Pahang.
Andansura yang bercakap bagi pihak PAS Pahang melahirkan kekhuatiran bagi membolehkan projek ini dilaksanakan maka kegiatan penebangan hutan giat di kawasan tadahan. Ini akan menyebabkan proses hakisan tanah yang teruk, runtuhan dan banjir lumpur sehingga menyebabkan kemusnahan.
Dengan demikian PAS Pahang merasakan wajar projek ini dihentikan kerana kesan kerosakan kepada alam sekitar yang akhirnya gagal dikawal. Sehinggga akhirnya projek ini tidak memulangkan keuntungan hasil ekonomi kepada kerajaan negeri dan tidak meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat.
Dalam pada itu Yohanis berpendapat adalah lebih baik Kerajaan Negeri Pahang meluluskan permohonan sejak zaman-berzaman anak watan Kuala Tahan untuk memiliki tanah sekitar dua ekar dan dibangunkan dengan aktiviti pertanian untuk menjana pendapatan mereka.
Katanya, selain itu elok juga dibina rumah mampu milik di kawasan sekitar supaya penghijrahan Orang Muda ke bandar besar dapat diminimumkan. - HARAKAHDAILY 27/10/2014 Sumber HD - 27-10-2014
Nasrudin pimpin penduduk bantah judi di Temerloh
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan hari ini memimpin penduduk setempat menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) berkaitan berleluasanya premis judi dan “fun fair” di sini.
Selepas itu Nasrudin yang turut disertai Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamed, Yang Dipertua PAS Temerloh Md Jusoh Darus serta kira 100 yang lain membuat laporan di balai polis (IPD) Temerloh bagi memohon siasatan.
Dalam memorandum yang turut ditandatangani Nasrudin, menyatakan terdapat terlalu banyak premis perjudian di Temerloh sama ada yang berlesen mahupun tanpa lesen.
Memorandum tersebut menuntut siasatan dibuat bagaimana banyak premis yang diberikan lesen dan banyak juga premis tanpa lesen bebas beroperasi dilindungi ‘orang dalam’ atau sebaliknya.
“Premis judi yang diberi lesen terlalu banyak. Majlis Perbandaran Temerloh dan Kementerian Kewangan mestilah menghadkan jumlah premis dan lesen yang dikeluarkan dan dikenakan syarat-syarat yang ketat kerana aktiviti perjudian ini juga melibatkan orang Islam, remaja dan pelajar.
“Semua agama melarang penganutnya berjudi. Judi juga bertentangan dengan budaya hidup Melayu. Judi sangat berkaitan dengan jenayah, maksiat dan dadah.
“Ahli Parlimen dan Adun PAS menerima banyak aduan berkaitan dengan kegiatan perjudian di Temerloh justeru pihak kami tiak boleh berdiam diri kerana kesannya melibatkan kaum keluarga penduduk tempatan,” memorandum tersebut dipetik.
Turut disebutkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mencontohi negeri Kelantan yang tidak meluluskan semua premis judi di seluruh negeri.
Mengenai “fun fair” pula, terdapat 10 gerai aktiviti perjudian (tikam) yang mana sebilangan besar remaja Melayu bertugas di bahagian tersebut.
“Kenapa tapak tersebut diluluskan di pusat bandar yang kawasannya terdiri daripada majoriti Melayu Islam. Sedangkan sebelum ini ada pihak yang memohon tapak untuk kegiatan dakwah dan sambutan kemerdekaan, ditolak begitu saja oleh MPT.
“Fun fair bermula pada waktu maghrib. Dalam tinjauan kami ramai pengunjung dan pekerja di situ meninggalkan solat.
“Terdapat unsur tahyul seperti rumah hantu yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja,” ujarnya.
Pada masa yang sama, terdapat pergaulan bebas muda-mudi hingga larut malam yang menambahkan lagi potensi gejala sosial di kawasan ini. - HARAKAHDAILY 17/10/2014 Sumber HD - 17-10-2014
PAS Pahang gesa ahli tidak terlibat aktiviti PasMa
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Pahang menggesa seluruh ahli parti agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti anjuran PasMa sebagaimana yang telah diarahkan oleh Majlis Syura.
Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebagai sebuah badan tertinggi parti, Majlis Syura bertanggungjawab memelihara keaslian jamaah dari anasir yang boleh merosakkan parti.
Menurutnya, PasMa yang ditubuhkan atas matlamat kebajikan, kini telah jauh menyimpang dari tujuan asal.
Beliau menambah, sebagai sebuah entiti NGO parti, sepatutnya ia fokus kepada soal kebajikan ahli dan anggota masyarakat, bukan mengadakan majlis bagi mempertikaikan Presiden dan Majlis Syura atau keputusan parti.
"Apa erti kita berada dalam parti lalu mengadakan majlis bagi mempertikai kepimpinan parti, mempersoal perkara yang telah diputus oleh jamaah termasuk dasar dan perlembagaan parti," ujar beliau dalam satu kenyataan.
Katanya, sehubungan arahan tersebut yang bertujuan agar tiada jamaah dalam jamaah, atau tiada parti dalam parti, sehingga wujud pelbagai masalah dalaman parti sekiranya fenomena ini tidak dibendung, ia akan mengundang kekeliruan dan pra sangka buruk ahli kepada kepimpinan parti.
"PAS Pahang akan memantau secara dekat sebarang aktiviti yang boleh merosakkan jamaah ini," katanya lagi.
Jelasnya, PAS mempunyai saluran bagi menyatakan sikap dan pandangan.
"Perbezaan pandangan dirai dalam ruang yang ada, bukan menambah kekeliruan dengan pelbagai kritikan yang tidak berasas serta tidak menguntungkan jamaah.
"Kepada Allah kita bertawakal," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 13/10/2014 Sumber HD - 13-10-2014
Bendung harga barang naik sekadar cakap kosong
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: Adun Beserah, Andansura Rabu menyifatkan langkah kerajaan menaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen atas alasan pengurangan subsidi, adalah tidak kena pada masanya.
Tambahnya, jaminan kerajaan untuk memantau bagi membendung kenaikan harga barang ekoran langkah tersebut, hanya cakap-cakap kosong kerana sebelum ini kerap kali gagal.
“Kerajaan sepatutnya memikirkan kaedah untuk meringankan beban hidup rakyat bukannya menambahkan beban sedia ada.
“Keadaan yang terus menghimpit hidup rakyat berterusan masalah dijangka akan lebih teruk selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tahun depan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Andansura yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pahang berkata, dakwaan beberapa pihak kononnya harga barang terkawal melalui pemantauan berterusan bukan jaminan tiada kenaikan harga barangan berlaku.
Menurutnya, kenaikan harga barang tetap akan berlaku kerana peningkatan harga minyak mempunyai kesan berantai yang mendorong kepada peningkatan kos pengangkutan.
Menurutnya, langkah kerajaan itu tidak kena masanya kerana rakyat sudah terbeban dengan peningkatan kos sara hidup kebelakangan ini akibat barangan keperluan yang telah sedia tinggi.
Pada masa yang sama, pendapatan rakyat terutamanya penoreh getah dan pekebun sawit terus tersiksa dengan harga yang merudum.
“Rakyat seolah-olah ditipu sedangkan pada hakikatnya mereka terpaksa berdepan peningkatan kos hidup yang kian membebankan,” katanya.
Andansura berkata, rakyat perlu merancang satu protes dalam bentuk yang lebih berkesan termasuk bantahan berhubung GST tahun depan jika tidak mahu keadaan hidup terus menghimpit. - HARAKAHDAILY 10/10/2014 Sumber HD - 10-10-2014
Dah nak banjir semula, bantuan tahun lepas belum dapat
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menggesa kerajaan negeri Pahang melunas dan menyelesaikan segera janji pemberian wang bantuan kepada mangsa banjir tahun lalu.
Pengerusinya Mohd Shukri Ramli berkata, ini disebabkan masih ramai yang merungut belum mendapat wang tersebut sedangkan cuaca di daerah ini kini sering hujan lebat yang mungkin menyebabkan mereka ditimpa bencana banjir sekali lagi.
Katanya, jika kerajaan gagal satu himpunan rakyat akan digerakkan sebelum banjir kali kedua melanda tahun ini supaya kerajan yang dipilih rakyat ini lebih prihatin dan cakna masalah rakyat.
“Cuaca di ibu negeri mulai sejuk dan sering hujan lebat dari malam tadi hujan sampai ke pagi. Penduduk sudah mulai mencongak musim tengkujuh kembali melanda sekali gus banjir datang lagi.
“Namun ramai yang tertanya-tanya mana perginya duit banjir sumbangan kerajaan Emiriyah Arab (UAE) sebanyak USD10 juta yang dijanji untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir penghujung tahun lalu,” katanya.
Awal Disember tahun lalu daerah Kuantan dilanda bencana banjir paling buruk dalam sejarah sehingga hampir 30,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Keadaan tersebut disebabkan hujat lebat selama beberapa hari sehingga air Sungai Kuantan naik mendadak serta fenomena air laut pasang besar.
Dalam kejadian tersebut buat pertama kali pusat bandar Kuantan lumpuh ditenggelami air, harta benda awam dan persendirian musnah serta tiga jiwa turut terkorban.
Shukri berkata, Rakyat tidak suka terus dimomokkan dengan janji manis kerajaan. Meskipun mereka bukanlah lapar sangat dengan wang tersebut tetapi soal integriti menguruskan sumber kewangan yang diperoleh.
“Bagaimana dalam satu kawasan perumahan yang sama-sama meredah banjir ada separuh yang dapat dan separuh lagi kempunan?
“Kasihan mangsa, ada yang beratur panjang, berebut-rebut sehingga tiga kali beri nombor akaun bank. Ada yang sampai bertumbuk di Komplek Penyayang, semuanya mengharapkan duit banjir, tetapi senyap sunyi sehingga kini,” ujarnya.
Shukri berkata, kerajaan berjanji untuk memberi dua kali wang bantuan banjir iaitu RM750 daripada kerajaan negeri dan jumlah yang sama oleh bantuan Emiriyah Arab.
Tambahnya, wang bantuan kedua itu kononnya dimasukkan terus ke akaun mangsa yang berdaftar melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun ramai mangsa yang mengadu belum menerimanya sama ada bantuan pertama mahupun bantuan kedua. - HARAKAHDAILY 10/10/2014 Sumber HD - 10-10-2014
Bayi perempuan 8 bulan parah digigit biawak
BERNAMA | .
KUANTAN: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah di bahagian muka dan kepala selepas digigit seekor biawak besar di kuarters pekerja Berjaya Resort Tioman, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata kejadian itu berlaku pada 10 pagi.
"Bayi seberat sembilan kilogram itu diletakkan di atas lantai dapur oleh ibunya yang ketika itu ingin mengambil sesuatu, namun tiba-tiba ibu mangsa terdengar bunyi bising sebelum diikuti tangisan kuat anaknya tidak seperti biasa.
"Ibu bayi malang itu bergegas mendapatkan anaknya dan hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang menggigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku.
"Haiwan berkenaan dilihat cuba menarik bayinya keluar dari kawasan dapur dipercayai untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata ibu bayi itu bagaimanapun berjaya menyelamat anaknya sebelum meminta bantuan orang awam membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Tekek Pulau Tioman untuk menerima rawatan.
Katanya, bapa bayi itu juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tioman pada 4.51 petang semalam.
"Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan, namun dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu berikutan kecederaan parah yang dialami. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya. - Bernama Sumber HD - 23-9-2014
Rumah pembantu Adun terbakar, cucu rentung
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Rumah pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Ahmad Zubir Omar terbakar petang semalam dan mengorbankan cucunya.
Menurut Zubir dalam tragedi jam enam petang itu, cucunya Mohd Hakimi Mohd Redzuan, 12, yang berkelainan upaya (OKU), terperangkap dalam api marak sehingga rentung 85 peratus daripada seluruh badannya.
“Ketika kejadian saya kebetulan berada di Kuantan atas satu urusan dan bergegas pulang. Cucu saya bersama isteri, tetapi dia tinggal berseorangan dalam rumah pada masa itu dan isteri saya berada di belakang rumah.
“Api terlalu cepat marak dan menjilat keseluruhan rumah papan dalam tempoh yang singkat. Bomba yang tiba 10 minit kemudian hanya berjaya menghalang kebakaran di rumah batu sebelah bawah.
“Cucu saya gagal diselamatkan dan ditemui bomba berada berhampiran pintu masuk rumah,” katanya ketika ditemui selepas Solat jenazah di Masjid Kampung Bukit Kelulut pagi tadi.
Zubir pesara sebuah syarikat telekomunikasi, ialah bekas Setiausaha PAS Kawasan Temerloh dan juga bekas Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kuala Semantan.
Sementara itu Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad ketika ditemui di tempat yang sama, merayu orang ramai agar menyalurkan bantuan kewangan bagi membaiki rumah tersebut.
Katanya, kebanyakan barangannya musnah dan beliau terpaksa memulakan hidup baru tetapi yang mustahak pada masa ini ialah membaiki kediamannya.
Bagi sesiapa yang berhajat untuk membantu, bolehlah memasukkan wang ke akaun Ahmad Zubir 10605800021811 (RHB) atau menelefon beliau di talian 010-8074199. – HARAKAHDAILY 16/9/2014 Sumber HD - 16-9-2014
Kelah boleh, sturgeon tidak - PAS Pahang
HARAKAHDAILY | .
Andansura (tengah) bersama (dari kiri) Syed Abdul Rahman, Zakhwan, Yohanis dan Youslydi menunjukkan poster ‘Yes To Kelah, No To Sturgeon’. TEMERLOH: PAS Pahang mendesak kerajaan negeri menangguh atau menghentikan segera projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan, Jerantut sehingga diselesaikan pelbagai persoalan.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS negeri, Andansura Rabu dalam sidang media di sini, semalam berkata pelaksanaan projek yang diusahakan oleh Felda Global Venture Holding (FGV) bersama sebuah syarikat dari Korea Selatan itu tidak melalui prosedur yang sepatutnya iaitu proses penilaian impak alam sekitar (PDE).
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah berkata, PAS bimbang projek tersebut bakal menyebabkan kemusnahan alam sekitar, ekosistem serta flora dan fauna di kawasan yang telahpun diwartakan sebagai Taman Negara dan Pusat Biodiversiti Negara itu.
“Bayangkan kedudukan tapak projek terlalu hampir dengan kawasan sensitif yang diwartakan sebagai Taman Negara iaitu pusat pelancongan utama negara. Jarak lokasi projek hanya kira-kira 40 meter daripada Sungai Tembeling.
“Apa yang dibimbangkan ialah sisa buangan sama ada dalam bentuk pepejal ataupun cairan termasuk bakteria bawaan penyakit terlepas ke Sungai Tembeling iaitu sumber utama bekalan air bagi penduduk setempat,” ujarnya.
Menurut Andansura, sudah tentu ianya akan menyebabkan pencemaran kualiti air sungai sehingga menjejaskan kesihatan dan sumber ekonomi penduduk pesisir Sungai Tembeling.
Menurut laporan, kerja-kerja penebangan balak sedang berjalan di kawasan Sungai Tabung seluas 50 ekar selain daripada pembinaan jalan sementara ke tapak projek. Difahamkan, ia satu projek di bawah ECER.
Sebelum ini, projek berisiko ini turut mendapat bantahan Sahabat Alam (SAM), Persatuan Pencinta Alam (MNS) dan Persatuan Operator Pelancongan Taman Negara Pahang.
Andansura berkata, ikan sturgeon yang berasal dari luar negara itu telah dilarang dibawa masuk mengikut Akta Perikanan kerana habitatnya memakan ikan-ikan lain.
Kebimbangan penduduk ialah jika ikan tersebut terlepas ke Sungai Tembeling dan Sungai Pahang.
“Kita juga khuatir, untuk membolehkan projek ini dilaksanakan maka kegiatan penebangan hutan kawasan tadahan. Ini akan menyebabkan proses hakisan tanah yang teruk, runtuhan dan banjir lumpur sehingga menyebabkan kemusnahan.
“Oleh yang demikian PAS Pahang merasakan wajar projek ini dihentikan kerana kesan kerosakan kepada alam sekitar yang akhirnya gagal dikawal.
“Akhirnya projek ini tidak memulangkan keuntungan hasil ekonomi kepada kerajaan negeri dan tidak meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat.
Sementara itu pengerusi badan bertindak projek berkenaan Mohd Zakhwan Ahmad Badardin yang turut bersama dalam sidang media, berkata penduduk di Kuala Tahan pernah memohon tanah di kawasan projek untuk aktiviti pertanian namun tidak diluluskan oleh pejabat tanah atas alasan pemeliharaan alam sekitar.
“Tetapi kenapa dianugerahkan kepada FGV?” soalnya.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Pahang, Yohanis Ahmad, berkata FGVH sepatutnya mengkaji balik projek berkenaan kerana tidak menampakkan keuntungan dan lari daripada matlamat asal.
“Warga Felda terdapat banyak masalah seperti masalah duit raya peneroka yang dinafikan, perumahan generasi kedua Felda dan geran peneroka yang masih belum dapat.
"FGVH sepatutnya menumpukan penyelesaian masalah tersebut daripada melabur dalam projek berisiko yang belum tentu mendapatkan keuntungan itu,” katanya. - HARAKAHDAILY 13/9/2014 Sumber HD - 13-9-2014
Demo bantah: PAS Pahang cari Mohd Shaiful
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: "Jika mereka 'gila publisiti' dan nak 'wang segera' carilah jalan lain, bukan dengan menyamar sebagai ahli PAS," Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons berhubung tindakan sekumpulan 20 orang yang mendakwa ahli PAS mengadakan demo di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sebagai membantah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berkaitan isu Menteri Besar (MB) Selangor, Isnin lepas.
Kumpulan pemuda yang diketuai Mohd Shaiful Abdullah itu mendakwa mewakili rakan politik dari Rompin, Kuantan, Kuala Lipis, Temerloh dan beberapa kawasan lain di negeri ini yang tidak bersetuju dengan keputusan itu.
“Saya dan rakan-rakan sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lelaki ini (Mohd Shaiful). Ingat, teknologi sekarang menyebabkan dunia semakin sempit, identiti anda akan diketahui juga nanti,” ujar Suhaimi lagi.
Beliau mengesahkan kumpulan itu bukan ahli PAS tetapi pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan tertentu.
“Saya telah merujuk kepada semua pimpinan PAS kawasan termasuk Kuantan, Lipis dan Temerloh sebagaimana yang didakwa oleh mereka yang kononnya datang dari kawasan berkenaan mengesahkan tidak mengenali seorang pun dalam gambar akhbar termasuk orang yang mendakwa sebagai jurucakap kumpulan itu.
“Sebahagian mereka pula kelihatan bersembunyi di belakang sepanduk yang dipegang bagaikan menyembunyikan tembelang agar tidak terburai,” katanya. - HARAKAHDAILY 4/9/2014 Sumber HD - 4-9-2014
Adun Semambu tak patut dilarang sambut merdeka
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
KUANTAN: PAS Pahang melahirkan rasa dukacita dengan larangan kerajaan negeri terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Lee Chean Chung daripada menghadiri perarakan hari kemerdekaan.
Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan tersebut tidak langsung menggambarkan sifat patriotisme dalam saat-saat negara menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke-57.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS mengulas isu Adun DAP itu yang dilarang menyertai sambutan Hari Merdeka peringkat negeri Pahang melalui panggilan telefon oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang terhadap Lee dibatalkan ekoran penggantungannya daripada Dewan Undangan Negeri (Dun) selama dua sesi.
Beliau berkata, sebenarnya isu penggantungan dewan bukan bermakna wakil rakyat tersebut tidak boleh hadir semua program.
“Bila dah digantung dia dilarang menghadiri sidang dewan kita fahamlah sebab itu hak dewan. Tapi apa hak untuk membatalkan Adun berkenaan menyertai perarakan sambutan kemerdekaan.
“Sepatutnya perkara itu tidak berlaku. dan bagi PAS di saat-saat menyambut kemerdekaan yang sering diuar-uarkan supaya mengenepikan nilai-nilai politik kepartian, kita bersama membangunkan negara ternyata gagal diterjemahkan oleh pemimpin kerajaan negeri ini.
“Sebab dia tetap ahli yang berhormat, dia masih dibayar elaun, dia masih ada hak sebagai Adun. Di luar dewan rakyat masih menganggapnya sebagai wakil rakyat dan rakyat di kawasannya masih datang menemuinya dan meminta pertolongan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyertai Hari Keluarga Badan Perhubungan dan Amilin PAS Pahang di sebuah resort di Cherating, semalam.
Tuan Ibrahim berkata, sepatutnya pemimpin kerajaan meminta maaf kepada beliau demi maruah kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan sehingga dilarang menyertai sambutan merdeka yang sepatutnya diraikan oleh semua. - HARAKAHDAILY 2/9/2014 Sumber HD - 2-9-2014
Pengawal keselamatan tidak sengaja lepas tembakan
BERNAMA | .
KUANTAN: Seorang pengawal keselamatan melepaskan tembakan secara tidak sengaja di sebuah bank di Raub semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Ab Rahim Ab Razak berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.30 petang yang bunyi tembakan tersebut yang datang dari bahagian belakang pejabat bank didengari seorang pegawai bank.
Pegawai itu kemudiannya pergi memeriksa dan menemui pengawal keselamatan yang berusia 50-an itu berada dalam keadaan terkejut di stor berhampiran tandas.
"Ketika disoal, pengawal itu memaklumkan pump gun yang dipegangnya meletup dengan sendiri. Pegawai bank tersebut kemudiannya membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan.
Pengawal keselamatan terbabit telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk siasatan lanjut sementara senjata berkenaan dirampas. - Bernama Sumber HD -28-8-2014
Bahan letupan disembunyi di rumah pam Raub
BERNAMA | .
RAUB: Sejumlah bahan letupan dan alat peletup ditemui disembunyikan dalam empat buah kotak di salah sebuah stor konkrit di Rumah Pump Lower Level, Bukit Kolam Air, dekat sini semalam.
Bahan letupan yang terdiri daripada sejumlah 600 batang dinamit yang masih aktif, beberapa gulungan wayar pengecas sepanjang 1700 meter, dan satu kotak berisi detonator itu, ditemui oleh seorang pekerja penyelenggaraan Perbadanan Air Pahang (PAIP) ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.
Stor itu terletak bersebelahan sebuah stor lain di atas bukit, di kawasan berpagar penyelenggaraan PAIP dan dipercayai tertutup dengan semak samun selama ini menyebabkan kewujudan binaan itu tidak disedari.
Menurut pekerja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Aziz, beliau yang terkejut dengan penemuan itu kemudian segera memaklumkan kepada penyelianya sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 11 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.
Bertindak dari laporan berkenaan sepasukan anggota polis dari unit Pemusnah bom IPD Raub melakukan pemeriksaan terhadap stor tersebut dan menemui peralatan dan bahan letupan itu yang dipercayai telah lama ditinggalkan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Zakaria Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan berkenaan.
Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati, kawasan untuk menaiki tempat kejadian dikawal ketat oleh pihak polis dan media dilarang daripada mendekati kawasan itu.
Pasukan polis kemudian kelihatan membawa keluar alat letupan tersebut yang diisi dalam beberapa buah kotak ke dalam trak peronda polis sebelum meninggalkan kawasan tersebut kira-kira pukul 5.30 petang ini. - Bernama Sumber HD - 27-8-2014
Konvoi Jelajah Merdeka bergerak ke Selatan
ANIS NAZRI | .
KUALA LUMPUR: Konvoi Jelajah Kemerdekaan SeMalaysia hari ini memasuki fasa kedua apabila mula bergerak ke arah selatan, iaitu ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Pelepasan konvoi fasa kedua ini disempurnakan Pengarah Program Jelajah, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, di Masjid Putra, Putrajaya, pagi tadi.
Konvoi ini turut membawa akhbar Harakah dengan sisipan Fikrah edisi Merdeka, untuk diedar di 'chek point' sepanjang laluan.
Konvoi jelajah fasa kedua ini bergerak ke destinasi pertama di Seremban dan menemui Syeikh Zaki Syeikh Ahmad, yang merupakan anak kepada Almarhum Mufti Pertama Negeri Sembilan dan Malaysia, Allahyarham Syeikh Ahmad Syeikh Muhammah yang membacakan doa semasa Majlis Pengisytiharan Kemerdekaan 1957 oleh Tengku Abdul Rahman Al Haj di Kuala Lumpur.
Seterusnya, peserta konvoi bergerak ke Linggi bagi menziarahi makam Tuan Guru Sheikh Muhmmad Said Linggi dan Sheikh Ahmad, sebelum ke Naning bagi menziarahi Makam Dol Said.
Menurut salah seorang peserta jelajah, Aidy Idzham Ismail sebelum ke Melaka, peserta jelajah akan bermalam di Seremban terlebih dahulu.
Jelajah seterusnya akan ke Melaka keesokan harinya dengan melawat Masjid Tengjera, yang merupakan masjid tertua di Tanah Melayu, sebelum bergerak ke Johor.
Konvoi yang sudah memasuki hari kesembilan itu dipenuhi dengan program yang diatur bersama PAS negeri atau kawasan-kawasan, antaranya pertemuan dengan anak muda bagi mendedahkan tentang tokoh-tokoh kemerdekaan negara di kalangan ulama.
Program jelajah ini dianjurkan bagi mencungkil peranan tokoh-tokoh agama yang terlibat dalam perjuangan memerdekakan negara, yang tidak pernah disebutkan di dalam buku-buku Sejarah.
Dalam masa sama, ia juga menjadi medan untuk bertemu anak muda di negeri yang disinggah untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkaitan tokoh-tokoh kemerdekaan yang berasal dari negeri mereka sendiri.
Sebelum ini, jelajah tujuh ahli ARC ini berjaya menjelajah dengan motorsikal berkuasa besar ke Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Perlis, dan Kedah yang termasuk dalam siri jelajah pertama.
Konvoi ini bermula 18 Ogos lalu, di Temerloh, Pahang.
Penjelajahan ini akan menemui kemuncaknya di Kelab Sultan Sulaiman, pada malam merdeka, 30 Ogos 2014.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan menyambut kumpulan konvoi berkenaan pada hari tersebut.
- HARAKAHDAILY 26/8/2014 Sumber HD - 26-8-2014
Jabatan Pendidikan Pahang jumpa ibu bapa pelajar dibuli
BERNAMA | .
KUANTAN: Jabatan Pendidikan negeri akan mengadakan pertemuan dengan ibu bapa seorang pelajar tingkatan tiga yang didakwa dibuli sekumpulan pelajar senior sebuah sekolah berasrama di Muadzam Shah, minggu lepas.
Pengarahnya Rosdi Ismail berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan lengkap berhubung insiden berkenaan bagi mengenal pasti punca kejadian sebelum membuat tindakan susulan terhadap mereka yang terlibat.
"Berdasarkan maklumat awal yang saya terima, hanya empat pelajar senior yang terbabit dengan kejadian itu.
"Bagaimanapun, pihak kami memandang serius kejadian ini dan tidak bertolak-ansur dengan sebarang aktiviti buli membabitkan pelajar di negeri ini, " katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Dalam kejadian minggu lalu, pelajar berkenaan mendakwa dibelasah 14 pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menulis satu komen di laman sosial Twitter 18 Ogos lepas.
Difahamkan dia turut dipukul seorang pelajar tingkatan lima menggunakan tin biskut hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah bagi mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, Rosdi menasihatkan pentadbiran sekolah supaya menggerakkan kembali pelbagai program bagi mengeratkan hubungan pelajar sekali gus mengekang kejadian buli terutama di sekolah berasrama penuh.
"Kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang sehingga merugikan bukan sahaja pelajar apabila ada yang terpaksa berpindah sekolah akibat dibuli," katanya. - Bernama Sumber HD - 25-8-2014
Misteri di sebalik 'projek sakit' berpagar zink
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
MARAN: ‘Projek sakit’ Akademi Usahawan Tani Kampung Awah, dekat sini, yang pernah ditegur oleh PAS Pahang dua tahun lalu, semalam sekali lagi didedahkan misterinya yang berpagar dengan zink setinggi 20 kaki.
Misteri tersebut ialah rupa-rupanya bangunan dalaman yang mendapat kritikan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, sedang dirobohkan dan akan dibina bangunan baru.
Pusat latihan yang sepatutnya digunakan untuk kursus-kursus keusahawan tani itu mulai dibina pada tahun 2005 dengan menelan kos sekitar RM9 juta, tetapi banyak bahagian di dalamnya tidak boleh digunakan kerana tidak mengikut spesifikasi.
Berdasarkan laporan audit, terdapat beberapa kelemahan dalam perancangan dan pelaksanan projek melibatkan konkrit bangunan asrama dan blok pentadbirannya.
Dalam program Cakna Rakyat PAS Pahang, media diberitahu kerajaan dipercayai telah mengeluarkan tender baru untuk meruntuh bangunan sedia ada dan membina yang baru, berdasarkan pemasangan zink di sekeliling kawasan tersebut.
“Sepatutnya kontraktor terdahululah yang perlu dipertanggungjawabkan, kenapa perlu tender projek lain. Justeru PAS Pahang merasakan berlaku penyelewengan, kedua pembaziran wang rakyat dan yang ketiga menyusahkan bakal usahawan tani yang sepatutnya mendapat manfaat.
“Dalam suasana muram hari ini dengan rakyat disuruh berjimat, di pihak kerajaan pula berlaku pembaziran dengan jutaan ringgit lagi wang rakyat digunakan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Md Jusoh Darus.
Hadir sama Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad, Bendahari Musaniff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Maran Hasenan Harun dan Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad.
“Pembaziran terus berlaku, wang rakyat sekali lagi digunakan untuk menampung kecuaian pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Dengan ini PAS menuntut satu siasatan telus demi hak dan kebaikan rakyat,” katanya. - HARAKAHDAILY 23/8/2014 Sumber HD - 23-8-2014
Konvoi merdeka cungkil tokoh ulama pejuang kemerdekaan
ANIS NAZRI | .
KUALA LUMPUR: Hari ini, masuk hari keempat konvoi Jelajah Kemerdekaan Semalaysia bagi mengangkat nama-nama tokoh kemerdekaan negara, khususnya yang terdiri daripada kalangan ulama.
Konvoi yang disertai tujuh ahli Kelab Rider Alternatif (ARC) ini bergerak menjelajah seluruh semenanjung, bermula 18 Ogos lalu, di Temerloh, Pahang.
Terengganu merupakan negeri yang ditujui mereka selepas itu dan berpeluang menziarahi makam Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, yang sebelum ini tidak pernah disebutkan beliau sebagai seorang tokoh ulama.
Malah, bagi Penyelaras Jelajah Kemerdekaan SeMalaysia, Sazli Ansari, konvoi tersebut turut mendapat maklumat terdapat seorang lagi tokoh ulama yang dikenali sebagai Tok Janggut, yang berasal dari Terengganu.
"Selama ini, kita tahu Tok Janggut hanya ada di Kelantan. Rupanya, terdapat seorang lagi Tok Janggut yang juga seorang ulama di Telemong, Terengganu yang turut bersama berjuang menuntut kemerdekaan," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Menurut Sazli, setiap 'pit stop' di negeri-negeri tertentu, peserta konvoi akan disambut oleh pimpinan PAS negeri serta ahli ARC negeri yang akan bergerak bersama menjelajah ke tempat-tempat bersejarah di negeri berkenaan.
Di Terengganu, selain menziarahi makam Abdul Rahman Limbong, konvoi turut menziarahi makam Tok Ku Paloh, di mana bukan sahaja makamnya masih elok, malah rumah, surau, telaganya masih segar dan berkeadaan baik.
Sejurus selesai konvoi di Terengganu, mereka bergerak ke Kelantan untuk menziarahi makam Tok Janggut sebelum bergerak ke Perlis, Perak dan Kedah.
Di Kedah, mereka disambut Pesuruhjaya PAS Kedah, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.
Peserta berkesempatan menziarahi makam Almarhum Datuk Fadzil Mohd Nor yang merupakan bekas Presiden PAS, serta Almarhum Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Menurut Sazli, tujuan utama penjelajahan tersebut dianjurkan bagi mencungkil peranan tokoh-tokoh agama yang terlibat dalam perjuangan memerdekakan negara, yang tidak pernah disebutkan di dalam buku-buku Sejarah.
Dalam masa sama, jelajah ini juga menjadi medan untuk bertemu anak muda di negeri yang disinggah untuk memberikan penerangan dan pendedahan berkaitan tokoh-tokoh kemerdekaan yang berasal dari negeri mereka sendiri.
Sazli turut memaklumkan pihaknya berhasrat untuk mendokumentasikan penemuan-penemuan tokoh-tokoh ulama pejuang negara ini hasil penjelajahan merdeka ini.
"Dalam keadaan yang terbatas ini, kami tidak berkesempatan untuk mendokumentasikan penemuan kami. Hanya gambar-gambar yang dimuatnaik di halaman Facebook kami, 'Jelajah Kemerdekaan SeMenanjung 2014'.
"Selesai konvoi ini, kami berhasrat untuk dokumentasikan penemuan kami sepanjang penjelajahan ini," kata beliau yang juga Ketua ARC Selangor.
Kini, peserta konvoi bergerak ke sebelah pulau selepas singgah di Masjid Jamiul Badawi, di Bertam, Kepala Batas, dan seterusnya akan bergerak ke Perak untuk menziarahi tempat peninggalan tokoh ulama, Tuan Guru Abu Bakar Baqir, di Semanggol.
Sazli berkata penjelajahan ini akan berakhir di Kelab Sultan Sulaiman, dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan menyambut ketibaan konvoi tersebut.
- HARAKAHDAILY 21/8/2014 Sumber HD - 21-8-2014
Pencemaran hulu Sungai Lipis di tahap serius
HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Pahang menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat segera punca pencemaran Sungai Lipis yang semakin serius.
Setiausahanya, Roslan Zainal berkata, pihak JAS perlu mengambil tindakan tegas membanteras pencemaran daripada berterusan.
Ini, katanya berdasarkan gambar aliran sungai itu yang dirakam pada kira-kira jam 3.30 petang semalam (18 Ogos) di Kampung Batu Malim, Jalan Raub-Sungai Koyan.
"Kebiasaannya aliran air Sungai Lipis ini agak jernih dan lokasi gambar ini diambil menjadi tumpuan orang ramai bermandi manda.
"Namun pada hari ini airnya bukan saja keruh malah berwarna merah! Kejadian ini bukan kali pertama malah kerap kali berlaku selepas hujan lebat di hulu sungai," tulis beliau di dalam blognya.
Menurutnya, Sungai Lipis adalah anak kepada Sungai Jelai, justeru air yang tercemar ini akan mengalir ke Sungai Pahang.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah punca yang menyumbang kepada pencemaran yang serius itu.
"Adakah terdapat aktiviti perlombongan di hulu sungai ini, atau aktiviti pembalakan dan pembukaan ladang yang tidak terkawal?
"Atau disebabkan oleh projek pembinaan jalan raya ke Slim River yang entah bila akan siapnya sejak dimulakan beberapa tahun lalu?" tanya beliau.
Sehubungan itu, katanya PAS Negeri Pahang memandang serius pencemaran itu kerana menjejaskan kualiti air sungai dan sistem ekologi.
"Pastikan slogan 'Cintailah Sungai Kita' tidak hanya tinggal slogan di papan tanda iklan," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 19/8/2013
Sumber HD - 19-8-2014
Pengganas: Minta maaf kepada keluarga pejuang merdeka
HARAKAHDAILY | .
TEMERLOH: Kerajaan digesa memohon maaf kepada keluarga para pejuang kemerdekaan yang dilabel sebagai pengganas semasa menentang penjajah dahulu.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, para pejuang kemerdekaan itu yang dianggap sebagai menentang kerajaan adalah tidak betul kerana mereka berjuang untuk membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah.
"Pejuang kemerdekaan dianggap penentang kerajaan, pengganas, itu tak betul. Kerajaan patut minta maaf buat tuduhan itu," ujarnya kepada media di sini, kelmarin.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, kerajaan masih belum menarik balik tanggapan dan tuduhan itu terhadap para pejuang kemerdekaan seperti Datuk Bahaman dan lain-lain di negeri ini.
Tambahnya, kerajaan perlu mengambil kira perasaan kaum keluarga dan persatuan sejarah kerana melabelkan para pejuang itu sebagai penjenayah.
"Sepatutnya kerajaan memberi penghargaan kepada mereka, bukannya cop mereka sebagai golongan kiri," ujarnya lagi.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada para pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah di negara ini masih tidak mencukupi.
Lajnah Penerangan PAS Pusat dengan kerjasama PAS Pahang dan Ahli Parlimen Temerloh mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2014 Peringkat Kebangsaan yang bertemakan Malaysiaku...Minda Merdeka.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di padang awam Taman Temerloh Jaya, Sabtu lepas.
Majlis Sambutan Hari Malaysia dan penutup program Bulan Kemerdekaan 2014 akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 September depan.
Objektif program itu adalah merakam semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara dalam catatan yang lebih tepat dan adil, menghayati perjuangan tokoh pejuang Islam dalam menuntut kemerdekaan negara.
Ia juga untuk menyedarkan rakyat tentang peranan PAS dalam perjuangan kemerdekaan negara dan membincangkan hala tuju dan masa hadapan negara dalam kerangka kemerdekaan sebenar. - HARAKAHDAILY 18/8/2014 Sumber HD - 18-8-2014
Pelancong ke Pahang merosot suku tahun pertama
BERNAMA | .
KUANTAN: Statistik kedatangan pelancong ke beberapa destinasi pelancongan utama di Pahang, merosot bagi suku tahun pertama tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Mohd Sharkar Shamsudin.
Beliau berkata antara destinasi utama yang terjejas ialah Genting Highlands, Taman Negara dan Pulau Tioman.
"Ketibaan pelancong bagi suku tahun pertama tahun ini menurun 9.8 peratus iaitu 1.93 juta orang berbanding 2.14 juta tempoh yang sama tahun lalu.
"Penurunan ini disebabkan beberapa faktor antaranya peristiwa yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-13 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) yang ingin tahu mengenai jumlah kemerosotan kehadiran pelancongan ke Pahang terutamanya dari China, Australia, Taiwan dan Hongkong selepas tragedi MH370.
Mohd Sharkar berkata jumlah kehadiran pelancongan bagaimanapun dijangka meningkat pada April hingga Oktober, berdasarkan kajian yang dibuat setiap tahun yang menunjukkan ketibaan pelancongan memuncak dalam tempoh tersebut.
Menurutnya trend kedatangan pelancong adalah disebabkan pelbagai faktor antaranya cuaca, jadual percutian serta penawaran produk dan pakej yang menyeluruh tanpa batasan cuaca dan masalah lain.
Beliau berkata beberapa langkah telah diambil Pejabat Tourism Malaysia untuk meningkatkan kehadiran pelancong antaranya mengadakan kunjungan hormat ke agensi pelancongan di luar negara bagi meyakinkan mereka untuk kembali menjual pakej pelancongan di Malaysia.
Di Pahang sendiri katanya, antara langkah yang dilakukan adalah dengan menganjurkan acara yang melibatkan penyertaan antarabangsa, di samping aktiviti promosi berterusan oleh Tourism Malaysia dan Pelancongan Pahang. - Bernama Sumber HD - 18-8-2014
Merdeka: Rakyat perlu sedar hak pertahan kekayaan negara
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Rakyat negara ini perlu mempunyai semangat seperti pejuang-pejuang Melayu terdahulu iaitu menentang penjajah kerana memperjuangkan kekayaan hasil bumi menjadi milik rakyat negara ini, bukannya mudah diserahkan kepada asing atau kroni.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, inspirasi ini boleh diambil iktibar daripada perjuangan pahlawan Melayu dulu seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
“Walaupun dari segi sejarahnya kita katakan penentangan Datuk Bahaman itu kerana British merampas kuasa hak mengutip cukai dari beliau yang telah dilantik oleh raja pada waktu itu, tetapi mereka mempertahankan hak milik kita itu tidak boleh diserahkan kepada orang asing. Maknanya mereka begitu mempertahankan hak milik pribumi.
“Tapi hari ini kalau kita tengok apa yang berlaku seperti tanah KTM dan sebagainya di Singapura umpamanya, begitu mudah diserahkan begitu saja. Sedangkan perjuangan orang seperti Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang Melayu dulu mempertahankan hak. Maknanya sepatutnya kekayaan itu adalah milik rakyat, bukan milik orang lain.
“Sepatutnya inilah semangat yang perlu ada kepada rakyat memperjuangkan supaya kekayaan itu menjadi milik rakyat dalam negara kita,” katanya ketika melawat tempat-tempat bersejarah di Lubuk Terua, Lanchang dekat sini sempena pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di sini.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden PAS dan anggota Badan Perhubungan PAS Pahang.
Mahfuz berkata, pengajarannya kepada rakyat hari ini ialah pahlawan-pahlawan Melayu mengusir penjajah kerana membolot kekayaan daripada membawanya balik ke negara mereka, tiba-tiba hari ini kekayaan dibolot oleh dua tiga orang kroni dalam negara kita.
“Jadi apa erti kemerdekaan?,” soalnya.
Sambutan Bulan Kemerdekaan PAS Pusat disambut selama sebulan bermula daripada 16 Ogos dilancarkan di Temerloh, Pahang dan berakhir pada 16 September di Miri, Sarawak. – HARAKAHDAILY 17/8/2014 Sumber HD - 17-8-2014
PAS Pahang letak papan tanda makam Pak Sako
HARAKAHDAILY | .
TEMERLOH: PAS Pahang meletakkan papan tanda pada makam Allahyarham Ishak Haji Muhammad yang lebih dikenali dengan panggil Pak Sako sebagai mengenang jasa perjuangan menentang penjajah di negara ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diberi penghormatan memasang papan tanda berkenaan sempena perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2014 yang bertemakan Malaysiaku...Minda Merdeka di padang awam Taman Temerloh Jaya, hari ini.
Adik Allahyarham Pak Sako, Khalid Muhammad hadir pada majlis berkenaan.
Rombongan yang turut disertai Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan beberapa pemimpin PAS negeri itu juga mengadakan tahlil ringkas.
Pak Sako yang dilahirkan pada tahun 1909 meninggal dunia pada 7 November 1991 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buntut Pulau. - HARAKAHDAILY 16/8/2014
Sumber HD - 16-8-2014
Sambutan Kemerdekaan: PAS kecewa sikap MPT
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
TEMERLOH: Semua wakil rakyat PAS Pahang melahirkan rasa kecewa terhadap sikap tidak profesional Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) kerana tidak meluluskan penggunaan dua lokasi awam di bandar ini bagi pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2014.
Wakilnya, Andansura Rabu berkata lebih mengecewakan lagi surat permohonan untuk menyewanya yang dihantar sejak lebih sebulan lalu itu tidak diberi jawapan rasmi penolakan tetapi cuma dijawab secara lisan.
Katanya lokasi tersebut ialah padang awam Kubang Gajah dan Dataran Temerloh, akibatnya program pada 16 Ogos itu dengan pelbagai acara yang bermula jam 8 pagi hingga 2 petang dipindahkan ke padang awam Taman Temerloh Jaya.
“Kami rasa sikap tidak profesional MPT itu sunggup tidak patut. Selain mengecewakan kami ia turut menyusahkan orang ramai selaku pembayar cukai.
“Berdasarkan objektif untuk meraikan sambutan kemerdekaan dan hari Malaysia sepatutnya tempat-tempat awam ini boleh diberikan kelulusan tempat yang kami mohon ini.
“Kedua-dua lokasi strategik yang kami mohon itu pertamanya memudahkan orang ramai untuk hadir, kedua kawasannya luas dan yang ketiga ada prasarana lengkap untuk orang awam,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di pejabat PAS Pahang, sempena pelancaran sambutan anjuran PAS Pusat itu dan jamuan Aidilftri Pejabat PAS Pahang semalam.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong, Pengarah sambutan Md Jusoh Darus, Bendahari Musaniff Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Hasenan Haron.
Andansura berkata, mana-mana parti politik serta orang ramai berhak untuk sama-sama meraikan hari bersejarah itu kerana monopoli parti politik pemerintah sahaja.
“Untuk himpunan ini kita ikut saluran dan peraturan termasuk memaklumkan kepada pihak polis. Kita tidak ada masalah, jika pihak berkuasa tempatan itu ada masalah dengan kita sepatutnya dinyatakan kehendak dia dan kita akan penuhi.
“Tapi mereka tidak luluskan dengan alasan tidak munasabah secara lisan dan bersikap langsung tidak profesional,” katanya.
Sementara itu, semua wakil rakyat PAS Pahang iaitu Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan, Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad dan Andansura sendiri akan membuat pameran setahun wakil rakyat PAS dalam program sambutan tersebut. - HARAKAHDAILY 14/8/2014
Sumber HD - 14-8-2014
Lawat makam pejuang sempena sambutan merdeka
KHAIRIL ABDUL RAHIM | .
Md Jusoh (kanan sekali) bersama urusetia sambutan bergambar di makam pahlawan Mat Kilau. JERANTUT: Lawatan ke makam tokoh-tokoh pejuang tanah air seperti Mat Kilau dan Pak Sako dimasukkan sebagai salah satu agenda dalam Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2014 anjuran PAS pada 15 dan 16 Ogos ini.
Selain daripada ziarah dan tahlil ke makam dua tokoh di Pulau Tawar (di sini) dan di Buntut Pulau (Temerloh) itu, penganjur juga akan mengadakan lawatan ke Lubuk Terua di Lanchang bagi pengisahan semula sejarah pejuang kemerdekaan Datuk Bahaman.
Pengarah urusetia program peringkat negeri Pahang Md Jusoh Darus berkata, agenda tersebut dimasukkan bagi merakam semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara dengan lebih tepat dan adil.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, dengan maklumat sejarah yang tidak disembunyikan generasi muda terutamanya diharap dapat menilai semula perjuangan menuntut kemerdekaan yang sebenarnya.
Penganjur utama program, Lajnah Penerangan PAS Pusat telah memilih Temerloh sebagai tapak Majlis Pelancaran Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014 pada 16 Ogos ini berdasarkan sejarah tempat perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
Pada 30 Ogos 2014 majlis Sambutan Malam Ambang Merdeka 2014 akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sementara majlis Sambutan Hari Malaysia 2014 dan Penutup Program Bulan Kemerdekaan 2014 di Sarawak pada 16 September.
Menurut Md Jusoh, program sambutan di Pahang akan bermula dari 15 Ogos dengan penganjuran aktiviti di dua lokasi iaitu di Pulau Tawar dan Lanchang sebelum bergerak secara berkonvoi ke destinasi tapak utama pelancaran sambutan.
“Bagaimanapun tapak utama sambutan belum dipastikan. Pihak penganjur telah memohon kebenaran untuk diadakan di Mini Stadium Temerloh dan padang awam Kubang Gajah. Alternatif lain ialah sama ada di padang awam Taman Temerloh Jaya atau laman Pusat Komuniti Ahli Parlimen Temerloh,” katanya.
Md Jusoh berkata demikian ketika melawat makam pahlawan Mat Kilau di sini bersama beberapa pemimpin PAS negeri.
Menurutnya, pada 15 Ogos Pengerusi sambutan peringkat pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan mengetuai program di Pulau Tawar dengan pengisian ziarah makam Mat Kilau serta pengkisahan perjuangan tokoh tersebut, tahlil perdana. jamuan rakyat dan ceramah bersama tokoh-tokoh lain.
Pada waktu yang sama Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan akan mengetuai majlis yang hampir serupa di Darul Ansar, Lanchang,
“Pada awal pagi 16 Ogos konvoi merdeka yang disertai penunggang ARC serta pemimpin Pakatan Rakyat akan bergerak dari Pulau Tawar melalui Jengka 8, Kampung Awah dan bergerak ke tapak induk pelancaran sambutan merdeka di bandar Temerloh.
“Pada waktu yang sama konvoi dari Kampung Chempaka, Lanchang pula bergerak ke Temerloh melalui Sungai Kepong, Mentakab dan terus ke tapak Induk Pelancaran.
“Kita ada satu lagi konvoi berbasikal pada hari tersebut dari satu lagi lokasi bersejarah dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air iaitu Kampung Lubuk Kawah, Temerloh,” jelasnya.
Md Jusoh berkata, konvoi merdeka yang datang dari tiga lokasi tersebut dijangka akan sampai ke tapak sekitar jam 10 pagi di mana di tapak tersebut tersebut akan bermula dengan persembahan kebudayaan rakyat.
Juga terdapat pameran sambutan setahun pertama Ahli Parlimen Temerloh dan tiga Adun PAS Pahang, hiburan oleh selebriti, pertandingan masakan tradisional dan mewarna oleh anjuran muslimat.
“Acara kemuncak ialah Ucapan Perasmian Pelancaran oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan pelancaran logo dan tagline sambutan.
“Selepas itu akan diadakan sidang media dan diakhiri dengan jamuan Idul Fitri Rakyat PAS Pahang,” katanya. - HARAKAHDAILY 15/7/2014 Sumber HD - 15-7-2014
No comments:
Post a Comment