BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Wednesday, March 1, 2017

EKONOMI DAN PERDAGANGAN (JILID 2)





 

a


Harga minyak mentah dunia turun, Tak turun RM1.50 turunlah 1 sen pun tak apa..
LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
Harga minyak Brent bergerak menjauhi paras tertinggi empat tahun yang di cecah baru-baru ini.

Dagangan hadapan minyak mentah Brent turun 43 cent, atau 0.5 peratus, kepada AS$81.44 satu 
tong pada 0041 GMT, selepas menokok hampir satu peratus dalam sesi sebelumnya.

Brent pada Selasa mencecah paras tertinggi sejak November 2014 pada AS$82.55 satu tong.
Dagangan hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) susut 40 cent, atau 0.6 peratus pada AS$71.88 satu tong.

Ia menokok 0.3 peratus Selasa untuk ditutup di paras tertinggi sejak pertengahan Julai.

Bagaimanapun, Brent berada di landasan untuk mencatat peningkatan lima suku berturut-turut, peningkatan paling lama sejak awal 2007, apabila ia mencatat kenaikan enam suku berturut-turut untuk mencecah rekod tertinggi AS$147.50 satu tong.

Laporan industri yang menunjukkan stok minyak mentah AS mencatat peningkatan yang tidak dijangka minggu lalu turut mempengaruhi harga.

Inventori minyak mentah menokok sebanyak 2.9 juta tong dalam minggu berakhir 21 September kepada 400 juta, berbanding jangkaan penganalisis yang mencadangkan penyusutan 1.3 juta tong, demikian menurut American Petroleum Institute (API).

Kalau PH hancing tak nak turun harga RM1.50 turunlah sikit, 1 sen ke. Kenapa teruk sangat k
erajaan PH ini?

Sumber MR - 29-9-2018

Pakar ekonomi gesa SST kadar rata elak penipuan 
LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <


PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi mencadangkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ditetapkan pada satu kadar rata agi mengurangkan kerumitannya dan mengelakkan 
penyelewengan.

Carmelo Ferlito, felo kanan di Institut Demokrasi dan Hal-ehwal Ekonomi (Ideas) berkata, 
struktur semasa SST bercelaru kerana kadarnya berbeza-beza dan senarai barangan dan 
perkhidmatan dikececualikan cukai terlalu panjang.

Beliau memberitahu FMT, peniaga boleh mengeksploitasi kerumitan itu untuk menaikkan harga secara melampau dan membuat perisytiharan palsu berkait kutipan mereka.

“Sebagai contoh,” katanya, “sebuah restoran mungkin menggunakan bahan yang tertakluk kepada kadar cukai berlainan. Sesetengahnya dikecualikan cukai, sementara yang lain dikenakan 5% 
dan juga 10%.

“Untuk menentukan harga berdasarkan kadar yang berbeza-beza itu tentulah rumit. Jadi 
sebilangan pengusaha mungkin akan hanya mengikut kadar paling tinggi.”

Ferlito juga berkata, wujud dorongan untuk mengelak cukai dengan membuat perisytiharan 
palsu atau merasuah pembekal supaya melabel barangan mengikut kategori yang salah untuk memasukkannya ke dalam kategori dikecualikan cukai.

“Bagaimanakah pihak berkuasa mahu memastikan perkara itu tidak berlaku atau mengawasinya?
 Kita bercakap tentang ribuan transaksi perniagaan setiap hari.”

Sebanyak 5,443 item dikecualikan cukai di bawah SST, sedangkan di bawah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dimasuhkan sebelum ini, terdapatnya hanya 545 dikecualikan.

Ferlito berkata, contoh dikemukakannya itu bukan sahaja terpakai kepada sektor restoran, tetapi 
juga pengimport dan pengeluar. “Mereka mungkin menaikkan harga untuk semua barang kerana
 lebih mudah untuk berbuat begitu.

Beliau berkata kenaikan harga sedemikian sudah pasti akan dipindahkan ke sepanjang rantaian perbekalan kepada pengguna.

Katanya, sesetengah peniaga yang tidak mahu menghadapi kesukaran sistem cukai yang rumit 
akan mengupah konsultan cukai untuk melakukannya. “Ini sudah pasti akan meningkatkan kos,” tambahnya.

Beliau berkata, kerajaan bukan sahaja digesa meratakan kadar SST, tetapi juga menyemak semula senarai pengecualian cukai itu.

“Kutipan dan penguatkuasaan cukai hendaklah dipermudahkan bagi menjamin kerajaan 
mendapat hasil yang mencukupi.”

Sumber MR - 27-9-20118

Netizen Terus Luah Rasa Bengang Tambah Nilai Prabayar Kena SST

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <



Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula hari ini mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat terutama berhubung caj dikenakan ke atas tambah nilai perkhidmatan prabayar.

Rata-rata ruangan komen Facebook dibanjiri luahan rasa tidak puas hati netizen sejak pagi tadi.

Syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini kembali mengenakan cukai SST ke atas setiap tambah nilai berkuatkuasa 1 September 2018.

Pengguna membangkitkan soal tambah nilai RM10 di mana mereka hanya RM9.43 dikreditkan.


Mohd Johari : “Baru ‘top up’ tadi RM50, yang dapat RM47.23, kena tolak RM2.77. Adoi.”



Che Mat : “Masalahnya ‘top up’ sekarang beli RM10 dapat RM9.43, dah lah internet RM10. Tak pasal-pasal kena beli pula lagi RM5. Menyusahkan betul.”



Ismail Ahmad : “Pasal sate di kedai makan tak kena SST letak tepi dulu. Ini nak tanya, kenapa ‘top up’ RM10 dapat RM9.43, lagi 57 sen pergi mana? Siapa sapu? Kerajaan atau syarikat telekomunikasi? Kenapa nak sapu dari poket pengguna? Adilkah kalau macam ini?”



Muhammad Najmi : Aduan pasal ‘top up’ tak kan tak ada?”

Sebelum ini, kerajaan BN mengecualikan cukai untuk tambah nilai ketika pelaksanaan GST disebabkan maklum balas dan aduan pengguna.

Beberapa syarikat telekomunikasi sudah mula mengumumkan pelaksanaan SST dalam laman web masing-masing dalam perkhidmatan mereka namun ada yang menawarkan pelbagai rebat dalam setiap tambah nilai.


Sebelum kerajaan PH kata kononnya 5.443 barang tak kena SST tapi bila diperhatikan Tambah Nilai prabayar kena SST. MACAM KERAJAAN PH KENCING RAKYAT AJE. Entah-entah ada banyak lagi barang kena SST tapi kerajaan PH kata tidak.

Kerajaan LGBT mana boleh percaya.

MR : Tak sampai 4 bulan rakyat terlalu banyak kena kencing, agaknya bila rakyat nak sedar?....

Sumber MR - 2-9-2018

SST vs GST vs DHT

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/sst-vs-gst-vs-dht.html


Saya lihat ramai mengulas SST vs GST dan mana lebih murah. Perbandingan sebenarnya kurang tepat. Sepatunya kena tengok kepada 3 sudut:

1. Kerajaan.
2. Taukey terkaya.
3. Rakyat
a. Kaya (t10)
b. Sederhanya (m40) dan
c. Miskin (b40).

Ringkasnya:

Jika SST:
1. Kerajaan akan dpt lebih sedikit berbanding GST.
2. KORPORAT tetap blh lepas dgn handover sst kepad pengguna. Ruang manipulasi pula lebih luas berbanding GST.
3. Rakyat tetap pembayar tegar cukai SST.

Jika GST:
1. Kerajaan dapat lebih bayak berbanding SST.
2. KORPORAT tetap lepas sebab mereka boleh claom GST. Ruang bocor lebih sempit berbanding SST.
3. Rakyat terbeban sebab kadar GST lebih besar (volume bukan persen) berbanding SST.

Jika DHT (Dokumen Hijau Tax):

1. Kerajaan akan dapat lebih banyak berbanding GST apatah lg SST.
2. KORPORAT adalah pembayar utama kepada DHT yg x boleh dihandover kepada pengguna melalui sistem haul.
3. Rakyat tak terlibat apa2 cukai dalam pembelian mereka.

Sekalipun SST lebih kecil berbanding GST, kerajaan PH akan menaikkan dan akan mengenalan cukai2 baru bagi menapunh defisit negara tanpa GST. (RM26b utk 2016). Persoalannya dari mana PH nak cover defisit negara?

BUTIRAN SEPERTI BERIKUT:

Zaharudin Muhammad
Dataran Ilmu KUIZM


MR : Zakat adalah penyelesaian kepada masalah cukai....

Sumber MR - 21-7-2018

Ringgit terus menurun berbanding dolar AS minggu depan

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/ringgit-terus-menurun-berbanding-dolar.html



KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar AS minggu depan berikutan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kukuh serta jangkaan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur oleh Rizab Persekutuan, kata penganalisis.

Ketua Penyelidik Pasaran dan Strategi Mata Wang Global FXTM Jameel Ahmad berkata, satu lagi lonjakan permintaan ke atas dolar AS memberi impak ke atas pasaran kewangan, dengan sebilangan besar mata wang di seluruh dunia, termasuk ringgit, terjejas susulan pengukuhan dolar.

Beliau berkata ringgit menyusut disebabkan pengukuhan dolar AS dan jatuh di bawah paras psikologi 4.05.

“Kita harus memerhatikan angka produk Keluaran Dalam Negara Kasar suku kedua Amerika Syarikat yang dijadual dikeluarkan pada 27 Julai. Tanda-tanda pertumbuhan ekonomi yang kukuh akan meningkatkan lagi sentimen pelabur ke atas dolar AS,” katanya.

Dolar AS mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh setahun berbanding sekumpulan mata wang lain pada Khamis disokong oleh pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh selain potensi kenaikan kadar faedah selanjutnya dalam tempoh berbaki tahun ini.

Dolar AS bagaimanapun susut pada Jumaat selepas Presiden Donald Trump menyatakan kebimbangan terhadap pengukuhan mata wang berkenaan.

Jameel berkata dengan ringgit susut di bawah 4.05 berbanding dolar AS, ia berkemungkinan terus merosot sehingga paras 4.10 pada minggu-minggu akan datang.

“Pengukuhan dolar AS ini menyebabkan kemerosotan dalam pasaran ekonomi pesat membangun.

“Satu-satunya faktor yang benar-benar memberi manfaat kepada ringgit pada masa ini ialah jika dolar AS melalui aktiviti pengambilan untung yang ketara.

“Selagi dolar AS kekal mendapat permintaan daripada pelabur, ini akan menunjuk penyusutan berterusan mata wang pasaran pesat berkembang secara menyeluruh,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, nota tempatan ditutup rendah berbanding dolar AS pada 4.0600/0630 berbanding 4.0500/0530.

Ringgit lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.2861/2904 daripada 5.3189/3236, namun merosot berbanding euro kepada 4.7315/7366 daripada 4.7122/7161.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.9687/9718 berbanding Jumaat lepas kepada 2.9620/9651 dan susut berbanding yen pada 3.6108/6138 daripada 3.6006/6043.


MR : Ekonomi dipengaruhi oleh sikap kerajaan.... 

Sumber MR - 21-7-2018

Aliran keluar bon asing berterusan pada Jun

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/aliran-keluar-bon-asing-berterusan-pada.html




Pegangan bon asing meneruskan penurunan pada Jun dengan mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM6.7 bilion, walaupun lebih rendah daripada RM12.0 bilion yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

RAM Rating Services Bhd dalam satu kenyataan semalam berkata pegangan asing berjumlah RM185.8 bilion pada akhir Jun, turun 3.5 peratus bulan ke bulan berikutan langkah mengehadkan kecairan global dan ketegangan perdagangan memuncak yang mengancam prospek perdagangan dan pertumbuhan.

Di peringkat tempatan, agensi penarafan itu berkata bon kerajaan yang ditender mendapat sambutan baik, dengan permintaan kukuh dalam keadaan sokongan tinggi daripada pelabur tempatan, dengan penawaran Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) meningkat kepada RM62.7 bilion pada separuh pertama tahun ini.


RAM mengekalkan unjurannya antara RM100 bilion dan RM110 bilion bagi terbitan kasar pada 2018 disokong oleh komitmen kerajaan mengekalkan defisit belanjaran 2.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar tahun ini.

“Pada Jun, terbitan bon korporat menyederhana kepada RM6.8 bilion, lebih rendah berbanding purata lima bulan sebelumnya iaitu RM9.8 bilion. Bagi setengah tahun pertama tahun ini, terbitan bon korporat meningkat 1.6 peratus tahun ke tahun kepada RM55.7 bilion.

“Kami menjangka kadar kemajuan yang sederhana bagi tempoh berbaki tahun ini terutamanya bagi entiti berkaitan infrastruktur dan separa kerajaan, apabila kerajaan mengambil kira liabiliti luar jangkanya,” kata agensi penarafan itu.  – Bernama

MR : Sikap kerajaan yang lebih untuk membalas dendam daripada mengutamakan ekonomi antara faktor menjadikan ekonomi makin teruk....

Sumber MR - 19-7-2018

Ringgit dijangka terus lemah, turun ke 4.05 berbanding dolar AS

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/ringgit-dijangka-terus-lemah-turun-ke.html





KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus lemah dan turun kepada paras 4.05 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam jangka pendek, berikutan kebimbangan berterusan terhadap potensi perang perdagangan antara AS dan China.

Ketua Strategi dan Penyelidikan Pasaran Mata Wang FXTM Global, Jameel Ahmad berkata pergerakan ringgit pada jangka pendek akan terus dipengaruhi faktor luaran, termasuk pengukuhan berterusan mata wang AS serta ketegangan geopolitik antara AS dan China.

“Gabungan kedua-dua faktor ini menjejaskan pasaran pesat membangun di seluruh dunia, sehingga kini hanya 2 mata wang negara pesat membangun yang sebenarnya meningkat berbanding dolar AS bagi 2018, iaitu ringgit dan peso Columbia.

“Hanya penurunan permintaan dolar AS disebabkan pengambilan untung bagi mata wang negara maju itu dapat meningkatkan semula nilai mata wang pasaran pesat membangun. Ini bermakna dolar AS perlu mengalami pengambilan untung untuk ringgit mendapatkan semula asas pergerakan,” katanya semalam.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, nota tempatan ditutup rendah berbanding dolar AS pada 4.0380/0410 daripada 4.0010/0040 minggu lepas.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali pound Britain apabila mata wang tempatan meningkat kepada 5.3092/3147 daripada 5.3189/3245 yang dicatatkan minggu lepas.

Nota tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9624/9650 daripada 2.9484/9511 minggu lepas serta rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6487/6524 daripada 3.6323/6360.

Ringgit turut lemah berbanding euro kepada 4.7043/7082 daripada 4.6644/6683 minggu lepas.


MR : Ekonomi makin teruk kerana PH tak tahu mengawal dan ditambah pula dengan Menteri yang 'keras kepala'....

Sumber MR - 1-7-2018

Nilai Ringgit Jatuh Ke Paras Terendah Dalam Tempoh 5 Bulan

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/nilai-ringgit-jatuh-ke-paras-terendah.html






KUALA LUMPUR – Ringgit jatuh ke paras terendahnya dalam tempoh lima bulan kepada RM4.0015 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan pagi semalam.

Penyusutan ringgit itu sejajar dengan kelemahan mata wang serantau lain berikutan pengukuhan dolar AS dan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan perdagangan global.

Pada dagangan semalam, ringgit dibuka pada paras RM3.9998 sedolar dan kemudian terus jatuh ke paras RM4.0015 pada jam 11.05 pagi, demikian mengikut perangkaan Bloomberg.

Ketua Pedagang OANDA di Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata dolar AS terus mengukuh dan faktor positif untuk menyokong ringgit adalah berkurangan.

Beliau berkata, pendirian agresif Rizab Persekutuan AS menyokong dolar AS untuk terus mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Katanya, paras hutang dan bahagian hutang dalam mata wang asing yang tinggi di pasaran baharu muncul menyebabkan pasaran berkenaan lebih terdedah kepada pengukuhan dolar berbanding sebelum ini.

Sementara itu, MIDF Research mengekalkan unjuran paras purata ringgit berbanding dolar AS pada RM4 dan menyasarkan mata wang tempatan mencecah paras RM3.95 sedolar pada akhir tahun. – BH


MR : Ekonomi tidak stabil kerana kerajaan bertukar daripada perompak kepada penyamum....

Sumber  MR - 20-6-2018

Kadar SST Perlu Lebih Mampu, Bawah 10% kata BRO

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/kadar-sst-perlu-lebih-mampu-bawah-10.html







KUALA LUMPUR – Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) hari ini mengulangi pandangan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan semula, perlu ditetapkan pada kadar lebih mampu iaitu di bawah 10 peratus.

Kenyataan Bendahari BRO, Mustakim Manaf itu sebagai menyokong pandangan disuarakan oleh Naib Presiden persatuan itu, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, sebelum ini.

“SST sewajarnya ditetapkan pada kadar yang bukannya 10 peratus tetapi satu angka yang perlu dibincangkan serta dipersetujui bersama oleh semua pihak berkaitan.

“Ini bukanlah mudah kerana membabitkan satu keputusan di peringkat pembuat dasar. Oleh itu, pihak Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) mungkin perlu mendengar pandangan penggiat industri ini juga,” katanya kepada pemberita di luar mesyuarat CEP di sini, hari ini.

Mustakim yang juga Pengarah GRV Toy Store Sdn Bhd iaitu pemegang francais Hamleys Toy Store di Malaysia dan Singapura, turut memaklumkan CEP mengenai sokongannya terhadap pandangan Ameer Ali bahawa SST tidak harus melebihi 10 peratus.

“Ini merupakan penilaian dan angka yang saksama dan perlu turut mengambil kira pandangan pihak industri, ” katanya.

Dalam pertemuan dengan CEP baru-baru ini, Ameer Ali berkata (pasaraya besar) Mydin telah membelanjakan hampir RM20 juta bagi pemasangan sistem pembayaran patuh GST.

Beliau juga dilaporkan berkata akan bersedia untuk menerima pelaksanaan semula SST bagi menggantikan GST dan berharap peralihan itu akan berjalan lancar.

Selain itu, Mustakim berkata persatuan itu juga berkongsi beberapa cabaran yang dihadapi oleh kalangan peruncit serta idea dan cadangan untuk perhatian pihak CEP.

“Kalangan ahli CEP juga amat bekerjasama dan agak teruja. Ini penting bagoi membolehkan mereka memahami cabaran sebenar yang kami hadapi dan selain maklum bahawa sentimen pengguna juga tidak kurang pentingnya,” katanya.

Malah, katanya, sentimen pengguna juga merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh para peruncit.

​​”Peruncit akan mendapat manfaat besar selagi pasaran memiliki faktor positif atau selesa. Ini memandangkan pengguna sudah mulai pulih daripada impak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tiga tahun lepas selain masalah kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Mengulas prospek perniagaan, BRO juga yakin beberapa dasar yang dilaksanakan kerajaan baharu turut menampakkan impak positif.

“Kami mempunyai unjuran positif secara keseluruhannya untuk enam bulan akan datang dan ia jelas diterjemahkan menerusi angka yang membuktikan bahawa perbelanjaan pengguna kini lebih baik,” katanya.

Berikutan itu, kata Mustaqim, para peruncit sewajarnya mengambik kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing pada masa ini.

Beliau berkata, sejak GST ditetapkan pada kadar sifar, persatuan itu turut melihat aliran jumlah pengguna yang lebih ramai di pusat beli-belah.

“Beri tempoh tiga bulan hingga enam bulan lagi dan pasaran sepatutnya menyaksikan hala tuju lebih tepat,” katanya.

Selain itu, mengulas Hamleys, Mustakim berkata syarikat itu turut mencatat peningkatan dari segi angka walaupun mainan itu bukan barangan keperluan ketika pengguna lebih tertumpu kepada isu yang menjadi keutamaan mereka. – BERNAMA

Sumber MR - 19-6-2018

Tunjukkan barangan runcit murah selepas GST sifar kata aktivis kepada Salahuddin

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/tunjukkan-barangan-runcit-murah-selepas.htmlRSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <










PETALING JAYA: Kumpulan pendesak pengguna mahu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub membuktikan dakwaan beliau bahawa harga sayur-sayuran, daging dan keperluan asas lain turun sehingga 50% selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM) berkata banyak barangan makanan segar memang dikecualikan daripada GST sebelum kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) memansuhkan bayaran cukai itu untuk semua jenis barangan dan perkhidmatan.

“Kami fikir kenyataan menteri itu pramatang. Mencapai penjimatan 30% ke 50% dalam tempoh kurang sebulan adalah ajaib,” kata presidennya Darshan Singh Dhillon

“Tentu hebat jika beliau dapat membuktikan kenyataan itu dengan sedikit data untuk dikongsi dengan orang awam,” kata beliau.
Ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Ali Salman turut menyuarakan keraguan berhubung dakwaan penurunan harga berikutan GST berkadar sifat.

“Dulu kami telah jelaskan GST bukan faktor utama peningkatan kos barangan dan perkhidmatan,” katanya.

Katanya, oleh sebab barangan mudah rosak itu telah sedia berkadar sifar, langkah baru kerajaan tidak berkemungkinan menyebabkan harganya akan turun.

Beliau berkata, harga harus ditentukan oleh kuasa pasaran melainkan berlakunya darurat awam atau keadaan tertentu yang menghendaki campur tangan kerajaan.

Salahuddin dilaporkan berkata harga barangan segar menurun dengan banyak selepas kadar GST disifarkan pada 1 Jun lepas.

Beliau juga berkata, harga barangan dan perkhidmatan lain akan mengambil masa untuk turun.

“Harga sayuran ada yang turun sehingga 50%, sementara harga ayam dan daging seperti daging lembu turut berkurangan,” katanya.

“Saya diberitahu anda boleh beli ayam pada harga RM5 atau RM6 setiap kilogram. Daging lembu boleh dibeli pada harga RM30 hingga RM33, tetapi batang pinang lebih mahal,” katanya pada satu majlis rumah terbuka Hari Raya baru-baru ini.

Pada 1 Jun lepas, kerajaan melaksanakan GST berkadar sifar selepas ia diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada 1 April 2015.

Kerajaan dijangka menggantikan GST dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Sumber MR - 19-6-2018

Sepintas lalu 1USD = RM4

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/sepintas-lalu-1usd-rm4.html












Hari ni tukaran asing bg 1USD sama dgn RM4. Apakah impak terhadap ekonomi negara secara sepintas lalu.

Nak huraikan secara details mungkin tak berkesempatan kerana saya berada di luar. Hanya duduk sebentar je selepas sembahyang asar tadi di R&R Lebuhraya MEX. Jadi dlm masa 20 minit ini, saya nukilkan utk tatapan semua.

Secara directnya, barang-barang yg kita import akn menjadi mahal. Terutamanya minyak mentah yg dibeli dari Timur Tengah. Kita perlu menggunakan bnyk Ringgit sebagai tukaran USD.

Jika kita maintain harga RM2.20 seliter bagi RON95, maka kita bukan saja menanggung dari segi tukaran wang asing bahkan terpaksa memberikan tambahan subsidi bahan api. Ini kerana kerajaan dikatakan akn menyerap kos bahan api pada paras sekarang dan tidak membenarkan ianya mengikut harga pasaran minyak mentah. Secara tak langsung kerajaan semakin kekurangan dana.

Barang-barang keperluan yg diimport semakin melambung dan tidak ketinggalan sektor automotif dan alat ganti yg diimport.

Walaupun penurunan nilai Ringgit berbanding USD akn menguntung sektor eksport. Tetapi ia cuma dirasai oleh pihak syarikat yg mengeksport.

Dari satu sudut yg lain, nilai saham-saham di Bursa Malaysia pada pandangan fund manager asing kelihatan murah. Tetapi ia tidak digambarkan dari segi kenaikan index dan volume. Malah pelabur asing semakin mengeluarkan modal mereka dari Malaysia.

Jika keadaan ini berterusan, ia akn terus menghakis keyakinan pelabur di Bursa atau Foreign Direct Investment (FDI).

Jika lbh parah lagi kemampuan Malaysia utk membayar segala hutang luar semakin sukar. Nasib baik hutang Malaysia dari luar hanyalah sekitar 2% saja. Sebanyak 98% hutang kita adalah dlm Ringgit dan kita meminjam dari dana awam dan bank-bank tempatan. Jadi fluctuation bg nilai Ringgit tidak bnyk memberi kesan.

Tetapi kita juga mungkin menerima tempias jika ulasan ekonomi dari Bloomberg misalnya menunjukkan suasanan yg tak membersnsangkan.

Yg kita takuti ialah penarafan dari agensi kredit antara bangsa spt Standard & Poor, Moody's dan Fitch. Kini penarafan terhadap kredit Malaysia nasih lagi A- dan A3.

Jika berlaku penurunan penarafan, ia akn mengakibatkan perubahan kadar faedah bank.
Inflasi akn mengekorinya pula. Paling teruk index pengangguran akn meningkat.

Hanya setakat ini sajalah dulu buat ketika ini.

Hisemudin Kasim


Sumber MR - 19-6-2018

Ringgit dijangka lemah berbanding dolar AS minggu depan

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/ringgit-dijangka-lemah-berbanding-dolar.html#













KUALA LUMPUR - Ringgit  dijangkakan lemah berbanding dolar US minggu depan berdasarkan pendirian Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang memihak kepada kadar faedah tinggi pada mesyuarat dasar monetarinya baru-baru ini.

Ketua Penyelidik Pasaran dan Strategi Mata Wang FXTM Global Jameel  Ahmad berkata keyakinan yang ditunjukkan oleh Fed dilihat positif untuk dolar AS, namun sebaliknya berpotensi melemahkan ringgit.

“Nampaknya Fed semakin yakin terhadap prestasi ekonomi AS, dan memberi isyarat bahawa ia akan terus menaikkan kadar faedah, yang akan memberi tekanan ke atas pasaran pesat membangun,” katanya kepada Bernama.

Pada mesyuarat Rabu lepas, Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus, kenaikan kedua tahun ini, kepada antara 1.75 dan dua peratus, dengan pembuat dasar itu mengunjurkan akan berlaku dua lagi kenaikan kadar menjelang akhir tahun berbanding satu kenaikan yang ditetapkan sebelum ini.

Susulan itu, Jameel berkata ringgit dijangkakan terus menyusut minggu depan ketika pasaran lengang susulan cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pasaran ditutup pada Jumaat sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bagi minggu yang hanya berurus niaga selama empat hari, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding dolar AS, sebahagian besarnya terjejas oleh keputusan Fed, selain mesyuarat Bank Pusat Eropah yang dijadualkan pada Khamis yang akan memberi kesan ke atas dolar AS.

Berbanding kedudukan Jumaat hingga Khamis, ringgit mengukuh berbanding dolar kepada 3.9835/9875 daripada 3.9870/9900 dan meningkat berbanding yen kepada 3.6230/6270 daripada 3.6468/6505.

Nota tempatan bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 5.3506/3576 berbanding 5.3482/3534 dan rendah berbanding euro kepada 4.7097/7160 daripada 4.6903/6946. - Bernama

Sumber MR - 16-6-2018

Gas Asli Bakal Naik Harga Mulai 1 Julai Depan

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/gas-asli-bakal-naik-harga-mulai-1-julai.html














NAIK LAGI… Di sebalik kadar sifar peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 Jun lalu, harga produk pengguna terus naik tanpa kawalan malah lebih mahal berbanding sebelum ini.

Terbaharu, rakyat Malaysia bakal dibebankan lagi dengan kenaikan kadar asas gas asli yang lazim digunakan untuk masak di dapur setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) langsung tidak berbuat apa-apa bagi menstabilkan kos.

Media tempatan hari ini melaporkan bahawa isi rumah di Malaysia akan membayar tarif asas gas asli yang lebih tinggi selepas ia akan dinaikkan sebanyak 77 sen kepada RM23.80 per satu juta unit termal British (MMBtu).

Menurut kenyataan Gas Malaysia Berhad dalam makluman kepada Bursa Malaysia di ibu negara, kenaikan berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember itu dibuat selepas menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga.

“Purata tarif asas gas asli ditetapkan pada RM31.92 per MMBtu untuk tempoh Julai hingga Disember 2018 adalah sejajar dengan pengumuman Gas Malaysia pada 28 Disember 2016,” kata syarikat berkenaan.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah menetapkan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR) yang menetapkan tarif asas untuk tempoh pengawalseliaan bahan api itu selama tiga tahun mulai Januari 2017.

Pelaksanaan IBR sebenarnya akan membenarkan perubahan dalam kos gas yang akan melalui mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) pada setiap jangka masa enam bulan, lapor media tempatan.

Jelas Gas Malaysia, di bawah mekanisme GCPT, caj ekstra 77 sen per MMBtu akan dilaksana untuk semua kategori disebabkan harga kos gas sebenar yang tinggi berbanding harga rujukan gas dalam tarif asas bagi tempoh itu.

“Ini bermakna tarif efektif secara purata pada RM32.69 per MMBtu,” kata syarikat tersebut lagi. Kenaikan itu waima agak kecil dijangka memberi kesan besar kepada trend memasak rakyat di dapur. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber MR - 12-6-2018

Harga Tomato Turun, Terima Kasih Kerajaan PH
















Berkat penguatkuasaan yang begitu berkesan, Kerajaan PH telah berjaya menurunkan harga barangan terutamanya tomato. Ini berikutan aduan yang dibuat oleh orang ramai mengenai kenaikan harga barangan walaupun kadar GST telah disifarkan.

Walau bagaimanapun, harga daging masih lagi tinggi. Oleh itu, sempena Hari Raya Aidil Fitri ini, kami di CTS mencadangkan agar menu Hari Raya diubahsuai seperti berikut bagi mengatasi bebanan belanja Hari Raya:

Murtabak tomato
Rendang tomato
Roti John tomato
Satey tomato
Sup tomato
Tomyam tomato
Tomato goreng berempah
Tomato bistik
Tomato masak kurma
Tomato goreng kunyit
Tomato masak hitam
Tomato bakar

Khairul Ryezal

MR : Jangan lupa semua resepi di atas ditambah dengan ajinomoto

Sumber MR - 10-6-2018

Tahniah Pengundi Harapan Petrol RON97 meningkat, lain kekal

















Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata harga semasa RON97 dinaikan kepada RM2.66 seliter sehingga 13 Jun, 2018. Manakala RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Dengan kenaikan harga ini, Pakatan Harapan bukan sahaja tak mampu melaksakan janji manifesto mereka tetapi menaikan pula harga dan menjadi beban kepada rakyat.

Dengan kenaikan harga petrol akan menyebabkan kos pengangkutan akan meningkat dan harga barang pasti akan naik walaupun GST diturun kepada 0%.

Malu Pakatan Harapan kepada Najib, dulu beriya-iya menyerang Najib sekarang diri sendiri tak mampu nak lawan bapa "kleptokrasi". 

Sumber MR - 7-6-2018

Jumaat, 1 Jun 2018


Keyakinan Pelabur Terhadap Malaysia Kini Amat Rendah


MERUDUM… MIDF Research menjangkakan keyakinan perniagaan terhadap prospek ekonomi Malaysia untuk tempoh tiga hingga enam bulan akan datang adalah kekal di paras cukup rendah.

Ia memang sudah diramal pelbagai pihak di tengah-tengah perubahan dasar dan rancangan pembaharuan yang dibuat rejim baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah menang Pilihan Raya Umum (PRU) pada 9 Mei lalu.

Dalam nota kajiannya hari ini, firma penganalisis ekonomi itu berkata, kajian semula terhadap projek infrastruktur mega dan pembatalan drastik projek Kereta api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan ada kesan signifikan.

“Ini melibatkan keyakinan perniagaan secara keseluruhan dan juga aliran pelaburan masuk. Kami meramalkan keyakinan perniagaan akan kembali kukuh pada suku ketiga 2018 apabila Bajet 2019 dibentangkan pada 18 Oktober.

“Juga diikuti dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11: Arah Baharu 2018-2020 menjelang akhir tahun seperti mana yang pernah disebut sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

“Beliau ada berkata bahawa hala tuju ekonomi baharu akan memberi tumpuan kepada pasaran bebas dan mesra pelabur serta memastikan ekonomi kemanusiaan (humanitarian economy),” kata­ kenyataan MIDF Research.

Firma itu berkata, pres­tasi perniagaan keseluruhan dijangka terus berada dalam kadar sederhana memandangkan keyakinan perniagaan berada pada paras 7.8 peratus, paling perlahan dalam tempoh tiga suku berturut-turut.

Menurut Kaji Selidik Kecen­de­rungan Perniagaan, situasi tersebut adalah disebabkan faktor PRU ke-14 yang disifatkan sebagai paling kontroversi sehingga menyaksikan indeks Bursa Malaysia jatuh selama dua minggu.

Ketidaktentuan politik itu diburukkan lagi dengan isu kos sara hidup semakin meningkat dan dakwaan kerajaan PH kononnya ada skandal rasuah membabitkan pemimpin politik terdahulu dari pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Keyakinan perniagaan dalam sektor pembinaan jatuh ke paras negatif 24.8 peratus pasca PRU ke-14. Ia sangat berhubung kait dengan situasi politik kerana melibatkan pelaburan besar kerajaan dalam projek infrastruktur mega.

“Kita boleh jangkakan sektor ini kekal lembap susulan peng­umuman pihak kerajaan PH yang secara tiba-tiba sahaja bertindak membatalkan projek HSR dan Transit Aliran Massa (MRT) laluan 3,” kata kenyataan firma tersebut.

Dalam pada itu, pihak MIDF Research berkata bahawa keyakinan komuniti perniagaan dalam sektor pembuatan pula diramal menca­tatkan rekod paling tinggi ketika suku ke­dua 2018 berakhir Jun iaitu pada kadar 19.7 peratus.

Ujarnya, di sebalik faktor perang perdagangan global, permintaan antarabangsa yang mantap dan harga komoditi semakin meningkat mungkin dapat menambah sokongan bagi sektor ini untuk terus mencatatkan peningkatan.

“Di samping itu, peningkatan dalam aktiviti eksport semula kemungkinan boleh meningkatkan kembali prestasi perdagangan luar dan kegiatan pembuatan di Malaysia,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber MR - 1-6-2018

Jumaat, 1 Jun 2018


Cukai Islam 2.5% jumlah aset 10 orang paling kaya di Malaysia 2018


Allah menjadikan manusia dengan pelbagai latar belakang kehidupan. Ada yang miskin dan ada yang kaya, termasuk juga yang terlampau kaya. Islam tidak melarang manusia mencari seberapa banyak harta kekayaan. Islam tidak sama dengan konumis, sosialis dan kapitalis. Islam ada cara tersendiri mengurus manusia sebagaimana kehendak Allah s.w.t. penciptanya.

Pendekatan PAS dalam memperkenalkan Islam untuk dihayati oleh negara ini menjadi salah satu sebab PAS berbeza dengan parti Melayu lain. Malah pendekatan Islam ini juga bercanggah dengan pimpinan PAS sebelum ini kerana dianggap boleh melarikan sokongan bukan Islam.

Jika kita menghadapi masalah dengan alatan yang kita guna, biasanya kita akan mencari buku "manual pengguna" untuk menyelesaikan masalahnya. Allah mencipta manusia dengan menjadikan al Quran sebagai manual pengguna. Kenapa kita cari lain daripada Islam?

Jika ada yang bergaji RM3000 sebulan (tidak diwajibkan bayar PTPTN kerajaan baru Harapan) hanya dikenakan zakat RM900 setahun (pengiraan extram 2.5%). Adakah mereka ini rasa beban dengan membayar RM900 bagi membant orang miskin? Sudah tentu tidak.

Jumlah aset 10 orang paling kaya di Malaysia 2018 dan jika dikenakan cukai islam 2.5% :

1. Robert Kuok 59.2 billion - cukai 2.5% = 1.48 billion

2. Quek Leng Chan 28.8 billion - cukai 2.5% = 720 juta

3. Ananda Krishnan 28.4 billion - cukai 2.5% = 710 juta

4.Teh Hong Piow 24 billion - cukai 2.5% = 600 juta

5. Lee Shin Cheng 22.4 billion - cukai 2.5% = 560 juta

6.Lim Kok Thay 18.8 billion - cukai 2.5% = 470 juta

7. Chen Lip Keong 13.2 billion - cukai 2.5% = 330 juta

8.Koon Poh Keong & Poh Ming 12 billion - cukai 2.5% = 300 juta

9. Lau Cho Kun 10.4 billion - cukai 2.5% = 260 juta

10. Kuan Kam Hon 10 billion - cukai 2.5% = 250 juta

Jumlah keseluruhan cukai dari 10 orang ini sahaja pun ialah 5 billion 680 juta ringgit!!!! .. itu belum kira 50 org terkaya Malaysia... belum lagi kira jumlah jutawan Malaysia yg ada wang sejuta keatas.. kalau kutip semuanya mungkin akan mencecah 80 billion ringgit tanpa membebankan si pemberi cukai

Utk org miskin mudah faham RM200 - 2.5% cukai = Rm5... adil bukan.. masih ada 195

Jadi kesimpulannya kerajaan tak perlu ambil derma dari rakyat yg kebanyakannya makan pun cukup².. ambillah dari mereka² yg bergelar billionaire dan jutawan ni... lebih kemas dan saksama

Nota kaki: miskin dan kaya tak kira bangsa, ada melayu kaya ada melayu miskin, ada cina kaya dan cina miskin, ada india kaya dan india miskin. Yang penting orang miskin tak kena cukai. Kan islam adil utk semua tu. Google jela tgk2 senarai orang2 kaya.. billionaire, millionaire....

1)  http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/individu-kaya-di-malaysia-32-000-orang-1.133617

2)  http://www.majalahlabur.com/inspirasi/seorang-lagi-melayu-dalam-senarai-40-orang-terkaya-di-malaysia/

3)  https://www.nst.com.my/news/2015/09/report-30054-millionaires-country-2018

4)  https://www.forbes.com/malaysia-billionaires/list/

5)  https://www.statista.com/statistics/785029/malaysia-number-of-millionaires/

Sumber MR - 1-6-2018

Khamis, 31 Mei 2018


Perlukah Tabung Harapan Malaysia (THM) diwujudkan?


1. Saya sebagai rakyat Malaysia cukup teruja melihat perubahan kerajaan yang baharu pasca PRU14 yang lalu. Saya yakin majoriti rakyat juga begitu. Namun keterujaan kita bertukar menjadi sedikit resah apabila Tun Mahathir mengumumkan hutang kerajaan sebanyak RM1 trilion (Walaupun yang patut diambilkira dalam penentuan saiz hutang kerajaan ialah Perkara 1 sahaja, dan Perkara 2 apabila ia sah tidak mampu diservis oleh syarikat yang berhutang itu, maknanya hutang kerajaan bukan RM1 trilion pun).
2. Susulan keresahan ini menyebabkan sebahagian rakyat mahu membantu kerajaan, lalu tular di media sosial berita beberapa orang yang mahu menderma untuk melangsaikan hutang kerajaan.

3. Kalau saya memakai topi rakyat biasa, saya akan mengiktiraf inisiatif kerajaan menubuhkan THM ini. Sudah tentu saya hargai hasrat kerajaan menyediakan saluran dana rasmi untuk rakyat menyumbang dan bersama dengan kerajaan baharu membantu melangsaikan hutangnya.

4. Namun, jika saya memakai topi seorang yang ada sedikit kefahaman dalam hal ekonomi, maka saya rasakan penubuhan THM itu TIDAK PERLU. Sebabnya adalah seperti di bawah:

a. Sekitar 97% dari hutang kerajaan (Perkara 1) adalah dari sumber dalam negara, iaitu dari KWSP, KWAP dll badan berkanun serta bank-bank domestik yang membeli bon kerajaan Malaysia. Bakinya 3% adalah dari sumber luar negara. Hakikatnya, semua pelabur institusi ini hampir pasti tidak akan mengalami situasi kewangan yang merudum teruk sehingga mereka terpaksa menebus kertas bon itu (iaitu meminta kerajaan Malaysia membayar semula hutang mereka secara sekaligus). Jadi, tiada tekanan langsung kepada kerajaan selama ia berhutang dengan badan berkanun ini. 

b. Bagi kerajaan, bon itu hutang, tetapi bagi pembeli bon, ia menjadi aset. Kerajaan akan membayar interest pada pemegang bon, maka interest itu menjadi pendapatan kepada pembeli bon tadi. Pendapatan itulah yang akan diagih kepada rakyat (pencarum KWSP, pesara, penyimpan di bank) melalui dividen. Sebagai pelabur, sudah tentu badan berkanun dan bank tadi mahukan 'stream of income' dari kerajaan ini berterusan wujud. Ini kerana disebut bon kerajaan adalah 'risk-free investment' disebabkan kerajaan tidak akan sama sekali bankrap dan gagal membayar interest.

c. Kadar Debt to GDP ratio untuk Perkara 1 hanyalah 50.8% sahaja, masih lagi dalam kadar selamat. Pada 1997 sebelum krisis, kadar ini berada pada 34%. Selepas krisis, ketika kerajaan kembali mengalami bajet defisit, keberhutangan kerajaan hanya dalam jajaran purata 40% sahaja dari 1998-2008. Hanya selepas DS Najib mengambilalih kerajaan, ia meningkat lebih 50% sehingga sekarang (saya anggap beliaulah punca utama masalah hutang kerajaan yg serius).

d. Penubuhan THM memberi petunjuk kurang elok kepada dunia, semakin akan menakutkan pelabur, dan sudah pasti memberi peluru kepada pembangkang (PAS dan BN-sudah banyak gambar tin milo berkeliaran di medsos). Mengikut Tan Sri Ramon Navaratnam, bekas TKSU MOF, it is a bad precedence. Hatta ketika krisis kewangan 1998 dulu kita tidak memerlukan sumbangan dari rakyat (oklah, ketika krisis itu sudah tentu rakyat sendiri tidak berduit), tetapi hakikatnya ia tidak sampai ke tahap 'serendah' itu untuk kerajaan menerima sumbangan rakyat. (Rujuk:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/05/30/economist-donation-drive-to-settle-govt-debts-embarrassing-bad-precedent/ )


e. Setelah THM diwujudkan, maka kerajaan akan bertanggungjawab pula menguruskan semua hal berkaitan dana berkenaan, keluar-masuk dana, ke mana ia dihabiskan, auditnya, dll hal berkaitan. Semua ini akan menambah tugas baru di MOF dan sudah tentu rakyat yang menderma mahu kerajaan bersikap telus dalam pengurusan dana ini. Ia juga boleh jadi satu lagi ruang untuk disalahguna pembangkang.

5. Dalam tulisan saya sebelum ini, saya telah memuji langkah MOF mendedahkan nilai hutang syarikat korporat (contingent liabilities, yakni Perkara 2) yang sudah tidak lagi mampu diservis oleh syarikat yang berhutang, dan akhirnya kerajaan yang perlu menservisnya. Jumlah ini ialah RM199 billion. Jika ini diambilkira dalam menentukan saiz hutang kerajaan maka jumlah hutang ini menjadi RM885 billion, dan Debt to GDP ratio 65.4% melepasi kadar selamat 55%.

6. Hal di atas inilah yang menjadi isu sekarang. Maknanya kerajaan ada tekanan dalam pengurusan kewangannya, terutamanya apabila mengambilkira RM199 billion hutang syarikat korporat ini (yg sudah sah perlu diservis kerajaan) serta pelbagai potensi bebanan kewangan dari pembatalan HSR, MRT, subsidi RON95, kehilangan cukai GST, dan segala hutang 1MDB yang sangat besar jumlahnya.

7. Soalannya, adakah dana THM ini akan digunakan untuk membantu kerajaan dalam mengurangkan tekanan kewangan seperti di poin 5 & 6 di atas? Saya tidak tahu. Dan saya rasa tidak wajar, kerana semua syarikat bermasalah menservis hutang di atas, terutamanya 1MDB itu, adalah hasil salahtadbir kerajaan terdahulu, dan kerajaan baharu bertanggungjawab memulihkan mengikut cara tersendiri tanpa menggunakan duit poket rakyat melalui THM.

8. Saya tidak rasa Council of Eminent Persons yang mencadangkan penubuhan THM. Mereka terlalu bijak dan mahir dalam hal kewangan negara untuk sampai pada sekadar cadangan tabung dana awam seperti THM ini dalam menguruskan masalah tekanan kewangan kerajaan.

9. Heboh di media sosial bahawa Korea Selatan juga pernah membuat kutipan dana awam (emas) untuk melangsaikan hutangnya. Harus diingat, dalam menangani krisis 1998 Korea Selatan telah meminjam sebanyak USD21 billion bailout package dari IMF (total pinjaman IMF+negara luar ialah USD58 billion).

10. Kegagalan membayar hutang IMF ini akan menyebabkan pengurusan ekonomi Korea Selatan boleh hilang kedaulatannya apabila ia akan dikawalselia oleh IMF. Seruan mengumpul emas rakyat Korea akhirnya berjaya melunaskan hutang IMF pada tahun 2000 dan Korea Selatan menjadi negara yang dapat pulih segera dari kesan krisis 1998, sama seperti Malaysia walaupun Malaysia tidak berhutang dengan IMF.

11. Indonesia dan Thailand turut berhutang dengan IMF dalam menguruskan negara mereka pasca krisis 1998, namun mereka mengambil masa yang lebih lama untuk pulih. Maknanya hutang dengan agensi/negara/pelabur luar agak berisiko tinggi sekiranya tidak dilangsaikan segara.

12. Sebagai kesimpulan, kita tidak berada dalam krisis kewangan/keberhutangan serius sehingga perlu menubuhkan dana awam seperti THM. Masalah 1MDB dan syarikat lain yang menekan kewangan kerajaan tidak perlu menjadi beban rakyat menyelesaikannya.

13. Jadi, saya secara peribadi TIDAK menyokong penubuhan THM. Namun saya memuji hasrat murni rakyat Malaysia mahu menyumbang kepada kerajaan. Tahniah untuk anda semua!

Nota: Oh ya, kos RM40 juta tayangan bolasepak Piala Dunia tidak berbangkit langsung kerana pulangan dari tayangan itu sudah lebih dari cukup untuk menampung kosnya. Tak perlulah isu ini dijadikan modal picisan memburukkan penubuhan THM. Gambar tin milo juga tak perlu disebarkan.

Wallahu'alam.

-Dr Mahyudin Ahmad-
#jomfahamekonomi

Sumber MR - 31-5-2018

Rabu, 30 Mei 2018


Saham Jatuh Dividen KWSP Mungkin Rendah


DIVIDEN KWSP berkemungkinan jauh lebih rendah daripada tahun-tahun sebelum ini berikutan dengan kejatuhan saham berikutan dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab daripada Mahathir dan Lim Guan Eng berkenaan dengan hutang negara.

Kedua-dua mereka mendakwa Malaysia menanggung hutang hampir RM1 trilion sedangkan angka rasmi sebelum ini adalah RM686 bilion.

Ketika mengakhiri dagangan jam 5 petang semalam, FTSE Bursa Malaysia KLCI merekodkan kerugian sebanyak 40.78 mata atau 2.21 peratus kepada 1804.25 mata. Prestasi buruk Bursa Malaysia itu didorong oleh sentimen tidak baik terhadap hutang negara yang tinggi seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir dan Lim Guan Eng.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perbuatan mengatakan hutang kerajaan adalah sebanyak 65% daripada KDNK, yang jauh lebih tinggi daripada angka rasmi 50.9% dan mendakwa hutang itu berjumlah RM1 trilion tanpa memberikan perinciannya akan hanya menggugat pasaran kewangan.

Ia juga akan menakutkan agensi penarafan dan memberi kesan ke atas keyakinan pelabur terhadap institusi negara seperti Bank Negara Malaysia, katanya.

Najib berkata akibat “kenyataan yang mengejutkan dan mengelirukan” itu indeks Bursa Malaysia jatuh paling teruk dalam kalangan pasaran saham seluruh dunia, menyebabkan puluhan bilion ringgit nilai pasaran hilang dalam satu hari.

Portal berita bisnes, The EdgeMarkets melaporkan, kejatuhan teruk pasaran saham ini disebabkan kebimbangan terhadap hutang awam kita.

Dan yang paling membimbangkan rakyat Malaysia perkara ini akan mempengaruhi dana kita seperti KWSP dan PNB, dan akan menurunkan kadar dividen kepada pencarum untuk tahun ini.

Kerajaan PH dilihat amat tidak bertanggungjawab dalam usaha mereka menyalahkan Datuk Seri Najib bagi mewujudkan persepsi keadaan kewangan yang buruk. Ianya menyebabkan kerajaan baru tidak dapat menunaikan janji manifesto pilihan raya dan mewajarkan langkah mengurangkan anggota perkhidmatan awam.

Kalau hujung tahun ini dividen KWSP dan ASB dapat rendah, hendak salah siapa? Inilah harganya menukar kerajaan di Putrajaya. Kerana terpedaya dan termakan janji janji manis akhirnya apa pun tidak dapat.

Baru masuk Putrajaya, beberapa orang wakil DAP sudah melawat KWSP. Hendak tengok apa di KWSP? Bimbang juga ramalan Rafizi bahawa KWSP akan bankrup akan jadi kenyataan di bawah kerajaan PH ini.

Ikhlas
Penyimpan KWSP

Sumber MR - 30-5-2018


Jumaat, 25 Mei 2018


Sentimen tempatan jejas bursa


Bursa Malaysia susut 2.2 peratus atau 40.78 mata kepada 1,804.25 semalam berikutan kebimbangan pelabur mengenai dasar kewangan negara serta pendedahan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Turut mencetus kegusaran pelabur adalah mengenai pengumuman hutang kerajaan yang ketika ini mencecah lebih RM1 trilion.

Kelmarin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mendedahkan antaranya, bahawa kerajaan menyelamatkan 1MDB dengan membuat pembayaran balik pinjaman sebanyak RM6.98 bilion.

Maklumat itu adalah bercanggah dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy sebelum ini bahawa syarikat itu berupaya membayar hutangnya menerusi pelan rasionalisasi yang dilaksanakan.

Indeks penanda aras Bursa Malaysia, Indeks FBM KLCI dibuka pada paras 1,845.03 mata sebelum ditutup 40.78 mata kepada 1,804.25.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 763 berbanding 237, dengan 365 kaunter tidak berubah, 543 tidak didagangkan dan 20 lagi digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.69 bilion saham bernilai RM3.34 bilion berbanding 2.35 bilion unit bernilai RM2.74 bilion semalam.

Pelabur luar jual saham RM2.48B

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank jatuh 20 sen kepada RM10.68, TNB rendah 40 sen kepada RM14.94, Public Bank susut 10 sen kepada RM25.10, CIMB berkurangan 43 sen kepada RM6.22 dan IHH Healthcare satu sen lebih rendah kepada RM6.32.
Di kalangan kaunter aktif, Sapura Energy jatuh 4.5 sen kepada 71.5 sen, MYEG merosot dua sen kepada 91.5 sen, Airasia X susut setengah sen kepada 37.5 sen, NETX tidak berubah kepada tiga sen, sementara Drbhicom meningkat 28 sen kepada RM2.03.

Kelmarin, pelabur antarabangsa dilihat menjual saham bernilai AS$625 juta (RM2.48 bilion) minggu lalu, terbesar sejak 2013.

Ia dilaporkan bahawa AS$937.8 juta (RM3.72 bilion) aliran masuk dana ke dalam pasaran saham tempatan beralih keluar hanya dalam tempoh lebih seminggu berikutan kebimbangan dasar ekonomi di bawah kerajaan semasa.

Setakat 21 Mei, aliran keluar asing daripada pasaran saham berada pada paras bersih AS$21.2 juta (RM84.11 juta), selepas pelabur asing menjual sejumlah AS$949 juta (RM3.76 bilion) nilai saham dalam tempoh 11 hari berturut-turut.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata kejatuhan Bursa Malaysia berikutan beberapa faktor global dan ia juga sejajar dengan kejatuhan pasaran serantau.

Beliau berkata, antara faktor adalah dialog untuk mengekang perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka positif kini dilihat tidak seperti yang diharapkan.

“Rundingan negatif senjata nuklear Presiden AS, Donald Trump dengan Korea Utara juga adalah faktor, sementara Rizab Persekutuan AS mungkin meningkatkan penanda aras kadar faedah akan mendorong pengaliran keluar wang dari pasaran.

“Secara jelas, kejatuhan ini bukan disebabkan sentimen pelabur asing yang terjejas terhadap ekonomi Malaysia seperti hutang negara RM1 trilion atau skandal 1MDB.

“Malaysia masih mempunyai ekonomi yang kukuh, tetapi pelabur mungkin ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dasar fiskal semasa yang akan dilaksanakan kerajaan semasa,” katanya.

Pada 2017, Bursa mencatatkan aliran masuk sebanyak AS$2.4 bilion (RM9.52 bilion).
Sementara harga minyak memberi ruang peningkatan hasil kerajaan apabila berada pada paras AS$79.11 satu tong semalam, masih terlalu awal untuk memberitahu sama ada ia dapat menampung pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Harga minyak yang lebih tinggi mungkin dapat meningkatkan pendapatan kerajaan, namun masih belum pasti bagaimana dasar ekonomi akan dilaksanakan oleh kerajaan semasa.

Zarina Zakariah zarinaz@mediaprima.com.my

Sumber MR - 25-5-2018

Jumaat, 25 Mei 2018

Harga Barang Basah Meningkat


KUALA LUMPUR – Permintaan tinggi terhadap barang basah dan mentah sepanjang Ramadan hingga menjelang sambutan Aidilfitri menyaksikan kenaikan harga yang membebankan pengguna.

Tinjauan di pasar Chow Kit, di sini hari ini mendapati ayam antara yang mengalami kenaikan harga dan ia diakui oleh peniaga bahawa kenaikan itu berlaku setiap tahun menjelang musim perayaan.

Peniaga ayam, Iwan Rashin berkata, sebelum Ramadan, ayam dijual pada harga RM7.50 sekilo dan kini meningkatkan kepada RM8 sekilo.

“Setiap kali Ramadan harga ayam akan naik berikutan permintaan yang tinggi. Sehingga ke hari ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) belum menetapkan harga siling bagi barang basah,” katanya.

Selain ayam, kelapa parut juga antara yang mendapat permintaan tinggi tetapi masih kekal pada harga RM7 sekilo. Bagaimanapun harga sebiji kelapa meningkat sehingga RM2.50.

Tinjauan juga mendapati harga sayur sawi meningkat sekali ganda daripada RM2.50 sekilo kepada RM5 sekilo.

Bagaimanapun, cili merah turun kepada RM4 sekilo berbanding sebelum Ramadan RM6 sekilo.

Peniaga sayur, Safril Haris berkata, setakat ini pembekal memberikan harga yang berpatutan kepadanya, sekali gus membolehkan dia menjual sayuran pada harga ditetapkan.

“Sayur yang saya peroleh masih pada harga terkawal dan pembekal sentiasa memberikan bekalan yang cukup setiap kali Ramadan dan Aidilfitri,” katanya.

Turut mengalami kenaikan harga ialah ikan tongkol dan sardin berikutan peningkatan permintaan dalam kalangan peniaga bazar Ramadan.

Harga ikan tongkol meningkat daripada RM6 kepada RM7, manakala ikan sardin naik daripada RM6 kepada RM8. – BH ONLINE

Sumber MR - 25-5-2018

Rabu, 23 Mei 2018


SST 10% Lebih Baik Dari GST 6%?


Bila Menteri Kewangan menyatakan SST 10% akan menggantikan GST 6%, kita boleh duga lebih awal apa yang akan menjadi "gembiraan" penyokong-penyokong PH tanpa mengetahui apa sebenarnya yang termaktud.

Penyokong PH berkata "Walaupun SST 10%, tapi dikenakan di peringkat pengilang saja la, cuma pengilang kena bayar!!!"
Mereka berkata lagi "Bukan kejam macam GST semua golongan rakyat miskin, fakir, oku, warga emas, ibu tunggal kena bayar!!!"
PH menyarankan SST 10% hanya dikenakan di peringkat pengilang, sedangkan GST 6% sebelum ini dikenakan di semua peringkat perniagaan.



Perhatikan visual di di atas;1. Walaupun SST 10% hanya dikenakan di peringkat pengilang, HARGA JUALAN kepada pengguna akan menjadi LEBIH MAHAL [RM15.00] berbanding kutipan 6% GST di setiap peringkat perniagaan [RM14.85]. Ini kerana SST dikira terus berdasarkan harga produk sedangkan GST hanya dikira berdasarkan margin keuntungan [VALUE ADDED] yang diambil dalam setiap peringkat perniagaan.

Jadi sifir GST 6% + 6% + 6% = 18% hanyalah bahasa orang yang tidak betul-betul faham dengan sistem percukaian ini.

2. Jumlah kutipan cukai oleh kerajaan lebih besar untuk SST [RM1.00] berbanding GST [RM0.84]. Dari satu sudut ianya bagus untuk meningkatkan pendapatan kerajaan, dari sudut lainnya ia lebih membebankan pengguna kerana terpaksa membayar cukai yang lebih mahal.

Kenapa SST terpaksa meletakkan kadar cukai yang lebih tinggi?? Kerana dalam sistem SST kerajaan terpaksa mengambil kemungkinan risiko penipuan cukai seperti yang berlaku di zaman sebelum GST dilaksanakan 2015. Ini kerana SST tidak tercatat dalam resit transaksi dan agar sukar untuk dikesan secara sistematik oleh pihak Kastam.

Hakikatnya, SST sama seperti GST semua golongan rakyat miskin, fakir, oku, warga emas, ibu tunggal yang menjadi PENGGUNA AKHIR yang harus membayarnya. Cuma bezanya GST tertulis di resit pembelian bagi memudahkan sistem kutipan, SST pula diserap terus ke dalam harga barangan yang membawa risiko lebih besar kepada penipuan cukai seperti sebelum GST dilaksanakan dulu.

Penghapusan GST akan merencatkan pendapatan negara sebanyak berpuluh-puluh bilion setahun dan kini kita harus semak & teliti rizab BNM, Petronas, KWSP dll jangan sampai tergadai demi memenuhi Manifesto 100 hari mereka.

- RioRashid #AriseMalaysia


MR : PAS menolak SST dan GST dalam manifestonya dan cuba menegahkan zakat dan cukai koperat. Tapi malang orang Islam sendiri buta bagaimana Allah menwajibkan zakat demi menjaga kesimbangan kaya dan miskin. Solat, berada dalam gerakan Islam (AMANAH) tapi malangnya kurang faham tentang ekonomi Islam.

Sumber MR - 23-5-2018


Harga Petrol Mengikut Harga Pasaran?
Posted on Thursday, April 26 @ 15:02:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39396



Kita betul-betul kena kencing oleh Najib dalam isu harga petrol dan disel. Kerajaan tarik subsidi kerana nak bantu rakyat untuk perkara lain. Harga petrol akan ikut harga pasaran. Sebelum harga petrol dunia turun tapi pelik di Malaysia naik. JANGAN ANDA KENA KENCING LAGI OLEH BN.

XOXO - Islam sebagai penyelesaian masalah ekonomi. Pilihlah ISLAM pada PRU-14 nanti...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 26-4-2018


Harga petrol, diesel turun 1 hingga 3 sen
Posted on Wednesday, March 14 @ 21:51:15 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38636



PETALING JAYA: Berikut harga minyak seluruh negara bermula tengah malam ini.

Sumber HD - 14-3-2018

Harga minyak RON95 naik 1sen lagi
Posted on Wednesday, March 07 @ 18:11:06 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38536


Harga minyak petrol RON95 akan naik 1sen lagi mulai jam 12.01 tengah malam ini.  Untuk sepanjang minggu mendatang, RON95 akan dijual dengan harga RM2.21 seliter.

Harga petrol RON97 pula kekal pada harga RM2.47 seliter.

Harga diesel sebaliknya turun 1sen kepada RM2.17 seliter.

Sumber TKO - 7-3-2018



Jualan menurun kerana pemilik kekal guna kereta lama
Posted on Saturday, March 03 @ 10:08:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38475


PETALING JAYA: Penjual kereta menjangkakan jualan kenderaan dalam 2 tahun akan datang kekal rendah kerana pengguna tidak menukar kereta sekerap dulu.

Persekutuan Persatuan-persatuan Syarikat Motor dan Kredit (FMCCAM) berkata ini kerana harga kereta baharu menurun sejak 2014, selepas kerajaan memberikan diskaun dan pengurangan cukai ke atas keretea hibrid dan kereta berteknologi hijau.


enurun sejak 2014, selepas kerajaan memberikan diskaun dan pengurangan cukai ke atas keretea hibrid dan kereta berteknologi hijau.

Tony-Khor_small (1)
Khor berkata harga kereta baharu menurun sejak 2014 selepas kerajaan memberikan diskaun dan pengurangan cukai ke atas kereta hibrid dan kereta berteknologi tinggi.

Presiden Tony Khor berkata ini menyaksikan harga kereta baharu turun sehingga sekurang-kurangnya 13%, menyebabkan mereka yang membeli kereta sebelum ini tidak dapat menjual kenderaan mereka untuk mendapatkan kembali pinjaman.
“Mereka yang membeli kereta sebelum 2014 tidak menjualnya kerana jika tukar mereka akan tanggung kerugian kerana kereta dibeli pada harga yang lebih tinggi,” katanya kepada FMT.

Khor memberikan contoh sebuah kereta baharu berharga RM100,000 memerlukan wang pendahuluan 10% daripada pembeli. Dengan pinjaman 90% pada kadar faedah 4%, jumlah keseluruhan pembayaran semula boleh cecah RM122,400.

“Pengguna itu perlu membayar RM1,134 sebulan. Selepas 4 tahun, dia sudah membayar RM50,000 tetapi masih ada baki RM70,000.”

Namun pada masa itu, kereta itu tidak mampu dijual pada harga yang cukup untuk membayar baki pinjaman.

Beliau mengulas angka daripada Persekutuan Automotif Asean (AAF) yang menunjukkan jualan kenderaan tahun lepas meningkat di semua negara Asean kecuali Malaysia dan Brunei.

Jumlah keseluruhan jualan di Malaysia turun sebanyak 3,450 unit kepada 576,635 daripada 580,085 pada 2016. Sementara itu Brunei menjual 15% lebih sedikit pada 2017 iaitu 11,209 unit.

Pertumbuhan positif boleh disaksikan dalam pengeluaran dan jualan motorsikal dan skuter.

Malaysia menghasilan 11% lebih banyak motorsikal dan skuter iaitu 440,673 unit tahun lepas berbanding 395,938 unit pada 2016.

Jualan 10% lebih tinggi iaitu 434,850 unit berbanding 396,343 unit pada 2016.

Kadar pinjaman lulus rendah
Khor berkata penurunan jualan juga kerana perubahan pada cara kiraan pinjaman.

Sebelum ini bank memberi pinjaman berdasarkan gaji kasar pemohon.

Pada 2015, bank mula meluluskan pinjaman berdasarkan gaji bersih pemohon, lantas mengurangkan jumlah pemohon yang layak.

“Hampir 70% pembeli kereta baharu berbuat demikian selepas menjual kereta lama. Tetapi kalau orang mula mengekalkan kereta untuk lebih lama lagi, jualan kereta baharu akan turun.”

Khor juga berharap kerajaan akan melonggarkan peraturan pinjaman bank supaya membolehkan orang membeli kereta.

Sumber TKO - 3-3-2018


Harga Petrol Naik 5 Sen, Diesel Naik
Posted on Wednesday, February 28 @ 19:21:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38444



HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga dan empat sen manakala diesel naik lima sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik tiga sen daripada RM2.17 kepada RM2.20 seliter manakala RON97 naik empat sen daripada RM2.43 kepada RM2.47 seliter.

Sementara itu, diesel naik lima sen daripada RM2.13 kepada RM2.18 seliter.
Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 1 Mac hingga 7 Mac 2018.

Simber TKO - 28-2-2018

RON95 turun 6 sen
Posted on Wednesday, February 21 @ 20:32:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38348


Selepas mencatatkan penurunan agak ketara minggu lalu, harga minyak RON95, RON97 dan diesel masing-masing terus turun 6sen, 7sen dan 6sen bermula 12.01 tengah malam ini.


Untuk minggu mendatang, RON95 akan dijual pada harga RM2.17 seliter, RON97 dijual dengan harga RM2.43 seliter dan diesel pula RM2.13.

Minggu lalu menyaksikan RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 dan 1sen manakala diesel pula berkurangan 12sen.

Harga itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, sebentar tadi.

Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu.

Sumber TKO - 21-2-2018



Modal Baru UMNO: Singapura Naikkan Kadar GST Dari 7% ke 9%
Posted on Tuesday, February 20 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38325



SINGAPURA - Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan dari tujuh kepada sembilan peratus dalam tempoh tujuh tahun akan datang, lapor portal berita berbahasa Melayu republik itu, Berita Harian.sg.

Langkah tersebut mengambil kira peningkatan perbelanjaan pemerintah dalam penjagaan kesihatan, infrastruktur dan keselamatan, yang dijangkakan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Menurut Menteri Kewangan Heng Swee Keat dalam pembentangan Belanjawan Singapura 2018 hari ini, kenaikan itu akan dikuatkuasakan antara tahun 2021 dan 2025.

Heng berkata bahawa langkah tersebut perlu kerana “setelah mempertimbangkan pilihan yang lain untuk menguruskan perbelanjaan pada masa akan datang dengan berjimat dan meminjam untuk infrastruktur, jurang masih didapati.”
Ini merupakan kali kedua kadar GST dinaikkan.


Pada tahun 2007, kadar cukai dinaikkan daripada lima peratus ke tujuh peratus dan diumumkan oleh bekas Menteri Kewangan ketika itu, Lee Hsien Long semasa pembentangan Belanjawan pada 15 Februari 2007. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 20-2-2018


RON95 turun 10 sen, RON97 turun 11 sen
Posted on Wednesday, February 14 @ 21:43:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38233


Harga minyak RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10sen, 11sen dan 12sen bermula 12.01 tengah malam ini.


Untuk minggu mendatang, RON95 akan dijual pada harga RM2.23 seliter, RON97 dijual dengan harga RM2.50 seliter dan diesel pula RM2.19.

Ia berbeza dengan minggu lepas yang menyaksikan kenaikan 2sen untuk RON95 dan 3sen untuk RON97 dan diesel.

Penurunan itu pasti melegakan orang ramai yang berulang alik ke kampung halaman untuk merayakan Tahun Baru Cina yang bermula esok malam.

Sumber TKO - 14-2-2018


Proton jawab Pekema, suruh pengedar naik taraf kedai
Posted on Tuesday, February 13 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38202


Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) menggesa pengedarnya untuk menaik taraf outlet mereka dalam tempoh 2018 hingga 2020.

Ia berkata, sasaran untuk 2018 adalah untuk meningkatkan bilangan outlet 3S (jualan, servis dan alat ganti) di seluruh negara bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dengan pengenalan beberapa model baru tahun ini.

“Ketika ini pengedaran 3S/4S di seluruh negara hanyalah 30 peratus dan 70 peratus adalah kemudahan 1S (jualan) di mana pengedar hanya menjual kenderaan tanpa menawarkan sebarang perkhidmatan selepas jualan.

“Kami tahu wang yang banyak perlu dibelanjakan oleh pengedar dalam eksesais ini.

 Oleh itu kami memperkenal skim khas bagi membanti pengedar dalam usaha menaik taraf kepada premis baharu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengeluar kereta nasional itu berkata, selain itu pengedar terlibat akan menikmati margin lebih tinggi ke atas kereta yang dijual sehingga tiga tahun.

POBSB berkata, pada masa lalu, pengedar Proton menikmati margin empat peratus berdasarkan volum bulanan sebanyak 40 unit yang dipersetujui dengan syarikat itu untuk melayakkan mereka mendapat insentif jualan.

Ia telah menyemak semula skim itu dengan menurunkan kadar itu untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan keseluruhan pengedar.

Skim itu selaras dengan cabaran semasa yang dihadapi oleh pengedar dan syarikat akan terus mengawasi keadaan tersebut untuk memastikan pertumbuhan perniagaan dapat dicapai.

Di samping itu, skim insentif suku tahunan juga disediakan sepanjang tahun, di mana pengedar memperoleh pendapatan tambahan dengan melepasi sasaran jualan mereka, serta sokongan insentif negeri untuk aktiviti pengedar.

Mengulas dakwaan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) yang pengedar Bumiputera menerima tekanan, PONSB berkata, ia mengakui cabaran sukar yang dihadapi mereka sejak bertahun-tahun sebelum ini.

Pengeluar kereta nasional itu berkata, sejak tahun 2000, kemerosotan penguasaan pasaran dan jumlah jualan telah mempengaruhi keupayaan syarikat untuk membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunannya, yang menyebabkan syarikat ketinggalan berbanding pesaingnya dari segi teknologi dan daya saing produk.

Ia juga secara tidak langsung menjejaskan pelaburan dalam membangunkan rangkaian, kakitangan dan keupayaan pengeluaran syarikat, tambahnya.

Dalam usaha untuk menangani penurunan ini, pengeluar kereta nasional itu telah mencuba pelbagai pendekatan, termasuk perkongsian platform dengan jenama lain untuk membangunkan enjin dan transmisi sendiri bagi mengurangkan pergantungan kepada komponen yang diimport.

"Walaupun tindakan ini membawa hasil yang positif, ia masih tidak berjaya menangani kemerosotan jualan dan penguasaan pasaran di Malaysia serta seberang laut.

"Oleh itu, keperluan untuk rakan kongsi strategik asing menjadi lebih jelas jika Proton ingin memulihkan kedudukan sebagai peneraju pasaran automotif Malaysia.
"Ini juga akan membantu aspirasi kami untuk mengembangkan jenama itu di dalam dan di luar negara, yang merupakan penggerak utama bagi rancangan perniagaan syarikat pada masa depan," kata PONSB.

- Bernama

Sumber TKO - 13-2-2018

KWSP umum dividen Simpanan Konvensional 6.9%, Simpanan Syariah 6.4%
Posted on Saturday, February 10 @ 22:32:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38182



KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan kadar dividen 6.9% bagi Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion dan 6.4% bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM3.98 bilion.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 sebanyak RM48.13 bilion, peningkatan 29.8% dari 2016.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata keseluruhan prestasi 2017 merupakan tahun penting bagi KWSP memandangkan ia kini menguruskan 2 skim simpanan dan mengisytiharkan 2 kadar dividen.

“Simpanan Syariah menunjukkan prestasi kukuh untuk pengisytiharan dividen pertama.

“Ini membuktikan prestasi aset Syariah KWSP yang mapan, seterusnya memberikan berita baik kepada ahli kami yang telah bertukar kepada Simpanan Syariah. Untuk Simpanan Konvensional, kadar 6.9% merupakan kadar tertinggi pernah diumumkan sejak 1997,” katanya.

KWSP berkata, pengagihan dividen bagi setiap akaun diperoleh daripada jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

Simpanan Syariah hanya memperoleh pendapatan mengikut bahagiannya daripada aset syariah, manakala bagi Simpanan Konvensional, sebanyak 38% pendapatan diperoleh daripada aset syariah dan 62% daripada aset bukan syariah.

Sementara itu, pendapatan pelaburan kasar bagi 2017 adalah RM53.14 bilion, jumlah tertinggi sejak penubuhan KWSP pada 1951.

KWSP berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM4.60 bilion diatribusikan kepada Simpanan Syariah, mengikut bahagiannya daripada jumlah keseluruhan aset syariah, manakala RM48.54 bilion diatribusikan kepada Simpanan Konvensional.

Pulangan bagi Simpanan Konvensional ditingkatkan pendapatan diperoleh daripada pelaburan bukan syariah, berikutan peningkatan prestasi saham perbankan sedunia, manakala Simpanan Syariah tidak dilaburkan dalam saham perbankan konvensional memandangkan ia tidak patuh syariah.

Di samping itu, KWSP berkata, rosot nilai ekuiti daripada saham patuh syariah, terutamanya daripada sektor minyak dan gas dan telekomunikasi menurunkan pendapatan portfolio syariah KWSP.

Samsudin berkata, sememangnya terdapat perbezaan pulangan Simpanan Syariah berbanding Simpanan Konvensional dalam jangka pendek.
kwsp_9
“Bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, prestasi kedua-dua skim ini dijangka tidak jauh berbeza memandangkan kedua-duanya mempunyai objektif dan strategi pelaburan sama.

“Sebagai sebuah dana simpanan persaraan, objektif kami adalah untuk melindungi dan menambah nilai simpanan persaraan ahli kami dan ini boleh dinilai daripada kadar dividen diisytiharkan berbanding kadar inflasi Malaysia.

“Bagi 2017, kadar dividen yang diisytiharkan untuk Simpanan Syariah dan Simpanan Konvensional masing-masing adalah pada 2.61% dan 3.11% melebihi kadar inflasi sebanyak 3.79%,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang 3 tahun lepas, KWSP mengisytiharkan kadar dividen melebihi sasaran 2% dividen sebenar, masing-masing sebanyak 3.51% dan 3.67%.

Mengenai pengagihan dividen 2017 sebanyak RM48.13 bilion, beliau berkata, jumlah perlu diagihkan untuk setiap 1% kadar dividen adalah RM7.02 bilion, selaras pertumbuhan tahunan baki simpanan ahli sebanyak 10.98% sejak 1990.

Setakat 31 Disember 2017, jumlah simpanan ahli adalah RM768.51 bilion, yang mana RM67.76 bilion di bawah Simpanan Syariah dan RM700.75 bilion di bawah Simpanan Konvensional.

“Ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi dalam menguruskan dana besar seperti KWSP bagi menjana pulangan pelaburan konsisten dan mampan untuk jangka panjang.

“Ini juga merupakan tujuan mengapa kami mempelbagaikan pasaran luar negara memandangkan peningkatan nilai aset global memberi peluang kepada kami untuk mengaut keuntungan daripada pasaran dan kelas aset berbeza,” katanya.'

KWSP berkata, jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi 2017 adalah RM53.14 bilion meningkat 14.13% daripada RM46.56 bilion pada 2016 dan jumlah itu meningkat sebanyak 11.90% sejak 2007, dan bersamaan 7.30% pulangan atas pelaburan (ROI).

Samsudin berkata, pelaburan KWSP memberikan ROI tahunan 3 tahun sebanyak 7.3% dan ini merupakan satu pencapaian membanggakan, memandangkan KWSP adalah sebuah dana seimbang dengan pendedahan sebanyak 50% terhadap instrumen pendapatan tetap.

Menurut KWSP, pengkreditan dividen 2017 akan dilaksanakan pada Ahad, 11 Februari 2018 dan ahli boleh mendapatkan maklumat terkini melalui www.kwsp.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun.

Ahli yang ingin menukar ke Simpanan Syariah 2019 boleh mendaftar sebelum 24 Disember 2018.

Sumber TKO - 10-2-2018


KWSP mungkin umum dividen tertinggi 7% dalam 22 tahun
Posted on Saturday, February 10 @ 14:31:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38176



PETALING JAYA: Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mungkin yang tertinggi dalam tempoh 22 tahun.

Ini susulan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada bulan lalu yang berkata, dana itu akan meneruskan rekod prestasi 5 tahunnya untuk mengatasi inflasi sekurang-kurangnya 3.5% mata.

Susulan pendedahan kerajaan yang kadar inflasi tahun lalu sebanyak 3.7%, spekulasi kini timbul yang dividen KWSP mungkin sekurang-kurangnya 7.2%, lapor The Straits Times.

Ini berbanding dividen 5.7% yang diumumkan tahun lalu dan 6.4% pada 2016. Pembayaran kepada pencarum bagi 2 tahun itu masing-masing berjumlah RM37 bilion dan RM38 bilion.

Akhbar Singapura itu berkata, berdasarkan dividen yang dijangka lebih tinggi tahun ini, jumlah pembayaran juga dijangka mencapai rekod baharu RM40 bilion buat julung kali.

Langkah itu tidak mengejutkan kebanyakan pemerhati kerana tahun ini Malaysia akan mengadakan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dijangka paling sukar pernah dihadapi Barisan Nasional tidak lama lagi.

Jika KWSP mengikut trend 5 tahunnya, ia adalah pertama kali sejak 1 yang dividen itu mencecah 7%, hanya setahun sebelum krisis mata wang menjejaskan ekonomi.
Sejak itu, dividen tertinggi diagihkan KWSP ialah 6.84% pada 1999, ketika BN berdepan satu lagi tahun PRU mencabar, berdepan pakatan pembangkang diketuai Parti Keadilan Nasional, PAS dan DAP, susulan penahanan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain faktor PRU14, ada penganalisis berpendapat tahun lalu baik untuk pasaran ekuiti.

Permodalan Nasional Berhad pada Disember lalu mengumumkan pembayaran dividen 7% bagi 2017 berbanding 6.75% pada 2016.

“Berdasarkan prestasi pelaburan dan aset portfolio KWSP, tidak hairan kadar dividen mungkin lebih tinggi daripada 6%,” kata pensyarah ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng dipetik The Sun.

Sumber TKO - 10-2-2018






































































Petrol Prices Up For Week Beginning Feb 8

Petrol prices are up for the week beginning on Feb 8 while diesel prices are down.

RON95 petrol will be priced at RM2.33 per litre (up two sen from RM2.31) while RON97 will retail at RM2.61 per litre (up three sen from RM2.58).

Diesel will retail at RM2.31 per litre, down three sen from RM2.34 per litre.

The new prices were announced on RTM1 on Wednesday evening and will take effect from 12.01am on Thursday (Feb 8) until Feb 14.

The weekly fuel pricing mechanism came into effect in April last year and the prices of petrol and diesel was been placed on a managed monthly float system from Dec 1, 2014 following the removal of fuel subsidies.

Sumber BO - 8-2-2018


Petrol naik 2 sen, diesel naik 3 sen
Posted on Thursday, February 01 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38020



Harga minyak petrol di Malaysia dipengaruhi secara langsung oleh harga pasaran minyak yang telah diproses (refined oil) iaitu berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan bukannya dipengaruhi oleh pasaran harga minyak mentah (crude oil)

Satu lagi kalau nak turun harga minyak pasti UMNO/BN dijatuhkan pada PRU14 nanti sokong PAS. 

Sumber TKO - 1-2-2018

Pengguna Semakin Tertekan Dengan Kenaikan ‘Kadar Faedah’


Jawatankuasa Polisi Kewangan (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) akhirnya menaik Kadar Faedah Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25% sebagaimana pengumuman BNM hari ini.

Dalam kenyataan BNM menjelaskan bahawa kenaikan OPR itu antara lain adalah untuk menormalkan suasana penggunaan kewangan negara.

Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (PAS) telah beberapa kali menegaskan pandangan kami, termasuk yang terbaru pada 23 Januari 2018, bahawa OPR tidak sepatutnya dinaikkan pada tempoh ini walaupun keadaan ekonomi yang tumbuh dan dalam momentum menaik sekarang. Walaupun beberapa penganalisa telah menjangkakan kenaikan ini, PAS tetap berpandangan ianya tidak produktif kepada pasaran dan pengguna.

Meneliti kenyataan BNM tersebut, kami berpandangan tindakan terbaru dari BNM ini dibuat dalam keadaan pra-matang dan bukannya tindakan yang terdesak. Ini berdasarkan kenyataan BNM bahawa ianya bertujuan sebagai langkah awal (pre-emptive) untuk menormalkan suasana penggunaan kewangan bagi mengelak tekanan inflasi. Langkah ini dilihat tidak mesra, khususnya kepada pengguna. Walaupun ekonomi tumbuh mapan sekarang, namun hakikatnya pengguna masih dalam keadaan tertekan. Suasana tertekan pengguna ini boleh dilihat dengan data terkini Indeks Harga Pengguna (CPI) dan kadar tabungan rakyat. Mengikut Jabatan Statistik CPI untuk Disember 2017 terus naik iaitu sebanyak 3.5% berbanding setahun lalu.

Jesteru itu BNM sepatutnya memberi lebih masa dan ruang agar pengguna boleh membuat penyesuaian dan normalisasi dalam suasana pasaran yang menekan sekarang. Apa lagi bilamana BNM sendiri menyatakan bahawa kenaikan ini hanyalah langkah awal bagi menormalkan suasana penggunaan kewangan. Ini bermakna ianya bukanlah langkah terdesak yang, tidak boleh tidak, perlu dilakukan. Sepatutnya BNM perlu lebih bertimbang rasa dalam tindakan pengawalannya, tanpa menjejaskan pasaran.

Dengan tindakan terbaru ini maka peluang kepada pengguna untuk memperolehi sedikit ruang bertenang bagi menyesuaikan diri dengan tekanan pasaran telah terhapus. Lebih parah lagi pendapatan boleh guna pengguna juga akan berkurangan yang akhirnya akan merencat penggunaan domestik. Dalam suasana ini, PAS mencadangkan kepada semua pengguna agar meningkatkan lagi hemah dalam perbelanjaan dan memaksimakan langkah untuk menabung bagi mengambil peluang daripada OPR yang baharu ini.

MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi,
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.
09 Jamadil Akhir 1439H
26 Januari 2018

Sumber BO - 28-1-2018


Harga Petrol, Diesel Turun Satu Sen
Posted on Wednesday, January 24 @ 19:18:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37889



HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun satu sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun satu sen daripada RM2.30 kepada RM2.29 seliter manakala RON97 turun satu sen daripada RM2.57 kepada RM2.56 seliter.

Sementara itu, diesel turun satu sen daripada RM2.32 kepada RM2.31 seliter.
Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 25 Januari hingga 31 Januari 2018.
- Harian Metro

Sumber TKO - 24-1-2018




Harga Minyak Petrol Naik Sikit, Diesel Tetap Kekal
Posted on Wednesday, January 17 @ 22:58:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37782



PUTRAJAYA - Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan petrol naik sedikit manakala diesel tetap kekal.

Ia memang sudah dijangka susulan permintaan kukuh ketika Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan pengeluaran menyaksikan bekalan minyak mentah merosot dan trend harga naik di pasaran global.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 naik empat sen kepada RM2.30 seliter berbanding RM2.26 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu akan datang juga ditetapkan bertambah empat sen kepada RM2.57 seliter daripada asalnya RM2.53 seliter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan masih kekal lagi kepada RM2.32 seliter, iaitu langsung tidak berubah sejak lebih dua minggu sebelumnya.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 18 Januari sehingga 11.59 malam pada 24 Januari 2018.

Mulai 29 Mac tahun lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar yang lebih stabil berbanding harga bulanan dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 18-1-2018


Harga Petrol Jatuh 3 Sen, Diesel Pula Kekal Sama
Posted on Wednesday, January 10 @ 18:35:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37680



PUTRAJAYA - Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis petrol jatuh manakala diesel kekal sama.

Ia tidak dijangka ekoran trend permintaan positif hasil usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan pengeluaran menyaksikan bekalan minyak mentah merosot dan harga naik di pasaran global.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 jatuh tiga sen kepada RM2.26 seliter berbanding RM2.29 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu akan datang juga ditetapkan merudum tiga sen kepada RM2.53 seliter, daripada asalnya iaitu RM2.56 seliter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan kekal kepada RM2.32 seliter, iaitu langsung tidak berubah berbanding ketika tempoh seminggu sebelumnya.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 11 Januari sehingga 11.59 malam pada 17 Januari 2018.

Mulai 29 Mac tahun lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar yang lebih stabil berbanding harga bulanan dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 10-1-2018



Selamat Tinggal Ampang Park Selepas Lebih 4 Dekad
Posted on Monday, January 01 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37533



KUALA LUMPUR - Setelah 44 tahun beroperasi, kompleks beli-belah Ampang Park akan menutup tirainya hari ini dan detik-detik akhir itu meninggalkan perasaan bercampur-baur bagi peniaga serta pengunjung setianya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kompleks nostalgia itu.

Tinjauan Bernama mendapati sehingga hari terakhirnya, Ampang Park masih menjadi tumpuan warga kota walaupun hari ini kunjungan mereka bukan sekadar untuk membeli-belah tetapi rata-ratanya datang bagi mengimbau kembali kegemilangan kompleks beli-belah tertua negara itu.

Seorang peniaga, Pritam Ranai, 65, Ampang Park merupakan ‘taman permainan’ buat tiga anaknya kerana anaknya membesar di situ.

Pritam membuka kedai pakaian lelaki sekitar 40 tahun lepas menamakan kedainya Jason’s sempena nama seorang daripada anak lelakinya dan ternyata penutupan Ampang Park memberi kesan nostalgik kepada dirinya.

“Saya tidak boleh tidur lena sejak minggu lepas kerana masalah ini, dan saya juga cuba untuk menjual apa saja barangan sebelum kami menutup kedai hari ini.

“Pelanggan saya mengatakan bahawa mereka ingin membeli sesuatu dari kedai saya sebagai kenangan Ampang Park,” katanya dan menambah kedai beliau akan berpindah ke KL Trillion tahun depan.

Richard Lee, 48, pemilik salun rambut Minas pula berkata walaupun beliau akur dengan keputusan pihak kerajaan untuk menutup kompleks beli-belah itu, namun beliau masih menzahirkan rasa terkilan kerana perniagaan tersebut merupakan sumber pendapatannya sejak tahun 1992.

“Walaupun saya akan berpindah ke lokasi perniagaan baharu di The Ampwalk, namun pastinya ia tidak sama kerana saya perlu bermula dari bawah seperti waktu mula-mula berniaga dahulu,” katanya.

Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang turut kelihatan berlegar di kompleks beli-belah itu berkata Ampang Park begitu signifikan kerana ia banyak membantu golongan Bumiputera terutama Melayu dalam perniagaan mereka.
“Hari ini merupakan hari terakhir kompleks ini beroperasi, memang saya agak sedih kerana saya selalu ke sini untuk mencari barang keperluan.

“Bagaimanapun pembangunan harus diteruskan seiring dengan arus pemodenan negara,” katanya.

Ampang Park dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang awam pada 15 Mac 1973, menjadikannya kompleks beli-belah pertama di negara ini dengan keseluruhan 250 lot premis yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan selain perkhidmatan untuk warga kota.

Kompleks berkenaan akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) Ampang Park.

Penjawat awam Norazean Farina Dawam, 37, yang ditemui ketika leka ‘mencuci mata’ di kompleks beli-belah itu berkata beliau jarang ke Ampang Park sejak berpindah ke Cyberjaya, namun tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama orang ramai pada hari terakhir kompleks berkenaan.

“Saya lihat banyak kedai di tingkat bawah membuat jualan lelong dan saya sempat membeli beberapa barangan seperti kasut dan baju,” katanya yang ditemani suami Johan Kurniawan Suar Nor, 37.

Dalam pada itu, restoran McDonald’s di Ampang Park, di sini hari ini tidak melepaskan peluang mencipta kenangan manis bersama pelanggannya sebelum ia ditutup selamanya bermula esok.

Restoran berkenaan yang telah beroperasi di kompleks beli-belah itu hampir tiga dekad, menutup sejarahnya dalam suasana cukup meriah dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti persembahan busker, lukisan muka, gubahan belon dan sesi fotografi.

Pengarah Kanan Pemasaran, Komunikasi dan Penyelidikan McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata pelanggan boleh mencipta memori baharu di McDonald’s yang baru dibuka di Intermark, di Jalan Tun Razak di sini.

“Restoran yang dibuka sejak seminggu lepas kini menawarkan suasana moden buat pelanggannya iaitu dengan konsep teknologi baharu dan perkhidmatan pelanggan yang inovatif.

“Antaranya pelanggan kini boleh membuat pesanan sendiri di kiosk layan diri, cara ini memudahkan dan mampu mengurangkan masa menunggu tanpa perlu beratur panjang,” katanya semasa merasmikan majlis penutupan McDonald’s Ampang Park di sini, hari ini.

Beliau berkata pelanggan yang bekerja atau tinggal di kawasan berhampiran Ampang Park masih boleh mendapatkan hidangan McDonald’s tanpa perlu berjalan jauh. – BERNAMA

Sumber TKO - 1-1-2018


Petrol turun 1 sen, diesel naik 3 sen
Posted on Wednesday, December 27 @ 20:03:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37460



PETALING JAYA: Berikut harga minyak seluruh negara bermula malam ini.

Harga runcit minyak 28 Dis – 3 Jan, 2017

Sumber TKO - 27-12-2017



Dr M dakwa BNM di bawah Najib jual dolar AS dalam rizab negara
Posted on Monday, December 25 @ 00:23:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37426



PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani cuba mengelirukan rakyat dengan menyalahkan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak AS$39.6 bilion (RM161.6 bilion kadar tukaran mata wang sekarang) dari 2013 hingga 2015 kepada aliran keluar dana asing.

Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu berkata, aliran keluar itu hanya boleh disebabkan BNM menjual dolar Amerika Syarikat (AS) dalam rizab negara sehingga menyebabkan kerugian.

“Ini diakui Bank Negara sendiri. Ini yang berlaku apabila ringgit dibenarkan terapung,” dakwanya.

“Boleh Encik Johari jelaskan macam mana lagi rizab boleh susut?

“Bolehkah beliau menjelaskan kenapa Bank Negara perlu mengikut trend dan menyertai aliran keluar dolar AS?” tulisnya dalam catatan blognya.

Bekas perdana menteri itu turut mempersoalkan mengapa BNM menjual dolar untuk ringgit susut nilai, sedangkan sektor swasta bertindak sebaliknya dengan menjual ringgit susut nilai untuk dolar.

Pada 19 Disember lalu, Johari berkata, kerugian itu akibat aliran keluar dana asing, bukannya disebabkan dagangan pertukaran wang asing oleh BNM.

Beliau berkata, aliran keluar itu disebabkan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global yang lemah, jangkaan dasar normalisasi monetari AS dan penurunan mendadak harga minyak global.

Johari berkata demikian sebagai tindak balas terhadap dakwaan Dr Mahathir pada 10 Disember lalu yang kerugian AS$39.6 bilion lebih banyak daripada kerugian ditanggung BNM dalam urus niaga forex ketika beliau menjadi perdana menteri pada awal 1990-an.

Bagaimanapun, katanya, tiada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kerugian antara 2013 hingga 2015 itu yang berlaku di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tidak seperti RCI yang menamatkan siasatan ke atas kerugian forex pada 1990-an.

Hari ini, Dr Mahathir berkata, walaupun pelabur asing menjual saham mereka di Malaysia untuk mendapatkan wang ketika ringgit susut nilai dari 2013 hingga 2015, BNM menyimpan mata wang asing dalam bentuk bon AS.

“Tugasnya adalah mengekalkan nilai ringgit Malaysia, sekiranya pasaran hilang keyakinan terhadap pengurusan kewangan kerajaan, antara lain.”

Untuk berbuat demikian, katanya, BNM perlu membeli ringgit dan menunjukkan wujud permintaan untuk mata wang tempatan itu.

“Tetapi, Bank Negara boleh beli ringgit menggunakan apa? Sumber paling jelas ialah rizab mata wang asing dalam simpanannya. Hakikatnya, Bank Negara mendagangkan dolar AS daripada rizab negara untuk ringgit susut nilai.”

Katanya, walaupun penurunan nilai ringgit berjaya dihalang pada awalnya, namun kekurangan keyakinan berterusan dalam pasaran mungkin memaksa ia terus susut nilai.
“Dan Bank Negara perlu menggunakan lebih banyak dolar AS dalam rizab untuk menampung ringgit. Seperti yang kita tahu, ringgit tidak pulih pada tahun berkenaan,” katanya.

Sumber TKO - 24-12-2017


Kes tipu tawaran telefon murah paling tinggi
Posted on Sunday, December 24 @ 17:12:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37424



SEREMBAN: Terpedaya dengan harga murah telefon pintar, menjadi antara aduan tertinggi diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri sepanjang tahun ini.

Ketua Penguatkuasanya, Azizan Abdullah, berkata pengguna tertarik dengan harga murah yang ditawarkan menerusi atas talian, sebelum meneruskan pembelian dengan menghubungi penjual.

Katanya, masalah bermula sebaik pembeli memasukkan duit ke akaun penjual kerana barangan tidak tiba, atau tidak sama dengan yang dipaparkan.

"Sejak Januari hingga Rabu lalu, sebanyak 134 aduan atas talian diterima termasuk aduan pakaian kanak-kanak dan alat kosmetik, manakala 11 daripadanya dapat diselesaikan," katanya di sini.

Azizan berkata, isu kepenggunaan melalui transaksi perniagaan secara elektronik boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urusniaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Katanya, peraturan yang dikuatkuasakan pada 2013 itu bertujuan memberi perlindungan kepada pengguna.

"Saya berharap pengguna menyimpan maklumat urus niaga supaya tindakan mudah diambil jika berlaku sebarang penipuan," katanya.

Selain itu katanya, pengendali laman perniagaan atas talian juga perlu menyimpan dan menyelenggara maklumat peniaga mereka dalam tempoh dua tahun.

Maklumat yang penting termasuk nama peniaga, nombor pendaftaran perniagaan, nombor telefon, keterangan barang atau perkhidmatan, harga, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa barangan sampai kepada pembeli.

"Perkara ini penting untuk pihak kami menjalankan siasatan jika berlaku sebarang kes, manakala peniaga atas talian yang menjual barangan mereka seperti di web site, blog, media sosial atau laman perniagaan atas talian perlu turut sama perlu mendedahkan butiran berikut untuk mengelakkan penipuan," katanya.

Sumber TKO - 24-12-2017



Bitcoin mudahkan aktiviti haram, jenayah
Posted on Thursday, December 21 @ 08:04:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37390



PETALING JAYA: Pakar keselamatan siber memberi amaran kemudahan menggunakan mata wang digital Bitcoin boleh digunakan untuk aktiviti haram, termasuk pengubahan wang.

Pakar keselamatan CF Fong berkata wang yang dihantar melalui transaksi Bitcoin tidak boleh dikesan.

“Dengan Bitcoin anda boleh menghantar wang dari satu hujung dunia ke hujung lain tanpa badan pentadbiran berpusat,” katanya.

“Itu sebabnya begitu banyak kerajaan di dunia bimbang akan transaksi Bitcoin.”

Menurutnya, transaksi Bitcoin tidak boleh disekat atau dikesan, menyebabkan ia digemari mereka yang melakukan pengubahan wang haram.

“Tiada cara untuk mengesan lokasi asal dan destinasi wang itu.

“Pengedaran dadah, penjualan senjata api dan bayaran tebusan penculikan juga boleh dijalankan menggunakan Bitcoin kerana ia tidak dapat dikesan,” katanya.

Fong turut menyentuh kutipan wang haram daripada orang ramai oleh syarikat multi-level marketing (MLM) yang mendakwa mempunyai mata wang digital tersendiri.

“Anda perlukan lesen untuk mengutip wang daripada orang ramai. Tapi kebanyakan syarikat MLM menggunakan konsep ‘Initial Coin Offerings’ (ICO) untuk mengutip dana.”

Fong berkata ICO menambah kekeliruan tentang bagaimana mata wang digital beroperasi.
“Biasanya, jualan mereka seperti ini: ‘jika anda terlepas kerubut Bitcoin, kami ada mata wang digital tersendiri yang boleh anda manfaatkan’.

“Kebanyakan MLM di Malaysia menggunakan cara ini untuk perdaya orang ramai.

Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini dilaporkan akan bermesyuarat dengan pedagang tukaran mata wang digital yang aktif untuk menerangkan mengenai kewajipan para pedagang melaporkan kegiatan mereka di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Jual beli Bitcoin boleh dilakukan melalui tukaran mata wang digital yang banyak diwujudkan di seluruh dunia.


BNM kini merangka dasar untuk mengharamkan tukaran seperti itu di Malaysia dan menghalang penipuan termasuk pelancaran sesebuah ICO untuk mengutip wang daripada orang ramai.

Sumber TKO - 21-12-2017



Harga petrol naik 2sen, diesel 3sen Hari Ini
Posted on Thursday, December 21 @ 06:48:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37385


Selepas dua minggu jatuh, harga petrol dan diesel untuk minggu mendatang naik kembali 2sen dan 3sen.


Mulai tengah malam ini, harga baru RON95 ditetapkan pada RM2.27 seliter manakala RON97 pula RM2.54 seliter.

Diesel pula akan dijual pada harga RM2.23 berbanding RM2.20 seliter pada minggu ini.
Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Sumber TKO - 21-122-2017


MTEM: Kerajaan perlu jawab persoalan Daim
Posted on Wednesday, December 20 @ 12:29:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37381


Kerajaan perlu menjawab kebimbangan yang dibangkitkan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin baru-baru ini berhubung pelaburan yang dibawa China di Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata ini kerana isu tersebut jelas menjadi kekhuatiran banyak pihak.

“Betul, kami setuju dengan persoalan Tun Daim adakah ia satu pelaburan atau pinjaman dan kalau ia pinjaman bagaimanakah kita dapat memastikan kesan daripada pinjaman itu melebihi positif dari negatif.

“Tapi saya rasa tak perlu untuk saya kupas dengan lebih panjang kerana isu ini jelas adalah kerana kekhuatiran sesetengah pihak tentang seperti apa yang saya kata tadi adakah kita mendapat hasil sewajarnya dengan pelaburan yang dibuat,” kata Ahmad Yazid dalam sidang media selepas mesyuarat Agung Tahunan MTEM di Cyberjaya, hari ini.

Beliau mengulas persoalan yang dibangkitkan Tun Daim mengenai pelaburan China untuk projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Tun Daim ketika ditemui media pada Ahad lalu selepas menghadiri sesi dialog tertutup anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Subang Jaya, Selangor membangkitkan persoalan sama ada kerajaan perlu membuat bayaran semula kepada pembiayanya China.
Mengulas lanjut Ahmad Yazid berkata pihaknya juga turut khuatir dengan apa yang menjadi kebimbangan Tun Daim.

“Kami khuatir tetapi kami tidak mahu membuat satu kenyataan yang terburu-buru, kita tunggu lagi kenyataan-kenyataan daripada kerajaan untuk meyakinkan rakyat keberkesanan program ini dari segi menjana ekonomi negara.

“Untuk setengah perkara kami ada bincangkan perkara itu tapi kami ambil pendekatan tunggu dan lihat bagaimana perkara itu akan dikongsikan dengan rakyat sebelum ia diulas dengan lebih lanjut beserta data-data yang lengkap dan kami juga tak mahu jump the gun,” kata Ahmad Yazid.

Oleh demikian, Ahmad Yazid berkata adalah perlu untuk satu kajian dilakukan pihak terlibat selain pembentangan khusus mengenainya.

“Sebuah kajian perlu dilakukan dan perlu dibentang untuk menenangkan pihak-pihak yang merasa khuatir dengan isu yang disebutkan oleh Tun Daim itu,” tambah Ahmad Yazid.

Sumber TKO - 20-12-2017

Projek disokong China itu pelaburan atau pinjaman?
Posted on Monday, December 18 @ 15:27:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37342


Sejumlah projek yang mendapat sokongan Beijing mungkin menjadi bukti kepada Putrajaya bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memiliki kuasa tarikan pelaburan asing yang berkesan.


Namun tanggapan itu tidak dikongsi bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.
Ditanya mengenai pelaburan China untuk projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) Daim sebaliknya menyoal sama ada kerajaan perlu membuat bayaran semula kepada pembiayanya.

"Kalau bayar semula duit, maknanya apa? Kalau kamu seorang pelabur kamu akan kata apa?
"Itu bukan pelaburan, itu pinjaman," katanya mengenai projek yang dibangunkan kontraktor melalui pembiayai Export-Import Bank of China (Exim Bank).

Daim ditemui media selepas menghadiri sesi dialog tertutup anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Subang Jaya, Selangor hari ini.

Beliau sebelum itu ditanya sama ada perlu wujud kebimbangan terhadap pelaburan yang dibawa China di Malaysia.

Selain ECRL, satu lagi projek yang mendapat pembabitan meluas Beijing ialah projek pembangunan petempatan mega Forest City di Johor Bahru.

Terdahulu Daim berkata beliau percaya rakyat Malaysia perlu bersatu untuk mencipta suasana lebih kondusif buat pelaburan asing sekali gus mengembangkan ekonomi negara.

"Saya baca beberapa laporan mengatakan ramai lepasan universiti sekarang ada masalah mendapatkan pekerjaan.

"Justeru kerajaan mesti memastikan hal ini ditangani segera," katanya.

Bulan lalu Kementerian Kewangan melalui jawapan di Dewan Rakyat memberitahu kos menyiapkan ECRL kekal pada RM55 bilion dan 85 peratus daripadanya dibiayai melalui pinjaman mudah dijamin kerajaan daripada Exim Bank.

Sumber TKO - 18-12-2017



Transaksi Mata Wang Digital Bernilai RM75 Juta Sebulan
Posted on Friday, December 15 @ 20:11:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37302



KUALA LUMPUR -- Malaysia menyaksikan transaksi sebanyak RM75 juta sebulan diproses melalui platform mata wang digital, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Timbalan Gabenor, Abdul Rasheed Ghaffour berkata, nilai itu masih kecil berbanding dengan permodalan pasaran mata wang digital di seluruh dunia yang berjumlah AS$420 bilion (AS$1=RM4.07).


Bagaimanapun, beliau berkata, BNM mengambil langkah ke hadapan dengan merancang untuk memperkenalkan dasar obligasi pelaporan yang akan menjadikan mata wang digital lebih telus dan untuk mengelak penyalahgunaan mata wang digital untuk pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan awal tahun depan.

"Dengan adanya obligasi pelaporan itu akan menjadikan bursa mata wang digital sebagai institusi pelaporan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)," katanya kepada pemberita pada majlis taklimat di sini, hari ini.

Abdul Rasheed berkata, dasar yang dicadangkan itu juga akan membolehkan bank pusat mengumpul lebih banyak data dan pemahaman mengenai mata wang digital yang akan membantu BNM menentukan hala tuju masa depan.

"Maklumat yang kita lihat ialah jumlah urus niaga, penukaran mata wang digital kepada wang fiat serta mata wang digital ke mata wang digital yang lain," katanya.

Beliau berkata, BNM juga akan mengumpulkan maklumat mengenai nilai urus niaga, pembelian bersih dan transaksi jualan, tujuan urus niaga, kaedah pembayaran, bilangan akaun pelanggan dan nilai akaun pelanggan yang belum dijelaskan.

Menurutnya, dasar itu, apabila dikuat kuasa, akan memerlukan bursa mata wang digital untuk melaporkan secara bulanan kepada bank pusat dan kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan denda tidak melebihi RM1 juta.

Bagaimanapun, Abdul Rasheed berkata, BNM tidak berhasrat untuk mengharamkan penggunaan mata wang digital di Malaysia kerana tindakan itu akan membunuh inovasi dan kreativiti.

"Apa yang penting adalah untuk mewujudkan satu keseimbangan. Kami mahu melihat inovasi dan kreativiti yang dapat memberi manfaat kepada pengguna dan negara sambil melindungi integriti sistem kewangan," katanya.

Ketika ditanya sama ada mata wang digital Bitcoin, kini berada dalam gelembung, beliau berkata, ciri-cirinya sama dengan gelembung harga.

"Jika anda lihat pada harga, adalah jelas ia sama seperti gelembung. Berapa harganya apabila ia mula diterbitkan dan berapa harganya hari ini.

"Jika anda lihat kepada pelaburan lain, saya tidak fikir anda akan mendapat pulangan setinggi itu. Semua yang mempunyai pulangan tinggi, mempunyai risiko tinggi. Saya tidak akan tidak bersetuju dengan itu (Bitcoin dalam gelembung)," tambahnya.

-- BERNAMA

Sumber TKO - 15-12-2017




































































































Awas! Cabaran ekonomi dari China

SAYA sudah saksikan dengan mata saya sendiri pembangunan pesat Ekonomi di Shanghai China. Untuk pastikan Malaysia lebih kompetitif, kita perlu pastikan kos bahan mentah dan kos tenaga buruh kita jauh lebih rendah dari China (selain tahap produktiviti, innovasi dan kualiti servis yang tinggi) agar para pelabur yang sedia ada dapat terus mengekalkan operasi mereka di Negara ini.   
China punyai pasaran pengguna yang cukup luas berbanding negara kita. Jika ditambah dengan kos bahan mentah yang rendah, kos tenaga buruh yang rendah termasuk tahap kualiti komunikasi Bahasa Inggeris mereka yang sedang ditambahbaik,  saya khuatir para pelabur yang sudah sedia ada di negara ini akan lebih tertarik untuk memindahkan operasi mereka ke China sebagai tapak baru operasi mereka yang lebih mapan dan berdaya saing dalam jangka masa yang panjang. 
Realitinya, semenjak lebih 10 tahun yang lalu, sudahpun terdapat beberapa pelabur asing yang sudah sekian lamanya beroperasi di negara kita telahpun memindahkan operasi mereka ke negara itu. 
Perlunya Malaysia memperbaiki beberapa aspek sebagai langkah persiapan agar Rakyat Malaysia dapat terus berdaya saing dalam suasana cabaran ekonomi yang semakin mencabar, antaranya ialah: 
1. Sektor pendidikan khususnya penguasaan Bahasa Mandarin selain Bahasa Melayu,  Inggeris, dan Bahasa Arab.
2. Wujudkan generasi perekacipta produk dan perkhidmatan melalui inovasi.
3. Dedahkan budaya masyarakat China agar Rakyat Malaysia mudah untuk menyesuaikan diri dalam kelompok masyarakat itu.
4. Tingkatkan R&D agar kos bahan mentah jauh lebih rendah dari China.
5. Kurangkan kos sara hidup agar tangga gaji yang ditawarkan lebih kompetitif, seterusnya meletakkan kos tenaga buruh Malaysia jauh lebih rendah dari China.
6. Insentif kepada pelabur asing agar kos operasi mereka di Malaysia jauh lebih rendah dari China.
7. Buka pintu yang lebih luas kepada Rakyat Malaysia agar dapat salurkan produk dan perkhidmatan mereka di China.
8. Kawal matawang asing agar Ringgit lebih kompetitif.
9. Kekalkan kestabilan politik.
10. Tingkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan. 
Jika kita gagal menyesuaikan diri dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar selepas ini, saya khuatir generasi baru Rakyat Malaysia tak mampu menyaingi kemaraan Rakyat China dalam sektor ekonomi dan kewangan.
Mungkinkah Rakyat Malaysia akan berakhir seperti Rakyat Bangladesh dan Nepal selepas ini jika kita terus abaikan ancaman ini agaknya?
Kepada seluruh Rakyat Malaysia, kita tak ada banyak masa untuk mempersiapkan diri dari ancaman 'ribut ekonomi' ini sebenarnya. – HARAKAHDAILY 15/12/2017
Sumber  HD -15-12-22017 

Isu Baitulmaqdis: McDonald’s Malaysia nafi salur dana bantu Israel
Posted on Monday, December 11 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37258



PETALING JAYA: McDonald’s Malaysia menafikan dakwaan penyaluran dana kepada Israel dan kecewa dengan seruan memboikot rangkaian restoran makanan segera itu, susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan di Facebook semalam berkata, mereka tidak menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik mahupun keagamaan di mana-mana negara.

Mereka menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui WhatsApp itu sebagai dusta, palsu dan fitnah.

“Kami menganggap tuduhan sedemikian sebagai fitnah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain.”


Rabu lalu, Presiden Donald Trump mengisytiharkan Kedutaan AS di Tel Aviv akan dipindahkan ke Baitulmaqdis, dalam langkah untuk mengiktiraf kota suci kepada 3 agama itu sebagai milik Israel.

Tindakan itu mencetuskan protes besar-besaran di seluruh dunia, termasuk di Malaysia yang disertai ribuan orang berkumpul di luar Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, Jumaat lalu.
Mengulas lanjut, Pengarah Urusan dan pemilik saham tempatan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, Azmir Jaafar dalam kenyataan itu berkata, perniagaan McDonald’s di Malaysia dikendalikan syarikat itu yang merupakan 100% milik rakyat tempatan dengan pemegang saham terbesarnya beragama Islam.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini. Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan betul, dan mendoakan sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini.”

Katanya, McDonald’s menjadi sebahagian masyarakat negara ini sekian lama dengan lebih RM2.5 juta diperuntukkan untuk menganjurkan lebih 5,000 aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara, tahun ini.


Restoran itu pernah berdepan kempen boikot oleh kumpulan Islam pada Ogos 2014 yang menyebabkan kira-kira 80% kerugian di cawangan Kerteh dan Dungun akibat protes ganas.

Beberapa francais di seluruh negara turut berdepan vandalisme dan kakitangannya diganggu atas dakwaan ia menyalurkan dana dan membantu Israel melalui kekejaman rejim Zionis terhadap Gaza.
Sumber TKO - 11-12-2017

Tetapkan harga siling minyak dengan kembalikan subsidi

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) mengulangi sekali lagi desakan PAS supaya Kerajaan Malaysia menetapkan harga siling bagi petrol dan diesel dengan mengembalikan semula subsidi barangan petroleum tersebut. PAS melalui Ahli Parlimen PAS Temerloh, Ustaz Nasruddin Hassan, telah menyuarakan desakan tersebut sejak 1 November 2016 setahun yang lalu. 
Desakan tersebut diulangi sekali lagi oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali, pada 22 Februari 2017. 
Desakan kedua-dua Ahli Parlimen PAS tersebut sepatutnya telah diambil perhatian oleh Kerajaan Malaysia, tetapi sehingga hari ini tiada langkah positif yang telah diambil. 
Berdasarkan kepada trend harga minyak mentah dunia mutakhir ini, PPP melihat harga tersebut akan terus stabil di atas paras USD60 setong menjelang awal tahun 2018. Trend peningkatan tersebut adalah disebabkan permintaan yang semakin tinggi khususnya daripada kuasa ekonomi China. 
Pada ketika yang sama bekalan yang semakin terkawal oleh OPEC, di samping situasi di Timur Tengah yang semakin tidak menentu ekoran kemelut politik dalaman Arab Saudi akan menolak harga minyak mentah terus meningkat. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Malaysia perlulah mengunjurkan pelan seimbang sekiranya harga minyak mentah tersebut terus melambung. 
PPP menjangkakan Kerajaan Malaysia akan mendapat faedah yang lumayan sekiranya harga minyak mentah tersebut terus meningkat, sehingga ia boleh mengisi semula kantung kerajaan selepas hasil dari sumber petroleum tersebut merosot dengan mendadak sejak Bajet 2016. 
Bagaimanapun, sekiranya tiada kawalan terhadap harga petrol dan diesel ekoran dari kenaikan harga minyak mentah dunia, rakyat sebagai pengguna akan terjejas teruk. Selain daripada situasi ini akan menjejaskan pendapatan boleh berbelanja rakyat, kesan berangkainya akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi dan kos hidup. 
Menyedari kesan positif dan negatif tersebut, pelan seimbang perlulah dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia terutamanya ketika perbahasan tentang Bajet 2018 masih berlangsung di Dewan Rakyat. Salah satu kaedah untuk mengimbangi kesan positif dan negatif ini, Kerajaan Malaysia perlulah menentapkan harga siling bagi petrol dan diesel untuk mengurangkan bebanan kepada rakyat. 
PPP melihat tiada kaedah yang paling sesuai melainkan dengan mengembalikan semula subsidi ke atas barangan tersebut. Subsidi tersebut boleh diambil daripada pertambahan pendapatan kerajaan hasil daripada peningkatan sumber yang datang dari industri minyak dan gas ini. 
DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Pengarah PPP
9 November 2017/20 Safar 1439 – HARAKAHDAILY 9/12/2017
Sumber HD- 9-12-2017 

Tambang sekolah naik lagi RM20 tahun depan?
Posted on Wednesday, December 06 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37180
IPOH, 5 Dis — Tambang bas sekolah dijangka naik sehingga RM20 sebulan di bandar susulan peningkatan kos operasi, kata persatuan pengusaha bas sekolah.


Presidennya berkata penambahan RM10 pula bagi kawasan luar bandar akibat kos alat ganti yang naik antara 50 hingga 80 peratus, lapor mStar Online.

“Kami tidak menolak kemungkinan akan ada pengusaha bas sekolah berbuat demikian (menaikkan harga tambang) untuk membolehkan mereka terus bernafas dan memberikan perkhidmatan,” kata Mohd Rofik Mohd Yusof.

Tambang bas sekolah di bandar sekarang sekitar RM80, manakala RM60 bagi kawasan luar bandar.

Namun, tambahnya, pengusaha bas perlu berbincang dengan ibu bapa dahulu sebelum menaikkan harga tambang.

Mohd Rofik juga menyeru kerajaan agar memberi subsidi minyak diesel sebanyak RM1 seliter kepada kira-kira 18,000 pengusaha bas di seluruh negara.

Sumber TKO - 6-12-2017






















































Pau Kasiah Mori terkenal di Sepang























































KASIAH Mori bukan suatu nama asing bagi penduduk kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat, Sepang, Selangor. Ini kerana beliau menjalankan perniagaan kuih tradisional Melayu jenis sejuk beku bertempat di rumahnya. Kesempatan untuk berkunjung ke rumah beliau telah membuka pintu peluang untuk menemubualnya khusus untuk tatapan para pembaca Harakah.

Sifat ramah Kasiah; ibu kepada 5 orang anak ini tidak sedikit pun menimbulkan rasa kekok meskipun pertama kali bertemu. Malahan selepas salam disambut, beliau mula bercerita serba sedikit tentang latar belakang diri serta perniagaannya.

Sumber HD- 1-12-2017

Harga petrol kekal, diesel naik 2sen
Posted on Wednesday, November 29 @ 21:06:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37061


Harga runcit petrol RON95 dan RON97 minggu ini kekal masing-masing pada harga RM2.30 dan RM2.58 seliter.


Harga diesel pula naik 2sen kepada RM2.25, iaitu harga asal selepas diturunkan minggu lepas.
Harga terbaru itu diperkenalkan selepas penurunan kali pertama minggu lepas dalam tujuh minggu terakhir, dan akan mula berkuatkuasa selepas 12.01 malam ini.

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Sumber TKO - 30-11-2017


CEO baru cadang ganti nama Proton kepada "Bao Teng" dalam bahasa Cina
Posted on Monday, November 27 @ 10:58:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37018



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama "Bao Teng".

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng".

Katanya, "Bao" bermaksud khazanah atau harta benda manakala "Pu" membawa maksud biasa.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd. 


Sumber TKO - 27-11-2017



Harga Barang: Sabotaj Peniaga Cina Terhadap K’jaan
Posted on Sunday, November 26 @ 21:34:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37004



ISU kenaikan harga barangan pengguna terutama ikan, kini sudah melangkaui batas harga yang munasabah. Malah, pada satu tahap, ia langsung tidak masuk akal.

Harga ikan kembung berada pada paras antara RM14 hingga RM22 sejak lebih enam bulan lalu.

Harga kembung hanya satu daripada petunjuk asas mengenai betapa komuniti pemborong atau orang tengah dalam pasaran, boleh menentukan kenaikan harga barang sesuka hati.
Malah, sekali pun ke paras angka yang sangat gila!

Persoalan sekarang: Apakah sebenarnya wujud konspirasi politik di sebalik isu kenaikan harga barang?

Apakah ini sabotaj berpanjangan untuk melemahkan populariti kerajaan menjelang pilihanraya?

Kalau benar, apakah ia ada kaitan dengan sentimen politik perkauman?

Apakah pemborong yang kebanyakkan bangsa Cina, kini menggunakan kuasa pasaran mereka untuk menekan harga barangan hingga berlaku kenaikan harga ke paras yang menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan?

Apakah, masalah ini ada kaitan antara lingkaran peranan pemborong Cina dan konspirasi dengan parti politik pembangkang untuk memastikan pengaruh kerajaan dilemahkan secara berpanjangan melalui isu harga barang?

Atau ini balas dendam pemborong terhadap dasar yang pernah diusahakan kerajaan untuk menghapuskan peranan orang tengah?

Apakah peniaga Cina yang menguasai sektor orang tengah dalam kitaran perniagaan domestik, kini bertindak membalas dendam untuk membuktikan mereka menguasai ekosistem ekonomi negara?

Banyak persoalan. Teori ini bukan sangkaan jahat bersifat perkauman. Tetapi aspek sabotaj ini wajar disiasat. Ia sudah berpanjangan terlalu lama dan menjerat ekonomi pengguna dan negara.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji harga barang keperluan pengguna supaya tidak melebihi daripada harga yang sepatutnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan mendapati harga barangan yang dijual di pasaran sudah melampau kos dan margin keuntungan. Namun, kenaikan harga di pasaran terus berlaku.
“Kos pengeluaran berbanding harga pasaran yang terlalu tinggi ini bukan disebab hanya faktor mengambil untung lebih semata-mata tetapi dikhuatiri ada unsur orang tengah yang mengambil keuntungan lebih daripada yang sepatutnya,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Jualan Mega 2017 di Bulatan Amanjaya, Meru di sini hari ini.

Tuduhan sabotaj orang tengah terhadap kerajaan melalui manipulasi harga barang sukar dibuktikan. Tetapi ia punya asas. Sokongan kaum Cina terhadap kerajaan mulai tipis sejak PRU 12 pada 2008. Pada 2013 semakin ketara.

Sekiranya kombinasi pengundi Cina dan parti pembangkang Cina dan pro Cina mahu menjatuhkan kerajaan, isu harga barang ialah senjata paling ampuh!

Wujud gelombang besar-besaran pengundi Cina menyokong pembangkang dengan undi orang Cina menjurus pada parti Cina atau parti koloborasi bersama orang Cina.

Dalam kes ini, DAP yang totok Cina serta PKR yang pro Cina melalui keahlian, calon PRU dan dasar parti itu sendiri jelas menikmati banyak keuntungan politik melalui undi PRU.
Sekiranya pasukan khas ini mampu mendekati isu ini dengan pendekatan perbeza dalam siasatannya, ia pasti mampu membuktikan perkara ini. Isu ini bukan prasangka, ia rahsia terbuka.

Malah, taikun-taikun Cina turut bergerak secara senyap menjadi penyokong pembangkang melalui sokongan kewangan. Ini pun bukan rahsia. Rantaian Cina untuk Cina ini, sudah menjadi satu gerakan yang kita tahu kebenarannya.

Cuma soalannya, mampukah kita membuktikannya?

Sekiranya pasukan khas siasatan harga barang ini sekadar menyiasat aspek harga barang, kita sudah dapat menjangka jawapannya: Ini manipulasi pemborong.

Cuma kita hendak tahu lebih daripada itu. Apakah manipulasi ini satu jenayah terancang untuk menjatuhkan kerajaan?

Motif sabotaj dan konspirasi politik patut dikaji. Apatah lagi, lingkaran penentu harga barang dikuasai peniaga Cina.

Angka dan fakta menunjukkan kerajaan tidak popular di kalangan pengundi Cina. Malah, realiti politik juga membuktikan, wujud kecenderungan ketara ke arah *kuasa Cina untuk Cina* dalam konteks politik hari ini.

Sumber TKO- 26-11-2017

Harga petrol turun 8sen, diesel jatuh 2sen
Posted on Wednesday, November 22 @ 18:37:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36937


Selepas mencatat harga tertinggi baru minggu lepas, harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun 8sen untuk minggu mendatang.


Mulai jam 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan RON97 pula akan dijual pada harga RM2.58.

Kejatuhan harga petrol untuk minggu depan adalah yang pertama dalam enam minggu terakhir.
Harga diesel juga turun daripada RM2.25 seliter kepada RM2.23 seliter.

Minggu lepas harga petrol mencatat paras tertinggi baru sejak mekanisme penetapan harga mingguan diperkenal.

Diesel pula minggu ini buat pertama kali mencecah harga termahalnya. Dua minggu sebelum itu ia berada di kedudukan kedua termahal.

Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Sumber TKO - 22-11-2017





























































Kalau mahu makan durian sebakul...






























































ADIK saya yang baru mencecah usia 40 tahun menghidap penyakit gaut (gout). Kasihan saya tengok dia tak boleh makan daging apatah lagi makanan laut yang sedap-sedap seperti udang, sotong dan ketam.

Saya yang berusia lebih 55 tahun, alhamdulillah tiada gaut tetapi diserang penyakit kencing manis dan darah tinggi sejak berusia 40 tahun. Maka tidak bolehlah saya makan makanan serta minuman manis berlebihan termasuklah durian, ooh ini buah 'favorit' (kesukaaan) saya.

Sumber HD - 21-11-2017


10 Jenama Luar Negara Yang Ramai Menyangka Adalah Produk Buatan Malaysia
Posted on Monday, November 20 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36878



Artikel kali ini berkaitan jenama luar yang ramai sangkakan jenama Malaysia, namun salah tanggapan kita. Jenama-jenama dalam senarai ini kebanyakkannya telah lama diasaskan, pada ketika negara kita masih pun belum merdeka.

1. Ayam Brand

Nama pun ayam, mestilah produk Malaysia, betul tak? Jawapannya salah. Sejarah Ayam Brand berbalik kepada seorang lelaki Perancis yang bernama Alfred Clouet. Beliau mengasaskan produk ini di Singapura pada tahun 1892, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Malaya di bawah pemerintahan British.

Bisnes Ayam Brand pada ketika itu lebih kepada membekalkan makanan untuk pekerja koloni, serta membekalkan bahan-bahan binaan. Produk makanannya pada ketika itu dilihat sebagai produk mewah kerana makanan tin masih belum mampu dibeli rakyat.

Kini, jenama Ayam Brand dimiliki oleh Denis Frerez Group, dan mereka menjadi pembekal utama makanan tin di sekitar Asia.

Kita jangan jadi macam negara jiran kita, semua benda pun nak claim produk mereka. Ayam Brand adalah produk Singapura.

2. Milo

Penulis berasa nostlagia sangat bila teringat sewaktu di sekolah rendah berebut-rebut dengan rakan sekolah untuk mendapatkan secawan air Milo dari lori berwarna hijau terutamanya ketika hari sukan. Selain teh ais, milo ais menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia.

Milo pada asalnya diasaskan oleh Thomas Mayne, seorang ahli kimia industri dan pencipta pada tahun 1934. Beliau melancarkan produk tersebut di Sydney Royal Easter Show, dan mula menghasilkan Milo berskala besar di kilang yang terleta di Smithtown, New South Wales, Australia.

Nama Milo diambil dari seorang legenda atlit gusti Greek yang terkenal kerana kekuatan tenaga beliau. Atlit tersebut adalah Milo of Croton.

3. Nescafe

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kopi Nescafe 3-in-1 menjadi pembuka hari mereka. Sedihnya, kopi kegemaran kita ini bukanlah produk Malaysia. Nescafe dimiliki oleh sebuah syarikat Switzerland, iaitu Nestlé.

Nestlé diasaskan oleh Henri Nestlé sekitar tahun 1866. Produk pertama beliau adalah makanan bayi berasaskan susu. Pada tahun 1867, Daniel Peter, seorang pakar coklat, mula menyempurnakan ciptaan Nestlé melalui proses pembuatan susu coklat. Nestlé turut memainkan peranan penting dalam mencipta proses tersebut.

Henri Nestlé bersara pada 1875 namun syarikat tersebut yang di bawah pengurusan dan pemilikan baru mengekalkan nama Nestlé sebagai nama syarikat.

4. Maggi

Maggi menjadi kegemaran rakyat Malaysia, terutama mereka yang belajar di sekolah asrama penuh mahupun universiti. Memasak Maggi adalah mudah dan cepat, menjadi makanan asas ketika peperiksaan menjelang.

Maggi sebenarnya adalah sebuah jenama, bukannya sebuah produk sahaja. Selalunya kalau orang menyebut Maggi, pasti terbayang mee segera berperisa kari. Penulis sendiri masih tidak percaya yang Maggi ini bukan produk tempatan.

Maggi diasaskan oleh Julius Maggi pada tahun 1884 di Switzerland, setelah beliau mengambil alih kilang ayahnya. Produk Maggi dengan cepat mendapat tempat di hati rakyat penduduk pada ketika itu, dan beliau menjadi pengasas kepada industri pembuatan makanan.

Debunk: Makan maggi tidak menjadikan anda lembab, ia menjadikan anda kenyang.

5. Bata

Hampir setiap daripada kita pasti pernah memiliki kasut Bata. Sebahagian daripada rakyat Malaysia menganggap memakai kasut Bata sebagai tidak cool seperti jenama-jenama lain kerana ia produk tempatan. Ramai yang ingat nama Bata itu ialah batu bata yang digunakan untuk membuat pembinaan.

Sebenarnya Bata telah diasaskan oleh 3 orang adik beradik iaitu Anna, Tomas dan Antonin Bata di Republick Czech pada tahun 1894. Kini, syarikat ini berpangkalan di Switzerland.
6. Pilot 

Pada zaman sekolah dahulu, sekiranya anda memiliki pen atau pensil mekanikal Pilot (kita panggil pensil shaker), anda seorang yang cool. Masihkan anda ingat perasaan apabila hilang pensel jenama ini, betapa geramnya anda?

Pilot sebenarnya merupakan produk keluaran Jepun. Nama pilot itu sendiri langsung tidak menggambarkan bahawa ianya dari Jepun, lebih kepada barat. Pilot sebenarnya diasaskan oleh Ryosuke Namiki dan Masao Wada pada tahun 1918 dengan nama syarikat Namiki Manufacturing Company.

Kini, produk keluaran Pilot digunakan di seluruh dunia terutamanya di Eropah seperti di Jerman, Perancis dan United Kingdom.

Pengalaman paling best semasa kecil adalah kehilangan pensil shaker, terasa nak mengamuk bila hilang.

7. Horlicks

Horlicks menjadi kegemaran penulis sendiri. Minum sejak dari kecil lagi. Pada tahun 1869, William Horlick telah berpindah ke Amerika Syarikat dari United Kingdom. Pada tahun 1873, James Horlick yang merupakan seorang ahli farmasi, telah ke Amerika Syarikat untuk bersama abangnya membuka sebuah syarikat iaitu J & W Horlick.

Syarikat ini mengeluarkan minuman susu malt sebagai minuman alternatif kepada susu ibu. Kini syarikat ini dimiliki oleh sebuah syarikat British iaitu GlaxoSmithKline (GSK).
GSK merupakan syarikat yang sama yang menghasilkan Ribena, satu lagi produk yang ramai rakyat Malaysia tersalah anggap produk tempatan.

8. Lipton

Siapa yang tidak suka minum teh terutamanya teh ais di Malaysia ni? Lipton merupakan jenama yang dikaitkan dengan teh, dan ramai di antara kita tersalah anggap bahawa Lipton berasal dari Cameron Highland. Tidak!

Lipton sebenarnya diasaskan di Scotland pada tahun 1871, dan ia bermula sebagai rangkaian supermarket dan bukannya pengeluar teh. Pengasasnya, Thomas Lipton hanya mula menceburi bidang teh ini 9 tahun selepas mengasaskan Lipton, dengan membeli sebuah taman teh di Sri Lanka.

Lipton kini dimiliki oleh sebuah syarikat Belanda-British, iaitu Unilever.

9. Giordano

Di Malaysia, kedai Giordano dapat dilihat di merata-rata pusat beli belah, dan penulis pun rasa yang jenama ini merupakan produk Malaysia. Ternyata salah tanggapan tersebut. Giordano diasaskan pada tahun 1981 oleh Lai Chee-Ying (atau dikenali sebagai Jimmy Lai) seorang usahawan Hong Kong.

Sebagai sebuah jenama yang makin popular di seluruh pelusuk dunia, rakyat negara lain turut tersalah anggap yang Giordano ini merupakan jenama tempatan negara mereka juga.

10. Tropicana

Jus Tropicana yang popular ini sebenarnya diasaskan pada tahun 1947 oleh Tropicana Producs Inc., sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Syarikat ini kini dimiliki oleh PepsiCo, syarikat yang sama memiliki Pepsi dan Gatorade.

Sejarah Tropicana bermula oleh seorang pemuda berbangsa Itali iaitu Anthony T. Rossi.

Dengan berbekalkan sijil sekolah menengah, beliau telah berpindah ke Amerika Syarikat bagi mencari peluang pekerjaan ketika berusia 21 tahun.

Beliau pernah menjadi pemandu teksi, peruncit di New York, peladang di Virginia dan akhirnya berpindah ke Florida pada tahun 1940. Di sana, beliau terlibat dalam industri citrus. Bermula dari sinilah bagaimana syarikat Tropicana diasaskan.

Sumber: ILUMINASI

Sumber TKO - 20-11-2017


95 peratus miskin adalah Bumiputera
Posted on Sunday, November 19 @ 08:13:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36834


 KUALA LUMPUR – Kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini disumbangkan oleh kaum Bumiputera.
Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, sebagai bangsa teras, kaum Bumiputera sudah jauh ketinggalan dalam bidang sosioekonomi.


Pergilah Pavilion, kita gigit jari tengok kedai-kedai dalam tu. Berapa ‘kerat’ orang Bumiputera yang ada kedai dalam tu?

“Adalah seorang dua yang berniaga itupun gerai-gerai di luar, bukan kedai, sedangkan Melayu adalah bangsa teras,” katanya dalam ucapan pembukaan dalam Forum Belanjawan 2018 - Di mana keistimewaan Bumiputera?, di sini malam tadi.
Advertisement
Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini wujud pelbagai petanda di mana kedudukan sosioekonomi Bumiputera dalam bahaya.
"Ini bukan kerana kerajaan tidak mempedulikan keselamatan, kelangsungan dan kesejahteraan sosioekonomi tetapi disebabkan kerajaan menyamatarafkan perjuangan dengan bukan Bumiputera.

“Walaupun tak salah tetapi ia bertentantangan dengan Perkara 153 Perelembagaan Persekutuan di mana segala dasar dan program affirmatif dan ‘empowerment’ sosioekonomi Bumiputera tidak boleh disamaratakan dengan kaum-kaum lain di Malaysia,” katanya.

Ruhanie berkata, dengan apa yang berlaku hari ini, menjadikan Bumiputera menjadi kelas kedua di belakang kaum Cina.

“Kita jadi warga kelas kedua. Tapi Perkasa tak reda perkara ini berlaku. Bila bajet 2018, ini bukan ibu segala bajet.

“Saya pernah jadi Pengerusi Mara, MRSM diwujudkan untuk melonjakkan modal Bumiputera. Bila bajet yang kerajaan beri sama nilai dengan SK (J) Tamil, saya tak boleh terima.

“Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hanya 10 hingga 12 orang saja. Bumiputera adalah bangsa teras, perlu lebih,” katanya.

Jelasnya, tindakan kerajaan yang mahu Bumiputera melabur dalam amanah harta adalah tidak tepat.

“Kita bukan nak itu, tetapi kita mahukan kuasa membeli. Tetapi, siapa yang perjuangkan nasib Bumiputera?


“Tak ada yang berani bersuara. Kerana itu, banyak isu-isu yang melibatkan kaum Bumiputera, tidak ada yang bantah,” katanya.

Sumber TKO - 19-11-2017

































































Bedak sejuk Opah Teh ke peringkat dunia




































































































































Katanya, anaknya gemar memakai bedak sejuk sejak usia remaja.

"Maklumlah anak remaja selalu naik jerawat. Ketika itu susah sangat untuk mendapat stok bedak sejuk. Kami terpaksa mencarinya di kampung," katanya memulakan bicara semasa ditemui di pejabatnya yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Sumber HD - 16-11-2017




1,000 Nombor Plat Khas T1M Bakal Tarik Minat
Posted on Thursday, November 16 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36755



KUALA LUMPUR - Nombor pendaftaran kenderaan khas, ‘T1M' yang membawa maksud Transformasi 1Malaysia bakal diperkenalkan kepada orang awam mulai hujung bulan ini.

Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, diberi tanggungjawab oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menguruskan penjualan sebanyak 1,000 unit plat khas T1M tersebut.


Pengerusinya, Helmi Yusof berkata, usaha itu selaras dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan khas T1M ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, bagi melaksanakan usaha transformasi generasi muda dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

"Sebagai permulaan, nombor plat ‘T1M 1' dibuka untuk bidaan dengan harga tawaran RM180,000 dan kami menjangkakan nombor pendaftaran ini dan nombor berdigit tunggal bakal menjadi rebutan ramai,

"Orang ramai boleh bida plat bermula ‘T1M 1' sehingga ‘T1M 1000'." kata Helmi. Beliau berkata demikian dalam sidang media, yang turut dihadiri Penasihat Kehormatnya, Tan Sri Dr Yahya Ibrahim, di sini hari ini.

Helmi berkata, Perdana Menteri turut dijangka melancarkan plat T1M pada 19 November ini di Pekan, Pahang. Orang ramai boleh mendapatkan borang bidaan melalui laman web www.platt1m.com.

Kata beliau, inisiatif tawaran istimewa itu bagi membantu pertubuhan tersebut dapat melaksanakan pelbagai program yang komprehensif, dirancang khusus untuk membangunkan anak muda.

"Program pembangunan modal insan ketika ini sangat penting untuk dilaksanakan, kerana situasi masalah sosial di kalangan remaja masa kini sangat membimbangkan,
"Keperluan ini amat penting dan kita amat harapkan sokongan kerajaan, agensi korporat, swasta, dan semua pihak bagi merealisasikan usaha ini." kata Helmi lagi.

Tempoh proses bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan khas ‘T1M' hanya akan dibuka secara rasmi pada 20 November ini dan ditutup menjelang pada 20 Disember depan.


Bagi pembida yang berjaya, tempoh pendaftaran adalah sehingga 30 Julai 2018 dan semua proses pendaftaran hanya boleh dilakukan di JPJ cawangan Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan. - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 16-11-2017



Harga Petrol Sekadar Perbandingan
Posted on Wednesday, November 15 @ 18:51:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36741



Ramai suka Iphone kerana harganya mahal. Ramai buat anggapan barang yang mahal mesti berkualiti baik. Harga petrol Malaysia paling mahal. Mesti baik punya!!

UAE, BAHRAIN, QATAR, KUWAIT pakai ron97. Still murah sebab stok minyak banyak. Malaysia nk untung lebih, jual minyak kat luar, beli minyak murah. Pastu jual kat rakyat. Sebab rakyat malaysiaboleg di'perbodoh' (geng UMNO)


Sumber TKO -15-11-2017

Harga Petrol, Diesel Naik
Posted on Wednesday, November 15 @ 18:45:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36740



KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan petrol dan diesel bagi tempoh 16 hingga 22 November naik antara 5 sen hingga 7 sen seliter.

Harga runcit RON95 naik 7 sen kepada RM2.38 seliter, RON97 naik 6 sen kepada RM2.66 seliter dan diesel naik 5 sen kepada RM2.25 seliter.

Harga baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Facebook rasminya sebentar tadi.

Mekanisme harga minyak secara mingguan berkuat kuasa 29 Mac tahun ini.

Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

- BH Online

Sumber TKO - 15-11-2017



Banyak Projek Rumah Siap Tak Terjual, Harga Dijangka Turun?
Posted on Tuesday, November 14 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36708



PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menolak kemungkinan harga rumah bakal turun ekoran berlakunya trend unit kediaman siap dibina tidak terjual atau overhang yang meningkat sebanyak 40 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkata, sebanyak 20,807 unit kediaman bersamaan nilai RM12.26 bilion tidak terjual manakala kondominium berharga melebihi RM500,000 mendominasi overhang.


"Namun, itu terpulang kepada pihak pemaju sendiri yang perlu mengambil kira permintaan dan penawaran," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Taklimat Pasaran Awalan Harta Tanah 2017 di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Nordin Daharom.

Chee Leong berkata, pasaran hartanah tahun ini menunjukkan perkembangan yang baik walaupun berhadapan ketidaktentuan politik global dan persekitaran ekonomi mencabar.

Katanya, prestasi pasaran hartanah semasa mencatatkan penurunan pada kadar lebih kecil berbanding tahun sebelumnya.

"Untuk separuh tahun pertama 2017, jumlah bilangan transaksi direkodkan melebihi 150,000 iaitu penurunan enam peratus berbanding 12.3 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

"Jumlah nilai transaksi pula direkodkan RM67 bilion iaitu meningkat 5 peratus berbanding penurunan 12 peratus dalam tempoh sama," katanya.

Sumber TKO - 14-11-2017

Jualan Alibaba 11.11 cecah AS$18.21 bilion pada 1.10 petang
Posted on Saturday, November 11 @ 17:46:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36634


Festival Membeli Belah Global Alibaba 11.11 2017 mencecah RMB120.71 bilion (AS$18.21 bilion) dalam Jumlah Dagangan Kasar (GMV) melalui Alipay sehingga 1.10 tengah hari waktu tempatan (sama seperti Malaysia) hari ini.


Kumpulan mengumumkan angka tersebut telah mengatasi GMV 2016 yang merekodkan sebanyak RMB120.7 bilion (US$17.8 bilion).

Acara membeli-belah dalam talian yang berlangsung selama 24 jam itu digelar "Singles Day", yang bermula pada 12 tengah malam hari ini, ia telah mencipta rekod baharu dunia selepas menyaksikan sebanyak 256,000 transaksi bayaran yang diproses dalam sesaat, mewakili pertumbuhan dari tahun ke tahun sebanyak 101 peratus, selepas berjalan selama lima minit dan 22 saat.

Pada tahun lepas, ia merekodkan 175,000 proses transaksi sesaat.

Festival 11.11 adalah 18 kali lebih besar daripada Amazon Prime Day dan 2.5 kali lebih besar berbanding acara Black Friday dan Cyber Monday walaupun selepas digabungkan.

Sejak dilancarkan pada 2009, festival Single's Day ini telah menjadi acara membeli belah dalam talian yang terbesar dan paling ditunggu-tunggu di dunia.
- Bernama

Sumber TKO - 11-11-2017












































































RON95 Up Seven Sen, Diesel By Three Sen At Midnight

Petrol and diesel prices are set to go up again at midnight.

The Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Ministry (KPDNKK) made the announcement this evening via social media.

RON95 will go up by seven sen (to RM2.31 per litre from RM2.24); RON97 by six sen (to RM2.60 per litre from RM2.54); and diesel by three sen (to RM2.20 per litre from RM2.17).
The new prices will be in effect from 12.01am on November 9 to November 15.- themalaymailonline.

Sumber BO - 8-11-2017












































































Klausa penanggungan pihak insurans dan takaful














































































Ini kerana, katanya, dengan cadangan tersebut dapat membantu pihak kerajaan untuk memastikan rumah yang dibina dapat disiapkan serta tidak membebankan pembeli.

Menurut beliau, sebenarnya kerajaan adalah penjamin kepada pembeli rumah yang terpaksa membuat pinjaman kepada bank-bank untuk membiayai pembelian rumah.

Sumber HD- 8-11-22017














































































Produk hebat

RAMAI yang personal mesej atau bertanya dalam media sosial mengenai produk-produk berjenama. Ada produk yang hebat iklannya sehingga menandingi kimoterapi hospital. Katanya membina sel-sel baru yang boleh membuat rondaan dalam tubuh, mengganti sel-sel mati, memaksa sel-sel kanser bunuh diri dan dinyah keluar. Ada juga produk yang katanya sudah terbukti secara saintifik mengubati buah pinggang. Hatta pesakit dialysis pun katanya berjaya pulih. Pelbagai lagi produk yang mendakwa itu dan ini, ramai pula yang terpikat dan mencubanya. 
Pertama, saya tidak akan komen atau beri pandangan dengan mudah sesuatu produk kecuali saya membuat carian dari sudut metodologi kajian dan protokol yang sepadan dengan proses pembuktian. Akan tetapi, masa saya tidak mengizinkan menjadi semacam pegawai penyelidik makmal yang semata-mata ingin membuat pengesahan keberkesanan sesuatu produk. Kerja-kerja klinikal seperti merawat pesakit, membuat perancangan hakiki pengurusan terlebih aula. Maaf sahabat sekalian. 
Kedua, saya mencabar produk-produk yang hebat itu agar masukkan ubat mereka dalam formulari KKM. Apa salahnya jika ubat mereka yang menandingi kimoterapi, ubat diabetes, ubat darah tinggi, ganti dialysis dan sebagainya lagi itu kami gunakan juga dalam premis kesihatan. Demi kebaikan masyarakat awam, produk-produk berjenama itu mungkin boleh dimiliki juga oleh rakyat yang miskin dalam premis kesihatan KKM. 
Tetapi jika sekadar dakwa bagai tapi keputusan penemuan saintifik tidak menyokong kuat, hanya bersifat komersial, bermakna ianya satu pembohongan atas nama perubatan. Pesakit yang akan menanggungnya. Dahlah penyakit semakin teruk, duit pula melayang. 
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
7.11.2017
Kuala Berang - HARAKAHDAILY 7/11/2017
Sumber HD - 7-11-2017 
















































































Anak ADUN Ladang Buka Pusat Fisioterapi di Belanda



















































































Dato' Tengku Hassan menandatangani buku lawatan di Kedutaan Malaysia, Belanda
KUALA TERENGGANU – Anak kepada Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Ladang Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, telah membuka sebuah pusat paramedik di Aida Schouw 1, 2726 JZ Zoetermeer, Belanda

Menurut Dato’ Tengku Hassan, Menteri Besar (MB) Terengganu Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman, telah merasmikan pusat kesihatan itu semalam.

“MB gi rasmi Corpus Medicus milik penuh anak (saya) iaitu Tengku Hazwan di Belanda. ‘Corpus Medicus’ adalah pusat rawatan untuk Fisioterapi, Accupuncture, Bekam dan lain-lain,

“ada 21 orang pekerja……..perasmian (pusat ini) ini telah dijadual (pada) dua tahun yang lepas (tetapi) dua tiga kali dah tertangguh,” ujarnya ketika dihubungi

Menurut beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Terengganu, MB hadir ke majlis tersebut bersama rombongan seramai 10 orang.

Menurut catatan pengenalan pada laman sesawang Corpus Medicus, khidmat utama pusat paramedik itu adalah amalan penjagaan kesihatan

“kami sedar memilih skala kecil untuk kekal rapat dengan pelanggan kami.

“Ini saiz kecil, rangkaian kami dan kepelbagaian pasukan kami adalah daya. (maju) Kita boleh bersama (dalam) penjagaan tetap kami, oleh itu (kami) menawarkan budaya penjagaan sensitif,” jelas laman itu.

Sumber BO - 3-11-2017



















































































Fuel Prices Up Four Sen For First Week Of November

Fuel prices are up across the board for the first week of November, with an increase of four sen per litre for petrol and diesel.

RON95 will be priced at RM2.24 per litre, while RON97 will retail at RM2.54 per litre.

Meanwhile, diesel will go up by 4 sen as well to RM2.17 per litre from RM2.13.

The new prices were announced on RTM1 on Wednesday (Nov 1) evening and will be in effect from 12.01am on Nov 2 to Nov 8.

The weekly fuel pricing mechanism came into effect in April this year and the prices of petrol and diesel had been placed on a managed monthly float system since Dec 1 2014 following the removal of fuel subsidies -thestar.






















































































Sumber BO - 2-11-2017



Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah
Posted on Monday, October 30 @ 19:49:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36311



KUALA LUMPUR: Pertambahan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan dasar ekonomi kerajaan gagal mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh).

Dr Wan Azizah berkata, ukuran kejayaan program bantuan wang tunai sekali beri itu apabila penerima BR1M semakin menurun dan bukannya meningkat.

“Pekan dengan bangganya, mengumumkan seramai 7 juta penerima akan kekal menerima BR1M.
“Ini bererti, daripada seramai 18.35 juta warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas, 38% daripada mereka masih kekal berada dalam kategori berpendapatan rendah dan kekal dalam kepompong kemiskinan,” katanya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan).

Dr Wan Azizah berkata, bermula dengan seramai 4.1 juta penerima BR1M pada 2012, pentadbiran Barisan Nasional (BN) bukan sahaja gagal mengurangkan jumlah itu bahkan sebaliknya bertambah 2.9 juta penerima sejak 5 tahun lalu kepada 7 juta penerima.

Menurut ketua pembangkang, pertambahan itu menunjukkan peningkatan 70% golongan miskin penerima BR1M sejak program bantuan wang sekali beri itu diperkenalkan 5 tahun lalu.

“Adakah ini bererti kerajaan pimpinan Pekan melahirkan dan menambah golongan miskin penerima BRIM?” kata Wan Azizah, yang menambah keadaan itu membuktikan Najib gagal menganjak 7 juta rakyat daripada himpitan hidup berpendapatan rendah dan subsidi.

Wan Azizah berkata, kerajaan yang bertanggungjawab akan memikirkan dasar yang mampu membimbing kelompok ini keluar daripada kepompong kemiskinan, bukan sekadar memberi “ikan” tetapi juga memberi “kail”.

“Jikalau dikira secara terperinci kesan dan akibat kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi negara, saya rasa jumlah rakyat yang miskin akan meningkat,” kata ketua pembangkang.

“Boleh juga di katakan Pekan dan seluruh anggota Kabinet telah gagal memimpin dan mengurus tadbir negara dengan baik dan berkesan.”

Sumber TKO - 30-10-2017

Status Minuman ‘Zero’ Alkohol Jadi Tanda Tanya
Posted on Sunday, October 29 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36277



SEBELUM ini umat Islam pernah digemparkan dengan penghasilan ‘bir halal’ daripada sebuah syarikat antarbangsa susulan satu pameran produk halal di ibu negara suatu masa dahulu.


Ia menjadi tular ketika itu kerana bentuk botol pada produk tersebut menyerupai bir biasa yang berada di pasaran sekali gus menimbulkan kegusaran dan persoalan dalam kalangan umat Islam tempatan mengenai statusnya.

Isu itu berjaya ‘dimatikan’ apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa tiada sijil halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk minuman ‘bir halal’.

Ini termasuk mana-mana produk pengguna yang didapati sengaja menggunakan nama menyerupai atau dikaitkan dengan perkara jelas hukumnya memang haram tetapi dijenamakan semula konon sebagai sudah halal.

Jelas beliau lagi, penggunaan nama ‘bir halal’ adalah bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan Standard Malaysia yang jadi rujukan Jakim serta Jabatan Agama Islam Negeri dalam urusan sijil halal.

Bagaimanapun pada kali ini, umat Islam sekali lagi dikejutkan dengan produk yang sudah jelas dikeluarkan oleh sebuah syarikat arak terkenal di Asia, Tiger tetapi mendakwa kononnya minuman itu sebagai sifar alkohol.

Menurut pendakwah terkenal, Fathul Bari Mat Jahya dalam catatan menerusi laman Twitter miliknya, minuman itu adalah halal diminum kerana ramuan pada label tin menyatakan ia tidak mengandungi sebarang alkohol.

Dalam pada itu, anak bekas Mufti Perlis tersebut memberi gambaran bahawa isu berkenaan timbul ekoran namanya kebetulan sama dengan syarikat arak seperti rujukan terhadap nama binatang yang haram iaitu babi dan anjing.

Justeru, walaupun haiwan itu namanya memang adalah haram seperti babi laut atau anjing laut, namun ia tidak pula merujuk sama seperti ‘babi’ sebenar daripada sudut sifat zatnya.

Malah, hujah pendakwah itu turut disokong pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengatakan sesuatu minuman yang mengandungi alkohol kurang daripada 0.5 peratus adalah dibenarkan.

Kenyataan mufti itu dirujuk menerusi hujah tokoh Islam kontemporari terkenal, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi yang pernah mengatakan bahawa penggunaan kandungan alkohol hanya sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan.

Selain itu, Zulkifli merujuk kepada kenyataan Muzakarah ke-22 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1988 mengenai isu kordial yang mengandungi bahan perasa alkohol bagi tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya;

1. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak
2. Kuantiti alkohol dalam perasa itu sedikit iaitu tidak memabukkan.

Namun, pandangan ustaz, mufti dan ulama tersohor tersebut masih lagi dipertikaikan oleh ramai netizen yang dikatakan meragui terhadap cara penghasilan produk berkenaan pula.

Ada pihak mendakwa, sekiranya produk itu dihasilkan daripada bangunan yang sama satu bumbung mengeluarkan barangan haram, maka secara tidak langsung statusnya juga adalah tidak halal.

Malah lebih jelas, produk kontroversi sifar alkohol berkenaan pula secara terang langsung tidak memaparkan sebarang logo rasmi halal keluaran Jakim pada tin minuman tersebut.

Setakat ini, pihak Jakim dilihat masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan minuman yang dikatakan sebagai bebas alkohol itu.

Namun secara umumnya mengikut sudut Fiqah, jika seseorang Muslim itu berasa ragu-ragu terhadap sesuatu perkara, maka lebih afdal untuk terus meninggalkannya.

Hal ini kerana bimbang ia menjadi perkara syubhah yakni samar-samar antara yang halal dan haram.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 29-10-2017

Logik kecuali GST untuk perkhidmatan PBT, kata pakar ekonomi
Posted on Saturday, October 28 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36255



KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi, Prof Barjoyai Bardai menyifatkan pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk perkhidmatan ditawarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai “logik” kerana ia sebahagian daripada agensi kerajaan.

“Kalau kita mengutip GST untuk perkhidmatan PBT, sama seperti mengambil daripada tangan kanan dan pulangkan ke tangan kiri.

“Jadi, dia hanya menambah tugas kerajaan untuk mengutip dan kemudian memulangkan,” katanya kepada FMT.

Perdana menteri menerusi pembentangan Bajet 2018 mengumumkan pengecualian itu akan dilaksanakan mulai 1 April atau 1 Oktober 2018 berdasarkan pilihan PBT.

Mengulas lanjut, pensyarah Universiti Tun Abdul Razak itu berkata, proses penyelarasan semula GST menjadi lebih cekap disebabkan pengecualian itu.

“Sebenarnya masalah PBT ini masalah lama sebab PBT di satu pihak dikawal kerajaan negeri, tapi secara keseluruhannya dikawal kerajaan pusat.”

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman menyambut baik pengecualian itu.

“Ini bila tiap kali bayar cukai atau apa jua perkhidmatan berkaitan PBT, mereka terpaksa membayar GST, sedangkan bayaran (yang dikenakan itu sebenarnya) untuk perkhidmatan,” katanya.

Pada 2015, Johor mengarahkan 16 PBT tidak mengutip GST bagi semua perkhidmatan.
Dasar sama turut dilaksanakan PBT di Pulau Pinang dan Terengganu.

Sumber TKO - 28-10-2017



Hutang negara RM685b
Posted on Saturday, October 28 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36249



KUALA LUMPUR – Hutang Kerajaan Persekutuan daripada pinjaman terkumpul berjumlah RM685 bilion pada akhir Jun 2017.

Walaupun akaun semasa mencatatkan lebihan, peningkatan hutang adalah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan.

Laporan Ekonomi 2017/2018 berkata, komposisi hutang kekal berhemat dengan 96.7 peratus kertas hutang berdenominasi ringgit manakala baki adalah pinjaman luar pesisir yang menggambar pendedahan minimum terhadap risiko pertukaran mata wang asing.

Sebahagian besar pinjaman luar pesisir berdenominasi dolar Amerika Syarikat.

Hutang dalam negeri terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) berjumlah RM662.3 bilion pada akhir tahun 2017.

MGS kekal sebagai instrumen hutang utama berjumlah RM362.9 bilion daripada jumlah hutang Kerajaan Persejutuan.

MGII pula berjumlah RM261.5 bilion yang menggambarkan sokongan berterusan kerajaan dalam mempromosikan pasaran kewangan Islam, selain merancakkan pasaran modal domestik.

Sehingga akhir Jun lalu, bil perbendaharaan terkumpul berjumlah RM9.5 bilion mencakupi 1.4 peratus daripada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

Jumlah Sukuk Perumahan Kerajaan di bawah hutang Kerajaan Persekutuan kekal pada RM28.4 bilion.

Laporan itu menambah, pinjaman luar pesisir terdiri daripada pinjaman pasaran dan pinjaman projek berjumlah RM22.7 bilion.

Pinjaman pasaran diperoleh daripada terbitan sukuk global pada tahun 2011, 2015 dan 2016, menyumbang kepada 72.6 peratus daripada jumlah pinjaman luar pesisir.

Pegangan hutang Kerajaan Persekutuan adalah sejumla RM496.2 bilion dan sukuk kerajaan dipegang oleh pelabur domestik yang terdiri daripada Bank Negara Malaysia, institusi perbankan (29.7 peratus), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (27.2 peratus), syarikat insurans (4.5 peratus) dan Kumpulan Wang Persaraan (3.5 peratus).

Baki RM188.8 bilion dipegang oleh bukan pemastautin dengan 55.5 peratus terdiri daripada pelabur institusi dan berjangka panjang iaitu bank pusat, supranasional dan kerajaan (30.7 peratus), dana persaraan (17.2 peratus), syarikat insurans (3.1 peratus) serta institusi dua hala dan pelbagai hala dan lain-lain (4.5 peratus).

Pegangan sukuk global semasa terbitan meliputi 69.8 peratus bukan pemastautin dengan pegangan 25.8 peratus dari Asia, Eropah (15.5 peratus), Timur Tengah (14.4 peratus), Amerika Syarikat (14.1 peratus) dan selebihnya adalah pemastautin.

Kedudukan ini menunjukkan permintaan global terhadap instruman hutang Malaysia serta keyakinan kepada asas ekonomi negara. – MalaysiaGazette 


Sumber TKO - 28-10-2017 

Harga petrol naik 3 sen, diesel naik 2 sen
Posted on Wednesday, October 25 @ 20:12:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36161



Harga minyak untuk minggu mendatang menyaksikan kenaikan antara 2sen hingga 3sen seliter.

Bermula jam 12.01 tengah malam ini, RON95 dan RON97 akan dijual 3sen lebih mahal dengan harga masing-masing ditetapkan pada RM2.20 dan RM2.50 seliter.

Harga baru itu adalah yang ketiga tertinggi sejak 31 minggu lalu apabila mekanisme penentuan harga secara mingguan diperkenalkan.

Sementara itu, harga diesel akan naik 2sen, menjadikan harga jualannya RM2.13 seliter.
Harga baru diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) petang ini.

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan mula dikuatkuasakan pada April lalu.
Ia ditetapkan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.

Sumber TKO - 25-10-2017


Cadang Naik Harga Rokok RM50 Sekotak
Posted on Monday, October 23 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36099



KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan menaikkan harga rokok sehingga RM50 sekotak dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu usaha membendung gejala dadah membabitkan remaja dan belia.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Ahmad Saparudin Yusuf mencadangkan kenaikan harga tersebut bagi menjadikan rokok sebagai satu barangan mahal dan tidak mampu dibeli sehingga menyebabkan remaja dan belia sukar mendapatkannya.

Beliau berkata, berdasarkan pe­ngalaman dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dadah, anak luar nikah dan virus HIV mendapati, rokok menjadi asas kepada masalah-masalah dan gejala sosial itu menjadi punca beberapa masalah kesihatan.

"Jadi, jika harga rokok dinaikkan kepada RM50, sebagai langkah awal, masyarakat tentu akan berfikir berapa kali untuk membeli kerana mahal," katanya selepas program Sembang Bajet Utusan Online di sini baru-baru ini.

- Utusan Online

Sumber TKO - 233-10-22017

Kerajaan Akui Pelaburan Merosot
Posted on Sunday, October 22 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36089



SUDAH banyak tahun dan banyak kali saya memberi amaran mengenai suasana serta keadaan pelaburan yang mungkin tidak lestari di negara kita.

Boleh kata setiap kali perangkaan rasmi dan tidak rasmi mengenai pelaburan dikeluarkan, saya akan beri amaran agar kita tidak terlalu gembira dengan 'berita baik' itu.

Saya sering mengingatkan mengenai perbezaan projek pelaburan yang diluluskan dengan pelaksanaan sebenar kerana ada projek yang diluluskan tetapi tidak dilaksanakan.

Saya juga memberi amaran, manakala projek-projek baru yang diluluskan belum tentu akan dilaksanakan, projek-projek sedia ada sama ada menguncup, berpindah ke negara lain atau ditutup terus.

Hari ini kalau kita memandu melalui kawasan-kawasan kilang di negeri perindustrian seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Johor kita akan mendapati banyak bangunan kilang telah ditinggalkan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pelabur asing yang sudah bergiat di negara kita berpuluh tahun lamanya, sama ada telah menutup perniagaan atau berpindah ke negara lain.

Antara faktor menyebabkan mereka berbuat demikian adalah pertubuhan ekonomi negara yang tidak cukup tinggi, prospek masa depan yang tidak meyakinkan dan kenaikan kos pengeluaran.
Saya tidak berani mengatakan sama ada pihak bertanggungjawab terhadap pelaburan, khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa (Miti) dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) ambil langkah secukupnya bagi menangani isu penuaan industri ini.

Yang jelas ialah perhatian Miti dan Mida dalam beberapa tahun kebelakangan ini terlalu tertumpu kepada rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sudah pun kecundang akibat penarikan diri Amerika di bawah Presiden Donald Trump.

Bertahun-tahun usaha dan belanja yang besar nampaknya hangus begitu saja. Sejak awal lagi saya mencurigai kebergunaan TPPA dan menyuarakan kebimbangan kepada menteri berkenaan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dalam sesi-sesi dialog yang beliau adakan dengan pengamal media massa.

Kebimbangan yang saya suarakan sekian lama nampaknya makin menjadi kenyataan. Kadar pelaburan baharu jatuh dengan teruk dalam separuh pertama tahun ini.

Pada 19 Oktober media melaporkan kadar kelulusan pelaburan baharu bagi enam bulan pertama tahun ini jatuh 28.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Mida, pelaburan yang diluluskan bagi semua sektor bernilai RM65.4 bilion yang terdiri daripada 2,294 projek yang boleh mewujudkan 61,930 pekerjaan jika dilaksanakan sepenuhnya.
Apa yang lebih membimbangkan ialah kejatuhan paling teruk iaitu seb 41 peratus dideritai oleh sektor perkhidmatan yang berupa pemacu utama ekonomi negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kejatuhan sektor ini pula berkait rapat dengan kelembapan pasaran hartanah. Saya sudah sekian lama memberi amaran mengenai pertumbuhan sektor hartanah yang tidak lestari dan bahaya 'ekonomi buih' yang dicetuskannya.

Kita lihat projek hartanah, sama ada kediaman, ruang niaga atau pejabat, tumbuh ibarat cendawan muncul selepas hujan, tetapi tidak cukup pelanggan sama ada kerana kegiatan ekonomi yang tidak cukup rancak atau harga terlalu tinggi.

Keadaan ini akan menjadi semakin buruk dengan lebih banyak projek hartanah raksasa dimajukan di tapak-tapak seperti Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, Iskandar Malaysia dan cadangan Bandar Warisan Dunia di Melaka.

Atas sebab itulah saya berulang kali memberi amaran kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) agar tidak terikut-ikut dengan kegilaan memajukan projek hartanah raksasa, khususnya cadangan projek Merdeka PNB 118 di ibu negara.

Pengurusan PNB yang ada pada hari ini mungkin berasa bangga melaksanakan projek pencakar langit itu. Tetapi jika sesuatu yang buruk berlaku kepada PNB, yang akan menderita adalah Bumiputera, khususnya yang melabur skim saham amanahnya.

Dalam kenyataan media, Mida berkata pelaburan dalam sektor pengilangan pun jatuh juga, sebahagiannya disebabkan oleh pengaliran modal kepada projek-projek raksasa seperti Rapid di Pengerang, Johor.

Saya kurang yakin dengan alasan ini. Yang lebih ketara ialah kita tidak dapat lagi bersaing dengan negara-negara jiran dalam sektor pengeluaran.

Mida sendiri mengakui hal ini terutamanya daripada sudut kos tenaga buruh. Justeru saya tidak dapat berkongsi keyakinan dengan Mustapa buat masa ini bahawa keadaan akan berubah dalam jangka masa singkat.

Sebaliknya kita mungkin mengalami krisis kebolehpercayaan dan keyakinan yang lebih teruk buat beberapa bulan akan datang.

Seterusnya keadaan ini akan menjejaskan keyakinan pengguna dan pengusaha untuk berbelanja. Tanpa perbelanjaan yang secukupnya, ekonomi sebenar akan terus lembap.
Wallahuaklam.


Datuk A Kadir Jasin,
Tokoh Wartawan Negara


Sumber TKO - 22-10-2017

Dr M: Bagaimana Malaysia boleh hapuskan GST
Posted on Thursday, October 19 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36024




Malaysia tidak perlukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan ia boleh dihapuskan tanpa menjejaskan pendapatan kerajaan atau membebankan rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad. 



Menurut Mahathir, kerajaan Najib melaksanakan GST untuk menampung kerugian akibat penyelewengan dana awam yang dibelanjakan untuk dasar-dasar populis.



Katanya, ini termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), elaun RM300 kepada nelayan, pemberian RM800 untuk pengerusi-pengerusi Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tajaan program hari, dan pemberian wang persaraan untuk golongan yang tidak layak.



“Kerajaan Perdana Menteri Najib Razak tidak mempunyai wang yang cukup kerana penyelewengan dalam pengurusan dana kerajaan yang digunakan untuk meraih populariti untuk diri sendiri,” katanya.



Menurut Mahathir, tindakan Najib menaikkan gaji penjawat awam, menambah jumlah penjawat awam kepada 1.6 juta serta menubuhkan agensi-agensi dengan peruntukan yang besar seperti Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah menjejaskan lagi dana kerajaan.



“Semua pihak yang mendapat untung daripada pemberian Najib mungkin berasa gembira. Namun sebenarnya peningkatan pendapatan itu tidak begitu menguntungkan mereka.



“Ini kerana peningkatan gaji mereka selalunya menyebabkan kenaikan kos hidup. Dalam kata lain, peningkatan gaji tidak meningkatkan kemampuan membeli mereka.



Beban kekurangan dana



“Yang penting bukannya berapa banyak gaji seseorang. Yang penting adalah kemampuan membelinya. Apabila kos barangan dan perkhidmatan meningkat, pendapatan tambahan yang diperoleh seseorang tidak begitu bermakna,” kata Mahathir.



Untuk mengatasi beban kekurangan dana, kerajaan perlu mengurangkan defisit dengan menghapuskan kepercayaan bahawa wang mampu membeli populariti, mengurangkan kos dan menampung kerugian 1MDB, kata Mahathir.



Mahathir menambah, kebanyakan penerima BR1M mampu hidup tanpa BR1M dan pemberian BR1M seharusnya ditukar kepada elaun untuk golongan miskin yang tidak mempunyai pekerjaan.



Sumber TKO - 19-10-2017

Sejarah Persengketaan Jenama Adidas dan Puma
Posted on Saturday, October 14 @ 11:37:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35882



Selain Nike, jenama Adidas dan Puma adalah 2 jenama barangan sukan yang sangat popular di seluruh dunia. Jenama-jenama ini memonopoli beberapa kategori sukan antaranya sepak dan lumba lari melalui tajaan atlit-atlit profesional seperti Usain Bolt (pemegang rekod 100m dunia) dan Paul Pogba (pemain bola sepak Perancis).

ahukah anda, terdapat  sejarah menarik mengenai asal-usul jenama Adidas dan Puma?Adik-beradik Dassler


Sekiranya anda tidak tahu, jenama Adidas diasaskan oleh Adi Dassler manakala jenama Puma pula diasaskan oleh Rudolf Dassler. Pada 1920, Adi dan abangnya Rudolf telah bekerjasama menubuhkan sebuah syarikat membuat kasut di sebuah pekan kecil di Jerman yang dipanggil Herzogenaurach.
kilang kasut
Syarikat mereka dikenali sebagai Gebrüder Dassler Schuhfabrik (Syarikat Kasut Adik Beradik Dassler). Adolf Dassler mempelajari kemahiran membuat kasut daripada bapanya yang juga bekerja di sebuah kilang membuat kasut. Gabungan kedua-dua adik beradik ini adalah sesuatu yang menarik memandangkan Adi merupakan seorang pembuat kasut yang bagus sementara abangnya Rudolf pula seorang jurujual yang cekap.

Perniagaan mereka melonjak naik setelah atlit tajaan mereka Jesse Owens berjaya memenangi 4 pingat emas pada Sukan Olimpik 1936.
Perang Dunia ke 2

Ketika Adolf Hitler meluaskan penguasaannya ketika Perang Dunia ke 2 sekitar tahun 1933, kedua-dua adik beradik Dassler ini menyertai pasukan askar Nazi. Ketika Perang Dunia ke 2 inilah terjadinya beberapa salah faham antara kedua beradik ini yang menyebabkan keduanya mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Pada tahun 1948, kedua-duanya telah mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat yang mereka tubuhkan. Aset syarikat dan pekerja-pekerja yang dimiliki syarikat dibahagi sama rata antara keduanya.

Penubuhan Jenama Adidas dan Puma

Setelah membawa haluan masing-masing, Adi telah menubuhkan syarikat Adidas, hasil kombinasi namanya "ADI DASsler". Rudolf turut mengambil pendekatan serupa dengan menamakan syarikatnya "Rudo" (sempena namanya Rudolf Dassler) sebelum ditukar kepada Puma.

Kedua-duanya membina kilang kasut berhampiran sungai Aurach, bertentangan antara satu sama lain. Ketika itu, sebahagian besar penduduk di bandar Herzogenaurach bekerja di kedua-dua syarikat ini.
kasut adidas terawal
Kedudukan kedua kilang ini yang dipisahkan oleh Sungai Aurach, dan ditambah pula persengketaan antara Adi dan Rudolf dikatakan telah menyebabkan pekerja daripada kedua-dua syarikat ini tidak sebulu dan memusuhi antara satu sama lain.

Antara perkara pelik yang berlaku adalah pekerja daripada syarikat Adidas adalah dilarang untuk bergaul dan mengahwini seseorang yang bekerja di syarikat Puma dan begitulah sebaliknya.

Malah, layanan terhadap seseorang itu juga akan berbeza mengikut jenama kasut yang mereka pakai.

Kedua-dua syarikat ini juga mempunyai kelebihan masing-masing. Puma yang diketuai oleh Rudolf lebih bijak menjual produk manakala Adidas pula lebih mahir menghasilkan kasut daripada segi teknikal dan mempunyai hubungan baik dengan ramai atlit, seterusnya memudahkan mereka menghasilkan kasut yang berkualiti.

...
https://iluminasi.com

Sumber TKO - 14-10-2017



































































































Awas sindiket penipuan pakej umrah











ADVERTORIAL - Musim Umrah pada tahun 1439H akan bermula dalam anggaran sebulan lagi. Bagi anda yang bercadang untuk mengerjakan umrah pada musim ini akan mula mencari pakej-pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat serta ejen pengendali umrah. Di antara faktor utama pemilihan pakej umrah rata-rata menjadi keutamaan ialah faktor harga. 
Namun begitu dalam keghairahan kita memilih pakej umrah murah ini haruslah lebih berhati-hati kerana acap kali ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menipu dengan pelbagai cara. Merujuk laporan daripada Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, merekodkan sebanyak 31 kes penipuan umrah dikenal pasti sehingga bulan Julai tahun ini yang membabitkan kerugian berjumlah hampir RM600,000. 
Menurut Pengerusi Fa Izin International Travel & Tours, Ustaz  Lukmanul Hakim Haji Hanafi, hampir kesemua kes yang berlaku berpunca daripada kecuaian diri sendiri yang terlalu mudah mempercayai pelbagai tawaran pakej yang murah dan menarik. 
Akibatnya mereka berasa sangat teruja dan terus membuat pembayaran setelah dipujuk oleh ejen yang tidak bertanggungjawab itu. 
“Ada di antara mangsa penipuan ini tidak tahu pun nama syarikat pengendali umrah tersebut, entah ada atau tidak pun mereka tak tahu. Nama penuh ejen tersebut pun mereka tak ingat," kata Ustaz Lukmanul Hakim lagi. 
Ada beberapa cara yang dikenal pasti digunakan oleh sindiket ini untuk menipu mangsa. Antaranya mereka mengaku sebagai ejen bagi sesebuah syarikat umrah terkemuka. Tampil dengan watak ‘ustaz’ mampu meyakinkan mangsa untuk buat bayaran penuh. Namun apabila bayaran dibuat, individu tersebut menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi. Bila disiasat didapati dia bukan wakil syarikat tersebut.
“Ada juga yang menggunakan nama ustaz-ustaz yang terkenal di Malaysia sehingga dapat meyakinkan mangsa. Dan apabila bayaran penuh dibuat, ejen tersebut lari dan tak dapat dijejaki. Ini amat membahayakan. Bukan sahaja memburukkan nama baik ustaz yang tidak tahu pun akan namanya dipergunakan, bahkan menjejaskan imej agamawan di mata masyarakat seluruhnya,” tambah Ustaz Lukman lagi yang juga merupakan pengacara rancangan Ustaz Pilot di TV Al Hijrah. 
“Kami di Fa Izin International Travel & Tours Sdn Bhd sentiasa memberi latihan serta memantau ejen-ejen serta cawangan-cawangan kami di seluruh Malaysia agar sentiasa peka dan prihatin dalam memberikan servis serta komitmen yang tinggi kepada bakal-bakal tetamu Allah yang berniat untuk mengerjakan umrah bersama kami,” katanya lagi. 
Akhirnya sebagai pengguna hendaklah mengambil iktibar dengan segala kejadian penipuan yang berlaku. Angka 31 kes penipuan pada musim lepas tidak boleh dipandang mudah. Kita tidak mahu lagi mendengar masalah ramai yang tersadai di KLIA kerana ditipu ejen yang tidak bertanggungjawab. Rujuk dan dapatkanlah nasihat daripada pihak berkuasa sebelum memilih pakej yang ditawarkan. 
“Janganlah mudah terpedaya dengan tawaran pakej umrah terlalu murah. Pastikan beli pakej umrah daripada syarikat yang berdaftar dan berpengalaman mengendalikan umrah," nasihat Ustaz Lukman lagi. 
Untuk mengetahui 10 perkara bagaimana mengelakkan diri anda menjadi mangsa penipuan pakej umrah, sila klik link berikut: http://bit.ly/Faizin            
Sumber HD - 8-9-2017 







































































































Fuel Prices Up This Week

Petrol prices will go up by four sen while the price of diesel will go up by one sen for the first week of September.

The new price for RON95 will be RM2.20 per litre and RON97 will be priced at RM2.48 from midnight.

Diesel will go up by one sen to RM2.05 per litre.

The new prices were announced on RTM1 on Wednesday evening and will take effect from 12.01 am on Sept 7 until Sept 13.

The weekly fuel pricing mechanism came into effect in April this year, and the prices of petrol and diesel had been placed on a managed monthly float system since Dec 1, 2014 following the removal of fuel subsidies..thestar

Sumber BO - 6-9-2017







































































































Khidmat pin and pay tiada di luar negara?

AHLI Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dalam sesi soal jawab lisan bertanyakan langkah kerajaan untuk mengatasi kesulitan berhubung khidmat pin and pay bagi rakyat negara ini yang berurusan di luar negara. 
Ujar beliau, ada negara-negara yang tidak menerima transaksi menerusi khidmat pin and pay sehingga menyukarkan rakyat negara ini melakukan pembelian dan pembayaran. 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Wira Othman Aziz dalam maklum balasnya menasihatkan rakyat negara ini yang ingin berkunjung dan berbelanja di luar negara seeloknya 'notify' sistem yang diaplikasikan di negara yang ingin dikunjungi terlebih dahulu. – HARAKAHDAILY 2/8/2017
Sumber HD - 2-8-2017 


Tabung Haji Beli 100,000 Saham FGV
Posted on Wednesday, July 19 @ 18:59:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35703




KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) membeli 100,000 saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada RM100,000 pada Isnin.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, TH kini mempunyai 284.55 juta saham dalam syarikat itu selepas pembelian tersebut.
-- BERNAMA

Sumber TKO - 19-7-2017



Harga Semua Jenis Minyak Kekal Seminggu Ini
Posted on Wednesday, July 19 @ 19:02:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35704



PUTRAJAYA - Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac lalu, dan bagi tempoh seminggu berikutnya menyaksikan semua jenis minyak kekal untuk julung kalinya.

Ia memang dijangka ekoran kepegunan stok bekalan minyak mentah di pasaran antarabangsa susulan tindakan beberapa negara mengawal pengeluaran mereka, sekali gus menyaksikan permintaan dan penawaran stabil.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu produk minyak RON 95 masih lagi kekal kepada sebanyak RM1.97 seliter, sama seperti kadar sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula telah ditetapkan stabil kepada RM2.22 seliter, turut tidak berubah langsung dibandingkan seminggu sebelumnya.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari yang sama juga diumumkan kekal sama RM1.96 seliter iaitu turut tiada pergerakan ketara sebagai mana tempoh minggu sebelumnya.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 20 Julai sehingga 11.59 malam pada 26 Julai depan.

Mulai 29 Mac lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.


Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 19-7-2017











































































































Kelantanomic, model ekonomi Kelantan

JIKALAU sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96) 
Pendahuluan
Kajian berkenaan model pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan adalah sangat terhad. Hal ini kerana kebanyakan penyelidik dan pengkritik cenderung untuk mengkaji sistem politik, sosial dan undang-undang Syariah di Kelantan, berbanding menilai keunikan sistem ekonomi yang dilaksanakan di Kelantan. 
Penulisan ringkas ini bertujuan untuk menilai pencapaian pembangunan ekonomi negeri Kelantan sebagai model perekonomian yang yang seimbang, memenuhi maksud pembangunan di antara dua tuntutan hakiki, iaitu kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. 
Di samping itu, penelitian terhadap pembaharuan di dalam dasar ekonomi Kelantan turut membuka dimensi kajian pemikiran ekonomi yang diterapkan oleh Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (“TGNA”) sepanjang pentadbiran beliau sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan pada tahun 1990 hingga 2013. 
Model Pembangunan Ekonomi Kelantan
Pendefinisian “pembangunan” di Kelantan ternyata berbeza dengan definisi konvensional, di mana dasar Membangun Bersama Islam (MBI) ditakrifkan sebagai:
“Pelaksanaan pembangunan yang menyeluruh dan serasi dengan nilai-nilai Islam, mementingkan aspek kemanusiaan, dimantapkan dengan ketaatan kepada agama dan tidak memudaratkan sosial dan moral manusia, demi mencapai keredhaan Allah.” (Kertas Kerja Dasar MBI, 2006). 
Di samping itu, aspek pembangunan modal insan diletakkan sebagai teras utama di dalam agenda pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan, sejak 1990. Selaras dengan dasar MBI, kerajaan Kelantan menekankan ketinggian kualiti pendidikan dan pembudayaan ilmu di dalam masyarakat sebagai pencetus perubahan (catalyst) bagi menjana pertumbuhan. 
Berdasarkan kepada Lima Prinsip Pembangunan Ekonomi yang digariskan di dalam dasar Membangun Bersama Islam, terdapat Lima Model Ekonomi Berasaskan Syariat yang telah berfungsi di Kelantan, dan boleh diterima pakai di dalam dasar perekonomian sesebuah negeri mahupun negara, iaitu: 
1. Model Ekonomi Sederhana (Wasatiyyah)
Antara dasar pertama yang diambil sebaik sahaja memegang tanggungjawab mentadbir negeri ialah dasar penjimatan terhadap dana kerajaan negeri. Selain itu, Menteri Besar dan EXCO Kerajaan telah menunjukkan teladan dengan menyumbangkan sebahagian daripada kelayakan elaun kepada pelbagai tabung kebajikan. 
Malah rekod bersih pentadbiran kerajaan Kelantan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa sejak 1990 menjadi model pencegahan rasuah terbaik, mendahului usaha memerangi rasuah dan meningkatkan tahap integriti di dalam negara melalui mekanisma penguatkuasaan dan pendakwaan.
2. Model Ekonomi Rakyat (Ta’awun) 
Selain peranan pihak kerajaan negeri sebagai penggubal dasar dan pengawalselia aktiviti pembangunan dan kebajikan, kerancakan dan dayatahan ekonomi negeri Cik Siti Wan Kembang ini turut disokong oleh kekuatan kuasa beli (purchasing power) dan permintaan tempatan (domestic demand) di kalangan rakyat negeri Kelantan, khususnya dalam aspek perniagaan kecil dan sederhana, ditambah pula dengan budaya sedeqah, zakat dan waqaf yang sinonim dengan rakyat negeri Kelantan.
Kerajaan Kelantan juga telah berjaya membudayakan semangat tolong-menolong bagi melaksanakan projek kecil-kecilan melalui kaedah Ta’awun. Selain dapat menyuntik semangat kekitaan sesama rakyat, konsep ini juga merupakan satu kaedah yang dapat menjimatkan kos sehingga separuh daripada kos binaan biasa yang dilaksanakan secara tender. 
3. Model Ekonomi Bebas Riba’
Tindakan kerajaan Kelantan memindahkan akaun kerajaan negeri dari sistem perbankan konvensional kepada perbankan Islam di awal tahun 1990an telah menyuburkan usaha mengembangkan institusi kewangan Islam yang baru memasuki fasa kedua pembangunannya (1990–1999), sehingga Malaysia kini digelar sebagai hub kewangan Islam utama di dunia. 
Selain itu, Kelantan telah memperkenalkan pembiayaan berteraskan Qardhul-Hasan (tanpa riba’) kepada kakitangan kerajaan, di samping mempelopori sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) sebagai alternatif kepada amalan riba’ dan mekanisma untuk merancakkan perniagaan kecilan dan memecahkan belenggu kemiskinan. 
4. Model Ekonomi Pertanian
Pembangunan di sektor pertanian boleh membantu ke arah pembasmian kemiskinan yang dihadapi oleh para petani dan pekebun di luar bandar. Pada tahun 2006, kerajaan negeri Kelantan telah melaksanakan Program Ladang Rakyat yang merupakan satu inisiatif kerajaan negeri bagi membendung masalah penerokaan tanah kerajaan dan membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan. 
Seterusnya bagi memastikan sektor pertanian di Kelantan berkembang sejajar dengan tuntutan agama, kerajaan Kelantan telah melancarkan program ‘Bertani Satu Ibadah’ pada tahun 2009. Ini bersesuaian dengan usaha untuk menggalakkan partisipasi rakyat dan generasi muda dalam sektor pertanian, seterusnya meningkatkan tahap hidup golongan petani secara lebih menyeluruh. 
5. Model Ekonomi Kifayah
Kelantan menunjukkan komitmen dalam usaha membasmi kemiskinan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan seimbang, walaupun negeri ini menghadapi banyak kekangan dari segi modal dan infrastruktur. 
Di samping pelbagai program bantuan golongan miskin dan pembangunan luar bandar, Kelantan turut memberi bantuan rumah untuk golongan miskin di bawah program Rumah Dhu’afat bermula pada tahun 2006, selain program Bantuan Beras Percuma atau dikenali sebagai Skim al-It’am yang dilaksanakan bermula pada tahun 2011. 
Kesimpulan
Penilaian terhadap pencapaian pertumbuhan ekonomi Kelantan yang bersifat menyeluruh dan seimbang ini membawa kepada tiga kesimpulan penting.
Pertama, asas utama pembangunan yang bertunjangkan modal insan berkualiti ternyata menjadi pemangkin kejayaan sesebuah negeri atau negara untuk terus membangun secara lestari, dan Kelantan telah memulakannya di awal tahun 1990 ketika kerajaan Persekutuan memperkenalkan dasar Wawasan 2020 bagi mengejar status negara maju yang bersifat materialistik. 
Kedua, banyak reformasi dan inovasi dalam aspek pentadbiran dan perekonomian yang telah diperkenalkan di Kelantan, mendahului pelaksanaan dasar dan program yang dilaksanakan di peringkat persekutuan mahupun swasta. Malah rekod bersih pentadbiran kerajaan Kelantan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa sejak 1990 menjadi model pencegahan rasuah terbaik, mendahului usaha memerangi rasuah di peringkat Persekutuan. 
Ketiga, penumpuan aspek pembangunan yang seimbang bagi mengoptimakan produktiviti sumber alam, meningkatkan kualiti hidup rakyat dan kemakmuran negeri meletakkan Kelantan sebagai negeri model dalam mengadaptasi ukuran “Indeks Kegembiraan” seperti Gross National Happiness (GNH) dan Human Development Index (HDI) yang kini mula mendapat tempat di peringkat antarabangsa. 
Ternyata, pelaksanaan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ di negeri Kelantan telah merealisasikan wawasan pengwujudan sebuah model ekonomi berasaskan syariat yang praktikal. Ia bukan sahaja telah mendahului beberapa aspek pembaharuan dalam pelbagai bidang, malah wajar dijadikan model perekonomian yang memenuhi maksud pembangunan yang seimbang dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 14/7/2017

*Artikel ini adalah ringkasan kepada kertas kerja bertajuk “Ekonomi Berasaskan Syariat: Model Kelantan” yang dibentangkan oleh penulis di dalam “Seminar Islam Dalam Ketamadunan Kelantan” anjuran Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia pada 10 Julai 2017 di Bangi, Selangor.
Sumber HD- 14-7-2017 


Petrol turun 2sen, diesel 4sen
Posted on Wednesday, June 28 @ 21:28:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35593



Untuk minggu kelima berturut-turut harga runcit minyak mencatatkan penurunan.
Mulai tengah malam ini harga minyak RON95 dan RON97 menyusut dua sen menjadikan harga semasa masing-masing RM1.89 dan RM2.15 seliter.


Sementara itu harga runcit bagi diesel pula turun empat sen kepada RM1.84 seliter.
Harga mingguan minyak petrol dan diesel kini ditentukan oleh kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar AS pada minggu sebelumnya.

Sumber TKO - 28-6-2017


Menyindir seorang ‘tukang uji’, Najib raikan Geely-Proton
Posted on Friday, June 23 @ 17:34:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35513



KUALA LUMPUR: Sekian lama negara terpaksa menanggung kerugian Proton hanya kerana melayan mimpi tidak realistik seorang individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, semua orang sedar yang model perniagaan Proton tidak mapan untuk jangka masa panjang.


"Terlalu lama mimpi tidak realistik dan kurangnya pemahaman komersial bekas ‘ketua tukang ujinya' dilayan. Beliau lebih suka Proton dimiliki 100% oleh Malaysia dan kerugian ratusan juta setahun," katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, ia dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri dan pengasas Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik penjualan Proton kepada gergasi otomobil China itu.

"Tapi itu wang rakyat dan tidak bertanggungjawab untuk kita meneruskan model perniagaan yang jelas tidak akan berjaya," katanya pada ucaptama majlis menandatangani perjanjian antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH).

Perjanjian ditandatangani Pengarah Urusan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Pengerusi Geely, Liu Shufu sambil disaksikan Najib, Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Katanya, usahasama itu akan menyaksikan Proton bakal menjadi pengeluar kereta utama di Asia Tenggara.

Beliau sekali lagi membidas tanggapan pelaburan asing akan menyebabkan kedaulatan negara tergadai, dan menjamin ia tidak akan berlaku di bawah pimpinannya.

"Jika anda buta ekonomi, menolak pelaburan langsung asing kerana kurang maklumat atau sebab perkauman, ia hanya menyebabkan rakyat semakin mundur dan kita kehilangan daya saing," katanya.

Urusniaga ini antara lain melibatkan suntikan dana bernilai RM170.3 juta dari Geely serta pengeluaran kereta model Boyue (bernilai RM290 juta) sebagai SUV pertama Proton.

Sumber TKO - 23-6-2017



Sewa bazar Ramadan cecah RM55,000 tetapi makan untung atas angin
Posted on Monday, June 19 @ 20:24:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35493



KUALA LUMPUR,: Isu golongan individu menyewa petak bazar Ramadan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada golongan peniaga di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini bukan sesuatu yang baharu malah berlaku sejak beberapa tahun.

Justeru, DBKL telah melakukan pelbagai insiatif bagi mengekang gejala tersebut, antara lain mengenakan kompaun RM1,000 kepada peniaga yang menyewa lot gerai mereka kepada pihak ketiga, merampas barangan serta nama mereka disenaraihitamkan daripada memohon lesen perniagaan.

Namun begitu, inisiatif yang diambil oleh pihak berkuasa itu gagal mengatasi masalah di 2 kawasan itu bahkan individu yang memperoleh lot berkenaan jelas melanggar syarat ditetapkan dengan sentiasa mencari jalan untuk mengaut keuntungan atas angin.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata DBKL tidak pernah mengenakan sewa tinggi malah kebiasaan pada kadar di bawah RM1,000 sepanjang bulan Ramadan.

Namum, katanya, peniaga yang tidak bertanggungjawab muncul setiap musim Ramadan di lokasi berkenaan dengan taktik baharu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.


Menurutnya, salah satu taktik terbaharu yang dikesan oleh DBKL ialah peniaga yang berjaya mendapat lot berkenaan akan mendaftar penyewa atau pihak ketiga sebagai pekerja atau pembantu bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Katanya, taktik licik itu sukar dikesan namun DBKL telah menempatkan anggota penguat kuasa sepanjang masa di kawasan berkenaan bagi menangani masalah tersebut.

“Kami akan terus memburu mereka ini sebab agak keterlaluan mereka menyewakan tapak sehingga RM20,000 sedangkan kami (DBKL) sewakan tapak itu sangat rendah.

“Kami wujudkan peluang perniagaan di bulan yang mulia tapi mereka sanggup mengambil kesempatan dan ini yang yang membuat saya rasa kecewa,” katanya kepada Bernama.

Katanya, sejumlah 5,000 peniaga memohon untuk mendapat lot bazar di dua kawasan tersebut tetapi DBKL hanya dapat menyediakan 400 lot sahaja berikutan pelaksanaan projek “River of Life” di kawasan berkenaan.

Difahamkan, 2 kawasan tersebut menjadi rebutan golongan peniaga yang sanggup membayar sewa antara RM7,000 sehingga RM55,000 untuk berniaga di kawsan itu sepanjang Ramadan.

Sumber TKO - 19-6-2017



Selepas raya, mi dan buah-buahan import dikenakan GST, kata laporan
Posted on Monday, June 19 @ 20:21:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35492



PETALING JAYA: Beberapa barang makanan yang selama ini dikecualikan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal naik harga, susulan keputusan kerajaan menamatkan pengecualian cukai 6% itu, menurut laporan China Press.

Mulai 1 Julai, lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy ketika dihubungi FMT berkata kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan petang ini.

Antara makanan yang terkesan ialah belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri dan beri.

Barang makanan lain yang akan dikenakan GST 6% termasuk bihun, kuey teow, laksa mi dan minyak kelapa.


Di bawah kategori sayur-sayuran, kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis akan mula dikenakan GST.

Kerajaan memperkenalkan GST 6% ke atas barangan dan perkhidmatan pada April 2015.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober 2014, Datuk Seri Najib Razak membutirkan beberapa barang makanan yang dikecualikan GST.

Antaranya ialah semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport, roti putih dan roti wholemeal, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko, dan mi kuning, kuey tiau, laksa dan bihun.

Sumber TKO - 19-6-2017


Petrol turun 7 sen, Diesel turun 6 sen
Posted on Wednesday, June 14 @ 18:43:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35438



Petrol turun lagi minggu ini. Berikut harga minyak seluruh negara bermula selepas 12 malam ini.

Sumber TKO - 14-6-2017

.



10 Soal Jawab Anda Kena Tahu Sebelum Jual Beli Tanah Lot
Posted on Thursday, June 08 @ 15:07:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35345



Kebelakangan ini, nampaknya terdapat beberapa syarikat aktif menjual tanah lot melalui perkongsian geran. Sebagai seorang yang mengikuti dunia hartanah, saya memandang perkembangan ini dengan serius, kerana ia melibatkan kesan-kesan tidak sihat kepada pembeli di kemudian hari.

Untuk lebih memahami masalah ini, saya menghubungi seorang peguam hartanah berpengalaman, Tuan Salkukhairi Abd Sukor, seorang partner di Alda Shukri Khairi & Associates, yang juga merupakan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).

Di bawah, beliau kongsikan 10 soalan lazim tentang urusan jual beli tanah lot:
Soal Jawab Berkenaan Jual Beli Tanah Lot

1. Adakah jual beli tanah lot menguntungkan bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah?
salkukhairi
FB Salkukhairi Abd Sukor

Jual beli tanah lot boleh menjadi satu pelaburan hartanah yang menguntungkan sekiranya ia mematuhi beberapa pra-syarat yang ditetapkan.

Pertama, tanah lot itu sendiri mestilah bebas daripada sebarang bebanan (free from all encumbrances), misalnya tanah lot tersebut telah mempunyai geran individu yang berasingan serta berstatus bangunan dan boleh dipindahmilikkan kepada pembeli.

Kedua, transaksi jual beli tanah lot tersebut mestilah mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang sebenar.

Contohnya, transaksi jual beli tanah lot tersebut hendaklah diuruskan oleh peguam dan mengguna pakai satu perjanjian jual beli secara bertulis yang memasukkan terma-terma yang melindungi hak dan kepentingan pembeli, dan urusan pindahmilik daripada penjual kepada pembeli hendaklah didaftarkan di pejabat tanah yang berkenaan.

Ketiga, tanah lot tersebut mestilah boleh digunakan untuk didirikan rumah diatasnya. Tiada guna membeli tanah lot tetapi tidak boleh digunakan untuk didirikan rumah di atasnya.

Misalnya, tanah lot tersebut tidak termasuk dalam zoning perumahan, atau keluasan tanah lot itu terlalu kecil dari segi saiznya atau bentuknya sehingga menyebabkan ianya tidak praktikal untuk didirikan rumah yang selesa di atasnya.

Sekiranya pra syarat di atas dipatuhi, tidak mustahil urusan jual beli tanah lot boleh menjadi satu bentuk pelaburan hartanah yang menguntungkan.

2. Bagaimana, untuk pembeli, memastikan tanah lot yang dibeli benar-benar wujud dan bukan menjadi mangsa penipuan?
tanah01
jualsewatanah.com
Mudah sahaja sebenarnya. Untuk memastikan sesuatu tanah lot yang ingin dibeli itu memang benar-benar wujud, pembeli hendaklah meminta daripada penjual salinan hakmilik (geran) individu yang berasingan untuk tanah lot

tersebut.

Sekiranya penjual berdolak-dalik atau enggan untuk memberi salinan geran individu tanah lot yang ingin dijual tadi, besar kemungkinan, tanah lot tadi memang tidak wujud atau geran individu yang berasingan dan berstatus bangunan untuk tanah lot tersebut masih belum ada.

Pembeli jangan mudah terpedaya apabila dibawa oleh penjual atau wakilnya untuk melawat tapak (site visit) tanah lot yang dikatakan ingin dijual itu. Belum tentu tapak yang cantik dan terang atau lokasinya yang strategik memberi indikasi yang hakmilik individu yang berasingan terhadap tanah lot tersebut telah wujud.

Sebab itu sebagaimana yang saya nyatakan tadi, perkara pertama sekali yang anda kena dapatkan daripada penjual sebelum buat keputusan untuk beli tanah lot adalah salinan geran individu yang berasingan.

Sekiranya penjual enggan beri atau memang sah ianya masih belum ada geran individu yang berasingan, eloklah dilupakan sahaja hajat anda untuk membelinya kerana ianya adalah berisiko. Secantik mana sekalipun keadaan tanah lot itu atau strategik mana sekalipun lokasinya, sekiranya ia tiada geran individu yang berasingan, ianya tidak akan memberi apa-apa makna kepada anda.
Sekiranya pembeli telah memperolehi salinan geran tanah lot tersebut daripada penjual, lakukanlah carian persendirian di pejabat tanah dimana tanah lot tadi terletak. Daripada carian itu, pembeli dapat mengetahui segala

maklumat berkaitan dengan tanah lot tersebut.

Adalah disarankan juga, agar pembeli dapat membuat semakan di
pejabat tanah tentang lokasi dan kedudukan sebenar tanah lot tersebut, adakah lokasi dan kedudukannya betul dan sama sebagaimana anda telah dibawa melawat tapak sebelum ini.
Sekiranya semua perkara yang saya sebutkan tadi memuaskan hati anda dan tiada sebarang keraguan di sana, maka bolehlah anda teruskan niat anda
untuk membeli tanah lot tersebut.

3. Pada pendapat tuan, apakah cara paling berkesan dan persediaan untuk menceburi diri dalam jual beli tanah lot?
tanah02
drumah.com
Saya fikir dalam apa-apa perkara sekalipun yang kita lakukan, kita mestilah mempunyai ilmu. Jangan lakukan sesuatu perkara sekadar ikut ikutan.

Kawan-kawan beli tanah lot, kita pun hendak beli juga. Atau jangan mudah
terpedaya dengan tawaran harga jualan tanah lot yang murah atau seolah-olah tidak logik. Begitu juga, jangan hanya terpesona dengan lokasi dan keadaan fizikal tanah lot tersebut selagi anda belum lihat geran individunya.

Rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang berpengalaman dan pakar dalam urusan jual beli tanah lot sebelum anda membuat keputusan untuk membelinya.

Selain daripada itu, saya juga menggalakkan anda merujuk kepada peguam hartanah yang berpengalaman dalam urusan jual beli tanah lot sebelum anda membelinya.
Lantiklah peguam anda sendiri yang boleh melindungi hak dan kepentingan anda dalam urusan jual beli tersebut. Jangan hanya bergantung kepada peguam yang disediakan oleh penjual kerana peguam yang dilantik oleh penjual tadi belum tentu dapat melindungi hak dan kepentingan
anda sepenuhnya.
4. Seperti yang kita tahu, banyak tanah lot yang dijual di bawah status geran bersama, apa pandangan tuan?
tanah03
Mahligai Idaman

Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, adalah berisiko membeli tanah lot yang belum ada geran individu yang berasingan atau tanah lot tadi masih di bawah geran bersama dan berstatus pertanian.
Ini kerana sekiranya tanah lot tersebut masih di bawah geran bersama, besar kemungkinan ianya tidak boleh dipindahmilikkan kepada nama

anda akibat kekangan dari segi perundangan.

Kalaupun ianya boleh dipindahmilik kepada nama anda , hak dan
kepentingan anda terhadap tanah lot tersebut tidak dilindungi sepenuhnya. Dan anda terpaksa berkongsi hak dan

kepentingan dengan pembeli-pembeli yang lain di atas tanah tersebut.

Untuk makluman, di bawah Kanun Tanah Negara, pemilik bersama terhadap sesuatu hartanah mempunyai hak dan kepentingan yang sama terhadap semua
bahagian di atas tanah tersebut.

Misalnya, katakanlah anda beli Lot 1 di atas geran bersama tadi dan pembeli-pembeli lain pula membeli lot-lot lain. Sungguhpun Lot 1 itu anda yang beli, tetapi dari segi undang-undang, pembeli-pembeli lain juga mempunyai hak
dan kepentingan yang sama terhadap lot anda.

Sekiranya salah seorang pembeli tadi meninggal dunia, waris-waris mereka berhak menuntut lot anda tadi sebagai tanah pusaka.

Selain daripada itu, sekiranya anda beli tanah lot yang berkongsi geran dan belum ada geran individu yang berasingan, dari segi perundangan anda tidak boleh mendirikan rumah di atas tapak lot anda tersebut.

Ini kerana dari segi perundangan, untuk 1 ekar tanah yang berstatus pertanian, hanya sebuah rumah kediaman sahaja yang boleh didirikan di atasnya. Jadi, apalah gunanya anda beli tanah lot tetapi tidak boleh didirikan rumah diatasnya.

Oleh yang demikian, sekali lagi saya tekankan, adalah berisiko membeli tanah lot yang belum ada geran individu yang berasingan.

5. Sejauh mana, jual beli tanah lot membantu mereka yang ingin membina rumah kediaman sendiri kerana beranggapan ia lebih menjimatkan?
tanah04picturerumahminimalis.com

Tanggapan masyarakat, dengan membeli tanah lot, kos untuk memiliki sesuatu hartanah itu lebih murah dan lebih jimat berbanding membeli sebuah rumah yang telah siap dibina. Namun begitu, mereka hendaklah berhati-hati

supaya pembelian tanah lot tadi tidak merugikan mereka.

Yang paling penting mereka kena pastikan tanah lot tersebut mempunyai geran individu yang berasingan dan proses jual belinya dibuat mengikut prosedur

perundangan yang betul.

Barulah mereka akan mempunyai hak dan kepentingan terhadap tanah lot tersebut, dan hak mereka akan sentiasa dilindungi di sisi undang-undang. Dan barulah mereka boleh membina rumah idaman mereka di atas tanah lot tersebut.

Apalah gunanya menghabiskan duit berpuluh-puluh ribu bahkan beratus-ratus ribu ringgit untuk beli tanah lot, tetapi akhirnya anda tidak dapat memiliki tanah lot tersebut.

Lebih malang lagi, kalau dapat tanah lot sekalipun, anda tidak boleh mendirikan rumah di atas tanah tersebut akibat kekangan dari segi perundangan sebagaimana yang saya nyatakan tadi. Ini sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat.

6. Boleh tuan kongsikan apakah selalunya permasalahan yang dihadapi oleh pembeli dalam jual beli tanah lot?
tanah05
picturerumahminimalis.com
Di antara masalah yang biasa berlaku dalam urusan jual beli tanah lot ini adalah seperti:
  • tanah lot yang dibeli tidak wujud
  • tiada geran individu yang berasingan
  • penjual gagal memindahmilikkan tanah lot kepada pembeliwalaupun pembeli telah membuat bayaran sepenuhnya harga jual beli
  • jual beli tanah lot tidak dibuat mengikut prosedur perundangan yang sebenar dan tidak diuruskan oleh peguam hartanah yang berpengalaman
  • tanah lot yang dibeli tidak boleh dipecah lot akibat masalah perundangan
  • tanah lot yang dibeli tidak sesuai untuk didirikan rumah di atasnya di mana ianya tidak termasuk dalam zoning perumahan atau saiz dan bentuknya tidak sesuai untuk didirikan rumah yang dikehendaki
  • penjualan tanah lot yang berlapis dimana satu lot tanah dijual kepadalebih daripada seorang pembeli
  • dan pelbagai lagi masalah lain yang kalau saya hendak cerita disini akan mengambil masa berhari-hari lamanya.
7. Apakah cara terbaik untuk menangani masalah ditipu penjual tanah lot?
tanah06
kedahproperties.wordpress.com
Pertama, anda kena semak dulu status hakmilik dan pemilikan tanah lot yang dijual tersebut, sama ada ianya telah mempunyai geran individu yang berasingan dan berstatus bangunan serta dimiliki oleh tuan punya yang sah.

Kedua, anda kena faham proses dan prosedur jual beli tanah lot yang sebenar dengan bertanyakan kepada rakan-rakan atau kaum keluarga yang mempunyai pengalaman dan urusan pembelian tanah lot. Anda juga boleh

dapatkan nasihat profesional daripada mereka yang pakar dalam urusan tanah lot seperti perunding hartanah berdaftar, juruukur, penilai dan sebagainya.

Ketiga, lantiklah peguam hartanah yang berpengalaman sejak awal

lagi anda bercadang untuk membeli tanah lot tersebut. Jangan pula setelah rasa ditipu dan terpedaya, barulah anda hendak rujuk kepada peguam. Pada ketika itu, ianya sudah terlambat.
Keempat, jangan mudah terpedaya dengan tawaran iklan jualan tanah lot yang menarik dan harga jualan tanah lot yang murah. Selidikilah dulu dari

pelbagai aspek sebelum anda memutuskan untuk membelinya.

8. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pembeli jika mereka diperdaya dalam pembelian tanah lot?
tanah07
ismaweb.net
Walaupun mereka yang merasakan diperdaya dalam urusan pembelian tanah lot ini boleh
mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penjual atau pihak-pihak yang bersubahat seperti membuat laporan polis, melaporkan kepada badan pencegahan rasuah atau pihak-pihak berkuasa yang lain, mengambil tindakan perundangan terhadap penjual di mahkamah dan sebagainya, tetapi bagi saya tindakan tersebut tidak mampu menutupi kerugian yang telah anda alami.

Apatah lagi proses untuk mengambil tindakan tersebut akan mengambil masa yang lama dan melibatkan kos yang tidaklah sedikit. Sudahlah anda telah rugi akibat pembelian tanah lot tersebut, untuk menuntut semula hak anda, anda terpaksa pula keluarkan lagi kos perundangan yang besar. Ianya sesuatu

yang agak tidak berbaloi sebenarnya.

Dan belum tentu anda akan dapat kembali semua wang yang telah anda
keluarkan dan dapat menutupi kembali kerugian yang telah anda alami.

Bukan itu sahaja, dari segi perundangan, sekiranya anda terlibat dengan sesuatu perkara yang bertentangan dengan undang-undang, undang-undang sendiri tidak akan melindungi anda dan sekiranya anda menuntut gantirugi di mahkamah, anda juga tidak berhak untuk mendapat sebarang remedi di atas kerugian yang anda alami.

Oleh yang demikian, nasihat saya, elakkanlah daripada menjadi mangsa penipuan penjualan tanah lot dan berhati-hatilah dalam setiap tindakan yang anda lakukan.

Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?

9. Adakah akta yang melindungi pembeli dalam jual beli tanah lot?
tanah08duniasaya.net
Setakat ini tiada satu akta khusus berkaitan dengan jual beli tanah lot. Pun begitu, disana terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang sekiranya dipatuhi sepenuhnya, pastinya ia dapat mengelakkan daripada

terjerumus dan terlibat dalam urusan jual beli tanah lot yang merugikan.

Misalnya peruntukan-peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara berkaitan urusan pecah bahagi tanah, urusan tukar syarat dan kegunaan tanah, urusan
pindah milik tanah dan sebagainya.

Begitu juga peruntukan di dalam Akta Kontrak misalnya yang memperuntukkan
tentang keadaan di mana sesuatu kontrak jual beli itu dianggap tidak sah (void), boleh tidak sah (voidable) dan

bertentangan dengan undang-undang, dan apakah hak pembeli sekiranya sesuatu kontrak itu tidak sah dan

dibatalkan atau sebagainya.

Peruntukan undang-undang semua ini sebenarnya telah lama ada, cumanya kita sendiri yang tidak sedar dan tidak peka.

Sekiranya kita mematuhi segala peruntukan undang-undang ini, pastinya kita tidak akan terjerumus dalam situasi di atas.

10. Berapakah kos guaman yang selalunya dikenakan untuk transaksi jual beli tanah lot?
tanah09
Salkukhairi Abd Sukor
Kos guaman urusan jual beli tanah lot ini sebenarnya sama dengan kos guaman urusan jual beli hartanah yang lain.

Dimana terdapat skala tertentu yang telah ditetapkan di dalam Perintah Pendapatan Peguam (Solicitors Remuneration Order) di bawah Akta Profesion Guaman. Ianya mengikut harga jual beli atau nilaian sesuatu tanah

lot tersebut (yang mana lebih tinggi).

Pun begitu, sekiranya ditanyakan kepada saya, saya suka menyatakan yang
kos guaman untuk jual beli tanah lot ini adalah tidak melebihi 2.5% daripada harga jual beli atau nilaian tanah lot tersebut (sekiranya tidak melibatkan urusan pembiayaan dan gadaian kepada bank atau institusi kewangan) atau

pun tidak melebihi 5% daripada harga jual beli atau nilaian tanah lot tersebut (sekiranya ia melibatkan urusan pembiayaan dan gadaian kepada bank atau institusi kewangan).

Untuk lebih banyak tip dan prosedur perundangan berkaitan jual beli hartanah, anda boleh merujuk kepada buku Pengenalan Undang-Undang Pembangunan Hartanah di Malaysia dan Tips Mudah Urusniaga Hartanah di Malaysia, hasil penulisan Tuan Salkukhairi. Anda boleh mendapatkannya dengan menghubungi beliau di sini.

Sumber TKO - 8--6-2017



Petrol dan Diesel turun harga
Posted on Wednesday, June 07 @ 18:24:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35320



PETALING JAYA: Berikut harga minyak seluruh negara bermula malam ini.

.Sumber TKO - 7-6-2017 



Pakar: Beribu kakitangan boleh hilang kerja jika RHB, Ambank bergabung
Posted on Monday, June 05 @ 10:35:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35279



PETALING JAYA: Dua pakar ekonomi memberi amaran penggabungan yang bakal berlaku antara RHB Bank Berhad dan AMMB Holdings Berhad atau AmBank akan menyaksikan beribu-ribu kakitangan hilang pekerjaan.

Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng berkata pemberhentian kerja di bawah iklim ekonomi semasa akan menimbulkan masalah kepada mereka yang diberhentikan kerja.

“Walaupun ekonomi negara dalam proses pemulihan namun ia tidak pada kadar yang boleh menjana peluang pekerjaan yang mencukupi. Akan ada cabaran pekerjaan,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Yeah dan Prof Hoo Kee Ping yang juga pengarang beberapa buku ekonomi berkata kebanyakan pekerja yang terjejas boleh dilatih dan ditugaskan untuk bekerja di bahagian jualan dan operasi perbankan atas talian.

Hoo berkata juruwang dan pengendali kaunter lain terdiri daripada pekerja bank.

“Tetapi terdapat keperluan tenaga jualan dalam bank. Kebanyakan bank sekarang melatih juruwang mereka untuk melakukan jualan,” katanya.

Beliau menggesa kedua-dua bank berkenaan melatih pekerja mereka yang terjejas melakukan tugas jualan atau menawarkan mereka skim pengasingan sukarela yang akan memberikan peluang kepada mereka untuk belajar kemahiran baru.


Beliau juga berkata pekerja boleh dilatih untuk bekerja dalam sektor pertumbuhan baru yang mempunyai potensi yang kuat seperti teknologi kewangan (FinTech), perbankan atas talian, pengurusan kekayaan dan pelaburan insurans perbankan.

Khamis lalu, RHB dan AmBank mengumumkan Bank Negara Malaysia meluluskan hasrat mereka untuk memulakan perbincangan bagi tujuan penggabungan.

Sumber dipetik Reuters berkata RHB akan menjadi pemeroleh dalam penggabungan berpotensi itu yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$9 bilion (RM38.59 bilion).

Reuters menambah kedua-dua bank tersebut mempunyai sejumlah 25,000 pekerja apabila bergabung.

Hoo berkata bank berkenaan sudah menutup beberapa cawangan perbankan atas talian dan menumpukan kepada sumber ke atas FinTech.

Beliau menambah, banyak bank dijangka menyusutkan pekerjaan dalam tahun akan datang jika mereka menceburi FinTech.

Beliau mencadangkan RHB dan AmBank menumpukan kepada sektor pertumbuhan tanpa faedah untuk mengurangkan pertindihan kerja. Sektor ini meliputi jualan, perkhidmatan atas talian dan pengurusan kekayaan dan aset.

Yeah menasihati pekerja bank lebih banyak belajar bidang teknologi untuk mencari peluang baru atau terlibat dalam FinTech dengan berkata terdapat permintaan yang tinggi untuk pekerja dalam sektor itu.

Beliau juga berkata mungkin tidak perlu bagi RHB dan AmBank mengurangkan sebilangan besar pekerjaan jika mereka mengambil keputusan untuk memanfaatkan kemahiran dan kecekapan pekerja mereka yang sedia ada.
\
“Entiti baru boleh menumpukan kepada peruncitan, pinjaman korporat, pengurusan kekayaan peribadi atau perbankan Islam,” katanya sambil menambah ia juga boleh menimbang untuk memperluaskan perkhidmatan perbankan Islam di luar negara.

Sumber TKO - 5-6-2017


Proton rugi RM1 bilion jika tidak distruktur semula
Posted on Saturday, June 03 @ 07:04:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35215



SEREMBAN - Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka akan mengalami kerugian sebanyak RM1 bilion pada tahun ini sekiranya syarikat automotif nasional itu tidak ​​​​distruktur semula, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata, pada tahun lepas misalnya, kerugian syarikat itu telah mencecah RM500 juta berikutan prestasi jualan yang tidak memberangsangkan iaitu sekitar 72,000 unit setahun dan 6,000 unit sebulan.

"Pada tahun lepas kerajaan bantu dengan memberi pinjaman mudah RM1.5 bilion...tahun ini minta lagi. Sumbangan (kerajaan untuk) R&D (penyelidikan dan pembangunan) pula RM1.1 bilion.

 "Ini duit rakyat yang kita gunakan untuk selamatkan Proton kerana 60,000 orang bergantung rezeki dengan Proton...jadi berapa lama lagi kita perlu beri (sumbangan duit rakyat)," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan pelancaran Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) di Masjid Paroi Jaya, di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan. – Bernama

Sumber TKO - 3-6-2017


Harga minyak turun antara 1 dan 2 sen
Posted on Wednesday, May 31 @ 17:59:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35189



Harga baru bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan turun dua sen menjelang tengah malam ini, manakala harga diesel pula akan jatuh sebanyak 1 sen.

Harga petrol RON95 akan menjadi RM2.10 dari harga RM2.12 seliter sekarang, manakala RON97 menjadi RM2.38 daripada RM2.40 dan diesel pula dari RM2.03 kepada RM2.02 seliter.

Harga baru itu akan berkuat kuasa hingga minggu depan.

Harga bahan api kini ditentukan dengan menggunakan sistem harga siling mingguan yang ditentukan berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOP) dan purata kekuatan mata wang minggu sebelumnya.

Ia sebelum ini diumum secara bulanan.

Sumber TKO - 31-5-2017



Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita
Posted on Monday, May 29 @ 00:30:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35147



KUALA TERENGGANU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengadakan pemeriksaan di sebuah kedai makan yang dikatakan mengenakan caj tidak munasabah kepada pengguna hingga menjadi tular di media sosial.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan Rabu lalu, PPDNKK mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan antipencatutan 2011 kerana mengenakan caj harga yang tidak munasabah.
Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, selain notis pihaknya turut menyita tiga jenis lauk iaitu 13 ketul ikan siakap, 10 biji telur rebus dan 52 ketul hati pedal kerana ia gagal pamerkan tanda harga.

“Bagaimanapun pemeriksaan bagi makanan yang dicaj tinggi tidak dapat dijalankan berikutan ia tidak dipamerkan pada hari tersebut,” katanya  memetik laporan Sinar Harian.


Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Minggu lalu seorang pengguna Facebook memuat naik status makanan yang diambil di kedai makan berkenaan dan dikenakan harga yang tidak munasabah.

Dia dicaj sebanyak RM32 bagi sepinggan nasi berlaukkan seekor udang galah, dua potong sotong dan sayur kangkung.

Dia yang terkejut dikenakan caj itu kemudiannya mengambil gambar hidangan berkenaan dan memuat naik di media sosial.


Tindakannya  itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizan yang mana rata-ratanya mengecam tindakan pemilik kedai makan itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 29-5-2017



Pemilik bersama Lotus berkait dengan hartawan Syed Mokhtar
Posted on Saturday, May 27 @ 15:36:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35125



Ekoran pembelian 51 peratus pegangan oleh pengeluar kereta Geely Automotive dalam British marque Group Lotus Plc, yang sebelum ini dimiliki oleh Proton, dilaporkan bahawa baki 49 peratus telah diperoleh oleh firma Malaysia yang kurang dikenali, Etika Automotive Sdn Bhd.

Bernama melaporkan Etika adalah milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary manakala theSun melaporkan bahawa Syed Mokhtar merupakan pemegang saham dalam Etika dan DRB-Hicom. Syed Mokhtar dikenali sebagai seorang yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengilhamkan penubuhan pengeluar kereta nasional, Proton.

Syed Mokhtar juga memiliki 55.2 peratus dalam DRB-Hicom, syarikat induk Proton, yang menjual 49.9 peratus kepentingannya kepada Geely.

Carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa walaupun Syed Mohktar tidak mengawal Etika secara langsung, dua daripada pemiliknya mempunyai hubungan yang rapat dengan hartawan berkenaan.

Dokumen CCM menunjukkan bahawa Etika ditubuhkan pada 9 Jun tahun lepas dengan modal berbayar RM2.

Perniagaan terasnya adalah pembuatan alat ganti kenderaan, enjin dan turbin.

Syarikat itu, yang didaftarkan di Bangsar, Kuala Lumpur, dimiliki oleh Datuk Mohammad Zainal Shaari dan Azman Hanafi Abdullah, kedua-duanya juga berkhidmat sebagai pengarah syarikat itu.
Pemeriksaan dalam talian menunjukkan bahawa Mohammad Zainal merupakan pengarah di sekurang-kurangnya tiga syarikat berkaitan Syed Mokhtar, manakala Azman merupakan pengarah sebuah syarikat hartawan itu.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Mohammad Zainal juga pernah berkhidmat di Khazanah Nasional dan Tenaga Nasional. Beliau adalah bekas ketua pegawai operasi Khazanah.

Pada masa ini, beliau adalah pengarah urusan kumpulan Tradewinds (M) Sdn Bhd, yang merupakan salah sebuah syarikat Syed Mokhtar yang terlibat dalam sektor pertanian, seperti pengeluaran gula dan beras serta perladangan kepala sawit.

Anak syarikatnya ialahBernas dan Sugar Refinery Central.

Oleh itu, Mohammad Zainal juga adalah ahli lembaga pengarah Bernas atas kapasitinya sebagai pengarah urusan Tradewinds.

Beliau juga telah dilantik sebagai pengarah NCB Holdings, yang merupakan anak syarikat MMC Corp, satu lagi syarikat utama dalam empayar perniagaan Syed Mohktar. Syarikat ini memberi tumpuan kepada bidang infrastruktur, pengurusan pelabuhan, transit aliran massa dan loji kuasa dan loji air melalui MMC Port Holdings Sdn Bhd dan Malakoff.

MMC Port Holdings mengawal NCB Holdings, yang merupakan operator utama Northport Klang, melalui pegangan 97.04 peratus.

Orang ke-10 terkaya di M'sia

Sementara itu, Azman adalah pengarah di Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd. Syarikat maritim itu dimiliki oleh Indra Cita Sdn Bhd, yang seterusnya dikawal oleh Syed Mohktar dan isterinya Puan Sri Sharifah Zarah Syed Kechik.

Ditubuhkan pada tahun 1991, Seaport Terminal mengendalikan operasi Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tg Bruas Melaka. Dokumen CCM menunjukkan Etika, Seaport Terminal dan Indra Cita berkongsi alamat pendaftaran yang sama di Bangsar.

Menurut Forbes, Syed Mohktar memiliki aset bernilai AS$1.8 bilion (RM7.74 bilion), dan menjadikannya orang ke-10 terkaya di Malaysia tahun ini.

Empayar perniagaan Syed Mokhtar telah dipelbagaikan meliputi penjanaan kuasa, beras, gula, bank, pelabuhan, perladangan dan pembuatan kereta melalui tiga syarikat utama - MMC, Tradewinds dan DRB-Hicom.


Pada tahun 2012, Syed Mokhtar membeli saham Proton daripada Khazanah melalui DRB-Hicom, dan kemudiannya menswastakan pengeluar kereta nasional itu.

Sumber TKO - 27-5-2017


Pakar ekonomi risau banyak industri tempatan dibeli pelabur asing
Posted on Thursday, May 25 @ 21:04:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35093



PETALING JAYA: Pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram risau melihat ekonomi negara terutamanya sektor perindustrian dan pembuatan makin mengecil akibat diambil alih pelabur asing.

Beliau berkata keadaan ini menyebabkan negara mengalami “deindustrialisasi” atau pengurangan kekuatan industri yang menurutnya tidak baik untuk pertumbuhan dan pembangunan negara.
Beliau mengulas pengumuman penjualan 49.9% saham Proton oleh DRB-HICOM kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Holding Group Co Ltd (Geely).

“Saya sangat risau dengan masa depan negara dengan melihat apa berlaku kepada sektor perindustrian. Apa yang terjadi kepada Proton adalah sebahagian daripadanya.
\
“Akhirnya apakah manfaat (penjualan pemilikan Malaysia) kepada rakyat? Pada kebanyakan masa, kita melayan (pelabur asing) lebih baik daripada pelabur tempatan sendiri,” katanya ketika ditemui selepas program anjuran Bersih semalam.

Namun, beliau berkata terlalu awal untuk menyatakan apakah pengambilalihan Proton itu akan membawa kebaikan atau keburukan kepada syarikat automotif tersebut.

“Ia boleh jadi bagus tetapi ia bergantung kepada perancangan Geely. Jika ia mahu menggunakan Proton sebagai platform menembusi pasaran antarabangsa, Proton mungkin akan menjadi lebih berdaya saing – sesuatu yang gagal dicapai sebelum ini,” katanya.

“Banyak kemungkinan boleh berlaku. Tidak banyak maklumat tentangnya… Saya ingin tahu apa perancangan Geely terhadap Proton dan mengapa ia tidak dibuat secara usaha sama,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai penolong setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi hal ehwal ekonomi.

Dalam perkembangan semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kecewa apabila Proton kini “bukan lagi kereta nasional”.

“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” soal pengerusi PPBM itu selepas program ceramah di Kampung Baru malam tadi.

Sebelum ini, Malaysia juga merancang untuk menjual sebahagian besar pegangan dalam projek Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) kepada konsortium milik China tetapi dibatalkan.
Mengulas lanjut, Jomo berkata ada kemungkinan setiap urusniaga dengan pihak luar dibuat dengan pendekatan “menyelesaikan urus niaga secepat mungkin”.


“Ia juga dibuat bukan berdasarkan kajian kebolehlaksanaan tetapi berdasarkan apa yang dirasakan baik oleh ahli politik yang tidak tahu secara terperinci soal ini.”

Sumber TKO - 25-5-2017



Petrol Naik 7 Sen Mulai Esok
Posted on Wednesday, May 17 @ 19:09:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34973


Harga runcit siling bahan bakar yang ditetapkan secara mingguan bermula sejak 30 Mac lalu, dan untuk seminggu berikutnya pula menyaksikan kesemua jenis minyak naik dengan petrol meningkat sedikit sebanyak tujuh sen.


Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM jam 5 petang Rabu, harga siling produk RON 95 kini menjadi RM2.08 seliter iaitu menokok tujuh sen berbanding sebelumnya iaitu hanya RM2.01 seliter.

Manakala siling harga untuk petrol jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula ditetapkan kepada RM2.36 seliter iaitu bertambah juga sebanyak tujuh sen berbanding sebelumnya iaitu RM2.29 seliter.

Sumber TKO - 17-5-2017


Pengeluar Tuntut Harga Gula Naik 40 Sen
Posted on Tuesday, May 16 @ 10:49:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34954



BAGI mengaut keuntungan berlipat ganda, pengeluar gula MSM Malaysia Holdings bercadang untuk menaikkan harga gula sebanyak 40 sen sekilogram.

Lapor Projek MMO, permintaan untuk menaikkan harga barang kawalan itu adalah bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini, namun ia masih belum mendapat kata putus daripada kerajaan.

Presiden kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) dan ketua pegawai eksekutif Datuk Zakaria Arsha berkata, harga gula mentah yang tidak stabil dan ditambah dengan kejatuhan ringgit menyebabkan syarikat berdepan cabaran.

“Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen per kilogram,” katanya.


1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis dinaikkan 11 sen sekilogram, daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

Kali terakhir harga gula diselaras adalah pada Oktober 2013. -MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 16-5-2017


Minyak turun 10 sen
Posted on Wednesday, May 10 @ 18:14:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34873



Berkuatkuasa tengah malam ini, harga bahan api di peringkat tempatan dijangka menurun lagi secara menyeluruh buat tiga minggu berturut-turut.

Memetik laporan oleh Sin Chew Daily, harga runcit petrol bergred RON95 dan RON 97 turun sebanyak 10 sen kepada, masing-masing, pada paras RM2.01 dan RM2.29 seliter.

Manakala harga runcit diesel pula berada pada paras RM2.02 seliter berikutan penurunan sebanyak enam sen.
\
Harga bahan api kini ditentukan dengan menggunakan sistem harga siling mingguan yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Harga terkini bahan api tersebut kini berada pada tahap terendah sejak pengenalan sistem harga bahan api mingguan pada 30 Mac yang lalu.

Harga runcit bahan api ditentukan berdasarkan Mean of Platts Singapore (mop) dan purata kekuatan mata wang minggu sebelumnya.

Harga minyak global telah mengalami aliran menurun semenjak beberapa minggu kebelakangan ini ekoran aktiviti industri minyak Amerika Syarikat (AS).

Sumber TKO - 10-5-2017


Larangan penggunaan trademark Shell Out
Posted on Wednesday, May 10 @ 14:17:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34866


Oleh Faizal Ismail

Perkataan “Shell out” semakin meluas digunakan untuk menggambarkan makanan laut yang dilambakkan atas meja.Sebenarnya, perkataan “Shell out” telah didaftarkan trademark oleh pemohon bernama Yap Hong Liang (pemilik).


MyIPO telah meluluskan permohonan trademark tersebut pada 18 Disember 2016.
Mengikut undang-undang trademark, pemilik trademark mempunyai hak ekslusif atas trademark yang didaftar.

Segala penggunaan nama tersebut oleh pihak lain mestilah dengan kebenaran pemilik. Dan pemilik berhak menghalang mana-mana pihak dari menggunakannya.

Sekiranya pihak ketiga guna perkataan “Shell out” tanpa kebenaran,  pemilik boleh mengambil tindakan undang-undang.


Trademark Logo


Trademark “Verbal”

Dua jenis trademark yang telah didaftarkan. Satu berbentuk logo dan satu lagi berbentuk verbal.
Trademark logo melindungi rupa logo tersebut. Sekiranya ejaan lain sedikit tetapi warna dan presentasinya sama, ia juga dikira salah.

Trademark verbal melindungi dari segi sebutan. Sama ada ia “Shellout”, atau “Shell out” atau “Shell-out” atau “Shel Aut”, selagi mana bunyinya serupa, ia masih dilindungi akta trademark.
Satu lagi tanggungjawab pemilik trademark ialah mereka mestilah menghalang trademark mereka dari menjadi perkataan umum.

Salah satu kaedahnya ialah dengan mengeluarkan notis amaran di akhbar.

Pada 14 April 2017, pemilik “Shell Out” telah mengeluarkan notis amaran tersebut. Maka dia telah menunjukkan usaha untuk menghalang perkataan tersebut menjadi “generic”.

Notis amaran bertarikh 14 April 2017

Dengan ini, rakyat Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan “Shell Out” tanpa kebenaran pemiliknya untuk perniagaan makanan dan pengiklanan.

Pemilik boleh melesenkan perkataan tersebut, dan peniaga makan yang hendak menggunakan “Shell Out” perlu membayar lesen kepada yang empunya trademark.

Bak kata Robert Koyosaki, sesuatu yang membawa masuk duit ke dalam poket dinamakan aset.
Trademark ini berpotensi membawa masuk duit kedalam poket pemiliknya. Maka ia adalah aset. Aset yang tidak boleh dipegang, terbakar, berkarat, mereput dan sebagainya. Ia kekal selama-lamanya.




Sumber TKO - 10-5-2017



Harga makin naik, penjawat awam tolak Barisan Nasional?
Posted on Monday, May 08 @ 15:55:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34832



KUALA LUMPUR,  ― Kenaikan kos sara hidup kakitangan awam yang kian membebankan boleh menjejaskan sokongan mereka terhadap kerajaan sekarang.Dengan jumlah 1.6 juta orang, penjawat awam yang membentuk kira-kira 15 peratus pengundi sebelum ini berdiri teguh di belakang Barisan Nasional (BN).

Namun apabila harga barangan semakin meningkat, inflasi mencecah 5.1 peratus pada Mac, sokongan mereka dijangka beralih pada pilihan raya nanti, lapor Reuters.


Kenaikan harga akibat pemotongan subsidi dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sepadan dengan peningkatan gaji mereka.

Gaji sektor swasta negara ini meningkat purata 5.7 peratus antara 2013 hingga 2017 tetapi sektor awam hanya naik 2 hingga 3 peratus dalam tempoh sama.

Kira-kira 60,000 kakitangan awam berdepan risiko muflis akibat gagal membayar tanggungan hutang berlebihan, kata kesatuan sekerja Cuepacs.

Mohd Nizam, 28, yang selama ini menyokong BN tidak bersedia lagi menyatakan sokongan, seperti sekumpulan kakitangan awam yang ditemui Reuters.

“Isteri saya terpaksa buat dua kerja untuk menambah pendapatan tetapi masih belum cukup,” katanya seperti dilaporkan.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk berdepan kos sara hidup jika kami dikurniakan anak.”

Namun, selain memperkenalkan beberapa langkah menangani kenaikan kos hidup, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dijangka akan mengambil kesempatan atas perpecahan pembangkang.

  Walau ramai pemerhati politik menjangkakan BN tetap menang, namun pilihan di tangan Najib makin terbatas, termasuk terpaksa menjawab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).- themalaymailonline.com

Sumber TKO - 8-5-2017












































































































































Harga Minyak Mentah Pada Paras Terendah Dalam Tempoh Lima Bulan














Harga minyak mentah jatuh ke tahap paling rendah dalam tempoh lima bulan pada hari Khamis, memadam semua keuntungan mereka sejak keputusan OPEC dan Rusia untuk mengurangkan tahap pengeluaran mereka pada November lalu.

Penanda aras antarabangsa minyah mentah Brent jatuh ke $ 48.17 setong, selepas dibuka hari semalam pada $ 50.65 setong.

Aras penanda American West Texas Intermediate turun kepada $ 45.31 setong, selepas bermula pada $ 47,64 setong.

Kedua-dua tanda aras hilang 4.9 peratus, jatuh ke tahap paling rendah sejak 30 November, apabila ahli-ahli OPEC dan Rusia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak masing-masing untuk menaikkan harga.


Harga minyak mentah stabil sekitar $ 50- $ 55 setong dalam tempoh lima bulan yang lalu, tetapi baru-baru ini menurun, kehilangan tujuh peratus dua minggu lalu.

Salah satu sebab utama di sebalik ‘trend’ itu adalah ketidakpastian sama ada OPEC dan Rusia akan melanjutkan perjanjian mereka ke dalam separuh kedua tahun ini.

Satu lagi sebab adalah pengeluaran minyak mentah yang semakin meningkat di Amerika Syarikat, yang meningkat 6.9 peratus dalam tempoh lima bulan lalu, meningkatkan kebimbangan mengenai lebihan bekalan di pasaran global, menurut data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Pengeluaran minyak AS telah meningkat selama 11 minggu berturut-turut, data EIA menunjukkan.

Sumber BO - 5-5-2017


RON95 turun 6 sen, RON97 turun 5 sen, diesel turun 7 sen
Posted on Thursday, April 27 @ 05:38:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34698



PETALING JAYA: Harga petrol dan diesel turun bagi minggu 27 April-3 Mei, umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini.

Selepas tengah malam ini RON95 akan dijual pada harga RM2.21 seliter berbanding RM2.27 minggu lepas; RON97 RM2.49 berbanding RM2.54; dan diesel RM2.14 berbanding RM2.21.

Harga mingguan petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan diumumkan setiap hari Rabu. Harga baharu berkuatkuasa selepas tengah malam.

Sebelum ini kerajaan melakukan penetapan harga secara bulanan melalui sistem apungan terurus menggunakan mekanisme harga automatik, yang dilaksanakan pada 1983.

Sumber TKO - 27-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































Kerajaan Utamakan Peniaga Negeri China Berbanding Usahawan Melayu Tempatan















Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Antara SABASUN dgn MYDIN, saya tetap utamakan SABASUN kerana memang benar harga di SABASUN lebih murah.

Mengatasi faktor harga adalah komitmen berterusan SABASUN kepada perjuangan Islam, isu isu kemanusiaan, PALESTINE dan Rohingya.

Selain dari hakikat SABASUN adalah milik usahawan tempatan muslim yang juga sahabat saya Ibnuibrahim, anak jati Terengganu, yang jelasnya komitmen memberi ruang niaga kepada usahawan IKS tempatan, memberi peluang kerja kepada anak jati Terengganu.

Tak jumpa bangla, vietnam atau indon yg jadi pekerja SABASUN yg beratus jumlahnya.
Berbeza MYDIN, penuh pekerja asing kadang kadang berasa mcm di Bombay, India.


Segala faktor ini cukup untuk mengutamakan SABASUN sebagai destinasi membeli belah.
Tetapi sebagai manusia biasa, ada perkara lain yang mungkin remeh pada pandangan orang tapi tidak bagi ‘realist’ yang suka mengkaji customer ‘behaviourial’ yg bukan hanya melihat faktor harga, prinsip dan falsafah.

Kerana itu pembangunan satu satu pasaraya banyak mengkaji ‘crowd traffics’, dinamik pergerakan dan banyak lagi.

Saya adalah ‘shopper’ yg rutin. ‘The most logical choice’ adalah yang paling hampir ke rumah saya dalam radius satu kilometer. Dalam keadaan itu saya sekeluarga masih utamakan ke SABASUN Bukit Kecil yg jauh sikit dari rumah saya, kira kira empat kilometer. Tetapi waktu puncak memang susah nak parking kerana orang ramai. Jalan di situ pula bila ramai orang akan jadi sesak dan sempit. Nak ‘parking’ jauh, terlalu jauh nak tolak troli barang jika membeli banyak.

Saya pernah sehingga empat kali pusing balik lalu kut JPJ dan ‘trafic light’ Bukit Besar kembali dan kemudian masuk kut ‘trafic light’ Gong Kapas untuk usaha cari parking di SABASUN, tapi tak dapat juga. Last last terpaksa masa ‘route’ pusing balik tu memang lalu ikut MYDIN yang memang selalunya masuk terus dapat ‘parking’.



Bagi manusia yang sentiasa berkejar, anak pula ramai menunggu di rumah, saya juga manusia biasa, mengalah juga sebab nak cepat.

Apabila Sazali Ismail persoal saya sokong MYDIN yang katanya penyokong UMNO dan juga bangkitkan soal yahudi dan Islam, saya merasa sangat terkilan dan terkejut sampai begitu sekali bacaannya.

Ia semata mata kerana post saya yg bertujuan mendedahkan kos hidup yg meningkat, harga barang yang melambung menampilkan saya berada di kaunter pembayaran di MYDIN.

Saya rasa itu bukan caranya. Sebagai manusia berjiwa merdeka saya punya hak preference saya sendiri, kebebasan membuat pilihan, kebebasan meneroka dan meninjau segala pilihan yang ada. Saya pergi semua. GIANT , MYDIN , THE STORE, HOCK KEE SENG, DESA MURNI, NIRWANA MAJU, AEON BIG,TESCO, TSHOP, 7 ELEVEN dan semua. Semua saya kunjungi.

Tapi jangan persoal hati saya dan kasihsayang saya kepada usahawan kita seperti SABASUN.

Pada saya ‘in the first place’, kawasan komersil yang primer untuk pembangunan pasaraya jika diberi peluang PAS memerintah Terengganu sepatutnya tawaran berdiskaun untuk usahawan seperti SABASUN.

Dalam ertikata lain, tapak MYDIN atau GIANT yg ada sekarang di Padang Hiliran tidakkah lebih cantik jika jenama besar milik rakyat Terengganu menduduki salah satunya.
Ok, ia cerita sudah berlalu. benda sudah siap dan beroperasi.

Bagaimana pula Kompleks Bangunan Bazar Warisan berhampiran Pasar Payang yang kerajaan negeri Terengganu dibawah UMNO lebih rela serah dengan pajakkan lebih 20 tahun keseluruhan bangunan kepada syarikat restoran makanan Cina yg datang dari Negara China?
Sudahkah kompleks bazar warisan ditawarkan terlebih dahulu kepada usahawan tempatan yang berwibawa? Pernah kah ditawarkan lokasi yang menjadi sinonim usahawan melayu itu terlebih dahulu kepada usahawan melayu Islam?

Sumber BO - 22-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































Minyak Mentah AS Turun Lebih Dari Enam Peratus Minggu Ini

Harga minyak jatuh lebih daripada dua peratus pada hari Jumaat, menandakan penurunan mingguan terbesar dalam sebulan.

Reuters melapurkan, ia adalah kerana kebimbangan pasaran terhadap peningkatan pengeluaran oleh Amerika Syarikat yang akan menggagalkan percubaan OPEC meningkatkan inventori untuk mengurangkan lebihan mentah global.

Niaga hadapan minyak mentah AS jatuh di bawah $ 50 (dollar) setong buat kali pertama dalam tempoh dua minggu, dilancarkan pada hari Jumaat, dengan harga pada $ 49.62 setong.

Harga itu adalah penurunan sebanyak $ 1.09, atau 2.2 peratus. Minggu ini, ia turun 6.7 peratus, dan merupakan penurunan mendadak sejak 10 Mac lalu.

Niaga hadapan Brent susut $ 1,05, atau 2 peratus, pada $ 51.94 setong pada 14:38 (1838 GMT), di landasan terbaik untuk penurunan mingguan kira-kira 7 peratus.

Sebaliknya, harga runcit minyak di Malaysia terus naik pada minggu ini berbanding minggu sebelumnya.
















Sumber BO - 22-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































Kenaikan Harga Minyak; Kerajaan Hilang Punca













KEMAMAN – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) ‘hilang punca’ dan gagal menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat setiap hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata kenaikan harga minyak yang berterusan menyebabkan peningkatan harga barangang keperluan harian ‘yang melampau’.

“ikan Kembong sekarang berharga RM18 sekilo, ikan Merah Pucat RM36 sekilo dan Tenggiri RM36 sekilo…… kenaikan harga minyak petrol adalah penyumbang besar kenaikan harga barang,

“kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) seolah-olah hilang punca dalam menyeleseaikan kenaikan harga minyak…….menyelesaikan masalah rakyat,” tegasnya.


Beliau betkata demikian ketika ditemui, selepas membuat tinjauan di Pasar Tani Chukai, dekat sini semalam, pada Jumaat 21 April.

Oleh itu kata beliau, rata-rata orang yang ditemu samada pengunjung pasar tersebut, penjaja atau penjual sudah tidak sabar menunggu tarikh pilihan raya.

“mereka sepakat mahu tukar kerajaan yang telah menyusahkan hidup rakyat dengan melaksanakan GST, tanpa mengira miskin atau kaya,

“yang telah menyebabkan kos kehidupan sangat melampau dengan kenaikan harga barang-barang saban hari,” jelasnya.

Menurutnya, ia ditambah lagi dengan kadar pengangguran yang meningkat di daerah itu akibat daripada ekonomi yang lembab dan tidak menentu.

Sumber BO - 22-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Petrol RON 95 Naik 8 Sen, RON97 Naik 9 sen dan Disel naik 8 sen
Posted on Wednesday, April 12 @ 17:55:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34473



KUALA LUMPUR – Harga runcit siling bahan bakar yang mula ditetapkan secara tempoh mingguan bermula 30 Mac lalu, kali ini menyaksikan peningkatan sedikit mulai tengah malam ini.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan stesen TV1 RTM jam 5 petang Rabu, harga siling produk RON 95 naik lapan sen menjadi RM2.24 seliter berbanding sebelumnya iaitu RM2.16 seliter antara 6 April hingga 12 April lalu.

Manakala siling harga untuk petrol premium jenis RON 97 dalam tempoh seminggu akan datang pula ditetapkan kepada RM2.52 seliter iaitu naik sebanyak sembilan sen berbanding sebelumnya hanya RM2.43 seliter.

Dalam pada itu, harga runcit baharu untuk minyak diesel dalam tempoh tujuh hari yang sama diumumkan menjadi RM2.16 seliter iaitu naik sedikit sebanyak lapan sen berbanding RM2.08 seliter ketika sebelumnya.


Stesen penyiaran awam tersebut turut melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum itu bermula dari pukul 12.01 tengah malam 13 April sehingga 11. 59 malam 19 April depan.

Mulai bulan lepas, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati trend kadar lebih stabil berbanding harga bulanan yang dilaksanakan sebelum ini.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan amalan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik yang telah ditetapkan sejak 1983.

Penetapan kadar harga runcit minyak secara bulanan itu sudah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana julat perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang pendek. – Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 12-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harga RON95 naik 3 sen, diesel turun 3 sen seliter
Posted on Wednesday, April 05 @ 21:53:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34373



Harga bagi minyak petrol RON95 dan RON97 dijangka masing-masing naik 3 sen dan 2 sen seliter bermula tengah malam ini.

Ini menjadikan harga runcit bagi RON95 adalah RM2.16 seliter, manakala RON97 RM2.44 seliter.
Menurut Sin Chew Daily, harga diesel turun sebanyak 3 sen seliter, kepada RM2.08 seliter.

Sejak minggu lalu, harga minyak diumumkan mengikut harga siling mingguan pada setiap Rabu.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan harga bahan bakar itu pada awal bulan.

Sumber TKO - 5-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harga petrol, diesel turun 17 sen, 19 sen dan 9 sen mulai tengah malam in Untuk Minggu ini
Posted on Wednesday, March 29 @ 20:02:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34249



Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel turun masing-masing sebanyak 17 sen, 19 sen dan 9 sen mulai tengah malam ini.

Penurunan itu menjadikan petrol RON95 dijual pada harga RM2.13 seliter, RON97 pula RM2.41 seliter dan diesel berharga RM2.11 seliter, lapor China Press.

Ini adalah kali pertama harga bahan api itu diumumkan menggunakan sistem harga siling mingguan seperti dinyatakan diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Mengikut sistem terbaru itu, mana-mana syarikat boleh menjual bahan bakar itu lebih rendah, dengan syarat mereka mendapat kebenaran daripada KPDNKK terlebih dulu.

Hamzah turut mengingatkan semua syarikat-syarikat minyak dan pengedar petrol supaya mematuhi harga baru.

Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menjual petrol atau diesel pada harga selain daripada yang ditetapkan kerajaan.

Sumber TKO - 29-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harga minyak tinggi sebabkan IHP Februari meningkat
Posted on Monday, March 27 @ 16:42:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34211



KUALA LUMPUR - Kenaikan 4.5 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari, yang merupakan pertumbuhan tertinggi dalam tempoh lapan tahun, disebabkan terutamanya oleh harga minyak yang lebih tinggi pada bulan itu, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.   

"Sebab utama ialah kos petrol. Jika kita melihat pada kos pengangkutan dalam kumpulan IHP, ia mewakili hampir 13-14 peratus.   

"Bila ada faktor ini, dengan harga minyak naik, sudah pasti ini menjejaskan
kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Gobal Offset and Countertrade Association (GOCA) Asia Pasifik 2017 di sini hari ini.

Inflasi teras yang lain kekal, katanya.  

Sementara itu, purata harga satu liter petrol RON95 ialah RM2.30 dalam  bulan berkenaan berbanding RM1.75 pada bulan yang sama tahun lepas manakala jualan RON97 naik kepada RM2.60 berbanding RM2.05 sebelum ini.  

IHP, satu ukuran bagi inflasi, meningkat 4.5 peratus kepada 119.7 pada Februari berbanding 114.5 pada bulan yang sama tahun lepas.

Johari bagaimanapun berkata inflasi dijangkakan susut pada bulan-bulan akan datang susulan harga minyak dunia mula stabil dan turun.

"Saya jangkakan dalam tempoh akan datang kita akan menyaksikan pelarasan kepada angka (IHP dan sumbangan pengangkutan)," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan merancang memperkenal semula subsidi bahan api jika harga minyak pulih, Johari berkata: "Saya rasa terlalu awal untuk saya bincangkan perkara itu." - Bernama

Sumber TKO - 27-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rizab a'bangsa Bank Negara berjumlah RM425.5b
Posted on Thursday, March 23 @ 07:26:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34142



Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) pada 15 Mac, 2017, berjumlah US$94.9 bilion (bersamaan dengan RM425.5 bilion).

"Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar jangka pendek," kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$88.3 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.4 bilion) dan aset rizab lain (US$3.3 bilion).

Aset bank pusat termasuklah emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk Hak Pengeluaran Khas (RM425.537 bilion), kertas-kertas kerajaan Malaysia (RM5.041 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.154 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.810 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM8.727 bilion).

Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab-rizab (RM145.448 bilion), mata wang dalam edaran (RM98.558 bilion), deposit oleh institusi persekutuan (RM176.323 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM5.610 bilion), deposit lain-lain (RM492.822 juta), kertas Bank Negara (RM9.477 bilion), peruntukan Hak Pengeluaran Khas (RM8.118 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM6.255 bilion).
- Bernama

Sumber TKO - 23-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------




Harga petrol, diesel mingguan diumum setiap Rabu
Posted on Thursday, March 23 @ 07:22:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34140



Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel akan diumumkan pada setiap hari Rabu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hamzah berkata, harga runcit minggu pertama di bawah sistem baru akan diumumkan Rabu depan iaitu 29 Mac ini.

"Selepas perbincangan bersama dengan syarikat-syarikat minyak, kami bersetuju untuk mengumumkan harga mingguan bagi petrol dan diesel pada setiap hari Rabu dan harga (untuk minggu pertama di bawah sistem baru) akan berkuat kuasa 30 Mac ini," katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung oleh TV1.

Jelas Hamzah, mana-mana syarikat yang ingin menjual di bawah harga siling mingguan mesti mendapatkan kelulusan daripada kementeriannya.

"Pengedar petrol yang ingin mengadakan promosi dan memberikan diskaun pada harga yang ditetapkan boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kelulusan KPDNKK terlebih dahulu.
"Semua syarikat-syarikat minyak dan pengedar petrol diingatkan supaya mematuhi harga baru. Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menjual petrol atau diesel pada harga selain daripada yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Sumber TKO - 23-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bill Gates kekal individu terkaya di dunia
Posted on Tuesday, March 21 @ 07:20:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34112



NEW YORK: Bill Gates kekal sebagai individu terkaya di dunia untuk empat tahun berturut-turut.

Berdasarkan senarai bilionair Forbes 2017, Gates mempunyai kekayaan AS$86 bilion (RM380.68 bilion), meningkat berbanding AS$75 bilion (RM331.99 bilion) tahun lalu.

Ketua Berkshire Hathaway, Warren Buffett, menduduki tempat kedua dengan kekayaan bernilai AS$75.6 bilion (RM334.64 bilion), meningkat berbanding AS$60.8 bilion (RM269.13 bilion) pada 2016.

Individu ketiga terkaya di dunia dipegang pengasas e-dagang Amazon, Jeff Bezos, dengan nilai kekayaannya meningkat daripada AS$27.6 bilion (RM122.17 bilion) kepada AS$72.8 bilion (RM322.25 bilion).

Beliau tersenarai buat pertama kali sebagai individu terkaya ketiga di dunia dalam senarai Forbes itu.

Pengasas jenama runcit pakaian Zara, Amancio Ortega jatuh ke tempat keempat meskipun kekayaan beliau meningkat kepada AS$71.3 bilion (RM315.61 bilion).

Tempat kelima individu terkaya di dunia dipegang Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, dengan kekayaan bernilai AS$56 bilion (RM247.88 bilion).

Di peringkat rantau Asia Pasifik, terdapat seramai 720 orang billionair.

Sementara itu, dalam kalangan bilionair Malaysia yang tersenarai ialah Robert Kuok, yang menduduki tempat ke-115 dengan kekayaan bernilai AS$11.4 bilion (RM50.46 bilion); Quek Leng Chan (tempat ke-202 dengan kekayaan bernilai AS$6.8 bilion (RM30.1 bilion). Ananda Krishnan (tempat ke-219 dengan kekayaan bernilai AS$6.5 bilion (RM28.77 bilion) dan Lee Shin Cheng (tempat ke-348 dengan kekayaan bernilai AS$4.7 bilion, RM20.8 bilion).

Dalam senarai bilionair Forbes 2017, jumlah bilionair di dunia meningkat 13 peratus kepada 2,043, sekali gus menjadikan ia tahun rekod bagi jumlah bilionair tertinggi dengan nilai kekayaan meningkat 18 peratus kepada AS$7.67 trilion (RM33.95 trilion).

Malah, perubahan dalam jumlah bilionair iaitu meningkat 233 sejak senarai 2016 adalah peningkatan terbesar dalam tempoh 31 tahun.


Sumber TKO - 21-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Datuk Vida Jelaskan Tunggakan GST RM4.2 Juta
Posted on Friday, March 10 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33945



IPOH - Jutawan Kosmetik Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman hari ini menjelaskan tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April 2015 hingga Julai 2016 berjumlah RM4.2 juta.

Pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu menjelaskan bayaran itu menerusi draf bank atas nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia pagi tadi sebelum perbicaraan kes bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST didengar di Mahkamah Sesyen.

Berikutan itu, Hakim Murtazadi Amran membenarkan pihak kastam menarik balik semua 16 pertuduhan berkaitan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran mengesahkan tertuduh telah menjelaskan semua tunggakan GST.

Terdahulu, Syed Ahmad Syed Abas yang mewakili Vida memohon pihak pendakwaan menarik balik semua tuduhan kerana anak guamnya telah membuat pembayaran penuh bagi jumlah yang dituntut iaitu RM4,246,029.10.

Hakim turut mengarahkan pasport antarabangsa Vida yang diserahkan kepada mahkamah sebelum ini diberikan semula kepada tertuduh.

Oktober lalu, Vida didakwa melakukan kesemua 16 kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, di sini sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Bagi pertuduhan itu, Vida didakwa mengikut Seksyen 41(7) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Murtazadi dalam penghakimannya berkata beliau amat berminat untuk mendengar perbicaraan kes itu kerana ia merupakan sebuah kes yang menarik dan mendapat perhatian ramai.

Setelah selesai prosiding, Vida yang terkenal dengan perwatakan ceria, bersyukur kerana dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.

“Ini adalah satu ujian, ini adalah satu rahmat untuk saya pergi lebih tinggi. Saya bersyukur, saya dah bebas,” katanya.

Beliau turut menyanyikan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ yang dipopularkan penyanyi Indonesia Mulan Jameela sambil menyatakan perasaan tidak sabar untuk melancong ke luar negara.


Pada Disember lalu, Vida mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST dan didenda sebanyak RM80,000. – BERNAMA

Sumber TKO - 10-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































Pokok Condong Kena DiTebang!











Oleh: Dr Azman Ibrahim

Bila kerajaan janji nak bagi maka rakyat berharap dan ternanti-nanti. Berapa pun nilainya, ia sesuatu yang ditunggu dan dinanti. Kita kesian kepada rakyat.

Seorang kawan kerani BSN di Besut bagi tahu, lama dah Mok Cik-Mok Cik mari tanya, BR1M masuk tak lagi? Pagi-pagi lagi mereka datang dengan wajah penuh mengharap. Kita tahu mereka amat memerlukan helaian kertas terpampang wajah DYMM Yang Dipertuan Agong Pertama tersebut.

Di Perhimpunan Agong Umno lepas, ada perwakilan yang buat usul supaya BR1M diagihkan oleh pemimpin Umno setempat sebab katanya mesin ATM tiada hati dan perasaan. Presiden Umno telah respon menerima usul ini.

Maka bersiaplah tadah telinga untuk mendengar bebelan sebelum terima BR1M. Seorang Tok Wakil Umno pernah ungkit ketika ucapan beliau dalam satu majlis agihan bantuan di sebuah Dewan Sivik di Setiu. Katanya, “buah nak makan tapi pokok nak tebang!” Lalu dijawab oleh seorang anak muda dalam majlis tu, “dah pokok condong nak tumbang atas rumah, kenalah tebang!”

Kita permainkan dan peralatkan bantuan kerajaan demi memaksa rakyat marhaen duduk dan mendengar apa yang kita nak cakapkan. Politik gaya lama orang kekeringan idea. Mereka tak tahu apa yang mereka sedang buat adalah kerja untuk menuai rasa meluat rakyat.

PAS memahami makna kebajikan dengan makna mempermudahkan urusan orang yang memerlukan. Hadir menyantuni ketika rakyat dalam kesempitan. Memberi dengan ketulusan hati dan kasih sayang. Bukan dengan pemberian yang diungkit.

Sehari dua ini berlegar di alam maya, pelbagai aduan mereka yang gagal status permohonan BR1M kebanyakkannya lantaran kerana maklumat diri yang tak lengkap di Lembaga. Saya dah nampak dari dulu lagi, kerana BR1M maka ramai yang akan dikejar Lembaga. Lembaga ini memang tak pernah tidur. Walau kita nampak dia pejam mata, sebenarnya dia buat-buat tidur saja. Perhatikan baik-baik, matanya tak pejam rapat. Lintas depan lembaga ini bermakna memang sengaja nak suruh dia ngap kita. Sekali lagi rakyat kena perangkap!

BR1M oh BR1M… Ambil dan makanlah buah ini. Tapi lihatlah pohonnya yang telah condong menghala ke rumah kita. Leka makan buah, jangan sampai rumah kita ranap ditimpa pokok.

Sumber BO - 7-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jangan Tinggal Solat, Sedekah – Taukeh Al Ikhsan
Posted on Sunday, March 05 @ 17:12:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33858



Siapa yang tak pernah dengar kedai sukan aL-ikhsaN. Tapi tahukah anda pemiliknya, Ali Hassan Mohd Hassan sebenarnya memulakan perniagaannya dengan hanya bermodalkan RM50. Dia yang ketika itu menuntut di UTM Skudai memulakan perniagaan dengan menjual barangan sukan kepada kawan-kawan dan pensyarahnya.

Di atas kecemerlangannya dalam pelajaran, pemegang Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini pernah ditawarkan menyambung pelajaran ke luar negara, namun Ali mengambil keputusan untuk terus menceburi bidang perniagaan sebaik saja tamat pengajian.

Masa di universiti, dia banyak buat kerja sampingan untuk menampung kehidupan kerana dia menyerahkan biasiswa yang diterimanya kepada kedua ibu bapanya yang susah.

Pada tahun 1993, Ali membuka sebuah kedai kecil di Holiday Plaza, JB dan sejak itu dia tidak lagi berpaling ke belakang. Sehingga kini,  aL-ikhsaN telah membuka 116 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia dan sedang merancang menembusi pasaran Sabah dan Sarawak dengan cadangan membuka enam cawangan di Kuching dan Kota Kinabalu menjelang 2018.

Pada masa sama, Ali sedang mengintai peluang untuk menembusi pasaran Indonesia dan Thailand dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang!

Terbaru, syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) menyuntik RM68.6 juta bagi membolehkan mereka mendapat 35 peratus pegangan ekuiti dalam aL-ikhsaN. Ini sekaligus menjadikan perniagaan Ali semakin megah mendaki puncak kejayaan!

Menurut Ali, rahsia kejayaannya adalah bergantung penuh kepada tuntutan dalam agama Islam.

“Formula aL-ikhsaN dari dulu sehingga sekarang adalah jangan kita meninggalkan solat lima waktu, jaga ibu bapa kita sebaik mungkin, tunaikan zakat dan berikan sedekah dan bantu mereka yang susah,” ujarnya.

Beliau menyerah semuanya kepada kekuasaaan Allah dan mempercayai sekiranya melakukan sesuatu perkara kerana Allah semata-mata, kesannya amat berbeza.

“Dari sini keajaiban akan berlaku dengan izin Allah. Kita kena yakin dengan janji Allah, iaitu siapa yang ikut perintah-Nya… kemenangan dan kejayaan akan diberikan di dunia dan akhirat. Mula-mula nampak susah tetapi sekarang semua keajaiban itu menunjukkan hasil. Inilah isi kejayaan yang sebenar,” jelasnya dalam satu temubual tidak lama dulu.

Sumber TKO- 5-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harga siling bahan api akan diumum setiap minggu
Posted on Saturday, March 04 @ 20:12:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33849



LARUT - Harga siling bahan api akan diumumkan setiap minggu mulai bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata ketetapan harga siling minyak itu mungkin akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding ketika ini ia hanya dilakukan sebulan sekali.

Katanya kerajaan menetapkan harga bagi mengelak bahan bakar tersebut melebihi harga yang sepatutnya di pasaran.

"Sebenarnya apa yang saya dan Menteri Kewangan Kedua (Datuk Seri Johari Abdul Ghani) lakukan adalah untuk memastikan rakyat merasai sesuatu yang ditentukan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

"Terpulang kepada syarikat minyak untuk bekerjasama dengan persatuan dan memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang ketinggalan daripada konsep yang kita hendak tetapkan ini," katanya.

Hamzah yang juga anggota Parlimen Larut bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bagan Bharu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata papan tanda harga siling bahan bakar akan diletakkan di semua stesen minyak di seluruh negara supaya pengguna dapat mengetahui sama ada ia meningkat atau menurun.


  "Bila kita letak harga siling, terpulanglah kepada stesen minyak sama ada nak menurunkan harga atau bagaimana cara dia nak kempen supaya orang datang ke stesen minyak mereka termasuk menawarkan inisiatif," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 4-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































Kenaikan harga barang keperluan perlu dikaji semula

HARGA diesel naik 5 sen begitu juga harga gula pasir dilaporkan telah naik sebanyak 11 sen bagi setiap kilogram berkuatkuasa serta merta, harga jualan bagi 1 kg gula pasir dari RM2.84 kini meningkat kepada RM2.95 secara senyap naik sebanyak 11 sen.

Kenaikan harga barang keperluan ini secara tidak langsung menjadi beban kepada pengguna terutama golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Mereka terpaksa berbelanja lebih untuk membeli barang keperluan harian mereka disebabkan kenaikan harga pengangkutan dan juga harga bahan yang memerlukan gula seperti kuih muih, minuman dan sebagainya.

Bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan untuk bantuan orang tua sekarang ini sudah tentu tidak mencukupi dalam keadaan kenaikkan harga barang keperluan yang semakin naik mendadak. Masih ramai lagi mereka yang dikategori sebagai fakir miskin dan golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap terus hidup dalam keadaan daif terutama yang tinggal di pinggir bandar.
Mereka ini sukar untuk mendapatkan bantuan kebajikan disebabkan mereka ini tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan serta terlalu banyak birokrasi untuk mendapatkan bantuan. Begitu juga pihak Baitulmal perlu turun padang melihat sendiri keadaan mereka yang amat memerlukan bantuan sepatutnya mendapat bantuan dengan sewajarnya.

Kita mengesa pihak kerajaan perlu mengkaji semula cara-cara terbaik untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang keperluan ini agar tidak menyusahkan rakyat. Kalau keadaan semakin gawat pihak kerajaan perlu memberi semula subsidi untuk barang keperluan ini agar ianya tidak membebankan rakyat. Kerajaan juga perlu ada harga kawalan dan harga siling untuk mengelak harga barang keperluan naik mendadak sehingga membebankan rakyat.

PAS mencadangkan agar pihak kerajaan menambahkan lagi bantuan kebajikan kepada semua golongan yang amat memerlukan bantuan kebajikan dan memberi tempat tinggal yang selesa kepada rakyat yang tidak memiliki tempat tinggal.

PAS harap kenaikkan harga barang keperluan ini dapat dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan agar ianya tidak membeban pengguna dan seterusnya tidak menyusahkan rakyat.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS, Sarawak – HARAKAHDAILY 3/3/2017
Sumber HD - 3-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

KPDNKK sahkan gula naik 11sen kepada 2.95 sekilo
Posted on Thursday, March 02 @ 20:03:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33809




Kerajaan hari ini mengesahkan harga gula meningkat berkuat kuasa sejak semalam.

Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberitahu, harga baru gula pasir putih bertapis kasar kini ialah RM2.95 sekilogram.

Penetapan itu, kata kementerian terbabit, dibuat mengikut Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (Nombor 2) 2017.

"Kementerian dengan ini menetapkan harga baru bagi gula pasir putih bertapis kasar pada harga RM2.95 sekilogram," kata kenyataan media itu.

Kenaikan harga itu adalah yang pertama sejak kali terakhir dibuat pada 25 Oktober 2013.
Ketika itu harga gula meningkat sebanyak 34 sen menjadi RM2.84 sekilogram.

Bagaimanapun pengguna tetap membayar gula itu pada harga RM2.85 sekilogram kerana jumlah sebenar dibundarkan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan seterusnya memberitahu kenaikan terbaru disebabkan peningkatan ketara pada harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.


"Bagaimanapun kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan negara-negara lain," kata kenyataan itu.

Sumber TKO - 2-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaya semakin kaya, tetapi Ananda jatuh ke tempat ke-3
Posted on Thursday, March 02 @ 14:11:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33801


SINGAPURA: Lebih daripada separuh hartawan dalam Senarai Orang Kaya Forbes Malaysia 2017 tidak terjejas, malah menyaksikan keuntungan mereka meningkat walaupun keadaan ekonomi yang sukar.

Tan Sri Robert Kuok terus mengungguli kedudukan teratas dalam senarai buat tahun ke-12 berturut-turut, dengan nilai bersih AS$11.4 bilion (RM50.7 bilion) meningkat daripada AS$10 bilion sebelumnya.


Kuok, 93, mengawal empayar Kumpulan Kuok yang merangkumi sektor minyak sawit, perkapalan dan hartanah.

Tan Sri Quek Leng Chan, pengerusi konglomerat milik persendirian Hong Leong Co (Malaysia), naik satu anak tangga kepada tempat kedua dengan nilai bersih AS $6.8 bilion berbanding AS$5.3 bilion tahun lepas.

Quek mengambil alih tempat Tan Sri Ananda Krishnan, yang jatuh ke tempat ketiga tahun ini ekoran kekayaannya merosot 12.2% kepada AS$6.5 bilion berikutan ketidaktentuan dalam firma telekom India yang mengalami hutang, Aircel.

Walaupun nasib hartawan perjudian Tan Sri Lim Kok Thay (nombor 6, AS$4.45 bilion) merosot sedikit, terutama disebabkan oleh nilai ringgit yang menyusut, harga saham Genting Bhd meningkat sejak November 2016.

Genting Malaysia dijangkakan melancarkan lebih banyak projek tahun ini, termasuk pelancaran taman tema yang berinspirasikan filem yang dinanti-nantikan, 20th Century Fox – pertama di dunia di Resorts World Genting.

Pemaju hartanah Tan Sri Dr Chen Lip Keong pula mencatat peratusan kekayaan terbesar dalam senarai tahun ini, menduduki tempat ke-11 dengan kekayaan bernilai AS$1.6 bilion.

Kekayaannya meningkat 158%, meletakkan beliau kembali pada ranking bilionair dengan kasino Kemboja yang semakin berkembang sedang melaksanakan dengan lebih banyak pautan dengan sektor pelancongan China.

Seorang lagi hartawan yang mencatat keuntungan ketara ialah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim (tempat ke-26/AS$600 juta), dengan nilai harta melonjak 145% dengan hasil pengukuhan harga minyak memberi manfaat kepada perniagaan penyewaan helikopternya yang menjalankan perkhidmatan untuk sektor minyak dan gas.

Tan Sri David Kong Hon Kong yang menginovasikan perkhidmatan pengebumian, (tempat ke-24, AS$700 juta), naik 10 tempat berbanding senarai tahun lepas, selepas menjadikan syarikat itu sebagai syarikat persendirian dalam urus niaga yang melibatkan AS$1.1 bilion.

Hartawan hartanah Tan Sri Desmond Lim Siew Choon (ke-16, AS$1 bilion) menyertai ranking bilionair buat kali pertama dengan peningkatan 10.5% dalam nilai aset bersihya.

Wajah Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Catcha Group Patrick Grove (ke-35, AS$400 juta) dipaparkan di muka depan terbitan terbaharu Forbes Asia.

Grove, yang menggunakan slogan “Disrupting Things Daily” sudah bersedia untuk menggegarkan industri langganan video atas permintaan menerusi permulaan 2 tahun, Iflix.

Antara pendatang baharu dalam senarai tahun ini ialah adik-beradik Koon Poh Ming dan Datuk Koon Poh Keong (13, AS$1.05 bilion), 2 pemegang saham terbesar Press Metal, pengeluar aluminium bersepadu terbesar di Asia Tenggara.

Saham syarikat melonjak hampir 2.5 kali pada tahun lepas, menyumbang modal pasaran sebanyak AS$2 bilion.

Hartawan Wong Thean Soon (ke-39, AS$330 juta), juga menyertai senarai baharu hasil daripada penyenaraian syarikat perkhidmatan elektronik beliau, My E.G. Services.

Wong melancarkan syarikat itu pada 2000 untuk meningkatkan interaksi antara rakyat Malaysia dan kerajaan dalam bidang seperti imigresen, pelesenan, utiliti dan pembayaran cukai.

Sementara itu, Datuk Loh Kian Chong (ke-50, AS$210 juta), dengan konglomeratnya mempunyai kepentingan dalam kenderaan bermotor dan minyak sawit, mengalami kerugian terbesar dalam segi peratusan dalam senarai tahun ini.

Nilai bersihnya jatuh 24%, hampir menyingkirkannya daripada senarai Forbes.

Dua yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah harwatan minyak sawit Datuk Freddy Lim Nyuk Sang dan pembuat kondom Goh Siang.

Tahun ini, satu-satunya wanita yang menduduki senarai Forbes ialah Pengasas Bersama Selangor Properties, Puan Sri Chong Chook Yew, di tempat ke-43, dengan nilai bersih AS$285 juta.

Kekayaan minimum untuk melayakkan seseorang dalam senarai tahun ini ialah sebanyak AS$210 juta, meningkat berbanding AS$195 juta.

Senarai ini disusun menggunakan maklumat yang diperoleh daripada individu, bursa saham, penganalisis, pangkalan data persendirian, agensi kerajaan dan sumber lain.

Nilai bersih adalah berdasarkan harga saham dan kadar tukaran pada penutupan pasaran pada 17 Feb.
Syarikat swasta dinilai menggunakan nisbah kewangan dan perbandingan lain dengan syarikat dagangan awam yang serupa.-BERNAMA


Senarai penuh hartawan paling kaya ini boleh didapati di www.forbes.com/malaysia, serta dalam terbitan terbaru Forbes Asia, yang berada di pasaran.

Sumber TKO - 2-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Harga gula naik 11 sen sekilogram
Posted on Wednesday, March 01 @ 22:44:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33788



Harga gula meningkat sehingga RM0.11 ​​sekilogram, walaupun belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai dibuat.

Sekilogram gula kini berharga RM2.95, iaitu peningkatan 4 peratus sejak pelarasan harga terakhir pada tahun 2013.

Ini telah disahkan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng.

Jelas beliau, perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui mesej teks.

"Saya menerimanya kira-kira jam 3 petang. Saya dimaklumkan melalui WhatsApp. Tidak ada surat rasmi," kata Hong.

Beliau mengandaikan kerajaan mengelak untuk membuat pengumuman rasmi untuk mengelakkan peruncit dari menaikkan pemberitahuan dan pengguna daripada pembelian panik.

Hong menyifatkan kenaikan harga sebagai sederhana kerana kali terakhir harga barangan itu meningkat sebanyak RM0.20 sekilogram, memandangkan terdapat turun naik dalam harga gula global sejak kebelakangan ini.

Sumber TKO - 1-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kadar Inflasi Dijangka Meningkat Kepada 3.0 Peratus Tahun Ini
Posted on Wednesday, March 01 @ 19:47:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33786



KUALA LUMPUR
: RHB Research Institute menjangkakan kadar inflasi akan meningkat kepada 3.0 peratus pada tahun ini berbanding 2.1 peratus pada 2016 berikutan perkembangan baharu yang cenderung kepada kenaikan kos serta tekanan inflasi.

"Faktor itu beserta peningkatan kelemahan tukaran asing dan kestabilan pertumbuhan ekonomi, menunjukkan bahawa Bank Negara Malaysia berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 3.0 peratus bagi 2017," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut firma penyelidikan itu, pertumbuhan pinjaman dijangka berkurangan kepada sekitar 4.5 peratus pada 2017 daripada 5.3 peratus pada 2016 disebabkan pinjaman isi rumah lebih rendah serta penyederhanaan pinjaman perniagaan.

Pinjaman korporat pula berkembang pada kadar lebih pantas iaitu 5.4 peratus bagi tahun ke tahun pada Januari, berbanding 5.0 peratus pada Dis, 2016, terutamanya disebabkan oleh pinjaman kepada sektor pengangkutan dan penyimpanan.

Pemberian pinjaman itu turut menyebabkan sektor lain seperti borong dan runcit, kewangan dan insurans mencatat peningkatan pada bulan berkenaan manakala sektor perusahaan kembali pulih selepas susut selama tujuh bulan.

Sementara itu, jumlah deposit juga meningkat pada kadar lebih pantas iaitu 2.6 peratus bagi tahun ke tahun pada Januari berbanding 1.5 peratus pada Dis, 2016.

Menurut firma penyelidikan itu, deposit kerajaan negeri dan perusahaan perniagaan pula susut pada kadar lebih kecil manakala deposit pihak berkanun dan individu pula meningkat pada bulan berkenaan.

-BERNAMA

Sumber TKO - 1-3-2017

No comments:

Post a Comment