KOTA BHARU: Pakatan Harapan tidak berpeluang untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Timbalan Mursidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakub.Ahmad berkata, setakat ini tiada fakta kukuh yang menunjukkan Pakatan Harapan yang diterajui DAP akan menang dalam PRU14 ini. Malah Ahmad yang juga Menteri Besar, berkata PAS tidak bimbang dengan pakatan berkenaan malah yakin parti itu mampu menghadapi pilihan raya dengan lebih kuat. "Tiada ramalan (mana-mana pihak) mengatakan bahawa Pakatan Harapan akan menang," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Phak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan 2007 di sini, hari ini. Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Fauzi Che Mamat. Beliau berkata demikian mengenai cabaran Pakatan Harapan dalam PRU akan datang. Berhubung kerjasama dengan UMNO, Ahmad berkata, PAS tetap dengan keputusannya untuk berada dalam blok ketiga. Sehubungan itu, katanya, PAS bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang. "Kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak daripada bertanding. Kita menghormati mereka," katanya.-BeritaHarian Sumber TKO - 8-5-2017 PRU14: PAS tetap pertahan KelantanPAS akan mempertahankan Kerajaan Kelantan walaupun terpaksa berdepan dengan pertandingan tiga penjuru atau lebih. Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob berkata pihaknya akan menghadapi sebarang kemungkinan untuk mempertahankan negeri itu pada PRU14 nanti. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan 2007 di Kota Bharu, hari ini. “BN tetap kekal sebagai musuh politik tradisi PAS kecuali perkara yang berkaitan kepentingan rakyat,” ujarnya. Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan Pakatan Harapan akan menang pada PRU14 di Kelantan. Menurutnya, tiada fakta yang membenarkan dakwaan itu. Tambahnya, PAS tidak boleh menghalang sekiranya mana-mana parti mahu bertanding di kelantan kerana demokrasi membenarkannya.- HARAKAHDAILY 7/5/2017Sumber HD 7-5-2017 Kemiskinan dekat dengan kekufuranBANYAK pihak yang berusaha merangka kecemerlangan dasar pendidikan negara melupakan elemen rohani sebagai pemangkin kepada kejayaan tersebut. Sedangkan rohani atau agama menjadi teras yang boleh mengimbangi kekuatan jasmani setiap manusia. Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiada Melayu Kelantan (MAIK), Dr Nik Azlan Abdul Hadi berkata elemen rohani, intektual dan keupayaan penting bagi mencapai kecemerlangan. Kata beliau sekiranya tidak lengkap elemen tersebut ia belum mampu membuah hasil yang merangsangkan. "Masalah yang berlaku sekarang termasuk pecah amanah kerana seseorang individu itu tidak lengkap dengan elemen tersebut. "Kalau orang berkenaan berkhidmat dalam sesebuah syarikat, dia boleh menyebabkan syarikat itu bankrap," katanya ketika merasmikan seminar pendidikan di Balai Islam Kota Bharu hari ini. Seminar sehari itu dianjurkan Majlis Dakwah Negara (MDN) Negeri Kelantan. Hadir sama pesuruhjayanya Datuk Abdul Halim Hamad, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Zulkarnain Awang. Turut hadir Pengarah Pelajaran Kelantan, Jaafar Ismail, Setiausaha Majlis Dakwah Negara, Dr Abdul Razak Idris, Prof Mansor Md Nor dari UKM, Dr Abdullah Sudin dari Kolej Teknologi Darul Naim dan Setiausaha MDN Negeri Kelantan, Dr Mustapha Ahmad. Prof Datuk Dr Mohd Amin Embi dari UKM membentang kertas kerja Pemantapan Pembelajaran Abab 21. Perserta seminar itu kalangan guru dari seluruh Kelantan. "Kita tidak mahu pekerjaan pengayuh beca menjadi tradisi kepada anak cucu kerana ia tidak mampu mengubah status kehidupan mereka. "Setidak-tidaknya anak pengayuh beca boleh menjadi guru untuk keluar dari kitaran kemiskinan," katanya. – HARAKAHDAILY 6/5/2017Sumber HD - 6-5-2017 Tahfiz khatam al-Quran di puncak gunungSERAMAI 48 pelajar Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi di Bachok berjaya khatam al-Quran di puncak Gunung Stong, Kuala Krai. Program kembara huffaz itu dibimbing sembilan guru bagi menjayakan program dua hari satu malam tersebut. Ia merupakan program kedua sejak mula diadakan tahun lalu. Katanya program terbabit turut melibatkan perkhemahan santai dan kembara hufaz dengan memfokus kebesaran ciptaan Ilahi di puncak gunung. “Tahun ini bilangan peserta meningkat berbanding tahun lalu. Kami mendidik mereka dengan program berdikari, mengurus diri dan bekerjasama antara satu sama lain,” katanya. Gunung Stong mempunyai puncak air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara terletak di Kampung Jelawang, Dabong. – HARAKAHDAILY 4/5/2017Sumber HD- 4-5-2017 Realisasi Kelantan jelapang makananPELBAGAI usaha dilakukan kerajaan negeri bagi merealisasikan hasrat menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan negara. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata antara usaha itu menganjurkan 'Karnival Bertani Satu Ibadah' di peringkat jajahan. Katanya, program tersebut membolehkan petani, penternak, nelayan dan usahawan tani mempamerkan hasil mereka. “Begitu juga hari peladang yang disambut setiap tahun pada peringkat kebangsaan dan kerajaan negeri pula mengadakan ekspo pertanian. "Ia merupakan kesinambungan program peringkat negeri sebagai menghargai golongan tersebut. "Di peringkat jajahan dibuat sebanyak dua tahun sekali di 10 jajahan, iaitu lima jajahan setiap tahun," katanya ketika merasmikan Karnival Bertani Satu Ibadah di jajahan Tanah Merah di perkarangan Dewan Jubli Perak, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Jajahan Tanah Merah, Norazman Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah, Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustapha. - HARAKAHDAILY 4/5/2017Sumbeer HD- 4-5-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Tahfiz terbakar dapat bantuan MAIKMAHAAD Tahfiz al-Quran Al-Ismailiah (Matais) Banggol Chicha, Pasir Mas yang terbakar baru-baru ini turut mendapat bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). MAIK menyumbang RM65,000 kepada maahad tersebut yang disampaikan Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Nik Azlan Nik Abdul Hadi. Sumbangan tersebut diterima Pengetua Matais, Ustaz Hamzah Ishak bagi membaik pulih bangunan yang rosak akibat kebakaran terbabit. Setiap mangsa yang terlibat juga menerima RM500 seorang. Dr Azlan melahirkan rasa syukur kerana semua pelajar terselamat dalam kejadian malang tersebut. “Sumbangan MAIK bertujuan mengurangkan bebanan yang ditanggung Matais,” katanya semalam. Ustaz Hamzah mengucap terima kasih kepada MAIK atas sumbangan diberikan bagi meringankan beban ditanggung pelajar terlibat. Selain itu katanya sumbangan berkenaan juga akan digunakan untuk membaik pulih asrama yang terbakar tersebut. Pada kejadian awal pagi Ahad lepas seramai 30 pelajar Matais tinggal sehelai sepinggang apabila asrama mereka musnah dalam kebakaran. Sementara itu orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui Bank Islam Malaysia Berhad 03027020189897 atau Bank Simpanan Nasional 0355041000016137 atas nama Madrasah Tahfiz al-Quran Al-Ismailiah. – HARAKAHDAILY 3/5/2017Sumber HD - 3-5-2017 Yik benteng pertahan aqidah pelajarYAYASAN Islam Kelantan (Yik) menjadi antara benteng pertahanan bagi menyelamatkan aqidah pelajar dalam menghadapi cabaran semasa sekarang. Katanya Yik meneruskan usaha untuk membimbing pelajar supaya Islam menjadi pemangkin kepada pentadbiran negara. “Yik bukan hanya mendidik pelajar dapat menjawab soalan dalam peperiksaan, sebaliknya menambah ilmu pengetahuan mencakupi dunia dan akhirat,” katanya ketika merasmikan Seminar Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Putik di Pengkalan Chepa. Seramai 1,500 pelajar yang mewakili 13 sekolah mengikuti program tersebut. Seminar sehari itu diadakan bertujuan menanam kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan STAM demi masa depan mereka. Manakala dalam perkembangan berkaitan pelajar-pelajar Maahad Muhammadi Lelaki mengikuti kursus kepimpinan di Pusat Latihan Bomba Pengkalan Kubor. Seramai 50 pelajar mengikuti kursus kepimpinan selama tiga hari itu. Ketika berucap pada program terbabit Kamarjan berkata, bekas-bekas pelajar Yik yang bakal menjadi ketua jabatan di mana-mana agensi hendaklah berusaha melaksana peraturan berlandaskan Islam di tempat mereka bekerja. “Misalnya kalau bertugas sebagai pengarah hospital, dia boleh mengarahkan hanya doktor wanita dibenar merawat pesakit wanita,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/4/2017Sumber HD - 25-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kelantan bantu usahawan berdikariMENGAMBIL kira minat rakyat Kelantan dalam bidang perniagaan, kerajaan negeri turut menyediakan pelbagai skim bagi membantu mereka. Antaranya program Usahawan Berdikari yang menggabungkan lima program pembangunan usahawan iaitu Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan, Galakan Usahawan, Skim Bina Usahawan, Program Pembangunan Kemahiran Usahawan dan Galakan Perdagangan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri mengutamakan pembangunan usahawan rakyat. Katanya sebanyak RM6.05 juta diperuntuk dalam bajet 2017 yang meliputi pelbagai program pembangunan keusahawanan. "Manakala sebanyak RM2.5 juta diperuntuk di bawah program Usahawan Berdikari. Selain itu RM2.5 juta lagi bagi membina serta membaiki pasar dan gerai di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya di sini. Che Abdullah juga berkata kerajaan negeri menerusi anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut terlibat membantu usahawan. “Kerajaan negeri juga telah membaik pulih Medan Usahawan yang terletak berhampiran Stadium Muhammad ke IV,” katanya. Menurutnya juga bidang perniagaan dan usahawan sekarang lebih kompleks di mana berhadapan dengan pelbagai cabaran dan risiko. "Jika cabaran dapat diatasi dengan baik, maka ia merupakan satu kejayaan. Antara cabarannya kekurangan kemahiran dan seni komunikasi. "Perkara-perkara sebegini perlu juga diberi penekanan dalam usaha membangunkan usahawan yang kreatif," tambahnya. – HARAKAHDAILY 25/4/2017Sumber HD - 25-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Muslimat sedia pertahan KelantanMUSLIMAT PAS Kelantan mempersiapkan jentera di semua peringkat dalam misi mempertahankan kerajaan di bawah kepimpinan ulama yang kini berusia 27 tahun. Katanya, pengalaman yang ada dalam kalangan pimpinan muslimat diharap dapat digarap sebaik mungkin. “Saya juga berharap saf kepimpinan baru di peringkat kawasan bagi sesi 2017-2019 berusaha keras memandangkan masanya begitu singkat sekarang. “Kita sudah tiada masa untuk berehat panjang dan leka dengan perkara yang tidak memberi keuntungan kepada perjuangan Islam,” katanya pada program anjuran Muslimat Dun Panchor di Pengkalan Chepa. Turut hadir anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin. Pada muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri baru-baru ini Siti Zailah menang tanpa bertanding. Begitu juga Wan Ubaidah Omar mengekalkan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri dan Rohani Ibrahim (naib ketua). Mumtaz Md Nawi juga kekal sebagai Ketua Penerangan. – HARAKAHDAILY 25/4/2017Sumber HD - 25-4-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- R terharu tuanku prihatin tuntutan royaltiROYALTI Kelantan (R) merakamkan ucapan tahniah kepada Sultan Muhammad V di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia XV. Presiden R, Nazri Deraman berkata R merafak sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong XV dan ditabalkan semalam. Katanya pihak R menjujung titah terhadap kesungguhan tuanku bagi memastikan royalti petroleum menjadi milik rakyat Kelantan. Ini dibuktikan pada 16 Jun 2013 ketika merasmikan pembukaan Dun Kelantan, baginda bertitah penyelesaian isu tuntutan bayaran tunai royalti petroleum dapat diselesaikan mengikut perjanjian yang ditandatangani. Pada 1 Mac 2012 ketika merasmikan Dun, Sultan Muhammad V berharap gas dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan sudah menyediakan zon industri Petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak awal 1990-an. Nazri juga berkata, tuanku pernah berkenan mencemar duli menandatangani plak sokongan perjuangan menuntut royalti Petroleum Kelantan. – HARAKAHDAILY 25/4/2017Sumber HD - 25-4-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Menjejaki projek Lebuh Raya RakyatMENJEJAK laluan yang bakal menjadi kebanggaan rakyat Kelantan itu begitu mengujakan sekali. Kami antara rakyat Kelantan yang dapat meninjau perkembangan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (LRR) dari dekat. Biarpun panas terik menyengat, namun kerana semangat tinggi kami gagahi juga untuk menimba pengalaman menjejaki lebuh raya yang dibina kerajaan negeri. Kelantan satu-satunya negeri di Malaysia yang membina sendiri sebahagian lebuh raya, biarpun tanggungjawab itu di bawah kerajaan pusat. Berbekalkan topi dan jaket penyelamat kami bersama Adun Kemuning Ustaz Mohd Roseli Ismail dan pegawai dari syarikat pembinaan dan perunding menjejaki tapak pembinaan di Machang baru-baru ini. Laluan sejauh 10 kilometer yang dibina bermula dari Berangan Mek Nab ke Bukit Tiu iaitu berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang sedang giat dijalankan. LRR diberi nama mengambil sempena hasrat rakyat di Kelantan yang begitu mendambakan jalan raya yang selesa sejak sekian lama. Biarpun pernah disenarai di bawah Rancangan Malaysia Ke Lima pada 1986 namun projek lebuh raya Kota Bharu - Kuala Krai tidak menjadi kenyataan. Ustaz Roseli berkata, menariknya pengguna LRR tidak akan dikenakan sebarang tol. Sebelum ini pernah dibina syarikat Jambatan Kedua Construction & Consultancy Sdn Bhd (JKCC), namun terpaksa menarik diri difahamkan akibat gangguan Umno Machang. LLR dijangka siap pada September 2018. Nik Jai Associates Sdn Bhd dilantik sebagai perundingnya. Kami bersama Ustaz Mohd Roseli dibawa pegawai syarikat terbabit Azmi Muhammad dan wakil perunding menaiki pacuan empat roda meninjau pembinaan lebih raya berkenaan. Azmi berkata kerja-kerja pembinaannya bermula seawal jam 8 pagi hingga 7 malam. Ketika tinjauan itu kelihatan beberapa lori, jentolak dan pacuan empat roda sibuk ulang alik di kawasan pembinaan. – HARAKAHDAILY 25/4/2017 (Laporan penuh dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datangSumber HD - 25-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ MPKB BRI rancang pembangunan secara mampanMAJLIS Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan Local Agenda 21 (LA21) di Parlimen Kota Bharu bagi merancang pembangunan secara mampan. Yang Dipertuanya Datuk Zamri Ismail berkata, LA21 mementing kesejahteraan rakyat, teknologi hijau dan muafakat sesama masyarakat. Katanya, program tersebut akan diperluaskan ke kawsan Parlimen Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang juga terletak dalam kawasan MPKB-BRI. "LA21 sudah acap kali kita adakan tetapi dalam skala yang kecil seperti taman perumahan. Kini kita buat di peringkat Parlimen pula," katanya ketika ditemui selepas program terbabit kelmarin. LA21 dilaksanakan selaras dengan tuntutan United Nations Development Programme (UNDP). Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi Jabatan Kerajaan Tempatan melaksanakan aktiviti LA21. Ia bertujuan bagi mewujudkan kerjasama erat antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi swasta dan masyarakat. Zamri juga berkata, di peringkat parlimen Kota Bharu dikumpul tiga kawasan Dewan Undangan Negeri yang terlibat iaitu Bunut Payong, Kota Lama dan Tanjung Mas. Program yang diadakan di Jalan Kebun Sultan tersebut turut dihadiri Adun Kota Lama Datuk Anuar Tan Abdullah, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan ahli-ahli Majlis MPKB BRI. Program sehari tersebut disendatkan dengan pameran agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat, sukan, gotong-royong dan penyampaian hamper kepada warga emas. – HARAKAHDAILY 24/4/2017Sumber HD - 24-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Kes Orang Asli ke mahkamah lebih tinggiKERAJAAN negeri dijangka membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengisytihar tanah lebih 23,000 ekar di Pos Belatim, sebagai ‘tanah adat’ Orang Asli. Sumber kerajaan negeri berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut keputusan kes tersebut bagi meneliti tindakan lanjut. Lagipun kata beliau pihaknya belum mendapat keputusan penuh daripada mahkamah berhubung keputusan itu. “Namun apa pun ada ruang untuk membawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi. Ada kekeliruan yang timbul berhubung tafsiran tanah adat,” katanya di Kota Bharu. Mahkamah menjelaskan tanah di Post Belatim merupakan tanah adat dan pemohon pula penduduk asal di situ. Permohonan semakan kehakiman dibuat 800 Orang Asli Pos Belatim diwakili Rosli Along, Angah Along dan Hassan Alang dengan menamakan kerajaan Kelantan serta Pengarah Tanah dan Galian negeri sebagai responden. Difahamkan kes ini yang bermula sejak 2011 apabila tanah tanah kerajaan tersebut diberikan kepada Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat untuk dimajukan dengan projek perladangan. Bagaimanapun saman awal ditolak mahkamah. Namun pada 2015 kumpulan penduduk Orang Asli terbabit sekali lagi membawa kes itu ke mahkamah. – HARAKAHDAILY 24/4/2017Sumber HD - 24-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU – Pemuda Pas Negeri menyokong penuh tindakan kerajaan menghentikan seketika perniagaan di waktu Maghrib bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pembeli untuk menunaikan solat dan sebagainya. Timbalan Ketua Pemudanya, Nor Azariza Md Alawi berkata, tindakan tersebut adalah amat bertepatan dengan konsep negeri Serambi Mekah yang diterapkan di Kelantan. “Saya yakin, selepas ini negeri lain akan turut serta menyokong dan praktikkan di tempat mereka. Ia tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada peniaga dan pembeli. Sebenarnya ia memberi ruang yang cukup baik kepada peniaga untuk berhenti solat, dan pembeli merancang masa untuk keluar membeli. “Sangat mudah, hanya 15 minit, sedangkan 15 minit itu sebenarnya cukup bermakna untuk berehat seketika, solat dan sambung berniaga,” katanya kepada Sinar Harian, di sini. Menurutnya, kekeliruan yang ditimbulkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan peniaga bukan Islam itu sebenarnya hanya ‘menunggu’ isu yang sesuai bagi memecah-belahkan hubungan baik kerajaan negeri dengan masyarakat bukan Islam negeri ini. Beliau berkata, sedangkan hakikatnya masyarakat bukan Islam disini sudah sebati dengan ajaran yang telah ditinggalkan arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini iaitu menghormati agama yang ada sekeliling masyarakat kita. “Sebagai contohnya, sebelum ini banyak idea-idea kerajaan negeri yang dikatakan tidak masuk akal, dimomok sehingga pelbagai pandangan serong dilemparkan kepada kerajaan negeri. Namun kita dapat lihat sendiri, setelah keberkesanan idea tersebut terbukti, akhirnya kerajaan pusat sendiri mengambil pakai idea tersebut. “Ini buktinya kita bertindak mengikut pemikiran waras, melibatkan agama, bangsa, untuk keharmonian masyarakat yang ada di negeri ini. Masyarakat bukan Islam di negeri ini sudah mendapat gambaran jelas tentang segala aturan, arahan yang berkaitan dan mereka tidak mempunyai masalah untuk sama-sama meraikannya walaupun ada di antaranya yang tidak berkaitan dengan mereka,”katanya. Sumber TKO - 21-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kelantan lancar kempen buka sekatan GazaKERAJAAN Kelantan melancarkan kempen 'membuka sekatan ke atas Gaza' yang disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah. Menurut beliau, Kelantan menuntut semua negara memberi perhatian serius terhadap isu tersebut selepas 11 tahun penduduk Gaza terkurung tanpa bantuan pihak luar. Bukan itu sahaja katanya, semua masalah yang melibatkan umat Islam seperti nasib menimpa penduduk Rohingya, Syria dan sebagai perlu juga dibantu. "Tetapi negara-negara di dunia kurang memberi perhatian dan tidak mempedulikan tetapi apabila ada masalah berkaitan orang bukan Islam mereka cepat memberi respon. Program tersebut dianjurkan Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia bagi memungut derma untuk disalurkan kepada penduduk Gaza bagi menghadapi kedatangan Ramadhan. Penduduk Gaza kini disekat daripada mendapatkan sebarang bantuan dan ia merupakan satu bentuk kezaliman yang dilakukan regim Yahudi yang menjajah Palestin. Mereka bukan sahaja dilarang mendapat bantuan luar, tetapi turut dinafikan hak ke atas tanah air serta sebagai rakyat. – HARAKAHDAILY 21/4/2017Sumber HD - 21-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Kerajaan negeri perkasa peraturan diperkenal TGNAKERAJAAN negeri yang dipimpin Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob hanya memperkasakan lagi apa yang dilaksanakan Allahyarham Tok Guru. Ia termasuk peraturan untuk menghentikan operasi pasar malam utama di bandar-bandar negeri ini selama 10 minit bagi memberi peluang peniaga dan pengunjung menunaikan solat Maghrib. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, langkah tersebut merupakan perkara yang sudah lama dilaksanakan kerajaan negeri yang ditadbir PAS. "Kita hanya melebarkan apa arahan yang diputuskan pada zaman itu. Kemudian kita mempertingkatkan lagi dari segi penguatkuasaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Datuk Husam Musa yang mempertikaikan usaha berkenaan sedangkan ketika itu beliau sebahagian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Bagi Mohd Amar, beliau menganggap apa yang dibangkitkan Adun Salor dan Datuk Zaid Ibrahim kerana isu politik bukan soal ikut undang-undang atau pun tidak. "Itu merupakan dua isu yang berbeza tetapi apa yang dilaksanakan kerajaan negeri adalah bagi kebaikan orang Islam bahkan tidak memudaratkan sesiapa pun. "Menghentikan operasi pasar malam selama 10 minit ini tidak lama," jelas beliau kepada pemberita di Kota Bharu. – HARAKAHDAILY 21/4/2017Sumber HD - 21-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tempat solat khas di pasar malamKERAJAAN negeri akan memperkasakan lagi pasar malam dengan memastikan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan tempat solat khas di lokasi berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata ia bagi membolehkan peniaga membudayakan peraturan menghenti seketika urusniaga ketika waktu Maghrib. Katanya, langkah tersebut dilaksanakan bagi mewujudkan keseragaman antara PBT di Kelantan untuk membolehkan urusniaga dihentikan seketika kira-kira 10 minit. "Sepatutnya seluruh PBT sudah melaksanakan peraturan itu di pasar malam utama yang dipilih," katanya pada sidang media di Kota Darulnaim hari ini. Kata beliau peraturan tersebut dikuatkuasa di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sejak 1995 dan diperluaskan ke PBT lain pada 2005. Beliau juga berkata kerajaan negeri sedia berbincang dengan peniaga bukan Islam yang berniaga di pasar malam di negeri ini. Menurutnya, usaha berkenaan boleh dilakukan sekiranya kawasan terlibat majoriti penduduk bukan Islam. Beliau juga tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan mengadakan pengasingan pasar malam sekiranya terdapat peniaga bukan Islam lebih ramai. – HARAKAHDAILY 20/4/2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Henti seketika urus niaga bidang kuasa PBTPADA 2006 bekas anggota Parlimen Barisan Nasional di Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim menarik balik kes samannya terhadap kerajaan Kelantan berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah. Sebelum itu pada 2003 peguam Zaid membuat perisytiharan di mahkamah bahawa enakmen tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Dan kali ini pemimpin yang sama mahu dilapor mahu memfail tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan berikutan arahan peniaga pasar malam menghentikan urusniaga seketika semasa solat Maghrib. Mengulas isu tersebut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri bersedia menghadapi tindakan yang bakal dilakukan aktivis DAP terbabit. “Saya yakin apa yang dibuat kerajaan negeri berada pada landasan yang betul.Sumber HD- 20-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Rakyat Kelantan kenal siapa Zaid IbrahimRAKYAT Kelantan dianggap sudah lama mengenali siapa Datuk Zaid Ibrahim, yang mana sebelum ini pernah menyaman kerajaan negeri kerana hendak melaksanakan kanun jenayah syariah. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan pemimpin DAP itu bukan pertama kali berlaku. “Saya yakin rakyat Kelantan tidak termakan dengan kritikan yang dilemparkan pemimpin terbabit termasuk mengugut mahu menyaman kerajaan negeri isu menghentikan seketika urusniaga pasar malam pada waktu Maghrib. "Serangan beliau kali ini juga atas sifat yang sama, takut kepada kebangkitan Islam yang dibawa kerajaan Kelantan,” katanya di Kota Bharu. Zaid yang juga bekas anggota parlimen BN di Kota Bharu dilapor mahu memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan berikutan arahan peniaga pasar malam menghentikan perniagaan seketika solat Maghrib. "Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan minggu ini. "Arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib adalah tidak sah,” katanya di laman sosialnya. Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata mana-mana pihak yang tidak melihat Kelantan dengan kaca mata Islam, mereka terpengaruh mendakwa negeri itu mundur. "Zaid tidak melihat Kelantan dari sudut Islam sebab itu beliau mendakwa Kelantan tidak membuat sebarang pembangunan. “Kerajaan Kelantan mengharamkan judi, hiburan tanpa kawalan, tempat maksiat dan menyimpan perbendaharaan negeri di Bank Islam adalah antara usaha ke arah memartabatkan Islam,” ujarnya. Menurutnya bagi mereka yang melihat dari kaca mata Islam, ia perkara besar yang bukan sahaja patut disokong, bahkan patut ditiru. – HARAKAHDAILY 20/4/2017Sumber HD 20-4-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Henti urus niaga: Peniaga hargai kerajaan negeriPENIAGA di pasar malam di Kelantan termasuk bukan Islam sudah sedia maklum peraturan memberhentikan sementara urusniaga ketika solat Maghrib. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Abdul Rahman Yunus berkata peraturan itu sudah diterima semua pihak termasuk peniaga bukan Islam. Katanya mereka menerima dengan terbuka peraturan tersebut yang dikuatkuasa di seluruh pihak berkuasa tempatan di Kelantan sejak awal 1990-an. “Mereka boleh rehat sekejap ketika peniaga dan orang ramai yang datang ke pasar malam pergi menunaikan solat. “Tidak ada masalah berbangkit sejak dahulu sehingga sekarang. Mungkin bagi yang tidak pengalaman dan baru mengetahui mengenainya berasa agak janggal. “Sedangkan inilah kelebihan yang ada di Kelantan apabila kerajaan negeri memberi ruang lebih selesa kepada rakyat untuk menunaikan ibadat biar pun berada di pasar malam,” katanya di Kota Bharu. Aktivis DAP Datuk Zaid Ibrahim dilapor mahu memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan berikutan arahan peniaga pasar malam menghentikan perniagaan seketika solat Maghrib. "Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan minggu ini. "Arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib adalah tidak sah,” katanya di laman sosial. Sementara itu seorang peniaga pasar malam di Kuala Krai, Rozi Muhammad berkata, peraturan menghentikan seketika urusniaga ketika solat Maghrib sudah menjadi perkara biasa di Kelantan. “Kami merakam penghargaan tinggi kepada kerajaan negeri kerana memberi ruang lebih selesa kami menunaikan solat seketika memandangkan waktu solat Maghrib agak singkat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/4/2017Sumber HD - 19-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Henti urus niaga waktu Maghrib sejak 1994ARAHAN penutupan sementara urusniaga di pasar malam di Kota Bharu ketika masuk waktu Maghrib dikuatkuasa sejak 1994. Ketua Penolong Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Azman Mohd Daham berkata, peraturan itu sudah lama dikuatkuasa di Kelantan. “Sepatutnya perkara ini tidak berbangkit sebab ia dah lama dilaksana. Ia juga dikuatkuasakan di semua pihak berkuasa tempatan di negeri ini,” katanya di Kota Bharu. Beliau juga berkata, bilangan peniaga bukan Islam yang berniaga di pasar-pasar di sekitar Kota Bharu tidak sampai satu peratus. Oleh itu katanya undang-undang tersebut tidak memberi kesan kepada peniaga pasar malam yang bukan Islam. Azman juga berkata semua premis pasar raya di negeri ini juga dikehendaki menutup perniagaan selama sejam ketika masuk waktu solat Jumaat bagi membolehkan kakitangan beragama Islam menunaikan solat. - HARAKAHDAILY 19/4/2017Sumber HD - 19-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kerajaan negeri bantu Pondok terbakarPONDOK Sri Permai, Permatang Sungkai, Seligi, Pasir Puteh yang terbakar malam tadi menerima sumbangan kerajaan negeri. Sebanyak RM3,000 disumbang kepada pihak pengurusan pondok terbabit. Pada masa yang sama sebanyak RM100 disumbang kepada sembilan pelajar yang menjadi mangsa kebakaran itu. Pada kejadian kira-kira jam 9.30 malam tadi sembilan rumah pondok yang dibuat daripada kayu musnah terbakar. Pondok tersebut mempunyai 30 pondok kediaman pelajar. Pondok tersebut didiami pelajar tempatan, Terengganu, Kedah dan Selangor. Katanya, sebelum ini empat kejadian kebakaran pusat pengajian pondok berlaku di Kelantan iaitu di Gelang Mas, Pasir Tumboh, Tumpat dan Tanah Merah. “Ada sesuatu mesej yang ingin disampaikan yang perlu kita fahami sebaik mungkin,” ujarnya. Bagaimanapun katanya, apa yang lebih penting rasa syukur perlu dipanjatkan kerana semua pelajar terselamat. Pengetua Pondok Sri Permai, Ustaz Irfan Abdul Hamid, 47 memberitahu punca kebakaran diketahui selepas seorang pelajar meminta izin untuk ke pondok kerana dahaga. Katanya, ketika itu jam 9.30 malam dan sesi kuliah agama baru selesai. “Ketika itu baru kami tahu pondok sedang terbakar, alhamdulillah hanya sembilan pondok terbakar daripada 30 pondok yang ada,” ujarnya. Kata beliau seramai 150 pelajar berusaha memadamkan kebakaran sementara menunggu kedatangan Pasukan Bomba dan Penyelamat. Menurutnya, dianggar lebih RM61,000 kerugian akibat kejadian itu. Beliau yang berasal dari Langkawi memberitahu, kejadian kebakaran tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar di situ. “Alhamdulillah saya tetap akan belajar di sini, apa yang berlaku ada hikmahnya,” katanya. Beliau belajar di situ awal tahun ini. Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalur sumbangan melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) akaun 03090020091516 atas nama Madrasah Dakwah Islamiah. Maklumat lanjut juga boleh hubungi Ustaz Mat di talian 013 6393 678. – HARAKAHDAILY 18/4/2017Sumber HD - 18-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Mangsa kebakaran dapat bantuan kerajaanMANGSA kebakaran di Berek 12, Kota Bharu semalam diberi bantuan segera melalui Tabung Bencana Negeri. Sumbangan sebanyak RM4,500 diberi kepada tujuh mangsa kebakaran termasuk pemilik premis yang disewa kepada mangsa terbabit. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi kepada mangsa di tapak kejadian semalam. Sumbangan itu tidak termasuk Tabung Serambi Mekah yang diurus Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Turut menyumbang anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI). Takiyuddin bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana semua mangsa terselamat dalam kejadian tersebut. “Hilang harta, Insya-Allah ada gantinya dan mungkin lebih baik. Kita berharap mangsa bersabar menghadapi ujian ini dan jiran tetangga pula diharap dapat membantu mangsa,” katanya. Turut hadir Adun Bunut Payong, Datuk Dr Ramli Mamat. Pada kejadian 12.50 tengahari semalam, tujuh rumah musnah dalam kebakaran yang dikatakan bermula dari sebuah rumah. Kesemua mangsa terselamat memandangkan ketika kejadian sebahagian mereka keluar bekerja. Seorang mangsa Fakri Hashim, 37, melahirkan rasa syukur kerana rumahnya hanya sebahagian kecil terbakar dan masih boleh diduduki. “Alhamdulillah rumah masih baik, cuma bumbung perlu dibaiki,” katanya.Sumber HD - 18-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Henti niaga waktu Maghrib budaya KelantanPERATURAN menggalakkan peniaga pasar malam menghentikan perniagaan seketika ketika azan Maghrib sudah menjadi budaya bagi masyarakat Kelantan. Malah ia sudah lama diterima selaras dengan Kelantan sebagai Serambi Mekah. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Ashaari Mamat berkata, peraturan menghentikan seketika urus niaga pada waktu Maghrib di pasar malam sudah sebati dengan rakyat Kelantan. Lagi kata beliau solat Maghrib waktunya begitu pendek dan ia perlu disegerakan bagi mengelakkan luput waktu. “Malangnya ada pemimpin Melayu yang berjiwa sekular tidak menerima peraturan seperti itu. Ini sesuatu yang cukup malang bagi rakyat Malaysia,” katanya di Kota Bharu. Aktivis DAP, Datuk Zaid Ibrahim dilapor mahu memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan berikutan arahan peniaga pasar malam supaya menghentikan perniagaan sementara ketika solat Maghrib. "Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan minggu ini. Sebelum itu Adun PAN Salor Datuk Husam Musa juga dilapor turut mempersoalkan langkah kerajaan negeri mengenakan larangan berniaga ke atas peniaga bukan Islam pada waktu Maghrib. Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dalam laman sosialnya menjelaskan peraturan menghenti seketika urusniaga waktu Maghrib di pasar malam sudah lama dilaksanakan. Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood mengecam tindakan Ahli DAP yang mengugut mahu menyaman kerajaan negeri. Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku sebagai seorang beragama Islam. – HARAKAHDAILY 18/4/2017Sumber HD - 18-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Masjid Kg Laut komponen Kampung WarisanMASJID Kampung Laut di Nilam Puri bakal dibawa pulang ke lokasi asalnya di Kampung Laut di Tumpat bagi melengkapkan pakej projek Kampung Warisan. Menteri Besar, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, langkah tersebut wajar dilakukan kerana monumen tersebut akan diwartakan sebagai peninggalan sejarah. "Kita tidak boleh wartakan sebagai harta warisan kerana bangunan itu sudah beralih daripada tapak asalnya. "Jadi adalah wajar kita bawa pulang walau pun kosnya agak besar tetapi Masjid Kampung Laut masuk dalam pakej projek Kampung Warisan," katanya selepas solat hajat dan pecah tanah penempatan semula penduduk terlibat projek Kampung Warisan di Tumpat semalam. Turut hadir anggota-anggota Exco kerajaan negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Amin. Ustaz Ahmad juga berkata projek tersebut bertujuan memperkasakan industri berasaskan makanan tradisional. Sebelum ini ada pihak didakwa menghasut penduduk menolak projek Kampung Warisan biar pun ia memberi manfaat kepada mereka. Bagaimanapun selepas bekas pemimpin Cawangan PAS Kampung Laut menyertai Parti Amanah Negara, kesemua penduduk terlibat dengan projek terbabit menandatangani dokumen persetujuan. - HARAKAHDAILY 17/4/2017Sumber HD - 17-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Perarakan 400 pendekar di Kota BharuSERAMAI 400 pendekar akan menyertai perarakan gimik dan promosi festival silat sekitar Kota Bharu sejauh 1.5 kilometer diiringi paluan muzik silat. Program itu diadakan sempena Festival Silat Kebangsaan Kelantan 2017 yang bermula pada 21 dan 22 April depan di Dewan Gelanggang Seni di Kota Bharu. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman berkata, perarakan tersebut pertama kali diadakan. Menurutnya, perarakan yang diserikan pakaian busana tradisional silat itu bermula pada jam 9 hingga 10 pagi dengan kemasukan percuma. "Ia bakal menampilkan pesilat dari Kelantan, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor dengan kerjasama pihak polis trafik. "Mereka akan bermula di Dewan Gelanggang Seni dan berakhir juga di situ, akan melalui depan Stadium, Mahkamah, MPKB-BRI dan Bazar Tok Guru," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Penerangan Pelancong (TIC) Kelantan petang tadi. Turut hadir Pengurus TIC, Mohd Sabilly Mohd Ramli; Pengerusi Waris, Mohd Fauzi Abdul Rahman dan lima lagi guru utama silat di Kelantan. Ia dianjurkan kerajaan negeri menerusi Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dan Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara (Waris). Festival berkenaan merupakan kali keempat dan tema Pelancongan Kelantan 2017 ialah 'Kelantan Di hati' dengan pelbagai acara yang menarik. Antara pengisian pameran sejarah perkembangan seni silat, persenjataan serta aktiviti pertubuhan silat di negara ini. Antara tujuannya bagi mencungkil bakat baru seni silat selain mengekalkan identiti orang Melayu daripada terus ditelan kecanggihan zaman. Md Anizam mengalu-alukan kehadiran semua lapisan masyarakat bagi menyaksikan pertandingan juara antara juara serta persembahan seni bela diri itu. - HARAKAHDAILY 16/4/2017Sumber HD - 16-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Karikatur: Pemuda PAS Kelantan akan lapor polisDEWAN Pemuda PAS Kelantan akan membuat laporan polis terhadap satu lagi karikatur yang dianggap menghina Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ketuanya, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau mengarahkan semua Dewan Pemuda PAS peringkat kawasan di negeri itu supaya melaksanakan tindakan tersebut. "Karikatur yang dilukis Fahmi Reza dalam Facebook yang jelas menghina PAS, memaparkan lukisan menyerupai Presiden PAS memakai serban dan menyerupai monyet. "Kita anggap ini satu penghinaan terhadap PAS dan Pemuda PAS Kelantan akan membuat laporan polis mengenai penghinaan ini," katanya dalam sidang media pada Muktamar Pemuda PAS Kelantan di Machang. Beliau juga menganggap perbuatan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dari DAP yang turut berkongsi status Fahmi Reza tersebut juga mempunyai niat yang sama. - HARAKAHDAILY 15/4/2017Sumber HD - 15-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ MB ziarah penduduk dhaif dan terlantarSEBANYAK 12 penduduk Dun Selising yang dhaif dan menghidapi penyakit kronik bertuah apabila mereka diziarahi Menteri Besar dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob menziarahi penduduk terbabit di Bukit Abal, Banir Belikong, Selising, Padang Pak Omar, Bukit Bidang, Banggol Jenereh dan Alor Geliong. Manakala anggota-anggota Exco kerajaan negeri pula menziarahi penduduk di Kampung Tasik, Tualang, Kedai Menanti, Bukit Tanah (Dana) dan Bukit Merbau. Setiausaha Majlis Tindakan Dun (MTD) Selising, Md Noor Said berkata program pemukiman Menteri Besar di Pasir Puteh hari ini memberi tumpuan kepada Dewan Undangan Negeri (Dun) Selising. “Pihak MTD sebelum ini mengadakan perbincangan dan mesyuarat bagi mengenal pasti rakyat yang memerlukan bantuan dan perhatian kerajaan negeri sempena program berkenaan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh. Selain itu pertemuan pimpinan kerajaan negeri bersama penghulu dan kakitangan lantikan politik dari Dun Selising, Limbongan dan Gaal yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh. Pemukiman sehari itu akan berakhir dengan program majlis bina ummah dan cakna rakyat di Teratak Batu, Dun Gaal petang ini. Sebelum ini program pemukiman Menteri Besar diadakan di parlimen Ketereh dan Machang. – HARAKAHDAILY 13/4/2017Sumber HD - 13-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Tiada faktor politik punca guru ditukarTIADA pertukaran guru dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan (Yik) kerana faktor politik, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. Katanya kerajaan negeri di bawah kepemimpinan ulama tidak mengulangi tindak-tanduk kerajaan BN yang menukarkan kakitangan disebabkan dendam politik. “Sekiranya berlaku pertukaran kakitangan sekarang ia masalah disiplin kerana boleh merosakkan profesyen mereka sendiri sekiranya dibiarkan. “Kerajaan negeri tidak ada masalah dengan warna, biru, oren atau biru laut asalkan mereka tidak menjadikan parti yang mereka dukungi itu merosakkan prestasi sekolah atau mengganggu pelajar. “Kita tidak mahu pemikiran pelajar dirosak dengan fahaman yang tidak tidak betul,” katanya ketika merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru Maahad Pengajian Islam (MPI) Ke-16 Kota Bharu hari ini. Oleh itu beliau menegaskan kerajaan Kelantan tidak menukar guru sesuka hati kerana faktor politik. - HARAKAHDAILY 13/4/2017Sumber HD - 13-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ RM600,000 untuk diagih kepada pelajar cemerlangSEBANYAK RM600,000 disediakan oleh kerajaan negeri untuk diagihkan kepada pelajar cemerlang bagi tiga peperiksaan utama 2016. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata kerajaan negeri akan memberikan cenderamata sebanyak RM500 kepada setiap pelajar yang cemerlang. Menurutnya, dianggarkan seramai 1,200 orang pelajar anak Kelantan bakal diraikan pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. “Jumlah itu juga termasuk pelajar anak Kelantan di perantauan,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini. Beliau seterusnya berkata, pelajar yang cemerlang dalam SPM, STPM, STAM 2016 boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat Yayasan Islam Kelantan (Yik) bermula Ahad ini. “Bagi pelajar SPM mereka perlu memperolehi 9A ke atas, STPM 4P A dan STAM pangkat Mumtaz. Katanya, sumbangan sedemikian telah menjadi program tahunan kerajaan negeri sebagai menghargai kecemerlangan mereka. – HARAKAHDAILY 12/4/2017Sumber HD - 12-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ RM5 juta bina pasar baru di SelisingPENDUDUK di Dun Selising bakal mendapat pasar baharu tidak lama lagi menggantikan pasar lama yang terbakar akhir 2015. Pasar baharu itu mendapat peruntukan sebanyak RM5 juta daripada Kementerian Kewangan. Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd Anis Hussein berkata, projek pembinaan pasar baharu itu sekarang masih dalam proses sebut harga. "Kita juga sudah membayar kira-kira RM250,000 kepada pemilik tanah yang akan dibangunkan pasar tersebut. “Kawasan sawah seluas dua ekar akan dilakukan kerja-kerja menambun tanah setinggi lima kaki yang dijangka mencecah kos RM500,000,” katanya ketika ditemui semasa lawatan di Kampung Permatang Gading, Selising, Pasir Puteh semalam. Pada akhir 2015 pasar Selising terbakar dipercayai akibat litar pintas sehingga menyebabkan seramai 80 peniaga hilang tempat mencari rezeki. Pasar tersebut berusia lebih 50 tahun iaitu sebahagian besar strukturnya dibuat daripada kayu. Mohd Anis juga berkata, kerja-kerja menambun tapak pasar baharu itu akan bermula Mei depan dan pembinaannya dijangka siap dalam tempoh dua tahun. – HARAKAHDAILY 12/4/2017Sumber HD - 12-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Pelabur minat bina stadium di Bukit MerbauSTADIUM Bukit Merbau, Pasir Puteh yang dicadang kerajaan negeri empat tahun lepas bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sudah ada pelabur yang berminat membina stadium tersebut. Katanya, syarikat terbabit juga sedang membuat kajian bagi membangunkan projek bernilai RM3 bilion itu. “Kerajaan negeri sedang berusaha bagi memastikan hasrat rakyat untuk melihat sebuah stadium baru dibina menjadi kenyataan. "Pelabur sudah ada. Mereka juga sedang meneliti butiran perjanjian sebelum memulakan projek stadium di Bukit Merbau," katanya selepas merasmikan Karnival Bio Kelantan 2017 di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu petang tadi. Projek pembinaan stadium tersebut sebelum ini dirasmikan mantan Menteri Besar, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tertangguh kerana faktor kewangan. – HARAKAHDAILY 12/4/2017Sumber HD - 12-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pemuda Harapan perlu hormati pendirian PASPEMUDA PAS Kelantan sudah meneliti surat pelawaan Pemuda Pakatan Harapan menghadiri konvensyen yang akan dianjurkan Sabtu depan. Ketuanya Ustaz Ahmad Fadhli Shaari bagaimanapun berkata, PAS tertakluk terhadap keputusan parti yang tiada hubungan dengan PAN dan DAP. Kata beliau sekiranya undangan tersebut tidak melibatkan kedua-dua parti berkenaan, PAS tidak mempunyai masalah untuk menghadiri program berkenaan. "Kita menghargai pelawaan mereka tetapi kita mengharapkan mereka juga perlu menghormati pendirian kita," katanya di Kota Bharu. Pemuda Pakatan Harapan (PH) mempelawa Pemuda PAS menghadiri konvensyen yang akan diadakan di Dewan Perniagaan Cina Sabtu depan. Laman sosial PAN menyebut konvensyen Pemuda Pakatan Harapan Kelantan akan diadakan 15 April ini mengundang Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain itu Naib Preiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Naib Presiden PAN yang baru dilantik Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor dan Datuk Zaid Ibrahim (DAP). – HARAKAHDAILY 12/4/2017Sumber HD - 12-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Tiada lagi lokasi baru H5N1SEHINGGA hari ini tiada lagi lokasi baru yang disahkan positif dengan wabak H5N1 sejak melanda Kelantan pada Mac lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian. Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata usaha pencegahan masih lagi diteruskan. “Wabak H5N1 boleh diisytiharkan bebas selepas tempoh 42 hari. Tarikh itu bermula pada kes terakhir yang dilaporkan pihak berkuasa pada 29 Mac lalu,” katanya di Kota Bharu hari ini. Bagaimanapun kata beliau kerajaan negeri masih lagi dalam usaha mencegah wabak H5N1 sebelum membayar pampasan kepada penduduk terlibat. Menurutnya tumpuan sekarang kepada usaha mengekang wabak tersebut daripada terus merebak. “Apabila tidak ada lagi kes baru, kita akan segera beri pampasan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempunyai maklumat yang lengkap mengenai ternakan yang dilupuskan. "Jabatan sudah mempunyai angka yang tepat untuk membayar ganti rugi, jadi usaha ini bukan satu kesukaran," jelas beliau. Dalam perkembangan lain sebanyak 36 lokasi disahkan positif virus itu terhadap haiwan ternakan dan unggas. Sebanyak 15 lokasi di Kota Bharu, Pasir Mas (6), Tumpat (5), Tanah Merah (1), Bachok (6) dan Pasir Puteh (3) melibatkan 51 premis. Sebanyak 56,953 ekor ternakan dan 17,531 telur telah dimusnahkan di lokasi terlibat. Manakala jumlah sampel yang diambil sebanyak 3,792 daripada 647 pemilik. – HARAKAHDAILY 10/4/2017Sumber HD - 10-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Pemuda desak tarik balik kartun hina PASPEMUDA PAS Kelantan mendesak akhbar berbahasa Cina digesa menarik balik kartun yang dianggap mempersendakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ketua Penerangannya Nazman Che Iberahim berkata, turut dipersendakan akhbar terbabit Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Katanya akhbar terbabit cuba menyamakan pemimpin berkenaan dengan haiwan. Sebuah akhbar berbahasa Cina menyiarkan lakaran kartun yang menggambarkan seekor monyet memakai serban berada di atas pokok 355 dan seekor lagi sedang melompat turun. Pada persidangan parlimen Khamis lepas Presiden PAS yang juga anggota parlimen Marang diberi ruang membentang pindaan Akta 355, biar pun cuba ditentang anggota parlimen DAP dan PKR. Nazman juga berkata memakaikan serban adalah Sunnah kepada lelaki Muslim dan simbol suci orang Islam. “Songkok ialah simbol Melayu. Beruk pula adalah satu penghinaan yang amat jahat dan jijik. Ini bukan kebebasan media. Ini kegilaan yang nyata. Jangan jolok sarang tebuan! Kami bagi amaran,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 10/4/2017Sumber HD - 10-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Rakyat Kelantan tolak pindaan Akta 164RAKYAT Kelantan sepakat menolak Akta 164 yang dibentang kerajaan pada persidangan parlimen minggu lepas. Rang Undang-Undang (RUU) Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dibentang bagi bacaan kedua di Parlimen baru-baru ini, disifatkan pelbagai pihak merugikan umat Islam. Orang ramai yang hadir pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam ‘RUU 164 lawan RUU 355’ di Balai Islam Kota Bharu malam tadi senada menolak pindaan Akta 164 dan menyokong pindaan Akta 355. Presiden Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata RUU tersebut merupakan sebahagian daripada perjuangan Gerakan Pluralisme Agama (IFC) Malaysia. Katanya, terdapat 14 tuntutan dibuat IFC termasuk mahu menggunakan kalimah suci bagi orang Islam termasuk Allah dan Kaabah serta tidak mahu Islam menjadi agama pilihan utama di Malaysia. “IFC juga tidak mahu orang Islam yang membayar zakat boleh dikecualikan potongan cukai pendapatan. “Inilah perjuangan mereka. Sedangkan pindaan Akta 164 adalah bertentangan dengan Islam, perlembagaan negara dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,” katanya sebagai panelis pada forum tersebut. Turut bertindak sebagai panelis anggota Exco kerajaan negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, manakala peguam Nik Bahrum Nik Abdullah bertindak sebagai moderator. Forum perdana tersebut dianjurkan Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK), Perkim Kelantan dan Ilmuan Islam Kelantan. Hadir sama Pengerusi Ilmuan Islam Kelantan Datuk Hassan Mohamood, anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan. Pada persidangan parlimen minggu lepas kerajaan membentang bacaan kali kedua Akta 164 yang disifatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdasarkan kepentingan negara. Bagaimanapun berikutan bantahan pelbagai pihak kerajaan kemudian menangguh pindaan akta terbabit. Dr Fadzli juga melahirkan rasa hairan bagaimana kerajaan boleh bersetuju untuk membawa pindaan akta tersebut baru-baru ini. “Kalau kita bersetuju dengan tuntutan pihak berkenaan ada 14 lagi tuntutan yang diperjuangkan mereka. PAS dengan tegas menentang pindaan akta tersebut kerana ia merugikan umat Islam,” katanya. - HARAKAHDAILY 10/4/2017Sumber HD - 10-4-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jemput hadir Karnival Bio Kelantan 12-16 AprilUSAHAWAN bidang bio teknologi berpeluang meneroka lebih luas bidang tersebut melalui Karnival Bio Kelantan yang akan diadakan pada 12 hingga 16 April ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pelbagai program menarik yang memberi manfaat kepada usahawan diadakan. Antaranya diskusi cuka buah terhadap potensi serta manfaat dalam usaha mengatasi lambakan buah-buahan bermusim di Malaysia. “Buah-buahan bermusim di Malaysia seperti mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu,” katanya pada persidangan media di Kota Bharu hari ini. Karnival itu akan diadakan di ruang legar Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Tunjung. Ia akan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob jam 3 petang Rabu ini. Tema karnival kali ini Bio Teknologi Pemangkin Kelestarian Ekonomi. Pelbagai seminar dan pameran agensi kerajaan dan IPT berkaitan bio teknologi turut diadakan. Che Abdullah juga berkata karnival tersebut akan turut dihadiri usahawan antarabangsa. “Kami mensasarkan 10,000 pengunjung sepanjang karnival itu berlangsung,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/4/2017Sumber HD - 10-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ustaz Abdul Halim dipindah ke wad biasa“DOAKAN semoga kesihatan ustaz semakin baik. Walaupun ustaz semakin pulih, tapi teruskan berdoa untuk saya,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, setiap kali pimpinan dan orang ramai menziarahinya yang masih dirawat di HUSM, Kubang Kerian. Pada masa yang sama beliau turut membaca akhbar Harakah, khususnya yang berkaitan dirinya yang dimasukkan ke hospital seminggu lalu. Bagaimanapun kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, beliau telah dipindahkan ke wad biasa iaitu Wad Eksekutif 2 TD. Sebelum ini beliau dimasukkan ke wad ICU setelah terkena angin ahmar Ahad lalu. Katanya, doktor yang merawatnya memberitahu suaminya itu semakin baik. Pada masa yang sama, percakapannya juga semakin jelas walaupun bercakap cepat. “Dia sendiripun sudah mula bersolat elok sejak beberapa hari lalu setelah ingatannya kembali normal walaupun masih dirawat di ICU,” ujarnya. Noraini turut mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantunya dalam mengurus suaminya ketika sakit. Jelasnya, para penghulu bergilir dua orang semalaman menjaga ustaz di hospital. “Darah yang beku di kepala juga makin baik sebab doktor hanya memberi ubat untuk mencairkan darahnya tanpa pembedahan,” ujarnya. Pada 3 April lalu, Ustaz Abdul Halim menerima rawatan di HUSM setelah terkena angin ahmar sekembali dari menghantar anak keduanya di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. - HARAKAHDAILY 9/4/2017Sumber HD - 9-4-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dun Salor kini makin mantapPAS Dun Salor kini semakin mantap bagi menghadapi PRU14 apabila bilangan ahli parti itu makin bertambah. Hari ini Unit Peti Undi (UPU) Pendek menerima keahlian baru PAS pada majlis cakna rakyat Dun Salor. Penyerahan borang itu disampaikan oleh seorang pemimpin veteran cawangan Hasbullah Awang Ahmad 73 kepada Exco kerajaan negeri, Datuk Hanifa Ahmad. Hasbullah yang juga Ketua UPU itu berkata, ia merupakan penyerahan kedua selepas penyampaian borang keahlian pertama seramai 27 ahli baru pada awal Januari lepas. "Mereka sebelum ini tidak pernah menyertai parti atau menjadi ahli pada mana-mana parti lain bahkan menyertai PAS kerana kesedaran sendiri.\ "Mereka juga melihat kesungguhan jentera PAS Cawangan yang bekerja dengan ikhlas dan komited kepada Islam tanpa sebarang balasan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan borang itu pada majlis cakna rakyat yang diadakan di Kampung Seberang, Salor. Turut hadir Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Salor, Ibrahim Isa; Timbalannya, Mohamad Nuri Mat Yaacub dan Setiausaha MTD Salor, Hassan Ibrahim. Sebanyak 13 Upu seluruh Dun Salor terlibat bagi menjayakan majlis yang diadakan secara tahunan itu dengan pelbagai aktiviti dilaksanakan. - HARAKAHDAILY 8/4/2017Sumber HD - 8-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ PAS yakin pindaan 355 lulus sidang depanPAS optimis pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 bakal diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat bakal diadakan tiga bulan akan datang. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, peluang tersebut digunakan bagi memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai RUU 355. Selain itu kata Ahli Parlimen Kota Bharu lagi, pihak media turut diberikan penerangan kerana ia memainkan penjelasan tersebut kepada rakyat. "Saya yakin dan optimis penerangan kita akan dapat menjelaskan lagi mengenainya pada sidang parlimen akan datang dijangka bulan Julai," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus ketibaannya di Lapang Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu malam tadi, yang disambut kumpulan anak-anak muda. Pada ucapan sokongan Takiyudin terhadap usul dibentang anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam, memberi penjelasan lebih terperinci mengenai keperluan pindaan 355. – HARAKAHDAILY 7/4/2017Sumber HD - 7-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- RUU 355: MB Kelantan rakam tahniahSAYA merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Marang, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS di atas kejayaan membentangkan usul pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat semalam. Perbahasan usul berkenaan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu juga sangat jelas dan memberi mesej yang berkesan kepada ramai Ahli-Ahli Dewan Rakyat termasuk Speaker Dewan Rakyat sendiri. Pada dasarnya pindaan ini adalah selari dengan kehendak perlembagaan bagi memperkasakan tuntutan agama Islam yang menjadi agama rasmi persekutuan sebagaimana Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Sepatutnya sudah lama akta ini diberi nafas baru setelah diluluskan sejak 52 tahun yang lalu dan ianya hanya dipinda sekali iaitu pada tahun 1984. Pindaan kali ini adalah untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada paras hukuman yang hampir atau sepadan dengan hukum syarak yang sememangnya sudah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Saya mewakili seluruh rakyat Kelantan melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kejayaan Ahli Parlimen Marang membentangkan usul tersebut setelah sekian lama berusaha. Sesuai dengan negeri yang meletakkan dasar Membangun Bersama Islam, maka segala usaha pemerkasaan tuntutan syariah menjadi keutamaan negeri ini dan kejayaan pembentangan usul pindaan tersebut adalah suatu langkah pertama untuk memertabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia. Allahu Akbar! USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTANSumber HD -7-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Di saat mati pun aurat wanita dihormatiMUNGKINKAH wujud ekspoitasi untuk tujuan tertentu sehingga wanita yang menghadiri temuduga calon kru kabin sebuah syarikat penerbangan dikatakan perlu membuka baju? Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata, jika benar laporan tersebut ia amat mendukacitakan. “Jika syarat setiap calon kru kabin terpaksa membuka baju, ia satu malapetaka terhadap wanita khususnya orang Islam. “Islam tidak menghalalkan cara sedemikian, malah sehingga mati pun aurat muslimat tetap dihormati. “Solat jenazah, soal kapan sekali pun tidak sama dengan lelaki,” katanya pada Kuliah Bulanan Wanita Kelantan di Balai Islam, Kota Bharu hari ini. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan calon pramugari Malindo Air diminta membuka baju untuk pemeriksaan parut atau cacah pada sesi temuduga 11 Mac lalu. Bagaimanapun syarikat penerbangan itu hari ini menafikan laporan mengenai prosedur pemeriksaan ke atas calon kabinnya. Sebaliknya syarikat itu dilapor menjelaskan pemeriksaan untuk mengesan parut dilakukan secara profesioal dan tertutup oleh penyelia wanita sebagai sebahagian proses temuduga. - HARAKAHDAILY 5/4/2017Sumber HD - 5-4-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kelantan tambah bilangan penghuluKERAJAAN Kelantan menambah lagi bilangan penghulu di negeri ini bagi meningkatkan lagi keberkesanan pentadbiran di peringkat mukim. Langkah itu diambil berikutan berlaku pertambahan mukim di Kelantan yang dibuat Pejabat Tanah dan Jajahan. Pengarah Urusetia Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak berkata seramai 28 penghulu ditambah tahun ini selepas kajian dibuat Pejabat Tanah dan Jajahan. Katanya penambahan penghulu tersebut dibuat selepas Pejabat Tanah dan Jajahan membuat kajian mengenai keperluan penambahan bilangan penghulu mukim. “Penambahan itu juga kerana kawasan operasi mukim yang luas dan bilangan penduduk semakin ramai,” katanya di sini. Jumlah penghulu mukim dan tanpa mukim di Kelantan sekarang seramai 809 orang. Setiap penghulu diberi elauan sebanyak RM900 sebulan. Pertambahan bilangan penghulu tersebut menyebabkan berlaku kenaikan kos kepada RM738,000 berbanding RM711,000 sebulan sebelum ini. Kali terakhir pertambahan bilangan penghulu mukim dibuat sebelum pilihan raya umum ke13 iaitu sebanyak 12 orang. - HARAKAHDAILY 4/4/2017Sumber HD - 4-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Penduduk dah setuju, pihak lain adu dombaSAMA seperti projek Kampung Warisan di Kampung Laut, Tumpat gangguan pihak tertentu menyebabkan projek untuk manfaat penduduk lambat dilaksanakan. Parti serpihan seolah-olah mahu menjadi juara. Hari ini penduduk Kampung Laut lega selepas pemimpin terbabit keluar PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN). Begitu juga projek pembangunan Lembah Binjai cuba digegerkan PAN selepas penduduk terlibat memberi kerjasama bagi membangun kawasan tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, ada segelintir pihak yang tidak setuju terhadap projek itu selepas persetujuan penduduk terlibat dicapai. "Mereka datang kemudian setelah persetujuan dibuat. Kalau mereka hendak hitam putih biarlah berjumpa dengan kerajaan atau MPKB BRI," katanya di Kota Bharu. Baru-baru ini seorang aktivis PAN mendakwa projek pembangunan Lembah Binjai tidak dimaklumkan kepada penduduk biarpun sudah diwartakan. Aktivis sama juga sebelum ini difahamkan terlibat ‘menghasut’ segelintir penduduk Orang Asal di pedalaman Gua Musang. Abdul Fattah berkata kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan Lembah Binjai dalam lima fasa setelah menerima persetujuan penduduk terlibat. Katanya, isu yang cuba dibangkitkan pihak terbabit hanya di fasa pertama sahaja. "Kita akan tengok kesan pembangunan itu untuk kita nak pertimbangan bagi zon-zon yang lain. Fasa pertama hanya melibatkan 12 rumah penduduk sahaja. "Pihak terbabit membuat adu domba perkara yang tidak tepat," kata beliau. - HARAKAHDAILY 4/4/2017Sumber HD - 4-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Adun Chetok dimasukkan ke HUSM, stabilKESIHATAN Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, dalam keadaan stabil. Isterinya, Noraini Md Ali Matar ketika dihubungi memberitahu, percakapan suaminya juga semakin jelas berbanding semalam. Mengulas kejadian yang berlaku pagi semalam Noraini berkata, anak sulungnya Nurul Nabila Abdul Halim tiba-tiba menerima panggilan dari suaminya (Abdul Halim). “Ketika itu suaranya perlahan dan pertuturannya juga tidak jelas. “Dia tiba-tiba terkena serangan angin ahmar sewaktu dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak ke Kias,” ujarnya. Sambungnya, mungkin kerana tidak selesa ketika itu, dia (Abdul Halim) terus memberhentikan kenderaannya di bahu jalan di Tunjung. Jelasnya, selepas menemui beliau yang bersendirian dalam kenderaan, akhirnya beliau terus di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab ll. “Bagaimanapun ustaz terpaksa dihantar ke HUSM untuk rawatan lanjut,”ujarnya. Katanya lagi, ada pendarahan di kepala suaminya bagaimanapun tidak perlu membuat pembedahan. – HARAKAHDAILY 4/4/2017Sumber HD - 4-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ KIAS jadi pilihan pelajar luarKOLEJ Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) berbeza berbanding dengan institusi pengajian tinggi lain. KIAS mewajibkan pelajar menyertai usrah. Kedatangan usrah diambil kira dalam penentuan pencapaian pelajar. Setiap pelajar perlu hadir 10 kali usrah yang diadakan bagi mengukuh jati diri mereka. Bekas Setiausaha Agung Perwakilan Pelajar KIAS Candra Muthy Subagio, 23 berkata aktiviti usrah dikendalikan Lajnah Usrah. Katanya setiap pelajar perlu menghadiri sebanyak 10 perjumpaan (usrah) dalam tempoh empat semester. Beliau yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah mengenali KIAS daripada rakan-rakan. Sebelum ini beliau mengakui tidak tahu kewujudan KIAS, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) agama. Selain itu terdapat lebih 30 pelajar Sabah yang sedang mengikuti pengajian di Pondok Pasir Tumbuh, Kota Bharu. Sebahagian besar kumpulan pelajar terbabit berasal dari Sandakan dan Tawau. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik. Ayahnya Subagio Perwito Dormanatono bekerja sebagai buruh. Candra berkata suasana pembelajaran di Kelantan berbeza dengan negeri-negeri lain. Kelantan pusat perkembangan ilmu agama sejak beratus tahun lalu. “Ini menjadi daya tarikan utama saya memilih untuk belajar di KIAS berbanding institusi pengajian tinggi agama lain yang terdapat di negara kita. “KIAS memang hebat daripada segi ilmu. Malah suasana pembelajaran di sini masih lagi terkawal dan tiada pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan,” katanya. Beliau bercita-cita melanjut pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas menamatkan pengajian di KIAS. Pada peringkat menengah beliau belajar di sekolah menengah aliran Arab di Kota Kinabalu. Dan sering terbabit dalam aktiviti dakwah bersama penduduk di Sabah. Selain itu mendapat tempat keempat pertandingan debat Iqraq anjuran USIM. Majlis Pimpinan Pelajar KIAS juga mengadakan lawatan Brunei pada November 2016. Sekarang terdapat pelajar dari Thailand, Indonesia dan Kampuchea. KIAS juga unggul kerana memiliki pensyarah yang berkelayakan. Terdapat seramai 150 kakitangan di KIAS sekarang termasuk tenaga akademik. Sumber HD - 4-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Takziah buat keluarga Ketua Polis KelantanDEWAN Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Haji Ab Rahman Ismail, Ketua Polis Kelantan yang baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi jam 3.24 petang di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Allahyarham yang merupakan anak jati Kelantan baru sahaja berkhidmat di negeri ini bermula Julai tahun lepas dan dianggap sebagai seorang yang sangat profesional dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Allahyarham juga dihormati masyarakat ekoran pelbagai pendekatan yang dilakukan untuk menyantuni rakyat termasuklah tampil di atas mimbar menyampaikan khutbah Jumaat. DPPNK menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan kepada rakyat negeri ini umumnya dan kepada Polis Kelantan khususnya. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. AHMAD FADHLI SHAARISumber HD - 2-4-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Mumtaz sangkal dakwaan PANSETIAP perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan kerajaan negeri di Kelantan terlebih dahulu diambil kira pandangan penduduk. Begitu juga rancangan Pusat Pembangunan Pelancongan Komersil yang bermula di Pengkalan Datu, Panchor sehingga ke Pasir Tumboh, sudah lama dimaklum kepada penduduk terbabit. Adun Demit, Mumtaz Md Nawi berkata, penduduk yang terlibat dengan perancangan pembangunan tersebut telah lama dimaklumkan. "Sepanjang sungai yang akan dimajukan projek tersebut merupakan kawasan rendah. Ia akan dibangunkan sebagai lokasi pelancongan komersial. "Perbincangan akhir antara penduduk dengan Pejabat Tanah dan Jajahan sahaja selepas perkara-perkara lain berkaitan diselesaikan," katanya ketika ditemui di Kota Bharu. Baru-baru ini Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa kononnya kerajaan negeri tidak memaklumkan kepada penduduk mengenai rancangan pembangunan di Kubang Kerian. Seorang aktivis parti itu mendakwa tiada sebarang pemakluman awam kepada penduduk terlibat mengenai terma-terma pengambilan tanah. Mumtaz yang juga anggota Exco kerajaan negeri menjelaskan kerajaan negeri sentiasa meraikan perbincangan dengan penduduk bagi memberi manfaat kepada mereka. “Pembinaan pasar baru Binjai yang dirasmikan pecah tanah oleh Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob baru-baru ini merupakan sebahagian projek itu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/4/2017Sumber HD - 2-4-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PAS kini berhadapan fitnah PANPAS kini bukan hanya berhadapan dengan Umno dan BN, sebaliknya serangan ‘fitnah’ pemimpin Parti Amanah Negara (PAN). Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, berkata banyak program yang dibuat kerajaan negeri, namun dinafikan oleh parti itu. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Program Pemukiman Bersama Menteri Besar Kelantan dan pimpinan kerajaan negeri dengan rakyat ke Jajahan Machang. Majlis sesi dialog itu diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang di sini semalam. “Antara yang disebarkan sebagai isu, banjir lumpur di Bukit Besi. Lebih malang lagi mendakwa kerajaan negeri tidak pedulikan nasib mereka,” ujarnya. Katanya, walaupun kerajaan negeri sentiasa berhadapan dengan perkara itu, namun mampu menghadapi sebaiknya. Sempena majlis itu turut diadakan sesi dialog bagi memberi peluang pada rakyat mengajukan persoalan kepada kerajaan negeri. Terdahulu jamuan rakyat turut diadakan di Padang Kemahkotaan Bandar Machang. Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dari PKINK, PMBK, pejabat-pejabat tanah dan lain-lain. Selepas mendengar taklimat dari Ketua Jajahan Machang, Mohd Zainuddin Mohamed, menteri besar menanam pokok machang di perkarangan pejabat itu. Ia sebagai simbolik mengambil nama Jajahan Machang. Program berkenaan bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 6.45 petang. – HARAKAHDAILY 31/3/2017Sumber HD- 31-3-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kerajaan negeri bina rumah mangsa banjir lumpurSEBANYAK sembilan keluarga daripada 27 mangsa banjir lumpur di Bukit Besi bakal mempunyai kediaman sendiri Julai ini. Kediaman itu akan didirikan di tapak yang terletak di Kampung Pauh, beberapa kilometer dari kediaman asal mereka. Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob telah merasmikan majlis pecah tanah untuk projek berkenaan semalam. Beliau memberitahu kaedah rumah yang akan dibina mengikut rumah dhuafat dengan kos sebuah kira-kira RM45,000. Jelasnya, pembinaan kediaman itu akan berlangsung pertengahan April ini dan dijangka siap Julai ini bagi fasa pertama. “Fasa kedua akan dibina selepas projek tujuh kediaman itu siap. “Fasa pertama itu dibina untuk mangsa-mangsa yang kediamannya terjejas teruk di mana mereka tidak boleh mendiami lagi rumah mereka,” katanya lagi Jelasnya, semua mangsa dicadangkan berpindah bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang. “Sebelum ini kerajaan negeri melalui Adun Temangan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan telah bertemu mereka selepas banjir 2014. “Ia bertujuan bagi mengelakkan kejadian sedemikian berlaku,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas mengunjungi tapak mangsa banjir lumpur semalam. Sementara itu, seorang mangsa banjir lumpur, Aziz Ibrahim, 37 ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana akan mempunyai kediaman baru. Menurutnya, kerana tidak mampu menyewa di tempat lain, beliau terpaksa tinggal di rumah berkenaan walaupun sudah tidak sesuai diduduki. Menurutnya, pendapatan kecil hanya bekerja sebagai penoreh getah tidak mampu untuk mencari kediaman yang lebih selesa. “Kerajaan negeri nak bina rumah baru, alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak, memang saya gembira dan syukur banyak-banyak,” ujarnya. Hadir sama pada majlis itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dari PKINK, PMBK, pejabat-pejabat tanah dan lain-lain. Lawatan itu sempena Program Pemukiman Menteri Besar Kelantan dan pimpinan kerajaan negeri bersama rakyat di Jajahan Machang. Program berkenaan bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 6.45 petang. – HARAKAHDAILY 31/3/2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ada pemimpin datang Kelantan kutuk PAS“NAK berkawan soal lain dan itu adalah hak mereka, kita tidak boleh nafikan. Tetapi datang Kelantan negeri yang ditadbir PAS, malah bersama pula PAN kemudian mengutuk kerajaan negeri, itu amat tidak wajar,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah. Beliau berkata tindak tanduk sesetengah pemimpin PKR menyebabkan penyokong PAS di peringkat akar umbi tidak berpuas hati terhadap parti itu. Menurutnya ketika pemimpin PKR sepentas dengan PAN ada antara mereka mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya terhadap PAS. “Bukan itu sahaja, sudahlah datang Kelantan, lepas tu mengutuk pula kerajaan negeri. Banyak PAS di peringkat kawasan meminta dikaji balik tahaluf siyasi dengan PKR ekoran tindak tanduk pemimpin parti terbabit kebelakangan ini. Antaranya PAS Kota Bharu dan Pasir Mas pada mesyuarat agungnya Sabtu lepas membahas usul mengkaji balik hubungan dengan PKR. - HARAKAHDAILY 30/3/2017Sumber HD - 30-3-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Bekas Umno tidak minat parti serpihanBEKAS pimpinan Cawangan Umno Bukit Tanah, Shukri Saman 48 lebih yakin perjuangan PAS berbanding PKR atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). "Hasrat saya untuk menyertai PAS sebenarnya sudah lama. Pilihan saya ternyata tepat jika dibanding dengan parti-parti yang ada di negara sekarang. "Tidak kiralah PPBM atau PKR, mereka itu semua adalah parti baru dan saya tidak yakin terhadap hala tuju serta dasar perjuangan parti itu," katanya selepas program ceramah di rumahnya di Padang Kala, Melor malam tadi. Sebelum itu beliau menyerah sebanyak 21 borang menyertai PAS kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Mohamed Fadzli Hassan. Turut hadir Yang Dipertua PAS Ketereh, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh dan Adun Melor, Dr Yusnan Yusof. Ramai penduduk tempatan hadir pada ceramah terbabit. Shukri merupakan ahli jawatankuasa Umno Cawangan Bukit Tanah di Dun Melor sejak 27 tahun lalu. Beliau juga pernah menjadi perwakilan pada mesyuarat Umno Ketereh. - HARAKAHDAILY 30/3/2017Sumber HD - 30-3-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kolej universiti: KIAS aju permohonan sejak 2011SEJAK beroperasi pada Ogos 1999, hanya Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kelantan belum dinaik taraf kepada Kolej Universiti. Sedangkan permohonan sudah diajukan KIAS kepada Kementerian Pengajian Tinggi pada 2011. Malah sebahagian besar syarat ditetapkan sudah dipenuhi. Manakala kolej-kolej lain di luar Kelantan yang hampir sama usia dengan KIAS sudah lama dinaik taraf menjadi kolej universiti. Malah Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah pihak kementerian wajar mempertimbang menaik taraf KIAS kepada kolej universiti. Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dun Kelantan Ke-13 di Kota Darulnaim minggu lepas. Ketua Eksekutif KIAS Prof Dr Ab Aziz Mohd Zain berkata, permohonan bagi menaik taraf kolej tersebut sudah diaju kepada kementerian pada 2011. Katanya selepas tiga tahun baru pihak terbabit menjawab permohonan KIAS dengan meletakkan syarat supaya beberapa kriteria perlu dipenuhi. Antaranya bilangan pelajar antarabangsa perlu ditambah, prasarana lebih lengkap dan memastikan 60 peratus pelajar tinggal di asrama KIAS. “Selepas menerima cadangan daripada kementerian pada 2014 kami berusaha memenuhi syarat ditetapkan dengan melakukan beberapa perubahan. “Pada pandangan kami kemudahan pembelajaran yang ada di KIAS dianggap sudah mencukupi, namun kementerian mahu ia ditambah baik lagi,” katanya ditemui di Nilam Puri Kota Bharu hari ini. Sehubungan itu Dr Abdul Aziz berkata, pihaknya akan menghantar permohonan baru tahun ini seiring dengan beberapa perubahan yang dilakukan. KIAS merupakan institusi tinggi pengajian agama milik kerajaan negeri. Ia diurus KIAS Darulnaim Sdn Bhd (KDSB), anak syarikat Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN). KIAS mengendalikan 13 program peringkat diploma termasuk Usuluddin, Syariah, Kewangan Islam, Perbankan Islam, Dakwah dan Media, Kaunseling Islam dan Pengurusan Lojistik. Manakala program ijazah Usuluddin dan Syariah berkembar dengan Kolej Universiti Insaniah. - HARAKAHDAILY 29/3/2017Sumber HD - 29-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hasrat Adun Chempaka jadi kenyataanPERJUANGAN Adun Chempaka Ahmad Fathan Mahmood bagi membolehkan penduduk di sekitar Pekan Chabang Tiga Pengkalan Chepa memiliki pasar baharu kini hampir menjadi kenyataan. Ini kerana pasar lama berusia berpuluh tahun tidak sesuai lagi dengan pertambahan bilangan penduduk sekarang. Impian itu diluahkan Ustaz Fathan ketika kempen pilihan raya kecil Dun Chempaka pada Mac 2015. Dan hari ini pembinaan pasar berkenaan siap hampir 50 peratus. Katanya pasar dua tingkat itu mula dibina tahun lalu dan dijangka siap akhir tahun ini. Beliau juga berkata, selain Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, MPKB BRI turut membina Pasar Berek 12 juga setinggi dua tingkat. – HARAKAHDAILY 29/3/2017Sumber HD - 29-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Laman Sejahtera sempena GU Kelantan 2017BEBERAPA perkhidmatan percuma khususnya berkaitan kesihatan dijangka menjadi antara tarikan Laman Sejahtera sempena Minggu Gerakan Usahawan Kelantan (GU Kelantan 2017). Program itu akan dibuka pada 30 Mac hingga 1 April 2017 di perkarangan Medan Usahawan Kota Bharu di sini. Laman Sejahtera yang diaktifkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah NGO Kelantan (KNK) adalah di bawah Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan. MGU 2017 itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Kaum dan Pembangunan Usahawan Negeri berlangsung di Pasar Seni Kota Bharu Bazar Tok Guru, Kelantan Trade Centre dan perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV. Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata demikian selepas memberi taklimat kepada petugas Laman Sejahtera di sebuah taman dekat sini semalam. "Pelbagai aktiviti menarik di laman ini seperti khidmat rawatan percuma, perubatan alternatif, urutan dan khidmat guaman akan dibuka sepanjang Laman Sejahtera ini berlangsung. "Manakala tarikan kanak-kanak juga turut diadakan dalam permainan pendidikan kesihatan bersama ikon badut di samping mereka berpeluang mendapat hadiah yang akan disediakan," ujarnya. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kota Bharu juga akan turut mempamer produk mereka selain lain-lain pameran, jualan amal dan sebagainya. Ruangan urutan refleksi kaki disediakan oleh Majlis Permaufakatan OKU Kelantan dengan caj perkhidmatan berpatutan dan rawatan alternatif secara percuma dikendali oleh Yayasan Amanah Tok Kenali. – HARAKAHDAILY 28/3/2017 Sumber HD - 28-3-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Projek ladang solar terapung di KelantanKELANTAN bakal memiliki ladang solar terapung di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas yang membabitkan kos kira-kira RM400 juta. Projek dianggap terbesar di Malaysia itu kini masih dalam kajian syarikat Umile PLT dengan kerjasama Tien Ching Energy Co. Ltd dari Taiwan. Pengerusi Umile, Datuk Dr Nazily Mohd Noor berkata, ia akan dilaksanakan selepas kajian dilakukan bagi memberi manfaat kepada rakyat. "Kita menjangka kajian antara tiga bulan hingga setahun termasuk mengenai kesan kepada persekitaran serta manfaat penduduk tempatan. "Ia juga menjadi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri, peluang pekerjaan serta perkembangan industri kecil dan sederhana," katanya selepas menandatangani memorandum perjanjian bersama Tien Ching Energy di sebuah hotel di Kota Bharu, hari ini. Turut hadir delegasi syarikat Tien Ching Energy yang diketuai Pengerusi Tien Ching Energy Group, Chih-Ching Yeh. Nazily menambah, pembinaan ladang solar berkenaan tidak mengunakan kaedah 'piling' kerana boleh merosakan ekosistem kehidupan dalam tasik. Projek berkenaan dijangka dapat menghasilkan 49 mega watt. - HARAKAHDAILY 28/3/2017Sumber HD - 28-3-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ‘Airport Sungai Bagan’ hub udara Pantai TimurCADANGAN kerajaan negeri membina Lapangan Terbang Antarabangsa di Sungai Bagan, Machang turut mendapat sokongan Ikatan Eksekutif dan Teknokrat Malaysia (METRA). Pengerusinya, Ir Ariffahmi Ab Rahman berkata agensi kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) difahamkan meneliti potensi kawasan itu untuk pembangunan masa depan. Katanya anak syarikat kerajaan (GLC) negeri dan Persekutuan perlu berganding bahu bagi menjayakan projek terbabit. “Sungai Bagan melibatkan kawasan seluas 600 ekar dan kos pengambilan tanah sekitar RM50 juta hanya satu jumlah yang kecil berbanding projek lain kerajaan Persekutuan. Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan minggu lepas anggota Exco kerajaan negeri Datuk Hanifa Ahmad memberitahu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa tidak sesuai untuk dijadikan lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Katanya pelebaran lapangan terbang itu melibatkan kem tentera dan Taman Bendahara yang terletak di kawasan berdekatan. Oleh itu menurutnya kerajaan negeri mencadangkan Sungai Bagan sebagai lokasi paling sesuai bagi membina lapangan terbang antarabangsa di Kelantan. Kata beliau lapangan terbang sedia ada sesuai bagi penerbangan serantau meliputi negara-negara ASEAN. Ariffahmi juga berkata Lapangan Terbang Sungai Bagan akan muncul sebagai hub udara di Pantai Timur Semenanjung yang akan menghubung Kelantan ke Indo China, Asia Selatan dan Asia Timur. - HARAKAHDAILY 27/3/2017Sumber HD -27-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Keluarga bantah PAN jaja nama Tok GuruPENGGUNAAN nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Parti Amanah Negara (Pan) dibantah ahli keluarga mantan Menteri Besar Kelantan itu. Hal tersebut berhubung Seminar Tok Guru Nik Aziz yang akan dianjurkan Pan Batu pada 9 April depan di KLCAH, Kuala Lumpur. Pihak terbabit juga dikatakan akan menjelajah bermula di Kuala Lumpur menjaja nama tokoh agama berkenaan bagi kepentingan Pan dan Pakatan Harapan. Keluarga menganggap ia merupakan satu penghinaan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang sepanjang hidupnya berjuang dalam wadah PAS. Anak almarhum, Nik Mohamad Abduh berkata keluarganya menafikan kenyataan pemimpin Pan sekiranya Tok Guru masih hidup, turut menyokong parti serpihan itu. "Kami sekeluarga menganggap ia merupakan satu penghinaan kepada Tuan Guru yang hidup istiqamah bersama perjuangan PAS sepanjang hayatnya. "Tiba-tiba parti lain, parti serpihan mempermainkan nama Tuan Guru yang kekal istiqamah sepanjang hayatnya," katanya pada sidang media di Pulau Melaka, Kota Bharu hari ini. Menurutnya, atas tekanan keluarga dan penyokong PAS sendiri, beberapa tindakan termasuk laporan polis dilakukan dan berharap seminar itu dihentikan. Sekiranya permintaan tersebut gagal dipatuhi pihak penganjur beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah. Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa pagi tadi oleh seorang lagi anak almarhum, Nik Adli. Beliau mewakili ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, adik beradik, cucu dan adik beradik almarhum membantah sekeras-kerasnya program itu. Adik kepada almarhum, Nik Din Nik Mat berkata, seminar anjuran Pan itu seolah-olah hendak mempermainkan kredibiliti serta ketokohan pemimpin berkenaan. "Penggunaan nama Tuan Guru hanya sebagai alasan untuk menarik sokongan kepada parti itu sedangkan arwah tetap istiqamah dalam PAS sejak sekian lama. "Semua ahli keluarga sememangnya tidak bersetuju terhadap penggunaan nama ini pada seminar 9 April ini di Kuala Lumpur," katanya. Turut hadir pada sidang media di kediaman almarhum, Nik Muhammad Nasim Nik Mat dan ahli keluarga terdekat. - HARAKAHDAILY 25/3/2017Sumber HD - 25-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Adun Salor tiada soalan sejak 2013TANPA mendapat gambaran sebenar penyokong PAN cuba menyalahkan Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub apabila mengarahkan Adun Salor Datuk Husam Musa meninggalkan Dewan semalam. Keadaan itu boleh dilihat di media sosial milik PAN. Sedangkan situasi sebenar cuba disembunyikan mereka. Ketika peluang berucap diberi kepada setiap Adun, wakil rakyat terbabit tidak mengambil peluang. Enam pembangkang diberi peluang berucap membahas titah Diraja. Bagaimanapun ketika penggulungan dilakukan pihak kerajaan, Adun Salor bangun hendak berucap, sedangkan peluang awal sudah diberi. Mengulas isu berkenaan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Nassurudin Daud berkata, Adun Salor dianggap tidak aktif pada persidangan dewan. Ini kerana kata beliau sejak 2013 Adun Salor tidak menghantar soalan sama ada dalam bentuk bertulis atau lisan. "Kira-kira empat tahun lalu setelah beliau tidak lagi berada dalam kerajaan negeri, Adun Salor tidak ada soalan bertulis dan mulut. “Sebaliknya penasihat PAN Kelantan itu mengambil peluang lain yang dianggap mengacau perjalanan persidangan Dun,” katanya pada majlis meraikan 179 pelajar yang akan melanjut pelajaran ke timur tengah di Kota Bharu hari ini. Turut hadir Adun Gual Periuk Muhammad Awang, Setiausaha Politik, Wan Roslan Wan Hamat dan pegawai Yayasan Islam Kelantan (Yik). – HARAKAHDAILY 23/3/2017Sumber HD - 23-3-2017 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sepatutnya kerajaan bawa usul pindaan 355USUL pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) sepatutnya sudah lama dibawa kerajaan seperti dilakukan pada 1984. Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata pindaan akta itu yang dilakukan di parlimen sebelum ini dibawa kerajaan. “Sepatutnya kerajaan yang bawa seperti dilakukan pada 1984 di mana ketika itu tidak ada anggota parlimen bukan Islam yang menentang. “Sekiranya kerajaan yang bawa, kelab penyokong BN pun akan menyokong sama dan ia tentunya lebih memudahkan,” katanya ditemui pemberita pada ceramah di Kampung Cherang di Kota Bharu malam tadi. Hadir sama Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Nassurudin Daud, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki, Pemangku Yang Dipertua PAS Kota Bharu Dr Rosli Alani Abdul Kadir, Ketua Muslimat Rohani Ibrahim dan Adun Bunut Payong Datuk Dr Ramli Mamat. Orang orang memenuhi tempat ceramah, tidak jauh daripada lokasi ceramah anjuran PAN yang mengundang Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lepas. Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata, sehingga sekarang PAS belum lagi melihat draf pindaan Akta 355 yang dicadang dibawa kerajaan. – HARAKAHDAILY 23/3/2017Sumber HD - 23-3-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa diarahkan supaya meninggalkan dewan apabila terus mengganggu Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membuat penggulungan titah Pemangku Raja, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra. Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’ kub mengeluarkan arahan itu setelah bekas Exco Kerajaan Pas Kelantan itu diberi amaran lisan beberapa kali kerana tindakannya mencelah dan melakukan provokasi semasa Ahmad sedang berucap. Husam dikatakan tidak berpuas hati dan meminta Ahmad memberi penjelasan mengenai kelayakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nasuruddin Daud yang bercakap berhubung isu bai’ah dan hukum taklik ketika sesi penggulungan sebelum itu. Sementara itu, Ahmad ketika ditemui di luar dewan berkata, tindakan Husam menjadi kesalahan dalam peraturan dewan dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku. “Hari ini adalah sesi untuk penggulungan dan dia (Husam) tidak sepatutnya mengambil kesempatan. Husam sepatutnya mengambil peluang sekiranya mahu membahaskan titah berkenaan semalam. “Setiap ahli dewan sudah dibekalkan buku mengenai peraturan yang perlu dipatuhi dan dia sebagai ADUN sepatutnya tahu perkara itu. “Jadi, arahan meminta Husam keluar dewan dibuat mengikut peraturan sedia ada,” katanya. Sumber TKO - 22-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kada tidak lantik wakil kerajaan negeriAKTA Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) 1972 menetapkan tiga wakil kerajaan negeri perlu dilantik dalam lembaga pengarah agensi itu. Namun sehingga sekarang tiada wakil kerajaan negeri dilantik dalam agensi berkenaan. Selain itu, Ketua Umno Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman. Manakala Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Kada. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, tindakan tersebut bertentangan dengan Akta Kada. "Akta berkenaan menetapkan seramai tiga wakil kerajaan negeri dilantik dalam lembaga pengarah Kada. "Ia perlu dilakukan dalam suasana politik sekarang bagi memberi manfaat serta menyelesaikan masalah berbangkit," katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini. Bagaimanapun katanya masalah berkaitan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dapat diselesaikan selepas wakil kerajaan negeri dilantik dalam lembaga pengarahnya. – HARAKAHDAILY 22/3/2017Sumber HD - 22-3-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Umno ganggu projek lebuh raya rakyatPERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini mendedahkan gangguan Umno menyebabkan Jambatan Kedua Construction & Consultancy Sdn Bhd (JKCC) menarik diri membina projek lebuh raya rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Datuk Hanifa Ahmad berkata, syarikat terbabit sebelum ini menjalankan kerja-kerja pembinaan dari Bukit Tiu sehingga Berangan Mek Nab sejauh 10 km. Bagaimanapun katanya selepas 10 bulan kerja-kerja pembinaan dijalankan, muncul pula tekanan daripada Umno Machang. Menurutnya berdasar maklumat diterima, Umno hairan bagaimana sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan dibenarkan terbabit dengan projek di Kelantan. “Ekoran tekanan itu saya difahamkan ada pengurusnya meletak jawatan. Keadaan itu menyebabkan kerajaan negeri memberi tender kepada syarikat lain pula. “Kita yakin sekiranya tiada gangguan politik pembinaan lebuh raya tersebut dapat disiapkan pada Mac 2018, namun sekarang terpaksa dilewatkan pula kepada September 2018,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun di Kota Bharu. Pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu pernah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan, namun tidak menjadi kenyataan. Berikutan itu pada 2012 kerajaan negeri mengambil keputusan membina sendiri lebuh raya tersebut bagi manfaat rakyat. Pelancarannya dibuat pada Mei 2012. Kesungguhan kerajaan negeri tersebut akhirnya menyebabkan kerajaan pusat mempertimbangkan semula projek berkenaan. Projek fasa pertama di bawah kerajaan pusat iaitu pakej 1b dari Pasir Hor ke Kadok sejauh tujuh kilometer melibatkan kos sebanyak RM400 juta dijangka disiapkan April tahun ini. Pembinaannya dijalankan Chengaljati Sdn Bhd, difahamkan milik pemimpin Umno Tanah Merah. Hanifa juga berkata, laluan dari Berangan Mek Nab ke Kuala Krai sejauh 20 km belum lagi dibuka sebarang tender. “Sekiranya tiada pembinaan dijalankan bagi laluan tersebut lebuh raya rakyat akan disambung ke jalan sedia ada Machang-Kuala Krai dari Berangan Mek Nab sejauh 4 km,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/3/2017Sumber HD - 22-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Persempadanan baharu pecah Pekan Wakaf BharuPEKAN Wakaf Bharu yang berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Bharu sekarang akan dipecah, di mana sebahagiannya akan berada dalam Dun Pasir Pekan. Cadangan itu terkandung dalam persempadanan baru yang yang dicadangkan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR), sedang dipamerkan sekarang. Adun Wakaf Bharu Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata apa yang dicadangkan SPR pada persempadanan baharu itu seolah-olah menggambarkan agensi itu tidak memiliki kuasa. “Saya berharap rakan-rakan dari Barisan Nasional memberi semula kuasa kepada SPR bagi membolehkan persempadan baharu kawasan pilihan raya mengambil kira faktor sosial dan budaya,” katanya pada persidangan Dun di Kota Bharu hari ini. Pada pameran cadangan persempadanan baharu SPR yang diadakan sekarang secara jelas membelah Pekan Wakaf Bharu kepada dua Dun iaitu Wakaf Bharu dan Pasir Pekan. Che Abdullah berkata, cadangan baharu SPR itu tidak munasabah kerana ia menyukarkan daripada aspek pentadbiran kerajaan. Menurutnya juga stesen Projek Pantai Timur Rail Line (ECRL) di Wakaf Bharu yang dicadangkan kerajaan pusat juga akan berada di dua Dun berdasar cadangan baru persempadan dibuat SPR. – HARAKAHDAILY 22/3/2017Sumber HD - 22-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Lebih 1,580 hektar kawasan Orang Asal diwartaSEHINGGA sekarang lebih 1,580 hektar diwartakan kerajaan sebagai rezab bagi penempatan masyarakat Orang Asli di negeri ini. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kelulusan tersebut berdasar pemohonan dibuat Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa). Katanya kawasan yang diwarta tersebut meliputi tujuh tempat antaranya Pos Jedip, Sungai Rual, Hendrop dan Tual. "Sehingga sekarang masih ada 54 lagi permohonan yang diangkat Jakoa untuk mendapat kelulusan kerajaan negeri," katanya menjawab soalan Ab Aziz Yusof (BN-Galas) pada persidangan Dun di Kota Bharu. Mohd Amar juga berkata kerajaan negeri hanya berunding mengenai isu masyarakat Orang Asal dengan pihak yang ada autoriti sahaja. Katanya juga NGO Jaringan tidak berdaftar dengan kerajaan yang dianggap menjadi dalang sekatan di beberapa lokasi tahun lepas. – HARAKAHDAILY 22/3/2017Sumber HD - 22-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Adun PAN langgar Peraturan Tetap DewanSPEAKER Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan menjelaskan beliau sudah memberi ruang secukupnya kepada mana-mana Adun mengambil bahagian membahas titah ucapan Pemangku Raja di persidangan Dun sejak pagi semalam. Datuk Abdullah Ya’kub berkata selepas sesi soal jawab semalam mana-mana Adun dibenarkan berucap membahas ucapan Diraja. Katanya, tidak berbangkit mana-mana Adun diketepikan untuk mengambil bahagian sebagaimana didakwa Adun Salor Datuk Husam Musa. “Ketika ditangguh mesyuarat petang semalam Adun Salor tidak bangun untuk mengambil bahagian. Namun apabila Timbalan Speaker Abdul Latif Abdul Rahman menangguh petang semalam baru Adun terbabit bangun hendak berucap. “Dan hari ini Adun berkenaan bangun lagi hendak berucap ketika pihak kerajaan sedang menggulung perbahasan,” katanya ketika ditemui selepas persidangan di Kota Bharu hari ini. Ketika Speaker meminta anggota Exco menggulung perbahasan titah Diraja selepas persidangan berhenti rehat jam 11.05 tadi, Husam bangun untuk berucap. Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Datuk Hanifa Ahmad tidak memberi laluan memandangkan tempoh perbahasan sudah berakhir. Husam berdiri dengan menyebut Peraturan Tetap Dewan. Bagaimanapun Abdullah menjelaskan tempoh perbahasan sudah diberi secukupnya untuk mana-mana ahli Dewan mengambil bahagian. Namun ketika giliran Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob menggulung Adun PAN sekali lagi bangun meminta ruang untuk berucap. Ketika itu Husam mempertikaikan kelulusan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassurudin Daud untuk bercakap isu baiah. Beliau enggan duduk biar pun diminta berkali-kali oleh Speaker. Ekoran keengganan itu Speaker mengarahkan Bentara mengeluarkan Adun Salor kerana menganggap mengganggu perjalanan Dewan. Ustaz Ahmad pula berkata, pihak kerajaan negeri memberi ruang secukup kepada setiap ahli Dewan mengambil bahagian berbahas. “Seramai enam pembangkang dan tiga wakil Kelab Penyokong Kerajaan berucap membahaskan titah ucapan Diraja. Ini menggambarkan ketelusan kerajaan negeri,” katanya. Ditemui pemberita selepas itu Menteri Besar berkata hari ini penggulungan pihak kerajaan dan Adun Salor tidak sepatutnya mengambil kesempatan. Katanya, Adun terbabit sepatutnya mengambil peluang semalam sekiranya mahu membahaskan titah berkenaan. "Setiap ahli dewan sudah dibekalkan buku mengenai peraturan yang perlu dipatuhi sebagai Adun. Arahan meminta Husam keluar dewan dibuat mengikut peraturan sedia ada," katanya. Perkara 51 Peraturan Tetap Dun Kelantan menjelaskan Speaker berhak untuk mengarahkan mana-mana ahli yang kelakuannya melampau-lampau supaya mengundurkan diri serta merta. – HARAKAHDAILY 22/3/2017Sumber HD - 22-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Adun Umno akui bekas PM dera KelantanSEORANG wakil pembangkang Datuk Md Alwi Che Ahmad (Umno-Kok Lanas) mendakwa kezaliman terhadap Kelantan pernah berlaku pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya bekas perdana menteri itu dianggap sebagai dalang menyebabkan Kelantan diabaikan dan terpinggir aspek pembangunan berbanding negeri lain. Beliau berhujah demikian sebagai reaksi terhadap ucapan Dr Yusnan Yusof yang mengambarkan rakyat Kelantan tidak pernah melupakan kezaliman dilakukan kerajaan persekutuan. Adun Melor terbabit sebelum itu berkata biar pun sekarang pelbagai pembangunan direalisasikan, namun banyak pembangunan diabaikan kerajaan Persekutuan sebelum ini. Md Alwi yang juga Ketua Penerangan Umno Kelantan berkata tokoh berkenaan tidak lagi berada dalam Barisan Nasional dan sekarang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Kata beliau kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak menggunakan pendekatan berbeza berbanding pemerintahan sebelum itu. "Yang peliknya, PAS boleh berada satu pentas bersama parti itu yang dipengerusi orang yang pernah menzalimi kerajaan negeri," ujar beliau. Merungkai isu berkenaan Dr Yusnan berkata, PAS mempunyai pendiriannya sendiri untuk berada sepentas bersama PPBM. Antara prinsip yang digunakan membantu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan serta tidak menolak permusuhan dan dosa. Menurutnya, ia merupakan asas yang diambil daripada perlembagaan orang Islam iaitu al Quran dan Sunnah. Beliau juga berkata peningkatan sosio ekonomi sesebuah negeri tidak mungkin berlaku tanpa sokongan pemerintah di peringkat persekutuan. "Terima kasih di atas pelaksanaan pelbagai projek yang telah dan sedang dilaksanakan kerajaan persekutuan. "Tetapi mereka perlu mengambilkira tempoh penderaan yang dilalui kerajaan dan juga rakyat Kelantan selama ini," katanya pada persidangan Dun di Kota Bharu hari ini. "Memang tidak dapat dinafikan kerajaan persekutuan buat kezaliman tetapi sekarang ini apa yang dikatakan zalim itu," ujar beliau. Dr Yusnan berkata, kezaliman yang dilakukan kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan pernah diakui seorang menteri. – HARAKAHDAILY 21/3/2017Sumber HD - 21-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Adun BN terharu MB ziarahDATUK Nozula Mat Diah (BN-Paloh) merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah kerana menziarahinya ketika terlantar sakit. Katanya, beliau begitu terharu di atas kesudian pimpinan kerajaan negeri termasuk wakil-wakil rakyat datang menziarahi beliau. “Terima kasih banyak di atas kesudian itu dan hari ini saya memohon banyak kemaafan di atas semua kesalahan saya,” katanya ketika membahas titah ucapan Pemangku Raja Kelantan pada persidangan Dun di Kota Bharu petang ini. Ucapan Nozula yang juga Ketua Pembangkang membuatkan sidang Dun gamat seketika. Bagaimanapun beliau mempertikai kerajaan negeri tidak meletakkan nama projek kerajaan pusat pada program pembangunan di peringkat pihak berkuasa tempatan PBT. “Suka hati diaaa jeeeeee,” ujarnya sehingga membuatkan dewan menjadi riuh lagi. Sebelum itu persidangan agak kecoh apabila isu berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibangkitkan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran). Beliau mendakwa BR1M digunakan sebagai satu kaedah menganiayai orang miskin bagi menjaga kepentingan politik Umno dan BN. "Kalau wang BR1M masuk dalam akaun, tidak ada masalah untuk pergi ambil di bank dan tidak berlakulah kejadian yang tidak diingini. "Tetapi sekarang ada orang tua pengsan ketika menunggu giliran. Ini namanya hendak mengambil kesempatan politik daripada orang susah,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/3/2017Sumber HD - 21-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kelantan rancang skim wakaf pendidikanKERAJAAN Kelantan merancang mewujudkan skim wakaf pendidikan bagi membantu pelajar asing dari negara minoriti umat Islam mendapat pendidikan tinggi agama di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata melalui skim itu membolehkan lebih ramai lagi pelajar Islam dari negara lain melanjut pelajaran ke Kelantan. Katanya, sehingga sekarang ada pelajar dari Kempuchea dibantu bantuan bagi membolehkan mereka melanjut pelajaran di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias). “Pelajar terbabit diberi bantuan untuk melanjutkan pelajaran di Kelantan,” katanya pada persidangan Dun di Kota Bharu hari ini. Menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong) kata beliau usaha kerajaan negeri mewujudkan Maahad Ad Dakwah Wal Imamah bagi menghidupkan semula Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK). YPTIK ditukar menjadi Akademi Islam di bawah Universiti Malaya ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional. Katanya, sekarang institusi pengajian tinggi itu dinaik taraf kepada Kias. “Pada peringkat awal Maahad Ad Dakwah bermula dengan 360 pelajar. Sekarang pelajar yang sedang menuntut di Kias seramai 2,000 orang,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/3/2017Sumber HD - 21-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tiada kenaikan premium lot kediamanSEJAK 1990 sehingga sekarang hanya sekali kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama menaikkan kadar bayaran premium tanah di Kelantan. Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kenaikan kadar premium itu dibuat pada 2015 selepas mengambil kira pelbagai aspek. Katanya kenaikan tersebut meliputi tanah yang bertanam getah dan kelapa sawit serta dusun. Namun tiada kenaikan bagi tanah lot kediaman, industri atau perniagaan. “Sebelum kenaikan itu berlaku pada 2015 kadar premium tanah di Kelantan paling rendah di negara ini iaitu hanya RM750 bagi satu ekar. “Biarpun berlaku kenaikan namun rakyat Kelantan yang tidak mampu boleh mengisi borang rayuan dengan mendapat pengesahan wakil rakyat. “Rakyat yang tidak mampu menjelaskan jumlah premium permohonan tanah boleh mengemukakan rayuan tersebut. “Malah pada akhir tahun lepas kerajaan negeri memberi insentif potongan sehingga 90 peratus premium tanah dalam tempoh dua bulan yang diberi kerajaan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada persidangan Dun di Kota Bharu hari ini. Selain itu kata beliau rakyat yang tidak mampu boleh membayar secara ansuran di Pejabat Tanah dan Jajahan. – HARAKAHDAILY 21/3/2017Sumber HD - 21-3-2017 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kementerian pertimbang naik taraf KiasKEMENTERIAN Pengajian Tinggi disaran mempertimbangkan untuk menaik taraf Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) kepada kolej universiti. Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bertitah hasrat itu bersesuaian Universiti Islam Madinah menyatakan hasrat mengadakan program berkembar dengan Kias. Titahnya perkembangan itu hasil keyakinan pihak universiti berkenaan terhadap pencapaian sistem pendidikan di Kelantan. “Beta juga berasa sukacita di atas pencapaian cemerlang pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan pada tahun-tahun kebelakangan ini. “Aspek pendidikan yang menekankan pengajian berasaskan al Quran dan Sunnah terbukti berjaya melahirkan insan cemerlang,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dun Kelantan Ke-13 di Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. Titahnya MSTG menggabungkan sains tulen dan agama secara bersepadu. “Wisma Sultan Muhammad V dan Wisma Tengku Mahkota Kelantan adalah pembiayaan melalui Maik. “Ia bertujuan untuk menjadikan asrama dan pusat kebajikan pelajar Kelantan yang belajar di sana,” titah baginda. Terdahulu sebaik tiba di Plaza Kompleks Kota Darulnaim, baginda memeriksa perbarisan pasukan keselamatan. Ketibaan baginda kira-kira jam 10.10 pagi disambut Speaker Dun Datuk Abdullah Ya’kub dan timbalannya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman. Turut mengiringi keberangkatan tiba baginda, Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah. - HARAKAHDAILY 20/3/2017Sumber HD - 20-3-2017 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA KRAI: Pemimpin PAS Kedah yakin kerajaan diterajui PAS di Kelantan dapat dipertahankan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.Bagaimanapun mereka menjelaskan masalah dalaman di Kedah pada penggal lepas yang dicetuskan bekas pemimpin PAS antara sebab kerajaan negeri tidak dapat dipertahankan. “Apa yang berlaku di Kedah pada penggal lepas kerana ada segelintir pemimpin PAS yang tidak ikhlas dalam perjuangan. “Biarpun hanya dapat mentadbir Kedah dalam tempoh sepenggal namun banyak pencapaian yang diraih termasuk mewujudkan kampus Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil. “Kita juga memberi bantuan kepada warga emas yang meninggal dunia sebanyak RM500. Kerajaan BN yang mentadbir Kedah sekarang hanya membayar Takaful Kafalah sebanyak RM250,” kata Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusof. Beliau berkata demikian pada ceramah di pekarangan Masjid Jauhar, Guchil baru- baru ini. Hadir sama Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah, Yang Di pertua PAS Kuala Krai Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, timbalannya Mohd Fauzi Abdullah, Pegawai Khas Men teri Besar Lau Chin Chua dan Penyelia Dun Dabong, Ku Zaki Ku Hussin. Orang ramai memenuhi pekarangan masjid ter sebut yang terletak di simpang tiga Kuala Krai-Kota Bharu- Gua Musang. Ha dir sama pemimpin dan masyarakat India tempatan. Kata beliau, juga Kedah di bawah pentadbiran PAS mencatat sejarah apa bila berjaya membangunkan negeri itu biar pun berdepan pelbagai sekatan. Menurutnya kerajaan negeri yang diketuai Tan Sri Azizan Abdul Razak berjaya mencatat lebihan belanjawan lebih RM22 juta dalam tempoh hampir lima tahun. Namun katanya, selepas diterajui BN kerajaan Kedah berdepan dengan perbelanjaan melebihi pendapatan (defisit). Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang ber kata, PAS Kuala Krai sehingga sekarang mendaftar sehingga 1,500 ahli baru dan bilangan itu dijangka bertambah kepada 2,000 orang pada akhir bulan ini. “PAS Kuala Krai juga sudah melancarkan jentera pilihan raya pada Oktober lepas yang dihadiri kirakira 1,000 petugas. “Berdasar kepada gerak kerja tersebut kita yakin dapat mempertahankan kerusi parlimen dan merampas Dun Dabong yang terlepas ke tangan Umno pada PRU lepas,” ujarnya. Sumber TKO - 20-3-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kelantan cadang tapak sesuai peminat kereta berhimpunKERAJAAN Kelantan mencadangkan tapak sesuai perlu dicari bagi menempatkan pameran peminat kereta berhimpun. Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, ruang yang ada ini begitu sempit bagi menampung himpunan kereta setiap kali ia berlangsung. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Mega Kelab-Kelab Kereta Pantai Timur di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, Kota Bharu semalam. Katanya, minat manusia itu berbeza antara satu dengan yang lain dan perlu dihormati. Beliau yakin program sedemikian dapat mengeratkan hubungan antara satu dengan yang lain. Turut berucap pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Abdul Fattah pula berkata, kerajaan negeri membantu anak muda Kelantan untuk bersosial dengan cara yang betul. Jelasnya, kerajaan negeri memang prihatin terhadap kehendak anak muda Kelantan. Fattah berharap himpunan mega itu dapat mencapai sehingga 5,000 penyertaan berbanding 3,200 pada program itu. Tambahnya, pada tahun lalu penyertaan 2,500 buah kenderaan pelbagai jenis. - HARAKAHDAILY 19/3/2017Sumber HD - 19-3-2017 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Lebih 350 sertai PAS di JeliMALAM tadi seramai 351 lagi, sebahagian besar daripadanya anak muda di Jeli memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka, selepas bosan dengan kebobrokan Umno. Mereka yang hadir pada program ceramah di Dataran Ilmu mengisi borang menyertai PAS. Sebahagian lagi hasil gerak kerja di Dun Air Lanas, Dun Bukit Bunga dan Kuala Balah. Borang tersebut diserah Naib Yang Dipertua Pas Jeli Ahmad Hamid kepada Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Hadir sama pada program itu Ketua Muslimah PAS Negeri Siti Zailah Mohd Yusof, Yang Dipertua PAS Jeli Mohd Apandi Muhamad, timbalannya Datuk Abdullah Yakub dan Ketua AMK Dr Hafidz Rizal Amran. Ustaz Tuan Ibrahim berkata berdasar perkembangan yang berlaku sekarang tidak dapat dinafikan ada potensi PAS kembali semula menguasai Jeli. "Sekiranya PAS dapat menguasai Jeli maka lebih mudah untuk kita mendekati Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya pada ceramah tersebut. Pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah juga melebar ke kawasan terbabit, sama seperti Gua Musang. Selain itu terdapat dua kem tentera yang menjadi faktor Jeli kekal di bawah Umno kecuali PRU 1999. Bagaimanapun situasi yang berlaku sekarang agak berbeza apabila sebahagian veteran Umno memilih PPBM sebagai wadah baharu mereka. Difahamkan sehingga sekarang hampir 2,000 ahli parti baharu itu didaftarkan di Jeli. Manakala Pan pula tidak berpengaruh di situ. Mohd Apandi berkata perkembangan yang berlaku hari ini memberi kelebihan kepada PAS dan PKR bertapak semula di parlimen Jeli. Katanya fokus utama gerak kerja untuk menguasai semula Dun Air Lanas yang hanya dimenangi Umno dengan kelebihan 47 undi pada PRU lepas. "Sekarang sudah fasa kedua gerak kerja pilihan raya yang kita gemblingkan di Jeli," katanya ketika ditemui selepas itu. – HARAKAHDAILY 18/3/2017Sumber HD - 28-3-2017 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Posted on Friday, March 17 @ 13:22:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34059 |
Ceramah Pas di kg laut mlm td.. Habis lah PAS... Org xdak nak sokong. Semua pakat ikut husam dan jin nya... Apatah Tun Mahathir pula datang dengan Saifuddin Nasution cerita pasal dia kerja dengan Kerajaan PAS dan Pulau Pinang. Dia tak cerita pula dia tak kerja dengan kerajaan Selangor PKR. Pimpinan PKR tapi PKR pun tolak datang disini kondengan PAS.
Ada pekara pelik dalam politik...
Klate di tadbir oleh PAS sekian lama......bila amenoo nak rampas Klate..Pan nak rampas Klate dan bila Pas pertahankan kerajaan Klate....Puak puak Pan dan PH boleh kata Pas yg pecahkan undi dan nak beri amenoo menang....siapa yg perintah Klate ni...?..ikut celah mana datangnya minda politik tolol macam ni..
kalau kita kata keluar Pas jadi tak siuman mereka kata tak.....tapi........?.. - Zam Zuri
Sumber TKO - 17-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Amir dan Ameerah, diumum pelajar cemerlang SPM Yik
DUA pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) memperolehi keputusan 12 A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.
Dua pelajar paling cemerlang itu Amir Abdul Basit dari Maahad Tahfiz Al Quraan Wal Qiraat dan Siti Ameerah Fauzi dari Maahad Muhammadi Perempuan.
Amir merupakan anak kepada pendakwah terkenal Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman.
Manakala Ameerah pula anak kepada bekas imam terawih Qaryah Ramadan awal 90-an, Ustaz Fauzi Iberahim yang juga kakak kepada Johan Qari Jr Musim Ke-5 Ahmad Naufal.
Kedua pelajar ini mempunyai sejarah kehidupan dari keluarga yang hebat khususnya dalam pendidikan serta menjadikan al-Quraan amalan seharian mereka.
Mereka menerima keputusan peperiksaan dari mudir masing-masing Ustaz Mohd Nasir Mohd Hasbullah dan Ustaz Mansur Daud.
Sementara itu, Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Peperiksaan) Ustaz Anuar Rasyid berkata, calon yang berjaya memperolehi 9A hingga 12A seramai 91 orang.
Katanya, daripada jumlah itu seramai 33 pelajar telah memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran.
Ameerah ketika ditemui melahirkan rasa syukur di atas apa yang diperolehi.
Katanya, tanpa pengorbanan baba, mama serta guru, kejayaan itu mungkin tidak mampu dicapai.
“Syukur alhamdulillah dengan kehendak Allah kejayaan ini diperolehi,” ujarnya.
Ameerah bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya dalam Bahasa Arab di luar negara.
Sebelum itu beliau akan melanjutkan pengajiannya di Darul Quran Selangor.
Sementara itu, Datuk Dr Abdul Basit, turut melahirkan rasa syukur di atas kejayaan anaknya Amir yang dilahirkan di Madinah 17 tahun lalu.
“Kita memangnya patut bersyukur di atas kejayaan apa jua yang dicapai anak-anak.
“Apa yang penting perbanyakkan doa untuk mereka bukan hanya kejayaan dunia, sebaliknya akhirat,”ujarnya.
Kejayaan anak Abdul Basit bukan hanya diperolehi oleh Amir, sebaliknya baru-baru ini anaknya Anas turut memperolehi kejayaan cemerlang.
Anas yang juga belajar di Maahad Tahfiz al-Quraan Wal Qiraat turut memperolehi 10A dalam peperiksaan STAM. – HARAKAHDAILY 17/3/2017Sumber HD - 17-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jemput hadir Himpunan Mega Kelab Kereta Pantai Timur
ORANG ramai dijemput menghadiri program Himpunan Mega Kelab-Kelab Kereta Pantai Timur.
Program bermula hari ini dan esok 18 Mac diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata program itu akan disertai 3,000 buah kereta.
Jelasnya, kawasan yang terlibat di perkarangan stadium dan berhampiran Dewan Jubli Perak.
Ketika ditemui beliau berkata, penyertaan tahun ini begitu membanggakan berbanding tahun lalu 2,500 buah kereta.
“Kerana sambutan memberangsangkan itu kita anjurkan lagi program berkenaan tahun ini,”ujarnya.
Jelasnya, dengan program itu kerajaan negeri berharap semua kelab di bawah gabungan permotoran Kelantan untuk mengikuti dan mematuhi arahan persatuan permotoran negeri.
Jelas Fattah lagi, gerak kerja bersama yang lebih padu akan menjayakan keputusan kerja yang lebih baik.
Sambungnya, anak muda khususnya diharap lebih berdisiplin ketika membawa kenderaan masing-masing.
Beliau juga berharap peserta dapat mengikuti arahan penganjur serta menghormati undang-undang jalan raya.
Menurutnya, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dijangka merasmikan majlis penutup pada 18 Mac ini selepas solat Asar.
Pelbagai acara menarik disediakan antaranya dikir barat, pertunjukkan ular, pertandingan audio show, pertunjukkan exzos berapi.
Majlis itu berakhir sehingga jam 12.00 malam untuk hari ini manakala pada hari penutup sebelum Maghrib. – HARAKAHADAILY 17/3/2017Sumber HD- 17-3-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lebih 200 lagi sertai PAS di Kampung Laut
SETELAH bekas Ketua Cawangan Kampung Laut Nordin Adam menyertai PAN, semakin ramai penduduk kampung terbabit menyertai PAS.
Malam tadi seramai 220 penduduk di Kampung Laut bersama Unit Peti Undi (UPU) Bendang Pulau menyertai PAS.
Penyerahan borang itu disampaikan kepada Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada program ceramah di Dataran Purnama.
Sekaligus PAS Tumpat menubuhkan satu lagi cawangan baru yang dikenali Cawangan Kampung Laut Warisan Satu.
Turut hadir pada majlis ceramah itu Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Penerangan Datuk Nassurudin Daud.
Ribuan penduduk tempatan menghadiri ceramah tersebut sehingga memenuhi Dataran Purnama berhampiran Sungai Kelantan.
Minggu lepas Nordin menyertai PAN sempena program ceramah di kampung tersebut. Beliau difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan PAN sejak awal lagi.
Malah pihak yang menentang projek kampung Warisan juga ada kaitan dengan pemimpin terbabit.
Sabtu lepas juga kira-kira 200 anak muda menyerah borang menyertai PAS kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. – HARAKAHDAILY 17/3/2017
Sumber HD - 17-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas pelajar Maahad wujudkan kompleks sukan
PERSATUAN Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu atau lebih dikenali dengan Alumni Maahad Muhammadi (AMM) sedang dalam usaha membaik pulih sebuah bangunan yang berada di Maahad Muhammadi Lelaki untuk dijadikan sebagai sebuah kompleks pentadbiran dan sukan Alumni.
Bangunan itu asalnya adalah sebuah kilang ukiran kayu, dibeli oleh AMM melalui sumbangan dan kutipan derma termasuk melalui majlis makan malam yang dianjur oleh pihak AMM.
Demikian menurut Yang Dipertua AMM, Dr Nazmi Ghazali Azmi sewaktu menyeru sumbangan bagi membiayai projek tersebut.
"Bahagian bangunan dua tingkat akan menempatkan Pejabat Alumni dan Pejabat Koperasi Alumni. Bersambungan dengan pejabat berkenaan, kami mengusahakan sebuah gelanggang ping-pong dan pusat sukan squash sebagai sumbangan kepada pembangunan sukan yang jarang disertai oleh pelajar aliran agama. Sebuah binaan berasingan sebagai gelanggang futsal akan turut dibina bersebelahan bangunan ini".
"Kami ingin memecah tradisi sebagai sebuah pertubuhan alumni yang mampu mengeluarkan pemain squash daripada kalangan pelajar beraliran berkenaan," katanya.
Dengan terbinanya Gelanggang squasy ini, ia akan menjadi yang pertama bagi sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan dan yang kedua seumpamanya di Kota Bharu selepas gelanggang squasy di Kompleks Sekolah-Sekolah di Wakaf Mek Zainab.
Menurut Nazmi lagi setakat ini pihak AMM menerima serba sedikit sumbangan terutama daripada alumni dalam bentuk material seperti sumbangan cat, bahan binaan dan sebagainya selain daripada sumbangan dalam bentuk wang tunai.
Bagi menyempurnakan projek kebajikan AMM untuk sekolah Maahad Muhammadi, beberapa elemen binaan masih memerlukan sejumlah kos termasuk tempat letak motosikal berbumbung untuk para pelajar yang juga akan dibina oleh AMM. Sumbangan untuk projek pembangunan ini boleh disalurkan ke dalam akaun Tabung Pembangunan Abdul Rahman al-Makki.
Dalam perkembangan lain, Nazmi memaklumkan bahawa mesyuarat agung tahunan AMM akan berlangsung pada 18 Mac ini di Dewan Muhammadi, Maahad Muhammadi Lelaki dekat sini.
"Saya mengharapkan ribuan bekas pelajar Maahad samada Maahad Muhammadi Lelaki mahu pun Maahad Muhammadi Perempuan agar dapat hadir bersama bagi memberi apa-apa sumbangan terutama dalam bentuk pandangan dan idea.
"Kita maklum bahawa di luar sana terlalu ramai lepasan Maahad Muhammadi dalam pelbagai bidang agama dan profesional yang boleh pulang membalas jasa sekolah bertepatan dengan tema AMM, Kembali Berbudi," ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/3/2017Sumber HD - 16-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAN dan Tun Mahathir Berceramah Di Kelantan Nak Rempuh PAS dan UMNO Posted on Thursday, March 16 @ 21:46:36 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34051 |
Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=UIkh3NQDgvA
Bagi mengesahkan hasrat PPBM mahu menyertai Pakatan Harapan (PH), Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berceramah dalam program anjuran Pemuda Parti Amanah Negara di Cherang, Kota Baru Kelantan malam ini.
Turut bersama Dr Mahathir adalah Penasihat PAN Kelantan, YB Haji Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim.
Empat bendera dipasang di pentas utama ketika Dr Mahathir berceramah iaitu bendera PKR, PPBM, PAN dan DAP.
Sebelum itu, sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu hari ini, Dr Mahathir memberitahu pemberita bahawa PPBM telah memilih PH berbanding dengan PAS.
“Pakatan Harapan sudah ada, kita sekarang bersetuju bersatu dengan menyertai pakatan supaya kita menjadi satu posisi yang sama.
“Kalau dia (PAS) tidak mahu, saya tidak boleh kata apa, bagaimanapun pintu kita terbuka, bukan sahaja PAS, mana-mana parti yang nak masuk pun boleh,” katanya.
Sumber TKO - 17-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menteri MITI biarkan Jeli tanpa pelabur
MENJELANG pilihan raya 1999 Umno menguar-uarkan sebuah kilang Proton akan dibina di parlimen Jeli.
Iklan itu didirikan di hadapan stesen minyak Petronas, tidak jauh dari simpang ke Pekan Jeli. Papan iklan itu dibiarkan ditumbuh semak samun dalam tempoh begitu lama.
Kini sekiranya kita melalui jalan raya Tanah Merah-Gerik ia tidak kelihatan lagi. Papan iklan sudah lama terbalik.
Sebaliknya di belakang lokasi itu sekarang dibangunkan deretan rumah kedai dua tingkat.
Penghulu Mukim Sungai Satan, Mohd Hassan Sidi Ahmad berkata pemimpin Umno pernah menjanjikan mahu membina kilang Proton di Jeli.
Katanya, biar pun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed mewakili Jeli, namun tidak ada usaha membawa pelabur ke situ.
“Sepatutnya sebagai menteri MITI beliau membawa pelabur ke Jeli bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda tempatan.
“Sehingga sekarang hampir tiga penggal pemimpin Umno itu menang di Jeli, namun tiada usaha dilakukan membawa pelabur ke sini,” katanya ketika ditemui di Jeli.
Penyelia Dun Air Lanas Mustapa Idris, 60, juga berkata sejak Mustapa menjadi menteri yang mewakili Jeli, tidak ada kesungguhan dilakukan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Katanya kedudukan sebagai Menteri MITI tidak dimanfaatkan anggota parlimen Jeli untuk rakyat di kawasan itu.
“Sepatutnya tumpuan mewujudkan peluang pekerjaan sudah lama dilakukan sebagai menteri kabinet, namun kami melihat Mustapa tiada kesungguhan ke arah itu,” katanya.
Sedangkan katanya kerajaan negeri sehingga sekarang membina dua kilang di Jeli iaitu di Batu Melintang dan Lubuk Bongor bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.
Beliau juga mendakwa ramai kontraktor kelas F di Jeli kecewa dengan ketua Umno terbabit kerana meminggirkan mereka daripada mendapat kontrak pembinaan di Jeli.
Menurutnya antara projek yang dilaksanakan sebelum ini termasuk pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan, Politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara. - HARAKAHDAILY 16/3/2017Sumber HD - 16-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wabak H5N1 di Kelantan terkawal - menteri
KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani mengesahkan wabak H5N1 yang melanda Kelantan melibatkan ayam, itik dan ternakan lain masih terkawal.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sebanyak enam kawasan di negeri tersebut ditemui penyakit yang melibatkan 28,000 ternakan dilupuskan.
Katanya, kira-kira 184 petugas yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Kesihatan, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikerahkan bagi tujuan itu.
"Usaha pelupusan dibuat sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan wabak H5N1 ini daripada terus menular ke kawasan lain," katanya selepas mendengar taklimat JPV Kelantan di Kota Bharu petang tadi.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan pegawai Kementerian Pertanian.
Shabery juga berkata, apa yang penting kerjasama penduduk untuk menyalurkan maklumat kepada pihak bertanggunjawab termasuk polis.
"Jika orang ramai mendapati tanda-tanda penyakit itu pada ayam mereka dan ada ayam mati perlu dilaporkan bukan mengambil tindakan sendiri.
"Kerana kita bimbang ia boleh memberi kesan alam sekitar. Dan sehingga sekarang tidak ada tanda-tanda jangkitan kepada manusia," ujarnya.
Beliau juga memberi jaminan membawa masalah tersebut pada mesyuarat kabinet esok.
Kata beliau juga kerajaan mempunyai inisiatifnya tersendiri bagi mengurangkan kerugian penternak sekiranya haiwan mereka terpaksa dilupuskan.
"Pampasan juga dibayar kepada penternak, bagi ayam dan itik sekitar RM9 hingga RM10 seekor. Burung puyuh pun ada bayaran," katanya.
Beliau turut meminta supaya sebarang pertandingan melibatkan unggas dihentikan sementara sehingga Kelantan diisytiharkan bebas H5N1. - HARAKAHDAILY 16/3/2017Sumber HD - 16-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan bantu usahawan berdikari
MINGGU Gerakan Usahawan Kelantan 2017 dianjurkan kerajaan negeri bagi memberi peluang usahawan-usahawan tempatan memasarkan produk mereka.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Zulkifli Mamat berkata, usahawan tempatan berpeluang memasarkan produk pada program berkenaan.
Katanya mereka juga dapat meningkatkan daya saing dalam menghadapi cabaran persekitaran perniagaan.
"Gerakan Usahawan Kelantan dianjurkan bagi menyedia peluang dengan program lebih konfrenhensif kepada usahawan tempatan dapat bersaing dengan usahawan luar.
“Minggu gerakan usahawan dianjurkan sebagai satu platform bagi membolehkan peniaga mempromosi produk mereka,” katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.
Sebanyak 400 lot disediakan pada minggu usahawan tersebut yang mewakili pelbagai sektor.
Minggu Gerakan Usahawan Kelantan 2017 bermula 23 Mac sehingga 1 April 2017 bertempat di Pasar Seni Bazar Tok Guru, perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.
Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena program berkenaan termasuk pasar seni, ekspo makanan halal Kelantan, karnival 'online' anak muda, laman sejahtera, jahitan kreatif dan seminar.
Orang ramai juga boleh mengikuti kelas memasak, pertunjukan magis, pertandingan PC Games, mini konsert Anak Muda Kelate, KB Buskers, cabaran chef cilik dan pertandingan mewarna kanak-kanak.
Perasmiannya akan disempurnakan Menteri Besar Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob pada 23 Mac jam 11 pagi di Kelantan Trade Centre. – HARAKAHDAILY 16/3/2017Sumber HD - 16-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SPM: 10 sekolah Yik dapat 100 peratus
SEBANYAK 10 sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) mendapat keputusan 100 peratus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang diumum hari ini.
Sekolah berkenaan Maahad Muhammadi Perempuan, Maahad Tahfiz Tanah Merah dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas yang mewakili maahad kawalan.
Tiga lagi sekolah maahad pilihan iaitu Maahad Muhammadi Tumpat, Maahad Pengajian Islam, Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung.
Sekolah agama bantuan kerajaan pula iaitu SMU (A) Al-Kauthar Peringat, SMU (A) Tarbiah Islamiah, Kuala Kajang dan SMU (A) Mardziah Jabo.
Pengumuman keputusan itu dibuat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Ustaz Muhammad Awang di Nilam Puri hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengarah (Akademik) Yik, Ustaz Mohd Zaki Deraman dan Penolong Pengarah (Unit Penilaian dan Peperiksaan), Ustaz Anuar Rasid.
Mahaad Muhammadi Perempuan muncul sekolah terbaik setelah memerolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 3.15 dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah pula 3.26.
“Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat sehingga sekolah aliran Yik memperolehi keputusan membanggakan.
“Tahniah kepada pelajar, guru, ibu bapa khususnya Yik kerana telah berusaha keras sehingga kita mengekalkan kecemerlangan,” katanya.
Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob juga merakam ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya.
Manakala di Maahad Muhammadi Lelaki (MML) seramai enam pelajar mendapat keputusan 11A dalam peperiksaan tersebut.
Pengetuanya, Kamarjan Abdul Rahman berkata jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 2015 iaitu lima pelajar mendapat 11A.
Katanya, peratus kelulusan SPM 2016 sekolah itu 91.81 peratus iaitu penurunan 1.74 peratus berbanding tahun sebelumnya 93.56 peratus.
Katanya, seramai 5,399 pelajar Yik menduduki peperiksaan itu tahun lalu dengan pertambahan 418 calon. – HARAKAHDAILY 16/3/2017Sumber HD - 16-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Solat hajat, munajat elak bencana H5N1
MENGAMBIL kira Kelantan diisytiharkan sebagai wabak H5N1, Dewan Ulamak PAS Negeri akan mengadakan solat hajat dan munajat perdana di Medan Ilmu, Kota Bharu pagi esok.
Setiausahanya Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata solat hajat itu akan diadakan bermula jam 8 pagi sebelum bermula kuliah sesi pertama.
“Solat hajat dan munajat bagi mendoakan keselamatan Kelantan daripada wabak yang melanda negeri ini sekarang,” katanya di sini.
Kelantan diisytiharkan sebagai bencana dan diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) ekoran wabak tersebut.
Virus H5N1 dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong pada 6 Mac lalu berikutan beberapa ekor ayam kampung ditemui mati.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sehingga sekarang empat jajahan terbabit wabak itu.
Katanya jajahan Bachok dan Pasir Puteh antara yang terbaru dikesan berbanding sebelum ini Kota Bharu dan Pasir Mas.
“Sebanyak 23 kampung disahkan sebagai pembawa virus tersebut, di mana 18 kampung di Kota Bharu. Sehingga kini lebih 24,768 unggas dimusnahkan sebagai langkah pengawalan," katanya semalam.
Saripudin berkata orang ramai dijemput hadir pada program solat hajat pagi esok dengan membawa sejadah.
Selain itu katanya, Urusan Ulamak Kawasan juga diarahkan mengadakan solat hajat dan munajat bermula malam ini. - HARAKAHDAILY 16/3/2017Sumber HD - 16-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pasar Seni di Bazar Tok Guru
KELANTAN mencatat sejarah lagi apabila mewujudkan Pasar Seni Kota Bharu bertempat di tingkat tiga Bazar Tok Guru dekat sini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Zulkifli Mamat berkata pasar itu akan menempatkan pengiat-pengiat seni di satu tempat.
Katanya di pasar tersebut juga dicadang diwujudkan sekolah seni bagi mendidik anak muda yang berminat dalam pelbagai seni kraf rakyat Kelantan.
“Pelancarannya akan dibuat sempena Minggu Gerakan Usahawan Kelantan 2017 yang akan diadakan di beberapa lokasi perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke V, Pusat Perdagangan Kelantan, Medan Usahawan dan Bazar Tok Guru,” katanya di sini.
Menurutnya juga ekspo makanan halal pula menawarkan pelbagai pilihan citarasa makanan tempatan dan antarabangsa.
Ia akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV bermula 28 Mac hingga 1 April ini.
Sempena program itu diadakan pelbagai program menarik termasuk 100 gerai jualan produk halal, forum Halal Biz, kelas memasak, klinik usahawan halal, biz matching, demo selebriti chef, pertandingan chef cilik.
Selain itu demontrasi masakan tradisional, forum Food Flotila For Myanmar, persembahan silap mata dan pertandingan mewarna. – HARAKAHDAILY 15/3/2017Sumber HD - 15-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anak muda Kg Laut anjur kesyukuran
ANAK-anak muda di Kampung Laut Dun Pasir Pekan, Tumpat akan menganjurkan majlis kesyukuran malam ini berikutan bekas Ketua Cawangan Kampung Laut 1 menyertai Parti Amanah Negara (PAN) baru-baru ini.
Pada malam Jumaat lepas bekas cawangan terbabit Nordin Adam menyertai PAN pada program ceramah anjuran parti serpihan terbabit di Kampung Laut.
Ekoran penyertaan bersama PAN Nordin dikatakan mengisytihar membubarkan cawangan PAS berkenaan.
Tindakan Nordin dipertikai banyak pihak memandangkan cawangan itu masih lagi wujud sehingga sekarang dan dipangku Timbalan Ketua Cawangan Nik Abdullah.
Naib Yang Dipertua PAS Tumpat Wan Roslan Wan Hamat berkata majlis kesyukuran tersebut dianjurkan anak-anak muda di kampung berkenaan.
Katanya, program itu bukan anjuran cawangan sebaliknya dikendalikan anak-anak muda yang sudah lama tidak senang dengan tindak tanduk bekas Ketua Cawangan.
“Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob yang juga Adun Pasir Pekan dijangka hadir pada malam ini sebagai menghargai kesungguhan anak-anak muda.
“Menteri Besar akan menaikkan bendera gergasi di tiang setinggi 20 kaki sebagai gimik PAS semakin mantap di cawangan berkenaan,” katanya.
Wan Roslan juga berkata, PAS akan mewujudkan sebuah lagi cawangan di Kampung Laut memandangkan semakin ramai penduduk dan anak-anak muda menyertai PAS.
Katanya, sehingga sekarang terdapat 100 ahli baru di mana sebahagian besarnya kalangan anak-anak muda.
Malam esok juga akan diadakan ceramah di Dataran Purnama Kampung Laut yang dijangka dihadiri Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan PAS Negeri Datuk Nassurudin Daud. - HARAKAHDAILY 15/3/2017Sumber HD - 15-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wabak H5N1 belum jangkiti manusia - Exco
WABAK selesema burung (H5N1) yang melanda Kelantan sekarang belum lagi menjangkiti manusia, kata anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
Bagaimanapun katanya bagi mengelakkan wabak itu menular Kelantan diisytiharkan sebagai bencana dan diletakkan di bawah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya juga kerajaan negeri sentiasa memastikan tindakan sebaik mungkin diambil bagi mengawal wabak tersebut.
“Namun pada masa yang sama daging ayam masih selamat dimakan dengan syarat hendaklah dimasak lama untuk menjaminkan keselamatan,” katanya di Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.
Virus H5N1 dikesan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong pada 6 Mac lalu berikutan beberapa ekor ayam kampung ditemui mati.
Che Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau berkata, sehingga kini empat jajahan terbabit gejala itu.
Katanya jajahan Bachok dan Pasir Puteh antara yang terbaru dikesan berbanding di Kota Bharu dan Pasir Mas sebelum ini.
“Sebanyak 23 kampung disahkan sebagai pembawa virus tersebut, di mana 18 kampung di Kota Bharu.
"Sehingga kini lebih 24,768 unggas telah dihapuskan sebagai langkah pengawalan penularan wabak itu tersebut," katanya. - HARAKAHDAILY 15/3/2017Sumber HD - 15-3-2017
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bina 5,000 rumah mampu milik penggal ke-13
KERAJAAN negeri yakin mencapai sasaran menyiapkan 2,000 hingga 5,000 unit rumah mampu milik pada penggal ke-13 sekarang di seluruh Kelantan.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sehingga hari ini lebih 600 unit rumah mampu milik siap dibina anak syarikat kerajaan negeri.
Katanya, bagi merealisasikan usaha tersebut sebanyak 1,300 unit rumah mampu milik akan dibina di Bunut Susu, Tendong dan Berangan Mek Nab di Machang.
"Sasaran kita antara 2,000 hingga 5,000 unit, kalau dapat 2,000 unit alhamdulillah, kalau lebih dari itu lagi baik. Kita sedang usahakan bagi capai sasarannya.
"Insya Allah akan menjadi kenyataan dengan kerjasama semua pihak," katanya selepas merasmikan pecah tanah projek tersebut di Meranti, Pasir Mas petang tadi.
Turut hadir Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya'kob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Hanifa Ahmad, Datuk Nassuruddin Daud serta wakil-wakil rakyat.
Projek tersebut dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di kawasan seluas 5.3 ekar bakal menempatkan 64 unit rumah.
Menurutnya juga kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM9 juta setahun bagi melaksanakan projek berkenaan yang dikendalikan PMBK dan Perbadanan Iktisad Kemajuan Negeri Kelantan. - HARAKAHDAILY 15/3/2017Sumber HD- 15-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan menteri sekadar persepsi murahan
SEJAK dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah sudah acap kali Datuk Ahmad Jazlan Yakob membuat kenyataan yang tidak mencerminkan kewibawaannya.
Terbaru beliau dilapor mendakwa peningkatan HIV di negeri itu berpunca hubungan seks rambang.
“Perkara itu berlaku kerana kegagalan kerajaan negeri di bawah pentadbiran ulama,” katanya.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi mempersoalkan adakah timbalan menteri terbabit mendapat statistik yang sahih daripada agensi berkaitan.
Katanya beliau bimbang pemimpin terbabit tidak mendapat maklumat jelas dari Jabatan Kesihatan sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Kalau dirujuk beberapa kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu sebelum ini ia dibuat sekadar mahu mencetus persepsi murahan tanpa ada sokongan fakta yang kukuh.
“Mungkin berlaku satu kejutan seorang yang tidak dikenali tiba-tiba dilantik sebagai timbalan menteri, terkial-kial mencari isu ketika berdepan dengan media,” katanya.
Sumber HD - 14-3-2017
Beliau juga berkata, Kelantan sejak lebih 26 tahun lalu mengekang gejala sosial dengan menutup premis-premis hiburan dan pusat perjudian. - HARAKAHDAILY 14/3/2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan warta 24 zon larangan merokok
KELANTAN akan mewartakan 24 zon larangan merokok tahun ini bagi mengurangkan aktiviti tidak sehat itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Dr Ramli Mamat berkata langkah itu sebagai usaha melindungi bukan perokok yang terkesan dari asap perokok.
Katanya, 24 zon berkenaan membabitkan semua jajahan di negeri ini bagi menjayakan program Inisiatif Bebas Asap Rokok (Ikbar).
"Mana-mana kawasan yang telah menjadi zon larangan merokok seperti Kota Darulnaim, Medan Ilmu, hospital dan sebagainya akan diwartakan tahun ini.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Kursus Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di Kompleks Kota Darul Naim.
Jelasnya, apabila zon itu diwartakan, mereka yang merokok dalam kawasan larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.
“Buat masa ini, kita sedang mendidik masyarakat berhubung kesan asap rokok kepada kesihatan dan persekitaran menerusi ceramah dan edaran risalah,” katanya.
Datuk Ramli berkata peratusan kadar merokok di Kelantan juga menurun kepada 24.6% atau 300,000 orang tahun ini berbanding 27.3% pada 2006.
“Penurunan ini agak kecil dan kita harap usaha IKBAR mampu mengurangkan jumlah perokok sedia ada dengan sasaran penurunan 15% pada 2025,” katanya.
Pada 2014, Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yacob mengisytiharkan Medan Ilmu di sepanjang Jalan Datuk Pati Kota Bharu sebagai zon eksklusif bebas asap rokok. – HARAKAHDAILY 15/3/2017Sumber HD - 15-3-2017
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan kekal harga rumah mampu milik
BIARPUN negara dilanda kegawatan ekonomi dan berlaku kenaikan harga bahan binaan, namun Kelantan tetap mengekalkan harga rumah mampu milik.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri masih mengekalkan harga rumah terbabit.
“Kita masih lagi mengekalkan harga yang ditetapkan tiga kategori harga iaitu RM45,000, RM85,000 dan RM130,000.
“Sebagai contoh di Pasir Genda, Tanah Merah, kos pembinaan rumah mampu milik ialah RM6.7 juta manakala hasil jualannya lebih kurang RM4 juta.
“Jadi kerajaan terpaksa menanggung perbezaan harga lebih RM2 juta, tetapi kita masih cuba mengekalkan harga asal ditetap,” katanya di sini.
Sehingga sekarang terdapat 18 projek rumah mampu milik yang dilaksanakan kerajaan negeri termasuk Taman Seri Mesa, Rantau Panjang; Taman Ubudiyyah, Labok; Taman Wadi Iman, Kok Lanas; Bandar Utama, Gua Musang; Taman Seri Guchil, Kuala Krai.
Selain itu Pasir Genda, Tanah Merah; Tanah Iman Jaya, Wakaf Che Yeh; Badang, Kota Bharu; Bunut Susu, Tendong; Pulai, Gua Musang; Meranti, Pasir Mas; Berangan Mek Nab, Machang; Kadok, Ketereh; Perumahan Bandar Ciku 3 dan Gua Musang, Jubakar Pantai, Tumpat.
Abdul Fattah juga berkata kerja-kerja menanam cerucuk projek rumah mampu milik di Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan kini siap 100 peratus.
Manakala kerja pembinaan surau mencecah 25 peratus dan pembinaan bangunan dijangka siap awal 2019.
“Sehingga sekarang kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM5.3 juta daripada jumlah kos keseluruhan sebanyak RM49 juta,” katanya. - HARAKAHDAILY 15/3/2017Smber HD - 15-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumpah sokong Umno baru dapat hamper?
PILIHAN raya umum kali ini bukan lagi menghidang laluan mudah bagi Umno mempertahankan tiga Dun dan parlimen Jeli memandangkan berlaku perpecahan dalaman parti itu.
Sehingga sekarang difahamkan kira-kira 500 bekas ahli dan penyokong Umno berhijrah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
PPBM Jeli sekarang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Jeli, Dr Aminuddin Yaacub. PPBM Jeli juga disertai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan dan aktivis Parti Amanah Negara (PAN).
Berikutan keadaan yang semakin mendesak sekarang menyebabkan Umno Jeli melancarkan program Jalinan Rakyat dengan membawa hamper ke rumah penduduk.
Program itu difahamkan digerak wanita Umno Jeli, membawa barangan keperluan harian yang diagih dari rumah ke rumah di Dun Bukit Bunga.
Bagaimanapun penduduk bukan mendapat percuma hamper sebaliknya dikatakan perlu bersumpah menyokong Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Seorang penduduk memberitahu petugas Umno membawa barangan keperluan harian termasuk beras, gula, biskut dan sebagainya.
“Ada penduduk dipaksa bersumpah mengundi BN pada PRU 14 kalau mahu hamper tersebut. Hanya selepas sumpah barulah barangan keperluan harian itu diberi,” dakwa penduduk terbabit.
Penyelia Dun Bukit Bunga, Ramzi Mohd Yusof berkata, ramai penduduk di sini memberitahu mereka didatangi rombongan Umno yang membawa hamper.
Katanya, gerakan Umno itu dikesan berlaku di taman perumahan JPN di Batu Gajah.
“Taktik tersebut hanya mengulangi apa yang pernah dilakukan pada PRU lepas di mana anak perantau yang pulang mengundi diminta mengambil gambar pangkah BN pada kertas undi baru diberi habuan.
“Masa mengundi mereka diminta merakamkan gambar dengan handphone. Kemudian gambar itu ditunjukkan kepada petugas Umno untuk mendapatkan habuan,” dakwa beliau. – HARAKAHDAILY 14/3/2017Sumber HD - 14-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS lega pemimpin bermasalah sertai PAN
PAS Tumpat melahirkan rasa lega apabila bekas pemimpin PAS di peringkat cawangan yang bermasalah sejak sekian lama kini bersama Parti Amanah Negara (PAN).
Yang Dipertua PAS Tumpat Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata pemimpin yang mengumumkan keluar PAS seorang bermasalah sejak lama dahulu.
“Ini dapat menyelamatkan PAS daripada orang seperti itu,” katanya pada reaksi spontan pada perjumpaan dengan tenaga penceramah PAS di JKR 10 Kota Bharu malam tadi.
Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Johari Mat, Pengarah Pilihan Raya Zulkifli Mamat dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Dr Wan Nik Wan Yussof.
Baru-baru ini bekas Ketua Cawangan PAS Kampung Laut, Nordin Adam mengumumkan keluar PAS pada ceramah anjuran PAN di kampung tersebut 9 Mac lepas.
Beliau juga mengumum membubarkan PAS cawangan berkenaan pada majlis ceramah tersebut. Sedangkan cawangan itu masih lagi wujud dengan didokong lebih 100 lagi ahli.
Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Pasir Pekan Jamaluddin Ishak berkata, Cawangan PAS Kampung Laut mempunyai seramai 164 ahli yang berdaftar.
Katanya, Setiausaha Cawangan itu iaitu Adun Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim.
“Tindakan Nordin mengumum membubarkan cawangan itu bukan bidang kuasanya kerana cawangan itu masih wujud sehingga sekarang,” katanya.
Penghulu Mukim Kampung Laut Ghazali Harun berkata, hanya Nordin dan keluarga dan beberapa lagi ahli yang menyertai PAN.
Menurutnya sehingga sekarang masih terdapat lebih 100 lagi ahli di cawangan berkenaan. – HARAKAHDAILY 14/3/2017Sumber HD - 14-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu gimik Husam, cawangan PAS belum terkubur’ Posted on Monday, March 13 @ 14:54:21 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33998 |
Oleh Faiz Zaindudin
PETALING JAYA: PAS menyifatkan dakwaan sebuah cawangan PAS dalam kawasan menteri besar Kelantan terbubar kerana hilang kepercayaan pimpinan akar umbi sekadar gimik politik Datuk Husam Musa dan Amanah, kata setiausaha politik Datuk Ahmad Yakob.
Ia susulan dakwaan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kononnya PAS cawangan Kampung Laut yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, Tumpat dibubarkan selepas ketua cawangannya, Nordin Adam dan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) menyertai Amanah pada sebuah ceramah Khamis lalu.
Ahmad ialah adun Pasir Pekan serta yang dipertua PAS kawasan Tumpat.
“Setakat ini, tiada lagi cawangan PAS yang ditutup secara rasmi. Yang ada hanya pengumuman pihak tertentu sahaja dan apa yang dilakukan Husam baru-baru ini hanya gimik politik.
“Husam pergi Pulau Melaka, dia isytihar anak tok guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sebagai calon Amanah. Datang ceramah Kampung Laut, isytihar Nordin sebagai calon.
“Yang serah borang sertai Amanah hanya Nordin seorang setahu saya. AJK dalam cawangan tersebut masih bersama dan yang bubar cawangan itu bukan hak ketua cawangan, tetapi hak parti dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS),” kata Wan Roslan Wan Hamat kepada FMT.
Roslan yang juga naib yang dipertua PAS kawasan Tumpat menyifatkan tindakan Nordin menyertai Amanah “meringankan beban” PAS, sekaligus membersihkan parti Islam itu daripada pemimpin bermasalah yang menikam parti dari belakang.
“(Tindakan) Nordin keluar (parti), kalau ikutkan beban dalam PAS semakin ringan sebab tidak ada pihak yang membawa masalah kepada parti dan untuk makluman, Nordin sebagai ketua PAS cawangan Kampung Laut tidak hadir mesyuarat dan usrah 2 minggu sekali di peringkat DUN. Dia sudah lama mempunyai masalah.”
Malah, katanya, tindakan Nordin menyertai Amanah tidak menjejaskan PAS cawangan Kampung Laut dan jawatannya akan disandang timbalan atau AJK lain.
“Tidak sampai 24 jam ketua PAS cawangan Kampung Laut keluar parti menyertai Amanah, lebih 200 anak muda di kawasan terbabit menyerahkan borang menyertai PAS,” katanya.-FMT
Sumber TKO - 13-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulama perlu mendalami ilmu terkini
GOLONGAN ulama khususnya guru-guru pondok disaran mempelbagaikan ilmu pengetahuan khususnya internet.
Pensyarah Kolej Sultan Ismail Petra (Kias), Zulqarnain Hassan berkata, ia amat penting dalam menangani pelbagai serangan terhadap Islam zaman kini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pertahan Kerajaan Islam Kelantan Suatu Kewajipan syarie’.
Menurutnya, guru pondok jangan hanya mencari ilmu berkisar pada kitab semata-mata, sebaliknya, perlu mencari ilmu bagi menangani cabaran terhadap Islam masa kini.
“Kalau mencari ilmu tanpa kesedaran politik, kita akan jadi jumud, tak tahu politik.
“Sekarang ini wujudnya fahaman Islam alaf moden yang membahayakan aqidah umat Islam”ujarnya lagi.
Beliau berkata, ilmu agama yang diajar di pondok perlu diteruskan, bagaimanapun jangan lupa isu semasa dan perkara yang berlaku di luar.
Tambahnya, ilmu perlu diluaskan dengan menghadiri seminar, kursus untuk mencari maklumat bagi menangani serangan globalisasi terhadap Islam.
Sambungnya, ulama juga kena bangkit dan jangan sekali-kali menjadi ulama dunia untuk kepentingan diri.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas pada majlis Ijtima Ulama Kelantan.
Hampir 2,000 peserta hadir pada program yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).
Katanya lagi, BN akan berkuasa semula sekiranya Kelantan tidak dipertahankan sebaiknya.
Saya tidak tahu bagaimana nasib Yik, sekolah-sekolah pondok bawahnya dan lain-lain lagi,” ujarnya.
Sempena program itu 10 resolusi telah dicapai dan ia telah dibentangkan pengarah program Ustaz Mohd Asri Daud. – HARAKAHDAILY 12/3/2017Sumber HD - 12-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS Cawangan Kg Laut: Lebih ramai sertai PAS
PEMUDA PAS Kelantan menafikan dakwaan dan pengisytiharan oleh Datuk Paduka Husam Musa bahawa PAS Cawangan Kampung Laut, Tumpat sudahpun terbubar melaluinya ceramahnya kelmarin. Ini kerana melihat kepada sambutan oleh penduduk setempat, khasnya anak muda sendiri yang semakin ramai menyertai PAS di Kampung Laut ini.
Bahkan dengan keluarnya Ketua Cawangan PAS di kampung tersebut iaitu Nordin Adam, dan beberapa orang pengikut setianya, ke dalam parti PAN, hanyalah melengkapkan siri proses pembersihan PAS daripada anasir yang terus menikam PAS dari dalam seperti yang berlaku di semua negeri sebelum daripada ini.
Dengan pengumuman oleh Nordin ini juga, PAS Cawangan Kampung Laut tidaklah terbubar secara automatik, kerana hanya beberapa kerat sahaja yang menyertai PAN, dan puluhan lagi ahli sedia ada dalam cawangan ini masih kekal bersama PAS dan kekal mendokong cita-cita murni perjuangan Islam. Ia proses biasa, dan Pemuda PAS yakin, bahawa PAS Pusat akan segera turun bagi melantik jawatankuasa pemangku dan lain-lain tindakan yang perlu bagi memastikan kesinambungan dan kelestarian perjuangan PAS di Kampung Laut ini akan terus kekal dan subur.
Dan paling menggembirakan Pemuda PAS Kelantan adalah, tidak sampai 24 jam daripada pengumuman keluar parti oleh Ketua Cawangan tersebut, Pemuda menerima lebih daripada 200 permohonan baru untuk menjadi ahli PAS di cawangan Kampung Laut dan sekitarnya yang diserahkan oleh wakil anak muda Kampung Laut iaitu Wan Azizul Hakim Wan Rahim serta Che Said Yusuf iaitu Penghulu Mukim Gerong, Peti Undi Bendang Pulau, Kampung Laut.
Bahkan beberapa minggu lepas, lebih 150 borang permohonan baru, juga telah dihantar oleh penduduk setempat ke Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan bagi menyertai PAS yang semakin hari semakin utuh dan tegar menegakkan Islam.
Dengan perkembangan positif ini, Pemuda PAS cukup yakin dan percaya, bahawa PAS Cawangan Kampung Laut, yang diumum Husam telah terbubar, hanyalah satu mimpi di siang hari dan juga bersifat angan angan mat jenin semata-mata.
Jangan kata bubar, malahan ahli yang melompat keluar menukar bahtera tersebut pun, terus diganti oleh Allah SWT dengan penyertaan para amilin baru dan muda, yang lebih ramai, yang akan terus menggerakkan PAS di Dun Pasir Pekan ini ke mercu yang lebih tinggi dan kekal mempertahankan kerajaan Islam negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 11/3/2017Sumber HD - 11-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bantuan segera RM70,000 untuk tujuh keluarga
KERAJAAN negeri telah memindahkan tujuh keluarga yang terlibat dengan banjir lumpur di kawasan seluas satu ekar.Sumber HD - 9-3-2017
Tanah berkenaan terletak di Kampug Pauh, Temangan dekat sini, kira-kira lima kilometer dari Bukit Besi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM70,000.
Katanya, ianya untuk kerja meratakan tanah berkenaan bagi dijadikan lot perumahan pada mangsa terbabit.
Beliau, perkara itu telah diuruskan pihak Pejabat Tanah dan Jajahan Machang.
Katanya, ia telah diputuskan pada mesyuarat exco kerajaan negeri sebelum ini.
“Tindakan itu dibuat berikutan rumah mereka tidak sesuai didiami lagi akibat banjir lumpur yang melanda ketika banjir baru-baru ini,” ujarnya.
Katanya, tanah berkenaan dijadikan lot-lot perumahan yang diberikan kepada mangsa sebagai tukaran lot tanah asal mereka.
Beliau memberitahu, sebelum ini beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama mangsa.
Fadzli yang juga Adun Temangan memberitahu mereka telah bersetuju dengan cadangan pihak pentadbir tanah.
“Kerajaan negeri bersama Majlis Agama Islam Kelantan akan mendirikan rumah berkenaan kepada mangsa,” ujarnya.
Banjir lumpur berlaku di kampung itu akhir tahun lalu akibat banjir. Ia dikatakan berpunca kesan aktiviti perlombongan bijih besi yang terletak kira-kira 200 meter dari kampung berkenaan. – HARAKAHDAILY 9/3/2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MB sehari suntuk bersama rakyat di Ketereh
MENTERI Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob hari ini menyertai progam sehari suntuk bersama rakyat di kawasan parlimen Ketereh.
Ia bermula jam 8.30 pagi sehingga 5 petang ini. Beliau meninjau sendiri masalah rakyat yang dihadapi di kawasan tersebut termasuk punca berlaku banjir di bawah jambatan Melor.
Program itu dikenali Pemukiman Menteri Besar Bersama Rakyat menjadikan Parlimen Ketereh sebagai lokasi pertama.
Sebanyak 55 kediaman penduduk di Dun Kadok, Melor dan Kok Lanas diziarahi rombongan Menteri Besar yang disertai anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pemimpin PAS Ketereh.
Hadir sama pegawai-pegawai kerajaan termasuk Ketua Jajahan Kota Bharu Ahmad Robert Abdul Rahim.
“Program ini bertujuan merapatkan lagi hubungan kerajaan negeri bersama rakyat, sekaligus menyelesaikan masalah mereka terutamanya banjir,” katanya pada program berkenaan.
Penduduk Kampung Hutan Kulim di Dun Melor berdepan dengan masalah banjir kilat ketika hujan lebat ekoran difahamkan kerana faktor pembangunan tanpa perancangan teliti.
Lebih 30 keluarga yang tinggal di sepanjang Sungai Melor sering berdepan dengan masalah banjir sehingga merosakkan harta benda mereka.
Berikutan tinjauan Menteri Besar tersebut Majlis Daerah Ketereh Perbadaran Islam, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan Saliran memberi komitmen menyelesaikan masalah itu.
Ustaz Ahmad juga menyertai gotong-royong, mengecat serta membersihkan Pasar Ketereh.
Selain itu menziarahi rumah bekas pemimpin PAS termasuk mantan Adun Kadok Shukri Abdul Rahman dan mantan Adun Ketereh Mohamad Yusof. – HARAKAHDAILY 9/3/2017Sumber HD - 9-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Takaful Kifaalah boleh disedekah masjid
PENCARUM Skim Takaful Kifaalah Warga Emas yang tidak berhasrat mewasikan nama keluarga boleh menamakan masjid atau surau sebagai penerima pampasan.
Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Hanifa Ahmad berkata, ada sebilangan kecil penduduk tidak mahu mendaftar nama keluarga sendiri sebagai wasi skim berkenaan.
“Mungkin kerana tidak mahu membebankan kerajaan negeri atau mereka berkemampuan dalam aspek kewangan.
“Oleh itu mereka boleh menamakan masjid, surau, anak-anak yatim atau penduduk miskin sebagai wasi bagi menerima pampasan skim berkenaan,” katanya pada penyampaian pampasan skim berkenaan di Pejabat Dun Pengkalan Pasir semalam.
Seramai 60 keluarga warga emas yang meninggal dunia menerima pampasan terbabit.
Skim Takaful Kifaalah diperkenalkan kerajaan negeri pada Februari 2007. Warga emas yang berusia 60 tahun dan lebih layak menyertai skim berkenaan.
Setiap wasi menerima RM1,000 pada majlis itu. Manakala RM500 lagi disumbang pada hari kematian pencarum. – HARAKAHDAILY 9/3/2017Sumber HD - 9-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kewangan Kedah di bawah BN makin tenat
KEDAH di bawah pentadbiran PAS pada penggal lalu mencatat sejarah apabila berjaya membangunkan negeri itu biar pun berdepan pelbagai sekatan.
Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusof berkata kerajaan negeri yang diketuai Tan Sri Azizan Abdul Razak berjaya mencatat lebihan belanjawan lebih RM22 juta dalam tempoh hampir lima tahun.
Namun katanya, selepas diterajui Barisan Nasional kerajaan Kedah berdepan dengan perbelanjaan melebihi pendapatan (defisit).
“Misalnya pada belanjawan tahun ini yang dibentang di Dewan Undangan Negeri dicatat defisit sehingga RM75 juta.
“Malah sejak 2013 tiada apa yang mampu dibanggakan rakyat Kedah biar pun diterajui semula Umno dan BN,” katanya pada ceramah di perkarangan Masjid Jauhar, Guchil, Kuala Krai di sini malam tadi.
Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Kuala Krai Abdul Latif Abdul Rahman, timbalannya Mohd Fauzi Abdullah, Pegawai Khas Menteri Besar Lau Chin Chua dan Penyelia Dun Dabong Ku Zaki Ku Hussin.
Orang ramai memenuhi perkarangan masjid tersebut yang terletak di simpang tiga Kuala Krai-Kota Bharu-Gua Musang.
Sebelum ini Penasihat PAN Kelantan Datuk Husam Musa dilapor mendakwa kerajaan negeri membazir hampir RM300,000 membina Tugu Banjir di atas tanah milik persendirian.
Kerajaan negeri menjelaskan tugu banjir tersebut dibina di atas rezab jalan dan tiada kaitan dengan pembaziran wang kerajaan.
Beberapa hari lepas PAN juga menganjurkan ceramah difahamkan dihadiri pemimpin utama parti serpihan itu dari pusat. Namun tiada gambar dipapar mengenai kehadiran orang ramai pada program berkenaan.
Sebaliknya malam tadi kehadiran penduduk tempatan memenuhi perkarangan Masjid Jauhar yang pernah menjadi fitnah pemimpin PAN.
Md Zuki juga berkata kerajaan PAS di Kedah tidak dapat dipertahankan pada PRU lepas kerana berlaku pembelotan dalaman bekas pemimpin PAS sendiri. - HARAKAHDAILY 9/3/2017Sumber HD - 9-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawatankuasa bertindak ditubuh kekang H5N1
KERAJAAN negeri menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Kawalan Penyakit Haiwan bagi mengekang avian influenza A, H5N1.
Ia melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti polis, pihak berkuasa tempatan, jabatan perkhidmatan veterina dan lain-lain.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, ia bagi memantau penularan wabak itu.
Sehingga kini katanya, penyakit tersebut masih dalam kawalan pihak berkuasa yang melibatkan hanya satu kawasan.
"Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV) sudah mengambil langkah awal selepas mengesan tiga kes berlaku di Kampung Pulau Tebu.
"Rakyat jangan panik serta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa melaksanakan tugas mereka bagi membasmi wabak ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di Kota Bharu bersama wakil Ketua Pengarah Veterinar Kelantan, Suratan Kamarudin.
Kes berkenaan yang mula dikesan pada 6 Mac lalu, melibatkan haiwan ternakan penduduk kampung seperti ayam, burung, itik dan lain-lain.
Manakala ayam komersil tidak terlibat dengan wabak berkenaan dan masih selamat untuk dimakan oleh masyarakat.
Seramai enam orang kakitangan makmal JPV yang terdedah secara langsung kepada bangkai ayam dikuarantinkan selama 24 jam.
Wakil JPV berkata, punca jangkitan berkenaan masih dalam siasatan selepas 170 haiwan tersebut dilupuskan. – HARAKAHDAILY 8/3/2017Sumber HD - 8-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Misi PAN sekadar mahu balas dendam
KESUNGGUHAN parti serpihan mahu merampas Kelantan dilihat lebih berpangkal kepada dendam selepas kecewa tidak mendapat tempat pada Muktamar PAS 2015.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sehingga sekarang tidak nampak perjuangan Parti Amanah Negara (PAN) berpaksi kepada dasar parti yang sebenar.
Katanya mereka dilihat lebih bersifat emotif dan dendam selepas tewas pada pemilihan muktamar 2015.
“Kerana dendam terbit pula fitnah-fitnah yang dilontar mengenai pelbagai isu terhadap kerajaan negeri dan PAS,” katanya di Kota Bharu.
Sebelum ini, Presiden PAN Mohamad Sabu dilapor berkata parti itu sedia menggantikan PAS mentadbir Kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14).
Menurutnya, usaha itu dibuat kononnya bagi `menyelamatkan’ kerajaan Islam yang ditubuhkan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata kalau dilihat berdasar gerak kerja, PAN bersungguh-sungguh mahu bertembung di Kelantan.
“Apabila berputik dendam, orang hendak nasihat pun payah. Mereka enggan mendengar. Kalau berpangkal kepada pemikiran strategik, itu lain pula.
“Sepatutnya pakar strategi mereka boleh nasihatkan kesan pertandingan tiga penjuru akan memberi impak negatif.
“Dalam isu PAN saya lihat lebih berpangkal kepada dendam,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 7/3/2017Sumber HD - 7-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dinosaur pernah wujud di Kuala Koh? Posted on Monday, March 06 @ 12:58:46 MYT Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33877 |
GUA MUSANG- Dinosaur mungkin pernah menghuni Taman Negara Kuala Koh, di sini.Arham Muchtar Achmad Bahar menunjukkan struktur batu yang diambil di Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang, semalam.
Itu penemuan yang diperoleh pasukan penyelidik Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menjalankan kajian di kawasan tersebut.
Walau bagaimanapun, sehingga kini pasukan itu masih belum menemukan sebarang fosil dinasaur.
Ketua Jabatan Geobumi UMK, Arham Muchtar Achmad Bahar berkata, hasil kajian pihaknya mendapati struktur batu di kawasan itu sama seperti di sekitar Sungai Cicir, Gunung Gagau dan Tasik Kenyir di Terengganu yang pernah menjadi tempat penemuan fosil dinosaur.
Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menemukan spesies Theropod dan Sauropod selepas mengadakan perbincangan dengan pasukan penyelidik.
"Satu pasukan penyelidik sebelum ini pernah menemukan fosil seperti gigi dan tapak kaki dinosaur jenis itu di Sungai Cicir, Kuala Berang yang terletak kira-kira 60 kilometer dari kawasan ini.
"Kita akan meneruskan kajian di Taman Negara dan kawasan sekitar hutan di Gua Musang bagi membuktikan kewujudan itu," katanya di sini, hari ini.
Pada 13 sehingga 23 Oktober 2014, sekumpulan penyelidik yang menjalankan Ekspedisi Gagau - Menjejak Dinosaur telah menemukan fosil haiwan purba tersebut di Sungai Cicir, Tasik Kenyir.
Ekspedisi yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM) tersebut menemukan fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod.
Pasukan penyelidik tersebut dianggotai pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Jabatan Perhilitan Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
Arham Muchtar berkata, penyelidikan lebih teliti yang melibatkan pelbagai pihak seperti JMG serta Jabatan Perhutanan harus dilakukan bagi membuktikan kewujudan haiwan purba tersebut.
Justeru, kata beliau, semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menjalankan penyelidikan tersebut kerana sejarah baharu akan tercatat sekiranya fosil dinosaur tersebut ditemukan di Taman Negara Kuala Koh.
"Kawasan ini akan menjadi tumpuan dunia sekiranya fosil tersebut ditemukan," katanya - 5 Mac- U/M
Sumber TKO - 6-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tukar pemerintahan PAS di Kelantan, beri sebab kukuh
PIHAK yang berhasrat menukar pemerintahan PAS di Kelantan perlu tampil menyatakan sebab yang kukuh untuk berbuat demikian.
Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri kini berpandukan kepada keberkatan dan juga kebajikan.
Sebaliknya menurut beliau, ada individu yang terus-menerus mendakwa kerajaan negeri gagal memberi kebajikan kepada rakyat.
"Apa lagi yang kita tidak berikan manfaat kepada rakyat, kita mampu melahirkan golongan tahfiz di sekolah kelolaan kita.
"Apa lagi yang kita mahu, adakah hanya makan minum yang sedap kemudian 'keluar' setiap hari?" soal beliau.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian pecah tanah Pasar Binjai dekat Kota Bharu, semalam.
Sehingga kini kerajaan negeri menguruskan 89 buah sekolah dengan seramai 40,000 pelajar yang didedahkan ilmu agama dan akademik.
Atas kegigihan itu katanya, Kelantan mampu melahirkan modal insan yang baik walaupun terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU).
Katanya, beliau kagum dengan kebolehan qari remaja cacat penglihatan, Muhammad Qayyim menjuarai Tilawah Al Quran Peringkat Kelantan 2017.
Muhammad akan mewakili Kelantan dalam pertandingan tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Melaka, ujarnya.
"Begitu hafizah umur 15 tahun menghafal 30 juzuk yang boleh mentafsir al-Quran secara bebas.
"Kita memerintah negeri ini berpandukan syariat agar semua rakyat dari pelbagai lapisan dapat merasai keberkatan dalam hidup," katanya. - HARAKAHDAILY 5/3/2017Sumber HD - 5-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PASAR Binjai bakal dikenali Pasar Tok Kenali
PASAR Binjai yang dijangka siap dalam tempoh 10 hingga 11 bulan bakal dikenali dengan nama Pasar Tok Kenali.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mumtaz Mad Nawi berkata, usaha sama turut dilakukan pada pasar-pasar lain di Kelantan.
Menurutnya, ia bagi menjadi pandangan masyarakat terhadap lokasi tersebut ditukar kepada prospek lebih baik.
"Pasar dalam negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam' ialah pusat aktiviti masyarakat untuk mendapat keberkatan.
"Justeru, kita memberi nama pasar ini dengan nama Tok Kenali," katanya ketika berucap pada majlis itu, dekat Kota Bharu.
Majlis pecah tanah pasar binjai itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Ustaz Bentara Kanan Ahmad Yakob, semalam.
Mumtaz dalam pada itu menyifatkan 4 Mac lalu merupakan hari yang bersejarah bagi Dun Demit kerana menerima kedatangan Menteri Besar.
Kedatangan tersebut bagi menyaksikan penyerahan kunci Dewan Dato' Muhammad Daud al-Iraqi dan majlis pecah tanah Pasar Binjai.
"Pembinaan pasar ini memang sudah dinanti-nantikan oleh penduduk di Kubang Kerian khususnya Dun Demit secara umum.
"Pemilihan lokasinya juga menarik kerana terletak di sebelah sungai dan banyak lagi program pelancongan dapat dimajukan," katanya. - HARAKAHDAILY 5/3/2017Sumber HD - 5-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan bina pasar, peruntukan persekutuan tidak sampai
KERAJAAN Kelantan mengambil inisitif sendiri dengan membina sebuah pasar di Binjai, Kota Bharu dekat sini selepas peruntukan daripada kerajaan persekutuan tidak sampai.
Exco Kerajaan Tempatan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM4.5 juta bagi membina struktur dua tingkat itu.
Menurutnya, langkah tersebut bagi menggantikan pasar sejahtera dengan peruntukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijanjikan dua tahun lalu.
"Perancangan asal memang begitu dengan peruntukan lebih kurang RM7 juta, semua pelan sudah diterima, tetapi setelah lebih setahun peruntukan ini tidak turun.
"Sehubungan itu, kita mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan, MPKB-BRI untuk melakukan sendiri projek tersebut yang dijangka siap hujung tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan pecah tanah pasar berkenaan yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob.
Turut hadir Adun Demit, Mumtaz Mad Nawi; Yang Dipertua Majlis Perbandarkan Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Datuk Zamri Ismail dan timbalan exco, Abdul Rahman Yunus.
Abdul Fattah berkata, kos berkenaan meliputi RM2.5 juta membina bangunan dan masing-masing RM2 juta bagi proses menambung dan pengambilan tanah penduduk di kawasan itu.
Projek berkenaan dimajukan oleh AUEI Teras Holdings bakal menjadi kawasan Lembah Binjai sebagai satu lagi pusat yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Menurutnya, seramai 500 orang peniaga yang menjalankan urusan di Kubang Kerian dan Binjai akan dipindahkan ke lokasi berkenaan apabila ia siap kelak.
"Tapak ini kita bina lebih dari setahun usianya, jadi peniaga-peniaga ini di Pasar Binjai dan Kubang Kerian, kita kumpulkan mereka di tempat yang lebih selesa di sini," katanya. - HARAKAHDAILY 5/3/2017Sumber HD - 5-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dewan Datuk Muhammad Daud semarak majlis ilmu
DEWAN Datuk Muhammad Daud al-Iraqi yang terletak di Bandar Baru Kubang Kerian, Kota Bharu mampu beri manfaat kepada penduduk sekitar.
Penyerahan kunci bangunan itu telah disaksikan oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob pada majlis semalam.
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menerima penyerahan itu dari Kasjaria Kim Huat Sdn Bhd.
Mengulas mengenainya, Ahmad berkata, dewan serbanguna itu sangat penting bagi menyemarakan majlis ilmu dan kegiatan sosial lain.
"Dengan adanya kemudahan ini ia merupakan satu kelebihan kepada penduduk sekitar bagi mendapat manfaat.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kepada MPKB-BRI dan wakil rakyat Demit kerana berusaha dapatkan dewan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan penyerahan kunci dewan tersebut kepada kerajaan negeri.
Turut hadir Adun Demit, Mumtaz Mad Nawi; Adun Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus dan YDP MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail.
Selain mantan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Pengarah Urusan Kasjaria Kim Huat, Chua Siew Seng.
Katanya lagi, nama tokoh berkenaan dipilih kerana peranannya yang tidak pernah jemu menyebar ilmu agama khususnya di Kelantan.
Ketika berucap pada majlis itu, beliau menyifatkan mantan Adun Demit itu sebagai 'kamus bergerak' dalam empat mazhab ahli sunnah.
"Apabila saya berbincang dengan Almarhum Tuan Guru berkaitan hukum dalam empat mazhab, rujukan pertama ialah Dato' Mohammad Daud Iraqi.
"Sama-sama kita berdoa kepada agar Allah membuka semula suaranya bagi kita perolehi ilmu yang luas daripadanya," katanya.
Sementara itu Mumtaz Mad Nawi mengalakan sebarang aktiviti diadakan dengan seliaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Beliau turut menyambut baik hasrat Menteri Besar agar dewan tersebut dijadikan sebagai pusat untuk menyampaikan kuliah agama.
"Ia merupakan satu cadangan yang sangat baik disamping program kemasyarakatan dan ia akan disusun di sini.
"Kita akan berbincang dengan PBT, cuma susunan kita agak terhad kerana dewan ini akan digunakan juga oleh orang ramai," katanya. - HARAKAHDAILY 5/3/2017Sumber HD - 5-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PPBM, PKR pertahan pimpinan ulama di Kelantan
TUMPAT: Bukan lagi sekadar bekas pemimpin Umno peringkat akar umbi yang mahu mempertahankan kepimpinan ulama di Kelantan, sebaliknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR turut menyatakan komitmen serupa.
Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata pihaknya akan turut bersama mempertahankan Kerajaan Kelantan yang ada sekarang.
“Kita hendak bantu pertahankan Kelantan dengan semampu yang boleh. Kita akan pastikan Umno tidak boleh hendak menawan negeri ini pada pilihan raya umum ke-14 nanti,” katanya pada program Ceramah Mega Anak Muda Pertahan Kelantan di perkarangan Pasar Wakaf Bharu, malam tadi.
Hadir sama Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Naib Presiden PPBM Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari.
Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Mohd Nor, Ketua AMK Dr Hafiz Rizal, Ketua PPBM Machang Datuk Sazmi Miah dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Nazman Che Iberahim.
Ribuan anak muda menyertai program tersebut yang bermula selepas Asar dengan program santai. Pada program itu juga anak-anak muda melafazkan ikrar mempertahankan Kerajaan Kelantan.
Sebelum itu, Pemuda PAS yang mewakili Jabatan Amal, Dun Kelaboran, Wakaf Bharu, Pasir Pekan dan Pengkalan Kubor menerima panji daripada Ustaz Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS sebagai gimik pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Tumpat.
Mukhriz juga berkata beliau tidak pernah terfikir sebelum ini boleh berada di pentas PAS biarpun sudah dua kali mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan ketika mengetuai kerajaan Kedah.
“Saya juga mungkin satu-satu Menteri Besar daripada Umno yang pada hari pengkebumian Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz pada Februari 2015.
“Biarpun saya tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan namu sambutan diberi PAS di negeri ini begitu meriah sekali,” ujarnya.
Dr Hafiz juga berkata tiada sebab rakyat Kelantan hendak menukar kerajaan negeri yang ada sekarang kepada kerajaan yang dipimpin parti lain.
Katanya, PKR terus menjalinkan tahaluf siyasi dengan PAS di Kelantan bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.
“Adakah tuan-tuan hendak tukar kerajaan negeri yang ada sekarang di Kelantan?” soalnya.
Kemudian dijawab spontan ribuan orang yang hadir, "tidak". - HARAKAHDAILY 4/3/2017Sumber HD - 4-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa salahkan Kelantan? Homoseksual isu negara, kata timbalan MB Posted on Friday, March 03 @ 21:19:44 MYT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33824 |
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub tidak patut menyalahkan PAS sebagai punca peningkatan golongan homoseksual di Kelantan sedangkan seluruh negara turut menghadapi masalah sama, kata timbalan menteri besar Kelantan.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian selepas Jazlan menyalahkan PAS gagal mempromosi cara hidup Islam sebenar sebagai punca golongan homoseksual bertambah di negeri itu.
Amar berkata, isu homoseksual ialah isu negara dan kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) perlu memikul tanggungjawab bersama.
“Kenapa nak salahkan kerajaan Kelantan? Habis kerajaan Malaysia buat apa? Isu dadah,
homoseksual ini adalah isu negara bukan hanya di Kelantan, dia ada tanggungjawab masing-masing.
“Kalau hanya Kelantan bertindak dan kerajaan pusat tidak kawal rakyat, tetap akan terdedah kepada gejala terbabit,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Jazlan yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan membidas pemimpin PAS yang mendakwa diri mereka juara Islam, tetapi tidak mampu menangani peningkatan aktiviti homoseksual.
Jazlan turut membidas Mohd Amar kerana menyalahkan Thailand mempengaruhi penduduk Kelantan terlibat dengan aktiviti homoseksual.
Mohd Amar bagaimanapun menolak dakwaan Jazlan itu dan menegaskan isu homoseksual tidak patut dipolitikkan.
“Kalau nak salahkan satu sama lain tidak selesai masalah, saya nasihatkan mereka lebih gentleman dan tidak mempolitikkan semua perkara.
“Saya tidak salahkan Thailand. Saya kata antara faktornya kerana kedudukan geografi Kelantan dekat dengan Thailand, sekaligus memudahkan usaha pengaliran dadah.
“Kerajaan Kelantan secara berterusan berusaha mengurangkan gejala homoseksual dengan melakukan pelbagai program selaras bidang kuasa kerajaan negeri yang ada,” katanya.
Sumber TKO - 3-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dun Kelantan belum terima soalan Adun PAN
KOTA BHARU: Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) lepas, Adun Parti Amanah Negara (PAN) Salor Datuk Husam Musa kerap bertegang leher dengan wakil kerajaan.
Ketika pihak kerajaan menggulung perbahasan beliau acap bangun membangkitkan pelbagai isu, sedangkan ketika Exco menjawab soalan lisan Adun Salor jarang kelihatan di Dun.
Bagaimanapun pada persidangan Dun akhir Mac ini Adun PAN difahamkan belum menghantar sebarang soalan untuk dijawab pihak kerajaan.
Perkara itu disahkan Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob dengan menjelaskan setakat ini pihaknya belum menerima sebarang soalan sama ada untuk jawapan bertulis atau mulut dari Adun Salor.
“Sebanyak 11 soalan diterima dari ahli-ahli dewan yang mahu mendapatkan jawapan bertulis. Manakala soalan untuk jawapan mulut sebanyak 25 soalan,” katanya di sini.
Beliau berkata sehingga semalam tiada satu soalan pun dari wakil PAN diterima pihak Dun. – HARAKAHDAILY 2/3/2017Sumber HD - 2-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya mohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan
UMNO Kelantan dilihat agak tempang menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. Tiada lagi aktivis yang mampu menggempur gerak saraf lawan seperti PRU-13. Sekarang bekas Setiausaha Gerak Saraf Umno Kelantan, Kamarudin Mohd Kasim tidak lagi bersama parti itu. Beliau juga sebelum ini menerajui Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar). Ketika itu beliau lebih dikenali sebagai Jogho Kelate. Kamarudin juga mantan Setiausaha Penerangan Umno Kelantan. Pernah juga mengetuai media maya dan IT Umno Kelantan. Bagi mengetahui punca beliau meninggalkan Umno, ikuti temubual bersama wartawan Muhammad Arif Ismail baru-baru ini.
Sejak bila berada dalam Umno?
Saya terlibat dengan Umno ketika bergelar mahasiswa pada 2001. Di UiTM Machang saya dilantik pengerusi kelab penyokong kerajaan. Saya juga mengepalai kumpulan mahasiswa menyokong Umno dan BN Kelantan.
Mengapa menyertai Umno?
Ketika belajar saya hanya sebagai pengerak. Setelah tamat belajar saya bekerja di Kementerian Kebudayaan dan Kesenian di bawah Datuk Rais Yatim. Selepas itu saya dipanggil Tan Sri Annuar Musa untuk berkhidmat di Kada.
Kemudian dipindah pula berkhidmat di Perhubungan Umno Kelantan pada 2010. Saya banyak melakukan kerja gerakan saraf, penerangan dan tugas khas bagi membantu Pengerusi Perhubungan Kelantan. Saya juga adalah admin group whatsapp Perhubungan Umno Kelantan. Saya tiada jawatan tetap.
Tidak dinafikan banyak isu dalam Umno saya tahu. Begitu juga strategi Umno untuk menghadapi PAS. Bagaimanapun selepas pulang daripada mengerjakan umrah saya rasa perlu berada di luar Umno kerana melihat kelompangan dan penyelewengan yang berlaku. Saya tidak terdaya lagi berada dalam Umno.
Apa tugas saudara ketika menghadapi PRU-13?
Saya memulakan gerakan Tukar pada 2010. Ia adalah inisiatif sendiri melalui badan bukan kerajaan yang saya tubuh. NGO itu ditubuh menjelang PRU 13 bagi melihat sokongan rakyat terhadap Umno. Malangnya menjelang hari mengundi anak-anak muda di perantauan meranapkan gerakan yang saya bina selama tiga tahun. Ternyata PAS Kelantan mempunyai kekuatan akar umbi. Buatlah Tukar 2.0 sekalipun sokongan rakyat terutamanya anak muda tetap tidak berubah. Ketika itu gerakan Tukar membawa dua isu besar iaitu janji kerajaan PAS Kelantan dan tanah adalah maruah. Beberapa siri perhimpunan rakyat diadakan termasuk di hadapan Kota Darulnaim. Setiap siri demontrasi berlaku pergaduhan yang melibatkan Tukar dengan NGO lain termasuk Royalti.
Bagaimana kecederungan politik saudara sekarang?
Setelah meninggalkan Umno, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan di atas tindakan saya mahu meruntuhkan kerajaan Islam pada PRU 13. Sekarang saya menghambakan diri untuk bersama kepimpinan kerajaan negeri bagi mengekalkan Kelantan di bawah PAS. Saya sekarang juga Setiausaha Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Mengapa menyertai Bersatu?
Saya selalu menyatakan kepada rakan-rakan kenapa keluar Umno dan menyertai Bersatu.
Paling ringkas saya tidak mahu berkongsi dosa selagi berada dalam Umno. Bahkan saya merasakan ada kebenarannya. Kita melihat terlalu banyak dosa dilakukan kerajaan BN termasuk isu 1MDB, rasuah, songlap duit rakyat, GST, nilai ringgit jatuh dan banyak lagi isu yang membelenggu rakyat. Malangnya Umno seperti tidak menghirau apa yang dideritai rakyat. – HARAKAHDAILY 2/3/2017Sumber HD - 2-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baldah Toyyibah rayu ke Mahkamah Rayuan
KOTA BHARU: Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dijangka membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi berhubung kes sama Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI).
Mahkamah Tinggi di sini semalam dilapor memberitahu wujud kontrak yang sah dengan Baldan mengenai projek pembinaan lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache membenarkan tuntutan itu dengan merujuk surat hasrat bertarikh 8 Oktober 2012 dan surat setuju terima bertarikh 31 Oktober 2012.
Prosiding kes itu didengari selama 40 hari melibatkan 16 saksi termasuk bekas anggota Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa sebagai saksi pihak plaintif.
Sebelum ini syarikat itu menuntut ganti rugi RM230 juta ekoran dakwaan kerajaan negeri mengingkari surat hasrat pembinaan lebuh raya rakyat.
Sumber kerajaan memberitahu anak syarikat kerajaan negeri akan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung kes tersebut. Baldah diwakili peguam dari Azmi & Associates. – HARAKAHDAILY 2/3/2017Sumber HD - 2-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Derma siswa: Purnama peruntuk RM60,000
KOTA BHARU: Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan (Purnama) memperuntukkan sebanyak RM60,000 untuk program derma siswa tahun ini.
Sumbangan itu diberikan kepada 100 orang pelajar mewakili 10 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) sebanyak RM50 seorang selama setahun.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, telah menyampaikan sumbangan itu pada majlis khas yang diadakan di sebuah hotel hari ini.
Hadir sama pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi, Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Zailah Mohd Yusof.
Hadir sama, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), bekas Pengerusi Purnama Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak serta anggota jawatankuasa Purnama.
Pengerusi Purnama, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid, ketika berucap pada majlis itu berkata sumbangan itu diberikan bagi membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan.
Katanya, walaupun sumbangan tersebut tidak besar, namun ia diberikan sebagai tanda ingatan pihaknya.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Yik kerana pelajarnya sentiasa cemerlang dalam pelajaran. – HARAKAHDAILY 2/3/2017Sumber HD - 2-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAN jadi liabiliti Pakatan Harapan
BACHOK: Impian PAN untuk menggantikan PAS bagi mengukuhkan Pakatan Harapan kini terserlah apabila kewujudannya membuatkan pakatan pembangkang itu semakin bercelaru.
PAN yang bermula dengan PASMA dan Harapan Baru bermula dengan rekod yang tercalar kerana gagal mempertahankan jawatan pada muktamar PAS 2015.
Percubaan PASMA menyingkirkan kepimpinan ulama gagal sehingga hampir kesemua pemimpin yang tewas tidak mampu menerima hakikat ditolak perwakilan.
Ekoran itu pelbagai alasan dicipta termasuk ‘chai’ semata-mata bagi memburukkan ulama yang menjadi pilihan perwakilan pada muktamar PAS.
Aktivis anak muda Mohd Fadhil Aiman berkata PAN muncul sebagai NGO yang dinamakan sebagai PASMA bergerak bagi menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Namun katanya mereka sendiri yang terpelanting daripada kedudukan dalam PAS setelah perwakilan PAS menyedari tindak tanduk mereka.
“PAN wujud kononnya hendak menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan. Tapi apa yang berlaku bukan ganti sebaliknya menyebabkan Pakatan Harapan menjadi tambah kecamuk.
“Saya pun hairan ketika kehadirannya membebankan Pakatan Harapan, tiba-tiba pemimpin mereka di Kelantan bercakap pula hendak rampas daripada PAS,” katanya.
Baru-baru ini Timbalan Presiden PAN Salahudin Ayub dilapor mendakwa parti itu yakin mampu merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
Naib Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Azmi Nor juga melahirkan rasa hairan PAN menguar-uarkan berjaya menubuh banyak cawangan di Kelantan.
Katanya, pada peringkat awal tidak dinafikan jelajah parti itu agak mendapat sambutan, namun sekarang orang ramai sudah bosan dengan retorik mereka.
“Saya pun hairan dakwaan ada ahli PAS di Pulau Melaka menyertai PAN, sedangkan Cawangan PAS di situ pun tidak kenal orang terbabit,” katanya.- HARAKAHDAILY 2/3/2017
Sumber HD - 2-3-2017
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bekas pemimpin Umno pertahan PAS di Kelantan
PASIR MAS: Biarpun parti serpihan ghairah mahu menawan Kelantan, sebaliknya semakin ramai bekas pemimpin dan penyokong Umno mahu mempertahankan kepimpinan ulama.
Malam tadi seramai 52 lagi bekas pemimpin Umno peringkat cawangan menyerah borang menyertai PAS, dengan diketuai bekas Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Tendong, Zakaria Abdul Rahman.
Minggu lepas seramai 202 termasuk penyokong Umno di Dun Chetok menyertai PAS sempena program ceramah di Kangkong.
Zakaria, bekas guru besar memilih PAS sebagai landasan baru perjuangan selepas melihat kebobrokan yang berlaku dalam negara sekarang.
“Rumah saya ini pernah menjadi tempat persinggahan pemimpin-pemimpin Umno yang datang ke Pasir Mas.
“Ketika pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada 2005, Umno Perak menjadikan rumah saya sebagai bilik gerakan yang diketuai Tan Sri Tajol Rosli Ghazali,” katanya pada ceramah di rumahnya di Kampung Kubang Batang malam tadi.
Hadir sama Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad, timbalannya Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, Naib Yang Dipertua Zuraidin Abdullah.
Selain itu Setiausaha PAS Pasir Mas Suhaimi Mat Daud, Adun Tendong Rozi Muhamad dan Ketua Pemuda PAS kawasan itu Ahmad Fadhli Shaari.
Kampung Kubang Batang sebelum ini merupakan kubu Umno. Penduduk tempatan memenuhi halaman rumah Cikgu Zakaria, mengikuti pengumuman bersejarah Zakaria meninggalkan Umno yang disertai 40 tahun lalu.
Sejak tahun lepas pemimpin utama PAN termasuk Presidennya Mohamad Sabu, timbalan Salahuddin Ayub dan Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yakin parti itu mampu menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14. – HARAKAHDAILY 2/3/2017Sumber HD - 2-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PPR: Umno tiada hak tentukan pembeli
KOTA BHARU: Pengalaman projek perumahan rakyat (PPR) di Gua Musang yang dikatakan dikawal sepenuhnya Umno dibimbangi menular kepada PPR di sini.
PPR Gua Musang yang dibina bagi memenuhi janji Umno pada pilihan raya kecil Galas pada 2010. Ia terbiar tanpa penghuni dalam tempoh begitu lama selepas siap dibina.
Hanya tahun lepas sebahagian mangsa banjir 2014 dan pembeli PPR diberi kunci rumah berkenaan. Namun malangnya pada peringkat awal penghuni di situ terpaksa bergelap kerana tiada elektrik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim berkata, beliau akan memastikan apa yang berlaku di tempat lain tidak terjadi di PPR Kota Bharu.
Katanya, biar pun projek berkenaan dikendalikan kerajaan persekutuan, namun Umno tiada hak bagi menentukan bakal pembelinya.
“Kita akan memastikan bukan hanya ahli Umno dan Barisan Nasional sahaja yang mendapat manfaat projek berkenaan.
“Sepatutnya kuota ditetapkan antara kerajaan Persekutuan dan negeri iaitu 50:50 bagi mengelakkan ketidakadilan berlaku,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan hari sukan Maahad Pengajian Islam di sini hari ini.
PPR Wakaf Mek Zainah kini sedang giat dibangunkan. Pecah tanah projek itu dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika kempen pilihan raya umum 2013. – HARAKAHDAILY 1/3/2017Sumber HD - 1-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PAS sedia berhadapan dengan PAN di Kelantan
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri sentiasa membuka peluang seluasnya dan memberi kerjasama kepada mana-mana pihak dalam penganjuran satu-satu program.
Agensi Kerajaan Pusat juga hari ini dilihat cukup positif dalam keterlibatan menjayakan sebahagian daripada agenda Kerajaan Negeri.
Zaman sekarang adalah zaman masyarakat berpolitik dengan cara matang dan sejahtera dengan meninggalkan politik dendam, fitnah, adu domba dan saling membenci.
Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Dr Ramli bin Mamat sewaktu ditemui di pejabatnya selepas Persidangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri hari ini mennyebutkan bahawa kerjasama seumpama ini ternyata kembali memberi manfaat kepada rakyat.
"Contohnya program siri Karnival Setitis Darah Sekalung Jiwa (Sejiwa) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan mendapat kerjasama yang baik terutama dari Unit Tabung Darah Hospital."
Menurutnya siri Karnival Sejiwa terdekat akan berlangsung pada Jumaat 3 Mac 2017 ini di Dataran Peragu Pantai Irama Bachok bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.
Sejiwa kali lebih menarik kerana selain pelbagai pemeriksaan kesihatan percuma, kali ini turut diwujudkan Petty Zoo (zoo haiwan peliharaan) dan basikalthon. Setiap penyertaan derma darah layak menerima t-shirt, sijil dan lain-lain.
Ketika ditanya tentang Parti Amanah Negara (PAN) yang mula masuk ke dalam DUN Bunut Payong yang diwakili oleh beliau.
"PAN melawat cari orang susah di kawasan saya kerana mungkin di kawasan mereka orang miskin sudah habis dibantu atau mungkin ia tanda piliharaya umum sudah hampir.
"Kita sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana pihak yang ingin menghancurkan parti Islam PAS yang sekian lama terbukti berusaha untuk mendaulatkan Islam di negara ini," katanya
Menyentuh tentang serangan dan fitnah PAN kepada PAS dan kepimpinan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Ramli berkata hanya Allah dan orang yang membuat fitnah itu lebih mengetahui bahawa ia adalah dusta dan fitnah. – HARAKAHDAILY 1/3/2017Sumber HD- 1-3-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MB lawat pondok terbakar dan sampaikan bantuan
TUMPAT: Kerajaan negeri menyumbang sebanyak RM100,000 kepada pengurusan Madrasah Al-Badriah Pondok Jal Besar terbakar yang terbakar kira-kira jam 8.00 malam tadi.
Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yaakob kepada mudir pondok, Saifulbaharin Che Ali di tapak kebakaran petang tadi.
Katanya, RM50,000 sumbangan itu melalui Tabung Serambi Makkah dan selebihnya Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).
Ahmad berkata lagi, pada masa yang sama beliau mendapat maklum Pemangku Raja yang juga Yang Dipertua Maik, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, berkenan meluluskan sumbangan sebanyak RM300,000.
Beliau berkata, sumbangan itu diberikan untuk membantu pondok berkenaan yang kerugian dalam kebakaran itu.
“Terpulang pihak pondok sendiri untuk kaedah mana nak dibelanjakan peruntukkan itu.
“Pada masa yang sama saya juga menyeru orang ramai menyalurkan sumbangan kepada pihak pengurusan pondok supaya baik pulihnya dapat dilakukan segera,”ujarnya.
Beliau turut menasihati pihak pondok dan orang ramai supaya berhati-hati menggunakan elektrik.
Katanya, penyambungan elektrik yang berlebihan akan mengakibatkan litar pintas.
Sambungnya, musibah tidak dijangka akan berlaku.
“Pihak pengurusan pondok perlu memberi kefahaman pada pelajar bagi menjaga keselamatan serta tidak cuai,” ujarnya.
Sementara itu, Ustaz Saifulbaharin ketika ditemui mengucapkan terima kasih pada menteri besar serta pimpinan kerajaan negeri yang lain.
Katanya, beliau amat terharu menerima kunjungan dan bantuan semua pihak khususnya pimpinan tertinggi kerajaan negeri.
“Terima kasih banyak, kami bersedia menerima sumbangan dari orang ramai, datanglah ke tempat kami,” ujarnya.
Turut hadir mengiringi menteri besar, timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Datuk Mohd Nasruddin Daud dan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Hadir sama Speaker Dun, Datuk Abdullah Yakob, Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Azlan Abdul Hadi dan Ketua Jajahan Rosnazli Amin. – HARAKAHDAILY 1/3/2017Sumber HD - 1-3-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kelantan beri bantuan kepada pondok terbakar
TUMPAT: Madrasah Al- Badriah Pondok Jal Besar terbakar kira-kira jam 8.00 malam tadi mengakibatkan 44 pondok tempat tinggal pelajar musnah.
Seramai 70 orang pelajar yang menghuni pondok berkenaan bagaimanapun selamat dalam kejadian itu.
Serentak dengan itu Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Mumtaz Md Nawi turun menyampaikan sumbngan mewakili kerajan negeri.
Setiap pelajar mendapat sumbngan kewangan dan pihak pengurusan pondok RM2,000.
Mumtaz turut mencadangkan supaya JKM menyalurkan sumbngan lagi kepada mangsa-mangsa kebakaran.
Beliau turut mengucapkan takziah di atas apa yang berlaku.
Hadir sama meninjau perkembangan kebakaran, Adun Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Hanafi Maulud.
Sementara itu, Mudir pondok itu, Saifulbaharin Che Ali berkata, 44 daripada 100 pondok musnah dalam kebakaran itu.
Katanya, ketika kejadian dia tiada di pondok itu kerana mengajar di Masjid Kampung Delima.
“Saya dapat tahu pondok ini terbakar selepas dihubungi pelajar pondok ini," katanya. – HARAKAHDAILY 1/3/2017Sumber HD - 1-3-20117
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pondok Jal Besar Terbakar Posted on Wednesday, March 01 @ 06:51:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33772 |
TUMPAT: Lebih 120 pelajar Madrasah Al- Badriah Pondok Jal Besar di sini tinggal sehelai sepinggang selepas 60 unit pondok kecil yang menjadi kediaman mereka musnah dalam kebakaran malam ini.
Bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 8.00 malam itu dilaporkan tidak melibatkan kemalangan nyawa selepas pelajar terbabit dikatakan berada di masjid berhampiran.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Raja Arisan Raja Semail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran kira-kira pukul 8.25 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian
bersama dua jentera dengan 10 anggota.
"Sebaik saja sampai ke lokasi kejadian, kita mendapati api sedang marak. Kita berjaya mengawal kebakaran selepas itu," katanya.
Sementara itu, Mudir pondok tersebut, Saifulbaharin Che Ali berkata, ketika kejadian kerana beliau sedang mengajar di Masjid Kampung Delima di sini.
Sementara itu, Mudir pondok tersebut, Saifulbaharin Che Ali berkata, ketika kejadian kerana beliau sedang mengajar di Masjid Kampung Delima di sini.
"Saya mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi pelajar pondok tersebut," katanya.
Sumber TKO - 1-3-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9 peserta Malaysia ke Tilawah Tijan An Nur di Qatar
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44444-9-peserta-malaysia-ke-tilawah-tijan-an-nur-di-qatar
PENGKALAN CHEPA: Seramai sembilan orang peserta yang mewakil Malaysia, akan menyertai pertandingan musabaqah al-Quran Antarabangsa anjuran Tijan An-Nur Jazeera Children Channel (JCC).
Daripada jumlah itu, seorang daripadanya dari Terengganu dan selebihnya dari Kelantan akan berada di Qatar selama 12 hari.
Malam tadi mereka berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan seterusnya berlepas ke Qatar pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Majlis perlepasan itu dilakukan bersama Pengarah Jabatan Pembangunan Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Ustaz Ropein Hassan.
Turut melakukan perlepasan Pegawai Khas anggota exco kerajaan negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Borhanuddin Ahmad.
Ustaz Ropein berkata, tilawah Tijan An-Nur itu adalah program khas kanak-kanak yang disiarkan oleh stesen televisen Qatar, Jazeera Children Channel (JCC).
Menurutnya, semua perbelanjaan ditanggung oleh Qatar bagi mencungkil bakat baru dalam tilawah musim ke lima itu.
“Selain peserta, turut ditaja oleh stesen tv berkenaan adalah pengiring peserta sama ada ibu atau bapa atau pembimbing bacaan al-Quran peserta,” ujarnya.
Ini kerana, setiap peserta perlu dilatih agar mereka dapat mengikuti beberapa lagi pertandingan sebelum berjaya ke peringkat akhir.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri telah melantik imam Madinah Ramadan Sheikh Hisyam Abdul Bari ke sana sebagai wakil kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau berharap peserta Kelantan dapat membawa balik kejayaan.
“Yang penting ilmu yang ada dapat dimanfaatkan pada masyarakat dan mengharumkan nama negeri dan negara tambahan pula program itu bakal disertai oleh peserta hampir seluruh dunia, ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 28/2/2017
Sumber HD - 28-2-2017
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Misi Kembara Dakwah jelajah program bersiri dakwah ke-12
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44435-misi-kembara-dakwah-jelajah-program-bersiri-dakwah-ke-12
KOTA BHARU: Misi Kembara Dakwah (MKD) akan mengadakan program Tautan Kasih Yeq Dan Haq Siri 12.
Penasihat MKD, Datuk Wan Zawawi Wan Ismail, berkata program itu akan berlangsung pada 2 hingga 4 Mac ini di Pos Mendrop.
Katanya, antara tujuan program itu diadakan untuk menyebarkan dakwah kepada seluruh masyarakat Orang Asal.
“Pada masa yang sama untuk memberi kefahaman supaya mereka sentiasa istiqamah dengan Islam yang dianutinya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sewaktu sidang media Misi Kembara Dakwah berkaitan program tautan kasih Yeq dan Haq bersama Orang Asal.
Sidang media berkenaan diadakan di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Hal Ehwal Islam (Dakwah) Maik, Ustaz Muhammad Adilin Hafeez Mahmood Sabri dan Timbalan MKD, Dr Wan Martina Wan Yusoff.
Beliau seterusnya memberitahu, bermula program MKD di Pos Brem Baru, Gua Musang pada penghujung tahun 2015, ia diteruskan lagi ke pos-pos lain berikutnya.
Tambahnya, sebanyak 11 siri program disusun sepanjang tahun lalu melibatkan beberapa pos antaranya, Pos Mendrod, Lojing dan Pos Pasik, Jeli.
Sementara itu, Pengerusi MKD Mohd Khalik Mat Zari, berkata pelbagai program yang diatur dengan pelbagai gerak dakwah lebih kontemporari dan santai.
Jelasnya, agar program bertambah baik dan tersusun, pihaknya turut bekerjasama dengan PKINK dan Maik.
“Alhamdulillah, syukur dengan kerjasama erat ini kita dapat meneruskan misi dakwah kita,” ujarnya.
Beliau seterusnya berkata, seramai 100 peserta bakal menyertai program itu termasuk dari Kuala Lumpur.
Selain sebuah bas yang membawa pelajar IPTA, turut terlibat 15 buah kenderaan pacuan empat roda.
Pelbagai acara sampingan diadakan untuk menarik minat masyarakat itu antaranya beriadah, ibadah seperti solat berjemaah, membaca al-Quran, sukaneka kanak-kanak, ceramah kesihatan dan kebersihan serta pelbagai lagi acara menarik disediakan sepanjang program berlangsung. – HARAKAHDAILY 28/2/2017
Sumber HD - 28-2-2017
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAIK bantu golongan asnaf orang asal
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) memperuntukkan sejumlah RM70,400 sebulan untuk diagihkan kepada asnaf masyarakat Orang Asal di negeri itu.
Pegawai Hal Ehwal Islam (Dakwah)nya, Ustaz Muhammad Adilin Hafeez Mahmood Sabri berkata, peruntukkan itu diberikan kepada 176 orang masyarakat berkenaan, sebanyak RM400 sebulan.
Katanya, peruntukkan itu diberikan atas rasa tanggungjawab kepada Orang Asal yang dhaif supaya mereka dapat berbelanja untuk keperluan harian mereka.
Beliau berkata demikian sewaktu sidang media Misi Kembara Dakwah berkaitan program tautan kasih Yeq dan Haq bersama Orang Asal.
Sidang media berkenaan diadakan di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), di sini.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK yang juga Penaung MKD, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail, Pengerusi MKD, Mohd Khalik Mat Zari dan timbalannya, Dr Wan Martina Wan Yusoff.
Hafeez seterusnya memberitahu, peruntukkan itu hanya untuk Maik, tidak termasuk golongan asnaf yang lain.
“Tidak juga termasuk sumbangan program dakwah, mendirikan rumah, bantuan untuk pelajar dan lain-lain lagi,”ujarnya.
Pada masa yang sama beliau menyeru badan bukan kerajaan atau IPT supaya berhubung dengan Maik terlebih dahulu jika ingin mengadakan program dakwah, khususnya melibatkan Orang Asli.
Katanya, perkara itu perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, terutama melibatkan bidang dakwah. – HARAKAHDAILY 28/2/2017
Sumber HD - 28-2-2017
Pegawai Hal Ehwal Islam (Dakwah)nya, Ustaz Muhammad Adilin Hafeez Mahmood Sabri berkata, peruntukkan itu diberikan kepada 176 orang masyarakat berkenaan, sebanyak RM400 sebulan.
Katanya, peruntukkan itu diberikan atas rasa tanggungjawab kepada Orang Asal yang dhaif supaya mereka dapat berbelanja untuk keperluan harian mereka.
Beliau berkata demikian sewaktu sidang media Misi Kembara Dakwah berkaitan program tautan kasih Yeq dan Haq bersama Orang Asal.
Sidang media berkenaan diadakan di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), di sini.
Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK yang juga Penaung MKD, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail, Pengerusi MKD, Mohd Khalik Mat Zari dan timbalannya, Dr Wan Martina Wan Yusoff.
Hafeez seterusnya memberitahu, peruntukkan itu hanya untuk Maik, tidak termasuk golongan asnaf yang lain.
“Tidak juga termasuk sumbangan program dakwah, mendirikan rumah, bantuan untuk pelajar dan lain-lain lagi,”ujarnya.
Pada masa yang sama beliau menyeru badan bukan kerajaan atau IPT supaya berhubung dengan Maik terlebih dahulu jika ingin mengadakan program dakwah, khususnya melibatkan Orang Asli.
Katanya, perkara itu perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, terutama melibatkan bidang dakwah. – HARAKAHDAILY 28/2/2017
Sumber HD - 28-2-2017
No comments:
Post a Comment