a RUU355: Speaker akui usul telah dikemuka sebaiknyaSumber HD - 5-4-2018 RUU 355: MP Marang telah jalan tugas dengan baik
Sumber HD - 5-3-2018 Adakah RUU 355 sudah tamat riwayatnya?
KUALA LUMPUR: Rang undang-undang persendirian untuk mencadangkan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 tidak akan dibahaskan di Dewan Rakyat, walaupun usul itu dijadualkan dalam aturan urusan mesyuarat hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hanya mencadangkan untuk membahaskan usul dibawa Menteri Kewangan. “Mohon mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan selepas selesai usul pertama dari Menteri Kewangan, selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan hingga ke tarikh yang tidak ditetapkan,” kata Azalina. Tindakan itu menyebabkan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) bangkit meminta penjelasan dari Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Menurutnya, ia seolah-olah wakil rakyat Marang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membawa usul itu, tidak melaksanakan tugasnya. “Di luar sana heboh kata Marang tidak benarkan usul ini dibahaskan, sedangkan ia bukan bidang kuasa Marang tetapi budi bicara Speaker sendiri. “Jadi adakah usul yang separuh didengar, dibentangkan dalam dewan mulia akan dibahaskan sekali lagi pada sesi Parlimen ke-14 akan datang,” kata Takiyuddin. Pandikar bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat memberikan keputusan memandangkan tidak mengetahui kedudukannya dan jika keputusan dibuat ia sudah tidak relevan pada sesi akan datang. “Saya terikat dengan Peraturan Mesyuarat 15 (1) iaitu utamakan urusan kerajaan dan masih terikat dengan 12(1) iaitu kerajaan sendiri tentukan apabila urusan kerajaan selesai, kerajaan punya hak tentukan. “Usul yang sebelum ini dibentangkan di Dewan Rakyat dulu juga adalah kehendak dari kerajaan dan saya tidak mengawal urusan. “Dalam hal ini bagi saya RUU 355 telah dibentang, disokong dan tinggal dibahas. Marang sudah buat tanggungjawab beliau sebaik mungkin mengikut prosedur ditetapkan,” kata Pandikar. Usul itu mencadangkan pindaan pada Akta 355 untuk hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku kesalahan syariah. Ia mencadangkan hukuman maksimum terhadap pesalah syariah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan, daripada 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan rotan. Sumber TKO - 5-4-2018
Oleh Bernama Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018, yang bertujuan mengekang penyebaran berita palsu dan mewujudkan langkah-langkah pencegahan. Rang undang-undang itu diluluskan menerusi suara majoriti di peringkat jawatankuasa dengan pindaan pada Fasal 4 bagi menggantikan perkataan 'diketahuinya' (knowingly) dengan perkataan 'niat jahat' (maliciously). Pindaan itu juga melibatkan pengurangan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada enam tahun pada Fasal 5. Terdahulu, G. Manivannan (PKR-Kapar) meminta usul undi belah bahagi dilakukan di peringkat dasar selepas sesi penggulungan rang undang-undang berkenaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian mengumumkan rang undang-undang itu diluluskan dengan 123 undi menyokong berbanding 64 yang menentang. Menerusi rang undang-undang itu, ia mentafsirkan berita tidak benar sebagai apa-apa jenis penerbitan berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagian atau keseluruhannya, dalam apa-apa bentuk termasuk rencana, visual atau rakaman audio, adalah palsu. -Bernama Sumber TKO - 3-4-2018
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018 dengan undian 123 menyokong dan 64 menolak petang tadi. Menariknya, akta tersebut mendapat sokongan pihak pembangkang memandangkan kesemua 11 Anggota Parlimen PAS yang hadir mengundi menyokong RUU tersebut. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) tidak kelihatan semasa pengundian berlangsung. Di antara dua MP bebas, Sim Tong Hin (Bebas-Kota Melaka) mengundi menolak sementara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) menyokong RUU itu. Blok MP Pakatan Harapan (HARAPAN) bersama-sama MP PSM dan WARISAN mengundi menolak RUU tersebut. 'PAS mangsa berita palsu' Difahamkan dua MP daripada DAP dan PKR tidak hadir. Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub) sedang cuti sakit manakala empat orang MP DAP digantung. Ketika perbahasan RUU itu, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) mengadu partinya menjadi mangsa berita palsu. Minggu lalu, laporan persempadanan semula SPR diluluskan dengan 129 menyokong dan 80 menolak sempadan baru itu. Pada ketika itu, kesemua 10 MP PAS yang hadir mengundi menolak persempadanan semula SPR, sementara Abdul Khalid mengundi menyokongnya. Sumber TKO - 2-4-2018
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau berpura-pura tidak nampak Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang dihalau dari Dewan Rakyat tetapi berdegil enggan keluar semalam. “Buat-buat tak nampak macam kamu tidak nampak YB berkenaan. Dia tak boleh ambil bahagian, dia tak boleh bercakap apa-apa pun. “Saya kata saya tak nampak Gelang Patah sebab kalau saya nampak Gelang Patah saya terpaksa suruh Gelang Patah keluar lagi,” kata Pandikar. Beliau menjawab soalan Che Mohd Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang cuba membangkitkan Peraturan Tetap terhadap Lim kerana ingkar arahan speaker. Pandikar kemudian mengeluh kalau selama ini semua arahannya tidak diendahkan, apalah gunakan hendak membangkitkan Peraturan tetap kepada Lim. G Manivannan (PKR-Kapar) and Teo Kok Seong (DAP-Rasah) kemudian bangkit mempertahankan Lim. Che Jusoh kemudian berkata Pandikar hanya pura-pura tidak nampak Lim di kerusinya. Lim juga bangun bertanya berkaitan penggantungannya tetapi tidak diendahkan oleh Pandikar. Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang bangun untuk membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018 pula menimbulkan satu lagi kekecohan dengan memanggil Lim sebagai “hantu”. “Sebab dia hantulah dia tak faham bahasa. “Kalau dia manusia dia faham bahasa,” kata Noh yang mengundang bantahan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Steven Sim (DAP-Bukit Mertajam). Sumber TKO - 29-3-2018 Pindaan persempadanan semula dipersoal
Sumber HD - 29-3-2018
PETALING JAYA: Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lulus selepas sesi belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini, dengan 129 menyokong dan 80 menolak. Usul berjaya diluluskan dalam beberapa jam selepas dibentangkan dan dibahaskan oleh 7 wakil rakyat dari kedua belah pihak. “Oleh kerana tidak kurang setengah jumlah bilangan ahli majlis dengan usul ini, maka usul ini disetujukan,” kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. SPR mengesyorkan perubahan nama pada 12 kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Tanah Melayu. Usul itu juga mengesyorkan tiada perubahan bilangan kerusi Parlimen dan DUN di Tanah Melayu, menjadikan bilangan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kekal 222 kerusi dan kerusi DUN keseluruhannya kekal 587 kerusi. Menurut pembangkang, cadangan SPR itu jika diluluskan akan mewujudkan kerusi “super Cina” dan “super Melayu” di Kuala Lumpur jika diluluskan, manakala pengundi India akan dipinggirkan. Naib Presiden PKR Tian Chua mendakwa keadaan itu akan memberi kelebihan kepada BN. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kerajaan mengganggu, mempengaruhi atau mencadangkan perubahan pada cadangan SPR itu. Kali terakhir cadangan persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan adalah pada 2003 yang digunakan dalam PRU11, PRU12 dan PRU13. Kajian persempadanan kali ini mengguna pakai daftar pemilih yang diwartakan pada 13 Mei 2016, yang terdiri daripada 11,379,352 pengundi berdaftar. Bilangan pemilih berdaftar di Tanah Melayu meningkat 36% atau kira-kira 3 juta orang. Sebelum ini Zahid berkata, Parlimen akan dibubarkan selepas usul persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat dan diperetujui Yang di-Pertuan Agong. Mandat kerajaan persekutuan akan tamat 24 Jun ini dan Parlimen akan terbubar secara automatik, untuk membuka laluan kepada pilihan raya perlu diadakan dalam 60 hari, jika tidak diadakan lebih awal. Sumber TKO 28-3-2018
KUALA LUMPUR: Pelbagai insiden berlaku di dalam dan luar bangunan Parlimen hari ini, apabila wakil rakyat pembangkang menyertai penunjuk perasaan membantah pembentangan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Ketika ratusan orang menyertai protes anjuran Bersih 2.0 dan berarak ke pintu pagar Parlimen, suasana di dalam Dewan Rakyat turut tegang apabila Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertengkar dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Terdahulu, ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kesahihan usul membentangkan laporan persempadanan semula itu kerana kes itu masih tergantung di mahkamah. Pandikar bagaimanapun bertegas ia adalah bidang kuasa Dewan Rakyat untuk memutuskan usul itu, sebelum beliau diganggu Lim. Lim bagaimanapun enggan duduk, selepas berulang kali diminta berbuat demikian oleh Pandikar. Video - https://youtu.be/ltXf7yWvS70 Pandikar kemudiannya mengarahkan Lim keluar dewan kerana enggan mematuhi arahannya, namun ahli Parlimen Gelang Patah itu enggan dan terus duduk di kerusinya, walaupun pegawai Dewan Rakyat tampil mengiringi beliau keluar. “Saya tetap (akan) duduk di sini. Saya rasa malu dengan dewan yang mulia ini, tetapi saya tetap akan duduk di sini,” katanya. Ia disusuli perang mulut antara ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan tuduhan pemimpin DAP itu berkaitan kemuliaan Dewan Rakyat. Pandikar kemudiannya memberi beberapa pilihan kepada Lim, antaranya mengarahkan menteri mengusulkan tugas Lim digantung atau memberhentikan seketika sidang Dewan Rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengusulkan Lim digantung tugas selama 6 bulan mengikut Peraturan Mesyuarat 44 (3) kerana Lim enggan mematuhi arahan speaker. Pandikar berkata, keputusan menggantung dan mengarahkan Lim keluar dewan kekal. “Tindakan sudah saya buat, YB tahu kuasa speaker. Yang berlaku di Dewan Rakyat sekarang ini buat saya sedih, semua dipolitikkan. “Saya telah buat keputusan, keputusan saya yang ke-3 adalah saya tangguhkan dewan buat sementara waktu, selepas itu arahan untuk menggantung dan Gelang Patah (Lim) keluar diteruskan. “Berfikirlah, saya akan arahkan polis untuk masuk ke sini. Siapa YB enggan (keluar) akan diangkat keluar, selepas itu persidangan akan diteruskan.” Prosiding Dewan Rakyat ditangguhkan kira-kira 20 minit dan bersambung semula dengan usul persempadanan semula yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ketika itu, Lim masih berada dalam Dewan Rakyat. “Saya ada dalam Dewan Rakyat tadi masa Najib berbahas, cuma saya tidak tahu apa status saya. Tunggu 2.30 petang nanti, sama ada saya boleh masuk Dewan Rakyat atau tidak,” katanya ketika dihubungi FMT. Di luar Parlimen pula, ratusan penunjuk perasaan berarak ke Parlimen sebelum mereka dihentikan polis kira-kira 200m dari bangunan itu. Polis hanya membenarkan wakil Bersih 2.0 menyerahkan satu memorandum kepada seorang pegawai Parlimen yang menggesa Pandikar menarik balik usul pembentangan laporan persempadanan semula. Sumber TKO - 28-3-2018
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan usul mengenai kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Dewan Rakyat, walaupun ahli Parlimen pembangkang menyertai ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar untuk membantah usul itu dibentangkan. Alasannya, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago memfailkan injunksi di mahkamah bagi menghalang pembentangan laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya dan wujud pertindihan prosedur di pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Di luar bangunan Parlimen, Bersih 2.0 yang disertai kira-kira 200 penunjuk perasaan membantah pembentangan usul itu, manakala di dalam Dewan Rakyat, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertegas ia adalah bidang kuasa Dewan Rakyat untuk memutuskan usul itu, apabila ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kesahihan usul membentangkan laporan itu. Sekilas pandang laporan itu mendapati persempadanan semula itu akan menjejaskan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur. Ia termasuk Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak. Lima daripada kerusi Parlimen itu dikuasai DAP, manakala Lembah Pantai, Batu dan Wangsa Maju dipegang PKR. Kerusi Setiawangsa pula kini disandang Datuk Ahmad Fauzi Zahari daripada Barisan Nasional dan Bandar Tun Razak diwakili bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini merupakan calon bebas selepas meninggalkan PKR pada Ogos 2014. Di Parlimen Kepong, seramai 2,490 pengundi di daerah mengundi Jinjang Tempatan dimasukkan ke kubu kuat DAP itu yang disandang Dr Tan Seng Giaw sejak 1978. Cadangan itu akan menyebabkan jumlah pengundi berdaftar di kerusi Parlimen Kepong bertambah daripada 68,035 orang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 kepada 70,576 orang. Keadaan sebaliknya berlaku di Parlimen Batu, kawasan yang dimenangi Naib Presiden PKR, Tian Chua sejak 2004 apabila 7,375 pengundi di kawasan itu dipindahkan ke Parlimen Wangsa Maju dan 2,970 pengundi lagi dimasukkan ke Parlimen Segambut. Di kawasan Lembah Pantai yang diwakili Nurul Izzah Anwar sejak 2008, seramai 6,598 pengundi dari daerah mengundi Tasik Perdana dimasukkan ke sana, tetapi 4,832 pengundi di daerah mengundi Kampung Bohol dan Kampung Bahagia dikeluarkan ke Parlimen Seputeh. Keadaan sama berlaku di kerusi Parlimen Seputeh yang dipegang Teresa Kok sejak 1999, di mana 10,215 pengundi dari 4 daerah mengundi Kampung Bohol, Kampung Bahagia, Kampung Sungai Besi dan Bukit Jalil dipindahkan ke kawasan itu. Tetapi, lebih ramai pengundi, iaitu 14,254 orang dari 5 daerah mengundi Salak Selatan, Taman Sungai Besi, Salak Tempatan Dalam, Salak Tempatan Changkat dan Salak Tempatan Bukit di bawah Parlimen Seputeh, dipindahkan ke kerusi Parlimen Bukit Bintang. Ini menyebabkan jumlah pengundi Parlimen Seputeh berkurangan daripada 85,976 orang kepada 81,290 orang kini. Timbalan setiausaha agung DAP itu memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti lebih besar pada setiap PRU dan kira-kira 10 kali ganda, daripada kelebihan 5,200 undi (PRU 1999) kepada 51,552 undi pada 2013. Beralik ke Parlimen Cheras yang dikuasai Pengerusi DAP, Tan Kok Wai sejak PRU 2004, di mana 32,600 pengundi dari 11 daerah mengundi dipindahkan ke kerusi itu. Sebelas daerah mengundi itu adalah Jalan Pasar, Jalan San Peng, Rumah Pangsa Loke Yew, Kampong Loke Yew, Jalan Loke Yew, Pudu Hujung, Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Cheras, Taman Miharja dan Pudu Ulu. Kini, Parlimen Cheras mempunyai 78,199 pengundi berbanding 72,551 pengundi pada 2013. Parlimen Bandar Tun Razak yang disandang Khalid sejak 2008 tidak terjejas selepas SPR menolak cadangan mengeluarkan Taman Connaught Utara dan Taman Connaught Selatan dari kawasan itu. Sumber TKO - 28-3-2018
KUALA LUMPUR: Seramai 411 pelajar sekolah menengah di seluruh negara dikesan positif dadah bagi tempoh 2 bulan pertama tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 403 kes dikesan melalui hasil saringan ujian air kencing dilakukan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) manakala 8 kes melibatkan tangkapan polis. “Kebanyakan kes dadah terjadi di luar kawasan sekolah… tetapi kita mengenal pasti golongan (pelajar) berisiko tinggi ini dan kita lakukan ujian air kencing dengan AADK di sekolah. “Jika pelajar didapati positif, kita akan laksana program (pemulihan) selama 3 bulan bersama AADK dan kemudian kita akan buat susulan. Jika pelajar itu masih lagi positif, kita akan kuatkuasakan permuafakatan disiplin menerusi jawatankuasa di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu langkah diambil kerajaan dalam mengatasi masalah penggunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah. Chong berkata kerjasama dan sokongan semua pihak diperlukan dalam membanteras penggunaan dadah dalam kalangan pelajar. Menjawab soalan asal Abdul Azeez yang ingin tahu statistik pelajar yang dibuang sekolah dari tahun 2014 hingga 2016, Chong berkata hukuman buang sekolah merupakan alternatif terakhir pihak sekolah untuk pelajar yang terlibat dalam salah laku disiplin. “Berdasarkan rekod Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), daripada keseluruhan jumlah pelajar, sebanyak 0.04% pelajar dibuang sekolah pada 2014, 0.03% pada 2015 dan 0.01% pada 2016. “Kebanyakan pelajar dibuang sekolah terlibat dalam kes ponteng sekolah. Di bawah pekeliling, seseorang pelajar didapati ponteng secara berterusan melebihi 30 hari atau pelajar yang ponteng secara berkala selama 60 hari akan dibuang sekolah,” katanya. Bagaimanapun, ibu bapa boleh memohon semula untuk mempertimbangkan kemasukan anak mereka ke sekolah dalam tempoh sebulan. “Saya tegaskan, setelah ibu bapa memohon untuk anak masuk semula ke sekolah, mesti diluluskan sebab buang sekolah ini hanya untuk pengajaran,” katanya. Sumber TKO - 26-3-2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin membubarkan Parlimen pada akhir Mac ini, iaitu seminggu selepas kerajaan membentangkan laporan persempadanan pilihan raya, lapor The Star. "Tarikh bila parlimen akan dibubarkan kini hampir pasti. Pembubaran akan berlaku pada 28, 29 atau 30 Mac," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, Wong Chun Wai. Laporan akhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai penyusunan persempadanan semula pilihan raya dijangka akan diberikan kepada anggota parlimen pada Isnin depan, 19 Mac. Seperti yang ditegaskan Timbalan Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa lalu, hanya dengan majoriti mudah dalam Dewan Rakyat diperlukan untuk meluluskan usul berkenaan tanpa perlu melalui Dewan Negara. Persempadanan semula kawasan parlimen dan negeri akan mula berkuatkuasa apabila usul berkenaan mendapat persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu, ia menunjukkan bahawa Najib boleh membubarkan parlimen awal, kata laporan berkenaan. Selain itu, The Star juga memetik sumber yang mengatakan bahawa Perintah Tetap Parlimen 15 (1) yang menyatakan bahawa urusan kerajaan harus diutamakan dari perkara-perkara lain boleh digunakan untuk mempercepatkan pembentangan usul persempadanan semula. "Kerajaan boleh memutuskan untuk memendekkan penggulungan menteri dengan hanya dua hari dan bukannya empat hari seperti yang dijadualkan. "Terdapat juga Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan yang perlu dibentangkan dan dibahaskan minggu depan. "Kerajaan boleh membuat keputusan untuk hanya memajukan usul persempadanan semula dan kemudian mengetepikan minggu berikutnya untuk perdebatan," kata laporan akhbar berbahasa Inggeris itu lagi. Pada Isnin lalu, dua akhbar iaitu Berita Harian dan New Straits Times juga melaporkan bahawa parlimen mungkin akan dibubarkan pada akhir Mac atau awal April. Dengan pembubaran itu, pilihan raya umum ke-14 dijangka akan diadakan dari akhir April hingga awal Mei- sebelum bulan Ramadan bermula iaitu pada pertengahan bulan Mei. Sumber TKO - 15-3-2018
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meneliti dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low. Bagaimanapun, katanya, penilaian jawatankuasa penilaian mendapati maklumat diterima tidak jelas dan tiada unsur-unsur yang membolehkan siasatan dibuat. "Bagaimanapun, SPRM mengalu-alukan sekiranya mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini hendak melaporkannya kepada pihak SPRM," katanya dalam jawapan bertulis di parlimen. Low berkata demikian ketika menjawab soalan anggota parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mahu tahu sama ada SPRM atau pihak polis menyiasat dakwaan itu. Laman pembocor maklumat Sarawak Report pada Ogos lalu mendakwa terdapat “spekulasi meluas” bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bekas naib presiden PAS yang berpaling tadah kepada AMANAH Datuk Husam Musa berkata wang itu dimasukkan ke akaun di Bank Affin, tanpa mendedahkan maklumat lanjut. PAS menafikan dakwaan itu dan melantik peguam di United Kingdom (UK) untuk menyaman pengendali Sarawak Report Claire Rewcastle-Brown yang beroperasi daripada London. Sumber TKO - 13-3-2018
KUALA LUMPUR: Seramai 92 ahli politik dari kedua-dua belah pihak disiasat kerna rasuah antara 2013 hingga 2017, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata demikian selepas Lim Guan Eng (DAP-Bagan) menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengamalkan dwi-standard terhadap ahli politik pembangkang. Paul berkata 71 orang yang disiasat daripada Barisan Nasional (BN) dan selebihnya dari Pakatan Harapan (PH) iaitu gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan PPBM. Beliau berkata siasatan dijalankan bawah Akta SPRM 2009. Lim dalam soalannya berkata SPRM membocorkan maklumat siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang tetapi membuat laporan polis selepas butiran siasatan ke atas seorang exco Johor disiarkan dalam talian. Paul berkata, kes terowong dasar laut Pulau Pinang diterbitkan oleh media dan laporan itu tidak berdasarkan dokumen siasatan SPRM, tetapi laporan polis dibuat dalam kes exco Johor kerana kebocoran melibatkan maklumat sulit. Semalam, Lim membidas beberapa media kerana menerbitkan gambarnya dengan seorang ahli perniagaan, yang baru-baru ini ditahan kerana didakwa menerima RM19 juta untuk menutup siasatan rasuah ke projek terowong dasar laut. Sumber TKO - 13-3-2018
Pembentangan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya di Parlimen mungkin dibuat lebih awal. Usul berkenaan yang dijadual akan dibentangkan pada 29 Mac dijangka diawalkan antara 19 Mac atau selewatnya 26 Mac ini, lapor Berita Harian. Dengan tarikh berkenaan pembentangan itu, Parlimen mungkin dibubarkan pada akhir Mac atau awal April bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14. Laporan yang memetik sumber itu berkata, Usul Draf Perintah Perlembagaan dan Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri berkenaan akan dibuat selepas berakhirnya perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong. Menurut laporan itu lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membentangkan usul itu untuk bacaan kali pertama. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata usul berkenaan perlu dibahas dan diluluskan dengan undian majoriti mudah iaitu lebih separuh daripada 222 anggota parlimen. "Selepas diluluskan di Dewan Rakyat, Draf Perintah ini tidak akan melalui Dewan Negara dan Perdana Menteri akan membawanya terus kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda,” katanya yang dipetik sebagai berkata. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pula menjelaskan, tiada tempoh ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung Draf Perintah berkenaan. Katanya, Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya hanya akan berkuat kuasa selepas mendapat perkenan dan ditandatangani Yang di-Pertuan Agong. "Ia akan dikuat kuasa pada tarikh Seri Paduka Baginda bersetuju dan (terus) diwartakan,” kata Hashim yang dipetik dari laporan berkenaan. Menurut laporan itu lagi, selepas mendapat perkenan Agong, sempadan bahagian pilihan raya baru akan berkuat kuasa apabila Dewan dibubarkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa Perintah Persempadanan ditandatangani oleh baginda. Persidangan penggal keenam Dewan Rakyat dijadual berlangsung selama 20 hari dan akan berakhir 5 April. Jumaat lalu, SPR telah selesai melaksanakan kajian persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia dan laporan akhir kajian itu telah diserahkan kepada perdana menteri untuk tindakan beliau seterusnya. Sumber TKO - 12-3-2018
1. Sejak semalam, begitu bersungguh sekalian juak dan khadam Pakatan Harapan menyerang Tuan Guru Presiden PAS kerana ketidakhadiran YB Marang ketika Istiadat Perasmian Parlimen. Mereka menuduh YB Marang kaki ponteng. Untuk makluman semua, Lim Kit Siang, YB Gelang Patah yang merupakan Ketua Ahli Parlimen DAP pun tidak hadir ketika Istiadat Perasmian Parlimen semalam. Buktinya. boleh lihat sendiri dalam rakaman siaran langsung RTM. 2. Dalam keghairahan sekalian juak dan khadam Pakatan Harapan menyerang Tuan Guru Presiden PAS, mereka terlupa memeriksa kehadiran Bos No 1 mereka, Lim Kit Siang yang juga tidak hadir rupanya. Jadi, persoalan yang wajib kita tanyakan kepada mereka; a) Adakah YB Marang sahaja yang bersalah kerana tidak hadir majlis perasmian.? b) Mengapa tidak serang juga YB Gelang Patah yang merupakan pemimpin mereka sendiri.? Untuk rekod tambahan, YB Gelang Patah juga merupakan antara yang tersenarai dalam 26 orang Ahli Parlimen PH yang 'ponteng berjemaah' ketika pengundian belah bahagi KPDNKK sidang hujung tahun 2017. 3. Oh, baru saya tahu rupanya hukumnya menjadi haram dan berdosa apabila ia melibatkan PAS tetapi jadi halal dan dibenarkan sekiranya pemimpin PH melakukan perkara yang sama. Hakikatnya, sekalian juak dan khadam Pakatan Harapan adalah 'walaun' dan taksub kepada Syeikh Lim Kit Siang kerana mereka menyucikan pemimpin mereka daripada dosa. 4. Pesanan akhir khusus buat renungan sekalian juak dan khadam Pakatan Harapan,peribahasa Melayu ada menyebut "paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Sebelum kamu galak hendak menyerang pemimpin PAS, lihat dan jenguklah dahulu pemimpin kamu sendiri terlebih dahulu. Jangan kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak. Catatan oleh; Syed Ahmad Fadhli Pegawai Ahli Parlimen PAS Sumber TKO - 7-3-2018
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul segera yang difailkan untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali bahawa kerajaan tidak akan menuntut kapal layar mewah ahli perniagaan Low Taek Jho, The Equanimity. Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) memfailkan usul tersebut berkata bahawa isu itu adalah kepentingan awam. “Ramai rakan-rakan telah bangkit, kita perlu perdana menteri jawab dalam Dewan (Rakyat), adakah akan beri arahan kpd AG (peguam negara) untuk tuntut balik harta-harta yang disita (oleh) DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) sebab itu duit rakyat,” katanya. Pandikar menasihatkan Gooi supaya terlebih dahulu menunggu jawapan bertulis mengenai perkara itu, yang Gooi kemudian menjawab bahawa beliau baru saja menerimanya. Membaca surat itu, Gooi berkata usulnya ditolak kerana tidak memenuhi Seksyen 18 (7) (c) Peraturan Mesyuarat Parlimen dan bercanggahan dengan Seksyen 23 (1) (c) dan 23 (1) (g) . Mengikut Seksyen 18 (7) (c), Speaker, di kamarnya, boleh menolak mana-mana usul yang dikemukakan jika ia melanggar mana-mana peruntukan Peraturan Mesyuarat. Seksyen 23 (1) (c) menyatakan bahawa soalan tidak boleh mengandungi sebarang hujah, antara lain campur tangan dan pendapat, dan tidak boleh memohon untuk mendapatkan maklumat mengenai hal-hal remeh manakala 23 (1) (g) pula menyatakan bahawa soalan tidak seharusnya memudaratkan mana-mana kes yang sedang dibicarakan. Pada ketika itu, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mencelah dengan mengatakan bahawa Gooi tidak seharusnya membuang masa Parlimen mengenai perkara itu. “Tak ikut peraturan sudah la, buang masa Dewan (Rakyat), orang nak berbahas,” katanya. Gooi, walau bagaimanapun, menegaskan bahawa penjelasan tidak diberikan mengenai bagaimana usulnya itu melanggar Peraturan Mesyuarat. “Ini isu di mana faktanya adalah tertentu. “Kes dilaporkan secara meluas, kapal layar telahpun disita, kami hanya (mahu) dengar penjelasan daripada PM. “Aapakah tindakan akan diambil untuk ambil (semula) harta yang telah dicuri,” katanya. Pandikar menjelaskan bahawa beliau terpaksa merujuk kepada keputusan terdahulu yang dibuatnya berhubung dengan isu 1MDB jika membenarkan usul itu untuk dibincangkan. “Ada dokumen mengatakan bahawa Equanimity adalah satu daripada benda yang sedang disiasat itu sebab kenapa saya tak benarkan (usul dibincangkan),” katanya. Gooi, walau bagaimanapun, mengatakan bahawa usulnya adalah khusus, kerana beliau merujuk kepada kenyataan peguam negara. “Tapi usul saya spesifik merujuk kepada kenyataan AG yang kata beliau takkan ambil tindakan untuk mendapatkan semula kapal itu sebab bukan kepunyaan kerajaan sebab itu saya failkan usul... “Kami mahu perdana menteri menjelaskan apakah arahan-arahan yang akan diberikan kepada kerajaan khususnya kepada AG untuk mendapatkan wang kita,” katanya. Pandikar kemudiannya berkata, tafsiran Peraturan Mesyuarat bahawa yang “berkuasa betul adalah speaker”. “Apa pun pendapat YB kalau kata tak ikut Peraturan Mesyuarat, terpaksa akur kepada tafsiran saya. Saya fikir YB faham separation of power, yang saya bengang kadang-kadang saya binggung apabila eksekutif konon campur tangan pihak lain.. sekarang eksekutif disuruh campur hal. “Perkara siasatan - sama ada boleh ke tidak, biarlah pihak berwajib buat kerja masing-masing. Semua ni isu telah dibincang di luar sana, media sosial, media konvensional, rakyat dah dengar semua ini. “Jadi biarlah rakyat menentukan kebenaran dan bukan kebenaran. Di Dewan Rakyat, saya menentukan Peraturan Mesyuarat diikut atau tidak,” kata Pandikar. Sumber TKO -6-3-2018 Private Member’s Bill, RUU355 Reappears In Parliament Order PaperThe Private Members Bill to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 — also known as RUU355 — was listed on Tuesday as the fourth item on the list, behind three government Bills, for second reading and debate. However, it remains unclear whether RUU355 will see the light of the day. Moderation advocate Mohamed Tawfik Ismail had claimed that it would be sub judice and contempt of court if PAS’ Private Member’s Bill is tabled in the this parliamentary meeting. Last March, Tawfik had filed an application seeking to declare the Private Member’s Bill, better known as RUU355, as unconstitutional and that it flouted Parliament procedures. The Bill seeks to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 to give syariah courts the power to mete out harsher punishments. Mohamed Tawfik had named Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia and Dewan Rakyat secretary Datuk Roosme Hamzah as defendants in his suit. On Feb 22 this year, the High Court denied Pandikar Amin’s bid to strike out the suit – thestaronline Sumber BO - 6-3-2018
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini bakal menyaksikan ahli parlimen membahaskan usul persempadan baru kawasan parlimen sebelum pilihan raya umum ke 14 (PRU 14) diadakan paling lewat pertengahan tahun ini. Ahli pembangkang sebelum ini mendakwa persempadanan itu sebagai usaha untuk memenangkan Barisan Nasional (BN). Setelah diluluskan oleh parlimen, persempadanan baru akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk kelulusan sebelum digazet. Persempadanan semula pernah dicabar di mahkamah, tetapi gagal. Pada 2 Mac, Mahkamah Rayuan menolak permohonan penangguhan kerajaan Selangor, membolehkan SPR mengemukakan cadangan persempadannya kepada kerajaan untuk dibentangkan kepada Dewan Rakyat. Pembangkang mungkin tidak dapat menghalang usul persempadanan baru kawasan pilihan raya daripada diluluskan oleh Dewan Rakyat. Isu lain yang dijangka menghangatkan sidang ialah kes penahanan kapal layar mewah, Equanimity, yang dikaitkan dengan siasatan Amerika Syarikat ke atas dana kerajaan 1MDB, oleh pihak berkuasa Indonesia.. Kapal berharga RM1 bilion itu yang didakwa dimiliki oleh pelabur Malaysia Low Taek Jho ditahan di Bali minggu lepas. Parti-parti komponen PH kini memiliki 71 kerusi di Dewan Rakyat. Mereka memerlukan majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan pusat. Sumber TKO - 5-3-2018 Akta 355 ini hantu ke apa?SELEPAS sahaja YB Marang membentangkan huraian usul RUU Persendirian bagi meminda Akta 355, YB Kota Bharu pula bangun menyampaikan ucapan sokongan usul tersebut selama hampir 1 jam 30 minit. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa YB Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan merupakan seorang peguam dan dulunya pernah menjadi Majistret Mahkamah. Datuk Takiyuddin telah membuktikan sebenarnya PAS masih mempunyai tokoh profesional yang tidak kurang hebatnya pasca krisis Muktamar PAS 2015 dulu. Ucapan beliau semalam ibarat pelengkap kepada Ucapan Tuan Guru Presiden PAS yang menghurai secara dasar mengenai RUU 355. Penghujahan beliau secara jelas, terang, dan huraian secara teknikal daripada aspek perundangan dan Perlembagaan. Beliau turut membawa latar belakang sejarah perundangan Islam seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sistem perundangan Islam yang tersusun bermula dengan adanya Mahkamah Balai yang menggunakan sumber hukum syarak iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Mahkamah Syariah hakikatnya telah wujud seawal kurun ke-13 dan ke-14. Apabila negara dijajah oleh Portugis, Belanda dan British, di peringkat awalnya institusi Mahkamah Syariah tidak terjejas langsung. Namun, pada tahun 1920 British mula campurtangan terhadap sistem kehakiman di tanah Melayu dengan mewujudkan dua sistem mahkamah iaitu Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat yang menggunakan Hakim Inggeris. Seterusnya, Datuk Takiyuddin memetik penghakiman kes Ramah vs Latun pada tahun 1927, dua orang Hakim di Mahkamah Rayuan British berkata "undang-undang Islam bukanlah undang-undang asing bagi negeri ini bahkan ia adalah undang-undang negeri ini 'law of the land'. Oleh sebab itu, undang-undang Islam perlu diberikan pengiktirafan oleh Mahkamah." Mahkamah Syariah yang pada asalnya Mahkamah di peringkat nasional telah diturunkan tarafnya ke peringkat Negeri sahaja oleh penjajah British. Hal ini menyebabkan Mahkamah Syariah dianggap sebagai mahkamah kelas kedua sahaja. Datuk Takiyuddin turut merujuk Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan yang terkandung di dalamnya Jadual Kesembilan mengenai Senarai 1-Persekutuan, Senarai 2-Negeri dan Senarai 3- Bersama. Butiran 1 Senarai 2- Negeri Jadual Kesembilan adalah mengenai institusi Mahkamah Syariah, undang-undang individu dan keluarga orang Islam. Kuasanya adalah terhad setakat mana yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Dakwaan yang mengatakan Akta 355 adalah tidak berpelembagaan adalah salah kerana akta ini mempunyai punca kuasanya dalam Perlembagaan. Dalam sistem perundangan sivil negara ini, Mahkamah Seksyen dan Majistret punca kuasanya di bawah Akta Mahkamah Rendah 1948 manakala Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan punca kuasanya di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Sungguh menarik apabila beliau dengan berpandukan hansard Parlimen yang bertarikh 3 Mac 1965, Akta 355 ini dibawa oleh Tun Abdul Rahman Yaakub, Ahli Parlimen dari Sarawak. Ia dibahaskan oleh seramai enam orang Ahli Parlimen yang kesemuanya Muslim. Ketika itu Lee Kuan Yew berada di dalam Dewan sebagai Ahli Parlimen Singapura dan ahli Parlimen Bukan Islam yang lain tidak pun masuk campur dalam perbahasan Akta 355. Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Asri Muda dalam perbahasan ketika itu memohon jaminan Kerajaan adakah had sekatan bagi hukuman maksimum Mahkamah Syariah itu adalah mutlak dan tidak boleh dipinda pada masa depan.? Lalu, Tun Abdul Rahman Yaakub yang menjadi Menteri membawa usul akta tersebut menjawab, bahawa Kerajaan memberi jaminan had sekatan boleh dipinda kerana Parlimen boleh membuat, mengubah, meminda dan memansuhkan undang-undang. Kalau di masa akan datang Parlimen berfikir hukuman di dalam klausa tersebut tidak mencukupi, ia boleh diubah. Pada tahun 1984 pula, pindaan Akta 355 ini dibawa oleh Timbalan Menteri JPM, Datuk Dr Yusof Nor dan disokong oleh Timbalan Menteri KDN, Datuk Radzi Syeikh Ahmad. Akta 355 dibahas selama 10 hari pada 10, 11 dan 12 Oktober 1984. Terdapat 10 orang yang berbahas, kesemuanya Ahli Parlimen Muslim. Ketika itu ada YB Dr Chen Man Hin (DAP Seremban), YB Dr Tan Seng Giaw (DAP Kepong), YB Karpal Sing (Jelutong), YB Lim Kit Siang (DAP Kota Melaka). Setelah ia diluluskan oleh Dewan Rakyat, pindaan Akta 355 ini dibawa ke Dewan Negara pada 19 Disember 1984. Ia dicadang oleh Timbalan Menteri KDN, Datuk Radzi Syeikh Ahmad dan disokong oleh Menteri Kehakiman, Datuk Dr James P. Ongkili yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Sabah. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Speaker ketika diasak oleh Ahli Parlimen PH, Datuk Takiyuddin menegaskan sekali lagi bahawa ketika Akta 355 ini digubal pada tahun 1965 dan dipinda pada tahun 1984 dan 1989, ia tidak pun melalui Majlis Raja-Raja. Seterusnya, Datuk Takiyuddin menyatakan Akta 355 ini sudah 33 tahun tidak dipinda, ia seperti sudah lapuk dan tidak sesuai dengan keadaan semasa. Akta Keadilan Jenayah 1953 dengan pindaan 2007 telah mendefinisikan penjara seumur hidup ialah 30 tahun berbanding sebelum itu 20 tahun. Hukuman tertinggi di Malaysia ialah hukuman mati, maka penjara seumur hidup adalah hukuman kedua tertinggi selepasnya. Pindaan Akta 355 tahun 2017 ini mencadangkan 30 tahun sebagai had maksimum, terpulanglah kepada negeri-negeri untuk meletakkan kadarnya selagi tidak melebihi had maksimum yang ditetapkan. Dalam Kanun Keseksaan, Seksyen 377 B kesalahan bagi sumbang mahram, hukumannya ialah minima 10 tahun sehingga maksima 30 tahun, manakala seksyen 377 C kesalahan seks dengan objek, hukumannya minima 5 tahun sehingga maksima 30 tahu Jadi, apa yang peliknya dengan cadangan pindaan 30 tahun bagi Akta 355 ini.? Hukuman 100 sebat Syarie pula jauh lebih baik dan ia lebih ringan berbanding 1 kali hukuman sebat sivil. Pindaan Akta 355 ini sekiranya diluluskan kelak ia tidaklah membawa makna secara automatik akan berubah had maksima di peringkat enakmen syariah di negeri-negeri. Ia bukanlah wajib dan negeri berhak untuk memilih sama ada mahu buat pindaan atau kekal dengan bidang kuasa 3 tahun penjara, denda RM 5000 dan 6 sebatan sedia ada. Walaupun usul ini belum sempat dibahaskan, tetapi terdapat 18 orang Ahli Parlimen yang bangun membuat pencelahan ketika ucapan sokongan usul oleh YB Kota Bharu, Mereka ialah Ahli Parlimen PAS Temerloh, Ahli Parlimen PAN Sepang, Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Ahli Parlimen BN Kinabatangan, Ahli Parlimen BN Rompin, Ahli Parlimen BN Kota Tinggi, Ahli Parlimen BN Jerantut, Ahli Parlimen BN Bagan Serai, Ahli Parlimen BN Setiu, Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Ahli Parlimen Warisan Penampang, Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Ahli Parlimen BN Tebrau, Ahli Parlimen BN Gerik, Ahli Parlimen BN Sekijang, Ahli Parlimen PAS Bachok, Ahli Parlimen BN Lenggong dan Ahli Parlimen BN Alor Gajah. Benar seperti kata Datuk Takiyuddin, mereka yang begitu takut dengan Akta 355 ini seperti takut hantu. Mereka tidak tahu pun mengenai Akta 355 iseperti mana yang takut kepada hantu yang kita tidak tahu bagaimana rupanya? – HARAKAHDAILY 8/4/2017 Penulis ialah Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PASSumber HD - 8-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menafikan beliau menangguhkan awal sesi perbahasan Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU355) semalam kerana agenda politik atau menerima tekanan daripada mana-mana pihak. Sebaliknya beliau menegaskan keputusannya itu semata-mata untuk menjaga kebajikan kakitangan Parlimen yang telah tidak tidur semalaman. Oleh itu, kata Pandikar Amin, beliau telah menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menamatkan sesi Parlimen pada jam 4 petang berbanding kebiasaan jam 5.30 petang. Mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen Ke-13 itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila bersidang hampir 20 jam bermula pada 10 pagi kelmarin (Rabu) hingga 5.05 pagi semalam (Khamis). Ditanya kenapa beliau membenarkan persidangan berlangsung sehingga 20 jam, Pandikar Amin yang ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama Seminar Serantau Anggota Parlimen Wanita Komanwel Asia Tenggara di Parlimen, hari ini berkata: "Ia adalah kehendak kerajaan untuk menamatkan rang undang-undang yang mereka mahu tamatkan, ia bukan kehendak saya...terpaksa...pegawai saya dan saya satu malam tak tidur. "Jadi, pada ketika itu, itu kuasa saya, saya tidak mahu duduk lagi untuk mendengar hujah-hujah yang pernah saya dengar, yang kadang-kadang tidak masuk di akal. Kalau mahu tuduh saya tongong, maka hujah-hujah mereka selama sembilan tahun saya dengar, kebanyakan mereka tongong," katanya pada sidang media hari ini. Beliau mengulas mengenai kecaman pembangkang berhubung tindakannya menamatkan sesi Dewan Rakyat lebih awal semalam, sebelum sempat RUU355 yang dibentang Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibahaskan. Tindakan Pandikar Amin menangguhkan hari terakhir sidang Dewan Rakyat itu lebih awal dari kebiasaannya menerima kecaman pelbagai pihak terutama pembangkang yang mendakwa mereka tidak diberi peluang untuk membahaskan RUU355 berkenaan. Ini termasuk Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub yang menyelar tindakan Speaker mengeluarkan arahan untuk menangguhkan RUU355 dibahaskan semalam sebagai tongong. Mengulas lanjut, Pandikar Amin berkata tugas beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat bukan semata-mata untuk menyenangkan hati semua pihak. "Kalau ada yang menganggap ia tongong, itu adalah persepsi masing-masing. Saya rasa Pas semalam pun mahu perkara itu untuk dibahas dan diundi. Tetapi saya mempunyai hak untuk tangguhkan mesyuarat dan mereka (anggota Parlimen) masih dapat berbahas pada masa akan datang. Tapi bila mereka ini berhujah, hujah mereka itu boleh berasaskan agenda politik semata-mata. Saya tidak mempunyai agenda politik, saya hanya mahu memastikan setiap persidangan itu berjalan lancar. Terpulang kepada sesiapa sahaja yang mahu menghentam saya, saya tidak kisah, saya tak peduli, saya tak peduli asalkan (sidang) Parlimen berjalan lancar," katanya. Beliau berkata, tindakan itu juga adalah adil kerana kedua-dua pihak, iaitu anggota Parlimen kerajaan dan juga pembangkang yang ingin mencelah dan berbahas tidak dibenarkan berbuat demikian. Pandikar Amin juga berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa yang dimiliki beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat, walaupun ada pemimpin yang pernah menyebut bahawa RUU berkenaan akan dibentang, namun tidak akan dibahas dan diundi pada sesi Dewan Rakyat kali ini. "Itu untuk kepentingan politik, mereka mahu menang pilihan raya, saya tidak mahu menang pilihan raya. Apa yang penting, apa yang saya kata dan apa yang saya lakukan. Sebab semalam, kita sudah duduk sampai pukul 5 pagi kerana kemahuan kerajaan yang mahu semua rang undang undang dibahaskan di bawah peraturan Mesyuarat 15 (5). Itu bukan kemahuan saya, jadi apabila saya mempunyai kuasa, saya perlu menggunakannya, saya tidak mahu tunggu lagi dua hingga tiga jam untuk mendengar hujah-hujah anggota Parlimen yang kadang-kadang tidak masuk akal bagi saya," katanya. Pembentangan RUU355 dibuat Abdul Hadi yang merupakan Presiden PAS pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 semalam. Persidangan Dewan Rakyat itu bermula 6 Mac lalu. Sejurus Abdul Hadi selesai membentangkan usul itu, ia disokong anggota Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung Pas. Pandikar Amin kemudian membuat keputusan usul itu akan dibahas dan diputuskan pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang. Penangguhan sidang mesyuarat itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, diluluskan dengan undian suara majoriti. Sidang Dewan Rakyat kali ini meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan) 2016, Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 dan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017. - Bernama Sumber TKO - 7-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PAS ‘Shocked’ The Bill deferredPAS said today it was shocked by Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia’s decision to postpone the debate of party president Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang’s private member’s Bill today. The Islamic party secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan said the party had prepared debaters for the proposed amendments to Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 and was caught off guard when Pandikar made the announcement. “We didn’t know, we had prepared our speaker’s (for the debate). We were shocked,” he told reporters when met after the Bill was deferred. PAS Youth Chief Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz also echoed Takiyuddin’s sentiments, claiming that the party was shocked with Pandikar’s ruling. “The speaker’s decision to postpone the debate was quite shocking as we in PAS was prepared but Speaker made the decision using his powers,” he told reporters when met after the debate. The Pasir Mas MP also hoped that when the debate in the next session will be longer so that a good debate from all sides. “We hope that the next sitting would be longer so that all parties can debate it properly. It is an interesting debate that has gotten attention of the public,” Nik Abduh added. Putrajaya yesterday rushed five federal bills and deferred four more in a marathon sitting that lasted 20 hours to pave way to the PAS president’s private member’s bill to amend Shariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act to be on top of order paper today. However, after initial presentation and secondment of the bill, Pandikar deferred debates to the next session. – themalaymailonline Sumber BO - -4-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan berang dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggunakan kuasanya menangguhkan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) mempersoalkan tindakan Pandikar yang disifatkan tidak adil kerana hanya membenarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan hujah.
“Beri kami peluang berbahas, Dewan Rakyat apa ini? Hari ini adalah hari PAS dan Umno saja. (Pandikar) tidak berani beri kita peluang berhujah, Islam ke ni? Islam ke ni? Malu… Islam bukan macam ini,” katanya dalam Dewan Rakyat.
Manakala, Rafizi Ramli (PKR-Pandan) turut mempersoalkan tindakan Pandikar yang seharusnya memberi peluang kepada Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan berhujah.
Sewaktu kekecohan berlaku, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) menggelar Pandikar sebagai “ayam”.
Kemudiannya, teriakan “takut” dan “tidak berani” disuarakan ahli Parlimen pembangkang lain.
Ketika itu, hanya Takiyuddin dibenarkan berbahas tanpa sebarang sekatan oleh Pandikar kira-kira satu jam setengah.
Sebelum itu, selepas mendengar hujah Takiyuddin, Pandikar menyatakan rasa teruja dan mengakui beliau kini memahami makna Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
“Selepas saya dengar hujah Marang (Hadi) dan hujah sokongan dari Kota Bharu (Takiyuddin), saya benar-benar jelas mengenai RUU 355,” katanya.
Pandikar kemudiannya berkata tidak mahu menjadi bodoh walaupun mempunyai kuasa sepenuhnya sebagai Speaker Dewan Rakyat.
“Saya ingin kongsikan kata-kata hikmat dari seorang pemimpin Sabah yang terpahat dalam fikiran iaitu ‘when you are in power, you are powerfull, when you don’t use the power, you are bloody full, today i don’t want to be a bloody fool (apabila anda memiliki kuasa, anda berkuasa, apabila tidak gunakan kuasa, anda seorang yang bodoh, hari ini saya tidak mahu menjadi bodoh),” katanya.
Sesi perbahasan akan datang dijadualkan pada 24 Julai dan berakhir pada 10 Ogos tahun ini.
Tengah hari tadi, Hadi akhirnya diberikan peluang menghuraikan RUU 355.
Sewaktu huraian, Hadi menegaskan akta berkenaan hanya dikhususkan kepada umat Islam negara ini dan memberi jaminan tidak melibatkan orang bukan Islam.
Sumber TKO - 7-4-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuala Lumpur: Beberapa Ahli Parlimen DAP dan PKR sengaja bangun bertujuan melengah-lengahkan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sepatutnya membentangkan usul persendirian berkaitan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, di Dewan Rakyat, pagi tadi. Antaranya Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar) dan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng). Mereka menggunakan alasan Peraturan Mesyuarat selain membangkitkan masalah teknikal berkaitan usul berkenaan. Lebih setengah jam mereka bangun bersilih ganti mempertikaikan usul berkenaan yang diberi keutamaan untuk dibentangkan pada hari terakhir Sidang Dewan Rakyat hari ini. Usul itu tersenarai sebagai perkara 1 di bawah Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Parlimen hari ini. Bagaimanapun selepas lebih setengah jam ‘mengacau’ akhirnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan semua Ahli Parlimen terbabit duduk dan meminta Abdul Hadi meneruskan pembentangan. Ia bertujuan meminda perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebii lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali' dengan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi RM100,000 atau sebatan 100 kali sebagai mana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah syariah. Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=uMQAA-zTOms Sumber TKO - 6-4-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=m53kJBr16_I Mereka cuba menggagalkan pembentang RUU 355 dengan pelbagai cara, Ada yang saman, ada yang menghasut tidak kurang memutar belit maklumat tentang RUU 355. Istilah kena kencing dll. Yang nyata ramai MP bukan Islam terang-terang menentang perkembangan agama Islam di Malaysia. Al Quran melarang kita mengambil orang kafir sebagai wali. Aali ‘Imraan : 28. “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu).” QS. 4. An-Nisaa’ : 144. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?” QS. 5. Al-Maa-idah : 57. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi PEMIMPINMU, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.” 2. Al-Qur’an melarang menjadikan orang kafir sebagai Pemimpin walau Kerabat sendiri : QS. 9. At-Taubah : 23. “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan BAPAK-BAPAK dan SAUDARA-SAUDARAMU menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan, dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” QS. 58. Al-Mujaadilah : 22. “Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekali pun orang-orang itu BAPAK-BAPAK, atau ANAK-ANAK atau SAUDARA-SAUDARA atau pun KELUARGA mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada- Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.” 3. Al-Qur’an melarang menjadikan orang kafir sebagai teman setia QS. 3. Aali ‘Imraan : 118. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi TEMAN KEPERCAYAANMU orang-orang yang di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” QS. 9. At-Taubah : 16. “Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi TEMAN SETIA selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman ? Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” 4. Al-Qur’an melarang saling tolong dengan kafir yang akan merugikan umat Islam QS. 28. Al-Qashash : 86. “Dan kamu tidak pernah mengharap agar Al-Quran diturunkan kepadamu, tetapi ia (diturunkan) karena suatu rahmat yang besar dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu menjadi PENOLONG bagi orang-orang kafir.” QS. 60. Al-Mumtahanah : 13. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan PENOLONGMU kaum yang dimurkai Allah. Sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur berputus asa.” 5. Al-Qur’an melarang mentaati orang kafir untuk menguasai muslim QS. 3. Aali ‘Imraan : 149-150. “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu MENTAATI orang-orang yang KAFIR itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. Tetapi (ikutilah Allah), Allah lah Pelindungmu, dan Dialah sebaik-baik Penolong.” 6. Al-Qur’an melarang beri peluang kepada orang kafir sehingga menguasai muslim QS. 4. An-Nisaa’ : 141. “…… dan Allah sekali-kali tidak akan MEMBERI JALAN kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.” 7. Al-Qur’an memvonis munafiq kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin QS. 4. An-Nisaa’ : 138-139. “Kabarkanlah kepada orang-orang MUNAFIQ bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih. (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.” 8. Al-Qur’an memvonis ZALIM kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin QS. 5. Al-Maa-idah : 51. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang ZALIM.” 9. Al-Qur’an memvonis fasiq kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin QS. 5. Al-Maa-idah : 80-81. “Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, yaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam siksaan. Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Nabi), niscaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu menjadi penolong-penolong, tapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang FASIQ.” 10. Al-Qur’an memvonis sesat kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin QS. 60. Al-Mumtahanah : 1. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah TERSESAT dari jalan yang lurus.” 11. Al-Qur’an mengancam azab bagi yang jadikan kafir sbg Pemimpin / Teman Setia QS. 58. Al-Mujaadilah : 14-15. “Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang menjadikan suatu kaum yang dimurkai Allah sebagai teman ? Orang-orang itu bukan dari golongan kamu dan bukan (pula) dari golongan mereka. Dan mereka bersumpah untuk menguatkan kebohongan, sedang mereka mengetahui. Allah telah menyediakan bagi mereka AZAB yang sangat keras, sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.” 12. Al-Qur’an mengajarkan doa agar muslim tidak menjadi sasaran fitnah orang kafir QS. 60. Al-Mumtahanah : 5. “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (SASARAN) FITNAH bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Sumber TKO - 6-4-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akibat terlalu gembira, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan tidak dapat menahan air matanya dalam persidangan Dewan Rakyat apabila usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU355) berjaya dibentangkan hari ini. Melalui rakaman siaran langsung di parlimen, Nasruddin yang duduk di belakang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat beberapa kali membuka kaca mata bagi mengelap air mata. Beliau ketika ditemui pemberita ketika sesi rehat selepas itu melahirkan rasa syukur apabila usul itu akhirnya berjaya dibentangkan oleh Hadi. “Pada saya bila mereka (anggota parlimen bukan Islam) ada peluang mendengar, itu pun sudah besar ertinya (untuk PAS) dan mereka boleh berfikir dengan betul. “Sebelum ni mereka tak dengar lagi sebelum buat pelbagai rumusan dalam keadaan mereka tak dengar apa yang kita cakap, apa yang Islam nak,” katanya sambil tersenyum. Beliau yang juga anggota parlimen Temerloh berkata PAS membentangkan usul itu bukan untuk mencari undi politik, sebaliknya mengangkat syariat Islam. “Saya mengharapkan mereka menilai dengan hati terbuka dan mereka lihat bagaimana keadilan Islam,” katanya. Tuan Ibrahim: Hari bersejarah Sementara itu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut hadir ke parlimen turut menyifatkan hari ini merupakan hari sejarah kepada parti Islam itu. “Alhamdulillah saya syukur dan saya yakin ahli-ahli PAS sujud syukur kerana ia dibentang dan tinggal doa untuk berjaya. “Hari ini hari yang berjaya, semoga Allah mudahkan urusan,” katanya di parlimen hari ini. Tuan Ibrahim bagaimanapun membidas sikap DAP yang pada mulanya cuba menghalang usul itu daripada dibentangkan. “Ini sikap yang tak demokratik. Sepatutnya beri ruang untuk bahas kemudian buka kepada pengundi. Tak boleh sekat usul. “Saya fikir tindakan DAP rakyat boleh nilai apa yang mereka buat tak sepatutnya berlaku oleh anggota parlimen. (Bila) dengar penjelasan ini dan kekeliruan dapat di hindar,” katanya. Sumber TKO - 6-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh Adam Abu Bakar KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan rakyat bukan Islam tidak ada kena-mengena dengan undang-undang syariah, ketika mencadangkan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, di Dewan Rakyat hari ini. Presiden PAS dan ahli Parlimen Marang itu berkata pesalah bukan Islam tidak pernah dalam sejarah 50 tahun pelaksanaan syariah di negara ini dibicarakan di bawah mahkamah syariah “Saya bukannya hendak wujudkan undang-undang baru tetapi untuk meminda berkaitan mahkamah syariah yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. “Belum ada bukan Islam yang terguna pakai dalam akta ini. Saya mohon Yang Berhormat bukan Islam, kerana tidak ada bukan Islam yang akan disabitkan,” katanya sewaktu membentangkan rang undang-undang persendirian itu. Perang mulut tercetus seketika apabila Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) bangun membantah keputusan Speaker memberi laluan kepada Hadi. Beberapa wakil rakyat BN termasuk Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) dilihat mengherdik Kit Siang supaya tidak meneruskan bantahannya. ‘Hukuman tak setimpal kesalahan’ RUU itu bertujuan meningkatkan hukuman sedia ada untuk kesalahan syariah tertentu, daripada maksima 3 tahun penjara kepada 30 tahun, daripada denda maksima RM5,000 kepada RM100,000, dan daripada 6 kepada 100 sebatan. Hadi turut menyelar ahli Parlimen sama ada Islam atau bukan Islam yang membantah RUU tersebut, sambil berkata penentangan itu merupakan petanda buruk terhadap budaya “politik perpaduan matang” di negara ini. “Kepada bukan Islam, jangan permain-mainkan agama Islam yang menjadi agama persekutuan,” katanya. Hadi merujuk kepada apa yang didakwanya hukuman tidak setimpal untuk kesalahan syariah, berbanding dengan beberapa kesalahan kecil di bawah mahkamah sivil. “Mahkamah sivil memperuntukkan denda RM50,000 jika didapati bersalah memiliki burung-burung tertentu. “Tetapi jika mengajar ajaran sesat dan didapati bersalah, hanya denda maksima RM5,000 sahaja. Apakah demikian rendah nilai akidah Muslim?” soalnya. Memberikan contoh, Hadi berkata mahkamah syariah pada masa ini dilihat mengambil ringan kesalahan lelaki yang tidak memberikan nafkhah kepada bekas isteri, berbanding dengan hukuman mahkamah sivil yang lebih berat. “Jika dibandingkan dengan mahkamah sivil, denda berpuluh ribu bagi memastikan hak wanita terjaga. Islam adalah agama rasmi persekutuan, tetapi penganut agama Islam dalam negara tidak dapat menikmati keadilan menggunakan agama mereka,” katanya. Bukan menyeksa Hadi turut mempersoalkan dakwaan hukuman yang dicadangkannya lebih menjurus kepada penyeksaan, sebaliknya berkata ia bertujuan mendidik, seperti yang boleh dilihat dalam kaedah sebatan di bawah syariah. “Sebatan dalam Islam berbeza dengan sebatan sivil. Ia mesti dilakukan dengan alat sebat yang bersaiz sederhana. Tidak boleh angkat terlalu tinggi, tidak boleh sehingga koyakkan kulit, ia bunyinya 100 sebatan tetapi berbeza dengan sebatan sivil,” katanya. Minggu lalu, mesyuarat tertinggi Barisan Nasional memutuskan untuk tidak mengambil alih RUU Hadi. RUU itu pertama kali dibentangkan pada Mei 2016, dan pada November lalu, Hadi meminda usul tersebut dengan mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda kepada maksima RM100,000 dan hukuman sebat kepada maksima 100 kali. Selain ahli Parlimen PAS, RUU itu menerima sokongan terbuka beberapa pemimpin Umno termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang hadir bulan lalu pada perhimpunan dianjurkan PAS bagi menyatakan sokongan terhadap usul itu.-FMT Sumber TKO - 6-4-2017 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Kerjasama' antara DAP dan PAN jelas terserlah dalam Dewan Parlimen hari ni, ketika usul RUU355 hendak dibentangkan oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Inilah sikap dan perangai sebenar mereka. Fikir-fikirkan.. p/s: Alhamdulillah. TGHH diizinkan utk menghuraikan RUU355 setelah 40 minit diganggu oleh penentang Islam DAP. Perbentangan/perbahasan akan bersambung selepas Zohor Kredit Ibnu Noor Sumber TKO - 6-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sebak saksikan pembentangan Tuan GuruSEJURUS selesai pembentangan RUU 355 oleh wakil Marang Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Dewan Rakyat saya dihubungi oleh seorang rakan wartawan kanan sebuah akhbar harian. Beliau mahu tahu reaksi saya dan mahu tahu apakah kesan pembentangan tadi buat PAS. Saya percaya bukan sahaja saya malah seluruh ahli PAS dan mungkin juga mereka yang bukan PAS khasnya yang beragama Islam sebak menyaksikan pembentangan Tuan Guru tadi. Sebak kerana Tuan Guru mohon agar Islam dihormati dan dimuliakan. Beliau menggariskan keperluan memperkasakan Mahkamah Syariah agar selaras dengan Islam dan menegaskan betapa RUU ini tidak ada kena mengena dengan rakyat Malaysia yang bukan Islam. Saya beritahu rakan saya peluang Tuan Guru membuat pembentangan tadi sudah dikira sejarah. Malah banyak sejarah terlakar tadi. Tidak ada MP PAS pernah bawa Private Members Bill sehingga sampai ke peringkat seperti ini. Tidak ada pemimpin PAS yang pernah berpeluang mengemukakan satu usul penting yang melibatkan pemerkasaan syariah seperti ini. Tuan Guru mencipta sejarah apabila ucapannya tidak kurang tiga kali disambut dengan hentakan meja iaitu tanda sokongan ahli-ahli dewan termasuk dari bangku kerajaan. Sesungguhnya segala kekeliruan dan tohmahan terungkai melalui hujah-hujah Tuan Guru tadi dan saya yakin semua umat Islam bukan hanya orang PAS terharu dan bangga dengan kesungguhan Tuan Guru tadi. Terserlah bahawa orang bukan Islam tidak akan malah tidak pernah terdakwa atau didakwa di bawah Akta 355 sejak ia diperkenalkan 52 tahun lalu. Malulah kalau orang Islam tidak menyokong RUU ini dan malulah juga yang bukan Islam jika menentang sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan mereka. Syabas Tuan Guru teruslah ke hadapan memimpin ummah dan menobatkan Islam di tanah air.Sumber HD - 6-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- RUU 355: DAP, PKR cuba lengahkan usulUSAHA DAP dan pihak tertentu menghalang anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat penghuraian mengenai pindaan Akta 355 di parlimen hari ini tidak menjadi kenyataan. Penentangan terbuka DAP terhadap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah begitu terserlah kali ini, memberi kesimpulan baru kepada pengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. Cubaan tentangan itu dizahirkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan dibantu tiga lagi anggota parlimen itu Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), dan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) dan Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar). Sebelum itu Gobind cuba melengahkan persidangan dengan mengemukakan alasan bekas anggota parlimen Benut, Mohamed Tawfik Ismail menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat menghalang usul meminda Akta 355 dibentang. Namun Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) menjelaskan saman pemula seperti itu pernah ditolak Mahkamah Tinggi sebelum ini. Biar pun pada jam 12.30 pagi Speaker memberi kebenaran anggota parlimen Marang menghuraikan usul tersebut, namun tetap diganggu anggota parlimen DAP dan PKR tersebut. Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika membuat keputusan menegaskan parlimen lebih berkuasa berbanding dengan mahkamah seperti amalan di negara-negara Komanwel (Commonwealth). Menurut beliau sekiranya mahkamah lebih berkuasa berbanding parlimen, tidak ada usul yang dapat dibentang di parlimen apabila ada saman pemula. Beliau juga berkata, pindaan yang dibawa anggota parlimen hanya melibatkan pindaan terhadap Akta 355 dan bukan perkara baru. Biarpun penjelasan demi penjelasan diberi namun anggota parlimen terbabit masih lagi berdegil sehingga Speaker memberi arahan. “Sesiapa yang berdiri saya akan keluarkan,” ujar Speaker ketika suasana agak tegang seketika. Bagaimanapun anggota parlimen pembangkang lain menyepi biar pun ada antaranya cuba bangun seperti mahu membantu. Ketua Penerangan Muslimat PAS Kelantan Mumtaz Md Nawi menyifatkan PAS akan menjadi pelakar sejarah dengan membawa RUU persendirian bagi menambah kuasa Mahkamah Syariah biar pun hanya mempunyai 14 ahli parlimen. Katanya juga perbahasan RUU 355 dan pengundian hari ini akan menentukan sama ada ahli-ahli Parlimen Islam akan membuat “political decision” atau “Islamic decision”. “Ia juga dapat melihat ahli–ahli parlimen bukan Islam sama ada berani mengundi untuk membawa aspirasi orang Islam yang menjadi pengundi mereka pada pilihan raya umum lepas. “Adakah RUU 355 akan menjadi medan pengundian agenda politik atau survival politik,” katanya. Manakala bagi pengamal undang-undang syariah dan umat Islam ia menjadi penentu terhadap masa depan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan kes-kes jenayah syariah di seluruh negara. Mumtaz yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, selama 33 tahun umat Islam di Malaysia menunggu penuh debar melihat wakil rakyat yang dihantar ke Parlimen benar-benar mewakili aspirasi rakyat. – HARAKAHDAILY 6/4/2017Sumber HD - 6-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ RUU 355: Akhirnya PAS berjaya bentang usulUSUL Persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) berjaya dibacakan di Dewan Rakyat hari ini walaupun diganggu oleh beberapa Ahli Parlimen bukan Islam. Sekitar 35 minit masa berlalu begitu sahaja apabila beberapa MP DAP dan PKR bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin sebaik sahaja beliau membenarkan Tuan Guru Abdul Hadi membacakan usulnya tepat jam 12 tengah hari. Sebaik sahaja Pandikar mempersilakan Tuan Guru Abdul Hadi membacakan huraian RUU 355, Ahli Parlimen Gelang Patah (DAP) Lim Kit Siang bangun mencelah dan mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya telah ditolak oleh speaker. Ekoran itu, Pandikar menjelaskan bahawa kerajaan telah meminta supaya usul berkenaan diberi keutamaan, dan bahawa Hadi telah meminta untuk menangguhkan usul itu selepas memindanya. Menurutnya, ‘tangannya terikat’ apabila ini membabitkan Peraturan Mesyuarat, kerana adalah hak eksekutif untuk membuat sebarang pindaan kepada Peraturan Mesyuarat. Pandikar menjelaskan bahawa usul Hadi adalah untuk memohon kebenaran supaya rang undang-undang itu dibacakan. "Oleh itu, apabila usul itu dibacakan, Marang akan memberikan penjelasan, maka saya akan menjemput seseorang untuk sama ada menyokong atau menolaknya," katanya. Ahli Parlimen Puchong (DAP) Gobind Singh Deo turut mencelah dan berkata Speaker telah menerima notis, bahawa terdapat tuntutan mahkamah untuk menyekat usul tersebut. Gobind kemudian merujuk kes 1MDB, di mana Pandikar menghalang perbincangan mengenai isu itu atas alasan subjudis, kerana ia masih di mahkamah. Pandikar mempertahankan tindakannnya sambil membacakan contoh dari Parlimen India yang subjudis tidak boleh menghalang undang-undang daripada digubal. “Keputusan kes ini telah pun diputuskan, hakim mahkamah tinggi, permohonan plaintif untuk menyekat Dewan Rakyat dan Marang untuk kemukakan usul ditolak,” katanya. Usul Tuan Guru Abdul Hadi bertujuan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara tahun sehingga 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan hukuman sehingga 100 sebatan. Hukuman syariah sekarang adalah maksimum penjara tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan enam sebatan. – HARAKAHDAILY 6/4/2017Sumber HD - 6-4-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) akan dibentangkan di Dewan Rakyat, sebentar lagi. Rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan had hukuman bagi kesalahan syariah. Walaupun MP bukan Islam cuba gagalkan tetapi alhamdulillah RUU 355 berjaya dibentangkan. 12:20pm: Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mencelah dan berkata Speaker telah menerima notis, bahawa terdapat tuntutan mahkamah untuk menyekat usul Hadi. Gobind kemudian merujuk kes 1MDB, di mana Pandikar menghalang perbincangan mengenai isu itu atas alasan subjudis, kerana ia masih di mahkamah. Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) kemudian bangkit dan berkata injunksi sama difailkan pada bulan Jun lalu, untuk menyekat usul Hadi tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolaknya. Pandikar kemudian membaca contoh dari Parlimen India yang subjudis tidak boleh menghalang undang-undang daripada digubal. “Keputusan kes ini telah pun diputuskan, hakim mahkamah tinggi, permohonan plaintif untuk menyekat Dewan Rakyat dan Marang untuk kemukakan usul ditolak,” katanya. 12:15pm: Lee menyoal Pandikar akan membuat pemerintah sama ada usul Hadi akan dibaca sebagai usul atau rang undang-undang ahli persendirian. Pandikar menjelaskan bahawa usul Hadi adalah untuk memohon kebenaran supaya rang undang-undang itu dibacakan. "Oleh itu, apabila usul itu dibacakan, Marang (Hadi) akan memberikan penjelasan, maka saya akan menjemput seseorang untuk sama ada menyokong atau menolaknya,' katanya. 12.10pm: Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) menyoal mengapa usul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang yang lain. Pandikar bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan telah meminta supaya usul Hadi diberi keutamaan, dan bahawa Hadi telah meminta untuk menangguhkan usul itu selepas memindanya. "Saya hanya mengikuti Peraturan Mesyuarat," kata Pandikar. Menurutnya, ‘tangannya terikat’ apabila ini membabitkan Peraturan Mesyuarat, kerana adalah hak eksekutif untuk membuat sebarang pindaan kepada Peraturan Mesyuarat. Beliau berkata jika kerajaan mempunyai perjanjian dengan mana-mana pembangkang untuk mempercepatkan usul mereka, maka beliau akan akur. 12:00pm: Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempersilakan Hadi untuk membacakan usulnya. Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) bagaimanapun mencelah dan mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya telah ditolak oleh speaker. 11:55am: Usul Hadi bertujuan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara tahun sehingga 30 tahun, denda maksimun RM100,000 dan hukuman sehingga 100 sebatan. Hukuman syariah sekarang adalah maksimum penjara tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan enam sebatan. Sebelum ini, Hadi cuba memasukkan peruntukan supaya tidak ada sebarang had maksimum, kecuali hukuman mati. Beliau kemudian menyemak cadangan pindaan itu selepas perbincangan dengan kerajaan November lalu. Ini adalah kali ketiga Hadi telah membawa usul itu ke Dewan Rakyat. Sumber TKO - 6-4-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rang undang-undang (RUU) Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan dibahaskan di Parlimen hari ini.Rang undang-undang sekarang adalah nombor satu dalam kertas perintah, dan perbahasan akan bermula selepas sesi soalan lisan tamat pada jam 12 tengah hari. Kerajaan nampaknya telah menarik balik semua usulnya belum selesai, kerana ia tidak ada dalam kertas perintah itu. Hadi berusaha untuk meminda Akta yang dikenali sebagai Akta 355 untuk meningkatkan had hukuman penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan. Pada masa ini, had hukuman syariah hukuman adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan. Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung selama hampir 20 jam semalam, berakhir pada 5:05 pagi ini, mencatat rekod baru sesi Parlimen yang paling lama, melebihi masa sebelum ini sehingga jam jam 4.25 pagi, lapor Bernama. Sidang Dewan Rakyat disambung pada jam 10 pagi hari ini. Sumber TKO - 6-4-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Persidangan Dewan Rakyat mencipta rekod baru semalam setelah berlangsung hampir 20 jam bermula jam 10 pagi semalam hingga jam 5.05 pagi ini. Penangguhan sidang mesyuarat itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, diluluskan dengan undian suara majoriti. Pada 2015, Dewan Rakyat mencipta rekod persidangan terpanjang selepas ditangguhkan pada jam 4.25 pagi mengatasi rekod sidang sebelumnya pada jam 3.21 pagi. Terdahulu, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata Cukai Pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus. Cukai Pelancongan 2017 bertujuan mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai pelancongan ke atas mereka yang menginap di premis pelancongan di Malaysia. Cukai itu dirancang untuk mengenakan levi ke atas pelancong yang menginap di mana-mana premis yang disediakan oleh pengendali pada kadar ditetapkan menteri. "Sekiranya kita buat promosi dengan begitu baik sekali dan mendapat kadar penginapan mencecah 80 peratus maka jumlah kutipan akan meningkat sehingga RM872.82 juta," katanya. Menurut Mohamed Nazri kutipan cukai itu mampu memberikan dana yang mampan setiap tahun bagi membolehkan industri pelancongan dimajukan dan menjadi lebih berdaya saing. Cukai itu akan dikenakan pada semua jenis premis pelancongan kecuali homestay dan inap desa yang berdaftar dengan kementerian, premis penginapan yang dikendalikan institusi pendidikan atau latihan yang bukan tujuan komersial dan premis penginapan yang diusahakan institusi keagamaan, katanya. Beliau berkata cukai tersebut akan dijadikan cukai persekutuan bertujuan mengelakkan perselisihan dengan kerajaan negeri dari segi kebolehan mengenakan cukai memandangkan sesetengah negeri berhak mengenakan cukai melalui majlis perbandaran seperti Pulau Pinang dan Melaka. Terdahulu, persidangan dewan meluluskan usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bagi membawa lima rang undang-undang yang sepatutnya dibentang untuk bacaan kali kedua, ke persidangan akan datang. Ia melibatkan Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017, dan Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016. Beliau turut memohon untuk menarik balik Rang Undang-Undang Setem (Pindaan) 2016. Dalam pada itu, persidangan Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017, dan Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuaan (Pindaan) 2017. Persidangan dewan ditangguhkan ke 10 pagi ini. - Bernama Sumber TKO - 6-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Usul RUU 355 di Dewan Rakyat hari iniALHAMDULILLAH. Selawat dan Salam buat Rasulillah, juga buat Ahli Keluarga dan Sahabat Baginda dan seluruh mereka yang mengikut Sunnah Baginda. 1. Hari ini insyallah Usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau dikenali sebagai RUU 355 akan dibentang untuk dibahas di Dewan Rakyat oleh YB Kawasan Marang. 2. Ia bertujuan untuk mencadangkan pindaan terhadap "Akta 355 Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965" daripada kadar hukuman tidak lebih 3 tahun penjara, lima ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan kepada tidak lebih 30 tahun penjara, 100 ribu ringgit denda dan 100 kali sebatan menurut Syariah. 3. Akta ini setelah berjaya dipinda di Parlimen membolehkan Dewan-Dewan Undangan Negeri meminda kadar hukuman kesalahan Syariah dalam Enakmen-enakmen Kesalahan Syariah yang akan terpakai di Mahkamah-Mahkamah Syariah Negeri. 4. Akta 355 sejak diperkenalkan pada 1964 di Parlimen hanyalah berkaitan dengan kadar hukuman kesalahan jenayah di Mahkamah Syariah yang khusus untuk orang Islam sahaja sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. 5. Keperluan meminda Akta ini merupakan hasrat besar umat Islam di Malaysia. Malah ia juga disokong oleh tokoh ulamak antarabangsa seperti Syeikh Dr Hammam Sa'id, bekas Muraqib Aam Ekhwan Jordan (sesi 2008-2016) dan Syeikh Dr Solah Khalidi, tokoh ulamak tafsir Jordan sebagaimana rakaman ucapan mereka berdua yang tersebar luas. 6. Saya menyeru seluruh Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia beragama Islam yang cintakan agama mereka dan bukan muslim yang memahami bahawa RUU 355 adalah khusus berkaitan kepentingan umat Islam sahaja agar sama-sama berdoa supaya segala usaha ini berjalan lancar. Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-TakiriSumber HD - 6-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 2 khabar gembira dari ParlimenPENUH bersemangat hari ini walaupun baru tiba di rumah menjelang azan Subuh dek kerana persidangan Dewan Rakyat tamat jam 5 pagi tadi. Khabar 1: RUU Pindaan Akta 164 sudah ditarik balik oleh Kerajaan pada jam 1 pagi tadi. Bacaan kali ke-2 dan ke-3 RUU tersebut ditangguhkan ke sidang akan datang. Khabar 2: RUU Pindaan Akta 355 tersenarai di giliran no 1 Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Insya Allah, Tuan Guru Presiden PAS akan membentangkan sepenuhnya RUU Persendirian 355. Bagi yang ada kesempatan, saksikanlah siaran langsung detik bersejarah di Parlimen hari ini khas berkenaan RUU355... Sumber HD - 6-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Peluang kerja rakyat terancam oleh pelabur China?KEMASUKAN pelabur-pelabur dari negara China ke negara ini dibimbangi akan menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan, demikian menurut Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli. Katanya, sejarah kemasukan pekerja asing di dalam negara sebelum ini juga telah membuktikan banyak peluang pekerjaan tempatan diboloti oleh pekerja asing. "Sudah tentu mereka datang dengan modal, bahan, dan kepakaran mereka sendiri. Di mana kedudukan pekerja tempatan?" soal beliau ketika mengemukakan soalan tambahan di dalam Dewan Rakyat hari ini. Beliau turut meminta kerajaan menyebut bidang-bidang pekerjaan yang boleh diisi oleh pekerja tempatan dengan kemasukan pelabur China itu nanti. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Datuk Normala Abd Samad membidas kerajaan apabila ramai pekerja asing yang kononya untuk mengisi pekerjaan katagori 3D (dangerous, dirty & difficult) sebaliknya bekerja di sektor perhotelan. "Bagaimana kerajaan membuat pemantauan, pekerja-pekerja hotel masih ramai dan dipenuhi warga asing sedangkan pekerjaan itu bukan katagori 3D?" soalnya dalam soalan tambahan. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot dalam jawapannya menegaskan dasar polisi kerajaan mengenai pengambilan pekerja asing tidak boleh melebihi 15 peratus guna tenaga kerja negara. "Pihak kerajaan akan sentiasa berhati-hati dalam soal ini dan peluang pekerjaan akan diutamakan kepada pekerja tempatan," ujarnya. Beliau juga tidak menafikan sukar untuk memastikan pekerja asing bekerja di sektor yang sepatutnya mereka bekerja. Ini kerana katanya, pengambilan pekerja asing dibawah kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Imigresen Malaysia bersama-sama dengan kementerian lain. "Kita lihat mereka tidak sepatutnya berada di situ, kerajaan akan ambil tindakan," tambah beliau. Di dalam soalan asal, Wan Hassan meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah- langkah jaminan pekerja tempatan selepas kemasukan pelabur-pelabur dari Negara China. – HARAKAHDAILY 6/4/2017Sumber HD - 6-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Idea bahawa gejala sosial boleh diselesaikan dengan membenarkan perogol berkahwin dengan mangsa, meskipun mereka dibawah umur adalah tidak munasabah, kata beberapa Ahli Parlimen.
Ahli Parlimen Kota Baru (PAS) Datuk Takiyuddin Hassan menentang sekeras-kerasnya idea itu.
"Perkahwinan bawah umur dibenarkan dalam Islam, tidak dinafikan mengenainya. Tetapi rogol adalah satu kesalahan jenayah dan salah di sisi agama. "Kita tidak boleh menghalang ibu bapa daripada mengahwinkan anak perempuan mereka dengan perogol tetapi secara peribadi saya tidak akan membenarkan ia berlaku. Shabudin mencadangkan tiada masalah jika perogol berkahwin dengan mangsa mereka tetapi Ahli Parlimen Kulai (DAP) Teo Nie Ching tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Sehubungan itu, Nie Ching (DAP-Kulai) turut menyatakan kebimbangan mengenai lebih banyak kes perkahwinan kanak-kanak bawah umur akan berlaku. Beliau berkata keluarga perogol boleh memberi tekanan kepada mangsa untuk menyelesaikan kes itu diluar mahkamah menerusi perkahwinan. "Dan jika suami mangsa didakwa di bawah Kanun Keseksaan, siapa yang akan menjaga isterinya? Dia akan dipisahkan dari suaminya. "Tindakan ini tidak akan membantu," katanya. Sumber TKO - 5-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tubuh yayasan kumpul dana untuk pelajar miskinAHLI Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin mencadangkan kerajaan mewujudkan satu yayasan untuk mengumpul dana bagi menaja pelajar miskin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Beliau berkata, yayasan ini dianggotai oleh gabungan orang kaya di dalam negara sebagaimana ia telah dilakukan oleh masyarakat Tionghoa bagi membantu pelajar-pelajar miskin dalam kalangan mereka mendapatkan pendidikan. "Dalam keadaan kegawatan ekonomi hari ini adakah kerajaan berfikir seperti cara kaum Tionghoa iaitu mengadakan yayasan untuk mengumpul kewangan untuk taja pelajar-pelajar mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Devamy. Menurut Izani, keperluan untuk pelajar miskin melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka, perlulah ditambah dari semasa ke semasa. Di dalam soalan asal, Izani meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pelajar Malaysia di United Kingdom dan adakah Kerajaan berhasrat menghentikan penghantaran pelajar ke sana pada masa hadapan. Dalam pada itu, Timbalan Menteri dalam jawapannya menegaskan kerajaan telah melaksanakan cadangan itu dengan pembabitan beberapa syarikat korporat antaranya Sime Darby bagi menaja pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran seperti di dalam bidang kejuruteraan. – HARAKAHDAILY 5/4/2017Sumber HD - 5-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Special Committee To Review Bill Banning Child ConversionsPAS called today for a special committee to review a government Bill to amend the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 (LRA) that will ban unilateral conversion of minors, among others. PAS President Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang argued that the Bill review is needed as it will seriously affect the freedom of Muslim to practise their religion, and prevent them from preserving their faith without external interference. “PAS suggests for Act 164 is reviewed thoroughly, through a special committee to draft and propose a solution that is fairer, holistic and inclusive,” He said in a statement. The LRA is also known as Act 164. The Marang MP said the committee should comprise both Muslims and non-Muslims members. It should also included representatives from the national fatwa committee, the Shariah Judiciary Department, Shariah and civil law practitioners, and NGOs. Last month, PAS information chief Nasrudin Hassan claimed that LRA amendments will remove a Muslim child’s faith, and accused the federal government of only considering the interests of religious minorities instead of mainstream Muslims. In November last year, PAS secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan warned that Muslims may seek to derail the LRA amendment if non-Muslims continue to oppose its Hadi’s private member’s Bill to upgrade Shariah courts. Ustaz AbdulHadi is also currently seeking to allow Shariah courts mete out harsher punishments through a private motion. His Bill is listed as the 16th motion in the Parliamentary Order Paper today. – source MalayMail Sumber BO - 4-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tok Lebai legislatorSAYA ditanya MP bukan Islam, kenapa MP PAS bersungguh sangat nak laksanakan hukum islam. Mengapa tidak utamakan dulu soal mendidik kerana islam mengutamakan pendidikan berbanding hukuman sebagaimana ucapan tokoh-tokoh dunia Islam katanya. Tugasan MP adalah sebagai penggubal undang-undang begitu juga MP PAS. Kami bukan setakat Tok lebai tapi Tok lebai yang legislator. Maka menjadi kewajipan bercakap dan menggubal undang-undang dan hukuman bukan sekadar mendidik dan memberi nasihat. Saya katakan sebagai seorang MP tidak sepatutnya YB bercakap sedemikian kerana setiap kali sidang kita luluskan rang undang-undang yang dalamnya ada hukuman yang berat kepada pesalah. Contohnya RUU Jenayah Seksual Kanak-kanak yang dibentang minggu lepas, hukumannya sangat berat. Kenapa yang ini tak dikatakan perlu utamakan pendidikan berbanding hukuman. Maka dia pun diam. Kepada agamawan janganlah kelirukan pemahaman terhadap Islam. Penjelasan tentang Islam mestilah dalam ruang teks dan juga konteks. Semoga Allah memberi hidayah buat kita dan mereka. Ustaz Ahmad Marzuk ShaarySumber HD - 2-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Mana projek tebatan banjir dijanji bina 2015?AHLI Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff melahirkan rasa kesal dengan jawapan yang diberikan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung isu tebatan banjir Sungai Golok yang sekian lama dibangkitkannya. Ketika mengajukan soalan tambahan di dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Zailah mempersoalkan mengapa projek tebatan banjir yang dijanjikan dibina pada tahun 2015 sehingga hari ini masih tidak nampak hasilnya. "Pada tahun 2013 menteri jawab tebatan banjir akan dibina pada tahun 2015 dan dijangka siap pada tahun 2019. Sekarang menteri jawab lagi tender akan dibuka pada Julai 2017. "Semasa Timbalan Perdana Menteri datang ke Rantau Panjang waktu banjir telah berjanji meluluskan RM800 juta untuk tebatan banjir," katanya. Katanya, apa yang dimaklumkan oleh menteri hari ini jelas memperlihatkan karenah birokrasi yang sangat teruk menyebabkan projek ini terus tertangguh. Sebelum itu, menjawab soalan tambahan Zailah, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri berkata, status projek Pembangunan Lembaga Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 masih di dalam proses pengambilan tanah dan tender dijangka pada Julai 2017. Tambahnya, penaiktarafan sistem saliran dan pembinaan strtuktur pintu kawalan anak-anak sungai yang terlibat di dalam projek PLSB Sungai Golok ialah Sg Mentua, Sg Alor Mengkuang, Sg Lemal Lancang, Sg Jedok, Sg Meranti dan Sg Pengkalan Nangka. - HARAKAHDAILY 30/3/2017Sumber HD - 30-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Nuklear: Rizab bahan elektrik masih mencukupiAHLI Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat mempersoalkan usaha kerajaan yang mahu menggunakan tenaga nuklear pada masa akan datang bagi membekalkan tenaga kepada negara. Sedangkan katanya, negara masih mempunyai rizab bahan elektrik yang mencukupi iaitu lebih daripada standard 20 peratus untuk jangka masa 20 tahun akan datang. "Dalam keadaan sekarang 20 tahun akan datang tenaga nuklear tidak perlu digunakan kerana Clean Energy daripada Renewable Energy (RE) boleh mengatasinya. "Pertengahan tahun 2016, RE hanya 449 megawat di Semenanjung Sabah dan Sarawak," soalnya di dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini. Sementara itu, Ahli Parlimen Putatan Datuk Makin @ Marcus Mojigoh turut mempersoalkan usaha kerajaan itu adakah mendapat maklum balas daripada rakyat berhubung penggunaan tenaga nuklear nanti. "Masalahnya, adakah kita sudah minta maklum balas daripada rakyat sama ada mereka bersedia atau tidak. Adakah kita sedia ambil tenaga nuklear ini untuk bekalkan tenaga dalam negara kita terutama di Sabah dan Sarawak. "Kita ada tenaga semula jadi air, angin. Adakah rakyat kita bersedia?" soalnya ketika mengaju soalan tambahan kepada menteri Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili. Menurut Maximus, pendedahan berkenaan tenaga nuklear sudah bermula dengan mengadaka kerjasama di peringkat sekolah dan universiti melalui Yayasan Hijau. Di dalam soalan asal, Che Rosli meminta Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air menyatakan keperluan sebenar Tenaga Negara dan adakah Tenaga boleh baharu akan dapat membantu membekalkan tenaga yang diperlukan termasuk Sabah dan Sarawak tanpa mengambil kira Tenaga Nuklear. - HARAKAHDAILY 30/3/2017Sumber HD - 30-3-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Posted on Wednesday, March 29 @ 23:19:14 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34253 |
KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila ungkapan 'jangan jadi seperti biawak' menghangatkan suasana di dalam dewan.
Ahli Parlimen Setiu, Mohammad Zulkifly Yusof yang ketika itu membahaskan Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016 mengingatkan supaya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya 'jangan sampai dia digelar sebagai biawak'.
"Pandan jangan orang panggil kita biawak esok...tapi saya tidak kata dia biawak.
"Semua benda dia hentam tetapi akhirnya berkata apa yang dicakap itu sekadar gurauan," katanya.
Bangun mencelah perkara itu, Rafizi berkata, beliau tidak ada masalah untuk wakil rakyat kerajaan menghentamnya.
Namun merasa sedikit ralat apabila platform Dewan tidak digunakan sebaiknya oleh mereka untuk membahaskan perihal rakyat.
"Saya tidak ada masalah untuk dihentam tiap-tiap hari di dalam dan luar dewan.
"Tetapi amatlah merugikan rakyat dari Setiu apabil wakil rakyat mereka masuk ke dalam dewan membahaskan rang undang-undang yang cukup penting bagi rakyat tetapi tidak menggunakan sepenuhnya ruang itu untuk membahaskan tentang rakyat tetapi cuba membodek Pekan dengan menghentam saya.
"Saya tidak ada terkesan langsung. Panggil saya biawak, panggillah saya apa pun, saya buat tugas saya sebagai pembangkang," katanya.
Keadaan kembali reda apabila Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta supaya semua wakil rakyat bertenang.
Drama berakhir apabila Mohammad Zulkifly menghabiskan perbahasan beliau.
"Saya menyokong Rang Undang-Undang (Pindaan) Kebankrapan 2016," katanya.
Perbahasan berhenti berehat dan bersambung pada petang ini.
Sumber TKO - 29-3-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pinjam bank untuk beli saham tidak patut berlaku
AHLI Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad menegaskan pelaburan yang dibuat melalui pinjaman atau hutang merupakan kaedah yang tidak wajar diamalkan dibimbangi akan mengundang risiko yang lebih besar.
Sepatutnya kata beliau, pelaburan yang baik dan berkesan adalah melalui lebihan wang bukannya dengan membuat pinjaman atau berhutang.
"Misalnya dalam FGV, peneroka-peneroka diberi pinjaman duit untuk membeli saham, akhhirnya saham jatuh mereka yang menanggung beban. Begitu juga dalam kes 1MDB kalau pinjaman untuk pelaburan perlu difikirkan," katanya.
Katanya, mereka yang hendak berhutang perlu 'ukur baju di badan sendiri' sama ada layak atau tidak untuk memiliki kereta kancil atau perdana.
Apa yang berlaku hari ini, katanya, ramai golongan muda sudah diisytihar bankrup oleh Jabatan Insolvensi kerana dibelenggu hutang yang banyak akhirnya menjejaskan masa depan mereka.
Idris turut mencadangkan agar kerajaan mengenakan syarat yang ketat kepada peminjam-peminjam agar mereka tidak mudah untuk terus berhutang.
"Harap selepas ini syarat ketat perlu dikenakan untuk sebarang pinjaman yang hendak dibuat," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid membangkitkan soal caj 12 peratus yang dikenakan oleh bank kepada penghutang yang hendak membersihkan namanya daripada senarai bankrup.
"Hutang semua sudah selesai tetapi hendak 'settle' nama daripada bankrup pula dikenakan bayaran sebanyak 12 peratus. Ini satu beban yang tidak munasabah. Perkara ini serius," soalnya.
Perkara ini juga turut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin yang mempersoalkan tindakan institusi kewangan bukan sahaja mengenakan 12 peratus kepada penghutang bahkan mereka pula dikehendaki membayar caj RM900 hingga RM1200. – HARAKAHDAILY 29/3/2017Sumber HD - 29-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Had umur boleh beli rokok 21 tahun Posted on Tuesday, March 28 @ 22:54:29 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34236 |
Kerajaan bercadang untuk menaikkan had umur pembeli rokok daripada 18 tahun kepada 21 tahun.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata ia antara langkah yang akan diambil kerajaan bagi mengekang amalan merokok di kalangan belia dan remaja.
Katanya, cadangan itu dijangka akan dibentangkan untuk mendapat sokongan Dewan Rakyat tahun depan.
Menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam), Dr Hilmi berkata, peraturan baru juga akan dikenakan ke atas peniaga.
Satu daripada aspek yang diberi perhatian, katanya, ialah pengiklanan.
"Di belakang kaunter bayaran kedai makan selalunya penuh dengan rokok. Itu juga salah satu cara pengiklanan.
"Jadi kerajaan sedang mengkaji sama ada perkara-perkara ini boleh dimasukkan sebagai larangan dalam akta baru nanti," katanya hari ini.
Dr Hilmi yang juga anggota parlimen Balik Pulau memberitahu, peraturan yang ada ketika ini sangat longgar, malah akta sedia ada tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mahu meningkatkan kesedaran mengenai bahaya merokok kepada orang ramai dan turut memilih kaedah pendidikan melalui media massa.
"Kempen (Tak Nak Merokok) secara besar-besaran dibuat sejak 2004 (dengan) jumlah kos - termasuk siaran iklan di media elektronik dan cetak bagi tempoh 2004 hingga 2016 lebih kurang RM2juta setahun," katanya.
Sumber TKO - 28-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerajaan ditanya tentang peperiksaan CLP
KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi disarankan untuk memperkenalkan mata pelajaran khusus di universiti luar negara supaya pelajar jurusan undang-undang tidak perlu mengambil peperiksaan CLP (Certificate in Legal Practice).
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata, setiap pelajar undang-undang lulusan luar negara yang kembali ke negara ini perlu mengambil peperiksaan CLP terlebih dahulu sebelum mereka boleh melakukan 'chambering'.
Misalnya kata beliau, graduan lulusan undang-undang daripada United Kingdom, Australia dan New Zealand yang balik ke sini perlu mengambil CLP supaya dapat membiasakan dengan pengetahuan undang-undang dalam negara.
"Sedangkan CLP memerlukan kos tambahan perbelanjaan yang banyak dan sukar untuk lulus. Kadar kelulusan begitu rendah antara 10 hingga 20 peratus sahaja.
"Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan mata pelajaran di universiti luar negara," katanya ketika mengajukan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Di dalam soalan asal Takiyuddin meminta Menteri Pendidikan menyatakan berapa buah IPTA di Malaysia yang mana Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang ditawarkan belum lagi diiktiraf oleh Kementerian dan pihak-pihak berkaitan untuk graduannya menjadi seorang peguam.
Sementara itu Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching menegaskan setiap pelajar lulusan luar negara perlu mengambil CLP mempunyai sebab-sebab tertentu iaitu terikat dengan Akta 166.- HARAKAHDAILY 28/3/2017Sumber HD - 28-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Prestasi Syarikat Penerima Tender ECRL Posted on Saturday, March 25 @ 12:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34175 |
SOALAN :
YB TUAN HAJI NASRUDIN BIN HASSAN [TEMERLOH] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kementerian melaksanakan penelitian yang mendalam dalam pemberian kontrak konsesi bagi pembinaan ECRL termasuk melibatkan prestasi syarikat yang diberikan tender pembinaan.
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, East Coast Rail Link (ECRL) merupakan projek infrastruktur yang penting bagi koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang akan menghubungkan Pantai Timur dan Lembah Klang.
Perlaksanaan ECRL akan menjadi pemangkin transformasi untuk negeri-negeri pantai timur di Semenanjung dan bakal merangsangkan lagi pertumbuhan sosio ekonomi, serta memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.
Projek ini bukanlah sesuatu yang baharu, malah ianya telah mula dibincangkan dipelbagai peringkat sejak 1981 lagi. Sejak cadangan asalnya, perancangan menyeluruh, pelan kewangan, kaji selidik pasaran dan kajian sudah dilaksanakan.
Kajian kebolehlaksanaan telah dilakukan sejak 2007 dan kaji selidik pasaran melalui Permintaan Maklumat (Request of Information-RFI), telah dilaksana dari Mac sehingga Jun 2016, menerusi TFI, kerajaan telah menerima respon daripada 27 kumpulan dari 5 negara yang berbeza termasuk Korea, China, Australia, Amerika Syarikat dan Eropah yang berminat untuk melaksanakan projek ini. Melalui kajian ini, spesifikasi teknikal termasuklah indikatif terhadap kos telah ditentukan.
Justeru, semasa lawatan rasmi delegasi Malaysia ke Republik Rakyat China (RRC) pada hujung Oktober 2016, beberapa perkara telah dibincangkan bagi meningkatkan pelaburan dan juga kerjasama bilateral berterusan dengan kerajaan China.
Dalam rundingan itu, kedua-dua kerajaan telah mencapai kata sepakat supaya projek ECRL ini dilaksanakan sebagai inisiatif projek Government-to-Government (G2G) antara Kerajaan China dan Malaysia.
Selain itu dan mustahak untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan China turut mengemukakan tawaran pakej kewangan yang menarik dan memberi kelebihan kepada Malaysia.
Bagi membolehkan Malaysia mendapat terma kewangan yang terbaik ini, dalam rundingan G2G berkenaan, syarikat pembinaan terbesar milik negara China iaitu China Communications Contrustion Compony (CCCC) telah dinominasi oleh Kerajaan negara China untuk melaksanakan projek ECRL dengan kos RM55 bilion.
CCCC adalah Syarikat rekacipta dan pembinaan terbesar di China dan majoriti sahamnya dimiliki dan dikawal oleh kerajaan China. CCCC juga mempunyai rekod yang baik dalam projek-projek pembinaan besar termasuk di Malaysia.
Dengan komitmen dan prestasi syarikat berkenaan memberangsangkan, bukan sahaja di Malaysia, kerajaan yakin Syarikat ini boleh memberikan hasil yang terbaik dan menyiapkan projek ECRL dalam tempoh yang bersesuaian dengan skala projek tersebut.
Sekian Terima Kasih
Sumber TKO - 25-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
500,000 Currently Jobless
OVER half a million people in the country are currently jobless.
The number represented a 3.5% unemployment rate in the country, said Human Resource Minister Datuk Seri Richard Riot yesterday.
He also told the Dewan Rakyat that over 200,000 graduates were currently unemployed.
“Of that, 103,224 are those who have not been able to find employment, while 100,390 were those who have quit their jobs because they were unhappy with the pay or found their work unsuitable.
Replying to issues raised during the debate on the royal address, Riot said 14.8 million Malaysians are gainfully employed.
On the unemployment statistics, he said, the number was considered low compared to many other countries.
“If we take the Organisation for Economic Cooperation and Development’s benchmark, any nation that has less than 4% unemployment rate is deemed to have full employment,” he said, adding that the United States has an unemployment rate of 6.1%,” he said
Sumber BO - 23-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah penyelenggaran pesawat ikut SOP?
USIA sesebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukanlah menjadi keutamaan tetapi yang paling penting adalah sistem penyelenggaran yang baik, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.
Beliau turut memberi contoh helikopter Nuri yang sudah sekian lama digunakan di dalam TUDM tetapi sehingga hari ini pesawat itu masih boleh digunakan dengan baik.
"Helikopter Nuri yang sekian lama kita boleh guna sampai sekarang ini, kerana kita selenggara dengan baik," kata beliau ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, pesawat yang baru dibeli beberapa tahun yang lalu misalnya EC725 telah mengalami masalah teknikal menyebabkan ia tidak boleh terbang.
"Jadi kita tidak boleh tentukan jika kapal terbang baru pasti tidak berlaku masalah. EC725 itu yang baru tetapi tercabut sayap semasa penerbangan," katanya.
Terdahulu di dalam soalan tambahan, Baihaki membangkitkan soal umur pesawat yang sudah lama antara faktor yang menyebabkan berlakunya nahas seperti mana kejadian yang berlaku di Pulau Pinang penghujung tahun 2016.
"Adakah sistem penyelenggaran pesawat itu bertepatan ataupun mengikut SOP yang ditetapkan dan apakah langkah-langkah terbaik kerajaan untuk mengurangkan risiko kemalangan nahas supaya tidak berulang lagi," katanya.
Di dalam soalan asal Baihaki meminta Menteri Pertahanan menyatakan apakah hasil laporan siasatan tragedi nahas pesawat TUDM jenis Beechcraft yang terhempas di Butterworth Pulau Pinang pada penghujung tahun 2016. - HARAKAHDAILY 16/3/2017Sumber HD - 16-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan Parlimen: DAP terus menyerang
SELEPAS rehat tengah hari semalam, giliran YB Gelang Patah, Lim Kit Siang membahaskan Titah Diraja 2017
Di penghujung ucapannya, sempat lagi Lim Kit Siang membangkitkan isu RUU 355.
DAP mengaku mereka perjuang untuk semua tidak kira kaum dan agama. Mereka mahu perjuangkan identiti Malaysia, bukannya atas nama bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan.
Hakikatnya benarkah pengakuan DAP ini.?
Apa yang kita lihat DAP lebih sibuk menyerang hak orang Melayu-Islam dan lebih mengutamakan hak orang bukan Melayu.
Lim Kit Siang mempertahankan bahawa DAP tidak anti-Islam apabila mereka menentang usul RUU 355. Dia menyeru semua orang "grow-up" agar menjadi rakyat Malaysia yang sebenar. Nasihat ini turut dia tujukan kepada Tuan Guru Presiden PAS.
Sebaiknya, Lim Kit Siang membeli cermin dan melihat dirinya sendiri terlebih dahulu.
Kononnya mereka perjuangkan Malaysia yang sebenar, hakikatnya DAP begitu keras dan tegas dalam menentang kedudukan Islam yang merupakan agama rasmi persekutuan Malaysia.
Ahli Parlimen DAP begitu lantang mendesak hak orang Islam untuk bebas keluar masuk agama Islam.
Semasa PAS memerintah di Kelantan, Terengganu, dan Kedah adakah rakyat bukan Islam ditindas dan dizalimi oleh PAS.?
Lewat petang tadi, Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching pula mempertikai dan memperlekeh para guru agama Islam dari Semenanjung yang datang berkhidmat di Sarawak.
Dia mendesak agar dihentikan kemasukan guru agama Islam dari Semenanjung kerana dikatakan mereka akan meracuni pemikiran murid dengan fahaman ekstrem.
Sungguh, perbuatan ini begitu melampau..!
Para guru itu datang berkorban menabur bakti, berjauhan dengan keluarga demi melaksanakan tugas, DAP dengan semudahnya menuduh para Ustaz dan Ustazah ini jahat.
Entah selepas ini apa lagi yang DAP mahu pertikai.?
Kedudukan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam sahaja pun mereka mahu pertikai.
Amat malang sekali bagi mereka yang masih bersekongkol apatah lagi menjadi khadam pembela DAP.
Demi merebut kuasa, prinsip agama digadaikan. – HARAKAHDAILY 16/3/2017Sumber HD - 16-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kronologi RUU355
19 Mac 2015
Ahli Parlimen (MP) Marang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghantar notis kepada dewan rakyat untuk membentangkan usul persendirian berkaitan rang undang-undang pindaan akta mahkamah syariah bidang kuasa jenayah (RUU355). Ia merupakan kali ketiga dikemukakan kepada pihak parlimen sejak dahulu.
7 April 2015
Usul persendirian MP Marang berhubung RUU355 disenarai dalam aturan usul mesyuarat dewan rakyat pada turutan ke-26. Namun atas alasan kesuntukan masa dan mendahulukan usul-usul kerajaan, usul persendirian itu tidak sempat dibentang.
4 Jun 2015
Empat individu telah mengemukakan saman pemula terhadap Presiden PAS berkait RUU355 ini. Dua daripada mereka ialah peguam Mansoor Saat dan Azira Aziz manakala dua lagi aktivis kebebasan Hazwany Jamaluddin dan Hasbeemaputra Abu Bakar. Mereka diwakili oleh peguam bernama Siti Zabedah Kasim, aktivis Bersih dan pejuang LGBT dan juga peguam Farez Jinnah.
Saman dikemukakan memohon Pemberitahu Usul untuk Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 ini ditolak daripada dibentangkan oleh Tuan Speaker kerana ia adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan, penyalahgunaan proses sistem legislatif kerana cara yang tidak betul dan kerana hak-hak wanita, penganut bukan Islam dan seterusnya prinsip keadilan Islam yang sebenarnya juga akan terjejas.
Mereka menamakan empat defendan selain Tuan Guru Abdul Hadi iaitu Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin bin Hj Mulia dan dua Timbalannya Datuk Ronald Kiandee dan Datuk Ismail Mohamad Said.
8 Jun 2015
Empat orang individu yang menyaman Presiden PAS itu telah menuntut injuksi dari mahkamah bagi menghalang usul persendiriannya dibawa ke dewan rakyat.
17 Jun 2015
Usul persendirian MP Marang sekali lagi disenaraikan. Ia berada pada turutan ke-16 aturan usul mesyuarat dewan rakyat. Namun kerana terdapat injuksi daripada mahkamah, ia tidak dapat dibentang.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan 18 Jun 2015 sebagai tarikh pendengaran kes. Susulan daripada itu, RUU355 tidak dapat dibawa ke parlimen sehingga kes selesai.
2 Julai 2015
Pihak defendan diwakili peguam Datuk Sulaiman Abdullah dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan memfailkan permohonan awal membantah saman pemula itu atas alasan pemohon sepatutnya memfailkan permohonan itu melalui semakan kehakiman dan bukan saman pemula. Ini kerana mereka mencabar berhubung proses membuat keputusan oleh pihak berkuasa awam seperti Parlimen. Jadi, menyerang proses membuat keputusan perlu melalui semakan kehakiman di bawah Perintah 49 Perintah Tetap Parlimen.
Tuan Guru turut mendakwa saman pemula yang difailkan keempat-empat pemohon itu juga tidak mempunyai merit dan sebagai anggota Dewan Rakyat, beliau mempunyai hak keistimewaan serta imuniti. Beliau juga diwakili oleh peguam Datuk Takiyudin Hasan, Setiausaha Agung PAS.
9 Nov 2015
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati bahawa tindakan Presiden PAS mengemukakan usul persendirian ini adalah tidak bercanggah dengan undang-undang. Justeru mahkamah membuat keputusan membenarkan permohonan pembatalan saman pemula yang dikemukakan oleh empat individu sebelum ini.
24 Nov 2015
Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi mewakili Perdana Menteri, menyuarakan hasrat agar Majlis Perundingan Islam (MPI) dihidupkan semula mulai 2016. Penubuhan MPI merupakan kesinambungan daripada penyusunan semula Badan Perundingan Islam (BPI) yang pernah wujud sejak tahun 1982. BPI bertindak sebagai jawatankuasa pemikir yang berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan terhadap agenda pembangunan negara khususnya dalam perkara pengurusan hal ehwal Islam disamping penambahbaikan taraf mahkamah syariah.
11 Februari 2016
Mesyuarat kali pertama Majlis Perundingan Islam (MPI) bagi 2016 berlangsung. Ia dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga pengerusi MPI Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Mesyuarat telah bersetuju membentuk tujuh kluster khusus berperanan sebagai kumpulan pemikir yang boleh memberi idea, cadangan dan membantu kerajaan melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak. Setiap kluster menggabungkan tokoh daripada pelbagai latar belakang meliputi ahli agama, ahli akademik, tokoh korporat dan pemimpin badan bukan kerajaan. Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah MPI, selain Tan Sri Muhamad Ali Hashim (ekonomi), Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan (pendidikan), Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (sosial), Prof Datuk Seri Zaleha Kamarudin (undang-undang), Datuk Dr Siddiq Fadzil (pemikiran Islam) dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (politik).
7 Mac 2016
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah mahu langkah-langkah memperkukuhkan institusi agama dan kecekapan pelaksanaan undang-undang pentadbiran agama Islam melalui pemerkasaan Mahkamah Syariah, disegerakan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal ke Empat, Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat.
10 Mac 2016
Presiden PAS membahaskan Titah Diraja dengan memetik dua perkara yang disentuh SPB YDP Agong iaitu Sokongan terhadap segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan juga seruan Yang di-Pertuan Agong agar hentikan berpolitik untuk kepentingan sempit. Tuan Guru menggunakan peluang itu untuk menerangkan tentang tasaswwur dan konsep syariat Islam dalam sistem pemerintahan berbekalkan nas al-Quran dan Hadith serta panduan sejarah dan undang-undang. Ucapan beliau mendapat respon dari berbagai pihak samada kerajaan mahupun pembangkang beragama Islam mahupun tidak.
26 Mei 2016
Usul persendirian disenaraikan pada turutan ke-15 dalam mesyuarat parlimen. Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(2), mencadangkan usul Presiden PAS dinaikkan ke nombor satu.
Presiden PAS berjaya membacakan usul tersebut buat kali pertama. Ia merupakan usul persendirian pertama dari pembangkang yang berjaya dibacakan dalam sejarah dewan rakyat. Tetapi atas faktor keterbatasan masa, beliau meminta perbahasannya ditangguh ke mesyuarat akan datang.
26 Oktober 2016
Tuan Guru Presiden PAS sekali lagi mengambil peluang semasa sesi perbahasan RUU Perbekalan (Bajet) 2017 untuk menjelaskan lagi tentang syariat Islam dan kedudukan Islam dalam negara ini dari sudut sejarah dan perundangan. Beliau turut menyatakan kekesalan apabila usul persendirian berkaitan akta 355 dipertikaikan banyak pihak termasuk dari kalangan bukan Islam. Sekali lagi mendapat respon hangat dari ahli dewan rakyat berbagai posisi dan agama.
22 November 2016
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi memanggil semua ahli dewan rakyat beragama Islam ke sesi taklimat khas berkenaan RUU355. Ia diadakan di dewan taklimat bangunan Parlimen Malaysia. Sesi tersebut diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Ia turut dihadiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, SS Dato Dr Zulkifli al-Bakri. Ia bertujuan supaya ahli parlimen jelas akan proses yang bakal dilalui supaya pindaan berjaya dilaksanakan. Walaupun timbul berbagai soalan dan hangat, tetapi pada akhirnya ia berjaya diredakan dengan penjelasan dari pihak kerajaan.
24 November 2016
Presiden PAS telah meminda usul RUU335 dengan memasukkan had hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun, rotan tidak melebihi 100 sebatan dan juga denda tidak melebihi 100,000 ringgit. Oleh sebab usul yang dipinda ini berbeza dari usul sebelum ini, maka perbahasannya ditangguhkan untuk memberi lebih ruang kepada ahli parlimen untuk mengkaji mengikut konteks pindaan terbaru.
18 Februari 2017
Himpunan 355 (H355) dianjurkan di Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap usul RUU355. Ia dihadiri kira-kira 300,000 rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan fahaman. Himpunan tersebut boleh dikategorikan himpunan umat Islam terbesar atas nama pembelaan agama selepas peristiwa penubuhan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol dan peristiwa Natrah di Singapura.
Pada hari yang sama juga, diadakan himpunan anti RUU355 di kawasan yang berlainan. Kehadiran yang dilaporkan adalah sekitar 100 orang, rata-ratanya adalah kalangan orang bukan Islam. Antara orang Islam yang terlibat adalah pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim dan peguam Siti Zabedah Kasim.
6 Mac 2017
Semasa perasmian mesyuarat pertama Dewan Rakyat Penggal ke Lima Parlimen ke 13, SPB YDP Agong memberi isyarat jelas dalam Titah Dirajanya mahukan undang-undang Islam diperkasakan. Titah baginda: “Beta menyokong inisiatif yang dilaksanakan agar sebarang unsur penghinaan terhadap agama Islam dan institusinya di negara ini ditangani dengan kebijaksanaan dan ketegasan. Beta berharap langkah-langkah yang dilaksanakan dalam menangani penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam melalui media massa dan laman web terus dipertingkatkan termasuklah meneruskan pemerkasaan undang-undang pentadbiran agama Islam. Pada masa yang sama, kesepakatan pemimpin-pemimpin Islam utama di negara ini adalah suatu yang amat baik dan dialu-alukan sebagaimana dalam menangani isu Rohingya di Myanmar”.
7 Mac 2017Sumber HD - 14-3-2017
RUU355 disenarai dalam aturan usul bagi mesyuarat kali ini pada turutan ke-7. – HARAKAHDAILY 14/3/2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pihak halang Zakir Naik tidak hormat perlembagaan
USAHA segelintir kecil individu yang cuba menghalang aktiviti dakwah Islam dengan menuntut perintah penangkapan dan pengusiran pendakwah terkenal Dr Zakir Naik adalah amat mengecewakan, demikian menurut Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary.
Katanya yang tidak menolak kelompok ini juga sebahagiannya turut terlibat dalam aktiviti himpunan menentang RUU355 baru baru ini.
"Ia tidak menghormati Perkara 3 (1) Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai Ugama Persekutuan.
"Adalah lebih baik bagi kelompok ini mengutamakan perbincangan dan menghormati perlembagaan negara, berbanding memilih tindakan perundangan untuk menghalang aktiviti dakwah Dr Zakir Naik yang terbukti menerima sambutan ratusan ribu rakyat Malaysia dan jutaan lain di pelbagai negara," katanya.\
Tambahnya, perbahasan dan wacana siapa Tuhan dan agama sebenar adalah sangat penting bagi seluruh manusia dan alam semesta bahkan ia merupakan perkara paling asas dan tujuan asal penciptaan manusia.\
Dr Zakir Naik adalah merupakan antara tokoh utama yang memberi kesedaran kepada sekalian manusia, tentang soalan asas manusia, iaitu siapa Tuhan sebenar dan agama mana yang paling benar.
"Saya bersama Dr Zakir Naik mengajak kepada semua untuk sama sama mengkaji dan mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah," katanya.
Sebelum itu, Marzuk membangkitkan isu bantahan terhadap kehadiran Zakir Naik sewaktu sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pagi ini. Beliau juga mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk membawa Dr Zakir Naik ke Kelantan.
Di dalam soalan asal kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Marzuk meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian Kerajaan terhadap kehadiran pendakwah terkenal Dr. Zakir Naik ke negara ini.
Apakah pendirian Kerajaan Malaysia terhadap bantahan kumpulan aktivis liberal tertentu dan lain-lain atas kehadiran Dr. Zakir Naik, tidakkah ini telah menceroboh hak dan tidak menghormati Perkara 3(1) Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.
Apakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengambil tindakan ke atas kumpulan ini yang sebenarnya boleh mencetuskan ketegangan kaum yang boleh membawa kepada konfrontasi antara agama. – HARAKAHDAILY 14/3/2017Sumber HD - 14-3-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Isu RM90 juta, 25 jam sehari SPRM boleh siasat
PAS membuka pintu 25 jam sehari untuk siasat dakwaan PAS menerima RM 90 juta daripada DS Najib Tun Razak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low telah menyatakan SPRM telah meneliti atas tuduhan ini maka jawatankuasa penilaian mendapati maklumat diterima tidak jelas dan tiada unsur-unsur yang membolehkan siasatan dibuat.
PAS bersetuju dengan SPRM yang mengalu-alukan sekiranya mana-mana orang yang mempunyai maklumat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini hendaklah melaporkannya kepada pihak SPRM.
Pihak Bank Negara juga boleh menyiasat atas transaksi wang yang didakwa masuk ke dalam akaun PAS.
Daripada awal lagi PAS nafi, namun musuh-musuh PAS tetap degil untuk menyebarkan fitnah ini terutama di kalangan masyarakat cina supaya orang cina jauh daripada PAS. Kerana orang cina yang berniaga mereka tidak boleh terima, apabila PAS menerima wang daripada DS Najib di dalam keadaan perniagaan bertambah suram.
Saman PAS kepada Sarawak Report sedang berjalan, begitu juga saman kepada Datuk Husam Musa sedang diteliti oleh pasukan peguam PAS. Mereka yang bermusuh dengan PAS perli, kenapa lambat sangat, saya jawab proses saman memang lambat, yang cepatnya bawa lari kerusi. - HARAKAHDAILY 14/3/2017Sumber HD - 14-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkongsian Dari Parlimen: Jenayah penderaan kanak-kanak
TUAN Haji Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kejadian jenayah seperti penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska dan pusat jagaan kanak-kanak di negara ini dan tindakan-tindakan yang dibuat dalam menanganinya.
JAWAPAN.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Mohd. Dun]:
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat menyambut Hari Wanita kepada semua wanita yang ada di dalam Dewan ini dan juga di luar Dewan ini.
Tuan Yang di-Pertua saya mahu izin untuk menjawab soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Gerik pada 8 Mac 2017, Yang Berhormat Temerloh pada 20 Mac 2017 dan Yang Berhormat Wangsa Maju pada 30 Mac 2017 bersekali kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut saling berkait.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Kebajikan Masyarakat Malaysia dipertanggungjawabkan menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Akta Pusat jagaan 1993, Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 dan Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994.
Prosedur operasi standard ataupun SOP yang digunakan KPWKM untuk memastikan keselamatan kanak-kanak yang ditempatkan di pusat jagaan kanak- kanak dalam keadaan yang selamat adalah berdasarkan kepada Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 dan Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994.
Setiap pengusaha taska dan pengendali pusat jagaan hendaklah mematuhi keperluan dan kehendak yang dinyatakan dalam peraturan yang telah pun ditetapkan.
Bagi memastikan tahap penyampaian perkhidmatan pusat jagaan, termasuk pusat jagaan kanak-kanak yang dikendalikan oleh pihak swasta berada di tahap keselamatan yang tinggi, kementerian menjalankan pemantauan ke pusat jagaan berkaitan. Di antara bentuk pemantau yang dijalankan ialah:
(i) menjalankan aktiviti pengesanan ke pusat jagaan dan taska tidak berdaftar sepanjang masa dan memberi peringatan supaya berdaftar dengan JKM;
(ii) menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut ke premis pusat jagaan dan taska oleh pegawai yang diberikan kuasa;
(iii) mengambil tindakan seperti dalam peruntukkan Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, seperti arahan bertulis, tutup sementara, batal pendaftaran, lak, kompaun dan menjalankan pendakwaan di mahkamah.
Dari Januari hingga Disember 2016 JKM telah mengeluarkan arahan bertulis kepada 42 buah taska dan 16 buah pusat jagaan. 19 buah taska dan tiga buah pusat jagaan diambil tindakan lak. 14 buah taska dan empat buah pusat jagaan dikenakan tindakan kompaun.
Tiga buah taska dikenakan tutup sementara, 53 buah tiga dan 18 pusat jagaan dibatalkan pendaftaran dan 10 buah taska dan sembilan buah pusat jagaan telah didakwa.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa proaktif memastikan kanak-kanak di taska dan pusat jagaan diberikan perlindungan sewajarnya. Langkah-langkah dan tindakan yang berbentuk advokasi, pemantauan, kawalan dan punitif sememangnya diberikan keutamaan.
Antara tindakan yang diambil oleh pihak kementerian dalam usaha menangani kes jenayah di taska dan pusat jagaan adalah seperti berikut:-
(i) menjalankan pemeriksaan berkala dan mengejut ke atas taska dan pusat jagaan oleh pegawai yang diberikan kuasa;
(ii) mengenakan tindakan penguatkuasaan ke atas pengusaha taska dan pengendali pusat jagaan yang melanggar Akta Taska serta peraturan yang berkaitan;
(iii) membuat pindaan Akta Kanak-kanak 2001 dengan mengenakan hukuman yang lebih tinggi kepada pesalah;
(iv) mewujudkan Task Force Ramping Up The ECCE Industry yang berperanan untuk menangani isu-isu di taska termasuklah isu keselamatan dan penderaan kanak-kanak;
(v) menjalankan audit pematuhan taska ke atas 600 buah taska berdaftar di seluruh Malaysia bagi memastikan taska menyediakan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan yang berkualiti serta mematuhi akta dan peraturan yang ditetapkan;
(vi) mengadakan program advokasi seperti Program Jom Daftar untuk menggalakkan pengusaha taska dan pengendali pusat jagaan mendaftarkan operasi mereka dengan JKM;
(vii) bekerjasama dengan pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu meningkatkan kesedaran awam tentang isu-isu keselamatan dan perlindungan kanak-kanak.
Nasrudin HassanSumber HD - 13-3-2017
Ahli Parlimen Temerloh - HARAKAHDAILY 13/3/2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkongsian Dari Parlimen: Keselamatan sempadan
TUAN Haji Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keadaan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dan langkah-langkah yang dilaksanakan bagi meningkatkan jaminan keselamatan khususnya di pintu-pintu masuk ke negara ini.
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa melihat isu keselamatan sempadan serta kedaulatan negara sebagai elemen yang signifikan kepada kesejahteraan hidup rakyat dan pembangunan negara secara berterusan. Malaysia tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara. Justeru itu, keselamatan sempadan diperketat dari masa ke semasa supaya tidak mudah dibolosi oleh anasir-anasir luar yang boleh mengganggu gugat kestabilan negara.
Sempadan negara dipisahkan oleh daratan atau perairan atau kedua-duanya sekali dengan Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura dan Filipina. Sempadan Malaysia-Thailand di bahagian utara meliputi Bukit Batu Putih, Perlis hingga Bukit Bunga, Kelantan dipisahkan oleh daratan sejauh 551 kilometer dan sempadan thalweg dari Bukit Bunga, Kelantan hingga Pengkalan Kubor, Kelantan sejauh 105 kilometer.
Kerajaan sentiasa memberi fokus agar sempadan Malaysia-Thailand sentiasa terkawal dengan mengambil pendekatan dan langkah-langkah seperti berikut:-
i) penubuhan Agensi Kawalan Sempada Malaysia (AKSEM) sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan kawalan di sempada Malaysia bagi mencegah aktiviti penyeludupan. Agensi penguatkuasaan di bawah AKSEM adalah polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imiggresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Bagi menentukan halatuju AKSEM, Akta AKSEM akan digubal bagi memperkukuh serta memperluas skop memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk Sabah dan Sarawak;
ii) kajian menaiktaraf pagar keselamatan sedia ada dan juga pembinaan pagar keselamatan baharu di sempadan dengan memberi tumpuan penggunaan peralatan canggih seperti drone, cctv, mesin pengimbas untuk mengesan pergerakan dan barangan yang dibawa masuk dan keluar Malaysia;
iii) penubuhan Unit Risikan Sempadan (URB) yang berfungsi untuk mendapatkan maklumat risikan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk bertukar-tukar maklumat antara kedua-dua negara;
iv) mengadakan mesyuarat Review of Joint Malaysia-Thailand Working Committee on Criminal Activities di peringkat PDRM dan Polis Diraja Thailand;
v) mengadakan mesyuarat bilateral tahunan antara Pasukan Gerakan Marin (PGM) PDRM dengan Royal Thai Marine Polis (RTMP) untuk mengadakan aktiviti Rendevous (RV) di pantai barat dan timur semenanjung Malaysia iaitu Markas Taktikal PGM Wilayah 3, Pengkalan Kubor, Kelantan bersama RTMP Narathiwat, Thailand manakala disebelah pantai barat pula Markas Operasi PGM Wilayah 1 Langkawi, Kedah bersama RTMP Satun, Thailand;
vi) mengadakan kempen kesedaran jenayah di kalangan masyarakat setempat terutamanya penduduk di tepi tebing sungai melalui Program Community Policing yang turut melibatkan RTMP dan ketua masyarakat sempadan Thailand. Melalui program ini kedua-dua pihak akan memahami keperluan untuk mematuhi undang-undang kedua-dua buah negara; dan
vii) bermula pada tahun 2017, setiap AKSEM negeri telah melaksanakan operasi secara NBOS yang disertai oleh agensi-agensi penguatkuasaan lain di sempadan darat negara dengan kekerapan dua kali seminggu dengan memfokuskan operasi di kawasan ICQ Padang Besar bagi membendung jenayah rentas sempadan.
Secara keseluruhannya, keselamatan sempadan Malaysia-Thailand ketika ini berada pada tahap terkawal dan pihak berkuasa berupaya menangkis sebarang ancaman luar yang cuba mencerobohi sempada negara. Keselamatan di sempadan Malaysia akan sentiasa diberi perhatian khusus namun pada masa yang sama keupayaan kewangan kerajaan perlu diberi perhatian mengambil kira kos tinggi bagi menyediakan prasarana dan kekuatan anggota pasukan penguatkuasaan di sempadan Malaysia.
Nasrudin HassanSumber HD- 9-3-2017
Ahli Parlimen Temerloh
9 Mac 2017 / 10 Jamadilakhir 1438 - HARAKAHDAILY 9/3/2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tolak campur tangan kuasa asing
AHLI Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad menolak campur tangan kuasa asing di dalam krisis antara Malaysia dengan Korea Utara yang sedang berlaku ketika ini.
Ketika membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, beliau bekata, jika berlaku campur tangan kuasa asing di dalam isu ini negara ini akan menjadi 'padang jarak padang tekukur' sebagaimana berlaku ke atas Libya dan Iraq.
"Rakyat Malaysia adalah kepentingan negara dan mengatasi segalanya. Kita tidak mahu campur tangan asing ambil alih pergaduhan dengan Korea Utara. Biar kita selesaikan sendiri," katanya di Dewan Rakyat petang ini.
Tegasnya, kepentingan Malaysia wajar dilindungi secara madani di peringkat global melalui OIC atau NAM tanpa bermusuh dengan sesiapa apatah lagi Malaysia tidak berpihak kepada sesiapapun.
Idris turut menyentuh soal hubungan Malaysia dengan China dan menasihatkan agar Malaysia melihat sebaiknya hubungan geopolitik antara Amerika dengan China selepas Donald Trump menjadi Presiden Amerika.
"US tarik diri daripada TPPA selepas Trump ambil alih, kita ubah alih untuk serah projek yang banyak dikendalikan oleh tanah besar China. China agresif, US campuri urusan ketenteraan Malaysia pula jadi serba salah kerana melibatkan tuntutan terhadap Pulau Spratly," tambahnya.
Hubungan Malaysia dengan Korea Utara dilihat semakin tegang apabila negara itu menghalang 11 rakyat negara ini keluar dari negara itu.
Keadaan ini berlaku ekoran kenyataan keras duta Korea ke Malaysia yang membidas pihak berkuasa negara ini membuat pendirian bercanggah berhubung penyiasatan Kim Jong Nam serta tidak mempercayai siasatan polis Malaysia. – HARAKAHDAILY 8/3/2017Sumber HD - 8-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BR1M: Jawapan kerajaan di parlimen berbelit
KERAJAAN yang diterajui Umno tidak mampu lagi menyorok ekonomi negara semakin tenat, biarpun mengumpankan rakyat dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, pelbagai alasan diberikan di Dewan Rakyat bagi menutup kelemahan pengurusan kerajaan BN.
Katanya, sebelum ini Dewan Rakyat dimaklumkan duit bayaran BR1M melalui hasil kutipan cukai GST tahun ini sebanyak RM47 bilion.
“Hampir RM8 bilion diperlukan untuk membayar BR1M kepada hampir tujuh juta penerima di seluruh negara.
“Bagaimanapun semalam Dewan Negara memaklumkan BR1M dibayar melalui pengurangan kos subsidi minyak sebanyak RM20 bilion,” katanya ketika dihubungi di sini.
Isu BR1M kini menjadi tular di media sosial sekarang. Orang ramai merungut kerana tidak lagi mendapat bantuan itu seperti tahun-tahun sebelum ini.
Malah ramai yang kecewa selepas lama beratur di mesin ATM wang BR1M yang dijanjikan tidak masuk dalam akaun mereka.
Siti Zailah yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan berkata pelbagai syarat baru dibuat bagi memastikan tidak ramai lagi yang layak menerima BR1M. – HARAKAHDAILY 8/3/2017Sumber HD - 8-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Meminda Akta 355 adalah kewajipan syarie
SEBAGAIMANA yang telah saya tegaskan dalam ucapan dan tulisan saya sebelum ini, Akta 355 Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965 adalah wajib dipinda. Hal ini kerana akta itu menghalang 3 kesalahan Syariah iaitu minum minuman memabukkan, Qazaf dan Zina daripada dihukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah iaitu masing-masing 40, 80 dan 100 kali sebatan.
Oleh kerana itu PAS menerusi YB Marang membawa Usul Persendirian di Dewan Rakyat untuk meminda Akta tersebut pada 26 Mei 2016 yang teksnya menyebut: "Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan *hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah* yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati."
Setelah pelbagai pihak memberikan pandangan, cadangan teks Usul Persendirian telah dipinda dan dibawa ke Dewan Rakyat pada 24 November 2016. Teks cadangan baru ialah:
"Pindaan Seksyen 2
Akta Mahkamah Syariah (BidangKuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] dipinda dalam proviso kepada Seksyen 2 dengan menggantikan perkataan “penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali” dengan perkataan “penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah”.
Usul Persendirian ini telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari ini sebagai Usul ketujuh iaitu Usul Persendirian pertama selepas Usul Kerajaan.
Cadangan pindaan Akta 355 daripada 6 kali sebatan kepada 100 sebatan ini adalah "hukuman yang dibenarkan oleh Undang-undang Syariah" sebagaimana yang dimaksudkan dalam cadangan awal draf pindaan Akta 355 pada 26 Mei 2016.
Apabila diluluskan Usul ini nanti membolehkan tiga kesalahan Syariah iaitu minum minuman memabukkan, Qazaf dan Zina daripada dihukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
Cadangan pindaan Akta 355 daripada 3 tahun penjara kepada 30 tahun penjara dan daripada 5 ribu ringgit denda kepada tidak lebih 100 ribu ringgit denda adalah dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh Syariat Islam kepada pemerintah dalam kesalahan Takzir. Ketika perbahasan di Dewan Rakyat nanti pelbagai pihak boleh memberikan pandangan sebelum ianya diluluskan menjadi undang-undang negara.
Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-TakiriSumber HD - 7-3-2017
Selasa 7hb Mac 2017 - HARAKAHDAILY 7/3/2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2 rang undang-undang berkaitan Islam jadi fokus Posted on Tuesday, March 07 @ 09:37:06 MYT Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33891 |
Dua rang undang-undang berkaitan Islam dijangka menjadi perhatian utama pada penggal baru persidangan Dewan Rakyat yang bermula semalam.
Ia membabitkan Rang Undang-undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 dan rang undang-undang persedirian anggota parlimen Marang berkaitan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang lebih dikenali sebagai Akta 355.
Rang undang-undang pertama - antara lain - digubal bagi mengatasi isu berkaitan pertukaran agama sepihak.
Ia dibentangkan kali pertama pada tahun lalu dan merangkumi masalah yang timbul ekoran perceraian dan hak penjagaan anak bagi pasangan bukan Islam yang memeluk Islam.
Ia bertujuan untuk memasukkan peruntukan baru yang menetapkan bahawa agama mana-mana kanak-kanak daripada perkahwinan sivil boleh dikekalkan walaupun salah seorang daripada pasangan terbabit memeluk Islam, kecuali ibu bapa berkenaan bersetuju untuk menukarnya.
Ia berada pada kedudukan nombor lima dalam kertas aturan mesyuarat dan yang ketiga daripada empat rang undang-undang dikemukakan kerajaan.
Sementara itu rang undang-undang cuba dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berada di kedudukan ketujuh.
Menjunjung kasih
Melaluinya Abdul Hadi mencadangkan peruntukan hukuman bagi kesalahan jenayah syariah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, RM100,000 denda dan 100 kali sebatan.
Peruntukan sedia ada menetapkan hukuman maksimum hanya tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan.
Kerajaan dijangka menerima rang undang-undang itu selepas ia bacaan kali kedua.
Bagaimanapun, pengkritik menimbulkan kebimbangan - antara lain - pada kemungkinan ia disalahgunakan.
Jika rang undang-undang itu akhirnya dibahaskan, ia adalah kali ketiga untuk Abdul Hadi mengusulkannnya di Dewan Rakyat.
Sama ada rang undang-undang itu akan dibahaskan atau tidak, bergantung kepada rang undang-undang kerajaan yang biasanya diberi keutamaan.
Walaupun begitu cadangan meminda Akta 355 itu pernah dibawa ke depan dengan persetujuan kerajaan.
Sebelum ia berlaku persidangan kali ini akan bermula dengan perbahasan untuk menjunjung kasih atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa semalam.
Biasanya sesi itu membolehkan seseorang anggota parlimen membangkitkan apa saja isu dan berakhir dengan menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Agong.
Turut tersenarai dalam kertas aturan mesyuarat ialah rang undang-undang kerajaan untuk meminda Akta Kebankrapan 1967 yang turut menyediakan perlindungan tambahan kepada penjamin.
Sementara itu wakil pembangkang juga mengemukakan beberapa usul yang disasarkan kepada kerajaan.
Satu daripadanya dibawa Nga Kor Ming (DAP-Taping) yang mencadangkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja bagi meneliti skandal 1MDB, serta meminta laporan audit mengenai anak syarikat milik penuh kerajaan itu dibentangkan di parlimen.
Laporan berkenaan ketika ini diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Sumber TKO - 7-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 6 Mac - Tanpa banyak protokol, Yang di-Pertuan Agong membuka sendiri botol minuman sewaktu menyampaikan titah ucapannya.
Sultan Muhammad V, yang dikenali berjiwa rakyat, menyatakan hasrat untuk minum ketika merasmikan pembukaan Parlimen pagi ini, lapor Utusan Online.
Seri Paduka Baginda waktu itu sedang bertitah mengingatkan rakyat agar menjaga kesihatan dan kepentingan pemakanan seimbang.
"Kejap... minum air kejap," titah baginda sambil tersenyum, lalu membuka botol minuman tersebut.
Rakaman titah baginda, yang disiarkan secara langsung oleh TV1, turut dimuatkan di YouTube rasmi stesen televisyen itu.
Rakaman video menunjukkan anggota parlimen yang hadir kelihatan memandang sesama sendiri dan tersenyum sewaktu baginda membuka botol minuman.
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aGyT_qlpBoc
Sumber TKO - 7-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR, 6 Mac - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini menzahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat kerajaan yang melibatkan penjawat dan bekas penjawat awam.
Seri Paduka bertitah walaupun kegiatan itu dilakukan segelintir mereka yang terbabit, namun ia menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.'
"Justeru, beta mengalu-alukan tindakan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
"Rakyat juga perlu memberi sokongan dengan tidak terlibat sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa kebenaran," titah baginda ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.
'
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dipertua Dewan Negara Datuk Seri SA Vigneswaran, barisan jemaah menteri, anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara, tetamu jemputan serta dif kehormat.
Seri Paduka turut merakamkan penghargaan ke atas kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengurangkan kadar jenayah, membasmi fahaman radikal dan ajaran-ajaran sesat serta ideologi militan yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
"Tidak dilupakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memainkan peranan sangat penting dalam menjaga keselamatan negara, tanpa kita sedari pengorbanan mereka tidak terhingga demi tanah air tercinta.
"Beta serta kerajaan akan terus memperkukuhkan kedua-dua pasukan keselamatan tersebut," titah Seri Paduka dan menambah, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan perolehan kelengkapan dan kenderaan, menjaga kebajikan anggota seperti menyediakan kuarters dan sebagainya.
Sultan Muhammad V juga mengalu-alukan langkah kerajaan menempatkan lebih banyak aset dan fasiliti keselamatan seperti pangkalan operasi hadapan helikopter serta "Sea Basing" di perairan Pantai Timur Sabah bagi meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan.
Kerjasama dan persefahaman yang telah dicapai dengan kerajaan Filipina berhubung kawalan keselamatan di Laut Sulu telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara terutama dalam bidang keselamatan, titah baginda.
Menyentuh keadaan ekonomi bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh, kerajaan komited untuk meneruskan langkah konsolidasi fiskal bagi mencapai sasaran bajet berimbang pada tahun 2020.
"Justeru, kerajaan akan terus berusaha gigih untuk mengambil langkah-langkah konkrit bagi meningkatkan lagi saiz ekonomi daripada RM1.3 trilion pada masa ini kepada RM2 trilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang.
"Di samping itu, untuk jangka panjang, kerajaan akan turut berusaha menjadikan Malaysia antara 20 buah negara ekonomi utama dunia," titah Seri Paduka.
Sultan Muhammad V juga bertitah penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia memberi kesan terhadap rakyat, namun penyusutan ringgit adalah disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman.
"Beta percaya, kerajaan akan bertindak dengan komitmen sepenuhnya bagi menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," titahnya.
Mengenai langkah mengurangkan beban rakyat terutama kumpulan B40 (pendapatan 40 peratus terendah) dan M40 (40 peratus pertengahan), Seri Paduka percaya pelbagai inisiatif dijana termasuk pemberian subdisi bersasar, meningkatkan kadar dan mempelbagaikan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan kepada peniaga kecil dan sebagainya.
Menyentuh soal pemilikan rumah untuk golongan sasar, Seri Paduka bertitah setakat ini 77.1 peratus daripada sasaran pembinaan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 2013 hingga 2018 berada pada peringkat pelaksanaan termasuk yang telah siap.
Yang di-Pertuan Agong bertitah kerajaan juga bercadang membina 10,000 unit rumah untuk golongan muda (M40) yang dipanggil Rumah Mampu Milik yang dijangka bermula tahun ini dengan 5,000 unit akan dibina di atas tanah milik kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.
Selain itu, Sultan Muhammad V menegaskan, kerajaan juga akan meminda Akta Kebankrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada golongan bankrap untuk bangkit kembali memulakan kehidupan baru dan terus menyumbang kepada ekonomi negara.
Seri Paduka turut memuji penekanan kerajaan terhadap pembangunan prasarana dan pengangkutan awam terutamanya yang berasaskan rel seperti Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR), Transit Aliran Massa (MRT), Laluan Rel Pantai Timur dan sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi meningkatkan hubungan dan mobiliti rakyat.
Menyentuh mengenai usaha melindungi kanak-kanak daripada penjenayah seksual yang mengeksploitasi mereka, Seri Paduka bertitah kerajaan akan membentangkan rang undang-undang jenayah seksual kanak-kanak untuk menangani masalah itu secara komprehensif.
Sultan Muhammad V turut menyambut baik dan menyokong Transformasi Nasional 2050 (TN50) seperti yang digagaskan Perdana Menteri dan menyifatkan ia suatu visi 30 tahun ke hadapan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara berjaya di persada dunia.
Mengulas mengenai kedudukan dan kesucian agama Islam, Seri Paduka berharap langkah yang dilaksanakan dalam menangani penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam melalui media massa dan laman web terus dipertingkatkan, termasuklah meneruskan penguatkuasaan pentadbiran agama Islam.
"Pada masa yang sama, kesepakatan pemimpin-pemimpin Islam utama di negara ini adalah suatu yang amat baik dan dialu-alukan sebagaimana dalam menangani isu minoriti Rohingya di Myanmar," titah Seri Paduka.
Sultan Muhammad V turut mengambil kesempatan menzahirkan sukacita terhadap kunjungan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang juga Penjaga Dua Kota Suci ke Malaysia minggu lepas.
"Sesungguhnya lawatan itu mengukuhkan kedua-dua negara yang berada pada tahap terbaik," titah baginda.
Terdahulu, Sultan Muhammad V yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Disember tahun lepas berkenan merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di dataran Parlimen.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April, sementara Dewan Negara bersidang selama sembilan hari dari 17 hingga 27 April. - Bernama
Sumber TKO - 7-3-2017
Agong buka sendiri botol air, wakil rakyat senyum (bersama video) Posted on Tuesday, March 07 @ 09:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33890 |
KUALA LUMPUR 6 Mac - Tanpa banyak protokol, Yang di-Pertuan Agong membuka sendiri botol minuman sewaktu menyampaikan titah ucapannya.
Sultan Muhammad V, yang dikenali berjiwa rakyat, menyatakan hasrat untuk minum ketika merasmikan pembukaan Parlimen pagi ini, lapor Utusan Online.
Seri Paduka Baginda waktu itu sedang bertitah mengingatkan rakyat agar menjaga kesihatan dan kepentingan pemakanan seimbang.
"Kejap... minum air kejap," titah baginda sambil tersenyum, lalu membuka botol minuman tersebut.
Rakaman titah baginda, yang disiarkan secara langsung oleh TV1, turut dimuatkan di YouTube rasmi stesen televisyen itu.
Rakaman video menunjukkan anggota parlimen yang hadir kelihatan memandang sesama sendiri dan tersenyum sewaktu baginda membuka botol minuman.
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aGyT_qlpBoc
Sumber TKO - 7-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Agong dukacita rasuah masih wujud dalam kerajaan Posted on Tuesday, March 07 @ 10:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33892 |
KUALA LUMPUR, 6 Mac - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini menzahirkan rasa dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat kerajaan yang melibatkan penjawat dan bekas penjawat awam.
Seri Paduka bertitah walaupun kegiatan itu dilakukan segelintir mereka yang terbabit, namun ia menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.'
"Justeru, beta mengalu-alukan tindakan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
"Rakyat juga perlu memberi sokongan dengan tidak terlibat sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa kebenaran," titah baginda ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.
'
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dipertua Dewan Negara Datuk Seri SA Vigneswaran, barisan jemaah menteri, anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara, tetamu jemputan serta dif kehormat.
Seri Paduka turut merakamkan penghargaan ke atas kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengurangkan kadar jenayah, membasmi fahaman radikal dan ajaran-ajaran sesat serta ideologi militan yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.
"Tidak dilupakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memainkan peranan sangat penting dalam menjaga keselamatan negara, tanpa kita sedari pengorbanan mereka tidak terhingga demi tanah air tercinta.
"Beta serta kerajaan akan terus memperkukuhkan kedua-dua pasukan keselamatan tersebut," titah Seri Paduka dan menambah, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan perolehan kelengkapan dan kenderaan, menjaga kebajikan anggota seperti menyediakan kuarters dan sebagainya.
Sultan Muhammad V juga mengalu-alukan langkah kerajaan menempatkan lebih banyak aset dan fasiliti keselamatan seperti pangkalan operasi hadapan helikopter serta "Sea Basing" di perairan Pantai Timur Sabah bagi meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan.
Kerjasama dan persefahaman yang telah dicapai dengan kerajaan Filipina berhubung kawalan keselamatan di Laut Sulu telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara terutama dalam bidang keselamatan, titah baginda.
Menyentuh keadaan ekonomi bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh, kerajaan komited untuk meneruskan langkah konsolidasi fiskal bagi mencapai sasaran bajet berimbang pada tahun 2020.
"Justeru, kerajaan akan terus berusaha gigih untuk mengambil langkah-langkah konkrit bagi meningkatkan lagi saiz ekonomi daripada RM1.3 trilion pada masa ini kepada RM2 trilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang.
"Di samping itu, untuk jangka panjang, kerajaan akan turut berusaha menjadikan Malaysia antara 20 buah negara ekonomi utama dunia," titah Seri Paduka.
Sultan Muhammad V juga bertitah penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia memberi kesan terhadap rakyat, namun penyusutan ringgit adalah disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman.
"Beta percaya, kerajaan akan bertindak dengan komitmen sepenuhnya bagi menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," titahnya.
Mengenai langkah mengurangkan beban rakyat terutama kumpulan B40 (pendapatan 40 peratus terendah) dan M40 (40 peratus pertengahan), Seri Paduka percaya pelbagai inisiatif dijana termasuk pemberian subdisi bersasar, meningkatkan kadar dan mempelbagaikan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan kepada peniaga kecil dan sebagainya.
Menyentuh soal pemilikan rumah untuk golongan sasar, Seri Paduka bertitah setakat ini 77.1 peratus daripada sasaran pembinaan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 2013 hingga 2018 berada pada peringkat pelaksanaan termasuk yang telah siap.
Yang di-Pertuan Agong bertitah kerajaan juga bercadang membina 10,000 unit rumah untuk golongan muda (M40) yang dipanggil Rumah Mampu Milik yang dijangka bermula tahun ini dengan 5,000 unit akan dibina di atas tanah milik kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.
Selain itu, Sultan Muhammad V menegaskan, kerajaan juga akan meminda Akta Kebankrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada golongan bankrap untuk bangkit kembali memulakan kehidupan baru dan terus menyumbang kepada ekonomi negara.
Seri Paduka turut memuji penekanan kerajaan terhadap pembangunan prasarana dan pengangkutan awam terutamanya yang berasaskan rel seperti Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR), Transit Aliran Massa (MRT), Laluan Rel Pantai Timur dan sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi meningkatkan hubungan dan mobiliti rakyat.
Menyentuh mengenai usaha melindungi kanak-kanak daripada penjenayah seksual yang mengeksploitasi mereka, Seri Paduka bertitah kerajaan akan membentangkan rang undang-undang jenayah seksual kanak-kanak untuk menangani masalah itu secara komprehensif.
Sultan Muhammad V turut menyambut baik dan menyokong Transformasi Nasional 2050 (TN50) seperti yang digagaskan Perdana Menteri dan menyifatkan ia suatu visi 30 tahun ke hadapan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara berjaya di persada dunia.
Mengulas mengenai kedudukan dan kesucian agama Islam, Seri Paduka berharap langkah yang dilaksanakan dalam menangani penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam melalui media massa dan laman web terus dipertingkatkan, termasuklah meneruskan penguatkuasaan pentadbiran agama Islam.
"Pada masa yang sama, kesepakatan pemimpin-pemimpin Islam utama di negara ini adalah suatu yang amat baik dan dialu-alukan sebagaimana dalam menangani isu minoriti Rohingya di Myanmar," titah Seri Paduka.
Sultan Muhammad V turut mengambil kesempatan menzahirkan sukacita terhadap kunjungan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang juga Penjaga Dua Kota Suci ke Malaysia minggu lepas.
"Sesungguhnya lawatan itu mengukuhkan kedua-dua negara yang berada pada tahap terbaik," titah baginda.
Terdahulu, Sultan Muhammad V yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Disember tahun lepas berkenan merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di dataran Parlimen.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April, sementara Dewan Negara bersidang selama sembilan hari dari 17 hingga 27 April. - Bernama
Sumber TKO - 7-3-2017
No comments:
Post a Comment