BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, March 3, 2017

PERHIMPUNAN AMAN RAKYAT (JILID 3)


Rabu hari mengundi - BERSIH kecam 'niat jahat' SPR
Posted on Tuesday, April 10 @ 15:48:21 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39066

Berita

Badan pendesak pembaharuan pilihan raya BERSIH mengecam pengumuman Suruhanjaya Pilihan 

Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada Rabu, 9 Mei depan.

"BERSIH mengutuk sekeras-kerasnya pengumuman SPR hari ini mengenai tarikh penamaan calon
dan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14," kata gabungan itu dalam satu kenyataan hari
ini.

Selain hari mengundi yang dijadualkan berlangsung pada hari bekerja, BERSIH juga mempersoalkan
tempoh berkempen yang hanya akan berlangsung selama 11 hari.

BERSIH berkata gabungan itu sebelum ini menuntut tempoh berkempen diadakan
sekurang-kurangnya 21 hari bagi memberikan masa yang cukup kepada calon-calon dan parti
bertanding untuk membentangkan manifesto mereka.

"Dengan anggaran lebih RM400 juta, SPR mempunyai lebih daripada dana yang mencukupi untuk
menjadikan perkara ini realiti.

"Oleh itu SPR telah bertindak dengan niat jahat dan menentang kepentingan demokrasi.

"Rakyat berhak mendapat penjelasan penuh dari SPR tentang mengapa ia membuat keputusan
regresif itu," jelasnya.

Selain hari mengundi, SPR hari ini turut mengumumkan hari penamaan calon jatuh pada 28 April
manakala pengundian awal akan diadakan pada 5 Mei.

Sementara itu, BERSIH menggesa majikan memberikan kelepasan kepada pekerja mereka untuk
keluar mengundi seperti yang termaktub dalam Seksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.'

"Adalah dikesali apabila kos ini kini dipaksa ke atas majikan.

"Mereka yang 'balik kampung' untuk mengundi akan jadi lebih sukar, terutama yang perlu kembali
ke Sabah atau Sarawak dari semenanjung dan sebaliknya.

"Selain itu, ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi serta pemerhati sukarela juga perlu
memohon cuti untuk membantu pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.

Sementara itu, BERSIH juga menjangka keputusan SPR akan menyebabkan peratusan keluar
mengundi akan lebih rendah.

"Untuk mengurangkan kesan ini, kami menggesa kerajaan persekutuan mengumumkan hari
mengundi sebagai cuti umum dan bagi kerajaan negeri pula mengisytiharkan cuti umum pada hari
sebelum atau selepas hari pengundian.

"Jika ini tidak dilakukan, semua majikan harus membenarkan dua hari cuti yang tidak direkodkan
kepada semua pengundi," kata organisasi itu.


Sumber TKO - 10-4-2018

BERSIH gesa rakyat ke Parlimen bantah persempadanan semula
Posted on Saturday, March 24 @ 18:18:25 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38760



BERSIH menggesa orang ramai untuk ke Parlimen bagi menyuarakan bantahan terhadap cadangan 

persempadanan semula pilihan raya pada Rabu ini iaitu hari laporan berhubung perkara itu dijangka 
akan dibentang.

Pada masa sama, NGO itu akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Speaker Dewan Rakyat 

Tan Sri Pandikar Amin Mula.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Speaker Dewan Rakyat harus menarik balik laporan 

tersebut daripada Parlimen. Speaker tidak harus membenarkan pembentangannya sehingga 
perbicaraan di mahkamah selesai.

"Kita mesti mempertahankan hak memilih kerajaan. Kami menggesa rakyat turun bersama kami ke 

parlimen untuk menyampaikan memorandum kepada Speaker dan Najib untuk mengemukakan sebab 
kenapa parlimen tidak harus menerima syor (SPR)," kata Bersih dalam kenyataan, hari ini.

Pada 22 Mac lalu, Pandikar berkata laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara itu 

sudah diberikan kepada semua anggota parlimen tetapi tidak boleh disebarkan sehingga ia dibentang.

Antara pihak yang membawa isu itu ke mahkamah adalah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.
Selain prosiding mahkamah yang masih berjalan, BERSIH berkata laporan tersebut tidak patut 

dibentangkan kerana SPR gagal mendengar bantahan orang awam yang telah melakukannya 
berdasarkan undang-undang.

 "Perlembagaan Persekutuan juga jelas memberikan tempoh dua tahun kepada SPR untuk 

melakukannya. SPR menyiarkan notis persempadanan semula pada 15 September 2016, maka 
mereka ada masa lebih enam bulan untuk menyelesaikannya," katanya.

Dengan itu, BERSIH mendakwa SPR sebagai tidak jujur dan tidak menghormati hak pengundi 

sebaliknya melanggar proses demokrasi untuk memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

Isu persempadanan semula ini turut mendapat perhatian media antarabangsa iaitu majalah The 

Economist yang mendakwa ia antara langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk 
'mencuri' pilihan raya dan "menafikan pilihan pengundi".

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menyifatkannya sebagai tohmahan tidak berasas 

namun berkata ia tidak menjejaskan komitmen mereka untuk memastikan PRU ke-14 berlangsung 
dengant telus dan adil.

Sumber TKO - 24-3-2018



Bersih berprotes dekat bangunan Parlimen (bersama video)
Posted on Wednesday, March 28 @ 14:18:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38846

Berita

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 orang berkumpul di Tugu Negara untuk menyertai protes Bersih 

2.0 terhadap laporan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ramai anggota polis turut dikerahkan mengawal di sekitar Tugu Negara dan di sepanjang jalan 

menuju ke Parlimen.
Kumpulan pemantau pilihan raya itu bercadang menyerahkan satu memorandum kepada Speaker
Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang meminta beliau menarik balik laporan yang
dijadual dibentangkan di Parlimen hari ini.

Video - https://youtu.be/1ryXbJ1pzFQ


Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah mengarahkan Bersih
memilih 4 wakil yang akan dibenarkan memasuki kawasan Parlimen.

Ditanya sama ada penunjuk perasaan akan ditahan jika mereka ingkar arahan, Shaharuddin berkata,
ia bergantung kepada keadaan.

“Keputusan itu terletak di tangan saya,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Bersih tidak diberikan permit
untuk mengadakan bantahan di luar bangunan Parlimen.

Gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Yunos mahu mengerahkan 10,000 aktivis
mereka untuk menghalang Bersih 2.0 daripada mencetuskan “huru-hara” di lokasi sama.

“Kedua-dua pihak tidak memohon permit untuk mengadakan protes mereka, tetapi polis akan bersiap
sedia. Kami akan mengambil langkah sewajarnya dan memantau keadaan supaya tiada apa berlaku,”
katanya.

Video - https://youtu.be/Xrs9qwwDeoA


Sumber TKO - 28-3-2018



Ayuh! Berhimpun bantah genocide Muslim 

Rohingya



















PASRelief menyeru umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia turun berhimpun di kedutaan 
Myanmar pada 30 Ogos 2017, jam 11 pagi, mengiringi pimpinan PAS dan NGO menyerahkan 
memorandum mengecam kekejaman Myanmar ke atas etnik Muslim Rohingya yang sedang terjadi pada waktu ini. 
Himpunan dan penyerahan memorandum ini adalah anjuran bersama MAPIM, PASRelief, 
Permas dan beberapa NGO lain, termasuk peserta Food Flotilla For Myanmar (FFFM). 
Dalam tragedi keganasan terbaru tentera regim Myanmar bersama pelampau buddha Rakhine
(Arakan Army) bermula 25 Ogos lalu, kira-kira 500 muslim Rohingya dibunuh kejam, rumah, 
madrasah dan perkampungan dibakar dan penduduk diusir. Sebahagian besar penduduk di 
wilayah Buthidaung dan Rathidaung dipaksa lari ke hutan dan bukit bukau untuk 
menyelamatkan nyawa. Situasi mereka tidak dapat diketahui.  Ramai wanita dan kanak turut 
dibunuh dan dibakar. 
Sebahagian mereka terpaksa membawa keluarga menyeberangi Sungai Naf bagi mencari 
perlindungan di kem pelarian di wilayah Ramu, Cox's Bazaar, Bangladesh. Kebanyakan 
mereka adalah wanita dan kanak-kanak.  
Kekejaman penghapusan etnik Rohingya (Genocide) sejak 1948 ini berlanjutan hingga kini 
walaupun PBB telah membuat ketetapan agar ia dihentikan. Operasi tentera dengan sokongan 
Arakan Army ini menyaksikan lebih ramai menjadi mangsa berbanding operasi sama pada 
Oktober 2016. 
Berikutan tragedi kemanusiaan terbaru ini,  PASRelief mengajak seluruh masyarakat dunia 
menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera campurtangan 
bagi menghentikan genocide yang berlanjutan ini. 
Kami juga menggesa Asean dan OIC mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan nyawa 
dan harta benda Muslim Rohingya di Wilayah Arakan (Rakhine). 
Kerajaan Malaysia perlu segera mengaktifkan plan kecemasan peringkat Asean dan negara 
Muslim serantau bagi menekan regim Myanmar. Bencana kemanusiaan yang sedang terjadi 
di Arakan pada masa ini akan memakan lebih ramai korban jika kita terus berpeluk tubuh dan 
berdiam diri. 
Ayuh rakyat Malaysia, sertai himpunan aman dan menyerahan memorandum mengecam 
kekejaman Myanmar yang sedang melakukan jenayah kemanusiaan terburuk dalam sejarah 
dunia. 
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Pengarah PASRelief
AJK PAS Pusat – HARAKAHDAILY 29/8/2017 



















Sumber HD - 29-8-2017 





Home Ministry Hauls Up Nanyang Editor 

Over Monkey Caricature














The editor-in-chief of Chinese-language daily Nanyang Siang Pau was today called up by the Home
Ministry over the publication of its monkey caricature depicting Dewan Rakyat Speaker Tan Sri
Pandikar Amin Mulia and PAS president and MP Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

In a statement, the ministry said the action was taken as the caricature was deemed to have made a
mockery of Parliament and Islamic matters that could affect public order by “encouraging malice,
enmity, hatred and prejudice towards other races”.

“It also indirectly mocks Parliament and Islam because Act 355 as depicted in the caricature is related

to Islamic affairs,” the ministry said.

It added that a show-cause letter has been issued under the Printing Presses and Publications Act 1984
and the newspaper has three days to respond.



















PAS Youth and several Islamic NGOs gather in front of the Nanyang Siang Pau office in 
Petaling Jaya earlier today. ― Picture by Yusof Mat Isa
It also said further action will be taken based on existing regulations and procedures.

Nanyang came under fire after it published a cartoon titled “Monkey Act” on April 8, two days after
Hadi tabled his controversial private member’s Bill in Parliament to amend the Syariah Courts
(Criminal Jurisdiction) Act 1965, better known by its Malay short form, RUU355.

The vernacular paper has since apologised for the caricature, which featured a monkey with a
songkok labelled “Speaker” while the other sported a turban and identified as “Hadi Awang” atop a
tree named “Act 355”, and removed it from its digital edition.

Despite that, PAS and Umno groups held protests and filed police complaints demanding stern action,
including withdrawing Nanyang’s publication permit, for what they see as an insulting act to Islam,
the religion of over 60 per cent of Malaysians. -themalaymailonline

Sumber BO - 11-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Karikatur hina Hadi, ahli PAS mahu k'jaan tutup akhbar
Posted on Tuesday, April 11 @ 15:08:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34449


Kira-kira 100 ahli dan penyokong PAS berhimpun di luar perkarangan pejabat Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya, hari ini, sambil menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk bertindak ke atas syarikat akhbar Cina itu untuk kerana mencetuskan ketegangan agama.

Ini susulan selepas akhbar itu menyiarkan yang memaparkan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet.

Dalam ucapannya, penolong setiausaha Pemuda PAS Nurul Islam Mohd Yusof menuduh akhbar itu mencetuskan ketegangan agama dan mahu kerajaan membatalkan permit penerbitannya.

Walau bagaimanapun, Ketua Penerangan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, selepas pertemuan ringkas dan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pengurusan Nanyang, berkata desakan penutupan itu adalah pendapat peribadi.

"Itu masih dalam perbincangan kerana kita mengambil kira mohon maaf daripada Nanyang, tuntutan-tuntutan tersebut merupakan tuntutan peribadi.

"Kita akan putuskan pendirian kami nanti," katanya.

Bertajuk "Akta Monyet" kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai "speaker" manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai "Hadi Awang" bertenggek di pokok "Akta 355".

Karikatur itu dikatakan mempersendakan Abdul Hadi selepas pemimpin itu membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355 pada Khamis lalu.

Semalam, akhbar yang dimiliki oleh jutawan balak Tan Sri Tiong Hiew King, memohon maaf atas penyiaran karikatur itu dan menariknya semula.
[Baca berita penuh]

Sementara itu, portal Utusan Malaysia Online melaporkan penyokong dan ahli PAS di Kelantan hari ini berhimpun di Tambatan Diraja, Kota Bharu bagi membantah penyiaran karikatur itu.

Lebih 50 penyokong diketuai Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah kemudian membakar puluhan naskah akhbar itu sebagai simbol rasa tidak puas hati mereka terhadap akhbar tersebut.

“Ini bukan soal menghina Presiden PAS sahaja tetapi lebih daripada itu mereka telah menggambarkan ulama dalam gambaran yang hina.

“Kita amat kesal kerana dalam negara yang pelbagai kaum dan agama kita sepatutnya saling menghormati supaya hidup secara harmoni.


“Walaupun mereka telah mengeluarkan nota kecil meminta maaf tetapi ia tidak mencukupi kerana penghasilan imej itu adalah cubaan menanam sentimen membenci agama Islam,” katanya yang dipetik akhbar itu.

Sumber TKO - 11-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jangan layan orang jahil seperti G25, kata Ridhuan Tee
Posted on Tuesday, March 07 @ 22:26:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33903



BANGI, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Ahli Parlimen muslim tidak perlu melayan desakan orang jahil seperti G25 yang mahukan mereka tidak menyokong atau menolak RUU355, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Berasa jengkel dengan kumpulan yang kononnya menggelar diri mereka profesional Melayu itu, Ridhuan Tee berkata, bekas pegawai-pegawai kerajaan pencen yang sudah tidak ada kerja itu mungkin takut mereka atau anak mereka tertangkap atau dikenakan hukuman mengikut RUU355 yang akan dipinda nanti.

"Saya amat yakin ada segelintir mereka dan anak-anak yang masih membawa tabiat lama seperti minum arak, berjudi, main perempuan dan sebagainya. Dengan terlaksananya RUU355 ini, mereka takut akan terkena percikan hukuman tersebut.

"Sebab itu mereka begitu bersungguh-sungguh menentangnya dengan menggunakan hujah-hujah lain bagi menjustifikasikan tindakannya .

"Logiknya, setiap warga Malaysia tidak perlu takut dengan hukuman berat jika mereka tidak melakukan kesalahan. Banyak hukuman berat yang sedang berjalan hari ini, seperti hukuman gantung, kenapa tidak ditentang? Kenapa apabila ada perkara berkaitan Islam ditentang? Apa sebenarnya yang ditakutkan? Mereka ini sebenarnya Islam ke tidak?," katanya ketika dihubungi ismaweb.net, hari ini.

Semalam, menerusi surat yang disiarkan dalam sebuah portal liberal, G25 merayu Ahli Parlimen supaya tidak menyokong atau membatalkan RUU355 yang akan dibahas di Dewan Rakyat.

Kumpulan itu juga bimbang langkah meninggikan taraf Mahkamah Syariah akan mencelarukan penguatkuasaan undang-undang.

Musykil dengan kebimbangan kumpulan pegawai pencen yang dianggotai seramai 25 orang itu, Ridhuan Tee berkata, sepatutnya undang-undang itu tidak perlu ditakuti sekiranya mereka adalah dalam kalangan yang tidak berbuat salah.

Hanya yang berbuat salah sahaja takut kepada undang-undang, katanya.

"Inilah agak saya yang menjadi G25, yang saya tidak pasti berdaftar atau tidak, begitu menentangnya. Jika pertubuhan ini tidak berdaftar, maka lagilah tidak perlu dilayan. Jika berdaftar, apakah hak mereka menggunakan G25? Adakah G itu mewakili Government. Mereka tidak layak?

"Mereka adalah orang pencen yang tidak ada kerja. Jika 25 itu menjadi nombornya, apakah mereka benar-benar mewakili 25 orang? Jika benar, kenapa kita perlu layan cakap-cakap 25 orang yang sudah tidak ada kerja? Saya cadangkan kumpulan ini, dekatkanlah diri dengan tikar sejadah. Kalau tidak tahu, belajarlah mengucap dulu.

"Bimbang juga, bila kejahilan sampai ke tahap murakab, ia akan menjadikan kita terkeluar daripada landasan. Saya tidak kata RUU355 itu seratus peratus Islamik atau tidak menyokong RUU355 menyebabkan kita terkeluar, tetapi tindak-tanduk kita sudah boleh menunjukkan," katanya.

Sumber TKO - 7-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kristen dan agama lain tidak kurang apapun jika RRU355 diluluskan
Posted on Sunday, March 05 @ 07:15:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33850



RRU355 nampaknya membuat orang bukan Islam ketakutan. RRU355 membuatkan orang Kristen, Budha, Hindu dan lain-lain seolah-olah akan dianiaya oleh RRU355. Semua melata, semua bingung.

Harini terbacalah pulak satu artikel di TKO yang mengatakan Persekutuan Kristen Malaysia RRU355 akan menjejaskan prinsip asas keadilan, kebebasan dan hak rakyat Malaysia. Dalam erti kata yang lain, setelah RRU355 diluluskan, rakyat Malaysia tidak akan bebas lagi berbuat jahat, tidak boleh lagi bermaksiat. Hilang hak untuk minum arak dan berjudi malah berzina.

Penulis tidak hairan dengan kenyataan Persekutuan Kristen Malaysia (CFM) itu. Kerana apa yang pernulis faham, umat Kristen tidak menjadikan Bible sebagai perundangan, walau dalam Bible ada menyebut qisas, bunuh balas bunu, gigi balas gigi. Malah dalam Bible disebut kunun Yesus berSabda "Tempatku bukan di dunia ini" (Sila semak Bible Berita Baik Sociaty of Malaysia). Maka Kristen semacam trauma apabila undang-undang Kitab agama mahu diaplikasikan dalam kehidupan.
Faktanya ialah RRU355 tidak melibatkan orang bukan Islam, tidak melibatkan Kristen, Hindu, Budha mahupun yang tidak beragama, Athies dan Freethinker. Ia disebut dengan jelas tidak melibatkan bukan Islam.

Jadi apa yang CFM takutkan?

Yang jelas ialah, orang Kristen masih boleh  bersekudukan tanpa nikah, orang Budha masih boleh minum arak dan orang Hindu masih boleh berbuat apa yang agama mereka benarkan. Nak minum bertan-tan arakpun terserah kerana RRU355 tidak melibatkan mereka, nak lahirkan anak luar nikah seramai manapun silakan.

Namun jika CFM menentang RRU355, ia bermakna CFM telah mencampuri urusan umat Islam. CFM telah melanggar hak umat Islam. Dan CFM telah cuba menyekat kemahuan umat Islam dalam melaksanakan ajaran agamanya.

CFM bolehlah menghantar rombongan ke rumah Haji Hadi untuk mendapatkan penjelasan tentang RRU355. Tanyalah Haji Hadi sedalam mungkin berkenaan RRU355. Ini lebih baik dari membuat riuh tak tentu pasal.

Lebih baik CFM mengkaji Bible terutama Perjanjian Lama. Lihat fakta di dalamnya tentang  hukuman minum arak, membunuh, derhaka kepada ibu bapa dan lain-lain. Urus agama sendiri lebih baik dari mengurus agama orang lain. PErlembagaan negara mengatakan agama resmi Malaysia ialah Islam tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas, agama lain tidak akan diganggu.
"RRU355 tidak melibatkan bukan Islam" pun tak fahamkah?
Wassalam.

Sumber TKO - 5-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

Umat Islam bantah kerajaan Pulau Pinang campur tangan urusan Islam
Posted on Saturday, March 04 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33843



BUTTERWORTH: Kira-kira 50 masyarakat Islam mengadakan bantahan singkat selepas solat Jumaat bagi mendesak kerajaan Pulau Pinang berhenti campur tangan dalam hal ehwal Islam, khasnya berhubung fatwa.

Mereka berkumpul di Masjid Jamiul Al-Badawi di Kepala Batas, bagi menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan pemimpin DAP lain berhenti campur tangan dalam pengeluaran fatwa dengan serta-merta.

Mereka turut memegang kain rentang tertera gambar Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dengan perkataan “Musuh Islam dan Musuh PAS” serta “Jangan kurang ajar dengan Melayu Penang”.
Protes itu berlangsung selama 10 minit sebelum peserta bersurai secara aman.

Jurucakap masyarakat Islam Kawasan Kepala Batas, Azmi Man berkata, ahli parti dan umat Islam sangat terganggu dengan kerajaan negeri yang didakwa campur tangan dalam hal ehwal Islam.
pas_penang_protes1
“Kami merasakan perkara Islam hanya perlu dibincangkan umat Islam, terutamanya perkara berkaitan fatwa,” katanya kepada wartawan petang tadi.

Isu campur tangan fatwa negeri itu julung kali dibangkitkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mendakwa semua fatwa di Pulau Pinang terpaksa mendapat kelulusan mesyuarat exco yang dipengerusikan Lim.

Afnan berkata, semua fatwa hanya memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan negeri tiada hak dalam pewartaan fatwa. Dakwaan Afnan itu kemudiannya disokong seorang ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan negeri dan Lim bagaimanapun menafikan sebarang bentuk campur tangan.

Dalam perkembangan lain, Azmi berkata, PAS Pulau Pinang akan menyokong seruan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak berhubung dengan DAP dan PAN.

Sumber TKO - 4-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


RUU 355 Memperkasa Mahkamah Syariah akan bawa kesan buruk kata kumpulan Kristian
Posted on Saturday, March 04 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33842



PETALING JAYA: Rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 akan membawa kesan buruk dan menjejaskan prinsip asas keadilan, kebebasan dan hak rakyat Malaysia, kata Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Merujuk RUU persendirian yang dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengerusi CFM, Eu Hong Sen berkata, cadangan pindaan itu hanya boleh dimulakan kerajaan selepas kajian menyeluruh mengenai kesannya ke atas semua lapisan masyarakat.

“Mereka perlu membincangkan (pindaan itu) dengan teliti dan bertanggungjawab serta secara terbuka dan jujur, tetapi ini tidak berlaku.

“Pindaan itu tidak patut menjadi domain umat Islam semata-mata. Ia juga tidak seharusnya dilihat sebagai tugas kompulsif umat Islam seperti ditegaskan presiden PAS yang mendakwa ia adalah ‘undang-undang Allah’,” katanya dalam satu kenyataan yang disertakan lembaran fakta mengenai RUU 355.


Dengan mendakwa undang-undang Islam sudah memberi kesan kepada kehidupan orang bukan Islam, CFM memberi contoh beberapa dekad lalu, daripada penggunaan perkataan yang dikhasnya untuk umat Islam dan kontroversi berterusan apa yang “halal” dan sebaliknya.

“Walaupun orang bukan Islam asyik diberi jaminan mereka tidak akan terjejas, ini tidak benar.

“Ini sebabnya CFM menyiarkan lembaran fakta ini supaya rakyat Malaysia bukan beragama Islam akan sedar tentang implikasi RUU ini,” kata Eu yang merayu rakyat Malaysia meminta ahli Parlimen mereka mengundi menentang RUU 355.

Dengan Umno sebagai parti utama dalam kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional, bergabung tenaga dengan PAS untuk membentangkan RUU itu di Parlimen, CFM berkata, implikasinya besar kerana pemimpin Umno secara terbuka menyokong RUU 355.

“Oleh itu, CFM menyeru ahli Parlimen Malaysia di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, tidak meluluskan mana-mana versi pindaan terhadap Akta 355.”

Lembaran fakta CFM boleh didapati di https://www.scribd.com/document/340808724/CFM-Fact-Sheet-on-Proposed-Amendment-Bill-to-Act-355-FINAL-3-March-2017

Sumber TKO - 4-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika Gobind berdegil, tunggu PRU14
Posted on Friday, March 03 @ 21:51:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33825



Kedudukan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo akan tergugat jika dia berkeras menentang cadangan pindaan Akta 355 pada sidang Parlimen akan datang.

Pengerusi Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya berkata, Gobind dan pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP yang lain, diminta untuk tidak hadir ketika sesi pengundian di Parlimen jika tidak mahu menyokong usul yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Yang penting, jangan membangkang. Jika tidak, kita akan terus berkempen di Puchong dan di kawasan-kawasan yang Ahli Parlimennya menentang RUU355 supaya pengundi Islam tidak lagi memilih mereka pada pilihan raya akan datang sebagai wakil rakyat,” kata Aminuddin kepada media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Gobind Singh Deo di hadapan pejabatnya di sini hari ini.

Terdahulu, ketika berucap di hadapan 1,000 umat Islam pada himpunan aman di pekarangan Masjid Al-Husna dekat sini selepas solat Jumaat, Aminuddin menyeru pengundi-pengundi Melayu Islam di kawasan Puchong agar tidak lagi memilih Gobind jika dia kekal dengan pendirian menolak cadangan pindaan Akta 355.

“Saudara-saudara selaku pengundi di Puchong ini, pastikan jika beliau menentang hukum Allah ini, kita gugurkan dia daripada menjadi wakil rakyat pada PRU ke-14.

“Apa pasal dia nak bising? Ini tak ada kena mengena dengan dia. Ini hukum Islam, tak ada kaitan dengan bukan Islam. Walaupun 300,000 umat Islam telah berhimpun di Padang Merbok, dia tetap berkeras menentang cadangan pindaan ini.

“Sampaikan kepada pimpinan DAP, jangan jadikan ini sebagai polemik politik kerana dia sangat bahaya, bukan sahaja mengguris hati umat Islam, malah ia boleh menimbulkan perpecahan di kalangan kaum dan agama di negara kita.

“Kita harap dengan usaha kita hari ini, beliau dapat memikirkan secara rasional kenapa isu ini kita berusaha menghantar memorandum,” katanya.




Sumber TKO - 3-3-2017



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelantan (Seolah-olah Allah) tak faham penghinaan
sebatan di khalayak umum kata Geng Anti RUU 355

Posted on Friday, March 03 @ 20:43:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33823


Cadangan untuk mengadakan demonstrasi sebatan di tempat awam oleh kerajaan Kelantan menunjukkan mereka tidak memahami kesan penghinaan di hadapan khalayak, kata kumpulan peguam, BEBAS.

"Dakwaan (Exco Kelantan) Mohamed Fadzli Hassan bahawa hukuman sebat di tempat awam dilakukan hanya mendidik dan tidak menyakiti, menunjukkan kurangnya pemahaman tentang
kesan penghinaan awam dan voyeurism.

"Orang seperti ini tidak harus diberi tanggungjawab untuk membuat dan mentadbir
undang-undang, terutamanya mereka yang mengenakan kepolisan moral," kata pemimpin
BEBAS, Azrul Mohd Khalib kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata tiada kajian atau bukti membenarkan hujah bahawa hukuman berat dapat menghalang sebarang kesalahan berkaitan agama atau moral.

Fadzli berkata cadangan demonstrasi hukuman sebat di tempat awam itu selaras dengan hukuman dinyatakan di bawah Akta 1965 atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) yang bertujuan memberi kefahaman mengenai cara hukuman itu dijalankan.

“Kita sedang kaji nak buat satu demonstrasi (pertunjukan contoh) bagaimana hukuman sebat
dalam Islam supaya memberi pemahaman dan persepsi yang betul kepada masyarakat tentang kaedah hukuman dalam Islam.

“Ia adalah hukuman mendidik, mengandungi rahmat, bukan untuk menyakitkan, bukan untuk menghukum kerana ada yang silap faham,” katanya dalam satu forum semalam.

Fadzli juga berkata terdapat pihak yang mendakwa hukuman dicadangkan melalui pindaan
Akta 355 itu itu seolah-olah hanya mahu menumpukan aspek penderaan semata-mata.

Asrul bagaimanapun menolak pandangan Fadzli mengenai persepsi terhadap pemerintahan
Islam.

"Fadzli merungut tentang tanggapan orang bahawa pemerintahan Islam hanya mahu
menghukum.


"Namun dia mencadangkan satu demonstrasi sebat awam sebagai satu bentuk pendidikan
keadilan Islam berbanding menunjukkan contoh rahmat dan belas kasihan," katanya.

Sumber TKO - 3-3-2017


No comments:

Post a Comment