Rafizi Ramli mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana mengingatkan beliau mengenai dosa dan pahala. Pada masa yang sama, ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan bahawa kerana Allah beliau terdorong untuk mendedahkan kes-kes rasuah. "Saya menghormati pandangan Hadi dan itu adalah hak beliau. Saya mengucapkan terima kasih atas peringatan beliau tentang dosa dan pahala. "Saya memohon keampunan daripada Allah sepanjang masa," kata Rafizi "Malah, ia kerana saya takut kepada Allah daripada segala-galanya," katanya Lebai nak tanya semasa dia dedah penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah Tan Sri Khalid Ibrahim dulu kerana Allah juga ke? Akhirnya 'merangkak' di mahkamah.. minta maaf dengan Tan Sri Khalid. Mereka membuat fitnah 91 helai kerana TS Khalid Ibrahim tak mahu mengikut perancangannya menyerahkan kedudukan MB Selangor kepada Anwar. TS Khalid semasa berjumpa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan dia tidak mengikut arahan parti kerana ingin selamatkan WANG SELANGOR daripada dipergunakan oleh PKR. (kira macam menyamum juga... spesis Najib juga rupanya) Adakah RAFIZI nak menekan PAS semacam menekan Khalid Ibrahim supaya ikut telunjuknya? Bagaimana Rafizi nak sorok muka apabila bekas ahli PKR seumur hidup yang dipecat, Badrul Hisham Shaharin menyanggah penafian Rafizi Ramli berhubung isu dana kepada parti daripada seorang individu bernama John Soh dan mendedahkan jutawan itu sebenarnya penyumbang dana terbesar kepada parti pembangkang tersebut. Badrul Hisham atau Chegubard mendesak supaya kepimpinan PKR terdahulu dan sedia ada menjelaskan adakah benar sejumlah RM26 juta wang daripada individu itu diberikan kepada parti. “Datuk Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Datuk Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya. Salahuddin yang pernah berkhidmat sebagai naib presiden PAS berkata, parti itu tidak pernah dimaklumkan mengenai penerimaan dana berkaitan 1MDB seperti didakwa Rafizi Ramli. Kenyataan ini seolah-olah Rafizi kena tampar terus tersungkur. Bayangkan sepatutnya ini peluang parti PAN nak perkenakan PAS sebagaimana Rafizi sedang mengasak PAS tetapi kerana memang tak ada bukti Salahudin mengambil jalan bercakap benar kerana buruk padahnya. Lebai rasa RAFIZI RAMLI pun butir-butir taik UMNO juga..
Assalamualaikum,,, Akibat terlalu menekan kepada perjuangan rakyat ada parti parti politik yang menjadi sasau dan hilang arah, hilang arah kerana terlalu ingin merampas kuasa dari kerajaan yang sedia ada dan untuk merampas kuasa itu segala usaha mesti digembelingkan untuk menumpaskan UMNO yang dilihat menjadi tunjang utama kerajaan.Kelemahan dan kebobrokan UMNO mesti dilondehkan dan setiap isu yang ada mesti dimanupulasikan untuk mendapat undi. Akhirnya, bila PAS mahu menghidupkan budaya politik matang dan sejahtera(BPMS), ianya hanya dilihat dan dakwa sebagai usaha untuk mendapatkan dedak dari UMNO, tak lebih dari itu.Sehubungan dengan itu mereka meneruskan budaya keluar dewan dan budaya mencipta tuduhan tuduhan yang tak masuk akal.Mereka meneruskan budaya tidak produktif wakil wakil rakyat dengan antara lain meneruskan maki hamun dan berteriak serupa budak tadika ketika bersidang di Parlimen. BPMS tidak diterima sebaliknya apa jua langkah yang diambil PAS dalam usaha menghidupkan BPMS akan dituduh sebagai cara untuk UG dengan UMNO dan menerima dedak.Sejak dari awal, mereka mengalunkan suara suara pakatan PAS dan UMNO sekalipun PAS sudah TEGASKAN AKAN BEKERJASAMA DALAM HAL HAL UNTUK KEBAIKAN RAKYAT. Mereka tak menerima hujah ini sebaliknya buat buat bebal untuk meneruskan tuduhan dedak mereka.Tetapi peliknya, kalau perjuangan mereka untuk menyelamatkan rakyat kenapa mereka mesti membuat tuduhan tuduhan tanpa asas itu kepada PAS, apa mereka ingat perjuangan PAS yang mereka dakwa sudah berubah itu bukan untuk rakyat? PAS memang berubah tetapi perubahan itu bukan dalam soal dasar yang mereka lebih gemar menggunakan istilah ideologi.PAS tak ada ideologi tetapi ada dasar yang tak pernah berubah sejak awal penubuhannya.Kalau hari ini, Arwah Hj.Yusof Rawa, AUFN dan ATGNA masih hidup, mereka tetap bersama PAS kerana BPMS tidak sesekali menjejaskan dasar PAS dan kerana dasar tak pernah berubah maka pemimpinnya tak kira siapa tak akan berganjak untuk terus menjaga PAS. PAS akan terus dengan BPMSnya dan akan terus bersama UMNO dalam perkara perkara kebajikan kepada rakyat walaupun parti parti lain yang diketuai oleh DAP terus bebal membuat tuduhan tanpa asas itu. Itu hak mereka, kalau mereka mahu terus bebal dengan sikap mereka dan terus memainkan isu isu tanpa fakta yang jelas, silakan kerana pasti rakyat akan menilainya dan mungkin akan menolaknya apabila tiba masanya. Hujah mereka untuk menuduh PAS menerima dedak bagi memastikan pertandingan 3 penjuru yang akan memberi keuntungan kepada UMNO/BN akan dilihat rakyat sebagai hujah bebal kerana PAS masuk bertanding juga untuk menang bukan kerana dedak yang diterima.Realiti yang kelihatan ialah peluang mereka untuk menang akan jadi tipis kalau ada pertandingan 3 penjuru dan akan menjadi lebih tipis kalau mereka terus menerus menuduh terutama dalam isu penangguhan RUU 355 yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan pilihanraya.Tetepi kalau mereka terus mengalunkan lagu ini mungkin rakyat akan muak dengan mereka dan undi untuk mereka akan terus merosot.Perbuatan ini samalah seperti menggali kubur sendiri. Kini pilihan di tangan mereka samaada nak terima BPMS atau terus dengan budaya terpekik terlolong dan keluar dewan yang tidak produktif itu! Sumber TKO - 12-4-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- DAP memang pewaris perjuangan PAPGEGAK-gempita jadinya penyokong DAP dan Pakatan Harapan (PH) apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyebut dalam nada yang agak keras di dalam ucapan beliau di Rusila, Marang, pada 10 April 2017 mengenai kedudukan DAP sebagai pewaris perjuangan PAP. Bagaimanapun, bagi mereka yang betul-betul mengkaji dan memahami sejarah politik Malaysia sejak tahun 1960-an, termasuk detik waktu Singapura menyertai Malaysia dari 16 September 1963 ke 9 Ogos 1965, ucapan ini tidak mengandungi sebarang kontroversi kerana ia adalah satu hakikat. Ayat “The DAP is committed to the struggle for a free, democratic socialist Malaysian Malaysia” dan ayat “DAP adalah komited kepada perjuangan untuk sebuah negara Malaysia untuk rakyat Malaysia yang bebas dan demokratik sosial” jelas terpampang di dalam laman web rasmi DAP. Perjuangan Malaysian Malaysia bermula dari inisiatif PAP mengumpulkan empat parti lain, iaitu United Democratic Party (UDP) dan People’s Progressive Party (PPP) dari Semenanjung Malaysia serta Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Machinda dari Sarawak pada 9 Mei 1965. Para pemimpin keempat-empat parti ini, dengan diketuai oleh PAP, di dalam perjumpaan mereka di Sri Temasek, Singapura, telah mengeluarkan deklarasi bersama atas nama Malaysian Solidarity Convention (MSC) bagi meminta sokongan rakyat ke atas perjuangan Malaysian Malaysia. Peri pentingnya konsep Malaysian Malaysia kepada perjuangan PAP dan empat parti rakannya ini boleh dilihat melalui sebutan “Malaysian Malaysia” sebanyak 15 kali di dalam deklarasi bersama yang menyeru rakyat menghadiri konvensyen di Teater Nasional, Singapura, pada 6 Jun 1965. Terang deklarasi bersama ini, “A Malaysian Malaysia means that the nation and the state is not identified with the supremacy, well-being and the interests of any one particular community or race”, yang membawa makna bahawa tiada kaum mempunyai kelebihan berbanding kaum lain. Di dalam pengenalannya, deklarasi bersama ini menyebut betapa kesedaran untuk menghasilkannya wujud ekoran kesedaran para pemimpin keempat-empat parti ini mengenai ancaman pihak luar kepada Malaysia dan petanda masalah ekoran pertelingkahan dalaman. Kebetulannya, Yang di-Pertuan Agong di dalam titah ucapan sewaktu merasmikan pembukaan sidang Parlimen pada 26 Mei 1965, turut menyebut mengenai ancaman pihak luar kepada Malaysia di samping “ancaman dari dalam negeri” yang bertujuan hendak menimbulkan kekacauan. Lee Kuan Yew, yang seolah-olah termakan cili, sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada 27 Mei 1965, mempersoalkan kewajaran Baginda memperkatakan mengenai “ancaman dari dalam negeri” tanpa menyebut identiti sebenar pihak yang menjadi ancaman ini. Sambil mempertahankan diri beliau dan pemimpin MSC lain dari serangan yang dibuat di dalam media massa ke atas konsep Malaysian Malaysia, Lee Kuan Yew mempertegaskan sambil menjelaskan dengan panjang lebar konsep ini di dalam ucapan beliau di Parlimen pada hari itu. Lee Kuan Yew juga mengemukakan cadangan supaya usul terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dipinda dengan menambah ungkapan lain, iaitu menyesali bahawa titah ucapan Baginda tidak meyakinkan negara bahawa Malaysia akan membangun ke arah Malaysian Malaysia. Setelah berbahas panjang, termasuk mendengar penjelasan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, usul Lee Kuan Yew ditolak setelah ia hanya mendapat sokongan 14 Ahli Parlimen berbanding bangkangan 108 Ahli Parlimen lain dalam pengundian yang dibuat pada 3 Jun 1965. Dalam pada itu, Lee Kuan Yew, dalam satu lagi ucapannya di Singapura pada 30 Mei 1965, sekali lagi menekankan betapa Singapura tidak pernah bersetuju dengan pemerintahan Melayu apabila ia menyertai Malaysia sambil menegaskan cakap-cakap mengenainya adalah cakap-cakap bodoh. Beliau juga menyebut betapa isu Malaysian Malaysia perlu diputuskan sekarang, tanpa perlu menunggu lima atau 10 tahun lagi, kerana jika mereka tidak mahu maka ia akan menjadikannya lebih mudah untuk pihak yang mahukannya membuat rancangan-rancangan alternatif lain. Kata beliau, salah satu rancangan ini adalah untuk menggabungkan semua negeri yang bersetuju dengan konsep Malaysian Malaysia, di mana beliau menyebut tiga negeri, iaitu Singapura, Sabah dan Sarawak, sambil menambah Melaka dan Pulau Pinang sebagai mungkin turut berminat. Seterusnya, di dalam konvensyen MSC pada 6 Jun 1965, Lee Kuan Yew telah memberi ucapan yang berapi-api dengan di antara lainnya mengingatkan mereka mengenai slogan yang beliau berikan dan yang mereka setujui, iaitu Malaysian Malaysia, dan betapa mereka akan menang. Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya, di mana Singapura akhirnya terkeluar dari Malaysia setelah Parlimen meluluskan “The Constitution And Malaysia (Singapore Amendment) Bill” yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman Putra, pada 9 Ogos 1965. Apa yang berlaku selepas itu tercatat kemas di dalam lipatan sejarah, di antaranya ialah di dalam Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang dibentangkan oleh Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin, kepada Persidangan Kebangsaan pertama DAP di Setapak pada 17 Mac 1968. Di dalam laporan ini, Dr Chen Man Hin, yang sekarang merupakan Penasihat Seumur Hidup DAP, menyebut mengenai bagaimana tenaga Malaysian Malaysia tidak mati apabila Singapura terkeluar, di mana peranan dimainkan PAP terus diambil-alih oleh satu PAP yang berasaskan Malaysia. Kata Dr Chen Man Hin, PAP Malaysia ini dibatalkan pendaftarannya pada 9 September 1965 menyebabkan para pemimpinnya mendaftarkan sebuah parti baru bernama DAP yang diluluskan pendaftarannya pada 19 Mac 1966, maka bermulalah perjuangan Malaysian Malaysia DAP. – HARAKAHDAILY 12/4/2017Sumber HD - 12-4-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- MCA, DAP hero penentang RUU355...DALAM keadaan orang Islam bergembira RUU355 berjaya dibentangkan dengan hujahan sokongan yang jelas dan mantap di parlimen, mungkin ramai belum sedar situasi yang berbeza berlaku di kalangan pemimpin politik bukan Islam. Rupa-rupanya pemimpin MCA, DAP dan lain-lain berhempas pulas bagi memastikan RUU355 tidak berjaya diluluskan. Inilah mungkin antara jawapan sebenar kenapa Speaker menghentikan sesi perbahasan sebaik sahaja dibentang oleh Presiden PAS dan disokong oleh Setiausaha Agung PAS di Dewan Rakyat. MCA, DAP dan beberapa lagi parti yang diwakili non-muslim sedang bertarung untuk menjadi hero penghalang RUU355. Anda boleh melihat kenyataan awal yang dikeluarkan oleh Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ti Lian Ker dalam laporan The Star selepas sidang Dewan Tertinggi BN pada 30 Mac lepas, menyatakan bahawa MCA di bawah kepimpinan Loiw Tiong Lai telah mencapai kejayaan apabila berjaya menghalang Umno yang mengetuai BN daripada membawa RUU355 melalui usul kerajaan. Menurut beliau, kejayaan ini menunjukkan bahawa MCA masih kuat dalam memberi tekanan politik dalam BN. Beliau turut memperlekeh DAP yang tidak serius menentang RUU355. Selain dari mendakwa bahawa DAP telah membantu PAS meningkatkan kuasa politiknya dalam beberapa PRU lepas, pemimpin MCA itu turut mencabar DAP untuk menyahut seruan mendiang Karpal Singh dan cabaran Lim Kit Siang, untuk keluar dari kerajaan Selangor yang masih diterajui bersama dengan PAS. Sejurus selepas sidang parlimen tamat, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula menuduh DAP melalui Pakatan Harapan tidak membantah RUU355. Selain itu beliau menegaskan sekali lagi bahawa MCA konsisten menentang usul tersebut. “Walaupun MCA hanya mempunyai 7 ahli Parlimen berbanding DAP 36 orang, dua penyokong kerajaan kami berdiri dan melemparkan soalan terhadap RUU persendirian Hadi.” Kata beliau. Kenyataan itu kemudiannya dibidas oleh Naib pengerusi DAP, Teressa Kok, dengan menyifatkan dakwaan Ka Siong sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Teressa Kok sebaliknya menyatakan bahawa DAP sudah bersedia menyatakan pendirian mereka terhadap RUU 355 ketika perbahasan dan pengundian diadakan. Namun mereka tidak menyangka Speaker akan bertindak menangguhkannya. Teressa Kok turut menuduh MCA bersekongkol dengan Umno bagi membenarkan Presiden PAS membentangkan usul tersebut. “Jika tiada konsensus BN mengenai pembentangan itu, ahli Parlimen MCA sepatutnya keluar dari Parlimen untuk menyuarakan bantahan tegas mereka, tetapi semua ahli Parlimen MCA mendiamkan diri. Serangan panjang Wee terhadap DAP tidak boleh menyembunyikan hakikat MCA gagal menghalang usul membentangkan RUU355, sama ada wujud konsensus BN untuk membenarkannya.” Ujar kok. Seorang lagi pemimpin DAP, Tony Pua turut membidas kenyataan Timbalan Presiden MCA itu. Dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook, beliau bersungguh mahu membuktikan bahawa DAP juga berperanan menentang RUU355. Hujahnya adalah Lim Kit Siang dan Gobind Singh yang bangun serta-merta mempersoal sebaik sahaja Speaker membenarkan Presiden PAS membentang. Malah, Tony Pua menjelaskan bahawa mereka telah menyediakan dua pembahas untuk menentang RUU355 iaitu Gobind Singh dan seorang ahli parlimen DAP beragama Islam, Datuk Ariff Sabri. Sebelum itu Tony Pua dalam satu rakaman video mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan sanggup menangguh lima usul demi memastikan usul persendirian dari PAS dapat dibentangkan. Beliau mahu menunjukkan betapa kerajaan sangat serius dalam agenda pemerkasaaan mahkamah syariah ini, dengan harapan dapat menakut-nakutkan pengundi bukan Islam. Sikap Speaker menangguh pengundian RUU 355 sangat berasas. Kebimbangan RUU 355 gagal dalam undian boleh berlaku, dengan penentangan hampir keseluruhan ahli parlimen bukan Islam tidak kira kerajaan atau pembangkang, ditambah ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, dan juga sikap sebahagian ahli parlimen Islam yang berpihak kepada mereka. Selain itu, ia mungkin strategi politik parti komponen BN selain Umno dalam menenggelamkan peranan DAP di mata rakyat bukan Islam. Penangguhan ini telah memberi kemenangan terhadap parti komponen BN dalam persaingan mereka dengan DAP bagi menjadi hero penentang RUU355. Semua fakta di atas menggambarkan kesungguhan MCA dan DAP, juga PKR dalam menentang RUU 355 demi meraih undi daripada bukan Islam. Ini menandakan bahawa mereka telah berjaya menanamkan persepsi negatif pengundi bukan Islam terhadap RUU355, walaupun telah dijelaskan berulang kali dan berbagai pihak, bahawa RUU 355 langsung tidak melibatkan orang bukan Islam. Kini tugas mereka hanya untuk menjuarai isu RUU 355 melalui penentangan yang bersungguh-sungguh. Tepat sebagaimana telahan Presiden PAS bahawa dengan RUU 355 ini, kita akan menghadapi halangan dan kita akan tahu siapa yang menghalang. Dalam ceramah beliau di Rusila, Tuan Guru sekali lagi menyatakan bahawa RUU 355 ibarat batu yang dicampak ke sungai. Disangka tenang, tetapi habis segala buaya, katak, biawak, dan sebagainya timbul serta merta. RUU 355 dapat melondeh semua sikap sebenar penentang usaha memartabatkan agama ini dengan sejelas-jelasnya. Malangnya, ramai tidak menyedari hakikat ini. Ada dalam kalangan orang Islam yang masih bersangka baik kononnya DAP dan PKR tidak menentang RUU355. Mereka masih menganggap tidak ada masalah melakukan kerjasama politik dengan parti-parti di atas, hatta tidak kisah memberikan mereka berkuasa di negara ini walaupun telah jelas sikap mereka terhadap usaha memartabatkan syariat Islam di negara ini. Dalam hal ini sepatutnya pemimpin parti-parti politik Islam bersaing dalam menjuarai sokongan terhadap RUU355. Mereka juga perlu menunjukkan bantahan terhadap sekutu masing-masing sama ada dalam BN atau PH dan membela hak orang Islam untuk menaiktaraf kuasa perundangan Islam di negara ini. Malangnya sesetengah ahli politik Islam lebih berminat untuk menjaga kedudukan politik masing-masing sehingga berdiam diri sahaja terhadap kebiadapan rakan-rakan mereka. Umno lebih suka mengutuk DAP dan PKR berbanding rakan parti komponen mereka. PAN dan PKR pula memilih mengkritik MCA dan Gerakan daripada DAP sendiri. Setakat ini, hanya PAS yang konsisten mengecam kedua-dua belah pihak tidak kira sama ada dari pembangkang mahupun kerajaan. PAS juga turut mengkritik sikap pemimpin politik beragama Islam lain yang bersikap tidak acuh dalam usaha memartabatkan undang-undang Islam ini. Jelas PAS sehingga kini konsisten dengan perjuangan Islam sejak dahulu dan tidak pernah berkompromi dalam isu-isu melibatkan kepentingan agama tercinta ini. – HARAKAHDAILY 12/4/2017Sumber HD - 12-4-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno memecah belahkan umat Islam di Malaysia dengan membenarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. "Sebenarnya ini bukan ada kaitan dengan agama Islam. Agama Islam tidak meminta kita buat sesuatu untuk pecah belahkan orang Islam," katanya kepada media selepas menghadiri satu forum di Shah Alam. "Dalam negara kami yang berbilang kaum, berbilang agama, kita mesti sensitif terhadap agama lain kerana Islam hormati agama lain. Kita tak boleh buat sesuatu yang memaksa orang lain, berasa takut kepada agama Islam," katanya. "Ia (Akta 355) nak digunakan untuk politik, politik sebuah parti saja," tambah Mahathir Lebai tak nak ulas panjang pasal kenyataan Tun Mahathir ini. Siapa tak kenal Tun Mahathir yang pernah mengatakan kalau dilakasanakan undang-undang potong tangan nescaya boleh makan sup tangan. Saidina Hamzah mati syahid tidak dimandikan kerana padang pasir tiada air dan macam-macam lagi... Rasa cukuplah lebai letak satu kartun untuk menjawabnya. Mahathir dia lupa rupanya zamannya 2 kali akta 355 dipinda, 1984 dan 1989. Patutlah zamannya Umat Islam pecah belah terutamanya UMNO sehingga terbitnya UMNO BARU. Sekarang Mahathir juga lupa bahawa dia yang tuduh Anwar liwat kerana dia bersetuju untuk bebaskan Anwar jika PAKATAN HARAPAN berjaya tawan Putrajaya. Hanya orang bodoh sahaja percaya Ketua Penyamum dan selamatkan negara daripada Ketua Perompak.
Raja Petra Kamaruddin dalam blognya telah menulis bahawa aliran wang GENTING yang bernilai
30 billion yang diragui bagamainan Daim mendapatkannya juga mengalir kepada Husam Musa bagi
menjaga kepentingan dalam PAS jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam PRU sebelum ini.
Saya tidak berhasrat mengulas panjang tentang duit berkenaan tetapi seperti saya menulis sebelum ini Husam Musa banyak membelanjakan wang untuk mengerakkan parti PAN dan anggaran itu sekkitar RM2 juta. Ini wang untuk sekarang, dipercayai dia banyak membelanjakan wang daripada sumber yang tidak diketahui. (anda boleh baca artikel saya sebelum ini untuk pengesahan di sini) Apabila Raja Petra mendedahkan aliran wang GENTING dan menuduh Husam Musa juga mendapatkannya dikalangan pimpinan PAS sebelum ini saya rasa Husam Musa perlu menafikannya. Saya suka mengulas lebih lanjut penulisan pendek saudara Nor Azman Bin Sukerman dalam facebooknya. Kita mungkin tidak dapat mengesahkan apa yang ditulis oleh RPK mengenai apa yang diterima Husam dari Genting. Kita boleh bersangka baik kerana PAS ajar kita mengikut Islam dan Islam mengajar kita bersangka baik kepada Husam ketika beliau menjawat jawatan-jawatan tinggi dalam PAS. Ya, mungkin banyak perlakuan dan tindakan beliau yang kita boleh terima sebagai salah laku tetapi untuk mengatakan Husam menerima duit dari Genting satu perbuatan yang sangat HODOH kerana dia pada masa itu anak didik Tok Guru Nik Abdul Aziz. Apa pun terpulang pada Husam untuk membersihkan dirinya. Lagi pun dia juga terlibat dalam aktiviti menuduh PAS kemudian minta yang dituduh, PAS buktikan penafian. Jadi sekarang dia berada dalam situasi dituduh dengan satu tuduhan sangat mengaibkan dirinya. Sekarang masanya dia pula membuktikan panafiannya. Sesungguhnya keadilan kadang-kadang tak tunggu dibicarakan di mahkamah pun tetapi cukup dengan pendedahan dan fitnah pada si zalim untuk membuat si zalim rasa dizalimi pula. Husam mungkin lupa ramai ahli PAS hafal dan beramal dengan qunut Nazila kata Nor Azman yang mana Allah tidak akan melupai orang-orang yang dizalimi. Husam patut tahu dan ingat apa yang Tok Guru Nik Abdul Aziz berpesan, melainkan dia menjadi anak murid yang lupa diri. PAS bawa BPMS di peringkat antarabangsaNAMPAKNYA budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan PAS dihayati semakin baik oleh ahli dan rakyat awam. Rata-rata semakin terdidik dengan budaya idea dan solusi, semakin sedar bahana persepsi dan kebencian. Namun begitu, masih sukar untuk kita menerapkan BPMS dalam memilih pendirian dalam isu-isu di luar negara. BPMS adalah sebuah konsep politik bersifat wasatiyyah. Ia tidak cenderung ke kiri mahupun ke kanan. Ia tidak bersifat ekstrem tetapi tidak terlalu lembut. Menentang sebarang bentuk politik ganas yang membawa huru-hara, dalam masa yang sama tidak sekali-kali membela kezaliman dan orang zalim. kepada mana-mana pihak. Tidak terlibat dalam komplot politik yang merebut kepentingan tertentu. BPMS mementingkan fakta dan ketepatan. Menjauhi sebarang khabar angin dan propaganda media. Mengamalkan sikap tabayyun yang diajar agama Islam. Tidak terpengaruh dengan sebarang sentimen dan sektarian. Contohnya dalam isu melibatkan krisis di Syria. PAS membaca isu ini dari skop yang luas melibatkan percaturan kuasa besar, peranan media dan kepentingan ummah. Jauh daripada sentimen sunni-syiah, menekankan empati melebihi simpati, mencari solusi jangka panjang bukan bersifat melepaskan batok di tangga sahaja. Malangnya ada yang gagal memahami konsep ini. Mereka mudah terpengaruh dengan media yang mengulang tayang skrip lama kuasa besar demi menghalalkan tindakan politik mereka. Mereka lebih percaya laporan fasik daripada maklumat dalaman yang lebih realiti. Apabila PAS menegaskan pendirian berbeza daripada pendapat popular, PAS dituduh cenderung ke arah kezaliman pemimpin Syria pula. Samalah halnya dengan pendirian PAS dalam menghadapi krisis negara. Apabila PAS memilih untuk berhadapan secara matang dengan kerajaan, dituduh cenderung kepada kezaliman BN pula. Lebih parah, sentimen yang berjaya dimanipulasi media menyebabkan mereka nampak semua cara membanteras krisis adalah halal, termasuklah bersekongkol dengan pengganas antarabangsa no.1, Amerika Syarikat. Kebencian terhadap rejim menyebabkan Amerika dianggap suci. Malah ada yang menggunakan nas agama dengan menganggap mereka adalah bangsa Rom yang diceritakan oleh hadis, dan merekalah kristian yang dibenarkan untuk bekerjasama. Samalah halnya di negara kita, apabila kebencian terhadap Umno BN sehingga menganggap pihak yang menentang Islam itu suci lagi murni hanya kerana mereka memusuhi BN juga. Ada juga yang terlajak mempraktikkan BPMS. Menganggap pendirian PAS sama sebagaimana sebahagian ulama-ulama di Syria dan Mesir yang mentaqdis pemimpin negara mereka. Malah di Malaysia juga, ada yang terlajak mendekati BN sampai semua salah-laku mereka dibutakan. Hanya atas alasan mengelak mafsadah lebih besar. bersabda: "أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر" Sebaik-baik jihad adalah berkata benar di sisi pemimpin yang zalim. Tiga poin utama yang terdapat daripada hadis ini bagi menggambarkan sikap BPMS: 1. Berkata benar di sisi pemimpin adalah sebaik-baik jihad. Lebih baik daripada jihad mengangkat senjata. Lebih baik daripada jihad peperangan. Lebih baik daripada segala bentuk jihad. Perkara yang harus difahami oleh mereka yang berminda radikal atau revolusioner . menyokong atau bermuka-muka kepada pemimpin itu. Perkara yang harus diinsafi oleh mereka yang terlajak BPMS. 3. Tuntutan berada di sisi pemimpin zalim. Bagaimana mahu berada di sisi sekiranya mengambil sikap berpatah arang dengan pemimpin? Ia mesti bermula dengan dengan mendekati pemimpin. Perkara yang harus difahami oleh penggiat politik. BPMS tidak wajar dipisahkan daripada ajaran agama. Semua perlu kembali kepada al-Quran dan sunnah. Di atas hanya satu contoh daripada ribuan nas yang perlu diterokai. Barulah BPMS tidak tersasar jauh. – HARAKAHDAILY 11/4/2017Sumber HD - 11-4-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhbar yang kurang ajar mengeluarkan kartun Bertajuk "Akta Monyet" kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai "speaker" manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai "Hadi Awang" bertenggek di pokok " Akta 355". "Hadi Awang" dipaparkan dengan memegang sebatang tongkat sakti sambil mahu menikmati juadah "keledek panas", manakala "speaker" melompat dari pokok itu, sambil berkata: "Simpan untuk hari kemudian." Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan. Semakan Malaysiakini pada sekitar jam 6 petang tadi mendapati bahawa versi internet akbar itu telah menurunkan kartun berkenaan. Akhbar itu juga membuat permohonan maaf terbuka petang ini. "Akhbar kami bertarikh 8 April pada (bahagian) B2 menyiarkan satu komik mengenai Akta 355 dan tidak menghormati Pandikar and Hadi Awang. (Oleh itu) Nanyang dengan sepenuh hati memohon maaf kepada kedua-dua," kata kenyataan dikeluarkan itu. Kartun berkenaan juga dipadamkan daripada siaran. Ia diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355 pada Khamis lalu. Selepas pembentangan Abdul Hadi dan ucapan sokongan daripada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Pandikar memutuskan bahawa perbahasan usul itu ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat yang akan datang pada bulan Julai nanti. Tindakan akhbar tersebut adalah penghinaan, Pemuda PAS Selangor menyeru umat Islam supaya bangkit dan mengadakan bantahan di luar pejabat akhbar itu di Petaling Jaya pagi esok. “Dewan Pemuda PAS Selangor mengerahkan seluruh Pemuda dan menyeru umat Islam bangkit dan mara mempertahankan maruah umat Islam. “Kebiadapan dan penghinaan yang di buat melalui karikatur kepada presiden PAS dan perjuangan martabatkan mahkamah syariah dalam RUU 355 oleh akhbar Nanyang Siang Pau,” katanya sambil menambah bahawa mereka menyerahkan memorandum menuntut permohonan maaf. \ Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menyifatkan karikatur itu sebagai tindakan yang "kurang ajar dan melampau". "Nanyang Siang Pau mesti menarik balik kartun itu dan memohon maaf kepada umat Islam, terutamanya PAS," katanya. Beliau juga berkata parti itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Cina, yang dimiliki oleh jutawan balak Sarawak Tan Sri Tiong Hew King. Malaysiakini telah menghubungi Nanyang Siang Pau untuk mendapatkan ulasan mereka. Sumber TKO - 10-4-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Rafizi Ramli juga terima jutaan dana politik?MAJLIS Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) bersama-sama dengan Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia (Profesional) meminta Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis menyiasat akaun proksi yang melibatkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang didakwa menerima dana politik bernilai jutaan ringgit. Ketua Eksekutif Makpen, Mohd Zai Mustafa tidak menyangka Rafizi Ramli serta beberapa nama lain juga didakwa terlibat menerima dana politik yang bernilai jutaan ringgit yang disalurkan oleh John Chee Wen sebagaimana yang ditulis Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan oleh portal Malaysia Today pada 8 April 2017 kelmarin. "Kita minta Rafizi dan nama-nama yang disiarkan itu membuktikan mereka bebas daripada dakwaan tersebut. Dakwaan ini dilihat semacam ada benarnya melihatkan kepada pergerakkan dan gaya politik mereka yang mewah serta kelihatan mempunyai dana yang besar membiayai di belakangnya. mempunyai taikun yang menyalurkan dana untuk kegiatan politik? Adakah mereka juga mempunyai tuan politik?" soalnya kepada Harakahdaily. Tambahnya, jika sekadar gaji dan alaun ahli parlimen sebanyak RM16,000 sebulan, mereka sangat terbatas untuk mengerakkan gerak kerja politik yang kelihatan sangat banyak menggunakan dana yang besar. Justeru katanya, Makpen dan Profesional mendesak Rafizi Ramli yang terkenal dengan ‘dakwaan-dakwaan fitnahnya’ tampil membuktikan dirinya juga bersih daripada dakwaan tersebut, sebagaimana dia mendakwa orang lain mesti membuktikan dakwaannya. – HARAKAHDAILY 10/4/2017Sumber HD - 10-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,, Parti PAN baru saja selesai persembahan Raja Lawak mereka dan sekarang terpulang kepada juri awam untuk menilai.Persembahan yang bertajuk seminar pemikiran ATGNA dijayakan dengan cukup lawak dan berjaya, ada peluang menang Raja Lawak.Punch linenya cukup menarik apabila PAN menyatakan idoelogi partinya ialah kesinambungan kepada ideologi ATNGA. Sebenarnya parti PAN memang suka berkhayal sebagaimana ditonjolkan oleh salah seorang penggemar mereka mengenai lebai malang yang dikatakan sinonim dengan masyarakat melayu. Mereka rupanya lebih gemar berkhayal dari berpijak di bumi nyata apabila cerita rakyat yang memang sinonim dengan cara masyarakat melayu lama berhibur menerusi panggung pelipurlara satu ketika dulu.Lebai malang adalah antara cerita penglipurlara yang sering diolah dan diceritakan oleh Awang Selamat.Kerana gemarnya mereka untuk berkhayal maka timbul pula lawak seminar pemikiran ATGN. Juri juri awan seharusnya bijak untuk memberi mereka markah kerana kreativiti mereka mencipta lawak.ATGNA tak pernah jadi pemikirpun, ATGNA adalah ulamak yang banyak berjasa kepada umat Islam semasa hayat beliau, bukan pemikir yang membina apa apa idoelogipun.ATGNA tak pernah ada ideologi kerana apa yang beliau perjuangkan bukan berdasar ideologi tetapi berdasarkan apa yang di perintah oleh ALLAH dan RASULnya.Kerana itu ATGNA tak perlukan ideologi dan tak perlu jadi pemikir kerana semua petunjuk untuk berjuang, petunjuk apa yang boleh dan apa yang tak boleh sudah didokumentasikan dalam Islam. ATGNA hanya perlu jadi ulamak untuk merealisasikan semua petunjuk ini.Tapi PAN yang terdiri dari mereka yang pernah bersama ATGNA bijak dan kreatif dalam memutar terbalikkan semua fakta dan kejadian yang melibatkan ATGNA untuk menjadikan ATGNA sebagai pencipta ideologi mereka yang entah apa apa. Mana ada ideologi Islam? itu semua lawak. Mana ada pemikiran ATGNA, itu juga lawak...... Sumber TKO - 10-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalaamu'alaikum kak wan. Berfikirlah secara rasional dan wajar dalam perjalanan politik kak wan dan suami kak wan, anwar ibrahim, adalah pembuka kata saya dalam tulisan ini. Ketahuilah kak wan, kak wan sekarang sedang dalam proses penyisihan dari arena politik negara. Kak wan dan juga nurul izzah, sedang kearah masa depan politik yang suram. Kalau dahulu suami kak wan, anwar ibrahim, adalah juara reformasi. Anwar adalah pencetus dan penggerak reformasi. Anawarlah yang memulakan slogan bahawa negara perlu perubahan total. Siapa yang menguasai pkr sekarang? Tak lain dari azmin ali. Siapa yang menjadi trompet pkr sekarang? Tak lain dari rafizi ramli. Mereka berdua sekarang bersaing untuk menjadi pemimpin utama pkr. Kak wan sudah mula tersisih dimana suara kak wan sudah mula hilang dan mula tenggelam. Pkr adalah satu dari ahli gabungan pakatan harapan. Dan pakatan mendapat ahli baru, ppbm. Ppbm dikuasai dr mahathir walaupun dia bukan president. Ingat kak wan, berdekat sudah anwar dipendam dalam penjara bermula dari pemerintahan dr mahathir. Walau abdullah badawi membebaskan anwar, namun oleh kerana anwar adalah umpama lokomotif bom bagi umno, anwar dikitar semula ke penjara. Mampukah kak wan menongkah arus ph sekarang yang bermentorkan dr mahathir dan lim kit siang? Tidak! Kak wan tidak akan mampu. Dr mahathir berkata, jika rakyat mahu anwar bebas dia akan lakukan jika ph menang pru14. Kak wan percayakah kata-kata beliau itu? Orang bodoh sahaja akan percaya. Kerana awal-awal dr mahathir berkata dalam politik semua boleh berlaku, kawan akan jadi lawan dan lawan akan jadi kawan. Awalnya dia kawan anwar kemudian jadi lawan. Sekarang dia seolah-olah menjadi kawan, namun jika ph menang pru14 harus anwar akan dijadikan musuh bebuyutan semula. Pada hawiwatnya kak wan sudah tidak diperlukan lagi dalam ph mauhupun pkr. Apa yang perlu kak wan lakukan sekarang? Keluar pkr, itu sahaja pilihan. Kerana jika tidak, kak wan hanyalah sekadar tempelan kepada pkr. Kak wan bukan lagi ketua pembangkang kerana diganti oleh dr mahathir atau lim kit siang. Kak wan harus memikirkan hala tuju baru. Kemanakah kak wan mahu pergi? Keluar pkr masuk pas? Tidak mungkin rasanya kerana kak wan membenci pas tahap gaban. Menubuhkan parti baru? Sukar rasanya kerana parti baru kak wan nanti akan jadi kera sumbang. Dalam ph harapan, anwar adalah umpama surat kabar lama. Isu free anwar hampir terpadam dari kamus politik malaysia. Saya percaya, kalau dulu kak wan tak lena tidur kerana memikirkan bagaimana untuk membebaskan anwar, sekrang kak wan lagilah berserabut, berserabut kerana memikirkan suara kak wan mula tidak diperdulikan dalam pakatan pembangkang. Demikian perjalanan politik machiavelli yang harus kak wan, juga nurul izzah fikirkan dengan cermat dan mendalam. Wassalam. Sumber TKO - 10-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr. Syed Husin Ali me'luncur'kan bukunya "Dua Dekad Dia Dizalimi". Wan Azizah merasmikan perluncuran ini. Sangat sadis dengan nasib Anwar Ibrahim daripada pemimpin nombor dua UMNO kini di penjara. Bagaimana polis zaman UMNO yang dipimpin oleh PM yang 'mahazalim' sanggup melepaskan tindakan ketua polis menumbuk TPM semasa itu. Kalau rakya biasa sudah pasti Anwar Ibrahim MATI DALAM LOKAP sebagaimana cerita-cerita terkini yang Zahid Hamidi berdolak dalih. Siapa yang memzalimi Anwar Ibrahim 2 dekad ini? Abdul Hadi Awang, Presiden PAS ke atau Tun Mahathir Mohamad penasihat BERSATU? Pertanyaan mudah dan logik ini sukar difahami oleh sesetengah pemimpin PKR. Malah ahli-ahli PKR sendiri menjadi celaru untuk berfikir secara rasional. Penyokong PAKATAN HARAPAN pun sama. Mereka tidak tahu siapa sebenarnya musuh mereka selain daripada UMNO. Dimana suara REFORMASI? Dimana OTAI-OTAI REFORMASI. Kamu tidur ke? Dia, membisu menjadi kaku setelah begitu hebat 2 Dekad yang lalu? REFORMASI di'hijack' oleh Tun Mahathir. Dia masih belum menyatakan kemaafan atas perbuatan FITNAHnya kepada Anwar Ibrahim. Wan Azizah, walaupun Presiden PKR tetapi hanya menjadi BONEKA dan tersisih dengan suaminya kerana ada penyangat-penyangat dalam PKR bersama dengan Ketua Penyamum untuk menyamum WANG RAKYAT Selangor yang dikumpulkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka ini juga sedang menguasai Suara Reformasi. Bodohnya.... Sumber TKO - 10-4-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lebai malas nak layan kawan-kawan daripada IKRAM yang asyik nak minta lebai ulas berkenaan perlantikkan Husam Musa sebagai Naib Presiden parti PAN. Nanti kalau lebai kutuk dimarahnya pula. Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir berkata adalah mengikut usul dipersetujui dalam Konvensyen Nasional PAN pada Disember tahun lalu bagi melengkapkan lima jawatan naib presiden parti berkenaan. Tiga daripada jawatan itu dipilih perwakilan manakala selebihnya adalah melalui lantikan. Perlembaagaan PAN hanya memperuntukkan hanya 3 sahaja. Oleh kerana parti PAN ini adalah berasal daripada PARTI PEKERJA-PEKERJA MALAYSIA maka sebenarnya PAN masih belum ada perlembagaan Muktamad. Lebai gelak bila Ahmad Lutfi Othman menulis berkenaan parti PAN ini adalah parti Islam berdasarkan perlembagaannya. Ahmad Lutfi semacam ragu-ragu dalam penulisannya untuk menegaskan bahawa PAN ada perlembagaan. Ahmad Lutfi merujuk kepada Aris Awang yang membawa kononnya perlembagaan parti PAN. Sama ada Ahmad Lutfi dikelentong oleh Aris Awang atau tidak lebai tak pasti, tetapi apa yang dibawa oleh Aris Awang itu adalah draf perlembagaan parti PAN yang di'print' dengan printer warna untuk beberapa salinan bukan untuk edaran umum kerana perlembagaan ini masih dalam pemerhatian ROS. Yang ada untuk parti PAN adalah perlembagaan asal Parti Pekerja-pekerja Malaysia dalam Bahasa Inggeris. ROS menerima pindaan beberapa perkara secara umum iaitu nama parti, logo, lencana, simbol, bendera, JK Kuasa dll. Jadi kesimpulan PAN tak ada perlembaagaan Muktamad lagi. Jadi PAN bukan PARTI ISLAM diwar-warkan. PAN masih lagi parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Ini sebenarnya di sukai oleh Mat Sabu kerana jawatan masih selamat! Jika perlembagaan itu diluluskan oleh ROS barulah PAN boleh edar perlembaaannya. Sebelum ada pemilihan sebenar, maka PAN boleh buat apa-apa usul untuk jawatankuasanya. Tak hairan nanti Presiden pun ada 2 jawatan. Apa yang menarik masa Hadi bentang RUU 355? Posted on Sunday, April 09 @ 20:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34425 |
PERKARA paling menarik dalam penghuraian usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam sidang Dewan Rakyat semalam (kelmarin) bukanlah huraian itu sendiri, tetapi cubaan pemimpin Pakatan Harapan menghalang Abdul Hadi. Seluruh rakyat dapat menyaksikan betapa bersungguhnya pemimpin DAP mengganggunya bermula dari tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, cuba melengahkan masa dengan mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menolak usul persendiriannya mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Ini diikuti tindakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mempersoalkan kewajaran RUU 355 diteruskan setelah Pandikar menerima writ pemula Tawfik Tun Dr Ismail bagi menghalangnya, tetapi Pandikar merujuk kepada amalan dan prosedur Parlimen di India, di mana peraturan subjudis tidak boleh menghalang Parlimen dari membuat undang-undang. Tegas Pandikar, yang disokong oleh keterangan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, mengenai penolakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas cabaran sama oleh Mansoor Saat dan tiga rakannya pada 2015 kerana ia bersifat pra-matang, cabaran ke atas keabsahan undang-undang hanya boleh dibuat setelah ia diluluskan oleh Parlimen. Cubaan Gobind memanjangkan isu ini dengan mengaitkannya dengan keputusan Pandikar menolak perbincangan mengenai isu 1MDB yang dibicarakan di mahkamah juga ditepis dengan baik oleh Pandikar yang menjelaskan perbezaan antara isu 1MDB dan isu ini yang hanya menyentuh soal sama ada RUU 355 bertentangan dengan perlembagaan atau tidak. Tindakan DAP ini tidak mengejutkan kerana sikapnya telah diketahui, tetapi yang membuatkan banyak kepala menggeleng adalah tindakan keras pemimpin PKR melalui Ahli-Ahli Parlimen Gopeng (Dr Lee Boon Chye), Alor Setar (Gooi Hsiao-Leung) dan Padang Serai (N Surendran Nagarajan) yang melanggar keputusan PKR menerima dan mengiktiraf hak Abdul Hadi. Boon Chye mempersoalkan kewajaran memberi keutamaan kepada Hadi, tetapi ini dijawab oleh Pandikar yang menjelaskan mengenai mandat yang diterimanya dari kerajaan. Tidak berpuas hati, Boon Chye mempersoalkan pula apakah usul Abdul Hadi ini usul atau RUU Ahli Bukan Kerajaan menyebabkan beliau diberikan syarahan panjang mengenainya oleh Pandikar. Hsiao-Leung pula membangkitkan persoalan mengenai perkenan Majlis Raja-Raja yang didakwa tidak diperolehi sebelum RUU 355 dibawa ke Parlimen, tetapi ini dijawab oleh Pandikar melalui rujukan kepada Penyata Parlimen yang membutirkan apa yang berlaku sewaktu Akta 355 diperkenalkan pada 1965 dan dipinda pada 1984 yang membuktikan ia tidak diperlukan. Jelaslah tindakan pemimpin PKR dan DAP ini, selain tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari Amanah melalak tidak berpuas hati bila Parlimen ditangguhkan, menimbulkan lebih banyak keraguan ke atas komitmen Pakatan Harapan mempertahankan Islam. Tindakan pemimpin PKR tentunya akan menjadikan tuntutan supaya Pas memutuskan kerjasama politiknya dengan PKR menjadi lebih kuat. Menjadi tular dalam media sosial adalah gelagat penuh emosi Kit Siang mempersoalkan sokongan MCA, MIC dan Gerakan ke atas mandat kerajaan yang diterima oleh Pandikar yang menunjukkan keterdesakan beliau untuk menghalangnya sekali gus mempolitikkan isu ini hingga memaksa Pandikar menunjukkan ketegasan yang memaksa Kit Siang akur. Turut terserlah ialah pembohongan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, di dalam video khas yang dikeluarkan oleh DAP bagi memburukkan RUU 355 dengan mendakwa RUU persendirian tidak pernah dapat dibentangkan walhal ia pernah beberapa kali dibenarkan, termasuk usaha Tengku Razaleigh Hamzah untuk meminda Akta Pertubuhan pada 1988. Syukurlah, walaupun RUU 355 belum dapat dibahaskan, usaha untuk mendaulatkan Islam sebagai agama negara telah maju setapak ke hadapan. Lebih penting adalah peristiwa itu menyerlahkan sikap pemimpin tertentu yang akan menentang apa sahaja yang memihak kepada Islam sehingga sanggup memanipulasi apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka. Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM). Sumber TKO - 9-4-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berdasarkan sikap dua parti pembangkang di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, PAS menegaskan - sekali lagi - bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN). Dalam kenyataannya hari ini Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata insiden di parlimen itu juga membuktikan dua parti pembangkang - DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) - umpama biawak hidup. "Episod RUU355 juga membuktikan perumpamaan yang digunakan residen PAS (adalah) betul, di mana kedua-dua belah (parti) ibarat biawak hidup. Di satu (pihak) tidak berani membawa, dan satu (pihak lagi) bukan saja menentang, bahkan hak PAS untuk membentangkan RUU355 melalui saluran demokrasi yang sah pun cuba dihalang," katanya. Tuan Ibrahim berkata demikian merujuk kepada usaha PAS membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 135 - atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Usul itu akhirnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 April lalu. Ia kemudian isokong oleh Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan. Beliau juga adalah setiausaha agung PAS. Bagaimanapun pembangkang lain - kecuali PAS - tidak berpuas hati kerana sidang itu ditangguhkan selepas Takyuddin selesai menyampaikan ucapan sokongannya. Sidang Dewan Rakyat dijangka akan disambug semula 24 Julai ini. Kata Tuan Ibrahim, keputusan PAS untuk tidak menyertai HARAPAN adalah tepat berikutan sikap DAP dan AMANAH yang menentang agenda Islam dibawa PAS, termasuk berkaitan rang undang-undang Akta 355 (RUU355). Kini kata bekas pensyarah itu, penentang PAS cuba mengalihkan perhatian dengan mengaitkan parti itu dengan pelbagai tuduhan. "Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang presiden PAS dan setiausaha agung PAS di parlimen cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada PAS tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan PAS," katanya. Namun, kata Tuan Ibrahim lagi, "strategi lapuk" itu tidak akan berjaya kerana PAS yang ada hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan pada 2015. "Kepada yang membuat tuduhan, laporlah kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tindakan dapat diambil terhadap PAS sekiranya ada. PAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya. "PAS akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ketiga," katanya. Sumber TKO - 9-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,,, Masa untuk berpijak di bumi nyata.Mana mana MP dari kalangan pembangkang yang sejak lebih setahun lalu menunjukkan kecelaruan dalam berdepan dengan RUU 355 perlu kembali bertenang dan bersikap matang.Kini perlu diakui bahawa bukan perdebatan yang penting tetapi undi setiap MP adalah mustahak kerana undi itulah nanti yang bakal menentukan RUU 355 lulus atau gagal.MP pembangkang perlu kembali kepada sifir asal iaitu mana mana MP yang beragama Islam mesti menyokong dan yang bukan berugama Islam berkecuali.Kini kedudukan parti tidak boleh lagi diambil kira sebab MP akan mengundi untuk ugama, tidak munasabah MP berugama Islam menolak hukum ugama sendiri! Kalau MP daro PAN dan PKR serta DAP yang berugama Islam masih sedar ugamanya, mereka tidak punyai pilihan selain menyokong.Tak kiralah apa perbahasan yang akan dibawa nanti, tapi tindakan akhirnya ialah mengundi menyokong pindaan, itu penting dan tak ada alasan walau apa pun untuk menentang. Berita Atro awani pada malam RUU 355 dibentang menyebut di atas kertas, RUU 355 akan gagal, tetapi dalam Parlimen, MP Islam tetap majoritii.Oleh itu kalau semua MP Islam menyokong tak ada sebab kenapa ianya gagal. Masalahnya sekarang ada MP Islam dari parti parti tertentu membelakangkan ugamanya kerana terikat dengan consesus parti.Dari itu, usaha dibazirkan untuk membawa perbahasan terhadap pindaan yang dicadangkan semata mata mencari sebab untuk menolak.Itu masalah sebenarnya! Dapat dijangka apabila perbahasan dibuka nanti, isu yang akan dibangkitkan akan berkisar kepada penyatuan antara PAS dan UMNO.MP dari PH akan terus menerus memainkan isu penyatuan ini sebagai sebab kenapa RUU 355 mesti ditolak.Ugama dan mematuhi perintah ugama sudah tidak perlu.Sehubungan dengan itu kita juga boleh menjangkakan ada MP dari PAN dan PKR terutamanya akan membangkitkan tentang kenapa hukuman bunuh dan rejam tidak dimasukkan dalam pindaan RUU 355.Mereka akan melupakan kaedah feqah yang menyebut kalau tak dapat laksana semua jangan tinggal semua dalam perbahasan mereka nanti, semuanya ikut akal mereka yang singkat dan ketika itu apa yang speaker kata akan mendengar hujah yang tak masuk akal akan berlaku. Apa sekalipun, faktanya tetap sama, bukan hujah dari MP yang diperlukan tetapi undi MP yang penting dan mustahak.Jadi sambil masih ada masa ini, maka semua MP Islam bersedialah untuk menyokong RUU 355 dan selepas itu apabila sudahpun diluluskan maka satu perbahasan teknikal tentang bagaimana hukuman hukuman boleh dilaksanakan tanpa menyusahkan banyak pihak dan perbahasan susulan seterusnya boleh dibuat untuk menambahbaikkan lagi hukum. Mudah kan kalau benar benar nak tengok Islam diamalkan di negara kita.Jangan pula RUU 355 gagal kerana MP Islam............ Sumber TKO - 9-4-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dua dalang di sebalik konflik Asia BaratPERCUBAAN zionis untuk melakar peta baharu Asia Barat melalui projek ala-ala Sykes Picot masih berlangsung hingga kini. Sewajarnya kita melihat permainan ini sekurang-kurangnya bermula selepas peristiwa 9/11 yang menjadi picu kepada kempen Islamphobia secara besar-besaran. Kenali arkitek syaitan Bernard Lewis Merupakan orientalis British, menganut ajaran Yahudi. Bersama gerakan zionis. Mempunyai kerakyatan AS. Berkhidmat dengan Pentagon pada zaman Bush Sr. dan Bush Jr. Barat hingga ke hari ini. Pada 1983, beliau telah mengadakan persidangan rahsia, membentangkan fail perancangan jangka masa panjang untuk Asia Barat Cita-citanya mahu memecahkan negara-negara umat Islam Asia Barat, tidak lain melainkan demi survival Israel dan misi pengukuhan Israel Raya yang dianggap semakin suntuk. Taktik menyalakan konflik bangsa dan mazhab disusun rapi demi melihat perang saudara berpanjangan berlaku. Dalam fail tersebut, Mesir dan Sudan dibahagi empat. Iraq dibahagi tiga. Syria dibahagi empat. Lubnan dibahagi lapan. Banyak lagi pembahagian yang dilakarkan, yang sukar untuk penulis terangkan di sini. Natan Sharansky Seorang Yahudi Russia yang berpindah ke Israel. Pernah menjadi menteri kabinet Ariel Sharon untuk satu sesi. Dalam laporan New York Times, Bush dilaporkan telah berkata: “Jika kalian mahu memahami politik dasar luar saya, maka bacalah buku Natan Sharansky. Melalui tulisannya, kamu akan memahami dasar AS yang sedang dilaksanakan hari ini”. Sharansky cukup terkenal dengan bukunya, The Case Of Democracy yang ditulis pada 2004. Beliau turut mengemukakan formula yang sama dengan Lewis Bernard, iaitu menjadikan polemik mazhab dan kaum sebagai pencetus kepada perang saudara di Rantau Asia Barat. Kita jangan menganggap taktik tersebut telah lapuk. Ia masih valid dipraktiskan oleh musuh dan cukup berkesan, memandangkan umat Islam masih lena dan cukup gemar mempercayai provokasi. Menjadi pengikut zionis tanpa sedar Di kalangan umat Islam yang masih gemar bertelagah permasalahan mazhab, secara langsung menjadi faktor kejayaan idea Lewis Bernard dan Natan Sharansky. Bahkan secara tidak langsung menjadi hamba kepada dua syaitan tersebut untuk memangsakan umat. Walau apapun, sikap fanatik mazhab hanya membuka ruang kepada zionis untuk membaham umat dan bumi umat Islam. Apa yang berlaku hari ini cuba diusahakan berlarutan hingga tahun 2020. Projek mega untuk mengukuhkan Israel ke arah Israel Raya idaman mereka. Dalam keghairahan kita mengikuti konflik demi konflik, tanpa sedar kita telah terlepas pandang apakah nasib Palestin. Sepatutnya kita jadikan al-Quds sebagai fius penilaian kita. Jika sesuatu itu merugikan al-Quds, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Kesedaran Kita Berapa kali umat Islam ditipu. Menjadi lurus kerana emosional dan meninggalkan panduan wahyu. Menjadi masalah hari ini, segelintir umat Islam yang lurus bendul menganggap kononnya musuh Islam pun turut lurus bendul seperti mereka. Tidak mahu jadi paranoid katanya. strategi-strategi musuh ke atas Islam, sungguh pun ia adalah fakta-fakta konspirasi.Sumber HD - 9-4-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, kakikelentongDALAM rakaman khas beliau bagi mengutuk pembentangan huraian Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata: “Now, every opposition (member) has the right to table a private member’s bill or opposition’s motion, but the question is, in the history of Malaysia, never has such motions been allowed to get onto the floor. In normal parliamentary democracies, yes, opposition members’ bills actually get the chance to be heard on the floor, but not in Malaysia.” (“Sekarang, setiap Ahli Parlimen pembangkang mempunyai hak untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian atau usul pembangkang, tetapi soalannya ialah, dalam sejarah Malaysia, tidak pernah usul sebegini dibenar untuk dibentangkan. Dalam demokrasi berparlimen biasa, ya, Rang Undang-Undang Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sebenarnya berpeluang untuk dibentangkan, tetapi tidak di Malaysia.”) Dalam catatan muka buku beliau Khamis lalu juga Tony Pua menyebut: “Opposition motions and bills have never made it to the House Floor for debate in the history of Malaysian Parliament, because BN controls what gets tabled, in collusion with the House Speaker.” (“Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang tidak pernah dibenar untuk dibahaskan dalam sejarah Parlimen Malaysia, kerana BN mengawal apa yang boleh dibentangkan, melalui persepakatan dengan Yang Dipertua Dewan.”) Hakikatnya, berdasarkan sejarah Parlimen Malaysia, sudah banyak kali Usul dan Rang Undang-Undang Persendirian pembangkang dibenar bukan sahaja untuk dibentangkan, malah untuk dibahaskan dan diundi juga. Pada Isnin, 24 Oktober 1977, tiga Rang Undang-Undang Persendirian dikemukakan oleh dua Ahli Parlimen DAP, iaitu Ngan Siong Hing (Kinta) dan Lim Kit Siang (Kota Melaka). Dua Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Ngan Siong Hing serta yang dibahaskan dan diundi dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 dan Rang Undang-Undang Persendirian untuk mewujudkan Akta Melindungi Pekerja-Pekerja dan Gaji Minima, 1977. Rang Undang-Undang Persendirian yang dibentangkan oleh Lim Kit Siang serta yang dibahaskan dalam Dewan Rakyat pada Isnin, 24 Oktober 1977, ialah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Biro Siasatan Negara, 1973. Perbahasan dan pengundian ke atas Rang Undang-Undang Persendirian ini diteruskan pada Selasa, 25 Oktober 1977. Walaupun Tony Pua, yang dilahirkan pada 1 Ogos 1972, baru berusia lima tahun pada waktu itu, sangat pelik jika beliau, sebagai Setiausaha Publisiti DAP, tidak mempunyai team penyelidik. Lebih pelik lagi bila Lim Kit Siang, salah seorang Ahli Parlimen DAP yang mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian itu yang pada waktu ini adalah Ketua Ahli Parlimen DAP, tidak berbuat apa-apa untuk membetulkan Tony Pua. Lebih teruk lagi jika Lim Kit Siang sendiri sengaja menyembunyikan fakta beliau pernah dibenar untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian dalam Dewan Rakyat. – HARAKAHDAILY 9/4/2017 Penulis ialah Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) Sumber HD - 9-4-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum... Modus operandi tuduhan terhadap PAS nampaknya sama.Mula mula menuduh, kemudian minta PAS siasat dan cabar untuk saman kalau tuduhan itu tak benar.Begitu juga tuduhan itu disertakan dengan bukti yang tidak ada hitam puith dari SPRM dan transaksi bank kemudian menyatakan akan mendedahkan bukti dalam masa terdekat tetapi kemudiannya tuduhan itu hilang dan diganti pula dengan tuduhan baru.Itu yang terjadi dalam kes tuduhan terbaru Rafizi terhadap PAS yang dikatakan menerima dana dari 1MDB menerusi seorang tokoh yang rapat dengan PAS di mana Rafizi meminta PAS menyiasat setiap sumbangan yang mereka terima untuk membuktikan benarnya tuduhan haprak dia tu. Saya terpanggil untuk menulis kerana merasakan betapa Rafizi bermuka muka dan cuba mengajak orang PAS mengikut rentak sumbangnya.Hebat sangat ker Rafizi ni? Apakah kerana dia seorang pakar stretegi semua cakapnya boleh pakai? Ingat lagikah Kajang Move yang akhirnya dibongkar dan diakui hanyalah fitnah kepada TSKI? Macam mana Rafizi boleh jadi pakar srategi dengan reputasi sebegini? Dua point yang saya nak kemukakan.Pertamanya mengenai hasil siasatan SPRM.Rafizi mendakwa tuduhan ini dibuat hasil dari siasatan SPRM.Tetapi peliknya tak ada pertuduhan yang dibuat oleh SPRM.Rafizi mahu memberitahu kita semua tiadanya pendakwaan yang dibuat oleh SPRM kerana ianya melibatkan PM tetapi satu perkara tidak jelas, ia itu bagaimana Rafizi mendapatkan hasil siasatan SPRM sehingga nama tokoh yang rapat dengan PAS yang menerima dana dari akuan peribadi PM pun dia tahu? Keduanya mengenai akta rahsia bank yang tidak membenarkan butir butir akuan peribadi dan transaksi didedahkan kepada umum,Jadi bagaimana Rafizi boleh menembusi halangan akta ini untuk mendapat akses kepada transaksi dari akaun PM dan tokoh tersebut.Pakar strategi haprak ini boleh mendakwa dia mendapat maklumat dari kertas siasatan SPRM kerana SPRM ada akses kepada transaksi tersebut kerana dibenarkan oleh akta rahsia bank untuk tujuan siasatan.Sekali lagi kita nak tanya bagaimana Rafizi boleh dapat kertas siasatan itu? siapa orang perantaraannya? Rafizi ada reputasi boleh mendapatkan maklumat sulit kerajaan sehingga dia pernah dijatuhkan hukuman kerana memiliki dokumen rahsia kerajaan.Apa kerana ini Rafizi boleh mendapatkan dokemen dari semua jabatan kerajaan termasuk SPRM?Kita nak tahu pasal tu? Taktik lapuk yang Rafizi gunakan dalam melemparkan tuduhan ini meragukan kita semua tentang akses yang Rafizi ada untuk mendapatkan kertas siasatan SPRM. Kita semua tahu baru saja tuduhan Serawak Post mengenai rasuah RM90 juta dari wang 1MDB kantoi, dan Rafizi kelihatan mahu refresh dengan tuduhan menggunakan taktik tokoh yang rapat dengan PAS dan dengan berlagak gentleman berjanji akan mendedahkan nama tokoh ini dalam masa dua tiga minggu lagi.Inilah taktik lapuk Rafizi si pakar strategi haprak kerana awal awal lagi kita boleh jangka dalam masa dua tiga minggu lagi semuanya dilupakan dan tuduhan akan kantoi. Acahan supaya PAS menyiasat hanyalah gurauan dan insyallah PAS tidak akan melatah, lagi pula kata Rafizi dia mendedahkan perkara ini kerana apa yang berlaku di Parlimen di mana kerjasama PAS dan UMNO semakin kelihatan ekoran pembentangan RUU 355 oleh TGHH.Apa sebenarnya puak puak ni nak? Nak tengok hukum Allah dilaksanakan di bumi Malaysia atau hanya nak rampas kuasa dari Najib? Sehingga melahirkan pakar strategi yang haprak macam Rafizi? Se perkara lagi yang hampir pasti, PAS dan PKR akan berpecah. PKR akan meneruskan legasi mencari kuasa bersama sama DAP dan PAN sambil PAS terus istiqamah dalam perjuangan fisabillahnya.Dua bentuk perjuangan yang bertentangan sama sekali di mana PKR akan terus mencari jalan untuk merampas kuasa dari BN dengan menggunakan apa saja kaedah dan cara yang ada tanpa mengira halal atau haram, sambil PAS akan terus yakin dengan kuasa ALLAH yang akan memberi kemenangan samada dengan kuasa politik atau tanpanya.PAS tidak akan melahirkan pakar pakar strategi seperti PKR kerana PAS sudah ada ramai pakar pakar yang sentiasa berpandukan Quran dan Sunnah tidak seperti PKR yang pakar pakar mereka hanya berpandukan otak mereka yang kecil dan dungu. Sumber TKO - 8-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Media sosial sebagai inisiatif perkasa dakwahDALAM era zaman globalisasi kini yang mendedahkan masyarakat terhadap kemajuan teknologi yang pesat dengan kepantasan internet tanpa had, dapat lihat bahawa media sosial adalah salah satu medan dakwah yang penting dan sesuai dilakukan untuk meningkatkan dakwah Islam. Konsep dakwah merupakan aspek penting bagi mencapai kebaikan dan kejayaan dalam kehidupan. Berkait dengan itu, pendekatan media sosial mampu membuahkan hasil yang baik dalam berdakwah terhadap masyarakat umumnya. aplikasi-aplikasi tertentu seperti Facebook, Twitter dan Wechat. Media sosial juga merangkumi blog, forum dan rangkaian sosial. Dakwah pula merupakan suatu interaksi penyampai dan penerima melalui pelbagai cara yang bertujuan untuk menyeru masyarakat mahupun individu itu sendiri untuk beriman dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya bersesuaian dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islam. Dakwah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ajakan dan seruan sebagaimana frasa dalam bahasa arab yang membawa erti “Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran”. Kita hendaklah berdakwah kerana Islam mengajar dan menegaskan kepada kita untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan seperti mengajak untuk tolong menolong sesama jiran yang berada dalam kesusahan. Contoh ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah, ayat yang ke 2 yang bermaksud, “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan”. Kita juga ditegaskan supaya membawa masyarakat untuk keluar daripada lembah kemaksiatan dan keburukan seperti perbuatan melakukan zina yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pengharamannya.
positif . Implikasi melalui penggunaan media sosial ini dapat dilihat melalui sudut masyarakat dan individu itu sendiri. Implikasi terhadap individu melalui pendekatan dakwah memberi kesan apabila seseorang individu mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. Dakwah yang disebarkan memberi jalan lurus kepada manusia untuk sentiasa melakukan perintah Allah mengikut acuan yang betul. Faktor penting implikasi terhadap individu ini ialah kembali mentaati perintah Allah. Hal ini disebabkan oleh ukuran Allah adalah melalui takwa kepada-NYA. Allah tidak melihat pangkat atau kedudukan seseorang hambaNYA ataupun paras rupa. Melakukan perintah Allah seperti solat menjadi kewajipan dalam beragama manakala dakwah memberi kesan terhadap kebaikan masyarakat sosial, apabila masyarakat hidup bersatu padu dan aman harmoni tanpa persengketaan. Hasil daripada implikasi dakwah Islam yang dibuat, ia dapat membendung kemaksiatan dan kemungkaran. mensasarkan lebih ramai target melalui pendedahan dakwah yang dilakukan atas tujuan menyeru kepada kebaikan. Sebagai contoh, seorang pendakwah berceramah tentang adab menyambut tetamu melalui aplikasi Facebook. Facebook merupakan antara aplikasi kegemaran yang digunakan oleh masyarakat pada zaman kini untuk berkongsi cerita dan berhubung dengan kawan-kawan. Hal ini bukan sahaja dapat memberi impak apabila dilihat oleh masyarakat Islam, akan tetapi ia juga berupaya menarik kaum lain untuk sama-sama memahami keindahan Islam sebagai agama yang benar malah mampu mengangkat lebih ramai manusia untuk kembali mentaati Allah SWT apabila menjadikan media sosial ini sebagai wadah untuk menyampaikan dakwah Islam. Sehubungan dengan itu, apabila pendedahan ilmu agama tidak dapat diterapkan dalam diri masyarakat rentetan cabaran yang besar telah berlaku di Malaysia seperti pengaruh budaya kuning yang melanda masyarakat Islam kini, faktor ini dapat mengelirukan umat Islam seterusnya memesongkan akidah disebabkan pendedahan hiburan yang melampau dan penyebaran agama sesat yang semakin berleluasa kini. Kita seharusnya berdakwah atau menyeru masyarakat supaya keluar dari kepompong kejahilan kerana salah satu sebab diri mudah melakukan kejahatan adalah kerana kurang ilmu pengetahuan dan semua ini berkait rapat dengan agama kita. Dunia dahagakan ilmu pengetahuan yang meluas terutamanya ilmu agama. benda yang tidak sepatutnya seperti menyebarkan fitnah, mengecam mana-mana pihak dan sebagainya yang boleh mendatangkan masalah lain seperti pergaduhan. Sabda Rasulullah SAW menurut riwayat Ummu Habibah yang dikeluarkan Tarmizi dan Ibnu Majah, “Tiap-tiap perkataan anak Adam adalah bencana atasnya, tidak baginya (iaitu tidak ada yang bermanfaat baginya), kecuali menyuruh dengan kebaikan dan melarang dari kejahatan dan ingat kepada Allah”. Hal ini menunjukkan bahawa kita mesti meninggalkan perkara yang tidak berguna sebagaimana contoh lain seperti mengumpat, mencaci dan menghina orang lain seterusnya berdakwah dengan menyeru kepada kebaikan bagi memperoleh manfaat untuk diri, masyarakat dan negara. ini adalah satu didikan dan didikan tersebut bukanlah kepada ilmu agama semata-mata akan tetapi merangkumi kesemua ilmu yang ada. kita dapat menyumbang dari pelbagai aspek sebagai contoh melalui bidang perniagaan, sesetengah penjual menjual barang yang tidak berkualiti pada harga yang mahal secara keterlaluan dan tidak adil sehingga membebankan pembeli. kita mengajak masyarakat supaya jangan menipu ketika berniaga. Masyarakat memerlukan nasihat itu dan salah satu jalannya adalah dengan berdakwah. Jika kita lihat keadaan teknologi zaman sekarang, media sosial adalah salah satu jalan yang sesuai digunakan untuk menyampaikan seruan kebaikan tersebut.
Y kini amat penting dalam penyampaian dakwah. Dakwah adalah perlu berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sampaikan dari ku walaupun satu ayat”. Berdasarkan riwayat Al- Bukhari ini telah menunjukkan bahawa dakwah adalah penting untuk dilakukan yang mana nabi Muhammad SAW menyuruh untuk berdakwah dan menyampaikan dakwah tersebut melalui pelbagai cara walaupun hanya satu ayat yang digunakan untuk menyeru masyarakat melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Sesungguhnya dakwah itu dituntut dalam Islam. – HARAKAHDAILY 8/4/2017 Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.Sumber HD - 8-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Rafizi ingat dapat buat gempak, tetapi...MUNGKIN ramai yang hairan dengan kelakuan beberapa ahli parlimen Islam pada penghujung sidang parlimen semalam. Walaupun ramai tidak berpuashati penangguhan sidang di saat RUU355 belum sempat diperbahaskan, tetapi ramai lebih tersinggung dengan sikap Khalid Samad, Tony Pua, Rafizi Ramli, Hanipa Maidin dan lain-lain yang amat memalukan. Entah kenapa mereka begitu berang semalam. Jika mahu berbahas untuk menyokong, sepatutnya emosi mereka tidak begitu terganggu selepas penerangan-penerangan yang jelas daripada Tuan Guru Abdul Hadi dan Datuk Takiyudin Hasan. Bahkan emosi mereka sepatutnya dalam keadaan gembira kerana dua sebab. Pertama, buat kali pertama dalam sejarah, usul daripada pembangkang berjaya dibentang di parlimen. Kedua, usul yang dibawa adalah berkenaan penaiktarafan syariat agama mereka sendiri. Sebenarnya mereka mempunyai rancangan lain. Semasa sidang media yang mereka adakan sejurus berakhir sidang parlimen, Rafizi menyatakan bahawa beliau sebenarnya mahu bertanya di parlimen tentang maklumat yang diterima beliau, bahawa dana 1MDB disalurkan melalui seorang tokoh yang rapat dengan PAS. Ya! Mereka mahu mengalih perhatian tentang isu pemerkasaan syariah Islam kepada isu politik murahan yang berstatus tuduhan tanpa bukti. Isu yang bertitik tolak dari Sarawak Report, kemudian Husam dan kini beliau. Walaupun maklumat antara ketiga pihak ini tidak konsisten, tetapi ia tetap digunakan bagi menggambarkan wujud pakatan sulit antara Umno dan PAS. Apabila Speaker, Tan Sri Pandikar menggunakan kuasanya untuk menangguh dewan, terpekik terlolonglah mereka kepanasan. Mana taknya, mereka sudah bersedia untuk perkara itu. Mereka\ tahu jika tuduhan dibuat di parlimen, mereka tidak boleh diambil tindakan undang-undang walaupun palsu. Tambahan pula Rafizi dijadualkan sebagai pembahas pertama untuk RUU355 ini. Keputusan Speaker benar-benar anti klimaks buat mereka. Tapi sidang media semalam, seakan Rafizi sudah tersilap langkah. Perkara yang sepatutnya disebut di dalam dewan rakyat, terlanjur di sebut di luar dewan. Ini bukan pertama kali beliau tersasul di hadapan media. Pasti beliau tak senang duduk sekarang. Adakah pemerintah dapat menghidu rancangan mereka? Saya rasa tidak. Umno punya sebab lain mengapa ia ditangguh. Mereka sebenarnya memikirkan kelangsungan politiknya. Dalam barisan pemerintah terutama ahli parlimen bukan Islam, kini sudah timbul hasutan supaya menolak kepimpinan Najib atas tuduhan cuba membawa negara kepada konsep negara Islam. Umno dalam keadaan tersepit. Jika mereka menolak RUU 355, mereka akan dihukum penyokong sendiri. Jika mereka menerima, mereka akan dijatuhkan melalui sebilangan rakan yang tidak mahu Islam. Apa jua keadaan, PAS berada dalam keadaan paling selesa. Sudah tidak timbul soal ditipu atau tidak. PAS sudah mendapat peluang yang begitu luas untuk membawa aspirasinya ke dewan rakyat. Apa yang jelas, pembangkang lain merasa tertipu dengan tindakan Speaker. Itu yang seperti kera kena belacan. Walaupun RUU 355 belum dapat diluluskan, tetapi inilah hasil pendekatan terbaru PAS melalui BPMS. Jika dilihat sejarah pencapaian PAS dalam menegakkan agama di bumi Malaysia ini sejak ditubuhkan, semalam adalah pencapaian tertinggi yang pernah diraih. Inilah berkat kesabaran ahli dan pimpinan PAS selama ini. PAS tidak pernah gopoh dalam mengharungi simpang siur siasah negara. Dalam keadaan banyak gerakan Islam negara lain sudah diharamkan, ada pula yang berubah menjadi liberal dan sekular, ada juga yang menjadi radikal mengangkat senjata, tapi PAS tetap istiqamah dengan muwajahah silmiah tanpa menggadai prinsip asolah. Lebih 65 tahun usia PAS kini, menandakan berjuta pengalaman telah dilalui. PAS sudah berada pada tahap kematangan yang begitu tinggi. PAS sudah bersabar lebih setengah abad. Oleh itu PAS tidak bermasalah langsung untuk terus bersabar hingga ke sidang hadapan bagi meneruskan RUU355! – HARAKAHDAILY 8/4/2017Sumber HD - 8-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Benarkah dap tidak membenci islam seperti mana yang didakwa oleh pemimpin mereka? Benarkah jika pakatan harapan memerintah negara, na'uzubillah, mereka akan memeprjuangkan islam? Dap tidak membenci islam, itulah juga yang diwar-warkan oleh pemimpin pan. Namun dalam parliment semalam, lim kit siang, govind deo dan beberapa mp dap, beria-ia mempertaikaikan peraturan mesyuarat parliment, dengan tujuan tak lain tak bukan supaya rru355 tidak dibentangkan. Allah sentiasa menunjukkan talam dua muka dap ini. Setiap kali mereka berbohong, setiap kali itulah pembohongan mereka terserlah. Dan Allah juga sentiasa menunjukkan talam dua muka sesetengah pemimpin pkr. Pemimpin pan tak payah ceritalah, pembohongan semacam telah menjadi darah daging. Penulis telah lama mengetahui dap ini memang bencikan islam. Sejak penulis mula mengundi pada tahun 1986 lagi. Tak payahlah sesiapa nak memberitahu penulis bahawa dap tidak bencikan islam. Dan penentangan kit siang terhadap pembentangan rru355 sdalah bukti paling jelas, paling mantap, paling jitu. Katanya tidak bencikan islam, tapi untuk menaikkan kadar hukuman mahkamah syariah ditentang. Mahkamah syariah adalah sinonim dengan islam di malaysia, maka menentangnya akan memberikan erti menentang islam kerana mahkamah syariahlah nadi memutuskan soal pertikaian dan permasalahan perundangan masyarakat islam. Apa lagi yang dap hendak menipu rakyat islam? Apa lagi auta lim kit siang hendak menipu rakyat umum? Penulis yaqin, hampir 100% rakyat islam malaysia akan menolak dap dalam pru14 akan datang. Dap jangan harap akan mendapat satu undipun dari rakyat islam yang punya mata hati yang celik. Dap hanya akan dapat undi dari orang yang sealiran dengan mereka seperti zaid ibrahim, siti kassim dan zainah sis. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Wassalam. Sumber TKO - 7-4-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Assalamualaikum,,, RUU 355 mencetuskan satu wabak! Wabak gila tak tahu jenis apa.Nak kata gila babi tak nampak babi pun, nak kata gila meroyan tak ada anak yang keluarpun, entah gila apa apa.Peliknya sindrom gila tak tahu jenis ini dizahirkan oleh MP dari parti parti DAP,PKR dan PAN khususnya beberapa orang dari mereka yang semakin menonjol gilanya sejak RUU dibawa ke Parlimen.Mereka gila nak membahaskan usul pindaan akta 355 tapi entah apa geragan pula mereka sering membangkitkan kerjasama PAS dan UMNO dengan menggunakan RUU 355 tetapi sesekali mendakwa PAS kena kencing dengan UMNO.Pening melihat gelagat mereka ini terutama MP PAN yang rasanya semuanya dan bertitle HAJI tapi entah Haji mambrur atau Haji mamberuk. Masa RUU 355 pertama kali dibaca maka bertempiklah puak gerabak ini menuduh PAS sudah termakan dedak UMNO dan kemudian bertempik lagi apabila ditangguhkan.MP PAN terutamanya bermuka muka membangkitkan aspek aspek teknikal hukuman yang dicadangkan dalam RUU 355 seperti kaedah merotan dan seumpamanya ketika membahas titah ucapan Di Raja, bukan main riuhnya mereka menyoal itu dan ini seperti mereka ini tidak pernah belajar mengenai teknikal hukuman Allah seperti terdapat dalam banyak kitab fekah yang ditulis oleh ramai ulamak ulamak muktabar. Bermulanya sindrom gila tak tahu jenis bilamana hujah teknikal yang cuba dibawa oleh MP PAN yang asalnya MP PAS yang sudahpun masak pasal hukum ALLAH yang nak dibawa dalam RUU 355. Kegilaan ini kemudiannya dirancakkan lagi oleh DAP yang terus menerus mendakwa PAS dan UMNO mahu berpakat untuk menang PRU dengan menggunakan RUU 355.PKR pun turut serta dengan menyatakan mereka mahu lihat dulu perincian RUU 355 oleh TGHH kerana bimbang keadilan Islam akan dicemari.Nampak hebat tetapi sebenarnya gila sebabnya mudah kalau mufti Wilayah boleh menyokong RUU 355 hanya sekadar mendengar pembentangan ringkas TGHH di Parlimen, apa perlu PKR yang bukan alimpun dalam ugama mahu menetapkan syarat sedemikian rupa, syarat gila tak tahu jenis! PAS kemudiannya didakwa dikencing oleg UMNO kerana RUU 355 dibiarkan tergantung bertahun lamanya sedangkan mereka lupa RUU 355 ini sudahpun mula dirancang dibawa ke Parlimen sejak tahun 90an lagi sesudah PAS berjaya memperkenalkan hukum jenayah berlandaskan syariat di Kelantan,malah sebenarnya RUU 355 hendak diubah sejak ianya mula mula diluluskan hasil idea arwah Prof Ahmad Ibrahim kalau tak silap di sekitar 60an lagi. Di sinilah peliknya MP PAN yang pernah berada dalam PAS seperti orang yang tak tahu menahu sedangkan presidennya seorang pakar sejarah yang tahu serba serbi tentang sejarah PAS sejak awal penubuhannya.Lagi satu tiada rekod menunjukkan arwah Prof Ahmad Ibrahim adalah ahli PAS ketika beliau merangka undang undang mahkamah syariah dengan nama akta 355 yang diluluskan di Parlimen ini.Inilah satu lagi bukti gilanya mereka ketika cuba mendakwa RUU 355 itu milik dan rekaan PAS.MP PAN memang gila kerana buat buat lupa tentang RUU 355 itu ialah hukum ALLAH bukan hukum TGHH atau mana mana manusia. Lagi gila ketika mereka menunjukkan semangat gila yang entah apa untuk membahaskan RUU 355. Apa yang nak dibahas? semua termaktub dalam ajaran Islam yang syumul, tak ada apa yang nak dibahaskan kerana sebagai orang Islam kita semua dituntut menjadi hamba yang mendengar dan mentaati.Peliklah para MP PAN yang pernah berada dalam PAS lupa tentang ini dan terus mahu membahaskan RUU 355. Kegilaan semakin terserah ketika TGHH diberi laluan oleh speaker untuk membentangkan RUU 355 kelmarin.Percubaan mengganggu ucapan TGHH dimulakan oleh LKS dan kemudian menonjol pula Khalid samad yang pernah kata dia mahu jadi seperti Tariq Bin Ziad membakar kapalnya demi ugama.Apakah gangguan kepada ucapan TGHH ini sebahagian tindakan Tariq Bin Ziadnya?Begitu juga mengulangi dakwaan ada kerjasama antara PAS dan UMNO ketika speaker menangguhkan perbahasan.Walau nampak tidak konsistan Khalid tetap meneruskan dakwaanya sebab sebelum itu PAS didakwa dikencing oleh UMNO ketika UMNO menarik diri untuk membentangkan RUU 355. Hanifa Maidin pun sama, seorang peguam yang mahir benar tentang undang undang Islam buat buat tak reti dengan RUU 355.APa ke jadah semuanya ini? Apa yang mereka nak? Speaker ketika menangguhkan perbahasan berkata beliau tidak mahu jadi bodoh, apa maksudnya? Saya tidak pasti tetapi jika diamati masa untuk berbahas mungkin tidak cukup pada sessi ini dan kalau beliau meneruskan juga perbahasan yang bakal diisi dengan perbahasan perbahasan gila dari ketiga tiga parti ini, mungkin speaker akan dituduh tidak adil sekiranya menghentikan perbahasan kerana ketidakcukupan masa.Barangkali speaker merancang untuk menyediakan sessi yang cukup selesa untuk perbahasan agar segala pertanyaan atau dakwaan puak puak gila ini akan terjawab. Kerana bimbang barangkali muncul gelaran ayam kepada speaker oleh geng gila tak tahu jenis ini. Entah entah bila perbahasan dibuka nanti, mereka pula terkencing dan terberak. Sama samalah kita tunggu dan mungkin dakwaan kerjasama PAS dan UMNO yang mereka lemparkan akan benar benar berlaku sebabnya tak kedengaran ada gangguan dari MP UMNO atau BN selain gangguan MP DAP PKR dan PAN sahaja.Rafizi Ramli memulakan Kajang Move 2 apabila mencipta seorang tokoh yang rapat dengan PAS yang menerima dana dari 1MBD. Macam biasalah dia mendakwa akan mendedahkan tokoh tersebut dua tiga minggu lagi dan macam biasalah juga selepas dua tiga minggu semuanya dilupakan macam yang dulu dulu.Sindrom gila tak tahu jenis! Sumber TKO - 7-4-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Allah Maha Berkuasa atas segalanya, Pandikar menggunakan haknya sabagai speaker. Posted on Friday, April 07 @ 17:38:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh ketambatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34401 |
Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Allah mengatur sehingga pandikar menggunakan kuasanya
sebagai speaker, mendahulukan usul haji hadi. Demikian haqiqat yang hanya difahami bagi orang
yang beriman.
Sebelum ini penulis juga manyangka pandokar tidak akan menyusun atur sedemikian rupa hingga
usul haji hadi macam roket dari nombor 13, naik ke nombor 1. Namun demikian Allah Menentukan.
YAng menarik ialah pandikar sendiri mengatakan apabila mendengar penjelasan haji hadi dan
mendengar hujah sokongan taqiudin, barulah dia faham apakah rru355. Dan dia tidak mahu menjadi
"bloody fool". Alhamdulillah.
Bagi penulis, apapun caranya, berpakat ke berunding ke, yang penting rru355 telah dibentangkan.
Walau ditangguhkan, ia telah dijelaskan. Semua mendengar bahawa rru355 tidak meliabtkan bukan
islam, hanya melibatkan orang islam. Jadi tak ada sebab untuk lim kit siang, lim guan eng, lau teong
lai, menjadi bloody fool. Lainlah mereka memang bloody fool atau mahu menjadi bloody fool.
Kata puak-puak pakatan harapan, usul rru355 sepatutnya tidak didahulukan kerana ada masalah yang
lebih penting. Demikian kata rafizi dalam utube. Otak yang berkarat dengan sekular memang melihat
hal yang berkaitan islam tidak penting. Mereka yang menjunjung sekular memang demikian. Duit
lebih penting, perut mesti mau buncit dengan makanan, agama tolak tepi. Mereka tidak merasa
apa-apa apabila hukuman mahkamah syariah hanya sekadar melepas batuk di tangga, hanya 6 rotan
berbanding 30 rotan mahkamah sivil. Kejam katanya, bahaya akan menanti jika rru355 diluluskan
kata bekas president parti sos cili.
Teringat kata husam musa kuasa 10. Kalau nik aziz masih hidup, dia akan masuk pan. Lawak tahap
gaban betul. Mujahid kan anak alm mantan mursyidul am, haji yusof rawa. Tak ada pula mujahid
kata kalau alm ayahnya masih hidup dia juga akan masuk pan. Tapi pada penulis, jika alm masih
hidup,mujahid dah makan pelempang ayahnya.
Apa-apapun, semua dah mendengar dari mulut haji hadi apa itu rru355. Dari dap, dari pkr, dari pan,
dari ppbm, semua dah dengar. Yang bukan islam tidak terlibat. Yang terlibat ialah yang islam. Tak
terfikir dalam akal yang waras, yang islam menentang. Jadi seolah-olah tak ada bezanya rafizi dan
lim guan eng, tak ada beza mujahid yusof rawa dan tony phua.
Namun Allah Maha Pengatur.
Sumber TKO - 7-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rafizi: Cukuplah menjadi pondan
SECARA tiba-tiba keluar pula dari mulut Rafizi kononnya beliau tahu duit 1MDB mengalir
ke akaun seorang yang rapat dengan PAS. Tak cukup dengan itu dicabarnya pula presiden PAS
menjawab perkara itu.
Sebelum ini tuduhan yang lebih kurang sama dibuat oleh orang terbuang dari PAS. Cuma
bezanya orang terbuang itu sempat memberitahu nama bank transaksinya.
Dewan Pemuda PAS seluruh negara telah membuat laporan polis dan mencabar orang terbuang
itu membuktikan kata-katanya. Tetapi hingga sekarang cabaran itu senyap seribu bahasa.
Barangkali Rafizi cuba mengalih isu. Kejayaan membentangkan usul RUU bisa
menenggelamkan namanya. Dicari dalam 'pen drive'nya sisa-sisa isu. Lalu dikutip kembali
kata-kata orang terbuang PAS.
Letih... tidak dilayan dikatakan bersalah. Sedangkan prinsipnya 'tuduhan hendaklah dibuktikan'.
Tapi sekarang sudah jadi terbalik. Aku tuduh kamu; buktikan kamu tidak bersalah.
Baiklah. Secara ringkasnya wahai Rafizi (atau orang buangan PAS); PAS ini sebuah pertubuhan,
ramai ahlinya. Dan ramai juga peguamnya. Sudah letih kami menerima sindiran sebegitu rupa.
Kami minta jangan lagi menjadi pondan; jangan lagi berlindung di sebalik perlindungan
bersyarat. Sebut sahaja siapa? Berapa? Bila? Dan bagaimana? Mudah bagi kami untuk
membuat perkiraan bagi mengajar kamu menjadi lelaki sejati. – HARAKAHDAILY 7/4/2017
Penulis ialah Pengerusi Luham KelantanSumber HD - 7-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cubaan pemimpin PH halang usul RUU 355
PERKARA paling menarik dalam penghuraian usul persendirian Rang Undang-Undang
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam sidang Dewan Rakyat semalam bukanlah huraian itu
sendiri, tetapi cubaan pemimpin Pakatan Harapan (PH) menghalang Hadi.
Seluruh rakyat dapat menyaksikan betapa bersungguhnya pemimpin DAP mengganggunya
bermula dari tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, cuba melengahkan masa dengan
mempersoalkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menolak usul
persendiriannya mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Ini diikuti tindakan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, mempersoalkan kewajaran
RUU 355 diteruskan setelah Pandikar menerima writ pemula Tawfik Tun Dr Ismail bagi
menghalangnya, tetapi Pandikar merujuk kepada amalan dan prosedur Parlimen di India,
di mana peraturan subjudis tidak boleh menghalang Parlimen dari membuat undang-undang.
Tegas Pandikar, yang disokong oleh keterangan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin
Hassan, mengenai penolakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas cabaran sama oleh
Mansoor Saat dan tiga rakannya pada 2015 kerana ia bersifat pra-matang, cabaran ke atas
keabsahan undang-undang hanya boleh dibuat setelah ia diluluskan oleh Parlimen.
Cubaan Gobind memanjangkan isu ini dengan mengaitkannya dengan keputusan Pandikar
menolak perbincangan mengenai isu 1MDB yang dibicarakan di mahkamah juga ditepis
dengan baik oleh Pandikar yang menjelaskan perbezaan antara isu 1MDB dan isu ini yang
hanya menyentuh soal sama ada RUU 355 bertentangan dengan perlembagaan atau tidak.
Tindakan DAP ini tidak mengejutkan kerana sikapnya telah diketahui, tetapi yang membuatkan
banyak kepala menggeleng adalah tindakan keras pemimpin PKR melalui Ahli-Ahli Parlimen
Gopeng (Dr Lee Boon Chye), Alor Setar (Gooi Hsiao-Leung) dan Padang Serai (N Surendran
Nagarajan) yang melanggar keputusan PKR menerima dan mengiktiraf hak Tuan Guru Abdul
Hadi.
Boon Chye mempersoalkan kewajaran memberi keutamaan kepada Presiden PAS itu, tetapi ini
dijawab oleh Pandikar yang menjelaskan mengenai mandat yang diterimanya daripada
kerajaan. Tidak berpuas hati, Boon Chye mempersoalkan pula apakah usul PAS ini usul atau
RUU Ahli Bukan Kerajaan menyebabkan beliau diberikan syarahan panjang mengenainya oleh
Pandikar.
Hsiao-Leung pula membangkitkan persoalan mengenai perkenan Majlis Raja-Raja yang
didakwa tidak diperoleh sebelum RUU 355 dibawa ke Parlimen, tetapi ini dijawab oleh
Pandikar melalui rujukan kepada Penyata Parlimen yang membutirkan apa yang berlaku
sewaktu Akta 355 diperkenalkan pada 1965 dan dipinda pada 1984 yang membuktikan ia tidak
diperlukan.
Jelaslah bahawa tindakan pemimpin PKR dan DAP ini, selain tindakan Khalid Samad dari PAN
melalak tidak berpuas hati apabila Parlimen ditangguhkan, menimbulkan lebih banyak keraguan
ke atas komitmen PH mempertahankan Islam. Tindakan pemimpin PKR tentunya akan
menjadikan tuntutan supaya PAS memutuskan kerjasama politiknya dengan PKR menjadi
lebih kuat.
Menjadi tular dalam media sosial adalah gelagat penuh emosi Kit Siang mempersoalkan
sokongan MCA, MIC dan GERAKAN ke atas mandat kerajaan yang diterima oleh Pandikar
yang menunjukkan keterdesakan beliau untuk menghalangnya sekali gus mempolitikkan isu ini
hingga memaksa Pandikar menunjukkan ketegasan yang memaksa Kit Siang akur.
Turut terserlah ialah pembohongan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, di dalam video khas
yang dikeluarkan oleh DAP bagi memburukkan RUU 355 dengan mendakwa RUU persendirian
tidak pernah dapat dibentangkan walhal ia pernah beberapa kali dibenarkan, termasuk usaha
Tengku Razaleigh Hamzah untuk meminda Akta Pertubuhan pada 1988.
Syukurlah, walaupun RUU 355 belum dapat dibahaskan, usaha untuk mendaulatkan Islam
sebagai agama negara telah maju setapak ke hadapan. Lebih penting ialah peristiwa semalam
menyerlahkan sikap pemimpin tertentu yang akan menentang apa sahaja yang memihak kepada
Islam sehingga sanggup memanipulasi apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka. –
HARAKAHDAILY 7/4/2017
Penulis ialah Felo Utama IKSIM dan Pengarah MAPAN, UUMSumber HD - 7-4-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau ada bukti Kenapa Tak Buat Laporan Kepada SPRM? Posted on Thursday, April 06 @ 22:46:25 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34395 |
Kita masih ingat 30 Mei 2016 lalu Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli masa itu memfailkan laporan
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan permintaan wang
dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.
Rafizi berkata “SPRM sering dilihat berkait dengan parti politik. (Tetapi) saya rasa mungkin ini kes
yang jarang berlaku di mana saya sebagai setiausaha agung parti di bawah arahan parti sendiri
membuat laporan, dan menyerahkan maklumat salah laku membabitkan ahli parti saya.
“Saya tahu ini jarang berlaku tetapi ia sepatutnya jadi satu budaya,” katanya.
“Saya tahu ini jarang berlaku tetapi ia sepatutnya jadi satu budaya,” katanya.
Lebai nak tanya kenapa sekarang kalau ada bukti betul seperti yang Rafizi dapat maklumat tidak
serahkan sahaja kepada SPRM.
Kenapa Rafizi menggunakannya untuk main wayang dan teka-teki?
Kenapa Rafizi menggunakannya untuk main wayang dan teka-teki?
Adakah ini juga termasuk POLITIK JAHAT PH nak perkenakan PAS kerana PAS boleh gugat
kedudukan PH untuk menguasai pembangkang?
Lim Kit Siang melahirkan tidak puas hati melalui laman rasmi DAP Roketkini kenapa Ahli Parlimen
Akhirnya.... Hari Ini Lim Kit Siang Mengaku Melalui laman Roketkini, RUU 355 UMNO tidak kencing PAS Posted on Thursday, April 06 @ 21:18:53 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34392 |
Lim Kit Siang melahirkan tidak puas hati melalui laman rasmi DAP Roketkini kenapa Ahli Parlimen
Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan membentangkan usul persendiriannya yang
penuh kontroversi di Parlimen hari ini.
Katan LKS, Hadi sudah beberapa kali sebelum ini diberi ruang oleh pihak kerajaan untuk
Katan LKS, Hadi sudah beberapa kali sebelum ini diberi ruang oleh pihak kerajaan untuk
membentangkan usul yang lebih dikenali sebagai RUU355 itu, namun beberapa kali itu juga
memohon untuk menangguhkan pembentangannya.
Kata LKS lagi, Usul Hadi itu mendapat keistimewaan hari ini apabila pihak kerajaan semalam
Kata LKS lagi, Usul Hadi itu mendapat keistimewaan hari ini apabila pihak kerajaan semalam
menangguhkan lima rang undang-undang yang sebelum ini disenaraikan mendahului usul Hadi,
setelah Dewan Rakyat terus bersidang sehingga hampir subuh (5.00 pagi) semata-mata untuk
memberikan ruang kepada PAS membentang RUU 355 hari ini.
LKS juga tidak puas hati penjelasan speaker Tan Sri Pandikar Amin yang memaklumkan bahawa
LKS juga tidak puas hati penjelasan speaker Tan Sri Pandikar Amin yang memaklumkan bahawa
kerajaan telah meminta supaya usul Hadi diberikan keutamaan.
Lebai rasa Lim Kit Siang dan penyokong Pakatan Harapan bengong juga. Sebelum ini dia orang
Lebai rasa Lim Kit Siang dan penyokong Pakatan Harapan bengong juga. Sebelum ini dia orang
kata UMNO kencing PAS kerana tak nak bentang RUU 355. Tapi bila Kerajaan menaikan usul
RUU 355 daripada nombor 13 pada semalam kepada nombor satu hari ini menunjukkan kerajaan
tak kencing PAS.
Lebai rasa penyokong Pakatan Harapan kena kencing oleh pemimpin mereka menolak Islam.
Sumber TKO - 6-4-2017
Lebai rasa penyokong Pakatan Harapan kena kencing oleh pemimpin mereka menolak Islam.
Sumber TKO - 6-4-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rafizi Ramli hari ini membuat dakwaan mengejutkan apabila mendakwa mempunyai bukti terdapat
Rafizi “Buat Drama” Kajang 2, Sediakan Tisu & Kuaci... Posted on Thursday, April 06 @ 20:52:52 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34391 |
Rafizi Ramli hari ini membuat dakwaan mengejutkan apabila mendakwa mempunyai bukti terdapat
individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB. Malah, dakwa naib presiden PKR
itu, wang itu mengalir daripada akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lebai dah banyak menulis tentang Rafizi ini manusia yang suka kencing. Dah banyak kali dia
Lebai dah banyak menulis tentang Rafizi ini manusia yang suka kencing. Dah banyak kali dia
kencing dan tuduhan-tuduhannya kebanyakan adalah fitnah sehingga dia dikenakan tindakan
mahkamah yang mungkin membawa dia tidak boleh bertanding pada PRU-14.
Masih ingat langkah kanjang?
Dia menangis dalam kenyataan dan ceramahnya sehingga semua orang percaya. Akhirnya yang jadi
Masih ingat langkah kanjang?
mangsa ialah Tan Sri Khalid Ibrahim dan PAS sehingga PAKATAN RAKYAT hancur kerana Langkah
Kajang ini.
PAKATAN HARAPAN tak nampak jahat Rafizi kerana dia pemimpin PH.
Masih ingat Cincin Rosmah menabung semanjak kecil?
Sampai mati-matian Rafizi mempertahankan bahawa Rosmah beli cincin 24 juta? Setahun lebih
PAKATAN HARAPAN tak nampak jahat Rafizi kerana dia pemimpin PH.
Masih ingat Cincin Rosmah menabung semanjak kecil?
dalam ceramah dijaja dan dia sanggup naik mahkamah untuk itu. Bila sampai masa saman dia kata
joke aje. Tapi PAKATAN RAKYAT tak nampak jahat Rafizi kerana jahat UMNO lebih besar.
Fitnah kepada Tabung Haji?
Rafizi pada akhir tahun lalu mendakwa penyata kewangan Tabung Haji berakhir 31 Disember 2015
yang dianalisisnya menunjukkan bahawa badan itu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk
membayar balik semua pendeposit sekiranya mereka mengeluarkan wang sekali gus.
Naib Presiden PKR itu mengunjurkan bahawa Tabung Haji akan kekurangan RM3 bilion jika semua
Naib Presiden PKR itu mengunjurkan bahawa Tabung Haji akan kekurangan RM3 bilion jika semua
pendeposit berbuat demikian sedangkan katanya, untung sebenar pelaburan Tabung Haji hanya pada
RM450 juta.
Malah, beliau juga mendedahkan dirinya mengeluarkan sejumlah RM530,000 dari akaun TH
Malah, beliau juga mendedahkan dirinya mengeluarkan sejumlah RM530,000 dari akaun TH
Dalam kes Tabung Haji sekali lagi Rafizi berlepas diri.
Fitnah RM90 Juta kepada PAS bersama Sarawak Report.
Fitnah RM90 Juta kepada PAS bersama Sarawak Report.
Rafizi dikatakan bersama beberapa orang pimpinan DAP membuat rancangan untuk melemahkan
PAS dengan membuat tuduhan PAS menerima wang RM90 melalui Sarawak Report.
Banyak lagi kes-kes pembohongan Rafizi yang menyebabkan dia disaman tetapi saya tak panjang di
Banyak lagi kes-kes pembohongan Rafizi yang menyebabkan dia disaman tetapi saya tak panjang di
sini.
Rafizi sekali lagi menggunakan ke'tirisan' sistem undang-undang Malaysia untuk membuat fitnah
Rafizi sekali lagi menggunakan ke'tirisan' sistem undang-undang Malaysia untuk membuat fitnah
kepada PAS dengan dakwaan kononnya PAS dapat wang 1MBD melalui orang rapat PAS?? Siapa??
Itu nak suruh orang teka maka fitnah makin menjadi kerana orang ramai akan membuat andaian... ini
dipanggil POLITIK CELAKA!
Kemudian Hadi mesti jawab!!
Kalau tak jawab Hadi terima wang
Ini pun Islam TAK AJAR tapi RAFIZI IKUT CARA KAFIR!
Politik Celaka...
Anda tunggu selepas ini Rafizi akan menangis...
Dan anda akan diperbodohkan lagi..
Kemudian Hadi mesti jawab!!
Kalau tak jawab Hadi terima wang
Ini pun Islam TAK AJAR tapi RAFIZI IKUT CARA KAFIR!
Politik Celaka...
Anda tunggu selepas ini Rafizi akan menangis...
Dan anda akan diperbodohkan lagi..
Mana Jahat? Polis zaman Mahathir atau Polis zaman Najib? Posted on Thursday, April 06 @ 21:58:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34394
Kesian kepada penyembah-penyembah berita daripada Sarawak Report. Hari ini terbukti bahawa Sarawak Report adalah portal yang memuatkan berita palsu dan edit semata-mata bagi tujuan mendapat habuan tertentu.
Lebai bukanlah nak sokong Najib atau Rosmah. Tak pulak nak UG dengan UMNO tetapi hanya lebai nak menerangkan di sini perbuatan fitnah itu adalah DOSA YANG SANGAT BESAR. Kerana perbuatan fitnah ini dosa tak kira kita buat kepada UMNO, PAS, PKR atau mana-mana orang.
Kita marah orang fitnah kepada Anwar atas isu liwat tetapi jangan pula kita buat fitnah kepada Najib. Tugas kita bongkarkan kesilapan dan kesalahan Najib dan jangan sekali-kali kita buat perkara JAHAT macam mereka.
Lihat bagaimana Sarawak Report manipulasi gambar untuk membuat FITNAH.
Kalau orang ada akal.
Sudah pasti dia boleh fikir tuduhan kepada PAS berkenaan duit RM90 juta tanpa sebarang maklumat yang jelas hanya sekadar sangkaan awam adalah tidak benar.
Sarawak Report bukan boleh dipercayai. Kredibiliti Sarawak Report dalam isu FITNAH kepada PAS RM90 juta juga boleh dipertikaikan.
Adakah dengan "public suspicion" (syak wasangka awam) mereka menuduh PAS terima RM90 yang kini puak-puak PAKATAN hilang dan membelakangi nasihat agama sama-sama dalam menyebar luas fitnah jahat ini tanpa menghirau dosa dan pahala.
Pelik puak-puak mereka isu liwat walaupun mahkamah kata ya mereka tak percaya kerana mereka tahu itu fitnah tetapi dalam isu RM90 sangkkan dipercayai malah ada pimpinan PAN kata PAS terima wang melalui Affinbank sedangkan PAS mana ada akaun di situ.
Bak kata perpatah yang benar pasti akan terbuti, yang dusta dan palsu akan terbongkar. Semakin hari, semakin terbongkar kerja-kerja jahat membuat fitnah kepada PAS. Semoga Allah selamatkan kita daripada terbabit kerja bodoh dan jahat ini.
Ada kawan-kawan Lebai bertanya, apa sebenarnya tugas PENASIHAT parti PAN? Lebai cakap pasang bendera, baca doa dan lawatan keluar negara jumpa dengan pemimpin Islam di luar negara terutamanya Iran.
Ada tak kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh PENASIHAT dan TIMBALAN PENASIHAT PAN? tanyanya lagi.
Lebai kata tak ada, kalau ada pun sedikit sangat mungkin tak termaklum.
Lebai kata lagi tapi kini TUGAS PENASIHAT PAN dah berkurangan kerana tugas pasang bendera telah diambil oleh Husam Musa. Sekarang ni Husam Muda dan Wan Rahim rancak pasang bendera di Kelantan. Jadi khidmat Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin tidak lagi diperlukan.
Kenapa Lebai merapu aje ni??
Sebenarnya lebai nak tanya mana pergi 2 orang PENASIHAT parti PAN?
Itu tujuan penulisan kali ini.
Bekas anggota parlimen Benut, Mohamed Tawfik Ismail, mengemukakan permohonan mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa usul meminda Akta 355 dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat sebagai bercanggah dengan perlembagaan.
Dalam permohonannya hari ini, Tawfik mendakwa, usul presiden PAS itu akan memberi kesan kepada perundangan kepada dasar negara mengenai undang-undang jenayah dan hukuman mengikut undang-undang Islam dan memberi kesan kepada orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.
Anak bekas timbalan perdana menteri itu membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya melarang Dewan Rakyat memberi laluan kepada usul Abdul Hadi - atau sebarang usul lain yang ada kaitan dengan Akta 355 - dibentang dan dibahaskan.
Katanya, usul Abdul Hadi itu tidak menepati kehendak dan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.
Tawfik menamakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, sebagai defendan.
Katanya, rang undang-undang dibawa Abdul Hadi itu melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kesamarataan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Beliau juga menyatakan, sebarang perkara yang memberi kesan kepada dasar kebangsaan sepatutnya mestilah dirundingkan dengan Majlis Raja-raja.
"Usul Abdul Hadi mengenai Akta 355 tidak dirujuk terlebih dulu kepada Majlis Raja-raja mengikut Artikel 38 Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Justeru, kata Tawfik, mahkamah patut mengisytiharkan usul Abdul Hadi sebagai bercanggah dengan perlembagaan.
Beliau diwakili peguam Rosli Dahlan yang mengemukakan permohonan berkenaan tengah hari tadi.
Mereka juga dijangka akan menyerahkan saman kepada Pandikar dan Roosme minggu depan.
Sumber TKO - 1-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: PAS sudah dapat pahala walaupun usul Hadi tidak dapat dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Datuk Ibrahim Ali.
Sebaliknya, Umno diramalkan hilang sokongan penyokong rang undang-undang meminda Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
“PAS dapat pahala walaupun belum berjaya membentangkan RUU 355 di Parlimen. PAS dah buktikan kesungguhan dan bukan retorik semata-mata,” kata Presiden Perkasa pada sidang media di ibu pejabat Perkasa di sini.
“Umno rugi di kawasan penyokong tegar PAS di negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu. Namun di negeri seperti Selangor, Perak dan Sabah akan beri keuntungan kepada BN.”
BN pada 29 Mac lalu memutuskan untuk tidak membentangkan usul Hadi susulan bantahan dalam kalangan ahli komponen.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan dibuat selaras amalan konsensus, dan menyerahkan nasib usul Hadi kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ibrahim akan menghantar surat kepada Pandikar menggesa usul Hadi dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Katanya kerajaan harus memberikan peluang kepada Hadi membentangkan rang undang-undang kontroversi itu demi Islam.
“Tak ada alasan langsung untuk menidakkan oleh speaker (Pandikar) kerana proses demokrasi kalau dihalang berdosa. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih,” katanya.
Sumber TKO - 31-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam Muktamar PAS ke-63 hujung April ini akan berlangsung pemilihan pemimpin. Tidak seperti Muktamar 2015 di mana kepimpinan ulama dicabar oleh golongan profesional, pemilihan kali ini boleh dianggap “sunyi”.
Golongan menentang kepimpinan ulama hampir kesemuanya sudah meninggalkan PAS dan kebanyakan mereka menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Ada segelintir seperti bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar, orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada zaman ABIM yang “berlindung” di bawah PAS sejak zaman reformasi tercetus pada 1998, melompat ke PKR.
Justeru isu yang menjadi tumpuan ialah bagaimana PAS mengharungi pilihanraya umum ke-14? Adakah cukup baginya melakar kejayaan sekadar berganding dengan parti Ikatan Rakyat Malaysia (Ikatan) dan Berjasa sahaja?
PAS sanggup mufarakah daripada DAP dan Amanah kerana prinsip. DAP, bagi PAS, anti-Islam sementara Amanah pula disifatkan pengkhianat perjuangan PAS.
Hubungan PAS-PKR semakin goyah
Bagaimanapun pencetus keretakan hubungan PAS dengan PKR berbeza sedikit. PKR nampaknya tidak cenderung pada perjuangan Islam PAS dan dilihat sering cuba mengambil kesempatan terhadap sikap budiman PAS.
Dalam menuju muktamarnya, ahli akar umbinya mula menggariskan faktor-faktor yang mencetuskan “kekecewaan” terhadap parti Anwar Ibrahim itu dan mahu tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan. Antaranya:
1. PKR menjejaskan kedudukan PAS di kalangan pengundi Melayu-Islam terutama di Pulau Pinang,
2. PKR tidak menghormati PAS sebagai rakan tahaluf kerana bekerjasama dengan DAP dan Amanah menyerang PAS.
3. PKR didapati sewenang-wenangnya menggunakan sebilangan ahli PAS untuk kepentingan politiknya tanpa perbincangan dengan pimpinan PAS.
4. PKR memujuk ahli PAS meninggalkan parti konon untuk diberi jawatan tertentu dalam kerajaan negeri Pakatan Harapan
5. PKR gagal mempertahankan Islam di Pulau Pinang dan mendakwa parti itu menurut kehendak DAP mencampuri urusan fatwa.
6. PKR juga tidak sensitif menerima keahlian Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang menang atas tiket PAS pada PRU Ke-13.
7. PKR bersikap dingin terhadap usaha PAS mahu memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah
8. PKR tidak menyokong PAS dalam pilihanraya kecil parlimen Sungai Besar sebaliknya berkempen untuk calon Amanah.
9. PKR gagal mentadbir dan menyelesaikan isu pengambilalihan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) hingga menjejaskan nama baik PAS yang juga rakan kongsi mentadbir Selangor.
Setakat ini momentum akar umbi digerakkan Pemuda PAS Tumpat, Permatang Pauh, Bagan Baru dan Kuala Selangor melalui usul yang mahu Muktamar PAS ke-63 memutuskan hubungan tahaluf dengan PKR.
Ini menjadikan PAS Pulau Pinang paling tegas mahu menghentikan tahaluf dengan PKR. Sebelum ini, antara kawasan PAS negeri itu yang meluluskan usul sedemikian termasuklah Nibong Tebal, Bukit Bendera, Balik Pulau; Jelutong; Kepala Batas; Tasek Gelugor dan Bukit Mertajam.
Kekecewaan terhadap PKR di pulau berkenaan memang mudah difahami. Kini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail digaji oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk “memukat” sebanyak mana undi Melayu mengundi DAP dan Pakatan Harapan.
Sudah di antara sasaran setiausaha agung PKR itu membabitkan penyokong-penyokong PAS Pulau Pinang. Ini dianggap satu pembelotan daripada PKR yang juga rakan kongsi PAS.
Banyak lagi kawasan PAS dijangka meluluskan usul yang sama dan melebarkan perbincangan mampukah PAS bergerak sendirian mengharungi PRU 14 tanpa PKR, DAP dan Amanah serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)?
Bagaimanapun sebelum itu seharusnya diteliti apakah kata majoriti perwakilan dalam Muktamar ke-63 kelak? Sebenarnya beramai di kalangan mereka memang mahu PAS bercerai dengan PKR?
Perkongsian kuasa sejak 2008 di antara PAS dan PKR telah membuka ruang yang luas untuk PAS menimba pengalaman mengurus atau memerintah sebuah negeri yang makmur seperti Selangor.
Meskipun PKR yang mengemudi Selangor secara keseluruhannya tetapi dua menteri besar PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kini Datuk Seri Azmin Ali nampaknya pandai “menjaga hati” PAS sehingga menghasilkan pasukan exco yang mantap mentadbir negeri berkenaan.
Mudahkah PAS Pusat memutuskan hubungan dengan PKR?
Yang menarik diperhatikan, apakah begitu mudah Muktamar PAS meluluskan tindakan fasakh terhadap tahaluf dengan PKR?
Sesungguhnya proses membuat keputusan dalam PAS agak unik. Walaupun muktamar boleh meluluskan usul sedemikian namun ia perlu diperhalusi dan dipersetujui Dewan Ulama dan Dewan Syura PAS sebelum boleh dilaksanakan.
Bila soal fasakh dengan PKR ini dibangkitkan dalam Muktamar 2015, suara-suara tidak bersetuju lantang juga kedengaran. PAS Selangor berbelah bahagi dan mereka cuba mengimbau bagaimana sukarnya bagi PAS Selangor sampai ke tahap memerintah negeri itu.
Namun sebahagian daripada yang tidak bersetuju kini sudah tiada lagi dalam PAS dan menyertai Amanah. Adakah kumpulan yang tidak bersetuju ini sudah mengecil dan akan sukar menghalang usul berpisah dengan PKR itu?
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berhutang budi dengan PAS kerana dek usul PAS pada Istana Selangorlah maka beliau terpilih menduduki menteri besar tatkala PKR mahu Datuk Seri Wan Azizah duduk di situ.
Namun bak kata beberapa pemimpin veteran PAS, Dewan Pemuda berhak mengemukakan apa jua usul kepada Muktamar, tetapi proses penapisan usul perlu melalui penelitian dan pertimbangan beberapa Dewan dalam hiraki PAS.
Mulai 27 April depan isu ini dijangka menjadi semakin hangat dan adalah lebih baik komponen Pakatan Harapan bersabar dan menghormati cara PAS membuat keputusan dan tidak gopoh seperti Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu PAS ditinggalkan sendirian.
Tidak kurang gembira ialah Amanah. Ia mempunyai dua wakil. Mungkinkah dengan ketiadaan wakil PAS dalam Exco, mereka akan dinaik taraf untuk sama-sama memerintah Selangor?
Abdul Rahman Malik ANTARAPOS Sumber HD - 3-4-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lebai PAS nak pi masjid, jalan kaki..tengah jalan, bertembung ngan Mamat Umno. Mamat Umno ni kata dia nak tolong Lebai PAS, tolong hantar sampai masjid..Lebai PAS pun kata ok jer..dah orang nak tolong antor, makaseh saja la.. Tetiba, Mamat Umno tadi bagitau, dia tak boleh antor, sebab bini dia marah. Mamat umno ni jenis takut bini... Lebai PAS pun kata ok lah, dah ko tak leh nak hantar, aku sambung jalan kaki jer la ke masjid.. Bebudak Tokong yang tengah mabuk beriani kambing, tetiba menjerit "kah..kah...Lebai PAS kena kencing ngan mamat UMNO".. Lebai PAS buat derk jer...memang dr tadi Lebai PAS jalan kaki ke masjid...dah mamat UMNO tak boleh tolong, sambung jalan jer la ke masjid, apa masalahnya. Dah niat nak ke masjid.. Lebai PAS cuma heran ngan bebudak Tokong, dah la tak tolong hantar, menjerit2 pula macam kena rasuk dengan 10 ekor jin.... Kredit Annuar S Sumber TKO - 3-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi kelaziman bagi UMNO mengatakan PAS mengggunakan agama untuk kepentingan politik. Kini pula penyokong PH mengejek PAS dengan mengatakan PAS menggunakan agama sebagai barang dagangan. PAS jual agama bagai satu komoditi. Semua musuh PAS percaya PAS dengan agama berpisah tiada.
Dalam konteks apa agama tak boleh diperdagangkan? Dalam politik apa yang kita tawarkan kepada rakyat adalah merupakan barangan dagangan kita. UMNO menawarkan nasionalisme.
Nasionalisme itu barang dagangannya. PKR menawarkan liberalisme. Liberalisme itu dagangannya. PAN menawarkan fitnahisme. Fitnahisme itu dagangannya. PAS menawarkan Islam. Islam itu komoditinya.
UMNO, PKR, PAN dan PAS semuanya berdagang. Rakyat adalah pembelinya. UMNO memperdagangkan nasionalisme dengan semangat Melayu menjadi terasnya. PKR
memperdagangkan liberalisme. berkonsepkan kebebasan dan persamaan hak menjadi amalannya. PAN memperdagangkan fitnah ciri Machiavelli menjadi modalnya. PAS memperdagangkan Islam yang syumul menjadi tawarannya. Jadi apa salahnya PAS? Orang lain boleh berdagang, PAS tak boleh?
Orang lain berdagang untuk kuasa. PAS juga berdagang untuk dapat kuasa. Orang lain menggunakan barang dagangan masing-masing dengan janji kesejahteraan rakyat di dunia. PAS menggunakan komoditinya untuk kesejahteraan rakyat di dunia dan akhir. Habis apa salahnya PAS?
UMNO, PKR dan PAN masing-masing berdagang dengan manusia mencari undi. Adapun PAS sebenarnya berdagang dengan Allah untuk mencari redha-Nya. Inilah pegangan orang PAS. Firman berikut adalah jantung dan hati perjuangannya.
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (QS. ash-Shaff: 10-12).
“Sesungguhnya, Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga (sebagai balasan) untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. at-Taubah: 111)
Sumber TKO - 3-4-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wasiat Nabi tangani krisis perpecahan jemaahUSRAH semalam, baca hadis ke-28 dari kitab 40 hadis Imam Nawawi. Ia berkenaan wasiat taqwa dan taat menghadapi zaman akhir sekarang. عن أبي نجيح العرباض بن سارية رضي الله تعالى عنه قال: وعظنا رسول الله صلى الله عليه وسلم موعظة وجلت منها القلوب وذرفت منها العيون. فقلنا يا رسول الله كأنها موعظة مودع فأوصنا، قال: { أوصيكم بتقوى الله عز وجل، والسمع والطاعة وإن تأمّر عليكم عبد، فإنه من يعش منكم فسيرى إختلافاً كثيراً، فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين عضّوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة “Dari Abi Nujaih Al-Irbadh bin Sariyah RA berkata: Rasullah telah menyampaikan suatu pesanan yang menggetar jiwa dan menggugurkan air mata. Lalu kami berkata, Wahai Rasulullah, pesananmu seolah-olah pesan terakhir seorang yang mahu mengucap selamat tinggal. Maka tinggalkanlah wasiat pada kami.
Allah, dan dengar taat kepada pemimpinmu sekalipun doa seorang hamba sahaya. Sesungguhnya barangsiapa yang sempat hidup (pada akhir zaman) pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajiblah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifahku yang diberi petunjuk selepasku. Peganglah ia dengan gerahammu. Dan hindarilah perkara-perkara baharu. Sesungguhnya setiap bidaah adalah sesat." [HR Abu Daud dan Tirmizi] Hadis ini sangat padat dengan makna dan pengajaran. Ia umpama pesanan terakhir Nabi. Secara kasar kita boleh senaraikan kepada beberapa poin: 1. Taqwa pada Allah Keempat pesanan ini sebenarnya berkait antara satu sama lain. Ia merupakan solusi untuk menghadapi zaman yang Nabi sebut sebagai zaman berlaku percanggahan yang amat banyak. Maka inilah zamannya! Zaman khilaf! Zaman masing-masing mahu pakai pendapat sendiri. Zaman pemimpin dicanggah oleh ahli sendiri. Zaman perselisihan yang membawa kepada perpecahan. Zaman hak demokrasi dijadikan pegangan utama mengatasi batas agama. TAQWA ALLAH Allah yang pertama. Bina makrifah Allah pada hati dan akal. Kenal Allah sedalamnya. Takut Allah segerunnya. Cinta Allah sepenuhnya. Taat perintah-Nya dan hindar larangan-Nya. Bertawakallah hanya pada-Nya. Ini yang utama. bertembung dengan kehendak Ilahi. Yang dikejar semua adalah kemenangan akhirat, kemenangan dunia hanyalah bonus terpilih, bukan buat kepada semua pejuang. TAAT PEMIMPIN berbelah bahagi, sehingga dia menyebut walaupun pemimpin itu seorang hamba. Jangan berkhilaf tindakan dengan arahan pemimpin. Hendak berkhilaf pendapat pun bukan di tempat terbuka sebagaimana sirah. Mengangkat suara kepada pemimpin atau mendahului mereka pun tidak dibenarkan, sebagaimana permulaan surah al-Hujurat. Mempertahankan kepimpinan adalah suatu kemestian dalam menghadapi kecelaruan saf Islam hari ini. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin diserang pihak luar. Renung bagaimana sahabat menadah tubuh mempertahankan jasad Nabi dari dijamah senjata musuh dalam peristiwa Uhud. Punca perpecahan kita dapat kesan berlaku kerana tiada AsSam'u wal Taatu dalam diri anggota Islam. Dalam riwayat lain Nabi menambah sifat pemimpin selain hamba dengan habsyi dan rambut kerinting umpama pokok anggur. Ketiga sifat ini perlu dikaji teliti untuk diqiyaskan dengan fenomena dewasa ini. Justeru, dakyah menukar pemimpin bukanlah idea yang baik. Ia tidak menepati pesan Nabi di atas. MENGIKUT SUNNAH dalam lapangan jemaah Islam. Setiap tindakan harus mencontohi sunnah supaya tidak tersasar lalu menyemarakkan lagi perpecahan tak berkesudahan. Hanya Al-Quran dan Sunnah jalan yang satu. FirmanNya: وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِه Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan lain, kerana ia mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. [Al-Anaam:153] Soal memilih kepimpinan, soal perlaksanaan syariah, soal fundamental pandangan Islam, dan berani berhadapan kuffar, haruslah menepati sunnah-sunnah manusia-manusia ulung yang baginda sebutkan. Apa yang mereka buat, itulah yang kita buat. Apa yang mereka tidak buat, jauhkanlah. MENJAUHI BIDAAH bidaah dari sudut syariah, tetapi bidaah terbesar adalah dari sudut akidah. Berideologi songsang seperti liberalisme, pluralisme, sosialisme dan zionisme adalah bidaah yang berleluasa hari ini. Dari sudut syariah pula, meninggalkan sunnah berpolitik Nabi SAW dan khulafa lalu meniru barat juga adalah bidaah. Menyebut negara-negara barat yang maju materialnya walaupun tidak menjalankan Islam sebagai contoh ikutan, dan menggambarkan keburukan negara umat Islam yang silap mengaplikasikan undang-undang tuhan, menjadi trend pemikiran hari ini. Sedang mereka tidak mengambil contoh negara-negara zaman kegemilangan Islam dahulu, disaat barat masih dibelenggu cengkaman gereja. Ramai berhujah tidak salah mengambil kebaikan barat berdalilkan hadis kebijaksanaan barang tercicir milik orang Islam. Ya, tidak salah sekiranya tidak bertembung dengan Islam. Yang salah adalah meninggalkan ajaran sunnah semata-mata untuk mengikut barat. Inilah maksud BIDAAH! Sebagai organanisasi Islam, hanya kembali kepada Islam jalan untuk menangani perpecahan. Firman Allah SWT: فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُول Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya. [An-Nisa:59]. - HARAKAHDAILY 3/4/2017Sumber HD - 3-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh M FAQIH SEBELUM ini boleh dikatakan tidak kedengaran ada pemimpin Umno di peringkat bahagian di Jeli keluar parti.Kepemimpinan Dato’ Seri Mustapa Mohamed tidak berdepan banyak gugatan kecuali percubaan dilakukan Adun Bukit Bunga, Dato’ Mohd Adhan Kechik. Adhan biarpun dilihat tidak sebulu dengan ketua bahagian, namun terus kekal bersama parti itu. Namun kali ini situasi agak berbeza selepas anak didik Mustapa sendiri bertindak keluar parti. Pemimpin terbabit muncul di gelanggang melawan bekas bossnya sendiri. Bekas ahli jawatankuasa Umno Jeli, Dr Aminuddin Yaacob mengepalai pasukan yang menolak Umno di bahagian berkenaan. Beliau sekarang merupakan Ketua Bahagian PPBM Jeli. Malah difahamkan sehingga sekarang kira-kira 500 bekas Umno menyertai parti baharu itu di kubu Umno. PPBM muncul dalam tempoh yang singkat, mengumpul bekasbekas ahli dan penyokong Umno. Mereka kecewa dengan Umno yang dipimpin Dato’ Seri Najib Razak sekarang. “Jauh mengatasi Parti Amanah Negara yang usianya lebih tua,” kata Penyelia Dun Air Lanas, Mustafa Idris. Dr Aminuddin difahamkan mempunyai klinik di Pekan Jeli, menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan rawatan. Ramai orang kampung mengenalinya. Biarpun berada dalam Umno namun akhirnya beliau tidak mahu hanyut bersama parti Melayu tersebut yang semakin reput dimamah usia. Kemunculan PPBM di Jeli secara tidak langsung menguatkan benteng PAS untuk berdepan dengan Umno. Begitu juga kehadiran bekas aktivis PAN, Asran Alias kini dikatakan bersama Armada Jeli. Biarpun Umno sejak dahulu bergantung kepada jentera kerajaan persekutuan untuk mempertahankan kuasa, namun kebangkitan rakyat kali ini tidak mampu disekat lagi. Ahli dan penyokong Umno yang kecewa kini sudah ada tempat berteduh. Bumbung PPBM menjadi bahtera mereka sekarang. PPBM biarpun baru muncul namun berbeza dengan PAN yang mengutip bekas-bekas ahli PAS yang kecewa dalam perjuangan. PAN Jeli sekarang difahamkan diketuai bekas pemimpin KeADILan. Selain gandingan PPBM, PAS juga mendapat suntikan baru apabila ketua Angkatan Muda KeADILan Kelantan Dr Hafidz Rizal Amran dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah. Beliau menggantikan Ramlan Mat, bekas calon KeADILan di Kuala Balah PRU 13. Dr Hafidz juga membuka Pusat Khidmat Rakyat Dun Kuala Balah. Sempena pembukaan pejabat pusat khidmat itu, KeADILan menganjurkan program ceramah dengan mengundangkan pemimpin PAS dan PPBM. PAS diwakili Naib Presiden Dato’ Mohd Amar Abdullah. KeADILan pula diwakili Timbalan Ketua AMK Pusat Dr Afif Bahardin dan Dato’ Sazmi Miah mewakili PPBM. Hadir sama pada program itu Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad. Pada 17 Mac ini sekali lagi PAS dan PPBM bergabung di satu pentas di Pekan Jeli. Program itu bakal menampilkan Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Sazmi, Ketua Muslimat PAS Kelantan Siti Zailah Mohd Yusof dan Mohd Apandi. Dan sekali lagi pada 18 Mac PPBM bergabung dengan PAS pada ceramah pertahan Kelantan anjuran Pemuda PAS Negeri di Kampung Pelain, Batu Gajah, Dun Bukit Bunga, Jeli. Program itu bakal mengetengahkan Naib Presiden PPBM Tan Sri Abdul Rahman Abdul Rahman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. Kehadiran PPBM dengan matlamat menumbangkan Umno dan Najib menjadi gandingan baru pasukan pembangkang di Kelantan. Lebih-lebih lagi kemunculan Ketua AMK Negeri di Dun Kuala Balah, setidak-tidaknya dapat memberi suntikan baharu. Kehadiran Dr Hafidz tentunya memberi saingan tidak sedikit kepada Adun Kuala Balah, Dato’ Abdul Aziz Derashid. “Abdul Aziz tinggal di Kota Bharu dan jarang berada bersama rakyat di Kuala Balah. Kalau sebelum ini rakyat berkiblat kepada Umno kerana umpan segera, namun kali ini dendam mereka tidak mudah padam. “Veteran-veteran Umno termasuk bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan juga bersama PPBM dalam misi menumbangkan Umno di Jeli. “Di bawah Dato’ Seri Mustapa kalangan kontraktor tempatan yang juga penyokong Umno terpinggir kerana projek diberi kepada kroni dari luar Jeli,” kata Mustafa. Sumber TKO - 2-4-2014
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mujur umat Islam sudah ada MahkamahSyariahSEMASA menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 pada 1 Disember 2016, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil alih Pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. "Kepada yang bukan beragama Islam usahlah bimbang kerana tidak akan tertakluk di bawahnya dan kerajaan sedang mengkaji dengan halus agar tidak berlakunya unsur penghukuman dualisme,” begitulah cara PM untuk memujuk rakan-rakannya di BN agar bersetuju. Pada 18 Mac 2017, pendirian kerajaan masih sama jika dinilai daripada apa yang diberitahu Timbalan Najib, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Utusan Malaysia. akan membentangkan sendiri RUU 355 di sidang Parlimen kali ini yang bakal berakhir 6 April ini. Keputusan itu katanya selaras dengan “hasrat Najib yang begitu komited mengetengahkan hasrat berkenaan tanpa mengganggu-gugat kepentingan kaum dan agama lain di negara ini”. “RUU 355 akan dibentang sendiri oleh kerajaan di Parlimen tidak lama lagi. Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar bersama kita. “Kawan baharu’ kita ini mungkin dulu musuh politik kita, tapi mereka sudah faham untuk sama-sama tangani masalah (berkaitan Islam) dengan tidak mengetepikan agama lain,” kata Zahid yang dipetik Utusan. Namun, segalanya menjadi jelas pada 30 Mac 2017 apabila Najib mengumumkan bahawa komitmennya tidak akan diteruskan, dan kerajaan BN tidak akan membentangkan RUU 355 atas dasar konsensus. Ini jauh berbeza dengan apa yang dilaungkan Najib di dalam ucapan dasar presiden Umno. Dengan penentangan terhadap RUU 355 yang disemarakkan melalui perlumbaan antara MCA\ dan DAP untuk muncul sebagai hero yang menggagalkan RUU 355, tekanan daripada BN Sarawak dan perpecahan yang bakal berlaku, dan juga kelemahan diri sendiri yang dibelenggu persepsi negatif dan kejatuhan populariti yang teruk akibat skandal 1MDB, tindakan Najib tidaklah mengejutkan. Kini, persoalan timbul pada siapa ‘kawan lama’ yang Umno pada asalnya sanggup ketepikan demi RUU 355 menurut Zahid, tapi akhirnya Umno mengalah sehingga membiarkan RUU 355 dalam keadaan terumbang-ambing? Namun, setiap peristiwa ada hikmahnya. Episod RUU 355 telah melondehkan perangai kebanyakan sikap orang politik. Ada yang sanggup mengalah, ada yang sengaja mencari alasan menentang, ada yang mengalakkan orang menentang, ada yang tidak membuat persiapan rapi dan ada yang terus istiqamah walau apa terjadi. Melihat nasib yang menimpa RUU 355, dan juga penentangan yang sebegitu hebat terhadap RUU 355, mujurlah Mahkamah Syariah sudah diwujudkan di negara ini dari awal lagi. Kalau tidak, rakyat beragama Islam sudah tentu boleh terbayang nasib yang bakal menimpa usul untuk memperkenal Mahkamah Syariah dengan pimpinan negara yang ada hari ini dan penentangan yang terpaksa dihadapi oleh usul tersebut berdasarkan episod RUU 355. Menariknya, tiada siapa yang tahu bagaimanakah isu ini akan mempengaruhi minda masyarakat beragama Islam. Yang pasti, episod RUU 355 akan mempunyai sahamnya di peti undi pada Pilihan raya Umum ke-14 nanti. - HARAKAHDAILY 2/4/2017Sumber HD - 2-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Sarawak Report KANTOI edit gambar buat fitnah. Kes RM90 juta PAS sudah pasti FITNAH Juga! Posted on Saturday, April 01 @ 13:58:29 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34294 |
Kesian kepada penyembah-penyembah berita daripada Sarawak Report. Hari ini terbukti bahawa Sarawak Report adalah portal yang memuatkan berita palsu dan edit semata-mata bagi tujuan mendapat habuan tertentu.
Lebai bukanlah nak sokong Najib atau Rosmah. Tak pulak nak UG dengan UMNO tetapi hanya lebai nak menerangkan di sini perbuatan fitnah itu adalah DOSA YANG SANGAT BESAR. Kerana perbuatan fitnah ini dosa tak kira kita buat kepada UMNO, PAS, PKR atau mana-mana orang.
Kita marah orang fitnah kepada Anwar atas isu liwat tetapi jangan pula kita buat fitnah kepada Najib. Tugas kita bongkarkan kesilapan dan kesalahan Najib dan jangan sekali-kali kita buat perkara JAHAT macam mereka.
Lihat bagaimana Sarawak Report manipulasi gambar untuk membuat FITNAH.
Kalau orang ada akal.
Sudah pasti dia boleh fikir tuduhan kepada PAS berkenaan duit RM90 juta tanpa sebarang maklumat yang jelas hanya sekadar sangkaan awam adalah tidak benar.
Sarawak Report bukan boleh dipercayai. Kredibiliti Sarawak Report dalam isu FITNAH kepada PAS RM90 juta juga boleh dipertikaikan.
Adakah dengan "public suspicion" (syak wasangka awam) mereka menuduh PAS terima RM90 yang kini puak-puak PAKATAN hilang dan membelakangi nasihat agama sama-sama dalam menyebar luas fitnah jahat ini tanpa menghirau dosa dan pahala.
Pelik puak-puak mereka isu liwat walaupun mahkamah kata ya mereka tak percaya kerana mereka tahu itu fitnah tetapi dalam isu RM90 sangkkan dipercayai malah ada pimpinan PAN kata PAS terima wang melalui Affinbank sedangkan PAS mana ada akaun di situ.
Bak kata perpatah yang benar pasti akan terbuti, yang dusta dan palsu akan terbongkar. Semakin hari, semakin terbongkar kerja-kerja jahat membuat fitnah kepada PAS. Semoga Allah selamatkan kita daripada terbabit kerja bodoh dan jahat ini.
Husam dan ambil tugas Penasihat parti PAN Posted on Saturday, April 01 @ 13:56:55 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34293 |
Ada kawan-kawan Lebai bertanya, apa sebenarnya tugas PENASIHAT parti PAN? Lebai cakap pasang bendera, baca doa dan lawatan keluar negara jumpa dengan pemimpin Islam di luar negara terutamanya Iran.
Ada tak kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh PENASIHAT dan TIMBALAN PENASIHAT PAN? tanyanya lagi.
Lebai kata tak ada, kalau ada pun sedikit sangat mungkin tak termaklum.
Lebai kata lagi tapi kini TUGAS PENASIHAT PAN dah berkurangan kerana tugas pasang bendera telah diambil oleh Husam Musa. Sekarang ni Husam Muda dan Wan Rahim rancak pasang bendera di Kelantan. Jadi khidmat Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin tidak lagi diperlukan.
Kenapa Lebai merapu aje ni??
Sebenarnya lebai nak tanya mana pergi 2 orang PENASIHAT parti PAN?
Itu tujuan penulisan kali ini.
Ada lagi Usaha Nak Sekat RUU 355 Oleh Melayu Islam Posted on Saturday, April 01 @ 07:17:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34279 |
Bekas anggota parlimen Benut, Mohamed Tawfik Ismail, mengemukakan permohonan mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa usul meminda Akta 355 dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat sebagai bercanggah dengan perlembagaan.
Dalam permohonannya hari ini, Tawfik mendakwa, usul presiden PAS itu akan memberi kesan kepada perundangan kepada dasar negara mengenai undang-undang jenayah dan hukuman mengikut undang-undang Islam dan memberi kesan kepada orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.
Anak bekas timbalan perdana menteri itu membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya melarang Dewan Rakyat memberi laluan kepada usul Abdul Hadi - atau sebarang usul lain yang ada kaitan dengan Akta 355 - dibentang dan dibahaskan.
Katanya, usul Abdul Hadi itu tidak menepati kehendak dan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.
Tawfik menamakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dan Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, sebagai defendan.
Katanya, rang undang-undang dibawa Abdul Hadi itu melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kesamarataan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Beliau juga menyatakan, sebarang perkara yang memberi kesan kepada dasar kebangsaan sepatutnya mestilah dirundingkan dengan Majlis Raja-raja.
"Usul Abdul Hadi mengenai Akta 355 tidak dirujuk terlebih dulu kepada Majlis Raja-raja mengikut Artikel 38 Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Justeru, kata Tawfik, mahkamah patut mengisytiharkan usul Abdul Hadi sebagai bercanggah dengan perlembagaan.
Beliau diwakili peguam Rosli Dahlan yang mengemukakan permohonan berkenaan tengah hari tadi.
Mereka juga dijangka akan menyerahkan saman kepada Pandikar dan Roosme minggu depan.
Sumber TKO - 1-4-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUU 355: Umno rugi, PAS dapat pahala, kata Ibrahim Ali Posted on Friday, March 31 @ 21:48:48 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34276 |
KUALA LUMPUR: PAS sudah dapat pahala walaupun usul Hadi tidak dapat dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Datuk Ibrahim Ali.
Sebaliknya, Umno diramalkan hilang sokongan penyokong rang undang-undang meminda Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
“PAS dapat pahala walaupun belum berjaya membentangkan RUU 355 di Parlimen. PAS dah buktikan kesungguhan dan bukan retorik semata-mata,” kata Presiden Perkasa pada sidang media di ibu pejabat Perkasa di sini.
“Umno rugi di kawasan penyokong tegar PAS di negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu. Namun di negeri seperti Selangor, Perak dan Sabah akan beri keuntungan kepada BN.”
BN pada 29 Mac lalu memutuskan untuk tidak membentangkan usul Hadi susulan bantahan dalam kalangan ahli komponen.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan dibuat selaras amalan konsensus, dan menyerahkan nasib usul Hadi kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ibrahim akan menghantar surat kepada Pandikar menggesa usul Hadi dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Katanya kerajaan harus memberikan peluang kepada Hadi membentangkan rang undang-undang kontroversi itu demi Islam.
“Tak ada alasan langsung untuk menidakkan oleh speaker (Pandikar) kerana proses demokrasi kalau dihalang berdosa. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih,” katanya.
Sumber TKO - 31-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Without PAS, Formal Opposition Pact Just Window Dressing
Pakatan Harapan’s plan to become an official coalition will not neutralise the threat of multi-corner fights if it excludes PAS, said political analysts.
While the aim of a formal pact that includes DAP, PKR, Amanah and Parti Pribumi Bersatu Malaysia would minimise the risk of overlaps among the four, the analysts said the main danger to the Opposition parties’ chances was still contests that include both PAS and Barisan Nasional.
Director of independent pollster Merdeka Center Ibrahim Suffian pointed out that while a common logo could help consolidate Opposition support, this would suffer in the event the more established PAS is also in contention.
“My point is, being an older and large party, PAS has a fairly large following among the Malay electorate. I think aside from the DAP seats, leaders in Pakatan Harapan are deluding themselves if they think they can swing those erstwhile PAS supporters to their side and win in a three-way contest,” he told Malay Mail Online.
“They have to figure a way to accommodate PAS and the other parties. Otherwise their election prospects would be very dim.”
On Monday, Amanah president Mohamad Sabu announced that Pakatan Harapan parties together with PPBM intend to register as a formal coalition with the Registrar of Societies (RoS).
Mohamad Sabu, or better known as Mat Sabu, added the parties also decided to have a common manifesto and logo for elections, but did not state whether the pact will be renamed.
Previous attempts to register Pakatan Rakyat, the predecessor to Pakatan Harapan, with the RoS were unsuccessful.
Political and economics analyst Prof Ho Kee Ping, who was unoptimistic about the chances of formally registering the coalition, also said that contesting under a brand new logo with the general election so close was suicidal.
The danger of novelty was demonstrated last year when Amanah — the new PAS splinter party — struggled for recognition in the two by-elections it contested.
“[If} they do get registered, they die early. Because even if they place a logo of a rabbit or a bus or whatever, rural folks won’t know (this),” he said, noting the recognisability of BN’s scales and PAS’s moon.
Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan said a possible solution would be to use the logo of one of the existing parties, but conceded that this was likely to face resistance.
“The logo, however, is a tricky one because it is about branding, and selling a new brand is not easy.
“Perhaps using the logo of an existing party would be useful. But of course the question then is which party. This is not an easy problem for them to solve,” he added.
Regardless of the potential pact’s trappings, all three analysts ultimately returned to the futility of a unified Opposition identity without PAS.
The Islamist party is adamant it will not work with DAP, with whom it continues to row over the former’s Islamic goals, or any that work with the former ally. PAS is also set to review its ties with PKR during its muktamar, or annual assembly, next month.
PPBM and PKR, which both seek cooperation with PAS, have refused to write off the Islamist party. Given how much damage PAS could do to the coalition’s chances, their refusal is understandable.
“Firstly, it’s too late; secondly, they cannot go against PAS, and without PAS, you’re dead,” Ho said.-Malaymail
Sumber BO - 31-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan kamu bersedih dengan RUU 355 kerana Allah Bersama kamu jika kamu ikhlas dijalanNya Posted on Friday, March 31 @ 15:57:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34275 |
Media sosial saya (whatsapp, telegram, facebook, blog dan emel) dihujani dengan gelak ketawa, sindiran dan macam-macam kasta nista seolah-olah PAS bodoh dalam politik apabila Mesyuarat Majlis Tertinggi BN menolak cadangan kerajaan membawa RUU 355. BN menyerah kembali kepada Undang-Undang Persendirian yang akan dibawa oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Ahli Parlimen Marang.
Puak PAKATAN HARAPAN menuduh PAS dipermainkan oleh Umno dan Datuk Seri Najib.
A. Kadir Jasin, seorang penulis mengganggap RUU355 ini adalah sarkas politik tahap maksimum yang mendedahkan hipokrasi Umno-PAS. Itu kadir Jasin dia bergelumang dengan UMNO terlalu lama sehingga dia faham Islam sebagaimana UMNO faham Islam.
Kalau Hishamuddin Rais dia kata RUU 355 dan Hudud adalah undang-undang kolot dan ramai bukan Islam bertepuk tangan. Saya tak nak komen apa pentaksiran kita terhadap dia ini. Manakala Zaid Ibrahim ini lagi hebat, dia membuat bantahan terhadap RUU 355. Siti Kassim lagi kehadapan. Ini saya pun tak perlu komen anda pembaca lebih arif daripada saya.
Mujahid Rawa "konar leper" mengatakan kononnya pembersihan golongan progresif dalam PAS (Saya lebih berpendapat golongan liberal) kerana RUU 355. Ini nak menghalalkan mereka tubuh parti baru dan khianat perjuangan PAS.
Katanya “Tetapi oleh kerana motif awal ialah kepentingan politik maka RUU 355 digunakan untuk pecahkan Pakatan Rakyat ketika itu dan melemahkan PAS dengan pembersihan golongan progresif dan pro-Pakatan."
APA ISU SEBENARNYA.
PAS nak bawa RUU 355, Presiden PAS mengambil peluang (opportunities) daripada kelemahan UMNO dan BN, mencadangkan Undang-Undang Persendirian (RUU 355) ini.
Beberapa kali ditanguhkan dengan pelbagai sebab, antaranya memang BN cuba melambatkan, masalah teknikal RUU 355 dengan sedikit pindaan dan masa yang diberikan untuk proses penerangan bagi jelajah negara.
Tiba-tiba BN (UMNO) umum nak bawa atas nama kerajaan. Maybe dia orang nak dapatkan peluang (opportunities) daripada "tsunami Islam" yang kian membangkit dikalangan rakyat beragama Islam di negara ini.
Abdul Hadi Presiden PAS berkata, PAS bersetuju dan boleh menerima BN yang membawa demi untuk kebaikan Islam bersama tapi PAS akan meneliti dahulu persedian BN.
Tiba-tiba UMNO cakap BN tak jadi nak bentang. Abdul Hadi kena bentang semula sebagai
Undang-Undang Persendirian.
APAKAH PAS TERTIPU?
Saya tak faham puak-puak PAKATAN HARAPAN kata PAS tertipu dalam hal ini. Macam mana dia orang berfikir boleh kata PAS tertipu sedangkan salur galurnya menunjukkan UMNO yang tersempit. Kalau lebai kata dia orang bodoh, nanti Azmin marah lebai guna bahasa kasar walaupun dulu dia marahkan Najib dia kata Najib BINATANG TERNAKAN ORANG TUA (Tun Mahathir bapa angkat dia sendiri). PKR tak apa, PAS aje tak boleh.
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=d5AWQ9LN4nc
Itu belum masuk lagi Hanipa Maidin. Mulut hodoh juga. Bukan sekarang semasa Muktamar Pemuda PAS dahulu dia ini bercakap tak ada akhlak dengan perwakilan. Tapi sekarang yang mulut hodoh sudah tidak ada lagi.
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Eh8HHu89m6g
Puak-puak PAKATAN HARAPAN ini orang lain semua tak betul dia orang aje betul walaupun dia jilat ludahnya sendiri. Nasib baik puak-puak ini bukan kaki makan BABI (hanya ada sesetengahnya minum ?? aje) kalau tidak dia orang kata babi baik untuk kesihatan, fakta sains pun dia orang boleh auta terutama Rafizi... dia menangis dan sebut kajian itu dan kajian ini semuanya cair... jadi bodoh!
Berapa puluh tahun puak ini serang Tun Mahathir kerana membela Anwar, tapi bila nampak PUTRAJAYA semuanya kabur. Lagi kabur bila Tun Mahathir nak belanja 500 juta bagi persediaan jatuhkan Najib. Tun Mahathir menjadi suci dan mereka melutut kepada Tun Mahathir kononnya untuk membela rakyat nak jatuhkan Najib.
Mereka tolong PENYAMUN untuk jatuhkan PEROMPAK. Bila penyamun berkuasa, mereka ini akan disembelih hidup-hidup. Semasa itu mereka datang merangkap di pentas-pentas PAS dengan koyak rabak luka... dan mereka ambil lebai (kupiah) untuk berpidato maki hamum KETUA PENYAMUM seperti mana semasa Anwar Ibrahim dituduh liwat. Jangan hairan masa itu mereka lebih warak dan Islam daripada lebai-lebai PAS.
Lebai-lebai PAS janganlah buat kerja bodoh lagi beri kerusi, pekerja, wang dan sebagainya kononnya bersahabat TAHALUF.
IKHLAS KEPADA ALLAH
Perjuangan menegakkan agama Allah bukan perjuangan yang mudah, dihampari dengan permaidani merah. Perjuangan penuh dengan onak dan duri.. fitnah dan nista. Kita dihimpit kiri kanan oleh musuh-musuh serta kawan yang munafik.
Jangan kita bersedih, kerana Allah tidak bertanyakan kerjayaan yang kita capai tetapi sejauh mana kita berjuang untuk menegakkan agamanya.
Lihat bagaimana Nabi Nuh a.s. yang ejek-ejek segenap lapisan masyarakat. Malah anak dan isterinya tidak bersama. Semua tindakan Nabi Nuh a.s. dianggap kerja bodoh termasuk membina kapal besar di atas bukit.
Lihat Nabi Allah Zakaria, dibelah kepala dengan gergaji. Dia mati sebelum melihat kerjayaan. Ada Nabi Allah Zakaria a.s. gagal?
Adakah kita akan bersedih hanya kerana RUU 355 BN tak nak bentang? Itu dianggap kena tipu. Kecil sangatlah perjuangan Islam ini.
Mereka yang tidak bersama perjuangan Islam tidak akan merasai KEMANISAN PERJUANGAN ini. Mereka yang memperolok-olok dan mempersendakan perjuangan menegakkan Undang-undang Syariah di Malaysia pasti Allah akan 'balik-balik' hati mereka sehingga mereka 'buta' dengan kebenaran dan sesat sepanjang hayat. Nauzubillah.
AKIDAH PEMIKIRAN
Kita masih ingat bagaimana Suraqah bin Malik yang dijanjikan GELANG KEBESARAN Maharaja Farsi. Dia ditawarkan oleh kaum Musyrikin Mekah dengan 100 ekor unta betina (sangat besar nilainya dibandingkan sekarang) untuk menangkap Rasulullah s.a.w.
10 tahun selepas itu, Suraqah bertemu Rasulullah SAW setelah Madinah di bawah pemerintahan baginda menyatakan keislamannya di hadapan baginda. Semenjak itu, Suraqah menjadi pendukung setia gerakan dakwah walaupun hanya berkesempatan bersama dengan baginda selama 9 bulan sahaja. Kemudian Rasulullah s.a.w. wafat. Kemudian Saidina Abu Bakar mengambil alih. Saidina Abu Bakar pula meninggal dunia. Farsi masih megah dengan kekufuranya.
Kalau puak-puak PAKATAN HARAPAN itu adalah Suraqah bin Malik nescaya Rasulullah s.a.w. dicerca sebagai pembohong. Penuh whatsapp pemuda Qurasy dengan kata nista kepada Rasulullah s.a.w. sebagai LEBAI PENDUSTA.
Farsi jatuh pada zaman Umar bin Khattab. Longgokan harta rampasan perang terlalu banyak melimpah ruah, di saat itu juga khalifah Umar menemui mahkota dan gelang kebesaran Kisra bin Hurmus lalu memanggil Suraqah bin Malik mengenakan pakaian kebesaran Kisra itu di tubuh Suraqah lengkap dengan seluar dan kasut. Kemudian Umar menyisipkan pedang dengan tali pinggang kebesaran Kisra. Mahkota diletakkan di kepala Suraqah dan memakaikannya gelang kebesaran itu ke dua-dua tangan Suraqah dengan diiringi laungan takbir.
Suraqah bin Malik terdiam mematung mengenang kebenaran ucapan Rasulullah SAW belasan tahun yang lalu. Itulah dia AKIDAH PEMIKIRAN disebut oleh Syed Qutb dalam Petunjuk Sepanjang Jalan bab "Laillah haIllallah Manhajul Hayat". Syed Qutb menerangkan bahawa Akidah Islam itu adalah "gambaran pemikiran" bermaksud kepercayaan kita meliputi apa yang kita fikir mampu tidak. yakin kita akan Islam itu berdaulat di negara ini!
NGO ISLAM BERSAMA PAS
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zain, menyifatkan
harapan untuk membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau
Akta 355 di parlimen kini umpama senipis kulit bawang putih. Katanya “Tinggal Tuan Guru Haji
Hadi dan MP PAS bergelut untuk bangkit. Harapan kita kini senipis kulit bawang putih,”
Memang kita ada perbezaan pandangan dengan Zamihan tetapi kita ada persamaan dalam RUU 355.
Ini suatu pertanda kebaikan.
Begitu juga dengan ABIM yang mesra sebelum ini kini lebih mesra kepada PAS dalam usaha
menegakkan undang-undang Islam. Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
Muhammad Faisal Abdul Aziz pula mendesak supaya kerajaan memberikan penjelasan kerana
sebelum ini Najib telah memberi jaminan RUU355 itu akan dibawa ke parlimen.
Masih ingat IRC (dikenali Alami di Mesir)
meresapi dalam PAS cuba menguasai Lajnah
Tarbiyyah PAS melalui 7 orang anak usrah
Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHA). Salah
seorangnya Ustaz Alias Osman penterjamah
buku "Apa Erti Saya Menganut Islam" projek
Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat di bawah TGHA.
Komplot mereka terbongkar apabila Meor Saari
kini dipercayai menjadi guru di Terengganu
mengedar surat 3 muka surat.
Hubungan PAS-IRC menjadi makin rumit sekitar
tahun 1980an pusat pengajian tinggi menjadi
perbalahan antara puak PAS dan IRC. Abu Urwah
(Saari Sungip) akhirnya menubuhkan JIM.
Kemudian JIM pecah lagi kepada IKRAM dan
ISMA. IKRAM mewarisi IRC cuba menguasa
PAS dengan kemasukkan beramai-ramai ahlinya dalam PAS.
Semasa itu wujud Jamaah dalam Jamaah dan keputusan mesyuarat tertinggi PAS sentiasa bocor.
IKRAM/IRC hampir menguasai sepenuhnya PAS sehingga lebih daripada 17 anggota mereka
menjadi AJK Tertinggi PAS Pusat. Saya tak sambung cerita kerja jahat IRC ini.... Mungkin kalau
ada masa saya panjang isu ini.
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam pecahan JIM yang pro kepada UMNO
sebelum ini kini lebih pro kepada PAS. Sebahagian daripada mereka kini menguasai parti BERJASA
dan menjadi rakan Block ke-3 bersama PAS dan akan bertanding di beberapa kawasan Melayu yang
diwakili bukan Islam.
Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman, Anggota Majlis Syura ISMA berkata keputusan kerajaan Barisan
Nasional (BN) tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 bukan satu perkara yang mengejutkan kerana parti
itu sejak merdeka dahulu lagi memang tidak mempunyai aspirasi Islam.
Malah Tabligh yang dulunya dikatakan Jamaah yang tidak menghiraukan politik kini telah di dekati
oleh PAS. Tuan Guru Abdul Hadi berjumpa dan berbual dengan barisan Majlis Syura Jemaah
Tabligh.
Malah Pemuda PAS juga berbuat demikian.
Kalau saya senarai NGO-NGO lain, sudah parti artikel kali ini akan jadi cerpen.... Apa yang saya nak
simpulkan bila PAS memperjuangkan RUU 355 masyarakat Islam bersama PAS.
NGO YANG TAK BERSAMA ISLAM
Kita sudah maklum, Sisters In Islam (SIS) memang menentang RUU 355. Siti Kasim, Zaid Ibrahim
dan beberapa blogger yang minuman keras menjadi amalan. Mereka yang tidak mengamalkan Islam.
Seperti yang saya coret di atas, IKRAM kini mengarah ahli-ahlinya untuk menjadi ahli pari PAN.
Mereka bersama dengan PAKATAN HARAPAN antara yang menyerang hebat PAS.
Akibat daripada sikap mereka ini, IKRAM kini tidak mendapat sambutan muda mudi. Malah ramai
ahlinya yang dulu sokong PAS keluar daripada IKRAM kerana IKRAM telah lari daripada landasan
perjuangan Islam sebenar.
IKRAM akan mengalami nasib yang malang, tadikanya merosot, sekolahnya kini menghadapi
kekurangan pelajar, walaupun DAP telah memberikan peruntukkan RM15 juta untuk sekolahnya
(baca di sini) tetapi perkembangan mutakhir ini menunjukkan agak menurun sangat ketara.
Dr Maszlee Malik perancang utama masa hadapan IKRAM melihat fenomena 'tsunami Islam'
sekarang mengacam kedudukan IKRAM yang pada asalnya ingin menguasai parti PAN sebagaimana
mereka buat kepada PAS. Tidak hairan kini Maszlee Malik dilihat cuba lunak dengan perjalanan
RUU 355. Katanya pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai perkara itu
malam tadi tidak boleh dianggap sebagai anti-klimaks.
“Kita tahu ia tak akan berlaku, dan RUU itu akan dikembalikan kepada (Presiden PAS, Abdul)
Hadi Awang. Tidak seperti sesetengah orang yang menunggu klimaks, pengumuman berkenaan
langsung tidak mengejutkan.
AKHIRNYA
Saya sangat setuju dengan kata-kata Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS "Kepada PAS tidak ada
perkara yang rugi. Siapa bawa pun tidak mengapa, asalkan agenda Islam dapat dilaksanakan. Hatta
jika DAP hendak bawa pun PAS akan sokong."
Bagaimana PAS Mengemudikan Tsunami Islam? Posted on Friday, March 31 @ 11:00:50 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah |
Bagaimana PAS menjana Budaya Politik Matang dan Sejahtera sehingga dapat mengemudikan
tsunami Islam dalam PRU14 nanti? Tugasan ini bukan sekadar peranan pemimpin, setiap ahli PAS
mesti berusaha untuk mendekati ahli dan penyokong UMNO serta pengundi atas pagar yang
mengikut kajian agak besar jumlahnya. Mutakhir ini diberitakan ada tendensi baru dari kalangan
mereka untuk menyokong dan seterusnya mengundi PAS. Situasi ini berlaku atas tiga faktor besar.
Pertama, faktor kebobrokan UMNO/BN. Kesnya didominasi oleh kelemahan Najib yang terikut-ikut
dengan karenah Rosmah. Kegagalan Najib meningkatkan taraf ekonomi rakyat. GST dan kos sara
hidup semakin melemaskan rakyat marhaen. Di samping itu, rakyat bermaklumat melihat bagaimana
pemimpin UMNO melekat pada stigma rasuah. Mereka mula sedar politik UMNO adalah politik
masuk kantung sendiri.
dengan karenah Rosmah. Kegagalan Najib meningkatkan taraf ekonomi rakyat. GST dan kos sara
hidup semakin melemaskan rakyat marhaen. Di samping itu, rakyat bermaklumat melihat bagaimana
pemimpin UMNO melekat pada stigma rasuah. Mereka mula sedar politik UMNO adalah politik
masuk kantung sendiri.
Kedua, rakyat mula jatuh hormat kepada pendekatan baru PAS melalui Budaya Politik Matang dan
Sejahtera. PAS tidak lagi dilihat sebagai pembangkang yang membangkang secara semberono dan
berpolitik konfrantasi. PAS yang bersendirian diyakini jujur dan benar dalam memartabatkan Islam
apabila sanggup berpisah daripada DAP yang dimateri dalam minda Melayu sebagai pengamal
chauvanisme.
Sejahtera. PAS tidak lagi dilihat sebagai pembangkang yang membangkang secara semberono dan
berpolitik konfrantasi. PAS yang bersendirian diyakini jujur dan benar dalam memartabatkan Islam
apabila sanggup berpisah daripada DAP yang dimateri dalam minda Melayu sebagai pengamal
chauvanisme.
Ketiga, Melayu/Islam melihat kalau bukan UMNO/BN, altenatifnya bukan Pakatan Harapan (PH).
Walaupun pada peringkat awal golongan dalam UMNO yang meluat dengan Najib-Rosmah
meletakkan harapan kepada Mahathir-Muhyiddin, namun apabila PPBM bersetongkol pula dengan
DAP melalui PH, maka mereka kembali kecewa. Justeru, demikianlah bertiupnya berita sepoi-sepoi
bahasa bahawa kali ini PAS-lah pilihannya.
Walaupun pada peringkat awal golongan dalam UMNO yang meluat dengan Najib-Rosmah
meletakkan harapan kepada Mahathir-Muhyiddin, namun apabila PPBM bersetongkol pula dengan
DAP melalui PH, maka mereka kembali kecewa. Justeru, demikianlah bertiupnya berita sepoi-sepoi
bahasa bahawa kali ini PAS-lah pilihannya.
Senario ini tidak sayugia melunakkan telinga sehingga mendodoi lamunan ahli PAS. Situasi ini
hanyalah vitamin dan suplemen yang sewajarnya menjadi sumber motivasi untuk setiap ahli
meningkatkan daya juang masing-masing sama ada melalui pengorbanan masa, tenaga, wang, harta,
idea dan segala kepakaran.
hanyalah vitamin dan suplemen yang sewajarnya menjadi sumber motivasi untuk setiap ahli
meningkatkan daya juang masing-masing sama ada melalui pengorbanan masa, tenaga, wang, harta,
idea dan segala kepakaran.
Kata orang, kalau selangkah lagi ditakdirkan Islam akan menang, takkan sayap yang patah tak berani
bertongkatkan paruh. Takkan lutut yang cedera, siku tak boleh dijadikan senjata. Bidalan berpesan,
adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Semua pecinta kemenangan
Islam mesti bekerjasama untuk mengukuhkan parti.
bertongkatkan paruh. Takkan lutut yang cedera, siku tak boleh dijadikan senjata. Bidalan berpesan,
adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Semua pecinta kemenangan
Islam mesti bekerjasama untuk mengukuhkan parti.
Konklusi dan solusinya ialah kemenangan Islam hendaklah diusahakan dengan sedaya upaya. Apatah
lagi dijangkakan pada PRU14 ini, tsunami Islam mengambil gilirannya.
lagi dijangkakan pada PRU14 ini, tsunami Islam mengambil gilirannya.
Akhirnya, kerana usaha ini mencari redha Allah maka para amilin dan jundullah hendaklah melazimi
solat dhuha dan tahajjud. Pastikan helaian al-quran dibuka selalu. Puasa sunat jadi amalan. Zikrullah
dan doa kemenangan membasahi lisan.
solat dhuha dan tahajjud. Pastikan helaian al-quran dibuka selalu. Puasa sunat jadi amalan. Zikrullah
dan doa kemenangan membasahi lisan.
Sumber TKO - 31-3-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingat Syaitan aje Suka... Rupanya ada turut sama.. Posted on Friday, March 31 @ 08:01:35 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34269 |
Apabila Datuk Seri Najib Razak berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.
Saya terus mendapat whatsapp daripada kawan IKRAM yang kini menjadi pengerak utama parti PAN.
Saya jawab mudah aje. "INGAT SYAITAN AJE SUKA..."
Dia terus membalas "Bahasa politik matang, cantik sungguh budi bahasanya.. membarua, membroker dan entah apa lagi sudah jadi normal..."
Saya membalas lagi "SORRY RUPANYA ADA YANG TERASA.."
Saya memberikan perbandingan jika kita berhasrat untuk membuat sebuah masjid contohnya di suatu tempat. Tiba-tiba ada ketua perompak datang memberitahu kita untuk tidak payah bersusah payah, dia ada tempat dan jalan mudah untuk mempercepatkan cadang untuk membina masjid tersebut. Dia juga berkata dia sedia membantu memudahkan masjid itu dibina dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan.
Kita tahu perompak ini bukan boleh dipercayai kerana dia perompak yang licik yang suka berputar belit kata-katanya.
Adakah kita menolak?
Kita juga ingat bagaimana Khalid Al Walid membunuh musuh yang mengucap kalimah syahadah bila tewas dengan mengganggap musuh itu berdalih atau cuba menipu. Khalid pancung musuh tersebut.
Perbuatan tersebut dimarahi oleh Rasulullah s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah berlepas diri atas perbuatan Khalid ini. Rasulullah s.a.w berkata adakah kamu tahu apa ada dalam hati mereka itu?
Cerita ini bagi puak IKRAM yang dah jadi PAN tidak ada-ada apa-apa.
Puak PAN tidak boleh membezakan antara ORANG KAPIR dengan UMNO yang dah mengucap syahadah. Mana kita perlu utamakan dalam membuat keputusan.
Kalau Ketua perompak nak tolong bantu kita mempercepatkan proses pembinaan masjid adakah kita tolak?
Tidak timbul kita akan diperbodohkan oleh perompak.
TIBA-TIBA
Ketua perompak mengatakan mereka tidak bersedia membantu mempercepatkan pembinaan masjid itu kerana dalam konsensus perompak-perompak mereka membuat keputusan tak setuju.
ADAKAH KITA RASA TERTIPU.
Adakah berita ini boleh digembirakan.
Kalau perompak nak buat baik tiba-tiba tak jadi. YANG BERGEMBIRA adalah SYIATAN.
UMNO Tak jadi nak bentang RUU 355 atas tiket BN kerana dalam konsensus mereka tak bersetuju. PAS bersedia memberi ruang kepada UMNO atas dasar perkara ini lebih mudah.
Adakah PAS tertipu?
Adakah PAS rugi?
Kalau UMNO tak buat PAS sudah pasti akan mengikut apa yang telah lama dirancangkan. Tak timbul gopoh atau sebagainya. Itu semua alasan dan mencari kesilapan untuk membenarkan diri yang tidak suka akan RUU 355. Sebenarnya mereka ini pun sama 2 X 5 dengan UMNO walaupun pada dasarnya menentang UMNO.
Perkara ini bukan perkara yang patut kita suka dan bergembira, sebab Tok Guru Nik Aziz sebut banyak kali dalam kuliahnya kalau UMNO nak buat Islam tak akan wujud lagi PAS. Kita tentang UMNO kerana UMNO tak jalankan Islam.
Kita sedih bila UMNO yang Islam tidak mahu Islam.
Kita juga sedih puak-puak Islam dalam PAKATAN HARAPAN termasuk IKRAM kini telah lari daripada landasan Islam semata-mata mengejar PUTRAJAYA.
Saya sangat sedih bila puak-puak IKRAM antara mereka yang bergembira dengan berita Najib tak jadi nak bentang RUU 355. Merekalah orang pertama memenuhi media sosial dengan copy & paste berita ini.
Adakah IKRAM akan berasa senang hati bila RUU 355 gagal?
Kenapa kerajaan tidak membentangkan RRU355? Posted on Friday, March 31 @ 07:02:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34267 |
Akhirnya kerajaan melalui PM tok najib, tidak membentangkan RRU355 di perliment. Sebelum ini TPM tok zahid mengatakan kerajaan sendiri akan membentangkannya.
Kenapa kerajaan tidak membenangkannya walhal kerajaan selama ini mendakwa memperjuangkan Islam?
Pada penulis, jawabannya mudah sahaja. Jawabannya ialah, PM tok najib tidak yakin parti komponenya akan menyokong pindaan itu. Malulah kalau tok najib melalui menteri agamanya membentangkan RRU355 tetapi MCA, MIC, PBS dan lain-lain menolak. Tidak mustahil mereka menolak untuk menyokong kerana awal-awal lagi MCA dan parti-parti komponen di Sabah telah mengatakan dengan tegas akan menentang pindaan itu. Daripada malu, baiklah batalkan sahaja untuk membentangkannya, walau menteri agama Asyraf Wajdi mengatakan ia akta milik kerajaan.
Yang pasti puak-puak PANlah yang paling gembira. Sebab point "PAS kena kencing UMNO"
mereka, telah terjadi. UMNO sokong, PAS nak UG dengan UMNO, UMNO tak sokong (Tak bentang) PAS dikencing UMNO. Tapi yang pasti PAN jadi barua DAP, nak sokong Islam tak berani kerana takut kena lempang DAP.
Yang jelas ialah usul ini dibawa oleh PAS. Ia telah dibahaskan sebelum ini. Kalau kita tonton Utube tersebut, perbahasan aman-aman sahaja, tak adapun riuh rendah seperti yang dibayangkan ramai.
Usul ini diutarakan oleh PAS. Tapi UMNO kata UMNO yang akan bentangkan. Oklah apa ada masalah. Akhir hujung jatuhnya UMNO tak bentangkan, jadi ia kekal sebagai usul persendirian PAS. Apa yang ramai bengong benda yang simple ini?
Sekarang jelas pandangan jauh Tuan guru Haji Hadi. Hasilnya kita dapat lihat siapa pejuang Islam, siapa berpura-pura pejuang Islam. Jelas siapa berusaha, siapa berpura-pura berusaha. Yang menentang jelaslah dia penentang, tak perlulah nak dikaji selidik. Cuma yang berpura-pura itu, dah terkena peluru Haji Hadi.
Yang lain pula gembira kerana lega apabila kalau bermaksiat hanya kekal dengan hukuman denda beberapa puluh ringgit sahaja. Kalau dirotanpun hanya 30 rotan, tak sampai 100. Kalau siperasuah atau penyeleweng harta negara, lagilah leganya kerana RRU355 tidak melibatkan hudud. Jadi boleh mengumpul duit haram tanpa takut-takut lagi, apa lagi sekarang bermacam istulah muluk diberikan seperti rasuah dikatakan hanya pengubahan wang haram.
Bagi penulis, keengganan kerajaan, membentangkan RRU355, walau sebelum ini sebaliknya, akan menyerlahkan kelemahan tok najib sahaja. Tok najib gagal menguasai rakan komponennya.
RRU355 hanya sebahagian kecil peraturan dalam negara. Ia bukan melibatkan pindaan perlembagaan. Pindaan perlembagaan yang begitu besarpun mampu diubah oleh dr mahathir. Bila dia mula membuat "road show" melalui radio dan tv, tak berkutik pemimpin MCA, MIC dan yang lain. Dari segi ini, dr mahathir lebih berpengaruh.
Penulis dah lama mengikuti langkah Haji Hadi dalam politik. Kebanyakannya memberikan pertunjuk yang jelas tentang sesuatu. Seperti kata beliau bahawa Pakatan Harapan akan melutut pada PAS, sekarang dah terbukti, ada sahaja rayuan supaya PAS menyertai mereka, menyertai untuk disembelih. Sekarang "Siapa berpura-pura" telah terbukti melalui RRU355.
Wassalam.
Sumber TKO - 31-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa Depan Setelah RUU 355 Diketepikan Posted on Friday, March 31 @ 07:06:08 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34268 |
Kalau pemimpinan Negara dah jelas Malaysia tidak akan ikuti undang undang Islam , adalah wajar satu strategi untuk merangsang ekonomi dirumus dengan dasar 'Islam-is-not-our-policy'
.Dengan ini bolihlah Negara mencontohi Singapura untuk membuka luas pembangunan pelancongan melalui perjudian dan perhotelan.
Baru baru ini saya melawati Singapura dan terpegun melihat betapa indah dan meriahnya di kawasan perjudian -perhotelan mereka di Sentosa dan Marina Bay Sands. Industri perjudian di Malaysia bukanlah perkara baru. Keuntungan bisnis perjudian [selain dari Genting] di Malaysia tidak terbit di dalam laporan kewangan Negara kerana tokey tokey judi memilih tidak membayar cukai tetapi merasuah kepada penjawat penjawat awam dari Jabatan Polis dan kementrian yang memantau industri perjudian ituseperti yang dipaorkan dek Utusan malaysia baru baru ini.
Intel saya beritahu ada individu yang rugi RM 200 000 semalam hanya bermain mesin 'one-arm-bandit' di kelab kelab di Kuala Lumpur. Seperti yang dilaporkan dek RPK hanya kerabat Tun Mahathir menguasai lesen mesin judi d Malaysia ini.. Mungkin ada kebenaran tokey tokey judi akan jadi 'financier' untuk P{H di PRU 14 nanti.
Syor
1. Semua lesen yang terserah kepada tokey tokey individu /atau kelab di tarik balik pada bulan Januari tahun 2018 dan lesen Rumah judi patut di buka melalui competitive bids kepada syarikat multi-national [dengan/tanpa ] kerjasama syarikattempatan. Dengan ini isu rasuah dan pengutipan cukai akan beres selesai dengan akauntibiliti yang merangsang ekonomi Negara.
2. Pemeliharaan babi di Batu laut dihapuskan sama sekali dan pengusaha perlu digalakkan untuk melabor di Thailand , Vietnam dan Cambodia untuk bisnis pemeliharaan babi. Kawasan di bamnting bolih dibangunkan seperti pembangunan hotel/pusat perjudian di Sentosa/ Marina Bay Sands. Bisnis perjudian dan perhotel terator akan membawa 25 000 pekerjaan dan elakkan pencemaran yang berlaku di Batu Laut, Banting. .
Sumber TKO - 31-3-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramai orang suka buat dosa Posted on Thursday, March 30 @ 18:49:12 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34263 |
Kata ustaz Ghazi Abu Bakar,sahabat FB saya, ramai orang suka buat dosa.Memang benar. Itulah tanda orang jahat lebih ramai berbanding orang baik.Juga ulamak .Ulamak jahat lebih ramai berbanding ulamak baik.
Mereka yang jahat berlumba lumba buat dosa. tapi jangan lupa yang baik juga berlumba lumba buat pahala.Walaupun tak ramai berbanding dengan yang buat dosa.Itulah hakikatnya.
Bercakap pasal ramai orang suka buat dosa, maka dosa bohong yang meniti dari mulut kemulut. Terutama sekali mulut mulut orang orang politik yang jadi isu.
Sesungguhnya isu umno sokong RUU 355, tetapi kerajaan umno/BN tidak akan bentang di parlimen. Jelas Perdana Menter.Ini semacam suatu pembohongan.
Teringat saya dengan firman Allah yang bermakaud: sesungguhnya orang orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga .(surah An. Nur ayat 11).
Allah nyatakan berita bohong yang sering meniti dari mulut kemulut itu adalah daripada golongan kamu juga. Bukan orang lain.
Kita sdia maklum memang yang membawa berita bohong dibawa orang golongan kita juga. Kalau dalam parti golongan parti itu juga yang buat dan bawa jaja sana sini berita bohong.
Allah menyatakan kepada kita jangan kamu kecewa dan kesal kerana berita bohong itu bukan buruk malah ia baik bagi kamu.
Sepertimana Firman Allah yang bermasud: janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu.bahkan itu baik bagi kamu (surah An. Nur ayat 11)
Inilah yang menghaiankan kebanyakan kita, macam mana boleh jadi baik dengan berita buruk yang disebar dari mulut ke mulut itu.
Pada hakikatnya Jarang sekali mereka yang terpalit dengan gossip berita bohong boleh bersabar dan redha.Payah bagi umat Islam, tetapi mudah bagi mereka yang mukmin.
Akan tetapi Allah menyatakan itu baik bagi kamu dan bukan buruk. Maka hendaklah bersabar dan redha dengan apa apa gossip berita bohong sekalipun.
Lihat Firman Allah yang bermaksud: Setiap orang daripada mereka akan mendapat balasan daripada dosa yang dilakukannya. Dan barangsiapa diantara mereka yang mengambil bahagian terbesar (daripada dosa yang dilakukannya) dia mendapat azab yang besar (pula). (surah An. Nur ayat 11).
Balasan azab kepada orang orang yang membawa berita bohong bukan diakhirat nanti sahaja malah akan dibalas juga didunia ini. Maka tunggu. sampailah masa dan gilirannya nanti.Tunggu!
Sumber TKO - 30-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mohon bantuan Sumbangan Untuk keluarga Siti Noor Aishah Posted on Thursday, March 30 @ 09:46:57 MYT Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34259 |
Siti Noor Aishah, pelajar Sarjana Usuluddin (Akidah) Universiti Malaya, yang ditahan SOSMA pada 22 Mac 2016, kerana dituduh memiliki 12 buku yang diharamkan, telah diperintahkan untuk dibebaskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, pada 29 September tahun yang sama.
Hal ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Tiada bukti buku yang dimiliki diharamkan pihak kerajaan.
Siti Noor Aishah kemudiannya ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada hari yang sama beliau dibebaskan.
Selepas hampir 2 bulan ditahan tanpa bicara dibawah POCA (tidak termasuk 7 bulan penahanan bawah SOSMA), Siti Noor Aishah dibebaskan dari tahanan pada pagi 26 November 2016.
Namun beliau dipakaikan dengan alat peranti pemantauan eletronik (EMD) dan diarahkan untuk melapor diri ke Bukit Aman setiap hari Jumaat selama 8 minggu.
Beliau kemudiannya diarahkan untuk ditahan di mukimnya di Terengganu dan dipakaikan EMD selama 2 tahun, dan perlu melaporkan diri di IPD Dungun setiap minggu.
27 Mac 2017, Siti Noor Aishah ditahan semula dibawah SOSMA, selepas pendakwaraya membuat permohonan keatas keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Siti Noor Aishah.
*BANTUAN BUAT KELUARGA*
Keluarga Siti Noor Aishah, merupakan sebuah keluarga miskin dari Dungun, Terengganu. Beliau terpaksa mengeluarkan wang untuk urusan pergi balik ke Mahkamah di Kuala Lumpur. Bayaran peguam pula, dibantu oleh orang kampung yang prihatin.
Siti Noor Aishah, hampir sahaja memilih untuk mengaku bersalah kerana tidak sanggup melihat keluarga bersusah payah.
Mewakili SUARAM, dan masyarakat sivil keseluruhannya, kami memohon sedikit sumbangan yang boleh disalurkan terus kepada keluarga. Maklumat akaun peribadi keluarga seperti berikut:
*Bank*: Bank Simpanan Nasional
*No Akaun*: 1100441000154606
*Nama Pemegang Akaun*: Atam bin Jusof (Ayah Siti Noor Aishah)
Sebarang pertanyaan, mohon berhubung dengan Penyelaras SUARAM, Amir Abd Hadi ditalian 012-3744647.
Terima kasih
Sumber TKO - 30-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas hampir 2 bulan ditahan tanpa bicara dibawah POCA (tidak termasuk 7 bulan penahanan bawah SOSMA), Siti Noor Aishah dibebaskan dari tahanan pada pagi 26 November 2016.
Namun beliau dipakaikan dengan alat peranti pemantauan eletronik (EMD) dan diarahkan untuk melapor diri ke Bukit Aman setiap hari Jumaat selama 8 minggu.
Beliau kemudiannya diarahkan untuk ditahan di mukimnya di Terengganu dan dipakaikan EMD selama 2 tahun, dan perlu melaporkan diri di IPD Dungun setiap minggu.
27 Mac 2017, Siti Noor Aishah ditahan semula dibawah SOSMA, selepas pendakwaraya membuat permohonan keatas keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Siti Noor Aishah.
*BANTUAN BUAT KELUARGA*
Keluarga Siti Noor Aishah, merupakan sebuah keluarga miskin dari Dungun, Terengganu. Beliau terpaksa mengeluarkan wang untuk urusan pergi balik ke Mahkamah di Kuala Lumpur. Bayaran peguam pula, dibantu oleh orang kampung yang prihatin.
Siti Noor Aishah, hampir sahaja memilih untuk mengaku bersalah kerana tidak sanggup melihat keluarga bersusah payah.
Mewakili SUARAM, dan masyarakat sivil keseluruhannya, kami memohon sedikit sumbangan yang boleh disalurkan terus kepada keluarga. Maklumat akaun peribadi keluarga seperti berikut:
*Bank*: Bank Simpanan Nasional
*No Akaun*: 1100441000154606
*Nama Pemegang Akaun*: Atam bin Jusof (Ayah Siti Noor Aishah)
Sebarang pertanyaan, mohon berhubung dengan Penyelaras SUARAM, Amir Abd Hadi ditalian 012-3744647.
Terima kasih
Sumber TKO - 30-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS kena kencing lagi, BN tolak RUU355" Posted on Thursday, March 30 @ 08:52:02 MYT Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34256 |
Jika kamu antara manusia yang keluarkan ayat di atas, maaf kata, kamu jahil. Kamu jd jahil sebab kamu malas membaca secara penuh artikel ni.
Ada 2 jenis usul di Parlimen. Usul kerajaan dan usul persendirian.
Pindaan RUU355 dibawa secara usul persendirian oleh YB Marang, Tuan Guru Hadi Awang. Ianya masih kekal sbg usul persendirian sehingga hari ini mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Keputusan Dewan Tertinggi (DT) BN seperti dilaporkan dlm artikel ini memberi maksud; kerajaan tidak akan menjadikan pindaan RUU355 sebagai usul kerajaan. Bermakna TGHA akan kekal menjadi pencadang usul ini.
Skop perbincangan DT BN malam td terhad berlegar sekitar;
1) biarkan TGHA bentangkan di bawah usul persendirian; atau
2) kerajaan ambil alih dan bentang melalui usul kerajaan
Akhirnya DT BN secara konsensus memilih pilihan 1 dan membuat keputusan utk tidak membawanya di bawah usul kerajaan.
Jadi persoalan kononnya BN menolak RUU355 tidak langsung menjadi isu perbincangan sebaliknya usul ini akan tetap dibentang oleh TGHA apabila tiba masanya mengikut peraturan Dewan Rakyat . #KitaAdaALLAH
Sumber TKO - 30-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Respon Terhadap Surat Terbuka Mujahid Kepada Nik Abduh Posted on Wednesday, March 29 @ 19:59:38 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34248 |
Rasa terharulah juga apabila membaca warkah melankolik Mujahid Yusof Rawa kepada Ustaz Nik Abduh. Sopan bahasanya. Merayu nadanya. Motif tulisan boleh difahami maksudnya.
Warkah itu ditulis untuk tatapan umum berpunca daripada tindakan keluarga Nik Abduh melarang nama almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) digunakan dalam seminar anjuran Parti TIDAK Amanah (PAN).
Membaca warkah tersebut, seolah-olah luhurnya hati budi pemimpin PAN. Namun kita kenal PAN sejak mereka bersama PAS lagi. Mereka mengangkat TGNA seorang. TGNA seorang sahaja di hati mereka. TGNA-lah idola, TGNA-lah pemimpin sejati. TGNA-lah ulama tersohor. TGNA-lah Mursyidul Am terbaik dilahirkan oleh PAS.
Presiden pula seurat bulu roma pun tidak bernilai sebagai pemimpin mereka. Presiden dianggap bukan ulama lagi kerana menyanggahi Lim Guan Eng. Malah ada facebooker mereka menganggap Tuan Guru Haji Hadi(TGHH) sebagai ulama ussuk ( ulama jahat). Kalau tidak, masakan mereka membiarkan TGHH dibalun siang malam oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sejak PAS masih dalam Pakatan Rakyat.
TGHH diangkat menjadi Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia. TGHH berperanan dalam banyak penyelesaian konflik umat Islam di seluruh dunia. Iraq, Iran, Acheh, Syria, Yaman dan banyak wilayah yang TGHH terjah untuk menyelesaikan konflik antarabangsa yang melibatkan ummah. Ketokohan dan ketegasannya dibenci dan dimusuhi oleh pemuka PAN sejak mereka membarisi AJK PAS Pusat lagi.
TGNA sendiri menghormati dan mendedahkan kelebihan TGHH. Dari mulut TGNA-lah kita tahu bahawa TGNA pernah sekali bermimpi berjumpa Nabi s.a.w. manakala TGHH bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w. sampai 3 kali. Sampai akhirnya hayat TGNA, beliau memuliakan TGHH dan menyatakan kebersamaan dalam keputusan yang dibuat oleh TGHH.
TGNA sendiri mengakhiri hayatnya dalam PAS. Macam mana tergamak pemuka PAN berkata, kalau TGNA masih hidup dia akan bersama dengan PAN. Kedajalan apakah yang cuba dimainkan oleh PAN sehingga orang yang telah mati pun boleh ditohmahkan begitu sekali. Tidak lain tidak bukan untuk menjenamakan parti PAN adalah parti TGNA, manakala PAS adalah parti TGHH.
Kenapa PAN tak pernah mengambilkira sikap TGNA terhadap DAP. Macam-macam TGNA menempelak DAP apabila pemimpin mereka membuat karenah dalam isu negara Islam dan hudud.
Alih-alih apabila PAS berpisah dari DAP, dikatakan TGHH ini tak tahu berpolitik. Kononnya kalau nak menang PAS kena ikut kehendak DAP. Apabila memerintah nanti, baru bercakap tentang hudud. Apakah pemuka-pemuka PAN ingat pemimpin DAP bodoh macam mereka.
Janganlah kita mengangkat seseorang dengan tujuan memperlekehkan yang lain. Sejujurnya kedua-dua tokoh PAS ini adalah ulama yang hebat dari segi ilmu, amal dan kepimpinannya. Yang satu menguatkan yang lain sebagai mata rantai perjuangan atau ikatan batu-bata dalam jamaah. Justeru apabila PAN cuba menggunakan nama almarhum TGNA dalam seminarnya, Nik Abduh sekeluarga telah dapat menangkap permainan kotor ini. Indahnya lagu Saleem ‘Suci Dalam Debu’ . Apa yang PAN cuba lagukan ialah ’Debu Dalam Gelas Yang Suci’. Sumbang bukan?
Sumber TKO - 29-3-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perselisihan baru dalam Pas? Posted on Wednesday, March 29 @ 19:58:39 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34247 |
"
Seminggu dua ini banyak Pas kawasan di Pulau Pinang menerusi mesyuarat agung Tahunan masing masing meluluskan usul supaya Pas memutuskan hubungan dengan parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk satu pas kawasan di negeri Terengganu.
Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang belum bersuara, akan tetapi Pesurujya pas Selangor Datuk Iskandar Samad yang juga Exco Kerajaan berkata, kita tidak takut hilang jawatan. Kita takut parti AMANAH masuk.
Sememangnya tempat yang kosong akan di isis secepat mungkin apabila pas memutuskan hubungan dengan PKR di Selangor nanti.
Bermakna usul tersebut ada pro dan kontra yang merupakan krisis baru pada parti Islam se Malaysia (pas) sekarang ini.
Pada peringkat awal ia hanya perselisihan sahaja dan akhirnya mahu tidak mahu ia akan terjadi persengketaan yang sangat sukar untuk meyelesaikannya.
Lebih labih lagi, sekiranya tidak ada yang ditaati dan dipatuhinya.ia boleh membuat ahli akar umbi keliru dan nescaya berada dalam kekcacuan.
Bayangkan pemimpin yang ditaati dan dipatuhi oleh ahli akar umbi kerana kesedaran mahupun terpaksa boleh membuat parti pas selamat kerana mendapat perlindungan Allah Subha nahu wataaala.
Dengan adanya pemimpin yang ditaati dan dipatuhi dalam parti dapat membentuk suatu masyarakat parti besar yang di amanahkan para perwakilan setiap dua tahun sekali dalam muktamar agung tahunan.
Persoalan tidak takut hilang jawatan dan takut amanah masuk dapat untung rasanya ia dialami oleh mereka yang menjawat jawatan EXCO sahaja, bukan dirasai oleh ahli akar umbi.
Ahli akar umbi Nampak dua benda yang tidak baik pas kekal berada bersama dengan PKR. Pertama, PKR tidak menyokong RUU 355. Kedua, PKR kekal erat dan akrab hubunngannya dengan DAP yang anti Islam.
Manakala Datuk Iskandar Samad, nampak ruginya Pas apabila pas memutusan hubungan dengan PKR di Selangor, kerana amanah masuk dan menguntungkan parti serpihan itu.
Padal hal Presiden pas Datuk Haji Abdul Hadi Awang pernah berkata, tidak akan rugi dalam ucapan dasar muktamar agung tahunan di Kelantan suatu masa dahulu apabila timbul isu tidak menguntung pas bertahluf siaya dengan DAP.
Apabila silap perhitungan ketika berhadapan dengan perselisihan ini kerana ia akan menjadi pelanggaran pelanggaran yang akan membuahkan persengketaan besar yang sangat rumit untuk mencari penyelesaian.
sehubungan dengan itu, mari kita lihat sabda Rasulullah,Diriwayatkan dari Ka’ab bin Malik Ra. Rasulullah SAW bersabda perumpamaan orang mukmin adalah seperti batang pohon yang lentur tapi kukuh apabila digoyang- goyangkan angin, sekali diterpa angin dia akan rebah lalu tegak kembali sampai akhir ayatnya, sedangkan perumpamaan kafir adalah seperti batang pohon urzah yang nampak kukuh diatas pangkalnya, tidak tergoyangkan oleh angin kecil tetapi akan tercabut hanya dengan sekali terpa angin kencang. Dalam riwayat yang lain sekali dilenturnya akan merunduk ke tanah, dan sekali diluruskannya akan tegak kembali sampai ajalnya tiba, sedangkan perumpamaan orang munafik adalah seperti batang pohon urzah yang nampak kukuh yang tidak goyah jika diterpa angin kecil (8: 136-SM)
Demikianlah perumpamaan yang boleh kita menilai yang mana satu lebih baik untuk meneruskan perjuangan. Yang kita nampak pada hari ini, dalam arena politik negara satu Malaysia. Rakyat jelata lebih yakin dengan pohon urzah yang nampak kukuh yang tidak goyah apabila diterpa angin kecil
Sumber TKO - 29-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa Kit Siang “Bunuh” Tan Seng Giaw Posted on Wednesday, March 29 @ 08:52:24 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34244 |
Pada tahun 2008, Guan Eng bukannya Chow Kon Yeow telah dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada pelan Kit Siang untuk mewujudkan dinasti politik Lim dengan anaknya sebagai pengganti. Pada bulan Oktober 2012, Anthony Loke datang dengan informasi yang Tan Seng Giaw adalah lebih popular daripada Guan Eng, yang mungkin akan kalah dalam pemilihan parti Disember 2012.
Itu adalah apabila Anthony Loke, Vincent Wu dan Chong Chieng Jen telah diberitahu untuk datang dengan pelan tentang bagaimana pada pemilihan parti itu untuk memastikan bahawa Seng Giaw dikalahkan dengan Kit Siang dan Guan Eng menang skor tertinggi.”
DAP: KISAH DISEBALIK TABIR
Lim Kit Siang dan Tun Dr Mahathir Mohamad kedua-duanya berkongsi satu persamaan – kedua-duanya mahu mewujudkan dinasti politik dengan anak-anak mereka sebagai pengganti (itulah sebabnya kedua-dua boleh bekerja bersama walaupun mereka membenci antara satu sama lain dan tidak mempercayai antara satu sama lain). Dan itulah sebabnya Kit Siang menjadikan anaknya, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang (manakala Mahathir mengacau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menjadikan anaknya, Mukhriz, Menteri Besar Kedah).
Ketua Menteri / Menteri Besar adalah jawatan yang sangat berpengaruh dan membantu mendorong anda ke atas. Dan ia kelihatan seperti kedua-dua anak Mahathir dan Kit Siang yang ‘terkenal’ itu mudah dalam perjalanan mereka. Dan pada pemilihan parti 2012 Guan Eng sepatutnya mengukuhkan kedudukannya dalam parti beliau (manakala pada tahun berikutnya, pada tahun 2013, Mukhriz sepatutnya melakukan perkara yang sama). Walau bagaimanapun, terdapat satu halangan kepada masa depan Guan Eng dalam politik dan parti. Dan halangan tersebut itu adalah dari individu bernama Tan Seng Giaw.
Seng Giaw terpaksa ‘dibunuh’ jika Guan Eng ingin mengambil alih kepimpinan DAP.
Walaupun Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Seng Giaw lebih popular daripada beliau. Seng Giaw sangat disukai oleh veteran parti dan dianggap baik walaupun oleh penyokong bukan pembangkang dan pemimpin. Lebih penting lagi, panglima perang DAP seperti Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau menganggap Seng Giaw lebih baik daripada Guan Eng yang sebenarnya sangat sombong dan sentiasa kurang ajar.
Kit Siang melantik Guan Eng dan bukannya Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang supaya Dinasti Lim boleh terus berkembang
Ahli DAP berbangsa india juga melihat Seng Giaw sebagai lebih berprinsip dan tidak bersikap perkauman dan diskriminasi terhadap bukan Cina seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Melayu juga suka kepadanya kerana dia boleh bercakap Bahasa Melayu hampir sempurna, tidak seperti pemimpin-pemimpin DAP lain yang bertutur dalam Bahasa Melayu pasar hinggakan kanak-kanak sekolah rendah melihatnya sebagai kelakar. Tambahan pula, akar umbi PAS dan pemimpin parti menyukai Seng Giaw – dan jika beliau dan bukannya Kit Siang adalah pemimpin DAP maka perpecahan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2013 tidak akan berlaku.
Bagaimanapun, pada bulan Ogos 2012, Kit Siang meminta Anthony Loke Siew Fook untuk menjalankan kaji selidik beliau di kalangan akar umbi DAP untuk melihat bagaimana popular Seng Giaw dibandingkan dengan pemimpin lain. Pada bulan Oktober, Anthony Loke datang dengan informasi dan laporan tersebut begitu membimbangkan. Seng Giaw akan mendapat undi tertinggi.
Kit Siang akan menang sekitar kedudukan ketujuh manakala Guan Eng tidak akan berada walaupun di antara 20 teratas. Dan jika Guan Eng berada dalam senarai 20 teratas ia adalah sekitar 18 atau ke-19. Lebih buruk lagi, ahli-ahli India tidak akan mengundi untuk Guan Eng, yang mereka melihat sebagai perkauman yang mendiskriminasi kaum India.
Ini menyebabkan Kit Siang hampir kena serangan jantung. Jika dia tidak boleh mendapatkan kedudukan teratas dengan Guan Eng sebagai orang nombor dua maka ianya akan menjadi pengakhiran bagi dinasti politik Lim dan aspirasi beliau untuk Guan Eng bagi mengambil alih kepimpinan DAP. Ini bermakna bahawa pemilihan parti itu perlu ‘diaturkan’ untuk mengelakkan keruntuhan dinasti Lim dan mengakhiri harapan Guan Eng mengambil alih DAP selepas Kit Siang meletakkan jawatan atau meninggal dunia.
Anthony Loke lakukan kaji selidik dan datang dengan laporan yang membimbangkan.
Kit Siang meminta Anthony Loke, Vincent Wu Him Ven dan Chong Chieng Jen untuk datang dengan pelan tentang bagaimana mereka boleh ‘mengawal’ pemilihan parti pada Disember 2012 dan memastikan bahawa keputusan keluar seperti kehendak mereka. Seng Giaw mesti ditendang keluar manakala Kit Siang mesti menang slot teratas dengan Guan Eng sebagai nombor dua. Terdapat enam orang yang disasarkan untuk ‘pembunuhan’: Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim, Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow dan Boo Cheng Hau. Dan keenam mereka ini mesti dibawa keluar satu demi satu bermula dengan Seng Giaw pada Disember 2012 diikuti oleh yang lain pada ketika yang sewajarnya.
Pertama sekali, mereka lewat menghantar notis untuk mesyuarat tersebut; hanya lima hari dan bukannya yang diperlukan 14 hari. Seterusnya mereka menghantar notis kepada hanya separuh perwakilan dan menangguhkan notis kepada kira-kira 1,300 perwakilan, kebanyakannya ahli-ahli berbangsa India. Kemudian mereka membenarkan 547 perwakilan haram mengundi, terutamanya ahli-ahli berbangsa Cina. 547 ini diminta untuk mengundi hanya enam orang manakala Anthony Loke dan Vincent Wu ‘memangkah’ baki 14 nama.
Hasilnya adalah Kit Siang mendapat nombor satu, nombor Guan Eng dua, dan Seng Giaw telah ‘dibunuh’.
Tidak semua berwajah ceria dalam barisan baru kepimpinan DAP pusat, keputusan yang ‘diatur’ dalam pemilihan parti
Ini bukan kali pertama Kit Siang menipu dalam pemilihan parti untuk menghilangkan ancaman terhadap kepimpinan beliau. Ramai yang masih ingat ‘pembunuhan’ yang paling terkenal sekali, Lee Lam Thye, yang sepatutnya akan menjadi pemimpin DAP dan bukannya Kit Siang sekiranya dia tidak ‘dibunuh’ pada akhir 1980-an. Sejak itu banyak lagi telah ‘dibunuh’, dan dua yang terbaru adalah Seng Giaw dan Dr Boo.
Dengan Kit Siang mengawal 20 ahli CEC, dia memutuskan siapa yang menjadi pengerusi parti, setiausaha agung parti, Ketua Pembangkang di Parlimen, dan sebagainya. Beliau juga memutuskan siapa yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Pendek kata, Kit Siang mengawal DAP dan memutuskan apa yang berlaku dalam parti. Dan sesiapa yang menentang beliau dan pertikai apa yang dia kata berakhir seperti apa yang akan kamu alami di Korea Utara. Dan Kit Siang akan menggunakan pilihan raya umum akan datang untuk membersihkan parti itu sebelum membolehkan pemilihan parti akan datang diadakan, yang akan diadakan selepas pilihan raya umum. Jadi Kit Siang masih belum ‘selesai’ dengan Seng Giaw dan panglima perang yang lainnya.
– Malaysia Today
Petikan Laman AIDCNews
Sumber TKO - 29-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PKR tak pernah putuskan hubungan dengan sahabat, tapi selalu cela sahabat. Posted on Tuesday, March 28 @ 14:27:32 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34230 |
PKR tidak pernah putuskan hubungan dengan sahabat, parti sahabat, itulah mafhum kata-kata azmin ali. Ertinya PKR selalu menjaga hubungan dengan parti sahabat.
PKR ini memang pandai bermuka-muka. Pandai memutar lidah.
Azmin ali ini naik jadi MBpun dengan usaha PAS. DAP mati-mati nak wan azizah menjadi MB setelah khalid ibrahim difitnah dengan fitnah busuk lantung musuh politiknya dalam PKR. Anwar disumbat mereput dalam penjara, maka wan azizahlah pilihan DAP untuk menjadi boneka jika menjadi MB selangor. Namun PAS mencadangkan azmin kerana tahu kalau kak jah menjadi MB, kak jah bakal menjadi puppet kepada DAP.
Sekarang azmin macam kacang lupakan kulit, kaduk naik junjung.
Pemimpin pas disindir, lebailah, itulah, inilah. Lagilah makcik zuraidah, lebihlah lancang mulutnya mengalahkan murai.
Mereka ini lupa bahawa PASlah yang bermatian menggerakkan jenteranya membantu memenangkan mereka dalam PRU13. Jentera PAS siang malam berkempen. Nak harapkan jentera PKR, tak adalah. Balik-balik kempennya free anwar, menangis mengugu meminta simpati.
Bila pemimpin PAS disindir, tetaplah ahli bangkit mempertahankan. Akar umbi bingkas mencadangkan PAS memutuskan hubungan dengan simulut lancang, mulut yang tak bertapis bak kata orang tua-tua. Laaa pandai pulat azmin ali ni bersilat lidah, PKR tidak pernah memutuskan hubungan dengan parti sahabat. Amboi pandainya nak memusing kata, nak cover kalau PAS memutuskan hubungan dengan PKR, PASlah yang salah bukan dia.
Inilah sikap hi;pokrit, munafik. Diundang kemarahan ahli PAS kemudian kata pulak dia tak bersalah kalau PAS memutuskan hubungan dengan dia.
Kepala otak sekular memang tidak boleh dipercayai. Sebab sekular adalah ciptaan kafir, metlamat menghalalkan cara. Baling batu sembunyi tangan. pepat diluar rencong di dalam.
Rasanya azmin ali ni nak cari nahas. Memang nak cari nahas. Sebab orang melayu terutama pendukung parti agama (kata sayuti omar libadi, adik haji ahmad laksamana, hujung jatuh) hampir pasti akan menarik sokongan kepada PKR. Apabila PAS beranding disemua kawasan PKR yang 50:50, jangan harap PKR akan menang, harus terlingkup.
Tu sebab azmin ali ni macam serba salah. Nak ikut 100% abang tirinya DAP, takut terlingkup dalam PRU14. Nak bersama terus dengan PAS, takut dilempang lim kit siang. Maka ambil jalan hipokrit, sindir-sindir PAS supaya PAS sendiri memutuskan hubungan dengan PKR, maka adalah alasan nak memperbodohkan rakyat bahawa azmin dan PKR suci bersih, PAS yang kotor. Macam PANlah, lidah bercabang.
Maaflah kerana penulis agak kasar. Sebab kepala batu kena ketuk dengan tukul besi. Tak mampan diketuk dengan tukul kayu. Itupun entah pecah entah tidak. Agaknya kena letupkan dengan granait baru pecah.
Wassalam.
Sumber TKO - 28-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Watak Mahathir Dalam Drama "Menantu Hantuk Kepala Mentua" Posted on Tuesday, March 28 @ 14:24:04 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34229 |
Episod kontradiksi baru bermula. PPBM cuba menunjangi Pakatan Harapan (PH). Mereka mencadangkan nama dan logo baru. Malah mereka menyatakan keperluan PH menjadi gabungan parti berteraskan Melayu. Tidak menunggu lama untuk PPBM mendedahkan nafsu besar mereka. Sebab itu mereka mencadangkan PH meniru konsep BN. Nah, apa respon DAP, PAN dan PKR?
DAP awal-awal lagi tidak menyangka PPBM membuat cadangan sedrastik begitu. Hinggakan Lim Guan Eng menyangka cadangan itu hanya mainan media pro UMNO. PAN pula lebih sudu dari kuah dalam mempertahan hegemoni DAP. PKR pula jelas tidak bersetuju kerana mereka juga parti rencam kaum.
Saat darah masih manis, tidak sukar untuk mereka duduk semeja mencari keselarasan hasrat dan kata. Umpama orang baru dapat menantu. Kentut menantu pun berbau wangi. Tengoklah sebulan dua nanti. Menantu hendak ubah itu ini di rumah mentua. Bukan sekadar susunan kerusi meja mahu diubah. Malah geran tanah pun menantu minta pinda.
Lim Kit Siang bermenantukan Mahathir. Konon menantu ini mampu menjadi aset untuk mengambil alih Putrajaya. Rupa-rupanya Lim Kit Siang tak menduga menantu yang sudah lanjut usia ini masih kuat degil dan keras kepalanya. Kalau Lim Kit Siang itu ruas, maka Mahathir sudah menjadi bukunya.
Demikian episod sebuah drama “Menantu Hantuk Kepala Mentua”. Episod seterusnya penonton akan dihiburkan dengan teknik plot konflik. Adakah PPBM berjaya mengubah nama dan logo baru? Dan apakah sikap DAP dalam melayani menantu selepas habis manisnya nanti?
Drama lebih menarik dengan gabungan dua tiga konflik yang kompleks. Cubaan Mahathir menguasai PH tidak akan habis di sini. Rakusnya akan lebih menyinga ketika pembahagian kerusi untuk ditandingi nanti. Ketika itu Wan Azizah dan Mat Sabu akan panas punggung. Telinga berasap menahan haba dalaman. Rasanya klimaks drama akan berlaku menjelang PRU14. Teknik plot peleraiannya pula akan menjadi pengakhiran sebuah drama pasca PRU14.
Maka tepatlah firasat Tuan Guru Haji Hadi (TGHH). BN dan PH – kedua-duanya adalah biawak hidup. Menyertai mereka adalah seperti mendukung beban dan cakarannya. Dalam kata lain, tiada beban, batu digalas. BN koliasi korup menjahanamkan ekonomi dan kemakmuran negara. PH pula dua daripada empat komponennya adalah parti setahun jagung yang ditubuhkan atas dasar dendam dan kecewa. Agenda PAN untuk menumbangkan PAS. Agenda PPBM untuk menjatuhkan Najib. Maka secara jujurnya di manakah agenda membela rakyat dan keikhlasan perjuangannya?
Penutupnya, sekiranya Najib ditewaskan atau berundur, ada atau tidak kemungkinan Mahathir, Muhyidin Yassin dan gerombolannya kembali ke pangkuan UMNO/BN? Mahathir telah buktikan; dia keluar UMNO dan dia buat pusingan. Justeru, apakah jaminan rakyat tidak diperbodohkan?
Sumber TKO - 28-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perlunya Hidup Berjemaah Posted on Tuesday, March 28 @ 11:24:09 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34227 |
Oleh: Ahmad Hakimi Othman
Kita tidak mampu buat semua kerja Islam. Sebab itu kita perlu berjemaah. Dalam banyak-banyak kerja jemaah yang paling sukar dan sangat mencabar adalah membina generasi dan akar umbi yang memahami asas dan dasar Islam.
Kemudian dari situ, memahami bagaimana strategi Islam disusun berdasarkan garis panduan hukum-hakam Islam.
Melaksanakan kerja dan perintah pimpinan dengan thiqah dan taat adalah disiplin berjemaah yang tidak boleh diabaikan.
Waktu yang sama, membina ahli-ahli yang peka dan faham Islam perlu seimbang supaya hisbah, amal maaruf dan nahi mungkar bermula dari dalam dan bukan sekadar menyeru islah tetapi cakap tidak serupa bikin dalam pelbagai aspek perjuangan.
Kesabaran untuk berpegang dengan prinsip dan istiqamah berpandukan Quran dan Sunnah ketika diuji susah dan senang amat perlu dititik beratkan.
Ada orang bertahan ketika diuji dengan susah. Namun, ketika diuji dengan kesenangan dan segala manfaat, pengorbanan untuk bertahan dengan prinsip akan dihadang dengan pelbagai alasan dan kata-kata untuk menghiasi tindakan yang berdasarkan nafsu dan kepentingan.
Apa pun bersabar dan istiqamah dapat menghasilkan suatu nikmat yang tidak dibayangkan di dunia ini (kemanisan Iman).
Sumber TKO - 28-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Awas dedalu dalam PAS
PEPATAH melayu ada menyebutkan “seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu : hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah”. Maksudnya orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu.
Begitulah parti PAS ini, sentiasa dipenuhi dengan watak-watak ikhlas yang hanya menawaitukan diri mereka untuk melihat Islam tertegak di atas muka bumi Allah ini. Dalam hati mereka, tiada apa yang lebih patut diperjuangkan melainkan hanya untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Segala wang ringgit, masa dan tenaga disalur semampu mungkin. Hujan itu umpama panas, panas itu umpama hujan, mereka meredah tanpa mengira keadaan. Kekadang hati sayu melihat pengorbanan mereka yang tidak mampu kita ikuti. Siapalah kita.\
Nama pun perjuangan Islam, lebih banyak susah dan kalah daripada senang dan menang. Tapi mereka juga manusia. Kalau kalah, mereka sedih, muram malah menangis juga. Apabila menang, mereka syukur, senyum dan kembalikan semula keadaan kepada Allah Maha Berkuasa yang memberi kemenangan.
Kalah atau menang, semuanya dari Allah. Mereka hanya ikut arahan pimpinan. Kalau A kata pimpinan, maka A lah yang mereka buat. Kalau esok pimpinan kata B, mereka tidak bantah. Maka B lah yang mereka laksanakan. Mereka yakin dengan kepimpinan ulama dan ulama tidak akan buat keputusan jika ia melanggar perintah Allah.
Mereka faham perjuangan dalam Islam bukan semudah A, B atau C. Tapi selepas penat lelah berjuang, minum ABC berjemaah lebih menyeronokkan. Penat panjat tangga pasang bendera mereka lupakan. Bimbang anak isteri ditinggal dirumah mereka simpankan. Pendekata pada mata orang ramai, orang PAS sentiasa gembira, walau menang ataupun kalah. Thumbs up untuk mereka.
Namun, dedalu ada dimana-mana. Di cawangan, di kawasan, di negeri malah diperingkat Pusat pun tidak terlepas. Mereka menanti saat sesuai untuk menonjolkan diri. Kononnya mereka bergerak dibelakang tabir. Tidak mahu glamor. Tidak mahu riak. Tapi dalam hati mereka...?
Ya, hanya Allah yang lebih Mengetahui niat masing-masing. Tapi tindakan mereka sentiasa dilihat khalayak. Mereka seperti bebas, tidak suka diikat. Parti kata X, mereka buat Y. Parti nak Y, mereka buat X. Nampak berbeza tapi tetap bersama. Kerana apa? Kerana aku dedalu.
Sesuai dengan watak dedalu yang menghinggap, tentulah hinggapan mesti kena pada tempatnya. Kalau pokok sakit yang dihinggap, alamat sakit la dia. Sudah tentu pokok sihat, tegap dan subur menjadi sasaran. Tak gitu?
Kita ada mata, kita melihat. Mereka ada duit, mereka mengikat. Kalau tiada kepentingan, janganlah cuba-cuba diri nak diikat, kelak umpama hampas tebu dibuang merata, disepak sana sini. Ditanya pula soalan nakal, kenapa nak mengikat? Dah tentu lah hasil belakang hari yang akan diutamakan. Banyak pelaburan, banyaklah pulangan !!!
Nak memudahkan kerja, dicatur itu dan ini dan begitu dan begini. Kelak pelaburan yang dijana bakal berhasil. Penentang diketepikan seboleh-bolehnya. Jangan jadi pelambat kerja. Kerja kena pantas, cekap dan berwawasan.
Pengikhlas-pengikhlas parti, mereka melihat. Mereka ada telinga mereka dengar. Semuanya kawan-kawan mereka dahulu. Sama-sama bertepuk tampar. Tapi sekarang, kawan nampak dekat tapi sebenarnya jauh nak dicapai.
Apa yang dedalu nak? Tidak cukupkah apa yang mereka ada. Mengapa kawan-kawan kami dijadikan mangsa. Mereka kawan kami, jangan kata kami tidak sedih. Mereka sebantal dengan kami, jangan kata kami cemburu. Tidak sama sekali.
Kami hanya petugas parti yang melaksana setiap arahan pimpinan. Kami tiada jawatan, tiada pangkat, harta jauh sekali. Mampu kami buat, kami laksana. Tidak mampu kami buat, hanya doa keselamatan dan kesejahteraan kami titipkan. Kami tiada niat apa-apa. Hanya kerana Islam.
Petugas parti, hati-hati lah. Di kala kita kalah dan di bawah, kita bersatu bersama-sama. Tapi bila Allah kurniakan sedikit nikmat kemenangan, pasti ada dedalu yang akan menghinggap. Mereka menghisap sehingga kering. Pokok jadi layu, kering dan mati. Hati-hatilah kawan-kawanku. – HARAKAHDAILY 27/3/2017Sumber HD - 27-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bersatu Hilang Kuasa Rundingan Dengan Pakatan Posted on Monday, March 27 @ 19:47:15 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34215 |
Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan pembangkang dapat bergerak seperti Barisan Nasional (BN) yang bertanding menggunakan satu logo, dan di mana-mana kawasan hanya mempunyai satu calon mewakili gabungan politik itu.
Idea ini pada dasarnya bagus. Cuma ia hanya akan dipakai oleh mereka yang yakin akan menang.
Satu logo
Sebagai contoh, idea menggunakan satu logo ini sangat dialu-alukan oleh parti yang kecil dan baru seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah tetapi tidak pada parti yang besar dan lama seperti DAP dan PKR sekiranya kedua-dua parti itu tidak yakin akan menang.
Ini bukan kali pertama cadangan menggunakan satu logo untuk pembangkang dibangkitkan. Ia pernah timbul sebelum pilihan raya umum ke-13, tapi cadangan ini ditolak walaupun ketika itu Pakatan Rakyat yakin menang.
Logo adalah satu faktor yang penting ketika mengundi. Ingatkah bagaimana DAP menghabiskan tenaganya untuk mempromosikan logo Amanah ketika pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu, dengan menyamakan logo Amanah dengan kuih bacang kegemaran orang Cina?
Menggunakan satu logo yang tidak dikenali dalam masa yang sebegitu singkat sebelum pilihan raya umum ke-14 membawa risiko tinggi kepada DAP dan PKR. Risiko ini tidak akan menjadi masalah sekiranya DAP dan PKR yakin peluang kemenangan di PRU14 itu besar di dalam pertarungan 3 penjuru.
Sekiranya DAP dan PKR memasuki PRU14 hanya dengan niat mempertahankan apa yang ada (walaupun di luaran mereka menciptakan persepsi bahawa Putrajaya yang ingin ditawan), menggunakan logo pembangkang yang baru ini bakal menjadi masalah kepada mereka.
Jadi, tidak perlu hairanlah jika tuntutan ini ditolak pada akhirnya walaupun pada awalnya ia nampak sebagai satu idea yang boleh diterima.
Menggantikan nama Pakatan Harapan
Dr Mahathir menegaskan nama Pakatan Harapan perlu digantikan selepas kemasukan PPBM. Jika apa yang disebut Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam betul, nama baru yang diimpikan Dr Mahathir ialah Barisan Rakyat yang mirip nama Barisan Nasional.
Mungkin Dr Mahathir memikirkan rakyat akan lebih terbuka untuk menukar kerajaan Barisan yang ada sekarang ini kepada satu kerajaan Barisan yang baru berbanding sebuah kerajaan bernama “Pakatan”.
Lagipun nama Pakatan terlalu sinonim dengan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipercayai tidak akan menjadi faktor penting di PRU14. Mungkin Dr Mahathir mahukan orang lain yang menjadi faktor.
Ketika DAP berkata bahawa pembangkang sudah bersedia menerima seorang perdana menteri wanita, Dr Mahathir tidak bersetuju. Umum mengetahui calon PM Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Jadi lelaki manakah yang akan menjadi calon PM Barisan Rakyat sekiranya Pakatan Harapan akur dengan tuntutan Dr Mahathir untuk dibubarkan namanya?
Apakah tuntutan Dr Mahathir untuk mengBNkan pembangkang akan diterima?
Hakikatnya, kemasukan PPBM ke Pakatan Harapan menjunamkan kuasa rundingan mereka dengan parti komponen Pakatan Harapan.
Parti Pakatan Harapan, terutamanya DAP dan PKR akan mengambil sebanyak masa yang boleh untuk berlengah-lengah untuk menimbang tuntutan tersebut tanpa sebarang kerisauan mereka akan kehilangan PPBM.
Ini kerana PPBM tiada lagi tempat bergantung selain bersama Pakatan Harapan apabila pintu rundingannya bersama PAS kini malap.
DAP, melalui Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke, sudah pun dilaporkan secara terang-terangan memberi bayangan cadangan Dr Mahathir untuk meniru politik gaya BN telah ditolak.
Satu lagi yang menjadi kerisauan parti komponen Pakatan Harapan ialah nilai sebenar PPBM tanpa Dr Mahathir.
Apapun selepas ini, sebagai parti yang kecil seperti Amanah, PPBM akan terpaksa telan keputusan Pakatan Harapan walaupun tidak bersetuju. Dan sekiranya mereka membantah atau menimbulkan masalah, bersedialah untuk diserang habis-habisan dari segala sudut persepsi yang ada.
TIMMY SAY
Sumber TKO - 27-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tokoh:PAS bawa Safarin kenal masyarakat Posted on Monday, March 27 @ 13:50:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34209 |
PENGLIBATAN dengan PAS menyebabkan beliau dapat mengenali masyarakat dengan lebih dekat. Bukan itu sahaja, melalui PAS jugalah beliau dapat mencurahkan tenaganya menabur bakti khususnya kepada golongan yang memerlukan bantuan.
Bagi Mohd Safarin Baharom, yang bermula sebagai ahli PAS di PAS Cawangan Bandar Baru Bangi, PAS bukan hanya sekadar parti politik tetapi melangkaui ke segenap kehidupan masyarakat. Melalui PAS jugalah menjadikan anak kelahiran Pendang, Kedah berusia 40 tahun ini semakin kental dan tidak mengenal lelah untuk terus bergerak menghulurkan bantuan walau dalam apa bentuk sekali pun.
“Saya sebelum ini sangat jahil tentang agama. Dari Pasir Gudang saya berpindah ke Bangi. Benarlah, Bangi terkenal sebagai bandar ilmu kerana surau dan masjid di sini sangat hidup dengan majlis ilmu.
“Di sini ramai orang baik dan minat kepada majlis ilmu. Jalan hidayah untuk saya muncul apabila saya bertemu dengan sahabat sekerja yang kuat menghidupkan program ilmu. Kebetulan tempat kerja saya sering mengadakan kuliah dan ceramah. Rupanya kebanyakan bos adalah pimpinan PAS kawasan dan bos besar saya bekas AJK PAS Pusat, iaitu Dato’ Dr Abdul Wahab Ismail,” ujarnya membuka cerita bagaimana beliau mengenali PAS.
Sejak dari itulah, beliau tidak berpaling lagi dan terus bersamasama dengan PAS . Justeru, setiap jawatan yang diberikan kepadanya dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan merupakan amanah yang cukup besar baginya.
Safarin merupakan bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Serdang dan kini diamanahkan sebagai Penolong Setiausaha Kerja Kebajikan Dewan Pemuda PAS Selangor dan Penolong Pengarah Sektor Aset Jabatan Amal Malaysia, Negeri Selangor.
Bercerita mengenai kerja-kerja kebajikan, tenaganya dan rakan-rakan bukan hanya terhad di Selangor tetapi hampir ke seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Bukan hanya misi bantuan banjir, beliau turut terlibat dalam program berkhatan dan memberi sumbangan kepada penoreh getah di Kedah dan Kelantan sewaktu harga getah jatuh.
Sepanjang beliau melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan, sehingga kini masih terbayang di matanya wajah-wajah penoreh getah yang menerima sumbangan beras daripada PAS. Mereka cukup terharu di atas keprihatinan PAS sehingga menyuruh anak-anak kecil mereka mengucapkan terima kasih.
“Hati merasa sayu dan cukup tersentuh apabila mereka bawa anak-anak kecil mereka, suruh berterima kasih kepada kami. Bagi mereka, sumbangan masyarakat dan keprihatinan yang ditunjukkan PAS itu sesuatu yang amat besar dan amat bernilai di saat mereka memang memerlukan makanan,”ujar Safarin.
Bapa kepada empat orang cahaya mata ini juga tidak dapat melupakan saat-saat cemas apabila beliau dan kontinjen Pemuda PAS Selangor terkepung dalam banjir dan terpaksa mengharungi air yang deras sewaktu misi bantuan banjir di Kelantan pada 2014.
Di awal banjir melanda negeri itu pada pertengahan Disember 2014, beliau bersama sahabatsahabatnya yang lain diarahkan oleh Pengarah Jabatan Amal Selangor untuk meninjau dahulu keadaan banjir.\
“Seingat saya lima kenderaan 4x4 dari Selangor. Kami awalnya bergerak ke Kuala Krai menghantar sedikit keperluan dan terus ke Kota Bharu. Setelah selesai menghantar bantuan ke Kota Bharu, kami ke Rantau Panjang untuk menghantar bantuan ke situ.
“Saya menuju ke Jalan Panglima Bayu. Semasa jalan ke Panglima Bayu itulah air teramat deras dan semakin tinggi. Saya terpaksa juga mengharungi air sepanjang 10 kilometer. Perasaan takut tak tahu macam mana nak cakap. Sewaktu itu kami hanya bergantung kepada Allah sahaja,”ujarnya lagi.
Sepanjang banjir melanda negeri itu, beliau berulang alik sebanyak 11 kali untuk memberi bantuan di sana.
“Antara kejayaan kami dalam membantu mangsa banjir, kami berjaya membina sebuah surau di Hulu Temiang, Kuala Krai dan beberapa buah rumah untuk mangsa banjir di Kuala Krai melalui PAS kawasan,”katanya.
Mengakhiri perbualannya , Safarin menaruh harapan yang tinggi agar Allah terus memberikannya kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus menyumbang tenaga di dalam masyarakat dan terus bersamasama dalam perjuangan Islam.
Sumber TKO - 27-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Muktamar DMPM pentas atur strategi pacu kemenangan Posted on Monday, March 27 @ 13:22:22 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34207 |
Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD MUKTAMAR Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali Ke-57 pada tahun ini bakal berlangsung di negeri Jelapang Padi bermula pada tarikh 27 dan 28 April bertempat di Pusat Pengajian Darul Hadis, Alor Star, Kedah.
Bersesuaian dengan agenda Muktamar Tahunan PAS ke-63 yang mencatur pentas Muktamar sebagai platform untuk mengatur strategi berhadapan Pilihan Raya Umum ke- 14 ini, Dewan Muslimat masih mengekalkan tema yang sama iaitu Muslimat Memacu Kemenangan.
Menariknya, program yang penuh dengan pelbagai acara menarik sepanjang Muktamar Muslimat PAS bersidang, ucapanucapan perbahasan para perwakilan dari 692 perwakilan pasti akan menyentuh bukan sahaja isu semasa yang melanda wanita, keluarga dan masyarakat malah turut mengajak ke arah perubahan negara sempena PRU ke-14.
Program yang akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS Pusat, Tuan Guru Haji Hashim Jasin akan membuka tirainya pada sebelah petang 27 April manakala pada sebelah malam disasarkan akan diadakan pemilihan jawatankuasa pemilihan ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS.
Lebih mendebarkan, dijangkakan pemilihan ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS akan turut menampilkan muka-muka baru yang akan meneruskan pucuk pimpinan Dewan Muslimat PAS selari dengan tema yang ditampilkan.
Serasi dengan slogan yang diperkenalkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) sudah tentu akan dipencak dengan nada yang lebih berhemah oleh Muslimat PAS dalam pemilihan jawatankuasa nanti.
Nada berpolitik dengan lebih matang khasnya ketika pemilihan calon ahli jawatankuasa nanti juga akan menggamit puluhan hadirin pada sidang Muktamar Dewan Muslimat PAS nanti.
Menurut Setiausaha Dewan Muslimat PAS, Kartini Ahmad selain daripada itu, kelainan yang akan ditonjolkan pada Muktamar Dewan Muslimat PAS adalah kesungguhan muslimat PAS menggembleng isu-isu Felda yang juga dekat di hati muslimat PAS.
“Pada Muktamar kali ini, kita akan lancarkan badan bukan kerajaan (NGO) khusus untuk menangani isu-isu Felda nanti. Mereka ini terdiri daripada muslimat PAS yang akan turut sama berkeras memperjuangkan hak warga Felda dan sebagainya.
\
“Selain itu, akan ada juga pelancaran beberapa Ngo lain pada muktamar ini,” katanya
Sementara itu, pengisian definisi Muslimat Hakifi akan turut disampaikan oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh sebagai pengisian berilmiah untuk melahirkan muslimat PAS yang lebih lengkap untuk memimpin negara.
“Diharapkan dengan pengisian Muslimat Hakifi peringkat ke-6 dan Sufi ini sebagai persediaan dari segi mental dan fizikal untuk Muslimat PAS, akan berjaya diserapkan pada malam tersebut yang mana pengisian ini berperanan penting untuk mengajak muslimat berdiri teguh dengan pendirian Islam,” katanya.
Tema Hijau Masih mengekalkan warna hijau sebagai warna penyeri Muktamar Dewan Muslimat PAS, turut dicadangkan warna ungu sempena Himpunan 355 sebagai warna penghias dokumen-dokumen pada hari tersebut.
Sebagaimana muktamar sebelum ini, persidangan ini akan turut dihadiri oleh pemerhati-pemerhati dari luar negara antaranya ialah delegasi badan bukan kerajaan dari negara Indonesia.
“Untuk persiapan awal, Muktamar Dewan Muslimat PAS sudah bersedia Berjaya menarik bukan Islam bersama PAS. Muka lama, yang baharu semua bekerja demi Islam. sepenuhnya menyambut tetamu-tetamu dari luar negara dan juga perwakilan mahupun pemerhatipemerhati dari badanbadan bukan kerajaan (NGO) mahupun NGI.
“Kita terbuka dengan semua dan kita harapkan Muktamar Dewan Muslimat PAS ini, akan memberi lebih kesan kepada muslimat di kawasan Kedah khasnya, memandangkan sasaran kita sebagaimana yang diketahui adalah kita ingin merampas negeri Kedah pada PRU ke-14 nanti,” katanya.
Sumber TKO - 27-3-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mat Sabu oh Mat Sabu Posted on Monday, March 27 @ 13:04:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34204 |
Kata Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu pada presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Awang “Dulu lawan UMNO. Sekarang naik sekapal bantuan umat Islam Rohingya, Sengih sampai tak boleh tutup mulut
Sememang sebut sahaja nama Mohamad Sabu dominasinya gemar sindir menyindir dan melabelkan siapa sahaja yang dibencinya.
Ketika benci dengan Tun Mahathir Mohammad, Beliau berkata Mahathir Mohammad “maha Firaun” sedangkan jika orang yang kita kata dia maha firaun itu bukan maha firaun, maka kitalah yang jadi maha firaun.
Sekarang neliau sindir presiden PAS pulak, kerana bersengkongkol dengan UMNO untuk menghantar bantuan kepada umat Islam Rohingya yang dizalimi rejim Myanmar melalui misi `food flotilla’ pada Februari lalu.
Demikinlah Mohamad Sabu dan dominasinya, baik ketika dalam pas dahulu mahu pun kini dalam PAN.
Dalam Pan Mohamad yang juga bekas Timbalan Presiden PAS berkata, PAS perlu sedar diri parti itu tidak akan menang di Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya umum sebelum ini tanpa bantuan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau boleh guna hujah miskipun hujah itu tdak masuk akal. Bila masa DAP dan PKR tolong pas di Kelantan Terengganu.
Lapan kerusi DUN pernah diberi Pas kepada PKR bertanding di negeri Terengganu. satu kerusi pun tak boleh menang. Dirinya yang bertanding ketika dalam Pas pun kalah. Hanya Kerusi Dun Bandar sahaja dimenangi PKR. Itu pun dengan bantuan pas.
Mana ada cawangan PKR di Terengganu. Satu cawangan pun tak wujud.Tidak dinafikan adanya Cabang cabang , tapi berbalah rebut kerusi sama sendiri untuk bertanding macam orang politik yang tidak tahu mengurus emosi.
Mohammad sabu sememang seorang ahli politik yang gemar cari populariti. Sebab itu dia tergamak berkata apa apa sahaja, hatta penuh dengan dusta demi mencapai impian dan citarasa miskipun bercanggah dengan Islam.
Sumber TKO - 27-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa isunya Nik Abduh kalah?
MUNGKIN ramai pemerhati politik di luar sana terkejut dengan kekalahan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz di kerusi Timbalan Yang Di Pertua Pengkalan Chepa. Tetapi bagi ahli PAS yang menerima tarbiah, ia merupakan perkara biasa.
Sebagaimana yang selalu dinyatakan, PAS bukan sekadar sebuah parti. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang mengamalkan masih mengekalkan segala nilai-nilai utama sebuah gerakan Islam. Pemilihan hanyalah satu proses demokrasi sebagai memenuhi prosedur pertubuhan berdaftar di Malaysia.
PAS yang menjunjung tinggi prinsip-prinsip Islam seringkali mengingatkan para ahli agar tidak mengejar jawatan. Kisah Abu Dzar yang meminta jawatan seringkali disebut oleh para murabbi. Sabda Rasulullah menegur Abu Dzar:
يَا أَبَا ذَرَ إنّكَ ضَعِيفٌ وَإنّهَا أَمَانَةٌ، وَإنّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إلاّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقّهَا وَأَدّى الّذِي عَلَيْهِ فِيهَا.
Wahai Abu Dzar! Sesungguhnya kamu lemah. Dan ia adalah suatu amanah. Pada hari kiamat nanti adalah kesedihan dan penyesalan, melainkan buat mereka yang mengambilnya dengan menunaikan hak dan tanggungjawab yang sepatutnya. [HR Muslim]
Lantaran hadis ini, menjadi budaya para ahli PAS apabila dilantik sesuatu jawatan, orang tidak mengucapkan tahniah sebaliknya mengucapkan takziah. Astaghfirullah kalau menang, dan Alhamdulillah jika kalah.
Jawatan hanyalah medium untuk berkhidmat di jalan Allah. Majikan sebenar adalah Dia Yang Maha Esa. Memandangkan jalan ini amat berat untuk dipikul dengan kudrat manusia biasa, maka pertolonganNya sentiasa diharap. Justeru mengejar jawatan bukanlah caranya sebagaimana Sabda Baginda SAW:
يَا عَبْدَالْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ ! لاَ تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ , فَإِنَّكَ إِنْ أُوْتِيْتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلَتْ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوْتِيْتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ إِلَيْهَا
Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu. [HR Bukhari & Muslim]
PAS tidak menawarkan sebarang imbuhan kepada penjawat-penjawat parti. Apa yang ada hanyalah imbuhan daripada tuhan, berupa pahala dan maqam di syurga bagi yang melaksanakan secara ikhlas dan menepati syariat.
Pemilihan PAS tidak pernah panas. Berlaku secara harmoni dan kadang-kadang langsung hambar. Hambar kerana tiada pertandingan dan seringkali calon menarik diri. Sabda Rasulullah SAW:
إنا لا نولي هذا من سأله ولا من حرص عليه
Sesungguhnya kami tidak melantik jawatan ini sesiapa yang memintanya atau sesiapa yang bercita-cita mendapatkannya. [HR Bukhari & Muslim]
Tiada pencaturan. Tidak timbul soal politik wang, lobi melobi dan kempen mengempen.
Semua itu hanya berlaku dalam amalan demokrasi. Sebagai gerakan Islam, ia suci dari semua itu. Ini kerana walau siapa pun yang naik, segala keputusan dan gerakerja dilakukan secara jamaie. Tiada istilah keputusan dan tindakan peribadi atas nama jamaah.
Budaya PAS adalah budaya warisan turun temurun Islam. PAS meneladani sikap para sahabat dalam pemilihan. Saidina Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah ketika menjadi calon khalifah, mereka bukan sahaja tidak kempen untuk diri sendiri, bahkan mereka mengempen untuk pesaingnya pula. Saidina Abu Bakar sendiri mencalon Umar dan Abu Ubaidah. Saidina Umar pula menyebutkan kelayakan-kelayakan Abu Bakar di hadapan khalayak sehingga akhirnya beliau terpilih.
Mungkin semua pernah ingat, ketika Tuan Guru Abdul Hadi menarik diri setelah dicalonkan sebagai Presiden PAS yang disandang oleh Ustaz Fadzil Noor. Walaupun beliau pada waktu itu lebih terkenal dan dilihat oleh ahli sebagai pemimpin masa depan, tetapi beliau secara spontan memberi alasan: "Macam mana saya bertanding Presiden dengan Ustaz Fadzil. Dalam soal solat sunat pun saya dah tak boleh lawan dia."
Yang kalah tidak akan merajuk atau bawa diri. Mereka akan jadi pembantu yang setia kepada ketua. Lihat bagaimana Umar di sisi Abu Bakar, dan Ali di sisi Uthman, dan Tuan Guru Abdul Hadi sendiri di sisi Ustaz Fadzil walaupun mereka tidak pernah bersaing. Kesemuanya menjadi orang paling kanan dalam pentadbiran bekas pesaingnya dalam pemilihan jawatan.
Mungkin sejak akhir 80-an sehingga muktamar bersejarah 2015, lantaran inflirtasi pihak luar yang berkepentingan, PAS diresapi budaya baru yang tidak sihat bagi gerakan Islam. Akibat sikap orang PAS yang tidak mahukan jawatan berlaku di berbagai peringkat, kumpulan ini mudah membina nama dengan hanya mencalonkan diri. Orang PAS, kalau ada yang nak jawatan , memang terus diberi laluan. Akhirnya dengan mudah kumpulan ini berjaya ke tampuk pimpinan pusat. Mereka berjaya melaksanakan strategi mengikut kertas kerja yang ditulis oleh pimpinan pihak ini dengan mudah pada awalnya.
Kepincangan tentang halatuju dan prinsip perjuangan PAS mula berlaku dalam tempoh itu. Ahli mula menyedari sikap pemimpin waktu itu yang membawa agenda lain dari yang selama ini diperjuangkan. Ada ahli yang terpengaruh. Mujurlah kesan tarbiah Islam masih kuat, ahli sendiri yang membuat keputusan untuk menurunkan mereka dari tampuk kepimpinan. Malangnya mereka tidak seperti orang PAS lain. Mereka tidak boleh menerima kekalahan lalu keluar menubuhkan wadah baru.
Khabar mereka, wadah baru itu semua pencalonan akan menang tiada yang kalah. Trauma betul mereka dengan terima kalah.
Kini, boleh dikatakan budaya itu semakin berkurangan pasca muktamar 2015. Kalau adapun hanya saki baki kumpulan mereka yang berstatus harumanis dan seumpamanya. Jemaah ini sentiasa dipelihara oleh Allah. Yang ada matlamat peribadi pasti akan tersingkir.
Apa yang menarik pada pemilihan kali ini, ia berlaku di saat pilihanraya umum akan berlaku bila-bila masa sahaja. Parti-parti lain tidak berani untuk buat pemilihan dalam tempoh ini. Umno dan DAP sudah menangguhkan pemilihan mereka sehingga pilihanraya. PKR bukan setakat pemilihan, bahkan langsung menangguhkan konvensyen tahunannya. PAN? Macam mana nak buat pemilihan, perlembagaan pun tak ada!
Semua parti lain tidak berani buat pemilihan kerana takut berlaku perkara tidak diingini sepanjang proses dan selepas proses. Ini kerana semua melihat bakal ketua di setiap peringkat adalah bakal calon PRU nanti. Setiap mereka ada pengikut tersendiri. Jika ditakdirkan seorang penyandang kalah pemilihan, dia dan pengikutnya akan boikot yang menang. Yang menang terpaksa mulakan gerak kerja baru. Sudah tentu keadaan ini akan menyukarkan parti.
Perkongsian daripada Dr Azman Ibrahim, TYDP PAS Setiu mungkin boleh menggambarkan keadaan ini. Seorang doktor di Manir sanggup meminjam ratusan ribu dengan Ah Long bagi menghadapi pemilihan Umno yang lepas. Rancang beliau, jika berjaya menang, cerah masa depan untuk menjadi calon dan jika menang, bolehlah membayar hutang Ah Long itu. Tetapi beliau ditakdir kalah, menyebabkan beliau terpaksa lari dari kampung meninggalkan rumah dan kliniknya kerana diburu Ah Long.
Namun PAS tetap menjalankan pemilihan dengan tenang dan harmoni, lebih harmoni dari beberapa tahun sebelum ini. Tiada isu-isu panas. Tiada kedengaran debat, salah laku dalaman, provokasi, pendedahan senarai pencalonan, kempen tidak sihat dan sebagainya. Bagi PAS, tiada apapun dalam pemilihan kali ini. Yang menang atau kalah tiada apa-apa kaitan dengan PRU. Jika tidak kerana tuntutan ROS, mungkin sekali jawatan parti tidak akan bertukar melainkan jika penyandang sakit atau mati sahaja! – HARAKAHDAILY 27/3/2017Sumber HD - 27-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------
Nazri Berjaya “Ganggu” Mahathir Posted on Sunday, March 26 @ 23:48:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34200 |
"Dia bertekad jumpa dengan saya tetapi apabila kami bertemu di tempat cendol, dia tidak berkata apa-apa. Apa gunanya berjumpa tetapi tidak kata apa-apa," jelas Mahathir dengan disambil gelak ketawa oleh para hadirin pada program ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelah malamnya.
Nazri menjawab pula dengan berkata, beliau hanya mendiamkan diri ketika pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam kerana tidak ditanya sebarang soalan.
"Jadi saya hanya menunggu dia bertanya apa-apa kepada saya. Dia tak tanya dan saya tak mahu ganggu privasi dia sedang menikmati cendol.
"Sebagai penghormatan, saya hanya menunggu dia, (tetapi) dia tak bertanya," kata Nazri
Nazri juga menjawab komen berkenaan pembangunan.
"Kawasan saya adalah sama seperti kawasannya (Tun Dr Mahathir Mohamad) di Kubang Pasu. Di kawasan luar bandar, tak ada bangunan tinggi.
"Saya tak gila nak bina bangunan 30 tingkat di Padang Rengas, ia hanya sebuah kampung. Saya belum gila lagi," kata Mohamed Nazri ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Semalam, Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengadakan lawatan ke Padang Rengas dan mengatakan kawasan itu tidak kelihatan seperti di bawah jagaan seorang menteri kabinet.
"Saya datang ke Padang Rengas nak lihat kawasan menteri, nampak tak macam kawasan menteri. Rumah robek macam tu juga.
Dalam isu Nazri Vs Mahathir, saya melihat tidak lebih daripada tujuan Nazri (atau mungkin UMNO) hanya sekadar cuba mengganggu Tun Mahathir. Mereka sedar Mahathir adalah 'mastermind' untuk menjatuhkan Najib dan BN.
Jadi Nazri adalah 'brutal' yang ditugaskan untuk mengganggu Mahathir sebagai Jamal mengganggu Azmin di Selangor.
Nazri memang tunggu Mahathir. Apa tujuan Nazri tunggu Mahathir... SEKADAR NAK MAKAN CENDOL?
Nazri masuk majlis Mahathir.
Pembaca boleh lihat gambar di atas, muka penyokong BERSATU, tepuk tangan tapi reaksi muka mengambarkan apa tersirat. Biasanya gambar tidak berbohong.
Minta maaf
Saya kata NAZRI berjaya mempermainkan Tun Mahathir.
Dia cuba ganggu Mahathir.
Mahathir akan habis sikit masa untuk Nazri yang 'giler-giler' ini.
Mahathir bukan banyak masa sangat!
Patut, PAN Keluar PAS Buat Seminar Pemikiran Asri! Posted on Sunday, March 26 @ 23:00:23 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34199 |
Malam ni rasa malas nak menulis. Tapi ada penganut parti PAN, si Adili Isme beriya-iya post posting pada wall facebook saya. Dia ambil kenyataan si Hasbie Muda Ketua Pemuda parti PAN Terengganu.
Puak-puan PAN kadang kala kita kena layan juga walaupun sibuk, pasal kalau kita tak layan makin 'bodoh' jadi mereka ini.
Apa yang Hasbie Muda tulis anda boleh baca di atas. Dia kagum dengan Pemikiran Dato' Asri yang mengakhiri hayatnya dengan UMNO satu parti sekular. Hasbie ni anak saudara salah seorang isteri Presiden PAS tapi dijaja dan tular sebagai anak saudara Presiden PAS. Tak menipu tak dinamakan parti PAN.
Bukan Hasbie Muda aje kagum. Wan Rahim yang memberi kuasa kepada Husam dengan kuasa 10 pun adalah antara mereka yang kagum dan malah masih ada pemikiran Dato' Asri dalam dirinya. Dia masih simpan surat-surat Dato' Asri yang menyerang ulama PAS (Dato' Nik Abdul Aziz ketika itu) dan Pemuda PAS (Dato' Musatafa Ali ketika itu). Dia masih menyebelahi Dato' Asri dalam isu ini dan menentang Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Jangan hairan Wan Rahim Masih ada hubungan dengan UMNO Kelantan.
JANGAN HAIRAN KALAU PARTI PAN ADA PAKATAN DENGAN UMNO KELANTAN UNTUK JATUHKAN KERAJAAN PAS PADA PRU-14 NANTI.
Kalau tak betul penyataan ini, sudah pasti Dato' Wan Rahim akan saman haji (lebai). Tapi jika benar sudah pasti Wan Rahim cuba mengalih perhatian tentang hubungan PAN KELANTAN dengan UMNO dengan laporan polis dan akan saman haji. Tapi jangan percaya itu semua LAKONAN belaka!
Wah Rahim sama seperti Ismail Jerat Cina, Abe Jak dll yang dulunya serang UMNO seolah-olah UMNO itu KAFIR tapi akhirnya kepada UMNO jua mereka berpaut.
Usah umat Islam ulamak pun
Posted on Sunday, March 26 @ 16:11:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34192
Penulis masih belum lupa dengan kata kata ulamak ketika bekerjasama dengan DAP dahulu. Antara lain ada yang berkata orang china kafir sokong hudud. Bukan setakat itu sahaja, malah ada yang tergamak berkata china DAP, kafir zimmi.
paling teruk dan buruk, kebetulan DAP anut agama kristian, maka berkatalah seorang ulamak, kristian tidak memusuhi Islam.
Inilah antara kata kata tanda yang mereka telah dikaburi matanya. Bukan setakat matanya jadi kelabur malah hatinya turut gelap atas sebab lakonan yang dimainkan oleh para pemimpin tertinggi DAP suatu masa dahulu.
Apa apa pun jangan sekali sekali buruk sangka dengan manusia hatta kafir sekalipun. Ini tarbiyah sejak dahulu hingga kini ditanam kejat.Sehingga ada yang berkata tidak boleh kata kafir itu kafir, sekaran kan besok dia masuk islam. Mana kita tahu.
Tidak boleh buruk sangka dan kena baik sangka hatta kafir sekalipun.Atas sebab itu DAP dapat kaburi mata umat Islam.
Pada hemat penulis bukan umat Islam sahaja yang dapat dikaburi matanya, malah termasuk sebahagian ulamak dapat dikaburi matanya.
Atas sebab itu juga mereka tergamak menentang hudud yang hendak dilaksanakan oleh Parti Pas yang sudah terlepas dari cengkaman DAP sejak 2008 dahulu.
Sebelum ini ada umat Islam yang tergamak saman hudud kerana terpengaruh dan terpesomna dengan kafir dan beliau bukan calang calang orang jauga nama besar dalam kerajaan umno/BN dan kini sudah jadi ahli DAP.
Terbaru Lim Kit Siang sudah nyatakan jika pakatan harapan menang dan memerintah Pluralisme akan menjadi asas kepada pemerintahan Malaysia.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan pluralisme akan menjadi asas kepada pemerintahan Malaysia jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 .
Malah, pemimpin veteran DAP itu tanpa berselindung menegaskan pluralisme adalah kekuatan Malaysia yang perlu diterima oleh seluruh rakyat negara ini termasuk penganut agama Islam.
“Kepelbagaian dan pluralisme sebenarnya kekuatan dan aset Malaysia yang unik. Lebih lebih faham itu telah dianuti oleh umno/BN sejak sekian lama.
Bukan setakat itu sahaja malah sesetengah pemimpin tertinggi kerajaan umno/BN menyatakan semua agama sama semuanya punya maltlamat yang satu.
“Jika kita menerima Malaysia sebagai masyarakat plural, maka tidak ada ruang untuk rakyat Malaysia anti mana-mana kaum, agama atau budaya,
Tanggapan ada kaum benci membenci terhadap satu satu tidak masuk akal, kerana melayu tidak pernah bertindak demikian, kecuali kaum china yang masih tebal dengan perkauman.Bukti 13 Mei 69.
Bukti terbaharu kontraktar Melayu yang dapat tender membina longkang di Kawasan penduduk China di perak telah dipukul dan dihalau.
Orang China enggan memberi kerjasama dengan Melayu dalam segala hal,termasuk dalam dunia pendidikan .Apatah lagi dalam arena politik. MCA dan Gerakan kalah teruk tidak mahu member kerjasama dengan UMNOBN yang disertainya.
Kit Siang dalam pada itu menegaskan bahawa seluruh rakyat Malaysia perlu berhenti berfikir bahawa mereka adalah kaum Melayu, China, India, Kadazan atau Iban.
Ini bersesuaian dengan slogan satu Malaysia yang dicipta oleh Datuk Seri Mohjd Najib Razak.Ia bukan sekadar slogan yang dicanang akan tetapi itulah misi dan visi kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang.
Kata beliau, setiap rakyat Malaysia perlu menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, agama, bahasa, budaya dan tamadun. Meleyu boleh terima apa sahaja malah sanggup berkorban jiwa raga, tetapi orang China masih tebal dengan kechinaannya.
Ramai cendiakawan Islam sejak berpuluh tahun lalu melahirkan kebimbangan terhadap rancangan kelompok tertentu mahu menerapkan semangat pluralisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Mereka berpandangan pluralisme akan turut menyebarkan fahaman bahawa semua agama adalah sama maka kebenaran (hak) tidak hanya dalam Islam tetapi agama-agama lain juga.
Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan parti pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seia sekata untuk mendukung pluralism yang bertentangan dengan Islam.
Yang peliknya Mufti Perlis tumpang sekaki menyatakan persetujuannya dengan faham Pluralisme yang dianut oleh umno sejak sekian itu..
Bakas ketua biro agama Umno, Tan Sri Wan Mukhtar Ahmad yang juga mantan menteri Besar Terengganu pernah berkata, kita tidak boleh kata orang kafir itu kafir, kerana mungkin besok dia masuk Islam.
Sumber TKO - 26-3-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PRU 14, Tidak Mendebarkan, Tapi Menarik Posted on Friday, March 24 @ 22:08:03 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34169 |
PILIHANRAYA UMUM (PRU) 14 yang bakal menjelang, bukanlah PRU yang mendebarkan.Ramai penganalisis politik meramalkan kedudukan UMNO/BN tidak tergugat untuk terus memerintah negara ini. Walaupun tidak mendebarkan, ianya adalah satu PRU yang menarik. Ini kerana adanya parti-parti baru seperti AMANAH dan BERSATU yang akan turut serta dalam kancah pertandingan.
Menariknya juga bila PAS akan bertanding bersendirian tanpa bergabung dengan mana-mana pakatan pembangkang.Dan bertambah menarik bila akan berlakunya pertandingan tiga penjuru dibanyak kawasan.
Meskipun ramai yang menganggap pertandingan tiga penjuru memberi kelebihan pada UMNO/BN, tapi setidak-tidak ianya memberi satu pengajaran pada parti-parti pembangkang untuk mengukur sejauh mana penerimaan rakyat terhadap parti-parti mereka.
Bagi PAS yang mensasarkan untuk memenangi empat puluh kerusi parlimen dan menawan lima negeri (Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Selangor) tentunya ada strategi sendiri untuk mencapai ke arah itu.
Jika PAS melihat sokongan rakyat pada PRU13 yang menyaksikan PAS banyak menang kerusi, untuk dijadikan alasan ke arah mencapai matlamat tersebut, ianya satu kesilapan. Ini kerana PAS pada ketika itu berada dalam gabungan pakatan pembangkang.
Di kawasan-kawasan tertentu seperti di Selangor dan Perak, pengundi-pengundi bukan Melayu telah menjadi penentu kemenangan PAS. Untuk PRU yang ke 14 ini, kemenangan PAS akan ditentukan seratus peratus pengundi Melayu.
Meskipun sejarah lalu menunjukkan PAS tidak boleh menang banyak kerusi bertanding bersendirian,ianya tidak boleh dijadikan ukuran dengan cita rasa pengundi generasi muda kini. Bagi kawasan-kawasan yang majoriti pengundi Melayu PAS rasanya boleh menang mudah jika UMNO/BN tidak turut serta. Dan dalam hal ini seandainya PAS bersedia ‘bekerjasama’ dengan UMNO/BN, adalah diyakini sasaran PAS itu boleh jadi kenyataan.
Kalau tidak PAS mungkin kalah teruk. Dan jangan pula bila kalah nanti, para pemimpinnya memberi alasan ianya satu dugaan Allah, tanpa melihat kelemahan yang ada pada diri sendiri
Sumber TKO - 25-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Politik alaf baru, Islam dipinggirkan. Posted on Friday, March 24 @ 15:08:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34163 |
Malaysia adalah negara majmuk. Maka berpolitik di Malaysia mestilah politik cara baru, politik alaf baru. Demikian mafhum tulisan Mujahid Yusof Rawa yang disiarkan dalam laman Detikdaily.
Penulis tidak membaca seluruh tulisan beliau secara teliti. Kerana sekali imbas sahaja telah tahu hujung jatuhnya (Istilah makrifat Haji Ahmad Laksamana Omar Libadi). Hujung jatuhnya mudah, berpolitik di Malaysia mestilah secara liberal, secara tolak ansur. Ertinya dasar politik Malaysia ialah tanpa dikaitkan dengan mana-mana hukum agama. Itulah hujung jatuhnya tanpa dapat dinafikan walau diolah dengan istilah muluk politik alaf baru.
Jelas parti politik di Malaysia selain PAS lebih tunduk kepada politik Machiavelli. Matlamat menghalalkan cara, itulah hujung jatuhnya. Oleh kerana Malaysia dihuni berbilang kaum, agama hendaklah dikesampingkan. Ulama tolak ke tepi. Buktinya berbagai tulisan tohmahan dilontarkan kepada ulama, terutama ulama PAS. Maka lahirlah tulisan mufti mengatakan wala' dalam sesetengah parti politik adalah lahir dari ketaksuban mullah di Iran, dan lahirlah tulisan Mujahid, politik alaf baru Malaysia.
Jelas lagi ulama dalam PAN tidak ada fungsi, tidak berguna langsung, tak ada guna sesen habuk. Ahmad Awang dan Abd Ghani Samsudin senyap sunyi. Tidak ada statement teguran langsung kepada kemungkaran dalam Pakatan Harapan. Kemungkaran kata-kata Siti Kssim terhadap Islam dibiarkan tanpa disentuh. Mujahid Yusof Rawa sering menulis dan mengolah pasal Islam tetapi kemungkaran dalam Pakatan Harapan tidak disentuh langsung.
Jelas sejelasnya PAN hanya menambah kerosakan yang dilakukan terhadap Islam. PAN tidak ada menafaat terhadap Islam tetapi semakin merosakkan. PAN hanya menjadi tukang tambah keapda perkembangan liberal yang merosakkan Islam yang syumul. Islam yang syumul menegaskan seluruh hukum Islam dilaksanakan tetapi PAN menyempitkan hanya kepada kepentingan dunia.
Islam rosak kerana dirosakkan oleh orang-orang yang rosak.
Wassalam.
Sumber HD - 24-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku Ingat Cerdik Hanipa Maidin, Rupanya Bodoh! Posted on Friday, March 24 @ 09:32:31 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34161 |
Maaf haji (ada juga orang panggil saya lebai) kasar lagi dalam tulisan kali ini. Haji bukan suka sangat menulis kasar tetapi rasanya sesuailah dengan Hanipa Maidin kalau ada yang mengenali dia ni! Mulut Hanipa mana ada lesen!
MP PAS dah faham mengenai RUU 355. Jadi apa guna nak provokasi UMNO. Biarlah dia bentang. Kita nak juga lihat sejauh mana UMNO bersungguh-sungguh mengenai RUU 355 ini.
Lagi pun mengenai sebat. Dalam Islam banyak hurai dan cerita pasal sebat. MP PAS semuanya dah tahu cara dan kaedah sebat. Kita sekarang dalam proses memikir bagaimana cara untuk melaksanakannya jika RUU 355 ini lulus dan hukuman sebat boleh dijalankan. KITA NAK PAMER kepada masyarakat termasuk masyarakat BUKAN ISLAM tentang hebat dan baiknya hukum sebat Islam dengan sebat yang ada dalam undang-undang sekarang.
Bukan kita mencari jalan, mencari kelemahan dan mencari alasan supaya orang melihat RUU 355 ini susah dan sukar untuk dilaksanakan dalam masyarakat majmuk sedang RUU 355 tiada kaitan dengan bukan Islam. Inilah kerja parti PAN dan PKR. Tak hairan Rafizi INVOKE kata kajiannya 70% Melayu Islam tak faham. Kajian ini betul kerana MP Islam macam Hanipa pun tak faham, maybe Hanipa termasuk juga dalam 70% yang tak faham dalam kajian Invoke Rafizi tersebut.
14 Mac 2017 lalu dua penduduk beragama Buddha secara suka rela memilih dihukum mengikut undang-undang syariah selepas didapati bersalah. (baca di sini)
Orang yang bukan Islam yang didapati bersalah melakukan jenayah boleh memilih untuk dihukum mengikut undang-undang syariah atau kanun jenayah di Aceh tetapi RUU 355 tidak ada pilihan untuk orang bukan Islam di Malaysia jika dilaksanakan.
Kesalahan berjudi mengikut undang-undang kanun jenayah Aceh boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda Rp25 juta (RM8,337).
“Dengan menerima hukuman mengikut undang-undang syariah, kedua-dua mereka ini secara suka rela mahu disebat,” kata pendakwa raya Aceh Besar, Aziz yang dipetik Jakartapost.
Kenapa orang beragama Buddha memilih hukuman Islam?
Islam itu zalim dan jahat ke? Dia tak tahu ke?
Bila undang-undang Islam dilaksanakan orang Islam dan bukan Islam akan melihat keindahan dan kebijaksanaan hukuman Islam kerana HUKUMAN INI DATANGNYA daripada ALLAH bukan daripada Tok Lebai PAS!
Bayangkan 2 orang bukan Islam ini memilih undang-undang BUKAN ISLAM, macam undang Malaysia sekarang ini. Dia akan dipenjara mungkin 3 tahun (tak payah 10 tahun). 3 Tahun dia penjara siapa nak tanggung anak bini dia ni?
Anak bini dia tak bersalah tetapi undang-undang BUKAN ISLAM menghukum anak bini mereka juga. ADIL kah ini?? Engkau orang selaku tanya adil ke undang-undang Islam. Engkau memang sama dengan SITI KASIM! semuanya mahir undang-undang.
Ini orang KAPIR tak tak mahu!
Ini DAP tak nak yang tentang macam nak giler!
Ini yang HANIPA MAIDIN BODOH nak faham sampai hari ini.
DAP perintah Malaysia selepas PRU14?
MUNGKIN telahan ini agak kelakar bagi sebilangan pihak memandangkan kerusi yang ditandingi DAP kini sekitar 70 kerusi sahaja. Sedangkan majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan adalah 112. Tetapi jika dilihat melalui data-data yang ada, andaian ini sangat munasabah.
Jika kita melihat kerusi-kerusi parlimen yang dimenangi DAP sejak 1995, kita akan mendapati peningkatan mendadak bermula tahun 2008. Rajah di bawah menunjukkan pola pengaruh DAP yang meningkat dari satu PRU ke satu PRU.
Tahun 1995, mereka cuma memiliki 9 kerusi. Tahun 1999 walaupun bersama gabungan parti pembangkang dalam Barisan Alternatif, mereka cuma berjaya menambah satu kerusi menjadi 10 walaupun parti dominan Melayu lain seperti PAS dan PKR mengalami peningkatan mendadak.
Lim Kit Siang pernah menyuarakan kebimbangan selepas melihat peningkatan drastik kesedaran politik di kalangan orang Melayu menerusi blognya pada masa itu. Tahun 2003, DAP mengambil keputusan untuk keluar dari BA sebagai protes disebabkan gagal memaksa PAS membuang Islam dari dasarnya dan negara Islam sebagai matlamat perjuangannya.
Faktor perpecahan pembangkang disamping faktor-faktor lain telah menyebabkan BN kembali menang besar pada 2004 menjadikan ia kemenangan terbesar sejak 1978. Kemerosotan undi pembangkang juga besar apabila PAS hanya menang 7 kerusi berbanding 27 pada 1999. PKR pula hanya tinggal satu dari lima yang ada. Ironinya, DAP konsisten meningkatkan jumlah kerusi di parlimen, dengan 2 lagi penambahan menjadikan 12.
Tahun 2008 merupakan kekalahan besar buat BN sepanjang sejarah PRU lepas apabila dinafikan majoriti 2/3 di parlimen buat kali pertama. Berlaku peningkatan mendadak lebih 150% kepada kerusi DAP menjadikan ia 28. Tahun ini juga buat pertama kalinya DAP Berjaya mengambil alih Pulau Pinang dari parti Gerakan. Selain itu PAS berjaya menambah dari 7 kerusi parlimen kepada 23 kerusi serta berpeluang memerintah Kedah dan Perak. PKR pula dianggap paling berjaya, daripada 1 kerusi parlimen kepada 31 serta diberikan mandat mengepalai kerajaan Selangor.
Tahun 2013, prestasi BN terus merudum walaupun bertukar PM. DAP pula terus melebarkan sayap di parlimen apabila menyapu 10 lagi kerusi tambahan menjadi 38. Sedangkan PAS dan PKR mengalami kemerosotan undi berbanding 2008. PAS hilang dua kerusi parlimen menjadi 21, sebelum hilang 7 lagi kerusi apabila 6 ahli parlimennya menyertai PAN dan 1 menyertai PKR. PKR juga kehilangan 2 kerusi sebelum 1 lagi kerusi hilang selepas memecat MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Perkara ini menjadikan DAP parti yang terkuat dalam Pakatan Rakyat kerana memiliki jumlah kerusi terbesar dalam Pakatan Rakyat. Oleh sebab itu mereka kini begitu berani dan lantang menunjukkan wajah yang sebenar. Jika di ambang PRU12 mereka hanya bercakap soal menawan Pulau Pinang, namun melihat potensi yang ada selepas itu, mereka sudah bercakap soal menawan Putrajaya.
Mereka juga semakin berani mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan hak-hak bumiputera, selain kerakusan yang didakwa berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Perak.
Melihat fenomena peningkatan ketara dan konsisten kerusi DAP walaupun dalam latar belakang yang berbeza, diunjurkan bahawa DAP mampu menguasai sehingga 50 kerusi pada PRU14 nanti.
Kerana itu kini mereka begitu pro-aktif mengimport pemimpin-pemimpin Melayu menyertai partinya supaya dapat menembusi kerusi-kerusi yang memilki nisbah Melayu yang lebih besar dari sebelum ini.
Pada waktu yang sama, mereka terus menggunakan strategi pecah dan perintah terhadap parti-parti lain. PAS telah berjaya dipecahkan kepada serpihan PAN. PKR pula secara konsisten mengalami perpecahan demi perpecahan sejak ditubuhkan.
Umno kini memiliki satu lagi serpihan baru selepas KITA dan Ikatan iaitu PPBM. Dengan perpecahan parti dominasi Melayu yang berterusan ini, DAP dijangka kekal sebagai parti pembangkang terkuat.
Baki persoalan yang perlu dijawab ialah, walaupun DAP mampu menawan hingga 50 kerusi sekalipun, bagaimanakah mereka mampu untuk menawan Putrajaya yang memerlukan minimum 112 kerusi? Jawapannya sangatlah mudah. Tengoklah BN sendiri. Jika bergantung pada 1 parti sahaja, memang mustahil mereka dapat memerintah. Umno hanya memiliki 89 kerusi. Tetapi dengan bantuan parti-parti komponen lain, mereka memiliki 133 kerusi.
Ini bermakna DAP boleh merealisasikan cita-cita memerintah Malaysia dengan bantuan parti lain dalam Pakatan Harapan
Sedikit dari PKR, sedikit dari PAN, sedikit dari PPBM sudah cukup untuk mereka menyaingi BN. Jika PAS turut bersama, hampir pasti Putrajaya bakal ditawan pembangkang.
Cuma yang menjadi isu adalah, siapa yang bakal menerajui kerajaan baru itu? Sudah tentu parti yang memiliki jumlah kerusi terbesar dalam kerajaan, seperti Umno dalam BN sekarang.
Maka jelaslah sebagaimana Umno mengetuai BN, Dap mempunyai peluang yang baik mengetuai Pakatan Pembangkang menerajui pentadbiran negara jika majoriti rakyat memilih mereka di PRU14 nanti. – HARAKAHDAILY 24/3/2017Sumber HD - 24-3-2017
No comments:
Post a Comment