PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Thursday, March 9, 2017
PAS PUSAT DAN MAJLIS SYURA ULAMAK (JILID 5)
PAS mengecam regim haram Israel menutup Masjid al-Aqsa
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam sekerasnya tindakan regim haram Israel yang menutup Masjid Al-Aqsa dan menahan Mufti Baitul Maqdis yang merupakan satu tindakan jenayah biadap Israel kepada umat Islam. Alasan sama juga telah digunakan oleh regim haram Israel untuk membenarkan tindakannya seperti yang berlaku pada 12 Disember 1968 apabila tercetusnya tragedi pembakaran Masjid Al-Aqsa.
Saya menyeru kepada pemimpin dunia Islam dan umat Islam seluruhnya untuk sedar dan bersatu apa juga usaha bagi melawan regim berkenaan dan sekutunya. Masjid Al-Aqsa dan keselamatan Baitul Maqdis adalah tiang kesatuan umat dan mesti menjadi salah satu matlamat utama umat Islam dalam mengharungi percaturan politik dunia untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman regim haram Israel dan Zionis.
Saat genting ini sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa di tengah kekalutan dunia Arab. Sepatutnya OIC, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Ketua-ketua Negara umat Islam bukan sekadar mengecam tindakan Israel dan Zionis itu bahkan mengambil tindakan drastik yang munasabah bagi mengembalikan Masjid Al-Aqsa dan tanah hak milik umat Islam.
Sempena Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) ini juga, yang akan diadakan pada 20-22 Julai 2017 di Kelantan, kita akan membincangkan usul tergempar bagi mengecam tindakan regim haram Israel ini dan memperkukuhkan kesatuan umat Islam bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan keamanan dunia.
“Sejahtera Bersama Islam” ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 22 Syawal 1438H / 16 Julai 2017 – HARAKAHDAILY 16/7/2017
Sumber HD - 16-7-2017
PAS mesti letak hasrat jadi pemerintah
PAS mesti ada cita-cita untuk menjadi kerajaan yang akan memerintah negara dengan Islam, bukan sekadar berpuas hati sebagai sebuah parti politik Islam.
Demikian ditegaskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan ketika membentangkan kertas kerja pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS bertempat di Kompleks PAS Perlis, Kangar.
Menurutnya, sejak dahulu lagi ada kemahuan yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat untuk melihat negara ini diperintah menurut Islam.
Justeru, ujar beliau, para alim ulama telah memulakan usaha mengadakan pertemuan dan perbincangan bagi mencari kaedah yang sesuai ke arah merealisasikan hasrat tersebut dan akhirnya mereka telah bersetuju menubuhkan PAS sebagai sebuah parti politik yang akan memperjuangkan Islam di negara ini.
Tambah beliau lagi, sejajar dengan usianya serta kekuatan yang dimiliki, PAS tidak lagi boleh berasa selesa bergerak sebagai sebuah parti politik, sebaliknya perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemerintah (kerajaan) yang akan memerintah mentadbir negara mengikut panduan Islam, sekiranya diberi peluang oleh Allah SWT memenangi pilihan raya umum nanti.
"Kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, daripada kita sekadar membawa mesej ini (Islam) secara dalaman melalui parti kita, kita juga mesti ada hasrat untuk menjadi badan siasah yang mampu untuk memimpin masyarakat di peringkat kerajaan, sama ada negeri mahupun di peringkat negara.
"Itu perancangan yang perlu kita ada, bukan setakat kita menjadi parti politik, kerana usia parti kita sudah menjangkau 66 tahun.
"Saya kira, bukanlah satu jangkamasa yang pendek (66 tahun), parti kita ini sudah berada dalam arus perdana politik negara kita, kita sudah memerintah beberapa buah negeri, membuktikan PAS merupakan satu wadah politik yang mampu memimpin rakyat lebih-lebih lagi kita memimpin berteraskan kepada Islam yang suci," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
Beliau turut menggesa seluruh pendukung dan penyokong PAS agar sentiasa berpegang teguh dengan aqidah tauhid dan menolak sebarang bentuk fahaman (ideologi) yang bercanggah dengan Islam agar menjadi manusia yang sentiasa tunduk kepada Allah SWT meskipun setelah diberi kekuasaan nanti.
Sumber HD - 15-7-2017
Jangan skeptikal, beri ruang hukum Islam selesaikan jenayah
1. KEPUTUSAN Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan yang meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) pada 12 Julai 2017 adalah suatu kejayaan buat umat Islam di negeri Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya. Bagi umat Islam yang mencintai agamanya, ia adalah suatu khabar gembira dan kita semua wajar merasa bersyukur dengan usaha kerajaan Kelantan itu.
2. Antara lain RUU itu nanti adalah pindaan yang membolehkan seseorang yang dihukum bersalah disebat di khalayak, penguat kuasa agama boleh menggunakan gari ke atas suspek dan video boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan.
3. Seharusnya umat Islam memandang positif usaha Kelantan mendaulatkan undang-undang Islam. RUU ini adalah merupakan sebahagian daripada persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (yang dibentangkan) jika ia diluluskan di Parlimen kelak. Ia memberi gambaran bahawa Kelantan yang diterajui PAS benar-benar serius melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, sekali gus memadam tohmahan bahawa PAS sekadar beretorik dengan Undang-Undang Islam (Hudud), hanya janji politik kosong, politik meraih simpati, tidak berani melaksanakannya dan seribu satu lagi dakwaan liar.
4. Dalam keadaan demikian, tidak kurang yang bersikap skeptikal dengan memberi pelbagai pandangan negatif terhadap usaha kerajaan Kelantan. Pandangan seorang peguam Nik Elin Nik Rashid yang disiar dalam sebuah portal dengan menganggap langkah kerajaan negeri itu “sangat terkebelakang” dan menyamakan hukuman sebat pesalah syariah di khalayak dengan “kegasaran” iaitu menyerahkan pesalah dan tahanan perang kepada singa lapar di zaman Rom purba. Beliau juga menganggap hukuman sebat kelak akan menjadi bahan hiburan rakyat Kelantan yang dahagakan hiburan di mana mereka boleh menonton wanita disebat kerana kesalahan moral seperti zina, minum arak dan liwat. Bahkan beliau mendakwa bukan sahaja kerajaan Kelantan terlupa “makna sebenar” Islam, ia memaparkan pula versi Islam yang “gasar dan mundur”.
5. Tan Sri Zainuddin Maidin dalam suatu kenyataan pula dengan nada menyindir meminta Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz menjadikan hukuman sebat di Kelantan sebagai tarikan pelancong. Kumpulan Sisters Ini Islam (SIS) juga galak dengan kenyataan yang menyifatkan langkah terbaru kerajaan Kelantan sebagai selangkah lebih dekat kepada satu lagi bentuk hukuman “tidak bertamadun”.
6. Bagi saya, pandangan mereka semua ini sangat dangkal dan tidak rasional. Sepertinya mereka takut dan gusar dengan hukuman sebat yang akan dilaksanakan seakan ‘takut dengan hantu di siang hari’. RUU ini baharu sahaja dalam proses kelulusan DUN Kelantan, tetapi mereka sudah bertempik mengkritik dan menghentam dengan penuh prejudis
7. Sedangkan jika mereka perhalusi dan mengkaji undang-undang dan pelaksanaan Islam bukannya bersifat menzalimi manusia, tetapi lebih kepada mendidik pesalah dan orang ramai. Tidak timbul ia mengaibkan pesalah dan menjadi bahan hiburan atau tontotan awam, kerana jika ia benar-benar dilaksanakan kelak, bakal membuatkan orang lebih gerun melakukannya. Jika kesalahan sebat dianggap mengaibkan, maka adakah pesalah rela diaibkan di khalayak ramai dengan sengaja mahu melakukan jenayah itu jika sedar kesan dan akibatnya? Justeru, Islam mengutamakan pendidikan daripada hukuman, dan dengan sebat di khalayak ini ia sebagai pendidikan paling ampuh agar tidak ada manusia bercita-cita mahu melakukan jenayah.
8. Jika benar dakwaan mengatakan bahawa Kelantan menyaksikan kadar tinggi dalam pornografi, rogol dan sumbang mahram, maka RUU yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan itulah penyelesaiannya. Semoga dengan itu, kadar jenayah, rogol dan sumbang mahram dapat dikekang atau diturunkan. Bagi kerajaan Kelantan, itulah satu kaedah bagi mengawal keruntuhan moral di negeri itu dan banyak lagi kaedah lain yang sedang diusahakan.
9. Sepatutnya, para pengkritik memberi ruang kerajaan Kelantan melaksanakan RUU ini bagi melihat keberkesanannya. Lihat kesannya dalam tempoh lima tahun, jadikan sebagai rujukan dan kajian, maka selepas itu buatlah suatu pandangan atau kritikan. Jangan mudah mengkritik sebelum sesuatu cadangan itu dilaksanakan.
DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Sumber HD -14-7-2017
Presiden PAS dikunjungi Rached Ghannouchi
PRESIDEN PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dikunjungi Presiden Parti Ennahdha Tunisia, Syeikh Rached Ghannouchi, di Kuala Lumpur hari ini.
Kunjungan ini dalam rangka lawatan Ghannouchi ke Malaysia bagi menjadi tetamu kerajaan Malaysia.
Dalam pertemuan tersebut, perbincangan berkisar tentang isu-isu yang berlaku di Dunia Islam dan keperluan umat Islam untuk bersatu dalam perkara-perkara dasar dan menjauhi perselisihan dalam perkara cabang.
Selain itu, kedua-dua tokoh besar ini juga bersetuju untuk bersepakat memerangi sikap ekstremisme agama yang berlaku akibat kejahilan dalam memahami Islam. Serangan Islamophobia cuba dipalitkan kepada Islam melalui strategi yang dimainkan oleh musuh-musuh Islam.
Ghannouchi juga menyatakan sokongan beliau atas penganjuran IjtimaK Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan di Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, tujuannya untuk menyatukan umat Islam, khususnya di Rantau Asia Tenggara yang masih lagi terpelihara kemurniaannya walaupun terdapat kesan-kesan penjajahan yang belum sembuh.
Pertemuan ini turut dihadiri oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden PAS) dan Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia).
Sumber HD - 11-7-2017
Pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan
1. PAS mengikut dengan serius isu Perlantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan baru-baru ini kerana Badan Perundangan adalah institusi yang amat penting dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan kepada setiap orang dapat dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip undang-undang.
2. Setelah meneliti serta mendapat maklumat daripada pihak-pihak yang berotoriti, PAS berpandangan Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-raja sudah semestinya telah mendapat nasihat perundangan yang sewajarnya, terutama dalam mentafsirkan Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan, sebelum berkenan melantik Tan Sri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin Sebagai Presiden Mahkamah Rayuan untuk tempoh tiga tahun lagi.
3. Walau bagaimana pun PAS merasakan amar wajar pihak berkenaan bertindak dengan lebih proaktif dengan memberikan maklumat terperinci mengenai perkara ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat serta mengelak kemungkinan berlakunya konflik perundangan berpanjangan yang merugikan negara dan rakyat.
4. Dalam masa yang sama, PAS turut menyokong cadangan Majlis Peguam Malaysia untuk memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan isu ini secara ilmiah di kalangan ahli-ahlinya seterusnya memberikan pandangan yang professional serta "without fear or favour".
DATO' TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 09 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 9/7/2017
Sumber HD- 9-6-2017
Pendirian Presiden PAS konsisten dalam isu 1MDB
1. SEHINGGA kini masih berlegar di media massa, persepsi buruk dengan niat jahat yang dimainkan oleh musuh politik untuk menggambarkan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS menyokong bahkan mempertahankan salah urus tadbir 1MDB.
Sedangkan umum mengetahui bahawa sudah puluhan tahun, Presiden PAS tegar melawan kezaliman yang zahir atau tersembunyi disebalik wayang kulit yang dipentaskan, tidak kira UMNO-BN atau parti yang sama sifatnya.
2. Bahkan sejarah perlawanan UMNO dan PAS dalam pilihan raya, hanya sekali sahaja PAS tidak menentang UMNO ketika PAS bersama-sama dalam Barisan Nasional (BN), selebihnya 12 kali pilihanraya PAS berlawan di kerusi yang ditandingi UMNO termasuklah PRU14 akan datang. Malahan Tuan Guru Presiden tidak pernah menjadi ahli UMNO, sedangkan sebahagian pimpinan parti pembangkang lain adalah bekas pimpinan dan ahli UMNO.
3. Suka untuk saya menjelaskan kekeliruan yang dimainkan, agar yang gelap dicerahkan, yang cerah tersebar serata alam.
4. Sejak isu 1MDB menggegarkan panggung politik tanah air, Tuan Guru Presiden mengikuti secara dekat dan memandang jauh sama ada tersurat atau tersirat di sebalik respons dan tindakan kerajaan atau pembangkang.
5. Pada 9 Mei 2015, Tuan Guru telah memberi respons dan mendesak kerajaan untuk membentangkan hasil bedah siasatan kepada ahli Parlimen dan menyatakan kekecewaan beliau terhadap tindakan kerajaan yang gagal memulihkan kepercayaan rakyat serta menggesa kerajaan mengemukakan penyelesaian yang berkesan.
“Perdana Menteri sendiri harus menjelaskan kepada semua Ahli Parlimen dan hendaklah membentangkan hasil bedah siasat terperinci terhadap audit kewangan 1MDB. Kita tidak mahu rakyat tertipu lagi dengan isu 1MDB ini serta terus menanggung beban pelbagai salah urus tadbir kewangan yang pernah berlaku sebelum ini.
Langkah sumbang Tabung Haji dan 1MDB ini bakal mengundang malapetaka besar bagi negara lantaran ketidakpedulian kerajaan terhadap teguran-teguran Jabatan Audit Negara selama ini. Apatah lagi yang terpalit dalam isu ini ialah anak syarikat Tabung Haji di mana selama ini diyakini rakyat jelata untuk tabungan khas mereka. Amat malang andai institusi ini digunakan oleh pihak kerajaan bagi urusan lain yang bukan menjadi tujuan penubuhan Tabung Haji.
6. Dalam kenyataan lain pada 8 Julai 2015 di Kota Bharu, Tuan Guru mengingatkan supaya isu 1MDB tidak memperjudikan nasib rakyat.
“Kita lihat apa yang akan dibincang nanti, kita tidak mahu ia (1MDB) boleh menyusahkan rakyat, tidak mahu rakyat menjadi beban.”
7. Tuan Guru Presiden turut menyifatkan beberapa siri korupsi dan salah urus tadbir kewangan negara berlaku akibat menjadikan politik sebagai peluang untuk memenuhi kepentingan peribadi, kroni atau kumpulan, bukannya menunaikan tanggungjawab dan amanah. Peringatan ini disampaikan dalam ceramah Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK 11) di Tangkak, Johor pada 5 September 2015 dengan menyebut:
“Hanya dengan melaksanakan Islam sahaja akan mampu menyelesaikan segala kemelut yang melanda negara mutakhir ini. Terjadinya isu kewangan RM2.6 billion, 1MDB, KWSP, Tabung Haji, Perwaja dan Maika Holdings yang merunsingkan rakyat negara ini adalah natijah apabila politik dianggap sebagai satu peluang dan bukannya amanah.”
8. Teguran Tuan Guru semakin keras, apabila menyeru seluruh rakyat rehatkan UMNO dalam pilihan raya akan datang bagi menyelesaikan kemelut 1MDB dan krisis negara, hal ini disebut dalam Ceramah Perasmian Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) di Pulau Serai, Dungun, Terengganu pada 18 September 2015:
“Beri UMNO berehat, tengok PAS memerintah negara ini macam mana. Dengan tokoh-tokoh politik, ekonomi yang ada macam-macam ini, tengok macam mana kita nak memerintah dengan Islam. Barulah tak timbul kapal terbang hilang, tak timbul 1MDB, tak timbul Perwaja yang kilang besi itu, sedar-sedar besi tak ada, duit pun tak ada juga. Tidak timbul bermacam-macam penyelewengan. Kerana apa? Kerana kita yang berpegang dengan Islam ini ada perhitungan dosa pahala.” (https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/6359-rehatkan-umno-beri-pas-perintah-dengan-islam )
9. Dalam perbahasan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada 26 Oktober 2015, Tuan Guru sebagai Ahli Parlimen Marang mengambil peluang untuk mengkritik dan menegur kelemahan tatakelola pentadbiran kewangan negara dan kelemahan undang-undang negara serta penguatkuasaannya dalam menyelesaikan masalah 1MDB yang mengulangi siri-siri kleptokrasi negara.
“Muhasabah sahaja terhadap bajet tidak mencukupi. Kita juga memerlukan pembetulan terhadap kesilapan dan tindakan yang adil terhadap penyelewengan. Sering kali berlakunya kehilangan wang negara dengan berbagai-bagai peristiwa yang ditinggalkan zaman tanpa penyelesaian dan ditutup puncanya di bawah karpet untuk dilupakan sehingga tidak menjadi iktibar.
10. Kenyataan beliau konsisten sejak dulu lagi, dalam ucapan Perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 pada 7 April 2014 di Dewan Rakyat, beliau menyatakan kelemahan penguatkuasaan undang-undang negara:
“Kami tidak lupa dengan isu MIF, isu PERWAJA, KWSP, Tabung Haji, Kapal Terbang Skyhawk, kapal selam dan lain-lain lagi. Tidak ada apa-apa tindakan, tindakannya terhadap ikan-ikan bilis yang kecil, yang besar tidak ada tindakan. Yang kena tindakan ialah pegawai-pegawai kerajaan. Orang-orang politik tidak ada tindakan. Menteri tidak ada tindakan. Yang kenanya pegawai-pegawai. Pegawai yang kena.” (Rujuk Hansard Parlimen 7 April 2014, muka surat 38)
11. Seterusnya kita dapat melihat, Tuan Guru menganalisa sesuatu isu dan krisis yang berlaku dengan mengemukakan penyelesaian kepada punca permasalahan sebenar. Beliau menyarankan pada 4 Mac 2016 supaya kemelut 1MDB diselesaikan dengan kembali kepada Islam dan menukar sistem dan dasar negara, bukan semata-mata menukar individu atau pemimpin semata-mata.
“Bukan nama tokoh pemimpin tertentu atau menukarnya sahaja silih berganti, adapun acuan, dasar dan konsepnya sama. Penyelesaiannya, ialah kembali kepada Islam yang sempurna, Islam wajib menjadi petunjuk yang diimani dalam semua urusan. Siapa pun yang dipecat atau diganti tanpa Islam dalam dirinya, tetap mengulangi perkara kesalahan yang sama. Dahulunya peristiwa BMF, KWSP, PETRONAS dan lain-lain lagi. Kemudiannya, SRI ISKANDAR, MAIKA, PKFZ dan selain itu. Terkini hangat, isu 1MDB dan seterusnya, lantik siapa sahaja dan melakukan apa sahaja.
Penyelesaiannya juga, pemimpin yang wajib mengubah minda, kefahaman, dasar matlamat dan mencari penasihat yang baik. Rakyat juga hendaklah sedar harga diri dan maruah manusia, yang harganya terlalu mahal, bukan politik pangkat, takhta, wanita dan harta. Atau berdegil sehingga tiba ajalnya tanpa berani membuat perubahan.”( http://m.harakahdaily.net.my/index.php/presiden/40234-akibat-pisahkan-politik-daripada-agama )
12. Tambahan lagi, pada 13 Jun 2016 ketika membalas tohmahan Tun Dr. Mahathir kepada PAS, Tuan Guru menyebut agar diselesaikan masalah negara dengan mengubah perangai dan sikap kerajaan dan pembangkang kerana 1MDB adalah rantaian daripada isu-isu yang melanda sebelum ini lagi dan Tun M juga tidak terlepas.
"Kerana PAS tidak terpengaruh dengan dedaklah maka PAS boleh terus melangsungkan perjuangan. Tiada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar? Kes 1MDB mula dengan apa? KWSP, Perwaja, Tabung Haji, itu adalah rantaian daripada awal. Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai selagi itulah perkara ini akan berlaku," (https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/8793-pas-tidak-terpengaruh-dedak-umno )
13. Malah, Tuan Guru Presiden telah membangkitkan beberapa kali tentang isu 1MDB dalam ucapan perbahasan dan soalan-soalan beliau di Dewan Rakyat. Ini dapat diikuti pada 17 Mei 2016, Soalan No. 137, Tuan Guru mempersoalkan tindakan kerajaan terhadap cadangan PAC dan Laporan Audit Negara.
“Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap cadangan yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam Laporan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bilakah Laporan Jabatan Audit Negara berkaitan isu 1MDB akan didedahkan kepada umum.”
14. Selain itu, Tuan Guru juga mempersoalkan tentang kertas siasatan SRC pada 14 Mac 2017, Soalan No. 47:
“Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah alasan Kerajaan tidak membawa kertas siasatan SRC International (SRC) yang telah dikemukakan oleh SPRM ke mahkamah.”
15. Di samping itu, Soalan Lisan Ahli Parlimen Marang itu juga menyasarkan kepada isu-isu yang berkait dengan 1MDB secara langsung atau tidak langsung seperti kebebasan Jabatan Peguam Negara dalam mendakwa kes rasuah berprofil tinggi (7 Mac 2017, Soalan No. 75), pengisytiharan aset Menteri Kabinet kepada SPRM (21 Mac 2017, Soalan No. 28), usaha kerajaan untuk memastikan SPRM dapat bertindak secara bebas, telus dan professional (24 Oktober 2016, Soalan No. 45), usaha kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan protokol dan keraian yang melibatkan elaun, kos perjalanan luar negara dan penganjuran program para menteri (8 Mac 2017, Soalan. No. 36) dan dana pembiayaan parti politik melalui cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (16 Mei 2016, Soalan No. 50).
16. Beberapa Soalan Bertulis juga menyentuh isu sama yang berkaitan; jumlah ketirisan dalam agensi kerajaan dan jumlah kes rasuah yang melibatkan pemimpin parti politik, individu berprofil tinggi dan penjawat awam.
17. Terkini, Tuan Guru mengutus surat terbuka kepada parti politik pada 24 Jun 2017 dengan menasihati supaya tidak mengundang campur tangan asing bagi menyelesaikan masalah dalaman negara.
“Jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.
Apapun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya. Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf.
Adapun pihak lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga kepentingan mereka walaupun mengorbankan kita. Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh. Tiba-tiba mahu menjemput sekali lagi bekas penjajah itu atau membuka pintu supaya datang menyelesaikan masalah kita.” ( http://www.harakahdaily.net/index.php/rss-hd/53-presiden/1941-surat-terbuka-kepada-parti-politik-malaysia )
18. Tambahan lagi, Tuan Guru mengingatkan agar kita mengambil pengajaran atas apa yang berlaku di Asia Barat yang disifatkan musim bunga yang tidak berbuah dan berhati-hati dengan perkembangan terkini di peringkat antarabangsa:
“Umat Islam juga perlu memahami situasi hubungan antarabangsa terkini supaya dapat menilai sikap mereka terhadap mana-mana negara yang paling suka campur tangan dalam urusan negara lain dan negara yang paling dominan melebarkan Islamofobia. Selain itu juga, wajib memahami batas-batas sempadan hubungan dengan semua pihak dalam masyarakat majmuk disemua peringkat tanpa menghakiskan maruah umat dan menjatuhkan kedaulatan negara.”
19. Perkara sama disebut lebih awal dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Mac 2016 di Dewan Rakyat:
“Kita kena sabar membetulkan pemimpin, di mana pendekatan dalam negara sendiri, Arab Spring, apa jadi dengan Arab Spring. Arab Spring menjadi musim bunga yang tidak berbuah. Meletakkan berlaku campur tangan asing yang menghuru-harakan negara. Walaupun saya tidak setuju dengan kerajaan, tetapi kita sabar. PAS menyertai arena politik negara sejak sebelum merdeka sehingga hari ini. Parti-parti lain ini banyak yang baru ditubuhkan kemudian. Kita sabar, kita menang, kita kalah, kita rebah, kita bangun, kita banyak kerusi, tidak ada kerusi langsung, tidak kisah. Apa yang penting ialah jangan mengacau rakyat. Ini yang kita perlu jaga betul-betul.” (Rujuk Hansard Parlimen 9 Mac 2016, muka surat 47)
20. Dalam keghairahan pelbagai pihak mahu menjatuhkan pemimpin zalim, Tuan Guru Presiden mengajar cara berhikmah dalam Fiqh Taghyir (Fiqh Perubahan) dan Fiqh Amar Maaruf Nahi Mungkar yang diadun dengan Fiqh Siasah. Langkah PAS bukan langkah keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Menjatuhkan kezaliman bukan dengan membina kezaliman yang lain. Langkah PAS menukar kerajaan melalui pilihan raya secara aman, bukan mengundang campur tangan asing atau melalui jalanan. Inilah yang membezakan pendekatan PAS dengan parti-parti yang lain.
21. Kesimpulannya, jelaslah bahawa pendirian Tuan Guru Presiden sejak dari awal sangat konsisten dalam menyelesaikan masalah 1MDB dengan mendesak hasil bedah siasatan yang telus dilakukan di peringkat dalaman negara tanpa melibatkan campur tangan asing, melakukan reformasi kepada sistem perundangan negara, pengasingan kuasa dan kebebasan kepada Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Polis daripada cengkaman kuasa kabinet.
22. Laporan Jabatan Audit Negara juga perlu didedahkan dan dibebaskan daripada sekatan Akta Rahsia Rasmi (OSA), bertindak aktif terhadap cadangan yang dikemukakan oleh PAC dalam Laporan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB dan membawa kertas siasatan SRC International (SRC) yang dikemukakan oleh SPRM ke mahkamah. Sehinggalah kini, pendirian PAS mendesak kerajaan dengan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat pihak yang terbabit.
23. Kita sedar dengan tindakan kerajaan meletakkan Laporan Audit 1MDB di bawah OSA dan menangguhkan penubuhan RCI adalah tindakan meragukan semua pihak dan mengundang ketidakyakinan terhadap ketelusan kerajaan dalam menyelesaikan masalah 1MDB. Justeru itu, Tuan Guru Presiden berpendirian, lakukan segera reformasi undang-undang negara dan ketelusan dalam siasatan dan pendakwaan dalam menyelesaikan masalah 1MDB tanpa melibatkan campur tangan kuasa asing. Segala pendirian Tuan Guru Presiden dijelaskan lebih terperinci oleh Timbalan Presiden dan pimpinan-pimpinan PAS.
24. Kepada musuh politik, sila belajar mengeja dan membaca sebelum mencari di mana perkataan yang menyebut Tuan Guru Presiden PAS menyokong salah urus tadbir 1MDB.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL MALIK AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS
Bertarikh: 9 Syawal 1438H / 3 Julai 2017M - HARAKAHDAILY 3/7/2017
KUALA NERUS – PAS menegaskan pendirian bahawa, isu 1MDB yang melibatkan maruah, mesti diselesaikan dalam negara, tanpa melibatkan campur tangan asing.
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyokong kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkenaan perkara tersebut sebelum ini.
“kes penyelewengan 1MDB, kita (PAS) mengambil sikap supaya isu besar ini yang membabitkan maruah negara (mesti) diselesaikan di peringkat negara kita,
“sebab kita mempunyai undang-undang dan kita ada kedaulatan di dalam negara kita (selain itu) 1MDB ini adalah duit dipunyai oleh rakyat malaysia yang perlu dijaga dengan baik dengan sempurna,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri PAS Kawasan Kuala Nerus, di sini semalam 1 Julai.
Lantaran itu, tegas beliau, campur tangan daripada Amerika Syarikat untuk menilai kedudukan 1MDB, akan menggugat keselamatan negara ini.
“campur tangan daripada Amerika Syarikat untuk menilai kedudukan 1MDB…… kita bukan menolak dari segi masalah maklumat yang bakal di berikan oleh mana-mana pihak,
“tetapi kita tidak mahu campur tangan daripada kuasa asing terutama sekali Amerika Syarikat yang pastinya mereka ini anti kepada Islam,” tegasnya.
Selain itu, kata beliau, PAS bimbang penglibatan negara luar, akan mencampuri urusan negara dan melibatkan perkara-perkara lain, sehingga kedaulatan negara akan terjejas .
“Jadi ini yang menyebabkan kita tidak mahu menerima mana-mana kuasa asing untuk mencampuri hal ehwal masyarakat ataupun rakyat di dalam negara Malaysia,” tambah beliau.
Sehubungan dengan itu, Majlis sambutan hari raya yang diadakan di Padang Bola Batu Enam tersebut sangat meriah dengan kunjungan orang ramai.
Pelbagai lapisan masyarakat datang berkunjung sambil menikmati bermacam juadah yang disediakan seperti nasi minyak, ketupat dan rendanng, dan laksa.
Disamping itu, pengunjung juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan para pemimpin yang hadir sama suasana, termasuklah tetamu istimewa, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Turut hadir sama Mantan Timbalan Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah yang berkerusi roda kerana keuzuran.
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar” (Surah al-Isra’: 9)
Ayat ini ditafsirkan oleh hadis Rasulullah S.A.W.:
عن علي رضي الله عنه : قال : أما إنى سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول " :ألا إنها ستكون فتنة ، فقلت : ما المخرج منها يا رسول الله ؟ قال :كتاب الله فيه نبأ ما قبلكم ، وخبر ما بعدكم وحكم ما بينكم ، وهو الفصل ليس بالهزل من تركه من جبار يعصمه الله ، ومن ابتغى الهدى في غيره أضله الله ، وهو حبل الله المتين ، وهو الذكر الحكيم، وهو الصراط المستقيم ، وهو الذى لا يزيغ به الاهواء ، ولا تلتبس به الالسنة ، ولا يشبع منه العلماء ، ولا يخلق عن كثرة الرد ، ولا تنقضي عجائبه ، هو الذى لم تنته الجن إذ سمعته حتى قالوا : إنا سمعنا قرآنا عجبا يهدى إلى الرشد فآمنا به ، من قال به صدق ، ومن عمل به أجر ، ومن حكم به عدل ، ومن دعا إليه هدى إلى صراط مستقيم . (الترمذي والدارمي) مستيك حديث جزؤ1.
“Dari Ali R.A. katanya: Ingatlah aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Awas! Sesungguhnya akan berlaku fitnah (kekacauan dan bala bencana yang besar). Aku bertanya: “Apakah caranya untuk menyelamatkan diri daripadanya?” Sabdanya: “Berpegang teguh dengan Kitab Allah (Al-Quran yang menjadi penyelesaiannya). Di dalamnya cerita umat terdahulu (untuk menjadi iktibar), perkara yang akan datang berlaku dan hukum mengenai apa yang berlaku kalangan kamu, yang menjadi pemutus (di antara yang benar dan salah), bukannya olok-olok. Sesiapa yang rasa berkuasa berlaku sombong meninggalkannya dibinasakan oleh Allah. Sesiapa yang mencari petunjuk lain daripadanya disesatkan (daripada petunjuk Allah yang sebenar). Dialah tali Allah yang sangat kukuh, pengajaran paling bijaksana, jalan yang betul. (Dengan sebab berpegang teguh dengannya) menjadikan hawa nafsu tidak terpesong. Dialah kitab yang tidak bercampur aduk (dengan kata-kata yang lain daripada Allah). Para ulama pula tidak merasa puas dan habis daripada mengkajinya (sepanjang zaman), walaupun berulang-ulang membaca dan mengkajinya. Kandungannya yang menakjubkan tidak berkesudahan sehingga sekumpulan jin apabila mendengarnya berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengar bacaan Al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman (percaya dengan yakin kepadanya)”. Sesiapa yang berkata sesuatu berdasarkannya, benarlah dia. Sesiapa yang beramal dengan (bacaan dan ajarannya), diberi pahala. Sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia. Dan sesiapa yang berdakwah (mengajak) kepada ajarannya, sudah pasti diberi hidayah ke jalan yang betul”. (Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)
Perlembagaan PAS menegaskan bahawa Al-Quran, Hadis, Ijma’ para ulama’ dan Qias adalah hukum tertinggi. Maka apa-apa keputusan yang bercanggah dengannya dibatalkan. Majlis Syura ‘Ulamak yang dilantik di kalangan pemimpin PAS yang berkepakaran dalam bidangnya diamanahkan untuk memelihara segala yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan menjaga segala batas sempadan, langkah dan tindakan PAS dalam perjalanannya memperjuangkan kedudukan Islam yang menjadi penyelesaian terhadap masalah negara dan umat.
Ahli-ahli dan penyokong PAS wajib memberi kepercayaan betapa PAS terus beristiqamah dan konsisten dalam perjuangannya yang penuh cabaran. Sehingga kini terus hidup subur tanpa terjejas dengan keputusan pilihan raya yang hanya menjadi salah satu daripada ukuran kemajuan dalam lapangan yang lebih luas daripadanya.
PAS adalah parti yang paling banyak mengalami kalah dan menang, menjadi kerajaan dan pembangkang, sehingga ada negeri yang masih kosong dari segi keputusan pilihan raya, tetapi terus hidup di mana ada manusia yang menjadi sasaran dakwah dan politik, walaupun di cawangan hanya keseorangan. Kini PAS berada di kampung, kementerian, jabatan, pusat pengajian kerajaan dan swasta. Inilah akar umbi PAS yang tidak mati dipotong dahannya, bahkan menumbuhkan cabang yang lebih bayak.
Berpijak di atas Undang-undang Tubuhnya, PAS tidak boleh diarah oleh mana-mana parti atau pihak supaya mengubah haluan dan hala tujunya. Hanya mereka yang terus buta Al-Quran meninggalkan PAS kerana terpengaruh dengan politik yang melayar bahtera mengikut angin dan gelombang isu semasa dan wawasan yang tidak sampai ke Hari Akhirat. Hanya berlakon politik seperti lakonan filem yang tamat ceritanya apabila hero sudah mati atau tidak berfungsi lagi.
PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi menyelamatkan negara dan rakyat tanpa meninggalkan Al-Quran dan segala rangkaiannya yang disebut dalam Fasal 7, Perlembagaan PAS. Perjuangan PAS berteraskan aqidah yang ditanam di dalam hati ahli-ahli PAS yang melakukan gerak kerja yang disaksikan oleh Allah dengan pegangan Islam yang sempurna, bukan sekadar slogan yang dilaungkan dan ditulis pada sepanduk atau cara hidup yang dianggap bebas daripada syariat Allah yang mencipta dan memerintah alam seluruhnya.
PAS tidak boleh berpisah dengan Al-Quran, bukan sekadar dibaca sahaja, bahkan diimani untuk menjadi petunjuk sepanjang perjalanan hidup di dunia sehingga bertemu Allah. PAS tidak boleh berpisah dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang melaksanakan petunjuk Al-Quran itu, bukan sahaja cara ibadatnya, bahkan dalam urusan perjuangan untuk menegakkan negara. Walaupun perjuangannya dikepung di seluruh penjuru dunia, namun meninggalkan warisan dan pusaka ilmu yang diwarisi oleh para khalifah yang adil dan para ‘ulamak yang setia bersama Islam, sehingga meneruskan obor perjuangan yang tidak boleh dipadamkan cahayanya sehingga kini.
Maka PAS yang menyambung perjuangan ini wajib menolak mereka yang terbuka menentangnya atau menipu untuk mengalih hala tujunya. Sepatutnya mereka boleh mengenali PAS, di mana ada ahlinya yang boleh mempertahankan aqidah perjuangan keseorangan di tengah masyarakat yang mengepungnya, bukan sekadar cawangannya sahaja.
Kami percaya bahawa kami gagal ditipu sepanjang perjalanan, walaupun menghulur tangan kepada sesiapa sahaja yang bersama Islam dan berdamai terhadap Islam, dengan menghayati firman Allah:
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bertujuan hendak menipu kamu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepada kamu. Dialah yang menguatkan kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (62) Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (63) (Surah Al-Anfal: 61-63)
Ayat ini menegaskan bahawa perkara pertama adalah menyatukan hati-hati orang yang beriman yang menjadi tonggak negara dan mengajak mereka yang tidak beriman menyaksikan penyelesaian Islam.
Adapun urusan menipu berada dalam ilmu Allah, sesiapa yang menipu celakalah dia, termasuk kita sendiri sekiranya menipu. Kalau mereka ikhlas tetapi kita menolaknya, celakalah pula kita kerana menolak orang yang ikhlas. Jangan campur urusan Allah yang menjamin bahawa Islam tetap dipelihara dan sesiapa bersama Islam pasti selamat. Semuanya diyakini oleh orang yang tidak buta Al-Quran.
Setiap penganut Islam wajib mengerti bahawa buta Al-Quran itu lebih besar akibatnya daripada buta huruf dan perlu menyedari orang yang boleh membaca, menulis, berpendidikan tinggi dan mendapat ijazah berjela-jela dan gelaran ilmiah tetapi buta Al-Quran, ramalannya tanpa cahaya hidayah yang tidak membawa kepada wawasan kita.
PAS tidak boleh menjadi sekadar tempat persinggahan kepada mereka yang merasa dirinya sangat bijak untuk mempergunakan PAS mengikut nawaitunya yang tidak ikhlas dan tidak bersuluh dengan cahaya petunjuk Al-Quran, maka terjunlah mereka ke mana sahaja mengikut pandangannya yang tersirat, namun tidak boleh mengheret PAS bersama mereka, termasuk ahli PAS yang buta huruf tetapi tidak buta Al-Quran akan tetap selamat bersama petunjuk ke arah wawasan Al-Quran, walaupun jauh perjalanan dan memakan masa beberapa generasi.
Ahli PAS yang setia tidak boleh bersama mereka yang lemas tanpa petunjuk Al-Quran dan memeluk apa sahaja untuk menyelamatkan diri termasuk batu yang lebih meneggelamkannya atau meraba kepala tahi yang dibawa arus sungai yang menghanyutkan.
Akhirnya hanya Islam mampu menyelesaikan semua kekusutan dan pertelingkahan dengan petunjuk Al-Quran Kalam Allah, Ilmu dan Kebijaksanaan-nya mengikut tunjuk ajar Rasul pilihan yang diwarisi ilmunya yang tetap dipelihara oleh Allah.
“Sejahtera Bersama Islam” ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Bertarikh: 8 Syawal 1438H / 2 Julai 2017M - HARAKAHDAILY 2/7/2017
Sumber HD - 2-7-2017
Membaca surat Presiden PAS dengan 'akal pendek'
KELANTANGAN Penasihat DAP, Lim Kit Siang membidas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jelas merupakan satu eskapisme dalam melindungi kejelikan yang dilakukan pihak beliau. Kit Siang bertindak menyerang secara angkuh untuk cuba memberi impak buruk agar umum tertumpu melihat Tuan Guru Abdul Hadi dengan imej negatif.
Tokoh DAP itu mentakrifkan surat terbuka Presiden PAS sebagai ‘lebih juara dan pembela’ Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam isu 1MDB. Bahkan melankolik Kit Siang terluah pada kekesalannya yang menyatakan bahawa ‘perubahan’ Abdul Hadi itu sebagai tragedi sukar dilupakan pada Ramadhan ini. Malah tegasnya, DAP berpegang teguh bahawa tidak ada agama yang menyokong rasuah dan kleptokrasi.
Kedunguan dan bebal serupa turut dipolemikkan Timbalan Ketua Pemuda PAN, Faiz Fadzil yang semakin ketara menampakkan sifat mentahnya.
Berkail sejengkal, Faiz berlebih-lebihan menduga luas dan dalamnya lautan politik hingga mahu Tuan Guru Abdul Hadi menyuarakan hukum hudud kepada Najib.
Tuduh Faiz, Presiden PAS itu mendakwa negara asing yang menyiasat skandal 1MDB sebagai cubaan campur tangan asing. Beliau menempelak Ahli Parlimen Marang itu sebagai tidak bertanggungjawab dan amat menyedihkan di mana boleh mengelirukan rakyat kerana agama dijadikan perisai menutup salah laku jenayah dalam isu tersebut. Malah, Tuan Guru dikatanya naif kerana mahukan undang-undang Malaysia dalam penyelesaian isu itu.
Sifat galak seumpama juga dilahirkan beberapa individu dan penulis yang mengaku atas kepakaran tertentu. Tuan Guru Abdul Hadi dinyatakan sebagai tidak memahami terma ‘campur tangan’. Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat dikatakan bertindak kerana mempertahankan maruah, undang-undang, sistem kewangan, integriti dan digniti.
Mesej seorang negarawan
Keghairahan mereka itu lebih kuah dari sudu serta ‘lebih juara dan pembela’ Amerika dari rakyat Amerika sendiri. Walhal, tidak ada sebaris ayat pun di dalam surat terbuka Tuan Guru mempertikaikan peranan dan tugas DoJ atau membela Najib. Beliau hanya memberikan nasihat yang ditujukan khas kepada parti-parti politik dalam Malaysia.
Presiden PAS menyeru agar tidak menjemput, mengundang, membuka pintu, memberi ruang, membantu, membawa keluar dan memberi maklumat kepada pihak asing berkaitan masalah dalaman negara. Malah, beliau turut menitipkan supaya bersabar dan berwaspada dengan mengingatkan mengenai kesan dan akibat dari persekongkolan tersebut.
Beliau juga mengajak untuk memahami dan menilai situasi hubungan antarabangsa lebih-lebih lagi sikap negara yang suka campur tangan dalam urusan negara lain dan dominan melebarkan Islamofobia. Selain memandang juga batas-batas sempadan hubungan antarabangsa tanpa menghakis maruah dan kedaulatan negara.
Jelas surat Presiden PAS itu mengutarakan perihal mengenai sikap, kecenderungan, tabiat dan kealpaan sendiri yang terdedah kepada manipulasi, kerakusan, kepentingan, kelicikan serta kejahatan pihak asing.
Beliau hanya mengajak membetulkan diri dan isu tersebut mengikut penyelesaian negara dengan mengambil petunjuk dari Islam.
Di sebalik dolak dalik keliru
Tiba-tiba Kit Siang, Faiz dan beberapa mereka itu melenting serta merewang jauh ke Amerika dan melalut dengan penghujahan sendiri. Mereka bukan sahaja salah membaca yang tersurat, tetapi juga mesej tersirat disampaikan Tuan Guru Presiden PAS. Malah, mereka sendiri keliru dalam berpendirian apabila menggunakan terma skandal, penyelewengan, salah laku jenayah, mencuri, merompak dan bukti secara bercampur baur.
Bertambah malang, kecurangan dan pengkhianatan cuba disembunyikan Kit Siang terbongkar jua. Anaknya, Lim Guan Eng secara terangan menunjukkan sikap ‘berpihak’ kepada Amerika apabila seakan membayang sokongan serta rasa tidak bermasalah andai sekalipun negara Uncle Sam itu menggunakan tindakan ketenteraan ke atas Malaysia.
Kit Siang juga sangat tidak boleh dipercayai apabila hingga kini gagal memberikan pendirian semasanya terhadap isu kehilangan USD10 bilion pertukaran mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1992.
Amukannya ketika itu hingga menulis dua buku untuk mengukuhkan pembuktian beliau keterlibatan Dr Mahathir Mohamad dalam kehilangan tersebut.
Beliau sekali lagi mengulangi penegasan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) andai Pakatan Rakyat memerintah negara pada sidang media di Kuala Lumpur tanggal 3 Jun 2012 iaitu menjelang PRU13. Tetapi kini apabila ditubuhkan panel Siasatan Khas dan RCI untuk menangani isu tersebut, beliau dilihat lebih membisu lantaran Tun Mahathir kini adalah sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).
Campur tangan DAP
Bukanlah lagi satu rahsia terhadap campur tangan DAP ke atas parti lain atau hal ehwal atau sempadan yang tidak sewajarnya dilanggari. DAP pernah ‘mencatur’ boneka-boneka tajaannya untuk menguasai saf kepimpinan PAS sebelum ‘ditumpaskan’ akar umbi PAS. Lalu, mereka menubuhkan pula PAN dan mengisytiharkan pembentukan PH untuk menyisihkan PAS, tetapi tetap gagal.
Akhirnya Kit Siang terpaksa menghulurkan salam perdamaian kepada Tuan Guru Presiden PAS. Tetapi setelah itu kembali menunjukkan permusuhannya apabila mahu menyaman Tuan Guru berhubung kenyataan anti-Islam. Bahkan ‘berkempen’ supaya akar umbi PAS melupakan Abdul Hadi.
Malah, parti-parti lain juga tidak terkecuali dari bayangan dan campur tangan DAP yang berlagak sebagai Abang Besar dalam PH. Namun, paling menimbulkan kemarahan adalah kebiadaban dan campur tangan DAP dalam hal ehwal agama Islam, Melayu dan terhadap Raja-raja. - HARAKAHDAILY 1/7/2017
An aide to PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang denied today a recent report on alleged power struggle between its top two leaders, which he deemed as “fake news”.
Citing a report by The Malaysian Insight on Tuesday, Hadi’s political secretary Dr Ahmad Samsuri Mokhtar told readers to assume that reports carried by the portal are fake news unless proof is provided.
“Why is it that we are always easily fooled by malicious news — twisted and filled with lies from this portal?” said a brief statement on Hadi’s official Facebook page, signed with Samsuri’s name.
“It should be easy after this if we would assume that anything reported by this portal must be fake news unless they can provide clear proof of its information. If not, we will forever be fooled by such portals because ethics is the last thing on their list.”
The report, titled “Potential PAS power play as Tuan Ibrahim rehires ousted leader”, was referring to Datuk Mustafa Ali, who was the party’s former election director before he was replaced with Samsuri himself.
According to the report, Tuan Ibrahim had made the decision to appoint Mustafa into a newly-formed advisory board for party while the former was acting as president during Hadi’s absence due to recuperating from a heart surgery.
The report had quoted Mustafa confirming that he had received the appointment verbally but has yet to receive a formal letter to that effect.
The report also quoted Tuan Ibrahim confirming his decision.
The report said apart from Mustafa, others appointed to the board included its former deputy presient Dr Sanusi Daeng Mariok, former treasurer and ex-Kelantan menteri besar Abdul Halim Abdul Rahman, and Subky Latif, veteran newsman for party newspaper Harakah.
Mustafa, 72, was also previously the party secretary-general, and was finally dropped from the top leadership last month after serving for more than four decades.
SHAH ALAM - Pas sedang menunggu perbicaraan kes saman terhadap Sarawak Report berhubung laporan portal berita itu yang mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima wang RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya sudah bersedia dan sedang menunggu tarikh dari Mahkamah London untuk sesi pertama perbicaraan kes itu diadakan.
“Kita sedang tunggu tarikh mahkamah tetapkan (berhubung kes saman terhadap Sarawak Report),” katanya kepada Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp, semalam.
Menurutnya, Pas telah mengemukakan tuntutan saman terhadap Sarawak Report di mahkamah tersebut pada pertengahan April lalu.
Katanya, Pas juga sedang berusaha untuk mendapatkan wang secukupnya bagi membayar khidmat peguam yang telah dilantik bagi mengendalikan kes tersebut.
“Alhamdulillah, Tabung Saman Sarawak Report yang dilancarkan semasa muktamar di Kedah, April lalu berjaya mengutip kutipan mencecah hampir RM200,000 untuk bayar khidmat peguam.
“Semua wang ini disumbangkan oleh ahli dan penyokong Pas dan kami masih meneruskan kutipan derma itu,” katanya.
Sumber TKO - 29-6-2017
Agak berbeza dengan kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PAS hari ini mendakwa mereka belum menerima sebarang jemputan daripada gabungan pembangkang untuk merancang himpunan yang dijangka diadakan pada September ini.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepanjang pengetahuannya tidak ada sebarang surat diterima parti berkenaan setakat hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan surat itu disampaikan melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS.
"Secara peribadi saya tak ada maklumat berkenaan.
"Kami akan tengok dulu, saya akan tengok dan parti akan bincang dan buat keputusan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Terdahulu beberapa parti pembangkang membentuk Jawatankuasa Bertindak 1MDB sebagai langkah mereka menangani isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS terhadap beberapa aset didakwa diperolehi melalui salah guna dana 1MDB.
Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selain PKR, ia disertai DAP, Parti Amanah Negara, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Setiausaha agung pun sama
Mereka juga bersetuju mengadakan himpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di tempat yang akan diputuskan kelak.
Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang di parlimen menjelaskan langkah mengadakan perhimpunan itu menjadi cara mereka mendekati rakyat dengan isu 1MDB.
Ketiadaan wakil PAS dalam jawatankuasa itu mendapat perhatian media dan apabila ditanya, Dr Wan Azizah berkata, jemputan sudah diberikan kepada parti terbabit namun tidak ada sebarang maklum balas daripada mereka.
Tuan Ibrahim berkata, PAS akan meneliti terlebih dahulu butiran rancangan jawatankuasa bertindak berkenaan sebelum membuat keputusan lanjut.
"Secara peribadi saya nak tengok surat itu dulu, apa objektifnya," kata beliau.
Menurut Tuan Ibrahim, PAS mempunyai kaedah tersendiri dalam isu 1MDB walaupun kadang-kadang turut terlibat dengan demontrasi.
"Sebab banyak isu kalau kita nak tengok.
"Kita pun ada beberapa isu yang kita angkat sama ada bertemu dengan pihak berkenaan dan kemukakan pandangan-pandangan parti.
"Kalau nak komen saya kena tengok surat dulu dan parti akan buat keputusan," katanya.
PAS yang kini sudah tidak lagi berada dalam Pakatan Harapan dilihat mengambil haluan sendiri dalam memperjuangkan sesuatu isu, malah mereka tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH5 tahun lalu.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, ketika dihubungi berkata beliau juga belum menerima maklumat mengenai surat jemputan tersebut dan enggan mengulas lanjut mengenainya.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan ‘Tabung Saman Sarawak Report’ yang dilancarkan semasa muktamar di Kedah, April lalu berjaya mengutip hampir RM200,000.
Menurutnya, kutipan masih diteruskan dan parti itu berharap untuk mendapatkan jumlah wang secukupnya bagi membayar khidmat peguam yang telah dilantik bagi mengendalikan kes tersebut.
“Alhamdulillah, Tabung Saman Sarawak Report yang dilancarkan semasa muktamar di Kedah, April lalu berjaya mengutip kutipan mencecah hampir RM200,000 untuk bayar khidmat peguam.
“Semua wang ini disumbangkan oleh ahli dan penyokong PAS dan kami masih meneruskan kutipan derma itu,” katanya yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian, hari ini.
Takiyuddin juga dilaporkan berkata, PAS sudah bersedia dan sedang menunggu tarikh dari Mahkamah London untuk sesi pertama perbicaraan kes itu diadakan.
“Kita sedang tunggu tarikh mahkamah tetapkan (berhubung kes saman terhadap Sarawak Report),” katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April lalu mengemukakan saman fitnah RM90 juta apabila penulis artikel Sarawak Report mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyalurkan dana sebanyak RM90 juta kepada parti itu.
Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcatle-Brown di Mahkamah Tinggi di London.
Isnin lalu, Sarawak Report berjaya mengutip jumlah dana yang diperlukan melalui platform dana awam - Crowd Justice - dalam tempoh masa tiga hari. Ketika berita itu ditulis, sebanyak GB£30,452 berjaya dikumpulkan menerusi 615 penyumbang.
Sumber TKO - 28-6-2017
Perutusan Presiden PAS sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H
SAYA bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli PAS, para penyokong dan seluruh umat Islam walau di mana jua berada.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dapat menjadi tetamu Allah selama sebulan di bulan Ramadan. Allah telah mendidik kita dengan meninggalkan makan minum dan kemahuan nafsu yang dihalalkan di waktu siang hari pada bulan-bulan yang lain. Tujuannya supaya kita sedar betapa kehidupan kita menjadi manusia dengan adanya akal fikiran untuk mencari ilmu dan pengalaman hidup, rezeki harta dan kemudahan adalah semuanya pemberian daripada Allah.
Hari raya bermakna kita menyambut kemenangan, maka tiada kemenangan bagi mereka yang tidak berpuasa Ramadan dan tidak meninggalkan maksiat. Setelah itu, wajiblah juga kita raikan kemenangan dengan berjuang melawan musuh Allah seluruh pelosok dunia yang menyekat dan menghalang Islam, supaya hukum Allah di dalam Al-Quran yang diajarkan oleh Rasulullah SAW diamalkan semula keseluruhannya setelah dibuang oleh para penjajah.
Walaupun kita telah berjaya meletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan melalui rundingan bahawa Islam adalah agama negara, tetapi di dalam perlembagaan itu juga masih ada halangan-halangan yang menyekat kuasa hukum Islam. Di antaranya adalah perkara yang disebut Akta 355 yang menjadikan Mahkamah Syariah bagi orang-orang Islam disekat kuasanya.
Mewujudkan Mahkamah Syariah adalah perintah Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW. Mahkamah Syariah sudah ada pada namanya sahaja, tetapi kuasa berhukum dengan syariat Allah disekat dan dihalang oleh penjajah Inggeris dahulu. Maka wajib kepada kita semua bersatu membuang segala sekatan itu dan haram bersama mereka yang menentang dan menghalang usaha ini. Melaksanakan hukum Allah juga menjadi sebahagian daripada iman dan amal soleh yang wajib kerana termasuk dalam perkara amar maaruf dan nahi mungkar yang disebut oleh Allah menjadi syarat mendapat rahmat-Nya.
Marilah kita menyambut hari raya dengan semangat kuat bertaqwa kepada Allah, membuktikan keimanan kepada semua petunjuk Al-Quran dan bersatu menentang semua pihak yang bermusuh dengan usaha menegakkan hukum Islam, yang terkini adalah RUU 355 yang menjadi pembuka pintu kepada semua negeri bagi kembali kepada hukum Islam mengikut kemampuan masing-masing. Lupakan segala perbalahan kita dengan menghadapi musuh yang sebenar kerana yang menjadi musuh kita adalah yang menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi dengan berbagai tipu daya dan fitnah.
Dalam kesempatan ini juga, saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli PAS, para penyokong dan seluruh umat Islam walau di mana jua berada.
Saya mendoakan anak-anak di perantauan yang pulang beraya di kampung halaman agar selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pandulah secara berhemah dan berhati-hati. Elakkan memandu ketika mengantuk, berehatlah sekejap. Patuhi peraturan jalanraya dan had laju yang ditetapkan serta menghormati pengguna jalanraya yang lain.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Minal 'Aidin Wal Faizin
ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Bertarikh: 1 Syawwal 1438H bersamaan 25 Jun 2017M - HARAKAHDAILY 25/6/2017
Sumber HD - 25-6-2017
Surat terbuka kepada parti politik Malaysia
Al-QURAN yang menjadi petunjuk mempamerkan ayat-ayat yang banyak melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman mereka.
Surat terbuka kepada parti politik Malaysia 'Jangan mengundang campur tangan asing'
Al-QURAN yang menjadi petunjuk mempamerkan ayat-ayat yang banyak melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain dalam menyelesaikan masalah dalaman mereka.
Sebarang permasalahan dalaman umat atau negara diselesaikan sendiri, sama ada betul atau salah atau adanya kelemahan dalaman walaupun zalim, maka dipikul sendiri dengan penuh kesabaran. Akhirnya selesai dengan selamat, kerana bencana menerima campur tangan asing lebih besar akibat dan buruknya pula berpanjangan. Sebijak-sebijak akal tanpa petunjuk wahyu akhirnya tersesat juga.
Dalam lipatan sejarah Tamadun Islam, kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol tertangguh beberapa abad apabila salah seorang pemimpinnya, Ibnu Abbad yang menentang cadangan menjemput campur tangan asing, dengan tegas beliau menyatakan:
“Bahawa saya lebih rela menjadi gembala unta kepada yang zalim kalangan kita daripada menjadi gembala babi kepada pihak bukan kita.”
Namun, Islam yang bertapak di Sepanyol selama lapan abad akhirnya kecundang apabila ada kalangan rajanya menjemput pihak asing supaya membantu memenangkannya dalam krisis dalaman. Akhirnya cahaya Islam dipadamkan di Sepanyol sehingga kini.
Dalam sejarah Alam Melayu pula, ada kalangan sejarawan kita melaporkan bahawa kejayaan penjajah menjatuhkan Kerajaan Melayu Islam Melaka apabila adanya sekelompok tertentu yang menjemput penjajah supaya menjatuhkan kerajaan atas sebab kemungkinan adanya kesalahan atau kezaliman, tetapi akibatnya selepas itu seluruh Rantau Nusantara dijajah dan dibahagikan buminya oleh penjajah selepas hilangnya kedaulatan Islam.
Begitulah juga, jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, Perwaja, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.
Apapun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya. Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf.
Adapun pihak lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga kepentingan mereka walaupun mengorbankan kita. Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh. Tiba-tiba mahu menjemput sekali lagi bekas penjajah itu atau membuka pintu supaya datang menyelesaikan masalah kita.
Firman Allah SWT:
“Tidakkah Engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad S.A.W.) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut (diluar daripada Madinah), padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. (60) Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (61) Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah). (62) Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka). (63) (Surah An-Nisa’: 60-63)
Sebab turunnya ayat ini kerana seorang yang mengaku Islam di kalangan Ansar bertelingkah dengan seorang Yahudi (bukan Islam) dan tidak berpuas hati dengan keputusan yang tidak memberi kemenangan kepadanya, lalu dia mengajak si Yahudi itu membawa perkara tersebut kepada pihak luar daripada Madinah.
Kesilapan kita kerana tidak menyelesaikan masalah dengan cara petunjuk Allah iaitu Islam. Bukan caranya menjemput pihak asing yang pasti tidak beriman dan budiman.
Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing supaya mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihan raya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman.
Firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kufur, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kufur sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar. (137) Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya). (139) (Surah An-Nisa’: 137-139)
Kita adalah pendakwah mengajak manusia kepada Islam dan menyelamatkan seseorang Islam yang ada di dalam dirinya sifat munafiq dalam kawasan dan sempadan kita.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada seorang sahabatnya yang kuat beriman, tiba-tiba melakukan kesalahan yang besar kerana menghina rakannya:
يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ سنن أبي داود للسجستاني (4 / 504)
“Wahai Abu Zar! Kamu ini seorang yang masih ada pada dirimu sifat jahiliyah”. Namun Abu Zar R.A. tetap dikira kalangan para sahabat yang terbilang.
Allah pernah menurunkan firman-Nya kepada seorang sahabat, Hatib bin Abi Baltaah R.A. yang bertaraf ahli Badar yang mulia kerana memberi maklumat kepada musuh dengan firman-Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (S.A.W.) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan untuk mencari keredaan-Ku. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul” (Surah Al-Mumtahanah: 1)
Umat Islam juga perlu memahami situasi hubungan antarabangsa terkini supaya dapat menilai sikap mereka terhadap mana-mana negara yang paling suka campur tangan dalam urusan negara lain dan negara yang paling dominan melebarkan Islamofobia. Selain itu juga, wajib memahami batas-batas sempadan hubungan dengan semua pihak dalam masyarakat majmuk disemua peringkat tanpa menghakiskan maruah umat dan menjatuhkan kedaulatan negara.
Sabda Rasulullah S.A.W. supaya mencegah kemungkaran secara bijaksana:
“Bandingan orang yang menjaga sempadan Allah (mencegah kemungkaran) dan mereka yang jatuh ke dalamnya (melakukan kemungkaran) laksana satu kaum yang berada di atas bahtera. Maka sebahagian daripada mereka berada ditingkat atas dan sebahagian lagi berada dipetak bawah. Mereka yang berada dipetak bawah apabila mahukan air terpaksa melalui mereka yang berada di atasnya. Lalu mereka berkata: “Kalau kita tebukkan kapal ini untuk mendapatkan air tanpa mengacau mereka yang berada di atas”. Maka kalau dibiarkan kapal itu ditebuk mengikut kemahuannya nescaya semuanya mati tenggelam, kalau dihalang tindakan itu nescaya semuanya selamat”.
Kalaulah yang berlaku itu kerana satu kemungkaran yang nyata, beginilah akibatnya. Kalau yang berlaku itu adalah fitnah, maka celakanya lebih parah.
PAS terus bersabar walaupun sudah berlalu zaman setengah abad dan seterusnya, menukar pemimpin yang telah meninggal dunia dengan beristiqamah dan mereka yang tidak beristiqamah meninggalkan PAS juga tidak sampai ke matlamat dunia pun. Kerana wawasan kita mencapai keredaan Allah sehingga ke liang lahad dan hari kebangkitan semula bertemakan firman Allah:
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan” (Surah At-Taubah: 105)
Kita tidak ditanya mengapa belum menang, tetapi kita ditanya adakah sudah beramal dan berjuang atau tidak untuk meraih janji-janji kemenangan bersyarat yang mampu mengisi erti kemenangan sebenar bukannya kemenangan kosong, atau kita berjuang untuk menggantikan kemungkaran dengan menegakkan kemungkaran juga?
Tugas kita adalah mengajak manusia sebanyak-banyaknya kepada Islam, bukan sekadar menjatuhkan pemimpin dan berebut jawatan. Bahkan mengajak kepada islah pemimpin dengan melahirkan pemimpin yang tegak bersama hidayah, bukannya bergantung kepada jibayah.
Sabda Rasulullah S.A.W. kepada menantunya Ali bin Abi Talib K.W.H:
“Demi sesengguhnya kejayaanmu menjadikan seseorang itu mendapat hidayah Allah lebih baik daripada mendapat kenderaan paling mahal harganya”.
“Sejahtera Bersama Islam” ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Ramadan 1438H / 24 Jun 2017M - HARAKAHDAILY 24/6/2017
Sumber HD - 24-6-2017
Saya doakan semua selamat dalam perjalanan
BUAT anak-anak di perantauan yang pulang beraya di kampung halaman, saya mendoakan agar semua selamat dalam perjalanan.
Pandulah secara berhemah dan berhati-hati. Elakkan memandu ketika mengantuk, berehatlah sekejap. Patuhi peraturan jalanraya dan had laju yang ditetapkan serta menghormati pengguna jalan raya yang lain. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Salam hormat dari saya,
Abdul Hadi Awang
Sumber HD - 23-6-2017
Ramadan membina syakhsiah muslim
ALHAMDULILLAH syukur kerana berpeluang menjadi tetamu Allah di bulan pilihan-Nya, dihidangkan dengan makanan jasad, akal dan roh. Tiga komponen ini yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, menjadikan manusia itu layak bertugas di muka bumi dan memakmurkannya dengan Syariat Allah yang Maha Pencipta Alam seluruhnya.
Allah melantik para rasul kalangan manusia dan mereka dibantu dengan kitab yang diwahyukan bersama mukjizat mengikut zaman dan kaum masing-masing. Allah menurunkan Al-Quran di bulan Ramadan, sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya:
“Bulan Ramadan, di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)” (Surah al-Baqarah: 185)
Al-Quran adalah mukjizat ilmu kepada Rasul terakhir Muhammad S.A.W, bukan sahaja ilmu yang dinamakan agama oleh bahasa yang lain daripada bahasa Al-Quran (arab), bahkan termasuk juga ilmu dunia yang luas, di antaranya sains dan teknologi yang menjadi kebanggaan terkini.
Al-Quran menceritakan asas-asas ilmu yang sangat luas tanpa hujungnya di alam bumi. Luasnya dari bumi sehingga angkasa lepas, selari dengan perkataan Al-Din iaitu perkataan yang sebenar bagi Islam.
Bulan Ramadan menjadi pilihan diturunkan Al-Quran daripada Luh Mahfuz yang tinggi mengatasi langit, dibawa ke langit dunia, tempat yang disebut Baitul Izzah atau Mawaqiunnujum. Firman Allah:
“Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat peredaran bintang cekerawala dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran; (75) Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, (76) Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), (77) Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; (79) Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. (80)” (Surah al-Waqiah: 75-80)
Al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W. secara berdikit dalam tempoh 23 tahun di Makkah dan Madinah, menyatakan dasar dan konsep yang tetap tidak berubah berkenaan iman, syariat dan akhlak. Al-Quran membongkar perkara ghaib yang tidak diketahui dan dicapai oleh sebahagian daripada alam yang luas, peristiwa umat terdahulu dijadikan iktibar, peristiwa akan datang khususnya Hari Kiamat di mana tempat dikembalikan kepadanya seluruh manusia dengan hisab dan pengadilan daripada peranannya di alam dunia.
Al-Quran juga menyebut keadaan alam bumi dan langit dan hukum syariat dari segi dasar, konsep dan pelaksanaan mengikut keperluan semasa yang membawa penyelesaian masalah yang mendatang. Ia menjadi panduan hidup dan petunjuk yang lengkap kepada manusia mengikut fitrah (naluri) yang sesuai dengan keadaan di akhir zaman yang menjadikan dunia berada dalam satu masyarakat madani dengan mudah, yang berbeza dengan zaman dahulu.
“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23) Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu daripada api Neraka yang bahan-bahan bakarannya adalah: Manusia dan Batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir) (24)” (Surah al-Baqarah: 23-24)
Adalah menjadi hikmah yang nyata apabila Allah S.W.T memilih bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran ini dijemput orang-orang yang beriman menjadi tetamunya, dihidangkan makanan jasad, akal dan roh. Waktu siangnya diwajibkan berpuasa dengan kelebihan makanan sahur dan berbuka yang berkat. Ditambah dengan ibadah bertadarus Al-Quran, membetulkan bacaan dan kuliah ilmu yang menjadi makanan akal, ditambah lagi dengan ibadah jasad, roh dan harta yang disunatkan disamping sembahyang fardhu dan nafkah yang wajib. Sehingga kemuncaknya melahirkan sifat taqwa yang menjadi konsep jati diri terpenting kepada seseorang manusia.
Taqwa adalah sikap dalam diri seseorang yang melahirkan rasa perhambaan kepada Allah dan takut kepadanya, sehingga menggerakkan dirinya melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Ibadah puasa yang ikhlas sahaja sudah cukup bagi mentarbiyahkan diri.
Apabila ikhlas meninggalkan makan minum dan lain-lain di tempat nyata dan sembunyi yang paling mudah menipu, namun tetap berpuasa juga kerana beriman bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Mendengar dan Melihat, maka lahirlah sifat taqwa yang menjadi konsep hidup bagi seorang muslim.
Al-Quran adalah petunjuk dan arahan Allah kepada setiap manusia yang berakal dan berkemampuan. Semua orang akan dibicarakan di hadapan Allah pada Hari Kiamat nanti, menjadikan seseorang yang bertaqwa sangat berwaspada.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Setiap orang akan ditanya pada Hari Kiamat nanti. Pemimpin ditanya berkenaan rakyatnya, suami berkenaan keluarganya, isteri berkenaan rumah tangganya, anak berkenaan ibu bapa dan peninggalannya, majikan berkenaan pekerjanya dan pekerja pula berkenaan tugasnya. Semua orang adalah bertanggungjawab ditempat masing-masing”.
Islam yang berkonsepkan taqwa berjaya menghapuskan amalan negatif dalam kehidupan manusia, khususnya kezaliman, penipuan, rasuah, salah laku dan lain-lain di kalangan para pemimpin. Semua rakyat dalam kedudukan masing-masing menjaga akhlak diri dalam semua hubungan dan tugasnya di tempat masing-masing.
Islam telah berjaya menghapuskan perkara negatif bukan sahaja dengan undang-undang yang dikuatkuasakan, tetapi lebih daripadanya adalah jati diri seseorang dengan sifat taqwa walaupun tanpa diketahui oleh pihak yang berkuasa.
Satu contoh yang menarik apabila Khalifah Umar R.A. mengintip tingkah laku rakyatnya menemui seorang wanita penjual susu yang cuba menipu meletakkan air ke dalam susu yang dikumpulkan, tiba-tiba si anak gadisnya menegur jangan melakukan begitu. Dia menjawab: “Khalifah Umar tidak tahu menahu”. Anak gadisnya menyampuk: “Walaupun Umar tidak tahu tetapi Tuhan Umar tahu”. Lalu si ibu membatalkan tipunya. Umar terus menandakan rumah itu dan meminangkan gadis anak penjual susu menjadi menantunya, yang akhirnya melahirkan zuriat Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Konsep taqwa inilah memungkinkan Islam memerintah masyarakat majmuk sehingga beberapa abad dengan adil dan menjamin hak masing-masing di kalangan masyarakat berbagai kaum dan agama dalam negara yang luasnya dari Timur di Asia Tenggara, sebelah Barat di Afrika Barat sehingga Sepanyol, Utara di Asia tengah dan Selatannya di Afrika Tengah. Adapun kejatuhan pemerintahnya apabila meninggalkan Islam dan hilangnya jati diri Muslim.
Keadilan dalam bermasyarakat majmuk ini berkonsepkan firman Allah:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat: 13)
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah: 8)
Adapun ideologi ciptaan manusia melaksanakan undang-undang tanpa roh keimanan, perhitungan dosa dan pahala serta tiada bermatlamat Hari Akhirat. Semuanya dapat bertahan sementara waktu yang terlalu pendek. Terdedah selepasnya di zaman kini, penganut liberal kapitalisma di sebalik slogan demokrasinya adalah monopoli diri dan kroni, politik wang dan peluang.
Adapun komunis dan sosialis berslogankan demokrasi juga bersama kuasa pemimpin di atas nama masyarakat tertindas tetapi terserlah dan terbongkar selepas kejatuhannya melahirkan pemimpin yang bersifat kapitalis yang lebih bernafsu daripada kapitalis yang terbuka. Semuanya berkonsepkan sekularisma yang memisahkan agama Allah daripada urusan duniawi. Berlakunya skandal di dalam gereja dan kuil.
Islam itu pula hendaklah diamalkan secara Tafaqquh fi Al-Din. Kalau tidak, ibadahnya melampau, dakwahnya melampau, politik dan ekonominya juga melampau, jihadnya juga melampau. Semuanya bukan model Islam yang sebenar. Inilah maksud firman Allah:
“Maka hendaklah keluar sebahagian daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya bertafaquh (mempelajari secara mendalam dan faham akan ilmu yang dituntut di dalam Islam ) dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang dan berbagai urusan ) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah).” (Surah at-Taubah: 122)
Apa yang disebut adalah sedikit pencerahan daripada Al-Quran yang diturunkan di bulan Ramadan dan konsep taqwa melalui amalan Ramadan sekiranya wujud dalam diri seseorang Muslim boleh menyelamatkan keadaan di mana sahaja dia berada.
“Sejahtera Bersama Islam” ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Bertarikh: 26 Ramadan 1438H / 21 Jun 2017M - HARAKAHDAILY 21/6/2017
Sumber HD- 21-6-2017
Ketua DHPP, AJK PAS Pusat ucap selamat menyambut Idul Fitri
MENJELANG Hari Raya Idul Fitri beberapa hari lagi Ketua Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) N.Balassubramaniam turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Semua Muslimin Dan Muslimat.
“Saya N.Balassubramaniam Ketua DHPP Pusat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Semua Muslimin Dan Muslimat. Sebagai masyarakat yang berbilang bangsa dan majmuk di Malaysia marilah kita meraikan Perayaan ini dengan penuh kesederhanaan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita. Eid Mubarak,” ujarnya.
Sementara itu AJK PAS Pusat Dr Azman Ibrahim, turut mengingatkan bahawa Hari Raya Idul Fitri adalah hari kemenangan setelah sebulan kita melalui madrasah Ramadan.
“Setelah sebulan kita melalui madrasah Ramadhan, Allah mengurniakan kita dengan hari kemenangan. Semoga diterima Allah segala amal ibadat yang dilakukan sepanjang Ramadhan samada puasa, solat, bacaan Quran, sedekah, qiam dan kerja-kerja yang kita lakukan demi meninggikan agama Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” katanya.
Tidak ketinggalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mengucapkan selamat pulang perantau ke pangkuan keluarga dan kampung halaman.
“Saya, Mohamed Fadzli Hassan (YB Dato' Dr.), Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan AJK PAS Pusat mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana berada. Kepada teman dan kenalan bukan Islam, sambutlah salam mahabbah dan penuh kemesraan semoga tautan persaudaraan dan keharmonian tetap utuh. Islam rahmat untuk semua. Selamat pulang perantau ke pangkuan keluarga dan kampung halaman. Maaf zahir dan batin,” ujarnya.
Umat Islam dijangka menyambut 1 Syawal pada Ahad ini. – HARAKAHDAILY 21/6/2017
Sumber HD - 21-6-2017
Masjid Al-Aqsa dan kelemahan dunia Arab
SESUNGGUHNYA Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:
“Maha Suci Allah, yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad S.A.W) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang telah Kami berkati sekelilingnya, untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Surah al-Isra’: 1)
Rasulullah S.A.W juga bersabda:
“Tidaklah secara bersunguh-sungguh melakukan lawatan melainkan kepada tiga Masjid: Masjidil Haram (Makkah), Masjidku (Madinah) dan Masjid Al-Aqsa (di Baitul Maqdis)”
Begitulah digambarkan kemuliaan Masjid Al-Aqsa bagi umat Islam, kerana Allah telah memilihnya menjadi tempat terakhir peristiwa Isra’ dan bermulanya Mi’raj; iaitu peristiwa Rasulullah S.A.W. dijemput menjadi tetamu Allah di malam paling bersejarah kepada seluruh alam.
Palestin dibuka oleh Nabi Ibrahim A.S yang menjadi tempat kelahiran ramai kalangan para anbia’ A.S. dan kiblat pertama bagi umat Islam.
Maka Baitul Maqdis dan terletaknya Masjid Al-Aqsa merupakan tanah suci bagi umat Islam, namun tidak menghalang penganut agama lain berkunjung mengikut kepercayaan mereka.
Umat Islam dan penganut agama para Rasul A.S. paling berhak memerintah dan menjaganya. Hakikat ini berlaku apabila Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A. mengarahkan tentera Islam membebaskannya daripada penjajahan Rom, bagi menunaikan perintah Allah:
“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah sebanyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. (Surah al-Hajj: 40)
Paderi besar Baitul Maqdis menjemput Khalifah Umar bin Al-Khattab R.A. supaya menyaksikan upacara perjanjian penyerahannya yang telah memberi hak beragama yang sangat dipersetujui oleh penganut agama lain. Khalifah Umar juga memakmurkan semula Masjid Al-Aqsa yang dibiarkan.
Umat Islam adalah pemegang amanah memerintah Baitul Maqdis dan bersamanya Masjid Al-Aqsa.
Namun apabila berlakunya pengkhianatan terhadap amanahnya, menyebabkan ditakluk oleh pihak yang lain dan berlakulah pencabulan terhadap satu sama lain sejak zaman berzaman, khusus terhadap yang tidak seagama dengannya.
Hanya pemerintahan Islam yang dapat memberi hak dan keamanan kepada semua pihak mengikut hukum Islam.
Dalam sejarahnya yang diketahui umum, Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa pernah ditakluk oleh bala tentera Salib yang bermandi darah. Sehinggalah hampir seratus tahun di bawah kawalan mereka, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi daripada bangsa Kurdish berjaya membebaskannya setelah menyatukan umat dan berjihad di atas nama Islam.
Kini Baitul Maqdis dan bersamanya Masjid Al-Aqsa ditakluk oleh kumpulan Zionis Yahudi yang berjuang menegakkan negara Yahudi Israel untuk mengembalikan semula kerajaan Nabi Sulaiman A.S. atas asas cerita karut Israiliyyat dan dengan matlamat mengukuhkan Freemason dan Zionis sekali gus, walaupun kalangan mazhab Ortodok sendiri menentangnya kerana membahayakan bangsa Yahudi.
Kini mereka berjaya menubuhkan negara haram Israel dengan penipuan melalui Perjanjian Balfour 1917 dan Perjanjian Sykes-Picot 1916. Setelah berjaya memecahbelahkan umat Islam di atas perbezaan kaum dan mazhab, mereka berjaya menubuhkan negara-negara mengikut peta yang dilakarkan oleh mereka, dan dibahagikan di kalangan mereka yang bersama-sama menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah yang sedang lemah ketika itu.
Peristiwa lama telah berlalu, walaupun kebanyakan negara dikatakan telah mencapai kemerdekaan daripada penjajah barat, namun masih diikat dengan berbagai-bagai perjanjian politik, ekonomi dan ketenteraan.
Sepatutnya negara umat Islam khususnya negara Arab berjaya membina kedaulatan negara yang telah merdeka sepenuhnya, malangnya kita menyaksikan khususnya negara Arab yang menjadi benteng kepada Dunia Islam, masih lagi meneguhkan ikatan lama dengan kuasa penjajah itu. Sepatutnya isu Masjid Al-Aqsa menjadi simbol kesedaran umat yang menyatukan mereka.
Betapa seluruh dunia dapat menyaksikan kebangkitan semula rakyat Palestin khususnya di sekeliling Masjid Al-Aqsa. Mereka bangkit menghadapi kesombongan Israel yang melakukan ancaman terbuka ke atas Masjid Al-Aqsa dengan tujuan merobohkannya. Di bawahnya sudah banyak digalikan terowong dengan tujuan untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan mendirikan di atas runtuhannya Kuil Yahudi yang dinamakan Haikal Sulaiman.
Pihak media memaparkan rakyat Palestin sedang berduyun-duyun pergi berhimpun di Masjid Al-Aqsa untuk beriktikaf di akhir Ramadan. Israel pula melakukan berbagai-bagai sekatan di sekeliling Masjid Al-Aqsa, disamping membenarkan pelampau Yahudi mencabulinya sehingga boleh mencetuskan ketegangan.
Malangnya, negara Arab sedang berkrisis sesama jiran dan bertelagah di antara berbagai pihak kerana perbezaan kabilah dan mazhab. Terakhir pula, negara Arab menjemput Perdana Menteri British, kemudian diikuti Presiden Amerika dalam Sidang Kemuncak Negara Arab dan membentuk gagasan menentang keganasan yang ditujukan terhadap negara jiran mereka. Bukannya keganasan Israel tetapi keganasan dalam bangsa dan umat sendiri dengan sebab-sebab yang sengaja diwujudkan.
Mereka sanggup berbelanja besar menghabiskan duit kerana berperang di Syria, Iraq, Yaman, Libya dan lain-lain. Mereka juga sedang membeli senjata untuk berperang dengan Iran, Qatar dan siapa sahaja dengan melupai Israel yang mencecah hidung mereka. Senjata yang dijual kepada Arab tidak mampu menentang Israel yang bekalan senjatanya lebih besar dan canggih. Begitulah juga dengan hasil minyak digunakan untuk membeli senjata bagi menjana ekonomi negara Barat yang diberi wala’ kepadanya.
Adapun kewajipan membebaskan Masjid Al-Aqsa mula diperkecilkan dalam senarai keutamaan mereka. Paling buruk lagi adalah tindakan bermusuh dengan kumpulan Islam yang berjihad di Palestin dan secara terbuka atau senyap mengadakan hubungan persahabatan dengan negara haram Israel. Perbelanjaan persenjataan mengatasi keperluan yang lain khususnya keperluan rakyat.
Maka berlakulah apa yang didendangkan dalam Peribahasa Melayu:
Ayam di kepuk mati kelaparan,
Itik di air mati kehausan.
Anak di riba dibiarkan,
Kera dihutan disusukan.
Mereka rela membunuh sesama umat dan jiran. Sedangkan masalah Masjid Al-Aqsa terus dipinggirkan daripada amanah yang wajib ditunaikan.
Rasulullah S.A.W. telah memberi amaran kepada mereka yang mengecewakan Baitul Maqdis dengan sabdanya:
"لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين لعدوهم قاهرين لا يضرهم من خالفهم الا ما أصابهم من لاواء حتى ياتيهم أمر الله وهم كذلك قالوا يا رسول الله وأين هم قال ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس" (مسند أحمد لأحمد بن حنبل: 9/ 43)
“Terus-menerus masih ada kalangan umatku, golongan yang terus berpegang dengan agamanya (Islam), mereka terbuka menentang musuh dengan gagah perkasa, tidak boleh dimudaratkan (sehingga mereka berhenti) dengannya, melainkan mereka menghadapi kesusahan yang menimpa mereka. Sehingga datangnya keputusan Allah, namun mereka terus tidak berganjak dalam keadaan begitu. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Di manakah mereka?” Sabdanya: “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis”.
Akhirnya menunjukkan bahawa mereka yang mengecewakan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa akan kecundang bersama harta dan takhtanya. Mereka yang teguh beristiqamah bersama Islam walaupun digelar pengganas dan apa sahaja akan mencapai kemenangan.
“Sejahtera Bersama Islam” ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Bertarikh: 24 Ramadhan 1438H / 19 Jun 2017M - HARAKAHDAILY 19/6/2017
Sumber HD - 19-6-2017
PAS sedia runding PKR hadapi BN jika...
BELUM pun menang dalam pilihan raya, namun Pakatan Harapan kini dilanda ribut menentukan siapa yang layak dilantik sebagai perdana menteri.
Ekoran polemik yang berlanjutan itu menyebabkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan tidak akan menawarkan diri sebagai calon perdana menteri.
Mengulas isu tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebelum ini PAS mengajak PKR menyertai Gagasan Sejahtera.
Bagaimanapun katanya ketika itu PKR lebih senang dengan Pakatan Harapan.
“Namun PAS bersedia untuk bincang semula dengan PKR sekiranya benar ada dakwaan parti itu tawar hati dengan Pakatan Harapan,” katanya di Kota Bharu.
Sebuah portal mendakwa PKR enggan menerima cadangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.
Sedangkan menurut portal terbabit DAP, PAN dan PPBM sedia menerima Dr Mahathir mengetuai gabungan tersebut.
Bagaimanapun Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan enggan mengulas lanjut kerana tidak mengetahui kesahihan laporan portal terbabit.
Menurutnya juga PAS sentiasa terbuka berunding dengan mana-mana pihak bagi menjatuhkan kerajaan Umno dan BN.
Kerajaan Kelantan masih mengekalkan lantikan politik pemimpin PKR biarpun Biro Politik PKR mengarahkan mereka meletak jawatan. – HARAKAHDAILY 18/6/2017
Sumber HD - 18-6-2017
Takziah ke atas mangsa nahas pesawat Hawk 108
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat Hawk 108, Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Hasri Zahari di Chukai, Terengganu petang semalam.
Khidmat cemerlang mereka sebagai juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia.
Marilah kita pohonkan doa agar kedua-dua mangsa ditempatkan bersama orang-orang soleh. Semoga ahli keluarga mangsa dan sahabat handai menerima ujian tersebut dengan penuh sabar dan tabah.
“Sejahtera Bersama Islam” ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 21 Ramadhan 1438H / 16 Jun 2017M – HARAKAHDAILY 16/6/2017
“Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” (Surah Al-Baqarah: 213)\
Ibnu Abbas R.A, seorang sahabat daripada kalangan keluarga Rasulullah S.A.W. yang mendapat berkat doanya supaya dikurniakan ilmu Al-Quran menafsirkan ayat ini:
Bahawa manusia itu pada awalnya ketika bersama Nabi Adam A.S. menganut agama Islam yang sempurna dari segi aqidah, syariat dan akhlak yang merangkumi seluruh cara hidup bermasyarakat. Setelah berlalu sepuluh abad selepas wafatnya Adam A.S. bermulanya penyelewengan meninggalkan Islam, melantik tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, serta mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah kerana di luar kemampuan akal dan jasadnya, maka berlakulah keruntuhan akhlak dalam segala aspek kehidupan mereka.
Maka Allah mengutuskan Rasul-Nya, Nabi Nuh A.S. menjadi Rasul pertama yang berjuang menentang segala penyelewengan menghadapi pemimpin dan rakyat yang terpengaruh dengannya. Seterusnya Allah membinasakan mereka silih berganti dan diutuskan rasul-rasul serta diwahyukan kitab-kitab yang silih berganti, berakhir dengan Rasul Akhir zaman, Nabi Muhammad S.A.W. dan kitab suci Al-Quran.
Di peringkat ketiga, Allah melahirkan bangsa Yahudi dan para Rasul, mereka diberikan kitab Taurat dan lain-lain yang dapat dibaca dengan sempurna. Walaupun sudah ada kitab dan para Rasul yang dilantik seperti Nabi Musa dan Nabi Harun A.S. selepasnya Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S. bersama kitab yang disediakan, namun Bani Israel yang berkonsepkan materialistik sering meninggalkan Kitab Allah, walaupun para Rasul mereka dikurniakan mukjizat paling luar biasa, bermula dengan Nabi Musa A.S. yang berjaya mengalahkan Firaun dengan mukjizat ditenggelamkan bersama bala tenteranya yang besar, disaksikan dengan mata dan dibaca oleh generasi kemudiannya sehingga hari ini. Namun sejarah Bani Israel terus menentang para Rasul dan pengikutnya yang setia sehingga ada yang dibunuhnya. Firman Allah:
“Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan Al-Kitab (Taurat) kepada Musa, dan Kami telah menyusulinya (berturut-turut) sesudah itu dengan rasul-rasul, dan telah Kami berikan bukti-bukti kebenaran (mukjizat) kepada Isa putra Maryam dan Kami memperkuatnya dengan Ruhulkudus. Apakah setiap datang kepada kamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu angkuh; maka beberapa orang (di antara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?).” (Surah al-Baqarah: 87)
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil, maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya).” (Surah Ali-Imran: 21)
Tegasnya Allah menurunkan kitab yang dapat dibaca dengan lengkap bersama para Rasul dan para ulama yang menjadi pemimpin, namun konsep kebendaan yang menghantui mereka menjadikan mereka menolak kitab dan hanya menerima apa yang difikirkan mengikut akal mereka. Sehingga kini, para ilmuan Yahudi seperti Adam Smith, Karl Mark dan lain-lain adalah pencipta berbagai ideologi dan teori yang menjadi sebab kepada semua masalah terkini di seluruh pelosok dunia.
Adapun Nabi Akhir Zaman Muhammad S.A.W. dilahirkan di Makkah daripada zuriat Ibrahim A.S. supaya meletakkan anaknya Ismail A.S. di Makkah, bumi yang tiada asas kemudahan hidup seperti air dan makanan, bahkan juga untuk binatang. Di bumi terpencil ini dilahirkan Rasul Akhir zaman Muhammad S.A.W., diwahyukan kitab suci Al Quran secara berperingkat dan berdikit tidak semuanya seperti Kitab Taurat dan Injil. Sehingga ditegakkan negara di Madinah, kitab Al-Quran diwahyukan dalam perjalanannya selama 23 tahun dalam dua peringkat, Marhalah Makiyyah dan Madaniyah dengan permulaan pembangunan insan, jasad, roh dan akal mengikut fitrah dan segala usahanya memperhambakan diri kepada Allah, bukannya meminta-minta daripada Allah seperti Bani Israel yang berkonsep materialistik.
Akhirnya Islam berjaya meluaskan pengaruhnya selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. sehingga melangkaui ke seluruh benua, menegakkan negara besar dan membangunkan negara setelah dijatuhkan, di mana rahsianya terdapat tiga konsep terpenting rahsia kejayaan generasi awal:
1- Aqidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat yang menjadi teras rukun iman.
2- Konsep taqwa yang membawa hak asasi dan keadilan untuk semua manusia dalam masyarakat majmuk.
3- Konsep Islam membawa Rahmat kepada seluruh alam.
Pendukung harakah Islamiyyah jangan menghabiskan masa melayan kalangan yang bertanya di mana persediaan kumpulan Islam untuk memimpin. Jawabnya, kita bersedia menyelamatkan manusia bersama Islam dengan keutamaan membina kumpulan insan yang berhidayah daripada Al-Din. Bani Israel pernah disediakan kitabnya tetapi gagal manusiawinya.
Jadikan Ramadan peluang membina jati diri menyuburkan iman dan taqwa dengan menghayati ibadat puasa dan bertadarus Al-Quran, di mana penyusunannya dimulakan dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah Al-Nas. Dipohon hidayah ke jalan yang betul dan dilindungi daripada godaan syaitan yang dilihat dan yang tidak dapat dilihat.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 20 Ramadhan 1438H / 15 Jun 2017M - HARAKAHDAILY 15/6/2017
ALHAMDULILLAH, marilah kita perbanyakkan bersyukur kepada Allah kerana masih menghidupkan kita saat ini untuk menikmati nikmat menjadi tetamu Allah di bulan Ramadhan dan hari ini kita menyambut Hari Nuzul Al-Quran pada tanggal 17 Ramadhan.
Al-Quran adalah Kalamullah yang wajib didengar dan dipatuhi. Bukan sekadar untuk dibaca di Majlis Tilawah Al-Quran atau digantung dipremis perniagaan sebagai pelaris, bahkan Al-Quran diturunkan untuk dibaca, dihayati, diamalkan dan diperjuangkan isi kandungannya dalam kehidupan manusia, sama ada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Inilah hak Al-Quran yang wajib ditunaikan oleh umat Islam bersesuaian dengan firman Allah S.W.T:
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” [Al-Baqarah: 185]
Semestinya menjadi tanggungjawab umat Islam sekarang untuk mengisi kemerdekaan negara dengan meletakkan Al-Quran ditempat paling tertinggi dalam perlembagaan dan melepaskannya daripada belenggu penjajah kepada kefahaman Islam yang kita imani.
Maka, PAS melalui usaha-usahanya memperjuangkan Al-Quran untuk diletakkan ditempatnya yang tinggi dengan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu. Kini, PAS sedang memperjuangkan Pindaan Akta 355 untuk diangkat martabatnya setelah hampir separuh abad umat Islam diperbodohkan, apabila kuasa Mahkamah
Syariah bagi penganut Islam lebih rendah daripada Mahkamah Sivil yang paling rendah. Jelasnya, bahawa perjuangan PAS melalui pindaan akta ini lebih bersifat menyempurnakan prasarana Sistem Kehakiman Islam yang menunjukkan bahawa Undang-undang Allah SWT lebih menjamin keadilan daripada undang-undang ciptaan manusia.
Akhirnya, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran pada tahun ini di Bulan Ramadhan yang mulia. Saya juga mengajak seluruh umat Islam untuk bermuhasabah sejauhmana al-Quran diletakkan di dalam hati kita dan dijunjung setinggi-tingginya sebagai panduan bernegara dalam aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
“Sejahtera Bersama Islam” ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 17 Ramadhan 1438H / 12 Jun 2017M – HARAKAHDAILY 12/6/2017
SHAH ALAM - Pas adalah parti yang berjaya melahirkan ramai pemimpin dan mengangkat darjat mereka dalam arena politik hari ini, demikian menurut Naib Presiden Pas, Dr Idris Ahmad.
Beliau berkata, sebagai parti yang sudah ditubuhkan sejak 66 tahun lalu, Pas sentiasa membuka peluang kepada setiap ahlinya.
"Berapa ramai pemimpin yang dulu tak dapat tempat, bertanding atas tiket lain... akhirnya kalah.
"Kemudian mereka masuk Pas, bertanding dan menang. Tapi, bila dah menang, cabut pula," katanya pada sesi dialog Munaqasyah Rakyat Pas di Dewan Bankuet MBSA Shah Alam Selangor Darul Ehsan, hari ini.
Beliau berkata, tidak hanya itu, Pas juga berjaya mengangkat kedudukan pemimpin-pemimpin dalam parti.
"Ada kalangan mereka yang bukan ada kelulusan pun, tapi Pas angkat kedudukan mereka. Ini kerana Pas berpegang teguh pada prinsip dan dasar iaitu Islam," ujarnya.
Tambah beliau, biarpun pemimpin bertukar, tetapi dasarnya tidak pernah berubah.
"Ada kajian yang dibuat di mana menyebut cara kepimpinan terdahulu sehingga kini.
"Walaupun ada banyak berbezaan, tetapi dasar tetap sama. Kerana itu, Pas sentiasa dipandang tinggi kerana terus kekal dengan pegangan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Munaqasyah Rakyat Peringkat Kebangsaan anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat.
Turut hadir pada majlis ini adalah Presiden Parti Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Sumber TKO - 11-6-2017
SHAH ALAM -- PAS hari ini menyatakan sokongannya terhadap cadangan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) kerana ia dilihat mampu mengekang kegiatan politik wang dalam kalangan parti-parti politik di negara ini.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata cadangan itu, yang dikemukakan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada tahun lepas, amat diperlukan kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus yang memantau dana parti-parti politik.
Bagi menyokong penggubalan akta itu, beliau berkata PAS bersama-sama sekutu dalam blok pakatan yang dinamakan Gagasan Sejahtera telah menghantar dokumen yang merangkumi pandangan parti Islam itu terhadap PDEA termasuk cadangan pelan tindakan kepada JKNMPP pada April lepas.
"PAS mahu akta ini diwujudkan dan kita harapkan JKNMPP yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan akan membawa cadangan penggubalan akta itu ke Parlimen.
"Akta itu kelak dapat membendung pihak-pihak tertentu daripada terus mengamalkan politik wang yang akhirnya akan merosakkan parti-parti politik di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menutup program Munaqasyah Rakyat peringkat kebangsaan di sini, hari ini.
Program itu, yang dianjurkan buat julung kalinya oleh PAS, dihadiri kira-kira 200 peserta terdiri daripada anggota gabungan Gagasan Sejahtera, badan bukan kerajaan, tokoh akademik dan aktivis masyarakat bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan terhadap ucapan dasar presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Muktamar PAS ke-63 di Kedah pada Mei lepas.
Empat panelis iaitu Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki, Timbalan Presiden Ikatan Dr Samarudin Rejab, bekas Presiden Ilmuan Prof Dr Badlisham Mohd Nasir dan pengerusi Kongres Rakyat Mohd Azmi Abdul Hamid mengemudi sesi selama empat jam di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam itu.
Pada Oktober 2016, JKNMPP membentangkan usul kepada Kabinet untuk menuntut ketelusan lebih tinggi daripada parti politik berhubung keperluan pelaporan dan pendedahan derma politik yang ketat, termasuk mencadangkan pengenalan PDEA.
Cadangan PDEA berfungsi sebagai platform untuk mewujudkan sistem berkesan bagi pembiayaan politik meliputi bidang pentadbiran derma politik, pembelanjaan dan pendedahan pembiayaan politik, pembiayaan negeri bagi aktiviti politik dan hubungan antara politik dengan peniagaan.
Akta berkenaan juga akan meningkatkan dan menambah baik undang-undang sedia ada termasuk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009, Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pertubuhan, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Low sebelum ini dilapor sebagai berkata cadangan akta itu diharap dapat dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
SHAH ALAM - Pas menafikan mengeluarkan arahan kepada ahlinya untuk bertukar tempat mengundi ke Parlimen Shah Alam bagi memastikan kemenangan kawasan itu pada PRU14.
Ini berikutan tersebarnya surat yang meminta ahli Pas di kawasan Shah Alam yang berdaftar sebagai pengundi luar kawasan itu menukar tempat mengundi dari kawasan sekarang ke dalam Parlimen Shah Alam.
Antara lain kandungan surat itu menyatakan proses ini penting sebagai usaha melebarkan kemenangan Pas bagi Parlimen Shah Alam dan memastikan sasaran Pas memenangi minima 40 kerusi Parlimen pada PRU14 dapat dicapai.
Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, arahan sedemikian tidak pernah dikeluarkan pihaknya.
“Dari segi parti tidak ada arahan. Kita juga tidak mengisytiharkan lagi kerusi yang Pas tandingi,” katanya mengulas mengenai kesahihan surat tersebut.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena program Munaqasyah Rakyat Peringkat Kebangsaan anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat di Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini.
Bagaimanapun katanya, adalah tanggungjawab ahli Pas untuk memenangkan semua kerusi Parlimen yang ditandingi parti pada PRU ini.
“Di Selangor ini, banyak kerusi yang akan ditandingi Pas, maka tanggungjawab ahli memastikan kemenangan Pas,” katanya.
Sumber TKO - 10-6-2017
Surat Terbuka: Kekalutan hubungan antara negara-negara Arab dan Qatar
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala Puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga serta para sahabat.
Izinkan saya memberikan komen dengan uslub yang agak keras memandangkan realiti yang berlaku lebih keras daripada itu. Selepas saya meneliti dan menyokong keterangan yang dibuat oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia, kami dapati bahawa seluruh dunia Arab perlu kembali semula kepada Islam. Seluruh dunia Islam perlu mengambil pengajaran daripada kesan buruk Perjanjian Sykes-Picot dan perpecahan yang berlaku antara dunia Islam Arab. Sekalipun penjajah telah keluar, kesannya masih dirasai dengan meninggalkan pengikut-pengikut mereka yang mempunyai warna kulit dan lidah yang sama dengan kita.
Yang paling bahaya adalah kesan sekular yang menjauhkan Islam daripada hal ehwal kehidupan serta memisahkan negara dengan agama. Oleh itu berlaku pemisahan antara kiblat untuk solat dan kiblat politik. Maka kiblat untuk solat adalah mengadap ke Baitullah di Mekah dan kita menjaga dan membangunkannya sebagai kiblat kita. Adapun kiblat politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lainnya, maka kiblatnya pula ialah Rumah Putih di Washington atau Rumah Merah di Moscow. Maslahah dunia adalah lebih diutamakan berbanding maslahah agama bagi menjaga maslahah Zionis dan sekaligus mengkesampingkan isu Al-Aqsa dan Palestin.
Kenapa mereka lebih dilihat menentang gerakan Islam sederhana dan gerakan kemerdekaan sebenar di Palestin dan sekaligus mereka dilihat seolah-olah mengiktiraf kedaulatan Israel?
“Sejahtera Bersama Islam”
DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Ramadhan 1438H / 9 Jun 2017
Sumber HD - 9-6-2017
Jaga keharmonian negara, tolak budaya samseng
ADALAH merisaukan apabila melihat beberapa insiden yang 'viral' dilaman media sosial dengan wujudnya satu gejala baru dalam masyarakat seperti pukul sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dan tanpa soal siasat sehingga membawa kes kematian dan budaya membuli, telah mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan menimbulkan ketegangan antara kaum dan bangsa.
Rakyat Malaysia adalah sinonim dengan budaya ketimuran yang lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan. Amat tidak wajar budaya samseng wujud dan membiak dalam negara ini yang tidak memberi faedah dan kebaikan kepada pembangunan negara dan bangsa Malaysia.
Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum dan bangsa di tanah air tercinta. Lapor dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Bertindak sendirian seperti memukul kerana marah tanpa usul periksa dan siasatan boleh mengundang insiden yang mengakibatkan kecederaan parah dan kematian.
"Sejahtera Bersama Islam" ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13 Ramadhan 1438H / 8 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 8/6/2017
KUALA LUMPUR - PAS mengutuk serangan ganas terhadap orang awam London yang mengorbankan tujuh nyawa dan menyebabkan 48 orang cedera.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, serangan berkenaan adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
“Islam adalah agama perdamaian yang menjaga hak orang awam semasa aman atau waktu peperangan. Islam juga melarang membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan merosakkan bangunan serta pokok tanaman. “Tambahan pula, UK mengamalkan sikap toleransi terhadap umat Islam untuk mengamalkan agama, dan umat Islam dapat hidup aman dan bebas untuk bekerja, berpendidikan, berurus niaga dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan.
Serangan ganas di London Bridge dan Borough Market, penyerang melakukan serangan secara rambang yang disifatkan sebagai serangan ‘aksi pengganas’ terburuk.
Tiga penyerang terbabit memakai jaket berisi bom yang kemudiannya disahkan palsu turut ditembak mati.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 12 suspek telah ditahan di sebuah pangsapuri dekat Barking, timur London bagi membantu siasatan pihak polis susulan insiden serangan berdarah tersebut sepanjang Ahad.
Sebelum pada ini, serangan ganas juga telah dilakukan di sebuah konsert di Manchester pada 22 Mei 2017 dengan modus operandi pengebom berani mati meletupkan dirinya yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 maut termasuk kanak-kanak dan 59 lagi cedera. – MYNEWSHUB.CC
Sumber TKO - 6-6-2017
Serangan di London dikutuk
SERANGAN di Kota London baru-baru ini yang telah mengorbankan 7 orang awam serta mencederakan puluhan yang lain adalah dikutuk. Serangan itu merupakan serangan kedua dalam tempoh kurang dari sebulan.
Serangan pertama adalah pada 22 Mei lepas di Manchester yang mengorbankan 22 orang.
Islam adalah agama keamanan yang menentang segala bentuk keganasan dan melarang pembunuhan orang awam.
Maka, serangan di Kota London itu jelas menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.
Malah di dalam peperangan, wanita, kanak-kanak dan paderi tidak boleh dibunuh atau dicederakan. Rumah-rumah ibadat seperti gereja dan kuil juga tidak boleh dirobohkan. Tumbuh-tumbuhan tidak boleh dimusnahkan.
Dengan itu, masyarakat dunia diseru agar tidak terpengaruh untuk mengaitkan Islam dengan serangan-serangan seperti yang telah berlaku di London dan Manchester kerana ia tidak melambangkan Islam yang sebenar.
Islam adalah agama yang cintakan keamanan, keharmonian dan perpaduan.
Di Malaysia, PAS memilih wadah 'Muwajahah Silmiyyah' iaitu pendekatan keamanan melalui pilihan raya. PAS menolak sama sekali sebarang unsur-unsur kekerasan, ekstremis dan perkauman.
YB Dato' Iskandar Abdul Samad Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
11 Ramadan 1438H | 6 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 6/6/2017
Sumber HD - 6-6-2017
PAS kutuk serangan terhadap orang awam di Manchester dan London
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan ganas terhadap orang awam di London pada hari Sabtu lalu, yang menyebabkan 7 terbunuh dan 48 cedera. Sebelum pada ini, serangan ganas juga telah dilakukan di Manchester pada 22 Mei 2017 dengan modus operandi pengebom berani mati meletupkan dirinya yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 maut termasuk kanak-kanak dan 59 lagi cedera.
PAS mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Islam adalah agama perdamaian yang menjaga hak orang awam semasa aman atau waktu peperangan. Islam melarang membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan merosakkan bangunan serta pokok tanaman.
Tambahan pula, UK mengamalkan sikap toleransi terhadap umat Islam untuk mengamalkan agama, dan umat Islam dapat hidup aman dan bebas untuk bekerja, berpendidikan, berurus niaga dan sebagainya.
“Sejahtera Bersama Islam” ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Bertarikh: 11 Ramadhan 1438H / 6 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 6/6/2017
Sumber HD - 6-6-2017
Siapa PM selepas ini?
SAYA mengikuti perbincangan hangat dikalangan semua parti yang sedang berjuang menghadapi PRU14 yang begitu galak menamakan calon Perdana Menteri, kecuali PAS tidak mencalonkan sesiapa.
Dahulunya ada pemimpin jadian dalam PAS juga berwirid dengan nada yang sama. Sekarang sudah meninggalkan PAS. Semua pihak merasa hairan mengapa PAS diam membisu? Adapun ahli dan penyokong PAS yang sangat setia sanggup tidak berpeluh dan berpecah kepala bertanya siapa calonnya sama ada jawatan Penghulu Kampung, ADUN, Parlimen dan jauh sekali siapa calon PM.
Ketika PRU13 dahulu, TYT Duta Amerika minta mahu bertemu saya, setelah dia membatalkan kesediaannya untuk datang ke Pejabat PAS, saya pula dijemput ke rumahnya. Dengan rasa kehairanan saya pergi juga, ditemani kawan terdekat Datuk Mustafa Ali dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Politik saya. TYT Duta bersama dua pegawai, katanya salah seorang daripadanya datang daripada U.S.
Saya jangka dia tanya soalan hudud yang biasanya dijadikan senjata menghina Islam, rupanya perbualan politik secara umum khususnya PRU. Apabila saya bertanya, mengapa U.S. bersama kerajaan diktator di beberapa negara Islam sehingga kalau parti Islam menang dibatalkannya dengan kuasa tentera dan ada juga negara Islam yang tidak ada pilihan raya, padahal U.S. adalah negara besar yang paling lantang mendukung demokrasi. Dia menjawab bahawa polisi U.S. tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.
Akhirnya, dia bertanya saya: “Siapakah PAS calonkan jadi PM Malaysia kalau menang PRU?” Saya menjawab secara sepontan: “Siapakah calon yang dipersetujui oleh U.S.?” Mereka semua ketawa besar, kemudian terdiam.
PAS menyambung perjuangan Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. mengikut Al-Quran dan Sunnah serta diriwayatkan oleh para ‘ulama dalam kitab-kitab yang banyak. Hadis baginda S.A.W bersabda: “Demi Allah! Aku tidak melantik orang yang meminta jawatan atau rakus mahukan jawatan”. Hadisnya juga: “Di antara kemusnahan umatku di akhir zaman apabila jawatan menjadi pemimpin dianggap peluang untuk diri, keluarga dan kroni”.
Namun, Islam tetap mewajibkan adanya pemimpin bernama raja atau mengikut zamannya. Allah memuji di dalam Al-Quran tentang Nabi Daud A.S. menjadi khalifah, Nabi Sulaiman A.S. menjadi raja dan Zulqarnain bukan nabi menjadi raja, semua mereka berlaku adil.
Apabila para pemimpin Makkah yang menentang Islam merasa sangat tercabar dengan pengaruh Islam yang makin berkembang, mereka menghantar rombongan menawarkan jawatan raja atau ketua kepada Rasulullah S.A.W., tiba-tiba ditolaknya.
Kemudian mereka meminta Abu Talib, bapa saudara kesayangan Rasulullah S.A.W. memujuk supaya menerima tawaran dengan mengekalkan sistem jahiliyah dan meninggalkan Islam. Tiba-tiba jawapan Rasululah S.A.W. sangat tegas: “Demi Allah! Sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan menegakkan Islam ini atau aku mati kerananya, nescaya aku tidak akan meninggalkan perjuangan ini”.
Apabila keadaan wajib mencari tempat berhijrah, lalu Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan para pemimpin kabilah Arab yang berhimpun di musim haji untuk berdakwah dan menyampaikan janji Allah dengan kemenangan Islam.
Sebahagian besarnya tidak peduli. Akhirnya baginda berjumpa dengan pemimpin Bani Amir yang besar jumlah penduduknya, dia tertarik dengan janji kemenangan, dan terus bertanyakan Rasulullah S.A.W.: “Siapakah yang menjadi ketua apabila sudah menang?” Sabda Rasulullah S.A.W.: “Itu adalah ketentuan mengikut kehendak Allah!” Pemimpin Bani Amir menjawab: “Tidak guna kami mencari susah bersamamu”.
Seterusnya baginda bertemu pemimpin Bani Syaiban, mengajak mereka bersama Islam dan Allah menjanjikan kemenangan. Mereka bertanya: “Apa dia Islam?” Sabda Rasulullah S.A.W.: “Islam itu percaya kepada Allah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, mengajak kepada keadilan dan kebajikan dan melarang kejahatan dan kemungkaran”. Mereka menjawab: “Kami percaya ajarannya benar, tetapi bahayanya sangat besar, kerana seluruh dunia khususnya negara Parsi yang terdekat akan menentangnya”. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Percayalah bahawa Islam akan menang, tetapi mestilah bersedia menghadapi segala cabaran yang datang daripada segenap penjuru. Namun apabila kamu mendapat berita kemenangannya nanti, sila datang bersama kami”.
Akhirnya, baginda menemui kabilah ‘Aus dan Khazraj yang datang ke Madinah. Mereka masuk Islam dan berbai’ah bersama Islam tanpa peduli apakah bahaya dan tidak bertanya tentang jawatannya apabila mencapai kemenangan.
Rasulullah S.A.W. menunjukkan qudwah supaya tegakkan Islam yang penuh adil dan baiknya kepada seluruh manusia dengan ikhlas. Rasulullah S.A.W. melarang para sahabatnya meminta-minta jawatan dan orang yang meminta jawatan dan terlalu inginkannya adalah orang yang meringankan kewajipan menunaikan amanah untuk menegakkan agama Allah dan Allah tidak menolongnya, tetapi kalau diberi jawatan supaya memegang amanah, nescaya diberi pertolongan Allah.
Rasulullah S.A.W. menerima Najasyi (Raja Habasyah), Raja Musqat, Raja Oman dan Raja Bahrain di zamannya apabila mereka menerima Islam. Rasulullah S.A.W. juga mengekalkan raja dan pemimpin bukan Islam yang tidak bermusuh dan tidak zalim.
Semua para Khulafa’ Rasyidin R.A. tidak mencalonkan dirinya sendiri menjadi Khalifah.
Apabila ‘Umar bin Abdul Aziz diminta menjadi Khalifah, dia hanya sepupu kepada Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik sebelumnya, kerana Sulaiman diberi cadangan oleh para ‘ulama jangan melantik putranya.
‘Umar bin Abdul Aziz terkejut dan menganggap bala bencana bagi dirinya, namun tetap menjadi amanah Allah. Dia terus ke masjid, menaiki mimbar dan menyampaikan ucapan: “Saya telah dicalonkan menjadi pemimpin kamu, jawatan ini adalah juga hak kamu yang tidak boleh dipermainkan. Adakah kamu semua bersetuju saya yang dipilih?” Apabila seluruh jamaah bersatu suara dengan kuat: “Kami bersetuju!” Maka Khalifah ‘Umar bin Abdul Aziz terus menerimanya dan bertugas dengan cemerlang.
PAS jangan terpengaruh dengan budaya politik lain daripada Islam. Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah menegaskan: “Kita wajib terima siapa sahaja yang menerima Islam walaupun dia bukan PAS”.
“Ikutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (Surah Yasin: 21)
Ingatlah kepada slogan Muktamar PAS terakhir.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Dari Jendela IJN.
Bertarikh: 10 Ramadhan 1438H / 5 Jun 2017 - HARAKAHDAILY 5/6/2017
DAP adalah sebuah parti politik macam PAS dan parti-parti politik yang lain. Jika berkawan, ia adalah dalam ruang politik demokrasi. Jika bermusuh, maka ia juga sama. Ia amalan demokrasi sihat yang saling bersaing dengan matlamat memandu negara kepada yang terbaik.
Apabila hubungan PAS-DAP putus, maka ia samalah dengan putusnya hubungan politik di antara parti-parti yang berikat dan bersekutu sebelumnya. Ada persetujuan dan permuafakatan, maka termeterailah gabungan dan terhasillah kekuatan. Apabila wujud kekhilafan dan pengkhianatan, maka terputuslah jalinan dan terhasillah perpecahan dan mungkin kerugian juga.
Semua rakyat Malaysia berhak atas nama warga negara untuk menentukan masa depan negara dan memilih apa yang mereka suka. Sama sahaja, sama ada muslim atau non muslim, semenanjung atau Sabah dan Sarawak. Semua adalah warga negara yang sama dan setaraf.
Siapa pun akan mula dianggap sebagai musuh negara hanya apabila mereka menentang perlembagaan negara. Saat itu, negara boleh bertindak menghukum mereka sehingga mengharamkan sebarang gerakan atau parti politik yang menentang perlembagaan negara. Ia seperti gerakan komunis yang nyata menentang perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan negara adalah akidah negara. Seperti diri mulia dengan akidah dan sanggup mati kerana akidah dan kepercayaan, begitulah negara. Maruah dan kemuliaannya adalah pada menjunjung perlembagaannya.
Untuk mengubah perlembagaan negara, rakyat perlu melalui dua perkara utama. Pertama,
majoriti terbesar di Dewan Rakyat iaitu dua pertiga. Yang kedua, mereka perlu melakukannya dengan cara yang dibenarkan. Jika tidak, segala usaha adalah salah dan tidak berperlembagaan.
Sama ada pihak kerajaan atau pembangkang, kesemuanya mesti menjunjung perlembagaan dan undang-undang negara.
PAS dan DAP berhak mematlamatkan perjuangan masing-masing. Samalah juga parti-parti lain seperti Umno, PKR, MCA dan lain-lain.
Perjuangan DAP sah
DAP dengan dominasi non-muslim sudah pasti mahu memastikan negara kekal sebagai sebuah negara sekular, bahkan menuntut lebih kebebasan dan persamaan dalam agama dan bangsa.
Mereka secara langsung menolak wujudnya sebuah negara Islam yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai dan hukum-hukum Islam.
Selama ianya dalam ruang perlembagaan, maka perjuangan DAP adalah sah dan berperlembagaan.
PAS sebagai sebuah parti politik yang berperinsipkan Islam sudah pasti mahu memartabatkan agama itu sebagai agama persekutuan dengan menjadikannya teras di dalam pembinaan negara.
PAS menolak amalan sekular yang awal dan akhirnya adalah memisahkan negara daripada agama lalu meminggirkan peranan Islam untuk kebangunan negara.
Ketika DAP berjuang dan berkempen dengan segala upaya mereka bersenjatakan akal dan deklarasi hak-hak asasi manusia yang dituhankan, PAS pula berjuang dan berkempen dengan segala upayanya bersenjatakan akal dan wahyu.
Akal adalah bumi dipijak. Wahyu pula adalah langit dijunjung.
Kelebihan DAP ialah janji manis sebuah kemajuan, kebebasan dan kesamarataan.
Kelebihan PAS ialah kewajiban agama yang mesti dilaksanakan iaitu tugas khilafah di muka bumi Allah yang menuntut kemajuan, keadilan dan kebebasan daripada selain Allah bagi seluruh rakyat.
Ia adalah pertentangan yang nyata di antara PAS dan DAP. Tiada masalah. Ia masih dalam ruang lingkup perlembagaan negara. Masing-masing berjuang di atas lunas demokrasi yang dibenarkan.
PAS dan DAP pernah diadukan oleh musuh politiknya untuk diharamkan. Tetapi perlembagaan negara menolak kerana tiada sebab, bahkan nyata masih bergerak dan beroperasi di atas lunas-lunas demokrasi negara.
Justeru apa isunya PAS dan DAP? Mengapa berpakat dan mengapa bermusuh?
Ya, berpakat kerana bersama berjuang membuang halangan yang tidak demokratik.
Kezaliman pemerintah Umno BN dalam banyak perkara adalah kesalahan dan perlecehan terhadap rakyat dan negara.
Ia menutup hak rakyat dan menghalang parti pembangkang daripada mara untuk diterima oleh rakyat.
Ya, berpecah dan bermusuh adalah kerana pengkhianatan terhadap perjanjian persefahaman bersama. Toleransi awal tidak mampu lagi dikekalkan.
Bukan pendakwah kalau 'mandul'
Siapa betul dan siapa bersalah? Biarkan rakyat mendengar dan memutuskan. Masing-masing berhak berhujah. Rakyat yang budiman dan enggan ditipu dengan fitnah sudah pasti akan memilih yang terbaik untuk mereka dan negara mereka.
DAP memusuhi Islam? Bukan hanya DAP. Siapa pun yang menghalang umat Islam untuk bebas beramal dengan agama mereka sepenuhnya di negara mereka, maka mereka adalah musuh Islam. Siapa pun..
DAP diperangi? Musuh mulut diperangi dengan mulut. Musuh media diperangi dengan media. Musuh senjata diperangi dengan senjata. Tiada melampau dalam beragama.
Kewarganegaraan adalah perjanjian keamanan di antara sesama rakyat untuk hidup bersatu menjunjung perlembagaan dan undang-undang negara. Dalam politik dalaman negara, permusuhan bukan bererti peperangan. Ia adalah pertentangan bagi memilih yang terbaik untuk negara.
Di mana dakwah?
PAS adalah pendakwah dan pejuang untuk agamanya. Rasulullah SAW adalah pendakwah memujuk dan menerangkan kepada Abu Jahal dan Abu Lahab di perbandaran Mekah.
Di medan perang Badar, baginda adalah pejuang yang menghunus pedang ke atas Abu Jahal dan Abu Lahab.
Dalam musuh menerima dan memberi keamanan, kita adalah pendakwah. Dalam musuh menghalang dan memfitnah, kita adalah pejuang yang mempertahankan agama. Usah menggelar diri sebagai pendakwah kalau kecut dan mandul untuk menjadi pejuang.
Dr Zakir Naik adalah bintang kejora di dunia hari ini. Dia menjadi lampu buat semua manusia - muslim dan non-muslim - yang mencari-cari kebenaran hakiki. Dia pendakwah. Tetapi dia memerlukan para pejuang yang mesti mempertahankankan haknya untuk terus berdakwah dengan penuh aman.
Siapakah yang mampu mempertahankannya daripada ancaman dan konspirasi besar musuh Allah kalau bukan sebuah negara Islam atau sebuah kekuatan yang besar daripada pejuang Islam?
Akhir, biarkan PAS dan DAP bersama parti-parti lain berjuang dengan matlamat masing-masing di atas lunas-lunas perlembagaan tanpa halangan yang menyalahi demokrasi yang adil.
Ingat, jangan langgar perlembagaan negara. Peringatan ini adalah buat Umno dan DAP. PAS dengan matlamat Islam yang agung, insya-Allah akan kekal di landasan perjuangan yang sah di sisi undang-undang ke arah negara sejahtera menuju keredaan Allah.
NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ anggota parlimen Pasir Mas dan ahli jawatankuasa pusat PAS.
KOTA BHARU, 9 Ramadan 1438H, Ahad – Negara memerlukan ‘pemandu’ baharu bagi memastikan ia dibawa ke arah jalan yang lurus.
Bercakap perkara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ‘pemandu’ sedia ada ketika ini sengaja mengekalkan rakyat dalam keadaan sakit.
Malah, katanya, pemandu itu juga pada masa yang sama berlakon menjadi doktor tunggal yang dapat memberikan panadol menyebabkan rakyat terpaksa bergantung padanya.
“Itulah kaitan sebenar antara GST dan BR1M. Kita mengakui bahawa kepimpinan negara yang diterajui oleh UMNO-BN adalah punca kepada masalah negara.
“Namun, perkara yang lebih penting pada waktu ini ialah membantu rakyat bagi memahami situasi yang berlaku dalam negara kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat memerlukan ‘pemandu’ baharu yang bukan sahaja tahu jalan yang ingin dilalui, tetapi juga turut memahami jalan mana yang selamat bagi rakyatnya di dunia dan akhirat.
Selain itu, pemandu yang baharu itu mesti juga bertindak mengikut panduan al-Quran dan hadis.
“Pemandu ini tidak hanya sibuk membina dunia, tapi juga sibuk membina akhirat bagi negara dan rakyatnya.
“PAS telah mengutarakan kerajaan teknokrat sebagai penyelesaian. Kerajaan teknokrat adalah satu langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan negara menerajui hala tuju baharu dan pentadbiran negara manakala parti dan ahli politik menjadi wadah perubahan tersebut,” katanya.
PAS akan mengadakan Munaqasyah Rakyat peringkat kebangsaan pada minggu depan hari Sabtu, 10 Jun 2017.
Majlis yang dijadualkan berlangsung dari jam 9.00 pagi – 1.00 tengah hari itu akan diadakan di Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam Selangor.
Program ini akan dihadiri Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan.
Sehubungan dengan itu orang ramai dijemput hadir. – HARAKAHDAILY 2/6/2017
Sumber HD - 2-6-2017
The Star sepatutnya lebih sensitif
TAJUKNYA Ketua Pengganas di Malaysia dengan gambar orang Islam sedang menunaikan solat Tarawih memberi gambaran dan niat yang tersembunyi akhbar The Star.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata sepatutnya akhbar terbabit lebih sensitif terhadap perkara sedemikian.
“Lagi pun ia bukan kali pertama, malah sudah berkali-kali akhbar itu menyentuh sensitiviti umat Islam.
“Ia tidak sepatutnya berlaku kepada sebuah akhbar yang tekenal dan mendapat liputan meluas di Malaysia,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.
Baru-baru ini akhbar berbahasa Inggeris, The Star menyiarkan tajuk muka hadapan 'Malaysia Terrorist Leader' dan di bawahnya ada gambar umat Islam sedang menunaikan solat Tarawih.
Ekoran itu Kementerian Dalam Negeri memanggil pengarang akhbar terbabit.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata amat tidak patut akhbar itu berbuat demikian. – HARAKAHDAILY 31/5/2017
Sumber HD - 31-5-2017
Makluman dari meja koordinator SMARTPAS
AS-SALAM semua, Sejak beberapa hari ini, ada beberapa individu yang telah highlightkan isu security/keselamatan kepada pengguna SMARTPAS. Di sini saya mengambil kesempatan memberi sedikit pencerahan. Dalam sistem SMARTPAS ini ada beberapa istilah security/keselamatan.
1) Security Maklumat Data Pelanggan
2) Security Data Aplikasi
3) Security Database PAS Pusat.
1. Security Maklumat Data Pelanggan
Berkenaan maklumat data pelanggan, semua TELCO tertakluk kepada Personal Data Protection Act (PDPA) yang mana maklumat peribadi pelanggan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran dari pelanggan. Jika berlaku kebocoran dan perlanggaran perjanjian kita sebagai pengguna boleh bawa ke pihak pengadilan (Mahkamah)
2. Security Data Aplikasi
Kami mempunyai aplikasi team provider yang sangat concern/prihatin mengenai security. Sejak pembinaan apps SmartPAS, memang kami dimaklumi ada beberapa kali "security attacks" atau hackers terhadap aplikasi SMARTPAS. Tujuan hacker’s ini utk merosakkan dan sabotage apps/website SMARTPAS dan bukan ingin mengambil maklumat/data. Alhamdulillah team Kami telah dapat mengesan dan seterusnya mempertingkatkan security supaya lebih ketat dan sepanjang pengalaman mereka dalam membina aplikasi, tak pernah lagi mereka tingkatkan security aplikasi setinggi/seketat yang dibuat kepada aplikasi SMARTPAS ini. Setakat ini, alhamdulillah kami dapat atas segala security threats.
3. Security database PAS Pusat
Apliksi ini dibina dengan kalobrasi antara Jabatan IT PAS Pusat dan SMARTPAS. Perbincangan awal telah dimulakan sebelum wujudnya aplikasi ini lagi. Setiap kali pengguna mendaftar untuk menggunakan apps, sistem akan check database PAS Pusat untuk mengesahkan keahlian PAS. Setakat ni, perhubungan antara database SMARTPAS dan PAS Pusat adalah secure/selamat. Jika apa-apa berlaku pada database SMARTPAS tidak akan ada apa-apa kesan kepada database PAS Pusat dan begitu juga sebaliknya. Jika JITP merasakan kita perlu tingkatkan security, mereka boleh hubungi terus kami dari masa kesemasa.
Walau bagaimanapun pihak kami tetap peka dan prihatin terhadap security dalam semua aspek. Pihak kami terbuka kepada mana-mana pihak atau entity yang mempunyai kepakaran untuk duduk berbincang demi memartabatkan SMARTPAS di kalangan ahli PAS dan rakyat Malaysia umumnya. Kami juga telah berjumpa dengan pihak yang highlight kan isu ini dan beberapa langkah sedang dan akan diambil demi kelangsungan projek Jemaah yang kita sayangi ini terus berjaya. Untuk akhirnya saya mohon agar semua pihak termasuk ejen-ejen dan semua pengguna SMARTPAS sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melindungi projek ini dari sebarang kejahatan. Aamiin
Haji Khuzaini
Koordinator SMARTPAS
01138890808
Sumber HD - 30-5-2017
Perutusan Presiden PAS sempena Ramadhan Al-Mubarak 1438H
ALHAMDULULLAH, marilah kita perbanyakkan bersyukur kepada Allah yang telah memberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Allah di bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan dan keampunan
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” [Al-Baqarah: 183]
Alhamdulillah, marilah kita perbanyakkan bersyukur kepada Allah yang telah memberi peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Allah di bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan dan keampunan. Ada manusia tidak sempat dan tidak menyangka Ramadhan tahun lalu adalah Ramadhan terakhir untuk mereka. Ada manusia diberi peluang tetapi mensia-siakan pula ganjaran Allah.
Allah S.W.T melatih umat Nabi Muhammad S.A.W di bulan Ramadhan supaya mendidik diri mereka dengan sifat-sifat takwa. Pensyariatan puasa ke atas umat Islam untuk memperbaiki diri mereka agar taat kepada perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Walaupun manusia berpeluang untuk menjamah makanan halal dihadapan mereka, tetapi ditahan nafsunya kerana takutkan Allah. Di sinilah manusia dilatih untuk mengawal godaan hawa nafsu dalam perkara halal mahupun perkara haram dan syubuhat.
Amalan yang dikerjakan di bulan Ramadan juga untuk melahirkan rasa syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T dengan mendidik ruh, akal dan jasad mereka. Selain digalakkan untuk solat terawih, bacaan al-Quran dan ibadah-ibadah yang lain, kita juga digalakkan untuk bersedekah dengan mengorbankan harta benda dan mensucikannya melalui kefardhuan zakat fitrah. Sepatutnya dibulan inilah umat Islam dididik untuk lebih terkehadapan dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan.
Bulan Ramadhan juga bulan Al-Quran. Di dalamnya, banyak menerangkan tentang konsep ketuhanan, ibadah, politik, pendidikan, ekonomi, sosial masyarakat, undang-undang, hal ehwal antarabangsa dan sebagainya.
Kita kena sedar yang kita adalah makhluk dan hamba kepada Tuhan. Islam itu merupakan agama asal kepada kejadian ciptaan manusia dan makhluk di langit dan di bumi. Hanya manusia yang jahil dan bebal sahaja beranggapan teori kewujudan manusia bermula di zaman batu sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh ahli-ahli sejarah barat yang jahil dan bebal.
Al-Quran yang diturunkan sudah lengkap bagi keperluan hidup manusia. Sudah cukup kepada umat di akhir zaman ini untuk berpegang teguh dengan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW. Jadikanlah Ramadhan bulan untuk kembali kepada suluhan Al-Quran. Selain itu, rebutlah ketika peluang masih ada dengan perbanyakkan bacaan al-Quran, solat sunat, beriktikaf, berdoa, bersedekah dan merapatkan silaturahim sesama umat Islam.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam walau di mana jua anda berada. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan paling terbaik di dalam sejarah hidup kita untuk meraih keampunan dan mencapai darjat taqwa.
“Sejahtera Bersama Islam” ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Bertarikh: 1 Ramadhan 1438H / 27 Mei 2017M
Sumber HD - 27-5-2017
Persembahan ucapan menjunjung kasih D.Y.M.M. Sultan Selangor
PATIK dan seluruh ahli PAS merafak sembah ucapan menjunjung setinggi-tinggi kasih dan ta'zim atas limpah perkenan D.Y.M.M Tuanku Sultan Selangor untuk mengekalkan ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sehingga tarikh Pilihanraya Umum yang akan datang.
Sesungguhnya limpah perkenan DYMM Tuanku amat disanjung tinggi untuk memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor demi menjaga kebajikan dan kemakmuran rakyat.
Patik sepenuhnya meyakini bahawa ketiga-tiga ahli MMKN Selangor dan 10 orang ADUN daripada PAS tidak pernah luntur semangat untuk menjunjung kepercayaan DYMM Tuanku dan meneruskan amanah bagi menjaga kestabilan Kerajaan Negeri Selangor dan berkhidmat untuk rakyat dengan adil dan saksama.
"Sejahtera Bersama Islam" ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
28 Syaaban 1438H / 25 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 25/5/2017
Sumber HD - 25-5-2017
PAS tunggu tarikh MB Selangor
PAS masih menunggu tarikh daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengadakan pertemuan bagi membincang pelbagai isu yang melibatkan kerajaan negeri itu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh pertemuan itu masih belum ditetapkan lagi.
"Kita serah kepada menteri besar untuk tentukan tarikh pertemuan itu. Setakat ini tarikh belum ditentukan lagi," ujarnya ketika ditemui selepas melepaskan peserta 10,000 langkah pada Harap-PGU 3.6 di Batu 24, Kuala Berang, pagi ini.
Katanya, sehingga kini tiga Exco Kerajaan Selangor daripada PAS meneruskan tanggungjawab masing-masing yang mendapat rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 lalu.
"Kita hari ini kekal dalam kerajaan negeri kerana kita mendapat mandat rakyat dalam kerajaan campuran di Selangor, PAS bukan menumpang. Pada PRU13 lalu PAS mendapat 15 kerusi," ujarnya lagi.
Tambahan pula, katanya tinjauan mendapati rakyat Selangor berpuas hati dengan peranan yang dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh Exco kerajaan negeri daripada PAS.
Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang cuba bertindak mengganggu keharmonian kerajaan negeri yang ada sekarang.
"Suasana di Selangor adalah stabil dan jangan ada pihak yang mahu mengganggu perjalana kerajaan yang ada sekarang," ujarnya lagi.
Mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada 18 Mei lalu memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor bagi membincang pelbagai isu yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor dalam masa terdekat.
PAS akan diwakili oleh Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung. - HARAKAHDAILY 20/5/2017
Mesyuarat PAS Pusat hari ini dipengerusikan oleh Pemangku Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim. Beliau mengumumkan 3 perkara:
1) Exco PAS kekal dalam Kerajaan Negeri Selangor selagimana diperkenan oleh Sultan Selangor. Ini adalah selaras dengan Fasal 53 (7) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor
2) PAS akan bertemu SPR atas isu pemberhentian edaran daftar pemilih kepada parti politik dan berlakunya perpindahan pengundi secara besar-besaran.
3) Gagasan Sejahtera akan mengadakan majlis rasmi bagi mengumumkan kemasukan parti baru dalam gabungan ini.
Sumber TKO - 18-5-2017
Pindah pengundi bagi jatuhkan PAS Kelantan
PAS mendakwa berlaku pemindahan pengundi secara besar-besaran di Kelantan oleh Umno BN sebagai tindakan mahu menjatuhkan Kerajaan PAS yang lebih 25 tahun mentadbir negeri itu.
Menurut AJK PAS Pusat Datuk Dr Fadzli Hassan mereka berjaya mengesan proses pemindahan pengundi yang dibuat ke atas beberapa DUN yang terpilih bagi menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan.
"Kita yakin tindakan ini dilakukan oleh Umno Kelantan. Bagi kita ini adalah tindakan tidak bermoral dan tidak demokratik," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS selepas Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat, hari ini.
Sebelum ini, beliau juga pernah menyatakan bantahan terhadap daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran berjaya mengesan lebih 200 pengundi yang dipindahkan.
Malangnya, kata beliau daftar pemilih yang terbaru suku pertama tahun 2017 didapati gerakan pemindahan yang luar biasa telah berlaku.
"Misalnya, di DUN Bukit Panau lebih 100 pengundi di dalam parlimen telah dipindahkan ke DUN tersebut. Manakala di DUN saya sendiri, Tamangan pula seramai 700 pengundi dalam 3 DUN dipindahkan ke Dun Temangan.
"Kita kenal pasti pengundi-pengundi yang didaftarkan dan dipindahkan adalah penyokong tegar Umno BN," tegas beliau.
Beliau turut menasihati Umno BN Kelantan agar menghadapi PAS di negeri itu secara bermaruah dan 'gentlemen' kerana PAS telah mempertahankan negeri itu melalui cara demokrasi tulen sehingga berjaya mentadbir kerajaan lebih 25 tahun.
Justeru katanya, SPR perlu berlaku adil di dalam menguruskan proses pilihan raya negara ini bukannya menjadi alat kepada mana-mana parti yang mendominasi.
Turut bersama di dalam sidang media itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan dan AJK PAS Pusat Abdullah Hussin. – HARAKAHDAILY 18/5/2017
Sumber HD - 18-5-2017
Daftar pemilih, PAS akan jumpa SPR
PAS akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas isu pemberhentian edaran daftar pemilih kepada parti politik dan berlakunya perpindahan pengundi secara besar-besaran.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu telah membuat keputusan bagi membantah tindakan SPR itu malangnya PAS mendapati berlaku pemindahan pengundi secara besar-besaran melampaui peraturan dan undang-undang.
"Kita akan ambil tindakan susulan bagi memastikan peraturan dijalankan dengan sempurna. Satu pertemuan akan dibuat dengan parti.
"Dalam masa yang sama kita minta seluruh 195 kawasan, PAS yang ada pada hari ini dan DUN-DUN dapat memberi perhatian terhadap daftar pemilih yang diterima sekarang," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.
Bercakap kepada media selepas Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat hari ini, beliau mahu rakyat melihat sejauhmana perancangan BN pada hari ini dan menjangkakan isu ini akan menjadi lebih besar khususnya dalam perkara daftar pemilih.
Turut bersama di dalam sidang media itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan dan AJK PAS Pusat Abdullah Hussin dan Datuk Dr Fadzli Hassan. – HARAKAHDAILY 18/5/2017
Sumber HD - 18-5-2017
PAS akan temui MB Selangor
MESYUARAT PAS Pusat yang diadakan pada hari ini memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor bagi membincang pelbagai isu yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor dalam masa terdekat.
PAS akan diwakili oleh Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agung.
Tarikh dan waktu akan diputuskan nanti.
Sekian.
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
18hb Mei 2017 - HARAKAHDAILY 18/5/2017
Sumber HD - 18-5-2017
Nafi dakwaan Dr Rais berkenaan rundingan PAS, Bersatu
PAS menafikan dakwaan yang dibuat oleh Dr Rais bahawa perundingan antara PAS dan Bersatu gagal disebabkan lima individu yang disenaraikan beliau, sebaliknya punca utama ialah sikap dan kenyataan pimpinan utama BERSATU berhubung Agenda memperkasakan dasar Islam dalam pentadbiran dan perundangan termasuk RUU355, dan serangan terhadap PAS itu sendiri oleh tokoh mereka.
Perundingan antara PAS dan Bersatu adalah mandat Jawatankuasa PAS Pusat yang telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perundingan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden manakala Dr Ahmad Samsuri, YB Dato' Dr Khairuddin, YB Ustaz Nasaruddin Hassan adalah anggota JK Perundingan tersebut.
Adalah tidak benar meletakkan kegagalan perundingan kepada anggota JK Perundingan.
PAS menggantung perundingan disebabkan beberapa kenyataan Tun Mahathir khasnya yang bertentangan dengan dasar dan perjuangan PAS.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
16 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 16/5/2017
PETALING JAYA: PAS mengesahkan ia tidak akan menghantar wakil ke kongres PKR minggu ini, selepas Majlis Syura Ulama minggu lepas menetapkan “tahaluf siyasi” antara kedua parti terbatal.
Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini berkata mereka belum menerima sebarang undangan daripada PKR untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan yang akan berlangsung 19-22 Mei ini di Petaling Jaya dan Shah Alam.
“Kita belum terima lagi (jemputan),” katanya lapor Sinar Harian. “Tetapi rasanya tidak mungkin kita akan hadir.”
Awal hari ini Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution jemputan sudah dihantar kepada PAS tetapi pengesahan belum diterima.
Katanya, keputusan mengundang PAS ke kongres dibuat sebelum mereka memutuskan kerjasama dengan PKR.
Pada 11 Mei lepas, Majlis Syura Ulama meluluskan usul sebulat suara muktamar PAS memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR. Mesyuarat agung tahunan PAS di Kota Sarang Semut, Kedah itu dihadiri Naib Presiden PKR Shaharuddin Badaruddin mewakili partinya.
Shaharuddin disambut baik dan diletakkan di atas pentas bersama pimpinan PAS pada pembukaan muktamar.
Sementara itu, Saifuddin berkata DAP dan Amanah mengesahkan kehadiran mereka di kongres itu nanti.
Acara akan bermula di Petaling Jaya pada 19 Mei, diikuti sidang sayap pemuda di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) manakala sayap wanita bersidang di Dewan Sivik Petaling Jaya keesokan hari.
Dilaporkan seramai 2,167 perwakilan dan 2,000 pemerhati akan hadir menyertai sidang yang bertemakan pilihan raya umum ke-14.
Sumber TKO - 16-5-2017
Central Committee To Decide On PAS Selangor Exco Members
The PAS Ulama Council will leave it to the PAS central committee to decide on the position of the three PAS state executive council members in Selangor, said its spiritual leader, Hashim Jasin.
He said PAS central committee was scheduled to meet next Thursday and any decision on the matter would be announced in the meeting.
He said PAS had expected that PKR was going to ask its exco members to resign after the tahalul siyasi or political cooperation between the two parties was terminated.
“PAS central leaders are the people who work full time so we leave it to them to decide on the fate of the three exco members in Selangor,” he told reporters after launching the Kepala Batas election machinery here today.
Yesterday, Selangor Mentri Besar Datuk Seri Azmin Ali was reported to have ordered the three state executive councilors from PAS to relinquish their positions after political cooperation between PKR and PAS ended.
However, Hashim said there was a possibility that a higher authority was against the resignation of the three PAS exco.
“Actually the Selangor Mentri Besar has the right to reshuffle the Selangor exco lineup but he chose not to, which is puzzling. So the Ulama Council is leaving it to the central committee to make the decision,” he added.
PAS Ulama Council recently unanimously decided to terminate the political cooperation with PKR with immediate effect, citing several terms of agreement which PKR had violated.
Meanwhile, Hashim also did not rule out the possibility of PAS establishing political cooperation with Umno in future.
He said PAS was always open to negotiations on condition the cooperation was guided by Islamic principles.
“We are prepared to establish political cooperation not only with Umno but also with non-governmental organisations (NGOs), including Parti Cinta Malaysia (PCM) which had shown an interest,” he said. — Bernama
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan dirinya akan memangku tugas-tugas presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga beliau selesai menjalani rawatan insentif berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
“Saya pangku tugas presiden buat sementara sampai sihat. Pentadbiran dan pengurusan parti berjalan macam biasa,” katanya kepada Malaysiakini.
Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam satu kenyataan hari ini berkata pemimpin berusia 69 tahun itu dijadualkan akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di ibu negara, bermula esok.
Katanya, kepimpinan PAS mengajak ahli dan penyokong parti itu supaya berdoa dan menunaikan solat hajat agar Abdul Hadi selamat menjalani rawatan berkenaan.
Tuan Ibrahim dalam pertemuannya dengan Abdul Hadi pagi tadi, berkata, ahli parlimen Marang itu kelihatan ceria dan sempat bergurau dengannya.
“Saya jumpa dia pagi tadi keadaan dia sangat baik, sihat dan ceria dan sempat bergurau,” katanya.
PAS bagaimanapun enggan menamakan hospital mana rawatan akan dijalankan.
Tuan Ibrahim turut berkata parti itu akan mengeluarkan maklumat dari semasa ke semasa.
“Status kesihatan dia akan dimaklumkan setiap hari dan parti akan buat kenyataan rasmi pada 18 hari bulan ini,” katanya.
Abdul Hadi dilaporkan semakin uzur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Oktober tahun lalu, akibat jadualnya yang ketat, beliau terpaksa dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi rawatan susulan biasa dan dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.
Bagaimanapun, sebulan kemudian, iaitu pada November lalu, beliau dimasukkan pula ke sebuah hospital di Terengganu selepas mengadu keletihan.
Pada Mei 2015, Abdul Hadi dirawat di sebuah hospital di Istanbul selepas mengadu sesak nafas semasa lawatan beliau ke Turki.
Beliau juga dilaporkan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital pada bulan April 2008 kerana diserang strok yang ringan.
Minggu lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali memberitahu media beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS itu berhubung tindakan parti Islam untuk memutuskan hubungannya dengan PKR kerana Abdul Hadi dijadual menjalani pembedahan.
Sumber TKO - 15-5-2017
Politik Selangor: Jangan membuli rakyat
ISLAM menegaskan politik sebahagian daripada syariat yang tidak boleh dipisahkan daripada agama. Bai’ah adalah rukun yang mengikat di antara pemimpin dan rakyat dengan hukum Allah supaya tidak dikhianati berasaskan petunjuk Islam yang membahagikan kepada dua bahagian iaitu; Thawabit dan Mutaghayyirat.
Pertama- Thawabit adalah perkara dasar dan matlamat yang tidak boleh dipinda sepanjang hayat dan ditetapkan oleh nas al-Quran, Hadis, Ijma’ para ulama’ dan Qias yang nyata. Perkara ini telah ditetapkan menjadi hukum tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh PAS (Perlembagaan) yang diserahkan dibawah bidang kuasa Majlis Syura Ulama’.
Setiap tugas penting yang mencabar dilakukan bai’ah yang bermaksud janji kesetiaan terhadap perjuangan yang diasaskan di atas perkara tersebut supaya tidak diperlakukan dengan mudah dan sewenang-wenangnya.
Firman Allah menegaskan perkara baiah:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيهِمۡۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمٗا ١٠ الفتح. “Sesungguhnya orang-orang yang memberi bai’ah (pengakuan kesetiaan kepadamu (wahai Muhammad) untuk berjuang, mereka hanyasanya memberikan bai’ah (pengakuan kesetiaan kepada Allah); Allah mengawasi keadaan mereka memberikan kesetiaan itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakannya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.” [Surah al-Fath: 10]
Rasulullah SAW melakukan bai’ah apabila melantik jawatan yang penting atau menghadapi sesuatu cabaran besar. Amalan ini dilakukan di sepanjang zaman oleh kumpulan Islam yang memerintah negara atau tidak memerintah. Maka setiap khalifah yang dilantik selepas kewafatan Rasulullah SAW mengadakan bai’ah dihadapan rakyat dan pemimpin utama yang menjadi komponen kepada jamaah.
Betapa pentingnya bai’ah ini sehingga Khalifah Uthman bin Affan R.A. yang dipaksa oleh pemberontak dengan menghunus senjata memaksanya supaya meletakkan jawatan, dengan tegas Khalifah Uthman menjawab: “Jawatan ini adalah pakaian yang dipakaikan oleh Allah kepada saya, maka saya tidak akan mencabut pakaian ini”. Maka berakhir dengan Khalifah Uthman R.A. bersedia gugur syahid bersama al-Quran yang dirangkulnya.
PAS mengadakan bai’ah yang diwajibkan kepada setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya. Setelah mereka menang terus diikat dengan bai’ah. Inilah jawatan exco yang dipegang oleh ADUN Negeri Selangor yang tidak boleh diberhentikan dengan sewenang-wenangnya, bukan dengan mencabut secara mudah.
Bagi PAS terdapat tiga komponen utama dalam menubuhkan kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan negeri iaitu; Islam adalah agama negara, Institusi Raja Berperlembagaan wajib dihormati dan rakyat yang mengundi juga wajib diambil kira, bukan sahaja parti yang bertanding dan calon yang menang dipilih rakyat sama ada di atas nama dirinya atau parti.
Jangan hanya bermain politik sesama dalaman parti tanpa memandang kepada segala komponen sistem pemerintahan yang menjadi rukunnya. Peristiwa YB Tan Seri Khalid Ibrahim dipecat dan Langkah Kajang yang salah tidak boleh melompat parit kerana mahukan cita-cita politik ‘mee segera’ yang membebankan rakyat dan DYMM Sultan sepatutnya menjadi pengajaran.
Kedua - Mutaghayyirat adalah perkara yang boleh diubah mengikut situasi, realiti dan strategi yang mengalami perubahan mengikut setiap perkembangan semasa dan masyarakat yang berbeza, dalam aspek pelaksanaan yang berkonsepkan kebijaksanaan bagi menyampaikan risalah Islam kepada manusia tanpa paksaan.
PAS mengadakan Tahaluf Siyasi atau persefahaman politik dengan pihak lain dalam perkara yang tidak melanggar sempadan dasar dan matlamatnya.
Tahaluf Siyasi terbatal apabila ada pihak yang sengaja membatalkannya kerana tidak boleh menerima walaupun secara persefahaman disebabkan oleh sikap bermusuh terhadap PAS yang berpegang teguh dengan Islam. Inilah pendekatan DAP sendiri kerana menolak konsep Negara Islam, menolak syarat mewajibkan kepimpinan negara seorang yang beragama Islam, menentang segala usaha PAS untuk melaksanakan syariat Islam walaupun kepada penganut Islam sahaja dan membelakangkan Institusi Raja kerana mengikut selera politik mereka.
Keputusan Majlis Syura Ulamak juga telah memutuskan Tahaluf Siyasi bersama PKR terbatal, apabila syarat-syarat Tahaluf dicabuli sama ada salah laku terhadap hukum syariat dalam pendekatan politik atau melanggar adab bertahaluf kerana mengikut kawan politik yang salah disebabkan konsep oportunis mereka.
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” [Surah at-Taubah: 24]
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 18 Syaaban 1438H / 15 Mei 2017H – HARAKAHDAILY 15/5/2017
Sumber HD - 15-5-2017
PAS tegaskan lawan BN PRU 14
PAS menegaskan parti itu tetap akan melawan BN di dalam PRU14 nanti dan mengulangi
mereka tidak sekali-kali bersama BN sebagaimana ditegaskan sebelum ini.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan kedudukan
kerusi hampir 90 peratus kerusi yang ditandingi PAS di dalam pilihan raya, melawan BN
dalam pilihan raya akan datang.
"Kita tetap lawan BN, kenyataan telah dibuat sebelum ini bahkan Majlis Syura Ulamak
pun menegaskan kita tidak akan bersama BN," katanya dalam sidang media di Pejabat
Agung PAS di sini hari ini.
Tuan Ibrahim berkata demikian berikutan kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa PAS kini telah
menjadi sebahagian parti komponen BN tetapi belum berdaftar secara rasmi.
Ia ekoran dakwaan yang mengatakan PAS kini dilihat 'mesra' dengan Umno. –
SHAH ALAM: PAS akan memastikan bahawa segala keputusan yang bakal diambil berkaitan kedudukan Exconya di Selangor diputuskan secara bertertib oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki menjelaskan, keputusan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR tidak melalui proses yang mudah, sebaliknya ia dinilai daripada segi dasar dan hukum oleh Majlis Syura Ulama.
"PAS buat keputusan untuk putus hubungan tahaluf ini secara tertib dan cermat. Ia bermula dengan desakan ahli akar umbi, kemudian dibawa kemuktamar, kemudian dinilai dari segi dasar dan hukum putus tahaluf ini oleh Majlis Syura Ulama.
"Sekarang untuk melaksanakan keputusan putus tahaluf itu akan dibincang secara masak oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Ia termasuklah tentang kedudukan exco di Selangor.
"Sebagai parti yang berdisiplin, semua keputusan yang dibuat oleh PAS adalah bertertib dan cermat," katanya kepada Antarapos melalui aplikasi Whats App.
Semalam Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan bahawa kedudukan tiga Exco PAS di Selangor kekal sehingga Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).
Namun hari ini, memetik sumber The Star Online, Azmin berkata sebaliknya apabila meminta Exco berkenaan melepaskan jawatan mereka.
Permintaan mengejut Azmin itu dibuat semasa mesyuarat selama satu jam dengan Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib pagi semalam.
Tetapi PAS melalui Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertegas, Exconya hanya akan berundur jika mendapat perkenan Sultan Selangor.
PETALING JAYA: PAS mungkin terpaksa akur jika benar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta tiga exconya melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun belum mendapat maklumat lengkap, beliau maklum bahawa pelantikan exco terletak di bawah bidang kuasa Sultan.
"Bagi PAS, kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafudin Idris Shah).
"Jadi pihak PAS kita akurlah kalau (benar) ia sudah dapat perkenan Tuanku Sultan," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.
Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas laporan The Star pada Sabtu bahawa Azmin telah membuat permintaan mengejutkan itu semasa mesyuarat dengan tiga exco PAS negeri yang berlangsung selama satu jam.
Tiga exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata beliau bagaimanapun tetap akan mendapatkan pengesahan daripada tiga exco berkenaan dan Azmin sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.
"Saya kena dapat pengesahan yang betul dulu, secepat mungkin.
"Saya pun sebenarnya belum dapat pengesahan daripada exco kita di Selangor, saya akan dapatkan pengesahan mereka dan pengesahan daripada Datuk Seri Azmin tentang isu ini," katanya yang berada di Perak ketika dihubungi.
Azmin dilaporkan memanggil mesyuarat itu berikutan keputusan Majlis Syura PAS pada Khamis menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.
Dilaporkan, Azmin telah memberi jaminan bahawa PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihan raya umum 2013.
Wakil PAS juga dilaporkan akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan” [Surah al-An’am: 108]
Inilah petunjuk Al-Quran kepada penganut Islam yang beriman kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya apabila bersama penganut agama lain yang juga percaya kepada Tuhan dengan bahasa masing-masing tetapi melantik tuhan-tuhan yang lain daripada Allah mengikut kepercayaan mereka. Walaupun mengikut kepercayaan penganut Islam adalah sesat dan dosa paling besar, namun Islam mewajibkan konsep tiada paksaan dalam beragama dan wajib memberi hak beragama yang wajib dilindungi.
Ayat Al-Quran tersebut menunjukkan bahawa Islam menetapkan sempadan menjaga sensitiviti dalam hubungan dengan penganut agama lain, sehingga dilarang memaki tuhan-tuhan yang dipuja oleh penganut agama lain dihadapan mereka sehingga menyebabkan mereka boleh mencela Allah Tuhan Yang Maha Esa yang juga menjadi kepercayaan semua manusia mengikut nalurinya. Allah berfirman:
“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).” [Surah Luqman: 25]
Peristiwa membunyikan hon keretanya ketika sembahyang jumaat di Johor menunjukkan bahawa perlunya masyarakat berbagai agama menjaga sensitiviti ini. Bukan sahaja penganut Islam, termasuk juga penganut agama lain terhadap yang tidak seagama dengannya.
Perkara yang berlaku secara sepontan menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu kerana kepentingan dirinya tanpa mengira orang ramai dikelilingnya, dalam masa yang sama berlakulah juga tindak balas secara spontan tanpa dapat dikawal. Hal yang seperti ini boleh mencetuskan ketegangan dengan segera.
Kehidupan bermasyarakat madani mewajibkan dijaga hubungan di antara satu sama lain walaupun berbeza agama, bangsa dan budaya, kerana titik persamaan dalam kehidupan bermasyarakat dalam banyak aspek perlu dijaga terlebih dahulu dengan keharmonian bagi kehidupan manusia yang lebih luas lapangannya di atas muka bumi yang wajib dimakmurkan bersama, mestilah juga saling mengerti dalam perkara yang berbeza.
Sejarah menunjukkan betapa penganut Islam menunjukkan sikap damai tersebut apabila berkuasa memerintah negara, yang sangat berbeza dengan agama lain apabila berkuasa terhadap penganut tidak seagama dengannya. Inilah petunjuk Al-Quran. Firman Allah:
“Kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan sesetengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), sembahyang-sembahyang dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” [Surah al-Hajj: 40]
Sejarah menunjukkan seringkali berlakunya ketegangan sesama manusia apabila adanya perbezaan khususnya dalam beragama, bahkan dalam satu agama yang berbeza mazhab. Namun Islam mewajibkan konsep damai tanpa paksaan. Inilah yang menjadikan masyarakat majoriti Islam boleh bersama bukan Islam yang berada ditengah-tengah mereka, keadaan yang sangat berbeza apabila segelintir penganut Islam berada ditengah majoriti bukan Islam.
Bahkan Islam memberi perlindungan kepada bukan Islam yang dizalimi dinegaranya. Mengikut firman Allah:
“Dan jika seseorang dari kaum musyrik (bukan Islam) meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut adalah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).” [Surah at-Taubah: 6]
Ini menunjukkan Islam mendahului Piagam Geneva dan undang-undang antarabangsa terhadap pelarian daripada negara lain.\
Apabila pihak bukan Islam pula menceroboh terhadap penganut Islam, maka Allah mengharamkan tindakan melampau. Firman Allah:
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]
“Barangsiapa yang menceroboh kamu, maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohannya terhadapmu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahawa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” [Surah al-Baqarah: 194]
Tegasnya, Islam juga melarang penganutnya bertindak secara melampau yang boleh menjadikan keadaan yang lebih buruk dan besar mudaratnya, sehingga luas lapangan kesannya. Bukan sahaja wajib ditangani oleh pihak yang berkuasa dan pemimpin masyarakat yang disebut Uli Al-Amri (para pemimpin dan ulama), bahkan diwajibkan menjaga perasaan diri masing-masing daripada tindakan melampau terhadap pihak lain, walaupun telah berlaku melampau terhadapnya dengan Firman Allah juga:
“Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126) Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (127) Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(128)” [Surah An-Nahl: 126-128]
Apa yang sepatutnya diberi perhatian adalah apabila orang melakukan ketelanjuran membunyikan hon meminta maaf dan kalangan Islam pula memaafkannya. Melakukan sifat yang dipuji Allah:
“Orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;” [Surah Ali-Imran: 134]
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Syaaban 1438H / 13 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 13/5/2017
Sumber HD - 133-5-2017
Tahaluf Siyasi: Keterbukaan Islam
TAHALUF Siyasi atau perjanjian persefahaman politik adalah satu bab penting di dalam ilmu Siyasah Syar'iyah (ilmu politik Islam). Ia adalah satu perbahasan berkaitan kerjasama di antara Islam dan musuhnya.
Dalam konteks politik negara kita hari ini, ia merujuk kepada kerjasama di antara parti politik Islam (PAS) dengan saingan atau musuh politiknya yang tidak bersendikan Islam di dalam dasar dan matlamat perjuangan mereka.
Bezakan ini daripada kerjasama sesama parti-parti Islam atau jamaah-jamaah Islam. Ia tidak termasuk di dalam perbahasan berkaitan Tahaluf Siyasi.
Hukum kerjasama sesama umat Islam atau jamaah Islam di dalam mencapai matlamat agama adalah wajib dan mestilah diusahakan sepanjang masa walaupun pada masa dan keadaan tertentu ianya dilihat amat sukar. Kesatuan umat Islam adalah wajib hukumnya. Islam datang demi menyatukan umat manusia yang beriman kepada Allah agar dapat menjalani kehidupan berlandaskan syariat agama.
Ia adalah berbeza daripada hukum kerjasama di antara Islam dengan musuh dan saingan politiknya yang tidak berteraskan Islam. Bagaimana boleh bekerjasama dengan musuh ugama? Bukankah mereka mempunyai matlamat yang berbeza dan bersedia bertempur demi mencapai matlamat masing-masing?
Tetapi walaupun asas pertentangan itu wujud secara jelas, Islam kekal dengan matlamat keamanan dan kesejahteraan manusia. Dengan keamanan yang terhasil melalui kesatuan manusialah, Islam akan lebih berperanan mensejahterakan kehidupan melalui perlaksanaan syariatnya. Justeru Islam terus mengintai peluang-peluang yang terhidang bagi memastikan ruang keamanan sentiasa didahulukan.
Oleh kerana tahap permusuhan terhadap Islam adalah berbeza-beza di antara kumpulan-kumpulan yang memusuhinya, juga faktor keadaan dan masa yang boleh mengubah rentak dan hubungan, serta kemungkinan wujudnya pertimbangan-pertimbangan tertentu yang dilihat menguntungkan kedua-dua pihak di dalam menghadapi isu-isu bersama tanpa melanggar prinsip dan sempadan agama, maka hukum kerjasama di antara Islam dan saingannya tersebut boleh berubah daripada tidak harus kepada harus dengan merujuk kepada pertimbangan maslahat dan kebaikan untuk agama dan rakyat.
Asas keharusan bekerjasama dengan semua pihak termasuk dengan mereka yang mempunyai ideologi dan matlamat yang berbeza dengan Islam ialah bergandingan ke arah kebajikan, kebaikan dan keadilan serta memerangi segala bentuk kejahatan, kerosakan dan kezaliman. Islam menerima secara terbuka segala kebaikan walaupun ianya dianjurkan oleh pihak musuh dan menguntungkan mereka. Begitulah besarnya jiwa Islam demi memastikan keamanan dan kesejahteraan hidup untuk manusia seluruhnya. Islam adalah rahmat untuk sekelian manusia.
Justeru ilmu Tahaluf Siyasi di dalam syariat Islam menjadi satu ilmu dan perbahasan yang sentiasa hangat dan kritikal. Menemukan dan menyatukan dua atau lebih kumpulan yang bertentangan (Islam dan seterunya) bukanlah satu hal yang mudah. Para sarjana Islam terus berusaha meletakkan garis panduan yang paling tepat agar perlaksanaannya nanti menjadi lebih praktikal dan membawa kebaikan kepada kehidupan manusia. Sebarang kesilapan dan kecacatan mungkin boleh mencipta kembali perseteruan yang lebih tajam.
Pertimbangan-pertimbangan yang memberi faedah dan keuntungan bersama kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian persefahaman politik tersebut mestilah diperhalusi. Butiran perjanjian hendaklah jelas dan dipatuhi oleh semua. Penyelesaian terhadap sesuatu konflik yang berlaku hendaklah melalui kaedah permesyuaratan yang adil dan diterima. Pendek kata, ilmu Tahaluf Siyasi begitu berkembang selaras dengan perkembangan politik dunia yang begitu cepat dan dinamik pada hari ini.
PAS telah lama melaksanakan Tahaluf Siyasi dengan parti-parti pembangkang di dalam negara. Bahkan PAS pernah menyertai kerajaan campuran (musyarakah hukumiyah) bersama parti pemerintah BN demi mencapai matlamat keamanan dan kesejateraan untuk agama dan rakyat. Ia adalah berlandaskan panduan hukum agama di dalam ilmu Siyasah Syar'iyah.
Hasilnya adalah jelas dengan impak yang amat positif dan berguna untuk negara. Rakyat memperolehi kemajuan, kesejahteraan dan kekuatan melalui kesatuan dan kesepakatan hidup. Melalui Kerajaan Campuran BN-PAS, krisis perkauman dan diskriminasi pembangunan negara berjaya diredakan dan rakyat menikmati kembali keharmonian dan kemajuan secara lebih saksama.
Begitu juga Tahaluf Siyasi di antara parti-parti pembangkang bagi memerangi kezaliman parti pemerintah BN. PAS telah begitu berperanan membantu memenangkan parti-parti pembangkang di dalam pilihanraya selain mengukuhkan barisan pembangkang sebagai pendesak yang sedikit sebanyak berjaya memaksa pihak kerajaan untuk memulihkan demokrasi dan urus tadbir kerajaan daripada penipuan, rasuah, pemborosan dan pelbagai lagi gejala buruk dalam negara dan kehidupan rakyat.
Hari ini, hasil tindakan dan usaha PAS yang begitu terbuka mengadakan kerjasama dengan rakan dan saingan politiknya, lanskap politik negara begitu berubah dan menuju kemajuan. Minda rakyat berjaya digerakkan untuk lebih prihatin dan bertanggung jawab bagi memastikan politik dan pemerintahan yang lebih adil dan telus. Rakyat semakin sedar dengan kesilapan dan kecacatan dulu dan telah bersedia untuk mendukung perubahan.
Semua di atas adalah hasil daripada kesepakatan dan kesetiaan untuk saling melaksanakan agenda bersama yang disepakati. Walaupun berbeza, perbezaan itu diraikan melalui kesepakatan untuk saling meraikan perbezaan. Ia bermaksud mengerah segala tenaga untuk mendukung agenda bersama yang disepakati, manakala agenda masing-masing yang tidak disepakati hendaklah dibiarkan menjadi perjuangan masing-masing yang diusahakan secara bersendiri dan ia tidak boleh menjadi penghalang yang akan membantut kebersamaan di dalam memperjuangkan agenda yang disepakati. Itulah maksud 'bersetuju untuk tidak bersetuju.' Ia bukan sekadar kata yang mudah. Ia lafaz setia yang menagih usaha dan kota janji.
Usaha untuk saling memahami hendaklah dilakukan agar perbezaan dapat dikurangkan dan diredakan melalui perbincangan, dialog dan pertemuaan sesama rakan tahaluf yang terbukti mampu memecahkan kebuntuan dan kesukaran. Semakin ruang perbincangan dan pertemuan diadakan, semakin jarak yang memisahkan mampu didekatkan.
Musuh Tahaluf Siyasi adalah pengkhianatan. Setiap muslim diajar untuk tetap di atas janji yang dimeterai dan mestilah mengikat dirinya di atas perjanjian itu walaupun kadang kala tidak menyebelahinya. Ia ibarat nafas dan nadi yang menghidupkan agama Islam. Jika Islam dikenali sebagai agama yang meraikan pengkhianatan terhadap janji setia, sudah pasti Islam tidak akan berkembang maju sebagaimana hari ini.
PAS dalam Tahaluf Siyasinya hari ini mestilah memastikan dua perkara berjalan serentak. Pertama, ia mestilah setia pada janjinya terhadap rakan-rakan tahaluf. Bahkan PAS mestilah menjadi seperti askar yang mempertahankan kesetiaan bersama. Ia penting bagi memastikan matlamat mencapai keuntungan dan manfaat bersama tercapai.
Kedua, PAS mestilah memastikan ia tidak dikhianati oleh rakan-rakan tahaluf. Ia juga penting agar tidak rugi. Berpakat dengan mana-mana rakan, apatah jika ianya dengan musuh dan saingan politik yang menghasilkan kerugian sebelah pihak adalah tidak boleh diterima sama sekali dan mestilah dihentikan. Sudah pasti ianya tidak akan berlaku kepada mana-mana pihak yang bertahaluf kecuali disebabkan oleh pengkhianatan terhadap perjanjian oleh mana-mana pihak yang bertahaluf. Jika begitu, Tahaluf Siyasi adalah terbatal secara langsung. Ia tidak lagi akan membawa kebaikan dan kemajuan yang dimatlamatkan.
Selepas Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung beberapa minggu lepas sebulat suara untuk memutuskan dan menamatkan Tahaluf Siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Majlis Syura Ulamak PAS dalam mesyuaratnya beberpa hari lepas telah memutuskan bahawa Tahaluf Siyasi dengan PKR adalah terbatal. Faktor pokok yang membatalkannya adalah pengkhianatan oleh PKR terhadap perjanjian Tahaluf secara nyata dan berulang kali. PAS tidak lagi melihat sebarang kebaikan untuk mempertahankannya.
PKR berhak untuk menolak dan menghujah keputusan PAS yang menganggapnya sebagai pengkhianat yang menjadi punca terbatalnya tahaluf. Tetapi itulah keputusan PAS. Hukuman selepas itu adalah ditentukan oleh rakyat. PAS telah melakukan yang terbaik untuk kebaikan rakyat dan akan terus berjuang untuk rakyat sebagaimana itulah suruhan agama Islam tercinta. - HARAKAHDAILY 13/5/2017
Sumber HD - 13-5-2017
Tahaaluf terbatal, PAS masih harapan rakyat
KEPUTUSAN Majlis Syura Ulamak yang membuat keputusan hubungan tahaaluf siyaasi dengan PKR terbatal tidak menjejaskan PAS.
Malah, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa hasil kajian dibuat banyak pihak, PAS masih berada di kedudukan pertama parti yang diharapkan dapat menyelamatkan Malaysia.
“Ada pihak mengatakan PAS akan menghadapi zaman gelap, zaman merosot dan zaman kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14, nanti. Tapi hasil dari kajian-kajian dibuat oleh banyak pihak yang mengkaji PAS masih berada di ranking yang pertama parti yang diharapkan dapat menyelamatkan Malaysia ini.
“Walaupun pihak-pihak lain meletakkan label yang macam-macam kepada PAS. Ini bagi kita, semata-mata kerana mereka itu iri hati, ‘jealous’ (cemburu) kepada pencapaian dan penerimaan PAS,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Infaq Ramadan PAS Kawasan Kemaman, di Cherating semalam.
Menurutnya, PAS menjadi harapan rakyat bagi menyelamatkan negara ini daripada pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, ada parti serpihan Umno sebelum ini turut berminat dengan PAS tetapi ‘digantung’ kerjasama itu kerana tidak memenuhi syarat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mendakwa ada pihak yang cemburui PAS dengan menabur fitnah kononnya parti itu bersatu dengan Umno.
“Alhamdulillah, parti kita menjadi parti yang di ranking utama. Maka, di sinilah timbul pula fitnah mengatakan PAS bersatu dengan Umno sedangkan kita sejak berzaman berlawan dengan Umno. Kita berjuang untuk berlawan dengan Umno.
"Kita tidak pernah menyertai program Umno tapi kita pernah menyertai program-program kerajaan Malaysia.
“Inilah antara pendekatan-pendekatan baharu yang kita ambil dalam rangka kita menjayakan kerja-kerja tarbiyyah, kerja-kerja dakwah dan kerja-kerja siasah yang kita laksanakan melalui jamaah ini.
“Pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) dan bukan kita ubah dasar. Kita ubah pendekatan dalam rangka menjayakan perkara yang kita hendak laksanakan sebagaimana dalam perlembagaan kita,” jelasnya di hadapan lebih 800 hadirin.
Hadir sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat, Naib YDP PAS Kemaman, Ustaz Nik Nasri Nik Malik dan ketua penerangan, Ustaz Azri Jusoh. - HARAKAHDAILY 12/5/2017
Sumber HD - 12-5-2017
PAS kecam pengeboman pasar raya di Selatan Thailand
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tragedi pengeboman pasar raya di daerah Muang, Selatan Thailand yang melibatkan kecederaan 69 orang awam termasuk tiga orang parah. Suspek yang dikenal pasti telah menaiki trak pikap yang membawa bom untuk diletupkan di pintu hadapan pasar raya.
PAS berpegang kepada dasar Islam mewajibkan memelihara keselamatan orang awam yang tidak terlibat dengan krisis. Bahkan dalam keadaan krisis sekalipun, Islam tidak membenarkan tindakan melampau sehingga merosakkan kepentingan awam dan menjejaskan imej Islam itu sendiri.
Islam menjamin keamanan bukan sahaja dikawasan orang Islam, bahkan dikawasan bukan Islam termasuk diplomat asing yang dijamin keselamatan oleh hukum Islam.
“Sejahtera Bersama Islam” ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
15 Syaaban 1438H / 12 Mei 2017M – HARAKAHDAILY 12/5/2017
Sumber HD - 12-5-2017
Waktu kerja panjang jejas mutu pegawai perubatan
SUMBER manusia adalah aset yang paling berharga kepada negara. Lebih-lebih lagi di kalangan pegawai perubatan yang mana ilmu dan kepakaran mereka sebenarnya merupakan instrumen paling bernilai bagi memastikan rakyat Malaysia sihat, yakni berdaya saing dan produktif. Maka, sumber ini perlu diurus dengan sebaik mungkin.
Ironinya, di sebalik perkembangan teknologi dan pertambahan pegawai perubatan, kerajaan hari ini gagal untuk merancang dan melaksanakan suatu mekanisme pengurusan sumber tenaga manusia yang optimum bagi mengatasi keletihan dan mengurangkan risiko berkaitan waktu kerja berpanjangan.
Implikasinya adalah kemudaratan kepada pesakit dan pegawai perubatan itu sendiri. Manakala dalam jangka masa panjang, kerajaan sedang berhadapan masalah untuk menyediakan kakitangan dan perkhidmatan awam yang berkualiti.
Kepulangan Dr Nurul Huda Ahmad ke Rahmatullah adalah satu lagi tragedi yang telah dan bakal berulang dengan begitu sahaja kecuali pihak berwajib menggalas tanggungjawab untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Kita boleh berbahas selamanya faktor-faktor lain yang mungkin membawa kepada kemalangan tersebut, namun tiada siapa yang boleh menafikan hakikat bahawa waktu kerja berpanjangan menyebabkan keletihan serta berisiko tinggi.
Menurut British Medical Association dan General Medical Council yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian dan mengumpul bukti berkaitan penguatkuasaan had waktu kerja di United Kingdom, mereka menyimpulkan bahawa:
“Keletihan secara amnya dikaitkan dengan pengurangan fungsi kognitif dan penurunan kemahiran psikomotor (seperti ingatan, tumpuan, simulasi) serta kesan negatif kepada keselamatan pesakit (seperti kesilapan klinikal, kekeliruan diagnosis), keselamatan (seperti kecederaan di tempat kerja, kemalangan) and juga kesejahteraan kakitangan terbabit”
“Pengurangan waktu kerja membawa kepada kesan positif kepada keletihan dan faktor lainnya dalam banyak keadaan. Namun, adalah penting untuk memahami bahawa corak dan jadual kerja yang berbeza juga menyebabkan keletihan. Contohnya, bilangan hari berturutan bekerja siang atau malam dan jarak di antara shif turut mempengaruhi”
Manakala pada tahun lepas, Australian Medical Association telah mengeluarkan satu protokol yang menggariskan jumlah jam bekerja dan tatacara penjadualan shif bagi doktor hospital. Dokumen tersebut menjelaskan secara praktikal strategi yang perlu diambil bagi mengatasi keletihan dan mengurus risiko berkaitan kerja berpanjangan dan shif.
Maka, Jabatan Kesihatan PAS mencadangkan langkah berikut:
1. Kementerian Kesihatan melalui Malaysian Medical Council menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menghasilkan dan menyelia satu garis panduan mengenai pengurusan keletihan dan penilaian risiko waktu kerja berpanjangan dan shif
2. Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Perkembangan Perubatan menyediakan peruntukan bagi melakukan kajian yang serius mengenai waktu kerja dan implikasinya di hospital di Malaysia.
3. Menyediakan latihan kepada kakitangan terbabit mengenai tanda-tanda keletihan serta cara-cara mengelakkannya
4. Memastikan wujud waktu rehat yang cukup sewaktu kerja dan di antara shif
5. Memastikan adanya mekanisme bagi melaporkan insiden berkaitan waktu kerja berpanjangan dan shif
6. Mengupaya peranan penyelia untuk mencegah dan menangani implikasi kerja berpanjangan dan shif
Demi perkhidmatan yang lestari, kerajaan tidak mempunyai pilihan lain kecuali berhadapan dengan kenyataan bahawa pengurusan sumber manusia gagal dirancang dan diurus dengan baik selama ini. Oleh itu, Jabatan Kesihatan PAS menggesa Menteri Kesihatan supaya menyahut cabaran untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat kepada pesakit dan kakitangan perubatan dengan mengurus faktor keletihan dan risiko di sekitar waktu kerja berpanjangan dan shif.
DATUK DR. YAHYA BABA
Pengerusi
Jabatan Kesihatan PAS – HARAKAHDAILY 12/5/2017
Sumber HD - 12-5-2017
Kenyataan Media Majlis Syura Ulamak PAS 'Tahaaluf Siyaasi PAS-PKR Terbatal'
MAJLIS Syura Ulamak yang bersidang pada hari ini, 14 Sya’ban 1438 bersamaan 11 Mei 2017 memutuskan bahawa:
1. Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal.
Antara perlanggaran tersebut ialah;
a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.
b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.
c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
2. Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran Negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.
‘SEJAHTERA BERSAMA ISLAM’
DATO USTAZ DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH. SETIAUSAHA, MAJLIS SYURA ULAMAK PAS
11 Mei 2017/14 Sya’ban 1438 Hijrah - HARAKAHDAILY 11/5/2017
KOTA BHARU – Tiada sebarang halangan wujud jika Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu berjumpa dan berbincang dengan Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang mengenai masalah yang dihadapi kedua-dua parti itu.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, jika ia merupakan sesuatu yang baik, maka apa-apa perbincangan boleh berlaku, namun sebarang keputusan akan diputuskan Majlis Syura Ulama yang dijangka bermesyuarat esok.
“Itu (perbincangan) satu usaha yang baik. Apa-apa pun bincang untuk ke arah kebaikan, tiada halangan,”katanya kepada media di sini.
Ahmad hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Wakaf Raudhatul Barakah atau Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir, di sini yang turut dihadiri oleh Adun Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan kesediaan Azmin untuk bertemu Abdul Hadi atau mana-mana kepimpinan parti Islam itu bagi membincangkan masalah yang melibatkan kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu.
Sumber TKO - 10-5-2017
Keputusan kerjasama dengan PKR diputus esok
MAJLIS Syura Ulamak akan bermesyuarat esok dan dijangka akan membincangkan kerjasama antara PAS dan PKR.
Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob berkata tidak menjadi halangan untuk PKR kembali bekerjasama dengan PAS untuk ke arah kebaikan.
Bagaimanapun, jelasnya ia perlu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Azmin Ali yang mengajak PAS bersama kembali dengan mereka bagi menghadapi PRU 14.
Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan wakaf Raudhatul Barakah, di Beta Hilir, dekat sini hari ini.
“Majlis syura ulama akan bermesyuarat esok dan mungkin perkara itu akan turut dibincangkan,” ujarnya.
Azmin dalam kenyataannya semalam memberitahu, semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam.
Menurut Azmin lagi, apa yang jelas rakyat di negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka.
Mengulas kerajaan Selangor mengekalkan jawatan anggota exco dari PAS sehingga PRU 14 akan datang Ahmad seterusnya memberitahu ia wajar dilakukan.
Ini kerana, katanya mereka dipilih oleh rakyat dan diperkenankan oleh Sultan Selangor sendiri. – HARAKAHDAILY 10/5/2017
KOTA BHARU - Pas menjelaskan pertukaran jawatan lama Datuk Mustafa Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya parti bukan sengaja digugurkan tetapi dilakukan atas permintaan beliau sendiri.
Penjelasan tersebut sekali gus menafikan pandangan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendedahkan bahawa kecenderungan ke arah Pakatan Harapan punca sebenar Mustafa digugurkan daripada jawatan lamanya.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Mustafa mengadakan pertemuan dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan hasrat tersebut sebelum pemilihan berlangsung.
“Cikgu Pa minta supaya kalau boleh diberi laluan kepada tokoh-tokoh baharu kerana dia sudah lama dan pada pandangan beliau juga sudah sampai waktunya barisan pelapis diangkat.
“Beliau bersedia menjadi penasihat dan pembimbing kepada parti menjelang pilihan raya ini. Presiden juga telah melihat cadangan beliau ini sebagai positif dan kita wujudkan satu jawatankuasa untuk menjadi penasihat kepada presiden,” katanya kepada media, hari ini.
Terdahulu beliau mengadakan mesyuarat bagi penganjuran Ijtimak Perpaduan Ummah Rantau Asia di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 yang bakal berlangsung pada 21 hingga 23 Julai nanti.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim memaklumkan, perkara sama berlaku kepada Datuk Iskandar Abdul Samad di Selangor yang mana kata beliau, bekas Pesuruhjaya Pas negeri itu sekarang dinaikkan pangkat kepada Penyelaras Zon Tengah dan Selatan.
“Tanggungjawab dia lagi besar, perlu menjaga Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor khusus dalam persiapan menghadapi PRU 14 nanti.
“Perubahan ini kita buat di Johor dan Terengganu dan tidak timbul soal gugur jawatan,” katanya.
Dalam isu barisan kepimpinan baharu ini Pas dilihat oleh sesetengah pihak sedang berusaha menjauhkan golongan yang tidak lagi sefahaman dengan parti.
Oleh Nazura Ngah
KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat, menafikan dia menghantar mesej Whatsapp yang menghentam Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Menerusi entri laman Facebook, beliau menyifatkan perkara itu sebagai fitnah.
"Tanda kiamat. Mereka ini tanpa segan silu, tanpa rasa berdosa membuat dan mereka-reka fitnah. Sanggup mereka guna nama ambe (saya) utk (untuk) mengadu domba.
"Dosa mereka ini berpanjangan setiap kali disebar diviral. Insaflah dan bertaubatlah. Allah umpamakan golongan ini sebagai pemakan bangkai yang busuk," katanya dalam entri itu.
Kandungan daripada kumpulan WhatsApp yang menjadi viral kononnya mengandungi perbincangan antara Satiful Bahri dengan kepemimpinan parti itu yang antaranya menyatakan Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang terhutang budi dengan UMNO.
Salinan WhatsApp itu didakwa mencerminkan pergolakan dalam PAS Terengganu dan kononnya Satiful Bahri sedang menggerakkan sekumpulan ahli untuk keluar parti secara beramai-ramai.
Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka antara tiga Pesuruhjaya PAS yang digugurkan dalam rombakan terhadap barisan kepemimpinan AJK parti itu semalam.
Beliau digantikan dengan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Husin Awang.
Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, pula menyifatkan perbuatan itu bertujuan merosakkan PAS.
Bagaimanapun beliau enggan membuat andaian sama ada fitnah seumpama itu dilakukan musuh politik PAS.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, berkata budaya fitnah seperti itu jika dibiarkan berterusan akan merosakkan negara dan bangsa untuk jangka panjang.- Berita Harian
PAS understands the implications of ending links with PKR, Datuk Takiyuddin Hassan said in response to the negative analyses of the possible decision.
The PAS secretary-general also said his party has made preparations to operate on its own and outside the larger Opposition pact in the event the proposal is seen through.
“Anyone can make assumptions and analysis, but we know what we are doing. We have studied and understood, we have plans,” he said during a press conference at the party’s head office here today.
PAS resolved to end its working relationship with PKR during its annual assembly earlier this month, but the decision must still be adopted by the Syura Council to be effective.
The Kota Baru MP said PAS will be ready to face the general election even if the motion is formalised.
“We are a political party of 66 years. I am confident … PAS is capable and has the will to face the next general election,” Takiyuddin said.
He then said that PAS was being politically “mature” with regards to working with other political parties, whether from the ruling side or the Opposition.
Takiyuddin explained this was the basis of the continued cooperation with Umno.
PAS will no longer have any ties with parties in Pakatan Harapan if the Syura Council agrees to cut ties with PKR. The Islamist party had, during its muktamar, also rejected cooperation with Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
The party’s detractors continue to accuse it of cozying up to Umno for variety of reasons that range from Malay-Muslim unity to being bought off – themalaymailonline
Sumber BO - 7-5-2017
Mesyuarat Khas Pas Pusat: Lantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Dan Pengerusi/ Timbalan Pengerusi Lajnah-Lajnah
Alhamdulillah. Pagi tadi telah berlangsung Mesyuarat Khas PAS Pusat dengan agenda perlantikan jawatan-jawatan utama, perlantikan AJK PAS Pusat tambahan dan pembentukan portfolio-portfolio.
Berikut merupakan lantikan yang telah dibuat:
Setiausaha Agung: YB Dato’ Takiyuddin Hassan
Bendahari: Tuan Haji Razman Zakaria
Ketua Penerangan: YB Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihanraya: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Penolong Setiausaha Agung 1: Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Sdr Khairul Fahmi Mat Som
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (Lantikan):
1. Tuan Haji Mohd Sanusi Md Nor
2. YB Ustaz Saiful Bahri Mahmat
3. Tuan Haji Mohamad Husain
4. YB Dr. Mohd Khalid Kassim
5. Tuan Haji Zainal Abidin Kidam
6. Dato’ Dr. Abdul Hakeem Johari
7. Sdr Wan Rohimi Wan Daud
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri:
1. Perlis: YB Haji Mohd Shukri Ramli
2. Kedah: Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi
3. Perak: Tuan Haji Razman Zakaria
4. Pulau Pinang: Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff
5. Selangor: YB Ustaz Haji Sallehen Mukhyi
6. Negeri Sembilan: Ustaz Haji Mustaffa Daharun
7. Melaka: Ustaz Haji Kamaruddin Sidek
8. Johor: YB Ustaz Haji Abdullah Hussin
9. Pahang: YB Ustaz Haji Rosli Abdul Jabar
10. Terengganu: Dato’ Ustaz Haji Husin Awang
11. Kelantan: YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad Yakob
12. Wilayah Persekutuan: Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad
13. Sabah: Tuan Paumin @ Aminuddin Aling
14. Sarawak: Tuan Haji Jofri Jaraiee
Naib-Naib Presiden turut diamanahkan sebagai Koordinasi Zon seperti berikut:
Zon Utara: YB Ustaz Idris Ahmad
Zon Tengah dan Selatan: YB Dato’ Iskandar Abdul Samad
Zon Pantai Timur, Sabah & Sarawak: YB Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah.
Perlantikan AJK PAS Pusat (Lantikan) adalah sebagai tambahan kepada AJK yang telah dipilih oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah baru-baru ini seperti berikut:
Pengerusi Tetap:
1. Tuan Haji Hussin Ismail
Timbalan Pengerusi Tetap:
1. Ustaz Kamal Ashaari
Pemeriksa Kira-kira:
1. Haji Najib bin Mad
2. Haji Mad Syukur bin Abdul Azizi
Presiden:
1. YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden:
1. Dato’ Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Naib-Naib Presiden:
1. YB Ustaz Idris Ahmad
2. YB Dato Haji Nik Mohd Amar Abdullah
3. YB Dato Ar. Iskandar Abd Samad
Ketua Dewan ‘Ulamak PAS Pusat (DUPP):
1. Dato’ Dr. Haji Mahfodz Mohamad
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM):
1. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM):
1. Ustaz Nuridah Salleh
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (Dipilih):
1. YB Ustaz Haji Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
2. YB Dato’ Dr. Mohammad Fadzli Hassan
3. Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor
4. YB Dato’ Ustaz Haji Nasuruddin Daud
5. YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali Al-Takiri
6. Dr. Hajjah Najihatussalehah Ahmad
7. Dr. Mohd Zuhdi Marzuki
8. YB Dr. Halimah Ali
9. YB Ustaz Haji Sallehen Mukhyi
10. Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
11. Dr Rosni Adam
12. Tuan Haji Razman Zakaria
13. Dr Azman Ibrahim
14. Ustaz Haji Mokhtar Senik
15. Tuan Haji Kamaruzzaman Muhammad
16. YB Ustaz Haji Abdullah Hussin
17. Ustaz Haji Misbahul Munir Masduki
18. Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki'
Hari ini juga, mesyuarat telah melantik Pengerusi/ Timbalan Pengerusi Lajnah PAS Pusat Sesi 2017-2019 mengikut portfolio-portfolio berikut:
1. Lajnah Politik dan Pilihanraya:
Pengerusi: YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Timbalan Pengerusi: Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
2. Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan:
Pengerusi: YB Ustaz Haji Idris Ahmad
Timbalan Pengerusi 1: YB Ustaz Haji Sallehen Mukhyi
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
3. Lajnah Penerangan dan Hubungan Media:
Pengerusi: YB Ustaz Haji Nasrudin Hassan
Timbalan Pengerusi 1: YB Dato’ Ustaz Nassuruddin Daud
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Misbahul Munir Masduki
4. Lajnah Dakwah:
Pengerusi: YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Pengerusi: Ustaz Mokhtar Senik
5. Lajnah Ekonomi, Hartanah & Pembangunan Usahawan:
Pengerusi: YB Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali
Timbalan Pengerusi: Sdr Mazli Zakuan
6. Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi:
Pengerusi: YB Dato’ Iskandar Abdul Samad
Timbalan Pengerusi: YB Dato’ Takiyuddin Hassan
7. Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar:
Pengerusi: YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Timbalan Pengerusi: YB Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan:
Pengerusi: Dr. Hjh Rosni Adam
Timbalan Pengerusi 1: Dr Azman Ibrahim
Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Norazli Musa
9. Lajnah Perpaduan Nasional:
Pengerusi: Dr. Najihatussalehah Ahmad
Timbalan Pengerusi: Tuan Haji Mohamad Husain
10. Lajnah Pekerja dan Pengguna:
Pengerusi: Tuan Haji Zainal Abidin Kidam
Timbalan Pengerusi: YB Ustaz Abdullah Hussin
11. Lajnah Kesenian dan Kebudayaan:
Pengerusi: Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor
Timbalan Pengerusi: Ustaz Mohammad Ibrahim @ UMC
12. Lajnah Hal Ehwal Parlimen:
Pengerusi: YB Ustaz Haji Idris Ahmad
Timbalan Pengerusi: YB Dato’ Takiyuddin Hassan
13. Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar:
Pengerusi: Tuan Haji Mohd Sanusi Md Nor
Timbalan Pengerusi: YB Ustaz Saiful Bahri Mamat
14. Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal:
Pengerusi: Sdr Wan Rohimi Wan Daud
Timbalan Pengerusi: Ustaz Roslan Md Esa
15. Lajnah Hubungan NGO:
Pengerusi: Sdr Kamaruzaman Mohamad
Timbalan Pengerusi: Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki
16. Lajnah Pemerkasaan Parti:
Pengerusi: Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Pengerusi 1: Ustazah Nuridah Salleh
Timbalan Pengerusi 2: Sdr Muhtar Suhaili As-Sarawaki
17. Lajnah Pendidikan:
Pengerusi: YB Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Pengerusi 1: YB Dr. Halimah Ali
Timbalan Pengerusi 2: Dato’ Dr. Abdul Hakeem Johari
18. Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM):
Pengerusi: YB Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzli Hassan
Timbalan Pengerusi: Sdr Wan Rohimi Wan Daud
19. Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
Pengarah: Dr. Mohd Zuhdi Marzuki
Timbalan Pengarah: Ustaz Zaharuddin Muhammad
20. Institut Strategi PAS (ISP):
Pengarah: Dr. Mohd Khazani Abdullah
Timbalan Pengarah: YB Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali
21. Harakah:
Pengerusi Lembaga Pengarah: YB Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah
Pengarah Eksekutif: Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin
Ketua Pegawai Eksekutif: Tuan Haji Zainal Abidin Kidam
Penasihat Editorial: YB Ustaz Nasrudin Hassan
22. KHIDMAT Malaysia:
Ketua Pengarah: YB Dato’ Iskandar Abdul Samad
Timbalan Ketua Pengarah: Dr. Azman Ibrahim
23. Kompleks PAS:
Pengerusi: YB Dato’ Iskandar Abdul Samad
24. Pejabat Presiden:
Setiausaha Politik: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Sulit: Tuan Haji Zailan Mohd Daud
Setiausaha Akhbar: Ustaz Abdul Malik Ab Razak
Pegawai Khas: Ustaz Muhammad Ismi Taib
25: Penasihat DHPP:
Penasihat 1: YB Ustaz Haji Idris Ahmad
Penasihat 2: YB Dato’ Takiyuddin Hassan.
Sidang Media bersempena Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kali pertama sesi 2017-2019 yang telah berlangsung.
Tarikh: 6 Mei 2017 (Sabtu)
Masa: 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Media, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Sumber BO - 6-5-2017
Nasrudin dilantik semula Ketua Penerangan PAS
SELAIN 18 ahli jawatankuasa yang dipilih di dalam Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kedah baru-baru ini, mesyuarat PAS Pusat hari ini melantik tujuh orang lagi ahli jawatankuasa tambahan bagi sesi 2017-2019.
Mereka adalah Mohd Sanusi Md Nor, Saiful Bahri Mamat, Mohammad Hussain, Dr Mohd Khalid Kassim, Zainal Abidin Kidam, Datuk Dr Abdul Hakeem Johari dan Wan Rohimi Wan Daud.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
Beliau dilantik semula memegang jawatan itu bagi sesi 2017-2019.pada 1 Mei lalu.
Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menyambung kembali tugasnya sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat sementara jawatan bendahari diamanahkan kepada Pesuruhjaya Perak, Razman Zakaria.
Bagi jawatan Ketua Pemgarah Pilihan Raya pada sesi yang baru ini digalas oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Khairul Fahmi Mat Som kekal sebagai Penolong Setiausaha Agung 1 dan 2.
3 negeri dapat pesuruhjaya baharu
Sementara itu, tiga muka baru telah dilantik sebagai pesuruhjaya bagi negeri Terengganu, Selangor dan Johor.
Pesuruhjaya Terengganu digalas oleh Datuk Ustaz Husain Awang, Selangor pula oleh Ustaz Sallehen Mukhyi manakala Johor pula digalas oleh Ustaz Abdullah Husin.
Bagi 11 negeri lagi mengekalkan pesuruhjaya sedia ada.
Kelantan - Datuk Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob
Perlis - Mohd Shukri Ramli
Kedah - Dr Ustaz Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
Pualu Pinang - Ustaz Mohd Fauzi Yusof
Perak - Razman Zakaria
Pahang - Ustaz Rosli Abdul Jabar
Wilayah Persekutuan - Mohamad Noor Mohamad
Negeri Sembilan - Ustaz Mustafa Daharun
Melaka - Ustaz Kamaruddin Sidek
Sabah - Paumin @ Mohd Aminuddin Aling
Sarawak - Jofri Jaraiee - HARAKAHDAILY 6/5/2017
Sumber HD - 6-5-2017
PRU14: Tugas khas Naib Presiden PAS ikut zon
TIGA Naib Presiden yang dipilih di dalam Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kedah baru-baru ini diberi tugas khas mengikut zon sebagai persiapan menjelang PRU14 nanti.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tiga zon itu adalah zon utara, tengah selatan dan timur.
Ustaz Idris Ahmad diberi tugas bagi menjaga zon utara iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.
Manakala Datuk Iskandar Abdul Samad pula akan memantau negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Takiyuddin berkata pengguguran Iskandar dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor tidak perlu dijadikan isu kerana beliau sebenarnya dinaikkan pangkat pada sesi kali ini.
"Iskandar adalah Naib Presiden, agak susah untuk dia pantau zonnya jika dia dilantik semula jadi Pesuruhjaya. Jadi tidak ada isu," katanya pada sidang media hari ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah diberi tugas untuk menyelia zon timur iaitu meliputi negeri Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Takiyuddin turut memberitahu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan ditugaskan menjaga hubungan luar negara yang melibatkan pengundi-pengundi dan ahli-ahli akademik di sana. - HARAKAHDAILY 6/5/2017
Oleh LANJUSOH Dewan Ulamak PAS Pusat menjelaskan Majlis Syura Ulama sudah memutuskan tidak ada sebarang tahaluf siasi antara PAS dengan Umno atau Barisan Nasional (BN).Timbalan Ketuanya, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, persefahaman politik antara PAS dan Umno tidak pernah berlaku.
Namun, katanya, ia berbeza dalam konteks kerajaan, di mana ada perkara yang perlu kerjasama bagi kepentingan umat Islam. “Hubungan politik dengan Umno dan BN tidak pernah berlaku kecuali dengan kerajaan persekutuan dalam isu tertentu,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-56 di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Tadok, di sini, 27 April lalu.
Sebelum ini ada pihak mendakwa PAS dilihat mempunyai kerjasama politik dengan Umno.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed pula menjelaskan usul bagi memutuskan hubungan dengan KeADILan diterima De wan Ulamak PAS Pusat daripada tiga negeri.
Malah, kata beliau, PAS Pusat juga menerima le bih 30 usul daripada PAS kawasan di seluruh negara pada mesyuarat yang berlangsung sebelum ini.
“Sebenarnya Majlis Syura Ulama sudah membuat kajian mengenai nya selepas menerima usul pada muktamar lepas, namun keputusan mengenainya belum lagi dibuat,” katanya.
Manakala Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Ismee Mohd Taib pula menjelaskan dewan itu berusaha untuk mengantarabangsakan PAS melalui pelbagai program yang diadakan.
Oleh itu beliau juga menyarankan ahli-ahli Dewan Ulamak supaya mendaftar sebagai ahli Kesatuan Ulama Sedunia bagi membolehkan aktiviti dilakukan melakaui sempadan ne gara.
Kata beliau, kesatuan itu dijangka akan mengadakan pemilihan pada tahun hadapan bagi memilih kepemimpinan baru.
“Kita berbangga kerana Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia ketika beliau belum lagi menjadi ahli kesatuan itu.
“Biarpun beliau tidak menghadiri mesyuarat kesatuan tersebut sebelum ini namun tetap di lantik sebagai Naib Ketua kerana kewibawaan yang ada padanya,” ujar beliau.
Beliau juga menyokong kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS supaya fatwa dibuat bagi meng haruskan umat Islam dari seluruh dunia mengunjungi Baitul Maqdis sebagai sokongan perjuangan rakyat Palestin.
Oleh Hafiz Marzukhi ALOR SETAR: Muktamar Pas ke-63 melabuhkan tirainya pada Isnin dengan satu perkara jelas - ia lebih rela bersendirian daripada bekerjasama dengan parti politik yang tidak berkongsi perjuangannya.
Ini meletakkan Pas dalam satu posisi unik di arena politik negara, terpencil tetapi tidak kurang pentingnya.
Jadi, kenyataan oleh pimpinan Pas bahawa parti tersebut akan menjadi 'kingmaker' atau penentu kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 ada kebenarannya.
Ini kerana bagi setiap kerusi yang Pas akan tandingi, undi orang Melayu Islam bakal berpecah sekurang-kurangnya kepada tiga parti yang berbeza.
Namun, disebabkan Pas berada di blok pembangkang, pemecahan undi ini akan memberi impikasi lebih buruk kepada undian yang ingin diraih PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga Parti Amanah Negara.
Senario ini sudah dilihat dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar di mana Barisan Nasional bukan sahaja menang kerusi-kerusi tersebut tetapi meningkatkan majoriti undinya.
Sudah tentu, Pas mempunyai keyakinan berdasarkan kajian tersendiri yang enggan dikongsi dengan masyarakat umum.
Ini dijelaskan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Zuhdi Marzuki yang menyatakan Pas tidak berkongsi analisanya dengan pihak lain.
"Kami telah mencuba bermacam-macam senario. Hampir 100 senario. Sasaran yang diletakkan iaitu 40 kerusi Parlimen dan peluang untuk menjadi kerajaan di 4 atau 5 negeri bukan cakap kosong," kata beliau.
Ini menunjukkan fokus Pas hanyalah kepada partinya sendiri dan pemerkasaan Gagasan Sejahtera, kerjasama politik yang diterajuinya.
Sejauh mana fokus Pas ini bakal membantu parti tersebut mencapai sasarannya tertakhluk kepada bagaimana Pakatan Harapan respon kepada halatuju Pas ini.
Sekiranya masing-masing enggan berkompromi bagi merealisasikan hasrat satu lawan satu dengan Barisan Nasional, kita bakal melihat pertembungan tiga penjuru di majoriti daripada 222 kerusi Parlimen serta kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri di serata negara.
ALOR SETAR: Pas nampaknya masih ''terikat'' dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun muktamar ke-63 parti itu, yang berakhir semalam, meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan parti pembangkang itu yang pernah menjadi sekutunya.
Ini kerana, keputusan meleraikan hubungan Pas dan PKR hanya akan dimuktamadkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat mengenai tahaluf siyasi itu dalam masa terdekat.
Isu tahaluf siyasi PAS dengan rakan sekutunya - DAP dan PKR - dalam gabungan pakatan pembangkang menjadi antara isu utama yang dibincangkan para perwakilan sejak muktamarnya yang ke-59 pada 2013 kerana dilihat sebagai tidak menguntungkan Pas. Pada 2015, PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.
Usul memutuskan tahaluf siyasi Pas-PKR itu penting kerana ia akan membabitkan masa depan kelangsungan politik Pas, yang kini 66 tahun, antara parti tertua di negara ini.
Mengikuti rapat perkembangan itu, Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata memang jelas terdapat perlanggaran tahaluf siyasi oleh PKR dan berlaku pengkhianatan sehingga merugikan Pas.
"Berdasarkan kepada beberapa insiden jelas pengkhianatan tahaluf siyasi ini, memang Majlis Syura akan buat keputusan. Hanya yang menjadi persoalan ialah mengenai penglibatan wakil rakyat Pas (dalam pentadbiran Selangor) iaitu kalau putus, mereka perlu kekal atau berundur meletak jawatan (Exco)," katanya kepada Bernama selepas berakhirnya muktamar tiga hari itu.
Beliau turut menjangka isu itu mungkin berlarutan selain perlu ditangani dengan berhati-hati kerana ia turut melibatkan ''restu'' pihak Istana Selangor dan kemaslahatan syariat Islam di negeri itu.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Nik Zawawi Salleh pula meminta anggota parti supaya menerima, patuh dan wala'' atau setia terhadap apa jua keputusan majlis tertinggi berhubung tahaluf siyasi dengan PKR.
"Waima, keputusan yang dibuat tidak masyhur atau pun tidak popular atau pun presiden Majlis Syura Ulama buat keputusan dengan pendekatan-pendekatan tertentu bagi menghadapi arus politik.
"... terutamanya apabila berlaku, (sebab) kita belum mesyuarat lagi putuskan hubungan dengan PKR, untuk kita membina masa depan parti dengan memberi wala'' yang sepenuhnya dan tanpa kita mengkritik secara songsang di belakang, Insya-Allah bahtera parti kita akan berjalan dengan baik," katanya pada sesi penggulungan muktamar itu.
Walaupun isu tahaluf siyasi itu belum berkesudahan, muktamar tiga hari PAS kali ini menyaksikan parti itun bersedia bergerak sendirian tanpa jalinan kerjasama dengan parti politik lain dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Kita pernah menghadapi segala kemungkinan kerana sejarah politik kita, senario kita lebih panjang daripada orang lain. Kita pernah bersendirian, kita pernah tinggal satu kerusi, negeri ini ada kerusi, negeri itu kita tak ada kerusi langsung," kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kelangsungan Pas juga bergantung kepada kepimpinan itu, yang pada muktamar kali ini, menyaksikan status quo kepimpinan dikekalkan dengan golongan ulama terus menjadi pilihan perwakilan.
Sebahagian besar jawatan tertinggi parti terus kekal kepada penyandang malah beberapa jawatan penting dimenangi tanpa bertanding terutamanya jawatan Presiden yang kekal disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Abdul Hadi, 69, memegang jawatan nombor satu parti sejak 2002 menggantikan Allahyarham Datuk Fadzil Noor manakala Tuan Ibrahim, 56, memegang jawatannya sejak 2015.
Tiga jawatan naib presiden kekal dipegang ketiga-tiga penyandangnya iaitu Anggota Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad dipilih untuk terus memegang jawatan berkenaan bagi sesi 2017/2019.
Selain Iskandar, pemilihan Anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, menyaksikan dua anggota Pas Selangor seperti Dr Halimah Ali dan Salehin Mukhyi dipilih untuk memastikan parti itu dapat mengekalkan pengaruhnya di negeri termaju itu.
"Keputusan pemilihan semula Iskandar sebagai Naib Presiden dan dua lagi anggota Pas Selangor seperti Dr Halimah dan Salehin adalah satu mandat memperkasa parti itu untuk menangani isu tahaluf siyasi dan melebarkan kuasa untuk menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang," kata Kamarul Zaman.
Barisan kepimpinan yang baharu itu juga dilihat sebagai tidak mahu menimbulkan keretakan dan perbalahan di kalangan pemimpin parti kerana pilihan raya umum ke-14 sudah begitu hampir.
Anggota Parlimen Kota Bahru Datuk Takiyuddin Hassan pula dilantik semula sebagai setiausaha agung kerana parti amat memerlukan khidmatnya, kata Abdul Hadi. - BERNAMA
Sumber TKO - 3-5-2017
Presiden seru ‘bersiap’ dan realisasikan BPMS
AHLI PAS perlu melahirkan kelayakan syakhsiyah menerusi persediaan jati diri dengan ilmu dan akhlak sama ada dari tarbiyah parti atau bersendiri serta mempunyai kemahiran dan alat-alat yang cukup, di samping kewangan mengikut kemampuan.
Perkara itu diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam.
“Allah tidak memaksa kita, jangan sembunyikan kemampuan. Orang yang mampu RM10, ikhlas RM10 (pasti) diterima Allah. Orang yang mampu RM1 juta, (tapi) beri RM100,000, itu menipu. Ini (kena) faham, Allah mengetahui kemampuan kamu,” ujarnya menterjemah mesej pada ayat 60 surah al-Anfal.
Ayat itu menurutnya, adalah hidayah dan wahyu yang menjadi petunjuk kepada Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) khususnya dalam perkara berkait persediaan dan pendekatan politik damai.
Terma persediaan itu diperincikan lagi oleh beliau dengan memetik ayat 249 surah al-Baqarah berhubung kisah pasukan tentera Thalut yang diuji Allah dalam menunjukkan soal kesanggupan dan keyakinan.
Di mana menurut Tuan Guru, para ahli tafsir menyatakan Thalut membuat persediaan 80,000 tentera, tetapi hanya 4,000 mengikut arahan dan ‘golongan sedikit’ ini telah mengalahkan ‘golongan yang banyak’ dengan izin Allah dan Allah bersama golongan sabar.
Turut dipetik beliau adalah ayat 159 surah Ali-‘Imran kisah Perang Uhud yang membawa pengajaran berkait mesyuarat, kelemahan iman dan mengikut dorongan kawan serta kewajipan istiqamah sama ada menang atau kalah.
“Yang kedua politik perdamaian. Senario kejayaan dakwah dan politik daripada sirah nabawiyyah dan zaman Khulafa’, masa damai menyebabkan orang menerima Islam berkali ganda selepas Sulh Hudaibiyah dan selepas pengampunan beramai-ramai Fathu Makkah, berlipat kali ganda. Berbeza dengan masa tegang.
“Senario perjuangan PAS sejak tahun 50-an, saya menyaksikan betapa Islam dihina, mencerca Islam, menghina Islam. (Kalau) Memerintah Islam (akan jadi) huru-hara, (jika) hudud dilaksanakan banyak orang cacat, kudung, busuk sungai, banyak orang mati.
“Setelah kita mengambil politik perdamaian, bersabar sehingga menyertai Kerajaan 1973, Campuran 1974, BN, dia tendang balik. Tapi kesan perkembangan PAS berjaya meranapkan budaya menghina Islam, tak ada (lagi) kecuali suara terpencil sahaja. Sehingga kita berjaya menembusi orang bukan Islam dan berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, ini kejayaan BPMS,” ujarnya.
Seru beliau, dalam senario perjuangan hari ini, PAS perlu dimantapkan dengan BPMS menerusi pengisytiharan untuk merealisasikan ‘Tahaluf’ (ikatan), ‘Ta'awun’ (kerjasama), ‘Musolahah’ (perdamaian dan hikmah) dan juga ‘Maw'izah hasanah’ (nasihat baik) serta ‘Muwajadalah billati hia ahsan’ (berdebat secara sopan).
Tegasnya, politik melawan secara bodoh mestilah ditinggalkan kerana ia bukanlah politik Islam, termasuk juga politik ‘jual ubat di tepi jalan’ yang tidak diiktiraf di Kementerian Kesihatan.
“Ada pengamal media yang melariskan politik ini. Maka pengamal media PAS mesti awas berwaspada, jangan terikut dengan politik yang tidak matang. Betapa Islam menunjukkan hidayah, menangani masyarakat majmuk secara matang dan sejahtera,” nasihatnya. – HARAKAHDAILY 2/5/2017
Sumber HD - 2-5-2017
PAS rakam takziah kepada keluarga mangsa lemas
MUKTAMAR Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-63 merakamkan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati kepada tiga keluarga pelajar mangsa lemas peserta Kem Kepimpinan SMK Putatan yang diadakan di Membakut baru-baru ini.
Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Cikgu Hussin Ismail mengumumkan perkara tersebut kepada para perwakilan muktamar yang bersidang di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.
PAS Negeri Sabah akan melakukan kunjungan khas kepada keluarga mangsa dalam masa terdekat.
Terdahulu, PAS Kawasan Putatan telah mengunjungi keluarga mangsa. Naib Yang Dipertua PAS Putatan yang juga Penyelaras DUN Tanjung Aru, Hamid Ismail ketika ditemui mengucapkan takziah dan mengharapkan agar kesemuanya tabah dan bersabar atas kejadian yang berlaku. Semoga Allah menempatkan mereka semua dalam kalangan orang yang beriman, tambah beliau. – HARAKAHDAILY 2/5/2017
Sumber HD- 2-5-2017
Pelihara sensitiviti agama, jaga adab dakwah
ISLAM telah mengatasi pertembungan ganas di antara agama dan memberikan garis panduan yang jelas mengenai sikap terhadap pihak lain termasuk dengan musuh sekalipun.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kecelaruan dan permusuhan hingga berlaku serangan ke atas gereja, hotel, masjid dan kedutaan asing bukanlah daripada sikap Islam.
Terangnya, selain ayat 40 dan 41 surah al-Hajj, hadis-hadis Nabi juga menunjukkan sunnah terhadap diplomat asing termasuk negara musuh yang tidak boleh diganggu, sebaliknya diberikan keamanan.
Jelas beliau, pada ayat 7 hingga 9 surah al-Mumtahanah, Allah SWT menerangkan hubungan itu dan hikmah dari sikap yang ditunjukkan.
“Penganut Islam bertambah selepas Sulh Hudaibiyah dan berlipat ganda selepas Fathu Makkah. Konsep zakat muallaf dalam Islam, kalau kita baca fekah Mazhab Hanafi dan Maliki, mazhab yang paling banyak pengikutnya dalam negeri masyarakat majmuk yang berbeza dengan fekah Mazhab Syafi'e dan Hambali, yang tersebar di negeri yang majoriti orang Islam, seratus peratus orang Islam, Hijjaz Makkah dan lain-lain.
“Di mana konsep Abu Hanifah dan Imam Malik dalam zakat muallaf dibolehkan zakat diberi kepada mereka yang sudah masuk Islam untuk dibantu yang baru masuk Islam, dan mereka yang belum masuk Islam untuk berjinak dengan mereka. Ini konsep zakat, muallaf kulubuhum.
“Ulama kita perlu kaji, jangan kaji kitab fekah sahaja, kena kaji kitab tarikh, kaji sama kitab sirah, kena kaji dan kitab-kitab tafsir, membahaskan perkara ini,” seru beliau dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam.
Terdahulu beliau menerangkan mengenai sensitiviti agama dan adab dalam berdakwah dengan menegaskan supaya tidak berlaku perbuatan mencaci cerca sembahan yang selain dari Allah walaupun tidak bersetuju kerana ia akan menimbulkan sikap melampaui batas.
Menurut Tuan Guru, Abul Hasan Ali Hasani Nadwi seorang pendakwah India tersohor dan hidup di tengah masyarakat Hindu menasihatkan orang Islam supaya tidak menyembelih lembu secara terbuka di hadapan orang Hindu sebagai menghormati sensitiviti mereka. –HARAKAHDAILY 2/5/2017
Sumber HD - 2-5-2017
Tiada lagi 'anak lari' dari rumah lepas muktamar
PERTANDINGAN jawatan dalam PAS Pusat hanyalah penawaran diri di kalangan adik-beradik untuk sama-sama nak bantu kerja ayahanda melaksanakan suatu urusan yang sangat besar.
Kami calon-calon yang bertanding dalam pemilihan PAS adalah adik-beradik yang saling mengasihi antara satu sama lain. Masing-masing ada kelebihan untuk buat kerja. Kekurangan yang ada itu memang perkara lumrah kerana kita adalah manusia.
Kesetian kami bulat kepada ayahanda Tuan Guru Presiden selaku ketua keluarga. Sejarah perilaku anak-anak yang pergi berpakat dengan orang lain untuk nak khianat kepada ayah sendiri dah berlalu pada tahun 2015. Semoga ianya menjadi sejarah yang tak berulang lagi.
Menang adalah amanah untuk kita pikul tanggungjawab. Tak menang terlalu banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. Jawatan dalam sebuah gerakan Islam adalah taklif (tanggungjawab) dan bukannya tasyrif (kemulian). Bila Allah nilai kita tak mampu pikul satu tugas, Allah akan bagi kita satu tugas yang lain.
Dalam PAS, beban amanah kita pikul secara bersama. Ia bukan kerja individu dengan skill keupayaan luar biasa seperti Ultraman, Batman dan Superman. Makhluk bertaraf ultra sebegini tiada tempat dalam PAS.\
Semua yang berada dalam PAS dari atas ke bawah di semua peringkat adalah batu bata yang saling mengukuhkan binaan saf perjuangan ini. Semua kita adalah penting. Walau hilang hanya seketul bata maka akan nampak kecacatannya. Sama ada tangga atau atap, kedua-duanya sama-sama penting dalam binaan ini. Tangga jangan rasa hina kerana berada di bawah dan selalu dipijak kerana atap yang berada di atas terlebih dahulu bertanggungjawab meneduhkan tangga dari hujan dan panas. Kalau dipanah petir, atap yang di atas akan kena dulu.
Saf kepimpinan PAS Pusat yang baru ditaklifkan semalam bakal berdepan dengan ujian besar PRU14. Tuan Guru Presiden telah membentangkan hala tuju parti dalam ucapan dasar dengan jiwa seorang negarawan. Tanggungjawab kami saf Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyambut segala lontaran idea dan saranan Tuan Guru Presiden lalu diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja pemasaran bagi memasarkan PAS ke tengah khalayak. Produk yang baik perlu dipasarkan dengan cara yang terbaik. Selamanya kita tetap yakin bahawa yang terbaik adalah produk Islam.
Mesej PAS adalah bertujuan untuk menyelamatkan manusia dengan Islam. Beramal apa yang mampu dan bersabar dalam berjuang bagi melaksanakan tuntutan Islam yang dihalang.
Kerja PAS adalah untuk membina sebuah negara yang sejahtera bersama Islam. Malaysia adalah negara kita dengan kepelbagaian kaum yang mengamalkan kehidupan beragama dengan pelbagai kepercayaan. Apa yang penting ialah bagaimana untuk kita meyakinkan masyarakat bahawa Islam adalah penyelesaiannya.
Saya cukup yakin tak ada lagi anak-anak yang lari dari rumah lepas Muktamar Alor Setar. Cukuplah iktibar yang diambil dari akibat yang telah menimpa mereka yang pilih untuk meninggalkan keluarga besar perjuangan Islam ini.
Kepada Allah kita berserah segalanya.
Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
5 Syaaban 1438 / 2 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 2/5/2017
Sumber HD - 2-5-2017
Transkrip sidang media Presiden PAS
PRESIDEN PAS: Assalamu‘alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada semua rakan-rakan media yang dapat mengikuti Muktamar kita sehingga sepanjang masa, dan sampai akhir pada hari ini. Saya tak perlu berucap panjang kerana sudah dengar ucapan penggulungan tadi. Cuma saya nak umumkan sedikit, kita sudah membuat perjumpaan dengan AJK Pusat, pimpinan, dan bersetuju untuk membuat perlantikan yang pertama yang diumumkan iaitulah Dato' Setiausaha Agong, kita meneruskan Yang Berhormat Dato' Takiyuddin Hassan menjadi Setiausaha Agong, itu sahaja yang kita buat perlantikan. Yang lain itu akan diumumkan kemudian. Itu sahaja.
MEDIA: Dato' Seri, kalau boleh jelaskan lagi dalam ucapan Dato' Seri tadi, PAS bukan satu hotel persinggahan bagi mana-mana parti politik, boleh jelaskan lebih lanjut lagi berkenaan, apa maksud Dato' Seri sebenarnya?
PRESIDEN PAS: Di sana ada kalangan yang berpolitik oportunis. Oportunis nak jadikan PAS sebagai pangkalan persinggahan sebagai tangga untuk naik. itu sudah ditapis sama ada perjalanan perjuangan kita yang mencabar ataupun ahli-ahli sendiri yang faham, sama ada mereka berundur sendiri atau dipecat atau disingkirkan oleh ahli.
MEDIA: Dato' Seri, kenyataan itu tuju kepada Peribumi ke atau PAN? Parti yang mana persinggahan? Dato' Seri ‘refer’ kepada PAN ke atau Peribumi?
PRESIDEN PAS: Kenyataan secara umum, secara umum, saya tak tuju kepada sesiapa, kepada umum.
MEDIA: Maksudnya pihak oportunis bukan sahaja kepada parti lain, malah kepada ahli-ahli juga?
PRESIDEN PAS: Ya, ada ahli-ahli yang nak jadi ahli PAS ini.
MEDIA: Dato' Seri tadi ada mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang untuk RUU355. tapi Dato' Seri mengatakan semoga Allah panjangkan, supaya ada laluan lebihlah dan adakah ini membayangkan bahawa ada tanda untuk kerjasama dengan kerajaan?
PRESIDEN PAS: Macam saya terangkan konsep kita kerjasama dalam perkara yang baik, perkara yang baik kebajikan kita terus bekerjasama. Dalam perkara yang bercanggah dengan Islam, kita bangkang, kita menentang, itu pendirian kita yang terbuka. Contohnya (Akta)164 kita bangkang, kita tak setuju 164 kerana tak sesuai dengan realiti masyarakat Malaysia ini. Pakatan Harapan, parti lain sokong, Kerajaan tarik balik.
MEDIA: Ada apa-apa bentuk lain kerjasama ke macam mana Dato' Seri?
PRESIDEN PAS: Kebajikan rakyat, kebajikan rakyat kita kerjasama, kebajikan rakyat.
MEDIA: Dato' Seri dengan keadan politik sekarang, bagaimana PAS dalam Muktamar ini, adakah PAS sudi berbincang dengan Pakatan Harapan dalam merealisasikan satu lawan satu untuk blok pembangkang?
PRESIDEN PAS: Tak timbul. Kita ada asas kita sendiri yang kukuh, kita tak boleh berbincang di atas angin, kita bukan berniaga atas angin. Kita ada Kawasan 195 Kawasan, ada Cawangan 7,000 lebih. Mereka tak ada Kawasan, tak ada Cawangan, tak ada ini, itu.
MEDIA: Bagaimana pula dengan Kawasan yang mungkin PAS tak ada Cawangan?
PRESIDEN PAS: Kita kemukakan Gagasan Sejahtera yang kita kemukakan.
MEDIA: Usul telah diterima supaya putus dengan PKR. Di bawah Majlis Syura, bila akan muktamadkan?
PRESIDEN PAS: Itu terpulang kepada Majlis Syura, mereka ada pandangan sendiri, mereka boleh buat keputusan bila nak mesyuarat.
MEDIA: Dato' Seri, jadi bayangan kalau terputusnya ‘Tahaluf Siyasi’ di antara PKR dan juga PAS, maksudnya dalam PRU nanti, apa kerusi-kerusi PKR, PAS akan tetap akan bertanding kalau terputusnya ‘Tahaluf Siyasi’?
PRESIDEN PAS: Kita pernah menghadapi segala kemungkinan, kerana sejarah poilitik kita, senario kita, panjang lebih daripada orang lain. Kita pernah bersendirian, kita pernah tinggal satu kerusi, negeri yang ada kerusi, tak ada kerusi langsung, dua penjuru, tiga penjuru, berapa penjuru kita pengalaman kita banyak.
MEDIA: Tok Guru mungkin benda itu boleh berlaku?
PRESIDEN PAS: Segala kemungkinan kita hadapi. Apa yang penting ialah kita punya Negeri, Kawasan patuh kepada Pimpinan Pusat.
MEDIA: Dato' Seri, mesej pasal wala' tadi. adakah ia sebagai satu arahan kepada ahli PAS (terima) apa sahaja keputusan hubungan Tahaluf Siyasi dengan PKR?
PRESIDEN PAS: Di sini keistimewaan kita kesetiaan kepada parti, pimpinan. Itu sangat penting kepada mana-mana parti pun, bukan PAS sahaja. Semua parti mesti kesetiaan kepada parti masing-masing. Apa lagi dalam suasana pilihan raya kita semua tahu pencalonan yang banyak, bila parti buat keputusan, maka semua ahli jentera kena ikut keputusan parti.
MEDIA: Dato' Seri, Perwakilan Penang kata Umno bukan lagi musuh terbesar untuk PAS, sebaliknya DAP. Apa pendapat Dato' Seri?
PRESIDEN PAS: Kita tak mahu bermusuh dengan semua, kita membawa politik matang dan berhubung dengan semua, tak ada politik yang negatif. (Tetapi) secara positif dengan semua.
MEDIA: Dato' Seri, boleh ulas sedikit berkenaan dengan kenyataan Setiausaha MSU, Dato Dr Nik Zawawi tadi berkenaan dengan ‘Tahaluf Siyasi’. dikatakan kerajaan ini dalam PAS ketika ini macam kalau dikejar tak dapat, dikendong berciciran. Bagaimana dengan pendapat Dato' Seri?
PRESIDEN PAS: Itu terpulang kepada Jawatankuasa politik yang akan menilai, itu pendekatan politik yang boleh berubah dari semasa ke semasa. Majli Syura Ulamak melihat dari hukum, dari segi syarak syarat-syarat dia.
MEDIA: Dato' Seri, ada yang mengatakan pihak apabila ‘Tahaluf Siyasi’ terputus di antara PKR dan juga PAS, PAS seolah-olah menyendirikan diri dan seolah-olah bukan dalam ‘mainstream’ lagi dalam politik mungkin. Apa pandangan PAS sendiri?
PRESIDEN PAS: Yang lebih baik, tunggu bila berlaku, tunggu bila berlaku, itu akan dilihat.
MEDIA: Dato' Seri, apa komen yang PAS ialah parti gaduh sebab dari tahun 1978, telah putus hubungan dengan banyak parti. Jadi ada komen yang mengatakan PAS itu parti gaduh, parti suka gaduh. Apa komen Dato' Seri?
PRESIDEN PAS: Kalau baca sejarah kerjasama PAS termasuk dengan Umno, yang pecat PAS dari Barisan Nasional, (ialah) Umno, bukan PAS keluar. Termasuk dengan S46, 46 menyingkirkan diri, termasuk dengan DAP tahun 2000. Barisan Alternatif, DAP yang keluar, bukan PAS yang keluar. Termasuk yang terakhir, DAP yang pecat PAS, dengan tak ada undang-undang peraturan dia pecat PAS. Bukan kita keluar, tidak.
MEDIA: Bukan PAS yang mulakan permusuhan?
PRESIDEN PAS: Kita di atas landasan kerjasama tak menyentuh dasar matlamat parti masing-masing, itu sikap kita. Bila orang lain sentuh dasar parti kita, itu sudah langgar sempadan, itu bukan hal kita.
MEDIA: Dato' Seri, bagaimana dengan kajian yang dibuat yang mengatakan sekiranya PAS bersendirian dan bertanding melawan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, PAS akan mendapat undi tercorot di kawasan-kawasan yang mana dia bertanding, khasnya undi Melayulah.
PRESIDEN PAS: Kita ada pusat penyelidikan kita sendiri. Kita tak bergantung kepada orang lain. Andaian dan kajian lain kita tak terima, kita ada kajian kita sendiri. Kajian kita berdasarkan kepada bukan sahaja telefon, bukan sahaja kajian rambang, berdasarkan kepada jentera-jentera kita di seluruh negara.
MEDIA: So, jadi kajian itu mengatakan macam mana nampak ‘flow’ Kawasan yang PAS bertanding?
PRESIDEN PAS: Mereka boleh buat kajian, boleh buat andaian semua, itu terpulang kepada kita sendiri, kita mengambil kajian orang lain untuk dikaji, dan kita buat keputusan kajian kita sendiri.
MEDIA: Yang kajian PAS sendiri mengatakan macam mana?
PRESIDEN PAS: Kita lebih maju ke depan insya-Allah kerana ahli kita bertambah. Ahli bertambah, sokongan bertambah, itu yang berlaku, kepercayaan rakyat lebih kepada kita.
MEDIA: Dato' Seri mungkin ada terjemahan sendiri daripada suara perwakilan apabila perwakilan yang mengundi mengambil keputusan untuk mengekalkan ketiga-tiga Naib Presiden dan tak menerima masuk saudara Nasruddin Hassan dalam pemilihan. Adakah ini kelompok ulama terbaik untuk mendepani PRU 14 ke macam mana?
PRESIDEN PAS: Menandakan kepuasan mereka dengan pimpinan yang dipilih. Ini sangat penting, sangat penting.
MEDIA: Dato' Seri, PAS akan.... (suara kurang jelas) dan juga ada yang menyatakan...(suara kurang jelas) Jadi adakah ini sebagai satu langkah ke depan, PAS sekarang ini menggantikan Umno......?
PRESIDEN PAS: PAS tidak baru dalam politik negara. Untuk ganti terpulang kepada rakyat, terpulang untuk mengganti, memang kita bersedia untuk ganti, sedia untuk ganti.
MEDIA: Dato' Seri dalam kajian PAS sendiri memang PAS ada peluang yang baik lah untuk memenangi 40 kerusi itu?
PRESIDEN PAS: Insya-Allah, insya-Allah.
MEDIA: Dato' Seri, ada banyak kritik pasal parti dinasti. Macam DAP dengan PKR. So, bagaimana dengan PAS sebab Dato' Seri ialah Presiden dan anak ialah Ketua Pemuda?
PRESIDEN PAS: Saya tidak mencalonkan anak saya, saya tak minta anak saya bertanding, keluarga saya, tak minta. Apa yang berlaku ialah pencalonan akar umbi yang menjadikan ada yang bertanding dan tak bertanding. Memang semua orang mahu anak dia ikut perjuangan kita, itu semua orang begitu. Kita tak mahu anak kita tak ikut perjuangan kita. Adapun kedudukan terpulang kepada ahli-ahli parti
MEDIA: Hari ini Lim Guan Eng ada kenyataan bahawa PAS keluar daripada Pakatan Harapan, dia dah lari daripada prinsip perjuangan berpakat, dan PAS sudah jadi parti yang sesat dalam politik, sesat dalam politik.
PRESIDEN PAS: Kita parti yang paling konsisten, contohnya dalam RUU355, bantahan DAP adakah mengikut saluran Rang Undang-Undang itu? Tidak. ‘Standing Order’ yang tak ada kena mengena dengan 355. Tajuk yang lain. itu, tajuk yang lain.
MEDIA: Dato' Seri bagaimana dengan respon Dato' Seri terhadap apa Tun Mahathir kata bahawa PAS bersendirian akan memberi kemenangan kepada Umno? Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa kalau PAS bersendirian lawan tiga penjuru, ia akan memberi kelebihan kepada Umno.
PRESIDEN PAS: Terpulang kepada Tun Mahathir nak sokong Umno lagi ataupun tak sokong Umno. – HARAKAHDAILY 2/5/2017
(Suntingan transkrip ini disediakan Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim)
TRANSKRIP SIDANG MEDIA PRESIDEN PAS PENANGGUHAN MUKTAMAR PAS KALI KE-63 KOMPLEKS PAS KEDAH, ALOR SETAR 4 Sya’ban 1438 | 1 Mei 2017
Sumber HD - 22-5-2017
Jangan tubuh parti baru atau keluar jamaah
PRINSIP dalam PAS akan menjadi lebih berkesan apabila dilaksanakan secara kolektif melibatkan aspek penyusunan tanzim jamaah berdasarkan konsep amal jamaie, demikian menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, pengalaman ulama haraki telah menghuraikan empat elemen utama dalam mencapai matlamat kepada kejayaan itu iaitu al-Imarah (kepimpinan), asy-Syura (mesyuarat), ath-Tha’ah (ketaatan) dan al-Bai‘ah (janji kesetiaan).
“Berjaya atau tidaknya pengurusan sesuatu jamaah itu mencapai matlamatnya amat bergantung kepada keupayaan barisan pimpinan yang mengendalikan teraju kepimpinan jamaah itu dan kesetiaan anggotanya menyokong kepimpinan.
“Terlalu banyak nas al-Quran dan Hadis tentang perlunya organisasi mempunyai pemimpin yang cekap serta kepimpinan yang baik. Dengan wujudnya pemimpin, maka mesti lahir pula ketaatan yang penuh tertib dan beradab oleh ahli yang bersetuju melantik pemimpin tersebut.
“Dengan demikian baru lah terbentuk saf Jamaah Harakah Islamiyah yang tersusun kukuh. Di sinilah terletak persoalan at-Tha'ah, al-Wala'. Yang kita maksudkan bukanlah setia membabi buta kepada jamaah atau pemimpin, ia adalah kesetiaan kepada Islam yang diterjemahkan melalui jamaah,” ujarnya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam.
Tuan Guru memetik kisah Panglima Khalid Bin Al-Walid yang diarah Khalifah Umar Ibnul Khattab R.A supaya mematuhi Abu Ubaidah Al-Jarrah sebagai ketua walaupun jelas Khalid lebih terserlah dalam aspek ketenteraan.
Tetapi terang beliau, sempadan negeri sudah besar dan masyarakatnya lebih majmuk, di mana Abu Ubaidah adalah orang paling layak, namun Khalid terus melaksanakan tugas dengan setia tanpa ‘menubuhkan parti baru’.
Begitu juga petiknya kisah Ka'ab bin Malik dan Sahabat-sahabat yang tersilap dalam peristiwa Tabuk di mana mereka dipulau oleh Nabi dan para Sahabat lain, tetapi tidak bertindak keluar jamaah.
“Dalam sejarah PAS banyak peristiwa mereka yang sudah mati, Dr Abbas Ilyas, Ustaz Hassan Syukri, Ustaz Abu Bakar Hamzah, Almarhum Tuan Guru Haji Harun Taib, contoh mereka yang sudah mati; dipilih (atau) tak dipilih, tetap bersama jamaah. Tak dipilih dalam muktamar, jadi ahli biasa.
“Dr Haji Abbas Ilyas, terus hadir sampai akhir hayat. (Beliau) Presiden PAS yang kedua, turun jadi AJK Pusat, turun jadi ahli biasa, tetap hadir ke Muktamar PAS, ini contoh. Ustaz Hassan Syukri, bertanding Timbalan Presiden, tak dipilih, terus dengan PAS, berkhidmat dengan PAS. Almarhum Ustaz Harun Taib begitu juga.
“Ustaz Abu Bakar Hamzah diambil tindakan disiplin, dipecat daripada parti. Saya masih ingat lagi, Almarhum suka buat kenyataan sendiri, cirit birit mulut.
Walaupun dipecat, dia tetap bergantung dengan PAS. Tak pergi kepada parti lain, tak buat parti lain. Akhir dia diambil balik,” ujarnya turut memuji Veteran PAS yang lain iaitu Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Subky Latif.
Tuan Guru turut mengingatkan betapa Allah telah men_takzim_ dan men_tahzil_kan Quran sebagai panduan hidup sepanjang hayat, supaya dijadikan petunjuk dan bukannya asyik dengan media baru yang sangat menggoda. – HARAKAHDAILY 2/5/2017
Sumber HD - 2-5-2017
Kenali barisan kepimpinan PAS pusat sesi 2017-2019
MUKTAMAR PAS Pusat kali ke-63 telah melabuhkan tirainya dengan perwakilan daripada seluruh negara telah memilih kepimpinan PAS bagi sesi 2017-2019. Muktamar yang mendapat liputan luas media ini berlangsung dalam suasana penuh bersemangat dan paling ramai dihadiri oleh para pemerhati.
Muktamar ini juga mendapat sorotan meluas kerana perwakilan memilih kepimpinan PAS untuk sesi 2017-2019. PAS dilabel sebagai parti lebai kampungan dan kami tidak pernah berkecil hati dengan gelaran tersebut malah merasa bangga menggalang gelaran "lebai " kerana kelompok inilah yang paling merakyat dalam hirarki sosial orang Melayu.
Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia ialah satu-satunya anak almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terlibat secara aktif dalam PAS diperingkat nasional. "Anak butir" tok guru ini mendapat pendidikan tinggi di Deoband India, seterusnya ke Universiti al Azhar Mesir. Beliau terlibat secara aktif sejak pulang ke tanah air dengan pemuda PAS di Pengkalan Chepa dan juga Dewan Pemuda PAS Kelantan. Penulis prolifik ini juga menggerakkan institusi pendidikan Islam seperti Maahad Tahfiz Nikmatillah Kelantan dan Maahad an Nur Terengganu.
Dr Fadzli Hassan bekas pensyarah UIAM lahir daripada rahim tarbiah PAS semenjak remaja dan mendapat doktorat daripada Universiti Birmingham United Kingdom dalam bidang undang-undang Perlembagaan. Dr Khairuddin at-Takiri pula bekas pensyarah UKM yang mendapat ijazah MA daripada Universiti Jordan serta mempunyai doktorat daripada UKM.
Dr Zuhdi Marzuki mantan Timbalan Presiden GAMIS, tokoh muda radikal di zaman kampus yang menjadi dalang bantahan konsert Sheila Majid. Beliau pelajar pintar yang diasuh semenjak remaja sebagai pimpinan PAS. Mendapat doktorat daripada Universiti of Wales, UK. Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah pula merupakan anak kepada tokoh ilmuwan Kedah. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang daripada UKM, dan MA dalam Undang-Undang Perbandingan di UIAM. Manakala, mantan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah ini berdoktorat Pengajian Islam di UKM. Haji Razman Zakaria, bekas Penolong Kanan Pengarah Kastam Selangor yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) UKM dan Ijzaah Sarjana dalam bidang pentadbiran Awam daripada UM.
Ustaz Sallehen Mukhyi, mantan Exco kerajaan Selangor adalah tokoh gerakan mahasiswa di zaman mudanya. Bergraduan daripada UKM, seterusnya ke kampus Jordan dan UM. Ustaz Dato' Nasaruddin Daud mencicip ilmu di Universiti al Azhar merupakan Exco Kerajaan Kelantan. Tokoh agama ini juga adalah pemimpin pemuda di zamannya.
Dr Rosni Adam pengamal perubatan muslimah bergraduan daripada Universiti Malaya. Anak Johor ini mantan aktivitis pelajar di zaman kampus seterusnya terjun aktif bersama Dewan Muslimat. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia. Dr Halimah Ali dilahirkan di Marudi Sarawak, mantan Ketua Urusan Muslimat Persatuan Mahasiswa Islam Tasmania, mendapat pendidikan di Elizabeth Matriculation College, Hobart Tasmania, seterusnya memperolehi Ijazah Perubatan daripada Universiti Tasmania. Mantan Exco Selangor yang juga kini Adun Selat Klang ini juga mempunyai Diploma Tasawwur Islam ILHAM.
Ustaz Mokhtar Senik mendapat pendidikan tinggi di Universiti Pakistan dan juga di Makkah. Beliau juga merupakan pengasas kepada Kompleks Pendidikan An-Nur di Kuantan, Pahang. Muhtar Suhaili As-Sarawaki merupakan anak Sarawak yang bertugas sebagai Jurutera Kanan di sebuah Syarikat Minyak dan Gas Antarabangsa dan berpengalaman bertugas di beberapa tempat dalam dan luar negara. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatroniks dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Sarjana Master Teknologi Petroleum dari Curtin University Australia.
Ustaz Misbah Munir Masduki, mantan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga aktivis Yayasan Amal Malaysia merupakan lulusan Universiti Malaya untuk Ijazah Pertama. Mendapat MA (Sains Politik) daripada UKM. Calon PhD ini juga ialah Mudir Pusat Dakwah Serantau yang aktif mencetak kader-kader dakwah. Dr Azman Ibrahim, anak muda kelahiran Besut Terengganu pula mendapat pendidikan di Matrikulasi Universiti Malaya. Mendapat Ijazah Pergigian di Universiti Baghdad Iraq, seterusnya berkhidmat dengan Hospital kerajaan sebelum mempunyai Kliniknya sendiri di Kubang Kerian Kelantan.
Dr Najihatussalehah Ahmad, merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat yang aktif. Beliau bergraduat daripada Universiti Malaya dalam bidang Perubatan dan aktif dengan gerakan Mahasiswa Islam semenjak di alam kampus. Kamaruzaman Mohamad,mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ialah penggerak utama bantahan awam di negara ini. Beliau memiliki ijazah Sains Pendidikan daripada kampus UPM serta Ijazah Sarjana daripada Universiti yang sama dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat. Usahawan berjaya ini juga adalah calon PhD di sebuah universiti tempatan.
Ustaz Abdullah Hussin, ahli legislatif daripada Johor ini merupakan tokoh pendidikan Islam di negeri tembuni UMNO ditanam. Mendapat pendidikan di Universiti al Azhar Mesir, pulang ke tanahair menjadi pengasas pusat pendidikan Islam.
Naib-Naib Presiden pula mempunyai latarbelakang pendidikan yang piawai serta penglibatan sosiopolitik yang mapan semenjak remaja. Ustaz Idris Ahmad bekas pensyarah UITM, calon doktorat universiti tempatan dan johan Pidato kebangsaan semasa belajar di KIK. Beliau memimpin pelajar di UKM di zaman kampus.
Dato Nik Amar Nik Abdullah, bekas Ketua Pelajar Maahad Muhammadi Kelantan. Anak tokoh PAS, Ustaz Nik Abdullah Arshad, beliau mempunyai M (Phil) daripada Universiti Birmingham UK. Nik Amar adalah mantan pensyarah UIAM. Dato' Iskandar A Samad adalah alumni MCKK serta belajar dalam bidang senibina daripada Universiti Humberside UK. Exco kerajaan Selangor ini terasuh cermat dengan sistem tajnid PAS.
Timbalan Presiden pula adalah mantan pensyarah kanan UITM. Beliau mendapat memperoleh Sarjana dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan daripada UKM, sebelum menyambung ijazah PhD beliau dipanggil bertanding di DUN Jengka. Dato Tuan Ibrahim menjadi Adun Jengka pada tahun 1999 sehingga 2004.
Ayah Chik Tuan Guru Presiden ialah ilmuwan yang diiktiraf dunia Islam yang telah mengarang hampir 100 buah buku. Naib Ketua Kesatuan ulama Dunia ini memperolehi kesarjanaan daripada Asia Barat, Madinah dan Mesir. Dr Shamsuri Mokhtar setiausaha politik Presiden ialah pakar aero angkasa Malaysia mendapat doktorat daripada Universiti Leeds UK.
Kabinet kepimpinan baru PAS Pusat yang dipilih oleh perwakilan di Kompleks PAS Kedah ini adalah gambaran masa depan PAS, mereka akan merencanakan rentak dan orientasi perjuangan Islam dengan dipandu oleh Majlis Syura Ulama.
PAS adalah pemain utama politik negara ini dengan menelusi sejarah panjang 66 tahun meredah belantara perjuangan. Berdepan dengan kelompok sekular pragmatis, kelompok sosialis, liberal demokrat dan juga pembenci-pembenci yang tidak akan berhenti menghadang perjalanan panjang ini. Ayuh mara mencapai cita, sejahtera bersama Islam! – HARAKAHDAILY 2/5/2017
(Penulis ialah AJK PAS Pusat, pendakwah dan Perunding Motivasi)
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan Selamat Hari Pekerja 2017 kepada semua pekerja di Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang berkhidmat di luar negara.
Selaras dengan pengiktirafan Islam terhadap golongan pekerja, PAS menghargai segala usaha, keringat dan kecerdasan yang disumbangkan oleh para pekerja daripada semua sektor ke arah membangunkan Malaysia menuju sebuah negara sejahtera.
Islam sangat menghargai pekerja yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh tekun dan amanah. Kerana komitmen yang diberi akan memacu ke arah sebuah negara lebih baik, sejahtera dan bebas daripada segala gejala negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. PAS sentiasa menyokong dan komited kepada usaha untuk menyediakan segala kemudahan dan suasana pekerjaan yang kondusif, selamat dan selesa.
Marilah kita bersama membina negara yang mempunyai ciri Keharmonian dan Keadilan Sosial, Ketelusan dan Kecekapan Urustadbir (Governance), Kemantapan dan Kemapanan Ekonomi, Keberkesanan Sistem Pendidikan, Kecemerlangan Insan dan masyarakat; dengan menjadikan Islam sebagai teras dalam pentadbiran dan pemerintahan.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
4 Syaaban 1438 / 1 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 1/5/2017
1. SAYA bagi pihak PAS merakam ucapan takziah kepada semua mangsa kejadian ribut yang melanda tapak gerai jualan dan pameran yang diadakan sempena Muktamar PAS.
2. PAS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas tindakan jitu semua pihak yang bertungkus-lumus menangani kejadian semalam.
"Sejahtera Bersama Islam"
ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
3 Sya'ban 1438 | 30 April 2017 - HARAKAHDAILY 30/4/2017
Teringat kisah kira-kira 18 tahun dahulu ketika masih mengikuti rapat perkembangan semasa bolasepak dunia terutamanya liga–liga di dunia. Antara kenangan yang paling diingati ialah perlawanan dramatik diantara pasukan Bayern Munich menentang Manchester United (MU) di Nou Camp, Barcelona.
Kemenangan yang diingati sebagai kemenangan terbaik MU kerana selain daripada kejuaraan Champions League itu, MU juga memenangi piala FA dan juara Liga Inggeris.
Dalam perlawanan itu permainan dikatakan agak lebih berpihak kepada Bayern Munich. Selepas jaringan daripada Basler, Bayern mendahului perlawanan sehingga minit ke 90. Ada pemain Bayern yang digantikan, ketika berjalan keluar beberapa minit sebelum perlawanan tamat, melambai-lambaikan tangannya kepada peminat Bayern, menandakan kemenangan seperti sudah berada di dalam tangan.
Bagaimana diceritakan, pengendali perlawanan sudahpun meletakkan riben Bayern Munich di piala kemenangan, flare dibakar oleh penyokong Bayern menandakan isyarat sambutan kegembiraan yang panjang pada malam itu. Tetapi MU sememangnya dibenci oleh kebanyakkan peminat bola ketika itu, melebarkan lagi kebencian itu setelah pada minit ke 91, iaitu dalam masa kecederaan, Teddy Sheringham yang masuk menggantikan Jesper Blomqvist, menjaringkan gol penyamaan setelah menyambung sepakan lemah Ryan Giggs.
Berselang dua minit, super-sub MU, Ole Gunnar Solskjaer yang baru masuk kira-kira 11 minit, memastikan penyokong Bayern terduduk diam, jurulatih Bayern, Ottmar Hitzfeld terpaku, keseluruhan pemain Bayern tergamam dengan jaringan itu dengan Solskjaer itu. Namun dengan masa kecederaan yang tinggal hanya beberapa saat sahaja, menghapuskan terus cita-cita Bayern untuk menyamakan kedudukan. Kebencian peminat bolasepak terhadap MU semakin menggunung, gah MU semakin meninggi ke langit dengan kekalahan Bayern itu. MU berada di dalam kelasnya mereka tersendiri. Tidak goyah dengan kebencian orang lain.
Begitulah juga Presiden PAS, setelah diasak, diserang dari segenap sudut, berkaitan dengan fitnah RM90 juta, beliau bertenang, bertahan menempuh badai serangan menggila oleh golongan ‘gila’. Beliau menjelaskan dengan penuh hikmah tentang fitnah yang ditabur itu, sambil meminta ahli-ahli PAS bersabar untuk tindakan selanjutnya. Bagai ketinggalan satu gol, beliau tabah bertahan.
Kini, beliau telah mengotakan janjinya, ibarat menjaringkan gol penyamaan diminit terakhir permainan. Sesudah itu, saman oleh PAS ini sekaligus menjadi penanda aras kepada pengfitnah PAS iaitu, mereka mestilah juga menyaman Raja Petra (RP) yang menuduh mereka mendapat biaya jutaan RM daripada Datuk John Soh itu di London, kerana RP dikatakan melakukan fitnah itu di London. Tetapi jika dia tidak memulakan saman, hanya berkata ‘akan’ saman, maka saman Presiden PAS kepada Sarawak Report itu diibaratkan gol pertama, dan “di London” itu bagaikan gol kedua oleh Presiden PAS.
Maka akan teruslah pembenci-pembenci PAS akan meroyan dan menjadi gila kerana cubaan melakukan fitnah tidak menjadi, malahan, mungkin PAS akan mendapat tahu sumber mana yang diambil oleh Sarawak Report, disamping bakal mendapat laba daripada keuntungan saman ini.
Kekallah PAS dan Presidennya dicemburui oleh lawan. Maka semakin melonjak nilai PAS kerana cubaan menjatuhkan PAS adalah lebih tinggi dan lebih mahal harganya. Lebih tebal sakit hati mereka setelah PAS berjaya menjaringkan gol-gol kemenangan itu diminit-minit akhir. Mendiamkan mereka, melemahkan mereka, memeningkan mereka bagi memikirkan strategi kotor yang lain bagi menjatuhkan PAS. PAS, tetap gah dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri, jauh meninggalkan musuh-musuh bagaikan kisah MU tadi.
Selamat Bermuktamar kepada seluruh perwakilan PAS. Bermesyuaratlah dengan aman, kita sedang mendahului dengan selesa lawan kita.
***MNA atau Mohd Nasir Abdullah adalah Aktivis Media, anggota Kumpulan Ankitivis Independan (KAMI) Terengganu, yang bermusafir saban purnama antara Al-Khor, Qatar dan Bkit Payong, Malaysia. Sekarang beliuau bermukim Simpang 4 Kangkung, Alor Star
2 Syaaban 1438/ 29 April 2017
PETALING JAYA: Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menyerahkan kepada peguamnya untuk mengendalikan saman fitnah yang difailkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Ia di tangan peguam saya. Ia tidak sesuai untuk membuat kenyataan pada peringkat awal ini,” katanya kepada FMT menerusi e-mel.
Clare yang juga pengasas portal berita itu berkata, beliau menerima writ dan pernyataan tuntutan itu Jumaat lalu.
Beliau berkata demikian susulan pengumuman Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan semalam yang Hadi sudah memfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu.
Ia susulan laporan Sarawak Report pada Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Takiyuddin dilaporkan berkata, PAS menuntut ganti rugi “besar”, tetapi enggan mendedahkan jumlahnya. Parti itu turut memohon injunksi terhadap artikel bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections – COMMENT”.
Katanya, peguam PAS di London, Carter-Ruck sudah menghantar surat tuntutan kepada Clare Disember tahun lalu bagi menuntut permohonan maaf dan menarik balik artikel berkenaan.
“Tetapi, beliau gagal memberi maklum balas, sebaliknya mengeluarkan beberapa kenyataan umum yang merumitkan lagi isu itu,” kata Takiyuddin pada sidang media di luar Muktamar Dewan Pemuda PAS di Alor Setar, semalam.
Parti Islam itu turut dilapor menubuhkan sebuah tabung khas untuk mengutip derma daripada perwakilan Muktamar PAS yang sedang berlangsung di Alor Setar, Kedah, bagi membayar kos guaman berjumlah RM200,000 untuk saman fitnah itu.
Sebelum ini, PAS berkata, kelewatan memulakan tindakan undang-undang itu berpunca daripada usaha mengumpulkan saksi di Malaysia untuk turut sama membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes itu.
PRESIDEN PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, saman itu difailkan pada 21 April lalu bagi mendapatkan jumlah ganti rugi dan suatu perintah injuksi berikutan penyiaran satu artikel di website Sarawak Report yang bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections – COMMENT”.
Katanya, artikel tersebut termasuklah kenyataan yang boleh difahami bahawa Presiden PAS secara peribadi telah menerima atau meluluskan penerimaan sejumlah besar rasuah daripada Perdana Menteri Najib sebagai pertukaran untuk berkompromi dalam hal pendirian politik PAS.
"Segala tohmahan tidak benar sama sekali, tohmahan dan dakwaan rasuah seumpama ini jelas merosakkan dan menjejaskan reputasi seorang seperti Presiden PAS yang amat komited dengan proses demokrasi sejak sekian lama.
"Di mana falsafah politik serta segala tindak tanduk beliau jelas menggambarkan beliau berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran Islam," katanya pada sidang media di luar Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.
Menurut Takiyuddin, Presiden PAS telah melantik peguam di London, Carter-Ruck yang sudah pun menghantar notis undang-undang kepada Clare akhir tahun lalu bagi menuntut permohonan maaf daripada pengasas Sarawak Report itu dan menarik balik artikel berkenaan tetapi, gagal memberi maklum balas, sebaliknya mengeluarkan beberapa kenyataan umum yang merumitkan lagi isu itu.
Justeru katanya, dengan mengambil kira keadaan fitnah yang amat berat ini Presiden PAS tidak akan membiarkan fitnah ini berlalu begitu sahaja tanpa dicabar.
Ia susulan laporan Sarawak Report pada Ogos 2015 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno. – HARAKAHDAILY 27/4/2017
AL-QURAN mengisahkan Nabi Ibrahim A.S. yang disanjung dan dimuliakan oleh penganut semua agama; Islam, Yahudi, Kristian dan musyrikin dengan kepercayaan dan sebutan yang berbeza sama ada Ibrahim, Abraham dan Brahma. Nabi Ibrahim A.S. diperintah membina Kaabah yang disebut Bait Allah (Rumah Allah).
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
(127) Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang Islam (yang tunduk patuh) kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang Islam (tunduk patuh) kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (128) Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur´an) dan Al-Hikmah (As-Sunah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (129) Dan tidak ada yang benci kepada Agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh. (130) Ketika Tuhannya berfirman kepadanya:
"Tunduk patuhlah! (Islam)" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh(Islam) kepada Tuhan semesta alam". (131) Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". (132) [ Surah Al-Baqarah: 127-132]
Bumi Mekah dipilih menjadi tempat dibina Kaabah yang menjadi kiblat kepada penganut Islam dan tempat kelahiran Rasul akhir zaman Muhammad S.A.W. daripada zuriat Ibrahim A.S. Diwahyukan kepada Baginda Kitab Suci Al-Quran yang menjadi mukjizat ilmu yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Di akhir zaman ini, kemajuan sains dan teknologi terkini yang menjadikan dunia seolah tanpa sempadan adalah daripada sedikit ilmu akal dan kajian manusia, semuanya adalah kurnia Allah S.W.T yang wajib disempurnakan dengan hidayah kitab Al-Quran itu.
Ada empat konsep terpenting ditunjukkan oleh Al-Quran melalui Rasulullah S.A.W. yang diwahyukan kepada Baginda. Empat konsep itu ialah: Hikmah (kebijaksanaan), Adil (terhadap semua), Rahmat (kepada seluruh alam) dan Maslahah (berpandukan Siyasah Syariah dan Maqasid Syariah).
Setiap satunya memerlukan kajian mendalam dan huraian terperinci oleh para ulama’ yang mendalami Al-Quran dan Sunnah yang mampu berijtihad, sama ada secara indivudu yang cukup syaratnya atau secara berjamaah (kolektif) yang dapat menyempurnakan syarat-syaratnya. Ini menjadikan Al-Quran petunjuk di sepajang zaman kepada seluruh manusia.
Berteraskan empat perkara tersebut dengan berkonsepkan rukun Iman, Islam dan Ihsan, khususnya aqidah beriman kepada Allah, Hari Akhirat dan konsep bertaqwa di dalam diri, Islam telah menguasai tiga benua besar dunia dalam masa yang cepat walaupun selepas berlakunya kewafatan Rasulullah S.A.W. dan kepungan peristiwa riddah bersama kuasa-kuasa besar dunia di timur dan barat.
Islam bukan sekadar berjaya menjatuhkan kuasa besar yang zalim walaupun bertamadun, tetapi dalam masa yang sama berjaya mencipta Tamadun Islam dan menyatukan masyarakat majmuk sehingga menjangkau sebahagian daripada tiga benua besar. Memerintah masyarakat majmuk berbagai bangsa, agama dan budaya dalam tempoh beberapa abad, sehinggalah ajaran Islam ditinggalkan kerana kelekaan pemerintah, kelemahan para ulamak dan kejahilan umat Islam sendiri terhadap agamanya serta ilmu sains dan teknologi yang telah dibina oleh tamadun Islam itu sendiri.
Di zaman kelemahan, sehingga berlakunya kejatuhan pemerintah yang membawa kepada zaman penjajahan yang bukan sekadar menjajah tanah air dan jasad umat Islam berbagai bangsa bahkan juga menjajah pemikiran, apabila dilumpuhkan kefahaman Islamnya. Tanah air umat Islam daripada Asia Tenggara di Timurnya sehinggalah Afrika Barat. Daripada Asia Tengah sehingga Afrika Tengah dipecah buminya dan dilagakan bangsanya.
Maka berlakulah kehilangan jati diri seperti yang dinyatakan Allah S.W.T:
“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasotiyyah (adil dan pilihan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot.
Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.” (Surah Al-Baqarah: 143)
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.” (Surah Ali-Imran: 110
Allah Yang Maha Esa, Kitab Al-Quran, Rasul akhir zaman dan Kiblat yang satu, sepatutnya menyatukan semula umat Islam, tetapi kecelaruan kefahaman membawa kepada kecelaruan cara hidup.
Kecelaruan ideologi telah memisahkan cara hidup berpolitik, ekonomi dan bermasyarakat madani yang sepatutnya disatukan oleh kiblatnya sudah hilang, walaupun masih berhimpun di musim Haji di hadapan Kaabah di Mekah, tetapi politik yang menguasai cara hidup berkiblat ke arah White House (Rumah Putih) di Washington.
Jelas disaksikan betapa pengaruh politik White House menghantui para pemimpin dunia Islam. Apabila kempen Pilihanraya Presiden Amerika berjalan rancak, semuanya berpihak kepada Hillary Clinton yang dikatakan bersifat sederhana dan mengutuk Donald Trump yang pelampau.
Namun apabila keputusan yang berada di White House ialah Donald Trump yang dikatakan ganas itu, tiba-tiba hala politik dan ekonomi dalam hubungan luarnya menghadap ke arah White House juga.
Para ulama yang bijaksana mewajibkan perpaduan umat Islam juga berasaskan kiblat yang satu walaupun berbeza mazhab dan bangsa dengan anggapan sebagai ahli Al-Qiblah, walaupun ada yang salah dan batil, namun dimaafkan kerana kejahilannya.
Kembalilah semula kepada Islam yang sempurna dengan satu kiblatnya ke arah Baitullah (Rumah Allah) yang berada di Makkah dalam beribadat dan seluruh cara hidup. Pecahkan kejumudan kerana kejahilan itu, serta tinggalkan kiblat ke arah White House (Rumah Putih) di Washington.
“Inilah Penyelesaian Kita” ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
29 Rejab 1438 H / 26 April 2017 - HARAKAHDAILY 26/4/2017
SEMALAM ada pertemuan AJK Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang. Persoalan yang sama diajukan kebelakangan ini di tempat-tempat lain iaitu berkenaan dengan maksud dan makna Syura.
Hari ini biasa kita dengar Syura vs Demokrasi sedangkan dari segi syariat dan perlembagaan PAS, ianya jauh daripada kebenaran. Dengan kata lain, Syura diertikan veto dan demokrasi diertikan pemilihan. Maksud syura seperti ini adalah tidak bertepatan dengan Syura yang dimaksudkan di dalam kitab fekah sebaliknya ia lebih mirip kepada maksud istibdad dan Al-Qahru (veto) yang disenaraikan sebagai berlawanan dengan maksud Syura menurut fekah Islam. Silap faham ini jika berterusan tanpa pembetulan boleh membawa kepada PAS menjadi sebuah parti yang autokrasi.
Syura dari segi maksud dalam bahasa arab dengan istilah Fekah dan pelaksanaannya tidak jauh berbeza. Syura dari segi bahasa dengan maksud mesyuarat dan berbincang. Dari segi istilah ia bermaksud pelantikan pemimpin yang terdiri daripada dua komponen, iaitu ijab (pencalonan nama) dan qabul iaitu penerimaan oleh wakil masyarakat yang dikenali sebagai baiah.
Kedua-dua komponen ini wujud di dalam perlantikan 4 Khulafa' Ar-Raasyidun, bermula daripada pencalonan dan diakhiri dengan qabul (baiah). Teknikal pencalonan 4 Khulafa' Ar-Raasyidun berbeza-beza, di mana pencalonan Saidina Abu Bakar secara mesyuarat, pencalonan Saidina Umar secara "putera mahkota" dan pencalonan Saidina Othman melalui penamaan yang disenaraikan oleh Saidina Umar. Kesemua ijab ini diakhiri dengan baiah, persetujuan wakil-wakil masyarakat pada masa itu; Auz, Khazraj, Quraish dan lain-lain. Wakil masyarakat ini akhirnya dikenali sebagai Ahlu Al-Hilli Wa Al-Iqdi. Baiah ini mewujudkan mesyuarat dan perbincangan justeru setiap qabilah menghantar wakil dan ia disempurnakan dengan perbincangan dan mesyuarat.
Kesilapan faham yang besar pada hari ini apabila melihat cara pelantikan khalifah hanya fokus kepada ijab dengan melupakan baiah. Biasanya mereka menggunakan model Saidina Abu Bakar melantik Saidina Umar justeru Saidina Abu Bakar menamakan Saidina Umar sebagai Khalifah selepasnya dan mereka menyimpulkan bahawa Saidina Umar terlantik secara sah dengan sebab itu. Padahal sebenarnya itu hanyalah peringkat murassyah (pencalonan) tetapi pelantikan Saidina Umar secara rasmi dan sah berlaku hanya apabila berlakunya baiah di kalangan Ahlu Al-Hilli Wa Al-Iqdi.
Dua komponen ini, iaitu pencalonan dan baiah dikenali sebagai sistem syura. Di dalam fekah Islam, disenaraikan cara pemlilihan pemimpin iaitu perlantikan dengan nas, putera mahkota dan pemberontakan. Dr Wahbah Zuhaili menyebut: "Cara Islam yang betul hanyalah dengan satu cara sahaja, iaitu pelantikan yang dibuat berasaskan baiah Ahlu Al-Hilli Wa Al-Iqdi yang mengandungi elemen persetujuan orang ramai untuk menentukan seseorang pemimpin. Ini berasaskan kaedah Syura dan pemikiran bahawa perlantikan pemimpin ini adalah fardhu kifayah." (Fiqh Islam: Jilid 6 m/s 673)
"Telah berlaku ijmak umat Islam selain daripada Syiah bahawa penentuan Khalifah (pemimpin) disempurnakan (secara rasminya) dengan baiah, iaitu pemilihan dan persetujuan umat dan individu yang dipilih sebagai pemimpin. Ini adalah akad yang sebenar daripada keseluruhan (konsep) akad (dalam Islam) yang disempurnakan dengan persetujuan yang berasaskan keredaan kedua-dua belah pihak". (Fiqh Islam: Jilid 6 m/s 685)
Cara baiah Ahlu Al-Hilli Wa Al-Iqdi di zaman dianggap sebagai pelantikan orang ramai justeru keanggotaan Ahlu Al-Hilli Wa Al-Iqdi adalah mewakili masyarakat ramai atau qabilah-qabilah seperti Auz, Khazraj, Quraish dan lain-lain.
Kesemua Khulafa Ar-Raasyidun dan era khalifah selepas era itu melakukan sistem baiah atau syura ini dengan teknikal yang berbeza tetapi prinsipnya sama. Prinsip yang menjadi elemen penting di dalam pemilihan pemimpin ialah individu yang melengkapi syarat-syarat yang digariskan oleh nas seperti mencari orang yang paling alim dan berilmu di kalangan masyarakat. Bagi menepati ciri syariat ini, maka mereka mencarinya melalui perbincangan sewaktu pelantikan Saidina Abu Bakar. Tetapi era Saidina Abu Bakar pula melihat Saidina Umar orang yang melengkapi ciri tersebut lalu beliau terus menamakan Saidina Umar sebagai calon. Di zaman Saidina Umar pula, ia membiarkan sebilangan sahabat untuk berbincang untuk mencari mereka yang melengkapi ciri syariat tersebut di kalangan mereka. Jadi, prinsipnya sama iaitu mencari orang yang menepati ciri syariat, tetapi teknikalnya pencarian adalah berbeza. Kesemua perbezaan teknikal pemilihan calon ini diakhiri dengan prinsip pemilihan yang satu, iaitu diakhiri dengan baiah di kalangan Ahlu Al-Hilli Wa Al-Iqdi.
Di zaman era Othmaniah, Ahlu Al-Hilli Wa Al-Iqdi ini dipilih daripada seluruh empayar Islam yang luas. Jika dilihat sepintas lalu, maka teknikal pelantikan anggota Ahlu Al-Hilli Wa Al-Iqdi ini agak mirip dengan demokrasi tetapi berbeza dari segi prinsip-prinsip asas yang bagi saya agak panjang perbahasannya jika dimuatkan dalam artikel pendek ini.
Dalam konteks pemilihan PAS hari ini sudah menepati kaedah Syura (baiah), di mana pencalonan daripada kawasan yang berakhir dengan pengundian di dalam muktamar sudah merangkumi elemen ijab dan qabul menurut fekah Islam di mana pengundian daripada perwakilan seluruh kawasan di Malaysia sudah melengkapi ciri-ciri baiah Ahlu Al-Hilli Wa Al-Iqdi. Cuma yang perlu diperkasakan ialah semua perwakilan yang layak mengundi perlu memahami lebih mendalam ciri-ciri dan kelayakan-kelayakan calon yang mereka wajib pilih menurut syariat. Perkara ini boleh dimajukan dan diperkasakan dari masa ke semasa.
Dari sudut lain, jika pemilihan pemimpin dengan keputusan mesyuarat tertinggi kemudian keputusan itu dipaksa untuk kawasan menerimanya, atau tanpa mendapat persetujuan kawasan, maka ini bukan maksud Syura menurut fiqh Islam, bahkan ianya mirip kepada istibdad (al-qahr) dan kaedah pelantikan dengan nas yang diamalkan di dalam mazhab Syiah.
Adapun cara yagn diamalkan oleh Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) yang boleh dicontohi ialah dengan cadangan daripada mesyuarat DUPP untuk Urusan Ulamak Kawasan (UUK) menerima calon sedia ada dan ditiadakan pertandingan.
Keputusan ini dihormati dan diterima oleh seluruh UUK menyebabkan mereka tidak membuat pencalonan baru. Inilah fakta yang berlaku dalam DUPP sehingga tiada pertandingan sejak sekian lama. Kaedah ini menepati kaedah Syura kerana persetujuan cadangan calon daripada DUPP oleh UUK boleh dianggap sebagai baiah yang sah yang melengkapi 2 komponen Syura menurut Fekah Islam. - HARAKAHDAILY 26/4/2017
Patik mewakili seluruh pimpinan dan ahli PAS merafak sembah takzim setinggi-tinggi tahniah KDYMM Sultan Muhammad V atas pertabalan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XV dan berdoa agar Tuanku dapat memerintah dengan jayanya.
2. Sesungguhnya Raja Berpelembagaan adalah payung kepada kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai ini. Naungan Tuanku bermakna rakyat dan kerajaan perlu mencurahkan taat setia agar kerukunan negara ini sentiasa terpelihara.
3. Keadilan adalah aspek utama dalam menunaikan pemerintahan yang menjadi suruhan dan pertanggungjawaban oleh Allah kepada wakil-Nya di muka bumi bagi menjalankan amanah kekhalifahan.
4. Patik dan seluruh rakyat jelata selama ini telah menjadi saksi serta menyanjungi kesantunan Tuanku mencemar duli dalam menyelami hal ehwal rakyat dan negara, dengan penuh pengharapan agar ia terus dilangsungkan sepanjang pemerintahan Tuanku.
5. Selaku penaung tertinggi agama Islam yang juga agama bagi negara ini, patik meyakini Tuanku adalah teladan untuk membawa mesej agama rahmat kepada sekalian alam ini tersemai ke bumi Malaysia dengan mengharmoni dan menyatukan kepelbagaian pada seluruh rakyat.
6. Semoga di bawah pemerintahan Tuanku, kepercayaan kepada Tuhan, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan akan mengukuh setia dalam ikrar rakyat Malaysia semuanya.
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
27 Rejab 1438H / 24 April 2017M
HULU SELANGOR : PAS hari ini mahu PKR dan Pakatan Harapan supaya jangan mengganggu Kelantan dan “kerusi tradisi” PAS yang lain.
Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian di himpunan PAS Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.
“Jangan ganggu kerusi PAS. Bila ada kerusi PAS diganggu, kita bebas bertanding mana-mana termasuk kerusi PKR, Amanah dan mana-mana parti dalam PH,” kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Saya tengok banyak gangguan misalnya nak serang Kelantan, dan Amanah nak tanding di Shah Alam. Kita akan pertahankan kerusi di Shah Alam sebab mereka menang atas tiket PAS.”
Beliau memberi peringatan itu beberapa hari sebelum PAS membawa usul memutuskan hubungan dengan PKR pada muktamar 27 April nanti.
Sementara itu, semua perbincangan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum dilaporkan membawa hasil. Pakatan pembangkang mahu PAS bersama rancangan memastikan pertandingan 1 lawan 1 melawan BN pada pilihan raya akan datang.
Tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu video tular Mac lepas dirakamkan mahu PAS memerintah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor, manakala selebihnya terserah kepada Umno.
Sambil meminta Kelantan dan “kerusi tradisi” tidak diganggu, PAS hari ini mencadangkan pakatan pembangkang supaya menumpukan negeri lain.
“Kita harap rakan-rakan dalam PH ingatkan mereka dan akur dengan kerusi tradisi PAS. Kita kena tumpu negeri yang dimenangi oleh Umno,” kata Tuan Ibrahim.
“PAS Selangor dah sedia hadapi PRU akan datang yang akan diadakan bila-bila masa. PAS akan kerahkan seluruh tenaga untuk kerusi yang potensi dimenangi.”
Spekulasi kerjasama antara PAS dan Umno kuat diperkatakan menuju pilihan raya umum ke-14 yang selewat-lewatnya perlu diadakan tahun depan.
Semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam kenyataan meminta pakatan pembangkang supaya jangan bertanding di 80 kerusi yang PAS mahukan pada PRU nanti.
Ini bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru ketika PAS menentang Umno, katanya.
PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad bagaimanapun berkata, angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan PAS pusat.
SAYA tertarik dengan respons Parti Amanah Negara apabila saya katakan Pan jangan masuk di kerusi PAS lawan Umno.
Respons mereka mengesahkan sememangnya Pan adalah penyebab kepada 3 penjuru. Dan sememangnya mereka berhasrat dan berniat untuk berlaku 3 penjuru.
Jika 3 parti PAS, PKR dan DAP kekal pada kerusi masing-masing pada PRU ke-13 bertanding lawan BN maka tak akan berlaku 3 penjuru.
Tapi yang pasti Pan tentu mahu bertanding di kerusi tradisi PAS lawan Umno bagi merelevenkan kehadiran mereka dalam politik iaitu Pan nak ganti PAS.
PBBM juga mahu. Sebab itu dia mahu berunding kerusi dengan PAS.
Idea 2 penjuru yang PH jaja selama ini apa maksudnya?
Adakah maksudnya PAS jangan kacau kerusi DAP lawan MCA dan Gerakan?
Juga PAS jangan kacau kerusi pkr lawan MCA dan Umno, manakala kerusi tradisi PAS pula sebanyak lebih kurang 80 kerusi lawan Umno akan diagih-agihkan kalangan PAS, Pan dan PBBM?
Begitukah maksud mereka?
Kalau itu maksud mereka ia bererti idea dua penjuru bertujuan mengecilkan size PAS dalam pertandingan pilihan raya.
Jika BN jatuh maka PAS hanyalah parti politik yang seumpama melukut di tepi gantang parti-parti pembangkang lain. Perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak akan ke mana.
Sebab itu saya tegaskan Pan dan PBBM jangan bertanding di kerusi PAS lawan Umno iaitu 80 kerusi tradisi. Ia hanya akan menguntungkan Umno.
Pan dan PBBM minta sahaja sebahagian kerusi DAP dan PKR tandingi iaitu sebanyak lebih kurang 150 kerusi parlimen termasuk Sabah dab Sarawak. Itu akan menjadikan pembangkang satu lawan satu dengan BN.
TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sedikit kocakan yang berlaku terhadap PAS dua tahun lalu ternyata tidak melemahkan PAS.
Malah, katanya kemenangan tanpa bertanding jawatan tertinggi ketiga-tiga dewan menjelang muktamar menunjukkan PAS semakin bersatu.
"Ini sudah tentu menutup mulut pengkritik-pengkritik kononnya PAS akan berpecah teruk kali kedua selepas mereka yang kalah pada pemilihan lalu bertindak keluar parti.
"Malah, hanya PAS satu-satunya parti yang berani mengadakan pemilihan pada tahun pilihan raya," katanya pada Majlis Perasmian Penutup Konvensyen PAS Pahang 2017 di Kuantan, hari ini.
Dalam konvensyen bertema 'PAS Teraju Pahang' diisi dua pembentangan iaitu 'Kegagalan kerajaan BN - Pahang perlu diselamatkan' oleh Adun Beserah Andansura Rabu dan 'Tsunami Melayu PRU 14' oleh AJK PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki.
Tuan Ibrahim turut memuji dan mengucap tahniah kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang berani mempertahankan parti itu ketika diserang.
"Pada waktu orang lain menentang RUU355, mereka berkempen menyokong. Pada ketika PAN menentang usaha kerajaan Kelantan menghentikan operasi perniagaan untuk solat Maghrib, DHPP menyatakan sokongan kepada usaha murni itu," ujarnya di hadapan 800 jentera pilihan raya PAS Pahang.
Sementara itu, dalam sidang media selepas program, Tuan Ibrahim menganggap sasaran PAS menguasai Pahang dengan bertanding 30 kerusi Dun adalah realistik.
Katanya, meskipun PAS hanya menang tiga kerusi pada PRU yang lalu, namun kebanyakan kerusi yang ditandingi hanya kalah dengan margin yang kecil di bawah 10 peratus. - HARAKAHDAILY 23/4/2017
Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD
KUALA LUMPUR: Pemimpin mana-mana parti politik harus berfikir melewati lebih daripada parti politiknya jika benar-benar ingin membangunkan sebuah negara, demikian kata Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad.
Ujarnya, kerajaan persekutuan Umno-BN misalnya adalah antara parti politik yang terlampau bersifat partisan sehingga menganak tirikan kerajaan-kerajaan yang ditadbir oleh pembangkang.
Demikian itu, Ahli Dewan Undangan Ne geri Chempaka itu menyeru pemimpin politik mengetepikan seketika sentimen politik sebaliknya memikirkan cara menjadikan Malaysia lebih hebat demi kepentingan rakyat Malaysia.
“Tidak kiralah dari parti mana sekalipun kita nak menjadikan Malaysia ini hebat namun kita semua ada cara masingmasing. “Kita tidak mahu ambil apa yang BN selalu katakan, bahawa pembangkang ini semua tidak setia kepada negara. Kita (pembangkang) setia kepada Malaysia, kita nak Malaysia ini hebat.
Hakikatnya kita tidak setia kepada parti yang memerintah, kita hanya setia kepada negara,” katanya dalam ucap an perasmian Seminar Nasional Negaraku Menjelang 60 Tahun Merdeka.
Seminar yang membentangkan penilaian pencapaian negara selepas negara mencapai 60 tahun kemerdekaan di samping membincangkan cabaran masa depan negara itu menampilkan tokoh korporat, tokoh profesional dan ahli akademik.
Lima slot pembenta ngan yang membincangkan topik terhangat yang melanda negara bermula dari tahun 1957 negara mencapai kemerdekaan telah disampaikan oleh Dr Raja Iskandar Al-Hiss yang membawa tajuk sosiobudaya, ekonomi dan hubungan antarabangsa dibentangkan oleh Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin, keselamatan dan undang-undang oleh Dr Muhammad Fathi Yusof manakala politik dan demokrasi, oleh Profesor Dato’
MARANG - Pas mengucapkan tahniah atas kemenangan gandingan Anies Beswedan dan Sandiaga Uno dalam Pilihan Raya Gabenor Jakarta setelah mengalahkan penyandang jawatan itu, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dan timbalannya, Djarot Saiful Hidayat.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menaruh harapan tinggi kepada Anies Beswedan dan Sandiaga Uno untuk berlaku adil kepada semua dengan menjaga hak bagi orang Islam dan bukan Islam kerana konsep adil dalam Islam itu dekat dengan sifat taqwa.
Menurutnya, pilihan raya berkenaan mendapat perhatian umat Islam seluruh dunia berikutan tindakan Ahok menghina al-Quran dan mendapat reaksi luar biasa umat Islam melalui Himpunan Jutaan Umat dan protes undi pilihan raya.
"Kita bergembira dengan kemenangan ini atas nama kesatuan umat Islam. Islam mengajar cara bermasyarakat majmuk dalam negara berbilang kaum agama, warna kulit dan jantina.
"Di mana wajib bagi orang Islam tidak meruntuhkan binaan rumah ibadat orang bukan Islam, manakala orang bukan Islam juga wajib menghormati hak beragama orang Islam dan saling menjaga sensitiviti beragama," katanya hari ini.
Dalam pada itu, beliau dalam masa sama mengajak seluruh umat Islam untuk bersatu di atas nama Islam dan bekerjasama di atas nama kemanusiaan dalam masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama.
"Ingatlah bahawa umat Islam akan kuat apabila berpegang dengan ajaran Islam, dan menjadi lemah apabila meninggalkan perintah ALLAH.
"Pada masa sama, hak dan urusan ibadat orang Islam haruslah dihormati bertepatan dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan.
"Bersikap chauvinis dan politik perkauman sempit hanya akan mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan perlu dihalang dari disuburkan," katanya. Sumber TKO - 21-4-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Harga minyak: Perlu mekanisme tidak beban rakyat
SEBAGAI negara pengeluar minyak kerajaan perlu memikirkan mekanisme harga yang kompetitif yang tidak membebankan rakyat dan jauh lebih murah, demikian menurut AJK PAS Pusat Muhtar Suhaili.
Tambahnya, subsidi yang pernah diberi sebelum ini dapat diguna pakai dengan kerajaan menstruktur semula perbelanjaan berasaskan keutamaan (priority) dengan menjadikan kebajikan Rakyat terbanyak sebagai agenda utama.
"Hasil negara daripada cukai seperti GST yang diperkenalkan sewajarnya memberi ruang kepada kerajaan untuk menambahbaik mutu kehidupan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Secara asasnya, jelas beliau harga minyak dunia turun naik dan berubah-buah dari semasa ke semasa berdasarkan permintaan dan penawaran serta faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran.
"Penetapan harga siling adalah disokong cuma menetapkan harga siling secara tahunan agak sukar kerana faktor-faktor pemboleh ubah yang disebut itu," jelasnya.
Beliau berkata demikian mengulas kaedah yang digunakan kerajaan iaitu menetapan harga runcit petrol dan diesel secara mingguan bermula 29 Mac lalu dilihat sudah mula memberi kesan terhadap pertambahan kos yang perlu ditanggung oleh pengguna.
Walaupun pengguna menikmati penjimatan sebanyak 17 sen (bagi RON95) pada minggu pertama, namun harga runcit bahan api itu telah meningkat sebanyak 11 sen hanya dalam tempoh 3 minggu sahaja; lebih cepat berbanding penetapan secara bulanan.
"Sekiranya tiada mekanisme kawalan dilaksanakan, beban kos sara hidup rakyat di negara ini akan semakin bertambah dengan lebih cepat lagi," ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/4/2017
TAK payah lah nak berperang dengan saya. Saya tak gugat sesiapa. Saya pegang jawatan AJK PAS Pusat bukan saya lobi dan mengampu. Perwakilan yang pilih saya. Saya duduk dalam AJK Dewan Ulamak PAS Pusat kerana AJK DUPP yang lantik saya. Saya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah DAKWAH PUSAT kerana cadangan Harian Pusat bukan saya hantar permohonan.
Saya sandang jawatan Ketua DUP Negeri bukan dengan cara guling ketua terdahulu tapi saya dipilih melalui muktamar DUP Negeri. Sebelum saya dipilih ke jawatan di atas, saya pernah menyandang jawatan YDP Paya besar, Timbalan Ketua Pemuda Negeri dan Ketua Pemuda Kawasan Temerloh.
Sebelum itu saya hanya ahli biasa. Saya dah biasa tiada jawatan. Namun khidmat saya kepada parti saya buat sekadar kemampuan dan tak pernah terfikir nak buat parti sendiri dan saya angkat diri jadi presiden parti itu. Kalaupun nanti saya tak dipilih dan tak pegang apa-apa jawatan saya tetap begini. Setia saya kepada parti tidak berbelah bagi selagi parti ini setia dengan perjuangan Islamnya.
Jangan duk ungkit pasal ada mesyuarat parti yang saya tak hadir. Itu adalah kerana saya terpaksa hadir mesyuarat yang lain yang juga waktu yg sama. Jangan buat alasan kononnya status saya keras dan kasar. Itu adalah kerana terpaksa respon kepada manusia yang biadap dengan ulamak dan Islam. Kalau sekadar maki saya dan fitnah saya.. lantak kamu lah. Saya tak penting. Ada ataupun tiada. Tapi parti dan Islam adalah penting untuk terus ada hingga hari kiamat.
Jangan berbalah dengan saya. Sebab saya tak rebut kerusi sesiapa. Saya tak pernah tawar diri untuk mana-mana kerusi dan bahkan tak pernah bertanya di mana kerusi untuk saya. Kalaupun tiada jawatan saya masih ada pondok, kolej dan maahad tahfiz untuk saya berkhidmat sebelum digelar JENAZAH.
Jadi, tak payah berpolitiking dengan saya kerana saya tak pernah rampas dan rebut hak sesiapa. Cuma saya ingatkan. Jangan kamu kurang ajar dengan Islam, dengan jamaah, dengan ulamak dan pimpinan yang jujur. Saya akan memusuhi kamu.
Ketika kamu menyerang Islam saya yakin ramai akan berdiri di belakang saya untuk sama-sama kembali menyerang kamu. – HARAKAHDAILY 19/4/2017
PAS menjangka pilihan raya umum(PRU) ke-14 hanya akan diadakan selepas kajian semula persempadanan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Semenanjung dan Sabah dibawa ke parlimen.
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali berkata cadangan pindaan persempadanan itu perlu dibawa ke persidangan Dewan Rakyat untuk mendapat kelulusan.
Katanya, persidangan parlimen terdekat hanya akan diadakan bermula pada 24 Julai hadapan.
“Saya berpandangan PRU ke-14 tidak akan diadakan sebelum cadangan persempadanan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mendapat kelulusan.
“Lagi pula cadangan itu perlu mendapat kelulusan dua pertiga anggota parlimen,” katanya pada Konvensyen PAS Kelantan di Putik Pengkalan Chepa malam tadi.
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Selain itu Setiausaha PAS negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Zulkifli Mamat dan pimpinan peringkat negeri dan kawasan.
Kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya di Semenanjung hanya melibatkan pindaan dan perubahan nama bagi kerusi Parlimen dan Dun.
Manakala di Sabah pula SPR mengesyorkan jumlah kerusi Dun ditambah sebanyak 13 bahagian daripada 60 sekarang.
Sejarah persempadanan kawasan pilihan raya sebelum ini banyak membantu Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih kemenangan besar termasuk pada 2004.
Pada konvensyen tersebut turut diadakan pembentangan termasuk mewakili Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulama, Dewan Himpunan Penyokong PAS, PAS kawasan, Majlis Tindakan Dun dan jawatankuasa pengundi luar.
Wakil-wakil setiap kluster tersebut juga menerima panji (bendera PAS) daripada Menteri Besar.
Ikrar bagi mempertahankan kerajaan negeri pula diketuai anggota parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin. - HARAKAHDAILY 17/4/2017
BERIKUTAN daripada siaran karikatur dalam Akhbar Harian Nanyang Siang Pau bertarikh 8 April 2017 yang telah mengguris hati dan mendapat bantahan pada minggu berikutnya, ianya telah menimbulkan suasana kurang enak dalam suasana semasa di negara kita ini.
Saya melihat bahawa kerap kali batasan antara erti ‘kebebasan ekspresi’, ‘satira’ dan ‘sensitiviti masyarakat Islam’ yang sememangnya meletakkan agama sebagai satu urusan kehidupan yang terlalu mulia adalah kadangkala sukar dibezakan oleh kalangan tertentu dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang agama, keturunan, bangsa, pendidikan, dan sebagainya.
Lanjutan daripada apa yang berlaku hasil penerbitan karikatur berkenaan dan bantahan yang terjadi, pihak kami telah menerima satu surat permohonan maaf daripada pihak Ketua Pengarang Akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 12 April 2017 dan juga maklumat permohonan maaf secara terbuka yang dicetak di akhbar berkenaan.
Sehubungan dengan itu, saya dengan ini mengajak umat Islam yang terguris dengan penerbitan karikatur berkenaan agar dapat bersama saya untuk memaafkan pihak akhbar berkenaan, dengan harapan agar ianya tidak berulang lagi di masa depan.
Saya merasakan bahawa kesilapan penerbitan ini berlaku adalah akibat dari keterlanjuran dan kejahilan dalam mereka memahami batasan sensitiviti agama yang sangat halus garisnya.
Semoga dengan tindakan memaafkan ini, kita sama-sama dapat terus komited untuk menyuburkan keharmonian dan sifat saling faham memahami dalam masyarakat di Malaysia khususnya.
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG Presiden PAS
Bertarikh: 20 Rejab 1438H / 17 April 2017M - HARAKAHDAILY 17/4/2017
Berikut adalah wawancara dengan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah diutarbelitkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris, yag sama sekali telahmemberikan gambaran ‘songsang’ dari maksud asal.
PAS Tidak Akan Sesekali Tunduk Mukadimah
APRIL mungkin boleh dianggap bulan bermakna kepada DATUK SERI ABDUL HADI AWANG. Sebagai Ahli Parlimen Marang, beliau mencatatkan sejarah apabila membentangkan Rang Undangundang 355 di Dewan Rakyat pada 6 April lalu, manakala pada 11 April pula, beliau diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PAS.
Sememangnya kedua-dua peristiwa itu amat bererti kepada ulama berusia 70 tahun tersebut, apatah lagi ia dicapai ketika Pas dan beliau sendiri diasak dengan pelbagai ‘serangan’ politik.
Dalam wawancara secara e-mel dengan Wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, Presiden Pas tersebut menjawab pelbagai isu yang melumuri parti tersebut termasuklah hubungan dengan UMNO dan Pakatan Harapan serta Muktamar PAS Kali Ke-63 di Alor Setar, hujung bulan ini.
Kemenangan Sebagai Presiden PAS
Tahniah Datuk Seri atas kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Pas. Apakah komen Datuk Seri berhubung kemenangan ini?
DS ABDUL HADI: Ini suara ahli PAS, sebelum ini saya telah maklumkan, saya serahkan kepada ahli PAS untuk menentukan kedudukan saya dan kepemimpinan PAS.
Dengan kepercayaan ini, saya dengan penuh tanggungjawab akan menunaikan amanah ini sebaik-baiknya, insya-Allah.
Ramai pihak berpendapat kemenangan ini menunjukkan pemimpin dan ahli PAS tidak terpengaruh dengan pelbagai asakan yang dilihat bertujuan menggugat kedudukan Datuk Seri sebagai Presiden, apa pandangan Datuk Seri?
DS ABDUL HADI: Kita ahli-ahli PAS dididik supaya menyertai PAS kerana dasar Islam yang diperjuangkan. Maka ahli PAS memilih pimpinan yang boleh membawa dasar Islam, tegas mempertahankan Islam dan tak terpengaruh dengan suara luar PAS. Mereka yang cuba ingin mengubah hala tuju perjuangan Pas akan ditolak oleh ahli PAS. Sejarah telah membuktikan.
Adakah Datuk Seri terganggu dengan kenyataan bahawa kepemimpinan Datuk Seri kurang berkarisma berbanding Allahyarham Tan Sri Asri Muda, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat?
DS ABDUL HADI: Kepemimpinan terdahulu telah berjuang sehingga ke akhir hayat mereka bersama dengan Pas kerana mereka meyakini PAS adalah sebuah gerakah Islam, dan mereka bekerja keras dengan kelebihan tersendiri. Saya hanya menyambung perjuangan Islam yang pernah didokong oleh mereka yang telah lalu.
Muktamar kali ini dianggap muktamar terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan, apakah yang Datuk Seri harapkan daripada perwakilan?
DS ABDUL HADI: Saya mengharapkan jentera PAS bekerja keras, setiap cawangan, kawasan dan negeri berada pada tahap bersedia dengan sebarang kemungkinan. Patuh dan taat kepada arahan pimpinan. Dekati rakyat, tidak ada jalan lain untuk selamatkan negara ini dengan kita kembali kepada bahtera Islam.
Pada tahun lalu, ucapan dasar Datuk Seri berkisar soal mewujudkan budaya politik matang, tahun ini apakah pula mesej yang ingin Datuk Seri sampaikan kepada perwakilan?
DS ABDUL HADI: Mesej kali ini kita mahu sampaikan kepada perwakilan dan rakyat, kita mahu selamatkan negara dengan Islam.
Ini kerana, selepas terbuktinya kegagalan agama dan ideologi lain dalam menyelesaikan masalah ekonomi, politik dan moral, kini sudah tiba masanya Islam diberi peluang untuk menyelesaikan masalah negara. Kita mahu tukar sistem yang sedia ada dengan sistem Islam, tidak cukup sekadar tukar individu semata-mata.
Budaya politik matang yang Datuk Seri kemukakan dilihat sesetengah pihak hanya merugikan perjalanan politik Pas kerana berpandangan ia akan menjejaskan usaha Pas untuk menggantikan UMNO, apa pendapat Datuk Seri?
ABDUL HADI: Mesej PAS adalah menyelamatkan manusia bersama Islam, maka konsep Dakwah Bil Hikmah yang mengutamakan damai atau disebut Muwajahah Silmiyyah hendaklah diutamakan.Nabi Muhammad SAW sudah bagi panduan untuk memerintah negara. Apabila Raja Habsyah, Raja Oman, Raja Bahrain dan ketua-ketua kaum menerima Islam, mereka semua dikekalkan di tempat masing-masing.
Namun kalau ada yang menolak, maka diturunkan daripada jawatannya dan digantikan dengan mereka yang beriman dan bertakwa bersama Islam.
Hubungan Dengan PKR Dan Pakatan Harapan
Datuk Seri sudah membuat keputusan bahawa PAS tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan kerana tidak mahu menjalin hubungan dengan DAP dan PAN, tetapi ramai yang tertanya-tanya soal hubungan Pas dengan PKR kerana PKR juga adalah komponen dalam Pakatan Harapan?
DS ABDUL HADI: Tunggu Muktamar Pas Ke-63 nanti.
Ketika ini desakan di peringkat kawasan semakin ketara menggesa PAS supaya memutuskan hubungan dengan PKR, pada pandangan Datuk Seri kenapakah desakan itu wujud?
DS ABDUL HADI: Kita pimpinan Pusat akan dengar dulu pandangan ahli, dan kita akan bawa suara mereka untuk dibincangkan di peringkat kepemimpinan parti.
Ramai meramalkan Pas akan kalah teruk jika bertanding sendirian dalam PRU-14 nanti. Ini berikutan perpecahan yang berlaku dalam PAS sehingga tertubuhnya PAN, adakah Datuk Seri tidak bimbang dengan pandangan ini?
DS ABDUL HADI: Keahlian PAS meningkat setiap bulan, PAS semakin kuat. Pimpinan dan ahli bersatu dan jelas matlamat yang hendak dibawa. Kita ada kekuatan akar umbi yang tidak dimiliki oleh parti pembangkang yang lain. Kita ada strategi tersendiri. Kita yakin masa depan cerah untuk PAS dalam PRU-14.
Apa yang nyata ialah dalaman PAS semakin kuat dengan gerombolan kemasukan semua kalangan termasuk profesional dan agamawan, rakyat dan sebagainya ke dalam PAS. PAS tidak berpecah daripada muktamar lalu, apa yang berlaku ialah ada pihak yang kecewa dan mereka ini memisahkan diri daripada PAS kerana gagal mengubah dasar dan kaedah mengikut selera mereka. Apa yang berlaku ialah dasar perjuangan PAS yang tetap kekal hingga kini.
PAN cuba meraih undi dengan terus memperalatkan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz dan DAP pula membandingkan Allahyarham dengan kepemimpinan Datuk Seri, persoalannya kenapakah mereka berbuat demikian?
DS ABDUL HADI: Sekiranya sesuatu pihak itu kuat dan mampu berdikari, tentunya mereka tidak akan mempergunakan tokoh yang tetap istiqamah bersama PAS hingga akhir hayatnya.
Nampaknya mereka tak boleh berdiri atas kaki sendiri sehingga terpaksa menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz untuk menghalalkan tindakan mereka. Apatah lagi kita melihat mereka telah menjadi jurucakap kepada pihak yang keras dan kasar terhadap pelaksanaan syiar Islam dalam negara ini.
Lihat dan telitilah balik kenyataan Allahyarham Nik Aziz yang keras terhadap DAP apabila mereka menentang apa yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Hakikatnya ialah Allahyarhamlah yang memberikan sokongan dan dokongan yang kuat kepada saya semasa saya menjadi Presiden Pas selama ini.
DAP nampaknya terus melakukan serangan ke atas PAS, pada pandangan Datuk Seri kenapakah mereka berterusan berbuat demikian sedangkan PAS bukan lagi berada dalam pakatan pembangkang dan tidak juga menjadi sekutu UMNO?
ABDUL HADI: Kerana PAS tidak berkompromi soal kepentingan Islam. DAP sedar PAS menjadi penghalang utama kerakusan mereka yang mahu memerintah Malaysia atau mahu suara mereka kuat dan mampu menundukkan pihak lain. Ini bukti Pas tak pernah tunduk kepada sesiapa, sama ada DAP atau UMNO. PAS ada jati diri Islam.
Apakah pandangan Datuk Seri mengenai kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, apakah kesannya kepada kuasa politik orang Melayu memandangkan penubuhan sebuah lagi parti akan memecahkan lagi undi orang Melayu?
DS ABDUL HADI : Kuasa politik orang Melayu ada pada PAS dan UMNO. Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih PAS atau UMNO. Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan PAS, syaratnya terima Islam.
Rang Undang-Undang 355
Apakah perasaan Datuk Seri sebagai Presiden PAS apabila impian untuk membentangkan Rang Undang-Undang 355 akhirnya tercapai?
DS ABDUL HADI: Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan usaha sedikit ini untuk mengusahakan cadangan memperkasa beberapa aspek perundangan untuk Mahkamah Syariah di negara kita.
Saya ucap terima kasih kepada kerajaan yang memberi laluan, kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, kakitangan kerajaan, para peguam, ahli akademik dan seluruh rakyat yang bertungkus lumus berusaha dan mendoakan usaha murni ini. Ia adalah usaha bersama semua pihak yang cintakan agama dan penghayatan agama dalam kehidupan mereka.
Walaupun pelbagai penjelasan diberikan termasuklah menegaskan berkali-kali bahawa RUU355 itu bukan hukum hudud dan khususnya untuk orang Islam, tetapi DAP, PKR dan PAN tetap menentangnya, apa komen Datuk Seri?
DS ABDUL HADI: Sudah berkali-kali saya menjelaskan dalam ucapan dan penulisan saya bahawa cadangan pindaan ini tiada kaitan dengan hudud, tetapi nampaknya ada lagi individu dan parti-parti politik tertentu dalam negara ini yang tidak cuba memahami, atau buat-buat tak faham, atau sengaja tidak mahu faham. Sepatutnya baca dan lihatlah dengan mata hati yang murni dan tenang.
Kita mendapat maklumat, mereka takut sekiranya syariat Islam diperkasakan, orang bukan Islam akan melihat kebaikan ini.
Satu lagi tuduhan yang dilemparkan kepada Pas ialah langkah kerajaan membenarkan Datuk Seri membentangkan Rang Undang-undang ini hanya akan memecah belahkan orang Islam, apa pendapat Datuk Seri?
DS ABDUL HADI: Orang Islam akan bersatu dengan berpegang kepada ajaran Islam, orang Islam akan berpecah apabila meninggalkan Islam. Kita lihat melalui RUU355 berlakunya kesatuan umat Islam, orang Pas sokong, orang UMNO sokong, NGO-NGO Islam pun sokong. Kita juga dapati rakyat yang cintakan agama berterusan menyokongnya.
Sejauh manakah hubungan Pas dengan UMNO memandangkan walaupun pihak kerajaan tidak membentang Rang Undang-undang tetapi laluan tetap diberikan kepada Datuk Seri untuk membentangkannya dan ada yang melihat Pas dan UMNO mempunyai pakatan sulit. Adakah pandangan ini benar?
DS ABDUL HADI: Kerjasama Pas dengan UMNO atas dasar ta’awun, bekerjasama dalam perkara kebaikan dan tidak bekerjasama dalam perkara kejahatan. Pas bersama UMNO dalam isu RUU355, Rohingya tetapi Pas menentang UMNO dalam isu TPPA, GST dan Akta 164. Ini kematangan Pas dalam berpolitik.
Kita bukan berperang 24 jam, ada masa kita bekerjasama untuk kebaikan Islam dan rakyat. Kita ingin menawarkan politik yang lebih harmoni ke dalam masyarakat kerana politiking melampau dan adu domba tidak ada kebaikan untuk negara. Kita ingin membawa rakyat keluar daripada masalah, bukannya memberi masalah baharu kepada rakyat.
Apakah mesej yang Datuk Seri ingin sampaikan kepada seluruh ahli PAS dalam berhadapan dengan cabaran politik masa kini?
DS ABDUL HADI: Istiqamah bersama Islam, sejahterakan negara dengan Islam.
Pengerusi Lembaga Disiplin PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok, berkata tindakan boleh diambil ke atas mana-mana anggota parti yang didapat bersalah.
Katanya, peruntukan itu ada termaktub dalam perlembagaan PAS.
Namun, kata bekas naib presiden PAS itu, tindakan berkenaan tidak akan diambil secara melulu.
“Kita tidak akan melakukan sebarang tindakan yang melulu, selagi tiada arahan…selagi tiada aduan atau laporan, selagi itulah tiada tindakan," katanya dilaporkan Sinar Harian selepas berlangsungnya Konvensyen PAS Johor di Semerah, Batu Pahat, Johor.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang juga Ketua Dewan Ulama Pusat PAS.
Ada beberapa anggota PAS dilihat selalu tidak sehaluan dengan pendirian kepimpinan parti itu, termasuk dinyatakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Seorang daripada mereka - dan paling ketara - ialah Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Bagaimanapun, kata Daeng Sanusi, tindakan ke atas anggota 'curang' berkenaan hanya boleh diambil jika ada aduan rasmi dibuat mengenainya.
Menurut beliau tindakan tegas perlu diambil bagi menjaga disiplin anggota parti.
MACHANG: PAS yang sebelum ini mengumumkan mahu bertanding sebagai blog ketiga meramalkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan antara Julai dan September tahun ini, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehubungan itu kata beliau, PAS kini telah siap siaga bagi menghadapi PRU14 dan gerak kerja di peringkat peti undi dan bilik operasi parti itu telah digerakkan sepenuhnya.
“Jentera pilihan raya di semua peringkat telah digerakkan dan bilik operasi juga telah digerakkan sepenuhnya. Jentera parti kini dah bersedia untuk hadapi PRU14,” katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke-58 yang turut dihadiri Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari di Pulai Chondong di sini, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi PRU14 walaupun sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, PAS akan bertanding di beberapa kerusi baharu berdasarkan keadaan politik semasa terutama membabitkan hubungan dengan parti pembangkang yang lain.
“Dulu kita bertanding di 73 kerusi dan PAS mula melihat beberapa kerusi yang kita fikir berpotensi. (Yang pastinya) PAS akan lawan BN di hampir 90 peratus kerusi yang akan ditandingi PAS,” katanya.
KUALA TERENGGANU: PAS sudah bersedia untuk berdepan pilihan raya ke 14 (PRU14) selepas melengkapkan siri jelajah ke seluruh negara.Menurut Pengerusi Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, jentera di semua peringkat terutama di akar umbi kini berada dalam keadaan siap siaga.
Pada masa sama, beliau yakin serangan peribadi berterusan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menjejaskan sokongan terhadap parti itu.
Mustafa berkata, walapun DAP dan sekutunya, Parti Amanah Negara (Amanah) masih meneruskan kempen memburukkan parti itu namun usaha itu gagal.
"Dia (pembangkang) sudah tidak ada modal lain untuk serang PAS. Sebab itu dia cakap hodoh tentang PAS. Tapi alhamdulillah, tidak berjaya setakat ini.
"PAN (Amanah) sendiri boleh dikatakan antara parti yang tidak mendapat sokongan daripada rakyat. Kalau ada orang UMNO yang keluar pun sama ada dia akan masuk Parti Bersatu atau masuk PAS, dia tak akan pergi kepada PAN," katanya pada sidang media di Ibupejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.
Sementara itu PAS katanya bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru bersama parti pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) meskipun berdepan risiko kekalahan pada pilihan raya umum akan datang.
"PAS sedia berdepan tentangan tiga penjuru bersama rakan-rakan pembangkang yang lain termasuk UMNO pada pilihan raya umum akan datang, kita akan hadapi kerana ia satu situasi yang kita tidak boleh elak.
Itu yang terpaksa kita hadapi kerana secara tradisi kita dah 60 tahun lawan UMNO. Yang lain (pembangkang) hok (yang) baru-baru semua. Sepanjang masa kita lawan UMNO, macam mana pembangkang lain kata kita akan bersama dengan UMNO? Tidak sama sekali! Tak mungkin!," tegasnya.-Astro Awani
TIDAK diduga betapa RUU 355 mencetuskan gelombang besar terhadap perkara yang tersirat di dalam lubuk hati semua kumpulan terhadap Islam. Walaupun ia bukan hukum hudud yang selalu dijadikan senjata paling tajam mengikut tanggapan semua kumpulan anti Islam, namun tetap dikaitkan juga. Tujuannya untuk menikam Islam daripada segenap penjuru dengan hukum Allah tersebut, walaupun mereka jahil berkenaannya. Matlamatnya semata-mata mencacatkan wajah Islam yang murni dan mulia.
Walaupun RUU 355 melalui proses demokrasi paling lembut perjalanannya melalui parlimen dengan kebijaksanaan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia menangguh lagi untuk memanjangkan perbahasannya bagi memberi peluang lebih panjang kepada semua pihak. PAS dan semua yang menyokongnya daripada Umno dan lain-lain menerima dengan terbuka, namun kepada penentangnya laksana batu besar yang dicampak ke dalam lubuk tenang yang tidak disangka adanya buaya, bukan sahaja ikannya terkejut gelombangnya. Tiba-tiba semua menimbulkan diri, termasuk ular dan buaya paling besar menerkam dengan rakus menempik segala hujah, termasuk mencetuskan perkara yang tersasul tidak ada kena mengena dengan tajuk RUU 355, apabila menimbulkan Peraturan Mesyuarat yang tidak menyentuhnya sedikit pun, niatnya untuk memamah masa supaya tidak ada ruang langsung bagi RUU 355.
RUU 355 adalah perkara Islam yang paling mudah difahami oleh setiap penganut Islam yang beriman dan budiman walaupun sebesar zarah paling halus dan paling lemah pegangan agamanya, tetapi rasa kasihkan Islam masih tersemat di dalam dirinya. Maka, RUU 355 berjaya sehingga menyatukan semua penganut Islam termasuk paling jahil agamanya, namun masih wujud jati diri Islamnya tanpa mengira aliran politik dan pendidikan, kecuali segelintir yang terpinggir laksana melukut di tepi gantang.
Adapun kalangan bukan Islam yang bersaudara dalam masyarakat majmuk tidak menghalang kerana punya sifat persaudaraan kemanusiaannya dalam satu negara yang wajib dihormati, kerana bahasa penjelasannya pula sangat mudah difahami perlunya bagi umat Islam sahaja, tanpa gangguan terhadap bukan Islam.
Disebabkan setiap perjalanan menuju Islam itu pasti diganggu oleh syaitan yang sentiasa mengekori di sepanjang jalan dan masa, termasuk perkara paling asas dan mudah seperti mengambil wuduk dan sembahyang pun ada was-was syaitan. Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia. Apatah lagi perkara Mahkamah Syariah yang hendak dimuliakan itu bergelumang dengan masyarakat umum yang masih dibejati karat semangat penjajah, menjadikan RUU 355 diganggu begitu rupa.
Allah mendedahkan betapa kalangan bukan Islam yang bermusuh terhadapnya dan segelintir serpihan kalangan Islam yang ada sifat munafiq lapuk bersamanya, berpura-pura Islam mencari kesempatan semata-mata apabila mereka tidak dapat menyembunyikan rasa hati sanubari mereka kebenciannya terhadap Islam, walaupun penganut Islam menunjukkan semangat persaudaraan bermasyarakat majmuk. Firman Allah memberi peringatan kepada yang beriman:
“Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada kitab (Al-Quran) semuanya. Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: Kami beriman, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad):
Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada)”. (Surah Ali-Imran: 119)
Kini umat Islam dapat meletakkan markah atau kadar suhu kepanasan kemarahan mereka yang ingin bermusuh terhadap Islam dan membezakan mereka yang mahu bersahabat bersama umat Islam dalam satu masyarakat madani.
Namun, umat Islam tetap dilarang memaksa pihak lain dalam urusan keagamaan dan kemasyarakatnya serta diwajibkan berlaku adil terhadap semua dengan nas daripada Al-Quran:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan).” (Surah al-Maidah: 8)
Di Malaysia, kita telah menerima konsep masyarakat majmuk yang bersaudara, bukannya bermusuh dan kebencian, maka sepatutnya bersikap saling menghormati di antara satu sama lain. Apabila RUU 355 adalah khusus bagi penganut Islam sahaja yang berkewajipan meninggikan kedudukan agama Islam dari segi meninggikan taraf Mahkamah Syariah yang berkait dengan penganut Islam sahaja, maka sepatutnya mereka sekurang-kurangnya berdiam dan bersikap terbuka, tetapi malangnya ada kalangan yang menunjukkan penentangan dan berkempen bagi menghalangnya, serta mengugut yang tidak bersamanya.
RUU 355 adalah tangga menaikkan hukum syariat yang dihalang dan dihina oleh penjajah dahulu dan pintu memperkenalkan sistem kehakiman Islam dan hukuman Islam yang mendidik penjenayah dan masyarakat. Apabila ditentang bermakna menghalang jalan Allah, keadilan dan rahmat-Nya kepada seluruh alam, bermaksud mahu meroboh tangga yang menaikkan Islam. Tindakan menghalangnya adalah satu kezaliman dan kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam dan setiap manusia yang ingin mencari kebenaran dan kebaikan. Tindakannya juga mengancam perpaduan masyarakat majmuk dengan maksud melemahkan umat Islam yang menjadi terasnya, tanpa menghargai sikap Islam yang terbuka dan fleksibel terhadap semua.
Sejarah Islam membuktikan keterbukaan Islam yang tegas pegangannya boleh menerima kebijaksanaan daripada semua pihak yang tidak bercanggah dengan Maqasid Syariah (tujuan mencari kebaikan dan menolak keburukan) dalam perkara yang tiada ketetapan daripada Al-Quran dan Hadis, termasuk yang datang daripada kebijaksanaan akal, pengalaman dan kajian pihak yang lain daripada Islam. Ini menjadikan Islam mewarisi tamadun ilmu paling kaya dalam dunia termasuk dalam aspek perundangan dan sistem kehakiman.
Aspek spiritual yang ada dalam kehakiman Islam berkonsepkan iman dan taqwa yang tidak ada dalam sistem ciptaan manusia, kerana konsep Islam bukan sahaja ilmu dan akhlak, menjadikannya mendidik masyarakat bukannya menghukum. Pendekatannya membawa keberkatan yang mewujudkan keamanan dan perpaduan masyarakat majmuk yang unggul.
Contohya hukuman sebatan syariat yang tidak mencederakan jasad yang berbeza dengan sebatan undang-undang sivil yang sangat menyeksakan dan tidak ada kesan mendidik. Konsep saksi yang adil dalam sistem kehakiman bermakna tidak fasik dalam sistem kehakiman Islam bersama konsep dosa besar dan neraka terhadap saksi fasik, kerana tiada dosa dan tanpa syarat menjaga maruah dalam undang-undang sivil sepatutnya diketahui oleh semua kalangan pengamal undang-undang dalam proses reformasi kehakiman yang perlu dihidupkan sepanjang zaman. Ini adalah ruang daripada RUU 355.
Jelas bahawa kalangan yang menentangnya adalah secara yang disebut dalam pepatah Melayu laksana membabi buta. Sudahlah babinya najis, tiba-tiba buta pula.
Maka umat Islam yang bangkit bersatu tidak boleh memberi kemaafan terhadap mereka. Adapun kalangan bukan Islam yang bersaudara dalam masyarakat majmuk bermadani wajib menolak parti politik dan semua kumpulan yang sifatnya sudah tidak adil dalam politiknya, bersifat cauvinis dan opportunis tanpa perhitungan secara saksama.
Islam tetap mewajipkan keutamaan pendekatan damai dan bersaudara, serta berhujah secara ilmu dan matang mencari kebenaran. Islam juga mewajibkan penganutnya tegas dan bijak mencari kebenaran dan menegakkannya bersama jaminan Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (7) Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka. (8) Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka) (9).” (Surah Muhammad: 7-9)
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
18 Rejab 1438H / 15 April 2017 - HARAKAHDAILY 15/4/2017
Seramai hampir 5,000 orang mandaftarkan diri menjadi ahli PAS, walaupun parti Islam itu dikepung dari segenap arah, mengalami serangan yang ‘bertali arus, serta pelbagai fitnah yang Fitnah dilemparkan kepadanya, bertubi-tubi.
Namun pemimpinnya, dari peringkat tertinggi sentiasa tenang, sehingga peringkat bawahan hatta di cawangan-cawangan, terus memacu perjuangan, sehingga ‘musuh-musuh’nya terus menggelabah dan kelam kabut.
Rahsianya mungkin, kerana PAS menjadikan Islam sebagai agenda utama perjuangan, penyatuan pelbagai latar belakang ahli samada professional atau ulamak secara berterusan untuk membina kekuatan.
Buktinya jelas, kedua-dua jawatan utama dalam PAS tidak ditandingi, untuk pemilihan parti itu pada Muktamar hujung bulan ini.
Menurut Ketua Penerangannya, Ustaz Nasaruddin Hassan, apa pun yang dilabel dan dihina serta ditohmah, pemimpin PAS terus beraksi lincah di pentas politik kerana gerakan itu terbina atas aqidah yang benar dan fikrah yang jelas.
“Budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi pendekatan terkini PAS sangat menguja masyarakat terbanyak untuk menilai peranan dan keberadaan PAS ditengah-tengah khalayak.
“
Politik matang yang bercirikan keteguhan prinsip perjuangan dan keterbukaan dalam variasi dakwah membuatkan indeks penyertaan ahli baru PAS sangat memberansangkan ini dengan langkah berhati-hati,” ujar beliau dalam satu kenyataan
Justeru itu, beliau mendedahka, sejak Januari tahun ini, PAS telah menerima hampir 20, 000 ahli baru, kerana rakyat Malaysia percaya dan tidak sangsi dengan sesej dan perjuangan yang dibawa PAS.
Pada bulan Januari, seramai 1951 permohonan telah diterima dan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS.
Bulan Februari 2017, ia meningkat kepada 5394 orang ahli baharu yang telah disahkan oleh mesyuarat bulan tesebut.
“pada Mac seramai 5385 orang dan April seramai 7206 orang, menjadikan jumlah keseluruhannya adalah19,936 orang dan purata ahli yang masuk PAS adalah seramai 4984 orang,” menurutnya beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Oleh yang demikian, PAS terus istiqamah dan melangkah yakin menuju destinasi dan mencapai matlamat perjuangan.
Menang kalah itu urusan yang akan ditetapkan oleh Allah SWT.
“Tanggungjawab kita ialah berjuang segigihnya untuk menjulang Syariat Islam dan izzah ummah sekaligus menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama,” tambah beliau.
PAS tidak menolak kemungkinan bertanding lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika bersendirian.
Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, jika ditakdirkan bersendirian PAS itu bebas hendak bertanding tanpa sekatan.
Menurutnya, pada PRU13 lalu PAS bertanding 73 kerusi parlimen berbanding 66 kerusi pada PRU12.
Justeru, katanya tidak menjadi suatu yang pelik jika pada PRU14 kelak PAS akan bertanding lebih lagi, lapor Buletin Online.
“Pilihan raya lalu kita tanding 73 kerusi Parlimen. Pilihan raya sebelum itu, PRU12 kita bertanding 66 kerusi dan tidak jadi pelik kalau PRU14, naik sikit jumlah kerusi itu.
“Ya, dari beberapa sudut kita bebas nak bertanding di mana pun tidak ada sekatan. Bila kita sendiri itulah yang ada kebebasan pada diri kita.
“Kita nak tanding 100 kerusi (parlimen) lebih pun boleh tapi bila pecah undi, ini tidak akan menguntungkan pembangkang. Siapakah yang memulakan pecah ini, bukan PAS,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
Menjawab persoalan media, PAS bukan sahaja berhadapan dengan musuh tradisi Umno BN pada PRU14, juga ‘serangan’ dari kalangan parti-parti pembangkang, katanya PAS sedia menghadapi semua lawan.
“Kita secara tradisinya sudah 60 tahun lebih lawan Umno ini. Umur PAS sekarang 66 tahun. Lima tahun sahaja tidak serang Umno semasa dalam gabungan Barisan (BN) dahulu.
“Sepanjang masa PAS lawan Umno. Macam mana puak-puak ini kata kita hendak bersama dengan Umno, tak mungkin. Dia (PAN) hendak ambil tempat PAS terpaksalah cakap hodoh tentang PAS,” jelasnya
PAS berkata isu dakwaan penerimaan dana 1MDB oleh bekas timbalan presiden parti itu Datuk Nasharudin Mat Isa tiada kena mengena dengannya.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata Nasharudin bukan lagi pemimpin PAS, tiada peranan, “tiada hubungan langsung” dan tidak boleh mempengaruhi parti itu.
“Itu antara dia dengan pihak berkuasa. Kalau laporan telah dibuat terhadap dia, tiada kena mengena dengan PAS sama sekali,” katanya.
Setelah seminggu berteka-teki, Rafizi Ramli mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB, yang dikatakan Nasharudin.
Rafizi juga membuat akuan berkanun (SD) berhubung perkara itu di hadapan pesuruhjaya sumpah di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Memetik seorang bekas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rafizi mendakwa dana itu disalurkan daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak kepada “peguam tertentu” sebelum diedarkan kepada tokoh-tokoh politik lain, termasuk Nasharudin.
Sejak beberapa hari lalu, Malaysiakini telah berulang kali cuba menghubungi Nasharuddin melalui pelbagai cara – panggilan telefon, pesanan teks, e-mel dan faks – untuk mendapatkan reaksinya tetapi tidak berbalas.
Najib telah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Takiyuddin juga menafikan PAS menerima sebarang dana daripada Nasharudin sejak 2015.
PAS juga, katanya, tidak tahu menahu sama ada Nasharudin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Tuduhan masih 'dengar cakap'
Sementara itu, dalam kenyataan petang ini,Takiyiddin menjelaskan Nasharudin tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam PAS sejak gagal mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden pada 20111 dan selepas ditamatkan sebagai anggota Majlis Syura.
Takiyiddin berkata jawatankuasa pusat PAS tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada atau melalui beliau dalam apa bentuk sekali pun, kecuali sumbangan tetap bulanan sebagai anggota parlimen PAS.
Nasharudin tidak lagi menjadi anggota parlimen Bachok selepas Mei 2013.
Sementara itu, berkaitan SD Rafizi itu, Takiyuddin menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk diambil tindasan wajar mengikut undang-undang.
"Namun, PAS berpandangan ia kekal berstatus dengar cakap selagi individu yang dikatakan memberitahu 'maklumat' ini kepada beliau mengesahkannya," katanya.
Takiyuddin juga menggesa Rafizi turut segera membuat SD berkaitan dakwaan 'bersifat rasuah' yang dibuat penulis blog Raja Petra dan aktivis Chegubard terhadap beliau dan pemimpin lain PKR.
Semasa Nasha menjadi SU pun dia tak mampu nak bawa kepada UMNO apatahlagi dia ahli biasa. Hanya Rafizi lebih berminat nak palit tahi kepada PAS.
KUALA TERENGGANU – Although PAS has yet to sever ties with PKR, its vice-president Rafizi Ramli has been slandering the party’s leadership with claims that PAS has received funds from 1MDB.
PAS Election Director Datuk Mustafa Ali said Rafizi only represented himself and not PKR as a whole, adding others in that party may not agree with his method.
He hit out at Rafizi for making the accusations without any strong evidence.
“I will certainly support him if he names the person who he claimed has received funds from 1MDB. We are also interested to know who this person is,” he told a press conference today.
However, he added that Rafizi has only been all talk without presenting any solid evidence.
Mustafa was commenting on Rafizi’s claim that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had traced the flow of funds from 1MDB to an individual close to the Pas leadership.
Rafizi claimed to have evidence to back up his claim, and challenged Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang to respond.
Even so, he refused to reveal the identity of the individual, saying he would only do so after lodging a report with the MACC in the weeks to come.
Hadi responded by urging Rafizi to seek forgiveness from Allah for the accusation, which he described as a “300 per cent lie”. – NST
Akuan Bersumpah YB Rafizi Ramli - "Bekas Timbalan Presiden PAS Terima Wang 1MDB"
1. PAS Pusat ingin menyatakan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS Dato' Dr Nasharudin Mat Isa tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam PAS sejak beliau tewas dalam pertandingan jawatan tersebut pada tahun 2011 dan setelah ditamatkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS.
2. PAS Pusat mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada dan/atau melalui beliau dalam apa bentuk sekalipun daripada tarikh tersebut kecuali sumbangan tetap bulanan sebagai Ahli Parlimen PAS (berakhir Mei 2013 sebagai Ahli Parlimen Bachok).
3. PAS Pusat menyerahkan perkara Akuan Bersumpah YB Saudara Rafizi Ramli dalam hal ini kepada Pihak Berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang. Namun PAS berpandangan ianya kekal berstatus 'dengar cakap' (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu 'maklumat' ini kepada beliau, mengesahkannya.
4. Dalam masa yang sama PAS menggesa YB Rafizi Ramli agar turut dengan segera membuat Akuan Bersumpah tentang dakwaan 'bersifat rasuah' yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin dan Chegubard baru-baru ini terhadap beliau dan beberapa pemimpin Keadilan yang lain untuk makluman dan pertimbangan rakyat Malaysia.
Datuk Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 13 April 2017
1. PAS Pusat memandang serius langkah Akhbar NANYANG SIANG PAU dengan sengaja dan dengan niat menyiarkan Karikatur yang menghina Presiden PAS dan Yang DiPertua Dewan Rakyat di muka B2 akhbar itu pada 8 April 2017 yang lalu.
2. PAS menganggap penyiaran tersebut dalam semua keadaan bertujuan menghina bukan sahaja Presiden PAS dan Yang DiPertua Dewan Rakyat, malah semua ummat Islam dan juga Undang-undang Islam.
3. PAS tidak boleh berkompromi dalam perkara yang seumpama ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab. Untuk itu PAS telah pun melantik Peguam dan mengarahkan agar tindakan undang-undang diambil dengan kadar segera.
4. Dalam hal ini PAS juga menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula permit penerbitan akhbar berkenaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih. Dato' Takiyuddin Hassan,
Setiausaha Agung PAS.
Bertarikh: 11 April 2017.
S.k.: Tetuan Tengku Amilin 'A-Ishah Puteri, Faizi & Wan Rohimi,
(Peguambela & Peguamcara)
U.p.: Encik Wan Rohimi bin Wan Daud
FIRMAN Allah, kata Allah,
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu wahai Muhammad SAW akan kitab al-Quran membawa kebenaran supaya engkau menghukum, menghakimi manusia dengan apa yang telah ditunjukkan oleh Allah, dan janganlah kamu menjadi penolong kepada orang-orang yang khianat.” (an-Nisa': 105)
Saya hanya satu mata rantai daripada mereka yang mendahului kita yang sudah meninggal dunia, yang sudah berjuang untuk menegakkan Islam. Kebetulan Negeri Terengganu Negeri kita ini adalah Negeri yang paling akhir sekali dihapuskan kuasa Syariat Islam tahun 1928. Dan Negeri yang pertama dimenangi Parti Islam Se-Malaysia PAS tahun 1959, lepas itu baru Kelantan, Negeri yang pertama PAS menang.
Kita menempa sejarah, alhamdulillah, saya telah diberi kepercayaan pertama-tama oleh pemimpin-pemimpin PAS, dan termasuk pemimpin-pemimpin Islam dalam kerajaan, termasuk pengamal undang-undang, memberi kepercayaan untuk saya membawa usul persendirian Rang Undang-Undang 355 yang berkait untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah yang direndahkan di zaman penjajah, belum lagi kuasa untuk melaksanakan syariat kerana kuasa untuk melaksanakan syariat ini sepenuhnya memerlukan kita meminda 76A Perlembagaan yang memastikan majoriti 2/3 ahli-ahli Parlimen.
Akibat daripada kesalahan pemimpin-pemimpin yang lalu yang memerintah negara, hari ini jumlah ahli Parlimen Islam tidak mencukupi 2/3 menjadikan halangan-halangan lebih banyak. Sejak awal kita mencapai kemerdekaan, kita menghadapi gelombang kejahilan umat Islam yang mewarisi serangan pemikiran zaman penjajah.
Banyak kalangan orang Islam berfahaman politik suku agama suku. Syariat Islam hanya hukum-hukum ibadat, nikah kahwin, bahagi harta pusaka, harta wakaf sahaja, tak ada undang-undang yang lain padahal Islam adalah ugama yang sempurna.
Walau bagaimanapun apabila kita nak mencapai kemerdekaan, British sudah menubuhkan Suruhanjaya Reid, pengerusinya Lord Reid untuk menyediakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Malangnya anggota Suruhanjaya Reid dipengerusi oleh Lord Reid, tidak ada seorang pun penduduk negeri ini yang jadi ahli dia, semua daripada British, Australia, New Zealand, India, Pakistan. India, Pakistan yang namanya Islam, tapi kepala dan otaknya orang putih. Merekalah yang menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Walau bagaimanapun kumpulan Islam, PAS hanya satu kerusi sahaja, menang dalam Pilihan Raya 1955, 52 kerusi, PAS menang satu kerusi sahaja, Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein. Yang lain semuanya 51 itu Umno, MCA, dan MIC, Perikatan di masa itu.
Apabila wakil ahli-ahli Parlimen menemui Suruhanjaya Reid untuk berunding, PAS dan beberapa kumpulan Islam tanpa dinafikan termasuk juga kumpulan Islam yang ada dalam Umno, telah menyediakan memorandum, mendesak supaya diletakkan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Suruhanjaya Reid telah berbahas, setelah dibahas, ini disebut dalam minit mesyuarat yang masih disimpan di arkib negara, pengkaji-pengkaji undang-undang dapat membacanya, akhirnya mereka menerima memorandum ini, bersetuju untuk meletakkan Islam adalah agama Persekutuan, apa yang tak ada dalam Perlembagaan Indonesia, Perlembagaan India, Perlembagaan negara lain, ini jasa mereka yang terdahulu, dengan mereka meninggalkan huraian, adakah Malaysia negara Sekular atau negara Islam, itu serah kepada orang kemudian.
Tetapi Suruhanjaya Reid berfahaman agama daripada terjemahan Bahasa Inggeris, Religion bukannya Ad-Din daripada bahasa Arab, mereka biarkan. Hikmatnya memberi peluang kepada kita berjuang untuk mengisi perlembagaan ini dengan menegakkan syariat Islam.
Peringkat awal mencapai kemerdekaan. Oleh sebab orang-orang Melayu termasuk pemimpin-pemimpin mereka tebal dengan fahaman penjajah, mereka tak tahu di dalam Islam ini ada macam-macam undang-undang. Maka PAS dituduh mengada-ngada dalam perkara ini sehingga terdapat kalangan pemimpin negara yang mengatakan, kalau ikut Islam macam PAS bawa, huru-hara negeri, hukum Hudud tak boleh diamalkan, hukum Hudud zalim, mereka tak tahu ini hukum Allah Taala.
Timbullah isu kafir mengkafir berbalah antara sama-sama Islam di masa itu,
perbalahan yang sangat tajam. Namun kita kena sedar di dalam kejahilan ini masih ada iman yang halus dalam diri masing-masing. Macam disebut oleh Nabi SAW,
“Barangsiapa yang ada dalam dirinya tiga perkara, menandakan kemanisan iman ada dalam diri dia.”
Yang pertama dia kasih kepada Allah dan Rasul.
Yang kedua kasih kepada orang Islam.
Yang ketiga benci kepada kufur.
Kita menyaksikan bagaimana mereka yang menghina Islam itu, marah bila kita kata dia kafir kufur, ini menandakan Halawatul Iman masih ada dalam diri (mereka) yang kita kena sedar, dalam diri mereka. PAS tidak gopoh di masa itu, kita tidak bawa usul untuk melaksanakan syariat, PAS mengambil pendekatan dakwah dengan penuh kesabaran walaupun ada ulama-ulama PAS yang kena tahan dalam ISA, dipenjara, dibuang daerah, kita sabar, dan ada yang mati pun, kita sabar.
Sehingga tahun 1969, berlaku peristiwa 13 Mei. PAS diajak menyertai kerajaan,
PAS masuk kerajaan campuran, kemudian kerajaan Barisan Nasional termasuk Datuk Mustafa Ali salah seorang anggota kabinet dalam kerajaan di masa itu. Datuk Asri Almarhum, Hassan Ali Almarhum, Yussof Rawa Almarhum dan lain-lain lagi. Kita telah membawa suara Islam dalam kerajaan. Hasilnya menimbulkan kesedaran untuk balik kepada Islam dalam jentera-jentera kerajaan, menyebabkan timbulnya pertembungan di antara aliran yang mahu kepada Islam dengan ajaran yang tak mahu kepada Islam, berakhir dengan PAS dipecat daripada Barisan Nasional tahun 1979.
Adapun krisis di Kelantan, itu cari sebab sahaja. Perpecahan kerana pertembungan antara kumpulan yang mahu menegakkan Islam dengan yang tak mahu menegakkan Islam, itu sebenarnya. Ketua yang tak setuju dengan Islam masih hidup lagi pada hari ini, masih hidup lagi, tuhan panjangkan umur dia, masih hidup lagi. Berakhir, oleh kerana saya nak ambil masa yang ringkas, sampai ke peringkat orang Islam dalam Parlimen tak sampai Majoriti 2/3.
Walaupun demikian ketika saya masuk dalam Parlimen tahun 1990, parti telah menugaskan saya untuk membawa Usul Persendirian di Parlimen, supaya dibincangkan 76A dan 355 sekaligus untuk membolehkan syariat Islam dilaksanakan. Apabila kita telah meluluskan Undang-Undang Jenayah Syariat Negeri Kelantan.
Tetapi, untuk membolehkan usul oleh seorang yang bukan kerajaan, memerlukan syarat-syarat yang banyak mengikut badan pertubuhan Parlimen. Di antaranya, Parlimen hendaklah bersidang mendahulukan agenda-agenda kerajaan dulu, bila habis agenda kerajaan baru lah usul kita boleh dibawa. Kebiasaanya agenda kerajaan sampai tiga (ke) 40 agenda, dia letak usul kita nombor 40, nombor 30, 20 sudah habis masa. Ini yang pertama.
Yang kedua usul seseorang ahli Parlimen yang bukan kerajaan tidak diizinkan melainkan dengan syarat, syaratnya mestilah seorang Ahli Menteri Kabinet membawa usul di Parlimen untuk mengizinkan usul Ahli Parlimen Marang dibenarkan untuk dibahas. Setelah disokong oleh seorang Menteri Kabinet, baru lah boleh dibawa usul di Parlimen. Oleh sebab tangga yang pertama sudah tak berjaya, yang kedua lebih tak berjaya lagi.
Sehingga kita mengambil pendekatan pada akhirnya, mengadakan perundingan di antara kerajaan Negeri Kelantan dengan kerajaan pusat. Pemimpin PAS dengan pemimpin Barisan Nasional yang Islam, berunding. Orang DAP tanya, dalam perbahasan Parlimen Bajet yang lalu, saya sudah bawa 355 ini, DAP mempertikaikan kerana PAS berunding dengan Umno. Saya kata, tak boleh ke PAS berunding dengan Umno kerana untuk melaksanakan Syariat? Kerajaan Pulau Pinang boleh berunding untuk bahas pasal jambatan Pulau Pinang, DAP boleh bincang untuk projek Pulau Pinang, kita tak boleh nak bincang untuk nak laksanakan Syariat, tak boleh? Dia tak boleh jawab, terduduk dia, tak boleh jawab.
Saya boleh tambah lagi, kita boleh berunding dengan Umno, berunding dengan siapa dia sahaja untuk melaksanakan Islam, sedangkan dia berunding dengan Amerika pun dia berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding, berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tak sampai tangga itu, nak suruh negara asing campur tangan negara kita.
Kita berunding dengan Umno sahaja, sama-sama Melayu Islam, itu. Salah? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa, bincang tentang politik Malaysia. Politik Malaysia biar orang Malaysia lah yang buat perubahan tak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari, ini. Biar saya dedah di sini, kalau ada pemberita, siar, biar orang tahu.
Kita berunding dengan Umno tak boleh, dia berunding dengan Amerika boleh. Nak jemput Amerika campur tangan dalam negara kita, ini tak apa. Ini apa ini?
Akhirnya 355 bersetuju, apa 355 ini? 355 ini untuk membolehkan Mahkamah Syariah diangkat taraf dan darjat. Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa boleh hukum orang 356, 356, 3 tahun penjara, 5000 ringgit, 6 kali sebatan rotan. Ini bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sedangkan bidang kuasa di Mahkamah Syariah yang paling tinggi, Mahkamah Tinggi Syariah, itu bidang kuasa dia. Sedangkan bidang kuasa Mahkamah Majistret di daerah boleh denda 10 000, boleh jel (penjara) lebih banyak daripada itu lagi. Mahkamah Syariah lebih hina daripada Mahkamah Daerah, Mahkamah Tinggi Syariah lebih hina daripada Mahkamah Daerah.
Jadi, 355 ini adalah satu Usul supaya mengangkatkan taraf Mahkamah Syariah supaya Mahkamah Syariah boleh menghukum, sebatan sebanyak 100 kali mengikut hukum Islam, bukan mengikut undang-undang Sivil. Denda tak boleh lebih daripada 100 000, penjara tak boleh lebih daripada 30 tahun. Kita angkatkan taraf Mahkamah Syariah, bukan sampai denda 100 000, tapi tak boleh lebih daripada 100 000. Ini sahaja.
Adapun bagaimana nak hukum mengikut Hudud ke, Takzir ke, Qisas, ini bidang kuasa Negeri masing-masing. Kerajaan Pusat hanya lah meminda perlembagaan untuk mengangkat bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ada kalangan yang Islam mengatakan mana dia Nas, mana dia Nas daripada hukum Islam? Nasnya, Saidina Uthman berkata,
“Allah Taala mengizinkan kuasa pemerintah untuk membuat keputusan apa yang Quran tidak membuat keputusan.”
Ini ucapan Saidin Uthman. Saidina Uthman sahabat khalifah yang ketiga yang Nabi kata adakah aku tidak malu orang yang dimalu oleh malaikat. Kita jangan kan malaikat, Syaitan pun tak malu. Ini kata-kata Saidina Uthman.
Oleh sebab kuasa pemerintah sangat perlu untuk membolehkan hukum Quran dilaksanakan apa yang tak ada. Di sinilah kita mengadakan perundingan dengan pemerintah. Hasilnya kita dapat kebenaran untuk bawa usul 355 bagi mengangkat kuasa Mahkamah Syariah, tujuannya untuk memperkenalkan hukum syariah kepada orang ramai, khususnya kepada orang Islam, adapun orang bukan Islam terserah kepada dia. Di antaranya hukuman sebat dalam Islam.
Disebut 100 sebatan. Undang-Undang Sivil disebut 6 sebatan. Sebatan rotan undang-undang Sivil ini berbeza dengan sebatan hukum syariah. Undang-Undang Sivil di penjara Pudu, di penjara Kajang, penjara hari ini yang tukang sebatnya dicari yang besar, yang gagah, angkat habis ..... angkat habis ....sehingga menyebat orang yang dihukum itu sampai pecah kulit, sampai dengan isi-isi sekali, pengsan.
Ini sebatan undang-undang Sivil, sebatan untuk menyeksa dan mencacatkan.
Adapun sebatan undang-undang Islam untuk mendidik dan memalukan, bukan untuk menyeksa. Di mana, hendaklah alat sebat yang tidak berat dan tidak ringan. Orang yang menyebat tidak boleh mengangkat lebih tinggi daripada kepala, tak boleh angkat lebih tinggi daripada kepala. Pastikan orang yang dihukum itu dalam keadaan sihat, perempuan mengadung tak boleh sehingga dia melahirkan anak, orang sakit tak boleh sehingga dia sihat, ini syarat sebat dalam Islam, tujuannya bukan untuk menyeksa, tetapi untuk memalukan, menginsafkan penjenayah dan menakutkan orang lain. Allah Taala kata,
“Cegahan daripada Allah.” (al-Ma'idah: 38)
Allah Taala akan masukkan rasa hebat undang-undang Islam dalam hati-hati manusia. Ini hukum Islam. Tak sama dengan undang-undang Barat pada hari ini. Pernah berlaku di zaman Nabi SAW, seorang yang kurus melakukan kesalahan zina dihukum 100 sebatan, lalu sahabat kata ya Rasulullah, dia ini kurus sangat, kalau sebat terus kena tulang, kena tulang, menyeksakan dia, Rasulullah kata,
“Kamu ambil seberkas ranting yang jumlahnya 100, pukul sekali sahaja.”
Ini dia. Saya pernah dijemput oleh Nanyang Universiti Singapura. Singapura ini bapa DAP, Singapura ini. Yang memerintah Singapura PAP, PAP, parti PAP yang memerintah Singapura. Dulu Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malayisa, PAP tukar jadi DAP, jadi DAP ini anak butir taik DAP, ini. Sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia.
Nanyang Universiti jemput saya pergi Singapura untuk terangkan tentang Syariat Islam, Hudud, bukan 355, Hudud. Saya ceramah kepada Profesor-Profesor Universiti, termasuk Diplomat-Diplomat asing. Setelah ceramah, diberi peluang untuk soal jawab dialog. Bila saya terang apa dia sebat dalam Islam macam saya terang tadi, tak ada soalan, tak ada soalan tentang Hudud, soalan tentang politik antarabangsa ada, lari arah ke lain dah, dia tak boleh nak tanya dah, tak boleh nak tanya.
Oleh sebab itu mengapa dia marah sangat 355 ini? Kita mendapat maklumat, di sana ada ejen-ejen asing kalangan-kalangan asing yang berada di belakang mereka ini, khususnya kalangan missionari yang mengembangkan agama mereka di sini, takut sekiranya Syariat Islam dilaksanakan, orang bukan Islam akan melihat kebaikan hukum Islam ini.
Ini yang sebenarnya. Kita tak paksa dia kerana jadual kesembilan, 355 disebut dalam perlembagaan, undang-undang Mahkamah Syariah hanyalah boleh membicarakan orang Islam sahaja, tak boleh membicarakan orang bukan Islam. Oleh sebab itu tidak ada sebab orang bukan Islam takut dan dia tentang, tak ada sebab, tak ada sebab dia lawan, tak ada sebab, kerana Mahkamah Syariah tak boleh hukum orang bukan Islam.
Pernah berlaku di Kedah, apabila seorang guru menganut ajaran Qadyani dalam tahun 70-an, pejabat agama Kedah tangkap guru ini dibawa ke Mahkamah Syariah, lalu ada lawyer yang bela dia. Oleh sebab mengikut peraturan Malaysia, Qadyani bukan Islam, Qadyani bukan Islam. Maka Mahkamah membuat keputusan, Mahkamah Syariah tak ada kuasa untuk menghukum Qadyani yang bukan Islam. Mahkamah Syariah tak ada kuasa hukum orang bukan Islam.
Di sini ada pula mereka yang berfikir nanti orang Islam kena hukum ramai, orang Islam akan banyak kena hukum, malu lah orang Islam, ini satu hal juga, kepala dia duduk memikir orang Islam ini berebut nak suruh kena hukum, orang Islam berebut curi nak suruh kena hukum, orang Islam berebut kedarah arak nak suruh kena hukum, ini fikiran yang tak betul, otak tak betul.
Apabila syariat Islam dilaksanakan, maka orang Islam tak berani mengerjakan maksiat, orang Islam akan jadi baik, orang Islam jadi contoh kepada umat yang lain, orang Islam jadi model pada umat yang lain. Dengan sendiri jadi begitu. Jangan kita fikir bila syariat Islam dilaksanakan, maka banyak orang Islam kena hukum, tidak. Bila syariat Islam dilaksanakan,
“Cegahan daripada Allah.” (al-Ma'idah: 38)
Sebabnya kerana undang-undang Islam ada roh, ada aspek spiritual, aspek kerohanian yang masuk dalam hati-hati manusia, undang-undang Barat tak masuk dalam hati-hati manusia. Di sini lah kita melihat bagaimana undang-undang hukuman mati kepada pengedar dadah, hukuman mati kepada pengedar dadah, ini hukuman yang lebih ganas daripada 355 lagi.
Hukuman mandatori, pengedar dadah mengikut, dadah mengikut jumlah yang tertentu kena hukum mati, tak ada pilihan lain. Hat ini tak apa pula, tak apa pula. Hukuman ini tidak kena mengena dengan Islam, ini hukuman Barat. Mengikut hukum Islam, pengedar dadah mesti dihukum takzir, bukan mandatori bunuh, mula dengan Takzir dulu, sebatan dulu, baru lah bunuh. Ini hukum Islam.
Mengapa dia tak kaji, tak kaji ini? Dia sanggup terima hukum mandatori, dia sanggup terima hukum gantung, hukum gantung undang-undang Barat gantung ini. Gantung ini bercanggah dengan Islam, hukum gantung kerana Nabi bersabda,
“Bila kamu hukum bunuh, hukum bunuh dengan baik.”
Mesti hukum yang tidak menyakitkan dan menyeksakan orang, ini hukum bunuh dalam Islam. Apa yang berlaku dalam penjara ini, hukum cekik dengan tali hat zaman sebelum Masihi. Hat ini tak apa pula, dia tak bantah. 355 ini dia bantah, mengapa bantah keras sangat sampai berapi? Ini perangai hodoh, perangai nak bermusuh dengan Islam.
Namun demikian, bukan semua orang bukan Islam begitu belaka. Kita mendapat ajakan daripada beberapa kumpulan bukan Islam, minta beri penjelasan, dan kita bersedia untuk beri penjelasan.
Mengapa ditangguh perbahasan? Speaker terus tutup, perbahasan sidang yang akan datang, mengapa? Kerana nak beri peluang kepada orang bukan Islam. Kita bersedia untuk hadir mana-mana majlis yang diatur oleh mereka, kita sanggup pergi, bukan nak ajak debat, bukan nak ajak bahas, nak bersedia untuk memberi penjelasan kepada mereka insya-Allah. Ini orang bukan Islam, hat Islam yang duduk nak lawan ini dia tak boleh buat kira ini, tak boleh buat kira hat Islam ini hat duduk lawan ini tak boleh buat kira, kita dak begitu la, biar dia mampus kering begitu je.
Kita ambil kira hat orang bukan Islam ini sahaja. Saya sebut dalam Parlimen hari itu, kita menganggap orang bukan Islam ini adalah saudara kita dalam masyarakat majmuk, orang Cina, orang India yang bukan Islam adalah saudara kita dalam masyarakat majmuk, sahabat kita masyarakat majmuk. Kita punya sikap yang terbuka untuk pergi bila-bila masa sahaja dia jemput untuk beri penjelasan kepada mereka. Insya-Allah dalam masa 3 bulan ini, kita ada ruang lagi, ada ruang lagi untuk penjelasan.
Dan akhirnya saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua yang berhimpun yang hadir pada malam ini, termasuk yang tak hadir, yang memberi sokongan, sama ada daripada PAS, daripada Umno, daripada NGO, daripada Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, peguam-peguam, hakim-hakim yang membuat kenyataan dalam surat khabar termasuk yang menulis, termasuk yang memberi kerjasama untuk kita angkatkan 355 ini. Mudah-mudahan Allah Taala beri pahala kepada semua, kita harap supaya 355 ini dapat menyatukan umat Islam.
Saya tulis satu artikel yang tak disiarkan lagi, 355 ini laksana satu batu besar yang dihempas dalam lubuk yang tenang, kita ingat lah lubuk itu tak ada buaya, semua ikan, bila terembas batu besar dalam lubuk ini rupanya ada buaya dalam, timbul habis buaya, ular, ikan toman, ikan keli timbul belaka, ini hikmatnya. Jadi hikmatnya kita tahu siapa musuh Islam, siapa kawan orang Islam.
Mudah-mudahan Allah Taala memberkati kita semua, dan Allah Taala terima himpunan kita pada malam ini sebahagian daripada amalan soleh, amal soleh, dan menjadi saksi kepada kita pada hari kiamat kelak, kita telah menegakkan Islam yang diredhai oleh Allah. – HARAKAHDAILY 11/4/2017
Transkrip penuh ucapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Terengganu Isnin, 10 April 2017 disusun oleh wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim.
PAS is aiming to contest for 80 parliamentary seats in the 14th general election (GE14) and has not ruled out the possibility of going for seats traditionally contested by DAP and PKR.
PAS vice-president, Idris Ahmad said the figure and new areas have not been finalised as the details were still being worked out by the party’s election machinery.
He said the Federal Territories PAS Youth were targeting nine parliamentary seats in the Federal Territories namely Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak and Wangsa Maju.
“The others are Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu and Segambut,” he told reporters after opening the Federal Territories PAS Youth Annual Assembly here today.
Also present were Federal Territories PAS commissioner, Mohd Nor Mohamad and Federal Territories PAS Youth chief, Khairil Nizam Khirudin.
According to Idris, PAS was most likely going to take on Segambut and Batu parliamentary seats in GE14.
In GE13, PAS only managed to win 21 of the 73 parliamentary seats and of the 237 state seats contested, PAS won 85 seats.
In another development, Idris criticised the attitude of DAP and Amanah political leaders who understood the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Act 355) but opposed and viewed it negatively.
“This law does not involve non-Muslims just like the obligation to fast only affects Muslims during Ramadan. PAS presented RUU355 based on facts and we are confident we have cleared all doubts.
“The inaccurate views make it look bad on PAS and we are labelled as Talibans,” he said. — Bernama
PAS dilaporkan mempunyai “kira-kira 10 orang” saksi di United Kingdom bagi memberi keterangan di mahkamah berhubung kes saman terhadap Sarawak Report.
Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga sedang giat mengumpulkan saksi-saksi di Malaysia untuk turut sama membantu memberi keterangan, lapor Sinar Harian.
“Pada masa ini, kita tengah senaraikan saksi-saksi yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan United Kingdom untuk bantu beri keterangan.
“Di dalam mahkamah, saksi-saksi ini kadang-kala dipanggil dalam bentuk keterangan bertulis, affidavit dan sebagainya,” beliau dipetik sebagai berkata.
Sarawak Report sebelum ini melaporkan terdapat pemimpin atasan PAS menerima RM90, yang dikaitkan dengan dakwaan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menarik parti itu kepada Umno.
PAS telah menghantar surat tuntutan peguam kepada laman pembocor maklumat itu, yang antaranya menuntut tulisan itu ditarik balik.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Mutakhir ini dunia dikejutkan dengan banyak siri letupan dan pengeboman yang berlaku di seluruh dunia yang memakan korban ratusan nyawa orang awam yang tidak berdosa. Kejadian terbaru semalam, letupan di dua buah gereja Koptik di Bandar Tanta dan Iskandariah, Mesir yang mengorbankan lebih 30 nyawa dan mencederakan ratusan yang lain.
PAS mengecam tragedi letupan bom ini yang mensasarkan rumah ibadah agama Kristian dan orang awam yang tidak berdosa sebagai sasaran serangan. PAS menyifatkan tindakan ini sebagai kejam, tidak bertamadun dan perlu dihentikan dengan segera. PAS melihat tindakan ini sebagai gerakan terancang untuk mewujudkan ketegangan agama antara Islam dan Kristian di Mesir yang telah hidup bersama secara aman damai selama ribuan tahun.
PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi kejam ini. PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Mesir di atas tragedi berdarah ini. PAS juga berharap agar kejadian ini tidak menggugat keharmonian hidup antara masyarakat berbilang agama di Mesir yang warisi sebelum ini.
Selaras dengan ajaran Islam yang menganjurkan kedamaian, PAS secara konsisten mengecam dan mengutuk sebarang tindakan pembunuhan dan kekejaman yang melibatkan orang awam yang tidak berdosa atas apa jua nama dan untuk apa tujuan sekalipun. PAS menggesa pihak yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan seadilnya.
"Orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ""Tuhan kami hanyalah Allah"". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya (masjid-masjid) itu banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa." (Al-Haj : 40)
Di sinilah jaminan keadilan Islam untuk memelihara dan melarang daripada meroboh dan merosakkan binaan gereja rumah-rumah ibadat orang bukan Islam di dalam pemerintahan Islam.
PAS menggesa semua pihak untuk berfikir dan bertindak secara matang dalam apa jua tindakan agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak bertamadun ini berulang.
PAS juga menggesa semua pihak untuk tidak menuding jari kepada mana-mana pihak terutama sekali yang ada kaitan dengan Islam sebagai dalang tragedi ini sebelum bukti kukuh diperoleh.
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
13 Rejab 1438H / 10 April 2017M - HARAKAHDAILY 10/4/2017
CYBERJAYA - Pas meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bagaimanapun berkata, angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh Pas pusat.
Beliau berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mensasarkan sembilan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan yang akan ditandingi iaitu Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.
Kerusi lain ialah Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Turut hadir, Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohd Nor Mohamad dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Khairil Nizam Khirudin.
Menurut Idris, kerusi Parlimen Segambut dan Batu masih dikaji untuk ditandingi oleh Pas.
Pada PRU13 lalu, Pas kalah hanya memperoleh 21 daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya.
Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, Pas memenangi 85 daripada 237 kerusi yang ditandingi.
Dalam perkembangan lain, Idris menyelar pemimpin DAP dan Amanah yang memahami matlamat sebenar Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 1965 (RUU 355) tetapi memberikan gambaran negatif mengenainya.
"Undang-undang ini tidak membabitkan orang bukan Islam seperti mana kewajipan berpuasa yang hanya melibatkan orang Islam pada bulan Ramadan.
"Gambaran tidak betul itu memberikan anggapan buruk dan Pas dilabelkan sebagai Taliban," katanya. - Bernama
PAS menegaskan sekali lagi bahawa tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan dan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan DAP dan PAN.
Keputusan ini telah terbukti tepat berikutan sikap penentangan berterusan DAP dan PAN terhadap agenda Islam yang dibawa oleh PAS termasuk RUU 355. Sikap ini jelas kelihatan di parlimen pada 6 April 2017, ketika Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS membentangkan RUU 355.
Episod RUU 355 juga membuktikan perumpamaan yang digunakan Presiden PAS betul, di mana kedua-dua belah ibarat biawak hidup di mana satu belah tidak berani membawa, dan satu belah bukan sahaja menentang, bahkan hak PAS untuk membentangkan RUU 355 melalui saluran demokrasi yang sah pun cuba dihalang.
Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS di parlimen mengenai RUU 355 kini cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada PAS tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan PAS.
Namun, strategi lapuk ini tidak akan berjaya kerana PAS yang ada hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan pada 2015.
Kepada yang membuat tuduhan, laporlah kepada pihak berkuasa seperti polis dan SPRM agar tindakan dapat diambil terhadap PAS sekiranya ada. PAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
PAS akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ketiga.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
9 April 2017 - HARAKAHDAILY 9/4/2017
SAYA tidak termasuk di kalangan Melayu mudah lupa seperti kenyataan seorang tokoh negara. Saya tidak lupa kisah senjata kimia yang menjadi sebab beberapa siri Perang Teluk yang masih tidak padam apinya. Bermula kerana dikatakan regim Saddam Husein mempunyai senjata kimia yang membahayakan negara serantau. Sebelumnya, di awal tahun 1980-an, Iraq menyerang Iran kerana alasan bahaya Revolusi Islam, dengan bantuan semua negara Barat, Amerika dan sekutunya, manakala bersama sebahagian besar negara Arab kerana bahaya Syiah terhadap Sunni.
Dalam muqadimah Perang Teluk ternyata Saddam menggunakan senjata kimia sehingga berlakunya Peristiwa Halabjah yang memangsakan kaum Kurdis dan rakyat Iran yang tidak berdosa. Selepas Perang Teluk siri berikutnya terbukti tidak ada senjata kimia di Iraq, tetapi yang ada hanyalah kawasan minyak dan gas yang menjadi rebutan
Berikutnya muncul pula ISIS yang mengisytiharkan Khalifah Abu Bakar Al Baghdadi. Ada pun kawasan dikuasainya pula memiliki m banyak telaga minyak di daratan yang boleh diperniagakan dengan mudah; dikatakan melalui Turki dan lain-lain melibatkan beberapa orang tokoh politik atau kroni mereka.
Pasukan tentera ISIS pula banyak menggunakan pacuan empat roda, puluhan ribu kenderaan jenis Hilux dan senjata moden yang mudah didapati. Banyak pendapat mengatakan ia dibeli dengan duit Arab yang kaya raya dan dibekalkan oleh kilang senjata Barat, bagi menjana ekonomi Barat yang sedang merosot dan mengorbankan harta dan nyawa sahabat Arab yang kurang cerdik, mungkin kerana tidak mampu menyaingi kemaraan Jepun dan China yang lebih ke depan perniagaannya dalam polisi ekonomi bebas.
Kita masih tidak lupa dengan peristiwa Arab Spring, kebangkitan rakyat mendesak Demokrasi Bebas dan menentang kezaliman. Dalam masa yang sama negara Barat yang menyokongnya pula mendukung dan menyokong kerajaan yang mengamalkan konsep Diktator dan nyata zalimnya. Banyak negara yang dilanda Arab Spring tidak menghasilkan buah yang masak politiknya, malah menjadi lebih parah, sehingga mencetuskan keganasan dan peperangan yang tidak berkesudahan.
Isu senjata kimia ditimbulkan pula di Syria yang masih bergolak dengan ganas. Sepatutnya cerita lama tidak ditayang semula, tetapi dunia hiburan sudah biasa menayangkan filem hitam putih yang tidak berwarna beberapa kali tanpa puas.
Boleh juga berlaku cerita sebenar di sebaliknya, umpama apabila pencuri yang dikepung di malam yang gelap cuba melepaskan diri daripada orang ramai yang mengepungnya berteriak dengan menempik perkataan, "Pencuri! Pencuri!! Pencuri!!!”. Pencuri sebenar juga sama-sama menempik perkataan "Pencuri !!!”,
berulang kali, bahkan lebih kuat dari orang lain bagi melepaskan dirinya.
Allah mengingatkan orang-orang yang beriman :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (al-Hujurat: 6)
Sebab turunnya ayat ini apabila disampaikan berita bohong oleh orang yang fasik di zaman Rasulullah S.A.W yang hampir mencetuskan peperangan.
Al Quran adalah mukjizat petunjuk di sepanjang zaman, sehingga zaman terkini. Peristiwa yang berlaku kini, kalau silap langkahnya boleh mencetuskan perang dunia yang parah akibatnya.
Amir Al Mu’minin Ali K.W menegaskan:
كلمة حق أريد به باطل
"Ada perkataan yang benar (maknanya dari segi sebutan), tetapi dikehendaki kepada tujuan atau maksud yang salah atau jahat."
Jangan lupa bahawa Israel dan sekutunya adalah negara yang mempunyai paling banyak senjata merbahaya di samping menguasai media dan kuasa kewangan yang mempengaruhi politik negara lain.
Maka PAS telah melakukan muhasabah melalui politik matang dan sejahtera di peringkat antarabangsa dengan menapis dan berhati-hati dalam menerima berita. Manakala di peringkat nasionalnya pula PAS menarik diri daripada gerakan bernama Bersih, apabila tercium daripada beberapa sirinya bau–bau yang tidak bersih.
"Inilah Penyelesaian Kita"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
10 Rejab 1438H/07 April 2017M – HARAKAHDAILY 7/4/2017
TRANSKRIP PENUH UCAPAN PEMBENTANGAN RANG UNDANG-UNDANG AHLI PERSENDIRIAN RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) (PINDAAN) 2016 Oleh AHLI PARLIMEN MARANG DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG (PRESIDEN PAS)
Saya mohon untuk menyambung serta menghuraikan usul yang telah saya bentangkan mengikut peraturan mesyuarat 49(1) yang dibaca bersama peraturan Mesyuarat 28. Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Persidangan Dewan Rakyat pada 24 November 2016 yang lalu di Dewan yang mulia ini.
Saya berdiri hari ini sebagai anggota Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam ruang lingkup tugas saya untuk membawa suatu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibenarkan.
Pertama-tama izinkan saya dalam Dewan Parlimen yang mulia ini, mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT dan terima kasih kepada semua yang telah mengizinkan kita membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) buat kali ketiga bagi meminda Akta 355 sedia ada, iaitu suatu akta yang mengawal bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah di dalam negeri-negeri di Malaysia. Akta asal ini telah diluluskan 50 tahun yang lalu pada tahun 1965 dan hanya dipinda 35 tahun yang lalu pada tahun 1984.
Usul Pindaan ini yang telah saya kemukakan buat pertama kalinya pada 26 Mei 2016 di dalam Dewan yang mulia ini bukanlah bertujuan untuk mewujudkan undang-undang baru sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak selama ini, tetapi lebih bertujuan untuk meminda sebuah Undang-undang Persekutuan berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan batas hukuman sedia ada, dan terkandung dalam Akta 355 berkenaan yang telah dipinda pada tahun 1984 daripada had maksimum 3 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM5,000, atau maksimum 6 sebatan kepada maksimum 30 tahun penjara, denda tidak melebihi RM100,000 dan sebatan syarie sebanyak 100 kali sebatan.
Tan Sri Yang Di-Pertua,
Kita ingin menegaskan bahawa Usul Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ini hanya terpakai kepada orang-orang Islam di dalam negara ini dan tidak terpakai kepada golongan bukan Islam sebagaimana dalam Akta asalnya dan sejarah sudah membuktikan bahawa sejak Akta 355 ini diluluskan 52 tahun yang lalu, belum pernah ada seorang bukan Islam yang didakwa kesalahannya di bawah mana-mana Mahkamah Syariah Negeri-Negeri, Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri-Negeri yang diwujudkan daripada Akta induk ini
Oleh hal yang demikian, kita memohon Yang Berhormat bukan beragama Islam tidak perlu berasa bimbang akan implikasi cadangan pindaan ini kerana tiada seorang warga bukan Islam yang akan disabitkan atas apa-apa kesalahan Jenayah Syarie di bawah Akta 355 ini. Usul ini membabitkan sebuah Akta peringkat Persekutuan dan ini bermakna ia masih tertakluk kepada persetujuan pemakaian kepada Negeri-Negeri kerana ia di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Segala urusan agama Islam dan perlaksanaan hukum di bawah Mahkamah Syariah terletak di bawah kuasa Negeri-negeri di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam Negeri.
Apa perlunya Akta 355 ini dipinda? Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Akta 355 adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. Pada masa sekarang, bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ialah sangat terbatas. Mengikut Perlembagaan, Mahkamah Syariah adalah mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan setakat yang diberi oleh Undang-Undang Persekutuan.
Mengikut Muslim Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih 6 bulan, atau denda tidak lebih RM1,000, atau kedua-duanya. Bidang kuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan kepada Akta itu, dan Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara, tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak lebih 5,000 ringgit, atau sebat tidak lebih 6 sebat atau gabungan hukuman itu.
Bidang kuasa ini masih rendah dari bidang kuasa Majistret kelas 1 yang biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara 10 tahun, dan boleh menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara, atau denda 10,000 ringgit, atau sebat 12 pukulan atau gabungannya. Batas hukuman itu juga amat jauh ketinggalan berbanding hukuman kesalahan dalam Mahkamah Sivil sedia ada yang menjadi undang-undang teras negara kita.
Sebagai contoh, bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta Hidupan Liar, Undang-Undang Sivil boleh memperuntukkan denda sehingga 50,000 ringgit ke atas seorang yang didapati bersalah memelihara burung tertentu, sedangkan kesalahan Syariah seperti mengajak ajaran sesat yang berjaya menyelewengkan akidah atau memurtadkan sebegitu ramai pengikutnya yang beragama Islam di negara ini, jika disabitkan kesalahannya, hanya boleh didenda tidak lebih daripada 5,000 ringgit, apakah demikian rendahnya nilai harga sebuah akidah Muslim? Tergamakkah kita membiarkan agama Allah dimartabatkan sedemikian rendah di negara kita yang memperuntukkan agama Islam selaku agama negara di bawah perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan?
Begitu juga seorang suami Muslim yang tidak bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya, meninggalkan mereka bertahun-tahun lamanya berpoya-poya di luar tanpa memberi nafkah ke atas isteri dan anak-anaknya. Apabila didakwa oleh isteri dan disabitkan kesalahan di bawah Mahkamah Syariah, akan mudah membayar denda tidak melebihi 5,000 ringgit berbanding dengan puluhan ribu atau mungkin mencecah ratusan ribu ringgit berbanding kesalahan yang hampir sama keadaannya di Mahkamah Sivil. Di manakah kaum wanita Islam akan memperolehi keadilan dan pembelaan sewajarnya dalam sebuah negara yang diterajui oleh orang-orang Islam dalam keadaan mereka dianiayai begitu rupa kecualilah jika batas hukuman yang lebih tegas dikenakan di bawah Akta 355 sedia ada.Sesungguhnya, apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada paras hukuman yang hampir atau sepadan dengan hukuman syarak Islam yang memang sudah termaktub di dalam sumber-sumber hukum di bawah panduan Al-Quran, Hadis Nabi SAW, Ijmak dan Qias para ulama.
Kita sedia maklum Tuan Yang Dipertua, bahawa Undang-Undang Sivil yang diperbuat di bawah kuasa Perlembagaan negara yang diwarisi daripada Suruhanjaya Reid warisan British yang terpakai sehingga ke hari ini menjadi undang-undang rasmi di negara di mana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi. Namun kita ingin mengingatkan semua Ahli Dewan yang mulia ini juga bahawa di bawah Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang sama juga, Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Dalam hal ini tidakkah Ahli-ahli Yang Berhormat terfikir bagaimana rakyat beragama Islam di dalam negara sebenarnya seakan-akan dilarang, tidak dapat mengamalkan agamanya sendiri dengan sepenuhnya, dengan pembelaan yang dijanjikan oleh Islam dalam keadaan yang mereka yang bukan Islam telah mengganggu hak orang Islam mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya termasuklah Syariah hukuman yang terkandung di dalamnya. Kita juga mendengar kuat suara membantah Pindaan Akta 355 ini dengan alasan bahawa pindaan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang Di-Pertua,
Kita ingin bertanya kepada semua Yang Berhormat di dalam dewan yang mulia ini, bagaimana mungkin cadangan pindaan batas hukuman ditingkatkan ini bertentangan dengan Perlembagaan negara sedangkan tiada apa-apa cadangan konsep kandungan Akta 355 yang asal? Jika tiada perubahan ini dalam kandungan pindaan kesalahan jenayah Syariah yang baru, sudah tentu mahkamah di Negeri-negeri akan mengekalkan semua isi dan bentuk hukuman sedia ada. Ini bermakna tiada peruntukan baru dikuatkuasakan yang memungkinkan peruntukan tambahan diwujudkan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kita juga ingin mengingatkan bahawa jika usul Pindaan 355 ini diterima dan diluluskan, semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri mempunyai waktu dan kesempatan seluas-luasnya untuk membahaskan pemakaian batas-batas hukum baru yang diluluskan itu untuk setiap kesalahan jenayah Syariah di Negeri sedia ada. Di sinilah sepatutnya Ahli-Ahli DUN nanti menggunakan kebijaksanaan masing-masing sewaktu wakil lantikan Negeri-negeri membahaskan isi dan bentuk hukuman kesalahan Syariah untuk dilaksanakan oleh Mahkamah-mahkamah Syariah.
Oleh yang demikian janganlah kedengaran lagi bahawa cadangan Pindaan Akta 355 ini merupakan pintu belakang ke arah perlaksanaan hukum Hudud di Malaysia. Dan untuk melaksanakan Undang-Undang menyamai hukum Hudud dalam Syariah di Malaysia sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan. Dan sudah tentulah ia perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini adalah kerana penggunaan 355 hanya terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran Satu Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang Dipertua,
Pindaan Akta 355 ini tidak memungkinkan Undang-Undang Jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan kesalahan yang wujud dalam Kanun Keseksaan atau ‘Penal Code’. Terletak di bawah kuasa Persekutuan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil di mana kuasa bidang penguasa seperti polis, penjara juga terletak di bawah kuasa Persekutuan Federalis selain daripada pindaan pada Butiran Satu kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76 A juga perlu diperolehi bagi membolehkan Negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang jenayah yang termaktub dalam senarai Kuasa Persekutuan.
Ini diikuti Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu diskriminasi, ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan Undang-Undang kerana berbeza agama. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi Pindaan Rang Undang-Undang 355 hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam Enakmen Jenayah Negeri-Negeri.
Kita ingin mengingatkan bahawa dalam negara berbilang kaum dan penganut agama seperti Malaysia, perkembangan politik negara yang berkait rapat dengan hal ehwal keagamaan perlu ditangani dengan matang. Namun sikap sekelompok ahli politik sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam yang menentang penambahbaikan sistem Kehakiman Syariah negara amatlah dikesali.
Penentangan mereka terhadap Pindaan Akta 355 ini adalah petanda buruk kepada kematangan politik perpaduan dalam negara ini. Ahli-Ahli Dewan Rakyat bukan Islam tidak berhak untuk menolak penambahbaikan kepada Mahkamah Syariah, hanya atas dasar mereka bukan Islam. Mereka perlu sedar yang mereka juga bertanggungjawab kepada sekelompok masyarakat Islam yang mereka wakili.
Mereka langsung tidak mengorbankan hak peribadi atau hak kelompok bukan Islam yang mereka wakili. Pindaan ini hanya demi kepentingan masyarakat Islam yang mereka wakili.Jika kepentingan sedemikian yang begitu didambakan oleh masyarakat Islam tidak dapat ditunaikan, apakah yang boleh diharapkan dari mereka jika hak dan kepentingan umat Islam itu bercanggah dengan kepentingan peribadi mereka?
Kepimpinan politik di peringkat Negeri perlu menyedari bahawa autonomi sebenar yang akan dinikmati hasil daripada Pindaan 355 itu nanti adalah Kerajaan Negeri, hanya Dewan Undangan Negeri, DUN, dengan perkenan Ketua Agama Negeri iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan, Sultan-Sultan yang berkuasa untuk memutuskan sama ada untuk menunaikan kadar hukuman yang diperuntukkan dalam Enakmen-Enakmen Syariah Negeri. Akta 355 yang berada di bawah kuasa Parlimen hanya berfungsi meletakkan hukuman maksimum yang boleh digubal oleh Dewan-Dewan Undangan Negeri.
Kita ingin mengulangi bahawa Bidang Kuasa Mahkamah Syariah terhad setakat kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Butiran Satu Senarai Negeri.
Perlembagaan Persekutuan, malah Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa ke atas bukan Islam, hatta jika berlaku persetubuhan antara Islam dan bukan Islam, hanya yang Islam sahaja yang boleh dituduh di Mahkamah Syariah. Sebaliknya jika seorang Islam merogol bukan Islam, siasatan dan pendakwaan bagi kes itu hanya boleh dilakukan oleh polis di bawah kesalahan kanun keseksaan.
Rang Undang-Undang 355 bertujuan memperkenalkan prinsip, konsep dan sistem kehakiman Islam juga memperkenalkan konsep dan cara hukuman Islam yang berbeza dengan yang lain, kerana tujuannya mendidik penjenayah dan masyarakat, bukannya menyeksa. Di mana, kehakiman Islam berdasarkan kepada dua prinsip, beriman kepada Allah, beriman kepada hari akhirat. Dua konsep, takwa dan adil terhadap semua. Beriman kepada Allah, kepada hari akhirat, merupakan rukun iman bagi seorang Islam yang menjadi hakim dan melibatkan diri dalam mahkamah.
“Penzina perempuan, penzina lelaki hendaklah disebat (sebanyak) 100 sebatan. Jangan kamu kasihan terhadap mereka dalam perkara hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (an-Nur: 2)
Menunjukkan betapa kehakiman Islam berkait dengan beriman kepada Allah dan hari akhirat. Konsep taqwa dan adil terhadap semua, ini merupakan konsep yang wajib kepada orang Islam:
“Jangan dengan sebab kamu bermusuh dengan suatu kaum, kamu tak berlaku adil (terhadap kaum tersebut), berlaku adillah, adil lebih hampir kepada takwa.” (al-Ma’idah: 8)
Dengan makna, terhadap musuh Islam mewajibkan kita adil. Kita menganggap rakyat Malaysia bukan Islam bukan musuh, mereka adalah sahabat-sahabat kita. Kalau dengan musuh, Islam mewajibkan orang Islam adil dan ini sifat takwa, apa lagi rakyat warganegara yang dianggap sebagai saudara anggota masyarakat. Ini perlu menghilangkan kebimbangan.
Yang kedua, hukuman dera dalam Islam adalah hukuman mendidik bukan menyeksa. Sebatan dalam Islam berbeza dengan sebatan dalam Undang-Undang Sivil, sebatan dalam Islam disebut dalam kitab-kitab fekah semua mazhab, mesti dengan alat sebat yang sederhana, yang tidak berat dan tidak ringan, tidak boleh mengangkat lebih tinggi daripada kepala, tidak boleh mengoyakkan kulit, tidak boleh mencederakan, dengan tujuan untuk memalukan, bukan untuk menyeksa, ini sebatan dalam Islam.
Bunyinya 100, bunyinya 20, tetapi berbeza dengan sebatan Undang-Undang Sivil, bahkan disebut dalam Hadis Nabi SAW, apabila dimaklumkan orang yang melakukan kesalahan 100 sebat itu seorang yang kurus, kalau dipukul terkena tulangnya, lalu Nabi menyebut gunakan 100 batang ranting dan pukul satu kali sahaja. Ini sebatan Islam yang perlu diperkenalkan kepada umum yang berbeza dengan hukuman sebat mengikut hukum Sivil yang ada pada hari ini.
Kesimpulan, terlalu amat banyak perlindungan kepada masyarakat bukan Islam yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, dan hukum Islam daripada Nas dan Perlembagaan Persekutuan dan hukum Islam daripada Nas Quran dan hadis yang disebut perlindungan kepada orang bukan Islam. Firman Allah Taala:\
“Jika sekiranya orang bukan Islam datang kepada kamu, kamu boleh bawa mereka (ke Mahkamah Islam) dan kamu boleh biarkan mereka sendiri dengan (mahkamah) mereka.” (al-Ma’idah: 42)
Ini mengikut pemilihan masyarakat bukan Islam itu sendiri. Ini bukan Perlembagaan Persekutuan, termasuk Quran sendiri menyatakan demikian. Hanya ahli politik yang kemaruk kepada undi mereka sahaja yang hampir menjadi hilang kewarasan, mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat bukan Islam untuk menolak Pindaan Akta 355 ini.
Kita ingin mengingatkan bukan Islam jangan permain-mainkan agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Di mana Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah mengangkat sumpah jawatan akan memelihara Agama Islam selaku Agama Negara, mendaulatkan Islam merupakan Agama Negara menjadi cita-cita setia warganegara Malaysia dan PAS terus akan membawa obor mendaulatkan Islam di negara ini dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sedia ada.
Maka dengan ini, Marang mohon mengusulkan supaya Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah Akta 355 ini diterima untuk dibahas sepenuhnya oleh Ahli Yang Berhormat Yang Mulia. – HARAKAHDAILY 6/4/2017
Transkrip Ucapan Pembentangan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini disusun oleh wartawan Harakah Izwan Abdul Halim.
Marilah kita menunaikan sujud syukur, atas kekuasaanNya juga MP Marang, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, telah selesai membentangkan RUU Persendirian bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Perjalanan untuk mendaulatkan syariah di Malaysia masih panjang, tetapi langkah-langkah yang diatur termasuk dalam usaha berterusan dalam melakukan antara amar maaruf yang paling besar. Kita memohon kepada Allah, setiap langkah yang diatur mendapat pahala.
Semua pejuang dan pencinta Syariah Allah, perlu terus mengatur langkah. Satu langkah yang kita atur akan dikira amar maaruf yang besar. Sejak 2015 lalu, beberapa langkah telah dilakukan termasuk berbincang dengan pihak berkuasa bagi mendapat laluan.
Setiap kali kita maju ke hadapan, semoga Allah menambahkan pahala kepada pejuang dan pencinta syariah Allah. Hari ini satu lagi langkah kemajuan ke hadapan telah dicapai, yang pasti menitiskan air mata kita semua. Perjuangan masih jauh untuk ditempuh.
Saudaramu Dalam Islam
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat penyelidikan PAS
6 April 2017
9 Rejab 1438
DENGAN Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
PAS mengecam tragedi letupan bom terbaru yang berlaku di stesen keretapi bawah tanah St. Petersburg, Rusia pada 3 Mac lalu. Tragedi letupan bom ini telah mengorbankan belasan mangsa dan mencederakan puluhan orang awam yang tidak bersalah.
PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi kejam dan tidak bertamadun ini. PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin dan seluruh rakyat Rusia di atas tragedi berdarah ini.
Selaras dengan ajaran Islam yang menganjurkan kedamaian, PAS secara konsisten mengecam sebarang tindakan pembunuhan dan kekejaman yang melibatkan orang awam yang tidak berdosa untuk apa tujuan sekalipun. PAS menggesa pihak yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan untuk dikenakan tindakan seadilnya.
PAS menggesa semua pihak untuk berfikir dan bertindak secara matang dalam apa jua tindakan agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak bertamadun ini berulang. PAS juga menggesa semua pihak untuk tidak menuding jari kepada mana-mana pihak terutama sekali yang ada kaitan dengan Islam sebagai dalang tragedi ini sebelum bukti kukuh diperoleh.
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
08 Rejab 1438H / 05 April 2017M – HARAKAHDAILY 5/4/2017
Oleh Adam Abu Bakar
KUALA LUMPUR: PAS memberi gambaran tidak akan menangguhkan lagi pembentangan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Dewan Rakyat.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad bagaimanapun berkata keputusan membahaskan RUU 355 masih terletak di bawah peraturan mesyuarat dan kuasa speaker Dewan Rakyat.
“Kita lihat Khamis nanti. Kita harap dapat bentangkannya agar kita dapat kemukakan hajat dan beri peluang kepada sesiapa (ahli Parlimen) berbahas,” katanya kepada FMT, hari ini.
Sebelum ini, RUU persendirian itu dibentangkan 2 kali oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, namun ia ditangguhkan.
Hadi berkata penangguhan itu membolehkan pindaan dilakukan terhadap RUU 355 yang hanya akan didedahkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Malah, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi keyakinan usul itu akan dibahaskan memandangkan pindaan terhadap RUU berkenaan sudah dilakukan.
Beliau berkata pada kali ini PAS tidak lagi membuat sebarang pindaan terhadap usul berkenaan kerana ia sudah dilakukan pada sesi lalu.
Ketika ini, akta itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak kurang RM5,000 atau maksimum 6 sebatan kepada pesalah.
Hadi memohon untuk menggantikan hukuman itu dengan hukuman lebih keras iaitu penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan.
Hadi sendiri akan membentangkan usul berkenaan setelah Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan tidak akan mengambil alih untuk membawa RUU itu.
Keputusan Najib itu dilihat sebagai langkah menghancurkan harapan PAS untuk mendapatkan sokongan ahli Parlimen Islam parti pemerintah.
Sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 bagi tahun ini akan berakhir pada Khamis ini.-FMT
SEBAGAIMANA yang tertera dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari Selasa 4 April 2017 (D.R.20/2016), pihak Kerajaan adalah dalam proses untuk meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang juga dikenali kini sebagai Akta 164. Akta 164 ini adalah secara langsung berkaitan terhadap hak kekeluargaan orang Islam di Mahkamah Sivil, status agama anak, hak penjagaan, nafkah dan pengagihan harta.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpandangan bahawa implikasi menyeluruh yang bakal timbul daripada Akta 164 ini adalah sangat serius, iaitu terhadap kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dan mempertahankan aqidah tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, pencemaran terhadap keutuhan institusi Mahkamah Syariah dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan etnik dalam negara kita
Oleh yang demikian, PAS mencadangkan agar Akta 164 ini dikaji semula secara mendalam, menerusi pembentukan satu Jawatankuasa Khas untuk merangka dan mengemukakan satu penyelesaian lain yang lebih adil, menyeluruh dan inklusif.
Jawatankuasa ini perlu melibatkan semua pihak yang berkepentingan sama ada daripada kalangan penganut Islam dan juga agama-agama lain, mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pengamal undang-undang syariah dan sivil, pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya yang merupakan pihak yang terkesan secara langsung dalam pindaan Akta 164 ini.
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
7 Rejab 1438H / 4 April 2017M - HARAKAHDAILY 4/4/2017
KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana mengejarkan dedak dan sagon daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Justeru, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, bekas ahli UMNO terbabit tidak layak untuk berkata tentang “Good Governance”
Malah, beliau mengingatkan golongan itu supaya berwaspada jangan sampai UMNO membuka fail lama yang mendedahkan mereka ‘faraid’ harta negara sebelum ini.
“Beliau dan rakan-rakan sama waktu dengannya dah kenyang sewaktu dengan UMNO.
“Apabila tuannya jamu tidak cukup itu yang marah dengan UMNO. Golongan ini tidak layak bercakap soal “Good Governance”,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian berikutan tindakan seorang bekas pemimpin UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini bersama PPBM mendakwa PAS alat dan dedak UMNO.
“Saya senyum kerana kawan saya ni dah berapa kali lompat parti. Mula-mula UMNO, kemudian PKR, kemudian UMNO, sekarang PPBM.
“Saya kenal beliau ini kawan lama saja. Itulah ucapan beliau ketika dia belasah Mahathir zaman reformasi dulu,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
FASA Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) di peringkat PAS Cawangan, Dewan-Dewan Kawasan dan PAS Kawasan telahpun selesai. Walaupun masih terdapat beberapa PAS kawasan yang masih belum melaksanakan MAT namun ia tidak menjejaskan perjalanan MAT PAS secara keseluruhannya.
Secara umumnya tidak berlaku masalah besar seperti mana yang dihadapi dua tahun yang lalu. Keadaan jauh lebih tenang tanpa insiden yang mengganggu perjalanan MAT khususnya di peringkat PAS Kawasan-kawasan.
Fasa seterusnya adalah Muktamar Tahunan di peringkat Negeri yang melibatkan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat sebelum berlangsungnya Muktamar di peringkat Pusat pada penghujung bulan ini.
Sehingga fasa ini, belum ada tanda-tanda akan berlakunya Momentum Kedua Perpecahan PAS seperti mana yang telah disebut oleh seorang bekas pemimpin PAS dilanda kekecewaan sehingga keluar meninggalkan PAS selepas Muktamar PAS kali ke-61 dua tahun yang lalu.
Tanpa menafikan bahawa terdapat juga pertandingan untuk memilih kepimpinan PAS di pelbagai peringkat namun tidaklah membawa kepada kesedihan dan patah hati sehingga mengambil tindakan keluar dari PAS.
Saya yakin keharmonian perjalanan MAT ini akan terus berkekalan sehinggalah selesainya Muktamar Tahunan PAS Pusat sehingga berakhir pada 1 Mei 2017 nanti.
Ketika beberapa parti politik menangguhkan pemilihan jawatankuasa mereka kerana faktor Pilihan Raya Umum yang semakin hampir, ia tidak mengganggu PAS kerana agenda menghadapi PRU adalah agenda bersama. Siapapun yang memimpin parti, peranan mereka untuk memenangkan PAS mestilah dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 3/4/2017
PAS telah mendapat kebenaran pihak kerajaan bagi membawa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 ke persidangan Parlimen kali ini.
Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masa itu akan ditentukan oleh pihak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengikut ‘standing order’ Parlimen.
“Kita mendapat persetujuan untuk bawa pada sidang Parlimen kali ini dan akan dibahas, insya Allah. Itu Speaker (Dewan Rakyat) yang tentukan masa mengikut ‘standing order’ Parlimen selepas urusan kerajaan.
"Walau bagaimanapun, kerajaan boleh beri masa bila-bila masa sahaja,” ujarnya kepada wakil media selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Ketika ditanya, apakah kesan kepada PAS setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) enggan membawa RUU 355 itu ke Parlimen, beliau menegaskan tiada kesan kepada partinya.
Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata sebenarnya pihak kerajaan sendiri bersetuju agar PAS yang membawa ‘private bill’ itu ke Parlimen.
“Tak ada kesan, sebenarnya pihak kerajaan setuju kita bawa ‘private bill’ itu. Ini (RUU 355) kaitan tentang hak orang Islam, kewajiban bersama bagi orang Islam dan tak ada sebab bagi orang bukan Islam untuk campur tangan,” jelasnya dipetik Buletin Online.
Sehubungan itu, beliau menyeru khususnya kepada semua ahli parlimen Islam agar menyokong pindaan RUU Akta 355 tersebut sementara ahli parlimen bukan Islam pula dinasihatkan agar menghormati Perlembagaan.
“Saya seru ahli parlimen Islam khususnya menyokong. Ada pun yang bukan Islam supaya mereka menghormati Perlembagaan. Perlembagaan mengatakan ini hak berkait dengan orang Islam sahaja,” tegasnya.
Beliau turut menafikan PAS ditipu sekali lagi oleh Umno BN dalam isu RUU Akta 355 dan bersedia menghadapi sebarang halangan kerana itu urusan agama.
“Ini (RUu 355) kewajiban bersama orang Islam, macam masjid kerajaan benar untuk kita sembahyang Jumaat di masjid. Itu bukan kerja tipu, kerja agama. Ini urusan agama, bukan kerja menipu.
“Kita akan hadapi halangan-halangan itu dan kita kenal siapa yang menghalangnya, insya Allah,” tegasnya.
MARANG – PAS telah mendapat kebenaran pihak kerajaan bagi membawa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 ke persidangan Parlimen kali ini.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan bahawa PAS mendapat persetujuan untuk membawa RUU Akta 355 itu ke Parlimen kali ini.
Namun, katanya masa itu akan ditentukan oleh pihak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengikut ‘standing order’ Parlimen.
“Kita (PAS) mendapat persetujuan untuk bawa pada sidang Parlimen kali ini dan akan dibahas, Insya’Allah.
“Itu Speaker (Dewan Rakyat) yang tentukan masa mengikut ‘standing order’ Parlimen selepas urusan kerajaan. Walau bagaimana pun, kerajaan boleh beri masa bila-bila masa sahaja,” ujarnya kepada wakil media ketika ditemui selepas Kuliah Mingguan Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Ketika ditanya, apakah kesan kepada PAS setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) enggan membawa RUU355 itu ke Parlimen, Dato’ Seri Abdul Hadi menegaskan tiada kesan kepada partinya.
Malah, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang sebenarnya pihak kerajaan sendiri bersetuju agar PAS yang membawa ‘private bill’ itu ke Parlimen.
“Tak ada kesan, sebenarnya pihak kerajaan setuju kita (PAS) bawa ‘private bill’ itu. Ini (RUU355) kaitan tentang hak orang Islam, kewajiban bersama bagi orang Islam dan tak ada sebab bagi orang bukan Islam untuk campur tangan,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru khususnya kepada semua ahli parlimen Islam agar menyokong pindaan RUU Akta 355 tersebut.
Manakala, katanya kepada ahli parlimen bukan Islam pula dinasihatkan agar menghormati Perlembagaan.
“Saya seru ahli parlimen Islam khususnya menyokong. Ada pun yang bukan Islam supaya mereka menghormati Perlembagaan. Perlembagaan mengatakan ini hak berkait dengan orang Islam sahaja,” tegasnya.
Dato’ Seri Abdul Hadi turut menafikan PAS ditipu sekali lagi oleh Umno-BN dalam isu RUU Akta 355 dan bersedia menghadapi sebarang halangan kerana itu urusan agama.
“Ini (RUU355) kewajiban bersama orang Islam, macam masjid kerajaan benar untuk kita sembahyang Jumaat di masjid. Itu bukan kerja tipu, kerja agama. Ini urusan agama, bukan kerja menipu.
“Kita (PAS) akan hadapi halangan-halangan itu dan kita kenal siapa yang menghalangnya, Insya’Allah,” ujarnya.
Isu tersebut kembali hangat, apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak mengumumkan kerajaan BN tidak akan membentang RUU Akta 355 di Parlimen.
Dalam sidang media di Rusila sebentar tadi, Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memaklumkan yang PAS sudah pun mendapat laluan dan beliau sendiri akan membentangkan RUU Pensendirian bagi meminda Akta 355.
Ianya akan dibahaskan pada sidang kali ini juga. Tarikh tepatnya akan ditentukan oleh Tan Sri Speaker Dewan Rakyat mengikut Peraturan Dewan iaitu selepas selesai urusan Kerajaan.
Beliau turut menyatakan ini adalah kewajipan bersama dan hak bagi orang Islam, tidak ada sebab orang bukan Islam mahu campurtangan.
Beliau menyeru Ahli Parlimen Muslim menyokong RUU ini nanti manakala Ahli Parlimen Bukan Islam menghormati Perlembagaan kerana ini hak yang berkait dengan orang Islam sahaja.
Di akhirnya, Tuan Guru Presiden PAS dengan tegas berkata kita akan hadapi halangan dan kita kenal siapa yang menghalangnya..
PAS said it would not be a part of Barisan Nasional (BN) or Pakatan Harapan due to differences in beliefs.
The Islamist party’s president Datuk Seri Abdul Hadi Awang was reported claiming that PAS would not join either the ruling or federal Opposition coalitions as it contradicted the party’s principles.
“PAS will not be together with Pakatan Harapan as there is a clash in policies and concepts, moreover there are leaders and parties in it that continue to oppose Islam openly,” he was quoted saying by local daily Sinar Harian in Marang, Terengganu.
Hadi also compared BN and Pakatan to “live monitor lizards”, which brought problems and “diseases” to the country.
“To join Pakatan, the monitor lizard is bigger and the disease is even more deadly,” the Marang MP cryptically said.
PAS exited Pakatan last year after it refused to work with the DAP and severed ties with the party. This has led the party to seek new allies ahead of the next general elections.
Several PAS divisions have also recently conflicted with PKR, with ties between both parties up for review at the PAS muktamar next month.
PKR, DAP and PAS remain part of the Selangor state government headed by PKR deputy president Datuk Seri Azmin Ali.
BANYAK kalangan yang bertanya sikap PAS di antara memilih bersama Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN)? Hanya pihak lain sahaja berdilema berkenaan PAS, menandakan PAS diminati semua. Adapun PAS, sedikitpun tidak menjadi keliru bagi menentukan sikapnya.
PAS sejak penubuhannya mewarisi para pemimpin yang berpengalaman dengan semua keadaan, sejak zaman penjajah sehinggalah selepas negara mencapai kemerdekaan.
Di zaman penjajah dahulu, sama ada British atau Jepun mereka yang menjadi pemimpin PAS sebelum penubuhannya berada dalam PKMM pernah bertahaluf dengan kumpulan nasionalis, sosialis, sehinggalah komunis, akhirnya dirungkaikan. Mereka yang tidak memahami konsep tahaluf, masuk hutan bersama komunis.
Adapun yang beristiqamah menubuhkan Hizbu Al Muslimin yang akhirnya diharamkan oleh penjajah, yang bakinya bersama Umno.
Ketika PAS ditubuhkan 1951, memuncaknya perjuangan menuntut pilihan raya segera melalui pendekatan politik damai, PAS bertahaluf bersama IMP dan Perikatan (Umno, MCA dan MIC), sehingga Dr Burhanuddin Al Hilmi bersama Prof Zulkifli Mohamad,
Pak Sako, Ahmad Boestamam dan Dato' Onn Jaafar menyertai Persidangan Afro Asia dan turut mendukung perjuangan kemerdekaan. Apabila PRU pra kemerdekaan1955, PAS bersendirian di mana semua komponen Pakatan Harapan belum lagi menjadi janin untuk dilahirkan.
Selepas kemerdekaan PAS bersendirian dan mencapai sedikit kejayaan dalam PRU 1959, apabila berjaya memerintah Terengganu dan Kelantan dan menjadi pembangkang di Parlimen bertahaluf dengan Parti Negara yang dipimpin oleh Al Marhum Datuk Onn Jaafar, bekas Presiden Umno.
Ketika penubuhan Malaysia berlakunya konfrontasi dengan Indonesia, PAS bertahaluf dengan kumpulan pembangkang menolak penubuhan Malaysia dan mahukan Melayu Raya. Mereka yang tidak memahami konsep tahaluf terus menyokong Sukarno bersama kumpulan pembangkang lain. Adapun yang beristiqamah terus bersama PAS.
Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama Perikatan 1973 dan menubuhkan BN 1974 bersama parti komponennya. Berakhir dengan PAS dipecat daripada BN. Mereka yang tidak memahami konsep tahaluf terus bersama BN atau menubuh parti lain, termasuk menggerakkan ABIM. Manakala yang diperalat BN, mengikut telunjuk parti itu dan berlakunya penubuhan Berjasa.
Di era mutakhir, PAS bertahaluf dengan Parti Semangat 46, selepasnya BA dan seterusnya PR. Berakhir dengan DAP memecat PAS.
Dalam semua tahaluf tersebut, PAS teguh dengan dasar dan matlamatnya. Pemimpin dan ahlinya diwajibkan beristiqmah dengan dasar matlamat dan wala' kepada keputusan pemimpinya. Perkataan Wala' dan Tahaluf tidak ada dalam istilah parti yang tidak berasaskan Islam. Mereka yang tidak faqih dalam istilah ini tidak boleh bersama PAS, sama ada keluar melarikan diri atau dipecat.
PAS tidak bersama PH kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau oppurtunis.
PAS tidak boleh menyertai BN kerana pernah menyertainya dan terkini memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakitnya, serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS. Menyertai BN laksana memikul biawak hidup. Walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN telah keluar dan menyertai PH. Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.
PAS memperkenalkan konsep Politik Matang dan Sejahtera berteraskan wajib berkepimpinan Islam yang adil terhadap semua anggota masyarakat majmuk mengikut objektif Ta’aawun berpandukan firman Allah:
2. "Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya). (Al-Maidah: 2)
"Inilah Penyelesaian Kita"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
26 Jamadil Akhir 1438H / 25 Mac 2017M - HARAKAHDAILY 25/3/2017
Perutusan Presiden PAS Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh pegawai, anggota dan kakitangan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-210.
Kewibawaan, integriti, kecekapan dan pengorbanan PDRM dalam menjalankan tanggungjawab serta peranan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam amatlah dihargai.
Kesungguhan PDRM menangani dan mengekang jenayah khususnya, merupakan sumbangan besar kepada jaminan keharmonian rakyat dan pembangunan negara.
Namun, dalam realiti cabaran dunia masa kini, perlunya kemahiran persiapan anggota dan aset dipertingkatkan dari masa ke semasa agar mampu mendepani setiap situasi yang mendatang.
PAS berharap, pihak kerajaan memberi perhatian sebaiknya terhadap usaha mengukuhkan keupayaan semasa PDRM termasuk kebajikan kalangan keluarga, anggota ditimpa musibah dan yang telah bersara dari perkhidmatan.
Masyarakat juga diseru agar sentiasa memberi kepercayaan dan kerjasama sebagai satu sokongan bergandingan bahu supaya matlamat kesejahteraan dapat dikecapi semua.
"Inilah Penyelesaian Kita"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
26 Jamadil Akhir 1438H | 25 Mac 2017M - HARAKAHDAILY 25/3/2017
KOTA BHARU, 25 Jamadilakhir 1438H, Jumaat – Kerajaan sepatutnya sudah lama membawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 (RUU 355), seperti dilakukan pada tahun 1984, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Jelas beliau, pindaan akta itu di Parlimen sebelum ini dibawa sendiri oleh kerajaan.
“Sepatutnya kerajaan yang bawa seperti dilakukan pada 1984 di mana ketika itu tidak ada anggota parlimen bukan Islam yang menentang.
“Sekiranya kerajaan yang bawa, kelab penyokong BN pun akan menyokong sama dan ia tentunya lebih memudahkan,” katanya pada ceramah di Kampung Cherang di Kota Bharu, malam tadi.
Pada masa sama, Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata, sehingga sekarang PAS belum lagi melihat draf pindaan RUU 355 yang dicadang dibawa kerajaan.
Usul persendirian pindaan RUU 355 berkaitan Bidang Kuasa Jenayah sebelum ini dua kali dibawa anggota parlimen Marang Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Cadangan pindaan itu dibuat bertujuan meningkatkan hukuman maksimum di mahkamah syariah kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.
KOTA BAHRU - Pas mengatur strategi menawan Selangor dengan tidak menolak kemungkinan meletakkan calon di semua kawasan yang memiliki 40 peratus pengundi Melayu.
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, kajian parti itu mengambil kira senario politik semasa termasuk saingan tiga penjuru melibatkan Pas, BN dan Pakatan Harapan.
Beliau berkata, Pas Selangor juga hampir pasti menambah kerusi Dun dan Parlimen untuk ditandingi, termasuk meletakkan calon di kawasan yang ditandingi DAP dan MCA.
"Tidak dinafikan di Selangor tidak seperti negeri lingkaran (pengundi) Melayu, walaupun Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) menyindir kita, Pas ada strategi dengan menyasarkan untuk bertanding di kerusi yang berpotensi di mana pengundi Islam 40 peratus ke atas.
"Contohnya, Dun Sungai Pelek, Parlimen Sepang, disitu DAP lawan MCA, sebenarnya pengundi Melayu ramai, sekiranya parti itu terus tolak RUU 355, kita akan letak calon," katanya kepada pemberita selepas ceramah isu-isu semasa di Cherang, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan parti itu akan menjadikan Selangor termasuk lima negeri sebagai sasaran untuk ditawan dalam PRU14 nanti.
Kenyataan itu menyebabkan Azmin membuat serangan balas dengan menyindir Pas khususnya Nik Abduh yang berhasrat menawan Selangor walaupun kalah dalam pemilihan kawasan Pas Pengkalan Chepa.
Mengulas status kerusi Pas yang ditandingi PKR sebelum ini, Zuhdi berkata, keputusan itu bergantung kepada Muktamar Pas sama ada hubungan dua parti itu masih terjalin atau sebaliknya.
"Setakat ini kita masih ada hubungan, sekiranya muktamar buat keputusan putus hubungan, status quo kerusi itu akan hilang. Kalau muktamar dan majlis syura buat keputusan, bukan setakat Selangor, kerusi di Kelantan seperti Tanah Merah, Machang dan beberapa tempat lain juga kita ambil," katanya.
Ditanya peluang Pas untuk menang, Zuhdi berkata, parti itu mengharapkan tsunami politik Islam berlaku sebagaimana momentum yang sama terjadi kepada masyarakat Cina pada PRU13 yang lalu.
"kita akan menjana pengundi Islam, kalau PRU lalu, NGO Cina memberi sokongan, kita juga harap pada kali ini, NGO Islam, tokoh-tokoh agama boleh menjana Islam sekaligus memilih Pas.
"Bagi kami empat atau lima negeri selain 40 kerusi kerusi parlimen seperti mana yang disebut Presiden Pas, kalau Umno masih memerintah, kita akan jadi 'chek and balance' yang berkesan," katanya.
MEREKA yang menentang RUU 355 masih lantang bersuara dan menulis dengan hujah-hujah bersifat teknikalnya secara melulu, tanpa peduli perkara yang tersurat dalam perlembagaan bahawa ia hanya melibatkan penganut Islam sahaja. Mahkamah Syariah tidak diberi bidang kuasa terhadap bukan Islam. Ini menunjukkan mereka itu jauh sekali menyaksikan hikmah menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran yang tidak ada dalam istilah mereka.
Mereka tidak mengira masyarakat yang terbeban dengan kadar jenayah yang terus meningkat. Ini menunjukkan kelemahan undang-undang ciptaan manusia yang tidak beraqidah itu, namun terus mempertahankannya juga dengan segala cara halal dan haram.
Mereka sepatutnya menghormati Islam, kedudukannya dalam Perlembagaan dan hak-hak diberi kepada agama-agama yang lain sudah mencukupi. Mereka juga sepatutnya menghormati penganut Islam diberi hak mereka, di antaranya peluang kepada undang-undang Syariat dan Mahkamahnya yang banyak disekat oleh penjajah dahulu dan masih disekat selepas merdeka.
RUU 355 hanya kuasa yang masih sedikit memberi ruang kepada umat Islam menunaikan hak mereka. Tiba-tiba dicampur tangan tanpa mengira sempadan yang sudah nyata dalam Perlembagaan tersebut. Mereka tidak menghormati masyarakat Islam yang berada di keliling mereka, tanpa peduli ini adalah urusan penganut Islam. Apakah di sebalik suara yang sumbang ini?
Terang lagi bersuluh, sebenarnya mereka tidak mahu membuka ruang kepada Syariat Islam, sehingga semata-mata kerana Islamnya?
Mereka menentang kerana penyakit Islamofobia yang disebarkan oleh kuasa besar yang sedang bermusuh terhadap Islam sehingga kini? Maka bersedia menjadi khadam kepada negara asing yang menjadi dalangnya.
Mereka menentang kerana sikap cemburu buta kebimbangan menyaksikan banyaknya kebaikan daripada syariat Islam? Sepatutnya mereka mencari kebaikan yang datang daripada semua pihak, bukannya menutup kebaikan dan merelakan kemungkaran. Inilah konsep semua agama, samawi dan tidak samawi, walaupun berbeza aqidah.
Setiap yang berakal fikiran dapat menyaksikan bahawa mereka yang menentang RUU355 itu bersedia mengekalkan undang-undang warisan penjajah yang masih diamalkan walaupun menzalimi diri mereka sendiri. Tetapi tidak bersedia menerima Syariat Islam walaupun lebih baik kepada mereka juga.
Kami tidak masuk kira kalangan mengaku Islam yang sanggup menjadi laksana selipar pengalas kaki masuk ke tandas sahaja, rela diri mereka menjadi alat yang dipijak-pijak terhina bergelumang najis dan kotoran dosa melawan hukum Allah dan Syariat-Nya.
Penentangan ini masih dilakukan, walaupun sudah dinyatakan hujahnya oleh semua pihak yang memperjuangkannya. Bahawa RUU 355 berkonsepkan kepada menegakkan semula kedudukan Mahkamah Syariat yang dilemahkan di zaman penjajah dahulu, serta memperkenalkan hukuman dalam Syariat Islam adalah berkonsepkan mendidik bukannya menyeksa dan mendera, berpandukan nas-nas yang ada di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W.
Ramai kalangan ilmuan undang-undang Barat yang bertaraf Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dan Peguam-Peguam besar dan kecil menyokong dan mendukung dengan hujah ilmunya, beriman kepada Undang-undang Syariat Islam dan sama-sama berjuang meninggikannya.
Di antara hujah mereka yang menentang RUU 355 ialah filem, video yang disebarkan oleh media musuh Islam yang datang daripada Timur dan Barat yang sengaja menyebarkan cara hukuman yang tidak menepati Al Quran dan Sunnah. Lalu pihak yang menentang itu menjadi alat dan agen menyiarkannya dengan tujuan mencalarkan wajah Islam yang mulia dan adil terhadap semua. Tujuan mereka yang sebenar adalah untuk mengelirukan masyarakat bukan Islam dan orang Islam yang buta agamanya.
Kepada yang benar-benar mencari kebenaran diminta supaya berfikir secara rasional, berpandukan firman Allah: ۞قُلۡ إِنَّمَآ أَعِظُكُم بِوَٰحِدَةٍۖ أَن تَقُومُواْ لِلَّهِ مَثۡنَىٰ وَفُرَٰدَىٰ ثُمَّ تَتَفَكَّرُواْۚ ٤٦ سبأ
46. “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaran-Ku.” (Saba: 46)
Ayat ini ditujukan kepada mereka yang menentang Islam di zaman Rasulullah S.A.W. supaya berfikir secara rasional, tanpa fanatik atau tujuan yang tidak ikhlas mencari kebenaran, sehingga menolak apa sahaja yang datang daripada pihak yang lain. Al-Quran adalah petunjuk bermukjizat di sepanjang zaman.
Adapun Islam mewajibkan penganutnya menerima apa sahaja yang baik dan memilih yang terbaik, walaupun datangnya daripada pihak lain, setelah diwajibkan beriman bahawa yang telah pun dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya adalah terbaik, firman Allah:
17. “Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut (pelampau) serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku.”
18. “Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna).” (Az-Zumar: 17-18)
Ayat ini ditujukan kepada sesiapa yang memilih kebenaran dan berakal sempurna. Khususnya kepada penganut Islam atau bukan Islam yang benar-benar ingin tahu berkenaan Islam, bukannya ingin kacau daun terhadap perjalanan perjuangan Islam.
Sudah tiba masanya umat Islam secara berterus terang melakukan ‘pengkelasan’ terhadap mereka yang menentang itu. Ada yang berkelas tinggi, sebenarnya mahu bermusuh terhadap Islam semata-mata dengan helah dan putar belit, kerana kita melihat gerakannya mengumpul regu yang datang daripada semua pihak, sama ada parti politik atau NGO, serta mengerahkan segala sumber bagi mengagalkan RUU 355 secara terbuka atau lempar batu sembunyi tangan, namun kita nampak isyarat tangannya dan langkahnya yang melanggar sempadan agama, perlembagaan dan akhlak bermasyarakat majmuk.
Allah sudah memberi panduan kepada kami di dalam Al-Quran untuk menghadapi mereka dengan firman-Nya:
49. “Dan hendaklah Kamu menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah Kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan Kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepada Kamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” (Al-Ma‘idah: 49)
Mereka menentang kerana hawa nafsu semata-mata, bukannya mencari kebenaran. Akhirnya bersimpati dengan penjenayah dan maksiat atau bersedia menjadi pelindung kepadanya kerana kepentingan politik sementara waktu, seperti parti di luar negara yang bercawangankan kumpulan samseng, penjenayah dan maksiat. Tanpa peduli terhadap bahaya penyakitnya, sama ada pelakunya atau mangsanya.
Adalah menjadi kewajipan penganut Islam yang berjatidirikan Islam tanpa mengira parti, NGO atau orang perseorangan untuk menunaikan kewajipan meninggikan kedudukan Islam. Maka RUU 355 adalah sebahagian daripadanya, walaupun dalam kadar yang terhad, kerana para ulama menegaskan:
ما لايدرك كله لا يترك كله
“Apa yang tidak didapati semuanya jangan ditinggalkan semuanya.”
Dengan penuh keyakinan kepada janji pahala dan fadhilat daripada Allah walaupun niat dan azam tidak tercapai sepenuhnya. Dengan keyakinan juga pada akhirnya berlaku janji Allah:
40. “Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
41. “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan).” (Al-Hajj: 40-41)
“Inilah Penyelesaian Kita “
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
24 Jamadil Akhir 1438H / 23 Mac 2017M - HARAKAHDAILY 23/3/2017
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
CYBERJAYA: Walaupun mempunyai Majlis Syura Ulamak (MSU), yang memastikan perjalanan PAS tidak bercanggah Quran, hadis, ijmak ulama dan qias, tetapi dalam permasalahan semasa, MSU memanggil pakar-pakar dalam jurusan berkait untuk membuat keputusan.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerangkan, dalam menghadapi masalah dualisme pendidikan, PAS telah cantumkannya menerusi penubuhan Institut Latihan Kepimpinan dan Pengkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM).
"Ilham ini ialah nak mengulamakan mereka yang berpendidikan Barat dan mengordinarikan mereka yang mengaji agama, itu tujuan Ilham. Tapi kecil lagi, tak sampai peringkat yang besar.
"Pak Nasir di Indonesia daripada Parti Masyumi pernah nak mengulamakan profesional,
memprofesionalkan ulama. Sepatutnya ulama (dan) profesional ini dua-dua satu sahaja.
"Ulama juga profesional dalam bidang perkara yang berkait dengan agama, tak ada pemisahan itu, patutnya tak ada pemisahan ini, ini kerana kita terikut dengan media," ujarnya.
Beliau menegaskan perkara itu dalam sesi dialog pada Konvensyen Profesional Malaysia bertema "Mempersada Kerajaan Teknokrat" di Promenade, Garden Residence, di sini 18 Mac baru-baru ini.
Tuan Guru mengimbas kisah Al-Marhum Syeikh Mahmud Shaltut yang berfatwa halal faedah bank apabila ditanya mengenai perkarabitu sedangkan beliau tidak tahu masalah ekonomi semasa.
Lalu ceritanya, ahli-ahli ekonomi Islam yang memahami ekonomi Barat berjumpa Mahmud Shaltut dan memberitahunya faedah bank adalah riba yang lebih dahsyat daripada riba perseorangan.
Shaltut katanya, merujuk balik fatwa beliau, menunjukkan perlunya ulama mengetahui masalah semasa kerana kitab-kitab fekah banyak menerang disekitar ia dikarang dan berkumpul bersama teknokrat secara kolektif.
Tuan Guru turut menerangkan mengenai pemisahan kuasa dalam Islam antara Legislatif, Eksekutif dan Judisiari di mana tanpanya akan menyebabkan pelbagai kecelaruan.
Jelasnya banyak sistem pentadbiran Barat yang diciplak dari Islam dan oleh sebab itu bila PAS memerintah negara, tidak menjadi masalah pegawai-pegawai mengikut sistem pentadbiran British, tetapi masukkan roh Islam.
"Macam mana yang kuat Umno ini kita memerintah nak pecat ke? Tak boleh, kita kena faham, itu bukan cara kita. Bila kita memerintah, pegawai yang sama. Cuma kena ikut cara kita, dia kena ikut kerajaan yang memerintah.
"Bila kita memerintah kali kedua di Kelantan, lepas itu kedua di Terengganu, pegawai kerajaan walaupun mereka wala' setia kepada Umno, bila kita memerintah, kita tunjuk cara kita, pengurusan kita kerajaan yang bersih.
"Kerajaan yang tak menekan, tak menindas, menyebabkan pegawai itu jadi berubah, dia berubah dan bersama dengan kita pada akhirnya. Akan jadi begitu, yang Umno pun tak koho Umno," ujarnya disambut ketawa.
Menjawab mengenai demokrasi, Tuan Guru memetik pandangan Imam al-Maududi dan Mussolini dengan beliau menegaskan bahawa Islam meletakkan Ahlul Halli Wal 'Aqdi.
Iaitu jelasnya, mereka yang dipilih menjadi pemimpin dengan syarat-syarat agama, ilmu dan akhlak serta dipilih rakyat.
PAS akan membuat keputusan sama ada untuk terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau sebaliknya selepas muktamar akan datang.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hanya muktamar akan tentukan keputusan itu.
Menurut beliau, keputusan yang dibuat bukan mengikut pertimbangan peribadi mana-mana pimpinan.
Amar bagaimanapun berkata, keputusan itu akan diambil kira dari jumlah kawasan yang membuat keputusan berhubung perkara itu.
“Kita tengok keputusan PAS kawasan di seluruh negara ni macam mana.
“Kalau hanya beberapa kawasan sahaja yang membuat usul atau gesaan itu, kita tidak boleh mengambil kira,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dun Kelantan ke-13 oleh Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra hari ini.
Jelasnya, setakat ini hanya tiga kawasan sahaja yang meminta putuskan hubungan dengan PKR.
“Jadi kena tunggu muktamarlah, kita nak komenpun tak boleh. Terlalu awal untuk saya jawab.
“Kita akan bergerak mengikut keputusan, tetapi kalau muktamar masih ingin kekalkan hubungan itu, kita akan kekal macam biasa,” ujarnya.
Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, berkata hubungan dengan PKR di negeri itu masih baik.
Jelasnya, setakat ini tiada usul atau desakan supaya PAS memutuskan hubungan dengan PKR.
“Yang ada hanya satu, itupun di peringkat Pemuda Kawasan Tumpat,” ujarnya.
Ketika diminta mengulas tentang Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang tewas dalam pemilihan Mesyuarat Agung PAS Pengkalan Chepa baru-baru ini, beliau berkata perwakilan inginkan pimpinan yang boleh menumpukan perhatian pada kawasan.
Jelasnya, perwakilan bukan tidak suka tetapi Nik Abduh telah memegang jawatan di peringkat pusat.
“Pada masa yang sama beliau pula wakil rakyat Parlimen Pasir Mas,” ujarnya.
Katanya, para perwakilan mengambil keputusan untuk memilih mereka yang mudah untuk berurusan dalam kawasan Pengkalan Chepa.
Justeru itu, tambahnya perwakilan memilih Timbalan Yang Dipertua Dr Izani Husin untuk mengekalkan jawatan itu.
“Saya juga sibuk, jadi sesuailah Dr Izani menggantikan saya di peringkat kawasan,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 20/3/2017
KALANGAN teknokrat boleh dilantik menjalankan peranan sebagai menteri dalam sesebuah pemerintahan bagi menangani dan menyelesaikan masalah semasa dihadapi rakyat, demikian menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Terang beliau, perkara itu adalah sebagaimana dinyatakan Imam Al-Mawardi di dalam kitab Ahkam al-Sultaniah mengenai keperluan melantik seseorang dengan melihat isu di zamannya.
"Kalau zaman banyak ahlil bida'ah yang banyak reka-reka perkara agama, kena lantik orang yang kuat hujah agama dia lawan ahlil bida'ah, ini diutamakan.
"Kalau zaman banyak orang kacau, samseng, orang jahat, ada calon dia ilmu agama bijak, tetapi penakut dan ada (calon) yang kuat ilmu agama dan berani, (kena) pilih yang berani," ujarnya dalam sesi dialog pada Konvensyen Profesional Malaysia di Promenade, Garden Residence, di Cyberjaya, semalam.
Malah dijelaskan pada sidang medianya, perkara itu secara teori adalah penglibatan cendikiawan pelbagai bidang dalam kerajaan di mana peranan mereka sememangnya tidak terpisah dari politik negara.
Bahkan seru beliau, kalangan teknokrat ini perlu ditampil dan diketengahkan bersama roh Islam sebagai alternatif kepada sistem Barat yang telah menunjukkan kegagalannya.
PAS sendiri menurutnya, sejak ditubuhkan tahun 1951 lagi telah disertai dan melibatkan semua kalangan termasuk profesional dan ahli bukan politik, selain setiausaha kerajaan beberapa negeri.
Begitu juga ujar beliau, ucapan pemimpin PAS di Parlimen menyentuh semua bidang kerana dibantu dari penglibatan tokoh pelbagai bidang itu.
Demikian itu tegas Tuan Guru, dikotomi ulama dan profesional adalah pemisahan sengaja ditonjolkan oleh mereka yang cuba memecahkan PAS.
Dalam pemilihan muktamar katanya, ahli-ahli PAS telah menunjukkan bahawa mereka tidak hanya memilih kalangan agamawan sahaja, tetapi juga ahli profesional, kerana tindakan memisahkan mereka dari agama adalah salah.
Menurut beliau, teknokrat yang dilahirkan Islam telah berjaya mencipta tamadun sains dan teknologi hingga diambil oleh Tamadun Barat, selain banyak tamadun seperti Parsi, Greek, Mesir, Romawi dan India diambil dari orang Islam.
Malah jelasnya, terdapat juga tamadun yang diislah dan ditajdidkan orang Islam iaitu dengan mengambil ilmu bermanfaat kepada orang Islam atau dimasukkan roh Islam dalam ilmu itu hingga melahirkan Hadharah Islamiyah.
"Jadi dalam pemerintahan Islam, boleh menerima kepakaran untuk melaksanakan kebajikan atas rakyat termasuk kepakaran bukan Islam," terang beliau. - HARAKAHDAILY 19/3/2017
PAS wants to see the draft of the proposed Syariah amendments before the Federal Government tables the Bill in Parliament.
Its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said he did not want any contradiction in the Bill, which would be taken over by the Government.
“We do not want to assume that the Bill is final. We need to see the draft first as we do not want them to change what we wanted in the original Bill.
“We want good teamwork for the benefit of the Muslims, while not interfering in the rights of the non-Muslims,” he told reporters after officiating the Malaysian Professional Convention in Putrajaya yesterday. -thestaronline
CYBERJAYA - Rundingan kerjasama politik antara Pas dan Bersatu berakhir sebaik sahaja parti yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan.
Ini kerana menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, keputusan itu diambil berdasarkan pendirian Pas yang tidak mahu turut bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP dan Amanah.
"Secara rasmi tiada kerjasama, kalau itulah rasminya Bersatu (menyertai Pakatan Harapan)," katanya pada sidang medianya selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas mengenai status kerjasama Pas dengan Bersatu selepas parti baharu itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan baru-baru ini.
Bersatu Selasa lalu secara rasmi mengumumkan penyertaannya menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun mencadangkan supaya gabungan itu diberi beberapa pembaharuan.
"Bersatu mencadangkan agar gabungan menggunakan nama baharu, satu logo, satu simbol dan satu manifesto untuk menghadapi pilihan raya," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabatnya.
Mahathir berkata, melalui gabungan itu nanti, mereka bersetuju hanya akan meletakkan satu calon dalam satu kawasan.
Pakatan Harapan merupakan pergabungan tak rasmi antara parti politik pembangkang di Malaysia yang bertindak selaku pewaris Pakatan Rakyat.
Parti campuran ini ditubuhkan pada 22 September 2015, terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan terbaharu Bersatu.
Sementara Pas kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
KERAJAAN Teknokrat bukanlah satu bentuk pemerintahan “teokrasi” atau “anti – demokrasi” sebagaimana anggapan setengah pengkaji sains politik pada waktu ini. Idea kewujudan Kerajaan Teknokrat antaranya adalah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu bagi merungkai kegusaran rakyat dalam mengemudi negara apabila wujudnya (1) keadaan yang tergantung dalam pembentukan sesebuah kerajaan akibat dari tidak adanya (deadlock) sebuah parti atau gabungan yang mempunyai kuasa politik yang jelas setelah selesai sesebuah pilihanraya, dan (2) tenaga pakar dalam bidang tertentu yang mungkin digunakan oleh sesebuah negara sebagai Menteri untuk menyelesaikan konflik atau isu besar yang melanda sesebuah negara.
Walaupun suasana yang ada dalam sistem pemerintahan negara kita sekarang ini tidak menghalang kewujudan kerajaan teknokrat, ianya masih mempunyai kekangan perlembagaan sekiranya saiz lantikan teknokrat dalam sesebuah kerajaan itu ingin dikembangkan dan berfungsi sepenuhnya. Dalam hal ini, suatu kajian yang mendalam bolehlah dipertimbangkan.
Asas Pemerintahan Sesebuah Negara
Feqah politik Islam menegaskan beberapa ciri penting dalam sistem negara yang beriman, adil dan bijaksana. Tonggaknya ialah Islam yang menjadi aqidah negara dan kepimpinannya yang tertinggi, di sampingnya Syura (Musyawarah) dan nasihat yang memelihara hak rakyat dan pemimpin.
Islam menegaskan syarat agama, ilmu dan akhlak, kemampuan jasad, akal dan roh menjadikannya lebih sempurna daripada teori ciptaan manusia. Firman Allah menceritakan kaum Bani Israel yang mendesak Nabi di zaman kejatuhannya supaya memilih seorang raja (pemimpin), setelah mereka hidup merempat beberapa abad kerana kesilapan meninggalkan Kitab Allah (Taurat):
“Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan pengurniaan-Nya), lagi meliputi ilmu-Nya.” (Surah Al-Baqarah ayat 247)
Allah SWT mengislahkan Bani Israel yang hidup merempat setelah negara mereka dimusnahkan kerana meninggalkan petunjuk Allah daripada Kitab Suci Taurat, lalu hilangnya jati diri kaum beriman dan budiman, sehingga dihantui politik harta dan kebanggaan kepada baka dan keturunan tanpa jati diri pemimpin berwibawa, walau pun dalam keadaan hidup merempat. Apabila mereka bersemangat semula kembali menegakkan negara yang hilang setelah diutuskan nabinya, Allah mewahyukan kepada nabinya dengan firman tersebut bagi menunaikan desakan mereka. Adalah menjadi hikmat mengapa tidak nabi itu sendiri dicalonkan? Allah menolak fanatik keturunan dan kegilaan harta disebaliknya. Walaupun selepas itu Allah menjadikan Nabi Daud A.S. Khalifahnya dan Sulaiman A.S. pula Rajanya.
Imam al-Razi menafsirkan ayat tersebut dengan syarat berilmu dan berkemampuan. Maka Para ulama Feqah Siyasah seperti Ibnu Khaldun, al-Mawardi dan lain-lain menetapkan syarat ini selepas Islam (الدين)menjadi pertama dan akhlaknya yang mulia (عدالة).
Para ulama yang membahaskan sistem pemerintahan Islam menegaskan keperluan zaman mutakhir, apabila umat Islam mengalami kelemahan tokoh yang mempunyai sifat yang sepenuhnya pada diri seorang pemimpin kerana tidak seperti setiap Khulafa ar-Rasyidiin, jauh sekali jika dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W. namun boleh mewujudkan kepimpinan secara jama’ei (kolektif) yang pernah dilaksanakan juga oleh para Khalifah yang tersebut kerana mereka tidak mencapai martabat Rasulullah S.A.W. dengan konsep Syura melalui penglibatan para sahabat yang pilihan ketokohan berilmu, berakhlak dan berpengalaman dalam berbagai bidang agama dan duniawi.
Secara khusus para ulama feqah politik yang tersebut menghuraikan kemampuan ilmu itu dengan tafsiran ilmu hukum Islam dan ilmu masalah semasa. Perkara ini dilasanakan oleh pemerintah Islam contoh di sepanjang zaman (khususnya para Khulafa ar-Rasyidiin dan Umar bin Abdul Aziz).
Betapa konsep tersebut dilaksanakan sehingga setiap orang Khalifah tersebut adalah ilmuan berpegang kepada dasar al-Quran dan Sunnah, seterusnya melibatkan beberapa tokoh anggota kabinet dan beberapa ramai lagi di setiap aspek pentadbiran dan pengurusannya, bahkan diterima pandangan kalangan rakyat yang tidak terkenal.
Setiap orang Khalifah itu menegaskan dalam ucapan dasar sebaik sahaja di Bai’ah menjadi ketua negara: “Taatilah saya selagi saya mentaati Allah dan Rasul. Sekiranya saya tidak mentaati Allah dan Rasul maka janganlah mentaati saya”.
Apabila seseorang Khalifah itu tidak menemui nas daripada al-Quran dan Hadis, dia akan bertanya khalayak yang hadir dalam masjid yang dijadikan tempat berkumpul: “Adakah kalangan kamu sesiapa yang mengetahui adanya ayat al-Quran atau Hadis dalam perkara ini ? ”. Kalau tidak ada lalu dilakukan ijtihad kajian ilmu berkonsep Rabbani (pandangan secara ilmu yang berkonsepkan keizinan hukum Islam dengan syarat-syaratnya ) terhadap setiap orang yang memberi pandangannya dalam perkara yang tidak ada nas atau Dzoniyyat (nas yang tidak nyata). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila seseorang melaksanakan hukum berijtihad kemudiannya pandangannya betul dia mendapat dua pahala dan apabila berhukum lalu dia berijtihad kemudian pandangannya salah dia mendapat satu pahala.”
Para Fuqaha telah mencatit pendapat semua mazhab, termasuk mazahab yang lemah dan tidak terkenal supaya menjadi warisan ilmu kepada generasi di sepanjang zaman, kerana kemungkinan pendapat yang tidak sesuai pada zamannya mungkin menjadi sesuai pada masa yang lain.
Islam telah berjaya mentadbir negara besar selama hampir empat belas abad dalam mengendalikan masyarakat majmuk berbagai bangsa, agama dan budaya apabila melibatkan semua ilmuan yang bermanfaat dan pengurusannya yang bijak, termasuk kalangan bukan Islam yang menerima konsep negara Islam walau pun tanpa menganut agama apabila kalangan mereka dilantik dalam Wazarah alTanfiz (anggota kabinet yang mengurus) bukannya urusan Aqidah dan menetapkan polisi yang berkait dengan dasar dan hukum. Bermakna penglibatan masyarakat majmuk dan terbuka kepada semua tamadun positif daripada Timur dan Barat dan menolak negetifnya walau pun datang daripada Tanah Suci Makkah dan Madinah. Melaksanakan konsep negara berkebajikan berpandukan firman Allah yang bermaksud:
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah ayat 177)
Dalam dunia yang mengalami kelemahan Demokrasi Barat yang tidak ada aqidah dosa dan pahala dalam amalan politik dan pentadbirannya maka pendekatan Islam dalam aspek konsep Kerajaan Teknokrat perlu dikaji untuk dihayati semula.
Kerajaan teknokrat (technocratic governments) atau teknokrasi (technocracy) sebagaimana dibincangkan dalam ilmu sains politik adalah sebuah pemerintahan yang diterajui oleh kumpulan pakar yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing samada bidang ekonomi, keselamatan, pendidikan, kesihatan, sosial dan lain-lain. Mereka memegang tampuk pemerintahan di sektor kementerian mengikut bidang kepakaran sendiri seperti pakar ekonomi menerajui Kementerian Kewangan, pakar pendidikan memegang Kementerian Pendidikan atau pakar Kesihatan menjaga Kementerian Kesihatan. Apa yang penting adalah kepakaran dan kemahiran yang menjadi aspek utama dalam Kerajaan Teknokrat berbanding konsep kerajaan yang lain.
Kerajaan Teknokrat memiliki barisan kepimpinan negara yang punya kepakaran dan kemahiran tersendiri untuk mentadbir negara dengan lebih baik dan segala keputusan dan tindakan kerajaan akan lebih menjurus kepada keutamaan sebenar untuk kepentingan rakyat dan kurang bertujuan untuk kepentingan politik. Ini juga boleh dikatakan sebagai Kerajaan Rakyat.
Idea Kerajaan Teknokrat juga adalah salah satu solusi dengan mengambil jalan keluar dari polemik dan pertembungan parti politik yang sudah hilang arah sehingga merugikan rakyat. Ianya juga sejajar dengan tema Muktamar PAS tahun 2016 dengan mengangkat slogan “Inilah Penyelesaian Kita”.
Caranya lebih mudah kerana Islam menerima konsep hak rakyat dalam sistem demokrasi secara umum, tetapi mengkritiknya kerana pemisahannya dariapada agama, tanpa perhitungan wawasan akhirat yang menekankan perhitungan dosa dan pahala. Khususnya dalam keadaan terkini demokrasi barat yang parah kerana kelemahannya, sehingga amanah memerintah negara menjadi peluang kepentingan duniawi bagi diri, keluarga dan kroni, sehingga jawatan dan peluangnya menjadi rebutan yang tidak bermoral lagi. Sehingga melampau belum berkuasa sudah berebut jawatan, apa lagi kalau sudah mencapai kemenangan tentu kesannya lebih parah, kerana cabaran selepas berkuasa lebih besar dan berat amanahnya.
Hadis Rasulullah SAW menegaskan, bermaksud:
“Apabila umatku melakukan 15 perkara, nescaya mereka terdedah kepada bencana yang menimpanya. Lalu ditanya: Apakah ia wahai Rasulullah? Sabdanya: Apabila harta Negara berpusing dalam kalangan orang-orang tertentu sahaja, apabila amanah dianggap peluang, apabila zakat dianggap cukai, lelaki mentaati isterinya menderhakai ibunya, melayan baik kawannya dan bersikap kasar terhadap bapanya, berbuat di dalam masjid (tidak beradab), orang yang hina menjadi pemimpin, dimuliakan seseorang kerana takutkan jahatnya, berleluasa meminum arak (termasuk sepertinya dadah), lelaki memakai sutera, berleluasa penyanyi dan alat hiburan (melalaikan), orang yang akhir melaknat orang yang terdahulu. Maka tunggulah ketika itu datangnya angin membawa bala, kerosakan dan bencana.” (Hadis riwayat Termizi)
Pertama - pertamanya ialah kerosakan aqidah, akhlak dan amalan ibadah dan cara hidup sehingga politik, ekonomi dan masyarakat seluruhnya apabila meninggalkan petunjuk Islam.
Islam adalah agama yang sempurna, teguh dan anjal, sehingga menjadi petunjuk kepada seluruh manusia di sepanjang zaman dan tempat dalam semua keadaan, kerana Islam ini ciptaan Allah Pencipta Alam Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana.
Islam mengharamkan perhambaan terhadap rakyat dan pemimpin yang berlagak mejadi Tuhan. Di akhir zaman ini, Allah mengakhirkannya dengan Rasul terakhir dengan mukjizat ilmu yang menjadi petunjuk dan amaran sekerasnya, apabila manusia menolak petunjuk ini, maka merekalah yang menjadi sebab berlakunya kemusnahan seluruh alam dan berlakunya kiamat yang merosakkan seluruh alam.
Jika kita mengkaji beberapa negara yang mengamalkan sistem pemerintahan dalam bentuk kerajaan teknokrat seperti Republik Czech, Itali, Jerman, Rusia, Kanada, Tunisia, Pakistan, Bulgaria, Greece dan Romania, kita dapati setiap negara mempunyai perbezaan di antara negara lain mengikut tahap kesesuaian dan keunikan sosio-politik negara tersendiri. Cuma persamaannya adalah Kerajaan Teknokrat dibentuk ketika negara dilanda krisis yang teruk dan inilah jalan keluarnya.
Seperti contoh di Romania, Kerajaan Teknokrat telah dibentuk pada 17 November 2015 yang diketuai oleh Dacian Cioloş setelah diluluskan oleh Parlimen Romania dengan 389 undi menyokong dan 115 undi tidak menyokong.
Pelantikan Ciolos sebagai Perdana Menteri dilakukan melalui rundingan, bukan sahaja dengan partiparti politik tetapi juga dengan wakil-wakil pertubuhan rakyat. Para menteri Kerajaan Teknokrat baru ini juga terdiri daripada kumpulan pakar yang mempunyai pengalaman berkaitan dalam bidang mereka sendiri yang diperoleh sama ada dalam atau di luar negara Romania.
Antaranya, Menteri Kesihatan adalah bekas Pengarah Institut Onkologi di Cluj-Napoca, salah satu bandar terbesar di Romania. Menteri Dana Eropah juga pernah bekerja di Jabatan Wilayah Politik Eropah dan Bank Pembangunan Eropah. Menteri Kewangan pula ialah seorang Pakar Penganalisis Ekonomi bagi Suruhanjaya Eropah dan juga telah bekerja selama lebih daripada 10 tahun di International Monetary Fund (IMF).
Satu portfolio baru telah dibentuk iaitu Menteri Perundingan Awam dan Majlis Dialog Rakyat bagi menjamin nilai demokrasi dalam Kerajaan Teknokrat yang hanya diberi tempoh satu tahun untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran, kewangan, keadilan, infrastruktur dan pendidikan.
Perkara yang sama berlaku di Itali, ketika berlakunya krisis hutang negara yang melambung tinggi dan kos sara hidup yang mencengkam rakyat, Kerajaan Teknokrat dibentuk dan diketuai oleh birokrat yang tidak dipilih melalui pilihanraya dan tidak dikenali sebagai ahli politik.
Mario Monti, Pakar Ekonomi Itali dilantik menjadi Perdana Menteri Itali sejak tahun 2011 hingga 2013. Kerajaan ini dibentuk dengan persetujuan parti ‘mainstream’ yang tidak boleh lagi mentadbir negara dan parti pembangkang yang berjanji untuk memulihkan kerajaan secara demokratik dan responsif.
Sehingga awal tahun 2013, telah terdapat 24 kerajaan yang diketuai oleh teknokrat dalam 27 negara anggota EU dan hampir separuh menjadikan Kerajaan Teknokrat sebagai ‘caretaker governments’ atau 'kerajaan sementara'. Dalam erti kata lain, Kerajaan Teknokrat dibentuk untuk menyelesaikan krisis negara dalam tempoh tertentu sementara menunggu pilihanraya seterusnya untuk diberi mandat kepada parti politik yang layak dipilih menjadi pemerintah.
Sekurang-kurangnya terdapat tiga Kerajaan Teknokrat penuh dalam sepuluh tahun yang lalu di negara anggota EU iaitu Monti di Itali (2011-2013), Gordon Bajnai dalam Hungary (2009-2010), dan Jan Fischer di Republik Czech (2009-2010).
Oleh kerana konsep Kerajaan Teknokrat luas tafsirannya dan boleh disesuaikan mengikut keadaan sesebuah negara. Maka jika diamalkan dalam konteks negara Malaysia yang bersistemkan demokrasi berparlimen, ada beberapa sebab penting wajarnya Kerajaan Teknokrat diamalkan;
Pertama, penubuhan Kerajaan Teknokrat dapat mengendurkan ketegangan politik antara parti-parti politik. Ianya juga dianggap lebih bersih berbanding kerajaan oleh ahli politik yang kerap dikaitkan dengan penyelewengan dalam bentuk penggunaan dana dan kemudahan awam untuk kepentingan politik kepartian. Model ini dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti-parti politik yang bersedia duduk semeja samada parti kerajaan atau parti pembangkang untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih rasional demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.
Kedua, memanfaatkan tenaga pakar yang punya kemahiran dan kepakaran dengan meletakkan mereka dalam barisan kepimpinan negera untuk mengendalikan urusan pemerintahan mengikut bidang masingmasing. Tindakan dan keputusan Kerajaan Teknokrat akan lebih menjurus kepada keutamaan rakyat, bukannya semata-mata untuk kepentingan parti politik.
Dalam konteks Malaysia, secara umumnya Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pembentukan Kerajaan Teknokrat. Namun perlu disesuaikan dengan sistem pemerintahan negara dan Perlembagaan Persekutuan khususnya perkara yang melibatkan pelantikan Perdana Menteri dan menteri-menteri yang sememangnya menjadi syarat perlu menjadi ahli Dewan Rakyat dan bertanding dalam pilihanraya terlebih dahulu. Walaupun ada sebahagian menteri boleh dilantik melalui ahli Dewan Negara tapi ianya terhad dan tempoh masanya juga berbeza dengan ahli Dewan Rakyat.
Oleh itu para pemimpin yang dipilih rakyat kerana pengaruhnya yang sebenar atau menipu dapat menunaikan amanah dengan Islah, melalui konsep kerajaan Teknokrat yang anjal melakukan perubahan sekiranya terdapat kesilapan atau kelemahan dalam tempoh penggalnya.
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 18/3/2017
Ucapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Konvensyen Professional Malaysia 2017 bertema “Mempersada Kerajaan Teknokrat” di Cyberjaya, pada 18 Jamadil Akhir 1438 H/ 17 Mac 2017 M
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan melahirkan rasa pelik dengan sikap pimpinan PPBM yang membuat keputusan berbeza semasa berunding dengan pimpinan PAS dan di luar rundingan.
Di luar rundingan, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan PPBM akan menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam masa terdekat tetapi semasa berunding dengan pimpinan PAS, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata partinya sukar untuk bersama PH.
Takiyuddin berkata rundingan PAS dengan PPBM dijalankan sebelum ini kerana parti Islam itu beranggapan PPBM hanya menandatangani MoU kerjasama politik dengan PH dan bukannya mahu bergabung dengan PH.
“PPBM bukan salah satu daripada komponen PH. Mereka, kita difahamkan hanya tanda tangan satu MoU untuk kerjasama politik dan bukan sebahagian daripada PH.
“Kalau mereka buat keputusan nak sertai PH sebagai komponen, saya rasa itu kita kena teliti balik (rundingan bersama PAS)” katanya ketika ditemui pemberita di Persidangan Antarabangsa Rohingya malam tadi.
Takiyuddin turut mendedahkan pertemuan terakhir antara PAS dan PPBM, di mana pimpinan PPBM itu pernah membayangkan kesukaran untuk bersama PH.
“Tapi perjumpaan kita yang terakhir dengan beberapa pimpinan PPBM, mereka mengatakan bahawa mereka mungkin agak sukar nak bersama dengan PH. Itu yang diberitahu kpada kita.
“Kalau mereka sertai PH, mereka jadi rakan paling junior, itu yang digambarkan kepada kita. Tapi kalau majlis tertingginya dah buat keputusan, kita kena teliti balik… Kalau itu keadaannya, mungkin apa yang dihasratkan mereka (untuk berunding dengan PAS) mungkin tak dapat direalisasikan,” ulasnya lanjut.
Allah berfirman: وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ٦٧ رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا ٦٨ الأحزاب.
67. “Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”.”
68. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”.(Al-Ahzab: 67-68)
Al-Quran melaporkan betapa pemimpin dan pengikut yang sesat di dunia menerima akibat di Hari Kiamat.
Allah berfirman menyatakan secara terperinci: فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ ٧ وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ ٨ الزلزلة.
7. “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah (paling halus), nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”
8. “Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihatnya juga.”(Al-Zalzalah: 7-8)
Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada setiap orang beriman kepada Allah dan firman-Nya, menegaskan bahawa semua urusan kehidupan manusia yang berakal dan mukallaf; bukan sahaja ibadat dalam hubungan dengan Allah, begitu juga hubungan dengan manusia dan alam sekeliling, dalam semua perkara sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-sebesarnya ada perhitungan dosa dan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W: سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلُّهُ : إمَامٌ عَادِلٌ ، وَشَابٌّ نَشَأ في عِبَادَةِ الله – عز وجل – ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ ، وَرَجُلاَنِ تَحَابّا في اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيهِ وتَفَرَّقَا عَلَيهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأةٌ ذَاتُ حُسْنٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إنِّي أخَافُ الله ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ، فَأخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ الله خَالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ . مُتَّفَقٌ عَلَيهِ . رياض الصالحين للنووي 1/ 242.
“Tujuh jenis manusia yang dinaungi Allah di bawah lindungan-Nya pada hari (kiamat) yang tiada perlindungan lagi melainkan perlindungan Allah sahaja. Pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa bergantung ke masjid, dua orang yang berkasih sayang (persaudaraan) kerana Allah; bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang yang diajak oleh perempuan bangsawan dan rupawan supaya mengerjakan maksiat lalu dia menolaknya dengan menegaskan saya takutkan Allah, seorang yang dermawan secara senyap sehingga kemurahannya laksana apa yang disumbangkan oleh tangan kanannya tidak disedari oleh tangan kirinya dan seorang yang berzikir (ingat kepada Allah) dengan khusyu’ bersendirian di tempat yang sunyi sehingga berlinang matanya (kerana kehebatan Allah).”
Disebut yang pertama ialah pemimpin adil mengikut perkiraan Allah. Menunjukkan betapa kedudukan pemimpin negara dari segi fadilatnya pada Hari Kiamat. Khususnya urusan politik memimpin negara dan segala isinya yang menjadi amanah paling besar dari segi pelaksanaan dan perjuangannya. Amanah itu bukan pada nama dan perkataannya sahaja. Secara khusus ialah melaksanakan konsep adil terhadap semua.
Perhitungan adil itu mengikut hukum Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan ajaran RasulNya S.A.W dihuraikan oleh firman Allah: ۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩ النساء.
58. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
59. “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang mengendalikan urusan) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul-Nya (ajaran-Nya) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”(An-Nisa’:58-59)
Kesimpulannya:
1- Ayat ini menunjukkan betapa amanah politik adil terhadap seluruh manusia adalah tanggungjawab terbesar daripada perintah Allah.
2- Perintah Allah itu terkandung daripada Kitab Allah (Al-Quran) dan ajaran Rasulullah S.A.W.
3- Adapun mereka yang mengendalikannya ialah para ulama yang mewarisi ajaran tersebut secara amanah ilmu dan para pemimpin (umara) yang berkuasa menunaikan amanah melaksanakan hukum Allah dengan adil.
4- Seterusnya dikaitkan dengan beriman kepada Hari Akhirat. Bahawa semua amalan akan dikira baik dan jahat, serta balasannya.
Perlembagaan PAS menegaskan hukum tertinggi berkonsepkan seperti tersebut. Bagi memeliharanya, maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak yang bersifat pemutus muktamad dalam perkara nas dan ijtihad. Ada pun pelaksanaannya dan jenteranya di bawah Dewan Harian PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan segala cabangnya mengikut tugas dan peranan masing-masing.
PAS terus beristiqamah sehingga sampai kewawasannya daripada dunia sehingga hari akhirat. Bukan sekadar Wawasan 2020 dan kemenangan pilihan raya besar atau kecil sahaja.
Maka konsep kemenangan bagi PAS ialah:
Kemenangan terbesarnya ialah kemenangan akhirat yang kekal abadi disamping percaya adanya kemenangan di dunia. Apabila terdapat pihak yang menerima untuk melaksanakan cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS, maka ia berlakunya dengan tiga keadaan:
Pertama: Adanya pihak lain yang bersedia menyambut tawaran Islam yang wajib didukung bersama dan dipertahankan seperti Rasulullah S.A.W mengekalkan Raja Habasyah, Bahrain , Musqat dan Oman yang menerima Islam. Maka PAS wajib mendukung, menerima dan bersama mereka yang menerima Islam yang sempurna .
Kedua: Kumpulan Islam menolong kerajaan yang adil atau menjadi penasihat kepada kerajaan yang zalim dengan penuh kesabaran, berpandukan firman Allah: وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢ المائدة.
2. “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”(Al-Maidah:2)
Ketiga: Seterusnya Kumpulan Islam mengambil alih kerajaan yang menolak Islam dan menentangnya, seperti Empayar Rom Timur (Byzantin) dan Parsi yang ditentang dan dijatuhkan.
Konsep kemenangan ini berpandukan janji Allah di dalam Al-Quran: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ الصف .
10. “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”
11. “Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah (Islam) dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
12. “(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn’. Itulah kemenangan yang besar.”
13. “Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.”(As-Soff:10-13)
Inilah ‘Road Map’ yang menjadi panduan kepada PAS dan seluruh mereka yang berada di dalam wadahnya. Hanya mereka yang beriman dan budiman terhadap ‘Road Map’ ini meneruskan perjuangan sehingga akhir hayat. Adapun mereka yang mempunyai pandangan lain pasti akan meninggalkan PAS secara rela hatinya sendiri atau dipaksa campak keluar daripada PAS.
Adapun pelaksanaannya, kita diajar supaya bertafaqquh (memahami) dasar, konsep dan cara beramal mengikut dua landasan.
1- Thawabit: Ketetapan Allah dan Rasul dalam perkara dasar, matlamat dan konsep naluri yang tidak boleh dipinda dan diubah dalam semua realiti dan situasi.
2- Mutaghayyirat: Perkara yang mengalami perubahan dari segi realiti, situasi dan strategi mengikut ruang dan sempadan konsep umum yang banyak dan luas.
PAS tetap memilih konsep demokrasi aman dan damai, serta Politik Matang dan Sejahtera dengan hikmah.
Tegasnya, Islam wajib memimpin dan adil terhadap masyarakat majmuk dengan mengajak umat Islam berjuang bersama termasuk kalangan bukan Islam. Juga dengan syarat menolak konsep yang menafikan kepimpinan Islam atau Liberal Oportunis yang mencari kemenangan mee segera atau cauvinis yang boleh mengacau kehidupan sendiri, walaupun perjuangannya untuk kepentingan kaum sendiri tanpa berpijak di bumi Malaysia ini yang bermasyarakat majmuk.
Allah telah menetapkan jaminan terhadap bukan Islam sehingga dikaitkan dengan konsep takwa: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنََٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة .
8. “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan).”(Al-Maidah:8)
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
16 Jamadil Akhir 1438H / 15 Mac 2017M
Umpama kasih beralih arah, lalu PAS bagaikan tidak mungkin berpaling lagi.
Ekoran pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa partinya akan menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN), PAS menegaskan tidak lagi berminat berada sepentas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata jika BERSATU sudah membuat keputusan rasmi, PAS menganggap mereka tidak lagi ada hubungan dengan
“Ini kerana PAS sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya dilapor Harakahdaily hari ini.
Mohd Amar yang juga naib presiden PAS ditemui media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu Kelantan.
Semalam Malaysiakini melaporkan, BERSATU bakal mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai HARAPAN.
Mengumumkan perkara itu, Dr Mahathir yang juga pengerusi BERSATU berkata, pihaknya berharap ada beberapa aspek perlu diubah suai, termasuk nama pakatan itu serta logo.
Masing-masing ada pendirian
Menurut Dr Mahahir, pemimpin HARAPAN sudah mengetahui niat BERSATU mahu menyertai gabungan berkenaan.
HARAPAN dibentuk oleh gabungan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Sebelum ini PAS menyatakan pendirian mereka untuk tidak akan bekerjasama sama sekali dengan DAP dan AMANAH.
Justeru, kata Mohd Amar, PAS beranggapan tidak perlu lagi ada sebarang perbincangan untuk bersama-sama menghadapi pilihan raya diadakan di antara parti berkenaan dengan BERSATU.
"Ia dianggap sudah selesai,” katanya.
Pada masa sama, Mohd Amar berkata, PAS tetap menghormati BERSATU untuk menyertai HARAPAN.
“Kita ada pendirian kita dan orang lain juga ada pendirian sendiri. Kita tidak boleh nak paksa sesiapa ikut kita,” tambahnya.
Beliau turut mengingatkan, ketika ini PAS sudah membentuk pakatan dengan beberapa pihak bagi mewujudkan "blok ketiga" yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.
Katanya, gerakan itu akan dilancar secara rasmi pada muktamar PAS yang bakal diadakan di Alor Setar, Kedah, hujung April ini.
KUALA LUMPUR – Rundingan yang dijalankan diantara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malasyia (PPBM) mungkin tidak akan diteruskan di masa akan datang sekiranya parti serpihan UMNO itu menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak.
Demikian menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki terhadap kenyataan terbaru parti itu kelmarin yang seolah-olah akan menyertai gabungan pembangkang.
“Saya dimaklumkan hari ini (kelmarin) ada mesyuarat jawatankuasa tenikal yang telah diumumkan sebelum ini antara Pas-PPBM. Dalam jawatankuasa teknikal itu kita sudah sebut kalau sertai Pakatan Harapan (PH) maka usaha untuk meneroka hubungan antara kedua-dua parti akan terhenti.
“Kalau yang kita telah tegaskan dalam beberapa pertemuan sebelum ini dan kenyataan Presiden Pas sendiri, kita tidak akan bersama dengan mana-mana pihak yang bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN). Jadi itu sudah muktamad,” katanya kepada Malaysia Gazette.
Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Selasa menyatakan pendirian mereka untuk bersama gabungan pembangkang itu di bawah satu nama khas malah bersetuju untuk bertanding menggunakan satu logo.
Malah PKR, DAP, PAN dan PPBM akan bernaung di bawah satu manifesto dan memuktamadkan hanya seorang calon pembangkang bagi setiap kerusi yang akan ditandingi mereka pada PRU14.
“Kita bersetuju dengan polisi dan akan membuat satu logo atau simbol untuk pilihan raya.
“Kita juga mahu ada satu manifesto dan bersetuju untuk meletak hanya satu calon sahaja untuk mewakili gabungan ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PPBM kelmarin.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zuhdi berkata, PPBM dilihat sudah nekad untuk menyertai PH dan perkara itu mungkin mengakibatkan rundingan kerjasama antara kedua-dua parti terhenti.
“Nampaknya ada hitam putih PPBM akan terus bersama PH, bahkan akan bertanding menggunakan satu lambang dan sebagainya maka seolah-olah usaha penerokaan itu sudah berakhir. Cuma belum ada keputusan rasmi (buat masa ini).
“Kalau berdasarkan syarat yang kita bagi kepada PPBM, sekiranya ini berlaku seolah-olah usaha rundingan itu sudah berakhir cuma tidak tahu kerana belum ada keputusan rasmi lagi, boleh jadi keputusan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” kata beliau.
Pas sebelum ini optimis untuk meneruskan rundingan kerjasama dengan PPBM biarpun terdapat percanggahan antara Presidennya, Datuk Seri Abduh Hadi Awang dan Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – MalaysiaGazette
Datuk Seri Najib Razak diminta membuktikan bahawa beliau berbeza dengan perdana menteri sebelum ini untuk membantu Kelantan dengan memansuhkan Jabatan pembangunan persekutuan (JPP) di negeri itu.
Anggota parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, JPP diwujudkan sejak tahun 1990 untuk mengambil alih tugas-tugas dan peranan Pejabat Kemajuan Negeri Kelantan.
Ia, katanya, seolah-olah tidak memberi pengiktirafan penuh terhadap negeri itu.
“Kalau benar perdana menteri sudah mengambil pendekatan yang berbeza dengan perdana menteri yang lalu, Jabatan Pembangunan Persekutuan yang tak sepatutnya wujud tak perlu diwujudkan lagi.
“Sekarang ini kerajaan pusat seolah-olah masih lagi belum pengiktirafan penuh kepada kerajaan negeri.
“Dengan wujudnya JPP ini seolah-olah kerajaan negeri tak punya kedudukan sebagai kerajaan negeri di kaca mata kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis International Conference on Rohingya di Hotel Marriot Putrajaya malam tadi.
Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Najib bahawa beliau bertekad untuk terus membawa pembaharuan di Kelantan dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan bagi manfaat rakyat.
Selain itu Najib turut menyalahkan pemimpin terdahulu yang mengurangkan peruntukan dan gagal membangunkan negeri itu.
Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berkata Najib perlu memansuhkan JPP terlebih dahulu sebelum bercakap soal lain di Kelantan.
“Kita banyak isu yang belum selesai di Kelantan. Setiap orang berbeza pendekatan dia. Jadi selesaikan isu tu dulu dan kita dan kita bercakap isu lain.
“Isu royalti salah satu, kita lihat perkembangan bagaimana dan kalau perdana menteri kata dia berbeza dari perdana menteri lain, dia kena buktikan kenyataan itu,” katanya.
Mengikut laman web JPP, pihak itu berperanan mengambil alih tugas-tugas dan peranan Pejabat Kemajuan Negeri Kelantan dan menyelaras serta memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan persekutuan di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Selain itu, JPP diwujudkan bertujuan untuk memastikan kawalan yang rapi ke atas projek-projek persekutuan mulai daripada perancangan hinggalah kepada pengesanan projek diuruskan dengan sempurna.
Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau berasa “pelik” dengan penafian Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa partinya bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Setiausaha agung PAS berkata, beliau tidak nampak sebarang alasan untuk anggota parlimen beragama Islam untuk menolak Akta 355 itu.
"Kalau ada anggota parlimen yang tidak mahu sokong, yang jelasnya mereka yang tidak menyokong pindaan ini, perlu beri penjelasan kepada rakyat terutamanya umat Islam di Malaysia,” katanya.
Anggota parlimen Kota Bharu itu berkata kepada pemberita selepas persidangan antarabangsa berkaitan nasib Rohingya di sebuah hotel di Putrajaya malam tadi.
Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang menafikan bahawa beliau telah bersetuju dengan RUU 355.
Semalam Muhyiddin berkata kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa beliau pada dasarnya bersetuju dengan usaha parti itu untuk meminda Akta 355, tidak tepat.
Katanya, sehingga kini, beliau sebagai anggota parlimen Pagoh, masih tidak tahu kedudukan akhir pindaan yang dicadangkan dan justeru sukar membuat keputusan.
Takiyuddin berkata, ketika pindaan akta itu dibuat pada tahun 1984, tidak ada sebarang bangkangan di Dewan Rakyat, termasuk oleh veteran DAP Lim Kit Siang sendiri.
Usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertujuan melipatgandakan hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebatan 100 kali.
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tuan Guru Datuk Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad, bekas Mufti Negeri Sembilan semalam.
Kita menyaksikan kebaikan dan usaha yang telah dilakukan oleh Almarhum sepanjang hidupnya bagi menyuburkan perkembangan ilmu Islam. Perginya Almarhum dengan meninggalkan sejuta manfaat untuk ummah.
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta-merta mencabutnya daripada hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama.” [Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]
"Inilah Penyelesaian Kita"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
16 Jamadil Akhir 1438H / 15 Mac 2017 – HARAKAHDAILY 15/3/2017
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
KUALA LUMPUR: Politik Malaysia mesti dipimpin dan dikuasai oleh orang Islam, demikian keutamaan dan kepentingan ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, PAS berpandangan seperti itu dalam meletakkan halatujunya pada PRU sesuai dengan statistik penduduk Malaysia yang terdiri dari 65 peratus orang Islam dan 35 peratus bukan Islam.
"Masalah parti itu cerita lain, seboleh-bolehnya biar PAS yang kuasailah, itu kita mahu. Hal paling utama mesti orang Islam memimpin negara Malaysia, ini mesti diutamakan. Orang bukan Islam jangan terasa hati kerana itu mengikut pecahan penduduk demi memelihara perpaduan dan keamanan negara. "Mengikut politik Islam, kaum yang paling berpengaruh mesti menguasai politik negara itu. Oleh kerana kaum yang paling besar pengaruhnya ialah orang Melayu Islam, mereka mesti menguasai, memimpin politik negara. "Ada pun orang bukan Islam jangan bimbang, mengapa? Kerana politik Islam mengharamkan orang Islam zalim terhadap rakyat, termasuk orang bukan Islam. Itu kalau mereka faham politik sampai hari akhirat. Ada orang kata politik ini tak pergi hari akhirat," ujarnya pada Majlis Makan Makan dan Dialog Politik di Setiawangsa, di sini semalam. Terang beliau, jika difahami politik hari akhirat, bukan Islam tidak akan takut kerana pasti orang Islam tidak menzalimi mereka sebagaimana dilihat hari ini sama ada Umno atau PAS menguasai politik negara, tidak berlaku huru-hara. Perkara itu jelasnya, dapat dilihat pada budaya orang Melayu Islam yang boleh menerima keluarga Cina dan India di kampung Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu teutamanya. Kerana kata Tuan Guru, akhlak Islam itu masih ada dan dijaga orang Islam di mana masyarakat Islam tidak perlu bimbangkan. Dengan sebab itu serunya, orang Cina mesti menolak politik Cauvinis, perkauman dan menjaga kaum, sebaliknya mesti terima akhlak politik Islam. Sumber TKO - 13-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
GOMBAK: PAS pasti akan melawan Umno pada pilihan raya akan datang, kata Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada pemberita hari ini.
Ini kerana kerjasama antara Umno dan PAS hanya terhad kepada isu kepentingan agama, negara dan masyarakat.
Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam, yang menyatakan ada kerjasama antara kedua-dua parti, bagaimanapun BN mendahulukan rakyat dalam kerjasama itu.
Najib menyeru PAS supaya mengetepikan ideologi politik sempit dalam kerjasama mereka kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Nik Amar hari ini menafikan ada kerjasama politik antara kedua-dua parti.
“Setakat ini PAS memutuskan tidak ada sebarang bentuk kerjasama dan gabungan politik dengan Umno dan Barisan Nasional,” kata Nik Amar selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Taman Melewar hari ini.
“Pilihan raya ini memang kita akan lawan Umno juga,” tambahnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan rundingan antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Nik Amar berkata setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan.
“Baru dengar dia cakap apa, kita cakap apa. Kita belum ada persetujuan sama ada nak buat kerjasama atau tak kerjasama, belum ada apa-apa lagi,” katanya.
Beliau yang turut ditanya sama ada perlu atau tidak kerjasama politik berasaskan negeri diwujudkan.
“Itu yang sedang dibincangkan. Kami sudah meminta negeri untuk melihat potensi keperluan untuk perkara itu dibuat.
“Selepas dikumpul, PAS Pusat akan menilai semula semua cadangan,” katanya.
The government first began efforts to amend Act 355 or the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 way back in 2004, Datuk Seri Jamil Khir Baharom said today.
“With regards to government’s efforts to amend Act 355, actually the suggestion to amend Act 355 started as early as 2004, and the government had put continuous efforts for it,” Jamil Khir said in a parliamentary reply to PAS’ Kubang Kerian MP Ahmd Baihaki Atiqullah.
“Several suggestions for amendments were made and it was also tabled in the 18th Shariah and Civil Law Coordination Meeting in 2008.
“Thereafter, from time to time to date, all efforts are being continuously done to amend Bill 355, to ensure that the amendments are in line with the structure of the Federal Constitution,” he added.
Ustaz Ahmad Baihaki had asked Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to state his reasons as to why the government itself has not taken any initiative to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 when the motive has already garnered unwavering support from Muslims in Malaysia, including supporters of the Barisan Nasional (BN) government.
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang is currently seeking to raise the Shariah courts’ maximum sentencing limits to 30 years’ jail, RM100,000 fine and 100 strokes of the cane. The current limits are three years’ jail, RM5,000 fine and six strokes.
Ustaz Hadi’s Bill has already appeared in the Dewan Rakyat’s Order Paper in four parliamentary meetings without going through the first reading or being debated, either due to lack of time or Hadi’s own requests twice for deferment.
Ustaz Hadi’s motion proposing the Bill was seen in the Dewan Rakyat Order Paper last week, which means this is the fifth parliamentary meeting in which it is appearing
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
KUALA LUMPUR: Dunia merujuk kepada al-Quran dalam menggubal undang-undang setelah gagal menangani banyak masalah manusia, malangnya di Malaysia terdapat yang menentang usaha mengangkat perundangan Islam.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan golongan tersebut sebagai tidak rasional, berfikiran tidak matang, melampau, fobia dan benci terhadap Islam di mana sepatutnya mereka mengkaji mengenai perkara itu.
"Kaji semua yang pentingnya. (Malangnya mereka ambil) sikap buta tuli nak lawan Islam semata-mata. Sebut Islam nak lawan, ini dah kacau, ini dah tak betul, fikir cara tak betul. Semata-mata fobia, Islamophobia, ini sebenarnya sehingga sikap benci terhadap Islam sampai begitu sekali,"
bidasnya pada Majlis Makan Malam dan Dialog Politik di Setiawangsa, di sini 11 Mac baru-baru ini.
Terdahulu beliau mengemukakan tindakan Persidangan Dunia di Belanda dalam menggubal undang-undang antarabangsa, berkaitan kawalan peperangan, tindakan melampau dan penggunaan senjata pemusnah.
Jelasnya, dari rujukan al-Quran telah terhasil Piagam Geneva di mana walaupun Barat dan negara kuasa besar dunia tidak menghormatinya, tetapi orang Islam tetap wajib menghormati.
Tuan Guru turut mengemukakan kisah operasi Panglima Tentera Islam, Khalid Ibnul Walid ke atas Bani Juzaimah dengan membunuh tawanan dan memusnahkan harta sebagai tindakan yang salah.
Lalu jelasnya, Rasulullah telah mengarahkan penilaian dilakukan terhadap mangsa dan harta dengan dibayar Diyat (ganti rugi) atas kezaliman dan kemusnahan itu termasuk bekas minum anjing.
"Diganti juga, besar kecil diganti. Kerana mengikut ajaran Islam kalau tak ganti berdosa. Ini hukum Islam dalam undang-undang perang, undang-undang antarabangsa. Di mana orang Barat mengambil, tapi mereka tak amal, itu cerita lain.
"Dalam masalah suaka politik, bila ada negeri yang dizalimi rakyatnya, rakyat dia melarikan diri ke negeri lain, tuhan sebut dalam Quran (at-Taubah: 6), "Jika sekiranya seorang Musyrikin (bukan Islam dizalimi di negara dia datang ke negeri orang Islam) minta perlindungan, hendaklah diberi perlindungan.
"Ini perintah Quran, beri perlindungan, dan ajak dia kepada Islam.Dia tak mahu masuk Islam, tak boleh paksa dia masuk Islam, letak di tempat yang aman, tak boleh hantar balik ke negeri dia.
"Tempat aman sama ada duduk dalam negeri kita, beri pasport, beri penempatan sementara, ataupun hantar negeri lain ketiga yang tak kacau dia, (tetapi) tak boleh hantar balik," terang beliau.
Tambah beliau lagi, Akta 355 bukanlah hukum Hudud dan Qisas yang mana kedua hukum itu bidang kuasa negeri dan masih terhalang untuk dilaksanakan.
Tetapi katanya, RUU Pindaan Akta 355 adalah untuk membolehkan negeri melaksanakan sebahagian hukum Islam iaitu Takzir diperkenalkan antaranya hukuman sebat dalam Islam yang berbeza dari sebat undang-undang sivil hari ini.
Terang Tuan Guru, berbanding sebatan sivil yang menyiksa, sebatan dalam Islam hanya untuk mendidik di mana prosedur pelaksanaannya jauh berbeza dari sivil.
"Di mana alatnya tak boleh besar, tak boleh kecil, tak boleh angkat tinggi lebih daripada kepala, dipukul di tengah khalayak untuk dimalukan dia, bukan disakitkan dia.
"Kesannya, bakal nak buat jenayah tak jadi, teringat, kehebatan masuk dalam hati dia, psikologi. Yang menerima hukuman pula berasa malu, segan," perincinya.
Beliau turut menjelaskan bahawa kes rasuah tidak termasuk dalam Hudud kerana dalam perlakuannya si pemberi dan penerima saling setuju terhadap kerja haram itu.
Maka Islam jelasnya, tidak menghadkan hukuman di mana ia termasuk di dalam Takzir iaitu mengikut budi bicara badan kehakiman dan pihak pemerintah daripada hukuman paling ringan hingga paling berat.
"Takzir boleh sampai peringkat hukuman mati, tapi bukan hukuman mandatori. Oleh kerana itu hukuman pengedar dadah mandatori mati itu salah mengikut Islam. Sepatutnya yang bincang 355 ini bincang pasal ini, bukan mandatori, sebatan dulu, malukan dulu.
"Setelah caranya tak berjaya, tak ada jalan, barulah hukuman mati. Tak ada mandatori. Mengapa tak dibincang pasal ini? Sepatutnya banyak tentang Islam ini kalau kita kena tahu. Malangnya 355 dipertikaikan hanya nak menaikkan taraf Mahkamah Syariah.
"Ini sudah melampau, sudah tidak rasional berfikir. Sepatutnya kita melihat undang-undang Islam dalam masalah hukuman mati, masih lagi hukuman tali gantung, tali gantung ini hukuman tahun berapa? Hukuman sebelum masihi tali gantung.
"Sedangkan Nabi kita sebut, "Bila kamu jatuhkan hukuman bunuh, bunuh dengan cara yang terbaik (tidak menyeksa)". Ini terpulang kepada kajian saintifik, mana dia hukuman yang tidak menyeksa.
"Itu dikaji, ini patut dikaji, bagaimana cari hukuman mati yang tidak menyakitkan. Mereka jatuhkan hukuman, ini, ini patut dikaji, ini masih lagi pakai tali gantung, mengapa tak bincang pasal ini?" persoalnya.
Tuan Guru turut mengutarakan mengenai pengampunan di mana misalnya dalam kes jenayah hari ini diampun oleh Lembaga Pengampun, sedangkan dalam pengampun adalah mangsa jenayah itu sendiri.
Ataupun katanya, jika hukuman mati, terserah kepada keluarga wali dia terdekat yang berhak untuk mengampun penjenayah atau ditukar dengan bayaran ganti rugi.
BERPOLITIK secara tidak rasional dalam mendokong amalan demokrasi masih menjadi perangai yang tidak berubah dalam pemerintahan negara, demikian gambaran diberikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Perkara itu diutarakannya pada Majlis Makan Malam dan Dialog Politik anjuran Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat di Setiawangsa di sini 11 Mac baru-baru ini.
Kata beliau, sewajarnya demokrasi yang menjadi konsep kepada politik negara dihormati dan menerima hakikat keputusan pilihan raya.
"Malangnya 'politiking' ini tak tamat selepas pilihan raya. Subsidi, bantuan, biasiswa tak diberi kepada orang yang tak sokong kerajaan. Pegawai kerajaan kalau tak sokong kerajaan, tak naik pangkat, ditukar ke sana ke mari.
"Itu mentah amalan politiknya, ini kesilapan sangat besar yang perlu dibetulkan. Konsep Federalisme, ada pilihan raya negeri dan pusat, malangnya PAS jadi mangsa menang di Kelantan dan Terengganu.
"Bila kita menang, konsep Federalisme tak dihormati sehingga bidang kuasa negeri dicampur tangan. Dilantik JKKK, habis, ini menjadikan celaru. Hilang persaudaraan di kalangan rakyat kerana kita berperang sampai lepas pilihan raya macam pilihan raya juga," ujarnya menyeru perangai itu diubah.
Sedangkan menurutnya, Allah SWT Yang Maha Berkuasa apabila terdapat hamba yang derhaka tidak terus dimatikan, kerana adanya Mahkamah Akhirat.
Adilnya Allah SWT terang beliau, memberikan kurniaan-Nya sama ada hamba itu taat, derhaka, maksiat, baik atau jahat tetap diberi rezeki, kesihatan dan penghidupan.
Menunjukkan jelasnya, berpolitik seperti sedemikian bermakna berlagak lebih dari Tuhan yakni menolong mereka yang menyokong sahaja dan mengabaikan golongan tidak menyokong.
Kerana itulah katanya, PAS berpolitik secara persaudaraan dengan mengambil pendekatan sabar dan tidak berbalah yang disebut Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
Hasilnya maklum Tuan Guru, dari budaya politik sedemikian hari ini telah menampakkan sedikit perubahan di peringkat bawahan terutama rakyat dengan rakyat di mana telah hilang ketegangan yang ada. – HARAKAHDAILY 13/3/2017
PAS tidak boleh memisahkan antara dakwah dan politik, sebaliknya wajib memperkenalkan caranya khusus di akhir zaman yang menyaksikan kegagalan idealogi-idealogi dari Timur dan Barat.
Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pada abad lalu dunia menyaksikan keruntuhan Komunis dan Sosialis, diikuti kini merudumnya Liberal dan Kapitalisme.
Ujar beliau, idealogi tersebut telah menyalahgunakan kekayaan dan kekuasaan melalui pemisahan kehidupan dari hubungan dengan Allah dan tidak ada perhitungan dosa serta pahala.
"Islam menjadikan ada perhitungan dosa dan pahala, menyebabkan seseorang Islam yang patuh kepada agama dia tidak berani bukan sahaja meninggalkan solat, termasuk meninggalkan hukum-hukum berkaitan pemerintahan negara," ujarnya pada Majlis Makan Malam dan Dialog Politik di Setiawangsa di sini 11 Mac baru-baru ini.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat yang bertujuan mengumpul dana.
Terdahulu dalam ucapannya itu Tuan Guru menegaskan kewajipan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk daripada Allah kepada seluruh urusan manusia hingga hari kiamat.
Oleh itu serunya, mesti berperanan mengajak manusia kepada Islam tanpa memaksa kerana manusia mempunyai akal dan fikiran sendiri.
Seruan itu jelasnya, sama ada mereka menganut Islam atau menerima pemerintaham Islam yang adil terhadap semua di mana perkara itu termasuk takwa iaitu mengikut perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
Semua amalan termasuk politik akan disoal oleh Allah pada hari kiamat, akan dihisab dan dikira, sehingga kita dengan rakyat yang bukan Islam pun dikira Allah.
Diucap oleh Nabi SAW, “Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam (yang berada di bawah pemerintahan Islam), dia menyakiti aku sendiri. Aku akan menjadi penyoal, pembela dan pembantahnya pada kiamat kelak"," ujarnya menunjukkan teladan yang menjadi pegangan PAS. – HARAKAHDAILY 13/3/2017
DAP telah bertindak menentang usaha memperkenalkan perundangan Islam menerusi Mahkamah Syariah walaupun rundingan dan usaha pindaan akta berkaitan semakin menghampiri kejayaan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, usaha meminda Akta 355 merupakan kesinambungan dari asas yang telah dibina oleh generasi awal semasa menuntut kemerdekaan.
Di mana jelas beliau, rombongan kemerdekaan telah berunding dengan Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan hingga berjaya meletakkan Islam dalam draf tersebut.
"Tetapi mereka (Suruhanjaya Reid) menafsir Islam itu mengikut perkataan 'religion' dalam Bahasa Inggeris, bukan perkataan 'ad-din' daripada al-Quranul karim. Di sini terdapat percanggahan.
"Namun, Reid terus meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, perkataan 'religion' dengan membuat berapa halangan melalui Jadual Kesembilan yang disebut 355 hari ini," ujarnya pada Majlis Makan Malam dan Dialog Politik di Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.
Menurutnya, Perlembagaan tersebut turut memperuntukan bahawa agama-agama lain diberi hak kebebasan untuk diamalkan, tetapi tidak kepada kepada Islam.
Islam jelasnya, walaupun diserahkan di bawah kuasa Raja-raja dan kuasa negeri, tetapi Jadual Kesembilan menghalang Mahkamah Syariah untuk menghukum mengikut Syariat Islam.
Terang beliau, Mahkamah-mahkamah Syariah yang ada lebih rendah kedudukan dan kuasanya dari Mahkamah Majistret di peringkat daerah dan Perlembagaan memperuntukkan orang bukan Islam tiada kaitan langsung dengan Mahkamah Syariah.
Menurut Tuan Guru lagi, senario pindaan telah dilakukan sedikit demi sedikit dalam tahun 1960-an dan 1980-an, tetapi masih tetap rendah dari Mahkamah Majistret, di mana masih 356 iaitu merujuk 3 tahun penjara, RM5,000 dan enam kali sebatan.
Itupun ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, sebatan dilakukan mengikut Mahkamah Sivil dan bukannya sebagaimana sebatan dalam Islam hingga menyebabkan kekeliruan.
"Setelah kita 50 tahun mencapai kemerdekaan, sepatutnya kita pinda kepada yang lebih baik. PAS telah berusaha beberapa kali melalui Parlimen. Oleh kerana 'Standing Order Parliament' (SOP) tidak mengizinkan pembangkang untuk membuat pindaan, (maka) bagi memecahkan SOP ini, Kerajaan Kelantan di bawah PAS mengadakan rundingan dengan Kerajaan Pusat.
"Hasil rundingan itu, akhirnya bersetuju untuk meminda 355, meninggikan taraf Mahkamah Syariah lebih daripada Mahkamah Majistret dan memperkenalkan beberapa hukum Islam, hukum sebatan mengikut adab-adab Islam. Setelah rundingan ini berjaya, malangnya kita mendapat tentangan daripada DAP dan beberapa parti lain ikut DAP.
"Ini sudah langgar sempadan, sebabnya RUU ini berkait dengan orang Islam, Mahkamah Syariah berkait dengan orang Islam, tak ada kena mengena dengan orang bukan Islam," tegas beliau memaklumkan RUU tersebut akan dibawa pada sidang Parlimen kali ini.
Tambahnya, beliau menerima maklumat bahawa Perundangan Syariah di Acheh diterima masyarakat Buddha di sana setelah diberi pilihan dengan perundangan sivil.
Jelasnya, perkara itulah yang ditakuti DAP dan terdapat pihak lain juga di belakang DAP serta yang mengikuti mereka. - HARAKAHDAILY 12/3/2017
MARANG: Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik wajib bersatu mempertahankan maruah serta kedaulatan negara dalam menghadapi ancaman Korea Utara.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, adalah menjadi tanggungjawab bagi semua warganegara ini termasuk parti-parti politik untuk bersama-sama dengan kerajaan bagi mendepani ketegangan hubungan Malaysia-Korea Utara ketika ini.
Beliau memberitahu, semua pihak perlu mengetepikan segala perkara remeh lain serta perbezaan pendapat sesama sendiri, sebaliknya bersatu padu dengan satu matlamat untuk menghadapi ancaman luar.
Malah, jelasnya, beliau turut mengulangi ketegasan dan pendirian Pas yang menyokong tindakan tegas kerajaan Malaysia berhubung kemelut yang berlaku itu.
"Wajib (bersatu), itu perkara bersama. Seluruh rakyat mesti bersama apabila negara menghadapi ancaman (luar). Tanggungjawab kita (seluruh rakyat) adalah pertahankan negara.
"Kita wajib bersatu menghadapinya, jangan kira (peduli) perkara atau masalah-masalah. Perbezaan pendapat kena ketepikan apabila kita hadapi masalah bersama. Semua parti (politik), semua agama dan semua kaum kena bersama-sama hadapi ancaman ini (Korea Utara)," katanya kepada pemberita sejurus selesai mengadakan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang diminta mengulas perkembangan ketegangan terbaharu antara Malaysia dengan Korea Utara apabila 11 rakyat Malaysia ditahan dan tidak dibenarkan meninggalkan negara terbabit sejak 7 Mac lalu.
Abdul Hadi seterusnya berharap isu berkenaan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin mengikut saluran diplomatik.
"Cuma kita tahu Korea Utara sebuah negara yang tak ada undang-undang, (tapi) kita harap tekanan antarabangsa dapat mengubah keadaan," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu.
PAS kini memulakan inisiatif menyaman individu yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno.
Saman itu dibuat pasukan peguam menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham).
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan, perkara tersebut sudah berada dalam tindakan peguam Luham.
"Hendak saman, bukan perkara yang mudah, dia kena kaji dahulu kes dan banyak perkara lagi ia bukan semudah buat laporan polis," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar tahunan PAS Kawasan Tanah Merah kali ke-56 yang diadakan di Kampung Manal disini.
Dalam pada ketika berucap merasmikan mesyuarat agung itu beliau menjelaskan PAS Pusat tidak mempunyai sebarang akaun dalam institusi perbankan, Affin Bank.
Isu tersebut timbul apabila bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa dana RM90 juta disalurkan kepada PAS Pusat melalui Affin Bank.
Anggota parlimen Kota Bharu itu menambah, sebaliknya PAS hanya mempunyai dua akaun di Bank Islam dan MayBank Islamik.
"Kalau orang kata, pemimpin PAS dapat duit daripada Umno RM90 juta, dimasukan dalam Affin Bank, boleh jadi dana itu dapat masa dia dahulu," katanya. – HARAKAHDAILY 11/3/2017
SELURUH rakyat Malaysia pelbagai agama dan latar belakang politik diseru mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia adalah menjadi satu kewajipan kepada semua rakyat untuk bersatu.
“Seluruh rakyat mesti bersama bila rakyat menghadapi ancaman dan segera, itu kena bersama tak boleh berbeza. Wajib dan menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya,” tegas beliau ketika ditemui para wartawan selepas kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.
Ustaz Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas ketegangan diplomatik antara Kerajaan Malaysia dengan Korea Utara ekoran pembunuhan Kim Jong-nam.
Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berharap ia akan diselesaikan dengan segera.
“Kita mengharapkan kalau dapat diselesaikan dengan baik, secara diplomatik. Cuma Korea Utara ni kita tahulah, negara yang tidak ada undang-undang. Kita harap tekanan antarabangsa dapat mengubah,” ujarnya dipetik Buletin Online.
Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
HIMPUNAN sudah, penerangan dan penjelasan sudah kepada pihak tertentu agar faham maksud pindaaan RUU 355, maka cara terbaik agar ianya diterima semua pihak adalah dengan bermunajat kepada Allah SWT supaya Dia sahaja yang boleh membuka hati-hati manusia sama ada dalam kalangan pimpinan negara, ahliahli parlimen yang Muslim dan Non-muslim, kerana Dia sahaja Yang Maha Perkasa lagi Maha Sempurna, tiada satu pun yang mustahil bagi-Nya.
Dengan kesungguhan dan kehadiran banyak pihak pada perhimpunan RUU 355 18 Februari lalu, membuktikan bahawa para Malaikat Allah telah menyaksi dan mencatat bilangan yang banyak itu bahawa mereka benar-benar mahu agar Mahkamah Syariah di Malaysia ini dinaiktaraf dengan diperkasakan undangundang yang lebih menjurus kepada Maqasid Syariah sekali gus menjadi contoh kepada negara-negara lain dalam negara-negara Arab yang masih mengekalkan sistem perundangan sivil dan sekular yang memisahkan antara agama dan kehidupan.
Justeru jika kita melihat kepada tindakan para Salafus Soleh dalam kalangan umat ini, mereka sentiasa meletakkan hubungan yang intim dan rapat hanya kepada Allah SWT sebagai tempat untuk mencurahkan segala aduan agar kehidupan mereka sentiasa diberkati, diawasi dan dirahmati Allah, menurut salah satu daripada kenyataan mereka : Tolabna Arba’atan Wajadnaha Arba’atan, Tolabna Rido Allahi Wajadnahu fi To’atihi Tolabna Nural Qabri Wajadnahu fi Solatillail Tolabna Si’atar Rizqi Wajadnaha fi Solatid Duha Tolabna Salamatad Din Wajadnaha fi Hifzil Lisan
Terjemahannya : Kami mohon empat perkara, kami perolehi/raih empat perkara 1. Kami mohon keredaan alla, kami Berjaya mendapatannya ketika mentaati segenap perintah Allah
2. Kami mohon cahaya kubur (lepas mati), kami benar-benar perolehinya apabila melakukan solat malam
3. Kami mohon keluasan rezeki, kami berjaya mendapatkannya bila melakukan solat Duha
4. Kami mohon keselamatan agama, kami perolehinya bila menjaga lidah.
Penulis masih teringat dengan sebuah kata-kata yang benarbanr meruntun sanubari ketika mempelajari subjek tasauf di Universiti al-Azhar pada awal 80-an dahulu, iaitu kata-kata yang terbit dari seorang ahli Sufi terkenal Yahya bin Mu’az, di mana beliau ada mengungkapkan: “Ya Rabb! Kaifa Ad’uka wa Ana ‘Asin, wa kaifa la Ad’uka wa Anta Karim”, maksudnya : Wahai Tuhan! Bagaimana aku ingin mengadu (berdoa) kepada- Mu sedangkan aku bermaksiat (banyak melakukan dosa) dan bagaimana pula aku tidak mengadu kepada-Mu sedangkan Engkau Maha Pemurah lagi Mulia.
Mari kita cuba memahami maksud para Salafus Soleh dalam ungkapan mereka yang benar-benar menyaksikan betapa mereka sentiasa meletakkan takut dan harap hanya kepada Allah SWT, pengakuan ikhlas dari mereka membuktikan bahawa perkara pertama yang mereka minta ialah untuk mencari keredaan Allah dalam mentaati- Nya, kedua mereka meminta bukan sahaja untuk dalam kehidupan ini, malah kehidupan alam kubur agar diterangi dengan cahaya ketaatan kepada Allah, mereka juga minta agar diberikan keluasan rezeki, bukan sahaja rezeki yang berbentuk harta benda atau material, tetapi bagi mereka yang lebih penting adalah rezeki kesihatan tubuh badan agar boleh melaksanakan segenap bentuk ibadat khusus dan umum hanya untuk-Nya.
Yang terakhir munajat mereka adalah keselamatan dalam agama ini agar tidak disongsangkan oleh mana-mana individu dengan keceluparan lidah-lidah mereka dengan menghina hukum Islam.
Begitulah rintihan umat yang amat menyentuh qalbu bagi mereka yang benar-benar sayangkan Islam sebagai agama tertinggi dalam negara ini. Mereka menjaga harga diri dan maruah mereka dari jatuh kepada maksiat, walaupun kita sedar bahawa mereka adalah individu-individu yang kuat beribadat dan taat kepada Allah SWT.
Tidakkah himpunan baharubaharu ini menyaksikan bahawa kita semua mahu mentaati Allah agar undang-undang Syariah Islam diperkasa di Mahkamah Syariah. Kita takut akan ditanya dengan tidak buat sesuatu penambah baikan selama puluhan untuk memperkasa undang-undang Islam walaupun sekecilkecilnya, paling tidak pun beri sokongan, pada masa yang sama mengharapkan agar Allah terima aduan dan munajat kita melalui usaha yang telah dilaksanakan.
Namun apakah cukup dengan himpunan sematamata tanpa ada usaha susulan berterusan, sedangkan pembentangan pindaan itu hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, di mana sidang parlimen akan bermula pada 6 Mac ini, kita usah hirau dan ambil pusing dengan sindiran pihak tertentu yang mengatakan bahawa Tuan Guru Hadi Awang tidak akan berjaya untuk meyakinkan pihak kerajaan, apa yang perlu kita yakin adalah tidak ada sesuatu yang mustahil bagi Allah SWT, yang penting kita buat walaupun tidak berjaya sekarang, hasilnya akan diraih oleh generasi akan datang.
Tindakan dan usaha kita itu adalah untuk mudah menjawab segala pertanyaan malaikat dalam alam kubur sepertimana yang dituntut oleh generasi lebih awal daripada kita, paling tidak kita telah berusaha untuk memartabatkan hukum Allah daripada melalak tidak tentu fasal hingga memberi gambaran buruk terhadap kesucian agama Islam serupa macam orang yang tidak beriman.
Para Salafus Soleh minta dari Allah agar Islam sentiasa diberi keselamatan, mereka berjaya menyelamatkan Islam dengan mengawal, memelihara lidahlidah mereka daripada memberi maklumat dan penjelasan salah tentang Islam sebagai contoh, malah mereka menambahkan ketaatan dengan amal-amal yang terbaik, siang berdakwah dan malam pula bangkit mengadu kepada Allah agar diberi kekuatan terhadap apa yang mereka lakukan di siang, inilah yang telah dipandu oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Justeru, tidak ada cara lain, melainkan kita sama-sama meluangkan sedikit masa untuk bangkit di tengah malam bagi menyatakan hasrat, cita-cita serta harapan kita agar RUU 355 diluluskan walau dari pihak mana sekalipun, kerana ia bukan isu politik, tetapi isu agama yang telah lama terabai akibat kealpaan umat Islam itu sendiri.
Faktor yang membantu untuk bangun lakukan Qiyamullail Qiyamullail bukan hanya disabitkan dengan kedatangan bulan Ramadan semata-mata, malah ia dilakukan sepanjang malam pada tiap-tiap bulan, sesungguhnya golongan para Salihin di kalangan para sahabat nabi, Tabi’in serta para ulama’ telah menjadikannya sebagai gaya dan cara hidup mereka setelah penat bekerja di waktu siang untuk manusia dan memperuntukkan waktu malam hanya untuk Allah SWT.
Kejayaan mereka dengan mampu untuk bangun di waktu malam dengan solat-solat sunnat, bertadabbur isi kandungan al- Quran yang dikhususkan hanya untuk Allah SWT itu bergantung kepada beberapa faktor berikut: * Mengikhlaskan niat untuk bangun malam hanya kerana Allah.
* Merasakan bahawa dengan bangun di waktu malam adalah kerana dijemput oleh Allah.
* Begitulah juga perasaan meluap untuk bangun kerana diseru oleh baginda Rasulullah s.a.w.
* Merasakan kelazatan bangun malam seperti yang pernah dikecapi oleh golongan Salafus Soleh.
* Tidur di atas lambung sebelah kanan.
* Mengetahui kepentingan bangun malam sebagai penghalang daripada kealpaan jiwa dan hati nurani terhadap Allah.
* Merasakan segala munajat dan pengharapan didengar dan dilihat secara langsung oleh Allah SWT.
* Merasakan keseronokan bangun malam seperti yang dialami oleh baginda Rasulullah hingga bengkak kedua-dua tumitnya.
* Merenung kebesaran Allah yang dicurahkan ke atas mereka yang bangun malam untuk beribadat.
* Berdoa kepada Allah agar dipermudah untuk bangun malam.
* Tidur dalam keadaan berwuduk.
Jadikan resepi di atas sebagai input positif bagi meraih reda Allah ke atas diri kita, Amin.
SEHINGGA sekarang belum lagi ada rundingan pembahagian kerusi antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Timbalan Mursyidul Am PAS.
Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sehingga hari ini PAS tidak menerima maklumat mengenai perkara tersebut bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Cuma kita diberi laluan untuk bersama di satu pentas bagi menyatakan matlamat perjuangan masing-masing, jadi kita mempertahankan dasar perjuangan PAS.
"Kita boleh bersama sesiapa sahaja sekiranya tidak menyentuh dasar serta prinsip perjuangan kita," katanya ketika ditemui pemberita pada program pemukiman Menteri Besar di Ketereh hari ini. - HARAKAHDAILY 9/3/2017
PENGANUT Islam yang peka terhadap hubungannya dengan aqidah, dan kaitannya
dengan kepercayaan kepada Syariat Islamnya, serta akhlaknya terhadap anutannya, pasti
merasa terpanggil tanpa bahas dan debat, apabila kedudukan Islam dihina atau
direndahkan, lalu bangkit berusaha dan berjuang bagi meninggikan kedudukan Islam di
setiap kemampuan, kedudukan dan mengambil setiap peluang.
Begitu juga kalangan yang berjati diri dengan moral, merasa risau dengan kegagalan
undang-undang ciptaan manusia yang serba kelemahan, lalu bermuhasabah kembali
kepada hukum Allah. Kecuali mereka yang hilang kemanisan iman dan akhlak luhur,
menegakkan kepentingan dunia dan nikmatnya, terus memandang serong terhadap
Syariat Allah dengan berbagai dalih.
Kepada sesiapa sahaja yang bencikan kemungkaran selemah imannya, apabila membaca
Perlembagaan Malaysia dan huraiannya dengan bahasa kebangsaan, walaupun dia tidak
berilmu tinggi dalam ajaran agamanya, pasti merasa terhina apabila membaca kedudukan
Islam di dalam Perlembagaan itu.
Prof Ahmad Ibrahim menegaskan dalam tulisannya: Kedudukan Islam Dalam
Perlembagaan, dalam ulasan beberapa muka surat, mafhumnya, “Perlunya Pindaan 355
bagi mengangkat kuasa Mahkamah Syariah yang sangat direndahkan kedudukannya,
sehingga Mahkamah Tinggi Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret di
daerah-daerah.”
Generasi terdahulu telah meminda sebanyak dua kali mengikut kemampuan mereka,\
namun mengangkatnya dalam keadaan masih rendah dan hina.
Dalam Tafsir Al-Manar melaporkan Fatwa Sheikh Muhammad Abduh R.A. kepada
soalan Maulawi Noruddin Mufti Panjab India, betapa seseorang Islam boleh menjadi
hakim dan apa-apa jawatan di bawah Kerajaan Penjajah Inggeris yang memaksa
undang-undangnya menghukum rakyat dengan undang-undang ciptaannya. Tujuannya
mengambil setiap peluang melaksanakan Syariat Islam sekadar kemampuan, walaupun
hanya undang-undang keluarga dan meringankan bebanan kezaliman.
Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Al-Qayyim yang menjadi rujukan penting golongan Wahabi
juga memberi fatwa di zaman keganasan kaum Tartar supaya mengambil setiap peluang,
bersama perjuangan menegakkan Syariat dan mempertahankannya, bukannya
meninggalkan Syariat dan mendiamkannya, menyerah diri kepada musuh Islam kerana
berlunak.
RUU 355 adalah mencegah kemungkaran warisan penjajah terhadap Hukum Allah
di zaman kita sudah merdeka secara berperingkat dengan wajib disokong dan didukung
oleh penganut Islam dan bukan Islam yang peka berkenaan hak umat Islam dan tidak
menghalang untuk melihat ruang Islam dilaksanakan walaupun pada kadarnya yang
masih terhad.
Kalau undang-undang ciptaan manusia daripada berbagai negara dan bangsa diizinkan
untuk dilihat pelaksanaannya walaupun terus menerus gagal dan mendera rakyat, tanpa
kejayaan mengurangkan jenayah termasuk yang paling berat, mengapa usaha kembali
semula kepada Syariat Islam dihalang dan dihina?
Hukuman seperti bunuh menggunakan tali gantung, mencekik dan menyeksa yang
diamalkan sejak dahulu kala masih diamalkan sehingga kini di seluruh dunia. Adapun
hukum Islam apabila menjatuhkan hukuman mati, Rasulullah S.A.W bersabda: إن الله كتب الإحسان على كل شئ فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته . رواه مسلم.
“Sesungguhnya Allah menetapkan pahala amal kepada tiap-tiap sesuatu (berlaku baik).
Maka apabila kamu melakukan hukuman membunuh, lakukanlah secara yang baik dan
apabila kamu menyembelih, lakukanlah juga secara yang baik. Tajamkankan pisau dan
rehatkan binatang sembelihannya.”
Begitu juga hukuman sebatan Syariat Islam berbeza dengan sebatan undang-undang
manusia terkini, kerana hukuman sebatan Islam bersifat mendidik. Ada pun sebatan
undang-undang ciptaan manusia lebih bersifat menyeksa bukannya mendidik.
Rasulullah S.A.W bersabda apabila diberitahu bahawa penjenayah yang dihukum
sebatan seratus sebatan kerana berzina itu seorang yang uzur dan lemah:
“Ambilah seberkas seratus ranting, pukulkan dia satu kali sahaja.”
Dalam hukum jenayah ciptaan manusia diadakan pengampunan oleh Lembaga
Pengampunan. Ada pun hukum Islam, yang berhak mengampun ialah mangsa atau
walinya (keluarga terdekat dan terkuat). Mengapa perbandingan ini tidak dilakukan
untuk mengambil yang terbaik?
RUU 355 hanya sebahagian daripada pelaksanaan sistem kehakiman dan membolehkan
pelaksanaan hukuman sebahagian hukum Syariat di peringkat negeri. Juga untuk
memberi ruang kepada masyarakat umum menyaksikan ruang diberi kepada
undang-undang di bawah bidang kuasa negeri masing-masing. Malangnya kalangan
bukan Islam mencampuri urusan umat Islam walaupun sudah dinyatakan sempadannya
oleh Perlembagaan terhadap bukan Islam bahawa Mahkamah Syariah tidak diberi kuasa
dalam urusan bukan Islam. Lebih malang pula terdapat segelintir penganut Islam juga
menentang. Adakah kerana kejahilan atau sengaja berdolak dalih terhadap Islam yang
diketahui kedudukannya? Mungkin di belakang mereka dalang penjajah?
Mereka yang menentang itu memang menyedari hukuman yang terlalu ringan terhadap
penjenayah Syariah pada hari ini tidak mendidik dan tidak mencapai hikmahnya yang
sebenar, tidak mampu menunjukkan kehebatan Syariat Islam. Inilah kehendak penjajah
dahulu dan barangkali inilah sebenarnya perjuangan mereka bagi meneruskan kehendak
48. Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan
membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci yang telah
diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah
hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
(kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan
menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat
yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang
wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia
menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak
menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu
berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada
Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa
yang kamu berselisihan padanya.
49. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan
berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah
diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima
hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan
sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia
itu adalah orang-orang yang fasik.
50. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah?
Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh
membuat hukum yang lebih baik dari Allah.(Al-Ma’idah: 48-50)
Para ulama Siyasah Syariyyah menyebut peranan kerajaan atau pemerintah mencegah
kemungkaran dalam perkara yang tidak ada nas di dalam Al-Quran juga mendukung
pelaksanaan Hukum Al-Quran: الله يزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن (الطرق الحكمية ابن القيم )
“Allah (memerintah) mencegah dengan kuasa pemerintah dalam apa-apa yang (tidak
disebut) cegahannya dengan nas Al Quran.” (kitab At-Turuq Al Hukmiyyah – Ibn Al
Qayyim)
Saya mengingatkan mereka yang menentang RUU 355 dengan amaran Allah: ٱلَّذِينَ يَسۡتَحِبُّونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا عَلَى ٱلۡأٓخِرَةِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلِۢ بَعِيدٖ ٣ إبراهيم .
Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat dan menghalangi manusia
dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka
itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.(Ibrahim:
3)
Bagi penganut Islam bukan sahaja mempelajari ilmu agama, hendaklah juga bertafaquh
(memahaminya), kerana sabda Rasulullah S.A.W:\
مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ. وَإِنّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَيُعْطِي اللّهُ" (متفق عليه)
Sesiapa yang Allah kehendaki yang terbaik kepadanya, maka dijadikannya memahami
dalam perkara agama Islam. Aku yang membahagi Allah sahaja yang memberi kurnia.
Betapa perlunya berilmu dan bertafaquh (faham) sehingga Rasulullah S.A.W bersabda: خِيَارُهُمْ في الجَاهِليَّةِ خِيَارُهُمْ في الإِسْلامِ إِذَا فقُهُوا. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Mereka yang terbaik (akhlak dan pengetahuannya) di masa jahiliyyah, menjadi terbaik
juga apabila bersama Islam sekiranya memahami agama.
Maka Rasulullah S.A.W menerima segala sifat mulia di kalangan jahiliyyah sehingga
mengenangkan mereka yang tidak sempat bersama Islam. Rasulullah S.A.W juga
menerima ilmu dunia yang bermanfaat yang datang daripada kalangan bukan Islam.
Malangnya ada mereka yang jahil murakkab atau bersifat takabur dengan sedikit
ilmunya, menutup pintu kepada Islam. Kononnya berniat baik. Janganlah termasuk
kalangan mereka, Allah mendedahkan niat mereka:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ ١١ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ ١٢ البقرة.
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan
kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang
hanya membuat kebaikan.
12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang
sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
(Al-Baqarah: 11-12)
Kepada ahli PAS, ingatlah! Bahawa kemenangan di akhirat hanya bersama Islam
walaupun siapa membawanya wajib disokong. Menang pilihan raya sahaja tanpa
menang di akhirat jawapannya kosong. Tujuan kita menang kedua-duanya, namun
kemenangan akhirat tetap menjadi pilihan.
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
10 Jamadil Akhir 1438H / 9 Mac 2017M - HARAKAHDAILY 9/3/2017
No comments:
Post a Comment